TOP
Dua Suspek Disyaki Militan Ditahan Di Kampung Tanjung Batu
Gambar Hiasan
KOTA KINABALU: Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki dipercayai anggota kumpulan militan Sulu, di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu tahun lepas, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu, Rabu. Lans Koperal Mohd Hisyamuddin Ramlie, 29, yang bertugas dengan Batalion ke-17 PGA, berkata kedua-dua lelaki itu ditahan ketika PGA mengadakan operasi untuk memburu tujuh hingga lapan lelaki yang dilihat oleh seorang pemberi maklumat di kampung itu pada pagi 3 Mac tahun lepas. Dalam keterangannya pada perbicaraan 30 tertuduh yang berdepan pelbagai kesalahan berkaitan pencerobohan Lahad Datu pada Februari tahun lepas, saksi ke-53 itu berkata pasukannya yang disertai empat anggota, ternampak sekumpulan enam suspek disyaki militan. Beliau berkata ada antara suspek itu berpakaian celoreng manakala yang lainnya berpakaian orang awam. Mereka berjalan dalam satu barisan namun bersurai dan bertempiaran lari ke arah kawasan semak setelah beliau melepaskan tembakan amaran. "Saya ternampak lalang tinggi paras lutut (di kawasan semak-samun tempat enam lelaki itu berlari masuk) dan lalang yang rebah dipercayai dilalui orang. Lalu, saya mengambil keputusan untuk memeriksa lalang yang rebah itu. "Saya nampak dua lelaki berada di dalam kawasan cerun di semak-samun itu dalam keadaan meniarap dan muka ke tanah," katanya, dan menambah lelaki terbabit berpakaian orang awam. Mohd Hisyamuddin, ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, berkata beliau kemudiannya menjerit dua kali: "Angkat tangan di atas kepala. Kami polis" tetapi arahannya itu tidak diendahkan. "Setelah mereka tidak mengendahkan arahan saya, saya melepaskan satu das tembakan di sebelah kiri saya untuk memberi amaran supaya mereka naik ke atas (di kawasan tinggi tempat anggota PGA berada)," katanya. Apabila kedua-dua lelaki itu naik ke tempat anggota PGA berada, Mohd Hisyamuddin berkata beliau dan seorang lagi anggota PGA, Lans Koperal Awang Yussuf Awang Hashim mengikat tangan kedua-dua suspek dengan tali pinggang yang dipakai suspek terbabit. Kata saksi itu, beliau dan Awang Yussuf kemudian melakukan pemeriksaan tubuh ke atas kedua-dua lelaki itu tetapi tidak menjumpai apa-apa. Mohd Hisyamuddin berkata beliau kemudian memaklumkan tentang penahanan itu kepada komander platun, Inspektor Zairie Surani dan menyerahkan kedua-dua suspek kepada pegawai itu di pos kawalan PGA di Tanjung Labian. Di mahkamah, Mohd Hisyamuddin mengenal pasti lelaki yang ditahan itu sebagai Holland Kalbi dan Lin Mad Salleh yang merupakan tertuduh dalam kes berkenaan. Beliau berkata ketika ditahan kira-kira 8.45 pagi, Holland memakai baju-T kuning dan berseluar jeans, manakala Lin pula berbaju-T hitam dan berseluar jeans. Katanya pegawai pemerintah Batalion ke-17 Supt Edward Koromol turut datang ke pos kawalan PGA Tanjung Labian untuk melihat dua lelaki yang ditahan Mohd Hisyamuddin dan pasukannya serta seorang lagi lelaki yang memakai seluar coklat dan baju-T celoreng yang ditahan Zairie juga pada pagi itu. Saksi itu berkata beliau dan dua lagi anggota PGA mengikut Zairie ke balai polis Cenderawasih untuk membuat laporan berhubung penahanan itu. Di dalam kandang tertuduh adalah 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan yang berdepan satu atau pelbagai pertuduhan. Mereka didakwa menganggotai kumpulan pengganas, melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas. Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok.- mstar online

Trak Imigresen Terbalik, Lima Pati Cedera
Gambar Hiasan
REMBAU: Lima daripada 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) cedera apabila trak 'Black Maria' Jabatan Imigresen terbabit dalam kemalangan di KM 232.9, Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran susur keluar Pedas-Linggi arah utara dekat sini, Rabu. Jurucakap polis berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika trak tersebut yang membawa 35 PATI termasuk 10 wanita sedang dalam perjalanan dari Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo, Melaka ke Depot Tahanan Imigresen KLIA, dipercayai untuk tujuan pengusiran. Katanya kemalangan itu berlaku apabila trak itu dipercayai cuba mengelak sebuah kereta yang hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan sebelum berpusing beberapa kali. Katanya trak itu cuba mengelak tetapi tidak berjaya dan melanggar kereta tersebut, disusuli dengan sebuah van Jabatan Imigresen melanggar belakang trak itu, mengakibatkan van remuk di bahagian hadapan manakala trak itu terbalik di tengah lebuh raya. Kemalangan itu mengakibatkan lima orang PATI cedera dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk mendapatkan rawatan. Ketua Polis Daerah Rembau DSP Ibrahim Sharif ketika dihubungi mengesahkan kejadian.- mstar online

Syabu Dalam Ekzos Bernilai RM4.1 Juta Dirampas
Gambar Hiasan
SEPANG: Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mematahkan kegiatan menyeludup dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 22kg bernilai RM4.1 juta yang disorokkan di dalam 16 unit ekzos kenderaan menggunakan khidmat kurier. Pengarah Kastam KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata kesemua eksoz tersebut diletakkan di dalam dua kiriman bungkusan tiba di kargo udara KLIA pada 17 Nov lepas dari Guangdong, China sebelum diedarkan ke syarikat penghantaran cepat di Petaling Jaya. Beliau berkata satu daripada bungkusan itu dituntut seorang wanita, yang merupakan seorang suri rumah, berumur 34 tahun berasal dari Negeri Sembilan pada 8.30 pagi, Khamis lepas. "Wanita tersebut ditahan dan hasil pemeriksaan menemui tujuh unit ekzos yang di dalamnya terdapat methamphetamine seberat 9.6kg, bernilai RM1.8 juta," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, Rabu.
Suri rumah itu ditahan reman tujuh hari untuk siasatan lanjut. Chik Omar berkata susulan penahanan wanita itu, pihaknya menunggu individu lain menuntut satu lagi bungkusan namun selepas dua hari tiada yang tampil. "Justeru kita memeriksa bungkusan tersebut dan menemui methamphetamine seberat 12.4kg bernilai RM2.3 juta dalam sembilan unit ekzos. Kita percaya individu itu mengetahui tangkapan sebelum ini," katanya, sambil menambah alamat yang tertera pada bungkusan itu didapati palsu. Sementara itu, Chik Omar berkata methamphetamine seberat 2.1kg bernilai RM402,040 pula ditemui disorokkan dalam satu unit kompresor peti sejuk serta dua unit penapis minyak yang diletakkan di dalam sebuah bungkusan yang dirampas pada dua hari lepas. Beliau berkata bungkusan itu tiba di Pos KLIA di sini dari Nigeria pada 17 Nov lepas dan sepatutnya dihantar kepada seorang penerima di kawasan Golden Villa, Klang oleh ejen penghantaran namun tiada yang tampil menuntut bungkusan tersebut. Nombor telefon yang tertera pada bungkusan itu juga gagal dihubungi dan alamat didapati palsu sebelum ia diserahkan kepada Kastam KLIA dan diperiksa, katanya.- mstar online

Boeing Hantar Pesawat Rondaan Maritim India
NEW DELHI: Boeing berjaya menyampaikan pesawat rondaan maritim P-8I keenam ke India, menepati jadual pada 24 Nov, dan tiba untuk menyertai lima unit yang sama di Stesen Udara Tentera Laut Rajali.
Pesawat ini merupakan sebahagian daripada lapan yang dipersetujui dalam satu kontrak pada 2009, dua lagi yang terakhir akan tiba pada 2015.
"Kedatangan P-8I ke India merupakan satu pencapaian utama untuk program tersebut dan menandakan penghantaran terakhir kami untuk tahun ini," kata Naib Presiden Boeing untuk Pertahanan, Angkasa dan Keselamatan di India, Dennis Swanson dalam satu kenyataan dari Seattle pada Rabu.
Lima pesawat awal yang diterima itu sedang terlibat dengan rondaan Tentera Laut India dan P-8I yang terbaru ini akan menjalani penerbangan ujian dalam bulan akan datang.
P-8I yang direka didasarkan kepada pesawat komersial 737 generasi akan datang, merupakan variasi Tentera Laut India, Tentera Laut Amerika Syarikat menggunakan pesawat yang sama tetapi dikenali sebagai P-8A Poseidon.
P-8I India ini mempunyai ciri-ciri yang unik yang terdiri daripada sub-sistem buatan India yang dibina bagi memenuhi keperluan rondaan maritimnya, kata Boeing.
P-8I mempunyai sistem yang terbuka, sensor termaju dan teknologi paparan serta sokongan pembekal, peralatan sokongan dan alat ganti dari seluruh dunia.
"Kami mempunyai perkongsian yang cukup hebat dengan India, yang mana, ini membantu kami menjaga program ini mengikut jadual dan bajet" kata Pengurus Program Antarabangsa Boeing P-8, Mark Jordan.
Untuk mendapatkan reka bentuk yang berkesan bagi membina P-8I dan P-8A, pasukan yang diterajui Boeing ini menggunakan proses pengeluaran dalam talian, yang pertama dalam industri ini yang dibuat berdasarkan sistem pengeluaran pesawat generasi akan datang 737 syarikat itu.
Pesawat P-8I dibina oleh pasukan industri yang diterajui Boeing dan terdiri daripada CFM International, Northrop Grumman, Raytheon, Spirit AeroSystems, BAE Systems dan GE Aviation.
Boeing Defence, Space & Security merupakan anak syarikat Boeing Company. Ia adalah sebuah syarikat pertahanan, angkasa dan keselamatan yang terbesar di dunia serta memiliki kepakaran khusus dalam memenuhi permintaan pelanggan yang mahu penyelesaian yang inovatif, ia juga merupakan pembuat pesawat tentera yang terbesar dan serba guna di dunia.- mstar online
TOP
Kraftangan Malaysia Catat Jualan RM444 Juta Setakat Oktober Lalu
Seni tekat benang emas antara yang sering mendapat sambutan ramai.
KOTA BAHARU: Kraftangan Malaysia mencatat jualan bernilai RM444 juta setakat Oktober lalu, mengatasi sasaran RM430 juta untuk tahun ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Kamil Mohd Ali berkata, prestasi jualan melebihi jangkaan itu mencerminkan kualiti tinggi produk usahawan kraf di negara ini selain pelbagai promosi dan program yang dianjurkan sepanjang tahun. Kira-kira 40 peratus atau RM200 juta daripada nilai jualan itu adalah produk batik dan daripada jumlah tersebut RM120 juta disumbangkan usahawan kraf Kelantan, katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani dan Penyerahan Watikah Pelantikan Adiguru Kraf 2014, di sini, Selasa. Mengulas perkembangan lain, beliau berkata pada masa ini 75 hingga 80 peratus lulusan Institut Kraftangan Negara (IKN) berjaya mendapat pekerjaan sebaik menamatkan pengajian. Setiap tahun, 40 pelajar diambil mengikuti pengajian dalam pelbagai jurusan di IKN di bawah program diploma serta sijil dan daripada jumlah itu lebih 75 peratus berjaya mendapat pekerjaan atau menjadi usahawan dalam bidang yang diceburi, katanya. Pada majlis itu, pemilik Syarikat Che Minah Songket, Kalthom Hussin, 68, menerima tauliah Adiguru Kraf 2014 sebagai mengiktiraf kemahiran tinggi beliau dalam tenunan songket. Bercakap kepada pemberita selepas itu, Kalthom berkata pengalaman yang dimiliki selama lebih 50 tahun itu akan diguna untuk menarik generasi muda berkecimpung dalam bidang tenunan songket. "Saya mula belajar menenun ketika berumur 10 tahun untuk membantu ibu bapa, dan daripada situ timbul minat yang membawa saya kepada tahap sekarang," katanya yang merupakan generasi keempat terbabit dalam pembuatan songket tenun.- mstar online

578 Pemain Rebut Gelaran Juara Terbuka Antarabangsa Skuasy
Lau Bik Soon
KUALA LUMPUR: Sebanyak 578 pemain terdiri daripada 378 remaja lelaki dan 200 remaja perempuan dari 13 negara akan bersaing bagi merebut kejuaraan di Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Antarabangsa REDtone Kuala Lumpur 2014. Kejohanan dari 2 hingga 7 Dis itu, akan berlangsung di dua venue iaitu Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil dan Gelanggang Skuasy Jalan Duta. Pengerusi jawatankuasa penganjur, Steven Kwan berkata pihaknya menerima empat penyertaan baharu pada kejohanan edisi kelapan itu iaitu Australia, Indonesia, Papua New Guinea dan Thailand. Negara lain yang mengesahkan penyertaan ialah Singapura, Hong Kong, Sri Lanka, Jepun, Korea Selatan, India, Pakistan, Iran dan tuan rumah Malaysia. "Kejohanan ini bermula dengan 80 penyertaan pada 2005 dan ia terus mendapat sambutan. Kami sememangnya berpuas hati dengan penyertaan peserta yang bukan sahaja dari Malaysia tetapi dari negara lain. Kami perlu berterima kasih kepada REDtone yang terus menyokong (penganjuran kejohanan ini)," kata Kwan dalam kenyataan yang dikeluarkan Redtone, Rabu. Kwan berkata enam kategori dipertandingkan pada kejohanan berkenaan iaitu, masing-masing lelaki dan perempuan bawah sembilan tahun, bawah 11 tahun, bawah 13 tahun, bawah 15 tahun, bawah 17 tahun dan bawah 19 tahun. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan REDtone Lau Bik Soon berkata pembekal perkhidmatan telekomunikasi itu gembira untuk terus menaja kejohanan berkenaan terutama selepas kejayaan pada dua edisi lepas. "Kami merasakan Persatuan Raket Skuasy Wilayah Persekutuan sangat komited (dalam memajukan sukan skuasy). Skuasy semakin diminati dalam kalangan rakyat Malaysia dan kami teruja untuk memainkan peranan ini. "Selain itu, ia juga sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat kami untuk memberi- mstar online

Herrera Tampil Cemerlang Selepas Cedera
ANDER HERRERA membuat penampilan sulung yang bertenaga selepas berehat panjang akibat kecederaan dengan membantu skuad bawah 21 tahun Manchester United membelasah Blackburn Rovers 5-0 pada Selasa.
Pemain tengah itu terpaksa direhatkan selepas cedera ketika mewakili skuad utama United menentang West Ham. Bagaimanapun, ketika beraksi sebagai seorang daripada tiga pemain tengah, Herrera tampil cemerlang untuk menguasai kawasan lawan. Ander Herrera returns from injury with goal for Man Utd U21s Aksi Herrera bermula perlahan dalam perlawanan itu sebelum dia memperolehi rentak sebagai pemain perancang. Keadaan Herrera yang pulih daripada kecederaan itu merupakan antara berita gembira buat Louis Van Gaal sebagai persediaan menghadapi perlawanan seterusnya. Berikutan itu, pemain terbabit dijangka bakal diturunkan pada perlawanan menentang Hull City pada Sabtu ini. - mstar online

Hamilton Yakin Lakar Lebih Banyak Kejayaan Bersama Mercedes
ABU DHABI: Juara dunia kali kedua, Lewis Hamilton meletakkan harapan tinggi untuk bersama pasukannya, Mercedes bagi melakar lebih banyak kejayaan.
Menganggap kemenangannya pada perlumbaan penutup musim di sini minggu lalu sebagai sesuatu yang istimewa dan permulaan yang baik untuk dirinya dan pasukannya, pelumba berusia 29 tahun itu berikrar untuk menampilkan sesuatu yang lebih baik.
“Saya mahu menjadi sebahagian daripada pasukan yang sedang meningkat. Ia baru permulaan. Apa yang sedang diusahakan pasukan adalah sangat menarik dan luar biasa," katanya yang menyertai pasukan itu tahun lalu.
Hamilton memenangi gelaran dunia dengan kelebihan 67 mata selepas bersaing hebat dengan rakan sepasukan, Nico Rosberg sepanjang musim.
Dia antara tujuh pelumba pernah memenangi gelaran dunia sebanyak dua kali dan ketinggalan satu gelaran di belakang Sir Jack Brabham, Sir Jackie Stewart, Lauda, Nelson Piquet dan Ayrton Senna.
Alain Prost dan Sebastian Vettel menang empat kali manakala Juan Manuel Fangio (lima). Michael Schumacher mengetuai senarai dengan tujuh gelaran dunia.
Sambil memuji pasukannya, Hamilton berkata: “Pasukan kami mempunyai individu paling layak yang bekerja di posisi tepat. Saya dan Nico akan berusaha untuk terus melahirkan kejayaan buat pasukan.
“Kami memiliki ketua yang komited melahirkan enjin terbaik dan jurutera kami merealisasikan impian untuk menghasilkan jentera terhebat. Itulah sebabnya mengapa kami cemerlang musim ini.
“Adalah penting untuk pasukan terus meningkat dan saya yakin 100 peratus bahawa kami mampu mencapainya.”
Rosberg menandatangani kontrak lanjutan hingga hujung musim 2016 bersama Mercedes. Kontrak Hamilton pula bakal tamat hujung tahun ini.
Ketika ini dia dan pasukannya menangguhkan seketika perbincangan mengenai kontrak dan akan membincangkannya pada masa terdekat ini. - mstar online
TOP
Ong Nafi Songlap Dana PABM
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ong Poh Eng menafikan dakwaan beliau terlibat dalam penyelewengan dana persatuan berkenaan.
Ong sebaliknya mendakwa tuduhan itu sengaja ditimbulkan oleh individu yang berniat menjatuhkan beliau dan mencemarkan nama baik persatuan untuk kepentingan peribadi individu terbabit.
Beliau berkata, dakwaan itu dilemparkan berikutan ada individu yang berhasrat merebut jawatan yang disandangnya dalam pemilihan akan datang.
"Jangan bermain politik dalam sukan kerana ia akan mematikan sukan tersebut...tujuan saya berada dalam persatuan ini adalah untuk membantu sukan angkat berat negara sedaya yang saya mampu.
"Tidak sangka individu tersebut sanggup menuduh saya tanpa bukti kukuh dan menghebohkan perkara itu kepada media, sebelum datang untuk mendapatkan kepastian," katanya kepada pemberita bagi mengulas dakwaan tersebut di lobi Majlis Sukan Negara (MSN), Rabu.
Menurut laporan media tempatan baru-baru ini, Ong dikatakan menggunakan wang persatuan yang disalurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebanyak RM30,000 untuk kepentingan peribadinya.
Ong menjelaskan dana yang diterimanya itu adalah bagi menggantikan wang pendahuluan daripada poketnya ketika melunaskan denda oleh Persatuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) sebanyak SD15,000 (RM45,424) ekoran kegagalan atlet negara dalam ujian doping pada beberapa kejohanan antarabangsa sebelum ini.
Beliau berkata jika denda itu tidak dijelaskan, atlet angkat berat negara akan menghadapi hukuman penggantungan daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa.
Justeru, Ong menegaskan beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab membuat dakwaan itu. - mstar online
TOP
Warga Emas Temui Mayat Murid Lemas
KUALA TERENGGANU: Seorang murid lelaki berusia sembilan tahun ditemui lemas di Pantai Kuala Ibai berhampiran Masjid Tengku Tengah Zaharah atau juga dikenali Masjid Terapung, di sini, Rabu.
Mayat Ibrahim Fikri Rosli ditemui seorang warga emas yang ketika itu sedang bersiar-siar bersama cucunya di pesisiran pantai berkenaan.
Menurut Mustafa Ngah, 61, sudah menjadi kebiasaan baginya bersiar-siar mengambil angin di pantai jika tidak turun menjala ikan di laut.
Bagaimanapun ketika melakukan aktiviti harian itu, beliau terkejut menemui tubuh seorang kanak-kanak terdampar di pantai dipercayai mati lemas kerana dibawa oleh arus deras.
"Semasa saya jumpa, kanak-kanak itu sudah kaku dan badannya dipenuhi pasir. Saya cuba angkat dan bawanya ke tepi pantai dengan pertolongan orang ramai yang kebetulan berada di situ sebelum menghubungi polis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira 3 petang ketika mangsa sedang mandi bersama rakannya berdasarkan maklumat orang awam serta penemuan beberapa pasang kasut dan baju di pesisir pantai tersebut.
Bagaimanapun, ketika kejadian, rakan mangsa tidak kelihatan dan dikatakan bertindak melarikan diri kerana takut selepas melihat mangsa terkapai-kapai dibawa arus deras.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Balai Penyelamat Terengganu, Abdullah Zawawi Mohamed berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 3.21 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama enam anggota dan sebuah jentera.
Katanya ketika tiba di lokasi, mayat mangsa telah ditemui oleh orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.- mstar online
TOP
89 Pekerja KTMB Dibuang Kerja Kembali Bertugas
KUALA LUMPUR: Sebanyak 89 kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang diberhentikan kerja kerana terlibat dalam satu piket, pada Rabu bersetuju untuk meneruskan perkhidmatan dengan menandatangani satu memorandum persetujuan.
Majlis menandatangani memorandum itu diadakan di sini secara tertutup dengan disaksikan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.
Mereka adalah 97 pekerja yang ditamatkan perkhidmatan pada 18 Ogos lepas setelah didapati bersalah menyertai piket yang dianjurkan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM).
Lima daripada mereka telah diambil semula selepas proses rayuan, seorang mendapat pekerjaan lain, manakala baki dua orang tidak diketahui status mereka.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Ismail berkata kesemua 89 pekerja itu dibenarkan kembali bertugas mulai esok dengan menerima gaji serta faedah yang sama seperti sebelum diberhentikan tetapi tiada sebarang pampasan akan dibayar bagi tempoh mereka diberhentikan.
Beliau juga menegaskan pentingnya hubungan harmoni antara majikan dan kesatuan pekerja dijaga dengan baik demi kebaikan bersama.
"Kalau keharmonian ini tidak dijaga, mana-mana syarikat, organisasi atau majikan tidak akan dapat menjalankan operasi dengan baik," katanya.
Pada 9 Mei lepas, kira-kira 700 pekerja KTMB berhimpun di hadapan ibu pejabat KTMB di sini, bagi menuntut agar ditamatkan perkhidmatan Presiden KTMB Datuk Elias Kadir.
Sementara itu, Presiden RUM, Abdul Razak Md Hassan merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ismail dan Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad kerana dapat menyelesaikan masalah itu.- mstar online
TOP
UPSR: Najib Minta Murid Cemerlang Hargai Jasa Guru
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan murid yang meraih keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 supaya menghargai pengorbanan dan dorongan guru dan ibu bapa mereka.
Pelajar cemerlang peperiksaan UPSR yang keputusannya diumumkan hari ini turut mendapat ucapan tahniah daripada pemimpin negara itu.
"Tahniah kepada semua yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.
"Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mendidik anda, dan juga kepada ibu bapa yang memberi dorongan," kata Najib dalam catatan di laman sosial Facebooknya.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof mengumumkan bahawa 36,304 calon atau 7.89 peratus daripada 460,407 calon UPSR di seluruh negara memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.- mstar online
TOP
PAU 2014: Pemuda Tuntut 45 Peratus Kerusi PRU-14
Sahrihan Jani
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno menuntut sebanyak 45 peratus daripada kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diberikan kepada golongan muda. Ketua Pemuda Umno Bahagian Ledang, Sahrihan Jani berkata, tuntutan itu dibuat sebagai usaha meremajakan parti yang perlu disegerakan. Katanya, pihak pembangkang dilihat jauh ke hadapan dalam mengetengahkan ikon-ikon muda tetapi malangnya ia tidak diamalkan oleh Ummo. "Masa kita kecil, dialah ketua cawangan (Umno)... masa kita remaja, dia juga ketua cawangan, dan bila kita sudah besar, asyik-asyik dia saja (jadi ketua cawangan). "Justeru itu, kita menyeru kepada pemimpin-pemimpin Umno supaya lebih terbuka dan menerima hakikat mengenai perubahan dalam landskap politik negara. "Kita minta kuota calon sebanyak 45 peratus diberikan kepada anak-anak muda sama ada kepada Pemuda atau Puteri," katanya yang mewakili Johor bagi membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pada perhimpunan sayap parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu. Sahrihan bagaimanapun berkata, anak muda yang dipilih perlu terdiri daripada calon boleh menang atau 'winnable candidate' malah mampu bekerja dan berjuang untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) pada masa akan datang. Katanya, terdapat pemimpin-pemimpin Umno bercakap bahawa mereka telah memilih calon 'winnable candidate' tetapi sebenarnya adalah 'win cable' atau calon yang menggunakan pengaruh dengan pihak atasan parti untuk dipilih. "Akhirnya 'win cable' ini terpilih sebagai calon tetapi malangnya gagal bekerja dan bertindak sebagai Yang Berhormat yang baik. 'Win-cable' ini tidak melalui proses dalam 'sekolah Umno' tapi syok sendiri. "Sehubungan itu, pada PRU-14 kita mahu kuota itu bukan sahaja untuk Pemuda dan orang muda tetapi biarlah calon itu 'winnable' yang sebenar-benarnya 'win-worth' (layak menang) dan bukannya 'win-cable'," jelas Sahrihan. Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam penggulungan meluahkan kekecewaan terhadap pihak yang mendakwanya sebagai rasis apabila bercakap tentang agenda Melayu. "Macam sekolah vernakular, saya sudah katakan kita sudah terima aliran ini, saya hanya katakan komitmen terhadap perpaduan negara menerusi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan," katanya katanya. Sebuah portal berita pada Rabu melaporkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa Khairy sebagai rasis apabila Ketua Pemuda Umno itu menyuarakan tentang agenda Melayu dalam ucapan dasarnya. Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, dakwaan itu turut berlaku apabila beliau menyebut tentang Akta Hasutan. "Tentang Akta Hasutan, saya katakan apa yang kita perlukan sekarang adalah perisai sebagai pelindung bukan sahaja untuk orang Melayu tapi juga untuk semua kaum lain. "Bila saya sentuh tentang keistimewaan orang Melayu pun dikatakan rasis. Saya teramat kecewa mengenai perkara ini," katanya dengan nada kesal.- mstar online

Polis Tahan Lapan Suspek Kes Bakar Al-Quran Di Alor Setar
ALOR SETAR: Polis menahan lapan lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kes bakar Al-Quran di Alor Setar pada Khamis lepas.
Mereka yang ditahan dalam tiga tangkapan berasingan di sekitar Alor Setar itu berusia dalam lingkungan 19 dan 30 tahun.
Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata dalam kejadian Khamis lepas, seorang suspek ditahan selepas dipercayai membakar beberapa cebisan helaian Al-Quran dalam sebuah tong aluminium di sebuah medan selera berdekatan Pasar Besar Alor Setar di sini.
"Suspek yang ditahan pada hari yang sama itu kini masih berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi menjalani rawatan berikutan dipercayai mempunyai masalah mental dan siasatan masih diteruskan terhadap suspek," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, Rabu.
Zakaria berkata pada hari yang sama kira-kira pukul 4 petang, lima suspek ditahan berkaitan kes memukul seorang lelaki di kawasan yang sama berikutan rasa tidak puas hati dengan kejadian membakar cebisan Al-Quran itu.
"Seorang lelaki berumur 50-an telah dipukul oleh seorang suspek menggunakan kayu pemukul besbol dan kami percaya akibat rasa tidak puas hati dengan kejadian membakar Al-Quran yang berlaku pada sebelah pagi. Mangsa yang dipukul hanya mengalami kecederaan ringan.
"Kami turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai hilang di Klang pada tahun 2008, kayu pemukul besbol dan sebuah telefon bimbit. Semua suspek ditahan reman," katanya.
Sementara itu, beliau berkata dua suspek yang dipercayai membakar enam gerai makan di sebuah medan selera di kawasan sama kira-kira pukul 2 pagi Sabtu lalu, juga berjaya ditahan bagi membantu siasatan.
"Kami telah tahan dua suspek selain merampas bahan bukti iaitu botol minyak petrol. Mereka ditahan reman sehingga esok tapi kami akan minta sambung," katanya.
Zakaria berkata pihaknya yakin ketiga-tiga kejadian saling berkaitan kerana semua berlaku di tempat sama dalam tempoh masa yang dekat.- mstar online
TOP
Piala AFF Suzuki: Malaysia Dimalukan Thailand
SINGAPURA: Malaysia kalah 3-2 kepada Thailand pada aksi kedua kumpulan B Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar di sini, Rabu.
Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada separuh masa perlawanan.
PENJARING: Malaysia: Mohd Amri Yahyah (28'), Safiq Rahim (60')
Thailand: Adisak Kraisorn (42' dan 90'), Charyl Yannic Chappuis (72'), Barisan Pemain:
MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Afif Amiruddin, Mahalli Jasuli, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Safiq Rahim, Muhammad Shukor Adan (kapten)(Mohd Hafiz Kamal), S. Kunanlan (Indra Putra Mahayuddin), Mohd Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha (Abdul Manaf Mamat), Mohd Safee Mohd Sali.
THAILAND: Kawin Thamsatchanan, Kroekrit Thawikan, Sarach Yooyen, Charyl Yannic Chappuis, Kirati Keawsombut (Adisak Kraisorn), Narubadin Weerawatnodom, Sarawut Masuk (Chainarong Tatong)(Prakit Deeprom), Anucha Kitpongsri (kapten), Adison Promrak, Tanaboon Kesarat, Chanathip Songkrasin.
Pengadil: Al Kaf Ahmed Abu Bakar Said (Oman)
- mstar online

UPSR: Cacat Pendengaran Tidak Halang Izzatul Cemerlang
IPOH: Kecacatan pendengaran yang dialami Izzatul Husna Mohd Jaffri, 12, sejak lahir tidak menghalangnya untuk berjaya menjadi murid pertama memperolehi 1A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh, selepas 12 tahun.
Pelajar perempuan sekolah itu membuktikan, dia juga mampu untuk mencipta kejayaan seperti rakan-rakan normal lain asalkan ada kesungguhan dan kegigihan.
Izzatul Husna yang bercita-cita mahu menjadi seorang guru mencatatkan 1A bagi subjek Bahasa Melayu (penulisan), B bagi Matematik, Sains dan Bahasa Melayu (Pemahaman) serta C bagi subjek Bahasa Inggeris.
Guru Bahasa Melayu, Ahaniza Jaafar yang bercakap bagi pihak Izzatul berkata kekurangan yang ada pada anak muridnya menjadi faktor untuk berusaha lebih gigih berbanding orang lain.
"Saya ingin buktikan orang kurang upaya (OKU) juga boleh berjaya. Di sekolah ada program-program tahun enam, di samping membentuk latihan bersama program yang boleh membantu meningkatkan pencapaian murid," katanya.
"Selalu berdoa kepada Allah supaya berjaya, berbuat baik dan sokongan daripada keluarga menjadikan kejayaan kepada apa yang saya capai hari ini.
Malah berasa bangga dan gembira apabila menjadi murid pertama memecah rekod mendapat A di sekolah," katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan peperiksaan UPSR 2014 di sini, Rabu.
Ibu beliau, Marhamah Embon, 50, ketika ditemui pula berkata anak ketiga daripada lima beradik itu adalah seorang anak yang rajin mengulang kaji pelajaran.
"Seorang anak yang baik dan suka mengulang kaji pelajaran. Walaupun pada kes bocor kertas UPSR, tetapi atas dorongan guru besar dan guru-guru lain memberi semangat kepada Izzatul untuk terus belajar," katanya sambil menambah kakak dan adik bongsu Izzatul Husna juga cacat pendengaran sejak lahir.
Sementara itu, Zainab Karmilawati Karim, 12, murid Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan Ulu Kinta, di sini yang berasal dari perkampungan Orang Asli Kampung Bukit Serok, Pahang, berazam untuk menjadi insan yang cemerlang dan dia yakin ia boleh dicapai melalui pendidikan.
Zainab yang bercita-cita menjadi seorang doktor haiwan berkata beliau menyedari kepentingan pendidikan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Menurut beliau yang agak kecewa apabila berlakunya kebocoran kertas peperiksaan UPSR pada Sept lepas, berkata ia bukan penghalang untuk dia terus berusaha untuk memperoleh 5A dalam UPSR.
"Masa itu saya tertekan sangat tapi atas dorongan guru dan ibu bapa, saya teruskan juga dengan membuat latihan dengan banyak," katanya yang tinggal bersama keluarganya di Kem Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta.
Terdahulu, Pengarah Pendidikan Negeri Mohd Idris Ramli mengumumkan sebanyak 2,847 atau 7.6 peratus daripada 37,479 murid yang menduduki UPSR di negeri ini lulus cemerlang dengan memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini.
Beliau berkata peratusan calon yang mencapai keputusan cemerlang itu bagaimanapun mengalami sedikit penurunan berbanding 8.49 peratus tahun lepas.- mstar online
TOP
Van Gaal Akui Temui Arjen Robben Di Sebuah Hotel
LOUIS VAN GAAL mendedahkan telah menemui Arjen Robben di hotel yang menempatkan pasukan Bayern Munich selepas skuad tersebut menentang Manchester City dalam aksi Liga Juara-juara Eropah pada Rabu.
Pengendali Manchester Unted itu pernah membimbing Bayern pada 2009 hingga 2011, sehingga berjaya membawa kelab itu menjuarai Bundesliga.
Bagaimanapun dia digugurkan pada 2011 selepas Bayern gagal memberikan aksi konsisten.
Van Gaal yang mengakui telah ke Hotel Lowry di Manchester bagaimanapun menafikan bahawa mengadakan pertemuan dengan pihak atasan Bayern.
"Saya ke sana bukan untuk berjumpa Bayern tetapi Arjen Robben," jelas jurulatih kelahiran Belanda itu.
Robben mempunyai hubungan baik dengan Van Gaal kerana jurulatih terbabit bertanggungjawab membawanya ke Bayern pada 2009.
Sebelum ini sebuah akhbar di England mendedahkan bahawa Robben semakin hampir untuk berhijrah ke United.
Bagaimanapun Robben memberitahu," setakat ini tiada satu peratus pun dalam fikiran saya untuk ke England atau mana-mana sahaja."- mstar online
TOP
MH370: Kaedah Baru Digunakan Bagi Meluaskan Kawasan Pencarian
KUALA LUMPUR: Satu kaedah pencarian baru akan digunakan membantu dalam memperluaskan kawasan carian serpihan pesawat Malaysia Airlines, MH370.
Menurut Penyelaras Pencarian Australia, Peter Foley, serpihan MH370 berkemungkinan akan naik ke daratan.
Kaedah baru ini akan meluaskan pencarian selepas analisis awal diterima yang menjangkakan serpihan pesawat tersebut berkemungkinan berlabuh di Barat Sumatera Indonesia selepas 123 hari.
Foley memberitahu walaupun pusat pencarian menerima laporan sekurang-kurangnya seminggu sekali tentang serpihan yang berlabuh di persisiran pantai Australia, namun tiada yang dikenalpasti sebagai serpihan daripada pesawat itu.
Sementara itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) menafikan dakwaan bahawa terdapat percanggahan mengenai kawasan pencarian di antara lima kumpulan antarabangsa iaitu America's Boeing Co, France's Thales, US investigator the National Transportation Safety Board & the Australian Defence Science danTechnology Organisation.
Pada bulan lalu, satu laporan terbaru diterima yang menentukan dua kawasan yang sangat penting di selatan selepas kumpulan antarabangsa itu pada awalnya bersetuju bahawa berkemungkinan kawasan tersebut berada kira-kira 600 kilometer panjang dengan 90 kilometer lebar dari barat Perth.
Bagaimanapun, menurut ATSB, kesemua lima kumpulan terbabit bersetuju bahawa kawasan terakhir pesawat MH370 adalah berada di '7th Arc' – iaitu satu lengkungan yang meliputi kawasan seluas 1,000 kilometer dari Exmouth Barat Australia ke 2,000 kilometer dari Barat Daya Perth.
Setakat ini, lebih 6,900 kilometer per segi kawasan dasar laut telah diterokai.
Baru-baru ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Sir Timothy Charles Clark dengan lantangnya berkata dalam satu temubual bersama wartawan penerbangan Andreas Spaeth bahawa pesawat itu akan terus tercatat dalam sejarah dan menjadi misteri terhebat dalam dunia penerbangan.
Pesawat yang dalam perjalanan menuju ke Beijing itu telah hilang pada 8 Mac lalu dan dipercayai berakhir di Lautan Hindi. - Astro Awani
TOP
Agong Terima Watikah Lapan Bakal Ketua Perwakilan Asing
KUALA LUMPUR – Yang di- Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berangkat ke istiadat persembahan watikah pelantikan lapan bakal ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara.
Majlis itu melibatkan Pesuruhjaya Tinggi Alaihuddin Mohd Taha dari Brunei Darussalam, Victoria Marguerite Treadell dari United Kingdom dan K V Vanu Gopala Menon dari Singapura.
Duta-duta besar asing yang mempersembah watikah pelantikan mereka ialah Pham Cao Phong dari Vietnam, Fatou Mas Jobe Njie (Gambia), Murad Askarov (Uzbekistan), Christophe Penot (Perancis) dan Basak Turkoglu (Turki).
Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah kemudian menerima menghadap kelapan-lapan ketua perwakilan asing berkenaan.
Seri Paduka turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada enam bakal Duta Besar Malaysia ke luar negara.
Mereka ialah Datuk Zainuddin Yahya yang akan bertugas di China, Datuk Nafisah Mohamed (Belgium), Datuk Ahmad Izlan Idris (Jepun), Mustafa Mansor (Sudan), Khairi Omar (Cuba) dan Mohd Hanif Abdul Rahman (Myanmar).
Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Othman Hashim. – BERNAMA
TOP
Kesihatan Jantung Penting Untuk Pesakit Diabetes
KUALA LUMPUR – Makan terlalu banyak benda manis boleh membunuh jantung! Penyakit Kardiovaskular kekal sebagai punca utama kematian pesakit diabetes.
Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011-2014, mereka yang menghidap diabetes, dua atau empat kali ganda lebih mudah mendapat penyakit jantung dan lima kali ganda lebih mudah diserang angin ahmar.
Perunding endokrinologi, Dr Wong Ming berkata, diabetes kini dianggap sebagai faktor penyumbang utama penyakit jantung koronari (CHD).
Diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan lebih banyak komplikasi. Penghidap diabetes berdepan dengan risiko CHD, iaitu 20 peratus lebih tinggi dalam masa 10 tahun selepas disahkan doktor menghidap diabetes.
“Bukan sahaja orang yang menghidap diabetes dua kali ganda berdepan dengan kemungkinan mendapat penyakit jantung tetapi mereka juga berkemungkinan mendapat penyakit itu pada usia yang lebih muda berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes,” kata Wong.
Meskipun ada teknologi dan kaedah untuk mendiagnosis CHD pada peringkat awal, mengesan gejala serangan sakit jantung dalam kalangan pesakit diabetes masih lagi mengalami kesukaran akibat apa yang dipanggil Iskemia senyap.
Iskemia berlaku apabila aliran darah menjadi terhad atau berkurangan dalam satu-satu bahagian badan.
Keadaan ini sering menyebabkan sakit dada atau keadaan tidak selesa yang disebut sebagai angina, iaitu gejala utama kegagalan jantung.
Iskemia senyap ialah apabila orang mengalami Iskemia tanpa sebarang kesakitan, justeru, mereka tidak mengalami sebarang amaran awal serangan sakit jantung.
Antara mereka yang menghadapi risiko mengalami keadaan ini termasuk yang pernah diserang sakit jantung dan yang menghidapi diabetes.
“Gejala sakit jantung sering tidak dapat dikesan bagi pesakit diabetes, menyebabkan kelewatan mendiagnosis serangan sakit jantung dan mendapat rawatan yang lebih awal,” katanya dalam perbincangan meja bulat mengenai diabetes dan sakit jantung di Sunway Medical Centre baru-baru ini.
Wong menambah, hiperglisemia (glukosa darah yang tinggi) dan kerintangan insulin bagi pesakit diabetes mengakibatkan proses aterosklerotik (pengumpulan plak pada dinding arteri).
“Plak kolesterol yang tiba-tiba pecah adalah penyebab lazim terutama dalam kalangan pesakit diabetes yang mempunyai masalah dyslipidaemia (jumlah lemak atau kolesterol yang tidak normal dalam darah), yang menyebabkan arteri tersumbat yang akhirnya menyebabkan serangan jantung atau strok,” kata Wong.
Pada majlis yang sama, Perunding Kardiologi Dr Lim Bee Chian memberitahu para peserta bahawa pesakit diabetes terdedah kepada komplikasi vaskular sejak peringkat awal penyakit itu lagi.
Komplikasi mikrovesikel termasuk masalah mata yang boleh menyebabkan buta, kegagalan buah pinggang juga kerosakan sistem saraf sementara komplikasi makrovesikel pula strok dan penyakit jantung.
Untuk doktor mendapatkan gambaran menyeluruh akan kesihatan pesakit dan risiko masa depan serta komplikasi, risiko ‘cardiometabolic’, mereka perlu dinilai.
“Risiko kardiometabolik dibahagi kepada dua kumpulan iaitu faktor tidak boleh diubah suai seperti umur, bangsa, jantina serta sejarah keluarga dan faktor boleh ubah suai seperti obesiti, ketidakgiatan fisikal, diet yang tidak sihat, ‘abnormal lipid metabolism’, kerintangan insulin, keradangan, hipertensi dan merokok.
“Rawatan holistik akan melibatkan faktor boleh ubah suai terdiri daripada rawatan perubatan, ubah suai gaya hidup serta kegiatan fizikal,” jelas Dr Lim.
Dewasa ini diagnosis CHD untuk pesakit diabetes lebih pantas hasil daripada kemajuan pesat dalam penjagaan perubatan dan kesedaran yang semakin meningkat.
Peralatan diagnostik yang lebih tepat juga semakin digunakan dan membolehkan pengesanan awal ‘atherosclerosis’ dan gejala awal CHD.
Antaranya ialah imbas koronari ‘Multislice Computed Tomography’ (MSCT).
Penyakit diabetes di Malaysia menunjukkan perkembangan yang membimbangkan yang mana seorang dalam setiap lima orang dewasa berusia 30 tahun ke atas menghidapinya.
Dianggarkan 3.6 juta orang dewasa Malaysia menghidap diabetes, satu jumlah yang mencemaskan.
Angka ini meletakkan negara ini sebagai negara nombor satu di Asia Tenggara mempunyai bilangan pesakit diabetes paling ramai dan tempat keenam di rantau Pasifik Barat.
Laporan Bernama sebelum ini memetik Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya sebagai berkata, rakyat Malaysia perlu melihat diabetes sebagai satu masalah serius.
Beliau menyarankan agar mereka mengambil langkah awal untuk mencegahnya memandangkan kos rawatan yang amat tinggi.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pembangunan Perubatan, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Azman Abu Bakar menekankan usaha yang lebih perlu dibuat untuk mencetuskan kesedaran gaya hidup sihat dan mengurangkan risiko diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Penting bagi masyarakat terutama generasi muda mengawal kesihatan mereka. Anak muda hari ini lebih banyak menghabiskan masa dengan permainan video daripada bersenam.
“Kita menggalakkan mereka mengamalkan gaya hidup sihat seperti diet yang betul, bersederhana dalam mengambil makanan segera di samping mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman,” beliau memberitahu pemberita selepas melancarkan acara World Diabetes Day Charity Walkathon and Fun Run 2014 baru-baru ini. – BERNAMA
TOP
Anak Sosilawati Dapatkan Kebenaran Cabar JPN
KUALA LUMPUR – Lima anak jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang mati dibunuh pada 2010, hari ini mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk satu kajian penghakiman yang mewajibkan Jabatan Pendaftaran Negara mengeluarkan sijil kematian untuk arwah ibu mereka.
Hakim Datuk Asmabi Mohamad membenarkan permohonan itu selepas mendengar hujahan di dalam kamar daripada peguam Mohd Iskandar Ismail yang mewakili anak-anak Allahyarham Sosilawati dam Peguam Kanan Persekutuan Maisarah Juhari mewakili JPN.
Mohd Iskandar memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 8 Dis sebagai tarikh pengurusan kes. Ia akan menetapkan satu lagi tarikh untuk mendengarkan merit kes bagi kajian penghakiman.
Anak-anak hartawan itu ialah — Erwan Suwari Rizuwan Buhari, 28, Md Erwan Nasri, 27, Erni Erinawati Sofia, 25, Erni Rineelawati, 24, dan Siti Nur Fatimah, 17 — memfailkan permohonan pada 24 Sept, menamakan JPN sebagai respondan tunggal.
Mereka memohon antara lain, satu perintah membatalkan keputusan JPN [pada 25 Julai) untuk tidak mengeluarkan sijil kematian bagi Sosilawati, yang terbunuh di sebuah ladang di Banting, Selangor. – BERNAMA
TOP
Jakim Nafi ‘Program Mukhayyam’ Paksa Mak Nyah Solat Jemaah
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan tetap meneruskan usaha untuk mengembalikan golongan mak nyah kepada fitrah asal mereka menerusi Program Mukhayyam walaupun mendapat tentangan pelbagai pihak.
Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM Zakuan Sawai berkata Program Mukhayyam secara tidak langsung berjaya menginsafkan peserta malah ada dalam kalangan mak nyah ingin kembali ke pangkal jalan.
“Ada mak nyah yang telah menukar jantina melalui pembedahan dan telah insaf datang meminta bimbingan secara berterusan dari JAKIM,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Jelas beliau, Program Mukhayyam ini tidak menjanjikan golongan mak nyah untuk kembali menjadi lelaki sejati secara mendadak, namun JAKIM berusaha mencegah mereka daripada melakukan maksiat.
Beliau berkata demikian sebagai menangkis kenyataan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Justice for Sisters’ (JFS) dan segelintir golongan mak nyah dalam laporan sebuah portal berita online berbahasa Inggeris pada Ahad yang antara lain mendakwa Program Mukhayyam mempunyai agenda tersembunyi dan ‘berbahaya’.
Menurut Zakuan, JFS yang hanya terdiri daripada 13 ahli jawatankuasa dan kebanyakan bukan Islam tidak memahami usaha murni JAKIM itu.
Katanya, anggota JFS yang kebanyakan merupakan golongan profesional seperti doktor dan peguam turut mempengaruhi golongan mak nyah supaya tidak kembali ke pangkal jalan.
JFS turut mendakwa, selain mewajibkan solat berjemaah dalam jadual program, para peserta juga dipaksa memakai pakaian lelaki ketika mendirikan solat.
Menjelas lanjut perkara berkenaan, Zakuan berkata pihaknya tidak memaksa peserta untuk bersolat secara jemaah sebaliknya mereka melakukannya secara rela hati dan memilih imam dalam kalangan mereka serta dengan sendirinya memakai pakaian lelaki ketika solat.
“Kami amat terharu dengan perkara yang dilakukan peserta ini, mujur mereka tidak memakai telekung.. bayangkan jika suatu hari nanti, ada lelaki memakai telekung dan bersembahyang bersama jemaah perempuan,” katanya.
“Malahan kebanyakan peserta yang mengikuti program ini berasa tidak selesa dengan kehadiran aktivis berkenaan kerana selalu menghasut mereka.
“Selain itu, para peserta juga memberi sokongan dan kata semangat kepada kami (JAKIM) untuk menghadapi karenah mereka (aktivis transgender),” katanya sekali gus menangkis tohmahan yang dilemparkan aktivis transgender terhadap program murni berkenaan.
Dalam pada itu, Zakuan menyeru aktivis transgender seperti JFS untuk tampil berbincang secara baik dengan JAKIM bagi merungkai permasalahan ini.
Program Mukhayyam berbentuk perkhemahan tiga hari dua malam ini telah dimulakan pada awal 2011 dengan kerjasama JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri yang sehingga kini berjaya menarik sebanyak 500 peserta.
Selain pengisian program keagamaan yang memberi kesedaran dan muhasabah diri, Program Mukhayyam juga memberi peluang kepada peserta melakukan aktiviti lasak seperti ‘flying fox’, sukan bola sepak dan sepak takraw. – BERNAMA
TOP
Orang Pendiam Berisiko Dapat Penyakit Kanser
Gambar Hiasan
KOTA BHARU – Individu bersikap pendiam dan kurang meluahkan masalah dihadapi lebih berisiko terkena penyakit kanser terutama wanita. Pegawai perubatan sambilan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim berkata, terdapat kajian menunjukkan mereka yang mengalami stres dan pendiam amat dikaitkan dengan pertumbuhan kanser termasuk kanser payudara. “Kalau orang pendiam, dia susah meluahkan rasa, mudah stres dan keadaan itu boleh menyebabkan kimia serta sel kanser mudah terbentuk. “Jadi, selain perlu menjalani kehidupan sihat termasuk menjaga pemakanan, bersenam dan mengawal kesihatan emosi juga penting,” katanya kepada Sinar Harian selepas Program Kempen Kesihatan Payudara dan Mamogram di sini, semalam. Dr Hafidzah berkata, pelbagai kaedah boleh dilakukan bagi mengelak diri daripada terus memendam rasa antaranya menjaga hubungan dengan ALLAH SWT, perlu ada teman untuk meluahkan rasa dan wanita lain perlu menjadi pendengar yang baik. “Kalau isteri dapat kanser, suami perlulah menjadi penyokong yang terbaik, memahami keadaan dan menggalakkannya mendapat rawatan. “Ini kerana, halangan terbesar bagi wanita yang menghidap kanser apabila dia takut suami tidak menerimanya jika tiada payudara,” katanya. Katanya, wanita digalakkan sentiasa membuat pemeriksaan sendiri setiap sebulan sekali bagi mengenal pasti ketumbuhan kanser payudara. – Sinar Harian

Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel Letak Jawatan
WASHINGTON – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel mengumumkan peletakan jawatannya hari ini selepas menerima tekanan hebat daripada anggota Kabinet Presiden Barack Obama.
Obama selepas itu mengumumkan menerima peletakan jawatan Hagel dan menyatakan Hagel akan meneruskan tugasnya di Pentagon sehingga penggantinya dilantik. – AP
TOP
Ketua Peperiksaan Letak Jawatan Di Korea Selatan
Seoul – Menteri Pelajaran Korea Selatan semalam memohon maaf sementara Ketua Lembaga Peperiksaan negara itu meletak jawatan semalam selepas mengaku berlaku kesilapan pada dua soalan dalam ujian saringan memasuki kolej.
Pengakuan kesilapan itu dibuat ekoran beberapa aduan diterima daripada pelajar dan ibu bapa yang tidak berpuas hati.
Peperiksaan itu kemuncak kepada persekolahan selama 10 tahun bagi pelajar Korea Selatan dan selepas mengharungi proses pembelajaran dan perbelanjaan yang besar.
“Saya kecewa dan mengaku langkah segera diperlukan untuk meningkatkan kawalan proses penyediaan soalan.
“Kami akan menyiasat punca kesilapan,” kata Menteri Pelajaran Hwang Woo-Yea dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen.
Hampir 650,000 pelajar dari seluruh negara itu menduduki peperiksaan berkenaan yang diadakan pada 16 November lalu.
Kejayaan dalam peperiksaan itu akan membolehkan mereka memasuki universiti elit, peluang memperoleh kerjaya yang baik dan juga berumahtangga.
Dengan bilangan besar pelajar yang menduduki peperiksaan itu dan ramai mendapat keputusan cemerlang, satu kesalahan kecil boleh menjejaskan peluang melanjutkan pelajaran ke universiti terbaik.
Kesilapan itu berlaku pada dua soalan objektif, setiap satu dalam kertas biologi dan bahasa Inggeris.
Pengarah Insitut Kurikulum dan Penilaian yang bertanggungjawab menguruskan peperiksaan berkata, dia memutuskan untuk meletak jawatan.
“Kami melakukan yang terbaik tahun ini untuk mengelak kesilapan. Tetapi, masih tidak berjaya hingga menimbulkan kekecohan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan guru,” kata Kim. – AFP
TOP
K’jaan P.Pinang Perlu Cekap Cekap Urus Sumber Untuk Jana Hasil
GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang disaran lebih cekap menguruskan sumber termasuk melaksanakan langkah pemutihan dengan melesenkan kilang-kilang haram yang terdapat di kawasan Pulau dan seberang Perai untuk menjana hasil tambahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata dengan pelaksanaan langkah itu kerajaan negeri tidak perlu menaikkan kadar cukai taksiran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang akan membebankan rakyat.
Beliau berkata langkah yang sewajarnya dilakukan kerajaan negeri ialah mencari jalan untuk meningkatkan kecekapan MPPP dan MPSP yang gagal mengutip tunggakan cukai taksiran bernilai RM76.3 juta.
“Keputusan menaikkan cukai taksiran bagaikan memaksa pembayar cukai menampung tunggakan besar untuk mereka yang tidak membayar. Adakah ini layanan yang adil terhadap rakyat Pulau Pinang yang membayar cukai taksiran?.
“Kenaikan kadar cukai taksiran yang diumumkan semalam dengan alasan peningkatan kos mengurus pepejal oleh kedua-dua PBT menunjukkan kelemahan kerajaan negeri dalam pengurusan sumber,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini, bagi mengulas kenaikkan kadar cukai taksiran MPPP dan MPSP bermula 1 Jan 2015.
Selain akan membebankan rakyat, kenaikan cukai taksiran itu katanya bercanggah dengan kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam Buletin Mutiara pada 9 Jan 2014 yang melaporkan kerajaan negeri akan mengabaikan syor kerajaan pusat untuk menaikkan kadar cukai taksiran dengan alasan tidak mahu membebankan rakyat, katanya.
“Kenaikan cukai taksiran bukan sahaja tidak dapat selesaikan masalah tunggakan, malah masalah tersebut dijangka menjadi lebih teruk kerana tidak nampak sebarang usaha gigih untuk menangani punca masalah tunggakan tersebut.
“Rakyat Pulau Pinang berhak mengetahui kenapa tunggakan sebanyak RM76.3 juta tidak dapat dikutip. Adakah kedua-dua PBT takut untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang enggan membayar cukai taksiran?,” katanya.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow mengumumkan kenaikan kadar cukai taksiran untuk kedua-dua PBT bermula tahun hadapan.
Chow berkata kerajaan negeri sebelum ini telah beberapa kali menangguhkan cadangan untuk menyemak semula senarai nilaian walaupun dibenarkan dalam peruntukan undang-undang setelah mengambil kira kepentingan rakyat.
Dalam sidang media semalam Chow berkata, kedua-dua PBT itu tidak menaikkan kadar cukai taksiran sejak 2005 walaupun ia perlu dikaji setiap lima tahun dan sejak 2009, MPPP dan MPSP memohon membuat penilaian bagi menaikkan kadar cukai tetapi ditolak.
Katanya dengan peningkatan itu, MPPP dapat menambah pendapatan 20.46 juta pada tahun hadapan dengan kutipan RM180.9 juta berbanding R160.438 tahun ini manakala kutipan MPSP pula meningkat kepada RM158.2 juta berbanding RM137.7 juta tahun ini, iaitu peningkatan RM20.49 juta. – BERNAMA
TOP
Warga Afrika Didakwa Kes Pulangan Wang Berganda
KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan warga Afrika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini terhadap pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan RM393,500 bagi mendapatkan pulangan wang berganda.
Barin Sweat, 39, didakwa memperdaya Mohd Sharaf Bajuri@Mohamad, 41, yang bekerja sendiri, untuk menyerahkan wang tunai itu secara berperingkat kepadanya bagi maksud berkenaan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah taman rekreasi di Pandan Indah, Ampang Jaya di sini antara 3 petang, 19 Sept lepas dan 8 malam, 22 Okt.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Sweat turut didakwa memasuki dan tinggal di negara ini tanpa sebarang pas perjalanan yang sah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6(3) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Zulyana Zollkapli tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 9 Dis ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai ‘bomoh’ yang boleh berkomunikasi dengan jin bagi menggandakan wang dengan bantuan alam ghaib. – BERNAMA
TOP
Industri Automotif Perlu Tingkat Daya Saing – Mustapa
KUALA LUMPUR – Peserta industri automotif negara perlu meningkatkan keupayaan daya saing, khususnya dalam pasaran eksport berikutan persaingan hebat kalangan penggerak perusahaan itu di peringkat global.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kementeriannya juga tidak berpuas hati dengan prestasi eksport industri itu yang jelas berbeza dibandingkan dengan pencapaian sektor komponen automotif.
Pihak industri tempatan itu perlu menyedari hakikat kebangkitan China yang secara beransur-ansur akan muncul sebagai negara pengeksport utama.
“Eksport adalah antara petunjuk sejauh mana keupayaan daya saing kita kerana perlu berdepan persaingan gergasi industri seperti Jepun, Korea dan Amerika Syarikat.
“Mungkin pada masa depan, secara beransur-ansur kita perlu menyedari yang China sedang dalam proses membina keupayaannya dalam sektor automotif ini,” katanya.
Mustapa berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis memeterai program pembangunan vendor membabitkan lima syarikat, di sini, hari ini. – BERNAMA
TOP
PM Mahu Wanita Umno Terus Perkasa Semangat Sejati Parti
KUALA LUMPUR – Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Wanita Umno perlu terus melaksanakan peranan mereka sebagai barisan memperkasa semangat sejati parti itu.
Perdana Menteri berkata komitmen dan perjuangan Wanita Umno mendekati rakyat selama ini telah menjadi benteng dan perisai parti itu untuk terus kekal berkuasa.
“Walaupun kita berada di zaman serba canggih, walaupun hari ini dunia ada di hujung jari, tetapi tidak ada yang lebih tinggi nilainya daripada khidmat dan perjuangan kita atas rasa sayang dan cinta terhadap parti kita,” katanya ketika berucap pada pelancaran buku ‘Serikandi Negara’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.
Buku setebal 127 muka surat itu diterbitkan Pergerakan Wanita Umno memaparkan perubahan dan pembaharuan pergerakan itu yang menjadi teras serta tulang belakang Umno.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Najib berkata Wanita Umno telah terbukti melaksanakan peranan penting dalam membantu parti Umno sejak kemerdekaan negara hingga kini.
Justeru katanya penerbitan buku berkenaan dapat menunjukkan suka duka yang dilalui pergerakan itu untuk dirakamkan dalam lipatan sejarah negara.
Sementara itu, Shahrizat berkata pergerakan itu akan menjadi serikandi dalam mempertahankan Presiden dan Timbalan Presiden Umno daripada diganggu-gugat pihak tertentu.
“Jangan ada sesiapa yang datang nak gugat wira-wira kita…jangan ada gunting dalam lipatan kerana kita akan jadi benteng utama,” katanya.
Beliau berkata Wanita juga akan berusaha membangkit semula semangat perjuangan anggota Umno bagi menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang. – BERNAMA
TOP
Taman Laut Labuan Kini Jadi Habitat 176 Spesies Ikan
LABUAN – Taman Laut Labuan kini menjadi habitat kepada pelbagai ekosistem marin terdiri daripada pelbagai spesies ikan dan terumbu karang sejak ia digazetkan pada 1994.
Pengarah Jabatan Taman Laut Labuan Anuar Deraman berkata sejumlah 176 spesies ikan dengan sebahagian besarnya dikategorikan di bawah spesies marin komersial dan 161 spesies terumbu karang ditemui di taman laut berkenaan yang terdiri daripada Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil.
“Kawasan terumbu karang di taman laut ini diklasifikasikan dalam keadaan baik dan sederhana baik,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, taman laut berkenaan juga menjadi laluan penghijrahan kepelbagaian spesies ikonik dan organisma laut termasuk ikan yu paus, ikan lumba-lumba, ikan pelagik, Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan penyu hijau (Chelonia mydas).
Menurut beliau, sebelum ini ekosistem terumbu karang dan sumber biodiversiti marin di taman laut ini tidak dilindungi, namun kini ia dijaga dengan baik selepas disenaraikan sebagai taman laut yang dilindungi di negara ini.
“Kami telah menurunkan sekurang-kurangnya 20 tukun tiruan pada tahun 2009 untuk memelihara dan memulihkan terumbu karang yang rosak disebabkan aktiviti penangkapan ikan secara haram sebelum ini,” katanya.
Katanya, jabatan itu juga telah memulakan lebih 20 program pendidikan dan kesedaran mengenai pemuliharaan sumber marin di taman laut berkenaan. – BERNAMA
TOP
Cipta Mesin Sesuai Ciri Landskap Negara – Uggah
PUTRAJAYA – Penghasilan mesin dan kaedah masa depan bagi industri minyak sawit perlu lebih praktikal, selamat dan menepati keadaan muka bumi bercerun, selamat serta amalan teknologi hijau bagi menarik penyertaan lebih ramai pekerja tempatan di ladang.
Ketika membuat saranan itu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, berkata lebih banyak mesin perlu dihasilkan bagi menepati cerun curam dan sukar yang sememangnya lazim di Malaysia.
“Sistem penjenteraan sedia ada ini perlu dipertingkatkan bagi menangani cabaran masa depan.
“Saya percaya teknik dan peralatan mengutip dan pemindahan buah ini, termasuk yang bercirikan robotik, akan dihasilkan tidak lama lagi. “Selain meraih pulangan optimum, ia juga dapat memanfaatkan kecanggihan peralatan dan teknologi,” katanya pada seminar Penjenteraan Minyak Sawit 2014 di Bangi, dekat sini, hari ini.
Teks ucapannya dibacakan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Dr Choo Yuen May.
Uggah berkata, sebahagian besar kegagalan pelaksanaan penjenteraan dalam industri perladangan adalah disebabkan pendekatan tidak sistematik bagi menangani masalah secara keseluruhan serta daripada sudut pelbagai disiplin.
“Kecanggihan bidang penjenteraan itu turut dihalang ketiadaan jentera yang menepati keadaan cerun negara ini,” katanya.
Mengikutnya, MPOB berjaya menghasilkan pembangunan mesin perladangan yang kini giat digunakan di sektor perladangan menerusi penubuhan Pusat Penjenteraan Ladang.
Malah, usaha MPOB mencipta dan membangunkan mesin perladangan dapat dilihat menerusi pembangunan lebih 35 teknologi, termasuk yang dapat dikomersialkan. Uggah turut mengakui, di sebalik usaha pembaikan dan penawaran mesin bersesuaian, industri minyak sawit masih bergantung kepada buruh.
Setakat September lalu, bilangan pekerja di ladang sawit adalah 451,728 orang termasuk 352,970 warga asing yang kebanyakannya bertugas mengutip dan memindahkan buah. – BERNAMA
TOP
Blood Sport: Derma Darah Setiap Kali Anda Tewas Dalam Permainan
Sering kali dalam permainan video apabila anda kehabisan nyawa (darah), anda akan memulakan permainan semula tanpa berlengah.
Tetapi bagaimana sekiranya anda turut kehilangan darah dalam dunia nyata setiap kali anda tewas atau kalah dalam sesuatu permainan?
Perkara tersebut ingin direalisasikan oleh sekumpulan pembangun melalui projek yang dinamakan sebagai Blood Sport.
Melaluinya, pemain akan dihubungkan dengan jarum dan darah akan ditarik daripada lengan setiap kali anda tewas.
Idea ini mungkin agak ekstrim buat beberapa pihak, dan ia turut digantung sementara oleh pihak KickStarter buat masa ini.
Bagi pembangunnya, idea disebaliknya bukan untuk tujuan komersial, sebaliknya mengimplementasikan ia untuk tujuan meramaikan lagi orang derma darah, sambil pada masa yang sama memainkan permainan kegemaran.
Perkara ini juga sekaligus akan menarik lebih ramai anak muda menderma darah untuk pihak hospital. Sumber: CNBC Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Keadaan Sabah Kini Jauh Lebih Selamat – Zahid
KUALA LUMPUR – Keadaan di Sabah, terutama di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), kini lebih selamat berbanding setahun lepas, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata kementerian dengan kerjasama pentadbiran Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan kerajaan Sabah mengambil pelbagai langkah meningkatkan tahap keselamatan di kawasan berkenaan.
“Saya bersetuju dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, (sekiranya) enam bulan atau setahun lalu.
Keadaan jauh berbeza sekarang kerana ESSComm diketuai seorang pegawai kanan polis dan saya, selaku menteri, telah gazetkan perintah berkurung pada waktu-waktu tertentu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Korporat sempena Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Ahmad Zahid berkata keadaan di Esszone kini bertambah selamat dan pelancong asing, terutamanya dari China, semakin ramai mengunjungi Sabah dan lebih yakin dengan pentadbiran ESSComm.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohamed Nazri di Dewan Rakyat bahawa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan enggan mengambil risiko mempromosi Sabah selagi kes penculikkan melibatkan pelancong asing di Negeri di Bawah Bayu itu belum selesai.
Dalam hal berkaitan, Ahmad Zahid berterima kasih kepada Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun yang bekerjasama dengan pentadbiran ESSComm untuk terus promosikan kawasan pelancongan di ESSZone.
Menyentuh desakan pelbagai pihak agar Akta Hasutan 1948 dikekalkan, Ahmad Zahid berkata mereka tidak perlu khuatir kerana Akta Keharmonian Nasional yang dicadang bagi menggantikannya adalah satu transformasi politik kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak komited untuk melaksanakannya.
“Datuk Seri Najib telah beri jaminan bahawa perkara-perkara sensitif yang termaktub dalam Akta Hasutan akan terus dipertahankan terutama mengenai kedudukan agama Islam, Raja-raja, hak istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu.
“Ertinya walaupun Akta Hasutan mungkin dihapuskan tetapi rohnya bagi menjaga keharmonian pelbagai kaum tetap ada dan saya yakin hal berkenaan dikekalkan,” katanya.
Berhubung cadangan seorang perwakilan Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2014 supaya satu sayap baharu iaitu sayap mahasiswa diwujudkan Umno, Naib Presiden itu tidak menolak ia boleh dipertimbangkan.
“Namun ia harus diperincikan. Secara peribadi cadangan itu adalah manifestasi keterlibatan dan komitmen Gen X dan Y dalam Umno dan tentunya ia boleh dikembangkan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Tangki Najis Meletup Hingga Meruntuhkan Bangunan
Penduduk bandar Zhanjiajie gempar apabila sebuah takungan najis meletup secara tiba-tiba hingga menyebabkan sebuah bangunan berdekatan runtuh, sabtu lalu.
Insiden ini sekaligus membuatkan 15 mangsa mengalami kecederaan ringgan namun hanya tiga mangsa sahaja dimasukkan ke hospital. Menurut laporan berita Xinhua, kejadian ini dipercayai berpunca daripada tindakan seorang lelaki membakar sisa buangan berhampiran takungan itu, menyebabkan gas metana terbakar dan meletup secara tiba-tiba. Kejadian ini dikatakan turut berkait kononnya bangunan yang dibina tidak menfokuskan aspek keselamatan gara-gara tergesa-gesa membina bagi memenuhi permintaan ratusan juta penduduk yang berpindah ke bandar raya tersebut.
Bagaimanapun, kes yang menjadi perbualan di negara China ini mendapat perhatian yang serius oleh pihak berkuasa dan kini siasatan giat dijalankan.- MYNEWSHUB.CC

Kertas Putih Tangani Ancaman IS Diedar Di Dewan Rakyat
SEORANG budak lelaki kelihatan menjenguk keluar dari tingkap rumahnya yang dipenuhi dengan kesan peluru selepas apa yang aktivis berkata adalah serangan udara semalaman diketuai Amerika Syarikat terhadap Kumpulan IS, di Raqqa, timur Syria, semalam. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR – Kertas Putih ‘Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan IS’ diedarkan kepada anggota Parlimen di Dewan Rakyat dan dijadual dibentangkan esok. Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul hari ini menyebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mencadangkan bahawa pembentangan Kertas Putih itu perlu, untuk memberi penjelasan mengenai ancaman kumpulan militan IS terhadap keselamatan negara kepada semua lapisan rakyat Malaysia. “Perdana Menteri akan mencadangkan bahawa Dewan ini menyedari akan perlunya bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu dalam semua usaha menangani ancaman kumpulan militan IS. “…menyokong kerajaan melaksanakan dasar-dasar dan usaha-usaha yang diperkenalkan menangani ancaman kumpulan militan IS, melulus dan merestui dasar-dasar dan usaha-usaha yang diperkenal oleh kerajaan untuk menangani ancaman kumpulan militan IS,” menurut aturan berkenaan. Selain itu, ia itu juga menyebut bahawa Dewan Rakyat menyeru semua lapisan rakyat Malaysia mempergiatkan usaha dan komitmen mereka untuk bersama-sama menyokong kerajaan menangani ancaman berkenaan. – BERNAMA

Justin Bieber Selebriti Bawah 30 Tahun Paling Kaya 2014
JIKA tahun lalu, senarai selebriti bawah 30 tahun paling kaya diungguli Lady Gaga, tahun ini pula gelaran itu disandang penyanyi yang digilai ramai gadis seluruh dunia iaitu Justin Bieber.
Penyanyi berusia 20 tahun itu memperoleh kekayaan sebanyak USD$80 juta (RM268 juta) bagi tahun ini sahaja.
Selain Bieber, penyanyi lain yang turut menyertai senarai yang dikeluarkan oleh Forbes ini ialah kumpulan One Direction di kedudukan kedua, mengumpul kekayaan sebanyak USD$75 juta (RM251 juta) dan Taylor Swift pula di tempat ketiga dengan aset yang dimiliki sebanyak USD$64 juta (RM215 juta).
Penyanyi yang popular dengan lagu When I Was Your Man, Bruno Mars pula berada di kedudukan keempat diikuti penyanyi kelahiran Barbados, Rihanna di tangga kelima sementara Disney Princess, Miley Cyrus pula berada di kedudukan keenam senarai tersebut.
Di bawah merupakan senarai penuh 10 Selebriti Berusia Bawah 20 Tahun Paling Kaya bagi tahun ini. Let’s check it out! - MYNEWSHUB.CC
1. Justin Bieber – USD80 juta
2. One Direction- USD75 juta
3. Taylor Swift – USD64 juta
4. Bruno Mars – USD60 juta
5. Rihanna – USD48 juta
6. Miley Cyrus – USD36 juta
7. Jennifer Lawrence – USD34 juta
8. Lady Gaga – USD33 juta
9. Avicii – USD28 juta
10. Skrillex – USD18 juta
1. Justin Bieber – USD80 juta
2. One Direction- USD75 juta
3. Taylor Swift – USD64 juta
4. Bruno Mars – USD60 juta
5. Rihanna – USD48 juta
6. Miley Cyrus – USD36 juta
7. Jennifer Lawrence – USD34 juta
8. Lady Gaga – USD33 juta
9. Avicii – USD28 juta
10. Skrillex – USD18 juta
TOP
Buruh Didenda RM2,000 Halang Tugas Polis
KUALA LUMPUR – Gara-gara menghalang polis dari melakukan pemeriksaan terhadap teman wanitanya, seorang buruh pemasang siling didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Nurul’Ain Abdul Rahim turut memerintahkan Ng Keng Gen, 31, dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Ng mengaku bersalah terhadap pertuduhan menghalang Sarjan Kameela Philipu (ulang: Philipu) menjalankan tugas dengan cara menolak dan menumbuk bahu anggota polis itu yang sedang menjalankan pemeriksaan terhadap teman wanitanya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di RNB Dance Club, No LG-01 Plaza Prima, Batu 1/2 Jalan Klang Lama, Brickfields, di sini pada pukul 1.45 pagi 22 Nov lepas.
Dakwaan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.
Ketika rayuan, Peguam Farhan Maarof memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman denda untuk anak guamnya atas alasan Ng tidak mengetahui Kameela seorang anggota polis kerana berpakaian preman dan isteri tertuduh juga sedang mengandung enam bulan.
Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana mengikut fakta kes kejadian berlaku selepas anggota polis itu memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa polis. – BERNAMA
TOP
APMM Musnah Rokok Bernilai Suku Juta Ringgit
LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan hari ini memusnahkan rokok seludup pelbagai jenama dengan duti tidak berbayar berjumlah RM287,484.48.
Rokok itu dirampas dalam dua operasi pada Disember tahun lepas dan Mei tahun ini di perairan Lawas, Sarawak.
Pegawai operasi APMM Labuan, Lt Maritim Nik Mohd Izwan Farid Md Daud, berkata barangan yang dimusnahkan itu terdiri daripada rokok putih berjenama Absolute Mentol, Astro, Extreme 16S, Apache dan John, yang diseludup dari negara jiran.
Semuanya dirampas mengikut Akta Kastam 1967 dan kesnya telah dibuat keputusan oleh mahkamah.
“Kami ada dua kes lagi yang sedang menunggu penghakiman, melibatkan minuman alkohol serta rokok bernilai lebih RM1.5 juta,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Beliau berkata, oleh kerana kegiatan penyeludupan masih berleluasa, pihaknya akan menggiatkan operasi bagi membendungnya.
Katanya, untuk tahun ini, 46 tangkapan dibuat hingga kini, 63 peratus daripadanya melibatkan kesalahan mengikut Ordinan Kapal Saudagar, Akta Perikanan (26 peratus), Akta Kastam (6.5 peratus) dan 2.2 peratus Akta Imigresen dan APMM.
Nik Azwan berkata, tangkapan itu dibuat hasil daripada 1,905 pemeriksaan yang dilakukan tahun ini.
Katanya, 55 tangkapan dibuat hasil daripada 1,537 pemeriksaan yang dilakukan tahun lepas.
“Jumlah kes penyeludupan menurun berbanding tempoh yang sama tahun lepas, hasil operasi dan pengesanan yang dipergiat terhadap modus operandi penyeludup,” katanya. – BERNAMA
TOP
Pendaftaran GST Meningkat Kepada 164,609 Pada 25 Nov
KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 164,609 pada 25 Nov, meningkat 2,569 daripada hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Bilangan syarikat mendaftar bagi GST yang akan dilaksanakan pada 1 April tahun depan, kini mengatasi sasaran kerajaan sebanyak 140,000 menjelang akhir tahun.
Bagaimanapun, syarikat-syarikat yang masih belum mendaftar mempunyai masa sehingga 31 Dis, 2014, untuk berbuat demikian.
Perniagaan dengan perolehan jualan tahunan kurang daripada RM500,000 digalakkan mendaftar bagi GST, sekiranya perolehan mereka melebihi RM500,000 pada masa depan. – BERNAMA
TOP
Daftar Jadi Ahli UMNO Kini Boleh Dibuat Secara Online
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang akan menjadi lokasi Perhimpunan Agung UMNO 2014 bermula hari ini hingga Sabtu depan.
KUALA LUMPUR – Orang ramai yang mahu menjadi ahli UMNO dalam masa terdekat boleh membuat pendaftaran hanya secara online dan berurusan terus dengan Ibu Pejabat UMNO. Ia berbeza dengan prosedur biasa yang memerlukan borang diambil di peringkat Bahagian UMNO dan memerlukan kelulusan Ketua Cawangan untuk disokong Ketua Bahagian sebelum borang dihantar ke Ibu Pejabat UMNO untuk kelulusan. Perkara itu dimaklumkan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sesi Taklimat Tertutup Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Kemudahan itu, menurut Najib yang juga Perdana Menteri akan boleh digunakan dalam masa terdekat sebaik sistem berkenaan berjaya disediakan. “Sekarang jadi ahli UMNO menggunakan online sahaja, InsyaAllah akan memudahkan lagi khususnya golongan muda untuk bersama-sama kita,” kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengulas amanat Presiden selepas menghadiri sesi berkenaan hari ini. Kemudahan itu juga akan memberikan akses pendaftaran sebagai ahli UMNO secara cepat dan meluar termasuk ke mereka yang berada di mana-mana sahaja di dunia ini asalkan ada kemudahan internet. Pendaftaran secara online akan memastikan semua borang yang diisi akan sampai ke peringkat Ibu Pejabat UMNO. Sebelum ini, ada masalah borang yang dihantar untuk proses pendaftaran tidak sampai ke peringkat Ibu Pejabat. “Masa depan parti kita bukan sahaja untuk Ahli Umno tetapi kita sedar dan insaf bahawa sekiranya kita tidak lakukan untuk parti, bangsa kita akan jadi mangsa, agama kita akan jadi mangsa, raja-raja kita akan jadi mangsa, jadi itu yang ditekan tadi dan saya rasa tepat pada waktunya,” kata Hishammuddin mengulas mengenai apa yang disampaikan oleh Najib. Selain itu, dalam taklimat itu Najib turut memberi penjelasan berkenaan dakwaan beliau dilihat seperti meminggirkan agenda bumiputera di dalam negara ini berbanding era pentadbiran Perdana Menteri sebelum ini Tun Abdullah Ahmad Badawi. PWTC hari ini mula dibanjiri perwakilan Umno dari seluruh negara yang akan berkampung selama lima hari di sini sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014. Perhimpunan kali ke-68 ini menyaksikan penglibatan seramai 5,739 perwakilan dari 191 bahagian merangkumi 993 anggota perwakilan mewakili Pemuda, Wanita (992 anggota) serta 991 anggota lagi, Puteri. - MYNEWSHUB.CC

Penduduk Kecoh Lihat Badak Bersiar-Siar Di Bandar
Jerman – Penduduk di sebuah bandar di Luckenwalde gempar apabila menyaksikan seekor badak seberat 2.5 tan berjalan-jalan secara bebas di bandar berkenaan tanpa sekatan.
Beberapa penduduk yang panik kemudiannya menghubungi polis.
Selepas polis tiba, barulah mereka mengetahui bahawa badak itu yang digelar Hulk adalah milik Circus Voyage.
Malah badak itu dibawa bersiar-siar di sekitar bandar oleh pemiliknya.
“Pemilik sarkas itu diberi amaran tegas oleh polis bahawa mereka tidak dibenarkan membawa badak berkenaan berjalan-jalan di sekitar bandar.
“Namun pemilik Circus Voyage itu memberitahu dia tidak memahami kenapa penduduk kecoh dengan badak tersebut yang hanya mahu mendapatkan udara bersih,” kata jurucakap polis.
Pemilik sarkas juga menolak untuk merantai badak berusia 34 tahun itu.
Badak yang sama pernah menggemparkan penduduk di Goslar, tiga tahun lalu selepas ia terlepas dari sarkas berkenaan ketika mengadakan persembahan di bandar berkenaan.-mynewsub
TOP
Tahan Penyokong Harimau Malaya, KJ Tuntut Penjelasan Singapura
KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa Singapura mengenakan sekatan ke atas penyokong Harimau Malaya yang mahu menyaksikan perlawanan Piala AFF-Suzuki di negara jiran itu pada Ahad lalu.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tindakan kerajaan Singapura melarang penyokong pasukan kebangsaan dengan begitu teruk tidak boleh diterima.
“Saya telah menerima maklumat bahawa terdapat beberapa penyokong bola sepak tanah air yang ditahan di pusat pemeriksaan di Singapura sebelum perlawanan AFF-Suzuki di negara tersebut pada hari Ahad.
“Saya diberitahu bahawa penyokong-penyokong tersebut ditahan dan dilarang untuk memasuki Singapura semata-mata kerana mereka ingin menyaksi perlawanan bola sepak pasukan kebangsaan menentang Myanmar. Gambar notis larangan yang dikeluarkan oleh pihak Kastam dan Imigresen Singapura pun sudah tersebar luas di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Khairy Jamaluddin memaklumkan KBS telah menulis surat kepada pihak berkuasa di Singapura untuk mendapatkan penjelasan kenapa penyokong Malaysia diberi layanan yang begitu teruk sekali sehingga mereka tidak dibenarkan masuk ke Singapura untuk menyokong pasukan kebangsaan.
Walhal, kata beliau, penyokong Myanmar dapat membanjiri Stadium Jalan Besar di Singapura beserta kain rentang dan bendera gergasi negara mereka.
“Walaupun kami menghormati prosedur negara asing, tapi saya memang tidak puas hati dengan yang diberi kepada penyokong bola sepak Malaysia. Saya akan maklumkan pada semua apa jawapan yang diberi oleh pihak Singapura dan apa respons kita nanti,” katanya. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Admin Mawar Fanpage Tidak Professional Jawab Komen
Sesungguhnya, budi bahasa, budaya kita!
Siapalah yang tidak mengenali jenama tudung eksklusif No. 1 Malaysia, Fareeda yang sememangnya amat diminati dan menjadi koleksi wajib wanita berkerjaya. Dalam masa itu, bagi menghargai pelanggan-pelanggan setia jenama tudung ini, pihak Fareeda mengadakan pertandingan ‘Tiru Gaya Mawar Fizo’ hingga mendapat penyertaan daripada beribu-ribu yang mahu mencuba nasib.
Wah, bila dengar nama pertandingan ini sahaja dah merasakan pertandingan ini menarik dan tertariklah! Hah, hadiah yang dijanji-janjikan pun tidak kurang hebatnya. Terbaru, heboh di media sosial, Facebook pelanggan tidak puas hati syarat baru yang dikenakan yang didakwa berubah saat-saat terakhir. Apa lagi, adalah ramailah penyerta mempersoalkan tindakan tersebut kerana tidak diberitahu awal. Bagaimanapun, ramai pelanggan terkejut melihat komen yang dibalas oleh admin pihak Mawar Fareeda Fanpage yang digelarkan sebagai ‘sungguh budiman’.
Hah, gitew lah jawab pihak admin ini! Terkejut juga cara admin ini menjawab, meskipun tidaklah mempunyai unsur-unsur maki hamun tetapi cara menjawab persoalan pelanggan tersebut dilihat sebagai agak kasar dan tidak melambangkan jenama Fareeda sebagai tudung eksklusif. Rasanya admin sepatutnya lebih peka dan bersopan ketika melanggan pelanggan setia. Ini lagi beberapa screenshot peserta yang tidak puas hati syarat yang dikenakan dan cara admin tersebut membalasnya.
Mungkin admin tidak sengaja dan penat melayan kerenah pelanggan yang terlalu ramai untuk dilayan menjadi punca sikap yang ditonjolkan? Apa pun, kami bukanlah nak mengcondem. Cuba berharap masyakat ini lebih bersopan santun lagi-lagi melayan kerenah para pelanggan. Sebelum ini pun pernah terjadi kes perihal Mawar Fareeda Fanpage ini yang kononnya didakwa tidak berbudi bahasa dan lebih malang siapa lagi yang bakal menerima tempiasnya kalau bukan Mawar sendiri. Bagaimanapun, menurut mereka page ini dikawal oleh lima orang admin.
Mungkin pihak Fareeda sendiri ada penjelasannya berkenaan isu ini. – MYNEWSHUB.CC

Agaknya..Rumah Hantu Ini Paling Kejam Di Dunia
SUKA mencabar kemampuan dan keberanian diri sendiri?
Mungkin rumah hantu McKamey Manor yang terletak di San Diego, California merupakan pilihan yang tepat untuk merasai pengalaman paling mengerunkan seumur hidup anda.
Hal ini kerana, hantu-hantu yang berada di rumah hantu ini bukan sahaja akan menakut-nakutkan anda tetapi seolah-olah cuba membunuh nyawa anda dengan gaya yang amat tragis.
Ini terbukti apabila sejak 14 tahun dibina, tiada seorang pengunjung pun berjaya sampai ke garisan penamat.
Meskipun, pengalaman ini dianggap unik dan menakutkan tetapi lebih 24,000 orang sudah dalam senarai menunggu untuk merasai pengalaman rumah hantu mengerunkan tersebut.
Memberi kelainan berbanding rumah hantu yang lain, pengunjung diharap bersedia sebarang kemungkinan diikat, disumbat dalam sangkar ular, disimbah darah palsu dan bermacam lagi yang anda sendiri tidak akan sangka.
Lebih kejam, pengunjung bakal merasai sendiri pengalaman dipaksa memakan telur busuk dan mulut disumbat dengan kertas. Namun, untuk memasuki rumah hantu ini hanyalah dua pengunjung sahaja dibenarkan dalam satu masa dan segala latar belakang mereka diperiksa sebelum dibenarkan masuk. Pengalaman yang mengambil masa kira empat hingga tujuh jam ini sememangnya mempunyai unsur-unsur dramatik yang amat megerunkan yang tidak akan anda lupakan.
Pengasasnya Russ McKamey, 55, dan teman wanitanya Carol Schultz juga akan memastikan pengunjung merasai pengalaman berbeza setiap kali ke McKamey Manor ini. McKamey berkata dia menghasilkan projek itu kerana begitu meminati kisah seram seperti Psycho, Texas Chainsaw Massacre dan The House on Haunted Hill dan sanggup menghabiskan lebih AS$500,000 (RM1.6 juta) untuk menjadikan McKamey Manor pengalaman paling menakutkan di dunia. “Pengalaman yang kami tawarkan adalah interaktif malah saya turut berbincang dengan peminat selain membuat kajian mendalam. Percayalah, apa yang dialami di sini amat unik dan tidak ubah seperti merasai filem seram anda sendiri,” katanya.
Acane, anda berani ke? – MYNEWSHUB.CC

UMNO Perlu Kenal Pasti Siapa ‘Warlord’ – Ahmad Shabery
KUALA LUMPUR – Umno perlu mengenal pasti siapakah ‘warlord’ dalam parti yang menyebabkan anggota dan masyarakat menjauhkan diri sehingga melemahkan parti, kata Anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata parti tonggak Barisan Nasional (BN) ini mesti melihat dengan serius dan memperbetul persepsi umum bahawa ‘Umno dikuasai oleh warlord’ bagi membolehkannya meraih kembali keyakinan rakyat untuk menyokong parti.
“‘Warlordism’ yang dimaksudkan ini adalah dia menyebabkan orang lari daripada Umno. Ini yang perlu kita tentukan, siapa dia orang itu,” katanya kepada Bernama semasa melawat Laman Media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno malam tadi berkongsi pandangan orang muda yang melihat Umno antara lain dikuasai ‘warlord’.
“Kita perlu buktikan warlord bukan sebahagian daripada budaya Umno. Kita menolak sikap sekalangan yang cuba untuk kekal berkuasa dengan menabur kemewahan kepada pengikut,” kata Muhyiddin.
Mengenai peremajaan Umno yang dilihat menjadi fokus perhimpunan agung kali ini, Ahmad Shabery berkata perkara itu perlu diperhalusi agar hasrat berkenaan dapat diterjemah dengan tepat.
“Ramai orang melihat soal peremajaan dan bagaimana Umno nak diremajakan. Apakah perlu pertukaran pucuk pimpinan dan di peringkat mana?,” katanya.
Ahmad Shabery, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, yang turut meninjau infrastruktur dan tahap kelajuan jalur lebar di Laman Media, berkata kemudahan berkenaan akan dipertingkatkan bagi memudahkan liputan secara masa nyata dapat dilakukan oleh pengamal media pada masa depan.
Sebanyak 1,452 petugas media daripada 106 akhbar dan agensi berita dalam dan luar negara membuat liputan pelbagai program sempena Perhimpunan Agung Umno 2014. – BERNAMA
TOP
RM9.7 Bilion Sudah Dibelanjakan Bagi Laluan 1 MRT
PETALING JAYA – Mass Rapid Transit Corp (MRT Corp) membelanjakan RM9.7 bilion bagi projek MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan 1) setakat ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Wira Azhar Abdul Hamid.
Peruntukan RM23 bilion bagi projek Laluan 1 diberikan kerajaan secara berperingkat dan bukan bayaran sekali gus.
“Projek itu yang dibiayai kerajaan dan dijangka siap menjelang Julai 2017, berjalan secara berperingkat, dan diberi tempoh untuk disiapkan, peruntukan akan digunakan sepenuhnya,” katanya.
Azhar berkata demikian pada taklimat media berhubung kemajuan projek MRT di sini hari ini.
Setakat ini, katanya 78 pakej kerja bernilai RM21.02 bilion sudah diberikan kepada kontraktor dengan tujuh lagi projek belum diberikan.
“Lima daripada tujuh projek itu bernilai RM250 juta. Syarikat bagi pakej berkenaan sudah disenarai pendek,” katanya.
Beliau berkata pembinaan projek Laluan 1 itu siap 55.21 peratus setakat pada 31 Oktober 2014.
“Pada tahap ini, kami yakin untuk mencapai sasaran bagi keseluruhan laluan itu untuk beroperasi pada Julai 2017,” katanya, sambil menambah bahawa 53 peratus daripada landasan laluan atas sudah siap.
Beliau berkata pakej kerja bawah tanah, yang meliputi pembinaan stesen bawah tanah dan terowong sudah 70 peratus siap.
Syarikat sedang memasang tiga tren di pusat pemasangan tren kontraktor di Hulu Selangor.
“Kami akan menghantar tren ini ke depoh Sungai Buloh tidak lama lagi, yang dibina di kawasan seluas 73 hektar, bagi ujian dinamik,” katanya. – BERNAMA
TOP
Program Pertanian Bandar Kini Di Putrajaya
PUTRAJAYA – Program pertanian bandar kini dilaksanakan di Putrajaya dengan projek pertamanya menggunakan sistem fertigasi bagi penanaman 500 pokok Rock Melon dan 300 pokok Cili Kulai.
Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat berkata pokok Rock Melon ditanam di dua buah Rumah Hijau di Kebun Komuniti 1 (KK1), Jalan P9G, Presint 9 manakala Cili Kulai ditanam di Kebun Komuniti Fasa 4A, Presint 8.
Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Pertanian Bandar Putrajaya di bawah Program Local Agenda 21 di sini Rabu, beliau berkata projek tersebut telah dimulakan pada Sept tahun ini dengan melibatkan 33 peserta.
“Kumpulan satu terdiri dari 20 peserta yang mengusahakan tanaman Rock Melon dan selebihnya mengusahakan Cili Kulai,” katanya.
Beliau berkata Rock Melon (juga dikenali sebagai tembikai wangi) dijangka dapat mengeluarkan hasil pada akhir bulan ini manakala Cili Kulai pada awal bulan hadapan.
Justeru itu beliau mengajak lebih ramai penduduk Putrajaya melibatkan diri dalam projek tersebut supaya hasilnya dapat dikongsi bersama atau dijual untuk dijadikan pendapatan.
“Masih terdapat tanah kosong seperti di Presint 20 untuk mengembangkan lagi projek tersebut jika ia mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk Putrajaya,” katanya. – BERNAMA
TOP
Video: Gymkhana 7, Mustang 1969 Menjadi Pilihan Ken Block
Kepada kaki-kaki drifter yang masih ‘tak puas hati’ dengan kehebatan Ken Block, kini beliau kembali melakukan aksi drift luar biasa di jalan kota San Francisco dalam siri gymkhana yang ke tujuh ini.
Sedikit info menganai Ken Block, pemuda kelahiran Long Beach, California ini merupakan seorang yang berpengalaman dalam pelbagai arena sukan ekstrim seperti skateboarding, snowboarding, motorcross dan seorang drifter.
Kereta Mustang yang menjadi pilihan Ken Block untuk Gymkhana 7 ini telah dimodifikasi oleh Hoonigan Racing, iaitu syarikat permotorannya sendiri dan telah membuat kemunculan sulungnya di SEMA Show Las Vegas, Nevada baru-baru ini.
Yang menarik tentang kereta ini ialah ianya merupakan satu-satunya kereta mustang yang menggunakan sistem all-wheel drive dan mampu menghasilkan 845 kuasa kuda. Ia digelar sebagai Mustang Hoonicorn seperti yang dibayangkan sendiri oleh Ken Block. Ford Mustang keluaran 1965 yang mengaplikasikan wide body ini menggunakan enjin Roush Yates 6.7 Liter V8 dan jentera tersebut menggunakan manual 6 speed.
Berbalik kepada video tersebut, seperti biasa konsep Gymkhana digunakan oleh beliau yang pasti membuatkan anda teruja, jom saksikan! Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Sony Menguji Jam Tangan Yang Menggunakan Skrin Sepenuhnya
Sony merupakan salah satu syarikat gergasi elektronik yang turut sedang melakukan beberapa perubahan pada syarikat, dan pada masa yang sama ingin hadir dengan produk yang diminati ramai.
Untuknya, kini Sony dikatakan sedang membangunkan sebuah jam tangan pintar yang akan hadir dengan penggunaan skrin sepenuhnya.
Ia dikatakan akan mengabungkan penggunaan e-ink pada peranti tersebut, sekaligus membolehkan pengguna mengubah rekaan dan gaya peranti tersebut mengikut kegemaran mereka.
Sony dikatakan akan memfokuskan lebih kepada gaya untuk peranti tersebut dan bukannya pada spesifikasi.
Penggunaan paparan e-ink juga dijangka akan menawarkan masa bertahan bateri yang lebih lama berbanding jam tangan pintar biasa.
Buat masa ini, Sony dikatakan masih pada peringkat ujian dalaman untuk peranti tersebut, dan mungkin sekiranya ia melepasi fasa berkenaan, kita akan melihat ia dipasaran untuk pengguna umum.
Sumber: Bloomberg/Engadget
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
TOP
Wallet Ninja: Kad Kredit Serbaguna 18 Dalam 1 Anda!
Kami yakin kebanyakkan dari anda pernah menggunakan pisau seberguna swiss army bukan?
Kini, dengan menggunakan idea yang sama, Alex Shlaferman, yang baru berusia 20 tahun telah menghasilkan produk yang berkonsepkan pisau tersebut. Dinamakan Wallet Ninja, ia merupakan alat serbaguna yang hanya sebesar kad kredit.
Wallet Ninja merupakan kad serbaguna pertama di dunia yang mempunyai 18 jenis kegunaan! Diperbuat daripada logam yang diperkeras sehingga empat kali, kad seberguna ini sememangnya amat berguna terutama kepada anda yang suka aktiviti outdoor. Nampak sangat “simple” tetapi sebenarnya ciptaan ini sangat kreatif! Harga bagi tiga keping kad ini ialah USD 14.99 (RM50) per set. -mynewsub

DuBike: Basikal Pintar Dengan Pelbagai Sensor Terbina
Baidu merupakan salah satu syarikat gergasi internet di China yang menawarkan enjin carian seperti Google dan beberapa perkhidmatan lain.
Tahun ini, mereka mengumumkan akan membina pula sebuah basikal pintar yang menjadi tarikan ramai untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. Kini, Baidu telah menerbitkan sebuah laman khusus untuk basikal pintar yang dikenali dengan nama DuBike, memperlihatkan secara kasar rekaan dan fungsi yang akan dibawakan kelak.
DuBike ini, dilihat memfokuskan penggunaan pelbagai jenis sensor untuk memudahkan pengguna mengetahui tahap kecergasan dan kesihatan mereka ketika menunggang basikal. Selain kecergasan, Baidu Bike turut dilengkapi sensor untuk memantau bagaimana anda menunggang basikal, di samping beberapa ciri keselamatan seperti lampu hadapan dan belakang. Sokongan GPS turut diintegrasikan pada basikal pintar ini untuk tujuan navigasi, selain membolehkan pengguna memantau lokasi semasa basikal untuk mengelakkan kecurian. Tak perlu mengecas pelbagai komponen pada basikal ini, memandangkan ia akan mengecas sendiri ketika pengguna menunggangnya. Baidu turut menyediakan sebuah aplikasi khusus untuk basikal pintar ini bagi membolehkan pengguna mengakses beberapa data berkaitan, di sampingmenggunakannya untuk tujuan sosial – seperti berkongsi destinasi dan sebagainya. Basikal pintar daripada Baidu ini dijangka akan dipasarkan tidak lama lagi, berkemungkinan seawal penghujung tahun ini. Sumber: Slashgear Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Mangsa Banjir Di Teluk Intan Meningkat Kepada 325 Orang
SERAMAI 325 mangsa membabitkan di daerah dipindahkan ke pusat pemindahan apabila rumah mereka dinaiki air. - Foto Ravale Savarinathan
IPOH – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong dekat Teluk Intan di sini, meningkat kepada 325 orang pada 8 pagi ini berbanding 310 malam tadi. Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Hilir Perak, Mohd Fazly Mohamad Zawawi, berkata kesemua mangsa adalah daripada 97 keluarga terdiri daripada 78 dewasa lelaki, dewasa perempuan (103), kanak-kanak lelaki (71), kanak-kanak perempuan (57), bayi lelaki (12) dan bayi perempuan (empat). “Cuaca di sini tidak hujan dan paras air banjir mencecah 3.44 meter. Pemantauan keadaan banjir di kawasan terjejas masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Penduduk yang terjejas adalah daripada empat kawasan penempatan iaitu di Lorong Mesra di Batu 7; Lorong Kedah di Batu 8; Lorong di Batu 11 dan Kampung Batu 9, katanya. Kejadian banjir yang berlaku malam tadi merupakan yang kedua melanda kawasan Changkat Jong dalam tempoh dua minggu selepas ban Sungai Bidor pecah akibat hujan lebat dan air melimpah ke kawasan penempatan. Pada 14 November lepas, 56 orang daripada 16 keluarga yang mendiami Lorong Mesra dipindahkan ekoran banjir yang melanda kawasan Changkat Jong selepas berlakunya limpahan air Sungai Bidor susulan hujan lebat. Bagaimanapun, kesemua mereka dibenarkan kembali ke rumah masing-masing empat hari kemudian sebelum banjir kedua melanda semula kali ini. – BERNAMA

Sikap Pentingkan Diri Rugikan UMNO – Tun M
KUALA LUMPUR – Sikap ketua cawangan dan bahagian Umno yang mementingkan diri sendiri dan menyekat bakat baharu untuk mencabar mereka, hanya akan melemahkan Umno secara keseluruhan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri berkata adalah penting bagi semua anggota Umno untuk menilai dan menegur semula cara pemilihan pemimpin yang diamalkan, baik dari peringkat cawangan, bahagian, hinggalah ke peringkat pucuk pimpinan.
“Cawangan tidak terima sesiapa yang berkebolehan mencabar ketua cawangan. Ini adalah kerana ada habuan bagi ketua cawangan.
“Oleh itu yang dapat masuk Umno hanyalah orang Melayu yang kurang berbakat daripada ketua cawangan. Apabila ketua cawangan meninggal, penggantinya ialah orang yang lebih lemah daripadanya,” menurut Dr Mahathir dalam entri terbaharu blog beliau bertajuk ‘Selamat Bersidang Umno’ hari ini.
Memetik Umno Selangor sebagai contoh, bekas presiden Umno itu berkata Umno Selangor masih tidak mampu menawarkan kepimpinan alternatif bagi mendapatkan kembali sokongan rakyat negeri itu kepada mereka, ekoran sikap pentingkan diri sesetengah pemimpin yang enggan diri mereka digantikan orang lebih berkebolehan.
Dr Mahathir berkata jika perkara ini berterusan, Umno sendiri yang akan rugi kerana orang yang mempunyai bakat dan berkebolehan tidak dapat menjadi pelapis kepada kepimpinan sedia ada, dan memilih parti lain untuk dijadikan platform.
“Kerana kecewa, ada yang berbakat dan berjiwa Umno menyertai parti lain.
Maka akan merosotlah Umno dan akan hilanglah parti keramat ini,” tegas Dr Mahathir, yang menyifatkan dirinya sebagai ‘orang tua Umno’.
Menyentuh Perhimpunan Agung Umno 2014 yang bermula hari ini, selain membincangkan perkara berkaitan bumiputera dan Umno, beliau menyeru para perwakilan agar menggunakan pentas ini untuk menegur pemimpin, bagi menjamin kepentingan parti dan negara secara amnya.
“Tanpa teguran pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan olehnya salah dan tidak baik.
“Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Janganlah selalu mendengar orang tertentu yang di keliling kita sahaja,” katanya. – BERNAMA
TOP
Jangan Bandingkan Saya Dengan Azalina – Mas Ermieyati
KUALA LUMPUR – Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin meminta supaya beliau tidak dibandingkan dengan pemimpin Puteri terdahulu, khususnya Ketua Puteri pertama Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau yang mengambil alih teraju pergerakan sayap parti sejak lebih setahun lalu berkata tidak wajar jika corak kepimpinan mereka dibandingkan berikutan era dan cabaran yang dihadapi kedua-dua pemimpin itu berbeza.
“Azalina berdepan dengan cabaran berbeza kerana beliau memimpin pada waktu Puteri baharu ditubuhkan. Puteri ketika itu mendapat perhatian kerana ramai yang mahu melihat peranan Puteri pada awal penubuhannya.
“Cabaran yang dihadapi Puteri hari ini jauh lebih berat dan berbeza. Puteri kini berdepan dengan 80 peratus muka baharu yang masih mentah, belum benar-benar memahami wadah perjuangan parti.
“Puteri (masa kini) berdepan dengan kemodenan dan kemajuan teknologi yang pesat berkembang,” katanya berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Mas Ermieyati berkata beliau perlu ‘bersuara’ menjelaskan perkara itu hari ini berikutan pendekatannya untuk berdiam diri selama ini menyebabkan ‘orang tidak memandang apa yang saya lakukan’.
Beliau seterusnya meminta orang ramai supaya berlaku adil dengan memberi masa kepadanya untuk membuktikan kemampuan mengemudi Puteri serta memberi kepercayaan untuk sayap parti membuktikan kebolehan mereka.
“Jangan sekadar mengkritik tanpa mengambil kira cabaran dan tekanan yang Puteri hadapi kini. Jangan begitu cepat menilai Puteri yang baru sahaja saya pimpin ini,” katanya.
Tidak hanya berucap kosong, Mas Ermieyati juga ‘membentangkan buku rekod beliau’ dengan merujuk kepada program yang telah dilakukan sepanjang menerajui pergerakan sayap parti itu.
Antaranya adalah penganjuran Program Kembara Ilmu di bawah kendalian Biro Kebajikan, mewujudkan Bazar Bayahista untuk menggalakkan lebih ramai anak muda menceburi bidang perniagaan serta pelbagai program latihan, kursus dan aktiviti sukarelawan. – BERNAMA
TOP
Dasar Rapatkan Jurang Ekonomi Kaum Perlu Dilaksana Segera
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putre (PWTC) malam ini.
KUALA LUMPUR – Satu dasar, pendekatan dan strategi yang lebih berkesan untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum di negara ini perlu dilaksanakan segera. Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pendekatan itu perlu memberikan tumpuan dan keutamaan kepada program latihan peningkatan kemahiran pekerja bumiputera, memperbaiki mekanisme subsidi, menangani diskriminasi dalam sektor pekerjaan, memperkemaskan perundangan dan penguatkuasaan terhadap pekerja asing. “Antara lain ia juga perlu mengutamakan memperkenalkan dasar mengenai peningkatan dan pengawalan pendapatan pekerja, menambah mekanisme percukaian yang lebih berstruktur (targeted), meningkatkan insentif bagi membantu keluarga menambah kekayaan dan menyediakan ekosistem kondusif kepada pelajar luar bandar dan miskin bandar. “Menekankan semula pembangunan luar bandar, memperluaskan jaringan keselamatan sosial, dan menyasarkan tindakan afirmatif berdasarkan keperluan (need-based) khusus untuk kumpulan isi rumah 40% terbawah tanpa mengira kaum,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini. “Saya mencadangkan Agenda Bumiputera serta dasar dan strategi merapatkan jurang ekonomi dijadikan teras utama Rancangan Malaysia Ke-11 yang merupakan lonjakan terakhir Malaysia untuk menjadi negara maju. “Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional tidak boleh dilaksanakan secara picisan atau terpisah daripada kerangka besar ekonomi negara. Ia mesti dilaksanakan secara inklusif, komprehensif dan merentasi semua sektor ekonomi,” katanya. Dalam ucapan beliau, Muhyiddin turut mendedahkan bahawa median pendapatan bulanan isi rumah Bumiputera sebanyak RM3,282 masih rendah berbanding kaum Cina iaitu RM4,643. “Dalam kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah, 75.5% adalah Bumiputera. Pemilikan hartanah dalam kalangan Bumiputera juga masih jauh lebih rendah berbanding kaum-kaum lain. “Hanya 36.3% transaksi bangunan hartanah kediaman melibatkan Bumiputera. Pemilikan hartanah bangunan industri dan perdagangan Bumiputera juga rendah iaitu 2.37% bagi hartanah industri dan 7.85% bagi hartanah perdagangan,” katanya. Beliau berkata satu kajian yang dilakukan oleh Dr Lee Hwo Aun dan Dr Muhamed Abdul Khalid pada 2012 mendapati bahawa setiap seorang graduan Melayu yang dipanggil temu duga dalam sektor swasta, secara puratanya 5.3 graduan Cina ditemu duga, walaupun mereka mempunyai kelulusan yang sama. “Data rasmi juga menunjukkan kadar pengangguran adalah tertinggi dalam kalangan tenaga kerja Bumiputera iaitu 70.3%, termasuk graduan menganggur sebanyak 66.9%. “Pakar ekonomi Just Faaland, J.R Parkinson dan Rais Saniman membuktikan dalam buku mereka Growth and Ethnic Inequality: Malaysia’s New Economic Policy, bahawa pekerja Bumiputera menerima gaji 20 hingga 40 peratus lebih rendah berbanding bukan Bumiputera,” katanya. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan tiba di Dewan Merdeka di PWTC kira-kira pukul 9 malam disambut dengan alunan selawat oleh para perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO yang hadir menyaksikan majlis perasmian pada malam ini. Lebih 5,000 orang perwakilan UMNO bermula hari ini berkumpul di PWTC bermula hari ini sehingga Sabtu depan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2014 kali ke-68. – MYNEWSHUB.CC

Wakil Parlimen Alor Gajah Johan Pidato Piala Presiden Umno
KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra bersama pemenang Pidato Piala Presiden Umno, Mustafa Musa dari Alor Gajah sempena Perhimpunan Agung Umno ke-68 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Umno perlu melahirkan pemidato yang tidak lagi bersifat retorik kerana masyarakat sudah pintar dalam menilai kandungan setiap pidato, kata Mustafa Musa, johan sulung pertandingan Pidato Piala Presiden Umno bersempena Perhimpunan Agung Umno 2014. Mustafa, 50, wakil Parlimen Alor Gajah, Melaka, berkata pemidato Umno juga perlu jujur dalam menegur pemimpin mereka sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan. “Jika mereka mahu lihat Umno terus maju dan relevan pada kaca mata rakyat, maka pemidato Umno perlu ikhlas dan jujur dalam menegur semua termasuk Presiden parti kalau kita sayangkan parti, tetapi mestilah berhemah kerana Umno melatih budi dan santun,” katanya kepada pemberita di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Beliau yang menyampaikan pidato bertajuk ‘Umno Sentiasa Berjasa Kepada Semua’ itu menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan piala pusingan yang disampaikan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak. “Umno mesti sentiasa mengadakan program seperti ini, bukan setahun sekali, tetapi Umno mesti bersedia untuk melatih pemidato bagi menggempur apa yang disampaikan pembangkang,” kata Mustafa, peserta paling veteran daripada 12 finalis pertandingan itu. Naib johan pertandingan itu, Khairulnizam Ryan Lasio, 36, dari Parlimen Keningau, Sabah, yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM7,500 dan piala iringan, turut bersetuju supaya Umno mengadakan program berterusan bagi mencungkil bakat baharu sebagai pemidato khususnya daripada kalangan generasi muda. “Sebagai generasi yang muda sudah tentu kita ada idea-idea baharu untuk diketengahkan. Anak muda boleh melakukan perubahan dan transformasi demi negara,” katanya yang menyampaikan pidato bertajuk ‘Pakatan Rakyat Pakatan Rapuh’. Mohd Ikhwan Mohd Rosseli, 25, dari Parlimen Kelana Jaya, Selangor, yang menyampaikan pidato ‘Menghormati Sensitiviti Antara Agama di Malaysia’ memenangi tempat ketiga dan meraih hadiah wang tunai RM5,000.- BERNAMA

Ambil Alih MAS Isu Nasional.. Jentayu Mesti Profesional
MAS kini sudah mencapai tahap tenat, daripada berita kerugian sudut bisnes kepada dua episod duka menimpa pesawat syarikat penerbangan negara ini secara berturut-turut, kini aset strategik MAS pula jadi rebutan. Bilalah MAS nak buat pemulihannya?
Pelan pemulihan yang dibentang Khazanah sebelum ini, menyaksikan beberapa pengorbanan perlu dilakukan, sesuatu yang biasa bagi menyelamatkan syarikat yang sedang tenat – antaranya pemberhentian hingga 30 peratus tenaga kerja bagi mengurangkan kos dan memaksimumkan produktiviti.
Justeru apabila Jentayu Danaraksa Sdn Bhd (Jentayu) tiba-tiba muncul bersama hebahan mereka punyai pelan lebih baik termasuk tanpa perlu mengorbankan 6,000 kakitangan sedia ada, sudah tentu ia berhasil mencuri tumpuan umum dan dianggap bagai adiwira oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airlines (MASEU).
Begitu pun, pihak yang mendakwa mampu beri bantuan pernafasan pada MAS terutama sektor swasta perlulah berusaha lebih keras daripada biasa untuk benar-benar meyakinkan bahawa pisang takkan berbuah dua kali jika amanah diberikan kepada mereka.
Maka komen Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani yang meminta supaya Jentayu menunjukkan bukti kemampuan untuk mengotakan pelan janji mereka termasuk dari segi kemampuan kewangan dan pendedahan siapa penyumbang terbesar kantung kewangan mereka adalah lebih daripada berasas.
Feriz, pengarah urusan Jentayu bagaimanapun nyata kurang senang dengan kenyataan terus terang Johari dan mula mengatakan ini contoh Melayu dengki Melayu.
Senanglahkan, apa sahaja benda yang tidak menepati keinginan diri maka dilabel sebagai Melayu nak jatuhkan Melayu, menjadikan pihak yang bertanya itu nampak macam berhati busuk walaupun niatnya jujur dan ikhlas.
Macam ini ke gaya untuk jadi penyelamat, juga seorang ahli korporat?
Apa yang diluahkan Johari itu adalah juga suara hati rakyat Malaysia yang sayangkan MAS, tak mahu cuma dengar janji-janji muluk sahaja – zaman cakap berdegar-degar mampu buat orang percaya dah lama berakhir.
Namun masalahnya Jentayu ini, walaupun diberikan peluang untuk membentangkan bukti kewangan mahu pun berkongsi pelan hebat mereka secara jelas, jawapan diberikan selalu tersekat-sekat dan penuh dalih. Sudahnya soalan tak dijawab tapi yang bertanya secara ikhlas pula dituduh buat fitnah jahat, dengki dan bermacam lagi.
Perlu diingat, secara dasarnya kes ini mudah sahaja untuk selesai – Jentayu cuma perlu buktikan kekuatan dan kemampuan kewangan mereka, serta pelan yang dicanang begitu hebat untuk membaik pulih MAS seperti mana telah dilakukan dan dibuktikan Khazanah, ITU SAHAJA!
Benar, Jentayu ada bagi bayangan serba sedikit idea mereka termasuk strategi korporat, antaranya melibatkan pengambil alihan 82 pesawat MAS, MAS Engineering dan FireFly tapi berbalik pada isu pokok, adakah mereka punyai dana besar yang dah tersedia untuk menjayakan pelan hebat mereka.
Dari satu sisi lain, sesiapa pun mungkin boleh nampak idea pengambil alihan beberapa operasi MAS seterusnya perbaiki ia agar mengalirkan wang lebih deras. Namun harus diingat, punca utama sakit MAS hari ini bukanlah kesukaran jana pendapatan daripada bisnes penerbangan tapi masalah berlebih-lebih lagi dalam beberapa hal, contohnya ambil pekerja terlebih ramai, bayar pembekal terlampau tinggi dan tetap gigih mahu terbang ke destinasi yang tak ada sambutan sampai membangkrapkan duit syarikat.
Takkan idea penyelesaian bagi masalah ini pun tak boleh dikongsikan dahulu?
Ini tidak.. setiap kali diminta tunjuk pelan pengambil alihan lengkap maka alasan sulit dan bimbang idea dicuri mula diputar. Itu belum minta diperjelas secara meyakinkan bahawa Jentayu benar-benar ikhlas mahu bantu naikkan semula penerbangan negara tanpa niat memperkudakan MAS untuk muncul sebagai entiti baru dunia penerbangan.
Maka seruan buat Jentayu, jika benar-benar sudah sedia dengan pelan pengambil alihan paling cemerlang dan syarikat pun memang punyai kewangan kukuh, janganlah bertagak lagi – bentangkan semua secepat mungkin secara terus kepada rakyat Malaysia yang pasti akan menyokong anda selaku penyelamat lebih baik daripada Khazanah.
Sesungguhnya misi menyelamat MAS adalah sesuatu yang lebih besar daripada projek mega biasa, ia membabitkan imej negara dan kepercayaan rakyat yang dicagarkan kepada syarikat dilantik.
Ini juga adalah urusan serius bisnes bernilai lapan angka, bukan pergaduhan merebut kerusi politik atau gosip dunia hiburan. Jadi sebarang pertikaian seharusnya dijawab bersama sokongan dokumen dan kenyataan secara rasmi bukan menerusi muat naik status ala ‘sentap’ pengarah urusan syarikat di laman Facebook.. alahai, kat situ pun dah nampak kurang profesionalnya. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Bagilah ‘Makcik’ Kerusi Naib Presiden, Naib Ketua Bahagian..
KUALA LUMPUR – “Bagilah makcik-makcik ini peluang. Kalau tak ada (makcik) tak adalah Pemuda dan Puteri, hancurlah UMNO,” kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Mengulangi permintaan supaya satu kerusi tambahan diwujudkan bagi jawatan Naib Presiden UMNO dan Naib Ketua UMNO Bahagian diberi kepada anggota sayap itu, Shahrizat menegaskan ia bertujuan memperkasa pembabitan wanita dalam politik, juga sebagai pengiktirafan, tanpa ada niat untuk mencantas sesiapa.
“Boleh tak? Bagilah satu tempat kepada kami (Wanita UMNO). Kita tak singsing tangan tapi kita hulur tangan sebab kita sayangkan parti ini,” katanya dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Shahrizat berkata hasil mesyuarat perwakilan Wanita UMNO bahagian tahun ini, 171 bahagian dan 12,483 cawangan menyokong usul berkenaan. Wanita UMNO dianggotai 1.3 juta orang, hampir separuh daripada jumlah keseluruhan 3.5 juta anggota UMNO.
Cadangan itu mendukung kehendak Fasal 3.4, Peraturan Pergerakan Wanita UMNO iaitu membangunkan wanita ke arah mencapai 30 peratus dalam bidang pembangunan dan pembuat dasar negara, katanya.
“Saya berharap pucuk pimpinan UMNO akan membuat keputusan bijaksana dalam hal ini apabila masanya tiba untuk Perlembagaan UMNO dipinda,” katanya.
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menghangatkan suasana di dalam Dewan Tun Ismail apabila berkata alasan kononnya ‘kaum Hawa’ dalam sayap UMNO itu tidak sesuai untuk jawatan Naib Presiden dan Naib Ketua Bahagian kerana sudah tua sangat tidak masuk akal.
“Selagi saya jadi Ketua Wanita UMNO, saya tidak akan biarkan mana-mana pihak kecilkan usaha wanita. Langkah mayat saya dulu kalau nak biarkan wanita diperkecilkan,” katanya disambut tepukan gemuruh daripada 993 perwakilan Wanita.
Usul ucapan dasar ketua itu dicadang Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Surayah Ibrahim dan disokong Ketua UMNO Bahagian Ampang, Prof Madya Datuk Dr Rozaidah Talib. – BERNAMA
TOP
‘Skim Kenderaan Pertamaku’ Elak Belia Muflis
Memandangkan hutang membeli kenderaan merupakan hutang kedua tertinggi yang dideritai oleh anak muda hingga menyebabkan ada golongan itu yang berusia 35 tahun ke bawah diisytihar muflis, Skim Kenderaan Pertamaku diusulkan Pergerakan Pemuda UMNO.
Usul yang disambut sorakan 992 orang perwakilan itu dicadangkan oleh Ketuanya Khairy Jamaluddin ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Menurut beliau, skim berkenaan dikhususkan kepada golongan muda yang mahu membeli kenderaan untuk pertama kali.
“Kita tahu ramai orang muda yang muflis kerana gagal bayar hutang kenderaan. Hutang pinjaman kenderaan adalah yang kedua tertinggi.. setinggi 18 peratus selepas hutang beli hartanah.
“Ramak anak muda bawah 35 tahun jadi muflis, mana tidaknya.. nak beli kereta di Malaysia nak kena bayar 36 kali gaji bulanan, di negara maju hanya 12 kali ganda,” kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan.
Beliau berkata sudah tiba masanya, satu inisiatif diwujudkan untuk membantu golongan muda membeli kenderaan sekaligus meringankan beban hutang.
“Sudah terang lagi bersuluh, kita perlukan satu inisiatif untuk membantu anak muda membeli kenderaan, meringankan beban hutang dan harap-harap dijauhi dari sumpahan muflis.
“Mengambil kira perkara ini, Pemuda pada pagi ini mengusulkan kepada kerajaan ‘Skim Kenderaan Pertamaku’ di mana anak muda yang berpendapatan kurang RM4,000 sebulan boleh beli kenderaan pertama mereka tanpa membayar cukai atau duti eksais,” katanya.
Menurut beliau, kemudahan itu akan mengurangkan harga kenderaan khas untuk anak muda yang membeli kenderaan buat kali pertama sahaja.
“Kenderaan yang dibenar beli biarlah yang berharga sederhana dan dipasang di dalam negara,” katanya.
Khairy menolak cakap-cakap nakal bahawa cadangan skim itu dicedok daripada idea pembangkang, sebaliknya berkata inisiatif oleh Pemuda UMNO itu berbeza sama sekali dengan apa yang pernah dituturkan lidah Pakatan Rakyat (PR).
“Sebelum ada yang kata, ‘macam pernah dengar sahaja idea ini’.. ‘Bukankah ia idea dari pihak lawan?’.. saya nak jelaskan ini bukan seperti pihak lawan telah cadangkan iaitu satu dasar populis potongan cukai untuk semua pembeli kenderaan.
“Ia akan menambah hutang kerajaan, menambah kesesakan jalan raya, merosakkan alam sekitar dan memberi diskaun kepada orang kaya,” kata Khairy.
Hari ini bermula Perhimpunan Agung tiga sayap UMNO iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri di PWTC.
Sejumlah 993 perwakilan akan menghadiri perhimpunan agung wanita yang akan berbahas mengenai isu keselamatan, keamanan dan perpaduan negara manakala 992 perwakilan Pemuda akan membahaskan isu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes lelaki berpakaian wanita, isu perumahan di kalangan belia, serta transformasi parti.
Perhimpunan tahunan Puteri Umno dengan 991 perwakilan akan memfokuskan isu pengangguran di kalangan generasi muda sebagai usul utama. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Panas!! Gambar Artis Lelaki Tengah Syok Bercium Kini Tersebar
TAK tahulah mungkin sudah jadi kebiasaan orang sekarang agaknya, untuk merakamkan detik-detik mesra dengan pasangan mereka sama ada dalam bentuk video mahu pun gambar.
Terbaharu menerusi sumber portal Murai, gambar mesra seorang artis lelaki dikatakan tersebar selepas si empunya diri terlupa mengeluarkan kad memori telefon bimbitnya sebelum dihantar ke kedai untuk diservis. Mendapatlah dia sebab gambar aksi panasnya bersama beberapa perempuan berlainan dikatakan sudah tersebar apabila kad memori itu jatuh di tangan pihak tak bertanggungjawab. Daripada klu yang diberikan Murai, artis lelaki ini memang agak dikenali dalam industri sebagai seorang player, atau dalam kata lain, ramai teman wanita bersilih ganti.
Siapa eh agak-agaknya? – MYNEWSHUB.CC

KJ Marah, Guan Eng Cakap Ucapan Beliau Rasis Dan Perkauman
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin hari ini dengan tegas menyuarakan rasa marah dan kecewa kepada laman media sosial pro-Pakatan Rakyat yang menyifatkan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO hari ini sebagai satu perhimpunan yang bersifat perkauman.
Beliau jelas marah apabila melayari laman media sosial berkenaan yang tidak didedahkannya ketika Perhimpunan Agung Pemuda berlangsung apabila perhimpunan berkenaan dituduh dengan tohmahan sedemikian rupa.
“Dalam ucapan dasar saya, saya sebut bahawa orang Melayu tidak lagi mempertikaikan hak orang bukan Melayu, justeru kita minta dan mendesak orang bukan Melayu menghormati hak orang Melayu.
Petikan kenyataan Lim Guan Eng yang mencetuskan kemarahan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
Kenyataan penuh Lim Guan Eng
“Itu dijadikan ‘headline’ dan itu dikatakan sebagai rasis (perkauman).. Kenyataan telah dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengatakan saudara KJ adalah seorang yang rasis,” kata Khairy.
Khairy ketika itu menyampaikan ucapan penangguhan perhimpunan pergerakan itu di Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. “Saya cakap dalam ucapan saya, jangan pertikaikan kedudukan dan hak orang Melayu, ada yang jawab “Tidak ada sesiapapun yang mempertikaikan hak dan kedudukan orang Melayu, UMNO takut dengan bayang-bayangnya sendiri”. “Saya nak tanya kepada saudara-saudara, betul ke hari ini tiada sesiapa yang mempertikaikan orang Melayu dan hak orang Melayu?,” tanya Khairy dijawab dengan jawapan marah oleh para perwakilan Pemuda UMNO sebagai reaksi kepada kenyataan Lim berkenaan. Menurut beliau, sebaik sahaja kenyataan Lim itu dibacanya beliau membuka laman sosial Twitter dan terbaca satu kenyataan yang benar-benar bercanggah dengan kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berkenaan. “Elok sahaja dia kata tidak ada orang yang mempertikaikan orang Melayu, saya bukak Twitter.. cerita semalam, diumumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bahawa kita nak tukar nama beberapa jalan-jalan besar di Kuala Lumpur sempena dengan nama Raja-Raja Melayu. “Ini cakap soal nak namakan jalan, “Apakah sumbangan mereka Yang diPertuan Agong sehingga perlu diberikan penghormatan sebegitu rupa, sekurang-kurangnya (Mendiang) Karpal Singh ada berbakti kepada bangsa,” kata Khairy. Khairy membacakan tweet berkenaan di telefon pintarnya di hadapan lebih 900 perwakilan yang mendengar ucapannya di dewan berkenaaan mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan perwakilan Pemuda UMNO. “Saya kata kenapa nak kecoh? di Pulau Pinang jalan di Pulau Pinang telah dinamakan Jalan Karpal Singh, tiada siapa pun bising. “Ada yang tulis juga, saya tidak bersetuju dengan apa-apa kontrak sosial, saya tidak menandatangani apa-apa kontrak sosial, saya tidak terikat kepada apa-apa kontrak sosial,” kata Khairy. Khairy berkata inilah bukti sekiranya bangsa Melayu sendiri tidak bangkit mempertahankan bangsa, orang Melayu akan diperlekehkan. Menurut beliau, pihak UMNO sentiasa mempertahankan bangsa dan agama lain jika mereka dihina serta diperlekeh kerana bangsa Melayu bangsa mulia tetapi dipanggil rasis apabila tampil mempertahankan bangsa sendiri. “Jangan bila tiba masa kita nak mempertahankan bangsa dan agama sendiri, kita dipanggil rasis, tak boleh, saya minta kita beranikan diri dan jangan takut untuk mempertahankan maruah bangsa kita,” kata Khairy. Dalam kenyataan Lim yang dipaparkan di laman Facebooknya hari ini beliau berkata UMNO sudah bukan lagi harapan masa depan Malaysia, apabila Khairy bermain politik perkauman dan agama bagi membisukan suara-suara memohon bantuan kewangan dengan menakutkan mereka. “Tindakan menyalahkan orang bukan Melayu adalah suatu pengkhianatan dan politik jahat oleh Khairy kerana ia ternyata dusta dan berniat jahat untuk menyatakan orang bukan Melayu mempersoalkan hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Lim. Hari ini berlangsungnya Perhimpunan Agung tiga sayap parti UMNO iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri di PWTC sebelum esok Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Merdeka. – MYNEWSHUB.CC

Shila Amzah Dipilih Sebagai Ikon Puteri UMNO Tahun Ini
PENYANYI yang semakin popular di tanah besar China, Shila Amzah telah dinobatkan sebagai Ikon Wanita Puteri UMNO tahun ini kerana kecemerlangannya dalam bidang nyanyian yang dilihat boleh memberi inspirasi kepada golongan muda lain.
Memetik The Star, bapa Shila, penyanyi ND Lala telah tampil menerima menerima anugerah tersebut daripada Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Shila juga sempat merakam video ucapan penghargaannya di atas penganugerahan itu dengan berkata, “untuk semua wanita muda yang sedang mendengar ucapan saya, saya berharap anda mendapat kekuatan untuk berkhidmat kepada parti dan membawa belia ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.
Tahniah diucapkan buat Shila dan semoga terus sukses dalam kerjaya nyanyian baik di Malaysia mahupun di China! – MYNEWSHUB.CC
TOP
Gambar Majlis Pertunangan Penyanyi Haziq AF
TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Haziq AF yang selamat bertunang dengan pilihan hatinya, Maisarah Sidqi, baru-baru ini.
Haziq yang popular menerusi lagu-lagu nyanyian asli dan tradisional mula dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia musim keempat pada 2006.
Menurut portal Murai, rombongan ahli keluarga Haziq yang diketuai bapa saudaranya dihadiri seramai 70 orang itu telah disambut penuh mesra oleh ahli keluarga Maisarah.
Di bawah merupakan sebahagian gambar-gambar menarik di hari pertunangan Haziq serta barang-barang hantaran buat pasangan ini.
– MYNEWSHUB.CC
– MYNEWSHUB.CC
TOP
Sarimah Mahu Berhenti Jadi Deejay Mix FM?
MUNGKIN perkhabaran ini sedikit sebanyak mengecewakan pendengar setia stesen radio Mix FM kerana dengar khabar, juruhebah radio tersebut iaitu selebriti popular Sarimah Ibrahim bakal meninggalkan kerjayanya itu dalam tempoh terdekat.
Memetik sumber Murai, Sarimah dikatakan terpaksa mengambil keputusan itu untuk memberikan fokus serta melebarkan kerjayanya dalam bidang nyanyian selepas baru-baru ini muncul dengan single terbaharu You On My Mind. Pasti pendengar akan merindui celoteh Sarimah yang sentiasa bersahaja sepanjang menjadi deejay malah sering kali mengupas topik-topik yang sangat menarik untuk diperdebatkan di radio. Selain mahu memberikan fokus kepada bidang nyanyian, berkemungkinan besar, Sarimah juga mahu memberikan fokus kepada persiapan perkahwinannya dengan tunang, Tunku Nadzimuddin Tuanku Mudzaffar atau lebih dikenali sebagai Jamie yang akan dilangsungkan pada April depan. – MYNEWSHUB.CC

Proton Tawar Diskaun 20% Kepada Mangsa Banjir Baiki Kereta
KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd menawarkan diskaun 20 peratus dari jumlah kos pembaikan kepada pelanggan yang mengalami kerosakan kereta akibat banjir.
Dalam satu kenyataan di sini, pembuat kereta nasional itu berkata syarikat mengaktifkan semula program “PROTON We-Care Prihatin Banjir” untuk mengurangkan beban mangsa banjir di seluruh negara.
“Program yang akan berlangsung mulai hari ini sehingga 15 Mac, 2015, akan juga termasuk penilaian kerosakan, perkhidmatan pemeriksaan secara percuma dan bantuan menunda dari lokasi terjejas ke 67 pusat perkhidmatan Proton terpilih di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd Norzahid Mohd Zahudi berharap program berkenaan dapat meringankan beban pelanggan, terutama bagi mereka yang kereta tidak dilindungi oleh insurans bagi bencana alam.
Pemilik Proton boleh menghubungi pusat Proton We-Care di 1800-888-398 untuk pertanyaan, bantuan dan perkhidmatan tunda. – BERNAMA
TOP
Obama Seru Rakyat Ferguson Supaya Bertenang
WASHINGTON : Barack Obama memohon rakyat di Ferguson, Missouri khususnya, bertenang dan menerima keputusan juri terhadap pegawai polis yang didakwa menembak mati remaja kulit hitam, Michael Brown, Ogos lalu.
Ucapan Presiden Amerika Syarikat itu menyusul selepas mahkamah sebulat suara melepas dan membebaskan anggota polis terlibat, Darren Wilson. Kenyataan Obama itu senada yang disuarakan keluarga Brown, tidak mahu keganasan terus berlaku di bandar itu. Obama pada masa sama, tidak mahu insiden di Ferguson dan protes yang dijalankan itu menjadikan hubungan antara kaum di negara itu tegang. Beliau sebaliknya menggesa, semua komuniti berganding bahu memikirkan penyelesaian terbaik berhubung kes tersebut. Dalam kejadian Ogos lalu, Brown yang tidak bersenjata ditembak mati pegawai polis dengan enam das tembakan. Sementara itu, rapat umum di Ferguson terus tegang dan menjadi ganas susulan rasa tidak puas hati terhadap keputusan juri. Penduduk mendakwa keputusan itu bersifat perkauman. Mereka bertindak liar dengan memecahkan cermin tingkap kedai, memukul serta merosakkan kenderaan polis memaksa lebih 20 anggota dikerah ke tempat kejadian. Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata bagi meleraikan keadaan. Keputusan perbicaraan mendapati, Wilson terpaksa melepaskan tembakan sebanyak 12 kali bagi mempertahankan diri selepas terbabit dalam perbalahan dengan Brown dan pihak juri berpendapat tidak ada alasan bagi pihak berkuasa memfailkan tuduhan. Penduduk Ferguson bertindak ganas susulan keputusan mahkamah untuk tidak mendakwa pegawai polis yang telah menembak mati remaja tidak bersenjata pada 9 Ogos lalu. Lebih 20 polis dikerah apabila penduduk memecahkan cermin tingkap kedai, memukul polis serta merosakkan kenderaan polis malam Isnin. - Astro Awani

Wanita Cantik Boleh Gagalkan Usaha Henti Merokok
Taipei – Satu kajian yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan lelaki yang cuba berhenti merokok semakin banyak menghisap rokok sebaik melihat gambar wanita cantik.
Menurut penyelidik dari Taiwan itu, wajah wanita cantik merangsang pemikiran lelaki untuk menganggap keadaan semasa lebih penting berbanding masa akan datang atau dengan perkataan lain, pengaruh nikotin lebih diperlukan daripada kesihatan – menyebabkan impian mereka untuk berhenti merokok, musnah.
Kajian itu dilakukan dengan membabitkan 76 responden lelaki yang dalam proses berhenti merokok.
Responden dibahagi kepada dua kumpulan. Separuh daripadanya diberikan gambar wanita cantik berpakaian seksi. Manakala yang lain diberikan gambar wanita berwajah sederhana.
Semua responden kemudian diberikan ujian penilaian daya tumpuan dan didapati, pemikiran mereka yang melihat wanita cantik mudah terganggu.
Ujian terakhir dilakukan dengan membawa responden ke sebuah bilik merokok. Mereka dibenarkan menghisap rokok sambil mengisi borang kaji selidik.
Hasil kajian mendapati, responden yang ditunjukkan gambar wanita cantik mudah tergoda malah menghisap rokok dua kali ganda lebih banyak.
Penyelidik dari Univerisiti Perubatan Kaohsiung itu merumuskan, gambar wanita cantik dapat mengurangi daya kawalan minda untuk menahan daripada merokok dan tidak semuanya yang cantik itu baik. – Agensi
TOP
Isteri PM India Rimas Dijaga, Diekori Pengawal 24 Jam
New Delhi – Isteri Perdana Menteri India Narendra Modi yang tidak tinggal serumah dengan pemimpin itu, mempertikaikan keputusan kerajaan menyediakan pasukan pengawal peribadi sepanjang 24 jam sehari walaupun ketika dia menaiki beca.
Jashodaben Modi, 62, yang menetap di Gujarat, negeri di barat India berkata, dia memfailkan petisyen untuk mengetahui mengapa keselamatannya dikawal sejak Modi dipilih menjadi perdana menteri pada Mei lalu.
“Saya dikelilingi lima pengawal keselamatan sepanjang masa. Saya atau keluarga terpaksa memasak dan menyediakan tempat tidur mereka. Ini amat menjengkelkan.
“Keadaan semakin huru-hara apabila saya terpaksa mengguna kenderaan awam dan mereka mengekori dengan menaiki kereta berhawa dingin,” kata Jashodaben.
Jashodaben, pesara guru, tinggal dengan abangnya sejak Modi mengambil keputusan untuk berpisah dengannya kira-kira 45 tahun lalu, ketika mereka masih remaja.
Jashodaben tidak pernah menimbang untuk meminta cerai.
Dia mula mendapat perhatian apabila Modi yang tidak pernah bercakap mengenai rumah tangganya mendedahkan status perkahwinannya ketika mengemukakan dokumen untuk bertanding pada pilihan raya awal tahun ini. – AFP
TOP
24 Maut Dalam Kebakaran Lombong Arang Batu Di China
BEIJING – Kebakaran yang meletus di sebuah lombong arang batu di timur laut China mengorbankan 24 pekerja awal pagi ini.
Kebakaran di lombong yang terletak di wilayah Liaoning itu juga mengakibatkan 52 orang cedera, lapor agensi berita Xinhua memetik Perbadanan Arang Fuxin yang dimiliki kerajaan.
Punca kebakaran masih belum diketahui.
Tahun lalu, sebanyak 589 kemalangan berkaitan perlombongan berlaku di China, mengakibatkan 1,049 orang maut atau hilang.
Pada Jun lalu, 22 orang terkorban dalam kemalangan di sebuah lombong arang di bandar Chongqing. – AFP
TOP
Video Wanita Conteng Kereta Kekasih Kerana Curang Dengannya
COLOMBIA: Seorang wanita, Maria Alejandra Samaniego, 25, bertindak nekad menconteng kereta Mercedes-Benz milik teman lelakinya selepas lelakinya, Pabil Muniz Quintanilla, 27, telah curang dengan meniduri wanita.
Beliau yang terkejut semasa sampai ke bilik apabila telihat kekasihnya itu sedang berasmara dengan orang lain telah membuatkannya jadi marah dan terus beredar dari situ. beberapa jam kemudian dia telah kembali ke rumah bersama kawannya secara senyap-senyap dan terus mengambil keputusan menconteng kereta teman lelakinya itu dengan kata-kata makian dengan menggunakan pen marker bewarna hitam.
Selepas menconteng kereta tersebut mereka telah memuat naik video tersebut ke laman youtube dan di tonton oleh ramai orang. Ada yang menyokong tindakan yang dibuat oleh Maria itu sebagai pengajaran kepada lelaki-lekali hidung belang diluar sana dan ada yang mengkritik kerana menganggap ia keterlaluan. Bagi maria dia tidak ambil kisah apa orang yang cakap yang penting hatinya puas dengan melakukan perkara tersebut.- Siakapkeli.com.my

Fakta Yang Membuatkan Anda Menyesal Mengetahuinya
Dalam kehidupan harian kita seharian sebenarnya banyak perkara ayng berlaku kepada diri kita dalam alam depan kita yang tidak kita sedari terjadi dan berubah-rubah.
Ada di antara perkara tersebut sebenarnya kita tidak mahu ketahui kerana apa yang berlaku kadang-kadang membuatkan kita terasa jijik mungkin..
Mari kita lihat apakah perkara-perkara tersebut. ─ Siakapkeli.com.my
1. Terdapat hama kecil akan keluar di waktu malam dan akan mengawan diatas muka kita.
Setiap malam semasa kita sedang tidur, berjuta-juta hama Demodex akan datang ke tubuh kita untuk memakan kulit mati, mengawan dan bertelur dalam folikel rambut atau bulu badan. Selepas mereka melakukan perkara tersebut semua hama itu akan mati secara meletup kerana mereka tidak ada lubang untuk membuang najis selepas memakan kulit mati anda sebanyak mungkin.
2. Satu ciuman mulut selama sepuluh saat boleh memindahkan 80 juta bakteria.
Ramai sebenar tidak tahu dan mungkin ada yang tahu tapi sengaja abaikan kerana? anda jawab sendiri.
3. Bahang matahari semakin hari semakin membesar dan panas menyebabkan iklim berubah. Tapi percayakah anda kajian yang dilakukan menunjukan daam amsa satu bilion tahun lagi matahari akan menyebabkan bumi kering kontang dan membuatkan ada seperti berasa dalam oven yang panas. Dalam masa 7.5 bilion tahun akan datang mata hari akan membesar sehingga menghimpit bumi. (Semua kuasa Tuhan, Kita tidak tahu kerana perlu tahu akan kedatangan hari kiamat.)
4. Jika sebiji asteroid bersaiz 10 kilometer melanda bumi ia akan menyebabkan kepupusan yang besar. Sebelum ini ada sebanyak 15 komet yang bersaiz lebih dari 10 kilometer merentasi orbit bumi.
5. Setiap badan manusia mempunyai purata 10 kali ganda jumlah bakteria berbanding sel-sel di dalam badan kita.
Jangan bimbang kerana kebanyakkan bakteria tersebut adaah bakteria baik yang membantu sistem badan kita
6. Kajian menunjukkan dalam makanan kita makan sebenarnya kita tidak sedar terdapat najis serangga di dalam makanan tersebut mungkin semasa makanan disimpan lipas lalu atas makanan itu dan mungkin semut.
Menurut kenyataan FDA kebanyakkan perkara ini tidak memberi impak kepada tubuh badan kita.
7. Telur katak surinam akan disenyawakan di atas belakang badannya. Apabila telur sudah menetas dan bersedia untuk dilahirkan ia akan pecah dari belakang kulit katak tersebut. Anda mungkin mengalami trypophobia ketika melihat gambar di bawah.
8. Seekor lintah bulan secara teorinya mempunyai 90,000 ekor cucu dan 27 juta ekor cicit jika semua telurnya berjaya menetas dan hidup
Banyangkan kalau semua cucu cicit lintah bulan hidup? Habislah keseimbangan alam.
9. Jika panda melahirkan anak kembar ibunya akan membiarkan salah seekor dari anaknya mati.
Satu lumrah alam yang tidak dapat kita ubah
10. Manusia akan kehilangan 30,000 hingga 40,000 sel-sel kulit mati setiap minit atau 50 juta sel-sel sehari.
11. Kita mungkin akan dijangkiti cacing pita daripada haiwan peliharaan yang paling kita sayang
Mungkin untuk terjadi perkara ini adaah kecil tertapi sudah banyak kes ini dilaporkan.
12.. Secara purata papan kekunci komputer anda mempunyai lebih 400 kali ganda bakteria berbanding jumlah bakteria di dalam tandas.

Tiga Maut, Dua Parah Di Kuala Kangsar
KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan tiga nyawa, manakala dua lagi parah. FOTO ihsan bomba
Kuala Kangsar – Tiga maut termasuk seorang rentung, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Batu 29 Kampung Chuar Kati di sini, hari ini.
Jurucakap bomba berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 12.25 tengah malam tadi memaklumkan berlaku kemalangan membabitkan kereta jenis Mercedes Benz dan Proton Satria.
Menurutnya, berdasarkan maklumat awal diterima kedua-dua kenderaan terbabit dipercayai bertembung hingga mengakibatkan Proton Satria terbakar.
“Dua mangsa didapati meninggal dunia di lokasi kejadian dan dua lagi cedera parah, manakala seorang lagi mangsa yang berada dalam kereta Proton Satria ditemui rentung dalam kenderaan yang terbakar itu.
“Kesemua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dua mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya.
Menurutnya, operasi menyelamat dan menggeluarkan mangsa yang tersepit diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba Ismail Darus dan tamat pada jam 3.25 pagi. – myMetro Online
TOP
36,304 Calon UPSR 2014 Dapat Gred A – KP Pelajaran
KETUA Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof ketika sidang media pengumuman analisis keputusan ujian pencapaian sekolah rendah (UPSR) di Putrajaya, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah
PUTRAJAYA – Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini menurun sebanyak 0.02 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.27 mata tahun lalu kepada 2.29 mata GPN tahun ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof.
Katanya, seramai 36,304 daripada 460,407 calon UPSR 2014 mendapat Gred A.
“Bagaimanapun peratusan calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran menurun sebanyak 1.26 peratus pada 2014 berbanding tahun sebelumnya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman analisis keputusan UPSR 2014 di Kementerian Pendidikan di sini, sebentar tadi. – BH Online
TOP
Penyanyi Rap Sejati Mampu Tulis Karya Sendiri – Altimet
KUALA LUMPUR – Penyanyi Altimet menganggap seorang penyanyi rap sejati akan menjadi diri sendiri dan mampu menulis lirik tanpa menyanyikan karya yang ditulis oleh orang lain.
Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman, 36, berkata, semua lirik yang dilontarkan oleh penyanyi rap adalah melalui hati dan mempunyai kaitan dengan kehidupan peribadi mereka.
“Pada saya penyanyi rap yang sebenar adalah yang menulis sendiri lirik tersebut dan bukan menyanyikan lirik yang dibuat oleh penulis lirik lain.
“Penyanyi rap perlu menjadi diri sendiri dan berkarya melalui hati dan kehidupan seharian yang kita lalui,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media video muzik Belantara Konkrit, di pejabat Sony Music, di sini, Selasa.
Altimet berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemunculan penyanyi-penyanyi rap baharu dalam industri muzik tempatan dengan menyanyikan lagu ciptaan komposer dan penulis lirik lain.
Sementara itu katanya, tiada sebarang program realiti yang mampu melahirkan seseorang penyanyi rap.
Ujarnya, kradibiliti seorang penyanyi rap itu boleh diragui sama ada mereka benar-benar menyanyi daripada jiwa atau sekadar mencuba nasib untuk berada dalam industri seni.
“Kita lihat Joe Flizzow dalam program Mentor dahulu pun tidak mengambil protegenya untuk menjadi seorang penyanyi rap kerana dia tahu ia tidak boleh dicari melalui program realiti seperti itu.
“Kita dapat kenal siapa yang benar-benar penyanyi rap atau yang sekadar suka-suka sahaja,” ujarnya.
Dalam pada itu, bercerita tentang single terbaharunya berjudul Belantara Konkrit bersama Salam dan Aman-RA, Altimet berkata, dia mencipta lagu tersebut berdasarkan pandangannya terhadap kota raya yang semakin dipenuhi dengan bangunan.
Video muzik Belantara Konkrit ini juga mengisahkan tentang perihal Kuala Lumpur yang sentiasa mempunyai permasalahan isu semasa.
“Pada suatu malam semasa saya sedang memandu di sekitar Kuala Lumpur, tiba-tiba terdetik frasa hutan bangunan di benak fikiran.
“Sebagai anak jati Kuala Lumpur, saya rasa terpanggil untuk menceritakan kisahnya dalam lagu,” ujarnya.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Sony Music, Julius Ng dan Wakil Kartel Record, David Tee. – mStar Online
TOP
7 Lelaki Ditahan Berkaitan Kes Bakar Cebisan Al-Quran
ALOR SETAR – Polis menahan tujuh lelaki susulan kes bakar cebisan al-Quran di sebuah medan selera berhampiran Pasaraya Bilion di sini.
Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof, berkata lima lelaki ditahan pada Khamis minggu lalu selepas didapati memukul seorang lelaki berusia 50-an yang juga seorang peniaga di medan selera berkenaan.
Polis kemudian menahan dua lelaki antara jam 5 hingga 6 petang Sabtu lalu selepas didapati terbabit dengan perbuatan khianat membakar gerai makanan di medan selera berkenaan.
Sebelum itu polis menahan seorang lelaki kurang siuman kerana dipercayai membakar cebisan al-Quran.
“Kita percaya kes ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Setakat ini lelaki kurang siuman itu masih ditahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan lanjut.
“Kita harap orang ramai tidak terlalu emosi dan bertindak melulu hingga mencetuskan ketegangan, ..biar polis jalankan siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini. - BH Online
TOP
Messi Tekad Bantu Barcelona Juarai Kumpulan
NICOSIA – Segar daripada kejayaan muncul penjaring terbanyak dalam sejarah kancah Liga Juara-Juara, Lionel Messi kini mensasarkan kejayaan ke atas Paris Saint-Germain untuk menjuarai Kumpulan F.
Awal pagi tadi, bintang Argentina itu menjaringkan hatrik membantu Barcelona membenam APOEL Nicosia 4-0 di laman lawan.
Gergasi bola sepak Sepanyol itu harus menewaskan juara Perancis itu pada 10 Disember ini untuk mengelak pertemuan dengan pasukan elit lain seperti Bayern Munich dalam saingan kelompok 16 terakhir.
Messi menekankan betapa penting perlawanan menentang lawan di gelanggang sendiri nanti sambil tidak mahu memikirkan mencipta satu rekod lagi selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam La Liga.
“Saya gembira mencapai rekod hebat ini dalam kejohanan yang penting.
“Namun, apa lebih penting adalah tiga mata yang kami menang hari ini,” kata penyerang prolifik berusia 27 tahun itu.
Mengenai pertemuan dengan PSG, Messi menambah: “Kami akan akan terus cuba mencapai objektif ini dan kekalkan rentak permainan ini.
“Ia pasti satu perlawanan sukar. Kami sudah pun bermain di Paris dan kalah. Lawan memiliki pemain yang bagus dan pasukan itu makin liat setiap masa.
“Tapi kelebihan kami adalah beraksi di gelanggang sendiri dan kami harus pastikan kami akan menang dan menjuarai kumpulan ini.”
Selain jaringan hatrik Messi pada minit ke-38, 58 dan 87, satu lagi gol Barcelona adalah sumbangan bekas bintang Liverpool, Luis Suarez.
Ini adalah gol pertama baginya dalam lima kemunculan untuk kelab baharu selepas berpindah dari Anfield, Julai lalu. – AFP
TOP
“Jangan malu jadi Melayu” ─ Khairy
Berikut adalah teks penuh ucapan dasar Ketua Pemuda Umno, Khairy
Jamaluddin di perhimpunan agung pergerakan itu di PWTC hari ini.
Perahu dikatup dengan daun
Penuh sarat berisi lokan
Kalau hidup seratus tahun
Sepanjang hayat Pemuda berkorban
Sampan kotak mengapa dikayuh
Hendak belayar ke tanah seberang
Patah kepak bertongkat paruh
Pantang menyerah di tengah gelanggang
1) Berdiri saya di hadapan anda pagi ini – menyirat semula nirmala perjuangan parti, menginsafi
amanah yang diberi, mensyukuri rentetan pengorbanan tokoh-tokoh UMNO sebelum ini.
2) Alhamdullilah, mari kita zahirkan rasa syukur ke hadrat Tuhan Rabbul Izzati, yang maha
pengampun lagi maha mengasihani. Kerana dengan zat limpah kurnia yang diberi, seperti
tradisi tahun-tahun sebelumnya, dapat kita berkumpul semula dalam dewan yang gemilang ini.
Juga selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.
3) Sebagai sebuah organisasi, kita berhimpun bukan sekadar memenuhi keperluan perlembagaan tetapi lebih daripada itu – bagi menyusun strategi dan agenda jemaah, mengangkat martabat bangsa dan pertiwi. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Maidah ayat 2: Yang bermaksud: “… dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”
Sidang perwakilan sekalian,
4) Jika diperhalusi, kebelakangan ini banyak perkara telah terjadi, yang telah mendorong kita untuk mendalami dan menyoal semula identiti kita. Lalu identiti Melayu yang bagaimana harus kita bawa untuk menongkah arus, melawan gelombang serba tak tentu haluan ini?
5) Saya teringat pesan para cendekiawan: jangan malu jadi orang berbangsa. Dalam konteks kita pagi ini, jangan malu jadi Melayu. Tak perlu rasa segan bila bercakap tentang halatuju dan masa depan bangsa sendiri. Dan yang paling penting, tak perlu minta maaf dengan orang lain kerana ini tentang kita, kalau bukan diri sendiri yang membela bangsa, nak harapkan siapa lagi.
6) Tapi jadi orang berbangsa besar tanggungjawabnya. Bukan setakat mempertahankan perjuangan, meluaskan legasi atau menyambung tradisi semata. Orang berbangsa yang bermaruah akan sentiasa melihat cerminan diri di mata masyarakat. Orang berbangsa yang progresif sentiasa tahu ufuk halatuju masing-masing.
7) Kita sebagai orang muda dalam parti wajib menunjukkan kepada setiap yang meragui, bahawa kita memilih harapan bukan kemusnahan. Kita mahu menyangkal dengan adat, berdebat dengan ilmu, menyanggah dengan adil. Jika itu langgam kita, insyaAllah, Pemuda Umno akan mendokong etos bangsa Melayu yang benar-benar merdeka!
Sidang perwakilan sekalian,
8) Sudah lama kita sepakat perlu meremajakan semula Umno ini. Atas kesinambungan yang sama, bila bercakap soal meremajakan, soal menarik minat orang muda, kita tahu Pemuda lah benteng paling hadapan parti. Merujuk kepada kata-kata keramat Presiden Parti semasa Konvensyen Umno di Johor: berilah ruang dan peluang untuk orang muda. Dan seperti yang saya kata di Town Hall Pemuda baru-baru ini, orang muda tidak sepatutnya dilihat sebagai ancaman malah sebagai harapan.
9) Namun sejarah dan tradisi tak pernah menipu, sejak dari awal penubuhan sayap Pemuda Umno hingga ke hari ini, kita kekal menjadi pemangkin utama dalam menarik minat orang muda untuk menyertai parti kita. Hari berganti bulan, bulan berganti tahun, tahun berganti dekad... Pemuda Umno terus mara jadi obor menyuluh denai perubahan untuk generasi muda. Cuma gaya mungkin berbeza, bergantung dengan keadaan dan trend semasa.
10) Lewat ini, Pemuda Umno banyak memberi fokus dengan membawa perubahan hakiki kepada orang muda melalui politik khidmat bakti. Kita juga menitikberatkan perihal isu yang benar-benar relevan dalam kehidupan mereka, agar perjuangan lebih bersasar, khidmat bakti boleh
11) Cuma kadang-kadang yang tak sedapnya, keikhlasan kita diragu, dicela, dicatu. Bukan dari orang luar, tapi dari parti kita sendiri. Namun begitu, Pemuda Umno ini bak kata orang putih,
an easy punching bag. Kalau ada apa-apa yang tak kena dalam parti, ada yang tersalah, terkhilaf bila buat kerja, mesti kita kena dulu. Bila tak dipilih jadi calon pilihan raya, kita dituduh akan sabotaj parti. Padahal kita ini juga yang bersengkang mata, bergaul bahaya berdepan dengan lawan di malam buta. Ini bukan cerita lama, ini cerita selalu dan baru!
12) Di Pengkalan Kubor, kita dituduh akan mensabotaj kempen bila calon terpilih bukan dari kalangan Pemuda. Laporan diberi konon Pemuda sengaja tak gerak jentera. Pemuda boikot. Pemuda protes. Laporan yang kononnya sahih. Tapi keputusan undi terbukti sebaliknya. Demi rasa cinta tanpa sempadan terhadap parti, Pemuda kekal komited melakar semangat perjuangan yang sebenar. Pendek kata, kita berkerja setulus rasa, kita buktikan pada semua!
Pemuda Tumpat dan Kelantan benar-benar membuktikan kita tak pernah tersasar dalam memberi apa yang terbaik untuk parti. Walau apa pun tohmahan, Pemuda melaksanakan tugas sebab bagi kita bukan kepentingan peribadi yang penting tetapi perjuangan. Berbaloi penat lelah mereka bila undi orang muda meningkat naik. Dan begitu juga saya ucapkan tahniah kepada Pemuda Teluk Intan sebab berjaya membantu BN menawan semula kerusi Parlimen yang kita kalah sebelum ini.
13) Ada yang kata Pemuda sekarang memang berbakti kepada orang muda, banyak idea, tetapi tidak lagi bertaring seperti dahulu. Tak menjadi kumpulan pendesak, tak gah membenteng parti, tak lantang dalam berjuang. Saya nak bagi tahu, Pemuda tidak lupa asal usul. Bila tiba masa untuk lawan kita lawan! Berani kata begitu pada Pemuda Wilayah, pada Pemuda Pulau Pinang? Bila maruah Umno dicabar, bila DAP panggil parti kita celaka, mereka inilah yang di depan sekali mengambil risiko ditangkap polis, didakwa di mahkamah – atas nama mempertahankan martabat parti.
14) Saya tak pernah ragu walau sekelumit bahawa jiwa Pemuda kental, semangat kita menyala-nyala tak kira masa, kudrat kita melangit demi parti tercinta – sayang bila tiba masa, kita tercorot di belakang tak diberi perhatian. Ralat sungguh rasa di hati.
15) Walaupun ralat, Pemuda tak pernah membenarkan ia melarat jadi dendam dan amarah yang boleh memusnahkan parti. Kita pegang pesanan Saidina Ali Abu Talib: sifat pemarah itu musuh utama akal. Tapi ingatlah kawan, proses peremajaan parti tak boleh disudutkan dari aspek retorik semata – itu sebenarnya pantang perjuangan. Peremajaan semula parti harus ditonggak setinggi mungkin di pentas realiti. Agar semua boleh lihat, agar semua faham kita benar-benar mahu meremajakan semula Umno.
16) Anak muda tidak melihat kepada Pemuda semata, mereka meneliti parti secara keseluruhan. Jika mereka punyai persepsi Umno ini tidak membuka ruang untuk orang muda, mana mungkin orang muda nak masuk parti kita? Seterusnya, identiti parti kita ini macam mana? Mudakah layaknya di mata orang ramai? Adakah kita ini rasa parti kita muda dan kontemporari di mata mereka? Anda dan saya tahu jawapannya.
17) Walaupun kita tak kurang sokongan orang muda, kenapa masih ada anak muda yang sokong parti lawan – lebih membimbangkan ada pula yang masuk parti cauvinis itu? Jawapannya mudah, sebab parti lawan dilihat beri peluang pada orang muda. Setahun jagung, dah boleh jadi calon. Kalau kita tengok di Dewan Rakyat muka-muka muda lebih ramai di belah sana berbanding dengan kita. Keadaan ini membentuk persepsi bahawa parti lawan lebih terbuka untuk angkat orang muda.
18) Kalau belah lawan begitu rentaknya, mana wow factor kita? Tak cukupkah cerdik pandai, orator hebat, pendebat ulung di kalangan orang muda dalam Umno untuk diangkat? Atau kita masih lagi melihat orang muda sebagai budak suruhan penaik bendera, mengusung pengundi dengan motor setiap kali pilihan raya? 50 tahun dulu mungkin, tapi dunia dan perabadan sudah jauh berubah. Kalau kita tak berubah, alamatnya kita akan ‘diubah’ dengan kuasa peti undi orang muda.
19) Jika kita lalui semula jalan kenangan, Umno sebenarnya parti orang muda. Suatu ketika dulu barisan pimpinan kita sarat dengan tenaga muda di peringkat tertinggi.
- Tan Sri Rais Yatim jadi Menteri Besar Negeri Sembilan di usia 36 tahun;
- Tan Sri Shahrir Samad jadi Timbalan Menteri Kabinet di usia 31 tahun, jadi Menteri Wilayah Persekutuan pada umur 34 tahun;
- Tan Sri Isa Samad jadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada usia 33 tahun;
- Tan Sri Rahim Tamby Chik pun sama, jadi Ketua Menteri Melaka di usia 32 tahun
- Tun Musa Hitam jadi pemangku Setiausaha Agung Umno di umur 32 tahun, jadi menteri kabinet bila masuk 40;
- Tan Sri Annuar Musa, di usia 34 tahun, sudah jadi menteri kabinet;
- Tengku Razaleigh Hamzah Pengerusi Petronas umur 35 tahun, menteri kewangan 39
- Begitu juga dengan bapa kepada Presiden kita, Allahyarham Tun Razak yang diangkat jadi Menteri Besar Pahang pada umur 33 tahun, jadi Timbalan Perdana Menteri usia 35 tahun;
Sayang sekarang kita membelakangi masa. Hanya saya seorang – Ketua Pemuda Umno Malaysia sahaja – satu-satunya menteri kabinet di bawah usia 40 tahun. Saya tak mahu begitu, tak boleh saya seorang sahaja yang lepas – itupun baru lepas – saya mahu saudara-saudara dan ramai lagi orang muda sebaya kita ada bersama saya! Barulah ada transformasi.
20) Bukan kita tamak mengejar pangkat dan kedudukan, namun kita tidak boleh menafikan peralihan generasi dan anjakan demografi yang sedang berlaku di hadapan mata kita.
22) Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan. Tunggu apa lagi kongsilah kemudi itu dengan kami orang muda. Segerakan gandingan orang berpengalaman dengan anak muda untuk menentukan kegemilangan bangsa. Kami mahu suara orang muda di segenap ceruk pimpinan negara. Pemuda di Dewan Rakyat, Pemuda di Dewan Undangan Negeri, Pemuda dalam GLC, Pemuda jadi Timbalan Menteri dan lebih ramai Pemuda jadi Menteri!
Sidang perwakilan sekalian,
23) Menyisir waktu, hakikat tak tersangkal kita ini pelbagai. Malaysia identitinya majmuk; agama, budaya dan cara hidup kita berbeza. Lantaran bukan senang untuk sampai ke titik ini, maha berliku jalan perpaduan yang dirintis, dibaja, ditara sejak pra kemerdekaan hinggalah sekarang.
24) Keamanan kita hari ini sebenarnya ditopang kemampuan dalam mengimbangi masyarakat berbilang kaum. Pancang kemampuan itu pula bermula dengan Kontrak Sosial yang membentuk negara 57 tahun lampau.
25) Tatkala itu, bapa-bapa kemerdekaan negara bertegang urat, bertaruh tulang-temulang dalam menentukan formula terbaik untuk semua kaum, melalui kontrak sosial. Getir lagi payah untuk
mereka mencari jalan tengah yang adil tanpa melukakan hati, tanpa menjarah hak sesiapa.
26) Teras Kontrak Sosial ialah sementelahan orang Melayu bersetuju kepada pemberian kerakyatan berasaskan prinsip asas “Jus Soli” namun ianya perlu bertimbal balas dengan penerimaan Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang Melayu, Perkara 152 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Perkara 181 Kedaulatan Raja-Raja Melayu. Secara menyeluruh semangat tolak ansur ini juga merangkumi status quo pendidikan vernakular yang sedia wujud pra merdeka terus dikekalkan.
27) Sekaligus demografi negara berubah drastik bila orang Melayu membuka pintu negara kepada bangsa lain untuk sama-sama membina nusa. Kita tidak boleh membayangkan pengorbanan setala ini. Maha besar pengorbanan orang Melayu, apa yang diharapkan pula hanya untuk kaum bukan Melayu mengakui beberapa perkara tadi sebagai timbal-balas.
28) Dalam semangat Kontrak Sosial ini, terdapat peningkatan signifikan dalam kuasa politik bukan Melayu. Dari 1.28 juta pengundi berdaftar pada tahun 1955, terdapat 84% pengundi Melayu,
11% Cina dan 4% India. Dan bayangkan saudara, hanya empat tahun selepas itu, semasa pilihan raya 1959, pengundi Cina dan India masing-masing meningkat di paras 36% dan 7%. Ini adalah antara perubahan demografi paling besar dalam sejarah negara-negara moden.
29) Begitu rencam kita menakhoda negara, kita timbang-tara hak dan kepelbagaian atas dacing saksama. Tidak lagi wujud suara dari kaum Melayu yang mempersoal hak kerakyatan orang bukan Melayu, pimpinan UMNO dan kerajaan sudah lama menerima dan mengangkat Kontrak Sosial. Kita tak pernah mengungkit soal kerakyatan yang diberi, kita terima lontaran hakikat bahawa saudara bukan-bumiputera tetap warganegara, tetap rakyat negara kita. Negara saya, negara anda, negara kita semua!
30) Dan walaupun mungkin ada bunyi sedikit suara yang mempersoal kewujudan sekolah vernakular, kepimpinan UMNO sudah lama menerima aliran ini. Sudah terpateri dalam undang-undang negara, tiada seorang Menteri Pendidikan pun boleh mengubah status sekolah vernakular. Malah bila tiba pembentangan belanjawan tahunan, YAB Perdana Menteri, iaitu Presiden UMNO, tegar memberi peruntukan khas untuk sekolah-sekolah vernakular.
31) Dalam premis ini, kita bersetuju memberi hak kerakyatan untuk kaum bukan Melayu dan mengekalkan bahasa ibunda mereka; sementara itu orang bukan Melayu pula mengakui kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Orang Melayu terima, dan orang Melayu tak pernah pertikaikan persetujuan yang telah kita beri.
32) Tetapi, kenapa pula masih ada mereka yang tidak menghormati perjanjian yang sama. Kalau orang Melayu boleh terima, tak ungkit kerakyatan dan mengiktiraf bahawa kita tak boleh tutup sekolah vernakular, kenapa ada pula yang sekarang ini tidak pegang janji asal mereka.
Kenapa ada yang minta dihapus kedudukan istimewa orang Melayu, ada yang mempertikaikan kedaulatan Raja-Raja Melayu, ada yang tak faham Bahasa Kebangsaan.
Kalau orang Melayu tegas dengan prinsip kita mempertahankan perjanjian asal, kita tuntut yang lain juga pegang pada janji asal mereka. Tak perlu lagi pertikaikan hak kami. Kita tak minta mereka menggadai apa yang ada, kita cuma minta jaga apa yang telah dipersetujui
33) Adat bila berjanji wajib dikota, saudara. Kalau tak mahu kita mengungkit apa yang diberi, janganlah disoal hak dan keistimewaan peribumi. Atas janji inilah kita mengasas, membentuk Malaysia yang harmoni. Ini cara kita, yang terbaik untuk semua.
34) Bersama obor perpaduan yang menyala-nyala ini, Pemuda percaya perlu ada batas dalam setiap nas kebebasan. Apa yang sensitif, apa yang boleh merosakkan pembuluh perpaduan, jangan disentuh sama sekali. Sama ada Akta Hasutan dikekal atau ditambah baik, ini semua lompong makna kalau kita tak faham semangat dan halutuju kita orang berbilang bangsa. Tak kira apa akta, apa bylaws, apa kekangan, perkara-perkara yang sensitif dicanang jangan.
Buat apa meniup api dalam sekam semata membangkit kemarahan?
35) Apa yang kita perlukan sekarang adalah perisai tempat berlindung – bukan hanya untuk orang Melayu – tapi untuk semua rakyat Malaysia. Justeru itu, sekiranya Akta Hasutan dipinda atau
ditambah baik, yang paling mustahak perlu ada terma yang melarang dan menghukum sebarang kenyataan atau kelaku menghasut. Terma-terma ini kelak bakal jadi pelindung bukan sahaja untuk orang Melayu, tetapi untuk semua kaum lain. Jika ada yang melangkaui batas menghina bangsa atau Raja-Raja Melayu, Pemuda mendesak agar mereka cepat-cepat didakwa. Sementelah itu, jika ada yang menghina atau mencerca kaum lain, kita juga harus jadi barisan pertama yang mengasak agar mereka itu dikenakan tindakan! Kepada pucuk pimpinan kerajaan, Pemuda berpesan, walau apa pun akhirnya Akta Hasutan ini, walau apa pun nama baru yang diberi, kita mahu kuasa yang ada dalam akta ini dikekalkan dan jadi perisai untuk semua. Kerana percayalah, tanpa perisai ini negara kita pasti hancur.
36) Mengatur hidup dalam arus moden, tak cukup sekadar bergantung dengan Akta Hasutan itu semata. Tak cukup juga setakat kita menahan diri dari menyoal hak masing-masing. Kita mesti mantap pendirian, jadi tiang seri Malaysia yang bersatu. Kita mesti komited dalam mencorak fabrik perpaduan nasional.
37) Kita tidak mengamalkan asimilisasi; kita tak boleh menerap secara paksa budaya kita terhadap orang lain – seperti yang diamalkan di negara-negara keliling kita. Apa yang kita mahu adalah satu integrasi yang mampu mengekalkan rasa hormat bila berdepan dengan budaya masing-masing. Apa yang masih jadi harapan agar kita ada beberapa perkara yang boleh mengikat kita bersama – contohnya bahasa kebangsaan.
38) Tapi lihat saja statistik peserta PLKN, masih ramai yang tak mampu bertutur dalam Bahasa Kebangsaan. Petaka apa kah ini untuk bangsa merdeka? Bahasa Melayu itu Bahasa Kebangsaan, di dadanya tersimpan segala rahsia untuk menyatukan kita, tapi masih ramai yang tak mampu bertutur dalam bahasa Melayu – terutama mereka yang memilih sekolah.
39) Sekolah vernakular teruskanlah, tapi buatlah sesuatu untuk mengukuhkan perpaduan nasional pertiwi ini. Pastikan murid-murid sekolah vernakular fasih dalam bahasa kebangsaan. Jadilah
sebahagian daripada proses integrasi, jangan jadi masyarakat yang tersisih dari yang lain.
Tunjuklah sikit semangat cintakan negara. Janganlah banyak mengomel kalau tak boleh berdiri bila Negaraku berkumandang! Tunjukkan pada dunia, bahawa kita rakyat Malaysia.
40) Merintihlah merdeka, pincanglah perpaduan jika kita terus-terusan begini. Dokonglah kerakyatan cara orang terhormat, busungkan dada mu menjulang Malaysia tanpa sebab atau
alasan. Kerana jadi rakyat itu maknanya kita sama, kita satu, kita serupa, kita rakyat Malaysia!
Sidang perwakilan sekalian,
41) Menjelang ambang 2020 – kita sudah bercakap soal peremajaan parti, kita juga sudah bercakap tentang hubungan antara kaum – sekarang molek jika kita menyentuh tentang Melayu itu sendiri. Kerana nadi perjuangan UMNO selamanya berdenyut untuk membela bangsa kita. Retorik banyak kedengaran, tapi keputusannya apa? Gerak kerjanya bagaimana?
42) Umum tahu kedudukan ekonomi kita masih berada di paras lebih rendah berbanding kaum lain – itu hakikat. Sehingga kini, pendapatan orang Melayu tetap rendah berbanding kaum lain.
Ramai yang cakap, Melayu ada Amanah Saham! Tapi mengikut kajian terkini Dr. Muhammad Abdul Khalid dalam buku Colours of Inequality, ironis sekali bila pelaburan purata orang kita dalam Amanah Saham hanya RM 600. Bayangkan hanya RM 600 sahaja, sedangkan kita tahu had pelaburan RM 200 ribu.
43) Bila menyentuh soal pendidikan, walaupun kerajaan dah beri insentif pengecualian bayaran balik PTPTN untuk pelajar cemerlang, 78% yang dapat pujian kelas pertama dan tak payah bayar balik itu bukan budak Melayu.
44) Apalah nasib badan, sudahlah tersadung di ruang ekonomi dan pendidikan, di kancah gejala sosial pula, orang Melayu berada paling depan. Dalam 10 penagih dadah, 8 anak Melayu. Itu
belum lagi dikira, dihitung kes-kes buang bayi, sumbang mahram dan jenayah jalanan.
45) Tapi tak guna kita berbahagi siapa salah, siapa berdosa. Saya mahu kita bangkit, kita tahu, kita faham betapa Melayu memerlukan halatuju yang mantap dalam usaha meningkatkan martabat. Masa tak menyebelahi kita sahabat, sungguh bangsa bertelekan malu kalau kita orang Melayu belum betul-betul maju, tatkala Malaysia mencapai status negara maju pada tahun 2020 kelak. Lalu bagaimana kita mahu mengubah nasib?
46) Betul kita punya kuasa, tapi setakat ini, apa yang telah kita buat dengan kuasa itu? Cukupkah menggalas perjuangan setakat kuat bertempik “Hidup Melayu” tanpa sebarang strategi?
Tanpa pemikiran dan perancangan yang mapan?
47) Perkara wahid dalam hidup adalah semangat dan keberanian untuk mengubah nasib. Kata penulis buku Bumi Manusia, Pramoedya Ananta Toer, “Dalam hidup kita, cuma satu yang kita punya, yaitu keberanian. Kalau tak punya itu, lantas apa harga hidup ini?” Dalam konteks kita mahu membangunkan martabat bangsa di alaf ini, saya menyeru semua bertindak tanpa lengah, dalam menjayakan agenda Melayu dengan keberanian dan perancangan yang rapi.
Apa guna kita gegak gempita mempertahan kedudukan, tanpa menzahirkan aksi dan jasa. Halatuju baharu ini perlu dibaja dengan pencapaian yang jelas nyata, terbukti dengan
keberhasilan yang boleh diukur kira.
48) Anggaplah senarai ringkas ini selaku pemangkin aksi, tiupan semboyan yang menyeru untuk kita bertindak. Pertama, soal tanah rizab Melayu. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan siri
laporan bahawa keluasan tanah rizab, jatuh mendadak dari 50% kepada 12%. Saya mengajak
Pemuda ke hadapan, mencari penyelesaian memastikan hak yang termaktub dalam enakmen sejak 1914, juga wasiat Raja-Raja Melayu, tak tergadai. Di manakah salahnya kita dalam soal ini? Kajian menunjukkan salah satu sebabnya adalah: bila pihak berkuasa tak menggantikan tanah rizab yang diwartakan keluar dengan merizabkan semula satu kawasan yang mempunyai keluasan sama dengan tanah asal.
49) Pemuda tidak akan sama sekali berdiam diri dalam hal ini, kita akan membawa isu ini untuk ke pentas nasional dan menggesa agar Enakmen Rizab Melayu Negeri-negeri dikuatkuasakan sepenuhnya. Kita harus semak semula senarai tanah rizab yang diwarta keluar dan memastikan tanah-tanah tersebut digantikan dengan segera. Jangan sampai hak kita di bumi ini terus-terusan dicabuli oleh mereka yang tak bertanggungjawab. Rentung martabat dibakar cuai, kelak bangsa bakal melarat.
50) Pemuda mencadangkan agar diwujudkan satu Majlis Amanah Tanah Melayu melibatkan semua negeri. Majlis Amanah ini pula jangan hanya melindungi tanah rizab melayu, tetapi juga harus bertanggungjawab memastikan pembangunannya. Apa guna jadi orang bertanah, jika tak dapat menggandakan nilai untuk bangsa nusantara sendiri.
51) Kedua, soal pemilikan hartanah Melayu. Data terkini menunjukkan bumiputera memiliki hanya 5% jumlah hartanah di Malaysia. Pemuda memandang serius perangkaan yang menunjukkan bahawa – meskipun 58% penduduk Malaysia yang menetap di bandar adalah bumiputera – namun peratusan yang sama tidak diterjemahkan menerusi peratusan pemilikan hartanah.
52) Banyak sebab musibat ini berlaku. Pemaju perumahan kalau tak boleh jual kuota bumi dalam tempoh 6 bulan, mereka dapat pengecualian. Ada yang tak bertanggungjawab lagi kuat mengelat. Mereka akan kurangkan promosi sebab tahu akan dapat pengecualian dan boleh jual di pasaran terbuka. Pemuda cadangkan tempoh untuk mencari pembeli bumiputera dilanjutkan selama 3 bulan lagi. Dalam tempoh ini, Pemuda mencadangkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diberi peluang untuk mencari pembeli bumiputera atau terus menjual unit-unit tersebut kepada GLC-GLC, bagi tujuan memperkasa agenda bumiputera.
53) Seterusnya saudara, siapa tak pernah masuk pusat beli belah di bandaraya-bandaraya besar di negara kita? Kiri kanan kita tengok kebanyakan kedai-kedai ini tak dimiliki orang Melayu.
Bila kita hitung kita dapati bahawa di pusat beli belah utama di bandaraya Kuala Lumpur yang mana pemiliknya bukan Melayu, peratusan peniaga bumiputera tak sampai 1%. Yang lebih menyakitkan hati kita, pusat-pusat beli belah yang dimilikki oleh GLC-GLC, termasuk pusat beli belah yang paling tersohor di Kuala Lumpur, hanya ada kurang daripada 3% peniaga bumiputera dalam premis mereka. Bukan kerana tak cukup peniaga-peniaga runcit Melayu tetapi kita pernah dengar cerita di mana mereka diusir keluar dari pusat-pusat beli belah.
Kononnya peniaga-peniaga Melayu ini cikai. Keadaan ini perlu berhenti, janganlah Melayu pergi ke kompleks beli belah sekadar tengok-tengok, window shopping sahaja. Intailah juga peluang untuk berniaga dan menambah pendapatan.
54) Program yang ada perlu diperkemas, ruang untuk membantu golongan ini harus diperluaskan untuk menyokong peniaga bumiputera menembusi pasaran runcit ini. Kita tak mahu peniaga
Melayu sekadar menembusi pasaran, kita nak mereka kekal dan mengembangkan perniagaan.
55) Keempat, soal kemahiran dan pendapatan profesional Melayu. Kita amat bangga bila ramai anak Melayu mengorak langkah dalam bidang profesional, berbanding beberapa dekad lalu – satu perkembangan positif untuk negara yang hampir mencapai status maju. Ia juga membuktikan kita orang Melayu tak tercicir dari arus perdana pembangunan.
56) Namun kita bukan mahu berbangga dengan kuantiti anak Melayu dalam sektor korporat sahaja, tetapi juga ingin memastikan lebih ramai orang Melayu berada dalam pekerjaan berpendapatan tinggi. Jika hari ini majoriti pekerja berpendapatan RM 2 ribu sebulan dan ke bawah, rata-ratanya terdiri daripada golongan orang Melayu, kelak biarlah Melayu turut menguasai pekerjaan-perkerjaan bergaji RM 10, 15 hatta 20 ribu sekalipun!
57) Program-program di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera perlu ditambah. Kita mahu ramai lagi anak muda Melayu ada pentauliahan profesional. Ini bila kita tengok akauntan dan pakar kewangan – jenuh nak cari Melayu. Atau bila kita tengok dalam bidang baru seperti Sains & Teknologi – payah nak cari Melayu. Tapi saya tahu, dalam dewan sekarang, ada profesional-profesional ini. Pemuda sendiri ada program seperti ProSkill bawah Biro Profesional Muda untuk memberi latihan kemahiran insaniah buat para profesional. Tetapi ini tak cukup, kita mesti menggandakan usaha untuk memperkasa dan seterusnya memastikan anak Melayu jadi majoriti dalam bidang profesional.
58) Yang kelima, kita nak bangkitkan sekali lagi isu diskriminasi di tempat kerja terutamanya terhadap orang Melayu dalam sektor swasta. Walaupun sudah diulang berkali-kali, masih ada lagi yang berani mempromosi jawatan kosong, khusus untuk satu bangsa sahaja. Dalam kerajaan, kita tak mengamalkan diskriminasi. Polis dan tentera, juga begitu. Jadi tolong berhenti buat perkara macam ini. Sudah tiba masa kita ada satu akta anti-diskriminasi dalam pengambilan pekerja.
59) GLC pula perlu ingat kepada agenda bumiputera yang diberi. Prestasi Ketua Pegawai Eksekutif jangan hanya dilihat setakat untung sahaja, tetapi agenda bumiputera yang digalas wajib disempurnakan. Ingat pesanan Y.A.B. Presiden semasa ucapan beliau di Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun lepas, dengan jelas disebut bahawa semua Ketua Pegawai Eksekutif di GLC diwajibkan meletak sasaran ke atas penyertaan bumiputera, dan ini dimasukkan sebagai KPI kepada C.E.O-C.E.O tersebut. Jadi Pemuda nak tanya, dah setahun dah, kita nak tahu sejauh mana C.E.O-C.E.O telah mencapai KPI mereka? Kalau tak lepas KPI untuk tolong orang Melayu, ramai yang dapat ambil tempat Datuk-Datuk semua.
60) Bila sebut soal perolehan kerajaan dan agenda bumiputera, ada pulak yang memandai mengambil peluang. Penat cari orang, isi borang, kejar status syarikat bumiputera, tapi bila dah dapat kontrak kerajaan eksklusif untuk bumiputera, dijualnya pula kontrak ini kepada syarikat bukan bumiputera. Ada yang berstatus bumiputera, tapi hanya pada nama, hanya pada kertas, untung dan kawalan syarikat di tangan orang lain.
61) Rentetan dari masalah ini, Pemuda bersetuju dengan cadangan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) untuk menubuhkan satu agensi perakuan di bawah SPRM untuk memastikan fenomena ini dapat dikekang. Pemuda juga bersetuju agar syarikat-syarikat yang buat perangai dapat disenaraihitamkan, agar agenda bumiputera kembali ke landasan objektif asal penubuhan.
62) Apa makna pencapaian ekonomi bagai, kalau orang Melayu sebagai orang beragama Islam, akidah tidak dipelihara, syiar agama tidak ditegakkan, nilai murni tidak disemai. Hari ini kita dikepung oleh ekstremisme yang datang dari kiri dan kanan. Dari satu sudut, ektremisme datang dalam bentuk ideologi militan yang menyalahgunakan agama untuk menghalalkan pembunuhan dan kemusnahan. Lihat sahaja kepada usaha kumpulan militan Islamic State (IS) memimpin anak muda kita ke arah durjana. Rakyat Malaysia yang terlibat dengan kumpulan ini, yang terpedaya bahawa ini jihad sebenar, majoritinya anak muda. Hari ini, satu kertas putih kerajaan tentang ancaman IS terhadap Malaysia sedang dibentang di Dewan Rakyat oleh YAB Presiden sendiri.
Ancaman ektremisme agama ini perlu dihentikan serta-merta. Yang perlu kita didik mereka adalah tentang pegangan Wasatiyyah, sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 143:
Yang bermaksud: “Dan demikianlah Aku (Tuhan) jadikan kalian umat yang “wasat” (adil, tengah-tengah, terbaik) agar kalian menjadi saksi (syuhada’) bagi semua manusia, dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi (syahid) juga atas kalian.”
Baik kita beri anak muda Islam kita, yang cukup idealistik, peluang lain nak salurkan kudrat mereka. Kita ajak mereka bantu anak muda Islam berniaga tambah pendapatan, ajak mereka mengajar rakan seagama yang tiada peluang pendidikan, ajak mereka bina rumah untuk mereka yang tak berumah kerana negara mereka miskin yang amat. Bina perigi di kampung pedalaman tanpa bekalan air dapat pahala. Bunuh orang awam secara kejam ikut perjuangan IS yang dapatnya dosa.
63) Dari sudut lagi satu, masyarakat kita berdepan pengaruh buruk dibawa gaya hidup bebas dan songsang. Kalau ini kita tak bendung, alamat runtuhlah akhlak anak bangsa kita dek ekstremisme sosial. Yang paling baik kalau kita didik mereka, ajar mereka untuk jauhi gejala sebegini. Tapi didikan dan ajaran bagus mana sekalipun perlu disokong dengan pengukuhan pentadbiran undang-undang syariah. Kami menyeru kerajaan untuk benar-benar merungkai konflik antara perundangan syariah dan sivil dengan mengambil kira keresahan umat Islam, kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan prinsip ketertinggian Perlembagaan.
64) Agenda Melayu seperti yang saya perbutirkan tadi perlu dijadikan KPI kolektif di setiap paras perjuangan kita. Selesai persidangan cepat-cepat ambil tindakan, jangan berdiam diri, jangan berlengah lagi. Gunalah kekuatan kudrat Pemuda untuk menggerakkan, memperkasa agenda bangsa kita sendiri.
65) Saya merayu agar Pemuda jadi mata dan telinga kerajaan. Kita pantau di peringkat bahagian, kita buat satu mekanisme pengumpulan data, agar boleh diguna pakai oleh kerajaan. Saya nak beri anda semua satu tugasan, satu KPI. Sila kenal pasti berapa banyak profesional Melayu di bahagian anda; sila kira berapa banyak kontraktor Melayu dapat kontrak kerajaan di bahagian anda; sila hitung berapa ramai anak Melayu masuk universiti di bahagian anda; sila sukat berapa banyak anak muda Melayu terlibat dalam gejala sosial, merempit sana sini, dan hisap dadah di bahagian anda. Kita akan tubuhkan satu sekretariat khas di peringkat pusat bagi membantu pemantauan perlaksanaan agenda Melayu di peringkat akar umbi dengan memperkenalkan Skor Kad Pematuhan untuk agenda Melayu. Kita selalunya ada perancangan tapi kurang menyerlah bila tiba bab implementasi. Sekarang Pemuda akan tampil ke hadapan untuk memastikan agenda Melayu ini dipatuhi sepenuhnya.
66) Melayu itu bukan bangsa yang gagal; Melayu itu bukan bangsa yang sentiasa perlu ditongkat, Melayu tak tohor pencapaian. Sungguh Melayu maha perkasa, dari Kerajaan Langkasuka dan Kedah Tua, Gangga Negara mahupun Srivijaya, orang Melayu lah yang membawa ketamadunan ke Tanah Melayu sejak kurun pertama lagi.
67) Kerajaan Melayu lah yang mula mencipta struktur perundangan dan menyemai benih kesatuan penduduk Nusantara. Bibit yang kemudiannya mencetus konsep budaya dan bangsa, atas asas kejayaan kuasa politik Melayu. Kepimpinan Melayu lah yang mula membawa perdagangan dan pendedahan kepada dunia luar. Kemudian datang kejayaan yang lebih berganda di zaman Kesultanan Melayu Islam yang masih kekal hingga sekarang, di mana wilayah ini pernah menjadi pusat perdagangan utama dunia – digores pengaruh ketamadunan hebat Arab dan Parsi, China dan India – diiktiraf pula oleh para penulis dan pengembara ternama, dari Marco Polo hinggalah ke Laksamana Cheng Ho. Tetapi mewarisi legasi itu payah, justeru “Hidup Melayu” mu jangan murah. Perjuangan itu perlaksanaan kata-kata yang tak gawat di tengah jalan, yang tak digentar ditabuh halangan. Nah, sejarah sudah menunjukkan Melayu ini tamadun yang hebat, inilah masanya untuk membuktikan kehebatan kita bukan setakat dalam buku sejarah – Melayu itu hebat dulu, kini dan selamanya!
Sidang perwakilan sekalian,
68) Sudah lebih setahun kita menewaskan pembangkang dalam PRU13. Walaupun kita tawan 54% anak muda Melayu, pertempuran PRU14 bakal jadi lebih sengit lagi. Apatah lagi dengan penambahan hampir 5 juta pengundi baharu.
69) Sebelum saya memberi cadangan-cadangan Pemuda untuk pertimbangan kerajaan, ingin saya ucapkan terima kasih tak terhingga kepada Y.A.B. Presiden yang telah menzahirkan keinginan anak muda melalui pembentangan belanjawan yang lalu. Bukan hanya peruntukan untuk belia dipertingkat, isu-isu umum seperti perumahan dan keusahawanan nampak digubal mengikut langgam orang muda.
70) Dan ini memantapkan lagi evolusi Pemuda UMNO di bawah pimpinan kita semua. Jika empat tahun lalu kita ubah haluan ke arah politik khidmat bakti, kini kita pertajamkan lagi strategi ini. Kita tajamkan dengan cara berpolitik berpengaruh di mana Pemuda terus membentangkan cadangan untuk orang muda kepada pucuk pimpinan kerajaan, yang terbukti senantiasa bersedia menerima cadangan bernas. Contoh politik berpengaruh yang saya maksudkan tadi adalah rumah transit yang tercetus daripada idea Pemuda sendiri, yang telah menyempurnakan impian belia berkahwin untuk menyewa tempat berteduh yang tak jauh dari ibu kota. Terima kasih kepada mantan Setiausaha Pemuda Umno, Y.B. Datuk Abdul Rahman Dahlan, kerana telah mengotakan cita-cita Pemuda ini. Kerana menjadi seorang Menteri yang bukan hanya mendengar suara Pemuda, tetapi yang telah bertindak atas desakan kami.
71) Memang benar sudah banyak yang diberi untuk anak muda. Tapi izinkan saya menyatakan keinginan Pemuda untuk sebuah urus janji baharu berkenaan anak-anak muda Malaysia. Halangan tak pernah surut, kos sara hidup terus meningkat, begitu juga dengan keperluan dan kebajikan generasi muda negara.
72) Dalam akad urus janji baharu ini, dari aspek kos sara hidup, isu perumahan kekal jadi faktor utama kesempitan anak muda. Sejak tahun 2012, kenaikan tahunan purata harga rumah
meningkat 10%, berbanding kenaikan tahunan pendapatan median yang hanya sebanyak 8%.
Purata harga rumah pula 5.5 kali ganda berbanding pendapatan median, walhal hanya 5.1 kali ganda di Singapura dan 4.7 kali ganda di UK. Mana mungkin dapat kita membentuk generasi yang mencintai Malaysia sebagai rumah mereka, jika mereka hanya mampu pandang, mampu idam, tapi tak boleh nak beli rumah sendiri.
73) Walau begitu, Pemuda berterima kasih atas usaha kerajaan untuk terus membantu anak muda dalam kemelut ini. Pemuda menyambut baik Bandar Belia yang diterjemahkan melalui 1Malaysia Youth Cities. Idea yang dibawa Pemuda sendiri akan bermula dengan tiga projek perintisnya, di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, dengan objektif mengikuti naluri kehendak belia. Skim Perumahan Belia juga diumumkan untuk belia dalam Belanjawan 2015. Semua Ini kami amat alu-alukan.
74) Walaubagaimanapun, di Kuala Lumpur untuk tahun ini sahaja, jumlah pasangan belia yang berkahwin, sudah lebih 14,000. Mana cukup 20,000 unit melalui Skim Perumahan Belia yang saya sebut tadi untuk seluruh negara. Justeru skim ini biar jadi skim tahunan yang kekal dengan unitnya diperbanyakkan lagi untuk tahun-tahun mendatang. Rumah transit sebanyak 632 unit pun tak cukup. Walaupun lokasinya molek, intipatinya bersesuaian, mesti ditambah lagi demi menjaga kebajikan anak-anak muda yang baru mahu memulakan keluarga.
75) Bukan itu sahaja, pemaju-pemaju juga perlu beri kemudahan bina kemudian jual atau tidak kembalikan Skim Pemaju Tanggung Kadar Faedah (DIBS) untuk golongan muda. Jangan kita rosakkan harapan mereka memiliki rumah pertama dengan hutang bunga dan rumah terbengkalai. Tapi ada yang bantah yang kata pemaju kurang untung sebab kena bayar kos pembiayaan. Jangan sembang sembarang, jangan nak tamak – kita tahu margin untung pemaju di AS hanya 12%, di Thailand hanya 14%, tapi untung pemaju Malaysia melambung 76) Pemuda juga sambut baik tindakan kerajaan negeri Johor yang menyenaraihitamkan 28 pemaju kerana gagal membina rumah mampu milik. Jangan beri mereka projek baharu, jika tak dapat penuhi amanah bina tempat berteduh pada harga berpatutan. Pemuda rasa amat wajar jika tindakan sebegini diperluas ke seluruh negara.
77) Bila cakap pasal isu sara hidup, bebanan hutang orang muda sudah lama berada dalam radar perhatian Pemuda. Lebih merunsingkan, kadar anak muda bawah umur 25 tahun yang bankrap pada separuh pertama tahun ini sahaja, meningkat sebanyak 178% berbanding tahun lepas. Bayangkan anak muda kita, yang baru keluar universiti setahun dua, yang baru ingin mendirikan rumah tangga tapi diisytihar bankrap. Gelap dan punah masa depan mereka.
78) Tak tersangkal hutang perlu dibayar balik. Kesannya pada orang lain, pada peminjam di masa depan. Tetapi ada pula tukang kutip hutang atau ‘debt collector agents’ yang melampaui batas. Ada yang tak berhenti telefon, padahal hutang tak sampai satu ratus ringgit. Ada yang mengugut, bahasa kasar macam Ah Long, padahal baru seminggu terlewat bayar. Malahan ada yang datang ke rumah penghutang, datang dengan geng, ugut nak sita rumah, ugut nak rantai pintu rumah, ugut nak guna kekerasan. Pemuda nak beri amaran kepada tukang kutip hutang dan pelanggan mereka, nak kutip hutang tu kutip lah, tapi jangan sampai biadap, jangan sampai ada yang tertiarap.
79) Berbalik pada akar masalah ini, antara sebab hutang anak muda yang tinggi, adalah tahap kefahaman kewangan yang rendah. Ini lebih serius bagi golongan berpendapatan rendah. Mereka lebih cenderung memilih pinjaman yang mana ansuran bulanan atau mingguan nampak rendah, tapi bila dikumpulkan setahun, kadar peratus tahunannya jauh lebih tinggi berbanding pinjaman ansuran lain.
80) Nak gubal undang-undang hutang pengguna memang makan masa. Undang-undang bankrap yang Pemuda dah lama minta dipinda itu pun belum dizahirkan. Tapi buat sementara waktu, mereka ini perlu dilindungi. Pemuda mencadangkan kerajaan agar mewajibkan semua pemberi hutang menyatakan secara jelas jumlah sebenar kadar bunga mereka.
81) Hal sebegini nampak kecil, tapi besar kesannya. Tambahan pula apabila GST akan dilaksanakan pada tahun 2015. Namun tatkala ramai yang risau, ada pula pihak yang cuba mengambil kesempatan. Pemuda juga gesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memastikan pemantauan yang menyeluruh dan berkesan. Jangan kerana peniaga yang mengambil kesempatan mengaut untung beralasankan GST dan pegawai tak kuat kuasa – kita pula yang kalah pilihan raya.
82) Kita juga tahu ramai orang muda yang muflis kerana gagal bayar hutang kenderaan. Hutang pinjaman kenderaan adalah yang kedua tertinggi, setinggi 18% selepas hutang beli hartanah. Ramai anak muda bawah 35 tahun jadi muflis, mana tidaknya, nak beli kereta kena bayar 36 kali gaji bulanan. Di negara maju hanya 12 kali ganda.
83) Sudah terang lagikan bersuluh, kita perlukan satu inisiatif untuk membantu anak muda membeli kenderaan, meringankan beban hutang dan harap-harap mereka dijauhi daripada sumpahan muflis. Mengambil kira perkara ini, Pemuda mengusulkan kepada kerajaan Skim Kenderaan PertamaKu di mana anak muda yang berpendapatan kurang RM4000 sebulan boleh beli kenderaan pertama mereka tanpa membayar cukai atau duti eksais. Ini akan mengurangkan harga kenderaan khusus untuk anak muda yang membeli buat kali pertama sahaja. Kenderaan-kenderaan yang dibenar beli biar lah yang berharga sederhana, yang dipasang dalam negara.
84) Sebelum ada yang kata macam pernah dengar idea ini, bukan ini idea dari pihak lawan? Saya nak jelaskan ini bukan seperti pihak lawan yang telah mencadangkan satu dasar populis iaitu
potongan cukai untuk semua pembeli kenderaan yang boleh menambah hutang kerajaan, meningkatkan kesesakan jalan raya, merosakkan alam sekitar dan memberi diskaun kepada orang kaya. Cadangan Pemuda bersasar kepada golongan yang memerlukannya iaitu anak muda sahaja – dan tidak melibatkan semua pembeli kenderaan.
85) Namun di kala kita bercerita tentang kehendak belia, jangan dilupakan belia-belia luar bandar. Kita kena ingat, suka tak suka, kekuatan UMNO hari ini masih datang dari luar bandar. Dan kemenangan kita hari ini datang dari sokongan belia luar bandar. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita perlu mengupayakan anak muda luar bandar. Biar mereka ini lebih berkualiti, lebih berkeupayaan, lebih mudah dipasarkan.
86) Y.A.B. Presiden telah umumkan dalam Belanjawan 2015 bahawa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan ditransformasikan. Pemuda cadangkan transformasi tersebut memberi fokus kepada belia luar bandar, diberi keutamaan untuk mengikut PLKN versi baharu di mana mereka bukan hanya diterap semangat patriotisme tetapi juga diberi kemahiran. Biar mereka menamatkan program ini dengan satu pentauliahan kemahiran – moga mudah mereka mendapat kerja di pasaran.
87) Pada masa yang sama, Pemuda menyokong segala usaha untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan di kalangan belia luar bandar. Program-program seperti Rural Business Challenge di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Agropreneur Muda di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani harus kita sokong. Pemuda bercadang supaya lebih banyak lagi peluang ekonomi diberi kepada anak muda luar bandar, agar mereka tak perlu berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki.
88) Bagi merekayasa ekonomi anak muda luar bandar Pemuda cadangkan agar Revolusi Ekonomi Anak Muda Luar Bandar dilancarkan. Gunakanlah 120 ribu hektar tanah terbiar di negara ini, panggil anak-anak muda luar bandar untuk mengusahakannya, ini akan mencetus revolusi ekonomi ke arah menambah pendapatan masyarakat muda luar bandar.
89) Ini urus janji kita yang baharu, prakarsa yang bakal mencorak perjuangan kita di alaf baru. Kalau orang muda dekat dengan kita, kepentingan mereka kita jadikan tonggak perkhidmatan, hati mereka kita tawan, nescaya pilihan raya akan datang kita menang lagi!
Sidang perwakilan sekalian,
90) Tak ke mana seluang melaut, akhirnya balik ke tepi jua; tak ke mana Melayu merantau, ke tanah asal pulanglah mereka. Kita ini parti Melayu – walau ditala, ditabuh, diterajang bagaimana sekalipun – begitulah kita. Kalau asalnya benih yang baik, dicampak ke laut jadi pulau. Kalau asalnya berdarah pahlawan, dihumban ke mana tetap melawan!
91) Kalau dulu Melayu corot kelas bawahan, parti inilah yang mengangkat orang Melayu jadi usahawan, saintis dan pakar perubatan. Kalau dulu kita buta huruf, miskin ilmu, bangsa yang
tiada visi mahupun misi, parti inilah yang menjadikan kita profesor, pensyarah dan pakar ekonomi. Kalau dulu ada yang kata Melayu itu koman, parti inilah yang mengangkat Melayu ke
depan – dari Melayu macai jadi Melayu bijak pandai!
Jangan malu jadi orang berbangsa
Jangan silu mempertahankan hak kita
Jangan dipersia tradisi yang mulia
Jangan kau gadai harga diri
Jangan dinafi apa yang hakiki
Jangan berbohong dengan diri
Jangan pohon maaf, pohon kebenaran dari sesiapa
Kerana walau kita mati-matian berjuang demi bangsa
Kita tak pernah berjuang atas sengsara orang lain!
Maqasid perjuangan kita bukan untuk Melayu semata
Kita berjuang untuk semua anak Malaysia!
90) Jadi anak bangsa, lekas kau bangun dari lena. Akarkan legasi dalam hati, cekalkan perjuangan di sanubari, perjuangan untuk selamanya membela kedudukan bangsa, memacu negara ke puncak dunia, mendokong nusantara hingga ke akhir masa! Demi parti kita saudara-saudara, kau apikan lah obor yang menyala-nyala, tiupkan lah sangkakala sekuat rasa, luruskan barisan, rapatkan jurang antara mu para pahlawan! Yakinlah ini yang kamil untuk bangsa, untuk anak-anak kita, untuk para sarjana yang bakal mewaris negara!
Hidup mati kami untuk agama!
Hidup mati kami untuk bangsa!
Hidup mati kami untuk keramat parti tercinta!
Sumber: Malaysiakini

Warga Nepal Maut Digilis Tayar Treler
Keadaan mayat Bayal yang masih di bawah tayar treler sebelum dialihkan.
MUAR – Seorang lelaki warga Nepal maut manakala rakannya cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kawasan Perindustrian Jalan Kempas, Pagoh di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, penunggang motosikal, Bayal Koti Arjun, 23, maut di tempat kejadian akibat cedera parah pada badan selepas digilis treler berkenaan. Sementara pemboncengnya juga lelaki warga Nepal berusia lingkungan 20an, hancur kaki kanan akibat digilis tayar treler itu ketika cuba menyelamatkan mangsa yang terjatuh di bawah kenderaan berkenaan. Dia kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini. Mangsa merupakan pekerja estet berhampiran, menaiki motosikal dari arah Pagoh menghala ke Muar dipercayai merempuh belakang treler terbabit yang sedang berundur. Pemandu treler bagaimanapun, menyedari insiden itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat dari arah belakang kenderaan tersebut. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Muhammad Hanif Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke rumah mayat HPSF untuk bedah siasat dan keadaan rakannya yang cedera parah dilaporkan stabil. “Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan minta saksi kejadian tampil membantu siasatan,” katanya. - Sinar Harian Online

UPSR : 2,847 dapat semua A di Perak
IPOH: Seramai 2,847 murid atau 7.60 peratus daripada 37,479 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini tahun ini mencatat prestasi cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Pengarah Pendidikan Perak, Mohd Idris Ramli, berkata pencapaian itu bagaimanapun adalah penurunan sebanyak 0.89 peratus berbanding tahun lalu yang mana seramai 3,249 calon atau 8.49 peratus mendapat gred A bagi semua mata pelajaran.
Seramai 24,434 atau 65.19 peratus calon mencapai tahap pencapaian minimum gred C atau lulus, iaitu peningkatan sebanyak 65.19 peratus berbanding 63.77 peratus pada 2013.
"Secara keseluruhannya, Gred Purata Negeri (GPN) bagi tahun ini menurun sebanyak 0.02 daripada 2.29 tahun lalu kepada 2.31 tahun ini.
"Walaupun berlaku sedikit penurunan, kita dapat lihat peratusan calon mendapat pencapaian minimum, meningkat sebanyak 1.42 peratus," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan UPSR negeri di Sekolah Kebangsaan Marian Convent, di sini hari ini. ─ BH Online
TOP
Ibu Mati Ditembak Anak Berumur 3 Tahun
OKLAHOMA: Malang tidak berbau itulah perumpamaan yang boleh diberikan tentang kejadian ini dimana seorang kanak-kanak berusia tiga tahun telah tertembak ibunya yang sedang menukar lampin kanak-kanak tersebut.
Mangsa, Christa Engles, 26, yang sedang asyik menukar lampin anaknya itu tidak sedar anaknya telah terjumpa dan mengambil pistol dibawah kerusi tepi tempat kanak-kanak itu dibaringkan lalu menekan picu pistu ke arahnya.
Christa yang terkan tembakan di kepala itu telah tersungkur dan meninggal dunia sejam kemudian tanpa bantuan kerana tiada siapapun di rumah kerana suami dan ibunya berada di luar ketika kejadian.
Menurut jurucakappihak polis, terdapat beberapa pucuk pistol lain di rumah itu tetapi nasib tidak menyebelahi mangsa kerana anaknya menemui pistol yan gberisi peluru. “Kanak-kanak itu telah disoal oleh polis dan dia berulang kali memberitahu `ibu kena tembak’,’’ Dalam kejadian itu, suami mangsa Brian Engles yang berada diluar daerah kerana kerja hanya mengetahui tentang isterinya itu telah meninggal di hospital. “Saya kehilangan isteri dalam satu kemalangan semalam. Jangan lupa untuk memberitahu orang yang anda sayang bahawa anda menyayangi mereka. Anda tidak akan tahu bila kata-kata `saya sayang awak’ adalah yang terakhir untuk mereka,’’ luahan brian dalam Facebook miliknya.- Siakapkeli.com.my

8 tahun berat sudah 120kg
PASIR MAS – Usianya baru lapan tahun namun berat badan kanak-kanak bernama Muhammad Mukhriz sudah mencecah 120 kilogram (kg).
Ekoran berat badan Mukhriz yang terlebih itu menyebabkan kanak-kanak itu menghadapi pelbagai masalah antaranya tidak aktif, sukar bangun dan lebih menyedihkan dia kerap menjadi mangsa ejekan rakan-rakan sebaya.
Bapa kanak-kanak itu, Muhammad Marzuki Che Haron, 47, berkata, perubahan mendadak anaknya itu berlaku semasa Mukhriz diserang sakit sawan ketika berusia empat tahun.
Mukhriz yang dibawa ke sebuah hospital kerajaan kemudian diberi ubat untuk merawat penyakitnya dan sejak itu juga selera makan kanak-kanak itu didakwa menjadi-jadi.
Bayangkan, ketika umurnya berusia lima tahun, Mukhriz sudah mempunyai berat badan kira-kira 30kg.
Marzuki memberitahu, sejak badan Mukhriz naik mendadak itu dia dan isteri, Norhamizan Ab. Rahman, 38, sudah berusaha pelbagai cara perubatan tradisional dan moden untuk menurunkan berat badan anaknya itu.
“Malangnya usaha kami sia-sia kerana berat badan anak saya tidak juga turun malah semakin naik sehingga sekarang sudah mencecah 120kg dengan ketinggian kira-kira 140 sentimeter.
“Doktor hanya menasihati saya supaya menjaga pemakanan Mukhriz namun selepas selera makannya kami sekat badannya tetap sama,” katanya ketika ditemui di Kampung Pohon Gelugor, Chetok dekat sini semalam.- KOSMO
TOP
Luahan Hati Felixia Yeap Yang Dia Masuk Islam Bukan Masuk Melayu
Felixa Yeap atau Raisyyah Rania yang merupakan saudara baru telah meluahkan rasa kesalnya terhadpa sesetengah orang yang kadang-kadang tidak asuk akal bercakap tentang dirinya, Dia telah meluahkan perkara tersebut di dalam akaun facebook miliknya.
Felixia nyata agak kurang selesa apabila ada mempertikaikan dia membintikan namanya kepada nama 'Abdullah' dan beranggapan beliau telah melupakan nama keluarganya.
Yang paling pelik apabila ada yang bertanyakannya tentang nama melayu dan lebih mengecewakan apa yang ditanya itu dari seorang ustaz.
Baca luahan kesal Felixia di bawah:
Bagaimanapun status tersebut telah mengundang pelbagai respon dan kebanyakannya menyokong apa yang diluahkan oleh Felixia dan ada yang menasiahati Feliia dan menjelaskan situasi tersebut.- Siakapkeli.com.my

Raisyyah Rania Yeap Dedah Ciri-Ciri Lelaki Pilihan
Felixia Yeap atau nama barunya Raissyah Rania Yeap semakin popular setelah dia memeluk agama Islam.
Semalam, status yang ditulisnya di akaun Facebook mendedahkan ciri-ciri lelaki idamannya. Status tersebut yang kini mencecah 8,000 like dan 160 perkongsian telah menerima pelbagai komen-komen dari peminat.
Berdasarkan statusnya itu, ciri-ciri lelaki idamannya itu sememangnya seorang yang menjaga amalan solatnya. Selain itu mempunyai pemikiran yang matang dan penyabar serta mempunyai karier dan pendapatan yang stabil. Antara ciri-ciri fizikalnya pula adalah berkulit gelap, mempunyai janggut, tidak kurus dan suka makan. Raissyah juga suka akan lelaki yang suka mengawalnya, possessive dan protective, selain itu yang betul menyayanginya. Kalau boleh muka lelaki itu seperti Robert Downey JR iaitu pelakon Iron Man. "Kalau takde muka macam aktor Iron Man pun takpa, boleh sarung topeng Iron Man," katanya dalam gaya berseloroh. ─ Siakapkeli.com.my

Rejim Syria Serang IS, 63 Terbunuh
BEIRUT: Seramai 63 terbunuh di Raqa apabila tentera Syria melakukan dua serangan udara berturut-turut di kawasan yang dikawal oleh kumpulan militan Negara Islam (IS).
Dalam serangan oleh tentera rejim Bashar al-Assad itu, seramai 36 daripada 63 mangsa merupakan orang awam manakala selebihnya gagal dikenalpasti.
"Dikalangan 63 yang terbunuh dalam serangan itu, seramai 36 merupakan orang awam.
"Selain itu ramai juga yang cedera dalam serangan berturut-turut paling teruk oleh tentera Syria sejak setahun lalu.
"Serangan pertama dilakukan terhadap kawasan penempatan awam dan apabila usaha menyelamat sedang dilakukan, serangan kedua dibuat," jelas wakil Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman.
Dalam pada itu, kumpulan aktivis turut mengedarkan video serangan yang dianggap kejam itu.
Dalam rakaman tersebut kelihatan cebisan daging manusia dan kumpulan orang awam yang mengalami kecederaan. -siakapkeli
TOP
Punca Sebenar Wanita Dilanggar & Digilis Kereta Jiran Didedahkan
Georgetown: Punca sebenar kejadian wanita dilanggar dan digilis kereta jirannya sehingga maut dalam kejadian di kawasan Flat Desa Intan, Bandar Baru Farlim, di sini, Jumaat lalu bukannya disebabkan masalah pembuangan sampah, tetapi perebutan tempat letak kereta.
Berikutan itu, semalam, keluarga suspek berusia 53 tahun itu tampil bersama peguam Datuk Baljit Singh Sidhu membuat laporan di Balai Polis Jelutong, pada kira-kira jam 11 pagi semalam.
Baljit berkata, ketika kejadian suspek digertak oleh pasangan jirannya yang berang kerana kereta suspek diletakkan di hadapan rumah mereka, selain mereka mendakwa kawasan parkir itu adalah milik mereka sedangkan ia tidak dikhaskan untuk sesiapa.
Beliau berkata, suspek tidak berniat untuk melanggar mangsa kerana ketika kejadian dia mendakwa dikepung dan diserang oleh beberapa orang menyebabkan dia ketakutan dan terus menekan pedal minyak. Katanya, berikutan kejadian itu, keluarga suspek yang tinggal di kawasan berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu kini berhadapan dengan tekanan, trauma dan gangguan emosi apabila masyarakat memandang serong terhadap mereka. “Berikutan kejadian itu, keluarga suspek tampil hari ini menjelaskan perkara sebenar untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Jelutong, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Jumaat lalu, mangsa Lee Seok Pheng, 47, maut selepas dilanggar kereta dipandu jirannya selepas mereka bertengkar dalam kejadian di Flat Desa Intan dan mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana mengalami kecederaan teruk di badan. ─ myMetro Online

Tiz Zaqyah Tidak Rasa Tergugat Kemunculan Pelakon Baharu
PETALING JAYA: Pelakon Tiz Zaqyah menyifatkan kehadiran pelakon-pelakon baharu dalam drama-drama televisyen tidak pernah menggugat rezekinya di bidang seni.
Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 26, berkata, walaupun dia dilihat jarang muncul di televisyen, ia tidak sedikitpun membuatkan dia resah atau berasa dipinggirkan.
"Dari dulu lagi saya berlakon kerana minat dan ikhlas melakukannya. Tidak pernah terdetik pun mahu bersaing dengan sesiapa.
"Apatah lagi saya mahu rasa diri tergugat kerana lambakan pelakon baru. Saya yakin, setiap pelakon mempunyai keaslian lakonan masing-masing tanpa perlu bersaing," katanya kepada mStar Online.
Tambah Tiz, kehadiran pelakon-pelakon baru juga akan memberi warna dalam memeriahkan lagi industri lakonan tempatan.
Sementara itu, Tiz berkata, dia juga kini sibuk menguruskan syarikatnya iaitu KL Calling yang menganjurkan aktiviti-aktiviti belia.
Beritahu Tiz, sejak menganjurkan pelbagai program, dia berasa aktiviti seperti itu dapat membuatkan dia 'melarikan diri' seketika sebagai seorang selebriti dan dapat menjalani kehidupan seperti orang biasa.
"Sebenarnya saya rindu sangat mahu menjalani kehidupan jauh dari dunia glamor.
"Apabila menjadi penganjur bagi acara-acara belia, ia membuatkan saya menjadi seperti orang biasa. Apatah lagi sebahagian pulangan daripada acara yang dianjurkan itu akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang memerlukan. Rasa seronok pula.
"Tetapi, tidak bermakna saya sudah bosan dengan dunia lakonan pula," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Tiz bakal muncul menerusi drama misteri Seludup, arahan Jehan Miskin bermula 4 Disember depan.
Ia akan keudara setiap Khamis, pukul 9.30 malam di saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135).
Antara pelakon yang turut terlibat termasuklah Pekin, Syafie Naswip, Raja Ilya, Namron serta Jehan sendiri. ─ mStar online
TOP
Mourinho Tabik Chelsea Layak Ke 16 Terakhir
Pengurus Chelsea, Jose Mourinho - Foto REUTERS
GELSENKIRCHEN – Pengurus Chelsea, Jose Mourinho tabik anak didiknya yang beraksi cemerlang ketika membaham Schalke 04 dari Jerman, 5-0 dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi. Juara 2012 itu jelas menguasai permainan dari wisel permulaan untuk terus menerajui Kumpulan G dan layak ke kelompok 16 terakhir. Pesta gol itu bermula seawal minit kedua hasil jaringan kapten pasukan, John Terry. “Lazimnya, pasukan yang mendahului 3-0 atau 4-0 akan melakukan kesilapan pertahanan dan membenarkan lawan menjaringkan gol,” kata Mourinho. “Tapi ia tidak berlaku hari ini. Pasukan ini mantap dan saya percaya kami harus menjaringkan beberapa gol lagi.” Kelab dari London itu yang mendahului Liga Perdana Inggeris dan tidak tewas daripada 19 perlawanan sejak musim bermula juga menyamai rekod Liga Juara-Juara yang lalu apabila menewaskan Galatasaray 5-0 pada 1999. “Saya tidak mempercayai Chelsea bermain begini hebat di tempat lawan,” kata Mourinho selepas Willian, Jan Kirchhoff (gol sendiri), Didier Drogba dan Ramires turut menjaringkan gol. Schalke kini berada di tempat ketiga dengan berbaki satu perlawanan – dua mata di belakang Sporting yang menewaskan pasukan tercorot, Maribor 3-1. – REUTERS

Janin Ditemui di Machang Bubok Adalah Janin Kucing
BUKIT MERTAJAM - Sebuah sekolah di Machang Bubok hari ini dikejutkan dengan insiden penemuan janin di dalam sebuah tandas di sekolah berkenaan.
Bagaimanapun, polis mengesahkan janin itu hanyalah janin kucing. Menurut jurucakapnya, perkara ini disahkan oleh pakar perunding forensik Hospital Pulau Pinang melalui bedah siasat.
Selain itu, pemeriksaan terhadap seorang pelajar yang disyaki tuan kepada janin berkenaan juga mendapati dia tidak mengandung. - Siakapkeli.com.my
TOP
'Geng Mamak' Ditembak Mati Cuba Langgar Polis
KUALA LUMPUR: Seorang penjenayah ditembak mati selepas cuba melanggar anggota polis yang membuat pemeriksaan dalam kejadian di Lorong Sarawak, Taman Melawati, di sini, tengah hari tadi.
Lelaki bersama rakannya menaiki kereta jenis Volkswagen Jetta itu cuba melarikan diri daripada pemeriksaan sebelum bertindak melepaskan dua das tembakan ke arah anggota polis dalam kejadian kira-kira 1.45 tengah hari.
Mereka yang lebih dikenali sebagai 'Geng Mamak' itu ditembak polis bagi mempertahankan diri sebelum lelaki itu maut di tempat kejadian manakala rakannya hanya mengalami cedera.
Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan suspek menemui sepucuk pistol, pelbagai nombor pendaftaran kenderaan dan beberapa bilah parang. - BH Online
TOP
12.2 Juta Rakyat Syria Perlukan Bantuan Kemanusiaan – PBB
NEW YORK – Dianggarkan 12.2 juta rakyat Syria memerlukan bantuan kemanusiaan berikutan meningkatnya keganasan dan keadaan tidak menentu di negara itu.
Jumlah itu meningkat lebih tinggi berbanding 10.8 juta pada Julai lalu, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.
Ketua Bantuan Kemanusiaan PBB, Valerie Amos, memberitahu Majlis Keselamatan PBB bahawa penyaluran bantuan dari Turki dan Jordan ke kawasan dikuasai pemberontak di Syria tanpa kelulusan kerajaan berjaya membantu menangani masalah itu.
Sehubungan itu, beliau menggesa Majlis Keselamatan agar melanjutkan program agihan bantuan menerusi sempadan yang tamat pada 9 Januari depan.
Amos memberi gambaran betapa buruknya keadaan di Syria – 40 peratus penyusutan ekonomi sejak 2011, satu pertiga penduduk hidup dalam kemiskinan, 50 peratus penurunan kehadiran ke sekolah, 7.6 juta pelarian dalam negara dan 3.2 juta pelarian di negara asing.
Beliau berkata, sejak wujudnya resolusi membenarkan bantuan dibawa menyeberangi sempadan, pasukan bantuan PBB berjaya memasuki empat kawasan sukar iaitu Aleppo, Idlib, Daraa, dan Quneitra. – AP
TOP
Ziana Zain Muncul Dengan Gaya Tudung Yang Amat Mepersona
Ziana Zain, nama yang sememangnya gah dengan nyanyain lagu-lagu yang memerlukan suara yang lantang dan vokal yang amat tinggi. Kini sejak mula berhijab ini Ziana sudah mula menggayakan pelbagai jenis hijap yang sememangnya cantik.
Beliau yang baru-baru dilihat begitu mempersonakan apabila menggayakan fesyen tundung terbaru rekaan pereka fesyen, Rizman Ruzaini. Beliau meggayakan tudung tersebut untuk memenuhi sesi fotografi untuk sebuah majalah fesyen dan gaya hidup golongan wanita. Beliau yang teah disolek oleh Epie Temerloh sungguh nampak berbeza dan cantik ditambah pula dengan menggayakann cara susun letak tudung yang menarik. Dalam sisi fotografi ini beliau telah mengenakan perslinan peplum seba hitam yang ditaburi batu jemaki yang mengetengahkan ciri-ciri wanita muslimah moden. Ziana kelihatan cukup aggun dengan liuk lentuk manjanya.
Sebelum ini dia juga telah turut menjayakan satu lagi persalinan milik Rizman Ruzaini ketika menghadiri pertunjukan fesyen Islamic Fashion Festival 2014 baru-baru ini di Hotel JW Marriot-Siakapkeli.com.my

Darah sampel Ebola dirompak
KANKAN, Guinea – Sebuah kotak berisi sampel darah individu yang dijangkiti virus Ebola hilang selepas dirompak ketika dalam perjalanan untuk dibawa ke sebuah makmal ujian.
Kejadian berlaku apabila sekumpulan perompak merampas sebuah teksi berdekatan bandar Kissidougou. Teksi itu digunakan untuk membawa sampel berkenaan dari pusat bandar Kankan ke selatan Gueckedou dengan jarak perjalanan sejauh kira-kira 265 kilometer.
“Kita yakin sampel darah itu tidak akan ditemui lagi. Tambahan pula dengan liputan media mengenai kes berkenaan, pasti perompak itu telah membuangnya,” kata jurucakap kerajaan dalam hal ehwal Ebola, Fode Tass Sylla.
Tass Sylla berkata, virus dalam sampel darah itu bagaimanapun tidak akan merebak kerana kajian menunjukkan virus Ebola akan mati dalam tempoh beberapa minggu.
Berikutan itu, kerajaan Guinea merayu perompak berkenaan supaya memulangkan sampel tersebut yang diambil daripada pesakit Ebola yang mati.
Virus Ebola sebelum ini telah mengakibatkan lebih 5,000 mangsa mati di tiga buah negara iaitu Liberia, Sierra Leone dan Guinea selain mampu merebak melalui sentuhan.
Sementara itu, di Islamabad, Pakistan, seorang pesakit yang disyaki menghidap virus Ebola dilaporkan telah meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di sini semalam.
Agensi berita, Xinhua melaporkan mangsa, Zulfiqar Ahmad, 40, merupakan penduduk daerah Chiniot dalam wilayah Punjab yang kembali ke tanah air selepas melawat Ghana pada 16 November lalu.
Menurut jurucakap hospital berkata, kejadian itu akan menjadi kes kematian pertama akibat wabak virus Ebola sekiranya disahkan pihak berkuasa tempatan. – Agensi
TOP
Rusuhan ganas tercetus di AS Semakin Meruncing
FERGUSON, Amerika Syarikat – Beribu-ribu penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan raya di sini kelmarin bagi membantah keputusan jemaah juri membebaskan seorang anggota polis berkulit putih yang menembak mati seorang remaja kulit hitam dalam kejadian pada 9 Ogos lalu.
Jemaah juri membuat keputusan bahawa tiada sebab untuk mengenakan tuduhan jenayah terhadap seorang anggota polis, Darren Wilson yang menembak mati Michael Brown ketika remaja itu tidak bersenjata.
Pihak polis turut melaporkan beberapa das tembakan dari senjata automatik dilepaskan oleh kumpulan penunjuk perasaan dan pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan turut mengeluarkan larangan terbang sementara di bandar itu
Tunjuk perasaan turut tercetus di New York, Chicago, Washington, Seattle dan Oakland bagi membantah kes berkenaan yang meningkatkan lagi ketegangan kaum di seluruh Amerika Syarikat (AS).
“Mereka (jemaah juri) mendapati tiada sebab kukuh untuk memfailkan tuduhan jenayah terhadap Wilson,” kata Pendakwa Raya Daerah St. Louis, Bob McCulloch. Ujarnya, Wilson mungkin berdepan tuduhan termasuk membunuh tanpa niat atau tuduhan membunuh jika dia dikenakan dakwaan jenayah. Kumpulan penunjuk perasaan dilapor membakar beberapa bangunan di bandar ini dan beberapa kenderaan termasuk kereta peronda polis. Pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata selepas beberapa das tembakan didengari dari kumpulan penunjuk perasaan. Presiden AS, Barack Obama menyeru kumpulan penunjuk perasaan supaya mengekalkan keamanan dan mahu pihak berkuasa tidak menggunakan kekerasan dalam menyuraikan keadaan. “Negara ini didirikan berasaskan undang-undang dan kita mesti menerima keputusan yang dibuat oleh jemaah juri ini,” katanya dalam satu siaran televisyen. – Reuters

Empangan hidro terbesar di Tibet mula beroperasi
BEIJING – Sebuah empangan elektrik hidro terbesar di Tibet mula beroperasi pada Ahad lalu bagi membekalkan tenaga elektrik di wilayah berkenaan, lapor agensi berita Xinhua kelmarin.
Lapor Xinhua, unit pertama penjana elektrik di Stesen Hidroelektrik Zangmu yang berharga AS$1.6 bilion (RM5.35 bilion) mula beroperasi pada Ahad lalu.
Empangan di Sungai Yarlung Zangbo yang mengalir terus ke India itu bakal mempunyai ketinggian mencecah 116 meter apabila siap sepenuhnya pada tahun depan.
Menurut agensi itu, stesen yang terletak pada ketinggian lebih 3,300 pada aras laut tersebut merupakan empangan terbesar yang pernah dibina di banjaran Tibet.
Seorang pegawai syarikat Tibet Electric Power berkata, apabila beroperasi sepenuhnya empangan berkenaan mampu mengeluarkan hampir 510,000 kilowatt tenaga elektrik.
“Stesen hidroelektrik ini bakal menyelesaikan masalah kekurangan tenaga elektrik di Tibet terutama ketika musim sejuk,” katanya.
Kerajaan India sebelum ini menyuarakan kebimbangan bahawa pembinaan empangan di sungai berkenaan yang dikenali sebagai Brahmaputra di India boleh menjejaskan kawasan pertanian negara itu.
Bagaimanapun, bekas Menteri Luar India, S.M. Krishna berkata, pihaknya mendapati, empangan tersebut tidak menyimpan air sekali gus tidak mengganggu aliran sungai ke negara itu. – AFP
TOP
Britain kaji semula lesen eksport senjata ke Israel
LONDON – Britain sedang mengkaji semula lesen kebenaran mengeksport senjata ke Israel bagi memastikan peralatan tersebut tidak akan digunakan bagi tujuan yang boleh melanggar undang-undang antarabangsa, kata kerajaan kelmarin.
Pihak kerajaan sebelum ini telah melakukan kajian pertama pada Ogos lalu sebagai tindak balas berhubung konflik yang berlaku antara kerajaan Israel dengan Hamas di Gaza dan memutuskan akan menggantung 12 lesen mengeksport kelengkapan ketenteraan kepada Israel jika peperangan berterusan.
Kajian kedua itu dibuat sehari selepas tentera Israel menembak mati seorang rakyat Palestin di Semenanjung Gaza berdekatan sempadan Israel yang merupakan kematian pertama selepas 50 hari peperangan berlangsung dan berakhir pada Ogos lalu.
“Bagi memastikan proses gencatan senjata yang dibuat sejak dua bulan lalu itu dipatuhi, menteri Kabinet membuat keputusan awal bulan ini untuk melaksanakan kajian semula,” kata seorang jurucakap kerajaan dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, kajian sebelum ini mendapati bahawa sebahagian besar senjata yang dieksport ke Israel telah digunakan oleh tentera rejim Zionis itu untuk menyerang Gaza.
Laporan yang dikeluarkan oleh Parlimen Britain pada Julai lalu mendapati pihak kerajaan telah meluluskan kontrak mengeksport kelengkapan tentera ke Israel bernilai lebih daripada £7.8 bilion (RM41 bilion) termasuk keperluan jaket kalis peluru, dron dan peluru berpandu.
Kumpulan Kempen Menentang Perdagangan Senjata mendedahkan satu data analisis kelmarin yang menunjukkan kerajaan Britain telah meluluskan lesen ketenteraan kepada Israel bernilai £7 juta (RM36.8 juta) dalam tempoh enam bulan sebelum tercetusnya perang di Gaza. – Reuters
TOP
Tiga wanita kerugian RM40,000 ditipu lelaki kasanova
GEORGE TOWN - Atas dasar cinta, tiga wanita sanggup menyerahkan wang tunai yang kesemuanya berjumlah RM40,000 termasuk membenarkan seorang lelaki menggunakan kenderaan milik mereka setelah masing-masing dijanjikan akan dijadikan teman hidup lelaki berkenaan.
Namun mereka akhirnya menyedari kasanova berkenaan yang menggunakan nama samaran sebagai Nor Aiman Azmi
dan berusia 20-an itu hanya menabur janji palsu semata-mata untuk mendapatkan wang.
Berang dengan kelakuan suspek yang dianggap kekasih itu, kesemua mangsa yang merupakan pekerja kilang telah membuat laporan polis baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisioner Azmi Adam dalam sidang media tengah hari tadi berkata, polis telah melancarkan gerakan memburu lelaki berkenaan setelah mendapati dia terlibat menipu ketiga-tiga wanita itu. - KOSMO!
TOP
Fikir Dulu Sebelum Karamkan Kapal Malaysia
Jakarta: Kerajaan Indonesia semalam diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya menenggelamkan kapal nelayan yang ditangkap kerana didakwa mencuri ikan di perairan negara itu.
Ketua Jawatankuasa Pertahanan dan Hubungan Luar Parlimen Indonesia, Mahfudz Shiddiq berkata, tindakan seumpama itu perlu dilakukan mengikut undang-undang kerana bimbang ia akan menjejaskan hubungan diplomasi dengan negara itu.
Mahfudz, anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS) berkata demikian sebagai mengulas arahan Menteri Laut dan Perikanan Susi Pudjiastuti supaya kapal nelayan yang ditahan itu ditenggelamkan.
Cadangan Susi itu mendapat sokongan Presiden Joko Widodo (Jokowi).
Mahfudz berkata, jika kenyataan itu hanya untuk menggertak supaya nelayan asing tidak menceroboh perairan Indonesia, ia memang wajar.
“Tetapi, untuk menenggelamkannya dengan membuta-tuli tanpa ada sokongan undang-undang, ia pasti menjejaskan hubungan diplomatik. Cuba bayangkan yang ditenggelamkan itu kapal China. Jika Beijing membantah dan berang, kita yang jadi bingung,” katanya. ─ myMetro online
TOP
Penuntut Universiti Cambridge Sertai Pertandingan Punggung Tercantik
CAMBRIDGE: Satu pertandingan punggung tercantik telah diadakan di University of Cambridge yang dianjurkan oleh persatuan pealajar universiti tersebut telah berjaya menarik ramai penyertaan dari kalangan penuntut.
Pertandingan yang pelik ini telah diadakan buat kali ke tiga dan kali ini 12 pelajar telah berjaya memasuki pusingan akhir di mana melibatkan 6 penuntut lelaki dan 6 penuntut perempuan. Mereka yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada pelbagai jurusan dan menggayakan satu "pose" yang menarik kedudukan punggung mereka untuk di undi sebagai punggung tercantik. Gambar-gambar mereka kemudia telah disiarkn di dalam web universiti tersebut untuk di nilai dan diundi oleh pelajar lain. Dalam banyak-banyak gambar itu satu gambar telah berjaya menarik perhatian dimana seorang penuntut sedang 'pose' manghadap seekor lembu jantan garang tetapi walaubagaimanapun beliau tidak menang.
Keputusan akhir pertandingan ini akhirnya telah dimenangi oleh seorang penuntut yang telah menggayakan aksi bogel aktress terkenal Kim Kandarshian seperti di dalam sebuah mejalah yang menjadi kontroversi baru-baru ini.
Walaupun mendapat sambutan ramai ada segelintir penuntut berpendapat ini adalah satu pertandingan yang akan menjatuhkan reputasi universiti ternama itu kerana apa yang dibuat ini lebih ke arah menunjukkan 'kebodohan' pelajar-pelajar di situ. Pihak University of Cambridge bagaimanapun enggan mengulas mengenai acara tersebut ketika dihubungi oleh wartawan dari negera itu.
- Siakapkeli.com.my

Kerajaan cadang gubal undang-undang baharu cegah militan
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan kertas putih berkenaan Islamic State (IS) di Dewan Rakyat. - Foto Effendy Rashid
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mencadangkan satu undang-undang baharu digubal dan dibentang pada sesi Parlimen akan datang bagi membanteras dan mengambil tindakan terhadap rakyat Malaysia yang terbabit dalam aktiviti militan dan kumpulan pengganas Negara Islam (IS). Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga mencadangkan pemerkasaan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), Akta Penjegahan Jenayah dan Kanun Keseksaan khusus bagi menangani ancaman kumpulan pengganas ini. "Malaysia mempunyai pendirian jelas terhadap IS. Selain menyenaraikan IS sebagai kumpulan pengganas, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Kali Ke-106 baru-baru ini merumuskan penyertaan umat Islam negara ini dalam kumpulan militan IS di Iraq dan Syria adalah bertentangan dengan syarak dan kematian mereka tidak dikategorikan sebagai mati syahid. "Saya merasakan sebagai sebuah negara yang turut mempelopori pendirian wassatiyyah sebagaimana tuntutan ajaran Islam dalam semua aspek, Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan fahaman ekstrem IS adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan perlembagaan negara," katanya ketika membentangkan Kertas Putih ke arah memerangi ancaman kumpulan IS di Dewan Rakyat di sini, sebentar tadi. Sehubungan itu, Najib berkata, Malaysia akan mempertingkatkan usaha menjelaskan jihad yang sebenar serta memperbetulkan persepsi Barat yang kerap mengaitkan Islam dengan keganasan. "Melihat potensi ancaman daripada kumpulan ini, kita bimbang dan tidak dapat dinafikan kepulangan rakyat Malaysia dari kawasan konflik di Syria dan Iraq boleh meningkatkan lagi risiko keselamatan kepada negara. "Lebih menakutkan, dengan pengalaman yang mereka ada, taktik peperangan yang mereka miliki, militan ini berupaya melakukan aktiviti pengganas secara bersendirian dan dengan kepakaran ketenteraan serta kemahiran membuat bom yang diperolehi di Syria, mereka berpotensi melancarkan serangan pada bila-bila masa sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan yang besar kepada harta awam," katanya. Najib juga meluahkan kebimbangan bahawa kumpulan pengganas ini akan mewujudkan semula sel pengganas dan membentuk jaringan dengan kumpulan militan sedia ada dalam negara dan serantau. "Setakat ini, terdapat lima suspek Malaysia dipercayai masih bersembunyi di selatan Filipina. Sekiranya rangkaian IS berjaya wujud di Sabah, tidak mustahil ia akan merebak ke Sarawak sehingga menggugat keselamatan dan keharmonian pelbagai kaum di sana," katanya. Beliau berkata, dalam menghadapi ancaman ini, sudah sampai masanya kerajaan mengambil langkah sewajarnya untuk mengekang pengaruh IS. "Kerajaan sedar undang-undang saja tidak mencukupi untuk membendung ideologi IS. Saya amat berharap supaya sokongan daripada semua lapisan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan fahaman sedemikian. "Sebagai kesimpulan, diharapkan Kertas Putih ini dapat menjelaskan dengan lebih mendalam mengenai IS dan ancamannya kepada keselamatan negara. Oleh itu, kerajaan mencadangkan penggubalan satu undang-undang khusus serta pemerkasaan akta sedia ada," katanya. Dalam pada itu, Najib menegaskan, Malaysia akan terus komited untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa menangani ancaman radikalisme, estremisme, keganasan dan militan. ─ Siakapkeli.com.my

Karisma Kapoor Sombong, Tak Mahu Salam Orang – Farhan
KUALA LUMPUR: Satu acara membabitkan jenama barang kemas di pusat membeli-belah Starhill Gallery, Bukit Bintang diadakan, malam tadi.
Malah beberapa orang artis Bollywood turut diundang memeriahkan acara berkenaan termasuk Karisma Kapoor.
Artis tempatan, Farhan Azizan turut diundang ke acara yang bertemakan Bollywood itu. Malah acara berkenaan turut dihadiri golongan kerabat dan orang kenamaan (VIP) yang semestinya antara penyokong jenama barang kemas terbabit.
Farhan sendiri berpeluang memilih barang kemas di sisi Karisma. Selain sempat mengabadikan gambar berdua, mereka sempat bersembang sekitar setengah jam kerana kesuntukan masa.
Karisma yang sebelum ini dilihat berbadan tembam sudah kembali ramping sehingga Farhan sendiri tidak menyedari kelibatnya. Kata Farhan, Karisma terlalu kurus daripada penampilannya beberapa tahun dulu.
Cuma di sebalik keseronokan bersua bintang Bollywood yang pernah digilai penggemar filem Hindi suatu ketika dulu di negara kita, Farhan berani menempelak kakak kepada Kareena Kapoor itu cukup berlagak dan sombong. Ia bukan perkara pelik pun.
"Adatlah kalau bintang luar diagung-agungkan di negara kita. Sedangkan mereka seperti memijak kepala kita saja. Tapi dia masih mampu tersenyum di depan tetamu dan melayan permintaan untuk bergambar.
"Cuma satu yang saya perhatikan dia memang tak bersalam dengan orang di acara itu. Benar kalau dia dianggap Tuhan di negaranya sendiri tetapi di negara kita dia tidak dianggap sebegitu. Dia datang ke sini pun semestinya dibayar.
"Pada satu tahap saya tengok dia sendiri menolak untuk bergambar dengan tetamu. Malah hingga bercakap atau menyahut percakapan orang pun seperti tak kuasa lagaknya. Negara kita murah dengan adab dan senyuman, jangan fikir kita nak puja dia seperti di negaranya," katanya yang dihubungi BH Online sebentar tadi.
Ketika dihubungi Farhan sedang berada di rumah dan mahu bergegas ke luar untuk melangsaikan urusan kerja seninya.
Farhan kini sudah sebulan bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi.
"Saya masih belum berisi lagi. Kami pun masing-masing sibuk dengan agenda kerja. Tambah pula nak dekat hujung tahun dan Alhamdulillah rezeki terus murah. Suami pun perlu kerja luar kawasan hingga kami belum sempat berbulan madu.
"Dek kesibukan itu kami bercadang untuk berbulan madu tahun depan saja. Kami akan ke Kepulauan Maldives," kata bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat. ─ BH Online
TOP
Chacha Tak Sedar Aksi Mesra Dengan Kekasih Dirakam Kamera
PETALING JAYA – Pelakon Chacha Maembong memberitahu aksi mesra yang disaksikan penonton ketika program Maharaja Lawak 2014 pada 21 November lalu tiada niat untuk menunjuk-nunjuk kebahagiaanya di khalayak.
Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 18, berkata, dia langsung tidak menyedari kemesraan antara dia dan teman lelakinya itu dirakam kamera.
“Saya tiada niat pun mahu menunjuk-nunjuk aksi mesra itu. Saya pun tidak perasan yang kami dirakam kamera pada acara itu.
“Kalau tengok betul-betul pun kami tidaklah terlalu rapat sehingga nampak seperti berbaring seperti diperkatakan di sebuah portal hiburan,” ujarnya kepada mStar Online pada Selasa.
Antara aksi-aksi Chacha yang dirakamkan dan menjadi isu.
Chacha berkata demikian ketika diminta mengulas aksi mesranya bersama teman lelaki yang dirakamkan kamera apabila duduk di belakang juri tetap Taufik Batisah ketika siaran langsung program Maharaja Lawak 2014 pada 17 November lalu. Tambah Chacha, ketika aksi tersebut dirakamkan dia sedang bercakap dengan pemuda tersebut ketika keadaan dalam dewan agak bising. “Orang ramai nampak saya rapat kerana ketika itu saya ingin bercakap sesuatu kepada dia dan keadaan pula terlalu bising. Biasa la orang luar kalau nampak kita rapat sikit mula bercakap yang bukan-bukan,” ujarnya. Sementara itu, Chacha berkata, dia baharu tiga bulan mengenai pemuda tersebut dan masih dalam peringkat untuk saling kenal mengenali.

Jaguar Land Rover Mahu Saman Syarikat China
LONDON – Pembuat kereta terkemuka Britain, Jaguar Land Rover bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas sebuah syarikat pengeluar kereta dari China kerana meniru reka bentuk sebuah kenderaan pacuan empat roda milik syarikat itu.
Jaguar Land Rover dilaporkan berang selepas sebuah syarikat pengeluar kereta dari China, LandWind melancarkan model kenderaan pacuan empat roda terbaharunya, X7 pada pameran kereta Guangzhou minggu lalu.
Model X7 yang berharga £14,000 (RM73,500) itu mempunyai reka bentuk yang hampir sama dengan model Range Rover Evoque keluaran Jaguar Land Rover dan berharga £40,000 (RM210,000).
MODEL pacuan empat roda X7 keluaran syarikat China, LandWind yang didakwa meniru model Range Rover Evoque.
Pegawai Eksekutif Jaguar Land Rover, Dr. Ralf Speth memberitahu majalah Autocar, amalan meniru reka bentuk yang masih berlaku di China sangat mendukacitakan.
“Harta intelektual ini milik kami dan jika ada syarikat yang melanggarnya itu bermakna telah melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.
Model kenderaan X7 yang lebih murah itu didapati mempunyai reka bentuk badan, lampu dan pelindung radiator yang hampir sama seperti Range Rover Evoque. – Agensi
TOP
KJ Tak Puas Hati Dengan Layanan Singapura
Pada Ahad lalu, perlawanan Piala AFF-Suzuki telah berlangsung di Singapura. Ketika perlawanan itu, pihak berkuasa Singapura mengenakan sekatan ke atas penyokong Harimau Malaya yang mahu menyaksikan perlawanan tersebut. Tindakan itu bagaimanapun telah mengecewakan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairyl Jamaludin.
Berikut adalah kata-kata beliau menerusi akaun Facebook miliknya:
Saya telah menerima maklumat bahawa terdapat beberapa penyokong bola sepak tanah air yang ditahan di checkpoint Tuas di Singapura sebelum perlawanan AFF-Suzuki di negara tersebut pada hari Ahad.
Saya diberitahu bahawa penyokong-penyokong tersebut ditahan dan dilarang untuk memasuki Singapura, semata-mata kerana mereka ingin menyaksi perlawanan bola sepak pasukan kebangsaan menentang Myanmar.
Gambar notis larangan yang dikeluarkan oleh pihak Kastam dan Imigresen Singapura pun sudah tersebar luas di media sosial.
Pejabat saya telah menulis kepada pihak berkuasa di Singapura untuk mendapatkan penjelasan kenapa penyokong Malaysia diberi layanan yang begitu teruk sekali sehingga mereka tidak dibenarkan masuk ke Singapura untuk menyokong pasukan kebangsaan. Padahal saya dimaklumkan bahawa penyokong Myanmar dapat membanjiri Stadium Jalan Besar di Singapura, siap lagi dengan kain rentang dan bendera gergasi negara mereka.
Walaupun kami menghormati prosedur negara asing, tapi saya memang tidak puas hati dengan yang diberi kepada penyokong bola sepak Malaysia. Saya akan maklumkan pada semua apa jawapan yang diberi oleh pihak Singapura dan apa respons kita nanti.-siakapkeli
TOP
Lelaki Terkejut Temui Ibu Bapa Angkat Mati Ditetak
SUNGAI PETANI, 25 Nov: Seorang pekerja kilang yang mahu melawat ibu bapa angkatnya ketika waktu makan tengah hari terkejut apabila menemui kedua-dua mereka ditikam sehingga mati hari ini.
Pekerja yang berusia 20 tahun itu telah ke rumah mangsa di Taman Budara, Kuala Ketil di sini pada jam 12 tengahhari hari ini. Bekas pegawai Jabatan Kesihatan Zahari Yahya, 66, ditemui mati di ruang tamu manakala isterinya, jururawat bersara Salmah Hussein, 61, ditemui mati di dapur. Kedua-duanya dipercayai telah dibunuh menggunakan senjata tajam setelah dipercayai disamun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi oleh media. - Siakapkeli.com.my

Black maria Imigresen Bawa Pati Terbalik
REMBAU – Seramai 25 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang bakal diusir keluar dari negara ini terbabit dalam kemalangan apabila kenderaan jenis black maria Jabatan Imigresen kemalangan di kilometer 232.9 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kenderaan jabatan berkenaan dipercayai cuba mengelak sebuah kenderaan jenis honda yang tiba-tiba hilang kawalan merempuh pembahagi jalan di sebelah kanan sebelum berpusing ke sebelah kiri jalan.
Difahamkan kenderaan jabatan berkenaan dalam perjalanan dari Depoh Tahanan Machap Umboo ke Depoh Tahanan KLIA.
Keseluruhan, Jabatan Imigresen membawa 35 pati di mana 10 pati perempuan menaiki van jabatan.
Lima pati yang menaiki black maria jabatan mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes masih lagi dalam siasatan polis. – Sinar Harian Online
TOP
Johor Akan Bina Stadium Bola Sepak Padang Tiruan
Johor akan membina sebuah stadium tertutup bola sepak yang menggunakan padang tiruan yang diiktirafkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor dalam satu kenyataan memberitahu, padang bola sepak berkenaan akan dibina berhampiran Dataran Bandaraya Johor Bahru.
“Bermula Januari 2015, Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan memulakan pembinaan padang bola sepak tiruan tertutup berhampiran Dataran Bandaraya Johor Bahru.”
Tambahnya lagi, “Ianya bakal menjadi lambang kemegahan buat negeri Johor apabila menjadi yang pertama di Malaysia memiliki padang bola sepak tiruan tertutup bersaiz sebenar yang akan dibina mengikut spesifikasi FIFA.”
Maka dengan pembinaan stadium tersebut johor dikatakan adalah negeri pertama di Malaysia yang memiliki padang bola sepak seperti itu.
“Selain itu kita juga akan menaiktaraf kemudahan yang ada dengan menempatkan Pusat Perubatan yang berhampiran padang latihan. Ianya akan memastikan para pemain yang mengalami kecederaan mendapat bantuan perubatan melalui peralatan yang lebih baik untuk penyembuhan dan pemulihan mereka.
Proses pembinaan padang bola sepak tertutup yang baru ini dijangka akan disiapkan sebelum Disember 2015”. katanya dalam kenyataan itu. ─ Siakapkeli.com.my

Ozlyn Isteri Johan Raja Lawak Selamat Lahirkan Anak Perempuan
Ozlyn Wati iaitu isteri kepada Johan hari ini telah selamat melahirkan anak yang keempatnya dan dikhabarkan anak tersebut adalah anak perempuan sihat yang seberat 4 kilo.
Ini pastu satu berita yang amat gembira bagi mereka selepas menunggu hingga kelahiran keeampat baru mendapat anak perempuan kerana ketiga-tiga anak mereka sebelum ini adalah 'Hero'.
Perkara ini telah dikongsi Instaagram oleh seorang jururawat yang merawat Ozlyn.
Setelah dikongsi di laman Instagram tersebut ramai peminat-peminat telah meminta jururawat tersebut untuk berkongsikan gambar anak pasangan tersebut dan mendesak dia berbuat demikian. Ada jugak yang meminta jururawat tersebut untuk hantar secara peribadi. Bagaimanapun status itu telah dipadam mungkin kerana bimbang perkara tersebut menjadi kesalahan kerana berkongsi perkara peribadi itut tanpa kebenaran pihak Johan dan Ozlyn. Apa pun tahniah diucapkan kepada Johan dan Ozlyn dengan kelahiran anak baru ini lebih memberi rezeki dan menyeratkan kasih sayang antara meraka.- Siakapkeli.com.my

Kisah Pelancong Jepun Yang Terkejut Melihat Iklan Burger Benjo
Kisah seorang pelancong dari jepun yang menceritakan kembali ketika beliau berada di bandaraya Kuala Lumpur yang agak terkejut melihat menu di sebuah papan iklan gerai burger dan beliau tertarik untuk mencubanya.
Beliau menceritakan, di suatu hari ketika berjalan-jalan di pusat bandar Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, dengan perut kosong, beliau menjumpai sebuah gerai burger. Memandangkan beliau terbang melakukan perjalan ke Malaysia khusus untuk pengalaman yang eksotik, jadi beliau memutuskan untuk memakan hamburger walaupun ianya membosankan. Walau bagaimanapun, beliau tertarik pada satu perkataan di papan menu yang membuatkan matanya terpaku.
Perkataan itu ialah "Benjo". "Benjo" bermaksud "Toilet" di Jepun, jadi beliau bertanyakan kepada tauke gerai mengenai perkataan "Benjo" apa yang beliau lihat di papan iklan itu. Ya, ia sememangnya "Benjo". Harganya adalah 1.80 ringgit Malaysia (kira-kira AS $ 0.60), kira-kira separuh harga hamburger mereka. Beliau tertanya-tanya jika itu adalah semata-mata harga yang mereka kenakan untuk penggunaan bilik mandi mereka. Ia seolah-olah terlalu mahal, memandangkan kos hamburger mereka. Beliau berdiri untuk beberapa minit memutuskan sama ada beliau perlu bersusah payah mencari jawapan itu. Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk mencubanya, "Satu Benjo, sila", kata beliau. Bukan menjawab dengan jangkaan, beliau menceritakan bagaimana telur "Benjo" dibuat di dalam acuan cincin di panggangan, ditambah beberapa kubis dan sos pedas Asia yang dipanggil sambal. Akhirnya, "Benjo" diapit dengan roti biasa. Ia adalah sandwic yang mudah, tetapi cukup lazat. Itu adalah Benjo saya, Jelas beliau. Di akhir cerita, beliau mengatakan "Anda perlu berhati-hati apabila anda mengembara di Malaysia. Jika anda secara tidak sengaja bertanyakan "Benjo" (dalam bahasa jepun " tandas") untuk menggunakan bilik air, seseorang mungkin membuat anda menunggu dan kemudian memberikan anda sandwich telur hangat.
Nota: Benjo adalah bahasa pasar bagi tandas di jepun, Bahasa biasa adalah toire
Sumber

Kota Thonis-Heracleion Yang Dianggap Mitos Telah Ditemui
ALEXANDRIA, MESIR: Siapa menyangkan sebelum ini kehabatan kota Thonis-Heracleion dianggap hanya sebuah mitos semata-mata sebenarnya wujud dan dipercayai telah terkubur di Dalam lautan Mediterranean sekitar 1,200 tahun dahulu.
Menurut laporan Mirror.co.uk, elimen-elimen sejarah dan ukiran pada kota itu adalah serupa dengan yang tedapat pada kota Atlantis.
Menurut penyelidik, Franck Goddio, yang mengikuti pencarian kota tersebut berkata penemuan ini telah bermula di pantai utara mesir dimana mereka telah berjaya menjejak kota tersebut sebelum menemui bahagian-bahagian kota lama di dasar laut. “Setakat ini, pihak kami telah menemui serpihan-serpihan yang mempunyai hubung kait dengan kota tersebut. “Pihak kami menemui 64 bangkai kapal pedagang yang dipercayai menjalankan urus niaga dengan penduduk kota tersebut, syiling emas dan patung-patung gergasi sebesar 16 kaki," katanya.
Menurut beliau lagi bahawa semasa menjalankan aktiviti menyelam untuk mencari kota tersebut mereka telah terjumpa kepingan batu berukir tulis purba Yunani dan Mesir Purba di tapak penemuan kota tersebut. Kota yang dibina di sekitar muara Sungai Nil itu mungkin tergelincir ke dasat laut kerana bencana alam selepas 1000 tahun pembinaannya.
“Andaian itu dibuat berdasarkan patung granit merah Dewa Hapi iaitu dewa Sungai Nil yang dijumpai bersama dengan penemuan kota tersebut. “Patung tersebut juga merupakan antara patung terbesar pernah ditemui oleh pihak kami,” jelasnya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut. Pihaknya jugak tidak menolak kemungkinan kenaikan paras air laut menyebabkan bencana yang besar dan menenggelamkan kota tersebut.

Budak Dapat 2A UPSR 2014 Dapat Iphone 5S Bukan Iphone 6
Satu berita yang agak trending sekarang ini di twitter yang mana seorang budak yang mendapat keputusan 2A. 2B dan 1C dalam UPSR 2014 kononnya dihadiahkan sebuah iPhone 5s oleh keluarganya.
Menurut blog Melvister.com, apa yang membuatkan orang ramai bertambah cemburu apabila seorang pengguna laman sosial mendakwa ianya adalah Iphone 6 model terbaru Apple.
Namun, Razip (penerima iPhone) bagaimanapun menerusi akaun twitter @radziholmes dengan bangganya menjelaskan bahawa ianya adalah Iphone 5S dan bukannya Iphone 6. Bagaimanapun apa yang menjadi bualan adalah hadiah itu terlalu mewah untuk seorang budak lepasan UPSR. Semoga dia dapat menjaga hadiah itu sebaik mungkin dan tidak disalahgunakan. ─ Siakapkeli.com.my

Fazura akui Menangis Semasa Putus Cinta
Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura mengakui beliau agak sensitif dan megalirkan apabila mengingati saat beliau putus cinta. Ini terjadi apabila beliau telah menonton semula lakonannya dalam Manisnya Cinta di Cappadocia.
Menerusi Filem Manisnya Cinta di Cappadocia tersebut beliau ternyata sedih apabila melihat babak putus cinta kerana apa yang berlaku didalam cerita itu mempunyai persamaan dengan dirinya.
“Kematangan Ifti (nama watak) sama seperti mana diri saya sekarang seorang yang lebih matang, tenang dan mempunyai keutamaan. Mungkin satu kebetulan dan ianya berlaku pada masa yang sangat sesuai,” ujarnya kepada Malaysian Digest.
“Dalam babak putus cinta, sewaktu intepretasikan babak itu saya kaitkan dengan pengalaman diri sendiri sebelum ini. Sejujurnya saya menangis bila tonton babak tersebut tadi”
Filem tersebut telah diarahkn oleh Bernard Chauly dan merupakan adaptasi dari sebuah novel karya Anis Ayuni. Filem tersebut bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 11 Disember nanti.- Siakapkeli.com.my

Khairy Jamaluddin Gesa Astro Tidak Lagi Naikkan Cas Yang Membebankan Rakyat Nak Tengok Bola
KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin hari telah membahaskan usul tentang cas yang dikenakan Astro yang didakwanya membebankan rakyat dan menggesa supaya pihak Astro tidak lagi menaikkan harga sesuka hati mereka.
Tegas beliau Astro bukanlah satu syarikat yang mendapat persaingan dari mana-mana syarikat untuk membolehkan Astro menaikkan harga sesuka hati tetapi Astro adalah syarikat Monopoli dimana tiada persaingan untuk Astro.
Menurut beliau rakyat Malaysia kalau hendak tengok bola sepak yang bersaing dalam Liga EPL terpaksa menyewa khidmat Astro dan bayaran yang dikenakan Astro amat tinggi dan membebankan menyababkan ramai yang tidak mampu untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.
“Nak tengok pasukan yang terbaik di dunia, Manchester United.. (dewan kecoh) kena pakai Astro, nak tengok pasukan yang paling koman (tidak bagus), Chelsea (dewan semakin kecoh) kena tengok Astro.
“Jadi, saya mintalah kita bawa usul daripada anak muda. sudahlah nama dia monopoli, jangan... janganlah... janganlah menyusahkan rakyat dengan fee (Bayaran) yang tinggi,jangan naikkan fee lagi,” katanya.
Usul tersebut adalah usul spontan Khairy ketika menyampakai ucapan pembukaan bagi sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Khairy juga menyelar tindakan Astro yang melantik ejen yang mengutip hutang yang menggunakaan cara kasar untuk mengutip bayaran jika bil Astro tertunggak dan menyifatkan mereka seperti Ahlong walaupun hutang adalah sedikit.
“Ada yang datang ke rumah peghutang, datang dengan samseng ugut nak sita rumah, ugut nak rantai pintu rumah dan ugut nak guna kekerasan.
“Pemuda nak bagi amaran kepada tukang kutip hutang dan pelanggan mereka, nak kutip hutang tu kutiplah tapi jangan biadap,” katanya disambut sokongan perwakilan.- Siakapkeli.com.my
MestiQQ Adalah perusahaan judi online KELAS DUNIA ber-grade A
ReplyDeleteSudah saatnya Pencinta POKER Bergabung bersama kami dengan Pemain - Pemain RATING-A
Hanya dengan MINIMAL DEPOSIT RP. 10.000 anda sudah bisa bermain di semua games.
Kini terdapat 8 permainan yang hanya menggunakan 1 User ID & hanya dalam 1 website.
( POKER, DOMINO99, ADU-Q, BANDAR POKER, BANDARQ, CAPSA SUSUN, SAKONG ONLINE, BANDAR66 )
PROSES DEPOSIT DAN WITHDRAWAL CEPAT Dan AMAN TIDAK LEBIH DARI 2 MENIT.
100% tanpa robot, 100% Player VS Player.
Live Chat Online 24 Jam Dan Dilayani Oleh Customer Service Profesional.
Segera DAFTARKAN diri anda dan Coba keberuntungan anda bersama MestiQQ
** Register/Pendaftaran : WWW-MestiQQ-POKER
Jadilah Milionare Sekarang Juga Hanya di MestiQQ ^^
Untuk Informasi lebih lanjut silahkan Hubungi Customer Service kami :
BBM : 2C2EC3A3
WA: +855966531715
SKYPE : mestiqqcom@gmail.com