TOP
DAP Cadang 30% Jawatan CEC Untuk Wanita
Lim Guan Eng.
PETALING JAYA: DAP akan menghantar pelbagai kertas kerja untuk meminda perlembagaan parti pada persidangan kebangsaan yang akan datang, termasuk cadangan 30 peratus daripada kerusi bagi jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) diberikan kepada wanita. "Ini adalah usaha bersama-sama DAP untuk menggalakkan lebih ramai wanita menyertai DAP dan menunjukkan komitmen kami untuk meningkatkan pemimpin wanita di Malaysia terutamanya penyertaan pemimpin wanita muda," kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan pada Rabu. CEC DAP pada malam Selasa memutuskan bahawa kertas kerja akan dihantar pada persidangan kebangsaan parti itu pada 14 Disember ini di Dewan Konvensyen One City. Lim berkata, langkah itu bertujuan untuk mendapatkan semula kepercayaan dan meraih semula keyakinan pengundi dengan menunaikan janji yang telah dibuat. - mstar

10 Parah Letupan Bom Di Hadapan Restoran
Seorang anggota penguatkuasa Mesir dilihat sedang berbual menggunakan telefon bimbit ketika operasi mengesan anggota militan di El-Arish.
KAHERAH: Kira-kira 10 orang awam cedera parah apabila sebuah bom kereta meletup di hadapan sebuah restoran makanan segera di semenanjung Sinai pada Selasa. Letupan itu berlaku di bandar Arish, utara Sinai ketika pihak berkuasa sedang melancarkan operasi membanteras kumpulan militan yang dipercayai sebagai dalang insiden yang menyebabkan 33 anggota polis dan askar maut bulan lalu. Bagaimanapun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut setakat ini. Pihak berkuasa berkata polis telah mula meninggalkan kawasan tersebut selepas sebuah kereta curi diletakkan di situ dan menimbulkan rasa curiga. Wilayah utara Sinai diletakkan dibawah perintah darurat selepas dua serangan terhadap askar dan polis dilancarkan pada 24 Oktober lalu. Semenanjung Sinai terletak di kawasan strategik iaitu bersempadanan dengan Israel, Gaza dan Terusan Suez. - mstar

Anggota Rela Menyamar 'Inspektor Vijay' Perdaya Wanita
Mior menunjukkan antara barang yang dirampas dari rumah suspek.
GEORGE TOWN: Seorang lelaki berusia 25 tahun yang menyamar sebagai anggota polis dan memperdaya wanita untuk melakukan hubungan seks dengannya sebelum memeras ugut mereka, dikenal pasti sebagai seorang anggota yang menjalankan aktiviti Community Policing dan anggota Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela). Kad kuasa milik suspek yang dirampas oleh polis disahkan sebagai tulen. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek merupakan seorang bekas penghuni Sekolah Henry Gurney di Melaka. "Kami menahannya di sebuah kedai kopi dekat dengan rumahnya di Paya Terubong pada Sabtu hasil maklumat orang ramai. "Kami kemudiannya memeriksa rumah suspek dan menemui satu uniform polis dengan pangkat inspektor dalam tempoh percubaan, dua pistol mainan dan sepasang gari serta walkie-taklie. "Suspek kemudiannya mengakui menyamar sebagai 'Inspektor Vijay' untuk memperdayakan wanita," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di Jalan Patani di sini, Selasa. Polis turut merampas wang sebanyak RM1,205, empat telefon bimbit, sebuah komputer tablet dan beberapa resit kedai pajak gadai. Mior Faridalathrash memberitahu, modus operandi suspek adalah 'memburu' mangsa menerusi aplikasi mesej dan bermain cinta dengan mereka. Selepas melakukan hubungan seks dengan wanita terbabit, dia akan memeras ugut mangsa dengan mengancam untuk memuat naik video seks yang dirakamnya secara rahsia. Beliau berkata, polis percaya suspek menggunakan taktik sama untuk memperdaya sekurang-kurangnya lebih lima wanita melibatkan wang sebanyak RM20,000 dalam tempoh dua bulan lalu. Mangsa terbaharu suspek adalah seorang jururawat berusia 21 tahun yang terpaksa menggadai rantai emas milik ibunya sebanyak RM10,000 sebagai bayaran yang dikehendaki suspek. Mangsa membuat laporan polis mengenai perkara itu selepas bersemuka dengan ibunya. - mstar

Ronaldo Nafi Gelar Messi Dengan Kata Kesat
CRISTIANO RONALDO menafikan telah memberi gelaran 'motherf*****' kepada bintang Barcelona, Lionel Messi seperti yang didakwa seorang wartawan bola sepak Sepanyol, Guillem Balague.
Wartawan itu dalam penulisannya mendakwa Ronaldo mempunyai musuh di Barcelona iaitu Messi dan menggelar pemain terbabit dengan cacian.
"Ini sama sekali tidak benar dan saya telah mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
"Saya menghormati semua rakan pemain profesional dan Messi tidak terkecuali," jelas bintang Real Madrid itu.
Balague mendakwa, gelaran yang diberikan Ronaldo itu dibocorkan oleh sumbar dalaman di Bernabeu. Katanya, Ronaldo memberi gelaran itu kepada Messi apabila mereka bertembung dalam pemilihan anugerah Ballon d'Or. Menurut wartawan terbabit, gelaran itu juga selalu disebut Ronaldo ketika bercerita mengenai Messi atau Barcelona.
- mstar

Anderson Sedia Tinggalkan United, Pulang Ke Brazil
PEMAIN tengah Manchester United, Anderson bakal kembali beraksi di negara sendiri iaitu Brazil jika tidak ditawarkan kontrak baharu sehingga Jun tahun depan.
Kontrak Anderson bersama United bakal tamat pada Jun dan kini dia tidak lagi menjadi pemain pilihan Louis van Gaal akibat kecederaan jangka masa panjang.
Berikutan itu kelab Brazil, Gremio dilaporkan sedia memulihkan karier pemain berusia 26 tahun itu.
Sebelum ini, Flamengo dilapor ingin mendapatkan Anderson, namun tidak bersetuju dengan yuran pemindahan yang dikenakan United.
Anderson berhijrah ke United dari Porto dengan yuran pemindahan sebanyak £27 juta pada 2007.
Ketika ditemubual oleh stesen radio Brazil, Anderson berkata, Gremio merupakan kelab pilihannya jika tidak dapat kekal bersama United. "Gremio sebuah kelab yang sentiasa saya sokong - semua orang tahu. Jika bermain di situ, saya dapat bersama keluarga. "Saya telah bercakap dengan mereka tetapi belum mendapat sebarang tawaran sehingga kini," katanya. - mstar

Polis Pakai Sut 'Donald Duck' Kesan Pemandu Tidak Benarkan Itik Melintas
PEMANDU harus berhentikan kenderaan dan benarkan kartun Walt Disney, Donald Duck, melintas jalan atau ia akan menimbulkan kesusahan kepada mereka.
Ini kerana, pemandu akan didenda $230 (£144) hanya kerana tidak benarkan kartun Disney itu melintas di Fort Lee, New Jersey ketika sambuta Haloween.
Ia nampak seperti menyusahkan pemandu kerana tiba-tiba menjadi satu kesalahan apabila mereka tidak memberhentikan kenderaan untuk membenarkan watak kartun melintas.
Bagaimanapun perkara tersebut tidak disukai oleh polis Amerika Syarikat kerana mereka bimbang tindakan tersebut akan menggalakkan pejalan kaki melintas di tempat yang tidak dibenarkan.
Sementara itu, ada juga pegawai polis yang memakai sut watak kartun Donald Duck untuk menangkap pemandu yang enggan berhenti.
Seorang pemandu yang didenda kerana kesalahan tersebut membidas tindakan pihak berkuasa dengan menyifatkan ia sebagai hukuman yang tidak adil.
"Mereka beritahu saya didenda hanya kerana tidak benarkan seekor itik melintas," kata Karen Haigh kepada Eyewitness News.
Tambahnya,"Itik ini sangat besar dan ia menakutkan saya." - mstar
TOP
Wanita China Teruja Ubah Wajah Supaya Lebih 'Barat'
WANITA China yang memasuki Korea Selatan dan melakukan pembedahan plastik untuk mengubah raut wajah menghadapi kesulitan untuk pulang ke negara mereka kerana tidak melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.
Perkara itu berlaku kerana gambar pada pasport tidak lagi menyerupai wajah pemiliknya ketika membuat pemeriksaan di lapangan terbang sebelum dibenar meninggalkan Korea Selatan.
Rata-rata wanita China memasuki negara tersebut dan mengubah wajah secara keseluruhan termasuk memutihkan kulit, membesarkan kelopak mata supaya kelihatan lebih 'barat', membentuk semula bibir, meninggikan hidung dan memanjangkan dagu.
Perubahan secara 100 peratus pada wajah membuatkan wanita yang pulang ke China tidak lagi dikenali serta mudah untuk menjadi model dan sebagainya.
Berikutan kesulitan yang dialami oleh ramai wanita China di lapangan terbang, sesetengah hospital yang menjalankan pembedahan plastik mengeluarkan sijil pengesahan perubahan yang dilakukan.
Hasil kejayaan hospital-hospital di Korea Selatan mengubah wajah wanita, pembedahan plastik kini menjadi perniagaan utama dalam sektor kecantikan di negara itu.
Kebanyakkan pelanggan mereka adalah dari China - wanita yang ingin 'mencari' kehidupan lebih baik selepas pulang dengan raut wajah jelita serta muda.
Berikut merupakan wajah sebelum dan selepas pembedahan plastik oleh wanita China.
Usia tidak menghalang wanita China untuk terus kekal jelita dan menyaingi gadis-gadis.

Harga Sayur, Bunga Dari Cameron Highlands Dijangka Naik
CAMERON HIGHLANDS: Operasi besar-besaran membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) di Cameron Higlands susulan insiden banjir kilat yang menjejaskan beberapa ladang di sini akan menyebabkan harga sayur-sayuran dan bunga-bungaan lebih mahal dalam beberapa bulan akan datang.
Beberapa pemilik ladang berkata, kenaikan harga akan memberi kesan kepada pengguna selain eksport ke Singapura dan beberapa negara lain terutamanya pada sambutan Krismas bulan depan dan Tahun Baru Cina pada Februari.
Jabatan Imigresen melakukan operasi khas untuk membanteras pekerja asing yang didakwa tidak mempunyai permit kerja yang sah selepas siasatan Kementerian Dalam Negeri mendedahkan satu sindiket membawa masuk ribuan pekerja asing di sana.
Kebanyakan pekerja asing dilaporkan sedang menyembunyikan diri daripada dikesan.
Tindakan itu menyebabkan pemilik ladang buntu memikir cara untuk berdepan masalah kekurangan tenaga kerja di ladang masing-masing.
Perkara ini berlaku selepas insiden banjir kilat dan tanah runtuh yang menyebabkan beberapa kerosakan dan mengorbankan lima nyawa pada 5 November lalu.
Banjir kilat itu dipercayai berpunca daripada limpahan air Sungai Ringlet di sini dengan pihak berkuasa negeri menyalahkan kegiatan pembersihan tanah secara haram.
Pada Selasa, tinjauan The Star mendapati hanya segelintir pekerja sedang melakukan aktiviti tuaian di beberapa ladang di Ringlet dan kawasan lain.
Kebiasaannya, terdapat dua atau tiga pekerja di setiap hektar kawasan ladang di sini.
Seorang pemilik ladang yang hanya ingin dikenali sebagai Tan, 62, berkata, dia kini hanya mempunyai dua pekerja di ladang sayur dan bawang miliknya berbanding enam sebelum ini.
"Taikor (bos) juga perlu bekerja sekarang!," katanya.
Seorang lagi pemilik ladang yang dikenali sebagai Chua, 55, hanya mempunyai tiga pekerja untuk mengutip hasil di ladang pudinanya yang berkeluasan 0.809 hektar.
Beliau berkata harga sayur-sayuran dan bunga-bungaan akan naik kerana ramai pemilik ladang mungkin perlu mendapatkan lebih ramai pekerja dalam tempoh singkat atau hanya terpaksa mendapatkan hasil tuaian yang sedikit.
"Harga akan naik. Saya menjual daun pudina RM2 sekilo buat masa ini. Ia akan naik ke dua atau tiga ringgit menjelang hujung tahun ini.
"Harga mungkin akan melambung naik pada sambutan Tahun Baru Cina kerana kerosakan yang disebabkan banjir kilat dan operasi besar-besaran membanteras Pati," katanya.
Seorang wanita berusia 25 tahun yang juga anak kepada seorang pemilik ladang sayur dan bunga bersetuju dengan kenyataan Chua.
"Kami tidak boleh jangka berapa kenaikan itu buat masa ini. Namun sejambak bunga berharga RM8 dan ia mungkin meningkat pada musim cuti.
"Bekalan terhad. Hasil yang sepatutnya dituai bagi tempoh itu sebahagiannya telah musnah akibat banjir. Lebih banyak ladang musnah pada kali ini berbanding insiden pada tahun lepas," katanya yang enggan namanya didedahkan.
S. Vanitha, yang menjalankan perniagaan nurseri bunga berkata ramai pekerja haramnya telah ditahan.
"Wujud kebimbangan di kalangan pekerja. Bukan sahaja sektor peladangan terjejas tetapi perniagaan lain seperti restoran dan kedai cenderamata turut mengalami masalah sama," katanya.
Pekerja ladang warga India, Muniandy, 28, berkata, pemilik ladang menyimpan semua dokumen pengenalan dirinya dan dia bimbang jika berlaku sebarang pemeriksaan mengejut.
"Ramai dikalangan kami turut diminta untuk tidak bercakap dengan sesiapa sahaja yang tidak dikenali," katanya. - mstar
TOP
Ebola: Jururawat Lelaki Mangsa Kedua Maut Di Mali
Antara tanda-tanda jangkitan virus Ebola.
BAMAKO: Seorang jururawat lelaki menjadi mangsa korban kedua akibat jangkitan Ebola di Mali. Jururawat itu sebelum ini pernah merawat seorang pesakit dari Guinea di Klinik Pasteur di sini. Jurucakap pegawai perubatan berkata ujian mengesahkan jururawat terbabit dijangkiti virus Ebola. Terdahulu, mangsa kes pertama Ebola di Mali itu adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun. Dia disahkan dijangkiti penyakit itu selepas melakukan perjalanan ke pekan Kayes pada 23 Oktober lalu. Dia bagaimanapun meninggal dunia pada hari berikutnya. Kanak-kanak perempuan itu memulakan perjalanan menaiki bas dan teksi bersama , kakak dan bapa saudaranya. Mereka berhenti berkali-kali dalam perjalanan sejauh 1,200 kilometer itu. Mereka juga berada di Bamako selama dua jam kerana menziarahi saudara mara di sebuah rumah yang mempunyai 25 penghuni. Penularan wabak Ebola itu mengorbankan kira-kira 5,000 orang setakat ini dengan sebahagian besarnya di Afrika barat manakala Liberia sebagai kawasan paling terjejas teruk akibat penyakit itu.- mstar online

Jennifer Aniston Pamer Cincin Tunang RM1.65 Juta
Jennifer Aniston (kanan) dan Justin Theroux
AKTRES>Jennifer Aniston membuat kejutan apabila dia dilihat memakai cincin pertunangannya dengan Justin Theroux yang dianggarkan bernilai AS$500,000 (RM1.65 juta). Gambarnya bersama cincin bertatah berlian lapan karat tersebut berjaya dirakamkan ketika wanita berusia 45 tahun itu mengadiri sebuah program. Menurut Us Weekly, pemenang anuegrah Golden Globe dan tunangnya yang berusia 43 tahun itu sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk kahwin secara sembunyi sama ada di Hawaii ataupun Cabo San Lucas, Mexico.
Inilah cincin yang diperkatakan. Gambar Mail Online.
“Dia pernah berkata kepada Justin, jom kahwin lari,” ujar sumber kepada sebuah majalah. Malah dia juga pernah mengimpikan sebuah perkahwinan sederhana yang hanya dihadiri oleh kawan-kawan serta keluagra terdekat tanpa perlu ada pengiring seperti perkahwinan lain. Wanita berkenaan sebelum ini pernah berkahwin dengan Aktor Brad Pitt.- mstar online

Hubungan Salman Khan & Shah Rukh Khan Semakin Pulih
Hubungan Salman Khan (kiri) dan Shah Rukh Khan sudah sekian lama dingin.
HUBUNGAN pelakon Bollywood Salman Khan dan Shah Rukh Khan yang selama ini dingin dikhabarkan semakin pulih sejak Hari Raya Aidilfitri lalu. Khabar angin terbaharu tersebar apabila Salman dikatakan telah menjemput Raja Bollywood itu ke pesta perkahwinan adiknya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Menurut Indian Express, khabar tersebut benar kerana majlis perkahwinan itu akan dibuat secara besar-besaran dengan menjemput beberapa orang kenamaan termasuklah Shah Rukh Khan. "Tetamu undangan terdiri daripada aktor, ahli politik, atlet dan ahli perniagaan terkenal. Selain itu, Salman Khan juga mengirimkan undangan kepada Shah Rukh Khan," ujar sumber terdekat keluarga itu. Majlis perkahwinan adik Salman, Arpita Khan akan berlangsung pada 18 November ini di Istana Royal Falaknuma, Hyderabad.- mstar online

Pelakon Veteran Meryl Streep & Penyanyi Popular Stevie Wonder Terima Anugerah Presiden
Stevie Wonder...salah seorang penerima anugerah sivil tertinggi Amerika.
WASHINGTON: Pemenang Anugerah Akademi, Meryl Streep dan pencipta lagu serta penyanyi buta, Stevie Wonder adalah di kalangan 19 orang yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sebagai penerima anugerah sivil tertinggi negara itu bagi tahun ini. Anugerah tersebut dikenali sebagai 'Presidential Medal of Freedom' yang diberikan kepada mereka yang telah menyumbang jasa dan bakti untuk negara menerusi pelbagai bidang dan cara. Lain-lain penerima bagi tahun ini ialah komposer Stephen Sondheim, penulis Isabel Allende, wartawan terkenal Amerika, Tom Brokaw, ekonomis Robert Solow dan koreografer mendiang Alvin Ailey. Majlis anugerah itu dijadualkan berlangsung pada 24 November ini di White House dan akan disampaikan oleh presiden sendiri.- mstar online

TPM Bangunkan CSI Halal Pertama Di Dunia
KES jenayah terutama pembunuhan yang berjaya diungkai oleh pasukan CSI (Crime Scene Invistigation) seperti yang ditonton sirinya di kaca televisyen cukup mengagumkan.
Setiap bahan bukti dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya dicari dengan cukup teliti mengikut standard yang tinggi hingga menjadi satu dokumen yang cukup kukuh untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan. Kaedah yang sama juga dilakukan Polis Diraja Malaysia melalui unit CSI atau Forensik yang ditugas menyelesaikan setiap kes jenayah berat termasuk pembunuhan berprofil tinggi dengan tidak disangkal kreadibiliti mereka. Konsep CSI itu menjadi sandaran kepada Taman Teknologi Malaysia (TPM) untuk membangunkan CSI (Contamination Scene Investigation) Halal yang pertama di Malaysia dan dunia bagi merungkai kes sijil halal yang didapati positif berlaku pencemaran DNA babi dalam produk.
KEYAKINAN KEPADA RAKYAT
Melihat senario di Malaysia, isu halal masih menjadi perkara hangat yang diperbincangkan dalam kalangan masyarakat. Pastinya masih lagi segar dalam ingatan umat Islam di negara ini mengenai beberapa isu membabitkan produk yang diragui status halalnya. Antara yang paling menarik perhatian ialah coklat Cadbury hingga menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat mengenai status halal yang dimilikinya. Dalam kes itu, keputusan analisis Kementerian Kesihatan bagi dua sampel coklat keluaran Syarikat Cadbury Confectuonary (M) Sdn Bhd iaitu Cadbury Coklat Susu dan Kacang Hazel didapati positif mempunyai Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi. Bagaimanapun, keputusan itu disangkal melalui analisis Jabatan Kimia, iaitu makmal yang diperakui Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) yang mengeluarkan status halal setelah mendapati tiada DNA babi dalam kedua-dua produk berkenaan. Sudah pasti, keputusan berbeza ini membangkitkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat kepada pihak berwajib iaitu Jakim yang mengeluarkan sijil halal serta industri iaitu syarikat yang terbabit. Namun, persepsi itu boleh diatasi sekiranya CSI Halal dapat digerakkan bagi merungkai kes itu untuk mencari kebenaran adakah produk itu benar-benar positif DNA babi atau sebaliknya serta mencari di mana punca sebenar sesuatu produk itu didapati positif DNA babi. Sudah tiba masanya Malaysia mempunyai CSI halal bagi membantu pihak berwajib seperti Jakim membuat keputusan yang tepat dan dalam masa yang sama memberi manfaat kepada pihak industri, menurut Pengurus TPM Biotech,, Nor Amin Mohd Noor. Ini bagi membolehkan syarikat yang terbabit membersihkan nama mereka dengan mencari punca sebenar sama ada ia berlaku disebabkan sabotaj, kesilapan fomula atau berlaku pencemaran dalam produk yang dijual di pasaran. "Sekiranya dari laporan CSI yang dibuat didapati bersalah, pihak berwajib boleh mengambil tindakan yang sewajarnya dan masyarakat Islam akan merasa lebih yakin kerana terdapat satu siasatan yang menyeluruh ke atas produk dan syarikat itu", katanya kepada Bernama.
PENYESIATAN MENYELURUH
Merangka penubuhannya sejak lebih empat tahun lepas, menurut Nor Amin beliau mendapat idea itu daripada siri CSI yang ditonton di televisyen. Melihat bagaimana sesuatu kes itu dibongkar dan diselesaikan dengan cukup teliti membuatkan beliau terfikir sesuatu kaedah yang sama bagi menyelesaikan kes membabitkan halal. Beliau yang berpengalaman luas dalam analisis makmal halal, kemudian merangka satu mekanisme yang boleh dijadikan panduan dalam siasatan CSI Halal. Apabila sesuatu produk itu didapati positif mempunyai DNA babi, kumpulan CSI Halal boleh digerakkan menjalankan siasatan dengan melihat dari pelbagai sudut. Antara perkara utama yang akan dicari dalam siasatan CSI Halal ialah mencari punca sesuatu produk itu didapati positif mempunyai DNA babi. "Tiga elemen itu sabotaj, masalah di peringkat fomulasi ataupun terdapatnya pencemaran dalam produk. Siasatan pula akan merangkumi semua peringkat secara terperinci dan menyeluruh", katanya. Mengambil contoh unsur sabotaj, antara yang akan dilihat ialah dari mana sample itu diambil, siapa yang menghantar sample dan siapa yang mengambil sample itu untuk diuji. Jika dari sudut fomulasi pula, katanya, akan melihat sama ada syarikat itu mempunyai komuniti halal atau tidak kerana sekiranya mempunyai komuniti halal sudah pasti setiap bahan akan ditapis dan dipantau status kehalalannya sebelum memasuki kilang. Jika tidak mempunyai komuniti halal, pakar dalam bidang fomulasi akan menjalankan siasatan terperinci setiap bahan bagi adunan yang diguna.
PENCEMARAN
Namun, bahagian yang paling mencabar ialah sekiranya didapati positif disebabkan pencemaran. Ia memerlukan kepakaran banyak pihak untuk mengesan dari mana punca pencemaran itu diperoleh, katanya. "Seperti juga siasatan ke atas satu kes pembunuhan. Pastinya ketika pihak Forensik menemui mayat, belum dapat gambaran bagaimana kes itu berlaku dan di mana mangsa dibunuh. Ia memerlukan siasatan terperinci dengan melihat pelbagai kemungkinan", katanya. Begitu juga siasatan kes halal, pelbagai kemungkinan akan dilihat seperti pencemaran di luar kawasan kilang terutama lori yang digunakan untuk menghantar produk itu. "Semuanya akan diambil kira. Siapa yang bawa lori tersebut, siapa pemiliknya. Sebelum menghantar produk itu adakah pernah diguna untuk produk tidak halal yang mempunyai DNA babi. Jika ada, adakah ia disamak mengikut cara yang betul. "Ia akan merangkumi perkara yang kecil hingga yang paling besar", katanya. Selain di luar kawasan kilang, CSI Halal juga akan melihat kemungkinan berlaku di kawasan penyimpanan seperti gudang,stor atau mungkin disebabkan pembungkusan yang tidak berkualiti hingga membolehkan DNA babi melekat. Setelah semua keputusan dari semua bahagian yang disiasat negatif, akhirnya CSI Halal akan masuk dan membuat pemeriksaan di makmal yang menjalankan analisis, yang menemui DNA babi dalam produk itu. Tujuannya ialah untuk mengetahui apakah prosedur yang dilakukan ketika menjalankan analisis itu mengikut standard yang betul dan dilakukan oleh mereka yang benar-benar terlatih. Apakah berlaku pematuhan standard operasi ketika menjalankan analisis itu. Semuanya akan diperincikan bagi mencari jawapan bagi setiap persoalan sehingga satu rumusan dapat diperoleh, katanya. "Pemeriksaan itu merangkumi banyak sudut sehingga siasatan lengkap untuk diserahkan kepada pihak berwajib. Dengan adanya laporan ini, syarikat-syarikat dapat mempertahankan diri mereka yang kemungkinan tidak bersalah atau disabotaj", katanya.
KEKANGAN TPM
TPM mempunyai makmal sains halal yang lengkap dengan berkemampuan mengendalikan lima kaedah analisis halal iaitu melalui ujian DNA, ujian ke atas kandungan alkohol, 'polipeptida' untuk produk berasaskan gelatin dan ujian ke atas 'trigliserid' - bagi pengemulsi. Selain itu analisis atas bahan ester metil asid lemak bagi produk berasaskan minyak dan lemak, serta menawarkan kit ujian pesat memeriksa makanan dalam tin dan makanan haiwan. Namun, tenaga pakar yang agak terhad iaitu hanya lapan orang menjadi kekangan kepada Makmal Sains Halal ini untuk digerakkan sepenuhnya sekiranya terdapat permintaan daripada pihak berwajib atau pihak tertentu untuk menyiasat melalui CSI Halal. Mohd Nor Amin berkata, Makmal Sains Halal TPM tidak boleh bergerak sendiri, sebaliknya memerlukan kerjasama kepakaran daripada institusi dan pihak lain terutama kepakaran dalam beberapa bidang yang berkaitan dalam siasatan antaranya pengangkutan, dalam bidang fomulasi dan bidang polisi. Selain itu, Standard Operasi juga perlu diwujudkan di setiap peringkat siasatan bagi memudahkan anggota yang menjalankan siasatan, katanya. "CSI Halal adalah satu perancangan besar yang membabitkan banyak pihak. TPM telah mempunyai keseluruhan konsep itu, cuma pengisian di setiap point-point dalam siasatan yang memerlukan kepakaran pihak lain. "Kita telah menerima maklum balas positif dan sudah ada pihak yang menyatakan persetujuan untuk bekerjasama", katanya yang menjangkakan tempoh lima tahun bagi melengkapkan CSI Halal di Malaysia. Buat masa ini, perkhidmatan yang boleh diberikan ialah siasatan di peringkat asas sebelum mengorak langkah di peringkat lebih jauh. "Masih banyak pihak yang tidak nampak lagi apa yang CSI Halal boleh berikan untuk membantu pihak berwajib dan industri. "Sepertimana CSI bagi kes pembunuhan yang kehadirannya penting bagi merungkai setiap persoalan hingga menemukan jawapan, begitu juga CSI Halal yang dapat merungkai kes yang melibatkan produk halal", katanya.
KEPAKARAN TPM DIIKTIRAF
Bukan sahaja di Malaysia, Makmal Sains Halal TPM turut melebarkan sayap ke negara luar seperti Korea, Brunei dan China bagi memberi kepakaran mereka. Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Perkhidmatan Korporat TPM, Zulkifli Fitri Ismail berkata industri halal yang sangat luas di seluruh dunia menyebabkan banyak negara mula melihat kepentingannya. "Mereka memilih Malaysia kerana menyakini kepakaran yang ada kerana negara kita telah terlibat dalam pensijilan halal sejak lama. "Kita dijemput membantu China bagi membangunkan Taman Teknologi Halal mereka, begitu juga di Korea yang meminta kepakaran kita untuk menubuhkan Makmal Sains Halal. "Di Malaysia, kepakaran Makmal Sains Halal TPM juga diperakui dengan bekerjasama rapat dengan Jakim dan rakan-rakan industri", katanya. Peruntukan sebanyak RM6 juta pada tahun lepas digunakan sepenuhnya bagi membangunkan Makmal Sains Halal secara menyeluruh. "Sekarang kita sedang bangunkan teknologi untuk mengesan sama ada daging yang disembelih dan dijual di pasar dan pasar raya mengikut syariah atau tidak. "Ini berdasarkan kebimbangan dan banyak isu berbangkit tentang isu penyembelihan yang diragui sejak kebelakangan ini", katanya. - Bernama

Pekerja Tamu Konsep Manusiawi Tangani Isu Warga Asing
LAMBAKAN pekerja asing khususnya bagi memenuhi keperluan sektor pembinaan, pembuatan, perkhidmatan dan pembantu rumah diakui penting bagi melicinkan operasi ekonomi di negara ini.
Bagaimanapun harus diakui kehadiran mereka dalam jumlah yang besar menimbulkan pelbagai keresahan di kalangan rakyat tempatan khususnya berhubung isi keselamatan dan sosial.
Namun pasa masa yang sama, isu kebajikan dan layanan terhadap pekerja asing juga sering menjadi topik hangat yang adakalanya boleh menjejaskan hubungan diplomatik dua hala.
Menyedari hakikat itu, Yayasan Rights iaitu sebuah organisasi yang memperjuangkan prinsip tadbir urus yang baik, hak asasi manusia dan keadilan sosial di rantau Asean mengambil inisiatif untuk mempromosikan konsep 'manusiawi' dalam isu pekerja asing.
Melihat isu pekerja asing perlu ditangani dengan berhemah, Yayasan Rights yakin aspek kebajikan pekerja merupakan asas paling penting dalam mewujudkan situasi 'menang-menang' antara negara tuan rumah dan negara pengeluar tenaga kerja.
Pengasas Yayasan Rights, Yusmadi Yusoff berkata, dasar pekerja asing di kalangan anggota negara Asean khususnya di Malaysia perlu diubah dalam usaha mewujudkan suasana kerja yang baik dan selesa.
Sehubungan itu katanya, yayasan pimpinannya yakin penukaran istilah 'perkerja asing' kepada 'pekerja tamu' merupakan permulaan kepada usaha memulihkan pandangan orang ramai kepada tenaga kerja import itu.
Yusmadi Yusoff
"Istilah pekerja tamu berupaya memberi impak psikologi yang besar kepada orang ramai. Apatah lagi di Asean khususnya Malaysia, istilah yang lebih mesra itu boleh mengubah persepsi majikan terhadap pekerja asing. "Ia juga pada masa sama boleh mengelakkan wujudnya eksploitasi terhadap perkerja asing," katanya kepada mStar Online baru-baru ini. Tambah peguam yang banyak memperjuangkan tentang hak asasi manusia itu, pekerja asing berhak menerima layanan yang baik oleh majikan khususnya berhubung isu kebajikan mereka.
Pekerja warga asing memperjuangkan hak mereka kerana tidak berpuas hati dengan layanan majikan.
Menurut Yusmadi, selaras dengan peranan Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Asean (Asean Summit) 2015 serta penubuhan Komuniti Ekonomi Asean, usaha akan terus dilakukan untuk mempromosikan konsep 'pekerja tamu' di kalangan ketua-ketua negara anggotanya. "Kami harap inisiatif ini akan diterima baik oleh pemimpin Asean. Malah Yayasan Rights yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sering memperkatakan tentang pentadbiran berorientasikan rakyat juga akan bersetuju dengan konsep ini," katanya. Selain itu, Yusmadi yang juga bekas Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, konsep 'pekerja tamu' juga pada masa yang sama dapat mengekalkan dasar dan hubungan serantau yang baik. Ia dapat dibuktikan apabila usaha Yayasan Rights berhubung isu pekerja asing khususnya antara Malaysia-Indonesia turut menerima sokongan tokoh pejuang hak asasi Indonesia, Ifdhal Kasim. Pastinya ia diterima negara jiran itu, lebih-lebih lagi dengan hadiran lebih dua juta rakyatnya mencari rezeki di tanah air ini. "Rakan kita di Indonesia juga bersetuju dengan konsep ini, pengenalan kepada konsep pekerja tamu dilihat sebagai fasa baharu kepada isu pekerja asing antara kedua-dua negara," katanya. Menerusi pelbagai usaha yang dirangka, Yayasan Rights berharap isu penderaan serta eksploitasi terhadap pekerja asing yang menjejaskan hubungan dua hala dapat diselesaikan segera. Malahan, penerapan istilah pekerja tamu dan mengetepikan panggilan pekerja asing yang menjadi budaya selama ini, tentu sekali keakraban dan persefahaman akan lebih kukuh bukan sahaja antara Malaysia dengan Indonesia, tetapi juga negara sumber lain untuk tempoh jangka panjang.- mstar online

Jawi Berjaya Dekati 2,000 LGBT Sejak 2005
KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 daripada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di ibu negara berjaya didekati Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sejak 2005, kata Pengarahnya Paimuzi Yahya.
Beliau berkata, ia berikutan kejayaan beberapa program dilaksanakan JAWI sejak sembilan tahun lepas itu, yang antaranya melibatkan kelas pengajian al-Quran, fardhu ain, khidmat nasihat, dialog, seminar pemantapan akhlak, program motivasi, bengkel, usrah dan dakwah.
"Selain itu, media dalam talian seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp turut dijadikan medium perkongsian ilmu, program dan aktiviti, kemusykilan agama serta rujukan bersama golongan ini.
"Hasil dari program tersebut, sebahagian besar mereka telah berubah dan kembali menghayati kehidupan Muslim yang normal," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.
Beliau berkata sebahagian golongan itu yang telah insaf turut terlibat secara aktif bersama JAWI dalam mempergiatkan dakwah dalam kalangan komuniti ini dan mempunyai kesedaran untuk melebarkan sayap dakwah kepada golongan sasaran berkenaan.
Selain itu, katanya ketika penganjuran Majlis Perundingan Islam: Hak Asasi Manusia, Orientasi Seksual dan Identiti Jantina yang diadakan di Komples Pusat Islam pada 23 dan 24 Jun 2011, turut memutuskan individu transgender yang diiktiraf bersama oleh Syariah dan pakar perubatan sahaja boleh diterima sebagai mengalami masalah perubatan yang tulen.
"JAWI amat mengalu-alukan jalinan kerjasama dan penyertaan daripada agensi dan individu dalam menguruskan isu kecelaruan jantina serta bersedia memberi bimbingan berterusan kepada golongan ini," katanya.- mstar online
TOP
6.7 Juta Pekerja Asing Dikhuatiri Kuasai Ekonomi Negara
Gambar fail menunjukkan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Aloyah Mamat (kanan) memeriksa pasport sebahagian pekerja asing yang ditahan dalam satu operasi bersepadu bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) awal tahun ini.
PUTRAJAYA: Jangan pandang ringan kebanjiran pekerja asing di negara ini kerana mereka mungkin boleh menguasai ekonomi jika terus mendapat peluang, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem. Kebanjiran pekerja asing di negara ini harus dipandang serius dan ia membimbangkan apabila dianggarkan terdapat 6.7 juta golongan itu dan daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta sahaja mempunyai permit yang sah, katanya. Jumlah sebenar pekerja asing yang berada di negara ini mungkin lebih ramai dengan anggaran dibuat mengikut nisbah seorang pekerja yang mempunyai permit membawa sekurang-kurangnya seorang pekerja yang tiada permit, katanya. "Ketika ini mungkin mereka menguasai bidang separuh mahir contohnya dalam bidang pertanian, buruh dan sebagainya, namun siapa sangka suatu hari nanti golongan ini akan menguasai bidang profesional pula," katanya. Bercakap dalam sidang media selepas Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILTJM) di sini pada Isnin, Riot berkata warga tempatan seharusnya tidak terlalu memilih pekerjaan. "Para majikan juga perlulah bersikap adil dengan menawarkan gaji yang sesuai kepada pekerja tempatan," katanya. Terdahulu seramai 5,455 graduan menerima sijil dan diploma masing-masing, daripada jumlah itu, 4,516 graduan dari ILJTM Semenanjung Malaysia dan selebihnya dari ILJTM Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.- mstar online

Internet, Filem Punca Gejala Buli
KUALA TERENGGANU: Pendedahan perkara negatif dalam internet serta filem boleh menjadi salah satu punca gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan), Datuk Sufa'at Tumin.
"Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi insiden buli ini, lebih-lebih lagi sekarang ini para pelajar terdedah kepada banyak perkara negatif menerusi internet dan filem," katanya pada sidang media sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan Tahun 2014 di sini, Selasa.
Sufa'at mengulas mengenai penyebaran dua klip video kes buli yang melibatkan sekumpulan pelajar di dua buah sekolah di laman sosial baru-baru ini.
Polis mengenal pasti rakaman tersebut berlaku di sebuah asrama di Pontian, Johor pada 2010 dan satu lagi di sebuah rumah anak yatim di Kangar, Perlis pada Jun lalu.
Menurut Sufa'at, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan sentiasa memantau dan terus menjalankan pelbagai usaha secara berterusan bagi mengekang gejala tersebut selain meminta ibu bapa turut sama memainkan peranan dalam mengatasi perkara ini.
"Buli ini termasuk dalam masalah disiplin sekolah dan usaha mengekang masalah disiplin ini sememangnya usaha berterusan.
"Di sekolah-sekolah kita mempunyai guru-guru disiplin dan warden di asrama yang mana mereka juga menjalani program khusus untuk menangani perkara ini," katanya.
Dalam majlis itu, program penganugerahan kali kesembilan tersebut disertai 176 pelajar dan guru dari seluruh negara bertujuan memberi pengiktifan kepada pelajar dan sekolah yang cemerlang di peringkat kebangsaan.
Turut hadir, Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Rozainum Ahmad serta Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Zakaria Hussin.- mstar online
TOP
"Daripada Saya Derhaka, Lebih Baik Cerai" - Raja Azmi
PRODUSER Raja Azmi mengaku sikap buruknya yang tidak boleh ditegur selepas keluar rumah tanpa izin antara penyebab dia mahu bercerai. Tonton video penjelasan beliau dan bekas suaminya, Eddie.
- mstar online
- mstar online
TOP
Josh Hutcherson Teringin Makan Daging Manusia
Josh Hutcherson teringin makan daging manusia.
PASTI ramai yang terkejut apabila bintang filem Hunger Games iaitu Josh Hutcherson mendedahkan keinginannya untuk cuba memakan daging manusia. Menerusi tembual dalam program British GQ, Josh merasakan dirinya mempunyai sifat-sifat kanibal (manusia yang memakan daging manusia) tetapi tidaklah sehingga terpaksa membunuh orang. "Saya hanya tertarik untuk makan daging manusia tetapi bukan dengan cara membunuh. "Mungkin saya boleh makan daging manusia yang sudah pun meninggal dunia dan rasanya ia lebih semula jadi," katanya. Tambah Josh, perkara itu bukanlah satu perkara yang aneh untuk membuatkan orang ramai terkejut atau berasa ngeri.- mstar online

Kecoh Seo Jisoo Dikatakan Seorang Lesbian
SELEPAS terpalit dengan kontroversi gambar bogel, ahli kumpulan Lovelyz iaitu Seo Jisoo sekali lagi menjadi topik hangat apabila dikatakan gemar menjalani hubungan songsang.
Seperti dilapor Chosun, pelayar Internet gemar mencari gambar-gambar lama penyanyi ini dan mendedahkan aktiviti lampaunya sebelum menjadi artis.
Beberapa hal yang diperkatakan ialah tentang orientasi seksualnya yang dikatakan pernah melalui percintaan sejenis dengan seorang wanita.
Beberapa gambar lama Jisoo yang tersebar di Internet menguatkan khabar angin tersebut.
Bagaimanapun, pengurusannya Woollim Entertaiment menafikan perkara tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan berita itu.- mstar online
TOP
Gempur Pati, Orang Tempatan Di Cameron Highlands - Shahidan
KUALA LUMPUR: Operasi besar-besaran menggempur pendatang asing tanpa izin (Pati) dan orang tempatan yang terlibat dalam kegiatan penerokaan tanah haram di Cameron Highlands akan digerakkan dalam masa terdekat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata operasi itu akan melibatkan semua agensi berkaitan termasuk Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Sebanyak 4,500 pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang dikenal pasti bekerja di Cameron Highlands turut tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan," katanya.
Shahidan berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas bencana banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands di Parlimen di sini, Selasa.
Tambah beliau, wakil UNHCR telah berjumpa dengannya dan memaklumkan bahawa pemegang kad UNHCR tidak kebal daripada undang-undang.
"Kita mendapati terdapat juga pelarian Rohingya yang menggunakan kad UNHCR itu sewenang-wenangnya untuk bekerja," jelasnya.
Dua hari lepas, 181 PATI ditahan atas pelbagai kesalahan dalam 'Ops Gempak dan Mesra' Jabatan Imigresen di tujuh lokasi berasingan sekitar Cameron Highlands.
Dilapor, siasatan awal Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai punca kebanjiran ribuan pekerja asing di Cameron Highlands mendapati wujudnya penipuan sindiket pekerja berkenaan yang berleluasa sejak kebelakangan ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata lantaran itu, agensi-agensi di bawah kementerian telah dikerah menjejaki ejen sindiket terlibat yang dipercayai menawarkan pelbagai pekerjaan bagi menipu pekerja asing.
Dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands Rabu lepas, lima mangsa termasuk warga asing terkorban manakala lima lagi cedera.- mstar online
TOP
Tiada Tarikh Khusus Isytihar Status MH370
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang tarikh ditetapkan dan diputuskan kerajaan untuk mengisytihar status pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 yang masih hilang sejak lapan bulan lepas.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata ini kerana kerajaan masih lagi menjalankan rundingan berterusan dengan kerajaan China dalam membuat pengisytiharan sama ada pesawat itu hilang dan sebagainya.
"Kerjasama erat kedua-dua kerajaan masih lagi berjalan. Malah pencarian masih dilakukan sehingga kini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, Selasa.
Pengarah Komersial MAS, Hugh Dunleavy baru-baru ini dipetik sebagai berkata bahawa syarikat itu sedang menunggu bagi Penerbangan MH370 diisytiharkan secara rasmi hilang supaya pampasan boleh diuruskan bagi waris penumpang.
Mengulas mengenai perkara itu, MAS dalam satu kenyataan semalam memberitahu, itu cuma luahan pendapat peribadi dan sebarang tindakan sentiasa berpandukan nasihat pasukan teknikal yang bertanggungjawab bagi operasi pencarian.
Ab Aziz berkata siasatan mengenai kehilangan misteri pesawat itu masih lagi dijalankan dan segala perkembangan akan dimaklumkan apabila penyiasat menemui sebarang petunjuk dan maklumat baharu.
Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada imbasan radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 malam 8 Mac.
Usaha mencari masih dijalankan di selatan Lautan Hindi.
Dalam perkembangan lain, Ab Aziz berkata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad telah tersalah penggunaan perkataan ketika membuat kenyataan bahawa agensi itu sasarkan 5,000 orang ramai mati menjelang 2020 di jalan raya.
"KP Pengarah salah penggunaan bahasa. Patut guna kemalangan maut dan bukannya orang mati," katanya ketika diminta jelaskan kenyataan itu yang telah menjadi viral di media sosial.
Ab Aziz turut mengulas mengenai ketegasan operasi penguatkuasaan JPJ terhadap cermin gelap dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi sejak kebelakangan ini.
Beliau menegaskan operasi itu adalah supaya JPJ dan Polis Diraja Malaysia mampu mengesan pesalah undang-undang dengan lebih mudah dan efisien serta bukannya ingin menyusahkan mana-mana pihak.
Beliau turut menarik perhatian JPJ dalam proses mengkaji nombor pendaftaran kenderaan yang standard dan nasional untuk diguna pakai kesemua pihak di negara ini.
"Ini dalam peringkat kajian kerana ia akan memberi kesan kepada sesetengah pihak yang terlibat secara langsung dalam perkara ini. Sebarang keputusan akan diumumkan kelak," katanya.
Persidangan Dewan bersambung esok.- mstar online
TOP
Pengarah Syarikat Bergelar 'Datuk Seri' Didakwa Simpan 8,000 Liter Diesel
MELAKA: Seorang pengarah syarikat bergelar 'Datuk Seri' pada Selasa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menyimpan barang kawalan iaitu 8,000 liter diesel di tempat tidak dibenarkan di Kawasan Perindustrian Cheng di Cheng di sini, Mac lepas.
Datuk Seri Ong Tai Poh, 52, didakwa sebagai pengarah syarikat Poh Fatt Supreme Holdings membenarkan untuk menyimpan 8,000 liter diesel itu di tempat yang tidak diberi kebenaran oleh pengawal bekalan.
Syarikat Poh Fatt Supreme Holdings beralamat di Kawasan Perindustrian Cheng di Cheng di sini juga didakwa atas kesalahan yang sama.
Pemilik tanah tempat penyimpanan diesel itu, Muhammad Shafiq Tan Abdullah, 40, turut mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan sama.
Turut didakwa Azery Sallehudin, 34, sebagai pengarah syarikat Utama Sama Niaga iaitu berurusan dengan diesel secara runcit atau borong tanpa lesen sah membabitkan 19,000 liter diesel.
Semua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sebuah stor tanpa nama dalam kawasan lot PT4823 TTC33, Kawasan Perindustrian Cheng pada pukul 12.20 tengah hari, 5 Mac lepas.
Ong, Muhammad Shafiq Tan dan Azery didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Syarikat Poh Fatt Supreme Holdings didakwa mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM250,000 jika sabit kesalahan.
Hakim Ahmad Sazali Omar membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin setiap seorang dan menetapkan 12 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan, manakala Ong diwakili peguam Ho Wee Keong; dan Muhammad Shafiq Tan serta Azrey diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork.-mstar
TOP
Penipuan Online Program Temujanji “Sugar Mummy & Daddy”
Sumber gambar carian Google
Penipuan online atau secara talian kini semakin berleluasa. Sebelum ini pihak kami ada mendedahkan beberapa rakaman suara penipuan dalam talian yang mana mereka cuba untuk mendapatkan butiran perbankan. Selain itu terdapat banyak lagi cara-cara penipuan yang digunakan oleh penjenayah untuk mencari mangsa yang kami ketengahkan di sini secara talian.
Terkini apa yang kami dapati satu lagi penipuan yang menggunakan medium laman sosial Facebook kelihatan sangat berleluasa. Pada awalnya pihak kami mengesan aktiviti ini pada awal bulan lepas tetapi memandangkan ia agak terpencil maka pihak kami tidak mahu ketengahkan dahulu perkara tersebut.
Barikut adalah contoh iklan penipuan tersebut:
Iklan penipuan versi bahasa Inggeris. Juga terdapat dalam versi bahasa Melayu
Teknik yang digunakan dalam penipuan kali ini adalah dengan menyamar sebagai agen program temujanji. Mereka akan membuka akaun laman Facebook dengan menggunakan nama dan gambar profil orang melayu yang mana bukan miliknya. Hasil siasatan kru Siakapkeli yang ketika itu menyamar sebagai pelanggan, mangsa akan ditawarkan temujanji dengan orang-orang yang kaya dan yang suka melakukan seks bebas seperti Sugar Mummy, Sugar Daddy, dan termasuk yang suka membuat hubungan sejenis baik lelaki mahupun perempuan. Kemudiannya mereka juga akan melampirkan gambar pasangan yang kononnya akan ditemukan untuk menarik minat mangsa. Bagaimanapun gambar yang dilampirkan itu sebenarnya adalah palsu. Selain itu mereka juga akan menggunakan kata-kata yang manis untuk menarik lagi minat mangsa seperti pasangan yang akan ditemukan itu sebelum ini sudah menghadiahkan sebuah kereta BWM kepada pasangannya. Setelah mangsa kelihatan berminat untuk menyertai program tersebut kemudiannya mereka akan memberi satu borang dan mangsa perlu membayar sebanyak RM3000 sebagai yuran pendaftaran keahlian dalam agensi tersebut. Namun setelah selang beberapa hari akaun penipu itu telahpun disekat oleh Facebook. Orang ramai dinasihatkan berhati-hatilah ketika berurusan secara talian lebih-lebih lagi dengan mereka yang kita tidak kenali. ─ Siakapkeli.com.my

Tandas Usang Jadi Rumah Setelah Rumah Kediaman Dirobohkan
Sumber gambar Sinar Harian Online
Dungun: “Saya tak pernah termimpi suatu hari saya sekeluarga akan tidur di dalam tandas tapi inilah hakikat kehidupan, saya tiada pilihan sebab sudah hilang tempat berteduh selepas rumah saya dirobohkan,” luah Hadi Al Hafiz Musa, 30.
Beliau yang mempunya lima anak itu terpaksa menjadikan tandas awam yang sudah tidak di gunakan sebagai tempat berlindung keluarganya dari panas dan hujan.
Hadi dan isterinya, Nazayana Mat Rudi, 35, terpaksa tinggal di situ sebagai jalan terakhir selepas rumah yang diduduki mereka terpaksa dirobohkan.
Rumah mereka di robohkan kerana pemilik tanah ingin mengambil semula tapak rumah yang difahamkan diduduki secara haram sejak lebih 20 tahun lalu.
"Sebagai seorang ayah, pastinya saya pilu lihat lima anak saya terpaksa tidur dalam tandas, mana pernah orang buat sebelum ini.
"Bayangkan tiga anak saya yang masih kecil (Mohd Hazriq Haiqal, 6, Mohd Azwan Rayan, 5, dan Mohd Kalis Hakiki, 2) terpaksa tidur di atas lantai tandas dengan banyak nyamuk dan persekitaran yang kotor," katanya.
Menurut Hadi lagi, dia tidak mampu menyediakan rumah lebih selesa kerana kebanyakan rumah yang ditemui sewanya mahal, sedangkan dia tidak berkemampuan.
Dakwa Hadi, sebelum ini, pihak berkaitan telah berjanji mahu akan memindahkan penduduk kampung yang terlibat termasuk dia ke tempat baru yang sudah di kenal pasti.
Bagaimanapun beliau kecewa kerana namanya tidak tersenarai menyebabkan dia buntu sehinggalah saat-saat akhir dia terpaksa keluar dari rumahnya setelah mendapat perintah mahkamah.
“Saya sudah mencari di kawasan sekitar, tapi tak jumpa rumah yang saya mampu sewa.
"Akhirnya kami terpaksa berlindung di sini buat sementara, kalau tak ada rumah juga, maka di sinilah rumah kami sebagai pilihan terakhir,” katanya.
Dia sepatutnya mendapat kediaman baru kerana sudah tinggal di situ sejak puluhan tahun lalu, namun kecewa kerana namanya tidak disenaraikan pada saat-saat akhir, mungkin disebabkan kerenah birokrasi politik.
Lebih menyedihkannya ialah dua anaknya, Nurul Alia Natasha, 11, yang bersekolah di SK Gong Pasir dan Puteri Shahida Amalin, 9, bersekolah di SK Kuala Dungun tidak dapat mengulang kaji pelajaran seperti mana biasa berikutan keadaan persekitaran yang amat kotor dan mengganggu tumpuan mereka
“Selagi saya tidak dapat rumah, selagi itulah saya akan tinggal di sini. Mungkin inilah rumah saya, sudah dua malam saya bermalam di sini dan mungkin sampai bila-bila,” katanya. -Siakapkeli.com.my
TOP
Page Amran Fans Ditutup Oleh Pihak Facebook
Salah satu Fanpage yang dikenali ramai di Malaysia, Fanpage 'Amran Fans' telah ditutup oleh pihak Facebook baru-baru ini.
Bagaimanapun, admin page berkenaan tidak berputus asa dan telah memulakan satu fanpage baru dengan menggunakan nama yang sama. Di dalam fanpage baru berkenaan admin Amran Fans telah menyatakan sebab mengapa fanpagenya ditutup di dalam satu posting.
Menurut posting tersebut, fanpage Amran Fans telah menerima pelbagai aduan mengenai hasutan dan juga provokasi.
Fanpage Amran Fans merupakan antara Fanpage facebook Malaysia yang berpengaruh dan mempunyai sejumlah pengikut yang setia. Fanpage tersebut telah mencapai sebanyak 322,000 likes sebelum ianya ditutup. -Siakapkeli.com.my

Larangan Lelaki Berpakaian Wanita Tepati Hukum Syarak – PPSM
KUALA LUMPUR – Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bertepatan dengan hukum syarak yang melarang seseorang lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki.
Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM), Abu Suffian Abu Yaziz berkata, peruntukan itu telah lama digubal sebagai suatu pencegahan terhadap perbuatan maksiat.
Tegas beliau, peraturan itu juga bertujuan memelihara akhlak Islamiyyah dan wajar diselaraskan di seluruh negara sebagaimana kehendak hukum syarak.
“Oleh itu isu diskriminasi kepada golongan minoriti tidak seharusnya timbul kerana kebebasan fundamental seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan buka suatu yang tiada batasannya.
“Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi agama bagi Persekutuan seperti yang diputuskan di dalam kes-kes Lina Joy lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Meor Atiqurrahman lawan Fatimah Sihi,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru, katanya, Abu Suffian beliau meminta semua pihak menghormati Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 dan berharap Mahkamah Persekutuan akan menggantung keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kelmarin menggesa pihak berkuasa agama negeri diminta membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
Ia berikutan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita tidak sah berdasarkan Perlembagaan Negara.
Media kelmarin melaporkan Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan penting mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah.
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis; 26, Syukor Jani; 28, dan Wan Fairol Wan Ismail; 30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan.-mynewsub
TOP
KDN Siasat Persatuan Keluarga Sharif Abu Bakar Syah
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menjalankan siasatan ke atas Persatuan Keluarga Sharif Abu Bakar Syah kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan menjual pingat kebesaran negeri Kedah.
KDN dalam satu kenyataan memberitahu, persatuan itu yang beralamat di Georgetown, Pulau Pinang ditubuhkan pada 23 April tahun lalu di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 didaftarkan di negeri itu.
“Matlamat penubuhan persatuan ini merapatkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan, membantu mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi, menganjurkan aktiviti kebudayaan, dan menjaga kebajikan ahlinya.
“Namun, siasatan lanjut akan dijalankan terhadap persatuan berkenaan kerana didakwa menjalankan aktiviti yang bercanggah dengan maklamat penubuhannya,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, tindakan akan diambil terhadap persatuan tersebut jika terdapat bukti mencukupi pertubuhan berkenaan terlibat dalam aktiviti tidak sah.
Bekas Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya sebelum ini mendedahkan kegiatan haram seorang pensyarah terbabit dalam kegiatan menjual pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk, Datuk Seri, Datuk Paduka dan Datuk Seri Paduka negeri Kedah sejak Ogos lalu.
Tengku Zainol mendakwa lelaki itu bergerak menggunakan sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Pulau Pinang.
Sehubungan itu, laporan polis dibuat Tengku Zainol bersama Persatuan Sharif Shah, Tungku Long Putra dan Anjang Putra Negeri Kedah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.-mynewsub
TOP
Perubahan Besar, Berani Perlu Untuk Pembaharuan
BEIJING – Perubahan besar dan berani, bukan lemah atau kecil, perlu untuk merealisasikan pembaharuan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sungguhpun mengakui pembaharuan itu mungkin tinggi kosnya dan akan ada yang menang dan rugi dalam proses itu, beliau berkata kesakitan jangka pendek perlu dihadapi untuk keuntungan jangka panjang.
“Semua bentuk pembaharuan ada kosnya yang terpaksa ditanggung, tetapi adalah untuk kebaikan rakyat,” katanya pada sesi permukiman Mesyuarat Pemimpin (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) kali ke-22 di sini pada Selasa.
Mengenai pembaharuan dan inovasi, Najib menyokong idea Presiden China Xi Jinping bahawa pembaharuan ekonomi dan inovasi tidak sepatutnya terlalu bergantung kepada pakej pengeluaran biasa, sebagai contoh modal, tanah atau pekerja.
“Sebaliknya, pertumbuhan ekonomi secara mampan dan mungkin lebih tinggi lagi kalau kita memberi tumpuan kepada pembaharuan inovasi dan ekonomi,” katanya.
Bagi pembaharuan inovasi dan ekonomi, Najib berkata Malaysia melaksanakan ekonomi rakyat dan ekonomi modal selain memperkenal Program Transformasi ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) sejak beliau mengambil alih jawatan pada April 2009.
“Ekonomi modal sahaja tidak terangkum secara sosial, manakala ekonomi rakyat meliputi rumah mampu milik, pendidikan dan pendapatan isi rumah yang tidak dapat menjana pertumbuhan ekonomi mampan,” katanya dan menambah negara mesti melaksanakan kedua-dua model ekonomi untuk manfaat rakyat.
Mengenai inovasi, Najib berkata struktur yang diperlukan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh akademik dipasarkan bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana.
“Mengenai perhubungan sesama penduduk, Malaysia memperakui potensi besar industri pelancongan.
“Malaysia menekankan pentingnya keselamatan, terutama penerbangan awam, termasuk penerbangan di zon konflik,” katanya memetik tragedi MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh puak pemisah pro-Rusia pada 17 Julai, serta MH370.
Najib hari ini menyertai mesyuarat AELM hari kedua dengan sesi permukiman di Yangi Lake.
Beliau menyifatkan APEC Beijing sebagai berjaya, dengan 21 negara anggota Apec memberi tumpuan ke atas isu-isu yang antara lain membabitkan pembaharuan struktur ekonomi, inovasi, perhubungan, perdagangan bebas.
“Komitmen yang begitu positif akan mendorong kepada usaha menjadikan Asia Pacific sebagai kawasan ekonomi yang sangat cergas berbanding kawasan lain, sebab kita berpegang kepada prinsip membantu dan mendorong kepada kadar pertubuhan yang lebih baik,” katanya.
Najib juga menyuarakan penghargaan kepada kerajaan China atas pengaturan mesyuarat tahap tinggi dengan kemudahan yang selesa. – BERNAMA
TOP
RTM Wajar Utamakan Drama Tempatan Berbanding Piala Dunia
KUALA LUMPUR – Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah lari daripada peranannya untuk membantu penggiat drama tempatan dengan menghentikan pembelian drama Melayu daripada penerbit tempatan sejak Januari lalu.
Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Salman Saleh berkata, RTM tidak boleh membeli alasan kos penyiaran Piala Dunia dan insiden MH370 serta MH17 baru-baru ini sebagai alasan untuk tidak membantu penerbit drama Melayu.
“DACS simpati dengan keluhan pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor tentang nasib yang menimpa penggiat seni drama tempatan sejak RTM tidak lagi membeli drama tempatan untuk disiarkan di rancangan TV1 ataupun TV2.
“RTM telah lari daripada peranan sebenar mereka di dalam membantu penggiat drama tempatan. Sebagai contoh isu Piala Dunia, apakah tujuan RTM bersaing dengan syarikat penyiaran swasta dan berbayar ketika itu sedangkan RTM sedar kos bayaran penyiaran yang terpaksa di bayar untuk tujuan tersebut sepatutnya boleh membeli drama tempatan,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Salman berkata, rakyat Malaysia memahami tujuan RTM menyiarkan laporan tentang kejadian MH370 dan MH17 bagi menyalurkan maklumat kepada orang ramai tetapi penyiaran tragedi itu tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk tidak membeli drama-drama tempatan.
Justeru, beliau menyarankan semua penggiat drama tempatan bergabung dengan mewujudkan persatuan yang kuat bagi memastikan hasil seni mereka sentiasa terbela.
Rosyam Nor dalam nukilannya di sisipan akhbar Berita Harian mengeluh, semenjak awal Januari lalu, Stesen RTM menghentikan pembelian drama Melayu daripada penerbit tempatan sekali gus menimbulkan masalah besar buat semua penerbit untuk menjana pendapatan dan menanggung kos produksi.
Beliau mendakwa, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memaklumkan tindakan tersebut diambil akibat kos tinggi yang terpaksa ditanggung RTM kerana penyiaran perlawanan Piala Dunia tidak lama dulu.
Selain itu, tragedi malang MH370 dan MH17 yang menimpa negara juga menjadi punca kepada tindakan drastik itu oleh pihak RTM.-mynewsub
TOP
PLUS Perhebat Promosi Pembayaran Tol Secara Elektronik
KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (Plus), pemegang konsesi lebuh raya terbesar di negara ini, kini menawarkan harga istimewa dalam usahanya meningkatkan pembayaran tol secara elektronik di beberapa plaza tol di Selangor.
Di bawah promosi itu, orang ramai boleh mendapatkan kad Plusmiles Touch n Go pada harga RM5 di pusat khidmat pelanggan Plus di Plaza Tol Batu Tiga, Sungai Rasau, Subang dan Setia Alam sehingga Disember ini.
Di pusat-pusat khidmat ini juga, orang ramai berpeluang mendapatkan alat SmartTag pada harga istimewa RM99 berbanding harga asal RM120 tanpa perlu menambah nilai kad mereka.
Pengarah Urusan Plus, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata Plus juga menawarkan rebat tol sehingga 30 peratus bagi menggalakkan orang ramai menggunakan sistem bayaran elektronik di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.
“Rebat tol 30 peratus diberikan kepada pengguna kenderaan kelas satu yang membayar menggunakan sistem elektronik pada waktu bukan puncak (10 pagi – 3.59 petang dan 10 malam – 5.59 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada waktu puncak 6 pagi – 9.59 pagi dan 4 petang – 9.59 malam), rebat tol 10 peratus diberikan kepada pengguna yang membayar tol secara elektronik. – BERNAMA
TOP
Penduduk Orang Asli Rayu Bayaran BR1M Secara Tunai
GUA MUSANG – Lebih 3,000 penduduk Orang Asli yang tinggal di pedalaman Hulu Kelantan di sini, merayu kepada kerajaan agar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dibayar secara tunai.
Ketua Kampung Pos Tuel, Halim Sharif berkata ini kerana pembayaran BR1M menerusi akaun bank akan menyusahkan mereka sehingga terpaksa menyewa kenderaan pacuan empat roda dengan kos perbelanjaan yang tinggi untuk ke bank.
Beliau berkata bayaran yang akan dibuat sebanyak tiga kali pada Januari, Mei dan September tahun depan menyusahkan kerana terpaksa keluar ke bandar lebih kerap bagi menunaikan baucar tersebut.
“Sebelum ini ada yang terpaksa bermalam di bandar ini untuk mengambil BR1M kerana terpaksa melalui perjalanan sehari suntuk untuk sampai ke bandar.
“Kalau mereka tinggal berhampiran bandar tidaklah menimbulkan masalah sangat kerana sekurang-kurangnya mereka boleh menunggang motosikal atau menumpang kenderaan jiran,” katanya.
Seorang penduduk, Halim Bonggeng, 48, berkata beliau mencadangkan agar bayaran itu dibuat melalui jabatan atau agensi kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Adai Alang, 60, berkata mereka terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk mendapatkan bantuan itu disebabkan mereka tinggal jauh dari bandar ini.
“Keadaan yang paling mencemaskan jika berlaku kerosakan pada motosikal kami di tengah-tengah hutan semata-mata untuk mengambil bantuan itu,” katanya.
Ketika membentangkan Bajet 2015 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan bantuan itu daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, yang akan dibayar secara ansuran sebanyak tiga kali.
Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,000 dan RM4,000, kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM450 kepada RM750 yang juga dibayar tiga kali setahun.
Untuk individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan, akan menerima kenaikan BR1M daripada RM300 kepada RM350. – BERNAMA
TOP
Pengawal Keselamatan Terbunuh Selepas Terlepas Tembakan
GEORGETOWN: Anggota polis membawa keluar mayat pengawal keselamatan, M.Pusbanathan, 52, mati tertembak sendiri ditempat pejabat berkenaan yang terletak di Idea Avenue Medan Relau di sini hari ini. - Foto BERNAMA
GEORGETOWN – Seorang pengawal keselamatan maut apabila terkena tembakan semasa cuba mengeluarkan peluru daripada senjata api yang digunakannya di Ideal Avenue, Medan Relau 1 di sini, malam tadi. M. Pusbanathan, 52, mati di tempat kejadian apabila peluru daripada ‘pump gun’ yang sedang dikosongkan itu mengenai dada kanannya. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP P.R Gunarajan berkata lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank di Sungai Dua, di sini pulang ke pejabat syarikat tempatnya bekerja di tingkat tiga bangunan itu untuk memulangkan senjata api yang digunakannya. “Dalam kejadian pukul 8.45 malam, mangsa sedang mengeluarkan sebutir peluru yang tersangkut apabila pump gun itu meletup. “Ketika itu hanya seorang rakan setugas mangsa berada di situ dan dia hanya menyedari kejadian apabila terdengar bunyi tembakan dan melihat mangsa terduduk di kerusi berlumuran darah,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Gunarajan berkata menurut prosedur operasi standard syarikat itu, pengawal keselamatan perlu mengosongkan peluru daripada senjata mereka di tempat bertugas namun mangsa hanya dapat mengeluarkan empat daripada lima butir peluru apabila satu lagi peluru tersangkut. “Mangsa yang telah bekerja lebih lima tahun sebagai pengawal keselamatan dikatakan tamat sif pada pukul 6.30 petang dan pulang menaiki van syarikat. “Dia dikatakan ingin mengeluarkan baki peluru itu di pejabat syarikat itu,” katanya. Bagaimanapun, beliau berkata polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang merupakan rakan sekerja mangsa untuk membantu siasatan dan senjata api itu dirampas. Mayat lelaki berasal dari Kulim, Kedah itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat, katanya. – BERNAMA

Rundingan Pusingan Akhir TPP Awal Tahun Depan – Najib
BEIJING – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pada prinsipnya, semua 12 negara yang terlibat dalam Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bersetuju agar rundingan pusingan terakhir dapat dilaksanakan pada awal tahun depan.
Pemimpin dari 12 negara yang terlibat dalam rundingan TPP yang mengadakan mesyuarat di luar acara Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) hari ini, bagaimanapun turut bersetuju bahawa ia juga bergantung kepada beberapa perkara.
Mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
“Saya sebutkan kepada mereka yang kita mempunyai beberapa bidang yang begitu sensitif dan dekat dengan dasar kita terutamanya dasar dalaman.
“Ini terutama sekali dalam soal agenda Bumiputera, syarikat milik kerajaan dan kita mahu supaya negara-negara TPP memberi memberi kelonggaran untuk membolehkan kehendak Malaysia diambil kira,” kata Najib kepada media Malaysia di sini.
Negara yang berunding dalam TPP ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Perdana Menteri berkata, sekiranya ini dapat dilakukan, mungkin apa yang Malaysia tuntut selama ini iaitu mengikut kehendak sendiri dapat dicapai.
“Tempoh agak begitu ketat tetapi kita cuba, kalau tak dapat, kita tengoklah perkembangan selanjutnya.
“Saya menjangkakan rundingan ini akan begitu menekankan rundingan yang intensif yang perlu dilakukan dalam beberapa bulan akan datang ini,” katanya.
Najib berkata, Malaysia komited terhadap apa yang akan dilakukan perlu mendapat kelulusan daripada Dewan Rakyat.
Mengenai Majlis Penasihat Perniagaan Apec (ABAC), Najib berkata perbincangan bertumpukan kepada liberalisasi perdagangan, Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP), perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pemerkasaan wanita, pembangunan prasarana dan kewangan serta Forum Kewangan Asia Pasifik (APFF).
“Saya membangkitkan dua bidang yang berpotensi di mana Malaysia boleh memberi sokongan kepada APFF iaitu melalui pasaran modal, perkongsian awam swasta dan penerbitan sukuk,” katanya.
Perdana Menteri turut berkongsi inisiatif Malaysia dalam memudahkan pembiayaan bagi PKS selain pembiayaan bank konvensional seperti melalui pembiayaan mikro modal teroka dan skim kerajaan.
Selain itu, turut dibangkitkan ialah langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia untuk memperkasa wanita dalam ekonomi melalui peningkatan penyertaan mereka dalam membuat keputusan, menambah akses mereka kepada modal serta meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka. – BERNAMA- mstar online
TOP
‘Deklarasi Bahawa MH370 Hilang’ Cuma Pendapat Peribadi
KUALA LUMPUR – Spekulasi media baru-baru ini berhubung dengan deklarasi bahawa MH370 telah hilang cuma luahan pendapat peribadi, kata Malaysia Airlines (MAS).
Dalam satu kenyataan di sini syarikat penerbangan itu berkata sebarang tindakan sentiasa berpandukan nasihat pasukan teknikal yang bertanggungjawab bagi operasi pencarian.
“Jaminan yang diberikan kepada kita ialah bahawa operasi pencarian, dan menyelamat akan diteruskan dan tidak akan dihentikan.
“Apa-apa maklumat mengenai MH370, operasi dan perkara berkaitan pesawat yang hilang hanya akan dimaklumkan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC),” kata syarikat penerbangan itu.
Pengarah MAS Airlines, Hugh Dunleavy baru-baru ini dipetik sebagai berkata bahawa MAS sedang menunggu bagi Penerbangan MH370 diisytiharkan secara rasmi hilang supaya pampasan boleh diuruskan bagi waris penumpang.
Malaysia Airlines berharap kami dapat merungkaikan tragedi ini dan kami menyokong dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kami serta kerajaan Australia dan China atas bantuan yang sangat berharga semasa krisis,” katanya.
Syarikat penerbangan itu turut berkongsi kesedihan dan kesengsaraan anggota keluarga dalam menangani dan melalui situasi ini, “oleh itu kami memberi jaminan kepada mereka bahawa usaha menjejaki pesawat dan mendapatkan rakaman data penerbangan tetap menjadi keutamaan.”
“Setiap pihak yang terlibat dalam operasi yang kompleks ini menaruh keazaman yang sama seperti keluarga penumpang untuk mencari jawapan terhadap banyak persoalan.
“Berhubung dengan tahap pampasan yang disediakan selaras dengan Konvensyen Montreal, atau rejim perundangan yang serupa, syarikat penerbangan itu telah menjelaskan bahawa pembayaran ditentukan oleh undang-undang untuk mengambil kira penumpang yang terbukti sahih dan keadaan keluarga dan akan dinilai dengan sewajarnya,” kata MAS.
MAS dan syarikat insurans tetap akan memastikan bahawa pampasan yang adil dan munasabah akan dibayar kepada keluarga semua penumpang MH370 selaras dengan undang-undang apabila anggota keluarga bersedia untuk membincangkan isu itu.
Kami mengulangi bahawa syarikat penerbangan akan mematuhi komitmen yang telah kami buat, kesejahteraan ahli-ahli keluarga sentiasa menjadi keutamaan kami dan kami akan terus berkomunikasi mengenai maklumat terkini apabila kami memperolehnya,” kata MAS
Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada jam 12.41 tengah malam pada 8 Mac bersama 227 penumpang dan 14 anak kapal.
Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara ketika berada di ruang udara antara Malaysia dan Vietnam pada 1.20 pagi.
Pesawat Boeing 777 itu kemudian berpatah balik ke arah Selat Melaka dan dipercayai penerbangan MH370 telah “berakhir di selatan Lautan Hindi”. – BERNAMA
TOP
Rumah Panjang Yang Usang Akan Dikaji Semula
KUALA LUMPUR – Rumah-rumah panjang di bawah pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sudah usang akan dikaji semula untuk dibangunkan mengikut kawasan-kawasan yang terlibat.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pemaju untuk mengambil inisiatif sama ada mengosongkan rumah tersebut atau membaik pulih rumah panjang berkenaan.
“Melihat kepada apa yang berlaku kini, terdapat penduduk yang tidak mahu berpindah daripada rumah berkenaan dan mahu terus menetap di situ walaupun telah diberikan tawaran untuk berpindah ke kawasan perumahan baru,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM1,500 kepada mangsa-mangsa kebakaran rumah panjang Blok 7 di Jalan Ikan Emas di sini hari ini.
Dalam kejadian Sabtu lepas, empat daripada lapan unit rumah panjang Blok 7 itu musnah dalam kebakaran, namun tiada kemalangan jiwa.
Mengenai perkembangan lain, kementerian telah menarik balik beberapa projek perumahan di Kolam Air, Taman Fadason dan Sentul atas sebab tertentu yang berpunca daripada masalah pemaju itu sendiri.
“Kami akan melihat semula kawasan-kawasan terbabit dan menawarkan projek itu kepada pemaju yang ingin membangunkannya,” katanya. – BERNAMA
TOP
Rusia Lancar Agensi Berita Baharu Lawan Barat
MOSCOW – Mungkin belajar daripada kelemahan liputan insiden pesawat MAS MH17 ditembak jatuh di Ukraine, pemerintah Rusia semalam melancarkan sebuah agensi berita baharu, Sputnik bagi menyaingi propaganda agresif media Barat pro-Amerika Syarikat (AS).
Sputnik mengambil alih agensi Ria Novosti dan stesen radio antarabangsa Voice of Russia diterajui bekas pengacara televisyen tempatan, Dmitry Kiselyov yang pernah mencetuskan banyak kontroversi sehingga disenarai hitam memasuki negara-negara Kesatuan Eropah.
“Dunia sudah penat dengan berita dari agensi Barat, kami mahu memimpin dunia dengan berita sebenar,” kata Kiselyov pada majlis pelancaran Sputnik – mengambil sempena nama satelit pertama di dunia dilancarkan ketika era bekas kesatuan Soviet pada 1957.
Agensi itu yang lebih fokus kepada berita menerusi format internet dan radio dalam bahasa Inggeris, Cina, Arab dan Sepanyol, sudah pun memiliki 70 koresponden termasuk negara-negara bekas Soviet selain Washington DC, Beijing serta beberapa ibu kota di Eropah.
Ria Novosti dibubarkan secara tergesa-gesa pada Disember tahun lalu, namun ia masih menggunakan nama itu bagi perkhidmatan berita bahasa Rusia manakala laman web dan sosial dalam bahasa asing agensi global tersebut kini dilencongkan terus kepada Sputnik.
Kiselyov mula terkenal apabila menerusi program bual bicara stesen Rossiya pernah mendakwa, Rusia mampu menghancurkan AS menjadi debu radioaktif, selain mencadangkan organ hati golongan homoseks dibakar jika terlibat nahas kereta. – Agensi
Dmitry Kiselyov
Dmitry Kiselyov
TOP
Pendaftaran GST Meningkat Setakat 133,596 Stakat 10 Nov
KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat yang berdaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 133,596 sehingga 10 Nov, 2014, peningkatan sebanyak 2,476 berbanding hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata data itu menunjukkan peningkatan berterusan syarikat yang mendaftar untuk GST sebelum tarikh akhir pada 31 Dis, 2014.
“Kerajaan menyasar mendaftarkan 140,000 syarikat di bawah struktur baharu percukaian itu yang akan dilaksanakan pada 1 April, 2015,” katanya. – BERNAMA
TOP
Abdul Hadi Mahu Banyak Berehat, Kesihatan Kurang Baik
Presiden parti PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang melihat untuk berehat kerana mengakui keadaan kesihatannya kini kurang baik.
Laporan akhbar rasmi PAS Harakahdaily, beliau dilihat sejak kebelakangan ini tidak aktif seperti dulu memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah bagi pihak parti. “Rasa tak berapa sihat sikit sejak akhir-akhir ini. Suara pun tak berapa nak keluar,” kata Abdul Hadi. Abdul Hadi juga dilaporkan hanya membahaskan Bajet 2015 peringkat Jawatankuasa di Parlimen pada semalam dalam tempoh tidak lebih dari 10 minit. Pada Mei lepas, beliau dimasukkan ke hospital di Istanbul, Turki selepas mengalami masalah pernafasan ketika menghadiri program di negara Eropah itu. Selepas itu, Abdul Hadi terpaksa berehat dekat sebukan kerana keadaan kesihatan dirinya yang tidak mengizinkan beliau aktif seperti biasa dalam politik. - MYNEWSHUB.CC

Wisel Hello Kitty McD Bahaya
NEW YORK – Pengurusan restoran makanan segera terkenal McDonald’s semalam terpaksa memanggil balik lebih sejuta wisel kecil yang diselitkan bersama-sama dengan permainan anak patung Hello Kitty selepas didapati boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.
Dalam satu kenyataan media McDonald’s berkata, alat tiupan diperbuat daripada plastik itu bagaimanapun hanya ditawarkan di ribuan restoran McDonald’s di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada, serta tidak melibatkan premis di negara-negara lain di serata dunia. “McDonald’s telah menerima dua laporan daripada ibu bapa yang menceritakan anak-anak mereka tercekik sebelum terbatuk mengeluarkan wisel itu baru-baru ini. Kami berasa kesal dan memohon maaf yang amat sangat terhadap mereka,” kata kenyataan tersebut. Wisel itu diletakkan sekali dengan patung Hello Kitty menerusi hadiah Birthday Lollipop Toy untuk pelanggan kanak-kanak yang membeli menu Happy Meals sempena ulang tahun ke-40 watak karakter terkenal Jepun tersebut dari 31 Oktober sehingga 25 November. Hello Kitty yang dicipta Yuko Shimizu, mula diterbitkan firma komik Sanrio di Jepun pada 1 November 1974 dan ia bukan anak kucing seperti disangka kebanyakan orang tetapi watak imaginasi budak perempuan Inggeris bernama Kitty White menetap di London. Pihak McDonald’s berkata, setakat ini hanya 1.6 juta wisel terbabit berjaya ditarik balik di dua negara tersebut, manakala baki 900,000 unit patung Hello Kitty itu pula didapati tidak disertakan bersama-sama dengan wisel. – Agensi
Hello Kitty mula diterbitkan pada 1 November 1974 dicipta oleh artis Jepun, Yuko Shimizu. – Gambar hiasan

Operasi Cari Mangsa Feri Sewol Ditamatkan
SEOUL – Tujuh bulan selepas tragedi terburuk dalam sejarah Korea Selatan melibatkan feri penumpang, Sewol yang karam meragut hampir 300 nyawa, pemerintah akhirnya hari ini mengumumkan operasi mencari mangsa yang masih hilang dihentikan secara rasmi.
Agensi berita rasmi tempatan, Yonhap melaporkan, serentak keputusan itu usaha mengesan mayat baki sembilan lagi penumpang yang masih belum ditemui ditamatkan berkuat kuasa dengan serta-merta di sekitar perairan dekat pelabuhan Jindo di barat laut Korea Selatan.
Keputusan berat tersebut diumumkan jurucakap kerajaan menerusi satu sidang akhbar khas selepas satu pertemuan diadakan dengan membabitkan beberapa buah kementerian berkaitan dan dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hon-won.
Feri seberat 6,825 tan karam pada pagi 16 April lalu ketika pelayaran dari Incheon menuju ke pulau peranginan popular Jeju dengan sebahagian besar daripada 476 penumpang ialah pelajar sekolah Danwon yang mengadakan program lawatan sambil belajar.
Setakat ini, hanya 295 mayat berjaya ditemui dan dua penyelam turut maut dalam operasi itu. Pada 15 Mei lalu, kapten Sewol dan tiga anak kapal didakwa atas tuduhan membunuh manakala pemilik feri itu, Yoo Byung-eun dipercayai membunuh diri pada 22 Julai. – Agensi
TOP
Tan Sri Muhyiddin Yassin Tiba Di Canberra
CANBERRA – Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Canberra untuk lawatan kerja tiga hari di ibu negara Australia dan Perth.
Muhyiddin dan rombongannya berlepas ke Canberra kira-kira 12.30 tengah hari waktu tempatan (Malaysia lewat tiga jam) dari Nagoya, Jepun selepas mewakili Malaysia pada Persidangan Sedunia Unesco mengenai Pendidikan dan Pembangunan Lestari 2014.
Beliau diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Muhyiddin dijadual menghadiri perjumpaan dengan anggota komuniti Malaysia termasuk pelajar di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini, petang ini. – BERNAMA
TOP
SPR Perlu Ambil Kira Faktor Cabaran Kawasan Luar Bandar
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil kira cabaran dan kesukaran yang dihadapi kawasan luar bandar dalam kajian persempadanan semula bahagian pilihan raya, khususnya di Sarawak, demikian menurut beberapa wakil rakyat Bumi Kenyalang.
Mereka berpendapat keadaan di Sarawak unik berikutan bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, berlembah dan sungai luas bersimpang siur, demografi serta kawasan penempatan berselerak jauh di pedalaman menjadikannya sangat berbeza berbanding keadaan di Semenanjung, khususnya daripada segi sistem perhubungan pengangkutan mahupun komunikasi.
Keluasan Sarawak dengan 124,449.51 kilometer persegi hampir menyamai keluasan Semenanjung, menjadikan negeri itu yang terbesar daripada segi pembahagian kawasan pilihan raya iaitu 31 kerusi Parlimen dan 71 Dewan Undangan Negeri.
Pada pilihan raya umum ke-13, Sarawak mempunyai sejumlah 1,083,972 pemilih berdaftar.
Pada awal bulan ini, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memaklumkan bahawa SPR dijangka mewartakan notis Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akhir tahun ini.
Persempadanan semula yang sepatutnya diadakan pada 2011, ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang diadakan pada 5 Mei 2013.
Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Stephen Rundi berkata terpulang kepada SPR untuk menentukan bagaimana kajian persempadanan semula itu wajar dilakukan memandangkan perkara itu tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.
PERSEMPADANAN SEMULA BANTU SELESAI MASALAH
Namun, Stephen menegaskan meskipun kawasan luar bandar mendapat jumlah pengundi yang kurang berbanding kawasan bandar, SPR tidak seharusnya mengambil kira faktor jumlah tersebut semata-mata. “Di Sarawak, kedudukan kampung dan rumah panjang berselerak (tidak tersusun) dan terletak jauh antara satu sama lain. Selain itu, masalah kekurangan infrastruktur turut memerlukan perhatian khusus wakil rakyat. “Justeru, pembahagian kawasan Dewan Undangan Negeri yang baharu ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada Bernama. Stephen, yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sarawak, berkata persempadanan semula sememangnya wajar dilakukan terutama apabila melihat kepada keperluan perkhidmatan yang lebih mendesak dan meningkat serta mencabar pada ketika ini. Katanya semua pihak termasuk BN dan parti pakatan perlu melihat urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya untuk kepentingan rakyat dan tidak membuang masa memperdebatkannya hanya kerana kepentingan politik. “PBB menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya untuk tujuan menambah baik perkhidmatan wakil rakyat kepada rakyat negeri ini yang amat memerlukannya. “BN Sarawak belum mengadakan mesyuarat tentang perkara berkenaan termasuk isu nisbah pengundi dan sebagainya. Namun begitu, kami yakin SPR akan mengkaji segala aspek berkaitan sebelum mengambil keputusan dalam persempadanan semula ini mengikut keadaan di Sarawak yang agak berlainan dari Semenanjung,” katanya.
SUKU KAUM DAYAK
Sementara itu, Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Doris Sophia Brodie berkata persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sarawak perlu melihat kepada nisbah populasi penduduk di negeri itu. Katanya dalam kajian berkenaan SPR wajar mempertimbangkan beberapa tempat atau kerusi untuk suku kaum Dayak selaras dengan jumlah komuniti itu di Sarawak. “PRS ingin melihat sekurang-kurangnya empat kerusi Dewan Undangan Negeri baharu majoriti kaum Dayak dibentuk hasil daripada proses persempadanan semula bahagian pilihan raya yang dilakukan SPR, sejajar dengan nisbah populasi kaum di negeri ini. “Pada masa ini terdapat 29 daripada 71 kerusi adalah kawasan majoriti kaum Dayak. Etnik Dayak ini meliputi 44 peratus daripada jumlah penduduk Sarawak dan oleh yang demikian, pertambahan jumlah kerusi DUN adalah seiring dengan nisbah populasi,” jelas beliau. – BERNAMA

Lelaki Bunuh Bapa Dihukum Gantung Sampai Mati
SEREMBAN – Seorang lelaki dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, selepas didapati bersalah membunuh bapanya, tahun lalu.
Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap R Arumugam, 30, selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Dalam penghakimannya, Zabariah berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas menilai keseluruhan hujah dan mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Berikutan itu, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan bersalah membunuh bapanya, S Ramadas, 56.
Mengikut pertuduhan, Arumugam didakwa membunuh bapa kandungnya di Kampung Kuala Lukut, Port Dickson, dekat sini, kira-kira jam 10 malam, pada 10 Mac tahun lalu.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farid Mohd Mokhtar, manakala tertuduh diwakili peguam Ramzani Idris. - BH Online
TOP
Mahkamah India Izin Wanita Mekap Artis Bollywood
MUMBAI – Jika di Malaysia, mahkamah rayuan mencetuskan kontroversi membenarkan lelaki berpakaian wanita tetapi di India lain ceritanya: mahkamah agung negara itu semalam akhirnya mengizinkan wanita bertugas menjadi jurusolek kepada artis filem Bollywood.
Keputusan bersejarah itu sekali gus memansuhkan peraturan lapuk bertahan puluhan tahun lamanya yang selama ini mengharamkan wanita menyolek wajah pelakon menyebabkan ramai kalangan mereka terpaksa membuat kerja solekan secara sembunyi di dalam kereta sendiri.
Hakim-hakim mahkamah tertinggi di India itu dalam penghakimannya merumuskan, petisyen dilancarkan sekumpulan wanita tempatan bagi membantah peraturan pelik yang digubal Persatuan Jurudandan Rambut dan Solekan Filem sebagai jelas diskriminasi jantina keterlaluan.
“Larangan wanita solek pelakon termasuk aktres popular Bollywood sejak sekian lama amat karut padahal kita ada ramai jurusolek wanita berbakat mampu mencantikkan wajah pelakon jelita kita,” kata pengarah wanita terkenal, Zoya Akhtar yang gembira dengan keputusan itu.
Turut menyokong beliau ialah jurusolek artis ternama, Puneet Saini yang mendakwa pernah beberapa kali dihalau keluar dari set penggambaran hanya kerana didapati menyolek pelakon di dalam van miliknya biarpun aktres itu sendiri minta dia melakukan tugas tersebut.
“Persatuan itu amat biadap beri layanan buruk kepada jurusolek wanita dan mereka buat demikian sebenarnya atas faktor wang bagi membolehkan hanya lelaki dapat upah lumayan sedangkan wanita dihina dan cuma diizin dandan rambut pelakon,” ujarnya. – Agensi
Selama ini jurusolek wanita di Bollywood hanya dibenarkan dandan rambut artis dan terpaksa menyolek muka pelakon secara sembunyi di luar set penggambaran. – Gambar hiasan
Selama ini jurusolek wanita di Bollywood hanya dibenarkan dandan rambut artis dan terpaksa menyolek muka pelakon secara sembunyi di luar set penggambaran. – Gambar hiasan
TOP
Lelaki Dibayar $ 18,000 Untuk Baring Selama Tiga Bulan
Siapa sangka, seorang lelaki yang baru kehilangan kerja pada Ogos lalu, mendapat ‘durian runtuh’ apabila ditawarkan untuk berbaring selama tiga bulan oleh NASA dan sebagai upah, dia akan menerima bayaran sebanyak $ 18,000 (RM 60,000).
Tawaran tersebut diterima Andrew Iwanicki, sehari selepas dia kehilangan kerjanya. Dalam prosedur kajian terbaru agensi tersebut, Iwanicki perlu berbaring di atas satu katil di makmal yang terletak di Houston, Texas.
“Saya perlu berbaring selama 70 hari untuk membolehkan pakar mengkaji saya. Setakat ini, saya sudah menghabiskan masa tiga minggu di atas katil dan masih berbaki 7 minggu di sini.”
Menurut Andrew, kajian yang sudah berlangsung selama tiga tahun itu bertujuan untuk mengkaji struktur tulang dan otot. 54 individu telah melalui prosedur tersebut, dan Andrew merupakan subjek kajian terakhir. “Saya telah memohon untuk menyertai kajian ini setahun lalu, namun tidak berharap untuk dipilih dari 25,000 pemohon, malah saya juga terlalu sibuk untuk menjalani prosedur selama 15 minggu.” Namun, kerana ketiadaan kerja dan tidak melakukan apa-apa, maka dia terus bersetuju ketika ditawarkan.
Andrew juga tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan situasi yang hanya memerlukannya berbaring. “Saya memiliki jadual tugas yang sangat sibuk ketika bekerja dahulu, jadi tugas ini mudah buat saya kerana hanya perlu mengikut arahan dan mempunyai banyak masa terluang.”
Namun, pada permulaan prosedur, Andrew berhadapan sedikit kesukaran. Ketika di awal proses, dia menghadapi sakit di bahagian kepala, leher dan belakang. Dia juga mengalami kesukaran untuk tidur. Bukan itu sahaja, dia juga terpaksa menerima kenyataan bahawa dia perlu membuang air besar menggunakan plastik khas, di atas katilnya tanpa boleh bangun. “Saya perlu menerima kenyataan yang tandas terbaru saya juga merupakan ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur.” Kini, Andrew mula menerima cara hidup terbarunya untuk sekurang-kurangnya beberapa minggu lagi. Bagi menghilangkan bosan, dia menghiburkan dirinya dengan menonton televisyen dan membaca komik. – MYNEWSHUB.CC

Prestasi Kewangan Terengganu 2013 Lebih Baik Berbanding 2012
KUALA TERENGGANU – Prestasi dan kedudukan kewangan kerajaan negeri Terengganu bagi tahun 2013 adalah lebih baik berbanding pada 2012, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3.
Laporan itu menyebut hasil pengauditan mendapati penyata kedudukan kewangan berakhir 31 Dis 2013 mencatat baki Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM759.96 juta, peningkatan ketara sejumlah RM380.66 juta (100.4 peratus) berbanding baki RM379.30 juta pada 2012.
Menurut laporan itu, Akaun Hasil Disatukan menunjukkan kerajaan negeri mencatat lebihan yang tinggi iaitu sejumlah RM401.57 juta berbanding RM293.42 juta pada 2012.
“Lebihan ini menjadikan baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan telah meningkat kepada RM461.50 juta berbanding RM59.93 juta pada tahun 2012,” katanya.
Dalam perkembangan sama, baki Pinjaman Boleh Dituntut menurun RM27.34 juta atau 7.6 peratus dan prestasi pembayaran balik hutang Awam pada 2013 adalah baik kerana jumlah Hutang Awam menurun RM33.51 juta manakala baki tunggakan bayaran balik Hutang Awam turut menunjukkan penurunan sebanyak RM14.49 juta.
Sementara itu, laporan berkenaan menjelaskan bahawa Jabatan Audit Negara mendapati rancangan pembangunan kerajaan negeri menerusi pencapaian perbelanjaan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) pada 2013 adalah sederhana baik dengan RM945.62 juta atau 76.3 peratus daripada RM1.24 bilion peruntukan diluluskan.
Ia meliputi 747 projek atau 77.9 peratus daripada 959 projek yang dirancang berjaya disiapkan, 177 projek dalam pelaksanaan dan baki 35 projek belum dimulakan.
Laporan Audit Negara 2013 juga mendapati prestasi pencapaian pengurusan kewangan di 16 jabatan dan agensi di Terengganu bagi tahun lepas adalah baik walaupun analisis audit mendapati masih berlaku ketidakpatuhan kepada prosedur pengurusan kewangan yang ditetapkan, terutama berkaitan kawalan pengurusan dan pengurusan kumpulan wang amanah/akaun amanah dan deposit. – BERNAMA
TOP
LHDN Disaran Percepatkan Proses Kelulusan Ejen Cukai – Audit
KUALA LUMPUR – Bagi mempertingkatkan tahap pengurusan permohonan kelulusan ejen cukai, Ketua Audit Negara mencadangkan Bahagian Analisis Cukai (BAC) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) supaya mempercepatkan proses kelulusan, pematuhan syarat kelulusan, penyeragaman urusan temu duga dan permatuhan mesyuarat Jawatankuasa Ejen Cukai (JKEC).
Ia bagi menjadikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan teratur dan tahap perkhidmatan ejen cukai terhadap pelanggan-pelanggan meningkat.
Selain itu, BAC dan LHDN juga perlu menyusun strategi bagi mempertingkatkan pemantauan dan perguatkuasaan terhadap ejen cukai tidak sah dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
“Strategi dan kaedah yang sesuai boleh diwujudkan bagi mendapatkan maklumat tentang kegiatan ejen cukai tidak sah supaya penguatkuasaan yang berkesan dapat dilaksanakan,” demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri Tiga.
Ketua Audit Negara turut mengesyorkan LHDN mengemas kini statistik dan senarai ejen cukai mengikut tempoh yang ditetapkan supaya bilangan dan senarai ejen cukai pada sesuatu tempoh dapat diketahui dengan tepat.
“Selanjutnya senarai ejen cukai yang kemas kini sahaja dipaparkan di laman sesawang LHDN,” kata laporan tersebut.
Di samping itu, Sistem Maklumat Pengurusan Cukai (SMPC) di BAC dan Sistem Daftar Ejen Cukai di LHDN disepadukan supaya maklumat yang tepat dapat diperoleh daripada sistem dengan cepat.
Menurut laporan itu juga, LHDN dan BAC perlu mengemas kini peraturan dan prosedur berkaitan ejen cukai supaya pengurusan ejen cukai lebih teratur dan usaha pemantaun dapat disusun dengan rapi.
“Ini termasuklah Pekeliling Hasil Operasi mengenai ejen cukai oleh LHDN supaya sentiasa selari dengan keperluan semasa.
“Manakala Panduan Permohonan Ejen Cukai yang dikeluarkan oleh BAC perlu ditarikhkan agar tempoh kuat kuasa sesuatu panduan itu dapat diketahui dan penguatkuasaan terhadap Panduan Permohonan Ejen Cukai yang baru dapat dijalankan dengan mudah,” katanya. – BERNAMA
TOP
Pelajar Perlu Panduan Kendali Bahan Letupan
KUALA LUMPUR – Pihak sekolah dan kolej perlu menyediakan platform untuk pelajar mereka yang berminat dalam bidang aeronautik, kata Presiden Persatuan Astronautik Malaysia, Kapten Mohammed Faiz Kamaludin.
Beliau berkata mereka boleh menubuhkan kelab untuk mengawasi dan memberi panduan kepada pelajar terutama dalam melakukan eksperimen berkaitan bahan letupan.
“Kita percaya pelajar kini banyak menggunakan Internet atau Youtube sebagai sumber rujukan untuk melakukan eksperimen berkaitan bahan letupan sehingga boleh membahayakan diri mereka,” katanya kepada Bernama.
Beliau diminta mengulas kejadian letupan yang dialami tiga pelajar Institut Latihan Perindustrian di Manir, Terengganu pada Sabtu lalu.
Ketiga-tiganya dipercayai melakukan percubaan untuk membuat roket dengan memasukkan serbuk sulfur dalam paip besi.
“Saya merasa kasihan dengan kejadian itu dan percaya ia tidak akan berlaku sekiranya para pelajar berkenaan mendapat panduan dan pengawasan secukupnya,” kata juruterbang Malaysia Airlines ini. – BERNAMA
TOP
El Hadji Diouf Tiba Hari Ini Sertai Skuad Sabah
KOTA KINABALU – Bekas pemain Liverpool, El Hadji Diouf tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebentar tadi untuk menyertai skuad Liga Perdana Sabah bagi menghadapi musim 2015.
Ketibaan pemain berusia 33 tahun itu disambut oleh Pengarah Teknikal Sabah, George O’ Callaghan sebelum dibawa meninjau sesi latihan skuad bergelar Sabah Rhino itu.
Difahamkan, Diouf yang juga bekas pemain kebangsaan Senegal akan menandatangani kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) dalam masa terdekat.
Selain Diouf, Sabah juga sedang berusaha mendapatkan khidmat bekas penyerang kelab Brunei DPMM FC, Roy Simon Donovan selain bakal menguji pemain pertahanan dari Brazil, Ricarte Dos Santos. – BH Online
TOP
Azmin Janji Ambil Kira Pandangan Rakyat Selesai Isu Kidex
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memberi jaminan akan mengambil kira pandangan rakyat dan semua pihak berkepentingan sebelum membuat keputusan bagi menyelesaikan isu berkaitan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).
Beliau berkata pandangan rakyat dan pihak berkepentingan seperti persatuan penduduk di kawasan terlibat adalah penting kerana mereka merupakan golongan yang akan menerima kesan apabila projek lebuh raya bertingkat itu dijalankan.
Azmin, bagaimanapun menafikan menggunakan isu Kidex untuk mendapatkan sokongan bagi menjatuhkan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya pentadbiran beliau juga tidak akan menghalang sebarang pembinaan lebuh raya baharu selagi proses dan rundingan berkaitannya dilakukan dengan telus.
“Pembinaan mana-mana lebuh raya perlulah menguntungkan rakyat dan pengguna,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat oleh empat anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Kidex dicadang bermula di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran Damansara dan berakhir di Lebuhraya Bukit Jalil berhampiran Kinrara.
Lebuh raya itu akan merangkumi laluan utama sepanjang 14.9km serta susur lebuh raya sepanjang 11.2km.
Sebagai sebuah lebuh raya bertingkat sepenuhnya, 90 peratus daripada laluan Kidex akan dibina atas rizab jalan.
Apabila dibuka kelak, ia akan memenuhi keperluan bagi penduduk di kawasan utara-selatan Lembah Klang yang kini mempunyai sambungan jalan yang terhad, selain menampung lalu lintas kenderaan yang semakin sesak. – BERNAMA
TOP
Najib Berlepas Ke Myanmar Selepas APEC Beijing
BEIJING – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Myanmar selepas menghadiri mesyuarat ke-22 Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) selama dua hari mulai Isnin.
Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dengan pesawat khas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing petang tadi.
Turut hadir di lapangan terbang Timbalan menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin dan Duta Besar Malaysia ke China Datuk Iskandar Sarudin.
Semasa di sini, Perdana Menteri turut mengadakan mesyuarat dua hala bersama Presiden China Xi Jinping, diikuti pertemuan dengan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong C Y Leung dan Perdana Menteri China Li Keqiang.
Najib turut menemui Presiden Rusia Vladimir Putin dan Perdana Menteri New Zealand John Key.
Mesyuarat dua hari bertema ‘Mencorakkan Masa Depan Menerusi Kerjasama Asia Pasifik’ itu dipengerusikan Xi.
Mesyuarat itu dihadiri para pemimpin 21 negara anggota. – BERNAMA
TOP
Puncak Niaga, Syabas Kini Milik Pengurusan Air Selangor
PUTRAJAYA – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd kini menjadi pemilik baharu kepada Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) susulan pemeteraian penjanjian jual beli saham antara Pengurusan Air Selangor dengan Puncak Niaga Holdings Bhd.
Puncak Niaga Holdings Bhd adalah pemegang 100 peratus saham dalam Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan memegang 70 peratus saham dalam Syabas.
Pemeteraian perjanjian tersebut merupakan titik permulaan kepada pelaksanaan Perjanjian Utama yang ditandatangani pada 12 September lepas antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri Selangor, Pengurusan Aset Air Bhd dan Pengurusan Air Selangor.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata, pemilikan baru tersebut akan membolehkan langkah-langkah seterusnya diambil untuk memuktamadkan perstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Pemeteraian ini juga bermakna Pengurusan Air Selangor akan mula mengambil alih sebahagian besar daripada perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur bagi mencapai hasrat kerajaan Negeri Selangor untuk menguruskan sendiri industri perkhidmatan air di negeri itu,” katanya selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian tersebut di sini hari ini.
Pada majlis itu, Pengurusan Air Selangor diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Suhaimi Kamaruzaman manakala Puncak Niaga diwakili oleh Datuk Ruslan Hassan.
Sementara itu, Ongkili berkata bagi Konsortium Abass (Abass) yang dimiliki sebanyak 90.83 peratus oleh Kumpulan Perangsang Selangor dan bakinya oleh Operasi Murni (M) Sdn Bhd, ia mempunyai empat bulan lagi untuk menyelesaikan transaksi penjualan ekuitinya kepada Pengurusan Air Selangor.
“Manakala, bagi Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) pengambilan ekuitinya dijangka dapat diselesai dalam tempoh 10 bulan,” kata Ongkili.
Menteri tersebut berkata pengambilalihan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syabas dan Abass itu akan melibatkan peruntukan berjumlah RM7.8 bilion daripada RM9.65 bilion yang ditawarkan oleh kerajaan Negeri Selangor bagi tujuan pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi oleh Pengurusan Air Selangor.
Dalam tawaran pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Bhd telah menawarkan RM9.65 bilion termasuk RM2 bilion yang disediakan oleh kerajaan Persekutuan melalui Pengurusan Aset Air Bhd bagi membantu kerajaan Selangor mengambilalih bagi syarikat-syarikat tersebut.
“Kerajaan Persekutuan amat gembira dengan perkembangan ini yang merupakan salah satu langkah bagi menjamin kemampanan perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.
Semasa ditanya mengenai semakan semula tarif air selepas pengambilalihan itu, Ongkili berkata itu terserah kepada kerajaan Negeri Selangor menentukannya.
Pengurusan Air Selangor adalah syarikat perantara tujuan khas yang diwujudkan oleh kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih semua syarikat konsesi bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrjaya. – BERNAMA
TOP
Kecelaruan Identiti Perlu Ditangani Secara Baik
KUALA LUMPUR – Kecelaruan identiti yang berlaku dalam masyarakat kini adalah masalah semasa yang perlu ditangani secara baik oleh semua pihak, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata masalah kecelaruan identiti itu tidak terlalu menonjol dalam masyarakat dahulu namun ia semakin menular pada masa ini.
“Sebab itu kita dapati ada orang yang nampak macam wanita tapi dia sebenarnya lelaki, ada pula yang sebaliknya. Jadi, pakaian yang dia pakai ini, kita kata ini pakaian lelaki tetapi sekarang, lelaki perempuan semua pakai semacam (sama), semua pakai seluar, semua pakai jeans.
“Ini masalah semasa … dulu tidak ada masalah. Dulu kita tahu orang perempuan macam ini, orang lelaki macam ini, tapi sekarang dah berbeza,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2014 di sini, hari ini.
Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan memutuskan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki Islam berpakaian wanita di tempat awam adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang mengetuai panel tiga hakim membuat ketetapan itu, selepas membenarkan rayuan tiga lelaki untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu.
Sidang kemuncak tiga hari itu bermula hari ini, bertemakan ‘Negara Madani dan Perspektif Islam’. – BERNAMA
TOP
Raja Azmi: Saya Gagal Menjadi Isteri Buat Kali Kedua
KUALA LUMPUR: Produser kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman kembali bergelar janda buat kali kedua selepas disahkan bercerai talak satu oleh bekas suaminya, gitaris kumpulan CRK, Eddie Ghazali di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, tepat jam 3.07 petang, hari ini.
Raja Azmi memfailkan penceraian selepas merasakan perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan lagi selepas pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengelakkan penceraian.
Namun, akhirnya produser berusia 55 tahun ini akur dengan ketentuan Ilahi apabila perkahwinan kedua yang dibina sejak 13 Oktober tahun lalu akhirnya berkecai jua dan hanya sempat mengecap kebahagiaan selama setahun sebulan sahaja.
“Hidup harus diteruskan. Kak Mi redha dengan ketentuan Allah. Perkahwinan kedua Kak Mi gagal lagi, Kak Mi gagal menjadi isteri buat kali kedua,” katanya sebak ketika ditemui sebaik sahaja lafaz penceraian diperdengarkan di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.
Ketika ditanya mengenai punca penceraian mereka, Raja Azmi mengakui kesilapan berada daripada pihaknya yang terlupa untuk meminta izin daripada suaminya ketika keluar rumah.
“Puncanya Kak Mi keluar rumah tanpa minta izin dan ditegur secara serius oleh Eddie, sejak itu Kak Mi terluka dengan teguran itu, bila kena marah, Kak Mi terluka dan sedih sangat,” katanya lagi.
Walaupun sudah berpisah, namun Raja Azmi dan Eddie sudah berjanji akan meneruskan hubungan baik mereka sebagai seorang sahabat dan kedua-duanya juga mengatakan tidak menolak untuk rujuk semula sekiranya masih ada jodoh lagi di antara mereka. Eddie pula ketika ditemui mengatakan dia berasa sedikit sebak dan mengalirkan air mata ketika saat mahu melafazkan cerai kerana ini merupakan pengalaman pertama kalinya berhadapan dengan penceraian.
“Susah nak cakap kerana ini melibatkan perasaan, sebab ini pertama kali saya melafazkan cerai. Sebelum ini saya bercerai mati. “Anak-anak mengharapkan kami berbaik semula tapi abang pun tak cerita sangat pada mereka, bagi mereka asalkan ayah mereka happy,” katanya ketika diminta mengulas mengenai penceraian terbabit. Eddie turut tidak menolak ketentuan sekiranya dalam tempoh terdekat ini mereka rujuk semula sekiranya jodoh di antara mereka masih lagi kuat. Ketika prosiding pengesahan penceraian itu, Eddie dan Raja Azmi sempat bersalaman dan berpelukan sebelum lafaz cerai dilafazkan oleh bekas gitaris berusia 46 tahun itu.
Untuk makluman, Raja Azmi pernah mendirikan rumah tangga dengan bintang beregu kebangsaan, Jailani Sidek namun mereka bercerai pada 27 Jun 2012 setelah 28 tahun usia perkahwinan. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 28. Puteri Suaida, 24, dan Megat Deli, 20. Eddie pula memiliki dua orang anak bersama arwah isterinya iaitu Daniel, 23, dan Effy, 21. - MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR
Foto/Video: RIZA RAZAK

Pelajar SPM Tersepit Kaki Di Celah Lidi Motosikal Gara-Gara Kainnya
Kisah ini pastinya menjadi pengajaran buat pembonceng motosikal khususnya wanita supaya menjadi lebih peka dan berhati-hati.
Sememangnya kemalangan adalah perkara yang tidak dapat dijangka. Siapa yang menyangka nasib kita kemudian hari. Oleh sebab itulah kita sering mengkaitkan peribahasa seperti malang tidak berbau untuk menggambarkan insiden seperti ini. Insiden ini pastinya menjadi igauan ngeri bagi seorang remaja wanita berusia 17 tahun apabila kain seragam sekolahnya terbelit di celah lidi motosikal yang diboncengnya di Kilometer 2, Jalan Lapangan Terbang Kerteh dekat sini, semalam. Hal ini menyebabkan beliau, Wan Siti Sulyza Wan Manssor, 17 pengsan empat jam di tempat kejadian, sementara kaki kiri patah dan daging kakinya terkoyak. Lebih menyedihkan, remaja wanita ini merupakan calon pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh ini berdepan situasi mengerikan itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah bersama rakannya selepas selesai menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kira-kira jam 1.30 petang . Memetik laporan Harian Metro, mangsa mendapat bantuan anggota bomba daripada Balai Bomba Kerteh yang tiba sejam kemudian, untuk mengeluarkan kakinya yang tersepit di celah lidi motosikal dan membawa ke Klinik Kesihatan Kerteh sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman. Sementara itu, ibu mangsa, Mahani Mamat, 47, berkata, anaknya akan tetap akan mengambil baki kertas SPM di hospital berkenaan memandangkan masih tidak mampu berjalan. – MYNEWSHUB.CC

Lawyers For Liberty Sokong Lelaki Berpakaian Wanita!
KUALA LUMPUR – Pertubuhan ‘Lawyers for Liberty’ menyelar Mufti Perak, Angkatan Belia Islam (ABIM), Dewan Ulama PAS Malaysia dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kerana mempertahankan enakmen agama Islam Negeri Sembilan berhubung kesalahan lelaki berpakaian wanita.
Pengarah Eksekutifnya, Eric Paulsen mendakwa, tindakan keempat-empat pihak tesebut mempertahankan enakmen agama Islam tersebut satu retorik agama yang melampau ke atas golongan transgender.
“Antara kenyataan mereka “mencabar undang-undang Tuhan” oleh Mufti Perak, “gerakan transgender telah menjadi barah” (ABIM), “panggilan jihad” (Dewan Ulama PAS Malaysia) dan “pertahankan Islam” (Jamil Khir).
“Sangat memeranjatkan pihak berkuasa dan organisasi terbabit memberi respons tidak bertanggungjawab secara berlebihan dan tidak terkawal dengan isu emosi ke atas masyarakat (transgender) yang paling lemah di Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Eric mendakwa, kenyataan empat pihak tersebut bakal memberi inspirasi ke atas jenayah kebencian ke atas golongan transgender seperti yang berlaku di Pakistan, India dan Myanmar.
Beliau mendakwa, enakmen agama Islam Negeri Sembilan hanya satu enakmen negeri yang tidak perlu dituruti oleh Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, beliau mengucapkan tahniah kepada Mahkamah Rayuan kerana melindungi hak masyarakat transgender untuk menikmati kebebasan hidup mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kelmarin menggesa pihak berkuasa agama negeri diminta membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
Ia berikutan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita tidak sah berdasarkan Perlembagaan Negara.
Media kelmarin melaporkan Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan penting mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah.
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis; 26, Syukor Jani; 28, dan Wan Fairol Wan Ismail; 30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan.
TOP
Shukor Jadi Kapten Harimau Malaya Di Piala AFF
PETALING JAYA – Pemain kebangsaan, Shukor Adan mungkin diberi tugas memikul tanggungjawab sebagai kapten pasukan Harimau Malaya di Kejohanan Piala Suzuki AFF 2014 yang bermula pada 23 November ini di Singapura.
Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh berkata beliau tidak menolak kemungkinan memilih Shukor sebagai kapten pasukan berikutan Safiq Rahim yang lazimnya memikul tanggungjawab itu, dijangka tidak dapat sertai pasukan berikutan masalah kecederaan pada ligamen lutut kanan.
Dollah berkata pada siri persahabatan antarabangsa menentang Syria, esok, Shukor akan menggalas tanggungjawab itu di Stadium Shah Alam.
“Mungkin beliau (Shukor) akan jadi kapten pasukan untuk Piala AFF tahun ini.
Kesebelasan utama yang akan diturunkan, esok menentang Syria juga mungkin pemain pilihan utama bagi saingan Piala AFF Suzuki nanti,” katanya.
Dollah berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Syria di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, hari ini.
Sementara itu, Shukor berkata selepas enam tahun tidak beraksi dalam skuad kebangsaan, beliau sangat teruja dipanggil semula serta menyahut cabaran itu untuk membuktikan kepercayaan yang diberikan tidak disia-siakan.
“Satu penghargaan dipanggil semula dalam skuad negara selepas enam tahun lalu, saya harus membalas jasa dan budi jurulatih (Dollah).
“Walaupun mungkin ada pertikai tentang usia saya namun saya ambil itu sebagai cabaran. Bagi saya skuad kali ini mereka pernah menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010, jadi bagi saya mereka senior saya dan berpengalaman dari saya,” kata pemain berusia 35 tahun itu.
Mengulas perlawanan antarabangsa menentang Syria esok dan Vietnam pada Ahad ini, Shukor berkata kedua-dua perlawanan itu penting untuk mendapatkan keserasian pemain sebelum beraksi pada Piala AFF Suzuki di Singapura nanti.
“Kami dapat dikumpulkan seminggu, jadi pada perlawanan Syria dan Vietnam nanti pasukan perlu menunjukkan perlawanan sebenar dan yang paling penting untuk mendapatkan keserasian sepasukan,” katanya.
Kali terakhir Shukor menyarung jersi Harimau Malaya ialah ketika kelayakan Piala Asia 2009 di bawah kendalian jurulatih B Sathianathan. – BERNAMA
TOP
Negara-Ku Berdegil – Mahu Anjur Jelajah 7 Negeri!
KUALA LUMPUR – Nampak gaya Gerakan Rakyat Menebus Kembali Negara Malaysia (Negara-Ku) yang dipimpin oleh aktivis pembangkang, Datuk S.Ambiga tidak mengendahkan pengumuman Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa Negara-Ku pertubuhan tidak sah.
Ia berikutan rancangan gerakan tersebut mahu mengadakan program jelajah ke tujuh negeri bermula esok bagi mempromosikan agenda organisasi itu kepada orang ramai.
Pengerusi Negara-Ku, Zaid Kamaruddin berkata, jelajah pertama akan berlangsung di premis Persatuan Heng Ann Melaka di Jalan Laksamana Cheng Ho, Melaka.
“Negara-Ku membuat keputusan untuk mengadakan jelajah pada bulan ini ke tujuh negeri iaitu Melaka, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah dan Kuala Lumpur,
“Objektifnya untuk membawa kembali intipati Malaysia. Malaysia telah ditubuhkan atas dasar kesaksamaan, sekularisme, hak-hak asasi yang dijamin dan negara makmur,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
KDN sebelum ini mengesahkan Negara-Ku yang dipimpin oleh Ambiga merupakan sebuah pertubuhan yang tidak sah.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipetik berkata, Jabatan Pendaftaran (ROS) tidak menerima sebarang permohonan untuk mendaftarkan Negara-Ku maka organisasi itu sebuah pertubuhan yang tidak didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].
Ahmad Zahid turut memaklumkan jika permohonan pendaftaran tersebut dibuat kepada ROS, penggunaan nama Negara-Ku tidak bersesuaian kerana ia hak milik negara.
Jelasnya, Negara-Ku merujuk kepada lagu Negaraku yang telah diiktiraf sebagai lagu kebangsaan di bawah seksyen 2 Akta Lagu Kebangsaan 1968.
Justeru, katanya, ia boleh mengelirukan orang awam dan oleh itu selaras Seksyen 7 (3) (d) (i) dan (iii) Akta Pertubuhan 1966 ia tidak wajar didaftarkan.
“Pihak kerajaan ingin menegaskan bahawa pertubuhan yang menjalankan aktiviti tanpa berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 adalah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
“Mana-mana pertubuhan yang tidak memenuhi keperluan Seksyen 7 tersebut boleh diambil tindakan sebagai pertubuhan yang tidak berdaftar dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 41(1) (b),” tegas Ahmad Zahid.-mynewsub
TOP
Wow!! Bidikan Lense Ala-Ala Kisah Dongeng Yang Menakjubkan
Gambar yang dirakam oleh jurugambar yang berasal dari Mascow ini pastinya membuat anda terkesima dan ralit meneliti gambar-gambar ini.
Konsep yang dibawa oleh jurugambar berbakat bernama Darya Kondratyeva ini sememangnya jauh berbeza daripada jurugambar yang lain.
Ini kerana kesemua gambar yang dirakam memberi gambaran persis bayangan kisah dongeng atau lagenda tertentu.
Jika sebelum ini acap kali kita melihat bayangan kisah dongeng melalui filem sahaja, yang sebenarnya diolah mengunakan grafik semata-mata.
Berlainan pula konsep Darya ini, dimana ianya merakam haiwan yang benar-benar hidup mengunakan lense kameranya sahaja.
Memang sangat menakjubkanlah!…Lagi-lagi melihat haiwan liar yang juga menjadi subjek penting setiap gambar.
Model yang digunakan juga bijak dalam menonjolkan karakter masing-masing lihat sahaja model yang menjadi puteri, penjaga hutan dan ahli sihir ini. Memang menjadilah… Pendek kata, fantasi dongengan olahan Darya ini pastinya menjadi antara bidikan lense terbaik pernah terhasil. - MYNEWSHUB.CC

Bajet Lebihan 2015 Untuk Kepentingan Rakyat
KOTA KINABALU – Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menegur wakil rakyat pembangkang yang mempertikai Bajet 2015 Sabah yang merupakan bajet lebihan kerana ia adalah untuk kepentingan rakyat.
Beliau berkata pembangkang tidak sepatutnya bersikap ‘hanya pandai bercakap’, sebaliknya memikirkan bahawa kerajaan berbuat sedemikian kerana mengamalkan perbelanjaan berhemah.
“Adakah Yang Berhormat (Tamparuli) baca dan teliti Bajet 2015, walaupun nampak kurang dari segi peruntukan, dari segi pengagihan kepada kementerian-kementerian penting sangat sedikit perubahan seperti infrastruktur, pertanian, belia dan sukan serta ICT,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.
Musa yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata demikian ketika mencelah sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2015) oleh Datuk Wilfred Bumburing (PKR-Tamparuli) yang mendakwa kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan untuk mencapai bajet lebihan berbanding bajet tahun lepas.
Ketua Menteri berkata kerajaan negeri mengambil langkah mengurangkan perbelanjaan bagi perkara kurang penting, manakala mengekalkan perbelanjaan bagi kementerian mustahak dalam Bajet 2015.
Pada Jumaat lepas, kerajaan Sabah membentangkan bajet lebihan yang pertama sejak 2008 sebanyak RM49.23 juta bagi 2015.
Musa ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2015) pada persidangan DUN itu berkata kerajaan negeri memperuntuk RM3.812 bilion bagi bajet negeri 2015 berbanding RM4.622 bilion pada 2014.
Beliau berkata kerajaan negeri menganggarkan kutipan hasil pada tahun depan adalah sebanyak RM3.862 bilion. – BERNAMA
TOP
Pejabat Hospital Mata Di Georgetown Terbakar
GEORGETOWN – Ruang pejabat di tingkat dua bangunan hospital pakar mata swasta di Jalan Masjid Negeri di sini, musnah dalam kebakaran hari ini. Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Zulkapri Ramli, berkata kebakaran jam 2.10 petang itu memusnahkan hampir 80 peratus pejabat berkeluasan 11×12 meter persegi itu.
“Ketika kejadian terdapat 10 kakitangan hospital sedang bertugas dan mereka tidak sempat menyelamatkan dokumen serta peralatan pejabat yang terdapat di ruang itu kerana api merebak dengan pantas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, empat jentera dengan 21 anggota mengambil masa hampir sejam untuk memadamkan kebakaran sepenuhnya.
“Seorang anggota kami, Kamalruzi Mohd Noor, 54, cedera di jari manis kiri akibat terkena serpihan kaca tajam yang menembusi sarung tangannya,” katanya.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. – BERNAMA
TOP
Ribuan Anggota JPAM Siap Sedia Hadapi Banjir
PADANG BESAR: Ketua Pengarah Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Datuk Zaitun Ab Samad (tengah) menyampaikan Piala Johan keseluruhan kepada Pengarah JPAM Sarawak Lt Kolonel (PA) Mokhtar Samad (kanan) selepas Majlis Penutup Himpunan Pertahanan Awam Malaysia kali ke-20 di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
PADANG BESAR – Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) akan mnggerakkan 11,800 pegawai dan anggota dalam tempoh tiga jam pertama berlaku banjir manakala manakala hampir 385,000 pegawai dan anggota lain bagi tugasan susulan. Perkara ini dinyatakan Ketua Pengarah JPAM Datuk Zaitun Ab Samad yang berkata 276 buah bot, 89 buah lori dan 130 buah kenderaan pacuan empat roda turut disediakan. Tahun ini sebanyak RM5 juta dibelanjakan bagi menyediakan segala keperluan menghadapi banjir selain pihaknya menerima 90 buah ambulans daripada kerajaan dan enam buah bot tambahan daripada penyumbang swasta, katanya kepada pemberita pada majlis penutupan Himpunan Pertahanan Awam Malaysia peringkat kebangsaan ke-20 dekat sini hari ini. JPAM kini mempunyai 814,900 orang anggota termasuk 86,265 anggota baharu. Zaitun juga berkata JPAM mahu memberi latihan bantuan kecemasan kepada sekurang-kurangnya 100,000 orang awam setahun. – BERNAMA

Peniaga Manipulasi GST Raih Untung Boleh Didenda, Dipenjara
IPOH: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek melihat produk tempatan yang dijual selepas merasmikan Pasaraya Groom Big (GBIG) COOP Koperasi Usahawan Wilayah Utara Perak Berhad di sini hari ini. - Foto BERNAMA
IPOH – Para peniaga sama ada individu atau syarikat boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM500,000 dan dipenjara selama tiga tahun jika didapati bersalah memanipulasi Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada bahan iklan dan promosi jualan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata pihaknya telah mula mengambil tindakan di beberapa tempat seperti di Nilai, Negeri Sembilan. “Kementerian boleh bertindak turunkan bahan iklan dan promosi ini serta-merta jika ia mengandungi perkara yang mengelirukan pengguna, walaupun ia telah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan, KPDNKK ada hak bertindak sedemikian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasaraya Groom Big Coop Koperasi Usahawan Wilayah Utara Perak Berhad di Meru di sini, hari ini. Beliau berkata rakyat tidak boleh ditipu dengan mudah kerana kerajaan sentiasa prihatin dengan bertindak terhadap aktiviti penyelewengan, manipulasi CBP dan penyampaian maklumat yang tidak benar kerana mahu meraih keuntungan secara salah. Pengguna diminta menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6800 untuk sebarang aduan, dan pihaknya akan menyiasat serta bertindak tegas, katanya. “Saya nak mengingkatkan semula kepada peniaga supaya jangan tamak, hanya memikirkan keuntungan semata-mata, kita perlu wujudkan suasana menang-menang, peniaga ada untung, pengguna dapat membeli dengan harga berpatutan dan suasana harmoni,” katanya. Mengenai tragedi banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands serta operasi menahan pendatang asing tanpa izin di kawasan tanah tinggi itu, yang boleh menjejas bekalan sayur-sayuran, Hasan berkata pihaknya telah berunding dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengenai perkara itu. “Kita bersedia mengimport bekalan sayur-sayuran jika keadaan itu menjejaskan keperluan pengguna, namun bidang pengeluaran ini adalah di bawah kementerian pertanian. Kita menjaga pengguna, jika tiada pilihan kita akan import,” katanya. Mengenai perkembangan koperasi, beliau mahu sektor itu yang kini mempunyai lapan juta anggota dengan 11,450 buah koperasi mengambil peluang perniagaan atas hubungan baik Malaysia dengan negara luar seperti China dan Emiriyah Arab Bersatu. “Malaysia ada hubungan rapat dengan China, kita perlu mengambil kesempatan ini, koperasi perlu fikirkan bagaimana mereka boleh menyumbang ke arah pertumbuhan negara, hubungan dengan China begitu luas, jangan fikirkan pasaran tempatan sahaja,” katanya. Koperasi Groom Big adalah inisiatif Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan SIRIM Berhad yang bermula pada 2005 bertujuan melahirkan usahawan perusahaan kecil dan sederhana Bumiputera berdaya saing di peringkat domestik dan global. Ketiga-tiga pihak itu membantu koperasi itu membangunkan dan meningkatkan kualiti produk yang dikenal pasti untuk dibangunkan dari aspek jenama, reka bentuk, label, pembungkusan, bahan promosi dan sebagainya. – BERNAMA

Jualan Ford Meningkat 2% Kepada 1,209 Unit Pada Oktober
KUALA LUMPUR – Jualan Ford pada Oktober meningkat dua peratus berbanding bulan sebelum ini kepada 1,209 unit, didorong oleh sambutan berterusan untuk model-model Ranger, EcoSport, Kuga dan Fiesta.
Pengarah Urusan Pasaran Pesat Membangun Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Co, David Westerman, berkata jualan tahun ini setakat ini meningkat 28 peratus kepada 11,426 unit dan meletakkan syarikat itu ke arah mencatat jualan tertingginya di Malaysia.
“Kami sangat gembira untuk meneruskan rancangan pertumbuhan di Malaysia, dengan setiap model Ford antarabangsa yang kami perkenalkan memberi pelanggan lebih banyak pilihan,” katanya.
Ford juga meneruskan perkembangannya di bilik pameran Malaysia pada Oktober dengan pengenalan Fiesta GT baharu dengan enjin 1.6L EcoBoost, katanya.
“Fiesta ST yang tiba lewat bulan ini, akan menambahkan lagi lonjakan prestasi tinggi dan dinamik kepada barisan model-model Ford di Malaysia,” katanya. – BERNAMA
TOP
Wanita Beijing Lebih Cepat Tua Daripada Desa
BEIJING – Kajian terbaharu P&G, firma produk penjagaan kesihatan diri antarabangsa berpusat di Amerika Syarikat baru-baru ini mendapati wanita yang menetap di Beijing lebih cepat kelihatan berwajah tua berbanding rakan sebaya mereka tinggal di kawasan desa.
Penemuan yang memang dijangka itu melibatkan responden seramai 200 orang wanita China berusia dari 30 hingga 45 tahun yang dikenal pasti memiliki gaya hidup lebih kurang sama dengan membuat perbandingan berdasarkan kepada kualiti permukaan kulit mereka.
“Ternyata pencemaran teruk di Beijing bukan sahaja mengakibatkan masalah radang, bahkan merosakkan kolagen, bahan yang berfungsi melindungi ketegangan kulit daripada kedut,” kata ketua penyelidik tempatan, Prof. Wi Lu dari Hospital Tentera Udara China. Pakar kaji kulit ternama itu mendakwa, pencemaran udara di ibu negara China tersebut yang dikesan mengandungi kira-kira 224 bahan kimia ‘berjaya’ menyebabkan wanita Beijing tampak lebih tua 10 tahun berbanding wanita seusia mereka menetap di luar bandar. Seorang lagi pakar dermatologi, Stephanie Williams berkata, pesakit beliau yang sihat dan bertubuh langsing juga didapati lebih tua daripada usia sebenar malah kain kasa berwarna putih yang dibekalkan untuk membersihkan wajah juga bertukar hitam. – Agensi

UMNO Terima 755 Usul Untuk Perhimpunan Agung November Ini
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Ibu Pejabat UMNO telah menerima sebanyak 755 usul daripada 191 Bahagian UMNO seluruh negara menjelang Perhimpunan Agung parti itu yang dijadual berlangsung bermula 25 hingga 29 November ini. Pengerusi Jawatankuasa Usul Majlis Kerja Tertinggi UMNO; Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, daripada 755 usul itu, sebanyak 638 usul untuk rujukan dan 117 usul tanpa bahas di mana tiada satu usul yang ditolak pada kali ini, menurut laporan UMNO Online. “Sebanyak 638 usul untuk rujukan tersebut melibatkan 81 usul pindaan perlembagaan, 87 usul politik, 67 usul ekonomi, 74 usul agama, 170 usul sosial, 121 usul pendidikan dan 38 usul yang lain-lain. BACA – UMNO Perak Tumpu Isu Akta Hasutan Pada Perhimpunan Agung “Saya menjangkakan topik yang akan mendominasikan perhimpunan kali ini adalah dari usul yang melibatkan pendidikan berhubung sekolah satu aliran dan sekolah vernakular. “Selain itu usul berhubung media sosial, kos sara hidup,dan sudah tentu termasuklah usul berhubung akta hasutan,” katanya dalam satu sidang media di Menara Dato Onn di ibu negara, hari ini. Tambah beliau yang juga Naib Presiden UMNO, jawatankuasa usul kali ini juga memperkenalkan beberapa pendekatan baru antaranya menubuhkan pasukan ‘task force’ yang berperanan menyemak semua usul yang dikemukakan oleh bahagian UMNO di seluruh negara. “Pasukan khas ini yang diketuai oleh Datuk Rosnah Abd Rashid Shirleen ini berperanan untuk memantau, membuat susulan dan melaporakan semula perkembangan serta kemjuan yang dicapai kepada bahagian-bahagian UMNO yang mengemukakan usul tersebut. “Di samping itu, pasukan ini juga bertanggungjawab untuk memberikan laporan kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO berhubung usul-usul tersebut untuk tindakan selanjutnya,” jelas beliau. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pengerusi badan perhubungan UMNO negeri yang telah memberikan kerjasama yang baik serta menyediakan senarai jurucakap lebih awal sebagai persediaan untuk perhimpunan agung kali ini. “Perkara ini penting untuk kita memastikan persiapan rapi dapat dibuat di peringkat negeri masing-masing berhubung pemilihan jurucakap. Ini merupakan tindakan proaktif di mana jurucakap yang terpilih akan diberikan kesempatan untuk terlibat di peringkat awal penggubalan usul. “Ini tidak bermaksud kita mahu mengongkong kebebasan jurucakap ketika menyampaikan hujah, tetapi kita mahu setiap pembahas yang akan menyampaikan usul-usul daripada peringkat akar umbi itu membahaskan usul-usul tersebut dengan baik dan bukan sekadar tangkap muat sahaja,” ujarnya. Hishammuddin juga dijadualkan untuk merasmikan satu Persidangan Meja Bulat yang akan melibatkan pihak NGO, golongan profesional, generasi muda dan lain-lain. Persidangan Meja Bulat ini dijadikan sebagai satu platfom untuk mengupas dan membincangkan secara terperinci berhubung usul-usul yang diterima daripada 191 bahagian itu. – UMNO Online

Ikan Sardin Bukan Lagi Lauk Orang Miskin
KUALA LUMPUR – “Kalau susah-susah masak saja ikan sardin”.
Ramai yang mungkin tidak asing dengan ungkapan ini apatah lagi untuk orang bujang atau mereka yang kesuntukan masa untuk memasak. Malah ada juga yang menyimpan stok ikan sardin tin ini untuk tujuan ‘kecemasan’, manalah tahu ada tetamu datang tanpa dirancang. Memasak ikan sardin ini sama ada yang di dalam tin atau segar sememangnya mudah. Tidak memerlukan banyak bahan. Sama ada dijadikan sambal, dimasak kari atau digoreng bersama bawang dan halia, hidangan ini sudah cukup untuk mengalas perut yang lapar. Ada juga yang menjadikan ikan sardin ini sebagai inti sandwic atau karipap. Rakan Facebook (FB), Rosie Hashim memberitahu penulis, untuk menjadikan masakan sardin lebih sedap beliau akan menambah air asam jawa dan hirisan cili merah. “Masak lemak pun sedap”, tambahnya.
KENANGAN SILAM
Penulis sendiri berasa nostalgik dengan ikan sardin, ikan yang sering dikaitkan dengan rakyat marhaen. Membesar dalam keluarga yang ramai dengan gaji ayah yang tidak seberapa, ikan sardin adalah sajian lumrah buat kami adik-beradik. Untuk menjadikannya banyak, emak akan menambah ubi kentang. Cukuplah makanan pada hari itu. Ikan sardin segar pun pada masa itu harganya mungkin kira-kira RM1.00 sekati (kira-kira 600 gram) dan itu pun boleh berkongsi dengan kucing! Itu kisah puluhan tahun dulu. Sekarang kalau disebut ikan sardin, ia lebih disebut ‘macam ikan sardin’, membayangkan keadaan bas atau tren yang sesak dan padat dengan penumpang. Anak zaman sekarang pun mungkin lebih mengenali ikan tuna daripada ikan sardin.
SEMAHAL AYAM
Hari ini, kalau nak makan ikan sardin tin mungkin lebih elok beli ayam! Baru-baru ini penulis membeli setin ikan sardin berjenama. Tin leper yang paling besar dan bila terima resit belian, harganya RM9.30. Balik rumah, buka tin, ada tiga tongkol sahaja. Congak di kepala tidak memerlukan kalkulator, setongkol RM3.10. Bukankah mahalnya? Di sebuah pasar raya lain, harga sardin tin yang sama RM9.99! Teringat minggu sebelumnya beli ayam, sederhana saiz, harganya kira-kira RM10.00 sahaja. Nampaknya, ikan sardin bukan lagi semurah semasa saya kecil dahulu!
MENITIS AIR MATA
Rakan FB, Eta MT memberitahu penulis air matanya masih boleh menitis apabila mengimbau kenangan makan ikan sardin semasa belajar di menara gading. “Ikan sardin antara memori tak akan dapat saya lupakan semasa belajar dengan rakan seperjuangan”, katanya. Menurut Eta, yang berasal dari Batu Gajah, Perak, beliau dan lima rakan sebiliknya memasak ikan sardin dalam periuk nasi elektrik dan periuk itu juga digunakan untuk memasak nasi. “Kami hanya tambah bawang dan cili. Makan dengan nasi panas-panas. Biasanya kami masak sardin bila kewangan semakin menyusut. “Kami akan kutip duit, yang ada banyak bagi banyak. Dapat beli ikan sardin pun dah syukur. Ada duit lebih kami beli telur. Adalah menu tambahan, telur dadar. “Kami makan berjemaah dan menu sardin menu istimewa kami, Sedap, masyaAllah”, kata Eta dan menambah kata bahawa harga setin pada tahun 1997 ialah sekitar RM2.50, yang mengandungi dua tongkol ikan sardin.
NAIK HARGA
Ikan sardin segar yang pada satu ketika dulu dibeli hanya untuk habuan kucing pun tidak kurang mahalnya. Harga yang pernah penulis beli sedikit masa dulu di pasar tani adalah antara RM7.00 hingga RM9.00 sekilo. Walau apapun, ikan sardin atau nama lainnya ‘pilchard’ yang ada kaitannya dengan ikan herring (menurut carian di internet) kaya dengan pelbagai vitamin dan galian. Istilah sardin dipercayai digunakan orang Inggeris pada awal kurun ke-15 dan mungkin berasal daripada nama pulau Sardinia di Mediterranen yang dikatakan kaya dengan ikan sardin pada suatu ketika dahulu. Ikan ini juga dikatakan hidangan popular di merata dunia termasuk Kanada, Perancis, Itali, Maghribi, India dan Jepun. Mungkin ini agaknya yang menyebabkan ikan yang pada satu ketika dikaitkan dengan rakyat marhaen ini semakin mahal harganya. Meskipun mahal, bagi yang menggemari ikan sardin dalam bentuk apa juga masakan mungkin akan menutup sebelah mata. Ikan sardin tetap jadi pilihan. Dulu, kini dan selamanya! – BERNAMA

Pengusaha Gerai Ditemui Mati Akibat Bunuh Diri
Keadaan kereta mangsa yang dipercayai membunuh diri di Taman Bukit Mutiara dekat Seremban petang semalam. - Foto Harian Metro
Seorang lelaki yang mengusahakan gerai makanan di Seremban, Negeri Sembilan ditemui mati dipercayai akibat membunuh diri di dalam sebuah kereta di Taman Bukit Mutiara, Seremban pukul 6 petang semalam. Lelaki berusia 31 tahun itu, menurut laporan Harian Metro Online menetap di Sri Pulau 3, Temiang. Laporan itu memetik sumber yang berkata dua kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) yang berada di situ memeriksa pencawang TM yang menemui lelaki berkenaan. Mereka pada mulanya, berasa pelik apabila mendapati sebuah kereta diparkir di tepi pagar kawasan itu yang selalunya agak sunyi. “Mereka kemudian memeriksa kereta jenis Honda CRV dan mendapati terdapat seorang lelaki di tempat duduk pemandu. “Mangsa didapati tidak memberikan sebarang tindak balas sebelum mereka menghubungi pihak polis,” katanya. Tidak lama selepas itu, lapan orang anggota bomba dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban tiba di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.58 petang. Pegawai Operasi Pegawai Bomba Kanan II Jefry Mohd Uzus berkata, mereka melakukan pemeriksaan sebaik tiba dan menemui seorang lelaki yang sudah meninggal dunia di dalam kereta terbabit. Menurut beliau, lelaki itu dipercayai membunuh diri dengan menyalurkan asap yang mengandungi gas karbon monoksida dari ekzos kereta ke dalam ruang pemandu. “Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat terhidup asap berkenaan. Pihak kami menyerahkan kes untuk siasatan lanjut oleh pihak polis,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Wanita Bertanyakan Syurga Sebelum Maut Kemalangan Bas
Malang tidak berbau, seorang wanita maut selepas bas ekspres yang dinaikinya bersama 27 penumpang lain terbabit dalam kemalangan di Kilometer 246.9 Lebuhraya Utara-Selatan, semalam.
Lebih memilukan mangsa, Zaiton Mohd Shariff, 59 dikatakan ketika dalam perjalanan pulang bercuti dari Pulau Langkawi.
Malah, seorang anaknya hiba mengenangkan perbualan adiknya bersama emaknya yang mempersoalkan sama ada beliau layak untuk masuk ke syurga nanti.
“Emak ada bertanya kepada adik (anak kedua) sebelum ini sama ada dia boleh masuk syurga atau tidak selepas mati nanti. Kami tidak mengesyaki apa-apa, namun rupa-rupanya pertanyaannya itu menjadi petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selamanya,” kata anak sulung mangsa, Suraya Sulaiman, 40.
Menurut Suraya, emaknya sangat rapat dengan anak-anak dan tidak menunjukkan sebarang tanda pelik sebelum pergi bercuti kecuali pertanyaannya sama ada boleh masuk syurga apabila mati nanti kepada adik.
“Ketika ingin pergi ke Langkawi, dia sangat gembira dan tidak sabar pergi bercuti di sana bersama beberapa orang saudara kami dan langsung tidak menunjukkan petanda pelik,” jelas Suraya lagi.
Bagaimana pun, jenazah mangsa akan dibawa ke Kampung Pulau Besar, Rembau, Negeri Sembilan untuk dikebumikan.
Kejadian yang berlaku pada jam 2 pagi itu , Zaiton maut di tempat kejadian manakala dua lagi penumpang iaitu Mohd Sukairi Wan Mustapha, 39, dan Mohamad Taufiq Osman, 23, parah.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, siasatan awal mendapati bas dalam perjalanan dari Perlis ke Putrajaya itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang besi di tepi lebuh raya.
Katanya, bas berkenaan yang gagal dikawal kemudiannya melanggar belakang treler terbabit menyebabkan bahagian hadapannya remuk teruk manakala mangsa yang berada di kerusi depan dipercayai tercampak ke bahagian depan bas. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Mayat Ada Tattoo Ditemui Di Perairan Pulau Perhentian
BESUT – Dalam usaha pihak berkuasa mencari kehilangan seorang nelayan Ali Majid, 59, di sekitar perairan Pulau Perhentian Kecil yang masuk hari kelima hari ini, orang ramai dikejutkan dengan penemuan satu mayat lelaki bertatu di badan petang semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata mayat lelaki yang ditemui para nelayan kira-kira pukul 2 petang itu terapung-apung di laut, 10 batu nautika dari Pulau Perhentian Kecil. “Kita percaya mayat berkenaan yang hampir busuk dan beberapa bahagian badannya telah hancur merupakan warga asing berdasarkan corak tatu bertulisan yang banyak terdapat di badan mangsa. “Mayat itu kemudiannya kita bawa ke jeti Kuala Besut sebelum dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat pukul 4.30 petang tadi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. Sementara itu operasi mencari nelayan yang hilang dari Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut di sini diteruskan yang masuk hari kelima. Petang Khamis lepas, bot kepunyaan Ali Majid telah ditemui orang awam di tengah laut kira-kira dua batu nautika dari Pulau Perhentian Kecil tanpa sesiapa di dalamnya. Susulan itu, satu laporan telah dibuat oleh orang awam di Pondok Polis Pulau Perhentian sebelum satu operasi mencari membabitkan pelbagai pihak termasuk Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis dilancarkan sehingga hari ini. – BERNAMA- mstar online

Wanita Alami Pembesaran Payudara Selamat Dibedah
TEXAS – Seorang wanita yang mengalami pembesaran payu dara secara tidak normal dengan berat setiap payudaranya mencecah 6.8 kilogram, akhirnya selamat menjalani pembedahan bagi membuang tisu lebihan payu dara terbabit, sekali gus menjadikan dia kelihatan normal.
Akibat pembesaran payudara tersebut, Kerisha Mark, 39, telah mengalami masalah kesihatan termasuk sakit dada, migraine serta sakit belakang.
Keadaan yang dialami oleh Mark itu dikenalpasti sebagai `gigantomastia’ iaitu apabila payudara membesar dengan berat melebihi tiga peratus daripada berat badan seseorang .
Kini selepas menjalani pembedahan yang dijalankan oleh pakar bedah plastik, Dr Franklin Rose, Mark boleh memakai coli saiz D berbanding saiz 36 NNN sebelum ini.
“Akibat payu dara saya membesar, saya tidak boleh berlari atau bermain permainan sukan. Pergerakan saya juga terjejas,” katanya.
Dalam pada itu, Dr. Franklin berkata, ini kali pertama dia melihat keadaan seperti itu sejak dia menjadi doktor selama 35 tahun.
“Payu daranya amat besar hinggakan ia mencecah ke bahagian pinggang dan ia umpama membawa tiga bola tampar, disebabkan saiznya yang begitu besar.
“Saya terpaksa meminta bantuan rakan sekerja dalam pembedahan selama empat jam ini,” katanya.
TOP
Kecoh Jokowi Cakap Inggeris Pelat Jawa Di APEC 2014
JAKARTA – Buat julung kalinya, presiden baharu Indonesia mencipta sejarah tersendiri pada sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Beijing, China bukan kerana jadi pemimpin asing pertama ditemui Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama semalam.
Sebaliknya beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Jokowi melakar rekod baharu sebagai presiden Indonesia pertama berucap dalam bahasa Inggeris masa sesi pembentangan solo pemimpin APEC 2014 bersama 1,500 ketua pegawai eksekutif dari serata dunia semalam. Dalam ucapan selama 13 minit, Jokowi menerangkan pelbagai rancangan pembangunan di Indonesia yang bakal dilaksanakan dan pada akhir pidato tersebut, beliau dengan yakin mengajak semua 21 buah negara Asia Pasifik datang menanam modal di republik itu. Namun, ucapan Jokowi itu menerima pebagai reaksi bercampur-baur di Indonesia kerana selain ada memuji beliau yang mampu bertutur fasih bahasa Inggeris, tidak kurang juga kagum dengan jati diri kental presiden itu berucap tetapi masih kekal pelat Jawa pekat. “Perbendaharaan Inggeris beliau meskipun sederhana namun baik tanpa catatan nota malah presiden guna sendiri pointer (penunjuk arah laser) dan mampu kendali Power Point masa pembentangan,” kata Presiden East-West Center Indonesia, Charles Morrison. Dalam pada itu, ada juga mengkritik penggunaan bahasa asing oleh Jokowi kerana ia jelas menyalahi perlembagaan Indonesia yang termaktub menerusi Undang-undang Fasal 28 Tahun 2009 berkaitan hal ehwal bendera, bahasa, lambang negara dan lagu kebangsaan. “Presiden wajib guna bahasa Indonesia ketika berucap di luar negara. Bukan kerana tidak tahu atau tidak mahu bahasa Inggeris, tetapi ini jadi contoh kepada rakyat,” kata Dekan Undang-undang Antarabangsa, Universiti Indonesia, Hikmahanto Juwana. – Agensi
Presiden Indonesia, Joko Widodo menjadi pemimpin asing pertama ditemui Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sempena sidang APEC 2014 di Beijing, China semalam.

Kereta Sport Bising AS Diharam Jejak Korea Selatan
SEOUL – Anggun, canggih, berkuasa. Tetapi apalah guna apabila enjin berbunyi bising dan padahnya, kereta sport mewah jenama terkenal Chevrolet model C7 Corvette Stingray diharamkan daripada diimport apatah lagi menjejakkan rodanya di bumi Korea Selatan.
Negara ginseng dan kimchi itu dilaporkan terpaksa berbuat demikian setelah kenderaan buatan Amerika Syarikat itu tidak lulus tahap ujian bising standard Korea Selatan hanya kerana deruman jentera LT1, V8, 450 TK disahkan terlalu tinggi kadar kebingitannya. Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Chevrolet Korea Selatan, Sergio Rocha ketika ditanya wartawan pada acara uji pandu khas untuk pengamal media tempatan mengemudi kereta model Aveo, Cruze dan Trax yang dibenarkan memasuki pasaran negara tersebut. “Pelancaran generasi ketujuh Corvette terpaksa ditunda disebabkan peraturan ketat pihak berkuasa alam sekitar Korea Selatan dan saya berharap model ini dapat diimport dalam masa terdekat setelah jurutera Chevrolet menurunkan kadar kebisingan itu,” kata Rocha. Pasaran kereta sport di negara yang majoriti rakyatnya amat patriotik dengan kenderaan jenama tempatan seperti Hyundai dan Kia itu sebenarnya masih kecil malah setakat ini cuma ada 12 unit Corvette generasi pertama sehingga keenam di Korea Selatan. – Agensi
Rakyat Korea Selatan masih berbangga dengan kenderaan jenama tempatan berbanding model import. – Gambar hiasan

Annuar Musa Sindir Pemain Harimau Malaya!
KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyindir pasukan Harimau Malaya yang akan menyertai kejohanan Piala AFF di Singapura bermula esok.
Beliau menyindir pasukan negara patut menunjukkan kualiti yang tinggi dalam kejohanan itu kerana rata-rata Harimau Malaya dibarisi pemain bintang tempatan yang bergaji mahal.
Malah, katanya, `Suzuki Cup’ adalah kejuaraan antarabangsa yang paling rendah kerana Malaysia cuma bersaing di peringkat ASEAN sahaja dalam kejuaraan itu.
“Malaysia mempunyai harapan cerah untuk menang peringkat kumpulan kerana ia berlangsung di Singapura dan Harimau Malaya dalam satu kumpulan dengan Thailand dan Singapura yang rankingnya lebih rendah daripada Malaysia.
“Malaysia juga akan turun dengan pemain bintang bergaji RM40,000 hingga RM50,000 dan ke atas. Jauh lebih tinggi daripada gaji pemain ASEAN yang lain. Nah!. Inilah masanya pemain menunjukkan kualiti dan status mereka.. tetapi kalau gagal pun usah terlalu terkejut ya!,” sindirnya dalam satu kenyataan hari ini.
Pengendali Harimau Malaya, Dollah Salleh hari ini melahirkan rasa cemas terhadap tahap kecergasan dan mood para pemain yang didakwa tidak berada pada tahap terbaik gara-gara persaingan Piala Malaysia 2014 yang baru berakhir.
Walaupun hanya melibatkan para pemain dari pasukan yang beraksi di saingan akhir dan separuh akhir, namun Dollah mengakui perkembangan itu serba sedikit meresahkan dalam usaha membentuk kesebelasan terbaik menentang lawan yang berada di ranking 151 dunia itu di Stadium Shah Alam, malam esok.
Bagi meredakan faktor keletihan fizikal dan mental para pemain, Dollah telah memberikan rehat selama sehari
sebaik tiba ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru, semalam untuk memastikan mereka dapat mengumpul kembali tenaga sebelum turun menjalani latihan terakhir pada hari ini sebagai persiapan menghadapi Syria.
Pasukan Harimau Malaya menjalani latihan di fasiliti milik Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dalam misi merebut Piala AFF memandangkan kemudahan bola sepak yang terdapat di negeri itu antara yang terbaik di peringkat Asia.
Pemain kebangsaan turut berpeluang menjalani latihan di atas padang rumput tiruan di Johor memandangkan Stadium Singapura menggunakan rumput seperti itu.
TOP
Ibu Angkat ‘Empat Budak Yang Merayau’ Jelas Cerita Sebenar
Mesti anda ada terbaca kisah empat kanak yang ditemui merayau-rayau di Sibu hingga mencetus kemarahan orang ramai hingga menjadi viral di laman sosial gara-gara didakwa dihalau oleh ibu bapa angkat mereka dan hanya membekalkan RM70 untuk kanak-kanak tersebut meneruskan hidup.
Insiden yang berlaku Sabtu lalu ini akhirnya terungkai apabila ibu angkat kanak-kanak tersebut membuat laporan polis Ahad lalu berkenaan empat anak angkatnya berusia dua hingga tujuh tahun tiada di rumah.
Makanya, tiadalah isu yang kononnya keluarga angkat tersebut tidak berkeperimanusian seperti yang didakwa oleh masyarakat yang begitu mudah mempercayai tanpa mengetahui hal yang sebenar.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kodri berkata, ibu angkat mangsa berusia 32 tahun yang tinggal di Taman Kristal, di sini, membuat laporan polis Ahad lalu memaklumkan empat anak angkatnya berusia dua hingga tujuh tahun tiada di rumah. Menurut laporan ibu angkat tersebut, ketika kejadian itu, wanita tersebut keluar sementara anak-anak angkatnya ditinggalkan di rumah, namun sebaik pulang beliau mendapati mereka tiada di rumah dengan mangga kunci jeriji telah dipecahkan. Bagaimanapun, wanita itu memaklumkan, ketika dia keluar, kesemua anak angkatnya ditinggalkan di rumah dengan jeriji dikunci dengan mangga. Bagaimanapun, pelik juga mendengar laporan wanita tersebut kerana dia dengan mudah meninggalkan mereka tanpa penjaga, meskipun semua keperluan makanan disediakan seperti yang didakwa wanita tersebut. Ibu angkat tersebut turut memberitahu pihak polis yang tiga kanak-kanak berusia dua, enam dan tujuh tahun itu diambil sebagai anak angkat daripada saudaranya pada awal tahun lalu, manakala seorang lagi yang berusia tujuh tahun diambil sejak lahir. Pendapat anda, siapakah yang memecahkan mangga kunci jeriji tersebut? Dan mengapa agaknya orang tersebut bertindak demikian yer? Seperti ada yang masih misteri! – MYNEWSHUB.CC

Pemuda PAS Yakin Chong Wei Tak Salah!
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan menggesa pihak bertanggungjawab segera membersihkan nama jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei daripada tuduhan menggunakan bahan terlarang jenis ‘dexamethasone’.
Setiausaha Kerjanya, Zulkarnain Borhan berkata, DPP Wilayah Persekutuan akan tetap berdiri teguh di belakang Chong Wei dan menyokong segala usaha beliau demi memastikan namanya dibersihkan daripada tuduhan tersebut.
“DPP Wilayah Persekutuan mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati di atas musibah yang telah menimpa jaguh badminton negara yang disahkan positif dalam ujian antidoping kerana menggunakan bahan yang terlarang jenis ‘dexamethasone’.
“Bagi kami Chong Wei sentiasa dan akan terus menjadi wira dan ikon tanah air dalam bidang sukan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Zulkarnain berkata, insiden menimpa Chong Wei itu merupakan satu malapetaka kepada negara maka pihak yang bertanggungjawab seperti Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyiasat kejadian itu.
Menurutnya, Chong Wei telah beraksi di dalam dan luar negara lebih seratus kali sepanjang karier beliau tetapi tiada sebarang masalah dalam ujian doping ke atas beliau.
Justeru, beliau meminta semua tidak hanya menunding jari sebaliknya sama-sama menyiasat dan mencari punca di atas insiden mengaibkan itu.
“DPP Wilayah Persekutuan yakin insiden ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada altet negara yang lain yang sememangnya jujur dalam memartabatkan dan mengharumkan nama negara,” katanya.
TOP
Bekas Pengurus Pemasaran Hadapi 10 Tuduhan Buat Tuntutan Palsu
SHAH ALAM: Bekas Pengurus Pemasaran dan Saluran SME Telekom Malaysia (TM), Noorazlina Shamsudin, 41, keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 10 tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM822,398.51 bagi kerja-kerja pemasangan kabel Unifi di beberapa lokasi yang belum dilaksanakan. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM – Seorang bekas pengurus pemasaran dan saluran SME Telekom Malaysia (TM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 10 pertuduhan membuat tuntutan palsu lebih RM822,390. Noorazlina Shamsuddin, 41, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Noradidah Ahmad. Wanita itu didakwa membuat tuntutan palsu melalui pesanan penghantaran dan invois milik dua syarikat kontraktor iaitu Core Entity Sdn Bhd dan Excellent Spring Sdn Bhd bagi kerja pemasangan kabel UniFi di beberapa lokasi yang belum dilaksanakan. Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan di Pejabat TM MSC, TM Cyberjaya Complex, Cyberjaya dekat sini, antara 17 April 2012 hingga 2 Jan 2013. Noorazlina didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Mohammad Heikal Ismail mencadangkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 bagi kesemua kesalahan selain pasportnya diserah kepada mahkamah. Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan dia tidak mempunyai sumber pendapatan kerana tidak bekerja. Wanita itu juga berkata dia hanya membawa RM5,000 yang dipinjam daripada orang lain dan memberi jaminan tidak akan melarikan diri. Hakim Noradidah menetapkan jaminan RM30,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin. Mahkamah turut menetapkan 10 Dis ini untuk sebutan semula kes, selain memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai. – BERNAMA

Amboi…Menara Eiffel Pun Wujud Di Negara China Tau!!
Kota Paris sentiasa menjadi destinasi idaman. Tambahan pula, kota itu mengungguli carta kota paling romantis sekaligus menjadi destinasi perlancongan paling terkenal dunia.
Pastinya bila menyebut nama kota Paris ini terbayang-bayang di mata Menara Eiffel yang cukup gah hingga diiktiraf sebagai 7 keajaiban dunia.
Namun dalam kepopularitian kota yang cukup sinonim dengan Menara Eiffel ini, ada pula pihak-pihak yang mahu meniru struktur Menara Eiffel.
Hah, mana lagi kalau bukan di negara China. Negara tersebut memang cukup terkenal dengan konsepnya barangan tiruannya. Pendek kata, semua barang hendak ditiru!
Mesti anda tidak percaya kan?….hah anda tengoklah sendiri kota di tanah China yang konon-kononnya di Paris ini….
Untuk makluman anda tempat ini sudah dibina sejak tahun 2007 lagi dan syarikat yang bertanggungjawab dalam pembinaan bandar ini ialah Zhejiang Guangsha Co. Ltd. Memang menarik bukan? Sebuah bandar replika berjaya terhasil daripada adaptasi bandar Paris dan Menara Eiffel yang terletak di Tianducheng, Wilayah Zhejiang. Tapi sayangnya, projek ini dikatakan tidak berjaya seperti yang diharapkan kerana kota replika ini kurang mendapat sambutan hinggakan ianya kelihatan sunyi.
Sekali imbas memang sebijik dengan kota Paris. Sampaikan semua dekorasi di Paris menjadi inspirasi untuk membina kawasan ini seperti reka bentuk kolamnya, taman-taman dan bangunan yang dibina. Bezanya, Menara Eifel mempunyai saiz yang lebih besar iaitu tiga kali ganda daripada saiz ini. Manakala, replika Menara Eifel di China ini hanya lah berketinggian 108 meter (354 kaki).
Meskipun bandar ini sunyi dan kurang penghuni, tetapi sering menjadi pilihan bakal pengantin untuk datang menjalani sesi photoshoot di ‘bandar romantis timur’ ini. Jadi bagi anda yang bakal menjejakkan kaki ke ke negara China bolehla singgah ke kota replika ala-ala Paris ini yer! – MYNEWSHUB.CC

Pesawat AirAsia Dilencong Ke Langkawi Kerana Cuaca
Akibat faktor cuaca buruk, pesawat Air Asia AK6012, dari Kuala Lumpur menuju Alor Setar terpaksa membuat lencongan dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL).
Penerbangan tersebut dijangka mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) pada pukul pukul 8.10 pagi. Namun, berikutan faktor cuaca tidak mengizinkan, pesawat itu diterbangkan ke LTAL dan mendarat kira-kira jam 8.25 pagi.
Menurut laporan, pesawat itu kemudiannya diterbangkan semula ke Alor Setar setelah mengisi minyak, dan tiba di LTSAH pada jam 9.40 pagi.
Pengurus LTAL, Abdul Halim Othman mengesahkan kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Visual Putin Sarungkan Jaket Ke Isteri Xi Jinping Jadi Viral
Presiden Russia Vladimir Putin (kanan sekali) dilihat menyarungkan jaketnya kepada Peng Liyuan, isteri Presiden China Xi Jinping dalam satu majlis sempena Sidang Kemuncak APEC di Beijing semalam. Visual itu menjadi viral di China
Visual Presiden Russia Vladimir Putin meletakkan memakaikan jaket kepada isteri Presiden China Xi Jinping telah mencetuskan ketegangan dalam media sosial di China sehingga memaksa kerajaan China mengeluarkan maklumat berkaitan kejadian itu dari internet. Ketika ini, seramai 21 pemimpin dunia Asia-Pasifik sedang berkumpul di Beijing China untuk menghadiri Sidang Kemuncak Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang dijadual berlangsung sehingga hari ini. Semalam, dalam satu majlis berkaitan APEC di perkarangan bangunan ikon sempena Sukan Olimpik, Beijing 2008 Water Cube, kerusi Putin disusun untuk duduk di sebelah isteri Xi, Peng Liyuan yang duduk di sebelah suaminya.
Insiden berlaku apabila Xi sedang berbual dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama di sebelah kanannya tidak menyedari ketika itu Putin menyarungkan jaketnya kepada Peng. Memetik laporan foreignpolicy.com, berkemungkinan Peng membuat dialog biasa seorang wanita yang kesejukan seperti “Terasa sejuk pula di sini” sehingga membuatkan Putin bangun dan menyarungkan jaket tebal berkenaan. Peng senyum, mengucapkan terima kasih dan kemudian mengantikan jaketnya dengan sehelai jaket diberikan pembantu di belakangnya. Kejadian itu dirakam keseluruhan oleh stesen televisyen China, CCTV dan pengulas difahamkan bercerita mengenai kejadian berkenaan. Beberapa agensi besar berita di China seperti Sina dan Phoenix Media segera memuatnaik insiden berkenaan yang kemudiannya menjadi viral dalam sekelip mata di laman sosial. Pengguna aplikasi Weibo, Twitter versi China turut memetik insiden itu dengan mengatakan “Putin memberikan Peng Liyuan jaket miliknya,”. Ketika itulah kerajaan China bertindak menapis insiden itu dan memadamnya semua dari laman sosial dalam masa hanya beberapa jam. Visual itu turut dipadamkan di laman web berita di China. Kerajaan China sebenarnya sentiasa mahu memperlihatkan imej yang baik di mata dunia khususnya ketika menjadi tuan rumah sidang kemuncak APEC. Selain itu, China juga mengawal media dan agensi berita mereka khususnya dalam melindungi reputasi pemimpin kerajaan dan nama-nama pemimpin tinggi China merupakan antara yang sering dilindungi maklumat atau bahan mengenai mereka dari dikeluarkan di internet. – MYNEWSHUB.CC

Dirogol Ke? Lelaki 19 Tahun Lapor Polis Dakwa Dipaksa Buat Seks
Salinan laporan polis lelaki berumur 19 tahun yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks oleh seorang wanita di Wangsa Maju.
Seorang lelaki berumur 19 tahun telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi mendakwa dia telah dirogol oleh seorang wanita di Wangsa Maju Jumaat lepas. Gambar salinan laporan polis itu telah tersebar di internet hari ini bagaimanapun terdapat unsur pelik di dalam laporan yang diberikan pengadu. Menurut pengadu, pada kira-kira pukul 10.30 malam, dia bersama rakannya sedang makan di sebuah restoran di Wangsa Maju sebelum dia didatangi seorang wanita dan meminta menghantarnya ke rumah. Dia mengatakan bahawa dia tidak mahu menghantar wanita itu tetapi terus dipaksa. “Kemudian, saya bersetuju hantarnya ke rumah di Wangsa Delima 3, Wangsa Maju dengan kereta. “Ketika sampai di hadapan rumahnya (ketika masih dalam kereta), wanita itu telah peluk dan cium saya, saya menolak tetapi dia tetap cium saya dengan ganas,” kata pengadu di dalam laporannya. Menurutnya lagi, wanita itu kemudian telah membuka seluarnya dan seluar pengadu lalu naik ke atas lelaki itu sebelum memasukkan kemaluan pengadu ke dalam kemaluannya. “10 minit kemudian dia terus keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumahnya,” kata pengadu. Tidak diketahu sejauh mana kesahihan laporan yang dibuat oleh pengadu yang mengatakan bahawa dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan ganas kerana jika benar dia enggan, pengadu boleh sahaja keluar dari kenderaan berkenaan. Pengadu dilihat mengenali wanita itu berdasarkan nama penuh yang diberikannya di dalam laporan polis.
Di laman Facebook, ada yang mengatakan di ruangan komen bahawa lelaki itu dikatakan membuat laporan polis dirogol untuk mengelakkan wanita berkenaan membuat dakwaan rogol ke atasnya sebagai melepaskan tanggungjawab. Daripada laporan polis, memang ada banyak lagi kejadian dalam insiden itu yang tidak diceritakan oleh pengadu. – MYNEWSHUB.CC

Siti Nurhaliza Dinobat Sebagai “Women Of Excellence Malaysia”
Kehebatan dan kerja keras artis yang bernama Siti Nurhaliza ini tidak perlu lagi dipersoal mana-mana pihak.
Terbukti apabila pencapaian beliau dalam populariti industri seninya yang sentiasa mampu merangkul beratus-ratus anugerah hinggakan namanya terukir di The Malaysia Book of Record.
Bukan sahaja kehebatan di bidang nyanyian, malah beliau turut dikenali antara ahli perniagaan wanita yang hebat di Malaysia.
Lihat sahaja kemampuannya hingga mampu mengungguli carta ‘Richest Artistes’ in Malaysia seperti yang didakwa Wikipedia.
Dikurniakan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang yang memberi gelaran Dato’ di awal namanya pastinya menjadi kenangan terindah Dato’ Siti Nurhaliza mengenang pahit gentir menjadi anak seni.
Terbaru, Dato’ Siti telah menerima anugerah penghormatan yang amat besar pada 2014 apabila dinobatkan sebagai “Women of Excellence Malaysia”, semalam.
Sememangnya bukan calang-calang yang bakal menerima penghormatan seperti penyanyi kesayangan kita ini. Tanpa perlu diragu, pastinya, beliau layak menerima anugerah tersebut.
Dato’ Siti Nurhaliza juga turut memanjat kesyukuran atas pengiktirafan tersebut dan berharap anugerah ini mampu menyunting semangat beliau untuk terus berbakti kepada masyarakat khususnya kaum wanita. Tahniah, Dato’ Siti Nurhaliza kami ucapakan! – MYNEWSHUB.CC

Fazura Luah Kecewa Kerana Diganggu Ketika Tidur
Siapa tak ‘angin’, bila tengah sedap tidur tiba-tiba dikejutkan seorang individu hanya untuk bergambar dengannya! Ya, luahan kecewa aktres Nur Fazura Sharifuddin memang berasas dan patut diberi perhatian oleh syarikat penerbangan.
Melalui muat naik status dalam laman sosial Facebooknya, beliau memaklumkan tentang satu kejadian yang mana dia dikejutkan oleh krew penerbangan ketika sedang tidur dalam satu penerbangan.
Tindakan kurang sopan itu berlaku kerana individu tersebut ingin mengabdikan kenangan dengan bergambar bersama bintang filem Kami Histeria itu.
Melalui ‘posting’ tersebut, rata-rata pengikut beliau bersetuju dengan luahan tersebut kerana tindakan yang individu itu seperti tidak menghormati Fazura sebagai salah seorang penumpang. Sementelah, Fazura membayar bagi menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut dan sebagai krew, individu tersebut sepatutnya peka dan sentiasa berpegang kepada etika. Alahai, situasi ini boleh disamakan dengan pepatah ‘ditelan mati mak, diluah mati bapa’. Yelah, kalau tidak dilayan pasti akan dikata sombong. Tapi para peminat harus tahu, selebriti juga manusia biasa yang perlukan sedikit privasi. – MYNEWSHUB.CC

No comments:
Post a Comment