Friday, February 28, 2014

Berita Terkini 28 Februari 2014


Lukisan Wajah Siti Dijual Sehingga RM75,000
PETALING JAYA – Seramai 17 pelukis tempatan dan luar negara membabitkan diri dalam pameran karya lukisan khas Datuk Siti Nurhaliza sebagai ikon pop negara di Galeri Artelier KL, Publika di sini. Lukisan tersebut akan dipamerkan selama sebulan bermula 26 Februari 2014. Menurut rakan niaga Galeri Artelier KL, Ahmad Khairo Othman, Antara nama-nama pelukis yang terbabit melakar gambar Siti Nurhaliza termasuklah Adrian Torres (Sepanyol), Azizi Latif, Faiz Yunus, E.M. Nightwatcher (Iran), Haffendi Anuar, Zizan Rosman dan Nazmi Ismail. “Projek ini telah bermula sebulan lalu di mana kesemua pelukis telah menemu bual Siti sebelum memulakan projek lukisan mereka.


Lelaki Tua MATI MENGEJUT Di Rumah Urut
Miri – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia ketika diurut di sebuah pusat refleksologi di Jalan Merpati di sini, petang semalam. Dalam kejadian itu, lelaki berusia 60 tahun berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Miri yang tiba di premis itu kira-kira jam 6 petang sebaik dimaklumkan pemiliknya. Difahamkan, lelaki itu bersendirian ke premis itu untuk mendapatkan khidmat urut dan dipercayai tidak sedarkan diri kira-kira setengah jam kemudian ketika berada di dalam bilik urut.


Boleh Tinggalkan Boleh Tinggalkan Solat Jumaat Jika Jerebu Teruk, Hujan Lebat
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata lelaki Islam dibolehkan untuk tinggalkan solat Jumaat di masjid sekiranya keadaan jerebu sangat teruk. Beliau berkata hukumnya sama seperti keadaan di mana hujan lebat (sehingga menghalang dari pergi ke masjid). Menurut Dr Asri, hujah tersebut ada terkandung di dalam sebuah hadis al-Bukhari. “Boleh, sama seperti hujan lebat. Ada dalam hadis al-Bukhari,” kata beliau.


Felixia Yeap: Kenapa Dengki Saya Tutup Aurat?
SHAH ALAM – Bekas model, Felixia Yeap mempersoalkan kenapa masih terdapat segelintir masyarakat yang dengki dan sakit hati dengan tindakannya menutup aurat. Padahal ujarnya, beliau hanya menutup aurat sepertimana kebanyakan Muslimah sejati yang lain, tanpa mempunyai niat yang tidak baik. “Kepada yang dengki atau benci sangat bila saya bertudung dan bertekad untuk menutup aurat seperti seorang Muslimah tanpa niat lain selain daripada mahu menutup aurat saya… “…adakah anda akan rasa lebih gembira kalau saya tanggalkan tudung saya dan berpakaian seperti dahulu?


Burung Merpati Mati Diberi Makanan Diracun Di Klang
Bagi mereka yang tinggal atau biasa lalu di bandar Klang, melihat merpati yang banyak dan jinak di satu kawasan rumah kedai adalah pemandangan biasa. Merpati ini sudah biasa diberi makan oleh pekedai sekitar atau individu yang sayangkan haiwan hingga ia kelihatan jinak dan tidak pergi jauh. Bagaimanapun semalam, Facebook Islam Agamaku berkongsi satu gambar yang menyedihkan di mana banyak merpati terdampar mati dipercayai diracun individu tidak bertanggung jawab. Merpati-merpati ini dikatakan diberi makanan mengandungi racun.


Dua pegawai polis hadapi tuduhan rasuah
IPOH: Dua anggota polis masing-masing berpangkat penolong penguasa dan inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan rasuah dua tahun lepas. Shuib Abdl Samad @ Zainul, 51, yang bertugas sebagai penolong penguasa Polis di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar menghadapi tiga pertuduhan melibatkan rasuah berjumlah RM1,100. Dia mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Madihah Hairullah. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM500 secara bulanan daripada Tan Tiong An untuk mengelak daripada gangguan terhadap kerja nombor ekor haram yang dijalankan oleh Tan.


Adenan Satem Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ke-5
Petra Jaya: Menteri Tugas Tugas Khas Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 70, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Ke-5 dalam istiadat penuh bersejarah di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri, tepat jam 9.40 pagi tadi. Beliau menggantikan Ketua Menteri paling lama dalam sejarah negara, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 78, yang bersara bermula hari ini, seterusnya bakal dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri yang baharu, menggantikan Abang Muhammad Salahuddin, 92, yang tamat tempoh perkhidmatannya, juga pada hari ini. Adenan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu itu mula menyertai Kabinet Sarawak selepas peristiwa Ming Court pada 1987.


Jepun lancar satelit khas pantau hujan, ribut petir global
TOKYO: Jepun hari ini Berjaya melancarkan roket terbaharunya yang membawa satelit berteknologi tinggi yang berupaya memantau kadar hujan global dan membantu ramalan cuaca terutama bagi mengesan ribut petir. Menurut Agensi Eksplorasi Angkasa Jepun (JAXA), roket H-IIA rocket dilancarkan di selatan kepulauan Jepun tepat jam 3.37 pagi waktu tempatan seperti yang dijadualkan. Satelit berkenaan dibangunkan bersama antara kerajaan Jepun dan Amerika Syarikat yang direka bentuk khas untuk mengumpul data dari beberapa lagi satelit di orbit.


Anwar menang saman fitnah terhadap 'Papa Gomo'
Kuala Lumpur: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang dalam samannya terhadap pengendali blog 'Papa Gomo' berhubung penyiaran perkataan fitnah dan mengaitkannya dalam video seks dengan seorang lelaki. Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan Papa Gomo membayar ganti rugi RM800,000 kepada Anwar.

Pelaburan Malaysia cecah RM216.5b
Malaysia catat rekod tertinggi pelaburan RM216.5 bilion pada 2013 - Mustapa
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan rekod baharu pelaburan tahun lalu dengan jumlah pelaburan keseluruhan diluluskan berjumlah RM216.5 bilion, mengatasi rekod tertinggi sebelum ini RM167.8 bilion yang dicatat pada 2012. Perkara itu diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, hari ini. Beliau berkata pelaburan diluluskan itu merangkumi 5,669 projek membabitkan 14 projek mega dan 82 projek besar yang masing-masing bernilai lebih RM1 bilion dan RM100 juta setiap satu, yang majoritinya adalah industri bernilai tinggi dan mencatat pertumbuhan tinggi. Sektor perkhidmatan menyumbang sebahagian besar daripada pelaburan diluluskan tahun lalu, mewakili RM144.7 bilion atau 66.8 peratus, diikuti pembuatan RM52.1 bilion (24.1 peratus) dan sektor utama RM19.7 bilion (9.1 peratus).

SPRM kemuka 18 kes salah laku penjawat awam kepada Peguam Negara
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kesemua 18 kertas siasatan yang dibukanya berhubung salah laku dan kecuaian penjawat awam dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata antara 18 kes yang disiasat oleh SPRM setakat 21 Februari lepas ialah tuntutan palsu pengarah di Kementerian Kerja Raya membabitkan dua projek Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Pengarah itu mengesahkan Sijil Perakuan Siap bagi kerja-kerja pembinaan asrama UMK di Jeli dan kampus di Bachok yang masing-masing bernilai RM23.6 juta dan RM100.4 juta sedangkan kerja tidak mengikut spesifikasi serta tidak disiapkan sepenuhnya oleh kontraktor, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

MoU Air Selangor tak boleh diubah sekalipun Anwar jadi MB - Muhyiddin
KAJANG: Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri bekalan air Selangor ditandatangani antara kerajaan Persekutuan dan negeri itu tidak boleh dipinda dan diubah sekalipun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, berkata perkara itu terkandung di dalam MoU itu dan ia merupakan obligasi kerajaan Persekutuan dan negeri yang tidak boleh diubah atau pinda dalam apa keadaan sekalipun. Justeru itu, beliau berkata projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang mendapat kebenaran merancang akan diteruskan sehingga siap.


MAS Pecat Tiga Pramugari, Seorang Pramugara Sertai Himpunan Kesatuan
PETALING JAYA – Seramai empat kakitangan Malaysia Airlines (MAS) telah dipecat kerana didakwa menyertai perhimpunan kesatuan di Putrajaya pada November lalu, kata salah seorang ahli kesatuan. Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) Ismail Nasaruddin yang juga telah dipecat berkata keempat-empat mereka telah menerima surat penamatan pada Februari. Anggota Nufam mengambil bahagian dalam perhimpunan aman di Kementerian Sumber Manusia pada 27 November lalu. Difahamkan tiga daripada yang dipecat adalah pramugari yang bercuti sakit pada hari mereka menyertai perhimpunan.


Agensi Angkasa Rakam Imej Tompok Matahari
KUALA LUMPUR – Agensi Angkasa Negara (AAN) berjaya merakam imej Tompok Matahari atau Sun Spot yang muncul pada permukaan matahari baru-baru ini. AAN dalam satu kenyataan media memberitahu, imej itu dirakam oleh Penolong Pegawai Sains Observotari Negara Langkawi (ONL) AAN, Karzaman Ahmad. “Beliau merakamkan imej itu menggunakan teleskop Celestron C11 dan Kamera Skynyx. Gambar bumi diletakkan bersebelahan dengan tompok matahari tersebut sebagai perbandingan saiz,” kata kenyataan itu hari ini. Kenyataan itu menjelas lanjut fenomena itu, beberapa hari lalu tompok matahari yang kompleks muncul di permukaan matahari yang dikenali sebagai tompok matahari AR1990.


Dr. M: Saya Akan Menemui Tuhan Tak Lama Lagi, Saya Terima Apa Saja Hukuman Allah
1. Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.
2. Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah. Iklan SK
3. Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.
4. Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.
5. Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.
6. Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.
7. Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.
 8. Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.
 9. Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.
10. Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?
11. Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?
12. Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.
13. Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.
 14. Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran.
15. Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.
16. Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.
17. Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa “apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.
18. Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.
19. Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.
20. Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.
 21. Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.
22. Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.
 23. Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.
 24. Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.
25. Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.
26. Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.
 27. Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya. – chedet.cc


Bila Gambar Di Mahkamah Jln Duta DIKATAKAN Gambar Di Jepun, macam2
Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan negeri itu ketika sedang berdepan krisis air termasuk catuan akibat kemarau menuju ke Jepun selepas dihalang memasuki negara itu 19 Januari lalu. Menerusi laman Twitter pada Khamis, Ketua Pembangkang itu yang akan bertanding dalam PRK DUN Kajang 23 Mac ini, memaklumkan beliau telah selamat sampai ke negara dan cuacanya ok Beliau menyertakan gambar Datuk Kamaruddin Jaafar dan Shamsul Iskandar Mat Akin antara yang turut serta dalam delegasinya. Difahamkan, acara di Jepun sangat padat, kerana beliau telah diaturkan untuk memberi syarahan serta mengadakan pertemuan dengan pihak media Jepun.


Laba DRB-Hicom RM10.03b
KUALA LUMPUR 27 Feb. - DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom) mengumumkan pendapatan kumpulan meningkat sebanyak 2.7 peratus kepada RM10.03 bilion bagi tempoh sembilan bulan dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, berbanding RM9.77 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya. Pertumbuhan tersebut didorong terutamanya oleh sektor perkhidmatan serta pengiktirafan pendapatan yang lebih tinggi daripada projek-projek yang berkaitan dengan pertahanan. Keuntungan sebelum cukai kumpulan, tidak termasuk perkara luar biasa (EI), telah meningkat sebanyak 24.4 peratus kepada RM386.56 juta bagi tempoh itu berbanding dengan RM310.63 juta yang dilaporkan dalam tempoh yang sama sebelumnya.

Tentera Syria gempur penentang kerajaan, 175 terkorban
DAMSYIK 27 Feb. - Tentera Syria membunuh sebanyak 175 anggota kumpulan penentang yang kebanyakannya mempunyai kaitan dengan rangkaian militan al-Qaeda, dalam satu serang hendap, yang digambarkan sebagai salah satu serangan paling dahsyat yang dilancarkan tentera kerajaan di sini, hari ini. Seorang jurucakap kumpulan penentang berkata, serangan pada subuh itu merupakan satu usaha kerajaan untuk mengawal keselamatan di ibu negara ini. Serangan itu dilakukan oleh kumpulan Hezbollah dari Lebanon. Kumpulan Hezbollah memainkan peranan penting membantu tentera Presiden Bashar Assad menghalau kumpulan penentang yang berkubu di pinggir Damsyik.


Tiada keretakan di klia2 - DCA
SEPANG 27 Feb. - Tidak ada kesan retak tetapi hanya kesan-kesan tekanan tanah di kawasan landasan, apron dan tempat letak pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman. Beliau mempersoalkan kesahihan gambar yang dipaparkan Rabu oleh Malaysian Insider, sebuah portal berita pro pembangkang yang menunjukkan keretakan pada landasan pesawat. “Ia bukan gambar terbaru dan secara keseluruhan, klia2 selamat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. “Kami sudah mengadakan pertemuan dengan Malaysia Airport Holdings Bhd. (MAHB) dan mereka akan membetulkan apa-apa yang perlu sebelum lapangan terbang itu beroperasi," katanya.

Yingluck Shinawatra - World Economic Forum Annual Meeting 2012.jpg
Yingluck didakwa menyeleweng
BANGKOK 27 Feb. - Lebih 300 penyokong kerajaan mengadakan demonsrasi di kompleks Suruhanjaya Antirasuah Nasional (NACC) di utara Bangkok di mana Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra didakwa atas tuduhan menyeleweng dengan kawalan ketat polis antirusuhan. Ekoran demonstrasi tersebut, lokasi perbicaraan kes tersebut terpaksa dipindah ke tempat lain. Yingluck yang berada di luar Bangkok sejak beberapa hari lalu tidak hadir pada perbicaraan tersebut dan hanya diwakili peguamnya. Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand akan membawa isu dekri pilihan raya ke Mahkamah Perlembagaan bagi menentukan sama ada suruhanjaya itu atau kerajaan yang mempunyai kuasa menentukan pengeluarkan dekri berkenaan.


Darurat di Riau akibat jerebu tebal
JAKARTA 28 Feb. - Riau semalam mengisytiharkan darurat selepas jerebu tebal ekoran kebakaran hutan, melumpuhkan wilayah tersebut. Jurucakap Agensi Pencegahan Bencana Nasional, Sutopo Purwo Nugroho. berkata, wilayah yang mempunyai lima juta penduduk itu mengalami jerebu sejak beberapa minggu lalu ekoran kegiatan pembersihan tanah secara haram dan cuaca panas yang membelenggu wilayah berkenaan. "Berdasarkan maklumat, kebakaran yang berlaku menjadi semakin teruk dan perlu dipadam menggunakan pesawat pengebom air dan tindakan tersebut akan diambil," katanya - Reuters

Bahagia kahwin campur
Bahagia kahwin campur
Tempat isteri di sisi suami. Paling penting, tidak lupa adat resam dan pegangan agama terutama jika berkahwin bangsa asing dan perlu bermastautin mengikut suami tinggal di luar negara. Juliawati Azali, 27, yang bertemu jodoh dengan warga Sweden, Johan Petter Dahlgren, 35, mengakui banyak pengalaman manis ditempuhi sepanjang sembilan tahun mendirikan rumah tangga dan berpeluang tinggal di banyak negara. Takdir, cinta dan jodoh menjadikan wanita itu lebih cekal kerana perlu mengatur langkah sendiri.

Wanita Sri Lanka diculik 72 jam
Kuala Lumpur: Penderitaan seorang wanita warga Sri Lanka yang diculik selama 72 jam berakhir selepas diselamatkan polis di sebuah rumah di Wangsa Maju awal pagi semalam.Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata mangsa yang berusia 20 tahun itu dipercayai baru tiba ke ibu negara untuk melanjutkan pelajaran.Minta wang tebusan.“Bagaimanapun, dia dipercayai diperdaya tiga lelaki warga tempatan dan asing yang menyamar sebagai ejen menguruskan pembelajaran mangsa sebelum diculik di Batu Caves, Isnin lalu.

Polis pantau pertemuan pemimpin  ‘Kesultanan Sulu’
Polis pantau pertemuan pemimpin ‘Kesultanan Sulu’
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau pertemuan pemimpin kanan ‘Kesultanan Sulu’ yang dikatakan akan ke Sabah kononnya untuk membincangkan tuntutan ke atas Negeri di Bawah Bayu itu. Berdasarkan maklumat diterima PDRM, pemimpin itu dipercayai akan tiba di Sabah dalam masa terdekat untuk bertemu ‘individu berkepentingan’ bagi membincangkan isu berkenaan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata maklumat dan risikan polis mendapati pemimpin itu akan ke Sabah dalam beberapa hari lagi tetapi enggan mendedahkan identiti ‘individu berkepentingan’ terbabit.

Yingluck tidak hadiri perbicaraan
Yingluck tidak hadiri perbicaraan
Bangkok: Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra tidak menghadiri perbicaraan panel antirasuah semalam yang mendengar dakwaan kecuaiannya mengenai rasuah dalam skim subsidi padi. Beliau berada di utara Thailand, yang menjadi kubu kuat parti pimpinannya Pheu Thai, ketika peguamnya berurusan dengan para pegawai pencegahan rasuah di bandar raya ini. Yingluck berlepas ke sana untuk melakukan lawatan rasmi tiga hari dan meninjau perkembangan beberapa projek kerajaan.

14 maut tragedi dinihari
Bandar Seri Jempol: Luluh hati seorang abang, apabila mimpi kematian adiknya yang dialami tiga hari lalu yang disangka sekadar mainan tidur, menjadi kenyataan awal pagi semalam. Pembantu jualan, Mohd Zaki Abu Bakar, 36, terkejut mimpi itu menjadi kenyataan, apabila adiknya, Mohd Fauzan, 33, bersama isteri dan dua anak pasangan itu maut dalam nahas jalan raya, jam 6.10 pagi. Nahas di Kilometer 22, Jalan Bahau-Keratong dekat sini, meragut nyawa Mohd Fauzan bersama isteri, Nurhidayah Ngah, 28, serta dua anak mereka, Nur Ain Shahiera, 6, dan Nur Aina Shahmiera, 10 bulan.

Foto
14 maut tragedi dinihari
Bandar Seri Jempol: Luluh hati seorang abang, apabila mimpi kematian adiknya yang dialami tiga hari lalu yang disangka sekadar mainan tidur, menjadi kenyataan awal pagi semalam. Pembantu jualan, Mohd Zaki Abu Bakar, 36, terkejut mimpi itu menjadi kenyataan, apabila adiknya, Mohd Fauzan, 33, bersama isteri dan dua anak pasangan itu maut dalam nahas jalan raya, jam 6.10 pagi. Nahas di Kilometer 22, Jalan Bahau-Keratong dekat sini, meragut nyawa Mohd Fauzan bersama isteri, Nurhidayah Ngah, 28, serta dua anak mereka, Nur Ain Shahiera, 6, dan Nur Aina Shahmiera, 10 bulan.

Rinani hasilkan ‘bot terbang’Labur RM3.28 bilion bawa bot terbang ke Melaka
Rinani hasilkan ‘bot terbang’
Rinani International Aeromarine Sdn Bhd, syarikat usaha sama Korea Selatan dan Malaysia memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Aron Flying Ship Ltd bagi kontrak AS$1 bilion (RM3.3 bilion) pengeluaran dan pemasaran flying ship, bot yang boleh beroperasi di laut dan udara. Menerusi MoU itu, Aron yang berpangkalan di Korea Selatan dan peneraju segmen pengangkutan berteknologi tinggi, memberi hak eksklusif kepada Rinani untuk mengeluar dan memasarkan tiga model flying ship iaitu M50, M80 dan M200, manakala varian MK80 untuk kegunaan tentera. Presiden Rinani, Noor Azerai Ahmad, berkata kemudahan pengeluaran flying ship di Masjid Tanah, Melaka dijangka membuat pengeluaran pertama model M50 Ogos ini.

Tembak 5 rakan sebelum bunuh diri
Srinagar: Seorang anggota tentera India di wilayah Kashmir menembak mati lima rakan sekerjanya di kem tentera sebelum menembak dirinya, semalam. Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Narinder Nahar Joshi berkata, askar terbabit mengamuk, membunuh lima rakannya di kem tentera daerah Ganderbal. “Dia kemudian menembak dirinya sendiri,” katanya. Tentera itu ialah anggota unit antipemberontakan yang ditugaskan di perkampungan Safapora kira-kira 20 kilometer di utara Srinagar, bandar utama wilayah itu.

Letupan silinder gas ragut 9 nyawa
Doha: Sembilan orang maut dalam letupan ‘silinder gas’ di Doha semalam, lapor stesen berita kerajaan dengan diiringi laporan mengenai kerosakan serius dialami. Letupan itu memusnahkan sebuah restoran yang bersambung dengan sebuah pusat beli-belah. Namun, Qatar Television melaporkan, belum diketahui sma ada kejadian itu dirancang terlebih awal atau sekadar kemalangan. Laporan video menunjukkan anggota paramedik membawa mayat yang ditutup keluar melalui runtuhan kira-kira 50 meter dari bangunan berkenaan.

Keluarga diperkosa kerana curi sayur
Lagos: Sekumpulan 10 lelaki membunuh seorang ibu dan memperkosa dua anak perempuannya kerana mencuri sayur-sayuran dari sebuah pasar di sini. Rakaman video menunjukkan tiga mangsa terbabit dibogelkan dan diseksa di pasar berkenaan selepas mereka ditangkap mencuri. Si ibu mati di tempat kejadian, manakala si bapa berjaya menyelamatkan dua anak perempuannya itu selepas membayar wang tebusan. Enam daripada 10 lelaki berkenaan sudah ditahan dan polis masih memburu empat lagi suspek.

Serangan seksual meningkat 60%
Washington: Laporan serangan seksual dalam pasukan tentera AS meningkat 60 peratus tahun lalu, namun pegawai semalam berkata, pertambahan itu menunjukkan mangsa semakin yakin kes mereka ditangani dengan lebih serius. Orang ramai berang dengan peningkatan kes berprofil tinggi dalam pasukan itu sejak dua tahun lalu, mendorong pihak berkuasa melakukan inisiatif bagi mengatasinya. Presiden AS, Barack Obama turut menyatakan kemarahannya terhadap masalah itu dan ahli politik menuntut tindakan drastik diambil. Kira-kira 5,400 kes serangan seksual dilaporkan pada 2013, atau 15 kes sehari secara purata.

Larangan kahwin penganut agama lain
Yangon: Presiden Thein Sein semalam menyuarakan sokongannya terhadap empat undang-undang kontroversi berkait dengan agama yang akan dibahaskan oleh parlimen, termasuk melarang pengikut Buddha berkahwin dengan penganut agama lain. Dalam surat kepada anggota parlimen, Thien Sein menggesa Dewan meluluskan rang undang-undang melindungi ajaran Buddha dalam kalangan 60 juta rakyat negara itu. Rang undang-undang perkahwinan antara penganut agama berbeza, jika dikuatkuasakan akan mewajibkan lelaki memeluk agama Buddha sebelum mengahwini wanita agama itu.

Mayat mangsa taufan Haiyan masih ditemui
Manila: Mayat mangsa taufan besar Haiyan masih terperangkap di bawah timbunan sisa bangunan hampir empat bulan selepas membadai Filipina. Angka rasmi kematian akibat bencana itu yang sebelum ini direkodkan 6,201 tidak dikemas kini kerajaan sejak sebulan lalu berikutan pihak berkuasa masih menyiasat sama ada 1,785 yang sebelum ini dilaporkan hilang adalah antara mayat yang baru ditemui itu. Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi hal-ehwal kemanusiaan, Valerie Amos menceritakan pengalamannya yang mengejutkan apabila melihat mayat timbul ketika melawat Tacloban. “Semakin banyak sisa runtuhan dibersihkan, semakin banyak mayat ditemui.


Pasangan jual tiga anak ditangkap
Hunan: Sepasang suami isteri ditahan kerana menjual tiga daripada anak mereka sejak 2008. Wang, 27, ditahan pada September 2013 dan kini berada di penjara manakala isterinya, Zhang, 24, ditahan awal minggu ini di sebuah kafe Internet ketika mengandung anaknya yang keenam. Pasangan yang menetap di bandar Hengyang, Hunan itu bertemu pada 2006 mendapat anak pertama setahun kemudian sebelum melahirkan anak kedua pada November 2008. Akibat kesempitan hidup, pasangan itu menjual anak kedua mereka kepada satu pasangan dari bandar Chansha dengan harga 6,000 yuan (RM3,211) ketika bayi itu berusia enam bulan.


Telur tersekat dalam kemaluan
Shanghai: Seorang wanita terpaksa mendapatkan khidmat doktor untuk mengeluarkan telur rebus yang tersekat di kemaluannya selepas melakukan tabiat pelik bersama suaminya ketika mengadakan seks dengan suaminya. Doktor di Shanghai berjaya mengeluarkan telur rebus itu baru-baru ini. Suami wanita berkenaan berkata, dia memasukkan telur rebus yang telah dikopek kulitnya itu ke dalam kemaluan isterinya untuk mencuba sesuatu yang baru ketika mengadakan seks. Namun, tidak lama selepas itu, isterinya mengadu mengalami sensasi yang luar biasa di bahagian berkenaan.

Foto FotoFoto
Ular jadi teman
Michigan: Seorang kanak-kanak perempuan sembilan tahun menarik perhatian dengan kebolehannya bermain dengan ular. Krista Guarino, tinggal bersama 30 ekor reptilia itu termasuk anaconda dan ular sama sepanjang empat meter di rumahnya di Michigan, Amerika Syarikat. Dia makan, tidur dan bermain dengan ular yang ada di antaranya dua kali ganda saiznya. Krista mula tinggal bersama dengan ular sejak berusia dua tahun.

Bunuh diri cinta ditolak
Bayan Lepas: Kecewa cintanya ditolak, seorang lelaki membunuh diri dengan menggantung diri di pokok berhampiran kilang tempat kerjanya di Zon Perindustrian Bebas (FIZ), di sini, semalam. Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa berusia 20-an berasal dari Nepal ditemui dalam keadaan tergantung di pokok oleh seorang pengawal keselamatan sebelum dia memaklumkan kejadian terbabit kepada polis. Menurut sumber, sebelum itu mangsa yang baru selesai bekerja di kilang berhampiran bertemu dengan teman wanitanya sebelum mereka dikatakan bertengkar. “Hasil siasatan mendapati mangsa cuba berbincang mengenai hubungannya bersama teman wanitanya, namun cintanya ditolak wanita terbabit membuatkan dia kecewa.

‘Anu’ untuk tatapanmu
Ampang: Termakan pujukan rayu kenalan wanita menyebabkan seorang lelaki sanggup menanggalkan pakaian dan berbogel untuk tatapan temannya itu yang dikenali melalui laman sosial Skype. Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila aksinya itu dirakam kenalannya yang baru dikenali sebelum mengugut ingin menyebarkan video itu jika mangsa berusia 33 tahun enggan membayar wang RM5,000. Bimbang dengan ugutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang kelmarin. Menceritakan kejadian itu, mangsa pada mulanya mengenali wanita terbabit melalui Facebook (FB) beberapa bulan lalu sebelum wanita itu mula menggodanya, namun ditolak mangsa dengan alasan sudah berkahwin.


Berang isteri ‘dipandang’ orang
Kuala Lumpur: Akibat cemburu, seorang lelaki bertindak memukul seorang lelaki yang didakwa memandang isterinya dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Cheras, di sini, tengah hari semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa dipercayai sedang menaip SMS kemudian mendongakkan kepalanya ketika lelaki terbabit bersama isteri lalu di hadapannya. Bagaimanapun, tindakan mangsa itu disalah erti menyebabkan lelaki berusia 27 tahun itu menjadi berang sebelum berhenti lalu mencekik dan memukul mangsa bertubi-tubi di bahagian kepala.

Kain pelekat terlucut
Alor Setar: Gara-gara panik akibat diserbu pihak berkuasa, seorang buruh warga asing berlari dalam keadaan bogel apabila kain pelekatnya terlucut ketika melarikan diri untuk mengelak ditahan dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di Derga, di sini, awal pagi semalam. Dalam serbuan jam 1 pagi itu, seorang lelaki warga Myanmar turut dilihat memanjat bumbung sebuah rumah satu tingkat dengan hanya memakai seluar dalam bagi mengelak ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri yang menjalankan Ops 6P Bersepadu. Bagaimanapun, kecekapan anggota penguat kuasa berjaya menghalang kumpulan pekerja warga asing seramai enam orang itu daripada melarikan diri.


‘Spiderwoman’ dijel 24 bulan
Kuala Terengganu: Seorang ibu beranak satu dijatuhi hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan memecah masuk rumah seorang warga emas sebelum melarikan pelbagai barangan milik mangsa seperti televisyen dan mesin senaman. Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas Wook@Murniyati A Rahman, 34, dari Perumahan Kos Rendah Kampung Bukit Tunggal, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 457, Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. Wook didakwa melakukan pecah rumah dengan memasuki rumah milik Arisah Abdullah, 62, sebelum mencuri barangan seperti sebuah televisyen Samsung 42 inci, ketuhar gelombang mikro jenama Vidigo, pengisar roti, pakaian dan beg pakaian, enam permaidani, set pinggan mangkuk, cadar dan langsir, kerusi lipat plastik, kain samping benang emas, mesin senaman jenama Osim dan pembesar suara.

Paksa adik hidu gam sebelum noda
Kuala Lumpur: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun layak digelar ‘setan’ apabila bukan saja memaksa adiknya berusia 12 tahun menghidu gam sebaliknya turut merogol kanak-kanak itu. Ketika kejadian di rumah mereka di Ampang kira-kira jam 11 pagi kelmarin, hanya dua beradik berkenaan berada di rumah kerana ibu bapa mereka berusia lewat 40-an keluar bekerja. Menurut sumber, mangsa yang sedang bersendirian di ruang tamu menonton televisyen mendakwa didatangi abangnya itu. “Abang mangsa kemudian menunjukkan kemaluannya menyebabkan adiknya itu ketakutan dan cuba melarikan diri namun berjaya dihalang abangnya itu.

Pekerja kilang dituduh rogol amah
Kota Bharu: Seorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam terhadap dua tuduhan merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia, tahun lalu. Tertuduh, Mohammad Bazli Jaffar, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus. Mengikut pertuduhan, Mohammad Bazli didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Jalan Hospital, di sini, jam 2 pagi pada 17 Februari 2013. Bagi pertuduhan kedua di lokasi sama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang sama pada jam 1.30 pagi, 26 September 2013.

Jari putus tersepit gegancu motosikal
Kuala Terengganu: “Putus terus ibu jari saya sebaik ditarik keluar daripada gegancu motosikal,” kata Muhammad Sulaiman, 42, yang kehilangan ibu jari tangan kanan selepas tersepit pada gegancu motosikal Honda Wave di depan rumahnya di Kampung Beladau Selat, di sini, kelmarin. Kakitangan kerajaan itu berkata, dalam kejadian jam 9 pagi dia sedang membaiki tayar serta melicinkan rantai motosikalnya dan sebaik selesai memasang tayar belakang dia mengambil minyak pelincir serta kain buruk untuk disapu pada rantai motosikalnya yang berkarat. Katanya, sebelum itu dia menongkat tinggi serta menghidupkan enjin motosikalnya bagi memudahkan tayar belakang berpusing selepas menekan gear.

Derma haram RM600,000
Ipoh: Dua wanita termasuk seorang janda tergamak menggunakan nama sebuah rumah jagaan anak yatim untuk mengutip derma secara haram dari puluhan sekolah dan syarikat korporat di negeri ini. Dua wanita terbabit yang disifatkan polis sebagai penipu profesional turut memalsukan pelbagai dokumen penting membabitkan Majlis Agama Islam, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), resit rasmi serta kebenaran palsu polis untuk meyakinkan mangsa menghulurkan derma. Difahamkan sindiket itu yang dianggotai 19 individu sudah berjaya mengutip wang derma simpati daripada orang ramai, badan korporat dan sekolah membabitkan jumlah lebih RM600,000 sejak beroperasi tiga tahun lalu.


Nafi maki kualiti makanan MAS
Kuala Lumpur: “Saya sudah 43 tahun, bukan (remaja) 14 atau 15 tahun nak maki-maki begitu,” luah chef selebriti terkenal, Chef Zam berhubung kontroversi yang mendakwa dia menggunakan bahasa kesat dalam akaun Instagram miliknya ketika menegur kualiti makanan dihidangkan dalam pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS). Salah faham itu timbul apabila sebuah blog hiburan melaporkan Chef Zam atau nama sebenarnya Zamzani Abdul Wahab mengkritik kualiti makanan berkenaan dengan kata-kata makian. Walhal, kritikan pedas itu bukan kenyataan dikeluarkan Chef Zam, tetapi sebaliknya ia adalah komen daripada penumpang MAS lain yang dimuat naik semula (repost) olehnya menerusi Instagram.

Tak sedar 3 jam kepala dihentak peragut
Machang: Seorang wanita tidak sedarkan diri hampir tiga jam selepas kepalanya dihentak dipercayai menggunakan objek tumpul oleh peragut sebelum melarikan wang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) selepas beg tangannya diragut dalam kejadian di Jalan Kampung Raja, Panyit, dekat sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Kasmawati Wahid, 46, dari Kampung Tok Bilal, Kemunchup, cedera di kepala, tangan serta bahu kiri selepas dihentak dan ditarik penyamun terbabit. Akibat hentakan itu, mangsa yang juga penoreh getah terus terjatuh dari motosikal ditungganginya itu dan tidak sedarkan diri di atas jalan sebelum dihantar ke Hospital Machang (HM).

Amuk anak derhaka
Kuala Lumpur: Kasih seorang ayah kepada anaknya dengan memberikan pinjaman wang RM180,000 dibalas si anak derhaka dengan ugutan mahu mencencang ayahnya sehingga mati. Kejadian berlaku di rumah lelaki berusia 80 tahun itu di Pudu, di sini, jam 3.30 petang Isnin lalu. Sumber polis berkata, mangsa sebelum ini meminjamkan wang RM180,000 kepada anak lelaki kesayangannya yang berusia 30-an itu bagi membantu menguruskan perniagaan. “Si ayah sanggup mengeluarkan wang simpanannya bagi membantu anaknya yang kesempitan wang kerana perniagaannya bermasalah, namun anaknya gagal membayar semula pinjaman itu apabila tiba masa dijanjikan,” katanya.

Yingluck bawa diri ke utara Thailand
Yingluck bawa diri ke utara Thailand
BANGKOK - THAILAND. Perdana Menteri sementara Thailand Yingluck Shinawatra kini berada di utara Thailand, yang menjadi kubu kuat parti pimpinannya Pheu Thai, ketika peguamnya berurusan dengan para pegawai pencegahan rasuah di bandar raya ini. Yingluck berlepas ke sana untuk melakukan lawatan rasmi tiga hari dan meninjau perkembangan beberapa projek kerajaan. Menurut Ketua Setiausaha Perdana Menteri Suranand Vejjajiva, barisan peguam bela Yingluck akan menghadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) bagi mengurus tuduhan mengabaikan tugas berkaitan skim subsidi padi.

SyabasFoto
Syabas rugi RM1.5j kes curi air
PELABUHAN KLANG - Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerugian kira-kira RM1.5 juta membabitkan 45 kes curi air sejak Januari hingga Isnin lepas (24 Februari), majoritinya melibatkan kawasan komersial. Pengarah Eksekutif Projek dan Air Tanpa Hasil (NRW) Syabas, Yusof Badawi berkata pihaknya telah mengambil tindakan lanjut terhadap kesemua kes itu dengan memberi notis pemberitahuan kesalahan dan tindakan penguatkuasaan bagi menuntut ganti rugi. "Rekod menunjukkan sepanjang tempoh itu Syabas menerima dan menyiasat 481 aduan kes curi air. Daripada jumlah itu, 45 kes diklasifikasikan sahih dengan anggaran kehilangan 746,000 meter padu (m3) air," katanya kepada pemberita selepas operasi serbuan dan pemotongan sambungan paip haram di sebuah gudang menyimpan baja di kawasan Jalan Pelabuhan Klang di sini hari ini.

nyamuk aedes denggi
Denggi catat 29 kematian, kes naik 316 peratus
KUALA LUMPUR - Sebanyak 29 kematian akibat denggi dilaporkan sejak Januari sehingga 22 Februari, peningkatan 263 peratus atau lapan kematian berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata 16,383 kes denggi dilaporkan dari Januari hingga 22 Februari, meningkat 316 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. "Bagi minggu ke lapan tahun ini (16 Februari - 22 Februari 2014), empat kematian dilaporkan berlaku melibatkan dua wanita berusia 34 tahun dan 37 tahun serta dua lelaki berusia 21 tahun dan 35 tahun kerana komplikasi demam denggi," katanya dalam kenyataan.

Tan Sri Khalid Abu Bakar
KPN nafi 60 anggota polis disiasat SPRM
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan laporan sebuah portal berita mengenai 60 anggota polis disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terbabit dalam pengubahan wang haram dan rasuah. "Saya sudah berjumpa Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan beliau sendiri terkejut dengan laporan itu. Beliau tanya dari mana mereka (Malaysia Insider) dapat laporan tersebut. "Beliau beritahu saya laporan itu palsu, tidak benar sama sekali," katanya selepas majlis ramah mesra bersama pesara pegawai-pegawai kanan polis di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak di sini, hari ini. Sehubungan itu, Khalid meminta pihak terbabit berhati-hati terhadap sumber berita mereka.

Empat beranak maut nahas sempat jumpa keluarga
KUALA TERENGGANU - Empat sekeluarga yang maut dalam nahas di Jempol, Negeri Sembilan awal hari ini sempat meluangkan masa setengah jam bersama anggota keluarga di sini sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Port Dickson. Nor Hashima Norohman, 33, berkata adik iparnya Nur Hidayah Ngah sekeluarga singgah sebentar di rumah keluarga di Kampung Serdang Baru ketika dalam perjalanan pulang daripada bercuti di rumah mentua di Setiu. "Selasa lepas mereka sampai di rumah kira-kira jam 8.15 malam selepas pulang dari rumah mentuanya di Setiu. Sempatlah mereka berjumpa adik beradik selama setengah jam sebelum bergerak semula ke Port Dickson," katanya kepada Bernama di sini.

Maximus Ongkili
Empangan Klang Gate mampu bekal air 89 hari lagi
KUALA LUMPUR - Paras air di Empangan Klang Gate yang kini berada pada tahap 52 peratus daripada kapasiti maksimumnya mampu membekalkan air kepada pengguna untuk tempoh tiga bulan. Menteri Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata prosedur operasi standard (SOP) akan dipatuhi jika paras air di empangan itu mencecah paras kritikal. "Jika cuaca panas berterusan maka langkah-langkah penjimatan perlu dilaksanakan. Semuanya bergantung kepada keadaan cuaca untuk dua minggu yang akan datang," katanya kepada pemberita selepas melawat empangan itu di sini hari ini

Syarikat Prasarana Negara Berhad ampang
Gerabak tren LRT pertama dari China tiba September
ZHUZHOU - CHINA. Enam gerabak pertama tren projek lanjutan LRT Ampang dijangka tiba di Malaysia September depan. Pengarah Kumpulan Bahagian Pembangunan Projek Prasarana, Zulkifli Mohd Yusoff berkata, tren terbaharu dan moden yang dibina oleh CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd adalah sebahagian daripada 50 gerabak tren yang akan diserahkan secara berperingkat bermula September tahun ini. “Kos keseluruhan bagi gerabak tren bernilai RM1 bilion, dengan 20 untuk penggantian dan 30 lagi untuk projek lanjutan baharu, akan beroperasi di 11 stesen baharu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kilang CSR di sini hari ini.

Maybank
Maybank sasar pinjaman naik 13 peratus
MAYBANK Banking Bhd, kumpulan perkhidmatan kewangan terkemuka di Asia, menyasarkan kenaikan 13 peratus pertumbuhan pinjaman dalam tahun kewangan semasa berakhir 31 Disember 2014, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Abdul Farid Alias. Untuk operasi negara, beliau berkata kumpulan itu menjangkakan pertumbuhan 12 peratus untuk Malaysia, 13 peratus di Singapura dan dan antara 17 peratus dan 20 peratus di Indonesia. Tahun lepas, pinjaman kumpulan itu meningkat 14 peratus tahun ke tahun, melebihi sasaran KPI tahunannya sebanyak 12 peratus. Pertumbuhan itu diterajui oleh operasi Indonesia yang meningkat 27.9 peratus tahun ke tahun, diikuti Singapura (13.6 peratus) dan Malaysia (11.9 peratus).

Tabung Haji
Tabung Haji serah zakat perniagaan RM5.04j
LEMBAGA Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM5.04 juta kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan. Ia diserahkan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Ismee Ismail kepada Pengerusi PPZ Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Che Mat Che Ali. Majlis penyerahan itu disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Pengerusi MAIWP dalam satu majlis di sini hari ini. TH dalam kenyataan yang diedarkan pada majlis itu berkata Wilayah Persekutuan merupakan negeri pertama dalam siri jelajah penyerahan zakat perniagaan TH.

Thursday, February 27, 2014

Berita Terkini 27 Februari 2014

Rinani hasilkan ‘bot terbang’
CHINA – Seorang lelaki berusia 27 tahun terpaksa hidup menderita dengan tumor seberat 10 kilogram di bahagian belakang dan lehernya, yang dialami sejak dia remaja lagi. Yang Xiao, kini perlu menjalani pembedahan segera bagi membuang tumor berkenaan sebelum ia bertambah besar. Dia mengalami tumor itu sejak 10 tahun lalu, dan sejak itu ketumbuhan berkenaan membesar dengan cepat. Pada 2007, doktor menasihatkan dia membuang tumor itu namun bapanya mahu memikirkan mengenai cadangan doktor itu selepas dimaklumkan bahawa pembedahan itu adalah sukar dan berisiko tinggi.


Tumor Sebesar Bola Di Belakang Badan
CHINA – Seorang lelaki berusia 27 tahun terpaksa hidup menderita dengan tumor seberat 10 kilogram di bahagian belakang dan lehernya, yang dialami sejak dia remaja lagi. Yang Xiao, kini perlu menjalani pembedahan segera bagi membuang tumor berkenaan sebelum ia bertambah besar. Dia mengalami tumor itu sejak 10 tahun lalu, dan sejak itu ketumbuhan berkenaan membesar dengan cepat. Pada 2007, doktor menasihatkan dia membuang tumor itu namun bapanya mahu memikirkan mengenai cadangan doktor itu selepas dimaklumkan bahawa pembedahan itu adalah sukar dan berisiko tinggi.

Isu pelekat hologram pada naskhah al-Quran dibawa ke Kabinet - Zahid
Isu pelekat hologram pada naskhah al-Quran dibawa ke Kabinet - Zahid
PUTRAJAYA: Penggunaan pelekat hologram pada naskhah al-Quran yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Mac ini akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat bagi mengkaji keberkesanan pelaksanaannya. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan mengambil kira pandangan Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM) berhubung masalah penggunaan hologram, termasuk terdedah kepada cetak rompak seperti yang dihadapi kementerian dan agensi lain sebelum ini. "Sementara menanti keputusan Kabinet yang diharap akan memberi situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak, kita ambil keputusan untuk 'memperlahankan' penguatkuasaan itu," katanya kepada pemberita.


Facebook Bakal Hentikan Aplikasi Messenger
HANYA untuk siri peranti Windows Phone. Syarikat laman sosial gergasi Facebook kini berkeputusan untuk menghentikan perkhidmatan Facebook Messenger bagi pengguna Windows Phone. Bermula hari ini, hampir kebanyakan pengguna peranti ini telah menerima mesej dari laman sosial tersebut yang menyatakan bahawa aplikasi tersebut akan dihentikan tanpa sebarang sebab atau maklumat lanjut. Menurut kenyataan tersebut, Facebook tidak lagi menggunakan Facebook Messenger bagi Windows dan aplikasi tersebut akan dihentikan mulai 3 Mac, 2014.


Cara Pelajar Jepun Habiskan Masa Di Sekolah
Siapa yang cakap pergi sekolah merupakan perkara yang paling membosankan dalam dunia? Bermacam-macam cara yang dilakukan pelajar di sebuah sekolah di Jepun dalam menghabiskan masa rehat mereka ketika hari persekolahan. Antaranya mereka bermain di loker simpanan buku seperti memasukkan kepala, memanjat loker, mengeringkan seluar dalam dengan menggunakan ‘hair dryer’ dan pelbagai lagi aksi pelik yang dilakukan. Hai, macam-macam pe’el, asalkan perbuatan mereka tidak mendatangkan bahaya dan mengancam keselamatan sudahlah ya.


Tony Fernandes Mohon Maaf Iklan ‘Hina’ Jururawat
Iklan insurans yang ditampal pada bahagian belakang kerusi penumpang itu tertulis: “You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses” (Anda mahukan ibu, kerana anda berada di hospital bersama jururawat yang memberikan layanan buruk). Kritikan terhadap iklan ini bukan sahaja dibuat melalui akaun Facebook Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes malah Persatuan Kesihatan Malaysia (MMA) turut mendesak permohonan maaf daripada syarikat penerbangan ini kerana memberikan imej negatif terhadap profesion jururawat di negara ini.


Pokok Berusia 3,200 Tahun…
NEVADA – Selamat berkenalan dengan `Presiden’. Mungkin ada yang menyangka ia adalah Presiden Barack Obama, sebaliknya ia adalah telahan yang salah. Presiden adalah pokok gergasi Sequoias yang berusia 3,200 tahun dan mempunyai 2 bilion daun dengan ketinggian 247 kaki. Ia berada di Taman Negara Sequoia dan untuk merakamkan ketinggian sebenar pokok itu, jurugambar terpaksa mengambil 126 gambar. Bagaimanapun Presiden bukan pokok tertinggi di dunia kerana anugerah itu dipegang pokok Redwood di California, yang menjangkau ketinggian hingga 379 kaki. Gambar Presiden boleh dilihat dalam National Geographic. Menurut jurugambarnya, Michael Nichols, tujuan utama kumpulannya merakamkan pokok itu adalah untuk membolehkan orang ramai melihat keseluruhan pokok berkenaan. Pokok Sequoias ini mampu menahan cuaca sejuk, salji tebal malah panahan petir.


Rakyat Malaysia Kini 30 Juta Orang
Tahukah anda berapa jumlah populasi rakyat Malaysia? Ketahuilah bermula hari ini (Khamis), kita adalah salah seorang daripada 30 juta rakyat negara ini. Mengikut laporan The Star, sekitar jam 6.43 semalam penduduk Malaysia adalah 29,999,530 rakyat. Namun berdasarkan jangkaan kadar kelahiran di Malaysia iaitu seorang setiap minit, angka 30 juta rakyat dicecah selepas jam 2 pagi tadi. Dijangkakan, jumlah rakyat Malaysia akan meningkat kepada 38.5 juta menjelang 2040 meliputi 19.6 juta lelaki dan 19 juta perempuan.

Foto
Lelaki warga Nepal gantung diri
Georgetown: Mayat seorang lelaki ditemui tergantung di pokok berhampiran sebuah kilang di Zon Industri Bebas (FIZ), Bayan Lepas jam 8 pagi tadi. Mangsa yang berusia lingkungan 20-an dan berasal dari Nepal sebelum itu dikatakan berjumpa dengan teman wanitanya selepas selesai kerja di kilang berhampiran. Bagaimanapun, mereka dikatakan bergaduh sebelum lelaki terbabit nekad menggantung diri di pokok kerana terlalu kecewa. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang kemudian membuat laporan polis.


Diseksa Along
Kuala Lumpur: “Dalam keadaan tangan atau kaki dirantai, saya disepak terajang, dipukul dengan kayu, besi atau tali pinggang, kuku kaki dicabut menggunakan playar. Tidak cukup dengan itu, kemaluan turut dihentak dengan objek tumpul. “Saya tidak dibenarkan menjamah makanan sebaliknya penyeksaan itu dilakukan konco along hampir 24 jam secara bergilir-gilir setiap hari...ia bagaikan neraka dunia,” kata Ah Kim, 39, seorang daripada mangsa along yang dikurung dalam ‘penjara’ ciptaan kumpulan lintah darat itu bagi mereka yang gagal melunaskan hutang. Menurutnya, dia menggelarkan penjara along itu sebagai ‘Guantanamo along’ kerana konsep penyeksaan kejam dilakukan kumpulan terbabit terhadap peminjam sepertinya.


Pendatang asing kuasai gerai akan ditahan dalam Ops Bersepadu Fasa II - Zahid
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen akan melaksanakan fasa kedua Ops Bersepadu 6P bagi menahan pendatang asing yang menguasai gerai dan premis perniagaan di seluruh negara dalam masa terdekat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, pendatang terbabit sana ada menggunakan lesen rakyat tempatan atau menerusi cara lain akan ditahan dalam operasi yang turut membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT). Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM) di pejabatnya di sini, sebentar tadi. Zahid berkata, tindakan turut membabitkan rakyat tempatan yang membenarkan lesen perniagaan mereka digunakan pendatang asing.


Maybank untung RM6.55 bilion
KUALA LUMPUR: Untung bersih Maybank bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 meningkat 14 peratus ke paras rekod tertinggi baharunya RM6.55 bilion. Pendapatan bersihnya pula meningkat 10.5 peratus kepada RM18.54 bilion. Pengerusinya, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, berkata keputusan kewangan yang kukuh itu didorong prestasi mantap yang dicatatkan perniagaannya di seluruh Asia, pertumbuhan pembiayaan yang tinggi dan pengurusan kos yang baik.


Paras air empangan di Selangor bertahan 70 hingga 172 hari
AMPANG: Paras air mentah di tiga empangan utama di Selangor hanya mampu bertahan untuk tempoh 70 hingga 172 hari lagi berikutan cuaca panas dan kering yang melanda negara sejak awal bulan ini. Empangan Klang Gates hanya mampu bertahan selama 70 hari sementara Empangan Sunga Langat selama 84 hari dan Empangan Tasik Subang selama 172 hari. Perkara itu dimaklumkan Pengarah Eksekutif Bahagian Operasi dan Penyelenggaraan Puncak Niaga, Abd Rashid Abd Satar, pada sesi taklimat dalam tinjauan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili ke Empangan Klang Gates di sini, sebentar tadi.


Robert Kuok kekal teratas dalam senarai Forbes
SINGAPURA: Jutawan Malaysia, Robert Kuok, sekali lagi mengetuai senarai orang paling kaya di Malaysia buat kali kesembilan berturut-turut. Menurut senarai terkini Orang Paling Kaya Malaysia oleh Forbes, Kuok mengetuai senarai itu sejak 2006 semasa Forbes mula menyenaraikan ranking rakyat Malaysia paling kaya. Kekayaan beliau berjumlah AS$11.5 bilion, susut AS$1 bilion berbanding tahun lalu. Jutawan berusia 90 tahun itu membangunkan empayar perniagaannya yang meliputi sektor kelapa sawit, perkapalan, media, hotel dan hartanah. Orang kedua paling kaya ialah Ananda Krishnan yang mengekalkan kedudukan itu dengan asetnya bernilai AS$11.3 bilion, susut berbanding AS$11.7 bilion sebelumnya.


TM rekod keuntungan RM1.04 bilion, meningkat 17.9 peratus
KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 berjumlah RM1.04 bilion, meningkat 17.9 peratus daripada RM881 juta yang dicatat bagi tempoh sama tahun sebelumnya. Pendapatan kumpulan juga meningkat kepada RM10.63 bilion, 6.4 peratus lebih tinggi daripada RM9.99 bilion. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa, berkata keputusan kewangan kukuh itu dipacu pertumbuhan positif pendapatan dalam segmen Internet, data dan UniFi.

FotoFoto
2 anggota sindiket kutip derma guna dokumen palsu ditahan
IPOH: Polis menahan dua daripada 19 ahli kumpulan sindiket yang menggunakan dokumen palsu pihak berkuasa termasuk polis dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIPk) untuk mengutip derma kononnya mahu disalurkan ke sebuah rumah kebajikan di sini, kelmarin. Kumpulan berkenaan, termasuk dua wanita yang ditahan kelmarin, dipercayai sudah mengutip hampir RM1 juta melalui cara penipuan itu sejak dua tahun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak, Superintendan Maszely Minhad, berkata kegiatan itu terbongkar selepas pihaknya menerima laporan pihak MAIPk dan pasukan khas yang dirubuhkan bagi menyiasat kes itu, berjaya menahan dua wanita berkenaan ketika mahu membuat kutipan derma daripada guru di sebuah sekolah menengah di sini pada jam 9.40 pagi kelmarin.

Bapa lihat sendiri mayat anak dikeluar dari kereta remuk
KAMPAR: Seorang bapa kepada seorang daripada empat pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman yang maut dalam nahas berdekatan Gua Tempurung di sini pagi tadi berkata beliau melihat sendiri mayat anak dan rakan-rakan anaknya dikeluarkan dari kereta mereka yang remuk akibat nahas itu. "Saya antara orang pertama yang dapat melihat pasukan bomba sedang berusaha mengeluarkan kesemua mayat termasuk mayat anak saya," kata Koh Sum Keong, 54, bapa kepada Koh Suet Mun, 20. "Saya kemudiannya bergegas pula ke Hospital Kampar selepas kesemua mayat di bawa ke situ," katanya di hospital.


Israel mahu robohkan al-Aqsa
BEIRUT - Gerakan Hizbullah, menggesa penduduk Palestin untuk terus menentang plot jahat Israel yang mahu merobohkan masjid al-Aqsa. Menurut laporan Press TV, Gerakan penentangan di Lubnan itu turut menyokong tindakan penduduk Palestin yang bermati-matian mempertahankan kesucian al-Aqsa daripada ditakhluki rejim Zionis. "Israel berterusan mengugut untuk merobohkan masjid itu. Bangkitlah! seluruh masyarakat negara Islam. Ayuh bersatu menggagalkan rancangan Yahudi," jelas kenyataan itu lagi. Kelmarin, pihak berkuasa Israel sekali lagi menggempur pekarangan masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam sehingga menyebabkan kira-kira 20 penduduk Palestin cedera. Difahamkan, ketegangan semakin meningkat selepas Knesset merancang mengisytiharkan kawasan sekitar Al-Haram asy-Syarif sebagai wilayah kedaulatan Israel.

Tujuh daerah isytihar darurat
Tujuh daerah isytihar darurat di Riau, Indonesia
RIAU - INDONESIA. Riau mengisytiharkan darurat bencana di seluruh wilayah negeri itu, bermula semalam. Gabenor Riau, Annas Maamun berkata, pihaknya meminta bantuan daripada Jakarta untuk menangani kebakaran hutan terutama ladang kelapa sawit hingga menyebabkan rekod pencemaran udara dilaporkan pada tahap tertinggi bagi awal tahun ini. “Dari tujuh daripada 12 daerah meminta bantuan kecemasan selepas hampir 22,301 penduduk mengalami masalah pernafasan,” katanya dalam laporan Antara News.

Nazir Razak
Prestasi CIMB menepati jangkaan penganalisis
PRESTASI kewangan CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) yang diumumkan kelmarin menepati jangkaan penganalisis. Penyedia perkhidmatan kewangan kedua terbesar di Malaysia itu mencatatkan keuntungan bersih RM4.54 bilion bagi keseluruhan tahun kewangan 2013 iaitu naik 4.5 peratus. Firma penyelidikan Maybank Investment Bank (Maybank IB) dalam nota penyelidikannya semalam berkata, keputusan kewangan CIMB bagi 2013 sama dengan unjuran mereka tetapi sasaran CIMB bagi tahun ini melebihi unjuran penganalisis. "Pengurusan CIMB menyasarkan pertumbuhan pinjaman 14 peratus tahun ini tetapi jangkaan kami adalah lebih konservatif iaitu 12.1 peratus," menurut nota itu.

Status Facebook petanda ajal
Status Facebook petanda ajal
SUNGAI PETANI - "Mungkin esok namaku Arwah. Hari ini aku berpakaian cantik dan mewah, mungkin esok aku akan pakai kain kafan. Hari ini aku berpijak di atas tanah, mungkin esok aku duduk di bawah tanah." "Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana. Andai kata hari ini hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku.” Demikian bait-bait puisi yang dimaksudkan Norfaezah Budiman, 21, melalui akaun Facebook miliknya yang dikemas kini 10 Februari lalu merupakan petanda seolah-olah mengetahui bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya. Status tersebut mendapat reaksi orang ramai setelah Norfaezah meninggal dunia awal pagi semalam ketika membonceng motosikal sebelum dirempuh sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Lagenda Heights, Sungai Petani.

Cara penjagaan sistem brek
Cara penjagaan sistem brek
1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan pam vakum). Pastikan minyak berada di paras antara minimum dan maksimum. Jangan sekali-kali memandu sekiranya paras minyak brek berada di bawah paras minimum.
2. Setiap enam bulan semasa hendak rotate tayar kereta, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Jika kita dapati pencengkam ‘makan’ tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinan tekanan yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat berbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara sama perlu dilakukan kepada brek drum.
3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran sebegini mungkin kecil tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan ke atasnya.
4. Semasa menambah minyak brek, pastikan spesifikasi minyak brek. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (bagi kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada pembalut yang diperbuat daripada getah.
5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau drum, minta mekanik menilai, sama ada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, dicadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.
6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek ‘jam’. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.
 7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus dari belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.
8. Jika ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan mendapat kebenaran bertulis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Syarikat insurans akan melindungi jika kemalangan berlaku disebabkan sistem brek.
9. Semasa memandu elakkan kaki daripada sentiasa berada di atas pedal brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.
10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek enjin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.
 11. Sekiranya suka memandu laju dan secara agresif, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti projek U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek kepada saluran bersalut logam. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu serta tinggi dan tindak balas brek anda akan lebih cepat apabila pedal ditekan.
 12. Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta untuk ditukar minyak enjin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, kotak minyak gear, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras pedal brek dan klac, tekanan angin tayar, alignment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saja kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk diservis dan kita dikenakan bayaran tinggi untuk upahnya.

Pensyarah cipta permainan  pilihan raya 2014
Pensyarah cipta permainan pilihan raya 2014
Yogyakarta: Seorang pensyarah di Yogyakarta berjaya mencipta permainan berlatar pilihan raya umum (Pemilu 2014) yang boleh dimainkan pada gajet elektronik bertujuan meningkatkan jumlah pengundi terutama dikalangan pengundi muda. Pensyarah Penerbitan Permainan dan Rekaan Permainan Sekolah Tinggi Pengurusan Maklumat dan Komputer (STMIK AMIKOM) Yogyakarta, Samuel Henry M Sitorus, mencipta permainan yang dipanggil Game Pemilu 2014 bagi meningkatkan minat orang ramai untuk keluar mengundi. “Pada Pemilu 2009, jumlah pengundi yang tidak keluar untuk mengundi adalah 40 peratus. Jumlah ini besar dan orang ramai perlu diberi kesedaran mengenai hak mereka sebagai warganegara,” katanya.

FotoFoto
4 sekeluarga maut nahas di Jempol
Bahau: Empat sekeluarga termasuk seorang bayi berusia 10 bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 18, Jalan Bahau-Keratong berhampiran Ladang Geddes, dekat sini, pagi tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi tadi ketika keluarga terbabit dalam perjalanan pulang ke Port Dickson dari Muadzam Shah, Pahang. Sumber polis berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta PROTON Saga dinaiki semua mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan di tempat kejadian dan berlanggar dengan PROTON Waja terbabit. "Pemandu Waja mengalami kecederaan parah," katanya.

FotoFotoFoto
4 penuntut universiti maut nahas kereta-lori dekat Gopeng
GOPENG: Empat penuntut maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 25.5 Jalanraya Ipoh-Kuala Lumpur kira-kira 500 meter dari Gua Tempurung dekat sini, jam 5 pagi tadi. Dalam kejadian itu kereta model Perodua Viva dipercayai dari Ipoh menghala ke Kampar hilang kawalan sebelum merempuh lori membawa muatan tar dari arah bertentangan. Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan itu menyebabkan empat maut. "Siasatan awal mendapati empat mangsa, seorang lelaki dan tiga wanita penuntut sebuah kolej swasta di sini.


Pemandu, kelindan lori Pos Malaysia maut nahas di Seremban
SEREMBAN: Seorang pemandu dan kelindan lori Pos Laju maut dalam kemalangan membabitkan dua treler, sebuah lori dan motosikal di Kilometer 251.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan jam 4.10 pagi tadi. Sumber polis berkata, pemandu yang meninggal adalah Hasmadi Safar dan kelindan, Mohd Shahrim Mohd Saad, akibat kecederaan parah di kepala. Katanya, nahas berlaku apabila apabila sebuah treler yang membawa muatan plastik dari arah Pedas/Linggi menghala ke Kuala Lumpur melanggar bahagian belakang sebuah lori muatan baja yang turut menghala arah yang sama.

4 lelaki rentung kereta terbabas di KlangFoto
4 lelaki rentung kereta terbabas di Klang
Klang: Empat lelaki terbunuh manakala seorang lagi cedera selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tembok sebuah kedai emas di Batu 10 Jalan Kapar, kira-kira jam 3.30 pagi tadi. Kereta yang dinaiki kelima-lima mangsa yang datang dari Kapar ke Klang itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar lampu isyarat di tengah laluan berkenaan. Ketua Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, kereta mangsa kemudiannya merempuh tembok kedai emas yang terletak bertentangan lampu isyarat berkenaan.

Pemandu lagak ngeri dihukum iring ambulans
Riyadh: Seorang hakim menjatuhkan hukuman luar biasa terhadap pemandu lagak ngeri apabila memerintahkannya mengiringi ambulans bagi 10 kes kecemasan berbeza. Akhbar Al Riyadh melaporkan hakim dari bandar Badar itu bagaimanapun menganggap hukuman berkenaan tidak memadai lalu memerintahkan tertuduh yang tidak dinamakan itu turut disebat 70 kali. “Hakim memerintahkan tertuduh mengiringi ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah Arab Saudi bagi 10 kes kecemasan berlainan, malah akan dipenjara 45 hari jika gagal berbuat demikian. “Dia juga diperintahkan disebat 70 kali di tempat dia ditahan melakukan kesalahan itu,” lapor akhbar berkenaan. Tertuduh ditahan melakukan aksi berbahaya selepas mencurahkan diesel di jalan untuk satu demonstrasi lagak ngeri. Hakim menganggap tertuduh perlu dihukum kerana perbuatannya membahayakan pengguna lain. - Agensi

Sultan Brunei murka kritikan media sosial
Sultan Brunei murka kritikan media sosial
Bandar Seri Begawan: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam memerintahkan pengguna media sosial menghentikan kritikan terhadap perancangannya melaksanakan perundangan hudud di negara itu. Baginda yang juga antara lelaki terkaya dunia membuat amaran itu ketika menyampaikan ucapan baru-baru ini. “Mereka tidak boleh dibenarkan terus mengeluarkan kenyataan menghina undang-undang Islam. “Jika ada elemen yang membolehkan mereka dihadapkan ke mahkamah maka fasa pertama pelaksanaan Perintah Kanun Keseksaan Syariah April ini akan terpakai terhadap mereka,” katanya. Baginda mengumumkan Oktober lalu Brunei akan mula melaksanakan hukum hudud bermula 1 April ini. Isu itu banyak dibantah dan didebatkan di laman media sosial terutama sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Pembantu Bieber curi kamera
Georgia: Pengawal peribadi dan pemandu bintang remaja terkenal, Justin Bieber ditahan berhampiran Atlanta kerana didakwa mencuri kamera seorang jurugambar. Jurucakap Polis Sandy Springs Kapten Steve Rose berkata, Bieber berada di kompleks hiburan di utara Georgia pada petang Selasa apabila pengawal peribadinya Hugo Hesny, 32, terbabit dalam pergaduhan dengan jurugambar yang didakwanya berada terlalu dekat dengan penyanyi itu. Kapten Steve berkata, Hugo dan pemandu Bieber, Terrance Johnson, 49, mengekori jurugambar itu ke tapak letak kereta sebelum merampas kamera berkenaan.

Foto
Baju ‘lucah’ Piala Dunia ditarik balik
Rio de Janeiro: Brazil memaksa penarikan semula penjualan baju sempena Piala Dunia yang dikatakan mempunyai corak tidak senonoh yang boleh merosakkan imej negara itu. Berikutan aduan badan pelancongan negara itu, penaja rasmi kejohanan, Adidas menarik semula pengeluaran baju berkenaan yang sudah berada di pasaran Amerika Syarikat. Satu daripada reka bentuk baju berkenaan menampilkan corak hati dengan tulisan ‘I love Brazil’, tetapi bentuknya menyerupai bahagian belakang wanita. Satu lagi corak mempunyai gambar poskad dengan pemandangan Gunung Sugarloaf di Rio de Janeiro dan seorang wanita berbikini memegang bola dengan tulisan bertindih ‘Lookin’ to score’.

Foto Foto
Pasangan kaya tiba-tiba
California: Satu pasangan yang membawa anjing mereka bersiar-siar terjumpa ‘harta karun’ yang dianggarkan bernilai AS$10 juta (RM 32.7 juta) dalam bentuk wang emas yang kelihatan seperti baru tertanam berhampiran sebatang pokok. Hampir semua 1,427 syiling emas dari tahun 1874 hingga 1894 berada dalam keadaan baik dan kelihatan seperti baru, kata pengasas bersama Professional Coin Grading Service of Santa Ana, David Hall. Walaupun nilai sekeping syiling emas itu hanya sekitar RM88,519, ada di antaranya sangat jarang ditemui dan pakar menyatakan nilainya mungkin mencecah RM3.3 juta sekeping. - AP

Foto
Kembara aneh
Melaka: “Sepanjang memandu kereta selepas menurunkan anak perempuan di Klinik Kesihatan Ayer Molek, saya tidak berasa pelik, malah nampak lampu isyarat dan sebagainya sehinggalah kereta terbabas ke dalam gaung di Labis, Johor jam 12 tengah malam,” kata pesara guru Abdul Malik Abdullah, 74, menceritakan pengalaman aneh dilaluinya selepas dilaporkan hilang lebih 13 jam, kelmarin. Menurut Abdul Malik, sebelum itu, dia menghantar anak perempuannya Syamilah, 30, bagi melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Ayer Molek, Melaka jam 10.30 pagi. Katanya, sejurus itu, dia seolah-olah tidak menyedari apa yang berlaku dan terus memandu, malah ketika dalam perjalanan itu, dia sendiri tidak menyedari destinasi ditujui.

‘Anu’ tiba-tiba tak berfungsi
Kuala Lumpur: Seorang wanita yang juga kakitangan kerajaan berusia 24 tahun terselamat daripada dirogol pemandunya sendiri apabila alat sulit lelaki itu tiba-tiba tidak berfungsi, di sebuah klinik kesihatan di sini. Bagaimanapun, dalam kejadian jam 6.45 pagi di sebuah sebuah klinik kesihatan di Kajang, Ahad lalu, lelaki berusia 34 tahun yang berang selepas empat kali cubaannya itu gagal memperkosa mangsa kemudian bertindak mencabul mangsa. Menurut sumber, lelaki yang bekerja sebagai pemandu itu dikatakan menanggalkan pakaian mangsa walaupun wanita itu melawan hingga berlaku pergelutan.

Noda angkara putus tunang
Seremban: Angkara memutuskan pertunangan kerana tidak tahan sering dipukul, seorang pekerja kilang berusia 24 tahun dirogol bekas tunangnya di dalam kereta dalam satu kejadian di Jalan Seremban-Tampin, di sini, Ahad lalu. Tidak cukup dengan itu, wanita berkenaan juga dikatakan turut ditumbuk di muka kiri apabila suspek lingkungan 20-an berang tindakan mangsa memutuskan hubungan mereka beberapa minggu lalu. Sumber polis berkata, sebelum kejadian jam 9.15 malam itu, mangsa dihubungi bekas tunangnya jam 1 petang untuk keluar bersama, namun ditolak wanita terbabit.

Foto
Tapak kaki putus
Kuala Terengganu: Sukar untuk membayangkan kesengsaraan seorang budak lelaki berusia enam tahun Kampung Wakaf Beruas, di sini, kerana bukan saja kaki kirinya tersepit pada gegancu motosikal, malah sebahagian tapak kakinya itu putus, kelmarin. Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, Muhammad Farhan Haikal Aminudin Afandi baru keluar dari kedai bunga ibu saudaranya dan membonceng motosikal ditunggang bapa saudaranya yang berusia 31 tahun untuk pulang ke rumah di kampung sama. Dalam perjalanan, Muhammad Farhan Haikal dikatakan menggerakkan badannya untuk menyimpan wang RM2 yang diberi ibu saudaranya ke dalam poket seluar.

Mangsa jiran nafsu songsang
Kepala Batas: Tidak tahan menjadi pemuas nafsu jirannya, seorang kanak-kanak mengadu perkara itu kepada ibunya yang kemudian membawa kepada pembongkaran ‘hobi songsang’ lelaki terbabit yang meliwat mangsa dalam beberapa kejadian sejak setahun lalu. Berang dengan perkara itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Tasek Gelugor di sini, berhubung aduan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu sebelum suspek ditahan di tempat kerjanya di Prai, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam. Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 47 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu tinggal di Kulim, Kedah, bagaimanapun suspek akan mengambil peluang meliwat mangsa ketika pulang ke rumah ibunya di Padang Menora.

Foto
Meraung peluk kekasih
Ampang: Cinta yang mendalam terhadap kekasih ‘Awang Hitam’ membuatkan seorang wanita tempatan meraung dan memeluk kekasihnya itu ketika disoal siasat polis selepas mereka ditahan dalam Op Tiong di sekitar kawasan kondominium, di Taman Kosas, di sini awal pagi semalam. Wanita terbabit ditahan bersama 40 warga Afrika berusia 30 hingga 40 tahun kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan cinta Internet atau Love Scam selain pelbagai kesalahan imigresen. Wanita itu dipercayai dipergunakan kekasihnya untuk menjalankan penipuan mereka sebelum ditawarkan kehidupan mewah menyebabkan dia terjebak.

Belasah sebelum paksa laku hubungan intim
Subang Jaya: Seorang isteri yang tidak tahan dengan sikap panas baran suaminya termasuk sering dibelasah serta berhadapan keganasan suami ketika melakukan hubungan kelamin, bertindak nekad membuat laporan polis untuk keselamatan diri dan anak selain persediaan menuntut cerai. Sumber berkata, kejadian terbaru di rumah mereka di sebuah pangsapuri, di sini, 13 Februari lalu, muka mangsa berusia 33 tahun itu bukan saja ditampar berkali-kali, malah turut dipukul seluruh badan oleh suaminya sebelum dipaksa menjalin hubungan seks. Menurut sumber, kejadian ganas itu berlarutan sejak beberapa bulan lalu dan mangsa juga ditegah daripada berhubung dengan ahli keluarga bagi memastikan pelakuan lelaki berusia 35 tahun itu tidak terbongkar. “Mangsa mendakwa tidak mempunyai lagi perasaan kasih terhadap suaminya itu,” katanya.

Proses penstrukturan bekalan air di Selangor semula RM9.65 bilion
Putrajaya: Sejumlah RM9.65 bilion dana diperuntukkan bagi melancarkan proses penstrukturan semula industri bekalan air di Selangor membabitkan proses pemilikan ekuiti di empat syarikat konsesi air; pengambil alihan hutang; pinjaman dan bon syarikat konsesi oleh Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) serta pembinaan kolam takungan air di Bestari Jaya, Selangor. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, semua syarikat konsesi air itu akan diambil alih dan dikumpulkan di bawah syarikat tujuan khas (SPV) yang dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) iaitu syarikat milik penuh kerajaan negeri. Beliau berkata, proses ambil alih tawaran ekuiti itu dibuka semalam dan dijangka ia dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan lagi.

Foto
Dua sejoli melambung di jalan
Sungai Petani: “Saya melihat sebuah kereta berpusing-pusing akibat hilang kawalan lalu melihat satu objek melayang dan terhempas atas jalan. Ketika itu, saya baru sedar dia rakan wanita yang baru ditemui sebelum itu.” Begitu kata Sohimi Fatah, 24, rakan kepada pekerja kilang, Azwan Shah Ishak, 25, dan teman wanitanya, Norfaezah Budiman, 21, yang maut apabila motosikal yang mereka naiki dirempuh kereta di Kilometer 56, Jalan Alor Setar-Butterworth, di sini, semalam. Kejadian berlaku jam 2.45 pagi mengakibatkan Norfaezah mati serta-merta di tempat kejadian, manakala teman lelakinya meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada jam 10.30 pagi selepas bertarung nyawa lebih tujuh jam.

Penyelamat budak nyaris diculik dikesan
Kota Bharu: Polis berusaha mengenal pasti dua lelaki bermotosikal yang menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang nyaris menjadi mangsa culik di depan sekolahnya di Panchor, Pengkalan Chepa, Isnin lalu. Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, dua lelaki itu diperlukan untuk membantu siasatan kejadian. “Saya arahkan pihak polis mengenal pasti dua lelaki yang menyelamatkan mangsa itu untuk membantu siasatan. “Sehingga kini mereka masih belum tampil ke hadapan untuk membantu siasatan,” katanya.

Peralat remaja seleweng diesel
Banting: Sindiket penyelewengan diesel bersubsidi di daerah ini didapati mula mempelbagaikan helah mereka termasuklah memperalatkan remaja sebagai orang tengah bertujuan mengelak dikesan pihak berkuasa berikutan kekerapan operasi penguat kuasaan sejak kebelakangan ini. Helah terbaru itu dikesan selepas sepasukan anggota polis menahan seorang remaja berusia 17 tahun yang didapati sedang mengisi diesel di dalam sebuah lori tiga tan dipandunya di sebuah stesen minyak di Sungai Jarom, dekat sini kira-kira jam 10 malam Isnin lalu. Lebih mengejutkan, remaja terbabit turut tidak memiliki lesen memandu kenderaan berat.


Zuckerberg berparti di Barcelona
BARCELONA, Sepanyol - Seorang bilionair terkenal, Mark Zuckerberg dan pengasas rangkaian penghantaran mesej WhatsApp, Jan Koum mengadakan sebuah parti di restoran mewah Boujis di sini kelmarin bagi meraikan pembelian WhatsApp oleh Facebook pada harga AS$19 bilion (RM62.2 bilion). Parti tersebut juga diadakan untuk meraikan hari lahir ke-29 isteri Zuckerberg, Priscilla Chan. Turut diundang menghadiri majlis berkenaan ialah penyanyi lagu Gangnam Style, Park Jae-Sang atau lebih dikenali dengan nama Psy. Priscilla menerima sejambak bunga ros dan kek daripada Zuckerberg sempena hari jadinya ketika pasangan suami isteri itu meninggalkan restoran berkenaan dengan menaiki sebuah kereta yang dikawal rapi. Parti tersebut diadakan beberapa jam selepas Zuckerberg dan Koum berucap di persidangan Kongres Alat Mudah Alih Sedunia.


FotoFoto
Lelaki Islam bantah klip video terbaharu Katy Perry
LONDON - Satu video muzik terbaharu penyanyi popular, Katy Perry mungkin dikeluarkan dari laman web perkongsian video, YouTube selepas seorang lelaki membantah tindakan seorang penari dalam video berkenaan yang memakai rantai mengandungi kalimah Allah, lapor akhbar MailOnline semalam. Shazad Iqbal yang berasal dari Bradford membuat satu petisyen di internet bagi mendesak YouTube mengeluarkan klip video berkenaan kerana ia menghina agama Islam. Petisyen berkenaan kini ditandatangani hampir 40,000 pengguna internet dari seluruh dunia termasuk Australia, Arab Saudi, Pakistan dan Bangladesh. Dalam klip video yang berjudul Dark Horse itu, Perry menjadi seorang puteri ketika zaman purba Mesir dan sedang memilih beberapa orang lelaki untuk menjadi pasangannya.


Israel serang kedudukan Hezbollah di Lebanon
BEIRUT - Pergerakan Hezbollah semalam menyatakan bahawa Israel melakukan serangan udara ke atas salah satu kedudukannya dekat sempadan Syria pada awal minggu ini. Serangan itu yang belum disahkan oleh Israel merupakan serangan udara pertama dilancarkan rejim Zionis ke wilayah Lebanon sejak konflik Syria tercetus tiga tahun lalu. Menurut kenyataan Hezbollah, serangan pada Isnin lalu itu menyebabkan kerosakan harta benda tetapi tiada kecederaan dilaporkan. Pergerakan itu memberitahu, serangan tersebut berlaku dekat Kampung Jantan, timur Lebanon. Tentera Israel sebelum ini berulang kali melepaskan bedilan artileri yang melintasi sempadan dan melakukan beberapa serangan udara ke dalam wilayah Syria. Serangan-serangan itu dibuat untuk memusnahkan bekalan senjata api yang dihantar dari Syria kepada Hezbollah di Lebanon. Hezbollah merupakan sekutu kuat Presiden Syria, Bashar Al-Assad. Pergerakan itu turut menyertai peperangan saudara di Syria. - AP


Penyamun menyamar staf JKM
JEMPOL – Sepasang suami isteri warga emas kerugian RM70,000 apabila disamun sekumpulan penyamun yang menyamar sebagai kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam kejadian Isnin lalu. Kejadian pada pukul 10.30 pagi itu berlaku ketika R. Thangappa, 65, dan isterinya, D. Govindamah, 61, berada dirumah mereka di Kampung Taman Jaya, Bahau dekat sini. Cerita Thangappa, sebelum kejadian, dia dimaklumkan ketua kampung bahawa ada kakitangan JKM akan berkunjung ke rumahnya susulan permohonannya untuk mendapatkan bantuan daripada jabatan itu kerana sudah tidak mampu bekerja disebabkan masalah kesihatan. “Semasa saya berada di bengkel (di belakang rumah), sebuah kereta yang dinaiki tujuh lelaki berhenti di hadapan rumah saya.


2 lelaki misteri selamatkan pelajar
KOTA BHARU - Kemunculan dua lelaki misteri tepat pada masanya telah menyelamatkan seorang pelajar tahun dua daripada menjadi mangsa culik di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Kemumin, Pengkalan Chepa di sini pada Isnin lalu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, semasa kejadian pada pukul 5.30 petang, mangsa yang dikenali sebagai Nur, 8, sedang menunggu ibu bapanya di depan SK Kemumin dan ketika itu hanya mangsa seorang diri berada di situ. "Tiba-tiba mangsa dihampiri dua lelaki tidak dikenali dengan salah seorang terus memeluk dan cuba membawa mangsa masuk ke dalam sebuah kereta. "Mangsa meronta-ronta dan cuba melepaskan diri menyebabkan salah seorang suspek mengambil kayu dari dalam kereta dan cuba memukul mangsa," katanya ketika ditemui di sini semalam.


VIDEO: Awek Sound BF Tak Mampu Beli Kereta Besar
Asalnya hanya kerana marahkan teman lelaki kerana tersilap belikan Coke tetapi sudahnya bergaduh sampai diungkit perihal kereta dan rumah. Itulah yang dapat didengar dalam perbualan antara pasangan kekasih di bawah. Tanpa menghiraukan orang ramai, si perempuan didapati mengungkit kelemahan teman lelaki yang tidak mampu memenuhi kehendak hatinya – daripada perkara ‘simple’ seperti minta dibelikan minuman sampailah tak mampu membeli rumah mahu pun kereta besar yang sudah berbulan-bulan dimintanya. Tak pasti sama ada video ini benar atau lakonan semata-mata tapi kalau perempuan sebegini memang wujud, bolehkah anda terus bersabar selepas dihina depan orang ramai demikian rupa?

Sembilan Maut, Jambatan Gantung Runtuh
KETIKA majlis pengebumian seorang pemimpin peringkat kampung di Vietnam semalam, sembilan orang maut apabila jambatan yang dinaiki kira-kira 50 orang pada suatu masa tiba-tiba runtuh. Seramai 50 orang dengan sebahagian daripada mereka sedang mengusung keranda mengandungi mayat si mati naik ke jambatan yang baru dibina tahun lepas itu secara serentak. Secara tiba-tiba struktur jambatan gantung itu runtuh menyebabkan kesemua mereka jatuh kira-kira 65 kaki ke bawah. Keranda dengan mayat pemimpin itu juga tenggelam di dalam sungai. “Ia adalah satu kejadian yang begitu tragik, kedengaran orang ramai menjerit dan menangis,” kata seorang anggota Polis Vietnam Phung Quang Tuyen. Selain sembilan yang meninggal dunia, 41 orang yang lain cedera akibat runtuhan itu yang berlaku di kawasan yang bergunung-ganang di Lai Chau, Vietnam. Menurut laporan akhbar Thanh Nien Daily, kini kerajaan Vietnam sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian berkenaan.


The Journey Rampas ‘Takhta’ KL Gangster
Akhirnya SAH, filem arahan Chiu Keng Guan, The journey merampas kedudukan filem tempatan yang mencatat kutipan tertinggi di negara ini. Setakat 23 Februari lalu, The Journey mencatat kutipan kasar lebih RM12.92 juta sekaligus memadamkan rekod dibuat filem arahan Syamsul Yusof, KL Gangster (RM11.74 juta) dan Ombak Rindu arahan Osman Ali (RM10.9 juta). Ini merupakan filem ketiga arahan Chiu selepas Woohoo (2010) dan Great Day (2011). The Journey yang dibintangi pelakon teater Australia, Andrew Pfeiffer, bekas ratu cantik Miss Astro Chinese International Joanne Yew dan Frankie Lee mengisahkan tentang Pakcik Chuan, seorang bapa konservatif yang tidak suka dengan pilihan hati anak perempuannya.


Sanjeevan Dakwa KPN Hilang Kawalan Atas PDRM
PENGERUSI badan pemantau jenayah MyWatch R Sri Sanjeevan hari ini terus mengkritik pihak berkuasa dan kali ini mengatakan bahawa Ketua Polis Negara telah hilang kawalan dalam pentadbiran pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menurut Sanjeevan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengatakan beliau tidak mengetahui berkenaan siasatan ke atas 60 orang pegawai polis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai bukti dakwaan itu. Beliau berkata Khalid mungkin terlalu sibuk menubuhkan beberapa jabatan dan unit baru dalam PDRM seperti Pasukan Khas Taktikal Risikan Narkotik (STING) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC).


Kes Provokasi Melampau Masih Dalam Siasatan
GEORGETOWN – Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi hari ini menegaskan pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung beberapa kes membabitkan provokasi melampau di negeri itu. “Kita akan teruskan sehingga kes ini selesai kemudian terserah kepada pihak pendakwaan untuk membawa kes ini ke mahkamah,” katanya kepada pemberita, di sini. Beliau ditanya mengenai perkembangan beberapa kes antaranya kain rentang kalimah Allah, serangan bom petrol di sebuah gereja di Lebuh Farquhar, serangan di Balai Polis Bukit Tengah dan kes daging khinzir yang dilontar di hadapan Masjid Ceruk Tokun Atas, Bukit Mertajam. “…beri ruang kepada polis untuk melakukan siasatan dan sebarang perkembangan lanjut akan diberitahu kemudian. Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta bekerjasama dengan pihak polis,” katanya.


Warga Asing Ditahan Curi Gaharu Bernilai RM2 Juta
IPOH – Dua belas orang termasuk 10 warga asing ditahan dalam tiga kes melibatkan kecurian 400 kilogram kayu gaharu bernilai hampir RM2 juta di sekitar daerah Hulu Perak minggu lepas. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Datuk Roslan Ariffin berkata empat warga asing ditahan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Lebey Bandariang, Gerik oleh Unit Pencegahan dan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Hulu yang menjalankan operasi di kawasan berkenaan Khamis lepas. Katanya seorang lagi warga asing ditahan pada pukul 4.30 petang Sabtu lepas dalam operasi yang dilakukan oleh UPP dan Jabatan Perhilitan Perak di Jalanraya Timur Barat Gerik-Jeli.

Hospital Sahkan Punca Kematian Sebagai "Luka Kelaran Di Leher"
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kematian pembantu rumah warga Indonesia dan dua kanak-kanak di Taman Sri Putra, Sungai Buloh di sini Selasa malam adalah akibat "luka kelaran di leher". Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata perkara itu dimaklumkan kepada polis setelah proses bedah siasat selesai dijalankan pihak Hospital Sungai Buloh pukul 8 malam tadi. "Pihak hospital juga mengesahkan pembantu rumah berumur 30 tahun itu membunuh diri kerana terdapat tanda-tanda awal cubaan membunuh diri seperti kesan-kesan tikaman pada bahagian badan hadapan si mati.


Kadar Tol Jambatan Ke-2 P.Pinang Tak Melebihi RM10
BATU KAWAN – Kadar tol di Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah tidak melebihi RM10, menurut syarikat pemegang konsesi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB). Pengarah Urusannya Datuk Dr Ismail Mohamed Taib berkata JKSB mencadangkan kadar tol RM7 kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia tetapi keputusan muktamad hanya akan diumumkan pada 1 Mac. “Kadar tol adalah kurang daripada RM10 tetapi melebihi RM7. Jika kadarnya terlalu tinggi, tidak banyak kenderaan akan menggunakannya,” katanya kepada pemberita selepas lawatan suai kenal media di plaza tol Batu Kawan, di sini, hari ini. Ismail berkata JKSB berharap untuk memperoleh keuntungan dalam tempoh 10 tahun dengan 100,000 kenderaan dijangka menggunakan jambatan itu di tengah-tengah kepesatan pembangunan Batu Kawan terutama kawasan perindustrian.


China Naikkan Harga Petrol Khamis Ini
BEIJING – China akan menaikkan harga runcit gasolin dan diesel masing-masing sebanyak 205 yuan (US$33.61) setan metrik dan 200 yuan (US$32.63) setan, berkuat kuasa Khamis ini. Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan (NDRC) dalam kenyataan di sini berkata kenaikan harga itu, kali pertama tahun ini, harga gasolin dan diesel masing-masing meningkat sebanyak 0.15 yuan seliter dan 0.17 yuan seliter. Agensi perancang ekonomi itu juga berkata kenaikan itu dibuat berikutan harga minyak dunia naik disebabkan cuaca sejuk di Amerika Utara dan bekalan minyak yang rendah dari beberapa negara pengeluar minyak sejak pertengahan Februari.


Lelaki Diserang Sawan Dalam Kereta Sehingga Berlaku Kemalangan
SAWAN adalah sejenis penyakit yang boleh menjadi berbahaya jika serangan sawan itu kerap berlaku dan ia akan membahayakan pesakit lebih-lebih lagi jika mereka sedang memandu. Penyakit berkenaan adalah akibat ketidakseimbangan rangsangan isyarat elektrik di dalam otak disebabkan kecederaan semasa atau selepas kelahiran, tumor atau demam ketika kanak-kanak atau jangkitan. Penyakit sawan yang berbahaya ialah sawan menyeluruh yang melibatkan serangan di keseluruhan bahagian otak. Pesakit sawan jenis ini akan kaku, rebah, tidak sedar, badan bergoncang atau konvulsi dan meronta. Serangan biasa berlaku dalam lima minit, kebanyakan pesakit tertidur lebih setengah jam dan bila terjaga termenung dan bingung.

Waspada penghapus pahala
SUATU hari, Abdurahman bin Auf berkunjung ke rumah isteri Nabi yang bernama Ummu Salamah. Beliau memang terkenal sangat berbakti kepada isteri-isteri Nabi selepas kewafatan baginda. Beliau sering memberikan wang dan menyediakan semua keperluan rumah mereka. Namun ziarah Abdurahman kali ini untuk meminta nasihat. Beliau berkata: "Wahai ibuku (setiap isteri Nabi merupakan ibu kaum mukmin), aku bimbang akan mendapat kesukaran di akhirat nanti akibat terlalu banyak harta yang aku miliki. Aku orang Quraisy yang paling kaya." Ummu Salamah berkata: "Wahai anakku, perbanyaklah berinfak. Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sebahagian daripada sahabatku tidak akan berjumpa denganku lagi selepas aku meninggal dunia."

Bersegera kembali kepada Allah
BERTAUBAT kepada Allah SWT adalah satu usaha yang wajib dilakukan oleh setiap orang. Kesalahan terhadap Allah tidak dapat ditebus melainkan orang yang melakukan kesalahan itu sendiri dengan memohon ampun kepada-Nya. Menjadi satu kewajipan kepada sesiapa yang terpesong dari jalan kebenaran bersegera menuju kembali kepada Tuhannya tanpa bertangguh kerana peluang yang ada pada hari ini belum tentu ada pada keesokan harinya. Setiap penangguhan untuk melakukan suatu cara hidup baharu dengan amalan-amalan yang berfaedah ertinya melanjutkan zaman kegelapan yang sepatutnya harus ditinggalkan segera. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. (at-Tahrim: 8) Sesungguhnya keperluan taubat ini bukan khusus untuk orang atau golongan yang tertentu sahaja, mereka yang taat kepada Allah SWT pun memerlukan taubat seperti orang yang melakukan maksiat. Mereka yang taat juga perlu bertaubat melihat daripada pelbagai sudut iaitu:

Jenayah aniaya isteri
ISTERI dan anak-anak adalah di bawah tanggungjawab dan jagaan suami. Suami adalah ‘pelindung’ kepada isteri dan anak-anak. Justeru, suami bertanggungjawab menjaga, memberi nafkah yang mencukupi serta memberi kasih sayang kepada mereka. Allah SWT menyuruh kita hidup aman damai dan berkasih sayang dalam sebuah rumah tangga. Jika anak tidak boleh disakiti, didera dan dianiaya, isteri juga mendapat perlindungan undang-undang Allah SWT dan undang-undang biasa. Walau bagaimanapun, setiap hari ada sahaja kes keganasan atau penderaan terhadap isteri. Ada isteri yang dipukul, diterajang, dicurah asid, ditumbuk dan sebagainya. Itu adalah penderaan fizikal. Penderaan emosi juga tidak kurang, malah ada isteri yang terlalu tertekan sehingga dia hilang pertimbangan dan membuat perkara di luar kewarasan.

Bapa mangsa kelar masih buntu
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Bapa kepada dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat dikelar leher oleh pembantu rumah di Taman Sri Putra, Sungai Buloh dekat sini, semalam, masih lagi terkejut dan buntu bagaimana warga Indonesia itu sanggup bertindak kejam terhadap anak-anaknya yang cukup rapat dengan amah tersebut. Selvam Joseph, 44, yang bekerja sebagai perunding teknologi maklumat (IT) berkata, wanita yang mesra dipanggil Agnes itu rapat dengan anaknya, Melvin Selvam Joseph berusia setahun enam bulan dan abang tirinya, Koay Jia Hong berusia 5 tahun. Sehubungan itu, dia sama sekali tidak menyangka dan masih tertanya-tanya punca Agnes bertindak membunuh kedua-dua kanak-kanak terbabit sebelum meragut nyawa sendiri juga dengan mengelar leher.

Bunuh warga emas: Dua beradik dihukum gantung
2 beradik ke tali gantung
SHAH ALAM 26 Feb. - Dua beradik dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas didapati bersalah membunuh seorang warga emas dalam satu kejadian samun di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, empat tahun lalu. Hakim Datuk Ghazali Cha menjatuhkan hukuman itu terhadap pekerja kedai telefon, Mohd. Shamsul Abdul Aziz @ Abdul Azis, 46, dan adik perempuannya, Tuti Adayu, 34, selepas mendapati pembelaan kedua-dua tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Mereka didapati bersalah membunuh Nen Ariffin, 75, di No. 35, Jalan Kembojasari 12, Bandar Sungai Buaya, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, pada pukul 8.15 malam, 27 Februari 2010.


Bekas pengawal keselamatan warga Indonesia mengaku tidak bersalah
SHAH ALAM 26 Feb. - Bekas pengawal keselamatan warga Indonesia yang didakwa membunuh dan melepaskan tembakan terhadap seorang pegawai AmBank di Subang Jaya, dalam satu kejadian rompakan, tahun lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kedua-dua pertuduhan tersebut. La Ode Ardi Rasila, 36, dari Sulawesi memohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa Indonesia di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir. Mahkamah turut menetapkan lima hari bermula 23 Jun hingga 27 Jun ini untuk perbicaraan kes tersebut. La Ode didakwa membunuh Norazita Abu Talib di dalam bangunan Ambank, No. 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini antara pukul 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober lalu


Ongkili: LRAL2 Dijangka Siap 2017
PUTRAJAYA – Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan sistem agihannya (LRAL2) dijangka siap pada 2017, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. Beliau berkata Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan LRAL2 hari ini dan semua kelulusan berkaitan pembangunan projek akan diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani di antara kerajaan negeri dan persekutuan. “Kebenaran Merancang bagi enam projek pertama sudah diserahkan tadi dan kerja-kerja boleh bermula secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Persekutuan dan negeri Selangor untuk penstrukturan semula industri air Selangor di sini hari ini.


Kerajaan Selangor ambil alih 4 syarikat konsesi air
PUTRAJAYA 26 Feb. - Kerajaan Selangor akan mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu yang melibatkan kos berjumlah RM9.65 bilion berikutan penstrukturan semula industri bekalan air di negeri berkenaan. Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pengambilalihan tersebut dilakukan secara pemilikan ekuiti dan akan dilaksanakan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Beliau berkata, tawaran mengenai pengambilalihan itu akan bermula hari ini dan prosesnya pula berlangsung selama dua minggu. "Secara ringkas dan dipersetujui oleh kerajaan Persekutuan, KDEB akan ditugaskan untuk melaksanakan penyusunan semula ini dengan menawarkan kepada pemilik-pemilik konsesi sejumlah RM9.65 bilion sebagai pampasan kepada penyusunan semula tersebut.

Lelaki Afrika Selatan tawar duit untuk dara wanita
JOHANNESBURG 27 Feb. - Seorang lelaki di Afrika Selatan menawarkan sejumlah ganjaran bernilai AS$9,300 (RM 30,528) dan pingat kepada wanita dalam kalangan usia sehingga 35 tahun, yang masih memelihara dara mereka. Tawaran itu dilakukan lelaki tersebut sebagai usaha untuk memerangi jangkitan virus kekurangan imuniti manusia (HIV) dan gejala kehamilan di kalangan remaja. Seorang pekerja komuniti, Rabelani Ramali yang berasal dari daerah Limpopo memberitahu akhbar The Times bahawa dia akan menghadiahkan calon yang berjaya dengan wang tunai sehingga 100,000 rand (RM 30,444) dan beberapa pingat daripada emas, perak dan gangsa, berdasarkan umur mereka. Bagaimanapun, inisiatif itu telah menerima pelbagai reaksi. - AFP

Tentera Itali selamatkan 596 pendatang asing
ROM 27 Feb. - Tentera laut Itali berjaya menyelamatkan seramai 596 pendatang asing yang cuba melintasi Lautan Mediterranean dengan menaiki enam buah bot daripada Afrika dalam tempoh masa 24 jam dalam satu operasi yang dilancarkan baru-baru ini. Langkah itu dilakukan selepas dua buah bot yang membawa kumpulan pendatang asing tersebut karam sekali gus mengorbankan beratus-ratus mangsa. “Tentera Laut telah menyelamatkan seramai 596 pendatang asing dari enam buah bot. Tiga daripadanya ialah bot keselamatan getah yang boleh menggelembung," menurut seorang jurucakap dalam satu kenyataan. Sebanyak 2,156 pendatang asing didapati telah mendarat di Itali pada bulan lalu berbanding sebanyak 217 pada Januari 2013 dan seramai dua pendatang asing dijumpai mati pada 18 Februari apabila sebuah bot yang dinaiki 120 pendatang asing diselamatkan. - AFP


Abdel Fattah tolak tanding Presiden Mesir
KAHERAH 26 Feb. - Ketua tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi akan mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan dalam sebuah kerajaan baharu kelak, kata seorang sumber rasmi semalam, sekali gus menamatkan spekulasi bahawa dia dijangka mengumumkan pencalonannya bagi merebut jawatan Presiden. Abdel Fattah diramal akan memenangi pilihan raya Presiden yang akan datang namun beliau belum lagi mengumumkan pencalonannya. Untuk itu, dia perlu mengosongkan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan untuk melakukannya. Sumber itu berkata, dia mungkin akan mengekalkan jawatannya itu sehingga satu undang-undang pilihan raya dimuktamadkan. "Dia dijangka akan terus memegang jawatannya itu sehingga semua isu berbangkit membabitkan undang-undang pilihan raya dapat diselesaikan," tambah sumber itu lagi. - REUTERS

Wanita warga Sri Lanka diculik berjaya diselamatkan
KUALA LUMPUR 27 Feb. - Seorang wanita warga Sri Lanka berjaya diselamatkan sekumpulan anggota polis di sebuah rumah di Jalan Wangsa Ceria 8, Wangsa Melawati, awal pagi ini. Mangsa yang berusia 20-an itu diselamatkan sekitar pukul 11.30 malam tadi selepas mendapat laporan daripada saudara mangsa yang tinggal di sini. Difahamkan, mangsa telah diculik sejak tiga hari lalu sewaktu mangsa bersama saudaranya berada di Batu Caves, Selangor, dan ditahan di sebuah rumah oleh tiga orang lelaki. Dua suspek berjaya ditahan, manakala seorang lagi masih bebas. Dipercayai ketiga-tiga suspek merupakan warga Sri Lanka dan India. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.- UTUSAN ONLINE