TOP
20 Gambar Yang Memerlukan Anda Lihat Dua Kali Untuk Faham
Mata adalah satu pancaindera yang amat penting untuk kita melihat dan kita harus rasa bertuah dan bersyukurlah kita yang memperoleh nikmat ini kerana ramai orang tidak bernasib baik mengimpikan apa yang kita nikmati ini.
Bercakap mengenai mata adakalanya mata kita boleh ditipu dengan pandangan pertama seolah-olah apa yang kita lihat itu betul.
Disini kami akan kongsikan kepada anda 20 keping gambar yang anda perlu lihat banyak lebih dari sekali untuk faham dan kadang-kadang gambar itu hanya gambar biasa tetapi akan menyebabkan otak anda berfikir ke arah yang 'Advance'.
Mari kita saksikan.(admin sengaja tidak tulis penerangan untuk anda berfikir sendiri).
-Siakapkeli.com.my

(Video) Pencuri Pancing Duit Dari Tabung Masjid Terapung
Georgetown: Walaupun masjid sepatutnya menjadi tempat beribadah yang suci, namun ada juga yang mengambil peluang menjadikannya tempat bagi mencari sumber haram.
Baru-baru ini, satu rakama CCTV telah dimuat naik di laman Youtube yang menunjukkan seorang lelaki cuba mencuri wang tabung di masjid berkenaan di Tanjung Bungah, Isnin lalu. Namun, misi lelaki yang berusia 20-an itu bukan sahaja gagal, tetapi turut menyebabkan wajahnya terakam melalui CCTV yang dipasang di masjid terbabit. Menurut deskripsi dari video terbabit, lelaki itu dikatakan datang ke masjid berkenaan melalui bas awam. Lelaki itu kemudiannya masuk ke kawasan masjid dan memancing duit di dalam dua buah tabung di masjid berkenaan menggunakan kayu kecil. Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu suspek memakai baju biru dan berseluar coklat. “Suspek mencuba beberapa kali namun gagal kerana tiada wang di dalamnya dan dia yang menyedari kehadiran siak, cuba melarikan diri. “Beberapa kariah masjid cuba mengejar suspek namun dia berjaya meloloskan diri,”, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash memetik laporan Harian Metro
Menurut Faridahlathrash lagi, siasatan masih lagi dijalankan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181822 atau melalui balai polis berhampiran. - Siakapkeli.com.my

Rapper Korea Cetus Kontroversi Remix Lagu Dengan Azan
Baru-baru ini, seorang rapper dari Korea yang dikenali sebagai Loco telah mencetus kontroversi dengan meremixkan salah satu lagunya dengan laungan azan. Lagu yang berjudul Act Serius itu telah mula dimuat naik di Youtube pada 27 Nov lepas.
Laungan azan (Allahuakbar) boleh didengar pada bahagian awal lagu berkenaan. Lebih teruk dari itu, laungan azan itu juga digubah mengikut selera rapper berkenaan.
Walau bagaimanapun, pemilik channel yang memuatnaik lagu berkenaan telah meminta maaf dan menapis lagu kontroversi itu dengan mengerat bahagian yang mempunyai azan setelah lagu tersebut mendapat kritikan dari orang ramai.
Selain itu rapper berkenaan juga telah meminta maaf secara rasmi kepada orang islam yang tersinggung dengan lagunya itu melalui laman twitternya.
Lagu yang sudah ditapis:
Tetapi, ramai yang bertindak memuat naik semula lagu original yang tidak ditapis ke Youtube. Orang ramai diminta untuk melaporkan lagu ini(yang belum ditapis) kepada youtube supaya ia dibuang dari Youtube. Youtube akan membuang satu-satu video sekiranya ia mendapat reaksi negatif dari orang ramai
Lagu yang belum ditapis:
- Siakapkeli.com.my

203 Buah Rumah Terjejas Akibat Ribut Kuat
Ipoh: Sebanyak 203 rumah penduduk di sekitar Medan Klebang Prima di sini, terjejas teruk berikutan bumbung tambahan dan atap rumah mereka rosak dilanda ribut yang disusuli hujan lebat, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, beberapa besi bumbung tambahan diterbangkan angin sejauh 500 meter sehingga menghempap rumah penduduk hingga merosakkan atap rumah berkenaan rosak menyebabkan tiga keluarga terpaksa tidur di surau berhampiran.
Seorang pesara polis, Mohd Yusof Abd Aziz, 67, berkata ketika kejadian dia sedang berehat bersama isteri di ruang tamu apabila dikejutkan dengan deruan angin diikuti dentuman kuat di belakang rumah.
Menurutnya, dia yang terkejut segera memeriksa sekeliling rumah sebelum mendapati atap sudah diterbangkan angin dan ada besi bumbung tambahan di belakang rumah.
“Atap dan siling rosak menyebabkan rumah dimasuki air, merosakkan beberapa perkakas elektrik dan perabot,” katanya.
Dia terpaksa tidur di rumah anaknya yang terletak berhampiran dan bersyukur kerana dia dan isteri tidak cedera. - Harian Metro
TOP
Trend Warnakan Bulu Ketiak Jadi Kegilaan Remaja Barat
SATU kegilaan terbaharu muncul di kalangan remaja Barat apabila mereka kini gemar mewarnakan bulu ketiak dengan pewarna rambut dan kemudiannya berkongsi gambar ‘unik’ itu di laman sosial Instagram masing-masing.
Pendandan rambut dari Seattle, Amerika Syarikat, Roxie Hunt, dipercayai merupakan antara individu terawal yang mempopularkan trend tersebut, yang mana Roxie beranggapan wanita perlu berasa bangga dengan bulu ketiak mereka tanpa perlu mencukur ataupun menyembunyikannya. Roxie memulakan eksperimen itu dengan mewarnakan bulu ketiak rakan sekerjanya, Rain, yang sukarela menjadi modelnya bagi projek tersebut dan kemudiannya berkongsi gambar-gambar Rain dengan bulu ketiak berwarna di laman blognya.
Selepas perkongsian gambar Rain, trend itu terus menambat hati sebilangan remaja yang kemudiannya turut mewarnakan bulu ketiak dengan warna pilihan mereka.
Antara warna yang menjadi pilihan kebanyakan mereka ialah warna biru, hijau dan merah jambu. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR

Foto Shahrukh Khan Dan Salman Bercium Jadi Kontroversi
TERKEJUT tatkala melihat foto selebriti terkenal Bollywood yang tersebar meluas ini.
Malah dengarnya, foto terus menjadi kontroversi hingga mendapat perhatian pihak media dan heboh diperkatakan di India. Mana tidaknya, semua mengetahui keakraban selebriti ini dan tetiba-tiba muncul pula gambar mereka sedang berkucupan antara satu sama lain. Muncul pula persoalan daripada peminat-peminat, sama ada dua aktor hebat sedang melakukan hubungan terlarang.
Ish..ish mintak dijauhkan! Rupa-rupanya terbongkar apabila Salman sendiri mengaku mereka menjadi mangsa manipulasi gambar. Sebenarnya gambar original adalah gambar di mana Shahrukh Khan dan Salman Khan sedang mencium dahi Arpita Khan iaitu adik kepada Salman Khan.
Menurut Salman, orang yang memanipulasi foto tersebut tidak pandai untuk menghasilkan sebuah foto kelihatan benar. “Hasil editing yang cukup teruk. Saya ada versi yang lebih elok. Jauh lebih bagus daripada apa yang anda miliki. “Lihat sahaja ekspresi Shahrukh Khan. Dia seperti benar-benar menikmati saat kami berciuman,” ujar Salman dengan nada tertawa. Wah, bagusnya aktor yang bernama Salman ini, sudahlah difitnah hingga menjadi kontroversi tetapi masih tetap tidak melatah dan bersikap bersahaja. Agak-agaknya siapalah yang sanggup menfitnah dan melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab seperti ini. Kesian Shahrukh Khan dan Salman Khan! – MYNEWSHUB.CC

Idina Menzel Bagi Hint Frozen 2 Bakal Difilemkan
PELAKON yang menyumbangkan suara untuk watak Elsa dalam filem Frozen, Idina Menzel memberikan klu bahawa kemungkinan besar Frozen 2 bakal difilemkan dalam jangka masa terdekat ini.
Walaupun tiada sebarang pengesahan daripada pengeluar filem itu, Disney namun Menzel mengatakan mereka sedang bersiap-sedia untuk merangka produksi untuk Frozen 2.
Walaupun senarai pelakon yang bakal menyumbangkan suara untuk filem blockbuster itu belum ditentukan lagi, namun Menzel berbesar hati untuk terus terlibat dalam penerbitan filem yang menjadi box-office pada tahun lalu.
Selain jalan ceritanya yang mendapat perhatian daripada pencinta animasi, lagu tema filem itu, Let It Go yang dinyanyikan Menzel turut menjadi hits dan sering kali dipilih sebagai lagu cover untuk dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi lain dari seluruh dunia.
Kejayaan Frozen turut menjadi detik manis buat warga kerjanya apabila berjaya merangkul trofi ‘best original song’ Anugerah Oscars menerusi lagu Let It Go. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Beza Antara Penyokong Dan Peminat Bola Sepak
KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menyeru peminat pasukan itu cuma membeli jersi dan produk lain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang `original’.
PBNJ dalam satu kenyataan media memberitahu, sikap itu dapat membuktikan sama ada mereka merupakan penyokong sejati atau sekadar peminat bola sepak.
“Ramai yang mendakwa penyokong sejati adalah seseorang yang menyokong pasukan dengan hadir menyaksikan perlawanan di stadium tidak kira di tempat sendiri atau tempat lawan.
“Mereka yang akan membeli hanya jersi dan produk keluaran persatuan yang ‘original’ dimana ia dapat menyumbang kepada dana kewangan persatuan,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, peminat bola sepak pula ditakrifkan sebagai seseorang yang begitu meminati pasukan tetapi kurang membantu dari segi kewangan dan juga tidak mengambil inisiatif untuk menonton perlawanan di stadium.
Dakwa kenyataan itu, golongan itu hanya akan hadir sewaktu pasukan berada pada prestasi terbaik dan mereka juga cuma akan membeli jersi serta produk tiruan dan sentiasa memberi alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka. – mynewshub.cc
TOP
Mara Nafi Calon UPSR Kurang Cemerlang Layak Masuk MRSM
KUALA ,LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa menafikan penyebaran maklumat kononnya calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mendapat cuma 3A 2B layak memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Beliau berkata, maklumat itu boleh mengelirukan orang ramai kerana hanya calon yang mendapat kelulusan cemerlang 5A layak memohon memasuki MRSM pada tahun depan.
“Ada pihak muatkan `berita’ kononnya pelajar miskin calon UPSR yang dapat hanya 3A 2B boleh memohon masuk ke MRSM musim depan.
“Sukacita saya nyatakan hebahan itu tidak tepat dan mengelirukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Annuar memaklumkan beliau akan membuat satu pengumuman mengenai perkara itu selepas Mesyuarat Majlis Mara pada 4 Disember ini di Langkawi, Kedah. – mynewshub.cc
TOP
Pemain Bergaji Mewah Tapi Tewas – Annuar Musa
KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan kemenangan skuad negara ke atas Singapura dalam aksi Piala AFF Suzuki malam ini.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, doa itu diperlukan memandangkan pemain Malaysia yang bergaji berpuluh ribu ringgit sebulan gagal menjulang nama negara dalam kejohanan kali ini.
“Berdoalah kita untuk pasukan negara. Kalau dah gagal menewaskan Thailand, Myanmar atau Singapura dimana maruah kita?. Maruah pemain kita yang bergaji puluhan ribu sebulan tapi tidak berupaya menjulang nama negara.
“Tewas kepada pemain bawah 23 Thailand dan gagal mengalahkan Myanmar. Saya berkeyakinan kita boleh dan harus boleh mengalahkan Singapura,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Harimau Malaya perlu menewaskan Singapura malam ini jika tidak mahu pulang awal dalam kejohanan Piala AFF Suzuki yang sedang berlangsung di negara itu.
Skuad kebangsaan mencatatkan prestasi hambar apabila cuma mampu seri dengan Myanmar dan tewas kepada Thailand dalam peringkat kumpulan baru-baru ini. – mynewshub.cc
TOP
PKR Tuntut Datuk Dr. Mashitah Mohon Maaf
KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Gooi Hsiao Leung menuntut Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kaum Cina di Kedah.
Beliau berkata, Mashitah mesti meminta maaf kerana didakwa menyebarkan pembohongan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 kononnya masyarakat Cina di negeri membakar Al-Quran di Kedah.
“Ucapan beliau dikira bertujuan untuk menghasut kebencian kaum dan benci dalam kalangan orang Melayu Kedah terhadap orang Cina Kedah.
“Kalau Mashitah benar-benar mempercayai versi yang diberitahu kepadanya oleh Ketua Wanita Kuala Kedah (Noor Hasita Mat Isa) adalah benar bahawa orang-orang cina telah membakar Al-Quran maka sudah tentunya beliau sudah lama akan membuat laporan polis mengenai dakwaan serius membakar Al-Quran,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hsiao Leung berkata, Mashitah sebagai pemimpin UMNO Kedah sepatutnya tahu akibat menyebar khabar angin berbahaya yang boleh menyebabkan ketidak-harmonian antara kaum di negeri itu.
Beliau turut menyeru Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendisiplinkan Mashitah dan meminta beliau meminta maaf kepada masyarakat cina di Kedah atas kesalahan itu. – mynewshub.cc
TOP
Van Persie Bergelut Cari Keyakinan – Van Gaal
LONDON – Louis van Gaal akur penyerang Manchester United, Robin van Persie kini bergelut mencari keyakinan diri selepas persembahan buruk ketika menentang Arsenal.
Van Persie cuma menyentuh bola 13 kali ketika United menewaskan The Gunners di Emirates, minggu lalu sebelum Van Gaal menggantikan penyerang Belanda itu dengan pemain berusia 18 tahun, James Wilson untuk baki 15 minit terakhir.
Sepanjang 2014, van Persie hanya menyumbat lapan gol daripada 21 perlawanan Liga Perdana Inggeris dan sumbangan itu mula membimbangkan pengurus pasukan itu yang senegara dengan dia.
“Saya tidak rasa 13 itu angka kecil untuk seorang penyerang. Saya mahu meningkatkan kepincangan ini. Dia beraksi hambar ketika menentang Arsenal,” kata Van Gaal.
Man United menentang Hull City di Old Trafford, malam ini dan pengurus berkenaan memberi amaran kepada van Persie dia perlu bersaing merebut tempat dalam kesebelasan pasukan.
Tambahan, pengendali berkenaan sudah bersedia membawa masuk Radamel Falcao yang kembali semula ke skuad selepas kecederaan.
Apabila ditanya sama ada kepulangan Falcao akan memberi tekanan kepada Van Persie, van Gaal berkata: “Setiap pemain saya pilih harus bersaing merebut tempat masing-masing.
“Saya hanya memilih yang terbaik dan ia harus sesuai dengan campuran pemain.” – AFP
TOP
Keputusan Kes Hosni Mubarak Hari Ini
KAHERAH – Sebuah mahkamah Mesir akan membuat keputusan berhubung perbicaraan semula kes bunuh membabitkan bekas Presiden, Hosni Mubarak, hampir empat tahun selepas beliau digulingkan berikutan kebangkitan rakyat.
Menurut agensi berita rasmi MENA, tahap keselamatan di sekitar mahkamah di sebuah akademi polis di luar Kaherah ditingkatkan menjelang pengumuman keputusan itu dengan 5,000 anggota polis dikerah berkawal.
Mubarak, 86, didakwa bersama tujuh bekas pemerintah polis terbabit dalam pembunuhan ratusan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada 2011 yang menamatkan pemerintahan beliau selama tiga dekad.
Mahkamah Rayuan sebelum ini membatalkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Mubarak pada 2012 atas faktor teknikal.
Keputusan perbicaraan semula itu pada mulanya dijadualkan pada 27 September lalu tetapi Ketua Hakim, Mahmud Kamel al-Rashi, menangguhkan dengan alasan beliau belum selesai menulis penghakimannya beliau selepas perbicaraan semula menyaksikan ribuan fail kes dipersembahkan.
Mahkamah itu juga dijadualkan membuat keputusan berhubung dakwaan rasuah terhadap Mubarak dan dua anak lelaki beliau.
Anak beliau, Alaa dan Gamal, tiba di mahkamah itu hari ini bersama tertuduh lain iaitu bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly.
Jika dilepaskan, Mubarak tidak akan dibebaskan kerana beliau sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun dalam kes rasuah berasingan. – AFP
TOP
Polis Tahan Along Bersama RM545,599 Di Teluk Kumbar
BALIK PULAU – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai along dan merampas wang tunai berjumlah RM545,599 dalam serbuan di rumahnya di Teluk Kumbar di sini, Khamis lepas.
Jurucakap polis berkata, dalam serbuan pada 2.30 petang itu, lelaki berusia 35 tahun berkenaan cuba melarikan diri bagaimanapun gagal kerana sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya telah mengepung kawasan rumah berkenaan.
“Bertindak hasil maklumat awam dan risikan, sepasukan polis menerusi Ops Cenderawasih menyerbu rumah berkenaan dan berjaya menahan lelaki itu. Hasil pemeriksaan polis menemui wang tunai sebanyak RM545,599.
“Pemeriksaan lanjut polis menemui 51 helai slip pengeluaran wang daripada pelbagai bank, 96 keping kad pinjaman pelbagai bank 51 keping cek bernilai hampir RM1 juta dan 10 buku akaun simpanan pelbagai bank,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, polis turut menemui tiga bilah parang panjang yang dipercayai digunakan dalam aktiviti pemberian pinjaman wang tanpa lesen.
Jurucakap itu berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen sejak tahun lepas dan mengenakan caj yang tinggi kepada peminjam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP PR Gunalan, ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu dan dia kini direman bagi membantu siasatan.
Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang pernah meminjam wang daripada lelaki berkenaan agar tampil membantu siasatan kes berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang (APPW) 2011 dan Seksyen 7(1)(a) Akta bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata berbahaya 1958, katanya. – BERNAMA
TOP
Terharu..Kanak-Kanak 8 Tahun Jadi Wartawan Cilik Palestin
Tersentuh hati kami melihat perilaku seorang kanak-kanak perempuan Palestin yang baru berusia 8 tahun bertindak sebagai wartawan cilik.
Dia yang tidak tahan melihat bangsa dan tanah airnya yang sering ditindas kejam oleh rejim zionis dengan berani menyoal tentera Israel.
Ditambah pula dengan telefon pintar yang dimiliki, Kanak-kanak bernama Jana Tamimi ini nampaknya tekad merakam aksi-aksi tentera tersebut untuk melaporkan bagaimana sikap prejudis tentera Israel melayan mereka setiap hari. Video yang dirakam Jana seterusnya akan dimuatnaik secara online sebagai laporan berita.
Jana berharap insiatif yang dilakukan selama ini dapat memaparkan kepada masyarakat dunia tentang kehidupan rakyat Palentin yang sering ditindas di bawah pendudukan Israel. Usaha ini sekaligus diharap mampu membuka mata dunia agar hak rakyat Palestin dikembalikan semula. Kanak-kanak Palestin ini dikatakan tinggal di Nabi Saleh, Tebing Barat, kawasan yang diduduki Israel. - MYNEWSHUB.CC

1 Maut, 2 Cedera Nahas Di Lebuhraya Seremban-PD
PORT DICKSON – Seorang maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua Proton Iswara di KM27.1, Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), dekat sini, pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, DSP Zulkifli Adamsah, berkata dalam kejadian pada 6.45 pagi itu, kereta yang dipandu V Bathmanathan, 36, dari arah Seremban menghala ke Port Dickson terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelah kiri.
“Sebuah lagi kereta dari arah sama telah melanggar kereta mangsa…akibat daripada pelanggaran itu, Bathmanathan yang cedera parah di kepala dan badan, mati di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.
Zulkifli berkata, rakan mangsa, MN Nagaraj, 27, yang cedera ringan di muka menerima rawatan di Hospital Port Dickson.
Pemandu sebuah lagi kereta, Muhammad Hazim Amiril, 24, seorang anggota tentera, patah paha kanan dan dua tulang rusuk turut menerima rawatan di hospital sama, katanya.
Menurut beliau, pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terlibat remuk di bahagian hadapan.
Sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. – BERNAMA
TOP
UMNO: Sikap Biadab Pihak Tertentu Sentuh Emosi Perwakilan
KUALA LUMPUR – Isu kebiadaban dan perbuatan menghina pemimpin dan negara sejak kebelakangan ini, mencetuskan emosi sedih para perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2014.
Sikap pihak tertentu itu nyata tidak lagi mencerminkan budaya masyarakat negara ini yang sepatutnya berpegang teguh kepada kepercayaan agama dan nilai-nilai murni.
Wakil Kelantan, Rahimah Mahamad, ketika menyokong usul agama dan pendidikan pada perhimpunan itu hari ini, nyata mencetuskan rasa sebak dalam kalangan perwakilan terhadap sikap masyarakat kini yang jauh berbeza berbanding dahulu.
“Dulu ada adik kakak macam ini? Ada? Tidak ada…” katanya pada perhimpunan itu yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.
Beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Machang, Kelantan, berkata trend masyarakat kini juga dilihat semakin jauh menyimpang daripada kesopanan dan kesusilaan.
Pihak terbabit, kata Rahimah, melakukan pelbagai penghinaan seperti memijak gambar pemimpin negara, mengubah lirik lagu Negaraku dan mengibarkan Jalur Gemilang secara songsang.
“Saya amat sedih sekali…sedih…sedih…patutkah gambar pemimpin kita Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diletakkan selipar di muka…dan macam-macam lagi benda yang pelik-pelik dilakukan.
“Saya sedih…kalau di Kelantan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang bekerja begitu kuat siang malam, dibuat patung (menyerupai) beliau yang kemudian ‘digode’ (sebat). Apa salah Mustapa yang bawa balik macam-macam projek ke Kelantan,” katanya.
Selain itu, Rahimah menarik perhatian mengenai isu penggunaan bahasa Melayu di negara ini yang semakin hambar lebih-lebih lagi apabila banyak singkatan bagi program kerajaan dilihat cenderung menggunakan bahasa Inggeris.
“Contohnya kita lebih gemar menyebut RTC (Rural Transformation Centre) untuk Pusat Transformasi Luar Bandar, bukannya PTD, demikian juga bangunan tempat kita berhimpun ini, kita popularkan dengan PWTC (Putra World Trade Centre) untuk Pusat Dagangan Dunia Putra dan bukannya PDDP.
“Justeru Wanita cadangkan supaya trend dan kecenderungan ini dihentikan demi memartabat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara,” katanya. – BERNAMA
TOP
MB Negeri Sembilan Selar Pihak Putar Belit Isu Akta Hasutan
KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamad Hasan menyelar usaha pihak tertentu memutar belit fakta berhubung keputusan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 kononnya bagi menutup hak kebebasan rakyat untuk bersuara.
Menteri Besar Negeri Sembilan itu meminta rakyat memahami dengan jelas bahawa keputusan itu dibuat demi menjaga kestabilan dan keharmonian negara.
“Kita jangan (tunggu) sampai nasi menjadi bubur, kita mesti mencegah, ini satu-satunya akta yang akan terus menjaga dan menyelamatkan negara kita, ia bukan ditujukan kepada sesiapa.
“Akta ini terpakai kepada semua orang, kita bukan katakan akta ini khas untuk pembangkang, waima orang Umno dan menteri sekalipun, termasuk dalam akta tersebut … bagi saya keselamatan dalam negara, menjaga keamanan negara, tidak boleh dikompromi,” katanya kepada Bernama, di luar Perhimpunan Agung Umno 2014, di sini.
Pada Khamis, Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan penambahbaikan untuk kepentingan keharmonian negara.
Najib yang juga presiden Umno membuat pengumuman itu semasa menyampaikan ucapan dasar Presiden ketika merasmikan perhimpunan agung parti itu.
Sementara itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari meminta pihak yang berkenaan supaya menghentikan perbuatan memutar belit isu itu kerana ia akan hanya mengelirukan rakyat.
“Orang yang putar belit itu orang yang tidak bertanggungjawab, pada saya apa yang diluahkan oleh Perdana Menteri sememangnya wajar.
“Hentikan putar belit yang tidak berasas, sebelum ini kita sememangnya tahu ada sesetengah pihak mahu Akta Hasutan ini dihapuskan, tetapi kita kena lihat bahawa Malaysia memang memerlukan akta ini,” katanya kepada Bernama di sini. – BERNAMA
TOP
Shia LaBeouf Dedahkan Dirinya Jadi Mangsa Rogol Peminat
PELAKON yang popular menerusi filem Transformers, Shia LaBeouf baru-baru ini membuat pendedahan mengejutkan mengatakan dirinya menjadi mangsa rogol ketika pameran seni anjurannya berlangsung pada Februari lalu.
Shia duduk berseorangan ketika pameran seninya yang berjudul #IAMSORRY berlangsung dan pada ketika itu, datang seorang pengunjung wanita yang datang ke arahnya dan kemudian merogol pelakon berusia 28 tahun itu.
“Seorang wanita yang datang bersama kekasihnya, kemudian datang secara tiba-tiba ke arah saya dan mula mengawal saya, dia buka pakaian saya dan terus merogol saya.
“Selepas kejadian itu, wanita itu terus berjalan meninggalkan saya dalam keadaan rambutnya yang tidak terurus dan mekap yang serabai,” katanya memetik laporan People. Yang lebih memburukkan keadaan, ketika kejadian rogol itu berlaku kekasih Shia, Mia Goth berada di situ yang kebetulan sedang mengunjungi Shia untuk meraikan sambutan Hari Kekasih.
Shia dan kekasih, Mia Goth
Insiden itu telah menyebabkan Shia dan kekasihnya bergaduh besar sehingga mereka tidak berkomunikasi di antara satu sama lain selama lima hari.
Namun, perhubungan mereka kembali pulih seperti biasa selepas Shia menjelaskan insiden tersebut kepada Mia, yang mana baginya merupakan satu kejadian yang paling meninggalkan kesan trauma mendalam terhadap kehidupannya. - MYNEWSHUB.CC

Pelancongan Burung Bakal Dipromosi Di Langkawi
LANGKAWI – Langkawi yang direkod mempunyai lebih 230 spesis burung bakal dijadikan kawasan pelancongan burung, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tan Sri Khalid Ramli.
Beliau berkata, turut terdapat tiga spesis burung enggang di pulau ini iaitu Kenyalang Besar atau Enggang Papan (Great hornbill), Enggang Gunung (Wreathed hornbill) dan Enggang Kelingking (Oriental Pied hornbill).
Lebih menarik 104 ekor Enggang Papan telah dapat direkod, katanya kepada pemberita sempena pameran burung Asian ke-5 di Oriental Village hari ini.
“Bird-tourism sangat berpotensi untuk dibangunkan di Langkawi dan mampu memberi faedah yang tinggi kepada penduduk,” tambahnya.
Khalid berkata, Lada juga akan membangunkan ladang rama-rama yang terdapat lebih 550 spesis di sini.
Pameran burung dua hari itu kali pertama diadakan di Malaysia sejak diperkenalkan pada 2010. – BERNAMA
TOP
Penyanyi Rap British Hasut Golongan Muda Sertai IS
SEORANG artis rap warga British yang kini menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) menggesa anak muda Islam yang sering bermain permainan video peperangan untuk ke Syria dan merasai suasana sebenar.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Abu Afro berkata,” panggilan tugasan, tinggalkan Fifa (permainan bola sepak) dan menyertai peperangan.”
Penyanyi itu dikesan menghantar hasutan menerusi Twitter dari Raqqa iaitu kawasan yang dikuasai IS. Dia selain itu turut berkata,” kematian semakin hampir, tunjukkan anda tidak takut.”
Dengan menggelar dirinya sebagai penyajak dan mengharungi masa silam sebagai pengedar dadah di British, Abu Afro kemudian memberitahu,” tidak ramai nampak apa yang saya nampak, gunakan hidup anda sebaik mungkin.”
Penyanyi berusia 20-an itu tiba di Syria awal tahun ini dan sering memuat naik gambar bersama senjata api. – mStar Online
TOP
Polis Sabah Rampas 31 Senjata Api Tiruan
KOTA KINABALU – Polis Sabah merampas 31 laras senjata api tiruan, termasuk senjata berat jenis Garrand dan pelancar roket dalam satu serbuan di Kolombong, Inanam, dekat sini, kelmarin.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, dalam sidang media di sini sebentar tadi, berkata ia berikutan penahanan seorang lelaki di Lido yang ditemui membawa satu senjata tiruan dalam keretanya.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, lelaki terbabit mendakwa senjata itu dijual kepada pengumpul senjata api tiruan.
“Bagaimanapun polis masih menyiasat mungkin senjata ini digunakan untuk tujuan jenayah kerana bentuknya sama seperti senjata api sebenar.
“Siasatan bagi mengenal pasti siapa pembelinya. Suspek kini direman empat hari mengikut Akta Senjata Api,” katanya.
Jalaluddin berkata, semua senjata tiruan yang dirampas adalah buatan China serta Taiwan dan dia dipercayai membelinya daripada seorang lelaki warga China dikenali dengan panggilan ‘Lau Pan’ atau bermaksud ‘boss’ di Kota Kinabalu.
“Nilai harga pasaran senjata api tiruan yang dirampas dianggarkan RM45,000,” katanya. - BH Online
TOP
Laluan Khas KLIA, Kemudahan Pelawat Asean
KUALA LUMPUR – Malaysia akan mewujudkan laluan khas untuk menyediakan kemudahan bagi warganegara Asean di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) apabila Malaysia mengambil alih jawatan Pengerusi Asean bermula 1 Januari.
Digelar Laluan Imigresen Asean, Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia, Datuk Shahrul Ikram berkata, lorong itu diperkenal sebagai sebahagian daripada inisiatif Komuniti Ekonomi Asean (AEC) untuk memudahkan pergerakan pelawat blok 10 anggota itu ke Malaysia.
Beliau berkata, laluan khas itu juga akan diwujudkan di lapangan terbang lain dan pintu masuk di seluruh negara bagi tujuan pelancongan dan urusan rasmi pada suku pertama tahun depan.
“Ini adalah satu daripada cara Malaysia untuk menjuarai dan memasuki era baharu komuniti Asean apabila Malaysia menggalas jawatan pengerusi.
“Kami (Malaysia) bersedia untuk menjalin kerjasama dalam Asean ke peringkat baharu,” katanya di gerai Pameran Asean di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Pada masa ini, Singapura, Thailand dan Brunei Darussalam telah melaksanakan inisiatif itu.
Shahrul berkata, inisiatif itu diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu mewujudkan ‘Asean Berpaksi Rakyat’ yang akan menyaksikan lebih banyak penglibatan langsung daripada semua sektor masyarakat dalam aktiviti Asean.
Bagaimanapun, katanya inisiatif membuka Laluan Imigresen Asean di setiap negara Asean memerlukan konsensus antara negara.
Selain itu, beliau berkata, lorong khas bagi komuniti Asean juga akan mewujudkan semangat kekitaan atau perasaan menjadi sebahagian daripada keluarga Asean.
Untuk rekod, Malaysia menggalas jawatan Pengerusi Asean pada 1977 dan 2005. – BERNAMA
TOP
MPPP Belanja RM4.6 Juta Bina Laluan Basikal
GEORGETOWN – Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membelanjakan sebanyak RM4.6 juta untuk membina laluan basikal sejauh 1.1 kilometer bermula dari Sungai Pinang ke menuju pusat bandar.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata projek itu melibatkan jambatan basikal serta laluan pejalan kaki merentasi Sungai Pinang meliputi jarak keseluruhan 1.5 kilometer dengan baki 450 meter bernilai RM100,000 itu dibiayai syarikat swasta.
“Ia adalah sebahagian daripada laluan berbasikal sejauh 12.5 kilometer yang telah dirancang MPPP dengan kerjasama pemaju-pemaju yang telah berjaya disiapkan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran laluan basikal berkenaan di sini hari ini.
Katanya, laluan itu telah hampir dilengkapkan dan ia bakal menghubungkan Queensbay melalui kawasan pantai timur pulau ke pusat beli belah Gama di Jalan Datuk Keramat, di sini termasuk rangkaian sistem perkongsian basikal.
Sementara itu, beliau mencabar pihak yang tidak berpuas hati dengan projek itu yang dijangka menelan kos RM30 juta, supaya membawa perkara berkenaan untuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Lim berkata, MPPP hanya mengeluarkan pembiayaan sebanyak RM4.6 juta yang dibuat secara tender terbuka manakala bakinya dibiayai syarikat dan pemaju hartanah swasta.
“Mengenai macam mana baki RM26 juta itu dibelanjakan bukan hal kita…kena tanya syarikat swasta kerana bukan wang kita. Mereka bagi jalan (laluan basikal) sudah cukup gembira,” katanya.
Katanya, setakat ini MPPP telah menyediakan lorong basikal sama ada secara berasingan atau berkongsi dengan kenderaan lain antaranya di kawasan Zon Warisan, Persiaran Gurney ke Teluk Bahang, Teluk Bahang ke Bayan Lepas dan Balik Pulau yang meliputi laluan kampung serta tepi laut sejauh 20 kilometer. – BERNAMA
TOP
120 Maut Dalam Serangan Terhadap Masjid Nigeria
KANO, Nigeria – Sekurang-kurangnya 120 orang terbunuh dan 270 yang lain cedera apabila dua pengebom nekad meletupkan diri mereka manakala beberapa lelaki senjata melepaskan tembakan semasa solat Jumaat di sebuah masjid di Nigeria.
Serangan terhadap Masjid Besar di Kano, bandaraya di kawasan majoriti penduduk Islam di utara negara itu, dilancarkan ketika solat Jumaat bermula. Masjid itu bersambung dengan istana Emir Kano, Muhammad Sanusi II, ulama kedua paling kanan di Nigeria. Minggu lalu, beliau menggesa orang awam memerangi Boko Haram. Letupan itu berlaku selepas serangan bom terhadap sebuah lagi masjid di bandaraya Maiduguri dipatahkan, lima hari selepas pengebom nekad membunuh lebih 45 orang. Jurucakap polis kebangsaan, Emmanuel Ojukwu memberitahu AFP bahawa pengebom nekad berkenaan meletupkan diri secara berturut-turut sebelum “beberapa lelaki bersenjata menembak mereka yang cuba melarikan diri”. Ojukwu berkata, beliau tidak mengetahui sama ada pengebom nekad berkenaan lelaki atau wanita selepas beberapa serangan membabitkan pengebom nekad wanita sejak beberapa bulan lalu. Bagaimanapun, katanya orang ramai yang berang dengan serangan itu membunuh empat penembak dalam kekecohan yang menyusul. Saksi menyatakan penembak terbabit dibakar. Minggu lalu, Emir Kano memberitahu jemaah masjid sama bahawa mereka patut mengangkat senjata memerangi Boko Haram. Beliau juga menyatakan keraguan dengan kemampuan tentera Nigeria melindungi orang awam dan menamatkan darurat itu. – AFP

2 Aspek Perundangan Akan Dirayu Dalam Kes Transgender
KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Sembilan akan mengemukakan rayuan terhadap dua aspek perundangan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan mengenai hukuman terhadap golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dua perkara itu ialah merayu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes itu, dan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 yang diputuskan sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Rayuan pada 7 November lalu membenarkan rayuan yang dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30; untuk mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan ketiga-tiga lelaki Islam itu.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender dari segi perubatan.
“Jadi dua perkara yang kita akan merayu ialah mengenai keputusan hukuman itu dan jika tidak ditangani dengan baik, ia akan membawa satu keadaan yang akan terjadi sesuatu yang amat tidak baik kepada kesucian agama Islam di negara.
“Bagi Seksyen 66, kita akan pastikan ia tidak dibatalkan seperti mana yang diputuskan dalam penghakiman rayuan itu,” kata Mohamad.
Menurut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, Seksyen 66: Lelaki berlagak seperti perempuan, menyatakan mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata kerajaan negeri sedang berbincang dengan peguam untuk meneliti fakta kes itu sebelum mengemukakan rayuan, yang dijangka difailkan sebelum 6 Dis ini.
“Itu sebabnya kita berhati-hati dan perlu melihat dari segenap segi sebelum kita memfailkan rayuan. Kita mahu memfailkan satu kes yang kuat,” katanya.
Mohamad berkata kerajaan negeri menghormati keputusan Mahkamah Rayuan namun berpendapat kes ini perlu didengar semula oleh Mahkamah Persekutuan. – BERNAMA
TOP
Jumlah Mangsa Banjir Di Changkat Jong Menurun Ke 299
IPOH – Sebuah pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Degong ditutup pagi ini, menjadikan jumlah mangsa banjir di Changkot Jong dekat Teluk Intan di sini, menurun kepada 299 orang berbanding 345 orang Jumaat malam.
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak, Mohd Fazly Mohamad Zawawi ketika dihubungi berkata kesemua mangsa banjir itu berada di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong.
“Mangsa banjir ini tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing ekoran air banjir di kediaman mereka hanya surut sedikit,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Katanya paras air sungai di Changkat Jong meningkat kepada 3.30 meter berbanding 3.22 meter malam tadi.
Beliau berkata mangsa banjir di sekolah itu melibatkan 87 keluarga terdiri daripada 61 lelaki dewasa, wanita dewasa (74), kanak-kanak lelaki (62), kanak-kanak perempuan (46), lelaki warga emas (13), perempuan warga emas (18), bayi lelaki (16) dan bayi perempuan (sembilan), katanya.
Kejadian banjir itu adalah yang kedua melanda kawasan Changkat Jong dalam tempoh dua minggu selepas ban Sungai Bidor pecah akibat hujan lebat dan air melimpah ke kawasan penempatan.
Pada 14 Nov lepas, sebanyak 56 mangsa daripada 16 keluarga yang mendiami Lorong Mesra di sini terpaksa dipindahkan. – BERNAMA
TOP
23% Bayi Mati Akibat Luka Tali Pusat
Islamabad – Seramai 23 peratus bayi meninggal dunia dalam tempoh sebulan pertama selepas dilahirkan akibat kesilapan memotong tali pusat di Pakistan.
Malah jumlah kematian itu jauh lebih tinggi di kawasan pedalaman yang kekurangan kemudahan, menyebabkan proses kelahiran dikendalikan golongan kurang berkelayakan.
Pengurus program Mercy Corps Shoaib Shahzad yang mendedahkan perkara itu dalam satu seminar semalam berkata, kematian berlaku akibat kesan jangkitan kuman ketika memotong tali pusat.
“Purata kematian neonatal di Pakistan adalah yang paling teruk di Asia Selatan iaitu 55 bayi bagi setiap 1,000 orang.
“Malah jumlah ini lebih teruk daripada Afghanistan yang diselebungi peperangan iaitu hanya 36 kematian neonatal daripada 1,000 bayi,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, Bangladesh dan Nepal menunjukkan rekod lebih baik dengan purata 24 kematian bagi 1,000 orang, manakala di India 31 bagi setiap 1,000.
Shoaib berkata, 75 peratus daripada bayi yang mati dalam tempoh bulan pertama kelahiran tidak mampu bertahan lebih seminggu.
Jumlah kematian kanak-kanak di bawah lima tahun juga paling teruk di catatkan di Pakistan (89/1,000) manakala Sri Lanka paling kurang (12/1,000).
Ia satu-satunya negara yang menunjukkan jumlah kematian kanak-kanak lebih teruk sejak 1990 berbanding negara lain di rantau berkenaan yang jauh menunjukkan peningkatan. – Agensi
TOP
Serangan Udara Tidak Lemahkan IS – Syria
KEPULAN asap tebal dapat dilihat selepas serangan udara di Kobani, Syria, minggu lalu. - Foto Reuters
BEIRUT – Menteri Luar Syria berkata serangan udara yang diketuai Amerika Syarikat (AS) gagal melemahkan IS di Syria dan dan kumpulan jihad itu tidak akan diatasi melainkan Turki dipaksa mengetatkan kawalan sempadan. Pakatan yang diketuai AS mula menyerang sasaran IS di Syria pada September lalu sebagai sebahagian daripada usaha memusnahkan kumpulan yang menguasai kawasan besar di negara itu dan Iraq. “Semua petunjuk merumuskan bahawa IS hari ini, selepas dua bulan serangan udara pakatan, masih tidak dilemahkan,” kata Menteri Luar, Walid al-Moualem, dalam temubual bersama TV Al Mayadeen yang berpangkalan di Beirut. Kerajaan Syria menyatakan sebelum ini bahawa ia sanggup menyertai peperangan terhadap IS tetapi AS enggan berurusan dengan Presiden Bashar al-Assad yang disifatkannya hilang kelayakan untuk memerintah dan sepatutnya melepaskan kuasa. “Jika Majlis Keselamatan PBB tidak dipaksa mengawal sempadannya maka semua tindakan ini tidak akan menghapuskan IS,” katanya. Turki yang berkongsi sempadan sepanjang 900 kilometer dengan Syria menafikan dakwaan bahawa ia menyokong militan Islam dalam usahanya menggulingkan Assad. – Reuters

Bangunkan Tanah Rizab Melayu, Bina Rumah Mampu Milik
KUALA LUMPUR – Bagi mengatasi masalah perumahan di kalangan rakyat, kerajaan-kerajaan negeri disaran membangunkan tanah rizab Melayu bagi membina lebih banyak rumah mampu milik, khusus untuk kaum Melayu dan bumiputera.
Ketua Pemuda Umno Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata langkah ini perlu bagi menangani kesukaran rakyat memiliki rumah sendiri dan situasi semasa menunjukkan anak-anak muda Melayu hanya mampu menyewa daripada membeli rumah.
“Ramai generasi muda kita tidak berkemampuan membeli dan mendapatkan pembiayaan pembelian rumah.
“Semua ini gara-gara aktiviti spekulasi dan keghairahan para pemaju yang tamak meletakkan harga rumah yang tinggi dan tidak munasabah,” katanya ketika membahaskan usul ekonomi mewakili pergerakan Pemuda pada Perhimpunan Agung Umno 2014 di sini, hari ini.
Shaiful Hazizy berkata kerajaan negeri juga perlu mempercepatkan proses pertukaran status tanah dan geran, di samping mengurangkan kadar premium tukaran tanah untuk menarik minat para pemaju membina lebih banyak rumah mampu milik. – BERNAMA
TOP
Tafsiran Akta Hasutan Perlu Dikaji – Pensyarah
KOTA KINABALU – Tafsiran kepada Akta Hasutan 1948 perlu dikaji dan diperhaluskan lagi dengan mengambil kira pandangan semua anggota masyarakat, kata Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Zaini Othman.
Beliau berkata, cara bagaimana ia boleh digunakan untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat perlu disebut dengan sebaik-baiknya.
“Cadangan pindaannya dengan memasukkan dua peruntukan khas bagi mengukuhkan lagi akta itu perlu diberi penjelasan jelas mengenai aktiviti dan perbuatan yang dianggap sebagai hasutan,” katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa akta itu dikekalkan, malah akan dipertahan, diperkuat dan diperkukuhkan.
“Untuk menguatkuasakan akta ini, perlu difahami bagaimana situasi yang dikatakan menghasut. Adakah pandangan yang dilontarkan mengenai dasar negara, boleh dikatakan sebagai menghasut.
“Inilah yang perlu disemak kembali atau diperhaluskan,” kata Zaini yang menyokong pengekalan akta itu.
Beliau berkata, kenyataan untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia memang melanggar Akta Hasutan, tetapi sebaliknya jika terdapat suara untuk memperbaiki hubungan kedua-dua kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan, ia tidak boleh dianggap sebagai menghasut. – BERNAMA
TOP
Tiada Sasaran Jaclyn Victor, Suami Dapat Anak
Jaclyn dan Shawn berkahwin pada 17 Julai lalu di Amerika Syarikat.
PETALING JAYA – Penyanyi Jaclyn Victor tidak meletakkan sebarang sasaran untuk mendapatkan cahaya mata bersama suaminya, Shawn Rivera ekoran mereka tinggal berjauhan buat masa ini. Jaclyn, 35, berkata, dia tidak mahu berasa tertekan memikirkan soal berkenaan kerana dia terbuka tentang soal itu selain menyerahkan rezeki kepada Tuhan. “Kami tidak merancang atau meletakkan sasaran tertentu untuk menimang cahaya mata kerana perkara ini terpulang kepada rezeki. “Tetapi kami suami-isteri sememangnya mahukan kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga kami,” ujarnya kepada mStar Online. Jaclyn berkahwin dengan Shawn, 40, yang juga anggota kumpulan R&B Az Yet pada 19 Julai lalu di The First Unitarian Church of Philadelphia, Amerika Syarikat yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Bagaimanapun penyanyi lagu Gemilang itu hanya mendedahkan perkahwinannya kepada umum dalam satu sidang media yang diadakan Istana Budaya pada 12 Ogos lalu. Dalam pada itu, ditanya bagaimana dia mengekalkan hubungan dengan suaminya yang kini berada Amerika, Jaclyn berkata, komunikasi adalah kunci utama dalam hubungan mereka. Malah kata Jaclyn, selama ini mereka berhubung menerusi telefon hampir setiap hari dan cara itu masih digunakan selepas mereka berkahwin. “Komunikasi adalah elemen paling penting dalam sesuatu hubungan dan kami sentiasa berbual di telefon untuk berkongsi pelbagai perkara biarpun kami sibuk dengan tugas masing-masing. “Saya juga bertuah kerana suami memahami kerjaya saya memandangkan dia juga seorang penyanyi dan kami sangat menyokong di antara satu sama lain,” katanya. Sementara itu, ditanya mengenai perancangan sambutan Hari Krismas pertama pada 25 Disember depan sejak bergelar isteri, Jaclyn memberitahu Shawn akan pulang ke Malaysia bagi menyambut perayaan itu bersama-sama keluarganya di sini. Bagaimanapun kata Jaclyn, dia tidak mempunyai sebarang perancangan tertentu pada hari tersebut sebaliknya akan menggunakan masa berkualiti untuk bersama suaminya. Dalam perkembangan lain, bekas juara Malaysian Idol musim pertama itu baharu sahaja melancarkan album sulung berbahasa Inggerisnya berjudul Unleashed dibawah label KRU Music. - mStar Online

Peremajaan UMNO: Mukhriz Atur Langkah
KUALA LUMPUR – Umno Kedah merangka pelbagai inisiatif sebagai usaha meremajakan parti itu dalam konteks negeri Kedah.
Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, perancangan untuk membuka luas peluang pekerjaan, perumahan dan kebajikan telah dilaksanakan dalam usaha menarik perhatian golongan muda mendekati Umno.
“Kalau nak tarik golongan muda, kita perlu tahu bagaimana mahu menepati aspirasi dan kehendak mereka iaitu peluang pekerjaan untuk menambah pendapatan dan meningkatkan ekonomi mereka,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
“Melalui Bajet Kedah 2015, ia bukan sahaja menekankan kepada aspek ekonomi, sebaliknya usaha menarik anak-anak muda yang berhijrah ke negeri lain, balik semula ke Kedah.
“Anak-anak jati Kedah yang keluar mencari rezeki di luar (dari Kedah) ini semuanya berkualiti. Kita perlu bawa mereka balik ke Kedah dan melalui pembangunan yang akan dijalankan, baru boleh tarik mereka pulang,” katanya. – BERNAMA
TOP
Hishamuddin Rais Hantar Surat Tuntutan Pada Najib
Petikan video Hishamuddin Rais yang ditayangkan Najib ketika ucapan dasarnya kelmarin.
Ekoran bukti perbuatannya menghasut terdedah di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014, Aktivis Politik Hishamuddin Rais hari ini menghantar sepucuk surat tuntutan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menghentikan tayangan video berkenaan. Surat yang dihantar menerusi peguamnya itu menyebut tayanga video berkenaan merupakan satu tindakan bersifat sub-judis dan menghina mahkamah kerana kes melibatkan Hishamuddin kini sedang dalam perbicaraan di Mahkamah Sesyen. Video itu menunjukkan Hishamuddin sedang bercakap mengapi-apikan kebencian kepada kerajaan menghasut dan ditayangkan sebagai selingan ketika ucapan dasar Najib yang juga Perdana Menteri pada kelmarin. Dalam ucapan itu juga, Najib mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan bagi memastikan akta lebih baik dalam melindungi semua rakyat Malaysia dari hasutan jahat.
“Dalam klip video tersebut, anak guam kami digambarkan sebagai bersalah atas kesalahan menghasut mengikut Akta Hasutan 1948. “Klip video itu seterusnya memburuk-burukkannya dan menggambarkan bahawa anak guam kami sering melakukan kesalahan hasutan. “Seperti yang ada sedari, anak guam kami menghadapi tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 yang kini berlarutan di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur,” menurut surat berkenaan seperti dilaporkan Malaysiakini. Najib dalam ucapannya hanya menayangkan video ucapan Hishamuddin tanpa menyebut langsung perbuatan menghasut dan menyebut nama Hishamuddin sebagai orang yang melakukan perbuatan di dalam video berkenaan. Bagaimanapun, jelas perkataan menghasut yang disebut Hishamuddin di dalam video berkenaan dan ia disaksikan semua perwakilan UMNO di dalam Dewan Merdeka akan perbuatannya membuat ucapan jahat berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Kanak-Kanak Mungkin Buta Kena Guli
Keningau – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun mungkin buta mata kiri selepas terkena peluru guli daripada senapang angin milik seorang lelaki secara tidak sengaja ketika bermain senjata itu di rumahnya di Kampung Pinipi Lanas, Sook, dekat sini, pada 23 November lalu.
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Douglas Taong berkata, berikutan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang juga pemilik senjata berkenaan di kampung sama untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
“Sebelum ini polis hanya menerima maklumat menerusi aplikasi Whatsapps berhubung seorang kanak-kanak cedera di mata akibat terkena tembakan guli, namun tiada laporan polis dibuat mengenainya.
“Bagaimanapun, polis masih meneruskan siasatan kerana gambar dan maklumat mangsa sudah tersebar luas di media sosial seterusnya membawa kepada penahanan suspek.
“Polis turut merampas beberapa barangan termasuk senapang angin dan guli dipercayai digunakan dalam insiden itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” katanya. – myMetro Online
TOP
Fasha Bengang Dengan Pengikut Instagram Hal Berpantang
Alahai, kesian pula insan-insan yang bergelar artis ini.
Semua gerak-geri dan kelakuan sering menjadi perhatian hingga adakala semua kelakuan serba tak kena dimata masyarakat.
Lebih berani, ada peminat-peminat yang berani menegur dengan nada dan ayat yang kasar hingga boleh melukakan hati sesiapa sahaja yang diperkatakan.
Itulah yang terjadi kepada selebriti terkenal, Fasha Sandha apabila ada pengikutnya mempersoalkan isu tempoh berpantang dengan memanggil Fasha sebagai ‘perempuan’.
Aik, kasar benor bunyinya kan….rasa-rasanya kalau kita yang kena pun memang berasap telinga!
Isu ini timbul apabila Fasha memuat naik gambar dia dan suaminya, Jejai bersarapan di sebuah restoran bersama beberapa rakan yang lain.
Umum mengetahui Fasha baru sahaja melahirkan puteri comel dan pastinya kini Fasha sedang dalam proses berpantang untuk membaiki luka-luka selepas bersalin. Sekaligus menimbulkan persoalan kepada salah seorang peminat yang ‘terover ambil berat’ dengan menulis “perempuan ni dah habis pantang ke” di ruangan komen Instagramnya. Dek kerana perihatian terlebihnya ini, Fasha dengan sendiri membalas komen peminatnya dengan persoalkan balik mengapa dia tidak boleh keluar bersama suaminya?
Hah, walaupun ayat yang digunakan Fasha nampak biasa tetapi nada disebalik ayat-ayat tersebut sendiri sudah menggambarkan kebengangan Fasha bila dipersoalkan soalan sebegitu dengan panggilan ‘perempuan’. Itulah, lain kali kalau ingin bertanya, tidak boleh ke memanggil nama Fasha elok-elok. Tak pasal-pasal ke sound dengan artis.- MYNEWSHUB

Wakil Terengganu Cadang Tubuh Suruhanjaya Pantau SJKC
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Perwakilan UMNO Terengganu dalam sesi perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 hari ini mencadangkan kerajaan untuk mewujudkan satu suruhanjaya khas bagi memantau dan memperbaiki kelemahan berkaitan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Cina dan India di negara ini. Perwakilan itu, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar suruhanjaya itu ditubuhkan bagi memastikan kewujudan sekolah jenis itu benar-benar menghayati agenda dan sistem pendidikan negaa kerana dibimbangi boleh menyebabkan hilangnya semangat patriotisme dalam kalangan pelajar mereka. Fakta bahawa kira-kira 604 orang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kaum Cina dan India tidak boleh bercakap bahasa Melayu ketika dalam program. “Ia amat mengejutkan… Cakap pun tak boleh, apa yang akan terjadi. Apakah sudah hilang toleransi antara bangsa. “Apakah (sudah) hilang patriotisme sehingga mengabaikan fakta (tarikh kemerdekaan). Apa yang kita boleh jangka, (kepada) rakyat biasa yang ikutnya,” katanya. Wan Abdul Hakim membuat cadangan itu ketika berucap menyampaikan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir PAU 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Perkara berkaitan PKLN itu turut dipersetujui oleh tenaga pengajar iaitu jurulatih yang menyifatkan perkara itu berlaku dan amat sukar untuk melaksanakan proses pengajaran modul kepada pelatih. Kumpulan pelatih berkenaan akan meminggirkan diri mereka daripada proses pengajaran dalam modul khususnya modul Kenegaraan dan hanya berbicara sesama bangsa mereka sambil melakukan aktiviti mereka sendiri. Para jurulatih menghadapi masalah untuk mengetahui masalah kumpulan pelatih berkenaan untuk memastikan mereka mengikuti perjalanan modul. – MYNEWSHUB.CC

“Saya, Erra Tidak Berbincang Mengenai Amar Baharin” – Izreen
Erra Fazira, Izreen Azminda dan Soo Wincci bakal menerajui teater Takhta 3 Ratu.
PETALING JAYA – Pelakon Izreen Azminda memberitahu dia tidak pernah membincangkan dengan Erra Fazira tentang lelaki yang sering dikaitkan dengan mereka iaitu Amar Baharin ketika sesi latihan teaterTakhta 3 Ratu. Izreen berkata, kedua-dua mereka bersikap profesional tanpa mencampurkan urusan kerja dan peribadi ketika menjalani sesi latihan teater itu. “Saya tahu Erra Fazira pernah dikaitkan dengan Amar Baharin dulu tetapi kami tidak pernah langsung bercakap tentang Amar ketika sesi latihan teater yang dilakukan bersama. “Saya tidak ada masalah berlakon dengan Erra kerana dia sangat profesional dan tidak pernah campur urusan kerja dan peribadi,” ujarnya kepada mStar Online. Izren berkata demikian ketika ditanya tentang hubungannya dengan Erra Fazira ketika sesi latihan teater Takhta 3 Ratu memandangkan sebelum ini pelakon jelita tersebut turut dikatakan mempunyai hubungan dengan Amar Baharin. Jelas Izreen, dia juga tidak pernah bertanya kepada lelaki itu sebelum menerima tawaran berlakon di samping Erra Fazira. “Saya seorang yang sukar untuk bertanya tentang sesuatu yang saya rasa ingin lakukan termasuklah soal berlakon dengan Erra Fazira. “Saya pergi sahaja kerana pada saya itu adalah peluang terbaik untuk kerjaya lakonan saya,” ujarnya. Bagaimanapun, Izreen berkata setakat ini, Amar belum berkesempatan datang melihat sesi latihan teater tersebut. Sementara itu, bercerita tentang wataknya sebagai puteri Majapahit iaitu Galuh Chenderai, Izreen berkata ia adalah sesuatu yang sangat menguji tahap lakonannya. Dia juga terpaksa melakukan empat perkara sukar iaitu bercakap dalam bahasa Indonesia, menari, bersilat dan bermain pedang dalam memainkan watak tersebut. “Dalam tempoh sebulan latihan ini, saya terpaksa fokus kerana watak saya paling sukar terutama untuk bercakap bahasa Indonesia. “Saya juga perlu berlatih menari, bersilat dan bermain pedang yang mana tidak pernah saya lakukan sebelum ini,” katanya. Antara pelakon lain yang turut menjayakan teater tersebut ialah Awie, Soo Wincci, Beto Kushairy, Azri Iskandar dan Datuk Rahim Razali. Takhta 3 Ratu mengisahkan tentang puteri Majapahit iaitu Galuh Chenderai (Izreen) yang berkahwin dengan Sultan Mansur (Azri Iskandar) terluka hati apabila suaminya itu mengambil keputusan mengahwini Puteri Hang Li Po (Soo Wincci) bagi mengukuhkan pertalian persahabatan antara Melaka dan China. Dalam persengketaan antara Galuh Chenderai dan Li Po, kedua-dua mereka terkejut apabila Sultan Mansur mahu menikahi Lela Wangsa (Erra), iaitu puteri kepada Maharaja Dewa Sura, pemerintah Inderapura yang cuba hendak menyerang Melaka. Takhta 3 Ratu bakal dipentaskan bermula 13 hingga 22 Disember 2014 di Istana Budaya. – mStar Online

Wallet Ninja: Kad Kredit Serbaguna 18 Dalam 1 Anda!
Kami yakin kebanyakkan dari anda pernah menggunakan pisau seberguna swiss army bukan?
Kini, dengan menggunakan idea yang sama, Alex Shlaferman, yang baru berusia 20 tahun telah menghasilkan produk yang berkonsepkan pisau tersebut. Dinamakan Wallet Ninja, ia merupakan alat serbaguna yang hanya sebesar kad kredit.
Wallet Ninja merupakan kad serbaguna pertama di dunia yang mempunyai 18 jenis kegunaan! Diperbuat daripada logam yang diperkeras sehingga empat kali, kad seberguna ini sememangnya amat berguna terutama kepada anda yang suka aktiviti outdoor. Nampak sangat “simple” tetapi sebenarnya ciptaan ini sangat kreatif! Harga bagi tiga keping kad ini ialah USD 14.99 (RM50) per set.

Ucapan Dasar Presiden Umno Disulami Persembahan Multimedia
KUALA LUMPUR – Buat pertama kali, ucapan dasar presiden pada perasmian Perhimpunan Agung Umno 2014 disertakan dengan persembahan multimedia.
Ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan kali ini disulami dengan persembahan multimedia, selaras dengan era kepimpinannya dalam dunia kesalinghubungan digital.
Paparan dan persembahan tayangan video, gambar rajah dan slaid ternyata menyentuh emosi dan fikiran 2,752 perwakilan pada perhimpunan tahunan itu.
Antara paparan multimedia itu termasuk video laungan Merdeka! oleh perdana menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan insiden pencerobohan pengganas bersenjata dari Selatan Filipina di perairan Pantai Timur Sabah pada Febuari 2013.
Ucapan Najib, yang disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen tempatan, turut memaparkan dua tragedi penerbangan yang menjadi tumpuan dunia kini iaitu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lalu dan insiden pesawat MAS Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lepas.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut menggunakan gambar grafik untuk menghuraikan pencapaian ekonomi negara dan peranan Malaysia sebagai fasilitator kepada keamanan untuk konflik di Filipina dan Thailand di bawah perjuangan Umno dan Barisan Nasional, sebagai parti memerintah negara. – BERNAMA
TOP
Polis Buru Saki-Baki ‘Geng Mamak’ Di Lembah Klang
KUALA LUMPUR: Anggota Polis Forensik memeriksa mangsa (suspek) bersama kereta jenis Volkswagen Jetta yang dipercayai digunakan oleh penjenayah yang lebih dikenali sebagai 'Geng Mamak' yang telah ditembak mati oleh polis dalam kejadian di Lorong Sarawak, Taman Melawati . - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Polis memperhebatkan usaha memburu saki baki kumpulan penjenayah ‘Geng Mamak’ yang dipercayai bukan saja masih bergerak aktif tetapi juga sedang merekrut anggota baharu. Usaha ini termasuk meningkatkan risikan ke atas geng itu dan menyiasat latar belakang anggota-anggotanya yang masih bebas bagi memastikan sama ada mereka mempunyai rekod jenayah lampau. Ketua Penolong Pengarah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Jenayah Siasatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Mohd Khalil Kader Mohd berkata demikian kepada pemberita di Hospital Ampang dekat sini selepas melawat seorang pegawai polis yang cedera dalam kejadian tembak menembak antara dua anggota geng itu dan polis di Taman Melawati Selasa lalu. Dalam insiden itu, seorang lelaki berusia 59 tahun berasal dari Grik, Perak, yang dipercayai anggota ‘Geng Mamak’ maut manakala seorang rakannya cedera di pinggang selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis. Seorang pegawai polis berusia 32 tahun cedera tangan kiri akibat ditembak. Mohd Khalil menegaskan dalam insiden itu, polis telah mengikut SOP yang ditetapkan, tetapi tindakan penjenayah yang berbalas tembakan dengan polis menyebabkan seorang pegawai polis cedera. Menurutnya pegawai dan anggota polis memang telah dilatih untuk menghadapi keaadan-keadaan yang genting seperti itu. Geng Mamak yang telah lama bergerak, banyak terlibat dengan kes samun, termasuk rompakan bank, dan mencuri kereta mewah. – BERNAMA

Sebanyak 1,000 OKU Sertai Sambutan Hari OKU Rabu Depan
SEREMBAN – Sebanyak 1,000 Orang Kurang Upaya (OKU) akan menyertai Sambutan Hari OKU peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban Rabu depan.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan Abdullah Hanapi berkata majlis itu akan disempurnakan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
“Pada hari tersebut, sebelah paginya akan diadakan aktiviti sukan dan karnival pameran hasil kerja tangan OKU serta demonstrasi kemahiran oleh OKU,” katanya.
Sebelah petang pula akan diadakan pengurniaan beberapa anugerah kepada OKU, majikan prihatin dan pihak berkuasa tempatan.
Abdullah berkata antara tetamu kehormat lain yang dijadual hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata sambutan Hari OKU ini diadakan bertujuan untuk menonjolkan kemampuan dan potensi OKU, dan menjadi pemangkin serta faktor perangsang kepada semua pihak, agar lebih prihatin dan peka kepada keperluan OKU. – BERNAMA
TOP
KPDNKK Rampas Kopi Radix Tiruan Dalam Operasi Di Perlis
KANGAR: Ketua Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Perlis Jamal Nor Ahmad Harun (kiri) dan Pengurus Kilang HPA Industries Zakaria Abu Bakar (kanan) menunjukkan kopi pra-campuran Radix (Kopi Radix) tulen berbanding Kopi Radix tiruan selepas sidang media di sini, semalam. - Foto BERNAMA
KANGAR – Unit Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis merampas 176 papan kopi jenama Radix tiruan dalam satu operasi di negeri ini semalam. Ketua Seksyen Penguatkuasa KPDNKK Negeri, Jamal Nor Ahmad Harun berkata pemeriksaan terhadap empat premis perniagaan antara 11 pagi hingga 1.30 tengah hari itu menghasilkan rampasan bernilai RM3,520. Katanya operasi itu dibuat setelah KPDNKK Perlis menerima aduan syarikat HPA Industries Sdn Bhd (HPA), pengeluar kopi Radix, yang mengesyaki terdapat kopi Radix tiruan dalam pasaran di negeri ini. Sebanyak 15 anggota penguat kuasa menyertai operasi itu di sekitar bandar Kangar dan pekan Simpang Empat, dekat sini diiringi beberapa pegawai syarikat itu yang diketuai Pengurus Kilang A. Zakaria Abu Bakar untuk membantu mengenal pasti kopi Radix tiruan. Kopi Radix yang dirampas itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian kandungan, kata Jamal Nor kepada pemberita di sini hari ini. – BERNAMA

Penghasut Bawa Keluar Sabah/Sarawak Bakal Didakwa
KUALA LUMPUR – Polis akan mendakwa mana-mana individu dan pertubuhan yang terlibat dalam cubaan menghasut untuk membawa keluar Sabah dan Sarawak daripada Malaysia.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu akan dilakukan segera selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menyenaraikan nama pertubuhan yang terlibat.
“Kementerian Dalam Negeri telah mengambil langkah membatal dan mengharamkan semua pertubuhan yang mana pemimpin mereka terlibat dalam kempen mahu mengeluarkan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia.
“ROS akan mula menyenaraikan nama pertubuhan berkenaan dan selepas penyenaraian, tindakan akan diambil,” katanya dalam sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2014 di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata dua peruntukan khas dalam akta itu akan membantu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan Dasar Presiden Umno berkata Akta Hasutan 1948, yang dikekalkan akan memasukkan dua peruntukan khas iaitu melindungi kesucian Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.
Cadangan memansuhkan Akta Hasutan 1948, yang diumumkan pada Julai 2012 dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional, pada asalnya bertujuan mencari mekanisme dan mewujudkan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan di Malaysia.
Namun, cadangan itu mendapat tentangan dan banyak pihak mendesak akta tersebut dikekalkan berikutan kenyataan berbaur hasutan dan perlakuan menghina institusi raja dan agama sehingga menimbulkan keresahan rakyat. – BERNAMA
TOP
Mufti Kelantan Sambut Baik Usaha Tangani Kegiatan Militan
KOTA BHARU – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyambut baik usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk membanteras kegiatan militan di negara ini.
Beliau berkata, kegiatan kumpulan militan Islamic State (IS) perlu dibanteras kerana ideologinya bercanggah dengan pegangan agama Islam.
“Masyarakat kita perlu berhati-hati untuk melibatkan diri dalam aktiviti di luar negara kerana kegiatan kumpulan ini tidak mewakili ajaran agama Islam.
“Pihak keselamatan negara ini perlu ambil peranan untuk memantau bagi membendung kegiatan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wacana Majalah Pengasuh di sini, hari ini.
Semalam, kerajaan merayu sokongan rakyat terhadap usaha membendung ideologi kumpulan IS dan mencadangkan undang-undang baharu bagi membanteras penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan dan pengganasan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Kertas Putih ‘Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS) yang kemudiannya diluluskan Dewan Rakyat semalam, berharap mendapat sokongan daripada semua lapisan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan fahaman sedemikian.
Najib berkata, Kertas Putih itu juga mencadangkan pemerkasaan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Kanun Keseksaan bagi menangani ancaman pengganasan dan militan. – BERNAMA
TOP
PR Tuntut Harga RON95 Turun ke RM1.90 Seliter
Walaupun kerajaan telah mengumumkan pengapungan terkawal harga runcit bahan bakar RON 95 dan Diesel yang akan berkuatkuasa satu Disember lepas, namun pembangkang dilihat masih tidak berpuas hati.
Kini, PR menuntut Putrajaya untuk mengekalkan subsidi minyak RON 95 dan RON 97 yang diberi pada masa ini berjumlah RM 30 sen seliter, dan menurunkan harga minyak kepada paras RM 1.90 seliter pada satu Disember depan.
Kenyataan tersebut ditandatangani oleh wakil dari kesemua parti dalam gabungan tersebut, iaitu Dr Mohd Hatta Ramli dari PAS, Anthony Loke dari DAP dan Rafizi Ramli dari PKR.
“Sementara rakyat terdedah kepada risiko turun naik harga minyak mentah dunia yang diterjemahkan menjadi harga petrol dan diesel yang lebih mahal, kerajaan pula menjamin yang kos dan keuntungan syarikat minyak yang menjual petrol dan diesel ditanggung rakyat,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Ujar mereka lagi, subsidi sebanyak 30 sen seliter yang dituntut tersebut hanya berjumlah RM 7.2 bilion setahun andai penggunaan 14 bilion liter petrol dan 10 bilion liter diesel seperti yang diberikan perdana menteri ketika memberi jawapan Parlimen.
Lantas itu, PR yang akan meneruskan pelan mereka untuk mengadakan satu demonstrasi besar-besaran di Dataran Merdeka pada 31 Disember, seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Awal September lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga runcit baru bagi RON 95 dan Diesel iaitu meningkat sebanyak 20 sen seliter.
Ujar beliau, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter, dan RM 1 bagi Diesel.
Tak bersetuju dengan keputusan itu, PR mengumumkan satu demonstrasi yang bakal diadakan bagi memprotes tindakan berkenaan.
Hara runcit RON 95 kini RM 2.30 seliter manakala diesel pula RM 2.20 sen. – MYNEWSHUB.CC
TOP
SPRM Serah 2 Pegawai Positif Dadah Kepada Polis
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan berkompomi dengan mana-mana pegawai agensi itu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaffar berkata, bagi memastikan perkara itu SPRM menjalin kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat ujian rawak penyalahgunaan dadah.
“Ujian ini yang dikendalikan dengan bantuan PDRM melibatkan semua peringkat warga kerja SPRM di seluruh negara yang telah dimulakan di peringkat ibu pejabat.
“Sehingga kini, seramai 27 pegawai dan anggota SPRM telah melalui saringan ujian air kencing secara rambang sejak bulan Oktober 2014 yang telah dilaksanakan dengan bantuan Bahagian Narkotik PDRM Sentul dan Putrajaya bagi memastikan tiada penyalahgunaan dadah.
“SPRM sendiri telah menyerahkan dua pegawai dan warga kerja yang didapati positif dadah kepada polis untuk diambil tindakan susulan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Zakaria berkata, SPRM mahu setiap pegawainya menjadi contoh pegawai berintegriti selaras dengan program integriti yang dianjurkaan SPRM menerusi Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme.
Justeru, SPRM merakamkan penghargaan kepada PDRM atas kerjasama yang diberikan bagi mengendalikan ujian saringan air kencing.
“SPRM akan terus bekerjasama dengan PDRM bagi meningkatkan tahap integriti dan profesionalisme pegawai-pegawai SPRM,” katanya.-mynewsub
TOP
Naskhah Akhbar Bersejarah 1 September 1957, Dijual Di PWTC
SEJARAH.. Detik istiadat angkat sumpah Perdana Menteri pertama Tanah Melayu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Istana Negara antara yang dipaparkan dalam akhbar bersejarah bertarikh 1 September 1957 yang dijual di PWTC. - Foto MYNEWSHUB.CC
Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 kali ini, senaskhah akhbar The Sunday Times bertarikh 1 September 1957 mendapat perhatian pengunjung dan perwakilan serta menjadi kemestian untuk dimiliki. Ia adalah cetakan semula naskhah akhbar tersebut yang diterbitkan pada hari pertama selepas Malaysia atau Tanah Melayu ketika itu, diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957.
Akhbar The Sunday Times terbitan 1 September 1957 keluaran hari pertama selepas kemerdekaan Tanah Melayu. – Foto MYNEWSHUB.CC
Akhbar bersejarah itu dijual di lokasi gerai New Straits Times Press (NSTP) di tingkat 2 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) serentak dengan PAU yang berlangsung sejak Selasa lepas hingga Sabtu ini. Bagi para ibu bapa, penulis berpendapat akhbar ini perlu dibeli untuk dijadikan bahan ilmu kepada anak-anak berkenaan tarikh keramat kemerdekaan negara dan apa yang berlaku pada hari berkenaan. Antara berita yang menyentuh hati ialah berita di mukasurat dua yang bertajuk “Sodden Troops Looked Skyward And Asked : Will Rain Stop In Time?”
Berita itu menceritakan kisah bagaimana perasaan anggota tentera yang sedang bersedia untuk berbaris di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 sempena pengisytiharan kemerdekaan oleh Perdana Menteri pertama Tanah Melayu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Turut dimuatkan di dalam akhbar bersejarah itu ialah Proklamasi Kemerdekaan yang menjadikan kemerdekaan Malaysia 57 tahun lepas sebagai satu realiti dan negara akhirnya bebas. Antara foto penuh sejarah yang disiarkan adalah foto majlis Angkat Sumpah Jawatan anggota kabinet pertama kerajaan Tanah Melayu yang diketuai Tunku Abdul Rahman.
Kakitangan NSTP di PWTC menjual salinan akhbar bersejarah di tingkat 2, PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014. – Foto MYNEWSHUB.CC Bagi orang ramai, mereka masih boleh mendapatkan akhbar berkenaan yang diterbitkan di Singapura pada ketika itu dengan harga RM5 sementara berbaki dua hari lagi PAU 2014 berlangsung di PWTC. – MYNEWSHUB.CC

Syabas Adakan Operasi Potong Bekalan Air
KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.(Syabas) akan mengadakan operasi bil tertunggak dari 1 hingga 30 Disember ini di Petaling, Klang, Shah Alam, Hulu Langat, Sepang, Hulu Selangor, Sabak Bernam.
Sehubungan itu, Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred menggesa orang ramai di kawasan terlibat menjelaskan bil tertunggak mereka untuk mengelak daripada dikenakan tindakan pemotongan bekalan air.
Menurut beliau, tindakan pemotongan bekalan air akan dikenakan kepada pengguna yang gagal menjelaskan bil tertunggak dan jika tindakan telah diambil, pengguna akan dikenakan caj pemotongan sebanyak RM35 dan caj penyambungan semula RM35.
Jelasnya, caj-caj yang dikenakan tersebut bukan denda atau penalti sebaliknya caj tetap perkhidmatan untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan air yang dikenakan oleh Syabas kepada pengguna.
“Caj itu seperti yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Enakmen Pembekalan Air 1997 iaitu Kaedah-kaedah Bekalan Air (Bayaran) Selangor 2006 dan masih diguna pakai sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kawasan terlibat dalam operasi itu seperti berikut:
Wilayah Petaling:
Seksyen 51 A, SS9-SS9A Seri Setia; Keseluruhan Kawasan Sungai Buloh; Paya Jaras, Kampung Merbau Sempak, Kampung Kubu Gajah, Kuang, Sungai Plong, Saujana Utama; Kampung Melayu Subang, Subang Perdana; PJU 10 Damansara Damai PJU5 Kota Damansara, Desa Aman; BU 1- 12 Bandar Utama; SS1-SS8 Kelana Jaya; Taman Tun Dr Ismail, Kampung Sungai Penchala, Kampung Bukit Lanjan; Seksyen 11-Seksyen 19, Petaling Jaya; SS23,24,25,26, Petaling Jaya; SS 20, 21 Damansara Utama, SS 22 Damansara Jaya; PJU 3, PJU 8 Damansara Perdana – BU 12 Bandar Utama; Bandar Baru Sungai Buloh, Bukit Rahman Putra; U1, U2 Glenmarie TTDI Jaya, Batu 3, Taman Mesra Shah Alam; Serdang, Sungai Besi; Seri Kembangan; Kota Perdana, Lestari Perdana, Pinggiran Putra; Bandar Kinrara 1 – Bandar Kinrara 9, Bandar Puchong Jaya, Bandar Putra Permai; Puchong Hartamas, Pusat Bandar Puchong, Saujana Puchong; Bandar Tasek Selatan, Bukit Jalil, Bukit Serdang, Desa Tasek; USJ 1 – USJ 26, Tasik Prima, Tiara Square; Puchong Permai, Puchong Utama; PJS 8-PJS 11, Puchong Indah, Puchong Intan, Puchong Jaya; Bandar Puchong Utama, Desa Millinnea, SS 12- SS 19; Jalan Kuchai Lama, KE Park, OUG, Bandar Sunway, Jalan Sungai Besi; Seksyen 1 – Seksyen 52, Taman Desa, Taman Gembira, Taman Kuchai Jaya; Bandar Baru Seri Petaling, Desa Petaling, Jalan Klang Lama; Petaling Utama, Pj State, PJS 1-PJS 7; Taman Sri Manja, Taman Tan Yew Lai dan Taman Lee Yan Lian.
Wilayah Klang/ Shah Alam:
Pandamaran Jaya; Teluk Pulai; Kampung Raja Uda; Port Klang; Rantau Panjang; Batu Belah; Bandar Belah; Bandar Klang; Bukit Kapar; Kampung Sungai Serdang; Pekan Kapar; Bandar Parkland; Batu 7 Jalan Kebun; Kampung Johan Setia; Taman Sri Muda; Padang Jawa; Putra Height; Kampung Sungai Kandis; Alam Impian; Kota Kemuning dan Taman Alam Megah.
Wilayah Hulu Langat:
Lot Jalan Cheras Batu 12-14; Kampung Sungai Kantan; Desa Sri Jenaris; Taman Kantan Permai; Taman Saujana Impian; Taman Prima Saujana; Taman Puncak Utama; Taman Koperasi Ceupacs; Taman Rakan; Taman Cheras Prima; Bandar Sungai Long; Bandar Mahkota Cheras; Taman Cheras Jaya; Taman Sri Indah; Taman Impian Ehsan; Taman Tanming Jaya; Taman Balakong Jaya; Taman Putra Budiman; Taman Sungai Besi Indah dan Taman Bukit Belimbing.
Wilayah Sepang:
Sungai Pelek, Pekan Salak, Ladang Sungai Rawang, Tanjung Rhu, Sungai Belankan, Kampung Baru Sungai Pelek; Kampung Asli Bukit Bangkong, Kampung Bukit Bangkong; Kampung Ulu Teris, Kampung Bonon, Kampung Ulu Cucoh; Kampung Tailong; Kampung Sepang Kecil, Batu 4; Kampung Baru Sungai Pelek, Kampung Bagan Lalang; Taman Agroteknologi, Tanjung Mas Batu 2, Taman Desa Indah, Taman Sri Sepang; Kuarters Kerajaan Pekan Sepang, Taman Murni, Kampung Baru Sepang, E-mas Villa; Kampung Lembah Paya, Kampung Salak Tinggi; Geching hulu, Salak tinggi, Giching Hilir, Kampung Lanjut, Bandar Baru Salak Tinggi; Taman Ixora, Taman Anggerik, Taman Mawar; Taman Seroja, Taman Dahlia, Taman Bunga Raya, Taman Kenanga, Airport City, Kota Warisan; Kosmopleks, Pusat Perniagaan Gemilang; Cyberjaya, Perdana Lake View; Kampung Jenderam Hulu, Kampung Jenderam Hilir, Desa Vista; Taman Putra Perdana, Desa Ayer hitam; Taman Aman Putra, Kampung Pulau Meranti, Taman Putra Prima, Taman Meranti Jaya, Kampung Sungai Rasau; Bandar Nusaputra, Bandar Bukit Puchong, Taman Prima Tropika, Taman Meranti Indah, Sierra Puchong; Taman Kipark, Putra Impian, Taman Alam Putra; Bandar Nusaputra, Taman Suria Tropika, Taman D’Alpinia, Taman Lestari Permai, Taman Tasik; D’Island Residence The Lake Residence; Kampung Dato Abu Bakar Baginda, Kampung Sungai Merab Luar, Desa Sri Melor 1, Kampung Sungai Merab Tengah, Desa Sentosa, Taman PKNS, Desa Mekar; Desa Damai, Desa Sri Melur, Desa Saujana, Desa Sri Saujana, Desa Pinggiran Putra; Taman Air Hitam Permai, Kampung Sungai Merab Ulu, Desa Putra, RTB & RKT Limau Manis; Lestari Putra, RKT Sungai Merab, Kampung Teras Jernang, Unipark, Putra Height, Desa Sri Saujana; Putra Height, Taman Desa Utama, Unipark; Air Hitam, Taman Dengkil Jaya, Taman Intan, Kampung Cemperai, Taman Putra, Taman Nilam, Taman Kristal; Taman Dato Maniam, Kampung Dato Ahmad Razali; Taman Mesra, Taman Sri Dengkil, Taman Ametis Jaya; Kampung Tok Aminudin, Taman Desa, Taman Permata; Taman Mutiara, Kampung Bary Dengkil, Taman Timah; Bukit Damar, Taman Berlian, Kampung Asli Berlian, Kampung Asli Bangkong Desa Timah Langat, Taman Jed, Taman Emas, Taman Delima, Taman Bintang Mas; Bukit Tampoi, Kampung Tok Aminudin, Taman Emas Jaya, Pekan Dengkil, Bandar Baru Dengkil; Pusat Perdaganggan Deluxe, Putra Intan Taman Baiduri, Jalan Banting Pekan Dengkil; Presint 9, Presint 8, Presint 11, Presint 16, Presint 14, Presint 15; Pangsapuri Saujana Asten, Jalan Diplomatik; Pangsapuri Alam Desa, Presint 17, Jalan Industri Putra 1, The Promenate Cyber 7; The Domain, Summerglades, D’Cassia; Garden Residence, Serin Residence; CBD Perdana, Glomac, Pinggiran Cyber; Symphony Hills dan Cyber Valley.
Wilayah Hulu Selangor:
Kuang; Kundang; Tasik Puteri; Country Homes; Seluruh Kawasan Rawang; Sungai Choh; Sungai Buaya; Bukit Beruntung; Bukit Sentosa; Serendah; Batang Kali; Rasa; Seluruh Kawasan Kuala Kubu Bharu; Kerling; Kalumpang; Hulu Bernam; Sungai Dusun, Sungai Tengi; Gedangsa dan Soeharto.
Wilayah Sabak Bernam:
Parit 10 hingga ke Parit 6, Sungai Leman; Sungai Limau, Sungai Haji Dorani; Sungai Nibung; Parit 13 sehingga ke Kampung Belia 1 dan 2 termasuk Kampung Merbau Berdarah; Taman-Taman sekitar Sungai Besar; Parit 1, Timur, Barat, Gambut sehingga ke Parit 11, Timur, Barat , Gambut sehingga ke Parit 11, Timur, Barat & Gambut; Taman-Taman di seluruh Pekan Sekinchan; Site A,B,C dan Bagan Sekinchan; Taman-Taman & Kawasan perkampungan berhampiran pekan Sabak Bernam; Batu 35 sehingga Batu 39 Sabak Bernam; Jalan Sungai Lias hingga ke Pekan Sabak Bernam; Jlan Bagan Terap, Kampung Sapintas; Tebuk Pulai, Kampung Baru; Seluruh kawasan Sekendi hingga ke Teluk RHU; BNO, Sungai Air Tawar dan Parit Baru.

UMNO Sedia Timbangkan Jawatan Naib Presiden Untuk Wanita
KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampaikan ucapan dasar Presiden di hadapan 2,752 perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno 2014, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Umno akan mempertimbangkan permintaan pergerakan Wanita supaya dua kerusi tambahan diwujudkan dalam jawatan Naib Presiden Umno dan Naib Ketua Umno Bahagian untuk anggota sayap itu. Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan berunding dengan semua pihak mengenai perkara tersebut dan berhasrat untuk mencari jalan terbaik untuk memperkasakan agenda parti. “Saya faham, ada tentangan dalam Umno, dan sebagai sebuah parti kita kena duduk dan berbincang, cari satu jalan yang terbaik untuk memperkukuhkan parti kita. “Dalam hal ini, saya dengar dan kita akan timbang setelah kita mengadakan rundingan dengan semua pihak sama ada bersabit dengan jawatan Naib Presiden untuk wanita ataupun Naib Ketua Bahagian untuk wanita,” katanya ketika berucap di hadapan 2,752 perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam ucapan dasar Ketua Pergerakan Perhimpunan Agung Wanita Umno 2014 semalam, mahu satu kerusi naib presiden dan satu kerusi naib ketua bahagian diperuntukkan untuk Wanita Umno. Shahrizat berkata hasil mesyuarat perwakilan Wanita Umno bahagian tahun ini, 171 bahagian dan 12,483 cawangan menyokong usul berkenaan. Wanita Umno dianggotai 1.3 juta orang, hampir separuh daripada jumlah keseluruhan 3.47 juta anggota Umno. Najib berkata selain itu, hasrat Pemuda dan Puteri yang diusul dalam Perhimpunan Agung mereka semalam, turut akan diteliti dan dipertimbangkan oleh beliau. “Kita sedia menimbang tapi dengan syarat mereka yang dikemukakan nanti menepati kriteria-kriteria jil-Umno yang saya sebutkan dan mereka mesti diuji,” katanya. – BERNAMA

Penyakit Kencing Tikus Di Labuan Terkawal
LABUAN – Jabatan Kesihatan Labuan hari ini memberi jaminan bahawa leptospirosis atau penyakit kencing tikus di pulau bebas cukai ini adalah terkawal.
Pengarahnya Dr Ismail Ali berkata jabatan itu sentiasa memantau keadaan dan menasihati orang ramai memastikan tempat kediaman dan premis perniagaan masing-masing bebas daripada tikus.
“Kami berharap masyarakat dan pemilik tempat menjamu selera akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan berhubung perkara ini,” katanya selepas majlis taklimat mengenai leptospirosis dan denggi di Kompleks Pasar Labuan di sini.
Dua belas kes leptospirosis, termasuk satu kematian, dilaporkan di pulau ini tahun ini hingga November, katanya.
Beliau juga berkata 11 kes denggi dilaporkan setakat ini pada tahun ini, tiada kematian direkodkan.
Pasukan penguatkuasaan jabatan itu dan pihak berkuasa tempatan bekerjasama untuk menangani wabak denggi dengan mengadakan pemeriksaan berkala, katanya. – BERNAMA
TOP
SKMM Sentiasa Berunding Sekat Pengaruh Pengganasan
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa membuat perundingan dengan pemilik laman media sosial di Amerika Syarikat untuk menutup akaun yang disyaki cuba menyebarkan elemen pengganasan dan menyentuh sensitiviti kaum serta agama.
Pengerusinya, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi memberitahu Bernama, pihaknya akan membuat permohonan kepada Facebook dan Youtube daripada Google Inc untuk menutup akaun atau tayangan video yang telah disiasat Polis Diraja Malaysia jika didapati bahan tersebut mempunyai niat untuk menghasut rakyat Malaysia menyertai aktiviti militan.
Beliau berkata, pihaknya juga, melalui satu pasukan khas, turut membantu polis mengesan suspek yang cuba mencetuskan ketegangan dalam negara dengan menyentuh isu berkaitan kaum dan agama.
“Bagaimanapun kita hanya boleh memohon kepada mereka (pemilik laman sosial) dan langkah seterusnya adalah bergantung kepada keputusan mereka. Hakikatnya kita tidak boleh menyekat kemasukan media sosial dan Internet,” katanya.
Beliau mengulas dakwaan pihak tertentu sebelum ini bahawa SKMM lambat bertindak dalam menutup akaun dan video yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Kertas Putih ‘Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS)’ di Dewan Rakyat, merayu sokongan rakyat terhadap usaha membendung ideologi kumpulan militan IS dan mencadangkan undang-undang baharu bagi membanteras penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan dan pengganasan.
Mohamed Sharil berkata pihaknya tidak boleh bertindak menutup akaun individu tertentu ataupun menyekat kemasukan video, kerana jika ingin berbuat demikian, negara terpaksa menyekat keseluruhan kemasukan Facebook dan Youtube.
Beliau berkata tindakan itu tidak sejajar dengan dasar negara dalam memberikan kebebasan Internet dan hak kebebasan bersuara.
Justeru, katanya, langkah terbaik ialah dengan mendidik masyarakat di negara ini mengenai penggunaan bijak Internet.
Beliau berkata sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 ini, SKMM mengambil inisiatif menggerakkan kempen ‘klik dengan bijak’ di kios Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Aras Tiga, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, sempena Persidangan Agung UMNO 2014, yang berlangsung dari 22 hingga 29 November.
“Maklumat di Internet adalah luas dan ia memang sukar dikawal, jadi kita mengambil langkah pencegahan dengan mendidik pihak umum serta ibu bapa untuk membuat kawalan sendiri di rumah bagi mengelak generasi muda terpengaruh dengan elemen negatif,” katanya.
Beliau berkata kempen itu dibuat berterusan kerana pihaknya yakin “mendidik untuk mencegah itu lebih baik daripada menyekat kemasukan Internet”. – BERNAMA
TOP
Piala Axiata: Malaysia Tewaskan Vietnam 3-1
KUALA LUMPUR – Malaysia bermula cemerlang apabila menundukkan Vietnam 3-1 dalam perlawanan pertama pusingan awal Kejohanan Badminton Piala Axiata 2014 di Britama Arena, Jakarta hari ini.
Pasukan negara menunjukkan mutu permainan memberangsangkan apabila pemain kebangsaan Chong Wei Feng, dengan ranking ke-32 dunia, menewaskan Nguyen Hoang Nam, 21-13 dan 21-17.
Bagaimanapun, pemain muda negara, Ho Yen Mei tidak mampu menampilkan prestasi terbaiknya apabila tewas 21-19 dan 21-13 di tangan pemain ke-51 dunia, Vu Thi Trang.
Mata kedua negara dihadiahkan beregu lelaki Hoon Thien How dan Tan Boon Heong yang terpaksa bekerja keras untuk menundukkan Dao Manh Thang-Le Ha Anh, 21-17 dan 21-18.
Kemenangan pasukan Malaysia disahkan beregu campuran Chan Peng Soon-Ng Hui Lin apabila menang 21-16 dan 21-13 ke atas gandingan Duong Bao Duc-Dang Kim Ngan.
Perlawanan kedua pusingan awal melibatkan Malaysia dan Asia All Star akan diadakan esok bermula 3 petang waktu tempatan.
Kejohanan edisi kali ini masih mengekalkan format sama merangkumi lapan pasukan terdiri daripada enam negara dan dua pasukan jemputan mewakili Asia dan Eropah.
Negara berkenaan ialah Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina dan Thailand.
Perlawanan pusingan awal dalam format liga lapan pasukan akan diadakan di Jakarta manakala empat pasukan teratas akan layak ke pusingan separuh akhir yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada 6 Dis ini. – BERNAMA
TOP
Jaket Labuh Punca Tangan Budak Tersangkut Di Rim Motosikal
Malang tidak berbau!
Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun terpaksa menanggung kesakitan hampir 15 minit gara-gara jaket yang dipakai tersangkut di celah rim motosikal.
Kejadian yang berlaku di Taman Dedap Jalan Raja Uda, Butterworth ini menyebabkan tangan kiri mangsa, tersangkut di celah rim tayar motosikal ketika membonceng motosikal terbabit bersama bapanya, pagi tadi. Mangsa, Lim You Han terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital swasta selepas tangan dan jari kirinya cedera. Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, ketika itu mangsa membonceng motosikal ditunggang bapanya sebelum jaket dipakai tersangkut di celah rim. “Jaket yang dipakai mangsa agak besar dan labuh hingga membuatkan jaket tersebut tersangkut di celah rim mengakibatkan dia terjatuh dan tangannya tersepit di celah rim berkenaan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Hanya MAS Bayar Pampasan Kepada Waris MH370 Setakat Ini
KUALA LUMPUR – Hanya Malaysia Airlines (MAS) yang akan membayar pampasan kepada keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lepas, setakat ini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata jumlah pampasan yang akan dibayar kepada keluarga mangsa dinilai berdasarkan Montreal Convention 1999 dan pembuktian kerugian yang ditanggung setiap penumpang.
“Namun, MAS menawarkan wang pendahuluan pampasan berjumlah US$50,000 sebagai sebahagian daripada bayaran pampasan penuh kepada setiap waris dan keluarga penumpang selepas kesemua dokumen sokongan yang diperlukan dikemukakan oleh waris dan keluarga penumpang,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang) yang meminta Liow menjelaskan sama ada kerajaan atau MAS ada membayar apa-apa pampasan kepada keluarga mangsa MH370, dan berapa jumlahnya.
Liow berkata sebanyak RM32.6 juta dibelanjakan kerajaan setakat ini bagi menampung kos operasi mencari dan menyelamat susulan kehilangan pesawat Boeing 777 itu.
Pesawat MH370 dengan 227 penumpang 12 anak kapal dalam perjalanan ke Beijing apabila ia hilang kira-kira sejam selepas memulakan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac lepas. – BERNAMA
TOP
2 Guru SJKT Didakwa Miliki Soalan Matematik, Sains UPSR 2014
KUALA KANGSAR: Dua guru SJK(T) Keroh, Pengkalan Hulu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan memiliki beberapa muka surat soalan Matematik dan Sains UPSR 2014 pada September lepas. - Foto BERNAMA
KUALA KANGSAR – Dua guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memiliki salinan kertas soalan Matematik dan Sains, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 secara tidak sah, September lepas. Tertuduh pertama, P. Uma Mageswari, 27, guru mata pelajaran Bahasa Tamil dan Inggeris di SJKT Keruh dekat Pengkalan Hulu itu didakwa memiliki salinan kertas soalan UPSR bagi subjek Sains 018 di dalam telefon pintarnya, jenis Samsung Ace di sekolah tersebut pada 12.39 tengah hari, 10 Sept lepas. Tertuduh kedua, K. Anparasu, 50, Penolong Kanan Pentadbiran SJKT Keruh, didakwa atas tiga pertuduhan memiliki salinan kertas soalan UPSR bagi subjek Matematik 035/1 serta Matematik 035/2 dan Sains 018 di dalam telefon pintarnya, jenis Samsung Trend antara 8.29 pagi dan 9.43 pagi, pada 9 dan 10 Sept lepas. Mereka didakwa mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan tidak melebihi tujuh tahun. Hakim Johari Hassan membenarkan Uma diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dengan syarat dia perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap minggu sehingga kes selesai manakala Anparasu diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan 18 Dis ini sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam T. Ellanggoran. – BERNAMA

Ketibaan Kapal Tentera Laut CTTG Bukti Hubungan Kukuh 2 Negara
PELABUHAN KLANG – Kehadiran kapal latihan tentera laut Korea Selatan, The South Korea Navy Cruise Ship Training Group (CTTG) yang berlabuh kali ke-20 sejak tahun 1963 di sini menunjukkan hubungan kukuh antara tentera laut Malaysia dan Korea Selatan.
Dua kapal CTTG milik tentera laut Korea Selatan iaitu kapal pembinasa dan kapal logistik masing-masing seberat 4,400 tan dan 4,200 tan itu tiba di Port Klang Cruise Centre kira-kira 9.30 pagi hari ini.
Dua kapal itu membawa kekuatan 650 anak kapal termasuk 140 pegawai kadet tentera laut republik berkenaan untuk sesi lawatan selama empat hari.
Berucap sempena upacara sambutan ketibaan delegasi berkenaan, Laksamana Muda Chun Jungsoo berkata lawatan itu diharap dapat meningkatkan dan mengeratkan lagi hubungan kukuh sedia ada disamping mendedahkan kru kapal dengan pelbagai budaya dan sejarah Malaysia.
Beliau berkata pihaknya juga akan mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan bertemu dengan beberapa pegawai tertinggi tentera laut Malaysia bagi mengukuhkan hubungan baik kedua-dua buah badan beruniform itu.
Katanya pelbagai aktiviti telah disusun untuk rakyat negara ini sempena lawatan tersebut antaranya pameran industri pertahanan Korea Selatan serta lawatan orang awam ke atas kapal esok dan lusa mulai pukul 10 pagi hingga 4 petang.
Tambah beliau, aktiviti yang dijadual dalam rangka lawatan itu adalah bagi mendedahkan masyarakat tempatan untuk mempelajari budaya dan cara hidup warga Korea.
Menurut kenyataan CTTG, pasukan pancaragam tentera laut itu juga akan mengadakan pertunjukan di Menara Berkembar KLCC pada Sabtu ini disusuli persembahan K-Pop dan alatan muzik tradisional republik berkenaan iaitu ‘Samul-nori’ serta beberapa pertunjukan lain.
Malaysia merupakan jelajah siri kesembilan CTTG ke seluruh dunia sempena ulang tahun ke-61 dan akan meneruskan pelayaran ke Ho Chi Minh, Vietnam pada Ahad ini. – BERNAMA
TOP
Jabatan Imigresen Tahan 42 GRO Warga Asing Di Melaka
ALOR GAJAH: Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen (kiri) Zahari Abdul Aziz memeriksa pasport dan dokumen pengenalan diri wanita yang dipercayai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA
ALOR GAJAH – Jabatan Imigresen Melaka menahan 42 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya dekat sini, semalam. Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Zahari Abdul Aziz berkata dalam operasi penguatkuasaan ‘Ops Sayang’ selama tiga jam bermula 9 malam itu, seramai 39 warga Vietnam dan tiga warga Kemboja berusia antara 21 dan 35 tahun itu ditahan ketika sedang melayan pelanggan. Daripada jumlah itu, seramai 18 warga Vietnam dan dua warga Kemboja pula ditahan kerana melanggar syarat pas lawatan manakala 21 warga Vietnam dan seorang warga Kemboja ditahan kerana tinggal di negara ini tanpa permit yang sah. “Kita juga menahan seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki China yang tidak mempunyai permit sah (tinggal di Malaysia) dipercayai sedang berhibur di premis itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Sementara itu, dalam operasi berasingan pagi tadi, 37 warga asing termasuk tiga wanita warga Indonesia ditahan dalam serbuan di dua rumah kongsi tapak pembinaan di sini. Zahari berkata warga asing yang ditahan terdiri daripada 17 warga Indonesia, Bangladesh (7), India (5), Pakistan (5) masing-masing lima dan Myanmar (3). “Kami percaya kedua-dua penempatan yang dihuni kira-kira 200 orang warga asing ini dipercayai berada di kawasan itu sejak lebih lima tahun lepas,” katanya. Beliau berkata semua mereka ditahan dipercayai bekerja sebagai buruh binaan kerana tinggal di negara ini tanpa permit yang sah dan tinggal setelah permit tamat tempoh. – BERNAMA

Polis Tumpas Cubaan Seludup Dadah Bernilai RM7 Juta
KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim (tengah) menunjukkan dadah yang disembunyikan di dalam bag yang berjaya dirampas pada sidang media mengenai dua kes rampasan dadah dalam tempoh seminggu di Bukit Aman di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan cubaan menyeludup dadah pelbagai jenis seberat 35.2kg bernilai RM7 juta, melalui perkhidmatan kurier dan kargo udara dalam dua serbuan berasingan di sini, sejak minggu lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim bagaimanapun berkata setakat ini tiada tangkapan dilakukan. “Siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menerima penghantaran dadah tersebut,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman di sini hari ini. Beliau berkata serbuan pertama dilakukan pada 19 Nov lepas di sebuah syarikat perkhidmatan kurier di Petaling Jaya, kira-kira 5.30 petang melibatkan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting), yang merampas 2.3kg dadah jenis Methamphetamine dianggarkan bernilai RM400,000. “Kesemua dadah itu ditemui dalam enam kotak mengandungi peralatan elektrik seperti dapur pemanas, periuk dan cerek yang dihantar dari China menggunakan syarikat perkhidmatan kurier,” katanya. Noor Rashid berkata penerima bagi enam kotak itu diletakkan atas nama seseorang, namun menggunakan alamat palsu, dan usaha mengesan individu tersebut masih dijalankan. Serbuan kedua dilakukan Selasa lepas di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 8.45 malam, dan polis menemui enam beg berwarna hitam yang mengandungi 32.9kg syabu bernilai RM6.5 juta, yang disorok di celah-celah beg berkenaan. “Kotak berisi dadah ini dihantar melalui penerbangan Egypt Air dari Abuja (Nigeria) ke Cairo (Mesir) dan seterusnya ke KLIA, yang diisytiharkan sebagai barangan persendirian. “Usaha memantau anggota sindiket terbabit yang berada di negara ini akan diteruskan,” katanya. Beliau berkata kejayaan polis dalam operasi berkenaan adalah menerusi risikan serta maklumat daripada orang awam. – BERNAMA

Kisah Supervisor Ingin Bersara Selepas 30 Tahun Berkhidmat
Ini merupakan kisah benar yang telah terjadi kepada seseseorang dan tujuan artikel adalah tidak lebih daripada memberi pengajaran.
Kisahnya begini…
Seorang supervisor yang telah berkhidmat lebih 30 tahun di sebuah syarikat pemaju hartanah ingin bersara lalu mengemukakan surat permohonan kepada majikannya. Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dengan syarat, supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek sebuah rumah. Supervisor dengan berat hati bersetuju, lalu kerana tidak sabar untuk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dengan pantas tanpa dijaga kualitinya. Setelah siap rumah tersebut, alangkah terkejutnya si supervisor tersebut apabila dimaklumkan, rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikan kepadanya. Lalu amat menyesallah hati supervisor tersebut kerana tidak dibuatnya rumah tersebut dengan sebaik mungkin.. Sebenarnya, inilah yang terjadi kepada setiap kita. Kita sekarang sedang ‘design’ dan membangunkan tempat tinggal kita di akhirat kelak. Kita beribadah untuk Allah tapi kelebihannya adalah untuk diri kita sendiri. Jika kita ‘design’ dengan sambil lewa, maka tak sempurnalah jadinya. Tapi jika kita membangunkannya dengan baik, akan berbaloilah hasilnya. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Peremajaan UMNO Perlu ‘Zuriat’ Berkualiti – Perwakilan
KUALA LUMPUR: Perwakilan Pahang, Mohd Sharir Abdullah ketika membahaskan usul pada Perhimpunan Agung Umno Ke-68 yang memasuki hari kedua hari ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Proses peremajaan parti memerlukan pemimpin pelapis yang berani, tidak cepat melatah, bersifat terbuka dan sentiasa ingin belajar untuk menambah pengetahuan selok-belok politik. Wakil Umno Pahang, Mohd Shahrir@Shaharir Abdullah, berkata golongan pelapis perlu mempunyai ciri-ciri berkenaan kerana mereka akan menghadapi suasana politik negara yang semakin mencabar. “Anak-anak muda belum pernah merasai pahit getir perjuangan dan ‘sepak terajang’ politik. Mereka ini perlu dibimbing melalui proses pembelajaran berterusan. “Jangan cepat melatah, jangan jadi pengecut. Politik ini ada seni yang perlu dan sentiasa dipelajari dari semasa ke semasa,” katanya ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. Beliau berkata agenda peremajaan parti bukanlah sekadar bermaksud menukar atau mengganti kepimpinan sedia ada secara keseluruhannya sebaliknya dilakukan bagi mengembalikan maruah serta menjamin kelangsungan perjuangan parti pada masa depan. “Anak-anak muda perlu tunjuk semangat tinggi. Kita nak tengok pemimpin pelapis yang dinamik, berkarisma serta lantang bersuara dan berjuang dalam satu saf bersama ‘orang lama’,” katanya. – BERNAMA

Sambutan Memberangsangkan Program Kad Kesetiaan Petron
KUALA LUMPUR – Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd, sebelum ini dikenali sebagai Esso Malaysia Bhd, mendapat sambutan yang menggalakkan bagi program kadnya yang dilancarkan pada tahun ini.
Ketua Perniagaan Runcit Petron, Faridah Ali berkata kedua-dua program ini bertujuan melengkapi usaha-usaha penambahbaikan dan penjenamaan semula stesen minyaknya, yang bertujuan memperkukuh jenama Petron dalam pasaran Malaysia.
Menurut beliau, Kad Keistimewaan Petron Miles menawarkan mata ganjaran dan faedah lain manakala Kad Petron Fleet membolehkan pelanggan korporat mengawal kenderaan syarikat mereka dengan lebih baik melalui transaksi tanpa menggunakan tunai.
Terkini, terdapat 1.2 juta pemegang kad Petron Miles, yang terdiri daripada pemegang kad Smiles yang sedia ada dan ahli baharu. Sejak pelancarannya pada Mei, 100,000 orang mendaftar sebagai ahli dan jumlah itu semakin meningkat.
“Ini berlaku hanya dalam masa empat bulan sahaja,” katanya kepada Bernama dalam satu temubual.
Kad Petron Miles menggantikan program Kad Kesetiaan Smiles. Kad yang baharu ini memberikan ganjaran kepada para pelanggan iaitu 1 mata Miles untuk setiap RM1 yang dibelanjakan untuk membeli minyak bertaraf dunia Petron seperti Blaze 95, Blaze 97, atau Diesel Max.
SEPERTI WANG TUNAI
“Mata ganjaran Miles boleh digunakan seperti wang tunai bagi membeli produk dari kedai runcit Treats dan dari katalog ganjaran. Mata ganjaran Miles juga boleh dikumpulkan dan ditebus di mana-mana kedai rakan kongsi Petron,” kata Faridah. Mata ganjaran Miles juga boleh digunakan untuk menikmati tawaran-tawaran khas daripada rakan kongsi seperti Malaysia Airlines’ Enrich, Kad PLUS Miles Lebuhraya Plus, Johor Premium Outlet dan SEA Aquarium Resorts World Sentosa di Singapura dan Universal Studios Singapore. Para pemilik kenderaan boleh memohon mendapatkan kad Petron Miles, tanpa sebarang bayaran di mana-mana stesen Petron, Esso atau Mobil. Ia menawarkan keahlian percuma seumur hidup dan tidak ada tarikh luput. Oleh yang demikian, mata ganjaran boleh terus dikumpulkan dan ditebus bertahun-tahun lamanya. “Kesemua program ini adalah unik. Ia direka bagi memenuhi keperluan unik pelanggan kami. Matlamat kami adalah menambah nilai kepada produk dan perkhidmatan kami agar pelanggan memperoleh pengalaman yang berbaloi apabila mereka mengisi minyak di Petron,” kata beliau.
KAD FLEET DENGAN TEKNOLOGI CIP MIKRO
Faridah berkata, Petron juga menerima sambutan yang menggalakkan terhadap kad Petron Fleet sejak pelancarannya pada bulan Jun. Sehingga kini Petron mempunyai hampir 7,000 akaun termasuk 100 akaun yang baharu. Sebagai usaha untuk menyediakan penyelesaian yang inovatif, Kad Petron Fleet adalah satu-satunya kad di negara ini yang menggunakan teknologi cip mikro. Ia berfungsi seperti kad pasca bayar dengan tempoh kredit 31 hari, kata beliau. “Bagi pengurusan cekap perbelanjaan untuk bahan api, kami memberi pilihan kepada pemegang kad Fleet kami untuk menghadkan pembelian bahan api kepada diesel atau mogas dan menetapkan had pembelian secara harian atau bulanan bagi setiap kad yang diberi kepada pemandu. “Kami juga memasukkan sistem pengesanan dalam talian masa sebenar bagi membantu pelanggan memantau pembelian bahan api mereka, setiap masa, di mana sahaja,” kata beliau. Kad Petron Fleet ini dilengkapi dengan teknologi cip yang memberikan kemudahan untuk setiap transaksi bahan api dan pada masa yang sama memastikan data pengguna dilindungi. Sebagai ciri keselamatan tambahan, kad baharu ini mempunyai dwi-fungsi yang memerlukan pengenalpastian kenderaan dan pemandu sebelum sebarang transaksi boleh dilakukan. Mengenai faedah menggunakan kad Petron Fleet, Faridah berkata, selain dapat menguruskan kenderaan syarikat dengan baik, kad ini juga boleh didapati secara percuma, tanpa yuran tahunan atau caj perkhidmatan. Dengan kad baharu ini, para pelanggan korporat boleh terus mengumpulkan mata ganjaran Miles dengan membeli produk bahan api Petron yang bertaraf dunia, seperti Blaze 95, Blaze 97, atau Diesel Max, di lebih 560 stesen Petron. Faridah berkata, program kad Petron Fleet menyumbang sekurang-kurangnya 10 peratus jumlah keseluruhan jualan runcit, dan angka ini dijangka bertambah.
PENJENAMAAN SEMULA MENGIKUT JADUAL
Petron Malaysia adalah anak syarikat Petron Corp, syarikat penapisan minyak dan pemasaran terbesar di Filipina, yang telah beroperasi selama 80 tahun. Sejak mengambil alih anak-anak syarikat hiliiran ExxonMobil pada 2012, syarikat ini telah bertindak dengan agresif bagi menambahbaik dan menjenamakan semula selaras dengan identitinya yang baharu. ExxonMobil memberikan masa selama tiga tahun kepada Petron sehingga 31 Mac, 2015 untuk menukarkan kesemua stesen minyak ExxonMobil kepada Petron. “Kami memulakan program penjenamaan semula dan penambahbaikan pada bulan Jun 2012 dan ia mengikut jadual untuk menyelesaikan proses penjenamaan ini menjelang suku pertama 2015. Kini terdapat 460 stesen minyak (daripada 550) yang telah ditukar kepada jenama Petron,” kata Faridah. Berkenaan dengan bajet untuk promosi dan teknologi, beliau berkata sepanjang tahun, Petron akan menggunakan kedua-dua “taktik di atas garisan dan di bawah garisan” bagi memaksimum capaiannya kepada para pelanggan. Syarikat ini juga melancarkan laman Petron Malaysia Facebook bagi meningkatkan kehadiran dalam taliannya sekaligus memperluas capaiannya. Berkaitan dengan sama ada pelanggan mungkin keliru antara stesen Petron dan stesen Petronas, beliau berkata Petron menggunakan warna biru dan merah dan logonya yang tersendiri, bagi membezakannya dengan syarikat minyak nasional itu. “Kami juga berjaya mengukuhkan kedudukan kami dengan mematuhi janji jenama kami, iaitu nilai-nilai yang sama yang telah memacu kejayaan syarikat ini di Filipina. Nilai-nilainya adalah produk yang inovatif, perkhidmatan yang cemerlang dan perkongsian yang berjaya yang dibina berdasarkan kepercayaan dan mengambil berat kepada pelanggan kami,” kata Faridah. Untuk setengah tahun yang pertama, Petron Malaysia menyaksikan peningkatan pendapatan sebanyak sembilan peratus dengan RM5.99 bilion jualan, satu peningkatan daripada tahun lepas iaitu RM5.5 bilion, selaras dengan jualan bahan api yang lebih tinggi. Jumlah jualan keseluruhan untuk enam bulan pertama meningkat hampir 15 juta tong daripada 14.65 juta tahun lepas. Jualan domestik meningkat 12 peratus kepada 9.81 juta tong daripada 8.76 juta tong selaras dengan jualan runcit dan industri yang lebih kukuh.
PERUNCIT KETIGA TERBESAR
Mengenai pasaran, Faridah berkata syarikat sangat yakin yang ia mampu untuk mengembangkan perniagaan berdasarkan kepada rangkaian dan inisiatif-inisiatif operasinya beserta dengan kadar pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh. Petron adalah peruncit ketiga terbesar di Malaysia selepas Petronas dan Shell. Petron membina 10 stesen perkhidmatan yang baharu di lokasi-lokasi utama dan menyasarkan untuk membina 30 lagi tahun ini, tambah beliau. “Kami mahu menjadikan produk-produk dan perkhidmatan Petron lebih mudah diakses oleh para pengguna di Malaysia, terutama di pasaran-pasaran kurang dimasuki,” katanya. Dengan stesen-stesen yang baharu dibina ini, Petron kini mempunyai 560 buah stesen di seluruh negara. Menjawab pertanyaan mengenai penyeludupan, beliau berkata isu ini adalah isu industri dan nasional yang memerlukan usaha bersepadu dan beliau menegaskan yang Petron terus bekerjasama dengan para penjualnya dan agensi-agensi kerajaan yang relevan untuk menangani isu ini. Mengenai turun naik harga minyak global, beliau berkata, seperti mana-mana pemain serantau, harga minyak mentah global dan harga produk akhir mempunyai kesan terhadap untung rugi sesebuah syarikat. “Contohnya, kami menyaksikan trend harga minyak global yang semakin menurun yang menyebabkan margin yang kecil. “Bagaimanapun, kami mempunyai program bagi mengatasi perkara ini termasuk pengembangan rangkaian runcit kami bagi meningkatkan jumlah jualan dan program-program di penapisan kami dan rangkaian depot untuk memperbaiki daya kecekapan,” kata Faridah.
KEKAL DI SINI
Melihat ke hadapan, beliau berkata Petron amat optimistik terhadap perniagaannya berdasarkan kepada kekuatan-kekuatannya yang berfungsi sebagai platform yang stabil untuk pertumbuhan. Syarikat ini, tambah beliau, mempunyai rangkaian runcit yang luas, jenama yang kuat, rangkaian logistik yang besar dan cekap dan pasukan pengurusan yang sangat berpengalaman dan berwibawa. Faridah berkata keutamaan Petron hari ini dan beberapa tahun akan datang adalah membesarkan lagi perniagaannya dan melaksanakan pelan bagi menambahbaik penapisan dan memperbaiki rangkaian runcit. “Kami juga sangat teruja untuk memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan inovatif dan produk-produk berkualiti kepada para pelanggan dan memfokus kepada usaha memberi nilai tambahan kepada pelanggan kami. “Dengan program dan visi syarikat, kami berharap dapat menjadikan Petron Malaysia sebagai jenama pilihan. Kami akan kekal berada di sini,” kata Faridah. – BERNAMA

Ubah Tanggapan Jabatan Insolvensi Sebabkan Kemuflisan
MELAKA – Masyarakat perlu mengubah tanggapan bahawa Jabatan Insolvensi merupakan agensi yang bertanggungjawab memufliskan individu, syarikat atau sesebuah organisasi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
Sebaliknya, beliau berkata Jabatan Insolvensi memainkan peranan penting dalam membantu pihak tersebut keluar daripada status muflis selain membantu pemiutang mendapatkan kembali wang yang dihutang.
“Jabatan Insolvensi bukanlah jahat, maka masyarakat tidak perlu takut kepada jabatan ini malah jabatan ini sentiasa membuka pintu seluas-luasnya untuk membantu mereka yang diisytiharkan muflis.
“Pegawai jabatan ini juga perlu memainkan peranan dalam mengubah tanggapan ini dengan bersikap mesra, berpengetahuan dan berketerampilan apabila berhadapan dengan mereka yang meminta pertolongan,” katanya di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Dialog Sempena Persidangan Insolvensi 2014 di sini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Insolvensi Haslina Mansor.
Pada majlis itu juga Nancy melancarkan Buku Rujukan Pantas Kebankrapan yang merupakan panduan kepada penghutang yang diisytiharkan muflis. Persidangan tiga hari yang berakhir hari ini disertai kira-kira 300 anggota jabatan itu dari seluruh negara.
Sementara itu, Nancy berkata kerajaan sentiasa berusaha membantu mereka yang terbeban dengan status muflis antaranya dengan mengemas kini undang-undang sedia ada berkenaan kemuflisan.
“Jabatan Insolvensi juga pada masa ini sedang melihat keperluan mewujudkan undang-undang (kemuflisan) baharu, ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan banyak penyelidikan dan perlu dilakukan secara menyeluruh supaya hak semua pihak dapat diseimbangkan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Plaza Tol Gopeng Ditutup Kepada Kenderaan Berat
KUALA LUMPUR – Laluan masuk Plaza Tol Gopeng di Lebuhraya Utara-Selatan ditutup kepada semua kenderaan berat yang melebihi had kelebaran tiga meter mulai semalam hingga Sabtu bagi kerja-kerja penyelenggaraan.
Menurut kenyataan Projek Lebuhraya Usahasama (PLUS) di sini hari ini, kenderaan ringan dan kenderaan berat yang tidak melebihi had kelebaran tiga meter masih boleh menggunakan plaza tol itu.
Sehubungan itu, kenderaan berat dari Gopeng yang ingin memasuki lebuh raya dinasihatkan supaya menggunakan laluan masuk menerusi Plaza Tol Simpang Pulai. – BERNAMA
TOP
Jumlah Mangsa Banjir Di Teluk Intan Meningkat 350 Orang
Foto Hiasan
IPOH – Jumlah mangsa banjir di Changkat Jong dekat Teluk Intan di sini, meningkat kepada 350 orang setakat pagi ini berbanding 327 orang malam tadi. Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata sebuah lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Degong yang menempatkan 23 mangsa banjir manakala di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong kekal 327 orang. “Kita dapati air Sungai Bidor di Kampung Degong melimpah dan mengakibatkan banjir di kawasan itu. Cuaca pagi ini tidak hujan dan paras air sungai mencecah 28.7 meter,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Mohd Fazly berkata mangsa banjir di dewan itu melibatkan sembilan keluarga terdiri daripada lelaki dewasa sebanyak empat orang manakala perempuan dewasa (10), kanak-kanak lelaki (tujuh) dan kanak-kanak perempuan (dua). Katanya mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong tidak dibenarkan pulang ekoran paras air sungai masih mencecah 3.54 meter. “Kesemua mangsa melibatkan 97 keluarga terdiri daripada 66 lelaki dewasa, wanita dewasa (82), kanak-kanak lelaki (64), kanak-kanak perempuan (51), lelaki warga emas (17), perempuan warga emas (19), bayi lelaki (18) dan bayi perempuan (10),” katanya. Penduduk yang terjejas dari empat kawasan penempatan di Lorong Mesra di Batu 7, Lorong Kedah di Batu 8, Lorong di Batu 11 dan Kampung Batu 9, katanya. Banjir itu adalah yang kedua melanda kawasan Changkat Jong dalam tempoh dua minggu selepas ban Sungai Bidor pecah akibat hujan lebat dan air melimpah ke kawasan penempatan. Dalam banjir pertama pada 14 Nov lepas, sebanyak 56 mangsa banjir dari Lorong Mesra dipindahkan. – BERNAMA

Shisha Diharam Di Singapura Berkuat Kuasa Esok
SINGAPURA – Singapura mengharamkan pengedaran dan penjualan shisha berkuat kuasa esok, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.
Pengharaman tersebut adalah mengikut Peraturan Larangan Produk Tembakau di bawah Seksyen 15 Akta Tembakau (Kawalan Pengiklanan dan Penjualan).
Bagaimanapun, sebagai langkah peralihan, lesen pengimport tembakau dan peruncit yang mengimport dan menjual tembakau shisha akan diberi kebenaran meneruskan import dan jualan tembakau shisha sehingga 31 Julai, 2016.
Kementerian itu berkata ia bagi memberi masa yang secukup untuk mereka menghabiskan stok serta menstrukturkan semula perniagaan, sekali gus meninggalkan perniagaan shisha.
Sesiapa yang melanggar larangan itu, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksium S$10,000 (RM25,763) atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua sekali dan atas kesalahan susulan, denda maksimum adalah $S20,000 (RM51,561) atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA
TOP
DBKL Kaji Wujudkan Peraturan Bagi Pengguna Basikal
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang dengan polis untuk mewujudkan peraturan khusus bagi pengguna basikal di bandar raya ini bagi memastikan keselamatan mereka.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata antara aspek yang akan disentuh ialah tatatertib pengguna serta pemasangan lampu pada basikal untuk mengelak kemalangan.
“Soal keselamatan laluan yang digunakan juga akan dilihat,” katanya kepada pemberita selepas menutup inisiatif penglibatan awam bagi projek laluan basikal di bawah seliaan DBKL di sini hari ini.
DBKL sedang membangunkan tiga laluan aktiviti berbasikal keseluruhannya sepanjang 12 kilometer merangkumi Mid Valley-Dataran Merdeka, Wangsa Maju/Taman Melati dan Taman Batu Muda.
Projek dengan anggaran kos RM3 juta itu dijangka siap pertengahan 2015.
Dalam pada itu, Ahmad Phesal berkata DBKL akan menyediakan papan tanda secukupnya selain tempat rehat di tiga laluan basikal berkenaan.
Katanya DBKL berhasrat mewujudkan laluan basikal di kawasan lain di bandar raya ini ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai ‘bandar raya mesra basikal’ selain menggalakkan penggunaan basikal sebagai mod alternatif pengangkutan. – BERNAMA
TOP
Jumlah Individu Hidap Penyakit Mental Meningkat Di Pahang
PEKAN – Jumlah individu yang dikesan menghidap penyakit mental di Pahang dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, meningkat kepada 168 orang berbanding 77 orang dalam tempoh sama tahun lepas.
Jumlah berkenaan mencatat peningkatan hampir 129 peratus berdasarkan hasil kajian Depression Anxiety, Stress Scale (DASS), iaitu satu kaedah soal selidik emosi yang diguna pakai di peringkat antarabangsa bagi penyakit tersebut.
Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Dr Zainal Ariffin Omar berkata hasil saringan yang dijalankan terhadap 176 individu untuk tempoh enam bulan pertama tahun lepas, sebanyak 77 dikesan menghidap masalah mental.
“Bagaimanapun untuk tempoh sama pada tahun ini, jumlahnya meningkat kepada 168 orang, hasil saringan terhadap 5,939 orang,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata mengikut rekod jabatan, sebanyak 103 individu dikesan menghidap penyakit mental setelah saringan dijalankan terhadap 2,145 individu di negeri ini, sepanjang tahun lepas.
Mengikut pecahan, katanya, daripada 168 penghidap masalah mental itu, 54 orang dikesan teruk dalam stres, 84 teruk dalam anzieti dan 30 teruk dalam kemurungan.
Bagi pecahan untuk tempoh yang sama tahun lepas pula, sebanyak 13 orang dikesan teruk dalam stres, 43 teruk dalam anzieti dan 21 teruk dalam kemurungan.
Dr Zainal berkata kesemua kes teruk itu dirujuk ke klinik kesihatan atau pakar psikiatri untuk rawatan lanjut, manakala bagi kes yang disaring pada tahap sederhana dan rendah, diberi intervensi dalam komuniti oleh anggota kesihatan. – BERNAMA
TOP
Usia Emas Tak Halang Siti Rahmah Hadir Perhimpunan Agung UMNO
KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak meraikan kehadiran veteran Umno, Datuk Siti Rahmah Kassim sambil disaksikan oleh barisan Majlis Tertinggi Umno pada Perhimpunan Agung Umno Ke-68 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Walaupun langkahnya agak perlahan, berjalan sedikit bongkok dek usia emas, namun itu bukan penghalang veteran Umno, Datuk Siti Rahmah Kassim hadir ke Perhimpunan Agung Umno 2014 yang memasuki hari kedua, hari ini. Kehadiran Siti Rahmah, 89, ke Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini diumum Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin dan semua perwakilan yang hadir terus berdiri sebagai tanda hormat. Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin tertinggi parti beredar dari kerusi masing-masing di atas pentas untuk bertemu dan bersalaman dengan Siti Rahmah. Malah, Badruddin turut turun meninggalkan tempat duduk beliau setelah menyatakan mahu bersalaman dan mencium tangan srikandi Umno itu. Siti Rahmah adalah orang pertama memberi sumbangan kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan menyerahkan gelang emas kesayangannya bagi menaja perjalanan presiden Umno kedua itu ke London dalam misi menuntut kemerdekaan negara. Siti Rahmah menceburi politik seawal usia 19 tahun dan merupakan wanita pertama bertanding dalam pilihan raya pada 1959 dan memenangi kerusi Dewan Undangan negeri Terentang di Negeri Sembilan selama dua penggal sebelum bersara sebagai wakil rakyat pada tahun 1964. – BERNAMA

Prasarana Menang Kontrak RM9 Juta Pengangkutan Awam Mekah
KUALA LUMPUR – Syarikat pemilik dan pengendali sistem dan perkhidmatan pengangkutan awam tempatan, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memenangi bida sebagai `pengendali bayangan’ Fasa Pertama Metro Program Pengangkutan Awam Makkah (Makkah Metro) di Mekah, Arab Saudi.
Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Sri Shahril Mokhtar berkata, kemenangan itu yang merupakan kejayaan pertama syarikat tersebut di peringkat global sejak ia memasuki pasaran antarabangsa awal tahun lalu.
Kontrak bernilai RM9 juta itu dijangka bermula pada Disember ini dan fasa pertama Makkah Metro itu dijangka siap pada tahun 2019.
“Ia membuktikan Prasarana setaraf dengan sebilangan pengendali rel terbaik di dunia. Kejayaan ini mengukuhkan peluang kami memenangi bida untuk kerja-kerja pengendalian dan penyelenggaraan empat laluan Makkah Metro di samping kerja-kerja pengendalian dan penyelenggaraan projek Aliran Selatan Metro AlMashaaer Al Mugaddassah yang menampung jutaan jemaah haji setiap tahun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Shahril menjelaskan, Prasarana akan bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan perundingan dalam bidang pengendalian dan penyelenggaraan sisterm rel kepada Syarikat Transit Rel Massa Makkah semasa pembinaan Fasa Pertama Makkah Metro yang meliputi dua jajaran dengan 22 stesen di sepanjang 45.1 kilometer (km) termasuk 24.9km rangkaian rel bawah tanah.
“Kami akan bertanggungjawab untuk menjalani tinjaun lakaran awal dan lakaran terperinci selain merangka spesifikasi dan perjanjian perkhidmatan untuk kontraktor masa depan. Kami turut menyokong dan memberi nasihat kepada pelanggan kami dalam merangka strategi keselamatan dan sekuriti serta peraturan-peraturan di samping berkongsi amalan terbaik untuk pengendalian metro,” katanya,
Beliau menambah, Prasarana akan turut merangka budaya perkhidmatan di organisasi pelanggan dalam tempoh kontrak 30 bulan tersebut.
“Kami berbangga untuk berkongsi bahawa kesemua pakar yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan perundingan ini akan terdiri daripada warga Prasarana,” kata Shahril.
TOP
Pendaftaran GST Meningkat Kepada 170,044 Pada 27 Nov
KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 170,044 pada 27 Nov, meningkat 2,618 daripada hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Bilangan syarikat mendaftar bagi GST yang akan dilaksanakan pada 1 April tahun depan, kini mengatasi sasaran kerajaan sebanyak 140,000 menjelang akhir tahun.
Bagaimanapun, syarikat-syarikat yang masih belum mendaftar mempunyai masa sehingga 31 Dis, 2014, untuk berbuat demikian.
Perniagaan dengan perolehan jualan tahunan kurang daripada RM500,000 digalakkan mendaftar bagi GST, sekiranya perolehan mereka melebihi RM500,000 pada masa depan. – BERNAMA
TOP
APMM Labuan Perhebat Operasi Pengangkutan Laut
LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan sedang meningkatkan operasi mencegah penyeludupan terhadap pengangkutan di laut.
Operasi akan memberi tumpuan terhadap pematuhan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 oleh pengusaha feri, kapal dan bot selain membendung aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi dan bunga api.
Pegawai Operasi Maritim Labuan Lt Nik Izwan Farid Md berkata operasi rutin akan dipergiat dan dilakukan setiap hari lebih-lebih lagi ketika musim cuti hujung tahun.
“Labuan mempunyai pantai yang panjang merangkumi 57.6 kilometer dan kita seharusnya mampu mengawal bagi memastikan perairan di sini terpelihara dan terkawal daripada sebarang elemen dan aktiviti menyalahi undang-undang,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata ‘Ops Pluto Timur’ dijalankan bertujuan mencegah pencerobohan pengganas Sulu ke perairan Malaysia yang juga merupakan sebahagian daripada tugas berat APMM Labuan.
“Keyakinan yang diberikan kepada kami merupakan motivasi untuk kami melakukan sehingga berjaya,” katanya. – BERNAMA
TOP
Akta Hasutan Bukan Alat Kekal Kuasa UMNO – Pak Lah
Melalui laman blog peribadinya, bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan para pemimpin UMNO agar tidak menyalahgunakan Akta Hasutan sebagai alat untuk mengekalkan UMNO dalam menerajui kerajaan persekutuan.
Tambah beliau lagi, survival politik parti tersebut sepenuhnya bergantung kepada sokongan rakyat Malaysia.
“Kekuasaan dan kekuatan UMNO datangnya dari sokongan rakyat. Ingatlah, jika rakyat sudah tidak menyokong kita, tiada rang undang-undang di bumi Allah ini yang akan menyelamatkan UMNO dari kehilangan kuasa.” Namun demikian, beliau yang hadir pada ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, bersetuju dengan keputusan yang diambil untuk mengekalkan atau menggubal akta tersebut agar ianya mapan dalam menjaga kesejahteraan negara. “Saya menyokong pengekalan atau pun penggubalan mana-mana rang undang-undang yang menjaga keharmonian negara kita, yang menegakkan perlembagaan kita, yang menentukan perjanjian kontrak sosial yang dimeterai oleh bapa-bapa kita ditepati, dan yang menentukan Persekutuan Malaysia tidak dihancurkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini semua saya sokong.”
Melalui ucapan yang dibuat semalam di Perhimpunan Agung UMNO 2014, Najib mengumumkan pengekalan akta tersebut yang kemudiannya mendapat reaksi positif seluruh dewan. Ujar beliau, akta itu bakal diperkukuhkan dengan menambah peruntukkan khas dalam melindungi kesucian agama Islam serta agama-agama lain. Bukan itu sahaja, individu yang cuba memisahkan Sarawak dan Sabah dari Malaysia juga bakal diambil tindakan di bawah akta tersebut. “Sebagai perdana menteri, saya memutuskan Akta Hasutan akan terus dikekalkan, malah akta ini akan dipertahan dan diperkukuhkan. Akta ini akan dikuatkuasakan secara adil supaya kita benar-benar mewujudkan Malaysia yang lebih aman, stabil dan harmoni,” ujarnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Realiti Kehidupan Rakyat Luar Bandar Perlu Diteliti – Perwakilan
KUALA LUMPUR: Perwakilan Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar ketika membahaskan usul pada Perhimpunan Agung Umno Ke-68 yang memasuki hari kedua hari ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meneliti realiti kehidupan rakyat berpendapatan rendah terutamanya di luar bandar dan tidak hanya berbangga dengan statistik berhubung peningkatan pendapatan isi rumah yang dikeluarkan agensi tertentu. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiu, Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar berkata, hakikatnya, statistik itu tidak melambangkan kehidupan sebenar rakyat kerana masih ramai yang hidup kais pagi makan pagi. “Walaupun kita sudah bekerja bertungkus lumus, kadang-kadang kita rasa sedih…tiba-tiba keluar dalam suratkhabar, di kaca televisyen, purata pendapatan isi rumah rakyat Malaysia meningkat RM5,900, amboi… “Betullah menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 kita kena ada statistik yang menunjukkan kita bergerak ‘in progress’ (di landasan yang betul) tetapi bila rakyat dengar mereka tanya pendapatan ini pendapatan siapa?,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. Mohd Iskandar menarik perhatian misalnya golongan penoreh getah di kawasan Setiu, yang masih ramai antaranya berpendapatan RM25 seminggu ekoran harga getah yang tidak menentu selain faktor cuaca. -”Di tempat saya hari ini, harga getah cukup teruk, ada pernah sampai RM1.60 sekilogram, semalam saya telefon di kampung tanya berapa harga getah hari ini, katanya RM1.70 sekilogram, seminggu motong (menoreh) getah tak dapat sampai RM50 pun. “Makanya kita tidak boleh terlalu bergantung kepada statistik untuk nak meyakinkan kepada rakyat bahawa beban sara hidup mereka ini sudah dibantu,” kata Mohd Iskandar. Pandangan sama turut disuarakan Ketua UMNO Bahagian Kampar, Perak, Datuk Mohd Radzi Manan yang mahu kerajaan menambah baik pendekatan dalam meningkatkan taraf hidup Melayu dan Bumiputera di luar bandar. Mengambil contoh hasil keluaran padi yang bernilai hampir RM70 juta setahun, beliau mahu pendapatan dan keuntungan yang diperoleh disalurkan secara adil kepada petani yang terlibat. “Katakan harga padi daripada petani sebanyak RM600 satu tan dan bila ditolak ke pasaran harganya menjadi RM3,000. Nilai tambah kira-kira RM2,000 itu siapa yang dapat? Bukan kita Bumiputera. Saya minta kita fikirkan perkara ini,” tegasnya. Menyifatkan golongan Melayu dan Bumiputera sebagai ‘simpanan tetap’ sebenar bagi UMNO, Mohd Radzi berkata golongan itulah yang sepatutnya diberi perhatian, berbanding Melayu di bandar yang seakan-akan telah menjauhi parti itu. “Akar umbi kita di luar bandar masih kuat. Mereka ini kalau lari, tentu kita kalah,” katanya. – BERNAMA

Bekalan Elektrik Terputus Ribut Kuat, Banjir Di Brisbane
BRISBANE – Ribut kuat dan banjir di Brisbane mengakibatkan bumbung rumah terpelanting, bekalan elektrik terputus, jalan raya ditenggelami air manakala berpuluh orang cedera di bandar raya ketiga terbesar di Australia itu.
Pembekal elektrik, Energex hari ini berkata kira-kira 90,000 rumah tidak mempunyai bekalan elektrik berikutan pokok dan tiang elektrik tumbang dipukul angin yang berkelajuan 140 kilometer sejam.
Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) melaporkan, pusat konvensyen yang menjadi tempat Sidang Kemuncak G20 diadakan yang dihadiri Presiden Barack Obama dan pemimpin dunia lain dua minggu lalu, mengalami kerosakan akibat ditenggelami air dan hujan batu.
Pemimpin Queensland, Campbell Newman menyifatkan kejadian ribut itu sebagai yang terburuk di bandar raya berkenaan sejak 1985. – AP
TOP
3 Wanita Dianggap ‘Gila’ Bermain Ular Tedung
Kuala Lumpur – Biarpun dianggap ‘gila’ apabila menjadikan ular sebagai teman mainan, tanggapan seperti itu langsung tidak melemahkan semangat tiga wanita untuk terus menguasai teknik menjinakkan haiwan berbisa itu.
Gadis yang bukan sebarangan itu beranggapan apa yang dilakukan berbaloi dan hobi itu dijadikan sebagai terapi untuk merehatkan minda dan menghilangkan tekanan terutama selepas bekerja. Nadzirah Hanis Amir Hasrat, 25, berkata dia sering diejek rakan lain kerana beranggapan hobi bermain dengan ular dan dijadikan tempat meluah perasaan sebagai tidak masuk akal. “Saya pernah digelar begitu (gila) sebab mencium tedung selar. Tapi, saya tidak peduli. Ini kerana saya tenang apabila dapat membelai dan bermanja dengan reptilia peliharaan saya,” katanya. Menurutnya, dia memang tidak takut atau geli untuk memegang ular berkenaan selain mendakwa sudah `temannya’ itu sudah serasi dengannya kerana `mengenali’ reptilia itu sejak kecil. Rakaman aksi Nadzirah bermain tedung selar sepanjang kira-kira 4.8 meter dan seberat sembilan kilogram sebelum itu kongsi oleh rakan HMLive, Slumber Studio di Google+ https://plus.google.com/u/0/communities/116855719367386087691 yang kemudiannya dikongsi pula di laman Facebook Harian Metro. Rakannya yang juga ibu dua anak, Rosnah Johar, 36, berkata kegilaan memelihara ular dan menjadikannya sebagai teman hidup dianggap perkara pelik oleh keluarga dan jiran. “Saya mula berjinak dengan reptilia ini sejak setahun lalu. Ia umpama sebati dalam jiwa dan kehidupan saya apatah lagi menjadikannya sebagai tempat meluah perasaan dan teman tidur. “Saya rasa tenang apabila dapat berbuat demikian. Pada sebelah malam reptilia peliharaan seperti ular sawa akan tidur di sebelah saya dan ia umpama sudah jinak dan kenal tuannya. “Malah, seorang daripada anak saya juga gemar memelihara ular. Kami membelanjakan hampir RM300 untuk memelihara lebih sembilan ular antaranya sawa batik,” katanya. Teman mereka yang juga kakitangan swasta, Nurul Nabila Shariman, 23, pula menjelaskan orang ramai mungkin tidak sedar ular juga mempunyai perasaan seperti manusia. “Jika ternampak ular di tepi jalan saya akan menangkapnya dan membawa pulang tetapi bergantung kepada saiznya. Saya tidak ambil pusing jika ada orang mengatakan saya gila,” katanya. - myMetro Online

Akhbar Bersejarah 1 September 1957 Dijual Di PWTC
KUALA LUMPUR – Bagi menghayati sendiri sejarah kemerdekaan negara, orang ramai yang berkunjung ke Pusat Dagangan Dunia Putra boleh mendapatkan akhbar ‘The Sunday Times’ bertarikh 1 Sept 1957, yang mencatat peristiwa penting tanah air.
Akhbar bersejarah itu buat pertama kali dicetak khas oleh New Straits Times Press (NSTP) sempena Perhimpunan Agung Umno 2014 dijual di ruang pameran NST di Aras 2 PWTC sejak Selasa lepas, hingga Sabtu ini.
Pengurus pusat sumber NSTP, Ramlan Ramli berkata penerbitan semula akhbar itu bertujuan memberi pengalaman secara langsung kepada masyarakat, khususnya generasi muda, untuk membaca sendiri peristiwa bersejarah negara.
“Ini adalah sejarah penting berkaitan negara kita, perjuangan kita, orang ramai boleh membaca sendiri apa yang sebenarnya berlaku pada Hari Merdeka ketika itu.
“Malah ada berita yang menceritakan bagaimana pengalaman dan suasana sebenar masyarakat pada zaman itu menyambut kemerdekaan buat kali pertama,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Ramlan berkata akhbar itu yang mengandungi 32 muka surat, dijual dengan harga RM5 senaskhah. Sejumlah 1,000 naskhah dicetak dan setakat ini 500 naskhah dijual.
Katanya akhbar dengan tajuk utama muka hadapan ‘THIS IS IT!’ mengekalkan ciri-ciri sebenar percetakan akhbar pada zaman itu.
“Kertas yang digunakan untuk cetakan khas ini kami reka khas agar warna pudar itu menonjol, selain masih mengekalkan kaedah percetakan konvensional mengimbas nostalgia zaman itu,” katanya.
Memaparkan subtajuk ‘Across a stilled stadium, the magic words of nationhood’, berita utama akhbar itu menceritakan suasana Stadium Merdeka sewaktu perisytiharan kemerdekaan oleh Perdana Menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Turut disiarkan di muka hadapan ialah Perisytiharan Kemerdekaan di muka hadapan.
Berita bertajuk ‘Sodden Troops Looked Skyward And Asked: Will Rain Stop In Time?’ menceritakan perasaan anggota tentera yang sedang bersedia untuk berbaris di Stadium Merdeka mengharungi suasana ribut dan hujan lebat ketika itu.
Gambar majlis Angkat Sumpah Jawatan anggota kabinet pertama kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai Tunku Abdul Rahman menghiasi halaman ketiga akhbar itu.
Seorang pengunjung, Johari Abdul Rahman, 29, kagum dengan inisiatif syarikat akhbar NST yang mencetak kembali surat khabar bersejarah itu dan berpendapat ia dapat dijadikan bahan untuk anak muda menghayati peristiwa kemerdekaan.
“Memang bagus untuk golongan muda macam saya, sebab kita nak baca apa yang media laporkan semasa merdeka, yang penting akhbar ini penuh dengan nostalgia, benda tu boleh mengingatkan kita balik kepada zaman atuk nenek kita yang memperjuangkan kemerdekaan,” katanya yang turut membeli akhbar itu.
Sementara itu, Ezreen Mohd Isa, 25, turut bersependapat surat khabar itu menjadi bahan rujukan sejarah yang baik bagi golongan muda mendalami pengertian ‘merdeka’.
“Surat khabar ini boleh dijadikan sumber rujukan, malah ada gambar-gambar lama di dalamnya sangat menarik, dan gambar ini memberi pengertian yang baik kepada kita mengenai apa itu makna merdeka kepada kita,” katanya. – BERNAMA
TOP
Public Mutual Umum Agihan RM285 Juta Untuk Lapan Dana
KUALA LUMPUR – Public Bank Bhd, anak syarikat milik penuh Public Mutual Bhd, mengumumkan agihan sebanyak RM285 juta untuk lapan dana bagi tahun kewangan berakhir 30 Nov, 2014.
Public Islamic Infrastructure Bond Fund menerima agihan kasar paling tinggi iaitu 4.50 sen seunit diikuti Public Islamic Sector Select Fund 2.75 sen seunit, Public Select Alpha-30 Fund (2.25 sen seunit) manakala masing-masing Public Dividend Select Fund dan Public Far-East Dividend Fund 1.00 sen seunit dan 0.40 sen seunit.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat unit amanah itu berkata Public Islamic Infrastructure Bond Fund melabur dalam sukuk membabitkan syarikat di sektor prasarana bagi menjana pendapatan tahunannya.
Public Select Alpha-30 Fund pula menyasar untuk mencapai pertumbuhan modalnya bagi tempoh jangka sederhana dan panjang menerusi pelaburan sehingga maksimum 30 saham utama disenaraikan di Sekuriti Bursa Malaysia.
Public Islamic Sector Select Fund berhasrat meningkatkan modal jangka panjangnya dengan melabur dalam portfolio saham yang menepati syarat patuh Syariah daripada sektor pasaran tempatan.
“Kedua-dua Public Dividend Select Fund dan Public Far-East Dividend Fund pula menyasarkan menjana pendapatan dengan pelaburan dalam portfolio saham yang mampu memberi pulangan dividen menarik. Ini adalah agihan sementara bagi Public Dividend Select Fund,” katanya.- BERNAMA
TOP
Perkhidmatan Kereta Api Bukit Bendera Ditutup Seminggu
GEORGETOWN – Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera akan ditutup selama seminggu mulai 12 Januari hingga 18 Januari tahun depan bagi kerja-kerja penyelenggaraan.
Pihak pengurusan Perbadanan Bukit Bendera berkata, perkhidmatan akan disambung semula pada 19 Januari.
Pengunjung boleh menggunakan laluan alternatif menerui laluan jip (Kebun Bunga) atau laluan mendaki sedia ada untuk ke ke puncak bukit.
Maklumat lanjut mengenai perkembangan perkhidmatan boleh dilayari di laman web www.penanghill.gov.my. – BERNAMA
TOP
Piala Dunia: FIFA Siasat Franz Beckenbauer Isu Undi
LONDON – Franz Beckenbauer – bekas kapten dan jurulatih Jerman yang menjuarai Piala Dunia – kini disiasat ke atas peranannya memilih Russia dan Qatar selaku tuan rumah Piala Dunia.
Legenda berusia 69 tahun itu adalah antara 22 pegawai yang mengundi pada Disember 2010 memilih hos untuk temasya 2018 dan 2022.
Calon prospek untuk presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Harold Mayne-Nicholls yang mengetuai pemeriksaan oleh badan induk itu ke atas negara yang membuat bidaan turut dalam siasatan.
Ketua etika, Michael Garcia juga turut menyiasat tiga eksekutif FIFA.
Ketiga-tiga mereka adalah Angel Maria Villar Llona (Sepanyol), Michel D’Hooghe (Belgium) dan Worawi Makudi (Thailand).
“Rabu lalu, saya pergi ke Zurich untuk memberi segala keterangan diperlukan di atas dakwaan berkenaan,” kata D’Hooghe kepada BBC Sport.
Difahamkan, Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini adalah pegawai tunggal yang membuat pengumuman secara terbuka bahawa dia mengundi untuk Qatar 2022.
Tapi dia dibebaskan dan tiada dalam senarai siasatan lanjut. – BBC Sport
TOP
Lelaki Mati Ditembak Kerana Disangka Kijang
KOTA BHARU – Seorang lelaki maut selepas terkena tembakan senapang patah yang dilepaskan seorang lelaki yang dipercayai sedang berburu di ladang rakyat Estet Kuala Gris, Dabong, Kuala Krai semalam.
Dalam kejadian kira-kira 6.40 petang itu, mangsa Mohd Zulkifli Mat Isa, 48, dilaporkan ditembak lelaki berkenaan yang sedang memburu bersama seorang lagi rakannya di kawasan berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata selepas terkena tembakan itu, mangsa dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan oleh kedua-dua suspek.
“Mangsa yang tiba di klinik berkenaan kira-kira jam 9.30 malam masih bernafas, namun selang beberapa minit kemudian mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata mangsa terkena lima das tembakan di kepala, bahu kiri dan peha kanan.
Lai berkata pihaknya telah menahan dua lelaki berusia 40 dan 48 tahun itu atas kesalahan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian.
“Kedua-dua suspek kini di reman selama seminggu bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek melepaskan tembakan kerana menyangkakan mangsa adalah kijang yang diburu.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat. – BERNAMA
TOP
Kepetahan Pelajar Perubatan Di Russia Tambat Hati Perwakilan
KUALA LUMPUR: Wakil Mahasiswa Nasional, Nur Farhana Mohd Anuar menyampaikan perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden Umno sempena Perhimpunan Agung Umno ke-68, yang memasuki hari kedua hari ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Kepetahan dan kebijaksaan Nur Farhana Mohd Anuar ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang memasuki hari kedua hari ini, menambat hati Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin. Penuntut tahun kelima First Moscow State Medical University, Russia, itu ‘mencuri’ hati Badruddin apabila menyelitkan bahasa Russia dalam perbahasannya dan setiap kali itu juga terpaksa mengucapkan ‘mohon izin pengerusi’ selepas diingatkan beberapa kali bahawa perbahasan mestilah dalam bahasa Melayu. Badruddin juga beberapa kali mengajukan perkataan tertentu kepada Nur Farhana untuk mengetahui maksudnya dalam bahasa Russia dan bila cuba menyebutnya, seluruh hadirin di dalam dewan tertawa kerana sebutan dan bunyi Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan itu kedengaran pelik serta melucukan. Dalam perbahasannya selama 15 minit, Nur Farhana dengan lantang berkata UMNO tidak boleh berbangga dengan jumlah ahli yang ramai iaitu 3.47 juta orang kerana mendakwa belum tentu semua anggota itu adalah ‘orang UMNO’. “Ahli UMNO sepatutnya menjadi ‘orang UMNO’ yang akan berjuang demi bangsa, agama dan negara,” katanya ketika berucap di hadapan perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. Wakil Kelab UMNO Luar Negara Moscow itu menarik perhatian apabila menyatakan program anjuran UMNO terlalu ‘syok sendiri’, stereotaip, kurang mesra golongan muda, tidak strategik kerana kebanyakannya dianjurkan semata-mata untuk memenuhi tuntutan program tahunan. “Ramai mahasiswa muda mempunyai persepsi bahawa UMNO tidak mempunyai idea yang segar dan tiada idea baharu, matlamat serta perjuangan parti juga semakin pudar,” katanya. Selesai sahaja perbahasan gadis itu, Badruddin memuji Nur Farhana yang menurutnya berucap dengan penuh beradat serta beradab dan mahu jurucakap yang lain mencontohinya. “(Nur Farhana) memang terror (hebat)… tak rugi mai (datang) sini walaupun belajar di Russia tapi mampu bercakap bahasa Melayu dengan fasih. “Itulah perjuangan dan mereka inilah pelapis akan datang,” katanya dan disambut tepukan gemuruh para perwakilan. Ketika ditemui BERNAMA kemudian, Nur Farhana berkata bagi mendekatkan orang muda dengan UMNO dan meremajakan parti keramat orang Melayu itu, UMNO perlu mengadakan program bersifat interaktif, termasuk menggunakan media sosial, selaras dengan ‘hyperconnectivity’ atau kesalinghubungan digital yang ditekankan UMNO. Beliau turut mencadangkan agar laman web UMNO dan kerajaan direka dengan ringkas supaya mudah diakses walaupun sekadar menggunakan telefon bimbit manakala semua dasar diterangkan menggunakan grafik supaya anak muda dapat memahaminya dengan mudah. – BERNAMA

Perkasa Usaha Raih Undi Melayu, Bumiputera
Datuk Mohd Radzi Manan
KUALA LUMPUR – Dalam memastikan survival Barisan Nasional (BN), Umno, sebagai tonggak parti perlu memperkasakan usaha meraih sokongan tuntas kaum Melayu dan bumiputera, demikian menurut beberapa perwakilan. Mengakui pentingnya sokongan kaum lain kepada Umno, mereka berkata Umno sebagai parti Melayu terbesar di negara ini seharusnya mendapatkan sokongan padu daripada kaumnya sendiri terlebih dahulu. Seorang daripada perwakilan yang membahaskan perkara itu, Datuk Mohd Radzi Manan berkata sokongan itu penting untuk diterjemahkan dalam pilihan raya, dan memastikan Umno terus menerajui BN dan kekal memerintah negara dalam pilihan raya akan datang. “Umno mesti berbalik pada bangsa sendiri. Mari kita kenal pasti penyokong tegar Melayu bumiputera, di desa di bandar. Sungguhpun mereka susah, sudah pandang sepi terhadap Umno, mereka masih sayangkan kita,” kata wakil Perak itu semasa membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2014, di sini hari ini. Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Ucapan Dasar Presiden semalam menegaskan perjuangan Umno membela untung nasib orang Melayu dan bumiputera wajib disempurnakan. Dalam usaha mengekalkan undi masyarakat di luar bandar, yang menyumbang kepada kemenangan Umno dalam pilihan raya umum, Mohd Radzi berkata Umno perlu mengenal pasti masalah yang menyebabkan sokongan rakyat tidak sehebat dahulu. Ketua Umno Bahagian Kampar itu berkata golongan yang masih setia menyokong Umno dan BN, tidak boleh dibiarkan terus hidup dalam kesusahan di sebalik kekayaan dan kejayaan yang banyak dinikmati negara ini. “Sungguhpun kita memerlukan undi semua pihak, kita mesti bertindak mengikut keutamaan. Mana satu penyokong yang perlu kita jaga, yang perlu kita hampiri dan suburkan, di situlah kita pergi,” katanya. Senada dengan Mohd Radzi, Naib Ketua Umno Bahagian Rembau, Datuk Dr Awaludin Said menekankan kepentingan usaha memperkasakan pusat daerah mengundi (PDM) di seluruh negara untuk benar-benar mendekati masyarakat di akar umbi dan memastikan kejayaan pada pilihan raya umum akan datang. Awaludin turut berkongsi kejayaan strategi itu apabila BN berjaya menguasai 22 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13 hasil daripada langkah pemimpin parti mendekati rakyat di akar umbi melalui saluran PDM. “Untuk kami (pucuk pimpinan) bergerak di PDM tidak perlu perkara lain, kami hanya memerlukan bantuan orang ramai. “Sekiranya setiap anggota memberi sumbangan berupa bantuan mengikut saluran mereka di PDM, maka parti akan kuat dan seterusnya membawa kepada kejayaan pada setiap pilihan raya yang dihadapi,” kata Awaludin. Wakil Kedah dari Bahagian Pokok Sena, Dr Mohammad Nawar Ariffin semasa perbahasannya pula mahu Umno terus menyuntik aspek kualiti dalam barisan kepimpinan, anggota dan program-program yang dijalankan parti mahupun kerajaan. Menggunakan analogi ‘doktor mengubati pesakit’, beliau berkata kualiti dan keaslian parti akan menjamin kedudukan Umno di hati rakyat kerana kesannya dapat benar-benar dirasai. “Kalau kita beri ubat kepada pesakit, kita mesti beri yang asli dan berkualiti, begitu juga dengan kualiti dalam kepimpinan parti yang perlu ‘asli’ supaya generasi akan datang lebih menghormati kita,” katanya. Ketua Cawangan Kampung Menerong itu mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan dalam meningkatkan kualiti kepimpinan iaitu meningkatkan integriti, melakukan kerja dari hati dan melalui dasar yang ditetapkan, memberi penekanan terhadap setiap perkara dengan lebih terperinci dan mengutamakan hasil yang memberi kesan menyeluruh. – BERNAMA

Remaja Lelaki Maut Motosikal Dirempuh Kereta Pacuan 4 Roda
KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh oleh sebuah kereta pacuan empat roda di Jalan Raja, di sini awal pagi tadi.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Supritendan S. Markandan berkata dalam kejadian pukul 4 pagi itu, mangsa Irham Muzani Azhar, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Markandan berkata ketika kejadian, kereta jenis Nissan yang dipandu seorang lelaki bersama tiga rakannya, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan.
Ini mengakibatkan ia bertembung dengan motosikal yang ditunggangi mangsa dari arah bertentangan.
Katanya keempat-empat mereka dirawat di HKL kerana cedera ringan. – BERNAMA
TOP
9 Penumpang Cedera Nahas Dekat Sungai Bakap
NIBONG TEBAL – Sembilan penumpang cedera selepas bas ekspres dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 153 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Sungai Bakap, di sini, tengah malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.40 malam ketika bas ekspres terbabit dalam perjalanan dari arah utara menghala selatan, sebelum terbabit kemalangan dengan lori membawa muatan tong gas.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya yang menerima panggilan bergegas ke lokasi sebelum bantuan diberikan kepada mangsa.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan sembilan mangsa yang mengalami kecederaan membabitkan enam perempuan dan tiga lelaki dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut,” katanya. – BH Online
TOP
Hari Terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2014
KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung Umno 2014, yang akan melabuhkan tirai Sabtu, disambung dengan perbahasan usul ekonomi oleh enam orang lagi perwakilan.
Ia akan disusuli dengan pembentangan dan perbahasan usul agama dan pendidikan oleh 15 perwakilan.
Seperti biasa, tumpuan 2,752 perwakilan Umno kali ini dan rakyat Malaysia di seluruh negara pada hari terakhir ini ialah penggulungan perbahasan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden Umno.
Sesi penggulungan akan berlangsung pada sebelah petang.
Selain kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu, ketiga-tiga Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga akan berucap bagi menggulung perbahasan.
Turut dijadual menggulung perbahasan ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin serta seorang wakil anggota Majlis Tertinggi Umno. – BERNAMA
TOP
Putrajaya Bermandi Cahaya Sempena Lampu 2014 Bulan Depan
PUTRAJAYA: Persembahan tarian TRON yang bercahaya dan berwarna warni daripada Tim E.L Malaysia menarik perhatian hadirin pada majlis pra pelancaaran Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2014 anjuran Perbadanan Putrajaya di sini hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA – Putrajaya bakal bermandikan cahaya selama tiga hari mulai 12 Dis ini sempena penganjuran ‘Light and Motion Putrajaya’ (LAMPU) 2014, yang mampu menyerlahkan keindahan dan keunikan seni bina bangunan dan struktur utama di pusat pentadbiran negara itu. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata program itu melibatkan sebahagian Persiaran Perdana, Dataran Putrajaya, Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Sisiran Tasik di Presint 2 dan 3. Bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Menara Usahawan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, pintu gerbang PPj dan Istana Kehakiman antara bangunan yang akan bermandi cahaya, katanya pada sidang media sempena prapelancaran LAMPU 2014 di sini, hari ini. Program itu, yang bermula dari 7.30 petang hingga 12 tengah malam, akan mengetengahkan acara seperti permainan pencahayaan interaktif, pameran automotif bercahaya, kayuhan basikal serta beca bercahaya, mini IT ekspo, pertunjukan wayang kulit serta pertandingan fotografi. Penganjuran festival itu mirip kepada Festival Cahaya Antarabangsa yang sering dianjurkan bandar raya terkemuka dunia seperti Festival Cahaya Lyon, Festival Cahaya Amsterdam, Festival Cahaya Berlin serta festival cahaya terkemuka Eropah, ‘Matters’. “Semoga penganjuran ini akan menjadikan Putrajaya dikenali di persada dunia dan mampu menarik lebih ramai pelancong,” katanya. Loga Bala menjangka LAMPU 2014 dapat menarik kehadiran kira-kira 100,000 pengunjung. – BERNAMA

Tian Chua Cabar Anifah Buat Laporan SPRM Ke Atas Anwar
KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mencabar Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tian Chua mendakwa, Anifah sebagai seorang Ahli Parlimen perlu membuat laporan tersebut kerana itu tanggungjawab beliau sebagai seorang pemimpin negara dalam sesuatu perkara membabitkan isu rasuah.
“Mengapa Anifah tidak membuat laporan SPRM. Laporan `The Star’ menyebut kejadian itu berlaku pada Mei 2008 sedangkan Anifah kata dia tidak ingat mengenainya secara terperinci,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Tian Chua mencabar Anifah membuat laporan SPRM ke atas Anwar yang merupakan Ketua Umum PKR memandangkan dakwaan itu sangat serius.
“Jika tidak kredibiliti beliau (Anifah) akan dipersolah bahawa semua dakwaan itu cuma mahu menjatuhkan Anwar dan pembangkang,” dakwanya.
Anifah semalam mendedahkan, seorang ahli perniagaan yang berkait rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan RM100 juta kepadanya bagi membawa 10 ahli Parlimen dari Sabah menyertai pakatan pembangkang dan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008.
Menteri luar itu dipetik berkata, beliau terasa “murah” apabila tawaran itu diajukan bekas timbalan pengerusi eksekutif KFC Datuk Ishak Ismail pada satu pertemuan di Hilton Central, Kuala Lumpur.
Ahli Parlimen Kimanis itu bagaimanapun dilaporkan tidak dapat mengingati tahun atau bulan kejadian itu berlaku.-mynewsub
TOP
Jenama Produk Kepada Pengguna Menerusi MAHA
SERDANG – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2014 perlu digunakan sebaik mungkin oleh usahawan wanita sebagai landasan bagi menjenamakan produk masing-masing dalam kalangan pengguna.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim berkata MAHA merupakan tempat terbaik bagi usahawan wanita mencabar keupayaan diri untuk bersaing dalam arena keusahawanan di lokasi yang mempamer dan menjual produk yang kebanyakannya turut dijual peniaga lain.
“Berniaga di MAHA juga memerlukan mereka mencungkil sepenuhnya bakat yang ada untuk menginovasikan produk agar dapat diketengahkan dalam persaingan.
“Dengan itu, usahawan-usahawan ini boleh mencipta nama seterusnya menjenamakan produk mereka ke pasaran lebih luas, sekali gus mengupayakan ekonomi di kalangan wanita,” katanya kepada pemberita selepas melawat pameran itu di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.
Beliau berkata berdasarkan pemerhatian, penglibatan usahawan wanita pada pameran yang diadakan setiap dua tahun sekali itu amat membanggakan dan memberangsangkan.
Rohani berkata kebanyakan produk yang dijual juga dilihat boleh menarik keyakinan pembeli untuk berbelanja berdasarkan inovasi dan cara pembungkusan yang dibuat.
Bagi memastikan keyakinan dalam kalangan wanita terus meningkat untuk menceburi bidang keusahawanan dan berani menyertai pameran perniagaan, Rohani berkata kementeriannya akan terus memberi galakan melalui pelbagai program latihan dan motivasi.
“Sebagai kementerian yang dekat dengan wanita, kami akan membantu melalui latihan dan ceramah motivasi agar para usahawan ini lebih berkeyakinan dengan apa yabg dilakukan,” katanya.
Pameran selama 11 hari yang akan berakhir pada Ahad menyasarkan kehadiran 3.5 juta pengunjung dengan sasaran nilai jualan barangan berjumlah RM200 juta. – BERNAMA
TOP
Ramai Pekerja Belum Jalani Pemeriksaan Kesihatan
BENTONG – Hanya 20 peratus atau 400,000 pekerja menjalani pemeriksaan kesihatan percuma menggunakan baucer Program Saringan Kesihatan (PSK) dalam tempoh Januari 2013 hingga November tahun ini.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata jumlah itu masih rendah kerana sepanjang tempoh itu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengedarkan lebih 1.9 juta baucer PSK kepada pekerja yang layak.
“Jumlah pekerja yang belum menjalani pemeriksaan kesihatan masih ramai dan angka itu amat membimbangkan kerana kita mengedarkan 1.9 juta baucer tetapi hanya 20 peratus yang tampil membuat pemeriksaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan PSK Perkeso di Genting Highlands, dekat sini hari ini.
Bagi memberi peluang kepada pekerja yang belum menggunakan baucer pemeriksaan kesihatan berkenaan, Richard berkata Perkeso melanjutkan tempoh penggunaan baucer tersebut sehingga 31 Dis ini.
“Peluang ini diberi supaya usaha kerajaan menyediakan kemudahan saringan kesihatan secara percuma dapat disampaikan kepada semua pekerja di seluruh negara,” katanya.
Richard berkata daripada 400,000 pekerja yang menjalani pemeriksaan kesihatan, 66 peratus didapati tidak pernah menjalaninya sebelum ini.
Beliau berkata 62 peratus pekerja pula mengetahui mereka mengalami masalah berat badan berlebihan, 41 peratus menghidap darah tinggi, 16 peratus kencing manis dan 61 peratus mempunyai tahap kolesterol berlebihan.
Sementara itu, katanya, daripada 103,652 pekerja wanita yang menjalani ujian pap smear, 345 daripadanya menunjukkan keputusan abnormal dan bagi pemeriksaan mamogram terhadap 136,500 pekerja, 707 dikategorikan berisiko manakala 124 berisiko tinggi.
Beliau berkata pekerja boleh menjalani pemeriksaan kesihatan mereka di 3,242 klinik swasta, 234 makmal dan 107 pusat mamogram di seluruh negara yang menyertai program itu sebagai panel PSK.
“Saya menyeru semua majikan memberi kelonggaran kepada pekerja mereka yang ingin menjalani pemeriksaan kesihatan atau boleh memberi kerjasama bagi melaksanakan program ini di tempat kerja mereka tanpa mengganggu waktu bekerja untuk pergi ke klinik,” katanya. – BERNAMA
TOP
USM Nafi Tertuduh Kes Dadah Kakitangan Universiti
KUALA LUMPUR – Universiti Sains Malaysia (USM) kesal dengan laporan beberapa akhbar mengenai satu kes lelaki dihukum mati kerana mengedar dadah.
USM dalam satu kenyataan memberitahu, laporan akhbar tersebut bahawa lelaki itu merupakan kakitangan USM tidak benar.
“USM menafikan orang kena tuduh (OKT) yang dijatuhi hukuman oleh mahkamah tersebut ada kaitan dengan USM.
“Kami telah menyemak data-data yang ada dan ingin menjelaskan bahawanya namanya tidak ada dalam sama ada senarai kakitangan yang masih bekerja, telah bersara atau diberhentikan atas apa-apa alasan jua pun,” jelas kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu, USM meminta pihak media supaya membuat semakan dengan pihak USM sebelum membuat sebarang hebahan yang mengaitkan universiti itu,
TOP
SPNB Bina 20,000 Rumah Mampu Milik Tahun Depan
KUALA LUMPUR – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 20,000 unit tambahan Rumah Mampu Milik (RMM) di sekitar Lembah Klang tahun depan.
Presiden SPNB Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata rumah jenis apartmen dan kondominium itu bakal dilengkapi semua kemudahan asas dan akan dijual mengikut harga sasaran antara RM250,000 dan RM500,000.
“Bagi kawasan Lembah Klang, agak sukar kita tawar rumah dengan harga bawah RM250,000 kerana harga tanah yang mahal namun kita cuba pastikan rumah tersebut dijual di bawah RM500,000,” katanya kepada pemberita bagi menjawab berhubung usul rumah mampu milik yang dibahaskan dalam Perhimpunan Agung Umno 2014, di sini hari ini.
Beliau berkata SPNB juga akan membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara dengan harga RM65,000 seunit pada tahun depan.
Katanya RMR disasarkan kepada golongan berpendapatan sederhana di bawah RM3,000 sebulan dan kos pembinaan rumah itu kini tidak lagi ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
“RMR tidak lagi menerima pembiayaan penuh daripada kerajaan dan hanya diberi subsidi sebanyak RM20,000 dan baki kos pembinaan ditanggung oleh bank,” katanya. – BERNAMA
TOP
Kumpulan Hak Asasi Manusia Kutuk Hukuman Mati
Bangkok – Kumpulan hak asasi manusia mengutuk Thailand kerana menjatuhi hukuman mati terhadap lima pemisah Islam yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah semalam.
Pengarah Penyelidikan Amnesty International Asia Tenggara, Rupert Abbott berkata, keputusan berkenaan hanya memburukkan usaha mencari perdamaian di selatan Thailand.
“Hukuman mati itu sendiri bercanggah dengan hak asasi manusia dan tidak mampu mengekang gelombang keganasan di wilayah berkenaan.
“Kerajaan mungkin menyangka hukuman itu menjadi penyelesaian segera kepada kempen antikeganasan namun tiada bukti ketegasan begitu boleh menyelesaikan masalah,” katanya.
Semalam mahkamah di Pattani menjatuhi hukuman mati ke atas Ismail Daong, Masahadi Methor, Gordae Jatae, Nimuhammad Niseng dan Hisbulloh Buesa bagi tuduhan menembak mati empat anggota tentera di wilayah itu pada Julai 2013.
Pegawai Persekutuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa, Andrea Giorgetta berkata, Bangkok berkali-kali menyatakan mahu memansuhkan hukuman mati.
“Malangnya ia bukan saja terus wujud, malah kesnya meningkat,” katanya. – AFP
TOP
Kembar Siam Bercantum Hati Berjaya Dipisah
CHANDIGARH, India – Sepasang bayi kembar Siam perempuan di sini berjaya dipisahkan oleh 40 orang doktor selepas menjalani pembedahan selama enam jam, lapor MailOnline kelmarin.
Bayi yang berusia dua bulan itu, Saboora dan Safoora berkongsi perut dan hati sejak mereka dilahirkan.
Pembedahan rumit itu dilakukan di Hospital Medicity di sini, dalam negeri Haryana, utara India pada 15 November lalu.
Pengarah Jabatan Pediatrik Gastroenterologi, Hepatologi dan Pemindahan Hati Hospital Medicity, Dr. Neelam Mohan berkata, cabaran terbesar dalam pembedahan itu adalah untuk memisahkan hati dua bayi itu.
“Ia amat sukar memandangkan saluran darah mereka bercantum sekali gus meningkatkan risiko pendarahan. Kami berjaya memisahkan mereka walaupun dalam kebanyakan kes, pembedahan memisahkan kembar siam berakhir dengan kegagalan.
“Malah, mereka tiada komplikasi dan dijangka dapat menjalani kehidupan normal seperti bayi lain,” katanya.
Kembar siam milik Mohammed dan isterinya, Zabeeda itu dibenarkan pulang pada 26 November lalu.
Kes bayi kembar siam berlaku dalam satu bagi setiap 100,000 kelahiran dengan tiga daripada empat kes adalah bayi perempuan. – Agensi
TOP
Ribut 140kmj, Hujan Batu Badai Timur Australia
BRISBANE – Ribut kencang beserta hujan batu yang melanda pantai timur Australia lewat kelmarin menyebabkan beberapa pesawat terbalik dan banyak bumbung kediaman diterbangkan angin.
Ribut berkenaan juga menyebabkan kerugian lebih AS$85 juta (RM287 juta) selepas pihak tentera dikerah untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.
Menurut beberapa pegawai tempatan, ribut tu merupakan antara yang terburuk di Australia dan paling kuat pernah melanda bandar raya ini sejak tiga dekad lalu. Bencana itu menyebabkan hujan batu sebesar bola tenis merejam sejumlah kereta dan bangunan, menyebabkan beberapa jalan raya dilanda banjir dan mencederakan 39 orang.
Ia yang membawa angin selaju 140 kilometer sejam (kmj) turut menumbangkan pokok-pokok dan menyebabkan empat buah pesawat ringan terbalik di Lapangan Terbang Archerfield, kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar raya ini.
“Suasana ketika itu seperti hari kiamat,” kata seorang penghuni sebuah bangunan apartmen yang bumbungnya diterbangkan angin kencang sejauh 100 meter.
Seorang lagi penduduk Brisbane berkata, hujan batu itu bergerak seperti peluru.
“Anak perempuan saya menangis dan bunyi ribut tak ubah seperti bunyi kereta api yang menuju ke arah anda,” kata seorang penduduk tempatan, John Arthur kepada sebuah stesen radio Australia.
Menurut Datuk Bandar Queensland, Campbell Newman, ribut itu merupakan antara yang terburuk pernah melanda bandar raya ini sejak 1985, namun beliau bersyukur kerana tiada kecederaan serius dilaporkan. – AFP
TOP
Piala AFF: Jurulatih Singapura Label Malaysia “Terlalu Bahaya”
SINGAPURA – Ketua jurulatih Singapura, Bernd Stange sudah memulakan perang psikologi apabila berkata Malaysia lawan yang “amat bahaya”.
Pentas kini tersedia untuk dua pasukan tetangga itu apabila mereka bertembung dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B, Piala AFF Suzuki, malam esok.
Singapura dan Malaysia harus menang dan pertembungan ini turut dinanti penuh ghairah oleh penyokong yang bakal membanjiri Stadium Nasional, di sini.
Stange jelas yakin akan persembahan pasukannya nanti yang diwakili semua pemain tempatan tanpa tenaga import kali ini.
“Pemain saya fokus dan komited untuk turun ke gelanggang dan bermain mati-matian untuk layak ke separuh akhir,” katanya di sidang akhbar, hari ini.
Namun, dia tetap berwaspada dengan ancaman daripada Harimau Malaya apabila akur lawan mereka itu “amat berbahaya”.
Stange turut menagih kepercayaan daripada peminat dan menyokong penuh pasukan mereka, esok untuk layak. – Agensi
TOP
Spurs Boleh Berdepan Hukuman UEFA, Penonton Ceroboh Padang
LONDON – Tottenham Hotspur mungkin berdepan hukuman Kesatuan Bola Sepak Eropah (EUFA) selepas perlawanan Liga Europa di antara kelab itu menentang Partizan Belgrade ditangguhkan selama beberapa minit selepas penonton menceroboh padang sebanyak tiga kali, awal pagi tadi.
Pengadil memerintahkan pemain keluar padang selepas 38 minit pada perlawanan Kumpulan C itu ketika kedudukan terikat 0-0.
Pemain kedua-dua pasukan kembali ke padang kira-kira 10 minit dan Tottenham kemudiannya mencatat kemenangan 1-0.
Penonton yang menceroboh padang didapati memakai baju T sama corak dan media British melaporkan bahawa ia mungkin sebahagian daripada helah pemasaran.
“Tiga penceroboh di padang pada perlawanan ini sudah ditahan dan disoal siasat polis.
“Kita akan memberikan maklumat terkini sebaik mendapat maklumat lengkap berkaitan perkara ini.
“Kita meminta maaf kepada penonton atas gangguan dan kelakuan yang tidak dapat diterima,” katanya. – Reuters
TOP
Annuar Sindir Dollah, “Mana Senjata Rahsia Harimau Malaya?”
KUALA LUMPUR – Mana pergi senjata Harimau Malaya untuk menewaskan Thailand?
Itu sindiran Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa ke atas jurulatih kebangsaan Dollah Salleh.
Beliau menyindir kerana kecewa skuad negara tewas 3-2 kepada Thailand dalam saingan peringkat kumpulan Piala Suzuki di Singapura petang semalam.
“Mana dia yang dikata ada senjata untuk menewaskan Thailand. Mana dia pemain yang diwar-warkan akan merobek gawang?,” sindir beliau melalui media sosial hari ini.
Annuar bagaimanapunberkata, pasukan negara tidak boleh mudah putus asa sebaliknya perlu menewaskan Singapura di laman mereka demi maruah bola sepak Malaysia.-mynewsub
TOP
Remaja Berdepan Hukuman Mati Didakwa Racun Suami
NIGERIA – Seorang remaja berusia 14 tahun kini berdepan hukuman mati selepas dia didakwa membunuh suaminya yang berusia 35 tahun bersama tiga yang lain dengan memasukkan racun tikus dalam makanan, ketika majlis meraikan perkahwinannya diadakan,
Wasila Tasi didakwa meminta seorang budak lelaki berusia tujuh tahun untuk membeli racun berkenaan di kedai berhampiran, beberapa jam sebelum empat mangsa itu mati secara mengejut selepas makan makanan yang sama pada 5 April lalu.
Pihak pendakwaraya percaya Wasila berbuat demikian kerana menyesal berkahwin dengan seorang peladang, Umar Sani, yang mempunyai beberapa orang isteri.
Ketika dihadapkan di mahkamah, Wasila menangis secara diam dan mengaku tidak bersalah.
Jiran mangsa, Abdulrahim Ibrahim, mendakwa dia turut dihidangkan dengan makanan berkenaan namun dia tidak makan selepas mendapati terdapat serbuk berwarna hitam di dalamnya.
“Saya tidak selesa dengan baunya. Hanya Umar yang terus makan,’’ katanya ketika memberi keterangan di mahkamah.
Sementara bapa Wasila, Tasi berkata, dia cuba merayu kepada mahkamah agar anaknya itu tidak dikenakan hukuman mati.
Wasila kini ditahan di sekolah juvana.-mynewsub
TOP
Anifah Dakwa Ditawar RM100 Juta Jika 10 MP BN Berpaling
Dalam satu pendedahan di mahkamah ketika prosiding saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, Datuk Seri Anifah Aman mengejutkan ramai apabila berkata, beliau pernah ditawarkan RM100 juta untuk membawa 10 ahli parlimen dari Barisan Nasional melompat parti.
Tawaran tersebut dilakukan bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif KFC, Datuk Ishak Ismail yang diketahui merupakan rakan baik ketua pembangkang itu. Beritahu Menteri Luar itu kepada mahkamah, ahli korporat tersebut mendekatinya semasa dia sedang merokok bersama Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee serta beberapa orang lain di Hotel Hilton KL Sentral pada Mei 2008. “Saya terperanjat dan marah. Saya rasa terhina kerana telah berkhidmat untuk Barisan Nasional sebagai ahli parlimen selama tiga penggal. Saya beritahu Ishak, ‘jangan sekali-kali diulang kata-kata itu‘.” Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan soalan yang dikemukakan peguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah. Tambah beliau lagi, “Saya menyatakan dalam ucapan di Parlimen pada Mei 2008 bahawa saya kecewa dengan kerajaan persekutuan (bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi) kerana tidak memberi pengiktirafan kepada MP dari Sabah dan Sarawak. “Bagaimanapun, saya nyatakan di Parlimen pada ketika itu bahawa, walau kecewa dengan kedudukan itu dan BN tewas lima negeri, saya tidak akan berpaling tadah.” Anwar menfailkan saman RM100 juta terhadap Anifah dan kerajaan kerana dikatakan menfitnahnya dalam satu sidang akhbar di Washington pada 16 Mei 2009 bersama Setiausaha Amerika Syarikat ketika itu, Hillary Clinton. – MYNEWSHUB.CC

PBNJ Pertahan Safee Sali, Bantah Kritikan Peminat
KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yakin penyerang kebangsaan, Safee Sali masih merupakan seorang pemain bola sepak yang hebat di negara ini.
Sehubungan itu, PBNJ menyelar pihak yang menghentam pemain kebangsaan itu hanya kerana prestasi kurang memberangsangkan skuad Harimau Malaya dalam kejohanan Piala AFF Suzuki yang sedang berlangsung di Singapura.
“Begitu mudah peminat melupakan jasa Safee ketika beraksi cemerlang dimana beliau dinobatkan sebagai pemenang kasut emas dan menjuarai piala AFF Suzuki 2010. Jasa Safee Sali tidak boleh dilupakan begitu sahaja.
“Safee seorang individu yang sangat profesional dan sentiasa berusaha keras serta sentiasa memberikan 100 peratus komitmen di atas padang tidak kira ketika beraksi untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT) mahupun negara.
“Safee seorang pemain yang sentiasa serius dan bersungguh-sungguh dan bersikap profesional dalam latihan JDT serta beraksi dengan baik ketika perlawanan menentang Thailand walaupun baru pulih daripada kecederaan yang serius ketika beraksi untuk Harimau Selatan dalam Liga Malaysia dua bulan lalu,” kata kenyataan itu hari ini.
Justeru, tegas PBNJ, kritikan terhadap persembahan Safee tidak berasas sama sekali berdasarkan prestasi beliau dalam perlawanan menentang Thailand dan PBNJ yakin Safee akan kembali menyengat bersama pasukan JDT untuk musim hadapan.
Sehubungan itu, PBNJ mengumumkan persatuan itu telah menawarkan kontrak baharu kepada Safee untuk terus bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia musim 2015. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Cub Prix: Zaqhwan Tumpu Gelaran Pasukan Terbaik
JUARA keseluruhan CP130, Mohd Zaqhwan Zaidi berazam untuk merealisasikan misi pasukan untuk memenangi Anugerah Berpasukan Keseluruhan setelah berjaya mempamerkan aksi terbaik dengan mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Alor Setar, Kedah, hari ini.
Pelumba Givi Honda Yuzy Racing itu mencatat masa terpantas 49.670s mengatasi catatan pelumba Motul Yamaha YY Pang, Mohd Adib Rosley yang mencatatkan masa terbaik 49.931s. Catatan ketiga terpantas milik Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor) dengan masa 49.949s.
“Selain merebut kemenangan peribadi, saya mahu membntu pengurus pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini untuk meraih gelaran pasukan terbaik pada tahun ini. Dengan masing-masing mempunyai dua pelumba yang akan bersaing dalam perlumbaan akhir, peluang masih terbuka diantara kami dan pasukan PETRONAS Yamaha-CKJ (Ahmad Afif Amran dan Mohd Affendi Rosli),” jelas Zaqhwan.
Tambahnya, “Apa yang penting saya dan rakan, Sasitharen Sukumaran perlu berusaha menamatkan saingan di hadapan mereka dan kalau muncul juara, ia akan memberi banyak kelebihan mata kepada kami,” jelas Zaqhwan.
Mengulas tentang aksi di Alor Setar, Zaqhwan berkata, “Beraksi di litar baharu bukan halangan besar kepada saya. Yang penting saya perlu mendapatkan pelarasan terutama sistem suspensi terbaik. Dari segi kelajuan jentera, ia tidak mempunyai banyak masalah kerana sama seperti kebiasaannya, jurutera pasukan telah menyediakan jentera pada tahap terbaik.
“Jika cuaca hujan pada perlumbaan akhir esok, saya fikir ia bukan halangan kerana tayar Dunlop yang kami gunakan memberikan cengkaman yang cukup baik. Mudah-mudahan kami dapat mencapai misi meraih kemenangan berganda pelumba dan pasukan terbaik pada tahun ini,” jelas Zaqhwan.
Dalam saingan CP115, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Yamaha YY Pang) muncul pelumba terpantas ujian masa dengan catatan masa 52.595s.
Dua pelumba Felda Pbafb Tech Racing, Aziamizat Sumairy dan Mohd Iqbal Amri Abd Malek mempamerkan prestasi terbaik pada musim ini setelah mencatat masa kedua dan ketiga terpantas, masing-masing dengan masa 53.078s dan 53.092s.
“Saya hanya menetapkan matlamat untuk mengekalkan kedudukan di tangga ketiga keseluruhan ketika ini. Paling penting saya perlu menamatkan saingan di atas podium pada perlumbaan akhir esok,” jelas Tengku Amirul.
Sementara itu, dalam kategori Wira, juara keseluruhan, Khairul Idham Pawi (Kozi Yam Honda Racing) terus mendominasi saingan dengan melakukan catatan terpantas, 53.214s diikuti rakan sepasukan, Mohd Harith Farhan dengan masa 53.729s. Saiful Izman Ahmad Zamani (Felda Pbafb Tech Racing) muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 53.755s.
Keputusan Latihan
CP130
1.Zaqhwan Zaidi (Honda) 49.670s 2.Mohd Adib Rosley (Yamaha) 49.931s 3.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 49.931s 4.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 50.118s 5.Azhar Abdul Jalil (Yamaha) 50.245s
CP115
1.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 52.595s 2.Aziamizat Sumairy (Yamaha) 53.078s 3.Iqbal Amri Malek (Yamaha) 53.092s 4.Kasma Daniel (Yamaha) 53.117s 5.Rozaiman Mohd Said (Honda) 53.325s
WIRA
1.Khairul Idham Pawi (Honda) 53.214s 2.Harith Farhan Baharin (Honda) 53.729s 3.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 53.755s 4.Afiki Supaat (Yamaha) 53.822s 5.Saiful Azhary Muhamad (Honda) 54.496s
-mynewsub

Syabas Lancar Aplikasi Telefon Pintar Maklumat Bekalan Air
SHAH ALAM – Pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan, dan Putrajaya kini boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai bekalan air dengan menggunakan aplikasi telefon pintar ‘mySYABAS,’ yang dilancarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini.
Pengerusi Eksekutif Syabas Tan Sri Rozali Ismail berkata maklumat yang boleh diakses menggunakan aplikasi itu termasuk kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air dan bagi menghantar aduan tentang bekalan air.
Rozali yang melancarkan aplikasi itu di sini berkata dengan adanya aplikasi berkenaan, pengguna kini mempunyai satu lagi akses untuk berhubung dengan Syabas selain menggunakan talian Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel).
Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Playstore untuk peranti Android atau Appstore untuk pengguna iPad dan iPhone.
Mengulas mengenai pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2, Rozali berkata loji itu penting bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air.
Projek itu merupakan antara komponen utama Skim Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor bagi merawat 2,260 juta liter sehari (JLH) air mentah dari Sungai Semantan, Pahang ke Sungai Langat bagi memenuhi keperluan permintaan tambahan bekalan di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya sehingga 2025.
Turut dilancarkan ialah Portal Perkhidmatan Pengguna Syabas. – BERNAMA
TOP
BlackBerry Tawar Wang Tunai Kepada Pelanggan iPhone
BlackBerry mula mengatur langkah bagi menarik perhatian peminat gajet termasuk pelanggan Apple.
Menerusi pelan terbarunya, BlackBerry menawarkan wang tunai kepada pelanggan yang sanggup trade-in (menukar) telefon iPhone mereka dengan BlackBerry Passport.
Promosi ini merupakan salah satu pelan pemulihan milik firma Kanada yang mengeluarkan jenama ini untuk meningkatkan jualan sekaligus bersaing dengan jenama Apple.
Tawaran penukaran telefon bimbit iPhone dengan Blackberry ini dijangka bermula bulan depan sehingga 13 Februari 2015 di Kanada dan Amerika Syarikat.
Pelanggan yang mahu menukar iPhone mereka juga boleh menerima wang tunai sehingga $400 (RM1336) bergantung kepada model dan keadaan. Mereka juga akan diberikan $150 (RM501) dalam bentuk kad hadiah (gift card).
Model BlackBerry Passport baru sahaja dilancarkan pada September lalu.
Telefon bimbit model ini mempunyai skrin sentuh persegi yang lebih besar serta papan kekunci sentuh QWERTY.
BlackBerry menyasarkan gajet terbaru keluaran mereka ini sesuai untuk golongan profesional perniagaan yang mementingkan produktiviti, kuasa bateri yang lebih lama dan mudah dibawa. – MYNEWSHUB.CC
TOP
iPhone 5C Akan Ditamatkan Pengeluarannya Pada 2015
Telefon pintar jenis mampu milik keluaran Apple, iPhone 5C dilaporkan akan ditamatkan pengeluarannya menjelang pertengahan tahun hadapan.
iPhone 5C dijual dengan lima variasi warna yang mempunyai ruang storan 8GB dan tidak didatangkan dengan sistem Touch ID.
Touch ID kini menjadi fokus penting dalam produk mudah alih Apple, jadi mana-mana produk tanpa sistem tersebut dijangka mungkin akan ditamatkan.
Mungkin salah satu sebab utama mengapa iPhone 5C ditamatkan pengeluarannya juga, adalah ruang storan yang terlalu kecil, iaitu 8GB. Tambahan pula, tiada cara untuk meningkatkan ruang storannya melainkan anda melanggan storan iCloud. Kami rasakan, jika Apple mengaplikasikan ruangan slot kad Micro SD bagi tambahan ruang storan, tentu pengguna akan beratur panjang untuk membelinya, walaupun harganya RM1,499 dan tiada Touch ID. Bagi sesetangah pengguna, ruang storan 8GB mungkin sudah memadai untuk kegunaan harian, namun jika diambil kira gambar-gambar dan pelbagai lagi aplikasi yang dimuat turun ke telefon pintar pada hari ini, lama kelamaan ia pasti tidak cukup. Sumber: GSMArena Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Microsoft Dan Yahoo! Berminat Menjadi Enjin Carian Pada Apple
Baru-baru ini, Mozilla telah memilih Yahoo! sebagai penyedia enjin carian utama mereka di Amerika Syarikat dengan menggantikan Google sebelumnya, selain turut membuat perubahan di beberapa negara lain.
Dengan tahun 2015 yang menjelang tiba, kini satu lagi persoalan yang timbul adalah adakah Apple akan beralih daripada penggunaan enjin carian Google pada pelayar web mereka?
Menurut laporan awal, Yahoo! dan Microsoft dilihat berminat untuk menggantikan Google pada pelayar web Safari.
Memandangkan Safari merupakan pelayar web utama yang terdapat pada produk Apple seperti pada komputer OSX, iPhone dan iPad, ia sekaligus menjadikan Google sebagai enjin carian utama pada peranti-peranti tersebut.
Tidak diketahui lagi sama ada pihak Apple akan menggantikannya ataupun tidak, namun akhir-akhir ini, mereka telah menggantikan Google Maps dan membuang YouTube.
Apa pun, pada masa sama Apple sering mengutamakan pengalaman pengguna jadi tidak diketahui sama ada di bawah Tim Cook, Google akan digantikan atau tidak bagi memberikan pengalaman penggunaan yang baik kepada pengguna – terutama mereka yang berada di luar Amerika Syarikat.
Sumber: THE INFORMATION
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
TOP
Apa Motif Ikon TV Dahlan Maamor Setuju Kutukan Kepada Najib??
Petikan imej laman Facebook Dahlan yang digunakan untuk bersetuju akan kutukan kepada Najib.
Susulan daripada kutukan melampau yang diberikan Pengasas Persatuan Karyawan Datuk Seri Zaienal Abidin Omar semalam ke atas ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, penulis terfikir seperkara yang menarik berkaitan insiden itu malam tadi. Komen pertama yang diterima Zaienal Abidin semalam ialah daripada personaliti televisyen yang kerap mengulas program sukan pada masa dahulu iaitu Datuk Dahlan Maamor.
Boleh dikatakan Dahlan pernah popular mengulas siaran langsung acara sukan khususnya bola sepak di negara kita yang kerap disiarkan oleh sebuah stesen televisyen swasta percuma di dalam negara. BACA – Ucapan Najib Dikutuk, Dilabel Tahap Pidato Sekolah Menengah Meninjau laman Facebooknya, terdapat gambar yang dirakamkan beliau bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diundang sebagai tetamu dalam program televisyen Bernama TV ‘Ruang Bicara’.
Gambar Dahlan bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Diketahui Dr Ahmad Zahid adalah antara menteri kanan dalam kabinet Najib dan juga merupakan antara tiga Naib Presiden UMNO selain Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Persoalan timbul, apa motif Dahlan menyertai menulis komen di Facebook Zaienal menyokong kutukan memperlekehkan ucapan Najib. Padahal, beliau kini merupakan moderator program televisyen Bernama TV yang juga bergerak di bawah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), iaitu sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Itulah berlegar di kotak pemikiran penulis berkenaan apakah motif Dahlan turut sama berpasukan dengan Zaienal Abidin menyokong kenyataan bahawa ucapan dasar Najib yang juga Perdana Menteri berucap pada tahap pidato peringkat sekolah menengah. Dengan kebanyakan daripada perwakilan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), mereka berterima kasih apabila Najib mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 dikekalkan bagi mereka berdua cara ucapan Najib yang jadi perhatian. Artikel semalam, sudah pun menerima komen berbeza dari para penyokong Zaienal dan juga penyokong Najib memberi pendapat berbeza berdasarkan ucapan dasar berkenaan. Dalam sesi perbahasan sejak semalam, para perwakilan menggunakan persembahan grafik dan multimedia dalam ucapan Najib untuk membantu mereka menyampaikan mesej ketika membahaskan usul mereka jelas menunjukkan mereka berjaya dibantu berbahas dengan baik ekoran persembahan berbeza daripada Najib itu. Penulis amat berharap Dahlan dapat memberikan respon terhadap isu ini supaya tidak timbul sebarang prasangka di kemudian hari kerana komen yang diberikan kepada isu berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Awal Berasa Terancam Dengan Pelawak Yang Jadi Pengacara?
SEKARANG kalau kita lihat memang fenomena pelawak terkenal tempatan kini diberi peluang mengacarakan program-program popular yang mempunyai pengikutnya tersendiri.
Namun, rupa-rupanya pelakon dan pengacara Awal Ashaari tidak bersetuju dengan situasi begini kerana menyifatkan pengacara serius sepertinya kurang jadi pilihan disebabkan golongan pelawak kini lebih mendapat perhatian pihak produksi untuk menghoskan sesebuah rancangan tv.
Memetik laporan mStar Online, Awal berkata pihak stesen televisyen sepatutnya berlaku adil dan tahu membezakan pengacara daripada golongan pelawak dan pengacara untuk rancangan serius.
“Saya lihat sekarang ini pihak stesen televisyen sering memilih pelawak sebagai pilihan pertama dan pengacara serius seperti saya dipilih pada saat-saat akhir.
“Perkara ini pernah terjadi apabila saya ditawarkan mengacara sebuah program selepas pelawak yang dipilih buat hal.
“Kalau pelawak jadi pengacara semua program, ia boleh membunuh industri pengacaraan terutama pengacara serius seperti saya ini,” katanya.
Hmm, tak tahulah nak kata apa, semua ini berbalik kepada soal rezeki, mungkin sekarang demand untuk pelawak mungkin tinggi, itu yang menyebabkan mereka dipilih.
Tapi, mungkin pihak produksi boleh pertimbangkan apa yang diluahkan Awal ini, iyelah untuk terus memajukan lagi industri pengacaraan daripada terus didominasi barisan pelawak semata-mata. – MYNEWSHUB.CC
TOP
GAMBAR: Tasik Biru Di Johor Yang Amat Cantik Tapi ‘Terlarang’
KEMUNCULAN gambar keindahan tasik berwarna biru yang terletak di Bandar Seri Alam, Masai, Johor secara tiba-tiba menjadi perbualan ramai terutama di kalangan netizan.
Mana taknya, rata-rata masyarakat Malaysia termasuk penduduk negeri Johor sendiri tidak mengetahui kewujudan tasik indah yang tersembunyi ini. Bila dah hangat diperkatakan, pasti ramai yang ingin melihat dengan mata kepala sendiri keindahan tempat ini apatah lagi tasik berwarna biru dikatakan amat sukar ditemui di tanah air kita. Malangnya, keindahan tempat ini bukan mudah untuk dinikmati kerana menurut sumber yang dipercayai, selain lokasi tersembunyi, tasik ini merupakan tasik larangan kerana berbahaya.
Penduduk berdekatan kawasan ini mendakwa tasik tersebut merupakan bekas lombong kuari hingga menyebabkan kawasan indah ini tidak boleh diwartakan sebagai pusat pelancongan kerana air tasik tersebut mengandungi kandungan kimia berbahaya. Menurut pengunjung yang pernah ke tasik biru ini, pemandangan tasik larangan ini sangat menakjubkan hingga segala penat lelah melalui jalan yang curam serta berbatu ke kawasan tersebut seolah-olah hilang dibawa angin sejurus tiba.
Tasik yang terletak berhadapan Universiti Kuala Lumpur Mitec, di Pasir Gudang ini sememangnya bukti keindahan ciptaan Ilahi. Ia turut dikenali juga sebagai Tasik ‘Love’ kerana mampu membuatkan pengunjung jatuh cinta sebaik sahaja memandangnya. – MYNEWSHUB

BN Selangor Sokong Pengekalan Akta Hasutan
SHAH ALAM – Dua belas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Selangor menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948.
ADUN BN Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsuddin Lias yang mewakili 12 ADUN berkenaan, berkata tindakan itu demi menjamin keharmonian masyarakat secara keseluruhan.
Mohd Shamsuddin yang juga Ketua Pembangkang DUN Selangor, berkata keputusan itu paling tepat memandangkan keadaan semasa negara yang sering diganggu segelintir pihak berkepentingan untuk menimbulkan suasana tegang.
“Akta berkenaan masih relevan dan diperlukan bagi mengekang tindakan sesetengah pihak yang dilihat sengaja mahu menimbulkan huru hara dalam kalangan masyarakat.
“Saya tidak lihat pengekalan akta berkenaan diputuskan untuk menjaga kepentingan pihak tertentu termasuk BN tetapi ia mampu menghalang segelintir pihak memainkan isu agama, perkauman dan institusi Raja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi DUN Selangor, di sini hari ini.
Sehubungan itu, Mohd Shamsuddin berkata akta berkenaan juga perlu ditambah baik serta diperkemas bagi memastikan ia terus relevan dengan situasi semasa sebagai usaha mengekalkan keamanan negara seterusnya mengekang sebarang anasir untuk menggugat keharmonian rakyat.
Pesuruhjaya Selangor Iskandar Abdul Samad yang juga ADUN Cempaka, berkata kerajaan sepatutnya menggunakan juga beberapa akta lain yang boleh diguna pakai dalam menjaga keharmonian negara.
Najib semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2014 di sini semalam mengumumkan akan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dengan cadangan memasukkan dua peruntukan khas bertujuan melindungi kesucian agama dan mendakwa mereka yang menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia. – BERNAMA
TOP
Akta Hasutan 1948 Bukan Untuk Kekalkan Kuasa UMNO – Khairy
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin
Akta Hasutan 1948 yang diputuskan untuk dikekalkan adalah benteng untuk mempertahankan semua bangsa di Malaysia dan bukan sahaja orang Melayu serta bukan untuk mengekalkan kuasa UMNO di negara ini. Perkara itu ditegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengulas keputusan mengekalkan akta berkenaan yang diumumkan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya pagi tadi. “Akta Hasutan adalah satu perundangan yang bukan hanya untuk orang Melayu tetapi perisai untuk semua rakyat Malaysia. “Bukan satu akta untuk kekalkan kuasa UMNO tetapi untuk melindungi semua, Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan semua untuk pastikan kita hidup dalam harmoni,” katanya kepada Mynewshub.cc hari ini. Sementara itu, mengulas mengenai perbuatan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menggelarkan beliau sebagai rasis, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pihaknya hanya bercakap apa yang perlu dicakapkan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 tanpa perlu meminta maaf kepada mereka. “Kita cakap apa yang perlu kita cakap pada PAU 2014, tak perlu kita jelaskan, tak perlu kita minta maaf kepada pembangkang.. Ini agenda kita. “Cuma saya harap bahawa mereka yang cepat untuk memberi label dan sebagainya, baca sepenuhnya ucapan saya dan jangan hanya baca pada headlina atau satu dua ayat sahaja, baca sepenuhnya,” kata Khairy.
Khairy berkata demikian ketika ditemui Mynewshub.cc selepas mengadakan pertemuan dengan Kelab UMNO Luar Negara di bilik Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena PAU 2014. Pada pertemuan berkenaan Khairy menjelaskan beberapa polisi parti dan mendengar cadangan daripada ahli kelab yang merupakan mahasiswa yang belajar di luar negara untuk memberi ruang kepada mahasiswa menyumbangkan idea dalam UMNO. “Kita jelaskan polisi parti dan mereka telah memberi cadangan-cadangan bagaimana proses peremajaan parti dapat disegerakan dapat dibuat dengan mengambil kira pandangan daripada generasi muda itu sendiri,” katanya. Khairy menyifatkan biarpun pertemuan dengan kelab berkenaan diadakan setiap tahun, tahun ini semangat mereka amat tinggi mungkin disebabkan kerap diceritakan berkaitan peremajaan UMNO. Selepas selesai Najib menyampaikan ucapan dasar pagi tadi, sesi membahaskan ucapan dasar dan perbahasan usul oleh para perwakilan UMNO telah berlangsung sebelum ditangguhkan petang tadi dan akan bersambung esok. - MYNEWSHUB.CC

Bung Mukhtar Cetus Kontroversi Lagi, Kali Ini Isu ‘Raba’
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mukhtar Radin merupakan antara individu yang menonjol dalam barisan wakil rakyat yang lantang bersuara di Parlimen.
Namun, beliau juga kerap dirundung kontroversi terutama ketika berucap dalam perbahasan di Dewan Rakyat. Antaranya, penggunaan perkataan ‘bocor’ bagi mengaitkan dengan haid malah beliau pernah dituduh melakukan isyarat lucah di dalam dewan. Terbaharu, Bung mengeluarkan kenyataan tentang ketidakselesaannya ketika melakukan pemeriksaan badan di lapangan terbang lalu mengaitkannya dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Ketika membuat perbahasan tentang Rang Undang-Undang Malaysia Airline System Bhd (Pentadbiran) 2014, beliau mengulas tentang situasi tidak selesa yang dihadapi ketika pemeriksaan oleh pihak keselamatan. Namun, Bung kemudiannya berkata, beliau tiada masalah andai anggota keselamatan ingin memeriksa Teresa Kok dengan kaedah tersebut. “Saya tidak mahu mereka pegang saya kerana saya sensitif. Bila mereka pegang saya, macam mereka meraba. Malah, bahagian sulit juga diraba. Mana boleh. Jika mereka pegang saya walau sekali pun, saya akan saman mereka. “Saya mahu beritahu MAS, jangan pegang saya. Saya tidak mahu. Jika mereka mahu pegang Seputeh, boleh, tapi bukan saya.” – MYNEWSHUB.CC

Pemuda PAS Mahu Ke JPM Bantah Isu Subsidi Petrol
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP) Wilayah Persekutuan mahu mengadakan dialog dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung penetapan harga petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember ini.
Ketua Penerangannya, Mior Isfandy Mior Azizan mendakwa, kira-kira lima delegasi akan hadir ke pejabat JPM pada 1 Disember 2014 untuk mempersoalkan langkah penjimatan tersebut.
“Pihak kami juga akan membawa beberapa cadangan kepada pihak kerajaan dalam sesi dialog tersebut dan akan meneruskan kempen penerangan di sekitar Wilayah Persekutuan mengenai isu ini sepanjang bulan Disember.
“Dialog tersebut dicadang akan diadakan pada 1 Disember 2014 (Isnin) di pejabat JPM. Kira-kira lima orang delegasi DPP Wilayah Persekutuanakan hadir dalam sesi dialog tersebut,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mior Isfandy mendakwa, tindakan yang akan diambil oleh kerajaan itu tidak mengurangkan bebanan hidup rakyat khususnya golongan pertengahan dan menetap di kawasan bandar.
“Tambahan lagi, rakyat berdepan dengan tekanan kenaikan kos sara hidup dan bakal berdepan dengan perubahan cukai baharu pada April 2015,” dakwanya.-mynewsub
TOP
Hanya Zainudin Maidin Sahaja Yang Tepuk Tapi Tak Sokong
Zainudin Maidin
Kita semua tahu tidak ada satu manusia di dunia ini yang bijak semua, tahu semua dan yang seperti itu. Pangkal nama boleh jadi macam-macam tapi kepintaran bukan diikut pada apa yang berpangkal di depan. Datuk, Dr, Ir,, malah Tan Sri sekali pun, bukan jaminan ada satu masa dalam hidupnya, dia tidak akan buat benda-benda bodoh. Penulis sepanjang hidup, sudah jumpa macam-macam jenis bodoh, begitupun tepuk tangan dan bagi standing ovation kepada orang yang DIA TIDAK SOKONG - itu adalah jenis bodoh yang baru, dipelopori pula oleh bekas wartawan nama Zainudin Maidin. Kalau dah tepuk dan bagi standing ovation tu maksudnya sokonglah, kenapa pulak tidak sokong? Ini logik dan pemahaman biasa semua orang. Mana ada orang tepuk dan bagi standing ovation pada benda yang dia tidak setuju? Tak percaya, cuba diadakan tinjaan pendapat dikalangan 10 orang disusunkan sebaris dengan Zainudin Maidin adalah salah seorang darinya, keputusannya sudah pasti 9 menyokong 1 tidak sebab hanya Zainudin Maidin sahaja yang berpendapat begitu. Apa yang Zainudin Maidin sakit hati sangat dengan Najib sehingga sanggup buat fitnah kata Najib tidak dapat sokongan UMNO? Janganlah rendahkan taraf wartawan Melayu seolah-olah mereka tidak boleh mengira. 5 negeri kalah tahun 2008 dengan 3 negeri kalah pada 2013, boleh kira beza? 79 kerusi parlimen tahun 2008 dengan 88 kerusi parlimen pada tahun 2013, tanda kejatuhan atau kebangkitan? Nak kata Najib takdak sokongan Cina, itu betul tapi nak kata Najib takdak sokongan Melayu dan UMNO, lebih baik Zainudin Maidin masuk pembangkang sajalah, senang kita nak layan yang setaraf dengannya. Lagipun bukan luar biasa bekas wartawan Utusan sokong DAP dan lawan Najib, Hata Wahari dah buat dulu, Zainuddin Maidin boleh jadi orang nombor dua. Mengekalkan Akta Hasutan bukan keputusan flip flop tapi keputusan majoriti. Macam mana hebat pun kita, tak boleh tolak kehendak majoriti sebab kumpulan ini yang paling berpengaruh dalam pilihanraya. Zainuddin Maidin jangan samakan Najib dengan siapa juga bekas Perdana Menteri dimana dia pernah berkhidmat. Lain orang lain caranya dan ini cara Najib sekarang. Dan ini bukan keputusan mudah, ambil masa 2 tahun untuk ‘diterbalikkan’. Kalau semalam cakap, hari ini dah pusing, itu bolehlah kata flip flop. Ini 2 tahun tau, bukan sekejap. Oh, lupa, penulis lupa Zainudin Maidin ada masalah dengan angka.

Guru ‘Sengal’ Utus 36 Murid Pergi Tuntut Hutang
KARACHI – Begitu kejam wanita ini, sanggup dia menghantar 36 pelajar perempuan di sebuah madrasah ke rumah seorang lelaki, bagi memaksa lelaki itu membayar hutangnya.
Wanita itu yang juga guru di madrasah berkenaan dan dikenali sebagai Hameeda dilaporkan telah meminjamkan wang sebanyak RM10,500 kepada lelaki berkenaan.
Berang kerana lelaki itu tidak membayar hutangnya, dia telah menghantar pelajar terbabit yang berusia antara lapan hingga 14 tahun, ke rumah lelaki tersebut tanpa pengetahuan ibu bapa pelajar berkenaan.
Tujuan Hamida berbuat demikian adalah bagi memaksa lelaki itu membayar hutangnya, jika tidak dia perlu menjaga mereka sehingga hutang itu dijelaskan.
36 pelajar berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh polis dan dihantar pulang ke rumah keluarga masing-masing.
Manakala dua lelaki ditahan kerana didakwa terlibat menghantar pelajar tersebut ke rumah lelaki berkenaan.-mynewsub
TOP
Umno Jamin Solidariti Agar Negara Aman – Najib
KUALA LUMPUR — Solidariti atau perpaduan menjadi penekanan utama dalam ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2014 hari ini apabila mengucapkan perkataan itu sebanyak lima kali dalam tempoh 15 minit pertama ucapannya.
Perdana Menteri berkata, Umno selaku komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) akan terus memastikan kelangsungan solidariti kerana ia merupakan aset penting yang dapat menjamin keamanan serta keharmonian Malaysia.
“Ini satu tindakan yang dilakukan tanpa jemu oleh kerajaan kerana ia aset paling mustahak demi survival Umno, BN dan negara tercinta,” katanya ketika berucap di hadapan 2,752 perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Najib berkata solidariti yang dipupuk melalui kontrak sosial oleh kepimpinan Umno terdahulu menjadi asas kepada perjalanan Malaysia sejak dahulu hingga kini dan selama-lamanya.
“Jika kita teliti bapa-bapa pimpinan yang terdahulu dengan segala pendekatan berhikmah dan bijaksana telah memulakan lembaran baharu negara ini, ibarat menghampar sehelai kain putih yang terbentang untuk dipercorak serta diwarna-warnikan.
“Langkah terawal yang diambil oleh pemimpin kerajaan yang ditunjangi oleh Umno ialah mewujudkan keamanan dan kestabilan melalui apa yang dinamakan kontrak sosial.”
Najib berkata kejayaan itu menuntut pengorbanan semua pihak yang mempersetujuinya terutama orang Melayu serta Bumiputera dan kontrak sosial itu menjadi satu wahana dalam mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat bagi sebuah negara yang masih muda dan baharu.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai solidariti, Najib berkata keputusan untuk menyambut Hari Kemerdekaan hanya pada 31 Ogos setiap tahun merupakan contoh jelas semangat solidariti dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini, selain ‘membawa’ semangat bapa kemerdekaan negara Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
“Ramai yang tertanya-tanya mengapa kita mahukan satu sahaja tarikh kemerdekaan bagi seluruh Malaysia. Jawapannya adalah solidariti. Tapi jangan bimbang cuti umum pada 16 September masih tetap kita raikan.
“Malah, lebih mustahak perlu diketahui itulah hasrat Tunku Abdul Rahman yang menghendaki sambutan Hari Kemerdekaan disambut pada tanggal 31 Ogos,” katanya.
Aura Almarhum Tunku Abdul Rahman dirasai setiap perwakilan apabila laungan “Merdeka…Merdeka…Merdeka’ bergema di Dewan Merdeka yang dipenuhi dengan warna merah, putih dan merah jambu.
Presiden Umno itu juga mengajak rakyat seluruh negara agar terus bersatu padu di bawah lembayung Umno dan BN sebagai usaha untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.
“Penyatuan juga penting bukan sahaja untuk menang dalam PRU14 tapi menjadikan negara lebih hebat dan maju dalam satu ikatan solidariti yang tidak mungkin mampu terpecah bentengnya.
Najib menarik perhatian perwakilan apabila mengakui takwim 2014 merupakan tahun penuh cabaran buat Malaysia apabila diduga dengan pelbagai ujian termasuk kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 pada Mac dan nahas pesawat MAS Penerbangan MH17 Julai lepas.
Beliau berkata ketika menghadapi detik tragis membabitkan Penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine, tiada negara kuasa besar yang mampu menolong Malaysia, namun atas semangat solidariti, segala kesukaran berjaya diatasi.
“Tidak pernah terjadi dalam sejarah, saya berunding dengan pemberontak yang tidak mempunyai identiti negara. Nawaitu (niat) saya tak lain tak bukan hanya nak dapatkan kotak hitam dan masuk ke kawasan kejadian,” kata Najib.
Ketibaan jenazah secara berperingkat disambut dengan penuh istiadat ketenteraan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan solidariti terbukti apabila kesemua rakyat menghormati Hari Perkabungan Negara pada 22 Ogos lepas ketika ketibaan kumpulan pertama 20 jenazah mangsa MH17.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila pesawat itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Najib menjelaskan semangat solidariti sekali lagi terbukti apabila sama-sama merasakan kesedihan pencerobohan oleh pengganas dari selatan Filipina di perairan Pantai Timur Sabah pada 12 Feb 2013. Insiden berdarah itu meragut nyawa 10 anggota keselamatan negara.
“Memetik lagu (Seniman Agung Allahyarham Tan Sri) P. Ramlee “Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari”. Insiden pahit Lahad Datu telah memalit dan mencalarkan sejarah watan negara, tetapi ia berjaya pertautkan lagi
persaudaraan dan ikatan silaturahim antara rakyat Malaysia,” katanya.
- BERNAMA
TOP
Usah Bermain Soal Nyawa.. Perangi Aedes Habis-Habisan
Penyakit denggi tak mengenal sesiapa.
Buktinya pelakon terkenal Shaheizy Sam antara mangsa penyakit ini apabila terpaksa dikejarkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri, 4 September lalu selepas mengalami demam teruk.
Pelakon Shaheizy Sam dikejarkan ke hospital 4 September lalu gara-gara dijangkiti denggi.
Ini kerana pembawa penyakit denggi, nyamuk Aedes tak mungkin dapat dikawal ke mana ia mahu terbang sambil membawa bersama virus bahaya berkenaan. Justeru apa yang boleh dilakukan adalah mencegah Aedes daripada menggigit sekaligus menyebarkan penyakit ini kepada mangsanya. Cara mencegah Aedes, boleh dikatakan sudah dimaklumi ramai rakyat Malaysia memandangkan usaha membanteras penyakit ini telah lama dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), termasuk menerusi iklan kesedaran di media cetak, elektronik mahu pun dunia maya. Hasilnya banyak fakta berkaitan sudah masak di minda masyarakat, antaranya kawasan air bertakung adalah syurga buat Aedes melepaskan telur-telurnya bagi menyambung keturunan. Menyedari bahaya gigitan nyamuk juga, sekurang-kurangnya satu tin racun aerosol biasanya pasti terdapat dalam simpanan tuan rumah di Malaysia. Namun entah di mana silapnya, kes denggi terus mencatat peningkatan dan tahun ini Aedes benar-benar mengganas apabila kes dilaporkan meningkat hingga 212 peratus berbanding tahun sudah, setakat 18 Oktober lalu. Bayangkan, itu baru setakat pertengahan Oktober sedangkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam pada awal bulan sama, baru sahaja mengeluarkan amaran kes denggi dikhuatiri meningkat menjelang hujung November disebabkan pertukaran cuaca dan musim hujan. “Cuaca hujan dan kering yang bersilih ganti sesuai untuk nyamuk Aedes membiak dan berdasarkan pengalaman pada tahun-tahun sebelum ini, kes denggi berkemungkinan meningkat,” kata Dr S. Subramaniam pada sidang media. Tup-Tup tak payah tunggu penghujung tahun di mana Aedes biasanya akan membiak lebih banyak musim ini, kes denggi sudah pun mencanak ke tahap menggusarkan! Apa pun, mari kita kenali penyakit denggi lebih lanjut dan ketahui mengapa ia begitu menakutkan? Denggi, akan menjangkiti manusia selepas Aedes betina yang jadi pembawa virus menusukkan mulut jarumnya ke kulit mangsa untuk menghirup darah. Nyamuk tersebut memperoleh virus denggi selepas menghisap darah pesakit denggi lain. Terdapat dua jenis Aedes yang biasa membawa virus denggi iaitu Aedes aegypti dan Aedes Albopictus. Hanya tujuh hari diperlukan oleh nyamuk ini untuk bertukar daripada telur menjadi nyamuk dewasa. Selepas menggigit pesakit denggi, nyamuk menjadi pembawa virus sepanjang hayatnya (purata kira-kira sebulan) jadi bayangkanlah, berapa ramai manusia yang terdedah untuk jadi mangsa dalam tempoh tersebut.
Jangkitan berlaku selepas mangsa digigit oleh nyamuk aedes yang membawa virus denggi.
Apa yang bahaya tentang denggi, virus penyakit ini mempunyai tempoh inkubasi hinggakan mangsa hanya benar-benar merasai simpton sakit selepas tiga hingga 14 hari digigit. Antara simpton tersebut termasuklah demam mengejut dengan suhu tinggi, sakit kepala atau bahagian belakang mata, sakit sendi dan badan serta naik ruam. Bila mencapai tahap bahaya penghidap denggi akan kerap muntah, sakit perut, pucat, rasa sejuk bila kulit disentuh, sesak nafas dan jika semakin kronik, tanda atau tompok merah pada kulit mulai muncul, berlaku pendarahan pada hidung dan gusi, muntah darah, najis berwarna hitam dan keluar haid atau pendarahan yang banyak dari faraj.
Antara simpton denggi kian melarat adalah pendarahan pada gusi pesakit.
Kesengsaraan menghidap denggi sukar diluahkan dengan kata-kata, cukuplah ketahui bahawa nama panggilan lain bagi sakit ini adalah demam pecah tulang, merujuk pada sakit yang teruk dirasai di bahagian sendi dan otot. Bagaimanapun harus diingat, denggi tidak boleh merebak secara langsung dari seorang individu ke individu lain. Maka bagi mengelak diri sendiri mahupun individu sekitar dijangkiti denggi, tumpuan perlu dilakukan kepada usaha mencegahnya terutama melupuskan tempat yang boleh membuat Aedes membiak. Meskipun sibuk seharian, semua urusan di dunia ini akan menjadi tidak berguna lagi saat kita terlantar sakit di katil hospital atau lebih malang jika kehilangan orang tersayang gara-gara denggi. Apatah lagi, 10 minit dalam seminggu pun sudah cukup sebenarnya untuk mencari dan musnahkan tempat pembiakan Aedes di sekitar kawasan anda baik dalam rumah mahu pun di luar. Kawasan yang memerlukan tumpuan khas dalam rumah adalah kolah air, dulang peti sejuk, pam tandas dan bekas jambangan bunga. Cara untuk menyahkan Aedes dari sini termasuklah gunakan ubat jentik-jentik, tutup bekas dengan rapat dan gunakan gel sebagai pengganti air. Manakala bagi kawasan luar rumah, perkara yang perlu diperhatikan adalah bekas makanan polisterin yang dibuang merata-rata hingga mengumpul jentik-jentik, botol dan tin yang menakung air hujan, tayar terpakai, perabot rosak. pokok bunga berkelopak.. pendek kata apa sahaja objek yang boleh menakung air dan jadi tempat Aedes melepaskan telur-telurnya. Selain itu, sentiasa ingat bahawa Aedes biasanya mengganas pada waktu pagi dan senja (6 pagi/malam hingga 8 pagi/malam), maka sewaktu tempoh ini elakkan berada di kawasan yang mendedahkan anda atau orang tersayang kepada gigitannya. Bayangkan daripada puluhan nyamuk yang menghurung dan bakal menggigit kala itu, salah seekornya mungkin boleh meragut nyawa dengan virus denggi yang sedang dibawa. – MYNEWSHUB.CC

Nazim Othman Dibantu Orang Korea Ketika Hilang Dokumen Diri
Alahai, kesiannya mendengar perkhabaran pelakon kacak, Nazim Othman.
Dalam sedang syok-syok melancong di luar negara, tiba-tiba barang penting miliknya hilang begitu sahaja. Insiden ini diceritakan sendiri oleh Nazim di laman Instagram miliknya, bagaimana dia kehilangan segala dokumen diri seperti kad pengenalan, lesen memandu, kad debit serta dompet ketika sedang melancong di Korea. Pastinya, aktor ini sedih atas kehilangan barangan penting tersebut. Ditambah pula, dokumen-dokumen tersebut hilang di negara orang hingga menjadikan hal ini semakin rumit untuk diuruskan. Namun, kegusaran dan kebimbangan yang dirasai sedikit sebanyak diringankan apabila Nazim didatangi oleh pasangan Korea yang begitu bermurah hati ingin membantu dan menolongnya membuat laporan polis serta menghantarnya ke hotel. Alhamdulillah, nasib baik ada insan yang berhati mulia dapat menolong Nazim dalam keadaan kesusahan seperti ini. Terharu pula lihat sikap prihatin yang ditonjolkan rakyat Korea ini. Sikap sebegini sememangnya patut dicontohi masyarakat kita juga.
Apa pun, semoga Nazim lebih berhati-hati selepas ini dan percutiannya berjalan lancar. - MYNEWSHUB

Cerita Anak Malaysia Bernama Azalina Eusope, Kami Kagum!
Dilahirkan dalam serba kemiskinan, seorang anak kelahiran Malaysia, Azalina Eusope kini sedang bersiap untuk membuka sebuah restoran berkeluasan 15, 000 kaki persegi di Market Square, San Francisco.
Bangunan itu lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Ibu Pejabat Twitter.
Berkonsepkan santai, restoran yang diberi nama ‘Azalina’s Malaysian’ ini menyediakan hidangan makanan tengah hari, malam dan juga snek.
Antara menu yang bakal disajikan adalah kari ayam dan laksa.
Namun kejayaan tidak dikecapi dalam sekelip mata.
Generasi kelima peniaga jalanan berketurunan ‘mamak’, Azalina berkongsi cerita bagaimana dia pernah menolak kereta sorong di Pulau Pinang untuk menjual pencuci mulut. Dalam usaha mahu membebaskan diri daripada kemiskinan, Azalina yang mendapat keputusan baik dalam peperiksaan juga pernah cuba mengejar impiannya menjadi seorang doktor. Walau bagaimanapun, hati Azalina kecewa apabila permohonannya untuk memasuki kolej telah ditolak. Selepas mendapat berita buruk itu, dia mendapatkan nasihat daripada seorang guru yang menyarankan supaya dia belajar memasak dengan lebih baik. Selepas bertemu dengan suaminya dari Amerika dan nekad untuk meninggalkan kemiskinan, dia terus berpindah ke San Francisco, tempat di mana dia kini berjaya dalam perniagaannya. “Empat tahun lepas saya pernah meminjam USD500 untuk menjual makanan di pasar tani. Saya akan menyuruh anak-anak bangun pada jam 3 pagi. Kami memasukkan semua makanan ke dalam kereta sebelum pergi menjualnya. “Pada enam minggu pertama, tiada siapa datang untuk makan makanan saya,” kongsi Azalina dalam video YouTube terbitan Mashable Originals. Hanya setelah Andrew Knowlton dari majalah Bon Appetit menyenaraikan makanan Azalina sebagai salah satu daripada sepuluh makanan yang harus dicuba di Farmers’ Market (pasar tani), barulah lebih ramai yang tahu tentang makanan Azalina hingga bermulanya perniagaan katering.
Meskipun kian berkembang, Azalina menyatakan dia mahu lebih ramai lagi mengetahui tentang masakan dan budaya mamak. “Saya mahu memberitahu orang ramai tentang mamak, siapa kami dan saya ingin memberitahu cerita melalui makanan saya,” kata Azalina. “Ini adalah makanan yang mengingatkan saya tentang budaya, keluarga dan kenangan. “Anda tidak dapat menolaknya. Ia ada dalam keluarga dan dalam jiwa. Lambat laun ia akan datang dan mencari anda walau di mana dan siapa anda sekali pun,” katanya. Di sebalik kejayaan, Azalina berkata ianya tidak mudah apabila perlu bekerja selama 18 hingga 20 jam sehari, dengan hanya tidur dua atau tiga jam. Bagaimanapun, dua anaknya memberikan kekuatan untuk Azalina terus cekal menjalankan urusan perniagaan. Sumber: Anzalinas, Mashable, Mstar Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC - See more at: http://mynewshub.cc/2014/11/27/cerita-anak-malaysia-bernama-azalina-eusope-kami-kagum/#sthash.wYm89FWS.dpuf

Tuah Berwajah Sama, Gadis Popular Bak Rihanna
Alahai, untungnya insan bernama Andele Lara ini.
Tuah Lara terletak pada raut wajahnya yang cantik persis artis terkenal dunia, Rihanna hingga sentiasa mencuri tumpuan orang ramai kerana menyangka dia adalah penyanyi tersohor itu. Setiap kali keluar rumah kata Lara, dia sering dipandang dan diperhatikan. Tak kurang juga yang akan mengelilinginya sambil meminta untuk bergambar bersama. Seringkali dipanggil Rihanna menyebabkan Lara sudah biasa berhadapan dengan situasi tersebut. Wajah mirip Rihanna juga menyebabkan gadis ini sangat popular di laman sosial Instagram hingga jumlah pengikutnya begitu ramai menyamai akaun seorang selebriti.
Disebabkan itu juga, penuntut berusia 22 tahun ini mendapat pelbagai tawaran berjumlah ribuan ringgit apabila diminta pihak tertentu untuk mempromosikan produk dan servis mereka di Instagram miliknya
Lara juga pernah menerima lebih RM 60,000 untuk kontrak sebuah jenama pakaian pada tahun lepas.
Jom kita tengok wajah Lara yang persis Rihanna ini..
Oleh : FARAH / MYNEWSHUB.CC

Pelanggan Luah BENGANG Di FB Terhadap Pusat Servis Proton
Kereta Proton milik pelanggan yang dihantar ke sebuah pusat servis namun dipulangkan kembali dalam keadaan mendukacitakan (Gambar: Facebook Rem Dambul)
RAKYAT Malaysia mana yang tak sayangkan jenama kereta nasional negara Proton? Tapi sayang macam mana pun, teguran tetap perlu diluah jika jenama ini tidak menepati standard sepatutnya terutama selepas ia dibeli hasil titik peluh bekerja. Itulah dilakukan seorang pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah yang berkongsi masalah dihadapinya selepas menghantar kereta ke sebuah pusat servis Proton. Pelbagai masalah timbul antaranya kereta dikatakan sudah siap dibaiki dan boleh diambil namun sebenarnya belum, berlaku kerosakan lain pada kenderaan selepas diambil, dikenakan caj tambahan tak masuk akal dan bermacam-macam lagi.
Print screen di bawah cukup untuk menggambarkan betapa panasnya hati pelanggan Proton ini:
Untuk ketahui kisah selanjutnya, bacalah luahan penuh kejadian yang membuatkan pelanggan bernama Dr Remzah Dambul ini benar-benar bengang sebagaimana dikongsikan di Facebook beliau. – REM RAMZI/MYNEWSHUB
…………………………………………………………….
Tragedi Proton di Pusat Servis Kolombong
1. Serius. Bila menulis entri ini, sebenarnya saya ada sikit rasa bersalah. Seolah-olah anti-patriotik. But enough is enough.
Sudah bertahun-tahun Proton beroperasi di Malaysia; menikmati penguasaan pasaran domestik yang berguling-guling jatuh ke riba, natijah dari dasar perlindungan automobil nasional. Bagaimana modusnya? Dengan cara mengherotkan pasaran sebenar harga kereta, sekaligus memberi rakyat beban kewangan yang lebih berat dari sepatutnya.
Jika dihimpun pengalaman kolektif rakyat Malaysia berkait produk dan servis Proton: agak-agak sejijik mana? Piagam “mesra-rakyat” yang sepatutnya jadi teras servis industri kereta kebangsaan ini: tuntas atau mitos? Barangkali Proton adalah contoh klasik sebuah entiti industri yang licik melindungi dosa korporatnya dengan topeng patriotisme.
2. Saya rasa begini. Sudah sampai masa rakyat patut bangkit mempersoalkan secara kolektif: Adakah Proton benar-benar berjiwa nasionalis atau cuma kapitalis yang dipacu ketamakan materi? Persoalan paling penting juga: masih perlukah lagi kerajaan meneruskan dasar perlindungan pasaran untuk menjaga kepentingan Proton, serta menjadikan rakyat sebagai tukaran korban?
Untuk menilai persoalan-persoalan ini dalam konteks realiti; saya mahu berkongsi pengalaman personal dengan Pusat Servis Proton (Kolombong) yang diketuai oleh Doreen James. Biarpun ini cuma insiden peribadi, tapi mungkin boleh beri gambaran asas tentang mod operasi perniagaan syarikat yang dibangunkan dari airmata rakyat ini.
Saya tidak pernah merayu di Facebook. Tapi kali ini saya terpaksa. Dengan rendah hati, saya mohon semua pengguna Proton (khususnya yang ada di Sabah) untuk luangkan sedikit masa membaca pengalaman ini. Suara adalah satu-satunya senjata marhaen untuk berdepan dengan kuasa kapital syarikat-syarikat burjois.
3. Tragedi saya bermula begini.
Saya hantar kereta ke Pusat Servis Proton di Kolombong pada 1 Okt 2014. Hampir satu hari di bengkel untuk buat diagnosis masalah dan anggaran kos serta jumlah hari yang perlu untuk pembaikan. Saya dibagitau kosnya sekitar RM4K ++; serta akan ambil masa seminggu untuk siap. Temujanji pembikinan ditetapkan pada 20 Okt.
Saya pun hantar kereta pada tarikh tersebut. Selepas seminggu, saya masih tidak dapat sebarang maklumbalas. Bila dihubungi, Proton cakap masih dalam proses pembaikan. Pada 31 Okt (selepas 12 hari), bila ditelefon lagi, barulah Proton kata ok. Boleh ambil sudah. Tapi sebab saya kebetulan perlu pulang kampung segera; saya tunda pengambilan itu ke hari Isnin, 3 Nov.
Pada 3 Nov, RA saya datang ke Proton seawal jam 10.00am. Selepas buat bayaran sebanyak RM4200, dia terpaksa menunggu lagi berjam-jam sebelum kereta boleh diambil. Can you believe it? Selama 15 hari kereta itu di pusat servis, ia masih lagi dalam pembaikan. Padahal anggaran asas selepas pre-diagnosis masalah, katanya maksimum 1 minggu. Sisihan piawai lebih 100%!
4. Tapi tragedi saya tidak tamat di sini.
Selepas ambil kereta pada 3 Nov di pusat servis Proton, belum pun sampai di opis: enjin kereta tersedak-sedak. Macam itik terlebih #se-k’s. Oil indicator juga tidak berfungsi. Masalah oil indicator ini TIDAK PERNAH WUJUD sepanjang saya memandu kereta ini sejak 2006. Bahkan ia bukan pun satu masalah yang dikenalpasti dalam diagnosis pertama pada 1 Okt.
Maksudnya apa? Masalah ‘petunjuk minyak’ itu HANYA timbul selepas kereta saya dimasukkan ke bengkel Proton ini.
TETAPI yang paling menakutkan: bila kami komplen, foreman yang in-charge kereta saya (Jainal), memberitahu bahawa sebenarnya kereta tersebut belum siap sepenuhnya (selepas 15 hari di pusat servis!). Saya tanya: kenapa Proton boleh telefon saya untuk ambil, kemudian minta bayaran seterusnya release kereta kalau ia belum siap sepenuhnya?
Jawapan Jainal: “Saya pun tidak tau kenapa diorang buat begitu”. TIDAK TAU??? Seriously ladies and gentlemen, THIS confession came from its own staff!
5. Yang membenarkan kereta saya diambil adalah Doreen James, iaitu pengurus tertinggi pusat servis itu sendiri. Pihak akaun juga telah minta dan terima bayaran. Tetapi hakikatnya: mekanik yang membuat kerja baik-pulih dan pemeriksaan akhir belum pun menghabiskan kerja-kerjanya. What does it mean? Doreen James melanggar integriti perkhidmatan dengan membenarkan kereta yang masih dalam pemeriksaan (dan berkemungkinan dalam keadaan bahaya!) dipandu keluar oleh pelanggan.
Saya hantar semula kereta pada 7 Nov untuk proses baikpulih beberapa masalah yang belum selesai; termasuk petunjuk minyak yang TIDAK PERNAH menjadi isu sepanjang saya menggunakan kereta tersebut. Saya tanya Doreen: kenapa pusat servis telefon customer untuk ambil kereta yang belum siap? Kenapa boleh release kereta padahal proses baik-pulih kereta dan prosedur check-up untuk keselamatan belum dilaksana sepenuhnya?
Jawapan Doreen: “Sorry, itu memang ‘internal miscommunication’ di antara staf opis/akaun, foreman dan mekanik.” This is a VERY SERIOUS HUMAN ERROR. Walaupun dia nampak genuinely apologetic; saya tidak fikir dia betul-betul memahami risiko keselamatan yang dia sabitkan kepada saya selaku pengguna kereta tersebut. Akibat kecuaian manusiawi para pekerja di bawah pentadbirannya.
6. Now, this is the BIGGEST issue. Yang bikin saya panas dan menulis catatan ini; serta akan memfilekan aduan rasmi kepada Tribunal Pengguna.
Kereta dihantar semula untuk baik-pulih pada 7 Nov; dan siap pada 19 Nov. I have to pay almost RM800 this time. Tetapi selepas 3-4 hari, masalah oil indicator (yang timbul pada HARI PERTAMA selepas kereta itu keluar dari pusat servis Proton) masih tidak selesai. Kemudian kereta dihantar lagi ke pusat servis sekali lagi. Saya pun tidak tau, lebih sebulan mereka tahan kereta saya: masalah begitu pun tidak selesai. Apa yang mereka buat? Ber#seng-gama beramai-ramai dalam kereta saya?
Semalam saya dibagitau oleh Pusat Servis Proton Kolombong bahawa saya perlu bayar lagi sekitar RM500++ untuk masalah oil indicator tersebut. #WTF?
Consider this circumstances. Kereta saya berada di bengkel mereka selama 29 hari; dan saya telah membayar sejumlah lebihkurang RM5K (RM4200 + RM800): kemudian bila kereta itu dipulangkan, saya dapat MASALAH BARU (oil indicator tidak berfungsi) yang tidak pernah jadi isu sepanjang saya pandu kereta itu sejak 2006. And now they want me to pay another RM500++ for it!
Seriously, Mrs. Doreen James: ini pusat servis kereta atau sebenarnya pusat mengutip sial dan laknat hidup?
7. My argument is very simple: that problem WAS NOT THERE when I sent the car to Proton the first time (20 October). Then, the VERY FIRST DAY after taking back my car on the 3 November: the problem BEGAN to occur.
Tapi menurut Pengurus Pusat Servis Proton Kolombong, si Doreen dan juga foreman si Jainal: “Apa boleh buat masalah itu timbul NGAM-NGAM pada hari pertama kereta kamu keluar dari pusat servis kami. Tapi kerosakan itu memang tiada kena-mengena dengan apa yang kami buat di sini. Jadi kami tetap akan charge kamu untuk mengganti spare-part yang menyebabkan oil indicator itu rosak”.
Selama lebih 15 tahun saya bergelumang dengan statistik dan hukum kebarangkalian sesuatu insiden berlaku: ini pertama kali saya jumpa dengan manusia yang cukup yakin bersandar pada “teori kebetulan” untuk satu peristiwa seganjil begini.
8. Here my question is: what is the PROBABILITY that my oil indicator suddenly decides to misbehave, selepas keluar HARI PERTAMA dari pusat servis ini? Padahal selama 8 tahun (2920 HARI), saya tidak pernah ada masalah tentang ini. Saya persoalkan ini; dan meminta pusat servis Proton bertanggungjawab. Especially after all the misadventures I was forced to endure.
Tapi kata si Doreen: “Saya tidak sangka kamu boleh berfikiran begitu dengan staf kami di sini. Seolah-olah kami ada buat apa-apa pada kereta itu”. TIDAK, saya bukan berprasangka. Tapi saya ada asas yang CUKUP MUNASABAH untuk menyangka bahawa isu itu ada kaitan dengan pusat servis tersebut.
Pertama, kereta saya berada di sana selama 29 hari. Ada macam-macam boleh berlaku. Kedua, telah terbukti bahawa integriti dan kebolehpercayaan pusat servis ini diragui menerusi beberapa kesilapan bersiri sepanjang berurusan dengan mereka. Misalnya: pusat ini release kereta yang belum lengkap kena check, kelewatan lebih 100% dari julat masa yang dijanjikan, internal communication yang bertele-tele kalangan stafnya sendiri dan beberapa insiden lain. Kalau koordinasi dan pentadbiran mereka memang se-erratic begini, tidak logikkah kalau ada kesilapan lain yang boleh berlaku?
9. Saya akan file-kan aduan kepada Tribunal Pengguna pada minggu ini. Tapi saya harap rakan-rakan boleh membantu memberi sebarang info lain yang berkaitan. Misalnya kalau ada sesiapa mengalami insiden yang serupa.
Terima kasih banyak, kerana sudi mendengar suara ini. My simple advice is: avoid buying Proton cars. BANYAK MASALAH. Kalau sudah terbeli, JANGAN SEKALI-KALI datang ke pusat servis Proton di Kota Kinabalu. Baik yang di Kolombong, mahupun di Inanam. I used to have bad experiences at both centres!
Dr. Remzah Dambul
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah

Tak Tahan Suami Kaki Liwat, Isteri Lari Dari Rumah
Kuala Lumpur: Hobi gemar membeli dan menonton cakera padat digital (DVD) lucah menyebabkan seorang lelaki cuba meniru aksi terlampau ditonton dengan menjadikan isteri sebagai pemuas nafsu gila.
Lelaki berusia 30-an itu dilaporkan gemar meliwat isterinya sejak setahun lalu hingga menyebabkan wanita terbabit sering mengalami kesakitan dan terpaksa mendapatkan rawatan doktor.
Akibatnya mangsa yang menetap di Cheras di sini, mengambil keputusan meminta cerai daripada suaminya berikutan tidak tahan diseksa secara fizikal.
Sumber polis berkata, mangsa yang mempunyai dua anak itu mendakwa minat suaminya terhadap seks terlarang muncul selepas suaminya sering menonton video lucah.
“Dalam kejadian terbaru 20 November lalu, suspek mengajak mangsa mengadakan persetubuhan namun mangsa menjadi takut dan meminta suspek berhenti meliwatnya.
“Bagaimanapun, lelaki itu enggan melepaskan mangsa sebelum meliwat mangsa lagi tanpa kerelaannya,” katanya.
Menurutnya, mangsa tambah tertekan berikutan kerap mengalami kesakitan hingga terpaksa mendapatkan rawatan di klinik.
“Seringkali mangsa dimaki-hamun selain anak mereka menjadi mangsa kemarahan suspek sekiranya permintaan pelik itu tidak dipenuhi.
“Kelmarin, mangsa yang tidak mampu menahan kesakitan akibat perbuatan suaminya nekad lari dari rumah bersama dua anaknya,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu selain dalam proses menuntut cerai di pejabat agama.
- HARIAN METRO ONLINE
- See more at: http://mynewshub.cc/2014/11/27/tak-tahan-suami-kaki-liwat-isteri-lari-dari-rumah/#sthash.hxtXcyt2.dpuf
TOP
Jualan Kek Lapis Deja Moss Kurang Dapat Sambutan
KUALA LUMPUR: Penyanyi Deja Moss mengakui jualan kek lapis Sarawak yang diusahakannya kurang mendapat sambutan berbanding tahun-tahun sebelumnya ketika membuka booth jualan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.
Menurut Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, jualan kek lapisnya agak kurang memuaskan namun dia berharap keesokan hari jualannya akan terus meningkat memandangkan esok merupakan hari terakhir PAU.
“Kalau diikutkan tahun ini jualan agak kurang memberansangkan tapi saya yakin esok mungkin lebih ramai lagi pengunjung akan datang untuk memeriahkan karnival jualan tahun ini,” katanya kepada Mynewshub ketika ditemui di booth jualannya, hari ini. Deja yang sudah lima kali menyertai karnival jualan ini sejak 2010 turut mempamerkan keunikan menerusi produk yang dijualnya dengan membuat kek lapis khas sempena PAU. Kek lapis khas Deja yang dibuat khas mewakili sayap-sayap parti UMNO antaranya Wanita, Pemuda, Puteri dan Perhimpunan UMNO.
Antara perisa kek lapis yang mendapat perhatian pengunjung adalah kek lapis cheese, strawberry coklat dan asam manis. “Saya jual pelbagai jenis kek lapis dengan harga RM50 bagi tiga kek, khas untuk perhimpunan UMNO kali ini. “Saban tahun, saya pasti berjumpa pelanggan yang sama, kira regular customer yang memang akan beli kek lapis saya setiap kali perhimpunan diadakan saban tahun,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan seni, Deja mengatakan dia kini lebih memberikan fokus kepada restoran miliknya yang terletak di Ukay Perdana. “Walaupun tidak lagi aktif dalam bidang seni, tapi ada sahaja undangan nyanyian daripada majlis-majlis ‘dinner show’. “Saya kini lebih memberikan tumpuan kepada mengusahakan Cafe Hadeeja yang ditubuhkan sejak 2009,” kata Deja. Selain mendapatkan kek lapis resipi istimewa Deja di PWTC, pengunjung boleh juga mengunjungi Cafe Hadeeja di Ukay Perdana untuk mencuba pelbagai sajian asli negeri Sarawak antaranya mee kolok, nasi daging hitam dan laksa Sarawak. – MYNEWSHUB.CC - See more at: http://mynewshub.cc/2014/11/28/jualan-kek-lapis-deja-moss-kurang-memuaskan/#sthash.TWzaycYq.dpuf

Bila Pelanggan ‘Meroyan’ Pasal Mesej Lambat Dijawab.
Alahai, sedih lihat perangai masyarakat kita yang kadang-kala tidak menunjukkan budi bahasa dan pekerti yang mulia.
Ini salah satu contoh kes melibatkan bisnes online antara pelanggan dan pembeli.
Hanya gara-gara pemilik online shop lambat menjawab pertanyaan harga yang ditanya pembeli, dia terpaksa menerima caci maki dan hamun daripada seorang pelanggan wanita bernama Lynda.
Pelanggan tersebut turut libatkan soal agama bagi memuaskan hatinya memarahi pemilik online shop ini apabila menulis, “.. islamik sangatlah konon, sembahyang entah cukup ke tak?”
Hai.. kita pun rasa bengang kalau baca screenshot wanita ‘tidak berbudi bahasa’ ini. Lihatlah, pemilik online shop ini masih bersabar pada awalnya ketika dimarah hingga sanggup memohon maaf berkali-kali atas kelewatannya membalas pertanyaan perihal harga barang. Tapi pelanggan tersebut sudahlah kurang ajar, tak reti bersyukur pula selama ini sering diberikan diskaun. Benar pelanggan sentiasa nombor satu dalam berniaga tapi apa salahnya jaga sedikit bahasa tu kot iye pun marah sangat kan? Peniaga pun manusia juga apatah lagi jika kita dah biasa berurusan dengannya. Dalam Al-quran sendiri ada menyebut, “sabar itu separuh dari iman”. Maka amalkan lah ya! – MYNEWSHUB.CC - See more at: http://mynewshub.cc/2014/11/28/pelanggan-tak-reti-sabar-tanya-harga-meroyan-royan/#sthash.zHK7hmG5.dpuf

Pengantin Yang Melarikan Diri Boleh Didakwa
Ikatan perkahwinan hanya wujud atas kerelaan hati pasangan baik bakal suami mahu pun isteri untuk membina mahligai bersama-sama.
Sayangnya, sejak akhir-akhir ini timbul pelbagai kisah pelik berkenaan bakal pengantin yang secara tiba-tiba tidak menghadiri majlis sendiri. Pastinya, yang menanggung malu adalah keluarga pasangan terlibat kerana jemputan sudah diedar dan segala persiapan telah tersedia rapi. Susulan itu, diwujudkan terdapat akta membolehkan bakal pengantin sama ada lelaki atau perempuan yang tidak hadir selepas persiapan perkahwinan diadakan oleh pasangannya, didakwa di mahkamah. Di bawah Akta Kontrak 1950, menurut laporan Harian Metro, Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam) Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, dakwaan boleh dilakukan atas kesalahan memungkiri janji selepas membuat penawaran untuk mengahwini pasangannya.
Akta ini sekaligus membantu permasalahan tuan rumah atau keluarga pengantin yang bukan saja menanggung malu, tapi terpaksa menanggung kerugian atas tempahan makanan dan segala perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menganjurkan majlis perkahwinan. Kes berkaitan ini bakal membantu dalam menuntut pampasan perbelanjaan yang boleh diukur dari segi pembayaran ganti rugi yang telah ditanggung oleh tuan rumah. – MYNEWSHUB.CC

Laku Terjual, Tudung Neelofa Dah Empat Kali Restock!
KUALA LUMPUR: Naelofar, jenama tudung keluaran pelakon popular Neelofa Mohd Noor mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.
Menurut Pengurus Pemasaran PM Gift, Nor Shamimie Ahmad Haris yang merupakan stokis tudung Naelofar, setakat ini sudah empat kali stok ditambah berikutan sambutan hangat pelanggan.
“Setakat ini, sudah empat kali kami restock produk tudung Naelofar yang nyata mendapat sambutan daripada kaum wanita pelbagai peringkat umur. “Menerusi pemerhatian, kalau pelajar mereka lebih suka beli tudung cotton sementara yang sudah bekerja lebih gemar menggayakan tudung jenis chiffon,” katanya ketika ditemui di Booth 119. Koleksi tudung pelbagai warna tersebut dijual pada harga khas RM50 sempena persidangan tahunan ini. Selain menjual tudung, booth mereka turut menjual pelbagai barangan lain antaranya kemeja T, botol air keluaran khas dan buku nota.
Karnival jualan yang dibuka sempena Perhimpuan Agung UMNO melibatkan sebanyak 300 gerai jualan akan dibuka hingga esok hari, menawarkan pelbagai barangan menarik antaranya kain batik, songket, barangan rotan dan barangan perhiasan wanita. – MYNEWSHUB.CC

Awas Sindiket Penipuan Menyamar Kakitangan Malindo Air
KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air meminta orang ramai berhati-hati terhadap satu sindiket yang menyamar sebagai kakitangan syarikat itu bagi tujuan menipu.
Malindo Air dalam satu kenyataan memberitahu, sindiket itu menyamar sebagai kakitangan yang menjual tiket Malindo Air pada harga promosi atau lebih murah.
“Kami mendapat laporan mengenai hal ini daripada pelanggan yang memberitahu menerima panggilan yang berterusan daripada sindiket itu dalam sehari.
“Kami ingin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ke atas penipuan itu dan mengelakkan panggilan itu jika perlu,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, kakitangan Malindo Air hanya akan menghubungi pelanggan secara langsung untuk membincangkan butir-butir tempahan tanpa proses pengesahan transaksi.
Justeru, orang ramai yang menerima panggilan mencurigakan dan mengaku kakitangan Malindo Air tetapi meminta butiran bank dan kad kredit diminta tidak melayan panggilan rersebut.
“Jangan teruskan jika anda diminta untuk memindahkan tunai ke dalam akaun bank lain. Malindo Air hanya menerima tunai atau cek deposit manakala perkhidmatan pembayaran kad kredit hanya boleh didapati di kaunter tiket Malindo Air di seluruh negara,” jelas kenyataan itu.
.
Sehubungan itu, Malindo Air menggesa orang ramai supaya berhati-hati dan menghubungi syarikat penerbangan itu sekiranya berhadapan situasi penipuan tersebut.-mynewsub
TOP
Pedas!! Anak Pelakon Veteran Jawab Kritikan Ahmad Idham
Mungkin ada antara pembaca yang sudah terlihat akan satu muat naik status di laman Twitter milik pengarah prolifik, Ahmad Idham yang berbaur kritikan terhadap sebuah filem.
Pastinya, ramai yang membuat andaian apakah yang canggung di mata Ahmad Idham sampaikan pengarah itu mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Melalui ruangan komen di status tersebut, ramailah pengikut Ahmad Idham yang bertanyakan tentang tajuk filem yang diperkatakan beliau, namun dia dilihat tidak memberi respon. Namun hari ini, akaun anak kepada salah seorang pelakon versatil, Wan Hanafi Su iaitu Budi Citawan seakan menjawab persoalan yang ditinggalkan sepi oleh Ahmad Idham. Memuat naik kembali ‘screenshot’ tulisan pengarah itu, Budi meluahkan pandangan dengan mengkritik komentar Ahmad Idham.
Tulis Budi dalam gaya sinikal, ‘Hmmm… Saya setuju Abang. Memang ada konspirasi. Konspirasinya adalah untuk memperlekehkan pemikiran manusia (bukan bangsa ya) seperti Abang yang suka memperlekehkan pintu rezeki dan kreativiti orang lain yang selama ini dipandang lekeh oleh masyarakat. Am I making any sense? Remember, there’s thing called ‘sattire’ in film. Thank you for voicing out, but please… take a chill pill.’ Bukan setakat itu sahaja, ujaran Budi kemudiannya disokong oleh pelakon berbakat, Zahiril Adzim. Tulis pelakon itu, ‘Filem yang memperlekehkan Melayu adalah filem-filem lawak bangang, slapstik, badigol hantu-hantu atas jalan raya, nombor ekor. Tak menjana dan memupuk pemikiran kritikal langsung. Alasan, itu kehendak penonton katanya.’ Tindakan Budi membalas kritikan Ahmad Idham yang dilihat bagi menyebelahi bapanya yang juga pelakon dalam filem dimaksudkan Ahmad Idham, sebenarnya logik dan berasas. Sepatutnya, filem-filem kreatif dan kritis seperti Lelaki Harapan Dunia diperbanyakkan agar industri memiliki variasi dalam filem yang dihasilkan. Kalau bab memperlekehkan kaum Melayu yang diperkatakan Ahmad Idham, rasanya pengarah filem dimaksudkan sudah lebih awal mengeluarkan kenyataan bahawa isu itu tidak sepatutnya timbul kerana ia merupakan pandangan peribadinya dan bersifat subjektif. Bukankah jemu kalau setiap kali ke panggung wayang, filem genre sama juga yang dihidangkan. Kalau bukan filem hantu, maka filem rempit! Bosan kan? – MYNEWSHUB.CC

JIL-UMNO, Indikasi Peremajaan Parti UMNO – Fathul Bari
Pengerusi Biro IPT Pergerakan Pemuda UMNO Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Biarpun selepas dibangkitkan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya semalam, hari ini tidak ramai perwakilan UMNO yang berbahas mengambil perihal JIL-UMNO yang dicadangkan menjadi kriteria anak muda yang bakal menjadi pemimpin parti. Pengerusi Biro IPT Pergerakan Pemuda UMNO Ustaz Fathul Bari Mat Jahya berkata perkataan JIL itu dalam bahasa Arab bermaksud generasi dan dalam konteks UMNO ia bermaksud generasi muda atau pelapis UMNO. “Jillun dalam bahasa Arab bermaksud generasi, jadi kita bercakap soal generasi UMNO.. Bila sebut generasi kita akan faham, generasi bila? generasi yang akan datang. “Generasi pewaris kepada UMNO itu sendiri, kita perlu mereka yang ada ilmu pengetahuan mereka, mereka ada integriti, mereka ada sifat glokal di samping mereka berada di luar sana, belajar di luar negara tetapi mereka masih memahami bahawa mereka merupakan rakyat dalam negara ini,” katanya kepada Mynewshub.cc hari ini. Beliau berkata kenyataan Najib berkenaan JIL-UMNO itu merupakan rentetan daripada pelbagai cadangan untuk melakukan proses peremajaan UMNO supaya bersifat lebih aktif demi perjuangan bangsa. “JIL-UMNO itu adalah satu indikator bagi memastikan peremajaan parti itu berlaku dengan baik, indikasi ini meletakkan tiga perkara asas sahaja iaitu berilmu, berintegriti dan juga bersifat glokal. “Tiga perkara asas ini saya kira satu asas untuk membuktikan kemampuan Pemuda orang yang muda usianya menjadi pemimpin di dalam parti,” katanya.
Menurut Fathul Bari, penglibatan anak muda untuk menjadi pemimpin dalam UMNO memerlukan persediaan dan JIL-UMNO ialah panduan untuk melakukan persediaan berkenaan.
“Bercakap soal peremajaan tanpa ada indikasinya tanpa ada piawaiannya saya kira itu tidak adil bagi pihak atasan, juga pihak atasan tidak membuka ruang tutup terus juga tidak adil, keseimbangan ini perlu ada,” katanya. Fathul Bari ditemui selepas beliau bersama tiga Naib Presiden UMNO; Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bertemu dengan mahasiswa Kelab UMNO Luar Negara di bilik Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Pertemuan itu diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang sedang berlangsung sehingga esok di PWTC yang menjadi lokasi perhimpunan tradisi parti terbesar Melayu itu. Menurut Najib dalam ucapan dasarnya itu, JIL-UMNO adalah generasi pemimpin baru yang penuh berkualiti dan kuat dari segala segi. “JIL-UMNO atau pewaris kepimpinan yang kita dambakan adalah generasi yang kuat sebagai bunga-bunga bangsa, bukannya zuriat yang lemah seperti buih-buih di samudera. “Barulah nanti kita mampu bernafas dengan lepas dan lega bila diserahkan parti ini pada mereka kelak,” kata Najib dalam ucapannya semalam. – MYNEWSHUB.CC

Yaasin Harap Foto Bersama Anjing Namewee Tak Jadi Isu
Ingat lagi vokalis kumpulan nasyid Brothers yang juga komposer, Yaasin Sulaiman? Ya, lama betul tak mendengar khabar penyanyi yang pernah meletup dengan lagu Mimpi Laila itu.
Baru-baru ini, nama Yaasin tiba-tiba muncul di laman blog hiburan gara-gara gambar yang dimuat naik olehnya terdapat subjek sensitif iaitu anjing. Dalam gambar tersebut, Yaasin sedang ber’wefie’ dengan pengarah Nasi Lemak 2.0, Name Wee yang memegang seekor anjing. Jika diimbas kembali, mana-mana artis yang pernah memuat naik gambar bersama haiwan tersebut pasti akan menerima seribu satu kecaman daripada masyarakat, antaranya Adira, Nanu Baharudin dan Syarifah Sofea. Namun, menerusi ruangan ‘caption’ pada gambar tersebut, Yaasin awal-awal lagi menyatakan bahawa dia berharap gambar tersebut tidak menimbulkan kontroversi kerana dia tak menyentuh langsung anjing berkenaan. “I hope this photo won’t get me into trouble lah kan with @name_wee with Bibi @nameweephoto & Bibi @nameweephoto,” tulisnya. Kalau ditelek-telek gambar tersebut, memang Yaasin tak menyentuh pun anjing itu. Maka tak payah lah ada pihak yang sengaja nak cetus isu ya! – MYNEWSHUB.CC

Tauke Jambu Nafi Isu Gambar Bercumbu Libatkan Dirinya
Panas kembali nama pelawak Tauke atau Zamatul Amri Zakaria, 37, setelah dia didakwa merupakan artis lelaki yang bercumbuan dengan seorang wanita dalam beberapa keping foto ‘daring’ yang tersebar.
“Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus terang saya tidak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan bila ia diambil,” katanya kepada akhbar Berita Harian.
Tambahnya lagi, “Yang pasti setakat ini gambar yang disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar sahaja. Saya kena tengok dahulu sebelum komen lebih lanjut.”
Menerusi dakwaan sebuah portal hiburan, individu lelaki dalam gambar tersebut merupakan seorang yang terkenal dengan ragamnya yang sering bertukar teman wanita. Nama Tauke terus disebut ramai kerana dia sebelum ini dikaitkan dengan beberapa wanita. Selain itu, menurut cerita di sebalik tersebarnya gambar-gambar tersebut, artis berkenaan menghantar telefon bimbitnya ke sebuah kedai untuk diservis. Malangnya, dia terlupa untuk mengeluarkan kad memori, lantas diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan gambar panasnya di laman sosial. Ujar Tauke yang beraksi bersama Yus dalam kumpulan Jambu, penyebaran gambar tersebut berkemungkinan dilakukan sesetengah pihak untuk mensabotaj karier dan memburukkan imejnya. “Setahu saya tak pernah ada gambar macam itu jadi pelik juga bila orang kaitkan saya tak pasal-pasal. Boleh jadi juga itu gambar orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya.”
Bagaimanapun, Tauke berkata dia berhasrat untuk mencari individu yang melakukan perkara tersebut andai benar ia merupakan foto miliknya. Selepas bergabung dengan pelawak Yus dan menggunakan nama Jambu dalam beberapa musim Maharaja Lawak Mega, kini Tauke dan Yus bergabung dengan Zizan Razak membentuk Kumpulan Virus bagi musim ini. – MYNEWSHUB.CC

Perut Terlalu Besar, Peminat Teka Almy Hamil Anak Kembar
Umum mengetahui pasangan selebriti Almy Nadia dan Fizz Fairuz bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.
Perkhabaran berita ini pastinya dinanti-nantikan peminat kedua-dua pelakon ini yang tak sabar ingin melihat wajah bayi selebriti kesayangan mereka. Jika lihat gambar-gambar yang dimuat naik Almy di Instagram, rata-rata peminat memperkatakan perihal saiz perutnya tidak seiring dengan usia kandungan yang baru 5 bulan. Apa lagi, pelbagai andaian dibuat oleh peminat termasuk tertanya-tanya adakah Almy sedang menghamilkan anak kembar. Sebenarnya Almy dan Fizz dah pernah berkongsi dengan peminat sekitar bulan lepas bahawa mereka mungkin akan menimang cahaya mata perempuan.
Pada masa sama, ramai juga yang memuji isteri Fizz Fairuz ini, masih jelita dan berseri-seri meskipun dalam keadaan sarat mengandung. Mungkin inilah yang dipanggil orang aura ibu mengandung kot!
Lihatlah, ramai peminat Almy yang menyangka pelakon ini sedang mengandung anak kembar hinggakan ada yang meneka bayi yang dikandung oleh Almy adalah kembar tiga. Jika dilihat sememangnya kandungan pelakon ini agak besar, namun menurut Almy rangka badannya yang besar mungkin jadi punca perutnya kelihatan begitu. Sebelum ini pun, Almy pernah meluahkan perasaan di laman Instagram terhadap segelintir peminat yang sering pertikaikan saiz tubuh badannya yang semakin membesar.
Rasanya, semua ibu mengandung akan mengalami proses perubahan hormon hingga menyebabkan badan ibu mengandung semakin berisi.
Apa yang penting, kesihatan ibu dan anak sihat walafiat. Ye dak? – MYNEWSHUB.CC

Kiyai ‘Sesat’ Indonesia Nikahkan Pasangan Sejenis
Sesat lagi menyesatkan – itu konklusi yang boleh diberikan terhadap seorang ‘kiyai’ negara seberang yang membuat pengakuan tergempar pernah nikahkan pasangan sejenis kepada portal berita Malaysiakini.
Abdul Muiz Ghazali, Pensyarah Agama di Institut Studi Islam Fahmina (Isif) yang beroperasi di Cirebon, Jawa Barat mengakui dia pernah menikahkan seorang lelaki dengan mak nyah! Malahan, dia mendakwa terdapat ustaz dan kiyai lain di negaranya turut melakukan tindakan serupa. Dalam satu sesi wawancara bersama portal berkenaan, dia menyatakan sudi jadi jurunikah kepada pasangan songsang selepas mereka tampil menemuinya dan mengakui saling mencintai. Lebih mengejutkan oleh kerana Indonesia tidak mengiktiraf pernikahan golongan sejenis, Muiz berkata, dia telah mengeluarkan sijil nikahnya sendiri buat pasangan terbabit. “Kita ada catatan pernikahan yang kita buat sendiri, sekiranya ada masalah boleh jumpa saya semula. Saya yang akan menceraikan nanti (jika pernikahan itu gagal mencapai kebahagiaan), disaksikan komuniti (LGBT), kerana soal nikah cerai itu harus ada pengakuan dari masyarakat.” Entah mana syariat yang dirujuknya, Muiz menambah, “Islam tidak pernah melarang pernikahan berlainan jantina. Tetapi umat Islam ya, mereka yang larang, agama tidak.” Bagi menyokong dakwaannya, Muiz memetik sepotong ayat Al-Quran dari Surah Al-Imran ayat ke-14, yang menyebut bahawa Allah mewujudkan kecintaan terhadap apa-apa yang diingini sebagai kesenangan hidup. “Merujuk surah ini, terdapat perkataan manusia boleh mencintai apa-apa yang dingini, jika perempuan mencintai perempuan (contohnya), ya, sudah kelihatan sejenis di sini, itu teks Al-Quran. Yang ada dalam al-Quran itu orang yang dianggap lelaki bukan dari jenis kelamin (aspek biologi),” katanya. Singkap ‘kiyai’ ini lagi, sebelum ini dia tidak menerima golongan tersebut, namun berubah fikiran setelah dia melakukan kajian sendiri. Malah dia sanggup menyamar sebagai individu gelandangan semata-mata untuk mendekati golongan transgender yang melacur di jalanan. “Dari situ saya berpendapat bahawa transgender memerlukan tuhan cuma tidak jumpa jalan, misalnya dilarang ke masjid. Jadi saya ingin mendampingi mereka melalui agama,” katanya.
Lantas, dia mengambil keputusan untuk membawa golongan itu ke pesantren (sekolah agama) bagi mendekati ilmu agama. “LGBT adalah golongan yang terbuka, jika ada masyarakat boleh membuka ruang untuk mereka mengapa kita tidak boleh.” Bukan menidakkan intuisi murni si ‘kiyai’ Muiz ini dalam usaha mendekatkan golongan mak nyah dengan Islam, namun pepatah ‘niat tidak menghalalkan cara’ amat sesuai menggambarkan senario tersebut. Mana tidaknya, sudah terang lagi bersuluh bahawa sejarah Nabi Luth dan kaumnya yang mengamalkan orientasi seksual songsang telah dilaknat Allah S.W.T hingga diturunkan musibah. Paling keji, apabila si ‘kiyai’ ini cuba mengeksploitasi ayat Al-Quran dengan terjemahan diputuskan sendiri sesuka hati semata-mata mengiyakan tindakannya. – MYNEWSHUB.CC Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Video: Pemandu Drift Pecah Rekod Dunia Parkir Kereta Secara Selari
Seorang pemandu drift yang juga merupakan pemandu lagak ngeri, Han Yue dari China telah memecahkan Rekod Dunia Guinness, apabila berjaya meletakkan kereta paling rapat secara selari.
Bersempena dengan Kejohanan Drift yang berlangsung di Chongqing, Han Yue menujukkan skil memakir sebuah Mini Cooper S di antara dua kereta yang mempunyai jarak hanya 8 cm (3.15 inci) dari kereta yang diselitkannya.
Rekod sebelum ini dicatatkan oleh pemandu dari Britain, Alastair Moffatt pada Julai tahun lepas, selepas berjaya memakir kereta yang digunakan dalam jarak 8.6 cm.
Pada 2012, Han Yue mencatatkan jarak 15 cm antara kereta yang digunakan.
Sila tonton dan kaji video di atas, manalah tahu anda mampu memecahkan rekod yang dicatatkan?
Sumber: Autofreaks
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
Pada 2012, Han Yue mencatatkan jarak 15 cm antara kereta yang digunakan.
Sila tonton dan kaji video di atas, manalah tahu anda mampu memecahkan rekod yang dicatatkan?
Sumber: Autofreaks
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
TOP
Guan Eng Berang Akta Hasutan Dikekalkan
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bengang dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 (Akta Hasutan).
Beliau mendakwa, Najib memungkiri janji untuk menghapuskan akta itu walhal Perdana Menteri sebelum ini cuma menyebut tentang rancangan untuk meminda akta itu atau mengantikan ia dengan satu akta baharu.
Beliau turut bimbang jika parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain iaitu MCA, MIC, Gerakan dan SUPP bersetuju dengan keputusan Najib tersebut.
“Pengundi Malaysia akan memutuskan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti sama ada mereka hendak menyokong pengekalan Akta Hasutan,” katanya dalam nada berbaur ugutan kepada UMNO dalam satu kenyataan hari ini.
Najib yang juga Presiden UMNO mengumumkan akan mengekalkan dan memperkuatkan Akta Hasutan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara ini terus terjamin.
Pendirian Najib itu jelas beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk parti politik yang sentiasa mendesak supaya akta itu dihapuskan demi kesenangan mereka berpolitik tanpa batasan.
Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada Perhimpunan Agung UMNO 2014, pagi semalam.-mynewsub
TOP
Wajah-Wajah Jelita Hiasi Perhimpunan Agung UMNO 2014
MASUK hari keempat persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014, pelbagai ragam pengunjung dan penjual dapat dilihat memeriahkan Karnival Jualan Gerai yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Terdapat lebih kurang 300 gerai yang menjual pelbagai produk tempatan antaranya makanan, perhiasan rumah, pakaian batik, tudung, kek lapis Sarawak, minyak wangi dan sebagainya. Yang menarik perhatian di karnival ini pastinya kehadiran wanita-wanita cantik yang menjadi penarik kepada pengunjung untuk hadir ke gerai jualan mereka.
Satu lagi gerai unik ialah gerai menjual ikan terubuk yang diterbangkan khas dari Sarawak, yang mana gerai ini satu-satunya menjual barangan basah pada karnival kali ini.
Dijual dengan harga berpatutan sebanyak RM15 seekor, ternyata gerai ini merupakan salah satu daripada gerai yang paling mendapat sambutan daripada penggemar ikan tersebut.
Jom kita lihat gelagat-gelagat menarik pengunjung sepanjang karnival itu berlangsung hari ini! – MYNEWSHUB.CC
Oleh : JULIANA JOHAR | Foto : RIZA RAZAK

Kaum Cina Kukuh Hasil Perniagaan Haram – Perwakilan
Ketika membuat perbahasan ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), perwakilan dari Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Said berkata, kekuatan masyarakat Cina datang dari sumber perniagaan haram seperti judi dan pelacuran.
Generalisasi tersebut disusuli dengan solusi beliau bahawa tanpa penguatkuasaan tegas, kerajaan akan dikutuk kerana aktiviti tersebut yang bebas berleluasa.
“Kita tahu kekuatan Cina datang dari bisnes haram seperti judi, pelacuran tapi di mana pihak berkuasa?
Saya pergi Permatang Pauh, saya nampak bisnes maksiat ini banyak, kereta tinted pun lepas,” petik ujarannya dari portal The Malaysian Insider.
Lantas, beliau menggesa tindakan tegas diambil terhadap individu-individu tersebut agar mereka takut dengan kerajaan.
“Nasib baik kita tidak buat apa-apa. Kalau kita banteras aktiviti ini, mereka akan takut kepada kerajaan.
Kalau kita tidak ambil tindakan tegas kita akan dihina, ini kerana sikap pegawai kita sendiri,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Mengapa Jentayu ‘Perlekeh’ Pelan Yang Ia Mahu Jayakan?
KUALA LUMPUR – Secara tiba-tiba sahaja tanpa sebarang petunjuk, muncul syarikat yang baru berusia tiga bulan Jentayu Danaraksa Sdn Bhd (Jentayu) mengumumkan langkahnya untuk melengkapkan pelan Khazanah Nasional Bhd bagi menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) yang berdepan masalah kewangan.
Namun sebelum masyarakat sempat untuk menilai keupayaannya berbuat demikian, syarikat itu kini dikatakan ‘memperlekehkan’ pelan menyelamat Khazanah.
Kenyataan Jentayu pada Selasa yang dilaporkan ‘memperlekehkan’ pelan 12 perkara Khazanah sudah pastinya bukan satu permulaan yang baik untuk bekerjasama dengan cabang pelaburan negara itu.
Soalan yang nampaknya semua orang ingin bertanyakan sekarang ialah mengapa mengkritik pelan yang Jentayu sendiri mahu jayakan untuk memulihkan MAS?
Pemegang saham minoriti MAS telah menerima tawaran 27 sen untuk menyahsenaraikan syarikat penerbangan itu dan, malahan memberikan mandat kepada pelan 12 perkara Khazanah untuk memulihkan syarikat itu.
Sepatutnya, pelan yang diluluskan Kabinet itu perlu dilaksanakan bermula dari sekarang.
Bagaimanapun, sejak daripada itu, aset strategik syarikat penerbangan itu menjadi sasaran pengambilalihan oleh Jentayu yang setakat ini hanya mengemukakan cadangan yang tidak lengkap.
Syarikat itu hanya menyatakan ia memiliki pembiayaan asing dan ingin memilih beberapa bahagian seperti unit pesawat, penyenggaraan dan kejuruteraan serta anak syarikat MAS, Firefly.
Ia juga mahu menyelamatkan 6,000 pekerja yang dijangka dihentikan di bawah pelan Khazanah itu.
Tujuan utama penyahsenaraian MAS adalah untuk memastikan syarikat penerbangan nasional itu kembali meraih keuntungan. Tetapi sehingga sekarang Jentayu tidak pernah menjelaskan bagaimana pengambilalihan aset ini akan membantu pemulihan itu dan bagaimana cara ia merancang untuk menyelamatkan 6,000 pekerja tersebut?
Apa yang penting adalah, bagaimana syarikat yang kurang dikenali ini merancang untuk membiayai pembelian tersebut.
Melihat daripada perspektif pekerja, langkah untuk menyelamatkan 6,000 orang itu harus diberi pujian. Namun, pelan 12 perkara Khazanah juga turut menangani isu ini, menerusi latihan kemahiran semula dan ditempatkan di syarikat-syarikat di bawah Khazanah. Jadi sebenarnya tidak ada isu tentang kehilangan pekerjaan.
Perkara amat penting perlu diberi tumpuan ialah menyelamatkan syarikat penerbangan nasional itu. Persoalan mengenai bagaimana pengambilalihan Jentayu itu boleh menyelamatkan MAS masih belum berjawab.
Daripada perspektif orang kebanyakan, pengambilalihan itu hanya akan memberi faedah kepada Jentayu yang merupakan pihak swasta dan individu yang dimiliki kerana ia hanya mengalihkan hasil yang sepatutnya diterima oleh MAS daripada Khazanah ke dalam poketnya sendiri. Bagaimana ini dapat membantu MAS?
Sudah banyak kali kita melalui keadaan seperti ini. Apabila ada sesebuah syarikat gagal kerajaan terpaksa menyelamatkannya. Adakah kita mahu melaluinya sekali lagi? Mungkin juga Jentayu tidak akan gagal dan mencapai kejayaan. Namun buat masa ini tidak ada orang yang benar-benar pasti tentang perkara itu.
Apa yang paling penting, bukan hanya kepada Khazanah tetapi juga kepada rakyat, adalah bagaimana pelan Jentayu dapat menyelamatkan MAS daripada terus menanggung kerugian? bagaimana sebenarnya MAS dan 6,000 kakitangan boleh diselamatkan? – BERNAMA
TOP
RON95 Dipurata Sebelum 1 Dis, Harga Dijangka Turun!
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memuratakan harga pasaran dunia bagi minyak petrol RON95 sebelum pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal pada 1 Dis, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau yakin kaedah pengapungan terkawal terhadap petrol RON95 bakal memberi fleksibiliti kepada rakyat untuk menikmati harga minyak lebih rendah berdasarkan kejatuhan harga minyak semasa.
“Saya dimaklumkan harga pasaran dunia bagi RON95 dijangka akan turun dalam masa beberapa hari dan setakat hari ini (27 Nov) harganya adalah pada RM2.26 seliter iaitu lebih rendah daripada harga RM2.30 yang dijual pada masa sekarang.
“Harga itu dijangka akan menurun lagi dan kami berjanji akan memuratakan harga itu sebelum 1 Dis,” katanya dalam sidang media hari ini.
Jumaat lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek mengumumkan kerajaan akan menetapkan harga runcit bagi RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Dis.
Menurut Hasan, subsidi bagi RON95 akan dihapuskan dan harga minyak akan bergantung kepada harga pasaran dunia. – BERNAMA
TOP
Kes Pemangku ACP Dan Pengubahan Wang Haram
Petikan: Malaysian Crime
Kes Pemangku ACP dan Pengubahan Wang Haram : Ada Kaitan Hubungan Baik Pegawai Berpangkat Tinggi dan Ketua Kongsi Gelap?
1. Malaysiancrime sebelum ini telah mengeluarkan beberapa siri isu tangkapan Pemangku ACP Cawangan Judi dan Maksiat serta kemungkinan adanya hubungan yang begitu rapat antara pegawai tersebut dengan rangkaian kongsi gelap yang begitu aktif dan besar di Kuala Lumpur.
2. Media cetak juga telah mendapat penjelasan dari Ketua Polis Negara mengenai kes ini yang dilihat ada kecelaruan tentang hukuman yang dikenakan oleh PDRM itu sendiri. Media cetak tempatan juga memaparkan keputusan ujian air kencing P/ACP tersebut adalah negatif yang membawa maksud bahawa P/ACP bukannya seorang penagih dadah walaupun diberitakan bahawa semasa tangkapan dibuat sejumlah lebih kurang 80 biji dadah jenis Eramin5 ditemui.
3. Ketika tangkapan dibuat, turut dijumpai adalah sejumlah wang, RM500,000…. TERUSKAN MEMBACA DI SUMBER ASAL DI SINI

Skandal Seks – Apa Kaitan Pengerusi MyWatch & Tokey Judi?
Petikan: Malaysian Crime
1. “MyWatch”, sebuah NGO yang begitu hebat ‘membongkar’ perilaku anggota PDRM suatu ketika dahulu tiba-tiba terus hilang suara setelah kes beliau berjaya memenangi tender plat nombor kereta mewah BMW, yang tertera Nombor pendaftarannya BMW 8 dan BMW 11.
2. Nilai nombor plat BMW8 dan BMW11 masing-masing dengan harga RM174,776 dan RM165,000.
3. Alasan yang diberikan oleh Pengerusi MyWatch adalah : “Tidak ada sesiapa yang boleh mempersoalkan usaha… TERUSKAN MEMBACA DI SUMBER ASAL DI SINI -KLIK

Cerita Sabah Tidak Selamat Adalah Satu Pembohongan – Zahid
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) ketika ditemui pemberita diiringi Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) dan Menteri Kemajuan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. - Foto MYNEWHSHUB.CC
Cerita-cerita pihak tertentu mengenai keadaan negeri Sabah yang sudah tidak selamat sebenarnya satu pembohongan dan tidak benar sama sekali, hakikatnya keadaan di negara ini masih selamat. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu dibincangkan dan diperjelaskan kepada mahasiswa Kelab UMNO Luar Negara pada satu pertemuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. “Perkara yang dibincangkan termasuklah beberapa isu semasa yang dibangkitkan terutamanya tentang keselamatan negara kita dan juga hal ehwal pertahanan negara kita serta keadaan bagaimana di Sabah, Semporna khususnya yang digambarkan seolah-olah tidak selamat. “Kami ingin memberikan jaminan kepada pelajar-pelajar bahawa negara kita selamat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pertemuan itu. Bagaimanapun, Dr Ahmad Zahid berkata bagaimanapun kerajaan akan mengambil tindakan dari segi penglibatan rakyat Malaysia dalam kegiatan militan Islamic State (IS) di Iraq dan Syria. “Kerjasama yang terjalin di antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri diterjemahkan dalam banyak bentuk terutamanya apabila kita berkongsi dari segi maklumat yang kita perolehi dari badan perisikan antarabangsa.
“Tindakan yang kita lakukan adalah untuk kepentingan rakyat dan negara keseluruhannya,” katanya.
Sebelum ini, keadaan di Semporna digambarkan oleh sesetengah pihak sebagai tidak selamat ekoran berlakunya beberapa kejadian penculikan melibatkan pemilik sangkar ikan dan juga seorang anggota keselamatan sebelum ini. Berkenaan pertemuan dengan mahasiswa, selain Dr Ahmad Zahid, dua lagi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut serta dalam pertemuan di bilik Kuala Lumpur di tingkat 5, PWTC. Pertemuan berkenaan berlangsung kira-kira sejam membicarakan isu-isu semasa termasuk isu keselamatan dalam negara antara mahasiswa dan Naib Presiden parti. Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin turut mengadakan pertemuan dengan kelab berkenaan membincangkan banyak perkara khususnya tentang pelaksanaan peremajaan UMNO. – MYNEWSHUB.CC

Gambar Jejai 'Sweet' Dengan Fasha Sandha
Makin lama makin sayang.
Itulah perasaan yang diimpikan setiap pasangan yang sudah berkahwinkan. Macam-macam boleh buat bila dah kawin, tidak payah hendak sembunyi-sembunyikan. Inilah berlaku kepada pasangan bahgia Fasha Sandha dan Jejai apabila berkongsi sekeping gambar yang menarik perhatian ramai peminat-peminat mereka.
Alahai bahagianya pasangan ini macam orang baru kawinkan sungguh bahagai. Jejai dan fasha memang romantik siapa yang tengok pasangan ini memang akan cemburu. Apa-apa pun kami disini sentiasa doakan kebahagiaan pasangan ini sehingga ke akhir hayat.- Siakapkeli.com.my

Tiga Polis Cedera Lelaki Kurang Siuman Mengamuk
Salah seorang pegawai polis yang diserang
PENDANG, 28 Nov: Tiga anggota polis telah diserang oleh seorang lelaki kurang siuman yang mengamuk di Kampung Kerbau disini, semalam. Polis-polis tersebut diserang ketika cuba membawa lelaki berkenaan ke hospital setelah ibu lelaki tersebut meminta bantuan polis. Salah seorang dari polis berkenaan menerima 10 jahitan di atas kepala manakala dua lagi cedera di tangan kiri dan betis. Dua dari mereka diletakkan di wad Hospital Sultanah Bahiyah sementara seorang lagi yang cedera di betis dibenarkan keluar hari ini. Lelaki kurang siuman yang berusia 28 tahun itu turut cedera ketika kejadian dan turut menerima jahitan di kepala. Kini dia di tahan di wad sahit jiwa di Hospital Alor Setar.- Siakapkeli.com.my

Rita Rudaini Impikan Anak Jadi Seorang Hafiz
Aktress terkenal Rita Rudaini memang seorang yang tabah dan khabar terbaru mengenainya baru-baru ini mengatakan beliau bahagia sangat bersama anak-anak tersayang selepas di palit beberapa kontroversi dengan isteri bekas suaminya Aidil Zafuan Abd Razak.
Rita kini memang dilihat begitu bahagia bersama anak-anaknya walaupun terpkasa membesarkan kedua-dua anaknya berseorangan dan bagi setiap ibu pastu cuba yang terbaik untuk anak mereka begitu jugak dengan Rita.
Apa yang manarik perhatian kami Rita bukan sahaja menitik beratkan soal keperluan harian tetapi turut mementingkan soal pendidikan agama kepada anak-anaknya walaupun selalu sibuk dengan kerjanya sebagai seorang pelakon.
Rita baru-baru ini teah berkongsi sekeping gambar yang menarik di mana anak-anaknya sedang mengaji Al-Quran dengan luahan dan harapan beliau bila anak-anaknya besar nanti.
Di dalam tulisan itu Rita terharu sangat dengan perangai anak-anaknya yang menunjukkan minat dalam mengaji AL-Quran dan merasakan tidak sia-sia pengorbanannya selama ini membesarkan mereka seorang diri. Yang paling menyentuh hati apabila harapan Rita supaya besar nanti anak-anaknya menjadi seorang hafiz dan memimpin dia ke jalan yang benar dan diredhai ALLAH. Semoga apa yang diimpikan Rita itu dimakbulkan ALLAH kerana apa ayng beliau niatkan tersebut amat mulia.- Siakapkeli.com.my

Pencuri Khazanah Kapal Perang Dicekup
Kuantan: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semalam, mematahkan cubaan sekumpulan 17 nelayan warga Vietnam kerana mahu mencuri khazanah dalam kapal perang British yang karam di perairan negeri ini, pada Perang Dunia Kedua.
Dua kapal perang berkenaan adalah HMS Repulse dan HMS Prince Of Wales.
Markas Wilayah Laut Satu TLDM dalam satu kenyataan berkata, kejayaan itu adalah hasil maklumat daripada Persatuan Nelayan Pahang yang disampaikan dalam satu program khas bersama pihaknya, minggu lalu.
"Aktiviti penyelaman haram oleh nelayan asing di perairan sekitar 60 batu nautika dari Tanjung Gelang itu dipatahkan oleh KD Perkasa yang dalam pelayaran pulang selepas tamat latihan Malindo Jaya, kira-kira jam 6.45 pagi.
"KD Perkasa menahan sebuah bot nelayan diubahsuai menjadi bot penyelam dan 17 kru rakyat Vietnam berada di atasnya.
"Sebahagian daripadanya sedang menyelam di dasar laut dipercayai untuk mengambil tinggalan dalam kapal perang itu," katanya.
Katanya, pemeriksaan mendapati kesemua kru kapal itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dibawa ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang untuk diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi tindakan lanjut. - Harian Metro
TOP
Lelaki 'Samun Warga Emas Guna Pisau' Dibogelkan & Diikat di Tiang Lampu
Santiago, 29 Nov - Seorang lelaki yang didakwa cuba menyamun seorang warga emas telah dibogelkan oleh orang ramai dan diikat di tiang lampu oleh orang ramai yang berang dengan kejadian tersebut.
Orang ramai mengambil kesempatan mengambil gambar Valentino Abeyta Barreta, 32, yang diikat di tiang lampu sambil seluarnya dilondehkan ke kaki. Dia kemudiannya ditinggalkan di tiang tersebut 20 minit sebelum polis tiba ditempat kejadian. Bagaimanapun, Barreta tidak mahu menjelaskan kepada polis kenapa dia diperlakukan sedemikian rupa sambil meminta polis untuk melepaskannya.
Barreta bagaimanapun dibebaskan dari tahanan polis kerana warga emas yang dikatakan telah disamun oleh Barreta tidak tampil untuk memberikan laporan polis. Menurut polis, tiada pihak yang tampil membuat laporan termasuk mereka yang mengikat Barreta dan warga emas yang disamun menyebabkan Barreta dilepaskan dari tahanan. Gambar kejadian telah tersebar di media sosial menimbulkan persoalan terhadap tindakan orang ramai yang memalukan Barreta. - Siakapkeli.com.my

20 Gambar Orang Malas Yang Dijadikan Karya Menarik
Seni Lukisan adalah satu seni yang amat halus dan mempersonakan dimana apa yang difikirkan atau dilihat akan dilakarkan di atas sekeping kertas. Orang selalu bercakap mengenai seni ini mempunyai jiwa dan memerlukan bakat yang tersendiri untuk melukisnya.
Kadang-kadang orang yang tidak faham tentang seni lukisan tidak tahu apa kelebihan sesuatu gambar. Kita tengak gambar biasa sahaja tetapi kenapa orang berminat dengan gambar tersebut.
Bagi admin sendiri apa yang dikongsi ini mungkin gambar biasa tetapi kena ketahui gambar-gambar ini merupakan lukisan-ukisan yang dilukis oleh pelukis-pelukis terkekal dari seluruh dunia walaupun sekadar gambar orang malas.
Mari kita saksikan.
1. “A Sleeping Girl” by Albert Joseph Moore
2. “The Dream” by Henri Matisse
3. “Breakfast in Bed” by Mary Cassatt
4. “In Bed” by Henri de Toulouse-Lautrec
5. “Bather” by Rene Magritte
6. “Portrait of Mme Lemmen” by Georges Lemmen
7. “Woman with yellow hair” by Pablo Picasso
8.“A maid asleep” by Johannes Vermeer
9. “Dreamers” by Albert Joseph Moore
10. “A Dream of a Girl Before a Sunrise” by Karl Bryullov
11.“A Sleeping Woman” by Konstantin Somov
12. “Brooke Boothby” by Joseph Wright
13. “Dolce Far Niente” by John William Waterhouse
14,. “Nonchaloir (Repose)” by John Singer Sargent
15. “Rest in Harvest” by William-Adolphe Bouguereau
16. “Simplon Pass - The Tease” by John Singer Sargent
17. “The Cushio” by Max Kurzweil
18. “The Nap” by Gustave Caillebotte
19. “The Hammock” by Gustave Courbet
20. “The Day After” by Edvard Munch
Hebatkan. Gamabr orang malas pun boleh dijadikan karya yang menarik.- Siakapkeli.com.my

Gadis Berjaya Loloskan Diri Dari Lokap Polis Semasa Tahanan
TAWAU: Dua orang remaja wanita yang sebelum ini telah terepas dari tahanan lokap Balai Polis Daerah Tawau (IPD) telah berjaya diberkas hari ini di Kampung Simpang 3, Titingan di sini.
Menurut seorang saksi yang tidak mahu dikenali mereka berdua telah berjaya meloloskan diri dari tahanan lokap polis selepas seorang anggota polis tidak sedar mangga lokap tersebut tidak ditakan habis olehnya.
Ketiadaan kedua-dua remaja tersebut disedari anggota tersebut selepas dia kembali ke lokap tahanan tersebut dan dipercayai kedua-dua mereka telah berjaya menyusup keluar dari balai tersebut.
Hasil siasatan memang sah bahawa kunci mangga lokap tersebut teah dikunci dengan tidak kemas dan menyedari perkara tersebut mereka telah menyusup keluar semasa anggota tersebut tidak ada di kawasan lokap.
Mereka juga dipercayai telah menyusup melalui parit koridor dan yang lebih memeranjatkan mereka keluar melaui pintu utama tanpa disedari oleh anggota yang bertugas di pintu tersebut.
Mereka kemudian telah menahan teksi dan terus menuju ke Kampung Titingan Tawau bagaimanapun hasil maklumat orang ramai mereka teah berjaya ditahan semula pada hari sama kira-kira jam 8.20 malam.
Ketua Polis Daerah, ACP Awang Besar Dullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Kedua-dua remaja wanita tersebut sebelum ini teah ditahan kerana disyaki memiliki dadah dan ditahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.- Siakapkeli.com.my
TOP
Artis Bollywood Dijatuhkan Hukuman Penjara 26 Tahun Hina Nabi Muhammad
Seorang artis Bollywood yang berasal dari Pakistan, Veena Malik dihukum penjara selama 26 tahun oleh sebuah mahkaman di Pakistan setelah terbukti bersalah menghina Nabi Muhammad.
Veena didakwa menghina Nabi Muhammad dalam satu program televisyen dengan melakonkan satu watak yang memparodikan anak perempuan Nabi Muhammad.
Selain Venna, suaminya, Asad Bashir Khan juga menerima nasib yang sama kerana turut tampil dalam program televisyen tersebut.-siakapkeli

Gaya Rambut AC Mizal Mengejutkan Peminat Ketika Nyanyi Lagu Al-Haq di #mm29sf
Gaya rambut yang hampir sama digayakan oleh AC Mizal dalam Muzik-muzik Semi Final ketika mempersembahkan lagu Al-Haq.
Dek kerana rambutnya yang kurang sesuai ketika mempersembahkan lagu Al-Haq secara langsung ketika Muzik-Muzik Semi Final tadi, Datuk AC Mizal menjadi bahan kritikan ramai di media sosial sehinggakan namanya menjadi trending di Twitter.
Ramai yang mengatakan rambut yang digayakan oleh AC Mizal yang ala-ala mohawk tidak sesuai dengan lagu Al-Haq yang dipersembahkan kerana lagu itu mempunyai ciri ketuhanan. Selain dari rambut, pakaian yang dikena oleh AC Mizal turut dipersoalkan oleh peminat. Walau bagaimanapun, tahniah kepada AC Mizal dan Mawi kerana persembahan yang mantap walaupun secara live! - Siakapkeli.com.my

Piala AFF: Safee Sali Dikritik Akibat Merokok
Kuala Lumpur : Jika sebelum ini, Safee Sali dikritik hebat kerana prestasinya yang menurun ketika perlawanan menentang pasukan Thailand baru-baru ini, kini satu gambar yang memaparkan Safee dilihat merokok pula dijadikan bahan oleh peminat untuk mengkritik Safee.
Di dalam gambar yang tersebar melalui media sosial itu, Safee Sali dilihat bersama-sama beberapa pemain kebangsaan yang lain seperti Kahirul Fahmi, Farizal Marlias dan Shukor Adan. Di dalam gambar tersebut Safee Sali dilihat sedang menghisap sebatang rokok sambil minum air disebuah restoran.
Perbuatan Safee di dalam gambar itu telah dikritik sehingga ada yang memberikan komen sikap seperti itulah yang menjadi punca kekalahan kepada skuad Kebangasaan pada malam esok dan juga menjadi punca prestasinya menurun
Selain dari isu prestasi Safee Sali, orang ramai turut memberi komen kecewa apabila pemain bola sepak bertaraf professional dan antarabangsa memakai jaket pasukan Malaysia ketika merokok. "Ia adalah sama sekali tidak profesional untuk berbuat demikian. Terutama sejak dia tidak mempamerkan aksi yang baik musim lalu,” kata peminat bola sepak tempatan. Ada juga yang menyamakan kejadian ini dengan kejadian seorang pemain pasukan England dan Arsenal, Jack Wilshere yang memohon maaf kerana tindakannya menghisap rokok semasa bercui di Las Vegas, AS. - Siakapkeli.com.my

Video Ngeri Bekas Jahitan Di Dada Terbuka Menampakkan Jantung Berdenyut
Sungguh mengerikan, itulah yang dapat digamabrkan apabila anda melihat video di bawah nanti yang memang bertetangan dengan kehidupan fizikal manusia normal. Video tersebut telah dimuat naik di dalam laman LiveLeak.
Didalam video nanti akan menunjukkan sorang lelaki yang sedang bercakap sambil isi dadanya terbuka dan menampakkan organ dalamnya seperti jantung yang sedang kembang kempis. Apabila lelaki tersebut bercakap dan bernafas isi dadanya akan terbuka dan tertutup dan akan berulang-ulang.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kejadian ini berlaku dimana dan dar segi percakapan ia mungkin dari salah satu dari tiga negara seperti Bangladesh, India dan mungkin Paskistan
Dari pemerhatian admin sendiri kejadian ini mungkin lelaki ini baru selesai pembedahan dan bekas jahitan tersebut telah terbuka mungkin kerana tekanan dari sesutu yang terkena dadanya. Sekadar andainya.
Admin ingatkan jika anda jenis lemah semangat jangan tengok video ini. Kepada yang berani mari kita saksikan..- Siakapkeli.com.my

Mekanik Kereta Perempuan Cantik Bertudung Di Bangi
Pasti anda tidak menyangkakan bahawa seorang mekanik kereta di sebuah bengkel kereta adalah seorang perempuan. Tapi sebenarnya ianya memang betul dimana seorang gadis cantik bekerja sebagai mekanik di German Garage yang terletak di Bandar Baru Bangi.
Memang menakjubkan kerana admin sendiri tidak pernah melihat perempuan buat kerja ini dan kawan-kawan admin sendiri pun nak servis motosikal pun akan suruh keluarga lelaki tolong ataupun ke kedai je. Memang hebat cik adik ni.
Tapi kalau ini strategi pemasaran untuk menarik pelanggan daang ke bengkel ini berkesan ke? percaya ke orang ramai perempuan buat ker lelaki? itu adalah selalu bermain difikiran kitakan.
Untuk mengetahui perkara ini anda cuba dahulu dan berdasarkan maklum balas dilaman sosial mereka tiada lagi yang membari maklumat negatif tentang awek comel ini buat kerja

Blogger Pro-Umno Gagal Melindungi Rosmah - Wakil Ketua Pelajar
PAU 2014, 28 Nov : Blogger pro-Umno telah gagal melindungi isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dari diserang oleh pembangkang, menurut seorang ketua pelajar hari ini.
Wakil dari kelab Mahasiswa Luar Negara, Nur Farhana Mohd Anuar berkata, walaupun pemimpin-pemimpin Umno sering diserang oleh blogger pro pembangkang, penyokong Umno(atas talian) lambat tampil untuk mempertahankan mereka kerana bilangan yang sedikit serta rangkaian yang terhad.
"Presiden parti dan pemimpin-pemimpin lain sering menjadi mangsa berita palsu oleh mereka dari parti pembangkang.
"Ini termasuklah Datin Rosmah Mansor yang bukan sebagai ahli politik, penulis blog (pembangkang) juga menyerangnya saban hari tanpa rasa simpati.
"Namun acap kali serangan ini, lambat diserang balas oleh penyokong Umno kerana rangkaian blogger pro-Umno yang terhad.", kata Farhana memetik laporan dari MalaysiaKini.
Menurut Nur Farhana, pihak yang lebih agresif dalam menyebarkan maklumat lebih mudah menakluki pembaca. Beliau juga mengakui pemimpin Umno ketinggalan dalam hal ini.
Selain itu, Nur Farhana juga berkata mereka bersedia untuk menjadi blogger junior pro-kerajaan untuk melindungi pemimpim-pemimpin yang menjadi mangsa di media sosial. - Siakapkeli.com.my
TOP
Upacara Korban Haiwan Terbesar Dunia di Nepal Untuk Bawa Tuah
Nepal - Upacara yang dipercayai merupakan ritual korban haiwan terbesar didunia telah bermula pada Jumaat di selatan Nepal. Dengan mengorbankan haiwan-haiwan itu, peserta percaya ia akan membawa tuah dan satu tuhan hindu akan mengabulkan permintaan mereka.
Lebih dari 5,000 kerbau telah dilaporkan menjadi korban sejak upacara itu bermula manakala tikus, ayam, merpati kambing dan juga babi dijadikan korban pembuka majlis.
Banyak lagi haiwan lain akan dikorbankan sepanjang upacara yang memakan masa dua hari di kuil Gadhimai, 160 batu dari selatan Katmandu.
Upacara itu dilakukan setiap lima tahun dan dianggap sebagai upacara tradisi. Bagaimanapun, bagi aktivis hak haiwan, upacara itu dianggap sebagai tersangat kejam. - Siakapkeli.com.my
TOP
Facebook Hangat Bercinta, Gambar Cium Miley Cyrus Tersebar
PENYANYI Miley Cyrus dikhabarkan sedang hangat bercinta dengan anak pelakon Arnold Schwarzenegger apabila gambar-gambar cium mereka tersebar di Internet.
Malah, seperti dilapor Daily Mail, pasangan kekasih ini juga tidak segan silu mempamerkan kemesraan mereka pada acara terbuka dan di depan khalayak.
Sementara itu, gambar kurang sopan bersama lelaki tersebut pada sambutan ulang tahun penyanyi Wrecking Ball itu juga turut tersebar.
Sumber memaklumkan bahawa pasangan berkenaan mengandakan parti liar dengan dihadiri rakan-rakan terdekat mereka. - mStar Online
TOP
12 Lagu Diumumkan Layak Final Ke AJL 29
SHAH ALAM: 12 buah lagu terbaik layak ke Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) selepas berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 29 yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, Jumaat.
Lagu-lagu yang layak ke AJL29 yang akan diadakan pada 18 Januari hadapan terdiri daripada Gilalah (Stacy), Gadis Jolobu (Datuk Hattan & Waris), Malaikai (Hazama), Romancinta (Mojo), Apa Khabar (Joe Flizzow), Lelaki (Yuna), Matahari (Hafiz Suip), Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah), Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search), Sesal Separuh Nyawa (Alyah), Percayalah (Indah Ruhaila), dan Masih Aku Cinta (Shila Amzah).
Separuh Akhir Muzik Muzik 29 minggu ketiga ini turut menyaksikan persembahan daripada Datuk AC Mizal & Mawi (Al Haq), Ronnie & Marsha (Cinta Makrifat), Bunkface & Amy Search ( Rentak Laguku), Alyah (Sesal Separuh Jiwa), Yuna ( Lelaki), Hafiz Hamidun ( Jodoh Berdua), Akim & The Majistret (Mewangi), Forteen ( Tak Pernah Berjumpa) dan Joe Flizzow & Sona One ( Apa Khabar).
Separuh Akhir Muzik Muzik 29 minggu ketiga turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada Haiza dan EVA.
Program ini telah bersiaran selama tiga minggu berturut-turut yang bermula 14 November dan menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2014.
Kesemua lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 29 dinilai oleh barisan juri professional iaitu Edrie Hashim, Damien Mikhail, Helen Yap, LY, Ad Samad, Dato' Mokhzani Ismail dan Azmeer bertindak selaku ketua juri. - mStar Online
TOP
5 Kegunaan Hebat Aluminium Foil Yang Kita Tidak Tahu
Aluminium Foil adalah sejenis kertas aluminium yang kita selalu gunakan untuk membakar ikan atau apa-apa saja yang melibatkan memasak makanan yang bakar-bakar.
Kebanyakkan kita mempunyai aluminium foil ini di dapur dan hanya akan digunakan apabila hendak membakar makanan. Kebanyakkan kita tidak tahu bahawa aluminium foil init terdapat pelbagai kegunaan yang hebat.
Disini kami akan berkongsikan lima kegunaan lain aluminium foil.
1. Mengekalkan rasa pizza yang disimpan
Jika anda memesan pizza balik kerumah tedapat lebihan pizza yang tidak habis anda tidak lagi perlu buang. Ramai orang membuang keran sudah tidaks edap dimakan kalau disimpan. Ikut cara ini, anda bungkuskan pizz tersebut dengan aluminium foil satu persatu dan letakkan didalam peti ais bahagian atas. Biar ia disitu sehingga anda hendak makan semula.
Apabila hendak dimakan anda keluarkan semula dan panaskan ia di dalam oven atau pun kuali selama 10 minit dan hasilnya seolah-olah pizza yang baru dipesan kerana pizza anda masih segar dan elok.
2. Mencuci kotoran degil di bekas makanan anda
Jika dirumah anda tiada penggosok besi untuk mencuci kotoran degil di bekas makanan, ada tidak perlu risau aluminium foil boleh menggantikan penggosok besi anda.
Keronyokkan aluminium foil tersebut dan gumpalakn seperti bola kecil dan anda trus boeh menggunakannya untuk menggosok bekas makanan anda.
3. Mencantikkan semula bingkai gambar lama
Bahan-bahan yang diperlukan.
Bingkai kayu lama yang sudah lusuh
Aluminium foil
Gam
Pewarna Metalik
Pisau
Sapukan gam di atas sekeliling bingkai bahagian hadapan
Terbalikkan bingkai tersebut atas hamparan Aluminium foil dan biarkan kering
Selepas kering, Potong alumnium foil tersebut dengan pisau ikut bentuk bingkai
Sapu cat bewarna kesukaan anda dia atas aliminium foil tersebut
Dan ini hasinya. Cantikkan
4. Mengasah gunting yang tumpul
langkah ini adalah yang paling senang, anda hanya perlu menggunting Aluminium foil tersebut berulang kali dan hasilnya gunting anda akan menjadi tajam semula
5. Memudahkan anda menggosok baju
Menggosok baju adalah perkara yang paling ramai orang tidak suka kerana lambat tetapi terpaksa lakukannya.
Kali ini kami akan berkongsi caranya untuk memudahkan anda menggosok baju.
Tanggal sarung kain papan penggosok baju anda dan anda hamparkan aluminium foil di atas papan tersebut dengan membalut keseluruhan permukaannya.
Sarung semula sarung kain tersebut
Anda sudah boleh menggunakannya. Kelebihan cara ini adalah anda tidak perlu berkali-kai mengulang gosok di tempat yang sama kerana haba strika akan memanaskan foil tersebut dan akan membalikkan haba terkena baju anda.
Keadaan ini terjadi seolah-olah anda menggosok kedua-dua bahagian baju depan dan belakang. Selain itu cara ini melancarkan pergerakan strika anda apabila ditolak kerana aluminum foil ini membuatkan permukaan menjadi licin.
Hebatkan kegunaan aluminium foil ini bukan sahaja untuk membakar makan. Admin tahu ramai tidak tahu dan anda boleh praktikkan perkata ini di rumah. Selamat Mencuba.- Siakapkeli.com.my

Sorok Mayat Bayi Bawah Telekung
LEDANG - Masjid Bandar Tangkak, di sini, gempar apabila mayat bayi perempuan yang dibungkus dengan kain batik ditemui dalam almari di ruang solat wanita masjid berkenaan, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mayat bayi malang itu yang dipercayai dilahirkan kurang daripada tujuh hari, dijumpai seorang pekerja am wanita dikenali sebagai Nisha, 20an, ketika mengemas telekung dalam almari berkenaan.
Noja masjid, Othman Mahabat, berkata, Nisha memanggilnya mengatakan menjumpai satu bungkusan pelik di bawah timbunan telekung di bahagian bawah almari.
Menurutnya, dia segera ke ruang solat wanita dan terkejut mendapati bungkusan itu adalah mayat bayi perempuan.
“Pada mulanya saya berasa tidak sedap hati dan memberanikan diri membuka bungkusan kain itu lalu ternampak kaki bayi.
“Kemudian saya buka keseluruhan bungkusan dan mendapati mayat bayi perempuan yang cukup sifat bersama kesan potongan tali pusat yang sudah kering,” katanya.
Menurutnya, dia meminta Nisha terus berada di ruang tersebut sementara dia ke pejabat agama terletak di hadapan masjid untuk memaklumkan penemuan bayi berkenaan kepada kakitangan pejabat tersebut.
Katanya, dia sedih melihat mayat bayi itu dan percaya ia ditinggalkan antara jam 7 hingga 8 pagi semalam kerana setiap malam selepas solat Isyak, masjid dikunci dan dibuka semula waktu Subuh atas faktor keselamatan.
Katanya, insiden tersebut adalah pengalaman pertamanya sejak lebih 30 tahun bekerja sebagai noja masjid.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Salleh Abd Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 kanun keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran yang boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.
Pihak polis sedang giat mengesan ibu bapa bayi malang itu termasuk membuat pengecaman menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di masjid berkenaan.-siakapkeli
TOP
Peniaga nasi kandar dihukum gantung sampai mati mengaku edar kanabis
ALOR SETAR: Seorang peniaga nasi kandar, Akbar Ali Abdul Rahman, 37, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, sebentar tadi atas kesalahan mengedar 9,401.8 gram dadah jenis kanabis di Arau, Perlis pada Oktober tahun lalu.
Hukuman itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abd Wahab, ke atas Akbar Ali Abdul Rahman, 37, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampui keraguan yang munasabah terhadap tertuduh.
Berdasarkan pertuduhan, Akbar Ali yang berasal dari Pulau Pinang didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 9,401.8 gram di tepi jalan berhadapan kedai Celcom di Kawasan Kompleks Tok Arau di Perlis, kira-kira jam 9 malam pada12 Oktober tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati.
Akbar Ali sebaik keputusan itu dibacakan Hakim bagaimanapun kelihatan tenang.- BH Online
TOP
Arsenal mara selepas atasi Dortmund
LONDON: Arsenal mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara untuk musim ke-15 berturut-turut apabila jaringan pertama Yaya Sanogo untuk kelab itu dan gol Alexis Sanchez memberi kemenangan 2-0 ke atas Borussia Dortmund awal pagi tadi,
Pasukan Arsene Wenger amat memerlukan kemenangan dalam saingan Eropah untuk mengembalikan semangat selepas kekalahan berturut-turut kepada Swansea dan Manchester United yang menyebabkan ia ketinggalan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Sanogo mengambil masa kurang daripada dua minit untuk menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal dalam penampilan ke-18 selepas perpindahan percuma dari Auxerre pada 2013.
Jaringan cantik pada separuh masa kedua oleh Sanchez memastikan kelab utara London itu yang hanya memerlukan satu mata untuk mara dari Kumpulan D, sekali lagi layak ke peringkat kalah mati dalam saingan elit bola sepak Eropah itu.
Arsenal masih boleh merampas tempat teratas kumpulan dari Dortmund jika menang pada perlawanan terakhir di Galatasaray pada 9 Disember dan pasukan Jerman itu tewas kepada Anderlecht. - AFP
TOP
Berkat Iringi Pelajar ‘Ganjil’
Pasir Mas: Dilahirkan berlainan seperti insan normal tidak mematahkan semangat pelajar albino yang juga rabun jauh untuk mencatat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Malah, Niki Amirul Zimi, 12, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjong di sini, turut diiktiraf pelajar terbaik sekolahnya.
Niki berkata, dia tidak pernah merasa terasing sebaliknya sering bersama rakan lain mengulang kaji pelajaran selain kerap mendapatkan nasihat guru jika ada subjek tidak difahami.
"Saya selalu pastikan kerja sekolah siap sebelum jam 5.30 petang untuk membolehkan saya mengulang kaji pelajaran selepas tamat kelas tambahan.
"Kerap juga saya menghadiri kelas malam dikendalikan guru sekolah selain tidak lupa solat sunat dan berdoa," katanya yang bercita-cita menjadi angkasawan. - Harian Metro
TOP
Isteri Nekad Lari, Tak Tahan Ditebuk 'Pintu Belakang'
KUALA LUMPUR: Hobi seorang lelaki yang gemar membeli dan menonton DVD #lu-cah dan meniru aksi terlampau yang ditontonnya dengan menjadikan isteri sebagai pemuas nafsu gila.
Lelaki yang berusia 30-an itu didakwa gemar #meli-wat isterinya semenjak setahun yang lalu sehingga menyebabkan mangsa sering mengalami kesakitan dan terpaksa mendapatkan rawatan dari doktor.
Tidak tahan dengan nafsu gila dan diseksa secara fizikal oleh suaminya, mangsa mengambil keputusan untuk meminta cerai.
Mangsa yang mempunyai dua orang anak itu mendakwa, nafsu gila suaminya itu muncul selepas suaminya kerap menonton video biru.
Terbaru, dalam kejadian pada 20 November lalu, suspek mengajak mangsa 'bersama' namun ditolak kerana takut dan meminta suspek berhenti menusuk 'pintu belakang'.
Bagaimanapun, lelaki itu enggan melepaskan mangsa dan mangsa sekali lagi menjadi tempat memuaskan nafsu gila lelaki itu.
Mangsa bertambah tertekan akibat kerap mengalami kesakitan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di klinik.
Selain itu, mangsa juga sering dimaki-hamun dan anak-anak juga sering menjadi mangsa kemarahan lelaki itu jika permintaan gilanya itu ditolak.
Kelmarin, mangsa yang tidak mampu menahan kesakitan akibat perbuatan suaminya nekad lari dari rumah bersama dua anaknya.
Menurutnya, mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu selain dalam proses menuntut cerai di pejabat agama. - myMetro online
TOP
Ronaldo bantu Madrid raih rekod kemenangan
CRISTIANO Ronaldo menjaringkan gol ke-71 Liga Juara-Juara ketika Real Madrid. - Foto AFP
BASEL, Switzerland: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-71 Liga Juara-Juara ketika Real Madrid menyamakan rekod kemenangan ke-15 berturut-turut dengan mengalahkan FC Basel 1-0 di Switzerland dalam saingan elit Eropah awal pagi tadi.
Bintang Portugal itu menyempurnakan gol hasil hantaran Karim Benzema 10 minit sebelum rehat di St Jakob-Park ketika juara bertahan Eropah itu yang sudah pun layak ke peringkat kalah mati, memastikan tempat teratas Kumpulan B dengan kemenangan kelima dalam lima perlawanan.
Jaringan itu membolehkan Ronaldo menyamai rekod bekas penyerang Madrid, Raul sebagai penjaring kedua terbanyak, tiga gol di belakang Lionel Messi, yang memecah rekod itu dengan hatrik untuk Barcelona ketika menentang APOEL awal pagi semalam.
Gol Ronaldo juga memastikan kemenangan ke-15 berturut-turut dalam semua saingan yang dimulakan dengan kemenangan 5-1 ke atas Basel di Santiago Bernabeu pada September lalu.
Pasukan kendalian Carlo Ancelotti itu menyamai rekod yang dibuat pasukan Miguel Munoz pada 1960-61 dan diikuti tiga musim lalu oleh pasukan Jose Mourinho.
"Kami bermain pada tahap biasa, kami bertahan dengan baik, terus memberi tumpuan dan akhirnya apa yang penting ialah kemenangan ini," katanya. -mynewsub
TOP
(Video) Penumpang Keluar Dan Tolak Kapal Terbang 'Beku'
Siberia - Oleh kerana pesawat yang dinaiki membeku dan tidak boleh bergerak, sekumpulan penumpang pesawat tersebut keluar dari pesawat Tupolev Tu-134 yang dinaiki mereka kemudian menolak pesawat tersebut.
Kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Igarka pada minggu ini dimana suhu kawasan yang mencecah -50 darjah celcius menyebabkan pesawat itu terperangkap di landasannya.
Pesawat tersebut difahamkan terperangkap disebabkan minyak di dalam gear pendaratan pesawat tersebut membeku.
Kumpulan penumpang pesawat berkenaan berkata tindakan mereka itu disebabkan mereka semua mahu pulang dan tidak mahu terperangkap di dalam pesawat. - Siakapkeli.com.my

Bapa Mentua Dicurah Air Panas Oleh Menantu
MUAR: Seorang lelaki cedera parah apabail telah disimbah dengan air panas dan dipukul dengan cota oleh menantu yang dengan kejam di Ayer Hitam si sini.
Mangsa Mohd Noor bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Wak Jamil Gula Melaka yang melecur teruk dibadan dan muka serta cedera kerana dipukul dengan cota sekarang terlantar di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Mangsa yang tinggal bersama anak angkat dan menantunya itu telah bergaduh kerana masalah melibatkan kewangan menyebabkan menantunya naik berang sebelum memukul mangsa dengan cota dan mencurah air panas tubuh mangsa. Selepas berbuat demikian suspek dan anak angkatnya itu telah mengambil dompet mangsa dan melarikan diri dengan membiarkan mangsa mengelupur kesakitan seorang dalam kejaian yang berlaku pada pukul 4 pagi tadi. Biras mangsa, Rubiah Manaf, 57, yang terdengar jeritan mangsa berkata, dia tidak berani untuk pergi menolong kerana suspek tersebut terlalu agresif dan terus mendapatkan Mohd Noor apabila menantunya itu beredar dari situ. "Sebaik sahaja membuka pintu, dia terkejut melihatkan keadaan Wak Jamil yang berlumuran darah, tidak bermaya dan dalam keadaan merangkak meminta pertolongan," katanya yang dipetik dari Utusan. Mangsa yang tidak mempunyai anak dan isterinya yang sudah meninggal dua tahun lalu tinggal dengan anak angkatnya dan sering pulang lewat kerana berniaga gula melaka. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Muhammad Hanif Othman ketika dihubungi telah mengesahkan satu laporan polis telah dibuat dan gerakan memburu suspek telah dijalankan. Beliau turut membaritahu hasi semakan rekod mendapati suspek mempunyai tige rekod jenayah lampau dalam jenayah. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.- Siakapkeli.com.my

Najib Lancar Buku 11 Pidato Terpilih Beliau Dalam UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak bersemangat ketika menyampaikan ucapan dasar pada PAU 2014 di Dewan Merdeka, PWTC hari ini.
Sebaik sahaja Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak selesai menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), beliau kemudian melancarkan buku kompilasi ’11 Pidato Terpilih Najib Razak’ di hadapan dewan. Buku itu menghimpunkan kesemua 11 teks ucapan Najib daripada ketika beliau menduduki kerusi Timbalan Presiden UMNO hinggalah menjadi Presiden UMNO dari 2004 sehingga 2013. Turut mengiringi Najib melancarkan buku itu ialah Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Sememangnya, buku ini diharapkan dapat menyuntik bukan sahaja inspirasi, tetapi akan terus membakar semangat setiap ahli dan orang UMNO serta warganegara Malaysia untuk terus berjuang memberikan yang terbaik demi kelangsungan bangsa Melayu dan Bumiputera,” kata Najib dalam ruangan Seindah Kata Selukis Pandangan di dalam buku berkenaan.
Buku 11 Pidato Terpilih Najib Razak yang dilancarkan beliau sebentar tadi. – Foto MYNEWSHUB.CC
Antara pidato menarik Najib yang dimuatkan dalam buku berkenaan ialah Menjana Melayu Glokal yang disampaikan ketika menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 19 Julai 2005, Menakhoda Zaman (24 Mac 2008) dan UMNO Menjuarai Transformasi (1 Disember 2011). Buku berkenaan diterbitkan oleh Yayasan Penyelidikan Transformasi dan diedarkan secara percuma hari ini sempena pelancarannya.
Petikan mutiara kata oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut dimuatkan di dalam buku. – Foto MYNEWSHUB.CC
Sementara itu, untuk pertama kali dalam sejarah UMNO, Najib yang juga Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan dasar menyelitkan persembahan multimedia dalam bentuk video dan grafik sepanjang ucapan.
Hari ini, bermulalah PAU dengan ucapan dasar Najib sebelum disambung dengan perbahasan para perwakilan UMNO dari 191 Bahagian seluruh negara. Semalam, sudah berlangsung Perhimpunan Agung sayap UMNO iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri. PAU 2014 berlangsung di PWTC bermula 25 November sehingga 29 November ini. – MYNEWSHUB.CC

Bapa Mia Sara Bengang Anak Digossipkan, Tuntut di Akhirat
PETALING JAYA, 28 Nov: Bapa kepada pelakon Mia Sara, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh terkejut dengan gosip yang mengatakan anaknya bersikap hipokrit di dalam ruangan pojok yang ditulis oleh Cik Pang di dalam akhbar harian metro pada 23 November lepas.
Ridhuan berkata, dia berasa pelik dan terkejut kerana ada pihak yang sanggup mengeluarkan gosip sedemikian walaupun Mia baru sahaja berusia sembilan tahun.
"Sebenarnya saya tidak mempunyai masalah atau terkilan dengan gosip yang timbul kerana ia semestinya tidak benar. Rasa kelakar pula, dengan budak kecil yang masih tidak faham apa-apa pun orang nak jadikan bahan gosip.
"Tidak mengapa, orang bercakap, kita yang dapat pahala. Saya akan tuntut di akhirat nanti," katanya memetik laporan dari mStar Onlinee.
Ruangan gosip tersebut mendakwa Mia Sarah bersikap hipokrit apabila dia membuat kenyataan mengagumi kejayaan yang dimenangi oleh Balqis yang menang anugerah Pelakon wanita terbaik di Majlis Anugerah Skrin 2014 baru-baru ini walhal semasa bekerja bersama Mia langsung tidak menegur atau bercakap dengan Balqis. Ridhuan berkata dia memang mengajar Mia untuk kurang bercakap ketika menjalani penggambaran kerana takut ia akan menimbulkan perasaan kurang senang di pihak lain. "Apabila saya sediakan segala kelengkapan untuk Mia, itu pun dah ada orang bercakap kononnya nampak 'poyo'. Walhal saya mahu memudahkan lagi perjalanan produksi dan tidak mahu kerana anak saya, orang lain pula bermasalah. "Pada masa sama saya turut memberitahu Mia untuk tidak banyak bercakap di set dan hanya fokus pada kerja. Dan yang paling penting jangan menyampuk apabila orang sedang bercakap. - Siakapkeli.com.my

Peminat Sanggup Bayar Rm400 Kerana Keith Foo Basuh Keretanya
Kalau dah popularkan apa pun peminat sanggup buat. Itulah terjadi kepada hero Ariana Rose, Keith Foo apabila ada seorang peminat wanita sanggup membayar sehingga RM400 untuk hanya selebriti kesukaannya itu membasuh kereta miliknya.
Tapi anda jangan salah faham semua ini terjadi bukan sekadar suka-suka kerana kejadian ini terjadi adalah di dalam projek amal 1MKL Saturday Car Wash anjuaran Menara KL dan Majaah URTV yang menjemput artis-artis untuk menjayakan program amal tersebut pada sabtu lalu.
Keith Foo meluahkan rasa terkejut kerana ada peminat yang sanggup membayar harga itu untuk basuh kereta dan sekaligus membantu menjayakan program amal tersebut.
“Saya tidak menyangka yangada peminat yang sanggup membayar RM400 untuk saya mencuci keretanya. Saya mahu ucapkan terima kasih kepada pembida iaitu Puyan Sania Saidi kerana sudi membuat amal bersama saya dan artis-artis lain,” ujarnya dipetik dari Utusan.
Jumalah keseluruhan yang barjaya dikutip daam proram tersebut adaah sebanyak RM2,390 dan semua hasil tersebut disumbangkan kepada Persatuan Sindrom Down Malaysia.- Siakapkeli.com.my
TOP
Bekalan Elektrik Terputus Ribut Kuat, Banjir Di Brisbane
BRISBANE – Ribut kuat dan banjir di Brisbane mengakibatkan bumbung rumah terpelanting, bekalan elektrik terputus, jalan raya ditenggelami air manakala berpuluh orang cedera di bandar raya ketiga terbesar di Australia itu.
Pembekal elektrik, Energex hari ini berkata kira-kira 90,000 rumah tidak mempunyai bekalan elektrik berikutan pokok dan tiang elektrik tumbang dipukul angin yang berkelajuan 140 kilometer sejam.
Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) melaporkan, pusat konvensyen yang menjadi tempat Sidang Kemuncak G20 diadakan yang dihadiri Presiden Barack Obama dan pemimpin dunia lain dua minggu lalu, mengalami kerosakan akibat ditenggelami air dan hujan batu.
Pemimpin Queensland, Campbell Newman menyifatkan kejadian ribut itu sebagai yang terburuk di bandar raya berkenaan sejak 1985. – AP
TOP
Harga Minyak Cecah Paras Terendah Dalam 4 Tahun Hari ini.
SINGAPURA: Harga minyak mentah Brent jatuh ke paras hampir AS$72 (RM241) setong hari ini, terendah dalam tempoh empat tahun selepas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) memutuskan tidak mengurangkan pengeluaran untuk menaikkan harga.
OPEC membuat keputusan itu selepas Arab Saudi menolak cadangan daripada negara anggota yang lebih miskin untuk mengurangkan pengeluaran, sekali gus menyebabkan harga terus jatuh semalaman.
"Langkah Arab Saudi itu mencerminkan pendiriannya untuk membiarkan harga stabil sendiri apabila pasaran dipacu oleh asas permintaan dan penawaran," kata penganalisis dari ANZ dalam satu nota penyelidikan hari ini.
Brent jatuh kepada AS$72.33 (RM242) setong semalaman, selepas jatuh AS$5.17 (RM17.30) semalam kepada AS$72.58 (RM243). Pada awal sesi dagangan semalam harga minyak mentah itu sudah mencecah AS$71.25 (RM238.40) setong, terendah sejak Julai 2010.
Harga minyak mentah Brent sudah jatuh lebih 37 peratus sejak Jun apabila mencecah paras tertinggi AS$115.71 (RM387) setong, kerana peningkatan pengeluaran minyak syal di Amerika Utara menyebabkan berlaku lebihan penawaran di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi dunia yang menyederhana.
Sementara itu, kontrak minyak Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran Januari jatuh AS$4.86 (RM16.30) kepada AS$68.83 (RM230.30) setong, selepas jatuh ke paras terendah sejak Mei 2010 pada AS$67.75 (RM226.70) dalam awal sesi dagangan di Asia.
Harga minyak mentah AS sudah jatuh 15 peratus pada November, penurunan tertinggi dalam sebulan sejak Mei 2012.
Sementara itu, Rusia menjangkakan harga minyak akan jatuh ke paras bawah AS$60 (RM201) menjelang penghujung separuh pertama tahun depan dan negara itu mungkin mengurangkan pengeluaran antara 200,000 hingga 300,000 tong sehari jika harga kekal rendah.
Presiden Venezuela, Nicolas Maduro pula berkata negaranya akan terus berkempen mengurangkan pengeluaran hingga harga minyak kembali naik ke paras AS$100 (RM335) setong. - Reuters
TOP
Bahana Suka Makan Ular Panggang
CHINA: Seorang bapa terkejut besar selepas disahkan doktor terdapat parasit sepanjang tiga inci di dalam kepala anaknya, Liang Liao, 11, akibat suka makan ular panggang
Bapa kanak, Liang Chao, berkata, anaknya sering mengalami sekit kepala yang teruk sehingga mengalami sawan dan terus dibawa ke Hospital Xinhua di Shanghai.
"Semasa di hospital doktor telah menjalankan x-tray terhadapa Liang Liao dan amat terkejut kerana ternampak seekor parasit didalam kepalanya yang sedang bebas bergerak disekeliling otak anak saya"
Menurut pihak hospital parasit tersebut adalah jenis Sparganosis iaitu parasit yang akan berpindah jika selalu memakan anjing, ular, katak dan babi jika tidak dimasak dengan sempurna. Liang Chao mangakui yang dia sering membawa anaknya makan di luar dan amat jarang makan makanan di rumah. “Saya tidak tahu kenapa dia makan makanan yang menjijikkan itu dan dia pernah memberitahu saya dia makan ular panggang. “Saya ragu-ragu penjual menjual makanan yang bersih. Dia hanya berusia 11 tahun dan tidak tahu membezakan antara yang bersih dan kotor,’’ katanya.- Siakapkeli.com.my

Belanda Keluarkan 122.5 tan emas dari US
AMSTERDAM — Bank Negara Belanda melaporkan ia telah menghantar 122.5 tan emas bernilai kira-kira 4 billion euro(US$5 billion) dari simpanan di New York ke ibu pejabatnya di Amsterdam.
Dalam satu kenyataan pada hari Jumaat, bank tersebut berkata 612,5 tan rizab emas negara itu kini dibahagikan 31 peratus di Amsterdam, 31 peratus di New York, 20 peratus di Ottawa, Kanada dan 18 peratus di London.
"Dengan penyelarasan itu, Bank Negara Belanda mengikut langkah bank lain yang menyimpan sebahagian besar bekalan emas di negara sendiri", kata bank berkenaan dalam satu kenyataan.
Menurut bank berkenaan juga, langkah ini akan menyumbangkan keyakinan lebih orang ramai terhadap kerajaan - Siakapkeli.com.my
TOP
Peminjam PTPTN Belum Pernah Bayar Hanya Ada Sebulan
KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengajak peminjam tegar yang tidak pernah buat sebarang bayaran balik untuk segera bertemu mereka sebelum penyenaraian nama peminjam tegar dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dikuatkuasakan.
Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, masih ada tempoh lebih kurang sebulan sebelum 1 Januari 2015 untuk tindakan itu dikuatkuasakan, dan sepatutnya 173,985 peminjam yang tersenarai pada peringkat awal itu tampil berunding dengan pihaknya.
“Sejak daripada dahulu PTPTN mengamalkan sikap mesra pelanggan dan faham dengan situasi yang ada dan kita harap peminjam kita tidak terus menjauhkan diri.
“Datang berhubung dengan kita, rundingan boleh dibuat kerana apabila pelajar itu memulakan pinjaman dengan PTPTN bermakna mereka sudah menjadi sebahagian keluarga PTPTN,” katanya kepada Sinar Harian.
Pada awal November lalu, PTPTN mengumumkan seramai 558,475 nama peminjam dikenal pasti gagal membuat bayaran balik pinjaman sejak1997.
Daripada angka itu, mengakibatkan PTPTN gagal menerima bayaran balik berjumlah RM4.3 bilion yang mana dana itu boleh dimanfaatkan kepada 200,000 pelajar baharu sehingga mereka tamat belajar. - Sinar Harian
TOP
Hapus Jawi, Kemalangan Besar Timpa Orang Melayu
KOTA BHARU: Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid menyifatkan pemansuhan tulisan jawi pada 1960-an menyebabkan semakin ramai orang Melayu tidak mampu membaca tulisan jawi.
Kesannya, kata Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) majalah Pengasuh yang diterbit sejak 1918 dalam tulisan jawi tidak popular berbanding majalah lain.
“Inilah kemalangan yang besar menimpa tamadun orang Melayu apabila tulisan jawi dimansuhkan Menteri Pelajaran ketika itu.
“Pemansuhan itu menyebabkan beberapa majalah yang diterbit dalam tulisan jawi seperti Pengasuh dan Dian terjejas di pasaran.
“Kalau diambil kira dalam aspek perniagaan mereka boleh mengemukakan saman terhadap kerajaan kerana memansuhkan tulisan jawi,” katanya ketika membentang kertas kerja pada Wacana Majalah Pengasuh di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.
Wacana itu diajur Majlis Agama Islam dan Adat Istidat Melayu Kelantan (Maik) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Dua lagi kertas kerja dibentang Zaidi Hassan dari Perpustakaan Islam Dar Nur al-Zahra' dan Dr Ahmad Faisal Abdul Hamid.
Hadir sama Mufti Kelantan, Datuk Mohd Sukri Mohamad, Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Serpuddin Mohamad, mantan Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman, Pengarah Yayasan Islam Kelantan Tengku Azmi Tengku Jaffar.
Dr Mahmood Zuhdi berkata, tulisan jawi dimartabatkan semula pada era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan mewujudkan pengajian Jawi, al Quran, Arab dan Fardhu Ain (J-QAF) di sekolah-sekolah rendah.
“Sejak J-QAF diperkenalkan semakin ramai pelajar yang boleh membaca dan menulis tulisan jawi. Bagaimanapun selepas Pak Lah tidak lagi menjadi ketua kerajaan, J-QAF tidak lagi berkembang sehingga ke peringkat sekolah menengah,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 27/11/2014
TOP
Video Kerbau mengamuk Di Tengah Bandar Di China
SICHUAN: Seekor kerbau sesat telah menggemparkan penduduk sebuah bandar di Sichuan, China, apabila kerbau tersebut telah mengamuk dan mengejar orang ramai dan mencederakan 14 orang awam yang lalu lalang di situ.
kerbau tersebut telah lari berkeliaran di sekitar bandar itu menyebakan orang ramai panik dan terus melaporkan kepada pihak polis.
Pihak polis telah bergegas datang dan telah menembak mati kerbau yang tengah berang itu. 10 das tembakan dilepaskan sehingga kerbau itu rebah.
Menurut cerita seorang penduduk yang juga mangsa amukan kerbau tersebut, Laing Cuirong, dia telahh dikerja haiwan terebut ketika sedang menunggang basikal mengakibatkan beliau mengalami kecederaan
“Kerbau itu telah mengejar basikal saya kerana mungkin kerana bisakal saya berwarna merah dan keadaan ini amat menakutkan,’’ katanya kepada wartawan Dailymail.
Sehingga sekrang tidak diketahui siapa pemilik kerbau tersebut dan bagaiamana ia boleh sampai kesitu.
Berikut aksi kerbau itu yang berjaya dirakan camera tertutup CCTV.- Siakapkeli.com.my
TOP
Gadis Dibakar Selepas Gagal Dirogol
Uttar Pradesh: Seorang remaja perempuan telah mati dalam keadaan yang amat tragis di utara India selepas sekumpulan lelaki telah membakar mangsa hidup-hidup sebagai tanda balas dendam kerana gagal merogolnya sebelum itu.
Insiden itu adalah yang terbaru di India di mana serangan seks ke atas wanita terus berlaku hampir setiap hari walaupun bantahan antarabangsa sejak kes rogol dan bunuh melibatkan pelajar pada tahun 2012 lagi.
Polis telah menahan enam lelaki yang disyaki terlibat denga kejadian terbaru ini, kejaidan berlaku apabila gadis yang berusia 15 tahun itu keluar rumah dan terus ditangkap oleh mereka yang kemudia menarik mangsa kedalam rumah kembali sambil mengeluarkan kata-kata kesat.
Merek kemudia menyimbah gadis tersebut dengan minyak tanah dan menyalakan api keatas badannya sebagai tanda balas dendam di kampung Pangkalan Shahjahanpur, 277 kilometer ke tenggara New Delhi.
Menurut jurucakap polis, Encik Sahu, gadis tersebut telah dikejarkan ke hospital tetapi telah meninggal dunia dalam perjalanan kerana kecederan parah pada tubuhnya.
Polis masih memburu dua lagi tertuduh.
"Kesemua mereka tergolong dalam kampung yang sama dan adalah dari kasta yang sama dengan gadis itu," katanya Sebelum ini telah berlaku protes besar-besaran di jalanan tanda meluahkan kemarahan dan menuntut undang-undang yang lebih keras oleh rakyat India apabila seorang gadis berusia 23 tahun telah dirogol dan dibunuh di dalam bas di New Delhi pada Disember 2012 Apa yang merisaukan mereka kes rogol di India seoah-olah perkara biasa sekarang kerana pasti ada kes tersebut terjadi setipa hari di merata tempat- Siakapkeli.com.my

Akta Hasutan Akan Kekal - Najib
Foto : Malaysia Insider
Akta hasutan akan kekal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Tetapi perubahan akan dibuat kepada akta tersebut, kata Najib lagi yang juga presiden UMNO.
"Sebagai perdana menteri, saya memutuskan Akta Hasutan akan terus dikekalkan, malah akta ini akan dipertahan dan diperkukuhkan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini, memetik laporan dari The Malaysia Insider. Menurut beliau, akta ini akan diperkukuhkan dengan menambah peruntukan khas bagi melindungi agama Islam dan agama-agama lain. - Siakapkeli.com.my

Lelaki China Bina Kereta Lamborghini Kayu
BEIJING – Seorang lelaki di Putian, wilayah Fujian mereka cipta dan membina kereta hodoh ini yang diilhamkan daripada kereta Lamborghini.
Menurut China Daily yang memetik laporan portal berita fjsen.com, tukang kayu Yu Jietao mengukir semua bahagian diperlukan untuk kereta itu sebelum menggabungkannya dan meraut corak untuk menghiasinya.
Mujur kereta itu mempunyai ciri lain untuk menjadikannya lebih menarik.
Ini termasuk tayar dan motor elektrik yang mampu menggerakkan kereta berkenaan pada kadar 30 kilometer sejam.
Yu mengambil masa hampir setahun dan berbelanja sebanyak lebih 100,000 yuan (RM55,000) untuk membina kereta ‘Lamborghini’ kayu berkenaan.
Khabarnya rekaannya itu sudah pun menarik beberapa pengumpul yang menawarkan sehingga 220,000 yuan (RM120,000) untuk memiliki kereta kayu itu. - Agensi
TOP
G-Dragon Enggan Ulas Hubungan Cinta Dengan Model Jepun
SEJAK beberapa tahun ini, peminat masih tertanya-tanya hubungan antara penyanyi G-Dragon dengan seorang model berasal dari Jepun iaitu Kiko Mizuhara.
Dalam temuramah yang dihadiri G-Dragon dan Taeyang pada Rabu, selebriti tersebut enggan menjelaskan perkara itu.
"Tiada yang boleh diberitahu tentang hubungan tersebut. Biar ia menjadi rahsia peribadi saya sahaja," ujarnya seperti dipetik Mwave.
Sebelum ini, pada Oktober lalu, beberapa keping gambar G-Dragon dan Kiko Mizuhara tersebar bersama teman-teman mereka.
Dalam foto tersebut juga kelihatan G-Dragon sedang memeluk mesra wanita tersebut yang dikatakan sebagai kekasihnya.
Sementara itu, YG Entertaiment berjanji akan memberi kenyataan tentang perkara ini dalam masa terdekat.-mStar
TOP
Angelina Jolie Semakin Rajin Ke Dapur
PELAKON terkenal Angelina Jolie semakin rajin ke dapur bagi menyediakan hidangan untuk suami dan enam anak mereka sejak sah berkahwin dengan Brad Pitt pada Ogos lalu.
Angelina ketika ditemu bual dalam programToday Show menjelaskan biarpun sebelum ini tidak begitu mahir memasak namun dia tidak kekok untuk masuk ke dapur dan mempelajari masakan baharu setiap hari.
"Sejak berkahwin saya sering terfikir bahawa saya perlu menjalankan tugas sebagai isteri iaitu dengan memasak untuk suami dan anak-anak.
"Brad tahu sejauh mana kebolehan saya memasak tetapi dia sering memberi pujian terhadap hidangan yang saya buat," ujarnya.
Tambah Angelina, dengan masakan dia percaya ia dapat menambat hati suaminya serta mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Dalam pada itu, Angelina memberitahu kehidupannya kini sudah jauh berubah dan mengakui bahagia di samping Brad dan anak-anak.-mStar
TOP
Melissa Saila Tidak Tahu Perkembangan Isu Telefilem Saloma
PETALING JAYA:Pelakon dan pengarah Melissa Saila berkata, pihaknya tidak mengetahui mengenai perkembangan terbaharu isu penayangan telefilem biografi Saloma yang mendapat bantahan waris keluarga Allahyarham AR Tompel baru-baru ini.
Melissa berkata, dia juga tidak menerima sebarang surat daripada peguam keluarga waris allahyarham berhubung perkara itu selain tidak pernah berhubung dengan mana-mana ahli keluarga AR Tompel bagi menyelesaikan isu berkenaan.
"Saya sendiri tidak tahu apa lanjutan kes berkenaan malah saya juga tidak mendapat surat atau panggilan daripada mana-mana pihak keluarga waris berhubung isu tersebut.
"Apa yang saya tahu surat daripada peguam itu diserahkan kepada pihak Astro jadi saya tidak boleh ulas lanjut," ujarnya kepada mStar Online.
Terdahulu pada 9 Oktober lalu, waris keluarga AR Tompel yang diketuai oleh Adlin Aman Ramlie mengadakan sidang media bagi menyuarakan bantahan terhadap pihak Astro agar tidak terus menayangkan filem berkenaan menerusi saluran Astro First kerana karya itu dikatakan ditokok tambah dan tidak menggambarkan sifat sebenar Allahyarham.
Azhan Rani memegang watak sebagai AR Tompel dan Nabila Huda sebagai Saloma.
Dalam pada itu, Melissa memberitahu, isu berkenaan tidak melemahkan semangatnya untuk terus menghasilkan karya berbentuk biografi sebaliknya merancang untuk menghasilkan sebuah filem dari genre sama. Bagaimanapun kata Melissa, perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dan dia akan mengumumkan sekiranya perancangan tersebut menjadi realiti. "Untuk Saloma saya sudah melunaskan tanggungjawab saya dengan baik dan produk akhir pun sudah ditayangkan jadi selebihnya saya tidak mahu komen. "Isu berkenaan tidak pernah melemahkan semangat saya malah berhasrat untuk mengarahkan sebuah filem dengan figura lain tetapi ia masih dalam peringkat pembangunan idea," ujarnya. Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan ibunya, Seniwati Mariani Ismail, Melissa memberitahu keadaan wanita berkenaan beransur pulih sejak dimasukkan ke hospital pada 5 November lalu akibat mengalami komplikasi pada bahagian usus. Kata Melissa, ibunya itu turut mencuba rawatan alternatif bagi mengubati penyakitnya itu selain melakukan pemeriksaan di hospital. "Alhamdulillah Mummy seorang yang kuat semangat dan dia kini semakin pulih malah kami baharu sahaja menjalani sesi fotografi bersama-sama. "Dia sudah terbiasa dengan kehidupan aktif dan sentiasa ceria jadi proses pemulihan itu berlaku dengan cepat," katanya.-mStar

Suri rumah berdepan hukuman mati
SEPANG – Seorang suri rumah berdepan hukuman gantung sampai mati selepas diberkas bersama hampir 10 kilogram (kg) syabu bernilai RM1.8 juta yang disembunyikan di dalam tujuh unit alat ganti ekzos kereta di sebuah syarikat penghantaran cepat di Petaling Jaya, Selangor 20 November lalu.
Wanita berusia 34 tahun dari Seremban, Negeri Sembilan itu dipercayai diupah oleh satu sindiket antarabangsa.
Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, suspek diberkas pukul 8.30 pagi selepas pihaknya membuat pemantauan ke atas dua bungkusan yang tiba dari wilayah Guandong, China tiga hari sebelum itu.-KOSMO!
TOP
Tiga maut kereta bertembung
KUALA KANGSAR – “Carilah orang muda untuk menggantikan saya, mungkin lepas ini saya sudah tiada.”
Demikian ucapan Pembantu Pengurus Kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Gerik, Perak, Mohd. Aminuddin Mohd. Hashim, 57, sewaktu merasmikan program Hari Anugerah, Sekolah Agama Rakyat Chepor dekat sini Isnin lalu.
Kata-kata Mohd. Aminuddin itu membayangkan dia seolah-olah tahu ajalnya sudah dekat. Semalam, Mohd. Aminuddin yang memandu Mercedes Benz maut selepas bertembung dengan sebuah Proton Satria di Kilometer 69 Jalan Ipoh-Gerik.
Kejadian pukul 1.10 pagi di Kampung Chuar, Kati itu turut mengorbankan penumpang Mercedes, Hanita Ariffin, 46, dan pemandu Satria iaitu seorang anggota tentera, Safani Hassan, 28, yang rentung selepas keretanya terbakar. Dua mangsa yang cedera ialah penumpang Mercedes, Razali Yaakub dan seorang lagi yang belum dikenal pasti identitinya. Menurut isteri Mohd. Aminuddin, Norzila Muad, 50, kali terakhir dia bertemu suaminya ialah kira-kira pukul 1 petang kelmarin semasa mangsa pulang ke rumah di Kampung Chepor untuk menunaikan solat Zuhur. “Pada sebelah pagi, arwah sempat menghantar anak keempat, Fatima Amila yang berusia 22 tahun ke Ipoh kerana dia mahu pulang ke Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang, Perak dengan menaiki bas.-KOSMO!

Penyelenggara bangunan USM dihukum mati kerana edar dadah
ALOR SETAR - Seorang penyelenggara bangunan di Universiti Sains Malaysia (USM) dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah seberat 9.4 kilogram (kg) tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Akbar Ali Abdul Rahman, 37, selepas mendapati pembelaannya gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Akbar Ali yang juga merupakan peniaga nasi kandar secara sambilan di Pulau Pinang hanya menundukkan muka ketika hukuman tersebut dijatuhkan.
Tertuduh dituduh mengedar kanabis seberat 9.4 kg kira-kira pukul 9 malam di tepi jalan berhadapan kedai Celcom, kawasan Kompleks Tok Arau, Perlis.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang sabit kesalahan, boleh dihukum mati mandatori. - KOSMO!
TOP
Ludogorets ikat Liverpool 2-2
SOFIA, Bulgaria: Ludogorets menyamakan kedudukan pada lewat permainan untuk mengikat Liverpool 2-2 awal pagi tadi, namun keputusan itu menamatkan harapan pasukan tuan rumah untuk mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.
Dani Abalo membuka jaringan untuk Ludogorets pada minit ketiga selepas merembat bola yang terlepas daripada tangkapan penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet.
Rickie Lambert mempergunakan kesilapan pertahanan lima minit kemudian untuk menyamakan kedudukan dengan tandukan yang menewaskan penjaga gol Vladislav Stoyanov.
Jordan Henderson menyambut hantaran Raheem Sterling untuk meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-37.
Pemain pertahanan Ludogorets, Georgi Terziev menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-88 hasil sepakan sudut.
Pasukan tuan rumah tidak dapat mara ke peringkat seterusnya tetapi Liverpool boleh dengan menewaskan Basel pada perlawanan terakhir Kumpulan B. - AP
TOP
Ramai Terpedaya Dengan Sedutan Filem Palsu The Force Awaken
Trailer ataupun sedutan filem palsu bagi Star Wars: Episode VII: The Force Awakens mula trending sejak tiga hari lepas.
Namun ramai yang tidak perasan ia bukan trailer sebenar yang dikeluarkan Lucasfilm.
Dijelaskan www.kotaku.com, trailer yang dimuat naik pengguna Youtube, Romeo Lux itu adalah bukan trailer sebenar episod ketujuh saga filem fiksyen paling popular itu.
Menurut Twitter Lucasfilm, trailer penuh akan dikeluarkan esok (Jumaat, 28.11.2014) menerusi iTunes.
Peminat fanatik Star Wars dapat mengesan sebahagian daripada skrip yang digunakan dalam trailer ini adalah daripada permainan video Star Wars: The Force Unleashed.
Ada juga skrip yang digunakan daripada filem Anchorman 2.
Namun ramai yang terpedaya dan mempercayai ia merupakan trailer sebenar bagi The Force Awakens.
Bagi yang mengetahui ia merupakan trailer palsu, mereka menjangkakan Lucasfilm akan mengeluarkan trailer yang lebih hebat daripada yang dimuat naik Romeo Lux itu.
Star Wars: Episode VII: The Force Awakens merupakan sambungan daripada filem Star Wars: Episode VI: Return of the Jedi. - Astro Awani
Trailer palsu Star Wars: The Force Awakens:

Wak Doyok Hadir Perhimpunan Agung UMNO Selepas Sertai UMNO
Makin maju nampaknya Wak Doyok atau nama sebenar Muhammad Azwan, apabila sekarang sudah terlibat dalam bidang politik selepas menyerahkan borang ahli UMNO cawangan Taman Tun Dr Ismail baru-baru ini.
Terbaru kelibat Wak Doyok iaitu yang juga ikon fesyen anak muda tekenal telah hadir di Perhimpuanan Agung UMNO yang berlangsung sekarang di PWTC.
Menurut sebuah portal Malaysiakini yang menemuramah Wak di kafe Riverside, Wak Doyok berkata beliau datang adalah untuk mendengar ucapan Ketua Pemuda UMNO iaitu sdr Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
"Umur kami tidak jauh sangat jadi saya rasakan kehendak dan aspirasi kami juga tak jauh sangat," katanya.
Beliau juga hadir ke situ atas undangan pengerusi biro media baru Pemuda Umno, Ibdillah Ishak, selepas beliau menjadi ahli UMNO baru-baru ini.
Wak Doyok secara terbuka menyeru agar golongan muda kembali untuk menyertai perjuagan UMNO
"Kebanyakan Gen Y mereka kurang berminat dengan Umno jadi kita nak tarik balik supaya mereka dekat dengan Umno," katanya.
Selain itu Wak jugak turut ditanya oleh wartawan Malaysiakini adakah kehadirannya ini kan menjejeaskan tanggapan peminat terhadapnya. "Saya adalah hak masyarakat dan saya akan turut memenuhi jemputan parti lain jika mereka berminat untuk mendapatkan khidmat saya." "Saya ada juga parti-parti lain panggil. Saya hak masyarakat. Mereka perlukan saya, saya bantu. "Itu pandangan mereka. Fesyen saya sebelum ini pun ada yang tak suka," katanya. - Siakapkeli.com.my

Ibu Sebak Wakili Mangsa MH17 Terima Ijazah
SHAH ALAM: Ibu kepada Ketua Peramugari yang telibat dengan nahas MH17, Habibah Ismail, 65, sebak dan menitiskan air mata selepas mewakili anaknya menerima ijazah di Majlis Konvokesyen UiTM ke-81.
Beliau yang berasal dari Alor Setar telah datang ke sini bagi mewakili arwahyarhamah Azrina Yaakob untuk menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) yang disampaikan oleh Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad.
Beliau menyatakan yang beliau tidak dapat menahan sebak dan sedih apabila nama anaknya disebut untuk menaiki pentas menerima ijazah anaknya itu. “Ketika di atas pentas tadi, Mak Cik bertambah sebak terutama ketika pengacara majlis menceritakan mengenai tragedi MH 17 sebelum meminta semua yang berada dalam dewan menghadiahkan al-Fatihah buat mangsa tragedi itu,” ujarnya. Azrina Yaakob, 41, ketua peramugari pesawat malang itu telah mengikuti program pengajian jarak jauh (PJJ) di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam dan telah berjaya menamatkan pengajian tersebut sebelum tekorban dalam kejadian nahas MH17 yang telah mengejutakan satu dunia.- Siakapkeli.com.my

Jutawan Yang Amat Baik Hati Bina Rumah Mewah Percuma Untuk Orang Kampung
CHINA: Seorang Jutawan dari China bukan sahaja kaya tetapi amat baik hati apabila telah membina rumah baru kepada penduduk kampungnya dengan percuma.
Xiong Shuihua dikatankan telah merobohkan semua rumah-rumah kayu yang ada di kampung nya dan membina rumah mewah kepada 18 keluarga secara percuma di kampung Xiongkeng di Xinyu sebagai tanda menghargai mereka sebagai jiran tetangganya yang baik semasa beliau membesar di situ.
Beliau sekarang sudah berjaya dan kaya dan berfikir cara yang terbaik untuk membalas budi dan menolong orang-orang kampungnya dengan cara ini kerana rumah-rumah asal dilihat terlalu daif.
Pembinaan rumah-rumah tersebut telah melibatkan kos kira-kira £4 juta. Selain membina rumah tersebut beliau juga menyediakan makanan secara percuma tiga kali kepada warga emas dan mereka yang berpendapatan rendah. “Saya mempunyai wang dan saya tahu apa yang saya lakukan. Saya juga tidak mahu lupa di mana asal usul saya,’’ katanya Menurut seorang warga emas, Qiong Chu, 75, berkata, bukan setakat Xiong Shuihua sahaja yang baik hati, kebaikan yang datang dari beliau ini sebenarnya diwarisi oleh ibu bapanya yang memang terkenal dengan kebaikan mereka menolong orang.- Siakapkeli.com.my

Doktor Warganegara Malaysia Mengaku Bersalah Rakam Lebih 1,000 Orang Secara Senyap
PETALING JAYA - Seorang doktor warganegara Malaysia yang bekerja di Britain mengaku bersalah atas tuduhan membuat rakaman terhadap 1,000 orang tanpa pengetahuan mereka menggunakan kamera tersembunyi di tempat awam, tandas dan juga dirumahnya.
Memetik laporan dari BBC, Yeoh Lam Hoe, mengaku bersalah atas tujuh tuduhan mengintai, enam tuduhan membuat gambar lucah kanak-kanak dan satu tuduhan memiliki bahan pornografi melampau di Mahkamah Croydon Court selepas ditahan pada April di hospital St Anthony, North Cheam, Surrey.
Menurut laporan, Yeoh telah didakwa membuat rakaman secara senyap terhadap 1,000 orang menggunakan kamera tersembunyi di 'pendrives' dan jam. Yeoh juga didakwa merakam video pendek di sebuah tandas di klinik Nottingham, di atas keretapi dan juga di rumahnya dalam satu majlis.
Jenayah Yeoh terungkai setelah salah satu alat perakamnya terjatuh di sebuah tandas di hospital St. Anthony. Alat tersebut kemudiannya dijumpai oleh rakan sekerja Yeoh. Rakan Yeoh kemudian membuka memori alat perakam berkenaan dan terkejut setelah melihat salah satu rakaman yang memaparkan aksi Yeoh sedang memasang alat terbabit di dalam tandas tersebut.

Pegawai polis ditahan SPRM negatif dadah
Kuala Lumpur: Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas seorang pegawai kanan polis yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini adalah negatif selepas pihak berkuasa membuat rampasan dadah di kediaman suspek.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Zubaidah Md Ismail berkata ujian air kencing berkenaan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya.
Beliau berkata, tindakan menukar cawangan pegawai terbabit dari unit di mana beliau bertugas adalah prosedur biasa bagi memudahkan proses siasatan dijalankan.
"Pegawai terbabit kini tidak menjalankan tugas-tugas kepolisan dan hanya mengendalikan hal pentadbiran. Penempatan tersebut adalah sementara sehingga SPRM selesai menjalankan siasatan.
“Segala keputusan yang diputuskan mengikut undang-undang," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan pegawai kanan PDRM itu yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman ditahan SPRM bersama wang tunai hampir setengah juta.- hmetro
TOP
Kanak-kanak 9 Tahun Parah Terkena Tembakan Senapang Datuk
Foto : TheBorneoPost
KUCHING, 28 Nov: Oleh kerana kecuaian datuk sendiri, seorang kanak-kanak perempuan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak semalam selepas terkena tembakan senapang angin(peluru guli) yang dipercayai dilepaskan oleh datuknya sendiri. Menurut laporan dari TheBorneoPost, tembakan yang dilepaskan itu terkena pada bahagian kiri kepala mangsa. Mangsa, 9, yang berasal dari Kampung Ulu Kupang, Saratok telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil. Menurut bapa mangsa, peluru guli itu tidak dapat dikeluarkan kerana berisiko. Datuk mangsa, 54, yang juga suspek dalam kes ini berasal dari Kampung Kupang, Saratok ditahan sekitar jam 3.47 petang di Kuching semasa mengirigi cucunya ke HUS. Hasil siasatan awal mendapati kes berlaku disebabkan oleh kecuaian. Walau bagaimanapun kes masih lagi di dalam siasatan. - Siakapkeli.com.my

Media Thailand Sering Langgar Hak Kanak-kanak - Kajian
BANGKOK: Akhbar dan televisyen Thailand sering melanggar hak kanak-kanak dalam liputan mereka, kata satu kajian media yang disokong Unicef Thailand.
Hasil kajian bertajuk "Bagaimana media cetak dan elektronik menghidangkan berita tentang kanak-kanak" oleh Fakulti Seni Komunikasi, Universiti Chulalongkorn, yang dikeluarkan hari ini mendapati 21 peratus laporan akhbar dan 13 peratus laporan televisyen melanggar hak kanak-kanak.
Kajian itu menggunakan 1,800 sampel bahan, termasuk laporan, foto, rencana, rencana pengarang dan liputan televisyen daripada akhbar utama berbahasa Thai untuk 182 hari dan tiga stesen televisyen untuk 48 hari pada 2012.
Daripada jumlah itu, 1,513 adalah sampel yang diambil daripada akhbar dan 287 daripada liputan televisyen, kata Unicef.
Kajian itu mendapati kebanyakan kes pelanggaran hak adalah berkaitan privasi, termasuk pendedahan identiti kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan dan mereka yang disyaki melakukan kegiatan jenayah.
Katanya sebahagian besar pelanggaran hak itu berupa perbuatan mendedahkan nama kanak-kanak atau menunjukkan wajah mereka dan mendedahkan nama sanak saudara, sekolah atau alamat rumah mereka.
Kajian itu juga mendapati banyak laporan akhbar menyalahgunakan foto kanak-kanak tidak dikenali yang tiada kaitan dengan kandungan berita yang disiarkan.
Jenis pelanggaran hak kanak-kanak kedua paling banyak dilakukan media ialah penggunaan bahasa sensasi, provokatif dan/atau tidak sesuai atau tajuk berunsur fitnah apabila merujuk kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah atau tingkah laku kanak-kanak.
Kajian itu juga mendapati kanak-kanak yang terlibat dengan kegiatan jenayah sering dibawa ke sidang akhbar oleh pihak berkuasa dan ini melanggar hak asasi mereka.
Kebanyakan pelanggaran hak itu terkandung dalam laporan di ruangan jenayah dan muka depan akhbar serta dalam previu tajuk utama berita televisyen.
Jumlah pelanggaran hak kanak-kanak paling tinggi didapati terkandung dalam laporan berkaitan penderaan kanak-kanak, termasuk penderaan seksual.
Menurut kajian itu, kebanyakan laporan berita tentang kanak-kanak adalah berdasarkan kejadian dan tidak banyak laporan yang menyediakan analisis mendalam atau cadangan tentang cara untuk mengatasi cabaran yang dihadapi kanak-kanak.
Wakil Unicef Thailand Bijaya Rajbhandari bagaimanapun berkata kini, media Thailand semakin sedar tentang hak kanak-kanak berbanding beberapa tahun lepas.
Anggota pasukan penyelidik itu Penolong Prof Pirongrong Ramasoota pula berkata pemantauan orang ramai boleh memainkan peranan penting untuk mengubah cara media membuat laporan tentang kanak-kanak.
Bagaimanpun, katanya, dalam tempoh 2003 hingga 2012, hanya lapan laporan dikemukakan kepada Majlis Akhbar Kebangsaan Thailand berkaitan pelanggaran hak kanak-kanak.
“Kawal selia kendiri oleh media tidak akan menjadi kenyataan sekiranya tidak mendapat input daripada orang ramai yang celik media serta boleh membantu membuat pemantauan terhadap media melalui saluran sewajarnya," kata beliau. - Astro Awani
TOP
Lima Terbunuh Serangan Berani Mati di Kedutaan Britain di Kabul
Kabul, 27 Nov - Seorang pengebom berani mati bertindak merempuh ke dalam kedutaan Britain di Kabul menggunakan sebuah kereta yang dipenuhi dengan bahan letupan.
Rempuhan itu telah mengakibatkan satu letupan kuat, mengakibatkan seorang warga Britain dan empat warga Afghanistan terbunuh, lapor polis Kabul dalam satu kenyataaan.
"Seorang warga negara British telah terbunuh dalam serangan hari ini", kata jurucakap polis, Hashmat Stanakzai di dalam kenyataan emel.
Kedutaan British tidak mengeluarkan sebarang komen dengan serta merta setelah mengesahkan beberapa kakitangan di kedutaan itu telah cedera. - Siakapkeli.com.my
TOP
Safee Sali Tampil Balas Kritikan Peminat di Instagram
Siapa yang tidak kenal dengan Safee Sali, pemain bola sepak kebangsaan yang pernah mengharumkan nama negara dengan memenangi gelaran 'golden boot' pada piala AFF 2010. Tetapi sejak akhir-akhir ini, tidak dapat dinafikan prestasi pemain ini semakin menurun.
Dek kerana itu, Safee Sali sering menerima kritikan dari peminat bola sepak Johor dan juga Malaysia, lebih-lebih lagi setelah Malaysia tumbang dengan Thailand 3-2 baru-baru ini dalam kejohanan yang sama. Selepas kekalahan Malaysia keatas Thailand, profil instagram Team Malaysia telah memuat naik satu gambar Safee berserta kapsyen yang bertanyakan pendapat ramai tentang prestasi Safee di dalam perlawanan tersebut. Ternyata ramai yang memberi komen negatif terhadap persembahan Safee dalam perlawan tersebut.
Mungkin kerana sudah hilang sabar dengan kritikan orang ramai, Safee Sali telah tampil membalas komen-komen negatif tersebut dengan men'tag' sekali nama-nama mereka yang memberikan kritikan negatif terhadapnya. Benar juga apa yang dikatakan Safee, mereka yang tidak bermain pada level yang sama tidak akan merasa bahan tekanan yang dialami oleh beliau, lebih-lebih lagi dalam perlawanan yang getir seperti ini. - Siakapkeli.com.my

Selangor Cyber Game Menanti Kaki Game Untuk Beraksi
Berita baik untuk peminat game atau pun kaki game Malaysia di mana satu pertandingan game iaitu Selangor Cyber Game akan dianjurkan di Emcorp Strand Mall, Kota Damansara selama dua hari iaitu pada 13-14 Disembar 2014 ini yang melibatkan empat jenis game iaitu Dota 2, League of Legends(LOL), Counter Strike Global Offensive(CS:GO) dan FIFA 15.
Pertandingan ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Generasi Muda Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawan Negeri Selangor, Bahagian Pembangunan Belia Majlis Sukan Negeri Selangor dan Penyelaras Dewan Negeri Kota Damansara yang menawarkan hadiah bernialai RM30,000.
Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Malaysia dan had umur 16-35 tahun sahaja.
Berikut adalah hadiah yang ditawarkan kepada setiap jenis permainan dan cara pendaftaran.
Pertandingan Dota 2 menawarkan wang tunai terkumpul sebanyak RM 23,500. Terdapat dua sesi bagi Dota 2 iaitu peringkat kelayakkan G1 Gaming Dota 2 pada 13 Disember 2014 (Sabtu) yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM 6,000 dan barangan Logitech dan peringkat Grand Final pada 14 Disember 2014 (Ahad) bagi G1 Gaming Dota 2 yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM 17,500 kepada para pemenang. Yuran pendaftaran sebanyak RM 25 dikenakan bagi pasukan yang bertanding di peringkat kelayakkan G1 Gaming Dota 2.
Hadiah
G1 Gaming Dota 2 Qualifier (Dibuka kepada semua pasukan kecuali yang telah layak)
1st – RM3,000 + Logitech G430 + Grand Finals Slot
2nd – RM 1,500 + Logitech G402 + Grand Finals Slot
3rd – RM 1,000
4th – RM 500
Grand Final Dota 2 (10 Pasukan terbaik di Malaysia)
1st – RM 10,000
2nd – RM 5,000
3rd – RM 1,500
4th – RM 1,000
Pasukan yang telah layak ke Grand Final adalah Team Malaysia, Invasion eSports, Who2bet, Underminer.Regal, G-Guard, TBD,Distrix 5, Underminer C
Pertandingan League of Legends menawarkan wang tunai terkumpul sebanyak RM2,200. 16 pasukan akan berentap pada 13 & 14 Disember ini bagi merebut takhta kejuaraan dan hadiah yang lumayan. Yuran pendaftaran sebanyak RM 25 dikenakan bagi pasukan yang bertanding.
Hadiah
League of Legends (Dibuka kepada semua pasukan)
1st – RM1,000
2nd – RM 700
3rd – RM 400
4th – RM 100
Pertandingan CS:GO menawarkan wang tunai terkumpul sebanyak RM2,200. 16 pasukan akan berentap pada 13 & 14 Disember ini bagi merebut takhta kejuaraan dan hadiah yang lumayan. Yuran pendaftaran sebanyak RM 25 dikenakan bagi pasukan yang bertanding.
Hadiah
Counter Strike Global Offensive (Dibuka kepada semua pasukan)
1st – RM1,000
2nd – RM 700
3rd – RM 400
4th – RM 100
Pertandingan FIFA 15 menawarkan wang tunai terkumpul sebanyak RM2,200. 128 pemain FIFA 15 akan berentap pada 13 & 14 Disember ini bagi merebut takhta kejuaraan dan hadiah yang lumayan. Platform PS4 akan digunakan kepada semua pemain. Yuran pendaftaran sebanyak RM 10 dikenakan bagi setiap pemain yang bertanding.
Hadiah
FIFA 15 (Dibuka kepada semua pasukan)
1st – RM1,000
2nd – RM 700
3rd – RM 400
4th – RM 100
Jadi apa lagi Jom ramai-ramai memeriahkan Emcorp Strand Mall 13-14 Disember nanti. Mana tahu terjumpa team adminkan.- Siakapkeli.com.my

9 Alat Permainan di Taman Kanak-kanak Yang Tidak Patut Wujud
Bila bercerita tentang taman kanak-kanak, sudah tentu memori bermain di gelongsor, buaian dan lain-lain akan bermain di benak fikiran kita. Lebih-lebih lagi jika alat-alat permainan di taman itu berwarna warni dan menceriakan.
Tetapi, ada juga alatan di taman kanak-kanak yang langsung tidak boleh digunakan sebagai permainan, bahkan jika dilihat oleh kanak-kanak, alat-alat ini akan mencemari minda mereka. Disini kami bawakan 9 alat permainan yang tidak sepatutnya wujud di taman kanak-kanak selain dari gambar ala-ala 'human centipede' di atas.
1 - Kepala Monyet
2 - Gelongsor 90 darjah
3 - Gelongsor punggung gajah
4 - Patung perangkap tikus (yang sudah mati)
5 - Gelongsor ke tong sampah
6 - Patung labah-labah gergasi dari mimpi ngeri
7 - Gelongsor gajah kelaut
8 - Patung kepala ahli sihir gergasi
9 - Kuda berkepala dua

8 Cara Hendak Selamatkan Smartphone Anda Jika Jatuh Dalam Air
Telefon pada zaman sekarang adalah satu keperluan bagi semua orang apabila telefon zaman sekarang telah memudahkan kita berhubung bukan sahaja untuk bercakap atau hubung tetapi juga sebagai medium untuk kita mencari maklumat malah boleh menjadi medium untuk berhibur dan berlajar. Boleh kata semua kegunaan sudah ada dalam telefon, dulu nak pergi berjalan kena bawak radio, kamera, telefon dan komputer tapi sekarang cukup bawa sebiji telefon.
Kerana kegunaannya itu membuatkan telah memerlukan ia dibawa merata-rata dan pastinya telefon akan terdedah kepada pelbagai bahaya seperti jatuh dalam air.
Disini kami ingin berkongsi beberapa tips untuk menyelamatkan telefon anda dari rosak jika terjatuh dalam air. Sekadar berkongsi, kalau tidak ok juga tak ada rezeki la.
SELEPAS ANGKAT DARI AIR JANGAN TEKAN APA-APA BUTANG
Tips 1:Ketangkasan anda, jika telefon jatuh dala air cepat-cepat dapatkannya semula kerana masa untuk air masuk kedalam lubang-lubang kecil adalah lambat.
Tips 2: "Off" telefon dan tanggalkan simkad serta bateri jika boleh dengan sepantas yang mungkin.
Tips 3: Jika terlalu lama tersendam dalam air anda haruslah melakukan langkah ini dengan berhati-hati. Buka dan aturkan bahagian dalaman handphone anda untuk mempercepatkan proses pengeringan. Jika anda tidak konfiden dengan tips ini, sila abaikan.
Tips 4: Keringkan handphone anda dengan menggunakan tuala atau apa saja fabrik yang serap air. Tujuan utama ialah untuk menyerap sebanyak mungkin air yang telah masuk ke dalam handphone anda.
Amaran!, jangan sesekali menggunakan pengering rambut kerana ia akan merosakkan komponen elektronik telefon anda.
Tips 5: Gunakan vakum ataupun compressed air untuk mengeluarkan lebihan air yang mungkin masih berada dalam handphone anda.
Tips 6: Letakkan handphone anda dalam bekas beras yang belum dimasak atau gel silika yang mempunyai kebolehan untuk menyerap air.
Tips 7: Langkah ini adaah yang paling memerlukan kesabaran kerana anda hanya peru biarkan telefon ada ditempat yang kering selamat 2 atau 3 hari sampai air didaam telefon itu kering sendiri.
Tips 8: kalau semua cara dia atas tidak berkesan anda cuma perlu pergi ke kedai untuk membeli telefon baru.-
Siakapkeli.com.my

9 Fakta Yang Akan Membuat Anda Kagum & Berfikir Sejenak
Jika bercakap mengenai fakta, pasti ramai yang akan terfikir tentang bahan bacaan ilmiah dan buku tebal yang kurang memberangsangkan.
Tetapi fakta ilmiah juga boleh menjadi menarik jika diterangkan dengan cara yang menarik dan mudah difahami.
Disini kami bawakan 9 fakta yang akan membuatkan anda kagum dan menyebabkan otak anda berfikir sejenak.
1 - Satu sudu madu bersamaan dengan hasil kerja seumur hidup 12 ekor lebah.
Secara purata, seekor lebah pekerja akan menghasilkan lebih kurang 1/12 daripada satu sudu besar madu sepanjang hayatnya.
2 - Terdapat sejenis obor-obor yang tidak akan mati.
Obor-obor jenis Turritopsis Nutricula adalah satu-satunya haiwan yang dikenalpasti boleh menukarkan dirinya menjadi muda kembali setelah selesai mengawan. Kerana itulah jumlah obor-obor semakin meningkat dan merunsingkan para saintis.
3 - 'Mammoth' masih wujud ketika Piramid Giza sedang dibina
Mammoth terakhir pupus sekitar tahun 2000BC manakala pembinaan piramid Giza telah siap pada 2540 BC. Ini menunjukkan Mammoth masih wujud ketika piramid Giza dibina. Malah ada yang menyatakan Mammoth pernah dibawa ke mesir pada zaman dahulu.
4 - Jika kereta boleh dipandu keatas, ia akan mengambil masa sejam untuk sampai ke angkasa Jika kereta dipandu pada kelajuan 95km sejam kearah langit, ia akan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke angkasa.
5 - Syarikat Nintendo ditubuhkan sebelum kejatuhan empayar Uthmaniyyah.
Syarikat Nintendo telah ditubuhkan sebagai syarikat kad pada akhir 1889 yang mana pada asalnya diberi nama Nintendo Koppai. Syarikat ini pada mulanya menjual satu permainan kad yang dipanggil Hanfuda. Empayar Uthmaniyyah pula dibubarkan pada tahun 1922.
6 - Anda tidak pernah melihat wajah anda dengan mata sendiri. Hanya gambar dan refleksi sahaja.
Percayalah, anda tidak pernah melihat bagaimana wajah anda. Apa yang anda nampak dicermin hanyalah sekadar refleksi yang telah diproses oleh otak anda(dengan pelbagai tokok tambah). Perkara yang paling hampir dengan wajah anda adalah gambar dan video anda sahaja.
7 - Planet Pluto tidak pernah melengkapkan putaran orbitnya mengelilingi matahari semenjak ia digelar sebuah planet.
Pluto telah ditemui pada 18 Februari 1930. Ia memerlukan 248.09 tahun bumi untuk melengkapkan satu orbit mengelilingi matahari. Jika dikira, Pluto akan melengkapkan putarannya mengelilingi matahari pada tahun 2178.
8 - 25,000,000 sel anda mati ketika membaca fakta ini.
Tetapi jangan risau kerana tubuh anda membuat lebih 300 billion sel untuk menggantikannya setiap hari.
9 - Mata anda selalu melihat hidung, tetapi otak anda mengabaikannya.
Walaupun hidung anda berada betul-betul di depan mata anda, otak anda akan mengabaikannya dan tidak memprosesnya maklumat mengenainya(bentuk, warna dan lain-lain). Ini kerana otak anda sudah mengetahui bagaimana rupa hidung anda dan tidak ada maklumat lain yang boleh diambil dari hidung anda. Jika anda pernah mempunyai jerawat diatas hidung, anda pasti pernah mengalami situasi dimana pada mulanya, anda akan selalu ternampak jerawat tersebut merasa tertekan dengan jerawat tersebut. Ini kerana ia adalah benda baru yang perlu diproses oleh otak anda. Tapi lama-kelamaan otak anda akan terbiasa dengan jerawat tersebut dan mengabaikannya. Ini akan membuatkan anda 'lupa' tentang jerawat itu, kecualilah jika jerawat itu semakin membesar atau berubah warna. - Siakapkeli.com.my

Rakan Anwar Tawar RM100 juta Untuk Tumbangkan Kerajaan BN - Anifah
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di luar mahkamah selepas beri keterangan berhubung kes membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Foto : The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anifah Aman hari ini telah mendedahkan seorang ahli perniagaan, yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah menawarkan RM100 juta kepada beliau untuk membawa 10 ahli Parlimen Sabah melompat parti sekaligus menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada 2008. Anifah, 61, yang juga Menteri Luar, berkata bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif KFC Datuk Ishak Ismail datang kepadanya di Hotel Sentral ketika dia merokok dengan ahli parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee dan seorang lagi ahli parlimen Sabah yang lain pada bulan Mei, 2008. Anifah bagaimanapun tidak dapat mengingat dengan jelas hari dan tarikh kejadian. "Ishak mendekati saya dan membuat tawaran itu. Saya terkejut kerana saya sudah komited terus bersama BN demi kepentingan negeri Sabah," katanya memberi keterangan dalam kes dakwaan fitnah ketua pembangkang terhadapnya pada Mei 2009. "Saya beri amaran kepada Ishak, jangan sekali-kali ulang tawaran itu kepada saya. Saya marah kerana tawaran itu dibuat kepada seorang ahli Parlimen yang sudah tiga penggal berkhidmat," katanya semasa disoal balas peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memetik laporan dari The Malaysia Insider. Anifah juga memberitahu wartawan tentang jawatan timbalan perdana menteri yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim sekiranya beliau berjaya membantu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2008.- Siakapkeli.com.my

Khairy Jamaluddin Cadang Skim Kenderaan Pertamaku Bagi Golongan Muda
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mahu kerajaan mempertimbangkan secara serius cadangan agar diwujudkan Skim Kenderaan Pertamaku yang mana bakal meringankan beban golongan belia yang berpendapatan kurang RM 4,000 sebulan untuk membeli kereta pertama.
Menerangkan skim tersebut, KJ menjelaskan orang muda yang ingin membeli kereta buat kali pertama akan dikecualikan cukai atau duti eksais sekaligus mengurangkan harga pembelian kereta dan secara tidak langsung mengurangkan bebanan hutang yang ditanggung oleh golongan tersebut.
“Kita perlukan satu inisiatif untuk membantu anak muda membeli kenderaan, meringankan beban hutang dan harap-harap mereka dijauhi daripada sumpahan muflis,” katanya semasa menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda pada Perhimpunan Agung UMNO 2014, memetik laporan dari Utusan Malaysia.
Walau bagaimanapun, KJ menegaskan skim tersebut hanya boleh dilaksanakan keatas kereta yang berharga sederhana. Selain itu kereta itu juga mestilah dipasang dalam negara. Menurut KJ lagi, langkah ini berbeza dengan cadangan yang diberikan oleh pembangkang iaitu potongan cukai untuk semua pembeli kenderaan - Siakapkeli.com.my
TOP
Tauke Jambu Nafi Beliau Dalam Gambar Bercium
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasar PAU 2014 lengkap dengan persembahan video, multimedia dan grafik memecah tradisi corak ucapan Presiden UMNO. - Foto NajibRazak.com
Entah kenapa ada lidah dari dalam UMNO sendiri sudah mula memberikan tohmahan jahat kepada ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi, ketika memulakan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014. Menerusi akaun Facebook, Dato’ Seri Zaeinal mendakwa ucapan Najib yang juga Perdana Menteri disifatkannya di tahap pertandingan pidato peringkat sekolah menengah, siap disertakan dengan hashtag #Hampeh.
Kata-kata pedas Zaienal berkenaan ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi. Daripada komen-komen terhadap status berkenaan, ada seorang bekas personaliti televisyen sukan, Datuk Dahlan Maamor dilihat turut setuju dengan dakwaan Zaeinal atau nama sebenarnya Zaeinal Abidin Omar. Tak dapat difahami dengan jelas mengapa Zaeinal yang juga pengasas Persatuan Karyawan membuat dakwaan sebegitu kasar di saat majoriti perwakilan PAU 2014 setuju dengan intipati ucapan dasar Najib. Namun jika dilihat beberapa status terdahulu di Facebook, Zaeinal sememangnya banyak tidak setuju dengan corak pentadbiran Najib. Bagaimanapun kritikan pedasnya kali ini didapati mula jadi viral di laman sosial. Budaya seperti ini dilihat tidak sepatutnya berlaku di dalam UMNO ketika pemimpin tertinggi sedang berusaha keras memperbaiki masalah dalaman khususnya dalam kalangan ahli dan pemimpin UMNO. Ketika banyak cara dan platform boleh digunakan oleh ahli UMNO untuk menyuarakan pendapat dan rasa tidak puas hati mereka, rasanya inilah bukanlah cara terbaik untuk menegur apatah lagi membabitkan Presiden UMNO. - MYNEWSHUB.CC