TOP
Video : 3 Lelaki Dibelasah Dua Beradik Perempuan Atas Bas
CHANDIGARH (India) - Tiga lelaki telah dibelasah oleh dua beradik wanita diatas sebuah bas setelah mereka cuba menyerang wanita tersebut.
Satu video yang memaparkan insiden yang berlaku pada Jumaat lepas telah dimuat naik oleh salah seorang penumpang bas yang sama.
Video itu telah menjadi viral di negara tersebut yang sememangnya terkenal dengan negara yang tersangat sensitif jika melibatkan keganasan terhadap wanita.
Dua beradik tersebut, Ms Arti Kumar, 22 dan adiknya Pooja, 19 telah mengambil bas di Haryana Rohtak berkata tiga lelaki berkenaan mengugut dan mencabul mereka, memetik laporand ari Trust of India - Siakapkeli.com.my

Dollah Hadiah Cuti Sebelum Harimau Malaya Mula Berlatih Selasa
SEPANG: Jurulatih negara, Dollah Salleh menghadiahkan cuti dua hari kepada barisan pemain Harimau Malaya berikutan kejayaan melayakkan diri ke separuh akhir Piara AFF Suzuki.
Pencapaian itu susulan kemenangan 3-1 ketika pasukan kebangsaan menentang Singapura di Stadium Jalan Besar republik itu, Sabtu lalu.
Dollah berkata, pemain perlu menggunakan masa rehat yang diberikan itu sebaik mungkin, termasuk mengumpul semangat untuk kembali berlatih pada Selasa.
Kata bekas pemain negara itu lagi, banyak yang perlu dilakukan untuk melalui dua perlawanan separuh akhir menentang Vietnam nanti.
Pusingan pertama akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Ahad ini, manakala perlawanan seterusnya di Hanoi pada 11 Disember ini.
"Tolong jangan tanya saya apa-apa mengenai Vietnam. Beri peluang untuk saya dan pemain berehat sebelum memulakan sesi latihan pada Selasa," katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.
Mengenai perlawanan menentang Singapura, kata Dollah: "Kita menang dalam tempoh 90 minit permainan walaupun mengharapkan kemenangan memihak kepada kita lebih awal. Apa pun mereka perlu diberi pujian kerana berlawan hingga wisel penamat ditiup," katanya.
Safee Sali memberi mata pertama kepada Malaysia, diikuti sepakan penalti yang disempurna Safiq Rahim sebelum Indra Putra Mahayuddin menamatkan persaingan dengan gol yang menjadi bualan ramai dua minit sebelum perlawanan tamat.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya akan menetapkan lokasi untuk perlawanan pertama separuh akhir beberapa hari lagi.
Beliau juga memaklumkan, jurulatih pasukan bawah 23 negara, Datuk ong Kim Swee dihantar ke Hanoi pada Jumaat untuk meneliti perlawanan Kumpulan A antara Vietnam menentang Filipina di mana Vietnam menang 3-1.
"Ia adalah antara usaha yang dilakukan untuk memastikan kita mendapat keputusan terbaik ketika berdepan Vietnam, Ahad ini," katanya. - mStar Online
TOP
Permintaan Minyak RON97 Meningkat, Stok Semakin Berkurang
Perbezaan antara minyak RON95 dan RON97 yang sedikit menyebabkan pengguna lebih gemar mengisi minyak RON97. Hal ini telah menyebabkan stok minyak RON97 berkurangan di beberapa stesen minyak terutama di semenanjung Malaysia.
Memetik laporan dari Sinchew Daily, Shell mengakui sesetengah stesen minyaknya kekurangan minyak RON97 kerana permintaan yang tinggi.
"Kami sedang berusaha menambah bekalan ke stesen-stesen minyak berkenaan, keadaan kekurangan dijangka pulih dalam beberapa hari lagi," kata jurucakap syarikat minyak tersebut.
Menurut jurucakap BHPetrol pula, permintaan sememangnya meningkat tetapi bekalan di stesen-stesen minyaknya masih mencukupi.
"Permintaan terhadap RON97 lazimnya tidak tinggi, ia hanya dibeli oleh pemandu yang memiliki kereta berprestasi tinggi," kata jurucakap BHPetrol.
Perbezaan antara petrol RON97 dan RON95 pada hari ini hanya 20 sen setelah kerajaan memansuhkan subsidi bahan api bermula hari ini. - Siakapkeli.com.my
TOP
Lelaki Maut Skyline Masuk Sungai
Beluran: Mayat sorang lelaki ditemui pagi tadi dalam kereta jenis Skyline yang terjunam ke dalam sungai di Jalan Kuala Sapi, dekat sini.
Mayat mangsa Clifford Nicholas Noslie, 34, disyaki mati akibat lemas di dalam kereta yang dipenuhi air.
Difahamkan, kejadian disedari oleh seorang buruh ladang yang menemui kereta mangsa berada di dalam sungai 7.30 pagi tadi sebelum segera menghubungi pihak polis.
Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V Shivanathan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.
"Tarikh sebenar kejadian belum dipastikan namun mangsa ditemui oleh seorang buruh ladang pagi tadi sebelum memaklumkan kepada pihak polis.
"Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -Harian Metro
TOP
Sherry Kecewa Hubungan Dengan Fattah Dilaporkan Sudah Putus
PETALING JAYA – Pelakon Sherry Ibrahim kecewa apabila hubungan cinta dengan aktor Abdul Fattah Amin, 24, dikatakan sudah berakhir seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar mingguan pada Ahad.
Sherry, 31, memberitahu terkejut apabila membaca laporan tersebut kerana ia tidak benar sedangkan mereka masih lagi menjalinkan hubungan seperti biasa.
“Saya tak tahu nak cakap apa apabila membaca berita itu. Rasa kelakar pun ada. ‘Its a joke of the day’.
“Tetapi saya amat kecewa kerana laporan itu seolah-olah telah menoktahkan perhubungan kami tanpa sebarang kenyataan daripada saya mahupun Fattah,” katanya kepada mstar Online.
Sebuah akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan hubungan Sherry dan Fattah sudah pun berakhir.
Ini berikutan Sherry telah membuang ke semua gambar dia bersama aktor tersebut di akaun Instagram miliknya selepas ‘menghidu sesuatu’ mengenai Fattah.
Sementara itu, Sherry berkata, ada sebab mengapa dia membuang foto-fotonya bersama Fattah, dan perkara itu tidak bermakna mereka sudah tidak lagi berhubungan cinta.
“Saya ada sebab sendiri yang tidak perlu dijelaskan kepada umum. Kami bukannya pasangan suami isteri, jadi tak mahulah hubungan ini nampak berlebih-lebih. Tambahan pula kami perlu menjaga hati keluarga masing-masing.
“Yang penting umum tahu bahawa kami menjalinkan hubungan, itu sudah cukup. Dan tak elok rasanya apabila sesebuah perhubungan itu terlalu didedahkan. Apa-apapun kami tidak melatah dengan gosip itu,” tegasnya.
Sherry dan Fattah mula menjalinkan hubungan ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran drama Cinta Ibadah sebanyak 130 episod, Jun lalu.
Dalam perkembangan lain, Sherry kini sedang menjalani penggambaran Keluarga Karaoke untuk siaran Astro Mustika HD.
Fattah yang dihubungi tidak menjawab panggilan telefon. – mStar Online
TOP
Zain Saidin Selesa Tunjuk Gambar Tanpa Baju
Sejak-sejak akhir ini kebanyakkan gambar-gambar baru yang dikemaskini oeh Zain Saidin di daam akaun instagramnya sering memaparkan tubuh sasanya lebih-lebih lagi ketika berada di gym.
Tinfakan Zain Ini telah mendapat reaksi yang pelbagai dari peminat-peminat dimana ada yang menyatakan perasaan cemburu dengan Che Ta kerana dapat suami badan 'Sado" macam Zain dan ada yang tidak setujud engan perbuatan Zain kerana gambar-gambar yang dipos itu mendedahkan aurat seorang lelaki.
Menurut kenyataan Zain Saidin yang dipetik dari Berita Harian berkata beliau mendapat motivasi untuk mengecapi badan yang tegap dan sasa kerana Che Ta sebelum ini telah menegur Zain kerana badannya sudah berisi. “Saya nak menunjuk pun sebagai bukti dengan usaha keras dan jitu kita boleh mendapat badan yang diingini. Selama ini pun isteri selalu cakap saya gemuk dan sekarang saya buktikan. Hajat nak jadi daddy fit kepada anak kami Aaisyah Dhia Rana juga kian dipenuhi” “Setakat ini hendak cakap saya puas hati dengan hasil mendapatkan badan sasa baru 80 peratus. Saya perlu kejar lagi 20 peratus untuk melengkapkan sasaran,” ujarnya. Dia bagaimanapun tidak kisah dengan perkara tersebut dan akan tetap fokus dengan kelas kecergasannya seperti biasa.- Siakapkeli.com.my

Jurulatih Bola Sepak Singapura Digesa Letak Jawatan
SINGAPURA 1 Dis - Ketua jurulatih Singapura, Bernd Stange, hari ini menerima tekanan untuk meletak jawatan berikutan kegagalan skuad republik itu layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki.
Pengendali berasal dari Jerman berusia 66 tahun itu menerima kecaman pengkritik dan peminat kerana lebih gemar menggunakan tenaga muda serta corak permainan dengan hantaran pantas.
Dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, Singapura tampak seperti mahu layak selepas menyamakan kedudukan 1-1 di Stadium Nasional.
Namun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Malaysia menjaringkan dua gol pada lewat babak permainan, termasuk satu daripada sepakan penalti untuk menang 3-1.
Rekod buruk Stange termasuk menyudahkan cabaran dalam kedudukan terakhir kelayakan Piala Asia, awal tahun ini.
Singapura kini berada dalam ranking ke-158 dunia.
Stange yang menyuarakan rasa kecewa tersingkir awal bagaimana pun memuji barisan muda yang purata berusia 25 tahun.
Laporan sebuah akhbar tempatan di sini pula menyebut ada seorang pemain yang tidak dinamakan berkata pemain mengadu pasukan itu tidak bersedia dengan baik serta amat marah ketika kejohanan dengan gaya pengurusan Stange.
"Stange bertegas dengan sistem tiki-taka tetapi pemain berpendapat corak itu tak sesuai untuk permainan di Asia Tenggara yang mempunyai pendekatan lebih terus dalam permainan. Ia didapati lebih berkesan," kata pemain itu seperti dilaporkan oleh akhbar berkenaan.
Stange dilantik Persatuan Bola Sepak Singapura untuk menggantikan Raddy Avramovic dari Serbia yang sebelum ini memimpin Singapura menjuarai Piala Suzuki tiga kali (2004, 2007 dan 2012).
Thailand, Malaysia, Filipina dan Vietnam layak ke separuh akhir kejohanan kali ini. - AFP/ mD
TOP
Wanita Cedera Dahi, Bibir Akibat Ditoreh Penyamun
Pasir Puteh, 1 Dis : Seorang wanita berusia 22 tahun telah ditoreh dan dipukul oleh penyamun yang memecah masuk rumahnya di Wakaf Berangan semalam.
Menurut laporan, kejadian berlaku kira-kira 2 petang ketika wanita terbabit, Nur Shafiqa berada di bilik air dan ibunya sedang berehat di dapur rumah. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Abd Rozak Muhammad berkata dua orang lelaki warga tempatan meluru masuk ke rumah mangsa dengan memakai topi keledar yang bervisor. "Suspek menendang pintu bilik air mangsa dan menariknya ke ruang tamu sebelum terserempak dengan ibu mangsa di dapur. "Mangsa kemudian diarah mencabut cincin emas dipakai ibunya, selain dibawa ke satu bilik," katanya memetik laporan dari Harian Metro. Suspek dilaporkan cuba merogol mangsa dengan menanggalkan seluarnya namun terpaksa membatalkan niatnya kerana rakannya memanggil dari luar bilik. "Suspek kemudian masuk semula ke bilik menumbuk mangsa dan menoreh pipi sebelah kiri mangsa. Ibu mangsa juga cedera di dahi dan bibir. “Kedua-dua suspek melarikan diri apabila terdengar jeritan seorang adik mangsa yang menyembunyikan diri di dalam bilik lain," katanya.
Mangsa kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Antara barang yang hilang adalah sebentuk cincin emas, seutas gelang tagan emas dan iPhone 5s berwarna putih yang dianggar RM 10,000. Marilah bersama-sama mendoakan agar Nur Shafiqah cepat sembuh - Siakapkeli.com.my

Piala AFF: Perlawanan Malaysia-Vietnam di Stadium Shah Alam
KELANA JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2014 antara Malaysia dan Vietnam, Ahad ini akan kekal berlangsung di Stadium Shah Alam, bukannya Stadium Nasional Bukit Jalil.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata pemeriksaan di Stadium Nasional, petang semalam dan pagi tadi mendapati rumput di stadium berkenaan masih belum cukup matang.
Mengenai penjualan tiket, Hamidin mengumumkan harga RM40 bagi dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak dengan sejumlah 70,000 tiket akan dijual.
"Tiket online akan mula dijual jam 9 pagi esok manakala penjualan di kaunter tiket di Stadium Shah Alam akan dijual pada Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 7 malam," katanya ketika ditemui di Wisma FAM, tengah hari ini. - BH Online
TOP
Ramai Hairan Dengan Kenaikan 3 Sen Diesel
PETALING JAYA: Jika pengguna kenderaan berpetrol boleh menarik nafas lega kerana harga minyak turun setelah pemansuhan subsidi, pengguna kendereaan berdiesel pula hairan akan kenaikan diesel sebanyak 3 sen selepas pemansuhan itu.
Bukan sahaja pemandu bas dan pemandu lori sahaja yang naik hairan, malah penganalisis dan pakar juga tidak dapat menjawab rasional terhadap kenaikan itu walaupun harga minyak mentah dunia jatuh menjunam.
Presiden Persatuan Pemilik Lori Pan-Malaysia, Jong Foh Fit berkata dia terkejut dengan kenaikan itu kerana menjangkakan harga diesel akan turut sama turun bersama harga petrol.
"Kami hairan mengapa ia(diesel) naik. Saya percaya orang ramai juga mahu mengetahui bagaimana kerajaan boleh mengeluarkan angka harga sedemikian", katanya
Ketika ditanya sama ada kos pengangkutan akan meningkat kerana kenaikan diesel, beliau berkata: "Caj kami tidak dikawal selia oleh Kerajaan. Terpulang kepada pemilik untuk menentukan sama ada mereka perlu meningkatkan caj mereka. "
Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha-Pengusaha Lori Selangor dan Kuala Lumpur, Alvin Choong berkata harga diesel(di pam) kini lebih mahal daripada harga diesel industri yang dibekalkan kepada kilang-kilang.
Menurutnya, harga diesel industri berharga diantara RM 2.05 dan RM 2.10 seliter jika dibandingkan dengan harga di pam yang kini berharga 2.23 seliter.
Kata Choong lagi, kenaikan diesel sebanyak 3 sen tidak wajar kerana subsidi diesel sebelum ini telah dipotong sebanyak 20 sen pada Oktober lepas.
Selain itu, Chong juga berpendapat kenaikan itu disebabkan kerajaan ingin membuat penimbal supaya jika harga diesel naik pada masa hadapan, ia boleh dijadikan subsidi.
Bagi pengusaha bas pula, kenaikan harga diesel ini telah meletakkan lebih tekanan kepada mereka. Ini kerana mereka tidak dibenar menaikkan harga tiket bas bagi menampung kenaikan harga diesel.
Setiausaha Agung FOMCA, Datuk Paul Selvaraj berkata kerajaan perlu menjelaskan kenapa harga diesel dinaikkan kerana ia tidak sejajar dengan harga minyak dunia.
"Kementerian perlu memberikan penjelasan kepada kami. Kami bersetuju untuk membenarkan harga minyak diapungkan mengikut harga pasaran tetapi ia perlu konsisten, "katanya.
Seorang penganalisis dari sebuah bank terkemuka berkata harga baru itu "tidak masuk akal".
"RON95 turun. RON97 pun sama. Diesel pun dari minyak mentah juga, jadi harganya patut berkurangan beberapa sen di pam, "katanya yang tidak mahu namanya disiarkan memetik laporan dari The Star.
Ketua penyelidikan Bank Alliance, Manokaran Mottain berkata harga baru itu masih berada dalam margin yang diramalkan.
"Kita mungkin melihat harga yang lebih rendah dalam tempoh beberapa bulan akan datang jika harga minyak mentah terus menurun." - Siakapkeli.com.my
TOP
Johan Dan Ozlyn Tidak Akan Dedah Gambar Anak Baru Mereka
Akhirnya Johan dan isterinya telah mengesahkan kepada media yang Ozlyn telah pun selamat melahairkan anak keempat mereka pada 25 Nov lalu.
Sebelum ini tersebar gambar kononnya anak perempuan baru pasangan Johan dan Ozlyn di media-media sosial bagaiamanapun perkara itu telah dinafikan oleh johan dan Ozlyn melalui akaun instagram mereka. Sebelum ini beberapa blog telah berkongsi dan konon telah mendedahkan gambar anak perempuan baru Johan dan Ozlyn sekaligus berita ini telah menafikan gamabr tersebut adalah palsu. Berikut merupakan apa yang telah ditulis Johan dalam akaun instagramnya: “Assalammualaikum semua.. pertama skali sya nk ucapkan alhamdulillah dan syukur pd Allah s.w.t krn telah mempermudahkan segala2nya.. isteri sya telah pon selamat melahirkan puteri sulung dan merupakan anak ke 4 kami pd 25hb nov dgn berat 4.11kg.. seperti biasa sya x pernah kongsikan wajah penuh anak2 sya.. rezeki memsg kalau dpt jumpa dpn2.. dpt la tatap wajah anak2 sya.. maaf jika ada yg x terreply wassap atau text dgn kata2 tahniah.. sya perlu beri isteri sya ruang utk berehat memandangkan ketika menyambut berita gembira kelahiran kami juga diuji dgn berita yg sedih.. nenda kesygan kami telah kembali kerahmatullah dan selamat dikebumikan semlm.. harap semua memahami situasi kami sekeluarga terima kasih atas doa dr kalian, moga Allah melindungi kita semua dunia akhirat amin..” Tahniah johan atas kelahiran anak baru ini, kami kru Siakapkeli doakan anak yang baru lahir itu nanti akan menjadi anak yang solehah dan sentiasa dirahmati.-Siakapkeli.com.my

Formula Pengiraan Harga RON95, Diesel Diumum Tidak Lama Lagi
KUALA LUMPUR: Formula yang digunakan untuk mengira harga diesel dan RON95 akan diumumkan tidak lama lagi dalam versi yang telah dipermudahkan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.
Beliau berkata versi pengiraan formula tersebut akan dimuat naik di laman web kementerian itu bagi membuat pengiraan harga petrol RON95 dan diesel untuk orang ramai.
Katanya, pengiraannya agak rumit tetapi beliau faham bahawa orang ramai perlu tahu bagaimana harga tersebut diperolehi.
"Kami akan mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Kewangan terlebih dahulu dan kemudian kami akan memasukkan versi pengiraan yang telah dipermudahkan itu di laman web kami," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa pelancaran kempen beli barangan buatan Malaysia dan kempen kembali ke sekolah yang diadakan di AEON AU2 di Setiawangsa, Selasa. - mStar Online
TOP
Tiada Larangan Pakai Simbol Agama Di Sekolah - Jabatan Pendidikan Sabah
KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah tidak pernah mengharamkan seseorang daripada memakai simbol agama di sekolah-sekolah, kata pengarahnya, Datuk Jame Alip.
Jame berkata larangan itu, yang didakwa dikenakan di sekolah di kawasan pedalaman Sabah, adalah tidak benar.
"Pelajar boleh memakai salib atau simbol-simbol agama lain ke sekolah, dengan syarat ia tidak terlalu besar atau bermaksud 'aksesori', " katanya, Isnin.
Jame berkata demikian sebagai maklum balas terhadap aduan oleh ibu bapa yang menyatakan bahawa anaknya terpaksa meminta kebenaran untuk memakai salib ke sekolah, atau menghadapi tindakan disiplin.
Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan dalam satu kenyataan lewat Isnin berkata sekolah itu tidak pernah mengharamkan sesiapa sahaja daripada memakai simbol-simbol agama di sekolah.
Walau bagaimanapun, ibu bapa dikehendaki memaklumkan kepada sekolah dan mengisi beberapa borang untuk membolehkan pelajar memakai simbol agama termasuk salib ke sekolah.
Pengetua itu berkata ini bagi mengelakkan pelajar daripada menyalahgunakan keistimewaan dan untuk memastikan bahawa tiada pertikaian di dalam sekolah mengenai perkara itu.
Katanya, pelajar yang ingin memakai simbol agama ketika di sekolah hanya atas alasan agama kemudiannya akan dikeluarkan kad kelulusan.
Jelasnya, ia bagi membendung peningkatan insiden pelajar memakai rantai dan lain-lain aksesori di sekolah atas sebab-sebab selain alasan keagamaan.
Pengetua menjelaskan bahawa dakwaan oleh pelajar bahawa mereka akan dirotan atau digantung kelas jika mereka tidak mematuhi peraturan juga tidak benar. - mStar Online
TOP
Safee Sali Berdepan Tindakan Disiplin
KUALA LUMPUR: Amaran keras buat Safee! Itu tegas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang tidak menolak tindakan disiplin akan dikenakan ke atas penyerang negara Safee Sali seandainya mengulangi insiden merokok.
Denda lebih berat menanti Safee andai gagal mematuhi amaran dan menepati janji selepas mengakui kesilapan di Singapura sehingga membuka ruang buat media negara itu melancarkan provokasi sehari sebelum perlawanan akhir peringkat kumpulan bertemu tuan rumah.
Hamidin turut merujuk kedudukan Safee sebagai pemain profesional sepatutnya lebih faham bila berhadapan tugasan negara yang turut menuntut disiplin serta tingkah laku terbaik di khalayak ramai.
Hamidin juga mahu insiden itu dijadikan pengajaran kepada pemain kebangsaan yang lain.
Turut menyuarakan nada sama jurulatih negara Dollah Salleh.
Bagi Dollah, kejayaan Safee meledak gol pertama ketika bertemu Singapura yang turut membawa pasukan ke separuh akhir boleh dijadikan sebagai permohonan maaf pemain itu agar lebih berhati hati selepas ini. - Astro Awani
TOP
Misteri Mayat Berbungkus
Butterworth: Kegiatan jenayah yang dikaitkan dengan etnik Rohingya ini membawa kepada misteri penemuan mayat dalam keadaan seperti sudah dikafankan yang ditinggalkan di tempat umum sama ada di tepi jalan atau berhampiran medan selera, selain di dalam longkang.
Ia dikatakan cara mudah untuk melupuskan mayat warga asing termasuk masyarakat Rohingya yang cuba mencari perlindungan di negara ini, tetapi malangnya menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia dan pemerasan.
Sepanjang tahun ini saja, sekurang-kurang lima kes dikesan menggunakan kaedah pelupusan mangsa seperti sudah dikafankan di temui di negeri ini.
Mendedahkan perkara itu, ketua komuniti masyarakat Rohingya di negeri ini, Noorul Islam Yusof Jalal, 62, berkata, pihaknya percaya jumlah kes serupa itu mungkin lebih banyak.
“Namun ia tiada di dalam rekod pihak berkuasa kerana dalam kebanyakan kes polis mengklasifikasikan kes seumpama ini sebagai mati mengejut,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Menurutnya, amat menyedihkan kerana etnik Rohingya sendiri yang disyaki terbabit di sebalik penemuan mayat di tepi jalan itu termasuk melakukan perbuatan kejam ini ke atas rakan sebangsa dan seagama mereka.
“Apa yang menyedihkan, ia angkara darah daging kami sendiri dan mereka sanggup menzalimi saudara sebangsa semata-mata mahu mengejar kekayaan dengan cara mudah.
“Mungkin nilai kemanusiaan sudah hilang dari dalam jiwa mereka, nyawa dianggap tidak lagi ada harga apabila jenazah saudara sendiri dicampak begitu saja di tepi jalan seumpama bangkai haiwan.
Noorul Islam yang sudah 28 tahun menetap di Malaysia kerap menjadi tempat rujukan dari beberapa hospital awam di negeri ini bagi menguruskan mayat yang dilupuskan.
Menurutnya, selain menjadi mangsa pemerdagangan manusia, masyarakat Rohingya yang menetap di negara ini dan berjaya dalam bidang perniagaan turut diancam kumpulan penculik yang mahu mendapatkan wang tebusan.
“Saya pernah menerima maklumat mengenai kes penculikan dan wang tebusan diminta membabitkan jumlah antara RM10,000 dan RM50,000. Malangnya, selepas bayaran dibuat kumpulan penculik terbabit membunuh mangsa.
“Itu adalah antara perbuatan tidak berhati perut kumpulan berkenaan dan bagi yang bernasib baik, mayat mereka ditemui semula. Namun, ada yang tidak mempunyai kubur kerana sehingga ke hari ini jasad mereka tidak ditemui,” katanya.
Sehingga kini, Noorul Islam sudah menguruskan pengebumian lebih 100 mayat pelarian Rohingya, sejak lima tahun lalu selepas dihubungi pihak hospital berikutan gagal menghubungi waris mayat terbabit. - Harian Metro
TOP
Jalan Utama Menghala Ke Slim River Runtuh
Slim River: Penduduk di sekitar kawasan Kuala Slim, di sini terpaksa menggunakan laluan alternatif selepas jalan utama di kawasan berkenaan ditutup akibat tanah runtuh malam tadi.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Slim River berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 8.23 malam.
"Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati berlaku runtuhan jalan membabitkan kawasan 8 meter lebar dan 34 meter panjang dengan runtuhan sedalam 45 meter. "Bagaimanapun tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian malam tadi dan operasi pemantau dilakukan di kawasan berkenaan serta laluan ditutup bagi semua kenderaan," katanya di sini, hari ini. Menurutnya, operasi pemantauan diketuai Penolong Penguasa Bomba Md Zain Mohd Saedin, selain turut disertai oleh Jabatan Kerja Raya, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan RELA.-Harian Metro

Penerokaan hutan punca suhu di kaki Gunung Kinabalu meningkat
Ranau: Kundasang dan kawasan sekitar kaki Gunung Kinabalu, di sini, yang menjadi tarikan pelancong ke Sabah, dikatakan berdepan kemusnahan alam sekitar sama seperti Cameron Highlands.
Malah, sejak beberapa tahun kebelakangan ini suhu di Kundasang dikatakan meningkat akibat penerokaan tanah pertanian secara berleluasa, pembangunan pesat dan pembukaan kebun baharu.-BHonline
Malah, sejak beberapa tahun kebelakangan ini suhu di Kundasang dikatakan meningkat akibat penerokaan tanah pertanian secara berleluasa, pembangunan pesat dan pembukaan kebun baharu.-BHonline
TOP
Chong Wei Sahkan Saman Razif Sidek
Kuala Lumpur - Pemain badminton nombor satu negara, Lee Chong Wei mengesahkan dia sedang memfailkan saman terhadap Razif Sidek yang mendakwa dia menggunakan bahan terlarang sejak dari dulu lagi.
Bekas pemain badminton kebangsaan Razif Sidek memberitahu Kosmo pada 11 Nov lalu bahawa beberapa BAM menyedari Chong Wei telah mengambil bahan terlarang sejak dulu lagi, tetapi rahsia itu disimpan kerana Chong Wei adalah pemain badminton terkemuka dunia.
Selain itu dia juga mendakwa Chong Wei pernah mengupah seorang doktor asing untuk merawat dia.
"Peguam saya sudah menghantar surat kepadanya beberapa hari yang lalu dan kami akan menyelesaikan perkara ini di mahkamah. Beliau (Razif) telah menelefon saya untuk meminta maaf selepas menerima surat itu, tetapi apa yang terjadi sudah terjadi, "kata Chong Wei yang marah dengan perkara tersebut.
"Saya tidak boleh membiarkan perkara ini kerana dia memfitnah saya. - Siakapkeli.com.my
TOP
Video Kereta Aston Martin DB9 Putus Dua Korbankan Seorang Lelaki
KUALA LUMPUR:Seorang lelaki maut apabila sebuah kereta mewah yang dipandunya telah terlibat dalam kemalangan Lebuh Raya NPE Kuala Lumpur semalam.
Kereta mewah tersebut jenis Aston Martin DB9 telah terbabas dan putus dua sebelum meletup. Mangsa yang meninggal bagaimanapun telah tercampak keluar semasa kereta tersebut terbabas, Kejadian tersebut telah dikongsikan semalam oleh pengguna facebook yang melihat kejadian tersebut dan menyifatkan kemalangan tersebut amat dasyat kerana kereta tesebut hancur dan hanya tinggal rangka.
Menurut makluma orang ramai kemalangan tersebut berlaku apabila kereta tersebut yang dipandu itu telah mengelak sebuah motosikal yang dipandu melawan arus dan terus hilang kawalan.-Siakapkeli.com.my

Ibu Bapa Ini Mintak Tolong Bagi Anak Kesayangan Mereka Mati
SHAAXI: Sepasang suami isteri disini merayu kepada sesiapa yang sanggup bagi anak kesayangan mereka mati dan pergi dengan tenang.
“Tolong tamatkan riwayat hidup anak saya,’’ Itu la kata-kata yang keuar dari mulut pasangan tersebut dan anda mungkin fikir perkara ini pelik dan kejam. tetapi itulah ayng terjadi kepasa pasangan ini apabila tidak sanggup lagi melihat penderitaan anak perempuan kesayangan mereka yang menghadapi tumor yang semakin hari semakin besar dimukanya kerana kanser pada retina mata.
Kerana menghidapi penyakit ini menyebabkan doktor terpaksa membuang mata kiri kanak-kanak bernama Zhao Zihan,4, dan kini kanser tersebut teah merebak kebahagian tengkuknya dan membengkak dengan besar.
Zhao Zihan dilahirkan seperti kanak-kanak normal biasa dan menjadi anak kesayangan keluarga tersebut. Tetapi pada umur dua tahun dia telah disahkan doktor mengalami kanser tersebut dan menyebabkan bahagian mukanya mula membengkak dan membesar. Bapanya, Zhao Lipeng, 27, berkata, mereka berharap agar dapat mencari hospital yang dapat membantu menamatkan riwayat anak mereka agar dia boleh meninggalkan dunia ini dalam keadaan tenang.- Siakapkeli.com.my

Penonton Tampar Penyampai Anugerah Kerana Pakai Baju Menjolok Mata
MUMBAI: Seorang model, Gauhar Khan terpinga-pinga selepas dia ditampar oleh salah seorang penonton dalam satu rancangan yang disiarkan secara langsung di televisyen.
Penonton berkenaan Akil Malik, 24, berbuat demikian kerana marahkan model itu yang berpakaian terlalu menjolok mata.
Akil telah menyerbu naik ke atas pentas denga berjaya melepasi pihak keselamatan yang seramai 250 orang lalu menampar muka model tersebut ketika Gauhar sedang menyampaikan anugerah dihadapan 2,500 orang penonton.
Gauhar yang terkejut dengan kejadian itu telah menangis dan diiringin pegawai yang bertufas kebelakang pentas dan selepas sejam kejadian itu beliau telah kembali semula ke pentas.
Menurut polis, Akil melakukan perbuatan demikian kerana marah dengan tindakan Gauhar memakai pakaian tersebut. “Sebagai seorang wanita Islam, dia tidak sepatutnya memakai pakaian yang mendedahkan aurat,’’ itu penjelasan yang diberikan oleh Akil kepada polis selepas wanita itu ditangkap menurut Mirror.co.uk .
Akil didakwa di mahkamah di bawah seksyen 354, kanun acara jenayah India.- Siakapkeli.com.my

Paip Pembetungan Pecah, Najis Mengalir Keluar
SEREMBAN - Seorang penduduk di Blok B Flat Jalan Templer di sini, terpaksa tinggal dalam keadaan tidak selesa disebabkan bau busuk ekoran paip pembetungan bersebelahan rumahnya yang pecah.
Keadaan itu menyebabkan najis dan sisa kumbahan mengalir keluar ke dalam longkang, sekali gus mewujudkan suasana meloyakan.
Wong Ah Keong, 77, berkata, masalah yang berlaku sejak setahun lalu sudah dimaklumkan kepada persatuan penduduk di kawasan itu untuk diambil tindakan.
“Tapi saya kecewa kerana dimaklumkan peruntukan membaiki tiada. Sebenarnya, bangunan ini baru sahaja dinaik taraf tahun lalu dan sepatutnya masalah ini tidak berlaku.
“Bila sudah jadi macam ini, saya dan keluarga terpaksa menanggung susah. Bukan saja perlu berdepan bau busuk setiap hari, tapi suasana menjijikkan apabila najis melimpah keluar dari paip yang pecah,” katanya.
Menurutnya, dia yang tinggal di situ sejak 30 tahun lalu sangat berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera bagi membaik pulih kerosakan tersebut.
Sementara itu, Adun Lobak, Siaw Kim Leong berkata, projek menaik taraf flat melibatkan kos RM1.5 juta.
“Saya difahamkan projek tersebut dibuat pada Mei, tapi selepas beberapa bulan paip ini pecah. Macam mana dalam tempoh singkat masalah ini boleh berlaku yang seolah-olah menunjukkan kualiti kerja dilakukan sebelum ini tidak begitu baik.
“Saya ada berhubung dengan persatuan penduduk dan alasan diberi tiada peruntukan. Bagi saya ini bukan alasan yang baik kerana ia melibatkan masalah rakyat,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Peniaga Myanmar mati dikerat
KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan seorang peniaga warga Myanmar yang diculik di Jinjang Utara, Sentul dekat sini kira-kira dua minggu lalu terjawab apabila mangsa dipercayai dibunuh dengan mayatnya ditanam di sebuah kawasan belukar berhampiran sebuah kilang pasir di Bidor, Perak semalam.
Kedua-dua belah kaki dan tangan mangsa yang berusia dalam lingkungan 35 tahun ditemui anggota-anggota Forensik daripada Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama pasukan patologi Hospital Ipoh, Perak dalam keadaan dikerat-kerat sebelum ditanam di kawasan belukar tersebut.
Lokasi tempat mayat lelaki berkenaan ditanam didedahkan oleh seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang merupakan suspek utama kejadian pembunuhan tersebut.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, pada 20 November lalu, suspek utama tersebut telah ditahan pada pukul 8.05 malam.
“Hasil siasatan lanjut, suspek telah membawa polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ke sebuah kilang di Bidor, Perak. Polis menemui satu jasad yang disyaki mangsa diculik yang ditanam di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.-Kosmo
TOP
McLaren P1 kemalangan kurang 24 jam lepas dibeli
TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Satu peringatan kepada pembeli 'supercar' supaya jangan terlampau seronok dengan kereta baharu.
Sebuah kereta keluaran McLaren Automotive, McLaren P1 remuk teruk selepas ditemui terbabas di McKinnon Street, Dallas, lapor Mirror.co.uk.
Pemandu yang juga tuan punya kereta, seorang lelaki berumur 27 tahun dikatakan baharu sahaja menerima 'supercar' kurang 24 jam sebelum itu.
Mangsa menerima kereta tersebut pada Selasa minggu lalu dan dijumpai terbabas di penghadang jalan pada jam 7:41 pagi keesokan harinya.
Pemandu dan seorang lagi penumpang berumur 24 tahun dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.
McLaren P1 berupaya menghasilkan 903 kuasa kuda dan berharga lebih dari AS$1 juta.-Sinar Harian
TOP
Lelaki rentung bersama kereta
Kuala Lumpur: Seorang lelaki rentung selepas kenderaan jenis Toyota Vios yang dipandunya merempuh pembahagi jalan sebelum terbakar di Jalan Loke Yew, Cheras di sini, jam 7.30 pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, mangsa yang berusia 30-an maut di tempat kejadian dan kini dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)untuk bedah siasat.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.46 pagi sebelum tiba tujuh minit kemudian bagi memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mayat mangsa yang terperangkap di bahagian pemandu.
"Siasatan awal mendapati kereta Toyota Vios dan mangsa hangus terbakar 100 peratus selepas lelaki itu melanggar pembahagi jalan berhampiran pusat beli belah Viva Mall," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut akan diserahkan kepada pihak polis untuk mengetahui punca sebenar kemalangan.-Harian Metro
TOP
Kemalangan Melibatkan 13 Buah Kenderaan
Kuala Pilah: Tiga sekeluarga nyaris maut dan cedera ringan dalam kemalangan membabitkan 13 kenderaan di Kilometer 23 Jalan Seremban-Kuala Pilah pagi tadi.
Kemalangan pada 11 pagi itu membabitkan dua lori tangki, lapan kereta dan masing-masing sebuah treler, bas ekspres dan lori satu tan. Jurucakap polis berkata, kemalangan dipercayai berpunca apabila sebuah lori tangki muatan minyak sawit yang mengalami kerosakan pada bahagian brek merempuh kereta Perodua Myvi sebelum hilang kawalan dan memasuki laluan kanan.
"lori berkenaan kemudiannya melanggar lori satu tan membawa muatan minyak hitam menyebabkan berlaku tumpahan di sisi jalan."
Difahamkan lori berkenaan terus bergerak dan merempuh sebuah treler kosong yang berhenti kerana pembinaan jalan. "Rempuhan kuat itu menyebabkan treler berkenaan menggelongsor ke depan dan melanggar pula sebuah lori tangki muatan minyak sawit di hadapan," katanya. Sementara itu, kenderaan lain yang terbabit kemalangan itu pula melanggar bahagian belakang antara satu sama lain. Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah Penolong Kanan Penguasa Bomba Jaafar Yusof berkata, pihak menerima panggilan jam 11.09 pagi dan sebuah jentera bersama tujuh anggota dan pegawai bomba dikejarkan ke lokasi bagi memberi bantuan.-Harian Metro

Peminat Dakwa Akim 'Lalok' Atas Pentas Muzik-Muzik
Ramai peminat-peminat muzik tanah air sebelum ini mengharapakan lagu dendangan Akim iaitu Mewangi akan mara ke pentas Juara Lagu ke 29 tetapi impian mereka itu berkecai selepas penyanyi itu tersingkir.
Ramai peminat yang menyelar tindakan juri kerana tidak memilih lagu tersebut kerana lagu tersebut amat baik dan menjadi kegilaan sekarang. Selain yang menyerlar tindakn juri ada peminat yang mengamuk dan menuduh Akim 'Lalok' iaitu dibawah pengaruh dadah ketika sedang menyanyikan lagu tersebut di atas pentas yang menyebabkan dia tidak beraksi dengan baik malam itu.
Akim yang tampil menjawab perkara tersebut menafikan sekeras-kerasnya yang di di bawah pengaruh dadah semasa beraksi hari itu. “Sudah sudahlah memfitnah saya. Janganlah mudah menghukum disebabkan karakter, gaya atau cara saya buat persembahan malam itu yang disalah ertikan. Tak bolehlah menilai saya hanya berdasarkan satu persembahan saja,” ujarnya. Sebaliknya beliau menegaskan bahawa prestasi nyanyiannya teruk pada malam itu kerana dia berada dalam keadaan tertekan dan gemuruh. “Saya takkan rasa gemuruh kalau saya lalok dan separa sedar bukan? Tapi malam itu saya sangat gemuruh dan sedar kelemahan itu. Padahal kalau saya menyanyikan lagu itu pada persembahan di pentas lain, okey saja” “Mungkin pihak yang tersalah anggap itu perlu ikut persembahan saya yang lain dan bandingkan sendiri. Kalau saya jenis yang ‘lalok’ memang susahlah saya hendak buat persembahan di merata tempat dan masa,” tambahnya lagi.- Siakapkeli.com.my

Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadua Di Beberapa Kawasan Wwilayah Hulu Selangor
Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) melalui Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syabas,Priscilla Alred, ingin memaklumkan bahawa sebahagian daripada pengguna-pengguna di beberapa kawasan di Wilayah Hulu Selangor dijangka akan mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah tidak berjadual disebabkan penutupan sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek yang diuruskan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) sejak jam 7 pagi, hari ini.
Pihak SYABAS dimaklumkan oleh PNSB bahawa penutupan ini adalah disebabkan oleh kejadian banjir pada loji rawatan air tersebut ekoran peningkatan aliran air Sungai Selisik secara mendadak kesan daripada hujan lebat yang turun sejak semalam. Sehingga kenyataan ini disediakan, pihak SYABAS telah dimaklumkan oleh PNSB bahawa loji rawatan ini akan beroperasi semula apabila paras air surut nanti dan kerja pembaikan terhadap kerosakan yang disebabkan oleh arus sungai siap dibaiki nanti.
Berikutan itu, sebanyak 731 akaun pengguna di kawasan berikut yang menerima bekalan air terawat sebanyak 1.3 Juta Liter Sehari (JLH) dari loji rawatan air ini dijangka akan mengalami terputus bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah:-
Bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi pengguna di kawasan yang terjejas, lori-lori tangki air dan tangki air statik SYABAS telah diletakkan dalam keadaan siap siaga untuk pengagihan bekalan air kecemasan. Bagaimanapun, keutamaan bantuan bekalan air kecemasan ini diberikan kepada pengguna-pengguna kritikal di kawasan tersebut seperti klinik, pusat kesihatan dan rumah kebajikan serta situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian atau kenduri. Pihak SYABAS akan melakukan pemantauan secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada pengguna dari semasa ke semasa melalui media massa sekiranya perlu. Dalam pada itu, para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini berhubung gangguan bekalan air ini dengan menghubungi Pusat Panggilan SYABAS (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menerusi aplikasi mudah alih mySYABAS di telefon pintar pengguna masing-masing.- Siakapkeli.com.my

Gedung Pakaian Mewah Tipu Pengguna Dibongkar
ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah mengeluarkan kompaun berjumlah RM1,000 sempena 'Ops Bongkar' terhadap sebuah gedung pakaian mewah di sini, Selasa.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Kedah Ridzuan Mat Isa berkata kompaun itu dikeluarkan ekoran dua kesalahan yang dilakukan gedung pakaian tersebut iaitu penipuan harga dan menggunakan alat pengukur yang tamat tempoh.
Beliau berkata Ops Bongkar yang bermula semalam itu akan diteruskan sehingga 4 Jan depan bagi mengesan peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan jualan murah.
"Hasil tinjauan yang dijalankan pegawai KPDNKK mendapati gedung pakaian ini telah menawarkan harga palsu. Penipuan yang dilakukan ialah dengan meninggikan harga pakaian yang ditawarkan sebelum membuat potongan diskaun yang mencecah sehingga 90 peratus.
"Kita telah cuba dapatkan rekod sebelum harga jualan murah bagi tempoh sebulan yang lepas tetapi mereka gagal untuk menunjukkan bukti dan hasil siasatan kita juga mendapati harga yang dipamerkan ini adalah harga empat tahun lepas," katanya kepada pemberita di sini.
Ridzuan berkata gedung pakaian itu telah diberi amaran supaya menurunkan semua harga pakaian yang dijual dalam tempoh sehari dan sekiranya gagal untuk berbuat demikian tindakan akan diambil.
"Pemilik gedung pakaian itu mengaku bersalah dan telah membayar kompaun berjumlah RM1,000 bagi dua kesalahan yang telah dilakukan. Selain kompaun, kita turut merampas enam gelung kain yang bernilai RM1,000 sebagai bahan bukti selain alat pengukur yang sudah tamat tempoh.
"Kes disiasat di bawah kesalahan Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) (Pindaan 2010) dan Akta Perihal Dagangan 2011," katanya.
Beliau berkata KPDNKK akan menjalankan operasi di lima gedung pakaian di sekitar Alor Setar bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan sempena dengan jualan besar-besaran sempena akhir tahun.
"Ini lokasi pertama yang diperiksa di Kedah bagi Ops Bongkar dan kita akan melawat gedung-gedung pakaian lain yang menjalankan jualan murah," katanya. - mStar
TOP
Wanita Dipenjara Curi Susu, Kicap
Melaka: Gara-gara mencuri pelbagai barangan termasuk dua bungkus susu formula serta kicap di sebuah pasar raya, seorang ibu enam anak dipenjara enam hari dan didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Hukuman diputuskan Majistret Norina Maludin terhadap Rasmah Joles, 40, dari Tanjung Minyak di sini, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri enam jenis barangan iaitu dua bungkus susu formula Ducth Baby Step 1, dua botol kicap cap Kipas Udang, empat pensil mekanikal jenama Pilot dan masing-masing satu serbuk minuman Super Power enam dalam satu Tongkat Ali, ubat gigi Colgate dan Scoth Brite.
Tertuduh didakwa mencuri semua barangan bernilai RM138.20 milik Pasaraya Giant itu di pasaraya berkenaan di Jalan Tun Fatimah Bachang di sini, kira-kira 9.30 malam pada 26 November 2014.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. - Harian Metro
TOP
Jutawan Berlian Taja Majlis Perkahwinan Untuk 111 Pasangan
GUJERAT: Seorang jutawan berlian dari India telah menjalankan kerja amalnya seperti tahun lepas apabila kali ini beliau telah menaja seramai 111 orang wanita-wanita yang miskin atau pun anak yatim untuk berkahwin.
Ahli perniagaan berusia 44 tahun itu, dia telah menganggap mereka semua sebagai anak sendiri dan sebagai bapa dia bertanggungjawab untuk mengahwinkan mereka. Savani memberikan setiap pasangan hadiah bernilai sehingga 450,000 rupee (RM21,500) setiap seorang "Saya memberikan mereka emas dan perak sebagai perhiasan di hari perkahwinan, perkakas dapur, barangan elektronik, pakaian dan segala perbelanjaan yang berkaitan dengan perkahwinan," katanya. Ini bukan pertama kali Savani menaja wanita miskin untuk berkahwin. Beliau sebenarnya telah memulakan semua ini sejak tahu 2007 lagi dan telah membayar kos perkahwinan kepada lebih 250 orang wanita.
Hartawan itu menjelaskan dia mula membantu wanita yang kurang bernasib baik untuk berkahwin selepas salah seorang rakannya mati dan telah menaja anak perempuan kawannya itu untuk berkahwin. "Saya amat terkejut apabila salah seorang pekerja saya meninggal dunia hanya 12 hari sebelum majlis perkahwinan anaknya berlansung dan menyebabkan kelaurga mereka mengalamai kesusahan untuk meneruskan majlis perkahwinanan," katanya. "Jadi saya memutuskan untuk menjadi bapa angkat kepada anak mendiang kawan saya itu dan teah mengatur kembali majlis tersebut sehingga mereka berkahwin." Savani dipetik sebagai berkata dalam The Times of India: "Saya tidak meminta apa-apa sumbangan untuk menajalankan majlis-majlis ini dan ianya adalah usaha saya kerana tiada apa yang lebih baik dari memastikan anak-anaknya berkahwin." Salah seorang pengantin yang telah menerima perbelanjaan ini telah mennceritakan kepada akhbar yang dia amat bersyukur sangat kepada tuhan kerana telah menghantar seorang bapa yang baik hati ke dalam hidupnya dan jugak adik beradiknya.
Menurut seorang pengguna Twitter, gadis-gadis yang ditaja majlis perkahwinan oeh Savani terdiri dari pelbagai agama.-Siakapkeli.com.my

Remaja 14 Tahun Rogol 3 Beradik Di Bawah Timbunan Rumput
Sa Kaeo (Thailand): Pihak polis Thailand semalam telah berjaya menahan seorang remaja lelaki kerana dipercayai telah merogol 3 orang adik beradik perempuan yang merupakan anak jirannya berusia tujuh hingga sembilan tahun di sebuah kawasan yang bernama Aranyaprathet.
Polis yang menerima laporan orang ramai telah bergegas ke tempat kejadian dan mendapati orang ramai sudah memenuhi perkarangan rumah dan telah menangkap remaja tersebut.
Menurut penghulu Aranyaprathet, Sungwarn Lakunplearn berkata, suspek teah memujuk mereka bertiga untuk bermain di kawasan timbunan rumput tersebut dan telah menarik tangan adik bongsu mereka ke dalam timbunan rumput dan merogolnya.
Selepas merogol adik bongsu mereka, suspek telah menarik kakak-kakak pula dan mereka tidak menolak kerana tidak faham apa yang dilakukan kepada mereka itu,
Setelah puang kerumah mereka bertiga tela menceritakan kejadian tersebut kepada ibu mereka dan menyebabkan ibunya terkejutdan mengadu kepada Sungwarn.
Menurut Timbalan Ketua Polis Aranyaprathet, Kapten Chaiya Maneesoot, pegawai dari Pejabat Keselamatan Manusia dan Pembangunan Sosial Sa Kaeo akan menghadiri sesi soal siasat suspek dan mangsa disebabkan semuanya masih bawah umur. -Siakapkeli.com.my
TOP
AUDI Sponsor Kereta Mewah Kepada Semua Permain Real Madrid
Pengeluar kereta mewah terkenal Audi semalam telah mengikat kontrak tajaan dengan gergasi bola sepak Real Madrid selama 11 tahun.
Pihak Audi berbesar hati memberi sponsor kereta mewah mereka kepada pemain-pemain Real dengan pilihan mereka sendiri dan akan memberi sebijik kereta baru setiap tahun selama 11 tahun kontrak dengan Real.
Bintang bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo dan Sergio Ramos telah memiih untuk memiliki kerera yang paling laju dan terbaru Audi S8 dengan 520 kuasa. Kereta yang paling mendapat sambutan ialah kereta Audi Q7 dimana 12 orang pemain Real memilih kereta model tersebut.
Manakalah Toni Kroos pula telah memilih kereta yang lebih kecil iaitu S7 Sportback, coupe yang lebih cantik dan elegan.
Raphael Varane, Dani Carvajal dan Alvaro Arbeloa pula telah memilih SQ5 yang sporty, dangan kereta berkeupayaan 313-kuasa kuda enjin diesel turbocharged berkembar.
Berikut adalah senarai penuh pemaian Real madrid dan tidak terkecuali jurulatih mereka Carlo Ancelotti yang memilih kereta keluaran Audi tersebut.- Siakapkeli.com.my

Rafizi:Pengiraan Harga Petrol Dan Diesel Tidak Telus Dan Tidak Selari Dengan Harga Pasaran Dunia
Pengumuman harga baru tanpa subsidi bagi RON95, RON97 dan diesel bermula 1 Disember 2014 membayangkan harga petrol dan diesel akan terus dimanipulasi oleh Barisan Nasional dan menjadi beban utama rakyat di masa akan datang. Walaupun Dato’ Seri Najib Tun Razak menggunakan alasan harga yang dibayar oleh rakyat sekarang adalah mengikut harga pasaran, perbezaan di antara harga pasaran dan harga yang ditetapkan Barisan Nasional adalah terlalu ketara.
Harga rujukan minyak mentah Brent di hujung minggu lepas telah mencecah USD68 setong, iaitu penurunan sebanyak 35.2% dari harga sebelum kejatuhan pasaran minyak mentah iaitu sekitar USD105 setong. Harga purata minyak mentah Brent sepanjang bulan November 2014 ialah sekitar USD76 setong, iaitu penurunan sebanyak 27.6% dari harga sebelum kejatuhan pasaran minyak.
Harga rujukan minyak mentah Brent ini menentukan harga rujukan produk petroleum RON95, RON97 dan diesel yang didagangkan di Singapura dan digunakan sebagai asas menentukan harga petrol dan diesel di negara ini. Oleh itu, jika harga rujukan minyak mentah Brent telah jatuh di antara 27% hingga 35%, sudah tentu penurunan RON95, RON97 dan diesel juga adalah dalam lingkungan yang tidak banyak berbeza dari itu.
Malangnya, pengumuman Barisan Nasional menetapkan harga RON95 hanya turun 1.7%, RON97 hanya turun 3.5% malah diesel pula naik 1%. Rakyat tertanya-tanya kenapa ada jurang yang begitu besar di antara harga rujukan di pasaran dunia dan harga yang ditetapkan Barisan Nasional di Malaysia walaupun kononnya harga itu ditetapkan mengikut harga pasaran dunia.
Keadaan ini berpunca dari kaedah penentuan harga yang tidak telus dan memasukkan formula yang menjamin keuntungan syarikat minyak seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Bagi setiap liter RON95 contohnya, Barisan Nasional menjamin keuntungan dan kos dibayar-balik (cost reimbursement) kepada syarikat minyak sebanyak 30 sen.
Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak supaya Kerajaan Persekutuan menyiarkan setiap minggu secara terperinci harga rujukan RON95, RON97 dan diesel di pasaran dunia yang menggunakan harga terbitan MOPS (Means of Platts Singapore) serta kos-kos lain yang dimasukkan di dalam perkiraan menentukan harga pasaran Malaysia bagi RON95, RON97 dan diesel. Hanya dengan ketelusan sebegini Barisan Nasional boleh mengenepikan pandangan serong rakyat bahawa ia mengambil keuntungan dengan menetapkan harga minyak yang lebih tinggi kepada rakyat walaupun harga pasaran dunia telah jatuh menjunam.
Pada masa yang sama, KEADILAN juga telah menubuhkan pasukan sendiri untuk memantau harga pasaran RON95, RON97 dan diesel untuk memastikan harga pasaran di Malaysia adalah selari dengan harga pasaran dunia. KEADILAN akan mendedahkan secara terperinci harga pasaran rujukan MOPS serta kos-kos lain yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan pada setiap minggu untuk membolehkan rakyat mendapatkan harga minyak terbaik.
Perbezaan harga yang ketara ini (iaitu penurunan 2% di Malaysia berbanding kejatuhan 28% hingga 35%) juga menimbulkan tanda tanya sama ada Barisan Nasional akan mengenakan cukai petrol secara senyap-senyap seperti yang berlaku sepanjang bulan November 2014.
Kenyataan Dato’ Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan pada 31 Oktober 2014 yang disiarkan BERNAMA secara jelas menyebut bahawa jika harga minyak mentah dunia jatuh ke harga di bawah USD75 setong, harga petrol RON95 sepatutnya menjadi sekitar RM1.72 seliter. Menurut beliau, pada ketika itu Kerajaan Persekutuan boleh membuat keputusan sama ada mengenakan cukai petrol untuk mengekalkan harga yang lebih tinggi.
Pada ketika ini, harga minyak mentah dunia telah pun jatuh ke paras USD68 setong. Malah, harga rujukan purata minyak mentah bagi November 2014 dianggarkan sekitar USD76 setong. Mengikut kenyataan Dato’ Ahmad Maslan sendiri sebulan yang lepas, harga RON95 yang lebih selari dengan harga pasaran sepatutnya adalah RM1.72 seliter, bukannya RM2.26 seperti yang diumumkan semalam.
Oleh yang demikian, saya akan terus berkempen supaya harga minyak diturunkan melalui kempen #turunhargaminyak. Sementara menunggu demonstrasi yang telah diumumkan pada 31 Disember 2014 ini, KEADILAN akan membantu rakyat dengan mengumumkan setiap minggu harga pasaran RON95, RON97 dan diesel mengikut harga pasaran antarabangsa untuk mengelakkan Barisan Nasional mengambil kesempatan mencukai rakyat melalui cukai petrol secara senyap-senyap seperti yang telah berlaku sejak sebulan lalu- RafiziRamli
TOP
Gambar Nabila Huda Jual 'Hot Dog' Dapat Komen Lucah Dari Peminat
Macam biasa, apa yang dibuat oleh artis mesti ada je yang tidak kenakan. Kali ini telah menjadi perhatian ramai apabila sekeping gambar Habila Huda sedang menjual hot dog di Star Hype Fiesta baru-baru ini telah menjadi bahan lucah oleh peminat.
Yang mengejutkan ramai daripada peminat telah memberi banyak komen negatif tentang gambar ini. ada yang bercakap Nabila sudah selalu dapat pegang 'Hot Dog' dan macam-macam lagi la sampai admin pun tidak sanggup hendak baca dan kongsi semua gambar dengan pembaca.
Di bawah ini adalah komen-komen dari segelintir peminat yang semua otak 'Blue' termasuk perempuan sekali. Tapi yang dikongsi ni tidaklah keterlaluan dan sudah ditapis jika keterlaluan.
Adoi, teruk betul ayat-ayat yang ditulis kepada Nabila, jual 'hot dog' pun jadi isukan dan yang paling teruk ada yang imaginasi tinggi sangat.
Macam-macam perangai manusia inikan. Apapun tahniah kepada Nabila atas usaha beliau mencari rezeki yang halal dengan berniaga 'Sosej' ini dimana dengar kata mendapat sambutan yang hangat.- Siakapkeli.com.my

Restoran Tok Keramat Paling Murah Dalam Malaysia?
Kita seringkali diwar-warkan dengan di media sosial tentang makanan yang mahal di mana seseorang terkejut apabila hendak dibayar dan mendapat selaran dari ramai pengguna.
Tetapi kali ini kami akan berkongsi kisah sebuah kedai makan yang mungkin antara yang termurah di Malaysia terletak di jalan Ilmu berhampiran Tanjung pauh,Jitra kedah, dimana mengenakan cas yang amat murah untuk pelanggannya menikmati makanan.
Bayangkan secawan kopi 'O' hanya 20sen? kalau di Kuala Lumpur Kopi 'O' ni dah RM 1.20 beza seringgit tu, banyak bezanya. mereka bukan sahaja menyajikan makanan lauk pauk murah malah kalau anda ingin menambah nasi harga nasi tambah anda adalah percuma.
Jadi tidak hairanlah ramai orang berduyun-duyun datang ke kedai ini.Apa yang dibuat kedai ini semestinya menarik minat pelajar-pelajar yang berada dikawasan itu untuk menjamah makanan di kedai ini kerana restoran ini berdekatan dengan empat buah kolej utama iaitu Politeknik Sultan Abdul Halim Muazam Shah(Polimas), Intitut Perguruan Darul Aman(IPDA), Institut Aminudin Baki cawangan utara dan Institut Latihan Perindustrian.
Memang ramai jawabnya pelajar-pelajar akan datang ke kedai ini. Restorna ini jugak sedang membuat promosi dimana mereka akan menghadiahkan sebiji motosikal bagi pelanggan mereka yang ke sejuta. Siapalah yang bertuah itukan.
Apapun tahniah Admin ucapkan kepada pengusaha kedai ini kerana berani menjual makanan dengan harga murah kepada orang ramai. Orang lain sibuk untuk menaikkan harga tetapi masih ada insan mulia seperti ini yang menjual makanan dengan murah.
Kami doakan kedai ini akan lebih maju dan sentiasa diberkati.- Siakapkeli.com.my

Gambar Dakwa Ikan Talapia Diberi Makan Babi Tersebar
Jika sebelum ini, kita dihebohkan dengan isu ikan patin yang diternak di Perak diberi makan bangkai babi, kini timbul pula isu baru iaitu ikan talapia diberi makanan yang sama tetapi kali ini di Bukit Redang Panjang, Ijok Selama, Perak.
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Rebus Tidak Empuk, telah memuat naik dan menangkap gambar terbabit mendakwa objek terapung ditengah-tengah kolam ikan itu adalah bangkai babi.
Diharap agar pihak berkuasa menjalankan siasatan secepat mungkin atas dakwaan yang berat ini. Bagi orang ramai yang was-was, diharap berhenti dari membeli ikan talapia dari kawasan sekitar sehingga pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu ini.
Bagi yang mempunyai maklumat yang lebih lanjut mengenai isu ini diminta menghubungi kami melalui facebok Siakapkeli - Siakapkeli.com.my

Video: Pemain Singapura Mengamuk Selepas Kekalahan Ditangan Malaysia
Kekalahan Singapura ditangan Malaysia baru-baru ini didalam Kejohanan Bola Sepak AFF Suzuki Cup telah menjadi topik perbualan hangat di kalangan peminat bola sepak tempatan dan Singapura sendiri dimana dengan pelbagai 'troll' yang dibuat termasuk kes penjaga gol yang 'hilang'.
Kalah menang adalah adat permainan bagi apa-apa sukan pun dan harus diterima dengan terbuka dan jika tidak puas hati pun ada saluran yang sepatutnya digunakan.
Dalam kerancakan bola sepak AFF Suzuki ini telah dicemari dengan sikap tidak profesional seorang pemain skuad Lions di mana seorang pemain berjersi 20 telah mengamuk selepas permainan tamat dengan menyepak barang-barang di bangku simpanan dan wartawan yang merakam aksi tersebut telah dihalau oleh pegawai pasukan tersebut.
Bagaimanapun pemain tersebut telah ditenangkan oleh pegawai dan rakan sepasukannya. Bagi admin ini adalah satu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang pemain bola sepak profesional kerana boleh menjatuhkan maruah pasukan yang diwakili beliau sendiri.
Mari kita saksikan video tersebut.-Siakapkeli.com.my

Rumah Semakin Mahal? Jom Beralih ke Rumah Kontena
Tidak dapat dinafikan, harga rumah di Malaysia semakin hari semakin mahal. Hal ini menyebabkan mereka yang ingin membeli rumah, lebih-lebih lagi golongan belia yang mahu membeli rumah pertama mereka, buntu untuk memiliki keperluan asas ini.
Memahami masalah ini tidak dapat dielakkan, seorang anak muda tempatan yang juga seorang web designer, Mohd Azree mengambil langkah alternatif iaitu dengan membina sebuah rumah kontena, trend rumah yang semakin popular di barat.
Rumah kontena, atau dalam bahasa inggerisnya, container house merupakan rumah yang terbina dari beberapa blok kontena, yang biasanya boleh dijumpai di atas kapal pengangkut barang. Kemudian blok-blok kontena ini disambungkan menjadi sebuah rumah yang selesa mengikut citarasa pemilik sendiri.
Menurut Mohd Azree, kos keseluruhan yang diperlukan untuk membina rumah kontena ini adalah RM 50,000 termasuklah sebidang tanah seluas 2400 kaki persegi. Lebih menarik, rumah tersebut hanya mengambil masa selama seminggu untuk siap.
Apa yang paling menarik tentang rumah kontena adalah harganya yang murah dan juga ketahanannya. Sebab itu anda boleh melihat kontena ini digunakan oleh syarikat-syarikat pembinaan untuk dijadikan sebagai 'pejabat' di tapak pembinaan. Malah ada juga syarikat perhotelan yang menjadikan kontena sebagai bilik hotel mampu bilik.
Tetapi rumah kontena Mohd Azree yang anda lihat di dalam gambar diatas masih belum siap sepenuhnya. Bagi yang belum tahu, rumah kontena tidak semestinya berbentuk kotak sahaja. Lihat gambar dibawah dan bayangkan apa yang boleh anda cipta dengan rumah kontena.
Mungkin rumah kontena boleh dikomersialkan dan menjadi alternatif yang serius kepada rumah-rumah di Malaysia yang semakin mahal. Di beberapa buah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, rumah kontena sudah pun digunakan secara meluas malah ada yang membina rumah mewah dengan menggunakan kontena sahaja.
Bagi yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rumah kontena boleh melayari www.rumahkontena.com. - Siakapkeli.com.my

Video:'Slow Motion' Hamster Gemuk Super Comel Yang Tengah Beraksi
Bagi peminat haiwan comel pasti anda akan teruja melihat video ini dimana memaparkan beberapa ekor Hamster yang sedang makan dan berlari dalam gerakan perlahan.
Anda bayangkan seekor haiwan super comel yang kecil, berbulu lebat, Pemalas, gemuk sedang berlari-lari dan makan dirakam dengan diperlahankan pergerakan haiwan-haiwan ini.
Memang geram melihat telatah mereka dengan kaki pendek berlari-lari dapat dilihat dengan gerak perlahan sambil bulu-bulu halus mereka mengerbang, isi-isi perut bergoyang dan aksi memakan buritto.
Mari saksikan budak-budak comel ini beraksi.- Siakapkeli.com.my
TOP
Video : Burung Merpati 'Troll' Kucing Hitam
Satu video yang 'dibintangi' oleh seekor burung merpati yang cuba melarikan diri dari seekor kucing telah menjadi viral, dan kini telah ditonton lebih dari 200.000 kali di Youtube.
Apa yang menjadikan video itu viral adalah kerana kepintaran burung tersebut melarikan diri dari kucing dengan gaya tersendiri, seolah-olah seperti men'troll' kucing itu.
Akibatnya, kucing tersebut terpaksa berjalan secara kebelakang untuk menangkap makan tengah harinya. ─ Siakapkeli.com.my
Saksikan video dibawah :
Akibatnya, kucing tersebut terpaksa berjalan secara kebelakang untuk menangkap makan tengah harinya. ─ Siakapkeli.com.my
Saksikan video dibawah :
TOP
Nilai Ringgit Dalam Arah Aliran Menurun Terbesar Berbanding Zaman Gawat 1997-1998
KUALA LUMPUR: Nilai mata wang Ringgit hari ini dilihat bergerak kearah trend menurun terbesar berbanding dengan Dolar Amerika sejak krisis kegawatan ekonomi pada tahun 1997-1998.
Perkara ini terjadi berikutan kebimbangan terhadap penyusutan pendapatan negara pengeksport minyak dunia yang melihat harga pasaran minyak yang semakin merudum.
Ringgit menyusut sebanyak 1.3 peratus kepada 3.4250 berbanding satu dolar Amerika pada jam 10.38 pagi tadi.
Selain itu menurut data yang diperolehi dari Bloomberg, ringgit dilihat telah menurun dengan nilai yang terbesar dalam masa 2 hari iaitu 2.3% lebih teruk dari penurunan sejak jun 1998 sebelum Tun Mahathir membuat keputusan membuat tambatan ringgit.
Pagi tadi harga minyak dunia susut 2.3% iaitu paras terndah sejak lima tahun.
Menurut pakar Strategi Commonwealth Bank of Australia yang berpangkalan di Singapura, Andy Ji berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang paling terjejas dengan penurunan harga minyak sekarang.
"Ringgit pula dijangka boleh menyusut sehingga 3.45 pada minggu ini," katanya.
Kehilangan potensi pendapatan bakal menyukarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengurangkan defisit fiskal kepada tiga peratus pada tahun 2015 daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 3.5 peratus tahun ini.- Siakapkeli.com.my
TOP
Harga Diesel Naik kerana Kerajaan Telah Banyak Tanggung Subsidi Sebelum Ini
KAMPAR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek menjelaskan kenaikan minyak diesel sebanyak 3 sen seliter adalah kerana kerajaan telah banyak menampung subsidi sebelum ini.
"Dari segi diesel ini, subsidi yang diberikan terlalu besar. Oleh kerana itu bila kita kaji dan bincang semula, kita tidak boleh turunkan harga.
"Berdasarkan pengapungan harga ini, tiada pilihan bagi kita untuk naikkan harga tiga sen seliter," katanya kepada media.
Beliau bagaimanapun berkata kerajaan akan sentiasa memantau harga runcit petrol dan diesel setiap bulan berdasarkan harga semasa pasaran minyak dunia.
"Kita akan mengkaji beberapa pendekatan baru berdasarkan kepada maklum balas daripada peringkat akar umbi, rakyat," kata beliau.- Siakapkeli.com.my
TOP
Bekas Presiden Menang Pilihan Raya Presiden Uruguay
MONTEVIDEO – Bekas presiden, Tabare Vazquez menang dalam pilihan raya presiden pusingan kedua semalam, sekali gus melanjutkan pemerintahan partinya di negara berkenaan.
Menurut tiga tinjauan berasingan selepas pengundian, Vazquez, 74, yang sebelum ini pernah menjadi presiden dari 2005 hingga 2010, menang antara 53 dan 53.9 peratus undi, akan menggantikan rakannya dalam parti ‘Broad Front’ (FA), Jose Mujica.
Menurut firma tinjauan pendapat, Factum, Cifra dan Equipos Mori, pencabarnya, Lusia Lacalle Pou, ahli Parlimen berusia 41 tahun memperoleh antara 40.6 dan 42 peratus undi.
Lacalle Pou adalah anak lelaki bekas presiden yang bertanding atas tiket Parti Nasional. – AFP
TOP
Rumah Ditumbuhi Pokok Disewa RM529 Seminggu
LONDON – Seorang penduduk mampu memperoleh pendapatan sehingga £40,000 (RM211,720) setahun hasil dari menyewa secara haram sebuah kediaman usang dan mempunyai pokok besar yang tumbuh dalam rumah tersebut.
Gambar yang dirakamkan dalam rumah tiga bilik yang terletak di Clapham, barat London itu menunjukkan sebatang pokok telah membesar di dalam salah satu bilik.
Majlis Perbandaran Lambeth menganggarkan bahawa, pemilik rumah itu telah menyewakan rumah tersebut pada kadar £100 (RM529) seminggu dan mampu memperoleh keuntungan sehingga £40,000 (RM211,720)) setahun.
Rumah itu merupakan salah satu daripada 1,200 buah rumah yang diserahkan untuk diurus oleh Persatuan Perumahan dan Koperasi pada tahun 1970-an sebelum ia dituntut kembali oleh Majlis Perbandaran Lambeth untuk dijual kepada syarikat hartanah.
Sehingga kini kediaman itu masih berlum terjual dan dibiarkan kosong.
“Mereka yang tinggal dalam rumah haram ini berhadapan dengan bahaya yang boleh mengancam nyawa mereka,” kata Matthew Bennett yang merupakan seorang ahli kabinet perumahan.
Katanya lagi, beliau terkejut bagaimana mereka mampu membuat wang dengan menyewa rumah itu yang berbahaya dan tidak selamat untuk diduduki. – Agensi
TOP
Banjir Buruk Landa Selatan Perancis
PARIS – Banjir terburuk sejak lebih sedekad lalu yang melanda selatan Perancis memaksa lebih 1,500 orang berpindah dari kediaman mereka, kata beberapa pegawai semalam.
Antara 800 hingga 1,000 orang dipindahkan dari kediaman mereka di sepanjang tebing Sungai Algy di kawasan Pyrenees-Orientales pada tengah hari semalam, menurut pejabat pemerintah rantau berkenaan dalam satu kenyataan.
Banjir kali ini dianggap lebih serius daripada banjir kilat pada 1999.
“Kami memindahkan penduduk yang tinggal dalam lingkungan 200 meter dari tebing sungai itu,” menurut kenyataan tersebut.
Selain itu, 391 orang lagi telah meninggalkan kediaman mereka di Canet, Argeles-sur-Mer dan Barcares yang terletak di pesisir pantai Mediterranean.
“Saya berusia 42 tahun dan saya belum pernah melihat banjir dahsyat seperti ini,” menurut seorang penduduk Argeles, Kristel Gregori.
Selain Sungai Algy, Sungai Berre di selatan Perancis turut melimpah. Sungai itu mencatat paras tertinggi satu meter melebihi paras semasa banjir pada 1999 yang menyaksikan 35 orang mati dan seorang hilang.
Kira-kira 250 orang pula telah dipindahkan dari kawasan tanah rendah Sigean, juga selatan Perancis.
Banjir, hujan lebat dan ribut berulang kali melanda selatan Perancis sejak beberapa minggu lalu.
Sejumlah empat orang terkorban dan dua orang termasuk seorang budak perempuan berumur lapan tahun masih hilang di selatan Perancis selepas ribut kencang melanda pada Khamis dan Jumaat lalu mencetuskan banjir kilat di rantau itu. – AFP
TOP
Bapa Tanam Bayi Hidup-Hidup Kerana Dilahirkan Bibir Sumbing
KEMBOJA – Hanya kerana dilahirkan dengan bibir sumbing, seorang bapa tergamak menanam bayinya hidup-hidup sebaik sahaja bayi perempuan itu dilahirkan.
Nasib baik bayi itu terselamat selepas dia ditemui oleh seorang budak yang bermain di kawasan kotor berkenaan.
Lelaki kejam itu, Kong Sokthy, 29, dikatakan telah menanam bayi berkenaan sebaik sahaja dia melihat wajah anak yang baru dilahirkan itu.
Dia kemudiannya ditangkap polis namun tuduhan ke atasnya telah digugurkan.
Dalam pada itu, bayi tersebut yang kini sudah berusia tujuh bulan akan menjalani pembedahan selama 45 minit bagi membetulkan bibirnya yang sumbing itu.
Menurut pakar bedah, Dr Mok Theavy, yang akan menjalankan pembedahan secara percuma itu, pembedahan itu adalah mudah dan bayi berkenaan akan dapat makan dengan betul, manakala parutnya tidak akan kelihatan.
Sementara itu, ibu bayi tersebut, Heng Dang tidak menyangka bahawa bibir sumbing dapat dibetulkan menerusi pembedahan.
“Saya tidak sangka bibir sumbing dapat dibetulkan,” katanya.
TOP
Perdana Menteri Thailand Lawat Malaysia
Perdana Menteri Thailand, Jen Prayuth Chan-ocha
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Thailand, Jen Prayuth Chan-ocha, akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia esok hari ini. Menurut kenyataan Kementerian Luar, Jen Prayut akan diiringi oleh delegasi seramai 19 orang terdiri daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri Pertahanan dan Panglima Tentera Darat, Timbalan Menteri Pengangkutan serta pegawai-pegawai kanan. Lawatan ini adalah yang pertama beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand pada 25 Ogos lepas. “Lawatan rasmi itu adalah bagi membina hubungan baik dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan memastikan kesinambungan perkembangan hubungan dua hala sedia ada antara kedua-dua negara. “Selain itu, ia dapat memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk proses damai Selatan Thailand, perdagangan dan pelaburan, projek-projek infrastruktur kesalinghubungan di kawasan sempadan, pengangkutan dan pendidikan. “Semasa lawatan itu, Jen Prayut dijadual mengadakan mesyuarat terhad diikuti dengan mesyuarat delegasi bersama Najib,” menurut kenyataan itu. Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, akan menjadi hos pada jamuan rasmi tengah hari esok bagi meraikan Jen Prayut dan delegasinya. – BERNAMA

Penyerang Tottenham Didakwa Halau Ibu Kerana Ilmu Hitam
TOGO – Ibu kepada penyerang Tottenham Hotspur, Emmanuel Adebayor, kecewa selepas anaknya sendiri menuduh dia mengamalkan ilmu hitam `Juju’ terhadap pemain bola itu.
Wanita berkenaan, Alice, 62, yang menetap di negara Afrika itu turut menuduh Adebayor yang kini seorang jutawan, menghalaunya dari rumah mereka.
Meskipun anaknya itu berpendapatan kira-kira RM900,000 seminggu, namun selepas Adebayor menghalau ibunya itu, wanita berkenaan terpaksa menyara hidup dengan menjual tomato.
Dia hanya mendapat pendapatan kira-kira RM5 sehari.
Adebayor dikatakan berbuat demikian kerana mendakwa keluarganya cuba merancang untuk menguasai hartanya apabila dia meninggal dunia kelak dan mereka menggunakan Juju bagi tujuan berkenaan.
Adebayor bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.
“Saya hanya seorang pemain bola, bagaimana saya boleh melihat sama ada seseorang itu ahli sihir atau tidak. Saya tidak pernah menghalau ibu saya, dia yang mengambil keputusan untuk berpindah.
“Tetapi sekarang bagaimana saya hendak berhubung dengan ibu saya jika dia sendiri menyatakan bahawa prestasi saya tidak akan meningkat,’’ katanya.
Adebayor juga memberitahu dia telah memberikan wang kepada ibunya dan enam adik beradiknya yang lain untuk memastikan mereka menjaga ibunya.
“Jika mereka mendakwa saya tidak menjaga ibu saya, bagaimana dengan enam adik beradik yang lain, kenapa mereka tidak boleh melakukannya dan bekerja,’’ katanya.
Adebayor pernah bermain untuk kelab bola sepak terbesar dunia termasuk Manchester City, Arsenal dan Real Madrid.
TOP
Hidangan Sosej Daging Anjing Dikecam
ZURICH – Kumpulan aktivis pencinta haiwan telah menghantar petisyen kepada kerajaan Switzerland agar mengharamkan amalan tradisi Negara yang menjadikan kucing dan anjing sebagai hidangan ketika perayaan Hari Natal.
Presiden kumpulan SOS CHAT Noiraigue, Tomi Tomek berkata, masih terdapat 3 peratus daripada penduduk negara berkenaan terutama di Appenzull, Lucerne, Jura dan Berne yang masih makan hidangan berkenaan.
“Anda tidak boleh membuat laporan polis kerana ia tidak bertentangan dengan undang-undang,’’ katanya.
Daging anjing kebiasaannya dijadikan sosej manakala kucing pula sering dihidangkan ketika menyambut perayaan krismas.
SOS CHAT Noiraigue sebelum ini berjaya dalam kempennya agar penjualan bulu kucing diharamkan.
TOP
Isteri Terpaksa Berhutang Beli Susu, Lampin Suami
JITRA: Rohana Ariffin, 46, (kanan) dan anaknya Natasha, 11, (kiri) yang menjaga Piaamaddin Saad, 48, yang terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya pada Disember 2012 ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Kandis, Kodiang dekat sini hari ini. - Foto BERNAMA
JITRA – Seorang isteri terpaksa berhutang dengan rakan dan jiran untuk membeli susu khas, lampin pakai buang serta ubat untuk suaminya yang terlantar akibat kemalangan. Rohana Ariffin, 46, dari kampung Kandis, Kodiang dekat sini berkata suaminya Piaamaddin Saad, 48, lumpuh seluruh badan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Disember 2012 di Pendang. Rohana berkata, dia terpaksa berhutang selepas bekalan susu khas untuk suaminya dari hospital telah habis sejak Oktober lepas. “Susu itu harga RM78 setin dan hanya bertahan tiga hari. “Saya dah buat permohonan kepada pihak hospital untuk dapatkan susu khas itu secara percuma pada tahun hadapan. “Tapi sebelum sampai tahun depan saya terpaksa beli sendiri bekalan. Saya tak mampu nak kerja sebab ada ketumbuhan pada ovari. “Bantuan dari JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) sebanyak RM300 sebulan tidak cukup untuk tampung perbelanjaan suami lebih RM1,000 yang memerlukan perhatian sepenuhnya,” kata Rohana kepada pemberita di rumahnya hari ini. Rohana berkata dia dan suami bersama dua anak Iskandar Zulqurnain, 15, dan Natasha, 11, yang masih bersekolah terpaksa mengharapkan bantuan orang ramai yang memberi zakat dan pelbagai sumbangan lain bagi meneruskan kehidupan. Katanya, dia juga tidak mampu untuk membayar yuran persekolahan untuk anaknya. Rohana berkata Iskandar kini mengambil upah mencuci kereta berhampiran rumah mereka bagi mengumpul duit untuk membeli kelengkapan persekolahan dan buku pada tahun hadapan. “Saya harap ada pihak tampil bagi bantuan kepada keluarga,” katanya. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Rohana di talian 017-5857686 atau terus ke akaun Agro Bank 1-00-5031-00005954-5. – BERNAMA

Remaja Hilang 4 Tahun Disembunyi Dalam Dinding
Dilaporkan hilang pada 2010, siapa pun tak menduga rupa-rupanya remaja lelaki berusia 13 tahun itu disembunyikan di dalam dinding palsu di sebalik almari kain di rumah bapanya.
Walau bagaimanapun, penderaan tersebut berakhir apabila remaja itu menghantar pesanan kepada ibunya di Florida, Amerika Syarikat, melalui satu muat naik aplikasi.
Dalam mesej tersebut, remaja malang itu memaklumkan dia telah dikurung dan didera di rumah bapanya di daerah Clayton, Georgia.
Ibunya lantas menghubungi talian kecemasan sebelum sepasukan polis ke kediaman berkenaan dan menemui mangsa tersembunyi di ruangan sempit itu yang terletak di dalam garaj.
Detik-detik pertemuan anak beranak ini sangat menghibakan hati kerana remaja berkenaan enggan melepaskan pelukan, mungkin kerana terlalu rindu akan ibunya.
Menurut anggota polis yang menyerbu kediaman tersebut, Joanne Southerland, mangsa tak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa setelah ditemui.
Lima individu yang tinggal di situ termasuk bapa dan ibu tiri mangsa kemudiannya ditahan atas dakwaan mengurung secara salah, menutup perbuatan jenayah dan penderaan.
Mengimbas kembali kejadian, ibu mangsa telah membuat laporan kehilangan mangsa pada pihak kebajikan pada 2010, namun tidak kepada polis kerana dia merupakan pendatang asing. – MYNEWSHUB.CC
TOP
UMNO & PKR Platform Bukan Melayu – Ridhuan Tee
Sekali lagi, pensyarah yang juga penceramah, Dr Ridhuan Tee Abdullah mengeluarkan kenyataan sensasi apabila mendakwa pemimpin bukan Melayu menjadikan BN & PKR sebagai batu loncatan untuk meneruskan hayat politik mereka.
Tenaga pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin itu berkata, bukan Melayu menggunakan parti PKR sebagai taktik untuk menerajui kepimpinan negeri manakala BN pula digunakan oleh parti komponennya untuk mengekalkan kuasa di Semenanjung.
Memetik kenyataannya di akhbar Sinar Harian, “Seperti Barisan Nasional (BN), bukan Melayu menggunakan PKR sebagai batu loncatan untuk mendapat kerusi dan jawatan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dalam negeri yang ditawan.
Sama seperti parti komponen BN. Kemenangan mereka di Semenanjung bergantung kepada undi Melayu.”
Dalam pada itu, dia juga mendakwa bahawa survival PKR dalam arena politik tempatan tidak akan bertahan lama andai ianya dipimpin oleh bukan Melayu.
“Jika PKR yang didewakan sebagai parti untuk semua kaum, saya cadangkan mereka memberi laluan bukan Melayu untuk menjadi presiden selepas ini. Saya yakin parti ini akan terkubur.”
Ridhuan juga mempersoalkan undi yang diberikan oleh kaum Melayu kepada calon DAP walaupun parti itu terang-terang meminggirkan mereka.
“DAP, walaupun mendakwa mereka adalah parti untuk semua kaum, hakikat sebenar tidak. Itu hanya strategi untuk mengaburi dan memenangi hati orang Melayu dan secara halus meminggir dan menyingkirkannya.” – MYNEWSHUB.CC
TOP
DAP Mahu Kerusi Timbalan Speaker Tambahan DUN Selangor
Suasana Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor
Selepas parti DAP gagal merebut kerusi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini, PAS tetap mahukan kerusi berkenaan melalui desakan agar diwujudkan satu lagi jawatan. Kemahuan itu dizahirkan dalam Konvensyen DAP Selangor semalam, memetik laporan Agenda Daily. Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, berkata parti itu mahukan satu jawatan lagi diwujudkan untuk Timbalan Speaker DUN Selangor dan dikhususkan untuk wakil DAP pula. Menurut beliau, bukan menjadi niat parti itu mahu menidakkan fungsi PAS menduduki jawatan itu tetapi DAP cuma mahukan jawatan tambahan. Tony berkata, biarpun DAP terus setia dalam Pakatan Rakyat dalam konflik pelantikan Menteri Besar Selangor tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dapat lebih kerusi dalam komposisi Exco Kerajaan Negeri. Proses pengundian jawatan Timbalan Speaker DUN berlangsung dalam sidang DUN 24 November lepas di mana DAP turut meletakkan calonnya sendiri iaitu ADUN Sekinchan Ng Suee Lim. Pada asalnya, kerusi berkenaan sudahpun dipersetujui dikhususkan untuk wakil PAS. Pengundian dimenangi ADUN Bangi dari PAS Dr Mohd Shafie Ngah tetapi kesemua 14 ADUN DAP mengundi calon mereka. Difahamkan perbuatan DAP mencalonkan Ng teleh menyebabkan rasa tidak senang dalam PAS Selangor. Bagaimanapun, PAS memilih untuk terus berdiam kerana suara politik dalam negeri Selangor parti itu kini tenggelam ekoran PKR dan DAP saling bersama-sama bekerjasama dalam isu Menteri Besar sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

Harga Diesel Naik 3 Sen Kerana K’jaan Banyak Tampung Subsidi
KAMPAR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata kenaikan harga runcit minyak diesel sebanyak tiga sen seliter bermula hari ini, disebabkan kerajaan telah banyak menampung subsidi sebelum ini.
“Dari segi diesel ini, subsidi yang diberikan terlalu besar. Oleh kerana itu bila kita kaji dan bincang semula, kita tidak boleh turunkan harga.
“Berdasarkan pengapungan harga ini, tiada pilihan bagi kita untuk naikkan harga tiga sen seliter,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pasar raya Giant baharu di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan akan memantau pasaran harga pada bulan ini bagi menetapkan harga runcit petrol dan diesel untuk bulan berikutnya.
“Kita akan mengkaji beberapa pendekatan baru berdasarkan kepada maklum balas daripada peringkat akar umbi, rakyat,” kata beliau. – BERNAMA
TOP
Prayut Diberi Sambutan Rasmi Di Dataran Perdana, Putrajaya
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha yang tiba di sini untuk lawatan rasmi pertama sejak dilantik memegang jawatan itu, diberi sambutan penuh istiadat di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.
Ketibaan beliau disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Prayut kemudian memeriksa barisan kehormatan yang terdiri daripada 106 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Perdana Menteri Thailand itu diiringi delegasi 19 anggota yang terdiri daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri Pertahanan dan panglima besar tentera, Timbalan Menteri Pengangkutan dan pegawai-pegawai kanan yang lain.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Menteri-menteri kabinet, diplomat asing dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Prayut dan Najib kemudian mengadakan pertemuan empat mata diikuti dengan mesyuarat delegasi.
Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan menjadi tuan rumah majlis rasmi makan tengah hari bagi meraikan Prayut dan delegasi Thailand di Seri Perdana.
Menurut Wisma Putra, lawatan itu adalah yang pertama Prayut ke Malaysia selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand pada 25 Ogos lalu.
Tujuan lawatan ini adalah untuk membina hubungan baik dengan Najib dan meninjau kemajuan hubungan dua hala sedia ada antara kedua-dua buah negara.
Lawatan itu juga memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk meneroka jalan bagi mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang seperti proses dialog perdamaian selatan Thailand, perdagangan dan pelaburan, projek penghubung infrastruktur di sepanjang kawasan sempadan, pengangkutan dan pendidikan. – BERNAMA
TOP
TERKINI : Pesawat Latihan Terhempas Di Pengkalan Chepa
TERBALIK... Keadaan pesawat pelatih yang terhempas di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan sebentar tadi.
Sebuah pesawat yang digunakan untuk latihan penerbangan dilaporkan terhempas di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan sebentar tadi. Beberapa keping gambar berkaitan kejadian berkenaan sudah pun tersebar di internet menunjukkan pesawat berkenaan terhempas di atas kawasan rumput dalam keadaan terbalik.
Nasib juruterbang yang mengendalikan pesawat berkenaan sehingga kini tidak diketahui. Berita selanjutnya akan menyusul. – MYNEWSHUB.CC

Rita Rudaini Malu Masih Digandingkan Dengan Aktor Muda
KUALA LUMPUR – Pelakon Rita Rudaini mengakui malu apabila sering ditawarkan menjadi heroin bergandingan dengan pelakon lelaki lebih muda dalam sesebuah drama yang dibintangi walaupun usianya kini sudah 38 tahun.
Rita berkata, meskipun masih diberi kepercayaan memegang watak utama, dia tetap risau perkara tersebut akan membuatkan dirinya dilihat lebih tua daripada gandingannya itu.
“Saya risau juga apabila digandingkan dengan pelakon muda, takut nampak tua dan tidak sesuai dengan gandingan saya di televisyen nanti.
“Tetapi sehingga kini saya sering ditawarkan menjadi heroin kepada aktor-aktor muda dan berdasarkan kata pengarah, pihak stesen TV yang mahukan saya. Nak tergelak pun ada, saya anggap semua ini rezeki buat anak-anak,” katanya.
Rita ditemui selepas majlis pelancaran produk Rudaini Beaute di Hotel Royal Chulan di sini pada Ahad.
Majlis tersebut disempurnakan oleh isteri kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man iaitu Datin Seri Nor Aswana Omar.
Dalam pada itu, Rita yang baru saja selesai penggambaran drama Satu Hari bersama Remy Ishak memberitahu, dia turut bersyukur kerana masih lagi diberi peluang menjadi heroin di mana tidak semua pelakon wanita seusianya masih berpeluang memegang watak utama itu.
“Apa-apapun, saya hanya menerima tawaran lakonan sekiranya pelakon lelaki itu pernah bergandingan dengan saya. Kalau tidak, susah untuk saya mendapatkan keserasian.
“Malah saya akan menolak dengan baik jika ada penerbit yang mahu saya bergandingan dengan aktor berwajah ‘jambu’. Rasa macam dah tak sesuai sangat dah tu,” selorohnya.
Sementara itu, mengenai Rudaini Beaute, rangkaian produk tersebut terdiri daripada set penjagaan kesihatan dalaman iaitu Luv My Coffee serta set kecantikan Rudaini Beaute Skincare dan Angel Mask.
Rudaini Beaute memasarkan produk-produk menerusi kaedah pemasaran secara talian menggunakan laman sosial Instagram rasmi iaitu @b_fabulousgalleria dan @luvmycoffee_rr selain stokis yang dilantik secara sah bermula 1 Disember 2014.
Untuk sebarang keterangan lanjut, hubungi Cik Ala (019-2636501) dan Wawa (012-4808727). - mStar Online
TOP
Mangsa Banjir Di Changkat Jong Menurun Kepada 182 Orang
IPOH – Jumlah mangsa banjir di Changkat Jong, Teluk Intan berkurangan kepada 182 orang pagi ini berbanding 192 orang petang semalam.
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak, Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata 10 daripada 192 mangsa yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong dibenarkan pulang sejak malam tadi.
Beliau berkata mangsa yang masih berada di sekolah itu melibatkan 58 keluarga.
Ini merupakan kali kedua Changkat Jong dilanda banjir dalam tempoh dua minggu selepas ban Sungai Bidor pecah akibat hujan lebat dan airnya melimpah ke kawasan penempatan penduduk.
Kejadian pertama berlaku pada 14 Nov lepas melibatkan 56 mangsa daripada 16 keluarga. – BERNAMA
TOP
Pas Sempadan Format Buku Dilancar Hari Ini
PETALING JAYA – Pas sempadan untuk kegunaan rakyat Malaysia yang berulang alik ke Thailand akan dilancarkan dalam format baru berbentuk buku hari ini.
Pelancaran itu bakal disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena sambutan Hari Imigresen 2014 di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen, Putrajaya.
Acara itu juga akan disertai Ketua Pengarah Imigresen yang baharu, Datuk Mustafa Ibrahim.
Mstar Online dalam laporan eksklusifnya pada Ogos lalu menyiarkan tentang pengeluaran pas sempadan Malaysia-Thailand dalam bentuk buku yang lebih berkualiti dan menyerupai pasport Malaysia, dijangka bermula September.
Dokumen perjalanan terhad ini bagi kegunaan penduduk tempatan khususnya di Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak (hanya di bahagian Hulu Perak).
Pas sempadan sebelum ini dikeluarkan dalam bentuk sekeping kertas, yang mudah rosak akibat dilipat atau terkena air.
Jika pasport Malaysia yang merupakan dokumen perjalanan antarabangsa berwarna merah, pas sempadan baru ini pula akan berwarna biru.
Di kulit hadapan pas ini juga akan menyerupai seperti pasport, mempunyai lambang Jata Negara dengan perkataan “Malaysia” selain tertulis perkataan “Pas Sempadan” berwarna emas.
Mstar Online melaporkan bahawa penggunaan buku pas sempadan ini bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti dan ciri keselamatan dokumen perjalanan sementara selain memudahkan pemeriksaan imigresen di pintu masuk sempadan.
Pembaharuan pada pas sempadan baharu ini turut dilengkapi dengan muka surat depannya mempunyai nombor bercirikan ‘Machine Readable Zone’ (MRZ) di mana ia tidak boleh dijadikan pendua (duplicate) untuk pemohon lain.
Ciri MRZ digunakan oleh kebanyakan pasport antarabangsa untuk pemeriksaan maklumat peribadi yang mengikut standard Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Selain pelancaran buku pas sempadan, Hari Imigresen 2014 yang disambut pada 1 Disember akan menyaksikan pelbagai aktiviti seperti hari bertemu pelanggan, karnival kerjaya dan pameran oleh vendor-vendor yang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen.
Antara lain ialah persembahan pancaragam, kawad senyap termasuk pertunjukan daripada Pasukan Kawalan Khas (PKK) dan Grup Taktikal Khas (GTK) Imigresen. – mStar Online
TOP
Ketua Wanita PKR Dihalang Masuk Ke Sarawak
KUCHING – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dihalang daripada memasuki Sarawak iaitu buat kali kedua tahun ini.
Ahli Parlimen Ampang itu menaiki penerbangan Malindo Air pada pukul 7.15 pagi Ahad dari Kuala Lumpur ke Kuching.
Turut bersama beliau dalam penerbangan itu ialah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.
“Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 9.30 pagi dan menuju ke kaunter imigresen. Saya lepasi pemeriksaan tanpa masalah,” kata Nik Nazmi pada Ahad.
Bagaimanapun seorang pegawai imigresen meminta Zuraida supaya menunggu sebelum diberitahu bahawa namanya berada dalam senarai hitam.
Zuraida kemudiannya diarahkan pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Malindo Air pada pukul 4.30 petang.
Mereka berada di Sarawak sebagai sebahagian daripada kempen ‘Rakyat Hakim Negara’ di seluruh negara untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zuraida pertama kali dihalang memasuki Sarawak ketika Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada bulan Mac.
Bagaimanapun beliau dibenarkan memasuki kembali negeri itu pada 19 April lalu ketika berkempen sempena pemilihan PKR. – mStar Online
TOP
Gelandangan Hati Mulia, Derma Semua Dana Bantuan
Siapa sangka, seorang individu yang hidup ‘berbumbungkan langit, berdindingkan angin’, masih memikirkan kesusahan pihak lain daripada dirinya sendiri!
Warga emas berusia 81 tahun itu menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan, namun memilih untuk mendermakan kesemua dana bantuan kepada golongan daif.
Ujar Manayi Ibrahim, pegawai JKM kepada akhbar Harian Metro, “Siasatan mendapati warga emas berkenaan gemar membelikan makanan kepada golongan berkenaan dengan hasil bantuan diperolehnya itu.
Sebelum ini dia pernah dimasukkan ke Rumah Seri Kenangan (RSK) selepas diselamatkan JKM kerana hidup bergelandangan.”
Tambah Manayi, walaupun ditawarkan tempat tinggal oleh anak saudaranya, namun lelaki itu tetap memilih cara hidup seperti itu.
Warga emas itu antara 14 individu yang diselamatkan pihak JKM dalam operasi bersepadu menangani gelandangan dan pendatang asing tanpa izin (Pati) bersama Jabatan Imigresen, PDRM, Majlis Bandaraya Johor Bharu (MBJB) serta JKM sendiri.
Kesemua gelandangan yang mempunyai waris dibebaskan dengan amaran sementara yang tidak memiliki waris, dihantar sementara ke Rumah Seri Kenangan (RSK).
Rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain. Semoga berita ini menjadi iktibar buat masyarakat di luar sana. Nak menderma bukan hanya apabila seseorang itu berduit dan kaya sahaja, ya! – MYNEWSHUB.CC
TOP
Pasangan Cina Sanding Ikut Adat Melayu!
Manis, sopan dan mengujakan!Itu ungkapan sesuai diberikan buat kedua-dua mempelai Tionghua yang memilih adat Melayu sebagai konsep majlis resepsi perkahwinan mereka.
Hari bersejarah unik tersebut berlaku di Kampung Alor Rambai, Kepala Batas, Kedah yang mana Soo Sheng Leng, 28, segak mengenakan persalinan baju Melayu manakala Goh Sok Chin, 27, dibaluti sepasang kurung Kedah.
Lagi bertambah meriah, perkahwinan tersebut dilakukan secara bergotong-royong bersama penduduk kampung bagi meraikan kehadiran 3,000 tetamu.
Bapa pengantin lelaki, Soo Lian Heng, 58, berkata, konsep perkahwinan tersebut sudah lama dirancang bersama ahli keluarga lain bagi merapatkan lagi hubungan dengan penduduk kampung yang kebanyakannya terdiri dari kaum Melayu.
Pemilik kedai runcit tersebut menambah, idea itu kemudiannya disambut baik oleh ahli keluarga termasuk di sebelah pihak perempuan, rakan serta jiran.
Ujarnya kepada pemberita, “Saya berterima kasih kepada rakan dan jiran bagi sokongan kepada saya. Tanpa sokongan mereka kenduri kampung ini tak akan berjaya.”
Soo, pengantin lelaki pula berkata, pada awalnya dia terkejut dengan idea itu namun tidak membantah.
“Saya amat bangga sebagai rakyat Malaysia. Saya dapat berkongsi kegembiraan ini bersama isteri, keluarga dan penduduk kampung.”
Pengantin perempuan, Goh, menambah, “Saya sangat teruja dan ini kenangan manis dalam hidup saya dan suami. Pengalaman ini akan diingat sampai bila-bila.”
Salah seorang penduduk kampung, Suraya Mat Lazim, 44, yang dijemput menghadiri majlis tersebut, terkejut melihat konsep Melayu yang diaplikasikan keluarga Cina itu.
Perkahwinan itu julung kali diadakan oleh masyarakat di kampung tersebut, dan sebagai jiran, Suraya turut membantu bagi melancarkan majlis. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Artis Juga Boleh Berdakwah Selagi Ikut Syarak
ALOR SETAR – Golongan artis sekalipun dibolehkan berdakwah dengan cara mereka tersendiri selagi tidak menyalahi hukum syarak dan akidah.
Timbalan Pengerusi, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam), Datuk Mustaffa Idrus berkata, golongan itu tidak wajar diperlekeh dalam menyampaikan dakwah, namun sekiranya penyampaian dakwah atau ceramah disampaikan itu salah daripada akidah, wajarlah ditegur.
“Islam milik semua umat Islam, sesiapa sahaja berhak menyampaikan dakwah dan wajib mempertahankan kebenaran,” katanya.
Menurutnya, penyampaian atau bentuk dakwah yang pelbagai seperti irama lagu dan nyanyian tidak salah dipraktikkan, kerana seorang pendakwah itu mahu menyesuaikan ilmu agar mudah difahami selain mahu menarik minat semua golongan.
“Tidak wajar menghina golongan artis mahupun pendakwah yang berdakwah dengan pendekatan tersendiri, menggunakan penyampaian berbeza agar ilmu yang dikongsi diterima masyarakat. Ramai pendakwah menggunakan nyanyian dan lawak jenaka agar lebih dekat dengan masyarakat,” katanya.
Mustaffa berkata, pendekatan yang dibawa sama ada nyanyian atau lawak adalah kaedah supaya senang diterima masyarakat khususnya, golongan muda.
“Ia bukan kesalahan, adakah nas yang melarang menyampaikan dakwah melalui nyanyian? Contohnya, Ustaz Kazim Elias menyampaikan dakwah menerusi dendangan, Ustaz Azhar Idrus juga menggunakan pendekatan lagu dan jenaka, di mana hampir 70 peratus pendakwah menyampaikan ceramah diselitkan lagu,” katanya.
Menurutnya, sepatutnya seorang pemimpin bangga apabila golongan artis berubah kepada kebaikan, dan berdakwah ke arah memartabatkan Islam.
“Sama- samalah memartabatkan Islam, bukan menyindir dan mempersendakan artis yang mendapat hidayah dan rahmat ALLAH SWT untuk berubah dan berdakwah,” katanya.
Mustaffa berkata, seorang pemimpin sepatutnya menegur kepincangan yang berlaku dalam masyarakat, seperti isu lelaki berpakaian wanita atau peguam syarie bukan Islam, bukan isu remeh yang tidak memberi sebarang kesan apabila dibangkitkan.
“Ini bukan soal parti, ini isu agama. Siapa sahaja wajib berdakwah ke jalan ALLAH SWT, dan wajib suarakan jika salah laku wujud dalam agama. Kita boleh menegur, menyampai dan mengajar serta memperingati walau dengan satu ayat, selagi tidak bertentangan dengan perintah ALLAH SWT,” katanya. – Sinar Harian Online
TOP
15 Maut Dalam ‘Serangan Pengganas’ Di Xinjiang
Beijing – Seramai 15 orang terbunuh dan 14 lagi parah dalam ‘serangan pengganas’ di wilayah Xinjiang, yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Rangkaian berita CCTV semalam melaporkan, serangan di Shache Jumaat lalu itu turut melihat 11 ‘pengganas’ ditembak mati.
Agensi berita Xinhua melaporkan sekumpulan lelaki bersenjata pisau membaling letupan dan menyerang orang ramai di sebuah jalan di kawasan perniagaan sibuk.
Polis yang kebetulan membuat rondaan di situ menembak mati 11 suspek turut merampas pelbagai senjata seperti pisau dan kapak, selain bahan letupan.
Mereka yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.
Shache – yang turut dikenali sebagai Yarkand dalam bahasa Uighur – pernah dilanda kekacauan pada hujung Ramadan lalu apabila puluhan suspek menyerang orang ramai dan kenderaan ditembak mati polis.
Kejadian terbaru ini menunjukkan keadaan di Xinjiang semakin tegang selepas Beijing mengambil tindakan lebih tegas sejak beberapa bulan lalu dengan menangkap ratusan orang yang dibicarakan di khalayak ramai selain pembunuhan orang yang dikatakan ‘pengganas.’
Serangan terbaru itu berlaku lima hari selepas pelajar ahli akademik Uighur terkenal Ilham Tohti didakwa di mahkamah dalam prosiding rahsia atas tuduhan terbabit dengan aktiviti pemisahan. – Agensi
TOP
Tikam Kekasih Sambut Hari Kesyukuran Awal
Wilkes-Barre – Seorang wanita Pennsylvania mengejar dan menikam dada kekasihnya hanya kerana lelaki terbabit menikmati makan malam sempena Hari Kesyukuran lebih awal.
Jacklyn Blake, 47, (gambar) dilaporkan berang apabila mengetahui kekasihnya makan ketika dia sedang terlena kerana mabuk.
Jurucakap polis pula berkata, Jacklyn ditangkap dan sudah mengaku menikam kekasih yang tidak didedahkan identitinya itu.
Kata sumber, ketika anggota keselamatan tiba, mereka menemui seorang lelaki menekup dadanya dengan sehelai tuala.
“Bagaimanapun kecederaan itu tidak parah,” katanya.
Jacklyn kini menghadapi dakwaan menyebabkan kecederaan yang boleh membawa maut. – Agensi
TOP
Syarikat M’sia Peroleh Projek Bernilai RM11 Billion Di Bangladesh
KUALA LUMPUR – Selepas India, syarikat prasarana Malaysia kini meneroka pasaran Bangladesh, satu lagi pasaran sedang meningkat di Asia Selatan dengan nilai projek yang diperoleh setakat ini hampir RM11 bilion.
Duta Khas bagi Infrastruktur ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S. Samy Vellu berkata projek terbabit ialah loji jana kuasa 1,320 megawatt bernilai RM6 bilion di Cox’s Bazar, projek pangsapuri bernilai RM2.3 bilion di Dhaka, pembekalan 400 gerabak penumpang bagi Bangladesh Railways (RM700 juta) serta fasiliti pengendalian bahan mentah bernilai RM1.5 bilion.
“Kami akan menandatangani kontrak pangsapuri itu bulan ini.
“Kontrak-kontrak lain masih dalam rundingan dan saya jangka semua dapat dimuktamadkan kira-kira sebulan lagi,” katanya kepada Bernama menjelang lawatan rasmi Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina ke Malaysia bermula Selasa.
Mengenai projek loji jana kuasa, Samy Vellu berkata Tenaga Nasional Bhd dan Powertek Bhd, subsidiari 1MDB, akan menandatangani perjanjian usaha sama dengan Bangladesh Power Development Board, syarikat utiliti milik Bangladesh.
“Selepas menandatangani perjanjian usaha sama itu, ketiga-tiga pihak akan membentuk syarikat usaha sama dan memulakan kerja yang sewajarnya,” katanya.
Emrail Sdn Bhd akan membentuk perkongsian dengan Ofnir Sdn Bhd dan IEV Sdn Bhd bagi membangunkan fasiliti pengendalian bahan mentah yang juga akan dibiayai oleh mereka.
Pembekalan gerabak penumpang kepada Bangladesh Railways pula akan dilaksana oleh Hartasuma Sdn Bhd bersama-sama pembiayaan, kata Samy Vellu.
“Kami sedang mengusahakan projek-projek lain dan kerajaan Bangladesh menawarkan lebih banyak projek perumahan kepada Malaysia. Dengan penduduk lebih 140 juta, ia merupakan pasaran perumahan,” katanya.
Samy Vellu berkata semasa beliau menjadi menteri kerja raya, syarikat Malaysia memperoleh projek infrastruktur bernilai lebih RM50 bilion di India.
“Kami berhasrat membawa jumlah pelaburan sekurang-kurangnya sama dengan angka itu ke Bangladesh. Ekonomi negara itu sedang berkembang,” katanya.
Beliau juga berkata mata wang Bangladesh Taka sedang mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat dan Ringgit Malaysia, manakala rizab asing melebihi RM60 bilion.
Samy Vellu berkata beliau akan menarik lebih banyak syarikat Malaysia untuk melabur di Bangladesh berdasarkan hakikat bahawa negara Islam itu bakal menjadi satu lagi ‘Harimau’ ekonomi Asia Selatan selepas India. – BERNAMA
TOP
174,143 Syarikat Mendaftar GST Hingga 30 November
KUALA LUMPUR – Syarikat yang mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 174,143 hingga pada 30 November, naik 723 daripada hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Bilangan syarikat yang mendaftar GST kini sudah lebih daripada sasaran kerajaan sebanyak 140,000 menjelang hujung tahun ini.
Perniagaan dengan jualan tahunan kurang RM500,000 juga digalakkan mendaftar sebagai persediaan jika hasil mereka melebihi RM500,000 pada masa depan.
Syarikat yang mempunyai pendapatan tahunan lebih RM500,000 diwajibkan mendaftar sebelum tarikh akhir pada 31 Disember ini, menjelang pelaksanaan sistem percukaian baharu itu pada 1 April 2015. – BERNAMA
TOP
Setiausaha Khas Ketua Menteri Melaka Angkat Sumpah Senator
KUALA LUMPUR – Setiausaha Khas kepada Ketua Menteri Melaka Koh Chin Han dan Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor Chia Song Cheng hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara.
Acara dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Koh, 44, merupakan Setiausaha MCA Melaka dan Anggota Jawatankuasa Pusat MCA.
Beliau berkelulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia membertahu pemberita kemudiannya beliau akan membangkitkan isu berhubung pendidikan sekolah Cina di Dewan Negara.
Sementara itu, Chia, 62, juga merupakan Ketua MCA Bahagian Pulai turut dikenali dengan aktiviti badan bukan kerajaan.
Beliau yang pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Rinting berkata beliau akan memfokus kepada isu perumahan yang dihadapi rakyat. – BERNAMA
TOP
Wakil Melaka, Johor Angkat Sumpah Senator
KUALA LUMPUR – Setiausaha Khas kepada Ketua Menteri Melaka, Koh Chin Han dan Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor, Chia Song Cheng hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara.
Acara dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Koh, 44, adalah Setiausaha MCA Melaka dan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA.
Beliau berkelulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia memberitahu pemberita kemudian bahawa beliau akan membangkitkan isu berhubung pendidikan sekolah Cina di Dewan Negara.
Sementara itu, Chia, 62, yang juga Ketua MCA Bahagian Pulai, terkenal dengan aktiviti badan bukan kerajaan.
Chia yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Rinting berkata, beliau akan memfokus kepada isu perumahan yang dihadapi rakyat. – BERNAMA
TOP
Gempa Bumi Sederhana Di Sumatera Utara
KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter berlaku di pantai barat Sumatera Utara kira-kira 2.30 pagi tadi.
Menurut Jabatan Metereologi Malaysia, pusat gempa ialah di 542 kilometer dari barat daya Great Nicobar, India dan 1,116 kilometer dari Langkawi.
Gempa bumi itu tidak mendatangkan ancaman tsunami. – BERNAMA
TOP
Hidung & Mata Wanita Kanada Keluarkan Ulat Sampah
Geli lagi meloyakan!
Itulah gambaran bagi menceritakan kisah seorang pesakit wanita Kanada yang secara tiba-tiba kelopak mata dan hidungnya dipenuhi dengan ulat sampah. Kisah yang dilaporkan oleh Metro.co.uk ini sebenarnya telah berlaku pada tahun 2007, namun baru menjadi viral di media sosial hingga menjijikkan sesiapa sahaja yang melihatnya di seluruh dunia. Lebih mengejutkan, wanita tersebut sebenarnya tidak mengalami masalah ulat tersebut pada awalnya ketika ditempatkan ke dalam hospital. Dia yang menghidap penyakit lain secara tiba-tiba terperanjat apabila kelopak mata dan hidungnya mengeluarkan ulat sampah selepas beberapa hari tinggal dalam hospital di Kanada.
Menurut laporan perubatan wanita tersebut, ulat itu dipercayai berpunca daripada seekor lalat berwarna hijau yang pernah dilihat berkeliaran di unit kawalan rapi. Difahamkan, lalat tersebut telah melepaskan telurnya ketika wanita tersebut berada dalam hospital berkenaan.
Bagaimanapun, para doktor berjaya mengeluarkan kesemua ulat tersebut sebanyak 120 ekor daripada hidung dan kelopak matanya. – MYNEWSHUB.CC

Muhyiddin Bertemu Menteri Pendidikan China
BEIJING – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Pendidikan China Yuan Guiren di pejabat Yuan di sini pada Isnin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan tiba pada pukul 9.45 pagi (waktu yang sama di Malaysia) dan bertemu Yuan kira-kira sejam.
Mereka berbincang pelbagai isu dua hala berkaitan pendidikan.
Muhyiddin juga dijadual bertemu Naib Perdana Menteri China Zhang Gaoli di Dewan Besar Rakyat sebelum menghadiri majlis makan malam dan dialog bersama masyarakat Malaysia.
Hari ini merupakan hari kedua dalam rangka lawatan rasmi enam hari Muhyiddin ke China. – BERNAMA
TOP
Lelaki Harapan Dunia Sindir Islam – Khir Rahman
Jika sebelum ini, pengarah yang juga pelakon, Ahmad Idham memuat naik status di laman Twitternya mengkritik isu yang dimainkan dalam Lelaki Harapan Dunia, kini Khir Rahman pula bertindak sedemikian. Apa cerita?
Kalau Ahmad Idham mengkritik naratif yang didakwa memperlekehkan masyarakat Melayu, Khir pula kesal apabila penceritaan dalam filem ini dikatakan menyentuh sensitiviti agama Islam.
Tulis pengarah filem ‘Anu Dalam Botol’ itu di laman sosialnya, ‘Apabila seekor unta yang dijadikan qurban diperlihatkan sebagai jenis seksaan terhadap haiwan. Malah darahnya terpercik dan terpancut kuat dan tinggi ke arah orang-orang Melayu yang hadir untuk menyaksikan acara qurban tersebut.’ Terang Khir lagi, dia boleh menerima andai filem tersebut ingin mengkritik kaum Melayu, namun tidak kepada agama Islam.
Bukan itu sahaja, Khir juga berkata, filem satira komedi tersebut menggunakan elemen lawak sebagai senjata untuk berselindung di sebalik interteks dan subteks yang mengandungi elemen-elemen sinikal itu. Sempat menasihati pihak di luar sana untuk membela agama sendiri dari diusik, Khir walau bagaimanapun tidak melarang mana-mana individu dari menonton filem tersebut di panggung wayang.
Beberapa ketika kemudian, Khir sekali lagi memuat naik status memohon maaf kepada pihak yang terasa dengan ujarannya melalui status sebelum itu. Bukan hendak menyebelahi mana-mana pihak namun sebetulnya, isu sensitif seperti agama dan perkauman tidak sepatutnya menjadi subjek yang dikritik dalam apa jua bahan tayangan. Yelah, kita hidup dalam negara yang berbilang kaum dan pegangan, maka haruslah saling hormat-menghormati. Kan? – MYNEWSHUB.CC

Geng Pecah Rumah Tiga Felda Tumpas
KOTA TINGGI – Dua lelaki dipercayai geng pecah rumah di tiga Felda dekat sini, diberkas polis, manakala seorang lagi rakan mereka masih dicari bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kedua-dua suspek ditahan selepas polis menerima laporan kehilangan dua televisyen plasma dan dua pemain DVD di tadika agama di Felda Semenchu, kira-kira jam 4 petang, 9 November lalu.
Menurutnya, bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi telah menahan seorang lelaki di sebuah rumah dekat Felda Semenchu.
Tambahnya, berpandukan maklumat diperoleh, polis telah menahan seorang lagi suspek di bandar Kota Tinggi.
“Kedua-dua suspek yang ditahan berusia 28 tahun, tidak bekerja dan disahkan positif dadah,” katanya.
Rahmat berkata, kedua-dua suspek mengaku telah melakukan pecah rumah di sekitar Felda Semenchu, Felda Air Tawar 4 dan Felda Air Tawar 5, termasuk memecah masuk tadika tersebut.
Beliau berkata, siasatan lanjut turut mendapati suspek melakukan jenayah bersama seorang lagi lelaki yang masih bebas.
Tegasnya, polis telah mengenalpasti identiti suspek yang masih bebas dan usaha mengesannya giat dijalankan.
“Polis juga telah menemui semula beberapa televisyen plasma dan pemain DVD.
“Kita juga percaya dengan tertangkapnya dua lelaki tersebut sekurang-kurang lima kes pecah rumah dapat diselesaikan,” katanya.
Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 14 tahun. – Sinar Harian Online
TOP
Sherry Kecewa Hubungan Dengan Fattah Dilaporkan Sudah Putus
PETALING JAYA – Pelakon Sherry Ibrahim kecewa apabila hubungan cinta dengan aktor Abdul Fattah Amin, 24, dikatakan sudah berakhir seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar mingguan pada Ahad.
Sherry, 31, memberitahu terkejut apabila membaca laporan tersebut kerana ia tidak benar sedangkan mereka masih lagi menjalinkan hubungan seperti biasa.
“Saya tak tahu nak cakap apa apabila membaca berita itu. Rasa kelakar pun ada. ‘Its a joke of the day’.
“Tetapi saya amat kecewa kerana laporan itu seolah-olah telah menoktahkan perhubungan kami tanpa sebarang kenyataan daripada saya mahupun Fattah,” katanya kepada mstar Online.
Sebuah akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan hubungan Sherry dan Fattah sudah pun berakhir.
Ini berikutan Sherry telah membuang ke semua gambar dia bersama aktor tersebut di akaun Instagram miliknya selepas ‘menghidu sesuatu’ mengenai Fattah.
Sementara itu, Sherry berkata, ada sebab mengapa dia membuang foto-fotonya bersama Fattah, dan perkara itu tidak bermakna mereka sudah tidak lagi berhubungan cinta.
“Saya ada sebab sendiri yang tidak perlu dijelaskan kepada umum. Kami bukannya pasangan suami isteri, jadi tak mahulah hubungan ini nampak berlebih-lebih. Tambahan pula kami perlu menjaga hati keluarga masing-masing.
“Yang penting umum tahu bahawa kami menjalinkan hubungan, itu sudah cukup. Dan tak elok rasanya apabila sesebuah perhubungan itu terlalu didedahkan. Apa-apapun kami tidak melatah dengan gosip itu,” tegasnya.
Sherry dan Fattah mula menjalinkan hubungan ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran drama Cinta Ibadah sebanyak 130 episod, Jun lalu.
Dalam perkembangan lain, Sherry kini sedang menjalani penggambaran Keluarga Karaoke untuk siaran Astro Mustika HD.
Fattah yang dihubungi tidak menjawab panggilan telefon. – mStar Online
TOP
Apa Kes Sampai Pakai Helmet Semasa Bersolat Ni?
PELIK memikirkan perangai segelintir orang muda zaman la ni…
Demi mendapatkan perhatian masyarakat dan bercita-cita ingin menjadi popular, ada yang sanggup memalukan diri sendiri dengan melakukan sesuatu yang boleh dianggap ‘bodoh’. Terbaru, sekeping gambar dua lelaki yang sedang solat menjadi viral gara-gara mereka berdua sedang solat sambil memakai helmet. Tiada siapa yang menyangkal, niat mereka menjalankan kewajipan kepada Allah SWT adalah sesuatu yang patut dipuji dan dicontohi. Malangnya, timbul persoalan atas perbuatan mereka yang memakai helmet semasa bersolat seolah-olah ingin menghina agama pula.
Umat Islam maklum bahawa memakai songkok, serban dan kopiah adalah amalan sunat bagi kaum Adam. Namun, apa tujuan dua pemuda ini yang tiba-tiba mengenakan helmet ketika bersolat. Rasanya, tiada mana-mana mazhab yang menyarankan umat islam mengunakan helmet ketika bersolat. Manalah pergi akal yang diberi hingga menggunakan sesuatu bukan pada tempatnya. Kanak-kanak kecil sediri pun tahu fungsi helmet yang sepatutnya dipakai ketika menaiki motosikal dan bukan ketika solat. Kalau betul dua lelaki ini cuba menghina dan mempermainkan sesuatu yang melibatkan sensitiviti agama sememangnya tidak boleh dimaafkan dan patut dihukum. Semoga pihak berkuasa segera menyiasat kes ini dan mengambil tindakan atas perbuatan yang boleh mencemarkan kemuliaan agama Islam sendiri. – MYNEWSHUB.CC

Akta Hasutan Adalah Untuk Melindungi Rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR – Langkah untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dibuat bagi melindungi sensitiviti semua rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyatakan tidak ada motif tersembunyi di sebalik usaha itu.
Beliau berkata usaha mengekalkan akta itu bukan tentang melindungi hak-hak orang Islam dan Melayu sahaja tetapi juga bagi orang bukan Islam dan masyarakat bukan Melayu.
“Saya ingin menjelaskan bahawa perbuatan itu adalah satu perlindungan untuk semua rakyat Malaysia, ia adalah satu bentuk perlindungan bagi kontrak sosial kita yang begitu dihargai yang terkandung dalam perlembagaan kita.
“Kita perlu memastikan bahawa penguatkuasaan Akta Hasutan perlu dilihat sebagai adil,” katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-61 Parti Progresif Rakyat (PPP) di sini Ahad.
Najib menekankan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang tidak menghormati anutan kepercayaan orang lain.
Turut hadir Presiden PPP Tan Sri M. Kayveas, naib presiden kanan Datuk Maglin Dennis D’Cruz dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional yang lain. – BERNAMA
TOP
Sektor Pertanian Akan Terus Diperkasa
SERDANG – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan bahawa sektor pertanian akan terus diperkasakan agar kekal menjadi antara penyumbang utama ekonomi negara.
Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun peratusan dari segi sumbangan tidak lagi sebesar masa lalu, namun ia menjadi lebih penting selaras komitmen bkerajaan memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi.
“Atas kesedaran bahawa sektor pertanian merupakan sektor ekonomi yang strategik serta melibatkan faktor sosial khususnya kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara, kerajaan akan terus beri tumpuan perkasakan sektor pertanian dan agro-makanan bagi menjamin bekalan makanan mencukupi dan selamat.
“Dengan jumlah penduduk Malaysia yang kian bertambah dan tuntutan global terhadap bekalan makanan, saya yakin bidang pertanian akan terus kekal menjadi sektor ekonomi yang penting bagi negara,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2014 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.
Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalannya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Bagi memastikan bidang itu terus berkembang seiring pembangunan negara, Muhyiddin mahu segala inisiatif untuk memodenkan sektor pertanian yang telah dimulakan kementerian dan agensi berkaitan diteruskan dengan memperkenalkan pelbagai teknologi dan inovasi terkini yang boleh mendokong usaha yang dilaksanakan pemain industri pertanian.
Beliau berkata pasaran yang terbuka memerlukan negara mempertingkatkan produktiviti dan mengurangkan kos khususnya melalui penggunaan teknologi dan kaedah pengeluaran terkini serta pengamalan budaya inovasi di mana Malaysia kini telah berada di landasan betul bagi terus memperkasa teknologi dan inovasi dalam sektor pertanian dan agro makanan.- BERNAMA
TOP
MP DAP Cadang Guna Nama Sultan Pada Lebuh Raya
KUALA LUMPUR – Lebih baik jalan-jalan baharu yang dinamakan bersempena nama mantan-mantan Yang Dipertuan Agong, kata Ahli Parlimen Segambat DAP, Lim Lip Eng.
Beliau mendakwa, langkah menukar nama jalan sedia ada boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai serta pertambahan kos untuk menukar nama jalan terbabit.
“Keputusan untuk menukar nama jalan sempena mantan-mantan Yang Dipertuan Agong adalah keputusan yang baik, demi mengingatkan orang ramai tentang jasa-jasa dan legasi mereka.
“Tetapi adalah lebih baik sekiranya hal ini dilakukan terhadap jalan-jalan baru, memandangkan terdapat banyak pembangunan baru di Kuala Lumpur supaya tidak timbul kekeliruan dan pertambahan kos untuk menukar nama jalan-jalan yang lama wujud,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lip Eng turut mencadangkan supaya nama-nama mantan Yang Dipertuan Agong dinamakan ke atas 30 lebuh raya di negara ini seperti Sprint, SUKE dan DUKE.
“Jika benar Kabinet begitu serius tentang perkara ini, kuranglah sedikit kekeliruan memandangkan tidak ada banyak kawasan perumahan atau bangunan pejabat di tepi lebuh raya,” dakwanya.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan beberapa hari lalu mengumumkan nama-nama jalan utama yang terlibat ialah Jalan Duta, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ipoh, Persiaran Duta, Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah, Lebuhraya Mahameru, Persiaran Mahameru dan Jalan Semarak.
Jalan-jalan itu akan ditukar nama kepada Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Sultan Azlan Shah, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin, Lebuhraya Sultan Iskandar, Persiaran Tuanku Ja’afar, dan Jalan Sultan Yahya Petra.
Menurut DBKL, nama-nama baharu itu mula berkuat kuasa pada 26 November. – mynewshub.cc
TOP
Kematian Warga Emas: Seorang Lelaki Ditahan Polis
SEREMBAN – Polis hari ini menahan seorang lelaki selepas seorang lelaki warga emas mati setelah dipercayai terlibat dalam pertengkaran keluarga di sebuah rumah di Taman Seri Pagi, Senawang dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata polis telah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 20 tahun ini sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.
“Ketika ditahan, ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah methamphetamine. Lelaki itu adalah cucu simati,” katanya.
Sementara itu, Muhamad Zaki berkata hasil bedah siasat terhadap lelaki warga emas itu mendapati sebab kematian adalah akibat serangan jantung.
Katanya mangsa, R. Palaniadi, 67, merupakan pesakit jantung yang serius dan tidak boleh menghadapi tekanan atau ketakutan yang melampau.
“Siasatan polis akan menjurus ke arah itu, tetapi masih mengumpul bukti dan saksi lain. Kes disiasat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan,” katanya.
Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai cuba meleraikan pergaduhan antara suspek dan ibunya di dalam rumah mereka pada pukul 6 petang.
Mangsa dipercayai turut terbabit dalam pergelutan dengan suspek.
Mangsa yang menetap di rumah sama kemudian terjatuh sebelum disahkanmati.
Suspek kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal selepas kejadian itu. – BERNAMA
TOP
173,420 Berdaftar GST Setakat 29 November
KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat yang mendaftar untuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) meningkat 733 buah kepada 173,420 setakat 29 November, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Angka itu melepasi sasaran 140,000 yang ditetapkan kerajaan menjelang akhir tahun ini.
Perniagaan dengan pendapatan jualan tahunan kurang daripada RM500,000 turut digesa turut mendaftar GST sebagai persediaan jika pendapatan mereka melebihi RM500,000 pada masa depan.
Mereka dikehendaki mendaftar dengan sistem percukaian baharu itu menjelang 31 Disember 2014, sebelum sistem tersebut dikuat kuasa bermula 1 April 2015. – BERNAMA
TOP
2 Lemas Di Pekan & Kuantan, 1 Masih Hilang
PEKAN: Abdullah Suhaimi, 52, bapa saudara mangsa lemas Mohamed Azizul Mohamed Ali, 28, melaungkan azan di tepi Sungai Pahang sebagai usaha mancari anak saudaranya yang masih hilang di Sungai Pahang dekat Kampung Pulau Jawa di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
PEKAN – Seorang penjawat awam ditemui mati lemas manakala rakannya masih hilang selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka karam di Sungai Pahang dekat Kampung Pulau Jawa, di sini, semalam. Mayat Zuhair Sulong, 42, dari Kampung Pulau Jawa ditemui penduduk kampung pada pukul 9.50 pagi tadi, kira-kira 800 meter dari tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, dalam kejadian 6 petang itu, Zuhair bersama Azizul Mohd Ali, 28, dan seorang lagi rakan mereka yang terselamat, Said Harun, 31, sedang menaiki bot selepas mengambil buah kelapa di Pulau Che Abbas. Katanya, bot yang dinaiki tiga rakan itu dipercayai tenggelam akibat terlebih muatan. “Zuhair dan Azizul dipercayai tidak pandai berenang menyebabkan mereka hilang dibawa arus manakala Said selamat selepas berjaya berenang ke darat. “Setakat ini Azizul masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan yang melibatkan pihak polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata mayat Zuhair, Pembantu Rendah Am di Pejabat Tanah dan Galian Daerah Pekan itu dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat. Sementara itu, seorang remaja berusia 18 tahun, Khairul Ikhwan Abdul Latif dari Taman Bukit Goh Perdana, di sini ditemui mati lemas ketika mandi di Sungai Tertai dekat Kampung Sungai Mas, Sungai Lembing dekat sini, pagi tadi. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 11.05 pagi. “Mayat mangsa ditemui di dasar sungai oleh Orang Asli yang turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pada pukul 11.26 pagi,” katanya. Mayat itu Khairul Ikhwan, pembantu kedai runcit milik bapanya, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat. – BERNAMA
TOP
Pelarian Rohingya Harung Seksa Sebelum Tiba Malaysia
Bibijan Rahimullah menceritakan pengalamannya sebagai pelarian.
KUALA LUMPUR – Bibijan Rahimullah mengambil keputusan untuk menaiki sebuah bot kecil di Myanmar pada Oktober lalu yang akan mengambil masa selama seminggu untuk sampai ke Malaysia bagi melarikan diri daripada keganasan yang melanda etnik Rohingya. Sebaliknya, dia dan tiga anak kecilnya terpaksa berdepan pelbagai detik hitam sepanjang menempuh perjalanan tersebut. Bibijan mendakwa mereka terpaksa berhimpit seperti sardin di dalam sebuah bot dan menyaksikan beberapa rakan senegaranya mati akibat diseksa. Mayat mereka kemudiannya dibuang ke dalam laut seperti sampah. “Saya tidak menduga tragedi yang kami harungi dalam perjalanan untuk sampai ke sini. Sekiranya saya tahu lebih awal, saya tidak akan datang ke sini. Saya lebih rela mati di rumah saya,” kata wanita berusia 27 tahun itu dalam satu temu bual bersama agensi berita AFP di Kuala Lumpur. Komuniti Islam Rohingya dilabelkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai satu etnik minoriti di dunia yang paling ramai ditindas. Mereka sanggup menyeberang Laut Andaman dan pesisir pantai Thai untuk melarikan diri ke Malaysia selepas kerajaan Myanmar menyifatkan seramai 1.3 juta etnik Rohingya sebagai pendatang di negara itu. Malah, taraf kerakyatan dan peluang ekonomi mereka turut dinafikan. Namun, seorang aktivis berkata, bilangan etnik itu yang hidup sebagai pelarian kini semakin meningkat sejak dua tahun lalu selepas pertempuran berdarah berlaku membabitkan penganut Buddha dan Rohingya di wilayah Rakhine di Myanmar. Penyelaras Projek Arakan yang membela nasib etnik Rohingya di Myanmar, Chris Lewa berkata, seramai 19,000 orang telah melarikan diri sejak awal Oktober lalu. Jika sebelum ini, kebanyakan pelarian terdiri daripada golongan lelaki, pada hari ini berlaku peningkatan dari segi bilangan wanita dan kanak-kanak yang sanggup bergadai nyawa untuk melarikan diri ke negara jiran. Bibijan bersama anak lelakinya berusia lima tahun dan dua anak perempuannya masing-masing dua dan tiga tahun meninggalkan rumah mereka di Rakhine untuk mengikuti suaminya yang melarikan diri ke Malaysia, dua tahun lalu. Sebuah bot kecil yang dipenuhi puluhan pelarian membawa mereka menyelusuri sungai sebelum dipindahkan ke sebuah kapal. “Keadaan di dalam kapal terlalu padat. Orang ramai kelihatan seperti ikan sardin,” katanya. Bibijan berkata, pelarian wanita akan diberi makan nasi dengan hanya berlaukkan tiga tangkai cili kering dan sedikit air. Manakala pelarian lelaki pula katanya, hanya akan diberi makan sekali sehari atau tidak diberi makan langsung. “Pelarian lelaki menjadi sangat lemah. Apabila mereka bertanyakan mengenai makanan, mereka dipukul dengan pangkal senapang dan batang besi,” kata Bibijan. Wanita itu berkata kira-kira belasan pelarian mati kerana dipukul, kelaparan atau sakit dan mayat mereka kemudiannya dicampak ke dalam laut. – mStar Online

PPP Sokong Penuh Keputusan Kekal Akta Hasutan
KUALA LUMPUR – Parti Progresif Penduduk (PPP) menyokong penuh keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948.
Presiden parti, Tan Sri M Kayveas berkata, akta itu seharusnya dikekalkan bagi memastikan negara terus melangkah ke hadapan kerana ia dapat memelihara keamanan dan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum.
“PPP menyokong penuh,” katanya Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk (PPP) ke-61, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ) di sini, Ahad.
Pada Khamis lalu, Najib pada Perhimpunan Agung Umno mengumumkan bahawa Akta Hasutan bukan sahaja dikekalkan, tetapi turut diperkukuhkan bagi melindungi kesucian Islam serta agama-agama lain.
Kayveas berkata, Malaysia merupakan negara yang unik kerana semua kaum dapat memelihara nama, bahas, festival dan budaya masing-masing.
“Kita tidak sepatutnya menumpukan kepada masalah tetapi lihatlah penyelesaiannya. Kita berharap kesederhanaan ini dapat bangkit, bersuara dan berpendirian bagi menentang pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan kita,” katanya. – mStar Online
TOP
Guan Eng Desak Polis Ambil Tindakan Terhadap Mohd Zaidi
Mohd Zaidi Mohd Said
GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu polis menyiasat Datuk Mohd Zaidi Mohd Said kerana didakwa melakukan jenayah fitnah dan hasutan. Beliau berkata laporan polis akan dibuat terhadap Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh itu berhubung kenyataannya yang mendakwa kekuatan politik dan ekonomi masyarakat Cina di Pulau Pinang berpunca daripada aktiviti ekonomi haram. Lim berkata demikian dalam satu kenyataan pada Ahad bahawa tindakan itu perlu dilakukan bagi mempertahankan maruah rakyat Pulau Pinang. Menurutnya, Mohd Zaidi seharusnya mempunyai keberanian untuk memberikan maklumat mengenai kegiatan perjudian, pelacuran dan pusat hiburan yang beroperasi secara haram di Pulau Pinang kepada pihak polis. Semasa perbahasannya pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014, Jumaat lalu, Mohd Zaidi didakwa sebuah portal berita sebagai berkata, orang Cina di Pulau Pinang memperoleh wang dan mendapatkan kuasa politik dengan terlibat dalam kegiatan ekonomi haram. – mStar Online

WolffePack: Beg Yang Boleh Dipusingkan Kehadapan Ketika Disandang
Jika anda sering menggunakan perkhidmatan awam seperti komuter, anda pasti pernah melihat seseorang pengguna mengenakan gaya pemakaian beg secara terbalik di hadapan.
Ia bertujuan untuk mengelakkan kes di mana poket luar beg diseluk mengakibatkan pelbagai peranti elektronik seperti peranti pintar, komputer riba dan bermacam-macam lagi dicuri.
Bagi meyelesaikan malasah kecurian yang agak licik ini, Wolffepack ialah beg sandang yang menyelesaikan masalah kecurian yang kebanyakkanyan berlaku di dalam komuter.
Bahagian simpanan barang beg sandang ini boleh dicabut dan diputarkan ke hadapan dengan mudah. Tali beg akan kekal disandang pemakai cuma ruang simpanan boleh ditanggalkan.
Apabila ingin kembali ke posisi asal, pemakai hanya perlu menarik tali yang terletak di dalam tali beg, tidak perlu risau tali ini penyambung ini akan putus kerana ia diperbuat daripada Dyneema yang mampu menanggung berat maksimum 300 kilogram.
Dana untuk projek ini sedang dikumpul di Kickstarter dengan harga jualan bermula dari £85 (RM280) sebuah.
Sumber: Kickstarter
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Kamera Kompak Hasselblad Yang Harganya.
Bagi peminat bidang fotografi, kamera buatan Hasselblad pasti merupakan jenama yang sinonim buat anda.
Kamera jenama ini yang tahan lasak, malah digunakan oleh NASA untuk program angkasa lepas mereka daripada misi pertama hinggalah misi ke enam menjelajah ke permukaan bulan.
Kini, Hasselblad tampil dengan Stellar II, kamera kompak kedua selepas Stellar yang dilancarkan tahun lalu.
Kamera kompak ini dilengkapi sensor 20 Megapixel, zoom optikal 3.6X dan skrin LCD sebesar 3″. Fungsi tambahan yang terdapat padanya, ia menyokong pemindahan gambar menggunakan NFC dan juga WiFi.
Tubuhnya pula diperbuat daripada logam titanium dengan kemasan tempat pemegang diperbuat daripada kayu.
Bagaimanapun, peminat kamera pasti tahu jenama Hassleblad sememangnya sangat mahal dan tak mampu dimiliki oleh marhaen.
Harga jualan Stellar II ini misalnya, ialah RM 6950 sebuah.
Harga yang ditawarkan ini sebenarnya agak melampau bagi sebuah kamera kompak tetapi masih boleh dikira murah jika dibandingkan dengan kamera studio dihasilkan oleh Hasselblad. Sekiranya anda mahu memiliki kamera ini tetapi tidak mahu membayar hampir RM 7 ribu, maka anda boleh membeli Sony RX100 M2 yang dijual pada harga sekitar RM 2500. Ianya kamera yang sama cuma tanpa jenama mewah Hasselblad dan pemegang diperbuat daripada kayu. Fungsi-fungsi lain masih sama. Ini menunjukkan betapa berhilainya logo Hasselblad pada kamera. Dengan hanya meletakkan logo H, harga melonjak sebanyak 2 kali ganda! Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Diego Costa Boleh Rehat, Saya Tak Menangis – Mourinho
PENGURUS pasukan Chelsea , Jose Mourinho
LONDON – Diego Costa terlepas aksi Chelsea menentang Tottenham Hotspur di Stamford Bridge, Rabu ini selepas menerima kad kuning kelima, musim ini. Penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris itu dengan 11 gol digantung perlawanan selepas mengasari Wes Brown ketika seri 0-0 menentang Sunderland, awal pagi tadi. “Saya diberitahu dia kurang bernasib baik mendapat kad kuning,” kata Mourinho. “Kami akan menurunkan Loic Remy atau Didier Drogba untuk bertemu Tottenham. “Kami tidak akan menangis mengenai pemain yang tercedera atau digantung permainan. Dia boleh rehat dan kembali segar untuk perlawanan menentang Newcastle (Sabtu depan)….tiada masalah.” Chelsea kini berada tujuh mata di hadapan pasukan tempat kedua, Southampton yang bakal bertemu pasukan tempat ketiga, Manchester City, hari ini. Mourinho tidak merungut di atas pencapaian seri menentang Sunderland, awal pagi tadi. “Pemain saya letih selepas aksi Liga Juara-Juara. Mereka melakukan segala yang terdaya dan ketika sama memberi ruang kepada Sunderland yang mendapat beberapa peluang baik,” katanya. – AFP

Jangan Cepat Sangat ‘Hukum’ Skuad Harimau Malaya
KUALA LUMPUR – Sikap tidak berputus asa skuad Harimau Malaya sehingga mara ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 semalam, mendapat pujian Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata walaupun segelintir pihak menyatakan sepakan penalti menjadi penyelamat kepada skuad bimbingan Dollah Salleh itu, beliau yakin kejayaan menundukkan Singapura 3-1, dipacu semangat juang yang tinggi.
“Setelah Singapura menjaringkan gol (penyamaan), saya lihat pasukan kita tidak putus asa. Mungkin ada yang kata, kita menang sebab penalti.
“Penalti itu kita dapat sebab kita terus berjuang dan bukan kita cepat mengalah. Semangat untuk menyerang itu yang telah mendapatkan penalti,” katanya mengulas kemenangan skuad Harimau Malaya itu.
Khairy ditemui pemberita selepas merasmikan forum ‘Stop the Violence Against Women’ (Hentikan Keganasan Terhadap Wanita) di Universiti Malaya, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Khairy menggesa seluruh peminat bola sepak tanah air memberi sokongan dengan membanjiri Stadium Shah Alam pada perlawanan separuh akhir pertama, berdepan Vietnam pada 7 Dis ini.
Malah, beliau yang yakin dengan kredibiliti Dollah dan anak buahnya, berharap tidak akan ada lagi kritikan pedas terhadap skuad Harimau Malaya seperti yang berlaku menjelang kejohanan berkenaan, baru-baru ini.
“Inilah contoh di mana kita jangan cepat sangat menghukum, mengkritik pasukan kita. Bagi segala sokongan kepada mereka,” tegas Khairy.
Satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan pertemuan antara Thailand yang muncul juara kumpulan B, berdepan naib juara kumpulan A, Filipina. – BERNAMA
TOP
TMJ Gembira Pemain JDT Pamer Aksi Cemerlang Dalam Piala AFF
KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengucapkan tahniah kepada pemain Johor Darul Takzim (JDT) yang beraksi cemerlang semasa mewakili pasukan negara membenam Singapura 3-1 semalam.
Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, baginda turut mengucapkan tahniah kepada pemain import JDT yang beraksi untuk pasukan Singapura kerana mempamerkan aksi cemerlang.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kesemua pemain JDT yang telah menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan ketika mewakili pasukan negara masing-masing dalam kejohanan Piala AFF Suzuki pada tahun ini,” titah baginda dalam satu kenyataan malam tadi.
Tunku Ismail bertitah, persembahan yang ditunjukkan oleh Safee Sali, Safiq Rahim, Amri Yahyah, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Baihakki Khaizan, Hariss Harun, Shahril Ishak dan Norsharul Idlan Talaha amat baik.
Jelas baginda, menang atau kalah bukan ukuran namun semangat juang yang tinggi, komitmen serta dedikasi yang ditunjukkan bersama rakan sepasukan membuktikan bahawa mereka adalah pemain yang berkaliber dan berkualiti.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa turut mengucapkan tahniah kepada skuad kebangsaan kerana menewaskan pasukan Singapura.
Menurut beliau, skuad Harimau Malaya memang sepatutnya menang perlawanan petang semalam dan beliau berharap semua pemain Malaysia terus bangkit dan mempunyai keyakinan diri. – mynewshub.cc
TOP
EPL: Liverpool, Man United Tunjuk Belang
PENJAGA gol Hull, Allan McGregor cuba menyelamatkan gawang daripada dibolosi penyerang Manchester United, Robin van Persie pada saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford awal pagi ini. - Foto AP
LONDON – Liverpool menamatkan rentetan kekalahan tiga perlawanan berturut-turut selepas gol tunggal Glen Johnson mengesahkan kemenangan 1-0 ke atas Stoke City, awal pagi ini. Gol itu hadir pada minit ke-85 di Anfield hasil tindakan berani pemain England itu menerbangkan badan menanduk masuk pada paras rendah selepas tandukan terdahulu Rickie Lambert terkena palang. Dalam perlawanan lain, Manchester United menyambung rentetan kemenangan menewaskan Hull City 3-0. The Red Devils menang menerusi jaringan Chris Smalling pada minit ke-16, Wayne Rooney (m-42) dan Robin Van Persie, m-66). Kapten Liverpool, Steven Gerrard tidak diturunkan pada ulangtahun ke-16 dia membuat kemunculan pertama untuk kelab dan jelas anak didik Brendan Rodgers seperti hilang arah tanpanya. Penyerang Stoke, Bojan Krkic nyaris memberi pelawat gol pendahuluan tetapi rembatannya terkena tiang pada babak kedua. Namun, Liverpool menunjukkan persembahan lebih berselera selepas Gerrard hadir selaku pemain gantian pada baki 16 minit terakhir. Pergerakan agresif olehnya menjana serangan dan Johnson tampil menanduk masuk gol kemenangan yang penting untuk pasukan. Dia turut tercedera bahagian kepala tapi bangkit meneruskan permainan selepas menerima rawatan. Dalam perlawanan lain, West Ham memintas Newcastle ke tangga kelima liga dengan kemenangan 1-0 di Upton Park. Gol kemenangan West Ham adalah sumbangan Aaron Cresswell pada minit ke-56. Sementara itu, QPR keluar daripada tangga tercorot selepas menewaskan Leicester 3-2 di Loftus Road manakala Burnley seri 1-1 ketika menentang Aston Villa di Turf Moor. Swansea dan Crystal Palace juga seri 1-1 di Stadium Liberty. – AFP

Malaysia Sukar Gugat Indonesia, Tewas 0-4
KUALA LUMPUR — Skuad badminton negara terpaksa akur dengan kehebatan Indonesia apabila tewas 0-4 pada aksi ketiga pusingan awal Kejohanan Badminton Piala Axiata 2014 di Bratama Arena, Jakarta hari ini.
Episod malang skuad Malaysia bermula dengan kekalahan perseorangan lelaki, Chong Wei Feng kepada Dionysius Hayom Rumbaka 19-21, 11-21 sebelum perseorangan wanita, Tee Jing Yi dijinakkan Bellaetrix Manuputty 8-21, 10-21.
Malaysia ketinggalan 0-3 apabila beregu lelaki Indonesia, Muhammad Ahsan-Markis Kido menepati ramalan dengan mengalahkan pasangan negara, Tan Boon Heong-Tan Wee Kiong 21-17, 21-13.
Pasukan negara terus kempunan mendapatkan mata apabila beregu campuran, Chan Peng Soon-Lai Pei Jing tumpas kepada beregu nombor empat dunia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir 13-21, 16-21, demikian menurut laman sesawang kejohanan
axiatacup.com, hari ini.
Indonesia mengungguli carta kedudukan kejohanan selepas mencatat dua kemenangan dengan mengutip 10 mata, diikuti Thailand dan Malaysia yang masing-masing mengutip tujuh dan enam mata di tempat kedua dan ketiga, selepas kedua-dua pasukan turut menang dua kali.
Asia All Star yang mengutip tujuh mata, bagaimanapun berada di kedudukan keempat selepas hanya menang satu daripada tiga perlawanan pusingan awal.
Kesemua pasukan masih berbaki empat perlawanan pusingan awal untuk merebut empat slot ke separuh akhir yang akan diadakan di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur pada 6 dan 7 Dis ini.
Malaysia bakal berdepan saingan sengit Thailand pada aksi keempat manakala Indonesia dijangka tidak menghadapi masalah mengutip mata apabila bertemu Filipina, esok.
Selain Malaysia selaku juara bertahan, kejohanan itu turut disertai Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Singapura serta dua pasukan jemputan, Asia All Star dan European All Star. — BERNAMA
TOP
Mengharukan.. Anjing Setia Menanti Tuan Yang Sudah Mati
Siapa sangka, kesetiaan seekor anjing tak pernah padam menunggu pemiliknya muncul, walaupun pada hakikat sebenar, tuannya itu sudah meninggal dunia setahun lalu.
Masha, seekor anjing baka Brown Dachshund, datang ke Hospital Daerah Novosibirsk setiap hari selama dua tahun, semenjak tuannya dimasukkan ke sana. Bertambah pilu, Masha merupakan satu-satunya pelawat yang datang menjenguk tuannya itu pada setiap waktu siang, dan kemudiannya pulang ke rumah untuk mengawasi kediaman milik tuannya itu pada sebelah malam.
Walau bagaimanapun, selepas setahun ditahan di hospital, akhirnya tuan kepada anjing tersebut menghembuskan nafas terakhir. Namun Masha, meneruskan rutin muncul setiap hari di hospital berkenaan selepas itu. Ramai yang menduga, Masha masih menanti tuannya seperti dilakukan sejak setahun lalu, ataupun mungkin kerana dia sudah tidak punya tempat tinggal dan sesiapa lagi. Kesetiaan Masha sangat meruntun hati para staf di hospital berkenaan, lantas mereka akan memastikan Masha mendapat tempat tidur yang selesa dan makanan mencukupi setiap kali dia tiba. “Dia masih setia menunggu lelaki itu, tuannya,” ujar salah seorang jururawat, Alla Vorontsova. Tambahnya lagi, “Baru-baru ini, ada sebuah keluarga cuba menjaganya, namun tak sampai sehari, dia melarikan diri dan kembali ke sini.”
Yang pasti, anjing merupakan haiwan yang setia dengan tuannya. Kisah seperti itu pernah diceritakan melalui filem Hachiko lakonan Richard Gere. Filem tersebut merupakan adaptasi dari kisah benar yang terjadi di Jepun, di mana seekor anjing setia menanti tuannya yang sudah mati di sebuah stesen kereta api selama 10 tahun.
Kisah tersebut menjadi bualan hangat penduduk di situ dan akhirnya, sebuah tugu dibina bersempena memperingati kesetiaan Hachiko terhadap tuannya. Naluri Masha yang sama seperti Hachiko menyebabkan dia digelar ‘Hachiko Rusia’. - MYNEWSHUB.CC

Hudud: Terserah Kelantan Bila Mahu Bentang Di Parlimen
KOTA BAHARU – Kerajaan Persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan ke Parlimen rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di negeri itu.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan, bukannya bidang kuasa Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hukum berkenaan.
“Kita (Kerajaan Pusat) tidak ada masalah mengenainya (rang undang-undang tersebut), dan ianya adalah hak kerajaan negeri,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran GLCs Peringkat Kebangsaan kali Pertama 1436/2014M di Balai Islam di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Jamil Khir mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini berkaitan hukum hudud di negeri itu.
Mohd Amar berkata Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hudud akan bermesyuarat Disember ini untuk merumus dan mencadangkan kepada kerajaan negeri serta pusat bagi memastikan ia dapat direalisasikan tahun depan.
Beliau berkata mesyuarat kali ketiga itu juga akan turut memutuskan keperluan untuk meminda Akta 355 atau Perkara 76 (A) yang memerlukan satu rang undang-undang persendirian untuk dibawa ke Parlimen.
Sementara itu Jamil Khir memuji langkah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mengadakan tilawah berkenaan, dan berharap ia turut dilakukan di peringkat antarabangsa.
Tilawah itu dianjurkan oleh Telekom Malaysia (TM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Wakil dari Petronas Mohd Hazrizal Abd Aziz telah diumumkan sebagai johan bahagian qari, manakala Nor Syahidah Ismail dari Tabung Haji johan qariah.
Seramai 16 peserta yang mewakil sembilan GLC menyertai tilawah berkenaan. – BERNAMA
TOP
Awas.. Penjual Aksesori Motor Online Penipu
Mohd Azmi menunjukkan laporan yang dibuat di IPD Sik hari ini.
SIK – Seorang pekerja swasta mengalami kerugian apabila diperdaya individu yang menjual aksesori motosikal melalui Facebook. Mangsa Mohd Azmi Saidin, 23, berkata pada 13 November lalu ketika melayari laman sosial berkenaan, beliau melihat iklan mengenai rim motor yang dijual individu tersebut. “Saya suka beli barang melalui online dan sebelum tidak pernah ada masalah, jadi saya percaya dia ni juga jujur seperti peniaga lain. “Bersetuju dengan harga ditawarkan, saya bank in RM360 ke akaun Bank Simpanan Nasional pada keesokan harinya,” katanya. Mohd Azmi berkata, selepas bayaran dilunaskan, individu berkenaan memaklumkan nombor rujukan pengeposan dan berjanji barang yang dibeli akan diterima selepas empat hari. “Selepas empat hari barang dijanjikan tak tiba, saya pun hubungi Poslaju dan dimaklumkan nombor rujukan itu tak wujud. “Apabila saya hubungi dia panggilan dan whatsApp tidak dijawab. Facebooknya juga sudah dipadamkan,” katanya. Mohd Azmi berkata, dia turut melihat viral beberapa pelanggan lain turut menjadi mangsa individu itu. “Saya rasa dianiaya dan harap pihak polis dapat ambil tindakan kerana saya tidak mahu lebih ramai pelanggan menjadi mangsa penipuan ini. “Mungkin jumlah kerugian ini kecil bagi orang lain, tapi jika setiap hari ada mangsa baru maka jenayah seperti ini akan terus berleluasa, ” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik di sini hari ini. Mohd Azmi berkata, beliau yakin pihak polis akan dapat memberkas individu terbabit dengan segera berdasarkan bahan bukti penting seperti nombor akaun bank. – Sinar Harian Online

Yuna Dilema Sertai AJL29 Kerana Jadual Padat
Siapa tak kenal pelantun lagu Terukir Di Bintang yang dijulang sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) dua tahun lalu, iaitu Yuna.
Pada AJL tahun ini, Yuna sekali lagi layak menyertainya dengan lagu ciptaan sepenuh daripadanya bertajuk Lelaki.
Namun demikian, figura yang semakin meniti populariti di pasaran Amerika Syarikat kini berada dalam dilema untuk sama-sama beraksi pada anugerah itu kerana jadualnya yang padat pada Januari depan.
Ujar Yuna kepada portal Rotikaya, “Insha Allah saya akan cuba untuk menyertainya walaupun mempunyai komitmen lain yang telah diaturkan pihak pengurusan di sana sepanjang 2015 ini. Sungguh saya dalam dilema, kena fikir banyak perkara dan saya akan cuba balik juga.”
Semua sedia tahu, empunya nama asal Yunalis Zarai itu menyerahkan tugas mendendangkan Terukir Di Bintang kepada penyanyi Aizat ketika AJL27, namun dia masih belum memikirkan penggantinya kali ini andai dia tidak dapat hadir ke majlis itu nanti.
“Tiada pengganti dan saya tak terfikir lagi ke arah itu. Saya berharap dapat balik dan membuat persembahan bersama dengan kawan-kawan finalis lain,” katanya.
Bercerita lanjut tentang pengisian jadualnya tahun ini, Yuna berkata, dia bakal mengerjakan Umrah selama dua minggu bermula 14 Disember depan sebelum pulang kembali ke Amerika.
Semoga Yuna selamat menunaikan ibadat umrah, seterusnya sukses dengan karier nyanyiannya di negara Uncle Sam! – MYNEWSHUB.CC
TOP
15 Alasan Cliche Perempuan Reject Lelaki
Perempuan kandang-kala memang suka memberi alasan.
Terutama dalam perhubungan dengan lelaki yang mereka minati atau rapat.
Bila si lelaki hendak bawa hubungan mereka ke tahap yang lebih serius, banyak pula alasan diberi.
Tapi tak semua perempuan begitu, namun jika ada perempuan yang tidak tahu nak beri alasan apa kepada lelaki yang cuba mendekati mereka. Haa..melaui video yang dibawakan oleh lawaksentral di atas, mungkin dapat memberikan beberapa tips yang mungkin boleh digunakan. Sebaiknya, kalau dah tidak ada perasaan langsung terhadap lelaki tersebut, berterus terang saja kan lebih baik. Selamat berhibur. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.MY

Plan V: Pengecas Peranti ‘Kecik Gile’ Boleh Sangkut Di Kunci!
Power bank sudah semakin banyak di pasaran dengan pelbagai kapasiti.
Kesemuanya mempunyai satu persamaan iaitu ianya perlu dicas terlebih dahulu dan selalunya saiz kebanyakan power bank ini agak besar. Tetapi bagaimanakah sekiranya anda terlupa mengecas power bank dan dalam sesetengah kes, anda langsung lupa untuk membawanya sekali? Plan V ialah pengecas yang dapat menyelesaikan masalah majoriti pemilik peranti pintar!
Ianya sebuah pengecas mudah alih yang sangat kecil hingga anda boleh menyangkutnya pada kunci kereta sekiranya perlu. Apabila diperlukan, buka saja Plan V dan sambungkannya kepada sebuah bateri 9V. Plan V boleh mengecas peranti untuk kegunaan kecemasan. Setiap bateri 9V mempunyai simpanan kuasa sebesar 800 mAh, ini tidak besar tetapi memadai untuk amda melakukan panggilan kecemasan dan menghantar SMS. Bagaimanapun, Plan V masih mengumpul dana untuk pengeluaran skala penuh. Harga jualan adalah sekitar RM 43, mungkin sedikit mahal tapi jika anda mahukan pengecas kecemasan mudah alih Plan V tetap penyelesaian yang baik. Jadi, tak perlulah lagi bawa power bank ‘gergasi’ ke hulu hilir kan.
Sumber: kickstarter

Piala AFF: Mulut Pengkritik ‘Kena Kunci’ Sementara
PEMAIN Harimau Malaya meraikan kemenangan selepas menentang Singapura dengan 3-1 bagi peringkat kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar. - Foto BERNAMA
SINGAPURA – Kejayaan Harimau Malaya mara ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 menutup mulut pengkritik bola sepak tempatan yang kerap menyoal kemampuan skuad negara. Kemenangan 3-1 ke atas tuan rumah, Singapura di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub, semalam, sudah tentu menggembirakan seluruh peminat bola sepak tanah air. Ia sekali gus mencerahkan peluang Malaysia mengulangi kejayaan 2010 selepas menumpaskan Indonesia 4-2 secara agregat dalam perlawanan akhir. Laungan puluhan ribu penyokong Singapura langsung tidak menggentarkan hampir 1,000 penyokong negara termasuk sebahagian besar penyokong tegar, Ultras Malaya yang sentiasa berada di belakang pemain ketika saat suka dan duka. Lebih manis, skuad Harimau Malaya berjaya membalas dendam kekalahan 0-3 kepada lawan yang sama di hadapan puluhan ribu penyokong Malaysia pada edisi 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ramai pengkritik serta peminat bola sepak negara sebelum ini, menyoal kemampuan skuad kendalian Dollah Salleh itu untuk melepasi peringkat kumpulan apa lagi diundi bertemu juara tiga kali, Thailand serta Singapura selaku juara bertahan dan Myanmar. Kegagalan demi kegagalan dalam beberapa aksi pemanas badan termasuk tumpas 0-3 kepada skuad Bawah 23 tahun Syria di Stadium Shah Alam pada 12 November lalu turut membimbangkan peminat bola sepak tempatan. Mengimbas pencapaian skuad Harimau Malaya pada edisi ke-10 kejohanan itu kali ini, mereka bermula dengan langkah hambar selepas terikat tanpa jaringan menentang Myanmar pada aksi pembukaan, 23 November lalu. Langkah sumbang Malaysia berterusan selepas dikecewakan pada minit terakhir menerusi penyerang gantian Thailand, Adisak Kraisorn yang menyaksikan merekakalah 2-3 kepada skuad ‘Gajah Perang’ itu, tiga hari kemudian. Skuad negara, bagaimanapun menebus kembali kekecewaan dengan kemenangan ke atas Singapura pada aksi terakhir peringkat kumpulan, untuk berdepan juara Kumpulan A, Vietnam pada separuh akhir, awal Disember ini. Penyokong Malaysia sewajarnya memberi penghargaan kepada Dollah yang menjadi pencetus dalam membawa bola sepak negara, yang agak suram ketika ini kembali ke landasan kejayaan. Beberapa pengajaran boleh diambil menerusi kejayaan Malaysia melangkah ke separuh akhir seperti semangat patriotik yang tertanam di dalam hati setiap pemain seperti mana yang diungkapkan oleh perancang tengah, Safiq Rahim. “Kami memberi yang terbaik demi negara tercinta dan kami berjuang bersungguh-sungguh demi lambang bendera (Jalur Gemilang) yang terpahat di dada (jersi),” katanya. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya sentiasa menyokong perjuangan skuad Harimau Malaya dalam mana-mana kejohanan seperti dipamerkan penyokong beberapa buah negara terutama di benua Eropah yang sentiasa menyokong pasukan masing-masing di kala suka dan duka. Satu lagi perlawanan separuh akhir membabitkan pertemuan antara Thailand yang muncul juara Kumpulan B, berdepan naib juara Kumpulan A, Filipina. Perlawanan separuh akhir akan dijalankan mengikut format timbal balik, iaitu separuh akhir pertama pada 6 dan 7 Disember manakala separuh akhir kedua pada 10 dan 11 Disember ini. – BERNAMA

Kenapa Islam Larang Jamah Babi? Ini Jawapannya!
Rata-rata masyarakat sememangnya sedia maklum bahawa penganut Islam dilarang menikmati apa-apa pun bahan yang bersumberkan babi, termasuk daging dan organ dalaman.
Melalui petikan kitab Al-Quran dalam Surah Al-An’am ayat 145,
Katakanlah: Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya semua itu kotor, atau binatang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Rabbmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Namun, mungkin tak ramai yang mengetahui sebab mengapa Islam melarang umatnya daripada menikmati daging haiwan tersebut, kan? Kebanyakan kajian yang dijalankan saintis luar negara bersetuju dengan pengharaman tersebut kerana daging babi bukanlah pilihan bijak bagi manusia kerana ia membawa 1001 macam penyakit. Sebagai permulaan, pembaca harus tahu bahawa babi merupakan haiwan yang memakan hampir apa sahaja yang terhidang di depan matanya, termasuk bahan busuk, najis, urin (air kencing), bangkai dan bermacam benda jijik lain.
Walau bagaimanapun, sistem pencernaan babi tidak mampu menyahkan toksin terkumpul dalam tubuh haiwan itu kerana babi akan menghadam apa yang dimakannya dalam tempoh empat jam. Durasi tersebut tidak cukup untuk membuang toksin berlebihan hasil makanan yang ditelannya, lantas sel-sel lemak dan organnya akan menyimpan bahan tersebut. Lagi teruk, sistem badan babi tidak mempunyai kelenjar peluh untuk mengeluarkan lebihan toksik melalui liang roma. Ini menunjukkan daging babi lebih bertoksik dari haiwan-haiwan lain! Jadi, cuba fikir toksik yang terkumpul dalam daging haiwan tersebut, dimakan pula oleh manusia? Melalui satu laporan dikeluarkan organisasi Consumer Reports, 69 peratus (daripada 200 sampel) daging babi mentah yang diuji menunjukkan ia dicemari pelbagai bakteria berbahaya digelar Yersinia Enteroclitica. Bakteria ini boleh mengakibatkan demam, penyakit usus, cirit-birit, muntah dan kekejangan. Selain itu, daging babi yang dikisar merupakan bahan yang lebih tercemar daripada daging babi potong. Ia juga diuji tercemar dengan bahan lain seperti dadah Ractopamine yang diharamkan di China dan Eropah. Sebenarnya, kebanyakan bakteria yang ditemui dalam babi tahan kepada pelbagai jenis antibiotik yang diberikan kepada haiwan itu. Ia menyebabkan daging haiwan itu sukar untuk dirawat. Seterusnya, babi juga membawa pelbagai jenis virus, parasit dan organisma lain seperti Taenia Solium (parasit dalam sistem intestin yang mengakibatkan hilang selera), virus Menangle (virus demam, sakit kepala), Trichinella (cacing yang mengakibatkan Edema) dan Hepatitis E (letih, lemah dan demam kuning). Ada juga bakteria yang mampu menyebabkan fibrosis hati dan sirosis.
Di kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat, atas permintaan tinggi pengguna, babi diternak tanpa terdedah kepada rumput mahu pun persekitaran luas. Haiwan-haiwan tersebut tidur berlantaikan najis dan muntah sendiri dan ia menyebabkan 1/4 daripada ternakan menghidap kurap. Akibat menghidu gas toksik yang terhasil daripada bahan tercerna tersebut, hampir 80 peratus babi yand diternak di Amerika menghidap pneumonia (radang paru-paru). Babi tersebut juga diberi pelbagai makanan tambahan termasuk variasi dadah bagi mempercepatkan tumbesaran dan saiz. Bayangkan, kandungan-kandungan tersebut yang terdapat dalam daging haiwan itu. Kalau secara zahirnya pun babi memang kelihatan jijik, ketahuilah bahawa dalaman haiwan itu lebih kotor kerana mengandungi bermacam-macam organisma berbahaya! Ya, sesungguhnya larangan Allah S.W.T terhadap daging babi mempunyai sebab musabab yang konkrit bagi mengelakkan umatNya daripada ditimpa musibah. – MYNEWSHUB.CC

Lelaki Janji Potong ‘Anu’ Kalau M’sia Menang, Sekarang Camana?
Tak pasti hendak klasifikasikan tindakan individu ini sebagai berani atau secara mutlaknya, bodoh! Mungkin pembaca ada jawapan dalam benak sendiri.
Walaupun kes seperti ini bukan yang pertama dilaporkan, namun ternyata masih ada individu terlalu semberono membuat pertaruhan yang dilihat cetek mental, dungu serta kurang bijak.
Melalui akaun Facebook, seorang individu telah memuat naik satu pertaruhan ekstrim, iaitu sanggup memotong testis sendiri andai pasukan Harimau Malaya menang dalam pertemuan menentang Singapura, malam tadi.
‘Today; United vs Hull & Mas vs Sin. United win, i’ll shave my hair. Malaysia win, i’ll cut my balls off!’
Ya, nampaknya pertaruhan tersebut langsung tak menyebelahi individu ini kerana, pasukan Malaysia berjaya menempah slot ke pusingan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014 selepas menewaskan pasukan negara seberang itu, 3-1.
Ruang komen individu ini kemudiannya dilimpahi komen-komen pengikutnya yang memberi respon terhadap pertaruhan tersebut. Salah satu komen yang ditinggalkan menulis, ‘That’s a bold statement dude (Itu merupakan kenyataan yang berani). Ada kut yang tak ada bola malam nanti.’ Kalau nak imbas kembali, tindakan pertaruhan untuk membuang anu ini atau melakukan sesuatu yang luar biasa dah menjadi semacam satu trend dalam kalangan belia, tambah-tambah bila melibatkan perlawanan bola sepak.
Kalau difikirkan kembali, kenyataan-kenyataan tersebut boleh digeneralisasikan sebagai taktik untuk menarik perhatian dan bersifat kebudak-budakkan. Semua sedia maklum, dalam Islam sekalipun, tak ada suruhan yang menggalakkan perbuatan sedemikian. Maka buat adik-adik di luar sana, fikirlah masak-masak sebelum bertindak melulu. Bak kata orang sekarang, ‘kalau bodoh sekalipun, simpanlah untuk diri sendiri’, tak perlu nak tunjuk dekat orang luar ya! – MYNEWSHUB.CC

Beckham & Anak Kemalangan, Alami Trauma
Walaupun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun figura terkenal sukan bola sepak, David Beckham dan anak sulungnya, Brooklyn diceritakan mengalami trauma selepas terlibat dalam satu kemalangan.
Menurut laporan berita luar negara, The Telegraph, Beckham yang datang mengambil anaknya di padang latihan Arsenal di Hertfordshire dengan menaiki Audi RS6, terlibat kemalangan dengan sebuah kereta lain.
Satu sumber berkata, “Mereka menggigil. Ia merupakan satu kejutan namun semua mangsa selamat. Nasib menyebelahi mereka kerana beg udara berfungsi.” Brooklyn, 15, bermain untuk pasukan Arsenal bawah 16 tahun, baru sahaja tamat perlawanan menentang pasukan Brighton. – MYNEWSHUB.CC

Keeper.. Awak Kat Mana.. Penjaga Gol Singapura Jadi Bahan Lawak
Kini, sesiapa sahaja yang mahu jadi ahli sukan perlu beringat bahawa sebaik sahaja mereka memilih memasuki bidang ini maka bersedialah untuk dihentam jika prestasi merosot atau melakukan kesilapan hingga jadi penyebab kekalahan pasukan.
Terbaharu, penjaga gol Singapura, Hassan Abdullah Sunny yang melakukan kesilapan hingga menjadi antara punca kemenangan Malaysia ketika menentang negaranya bagi menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014 , malam tadi, kini jadi bahan kutukan dan modal lawak di kalangan netizens. Imbas kembali kejadian semalam, penjaga gol Singapura dipercayai terlalu bersemangat mahu membantu pasukannya menjaring gol penyamaan kerana wisel penamat dah hampir sangat ditiup hingga dia tidak berada di gawang gol pada minit terakhir perlawanan. Padahnya, gawang Singapura dibolosi bola hasil tendangan Indra Putra sekaligus mencatat kemenangan Malaysia 3-1. Sebaik tamat perlawanan mendebarkan ini, maka bertebaranlah status-status dan gambar beserta kapsyen mempersendakan tindakan penjaga gol Singapura tersebut di laman-laman sosial.
Paling hangat, lagu dendangan Taufik Batisah “Awak Kat Maner?” paling banyak dijadikan modal mengutuk.
Buat penyokong Singapura diharapkan jangan ambil hati sangat sebab perbuatan netizens ini sebenarnya tak mengenal rumpun dan negara. Buktinya, penyerang JDT Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo turut tak terkecuali jadi bahan ‘lawak kasar’ dalam kalangan netizens selepas gol tendangannya berjaya diselamatkan penjaga gol Pahang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2014, awal bulan lalu. - MYNEWSHUB.CC

Abu Mayat Chin Peng Tak Boleh Dibawa Balik. Muktamad
AYER KEROH – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerajaan sama sekali tidak akan membenarkan abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaysia (KPM), Chin Peng dibawa balik ke negara ini.
Beliau berkata, sewaktu zaman komunis, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua telah menyebabkan ramai polis atau tentera yang gugur.
“Kalau Chin Peng seorang yang mahu dihormati, bagaimana dengan saudara mara dan anak beranak kepada polis dan tentera yang telah dibunuh oleh pengganas komunis akibat individu itu.
“Saya tidak emosi dalam perkara ini, tapi berapa ramai yang mati berbanding mahu menghormati yang seorang ini (Chin Peng),” katanya pada sidang media selepas perasmian Festival Motosikal Persatuan Motosikal Berkuasa Tinggi Malaysia (SAM) Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini sebentar tadi.
Ahmad Zahid mengulas laporan Pengerusi Setiakawan Malaysia Abad ke-21, Lee Huck Tee yang mendesak agar kerajaan membenarkan mayat atau abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia.
Alasan Tee ialah kerajaan perlu menghormati Perjanjian Perdamaian Hatyai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 bersama PKM dan kerajaan Thailand dengan salah satu syarat perjanjian adalah ahli PKM dibenarkan kembali ke negara ini jika mereka mahu berbuat demikian.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, beliau juga tidak mahu ada pemujaan berlaku jika abu mayat Chin Peng ditempatkan di biara tertentu di negara ini. – BH Online
TOP
Mistubishi Akan Lancarkan Evolution XI?
Adakah Ini Rekaan Terbaru Evo 11?
Sebelum ini tersebar bahawa model kereta Mitsubishi Evolution X akan berakhir dimana akan digantikan dengan model Mitsubishi Evolution XI mungkin? atau nama lain. Menurut pihak Mitsubishi untuk rekaan mereka yang akan datang meraka akan lebih mengetengahkan teknologi hibrid yang lebih mendapat sambutan di masa sekarang dan akan datang. Menurut Naib Presiden Eksekutif Mitsubishi Amerika Syarikat, Don Swearingen berkata, Evo telah “datang dan pergi” dan kini kereta lumba elektrik seperti MIEV Evolution III telah membayangkan permintaan ayng akan berlaku di masa akan datang.
Mitsubishi Evolution X
Sebelum Evo berakhir beliau telah mengumumkan pihak Mitsubishi akan melancarkan model terakhir Evo edisi khas. Seperti sebelum ini, Mitsubishi tidak akan mengalah dalam penghasilan kereta berpretasi tinggi dan menyatakan akan menghasilkan kereta yang amat berbeza dengan menekankan konsep hibrid.
Untuk rancangan ini pihak Mitsubishi perlu mengambil masa beberapa tahun lagi untuk menggantikan Mitsubishi Evolution X yang sedia ada. Kebanyakan peminat legasi Mitsubishi Evolution berterusan kerana bagi mereka Mitsubishi Evolution adalah pilihan terbaik kerana berkonsepkan kereta Sport empat pintu.- Siakapkeli.com.my

Penjenayah Memohon Maaf Selepas Tersalah Tetak
PETRA JAYA : Empat penjenayah semalam telah bertindak nekad untuk menghantar seorang lelaki seteleh menyedari orang yang mereka tetak adalah orang lain.
“Maaf, kami tersalah orang,” cakap seorang penjenayah tersebut dalam kejadian yang berlaku di Taman Sukma semalam dan terus menghantar mangsa ke sebuah hospital swasta mungkin kerana kesian. Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad mengesahkan kejadian ini dan memberitahu, selepas mereka menyedari telah tersalah orang, sorang dari penjenyah tersebut telah bertindak nekad menghantar mangsa ke sebuah hospital.
Menurut beliau lagi sebelum kejadian, mangsa bersama dengans seorang rakan terah terserempak dengan penjenayah-penjenayah tersebut yang membawa parang dan terus keluar untuk menyelamatkan diri tetapi tidak sempat apabila satu libasan telah mengenai mangsa. “Suspek kemudian menghalang kereta mangsa menyebabkan dia dan rakan keluar melarikan diri. Bagaimanapun, cubaan mangsa melarikan diri gagal menyebabkan dia ditetak penjenayah terbabit. “Selepas mencederakan mangsa, barulah suspek sedar lelaki itu bukan sasarannya. Salah seorang suspek meminta maaf dan segera menghantarnya ke hospital. “Mangsa berkata, dia tidak mengenali semua suspek selain tidak tahu apakah punca sebenar dia diserang,” katanya. Bagaimanapun dua orang suspek teah berjaya ditahan di sekitar abndar tersebut dan polis masih memburu dua lagi suspek. Kes ini disiasat mengikut seksyen 326 kanun keseksaan.- Siakapkeli.com.my

Kisah Keputusan UPSR Adik Ayub Yang Sungguh Menyentuh Hati
Sekaran ini kita selalu disajikan di media-media massa dan media sosial tentang kejayaan adik-adik kita memperoleh kejayaan dalam peperiksaan. Di media sosial tersebar tentang hadiah-hadiah menarik yang diperolehi oleh adik-adik ayng berjaya dalam UPSR, PMR dan SPM.
Tetapi sedarkah kita ramai orang yang kurang bernasib baik diluar sana yang tidak mempunyai nasib baik seperti orang lain.
Kami akan berkongsi kepada anda tentang kisah seorang murid yang bernama Ayub bin Mohadjar, yang mencatat keputusan 4A1B dalam UPSR baru-baru ini. Kisah ini telah di kongsikan oleh guru kelasnya sendiri dilaman facebook yang bernama As Syahid.
Mari kita sama-sama membaca kisah ini, Bacalah walaupun panjang kerana cerita ini pasti menyentuh hati anda..
* Saya perlu menceritakan kisah ini.
Ayub bin Mohadjar, anak orang kampung sahaja. Adik beradiknya sangat ramai. Pernah dahulu saya mengajar abangnya Syuaib dan tahun lalu kakaknya Siti Khadijah.
Ayub mempunyai dua lagi adiknya di Tahun 5, 3 dan 2. Masih ada kakak yang bersekolah di sekolah menengah harian. Bermakna tujuh kesemuanya.
Ayahnya bekerja kampung sahaja – sesekali saya melihat abangnya Syuaib atau Ayub membantu ayahnya di kampungnya. Rumah yang didirikan tanpa cat yang indah dan berhias. Tahun lalu, rumah mereka antara yang dipukul ribut.
Allah mentakdirkan waktu itu saya masuk ke rumah bersama suri saya, anak lelaki saya dan sahabat saya pensyarah di IPG Puan Umaimah Mohd Idris. Kami memberikan bantuan sedaya yang mampu.
Hati saya pilu dan sebak melihat pingat kebanggaan yang dicapai di sekolah digantung tepi almari rak yang usang, begitu juga itulah sahaja rak yang menempatkan semua buku dan alatan tulis.
Masih ingat lagi, senarai barangan Hari Raya yang belum dibeli yang saya nampak di atas meja untuk setiap adik -beradiknya. (Yes, i cried )
Lawatan sekolah ke Seremban menaiki komuter dan ETS baru-baru ini sebetulnya dibayar sepenuhnya oleh seorang guru (diminta untuk dirahsiakan) kerana pada awalnya dia sudah berkata dia tidak mampu untuk pergi berhibur walau sekali dalam hidupnya. Bukan keperluan mengikut kata keluarganya.
Ayub; saya sifatkan seorang anak yang pemalu, sekadar ‘ pengikut – follower’, tidak tahu apa yang dimahukannya. Periang dan potensi diri belum diluahkan lagi.
Sepanjang tahun sekadar paling kuat 2A atau 1A. Saya sentiasa menitipkan nasihat di telinganya. Malah, leteran itu sentiasa dan acap kali tanpa jemu. Tanggungjawab saya.
” Ayub, ingatlah , emak ayah bukan orang senang “
“Ayub, kurangkan main”
“Ayub, kalahkan kakak Siti yang dapat 3A2B tu”
“Ayub, tengok ayah, kesiankan kerja susah”
” Ayub, dirikan solat “
Ayub hanya sekadar senyum tersengih. Tapi, saya tahu ayat-ayat saya sampai masuk ke dalam hatinya. Saya selalu teringatkan emaknya menghantar mereka adik-beradik satu motor beramai-ramai.
Atau, kadangkala, Ayub atau kakaknya berjalan kaki dahulu sebelum diambil ibunya. Ia seperti adegan drama yang amat melekat dalam hati saya. Begitu jugalah gambaran dalaman rumah Ayub. Sentiasa di kepala.
Kelmarin, selaku guru kelas saya memanggil nama Ayub untuk keputusan UPSRnya, saya tahu saya akan ‘banjir’ dengan air mata saya. Saya melihat ayah Ayub sendiri sedang berdiri berdebar.
“Bahasa Melayu Pemahaman A
Bahasa Melayu Penulisan A”
Saya lihat riak mukanya lagi.
” Matematik A
dan, Sains A”
Saya lihat air mata Ayub sudah mengalir. Ya, dia tidak percaya. Kejutan buat dirinya. Kejutan buat warga guru. Kejutan buat keluarganya juga.
Ketika mahu menyebut keputusan Bahasa Inggerisnya ialah B, saya sudah menangis hiba. Saya lihat ayahnya menangis kegembiraan. Anaknya tidak mendapat 5A tetapi dia gembira anaknya memperoleh 4A 1B. Suatu yang tidak disangka selama ini.
Saya menangis kerana terkenangkan keluarganya yang susah. Betapa sukarnya saya selaku cikgu mahu menyuruh anak murid lelaki untuk berubah dan konsisten belajar.
Saya membayangkan juga rumahnya yang dipukul ribut. Saya terkenangkan ‘senarai’ itu. Saya terkenangkan rak almari itu. Saya terkenangkan atap rumah yang terbang hampir hilang semuanya.
Saya terkenangkan Ayub yang membantu bapanya di kebun atau kerja-kerja kampung. Saya terkenangkan Ayub yang sentiasa pemalu dan tersenyum, tidak pernah menangis selama ini, tiba-tiba menangis dengan hiba dan sebak atas kejayaan yang tidak disangkanya sendiri.
Masyaallah. Kisah keluarga ini benar-benar satu inpirasi buat saya. Tentang percaya kepada misi mendidik anak bangsa hingga ke semangat yang terakhir.
Akhirnya, hampir semua warga guru dan ibu bapa turut menangis mengikut air mata saya, apalagi selepas itu ayahnya datang memeluk erat anaknya. Ayahnya yang garang dan tegas – sentiasa ditakuti anak-anaknya. Ayahnya yang selalu berharap dari jauh. Namun, kasihnya hari itu telah ditunjukkan.
Allah. Allah. Allah. Allahuakbar. Saya tidak akan lupakan kemanisan ini sepanjang hidup. Ia lebih bererti menjadi seorang ‘cikgu kampung’ daripada menjadi orang yang berbaju kemas, bertali leher di pejabat berhawa dingin.
Hidup saya lebih bermakna di sini. Ia menambah nilai kepada diri keseluruhannya. Demi Allah. Untuk tuhanku.
Tahniah Ayub, cikgu belajar sesuatu daripada kamu tentang hidup.
Sayu admin memnbaca kisah ini. Semoga ALLAH memberi balasan yang baik atas apa yang telah beliau lakukan ini.- Siakapkeli.com.my
FB Guru tersebut

15 Makanan Paling Pelik Di Dunia
Makanan adalah perkara asas kepada kehidupan tidak kira manusia atau haiwan. Pebagai bangsa di dunia ini maka wujudlah pelbagai variasi makanan dan ada makanan yang sememangnya tersangat pelik.
Kalau kita di Malaysia sebut banda pelik-pelik pun sudah rasa loya contoh lipas goreng, inikan pula jenis-jenis makanan yang sememangnya teramat pelik dan hanya dikawasan tertentu ada.
Mari kita saksikan
1. BooDog
Lokasi; Monggolia
Info: Daging kambing yang dimasak didalam perut
2. Escamoles
Lokasi; Mexico
Info: Telur semut goreng
3. Tuna Eyeball
Lokasi: Jepun
Info: Masakan yang berasaskan mata ikan tuna
4.Cock’s Combs
Lokasi: China
Info: Masakan berasaskan balung ayam jantan
5. Balot
Lokasi: Filipina
Info: Telur ayam atau itik yang dieramkan dahuu selama 2 minggu sehingga jadi janin dan di masak
6. Century Egg
Lokasi: China
Info: Telur itik, ayam, puyuh yang diperap dalam arang, garam, perahan limau selama beberapa minggu dan bulan.
7. Fruit Bat Soup
Lokasi: Micronesia
Info: Sup yang berasaskan kelawar pemakan buah
8. Rocky Mountain Oysters
Lokasi: Amerika Syarikat dan Kanada
Info: Testis lembu yang di goreng rangup dengan tepung
9. Smoked Rat
Lokasi : Vietnam
Info : Hidangan tikus BBQ terkenal di Canh Nau.
10. Burger Cindil
Lokasi: China
Info: Anak tikus yang baru lahir dijadikan burger untuk menambah stamina badan
11. Blodplättar
Lokasi: Finland dan Sweden
Info: Pancake yang menggunakan darah haiwan
12. CasuMarzu
Lokasi: Perancis dan Croatia
Info: Susu kambing yang disimpan sehingga menjadi Cheese dan diperam lebih lama sehingga berulat
13. Cod Fish Sperm
Lokasi: Asia Timur
Info: Sperma ikan kod yang dijadikan hidangan pelbagai
14. Otak monyet
Lokasi: China dan Jepun
Info: Otak monyet dimakan secara segar. Dimana monyet tersebut dipotong kepala hidup-hidup dengan kepala dipasung di meja. Tepurung kepala akan dipotong menampakkan otak dan dicampur sedikit sos dan terus dimakan.
15. Kerabu bronok
Lokasi: Kedah, Malaysia
Info: bronok sejenis lintah laut yang terdapat banyak di daerah kuala muda dan Langkawi
- Siakapkeli.com.my

SapuraKencana Petroleum Sasar Sahamnya Patuh Syariah
KUALA LUMPUR: SapuraKencana Petroleum Bhd sedang dan sudah mengambil langkah bagi memastikan sahamnya patuh Syariah, seperti ditetapkan Suruhanjaya Sekuriti (SC) menjelang tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2015, kata sumber-sumber rapat dengan perkara itu pada Jumaat.
Berikutan langkah-langkah yang akan diambil itu, syarikat berkenaan menyasarkan dapat disenaraikan semula dalam senarai kemas kini syarikat patuh Syariah SC yang akan diterbitkan selepas penilaian akan datang pada Mei 2015.
Hari ini, syarikat itu tidak disenaraikan dalam senarai patuh Syariah SC yang didagangkan di Bursa Malaysia seperti dipaparkan di laman web suruhanjaya itu.
Pihak SC memutuskan sama ada saham yang disenaraikan itu patuh Syariah atau sebaliknya berdasarkan pengiraan audit terakhir akaun pada 31 Jan, 2014.SapuraKencana dikeluarkan daripada senarai saham itu berikutan salah satu daripada tiga syarat pematuhan itu menetapkan hutang konvensional tidak boleh melebihi dua pertiga daripada jumlah keseluruhan aset syarikat.
"Keseluruhan pinjamannya adalah hutang konvensional kerana bank-bank Malaysia tidak mempunyai jumlah besar produk Islam dalam dolar US/had bagi menyokong pinjaman syarikat itu. Perkara ini sudah pun dijelaskan kepada SC oleh bank-bank utama yang memberi pinjaman kepada syarikat berkenaan.
"Oleh itu syarikat telah bekerjasama dengan bank-bank terbabit sejak kira-kira enam bulan lalu mengenai perkara ini. Kesemua 14 bank itu termasuk sembilan bank asing, telah memberi sokongan dan mendapatkan kelulusan dalaman untuk menukar bahagian yang diperlukan kepada pinjaman yang patuh Syariah," kata sumber-sumber itu.
Langkah bagi memuktamadkan perkara itu dijangka dapat diselesaikan SapuraKencana sebelum berakhirnya tahun kewangan pada 31 Jan, 2015 iaitu dalam bulan depan atau seterusnya.
Sehubungan itu, SapuraKencana dijangka dapat disenaraikan semula dalam senarai patuh Syariah SC yang akan dikemaskini pada Mei 2015.- mstar online
TOP
Chew Mei Fun Gesa Kerajaan P Pinang Bantu Penarik Beca
GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang digesa supaya meningkat taraf hidup penarik beca terutama mereka yang tidak berumah.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun berkata perhatian sewajarnya perlu diberikan kepada penarik beca kerana ada antara mereka menjadikan beca sebagai rumah mereka.
"Kerajaan negeri perlu melakukan sesuatu bagi membantu penarik beca agar tidak terus dibelenggu masalah kemiskinan sehingga ada antara mereka terpaksa menjadikan lorong-lorong sebagai tempat berteduh dengan dipayungi bumbung beca.
"Senario penarik beca tidur di atas beca mungkin pemandangan biasa bagi penduduk tempatan, tetapi sedikit sebanyak keadaan ini memberikan pandangan buruk kepada Pulau Pinang dan Malaysia dari kaca mata pelancong asing," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.
Terdahulu beliau yang juga Naib Presiden MCA melawat perkembangan operasi Anjung Singgah Pulau Pinang di Lebuh Chulia yang mula dibuka Jun lepas.
Anjung Singgah merupakan pusat rujukan khidmat bantuan sosial bagi gelandangan di bawah projek Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Chew yang juga Pengerusi MCA Pulau Pinang berkata kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng juga perlu sama memainkan peranan dalam memastikan rakyat yang dihimpit kemiskinan turut terbela.
Katanya dalam isu penarik beca tidak berumah, mereka juga boleh digolongkan sebagai gelandangan dan pintu Anjung Singgah sentiasa terbuka untuk mereka sekiranya memerlukan bantuan.
"Bagaimana pun harus diingat operasi Anjung Singgah adalah melibatkan kerelaan golongan terlibat dengan sendirinya dan kita tidak akan sama sekali memaksa mana-mana gelandangan untuk hadir ke pusat komuniti ini.
"Lagipun Anjung Singgah bukan rumah untuk selamanya dan mereka (pengayuh beca) sudah pasti mahukan kediaman tetap bagi mereka menginap untuk berehat," katanya.- mstar online
TOP
PAU 2014: Kadar Gaji Minimum Perlu Dinaikkan - Wakil Puteri
KUALA LUMPUR: Kadar gaji minimum perlu dinaikkan bagi menampung kenaikan kos sara hidup dan penghapusan subsidi petrol, kata wakil Puteri Umno, Nor Hazreena Hashim.
Nor Hazreena, yang juga wakil Puteri Bahagian Batu berkata kadar gaji minimum sedia ada tidak mencukupi untuk menampung keperluan seseorang individu, katanya ketika berucap mengenai usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 di Dewan Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.
"Kos sara hidup dan penghapusan subsidi petrol akan menyebabkan rakyat hidup dalam kesusahan. Isu kos sara hidup juga tidak diambil kira ketika menentukan kenaikan gaji dalam sesetengah sektor pekerjaan dan penentuan gaji minimum," katanya.
Beliau berkata 60 peratus graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian terpaksa menghabiskan wang gaji mereka untuk membayar pinjaman dan keperluan harian mereka.
"Puteri Umno mencadangkan agar kerajaan menimbang semula kesesuaian kadar gaji minimum sedia ada yang ditetapkan ketika ini iaitu RM900," katanya.
"Hakikatnya, RM900 tidak mencukupi. Terutamanya mereka yang tinggal di bandar. Terdapat banyak benda yang perlu dibayar. Justeru, adalah perlu supaya gaji minimum ini dinaikkan, sekurang-kurangnya lebih sedikit daripada nilai sedia ada," katanya. - mstar online
TOP
PAU 2014: Pusat Beli-Belah Lima Bintang Tidak Sedia Peluang Kepada Vendor Melayu
Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah bertaraf lima bintang mempunyai sedikit vendor Melayu walaupun terdapat kaum Melayu dalam senarai lembaga pengarah mereka, kata salah seorang perwakilan Umno Perak. Datuk Mohd Radzi Manan berkata, lembaga pengarah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang terdiri daripada orang Melayu yang mempunyai kepentingan di pusat beli-belah itu, tidak menyediakan peluang secukupnya kepada orang Melayu untuk membuka perniagaan mereka di sana. "Ini adalah pusat beli-belah bertaraf lima bintang tetapi saya tidak lihat mana-mana kedai yang dimiliki oleh orang Melayu? Dimana orang Melayu? Hanya di pusat beli-belah 'tiada bintang'," katanya kepada perwakilan ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 di sini, Jumaat. Beliau berkata, ketua korporat Melayu yang kini 'duduk di kerusi besar' tidak harus lupa bahawa Umno yang meletakkan mereka disana. "Kepada lembaga pengarah Melayu, jangan duduk di kerusi tinggi anda dan mendiamkan diri. Perjuang kepentingan Umno, Melayu dan Islam," katanya. Mohd Radzi turut membidas beberapa pemimpin Umno yang memberikan projek kepada kontraktor Cina dan mengabaikan orang Melayu. "Apabila mereka mahu undi, mereka cari orang Melayu. Namun sebaik sahaja mereka menang, mereka cari kapten Cina," katanya.- mstar online

PAU 2014: Kerajaan Perlu Pastikan Hasil GST, Subsidi Untungkan Rakyat
Orang ramai tekun mengikuti perbahasan usul ucapan dasar presiden pada PAUmno 2014 di PWTC di sini, Jumaat.
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa supaya tidak membazirkan hasil yang diperoleh daripada pelaksanaan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta penjimatan daripada pemansuhan subsidi bahan api. Perwakilan Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar berkata, kerajaan akan dipersalahkan jika hasil penjimatan itu digunakan bagi tujuan yang tidak menguntungkan rakyat. "Kita minta hasil daripada GST dan penjimatan subsidi minyak dan diesel yang kononnya hampir RM30 bilion itu digunakan betul-betul kepada rakyat. "Rakyat nak tahu macam mana duit itu digunakan, berapa peratus yang rakyat akan dapat daripada penjimatan tersebut," katanya di sini, Jumaat. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Jabi berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2014. Mengulas lanjut, Ketua Pemuda Umno Setiu itu turut memberi peringatan kepada kerajaan supaya tidak melaksanakan projek pembangunan yang hanya menguntungkan kontraktor. "Nanti kerajaan akan jawab kita akan bina itu, kita akan buat ini dan laksanakan itu. Sudahnya duit itu pergi kepada siapa? "Kalau buat bangunan besar-besar, projek besar-besar...kontraktor juga dapat. Kalau buat program besar sudahnya nanti ada ketirisan dan kebocoran juga," katanya sambil disambut tepukan perwakilan. Tambah beliau, kerajaan tidak seharusnya hanya berpuas hati dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedangkan proses transformasi ekonomi yang diuar-uarkan kerajaan tidak dinikmati sepenuhnya oleh rakyat. "Rakyat tertanya-tanya dengan transformasi ekonomi ini, apa yang mereka akan dapat? Adakah cukup dengan RM950 (BR1M) itu? "Kalau pembangkang buat kira-kira dibahagi dengan setahun...dapat hanya beberapa ringgit kita akan marah. Tapi itukah sebenar hakikatnya," tegas beliau.- mstar online

Polis Buru Suspek Kes Tipu RM1,000 Di Mesin ATM
IPOH: Polis Perak memburu seorang lelaki yang terlibat dalam kejadian menipu seorang mangsa melibatkan kerugian RM1,000 di Mesin Teler Automatik (ATM) sebuah pusat beli belah, di sini Sabtu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Perak, Supritendan Maszely Minhad berkata lelaki yang dikenali sebagai Abdul Rahim Yusof, 48, telah memperdayakan mangsa dengan mengadu bahawa kad ATMnya tersangkut di dalam mesin dalam kejadian kira-kira 9 malam itu.
"Suspek telah meminta pengadu menolong bertanyakan nombor 'helpline' ATM tersebut dan bertanya sama ada pengadu memiliki kad ATM lain sebelum mengajak mangsa ke mesin ATM lain untuk melihat nombor akaun mangsa," katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Ketika di hadapan mesin ATM itu, mangsa seorang penyelia sebuah kolej di sini bertindak memasukkan kad dan nombor pinnya sebelum suspek secara tiba-tiba terus menekan amaun RM1,000 dan mengeluarkan wang tersebut, kata Maszely.
"Mangsa membiarkan suspek mengambil wang itu dan suspek berjanji akan memulangkan wang mangsa dalam masa 30 minit.
"Mangsa juga sempat mengambil nombor telefon suspek iaitu 011-18656535 dan menangkap gambar kad pengenalan suspek. Mangsa berasa tertipu dan datang ke balai untuk buat laporan polis," katanya.
Maszely berkata suspek yang beralamat terakhir di No. 299 Perkampungan Kampung Tersusun Bukit Jana, 34600, Kamunting, Perak juga pernah ditangkap melibatkan empat kes jenayah.
"Dua di Batu Gajah, Perak dan dua kes yang masih dalam siasatan di Ipoh, Perak. Polis sedang dalam usaha untuk mengesan dan tangkap suspek," katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohd Fairuz Mohd Omar di talian 05-5461071 atau 017-4203931 dan boleh menghubungi balai polis berhampiran.-mstar online
TOP
Mahkamah Ada Bidang Kuasa Putuskan Pertikaian Rumah Tangga Jutawan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Jumaat memutuskan mahkamah di negara ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes pertikaian rumah tangga bekas ratu cantik Malaysia, Pauline Chai Siew Phin dan suaminya, Pengerusi jenama antarabangsa Laura Ashley, Tan Sri Khoo Kay Peng.
Hakim Datuk Yeoh Wee Siam yang membuat keputusan itu, dalam penghakimannya berkata, sehubungan itu kes berkenaan tidak perlu dirujuk kepada jawatankuasa atau badan pendamai.
Mahkamah mendapati, terdapat pengecualian berdasarkan keadaan tertentu dan keterangan yang telah dikemukakan semasa perbicaraan terhadap pasangan itu.
Sehubungan itu, kes berkenaan akan didengar di negara ini, bagaimanapun Chai dijangka mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.
Pada Februari tahun lepas, Chai memfailkan petisyen perceraian di sebuah mahkamah di London dan menuntut penyelesaian lebih kurang RM2.75 bilion.
Chai mahu mahkamah Inggeris membuat keputusan prosiding perceraian itu kerana dia mendakwa tidak lagi bermastautin di Malaysia sejak 1980 dan sekarang menetap di England.
Khoo, yang juga pengerusi syarikat pegangan pelaburan antarabangsa, Malayan United Industries Bhd dan kini tinggal di Ampang, Kuala Lumpur, memfailkan petisyen perceraian itu di sebuah mahkamah Malaysia tahun lepas.
Pasangan itu berkahwin pada 1970 dan mempunyai lima orang anak.- mstar online
TOP
Aktiviti Pencegahan Denggi Terus Dipergiat - Dr Subramaniam
S. Subramaniam.
PUTRAJAYA: Meskipun berlaku penurunan kes demam denggi kebelakangan ini, namun aktiviti pencegahannya terus dipergiatkan untuk memastikan tidak berlaku peningkatan kes terutama selepas musim tengkujuh. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata walaupun masih belum mencapai keadaan yang baik, namun kes denggitidak menunjukkan tanda-tanda peningkatan mendadak pada musim tengkujuh ini. "Kita menjangkakan kemungkinan berlaku peningkatan kes jangkitan sebaik musim tengkujuh berakhir nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Kementerian Kesihatan di sini, Ahad. Bagi tempoh 16 hingga 22 November lepas, statistik menunjukkan sejumlah 2,400 kes demam denggi dengan satu kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan. Sementara itu, dalam ucapannya Dr Subramaniam berkata bagi memastian kempen kesihatan yang dijalankan lebih berkesan, warga kementerian sendiri perlu menjadi contoh dengan mengamalkan gaya hidup sihat termasuk menjauhi rokok dan menjaga berat badan mereka. "Jika warga kementerian sendiri merokok, obes dan suka mengambil makanan tidak sihat, maka orang ramai berasa kurang yakin dengan mesej yang disampaikan dalam kempen kesihatan kita," katanya.- mstar online

PAU 2104: Puteri Terkejut Ada Pihak Dalam BN Tentang Akta Hasutan
Mas Ermieyati
KUALA LUMPUR: Ketua Puteri Umno mengingatkan Barisan Nasional (BN) supaya sedar akan keperluan Akta Hasutan 1948. Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, beliau terkejut dengan beberapa reaksi daripada pemimpin-pemimpin parti komponen BN di Twitter yang tidak tahu betapa pentingnya akta itu. "Saya terkejut membaca beberapa tweet pemimpin-pemimpin parti komponen yang lain. "Tidakkah mereka tahu betapa pentingnya akta itu?," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu. Beliau juga mengingatkan ahli-ahli Puteri untuk menguasai dunia siber dan melawan tuduhan tidak berasas terhadap parti melalui gerakan 'Semut Api' sayap itu. "Setiap dakwaan membimbangkan kita. Dakwaan tidak berasas dan jenayah siber amat berleluasa hari ini. Kami, tentera merah jambu ... juga akan menjadi tentera siber! "Kami harus menggunakan dunia siber secara positif. Ramai perwakilan menyokong gerakan 'Semut Api' kami. "Kami akan cuba memasuki setiap rumah di Malaysia untuk memastikan bahawa janji BN untuk menyatukan rakyat berjaya," katanya yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah. Mengenai kebajikan terhadap isteri-isteri tentera, beliau mencadangkan supaya kerajaan mensyaratkan supaya 10 peratus daripada gaji suami diberikan kepada mereka. "Jika ini berlaku, maka mereka adalah wira sejati Malaysia. Kami juga berharap Menteri Pertahanan juga akan memberikan 10 peratus daripada gaji kepada isterinya," selorohnya.- mstar online

PAU 2014: Najib Tolak Nepotisme
Najib bersama barisan kepimpinan tertinggi Umno menyanyikan lagu parti sebaik selesai Perhimpunan Agung Umno, Sabtu.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan mengamalkan nepotisme dengan menyuruh Menteri Besar Negeri Sembilan meletak jawatan bagi memberi laluan kepada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, jika itu yang dilakukan, beliau pasti akan dituduh mengamalkan nepotisme terbesar. “Ish..ish..ish bayangkan kalau saya suruh MB Negeri Sembilan letak jawatan, suruh bini saya jadi MB negeri itu, matilah saya. "Tapi, dia tak nak jadi MB, jadi ketua bahagian pun dia tak nak. Ini nepotisme yang terbesar,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 di sini, Sabtu. Kata-kata Presiden Umno itu disambut gelak-tawa perwakilan yang berada di dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Beliau membuat perumpamaan itu bagi mengkritik sikap ketua pembangkang yang menggunakan kuasanya untuk mendesak seorang wakil rakyat meletak jawatan supaya isterinya boleh bertanding dan dilantik sebagai menteri besar. “Jangan fikir kita teruk tapi pembangkang lagi teruk. Boleh pula suruh wakil rakyat letak jawatan isteri nak bertanding sebab isteri nak jadi MB,” katanya. Najib turut menyindir sikap pembangkang yang mempertahankan pemimpin mereka walaupun secara terang-terangan melakukan sesuatu kesalahan. “Kalau kita tengok pembangkang, dia jaga pemimpin (mereka). Pemimpin tak betul dia bela habis-habisan," katanya yang meminta ahli Umno supaya menegur barisan kepimpinan untuk memajukan parti itu.- mstar online

PAU 2014: Yayasan Tabung PIBG Ditubuh, Dana Permulaan RM200 Juta Diharapkan
KUALA LUMPUR: Kerajaan diharap dapat memperuntukkan sebanyak RM200 juta sebagai dana permulaan kepada Yayasan Tabung Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Nasional bagi disalurkan kepada sekolah-sekolah.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu bersetuju menubuhkan Yayasan Tabung PIBG Nasional namun pihaknya memerlukan dana daripada kerajaan.
Menurutnya Menteri Pendidikan itu, keputusan mengenai penubuhan yayasan itu dibuat selepas pimpinan Umno mengambil kira saranan beberapa wakil pembahahas ketika membahaskan usul pendidikan.
"Saya ingin maklumkan berita baik bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah bersetuju untuk menubuhkan Yayasan Tabung PIBG Nasional.
"Keputusan dibuat selepas berbincang dengan Perdana Menteri pagi tadi di atas saranan beberapa wakil tentang perlunya kita beri sokongan kepada usaha-usaha yang dibuat oleh PIBG di sekolah-sekolah," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2014 (PAU 2014) di sini, Sabtu.
Muhyiddin memberitahu, pendidikan bukan sahaja dilihat sebagai aspek paling penting oleh kerajaan dengan pemberian peruntukan paling tinggi tetapi turut dianggap penting oleh perwakilan.
Ini dapat dilihat apabila daripada 658 usul yang dibahaskan pada PAU 2014, sebanyak 121 daripadanya (20 peratus) adalah berkaitan pendidikan.
Justeru itu katanya, beliau dan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh telah mengemukakan idea penubuhan yayasan tersebut.
Mengulas lanjut, jelas beliau, yayasan tersebut tidak dapat digerakkan sekiranya tiada dana dan oleh itu kerajaan diharap dapat memperuntukkan sebanyak RM200 juta.
"Saya kata umum saja tak memadai, kita perlukan satu dana permulaan dan beliau (Najib) kata boleh usahakan.
"Saya harap tak kurang RM200 juta sebagai dana permulaan," katanya.
Beliau berkata, sebahagian daripada dana akan diusahakan menerusi sumbangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat swasta dan ia akan diagihkan ke seluruh sekolah terutama ke sekolah luar bandar dan pedalaman.- mstar online
TOP
Kos Operasi Empat Anjung Singgah RM1.5 Juta Setiap Tahun
GEORGE TOWN: Kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membelanjakan sebanyak RM1.5 juta setahun bagi menampung operasi empat Anjung Singgah, yang diwujudkan bagi membantu golongan gelandangan di negara ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun berkata peruntukan itu merangkumi perbelanjaan purata operasi bulanan sebanyak RM30,000 bagi empat Anjung Singgah di Kuala Lumpur; Kuching, Sarawak; Johor Baharu, Johor dan George Town, Pulau Pinang.
"Jumlah berkenaan bagaimanapun tidak termasuk kos pembukaan setiap Anjung Singgah yang diperuntukkan RM1.5 juta, dan pusat itu dapat mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat agar tidak terus tercicir daripada arus perdana pembangunan negara," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Anjung Singgah Pulau Pinang di Jalan Chulia, di sini, Sabtu.
Sejak Anjung Singgah pertama di Kuala Lumpur dibuka pada April 2011, seramai 2,008 individu mendaftar di empat pusat khidmat bantuan sosial bagi membantu golongan gelandangan itu dan 46 peratus daripada mereka kini berjaya mendapatkan pekerjaan.
Beliau berkata jumlah itu merangkumi 1,237 gelandangan yang menerima manfaat di Anjung Singgah Kuala Lumpur, Sarawak (312 orang), Johor (400) dan Pulau Pinang 59 orang.
"Saya telah melawat tiga Anjung Singgah setakat ini, dan rata-rata golongan gelandangan yang ditemui berhadapan dengan masalah tekanan hidup sehingga gagal mendapatkan tempat kediaman selain berhadapan konflik keluarga, kesihatan mental dan dadah.
"Jadi menerusi program di bawah Anjung Singgah ini kita berjaya membantu golongan yang memerlukan ini untuk sekurang-kurangnya mendapatkan pekerjaan demi meneruskan kelangsungan hidup," katanya.
Chew berkata sebuah lagi Anjung Singgah bakal dibuka di Kota Kinabalu, Sabah yang dijangka beroperasi pada pertengahan tahun depan.
"Kami sedar hasrat untuk mencapai sifar kemiskinan di negara ini sukar memandangkan di negara maju seperti Amerika Syarikat pun masih ada golongan gelandangan ini, namun kerajaan terus komited demi membantu kelompok masyarakat yang memerlukan ini," katanya.- mstar online
TOP
Sebelah Kaki Ditemui Berhampiran Lokasi Sama Badan Dibuang
NIBONG TEBAL: Sebelah kaki dari lutut hingga tapak kaki ditemui terapung di tebing tali air di Jalan Kampung Permatang, Sungai Bakap, di sini, Sabtu, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Wan Hasan Wan Ahmad.
Beliau berkata kaki kanan itu ditemui pada kira-kira 4 petang tadi, tidak jauh dari lokasi mayat seorang lelaki tanpa kepala, tangan dan kaki ditemui penduduk kampung berkenaan pada Khamis lepas.
"Kaki yang masih dilengkapi seluar jeans itu ditemui oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkannya kepada polis. Ia dipercayai hanyut dan tersangkut di tebing itu," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata kaki itu dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat.
"Setakat ini, polis tidak dapat memastikan sama ada kaki itu mempunyai kaitan dengan penemuan mayat tanpa kepala, tangan dan kaki sebelum ini. Kami kena tunggu laporan bedah siasat," katanya.
Wan Hassan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.
Isnin lepas, satu bungkusan berisi kepala manusia ditemui di tiang berhampiran sebuah kedai makan di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam.
Pada Khamis pula, mayat tanpa kepala dan tangan yang disumbat dalam guni ditemui penduduk kampung dalam tali air di Sungai Bakap.- mstar online
TOP
'Johnny Depp' Kahwini Pokok Kali Kedua
LIMA: Seorang aktor Peru memilih sebatang pokok sebagai isterinya dan ia bukan sekadar lakonan apabila ikatan itu disaksikan jemputan dalam majlis perkahwinan yang aneh, lapor media pada Rabu.
Malah perkahwinan Richard Torres yang rupanya mirip pelakon terkenal Johnny Depp dengan pokok itu bukanlah yang pertama kali kerana tumbuhan itu pernah menjadi pasangannya untuk kali pertama tahun lalu.
Perkahwinan Torres dengan pokok itu dilangsungkan di Taman Negara Bogota, Ahad lalu.
Bagaimanapun, di sebalik majlis itu, perkahwinan berkenaan diadakan sebagai cara menanamkan kesedaran terhadap kepentingan isu alam sekitar kepada orang ramai.
Kata Torres, dia berharap perkahwinannya dengan pokok dapat membawa mesej jelas kepada semua pihak bahawa alam sekitar perlu sentiasa dijaga.
“Semoga lebih ramai orang memberi perhatian kepada masalah alam sekitar di dunia yang disebabkan oleh perbuatan manusia,” katanya.
Dia juga menggesa pemberontak dalam Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia menukar aktiviti mereka daripada berperang kepada menanam pokok.
Perkahwinan pertama Torres dengan pokok dilangsungkan di Buenos Aires.- mstar online
TOP
Lelaki Dipenjara Kerana Belasah Ben 10
HARARE: Seorang lelaki dari Kensington dihukum penjara tiga bulan selepas bersalah membelasah isterinya serta seorang pemuda digelar Ben 10.
Istilah Ben 10 digunakan merujuk kepada seseorang lelaki yang menjalin hubungan sulit dengan wanita yang jauh lebih berusia.
Di mahkamah, Roberto Mkandla, 28, dihadapkan dengan dua tuduhan menyerang dan mencederakan isterinya.
Dia mengaku salah atas kedua-dua tuduhan.
Ketika diberi peluang merayu, Mkandla berkata, dia kesal atas perbuatannya sebelum ini dan meminta majistret memberi pertimbangan wajar terhadap kesalahannya.
“Saya gagal menahan marah. Bayangkan apa yang anda rasa apabila mendapati isteri anda bercanda dengan Ben 10 di rumah sendiri,” katanya.
Mkandla didakwa membelasah isterinya kira-kira pukul 10 malam pada 20 November lalu.
Isteri Mkandla, Nobukhosi Moyo, 28, dan kekasih sulitnya yang juga rakan sekerja wanita terbabit, Kiffy Tshabalala, 23, dilaporkan semakin pulih.- mstar online
TOP
Mayat Pemuda Ditemui Di Lokasi Rusuhan Kaum
FERGUSON, Missouri: Polis St Louis County menemui mayat seorang pemuda berusia 20 tahun di dalam sebuah kereta selepas berlaku rusuhan kaum di bandar itu sejak beberapa hari lalu.
Mangsa, DeAndre Joshua, 20, dilaporkan telah membunuh diri sebelum mayatnya ditemui pada Selasa.
Polis bagaimanapun tidak mengulas lanjut sama ada penemuan mayat tersebut berkait rapat dengan peristiwa rusahan kaum.
Rusuhan tersebut berlaku apabila mahkamah membebaskan seorang anggota polis kulit putih, Darren Wilson yang menembak mati seorang pemuda kulit hitam, Michael Brown, 18. Mayat pemuda yang didakwa membunuh diri itu telah ditemui berhampiran lokasi Brown di tembak mati.- mstar online

Andy Murray Lamar Kekasih, Hadiah Cincin Rekaannya
Selepas sembilan tahun Andy melamar Kimi untuk menjadi isterinya pada Rabu.
LONDON: Sambil menghadiahkan cincin berlian rekaannya, bintang tenis Britain, Andy Murray melamar kekasihnya sejak sembilan tahun lalu, Kim Sears untuk menjadi isterinya. Juara Wimbledon itu berpacaran dengan Kim sejak mereka bertemu kali pertama di kejohanan Terbuka Amerika Syarikat pada 2005. Bagaimanapun selepas lima tahun kedua-duanya membawa haluan masing-masing. Sumber berkata, ahli keluarga Murray, termasuk ibunya, Judy, terlalu gembira dengan perkhabaran itu. “Murray melamar Kim pada Rabu lalu dengan menghadiahkannya sebentuk cincin berlian. “Cincin itu direka sendiri oleh Murray dan diambil minggu lalu,” katanya. Sumber itu berkata, Kim menerima lamaran berkenaan tanpa teragak-agak. Kim lahir di Sussex 26 tahun lalu dan memiliki ijazah sarjana muda Kesusasteraan Inggeris. Dia pernah meninggalkan rumah tempat mereka berkongsi hidup tanpa kahwin di Surrey pada 2009 dan kembali ke rumah ibu bapanya. Murray pula berkata, dia gagal mengungguli Wimbledon pada 2013 kerana tidak mendapat sokongan berterusan daripada Kim. Sebelum ini Murray, 27, sentiasa mengelak daripada menjawab soalan mana-mana pihak mengenai percintaannya.- mstar online

Golkar Singkir Ketua Umum
Aburizal Bakrie
JAKARTA: Dewan Pimpinan Pusat Parti Golkar pada Selasa membekukan jentera parti di bawah pimpinan Aburizal Bakrie atas alasan untuk menyelamatkan pertubuhan politik berkenaan. Ketua Mahkamah Parti Golkar, Muladi berkata, untuk sementara kepemipinan pertubuhan itu diambil alih Majlis Penyelamatan Parti, diketuai Timbalan Ketua Umum, Agung Laksono. Anggota lain ialah tujuh tokoh kanan Golkar, iaitu Priyo Budi Santoso, Hajriyanto Tohari, Zainudin Amali, Agus Gumiwang, Yorris Raweay, Agun Gunandjar Sudarsa dan Ibnu Munzir. Menurut Agung, tugas pertama majlis itu ialah memulihkan keanggotaan tiga kader Golkar yang dipecat Aburizal iaitu Agus Gumiwang, Nusron Wahid dan Poempida Hidayatullah. "Kemudian kami akan membuat persediaan bagi mengadakan perhimpunan agung yang akan dijalankan selewat-lewatnya 15 Januari tahun depan,” katanya. Sebelum ini Golkar bergolak apabila kebanyakan pemimpin kanan parti itu tidak berpuas hati terhadap stail kepemimpinan Aburizal. Sejumlah calon yang menyatakan hasrat mencabar Aburizal mencabar keputusan hartawan itu untuk mengadakan perhimpunan agung pada 30 November ini di Bali. Menjelang perhimpunan itu, Aburizal didakwa menggunakan cara tidak wajar serta provokatif bagi memastikan dia terselamat daripada cabaran calon lain. Sidang pleno Majlis Penyelamatan Golkar pada Selasa itu dihadiri lebih 30 pemimpin kanan parti itu.- mstar online

92 Maut Akibat Serangan Di Masjid
KANO, Nigeria: Seramai 92 jemaah masjid utama di bandar ini maut selepas berlaku serangan bersenjata dan pengebom berani mati.
Berikutan kejadian itu, bilik mayat di Hospital Pakar Mohammed di sini dibanjiri orang ramai yang berpusu-pusu membuat pengecaman jenazah.
"Beratus orang memasuki bilik mayat yang gelap dengan membawa lampu suluh untuk membuat pengecaman mayat," jelas koresponden.
Pasukan penyelamat rasmi pula memberitahu, terdapat mangsa yang dihantar ke hospital lain ketika awal kejadian.
"Oleh itu, jumlah kematian dijangka meningkat apabila kesemua mangsa disahkan semula nanti," katanya.- mstar online
TOP
Thailand Tahan Lanun Warga Indonesia, Rampas Minyak Sawit
NARATHIWAT: Pihak berkuasa Thailand menahan lapan warga Indonesia disyaki lanun ketika berada dalam kapal Sricadi 515 di perairan Teluk Siam, daerah Takbai dekat sini, Jumaat.
Ketua Polis Marin ke-7 Wilayah Narathiwat Mej.Pol. Puthinan Puthiranon berkata mereka ditahan pihak berkuasa daerah Takbai, Wilayah Narathiwat, ketika kapal itu berhenti di kawasan berkenaan kira-kira 9 pagi tadi.
Beliau berkata semasa siasatan, suspek mengaku mereka merompak dan merampas kapal itu di perairan Indonesia pada 9 Okt lepas.
Sebelum ini, pihak berkuasa Indonesia melaporkan kapal itu, yang membawa 2.7 juta liter minyak sawit mentah bernilai 60 juta baht, telah dirompak lanun.
Puthinan berkata kesemua suspek ditahan kerana kesalahan memasuki Thailand tanpa dokumen sah, memiliki minyak sawit mentah tanpa izin dan memiliki kapal yang tiada sebarang dokumen yang sah.
Menurutnya seorang daripada suspek itu memberitahu bahawa mereka berada di perairan Teluk Siam selama enam hari dan telah menjual sebanyak 300,000 liter minyak sawit mentah kepada peniaga Indonesia di perairan Wilayah Pattani.
Puthinan berkata kesemua suspek itu dibawa ke Balai Polis Wilayah Narathiwat untuk siasatan lanjut.
Polis juga akan melaporkan kepada Pejabat Kedutaan Indonesia di Bangkok mengenai tangkapan itu, katanya.- mstar online
TOP
Portal Berita Dunia Termasuk mStar Online Digodam
The Syrian Electronic Army menggodam beberapa agensi berita seperti CBC, the Chicago Tribune, the Telegraph, Forbes, dan NBC.
SERANGAN Penggodam yang menggunakan laman web pihak ketiga untuk mengakses laman web media pada pagi Khamis tidak menyebabkan kerosakan serius. Dalam serangan itu yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi Khamis, sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai The Syrian Electronic Army berjaya menggodam laman web milik agensi berita CBC, the Chicago Tribune, the Telegraph, Forbes, NBC, dan beberapa agensi media lain. Di Malaysia, portal mStar Online turut menjadi serangan penggodam tersebut. Kebanyakan laman web menggunakan perkhidmatan laman web pihak ketiga seperti Gigya untuk memuat naik komen, pengiklanan, video dan perkhidmatan pengesanan. Apabila pengguna membuka CBC.ca sebagai contoh, halaman tersebut memuat naik kod daripada beberapa laman web lain termasuk Gigya. Menggodam salah satu perkhidmatan pihak ketiga memberi ruang kepada penggodam untuk menambah kod mereka sendiri terhadap laman web lain, kata pakar keselamatan dan pemaju, Nadim Kobeissi. "Ia akhirnya menyerang target berprofil tinggi,' katanya.- mstar online

Mesir Dijangka Bergolak Lagi
Pasukan keselamatan kerajaan pimpinan al-Sisi dikerah untuk berkawal sebagai persiapan demonstrasi yang dijangka berlaku pada Jumaat.
KAHERAH: Kumpulan Islam di Mesir kini bersiap sedia untuk mengadakan demonstrasi menentang kerajaan pimpinan Presiden Abdel Fattah al-Sisi yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat. Dikenali sebagai Belia Islam Intifadah, perancangan kumpulan ini yang tersebar meluas menimbulkan kebimbangan penduduk terutama apabila memikirkan pertembungan antara pasukan keselamatan dengan peserta protes itu yang boleh membawa kepada pertumpahan darah. Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada demonstrasi yang dirancangan itu mampu memberi kesan terhadap pentadbiran kerajaan el-Sisi. "Kami menjangkakan akan berlaku kekerasan kerana pihak kerajaan sudah memaklumkan akan bertindak jika perlu. "Bagaimanapun, sukar dipercayai apakah peserta demonstrasi itu benar-benar dapat menggugat pentadbiran atau mengugut dalam apa juga cara atau membawa kepada berlakunya sebarang krisis," kata Profesor Madya Samer Shehata dari Jabatan Pengajian Antarabangsa Universiti Oklahoma. Katanya lagi, protes itu dipercayai hasil gerakan kumpulan Salafi yang bersifat ultra konservatif dan ia dijangka mampu mengumpul sejumlah besar penyokong di kalangan penduduk Mesir. Hukuman penjara sehingga lima tahun terhadap 78 penyokong bekas Presiden yang disingkirkan, Mohammed Mursi juga dikatakan antara punca protes itu dirancang. Bagaimanapun, beberapa kumpulan pembangkang anti kerajaan termasuk Gerakan Belia 6 April yang lebih liberal lebih awal menolak penyertaan dalam demonstrasi pada Jumaat, menurut Ahram Online. Walaupun belum pasti usaha kumpulan Salafi berjaya menggerakkan protest yang memberi kesan pada Jumaat ini, pihak kerajaan tetap merangka strategi dengan menyediakan pasukan khas dan pakar letupan untuk membalas sebarang 'tindakan ganas dan sabotaj', kata Menteri Dalam Negeri, Mohamed Ibrahim, demikian dilaporkan Daily News Egypt. Pada masa sama, al-Arabiya pula melaporkan, lapangan terbang Mesir juga dikawal ketat bagi mengelak sebarang ancaman. Langkah keselamatan lain yang turut dilaksanakan adalah usaha kerajaan untuk mematahkan penentangan terhadapnya dengan meluluskan undang-undang anti pengganas yang memberi kuasa penuh kepada kerajaan untuk menyekat gerakan itu menerusi peruntukan perundangan seperti mengancam perpaduan negara, lapor Reuters. Bagaimanapun, bagi jurucakap parti Salafi, Al-Nour Nader Bakkar: "Jumlah peserta demonstrasi itu mungkin kecil, bagaimanapun matlamat utama bukannya kemenangan, tetapi cukup sekadar mampu mempengaruhi emosi."- mstar online

China Naikkan Cukai Penggunaan Gasolin, Diesel
BEIJING: China menaikkan cukai penggunaan ke atas produk minyak, termasuk gasolin dan diesel, pada Sabtu walaupun harga minyak global jatuh.
Kenaikan itu, kali terakhir pada 2009, bertujuan mengurangkan pencemaran dan merangsang ekonomi hijau, agensi berita Xinhua memetik kenyataan bersama dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) dan Pentadbiran Percukaian Negeri.
Menurut kenyataan itu, susulan pelarasan tersebut, cukai penggunaan ke atas gasolin akan meningkat kepada 1.12 yuan seliter berbanding 1.0 yuan (US$0.16) manakala diesel akan naik daripada 0.8 yuan kepada 0.94 yuan seliter.
Kejatuhan harga minyak global kepada paras terendah dalam tempoh empat tahun pada Jumaat adalah susulan keputusan oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum untuk mengekalkan pengeluaran.
Liu Shangxi, Pengarah Institut Penyelidikan bagi Sains Fiskal MOF, berkata langkah itu akan menjimatkan sumber minyak dan mengurangkan pencemaran, berikutan ekzos auto merupakan punca utama kepada pencemaran udara.
"Pelarasan cukai produk petroleum merupakan trend global dan menggariskan keperluan segera untuk menggalakkan ekonomi hijau di seluruh dunia," kata Liu yang dipetik oleh Xinhua.
Menurut agensi berita itu, produk petroleum yang terlibat dalam kenaikan cukai tersebut termasuk nafta, minyak pelincir dan minyak jet, manakala motorsikal kecil, tayar dan etil alkohol dikecualikan daripada cukai tersebut untuk mengurangkan beban kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah.
Bagaimanapun, harga runcit bahan api akan dikekalkan pada paras semasa, bertentangan dengan jangkaan pasaran bagi pengurangan harga yang kesembilan sejak Julai.
China melancarkan cukai penggunaan ke atas barangan pengguna dengan kos tenaga dan pencemaran yang tinggi pada 1994 sebagai panduan berhubung pengeluaran dan penggunaan ke arah mesra alam sekitar, serta menggalakkan model pertumbuhan ekonomi yang mampan. - mstar online
TOP
PAU 2014: Pakailah Akal Sikit, Tegur PM
Hasrat Anney YC Lim, 77, untuk bertemu Datuk Seri Najib Tun Razak tercapai pada PAU 2014, Sabtu.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menegur perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 yang membangkitkan isu bahawa Umno tidak memerlukan undi kaum Cina dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN). Perdana Menteri menegaskan, kerjasama antara parti-parti komponen BN yang mewakili kaum Cina adalah sangat penting dalam menentukan kelangsungan politik Umno. "Jangan menang sorak kampung tergadai. Pakailah akal sikit. Kenapa kita pertahankan BN? Mesti ada sebab. "Penting bagi kita menjadi (anggota) BN. tapi tindaklah sampai mengorbankan prinsip-prinsip yang dekat di hati orang Melayu," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada PAU 2014 di sini, Sabtu. Mengambil contoh kemenangan BN dalam Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor baru-baru ini, katanya, calon Umno, Mat Razi Mat Ail tidak akan menang tanpa sokongan pengundi masyarakat Siam. "Ketika PRK Pengkalan Kubor, kita dapat lebih daripada 1,700 undi orang Siam. "Bayangkan kalau undi mereka pergi kepada pembangkang, kalah terjongkang (tersungkur) kita," katanya. Najib turut menjelaskan bahawa solidariti yang beliau tegaskan semasa menyampaikan ucapan dasar presiden dan menjadi antara topik perbahasan perhimpunan kali ini bermaksud: 'bersatu dalam satu angkatan yang kukuh dan padu'. Sambil menunjukkan salinan akhbar terbitan 1 September 1957, Najib berpendapat kata-kata Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman: "Look at the past with gratitude, look to the future with confidence" (Lihat masa lalu dengan rasa terhutang budi, lihat kepada masa depan dengan keyakinan), masih relevan diguna pakai pada hari ini. Kata Najib, keyakinan itu sebenarnya dibentuk hasil daripada perjuangan parti keramat Umno sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini. Bagaimanapun, Perdana Menteri turut menarik perhatian perwakilan akan peri pentingnya Umno dan Barisan Nasional (BN) terus meraih sokongan kaum lain. Katanya, tidak mungkin pemimpin negara terdahulu menubuhkan Parti Perikatan yang mewakili tiga kaum terbesar di negara ini, yang seterusnya dijenamakan semula sebagai BN, jika ia tidak memberi faedah kepada orang Melayu. "Sebab itulah penting bagi kita jaga BN, tapi tidaklah sampai mengorbankan prinsip-prinsip yang dekat di hati orang Melayu. "Orang kata Melayu adil, tegas, kontrak sosial dan sebagainya itu kenapa? Sebab kita bukan hanya nak tengok soal pilihan raya, tapi nak bina sebuah negara Malaysia, negara bangsa yang berjaya," katanya. - mstar online

Persembahan Kurang Memuaskan Punca Ada Lagu Tercicir Senarai Akhir AJL 29 - Azmeer
Ketua juri peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 29, Azmeer.
SHAH ALAM: Ketua juri peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 29, Azmeer menjelaskan antara faktor beberapa lagu mempunyai potensi tetapi tidak terpilih ke Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29) disebabkan persembahan kurang memberangsangkan pada pertandingan yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini pada malam Jumaat lalu. Azmeer berkata, pada peringkat tersebut persembahan yang disampaikan oleh artis terlibat diambil kira biarpun sesuatu lagu tersebut mempunyai potensi tinggi untuk ke peringkat seterusnya ekoran persaingan sengit. "Kita juga membuat penilaian pada persembahan dilakukan pada malam separuh akhir selama tiga minggu ini dan ada beberapa faktor lagu dijangka masuk ke AJL 29 namun gagal dipilih selepas persembahan. "Lagu yang baik tetapi artis tidak bersungguh-sungguh ketika melakukan persembahan turut diambil kira dalam pemarkahan," ujarnya. Pada malam tersebut 12 buah lagu diumumkan layak ke AJL 29 yang akan diadakan pada 18 Januari depan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Barisan artis yang berjaya ke peringkat akhir AJL 29 pada pertandingan separuh akhir minggu ketiga.
Lagu-lagu yang layak ke AJL29 yang akan diadakan pada 18 Januari hadapan terdiri daripada Gilalah (Stacy), Gadis Jolobu (Datuk Hattan & Waris), Malaikai (Hazama), Romancinta (Mojo), Apa Khabar (Joe Flizzow) dan Lelaki (Yuna). Manakala Matahari (Hafiz Suip), Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah), Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search), Sesal Separuh Nyawa (Alyah), Percayalah (Indah Ruhaila), dan Masih Aku Cinta (Shila Amzah) turut dipilih untuk berentap pada peringkat akhir. Sementara itu, Azmeer tidak menafikan terdapat banyak lagu yang baik dan layak untuk dipertandingkan di AJL kali ini. "Lagu-lagu separuh akhir tahun ini banyak yang mempunyai kualiti untuk ke AJL. "Bagaimanapun, pihak penganjur hanya mahu 12 lagu terbaik sahaja, kalau diikutkan ada 14 lagu yang kami ingin ke peringkat akhir," ujarnya. Sementara itu, Yuna yang layak menerusi lagu Lelaki memberitahu masih memikirkan untuk membuat persembahan di pentas akhir itu berikutan dia dijangka kembali ke Amerika Syarikat Januari depan. "Kalau lagu sebelum ini saya boleh meminta bantuan daripada Aizat, namun kali ini lagu tersebut berjudul Lelaki tidak mungkin Aizat yang akan menyanyikannya. "Sekarang masih mempertimbangkan lagi perkara itu," katanya.- mstar online

United Resah, Angel di Maria Dibelenggu Kecederaan
Angel di Maria digantikan dengan pemain lain pada minit ke-13 selepas dilanda kecederaan.
MANCHESTER United kini dalam keadaan resah menunggu keputusan tahap kecergasan pemain sayapnya, Angel di Maria selepas dia digantikan pada minit ke-13 ketika pertemuan dengan Hull City, awal pagi Ahad. United dibelenggu banyak masalah kecederaan di kalangan pemainnya pada musim ini. Pemain kebangsaan Argentina itu akan terlepas aksi menentang Stoke City pada Selasa ini selepas menanggung kecederaan hamstring. "Saya rasa Di Maria mengalami kecederaan hamstring. Saya tahu dia mengetahui anggota tubuh badannya dengan baik kerana pada satu masa dia minta untuk dikeluarkan, jadi mungkin kecederaan itu tidak teruk. "Sukar untuk dikatakan. Jadi kita harus tunggu dan lihat. Dia akan diketepikan ketika menentang Stoke. Itu sudah pasti," kata pengurus Louis van Gaal.
Van Persie (kiri) dan Rooney meraikan kemenangan United.
United turut bimbang mengenai kaptennya, Wayne Rooney selepas pemain itu dilihat terhincut-hincut selepas tamat perlawanan. "Saya percaya dia dikasari di bahagian betis kemudian lututnya tetapi ia tidak teruk kerana dia beritahu akan terus bermain," kata Van Gaal. Pada perlawanan itu, United menyambung rentetan kemenangan menewaskan Hull City 3-0. The Red Devils menang menerusi jaringan Chris Smalling pada minit ke-16, Wayne Rooney (minit ke-42) dan Robin Van Persie (minit ke-66). Kemenangan itu membolehkan United menduduki kelompok empat pasukan terbaik dengan mengumpul 22 mata daripada 13 perlawanan.- mstar online

PAU 2014: Solidariti Untuk Malaysia
TERIMA KASIH… Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) melambaikan tangan ke arah pengamal media di hari terakhir Perhimpunan Agung Umno Ke-68 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2014 berakhir pada Sabtu dengan satu mesej paling jelas iaitu solidariti untuk rakyat Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia tiada pilihan. Kestabilan politik dan perpaduan rakyat menjadi kunci utama bagi Malaysia kekal aman dan harmoni bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. Keputusan mengekalkan Akta Hasutan 1948, ketegasan berhubung hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, Raja dan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan negara, sebenarnya menjurus ke arah solidariti rakyat Malaysia. Menggunakan pentas perhimpunan agung tahunan parti terbesar orang Melayu, yang mempunyai 3.47 juta ahli, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dengan berani dan tegas berkata perkara berhubung hak istimewa berkenaan tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak. Ini membuktikan kerajaan mendengar dan mengambil kira pandangan rakyat yang membantah pemansuhan Akta Hasutan berikutan beberapa isu dan tindakan segelintir pihak yang menyentuh perkara sensitif sehingga menimbulkan ketegangan kaum dan agama. Laungan mesej Perdana Menteri berkenaan solidariti iaitu bersatu dalam satu angkatan yang kukuh dan padu bukan sahaja untuk solidariti Melayu dan bumiputera, solidariti Umno, tetapi yang paling penting adalah solidariti rakyat Malaysia. Dalam keadaan Umno sedang menyongsong arus perubahan dan menghadapi landskap politik yang berbeza lagi mencabar, parti tonggak Barisan Nasional (BN) bukan sahaja bertanggungjawab terhadap Melayu dan bumiputera tetapi seluruh kaum lain. Ketegasan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan adalah untuk melindungi keselamatan seluruh rakyat Malaysia dan bukannya orang Melayu dan bumiputera sahaja. Walaupun tindakan itu dilihat satu pusingan-U selepas Akta Hasutan dicadang dimansuhkan pada Julai 2012 itu bukan sahaja dikekalkan, malahan diperkukuhkan dengan dua peruntukan khas bagi melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia Kebebasan bersuara bukanlah segala-galanya. Demokrasi di Malaysia mestilah mengikut acuannya sendiri dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat. "Ini mengenai perlindungan untuk semua. Kita tidak mahu konflik mana-mana agama dan etnik berlaku di negara ini. Kita akan lakukan yang terbaik untuk mencegahnya daripada berlaku, itu yang paling penting," kata Najib. Mengenai Umno, Najib yang mengambil alih kepimpinan parti pada 2009, berkata parti itu mesti melahirkan barisan pewaris kepimpinan yang roh perjuangannya membara seperti pada mula-mula Umno ditubuhkan. Mendengar keluhan dan rintihan anak muda yang ingin turut serta dalam perjuangan parti, Umno akan membuka pendaftaran keanggotaan secara online kepada anak-anak muda seawal usia 18 tahun, dan dikendalikan terus oleh bahagian pendaftaran Ibu Pejabat Umno pusat. Bagi Umno merealisasikan peremajaan itu, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin berkata peremajaan parti bukan sekadar menggantikan orang lama dengan orang muda sebaliknya diterjemahkan dalam konteks menyeluruh. Para perwakilan yang menghadiri perhimpunan termasuk peringkat sayap, seramai 5,739 orang, rata-rata bersetuju gandingan pemimpin lama dan baharu penting dan diperlukan bagi memperkukuh parti meraih kembali sokongan rakyat, khususnya generasi muda. Perhimpunan agung yang saban tahun dinantikan banyak pihak membicarakan pelbagai isu menyentuh agenda memperkasakan ekonomi orang Melayu dan bumiputera, memartabatkan agama Islam dan akses pendidikan serta hala tuju parti bagi memastikan parti itu sentiasa memenuhi aspirasi rakyat keseluruhannya yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa.- mstar online

Syarikat Kecil Digalak Daftar CBP - Seed
A T Kumararajah
KUALA LUMPUR: Sejumlah 38,000 syarikat India Malaysia di seluruh negara masih belum mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP). Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Khas untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED) Datuk Dr A T Kumararajah berkata syarikat-syarikat ini yang mencatatkan perolehan jualan tahunan kurang daripada RM300,000 dan tidak melebihi RM500,000 seperti yang ditetapkan dalam CBP. "Bagaimanapun, mereka amat digalakkan untuk mendaftar perniagaan mereka kerana mereka juga perlu berdaftar CBP memandangkan mereka adalah pembekal kepada syarikat-syarikat yang mematuhi CBP. "Jika tidak, syarikat-syarikat besar yang berpendapatan lebih daripada RM500,000 tidak akan mahu menjalankan perniagaan dengan syarikat yang tidak mendaftar CBP," katanya kepada Bernama di luar acara seminar CBP yang diadakan di ibu pejabat MIC di sini, Sabtu. Seminar itu dianjurkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan kerjasama SEED, Dewan Perniagaan India Kuala lumpur dan Putrajaya serta beberapa persatuan perdagangan India Malaysia. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Kastam, Datuk Subramaniam Tholasy dan Setiausaha Agung MIC, A. Prakash Rao. Kumararajah berkata lambat laun syarikat-syarikat perniagaan kecil dan mikro ini akan menjadi kurang berdaya saing dari segi struktur harga jika mereka tidak mendaftar CBP, dengan itu, mereka akan akhirnya terkeluar daripada rantaian bekalan pematuhan CBP yang lebih besar. "Ia akan menjadikan syarikat yang berdaftar CBP akan menjauhi syarikat tidak mendaftar CBP memandangkan mereka tidak berdaya saing untuk menjalankan perniagaan. Ia akan meningkatkan kos langsung menjalankan perniagaan manakala kenaikan kos ketara tidak langsung akan datang daripada invois tidak berpadanan dan kelemahan dokumentasi yang dimiliki syarikat tidak mendaftar CBP," katanya. Dalam hal itu, beliau berkata syarikat-syarikat kecil terutamnya syarikat India Malaysia digalakkan untuk secara sukarela mendaftarkan perniagaan mereka untuk CBP jika mereka mahu kekal dalam rantaian bekalan rakan-rakan yang lebih besar. Beliau berkata itulah sebabnya seminar CBP dianjurkan, untuk mewujudkan kesedaran dan memberi maklumat terperinci mengenai CBP. Pemilik syarikat India Malaysia boleh menghubungi SEED di talian 03-27756205 untuk lebih maklumat mengenai CBP, katanya- mstar online

Penstrukturan Semual MAS, Mengikut Jadual - Khazanah
KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd berkata terdapat kemajuan di semua peringkat dalam rancangan penstrukturan semula Malaysia Airlines (MAS), di bawah Pelan Pemulihan MAS (MRP) yang menyeluruh dengan 12 perkara bagi tempoh lima tahun seperti yang diumumkan pada 29 Ogos.
Khazanah dalam satu kenyataan hari ini, mengumumkan kemajuan perkembangan pertamanya berhubung MRP.
Cabang pelaburan kerajaan itu berkata ia akan terus memaklumkan perkembangan terkini setiap tiga bulan kepada semua pihak berkepentingan, terutama orang ramai, mengenai kemajuan penyusunan semula berkenaan.
"Penstrukturan semula MAS berjalan lancar dengan beberapa kejayaan utama dicapai dan beberapa kemajuan lagi dijangka pada suku akan datang, khususnya menjelang akhir tahun," kata Pengarah Urusannya Tan Sri Azman Mokhtar.
Khazanah berkata keseluruhan kemajuan telah dicapai merangkumi empat bidang utama MRP iaitu rangka kerja tadbir urus dan kewangan, model perniagaan operasi, kepimpinan dan modal insan, serta kawal selia dan persekitaran sewajarnya.
Antara lain ia menyatakan, Pejabat Pengurusan Penstrukturan Semula MAS dengan hampir 50 kakitangan kini beroperasi sepenuhnya.
Setakat ini, 29 sesi mesyuarat telah diadakan dengan kakitangan MAS untuk mendapatkan maklum balas dan memaklumkan kepada mereka mengenai pelbagai inisiatif penstrukturan semula itu.
Ini turut diperkukuhkan lagi dengan usaha jangkauan yang lebih luas, yang dijalankan oleh pengurusan MAS.
Mengenai cadangan penyahsenaraian, Khazanah berkata pemegang saham minoriti MAS sudah meluluskan cadangan bagi pengurangan modal terpilih dan proses pembayaran balik semula (SCR) seperti diputuskan pada mesyuarat agung luar biasa.
"SCR dijangka selesai pada 3 Dis, 2014, sementara menunggu kelulusan Mahkamah Tinggi," katanya.
Penyahsenaraian ini merupakan antara syarat bagi penstrukturan semula keseluruhan MRP dan pembiayaan modal pelaburan sebanyak RM6.0 bilion.
Dengan penyahsenaraian ini, tranche pertama suntikan modal bersyarat Khazanah berjumlah sehingga RM2.0 bilion, akan diagihkan bagi pembayaran semula kepada pemegang saham minoriti, dan juga untuk modal kerja serta perbelanjaan penstrukturan semula.
Khazanah berkata syarikat baharu untuk menggantikan MAS, Malaysia Airlines Bhd, diperbadankan pada 7 Nov dan dijangka beroperasi menjelang 1 Julai 2015.
Rang Undang-Undang Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014 telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 27 Nov.
Rang Undang-undang itu dijangka dibentangkan di Dewan Negara pada sesi akan datang pada Disember 2014, katanya.
Khazanah dijangka membuat pengumuman penting tentang kepimpinan Malaysia Airlines Bhd menjelang akhir tahun.
Ia juga berkata proses penilaian tenaga kerja di MAS untuk mengenal pasti pekerja yang diperlukan oleh Malaysia Airlines Bhd, dianggarkan 14,000 pekerja, sedang dilaksanakan.
Sementara itu, kerangka kerja bagi cadangan Pusat Latihan Semula Korporat dan Pusat Penempatan Semula, sudah diwujudkan dan disasarkan untuk pelancaran pada 1 April, 2015.
Menurut Khazanah, Terma Rujukan Panel Perundingan Pekerja (ECP) telah dirangka.
ECP akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada awal Disember 2014.
Kajian semula yang komprehensif bagi semua kontrak, kini berjumlah 5,000 sedang dilaksanakan.
Keutamaan diberikan kepada kontrak yang berpotensi menyediakan peluang pengurangan kos yang signifikan dan peningkatan kecekapan.
Selain itu, garis panduan yang dikaji semula untuk memasuki kontrak baharu dan pembaharuan kontrak juga sedang dilaksanakan manakala persiapan juga sedang dilakukan bagi meneliti had pihak berkuasa bagi pemberian kontrak.
Khazanah berkata terma dan syarat Jawatankuasa Tadbir Urus dan Etika (GEC) telah dirangka.
Ia dijangka beroperasi selepas selesainya proses penyahsenaraian MAS dan akan mempunyai tempoh sah antara tiga dan lima tahun.
Pemindahan tenaga kerja dari Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijadualkan bermula pada suku kedua 2015.
Langkah itu pada awalnya dirancang bermula tahun ini tetapi ditangguhkan bagi memastikan pekerja MAS yang tidak berkhidmat dengan Malaysia Airlines Bhd tidak akan dibebani tanpa sebab apabila terpaksa berpindah ke KLIA.
Sementara itu, kerja-kerja pengubahsuaian di Bangunan Kemudahan Sokongan dan rancangan pengubahsuaian hangar kejuruteraan di KLIA telah bermula. Tanah bagi pembangunan ibu pejabat Malaysia Airlines Bhd telah dikenal pasti.
Menurut Khazanah, ramai individu dengan kepakaran dan pengalaman berkaitan telah secara sukarela menemuinya untuk menjadi sebahagian daripada penstrukturan semula itu.
Setakat ini, banyak curriculum vitae (CV) telah diterima dan permohonan diteliti, dengan beberapa pihak bersedia untuk menyertai usaha penstrukturan semula itu.
Khazanah juga menerima tidak kurang daripada 28 cadangan perniagaan yang menyatakan minat untuk menyertai atau melengkapi MRP.
"Kami ingin menyatakan bahawa seperti yang ditetapkan proses operasi dan prosedur Khazanah, hanya cadangan yang berwibawa dinilai dan diteliti," katanya.- mstar online
TOP
PAU 2014: Iktiraf Koperasi Sebagai PKS - Perwakilan PP
Mansor Musa
KUALA LUMPUR: Koperasi wajar dinaiktaraf kepada kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi mengatasi kesukaran untuk mendapatkan bantuan modal untuk mengembangkan operasinya. Perwakilan Umno Pulau Pinang, Mansor Musa berkata, walaupun terdapat pelbagai aktiviti dan projek berdaya maju, platform ekonomi dengan lebih 90 peratus daripadanya melibatkan orang Melayu itu masih dibendung masalah. "Mereka ada aktiviti yang berdaya maju tetapi susah untuk mendapat pinjaman di bank. "Bagi membantu gerakan koperasi, pengiktirafan perlu diberi kepada koperasi ini sebagai Perusahaan Kecil dan Sederhana bagi memudahkan bantuan modal disalurkan," katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat. Ketua Umno Bahagian Bayan Baru itu berkata, pengiktirafan itu akan membolehkan mereka menikmati insentif dari segi geran dan bantuan kewangan yang selama ini diberikan kepada PKS. "Dengan insentif ini, koperasi kecil dapat melakukan pembangunan dan penyelidikan, pemasaran, pemadanan perniagaan dan lain-lain," katanya. Mengikut perangkaan sehingga Disember 2013, katanya, jumlah ahli koperasi adalah seramai 7.61 juta orang. "Jika ditolak dua juta orang daripada koperasi yang segan mati tak mahu, ada lima juta orang lagi. Ahli Umno pun baharu tiga juta orang," katanya. Sehubungan itu, Mansor berharap kerajaan mempertimbangkan cadangan pengiktirafan tersebut untuk membantu orang Melayu yang terbabit dalam kegiatan koperasi.- mstar online

PAU 2014: Penghapusan AP Terbuka Sekat Bumiputera Sertai Industri Automotif
Ikmal Hisham Abdul Aziz
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta supaya tidak menyekat penyertaan usahawan Bumiputera dalam industri automotif dengan menghapuskan dasar Permit Import (AP) terbuka. Perwakilan Kelantan, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, melalui dasar AP terbuka, ia telah menggalakkan aktiviti ekonomi terutama membuka peluang pekerjaan kepada 78,400 golongan Bumiputera. "Janganlah kerajaan termakan hasutan kononnya tindakan tidak menghapuskan dasar itu hanya menyebabkan kerajaan dituduh 'berundur ke belakang'. "Hakikatnya tidak timbul persoalan 'berundur ke belakang' kerana AP terbuka ini telah berjaya memastikan kewujudan penyertaan Bumiputera dalam industri automotif," katannya pada Jumaat. Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Ikmal Hisham yang juga Ketua Umno Bahagian Tanah Merah berkata, pengenalan dasar AP terbuka merupakan satu daripada langkah bijak kerajaan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). "Walaupun daripada segi jumlah pengimportan, kuantiti yang dibawa masuk tidak besar namun dari pungutan cukai, sumbangan usahawan Bumiputera dalam bidang automotif boleh dibanggakan," katanya. Menurut beliau, berdasarkan data Kementerian Kewangan bagi tempoh 2011 hingga 2013, pengimportan kenderaan menyumbang sebanyak RM10 bilion melalui kutipan eksais. Tambah Ikmal Hisham, situasi hari ini menyaksikan usahawan Bumiputera dalam bidang automotif menghadapi masalah modal yang tinggi. "Majoriti peniaga Melayu dan Bumiputera dalam industri ini hanya menjadi ejen kepada syarikat kereta nasional Proton dan Peodua. Keadaan ini berlaku kerana mereka tidak diberi peluang dan sukar dilantik menjadi ejen syarikat kereta seperti Mazda, Toyota, Honda dan sebagainya. "Semua ini berlaku kerana mereka berhadapan kekangan modal memandangkan untuk menjadi ejen kepada syarikat tersebut, mereka memerlukan modal antara RM4 juta hingga RM10 juta," katanya. Selain itu, Ikmal Hisham turut mencadangkan supaya kerajaan menghapuskan fi AP kereta terpakai berjumlah RM10,000. "Langkah itu penting bagi membantu usaha kerajaan mengurangkan harga kereta, tambahan pula fi ini hanya dikenakan kepada peniaga kereta terpakai Bumiputera sahaja," katanya.- mstar online

Seri Dengan Sunderland, Mourinho Puas Hati
Jose Mourinho.
PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho menegaskan beliau berpuas hati dengan kutipan satu mata selepas pasukannya seri tanpa jaringan dengan Sunderland pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi Ahad. Ia adalah perlawanan pertama yang menyaksikan The Blues gagal menjaringkan sebarang gol. Mourinho, bagaimanapun, tidak mengeluh mengenai persembahan anak buahnya malah berpuas hati dengan keputusan tersebut. "Tiada apa yang negatif untuk dikatakan mengenai pasukan saya. Ia perlawanan sukar. Hanya satu pasukan ingin menang tetapi pasukan lain mahu menyekat kemenangan itu dan mereka berjaya melakukannya.
"Benteng pertahanan mereka dikawal dengan rapi. Mereka banyak bertahan dan itu bukan satu jenayah, ia sebahagian daripada permainan. Ia strategi dan mereka berjaya. "Pemain saya cuba melakukan apa sahaja. Kami mengambil risiko dan menamatkan permainan dalam keadaan kepenatan," kata Mourinho. Kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk memecah kebuntuan tetapi ia gagal dimanfaatkan sehingga wisel penamat dibunyikan. Keputusan seri itu menyaksikan Chelsea kekal menguasai kedudukan teratas liga dengan kelebihan tujuh mata di hadapan Southampton yang menduduki tempat kedua. Chelsea akan bertemu Tottenham Hotspur di Stamford Bridge pada Rabu ini.- mstar online

Keputusan La Liga
BERIKUT adalah keputusan perlawanan La Liga:
Celta de Vigo 0 - 1 Eibar
Málaga CF 1 - 2 Real Madrid
RCD Espanyol 2 - 1 Levante UD
Getafe CF 1 - 2 Athletic Club
- mstar online
Celta de Vigo 0 - 1 Eibar
Málaga CF 1 - 2 Real Madrid
RCD Espanyol 2 - 1 Levante UD
Getafe CF 1 - 2 Athletic Club
- mstar online
TOP
Keputusan Liga Perdana Inggeris
BERIKUT adalah keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris Sabtu malam.
Sunderland 0 - 0 Chelsea
Burnley 1 - 1 Aston Villa
Liverpool 1 - 0 Stoke City
Manchester United 3 - 0 Hull City
Queens Park Rangers 3 - 2 Leicester City
Swansea City 1 - 1 Crystal Palace
West Ham United 1 - 0 Newcastle United
West Bromwich Albion 0 - 1 Arsenal

Gerrard Rai Tahun Ke-16 Bersama Liverpool Di Bangku Simpanan
BUAT pertama kali dalam tempoh 16 tahun, Steven Gerrard tidak tersenarai dalam barisan pemain utama Liverpool kerana dikritik prestasinya di ‘bawah par’ sejak kebelakangan ini.
Gerrard,34, membuat penampilan pertama bersama Liverpool 16 tahun lalu menerima penghargaan daripada kelab dan sepatutnya beraksi menyambut hari istimewanya ini ketika perlawanan di Anfield yang menyaksikan The Reds menang 1-0 ke atas Stoke awal pagi Ahad.
Bagaimana pun situasi tidak seperti yang dirancang selepas pengurus pasukan Brendan Rodgers memasukkan Philippe Coutinho menggantikan Gerrard yang hanya menjadi pemanas bangku simpanan.- mstar online
TOP
Syarikat Pengurusan Sahkan Nam Sang Mi Bakal Berkahwin
Nam Sang Mi bakal berkahwin dengan kekasihnya pada awal tahun hadapan.
SYARIKAT pengurusan pelakon terkenal Korea Selatan, Nam Sang Mi mengesahkan laporan yang mengatakan aktres itu bakal menamatkan zaman solonya pada awal tahun hadapan. Soompi bagaimanapun melaporkan pihak pengurusan Sang Mi tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar pernikahan pelakon itu dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Lee Jun Ki. "Benar dia akan berkahwin pada awal tahun depan sama ada bulan Januari atau pun Februari namun kami tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar," kata wakil syarikat tersebut. Pasangan itu berkenalan sejak setahun lalu menerusi seorang kenalan sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan zaman solo mereka.- mstar online

Walt Disney Lancar Trailer 'Star Wars Episode VII: The Force Awakens'
Star Wars Episode VII: The Force Awakens hanya akan berada dipawagam pada penghujung tahun hadapan.
PIHAK Walt Disney Studios Motion Pictures dan Lucas Films baru-baru ini melancarkan trailer filem Star Wars Episode VII: The Force Awakens buat pertama kali biarpun karya J.J. Abrams itu hanya akan menemui penonton di pawagam pada penghujung tahun hadapan. Sebelum ini, pihak penerbit mengumumkan barisan pelakon asal filem berkenaan seperti Harrison Ford (Han Solo), Carrie Fisher (Puteri Leia), Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3P0), Peter Mayhew (Chewbacca) dan Kenny Baker (R2D2) kembali untuk membawa watak masing-masing dalam episod terbaharu itu. Perkhabaran itu adalah berita yang sudah pastinya akan mengembirakan para peminat setia filem ini yang sememangnya mahukan pelakon-pelakon asal kembali dalam episod VII ini. Laman web rasmi Star Wars turut mengumumkan senarai beberapa pelakon baru seperti John Boyega, Daisy Ridley, Oscar Isaac, Andy Serkis, Domhnall Gleeson dan Max von Sydow. Filem terbaru ini akan diarahkan oleh JJ Abrams dan dijadual untuk ditayangkan di pawagam mulai 18 Disember 2015. Ini adalah filem pertama Star Wars selepas Disney mengambil alih kesemua kepentingan francais daripada George Lucas dan berjanji akan menerbitkan episod baru setiap dua tahun mulai 2015. Ketika filem pertama Star Wars muncul di pawagam pada 1977, hampir kesemua pelakon utamanya berusia dalam lingkungan 20an dan 30an tetapi kini Harrison Ford sudah pun berusia 71 tahun, Mark Hamill, 62, dan Carrie Fisher, 57 dan Peter Mayhew, 69. Pengambaran bermula Mei lalu dengan plot cerita bermula 30 tahun selepas Return of the Jedi yang diterbitkan pada 1983. Ia adalah filem terakhir Star Wars (iaitu episod VI) sebelum kisah ini kembali ke belakang dalam bentuk prekuel dengan Episod I, II dan III.- mstar online

2,000 Paku Dikeluarkan Dari Badan Seorang Wanita
Dr Sagiran Sukardi.
BANGI: Seorang pakar bedah dari Indonesia menjadikan kes terapi Islam sebagai pelengkap perubatan moden di hospital dengan mengeluarkan paku berkarat dari dalam badan seorang pesakit wanita, kononnya dipercayai menjadi mangsa ilmu sihir. Dr Sagiran Sukardi menggambarkan bagaimana pemahamannya mengenai amalan perubatan dicabar ketika merawat wanita tersebut. Dalam kes di Sumatera yang menjadi bualan ramai, lebih 2,000 paku dikeluarkan dari dalam badan seorang wanita berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Supiyati. "Sebagai seorang pakar bedah, saya tidak percaya kesakitan itu berpunca daripada sihir dan jin," katanya dalam forum bertajuk 'Jin dan Sihir' Dalam Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dr Sagiran dari fakulti perubatan di Universiti Muhammadiyyah Yogjakarta berkata keadaan Supiyati mencabar logik perubatan. Beliau menunjukkan kepada peserta forum beberapa keping gambar paku dibawah kulitnya dan X-ray kesan luka yang dialami Supiyati. Kira-kira 75 peratus daripada peserta yang hadir terdiri daripada doktor dan pakar psikiatri manakala selebihnya adalah pakar akademik serta kumpulan penyelidik. Pesakit itu pertama kalinya dibawa ke bilik kecemasan pada September 2012. Dr Sagiran berkata, dalam pembedahan pertama, beliau mengeluarkan lebih 70 paku dari bahagian kakinya sebelum merawat luka tersebut. "Amat memeranjatkan, sehari selepas pembedahan itu saya menjumpai lebih banyak paku dikawasan itu semula. Pada masa sama, saya tidak percaya ia ada kaitan dengan ilmu sihir," katanya. Namun, beliau berkata selepas mendapat nasihat daripada rakan-rakan dan guru agama, dia kemudiannya menggunakan terapi Islam untuk merawat pesakit itu. Menurut Dr Sagiran, dia mula membaca ayat suci Al-Quran ketika sedang membersihkan luka atau semasa gadis itu mengerang kesakitan. Beliau berkata, selepas rawatan tersebut wanita berkenaan kemudiannya termuntah. "Anda tidak boleh bayangkan tetapi lebih banyak paku dan rambut terkandung dalam muntahnya," kata Dr Sagiran. Dr Sagiran berkata bekas suami Supiyati yang menghilangkan diri selepas dia menjalani rawatan tersebut dipercayai bertanggungjawab melakukan perbuatan sihir itu. Katanya, kes itu menggambarkan keperluan terhadap pendekatan secara holistik termasuk rawatan kerohanian dan keagamaan di hospital. Moderator forum UKM, Prof Madya Dr Supyan Hussin berkata penganjur tidak menentang cara perubatan moden. "Namun terapi Islam boleh digunakan untuk merawat pesakit yang kesakitannya tidak dapat dikenal pasti," katanya. Dr Supyan berkata terapi Islam tiada kaitan dengan ilmu hitam atau ilmu sihir yang bertentangan dengan Islam. Beliau berkata, peserta mungkin akan meluluskan resolusi tersebut menerusi perbincangan dalam forum yang akan bersambung pada Ahad sebelum perkara itu dibawa kepada Kementerian Kesihatan.- mstar online

Sultan Selangor Minta Kerajaan Pusat Beri Peruntukan Cukup Selenggara Peralatan Tentera
Sultan Sharafuddin Idris Shah.
KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang secukupnya bagi penyeliaan dan penyelenggaraan peralatan ketenteraan. Baginda bertitah bagi menghadapi musuh-musuh yang mengancam negara, peralatan dan persenjataan sedia ada mestilah diselia dengan baik dan sempurna supaya dapat digunakan pada bila-bila masa. "Adalah amat mengecewakan jika memiliki aset yang maju dan canggih tetapi tidak boleh digunakan dan disimpan di dalam stor atau gudang kerana tidak mempunyai alat ganti disebabkan kekurangan kewangan," titah baginda yang juga Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Baginda bertitah demikian pada majlis Santapan Diraja Kapten Yang Dipertua TLDM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Istana Alam Shah di Istana Alam Shah di sini, malam Sabtu. Turut hadir Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Datuk Seri Roslan Saad, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kira-kira 800 pegawai TLDM, TUDM dan PDRM. Selain itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut meminta semua peringkat pasukan keselamatan negara supaya berkhidmat dengan penuh jujur dan ikhlas serta mengutamakan kualiti kerja yang cemerlang. "Gejala rasuah, salah guna kuasa dan mengutamakan kepentingan peribadi hendaklah dielakkan," titah baginda. Baginda juga memuji langkah kerajaan menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan meminta ia diperluaskan dari semasa ke semasa. Baginda turut menyeru rakyat supaya memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan agar matlamat untuk mengekalkan keamanan di negara ini dapat dilaksanakan dengan baik dan jayanya.- mstar online

Empat Individu Ditahan Kerana Samun Di JB
JOHOR BAHARU: Empat daripada enam individu yang dilaporkan terlibat dalam kes samun, ditahan polis apabila gagal melarikan diri selepas dikesan di kawasan Majidee di sini awal hari Sabtu.
Mereka yang terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita sebelum itu melakukan samun ke atas seorang lelaki berusia 75 tahun di Jalan Serampang, Taman Pelangi yang terletak 3.5km dari situ pada 6.30 pagi.
"Mangsa cedera di bahagian leher dan patah tulang rusuk kanan selepas dipukul ketika mereka cuba memeras wang sebanyak RM15,00 daripadanya," kata Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Sulaiman Salleh dalam satu kenyataan di sini.
Gagal mendapatkan wang daripada mangsa, mereka melarikan kereta Perodua Kenarinya.
Menurut Sulaiman, apabila dikesan kereta peronda polis, suspek yang menaiki Hyundai Starex enggan berhenti apabila diarahkan berbuat demikian sebaliknya terus memecut laju melarikan diri.
Ketika dikejar, kereta suspek melanggar beberapa kenderaan awam dan terpaksa berhenti di Jalan Bunga Ros, Majidee selepas kedua-dua roda hadapan kereta itu mengalami kerosakan.
"Tiga suspek wanita berjaya ditahan dalam kenderaan terbabit dan seorang suspek lelaki ditemui bersembunyi dalam kawasan semak berhampiran. Mereka berusia di antara 15 dan 23 tahun," katanya.
Dua lagi lelaki berjaya meloloskan diri dengan salah seorang daripada mereka dilaporkan telah melarikan sebuah kereta Toyota Vios berwarna biji kundang, milik seorang penduduk di Jalan Antoi, Majidee.
"Suspek telah memperdaya seorang wanita berusia 45 tahun dengan menyatakan dirinya sedang dikejar oleh orang yang cuba membunuhnya dan meminta dihantar untuk mendapatkan teksi.
"Suspek meminta air kerana kehausan dan bila mangsa masuk ke dalam rumah, suspek berkenaan terus melarikan kereta mangsa," kata Sulaiman.
Polis kini sedang giat memburu kedua lelaki berkenaan.
Menurut Sulaiman, mangsa samun yang cedera itu kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan keadaannya dilaporkan stabil.
Kereta Perodua Kenari miliknya pula ditemui di Jalan Landak Raya, Taman Century yang terletak kira-kira 2km dari tempat kejadian manakala Hyundai Starex yang digunakan suspek didapati dilaporkan hilang di Yong Peng, Batu Pahat sebelum ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun harta milik mangsa yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.- mstar online
TOP
Elak Daki Gunung Datuk Di Musim Hujan
REMBAU – Orang ramai diminta supaya menghentikan sementara aktiviti pendakian di Gunung Datuk dekat sini berikutan keadaan tidak selamat dan merbahaya ketika musim hujan sekarang.
Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Ibrahim Sharif berkata aktiviti ini tidak sesuai dilakukan berikutan musim tengkujuh sekarang kerana ia boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan yang membahayakan pendaki.
“Saya nasihatkan supaya orang ramai mencari masa yang lebih sesuai iaitu sehingga cuaca betul-betul kembali pulih untuk memulakan semula aktiviti mendaki gunung tersebut.
“Di samping itu mereka perlu mengikut kesemua peraturan keselamatan yang telah ditetapkan terutamanya dari segi masa pendakian. Selain jangan pergi seorang diri atau pun berpecah dari kumpulan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata setiap pendaki perlu membawa bersama alat komunikasi agar pihak berkuasa dapat mengesan kedudukan jika mereka hilang arah, selain lampu suluh sewaktu aktiviti dijalankan pada waktu malam.
Beliau diminta mengulas dua kejadian pendaki tersesat semasa mendaki gunung itu bulan ini melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi.
Sementara itu Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Norazam Khamis berkata Jabatan Perhutanan Negeri telah diarahkan untuk mengehadkan aktiviti pendakian Gunung Datuk. – BERNAMA
TOP
Duda Tiga Anak, Remaja Dicekup Di Kedah
Kesemua yang ditahan disoal siasat termasuk kanak-kanak berusia 11 tahun dipercayai anak kepada duda berkenaan.
ALOR SETAR – Seorang duda tergamak membawa anak perempuannya berusia 11 tahun ke rumah tumpangan untuk bermadu kasih bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Bagaimanapun, helah mereka terbongkar selepas sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) melakukan serbuan Ops Bersih kira-kira pukul 12.00 tengah malam sekitar bandaraya ini, kelmarin. Ketika serbuan, duda tiga anak berusia 33 tahun itu bersama pasangannya, seorang jururawat peribadi berusia 27 tahun memaklumkan sudah berkahwin. Namun, setelah pemeriksaan dilakukan, pihak Jaik mendapati mereka tiada sijil nikah yang sah dan mengubah status sebagai telah bertunang. Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pasangan tersebut memberikan alasan bakal berkahwin dan akibat kekangan kewangan ia terpaksa ditangguhkan. “Mereka mungkin sudah lama bersekedudukan di situ apabila anak perempuannya itu mengaku sering mengikut ayahnya ke kawasan tersebut untuk berjumpa gadis itu. “Difahamkan, gadis berasal dari Baling itu menyewa di kawasan terbabit sejak beberapa bulan lalu bersama pasangannya,” katanya. Turut dicekup dalam operasi berkenaan adalah sepasang remaja berusia 19 dan 15 tahun yang juga anak penjawat awam. Ketika serbuan, remaja perempuan bawah umur itu berada di dalam selimut di atas katil manakala remaja lelaki tersebut lengkap berpakaian. Menurutnya, walaupun pasangan tersebut dicadangkan berkahwin namun mereka enggan berbuat demikian dengan alasan masih muda. “Remaja perempuan itu bekerja sambilan di sekitar bandar raya ini dan sudah tidak bersekolah manakala pasangannya berniaga,” katanya. - Sinar Harian Online

T-Team Jangka Umum Nama Jurulatih 1 Disember
KUALA TERENGGANU – Pasukan berstatus kelab, T-Team yang bakal beraksi dalam kempen Liga Perdana, musim depan, dijangka mengumumkan nama jurulatih, Isnin ini.
Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata pengurusan pasukan kini dalam peringkat akhir memuktamadkan nama jurulatih berkenaan.
“Kita ada beberapa nama jurulatih dari dalam dan luar negara yang akan dipilih membimbing pasukan T-Team tahun depan,” katanya, hari ini.
Selain pengendali tempatan, beliau berkata jurulatih berkenaan adalah dari Indonesia dan Bosnia.
Katanya untuk sementara, pasukan T-Team dikendalikan oleh penolong jurulatih, Mohd Azhari Salim.
Dalam pada itu, Mohd Syahrizan berkata pasukan berkenaan kehilangan khidmat jurulatih kecergasan, Stefano Impaglizzo yang akan membimbing pasukan Terengganu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.
Berikutan itu, beliau berkata T-Team kini mencari jurulatih kecergasan baharu bagi menggantikan Impaglizzo.
“T-Team juga kehilangan pemain tonggak tengah, Muhammad Shahrin Sapien yang berpindah ke pasukan Terengganu,” katanya.
Bagi saingan musim depan, beliau berkata T-Team akan diperkuat sepenuhnya oleh pemain kelahiran Terengganu bagi kuota pemain tempatan, selaras dengan kehendak kerajaan negeri.
Beliau berkata sasaran T-Team pada saingan tahun depan ialah dapat dinaikkan status daripada beraksi dalam kempen Liga Perdana ke Liga Super musim 2016. – BERNAMA
TOP
Peremajaan UMNO Bukan Mahu Rebut Jawatan – Khairy
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR – Peremajaan UMNO bukan bermaksud merebut jawatan atau merebut tempat Ketua Bahagian tetapi bagi memastikan kesinambungan dan relevannya perjuangan parti. Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin, berkata walaupun bukan niat anak muda untuk mengejar jawatan tetapi peremajaan parti adalah satu keperluan pada masa kini. “Anak muda bukanlah tamak dan bodoh untuk ambil semua peluang… tetapi apa yang kita harapkan adalah gandingan mantap antara senior dan muda… orang lama dan muda dalam UMNO. “Perubahan yang dapat menjamin kesegaran parti… relevannya parti untuk membuktikan UMNO sentiasa seiring dengan zaman. “Maka peremajaan parti bermaksud menguatkan kita, bukan melemahkan kita,” katanya ketiga berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) di sini, sebentar tadi. Dalam ucapan beliau, Khairy juga meluahkan kebimbangan mengenai gesaan peremajaan parti itu. “Saya risau ada yang salah faham, salah erti daripada satu cadangan untuk perkukuhkan parti, Saya risau peremejaan parti boleh menjadi api dalam serkam.. satu bom jangka yang tunggu masa untuk meletup… kenapa satu cadangan yang begitu modul, yang sudah lama kita tunggu… yang menjadi keperluan untuk kita menang pada masa akan datang tiba-tiba jadi polemik yang boleh melemahkan parti kita? “Saya cakap dari hati saya sendiri sebagai anak semua pemimpin senior. Saya tahu isu peremajaan parti ini sudah mula mengubah sedikit sebanyak hubungan antara pemimpin lama dan muda. Ada ketua pemuda yang mula dipandang serong, dipandang senget oleh ketua bahagian mereka. Perlu diingat, orang lama yang menjadi denyut nadi orang muda juga berjaya meremajakan diri mereka. “Apa yang pasti, peremajaan juga tak terhad kepada anak muda… peremajaan juga untuk orang lama.. saya yakin boleh melakukan peremajaan itu,” katanya. Khairy juga menegaskan, dalam merealisasikan usaha peremajaan dalam parti, seluruh keluarga UMNO harus berpegang kepada prinsip solidariti. “Apa yang kita perlukan adalah penggemblengan setiap lapisan keluarga kita.. sekiranya solidariti dapat dicapai sepenuhnya… pengalaman kaum veteran, kekuatan kaum ibu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan golongan senior, apa yang UMNO tidak boleh lakukan?,” katanya.
Dalam ucapan yang cukup padat itu, Khairy juga berkongsi dua rangkap pantun untuk dihayati setiap perwakilan dan ahli UMNO.
“Anak rusa masuk ke laman
Mati terkena panah pahlawan
Orang tua tunjuklah jalan
Biar yang muda ada pedoman
Selat teduh lautan tenang
Tempat berdagang kain sulaman
Orang muda jangan dihalang
Lama dan muda mara ke depan”
- BH Online

JPAM Gerak 11,800 Anggota Jalankan Operasi Banjir
TELUK INTAN – Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) menggerakkan 11,800 anggotanya untuk membantu menangani banjir yang kini melanda beberapa negeri, kata Ketua Pengarahnya Datuk Zaitun Ab Samad.
Beliau berkata JPAM juga mempunyai 300,040 pegawai dan anggota bantuan bagi tugasan susulan untuk meneruskan operasi jika diperlukan bagi tempoh yang berpanjangan.
“Anggota JPAM sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dan kesemua aset serta kelengkapan yang diperlukan untuk menghadapi banjir sentiasa dipantau dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
“Kita telah menjangkakan bahawa musim tengkujuh akan berlaku seperti tahun sebelumnya. JPAM mengambil tindakan proaktif di mana sebelum berlakunya banjir kita telah mengenal pasti anggota yang boleh digerakkan dalam tempoh tiga jam pertama berlakunya banjir,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong di sini, hari ini.
Zaitun berkata pihaknya menerima 90 buah ambulans daripada kerajaan untuk keperluan menghadapi banjir.
“Kita juga sudah membuat pembelian beberapa buah bot dan akan mengagihkan bot berkenaan kepada semua negeri dan kita memberi keutamaan kepada tempat-tempat yang selalu berlakunya banjir,” katanya.
Di Perak, kejadian banjir yang melanda kawasan Changkat Jong adalah yang kedua dalam tempoh dua minggu selepas ban Sungai Bidor pecah akibat hujan lebat dan air melimpah ke kawasan penempatan.
Pada 14 Nov lepas, sebanyak 56 mangsa daripada 16 keluarga yang mendiami Lorong Mesra di sini terpaksa dipindahkan.
Setakat pagi tadi, jumlah mangsa banjir di Changkot Jong menurun kepada 299 orang berbanding 345 orang malam tadi. – BERNAMA
TOP
Pendaftaran GST Meningkat Kepada 172,687 Pada 28 Nov
KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 172,687 pada 28 Nov, meningkat 2,643 daripada hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Perniagaan dengan perolehan jualan tahunan kurang daripada RM500,000 digalakkan mendaftar bagi GST, sekiranya perolehan mereka melebihi RM500,000 pada masa depan.
Syarikat-syarikat yang masih belum mendaftar mempunyai masa sehingga 31 Dis, 2014, untuk berbuat demikian.
Sistem cukai baharu ini akan dilaksanakan pada 1 April, 2015. – BERNAMA
TOP
UMNO Ketinggalan Berbanding DAP Daftar Pengundi Baru
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Proses mendaftarkan pengundi baru oleh UMNO dilihat jauh ketinggalan berbanding parti DAP dalam tempoh Jun tahun lepas hingga September tahun ini. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata demikian mengambil data dari pangkalan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. “Dalam pangkalan data SPR, dari Jun 2013 hingga September 2014, bimbang saya data ini, UMNO berjaya mendaftarkan 5,939 orang tetapi DAP berjaya mendaftarkan 9,309,” katanya. Statistik berkenaan menunjukkan prestasi parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) MCA, MIC dan Gerakan lebih teruk kerana hanya berjaya mendaftarkan kurang daripada 1,000 pengundi baru. “Parti-parti komponen cukup membimbangkan, MCA 256, MIC 266 dan Gerakan hanya 373.” kata Mohd Shafie. Menurut beliau, Presiden UMNO telah pun mengarahkan beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO untuk memanggil semua parti-parti komponen untuk memastikan gerakan bertaraf nasional mendaftar pengundi dilakukan. “Saya juga telah memberikan taklimat di seluruh bahagian di seluruh negara termasuk parti komponen untuk memastikan gerakan ini dapat dijayakan. “Menambah jumlah undi bukan setakat menambah ahli UMNO untuk menang di peringkat Bahagian dan Cawangan.. Ini penting, survival parti bukan berlandaskan dengan laungan tetapi gerakan kerja, amanah, mengukur manusia bukan dengan ucapan tetapi perbuatan itu kebenarannya,” katanya. Mohd Shafie berkata untuk tujuan itu juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mengumumkan proses pendaftaran ahli UMNO secara online yang akan disediakan dalam masa terdekat. Hari ini merupakan hari terakhir PAU 2014 dengan ucapan penggulungan ketiga-tiga sayap oleh Ketua Pergerakan masing-masing, penggulungan tiga Naib Presiden, Timbalan Presiden UMNO dan Najib. – MYNEWSHUB.CC

Muhyiddin Adakan Lawatan Rasmi Ke China Mulai Hari Ini
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan rasmi enam hari ke China bermula hari ini.
Beliau akan diiringi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri, tiga Anggota Parlimen dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Menurut kenyataan Kementerian Luar malam ini, Muhyiddin dijadual mengunjungi tiga bandar raya utama di China iaitu Beijing, Shanghai dan Chongqing.
Lawatan beliau merupakan satu daripada elemen utama sempena sambutan ulang tahun hubungan diplomatik ke-40 antara Malaysia dan China.
“Ia juga bertujuan mengukuhkan lagi usaha Malaysia dalam mempertingkat hubungan dan kerjasama dua hala yang sedia terjalin antara kedua-dua negara,” kata kenyataan itu.
Selain itu, lawatan Muhyiddin memberi peluang untuk memupuk kesefahaman lebih erat dan membina komitmen bersama ke arah menjalinkan kerjasama strategik yang lebih bersepadu antara Malaysia dan China.
Semasa lawatan itu, timbalan perdana menteri dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dan menteri pendidikan China.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan dijadual melawat Beijing Foreign Students University (BFSU) untuk melancarkan Program Pengembangan Bahasa Melayu di China.
“Beliau juga akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Presiden BFSU,” kata kenyataan itu.
Muhyiddin turut dijadual melawat Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Huawei di Beijing bagi melancarkan program ‘Telcom Seeds for the Future’.
Selain itu, timbalan perdana menteri akan mengadakan Mesyuarat Meja Bulat dengan ketua-ketua industri China.
Semasa di Shanghai pula, Muhyiddin akan melawat Shanghai Normal University.
Beliau juga dijadual menyampaikan ucap tama pada Forum Ekonomi China Dunia Ke-6 di Chongqing, yang berlangsung dua hari bermula 4 Dis ini. – BERNAMA
TOP
Industri Pertanian Kekal Sektor Utama Ekonomi Negara
SERDANG – Kerajaan memberi jaminan industri pertanian akan terus kekal menjadi sektor utama ekonomi negara dengan menitikberatkan teknologi dan inovasi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata penyertaan beberapa kementerian dalam memastikan perkembangan industri pertanian juga amat membantu sekali gus membolehkan golongan penternak, petani dan nelayan dapat diperkasakan.
“Malaysia kini di landasan yang betul bagi terus memperkasakan bidang teknologi dan inovasi dalam industri pertanian dan agro makanan,” katanya.
Beliau berkata demikian sempena majlis penutup Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Maaysia (MAHA) 2014 di sini. sebentar tadi. – BH Online
TOP
Semua Mangsa Banjir Di Jasin Dibenar Pulang
JASIN – Seramai 135 daripada 30 keluarga yang dipindahkan setelah rumah mereka di Bukit Senggeh, Selandar dan Pondok Kempas di sini dilanda banjir tengah malam tadi, dibenarkan pulang pagi ini berikutan air mulai surut.
Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka, Jafri Mohamed, berkata mereka yang ditempatkan di empat pusat pemindahan di Balai Raya Bukit Senggeh, Balai Raya Selandar, Sekolah Kebangsaan Selandar dan Masjid Al-Hasanah dibenar pulang jam 8 pagi tadi.
“Banjir berlaku berpunca dari hujan lebat menyebabkan air yang banyak bergerak deras dan juga faktor sungai yang kecil,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Jafri berkata sebuah tebing di Jalan Dahlia 6, Taman Bunga Raya, Melaka Tengah runtuh berikutan hujan lebat lewat petang semalam.
“Sepanjang pemerhatian kita sehingga hari ini, masih berlaku pergerakan tanah dari tebing berkenaan setinggi 30 meter.
“Bagaimanapun tiada pemindahan dilakukan dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah bersedia jika sebarang bencana berlaku,” katanya.
Beliau berkata pegawai daripada Jabatan Mineral dan Geosains juga hadir bagi membuat pemantauan struktur tanah di kawasan itu. – BERNAMA
TOP
Melestari Pertanian Di Kawasan Tanah Tinggi
KUALA LUMPUR – Seorang pakar pertanian menyarankan agar dilakukan kaedah ‘pertanian menegak’ (vertical farming) terutama di kawasan tanah tinggi yang dapat mengurangkan penerokaan tanah baharu untuk pertanian.
Dekan Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Abdul Shukor Juraimi berkata menerusi kaedah ini, tanaman ditanam secara menegak dan bertingkat serta dapat menghasilkan hasil tanaman yang banyak walaupun keluasan tanah adalah terhad.
“Sistem ini menjimatkan ruang dan merupakan alternatif kepada sistem pertanian konvensional yang memerlukan tanah yang luas,” katanya kepada Bernama.
Beliau diminta mengulas mengenai kejadian tanah runtuh dan banjir kilat di Cameron Highlands awal bulan ini yang turut mengakibatkan lima kematian dan perpindahan penduduk daripada penempatan mereka.
Ia berpunca daripada penerokaan tanah secara haram termasuk untuk aktiviti pertanian.
Mengulas mengenai bencana akibat perbuatan manusia itu, Abdul Shukor berkata penerokaan kawasan baharu dan aktiviti pertanian di tebing atau kawasan curam perlu dielakkan dan dilarang sama sekali.
Namun katanya aktiviti pertanian tidak akan menyebabkan kerosakan dan gangguan terhadap alam sekitar sekiranya dijalankan dengan betul, bersistematik dan lestari seperti yang diamalkan di negara maju.
Beliau turut menegaskan satu garis panduan bertujuan untuk melestarikan Cameron Highlands perlu disediakan dengan gabungan pemikiran dan idea pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, akademik, saintis, pakar geologi dan penggubal dasar.
“Garis panduan yang dikuatkuasakan ini perlu dipatuhi dan diikuti dengan pemantauan berterusan dan penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
“Ini perlu melibatkan keseluruhan komponen dalam ekosistem Cameron Highlands termasuk sumber manusia, sumber semulajadi tanah, sungai, sosioekonomi dan aktiviti ekopelancongan yang akan memberi impak utama kepada kelestarian Cameron Highlands,” tegas beliau.
Beliau turut mencadangkan agar pengusaha dan pekerja pertanian di Cameron Highlands perlu diberikan latihan dan pendedahan terhadap kesan daripada aktiviti pertanian yang tidak mesra alam.
“Mereka perlu diberi kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar, penggunaan baja, racun dan bahan kimia yang akan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar jika tidak dikawal,” katanya.
Mengulas isu yang sama, Prof Dr Shamsudin Jusop dari Jabatan Pengurusan Tanah UPM berkata aktiviti penerokaan tanah secara haram dan penebangan pokok boleh menyebabkan tanah kehilangan kesuburan, malah petani terpaksa menggunakan baja dengan banyak untuk menyuburkan tanaman mereka.
“Kita tahu hutan merupakan ekosistem yang mampan walaupun disirami air hujan yang banyak. Pokok di dalam hutan dengan rimbunan daun-daunnya yang lebat dan sistem akar yang kuat mampu mengurangkan kesan hakisan akibat hujan.
“Dan apabila pokok telah hapus, air hujan yang menimpa tanah akan memecahkan struktur pasir yang mempercepatkan lagi hakisan. Maka lapisan pasir yang subur di atasnya yang menyokong pertumbuhan tanaman akan turut terhapus, meninggalkan lapisan tanah yang kurang subur untuk ditanam oleh petani.
“Tidah hairan mereka terpaksa menggunakan baja yang banyak untuk menyuburkan tanaman mereka dan menghasilkan pulangan yang lumayan ,” jelasnya. – BERNAMA
TOP
Kematian Akibat Ebola Kini Mencecah 7,000: WHO
GENEVA – Hampir 7,000 orang maut akibat Ebola di barat Afrika, dengan laporan terbaharu dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan ada 1,200 lagi kematian daripada jumlah keseluruhan yang dikeluarkan Rabu lalu.
Data yang diumumkan oleh badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada lewat Jumaat lalu menunjukkan 16,169 orang dijangkiti Ebola dan 6,928 daripada mereka meninggal dunia di tiga negara yang dilanda teruk wabak itu – Sierra Leone, Guinea dan Liberia.
Rabu lalu, WHO mengumumkan jumlah kematian akibat Ebola di tiga negara berkenaan kini mencecah 5,674, dengan 15 kematian di negara lain.
WHO tidak memberikan penjelasan bagaimana jumlah kematian yang makin meningkat itu terutama di Liberia, namun jumlah kematian terbaharu itu kemungkinan termasuk kes yang tidak dilaporkan sebelum ini.
WHO bagaimanapun memberitahu, terdapat kesulitan untuk mengumpul jumlah berkenaan dengan kadar korban kematian wabak itu kini sekitar 70 peratus.
Badan itu percaya angkat kematian adalah lebih banyak daripada yang didaftarkan setakat ini.
Kematian paling tertinggi Ebola setakat ini ialah di Liberia walaupun pemerhati memberitahu penyebaran virus maut itu semakin perlahan sejak beberapa minggu lalu.
Namun, jumlah kematian Ebola di Liberia kini mencecah 4,181 daripada 7,244 kes jangkitan.
Sierra Leone pula menurut WHO masih berdepan dengan wabak yang merebak dengan pantas di beberapa bahagian di negara itu dengan jumlah kematian kini 1,461 orang daripada 6,802 kes, meningkat dari 1,398 kematian dan 6,599 kes pada 26 November lalu.
Guinea yang dilanda wabak berkenaan hampir setahun lalu kini mencatat jumlah kematian 1,284 daripada 2,123 kes, meningkat daripada 1,260 kematian dan 2,134 kes dua hari lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, WHO melaporkan Mali adalah negara terbaharu dilanda Ebola, dengan lapan kes disahkan dengan enam kematian.
Nigeria yang mempunyai lapan kematian Ebola dan Senegal, dengan satu kes, bagaimanapun tidak mempunyai kes baharu sejak 57 hari lalu, sekali gus kedua-dua negara kini mengisytiharkan bebas Ebola. – AFP
TOP
Jab. Kesihatan Labuan Tingkatkan Kesedaran Mengenai Tibi
LABUAN – Jabatan Kesihatan Labuan sedang mempehebatkan program untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit tibi dalam kalangan rakyat, kata Pengarahnya Dr Ismail Ali.
Beliau berkata ia juga menjalankan usaha untuk mengesan mereka yang dijangkiti penyakit itu dengan kerjasama klinik swasta.
Jumlah kes tibi di Labuan ialah 91 setakat ini tahun ini, menurun daripada 101 kes tahun lepas, katanya.
“Walaupun bilangan kes menurun tahun ini, penyakit itu mesti dikawal dan pencegahan dan rawatan awal dapat membantu pesakit, ‘” kata beliau kepada Bernama.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Hilmi Yahaya berkata kemasukan pekerja asing adalah antara sebab utama bagi penularan penyakit itu di negara ini.
Labuan selaku hab minyak dan gas mempunyai sebilangan besar pegawai dagang dan pekerja asing. – BERNAMA
TOP
Beri Kuasa Kepada Peguam Negara Pertahan Tanah Rizab Melayu
KUALA LUMPUR – Pergerakan Wanita Umno memohon kerajaan memberi kuasa kepada Peguam Negara sebagai ‘penjaga kepentingan awam’ bagi mempertahankan Tanah Rizab Melayu di seluruh negara.
Ketua pergerakan itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata ia bertujuan membolehkan tanah rizab Melayu yang dibatal oleh pihak berkuasa negeri untuk tujuan pembangunan wajib diganti oleh kerajaan negeri berkenaan.
“Daripada rekod (tanah rizab Melayu) semakin hari semakin terhakis. Ada negeri bukan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), apa akan jadi pada tanah rizab ini?
“Wanita Umno meminta Perdana Menteri untuk menguruskan pindaan perlembangaan supaya memberi kuasa kepada Peguam Negara sebagai ‘custodian of the public interest’ untuk berkuasa membuat petisyen kepada mana-mana negeri di mana tidak ada ganti wajib atau ganti semula tanah rizab Melayu,” katanya ketika menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya khuatir kegagalan mempertahankan tanah rizab Melayu bakal memberi kesan besar kepada anak cucu orang Melayu.
Dalam pada itu, Shahrizat berkata pergerakan itu juga meminta Kementerian Pendidikan supaya mempertimbangkan pembelajaran bahasa ketiga seperti Arab, Mandarin dan Tamil sebagai mata pelajaran elektif di sekolah menengah bertujuan mengikat perpaduan.
Katanya tanpa mengabaikan martabat bahasa Melayu, pembelajaran bahasa berkenaan boleh menjadi alat komunikasi yang penting dalam aspek perpaduan.
Sementara itu, Puteri Umno mencadangkan kerajaan supaya melaksanakan potongan gaji 10 peratus ke atas semua pekerja lelaki di sektor awam dan swasta yang sudah berkahwin untuk dikreditkan terus ke dalam akaun isteri mereka.
Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata langkah itu bertujuan menjamin golongan wanita yang berkahwin mendapat nafkah dan menguruskan rumah tangga dengan lebih baik.
“Ramai juga wanita di luar sana nasib tidak terbela kerana tidak mendapat nafkah sewajarnya daripada suami mereka. Oleh yang demikian saya berpendapat mungkin Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Kewangan dapat berbincang mengenai cadangan ini,” katanya dalam ucapan penggulungannya pada PAU.
Beliau berkata langkah tersebut penting dalam membela nasib wanita yang menurutnya telah memberi majoriti undi bagi memungkinkan kemenangan BN pada pilihan raya umum lepas.
Sebelum ini, Kementerian Pertahanan memperkenalkan langkah tersebut untuk pegawai ATM berpangkat Leftenan Muda dan ke atas yang dikenakan potongan menerusi Peruntukan Paksa ATM dan dikreditkan ke dalam akaun isteri. – BERNAMA
TOP
UMNO: Kadar CBP Hanya 6 Peratus, Bukan 24 Peratus
KUALA LUMPUR – Kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April tahun depan hanya enam peratus dan bukannya 24 peratus, seperti dakwaan pihak tertentu yang jelas bertujuan mengelirukan rakyat.
Bendahari Umno Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata GST adalah sistem cukai yang lebih telus, cekap dan bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi negara.
“Bila kita (dakwaan pihak tertentu) kata 24 peratus, inflasinya (negara) akan menjadi (meningkat kepada) 18 peratus…takkanlah kita hendak menjahanamkan negara kita.
“Kalau 18 peratus, tinggi kadar inflasi kita, maka ekonomi kita akan jatuh,” katanya ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2014, di sini hari ini.
Dakwaan 24 peratus GST oleh pihak tertentu itu kononnya berdasarkan rantaian jualan barangan dari kilang sebanyak enam peratus, pengedar (6 peratus), pemborong (6), dan peruncit (6), yang akhirnya berjumlah 24 peratus ditanggung pengguna (rakyat).
Ahmad Husni, yang juga Menteri Kewangan Kedua, berkata pelaksanaan GST akan meningkatkan pendapatan negara yang akan digunakan kembali untuk memberi faedah kepada rakyat sekali gus mencapai status negara maju.
Katanya sehingga kini sebanyak 172,000 syarikat telah mendaftar untuk GST berbanding 63,000 syarikat yang mendaftar di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Sebelum ini, kerajaan menyasarkan 300,000 syarikat berdaftar dengan GST menjelang akhir tahun ini.
Dalam pada itu, beliau menarik perhatian bahawa hasil pertemuannya dengan wakil badan dunia seperti Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia dan agensi penarafan Moody’s Investors Service mendapat respons positif dengan mereka memuji kedudukan ekonomi negara yang kukuh, malah akan berjaya mencapai sasaran menjadi negara maju pada 2020.
“Mereka kata Malaysia akan capai lebih tinggi lagi malah kita akan jadi negara unggul selepas menjadi negara maju pada tahun 2020,” katanya.
Menyentuh tentang hutang negara tinggi yang dibangkitkan pembangkang, beliau berkata kadar hutang Malaysia masih rendah berbanding negara lain seperti Singapura, Jepun, China dan Amerika Syarikat.
Husni berkata tahun lepas hutang Malaysia berada pada tahap RM539 bilion berbanding Singapura RM1 trilion, Jepun RM38 trilion, China RM7 trilion dan Amerika Syarikat RM55 trilion. – BERNAMA
TOP
Makmal Proses Heroin Dibongkar Di Bayan Lepas
GEORGE TOWN – Sepuluh lelaki dan dua wanita ditahan manakala pelbagai jenis dadah dirampas dalam operasi Pasukan Khas Tektikal Perisikan Narkotik (STING) yang turut berjaya membongkar sebuah makmal memproses heroin di sebuah rumah di Bayan lepas malam tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitternya mengucapkan tahniah kepada pasukan STING atas kejayaan mereka membongkar makmal memproses dadah itu.
“Syabas STING@PDRMsia berjaya bongkar makmal proses heroin di Bayan Lepas, Penang semalam. Tangkap 12 orang dan rampas alat/bahan proses heroin,” katanya.
Menurut sumber polis, serbuan ke atas rumah itu dibuat hasil intipan dan risikan polis sejak beberapa minggu lepas.
Antara barangan yang turut dirampas di makmal itu ialah ialah bahan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah termasuk serbuk kimia kafein, pencair, klorofom, cecair kimia, asid sulphamik dan ketuhar gelombang mikro.
Sumber itu berkata polis turut menyerbu sebuah lagi rumah di kawasan yang sama dan menahan empat lelaki termasuk seorang warga India yang dipercayai anggota sindiket dadah berkenaan.
Kesemua mereka yang berusia 20 hingga 40 tahun itu kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA
TOP
Isteri Johan Raja Lawak Selamat Bersalin Anak Keempat
Wahh….bulan ini mencatatkan berita gembira kepada ramai penghibur tanah air yang baru menimang cahaya mata.
Hah, ini salah pasangan selebriti iaitu Johan Raja Lawak dan isterinya Ozlyn yang baru sahaja dianugerahkan cahaya mata baru sekaligus menjadikan jumlah anak-anaknya kini seramai empat orang. Dalam laman Instagram milik pasangan ini juga, penuh dengan ribuan ucapan tahniah daripada peminat mereka sendiri. Selepas mendengar perkhabaran ini, semua peminat tak sabar-sabar ingin mengetahui jantina anak pasangan ini. Tambahan pula, sebelum ini pasangan ini amat berharap dikurniakan anak perempuan selepas ketiga-tiga anak pasangan ini adalah anak lelaki.
Yang mengejutkan kami, akhirnya impian pasangan terkenal ini mahukan anak perempuan tertunai.Alhamdulilah…. Perkara ini diakui sendiri oleh Johan Raja Lawak bahawa isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan sulung mereka di sebuah hospital swasta. Seronok kami mendengar berita yang dikongsikan pasangan ini.
Kesempatan ini, kami ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Johan atas dikurniakan dua rezeki dalam tempoh yang dekat ini. Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini Johan telah dinobatkan sebagai juara Super Spontan dan membawa pulang RM100,000 serta Toyota Camry. Tak sabarnya nak lihat wajah bayi comel milik pasangan ini….- MYNEWSHUB.CC Oleh: FARAH

Tanah Rizab Melayu Akan Dibangunkan – Najib
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mahu semua kerajaan negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) membangunkan Tanah Rizab Melayu untuk memberi pulangan kepada rakyat.
Presiden UMNO itu berkata, Tanah Rizab Melayu juga perlu dipertahankan dan sebarang kawasan yang dibangunkan perlu diganti.
“Saya minta semua Menteri Besar di negeri yang dikuasai kita pastikan jika tanah rizab itu jika dibuka untuk pembangunan mesti diganti. Kedua tanah rizab bukan rizab sahaja tetapi dibangunkan.
“Kita tidak boleh bangga dengan jumlah tanah tetapi pulangan daripada pembangunan,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata kekangan perundangan bagi membangunkan Tanah Rizab Melayu akan diatasi dengan pindaan terhadap Kanun Tanah Negara dan Undang-Undang Tanah Negeri.
“Sekarang ini ada kekangan dari segi kanun tanah negara dan kanun tanah negeri. Satu jawatan kuasa sudah ditubuhkan dan laporannya sudah dikemuka dan semua undang-undang berkaitan akan dibuat pindaan supaya Tanah Rizab Melayu ini dapat dibangunkan,” katanya. – BH Online
TOP
Kerajaan UMNO/BN Mungkin Ditukar Sekiranya Tidak Berubah
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan kedudukan sebagai kerajaan pemerintah jika tiada inisiatif baharu dilaksanakan untuk menjadikan parti itu kekal relevan.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri, menegaskan keadaan semasa menunjukkan 44 kerusi parlimen milik BN berada dalam kategori ‘kelabu’ dan sekiranya undi rakyat jatuh sekitar dua peratus sahaja, mereka akan kehilangan majoriti minimum yang diperlukan untuk menjadi kerajaan.
“(Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13) BN mempunyai 44 kerusi ‘kelabu’, yang mana kita menang antara 0.1 hingga 5.9 peratus majoriti sahaja. Hanya dengan penurunan undi dua peratus sahaja, maka akan jadi 103 kerusi parlimen, kurang daripada 112 (majoriti minimum) dan BN akan kalah.
“Dua peratus bukan banyak, kalau saudara kira bahagian parlimen, kalau undi sekian banyak, kiralah dua peratus turun, maka kita akan ada dalam keadaan amat berbahaya,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2014, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.
Dalam ucapannya, Muhyiddin turut membentangkan visual infografik yang menunjukkan trend sokongan terhadap BN semakin menurun dari PRU ke-11 (2004) hinggalah ke PRU ke-13 (2013). – BERNAMA
TOP
Lelaki Mengamuk Kerana Juruwang Lupa Bungkus Mi
NANNING – Seorang lelaki yang mengamuk di sebuah pasar raya di China bertindak menikam sembilan orang selepas menuduh seorang juruwang terlupa membungkus mi yang dibelinya, Beberapa saksi kejadian tersebut berkata, lelaki itu naik berang ekoran juruwang berkenaan terlupa menyerahkan bungkusan mi yang dibelinya di sebuah pasar raya di bandar raya ini.
Semasa bertengkar dengan pekerja berkenaan, pelanggan itu mengeluarkan sebilah pisau dan bertindak menikam orang ramai secara rambang, menurut agensi berita Xinhua dan akhbar berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang jurucakap polis berkata, kebanyakan mangsa mengalami kecederaan di belakang badan, perut dan pinggang.
“Semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya.
Antara yang cedera termasuk enam pekerja pasar raya itu dan dua pelanggan. – Agensi
TOP
Dollah Puashati Percaturan Taktikal Saat Akhir Berhasil
SINGAPURA – Pengendali skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh berpuashati dengan keputusan saat-saat akhir untuk merombak jentera serangan negara sewaktu menentang Singapura di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub, malam ini.
Langkah itu mendatangkan hasil, kata beliau.
Bekas Ketua jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berkata penyerang kembar negara, Mohd Safee Mohd Sali dan Norshahrul Idlan Talaha cuba mencari gol kemenangan pada aksi terakhir kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 itu, namun gagal. “Sebab itu saya mengambil keputusan untuk memasukkan Abdul Manaf (Mamat) dan Indra Putra (Mahayuddin) pada saat-saat akhir bagi menggantikan mereka berdua dan ia nyata berbaloi. “Apa yang menarik mengenai Indra Putra adalah beliau mampu menjaringkan gol daripada sudut yang sukar dan beliau wajar dijadikan contoh oleh beberapa pemain muda kita,” kata Dollah kepada pemberita selepas perlawanan itu. Kemenangan 3-1 yang diraih Malaysia pada perlawanan malam ini membawa skuad negara ke peringkat separuh akhir berdepan juara kumpulan A, Vietnam, awal Disember ini. Dollah turut memuji kesemua barisan pemain negara termasuk pemain sayap, Azamuddin Mohd Akil yang berusaha untuk mencipta peluang jaringan kepada jentera serangan ketika skuad negara terdesak untuk memenangi perlawanan tersebut untuk terus kekal bersaing. “Saya amat berbangga kerana semua pemain tidak mudah berputus asa ketika kita terdesak untuk mencari gol kemenangan. “Saya agak bimbang sewaktu kita terikat seri 1-1, namun para pemain tidak patah semangat dan bangkit meraih kejayaan,” jelas Dollah. Berkongsi pandangan yang sama adalah Mohd Safee yang berpuashati dengan persembahan yang dipamerkan oleh rakan sepasukan walaupun berdepan tekanan beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Singapura. “Pemain sudah memberikan yang terbaik dan saya harap kita dapat meneruskan rentak kemenangan ini apabila menentang Vietnam nanti,” jelas penyerang kelab Johor Darul Ta’zim itu. Thailand yang muncul juara kumpulan B susulan kemenangan 3-1 ke atas Myanmar di Stadium Besar, malam ini bakal menentang naib juara kumpulan A, Filipina pada peringkat separuh akhir. Aksi separuh akhir akan dilangsungkan mengikut format kalah mati iaitu separuh akhir pertama pada 6 dan 7 Disember diikuti separuh akhir kedua pada 10 dan 11 Disember ini. – BERNAMA

Republik Band Pilih Hard Rock Cafe Melaka Lokasi Konsert
Republik bakal mengadakan persembahan istimewa buat peminat mereka di Melaka.
PETALING JAYA – Kumpulan daripada Indonesia, Republik memilih Melaka Bandaraya Bersejarah sebagai lokasi untuk mereka mengadakan konsert istimewa khas buat peminat pada 8 Disember depan. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MVM Production, Repvblik akan mengadakan persembahan itu di Hard Rock Cafe Melaka pada pukul 9 malam bersempena dengan pelancaran album terbaharu mereka. “Repvblik akan berada di negara ini bermula 7 hingga 11 Disember termasuk sebuah konsert istimewa untuk peminat mereka di Hard Rock Cafe pada 8 Disember. “Persembahan istimewa itu hanya diadakan satu malam dan berharap peminat tidak akan melepaskan peluang tersebut,” kata kenyataan itu. Repvblik juga dijangka mengadakan sidang media pada sebelah petang sebelum persembahan tersebut berlangsung di lokasi sama. Persembahan itu nanti turut menampilkan artis seperti Chomel dan Elly daripada kumpulan AXLS sebagai penyanyi undangan. Pada konsert berdurasi 1 jam 30 minit itu nanti mereka dijangka akan menyampaikan lagu hit seperti Ingin Kau Tahu, Sandiwara Cinta dan single terbaharu mereka Selimut Tetangga. Peminat boleh mendapatkan tiket untuk menyaksikan persembahan itu yang dijual pada harga RM80 dan boleh didapati di Hard Rock Cafe atau pun menghubungi talian 06-292 5188 untuk pertanyaan lanjut dan tempahan. – mStar Online

Jangan Pertikai Lagi Hak Melayu, Raja Dan Agama Islam
KUALA LUMPUR — Perhimpunan Agung Umno 2014, berakhir dengan mesej tegas dan lantang Presiden Umno bahawa hak keistimewaan orang Melayu, Raja dan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan negara, tidak boleh dipertikaikan lagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata seluruh rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah mengenai perkara berkenaan, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada usaha memajukan negara.
“Kebebasan pun ada had. Kebebasan bukan mutlak. Tak boleh hina agama Islam, tak boleh cabar hak istimewa Melayu, tak boleh persoal sistem Raja-Raja Melayu, askar Melayu dan kita jaga kepentingan kaum lain.
“Jadi, amanlah kita. Asyik berbalah memanjang…kerja lain tak jadi. Saya nak kita memberi fokus bahawa kita majukan negara Malaysia tercinta ini. Kita nak bawa Malaysia ke depan. (Bukan) asyik berbalah saja,” katanya dalam ucapan penggulungan perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Ketegasan Perdana Menteri itu disambut sorakan dan tepukan gemuruh lebih 2,700 perwakilan yang berada di Dewan Merdeka, malahan mereka yang mengikuti ucapan itu di luar dewan.
Najib berkata atas rasa tanggungjawab bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian negara serta menangani tindakan pihak tertentu yang mempertikaikan perlembagaan negara, maka Akta Hasutan 1948 dikekalkan.
“Orang kata Akta Hasutan tak demokratik, akhbar antarabangsa serang saya. (Tuduh) saya mungkir janji, guna kekerasan.
“Saya nak beritahu, tanggungjawab saya sebagai perdana menteri jaga keamanan dan keselamatan dalam negara kita,” kata Najib, yang mengumumkan pengekalan Akta Hasutan 1948 semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Khamis.
Menyorot kembali bagaimana Malaysia mencapai kemerdekaan, mengecapi keamanan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama, beliau menekankan bahawa konsep solidariti adalah asas kejayaan itu.
Najib turut menjelaskan bahawa solidariti yang beliau tegaskan semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden dan telah menjadi antara topik perbahasan Perhimpunan Agung Umno kali ini bermaksud: ‘bersatu dalam satu angkatan yang kukuh dan padu’.
Sambil menunjukkan salinan akhbar terbitan 1 Sept 1957, Najib berpendapat kata-kata Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman: “Look at the past with gratitude, look to the future with confidence” (Lihat masa lalu dengan rasa terhutang budi, lihat kepada masa depan dengan keyakinan), masih relevan diguna pakai pada hari ini.
Kata Najib, keyakinan itu sebenarnya dibentuk hasil daripada perjuangan parti keramat Umno sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini.
Bagaimanapun, Perdana Menteri turut menarik perhatian perwakilan akan peri pentingnya Umno dan Barisan Nasional (BN) terus meraih sokongan kaum lain.
Katanya, tidak mungkin pemimpin negara terdahulu menubuhkan Parti Perikatan yang mewakili tiga kaum terbesar di negara ini, yang seterusnya dijenamakan
semula sebagai BN, jika ia tidak memberi faedah kepada orang Melayu.
“Sebab itulah penting bagi kita jaga BN, tapi tidaklah sampai mengorbankan prinsip-prinsip yang dekat di hati orang Melayu.
“Orang kata Melayu adil, tegas, kontrak sosial dan sebagainya itu kenapa? Sebab kita bukan hanya nak tengok soal pilihan raya, tapi nak bina sebuah negara Malaysia, negara bangsa yang berjaya,” katanya.
Dalam pada itu, Najib turut menempelak pakatan pembangkang yang disifatkan sebagai ibu segala rasuah kerana cuba menawarkan sejumlah wang yang besar kepada seorang pemimpin Umno untuk membawa Anggota Parlimen BN menyertai pembangkang pada 2008.
Perdana Menteri turut menyelar amalan nepotisme pihak pembangkang yang ‘mengorbankan’ anggotanya yang tidak bersalah semata-mata untuk memberi laluan kepada orang lain untuk memegang jawatan.
“(Pembangkang) boleh pula suruh wakil rakyat (mereka) letak jawatan (sebab) isteri nak bertanding. Suruh menteri besar (MB) yang tak ada kesalahan letak jawatan sebab isteri nak jadi MB.
“Inilah nepotisme terbesar. Kenapa kita tak persalahkan dia. Seranglah pembangkang,” tegasnya.
Menyentuh isu peremajaan yang hangat dibahaskan perwakilan pada perhimpunan agung tahun ini, Najib mengingatkan 3.47 juta anggota parti itu bahawa Umno perlu menyusun strategi terbaiknya dalam merealisasikan agenda pengkaderan parti.
Menyedari ‘kedinginan’ antara segelintir pemimpin lama dan baharu yang wujud sejak dahulu, beliau sekali lagi menegaskan kepentingan seluruh generasi dalam Umno bekerjasama dalam satu haluan.
“Kalau kita dok kerling belakang kita dan rasa ada orang nak serang kita, sampai bila pun tak akan wujud solidariti. Tapi, dalam masa itu, mana yang patut..(kita) berilah peluang,” kata Najib.
Bagaimanapun, katanya, peluang itu hanya akan diberikan kepada orang muda yang benar-benar layak dan menepati ciri-ciri Jil Umno yang telah digariskan.
Najib berkata apa yang penting adalah setiap anggota parti itu perlu meremajakan semula roh perjuangan Umno dalam diri masing-masing. — BERNAMA
TOP
Akta Hasutan Dikekalkan Untuk Jamin Keharmonian – Najib
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sidang media. - Foto MYNEWSHUB.CC
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Akta Hasutan 1948 dikekalkan untuk menjamin keharmonian negara, bukannya demi kepentingan kaum bumiputera dan Melayu seperti mana dakwaan yang dilemparkan sesetengah pihak. Presiden UMNO itu berkata, Akta Hasutan mesti dikekalkan kerana ia merupakan perisai untuk menghalang pelbagai konflik yang dilihat boleh menganggugugat keharmonian negara yang telah dikecapi sejak dari dahulu lagi. “Kita tak boleh nafikan Akta Hasutan dititikberatkan. Pindaan pada akta adalah untuk kukuhkan dan kemaskini akta ini yang telah wujud sejak 1948. Ini perisai kita untuk tidak membiarkan sebarang konflik berlaku. “Yang penting kita mesti duduk dalam satu negara yang aman dan damai,” katanya dalam sidang media selepas selesai menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2014 (PAU 2014) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.
Beliau yang juga Perdana Menteri turut tegas mengatakan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memulakan gerakan membawa keluar Sabah dan Sarawak dari Malaysia. “Kita boleh rundingkan soal royalti dan kuasa tapi soal nak keluar dari Malaysia, that’s unnegotiable (tiada kompromi),” katanya. Berkenaan PAU 2014, Najib melahirkan berpuas hati dengan kelancaran perjalanan persidangan kali ini yang bukan sahaja membincangkan hal Melayu dan Bumiputera sebaliknya turut membicarakan isu-isu lain berkaitan negara. “Perhimpunan ini berjalan dengan baik. Banyak perkara libatkan kepentingan bumiputera dan negara dibincangkan. “Tindakan selanjutnya akan diambil selepas ini (pelaksanaan) serta untuk terus memperkasakan daya juang ahli UMNO,” katanya. Terdahulu, Najib dalam ucapannya memetik petikan berita dari akhbar The Sunday Times terbitan 1 September 1957 yang turut dijual di PWTC yang begitu sinonim dengan perjalanan politik negara kini. “Look to the past with gratitude and look to the future with confidence, kata-kata Almarhum Tunku Abdul Rahman, pada pendapat saya kata-kata ini masih relevan dan masih tepat sehingga pada hari ini. “Melihat masa lampau dengan penuh kesyukuran dan memandang masa depan dengan penuh keyakinan dan inilah hasil perjuangan parti keramat parti UMNO,” katanya.
Berita dalam edisi asal akhbar The Sunday Times keluaran 1 September 1957 yang dipetik Najib pada permulaan ucapannya. – Foto MYNEWSHUB.CC
PAU 2014 berlangsung selama lima hari bermula 25 November lalu dan berakhir hari ini dengan sesi penggulungan dibentangkan oleh kesemua ketua sayap parti, Pemuda, Wanita dan Puteri, Naib-Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Najib. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR dan IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

Terlalu Seksi, Pramugari Turkish Airlines Dipecat
Istanbul – Seorang pramugari dipecat selepas tindakan ‘menayangkan tubuhnya’ dalam video muzik dan beberapa sesi penggambaran diketahui majikannya.
Zuhal Sengul, 31, menimbulkan kemarahan Turkish Airlines apabila mengambil bahagian dalam sesi penggambaran dengan berpakaian seksi termasuk korset dengan gaya ala gotik dalam sebuah majalah Itali.
Malah, video muzik terbabit menampilkan Zuhal yang bertatu dan hanya memakai bikini menyebabkan syarikat penerbangan itu – yang kini bergerak ke arah imej lebih konservatif – mengambil tindakan memecat model sambilan terbabit.
Perkara itu disahkan kenyataan Turkish Airlines.
“Pekerja di dalam sektor perkhidmatan dinasihati memakai mekap sederhana yang kemas dan berwarna pastel,” kata kenyataan itu.
Tindakan terhadap Zuhal – yang juga aktif mempromosikan pemakanan vegetarian selain memiliki tali pinggang hitam karate – menampakkan pengaruh nilai Islam yang kini semakin popular di Turki.
Presiden kesatuan pekerja syarikat penerbangan itu turut mengakui Turki semakin konservatif dan mengamalkan adab Islam. – Agensi
TOP
Adik Terlanggar Abang Sendiri Sampai Maut Di Kuantan
KUANTAN – Seorang penunggang motosikal maut dilanggar sebuah kereta dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 23, Jalan Kuantan-Sungai Lembing, berhampiran Jambatan Sungai Atong, dekat sini, semalam.
Lebih menyedihkan, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, pemandu kereta, Azhar Husin, 32, adalah adik mangsa sendiri yang menyedari motosikal berkenaan adalah milik abangnya. Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Deputi Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, ketika kejadian, mangsa Azhari Husin, 37, yang beralamat di Kampung Jelihang, Sungai Lembing dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai terlanggar belakang sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu seorang wanita berusia 26 tahun menyebabkannya tercampak ke laluan bertentangan. “Mangsa kemudiannya dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Azhar yang datang dari arah Sungai Lembing menuju ke bandar,” katanya. Akibat rempuhan itu, katanya, mangsa yang juga Pembantu Am Rendah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) parah di kepala dan anggota badan sebelum disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)di sini, untuk tindakan lanjut. Bagaimanapun katanya, kedua-dua pemandu kereta tidak mengalami kecederaan dan siasatan awal mendapati penunggang motosikal dan pemandu kereta Perodua Myvi adalah adik beradik. Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas mangsa terlanggar belakang kereta Toyota Vios menyebabkannya tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar pula oleh kenderaan di belakang. Mohd Noor berkata, pihaknya sudah merekodkan keterangan pemandu dan saksi kejadian untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian Online

Festival Nusantara 2014 Erat Hubungan Indonesia-Malaysia
Ella antara artis yang bakal mengadakan persembahan pada Festival Nusantara 2014.
PETALING JAYA – Barisan artis daripada Malaysia dan Indonesia bakal berhimpun pada Festival Nusantara 2014 yang bakal diadakan di Tempat Letak Kereta A, Stadium Nasional Bukit Jalil pada 287 Disember ini. Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Indigital Sdn Bhd, penganjuran festival itu turut mendapat kerjasama daripada Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur yang bertujuan merapatkan lagi hubungan diantara dua buah negara menerusi kesenian dan muzik. “Disamping merapatkan hubungan kekeluargaan diantara dua negara, festival ini juga diadakan bagi menghargai peminat-peminat muzik dengan membawa artis terkenal tanah air dan Indonesia pada acara sama,” kata wakil syarikat Indigital Sdn Bhd. Tambah kenyataan itu lagi, festival itu turut mendapat tajaan daripada Celcom Frenz dan acara itu bakal berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 11 malam. Malah pihak Celcom Frenz telah memilih kumpulan Slank, Trio Macan dan Zaskia Gotik dari Indonesia untuk membuat persembahan di konsert yang dinamakan ‘Konser Frenz’ pada pukul 5 petang. Selain konsert, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan pada festival berkenaan seperti kedai jualan pakaian, makanan serta aktiviti-aktiviti pentas lain seperti karaoke. Pengunjung yang ingin menghadiri festival berkenaan tidak akan dikenakan sebarang bayaran manakala untuk Konser Frenz, tiket dijual pada harga RM 33 dan ia boleh didapati di www.ticketpro.com.my atau menghubungi hotline ticket pro di 03-7880 7999. Selain itu juga tiket boleh didapati di cawangan Rock Corner, The Guitar Store atau Victoria Music Centre. – mStar Online

David Beckham Dan Anak Terlibat Kemalangan Jalan Raya
LONDON: Lagenda bola sepak England, David Beckham terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas mengambil anaknya, Brookly di pusat latihan Arsenal pada pagi Sabtu.
Dalam kemalangan berhampiran pusat latihan tersebut, Beckham dan anaknya tidak mengalami kecederaan, tetapi kereta yang dipandu bekas pemain Manchester United itu mengalami kerosakan teruk.
Kejadian itu dilapor telah disaksikan oleh seorang pekerja pusat latihan akademi Arsenal.
Sebelum kejadian, Beckham, 39, menyaksikan anak sulungnya, Brooklyn, 15, mewakili skuad bawah 16 tahun Arsenal menentang Brington di London Colney, Hertfordshire.
Saksi itu memberitahu, Beckham dan anaknya tidak mengalami kecederaan walaupun kelihatan terkejut, malah dia juga tidak bertengkar dengan pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu sebaliknya mereka bersalaman dan pulang. Beckham pulang dengan kereta lain bersama anaknya dan tidak pasti sama ada mereka ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Zed Zaidi: Stesen TV Jangan Cabar Kuasa Menteri
PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), menyifatkan keengganan pihak stesen televisyen swasta dalam memberi kerjasama terhadap masalah industri yang diketengahkan menerusi kempen, Switch Off 14, baru-baru ini dilihat bakal mengundang permasalahan.
Menurut Zed Zaidi, walaupun perkara itu telah dipersetujui oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dalam menyediakan platform untuk warga seni bagi menyelesaikan masalah berbangkit, namun pihak stesen televisyen masih berdiam diri.
"Saya sendiri hairan, kenapa stesen televisyen begitu angkuh dan sukar untuk menerima penjelasan dan berbincang perkara ini. Walaupun mendapat perhatian kerajaan, namun mereka masih berdegil.
"Mereka seolah-olah cuba menentang kuasa menteri dan menunjukkan ego masing-masing. Namun, percayalah keangkuhan itu tidak akan menyelesaikan masalah malah mengundang sesuatu yang tidak baik.
"Apa salahnya kita sama-sama berbincang mengenai masalah industri kerana kita semua saling memerlukan antara satu sama lain," jelasnya lagi.
Tambah Zed, tindakan stesen televisyen yang enggan membincangkan masalah industri itu memberi gambaran bahawa selama ini, merekalah yang bermasalah.
"Masalah industri yang diketengahkan bukanlah masalah baharu kerana sejak dahulu lagi ianya gagal diselesaikan walaupun banyak perbincangan yang dibuat.
"Ini bermakna, masalah sebenar industri berpunca daripada stesen televisyen. Sekiranya mereka memberikan kerjasama, sudah tentu perkara ini akan dapat diselesaikan menerusi meja rundingan.
"Namun, difahamkan sekiranya mereka tetap berpeluk tubuh, lebih ramai lagi yang akan turun pada kempen yang akan datang dan berkumpul di stesen televisyen," katanya lagi. - Sinar Harian
TOP
Warga Emas Maut Ditumbuk Ketika Cuba Meleraikan Pergaduhan
Seremban: Hanya kerana permintaan wang daripada ibu tidak diberikan, seorang lelaki berusia 21 tahun menumbuk muka datuk saudaranya hingga mati ketika lelaki itu mahu meleraikan pergaduhan antara dua beranak berkenaan di sebuah rumah di Lorong 6, Taman Seri Pagi, Senawang, di sini, petang semalam.
Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 5.30 petang itu, suspek yang bekerja di Kuala Lumpur pulang ke rumahnya di daerah ini untuk meminta wang daripada ibunya, namun tidak diberikan.
Katanya, berang apabila permintaan tidak dipenuhi, suspek yang juga anak sulung daripada dua beradik memarahi ibunya sebelum datuk saudaranya berusia 60-an yang berada di rumah itu cuba meleraikan pergaduhan.
"Kerana marah datuk saudara mencampuri urusannya, suspek bertindak ganas menumbuk muka mangsa. Suspek yang kebetulan mempunyai sakit jantung mati di rumah berkenaan," katanya. - myMetro online
TOP
Ibu mangsa MH17 heret Ukraine ke mahkamah hak asasi
BERLIN: Ibu seorang mangsa nahas pesawat MH17 dari Jerman memulakan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Ukraine di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah dengan mendakwa Kiev gagal menutup ruang udara negara itu.
Wanita berkenaan mengemukakan aduan di mahkamah yang berpangkalan di Strasbourg minggu lalu dengan memfailkan tuntutan saman ke atas kerajaan Ukraine sebanyak 800,000 Euro (AS$1 juta) sebagai ganti rugi kerosakan akibat kecuaian yang disengajakan, demikian lapor akhbar harian Jerman, Bild hari ini.
Pesawat Malaysian Airlines (MAS) Boeing 777 itu jatuh ditembak di kawasan dikuasai pemisah Ukraine di timur negara itu pada 17 Julai, mengorbankan semua 298 orang di dalam pesawat dengan 193 daripadanya warga Belanda.
Empat daripada penumpang adakah rakyat Jerman.
Kiev dan negara Barat menuduh kumpulan pemisah menembak jatuh pesawat berkenaan menggunakan peluru berpandu permukaan ke udara yang dibekalkan Russia namun dinafikan Moscow.
Pihak plaintif kes itu mendakwa Ukraine sepatutnya menutup ruang udaranya daripada pesawat awam apabila tercetusnya pertelingkahan di timur negara itu, lapor akhbar Bild.
Wanita berkenaan mendakwa Ukraine memilih tidak mahu menutup ruang udaranya hanya kerana tidak mahu kehilangan hasil daripada yuran penggunaan penerbangan.
Pada masa itu, kira-kira 700 penerbangan melalui ruang udara Ukrainie setiap hari yang membawa pendapatan beberapa juta euro sebulan, kata Bild.
Wanita berkenaan diwakili peguam Jerman, Elmar Giemulla, seorang profesor dalam undang-undang penerbangan.
Giemulla mengumumkan pada September lalu bahawa beliau akan mewakili tiga keluarga dari Jerman yang menjadi mangsa MH17.
"Dengan mengekalkan ruang angkasa sebagai transit pesawat penerbangan untuk negara lain, negara itu (Ukraine) mesti memastikan keselamatan pesawat terbabit. Namun ia agak mustahil dilakukan dan ini bermakna ruang udara sepatutnya ditutup," katanya. - BH Online
TOP
Abu Sayyaf Tangguh Penggal Kepala Mangsa Culik
KOTA KINABALU: Pengusaha ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun diberi tempoh selama 20 hari lagi walaupun kumpulan penculik Abu Sayyaf mengancam untuk memenggal kepalanya pada Ahad sekiranya wang tebusan sebanyak RM3 juta tidak dibayar.
Isterinya, Chin Pek Nyen berkata polis memaklumkannya bahawa kumpulan penculik tersebut memberi tempoh selama 20 hari lagi kepada pihak berkuasa untuk memenuhi permintaan tersebut.
"Mereka berjaya memujuk penculik tersebut untuk diberikan lebih banyak masa bagi mendapatkan wang untuk pembebasan suaminya," kata Pek Nyen pada Sabtu.
Namun, wanita berusia 42 tahun itu berkata penculik masih enggan membenarkan dia bercakap dengan suaminya dan berjanji hanya akan berbuat demikian dalam masa beberapa hari lagi.
"Kali terakhir saya bercakap dengan suami saya adalah empat bulan lalu dan saya teringin sangat mendengar suara.
"Saya berharap mreka akan terus menunaikan janji dan membenarkan saya bercakap dengan suami dalam masa beberapa hari lagi," kata Pek Nyen.
Sai Chiun diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata warga Filipina di kolam ternakan ikan miliknya pada pukul 12.45 tengah malam, 16 Jun lalu.
Seorang lagi warganegara Malaysia, Konstabel Zakiah Aliep yang juga anggota Pasukan Polis Marin (PPM) pula diculik sekumpulan lelaki bersenjata pada 12 Julai lalu ketika membuat meronda di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna.
Mereka masih lagi ditahan oleh kumpulan bersenjata itu di Jolo, selatan Filipina. - mStar Online
TOP
Video Music Terbaru yang Membolehkan Anda Melihat Bunyi
Cymatics ialah sains yang membolehkan frekuensi suara digambarkan dalam bentuk-bentuk yang boleh dilihat dengan mata kasar.
Sebuah kumpulan musik Nigel Stanford dari New Zealand kini telah mengaplikasi Cymatics dalam klip video lagunya yang berjudul Science Vs. Music. Menerusi klip video ini, frekuensi audio dari segala peralatan musik yang digunakan dalam lagu tersebut digambarkan dalam pelbagai bentuk seperti air, pasir dan nyalaan api. Saksikan sebuah video yang akan membuatkan anda terpegun dengan Cymatics. - Siakapkeli.com.my

Almy Nadia Enggan Jawab Isu Kandung Anak Kembar
Almy Nadia hari ini telah mengeluarkan kenyataan yang dia tidak mahu mengulas tentang gosip yang tersebar di kalangan peminat bahawa dia sedang mengandungkan anak kembar kerana mereka melihat perut Almy yang bersaiz besar pelik.
Dia yang kini sudah memasuki enam bulan hamil tidak mahu memikirkan perkara ini kerana akan memberi tekanan kepadanya nanti.
“Saya tak mahu ulas pasal anak kembar atau kenapa saiz perut saya besar, yang penting anak dalam kandungan saya ini sihat dan cukup sifat semuanya.
“Lagipun saya sudah tidak mahu ambil pusing lah apa yang orang nak kata mengenai kandungan saya kerana saya tidak mahu ada tekanan buat masa ini.
“Biarlah mereka nak kata apa kerana mereka yang tanggung dosa jika mereka menghina saya. Saya pula dapat pahala jika mereka mengata,” katanya yang dipetik dari Murai.
Almy menjawab desas desus sebelum ini dimana dia peminat-peminat telah membincangkan perkara ini di medai sosial selepas melihat perut Almy yang begitu besar dan membuat kesimpulan Almy mengandung anak kembar.
Almy memberitahu dia dan suaminya Fizz Fairuz begitu teruja untuk menyambut kelahiran pertama meraka ini dan segala persiapan telah dibuat.
“Kami belum buat perisapan penuh lagi kerana orang tua-tua kata tak elok terlalu teruja dan beli barang baby awal-awal kan. Jadi kami mungkin akan mula buat persiapan penuh bila masuk bulan ke-8 nanti."
Almy sekarang sudah berhenti menjalankan kerja seninya dan akan menyambung apabila lepas pantang nanti.- Siakapkeli.com.my
TOP
Penjelasan dari Pemilik Galleria Kotaraya Terhadap Dakwaan Pekerja Cuai Hingga Menyebabkan Kecurian
Sekiranya anda mengikuti laman Facebook Siakapkeli sebelum ini pihak kami ada memuatnaikkan sebuah video rakaman kecurian dalam Galleria Kotaraya menerusi CCTV. Video tersebut yang kini telah dikongsi oleh seramai 2,000 pengguna Facebook bagaimanapun telah disalahfaham oleh penonton.
Bagaimanapun ketika kejadian curi itu berlaku premis itu kelihatan kosong tanpa pekerja. Rata-rata mereka yang menyaksikan video tersebut telah memberi tanggapan yang negatif terhadap pekerja butik itu yang mana dinyatakan dalam komen-komen pada video tersebut. Selain itu terdapat beberapa buah blog juga mengulas kejadian itu dengan pandangan yang sama.
Susulan daripada video dan komen-komen negatif berkenaan, kini majikan premis itu tampil membuat kenyataan menjelaskan situasi sebenar ketika kejadian itu berlaku agar pekerja mereka tidak disalahkan dalam hal ini. Selain itu, tujuan video tersebut dimuatnaik juga adalah untuk memberi pengajaran kepada kedai-kedai lain dan supaya berhati-hati dengan wanita (pencuri) itu.
Bagaimanapun premis perniagaan haruslah sentiasa berpenjaga walaupun bukan untuk jualan sekalipun untuk mengelakkan kes-kes kecurian seperti ini berlaku. - Siakapkeli.com.my

Pengumuman Najib Tidak Boleh Diguna Pakai Jika Mahkamah Putuskan Akta Hasutan Tidak Sah
KUALA LUMPUR: Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membatalkan keputusannya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, tidak secara automatik menjadikan Akta itu kekal kerana kesahihannya dari segi perlembagaan sedang diputuskan oleh mahkamah.
Ini adalah pendapat peguam Gobind Singh Deo yang berkata sekiranya mahkamah membuat keputusan bahawa Akta Hasutan itu tidak sah, maka keputusan Najib untuk mengekalkan Akta itu tidak lagi relevan.
"Pengumuman Najib itu tidak akan ada apa-apa kesan jika mahkamah membuat keputusan bahawa Akta Hasutan itu tidak sah," kata Gobind ketika ditemui Astro AWANI.
Peguam Yusmadi Yusoff berkata, walaupun mahkamah bakal menentukan sama ada Akta Hasutan 1948 sah atau tidak, keputusan itu tidak akan menghalang Najib untuk kembali ke Parlimen untuk mendapatkan 'mandat' baru, dengan membuat versi baru Akta.
Yusmadi berkata sekiranya mahkamah membuat keputusan bahawa Akta Hasutan itu tidak sah, Najib mungkin akan membuat 'Akta Hasutan 2.0'.
"Perlu diingati bahawa mahkamah hanya akan membuat keputusan mengenai Akta Hasutan 1948. Najib masih boleh membuat versi baru Akta itu," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika ucapannya pada Perhimpunan Agung UMNO berkata, pindaan ke atas Akta Hasutan 1948 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan akan datang.
Beliau, dalam pada itu, turut mengarahkan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menguatkuasakan akta itu dengan tegas selepas ia diluluskan kelak.
Dalam perkembangan sama, Mahkamah Persekutuan bakal menentukan keperlembagaan cabaran Akta Hasutan 1948 yang dibuat pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom.
Ini ekoran Azmi memfailkan permohonan itu, mengatakan Seksyen 4 tidak mengikut perlembagaan dan melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin kebebasan bersuara pada 17 September.
Mengikut Perkara 128 Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa menentukan sama ada sesuatu undang-undang diluluskan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri sah dan boleh dikuatkuasakan atau tidak.
Persoalan yang akan ditentukan mahkamah tertinggi itu nanti ialah sama ada Seksyen 4(1) Akta Hasutan bertentangan dengan Perkara 10 yang menjamin kebebasan berucap dan bersuara dan bertentangan dengan Perkara 4 berhubung keluhuran Perlembagaan.
Mahkamah Persekutuan juga akan menentukan sama ada Akta Hasutan sah atau tidak dan diberi kuasa oleh Parlimen. - Astro Awani
TOP
Video : Guru Kungfu Hayun Bata 80kg Guna 'Telurnya'
China - Seorang guru kungfu telah menggamitkan penontonnya setelah menghayunkan bata seberat 80kg menggunakan 'telurnya'.
Zhao Zhenhua mengangkat longgokan bata tersebut di satu persembahan secara langsung dan menghayunkan bata berulang-alik selama sepuluh minit. Jumlah hayunan yang berjaya dikumpul oleh Zhao Zhenhua adalah 320 kali.
Penonton yang menyaksikan persembahan tersebut terkejut dan tidak percaya dengan apa yang mereka lihat.
Shaiming Liao, seorang penonton, berkata, matanya hampir mengalirkan air mata kerana persembahan itu tetapi dia melihat Zhao Zhenhua seperti langsung tidak terjejas dengan apa yang dilakukannya.
Zhao Zhenhua, 48, mengamalkan kungfu jenis Xi Sui Jing yang mana kungfu ini berkonsepkan warisan(kungfu yang diturunkan dari seseorang kepada seseorang). - Siakapkeli.com.my
Zhao Zhenhua, 48, mengamalkan kungfu jenis Xi Sui Jing yang mana kungfu ini berkonsepkan warisan(kungfu yang diturunkan dari seseorang kepada seseorang). - Siakapkeli.com.my
TOP
Blogger Umno Bangang - DS Najib
Foto : The Malaysian Insider
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mengkritik blogger pro-Umno yang bertindak menyerang pemimpin parti Umno sendiri yang kononnya bersifat 'friendly fire". Menurut DS Najib, blogger pro-Umno perlu bertindak menyerang parti pembangkang, bukannya menyerang parti sendiri. “Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib memetik laporan dari The Malaysian Insider. Selain itu, Najib juga menyifatkan blogger pro-Umno yang bertindak sedemikian sebagai bangan kerana tidak tahu belah mana yang patut diserang. “Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno semalam. - Siakapkeli.com.my

Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya Mara Ke Separuh Akhir, Singkir Juara Bertahan
SKUAD Harimau Malaya berjaya mengulangi pencapaian 2012 mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki selepas menyingkirkan juara bertahan Singapura, 3-1 pada aksi peringkat Kumpulan B Sabtu malam.
Skuad bimbingan Dollah Salleh itu melengkapi aksi peringkat Kumpulan B dengan mencatat seri tanpa jaringan ke atas Myanmar, tewas 3-2 kepada pendahulu kumpulan Thailand dan menang ke atas pasukan tuan rumah.
Kemenangan ini amat penting buat pasukan negara selepas berdepan dengan pelbagai kritikan pedas gara-gara aksi hampar dalam beberapa siri aksi perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum ini.
Lebih bermakna, tiga pemain senior negara meranapkan impian juara bertahan ini untuk melebarkan rekod pasukan paling banyak menjulang trofi kejohanan ini.
Mohd Safee Sali yang pernah meraih gelaran Pemain Terbaik kejohanan ini ketika skuad negara muncul juara pada tahun 2010, membuktikan sentuhannya masih berbisa dengan membuka jaringan pertama pada minit ke-61 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama.
Namun kegembiraan itu hanya seketika apabila pemain Singapura, Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal menyamakan kedudukan pada minit ke-83.
Bagaimana pun pemain-pemain negara tidak cepat melatah terus mencuba mencari gol kemenangan dan ianya hadir pada masa tambahan melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh Safiq Rahim pada minit ke-91.
Pengadil dari Oman, Al Kaf Ahmed Abu Bakar Said menghadiahkan sepakan penalti itu selepas Mohd Amri Yahyah dijatuhkan dalam kotak penalti.
Manakala pemain veteran negara, Indra Putra Mahayuddin menambah duka Singapura dengan jaringan ketiga pada minit ke-94 sebelum wisel penamat dibunyikan.
Dalam satu lagi aksi perlawanan kumpulan B, juara tiga kali Thailand mengekalkan rekod bersih tanpa kalah dengan menewaskan Myanmar 2-0.
Malaysia bakal bertemu dengan juara Kumpulan A, Vietnam pada aksi separuh akhir (timbal balik), manakala Thailand akan bertemu dengan Filipina.
Sebagai rekod, Singapura menjuarai kejohanan ini pada tahun 1998, 2004, 2007, 2012, manakala Thailand muncul juara 1996, 2000, 2002. - mStar Online
TOP
Harga Minyak RON97, RON95 Dan Diesel Mulai 1 Disember.
Berikutan pemansuhan subsidi minyak yang akan dilaksanakan oleh kerajaan mulai 1 Disember ini, harga petrol dan diesel akan diapungkan mengikut harga pasaran semasa.
Ramai rakyat Malaysia ternanti-nanti dengan harga baru yang akan diumumkan oleh kerajaan setelah pemansuhan subsidi terhadap bahan api ini.
Menurut surat pekeliling yang tersebar di internet, dipercayai pekeliling yang diberikan syarikat IPTB(Buraqoil), harga minyak RON97 akan diturunkan sebanyak 9sen, RON95 diturunkan sebanyak 4sen manakala diesel pula membuat kejutan dengan naik sebanyak 3sen.
Berikut adalah harga terkini minyak dan diesel menurut surat pekeliling tersebut. - Siakapkeli.com.my
RON97 - RM 2.46 seliter
RON95 - RM 2.26 Seliter
Diesel - RM 2.23 seliter
Surat pekeliling mengenai harga terkini minyak mulai 1 Disember ini.
Sumber : Melvister