TOP
Pengarah Urusan CCM Letak Jawatan
KUALA LUMPUR – Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) hari ini mengumumkan peletakan jawatan Amirul Feisal Wan Zahir sebagai Pengarah Urusan.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, CCM berkata, Amirul Feisal meletak jawatan untuk ‘meneruskan kemajuan kerjayanya’.
Sebelum menjawat jawatan sekarang pada Oktober 2010, Amirul Feisal adalah Pengarah Urusan dan Ketua Perbankan Pelaburan di Maybank Investment Bank Bhd mulai 2008.
Sehubungan itu, CCM telah melantik Leonard Ariff Abdul Shatar sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa 1 Oktober 2014.
Leonard Ariff akan terus memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Farmaseutikal CCM dan Ketua Pegawai Eksekutif CCM Duopharma Biotech Bhd.
Beliau graduan Univerisiti Monash, Australia dengan ijazah Sarjana Muda Ekonnomi dan Sarjana Muda Undng-Undang. – BERNAMA
TOP
Wanita Dakwa Anak Saudara Dibuli Hingga Jari Hampir Putus
BOLEH tahan ‘panas’ juga status Facebook seorang wanita yang dikenali sebagai Elene Sweets yang mendakwa anak saudaranya dibuli hingga jarinya mungkin terpaksa dipotong.
Menurutnya, kejadian itu berlaku di Sekolah Kebangsaan PPR Lembah Subang, Petaling Jaya.
Anak saudaranya dikatakan telah menjadi mangsa buli sehingga mengalami kecederaan teruk pada jari, namun pihak sekolah memberi alasan kanak-kanak itu jatuh sewaktu bermain.
Tambahnya lagi, jari anak saudaranya itu hanya dibalut dengan kain dan tidak diberikan sebarang rawatan.
Perkara itu hanya disedari oleh ibunya ketika mengambilnya di sekolah.
Kanak-kanak itu kini terlantar lebih seminggu di hospital dan doktor memaklumkan jika jarinya tidak dapat dipulihkan, maka ia terpaksa dipotong.
Wanita itu juga kesal kerana pihak sekolah langsung tidak ambil tahu mengenai keadaan anak saudaranya itu.
Kami yakin tiada siapa yang mampu bersabar jika kejadian seumpama itu berlaku pada ahli keluarga mereka.
Namun, kami tidak mahu membuat kesimpulan secara melulu, bimbang menjadi fitnah pula.
Sebaiknya, kita tunggu sahaja kenyataan rasmi daripada pihak sekolah mengenai kejadian itu, baru adil bukan?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Belum Ada Bukti Wanita Malaysis Sertai Isis
KUCHING – Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata setakat ini belum ada bukti yang menunjukkan wanita Malaysia menyertai kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
Beliau berkata setakat ini berita itu masih dianggap khabar angin dan sedang disiasat.
Wan Junaidi berkata demikian dalam sidang akhbar ketika diminta mengulas laporan portal berita The Malaysian Insider dua hari lepas yang mendakwa terdapat sekurang-kurang tiga wanita dari negara ini yang menyertai Isis untuk menawarkan ‘Jihad Al-Nikah’ atau jihad seksual.
Menurut portal berkenaan yang memetik kenyataan seorang pegawai perisik, Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.
Berhubung penglibatan rakyat Malaysia dengan kumpulan pejuang Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil), Wan Junaidi berkata pihak berkuasa negara sedang mengesan di mana mereka terbabit sedang berada dan siapa mereka.
Ditanya jumlah mereka yang dipercayai terlibat dengan Isil, beliau berkata dalam lingkungan 20 orang.
“Mereka bukan kumpulan yang besar, kecil sahaja tapi pada pendapat saya mereka terbabit adalah kumpulan yang sesat kerana mereka beranggapan kalau mati dalam peperangan ia bermakna mati syahid,” katanya.
Wan Junaidi menjelaskan umat Islam di negara yang mahu terlibat dalam perang jihad perlu mendapat persetujuan negara dan diisytiharkan oleh fatwa negara.
“Tetapi dalam kes ISIS dan ISIL, tiada fatwa negara mengisytiharkannya… perjuangan mereka tidak boleh diterima oleh negara kita dan banyak negara Islam lain juga tidak menyokong perjuangan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, katanya pihak berkuasa negara sedang memantau pergerakan keluar masuk rakyat negara ini ke luar negara bagi mengenal pasti kemungkinan ada antara mereka melibatkan diri dengan pergerakan kumpulan pengganas di luar negara.
“Kita tidak mahu Malaysia menjadi tempat untuk melatih pengganas atau tempat berteduh untuk orang yang mempunyai fahaman sebegini,” tegasnya. – BERNAMA
TOP
Khazanah: RM1.4B Diguna Ambil Alih Baki Saham Untuk Kuasai MAS
KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd akan menggunakan RM1.4 bilion daripada RM6 bilion yang diperuntukkan bagi memulihkan Malaysia Airlines (MAS), untuk mengambilalih baki 30.4 peratus saham syarikat penerbangan nasional itu yang tidak dimilikinya.
Langkah itu akan membolehkan Khazanah menguasai sepenuhnya MAS dan kemudian menyahsenarai saham itu daripada Bursa Malaysia.
Selain itu, RM1.6 bilion pula akan digunakan sebagai belanja penyusunan semula dan pemberhentian kerja di “syarikat lama” MAS dan baki RM3 bilion untuk menyuntik modal kepada syarikat baharu MAS. – BERNAMA
TOP
Kami Akan Terus Bersama MAS Di Saat-Saat Sukar Ini – MATTA
Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) akan sentiasa bersama dan menyokong Malaysia Airlines (MAS) dengan menggunakan perkhidmatannya sebagai pengangkutan utama dalam melakukan promosi pelancongan.
Presidennya Hamzah Rahmat berkata anggota persatuan itu akan terus mengutamakan MAS dalam promosi dan penjualan pakej-pakej pelancongan antarabangsa.
“MAS telah lama menjadi ikon penerbangan nasional. Oleh itu kami (Matta) merasakan perlu terus membantu MAS menghadapi saat-saat yang sukar ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Jumaat.
Hamzah berkata pihaknya yakin MAS akan bangkit semula dan mampu meneruskan operasinya walaupun mengalami kerugian.
Katanya kemerosotan jualan MAS bukan petanda bahawa jumlah kedatangan pelancong dari luar negara merosot.
“Memang diakui kedatangan pelancong dari China terjejas seperti yang dilaporkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ekoran insiden kehilangan pesawat MAS penerbangan MH370 pada Mac lalu.
“Namun kini kedatangan pelancong terus meningkat walaupun selepas tragedi MH17.
Matta pun tidak menerima sebarang laporan daripada anggota persatuan yang menyatakan perniagaan mereka merosot,” katanya.
Semalam, MAS mengumumkan kerugian sebelum cukai untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2014 meningkat kepada RM302.62 juta berbanding RM165.89 juta pada suku sama tahun lepas.
MAS juga memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa pendapatannya merosot lima peratus kepada RM3.59 bilion berbanding RM3.78 bilion sebelum ini berikutan faktor hasil dan tempat duduk yang lebih rendah selepas tragedi MH370.
Pesawat MAS Penerbangan MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Sementara itu, penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada radar pada 8 Mac sebelum laluan penerbangannya dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.
– BERNAMA
TOP
TMJ Kritik Pengulas Astro Sebagai Tidak Profesional
KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap pengulas bola sepak Astro sebagai golongan yang tidak profesional kerana sering memberi maklumat berat sebelah mengenai sesebuah perlawanan kepada penonton.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, pengulas sukan bola sepak Astro sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang bola sepak menyebabkan mereka menyampaikan maklumat yang tidak berlandaskan fakta.
“Pada pandangan saya, pengacara Astro tidak profesional dan tidak tahu apa apa berkenaan bola sepak. Begitu banyak komen yang berat sebelah dan tidak memberi maklumat yang berdasarkan fakta kepada penyokong-penyokong bola sepak tanah air.
“Kita mesti sedar bahawa kita mempunyai masalah dan kita tidak boleh sembunyikannya demi pembangunan bola sepak negara. Pengacara Astro Arena juga selalu menafikan yang pengadil kita adalah begitu teruk. Sebagai pengacara, anda semua sepatutnya memberi maklumat yang benar kerana para penonton dan penyokong bola sepak berhak tahu perkara-perkara yang benar dan berdasarkan fakta,” tegasnya dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam Facebook Johor Southern Tigers hari ini.
Tunku Ismail memberi contoh pengulas sukan Astro, Zainal Abidin Rauf mengatakan pemain bola sepak pasukan Harimau Muda A menerima pengalaman yang bagus di Australia dan mampu beraksi untuk pertandingan peringkat ASEAN.
Menurut beliau, kenyataan itu tidak benar kerana pasukan Harimau Muda A bermain di liga kampung di Australia, bukan liga gred A tetapi liga gred D atau E.
“Pasukan kita dihantar ke Australia oleh kerana ada beberapa individu yang ada kepentingan peribadi mereka dan bukan dengan niat untuk menambah baik lagi mutu pasukan kita,” katanya. – mynewshub.my
TOP
Rafizi Minta ADUN PKR Umum Tidak Mahu Jadi MB
KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor daripada parti itu selain daripada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail membuat kenyataan terbuka tidak akan menerima sebarang pencalonan menjadi Menteri Besar Selangor.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, langkah itu sebagai menghormati keputusan sebulat suara PKR yang turut dipersetujui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat bahawa calon Menteri Besar yang baharu adalah Wan Azizah.
“Kenyataan terbuka oleh setiap ADUN di Selangor yang menyokong pencalonan Wan Azizah dan menarik diri daripada sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak yang lain adalah lambang kesetiaan mereka kepada parti,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Rafizi mengucapkan tahniah kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad kerana membuat kenyataan terbuka menarik diri daripada sebarang pencalonan bagi jawatan Menteri Besar seperti yang disyorkan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
Nik Nazmi hari ini menolak cadangan Ketua DPPM, Suhaizan Kaiat supaya beliau dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
Sebaliknya Nik Nazmi menegaskan beliau tetap menyokong pencalonan Wan Azizah. – mynewshub.my
TOP
Konflik Dengan Israel Bukan Yang Terakhir – Hamas
DOHA – Pemimpin Hamas Khaled Meshaal berkata peperangan terbaharu dengan Israel bukan konflik terakhir antara kedua-dua pihak, sebaliknya satu usaha ke arah mencapai matlamat pergerakan itu.
“Ini bukan penamatnya. Ia hanya satu usaha ke arah mencapai matlamat kami. Kami tahu Israel kuat dan dibantu masyarakat antarabangsa. Kami tidak akan mengehadkan impian kami atau berkompromi dengan tuntutan kami,” tegas Meshaal pada sidang akhbar di sini. – Reuters
TOP
MH17: Siap Sedia Terima Kepulangan Abu Mayat
GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri bersiap sedia menerima kepulangan abu mayat dua mangsa nahas penerbangan MH17 Malaysia Airlines (MAS), mendiang Loh Yan Hwa dari Greenlane dan mendiang Sanjid Singh Sandhu dari Bukit Mertajam yang dijangka tiba pada 2 Sept ini.
Beliau berkata semua pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang akan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan di Bukit Mertajam untuk bersama-sama dengan keluarga mangsa menyambut kepulangan abu mayat itu.
“Kita masih lagi berhubung dengan pihak MAS dan Kementerian Pengangkutan untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung ketibaan abu mayat itu.
“Kerajaan negeri juga akan tetapkan tapak bagi membolehkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dijangka menggunakan helikopter membawa abu mayat mendiang Sanjid mendarat di Bukit Mertajam,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.
Katanya, pada 3 Sept abu mayat mendiang Sanjid akan dilepaskan di laut di Pulau Pinang, manakala abu mayat mendiang Loh akan di bawa ke Kuil Kwan Yin di Jalan Burmah untuk disemadikan pada 2 Sept.
Sanjid 41, merupakan seorang daripada 15 anak kapal yang terbunuh dalam pesawat MH17 yang terhempas di Donetsk timur Ukraine, manakala Loh adalah penumpang pesawat malang itu.
Loh ke Amsterdam pada Jun untuk melawat anaknya Tan Siew Poh dan menantunya Fan Shun Po yang menjalankan perniagaan dan menetap di Belanda. Terdapat 289 penumpang, termasuk tiga bayi di atas kapal.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Lim berkata sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-57 akan diadakan di Padang Kota Lama pada pukul 9 pagi dengan tema ‘Bersatu dan Maju’.
Sebanyak 96 kontinjen terdiri daripada jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah mengesahkan penyertaan dalam acara perbarisan pada 31 Ogos nanti.
Sebagai menghormati tragedi MH17 kerajaan negeri telah mengurangkan acarahiburan sebaliknya lebih bersifat kemerdekaan dan penghayatan kemerdekaan. – BERNAMA
TOP
Apabila Kereta Sorong Hiasan Jadi ‘Tong Sampah’…
ASALNYA, kereta sorong ini dijadikan hiasan untuk lukisan mural anak orang utan di Lebuh India, Jalan Power, Kuching.
Ia merupakan antara hasil tangan pelukis jalanan terkenal dunia, Ernest Zacharevic dan menjadi tarikan ramai pelancong untuk bergambar.
Namun, sikap sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan ia sebagai ‘tong sampah’, sekaligus mencalarkan imej bandaraya itu.
Menerusi laporan Utusan Borneo, kamera pengawasan (CCTV) di kawasan itu jelas menunjukkan tindakan orang ramai membuang sampah ke dalam kereta sorong tersebut.
Menurut Datuk Bandaraya, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, orang ramai sepatutnya lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam aspek kebersihan.
“Kita harus menanam perasaan cintakan bandar sekali gus menjadikan bandar raya Kuching sebagai bandar yang cantik, bersih dan selamat,” katanya.
Mungkin selepas ini, pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) perlu meletakkan papan tanda amaran yang menunjukkan perbuatan mereka sedang diawasi menerusi CCTV.
Bayangkan apa perasaan pelancong apabila terpaksa bergambar dengan sampah-sarap…jijik bukan?

VIDEO: Ngeri!! Maid Indonesia Ditemui Mati Tergantung
Sangat ngeri.. video memaparkan seorang wanita Indonesia berambut panjang mengurai mati tergantung kini tersebar di media siber.
Mayat dalam kejadian yang berlaku di Arab Saudi ini didakwa seorang pembantu rumah yang ditemui majikannya telah membunuh diri.
Bagaimana pun apabila video ini dikongsikan di sebuah laman Facebook untuk rakyat Indonesia, rata-rata memberi komen yang mereka yakin wanita tersebut dibunuh kerana tiada objek seperti kerusi berada di bawah kaki mangsa.
Selain itu mereka turut mendakwa mayat yang mengakhiri riwayat dengan menggantung diri biasa akan terjelir lidahnya tidak seperti dalam video ini.
Walau apa pun, janganlah sesekali memilih jalan sesat begini untuk mengkhiri masalah dan jika benar wanita ini teraniaya, semoga keadilan ditunjukkan. Wallahua’lam. - MYNEWSHUB.MY
Walau apa pun, janganlah sesekali memilih jalan sesat begini untuk mengkhiri masalah dan jika benar wanita ini teraniaya, semoga keadilan ditunjukkan. Wallahua’lam. - MYNEWSHUB.MY
TOP
PAS Perak Dakwa Lokasi Perbarisan Tidak Menarik
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak tidak berpuas hati dengan lokasi perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Negara peringkat negeri itu tahun ini kerana didakwa diadakan di lokasi tidak menarik.
Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendakwa, pemandangan lokasi perbarisan itu tidak menarik kerana terdapat satu bangunan terbiar berhadapan pentas utama perbarisan berkenaan.
“Kelembapan bertindak dan tiada sikap sensitif pihak-pihak yang berwajib telah mencacatkan suasana sambutan kali ini,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Raja Ahmad mendakwa, kerajaan negeri perlu mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan akan kepentingan bangunan tersebut untuk dibangunkan semula.
Dakwanya, sudah terlalu lama bangunan tersebut dibiarkan kosong tanpa ada apa-apa tindakan untuk memulihkannya sedangkan tahun ini merupakan Tahun Melawat Malaysia.
“Pelancong asing yang akan melihat satu bangunan kosong yang tinggal sejarah yang begitu memalukan rakyat Perak,” katanya. – mynewshub.my
TOP
Kerana Pisang kelab Yokohama Didenda RM144,000
TOKYO – Kelab bola sepak Jepun, Yokohama F-Marinos dikenakan denda AS$48,000 (RM144,000) oleh Liga-J, hari ini selepas penyokongnya mengejek seorang pemain berkulit hitam dengan gelagat bersifat perkauman semasa satu perlawanan minggu lalu.
Rakan video di laman media sosial menunjukkan penyokong itu melayangkan pisang ke arah penyerang Kawasaki Frontale, Renato yang berasal dari Brazil.
Perbuatan itu mengakibatkan kesan memalukan kepada kelab berkenaan dan Liga-J di mana penderaan seperti ini jarang berlaku.
Yokohama akhirnya berjaya mengesan penyokong berkenaan dan menggantungnya daripada menyaksikan perlawanan seumur hidup.
Pengerusi Liga-J, Mitsuru Murai memberitahu pemberita: “Kami mengambil berat kes ini tetapi kami berasa ia belum mencukupi untuk membangkitkan tahap kesedaran mengenai perkauman sebagai satu tanggungjawab mereka.” – AFP
TOP
Temuduga Sukarelawan Simpanan PDRM Mulai 2 Sept
KOTA BHARU – Temuduga terbuka untuk pengambilan anggota sukarelawanan simpanan Polis Diraja Malaysia akan diadakan di Kelantan selama tiga hari mulai Selasa ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata terdapat 450 kekosongan di negeri ini.
Beliau berkata temuduga akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu, IPD Machang dan IPD Gua Musang dari 2 hingga 6 September.
Mereka yang berminat boleh mendaftar nama di lokasi temuduga, katanya.
Sementara itu beliau berkata pihaknya akan mengadakan sekatan jalan raya di beberapa tempat yang dikenal pasti sempena sambutan Ambang Merdeka.
“Akan ada pasukan untuk mencegah jenayah pada malam Ambang Merdeka untuk mengelak orang ramai daripada bertindak di luar batasan,” katanya kepada pemberita pada majlis Pemakaian Pangkat Pegawai/Anggota Pangkat Rendah dan Penyampaian Pingat Kebaktian Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM)di sini hari ini.
Sebanyak 68 anggota SSPDRM menerima kenaikan pangkat manakala 14 lagi menerima pingat kebaktian. – BERNAMA
TOP
Pekema: Mansuh AP Jejas Pendapatan Kerajaan
KUALA LUMPUR – Pemansuhan permit import (AP) bukan sahaja akan memberi kesan negatif kepada usahawan Bumiputera dalam industri automotif, malah dikhuatiri akan turut menjejaskan pendapatan kerajaan melalui cukai yang dikutip daripada pemegang AP.
Yang Dipertua Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, jumlah cukai tahunan yang dikutip daripada anggota persatuan itu sahaja melebihi RM2 bilion walaupun kuantiti kereta yang dijual hanyalah lima peratus daripada keseluruhan pasaran.
“Walaupun dari segi jumlah pengimportan, kuantiti yang dibawa masuk tidak besar, namun dari segi pungutan cukai, sumbangan kami boleh dibanggakan. Pada 2011, kutipan cukai import kerajaan daripada anggota kami berjumlah RM2.8 bilion dan pada 2012, ia meningkat kepada RM3.3 bilion.
“Ini tidak termasuk kutipan cukai korporat dan individu yang dikenakan setiap tahun. Kerajaan telah memperoleh hasil baharu melalui fi bagi setiap AP kereta terpakai sebanyak RM10,000 yang kini berjumlah lebih daripada RM1 bilion,” katanya dalam kenyataan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pekema di sini hari ini.
Ironinya, menurut Zainuddin, itulah satu-satunya AP yang dikenakan fi oleh kerajaan daripada lebih 800 jenis AP yang dikeluarkan.
Awal bulan ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan masih mengkaji cadangan untuk memansuhkan permit import (AP) kerana ia akan memberi kesan kepada pendapatan negara.
Mustapa berkata, apa juga sistem yang akan diperkenalkan untuk menggantikan AP, ia perlu mampu untuk menampung kehilangan hasil kerajaan tersebut.
Mengulas lanjut, Zainuddin berkata, kritikan bahawa penerusan dasar AP terbuka akan mengakibatkan kerajaan dipandang sebagai ‘undur ke belakang’, adalah tidak berasas sama sekali.
“Tidak timbul persoalan `berundur ke belakang’ kerana AP terbuka ini telah berjaya memastikan kewujudan penyertaan usahawan Bumiputera dalam industri automotif.
“Ini merupakan satu daripada langkah afirmatif kerajaan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB),” katanya.
Zainuddin berkata, pihaknya turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan yang mengambil kira masalah yang mungkin dihadapi pemegang AP, terutamanya anggota persatuan.
“Pekema secara konsisten telah menyatakan implikasi besar terhadap usahawan Bumiputera jika dasar AP terbuka ditamatkan, yang pastinya akan menyebabkan pembabitan Bumiputera dalam industri automotif negara ini berakhir,” katanya. – BERNAMA
TOP
2 Lelaki Kemboja Maut Motosikal Rempuh pacuan 4 Roda
DUNGUN – Dua lelaki warga Kemboja maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh belakang sebuah pacuan empat roda yang diletakkan di bahu jalan di Km15.9 Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Kampung Kemudi di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata dalam kejadian kira-kira 6.45 petang itu, pembonceng Yousof Him, 47, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mat Him, 27, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Dungun.
Pemandu pacuan empat roda itu Che Ku Mohammad Aizat Che Ku Zakaria, 22, tidak mengalami kecederaan kerana ketika itu sedang memancing di kawasan paya berhampiran, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. – BERNAMA
TOP
Wanita Ditahan Di KLIA Miliki Syabu Lebih Setengah Juta Ringgit
KUALA LUMPUR – Seorang wanita Filipina ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kerana memiliki syabu seberat 3.1 kilogram semalam untuk dipasarkan di negara ini.
Dadah tersebut sebanyak lima bungkusan bernilai RM620,000.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata wanita berusia 39 tahun itu yang baru tiba dari New Delhi, India ditahan pada jam 7.35 pagi.
Beliau berkata syabu berbentuk ketulan kristal itu ditemui dalam beg pakaian suspek.
“Bahan yang disyaki itu disorok dengan timbunan baju di bahagian bawah beg yang dibawa bersama oleh wanita tersebut,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Noor Rashid berkata pihaknya turut merampas mata wang Malaysia, Amerika Syarikat, India, Filipina dan Thailand daripada suspek.
Suspek kini direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Merbahaya 1952.
Beliau berkata suspek pertama kali tiba di negara ini dan dia tidak mempunyai rekod lampau.
“Hasil siasatan awal didapati suspek akan diberi upah sebanyak RM5,000 bagi setiap kegiatannya mengedarkan dadah ke negara ini,” katanya.
Rampasan itu adalah hasil kerjasama perkongsian maklumat antara pihak berkuasa Malaysia dan pihak penguatkuasaan narkotik antarabangsa. – BERNAMA
TOP
Namakan Isteri Calon Tunggal MB, Perkara ‘Luar Biasa’
PETALING JAYA – Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi secara sinis membidas tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencalonkan isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon tunggal menteri besar Selangor.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, ada pendapat tokoh ulama yang menolak wanita menjadi pemimpin utama bagi kerajaan negeri.
“Berdasarkan nas dan khilaf perbahasan ulama melantik wanita bagi mengetuai sebuah kerajaan negeri sebagai perkara biasa.
“Tetapi apabila ada pihak yang hanya mahu isterinya sahaja menjadi menteri besar bagi sebuah kerajaan negeri tanpa khilaf dan tidak perlu diperbahaskan lagi kerana ia keputusan yang muktamad, maka ini adalah satu perkara luar biasa,” katanya dalam posting terbaharu akaun Facebook miliknya pada Jumaat.
Pada Khamis, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, keputusan menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor yang baharu, adalah muktamad.
Ketua Pembangkang itu juga mahu semua pihak, termasuk PAS menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lepas.
Rabu lalu, pihak istana dilaporkan menitahkan supaya parti-parti komponen Pakatan untuk mengemukakan lebih banyak nama calon menteri besar sebelum atau pada 3 September ini.
Bagaimanapun, PKR dan DAP bertegas akan hanya menyokong Dr Wan Azizah untuk jawatan itu itu. – The Star Online
TOP
Anggota Majlis MPSJ Dipenjara Tiga Tahun
SHAH ALAM – Seorang bekas anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana didapati bersalah menyalahgunakan kuasa dan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen, empat tahun lalu.
Hakim M Bakri Abd Majid memerintahkan Hamdan Ismail, 51, yang juga anggota PKR menjalani hukuman setahun penjara lagi sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu.
Bagi pertuduhan pertama, Hamdan dipenjara tiga tahun dan denda RM100,000 kerana menggunakan jawatannya untuk mendapatkan kelulusan bagi syarikat milik anaknya Yuwafee Heidi, iaitu Alam Muhibbah Enterprise, untuk melaksanakan kerja membina bonggol di Jalan LEP 6 dan Jalan PP1 serta baik pulih jalan di sekitar Taman Equine, Seri Kembangan, pada harga RM19,790.
Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh dipenjara setahun setelah didapati bersalah menggunakan dokumen Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penduduk MPSJ Zon 19 bertarikh 3 Dis 2009 yang palsu, sebagai tulen.
Beliau didakwa melakukan kesalahan pertama di pejabat MPSJ di Subang Jaya pada Februari 2010 (tiada tarikh) dan kesalahan kedua di Bahagian Khidmat Komuniti Kompleks 3C, MPSJ Subang Jaya pada 3 Dis 2010.
Hakim M Bakri mengarahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak serta membenarkan permohonan peguam bela Ahmad Nizam Hamid agar pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan sementara satu notis rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum 2 Sept.
Dalam penghakimannya, beliau berkata pihak pembelaan yang memanggil tiga orang saksi termasuk tertuduh dalam penghujahannya lebih besifat penafian semata-mata.
Hamdan yang menjalankan perniagaan sendiri telah membayar denda tersebut.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Sukri Seman. -BERNAMA
TOP
Rekabentuk Jam Tangan Pintar Asus Terbaru
Nampaknya pada tahun ini bukan sahaja ‘perang’ arena telefon pintar, kini jam tangan pintar pula masuk ke gelanggang.
Lihat saja Samsung, mereka telah mengeluarkan lima jenis jam tangan pintarnya termasuk yang terbaru Samsung Gear S. Terkini, pihak Asus melalui halaman Facebook mereka turut sama telah menerbitkan beberapa gambar baru bagi memperkenalkan jam tangan pintar Android Wear pada acara IFA 2014 yang akan datang. Untuk memberi gambaran tentang jam tangan Asus yang dikatakan paling mampu milik itu, syarikat itu telah mendedahkan beberapa gambar lakaran kasar rekabentuknya. Walaupun banyak pengeluar lain seperti LG baru menyedari kelebihan rekabentuk bulat yang diketengahkan Moto 360, Asus telah memilih untuk mengendahkan trend tersebut dan tampil dengan rekabentuk bersegi dengan bucu melengkung.
Pihak Asus dilihat akan menggunakan skrin berbentuk segi-empat dengan bahagian bucu yang sedikit membulat. Disamping itu, ia turut mungkin akan menyertakan rekaan yang agak premium berbanding beberapa jam tangan lain. Asus sebelum ini telah menyatakan sokongan untuk Android Wear, dan jam tangan pintar yang bakal diumumkan mereka di IFA 2014 kelak mungkin berasaskan kepadanya. Ia kelihatan lebih menarik berbanding LG G Watch yang berbentuk segiempat, namun sukar untuk membuat penilaian muktamad mengenai rekabentuknya berdasarkan lakaran-lakaran ini.

Duke Tawar Diskaun Tol 10% Sempena Hari Merdeka
KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) akan menikmati diskaun tol 10 peratus bagi kenderaan Kelas 1 (kereta) sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-57.
Pengurus Besar Operasi Duke, Ong Chee Keong berkata kadar diskaun itu dapat dinikmati oleh pengguna lebuh raya yang membuat bayaran tol secara elektronik (ETC) pada 30 Ogos mulai pukul 11.59 malam sehingga 12 tegah malam 31 Ogos.
“Diskaun kadar tol yang diberikan adalah langkah yang sejajar dengan saranan kerajaan untuk mempertingkatkan penggunaan bayaran tol secara elektronik (ETC) di lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, Duke secara berperingkat akan menjalankan kerja menaik taraf lorong tol di kesemua plaza tolnya sehingga tahun 2017.
Menurut Ong, sebagai langkah awal, Duke telah menyediakan kemudahan Pusat Khidmat Pelanggan di Plaza Tol Batu dan Ayer Panas serta lorong tambah nilai di Plaza Tol Sentul Pasar. – BERNAMA
TOP
Anggota Bomba Patahkan Cubaan Rompak Stesen Minyak
SEKALI lagi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membuktikan kecekapan dan sikap peka mereka dengan keadaan sekeliling.
Insiden cubaan rompak di stesen minyak Shell di Tabuan Jaya, Sarawak yang berlaku jam 12 tengah malam semalam adalah antara buktinya. Alkisahnya, seorang perompak cuba memecahkan cermin kaca kedai serbaneka di stesen tersebut dengan harapan dapat masuk ke dalamnya. Bagaimanapun, dia terlupa bahawa di sebelah stesen tersebut terdapat sebuah balai bomba dengan anggotanya yang sentiasa dalam keadaan ‘standby’ untuk sebarang laporan kecemasan. Secara tidak langsung, bunyi cermin kaca yang pecah telah didengar oleh anggota bomba tersebut dan mereka bergegas ke stesen minyak tersebut. Suspek yang menyedari kehadiran mereka segera melarikan dan meninggalkan motosikalnya di lokasi kejadian. Hasil pemeriksaan polis yang tiba tidak lama selepas itu mendapati motosikal itu menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
(Sumber: Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

Khazanah Umum 12 Pelan Pulihkan MAS – Azman Mokhtar
KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional hari ini mengumumkan 12 pelan untuk memulihkan MAS dalam tempoh tiga tahun, kata Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar.
Beliau berkata, pelan pemulihan MAS itu antara lain membabitkan penubuhan syarikat baharu (NewCo).
Katanya, MAS akan dikeluarkan daripada penyenaraian menjelang hujung 2014, diikuti pemindahan aset dan liabiliti kepada NewCo menjelang 1 Julai 2015.
Beliau berkata, Newco disasar kembali untung 3 tahun selepas dikeluar penyenaraian dan kemudian disenarai semula antara 3-5 tahun menjelang 2017-2019.
“Kos penyusunan semula dan pelaburan ialah RM6 bilion yang akan diagih secara berperingkat-peringkat,” katanya di sini, sebentar tadi.
Azman berkata, suntikan modal RM6 bilion merangkumi kos nyahsenarai OldCo sebanyak RM1.4 bilion, kos penyusunan semula dan pemberhentian kakitangan (RM1.6 bilion) dan suntikan modal RM3 bilion dalam NewCo.
Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya akan kekal memimpin memimpin OldCo sehingga 1 Julai 2015 apabila NewCo mula berkuatkuasa.
Selain itu, Khazanah Nasional sudah memulakan proses pencarian CEO baharu yang dijangka diumumkan sebelum akhir tahun ini.
Sementara itu, MAS akan mengurangkan sehingga 30 peratus kakitangannya atau 6,000 orang daripada 20,000 orang pada masa ini. – BH Online
TOP
2 Beradik Hilang Dikhuatiri Lemas Di Sungai Perak
SUNGAI SIPUT – Dua beradik hilang dan dikhuatiri lemas ketika mandi bersama-sama rakan mereka di Sungai Perak berhampiran Batu Musafat, Bekut di sini semalam dan usaha mencari diteruskan hari ini.
Meor Mohamad Izzat Meor Mazinun, 13, dan Meor Mohammad Fahmi, 11, dilaporkan mandi di sungai itu sebelum disedari hilang pada pukul 5 petang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput Zul Azman Jamaluddin berkata usaha pencarian yang disambung pada sebelah pagi masih diteruskan dengan bantuan Unit Scuba dan Unit Anjing Pengesan (K9) Bomba.
“Operasi mencari dijalankan dalam jarak dua kilometer dari kawasan kejadian ke arah hilir sungai. Sekiranya mereka tidak dijumpai sehingga esok, kami akan luaskan kawasan operasi,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat operasi kejadian di sini hari ini.
Sebanyak 142 anggota pelbagai agensi termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pertahanan Awam, polis, Rela, Pejabat Tanah dan Daerah serta penduduk tempatan turut membantu mengesan kedua-dua beradik itu.
Sementara itu bapa dua beradik itu, Meor Mazinun Muin, 43, yang tinggal di Kampung Bekut di sini berkata laporan polis mengenai kehilangan kedua-dua anaknya itu dibuat pada pukul 5.40 petang semalam.
“Selepas balik dari sekolah semalam kira-kira pukul 3.30 petang mereka meminta kebenaran ibu mereka untuk pergi memancing,” katanya.
Meor Mazinun yang bekerja sendiri itu berkata anak-anaknya bersama-sama dua rakan pergi memancing dan juga mandi di kawasan berkenaan.
“Adik-beradik itu memang tidak pandai berenang. Kejadian dipercayai apabila si adik cuba menyelamatkan abangnya yang tergelincir. Dalam masa yang sama dua rakan lain minta tolong orang yang berada berhampiran jeti,” katanya.
Beliau berkata Mohammad Izzat yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Muda Abdul Aziz dan Mohammad Fahmi pula di Sekolah Kebangsaan Seroli sangat rapat antara satu sama lain.
Kedua-dua beradik itu merupakan anak kedua dan ketiga daripada empat beradik selain kakak berusia 16 tahun dan adik perempuan berumur lima tahun, katanya. – BERNAMA
TOP
Gunung Berapi Meletus Di Papua New Guinea
SYDNEY – Gunung berapi yang meletus di timur Papua New Guinea mengakibatkan debu dan batu berterbangan di udara, menyebabkan penduduk tempatan terpaksa dipindahkan.
Laporan pakar kaji gempa bumi menyatakan, Gunung Tavurvur yang memusnahkan bandar Rabaul ketika ia meletus serentak dengan Gunung Vulcan pada 1994, dilaporkan ‘hidup’ semula pada awal pagi di puncak pulau New Britain.
“Letusan itu bermula perlahan dan kemudian berubah menjadi lebih besar diiringi dengan bunyi letupan,” kata Pusat Gunung Berapi Rabaul.
Kerajaan Australia mengeluarkan amaran melarang sesiapapun daripada mengunjungi kawasan itu.
“Pihak berkuasa sudah memindahkan penduduk berdekatan.
“Penduduk juga diingatkan supaya duduk di dalam rumah bagi mengelakkan debu yang berterbangan,” katanya. – AFP
TOP
Jam Pintar LG G Watch R Akan Diperkenalkan Pada IFA 2014
LG telah mengesahkan sebuah jam tangan pintar terbarunya yang akan dilancarkan pada acara IFA 2014 yang dikenali dengan kod namanya ‘R’.
Diakui, reka bentuk jam pintar keluar LG, Watch R boleh dikatakan lebih kelakian berbanding keluaran sebelumnya, LG G Watch.
LG G Watch R ini hadir dengan skrin bulan 1.-inci Plastik OLED, dan hadir dengan sokongan kalis air, serta tali strap yang boleh digantikan.
Disamping itu, peranti ini turut menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 1.2GHz, memori sebanyak 512MB RAM dan juga ruangan storan sebesar 4GB.
Sokongan sensor untuk memantau denyutan jantung hadir pada peranti ini, selain beberapa ciri-ciri memfokuskan kecergasan. Secara kasarnya ia membawakan bentuk jam tangan harian pemakai, disamping butang kuasa yang dilihat hadir dalam bentuk seumpama tombol kawalan masa yang kita lihat pada jam tangan biasa. Buat masa ini, harga jualannya tidak diumumkan lagi, dan pihak LG menyasarkan untuk memasarkannya sekitar Oktober atau November kelak.
Sumber: Engadjet
Oleh: hzqahmd

VIDEO: Memang Salut Ah.. Mat Salleh Chicago Cakap Nogori
Antara keunikan Malaysia adalah kepelbagaian loghat negeri di sini.
Tak semua orang pandai mengajuk loghat negeri tertentu, silap hari bulan boleh tergeliat lidah dibuatnya.
Tapi mat salleh dari Chicago dalam video di bawah selamba saja cakap Nismilan dengan begitu fasih bagi memberi penerangan tentang beza antara UK dan Amerika.
Yang tak tahan tu dia siap boleh berlawak dengan berkata, “Parghah ko ni dik, tah-tah ko gi amerika ngango nanti.” Memang salut ah. Anak Negeri Sembilan pun ada yang tak sefasih dia. - MYNEWSHUB.MY

Bank Tawar Kucing Kepada Peminjam Perumahan
Rusia – Buat pinjaman rumah, dapat hadiah kucing. Itu yang ditawarkan oleh sebuah bank, Sberbank kepada pelanggannya. Mereka ditawarkan 10 pilihan kucing dari baka terbaik seperti Toffee, Timothy dan Kuzma.
Sberbank, yang merupakan antara bank terbesar di Rusia, akan menghantar kucing berkenaan ke rumah pelanggannya.
Bank tersebut turut mengiklan perkhidmatan berkenaan. Iklan bank tersebut memapark dua pemandu van menyerahkan seekor kucing kepada sepasang suami isteri yang baru membeli rumah.
Langkah yang diambil oleh bank berkenaan juga selaras dengan kepercayaan di Rusia bahawa jika kucing memasuki rumah, maka ia melambangkan tuah.
Bagaimanapun pelanggan hanya dibenarkan memelihara kucing berkenaan selama dua jam sahaja.
Pelanggan juga perlu menandatangani perjanjian bahawa mereka tidak akan mencederakan kucing terbabit.
TOP
Rebecca Ambil Lima Beradik Yatim Piatu Sebagai Anak Angkat
INGATKAH lagi anda dengan kisah malang yang menerima lima beradik di Cheras yang menjadi yatim-piatu sekelip mata apabila kedua ibu-bapa mereka maut dalam kemalangan jalan raya pada Mei lalu?
Ternyata Muhd Haikal, 16, Fatin Adlina, 14, Mohd Aidil, 10, Norsyamini, 4, dan Nor Auni Safia, 3, tidak dibiarkan terkapai-kapai dengan adanya bantuan berterusan daripada keluarga terdekat dan orang ramai.
Lebih menggembirakan, mereka turut diambil sebagai anak angkat oleh pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam dan suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman.
Menerusi Harian Metro, dia memberitahu, ketika membaca berita kemalangan itu, dia berusaha banyak kali untuk menghubungi ibu saudara lima beradik itu sebelum dapat bercakap dengannya.
“Saya faham situasi mereka yang terpaksa berhati-hati kerana bimbang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.
“Kini saya dan suami selalu menjenguk mereka di Cheras, bertanya khabar dan berkongsi kasih sayang dengan mereka. Mereka masih tinggal di rumah yang didiami bersama ibu bapa mereka dulu. Saya rasa mereka tiada masalah dari segi kewangan kerana ramai yang menghulurkan bantuan, cuma apa yang mereka perlukan ialah kasih sayang dan perhatian.
“Sebanyak mana kasih yang kami berikan memang tak akan sama dengan kasih sayang daripada ibu dan ayah kandung, namun sekurang-kurangnya mereka tahu masih ada orang di luar sana yang mengambil berat mengenai mereka,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Rebecca turut menasihatkan lima beradik itu supaya meneruskan persekolahan kerana hanya pelajaran sahaja yang dapat mengubah kehidupan mereka dan dia serta suami sedia membantu dari segi kewangan.
“Saya mahu membahagiakan mereka. Ini bukan kali pertama saya mengambil anak angkat tetapi perasaan belas saya pada lima beradik ini mengatasi yang lain kerana Allah SWT ‘menjemput’ kedua-dua ibu bapa sekali gus. Kali pertama saya berjumpa mereka, si bongsu Safia memanggil-manggil ibunya. Hati mana yang tidak meruntun, apatah lagi mengenangkan saya sendiri ada anak kecil. Saya mahu anak-anak itu berjaya dalam pelajaran dan buktikan kepada masyarakat anak yatim piatu juga boleh berjaya,” katanya.
Kami ‘salute’ dengan selebriti yang tidak lokek dalam berkongsi rezeki dengan insan-insan yang memerlukan bantuan seperti anak-anak ini.
Sebabnya, sebanyak mana pun harta, semuanya tetap milik Allah S.W.T, tak gitu?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Jam Pintar Samsung Gear S Dengan Ruangan SIM
Samsung baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah lagi jam tangan pintar baru daripada mereka, dinamakan sebagai Gear S
Menariknya mengenai peranti ini adalah dimana ia boleh beroperasi untuk membuat panggilan telefon dan menerima mesej walaupun tanpa perlu dihubungkan ke telefon pintar untuk menggunakannya. Perkara ini dijayakan dengan sokongan modem 3G yang disertakan pada peranti ini , sekaligus membolehkan pengguna menyertakan kad SIM pada jam tangan ini.
Disamping itu, Gear S turut menyertakan skrin bersaiz 2-inci Curved Super AMOLED, dan turut membawakan tali jam tangan yang boleh diubah seperti Gear 2 sebelum ini. Sokongan S-Voice turut disertakan pada peranti ini, yang mana menggunakan platform Tizen untuk beroperasi. Beberapa perkara lain seperti S-Health dan Nike+ Running hadir bersama-sama dengannya. Pihak Samsung turut mengatakan yang mana pengguna boleh memilih sama ada ingin menghubungkan ia ke peranti lain menggunakan Bluetooth ataupun menggunakan rangkaian 3G untuk beroperasi. Bersama-sama dengan Gear S ini, Samsung turut memperkenalkan Gear Circle yang mana merupakan fon telinga dengan sokongan Bluetooth untuk memudahkan pengguna menerima panggilan, membuat arahan suara, dan juga mendengar lagu. Gear Circle turut hadir dengan sokongan getaran untuk membolehkan pengguna mengetahui akan panggilan masuk dan juga notifikasi.
Kedua-dua peranti ini akan diperkenalkan secara berperingkat oleh Samsung untuk pasaran global bermula bulan Oktober ini.
Sumber: SAMSUNG

NCII Rangsang Syarikat Lebih Inovatif – Najib
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada Jumaat memperkenalkan Indeks Inovasi Korporat Kebangsaan (NCII), sebagai alat pengukuran untuk membantu merangsang dan memacu inovasi syarikat-syarikat besar di Malaysia.
Beliau berkata NCII direka untuk mempercepatkan pertumbuhan syarikat-syarikat dalam negara dan peserta utama dalam pasaran masing-masing, yang penting ke arah memacu ekonomi.
Najib berkata platform ini akan memberikan syarikat gambaran menyeluruh mengenai bidang penting yang perlu diuruskan untuk meningkatkan inovasi berkenaan.
“Ia bertujuan untuk menginstitusikan inovasi dan tadbir urus di dalam syarikat-syarikat dan membantu mengenal pasti mekanisme bagi syarikat untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti inovasi yang akan memastikan kemampanan jangka panjang mereka,” kata Najib dalam ucapan pada Persidangan Inovasi Malaysia 2014, di sini pada Jumaat.
Perdana Menteri berkata NCII bermatlamat untuk membangunkan pandangan terhadap pelaburan inovasi yang lebih wajar dan menyeluruh serta mengenai pulangannya dan mendidik masyarakat sektor swasta yang lebih luas untuk membantu memupuk persekitaran yang menggalakkan dan tidak mengabaikan mereka yang berusaha dalam inovasi.
“Inisiatif utama yang telah diberikan kepada ‘Agensi Inovasi Malaysia’ atau AIM, untuk melaksanakan NCII, bekerjasama dengan NESTA, sebuah yayasan bukan keuntungan bagi inovasi yang berpangkalan di United Kingdom.
“Saya mempengerusikan majlis tadbir urus AIM dan melihat nilai membangunkan alat yang akan membantu syarikat kita untuk menjadi lebih inovatif, dan NCII menjadi alat untuk melaksana objektif itu dalam tempoh tiga tahun,” kata beliau.
Najib berkata penanda aras dengan langkah-langkah antarabangsa dan bekerja dengan badan-badan antarabangsa yang dihormati telah melihat banyak kemajuan dalam pembangunan alat pengukuran NCII.
“Tambahan pula, jika perbadanan menggariskan perjalanan inovasi dan berkongsi cerita-cerita yang menarik mengenai inovasi seperti yang Amazon dan eBay lakukan, dengan pihak yang berkepentingannya, dan komuniti pelaburan, ia boleh membantu pemain dalam pasaran ekuiti lebih memahami nilai dan inovasi,” kata beliau.
NCII, kata Perdana Menteri akan menjadi lambang bagi syarikat-syarikat dalam jangka panjang, yang akan sama seperti semangat terhadap Indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Bursa, yang akan menanda aras ketelusan syarikat utama negara dan keputusan boleh didapati secara meluas.
Najib berkata Malaysia dalam usaha memacu strategik negara ke arah ekonomi yang lebih berintensifkan pengetahuan untuk mewujudkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ketara.
Perdana Menteri mengingatkan bahawa inovasi bukan sahaja mengenai penyelidikan dan pembangunan (R&D) atau teknologi tinggi atau paten, tetapi untuk menjadikan idea baru kepada sesuatu yang menguntungkan atau sesuatu yang mewujudkan nilai baru.
Selepas pelancaran itu, Najib melawat gerai pameran inovasi dan menghadiri mesyuarat tertutup ringkas dengan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan syarikat inovatif terkemuka yang mengambil bahagian dalam membangunkan NCII. – BERNAMA
TOP
Kenapa Begini.. Papan Tanda Kemerdekaan Pun Boleh Silap Eja
Menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57 Ahad ini, usaha mengibarkan bendera pada premis dan kenderaan dapat memarakkan lagi semangat kecintaan pada negara.
Lebih afdal, bila siap dengan inisiatif membuat papan tanda khas bagi memperingati hari bersejarah ini seperti gambar di atas.
Usaha ini memang patut dipuji, cuma masalahnya macam mana pula tulisan kemerdekaan boleh tersilap jadi ‘kemnerdekaan’? Sekali dengar macam bunyi Bangladesh lak kan. Apa pun memang sayang sekali kalau dah berhabis buat papan tanda siap berbaris wajah PM Malaysia begini tapi penyudahnya terdapat kesilapan ejaan pada perkataan paling penting. – MYNEWSHUB.MY

Impak MH370: Murid Gelar Najib ‘Bapa Kapal Terbang’
Tragedi melibatkan pesawat MH370 dan MH17 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang berlaku pada tahun ini membawa impak yang amat besar terhadap negara.
Sudah pasti, insiden mengejutkan lagi luar biasa ini telah terpahat dalam sejarah sebagai peristiwa pahit untuk dikenang.
Begitu pun sepanjang proses menangani kedua-dua insiden tak terjangka ini terutama MH370 yang masih belum selesai sampai sekarang, individu paling terkesan tentulah Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak dan hakikat ini dimaklumi semua rakyat.
Selain itu, insiden pesawat ini nampaknya turut mempengaruhi pemikiran seorang murid sekolah rendah.
Bayangkan ketika menjawab soalan diberikan guru dalam buku latihannya berkaitan gelaran PM Malaysia; murid tersebut menjawab dengan betul bahawa Tunku Abdul Rahman adalah Bapa Kemerdekaan, Tun Abdul Razak (Bapa Pembangunan), Tun Hussein Onn (Bapa Perpaduan), Tun Dr Mahathir (Bapa Pemodenan) dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Bapa Pembangunan Modal Insan).
Namun bila sampai part PM sekarang, dia menjawab Najib adalah Bapa Kapal Terbang / Bapa MH 370! Terang-terangan jawapan murid ini salah tapi jelaslah, insiden ‘kapal terbang’ adalah satu peristiwa besar yang akan sentiasa dikaitkan dengan Dato’ Sri Najib apabila bercakap tentang sumbangannya ketika bergelar PM Malaysia baik sekarang mahu pun pada masa depan. - MYNEWSHUB.MY

Indonesia Hisap Rokok 21.9j Kilometer Setahun
Jakarta – Jumlah rokok dihisap penduduk Indonesia jika digabungkan boleh melampaui keluasan Pulau Jawa.
Ahli sosiologi Universiti Indonesia, Imam Prasodjo berkata sejumlah 244 juta batang rokok pada 2006 didarab dengan panjangnya 9 sentimeter, ia menghasilkan rantaian sejauh 21.9 juta kilometer.
“Yang menarik, jarak antara Jakarta dan Surabaya adalah 668 kilometer.
“Jumlah panjang rokok dihisap penduduk Indonesia selama setahun sama dengan perjalanan antara kedua-dua lokasi itu sebanyak 32.9 kali,” katanya. – Agensi
TOP
Ummi Nazeera Bimbang Riak Jika Keluar Jumpa Media
SEJAK pelakon manis, Ummi Nazeera mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya, dia dilihat seakan menjauhkan diri daripada dunia glamor yang pernah dikecapinya sebelum ini.
Menerusi Murai.com, dia akhirnya membuka mulut mengenai perubahan itu. Katanya, dia bukan sengaja tidak mahu berjumpa dengan rakan media, sebaliknya dia punyai alasan tersendiri. “Saya tahu bila orang tengok perubahan pada penampilan saya, mereka suka dan saya sudah tentunya sangat gembira. “Tetapi kenapa saya jarang keluar adalah saya masih belum selesa serta yakin perubahan ini adalah disebabkan kemahuan sendiri atau sebab lain. Pada saya jika saya terus menerus keluar dan bercerita mengenai penampilan saya ia seperti menyimpang daripada niat saya dan bimbang akan menjadi riak. “Kerana itu saya mencari dulu waktu yang sesuai dan setelah saya rasa yakin ini yang saya mahukan, barulah saya boleh bercerita dengan anda semua tentang penghijrahan saya ini,” jelasnya. Kami tabik dengan pendirian Ummi itu. Bukan apa, kadang-kadang ada artis yang baru berhijrah, tapi gaya dan lagak umpama ustaz dan ustazah bila bercakap sehingga sanggup mengguris hati orang lain. Semoga Ummi terus istiqamah dalam menuju jalan yang diredhai-Nya. Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Wanita Lahirkan Bayi Seberat 6.3kg Di China
China – Seorang bayi di China mencatat rekod apabila dilahirkan dengan berat 6.3 kilogram, iaitu menyamai berat bayi yang berusia tiga bulan.
Bayi itu dilahirkan pada 23 Ogos lalu di sebuah hospital bersalin di Shanxi.
Jururawat dan doktor di hospital itu dikatakan terkejut ketika menyambut bayi tersebut dan mereka tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar bayi berkenaan.
“Ini merupakan kali pertama sepanjang 30 tahun saya bekerja sebagai bidan, menyambut bayi sebesar ini,’’ kata salah seorang bidan di situ.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bayi berkenaan adalah dua kali ganda saiz bayi lain.
Berdasarkan Rekod Dunia Guinnes, bayi paling besar yang dilahirkan ialah pada Januari 1879 di Ohio dengan berat 10.8 kilogram. Namun bayi tersebut meninggal dunia selepas 11 jam dilahirkan.
Pada 1955, bayi dari Itali dilahirkan dengan berat yang sama dan membesar dengan sihat.
TOP
Polis Tahan Remaja ‘Pailang’ Pukul Budak Di Muar
Semalam kami ada siarkan video viral seorang remaja dibuli rakan sebaya di sebuah ladang di Muar, Johor.
Susulan itu empat remaja lelaki berusia 13, 14 dan 15 tahun kini sudah ditahan polis. Antara mereka ini termasuklah seorang daripadanya yang beraksi ala pailang dalam rakaman tersebut apabila menendang kepala, memukul menggunakan batang kayu dan meludah muka mangsa selepas berpura-pura mahu bersalam. Siasatan polis mendapati kejadian buli tersebut berlaku jam 5 petang 14 Ogos lalu di tepi ladang kelapa sawit di Air Hitam, Bakri. Susulan rakaman itu tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu, keluarga mangsa tampil membuat laporan polis pada 25 Ogos dan malam kelmarin. Sebagai bahan bukti, polis telah ke lokasi kejadian dan membawa pulang kayu sepanjang satu meter yang digunakan untuk memukul mangsa ke IPD Muar bagi membantu siasatan.
Inilah akibatnya tak padan dengan kecil dah pandai nak tunjuk gangster. Tak fasal-fasal merasa tidur lokap kan? -REM
RAMZI / MYNEWSHUB.MY
Sumber: Harian Metro

Rita Rudaini ‘Mengamuk’ Dengan Staf Taska Biadap
JIKA sebelum ini, pelakon Rita Rudaini pernah ‘mengamuk’ kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan jalur lebar oleh TM Unifi, kali ini dia memuatnaik satu lagi ‘aduan’ di akaun Instagramnya, semalam.
Bezanya, rasa tidak puas hatinya itu ditujukan kepada salah seorang staf di sebuah taska di Kota Damansara.
Katanya:
“Baru kol #realkidskotadamansara utk saje2 nk servey..yg angkat fon nya MELAYU..SO RUDE!!! Ckp m nak xnak n bila kita kata ‘sori,i xdgr..dia jwb ‘o xdgr ek? (Nada perli n kasar) ..MCM MANA LAA DORG NI NK JAGA ANK2 KITA KT SEK EK?? NTAH2 DI TENGKING NYA ANK2 KITA..budak2 kn perangai mcm2..kita yg kol ckp elok2 pon dia jwb dgn kasar n xde adab..TERUS PANGKAH XXXX!!! Takut nk antar ank kt situ..xtau la di layan ank kita mcm mana..klau ikut hati mmg nk letak je nama PPN MELAYU ni kt sini!”
Rita Rudaini 'Mengamuk' Dengan Staf Taska Biadap
Ia secara tidak langsung mengundang pelbagai komen daripada para pengikutnya.
Rata-rata mereka memberi cadangan taska lain yang boleh dipilih oleh Rita untuk menghantar anak-anaknya.
Bagi kami, mungkin staf tersebut sahaja yang bermasalah, namun ia secara tidak langsung memberi gambaran yang tidak baik kepada taska tersebut.
Jika TM Unifi memberi respon tidak sampai 24 jam kepada Rita, adakah taska ini juga akan berbuat demikian bagi membersihkan nama mereka?

Selepas 9 Tahun ‘Couple’, Brad Pitt & Angelina Berkahwin
AKHIRNYA, selepas sembilan tahun bercinta tanpa ikatan rasmi, pasangan pelakon Brad Pitt, 50, dan Angelina Jolie, 39, disahkan sudah berkahwin pada Sabtu lalu.
Majlis perkahwinan itu diadakan di sebuah estet milik mereka iaitu Chateau Miraval, Perancis.
Brad Pitt Dan Angelina Jolie Sah Bergelar Suami-Isteri
Pitt dan Jolie mula menjalinkan hubungan pada tahun 2005 selepas digandingkan bersama menerusi filem ‘Mr & Mrs Smith’.
Pasangan itu juga merupakan ibu dan bapa kepada enam anak iaitu Maddox, 13, Pax, 10, Zahara, 9, Shiloh, 8, serta kembar Vivienne dan Knox, 6.
Sebelum ini, Daily Mail pernah melaporkan kelibat keluarga itu dilihat di Perancis pada Jumaat lalu, namun tidak dapat menghidu majlis yang akan berlangsung pada keesokan harinya.
Apapun, kami harap tempoh perkahwinan ini kekal lebih lama daripada tempoh bercinta.
Kalau boleh, biarlah selama-lamanya ya…

Awas, Logo Halal Buatan Sendiri
ALOR SETAR - Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) mengingatkan pengguna di negeri ini mengenai produk makanan menggunakan logo halal buatan sendiri.
Penolong Pengarah Penyelidikan (Unit Pengurusan Halal), Rosyadah Ramli berkata, sememangnya ada logo halal produk makanan dikesan ditulis sendiri pengusahanya.
“Meskipun, kebanyakan produk makanan mempunyai tanda halal, namun ada setengahnya didapati logo buatan sendiri. Isu ini kurang diberi perhatian mungkin kerana kesedaran dan maklumat pengguna berkaitan produk makanan logo halal buatan sendiri rendah,” katanya.
Katanya, pengguna perlulah bijak memilih produk makanan menggunakan logo halal diiktiraf agar tidak diperdaya pihak tertentu yang ingin melariskan perniagaan mereka.
“Jika mendapati produk makanan tertentu menggunakan logo halal tidak diiktiraf, sepatutnya pengguna tidak membeli produk itu,” katanya.
Namun, menurutnya, pengguna tidak perlu ragu-ragu terhadap sesuatu produk makanan, sekiranya ia memiliki logo halal diiktiraf kerana ia dipantau badan khas.
Katanya, sebaik permohonan halal diluluskan, premis dan produk makanan terbabit akan dipantau sekurang-kurangnya setiap tiga bulan bagi memastikan produk halal dimakan.
Dalam pada itu, bulan lalu, Jaik melakukan serbuan di sebuah premis menjual bahan membuat kek di Alor Setar apabila disyaki menjual dua produk coklat import diragui.
Difahamkan, dua produk coklat import didapati menggunakan logo halal meragukan sewaktu pemeriksaan ke atas premis berkenaan.
Manakala, beberapa produk berasaskan mentega, tepung dan keju yang dibungkus semula tidak diletakkan logo halal, sebaliknya hanya dinyatakan tarikh luput. - Sinar Harian
TOP
Asid Tumpah Di Padang Sekolah
SEREMBAN – Sebuah tong berisi asid nitrik mengalami tindak balas sehingga menyebabkan berlakunya tumpahan di sebuah sekolah sekitar daerah ini, semalam.
Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohamad Idris berkata, kejadian berlaku kira-kira 12 tengah hari itu disedari seorang kontraktor dari Kualiti Alam ketika kerja-kerja memindahkan tong berisi asid itu dari makmal sekolah ke dalam lori.
Beliau berkata, semasa kontraktor berkenaan ingin membawa tong tersebut ke dalam lori, dia ternampak terdapat tindak balas dalam bekas berkenaan sehingga menyebabkan asid tersebut terkeluar.
“Disebabkan cemas dengan kejadian itu, pihaknya menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan. Sebanyak enam jentera termasuk dua unit RIM dan ambulans bomba EMRS membabitkan seramai 15 anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati asid di dalam bekas tersebut telah meleleh keluar, namun ia berjaya dikawal.
“Kita kemudian membawa tong lima liter yang berisi asid itu ke kawasan padang sekolah untuk distabilkan semula bekas berkenaan sebelum ia dimasukkan ke dalam lori dengan menggunakan bekas takungan khas bomba," katanya di sini, semalam.
Mohamad berkata, tindakan pantas anggotanya berjaya mengawal keadaan dengan sempurna tanpa melibatkan sebarang kecederaan.
Menurutnya, dia difahamkan asid tersebut diambil pihak sekolah untuk dibawa ke Pusat Kualiti Alam bagi tujuan pelupusan.
Disebabkan kejadian itu, pasukan bomba melalui Unit RIM dan sebuah jentera terpaksa mengiringi lori berkenaan sehingga ke Pusat Kualiti Alam bagi memastikan tiada lagi tindak balas berlaku, selain memastikan keselamatan awam terjamin. - Sinar Harian
TOP
Gunung Berapi Di Papua New Guinea Meletus
SYDNEY: Gunung berapi yang meletus di timur Papua New Guinea mengakibatkan debu dan batu berterbangan di udara, me
nyebabkan penduduk tempatan terpaksa dipindahkan.tt
Laporan pakar kaji gempa bumi menyatakan, Gunung Tavurvur yang memusnahkan bandar Rabaul ketika ia meletus serentak dengan Gunung Vulcan pada 1994, dilaporkan 'hidup' semula pada awal pagi di puncak pulau New Britain.
"Letusan itu bermula perlahan dan kemudian berubah menjadi lebih besar diiringi dengan bunyi letupan," kata Pusat Gunung Berapi Rabaul.
Kerajaan Australia mengeluarkan amaran melarang sesiapapun daripada mengunjungi kawasan itu.
"Pihak berkuasa sudah memindahkan penduduk berdekatan.
"Penduduk juga diingatkan supaya duduk di dalam rumah bagi mengelakkan debu yang berterbangan," katanya. - AFP
TOP
Pasangan Lesbian 'Dinikahkan' Lelaki Gay
Maryam dan Sahar terpaksa melarikan diri ke luar negara untuk hidup bersama sebagai pasangan 'suami isteri'.
DUA wanita yang menjalin hubungan sejenis 'disatukan' sebagai pasangan suami isteri dalam majlis ringkas di Stockholm, Sweden, baru-baru ini. Wanita berasal dari Iran itu dikenali sebagai Sahar Mosleh dan Maryam Iranfar memulakan kehidupan sebagai pasangan 'suami isteri' selepas sembilan tahun hidup bersama. Dengan tersenyum lebar, kedua-dua wanita terbabit disatukan oleh 'imam' bernama Ludovid Mohamed Zahed.
Media melaporkan, Maryam sedang hamil anak pertama mereka, manakala Sahar menderita penyakit tulang yang memaksanya banyak bergantung kepada kerusi roda. Ludovid adalah gay berasal dari Afrika Selatan dan memang dikenali ramai di kalangan pengamal hubungan sejenis dan seks songsang. Bercakap kepada wartawan selepas majlis itu, Ludivid berkata, dia berkongsi kegembiraan pasangan lesbian berkenaan. "Keberanian Maryam dan Sahar berusaha mendapat penghidupan baharu di negara asing sangat terpuji," katanya. Di Iran pasangan cinta sejenis boleh dikenakan hukuman berat, termasuk 50 sebatan bagi kesalahan pertama dan kedua. Jika ditangkap dan disabitkan kesalahan kali ketiga, pengamal homoseks boleh dihukum mati. Ludovid berkata, dia gembira dan puas kerana pasangan Maryam dan Sahar kini boleh memulakan hidup berkeluarga walaupun sudah lama menghadapi halangan. "Ia perjalanan yang jauh. Mereka terpaksa berkelana meninggalkan negara sendiri untuk ke negara asing semata-mata mahu memulakan hidup baru sebagai pasangan suami isteri," katanya. - mstar

Tambahan 60 Penyelia Pantau Keselamatan Tapak MRT - Gamuda
KUALA LUMPUR: Kira-kira 60 penyelia akan ditambah bagi memantau pembinaan projek MRT berikutan kemalangan yang meragut tiga nyawa di salah satu tapak binaannya.
Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Bhd, Datuk Lin Yun Ling berkata, mereka akan melengkapkan 300 perunding yang sudah pun menyelia pembinaan Transit Aliran Massa melibatkan 12,000 kakitangan.
"Tumpuan mereka bukan sahaja terhadap keselamatan. Tanggungjawab mereka juga (akan) mengenai kualiti kerja yang telah siap, jadi mereka juga boleh menumpukan jaminan kualiti dan kawalan kualiti," katanya kepada pemberita di pejabat Pemandu di sini, Khamis.
Lin berkata, kesemua penyelia itu adalah dari pemaju projek, MMC-Gamuda.
Turut serta Ketua Eksekutif Pemandu, Datuk Seri Idris Jala, beliau menambah, MMC-Gamuda mengeluarkan dasar toleransi sifar di kawasan berisiko tinggi dari kawasan Persiaran Surian ke Semantan dua bulan lalu.
Beliau berkata, MMC-Gamuda akan memperluaskan dasar toleransi sifar kepada keseluruhan projek.
Tiga pekerja binaan warga Bangladesh maut apabila tertimbus di bawah runtuhan konkrit seberat 300 tan pada 18 Ogos lalu, dekat Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI).
Mayat mereka telah diterbangkan ke Bangladesh pada Isnin lalu, dan keluarga mereka mendapat pampasan RM25,000 seorang.
Ketua Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid meletakkan jawatan ekoran insiden itu walaupun perletakan jawatannya ditolak oleh lembaga pengarah syarikat.
Enam hari selepas insiden itu, satu lagi kejadian melibatkan beberapa segmen konkrit jatuh dari sebuah treler di sebuah jalan di Kuala Lumpur pada 24 Ogos lalu, mengakibatkan kesesakan lalu lintas. - mstar
TOP
Buat Pertama Kali Amanat Merdeka PM Secara Terbuka, Langsung - Shabery Cheek
KUALA LUMPUR: Amanat Merdeka yang akan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka dan langsung buat pertama kalinya pada malam ambang kemerdekaan merupakan antara kelainan utama sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-57.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penyampaian amanat itu akan dibuat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), Jalan Ampang, di sini pada 30 Ogos.
Katanya, perdana menteri akan menyampaikan amanat itu di hadapan para pemimpin masyarakat, wakil badan bukan kerajaan serta wakil-wakil pelajar yang akan berkumpul di dewan berkenaan, dan acara itu disiarkan secara langsung menerusi radio dan televisyen.
"Sebelum ini penyampaian amanat merdeka yang dibuat perdana menteri dirakamkan sebelum disiarkan dan ia bersifat formal. Oleh kerana itu pada tahun ini kita membawa kelainan.
"Pada sambutan kali ini perdana menteri akan berucap di hadapan wakil-wakil masyarakat secara langsung untuk menyampaikan isi kandungan amanatnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas meninjau persiapan untuk acara di dewan itu, Khamis.
Ahmad Shabery berkata, pemilihan dewan berkenaan yang boleh memuatkan sekitar 400 tetamu sebagai venue untuk acara penyampaian amanat itu adalah sangat signifikan dengan tema sambutan kali ini iaitu 'Malaysia - Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'.
Katanya, walaupun mempunyai dewan lain yang lebih besar namun Dewan Tunku Abdul Rahman itu 'melahirkan' seribu satu permulaan terhadap dasar dan prinsip kenegaraan negara.
"Dewan ini sangat signifikan kerana sejarahnya di sinilah persidangan Parlimen yang pertama diadakan selepas merdeka dan di sinilah tiga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ditabalkan.
"Dan juga di sinilah banyak melahirkan keputusan-keputusan yang penting dan menjadi asas kepada pembinaan dan pembangunan negara yang ada sekarang. Sebenarnya di sinilah lahirnya sebuah cinta," katanya.
Sambutan Hari Kemerdekaan negara pada tahun ini lebih istimewa berbanding sambutan sebelum ini sesuai dengan sambutannya yang memasuki kali ke-57 bersamaan dengan tahun negara mencapai kemerdekaan iaitu pada 1957.
Ahmad Shabery juga berkata, acara sambutan Hari Kemerdekaan kali ini turut akan disesuaikan dengan penghormatan terhadap tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 dan MH370 yang memberi kesan mendalam terhadap rakyat negara ini.
Katanya, ini termasuk membatalkan acara tradisi Ambang Merdeka seperti hiburan dan pertunjukan bunga api.
Bagaimanapun Ahmad Shabery berkata, walaupun rakyat Malaysia berasa hiba dengan kedua-dua tragedi itu, namun mereka diminta untuk tidak terus bermurung sebaliknya meneruskan semangat kemerdekaan.
"Rakyat mesti digerakkan hatinya, rakyat mesti dilihat mampu untuk bangkit berdiri, mengibarkan bendera dan menunjukkan semangat untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik lagi," katanya.
Turut menyertai Ahmad Shabery melawat dewan itu termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong, Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Dalam Negeri) Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab.
Sebanyak 283 penumpang dan 15 anak kapal penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terbunuh apabila pesawat itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
Penerbangan MH370 pula yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, hilang kira-kira sejam selepas berlepas dan dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi. - mstar
TOP
Jangan Terjebak Permainan Isu Untuk Pecah Belah Perpaduan - Najib
Najib Razak
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat supaya tidak terjebak dengan permainan pihak tertentu yang menjadikan isu membandingkan penghormatan terhadap mangsa tragedi pesawat MH17 dengan mangsa insiden pencerobohan di Lahad Datu untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat. Perdana Menteri menegaskan bahawa, sekalipun negara memberikan penghormatan kepada mangsa tragedi pesawat MH17, kerajaan tetap menyanjung jasa polis dan tentera yang terkorban dalam insiden Lahad Datu itu. "Ada sahaja orang nak memecahbelahkan kita. Dalam peristiwa Lahad Datu orang yang sama yang kata ini kononnya sandiwara, tapi bila berlaku MH17 bila kita beri penghormatan teristimewa, dia kata kenapa tak bagi penghormatan yang sama kepada para anggota tersebut walhal pada awalnya dia kata itu sandiwara," katanya. "Dalam peristiwa Lahad Datu, kita telah beri bantuan lebih daripada biasa... jangan jadikan itu isu...ini adalah soal kita bersama," kata Najib ketika berucap pada Majlis Perdana Ulama-Umara dan Anugerah Masjid Malaysia 2014 di sini, Khamis. Najib berkata, beliau telah melakukan sehabis baik berhubung insiden MH17 dengan melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan iaitu berhubung dengan ketua pemberontak. "Jadi dasar luar kita ini, kuasa besar pun kita berhubungan, negara sedang membangun pun kita ada hubungan hatta kita perlu berunding dengan kumpulan pemberontak pun kita runding kerana kita percaya kepada kebaikan. "Jika saya tak buat peranan ini mustahil kita akan dapat balik jenazah-jenazah ke pangkuan keluarga tersayang," kata perdana menteri. Najib berkata, usaha itu dilakukan kerana ketika beliau berjumpa seorang demi seorang keluarga mangsa, hatinya sebak dan hiba lalu beliau berjanji akan lakukan apa sahaja untuk membawa mangsa nahas MH17 pulang. "Jadi saya minta daripada kumpulan pemberontak tanpa menjanjikan apa-apa... saya tak bayar satu sen pun. Saya kata tolong dan dia kata akan tolong dan serahkan kotak hitam dan mayat hanya kepada pasukan Malaysia," katanya. Beliau melihat tragedi pesawat MH17 dan MH370 jelas menunjukkan kebersamaan rakyat dalam menghadapi saat kesedihan negara dengan menolak segala perbezaan politik tanpa mengira agama dan bangsa. "Insiden itu perlu dijadikan iktibar buat semua. "Bila negara diuji dengan pelbagai dugaan, sebagai ketua kerajaan (saya minta) bantulah saya...untuk sama-sama membina masa depan umat Islam yang cemerlang," katanya. - mstar

Penggodam Tarik Keluar Permainan Tak Sensitif Tragedi MH17
PETALING JAYA: Sebuah permainan video di Internet yang langsung tidak mempedulikan nasib tragis mangsa MH17, telah ditarik keluar oleh seorang penggodam kerana mendapati ia keterlaluan.
Permainan yang bertajuk "Euro BUK Simulator 2014" itu memerlukan para pemain menembak jatuh pesawat komersial, termasuk satu pesawat yang mempunyai logo MAS, dan terdapat pelancar peluru di darat, kemudiannya mengumpulkan pasport milik mangsa bagi mendapatkan mata.
Laman 'hosting' bagi permainan itu kini menunjukkan satu mesej dalam bahasa Belanda yang ditinggalkan oleh penggodam dengan skrin kosong warna hitam dan berkata, "Terdapat batasan untuk kebebasan Internet. Kebebasan Internet adalah baik, tetapi perlu menghormati.
"Tidak menghormati mereka yang terlibat (dalam nahas), saya memutuskan untuk menutupnya," kata pesanan itu.
Permainan itu dikritik oleh website Belgium VKMag tiga hari lalu apabila ia menyindir tragedi yang mengorbankan 298 orang. Imej skrin bagi permainan itu turut disiarkan di laman web tersebut.
Wajah Presiden Rusia, Vladimir Putin terpampang pada logo permainan itu, dan VKMag percaya permainan itu dicipta oleh seorang warga Belgium berdasarkan Protokol Internet (IP) dan nama domain.
Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembak jatuh di Ukraine, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia pada 17 Julai lalu dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Kesemua 298 orang dalam pesawat itu termausk 43 rakyat Malaysia terbunuh. - mstar
TOP
MH370: Malaysia, Australia Kongsi Kos Untuk Kapal Carian Di Laut Dalam
Liow Tiong Lai.
CANBERRA: Malaysia bersetuju berkongsi kos dengan Australia untuk kapal Australia digunakan bagi melakukan pencarian terhadap pesawat penerbangan MH370 di laut dalam dengan Australia, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai. Menteri Pengangkutan berkata, tender untuk peralatan khusus itu bernilai kira-kira AUD52 juta (RM153.1 juta). "Kita akan berkongsi kos untuk peralatan bagi fasa baharu yang ditetapkan bermula bulan depan. "Kos ini ditanggung kita untuk menggerakkan Prosas Side Scan Sonar yang akan dikerahkan untuk menyertai pencarian MH370 pada minggu pertama bulan September," katanya pada sidang media selepas mesyuarat dengan Australia dan China di Rumah Parlimen di sini, Khamis. Liow berkata, Malaysia komited dan membelanjakan sebanyak RM50 juta sejak pesawat itu hilang pada 8 Mac lalu. "Kita tidak akan berputus asa mencari pesawat itu," katanya. Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss yang turut hadir berkata, pencarian di laut dalam dengan kapal Australia itu bersedia dilakukan dalam tempoh kira-kira 12 bulan. "Kaji selidik batimetrik telah dianalisis dan akan digunakan dalam perancangan carian di bawah air. "Kajian ini akan menjadi penting dalam menjalankan fasa baharu sistematik mencari pesawat," katanya. Beliau menambah kawasan carian itu boleh beralih ke selatan dari lokasi semasa. "Ia hanya perubahan kecil mengikut kaji selidik batimetrik yang dijalankan," katanya. - mstar

AirAsia Sahkan Ancaman Bom Terhadap Salah Satu Pesawatnya Di Thailand
PETALING JAYA: AirAsia mengesahkan terdapat ancaman bom dibuat terhadap salah satu pesawatnya dalam penerbangan dari Bangkok ke Phuket pada Selasa.
"Kami mengesahkan terdapat ancaman bom terhadap pesawat AirAsia bagi penerbangan FD3003 pada 26 Ogos seperti yang dilaporkan dan kami bekerjasama penuh dengan Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Thailand (AoT) yang mengendalikan kes ini," kata AirAsia dalam satu kenyataan yang diemelkan kepada The Star Online pada Khamis.
Pesawat itu mendarat selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket (HKT) pada pukul 12.15 tengah hari Selasa.
AoT dalam satu kenyataan berkata, HKT menerima panggilan telefon mengenai ancaman bom pada penerbangan AirAsia FD 3003 selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Don Mueang di Bangkok.
Mengenai ancaman itu, AoT mengesahkan bahawa pesawat Airbus A320-200 yang membawa 167 penumpang, empat kru dan dua juruterbang, berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 10.55 pagi.
"AoT kemudian melakukan prosedur kecemasan dengan menyediakan kawasan parkir berasingan untuk pesawat itu dan mendapatkan agensi berkaitan untuk menerima pesawat tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Seorang pegawai pemerintah di lokasi mengetuai unit Bahagian Ordinan Bahan Letupan (EOD) dan pegawai-pegawai berkaitan untuk menjalankan pemeriksaan terhadap ruang bagasi pesawat sebagai protokol kecemasan.
Menurut AoT, pemeriksaan itu tidak menemui sebarang objek mencurigakan yang dikatakan sebagai ancaman.
Ia menambah bahawa syarikat penerbangan dan penumpang penerbangan itu memberi kerjasama melalui proses itu dan pesawat berkenaan dibenarkan berlepas dari HKT pada pukul 3.08 petang.
Pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Don Mueang pada pukul 4.28 petang.
"Berdasarkan pemeriksaan awal, pihak berkuasa percaya bahawa ancaman bom itu bertujuan untuk menimbulkan kekecohan dan menganggu penerbangan.
"AoT melancarkan siasatan penuh berhubung perkara ini," katanya dalam satu kenyataan. - mstar
TOP
Tunggang Motor Dalam Keadaan 'Buta' Antara Tarikan Hari Kemerdekaan Ke-57
Sebahagian pelajar melakukan persembahan pada raptai sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 di Dataran Merdeka di sini, Khamis.
KUALA LUMPUR: Menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam keadaan mata ditutup antara tarikan utama pada sambutan peringkat nasional Hari Kemerdekaan ke-57, di sini Ahad ini. Cabaran itu akan dipikul oleh Lans Koperal Mohd Aliff Affendi, 26, daripada pasukan lagak ngeri 'Army Red Warriors' tentera darat. Beliau akan mengendalikan motosikal Naza Cruise 250cc tanpa penglihatan untuk jarak sejauh 200 meter dengan dinaiki oleh 30 pembonceng. Selain itu, beliau juga berdepan dengan cabaran untuk mengawal motosikal dengan beban muatan sehingga 2,000 kilogram bagi memastikan ia tidak tersasar, ataupun berakhir dengan kecelakaan sewaktu pertunjukan tersebut. "Setiap kali saya melakukan persembahan ini, perasaan saya bercampur baur antara gemuruh, risau, namun tersemat perasaan bangga yang amat sangat kerana dapat melakukan persembahan di hadapan Yang Di-Pertuan Agong dan kepimpinan tertinggi negara," katanya, Khamis.
Beliau berkata kepada Bernama selepas selesai menjalani raptai sempena Hari Kemerdekaan ke-57 yang akan disambut Ahad ini di Dataran Merdeka di sini. Pertunjukan berisiko tinggi itu antara acara khas daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena sambutan itu yang bertemakan 'Malaysia...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'. Beliau yang menyertai pasukan itu sejak lapan tahun lepas berkata, latihan berterusan dan kerjasama daripada setiap anggota amat perlu kerana sedikit sahaja kesilapan boleh mendatangkan kecederaan malah boleh membawa maut. "Saya sendiri memerlukan persediaan fizikal dan mental yang tinggi setiap kali ada persembahan yang akan dilakukan oleh kumpulan kami selain komitmen daripada setiap anggota bagi mengelak kemalangan yang boleh membahayakan orang awam. "Jika motosikal terbabas, anggota yang berada di sebelah kiri dan kanan akan turun dahulu untuk tolong sokong anggota yang berada di atas motosikal dan memastikan ia tidak terjatuh," katanya. Sementara itu, bagi Lans Koperal Nurul Natasha Mohd Ali, 26, menyifatkan penyertaannya dalam pasukan aksi lasak tersebut bukan penghalang buat dirinya, apabila diterima dengan baik oleh rakan-rakan lelaki yang lain. "Dalam pasukan ini, hanya ada empat wanita termasuk saya. Walaupun aksi lasak sering dikaitkan dengan golongan lelaki, namun saya sahut cabaran untuk turut serta bagi membuktikan wanita juga lasak seperti lelaki. "Tak dinafikan perasaan gemuruh menguasai diri ketika mula-mula menyertai pasukan ini kerana sedar risiko tinggi, namun saya kuatkan diri dan lama-kelamaan, perasaan itu mula hilang," katanya dengan penuh bersemangat. - mstar

Jangan Sesekali Guna Cincin Besi Untuk Kekalkan Ereksi - Pakar Urologi
Gambar diambil dari Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
PETALING JAYA: Sesetengah lelaki meletakkan cincin pada pangkal zakar mereka agar mereka dapat mengekalkan ereksi, kata pakar urologi. Menurut kolumnis The Star Online Dr George Lee, "kesan turniket" ini akan memastikan darah di dalam zakar tidak mengalir kembali ke badan. "Apabila anda mengalami ereksi, terdapat darah yang merening ke zakar. Sesetengah lelaki akan menggunakan pam jika mereka tidak boleh berereksi. "Untuk mengekalkannya, mereka meletakkan cincin pada pangkal zakar; sama ada diperbuat daripada getah, tali kulit, atau dalam beberapa kes, cincin yang dibuat daripada besi," kata Dr Lee. Menurut kamus Meriam-Webster, turniket adalah peranti yang memeriksa pendarahan atau aliran darah dengan memampatkan saluran darah. Ahad lalu, sepasukan empat anggota dari unit Emergency Medical Rescue Team (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Baru mengambil masa hampir dua jam untuk memotong cincin keluli yang dipakai seorang lelaki berusia 23 tahun. Lelaki itu kemudiannya berkata dia melakukannya untuk tujuan "suka-suka". Bahagian zakar lelaki itu membengkak. "Apa yang berlaku adalah kes darah tidak mengalir semula ke dalam badan dalam tempoh yang lama. Bahagian yang berada di luar cincin logam akan membengkak dan bekalan darah ke zakar dikompromi. "Pengumpulan darah yang telah lama ini akan membuatkan ia kelihatan biru dan bengkak," kata Dr Lee, sambil menambah kes yang sama berlaku di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ketika beliau bekerja di sana beberapa tahun yang lalu. "Selepas beberapa jam, sel-sel zakar melalui sesuatu yang dipanggil 'nekrosis' atau keadaan ia mati kerana tidak mendapat oksigen," kata Dr Lee. Beliau menambah selepas enam jam, zakar akan melalui fibrosis dan parut, dan tidak akan mempunyai fungsi ketegangan pada masa akan datang. "Sebabnya itulah ia perlu ditangani dengan satu perubatan kecemasan dengan segera," katanya. Tambahnya, doktor akan cuba menyelamatkan zakar dengan mencucukkan jarum terus ke zakar agar lebih banyak darah mungkin boleh disedut keluar. Jika zakar menjadi lembik, cincin itu boleh ditarik keluar tetapi jika tidak, Bomba terpaksa dipanggil untuk mendapatkan bantuan, kata Dr Lee. "Tidak ada pemotong logam dalam amalan perubatan dan dalam keadaan ini, Bomba akan menjadi orang pertama yang akan dihubungi hospital," katanya. Adakah dia mempunyai apa-apa nasihat untuk mereka yang merancang untuk meletakkan cincin pada zakar mereka? "Jika anda mempunyai masalah ereksi, pergi berjumpa doktor dan lihat jika pil mungkin menjadi pilihan yang lebih mudah. Tetapi jika mereka benar-benar perlu menggunakan "turniket" sebagai pilihan, gunakan yang diperbuat daripada getah atau kulit. Jauhi logam, jika tidak Bomba mungkin perlu datang dan membantu anda," katanya. - mstar

Malaysia Perlu Pertimbang Untuk Tidak Miliki Loji Tenaga Nuklear
Dr David KL Quek
ASTANA (Kazakhstan): Pengamal Perubatan Malaysia Untuk Tanggungjawab Sosial (MPSR) berharap kerajaan Malaysia akan mempertimbang dengan serius untuk tidak mempunyai loji nuklear di dalam negara. Presidennya, Dr David KL Quek berkata, MPSR membantah idea ini walaupun loji nuklear hanya untuk menjana tenaga, namun ia boleh membawa banyak mudarat daripada manfaat. Beliau berkata, kebimbangan utama mereka adalah kemalangan boleh berlaku walaupun langkah berjaga-jaga diambil bagi menghasilkan tenaga manakala faktor kos boleh menjadi satu lagi sebab untuk kerajaan mempertimbangkannya. "Masalah utama ialah bagaimana untuk menyimpan sisanya, di mana ia akan diletakkan. Selain itu, ia tidak benar-benar mesra alam," katanya ketika ditemui di luar Kongres Sedunia Pengamal Perubatan Untuk Pencegahan Perang Nuklear kali ke-21 (IPPNW) yang berlangsung di Independent Palace di sini, Rabu. MPSR adalah badan yang tidak berat sebelah, persatuan bebas yang terdiri daripada pengamal dan pelajar perubatan yang bermatlamat untuk bekerja ke arah keamanan, keadilan sosial, pembangunan mapan ekologi, keselamatan manusia, dan mencegah perang konvensional dan nuklear melalui penyelesaian secara damai sesuatu konflik dan pemansuhan senjata nuklear, kimia dan biologi melalui penyelidikan, pendidikan dan sokongan. Dr Quek berkata, kos bagi membina loji nuklear amat tinggi iaitu sekitar US$10 bilion sehingga US$15 bilion. "Dengan jumlah wang yang begitu besar, kerajaan boleh mempertimbang untuk melabur dalam tenaga yang boleh diperbaharui terutama tenaga solar. "Bagi saya, Malaysia masih belum bersedia untuk tenaga nuklear lagi. Mungkin pada masa depan jika teknologi kita berkembang dengan progresif. Untuk memilikinya sekarang... kedudukan kita masih lagi jauh untuk itu," katanya. Sebelum ini dilaporkan pada Disember 2010, kerajaan telah mengumumkan bahawa ia merancang untuk membina dua loji tenaga nuklear bagi memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat, satu menjelang tahun 2021 dan keduanya setahun kemudian. Insiden letupan di loji tenaga Fukushima, Jepun pada 2011, yang menyebabkan pencemaran radiasi telah menimbulkan kebimbangan masyarakat dunia berhubung risiko tenaga nuklear. Bulan lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong berkata, kerajaan akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan berhubung cadangan membina loji tenaga nuklear di dalam negara dalam masa 10 tahun. Mah yang bertanggungjawab menyelia Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia (MNPC) itu berkata kajian komprehensif termasuk penerimaan masyarakat, adalah perlu selain mendapatkan input daripada pakar dan pertubuhan bukan kerajaan. Dr Quek menyebut kes Fukushima sebagai contoh, di mana walaupun pelaksanaannya betul dan berteknologi tinggi, loji nuklear menimbulkan masalah kepada Jepun. "Lihatlah Fukushima. Mereka mempunyai teknologi yang baik namun apabila berlaku gempa bumi, kemudian datang tsunami, ia menyebabkan banyak masalah kepada rakyat Jepun. Keadaan di kawasan yang terjejas masih tidak menentu sehingga sekarang," katanya. - mstar

Mahkamah Tolak Cubaan MAS Ketepi Keputusan Pemecatan Pekerja Secara Salah
KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) gagal dalam cubaannya untuk mengetepikan keputusan yang menghendakinya membayar ganti rugi RM97,035 kepada seorang bekas pekerjanya yang dipecat secara salah kerana menjual minyak wangi yang bukan merupakan barang jualan dalam penerbangan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nallini Pathmanathan menolak permohonan MAS untuk mendapatkan semakan semula kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Perusahaan yang membenarkan tuntutan bekas penyelia perkhidmatan dalam penerbangan, Mazlin Desa terhadap syarikat penerbangan itu yang didakwa memecatnya secara tidak adil.
Dalam penghakiman setebal 20 muka surat, Nallini berkata, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang wajar berdasarkan bukti yang dikemukakan kepadanya dan oleh itu tiada asas bagi Mahkamah Tinggi untuk campur tangan.
Katanya, Mahkamah Perusahaan telah menimbang dengan menyeluruh semua perkara berkaitan fakta dan undang-undang sebelum membuat keputusannnya dan oleh itu, keperluan membuat satu keputusan aneh yang menyanggah logik, tidak dapat dipenuhi.
Nallini juga menolak permohonan semakan semula kehakiman Mazlin terhadap keputusan Mahkamah Perusahaan yang menolak tuntutannya agar diterima semula bekerja dengan MAS. - mstar
TOP
Krisis Selangor: Adun PKR Perlu Tolak Jadi MB
Rafizi Ramli.
PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti itu supaya menolak pencalonan sebagai menteri besar Selangor. Menurutnya, tindakan tersebut membuktikan lambang kesetiaan mereka (Adun) kepada parti dan perpaduan dalam menentang parti lawan. "Setiap Adun PKR di Selangor harus menarik diri daripada sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak sebagai menghormati keputusan sebulat suara parti itu yang turut dipersetuju Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat. Terdahulu, PKR menegaskan tetap akan menghantar nama Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk jawatan tersebut kepada Istana Selangor. Jelas Rafizi, setiap Adun (PKR) harus menyokong keputusan parti untuk menamakan presiden parti sebagai calon tunggal untuk jawatan menteri besar Selangor yang baharu. "PKR dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara memilih Wan Azizah sebagai calon tunggal Pakatan Rakyat sebagai menteri besar Selangor. Keputusan ini perlulah dihormati," katanya. Pada masa sama, beliau turut memuji tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menolak cadangan PAS agar beliau dinamakan sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Saya ucapkan tahniah kepada Nik Nazmi kerana menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap Wan Azizah," katanya. Pada Khamis, Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berpendapat Nik Nazmi adalah calon yang sesuai bagi jawatan tersebut kerana beliau merupakan seorang calon yang muda dan mampu memimpin dengan baik. Bagaimanapun, Nik Nazmi menolak cadangan tersebut dan tetap menyokong pencalonan Wan Azizah untuk dilantik ke jawatan tersebut. - mstar

Saham MAS Digantung Pagi Ini
KUALA LUMPUR: Saham dagangan syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) digantung mulai pukul 9 pagi Jumaat berikutan pengumuman penting oleh pemegang saham utamanya, Khazanah Nasional Bhd.
Khazanah yang memiliki hampir 70 peratus saham syarikat penerbangan negara itu dijangka mengumumkan butiran penyusunan semula di bawah cadangan penswastaan.
MAS mencatat kerugian bersih RM307 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Jun 2014.
Berikutan itu, kerugian bersih yang dicatat MAS dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini mencecah RM750 juta, iaitu 65 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ia mengalami kerugian bersih buat enam suku tahunan berturut-turut yang dilaporkan oleh MAS, sehari sebelum pemegang kepentingan utamanya, Khazanah Nasional dijadual mengumumkan pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan nasional itu. - mstar
TOP
Bangga Simpan Wang RM1 Ditandatangani PM Pertama
Syed Alwi menunjukkan wang kertas RM1 yang ditandatangani Tunku Abdul Rahman.
GEORGE TOWN: Sebuah lencana merdeka yang diterimanya daripada seorang guru ketika di darjah satu pada tahun 1957 mendorong Syed Alwi Syed Omar untuk menjadi pengumpul barangan lama yang berkaitan dengan sejarah Malaysia. Antara koleksi menariknya kini termasuk duit syiling edisi khas dan wang kertas RM1 yang ditandatangani oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Syiling merdeka edisi khas milik Syed Alwi adalah dari tahun 1977, 1982 dan 1987.
"Pada 23 Ogos 1985, saya menghantar ibu saudara saya di tadika Perkim di Jalan Utama di mana dia bekerja sebagai Guru Besar. Di sana, saya bertemu dengan Tunku dan saya meminta beliau menandatangani wang kertas RM1. "Beliau adalah seorang pemimpin yang sentiasa merendah diri," kata Syed Alwi sambil menunjukkan kepada The Star wang kertas RM1 miliknya itu. Tambah Syed Alwi, beliau juga mengumpul syiling merdeka daripada Bank Negara. Syiling merdeka edisi khas beliau adalah dari tahun 1977, 1982 dan 1987.
Antara koleksi peribadi berkaitan sejarah Malaysia milik Syed Alwi. "Ramai orang bertindak melupuskan barangan mereka tanpa mengetahui ia boleh menjadi koleksi yang tidak ternilai. "Saya pernah mengutip barang-barang berharga yang mungkin tidak terdapat di pasaran sekarang," katanya. Syed Alwi juga berbangga dengan lencana merdeka miliknya. "Majikan bapa saya memberikannya lencana dengan imej Tunku pada tahun 1957. Ayah saya memberikannya kepada saya dan saya sangat menghargainya. "Ketika itu terdapat banyak lencana seperti seumpamanya di pasaran. Tapi orang buang. Saya kumpul dan disimpan dengan sebaliknya," kata pesara Majlis Perbandaran Pulau Pinang itu. Ditanya mengenai mesej beliau sempena merdeka, Syed Alwi menggesa generasi muda supaya mengamalkan kitar semula untuk menyelamatkan alam sekitar. "Barangan yang mungkin dianggap rosak boleh dibaiki atau dipasang semula serta digunakan dengan baik. Jadilah hero penyelamat alam sekitar," katanya. - mstar

Pengeluaran Fleksibel 55 Tahun: Ahli KWSP Keluar RM1.81 Bilion
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM1.81 bilion dikeluarkan di bawah kemudahan Pengeluaran Fleksibel Umur 55 tahun pada suku kedua tahun ini berbanding RM1.77 bilion dalam suku yang sama tahun lepas, kata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
KWSP dalam satu kenyataan berkata, peningkatan bilangan ahli yang memilih kemudahan itu adalah sejajar dengan penurunan Jumlah Pengeluaran Sekali Gus kepada 46,485 orang daripada 48,927 orang dalam suku kedua tahun lepas.
Kemudahan Pengeluaran Fleksibel Umur 55 tahun itu juga mencatatkan kenaikan 23.97 peratus dengan 59,379 permohonan diluluskan dalam suku kedua daripada 47,897 dalam tempoh yang sama pada 2013.
"Kemudahan itu menawarkan peluang kepada ahli untuk mengeluarkan simpanan KWSP mereka apabila mencecah usia 55 tahun secara berkala dan bukan sekali gus," kata KWSP.
Sementara itu, KWSP berkata kemudahan Pengeluaran Perumahan mencatatkan bilangan permohonan dilulus tertinggi sebanyak 101,399 dalam suku kedua 2014, bernilai RM1.37 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, menasihatkan ahli agar menggunakan garis panduan Simpanan Asas untuk membantu mereka merancang dan menguruskan simpanan KWSP mereka dengan lebih baik.
Beliau berkata, amaun Simpanan Asas disemak semula, yang ditetapkan sebanyak RM196,800 sebagai amaun minimum ahli sekiranya mereka mencecah usia 55 tahun, membantu mereka menentukan keperluan simpanan minimum mereka mengikut usia.
"Ahli juga boleh mendapatkan nasihat daripada Perkhidmatan Khidmat Nasihat Persaraan kami di cawangan kami di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya," katanya.
Pada Jun 2014, Jumlah ahli KWSP meningkat kepada 14.05 juta di mana 6.57 juta merupakan ahli aktif yang terus menyumbang kepada simpanan persaraan mereka.
Bagi tempoh yang sama, 15,740 majikan baharu mendaftar menjadikan jumlah keseluruhan majikan yang berdaftar dengan KWSP sebanyak 525,932. - mstar
TOP
Johor Terus Jadi Pilihan Pelabur Tempatan, Asing
Iskandar Malaysia antara menarik minat pelabur di Johor. Gambar Hiasan
JOHOR BAHARU: Johor terus menjadi pilihan pelabur tempatan dan asing dengan jumlah pelaburan perindustrian sebanyak RM14.9 bilion sejak Januari hingga Mei tahun ini. Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, statistik berkenaan menunjukkan Johor dilihat sebagai negeri yang sangat berpotensi dan mampu menjadi hab ekonomi di negara ini. "Daripada jumlah RM14.9 bilion itu, RM4.83 bilion adalah pelaburan asing manakala bakinya pelaburan tempatan," katanya semasa berucap merasmikan forum pengeksport peringkat Johor anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) 2014, di sini, Khamis. Hadir sama, Pengerusi Matrade Datuk Noraini Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong. Mohamed Khaled berkata, statistik yang dikeluarkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) itu sekaligus meletakkan Johor pada kedudukan pertama dalam pelaburan, diikuti Sarawak dan Pahang. Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan terus memastikan kelangsungan elemen positif berkenaan bagi menjadikan negeri ini sebagai destinasi pilihan pelaburan. Tumpuan juga akan dilakukan dengan mempromosi peluang-peluang pelaburan yang ada di negeri ini, katanya. Mengenai forum berkenaan, Mohamed Khaled berkata, ia mampu mendedahkan usahawan mengenai pengeksportan terkini dan membantu mengembangkan jaringan komuniti perniagaan di negeri ini. "Bidang pengeksportan bukan suatu yang asing di Johor kerana negeri ini mencatatkan jumlah eksport ketiga terbesar di Malaysia tahun lepas dengan sebanyak RM181.86 bilion. "Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 16.4 peratus berbanding sebanyak RM156.21 bilion yang dicatatkan pada tahun 2012," katanya. - mstar

Bank Rakyat Sasar Pertumbuhan 10 Peratus Segmen Kad Kredit-i
Kad Kredit-i Bank Rakyat
KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menyasarkan pertumbuhan sebanyak 10 peratus untuk segmen Kad Kredit-i, tahun ini. Pengarah Urusan dan Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak berkata, institusi itu yakin pertumbuhan ekonomi yang lebih baik untuk 2014 akan memberi ruang kepada segmen tersebut terus berkembang. Sehingga kini segmen kad kredit menyumbang tiga peratus kepada hasil institusi ini dan dijangka dapat mencapai 10 peratus menjelang 2015, katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran 'Kad Kredit-i 60 Tahun Bank Rakyat' di sini, Khamis. Menurut Mustafha, Bank Rakyat merekodkan pertumbuhan 30 peratus asas tahun ke tahun sehingga kini. Sehingga kini terdapat 300,000 pemegang kad kredit-i Bank Rakyat sejak dilancarkan pada 2008. "Kami turut merancang untuk mengeluarkan 50,000 kad kredit-i sehingga 2015," kata Mustafha. Kad Kredit-i edisi khas yang dilancarkan hari ini hanya untuk 10,000 pemohon, menjadikan Kad Kredit-i Kategori Emas itu unik. Beliau berkata, Bank Rakyat kini mengutamakan usaha mempelbagaikan pendapatan kerana institusi itu tidak mahu hanya dikenali sebagai penyedia pembiayaan peribadi nombor satu di Malaysia. Setakat ini, pembiayaan peribadi menyumbangkan 70 peratus kepada Bank Rakyat. Bank Rakyat yang ditubuhkan pada 28 Sept 1954 di bawah Ordinan Koperasi 1948 (dikenali sebagai Akta Koperasi 1993) kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan aset bernilai RM82.88 bilion berakhir Disember 2013. Bank itu mentransformasikan sistem perbankan konvensionalnya kepada sistem perbankan syariah sejak 2003. - mstar

Fanatik K-Pop: Remaja Korea Selatan Rela Ubah Wajah
Perubahan wajah ketara remaja Korea Selatan selepas menjalani pembedahan plastik, semata-mata kerana pengaruh K-Pop. Gambar Hiasan.
MEMANG sudah diketahui umum bahawa populariti budaya K-Pop menular ke seluruh dunia dan ia banyak disumbangkan oleh kecanggihan teknologi pembedahan bagi membentuk wajah cantik dan menarik. Keadaan itu menyebabkan sesetengah pihak percaya sebahagian remaja Korea Selatan lebih cenderung membelanjakan wang simpanan untuk menjalani pembedahan plastik berbanding melancong ke luar negara selepas menamatkan persekolahan peringkat menengah. Permintaan yang tinggi daripada penduduk tempatan juga menyebabkan bisnes pembedahan plastik berkembang maju dan lumayan. Di Korea Selatan, klinik pembedahan plastik untuk mencantikkan wajah boleh ditemui hampir di mana saja, termasuk kawasan mewah dan eksklusif di Gangnam. Selain menjadi pusat tumpuan beli-belah dan hiburan di kalangan golongan elit, Gangnam juga seolah-olah syurga pembedahan plastik. Malah, satu daripada klinik pembedahan plastik di Gangnam menyimpan dua bekas kaca besar berisi tulang rahang pelanggan yang dibuang.
Melalui gambar yang disiarkan di Internet, bekas kaca itu mengandungi ribuan tulang rahang penduduk setempat yang ingin mencantikkan wajah masing-masing. Klinik berkenaan juga kelihatan berbangga mempamerkan koleksi tulang rahang itu di dalam premis mereka - mungkin untuk menarik keyakinan pelanggan yang berkunjung. Antara lain, koleksi ribuan rahang itu menjadi bukti bahawa klinik berkenaan sudah beroperasi dengan selamat sejak sekian lama dan mendapat keyakinan ramai. - mstar

Tugu Peringatan MH17 Akan Didirikan Di Taman Parlimen Australia
Abbott menjangkakan tugu peringatan MH17 itu akan siap menjelang ulang tahun pertama tragedi itu.
MELBOURNE: Sebuah tugu peringatan bagi mangsa tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 akan didirikan di taman-taman Parlimen Persekutuan di Canberra. Perdana Menteri, Tony Abbott memberitahu Parlimen, ia dijangka siap untuk ulang tahun pertama tragedi itu, yang meragut nyawa 38 rakyat Australia. Ia akan menjadi satu "peringatan bahawa kami tidak akan sekali-kali melupakan mereka," katanya. Pemimpin pembangkang Bill Shorten berkata, tugu peringatan itu adalah idea "yang sangat wajar". Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh semasa terbang di ruang udara negara yang bergolak. Selain rakyat Australia, warga dari Malaysia, Belanda, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand adalah antara 298 penumpang dalam pesawat itu. - mstar

Haji: Pendapatan Arab Saudi Meningkat Kepada RM26.35 Bilion
RIYADH: Arab Saudi bakal menerima pendapatan sebanyak SR32 bilion (RM26.35 bilion) sepanjang musim haji Oktober ini, peningkatan tiga peratus berbanding tahun lalu.
Dewan Perniagaan Mekah menyatakan, jumlah itu meliputi kos penginapan, makanan, minuman, cenderamata dan bil telefon untuk setiap jemaah asing.
Menurut laporan dewan itu, biasanya setiap jemaah haji asing akan membelanjakan sebanyak SR17,381 (RM14,362) sepanjang menjalankan ibadah itu.
Sementara itu, seramai 228,000 daripada lebih 1.3 juta jemaah haji asing yang bakal menunaikan ibadah itu tahun ini membabitkan rakyat negara Asean, termasuk Malaysia.
Selain itu, jumlah penduduk negara Asia Selatan direkodkan sebagai jemaah haji paling ramai tahun ini iaitu 410,000, diikuti jemaah dari negara-negara Arab iaitu 250,000 orang.
Menurut Kementerian Haji Arab Saudi, seramai 190,000 jemaah pula datang dari Turki dan negara Eropah, manakala 170,000 pula jemaah bukan negara Arab dan Iran (63,000).
Ahli Jawatankuasa Haji dan Umrah Negara, Saad Al-Qurashi berkata, seramai 150,000 jemaah tempatan, termasuk pegawai turut dijangka menunaikan haji dan daripadanya seramai 41,000 jemaah bakal mendapat manfaat daripada kos perkhidmatan haji rendah. - mstar
TOP
Pakar Bedah Ketagih Seks Dihantar Pulang Ke Malaysia
Dr Suresh Nair di luar mahkamah, tahun lalu. -foto The Daily Telegraph
PETALING JAYA: Dr Suresh Nair, pakar bedah saraf yang mengalami ketagihan seks dan bertanggungjawab terhadap kematian dua orang pelacur, telah dihantar pulang ke Malaysia. The Daily Telegraph mendedahkan bahawa Menteri Imigresen Australia Scott Morrison telah mengarahkan penghantaran pulang Dr Nair yang telah menjalani hukuman penjara empat tahun kerana membunuh dan membekalkan kokain selepas dibebaskan di bawah sistem parol pada 31 Julai. Menurut laporan itu, dia meninggalkan Australia pada Selasa. Doktor kelahiran Malaysia, yang mempunyai taraf penduduk tetap Australia, telah dibenarkan untuk terus bekerja di sebuah hospital swasta di Sydney walaupun ketagihan kokain dan seks. Ini menyebabkan beberapa pembedahan mengganggu tugasnya, yang mengakibatkan keadaan beberapa pesakitnya menjadi bertambah teruk. Nair dipenjara pada tahun 2011 kerana membunuh pelacur berusia 22 tahun, Domingues Zaupa, yang mengambil kokain berlebihan semasa pesta di sebuah apartmen mewah pakar bedah itu di Sydney pada tahun 2009. Dia juga mengaku bersalah membekalkan kokain, yang mengorbankan pelacur Victoria McIntyre, 23, di apartmennya. - mstar

Lebih Ramai Pekerja Asing Ditahan Berhubung Rusuhan Di Kulaijaya
Seorang anggota polis cuba berunding dan menenangkan kira-kira 800 pekerja warga asing di kilang membuat komponen pemacu cakera keras yang melakukan rusuhan dan mogok kerana tidak puas hati terhadap majikan mereka di Taman Perindustrian Kelapa Sawit di sini, Selasa.
KULAIJAYA: Jumlah pekerja asing yang ditahan polis berhubung insiden rusuhan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Kelapa Sawait di sini meningkat kepada 49 orang. Ketua Polis negeri, Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata, 47 warga Nepal dan dua warga Bangladesh ditahan kerana merusuh dan polis akan terus mengenal pasti dan menahan mereka yang terlibat dalam insiden pada Selasa lalu. "Kita tidak akan teragak-agak untuk menahan pekerja asing lain yang menyebabkan gangguan awam dan kerosakan terhadap sebarang harta di sini," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan syarikat itu di sini, Khamis. Polis menahan seramai 44 pekerja asing setakat petang Rabu. Dalam kejadian itu, kira-kira 800 pekerja asing mengadakan mogok bermula pukul 9 pagi termasuk membakar kereta milik seorang pengurus kilang dan merosakkan bangunan kilang berkenaan. - mstar

43 Anggota Keamanan PBB Ditawan Kumpulan Bersenjata Syria
NEW YORK: Kumpulan bersenjata Syria yang sebahagiannya dikaitkan dengan rangkaian Al-Qaeda, menahan 43 anggota tentera misi keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bukit Golan, pada Jumaat.
Seramai 81 yang lain masih terkepung.
Anggota misi keamanan seramai 43 yang ditahan itu adalah dari Fiji yang dipaksa meletakkan senjata sebelum dijadikan tebusan berdekatan laluan sempadan Quneitra.
Bagaimanapun 81 anggota pasukan Filipina yang memakai topi keledar biru masih bertahan di kubu mereka dan enggan menyerahkan senjata, demikian menurut Jabatan Pertahanan Filipina.
"Ini menyebabkan keadaan tegang ketika ini dan pegawai PBB masih cuba menyelesaikan keadaan ini secara aman," menurut kenyataan tersebut.
Pemberontak Syria termasuk pejuang rangkaian Al-Qaeda, Barisan Bertindak Al-Nusra menggempur masuk ke sempadan Quneitra, pada Khamis sehingga menyebabkan berlakunya insiden tembak-menembak dengan askar Israel.
Quneitra satu-satunya pintu laluan sempadan antara Syria dan Israel yang dibuka serta menjadi laluan strategik.
Susulan itu, Majlis Keselamatan PBB mengutuk keras penahanan 43 anggota keamanan itu dan kepungan terhadap 81 lagi anggota badan itu oleh kumpulan pengganas dan kumpulan bersenjata Syria.
Majlis Keselamatan PBB menuntut agar mereka yang ditahan itu dibebaskan tanpa syarat dan menyeru negara yang berpengaruh agar membantu pembebasan mereka.
Seramai 81 askar Filipina itu kini terkepung berdekatan Ruwayhinah dan Burayqah, manakala askar Fiji dilaporkan dibawa ke selatan yang menjadi zon penampan, demikian menurut pegawai PBB. - mstar
TOP
Model Separuh Bogel Ambil Iktibar Insiden Didakwa Di Mahkamah
Jo Yee (kiri) dan Kah Wai.
IPOH: How Jo Yee, seorang daripada dua model yang tampil separuh bogel untuk sesi bergambar bertemakan perkahwinan mengakui akan lebih memilih terutama pekerjaan yang ditawarkan mahukan dia memakai pakaian seksi. Model berusia 21 tahun itu memberitahu Sin Chew Daily, jika perlu dia juga akan mendapatkan nasihat guaman sebelum menerima sebarang tawaran sebagai peragawati. Jo Yee dan model lelaki, Low Kah Wai, 27, didenda RM400 setiap seorang pada Rabu selepas kedua-duanya mengaku bersalah kerana menimbulkan kegusaran awam di lampu isyarat di depan sebuah sebuah bank di Jalan Sultan Yussuf di sini pada 25 Ogos lalu. Pada sesi fotografi itu, Low kelihatan hanya memakai seluar hitam dan kasut tanpa sebarang kemeja, manakala How memakai pakaian dalam warna putih dan berkasut tinggi. Gambar berkenaan menjadi viral menerusi media sosial. Jo Yee berkata, dia hanya sedar bahawa gambar itu menjadi viral selepas rakannya memaklumkan mengenainya. "Saya terus menghubungi keluarga untuk menjelaskan perkara itu," katanya yang bekerja sebagai model sejak tiga tahun lalu. Selain itu, Kah Wai, seorang pendandan rambut yang juga model sambilan berkata, dia tidak menyalahkan rakannya yang mendapatkan tawaran itu kepadanya. Bagaimanapun, beliau bimbang kejadian itu boleh memberi kesan kepada perniagaan salun rambut yang diusahakannya. "Saya harap pelanggan memahami," katanya. Kedua-dua model berkenaan berkata, insiden yang berlaku menjadi pengajaran untuk mereka berdua dalam meneruskan kerjaya dalam bidang peragaan. - mstar

PRK Pengkalan Kubor 25 September
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 September ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
Manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 13 September dan hari pngundian awal ialah pada 21 September.
Tempoh berkempen adalah selama 12 hari.
Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu kerana kanser hati.
Allahyarham Noor Zahidi merupakan Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno Bahagian Tumpat selama empat penggal.
Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. - mstar
TOP
Avtar Pemakai Serban Terberat Di Dunia
SESETENGAH orang tampil mengejutkan dunia dengan membawa bebanan terberat di bahu tetapi berbeza pula dengan Avtar Singh Mauni.
Beliau memakai serban terberat dan bersaiz besar. Lelaki berbangsa Sikh yang berusia 60 tahun itu memakai serban berukuran 645 meter panjang yang menyamai saiz sebuah kolam renang untuk Sukan Olimpik. Avtar mengakui memakai serban tersebut sejak 16 tahun lalu dan proses memakainya mengambil masa selama enam jam.
Lebih mengejutkan, serban itu turut ditambah dengan beberapa aksesori seberat 871 paun. "Saya tidak menyifatkan ia sebagai satu bebanan. Saya sentiasa gembira apabila memakainya," kata Avtar. Ada suatu ketika beliau merasakan dirinya tidak lengkap tanpa memakai serban tersebut. Avtar akan bergerak di sekitar wilayah Punjab menggunakan sebuah motosikal kerana pemakaian serban itu menyukarkannya untuk memandu kereta. Jelasnya, pemakaian serban mengingatkan kepada golongan muda berbangsa Sikh bahawa tindakan tersebut adalah satu tanggungjawab yang mulia. - mstar

Teknologi Pencetak 3D Pelengkap Tempurung Kepala
SEORANG petani di China yang kehilangan sebahagian tempurung kepalanya kini mampu tersenyum semula apabila bakal mendapatkan kembali bentuk asal kepalanya menggunakan teknologi pencetak 3D.
Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Hu mengalami kecacatan dibahagian kiri mukanya kerana tempurung kepalanya terpaksa dibuang selepas terjatuh dari tingkat 3 rumahnya di Xian, wilayah Shaanxi, China.
Namun, doktor kini merancang untuk mengembalikan bentuk asal kepalanya menggunakan teknologi jaringan titanium yang dihasilkan menggunakan kaedah pencetak 3D.
Jaringan tersebut akan dimasukkan di bawah kulit dan dilekatkan pada tempurung kepalanya. Proses itu bukanlah yang pertama dilakukan bagi membantu pesakit mengembalikan bentuk asal kepala mereka sejak kebelakangan ini. Pada minggu lalu, seorang pakar bedah di China berjaya mencipta dan mengimplan sebahagian daripada vertebra tiruan terhadap seorang pesakit kanser pada usia muda dalam satu proses pembedahan yang membolehkannya berjalan semula. - mstar

Calon MB: Tradisi Istana Selangor Mohon Kemuka Lebih Dua Nama
Istana Alam Shah, Klang.
KUALA LUMPUR: Menjadi amalan sejak sekian lama, pihak Istana Selangor akan meminta lebih daripada satu nama dikemukakan sebelum seorang menteri besar dilantik. Sumber yang rapat dengan istana dan maklum dengan sentimen tuanku berkata, menjadi kebiasaan bagi Sultan Selangor menitahkan supaya dikemukakan lebih dua nama. Malahan, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pernah menitahkan sehingga empat nama daripada Umno ketika Barisan Nasional memerintah negeri itu. Kali ini, pihak istana menghantar surat berasingan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta mereka mencalonkan lebih dua nama untuk jawatan itu. Sumber itu menjelaskan, pada 2008 dan 2013, pihak Istana Selangor meminta dua nama daripada Pakatan Rakyat, tanpa pengetahuan umum. "Pemimpin Pakatan Rakyat perlu menyelesaikan perselisihan antara mereka dan berbincang di kalangan tiga parti terbabit sebelum membuat keputusan. "Mereka perlu ingat bahawa Pakatan bukannya gabungan parti seperti Barisan. Mereka perlu berunding antara satu sama lain dan lebih penting lagi, mereka tidak seharusnya mendesak istana sedangkan mereka sendiri tidak dapat mengawal perlakuan sesama sendiri," katanya. Disebalik titah sultan yang mahukan lebih dua nama untuk calon menteri besar, PKR dan DAP masih tetap berdegil untuk hanya mengemukakan nama calon tunggal mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dalam pada itu, PAS pula berhasrat menghormati keputusan sultan dengan mengemukakan beberapa nama calon yang berpotensi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sumber istana itu berkata, Sultan Selangor juga bertanggapan bahawa tidak perlu untuk Dr Wan Azizah menghadap baginda ketika ini. Kata sumber itu, susulan peletakan jawatan Khalid, adalah tidak perlu untuk Dr Wan Azizah menghadap sultan bagi memenuhi keputusan parti pimpinannya kerana ia isu dalaman. Menurut sumber itu lagi, khabar angin berleluasan dan adanya nama ditimbulkan yang turut mengheret pihak istana terbabit dalam konflik ini di mana istana menganggap ia sesuatu yang tidak sihat untuk rakyat kerana ia perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab. Pada 15 Ogos, Dr Wan Azizah mengumumkan beliau memperoleh sokongan majoriti daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi membolehkannya menjadi menteri besar, selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS-Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin bersumpah menyokong Presiden PKR menerusi Surat Akuan Sumpah yang ditandatangani 28 Adun Pakatan yang lain. Bagaimanapun, PAS setakat ini membuatkan rakan sekutunya tertanya-tanya sama ada ia menyokong Dr Wan Azizah bagi menggantikan Khalid sebagai menteri besar. - mstar

Suspek samun warga China serah diri
KLUANG - Salah seorang suspek yang dicari polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang yang dipercayai terlibat dalam kes samun warga China di Hotel Kluang Baru, 10 Ogos lalu akhirnya menyerah diri ketika serbuan dilakukan di Kampung Baru, kelmarin.
Serbuan dilakukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kluang pada jam 9.30 malam itu hasil maklumat orang awam serta hebahan media massa.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, pihaknya berjaya menangkap salah seorang suspek yang berusia 30-an.
“Sewaktu serbuan dijalankan suspek tidak melakukan sebarang tindakan dan hanya menyerah diri berikutan dirinya sudah mengetahui gambarnya sudah tersebar di dada akhbar berkaitan kes samun warga China.
“Maklumat yang kami terima pun daripada orang awam yang membaca cerita berkenaan dan pihak kami merisik untuk mengesahkan suspek yang dicari,” katanya dalam sidang media yang diadakan di IPD Kluang, semalam.
Mohd Roze berkata, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hotel berkenaan masih terdapat seorang lagi suspek yang masih dicari oleh pihaknya bagi membantu siasatan dalam kes samun berkenaan.
Bagaimanapun, beliau berkata, lelaki yang ditahan itu akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun berkawan tanpa bersenjata.
“Kini suspek masih ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan pihak kami masih menunggu seorang lagi suspek untuk tampil menyerah diri.
“Kita juga masih memerlukan maklumat daripada orang awam berhubung seorang lagi lelaki yang dicari dan sekiranya orang awam mempunyai maklumat bolehlah terus menghubungi pihak polis,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Krisis Selangor: Nik Nazmi Tolak Jadi MB
PETALING JAYA – Selepas disebut-sebut menjadi individu ketiga sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu, Nik Nazmi Nik Ahmad tampil menolak cadangan tersebut.
Sebaliknya Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang baharu dipilih itu menegaskan bahawa beliau tetap menyokong pencalonan Presiden Parti Keadilan (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik ke jawatan itu.
“Saya ingin ulangi pendirian saya dari awal bahawa saya menyokong penuh calon yang dicadangkan PKR iaitu presiden kami sendiri, Dr Wan Azizah untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata demikian bagi mengulas mengenai cadangan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat baru-baru yang mencadangkan agar beliau dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
Selasa lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Baginda meminta parti-parti dalam Pakatan Rakyat supaya mengemukakan lebih daripada dua nama untuk dipertimbangkan sebelum dilantik ke jawatan itu.
Sehingga kini PKR dan DAP berkeras untuk hanya mengemukakan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal.
Bagaimanapun PAS sudah menyatakan hasrat untuk mengemukakan tiga nama Adun PKR sebagai pengganti Khalid.
Sebelum ini PAS pernah menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua menteri besar Selangor. – mStar Online
TOP
Lee Hsien Loong Balas Layanan Baik Najib
SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong memberi layanan amat mesra kepada rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai membalas layanan yang diterimanya semasa pertemuan kedua-dua mereka di Putrajaya pada April lalu.
Lee juga berjanji akan terus mencari peluang untuk bekerjasama dan memperkukuh hubungan dengan Malaysia.
Mengimbau kembali lawatannya ke Putrajaya semasa Permukiman Pemimpin-Pemimpin, beliau menyifatkan rakan sejawatannya itu sebagai hos yang amat baik.
“Semasa di luar mesyuarat formal, kami menikmati durian Musang King dan belayar sekitar Tasik Putrajaya. Saya gembira untuk membalas layanan itu semalam (Rabu) apabila Perdana Menteri Najib mengunjungi kita.
“Perdana Menteri Najib dan saya melancarkan bersama cawangan luar negara pertama Agrobazaar Malaysia di Sultan Gate (pada Rabu). Idea tersebut timbul semasa permukiman kami pada April.
“Agrobazaar ini akan menjadi pusat sehenti bagi produk berasaskan pertanian Malaysia termasuk, sudah tentu durian,” katanya dalam posting Facebooknya pada Khamis.
Selepas membawa Najib melawat Hab Sukan Singapura dan Stadium Nasional, “Kami kemudiannya makan malam di My Briyani House. Kami menikmati makanan yang dihidangkan, terutama apabila tetamu saya mendapati chefnya adalah dari Johor.
“Kami akan terus mencari peluang untuk bekerjasama dan memperkukuh hubungan dengan Malaysia,” tambahnya.
Najib yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas pulang semalam selepas lawatan kerja sehari untuk melancarkan Agrobazaar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di republik ini. – BERNAMA
TOP
Mampukah PAS Konsisten Dengan Keputusannya?
KUALA LUMPUR – Ketika rakyat Selangor tertanya-tanya siapa yang bakal menjadi Menteri Besar baharu, perhatian umum turut tertumpu kepada PAS sama ada mampu konsisten dengan keputusan mencalonkan tiga nama bagi jawatan nombor satu kerajaan negeri.
Sebelum ini, PAS, yang menyokong pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid, membuat ‘pusingan-u’ apabila bersetuju mengemukakan nama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar.
Pendirian PAS, yang pada awalnya beria-ia menolak pencalonan Dr Wan Azizah, berubah lagi apabila bersetuju dengan keputusan PKR dan DAP untuk hanya mencalonkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang sebagai calon tunggal.
PKR DAN DAP TETAP CALON KAK WAN
PKR dan DAP sebelum ini sebulat suara mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk diperkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, menggantikan Abdul Khalid yang dipecat daripada PKR pada 9 Ogos. Kedua-dua parti itu sehingga kini masih konsisten dengan keputusan mereka untuk mencalonkan Dr Wan Azizah manakala PAS yang bermesyuarat semalam menyatakan akan menghantar tiga nama untuk diperkenan Sultan Selangor. Pada Rabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dilapor sebagai berkata parti itu akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga ADUN daripada PKR untuk menjawat kedudukan berkenaan. “Keputusan untuk tidak meletakkan calon PAS adalah muktamad. Ini kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini,” kata Mustafa.
INGKAR TITAH SULTAN
Banyak pihak melihat ‘kedegilan’ PKR dan DAP yang berterusan mahu mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal sebagai suatu penderhakaan dan cubaan untuk mewujudkan ‘tekanan’ kepada pihak istana dalam soal pemilihan Menteri Besar Selangor yang baharu. Sultan Sharafuddin pada Selasa menangguh untuk menerima peletakan jawatan Abdul Khalid, yang juga ADUN Pelabuhan Klang, sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan. Pada Selasa, semasa Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat dan pandangan baginda berhubung kedudukannya, Sultan Sharafuddin menitahkan pemimpin gabungan parti – PAS, PKR dan DAP – supaya mencadangkan lebih daripada dua nama daripada setiap parti sebagai calon Menteri Besar Selangor. Ini bagi memudahkan baginda menentukan calon yang berkelayakan untuk dilantik ke jawatan Menteri Besar bagi menggantikan Abdul Khalid. Namun, titah baginda gagal dipatuhi oleh PKR dan DAP yang masih dengan keputusan asal mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk diperkenan sebagai Menteri Besar. Pada Rabu, Sultan Selangor menitahkan PAS, PKR dan DAP mengemukakan cadangan nama calon Menteri Besar kepada baginda sebelum Rabu depan (3 Sept). Pada hari yang sama, Abdul Khalid menafikan dakwaan PKR sebelum ini kononnya hanya nama beliau sahaja dicalonkan sebagai Menteri Besar pada 2013 sebaliknya menegaskan terdapat nama lain turut dicalonkan untuk jawatan nombor satu itu. Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata hasrat PKR dan DAP untuk meneruskan keputusan awal mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal hanya akan memanjangkan lagi krisis politik di Selangor. Semalam, PAS Selangor menyifatkan kenyataan Mustafa berhubung calon Menteri Besar Selangor yang baharu itu bukan satu keputusan muktamad. Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad sebaliknya berkata penentuan calon sebenar bagi jawatan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat pemimpin PAS Pusat sebelum diserahkan kepada Istana Selangor.
PKR DAN DAP AKAN MENENTANG?
Jika Sultan tidak memberi perkenan kepada calon daripada PKR, apakah PKR dan DAP sanggup menerima keputusan baginda yang memilih calon Menteri Besar daripada PAS? Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata kuasa mutlak pelantikan masih di tangan Sultan Selangor dan apa sahaja keputusan dibuat oleh baginda perlu dihormati demi masa depan Selangor dan rakyatnya. “Jika keputusan Sultan adalah untuk melantik selain daripada cadangan PKR dan DAP, maka dilemanya adalah apakah PKR dan DAP akan terus menentang (keputusan baginda) serta (memikirkan) implikasinya ke atas Selangor. “Dalam keadaan seperti itu, apakah PAS bersedia untuk ketepikan amalan (permuafakatan) Pakatan Rakyat dan membawa kepada kedudukan baharu pakatan (yang diterajui PAS)?,” katanya kepada Bernama di sini. Pelantikan seorang Menteri Besar di Selangor terletak di bawah kuasa Sultan sebagaimana termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959. Menurut Perkara 55 (2) (a) undang-undang itu, dinyatakan baginda boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan seorang Menteri Besar. Pada masa sama, Perkara 51 (2), menyatakan seseorang Menteri Besar mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam.
PAS DIPILIH SEBAGAI MB
Pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, parti pakatan memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN Selangor berbanding 36 pada 2008 dengan PKR memperoleh 14 kerusi, manakala PAS dan DAP masing-masing menang 15 kerusi. Barisan Nasional hanya menang 12 kerusi. Kini apakah PAS menjadi pilihan terakhir Sultan untuk menamatkan kemelut politik di Selangor? Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) berpendapat adalah tidak mustahil untuk ADUN PAS dilantik menjadi Menteri Besar. “Kuasa melantik Menteri Besar adalah kuasa Sultan dan parti yang menang hanya boleh mencadangkan nama dan isu pokoknya ialah mendapat perkenan baginda,” katanya. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata sekiranya PAS dipilih untuk mengepalai Kerajaan Negeri Selangor, PKR dan DAP harus akur dan tidak mempertikaikan keputusan Sultan. “Kalau tengok keputusan pilihan raya umum ke-13, PAS dan DAP sama-sama kuat iaitu masing-masing memiliki 15 kerusi DUN dan untuk itu, ada kewajaran untuk PAS (dipilih). Ini memandangkan PKR gagal menyelesaikan urusan dalaman parti mereka sehingga mengheret banyak pihak ke kancah kemelut politik,” katanya. Sementara itu, Sivamurugan turut melontarkan persoalan untuk difikirkan yang mana jika (ADUN) daripada PAS dipilih, adakah (calon itu) yang mewakili parti pakatan tidak akan berhadapan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual berlangsung pada November depan? “Oleh itu, Pakatan Rakyat harus berkompromi (dalam menentukan calon Menteri Besar) untuk elakkan pembubaran DUN,” kata Sivamurugan. – BERNAMA

Bade Akui Teruja Isteri Keduanya Sudah Mengandung
BARU-BARU ini, kami pernah menyiarkan artikel bertajuk ‘Isteri Kedua Bade Mengandung, Tak Mahu ‘Kongsi’ Anak?‘.
Namun, perkara itu tidak dapat dipastikan kerana belum ada pihak yang mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.
Bagaimanapun, menerusi Malaysian Digest hari ini, Bade mengakui yang isteri keduanya itu sudah mengandung dan dia bersyukur dengan khabar itu. “Saya tentunya teruja tapi saya releks saja. Lagipun lama lagi tempoh untuk menantikan kelahiran tersebut. Anak-anak saya pun teruja bila dapat tahu mereka bakal dapat adik baru. “Anak lelaki atau perempuan saya tak kisah. Saya dan isteri pun tak sibuk-sibuk nak buat scan. Kami terima apa saja pemberian Allah. Apa yang ibu dan bayi sihat”, katanya. Pada masa yang sama, Bade turut memberitahu Erma Fatima dan anak-anak sudahpun bertemu dan berkenalan dengan Aida. “Cuma mereka belum betul-betul dapat bermesra lagi antara satu sama lain sebab belum dapat betul-betul meluangkan lebih masa kerana masing-masing sibuk dengan kerja,” jelasnya.
Biasalah tu Bade. Bukan mudah sebenarnya hendak menerima perubahan yang boleh dianggap cukup besar selepas begitu lama berumahtangga. Sebagai suami, Bade harus bijak memenangi hati kedua-dua isteri dan juga anak-anak. Untung-untung, boleh bahagia seperti Ashraf Muslim dan isteri-isterinya, tak gitu? Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Surat Sulit Tersebar: Wan Azizah Ditawar Jadi MB Melaka?
Di saat rakyat Selangor kian pening berdepan kemelut Menteri Besar, ‘Sultan Melaka’ didapati sempat masuk daun dalam isu ini.
Menerusi satu surat rasmi yang kini tersebar individu mendakwa dirinya Sultan Melaka menggunakan nama DYMM Paduka Seri Sultan Ahmad Shah (Tuanku Raja Noor Jan Shah) mengumumkan bahawa keluarga Dato’ Seri Anwar akan ditawarkan jawatan di negerinya.
Jawatan tersebut adalah Menteri Besar untuk Dr Wan Azizah, Pengerusi Persatuan Wanita kepada Anwar manakala Nurul Izzah pula dilamar menjadi permaisuri. Pengerusi Persatuan Wanita!!!! Dalam surat rasmi berkepala ‘Sultan Melaka Darul Islam’ itu, turut diluahkan adalah simpati ke atas nasib Wan Azizah yang disifatkan menjadi bahan ketawa puak UMNO kerana tidak mendapat sokongan PAS. Sedangkan menurut ‘Sultan Melaka’ yang kemarukkan Nurul Izzah ini, mereka tidak mengetahui kelebihan Wan Azizah. Kepada Anwar pula beliau dipesan usah bimbang kerana jika Nurul Izzah menjadi permaisuri Melaka maka impiannya untuk menawan Putrajaya akan semakin cerah.
Surat Rasmi Tersebar: Wan Azizah Ditawar Jadi MB Melaka?
Apa pun satu je kami nak komen tentang surat di atas; tak kira siapa pun yang melakukannya anda adalah pelaku parodi paling gigih, sinikal dan kelakar di negara ini – terima kasih kerana menghiburkan kami. - MYNEWSHUB.MY

Empat Lelaki Ditahan Curi Motosikal
KOTA KINABALU – Polis Kota Kinabalu memberkas empat lelaki termasuk seorang yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri kerana disyaki mencuri motosikal dalam dua kejadian berasingan di sekitar sekitar bandar raya ini Selasa dan Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M.Chandra berkata Selasa lepas, seorang lelaki berusia 30 tahun yang tidak mempunyai pengenalan diri ditahan di sebuah bengkel di Jalan Lintas Luyang kira-kira pukul 6.30 petang.
Namun seorang lagi berjaya melarikan diri. “Hasil pemeriksaan di dalam bengkel itu, polis mendapati tiga buah motosikal bersama beberapa komponen dan pelbagai peralatan pembuka motosikal,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata suspek gagal memberi penjelasan yang munasabah berkaitan barang kes yang dijumpai itu.
Semalam pula, polis menemui tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 23 tahun yang dalam keadaan mencurigakan menaiki dua buah motosikal di Jalan Tuaran Lama Likas kira-kira 2.30 pagi.
“Hasil pemeriksaan terhadap salah sebuah motosikal mendapati enjinnya telah diubah suai dan berdasarkan keterangan lisan ketiga-tiga suspek, mereka gagal memberikan keterangan yang memuaskan dan motosikal tersebut disyaki motosikal curi,” kata Chandra.
Beliau berkata kesemua dan barangan rampasan termasuk motosikal terbabit dibawa ke Balai Polis Karamunsing untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA
TOP
MAS: Gagal Ketepi Keputusan Kes Pecat Bekas Pekerja
KUALA LUMPUR – Malaysian Airline System Berhad (MAS) hari ini gagal dalam cubaannya untuk mengetepikan keputusan yang menghendakinya membayar ganti rugi RM97,035 kepada seorang bekas pekerjanya yang dipecat secara salah kerana menjual minyak wangi yang bukan merupakan barang jualan dalam penerbangan.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nallini Pathmanathan menolak permohonan MAS untuk mendapatkan semakan semula kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Perusahaan yang membenarkan tuntutan bekas penyelia perkhidmatan dalam penerbangan Mazlin Desa terhadap syarikat penerbangan itu yang didakwa memecatnya secara tidak adil.
Dalam penghakiman setebal 20 muka surat, Nallini berkata Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang wajar berdasarkan bukti yang dikemukakan kepadanya dan oleh itu tiada asas bagi Mahkamah Tinggi untuk campur tangan.
Katanya Mahkamah Perusahaan telah menimbang dengan menyeluruh semua perkara berkaitan fakta dan undang-undang sebelum membuat keputusannnya dan oleh itu, keperluan membuat satu keputusan aneh yang menyanggah logik, tidak dapat dipenuhi.
Nallini juga menolak permohonan semakan semula kehakiman Mazlin terhadap keputusan Mahkamah Perusahaan yang menolak tuntutannya agar diterima semula bekerja dengan MAS. – BERNAMA
TOP
Polis Cari Lelaki Bantu Siasatan Kes
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
PDRM dalam satu kenyataan media memberitahu, lelaki tersebut ialah Bariq Ashlami Abdullah, 22, dan alamat terakhirnya di Lorong Raja Muda Musa 5 Kampung Baru di sini.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali penama tersebut bolehlah menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Suhaizri Sulaiman di talian 011-1436 5721 atau Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, maklumat boleh juga disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-2697 7099 atau Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999.
“Orang ramai boleh juga memberi maklumat menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada 32728 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran,” kata kenyataan itu. – mynewshub.my
TOP
Syarikat Antarabangsa Puji Dasar Perniagaan Malaysia
KUALA LUMPUR – Syarikat teknologi simulasi dan kejuruteraan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Altair Engineering Sdn. Bhd. (Altair) memilih Kuala Lumpur sebagai ibu pejabat serantau baharu syarikat itu di Asia Tenggara.
Pengarah Urusan Altair bagi ASEAN, Australia dan New Zealand, Srirangam Srirangarajan berkata, pejabat baharu di Plaza Sentral di sini tersebut akan memainkan peranan sebagai pusat sokongan teknikal dan latihan Altair bagi rantau ini.
“Pejabat baru di Kuala Lumpur penting untuk pertumbuhan masa depan Altair di rantau ini. Kami yakin perkembangan ini akan mengukuhkan lagi kedudukan kami di dalam negara dan membantu kami menembusi segmen pasaran baru seperti barangan elektronik dan aeroangkasa.
“Infrastruktur kukuh Malaysia, dasar terbuka terhadap perniagaan asing, tenaga kerja berbakat yang mantap dan hubungan dengan pasaran ASEAN lain menjadikannya lokasi yang sesuai bagi operasi serantau Altair. Di samping itu, Malaysia berpotensi untuk menghasilkan produk yang direka secara inovatif yang boleh bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut, Srirangam berkata, Altair melihat Malaysia mempunyai prospek yang sangat cerah dalam bidang automotif, pengeluaran dan minyak dan gas dan berupaya menjadi peserta utama dalam bidang aeroangkasa dan elektronik.
Justeru, katanya, Altair komited untuk membawa inovasi syarikat itu kepada pelanggan mereka di rantau ini melalui Kuala Lumpur dan yakin perkongsian kepakaran serta ilmu pengetahuan teknikal dapat membantu pelanggan mereka. – mynewshub.my
TOP
Agong Mahu Umat Islam Terus Bersatu Ketepi Perbezaan
KELANA JAYA – Yang di- Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada Khamis bertitah mahu umat Islam di Malaysia terus bersatu hati serta mengetepikan sebarang perbezaan yang boleh memecahbelahkan kesatuan ummah.
“Umat Islam juga perlu prihatin terhadap apa yang dihadapi oleh saudara Islam di negara yang sedang bergolak, dengan menghulurkan bantuan dan mendoakan kesejahteraan mereka,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan ketiga jemaah haji yang terdiri daripada 279 orang di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya di sini.
Turut hadir Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Duta Arab Saudi ke Malaysia Fahad Abdullah Al Rashid dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Baginda turut menarik perhatian dengan mengaitkan ibadah Rukun Islam kelima itu dengan kesatuan ummah apabila ia mengajar umat Islam untuk bertoleransi dan saling bantu-membantu tanpa mengira warna kulit, bahasa, adat resam dan budaya.
“Hanya dengan sifat saling membantu akan wujud kesatuan kukuh di kalangan umat Islam dalam menghadapi kesulitan menegakkan agama Allah,” titah baginda.
Tuanku Abdul Halim bertitah umat Islam di Malaysia juga harus bersyukur kerana hidup aman damai serta dapat melaksanakan amal ibadat tanpa halangan.
Baginda turut menasihatkan jemaah Haji Malaysia supaya sentiasa menjaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling sepanjang berada di tanah suci nanti.
Titah baginda ini kerana pengabaian aspek kebersihan boleh menjadi punca penyakit seterusnya menjejaskan kesihatan mereka.
“Ibadah haji merupakan ibadah yang memerlukan sebuah pengorbanan yang jitu, kesihatan para jemaah dalam semua aspek seharusnya perlu berada pada tahap terbaik merangkumi kesihatan mental, fizikal dan spiritual.
Baginda turut menasihatkan agar semua jemaah haji sentiasa mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan serta peraturan-peraturan yang digariskan Tabung Haji kerana ia dilaksanakan untuk menjamin keselamatan jemaah serta kelicinan proses mengerjakan haji.
Terdahulu, Jamil Khir dalam ucapannya berkata sehingga kini 1.5 juta umat Islam telah berdaftar untuk mengerjakan Haji dengan sejumlah besar daripadanya adalah golongan muda dan kanak-kanak.
“Berikutan jumlah mereka (menunggu untuk menunaikan haji) ini agak besar maka tempoh menunggu juga kini telah mencecah sehingga 60 tahun,” jelasnya.
Beliau berkata bagi musim haji tahun ini, sejumlah 64 penerbangan disediakan untuk membawa 22,320 jemaah melalui tujuh stesen berlepas termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Alor Setar, Bayan Lepas, Senai, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.
Penerbangan terakhir ke Tanah Suci bagi jemaah haji negara pula adalah pada 27 Sept ini. – BERNAMA
TOP
Akta Hasutan Cuma Untuk Pemimpin Pakatan – AMK
KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mendakwa Akta Hasutan 1948 hanya diguna pakai ke atas pemimpin pakatan pembangkang sedangkan terdapat pihak lain yang wajar disiasat di bawah undang-undang itu.
Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, antara pihak lain yang pernah membuat kenyataan yang sepatutnya dikena tindakan dibawah itu seperti pemimpin Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
“Akta ini seolah-olah hanya diguna pakai dalam kalangan ahli pimpinan pakatan sahaja. Banyak pimpinan Isma dan Perkasa yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang nyata bersifat jenayah tetapi tiada apa-apa tindakan.
“Misalnya, saya pernah membuat laporan polis terhadap kenyataan pemimpin Perkasa Ruslan Kassim ingin memancung empat Ahli Parlimen PAS Selangor kira-kira dua bulan lepas namun tiada tindakan susulan selepas kenyataan saya diambil,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Media semalam melaporkan dua pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipanggil polis bagi memberi keterangan mengikut Akta Hasutan 1948 ekoran memberi kenyataan yang disifatkan mampu menggugat keharmonian masyarakat di negara ini.
Rafizi Ramli yang juga Pengarah Strategi PKR hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kira-kira pukul 3.50 petang berhubung satu kenyataan di akhbar The Edge awal Februari lalu.
Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran pula ditahan selepas memberi keterangan di Balai Polis Pudu berhubung kenyataan yang menuduh pihak penghakiman kes Liwat 2 membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah telunjuk Putrajaya.
Sehubungan itu, Nik Nazmi menggesa kerajaan segera memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menghentikan tindakan terhadap pimpinan pakatan dibawah akta itu serta-merta. – mynewshub.my
TOP
Kabel Lightning Terbaru Dari Apple Yang Boleh Diterbalikkan?
Berpandukan sebuah gambar yang telah dibocorkan dari Twitter Sonny Dickson, Apple berkemungkinan akan memperkenalkan kabel lightening baru yang boleh berfungsi secara terbalik pada kedua-dua hujungnya.
Apple dikatakan akan menggunakan sokongan penyambung Lightning pada beberapa peranti mereka, dimana pengguna boleh menyambungkannya dalam bentuk kedua-dua arah pada peranti tanpa perlu mengambil-kira kedudukan posisis seperti pada mikro-USB.
Walaubagaimanapun, untuk menghubungkan sebahagian lagi yang berasaskan USB ia masih perlu melalui proses sama, dimana pengguna perlu memastikan penyambungnya adalah tepat dengan bahagian yang dihubungkan. Apa pun, perkara ini dijangka akan berubah tidak lama lagi.
Kabel lightning tersebut mempunyai bahagian penyambung di bahagian tengah berbanding bahagian tepi kepala penyambungnya. Ini membolehkan pengguna mengunakan kabel tersebut tanpa perlu memastikan arah yang betul semasa mengenakanya.
Mungkin sekiranya benar pihak Apple memperkenalkan sokongan ini, maka mungkin ramai pengguna yang mengemarinya.
Sekaligus memudahkan lagi pengguna menghubungkan kabel dalam pelbagai keadaan ke komputer atau sebarang peranti lain.
Jadi pada pengguna Apple semua, apa kata anda berkenaan ini?
Sumber: Sonny Dickson
Oleh: hzqahmd
TOP
Australia: MH370 Mungkin Berpatah Ke Selatan Lebih Awal
CANBERRA - Data daripada telefon satelit menunjukkan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 mungkin berpatah lebih awal ke selatan daripada yang dikesan sebelum ini, kata Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss, hari ini.
Truss dipetik CNN sebagai berkata, maklumat itu bagaimanapun tidak mengubah kawasan pencarian utama bagi pesawat terbabit di Lautan Hindi.
Beliau menerangkan nahas membabitkan Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu dengan 239 penumpang apabila kakitangan di lapangan terbang cuba menghubungi pesawat berkenaan dengan menggunakan telefon satelit.
“Percubaan itu tidak berjaya,” katanya. Namun, Truss berkata, analisis daripada panggilan yang gagal itu memberikan satu idea kepada pakar mengenai kedudukan pesawat dan di mana ia terbang.
Sehingga kini tidak ada kesan serpihan dijumpai daripada usaha pencarian yang dilakukan selama beberapa bulan. – Agensi
TOP
Polis Peru Rampas Enam Tan Kokain
LIMA – Pihak berkuasa Peru kelmarin berjaya merampas enam tan dadah jenis kokain daripada sebuah kumpulan pengedaran dadah yang merupakan rampasan terbesar dalam sejarah negara itu.
Dadah tersebut ditemui disembunyikan dalam satu penghantaran arang batu di bandar Trujillo dan dijangka akan diedarkan ke Sepanyol serta Belgium.
“Sebanyak 85 peratus dadah ini sudah dikira dan sehingga kini kami berjaya menemui lebih enam tan kokain,” kata seorang pegawai polis, Vicente Romero.
Kementerian Dalam Negeri Peru memberitahu, dua rakyat Mexico dan tujuh warga tempatan berjaya ditangkap sehingga kini dalam operasi selama enam minggu tersebut.
Menurutnya, dadah itu dipercayai milik salah sebuah kumpulan pengedaran dadah di Mexico tetapi kementerian tersebut enggan menamakan kumpulan berkenaan.
Kumpulan pengedaran dadah di Mexico biasanya aktif di dalam negara mereka sebelum cuba memasuki pasaran Amerika Syarikat yang lebih lumayan.
Menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Peru dan Colombia kini menjadi antara pengeluar utama kokain dunia. – AFP
TOP
Tolak Rayuan Kakak Lelaki Mati Dalam Tahanan
PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman sivil yang difailkan terhadap polis oleh kakak seorang pembantu kedai tuak, yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis lima tahun lepas.
Panel tiga anggota yang dipengerusikan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim, sebulat suara menolak rayuan R.Ganga Gouri, yang difailkan untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi.
“Kami dapati Mahkamah Tinggi mengamalkan prinsip undang-undang dengan betul serta membuat keputusan yang tepat,” kata Zaharah, yang bersidang bersama Hakim Datuk Mah Weng Kwai dan Hakim Datuk Varghese George Varughese.
Mahkamah itu juga menolak rayuan Ganga Gouri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkannya memasukkan satu lagi pihak — Abu Bakar Lajis, pegawai yang bertanggungjawab menjaga rumah mayat — sebagai defendan dalam samannya.
Zaharah tidak memberi sebarang perintah tentang kos. Ganga Gouri memfailkan saman itu pada 13 Julai 2012, dengan menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Sentul Asisten Superintendan Zakaria Pagan, Asisten Superintendan Mohamad Idris Omar dan tujuh anggota polis dari balai polis Sentul serta penjaga mayat di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), sebagai defendan.
Dalam kenyataan tuntutannya, Ganga Gouri mendakwa kematian adiknya R. Gunasegaran di dalam lokap Balai Polis Sentul pada 16 Julai 2009, berpunca daripada kecuaian tujuh anggota polis berkenaan dalam menunaikan tugas mereka.
Gunasegaran, 31, rebah ketika diambil cap jari antara 6.45 petang dan 7 malam, sebelum meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 7.40 malam hari sama.
Ganga Gouri menuntut ganti rugi am, khas dan teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Pada 25 Oktober 2010, Mahkamah Koroner memberi keputusan terbukanya dalam inkues bagi menentukan punca kematian Gunasegaran dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Tinggi pada 19 Julai 2013.
Mahkamah Koroner mendapati kematian Gunasegaran mungkin berpunca daripada kecederaan yang dialami selepas dipukul dan ditendang atau kerana dos berlebihan dadah jenis Chloroquine.
Tahun lepas, Ganga Gouri memfailkan permohonan kepada Mahkamah Rayuan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan itu, tetapi ditolak.
Ganga Gouri diwakili peguam M. Visvanathan, manakala peguam kanan persekutuan Azizan Arshad dan peguam persekutuan Nurhasmanita Abdul Manap dan Nur Aqilah Ishak wakili responden. – BERNAMA
TOP
Kanak-Kanak 2 Tahun Hilang Selepas Bapa Bawa Ke Syria
Itali – Nasib kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dibawa oleh bapanya untuk berjuang di Syria, tidak diketahui selepas lelaki berkenaan terkorban dalam pertempuran dengan tentera rejim Bashar Assad di Aleppo.
Ismar Mesinovic, 38, yang berasal dari Bosnia bekerja sebagai tukang cat dan menetap di Longarone.
Sebelum kehilangannya, Mesinovic memaklumkan kepada isterinya yang berasal dari Cuba, Lidia Herrera Solano, bahawa dia mahu membawa anak mereka, Ismair ke Jerman untuk melawat ibunya dan mengecat rumah wanita berkenaan.
“Mesinovic memberitahu saya dia mahu melawat ibunya di Jerman. Sebelum ini dia tidak pernah bercakap mengenai jihad dan keganasan,’’ kata Solano.
Apa yang penting kata, Solano mahu mencari anaknya itu dan kini amat bimbang dengan nasib Ismair.
“Saya percaya anak saya masih hidup. Setiap hari saya mengumpul kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan berdoa dapat bertemu dengan anak saya lagi,’’ katanya.
Mesinovic dikesan meninggal dunia melalui laman web kumpulan jihad di Syria dan dipercayai terbunuh beberapa hari selepas meninggalkan Itali.
TOP
Kepala Bersepai Hentam Treler Di Kedah
Pendang – Mengerikan apabila kepala seorang lelaki pecah dipercayai terhimpit dengan beberapa karton minuman keras yang dimuatkan dalam pacuan empat roda Toyota Hilux selepas kenderaan dipandunya itu melanggar belakang sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 55.7, Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 5.40 pagi, anggota bomba terpaksa mengutip cebisan otak mangsa berusia 30 tahun dan berasal dari Jitra yang tidak bernyawa di dalam kenderaan itu.
Difahamkan, kenderaan Toyota Hilux terbabit sarat dengan minuman keras dipercayai dalam perjalanan dari Alor Setar menuju ke Sungai Petani sebelum melanggar belakang sebuah treler membawa muatan simen dari arah sama menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kenderaan itu dikatakan gagal mengelak treler terbabit yang secara tiba-tiba memasuki lorong kanan menyebabkannya terus melanggar bahagian belakang kenderaan berat berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Alor Setar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Izham Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.58 pagi dan dimaklumkan mangsa parah akibat tersepit dalam kenderaan. – myMetro Online
TOP
Pelajar Tingkatan 3 Tanggung Aib Hamil 7 Bulan
KUALA TERENGGANU – Malang berganda! Seorang remaja berusia 15 tahun bukan sahaja terpaksa menanggung aib apabila disahkan mengandung tujuh bulan, malah lebih malang apabila mengetahui ‘ayah’ kepada anak di dalam kandungannya itu sudah meninggal dunia April lalu akibat kemalangan.
Remaja yang merupakan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Besut itu disahkan mengandung selepas dihantar ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran kediaman mereka, Selasa lalu, selepas mengadu sakit perut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum itu, mangsa sudah mengetahui yang dirinya mengandung, namun mendiamkan diri kerana takut.
Menurutnya, mangsa mendakwa berkenalan dengan suspek melalui telefon sebelum membuat keputusan berani untuk bertemu di pantai Air Tawar.
“Mangsa mengakui melakukan hubungan seks dengan suspek pada pertemuan pertama iaitu awal tahun ini.
“Bagaimanapun, selepas mengetahui teman lelakinya itu meninggal dunia akibat kemalangan berhampiran Kampung Raja, Besut, April lalu, mangsa bertindak membeli alat ujian mengandung sebulan selepas itu iaitu Mei lalu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya.
Wan Abd Aziz berkata, hasil ujian menunjukkan mangsa positif mengandung, namun bertindak mendiamkan diri kerana bimbang perkara itu diketahui keluarga.
Bagaimanapun katanya, pada pagi Selasa lalu, mangsa yang mengalami sakit perut telah dihantar ke klinik kesihatan oleh kedua orang tuanya sebelum dikejutkan dengan pengesahan doktor memaklumkan mangsa mengandung tujuh bulan.
“Sejurus menerima maklumat itu, pegawai kesihatan bertugas membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, kira-kira jam 2.30 petang.
“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, namun kita akan membuat beberapa penilaian memandangkan suspek sudah meninggal dunia,” katanya. – Sinar Harian Online
TOP
MB S’gor Perlu Berjiwa Rakyat, Bukan Dikawal Orang Lain
KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor perlu berjiwa rakyat dan boleh berkhidmat kepada rakyat, tetapi bukan seorang yang dikawal oleh orang lain.
Sultan Selangor tidak mahu adanya menteri besar umpama boneka yang dikawal, kata satu sumber yang rapat dengan istana dan maklum sentimen baginda.
“Menteri besar bukan hanya dipilih oleh majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi perlu meletakkan rakyat sebagai kepentingan dan boleh menerajui negeri.
“Sultan Selangor mahu seseorang yang prihatin terhadap keperluan rakyat dan membangunkan negeri di peringkat tertinggi,” kata sumber itu.
Beliau menegaskan seperti yang termaktub di bawah Artikel LI (1), LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) dalam Perlembagaan Negeri Selangor 1959, Sultan Selangor diberi kuasa budi bicara mutlak untuk melantik seorang menteri besar bagi kerajaan negeri Selangor di mana bagi pendapat pemerintah, ia mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri.
“Seseorang itu perlu berupaya bekerja dengan semua parti termasuk barisan exconya sendiri serta mempunyai hubungan baik dengan istana,” katanya.
Beliau turut menasihatkan Pakatan Rakyat untuk tidak memanjangkan masalah dalaman parti ke dalam pentadbiran negeri dan menganggu pemerintahan negeri.
“Ini merupakan masalah dalaman parti,” katanya.
Ditanya sekiranya perlu seorang menteri besar itu adalah anak kelahiran Selangor, beliau berkata, Perlembagaan negeri tidak menetapkan perkara tersebut.
“Sebagai contoh, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Jamil Rais dilahirkan di Perak tetapi sebahagian besar hidupnya menetap di Selangor,” katanya.
Sumber itu berkata, Sultan Selangor turut menyuarakan perasaannya mengenai kenyataan anti-Istana yang dibuat oleh ahli-ahli politik tertentu yang telah merosakkan dan menyakitkan hati dan membatasi dengan hasutan.
Beliau berkata, istana berkecil hati dan tersinggung dengan serangan berterusan daripada pihak tertentu.
“Istana berdiam diri tetapi segelintir pihak membuat kenyataan anti-Istana.
“Kenyataan tersebut menyinggung perasaan. Mereka ini perlu membaca Perlembagaan negeri dan memahami konvensyen Istana, protokol dan tradisi sebelum membuat sebarang komen berhubung situasi itu.
“Peguam tertentu dari parti-parti politik diupah untuk mentafsir perkara menurut apa yang pelanggan mahu,” katanya.
Sumber itu berkata, bagaimanapun, Sultan Selangor tidak bimbang kerana krisis tercetus oleh parti menteri besar ketika ini sebelum beliau dipecat.
Kerajaan negeri masih berfungsi sepenuhnya.
“Tan Sri Khalid Ibrahim masih lagi menjadi menteri besar, manakala baginda sultan akan mengambil masa untuk membuat keputusan terbaik buat rakyat.
“Tidak perlu panik kerana kerajaan sekarang bukan hanya kerajaan sementara semata-mata, ia adalah kerajaan penuh. Perkara yang berlaku adalah melibatkan pertukaran menteri besar dari Pakatan Rakyat.
Pada Julai lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana mempersoalkan kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
Melabelkan Khalid sebagai “jahil dalam undang-undang Islam dan peranan Mais”, baginda menitahkan supaya ahli jawatankuasa Pas pusat itu mengkaji sejarah dan undang-undang negara sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kekecohan di kalangan umat Islam. - mStar Online
TOP
Pekan Dipenuhi Wanita Rayu Kehadiran Lelaki Bujang
BRASILIA – Pekan Noiva do Cordeiro di sini yang hanya didiami oleh kaum wanita kini merayu mana-mana lelaki bujang untuk mengunjungi pekan itu bagi menghilangkan kesunyian terutama golongan wanita yang masih bujang, lapor Metro.co.uk kelmarin.
Pekan yang terletak di tenggara Brazil itu didiami kira-kira 600 penduduk wanita dan kebanyakan mereka terdiri daripada wanita cantik yang masih muda.
Suami kepada wanita di pekan itu hanya boleh mengunjungi mereka pada setiap hujung minggu dan anak lelaki yang sudah berusia 18 tahun pula akan dihantar ke tempat lain.
Keadaan tersebut menyebabkan ramai wanita yang masih muda dan belum berkahwin sukar mencari jodoh sehingga menyebabkan mereka berasa tertekan.
Seorang penduduk, Nelma Fernandes, 23, berkata, dia berasa tertekan kerana sudah bertahun-tahun tidak bermesra dengan lelaki.
“Kami juga mengimpikan untuk jatuh cinta dan berkahwin tetapi tidak mahu meninggalkan bandar ini untuk mencari lelaki,” katanya. – Agensi
TOP
India Gesa Jutaan Rakyat Miskin Buka Akaun Bank
NEW DELHI – Bank milik tempatan India melancarkan kempen besar-besaran untuk membuka jutaan akaun bagi rakyat miskin yang terdedah kepada peminjam wang pasaran gelap.
Puluhan ribu orang sudahpun membuka akaun masing-masing berikutan pengumuman Perdana Menteri Narendra Modi mengenai kempen berkenaan dalam ucapan sambutan kemerdekaan pada 15 Ogos lalu, kata pengurus bank hari ini.
Dalam suratnya baru-baru ini, Modi menggesa bank supaya memastikan tiada sesiapapun yang terlepas daripada membuka akaun masing-masing.
Matlamatnya adalah untuk membuka akaun untuk 150 juta orang menjelang 2018.
Kira-kira setengah daripada 1.2 bilion orang di India tidak mempunyai akaun bank.
“Ini adalah keutamaan nasional dan kita mesti menyahut cabaran ini,” kata kandungan surat Modi, seperti yang tertera di dalam laman webnya.
“Perkara ini perlu disegerakan, semua kegiatan pembangunan dihalang oleh ketidakupayaan ini,” ujarnya.
Akaun berkenaan adalah unik kerana ia akan kekal walaupun tidak ada wang di dalamnya, syarat utama bagi membolehkan beratus juta rakyat miskin di India terus memegang akaun walaupun berpendapatan kira-kira satu dolar sehari atau kurang.
Sebagai insentif, kerajaan persekutuan memberi 100,000 rupee (RM5,280) insurans nyawa kepada setiap pemegang akaun.
Berpuluh bank dengan lebih 100,000 cawangan menyertai kempen ini. – AP
TOP
Apple Gagal Sekat 9 Telefon Samsung
SAN JOSE, California – Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) menolak permohonan Apple untuk menyekat penjualan beberapa model telefon pintar Samsung yang didakwa meniru ciri-ciri iPhone.
Keputusan kelmarin dibuat hampir empat bulan selepas seorang juri memutuskan Samsung perlu membayar ganti rugi sebanyak AS$119 juta (RM376.1 juta) kepada Apple Inc kerana meniru teknologi dalam telefon pintar iPhone.
Ia bagaimanapun jauh lebih rendah berbanding pampasan AS$2.2 bilion (RM6.6 bilion) yang diminta oleh Apple berhubung pertikaian mahkamah terbaharu antara dua pembuat telefon pintar utama dunia itu sejak isu tersebut timbul empat tahun lalu.
Apple sebelum ini meminta Hakim Lucy Koh agar mengeluarkan perintah melarang sembilan model telefon bimbit Samsung yang memiliki ciri teknologi Apple daripada dijual di AS.
Antara model telefon pintar tersebut ialah Samsung Galaxy Nexus, Galaxy Note, Galaxy Note II, Galaxy S II dan Galaxy S III serta Stratosphere.
Semua gajet itu dilengkapi sistem operasi Android percuma keluaran Google.
Koh bagaimanapun enggan berbuat demikian selepas Apple gagal mengemukakan bukti mencukupi bahawa perbuatan meniru harta teknologi oleh Samsung menjejaskan jualan dan reputasi Apple.
Sebaliknya kata Koh, Apple juga pernah melesenkan sebahagian ciri yang ditiru oleh Samsung itu kepada pembuat telefon bimbit lain yang merupakan saingan iPhone.
Apple yang beribu pejabat di Cupertino, California enggan mengulas keputusan hakim tersebut.
Namun, perkembangan itu disambut baik oleh Samsung dalam satu kenyataannya.
“Kami komited untuk menyediakan pilihan meluas produk inovatif kami kepada pengguna di AS,” kata kenyataan tersebut. – AP
TOP
Benjamin Netanyahu Dikritik Hebat Penduduk Israel
BAITULMUQADDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menerima kritikan hebat daripada rakyat negara itu ketika penduduk Palestin bergembira meraikan kejayaan di atas pengisytiharan gencatan senjata antara Rejim Zionis itu dengan Hamas yang dicapai kelmarin.
Di sekitar bandar di Palestin yang hampir ranap akibat serangan Israel selama tujuh minggu, penduduk kembali berurusan di bank serta mengunjungi kedai-kedai untuk membeli-belah dan mendapat barangan keperluan harian.
Di Israel pula, amaran siren yang menandakan roket-roket sedang dilancarkan dari Gaza kini tidak lagi berbunyi seperti hari-hari biasa sebelum ini.
Netanyahu pada sidang akhbar memberitahu bahawa Israel telah memberi satu tamparan yang hebat kepada Hamas dan tidak menerima sepenuhnya syarat tuntutan untuk berdamai.
Katanya, adalah terlalu awal untuk menjangkakan suasana pendamaian yang dicapai itu akan berterusan bagi satu jangka masa panjang.
Bagaimanapun media Israel mengkritik kerajaan Netanyahu dengan melahirkan rasa tidak puas hati dengan kepimpinan beliau yang dianggap gagal menyelesaikan konflik jangka panjang antara Israel dan Palestin itu.
Berdasarkan tinjauan pendapat oleh Channel 10, populariti Netanyahu kini berada pada tahap 55 peratus turun berbanding 69 peratus pada awal bulan ini.
“Selepas 50 hari peperangan di mana berpuluh-puluh tentera dan orang awam terbunuh serta merosakkan rutin harian dan meletakkan ekonomi negara dalam keadaan tertekan… kita jangkakan suatu yang lebih baik selepas pengumuman gencatan senjata,” tulis penganalisis Shimon Shiffer di Yedioth Ahronoth yang merupakan akhbar terbesar di Israel.
“Kira boleh jangkakan Perdana Menteri akan ke kediaman beliau dan memaklumkan keputusannya untuk meletakkan jawatan,” tulis Shiffer.
Dalam persetujuan gencatan senjata yang dikendalikan oleh Mesir sebagai pengantara pada petang Selasa lalu, kedua-dua pihak bersetuju menghentikan serangan, membuka serta-merta sekatan ke atas Gaza di sempadan Mesir dan Israel serta memperluaskan zon menangkap ikan di perairan Gaza. – Reuters
TOP
Chong Wei Raih Slot Ke Suku Akhir Kejohanan Dunia
COPENHAGEN – Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei tampil bergaya apabila mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Dunia BWF 2014 di Ballerup Super Arena di sini, Khamis.
Chong Wei, selaku pilihan utama, langsung tidak tercabar untuk menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik selepas mudah menundukkan wakil Ireland, Scott Evans 21-11 dan 21-12 dalam masa 36 minit.
Evans nyata gagal mengimbangi aksi kemas yang dipamerkan Chong Wei untuk menggapai impian bergelar juara dunia buat kali pertama.
Chong Wei, 31, akan berdepan dengan pemain pilihan keenam, Wang Zhengming pada aksi suku akhir, Jumaat.
Sebelum itu, pemain China berusia 24 tahun itu mengesahkan slot ke suku akhir dalam masa 42 minit apabila menyingkirkan pemain Hong Kong, Nan Wei dalam ‘straight-set’ 21-15 dan 21-18.
Sekiranya berjaya mengekalkan rekod bersih dengan Zhengming, Chong Wei dijadual menentang pemenang antara pilihan ke-14, Viktor Axelsen dan Tien Chen Chou dari Taiwan dalam peringkat separuh akhir, Sabtu.
Chong Wei menyifatkan kejayaan melepasi pusingan ketiga itu merupakan satu permulaan yang berliku dalam misi memburu gelaran dunia yang masih belum dikecapi sepanjang kariernya.
“Perlawanan hari ini bukanlah terlalu sukar. Bermula esok, perlawanan mungkin bertambah sukar dengan berdepan pemain China dan mungkin persediaan yang paling hebat perlu saya lakukan.
“Fokus saya masih kepada persediaan diri sendiri dan saya tidak pandang rendah pemain China itu walaupun tidak pernah kalah dalam 11 pertemuan dengannya sebelum ini,” katanya.
Dalam pertemuan terakhir pada Terbuka Malaysia 2014, Januari lepas, Chong Wei mengatasi lawannya itu dalam ‘straight-set’ 21-17 dan 21-18.
Anak jati Pulau Pinang itu turut berharap wakil beregu tunggal negara dalam acara lelaki, Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong akan meneruskan momentum selepas mengesahkan slot suku akhir.
Hoon dan Tan mengambil masa 63 minit untuk mengalahkan pasangan Jepun, Takeshi Kamura dan Keigo Sonoda 19-21, 21-17 dan 21-19 dalam aksi pusingan ketiga.
Bagaimanapun, satu lagi beregu negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Keong gagal meneruskan kemaraan apabila kalah kepada beregu Taiwan, Lee Sheng Mu/Tsai Chia Hsin 21-19, 17-21, 19-21 dalam saingan pusingan ketiga. – BERNAMA
TOP
Himpunan solidariti terhadap Sultan Selangor Sabtu
SHAH ALAM - Sebuah badan gabungan 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan perhimpunan rakyat pada Sabtu ini bagi menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menyelesaikan krisis kepimpinan di negeri itu.
Perhimpunan rakyat yang diberi nama 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor' itu akan diadakan selama dua jam mulai 3 petang di Padang Sultan Sulaiman (Padang Kota Raja), Klang, dan segenap lapisan rakyat diminta menyatakan sokongan mereka dengan menghadiri acara itu.
Antara NGO yang menyertai gabungan itu yang digelar Angkatan Rakyat Sedar (Aras) ialah Gerak Arus Rakyat Bawahan Selangor, Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Persatuan Anak Seni Tanjong Karang, Persatuan Bekas Polis Malaysia dan Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen.
Pengerusi Aras, Abdul Rahim Abdul Wahab berkata perhimpunan itu bertujuan mengucapkan kesyukuran dan terima kasih rakyat Selangor atas kebijaksanaan
baginda menangani isu semasa di negeri itu.
"Ia juga diadakan bagi memberitahu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa majoriti rakyat Selangor sangat berpuas hati dengan cara pentadbiran yang dipraktikkan oleh beliau dan memohon supaya diteruskan budaya ini selagi mana dikehendaki Sultan Selangor," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata pihaknya menyasarkan penyertaan lebih 2,000 rakyat Selangor pada majlis yang akan diisi dengan program seperti pertunjukan kebudayaan, pentomin yang mengisahkan situasi yang berlaku di negeri itu ketika ini dan pidato.-Bernama
TOP
Nigeria: 60 Terbunuh Dalam Pertempuran Etnik
gambar hiasan
ONITSHA, Nigeria 28 Ogos - Satu pertempuran antara pengembala etnik Fulani dan petani etnik Eggon menyebabkan kira-kira 60 orang terbunuh di bahagian tengah Nigeria, menurut laporan polis semalam. Pertempuran tercetus kelmarin di perkampungan Tudun-Ababu dalam negeri Nasawrawa, seminggu selepas penduduk Eggon menuduh golongan Fulanis mencuri anak lembu mereka. "Seramai 60 orang terkorban dalam pertelingkahan itu. Beberapa mayat turut dibakar sehingga tidak dapat dikenal pasti," kata jurucakap polis, Umaru Ismaila. - REUTERS

43 Tentera Pengaman Ditahan Militan Syria
NEW YORK 28 Ogos - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam melaporkan, seramai 43 tentera pengaman di Golan Heights ditahan oleh kumpulan militan Syria dan usaha untuk membebaskan mereka sedang dijalankan.
Dalam satu kenyataan, PBB menjelaskan, kumpulan tentera pengaman Pasukan Pemerhati Pengunduran PBB (UNDOF) itu ditahan ketika pertempuran berlaku kelmarin antara kumpulan militan dan tentera Syria dalam kawasan Golan Heights. - REUTERS
TOP
Aliff Aziz Muncul Jelaskan Kemana 'Hilang'
PETALING JAYA: Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz yang sebelum ini dikatakan 'hilang' akhirnya muncul dengan janji untuk berubah selepas menyepikan diri sejak sebulan lalu.
Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 23, berkata, dia kini sedang menguruskan beberapa hal berkaitan peribadi termasuk menggunakan waktu tersebut untuk berehat bersama keluarga di tempat kelahirannya itu.
"Saya tidak hilang, bersembunyi atau melarikan diri daripada sesiapa atau pun mempunyai masalah kewangan. Saya cuma berehat daripada industri seni buat sementara bagi menguruskan beberapa hal peribadi.
"Apabila sudah bersedia nanti saya akan kembali semula, namun buat masa ini saya mahu berehat secukupnya dan meluangkan masa bersama keluarga," ujarnya ketika menghubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Aliff berkata demikian bagi menjelaskan keadaannya yang dikhabarkan menghilangkan diri sehingga gagal dihubungi oleh beberapa pihak yang ingin berurusan dengannya sejak sebulan lalu.
mStar Online pada Rabu lalu melaporkan tindakan Aliff yang gagal dihubungi menimbulkan masalah kepada syarikat rakamannya iaitu Sony Music apabila banyak jadual berkaitan sesi fotografi dan undangan persembahan terpaksa dibatalkan.
Dalam pada itu Aliff berkata, dia sudah pun menghubungi pihak pengurusannya bagi menjelaskan perkara itu.
Tambahnya, ini merupakan kali pertama dia mengambil tindakan untuk berehat sementara daripada industri hiburan sejak menceburi bidang nyanyian bermula pada tahun 2007.
"Saya rasa ini masa yang paling sesuai kerana selama ini saya sudah bekerja keras sepanjang berkecimpung dalam industri ini dan saya rasa ingin berehat sekejap untuk mencari ruang untuk diri saya sendiri," ujarnya.
Dalam pada itu, ketika ditanya tentang tindakannya membuang gambar-gambar di laman sosial Instagram, Aliff berkata, dia hanya ingin memulakan hidup baharu.
Dia juga akan kembali semula dalam industri hiburan dengan semangat baharu tanpa melihat kembali kontroversi yang pernah dilaluinya sebelum ini.
"Saya padam semua gambar-gambar di Instagram kerana ingin mulakan hidup baru, saya tidak mahu lagi mengenang apa yang berlaku dulu.
"Saya berjanji untuk kembali semula dengan Aliff yang baru dan saya harap peminat menerimanya," ujarnya. - mStar
TOP
Malaysia-Turki Tingkat Hubungan Dua Hala
ANKARA 29 Ogos - Malaysia menyasarkan untuk mempertingkatkan lagi hubungan dua hala meliputi sektor lebih luas dengan Turki ketika negara dengan lebih 80 juta penduduk ini meraikan pelantikan presiden baharu pada Khamis.
Semasa menyatakan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan harapan bahawa pelantikan Recep Tayyip Erdogan sebagai presiden ke-12 Turki, yang beliau sifatkan sebagai rakan karib Malaysia, akan mempercepatkan proses itu.
Bercakap kepada wartawan Malaysia di sini, beliau menarik perhatian akan hakikat bahawa dialog sebelum ini antara Kuala Lumpur dan Ankara, yang memulakan hubungan diplomatik pada 1964, telah membawa kepada perlunya hubungan dua hala dibawa ke peringkat lebih tinggi, dengan sasaran untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan.
"Dan kami juga berharap bahawa dengan pemimpin baharu dalam pucuk pimpinan akan membawa kepada peningkatan kerjasama dua hala dan hubungan dalam bidang termasuk pendidikan, pelancongan, kebudayaan, urusan pentadbiran, latihan dan lain-lain," kata Muhyiddin.
Muhyiddin mewakili kerajaan Malaysia pada upacara pelantikan tokoh kelahiran Istanbul Erdogan, 60, yang telah berkhidmat 11 tahun sebagai perdana menteri Turki sebelum memenangi pilihan raya presiden yang pertama negaranya pada 10 Ogos tahun ini. - BERNAMA
TOP
Kajian Cadangan Bina Loji Air Baharu Di Kuala T’ganu, Siap
KUALA TERENGGANU – Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) telah menyiapkan kajian terperinci cadangan pembinaan loji rawatan air yang baharu bagi menampung peningkatan permintaan bekalan air bersih di negeri itu khasnya di daerah Kuala Terengganu.
Ketua Pegawai Eksekutif SATU Husain Embong berkata kajian itu penting kerana baki keupayaan loji rawatan memproses air bagi daerah itu kini berada di tahap 15.68 peratus.
Katanya ia ditambah dengan permintaan bekalan air bersih antara lima peratus hingga tujuh peratus setahun.
“Mengikut garis panduan yang dikeluarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), baki keupayaan loji rawatan hendaklah berada pada tahap melebihi 15 peratus.
“Oleh yang demikian cadangan pembinaan loji rawatan air yang baharu itu telah disenaraikan sebagai keutamaan bagi projek pembangunan infrastruktur bekalan air negeri itu,” memetik katanya dalam Buletin SATU di sini. Husain berkata cadangan projek itu melibatkan tambahan keupayaan kapasiti pengeluaran air terawat sebanyak 220 juta liter sehari yang dijangka mampu menampung permintaan bekalan air sehingga 2040. Katanya dari segi sumber bekalan air mentah Terengganu khususnya di daerah Kuala Terengganu ia mempunyai jaluran sungai yaang mencukupi bagi sumber bekalan air mentah. “Kajian yang dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam Kajian Sumber Air Negara, bekalan air mentah dari Sungai Terengganu dan Sungai Nerus mampu menampung bekalan air mentah kepada penduduk Kuala Terengganu sehingga 2050,” katanya. Husain berkata kualiti sumber air mentahnya juga berada pada tahap yang sangat baik. Namun demikian katanya ancaman kepada pencemaran sumber air seperti pelepasan sisa-sisa pertanian, aktiviti perlombongan pasir, aktiviti penternakan ikan dalam sangkar dan sebagainya perlu dikawal oleh agensi yang terlibat. Beliau berkata pencemaran sumber air boleh meningkatkan kos rawatan air SATU. – BERNAMA

Murid Istimewa Cipta Rekod Tersendiri
KOTA BHARU - Biarpun dalam kategori khas, namun 57 murid Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Mas membuktikan mereka mempunyai kelas tersendiri apabila berjaya menghasilkan Jalur Gemilang sepanjang 57 meter sempena kemerdekaan negara ke-57 tahun ini.
Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolah itu, Zaidee Jusoh berkata, kerja menyiapkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 pada 31 Ogos ini dilakukan secara gotong-royong oleh lima kumpulan murid Pendidikan Khas yang dimulakan sejak 24 Ogos lalu.
Menurutnya, inisiatif mencantum dan mewarnakan Jalur Gemilang oleh murid istimewa terdiri daripada pelbagai kategori seperti sindrom down, celebral palsi, lembam, hiperaktif, dan autism itu sebagai program integrasi pendidikan khas.
“Aktiviti empat hari yang berakhir semalam, sangat bermakna kerana ia memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada murid berkeperluan khas mengenai simbol dan warna Jalur Gemilang.
“Malah ia dapat meningkatkan kemahiran pergerakan tangan dan korden mata serta tangan murid berkeperluan khas bagi menerapkan terapi seni visual bagi golongan itu, sekali gus meningkatkan daya kreativiti mereka,” katanya kepada media, semalam.
Terdahulu beliau menaikkan Jalur Gemilang itu bersama murid terlibat sebelum dirasmikan Ketua Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, Mohd Azhar Zahari di sekolah berkenaan, semalam.
Zaidee berkata, selain murid istimewa, misi menyiapkan Jalur Gemilang yang julung kali diadakan di sekolah berkenaan turut dibantu 19 guru termasuk guru pelatih dan lima pembantu pengurusan murid, membolehkan ia siap tepat pada masanya.
Menurutnya, tujuan utama penghasilan Jalur Gemilang sepanjang 57 meter itu bagi memupuk semangat mencintai bendera Malaysia dalam kalangan murid berkeperluan khas dan warga sekolah.
Sementara itu, Mohd Azhar mengakui usaha dilakukan murid Pendidikan Khas sesuatu yang luar biasa bagi murid berkenaan dan mampu membangkitkan semangat mereka untuk terus berada sebaris dengan murid lain.
“Apabila mereka diberi peluang melakukan apa yang dilakukan murid biasa, mereka akan lebih bersemangat untuk menonjolkan kreativiti dan menyerlahkan bakat dimiliki.
"Justeru, kita galakkan lebih banyak sekolah mengikut contoh dan jejak langkah yang dilakukan oleh SK Tanjung Mas,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Padah Rogol Kekasih Bawah Umur
KOTA BHARU - Seorang pembuat mozek mengaku tidak salah atas tuduhan merogol kekasihnya yang masih di bawah umur di mahkamah seksyen, di sini, semalam.
Tertuduh, Mohamad Asraf Ibrahim, 21, didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun tujuh bulan di sebuah rumah di Kampung Lubok Jambu, Mulong, di sini, pada jam 2 pagi, 28 April 2014.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin memohon kes ditangguhkan untuk pengurusan dan tertuduh tidak ditawarkan jaminan.
Hakim, Mohd Yusoff Yunus kemudian menetapkan sebutan semula pada 17 September depan dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Tertuduh diwakili peguam bela, Mohd Faizal Abd Rahman.
Dalam perkembangan lain, seorang pemandu bot pelancong, Muhammad Ramzie Zulkifli, 21, juga mengaku tidak salah merogol kekasihnya yang berusia 15 tahun lima bulan di sebuah rumah di hadapan Balai Polis Cherang Ruku, Pasir Puteh, antara jam 10 malam dan 12 tengah malam, 15 Ogos 2014.
Mahkamah menetapkan sebutan semula pada 29 September depan.
Tertuduh tidak dibenarkan jaminan dan tertuduh juga tidak diwakili peguam. - Sinar Harian
TOP
Argentina Kuasai Manchester!
PEMAIN pertahanan Manchester City dan Argentina, Pablo Zabaleta mengakui senang melihat rakan senegaranya beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL), khususnya di kota Manchester.
Selain Zabaleta, City kini turut dibarisi Sergio Aguero, Martin Demichelis dan Wilfredo Caballero.
Manakala, kelab setempat, Manchester United baru saja membeli Marcos Rojo dan Angel di Maria pada bursa pasaran pemain musim panas ini.
“Sekarang semua pemain Argentina datang dan menguasai Manchester! Di Maria dan Rojo juga ada di sini.
"Saya amat senang kerana Di Maria dan Rojo adalah pemain yang bagus.
“Saya sudah ceritakan kepada mereka mengenai kehidupan di Manchester beberapa hari lalu," katanya. - Sinar Harian
TOP
"Macamlah Saya Jual Dadah," Kata Ramli MS Isu Kahwin Alyah
PETALING JAYA: Konduktor muzik terkenal Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS berkata ada sebab beliau merahsiakan pernikahannya dengan penyanyi Alyah yang dilakukan di Batam, Indonesia kira-kira setahun lalu.
Bagaimanapun Ramli tidak berhasrat untuk berkongsi sebab kenapa beliau berbuat demikian.
"Dah setahun kami kahwin, tentu ada sebabnya kami rahsiakan perkara ini. Kenapa kamu semua nak sibuk? Ini adalah hak mutlak asasi saya," katanya kepada mStar Online dalam nada bergurau ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Ramli diminta mengulas mengenai kontroversi perkahwinannya dengan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, selepas rahsia itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, Khamis.
Dalam serbuan itu kedua-dua pasangan tersebut memberi kerjasama yang baik kepada anggota penguatkuasa selain berjaya meyakinkan pernikahan mereka yang dilakukan di Batam, Indonesia itu.
Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam satu kenyataannya kepada sebuah portal berkata pasangan berkenaan akan menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihaknya pada Selasa ini untuk penelitian.
Pada awal pagi Khamis, sekumpulan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu sebuah banglo mewah Ramli di Bandar Kinrara, Puchong Selangor bagi menyiasat status hubungannya dengan Alyah.
Dalam serbuan kira-kira pukul 7.30 pagi itu, pasangan berkenaan dipercayai berjaya meyakinkan pegawai penguatkuasa mengenai status rumah tangga mereka dan diminta hadir ke pejabat Jais untuk memberi keterangan selain dinasihatkan mendaftarkan perkahwinan mereka.
Pasangan itu dipercayai bernikah di Batam, Indonesia kira-kira setahun lalu.
Ramli MS dan Alyah sudah bernikah sejak setahun yang lalu.
Sementara itu, Ramli menyifatkan kontroversi perkahwinannya itu terlalu diperbesarkan seolah-olah beliau melakukan kesalahan serius seperti menjual dadah.
"Kamu semua ingat... macamlah saya jual pil kuda atau ekstasi... hahaha."
"Sedangkan kami (Ramli dan pihak Jais) siap bergurau senda lagi di dalam rumah. Macam pihak polis buat sekatan jalan. Mereka tahan, bertanya dan kemudian kita jalan.
"Tetapi orang luar buat cerita macam saya jual dadah... haha," ujarnya pula menerusi SMS tersebut.
Sebelum ini Ramli mengunci mulut apabila ditanya gosip perkahwinannya dengan Alyah.
Penyanyi itu pula tidak banyak bercerita mengenai hubungan mereka tetapi meminta pihak media bertanyakan sendiri kepada Ramli jika ingin penjelasan dengan alasan biar ia disahkan sendiri oleh pihak lelaki. - mStar
TOP
Bookie Bola Sepak Dedah Boleh Arah Pemain, Jurulatih
Wilson Raj Perumal
SINGAPURA: Tahukah anda seorang bookie bola sepak boleh duduk di bangku simpanan, arah pemain dan jurulatih untuk menentukan keputusan perlawanan. Ini adalah pendedahan mengejutkan dibuat bekas pengatur perlawanan warga Singapura, Wilson Raj Perumal sepanjang pembabitannya selama dua dekad sebagai bookie. Perumal yang ketika ini berada dalam buangan, berkata dia memperoleh habuan besar hasil kerja haramnya iaitu sebanyak lima ke enam juta dolar (RM15.7 juta ke RM18.9 juta) sepanjang pembabitannya itu. Dan jumlah yang diraihnya itu adalah hasil daripada mengatur 80 sehingga 100 perlawanan di seluruh dunia, termasuk perlawanan bertaraf 'elit'. Lebih mengejutkan, Perumal turut mendedahkan 80 peratus daripada perlawanan yang ditentukan keputusannya 'berjaya.' "Ada ketikanya saya akan berada di bangku simpanan, memberitahu pemain apa yang perlu dibuat, memberi arahan kepada jurulatih. Ia mudah. Tiada polisi seperti itu atau sebagainya," kata Perumal ketika ditemuramah laman web CNN. Begitupun, pelarian berusia 49 tahun itu mengakui tiada jaminan pemain yang diberikan suapan akan ikut segala arahan yang diberikan olehnya. "Tiada sebarang tanda aras boleh diletakkan pada tahap kejujuran seorang pemain atau pun tahap komitmen mereka," katanya. Dakwa Perumal, antara perlawanan besar yang pernah diaturkan termasuk di Sukan Olimpik Beijing 2008 dan Sukan Olimpik Atlanta pada 1994. "Ia (bola sepak) bukan lagi sukan. Ia lebih kepada perniagaan ketika ini. Kami hanya cuba mencari duit daripada perniagaan ini," katanya yang tidak merasa bersalah atas pembabitannya sebagai bookie. Sekalipun memperoleh jumlah lumayan dan hidup mewah hasil kerja haramnya, Perumal mengakui sudah menghabiskan semua wang yang diraihnya dalam perjudian. Perumal ketika ini berada di Hungary dan diletakkan di bawah perlindungan polis dan membantu mereka dalam siasatan mengatur perlawanan. Dia ditahan di Finland pada 2011 sebelum menghabiskan hukuman penjara selama satu daripada dua tahun yang dikenakan kepadanya kerana mengatur perlawanan di negara terbabit. Pada April lalu, Perumal menerbitkan buku autobiografi bertajuk 'Kelong Kings' atau Raja Kelong yang memberi pendedahan secara terperinci bagaimana dia beroperasi di Singapura dan Malaysia pada awal era 90-an. Perumal mendakwa dia ditahan di Finland kerana dibelot oleh Dan Tan, seseorang yang dikatakan ketua kepada sindiket pengatur perlawanan besar yang ketika ini ditahan di Singapura bersama tiga rakan yang bersubahat dengannya. Perumal turut dikehendaki di Singapura kerana lari daripada membayar wang jaminan pada 2010. Dia melarikan diri melalui bandar-bandar di negara Asia Tenggara selepas disabit kesalahan kerana menyerang pegawai undang-undang awam atas kesalahan tiket parkir dan dikenakan penjara selama lima tahun. Polis Singapura berkata mereka ketika ini sedang mencari cara untuk membawa Perumal ke negara terbabit untuk menghadapi hukumannya. - AFP

Daun ketum diwarta di bawah Akta Dadah Berbahaya
GEORGE TOWN, 28 Ogos (Bernama) -- Pelaksanaan undang-undang daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dijangka dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun depan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata warta berhubung peruntukan undang-undang khusus untuk daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya itu telah diserah kepada Peguam Negara untuk ditandatangani.
"Pada 19 Ogos, Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr S. Subramaniam) telah menandatangani warta supaya daun ketum diletak dalam jadual Akta Dadah Berbahaya dan warta itu telah dihantar kepada Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Gejala dan Bahaya Penggunaan Daun Ketum di sini pada Khamis.
Beliau berkata penggunaan daun ketum sebelum ini diletak di bawah Akta Racun dan tindakan meminda kesalahan itu di bawah Akta Dadah Berbahaya adalah bagi membolehkan tindakan undang-undang lebih ketat dikenakan terhadap pesalah daun ketum.
Negara perlu mempunyai undang-undang yang lebih ketat berkaitan penyalahgunaan dadah jenis itu memandangkan penggunaannya yang semakin meluas sehingga ke Sabah dan Sarawak dan boleh merosakkan generasi akan datang, katanya.
Wan Junaidi berkata di bawah Akta Racun, mereka yang didapati terlibat dalam memproses daun ketum hanya dikenakan denda sehingga RM10,000 yang dilihat tidak memberi kesan kepada masyarakat kerana pulangan daripada kegiatan memproses daun ketum boleh mencapai sepuluh kali ganda daripada jumlah itu.
"Jumlah rampasan daun ketum oleh pihak berkuasa juga sentiasa meningkat iaitu pada tahun 2012 sebanyak 5.22 tan daun ketum dirampas dan jumlah itu meningkat kepada 7.87 tan pada tahun 2013 dan sehingga Ogos 2014, sebanyak 6.9 tan daun ketum dirampas," katanya.
Beliau berkata dengan penguatkuasaan bahan itu di bawah Akta Dadah Berbahaya, mereka yang didapati bersalah juga boleh dikenakan hukuman penjara dan sebat.
Sehubungan itu, Wan Junaidi meminta agensi-agensi terlibat dalam penguatkuasaan mengadakan sesi penerangan seperti seminar kepada masyarakat berhubung hukuman yang lebih berat untuk penyalahgunaan daun ketum itu.- BERNAMA
TOP
JB Alami Kepesatan Pembinaan 'Rumah Mampu Tengok'
MALAYSIA GAZETTE telah merungkai keadaan di Johor, yang mana kini sedang mengalami kepesatan pembinaan perumahan dan kesannya terhadap rakyat di negeri itu, terutamnya di Iskandar Malaysia.
Didalam artikel yang ditulis, kini terdapat satu kategori perumahan, khusus untuk golongan yang berkemampuan yang dipanggil oleh segelintir warga Johor Bharu sebagai "rumah mampu tengok". Panggilan sedemikian diberikan kerana harga yang ditawarkan jauh di luar kemampuan sebahagian besar rakyat negeri itu.
"Harga-harga seunit kondominium yang ditawarkan oleh pemaju-pemaju itu mencecah RM800,000 bagi unit permulaan seluas 800 kaki persegi dan ke bawah manakala harga unit dengan keluasan 1000 kaki persegi dan berhadapan dengan laut pula akan melebihi RM1 juta."
"Sebab itu, saya dan penduduk JB yang lain menggelarkan kategori rumah ini sebagai 'rumah mampu tengok" kerana kita hanya mampu melihatnya dan tidak berkemampuan untuk memilikinya," menurut pekerja swasta, Hezree Abdul Samad, 35, kepada Malaysia Gazette hari ini.
Hazree yang kini sudah berumahtangga membuat jangkaan bahawa kebanyakan atau kesemua pembeli "rumah mampu tengok" berkenaan adalah dari Singapura serta China, yang dilihat berminat melabur di dalam sektor hartanah Johor. Ikuti laporan penuh di Malaysia Gazette. - SiakapKeli.com
TOP
Khalid Samad Kecam Tindakan ‘Pendekar Ludah’
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menyifatkan tindakan sekumpulan individu meludah dan menghamburkan kata-kata kesat kepadanya atas alasan ingin mempertahankan Institusi Kesultanan Melayu hanya mencemarkan institusi berkenaan.
Menurut Khalid, kumpulan yang digelarnya sebagai ‘pendekar ludah’ itu sebenarnya telah bertindak biadab kerana Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang berada di sampingnya turut terkena percikan ludah itu.
“Tindakan liar dan samseng kumpulan berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat menunjukkan mereka tidak berakhlak dan tiada kena mengena dengan institusi berkenaan.
“Raja Kamarul Bahrin juga salah seorang kerabat diraja Terengganu dan Perak. Beliau sendiri amat tersinggung dengan apa yang berlaku semalam (kelmarin),” katanya dalam sidang media di pejabatnya, semalam.
Kelmarin, Khalid diserang beberapa individu semasa dalam perjalanan meninggalkan Kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas mengaku tidak bersalah atas dakwaan menghasut dalam kenyataannya yang menggesa kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dihapuskan.
Beliau dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM4,000 dan Ahli Parlimen Kuala Kerai, Dr Hatta Ramli dinamakan sebagai penjamin.
Khalid mempersoalkan bagaimana ingin membela institusi ini dengan perangai dan tindakan tidak beradab dan bertamadun sebegitu rupa.
“Raja Kamarul Bahrin sendiri terkena percikan geng ‘pendekar ludah’ sedangkan beliau sendiri kerabat diraja.
“Inilah masalah golongan yang sanggup dipergunakan orang lain kononnya atas dasar semangat tanpa ilmu. Akhirnya mencemarkan apa yang kononnya ingin diselamatkan,” katanya.
Menceritakan kejadian, kata Khalid, seorang pemuda Melayu telah menemui beliau dan bertanya ‘adakah kamu YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam?’ lalu beliau menjawab ‘ya’.
Secara tiba-tiba pemuda berkenaan meludah ke mukanya sementara beliau sendiri hampir menumbuk pemuda berkenaan sebagai tindak balas namun ditenangkan oleh Raja Kamarul Bahrin yang berada di sebelahnya lalu terus beredar.
“Saya juga sudah buat laporan polis di IPD Shah Alam hari ini (semalam) dan kes telah dirujuk ke IPD Sentul untuk siasatan selanjutnya.
“Gambar individu berkenaan juga sudah berjaya diperolehi dan sebahagian daripada mereka sudah dikenal pasti.
“Sekarang saya mahu tahu adakah ‘Pendekar Ludah’ ini benar-benar berani atau jenis manusia buang batu sorok tangan!” katanya.
Khalid turut memberi amaran kepada kumpulan itu supaya terus menyerah diri kepada polis untuk proses siasatan. - Sinar Harian Online
TOP
Ular Peneman Tidur Budak Lelaki Di Indonesia
Jakarta – Kebiasaan seorang budak lelaki yang hanya mahu ditemani ular ketika tidur mengejutkan ramai orang dan menjadikan rumah mereka di Malimongan, Makassar tumpuan ramai.
Bagi Dhiaz Ahmad Zidan, 2, teman paling disenangi untuk melelapkan mata ialah ular sawa seberat 40 kilogram yang dilayannya seperti patung mainan.
Selain itu, ada 28 ular lain yang menjadi haiwan peliharaan ibu bapanya, Fatimah, 36, dan Yudhi Pramono, 38.
Pada ketika lain Dhiaz menjadikan ular berkenaan sebagai peneman untuk bermain-main.
Kata Yudhi, setiap kali Dhiaz mahu tidur budak itu akan gelisah jika tiada ular menjadi peneman.
“Hanya selepas dia puas bermain dengan ular, barulah haiwan itu saya simpan di dalam sangkar,” katanya.
Jika tidak dilayan begitu, kata Yudhi, Dhiaz akan menangis.
Katanya, kebiasaan tidur ditemani ular mula terjadi sejak Dhiaz berusia 2 bulan.
“Kebiasaan itu menyebabkan jiran tetangga takut atau geli,” katanya.
Selain ular sawa Yudhi dan Fatimah turut membela beberapa ular jenis lain termasuk yang berbisa.
‘Teman’ paling akrab Dhiaz ialah ular sawa sepanjang 4.25 meter yang berusia 14 tahun.
Yudhi menjadikan ular ditemuinya di beberapa daerah di Indonesia sebagai koleksi.
Kata Yudhi hobi membela ular itu diwarisi daripada neneknya.
“Bagi kami, ular ini seperti sebahagian daripada keluarga,” katanya.- Agensi
TOP
Isteri Adi Putra Sindir Kaki Gosip, ‘Tengok Bola Pun Tak Boleh?’
Cubit paha kiri, paha kanan pun terasa sakitnya – itulah perumpamaan hubungan suami isteri.
Tak hairanlah Aida Yusof yang merupakan isteri pelakon popular Adi Putra berasa bengang apabila terdapat sebilangan puak yang bagaikan tak pernah puas hati dengan artis.
Sebagai contoh Aida memaparkan gambar screen shot dari Facebook Arena Saluran 801 yang dikongsikan di sebuah forum gosip didapatinya cuba membuat spekulasi semberono tanpa asas.
Gambar yang mendapat lebih 13,000 likes itu menunjukkan Adi Putra duduk di sebelah juru latih Harimau Malaya, Dollah Salleh di stadium ketika perlawanan bola sepak berlangsung. Gambar ini kemudiannya dijaja seorang ahli forum gosip yang meneka Adi Putra sedang berjinak-jinak bidang kejurulatihan bola sepak selain mencetuskan persoalan apa kaitan antara Adi Putra dengan Dollah Salleh kepada pembaca lain. Justeru tercetuslah pelbagai spekulasi dan komen yang mungkin menyakitkan hati Aida apabila membacanya. Secara logiknya betul juga kata Aida, “Hai ini pun nak dijadikan isu. Tengok bola pun tak boleh ke? Komen-komen lak tu yang bukan-bukan.Inilah manusia zaman sekarang ada je yang tak kena.”
Nasihat kami kepada Aida, sabarlah. Ini harga yang perlu dibayar seorang selebriti apatah lagi Adi Putra pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini, jadi dah tentu gerak gerinya sentiasa dalam radar kaki gosip di luar sana. - MYNEWSHUB.MY

Jika ‘Perang’ Belum Berakhir, Azwan, Sharnaaz Diminta Karyawan
Rasanya semua pemerhati industri hiburan tempatan sudah mengetahui ‘perbalahan’ di antara selebriti Azwan Ali dengan pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad.
Kontroversi di antara mereka mula tercetus selepas Sharnaaz berkongsi gambar Azwan yang sempat berselfie ketika di hari perkabungan negara, minggu lalu.
Sharnaaz mempersoalkan tindakan Azwan yang masih lagi berselfie tanpa mengira sensitiviti dan kesesuaian tempat dan acara terbabit.
Dan seperti yang kita tahu, Azwan merupakan seorang selebriti yang boleh tahan laser juga mulutnya, terus membidas kritikan itu dengan mengatakan dia tidak mengenali Sharnaaz dan menyelitkan sedikit kata-kata sinis terhadap aktor kelahiran Pulau Pinang itu.
Enggan memanjangkan cerita, Presiden Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez dikatakan mungkin akan memanggil kedua-dua artis itu bagi menyelesaikan kemelut yang melanda. Menerusi laporan Sinar Harian, Freddie mengatakan ada betulnya tindakan Sharnaaz yang menegur Azwan kerana baginya untuk menangkap gambar selfie, kita perlulah melihat tika, waktu dan tempat untuk mengambil gambar sedemikian. “Untuk aktiviti ringan dan hiburan, bolehlah nak selfie. Kita haruslah menghormati suasana pilu di hari perkabungan tersebut walau dengan macam mana riak muka sekalipun, ia tetap tidak sesuai. “Apa yang ditegur Sharnaaz itu ada betulnya dan saya berharap Azwan Ali akan lebih sensitif selepas ini. Saya harap, ia akan berakhir di Twitter sahaja. Lagipun, masing-masing sudah mengeluarkan ‘paku buah keras’ masing-masing. Cukup-cukuplah itu… Kalau mereka masih meneruskan perang ini, kami akan memanggil dan cuba menyelesaikannya,” katanya. Semoga mereka menyahut saranan Karyawan ini agar masing-masing dapat bermuhasabah diri dan tidak terlibat lagi dengan kontroversi dengan mana-mana rakan artis. – MYNEWSHUB.MY

Wanita Upah Abu Mendiang Suami Ditukarkan Jadi Berlian
Seorang wanita Glynis Barnett, 63, membayar kepada sebuah makmal sebanyak £5,000 (RM26,128) untuk menukarkan abu mendiang suaminya, John kepada sebuah perhiasan berlian.
Menurutnya, ramai rakan-rakannya memuji berlian berwarna kuning itu yang kelihatan sangat berseri-seri dan halus pembuatannya. Glynis mengabadikan abu mendiang suaminya dalam sebegitu rupa untuk sentiasa mengingati orang tersayangnya itu. “Saya membayar RM26,128 kepada sebuah makmal untuk menjadikan abu mendiang suami kepada berlian agar mendiang sentiasa berada dekat dengan saya walaupun selepas dia meninggal dunia,” katanya memetik Daily Mail. Kebanyakan rakan-rakannya nyata terkejut selepas Glynis memberitahu perkara sebenar kepada mereka berhubung berlian tersebut. “Mereka selalu berkata berlian ini sangat bersinar dan warnanya sangat menarik untuk dilihat dan sangat terkejut bila saya katakan berlian ini pernah menjadi suami saya,” kata bekas pembantu peribadi yang berasal dari Kent, United Kingdom ini.
Trend menjadikan abu mendiang sebagai barang perhiasan ataupun sebagai arca dilihat semakin mendapat perhatian ramai di sana kerana mereka ingin mengabadikan kenangan dengan si mati menerusi satu objek yang dekat dengan mereka. – MYNEWSHUB.MY
Menurutnya, ramai rakan-rakannya memuji berlian berwarna kuning itu yang kelihatan sangat berseri-seri dan halus pembuatannya. Glynis mengabadikan abu mendiang suaminya dalam sebegitu rupa untuk sentiasa mengingati orang tersayangnya itu. “Saya membayar RM26,128 kepada sebuah makmal untuk menjadikan abu mendiang suami kepada berlian agar mendiang sentiasa berada dekat dengan saya walaupun selepas dia meninggal dunia,” katanya memetik Daily Mail. Kebanyakan rakan-rakannya nyata terkejut selepas Glynis memberitahu perkara sebenar kepada mereka berhubung berlian tersebut. “Mereka selalu berkata berlian ini sangat bersinar dan warnanya sangat menarik untuk dilihat dan sangat terkejut bila saya katakan berlian ini pernah menjadi suami saya,” kata bekas pembantu peribadi yang berasal dari Kent, United Kingdom ini.
Trend menjadikan abu mendiang sebagai barang perhiasan ataupun sebagai arca dilihat semakin mendapat perhatian ramai di sana kerana mereka ingin mengabadikan kenangan dengan si mati menerusi satu objek yang dekat dengan mereka. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Tolak Rayuan Kakak Lelaki Mati Dalam Tahanan
PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman sivil yang difailkan terhadap polis oleh kakak seorang pembantu kedai tuak, yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis lima tahun lepas.
Panel tiga anggota yang dipengerusikan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim, sebulat suara menolak rayuan R.Ganga Gouri, yang difailkan untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi.
“Kami dapati Mahkamah Tinggi mengamalkan prinsip undang-undang dengan betul serta membuat keputusan yang tepat,” kata Zaharah, yang bersidang bersama Hakim Datuk Mah Weng Kwai dan Hakim Datuk Varghese George Varughese.
Mahkamah itu juga menolak rayuan Ganga Gouri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkannya memasukkan satu lagi pihak — Abu Bakar Lajis, pegawai yang bertanggungjawab menjaga rumah mayat — sebagai defendan dalam samannya.
Zaharah tidak memberi sebarang perintah tentang kos. Ganga Gouri memfailkan saman itu pada 13 Julai 2012, dengan menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Sentul Asisten Superintendan Zakaria Pagan, Asisten Superintendan Mohamad Idris Omar dan tujuh anggota polis dari balai polis Sentul serta penjaga mayat di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), sebagai defendan.
Dalam kenyataan tuntutannya, Ganga Gouri mendakwa kematian adiknya R. Gunasegaran di dalam lokap Balai Polis Sentul pada 16 Julai 2009, berpunca daripada kecuaian tujuh anggota polis berkenaan dalam menunaikan tugas mereka.
Gunasegaran, 31, rebah ketika diambil cap jari antara 6.45 petang dan 7 malam, sebelum meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 7.40 malam hari sama.
Ganga Gouri menuntut ganti rugi am, khas dan teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Pada 25 Oktober 2010, Mahkamah Koroner memberi keputusan terbukanya dalam inkues bagi menentukan punca kematian Gunasegaran dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Tinggi pada 19 Julai 2013.
Mahkamah Koroner mendapati kematian Gunasegaran mungkin berpunca daripada kecederaan yang dialami selepas dipukul dan ditendang atau kerana dos berlebihan dadah jenis Chloroquine.
Tahun lepas, Ganga Gouri memfailkan permohonan kepada Mahkamah Rayuan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan itu, tetapi ditolak.
Ganga Gouri diwakili peguam M. Visvanathan, manakala peguam kanan persekutuan Azizan Arshad dan peguam persekutuan Nurhasmanita Abdul Manap dan Nur Aqilah Ishak wakili responden. – BERNAMA
TOP
EKSKLUSIF : Kedai Judi Boleh Untung RM4,000 Sehari Maaa..
Siapa sangka, si pengusaha pusat judi internet haram di ibu kota ada yang boleh mengaut keuntungan sehingga RM4,000 sehari dan biasanya kutipan ‘kencang’ berlaku di waktu malam.
Itulah yang diceritakan oleh seorang penjaga pusat judi siber yang diserbu pada Operasi Bersepadu Membanteras Aktiviti Haram di sekitar Kuala Lumpur malam tadi. Pusat judi itu yang terletak di Maluri, merupakan satu daripada sasaran pihak berkuasa diketuai Kementerian Wilayah Persekutuan dalam operasi sepanjang malam itu. Menurut penjaga kedai berkenaan, Fiona, 38, premis itu beroperasi selama 24 jam dengan tiga orang wanita dan seorang lelaki asing warga Bangladesh bergilir-gilir menjaga premis berkenaan. Pada malam tadi, Fiona bertugas bersama rakannya Jaza, 37.
Fiona yang dibayar gaji RM1,400 sebulan dan baru sahaja sebulan setengah bekerja di pusat judi haram itu berkata, hanya mereka yang mengendalikan premis itu ada di sana, pemilik tidak pernah ‘turun’ sebaliknya hanya pengurus mereka sahaja untuk mengambil duit kutipan keuntungan. “Tokey (majikan) biasa tak datang, selalu manager (pengurus) sahaja yang datang. Manager berbangsa Cina lelaki, dan kami hanya panggil dia Ah Chai kerana mereka ramai dan tidak tahu yang mana satu. “Kami kenal tiga orang, semuanya Cina,” kata Fiona dalam temubual berkenaan. Menjawab soalan wartawan berkenaan waktu bilakah pengurus datang untuk mengutip wang hasil perniagaan, Fiona berkata mereka akan menghubungi pengurus-pengurus ini apabila wang terkumpul mencecah RM2,000. Fiona berkata, mereka akan menghubungi pengurus untuk mengambil wang jika kedai membuat keuntungan atau dengan lain katanya, jika pelanggan pusat judi mereka kalah teruk. Menjawab soalan berapa kali kekerapan pengurus mereka datang mengambil wang keuntungan dalam sehari, Fiona berkata mereka akan datang mengutip wang sekali arau dua kali dalam sehari. “Kalau siang kami tidak tahu kerana kami tidur, jika pada waktu malam mereka akan datang mengambil wang kutipan kira-kira dua kali setiap hari,” kata Fiona Menurut Fiona, ada pelanggan yang pernah menang permainan judi di kedainya sehingga mencecah RM15,000 dan ia adalah jumlah yang paling tinggi setakat ini. Dia berkata, pelanggan yang menang dengan jumlah wang banyak biasanya bermain permainan judi Roullette. Fiona berkata dalam permainan di premisnya, yang paling banyak menang ialah mereka yang berbangsa Cina kerana mereka meletakkan wang pertaruhan tinggi kira-kira RM5,000 hanya sekali main. “Biasanya diaoarang masukkan RM5,000 atau RM1,00 sekali main. “Orang Melayu kurang menang kerana biasa masukkan sedikit yakni RM10 sahaja,” katanya. Fiona berkata gaji kepada mereka dibayar secara tunai oleh majikan tanpa dipotong caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ataupun caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Malam tadi, premis yang dijaga Fiona dan rakannya Jaza, 37, diserbu pihak berkuasa yang bersama-sama dalam operasi bersepadu itu. Dalam operasi berkenaan agensi lain yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Imigresen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Suruhanhaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Telekom Malaysia (TM). Sebanyak 177 buah kafe siber yang juga sebuah pusat judi siber diserbu malam tadi daripada keseluruhan 300 buah yang terdapat di Kuala Lumpur. Selain pusat judi haram, sebanyak 127 buah pusat urut yang disyaki beroperasi tanpa lesen diserbu. Operasi malam tadi bermula pada pukul 9 malam dan berakhir pada pukul 7 pagi ini dilaksanakan di enam kawasan Parlimen iaitu Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Cheras, Bandar Tun Razak dan Seputeh. - MYNEWSHUB.MY Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

Operasi Demi Operasi, Maklumat Tetap Bocor… Sampai Bila?
Seringkali operasi bersepadu yang dirancang untuk membanteras aktiviti haram di ibu negara akan menemui kegagalan dan kesudahannya, premis judi internet dan pusat urut tidak berlesen masih berleluasa seperti biasa.
Kisah rangkaian tonto – pemberi maklumat yang pantas menghidu pergerakan pihak berkuasa masih berlaku dan belum pun bermula operasi besar-besaran, pihak yang terlibat seperti pengusaha pusat judi dan pemilik premis urut segera bergerak menyelamatkan operasinya. Rasanya hampir pasti yang membocorkan maklumat itu adalah orang dalam. Namun bukan mudah untuk mengesan mereka yang terbabit. Jalan cerita sama berulang pada Operasi Bersepadu Membanteras Aktiviti Haram malam tadi apabila ada pengusaha pusat judi telah dilihat mula membawa keluar peralatan komputer beberapa jam lebih awal sebelum dirampas pihak berkuasa. Risikan media pada waktu petang berjaya mengesan beberapa pekerja di sebuah pusat judi siber dilihat mula membawa keluar peralatan seperti monitor komputer, unit pemprosesan komputer (CPU) bagi mengelakkan ia dirampas. Lokasi video berkenaan direkodkan tidak didedahkan tetapi ia termasuk dalam lokasi sasaran operasi berkenaan. Biasanya jika ada sahaja operasi sama dijalankan, satu Kuala Lumpur akan mengetahui mengenainya. Itu belum lagi segerombolan orang ramai yang berkumpul di hadapan sesebuah premis urut atau judi siber yang diserbu menjadi penonton drama penghapusan aktiviti tidak bermoral yang tidak sudah-sudah. Ketika ditemui media di Danau Desa ketika operasi bersepadu itu berjalan semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata, semua agensi terlibat mempunyai peranan masing-masing dan tindakan penguatkuasaan akan terus dilakukan. “Operasi ini dibuat secara besar-besaran melibatkan pelbagai agensi dan tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan secara teratur, pertamanya bekalan elektrik akan dipotong oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB). “Keduanya, bekalan air akan dipotong oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan mengambil tindakan dari segi memutuskan talian telefon dan agensi lainnya akan mengambil tindakan masing-masing. “Dengan harapan supaya semua pengusaha ini, kafe siber dan rumah urut yang tidak berlesen, kita harap berhentilah daripada terus beroperasi dan kita memberi peluang kepada mereka untuk berniaga secara betul,” katanya. Adnan berkata memang diketahui ada premis yang telah diambil tindakan dilihat kembali beroperasi semula dan pihak kerajaan tidak akan mudah mengalah dalam soal membanteras kegiatan-kegiatan tidak bermoral itu. “Ada berlaku, kawasan yang telah dipotong bekalan elektrik, dia mendapat sambungan dari pihak yang lain. Saya minta TNB potong pula pembekal tenaga dari premis yang lain bersubahat. “Isu ini tidak selesai kalau tidak ada tindakan dan kerjasama dari semua pihak,” kata Adnan. Beliau berkata pihaknya akur bahawa dari segi aduan orang ramai aduan berkenaan kes premis judi haram dan pusat urut semakin bertambah serentak bersama dengan kebimbangan orang ramai. “Kita terpaksa mengadakan operasi seperti ini memandangkan aduan yang diterima terlalu banyak, keresahan orang awam, dan juga dalam media ia kerap dilaporkan. “Masalah ini adalah begitu serius, kita akan menguatkuasakan undang-undang untuk pastikan ia dapat dihentikan,” katanya. Pada operasi semalam, ia diketuai oleh Kementerian Wilayah Persekutuan tidak seperti selalunya ia diketuai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Adakah ia sebagai satu petanda kredibiliti DBKL yang semakin lemah dek kerana kegagalan mengatasi semua masalah dan isu berkaitan judi dan pusat urut yang tetap berlaku. Kisahnya semalam, kira-kira 1,000 penguatkuasa terlibat di beberapa kawasan sasaran dalam enam kawasan Parlimen dalam Wilayah Persekutuan iaitu Titiwangsa, Wangsa Maju, Setiawangsa, Cheras, Bandar Tun Razak dan Seputeh. Operasi kali ini diadakan oleh Task Force kementerian yang telah diwujudkan pada 16 April lalu oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Task Force itu bermesyuarat sekali dalam masa dua bulan. Malam tadi, merupakan edisi ketiga operasi selepas edisi pertama diadakan pada 16 dan 17 Julai dan edisi kedua pada 24 Julai lalu. – MYNEWSHUB.MY

Indeks Syariah Mula Diguna Pakai Januari 2015
PUTRAJAYA – Indeks syariah bagi mengukur pencapaian sesebuah negara dalam melaksanakan tuntutan syarak bakal diguna pakai mulai Januari tahun depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, indeks yang komprehensif itu sedang dibangunkan, diterajui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Universiti Islam Antarabangsa dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
“Banyak sangat polemik, ada yang kata kita negara Islam dan ada yang kata sebaliknya.. bagaimana usaha kita untuk mengisi tuntutan Islam, syariat Islam, mesti ada ukuran yang saintifik.
“Bila ada indeks ini, kita boleh buat ukuran dan negara boleh buat perbandingan dengan negara lain, kalau ada yang dah berjaya Alhamdulillah, kalau masih ada kekurangan lagi kita sama-sama perbaiki,” katanya semasa berucap pada Majlis Perdana Ulama-Umarak dan Anugerah Masjid Malaysia 2014 di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis yang menghimpunkan lebih 3,000 ulama dan umarak itu ialah Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapa. – BERNAMA
TOP
Gelar Isteri Gemuk Dianggap Sebagai Keganasan Domestik
Seorang ahli politik dari parti Buruh di United Kingdom, Seema Malhotra menyatakan mana-mana suami yang memanggil isteri dengan panggilan ‘gemuk’ boleh dikenakan tindakan di bawah akta keganasan rumah tangga atau keganasan domestik.
Seema menjelaskan, memanggil isteri dengan gelaran sebegitu merupakan salah satu daripada penderaan mental dan psikologi yang perlu dihadapi mangsa.
“Kelakuan tersebut dianggap sebagai perbuatan yagn obleh memberi kesan lebih buruk daripada serangan fizikal selain membuat para isteri menjadi takut dan terasa seperti ‘didera’ di rumah sendiri,” katanya memetik Daily Mail.
Menurut Seema lagi, terdapat kes di mana si isteri melarikan diri daripada rumah selepas trauma apabila teruk dikritik suami berhubung penampilan dirinya. - MYNEWSHUB.MY
TOP
Pelanggan Tegur Penjawat Awam Suka Lepak Waktu Bekerja
KAMI pasti ramai yang pernah berhadapan dengan pengalaman terpaksa menunggu untuk berurusan dengan penjawat awam yang keluar ketika waktu bekerja.
Ia sekaligus menyebabkan banyak masa yang terbuang, apatah lagi jika kita mempunyai urusan lain untuk diselesaikan selepas itu.
Menerusi portal Berita Semasa, seorang pembaca telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap amalan sesetengah penjawat awam ini:
“Baru-baru ini, saya berurusan dengan pejabat kerajaan. Namun urusan tidak dapat diselesaikan. Kerani di pejabat itu menyuruh saya datang semula pada pukul 10.30 pagi kerana orang yang dipertanggunjawabkan pergi minum dan akan balik sekitar waktu itu. Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Inilah antara masalah yang telah menjadi wabak dalam pejabat kerajaan.
“Sejak bila ada tercatat di papan tanda pejabat pukul 10 adalah waktu minum? Ini waktu pejabat bukannya kursus anjuran agensi kerajaan yang memang mewah dengan jadual makan minum sebanyak enam kali sehari.
“Namun inilah yang berlaku di kebanyakan pejabat kerajaan hari ini. Jika ditinjau di kedai makan sekitar waktu ini, kita boleh lihat ramai yang berpakaian pejabat minum dan berbual di situ.
“Tidak bolehkah bersarapan sebelum masuk waktu pejabat? Kami pelanggan yang hanya mempunya masa yang suntuk untuk keluar menyelesaikan beberapa urusan dengan sektor kerajaan dan memerlukan perkhidmatan. Malangnya, ada kakitangan awam yang tidak memikul amanah yang telah diberikan sebagai kakitangan kerajaan apabila tiada di tempat dan masa yang diperlukan oleh rakyat Malaysia seperti kami. Sedangkan anda sudah tentunya dapat gaji di hujung bulan. CUEPACS jangan asyik minta bonus. Cuba atasi masalah pekerja yang keluar minum sesuka hati dan di waktu kerja sedangkan waktu rehat hanya sejam di tengah hari.” -Puan Azrinaz Hashim, Petaling Jaya
Memang benar apa yang dikatakan oleh Puan Azrinaz itu.
Jangan kerana sikap tidak bertanggungjawab segelintir penjawat awam, seluruh jabatan kerajaan dipandang serong oleh orang ramai.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Harga Minimum Pakej Umrah RM4,900
KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) hari ini menetapkan harga penunjuk aras untuk pakej umrah adalah sebanyak RM4,900 yang berkuat kuasa serta merta.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang bertindak selaku Pengerusi MKSU berkata, harga minimum pakej umrah itu meliputi pakej standard selama 12 hari 10 malam.
“Apa yang kurang daripada itu adalah satu penipuan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media berhubung penubuhan MKSU di sini hari ini.
Beliau berkata MKSU yang berkuat kuasa hari ini ditubuhkan bertujuan bagi menangani isu penipuan pakej umrah yang dianggotai 13 anggota termasuk Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Polis Diraja Malaysia.
“MKSU akan berperanan dalam mengawal selia pengendalian pakej umrah serta bertindak sebagai pusat sehenti dan saluran terhadap segala aduan berkaitan penipuan pakej umrah,” katanya.
Mohamed Nazri berkata, setiap agensi akan memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing berdasarkan peruntukan undang-undang dan peraturan sedia ada untuk bersama memantau isu penipuan pakej umrah.
“Penyaluran aduan dan maklumat akan jadi lebih sistematik dan tindakan penyelesaian terhadap aduan akan jadi lebih berkesan dengan penubuhan majlis ini,” katanya.
Katanya kementerian tersebut juga akan membuat penurunan kuasa kepada Jawhar di bawah peruntukan Akta Industri Pelancongan 1992 bagi membolehkan Jawhar membantu dalam pemantauan dan penguatkuasaan terutama terhadap iklan pakej umrah di surau dan masjid seluruh negara.
Menurut beliau, antara peranan anggota majlis lain termasuk menetapkan mekanisme kawal selia pengendalian pakej umrah, merancang pelaksanaan kempen kesedaran kepada orang awam serta memantau status penguatkuasaan dan siasatan ke atas kes penipuan secara bersepadu. – BERNAMA
TOP
Jep Sepahtu Kecewa Dituduh Sombong Dengan Rakan Artis
Kalau nak diikutkan nama Jep Sepahtu antara yang kurang dilanda kontroversi serta cerita-cerita tidak enak.
Mungkin sebab Jep pandai membawa diri, jadi kuranglah kisah hangat mengenai dirinya dikaitkan di mana-mana media cetak mahupun media elektronik.
Namun, begitu baru-baru ini timbul dakwaan mengatakan Jep bersikap sombong dan kurang bergaul dengan rakan artis terutama pelawak-pelawak yang lain.
Si pemilik nama penuh Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, ini juga pelik bagaimana cerita ini boleh timbul sedangkan dia yakin belum pernah menyakitkan hati orang lain sebelum ini.
“Saya tak tahu, kenapa isu ini timbul, adakah ia sengaja ditimbulkan atau cubaan memburuk-burukkan saya, ramai yang tanya saya terutama keluarga, saya mohon kepada individu yang cuba hangatkan isu ini sila berjumpa dengan saya dan kita bincang, macam ‘tak bestlah’ kenapa isu ini semakin menjadi-jadi,” katanya memetik Murai.
Jep juga menyatakan dia tiada masalah untuk bergaul dengan mana-mana pelawak tetapi selepas tamat bekerja dia mengakui lebih gemar buat hal sendiri atau pulang ke kampung halaman di Kulai, Johor.
Jep sudah enam tahun membina nama dalam industri hiburan tempatan selepas menyertai program realiti Raja Lawak bersama-sama rakan seperjuangannya, Shuib dan Mamat.
Kini, hanya Shuib dan Jep meneruskan kegemilangan Sepah dengan menggunakan nama Sepahtu manakala Mamat kini bergelar penyampai radio di Ultra FM. – MYNEWSHUB.MY
TOP
GAMBAR: Pengotor.. Pekerja ‘Bercawat’ Je Buat Putu Mayam
Bagi penggemar putu mayam, mereka tentu tahu kesukaran untuk mendapatkan makanan tradisional India ini.
Biasanya putu mayam hanya dijual di kedai mamak tertentu dan ane yang menjaja menggunakan motosikal di petang hari.
Justeru gambar yang kami siarkan ini tentu mengecewakan peminat putu mayam.
Sudahlah makanan ini susah diperoleh, kini tersebar pula proses dan lokasi pembuatan putu mayam yang kotor dan menjijikkan.
Dalam satu gambar kelihatan pekerja bertenggek depan besen berisi tepung siap sedia untuk menguli dengan hanya bercawat pelekat tanpa memakai baju. Di atas meja sama terdapat putu mayam yang sudah siap terletak betul-betul di sebelah kakinya.
Amalan tak memakai baju dan hanya memakai kain pelekat ala cawat ini nampaknya turut dilakukan pekerja lain sepanjang proses pembuatan putu mayam di sini. Tong gas jadi bukti lokasinya di Malaysia.
Manakala dalam satu gambar lain, kelihatan sampah sarap dibiarkan di atas lantai tempat putu mayam dibuat.
Sayang sekali kami belum mengetahui lokasi putu mayam yang dibuat secara jijik ini dan ke mana ia dipasarkan.
Jadi buat masa sekarang nampak gayanya terpaksalah menahan liur dulu kalau teringin nak makan putu mayam takut-takut ia dihasilkan pekerja bercawat kain pelekat di atas. Yekkk!
- MYNEWSHUB.MY

Malaysia Tetap Teruskan Pencarian MH370
KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia mengulangi jaminan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dipercayai hilang di Lautan Hindi sejak 8 Mac lalu akan tetap diteruskan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, jaminan itu diberikan kepada semua ahli keluarga penumpang dan kakitangan pesawat berkenaan.
“Saya ingin memberi jaminan bahawa kita tegas dalam usaha mencari pesawat ini. Saya sendiri tersentuh dengan banyak cerita yang saya dengar dan kami akan melakukan yang terbaik untuk mencari penutup kepada insiden ini.
“Kami akan turutt menyediakan maklumat-maklumat terkini berhubung usaha pencarian secara lebih kerap sekiranya ada,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Tiong Lai berkata, Malaysia hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Australia berhubung rangka kerja dan parameter kerjasama pencarian MH370 .
Menurutnya, MoU itu mengesahkan lagi komitmen berterusan Malaysia untuk mencari pesawat dengan kerjasama Australia.
“Dalam hal ini Malaysia akan memberi sumbangan kewangan yang diperlukan dalam usaha carian dan sepadan dengan komitmen Australia.
“Gabungan alat carian dasar laut, pakar bertaraf dunia dan teknologi canggih yang bakal digunakan peluang terbaik untuk mencari MH370,” katanya.
Pesawat MH370 hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China dan dipercayai terhempas di Lautan Hindi. – mynewshub.my
TOP
VIDEO: Koleksi CEO Ternama Dunia Terima Cabaran Baldi Ais
TERNYATA ‘Ice Bucket Challenge’ atau Cabaran Baldi Ais yang kini viral di seluruh dunia tidak hanya dilakukan oleh orang kebanyakan sahaja.
Beberapa pemimpin syarikat korporat ternama dunia juga tidak ketinggalan untuk melakukannya.
Untuk makluman, ia merupakan acara bagi memberi kesedaran mengenai penyakit saraf, Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) dengan cara menyiram kepala dengan sebaldi ais dan kemudian mencabar sesiapa sahaja untuk melakukannya.
Mereka termasuklah pengasas Facebook, Mark Zuckerberg (dicabar Gabenor New Jersey, Chris Christie); Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook; pengasas Microsoft, Bill Gates (dicabar Mark Zuckerberg); CEO Microsoft, Satya Nadella; pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin; serta CEO Amazon, Jeff Bezos.
Sehingga tarikh 20 Ogos lalu, Pertubuhan ALS sudah menerima kutipan derma hampir RM100 juta yang akan digunakan untuk kajian penyakit itu.
Apapun, jom saksikan video para pemimpin korporat ini melakukan acara ‘Ice Bucket Challenge’:
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
GAMBAR: Perompak Bermisai Palsu Ditembak Mati Guard AmBank
Sekitar jam 11.17 pagi tadi, seorang pengawal keselamatan berjaya menembak mati lelaki yang cuba merompak sebuah bank di Jalan Sungai Dua, Georgetown, Pulau Pinang.
Berikut adalah gambar lokasi kejadian dan keadaan perompak berkenaan selepas ditembak.
Pemeriksaan polis mendapati dia memakai misai palsu untuk tujuan menyamar dan membawa parang yang disisip di pinggang.
Sebelum tewas di hujung senapang guard, perompak berusia 30-an tersebut telah bertindak berani dengan memasuki bank seorang diri lalu mencurah petrol di hadapan kaunter sambil menjerit mahu melakukan rompakan.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang ini dipercayai modus operandi terbaharu di mana jika permintaan perompak tak dituruti maka mereka akan mengancam untuk membakar bank berkenaan.
Bagaimana pun pada kejadian pagi tadi perompak terbabit tidak sempat memanjangkan aksinya apabila pengawal keselamatan bank yang bertugas segera mengejar dan melepaskan tembakan.
Difahamkan pengawal keselamatan tersebut turut tergelincir kerana lantai licin gara-gara petrol yang dicurah namun bidikannya terkena perompak tersebut membuatkannya rebah.
Dipercayai, perompak ini daripada kumpulan sama yang pernah merompak bank terbabit pada 29 Mei lepas dan berjaya melarikan RM60,000.
Jika benar mungkin inilah jawapannya mengapa dia begitu yakin ketika memasuki bank bagi memulakan rompakan hari ini.
Polis masih menyiasat dengan meneliti kamera litar tertutup tentang kemungkinan rakan-rakan perompak terbabit turut berada sekitar bank ketika kejadian tetapi melarikan diri selepas melihat rakan mereka tewas.
- MYNEWSHUB.MY Oleh: REM RAMZI

Ibu Segala Penstrukturan Semula” Diumum Jumaat
KUALA LUMPUR — Jumaat, Khazanah Nasional Bhd akan mengumumkan pelannya untuk membaik pulih keseluruhan Malaysia Airlines (MAS), pelan yang dianggap oleh penganalisis sebagai “ibu segala penstrukturan semula”.
Sektor korporat Malaysia sebelum ini telah menyaksikan pelbagai bentuk dan saiz penstrukturan semula namun tiada yang dapat menandingi yang terbaharu ini.
Sekalipun begitu, para penganalisis pantas menghujahkan walaupun usaha itu untuk menyelamatkan MAS, ia tidak akan berbentuk “selamatkan MAS dengan apa jua cara”.
Pengarah FA Securities Sdn Bhd, Zakie Ahmad Shariff berkata:“Semua orang mesti sedar. Khazanah satu-satunya ‘wira’ yang tampil untuk menyelamatkan MAS. Akan tetapi sebagai pemegang amanah dana rakyat, keupayaan Khazanah bukan tiada batasnya.”
Maksudnya setiap orang yang terangkum dalam ekosistem MAS mesti turut berusaha untuk memastikan kejayaan pelan serta tidak menyerahkan bulat-bulat kepada Khazanah.
Sumber rapat kepada Khazanah memberitahu Bernama pelan itu harus dilihat sebagai “perjanjian negara” atau sejenis kontrak yang melibatkan Khazanah, kepimpinan MAS, pekerja dan kesatuan, vendor, pembekal serta rakan kongsi dan rakyat, disokong oleh kesungguhan politik tahap tertinggi menerusi jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang mahu semua pihak terlibat merapatkan saf, menyatakan MAS merupakan sebahagian sejarah Malaysia , simbol maruah, cita-cita serta tempat di dunia, dan perubahan yang dibuat akan memastikan syarikat penerbangan itu menjadi sebahagian kisah masa depan Malaysia .
Anggota Parlimen Sekijang Anuar Manap berkata Perdana Menteri melaburkan masa dan kesungguhan politiknya bagi menyokong pelan baik pulih untuk menyelamatkan MAS.
“Ini jelas menunjukkan ada kesungguhan politik tahap tertinggi, sementara kaedah dan pembiayaan pula menerusi Khazanah, akan tetapi setiap orang dalam ekosistem MAS juga harus menyumbang bagi menjayakannya,” kata beliau.
Sumber rapat kepada Khazanah berkata jika tiada komitmen daripada semua pihak, MAS tidak dapat diselamatkan.
Para penganalisis berkata rekod Khazanah dalam menguruskan lebih 60 syarikat terbesar di negara ini menunjukkan hampir kesemuanya berprestasi baik dan adalah tidak adil untuk memilih satu atau dua syarikat yang bermasalah.
Portfolio pertumbuhan Khazanah melonjak lebih tiga kali ganda dalam tempoh 10 tahun lepas dan disebabkan sektor swasta tidak membuat sebarang tawaran untuk MAS dalam tempoh sedekad lalu, Khazanah tidak berupaya menjual syarikat penerbangan itu.
Cabang pelaburan strategik kerajaan Malaysia itu yang memiliki 69.4 peratus MAS, pada awal bulan ini mengumumkan akan memperoleh baki 30.4 peratus yang tidak dimilikinya menerusi pembelian balik saham pada 27 sen sesaham melibatkan kos berjumlah RM1.38 bilion untuk memulakan penstrukturan semula.
“Khazanah telah menyelesaikan hampir semua isu lainnya dan berkembang menjadi juara serantau, justeru memang ia pihak terbaik untuk menyelesaikan masalah MAS melainkan pengkritik boleh menamakan pihak yang lebih berkelayakan,” kata sumber itu.
“Jika ada yang boleh buat lebih baik, tampillah. Pada masa ini yang kita dengar hanya perbalahan berbentuk teori dan hasrat-hasrat yang tidak disokong,” katanya, menambah Khazanah menjangkakan keraguan tentang pelan itu, namun tidak menduga kesinisan.
“Orang lain boleh cakap ‘Selamatkan MAS’ tetapi bagi Khazanah memang jelas ‘selamatkan MAS tapi bukan dengan apa juga cara kerana kami pemegang amanah duit rakyat,” kata sumber itu lagi.
Sentimen itu diulang oleh Anuar yang berkata: “Hanya Khazanah boleh selamatkan Malaysia Airlines. Pada masa ini hanya organisasi itu yang tampil untuk berbuat demikian dan mempunyai cara serta misi”.
– BERNAMA
TOP
Yamaha TMAX 530 : Skuter Berkuasa Tinggi
SEJAUH mana ketahanan anda menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam trafik bandar yang sibuk? Kadangkala disebabkan minat dan kadangkala ego dengan pemilikan motosikal berkuasa tinggi, pengguna sanggup menghadapi jerih payah, letih dan sakit badan melayan trafik kota yang tak pernah kosong.
Sejak dahulu lagi saya bersetuju untuk mengatakan penggunaan motosikal bertransmisi automatik atau lebih dikenali sebagai skuter lebih praktikal untuk digunakan sebagai kenderaan harian dalam bandar. Sejak akhir-akhir ini, pengguna skuter semakin bertambah dan model berkapasiti besar semakin mendapat tempat dalam pasaran tanah air. Terima kasih kepada kemurahan hati Hong Leong Yamaha Sdn Bhd memberi kepercayaan kepada saya untuk merasai kehebatan Yamaha T-Max. Menunggang T-Max tidak sukar untuk menarik perhatian orang sekeliling. Rekaan badan yang memiliki karakter jentera supersports lebih menyerlah dengan skim warna Yamaha Racing Team selain faktor deruan bunyi enjin hampir-hampir menyamai jentera berkuasa tinggi empat silinder.
Yamaha T-Max dikuasakan enjin 530cc yang menawarkan 46 kuasa kuda dan 52.3Nm tork. Sebelum ini, model lama T-Max menggunakan enjin 499cc. Versi baharu menerima beberapa peningkatan mekanikal untuk menghasilkan jumlah tork yang lebih tinggi dengan saiz gerek dari 66 milimeter (mm) ke 68mm, penggunaan omboh aluminium tempaan, penyuntik bahan api YZF-R6, profil camshaft baharu dan injap pengambilan yang lebih besar. Penyampaian kuasa enjin disempurnakan transmisi automatik CVT melalui tali sawat. Keseluruhan kualiti mekanikal enjin sememangnya wajar diberi pujian dan amat berpadanan dengan harga yang ditawarkan. Proses penghidupan enjin adalah sama seperti mana-mana skuter lain. Sejurus enjin dihidupkan dan pendikit dipulas, daya pecutan amat memberangsangkan dan bergerak dengan lancar di sepanjang perjalanan. Kuasa enjin dapat dirasakan hasil respons daripada pulasan pendikit saat jarum takometer mencecah 4,000 rpm.
Bergerak melalui kawasan trafik sibuk, saya perlu berhati-hati ketika mencelah di antara kenderaan lain kerana badan T-Max agak panjang berbanding motosikal lain. Tahap pengendalian T-Max cukup cemerlang walaupun memiliki jumlah berat badan yang agak tinggi. Maklum balas dari bahagian hadapan adalah berbeza dan tidak setepat motosikal supersports kerana posisi enjin skuter adalah berbeza. Akan tetapi, rekaan yang ergonomik T-Max membolehkan pengubahan arah dengan cepat dan tangkas. Pengendalian T-Max cukup meyakinkan ketika melalui kawasan berliku dan anda tidak perlu khuatir sekiranya anda cukup bernafsu tinggi untuk melayan selekoh. Pelana yang ditawarkan pula selesa dan kedudukan tunggangan lebih santai. Begitu juga dengan ruang tempat duduk penumpang belakang, selesa dan tidak terdapat isu dan rungutan. Di bawah pelana pula, ruang simpan yang disediakan cukup luas untuk memuatkan sebuah topi keledar muka penuh. Melalui lebuh raya, saya tidak tertekan dengan arus angin kuat dalam kelajuan tinggi. Pengadang angin dan bentuk skuter yang aerodinamik sedikit sebanyak membantu kelancaran perjalanan saya. Bergerak dalam kelajuan sekitar 170 kilometer sejam (km/j), Yamaha T-Max masih kekal stabil di atas casis aluminium dan lengan ayun aluminium yang bersambung kepada roda 15 inci. Sistem brek yang dipadankan pula memadai dengan berat dan kemampuan pecutan jentera automatik ini. Brek cakera berkembar pada roda hadapan dan cakera tunggal di bahagian belakang mendapat sokongan sistem ABS untuk jaminan keselamatan. Seperti kebanyakan skuter-maxi lain, T-Max turut memperoleh kemudahan brek parkir.
Saya menyimpulkan Yamaha T-Max menawarkan kepuasan kepada pemiliknya. Rekaan moden, pakej prestasi dan kualiti binaan tidak perlu diragui.
Namun, faktor harga mungkin menjadi sekatan kepada pemilikan skuter ini. Setakat ini, Yamaha T-Max hanya boleh didapati melalui pengimport bebas. - Sinar Harian
FILLER:
SPESIFIKASI YAMAHA T-MAX
Enjin: 530cc, 2-silinder sebaris, 4-lejang sejukan cecair DOHC
Transmisi: Automatik CVT, V-Belt
Kuasa maksimum: 46hp @ 6,750rpm
Tork maksimum: 52.3Nm @ 5,250rpm
Harga: Sekitar RM65,000

Keputusan Calonkan Wan Azizah MB Selangor Muktamad
KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu, adalah muktamad.
Beliau mahu semua pihak termasuk Pas menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lepas.
“Saya akan merayu kepada mereka (Pas) agar menerima keputusan majlis pada 17 Ogos lalu sebagai keputusan muktamad dan seterusnya memastikan semangat bekerjasama Pakatan Rakyat dikekalkan,” katanya kepada pemberita selepas hadir satu prosiding mahkamah di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini hari ini.
Anwar mengakui isu calon Menteri Besar Selangor itu sedikit sebanyak telah menggugat keutuhan pakatan pembangkang, tetapi beliau yakin ia boleh diatasi sekiranya mereka menghormati dan akur kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan itu.
Beliau berkata keputusan mencalonkan isterinya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu juga dibuat selepas mendapat nasihat perundangan.
Anwar berkata, soal memanggil semula satu lagi mesyuarat majlis juga tidak timbul sama sekali kerana semua pihak kini terikat dengan keputusan tersebut.
Berkenaan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin supaya pemimpin Pas, PKR dan DAP, mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar, Anwar berkata, PKR tetap dengan keputusan yang Majlis Presiden putuskan itu.
“Semua pihak terikat dengan keputusan 17 Ogos…di mana semua pemimpin tertinggi Pakatan telah hadir pada mesyuarat tersebut,” tegas Anwar.
Pada Selasa lepas, Abdul Khalid mempersembahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar kepada Sultan Selangor, tetapi baginda menangguhkan menerima permohonan itu sehingga menteri besar baharu dipilih. – BERNAMA
TOP
Mimi (ONE) Bakal Kahwini Pensyarah Mac Tahun Depan
LAMA juga kita tidak mendengar khabar mengenai penyanyi kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimi, 27.
Tup-tup menerusi Murai.com, dia dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada Mac tahun hadapan.
Bukan calang-calang juga bakal suaminya, seorang pensyarah di sebuah universiti swasta gitu…
Menurut Mimi, mereka sudah kenal antara satu sama lain sejak berusia 13 tahun lagi dan mula rapat sejak beberapa tahun lalu.
Mengakui jejaka itu seorang yang tegas, penyanyi itu yakin bakal suaminya itu dapat menjadi pasangan terbaik dalam hidupnya kelak.
Apapun, tahniah kami ucapkan dan semoga segala perancangan berjalan dengan lancar nanti…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Wanita Lahirkan Bayi Dalam Bas Ekspres
Seorang warga Indonesia melahirkan bayinya di dalam sebuah bas eskspres gara-gara tidak sempat sampai ke klinik. Dia dilaporkan dalam perjalanan dari Bintulu, Sarawak ke Pontianak, Indonesia, kelmarin, lapor Borneo Post.
Keadaan Sumarni Abakar, 32, yang dalam kesakitan disedari oleh penumpang disebelahnya yang kemudian memaklumkan kepada pemandu bas untuk menuju ke klinik terdekat.
Bagaimanapun, kerana tidak sempat ke klinik, Sumarni akhirnya melahirkan seorang bayi lelaki di dalam bas tersebut, dibantu oleh seorang penumpang wanita yang dikenali sebagai Latifah Sharudi pada pukul 7.55 malam.
Bagaimanapun, Sumarni akhirnya melahirkan seorang bayi lelaki dengan bantuan seorang penumpang wanita yang dikenali sebagai Latifah Sharudi pada jam 7.55 malam. - SiakapKeli.com
TOP
Anwar Tarik Balik Saman RM100j Terhadap Syed Hamid Albar
KUALA LUMPUR – Saman fitnah RM100 juta yang difailkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung satu artikel akhbar, selesai selepas Anwar menarik balik saman itu.
Anwar bersetuju untuk tidak meneruskan saman itu selepas Syed Hamid membacakan pernyataan maaf bertulis kepada plaintif di hadapan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad.
Saman itu dijadual untuk didengar selama dua hari mulai hari ini.
Anwar memberitahu pemberita Syed Hamid membacakan pernyataan ringkas itu dalam prosiding di dalam kamar Nik Hasmat yang menyatakan beliau tidak berniat untuk menjejaskan reputasi Anwar menerusi kenyataan akhbar seperti dilaporkan akhbar harian The Star pada 2 Julai, 2008.
Ketua pembangkang itu berkata memandangkan bekas menteri itu menegaskan bahawa apa jua yang dilaporkan akhbar berkenaan berkaitan kenyataannya, bukanlah maksud yang ingin dinyatakannya, beliau (Anwar) bersetuju menerima permohonan maaf itu.
Anwar memfailkan saman itu pada 29 Ogos 2008 dan menamakan Syed Hamid sebagai defendan pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua.
Dalam saman itu, Anwar mendakwa Syed Hamid mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah terhadapnya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen pada 2 Julai 2008, dan disiarkan akhbar The Star pada hari berikutnya.
Anwar berkata artikel yang disiarkan akhbar itu berdasarkan kenyataan Syed Hamid menggambarkan beliau seorang pengkhianat, tidak setia kepada agama dan bangsa serta seorang yang tidak boleh dipercayai.
Selain ganti rugi RM100 juta, Anwar turut menuntut ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.
Dalam prosiding hari ini, Anwar diwakili peguam S. N. Nair, manakala peguam kanan persekutuan Mohamad Abazafree Mohd Abas mewakili Syed Hamid. – BERNAMA
TOP
Kos Naik Taraf Setiap Kem PLKN Minimum RM2j
NILAI – Kerja menaik taraf Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara membabitkan perbelanjaan antara RM2 juta hingga RM4 juta untuk sebuah kem, yang akan ditanggung oleh pengusaha kem.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, kos penaiktarafan itu tidak membabitkan peruntukan kerajaan.
“Mereka perlu tanggung kos itu sendiri. Jikalau mereka gagal selesaikan pembangunan sebelum Jun 2015, kontrak (mereka) akan dikaji semula dan kemungkinan tidak disambung,” katanya dalam sidang media selepas majlis Pemakaian Pangkat Pelatih PLKN Kumpulan 3 Siri 11/2014 di Kem PLKN Seri Perkasa, Mantin dekat sini.
Abdul Hadi berkata, antara kemudahan yang dinaik taraf di setiap kem ialah ketinggian asrama, bilik kelas dan bangunan logistik serta kemudahan sukan seperti futsal, bola keranjang dan bola tampar.
Selain itu, katanya kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) perlu dipasang di setiap kem, di samping penambahluasan padang kawad.
Abdul Hadi berkata, setakat ini kerja naik taraf di semua kem PLKN di seluruh negara berjalan lancar.
Sementara itu, beliau berkata, 5,745 pelatih PLKN akan menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan ke-57 pada 31 Ogos di seluruh negara termasuk di peringkat kebangsaan. – BERNAMA
TOP
Hampir 4,500 Syarikat Aktif Disahkan Halal
KOTA KINABALU – Malaysia berada pada kedudukan terbaik untuk menjadi hab halal dunia menjelang 2020, berikutan perkembangan dalam pembangunan industri halal yang menyaksikan terdapat sebanyak 4,496 syarikat aktif yang disahkan halal di negara ini, setakat Mac lepas.
Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian negeri Datuk Bolkiah Ismail berkata perkembangan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 35.5 peratus berbanding 3,319 syarikat pada tempoh yang sama tahun lepas.
“Bagi tahun 2014, di negeri Sabah terdapat 249 buah syarikat yang diluluskan Sijil Halal dengan 105 syarikat milik Bumiputera. Dari jumlah tersebut, 20 adalah syarikat multinasional, 125 industri kecil dan 104 pula industri kecil sederhana,” katanya ketika merasmikan program ‘Halal Outreach Programme (HOPE) 2014′, peringkat negeri Sabah, di sini, hari ini.
Teks ucapan beliau disampaikan Setiausaha Tetap kementerian itu Datuk Hashim Paijan.
Bolkiah berkata setakat ini, terdapat 21 taman halal di seluruh negara dan 20 daripadanya telah beroperasi termasuk pembinaan taman halal seperti Taman Halal POIC Lahad Datu, Sabah serta program-program pembangunan usahawan halal.
Beliau turut menggesa usahawan-usahawan di Sabah supaya memantapkan perniagaan, meningkatkan kualiti dan daya saing serta memperluaskan lagi pasaran bagi produk dan perkhidmatan berkaitan halal.
“Kerajaan yakin saranan untuk meningkatkan penglibatan syarikat-syarikat di negeri Sabah dalam pembangunan industri halal akan dapat memberi impak menyeluruh yang amat berkesan kepada ekonomi negara,” katanya.
Beliau berharap program itu dapat menyediakan platform untuk usahawan tempatan memperoleh pengetahuan mengenai pemasaran produk dan perkhidmatan ke peringkat antarabangsa menerusi panel dialog, taklimat oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, perkongsian ilmu dan kejayaan usahawan halal, sesi mentoring, sesi padanan perniagaan dan pamiran oleh agensi-agensi Kerajaan serta usahawan-usahawan halal.
Seramai kira-kira 100 peserta menyertai program selama dua hari berakhir esok anjuran Halal Industry Development Corporation (HDC), Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI). – BERNAMA
TOP
Pengarah Filem, Jamil Sulong Koma Akibat Strok
PETALING JAYA – Pengarah filem terkenal Datuk Jamil Sulong berada dalam keadaan koma selepas diserang penyakit strok di kediamannya di sini pada pagi Khamis.
Anak kedua beliau, Dr. Anwardi Jamil ketika dihubungi mStar Online berkata, bapanya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
“Bapa saya diserang strok pagi ini dan keadaannya agak kritikal namun stabil buat masa ini,” katanya ringkas.
Anwardi bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai keadaan bapanya termasuklah lokasi pengarah itu mendapatkan rawatan selain meminta agar keluarga mereka diberi ruang untuk mengharungi masa sukar itu.
Jamil, 88, adalah pengarah filem Melayu kedua terbanyak mengarah filem selepas Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Filem-filem arahannya seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Si Tanggang, Lela Manja, Bidasari dan Raja Bersiong.
Karya arahan beliau juga banyak merangkul anugerah bukan sahaja dalam negara tetapi juga peringkat antarabangsa.
Jamil juga turut terlibat menghasilkan gurindam selain menulis dan mencipta lagu-lagu untuk P.Ramlee termasuk Berkorban Apa Saja, Tiru Macam Saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Azizah.
Beliau berkahwin dengan Datin Rosnani Jamil dan dikurniakan tiga cahaya mata. – mStar
TOP
Mahkamah Thai Gugur Tuduhan Bunuh Ke Atas Abhisit
BANGKOK – Mahkamah di sini hari ini menggugurkan tuduhan membunuh ke atas bekas perdana menteri Abhisit Vejjajiva dan bekas timbalannya berhubung tindakan terhadap tunjuk perasaan berdarah pada 2010.
Anggota keluarga mangsa mengecam keputusan mengejut untuk menggugurkan kes itu sebagai bermotifkan politik.
Tuduhan itu bawa ke mahkamah oleh kerajaan lalu diketuai lawan Abhisit yang kini juga turut disingkir.
Berpuluh-puluh penunjuk perasaan maut di bawah kepemimpinan Abhisit dalam pertempuran di jalan raya antara kumpulan ‘Baju Merah’, iaitu penyokong bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra dan pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan peluru hidup di Bangkok.
Mahkamah jenayah, yang sebelum ini bersetuju untuk mendengar tuduhan berkenaan, memutuskan bahawa ia tidak mempunyai kuasa dalam kes terhadap Abhisit dan timbalannya Suthep Thaugsuban kerana ketika itu mereka adalah pemegang jawatan awam dan bertindak di bawah perintah darurat. – AFP
TOP
Rafizi Mengaku Tak Salah Aibkan Ahli UMNO
PETALING JAYA – Pengarah Strategik PKR Mohd Rafizi Ramli mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan anggota Umno melalui kenyataannya dalam satu artikel Februari lepas.
Mohd Rafizi, 37, membuat pengakuan tidak bersalah itu di Mahkamah Sesyen di sini selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 September untuk sebutan semula kes.
Mohd Rafizi, yang juga anggota Parlimen Pandan, didakwa dengan sengaja mengaibkan dan membangkitkan kemarahan kepada anggota Umno melalui kenyataannya dalam artikel bertajuk ‘Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?’ yang boleh memecahkan keamanan awam.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat The Edge Malaysia Communication Sdn Bhd, Menara KLK, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara pada 11.40 pagi, 4 Februari lepas.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Selangor Mohd Azari Harun manakala Mohd Rafizi diwakili peguam N.Surendran dan Eric Paulsen. – BERNAMA
TOP
Pengawal Tembak Mati Perompak Bank Di Georgetown
GEORGETOWN – Seorang pengawal keselamatan menembak mati seorang lelaki yang cuba merompak sebuah bank di Jalan Sungai Dua di sini, hari ini.
Lelaki berusia 30-an itu dipercayai daripada kumpulan sama yang melarikan sejumlah RM60,000 dari bank sama pada 29 Mei lepas, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan.
Dalam kejadian rompakan sebelum ini, pengawal keselamatan yang sama tergelincir dan terjatuh akibat lantai licin ketika mengejar perompak bank itu.
Thaiveegan berkata, dalam kejadian pada 11.17 pagi ini, lelaki terbabit dilihat memasuki premis itu berseorangan dan mencurah petrol di hadapan kaunter sebelum menjerit mahu merompak bank itu.
“Belum sempat lelaki itu berbuat apa-apa, pengawal keselamatan yang berada di belakang kaunter melepaskan dua das tembakan pada badan suspek,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata, lelaki itu didapati membawa sebilah parang yang diselit pada pinggang selain memakai misai palsu.
Thaiveegan berkata polis turut menemui sebuah kereta Proton Saga dipercayai digunakan suspek diletakkan di pinggir jalan berhampiran bank itu.
“Polis tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai rakan-rakan lain yang menunggu di luar dan sedang meneliti rakaman CCTV (kamera litar tertutup) untuk siasatan lanjut,” katanya.
Thaiveegan turut memuji pengawal keselamatan berusia 29 tahun itu kerana cekap bertindak tanpa menjejaskan keselamatan enam hingga tujuh pelanggan yang berada dalam bank berkenaan. – BERNAMA
TOP
Bayi Dimandi Jururawat Melecur Di Badan
SERI MANJUNG – Kegembiraan pasangan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menimang cahaya mata keempat di Hospital Manjung di sini kelmarin bertahan tujuh jam sebelum bayi lelaki tersebut kemudian melecur di badan terkena air panas didakwa angkara kecuaian jururawat di hospital itu.
Bayi malang yang dilahirkan pada pukul 12.20 tengah malam itu melecur ketika seorang jururawat berusia lingkungan 40-an memandikan bayi itu pada pukul 7 pagi.
Bapa bayi itu, Pegawai Waran 1, TLDM Lumut, Anbdul Malek Jumat, 42, berkata, bayi yang belum diberi nama dengan berat badan 3.31 kilogram dilahirkan secara normal selepas isterinya, Sarjan Jamaliah Mohd. Diah, 39, dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 8 pagi kelmarin. - Kosmo
TOP
Rogol Kekasih Bawah Umur: Remaja Dipenjara 5 Tahun
KOTA BHARU – Seorang remaja berusia 19 tahun dihukum penjara lima tahun selepas mengaku salah atas tuduhan merogol kekasihnya yang baru berusia 14 tahun, di mahkamah sesyen, di sini, semalam.
Hukuman diputuskan terhadap tertuduh, Iza Shah Rahman Mat Aziz dari Kampung Muka Bukit, Machang.
Tertuduh mengaku salah didakwa merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 14 tahun sebulan di sebuah rumah tanpa nombor di kampung berkenaan pada jam 12.30 tengah malam, 10 Oktober 2012.
Tertuduh ketika itu berusia 17 tahun dan kejadian rogol tersebut berlaku di rumahnya. Hukuman terhadapnya diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus.
Terdahulu, peguam Ahmad Fakhzan Mat Noor merayu mahkamah supaya memberi peluang kepada tertuduh untuk berubah dan memohon hukuman penjara yang akan diputuskan itu tidak melebihi tiga bulan.
“Tertuduh sudah insaf dengan kesalahannya. Kesalahan dilakukan ketika mereka sebagai pasangan kekasih dan mangsa juga tidak menolak ketika diajak oleh tertuduh.
“Selepas daripada kejadian itu, tertuduh sudah berubah dan menurut ibunya tertuduh juga sudah mendirikan solat lima waktu, kurang bergaul dan banyak menghabiskan masa di rumah. Dia juga mengakui serik melakukan kesalahan,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari, bagaimanapun membantah rayuan itu dengan hujahan bahawa jenayah rogol adalah satu kesalahan yang amat serius, lebih-lebih lagi mangsanya masih di bawah umur.
“Saya memohon hukuman berat untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak mengambil kesempatan dan berselindung di sebalik status pasangan kekasih.
“Jika benar tertuduh menjaga kebajikannya, sewajarnya dia melindungi dan menghantar mangsa pulang dengan selamat. Sebaliknya yang berlaku pada hari kejadian, ketiadaan mangsa disedari ibunya yang kemudian mencari dan hanya berjumpa dengannya di rumah tertuduh pada jam 4 petang,” katanya.
Berdasarkan laporan akhlak yang dikemukakan, tertuduh dikenali sebagai pelajar bermasalah dan sering ponteng sekolah. Tertuduh mula bekerja sebagai buruh binaan sejak berhenti dari persekolahan pada usia 16 tahun.
Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh hukuman itu di putuskan, semalam. – Sinar Harian 0nline
TOP
Lelaki Maut Kereta Terjunam Ke Dalam Parit
KOTA TINGGI – Seorang lelaki mati lemas apabila keretanya terbabas lalu terjunam ke dalam parit di Kilometer 34, Jalan Sungai Rengit di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata Mohamad Iswan A. Hamid, 39, mati di tempat kejadian selepas terperangkap di dalam kereta yang dipenuhi air.
Bagaimanapun seorang lagi penumpang yang dipercayai ibu mangsa selamat dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu.
“Mangsa dipercayai terlelap mengakibatkan keretanya gagal dikawal lalu terhumban ke dalam parit,” katanya.
Jenazah mangsa dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan diTanah Perkuburan Islam Kampung Felda Sening, Kota Tinggi. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment