TOP
Amah Indonesia Dipenjara & Diusir Aniaya Kanak-Kanak OKU
SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan mengusir pulang seorang pembantu rumah warga Indonesia kerana menganiaya seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU) di Kota Kemuning sejak Februari hingga Mei lepas.
Majistret Farah Azura Mohd Saad menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Tini Martini, 39, setelah didapati bersalah melakukan penganiayaan yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal serta gangguan emosi terhadap kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun itu.
Farah Azura dalam penghakimannya turut memerintahkan tertuduh disenarai hitam daripada memasuki semula negara ini.
Tertuduh yang kelihatan sedih dengan keputusan itu, melahirkan rasa kesal atas perbuatannya dan meminta maaf selain berjanji tidak akan mengulangi tindakan yang sama pada masa depan.
Tini didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Seksyen 31, Kota Kemuning mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Menurut fakta kes, tertuduh didakwa menganiaya kanak-kanak OKU tersebut dengan cara mengheret, memukul, mengetuk kepala dan memijak kaki mangsa.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Rohaida Che Hamid manakala Tini diwakili peguam Nur Elissa Baharudin. - mstar
TOP
Rakyat Sabah Teruja Dengan Kewujudan UTC
KOTA KINABALU – Rata-rata rakyat Sabah begitu teruja dengan kewujudan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sabah di Jalan Belia, Off Jalan Tunku Abdul Rahman di sini.
Mereka berpuas hati dengan kemudahan yang terdapat di UTC ini yang dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok.
“Rakan saya yang balik dari luar negara begitu kagum dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di UTC Sabah.
“Mereka begitu gembira kerana Malaysia boleh menyediakan kemudahan seperti UTC,” kata Penyelaras UTC Sabah, Datuk Vincent Pung.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pinjaman Sabah berkata UTC yang menawarkan perkhidmatan sehenti di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan amat diminati rakyat kerana ia memudahkan urusan dan menjimatkan masa mereka.
Kini terdapat 41 agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang menyediakan perkhidmatan mereka seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen dan Polis di UTC Sabah yang dibuka sejak 16 Dis 2013.
Agensi lain yang turut menyediakan perkhidmatan ialah Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Pos Malaysia, Perpustakaan Negeri Sabah, Jabatan Air Negeri Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Turut tersedia mesin pengeluaran wang automatik pelbagai perbankan, restoran, kafetaria dan surau.
Sesetengah pengunjung berpendapat perkhidmatan yang disediakan adalah sangat maju.
Misalnya mereka kagum dengan perkhidmatan membuat kad pengenalan baharu yang lebih pantas.
“Ada pelanggan yang berkata ‘punya capat’ (begitu cepat) apabila mereka memperoleh kad pengenalan hanya dalam tempoh antara satu hingga dua jam, tidak sehingga 30 hari seperti sebelum ini,” kata Penolong Pegawai Pendaftar JPN di UTC itu, Mohd Khajura Faiz.
Beliau berkata pihaknya memproses antara 300 hingga 400 permohonan sehari namun pada musim cuti sekolah, permohonan meningkat antara 600 hingga 700 sehari.
Sejak beroperasi, pihaknya telah memproses kira-kira 79,000 permohonan kad pengenalan, katanya.
Sehingga 31 Okt lalu, sebanyak 771,375 pengunjung sudah berkunjung ke UTC Sabah, dengan purata 2,000 pengunjung setiap hari.
Pada hari perasmian nanti, majlis akan diserikan dengan nyanyian juara AF 2014, Mohd Firman Bansir atau Firman dari Sabah. – BERNAMA
TOP
Lelaki Menyamar Pegawai Polis Tak Mengaku Salah
GEORGETOWN: M.Kesavan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk didakwa atas tuduhan menyamar sebagai anggota polis berpangkat Inspektor, memeras ugut, memiliki sebuah tali pinggang logo polis, sepasang gari, sepasang baju polis berpangkat pegawai kanan dan memiliki dua pucuk pistol palsu di sini hari ini. - Foto BERNAMA
GEORGETOWN – Seorang lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap lima pertuduhan termasuk menyamar sebagai Inspektor polis, memiliki senjata palsu dan memeras ugut. M. Kesavan, 25, dituduh memeras ugut seorang wanita berusia 21 tahun dengan meminta wang tunai RM4,100 atau tertuduh akan menyebarkan video seks mereka. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di 702-D, Mukim 18, Mount Erskine pada pukul 3 petang 6 Nov lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau mana-mana dua hukuman itu jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai seorang Inspektor polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Vijay kepada mangsa yang sama di tempat letak kereta Hospital Adventist pada pukul 3 petang 2 Okt lepas. Kesavan turut didakwa mengikut seksyen yang sama kerana menyamar sebagai seorang Inspektor polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Vijay kepada M. Sasirekha, 29 di hadapan Public Specialist Centre, Jalan Burma pukul 11 malam antara 15 Jun hingga 30 Jun tahun ini. Bagi kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan, dia boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Kesavan juga didakwa mengikut Seksyen 89 (a) Akta Polis 1967 kerana memiliki sepasang baju seragam warna biru tua, sepasang gari, sepasang tali pinggang, dan sepasang paku pangkat pegawai kanan polis di hadapan Restoran Jaya, Jalan Tengah pada jam 6.05 petang 8 Nov lepas. Seksyen 89 (a) Akta Polis 1967 akan membawa hukuman denda maksimum RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa memiliki dua senjata palsu pada waktu dan lokasi sama, mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya. Majistret Diannee Ningrad Nor Azahar menetapkan 29 Dis ini sebagai sebutan semula kes dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Charanjit Singh. – BERNAMA

Jumlah Kes Demam Denggi, Denggi Berdarah Di Perlis Meningkat
KANGAR – Jumlah kes demam denggi dan demam denggi berdarah di negeri ini direkodkan sebanyak 227 kes sejak awal tahun ini hingga 8 Nov lalu, meningkat 28 kes berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Pengarah Kesihatan Negeri Dr Zaini Hussin.
Katanya dalam tempoh seminggu bermula 2 Nov hingga 8 Nov, sebanyak sepuluh kes dicatatkan, iaitu meningkat tiga kes berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Bagaimanapun tiada kematian dilaporkan.
Secara kumulatif hingga minggu 45/2014, 28 wabak demam denggi dan demam denggi berdarah dilaporkan, meningkat bagi tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak 16 kes, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagi tempoh antara 2 Nov hingga 8 Nov lepas, terdapat tiga kawasan wabak terkawal dikesan iaitu di Batu 7 1/2, Jalan Kaki Bukit, Kampung Lat Seribu dan Jalan Raja Syed Alwi di samping satu kawasan wabak baharu di Pangsapuri Sri Sena yang dikesan pada 2 Nov lepas, katanya.
11 kawasan didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlaku demam denggi iaitu Kampung Lat Seribu, Kampung Kuala Sungai Baru dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang, Taman Angsana, Taman 20 dan Taman Haz Melati (DUN Beseri), RPA Padang Besar (Titi Tinggi), Pangsapuri Sri Sena (Sena), Taman Santan 2 (Santan), Jalan Raja Syed Alwi dan Kampung Sungai Berembang (Indera Kayangan) serta Kampung Jejawi (DUN Arau).
Sehubungan itu, Dr Zaini berharap orang ramai dapat terus waspada terhadap ancaman penyakit berkenaan dengan menjalankan usaha mencari dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekitar tempat tinggal mereka.
Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan agar memakai baju lengan panjang dan seluar panjang ketika keluar pada waktu senja dan awal pagi dan membuat semburan aerosol di rumah masing-masing antara 6 pagi hingga 8 pagi dan 6 petang hingga 8 malam.
Mereka juga dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan awal sekiranya demam, katanya. – BERNAMA
TOP
Sweetnya…Ku Sangka Nasi Ayam, Rupa-Rupanya Iphone 6!
Penangan Iphone 6 sememangnya luar biasa!
Macam-macam versi kita mendengar kisah telefon bimbit canggih idaman ramai tersebut. Namun kisah ini mungkin antara kisah Iphone 6 paling sweet bakal anda dengar kerana ianya berlaku di tanah air kita! Kisah cinta ini adalah kisah adik selebriti terkenal, Fizo Omar yang bernama Wan Diana Omar. Kisah ini menjadi viral gara-gara ramai yang terharu akan cara hadiah tersebut diberikan. Kisah ini bermula apabila, Wan Diana dikatakan merajuk terhadap tunangnya. Bagaimanapun, tunang yang menggunakan ID Instagram @mhfzz pandai meredakan kemarahan bakal isterinya dengan memuat naik gambar sebungkus nasi ayam beserta nota minta maaf. Menerusi kapsyen @mhfzz dia memohon maaf kepada Wan Diana dan meminta Wan Diana keluar sebentar untuk berjumpa dengannya kerana dia ingin memberi sebungkus nasi ayam. Kemudian Wan Diana yang re-post gambar tersebut di akaunnya menyatakan “dalam keadaan macam ini awak masih boleh bergurau?
Tetapi, nasi ayam ini bukan nasi ayam biasa-biasa taw!
Jom kita ikuti kisah cinta Wan Diana lagi……
Namun, alangkah terkejutnya Wan Diana apabila membuka bungkusan nasi ayam tersebut tiada sebarang nasi mahupun ayam sebaliknya kelihatan sebuah telefon bimbit Iphone 6. Apa lagi, kemain sukalah Wan Diana….melihat hadiah yang tidak disangkakan itu. Terus hilang rasa amarah yang membelenggu diri taw! Wan Diana sampaikan meluahkan rasa gembira dan terharu akan kejutan tersebut yang beliau sendiri tidak sangka-sangkakan. Memang beruntungnya Wan Diana ini kan! Ramailah pengguna Instagram yang mengikuti Instagram Wan Diana memuji sikap dan usaha yang dilakukan tunangnya tersebut. Malah tidak kurang juga yang berharap kekasih hati masing-masing melakukan kejutan seumpama ini. Iyelah, siapa yang tidak mahu Iphone 6 kan!
Dengar-dengarnya tunang Wan Diana Omar ini juga merupakan sepupu kepada Shila Amzah.
Apa-apa pun, kami ucapkan semoga berbahagia Wan Diana Omar dan bakal suami. – MYNEWSHUB.CC Oleh : FARAH

Video: Awek Seksi Gaduh Rebut Jantan Kat Kedai Mamak?
Sudahlah masing-masing berpakaian minima, terjerit-jerit pula bergaduh depan orang ramai.
Akibatnya, kelakuan sekumpulan gadis berpakaian seksi menarik perhatian pelanggan yang sedang minum di sebuah kedai mamak berhampiran KLCC, baru-baru ini.
Berdasarkan butir percakapan yang sempat ditangkap, antara punca kejadian memalukan ini adalah lelaki dan macam biasa, pasal mulutlah. Tak kisahlah apa pun alasannya apabila wanita yang diketahui lumrahnya lembut dan sopan bertindak bercakaran dan terjerit-jerit macam kena rasuk di khalayak ramai begini, memang nampak buruk betul. Yang untung kaum Adam kat situlah, sambil minum dapat tengok drama dan cuci mata.. - MYNEWSHUB.CC

Wahai DBP… Harapkan Pagar Atau Harapkan Pegar?
Ada dua peribahasa yang mana ada pihak tertentu mengatakan sebagai salah konteks penggunaannya dalam masyarakat kerana mengunakan istilah yang tidak tepat.
Pertama adalah peribahasa harapkan pagar, pagar makan padi yakni peribahasa yang ada hubung kait dengan faktor kepercayaan dan pengkhianatan.
Pendapat baru yang wujud dalam beberapa tahun lepas ialah peribahasa yang lebih tepat adalah harapkan pegar, pegar memakan padi.
Umumnya, pagar ditolak penggunaanya kerana tidak lojik untuk sebuah benda tidak bernyawa memakan benda lain seperti padi.
Pegar pula merujuk kepada sejenis burung yang dikatakan dibela pesawah zaman dahulu untuk menghalau haiwan perosak lain.
Jadi, lojiknya, pegar diharapkan menjaga padi dari haiwan lain tetapi mengkhianati amanat itu apabila ia juga memakan padi.
Maka, pegar diharapkan untuk menjaga padi tetapi ia pun tumpang sekaki dan makan sekali.
Namun, ada pihak yang mempertahankan bahawa pagar juga tepat penggunannya.
Ini kerana, pagar dibina untuk menghalang pihak lain termasuk haiwan pemusnah masuk ke kawasan sawah.
Namun, secara kiasan pagar juga bertindak memakan padi (ingat, kiasan dan bukannya lojik) menjadikan ia mengkhianati peranannya.
Pada pandangan peribadi penulis, kedua-dua istilah ada lojiknya tetapi pegar nampak lebih tepat.
Peribahasa kedua yang dicabar dengan pandangan baru ialah melepaskan batuk di tangga.
Ia selalunya merujuk kepada perilaku pemalas atau buat kerja sekerat jalan dan endah tak endah dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab.
Penulis tidak tahu hendak menjelaskan macam mana melepaskan batuk di tangga boleh dikaitkan dengan sikap buat kerja yang lemah.
Tinjauan Mynewshub di beberapa blog mendapati, antara pandangan yang diutarakan ialah mengapa tidak melepaskan bersin atau sendawa di tangga.
Cadangan itu bertujuan mempersoalkan mengapa batuk yang diberikan penekanan dan apa releven dengan maksud peribahasa itu.
Ramai yang berkata istilah sebenar adalah betok.
Betok diperbuat daripada tempurung kelapa dan digunakan untuk menceduk air dari tempayan bagi membasuh kaki sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
Bagai melepaskan betok di tangga bermakna tetamu yang datang memang pemalas dan buat kerja separuh jalan dengan hanya melepaskan betok itu di tangga dan bukannya berusaha sedikit meletakkanya balik ke tempayan atau tempat asal.
Sejujurnya, melepaskan betok di tangga lebih menyakinkan berbanding melepaskan batok.
Kekeliruan dalam kedua-dua peribahasa itu didakwa sesetengah pihak sebagai berpunca daripada perubahan penulisan dari Bahasa Jawi kepada Rumi pada masa dahulu.
Sejauh mana hakikatnya memang sukar untuk dipastikan.
Namun, apa yang memeranjatkan penulis ialah, di sebalik wujudnya persoalan sama ada pagar atau pegar dan batuk atau betok, badan yang bertanggungjawab mengenai isu itu dilihat mengambil pendirian yang kurang berkesan.
Laman web Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) yakni Pusat Rujukan Persuratan Melayu (KLIK) mengakui mengetahui mengenai kewujudan konflik perkataan dalam kedua peribahasa berkenaan seperti di atas, tetapi tidak dapat mengesahkan yang mana satu benar dan yang mana satu salah.
Alasan yang diberikan ialah tidak ada kajian yang dibuat bagi mengesahkan hal itu.
Sudah itu, apa tujuan DBP ditubuhkan dan diberikan peruntukan jutaan ringgit setiap tahun jika tidak memainkan peranan bagi mengesahkan yang mana satu pepatah yang betul dan yang mana salah.
Salah satu soalan yang ditanya pengguna bahasa pada tahun 2012 ialah; Apa komen DPB tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” dan “melepaskan batok di tangga”?
Ini jawapan yang diberikan oleh badan yang ditubuhkan kerajaan bagi memperkasakan bahasa Melayu;
Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahua’lam.
Jawapan untuk soalan yang hampir sama pada September 2013 pun sama. Jawapan copy paste.
Bukan bagi jawapan kepada persoalan tetapi bagi penjelasan mengenai makna dan cara penggunaan peribahasa!
Apakah DBP ditubuhkan untuk memberikan jawapan copy dan paste semata-mata? Jawapan sebenar masih tidak kelihatan.
Kenapa tidak ada kajian dibuat sehingga kini?
Bukankah kedua itu peribahasa Melayu dan DBP adalah pihak yang paling tepat untuk mengesahkannya? – Mynewshub-mynewsub
TOP
Keperibadian David Beckham Dipuji Selebriti Tempatan
Seperti diketahui umum, ikon bola sepak terkenal dunia David Beckham telah muncul dalam satu majlis eksklusif di pusat hiburan terkenal di ibu negara, semalam.
Sudah pastilah, kemunculan Beckham mendapat perhatian mata yang hadir di majlis eksklusif tersebut.
Apa lagi, tetamu yang hadir tak melepaskan peluang merakam kenangan bersama Beckham, termasuklah beberapa selebriti tempatan yang kemudiannya memuatnaik dengan bangga gambar tersebut di laman Instagram masing-masing. Antaranya Amber Chia, Deborah Henry, Andrea Fonseka dan beberapa pereka terkenal Malaysia iaitu Melinda Looi dan Kenny Loh dari Lord’s Tailor.
Menurut mereka semua, ikon bola sepak terkenal dunia ini merupakan seorang yang sangat merendah diri dan mempunyai budi bahasa yang amat baik. Bekas Ratu Malaysia Universe, Andrea Fonseka menulis kapsyen, “Dinner with Becks last night. He was polite, charming and extremely humble with no airs at all. Thank you Dato Jimmy Choo for having me.” Perkara ini turut diakui oleh pereka fesyen, Melinda Looi di laman Instagram yang menyifatkan Beckham seorang yang merendah diri.
Kiranya, memang bertuahlah selebriti-selebriti ini kerana dapat bergambar dan berbual dengan jejaka kacak idaman semua wanita ini.
Menurut Murai.com.my, kehadiran Beckham ke negara ini turut ditemani seorang usahawan dan penerbit TV terkenal, Simon Fuller yang cukup popular menerusi program American Idol. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: KAKAK BUNGA

Tiada Kaki Hanya Ada Sebelah Tangan, Masih Mampu Berjaya
Dilahirkan cacat bukanlah alasan untuk tidak mahu berusaha.
Di Indonesia, seorang lelaki bernama Gandirun yang dilahirkan semulajadi cacat tanpa kaki dan sebelah tangan tidak menjadikannya alasan untuk tidak berjaya.
Walaupun hanya mempunyai sebelah tangan, Gandirun berusaha dengan penuh semangat hingga akhirnya mampu membuka perniagaan ukiran dan tukang kayu.
Kami sangat kagum dengan kecekalan dan kerajinannya. Untuk berjaya, kita tidak seharusnya terus menangisi kelemahan kita, sebaliknya jadikan kisah Gandirun ini sebagai pengajaran. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

VIDEO: Kecik-Kecik Dah Pandai Mencarut, Korang Rasa Lucu Ke?
Sebelum ini kami pernah menyuarakan kebimbangan terhadap trend budak remaja sekarang mencarut, terutama menggunakan perkataan aleu#o.
Sedangkan satu masa dulu, sesiapa yang mencarut akan dipandang biadap oleh masyarakat malah rata-rata ibu bapa amat marah jika dengar anak mereka mencarut. Malangnya zaman sekarang, keterujaan nak mengikut trend semasa membuatkan remaja perempuan yang elok bertudung litup pun tak lagi segan silu berkongsi video mereka mencarut untuk tatapan semua orang.
Lebih parah, apa yang ditakuti kini dah jadi kenyataan. Lihatlah budak kecik kat bawah ni, cakap pun tak lancar lagi tapi kemain fasih mencarut sebut perkataan aleu#o. Ok kita mungkin ketawa menontonnya tapi jauh di sudut hati, fikirkanlah apa akan jadi di masa mendatang kalau budak sekecil ini pun dah pandai mencarut. Tak dapat dibayangkan macam mana agaknya kurang ajar gaya percakapan generasi muda kita akan datang kalau trend mengarut begini terus dibiarkan. - MYNEWSHUB.CC

Gambar: Bekas Bapa Tiri Kim K Dalam Proses Jadi Wanita
Buat pengikut siri realiti TV, Keeping Up With The Kardashians, mereka pasti tahu tentang perpisahan antara Kris dan Bruce Jenner beberapa bulan lalu.
Ramai menarik nafas lega kerana umum sedia maklum, Kris yang merupakan ibu kepada Kim K dan adik-beradiknya merupakan seorang yang kuat mengongkong. Lantas, perpisahan tersebut disokong ramai, termasuk ibu kepada Bruce yang melihat anaknya kembali bahagia selepas tidak lagi bersama Kris. Tetapi, sejak akhir-akhir ini, beberapa majalah hiburan luar negara memuat naik berita tentang perubahan imej Bruce yang semakin feminin. Menurut beberapa andaian, Bruce sebenarnya mengalami krisis identiti!
Menurut US Magazine, bekas atlit sukan Olimpik itu sedang dalam proses menukar penampilannya kepada wanita berdasarkan beberapa perlakuannya. Antaranya, dia dirakam memakai pewarna kuku merah jambu.
Bukan itu sahaja, Bruce juga dikatakan menggunakan alatan mengecilkan saiz badan, Spanx, mengubah penampilan rambut dan menanggalkan bulu kaki. Dakwa majalah tersebut, dia mungkin sedang berada dalam rawatan mengubah gender. Tambah US Magazine lagi, Bruce juga dikatakan telah melakukan prosedur mengecilkan halkum bagi meningkatkan imejnya sebagai seorang wanita.
Ramai pihak mengandaikan, perpisahan Bruce dan Kris telah lama diidamkan lelaki itu kerana dia memang menginginkan dirinya untuk tampil sebagai wanita. Ada juga dakwaan mengatakan dia ingin menamakan dirinya ‘Brigitte’ dan sedang mengambil Oestrogen, hormon untuk menambah sisi feminin seperti tumbesaran payudara.
Sebelum ini, Bruce pernah juga jadi buah mulut ramai kerana perubahan wajahnya yang terlalu ketara akibat prosedur pembedahan plastik. – MYNEWSHUB.CC Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Lumia 535, Lumia Microsoft Pertama Tanpa Nama Nokia
Microsoft hari ini memperkenalkan sebuah telefon pintar baru di bawah keluarga Lumia, iaitu Lumia 535.
Menggunakan Windows Phone 8.1, ini merupakan telefon pintar pertama yang dikeluarkan di bawah jenama Microsoft Lumia, sekaligus tidak lagi menggunakan nama Nokia Lumia. Lumia 535 ini didatangkan dengan skrin bersaiz 5 inci, kamera hadapan 5-megapixel dan kamera belakang 5-megapixel, cip empat-teras 1.2Ghz, memori 1GB RAM dan dilengkapi pelbagai ciri khusus Windows Phone termasuk sokongan Microsoft Office.
Ia hadir dengan variasi pilihan dwi-SIM atau satu-SIM, dan turut menyertakan ruangan storan 8GB. Harganya 110 EURO (RM457) dan dijangka akan mula memasuki pasaran beberapa negara tidak lama lagi. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

MTD Mula Program Prauniversiti Tahun Depan
KUALA LUMPUR: Sebahagian Putera Maktab Tentera Diraja gembira melihat buku '100 Wira Negara' selepas majlis penyerahan buku '100 Wira Negara/100 National Heroes' kepada Maktab Tentera Diraja yang disempurnakan oleh Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) yang juga penulis buku '100 Wira Negara', Tan Sri Abdul Aziz Rahman di Auditorium Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Maktab Tentera DiRaja (MTD) akan memulakan program prauniversiti untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula Jun tahun depan. Komandan MTD Kolonel Wan Ghazali Wan Din berkata pelajar yang dipilih untuk mengikuti program itu akan menjalani pengajian persediaan selama dua tahun sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti di luar negara. “Sebagai permulaan, hanya 25 pelajar akan dipilih untuk mengikuti program rintis itu. Pemilihan pelajar dibuat daripada 250 penuntut MTD yang menduduki SPM tahun ini,” katanya. Wan Ghazali berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penyerahan buku 100 Wira Negara di MTD Kem Sungai Besi di sini, hari ini. Majlis penyerahan itu dilakukan Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang merupakan penulis buku itu. Berhubung pengambilan pelajar MTD untuk sesi 2015-2016, Wan Ghazali berkata permohonan itu ditutup esok dan sehingga kini 4,500 permohonan diterima untuk mengisi 250 tempat. – BERNAMA

Polis Tahan Lelaki, Rampas Dadah Bernilai RM100,000
NIBONG TEBAL – Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai dadah bernilai RM100,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sanglang, di sini, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Wan Hassan Wan Ahmad berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan dalam serbuan pada 11 pagi hasil risikan dan maklumat awam.
Beliau berkata polis menemui pelbagai dadah termasuk ketamin seberat 1,120 gram bernilai RM40,000; sejumlah pil ecstasy bernilai RM50,000; syabu bernilai RM5,000 dan sejumlah pil Erimin 5 bernilai RM5,000 dalam rumah itu.
Bercakap dalam sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata polis turut merampas enam butir peluru jenis MEF 9mm Luger daripada lelaki itu, tetapi tidak menemui pistol.
“Polis percaya lelaki yang merupakan anggota sindiket pengedaran dadah itu telah bergiat aktif sejak awal tahun ini dan dipercayai turut menghisap dadah kerana ujian air kencingnya positif,” katanya.
Wan Hassan berkata siasatan awal mendapati lelaki terbabit mendapat bekalan dadah daripada sindiketnya di Bukit Mertajam, dekat sini untuk diedar di sekitar Nibong Tebal dan Kerian, Kedah.
Beliau berkata polis sedang mengesan beberapa lagi anggota sindiket pengedaran dadah terbabit yang dipercayai aktif di sekitar daerah itu dan kawasan berhampiran.
“Polis tidak menolak kemungkinan anggota sindiket pengedaran dadah itu dilengkapi pistol,” katanya.
Beliau berkata lelaki yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan. – BERNAMA
TOP
Serah Laporan Tindakan Dikenakan Selepas Syor PAC
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu kerajaan menghantar laporan mengenai tindakan sudah dan bakal diambil kepada penjawat awam atau syarikat selepas syor laporan jawatankuasa PAC dibentangkan di Parlimen.
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata tindakan berkenaan perlu dan penting untuk memastikan setiap syor dalam laporan PAC mendapat perhatian serius oleh kerajaan.
Ia sekali gus katanya akan mewujudkan budaya takut diaudit dalam kalangan kakitangan awam dan syarikat yang mendapat projek daripada kerajaan.
“Saya mengalu-alukan sesi taklimat diadakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berhubung tindakan diambil kerajaan hasil daripada pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) melalui jawatankuasa yang dibentuk dan dipengerusikan beliau sendiri.
“Bagaimanapun, ia juga boleh dilihat sebagai satu bentuk tindakan melindungi kakitangan awam kerana siasatan dilakukan oleh kakitangan awam itu sendiri dan ada kemungkinan wujud kepentingan konflik.
“Ia amat berbeza dengan apa yang dilakukan PAC sebagai sebuah jawatankuasa yang benar-benar bebas kerana dianggotai wakil rakyat daripada kerajaan dan pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Nur Jazlan berkata, PAC sebagai sebuah jawatankuasa di bawah bidang kuasa Parlimen perlu dilihat menjalankan fungsinya sebagai sebuah badan audit dalaman untuk kerajaan dalam memastikan wang rakyat benar-benar dibelanjakan secara berhemah dan bertanggungjawab oleh semua pihak.
Katanya, setiap syor yang dirumuskan dalam Laporan PAC dipersetujui semua ahli secara konsensus dan ia sudah melalui pelbagai prosedur yang ditetapkan sebelum dibentangkan kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
“Setiap kali PAC menjalankan prosiding berhubung isu yang dibangkitkan dalam LKAN, kita memanggil Pegawai Pengawal kementerian terbabit iaitu Ketua Setiausaha dan jika ia membabitkan pihak ketiga seperti syarikat, PAC juga memberi peluang kepada syarikat atau orang awam sendiri untuk datang memberikan keterangan kepada PAC,” katanya. – BH Online
TOP
Pertunjukan Cari Jarum Dalam Timbunan Rumput Kering
Memang kerja gila, tapi itu yang bakal dilakukan seorang artis dari Itali, Sven Sachsalber, yang akan menghabiskan masanya selama dua hari dalam pertunjukan mencari sebatang jarum dalam timbunan rumput kering.
Pertunjukan diadakan di Muzium Paris dan ketua muzium itu, Jean Loisy, ditugaskan untuk menyembunyikan sebatang jarum di dalam timbunan tersebut.
Pengunjung berpeluang menyaksikan gelagat Sachsalber bermula waktu tengah hari hinggalah tengah malam, sebelum dia berehat selama 12 jam lalu menyambung sesi seterusnya.
Sachsalber sebelum ini pernah mengekspresikan seni dan kreativitinya melalui tindakan memakan cendawan beracun, menghabiskan masa selama sehari dengan seekor lembu dalam sebuah rumah juga memotong pokok menggunakan tangannya sendiri.
Menurut sebuah laman, hasil seni beliau diinterpretasikan sebagai, ‘kadang-kadang kelakar, kadang-kadang serius, kadang-kadang kedua-duanya.’
Pihak muzium yang menetapkan durasi 48 jam untuk misi mencari jarum tersebut walau bagaimanapun berkata, “kita tidak tahu berapa lama yang diperlukan beliau untuk mencari benda kecil itu.” – MYNEWSHUB.CC
TOP
Malindo Air Tawar Tambang Promosi Cuti Sekolah
KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air menawarkan kadar tambang istimewa sempena cuti sekolah akhir tahun ini dengan harga tambang sehala serendah RM89 bagi semua perjalanan.
Malindo Air dalam satu kenyataan media memberitahu, tempahan tiket promosi itu dibuka bermula hari ini sehingga 23 November ini untuk penerbangan dari 22 November 2014 hingga 5 Januari tahun depan.
“Tambang domestik bermula dari RM89 sehala ke Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru, Alor Setar dan banyak lagi destinasi. Semua tambang penerbangan antarabangsa termasuk ke Delhi, Kochi, Jakarta, Bali, Bangkok dan Singapura bermula dari RM109,” kata kenyataan itu hari ini.
Tempahan tiket boleh dibuat melalui laman web Malindo Air, www.malindoair.com atau menghubungi Pusat Panggilan Malindo Air di talian 03-7841 5388.
TOP
Mahasiswa Jangan Lupa Diri Macam Fahmi Zainol
Datuk Dr. Mohd. Shafei Abdullah
KUALA LUMPUR – Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) perlu bersyukur kerana dapat melanjutkan pelajaran dengan mudah tanpa perlu menghadapi sebarang kesusahan disebabkan pelbagai insentif yang dilakukan oleh kerajaan. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wangsa Maju, Datuk Dr. Mohd. Shafei Abdullah berkata, nasib pelajar sekarang jauh berbeza berbanding pelajar zaman dahulu kerana ada keluarga mereka terpaksa menggadaikan harta bagi menghantar anak mereka ke menara gading. “Saya ingin ingatkan betapa golongan muda sekarang beruntung kerana zaman dahulu bila dapat tawaran ibu dan bapa akan pening kepala sehingga ada mereka yang mendoakan anak mereka tidak lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya boleh terus bekerja. “Ada ibu bapa zaman dahulu yang merasakan jika anak mereka dapat sambung belajar maka tanggungjawab tidak habis kerana mereka terpaksa jual dan gadaikan pelbagai aset untuk memastikan anak mereka masuk universiti. “Tidak seperti sekarang kerana keluarga tidak perlu risau sebab terdapat pelbagai bantuan yang ditawarkan pada masa sekarang,” katanya pada Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) di sini hari ini. Sehubungan itu, Shafei meminta bakal pelajar IPT sedar dan tidak mudah ‘lupa diri’ serta terpengaruh dengan dakyah politik pembangkang yang sentiasa memburuk-burukkan segala jasa baik dan usaha kerajaan kepada mereka. Menurut beliau, tidak salah untuk pelajar universiti menceburi pelbagai aktiviti luar tetapi mereka perlu fokus kepada matlamat asal iaitu belajar dan mencapai cita-cita mereka serta keluarga. “Ada pelajar, bila masuk universiti mereka lupa diri, contohnya aktivis mahasiswa, Fahmi Zainol yang memberontak sehingga sanggup melakukan huru-hara dengan memecahkan pagar universiti baru-baru ini. “Jangan terlampau terlibat dengan dunia luar sehingga kita terlupa matlamat asal kita menyambungkan pelajaran, jangan terlalu ghairah dengan politik seperti yang dilakukan oleh Fahmi kerana ia akan membebankan ibu bapa kita,” ujarnya.-mynewsub

Isu Polarisasi Kaum Dan Agama Perlu Ditangani – Kit Siang
KUALA LUMPUR – Isu polarisasi kaum dan agama dalam negara perlu ditangani sebaik mungkin memandangkan Malaysia akan mengambil alih tugas sebagai Pengerusi Asean pada tahun depan.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, sudah tiba masa untuk semua pihak menangani isu yang telah lama melanda negara hingga mewujudkan perpecahan dan perbalahan serius.
“Terdapat keperluan mendesak bagi rakyat Malaysia mengelakkan perkauman sempit yang bertentangan dengan semangat masyarakat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Kit Siang mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali kerana menyelesaikan isu rampasan Bible versi bahasa Melayu daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berharap semua lapisan rakyat memberi sokongan dan kerjasama padu kepada kerajaan apabila Malaysia mengambil alih tugas sebagai pengerusi Asean pada tahun depan.
Beliau dipetik berkata tanpa sokongan rakyat, sukar bagi kerajaan melaksanakan peranannya sebagai pengerusi pertubuhan rantau Asia Tenggara itu.
Media hari ini pula melaporkan kemelut antara penganut Kristian dan pihak berkuasa Islam Selangor berakhir hari ini apabila sebanyak 321 nashkah Bible versi Bahasa Melayu dan Iban dipulangkan semula kepada PBM.
Mohamed Azmin berkata, tindakan itu menjadi satu titik pendamaian yang baik kepada penyelesaian pertikaian isu tersebut dalam menghormati hak beragama.-mynewsub
TOP
M’sia Catat Peningkatan Positif Pelancong China
SHANGHAI – Sektor pelancongan Malaysia dijangka mencatat perkembangan positif ketibaan pelancong China dalam suku keempat tahun ini berikutan musim cuti hujung tahun dan peningkatan keyakinan warga China.
Sambil mengakui sektor pelancongan Malaysia terjejas dengan teruk sejak kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 Mac lepas, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz percaya keadaan itu semakin bertambah pulih.
“Ketibaan pelancong China menurun dengan ketara dalam Mei dan Jun, yang mencatatkan -35 peratus pertumbuhan tahun ke tahun berbanding tempoh sama tahun lepas,” katanya.
Nazri bercakap kepada wartawan Malaysia di sini selepas menghadiri majlis perasmian Pameran Pelancongan Antarabangsa China (CITM) 2014 di sini, yang berlangsung dari 13 hingga 16 Nov.
Beliau mengetuai delegasi Malaysia terdiri daripada pegawai Tourism Malaysia, ejen pelancongan dan pengurus hotel untuk mempromosi Tahun Festival Malaysia 2015 (MyFest 2015) bersempena CITM 2014.
Bagaimanapun, Nazri berkata kadar pertumbuhan pada Ogos mencatatkan -2 peratus tahun ke tahun, menandakan kemajuan dan keyakinan pelancong terhadap industri pelancongan Malaysia, dengan perkembangan positif dijangka dicapai bagi empat bulan terakhir tahun ini.
Beliau berkeyakinan penuh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke China bersempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik pada Mei tahun ini membantu mempertingkatkan keyakinan pelancong China untuk melawat Malaysia.
Perdana Menteri China Li Keqiang berkata kerajaan China akan mengambil daya usaha untuk meningkatkan semula jumlah pelancong China ke Malaysia, katanya.
Malaysia menerima kedatangan kira-kira 997,000 pelancong China dari Januari hingga Julai tahun ini, menurun sebanyak 11.8 peratus daripada 1,130,000 pelancong China tahun lepas.
Pada awalnya Malaysia menyasarkan kedatangan dua juta pelancong China tahun ini.
Perangkaan Tourism Malaysia menunjukkan pelancong China membelanjakan RM515 sehari, atau RM3,092 setiap kunjungan, ketika berkunjung ke Malaysia pada tahun lepas.
Nazri berkata Tourism Malaysia mempertingkatkan promosi di bandar raya Sichuan, Chengdu dan Wuhan untuk mengembalikan keyakinan pelancong China untuk melawat Malaysia.
“Kerajaan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik lebih banyak pengunjung ke Malaysia, mudah-mudahan lebih banyak pelancong dari China akan melawat negara ini tahun depan semasa MyFest 2015,” katanya. – BERNAMA
TOP
Perhimpunan Kelab Kereta Terbesar Di Putrajaya Esok
KUALA LUMPUR – Sebanyak 70 kelab pemilik kenderaan dari seluruh negara akan berkampung di Presint 3, Putrajaya bermula esok hingga 16 November ini bagi menyertai Karnival Mega Autoshow dan Perhimpunan Kelab Kereta Terbesar tahun ini.
Presiden Persatuan Autoshow Malaysia (PAM), Mohd. Roslan Mohd. Rafi berkata, perhimpunan itu akan diadakan di belakang Istana Kehakiman di Putrajaya.
“Karnival dan perhimpunan ini bertujuan meningkatkan lagi aktiviti riadah permotoran dalam negara.
“Program yang menghimpunkan 70 kelab pemilik kenderaan akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Record sebagai Himpunan Kelab Pemilik Kenderaaan Terbanyak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Mohd. Roslan menjemput orang ramai hadir pada karnival itu bagi memeriahkan lagi aturcara program berkenaan.-mynewsub
TOP
AirAsia Bina Ibu Pejabat Baharu RM140 Juta Di Sepang
KUALA LUMPUR – Projek pembinaan ibu pejabat baharu syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia di Sepang bernilai RM140 juta akan bermula pada bulan depan.
AirAsia dalam satu kenyataan memberitahu, majlis perasmian dan pecah tanah tapak projek tersebut diadakan hari ini.
Menurut kenyataan itu, bangunan korporat AirAsia seluas 613,383 kaki persegi dan setinggi enam tingkat itu dijangka siap dibina pada tahun 2016.
Bangunan korporat AirAsia itu mempunyai reka bentuk moden yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti surau, bilik mesyuarat, kafe, kafeteria dan ruang istirahat untuk kakitangan.
Ibu pejabat yang dapat menampung kira-kira 2,000 kakitangan pada satu-satu masa itu turut dilengkapi gimnasium dan ruang bumbung yang berfungsi sebagai tempat untuk acara korporat.
“Ia akan menempatkan pejabat korporat dan bahagian operasi bagi AirAsia dan AirAsia X yang kini ditempatkan berasingan di Terminal LCC dan pejabat operasi sementara di Gateway@KLIA2 termasuk kakitangan yang menyelia operasi global AirAsia.
“Reka bentuk ibu pejabat baharu AirAsia dan AirAsia X itu mencerminkan kesungguhan syarikat penerbangan itu dalam menjadi syarikat penerbangan nombor satu di Malaysia dan seluruh rantau ini. Ia menggabungkan elemen profesionalisme namun pada masa yang sama mesra dan menyeronokkan,” kata kenyataan itu hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes memaklumkan, bangunan ibu pejabat baharu itu diberi nama RedQ yang mencerminkan dinamisme dan semangat syarikat.
Menurut beliau, nama itu dipilih melalui satu kempen memilih nama bangunan yang disertai seramai 1,300 kakitangan AirAsia dan nama RedQ yang bermaksud RedQuarters dicadangkan oleh seorang pramugari syarikat penerbangan itu.-mynewsub
TOP
Mahkamah: Kastam Diarah Bayar Lebih RM500,000 Kepada Ramunas
SHAH ALAM: Pengarah Syarikat Ramunas Sdn Bhd (Ramunas), Roslan Abu Bakar, 50, (kanan) keluar dari mahkamah bersama peguamnya selepas mahkamah mengarahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membayar ganti rugi lebih setengah juta ringgit kepada Ramunas Sdn Bhd (Ramunas) kerana menutup pejabat serta menyita 23,347 karton rokok milik syarikat berkenaan secara salah, empat tahun lepas, di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membayar ganti rugi lebih setengah juta ringgit kepada Ramunas Sdn Bhd (Ramunas) kerana menutup pejabat dan menyita 23,347 karton rokok milik syarikat itu secara salah, empat tahun lepas. Hakim Datuk Wan Arfah Wan Ibrahim ketika membuat keputusan itu dalam kamarnya memerintahkan empat defendan iaitu JKDM dan tiga pegawai jabatan berkenaan membayar RM543,120 kepada pihak plaintif. Ramunas yang menjalankan perniagaan mengimport rokok keretek itu dinamakan sebagai plaintif pertama manakala pemilik serta pengarah syarikat berkenaan, Roslan Abu Bakar, 50, sebagai plaintif kedua. Pihak plaintif menamakan dua pegawai JKDM, Kamaruddin Jusoh dan Mohd Sukri Jusoh selaku defendan pertama dan kedua manakala Penolong Kanan Pengarah Kastam 1, Mohamad Sapian Sanusi sebagai defendan ketiga. Peguam R. Ravendran yang mewakili plaintif ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memaklumkan ganti rugi tersebut merangkumi bayaran sebanyak RM473,120 bagi nilai barangan manakala RM50,000 untuk ganti rugi am dan RM20,000 sebagai bayaran kos. JKDM diwakili peguam kanan persekutuan Andi Razalijaya A Dadi. Pada 23 Nov 2010, Roslan memfailkan saman terhadap jabatan kerajaan itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM15 juta daripada pihak defendan. Dalam pernyataan tuntutan tersebut, plaintif mendakwa pihaknya memperoleh kebenaran eksklusif membeli rokok keretek jenama Club dari Indonesia pada 30 Mac 2009 malah pada hujung tahun 2008, Ramunas juga telah menerima pengesahan sebuah syarikat yang berpangkalan di Thailand untuk membeli rokok berkenaan. Ramunas juga mndakwa telah dinasihatkan JKDM untuk membeli dan melekatkan label cukai ke atas setiap kotak rokok sebelum membawa masuk rokok tersebut dari Indonesia ke negara ini untuk dihantar ke Thailand. Berikutan itu pada 7 Jan 2010, pihak plaintif membuat permohonan pembelian label cukai dan mendapat kelulusan daripada Cawangan Perolehan Pejabat Kastam Wilayah Persekutuan dan Ibu Pejabat JKDM. Bagaimanapun, pada 27 Sept 2010, Roslan mendapati premis perniagaannya yang terletak di Subang Business Centre, Subang Jaya dekat sini ditutup dan terdapat notis larangan oleh JKDM bertarikh 24 Sept tahun sama ditampal di pejabat berkenaan. Roslan turut mendakwa Mohamad Sapian mengarahkan supaya 23,347 karton rokok keretek yang disimpan di Gudang Konsortium Westport Distripark, Pelabuhan Klang dekat sini dan di gudang Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis (NCER), Perlis dirampas pada tarikh yang sama. Susulan rampasan tersebut, Ramunas mendakwa kontrak penjualan rokok keretek ke Thailand oleh syarikat itu telah dibatalkan menyebabkan mereka mengalami kerugian yang dianggarkan RM14,470,400 selain kehilangan peluang perniagaan, keuntungan dan modal ekoran kejadian berkenaan. – BERNAMA

Nelayan temui Anggota Badan Manusia Di Dalam Perut Jerung
FILIPINA: Sekumpulan lima orang nelayan dari Filipina telah menemui kepala manusia dan kaki di dalam perut seekor ikan jerung harimau yang besar.
Mereka yang mendaratkan jerung seberat 600kg sedang melapah jerung tersebut dia atas kapal telah terkejut besar apabila menjumpa tubuh badan manusia didalam perut haiwan berkenaan.
Bagaimanapun mereka hanya pulang membawa rahang dan sirip sahaja kerana telah mencampakan semua mayat dan jerung terbabit kerana tidak mahu perkara buruk terjadi kerana penemuan itu adalah satu tanda buruk mengikut keperayaan mereka.
Salah seorang nelayan Bodoy Gorod, 48, berkata: 'Ia begitu menjijikkan. Kami tidak tahan bau yang buruk. Saya mula mencari ikan semasa aku berumur 20 tahun dan saya tidak pernah ditemui manusia masih di dalam yu sebelum ini. '
Mereka percaya yang mayat tersebut adalah dari kapal MV Maharlika yang tenggelam berhampiran Leyte, tengah Filipina dan dua lelaki masih belum berjaya di temui.
Mereka merancang untuk mengering rahang dan sirip sebagai kenangan menangkap jerung tersebut tetapi Perly Santillana, isteri salah seorang nelayan tidak mahu benda tersebut di simpan.
Beliau berkata "Saya tidak mahu sirip dan rahang itu, kerana jerung tersebut telah makan seorang manusia. Siapa tahu semangat mangsa mungkin melawat kami."-Siakapkeli.com.my
TOP
Video Bapa Main Lagu Kepada Bayi Bertarung Nyawa Menjadi Viral
LOS ANGELES: Satu video menyayat hati seorang bapa menyanyikan sebuah lagu dari kumpulan The Beatles kepada anaknya yang lahir pramatang, tetapi dalam keadaan nazak telah menjadi viral di Internet.
Menurut coretan dari video tersebut, ibu kepada bayi tersebut meninggal setelah melahirkan anaknya
Chris Picco, mengambil sebuah gitar ke wad anaknya dan menyanyikan lagu "Blackbird" kepada anaknya, Lennon, yang sedang bertarung nyawa pada ketika ini.
Bayi tersebut lahir pada umur 24 minggu dalam kandungan pada 8 November, tetapi ibunya Ashley meninggal pada hari yang sama.
Video yang memaparkan ayah kepada bayi berkenaan memainkan lagi "Blackbird" kepada anaknya yang berada dalam inkubator telah mendapat lebih dari 3 juta tontonan di Youtube setakat ini. Video tersebut dimuat naik pada 12 November. - Siakapkeli.com.my

Mubarak Ulangi Pendirian Mahu Akta Hasutan Kekal
KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) mengulangi pendirian mahu Akta Hasutan 1948 dikekalkan memandangkan penyebaran maklumat mudah dilakukan pada masa kini menerusi media sosial.
Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata akta yang tegas seperti Akta Hasutan diperlukan bagi mengekang penyebaran maklumat yang boleh menggugat keharmonian kaum, khususnya di sebuah negara majmuk seperti Malaysia.
"Akta Hasutan diperlukan hari ini dan juga pada masa depan, kerana kita tidak mahu ada golongan yang mencerca agama, sultan atau memutar belitkan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan," katanya.
Abdul Aziz berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penyerahan buku bertajuk '100 Wira Negara' hasil nukilannya di Maktab Tentera Diraja (MTD) di Kem Sungai Besi pada Jumaat.
Turut hadir Ketua Penerangan Mubarak yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Abdul Rahman Sulaiman dan Komandan MTD Kolonel Wan Ghazali Wan Din.
Berhubung buku 100 Wira Negara, Abdul Aziz berkata, Mubarak dalam perancangan untuk menerbitkan rancangan animasi berbentuk dokumentari wira-wira yang terkandung dalam buku itu selepas kejayaan menerbitkan dokumentari untuk siaran televisyen sebanyak 13 episod tahun ini.
Rancangan animasi penting untuk menarik minat kanak-kanak supaya mereka tidak lupa akan kewujudan tokoh-tokoh yang berjasa kepada negara dari zaman sebelum kemerdekaan, katanya.
"Pemahaman menerusi watak animasi juga lebih mudah dan lebih menarik untuk ditonton kanak-kanak," katanya dan menambah pihaknya sedang meneliti syarikat yang boleh merealisasikan rancangan itu untuk diterbitkan tahun hadapan.
Buku 100 Wira Negara merupakan pengiktirafan kepada ikon dalam pelbagai bidang yang memberi impak kepada negara, termasuk lima bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak.
Turut ditonjolkan dalam buku itu ialah tokoh pendidikan Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, Tan Sri Arshad Ayub, Dr Aminuddin Baki; tokoh ekonomi Tan Sri Ananda Krishnan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary; tokoh sukan Datuk Mokhtar Dahari, Datuk Nicol Ann David, Tan Sri Dr M. Jegathesan serta seniman agung negara Tan Sri P. Ramlee dan Datuk Sudirman Arshad.
Buku setebal 300 halaman itu diterbitkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan sehingga kini sebanyak 15,000 naskhah buku itu diedarkan ke sekolah dan kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seluruh negara.
Orang awam yang berminat boleh membelinya pada harga RM50 senaskhah melalui laman web www.mubarakmalaysia.gov.my. - mstar
TOP
Amaran Angin Kencang Di Perairan Terengganu Hingga Ahad
KUALA TERENGGANU: Amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Terengganu dijangka berterusan sehingga Ahad dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.
Hujan lebat sekejap-sekejap berserta angin kencang juga dijangka berterusan di Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Kuala Terengganu dan Dungun yang akan membahayakan bot-bot kecil.
Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu Roslina Ngah berkata, keadaan itu juga dijangka membawa angin timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam.
"Semua stesen data taburan hujan negeri Terengganu menunjukkan purata hujan yang turun adalah normal iaitu antara 1 hingga 80 milimeter kecuali di stesen Sultan Omar di Dungun yang melebihi paras amaran.
"Taburan hujan setakat ini tertumpu di sekitar kawasan pantai terutama di daerah Dungun manakala kebanyakan tempat lain mengalami hujan sederhana dan cuaca mendung," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.
Rekod bacaan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat 8.30 pagi tadi juga menunjukkan paras air di sungai utama negeri masih berada di tahap normal kecuali Sungai Chalok dekat Setiu yang menunjukkan peningkatan sejak Khamis.
Namun, keadaan masih tidak membimbangkan.
Tiada amaran banjir dikeluarkan setakat ini, namun semua jabatan dan agensi di peringkat negeri dan daerah yang terlibat persediaan banjir telah dimaklumkan untuk bersiap siaga, katanya. - mstar
TOP
Bible Yang Diserah Semula Tidak Boleh Diedar Di Selangor - Mais
Sultan Sharafuddin dan Azmin menyaksikan majlis penyerahan semula kitab Bible yang dirampas oleh Mohamad Adzib kepada Bolly (kiri) di Istana Alam Shah, Klang, Jumaat.
PETALING JAYA: Penyerahan semula kitab Bible yang mengandungi perkataan "Allah" dilaksanakan dengan syarat ketat iaitu bahan itu tidak diedarkan di sekitar Selangor, kata Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, kitab itu yang diserahkan kepada Biskop dari Kuching, Datuk Bolly Lapok pada Jumaat, hanya untuk kegunaan penganut Kristian di Sarawak. "Penyelesaian itu adalah sikap hormat menghormati yang wujud, selain memahami sensitiviti agama lain di negara ini. "Sultan Selangor juga mengharapkan penganut agama lain turut melindungi sensitiviti umat Islam di negara ini, terutama di Selangor dan berharap pengedaran dan cetakan kitab Bible yang mengandungi perkataan "Allah" tidak lagi dilakukan kerana ia melanggar Enakmen Agama Bukan Islam 1988," katanya. Adzib menjelaskan bahawa kes membabitkan rampasan 321 kitab Bible daripada premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada Januari lalu pada mulanya sudah dirujuk kepada Pejabat Pendakwaraya untuk tindakan lanjut. Bagaimanapun, diputuskan bahawa tiada tindakan yang perlu dikenakan terhadap mana-mana pihak berhubung insiden itu. "Pihak Pendakwaraya mengarahkan supaya pelupusan kitab itu dilakukan mengikut undang-undang. "Apabila perkara itu disampaikan kepada Sultan Selangor, arahan dikeluarkan supaya Mais melupuskannya dengan menyerahkan semua kitab Bible yang dirampas itu kepada Persatuan Gereja Sarawak," katanya. Majlis ringkas penyerahan semula kitab berkenaan diadakan pagi Jumaat sambil disaksikan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. - mstar

Selangor Serah Semula Bible
Majlis ringkas penyerahan Bible yang dirampas Jais kepada Persatuan Gereja Sarawak sambil disaksikan Sultan Sharafuddin dan Azmin di Istana Alam Shah, Klang, Jumaat.
PETALING JAYA: Kerajaan Selangor menyerahkan semula 321 kitab Bible yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM), awal tahun ini. Bible bahasa Melayu dan Iban itu diserahkan kepada Persatuan Gereja Sarawak diwakili Biskop dari Kuching, Datuk Bolly Lapok dalam majlis ringkas di Istana Alam Shah, Klang pada Jumaat. Majlis penyerahan itu turut disaksikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar, Azmin Ali, selain pegawai Jais, pemimpin dan wakil komuniti Kristian. Azmin menerusi tweet berkata:"Penyelesaian secara baik berhubung isu rampasan Bible bahasa Melayu yang mengandungi perkataan Allah." Penyerahan itu menamatkan kontroversi sejak rampasan kitab yang mengandungi perkataan Allah dalam serbuan di kedai buku BSM di Damansara pada 2 Januari lalu. Dalam kejadian itu, Presiden BSM, Lee Min Choon dan Pengurus Pejabatnya, Sinclair Wong turut ditahan polis untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan. Jais memaklumkan, rampasan itu dijalankan mengikut Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988 yang melarang bukan Islam menggunakan perkataan Arab untuk Tuhan. Sebelum ini, Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) enggan menyerahkan Bible itu walaupun selepas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa tiada asas untuk mendakwa BSM kerana kitab itu tidak menggugat keselamatan negara. - mstar

Penyelia Pengawal Keselamatan Diculik Dan Dibunuh Di Bukit Mertajam
Mazlan Kesah
GEORGE TOWN: Seorang penyelia pengawal keselamatan diculik di hadapan sebuah kilang di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, sebelum dipukul hingga mati dan ditinggalkan di ladang kelapa sawit berdekatan Taman Impian Alma, dekat sini awal Jumaat. Mayat K Poobalan, 61, ditemui dengan kesan kecederaan parah di kepala oleh Unit Anjing Pengesan (K9) polis pada pukul 1 pagi, kira-kira 15 kilometer dari tempat dia diculik. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis menerima laporan daripada seorang pemandu teksi mengatakan tiga lelaki Myanmar menahan teksinya pada pukul 5.30 petang semalam di perhentian bas Jalan Permatang Tinggi, Seberang Prai. Beliau berkata, lelaki Myanmar terbabit meminta pemandu teksi itu menghantar mereka ke Taman Seri Juru dengan alasan untuk mencari rakan di sebuah kedai nasi kandar namun tidak berjumpa sebelum beralih ke kawasan perindustrian Bukit Minyak. "Tiba di hadapan kilang barangan lusuh itu suspek meminta pemandu teksi menunggu 30 minit dan mereka kemudiannya secara tiba-tiba membawa masuk seorang lelaki secara paksa dan memukulnya di dalam kenderaan itu," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat. Mazlan berkata, pemandu teksi mempersoalkan mengapa mangsa dipukul namun dia turut diacukan pisau dan dipaksa menghantar mereka ke Taman Impian Alma. Pemandu teksi berusia 49 tahun itu kemudiannya beredar selepas menurunkan penumpangnya berdekatan ladang kelapa sawit dan membuat laporan polis kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini. "Menurut pemandu teksi itu, seorang daripada suspek menuntut gajinya yang didakwa lewat diterima sejak seminggu lepas namun Poobalan berkata gaji itu hanya boleh diberi hari ini," katanya. Beliau berkata, polis menemui motosikal mangsa di hadapan kilang berkenaan dengan beg pinggang milik mangsa dan beberapa bungkusan makanan dipercayai untuk dihantar kepada pekerja masih berada pada motosikal yang terbalik itu. Mazlan berkata, polis telah mengenal pasti ketiga-tiga suspek berusia 30-an itu dan seorang daripada mereka pernah bekerja di bawah seliaan mangsa namun berhenti Oktober lepas. "Polis kini giat mengesan suspek dan turut menemui sebatang kayu beroti sebesar lengan dipercayai menjadi senjata pembunuhan," katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan. - mstar

Raja Judi Tahanan PCA Pertama
PETALING JAYA: Seorang suspek berstatus 'Raja Judi' ditahan selepas dipercayai mengumpul jutaan ringgit hasil sindiket perjudian di sekitar Lembah Klang.
Suspek adalah individu pertama ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Pemerluasaan) 2013.
Sumber memberitahu The Star, suspek mempunyai jaringan baik dengan kegiatan kongsi gelap dan perjudian di sini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat Said berkata, suspek seorang lelaki berusia 50-an itu ditahan dalam satu operasi pada 20 Oktober lalu hasil maklumat orang awam dan juga risikan polis.
"Hasil siasatan mendedahkan sindiket terbabit sudah beroperasi lebih kurang dua tahun.
"Dia kini ditahan reman sehingga pertengahan Disember ini," jelasnya.
Abdul Samah berkata, polis Selangor turut mengenal pasti beberapa suspek lagi dan turut ditahan mengikut akta sama. - mstar
TOP
Ajai Persoalkan Cara AIM Pilih Pemenang
Ajai tidak lagi mempercayai anugerah AIM.
PETALING JAYA: Komposer dan penyanyi Ajai memberitahu dia tidak lagi menghantar sebarang pencalonan bagi menyertai Anugerah Industri Muzik (AIM) sejak dua tahun lalu kerana hilang kepercayaan terhadap kredibiliti penganjuran penganugerahan. Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 39, berkata, perkara tersebut disedari selepas insiden kesilapan pemilihan Lagu Terbaik AIM 18 kepada Yuna terpaksa ditarik balik tiga tahun lalu yang benar-benar memberi kesan kepada penggiat industri muzik lain. "Saya sudah tidak percaya AIM sejak kemenangan lagu Yuna berjudul Penakut sebagai Lagu Terbaik pada AIM 18 ditarik balik dan diberikan kepada lagu Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih. "Di situ sahaja kita dapat lihat bagaimana cacatnya proses anugerah ini dilakukan, walhal mereka mempunyai juru audit dan komiti tersendiri. Adakah keputusan yang diterima daripada auditor dan komiti berbeza?," soal ajai ketika dihubungi mStar Online, di sini Khamis. Jelas Ajai, perkara tersebut menjadi tanda tanya pelbagai pihak sehingga ramai pengiat muzik seangkatan dengannya tidak lagi menghantar pencalonan mereka.
Rosmin Hashim
Katanya, proses pengendalian anugerah tersebut yang diuruskan komiti baharu juga menyumbang kepada faktor yang membuatnya tidak lagi mempercayai anugerah berprestij tersebut. "Ini hanya pandangan peribadi saya sahaja, ada sebab kenapa saya tidak percayakan AIM lagi selepas ia diuruskan oleh orang-orang baharu dalam industri. "Ia tidak sama lagi seperti diuruskan oleh Jennifer Thomson dahulu yang mana kita lihat hasil pemenang yang diumumkan seiring dengan kejayaan artis itu dalam industri pada tahun tersebut," ujarnya. Bagaimanapun, Ajai berkata, dia tidak menghalang artis-artisnya untuk menghantar pencalonan ke anugerah tersebut. Anugerah Industri Muzik dianjurkan sepenuhnya oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM, Rosmin Hashim berkata pihaknya tidak terlibat dalam proses penghakiman dan hanya menerima keputusan juri daripada firma audit pada malam penganugerahan itu berlangsung. "Proses penjurian diuruskan Macomm Management Services iaitu sebuah pengurusan bebas dan pemarkahan juri dikira dan diaudit firma audit terkemuka KPMG. "RIM tidak terlibat dlm proses penjurian dan hanya menerima keputusan juri daripada firma audit tersebut dan mengumumkannya pada malam acara anugerah berlangsung. "Kebebasan firma audit memastikan pihak RIM tidak membuat sesuatu yang tidak beretika seperti mengubah keputusan juri," ujarnya. Tambah Rosmin, dakwaan komposer tersebut tentang kekurangan pencalonan adalah tidak benar kerana pencalonan diterima meningkat sebanyak 20 peratus berbanding tahun lalu. Malah, jumlah pencalonan yang diterima meningkat setiap tahun sejak AIM 18 daripada 400 kepada 600 pencalonan pada AIM 21 tahun ini. AIM 21 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 6 Disember depan. - mstar

Guan Eng Akui PDC Jual Rumah Lebih RM3 Juta Seunit
Kediaman mewah D'Residence di Bayan Mutiara ditawarkan PDC pada harga lebih RM3 juta seunit.
GEORGE TOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengakui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) ada menjual rumah dengan harga tinggi iaitu lebih RM3 juta seunit di D'Residence, Bayan Mutiara. Katanya, beliau tidak tahu tentang penjualan rumah mewah oleh PDC sehingga ditegur oleh Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Air Tawar) berhubung perkara itu. Menurutnya, beliau amat terkejut apabila mendapati dakwaan Jahara itu benar dan mengucapkan terima kasih, namun menegaskan kerajaan negeri pimpinan DAP tiada kaitan dengan projek rumah bernilai RM3 juta itu. "Oleh kerana kerajaan negeri sekarang tiada kaitan dengan rumah bernilai RM3 juta ini dan ia sebenarnya diluluskan pada zaman BN (Barisan Nasional) memerintah dahulu, maka saya harap Jahara meminta maaf dan menarik balik dakwaannya. "Untuk rumah kos sederhana yang dijual RM306,000 di Bandar Cassia, ia hanya seunit sahaja kerana terletak di lot tepi, manakala rumah kos sederhana lain dijual pada harga RM159,000, iaitu bawah harga siling RM250,000 ditetapkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan," katanya dalam sidang media di sini, Jumaat. Khamis lepas, Jahara menuntut penjelasan daripada ketua menteri berhubung tindakan PDC menjual rumah mewah lebih RM3 juta seunit dan rumah kos sederhana melebihi harga siling RM250,000 di Bandar Cassia, Batu Kawan. Lim yang juga pengerusi PDC berkata, projek rumah mewah itu diluluskan sebelum tahun 2008 iaitu sebelum DAP mengambil alih pemerintahan selepas menang pilihan raya umum ke-13. "PDC diakui memang ada menjual rumah yang bernilai pada harga maksimum antara RM3.1 juta hingga RM3.5 juta di Bayan Mutiara dan menjual rumah kos sederhana melebihi harga siling iaitu RM306,000 untuk projek Intan Delima di Bandar Cassia, Batu Kawan tetapi ia berlaku zaman Barisan Nasional memerintah," katanya. - mstar

Dun P.Pinang Mahu Kerajaan Pusat Tangguh GST
GEORGE TOWN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Jumaat mahu kerajaan Pusat menangguhkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015, sehingga negara dapat mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.
Usul tergempar mengenainya dibentangkan oleh Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk) yang mendakwa GST akan membebankan golongan berpendapatan sederhana dan miskin.
Beliau menyarankan kerajaan Pusat agar beri tumpuan kepada urus tadbir yangcekap untuk mencegah berlakunya penyelewengan daripada melaksanakan GST yang akan menimbulkan kesulitan dan menambah beban kos sara hidup rakyat serta menjejaskan banyak sektor.
Terdahulu itu, Mohamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang mengambil bahagian dalam perbahasan usul tergempar itu, menyatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang bertanggungjawab, kerana meletakkan kepentingan rakyat pada masa kini dan masa depan.
"Kerajaan BN telah mengambil kira banyak aspek sebelum mengambil keputusan untuk melaksanakan GST, kajian juga telah dijalankan dengan melihat cara pelaksanaannya di lebih 100 buah negara.
"Selain itu, kerajaan juga telah mengenal pasti barangan dan perkhidmatan yang akan dikenakan GST," katanya.
Speaker DUN, Datuk Law Choo Kiang menerima usul tergempar itu. - mstar
TOP
Tanah Runtuh Tak Jejaskan Ladang Sayur Berdaftar - Ismail Sabri
Harga sayur-sayuran terutama daun ketumbar, bawang dan cili meningkat naik 20 peratus sejak insiden banjir kilat dan operasi pekerja haram di Cameron Highlands.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjelaskan, kejadian banjir yang melanda Lembah Bertam dan Ringlet di Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini tidak akan menjejaskan pengeluaran sayur di negara ini. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, Cameron Highlands menghasilkan 1.5 juta tan sayuran setahun. "Jumlah itu dihasilkan ladang-ladang yang berdaftar di Cameron Highlands, manakala hasil tanaman sayur-sayuran dari ladang-ladang haram tidak termasuk dalam jumlah pengeluaran itu. "Jadi, jika sesuatu terjadi di situ, ia tidak sepatutnya memberi kesan kepada harga sayur-sayuran di pasaran," jelasnya selepas melancarkan Seminar Kepimpinan Peladangnita Kebangsaan 2014 pada Khamis. Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi memastikan harga sayur-sayuran tidak meningkat keterlaluan. Sementara itu, mengenai tindakan terhadap ladang-ladang haram, Ismail Sabri berkata, ia bukan di bawah bidang kuasa kementeriannya. "Ini berkaitan dengan isu tanah dan sebagainya, jadi ia adalah bidang kuasa kerajaan negeri." - mstar

Mangsa Banjir Kilat Di Trolak Dibenarkan Pulang Selepas Empat Jam
Pasukan bomba membantu mangsa banjir kilat di Trolak ke pusat pemindahan sementara pada Khamis malam.
IPOH: Sebanyak 36 buah rumah di Trolak Pekan dekat sini, ditenggelami air sedalam satu meter akibat banjir kilat yang berlaku di kawasan itu malam Khamis. Bagaimanapun, semua 132 mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saedin berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 9.16 malam Khamis dan mengarahkan anggota memindahkan 100 mangsa ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Trolak Pekan. "Anggota membantu memindahkan mangsa yang terperangkap dengan menggunakan bot kerana air telah mencecah paras pinggang," katanya ketika dihubungi Bernama, Jumaat. Beliau berkata, hujan lebat antara tiga dan empat jam menyebabkan air sungai melimpah dan berlakunya banjir di kawasan tersebut. "Kawasan itu memang cepat dinaiki air sekiranya hujan lebat yang terlalu lama, namun air banjir juga surut dengan cepat," katanya. Md Zin berkata, air banjir mula surut kira-kira 11.30 malam dan kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. - mstar

Usaha Berlipat Ganda Pertahan Kejayaan - Zainal Abidin
KUALA LUMPUR: Penutup tahun 2014 yang cemerlang bagi pasukan Pahang selepas menggondol lima anugerah pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014.
Pastinya kejayaan ini memberi seribu satu semangat buat pengendali skuad Tok Gajah, Zainal Abidin Hassan yang turut dipilih sebagai Ketua Jurulatih Terbaik tahun ini.
Kejayaan menjulang dua trofi berprestij tanah air, Piala FA dan Piala Malaysia musim ini bukan tugas yang mudah buat jurulatih yang baharu menyambut hari kelahiran ke-53 pada 9 November lalu.
“Anugerah ini satu penghargaan besar buat saya. Terima kasih kepada presiden, keluarga Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dan khususnya kepada pemain-pemain yang menjalankan tugas dengan cemerlang serta pengorbanan tinggi.
“Segala-galanya berjalan lancar buat pasukan Tok Gajah sekarang. Sudah pasti selepas ini usaha akan berlipat ganda untuk mempertahankan segala yang ada dan cuba mencapai misi terbaik di peringkat Asia.
“Tidak lupa juga kepada penyokong-penyokong Tok Gajah yang memainkan peranan penting dalam memberi semangat kepada pasukan tanpa jemu ,” jelasnya kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp awal pagi Jumaat.
Zainal Abidin yang kini sedang bercuti di London berkata, untuk saingan musim depan, beliau gembira kerana terus diberi peluang untuk terus membimbing pasukan Pahang.
“Malah kebanyakan pemain juga memilih untuk kekal bersama Tok Gajah dan masa sama juga saya bersama pihak pengurusan masih berbincang kemungkinan untuk menambah pemain baharu.
“Namun semua itu belum pasti lagi dan buat masa sekarang saya mahu berehat seketika selepas hampir sebelas bulan bekerja keras.
"Saya mahu ‘fresh’ sebelum bermula musim baharu nanti,” katanya yang akan pulang ke tanah air pada 18 November ini.
Selain Zainal Abidin, dua pemainnya iaitu Mohd Khairul Azhan Khalid dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) dan Penjaga Gol Terbaik serta Razman Roslan Pemain Pertahanan Terbaik. Manakala PBNP sebagai Persatuan Bola Sepak Terbaik tahun ini. - mstar
TOP
Moyes Terima Nasihat Ferguson Sebelum Bimbing Real Sociedad
Moyes gembira memulakan tugas di Real Sociedad.
DAVID Moyes mengakui dia meminta nasihat daripada Sir Alex Ferguson sebelum membuat keputusan menerima tugas di Real Sociedad. Sebelum ini, Moyes turut menerima nasihat Ferguson untuk membimbing kelab Manchester United mengganti tempatnya selepas bersara, namun ia tidak berjalan lancar seperti yang di harapkan. Pun begitu, Moyes tetap mencari Ferguson sebelum menandatangani kontrak sebagai pengurus Real Sociedad. Perbualan saya dengan Ferguson sentiasa menarik."Saya menelefon Sir Alex memberitahu tawaran tersebut dan beliau memberi pandangan mengenai tugas ini. "Beliau yakin ia sesuatu yang baik untuk saya dan berkata tidak ramai pengurus British yang mendapat peluang seperti ini," jelasnya. Jelas Moyes, selepas semuanya berjalan lancar, dia berasa tenang dan bersedia memulakan tugas baharunya itu. "Saya berada dalam keadaan baik dan masih menekankan apa yang saya luahkan sebelum ini bahawa saya tidak diberi masa yang cukup di United untuk gagal atau berjaya. "Saya yakin tidak ada yang salah bagaimana cara kita bekerja dan semua orang nampak sesiapa yang bekerja di United akan mengambil masa yang panjang. "Sembilan bulan sememangnya tidak cukup untuk seorang pengurus," katanya. - mstar

Bekas Penjaga Gol Kebangsaan Peter Rajah Meninggal Dunia
Peter bersama isterinya, Tracie Gom.
SANDAKAN: Bekas penjaga gol kebangsaan Peter Rajah meninggal dunia pada 6.16 pagi Jumaat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) kerana penyakit jantung. Pengerusi Lembaga Sukan Sabah Datuk Louis Rampas berkata mendiang Peter, 63,dimasukkan ke hospital itu pada kira-kira 6 pagi, Rabu lalu selepas mengadu sakit.
Mendiang kemudian ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HDOK dan berada dalam keadaan koma sejak dua hari lepas. Menurut Louis sebelum ini, mendiang sering menerima rawatan susulan dihospital berkenaan akibat masalah jantung. Beliau berkata mendiang sebelum ini bertugas sebagai Pengurus Kompleks SukanSandakan meninggalkan seorang isteri, Tracie Gom serta tiga orang anak. Katanya mendiang bersama-sama Hassan Sani dan James Wong pada awal 80-an mewarnai sukan bola sepak Sabah dan kebangsaan. - mstar

Jelajah ATP Dunia Akhir: Federer Singkir Murray, Mara Ke Separuh Akhir
Murray akui kecewa selepas tewas mudah kepada Federer.
JAGUH tenis No.2 dunia, Roger Federer menamatkan langkah Andy Murray 6-0 6-1 pada aksi peringkat Kumpulan B Jelajah ATP Dunia Akhir di London awal pagi Jumaat. Federer mengambil masa 55 minit menewaskan pemain pilihan tuan rumah itu biarpun Murray cuba bangkit pada set kedua permainan. Pemain Switzerland itu langsung tidak memberi peluang kepada Murray untuk mengutip mata sekaligus kemenangan ini dianggap sebagai balas dendam ke atas kekalahan kepada pemain Britain itu ketika Sukan Olimpik di Wimbledon pada tahun 2012. Manakala Murray terpaksa menelan kepahitan mencatat keputusan terburuk ini seperti mana yang dilalui ketika dikalahkan Novak Djokovic 6-1 6-0 pada aksi separuh akhir Miami Master 2007. "Penamat aksi yang tidak baik tahun ini. Hari yang sukar buat saya. "Saya tewas perlawanan penting ini kerana dia bermain dengan aksi luar biasa. Saya kecewa dengan tahap permainan sendiri. "Namun jika saya bermain lebih baik daripada ini, pastinya dia juga akan menang berdasarkan pukulan dan servis yang tepat. Dia hanya membuat sedikit kesilapan sahaja," jelas Murray. Federer mengikut jejak langkah pemain Jepun Kei Nishikori mengisi slot separuh akhir selepas mengalahkan pemain Sepanyol David Ferrer 4-6 6-4 6-1. - mstar

Pulau Pinang Dapat Sentuhan Ala Brazil
Jackson Ferreira Tiago
GEORGE TOWN: Skuad Pulau Pinang akan mendapat sentuhan ala Brazil apabila dua jurulatih dari negara itu dilantik untuk membantu menggalas cabaran skuad itu pada saingan Liga Perdana musim depan. Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) hari mengumumkan jurulatih baharu tersebut iaitu Jackson Ferreira Tiago dan dibantu rakan senegara Amilton Da Silva Oliveira. Selain itu, Tiago akan dibantu oleh Manzoor Azwira Abd Wahid dan Mohd Hisham Jainuddin sebagai jurulatih penjaga gol, kata Presiden FAP, Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff ketika mengumumkan skuad penuh 24 pemain dan empat jurulatih pada sidang media di sini. Selain barisan jurulatih, FAP telah menamakan dua pemain import baharu dari Brazil iaitu Reinaldo Rodrigues De Oliveira Lobo dan Alberto Concalus Da Costa serta mengekalkan dua pemain import iaitu Lee Gil Hoon (Korea Selatan) dan Hilton Mauro Moreira dari Brazil. FAP juga menamakan 12 muka baharu and antaranya Mohd Syukur Saidin (SimeDarby); Sani Anuar Kamsani (Sarawak); Mohd Azrul Ahmad (ATM); See Kok Luen (JDTII); Mohd Farid Ramli (Sime Darby); Mafry Balang (Sarawak); Mohd Remezy Che Ros (PKNS); dan Mohd Failee Mohamad Ghazali (Sime Darby). Nazir Ariff berkata senarai baharu itu memperlihatkan 80 peratus pemain adalah anak Pulau Pinang dan diharap dapat melonjak semangat juang pasukan,seterusnya melayakkan ke Liga Super pada musim 2016. Katanya, beliau mahu anak buahnya mencontohi gerak lincah pemain Brazil yang lebih cekap dan tidak terikat dengan corak permainan lama menjelang aksi pertama 16 Januari depan. "Jika dilihat senarai pasukan ini, ia sudah pun berada pada tahap Liga Super kerana itu kami yakin mampu menjadi pendahulu Liga Perdana musim depan,"katanya. Pada musim ini, Pulau Pinang menamatkan cabaran di tempat ketiga dalam persaingan Liga Perdana serta tersingkir di peringkat kumpulan Piala Malaysia yang membariskan Johor Darul Takzim (JDT), Kelantan dan ATM. - mstar

LPF Anjur Tayangan Visual Sensor Dari Filem Yang Ditapis
Julung kali diadakan, Lembaga Penapisan Filem (LPF) bakal menganjurkan satu program dengan memberi peluang buat penonton terpilih untuk menyaksikan babak-babak sensor dari filem yang telah ditapis.
Klip-klip ini bakal ditayangkan dalam satu acara khas dan tertutup bersama pihak media elektronik dan media cetak. Orang ramai juga berkemungkinan berpeluang untuk sama-sama menyertai program ini.
Bagi mendapatkan tempahan, penonton umum perlu hadir ke karnival 60 tahun LPF di pusat membeli-belah Alamanda pada 22 sehingga 23 Novmber ini.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi, tayangan tersebut bertujuan untuk menperjelaskan tindakan LPF yang bukan sengaja menapis babak-babak dalam sesebuah filem secara semberono.
Katanya lagi dalam satu sidang media di Bukit Aman, badan itu juga tidak berniat untuk memotong babak-babak artistik yang boleh menarik jumlah penonton dan menambah nilai seni dalam sesebuah filem. Untuk rekod , LPF merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang bertindak menapis kandungan filem yang mengandungi unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan selari dengan prinsip Rukun Negara. – MYNEWSHUB.CC

Hubungan Malaysia-China Berada Di Landasan Betul – Duta
BEIJING – Hubungan dua hala Malaysia-China berada di landasan yang betul malah bertambah akrab walaupun diganggu pihak tertentu yang mengambil kesempatan berikutan tragedi pesawat MH370 sehingga menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.
Duta Besar Malaysia di China, Datuk Iskandar Sarudin, berkata kekuatan hubungan itu disokong majoriti rakyat China yang mahu melihat hubungan berkenaan pulih dengan cepat.
“Hubungan antara rakyat kedua-dua negara terjejas sedikit pada awalnya kerana teori spekulasi yang dimainkan pihak-pihak tertentu sehingga menjadi isu emosi melalui internet.
“Media-media tempatan bagaimanapun bersikap positif. Persepsi itu bagaimanapun bertukar malah hubungan Malaysia-China lebih kuat.
“Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) di Beijing Isnin lalu mengukuhkan lagi hubungan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui semasa menyambut ketibaan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Lapangan Terbang Beijing di sini, malam tadi.
Syed Faizuddin selaku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkalan di Bukit Keteri, Perlis mengetuai delegasi Malaysia terdiri daripada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) dari tujuh institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia dalam program lawatan Kerja Akademik dan Strategik Ketenteraan ke kem tentera dan universiti di Beijing bermula hari ini hingga 17 November.
Lawatan itu turut disertai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Brig Jen (K) Datuk Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan selaku Komandan PALAPES UPM dan Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis, Major (K) Datuk Prof Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman selaku Komandan UiTM Perlis.
Wakil IPTA dalam rombongan itu ialah dari Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Iskandar berkata perdagangan antara kedua-dua negara semakin baik manakala kehadiran pelancong China ke Malaysia meningkat dengan positif.
Sehingga Oktober lepas ia meningkat hampir satu juta orang.
“Keterbukaan dan pendirian kerajaan Malaysia dalam isu MH370 selain tekad bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan isu tersebut sangat dihargai oleh kerajaan China,” katanya.
Beliau berkata banyak isu lain antaranya isu sarang burung yang telah diselesaikan adalah bukti kerajaan China juga komited mahu melihat hubungan dengan Malaysia, pulih sebaik mungkin. Mengenai dagangan bilateral, beliau berkata strategi komprehensif dua hala untuk tempoh lima tahun dari 2013-2017 disasar mencapai RM160 bilion berada di landasan betul dan pada masa ini ia telah mencecah RM110 bilion.
Iskandar berkata banyak perkara boleh dipelajari dari China, antaranya aspek pertahanan awam dan sukarelawan yang mana China berjaya menggerakkan golongan muda.
“Pasukan ini biasanya sampai dahulu ke tempat bencana sebelum pasukan regular tiba.
“Keupayaan mereka membantu usaha-usaha menyelamat dan bantuan kepada mangsa boleh diadaptasi di Malaysia.
“Semasa persidangan Apec Isnin lepas sebanyak 15,000 sukarelawan digerakkan untuk membantu melicinkan pergerakan, mendisiplinkan orang awam dan kebersihan boleh dicontohi,” katamya. – BERNAMA
TOP
Video Viral: Bapa Sedih Main Gitar Di Sisi Mayat Bayi
LOS ANGELES – Rakaman video seorang bapa amat sedih melihat bayi tunggalnya meninggal dunia selepas tiga hari dilahirkan dan menenangkan diri dengan bermain gitar sambil menyanyi lagu lama kumpulan Beatles, Blackbird mencetuskan sensasi di laman siber.
Akhbar tempatan di sini hari ini melaporkan, rakaman 11 November lalu yang memaparkan Chris Picco berbuat demikian sambil melihat mayat Lennon; bayi dilahirkan pramatang di dalam inkubator anaknya itu; sudah ditonton 2.8 juta kali sehingga lewat semalam. Video berdurasi 2 minit 26 saat itu menunjukkan Picco sebak melihat bayinya yang lahir pada 8 November lalu menerusi pembedahan kecemasan Caesarian, disahkan mati pada 11 November dan lebih hiba, isterinya, Ashley sudah meninggal sejurus melahirkan Lennon.
“Buat Ashley yang sudah pergi, sesungguhnya anak kita juga hidup tidak lama dan akhirnya meninggalkan kita beberapa hari kemudian,” kata Picco menerusi laman memorial dan menambah, dia kini banyak berdukacita mengenangkan hilang dua insan dalam masa singkat. Jurrucakap keluarga, Brett Walls memberitahu media, untuk beberapa hari akan datang, lelaki itu banyak menghabiskan masa bersama-sama dengan ahli keluarganya, rakan-rakan dan masyarakat setempat yang turut bersimpati dengan nasib malang menimpa dirinya. Bayi tersebut yang baharu berusia 24 minggu di dalam kandungan ibunya sebelum lahir, ditempatkan di wad neo-natal Hospital Universiti Loma Linda dan rakaman video pendek itu dipercayai dirakamkan salah seorang saudara Picco yang berada di sana. – Agensi
Chris Picco mengucup dahi mayat anaknya, Lennon yang meninggal dunia selepas tiga hari dilahirkan di Los Angeles. Isterinya, Ashley turut meninggal semasa melahirkan anaknya itu.

Najib Mahu Rakyat Sokong Peranan M’sia Sebagai Pengerusi Asean
NAY PYI TAW – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap semua lapisan rakyat memberi sokongan dan kerjasama padu kepada kerajaan apabila Malaysia mengambil alih tugas sebagai pengerusi Asean pada tahun depan.
Beliau berkata tanpa sokongan rakyat, sukar bagi kerajaan melaksanakan peranannya sebagai pengerusi pertubuhan rantau Asia Tenggara itu.
“Kalau tidak, amat sukar untuk kita menjayakan apa-apa yang hendak kita lakukan ketika Malaysia menjadi pengerusi,” kata beliau kepada wartawan Malaysia selepas berakhirnya Sidang Kemuncak Asean ke-25 di sini, hari ini.
Menurutnya semua pihak termasuk kerajaan, swasta, badan korporat, media serta orang perseorangan mestilah memberi sokongan kepada peranan Malaysia itu, yang dianggapnya sebagai kebanggaan negara dan misi nasional.
Najib berkata Malaysia menerima penghormatan menjadi pengerusi Asean dalam tahun yang bersejarah iaitu ketika Asean bakal diisytiharkan sebagai sebuah Komuniti Ekonomi.
“Ini adalah tanggungjawab kita semua sebagai rakyat Malaysia untuk menjayakan segala-galanya yang patut kita lakukan sebagai pengerusi Asean,” kata perdana menteri.
Dalam memahami pentingnya peranan pengerusi Asean yang bakal digalas Malaysia, Najib meminta rakyat supaya menghayati tema ‘Asean Berpaksikan Rakyat’ yang dicadangkan Malaysia pada sidang kemuncak itu.
Bagi menjayakan tema itu, beliau menjelaskan pelan komunikasi yang berkesan perlu dilaksanakan selain merancang pelbagai program yang melibatkan pemimpin, usahawan muda, Anggota Parlimen dan wanita dari negara-negara anggota Asean.
Mengenai Sidang Kemuncak Asean ke-25 itu, Najib berkata ia berlangsung dengan baik dan mencapai kejayaan secara keseluruhannya. – BERNAMA
TOP
27 Kawasan Petaling Alami Gangguan Air, 26 Nov Ini
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) — Bekalan air berjadual akan dilaksanakan di 27 kawasan di Petaling pada 26 Nov (Rabu) mulai 9 pagi hingga 9 malam.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan hari ini berkata langkah itu terpaksa diambil berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan air di Kolam Talu, Bandar Pinggiran Subang, Subang Bestari.
Kawasan terlibat ialah Jalan Qamari, Jalan Matahari, Jalan Kejora, Jalan Waruna, Jalan Musytari, Jalan Bumi, Jalan Uranus, Jalan U5/33, Jalan Suria, Jalan Dinar, U3; Jalan Tasik Raja Lumu, U4; Jalan Apollo, Jalan Bulan, Jalan Utarid, Taman Nusa Subang dan Taman Subang Idaman.
Kawasan lain ialah Taman Puteri Subang, Bandar Pinggiran Subang, Taman Subang Kristal, Subang Impian, Taman Desa Subang, Jalan Pluto, Subang Suria, Taman Subang Intan, Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, Mahkamah Syariah Daerah Petaling dan Pangsapuri Flora.
Pengguna dinasihati supaya menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan.
Untuk pertanyaan lanjut, mereka boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.
Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman web Syabas di www.syabas.com.my, www.twitter.com/puspel dan Facebook dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.
– BERNAMA
TOP
Pegawai Kanan Kerajaan Direman Bantu Siasatan Minta Layanan Seks
ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh perintah Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk menahan reman seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta habuan berupa layanan seks.
Lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan oleh pegawai SPRM di sebuah hotel di Jalan Putra di sini pada kira-kira 2 petang semalam.
Perintah itu dikeluarkan Majistret Umzarul An-Nur Umar bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
Dia dipercayai meminta layanan seks daripada ibu-ibu tunggal sebagai habuan untuk membantu meluluskan permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kedah.
Tangkapan berkenaan dibuat selepas SPRM menjalankan intipan sejak beberapa bulan lalu dan difahamkan antara yang menjadi mangsa ialah ibu tunggal berusia 20-an. – BERNAMA
TOP
Remaja Perempuan Ditahan, Buang Janin Bawah Pokok Buluh
JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di rumahnya di Seri Alam, dekat sini, petang semalam susulan penemuan satu janin perempuan pada hari yang sama.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata janin yang cukup sifat dan dianggarkan berusia 18 minggu itu dijumpai di dalam kotak di bawah rimbunan pohon buluh di tepi perhentian bas berhampiran kawasan Tanah Perkuburan India, di Jalan Kebun Teh, pada pukul 11 pagi semalam.
Beliau berkata hasil siasatan rapi, polis berjaya mengesan suspek yang disyaki ibu kepada janin tersebut dalam tempoh empat jam dan menahannya untuk membantu siasatan.
Hasil siasatan awal mendapati remaja perempuan itu mengandung akibat persetubuhan haram dan membuat pengguguran haram di sebuah hospital swasta di bandar raya ini, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang bayi secara sulit.
Sulaiman turut menyeru mana-mana saksi bebas untuk tampil membantu siasatan kes ini dengan menghubungi talian hotline 07-2218999.
Sehubungan itu, beliau menasihati ibu bapa dan keluarga agar sentiasa memberi perhatian dan pemantauan yang berterusan terhadap anak-anak gadis yang sedang meningkat usia sama ada dari segi pergaulan mahupun tingkah laku di rumah.
Beliau berkata pergaulan bebas boleh mengundang perbuatan terkutuk berlaku sehingga boleh mencemar maruah keluarga.- BERNAMA
TOP
Unik.. KLM Bina Hotel Dalam Badan Kapal Terbang Lama
Transformasi adalah usaha merubah sesuatu ke arah lebih baik .
Sekiranya berjaya, sebarang perkara yang menjalani transformasi pasti memberi nilai tambah pada apa yang sedia ada.
Sebagai contoh, sesetengah pusat penginapan yang berani mengetengahkan konsep berbeza menjadi rebutan orang ramai yang mahu merasai sendiri pengalaman berlainan daripada biasa.
Itulah yang dilakukan di Amsterdam, apabila syarikat penerbangan KLM mengubah sebuah kapal terbang lama mereka menjadi hotel yang menarik.
Bila melihat dekorasi dalaman semata-mata, pasti ramai tak perasan hotel ini berada dalam sebuah kapal terbang kerana penataan dekorasi membuatkan kita berasa seolah-olah berada di bilik hotel biasa.
Kapal terbang ini diubahsuai dengan menanggalkan kesemua kerusi penumpang lalu menggantikannya dengan bilik tidur, ruang tamu, perpustakaan dan sudut menonton.
Lebih unik, ia dilengkapi dengan tandas dan dapur untuk memasak.
Bagaimana, teruja tak?
Malangnya, hotel unik yang terletak di lapangan terbang Schiphol Amsterdam ini hanya dibuka selama tiga hari sahaja bermula 28 November sehingga 30 November ini.
Bermakna, biliknya sangat terhad dan hanya mereka yang benar-benar bertuah sahaja dapat merasai pengalaman tidur di hotel dalam kapal terbang ini.
Bagaimanapun, antara yang akan diberi kesempatan menginap di sini secara percuma adalah pemenang satu peraduan mudah.
Bagi menyertai pertandingan ini orang ramai hanya dikehendaki menekan ‘Contact Host’ di laman web Airbnb ini, kemudian nyatakan “mengapa anda mahu menginap di hotel dalam kapal terbang ini dan siapakah yang bakal anda bawa jika terpilih.” – MYNEWSHUB.CC
Oleh : KAKAK BUNGA

Solat Di Parkir PWTC, Zahiril Adzim Tak Berniat Nak Menunjuk
Zahiril Adzim
PETALING JAYA: Pelakon Zahiril Adzim menjelaskan tindakannya menunaikan solat di parkir Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum ke majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada 7 November lalu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Zahiril, 29, berkata, dia terpaksa menunaikan solat Maghrib di kawasan letak kereta tersebut berikutan sudah kesuntukan masa selepas berkejar-kejar dari lokasi penggambaran untuk menghadiri majlis berkenaan.
zahiril dan isteri
“Saya terpaksa menunaikan solat Maghrib di parkir kerana waktu solat sudah suntuk dan saya sudah mengagaknya. Jadi selepas selesai penggambaran saya pulang ke rumah untuk ambil isteri saya dan ketika itu saya sudah siap-siap ambil air sembahyang. “Selepas sampai sahaja di PWTC saya cari tempat tersorok untuk bersembahyang kerana kalau saya bergegas ke surau sudah tentu penuh, lagi pun saya takut air sembahyang terbatal jika ada yang ingin bergambar ketika dalam perjalanan ke surau,” ujarnya kepada mStar Online. Zahiril berkata demikian ketika diminta mengulas apabila gambarnya sedang bersembahyang di kawasan parkir sebelum bermula majlis ASK 2014 tersebar dan dibualkan di laman sosial.
Gambar dirakamkan oleh peminat yang melihat situasi itu menyebabkan Zahiril dituduh mahu menunjuk-nunjuk kerana tidak menunaikan solat di surau yang disediakan di PWTC. Jelas Zahiril, dia sendiri terkejut apabila diberitahu tentang gambar itu tersebar dan diperkatakan di laman sosial. “Saya rasa ia tidak elok untuk disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah seperti ini, saya pun tidak perasan siapa yang mengambil gambar tersebut. Kalau benar saya mahu menunjuk-nunjuk baik saya sembahyang di red carpet sahaja. “Saya sudah cari tempat paling sunyi yang tidak ada orang ramai, namun saya tahu ada pengawal keselamatan berhampiran kerana takut kalau ada apa-apa berlaku ketika sedang solat,” katanya. MSTAR ONLINE

36 Rumah Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Trolak Pekan
Foto Hiasan
IPOH – Sebanyak 36 buah rumah di Trolak Pekan dekat sini, ditenggelami air sedalam satu meter akibat banjir kilat yang berlaku di kawasan itu malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River Md Zin Mohd Saedin berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 9.16 malam tadi dan mengarahkan anggota memindahkan 100 mangsa ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Trolak Pekan. “Anggota membantu memindahkan mangsa yang terperangkap dengan menggunakan bot kerana air telah mencecah paras pinggang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau berkata hujan lebat antara tiga dan empat jam menyebabkan air sungai melimpah dan berlakunya banjir di kawasan tersebut. “Kawasan itu memang cepat dinaiki air sekiranya hujan lebat yang terlalu lama, namun air banjir juga surut dengan cepat,” katanya. Md Zin berkata air banjir mula surut kira-kira 11.30 malam dan kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. – BERNAMA

Muka Baru Ditanam Di Bahagian Dada
CHINA – Seorang lelaki, Yan Jianbin yang mengalami kecederaan teruk di bahagian muka akibat terkena kejutan elektrik hinggakan dia hilang mata dan hidung, bakal mendapat muka baru.
Ini kerana, kira-kira enam bulan lalu, doktor di Hospital Besar Tenter Shenyang telah memulakan prosedur terperinci untuk meregangkan kulit pada bahagian kiri dadanya.
Proses itu bertujuan membentuk kepala dengan air masin disuntik ke dada Yan untuk membolehkan kulit itu mengembang.
Saiz itu kini membesar seperti saiz bola tampar di bahagian dadanya dan ia membolehkan pakar bedah plastik memulakan membentuk bentuk muka Yan, yang juga seorang juruteknik.
Prosedur itu akan dijalankan dalam lima fasa yang rumit dengan dua fasa pertama akan melibatkan pembedahan membentuk hidung baru untuk Yan.
Doktor juga akan menggunakan tulang rusuknya untuk membentuk hidung Yan yang baru.
Fasa ketiga pula akan melibatkan usaha membentuk saluran arteri dan darah yang baru manakala pemindahan muka akan dijalankan dalam fasa keempat.
Manakala fasa terakhir akan melibatkan penambahbaikan di muka Yan.
Doktor menjangkakan semua proses itu akan menekan masa sekurang-kurangnya dua tahun.-mynewsub
TOP
Babi Serang, Kunyah Kepala Kanak-Kanak Hingga Mati
JIANG – Malang menimpa seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun, Wei Tsao apabila dia meninggal dunia dalam keadaan tragis, selepas diserang oleh seekor babi, yang kemudiannya turut mengunyah kepalanya.
Kejadian berlaku ketika Wei, yang juga dikenali dengan nama manjanya, Keke merangkak ke kandang babi tersebut tanpa disedari oleh ibu bapanya yang ketika itu berada di dalam rumah.
Apabila babi itu melihat Wei merangkak ke dalam kandangnya, binatang itu yang mahu melindungi anaknya telah menyerang kanak-kanak itu hingga mati.
Pada masa sama, ibu bapanya yang mendengar jeritan Wei berlari keluar rumah, namun mereka telah terlambat apabila babi itu sudah menyunyah kepala anak mereka.
Penduduk kampung yang mendengar jeritan Wei turut berlari mendapatkan budak itu dan mereka menarik babi berkenaan sebelum mengikatnya di pokok dan membunuhnya.
Mereka membelah perut babi itu dan terdapat serpihan rambut dan tulang tengkorok Wei.
Penduduk kampung kemudiannya menyerahkan serpihan tersebut kepada polis untuk membuktikan bahawa babi itu yang membunuh kanak-kanak tersebut.-mynewsub
TOP
Video: Aksi Siti Nurhaliza Jadi Pembaca Berita
Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza sememangnya layak disanjung atas kejayaannya mengharumkan nama bidang seni negara.
Terbaharu, beliau diiktiraf sebagai ‘Women of Excellent Malaysia’ 2014.
Populariti Siti membuatkan apa sahaja yang dibuatnya pasti menjadi dan dapat perhatian.
Contohnya semalam, apabila Siti membuat kemunculan istimewa di Astro AWANI.
Kehadiran Siti di sana sebenarnya bagi memperkatakan tentang Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21) yang bakal ke udara menerusi slot Agenda AWANI, Sabtu ini jam 8.30 malam.
Namun sempat pula Siti membuat penampilan istimewa apabila mengambil alih tugas pembaca dan penerbit berita, Rizal Zulkapli untuk menguar-uarkan tentang Pak Majid, warga emas yang berjalan kaki satu semenanjung bagi meraikan kejayaan pasukan bola sepak Pahang menjuarai Piala Malaysia, baru-baru ini.
Rasa comel pula melihat telatah dan aksi Siti jadi pembaca berita kan? Kalaulah Siti betul-betul mahu jadi pembaca berita lepas ini, wah.. dah sah-sah rating penonton siaran berita di stesen TV tempatnyabekerja akan meningkat secara drastik! - MYNEWSHUB.CC Oleh: FARAH

Perkahwinan Wan Raja ‘Anu Dalam Botol’ Disponsor RM200 Ribu!
Populariti namanya tidaklah sehebat artis-artis lain. Malah bagi sesiapa yang tidak mengenali aktres ini pastinya tertanya-tanya siapakah gerangan empunya diri.
Pelakon bernama Wan Raja, 37, ini sebenarnya peneraju utama filem ‘Anu Dalam Botol’ dimana dia melakonkan watak lelaki gay dalam filem tersebut.
Meskipun namanya hanya ‘suam-suam kuku’ dalam industri hiburan, namun majlis perkahwinan Wan Raja dikatakan bakal ditaja lebih RM200 ribu daripada sebuah butik perkahwinan iaitu Putree Bridal.
Wah….memang beruntung habis la Wan Raja dan bakal isterinya, Yaya Maembong yang juga merupakan kakak kepada aktres terkenal Emma Maembong ini.
Hah, janganlah pula ada sesiapa yang mencemburui dan mempersoalkan rezeki pasangan bakal pengantin ye. Tidak baik taw!
Lebih menyeronokkan, Wan Raja dan Yaya turut menerima tajaan Wedding Studio yang berbesar hati menaja sesi fotografi untuk majlis perkahwinan dan pernikahan mereka.
Kiranya bertambah jimatlah Wan Raja dan Yaya Maembong bagi menyediakan persiapan perkahwinan mereka kan.
Memetik laporan Murai.com.my, Wan Raja berkata, “Alhamdulilah kesemua persiapan majlis perkahwinan kami hampir selesai, cuma urusan di Pejabat Agama Islam Selangor masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya.”
“Inshaa Allah, ia akan diselesaikan dalam masa terdekat sebelum menjelangnya majlis pada 12/12/2014,” katanya lagi.
Wan Raja juga sempat meluahkan terima kasih kepada keluarga bakal isterinya yang banyak membantu dan pada masa sama meluahkan keterujaan apabila ada pihak yang ingin menaja majlis perkahwinan mereka.
“Saya pun tidak menyangka ada juga yang ingin menaja majlis perkahwinan kami nanti, apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada yang terlibat terutama adik-beradik Yaya,” ujar Wan Raja.
Untuk makluman, majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Al-Ridhuan Ulu Klang manakala majlis resepsi bakal berlangsung di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Bagaimanapun, tarikhnya akan diumumkan kelak. – MYNEWSHUB.CC

Tian Chua Bebas Tuduhan Menghasut Insiden Lahad Datu
Tian Chua
Mahkamah Sesyen KL hari ini melepaskan dan membebaskan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan menghasut berhubung kenyataan berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah tahun lalu. Chua sebelum ini didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana dituduh membuat kenyataan menghasut berhubung pencerobohan Sulu dan pertempuran bersenjata di pantai timur Sabah. Antara pertuduhan yang berjaya diketepikan Chua susulan keputusan mahkamah ini adalah menghasut orang ramai bahawa serangan tembak menembak di Lahad Datu adalah konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah bagi mengalih pandangan rakyat daripada isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing. - MYNEWSHUB.CC

BlackBerry Dijangka Perkenal Platform Enterpris BES 12
Seorang pengguna mencuba telefon pintar BlackBerry pada pameran IT di Bangalore, India, semalam. - Foto AFP
TORONTO- BlackBerry Ltd yang dilihat mengalih fokus untuk mendapatkan pelanggan daripada kalangan syarikat gergasi dan agensi kerajaan, mungkin melaksanakan strategi itu menerusi pelancaran suatu platform enterpris baharu. Syarikat itu yang dikatakan menjadi pelopor peranti internet mudah alih untuk sektor perniagaan, akan melancarkan platform baharu pengurusan peranti mudah alih di San Francisco, Khamis (awal pagi Jumaat di Malaysia). Pelancaran itu dilihat akan menjadi antara wadah penting ke arah pemulihan BlackBerry. BlackBerry dijangka mengumumkan pakatan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan mudah alih yang akan turut memasarkan platform baharu BlackBerry Enterprise atau BES 12, mengikut sumber rapat dengan syarikat itu. Penganalisis dan pelabur kini memberi perhatian kepada syarikat itu sama ada Ketua Pegawai Eksekutif, John Chen dapat memacu pertumbuhan pendapatan menerusi platform baharu itu. BES 12 adalah sistem yang membolehkan syarikat gergasi untuk mengurus dan menjamin keselamatan peranti mudah alih dalam rangkaian sesebuah organisasi, bukan saja bagi telefon mudah alih yang dikeluarkan BlackBerry tetapi juga yang menggunakan sistem operasi (OS) Android, Windows (Microsoft) dan iOS (Apple). “Ia adalah acara penting dan kami sangat berminat dengan strategi enterpris syarikat itu. Akan tetapi strategi saja tidak cukup untuk memastikan pemulihan sepenuhnya syarikat itu,” kata Penganalisis di Morningstar, Brian Colello. “BlackBerry perlu memperkenalkan produk dan sistem yang berjaya pada setiap kali untuk beberapa tahun akan datang,” tambahnya. Setakat ini, BlackBerry sudah mempunyai 3.4 juta pelanggan yang setuju untuk mencuba BES 12 yang berkemungkinan menjadi pelanggan berbayar mulai tahun depan. Namun demikian, penganalisis mengingatkan BlackBerry berada dalam pasaran yang sesak untuk platform itu. “Sistem yang diperkenalkannya akan bersaing dengan pemain yang sudah lama di pasaran dan mempunyai sokongan sumber yang besar,” kata penganalisis teknologi di IDC, John Jackson. “BlackBerry akan berdepan saingan daripada Citrix, IBM dan SAP serta pemain baharu termasuk MobileIron dan Good Technology,” katanya. – Reuters

Pihak Bomba Terpaksa Membuang Kayu Tembusi Kepala Lelaki Di Hospital
KONIN,POLAND: Pihak Hospital Konin telah di kejutkan dengan kehadiran sorang lelaki dengan kayu sepanjang 15 inci terpacak dimuka menembusi belakang lehernya.
Beliau telah menceritakan kepada staff hospital yang kejadian itu berlaku semasa beliau sedang melakukan penambahbaikan rumahnya dan tiba-tiba beliau tidak sedar bagaimana beliau jatuh dan terus mukannya terkena kayu tajam tersebut, cerita mangsa kepada Central European News.
Semasa rawatan untuk mengetahui tahap kecederaan tersebut, doktor telah menghadapi kesulitan apabila mangsa tidak lepas untuk memasuki mesin X-Ray kerana kayu tersebut agak panjang.
Kedudukan tusukan kayu di wajah mangsa
Selepas tidak dapat berbuat apa-apa pihak hospital telah menghubungi pihak bomba datang untuk menolong membuang kayu pada kepala mangsa dan mangsa telah di pindahkan ke hospital Poznan dengan kemudahan lebih lengkap. Menurut jurucakap jabatan bomba Sebastian Andrzejewski,"Kami mendapat panggilan meminta kami untuk membantu mengeluarkan kayu dari muka manusia," "Ketika kami tiba, kami telah berusaha dengan agak teliti selepas cucukkan kayu tersebut telah terjadi di tempat ayng sukar untuk di keluarkan dan kami perlu berhati-hati bagi mengelak kerosakan yang lebih teruk terjadi pada muka mangsa" katanya lagi. Doktor dan pihak bomba berjaya mengeluarkan kayu tersebut tanpa sebarang kompliasi "Kami dapat mengeluarkannya dan lelaki itu kini semakin pulih," kata jurucakap hospital. "Ia adalah satu keajaiban kerana tidak mengenai mata atau menyebabkan kerosakan yang serius."- Siakapkeli.com.my

(Video) Amah Dakwa Didera Raja Bomoh, Terpaksa Terima Jahitan 30cm
PETALING JAYA: Seorang amah mendakwa telah dibelasah dan dipukul oleh bekas majikannya, Ibrahim Mat Zain atau lebih terkenal dengan panggilan Raja Bomoh 1Malaysia.
Amah berkenaan, Menik Fitriyanti, 47, berkata dia terpaksa menerima jahitan sepanjang 30 sentimeter selain daya ingatannya terjejas.
keratan dari laporan berita mengenaik kes Menik.
Memetik laporan dari Free Malaysia Today, Menik bertindak melarikan diri dan pulang ke Indonesia pada 4 November lalu setelah tidak tahan di dera oleh Mat Zin sejak setahun lalu. Menurut anak perempuan Menik, Alfa Nurismayanti, ibunya sering kali dipukul oleh Mat Zain sehingga mengalami kecederaan teruk di kepala. Menurut Alfa lagi, ibunya pernah memberitahu bahawa di tidak mahu bekerja di Malaysia dan ingin pulang ke Indonesia namun dihalang oleh majikannya.
Menik dilihat memegang gambar Ibrahim Mat Zain ketika wawancara TV
“Pada jam tiga petang hari berkenaan, tanpa disedari, ibu pulang secara tiba-tiba dan berada di tanah perkuburan ayah, di belakang rumah kami. “Namun begitu, ibu tidak mahu bercakap dan sehingga hari ini, kami sekeluarga tidak mengetahui bagaimana dia boleh pulang ke rumah,” katanya.
Alfa juga turut menerangkan keadaan ibunya dimana terdapat kesan luka di leher, perut serta kaki. Ibunya dikatakan dalam keadaan trauma akibat didera oleh Raja Bomoh itu. Alfa juga mengatakan oleh kerana ibunya bekerja di Malaysia secara tidak sah, pihaknya tidak mengharapkan sebarang bantuan dari pihak berkuasa. Apa yang penting baginya sekarang adalah merawat dan menyembuhkan kecederaan yang dialami oleh ibunya. Kes penderaan Menik ini telah mendapat liputan yang meluas media di Indonesia dan pihak berkuasa Indonesia juga akan memberi perhatian terhadap isu penderaan tersebut. - Siakapkeli.com.my

IS Keluar Rakaman Suara Ketua Setelah Khabar Angin Terbunuh
Video yang dikeluarkan pada Julai lepas memaparkan dengan jelas gambar al-Baghdadi.
BAGHDAD - Kumpulan IS telah mengeluarkan satu rakaman audio yang didakwa milik ketua kumpulan tersebut, Abu Bakr al-Baghdadi, beberapa selepas khabar angin yang mengatakan ketua kumpulan itu cedera atau terbunuh dalam serangan udara di Iraq. Di dalam mesej sepanjang 17 minit itu, suara lelaki yang dikatakan al-Baghdadi itu tidak menyentuh mengenai apa yang berlaku dalam serangan itu, sebaliknya menyebut tentang perkembangan yang berlaku setelah serangan itu. "Yakinlah, wahai umat Islam, bahawa negeri anda dalam keadaan elok terbaik", katanya di dalam mesej tersebut. Mesej audio itu merupakan mesej yang pertama dikeluarkan Baghdadi sejak satu video yang dikeluarkan pada Julai lepas yang memaparkan visual Baghdadi sedang memberi khutbah ketika solat Jumaat. - Siakapkeli.com.my

Budak Lima Tahun Pakar IT Termuda Dunia
Ayan mencipta sejarah apabila bergelar pakar IT pada usia lima tahun.
AYAN Qureshi hanya berusia lima tahun, tetapi dia kini bergelar pakar teknologi maklumat (IT) bertauliah paling muda di dunia. Budak lelaki pintar ini sebelum ini perlu mendapat kebenaran khas untuk menduduki ujian yang dikendalikan syarikat perisian komputer terkemuka, Microsoft. Bagaimanapun, pencapaian Ayan sama sekali tidak mengecewakan apabila lulus cemerlang ujian Profesional Bertauliah Microsoft. Biasanya ujian itu diduduki calon di kalangan graduan kerana ia kemahiran yang sering mendapat perhatian pihak majikan. Ayan yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke enam sebulan lagi hampir terlepas peluang menduduki ujian itu kerana pemeriksa menganggap dia terlalu muda. Bagaimanapun, pihak Universiti Birmingham terpaksa menghubungi ibu pejabat Microsoft di Amerika Syarikat untuk memastikan Ayan mendapat kebenaran bagi menduduki ujian itu. Kanak-kanak berbakat dari Coventry, England membuktikan keupayaannya apabila dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan lebih awal daripada tempoh dua jam yang ditetapkan. - mStar online

Penduduk Cemas, Kelibat Harimau Dikesan Di Paris
PARIS: Kelibat seekor harimau yang merayau-rayau di sekitar daerah Seine-et-Marne menimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan penduduk kawasan itu.
Haiwan itu dipercayai terlepas dari Disneyland Paris yang terletak tidak jauh dari situ.
Kehadiran sang belang itu dikesan di tempat letak kereta di sebuah pasar raya, sebelum merakam pergerakan haiwan itu dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Susulan itu, polis dan pasukan bomba Perancis terpaksa dikerah untuk menjejaki haiwan itu, termasuk menggunakan helikopter. Penduduk bandar Montevrain kemudiannya memaklumkan pada laman Facebook mereka bahawa harimau itu dikesan berada di situ. "Haiwan itu ada di dalam belukar di belakang gelanggang tenis dan padang bola yang terletak hanya sembilan kilometer dari taman tema itu," katanya. Pihak berkuasa bandar dalam satu kenyataan berkata, polis dan pasukan penyelamat sudah berada di lokasi dan membuat kepungan menutup kawasan tersebut dan menasihatkan orang ramai tidak menghampiri kawasan tersebut. - AFP

Percaya Atau Tak, Kami Akan Cuba Apungkan Flor De La Mar
Kuala Lumpur: “Sama ada orang mahu percaya atau tidak, itu hak masing-masing tetapi saya dan pihak di Portugal sudah berdekad berusaha malah sebuah yayasan di Eropah sudah mempunyai segala maklumat diperlukan untuk mengapungkan bangkai Flor De La Mar.
“Sekarang Malaysia, Indonesia dan Portugal hanya perlu mendapatkan perjanjian tiga pihak untuk melakukan kerja menyelamatkan khazanah bernilai AS$2 bilion (RM6.5 bilion) itu,” kata Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) Tan Sri Dr Rahim Thamby Chik.
Menurutnya, cadangan meminta kerajaan mencari mekanisme terbaik mengapungkan kapal Portugis yang menyimpan khazanah zaman Kesultanan Melaka itu bukan dilakukan secara membuta tuli.
Antara gambar bangkai Flor De La Mar di dasar laut
“Saya tidak kisah kalau ada pihak tidak percaya kemampuan Malaysia mengapungkan bangkai kapal yang bersemadi di Selat Melaka sejak 1511 kerana sudah lama mengkaji perkara ini,” katanya di sini. Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, beliau dan kerajaan Portugal sudah lama membincangkan mengenai Flor De La Mar yang dipercayai terdampar di dasar Laut Aceh sejak mengetuai pentadbiran Melaka sekitar awal 1980-an. “Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri ketika itu mengarahkan saya dan juga Datuk Abu Hassan kini (Tan Sri Abu Hassan Omar) berjumpa dengan Suharto (Presiden Indonesia ketika itu) untuk menubuhkan jawatankuasa bersama. “Tun sendiri yakin dengan usaha mengapungkan bangkai kapal itu, tetapi malangnya Kabinet Indonesia ketika itu membuat keputusan membatalkan kerjasama itu sebab mahu memberi lesen mencari khazanah berkenaan kepada sebuah syarikat pencari harta karun di Amerika Syarikat,” katanya. Dr Mahathir ketika itu juga menunjukkan komitmen tinggi usaha berkenaan apabila menghantar dua rakyat Malaysia ke Portugal untuk mendalami bahasa republik di Semenanjung Iberia itu yang ditugaskan menjadi penterjemah tulisan sejarah dalam bahasa Portugis. Selepas mengadakan perjanjian dengan Portugal, Rahim berkata, Malaysia dihadiahkan pelbagai bahan rujukan dihasilkan penulis Portugis menceritakan lebih tepat mengenai tamadun Melaka ketika itu. Ditanya mengapa GABEM mengemukakan usul kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa mengendalikan projek mengapungkan kapal itu dan bukan pihak lain, Rahim berkata, beliau ada hubungan erat dengan Portugal.

2 Terbunuh dalam Pertempuran Antara Penunjuk Perasaan Anti Kerajaan dan Pihak Berkuasa Mesir
Bantahan anti kerajaan kerap diadakan di Mesir sejak Mursi dipenjarakan.
KAHERAH - MESIR . Pertempuran antara penunjuk perasaan anti kerajaan dan pihak berkuasa Mesir menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh, manakala berpuluh lagi mengalami kecederaan.
Media tempatan melaporkan, pertempuran tercetus di wilayah Giza di selatan ibu negara.
Penunjuk perasaan berkumpul secara aman di sebatang jalan di kawasan kejiranan Nahia, sebelum bantahan bertukar ganas selepas polis menyerbu perhimpunan tersebut.
Sementara itu, pelajar Mesir meneruskan protes anti kerajaan mereka di Universiti al-Azhar dan Universiti Kaherah.
Difahamkan, satu tunjuk perasaan besar-besaran diadakan selepas solat Jumaat hari ini bagi memprotes kepimpinan Presiden, Abdel Fattah al-Sisi.
Dalam perkembangan berkaitan, mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun ke atas 69 penyokong bekas presiden yang digulingkan Mohamed Mursi.
Sebuah mahkamah berasingan turut menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun ke atas 44 lagi penyokong Mursi termasuk seorang remaja.
Kesemua defendan didakwa atas kesalahan menganjurkan perhimpunan haram serta mempunyai hubungan dengan pergerakan Ikhwanul Muslimin, dipetik dari laporan Press TV.
TOP
4,693 laporan salah laku penjawat awam diterima SPRM
KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,693 laporan berkaitan salah laku rasuah membabitkan penjawat awam diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh lima tahun ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, berkata daripada jumlah itu, 1,077 kes disiasat sementara 847 penangkapan telah dibuat.
Katanya, dalm tempoh dua bulan lalu saja, pelbagai kes salah laku rasuah dilaporkan media membabitkan penjawat awam terutama anggota penguat kuasa.
"Sejumlah 30 pegawai kanan dan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) ditahan sejak 2 September lepas dalam operasi khas SPRM berhubung aktiviti rasuah yang juga membabitkan Pengarah Kastam negeri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Patrionisme JPA 2014 di Institut Tadbiran Awam Malaysia (INTAN), Bukit Kiara, sebentar tadi. - BH Online
TOP
13 Wanita Maut: Doktor Ditahan Kerana Bedah Guna Peralatan Kotor
NEW DELHI: Seorang doktor yang melakukan lebih 50,000 pembedahan pemandulan ditahan kerana didakwa menyebabkan kematian akibat cuai.
Doktor yang pernah menerima anugerah kira-kira 10 tahun lalu itu didakwa menyebabkan kematian pesakitnya kerana menggunakan peralatan kotor dan berkarat.
Pembedahan berkenaan dilakukan dalam bilik kotor di hospital swasta yang tidak digunakan di perkampungan Pandari, wilayah Chhattisgarh.
Baru-baru ini, Dr R K Gupta dikatakan melakukan pembedahan pemandulan 83 wanita dalam tempoh kurang tiga jam sehingga mengakibatkan beberapa kematian. Sekurang-kurangnya 14 wanita maut setakat ini, manakala puluhan lain masih mendapat rawatan, termasuk dalam keadaan kritikal. Bagaimanapun, doktor itu menafikan dia cuai dan kerajaan yang patut bertanggungjawab atas kejadian itu kerana peralatan dan ubat dibekalkan kerajaan untuk prosedur berkenaan adalah punca tragedi itu.
Malahan, dia juga membidas kerajaan supaya mengawal jumlah pesakit yang datang ke ‘kem’ perancang keluarga yang dikendalikannya. “Pentadbiran kerajaan sepatutnya menetapkan bilangan wanita yang boleh melalui prosedur ini. “Jika mereka beri saya 83 orang, saya perlu melakukan pembedahan ke atas mereka dan saya pasti dicemuh jika menolak,” katanya. Doktor itu juga mendakwa pekerja kesihatan memberi antibiotik dan ubat penahan sakit kepada semua pesakit selepas pembedahan. - Reuters

Juri Tidak Telus Punca Awie Enggan Sertai Muzik-Muzik
PETALING JAYA: Penyanyi Awie menjelaskan keengganannya menyertai separuh akhir Muzik-Muzik ke-29 (MM29) walaupun lagunya dicalonkan kerana tidak percaya dengan proses penghakiman yang disifatkannya sebagai tidak telus.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, berdasarkan pengamatannya, kebanyakan program berunsur pertandingan nyanyian sering dipolitikan manakala mereka yang menang dipilih berdasarkan kepada pilih kasih.
"Saya tidak suka dengan keadaan apabila pemenang diumumkan, peserta dan penonton akan memberikan wajah terkejut, wajah yang memberi erti 'betul ke dia menang?
"Keadaan itu juga membuatkan si pemenang tidak selesa bukan? Sebab itu saya tidak mahu sertai mana-mana pertandingan nyanyian termasuklah MM29. Saya takut pertandingan itu dipolitikkan," katanya kepada mStar Online.
Lagu Cinta Makrifat ciptaan sepenuhnya Eirma Fatima telah dicalonkan dalam MM29 dan akan bersaing pada 28 November ini (bahagian ketiga).
Ia bakal berentap dengan lapan lagu lain iaitu nyanyian Hafiz Hamidun (Jodoh Berdua), Akim & The Majistret (Mewangi), Indah Ruhaila (Percayalah), Alyah (Sesal Separuh Nyawa) serta Joe Flizzow dan Sona One (Apa Khabar).
Turut bertanding ialah Mawi dan Datuk AC Mizal (Al Haq Yang Satu), Yuna (Lelaki) dan Forteen (Tak Pernah Berjumpa).
Secara keseluruhannya, sebanyak 30 buah lagu yang akan ke peringkat separuh akhir MM29 sebelum berentap ke Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) yang dijadualkan pada Januari 2015.
Memandangkan Awie dan Erra tidak terlibat, penyanyi Marsha dan vokalis kumpulan Hyper Act iaitu Ronnie akan mengambil alih membawakan lagu tersebut.
Sementara itu tambah Awie, keengganannya tidak menyertai rancangan itu juga bukan kerana dia takut tewas dengan pesaing-pesaingnya yang terdiri daripada penyanyi muda.
"Sudah lama saya berada dalam industri ini dan saya sudah melalui rasa menang dan kalah dan perkara itu tidak perlu dilalui lagi. Bukan masanya untuk saya nak bersaing dengan mereka dan bukan juga kerana mahu menjaga reputasi.
"Tetapi cukuplah jika saya sekadar menjadi penyokong dari belakang. Saya mahu lihat industri seni muzik tempatan dipenuhi dengan orang berbakat. Jika orang lama terlibat dengan pertandingan seperti ini, maka sukarlah golongan muda mahu mengembangkan bakat mereka," tegasnya. - mStar online
TOP
Lelaki Ganggu Masya (Ceria Popstar 2) Sehingga Di Sekolah
PETALING JAYA: Penyanyi remaja iaitu Masya atau nama sebenar Siti Nur Masyitah mendedahkan dia sering diganggu lelaki tidak dikenali selepas menjuarai program Ceria Popstar musim kedua lalu.
Masya, 14, berkata, lelaki tersebut menghantar hadiah setiap hari di rumahnya, malah pernah menganggunya di sekolah ketika sedang belajar.
"Selepas menang Ceria Pop Star musim 2 pada Jun lalu kehidupan memang banyak berubah kerana saya lebih dikenali berbanding dahulu. Setiap hari ada budak lelaki bagi hadiah hantar di rumah dan ada juga yang datang sekolah saya semata-mata untuk berjumpa," ujarnya kepada mStar Online, pada Khamis.
Masya ditemui pada majlis pelancaran album Ceria Popstar musim 2, di pejabat Warner Music, di Menara TSR, di sini, Khamis.
Katanya, gangguan tersebut membuatkan dia agak rimas apabila dijadikan bahan ejekan rakan-rakan di sekolahnya. Namun dia tidak membuat sebarang laporan polis kerana gangguan tersebut tidak mengancam keselamatannya.
"Bila ada lelaki datang ke sekolah untuk jumpa saya ramai kawan-kawan sekolah yang ejek saya hingga buat saya rasa tidak selesa dan rimas. Tapi gangguan itu belum lagi sampai tahap mengancam keselamatan, cuma saya lebih berhati-hati terutama bila berjalan bersendirian," ujarnya.
Masya yang merupakan anak didik kepada penyanyi Hazama dalam pertandingan itu belajar di sebuah sekolah di Kulim, Kedah.
Dalam pada itu, Masya berkata, pendapatan sebagai penyanyi agak mengalakkan apabila dia banyak mendapat tawaran persembahan di sekitar Kedah.
Dia juga pernah menerima bayaran RM1,500 untuk satu majlis di negeri itu.
"Alhamdulillah rezeki selepas menang Ceria Popstar agak baik dan banyak persembahan saya ambil di sekitar Kedah.
"Oleh kerana saya masih bersekolah dan keluarga tidak mahu saya abaikan pelajaran, saya hanya mengambil persembahan wakti cuti sekolah sahaja," katanya.
Selain Masya album kompilasi Ceria Popstar 2 memuatkan enam buah lagu baharu nyanyian finalis program tersebut termasuklah Iqbal, Erissa, Jomego, Putri Ain dan Sheikh Basir.
Syarikat rakaman Warner Music mengambil kesempatan menerbitkan album berkenaan selepas enam peserta terbaik itu mendapat tontonan yang tinggi sehingga mencecah lebih 1 juta. - mStar Online
TOP
16 Pemandangan Cantik Terhasil Dari Keindahan Pokok
Pokok merupakan salah satu komponen penting yang diciptakan Tuhan di atas muka bumi ini. Tanpa pokok, maka tidak lengkaplah bumi ini.
Selain dari menjadi pembekal oksigen, tempat berteduh, air dan makanan, pokok juga boleh dikatakan mempunyai nilai seninya yang tersendiri. Di dalam artikel ini, kami bawakan beberapa gambar pemandangan yang cantik terhasil dari keindahan pokok itu sendiri.
1- Pokok Maple di Jepun
2- Pokok Baobab di Madagascar
3 - Pokok Dragon Blood di Yaman
4 - Taman Negara Sequoia
5 - Kawasan Palouse di Washington
6 - Joshua Tree National Park
7 - Lembah Cocora, Colombia
8 - Boardman, Oregon
9 - Pokok Tunggal Di Namibia
10 - Barisan Pokok Yang Cantik di Jepun
11 - Lorong Misteri
12 - Terowong Pokok Di Sepanyol
13 - Taman Negara Olimpik
14 - Pokok '0'
15 - Pokok Cyprus di Texas
16 - Pulau Vancouver di Kanada

MH17: Siasatan Diteruskan Hingga Ogos 2015
PETALING JAYA: Siasatan mengenai punca sebenar pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh akan diteruskan Ogos 2015.
"Pasukan Siasatan Bersama (JIT) yang menyiasat punca pesawat MH17 ditembak jatuh pada Julai telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penyiasatan selama sembilan bulan lagi," kata Menteri Kehakiman Australia Michael Keenan dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata JIT dianggotai oleh beberapa negara iaitu, Belanda, Ukraine, Australia, Belgium, Malaysia dan beberapa negara lain.
Keenan berkata sementara negara lain bersetuju untuk melanjutkan tempoh penyiasatan, Australia 'bertekad' untuk melanjutkan penyiasatan lebih lama melebihi daripada tempoh yang ditetapkan sehingga pihak yang sepatutnya dihadapkan ke muka pengadilan.
"Kerajaan Australia membuat keputusan untuk kembali ke tempat nahas dan ia merupakan keputusan bersama JIT dengan rakan daripada negara lain telah bersetuju untuk berbuat demikian apabila keadaan kembali selamat," katanya.
Keenan berkata mesyuarat peringkat tertinggi untuk membincangkan isu berkenaan akan diadakan di Ukraine minggu ini bersama dengan pimpinan tertinggi di negara tersebut.
MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, kejadian tersebut mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal yang berada dalam pesawat berkenaan, termasuk 43 rakyat Malaysia. - mstar online
TOP
Tiga Pelukis Pahang Sertai Bazar Seni Di Milan
Karya yang memfokuskan mawar hasil kerja tangan Najihah.
PETALING JAYA: Tiga pelukis Pahang bakal melakar sejarah tersendiri apabila dipilih menjadi sebahagian delegasi Malaysia untuk mempersembahkan hasil karya mereka di Milan, Itali mulai hujung bulan ini. Bernaung di bawah Rajawali Art Group di Kuantan, ketiga-tiga pelukis ini, Najihah Lee Abdullah, Mohd Nazri Mat Sood dan Osman Limat disunting Balai Seni Visual Negara untuk menyertai L'artigiano In Fiera, sebuah acara bazar seni mulai 29 November sehingga 8 Disember ini. Semuanya 10 wakil Malaysia akan mempertaruhkan hasil seni masing-masing. Pelukis Pahang, Najihah berkata, dia sangat gembira dan berasa dihargai apabila dipilih ke festival itu dan berazam menghasilkan lukisan bermutu tinggi mengikut aliran seni lukis yang dilaluinya.
Najihah yang terkenal dengan lukisan bunga-bungaan bersaiz gergasi namun menawan.
“Saya akan membawa 10 lukisan pelbagai saiz serta menyiapkan sekurang-kurangnya lima lukisan lagi secara 'live' di Milan,” katanya yang juga seorang guru sekolah menengah di Kuantan dan bekas penuntut jurusan seni halus di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Menjadikan anatomi bunga mawar sebagai subjek kajian utama dalam lukisannya, kata Najihah, bunga itu mempunyai pelbagai signifikan dalam kehidupan seharian, termasuk politik, agama dan konflik. “Manusia juga sering mengungkapkan mawar untuk menzahirkan rasa kasih sayang, selain digunakan sebagai wahag perubatan sufi,” katanya yang mewakili dua rakannya mengharapkan sokongan kerajaan Pahang terutama dalam bentuk kewangan untuk mereka bertiga di Itali nanti. Sementara itu, Mohd Nazri pula berkata, dia juga teruja apabila namanya dipilih untuk mewakili Malaysia di Milan.
Nazri sedang asyik menyiapkan hasil seni bukan sahaja untuk kepuasan diri, malah umum.
Dia yang berpengalaman menjadi pelukis kulit buku dan novel berkata, tumpuan lukisannya ialah ayam serama. “Sejak lama dulu saya tertarik kepada keindahan ayam serama dan apa salahnya jika kita pamerkan keistimewaan itu di negara orang,” katanya.
Ayam serama adalah identiti Nazri.
Selain melukis ayam, Nazri juga bercadang menghasilkan lukisan potret di Milan nanti.
Osman sedang menyiapkan hasil karyanya
Seorang lagi pelukis dari kumpulan seniman Rajawali ialah bekas pembantu jurulatih sukan berbasikal kebangsaan, Osman Limat. Beliau yang berpengalaman menyertai pameran seni di sekitar rantau ini meletakkan harapan untuk mengharumkan nama Pahang dan Malaysia di peringkat global.- mstar online

Calon SPM Trauma Selepas Kejadian Puting Beliung
ALOR SETAR: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Kampung Sungai Nonang, Simpang Empat dekat sini yang masih trauma dengan kejadian puting beliung yang menimpa keluarganya semalam, menguatkan semangatnya untuk menduduki peperiksaan itu pagi Khamis.
Nurul Atikah Jamal, 17 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd Aziz, Simpang Empat dekat sini hari ini menduduki peperiksaan mata pelajaran Sejarah Kertas 3.
Anak ketiga dari lima beradik itu berkata ketika dalam dewan peperiksaan pagi tadi dia mampu menjawab peperiksaan dengan baik walaupun perasaan trauma mengenai kejadian yang menimpa keluarganya bermain di fikirannya.
Katanya dia bertuah kerana rakan-rakan dan guru sekolahnya telah berjumpa dengannya selepas mengetahui kejadian itu menimpa keluarganya serta memberi semangat untuknya memberi fokus kepada peperiksaan yang bakal menentukan masa depannya nanti.
"Saya bersabar dengan ujian ini dan saya harap kejadian ini tidak melunturkan semangat saya untuk hadapi baki empat laki kertas peperiksaan iaitu Matematik Tambahan, Geografi, Sains dan Ekonomi Rumah Tangga," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini.
Nurul Atikah berkata dia terpaksa menumpang di rumah seorang rakan di Taman Bersatu, Simpang Empat dekat sini selepas rumahnya rosak teruk dipukul puting beliung kira-kira pukul 2.45 petang Rabu.
Katanya dia tidak dapat memberi fokus ketika mengulangkaji pelajaran di rumah rakannya kerana memikirkan ahli keluarganya yang terpaksa tinggal dalam keadaan rumah mereka rosak dan bergelap kerana tiada bekalan elektrik.
"Semua buku empat mata pelajaran yang tinggal basah terkena air hujan. Saya syukur sebab ada rakan-rakan sudi meminjamkan buku mereka kepada saya untuk mengulang kaji sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan itu," katanya.
Menceritakan detik cemas petang semalam, Nurul Atikah berkata ketika terdengar deruan angin kuat dia melihat pusaran angin besar melalui tingkap rumahnya sebelum berlari bersama ibu dan dua adiknya, seorang lelaki dan seorang perempuan, ke dalam sebuah bilik.
Katanya mereka yang ketakutan ketika itu berpeluk sesama sendiri kerana takut selepas melihat pusaran angin itu menerbangkan bumbung rumah jirannya dalam sekelip mata.
Dalam kejadian itu sebanyak 19 buah rumah terlibat di mana enam rumah rosak teruk pada bahagian bumbung. Tiada kecederaan dilaporkan.- mstar online
TOP
Kerajaan P.Pinang Setuju Ganti PPS Dengan Kepolisan Komuniti
KUALA LUMPUR: Kerajaan Pulau Pinang akhirnya bersetuju untuk menggantikan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) kepada kepolisan komuniti, dan pihak polis akan memberi sokongan penuh kepada unit berkenaan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Dalam Negeri berkata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah bersetuju dengan cadangan kementerian tersebut untuk menukar PPS kepada unit kepolisian komuniti dalam perbincangan yang diadakan di bangunan Parlimen pada Rabu.
"Saya gembira atas kesediaan beliau (Lim) mencari jalan penyelesaian secara baik dalam menyelesaikan isu PPS. Saya berharap ia boleh dilaksanakan secepat mungkin," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Bukit Aman pada Khamis.
Baru-baru ini KDN mengisytiharkan PPS Pulau Pinang sebagai sebuah pertubuhan haram dan merampas semua asetnya kerana ia tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
PPS yang ditubuhkan kerajaan negeri pimpinan DAP lima tahun lepas dilaporkan mempunyai 296 kumpulan yang beroperasi di 40 kawasan dengan memperoleh sumber kewangan daripada kerajaan negeri.
Ia diwujudkan bagi membanteras jenayah dan membantu kerja-kerja sukarela. - mstar online
TOP
Tiada Sebab Harga Sayuran Cameron Highlands Naik
KUALA LUMPUR: Sepatutnya tiada kenaikan mengejut harga sayur-sayuran dari Cameron Highlands kerana insiden tanah runtuh dan banjir kilat baru-baru ini hanya menjejaskan kawasan ladang yang beroperasi secara haram.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ladang yang beroperasi secara sah di Cameron Highlands mengeluarkan kira-kira 1.5 juta tan metrik sayur-sayuran setiap tahun dan ladang-ladang tersebut masih beroperasi seperti biasa.
"Adalah tidak masuk akal untuk peniaga menyalahkan insiden yang berlaku di Cameron Highlands sebagai punca kenaikan harga kerana bekalan masih diperolehi dari sana.
"Kami belum menerima sebarang laporan berhubung kekurangan bekalan dan akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan tiada kenaikan harga sayuran secara mendadak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar melibatkan Peladangnita di sini, Khamis.- mstar online
TOP
Johor Sasar Tawar Lima Produk Pelancongan Global Menjelang 2017
Air terjun Upeh Guling di Taman Negara Endau Rompin yang sering dikunjungi pelancong dalam dan luar negara.
JOHOR BAHARU: Johor menyasar mempunyai lima produk pelancongan berkepentingan global menjelang 2017 dalam usahanya untuk merancakkan lagi industri pelancongan negeri. Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Johor tidak boleh ketinggalan dalam usaha menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negeri. "Pertama, ialah membangunkan alam sekitar Endau Rompin sebagai pusat pelancongan dan penyelidikan alam sekitar terulung di Asia Tenggara," kata beliau ketika membentangkan Bajet Johor 2015 di Dewan Undangan Negeri, Kota Iskandar, di Nusajaya, Khamis. Selain itu, kerajaan negeri turut berhasrat memelihara dan membangunkan Tanjung Piai, Pulau Kukup dan Sungai Pulai sebagai tapak rekreasi dan penyelidikan paya bakau berkepentingan antarabangsa yang mesti dilawati. Produk pelancongan ketiga pula melibatkan usaha untuk menjadikan Johor sebagai pusat kebudayaan Melayu utama dunia, katanya. Mohamed Khaled berkata, Johor harus di kenali sebagai destinasi yang mempamerkan ketinggian budaya Melayu yang unik, selain menjadi pusat busana, seni, tarian, bahasa serta warisan Melayu. Selain itu, katanya, kerajaan negeri turut menyasar menjadikan Johor sebagai pusat persidangan bertaraf antarabangsa selain hab pelancongan untuk keluarga. Antara tarikan pelancongan keluarga sedia ada di Johor termasuklah Legoland, Hello Kitty World, Johor Premium Outlet, Desaru, Angry Bird, aktiviti rekreasi Gunung Ledang dan pelbagai tarikan lain. Menteri Besar juga berkata kerajaan persekutuan menerusi Pihak Berkuasa Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah memperuntukkan RM31.4 juta untuk membangunkan prasarana eko pelancongan dengan konsep Hutan Hujan ke Terumbu Karang di Taman Negara Endau Rompin. Projek itu katanya, akan dilaksanakan secara berfasa mulai tahun depan dan siap dalam tempoh lima tahun. - mstar online

Tarif Air Baharu Di Sabah Bermula 1 Januari 2015
KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu membayar bil air yang lebih tinggi sekiranya mereka melebihi penggunaan asas dibawah kadar baharu tarif air yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2015.
Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, kadar rata semasa 90 sen bagi satu meter padu air yang kekal sejak 1982 akan disusun semula dalam usaha mengatasi kos pengurusan air yang semakin meningkat di samping menggalakkan pemuliharaan kualiti air.
Katanya, purata seisi rumah memerlukan kira-kira 21 meter padu air setiap bulan untuk memasak, minum dan tujuan pembersihan.
"Tarif baharu itu akan dibuat berdasarkan kaedah tarif blok dimana pengguna akan membayar pada kadar yang lebih murah sekiranya penggunaan mereka sedikit," katanya.
Dibawah penstrukturan tarif baharu itu, kadar akan dibahagikan kepada 11 kategori utama iaitu, Domestik 1 (individu), Domestik 2 (apartmen, kondominium dengan kemudahan/meter pukal) dan Domestik 3 (rumah pangsa tanpa kemudahan/meter pukal).
Kategori lain adalah komersial (perkhidmatan, perniagaan dan pejabat), industri (kilang dan lain-lain), kerajaan, rumah ibadat, kebajikan, depot air, perkapalan dan kecemasan.
Pairin mengumumkan kadar tarif baharu itu ketika penggulungan bajet 2015 sebanyak RM3.8 bilion bagi negeri itu.- mstar online
TOP
Baucar RM1,000 Untuk Pembeli Rumah Kos Rendah Di Johor
JOHOR BAHARU: Kerajaan Johor akan memberi baucar bernilai RM1,000 kepada pembeli rumah kos rendah di negeri ini bagi meringankan beban mereka untuk memilik rumah, bermula 1 Januari 2015.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, baucar berkenaan boleh dituntut dari Bahagian Perumahan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan akan diberikan semasa pembeli mengambil kunci rumah yang sedia diduduki.
"Kerajaan sedar dan peka terdapat kos yang terpaksa ditanggung pembeli rumah kategori kos rendah dan sederhana. Secara purata, setiap pembeli yang membeli rumah kos rendah terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM2,000 bagi pembayaran kos seperti fi perjanjian jual beli, duti setem, deposit air dan elektrik serta lain-lain.
"Oleh demikian, kerajaan negeri mengambil inisitaif untuk memberikan baucar RM1,000 kepada pembeli bagi membantu mereka meringankan beban," katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2015 bertemakan "Membangunkan Johor Secara Inklusif" di Dewan Undangan Negeri Johor, Kota Iskandar, Nusajaya, dekat sini Khamis.
Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri juga bersedia menjual rumah-rumah miliknya melalui skim sewa beli dengan sasaran 5,000 unit mulai tahun depan bagi memenuhi keperluan sebahagian rakyat berpendapatan rendah.
Beliau berkata, ini termasuk 1,000 unit rumah berharga antara RM42,000 dan RM80,000 yang akan disewa beli oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) untuk diduduki sementara secara percuma oleh penerima bantuan zakat dan golongan asnaf fakir miskin.
Mohamed Khaled berkata antara perumahan terlibat ialah Rumah Pangsa Taman Cendana 1 dan 2 di Pasir Gudang, Rumah Pangsa Kangkar Pulai, Rumah Pangsa Seri Alam dan Rumah Pangsa Kos Rendah bagi penempatan semula setinggan yang terlibat dengan pembinaan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL).
Sementara itu, kerajaan negeri melalui Perbadanan Islam Johor mengenal pasti kawasan seluas enam hektar di Telok Jawa dan 5.6 hektar di Larkin, di sini, untuk pembangunan Taman Perbadanan Islam, tahun depan.
Kedua-dua taman yang dijangka siap dalam tempoh 36 bulan itu akan diwartakan sebagai rezab Melayu bagi mengimbangi dan mengurangkan jurang pemilikan hartanah Melayu di bandar raya ini.
"Rumah yang selesa akan memberikan kesihatan yang baik dan institusi keluarga yang kukuh. Rumah adalah keperluan asas dan kerajaan negeri sentiasa berazam memastikan setiap warganya mempunyai tempat perlindungan sesuai dan selesa," katanya. - mstar online
TOP
"Hidup Kami Bahagia Dan Gembira" - Tasha Shilla
"KAMI bahagia..." Kata Tasha Shilla mengenai hubungannya dengan Han. Pasangan ini juga mengesahkan mereka akan berkahwin pada tahun hadapan dan hubungan itu mendapat restu keluarga.
- mstar online
- mstar online
TOP
Isu Gambar Bogel Beri Kekuatan Pada Rain
Rain
RAIN disifatkan menjadi lebih kuat selepas isu gambar bogelnya tersebar di Internet sebelum ini. Bagaimanapun jurucakap peguamnya bertegas, perbuatan menyebarkan berita palsu itu sebagai sesuatu yang tidak bermaruah. Malah lebih memburukkan keadaan apabila timbul tuduhan gambar berkenaan tersebar dari telefon bimbit milik Kim Tae Hee. “Ia satu tindakan yang kebudak-budakan dan kami percaya mereka yang melakukan perbuatan itu mempunyai niat jahat,” kata jurucakap itu. Ujarnya, walaupun sesetengah pihak tidak mempercayai perkara itu namun masalah mula timbul apabila peminat Rain di Jepun dan China menganggap gambar itu adalah benar. Maka katanya, satu tindakan undang-undang harus diambil kepada pihak yang bertanggungjawab. – M Wave

Bruce Jenner Rancang Tukar Jantina
Bruce Jenner dilihat semakin feminin selepas membuat pembedahan plastik baru-baru ini.
SEJAK akhir-akhir ini, ramai yang terkejut dengan perubahan imej Bruce Jenner apabila dia dilihat lebih bersifat feminin. Terbaharu, menurut laporan Dailymail, ayah tiri Kim Kardashian itu dikatakan sedang merancang untuk menukar jantina pula. Ini dapat dilihat dengan perubahan wajah Bruce yang ketara selain bentuk tubuh badannya yang dilihat semakin berbeza.
Wajah Bruce (kiri) masih lagi normal sebelum berpisah dengan Kris.
Beberapa bulan lalu, Bruce telah mengumumkan perpisahannya dengan Kris Jenner. Walaupun pasangan itu masih belum rasmi bercerai, namun kedua-dua mereka memilih untuk menjalani kehidupan masing-masing. Sumber memberitahu kepada US Magazine, perpisahan tersebut sememangnya sudah lama diharapkan oleh Bruce. Ini kerana perhubungannya dengan Kris membuatkan dia terpaksa menyembunyikan sisi feminin dalam dirinya. Bagaimanapun sehingga saat ini, tiada seorang pun daripada keluarga Kardashian atau Jenner memberikan pengesahan tentang perancangan Bruce untuk menukar jantinanya.- mstar online

Rangka Manusia Ditemui Dalam Tangki Najis di Banglo Bukit Damansara
KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita dipercayai warga asing ditemui tanpa kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki di dalam tangki kumbahan di sebuah rumah banglo di Jalan Seri Murni 11, Bukit Damansara, di sini, Khamis.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mayat mangsa, dipercayai warga Indonesia, ditinggalkan di dalam tangki tersebut kira-kira dua hingga tiga minggu.
"Kita menerima laporan daripada orang awam yang tinggal berdekatan kerana terdapat bau yang busuk dari rumah berkenaan.
"Hasil siasatan awal polis mendapati, wanita itu dipercayai dibunuh." katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.
Beliau berkata ekoran penemuan itu, seramai lapan lelaki warga Bagladesh ditahan berhubung kes tersebut dan polis masih menyiasat motif kejadian.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata sebuah jentera dan enam anggota bomba dari Balai Bomba Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Pada pukul 9.37 malam, penyelia operasi melaporkan telah menyedut air menggunakan pam angkut dan mendapati terdapat mayat seorang wanita tanpa kepala, tangan dan kaki.
"Hanya tinggal badan dan diserahkan kepada pihak polis," katanya dalam kenyataan media.
Rangka tersebut akan di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. - mstar online
TOP
Neymar Jaring Dua Gol, Brazil Atasi Turki
Neymar.
NEYMAR menjaringkan dua gol untuk Brazil ketika menundukkan Turki 4-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Istanbul, awal pagi Khamis. Ternyata, Brazil bukan pasukan tandingan Turki yang pernah dimalukan Jerman 7-1 pada aksi separuh akhir Piala Dunia yang lalu. Neymar meletakkan Brazil di depan seawal minit ke-20 sebelum Semir Kaya menjaringkan gol ke gawang sendiri empat minit kemudian. Pemain tengah Chelsea, Willian, menjaringkan gol ketiga untuk Brazil sebelum tamat aksi babak pertama. Bintang Barcelona, Neymar melengkapkan gol keempat pada minit ke-60. Ia juga merupakan gol ke-42 Neymar dalam aksi antarabangsa.
Turki kini menduduki tangga tercorot Kumpulan A dengan mengumpul satu mata daripada tiga perlawanan.
Anak buah Dunga itu juga akan berdepan Kazakhstan di Istanbul untuk aksi kelayakan Euro 2016 pada Ahad ini.
Barisan pemain:
TURKI: Volkan Demirel, Semih, İsmail, Bekir, Ozan, Mehmet Topal, Bilal, Hamit, Arda, Umut, Mevlüt.
BRAZIL: Alves, Danilo, Miranda, David Luiz, Filipe Luis, Luiz Gustavo, Fernandinho, William, Neymar, Oscar, Luiz Adriano.

Usaha Bersama Jadikan Apec Rantau Paling Dinamik Di Dunia
BEIJING: Para pemimpin 21 ekonomi anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec), yang memuktamadkan mesyuarat mereka di sini, pada Selasa, telah membuktikan bahawa dengan usaha bersama, rantau ini telah menjadi yang paling dinamik di dunia, menawarkan potensi pertumbuhan amat besar.
Para pemimpin komited untuk berganding bahu membentuk masa depan menerusi perkongsian Asia Pasifik dalam semangat saling hormat menghormati dan saling percaya, keterangkuman, kerjasama sama-sama menang dan memberi sumbangan kepada pembangunan jangka panjang serta kemakmuran bersama di rantau ini.
"Belum pernah sebelum ini Dunia amat memerlukan Asia Pasifik yang harmoni, stabil dan makmur.
"Kami berjanji untuk melaksanakan pembaharuan Apec, menambah baik mekanisme kerjasamanya dan melaksanakan matlamat dan pelan tindakan, dengan sasaran memastikan perkumpulan ini memainkan peranan lebih aktif dalam menyelaras dan menerajui Asia Pasifik.
"Kami memuji peranan utama yang dimainkan oleh Majlis Penasihat Perniagaan Apec dalam mengukuhkan perkongsian awam-swasta dan menggalakkan kerjasama Apec dalam pelbagai bidang.
"Kami juga berjanji untuk mengukuhkan sinergi Apec dengan organisasi dan forum kerjasama antarabangsa dan serantau relevan menerusi penyelarasan dan kerjasama, serta membolehkan perkumpulan memainkan peranan penting dalam sistem tadbir urus global," kata para pemimpin dalam satu kenyataan bersama.
Para pemimpin berkata mereka berpuas hati dengan pencapaian positif, bermakna dan yang membuahkan hasil daripada mesyuarat ini dan menghargai usaha keras China untuk memastikan kejayaan penganjurannya.
"Kami komited untuk menyokong tuan rumah mesyuarat Apec pada masa depan, termasuk Peru, Vietnam, Papua New Guinea, Chile, Malaysia, New Zealand dan Thailand, yang akan menganjurkan mesyuarat ini masing-masing pada 2016, 2017, 2018, 2019, 2020, 2021 dam 2022," kata mereka.
Filipina akan menjadi tuan rumah mesyuarat Apec tahun depan.
Antara sorotan utama bagi Malaysia ialah mesyuarat dua hala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan beberapa pemimpin.
Mesyuarat dengan Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menterinya Li Keqiang adalah yang paling istimewa, kata Najib.
"Kita dapat sesuatu yang istimewa kerana dalam kalangan pemimpin sedia ada, saya satu-satunya pemimpin yang dapat berjumpa kedua-dua mereka.
"Pemimpin lain ada berjumpa, tetapi hanya salah seorang daripada mereka sahaja," kata beliau.
Semasa mesyuarat dua hala dengan Najib, Xi menyifatkan Malaysia sebagai rakan karib dan rakan kongsi yang boleh dipercayai.
Xi berkata ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara merupakan lembaran yang menakjubkan dalam sejarah, dan hubungan amat baik yang dinikmati oleh kedua-dua pihak harus dijadikan sebagai model hubungan antara kedua-dua negara.
Beliau juga berkata hubungan antara kedua-dua negara itu telah meningkat ke takuk yang lebih tinggi, yang turut dipersetujui oleh Li.
Najib dan Xi membincangkan pelbagai isu, termasuk pendekatan untuk menangani isu Laut China Selatan, kehilangan pesawat MH370, pembiayaan kerja pembinaan bagi universiti utama China, kampus Xiamen University Malaysia, pembentukan kerjasama pertahanan yang lebih erat antara kedua-dua negara.
Sementara itu dalam pertemuan beliau dengan Li, perdana menteri China itu memberi tahu Najib bahawa negara tersebut akan menyokong pembinaan Taman Perindustrian China-Malaysia Qinzhou dan Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan, serta terus menggalakkan syarikat China melabur di Malaysia.
Li juga melahirkan kesediaan China untuk aktif menyertai projek pembinaan landasan kereta api di Malaysia, bagi mengukuhkan lagi kerjasama kewangan dengan Malaysia kerana kedua-dua negara baru sahaja memeterai perjanjian penyelesaian penjelasan renminbi semasa kunjungan Najib ke sini.
Najib bertemu Li diikuti mesyuarat bersama Xi dan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, CY Leung.
Kemudiannya, pada mesyuarat dua hala bersama Presiden Russia, Vladimir Putin, kedua-dua pemimpin berbincang mengenai isu MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.
Najib menggesa Putin membantu memberikan kebenaran masuk sepenuhnya ke tapak nahas apabila satu siasatan awal merumuskan bahawa pesawat itu ditembak jatuh oleh 'objek berkuasa tinggi'.
Putin berkata Russia akan membantu menyelesaikan masalah itu bersama Malaysia.
Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang termasuk 44 rakyat Malaysia dan anak kapal, terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembah jatuh di ruang udara negara tersebut.- mstar online
TOP
MOA-Chile Kerjasama Projek R&D Penanaman Bijirin Golden Grain
PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dijangka memulakan kerjasama yang pertama dengan kerajaan Chile pada tahun hadapan bagi kajian dan pembangunan (R&D) projek penanaman bijirin Golden Grain.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, projek penanaman bijirin tersebut membolehkan Malaysia dan Chile meluaskan kerjasama mereka lebih dari sekadar aktiviti perdagangan dua hala semata-mata.
"Tanaman ini biasanya ditanam di kawasan berhawa sederhana, jadi melalui projek ini, Institut Penyelidikan Pertanian Chile dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) akan bekerjsama untuk menghasilkan benih Golden Grain yang dapat ditanam di kawasan beriklim tropika," katanya.
Tajuddin sebelum ini menerima kunjungan hormat Duta Republik Chile ke Malaysia, Christian Rehren yang turut menyerahkan kertas projek untuk kerjasama tersebut.
Katanya, projek yang sama juga sedang dilakukan di Vietnam bagi membolehkan Golden Grain ditanam di kawasan yang mempunyai iklim yang sama di negara itu.\
"Kita melihat potensi Golden Grain bukan hanya untuk ditanam di negara ini, tetapi kita mahu menghasilkan benih yang mampu tumbuh di kawasan beriklim tropika untuk tujuan eksport,"katannya.
Golden Grain, bijirin yang kaya dengan khasiat asid amino, tinggi kandungan protein dan merupakan bijirin yang menjadi kegemaran dalam kalangan rakyat Eropah.
Di samping itu, Tajuddin berkata, pihaknya turut menjemput pengusaha industri perikanan dari Chile yang terkenal dengan kepakaran mereka dalam penangkapan ikan di laut dalam untuk bekerjasama dengan pihak kementerian.
"Mereka merupakan pengeluar dan pengeksport yang besar kepada pasaran dunia seperti Jepun, China dan Amerika Syarikat untuk hasil ikan laut dalam seperti tuna, salmon dan sebagainya," katanya.
Justeru, katanya, kerjasama mereka amat diperlukan terutamanya dari segi kepakaran teknologi dalam membantu industri perikanan di negara ini bagi memajukan perusahaan tangkapan laut dalam.
Selain itu, Tajuddin berkata, Chile juga berpotensi untuk menjadi pengeksport daging kambing dan lembu halal ke Malaysia, namun perkara itu masih di peringkat kajian.- mstar online
TOP
TH Sasar Lebih RM60 Bilion Nilai Simpanan Pendeposit Pada 2015
KUALA LUMPUR:Tabung Haji (TH) menyasarkan nilai simpanan pendepositnya akan meningkat melebihi RM60 bilion menjelang akhir tahun depan.
Ketua Pegawai Pelaburan TH, Abdul Kadir Sahlan berkata sehingga kini, nilai simpanan deposit TH adalah sebanyak RM52 bilion dan dijangka terus meningkat sehingga RM52.5 bilion menjelang akhir tahun ini.
"Secara purata jumlah simpanan pendeposit TH akan meningkat sebanyak 17 peratus setiap tahun," katanya ketika ditemui media di Majlis Penyampaian Sumbangan Program Iqra TH 2014 Peringkat Wilayah Persekutuan, di SK Setapak Indah di sini, Khamis.
Abdul Kadir mewakili Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail.
Katanya, sehingga 31 Oktober lepas, TH mempunyai seramai 8.56 juta pendeposit dengan bilangan pendeposit baharu pada tahun ini seramai 395,455 orang.
Dalam pada itu, Abdul Katir berkata bagi tahun depan TH masih menumpukan aspek pelaburan dalam sektor hartanah, perladangan dan ekuiti.
Sementara itu, melalui projek Iqra', TH pada hari ini menyampaikan agihan zakat pendidikan bernilai RM235,000 kepada 470 pelajar daripada 30 sekolah di sekitar Wilayah Persektuan.
Zakat pendidikan sebanyak RM500 bagi setiap pelajar itu berupa kelengkapan sekolah bernilai RM200 dan wang tunai RM300.
Wilayah Persekutuan merupakan lokasi ketujuh menerima zakat pendidikan itu dan akan disusuli negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.
Projek Iqra' adalah antara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) TH bagi kalangan pelajar kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan.
Pada tahun ini TH mengagihkan zakat pendidikan berjumlah RM2.3 juta kepada 4,530 pelajar daripada 194 sekolah di seluruh negara.- mstar online
TOP
Johor Bentang Bajet Lebihan Empat Tahun Berturut-turut
Mohamed Khaled Nordin
JOHOR BAHARU: Buat empat tahun berturut-turut sejak 2012, Kerajaan Johor membentangkan Bajet 2015 dengan lebihan apabila kutipan hasil melebihi perbelanjaan mengurusnya. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kutipan hasil adalah RM 1.239 bilion berbanding perbelanjaan mengurus RM1.235 bilion dengan lebihan yang dicatatkan sebanyak RM3.82 juta. "Daripada segi kutipan hasil, hasil cukai dianggarkan sebanyak RM425 juta, hasil bukan cukai RM607 juta dan terimaan RM205 juta," kata beliau ketika membentangkan Bajet Johor 2015 di Dewan Undangan Negeri, Kota Iskandar dekat Nusajaya, Khamis. Di bawah Peruntukan Mengurus katanya, sejumlah RM384 juta diperuntukkan bagi Emolumen, RM307 juta untuk Perkhidmatan dan Bekalan, RM494 juta untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, manakala RM21 juta disediakan untuk Pembelian Aset dan RM28 juta untuk perbelanjaan lain. Perbelanjaan Pembangunan pada tahun depan, menurut Mohamed Khaled, adalah sebanyak RM366 juta dengan RM260 juta untuk Perbelanjaan Infrastruktur dan Kemudahan Pentadbiran, RM39 juta untuk Pembangunan Agama Islam dan RM20 juta program Pertanian dan Kemudahan Asas. Kerajaan negeri menerusi Perbelanjaan Pembangunan katanya, juga menyediakan RM31 juta bagi projek Pengairan dan Saliran, RM2 juta bagi perumahan dan RM12 juta untuk Perhutanan dan Pelancongan. Mengenai prestasi ekonomi negeri katanya, Johor mencatat pertumbuhan ekonomi 4.9 peratus tahun lepas melebihi kadar pertumbuhan nasional sebanyak 4.7 peratus. "Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan bagi tahun 2013, Johor menjadi antara penyumbang utama kepada momentum pertumbuhan nasional selain Lembah Klang, " katanya. Bagi keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Johor tahun lepas, ia telah merekodkan nilai sebanyak RM72.28 bilion yang secara konsisten didominasi oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan, katanya. Beliau berkata pada tahun ini, KDNK Johor dijangka mampu mencapai pertumbuhan antara 5.6 peratus hingga 6.1 peratus. Pertumbuhan tinggi KDNK negeri itu katanya, didokong oleh pelaburan tinggi tahun lepas dengan sektor pembuatan mencatat pelaburan tertinggi mencecah RM18. 7 bilion sehingga Julai tahun ini, mengatasi nilai pelaburan tahun lepas sebanyak RM14.4 bilion. Daripada RM18.7 bilion itu, kata beliau, sebanyak RM12.7 bilion merupakan pelaburan langsung tempatan dan RM5.9 bilion adalah pelaburan langsung asing. Peningkatan pelaburan itu merupakan penerimaan pelaburan yang tertinggi yang belum dicapai pada tahun-tahun sebelumnya dan ini memberi keyakinan Johor mempunyai kekuatan dalaman dan tidak bergantung kepada pelaburan asing sahaja, kata beliau. Bagi memastikan prestasi pembangunan ekonomi negeri kekal berdaya maju kata Mohamed Khaled, kerajaan negeri kini di peringkat akhir penyediaan Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor. Pelan itu katanya, turut mengambil kira perancangan terkini yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Pihak Berkuasa Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi memastikan pembangunan yang lebih menyeluruh dan memanafaatkan lebih ramai rakyat Johor. - mstar online

Iriz Harapan Baharu Proton
Model Iriz menampakkan kesungguhan Proton untuk menghasilkan kereta berkualiti.
JIKA sebelum ini kualiti kereta keluaran Proton ada kalanya diragui, tetapi kemunculan ahli baharunya, Iriz membawa syarikat pembuat kereta nasional itu selangkah ke hadapan.
Kini, model Iriz menampakkan kesungguhan Proton mahu menghasilkan kereta yang berkualiti.
Malah, jika dikira dari segi peletakan harga, ia diangkat sebagai model pesaing kepada Perodua Myvi, keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).
Setakat ini, Proton menerima sebanyak 30,000 tempahan untuk model Iriz.
Model iriz didatangkan dengan dua spesifikasi enjin.
Iriz dikuasakan dengan enjin baharu yang dibangunkan Proton, Teknologi VVT dengan tawaran dua spesifikasi enjin, 1.3L dan 1.6L.
Ia merangkumi varian Standard dan Eksekutif untuk 1.3L dan Eksekutif, dan Premium untuk 1.6L, sama ada transmisi automatik atau manual.
Sewaktu sesi pandu uji dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dan kembali, dengan enjin 1.6L, kawalannya cukup selesa dan menyakinkan walaupun bersaiz kompak.
Ia mungkin dibantu melalui pemasangan teknologi yang tidak pernah ada pada model-model Proton yang lain sebelum ini iaitu kuasa stereng elektrik (EPS), selain disertakan sekali sistem brek antikekunci (ABS) dan kawalan kestabilan elektronik (ESC).
Paparan skrin LCD untuk varian 1.6L.
Kereta ini juga mendapat penarafan keselamatan lima bintang menerusi Program Penilaian Kereta Baharu (NCAP) ASEAN, sekali gus menaikkan lagi nilai tambah Iriz.
Antara kelebihan yang terdapat pada varian 1.6L ialah seperti keyless entry, butang penghidup enjin, cermin sisi automatik, lampu siang (DRL), kemudahan WiFi 4G, sistem audio yang lebih baik dan enam beg udara.
Bagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan yang mungkin boleh dipertingkatkan oleh Proton pada masa akan datang untuk memantapkan kualiti Iriz.
Penulis menyedari bunyi kitaran enjinnya sedikit kuat tetapi bunyi tersebut hanya dikesan jika memandu laju menghampiri 140 kilometer sejam.
Namun, masalah itu tidaklah menjejaskan keseluruhan pemanduan.
Ruang bonet yang luas.
Iriz dilancarkan oleh secara rasmi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 26 September lalu.
Spesifikasi > Proton Iriz Premium
Enjin: 1.597cc, 4-inline, Teknologi VVT
Kuasa Maksimum: 107 bhp pada 5,750 rpm
Kuasa Tork: 150Nm pada 4,000rpm
Transmisi: Transmisi berubah-ubah berterusan
Ciri-ciri: enam beg udara, sistem ABS, kuasa stereng elektrik (EPS), sistem brek antikekunci (ABS), kawalan kestabilan elektronik (ESC), kamera undur, sistem penentu kedudukan global (GPS), Wifi, Bluetooh, rim aloi 15 inci.

'Saya Dengar Nafas Terakhir Osama' - O'Neill
"SAYA dengar hembusan nafas terakhir Osama bin Laden sebelum mati," kata Rob O'Neill, bekas anggota tentera elit Amerika Syarikat (AS) ketika ditemubual saluran televisyen negara itu baru-baru ini.
O'Neill merupakan salah seorang daripada anggota tentera elit AS yang terlibat dalam operasi menggempur dan membunuh pemimpin Al Qaeda, Osama di Abbottobad, Pakistan pada 2011.
Ketika ditanya berapa das tembakan telah dilepaskan terhadap Osama, O'Neill, 38, menjawab," Tiga kali di muka."
Menurutnya, selepas melepaskan tembakan, dia berdiri hanya dua kaki (60 sentimeter) di tepi mayat Osama sambil menyaksikan Presiden AS, Barack Obama mengumumkan kematian individu paling dikehendaki oleh barat itu.
"Saya dengar dia (Obama) berkata Osama bin Laden, dan saya lihat Osama dan berkata dalam hati 'saya pun tidak tahu bagaimana boleh datang ke sini'," jelasnya.
O'Neill bersama pasukan elit AS, SEAL 6 memasuki kawasan kediaman Osama menerusi bumbung selepas turun dari helikopter.
Mereka kemudian menggeledah rumah berkenaan dan menemui Osama di salah sebuah bilik sebelum menembaknya hingga mati.
Kumpulan itu kemudian meninggalkan rumah berkenaan selepas mengambil komputer riba dan beberapa dokumen penting.

MH17: Cebisan Manusia Ditemui Di Lokasi Nahas
Pasukan pakar forensik Belanda menjalankan pemeriksaan di lokasi nahas MH17, Rabu.
THE HAGUE:Pakar forensik Belanda menemui cebisan manusia di lokasi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 jatuh ditembak di timur Ukraine pada Rabu, bagaimanapun bangkai kapal terbang itu masih belum dapat diselamatkan. "Pasukan kecil yang meninjau kawasa itu menemui anggota badan di lokasi kejadian selepas mengangkat bangkai pesawat itu dengan kren," kata Menteri Pertahanan Belanda dalam satu kenyataan. Pakar negara itu sedang menyiasat lebih lanjut kejadian yang mengorbankan 298 penumpang pesawat itu pada 17 Julai lalu. Pasukan itu berharap dapat menemui serpihan pesawat malang itu secepat mungkin kerana bimbang berlaku pertempuran antara puak yang bertelingkah di kawasan berkenaan. "Cebisan manusia yang ditemui itu akan dihantar ke Kharkiv untuk menjalani pemeriksaan forensik sebelum dihantar balik ke Belanda," kata menteri itu. Pegawai pasukan pakar Belanda itu, Pieter-Jaap Aalbersberg berkata, kumpulan kecil yang diketuainya sudah melakukan sebaik mungkin untuk mengesan cebisan dan bahagian badan manusia dan mendapatkan barang peribadi penumpang dan kru pesawat itu. "Untuk meneruskan usaha itu, peralatan berat diperlukan dan juga pakar forensik," katanya sambil menambah situasi di sekitar lokasi kejadian masih dalam keadaan tidak stabil. Kiev dan pihak barat mendakwa pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh di kawasan konflik oleh puak pemisah menggunakan peluru berpandu yang dibekalkan Rusia, bagaimanapun Moscow menafikan perkara itu dan menuding jari kepada Kiev. Setakat ini, 289 mangsa sudah dikenal pasti hasil penemuan bahagian badan di lokasi kejadian, bagaimanapun bangkai pesawat itu masih belum dialihkan atas faktor keselamatan. Baru-baru ini Menteri Luar Belanda, Bert Koenders menyatakan besar kemungkinan baki mangsa pesawat itu tidak dapat ditemui. Wakil Pertubuhan Kerjasama dan Keselamatan Eropah (OSCE) yang berunding dengan puak pemisah bagi pihak kerajaan Belanda berkata, rundingan masih berlangsung antara kedua-dua pihak. "Kerja-kerja pengalihan bangkai pesawat tidak dapat dilakukan sehingga persetujuan dicapai," katanya.- mstar online

Sejarah Baru Tercipta Manusia Mendaratkan Modul Dipermukaan Komet
Kapal angkasa Rosetta mengambil selfie dengan berlatarbelakangkan Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko ketika ia menghampiri komet itu sejurus sebelum melancarkan robot kecil bersaiz sebuah peti sejuk ke permukaan komet. Inilah pertama kalinya manusia berjaya mendaratkan sebuah modul di atas permukaan sebuah komet yang bergerak pada kelajuan 15km sesaat di angkasa lepas.
DARMSTADT (Jerman): Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) mencatatkan satu sejarah baru kemanusiaan apabila berjaya mendaratkan robot angkasa yang dinamakan Philae di atas permukaan Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko yang dipercayai berusia 4.5 bilion tahun pada lewat Rabu. Ia adalah kejayaan yang pertama seumpamanya. Belum pernah sebuah modul buatan manusia mendarat di atas mana-mana permukaan komet. Komet adalah objek yang berterbangan di ruang angkasa yang mengembara mengelilingi matahari dan merupakan serpihan daripada saki baki pembentukan planet di dalam Sistem Suria kita. Sistem Suria kita mempunyai 8 planet. Philae dilancarkan dari sebuah kapal angkasa kecil tanpa manusia bernama Rosetta yang telah mengembara sejauh 6.4 bilion kilometer di ruang angkasa selama 10 tahun mengejar Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko dalam misi bersejarah ini. Rosetta dilancarkan pada Mac 2004. Kos melancarkan misi ini bernilai £1 bilion (RM5.24 bilion).
Gambar komet yang berjaya dirakam oleh salah satu kamera yang dipasang pada Philae.
Selepas 10 tahun di ruang angkasa Rosetta berjaya menghampiri Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko pada jarak 100 kilometer pada 6 Ogos lalu. Sejak itu Rosetta mengobit komet berkenaan. Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko bergerak pada kelajuan 55,000km/jam (atau 15km sesaat) dan ia kini berada pada jarak 510 juta kilometer dari Bumi.
Ia dijadualkan berada paling hampir dengan matahari menjelang Ogos tahun depan. Pada waktu ini permukaannya akan menjadi tersangat panas dan mencairkan debu ais yang menutupi permukaannya.
Fakta Mengenai Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko:
> Pertama kali ditemui pada 1969 oleh dua orang ahli kaji bintang Klim Churyumov dan Svetlana Gerasimenko.
> Komet ini mengelilingi matahari dan membuat satu pusingan lengkap setiap 6.5 tahun.
> Mengembara antara orbit Planet Jupiter dan Bumi.
> Mempunyai kelebaran seluas 4km.
> Mempunyai rupabentuk seperti seekor itik plastik.
> Suhu permukaan sekitar -70 darjah Selsius.
> Kandungan komet ini terdiri daripada batu, debu dan ais.
> Membuat putaran lengkap setiap 12.4 jam.
> Kepadatannya sekitar 10 bilion tan.
Pada Rabu, 12 November Rosetta menghampiri komet tersebut pada jarak 1km dan melepaskan Philae yang hanya bersaiz sebuah peti sejuk.
Philae mengambil masa tujuh jam untuk mendarat.
Sebaik sahaja ia menghampiri permukaan komet, Philae menembak dua bilah lembing besar atau harpoon yang berfungsi sebagai sauh untuk memastikan ia tidak kembali terapung memandangkan daya graviti yang lemah di atas permukaan komet tersebut.
Malangnya laporan terbaru yang diterima oleh ESA bagaimanapun menunjukkan tembakan harpoon itu tidak berjaya sepenuhnya. ESA masih menunggu isyarat daripada Rosetta mengenai nasib Philae pada masa berita ini dimuat naikkan. Pengurus Pendaratan Philae di ESA, Dr Stephan Ulamec dipetik oleh BBC sebagai berkata: "Ada kemungkinan robot Philae tidak mendarat sekali tetapi dua kali kerana selepas harpoon yang bertindak sebagai sauh gagal berfungsi dengan sempurna Philae melambung ke ruang angkasa sekali lagi sebelum kembali mendarat atas tarikan gaya graviti." ESA yakin Philae berada dalam keadaan stabil berdasarkan isyarat yang ia hantar ke kapal angkasa Rosetta buat masa ini. Ketua Pengarah ESA, Jean-Jacques Dordain menyifatkan kejayaan mereka mendaratkan modul di atas permukaan komet itu sebagai satu kejayaan besar dan bersejarah dalam ketamadunan manusia.
Philae mendarat di permukaan komet berkeluasan 4 kilometer.
Ini kerana buat pertama kalinya manusia dapat mengkaji secara langsung usia pembentukan Sistem Suria yang selama ini dianggarkan berusia 4.5 bilion tahun. Planet yang terbentuk di sekeliling matahari telah melalui pelbagai proses kematangan dan perubahan fizikal sejak kewujudannya tetapi komet yang bertaburan dan berjumlah berbilion buah itu di ruang angkasa dipercayai kekal dalam bentuk asalnya sebaik sahaja Sistem Suria terbentuk. Sebab itulah ia dianggap sangat penting untuk kajian bagi mengenalpasti berapakah usia Sistem Suria kita dalam Galaksi Bima Sakti. Saintis juga selama ini percaya kepada teori yang kewujudan air di atas permukaan Bumi sebenarnya berasal dari serpihan komet. Ini kerana komet membawa bersama-samanya kandungan ais yang banyak disebabkan pengembaraannya yang jauh dari matahari di dalam Sistem Suria dan ais itu mula mencair menjadi air ketika ia menghampiri matahari. Jika salah satu daripada berbilion buah komet yang terdapat di ruang angkasa terhempas di atas permukaan Bumi berbilion tahun dahulu, sudah pastinya ia akan membawa bersama-samanya kandungan ais yang banyak sekaligus membentuk lautan kecil. Bersama air, datang kehidupan yang lain.
Keadaan permukaan komet yang berjaya dirakamkan semasa pendaratan Philae.
Jika segalanya berjalan lancar dan tidak mengalami sebarang kerosakan besar, Philae dijadualkan untuk terus berfungsi selama setahun di permukaan Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko. Ujiannya yang terbesar ialah sejauh manakah ia mampu bertahan pada suhu permukaan melebihi 500 darjah Selsius sebaik sahaja komet ini menghampiri matahari pada jarak yang paling dekat menjelang Ogos 2015.- mstar online

OKU Cedera Dipukul Kerana Didakwa Cuba Pecah Kereta
KOTA BAHARU: Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) mengalami cedera parah di kepala selepas dipukul orang awam kerana disyaki cuba memecah masuk sebuah kereta di Kampung Telok Panji di sini, Rabu.
Dalam kejadian pukul 9 malam, OKU berumur 22 tahun itu terpaksa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini, untuk menerima rawatan.
Ibu OKU berkenaan, Noraini Hassan, 50, berkata luluh hatinya apabila melihat keadaan anaknya yang cedera parah dan beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di sini, Khamis.
"Anak saya itu mengalami kecacatan di bahagian tangan kiri dan kaki kiri selepas kemalangan sejak dua tahun lalu. Sebak melihat keadaannya yang cedera parah, namun mujurlah dia masih hidup.
"Kalau dia buat salah pun, janganlah bertindak melulu dengan memukulnya, luluh hati seorang ibu apabila melihat anak diperlakukan sedemikian tanpa belas kasihan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Rohaimi Md Isa, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
"Di sini saya ingin tegaskan, supaya orang ramai jangan bertindak mengikut perasaan dan menghukum suspek di tangan mereka sendiri kerana ia salah di sisi undang-undang," katanya.- mstar online
TOP
Lebih 9,000 Kes Jenayah Libatkan Warga Asing Sejak Januari
KUALA LUMPUR: Sebanyak 9,496 kes jenayah melibatkan warga asing dicatatkan antara Jan hingga Ogos tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurutnya, jumlah itu adalah 11.2 peratus daripada keseluruhan 85,029 kes jenayah yang direkodkan dalam tempoh sama di negara ini.
"Walaupun perangkaan itu masih lagi kecil berbanding keseluruhan indeks jenayah negara, polis sentiasa memberi perhatian serius dalam membendung kegiatan jenayah melibatkan warga asing kerana ia boleh membawa kemudaratan kepada rakyat tempatan," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) yang ingin tahu statistik pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pekerja asing yang terlibat dalam kes jenayah serta pelan tindakan kementerian dalam memastikan kegiatan mereka dapat dikawal.
Katanya, daripada jumlah itu, 2,306 melibatkan jenayah kekerasan iaitu bunuh (167), rogol (138), samun berkawan bersenjata api (108), samun berkawan tanpa senjata api (1,008), samun bersenjata api (10), samun tanpa senjata api (377) dan mencederakan (498).
Ahmad Zahid berkata, 7,190 kes pula melibatkan jenayah harta benda iaitu curi (1,871), curi kereta (568), curi motosikal (1,252), curi jentera berat (78), ragut (318) dan pecah rumah (3,103).
Tambahnya, pada 2012 terdapat 1,575 kes jenayah melibatkan warga asing atau satu peratus daripada keseluruhan 153,669 kes jenayah, manakala tahun lepas jumlah itu meningkat kepada 13,591 atau 9.2 peratus daripada 147,062 keseluruhan kes.
Menurutnya, beberapa tindakan telah diambil untuk mengawal kegiatan jenayah oleh warga asing termasuk mengadakan operasi bersepadu melibatkan polis, Jabatan Imigresen, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
"Kementerian juga telah menghantar lebih ramai pegawai serta anggota tambahan ke kawasan-kawasan yang kerap menjadi tumpuan warga asing, selain mewujudkan balai atau pondok polis dan meningkatkan operasi besar-besaran di kawasan terbabit," katanya.
Selain itu, katanya polis juga mengadakan kerjasama erat dengan kumpulan masyarakat dan kerajaan tempatan serta meningkatkan keberkesanan penggunaan sistem televisyen litar tertutup (CCTV).
"Cap jari (biometrik) semua pekerja asing turut diambil melalui program 6P untuk mengesan kemasukan kali kedua dan pendaftaran rekod jenayah," tambahnya.- mstar online
TOP
Angkara Khianat, Pencuci Kereta Rugi RM80,000
GEORGE TOWN: Seorang pengusaha kedai cuci kereta kerugian lebih RM80,000 apabila sebuah keretanya hangus manakala sebuah lagi turut terbakar di bahagian hadapan premis perniagaannya di Jalan Arratoon, di sini awal pagi Khamis.
Syed Amim Zainul Abidin, 46, mendakwa kebakaran pada pukul 1 pagi dan disyaki dilakukan oleh orang yang dikenalinya itu turut menyebabkan pejabat, televisyen, pendingin hawa, dan perabot terbakar serta rosak.
"Saya syak ada pihak tertentu yang terlibat dalam kejadian itu kerana pada pukul 8.30 malam tadi dua lelaki yang memang saya kenali menghubungi dan mengugut akan membakar kedai cuci kereta itu kerana marahkan saya berikutan masalah keluarga.
Saya tidak peduli dengan ugutan itu kerana sebelum ini pernah menerima ugutan sama, tetapi pada pukul 1.30 pagi saya menerima panggilan telefon daripada polis memaklumkan kedai cuci kereta (saya) terbakar," katanya pada sidang akhbar di sini.
Syed Amim berkata beliau yang berada di rumah di Bandar Perda, Bukit Mertajam dekat sini bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah kereta jenis Proton Perdana yang diletakkan di dalam premis berbumbung itu hangus manakala bahagian hadapan Toyota Altis yang terletak bersebelahan turut terbakar.
Syed Amim yang mempunyai empat kedai mencuci kereta di negeri ini dengan 80 pekerja, berkata sebahagian pendawaian elektrik termasuk yang menyambungkan kamera televisyen litar tertutup di premis berkenaan turut terbakar.
"Saya akan buat laporan polis selepas ini (selepas sidang akhbar) dan berharap polis mengambil tindakan ke atas mereka yang terlibat," katanya yang menjalankan perniagaan itu sejak tujuh tahun lepas.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi berkata pihaknya menunggu laporan kebakaran kedai cuci kereta itu daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum menjalankan siasatan lanjut.
"Setakat ini punca kebakaran belum diketahui. Kami juga akan siasat dakwaan lelaki itu diugut," katanya.- mstar online
TOP
FAM Yakin Skuad Harimau Malaya Mampu Bangkit
PETALING JAYA: Hampir sembilan hari menjelang kempen Piala AFF Suzuki, skuad Harimau Malaya kelihatan masih tercari-tercari rentak permainan selepas tewas 3-0 pada aksi persahabatan bertemu Syria pada Rabu malam.
Meskipun aksi serba tidak menjadi itu mengecewakan penyokong-penyokong bola sepak tempatan, namun Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyeru agar peminat tidak terlalu awal menilai dengan keputusan hambar itu.
"Sudah tentu kami di FAM juga kecewa dengan keputusan tersebut namun saya yakin mereka akan bangkit memberi sesuatu di Vietnam (perlawanan persahabatan) Jumaat ini.
"Kita mesti yakin dan berusaha untuk pasukan tersebut kerana pada aksi AFF dulu juga situasi ini pernah berlaku di mana kita kalah dalam aksi perlawanan persahabatan, namun muncul juara akhirnya.
"Tetapi itu bukan alasan, cuma saya katakan ia pernah terjadi.
"Saya ada berbincang dengan Dollah Salleh mengenai perkara ini, malah selepas perlawanan juga ada buat post-mortem bersama pengurus pasukan, Datuk Sudarsono bagi mengenal pasti kelemahan pasukan yang perlu segera diatasi," jelas Hamidin kepada media selepas Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014, Khamis.
Menurut Hamidin, FAM dan pasukan kebangsaan menerima kritikan yang dilemparkan terhadap skuad Harimau Malaya dengan baik. "Tekanan seperti ini sebenarnya baik untuk pasukan kerana ia memberi semangat kepada mereka untuk bangkit mempamerkan aksi lebih baik. "Saya harap pihak media dan penyokong-penyokong terus memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan kita," jelasnya. Pasukan Harimau Malaya diundi dalam kumpulan B akan memulakan kempen kejohanan dengan berdepan Myanmar pada 23 November diikuti Thailand pada 26 November, kedua-dua perlawanan berkenaan akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura. Skuad negara akan menamatkan aksi pusingan awal menentang Singapura di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub, pada 29 November ini. Vietnam, yang menjadi tuan rumah bersama, akan mengetuai cabaran kumpulan A bersama tiga pasukan lain iaitu Filipina, Indonesia dan Laos. Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke separuh akhir yang diadakan mengikut format timbal balik.- mstar online

Cabaran Malaysia Tersekat di Pusingan Kedua Terbuka China
Chong Wei Feng.
KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier terbuka China 2014 berakhir setelah wakil negara Chong Wei Feng gagal melepasi pusingan kedua di Pusat Sukan Olimpik Haixia, China, pada Khamis. Pada perlawanan itu, wakil tunggal negara dalam acara perseorang lelaki, Chong Wei Feng kalah 26-24, 21-23 dan 6-21 kepada pemain Jepun, Sho sasaki dalam pertarungan selama 79 minit, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org. Semalam, Wei Feng melakar kejutan selepas mengalahkan pilihan kelima, Son Wan Ho dari Korea Selatan dengan keputusan 21-14 dan 22-20 pada pusingan pembukaan. Wakil tunggal negara dalam beregu lelaki, Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong terkandas seawal pusingan pertama, semalam selepas kalah 15-21, 21-18 dan 15-21 kepada pilihan keempat, Hiroyuki Endo dan Kenichi Hayakawa dari Jepun. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menghantar wakil dalam acara perseorangan dan beregu wanita serta beregu campuran pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$700,000 (RM2.337 juta) itu.- mstar online

Kes Chong Wei: Tiada Keperluan Morgan Datang Ke Malaysia Sekarang - Khairy
Khairy Jamaluddin.
PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berpandangan tiada keperluan untuk peguam Mike Morgan datang ke Malaysia sekarang walaupun pendengaran kes doping Datuk Lee Chong Wei semakin hampir. Menterinya Khairy Jamaluddin berkata ini kerana peguam sukan terkemuka itu sentiasa berhubung dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi memperoleh serta mengumpul maklumat untuk pembelaan kes tersebut. "Saya difahamkan semua maklumat yang diperlukan oleh Morgan sedang dikumpulkan oleh pihak BAM dan Institut Sukan Negara (ISN)," katanya mengulas kemungkinan pengasas firma guaman Morgan Sports Law LLP berpangkalan di London itu akan datang ke Malaysia untuk bertemu BAM. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan perjanjian kerjasama antara KBS dengan ITE Educatioan Services, Singapura, bagi meningkatkan kualiti pengajaran serta kepimpinan dalam kalangan tenaga pengajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, Khamis.
Mike Morgan.
Khamis lepas, Khairy mengumumkan pelantikan Morgan bagi membantu jaguh badminton negara itu berdepan dengan panel pendengaran doping Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Sebagai rekod, Morgan dinamakan sebagai seorang daripada 20 peguam sukan yang berpengaruh dan telah merangka peraturan disiplin untuk memberi nasihat tentang siasatan antidoping. Chong Wei kini digantung sementara oleh BWF selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamenthasone' ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, denmark, Ogos lepas. Dalam pada itu, Khairy berkata beliau telah meminta Unit Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) supaya meningkatkan lagi bilangan atlet yang disaring sebelum sesuatu kejohanan besar berlangsung bagi mengelak risiko gagal ujian doping berulang. Beliau berkata saringan secara rawak terhadap atlet sukan berisiko tinggi memang dilakukan sebelum ini, contohnya hampir 30 peratus daripada atlet yang menyertai Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada Ogos dan September lepas melalui ujian itu. "Memang tidak ada negara yang buat saringan 100 peratus kepada atlet mereka, cuma selepas apa yang berlaku, saya rasa kita perlu tambah sampel-sampel yang diuji dan perkara ini telah pun saya sampaikan kepada Adamas," katanya. Mengenai harapan peminat sukan bahawa skuad bola sepak kebangsaan perlu memenangi kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2014 sebagai menutup cerita duka arena sukan negara tahun ini, Khairy berkata ia adalah tidak adil untuk berkata demikian. Beliau berkata kejohanan Piala AFF Suzuki sama sekali tidak boleh dikaitkan dengan prestasi dan pencapaian sukan di temasya lain, malah menetapkan harapan sebegitu rupa juga merupakan perkara yang tidak adil kepada sukan bola sepak. "Nak kata kena menang Piala AFF Suzuki dulu baru boleh selamatkan semua sukan Malaysia, saya rasa ia tak adil pada mereka...itu tekanan yang terlalu luar biasa," katanya. Kejohanan Piala AFF Suzuki akan berlangsung di Singapura bermula 23 hingga 29 Nov ini, di mana skuad Harimau Malaya, di bawah bimbingan Dollah Salleh di letakkan dalam kumpulan B bersama Myanmar, Thailand dan Singapura.- mstar online

Pegawai Kerajaan Didakwa Minta Habuan Seks Daripada Janda Ditahan
ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai tadbir yang menjawat jawatan penolong pengurus di sebuah jabatan kerajaan kerana didakwa meminta habuan seks daripada pemohon rumah bantuan berstatus ibu tunggal.
Menurut sumber, pegawai kerajaan berusia 50-an itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Putra di sini pada pukul 2 petang Khamis selepas didakwa meminta habuan seks daripada seorang ibu tunggal berusia 20-an.
Difahamkan, suspek memilih mangsa menerusi gambar pada borang atau surat pemohonan yang dihantar pemohon sebelum menghubungi mereka.
"Dia kemudian mendakwa mempunyai kuasa untuk memberi kelulusan dalam permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
"Bagaimanapun untuk mendapat rumah tersebut, pemohon berstatus janda perlu memberi habuan seks kepadanya. Suspek dikesan mendapatkan suapan seks di hotel pada waktu tengah hari," dedah sumber itu.
Tambahnya, terdapat ibu tunggal yang tidak berjaya dalam permohonan itu walaupun telah memberi habuan seks bertindak membuat laporan terhadap majikan suspek.
Berdasarkan maklumat dan risikan SPRM sejak beberapa bulan lalu, akhirnya suspek berjaya ditahan SPRM.
Jelas sumber itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009 kerana meminta suapan dalam bentuk seks.- mstar online
TOP
Demokrat Islam Boleh Selesaikan Fahaman Pelampau Dunia
Dr Maszlee Malik.
KUALA LUMPUR: Demokrat Islam boleh menjadi penyelesaian kepada membendung fahaman pelampau di seluruh dunia kerana mereka membawa pendekatan sederhana dalam dunia masa kini menerusi peti undi, kata ahli akademik dan ahli politik. Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik berkata Demokrat Islam, yang menjadi terkenal selepas peristiwa 'Arab Spring', membenarkan umat Islam untuk mengawal nasib mereka melalui peti undi dan bukannya perang atau di tangan pemimpin diktator, sekali gus menamatkan rasa tidak puas hati mereka. "Idea mengenai Demokrat Islam wujud sejak sekian lama. Kumpulan radikal muncul kerana mereka mendapati tiadanya harapan bagi umat Islam untuk menikmati keadilan, hak asasi manusia dan tadbir urus yang baik," katanya pada perbincangan meja bulat mengenai Demokrat Islam anjuran Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) bersama-sama dengan Jabatan Fiqh UIAM di sini, hari ini. Pengerusi saluran TV Al-Hiwar yang berpejabat di London, Dr Azzam Tamimi, pula berkata 'Arab Spring' merupakan peristiwa yang membenarkan demokrasi dilaksanakan di Timur Tengah, dan pada masa sama menjadikan kumpulan militan Al Qaeda sebagai pergerakan yang tidak relevan. "Kejayaan 'Arab Spring' seperti yang kita lihat di Tunisia dan Mesir adalah amat menyakinkan, menunjukkan bahawa ini adalah jalan ke hadapan. Beberapa pemimpin Al Qaeda sebenarnya bimbang, jika model ini berjaya, ia membuktikan mereka sebenarnya salah,"katanya. Sambil menekankan definisi Demokrat Islam masih berbeza-beza dan bergantung kepada bagaimana orang berhubung dengan ideologi itu, Dr Azzam berkata perjuangan untuk Demokrat Islam di Timur Tengah masih berterusan. GMM, dalam laman webnya, menyatakan Demokrat Islam adalah istilah khas yang merujuk kepada pemain baharu yang mahu menggunakan pendekatan prinsip-prinsip Islam dalam dasar awam yang merangkumi rangka kerja demokratik termasuk di Maghribi dan Tunisia. Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata walaupun orang Barat agak berwaspada dengan ideologi itu, Demokrat Islam seperti PAS berjaya wujud selama 60 tahun di Malaysia. Namun, katanya Demokrat Islam meghadapi masalah untuk menyeimbangkan antara menjadi demokratik dan menegakkan nilai-nilai Islam sebenar dalam usaha menjadi relevan dalam negara yang pelbagai seperti Malaysia. "Parti Demokrat Islam perlu tampil dengan cadangan universal yang boleh menyakinkan rakyat, iaitu orang Islam dan bukan Islam. Oleh itu, ia perlu melibatkan diri dengan orang awam, membenarkan adanya forum perbezaan dan kurang membuat pertimbangan," katanya.- mstar online

Kerajaan DAP Didakwa Jual Rumah Pada Harga Tinggi
GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang, menerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) didakwa membuat pengambilan tanah dengan harga rendah dan menjual rumah yang dibina di tanah itu pada harga yang tinggi.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid mendakwa projek perumahan di bawah PDC dijual melebihi harga siling dan had yang dimohon kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
"Misalnya, projek rumah yang dibangunkan PDC, Intan Delima Bandar Cassia, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan yang memperoleh Sijil Menduduki (OC) pada 2013, dijual dengan harga RM306,360," katanya pada sidang media di lobi DUN di sini, Khamis.
"Jualan ini melebihi had yang dimohon kepada kementerian. Harganya juga melebihi harga rumah mampu milik. Di Seberang Perai, harga siling rumah ialah RM250,000. Namun, yang dilaporkan oleh PDC kepada kementerian untuk projek itu harga siling adalah RN220,000," kata ADUN Teluk Air Tawar itu.- mstar online
TOP
KL, Canberra Suarakan Komitmen Cari Pesawat MH370
PERTH: Malaysia dan Australia menyuarakan komitmen untuk meneruskan pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 ketika usaha mencari di dasar laut pesawat yang hilang itu diteruskan di selatan Lautan Hindi dalam keadaan yang amat mencabar.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia menghargai semua aset dan kepakaran diperlukan yang ditempatkan oleh Australia untuk mengesan pesawat Boeing 777 yang penumpangnya turut terdiri daripada warga Australia.
"Kami berharap akan ada isyarat yang menunjukkan arah pesawat itu mungkin ditemui," katanya pada sidang akhbar sebelum menamatkan lawatan kerja tiga hari ke Canberra dan Perth yang berakhir di sini pada Khamis.
Dalam perbincangannya dengan rakan sejawatan dari Australia, Warren Truss di Canberra pada Rabu, Muhyiddin berkata beliau menyatakan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan menyerah kalah dalam usaha mencari pesawat berkenaan.
"Kami tahu sangat penting bagi anggota keluarga mereka yang berada di dalam pesawat itu untuk menyaksikan ia berhasil dalam tempoh suatu masa lagi," katanya.
"Komitmen daripada pihak Australia pula adalah mereka akan terus bersama kita sehinggalah operasi pencarian ini berakhir," kata Muhyiddin.
Timbalan perdana menteri melawat pejabat Fugro Survey Pty Ltd di pinggir Perth pada Khamis dan diberi taklimat berhubung fasa baharu usaha mencari di dasar laut itu.
Taklimat itu dikendalikan pegawai dari Pusat Penyelarasan Agensi Bersama, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia dan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.
Operasi baharu di dasar laut itu, yang bermula pada awal Oktober, melibatkan dua kapal pencarian Fugro Survey, satu operasi dibiayai bersama Kuala Lumpur dan Canberra, dengan kos AUD 120 juta (kira-kira RM343 juta), kata Muhyiddin.
GO Phoenix, kapal yang disewa kontrak Malaysia, turut mengadakan pencarian di dasar laut menggunakan sistem sonar canggih dalam operasi RM67 juta dibiayai Petronas.
Muhyiddin berkata beliau dimaklumkan pasukan mencari berdepan keadaan laut bergelora dan kedalaman sehingga 7,000 meter dalam usaha mereka untuk mengesan pesawat itu yang hilang bersama 239 orang pada 8 Mac.
Muhyiddin berkata tragedi MH370 merapatkan lagi hubungan antara Malaysia dan Australia yang telah sedia akrab.
Selain Truss, pemimpin Malaysia itu turut mengunjungi Ketua Menteri Australia Barat Colin Barnett di Perth pada Khamis.
Beliau berkata Barnett membayangkan hasrat untuk mewujudkan sebuah memorial sebagai memperingati kesemua individu di dalam pesawat MH370.
Muhyiddin berkata perbincangan dengan pemimpin Australia itu turut menyentuh tentang kepentingan mempertingkatkan hubungan dalam pelbagai bidang antara Malaysia dan Australia, misalnya perdagangan, pendidikan, pelancongan dan ketenteraan.
Beliau turut merasmikan pembukaan Dewan Malaysia Perth di Newcastle Street.- mstar online
TOP
Agihan Kerusi Dalam BN Tidak Harus Dibuat Ikut Undi Majoriti Kaum - Shafie Apdal
Mohd Shafie Apdal
SHAH ALAM: Agihan kerusi antara parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak harus dibuat berdasarkan kaum yang menjadi majoriti pengundi di sesuatu kawasan pilihan raya, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Beliau berkata BN mengamalkan prinsip meletakkan calon yang mendapat sokongan semua lapisan masyarakat serta menjamin kemenangan besar BN dalam pilihan raya umum. "Kalau kita letak calon yang hanya dapat meraih undi ataupun sokongan sesuatu kaum sahaja, maka ia merupakan satu perkembangan kurang sihat," katanya pada sidang media selepas melancarkan tarikan terbaru, i-City, "Itsy Bitsy" di sini, Khamis. Mohd Shafie berkata demikian ketika mengulas desakan anggota Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi yang mahu semua Umno negeri membuat ketetapan bahawa mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai majoriti pengundi Melayu hanya ditandingi parti itu pada pilihan raya umum akan datang. Puad dilaporkan sebagai berkata ketetapan itu boleh dibuat dalam Konvensyen Umno yang boleh turut membangkitkan agar MCA dan Gerakan bertanding hanya di kawasan majoriti pengundi Cina. Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata sekiranya seseorang calon hanya bergantung kepada undi majoriti sesuatu kaum, ini menunjukkan ia seolah-olah menolak sokongan kaum lain. Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementerian akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan i-City bagi membolehkan masyarakat luar bandar mempromosikan produk kraftangan mereka di pusat pelancongan itu. - mstar online

Khairul Azhan Penjaga Gol Pertama Menerima Anugerah MVP
PETALING JAYA: Pemain Pahang, Mohd Khairul Azhan Khalid muncul sebagai penjaga gol pertama dipilih menerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014.
Khairul Azhan yang baru menyambut hari lahir pada 7 November lalu turut dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik sekaligus menjadikan pasukan Pahang mendominasi anugerah tahunan ini dengan membolot lima trofi keseluruhannya.
Tahun 2014 sememangnya tahun paling berjaya buat pasukan Tok Gajah selepas menjulang trofi Piala FA dan terbaharu Piala Malaysia.
Pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan dipilih sebagai Ketua Jurulatih Terbaik, manakala Razman Roslan menerima anugerah Pemain Pertahanan Terbaik musim ini dengan mengetepikan dua lagi calon lain iaitu, Mohd Aidil Zafuan (JDT) dan Muslim Ahmad (PDRM). Melengkapi pencapaian terbaik Pahang tahun ini apabila Persatuan Bola Sepak Pahang turut meraih anugerah Persatuan Bola Sepak Terbaik. "Saya masih lagi terkejut dengan anugerah ini dan tidak menduga untuk menerima trofi bernilai ini. Apa pun saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua terutamanya jurulatih Dollah Salleh yang membawa saya masuk sebelum ini dan juga jurulatih Zainal Abidin. "Tiada sebarang rahsia untuk kejayaan ini, apa yang penting adalah berlatih bersungguh-sungguh dan fokus dalam setiap permainan. "Anugerah ini menjadi landasan untuk saya bermain dengan lebih baik lagi. "Banyak lagi perkara yang perlu saya hadapi selepas ini dan bersaing untuk menjadi penjaga gol pertama negara," ujar Khairul Azhan yang kini menjadi penjaga gol ketiga skuad Harimau Malaya. Khairul Azhan mengetepikan dua lagi calon pilihan Penjaga Terbaik iaitu Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan) dan Mohd Izham Tarmizi (JDT). Pemain Kelantan, Mohd Badri Radzi atau Piya dipilih sebagai Pemain Tengah Terbaik, diikuti Mohd Nor Farhan Mohd (Terengganu) sebagai Penyerang Terbaik. Pemain muda Kedah, Muhammad Farhan Roslan yang dikenali 'Messi Kedah' meraih anugerah Pemain Muda Harapan, manakala pemain PDRM Ali Ashfaq dipilih sebagai Pemain Asing Terbaik. Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Terengganu dipilih menerima Anugerah Fairplay tahun ini. Naib juara Piala Malaysia 2014, Johor Darul Takzim (JDT) menerima dua anugerah iaitu Kelab Bola Sepak Terbaik dan Kelab Penyokong Terbaik. Selain itu, Anugerah Legenda Harimau Malaya diberikan kepada skuad sukan Asia 1974 apabila memenangi pingat gangsa Sukan Asia di Tehran.- mstar online

Laluan Mudah Nicol Buru Gelaran Dunia Kali Kelapan
KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mendapat laluan mudah untuk memburu gelaran dunia bagi kali kelapan pada Kejohanan Wanita Dunia di Kaherah, Mesir, bulan depan.
Dalam undian yang diadakan di Mesir pada Khamis, Nicol selaku pilihan utama, akan memulakan kempen dengan berdepan pemain daripada pusingan kelayakan.
Pada pusingan kedua, Nicol, yang juga pemain nombor satu dunia, akan berjumpa dengan pemenang antara pilihan ke-13 Jenny Duncalf dari England dan pemain pusingan kelayakan.
Menurut laman sesawang kejohanan, www.squashsite.co.uk, pemain nombor dua negara, Low Wee Wern, yang diletak sebagai pilihan ketujuh, akan menentang pemain Guyana, Nicolette Fernandes pada pusingan pertama.
Sekiranya berjaya melepasi pusingan pertama, Wee Wern, 24, akan berdepan dengan pemenang perlawanan antara Madeline Perry dari Ireland dan bintang muda India yang semakin meningkat, Joshana Chinappa pada pusingan kedua.
Bekas juara remaja dunia, Nour-El-Sherbini dari Mesir, yang menyingkirkan Nicol pada separuh akhir edisi tahun lepas di Pulau Pinang, akan membuka kempen dengan menentang rakan senegara, Nouran Gohar.
Sebagai rekod, Nicol telah berjaya merangkul kejuaraan dunia itu sebanyak tujuh kali iaitu pada 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012.
Kejohanan dunia, dengan hadiah keseluruhan wang tunai US$150,000 tahun ini, akan berlangsung di Kelab Wadi Degla di Kaherah dari 15 hingga 20 Dis ini.- mstar online
TOP
Bekas Pengurus Saman Zizan Razak Lebih RM500,000
Zizan Razak
PETALING JAYA: Kemelut antara Zizan Razak dan bekas pengurusnya sampai ke kemuncak apabila pelawak itu disaman lebih setengah juta ringgit selepas dia didakwa melanggar kontrak pengurusan artis yang ditandatanganinya. Marina Juki selaku plaintif telah memfailkan saman terhadap Zizan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dekat sini pada 6 November lalu. Saman tersebut difailkan selepas Marina dari Wire Fame Entertainment Sdn Bhd mendapati Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 30, melanggar syarat kontrak apabila dia bekerjasama dengan syarikat lain sedangkan perjanjiannya dengan Wire Fame masih belum tamat yang mana ia berakhir pada 5 Mei 2015. Marina selalu plantif menuntut ganti rugi khas lebih RM500 ribu, ganti rugi am sebanyak 15 peratus ke atas semua pendapatan yang diperoleh defendan (Zizan) daripada syarikat pengurusan lain.
Gambar fail Marina membuat laporan polis terhadap Zizan Razak pada Jun lalu selepas akaun bank syarikat Wire Fame disekat.
Dalam pada itu, Marina juga menuntut faedah lain sebanyak 5 peratus setahun dari tarikh pemfailan saman berkenaan. Beliau juga turut memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada meneruskan kontrak dengan pihak syarikat pengurusan baru memandangkan dia masih lagi mempunyai kontrak yang sah bersama plaintif. Marina turut membuat tuntutan ganti rugi bagi pelanggaran kontrak tersebut termasuklah kos dan lain-lain tuntutan munasabah oleh pihak mahkamah. Terdahulu, Zizan dikatakan sudah tidak berhubungan dengan pengurusnya gara-gara masalah peribadi dan perkara itu membuatkan syarikat Wire Fame yang ditubuhkan bersama akan dibubarkan. Masalah itu berlarutan sehingga Marina yang memegang saham sebanyak 30 peratus dituduh menyeleweng wang syarikat dan Zizan yang memegang saham terbesar sebanyak 70 peratus telah menyekat akaun bank syarikat. Bagi kes berkenaan, Marina akan diwakili peguam Harjit Singh Sandhu dan Wan Norliyana.- mstar online

Ustaz Maut Ditembak, Anak Cedera
YALA: Seorang guru agama yang pernah ditahan pihak berkuasa untuk disoal mengenai letupan bom bas ekspres Betong-Bangkok pada 6 Sept lalu mati ditembak sementara anaknya berusia tujuh tahun cedera.
Beliau adalah Ustaz Hasan Madehok, 43, yang berasal dari Kampong Pawal, Dearah Benansetar, Yala dan kini berpindah dan bekerja di Kg Thanmalee, Betong.
Beliau ditembak di rumahya di Kampong Thanmalee, Mukim Airyeweng, Daerah Betong, Wilayah Yala, ketika sedang berehat dalam rumahnya bersama keluarga.
Kapten Suchat Mulmuang, Komander Renjer 3311 berkata, kejadian berlaku pada jam 8 malam, dan mangsa ditembak dengan senjata AK47 di dada manakala anaknya terkena peluru sesat juga di dada tetapi cedera parah.
Col. Pramoth Prom-in, jurucakap Tentera Ke-4 berkata kejadian adalah perbuatan 'tangan ketiga' yang ingin memfitnahkan pihak keselamatan Thai.
Ini kerana mangsa adalah suspek yang pernah ditahan di bawah undang-undang tentera dan undang-undang darurat atas tuduhan berkaitan pengeboman sebuah bas ekpress Betong-Bangkok pada 6 Sept lalu, katanya.
Beliau ditahan oleh pihak renjer untuk membantu siasatan pada 7 Sept tetapi dibebaskan pada 10 Sept.
Col Pramoth juga berkata Komander Tentera Bahagian ke-4, Lt. Jen. Prakarn Cholayuth mengarah pegawai forensik supaya membantu siasatan pada kali ini.- mstar online
TOP
Polis Waspada Dengan Pembebasan 350 Ahli JI Dari Penjara Indonesia
Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia berada dalam keadaan berjaga-jaga terhadap pembebasan kira-kira 350 bekas pengikut Jemaah Islamiah (JI) dari penjara Indonesia. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kini bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan pembebasan banduan berkenan yang dijangka berlangsung pada Jumaat. "Pihak polis sedang bekerjasama dengan polis Indonesia bagi memastikan senarai penuh banduan yang dibebaskan diperolehi. "Kita akan sentiasa berjaga-jaga dalam perkara ini," katanya pada sidang media di Bukit Aman pada Khamis. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembebasan pakar pembuat bom JI, Taufik Abdul Halim, 39, yang akan dihantar pulang ke Malaysia selepas dipenjara di Indonesia selama 12 tahun. Taufik merupakan abang ipar kepada pengganas yang merupakan individu paling dikehendaki oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Zulkifli Khir atau lebih dikenali sebagai Marwan. "Tindakan akan diambil terhadap dia sekiranya melakukan sebarang jenayah di Malaysia. "Pihak polis akan memantau rapi pergerakannya," katanya. Dr Ahmad Zahid berjanji untuk memastikan negara ini tidak akan dijadikan sebagai transit kepada pengganas. "Kami sangat komited untuk membanteras keganasan dengan menggunakan undang-undang sedia ada untuk berbuat demikian. "Negara ini tidak akan menjadi tempat perlindungan kepada pengganas mahupun militan," katanya. Sebelum ini Taufik dilaporkan akan dibebaskan daripada penjara Indonesia selepas dia dipenjara selama 12 tahun atas cubaan mengebom pusat beli belah di Jakarta pada 1 Ogos, 2001. Taufik yang juga anggota kumpulan militan tempatan, Kumpulan Militan Malaysia (KMM) merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap kejadian bunuh dan banyak kes rompakan bank.- mstar online

Guan Eng Nafi Dakwaan Zahid Bahawa PPS Akan Diganti
Lim Guan Eng.
GEORGE TOWN: Dakwaan Kementerian Dalam Negeri bahawa kerajaan Pulau Pinang telah bersetuju untuk menggantikan Peronda Sukarela (PPS) kepada kepolisan komuniti, yang disokong sepenuhnya oleh pihak polis adalah tidak benar, kata Ketua Menterinya, Lim Guan Eng. Lim berkata dakwaan yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis pelik kerana beliau tidak pernah bersetuju dengan apa jua cadangan. "Saya pernah mengadakan perbincangan dengan Zahid di bangunan Parlimen pad Rabu dan beliau tidak pernah mengemukakan cadangan untuk menggantikan PPS kepada unit kepolisan komuniti. "Bagaimanapun, saya telah memberitahu beliau untuk mengemukakan cadangan berhubung perkara berkenaan kepada kami namun beliau tidak bersetuju dengan idea tersebut," kata Lim pada sidang media di bangunan Dewan Undangan Negeri pada Khamis. Beliau menambah kerajaan negeri akan tetap membawa isu PPS ke mahkamah. - mstar online

Didier Drogba Beri Bayangan Untuk Bersara Sebagai Pemain
PENYERANG Chelsea, Didier Drogba memberi bayangan untuk bersara sebagai pemain bola sepak profesional selepas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini melabuhkan tirai.
Pemain berusia 36 tahun itu kembali menyarung jersi Chelsea pada permulaan musim EPL lalu selepas beraksi di China dan Galatasaray.
Penyerang prolifik itu kembali menjaringkan gol pertamanyua untuk Chelsea ketika menentang Maribor dalam saingan Liga juara-juara Eropah.
Malah dia juga tampil sebagai hero apabila meledakkan gol tunggal untuk The Blues ketika bertemu Manchester United dalam saingan EPL.
Bagaimanapun bekas pemain kebangsaan Ivory Coast itu memberi bayangan untuk bersara dengan memberitahu bahawa musim ini adalah yang terakhir bagi dirinya di Chelsea.
"Tahun ini merupakan kemuncak bagi diri saya untuk bergembira bersama rakan sepasukan dan memenangi piala.
"Hanya setahun saja lagi, mari lakukannya - menangi piala dan terus melakar sejarah," katanya. - mstar online
TOP
Izreen Azminda Buang Gambar Di Instagram Elak Hati Terluka
Izreen ingin membuka buku baru untuk meneruskan kehidupannya tanpa memikirkan kenangan lalu. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI
KUALA LUMPUR: Pelakon Izreen Azminda memberitahu tindakan dia membuang gambar-gambarnya yang dimuat naik di Instagram kerana enggan mengenang kembali memori lama yang boleh menyebabkan hatinya berasa sedih. Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 29, berkata, pada mulanya dia ingin membuang gambar-gambar tertentu sahaja, tetapi bimbang tindakan itu mengundang persepsi tertentu orang ramai menyebabkan dia membuat keputusan membuang kesemua gambar dalam Instagram miliknya itu. "Saya memang seorang yang aktif memuat naik apa saja gambar di Instagram sejak tahun lalu lagi. "Tetapi apabila melihat beberapa gambar lama yang sudah menjadi kenangan, perasaan saya jadi sayu. Kalau nak ikutkan hati, hanya beberapa gambar saja yang nak dikeluarkan, tapi saya buang semua. Yalah... takut jadi isu pula," katanya kepada mStar Online. Tambah Izreen, dengan cara itu juga, sekurang-kurangnya dia dapat 'membuka buku baru' untuk meneruskan kehidupannya tanpa memikirkan kenangan lalu. Setakat Khamis, akaun Instagram miliknya mempunyai tujuh keping gambar yang dimuat naik bermula 10 November lalu. Sementara itu, Izreen turut meluahkan perasaan sedih kerana berjauhan dengan anaknya, Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 16 bulan. Anaknya itu dijaga oleh keluarganya di Jitra, Kedah.
Izreen bersama anaknya, Umar
Tindakan itu kata Izreen adalah satu pengorbanan besar bagi memastikan anaknya menjalani kehidupan yang normal selain mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup. "Saya risau, apabila Umar tinggal bersama saya, dia tidak dapat cukup perhatian kerana kesibukan saya bekerja. "Sekurang-kurangnya di kampung, keluarga saya dapat memberi kasih sayang secukupnya selain dia dapat bergembira seperti kanak-kanak lain. Cuma risau juga, mana tahu dia dah tak kisah sangat dengan saya. Tetapi saya akan pastikan bertemu dengan Umar sekurang-kurangnya sebulan empat kali," tuturnya. Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 31 Ogos 2012 dan bercerai pada 9 Jun 2014. Dalam perkembangan lain, Izreen bakal terlibat dengan pementasan teater Takhta 3 Ratu bersama Erra Fazira, Awie, Soo Wincci dan Datuk Rahim Razali yang bakal dipentaskan bermula 13 hingga 22 Disember depan di Istana Budaya. Takhta 3 Ratu mengisahkan tentang puteri Majapahit iaitu Galuh Chenderai (Izreen) yang berkahwin dengan Sultan Mansur (Azri Iskandar) terluka hati apabila suaminya itu mengambil keputusan mengahwini Puteri Hang Li Po (Soo Wincci) bagi mengukuhkan pertalian persahabatan antara Melaka dan China. Dalam persengketaan antara Galuh Chenderai dan Li Po, kedua-dua mereka terduduk apabila Sultan Mansur mahu menikahi Lela Wangsa (Erra), iaitu puteri kepada Maharaja Dewa Sura, pemerintah Inderapura yang cuba hendak menyerang Melaka. Tiket berharga RM50 hingga RM350 boleh dibeli di kaunter IB atau melayari laman www.airasiaredpix.com- mstar online

"Saya Bukan Pemalas" - Nabil Ahmad
Nabil Ahmad anggap penonton MLM belum terima komedi yang disampaikan.
PETALING JAYA: Pelawak Nabil Ahmad meminta orang ramai tidak melihat konsep jenaka stand up comedy yang ditampilkannya iaitu melakukan lawak secara sendirian sebagai pemalas. Nabil, 30, berkata, masyarakat harus faham ia adalah konsep lawak stand up comedy yang masih lagi baharu bagi penonton yang gemar menyaksikan lawak di televisyen. "Mereka selalu kata saya pemalas dan ambil jalan mudah untuk berada di pentas sendirian tidak seperti kumpulan pelawak lain. "Sebenarnya mereka tidak tahu konsep stand up comedy yang mana ia lagi susah untuk dilakukan tanpa sebarang ‘prop’ ketika berada di atas pentas," katanya kepada mStar Online. Nabil berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penyertaannya dalam Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang bakal membuka pentasnya bermula Jumaat ini di Teater Selangor, Shah Alam. Dalam pada itu, Nabil berkata, pada asalnya dia agak ragu-ragu untuk kembali bertanding, namun kerana minat yang mendalam terhadap bidang lawak dia meneruskan perjuangan tersebut. Bagaimanapun, dia tidak pernah mengharapkan kemenangan kerana pertandingan tersebut hanya berdasarkan populariti. Jelas Nabil, apa yang dikesalkan setiap musim pertandingan tersebut, reaksi penonton yang datang seolah-olah tidak menghargai pelawak-pelawak yang bertanding. Katanya, perkara tersebut juga menyebabkan pelawak yang kurang mempunyai peminat berasa tidak bersemangat untuk memberi persembahan yang terbaik. "Saya juga kesal dengan penonton yang kebiasaannya daripada kumpulan peminat yang tidak memberi sokongan kepada pelawak lain. "Misalnya ketika AR Badul dan Imuda dahulu keluar untuk buat lawak tiada penonton yang memberi tepukan serta tiada respons lawak mereka sehingga mereka merasakan persembahan tersebut tidak bagus. "Saya minta biarlah penonton yang datang kali ini memberi sokongan pada semua pelawak yang keluar untuk buat persembahan mereka," ujarnya.- mstar online

Chun Yi Seul Disaman Kerana Pembedahan Plastik
Chun Yi Seul
BINTANG filem Korea Selatan iaitu Chun Yi Seul disaman sebanyak AS$30,000 (RM100,150) selepas didapati melanggar kontrak dengan sebuah klinik pembedahan plastik yang menjadi penajanya. Menurut laporan dalam program Night Of TV Entertainment, agensi Yi Seul iaitu Green Snake Juna E&M bagaimanapun tidak tahu mengenai kontrak yang ditandatangani oleh Yi Seul itu. "Benar, Yi Seul pernah menjalani pembedahan plastik tetapi pihak kami tidak tahu bahawa pembedahan tersebut turut terikat dengan iklan," kata jurucakap agensi tersebut. Tambah jurucakap itu, pihaknya telah cuba menghubungi klinik berkenaan namun mereka enggan bertemu bagi menyelesaikan perkara berkenaan. Difahamkan, perjanjian kontrak tersebut telah dibuat oleh agensi lama Yi Seul dengan klinik tersebut.- mstar online

Muhyiddin Yassin Rasmi Dewan Malaysia Perth
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Datuk Zainal Abidin Ahmad telah menghadiri majlis perasmian Dewan Malaysia Perth. - Foto BERNAMA
PERTH – Sebuah bangunan serba merah di Newcastle Street di sini, kini menempatkan Dewan Malaysia Perth, yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis. Ia adalah Dewan Malaysia ketiga di Australia, selepas dewan seumpamanya diwujudkan di Sydney dan Melbourne. Dewan Malaysia Perth adalah antara lapan Dewan Malaysia di dunia. Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata sebanyak RM30 juta dibelanjakan untuk menyediakan kemudahan itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Underground Backpackers. “Ia sebahagian daripada pelaburan kita untuk meningkatkan modal insan dengan menyediakan kemudahan di luar negara, yang boleh membawa kepada persekitaran lebih kondusif bagi para pelajar,” katanya. Education Malaysia Australia ditugaskan untuk menguruskan kemudahan itu. Memandangkan ia adalah sebuah bangunan warisan, Muhyiddin berharap bangunan itu diuruskan dengan baik mengikut peraturan dan garis panduan pihak majlis tempatan. Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Zainal Abidin Ahmad. – BERNAMA

Sarawak Kawal Harga Rumah kos Rendah, Sederhana
KUCHING – Kerajaan Sarawak telah melaksanakan dasar mengawal harga rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah yang dibangunkan pemaju swasta, kata Menteri Muda Perumahan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau berkata langkah itu adalah satu daripada lima langkah bersepadu untuk menangani isu kenaikan harga atau kos rumah bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah sendiri.
“Kerajaan negeri menetapkan harga siling rumah kos rendah pada RM50,400 bagi unit tengah dan RM59,220 bagi unit tepi.
“Bagi rumah kos sederhana rendah pula, harga ditetapkan pada RM80,000 bagi unit tengah dan RM100,000 bagi unit tepi,” katanya ketika menjawab soalan Ripin Lamat (BN-Lambir) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Abdul Karim berkata, langkah kedua yang diambil ialah meningkatkan bekalan rumah melalui pelaksanaan pelbagai projek dan program perumahan awam, termasuk penyertaan sektor swasta antaranya menerusi Skim Rumah Mesra Rakyat, Program Perumahan Rakyat, Skim Rumah Mampu Milik, Skim Rumah Pertamaku dan Skim Pemilikan Rumah Mampu Milik Sektor Swasta (MyHome Scheme).
“Kerajaan juga akan melaksanakan Skim Perumahan Belia pada tahun depan khasnya untuk membantu golongan muda memilik rumah. Langkah ini akan dapat membantu menangani dan menstabilkan harga rumah seterusnya menawarkan harga rumah di bawah harga pasaran melalui subsidi harga rumah atau subsidi kos rumah oleh kerajaan,” katanya.
Abdul Karim berkata, langkah ketiga yang diambil ialah Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC) dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Survei akan meningkatkan lagi bank tanah dengan mengenal pasti tapak-tapak tanah yang sesuai di bandar-bandar utama seluruh negeri untuk tujuan itu.
“Selain itu, kementerian dengan kerja sama HDC dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina rumah menggunakan konsep Sistem Pembinaan Modular (IBS). Ini langkah keempat bagi mengurangkan kos pembinaan rumah mampu milik awam termasuk untuk Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR),” katanya.
Beliau berkata, langkah kelima untuk menangani kenaikan harga rumah membabitkan pelaksanaan dasar fiskal dan kewangan di peringkat persekutuan.
“Kerajaan Persekutuan telah meningkatkan kadar cukai keuntungan hartanah sebenar (RPGT), dan institusi kewangan pula dilarang menyediakan pembiayaan bagi projek yang terlibat dengan Developer Interest Bearing Scheme (DIBS).
“Selain itu Bank Negara telah menetapkan bagi pinjaman perumahan kali ketiga, peminjam hanya dibenarkan untuk mendapatkan pinjaman perumahan mengikut maksimum nisbah ‘loan-to-value’ iaitu 70 peratus.
Abdul Karim berkata, langkah kelima yang diambil itu turut melibatkan instrumen-instrumen fiskal lain yang sedang digunakan oleh Bank Negara iaitu kadar faedah dan syarat simpanan berkanun yang boleh dinaikkan atau diturunkan pada bila-bila masa bergantung kepada keperluan situasi dan pasaran. – BERNAMA
TOP
Banjir Di Tenom Surut, 3 Kampung Di Beaufort Berjaga-Jaga
BEAUFORT – Tiga kampung diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas paras air di Sungai Padas naik hingga 9.10 meter melepasi paras bahaya pada 8.70 meter setakat 10 pagi tadi.
Kg Balibata, Kg Lumatai and Kg Bakalau terjejas dengan beberapa rumah dinaiki air sejak pagi tadi.
Setiausaha Jawatankuasa Bencana Daerah, Jupri Etok, berkata pusat pemindahan telah dibuka sejak semalam bagi sebarang kemungkinan pemindahan mangsa banjir.
“Tiga kampung itu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan dipantau rapi, apabila paras air mencecah lantai beberapa rumah di dalam kampung. Jawatankuasa Bencana Daerah memantau keadaan ini,” katanya.
Beliau berkata, bomba dan angkatan tentera dari Kem Lok Kawi telah bersiap sedia sejak semalam untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti bencana yang menimpa kawasan itu pada tahun lepas.
Katanya, paras air terus meningkat sejak 1 pagi tadi daripada 8.98 meter (paras amaran) kepada 9.10 meter pada 10 pagi ini.
“Paras air 7.56 meter pada 8 malam tadi sebelum meningkat ke paras bahaya, kami memantau dengan rapi paras air di sungai. Buat setakat ini, tiada penduduk kampung dipindahkan tetapi kami memantau,” katanya.
Jupri berkata, sekolah di kampung itu telah diingatkan supaya memaklumkan dengan segera kepada jawatankuasa itu untuk bantuan, memandangkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia masih berjalan.
Di TENOM, banjir yang melanda tiga kampung di sini sejak semalam sudah surut dan keadaan kembali normal setakat pagi tadi.
Pegawai Daerah, Maditem Layapan, berkata tiga kampung itu Ulu Temani, Ponontomon dan Pantungan Sapon.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan penduduk supaya berjaga-jaga dan berpindah ke tempat selamat jika keadaan cuaca bertambah buruk.
“Ini kali ketiga Tenom mengalami banjir tahun ini. Pertama dalam bulan Februari dan sekali lagi dalam bulan Mei,” katanya.
Paras air di Empangan Pangi di dalam daerah itu di bawah paras bahaya hari ini dengan bacaan pada 171.95 meter. – BERNAMA
TOP
Muhyiddin Kunjungi Ketua Menteri Australia Barat
PERTH – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengunjungi Ketua Menteri Australia Barat Colin Barnett di sini pada Khamis.
Pertemuan itu diadakan di pejabat Barnett di Parliament Place, pada hari terakhir, lawatan dua hari Muhyiddin ke Perth.
Beliau kemudian ke pejabat Fugro Survey Pty Ltd untuk menghadiri taklimat mengenai usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370.
Syarikat itu terlibat dalam usaha mengesan lokasi Boeing 777 berkenaan yang hilang daripada radar pada 8 Mac semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Penerbangan dengan 239 orang dalam pesawat itu dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi selepas tersasar dari laluan asal. – BERNAMA
TOP
Menteri Arah JPJ Tangguh Operasi Nombor Plat
Anggota JPJ mengukur nombor plat sebuah kereta yang diperiksa dalam operasi jabatan itu.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah semalam telah mengeluarkan surat mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menangguhkan serta-merta operasi penguatkuasaan ke atas nombor plat tidak mengikut peraturan. Surat arahan itu yang dikeluarkan Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya bertarikh semalam. Bagaimanapun, operasi penguatkuasaan ke atas kesalahan penggunaan lampu HID (yang dipasang secara retrofit) dan lampu strobe hendaklah diteruskan. Pihak Pengarah JPJ di seluruh negara juga diarahkan memaklumkan perkara berkenaan kepada semua anggota bertugas serta-merta.
Surat itu juga mengingatkan untuk pihak berkaitan atau pegawai JPJ tidak dibenarkan membuat kenyataan media berhubung penguatkuasaan berkenaan. Semenjak mengumumkan akan mejalankan operasi berkaitan nombor plat bulan lepas, JPJ berada dalam kontroversi ekoran bantahan orang ramai yang merungut kerana operasi berkaitan nombor plat agak menyusahkan mereka. Ini kerana ada kejadian operasi berkenaan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk hanya kerana anggota JPJ mahu mengukur spesifikasi nombor plat kenderaan bagi mengesan jika ia melanggar peraturan atau tidak.
Ada kejadian bahawa saman dikeluarkan JPJ biarpun nombor plat yang digunakan tidak diubahsuai langsung padahal ia datang dari kedai yang mengeluarkan kereta berkenaan apabila dibeli. – MYNEWSHUB.CC Oleh : IBNU K

Australia Pantau Kapal Russia Di Pantai Utara
Sepasukan bot polis Queensland mengawal sungai Brisbane di Australia sempena sidang kemuncak G20 pada 15 November ini. - Foto EPA
BRISBANE – Australia sedang memantau dengan dekat kehadiran empat kapal tentera laut Russia yang dilaporkan berada di pantai utaranya. Kapal laut itu muncul secara kebetulan ketika kehadiran Presiden Vladimir Putin menjelang Sidang Kemuncak G20 di sini. Sebelum ini, Presiden Russia itu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott di Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang berlangsung di Beijing, awal minggu ini. Perhubungan di antara kedua-dua negara agak tegang berikutan kejadian di mana pesawat Penerbangan Malaysia, MH17, ditembak jatuh di timur Ukraine, Julai lalu. Justeru kehadiran Putin di Brisbane sudah tentu menimbulkan persoalan berikutan kemarahan Australia berhubung nahas pesawat terbabit di mana 298 orang, termasuk 38 warga dan pemastautin Australia, maut di kawasan dikuasai pemberontak di timur Ukraine. “Pihak pertahanan sedang memantau kapal laut Russia itu yang sedang belayar di perairan antarabangsa dan menuju ke utara Australia,” kata Pasukan Pertahanan Australia dalam satu kenyataan. Tentera Laut Russia sebelum ini pernah dihantar ke negara yang menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak antarabangsa utama, seperti mesyuarat APEC di Singapura pada 2009. Sebuah kapal perang dari Russia juga mengiringi lawatan bekas Presiden Russia, Dmitry Medvedev ke San Francisco, Amerika Syarikat pada 2010. Menteri Luar Australia, Julie Bishop berkata, Russia berhak mempunyai kapalnya di perairan antarabangsa, tetapi ia dipantau dengan rapi. “Saya faham kapal ini adalah sebahagian daripada ekspedisi di perairan antarabangsa. Ia bukannya tidak dijangkakan. “Russia berhak, sebagaimana negara lain, untuk belayar di perairan antarabangsa. Kami mengesannya dan sejauh pengetahuan saya kapal berkenaan berada di perairan antarabangsa,” katanya. – AFP

Pendidik Disaran Main Peranan Ubah Minda Pelajar
KANGAR – Golongan pendidik disaran agar memainkan peranan untuk mengubah minda dan pemikiran pelajar supaya mereka mampu berdikari setelah tamat pengajian, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.
Beliau berkata dalam dunia yang semakin mencabar kini, peluang bekerja dalam perkhidmatan awam semakin terhad, namun pelajar boleh merebut peluang bekerja di sektor swasta atau menjalankan usaha sendiri yang mampu mengubah corak hidup mereka agar menjadi insan berjaya.
“Harapan negara bukan sahaja untuk melahirkan rakyat berkualiti dalam bidang ilmu dan akademik, tetapi juga mahu wujud rakyat yang mempunyai akhlak tinggi dan tahu menilai sejarah bangsa,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perdana 2014 Jabatan Pendidikan Negeri di sini malam tadi.
Katanya, peranan guru kini jauh berbeza berbanding 30 tahun lalu dan keberkesanan pendidikan serta bimbingan guru akan menentukan kemampuan negara untuk melahirkan generasi yang cemerlang untuk pembangunan negara.
Tegas beliau, untuk menjayakan Wawasan 2020, ia memerlukan penglibatan menyeluruh setiap lapisan rakyat.
Pada majlis itu, 49 kategori anugerah diberi kepada sekolah rendah dan menengah yang cemerlang dalam pelbagai bidang.
Pengarah Pendidikan negeri Dun Kasa berkata penghargaan diberikan bertujuan mengiktiraf pencapaian cemerlang sekolah di Perlis agar berdaya saing ke arah mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Katanya, penilaian bermula pertengahan 2013 hingga pertengahan tahun ini membabitkan bidang akademik, kokurikulum dan hal ehwal murid merangkumi aspek kepimpinan sekolah, pengurusan terbaik, asrama terbilang dan pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. – BERNAMA
TOP
Hanya Mampu Berdoa, Berharap – Isteri Zakiah
KOTA KINABALU – Suri rumah, Sharifah Erna Berson, 23, terpaksa melalui hari-hari yang menyuramkan sepanjang tempoh empat bulan ini.
Ibu kepada seorang anak lelaki berusia lapan bulan itu berharap agar suaminya, anggota Pasukan Polis Marin (PPM), Konstabel Zakiah Aleip yang diculik sekumpulan lelaki bersenjata dalam serangan hendap di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna akan pulang ke rumah dengan segera.
“Saya berdoa, saya berharap, saya menangis. Saya hanya mahukan Zakiah kembali kepada kami dengan selamat,” kata Sharifah yang kini tinggal bersama keluarga Zakiah di Tuaran selepas insiden penculikan suaminya pada 12 Julai lalu.
Zakiah diculik dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang turut menyebabkan Koperal Abdul Rajah Jamuan, 32, maut.
“Tiada banyak berita daripada suami saya sejak kebelakangan ini. Mereka (penculik) selalunya akan menghubungi polis,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Sharifah berkata, dia yakin suaminya masih ‘selamat’ dan diawasi oleh kumpulan senjata.
“Saya tidak tahu bila dia akan dibebaskan. Saya hanya berharap ia segera dilakukan.
“Kami mendoakan agar dia pulang dengan selamat setiap hari. Anak kami membesar dengan cepat… dia sudah mula belajar berjalan. Saya harap agar bapanya berada di sini melihatnya membesar,” kata Sharifah.
Kumpulan bersenjata Abu Sayyaf yang menawan Zakiah di Kepulauan Jolo, selatan Filipina dilaporkan menuntut wang tebusan RM3 juta dan mengugut untuk membunuhnya sekiranya wang tebusan itu tidak dibayar pada 30 November ini.
Polis Malaysia berkata, mereka tidak mahu berkompromi dengan ‘dasar tiada wang tebusan’ tetapi terus mengadakan rundingan atas dasar kemanusian untuk membebaskan Zakiah dan pemilik pusat ternakan ikan dalam sangkar, Chan Sai Chuin, 32, yang diculik lelaki bersenjata warga Filipina pada 16 Jun lalu. – mStar Online
TOP
PBB Mahu Lubnan Segera Pilih Presiden
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa pemimpin di Lubnan segera memilih presiden, memandangkan negara berkenaan tidak mempunyai ketua negara sejak Mei lalu.
Presiden majlis yang juga Duta Australia di PBB, Gary Quinlan membacakan kenyataan akhbar semalam selepas diberi taklimat mengenai situasi di negara berkenaan.
Presiden Michel Suleiman meletakkan jawatan selepas tempoh penggal enam tahunnya tamat tanpa pengganti.
Jawatan presiden adalah kedudukan tertinggi negara itu yang dipegang oleh penganut Kristian.
Minggu lalu dalam undian yang dijalankan, ahli Parlimen Lubnan bersetuju untuk melanjutkan tempoh mereka, tanpa mengadakan pilihan raya bagi kali kedua berturut-turut.
Mereka berpendapat situasi keselamatan di Lubnan adalah terlalu lemah bagi membolehkan pilihan raya diadakan ketika negara jiran, Syria sedang menghadapi peperangan sivil.
Kumpulan hak asasi manusia bagaimanapun menyuarakan kebimbangan mereka bahawa ahli Parlimen berkenaan menafikan hak mengundi di negara yang secara tradisi sepatutnya mengadakan pilihan raya. – AP
TOP
Mahu Sertai India Jayakan Projek Perumahan Mampu Milik
NAY PYI TAW – Malaysia berhasrat untuk menyertai rancangan kerajaan India dalam membangunkan projek perumahan mampu milik di negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Ini kerana kemampuan syarikat-syarikat di Malaysia dalam bidang berkenaan sudah terbukti,” katanya kepada wartawan Malaysia mengenai hasil pertemuannya dengan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi sempena Sidang Kemuncak Asean ke-25 di sini, Rabu.
Najib juga yakin sasaran perdagangan di antara dua negara untuk mencapai AS$15 bilion tahun depan akan tercapai.
Pada masa kini ia mencecah AS$13.4 bilion.
Pada pertemuan itu, Modi mempelawa syarikat-syarikat Malaysia untuk datang ke India kerana yakin syarikat berkenaan boleh mengusahakan projek perumahan mampu milik itu.
Beliau turut berharap agar ijazah perubatan kolej-kolej perubatan di India diiktiraf Malaysia di samping menerima perubatan tradisional seperti Ayurveda.
Selain Modi, Najib turut mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon, yang mengiktiraf usaha Malaysia dalam rundingan damai Bangsamoro serta memerangi kefahaman ekstrem dan keganasan dunia. – BERNAMA
TOP
Ditipu Untuk Berkahwin Lelaki Berusia 90 Tahun
Arab Saudi – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun membuat laporan polis selepas dia ditipu oleh bapanya untuk mengahwini lelaki tua berusia 90 tahun, sedangkan sebelum ini dia diperkenalkan kepada seorang lelaki kacak berusia 20-an.
Remaja itu bersetuju untuk berkahwin kerana menyangka akan menjadi isteri kepada pemuda tersebut.
Namun dia hanya mengetahui mengenai penipuan berkenaan pada hari perkahwinannya.
Selepas mendapati suaminya itu seorang lelaki tua, remaja itu kemudiannya mengundi dirinya dalam bilik pada malam pertama perkahwinan mereka, menyebabkan suaminya itu tidak dapat memasuki bilik tersebut.
Dua hari kemudian, dia melarikan diri ke rumah keluarganya dan menghubungi polis bagi mengelakkan dia dihantar semula ke rumah suaminya di Madinah.
Kes itu telah dibawa ke mahkamah dan perkahwinan itu diisytihar sebagai tidak sah dan terbatal.
Selepas kes berkenaan menjadi tumpuan, bapanya remaja itu yang menetap di Jazan telah dituduh oleh pengguna media sosial sebagai cuba menjual anaknya kepada seorang lelaki tua, apatah lagi lelaki berkenaan mendakwa dia membayar ibu bapa remaja itu sebanyak RM56,600.
Lelaki itu bagaimanapun mendakwa pengantin perempuan itu bersama ibu bapanya telah menipunya bagi mendapatkan wang berkenaan.
TOP
TH Agih RM2.3 Juta Zakat Pendidikan Kepada 4,530 Pelajar
ARAU – Lembaga Tabung Haji (TH) mengagihkan zakat pendidikan di bawah Projek Iqra’ berjumlah RM2.3 juta kepada 4,530 pelajar daripada keluarga kurang mampu dalam kumpulan asnaf di seluruh negara pada tahun ini.
Pemangku Ketua Pegawai Operasi TH Adi Azuan Abd Ghani berkata pelajar terbabit dipilih oleh jabatan pendidikan negeri di 194 buah sekolah.
Katanya setiap pelajar menerima sumbangan berjumlah RM500 dengan RM300 berupa wang tunai dan baki RM200 untuk membeli peralatan sekolah apabila mereka memasuki persekolahan awal tahun depan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan agihan zakat pendidikan berjumlah RM40,000 kepada 80 pelajar dari lapan buah sekolah menengah di negeri ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau di sini hari ini.
Adi Azuan berharap sumbangan yang dikeluarkan itu dapat menjadi pendorong serta membakar semangat para pelajar terbabit untuk menuntut ilmu dan menjadi golongan terpelajar seterusnya merubah serta meningkatkan taraf sosio ekonomi diri dan keluarga.
Katanya sejak Projek Iqra’ diperkenalkan tiga tahun lalu, hampir 15,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara mendapat faedah melalui pemberian zakat pendidikan berjumlah kira-kira RM5 juta. – BERNAMA
TOP
Kota Baharu Bakal Miliki Bandar Pelancongan
KOTA BAHARU – Syarikat pemaju hartanah, Auei Teras Holdings Sdn Bhd merancang membangunkan bandar pelancongan ‘International Ideopolis Longevity City (IILC)’ bernilai RM3 bilion di sini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Rita Sarbani Ismail berkata projek itu yang menggabungkan tiga komponen utama iaitu pendidikan, pembangunan keusahawanan dan jagaan kesihatan akan dibangunkan di atas kawasan seluas 104 hektar.
IILC akan dibangunkan dengan kerjasama Shaanxi Yilan Enterprise Group dari Xian, Wilayah Shaanxi, China dan Al-Hijrah Trust dari Birmingham, United Kingdom menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai 1 Nov lalu di Xian, katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Menurutnya projek yang akan dibangunkan dalam lima fasa dijadual bermula 2016 dan mengambil masa 15 tahun untuk siap sepenuhnya.
Apabila siap kelak, IILC akan mempunyai sebuah menara ilmu setinggi 60 tingkat dan empat menara lain dengan ketinggian 15 dan 20 tingkat, katanya.
“Kami sekarang sedang menunggu kelulusan daripada kerajaan negeri Kelantan bagi kawasan yang dimohon untuk pembangunan IILC itu,” katanya.
Selain itu, Rita Sarbani berkata di bawah MoU tersebut juga ketiga-tiga syarikat akan membangunkan pusat pengajian bahasa dikenali ‘Global Education Multivarsity and Language College’ di Xian yang menawarkan pengajian pelbagai bahasa seperti Mandarin, Inggeris, Melayu, Arab, Perancis dan Jepun.
“Pengambilan pertama pada September tahun depan dan bagi peringkat permulaan ini dijangka menempatkan 600 pelajar,” katanya. – BERNAMA
TOP
SPR Tidak Mahu Tergesa Daftar Pengundi Automatik
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melakukan kajian mendalam untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik bagi warga negara yang mencapai usia 21 tahun.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, jika pendaftaran automatik itu dilakukan ia akan menyebabkan pertambahan jumlah pengundi secara mendadak di beberapa kawasan.
“Walaupun terdapat desakan parti politik untuk melaksanakan kaedah pendaftaran secara automatik itu, SPR tidak mahu menjadi ‘karung tinju’ pihak tertentu.
“Jika ia dilaksanakan, SPR akan bergantung 100 peratus dengan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ia akan menjadi sukar kepada pihak SPR jika terdapat masalah pada data itu seperti alamat tidak lengkap atau maklumat silap,” katanya.
Kami kena berhati-hati. Bila bercakap, ia kedengaran senang tapi susah untuk dilakukan. Misalnya ada pertambahan akibat pendaftaran secara automatik melibatkan 500,000 pengundi, SPR akan dianggap tidak bersih pula,” katanya.
Abdul Aziz berkata, demikian semasa merasmikan Seminar Pilihan Raya Kecil bertemakan ‘Peranan Media, Isu dan Parti Politik’ anjuran bersama Projek Nasional Khas (Media, Demokrasi dan sistem Elektoral), Majlis Profesor Negara (MPN) dan Unit Penyelidikan Elektoral Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
Pemuda Pas sebelum ini pernah dilaporkan mendesak supaya kerajaan melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik bagi warga negara yang
mencapai usia 21 tahun, malah melancarkan kempen Auto21 pada Julai lepas bagi tujuan itu.
Selain itu Abdul Aziz menambah pihaknya masih berhadapan dengan kesulitan berhubung alamat pengundi kerana ramai pengundi yang membuat permohonan pertukaran alamat baharu kepada JPN tidak mengemaskinikan perubahan alamat mereka dengan SPR.
Beliau juga memberitahu pihaknya juga meneliti kesesuaian melakukan pendaftaran pengundi secara dalam talian kerana pelaksanaan secara manual dengan mengisi borang juga masih berlaku banyak kesilapan.
Abdul Aziz berkata, pihaknya terbuka menerima cadangan dan idea daripada sebuah badan profesional bebas seperti MPN supaya proses penambahbaikan sistem SPR boleh dilakukan dengan lancar.
Berhubung isu persempadan semula, Abdul Aziz berkata ia perlu dilakukan kerana pertambahan pengundi yang dijangkakan menjadi 18 juta orang pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018. Persempadan semula yang merupakan kali keenam dilakukan adalah bagi memudahkan wakil rakyat untuk berkhidmat dengan lebih baik dan mendekati pengundi, tambah beliau. – BERNAMA
TOP
GST: Pendaftaran Meningkat Kepada 139,178
KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat yang mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 139,178 sehingga 12 November, 2014, meningkat sebanyak 2,811 berbanding hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata data itu menunjukkan peningkatan berterusan syarikat yang mendaftar untuk GST menjelang tarikh akhir pada 31 Disember, 2014.
“Sasaran kerajaan ialah 140,000 syarikat mendaftar di bawah struktur baharu percukaian yang akan dilaksanakan pada 1 April, 2015,” katanya. – BERNAMA
TOP
Swasta Digalak Bina Lebih Banyak Taska Dalaman
KUALA LUMPUR – Kerajaan menggalakkan pihak swasta menubuhkan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di premis mereka bagi memudahkan ibu bapa terutama pekerja wanita menghantar anak ketika waktu bekerja.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata Taska dalaman membolehkan anak-anak ditempatkan lebih dekat dengan ibu tanpa meresahkan ibu yang bekerja.
“Mereka juga secara tidak langsung dapat memberi tumpuan terbaik semasa bekerja tanpa memikirkan tentang penjagaan anak-anak, sekali gus berjaya meningkatkan produktiviti kerja,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat Khamis.
Beliau menjawab soalan tambahan Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) yang ingin tahu mengapa inisiatif penubuhan taska di tempat kerja kurang mendapat sambutan pihak swasta.
Azizah berkata ketika ini hanya terdapat 26 taska yang ditubuhkan di syarikat swasta termasuk di Proton, CIMB, Universiti Kuala Lumpur, Tenaga Nasional Berhad, Citibank dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Beliau berkata antara faktor permohonan sesebuah syarikat untuk membuka Taska dalaman ditolak ialah tempat kurang sesuai dan merbahaya kepada kanak-kanak.
“Kita boleh bekerjasama dengan mereka untuk mewujudkan di luar kawasan yang dianggap merbahaya ini, supaya ibu-ibu dan wanita yang bekerja khususnya di bawah industri dapat meletakkan anak mereka di tempat yang selamat dan selesa tanpa merasa susah hati,” katanya.
Beliau berkata, sebagai galakan, kerajaan bersetuju untuk memberi insentif dan pengecualian cukai khas kepada mana-mana syarikat yang membuka taska di kawasan tempat kerja.
Kerajaan juga telah mencadangkan ‘pengurusan kerja fleksible kepada setiap syarikat dengan memberi kelonggaran tempoh, tempat dan waktu berada di tempat kerja kepada pekerja wanita yang mempunyai anak.
“Ini bagi membantu wanita di negara ini terus bekerja dan dalam usaha meningkatkan 55 peratus wanita dalam tenaga buruh seperti yang diperuntukkan dalam bajet 2015,” katanya. – BERNAMA
TOP
Aneh – Gempa Bumi Landa Kansas, Oklahama
WASHINGTON DC – Jika di Malaysia, kita gempar apabila Kedah yang biasanya cuma kena bencana alam seperti banjir atau kemarau tiba-tiba bulan ini sudah dibadai lima kali kejadian puting beliung yang sebelum itu dirujuk sebagai pusaran angin belalai gajah.
Namun lain pula ceritanya di Amerika Syarikat (AS) apabila dua buah negeri berpadang pasir, Kansas dan Oklahoma yang lazimnya hanya dilanda puting beliung atau popular disebut sebagai tornado, tiba-tiba digegarkan pula dengan gempa bumi sederhana. Insiden yang dianggap amat jarang berlaku itu menurut Agensi Kajian Geologi AS (USGS), sebuah badan pemantau gempa bumi terkemuka di dunia berpusat di Hawaii; dikesan kira-kira pukul 3.40 petang Rabu (bersamaan 5.40 pagi waktu Malaysia pada hari ini). Gegaran dikesan pada kedalaman 5.4 kilometer berlaku dekat dengan Conway Springs di Kansas manakala pusat gempa tersebut hanya 53 kilometer dari Wichita, bandar raya terbesar di Kansas dan kira-kira 200 kilometer dari Oklahoma City di negeri berjirannya itu. Gempa bumi itu merekodkan kekuatan 4.8 magnitud pada skala Richter, iaitu dianggap menghampiri paras sederhana kuat yang biasanya boleh menyebabkan keretakan kecil struktur bangunan lemah dan objek ringan boleh terjatuh dari meja tetapi tidak bahaya. Media AS melaporkan tiada kerosakan besar harta benda atau kecederaan orang awam, namun USGS berkata, kes ini pelik kerana gempa cuma melanda negeri-negeri di barat banjaran Rocky yang menghadap Lautan Pasifik dan dirujuk sebagai lingkaran api Pasifik. AS merupakan negara paling banyak dilanda tornado iaitu kira-kira 1,200 kes dalam setahun dan ia melibatkan 17 buah negeri di timur banjaran Rocky yang dikenali sebagai Tornado Alley antaranya Texas, Ohio, Indiana, Nebraska, Tennessee dan Alabama. – Agensi
Fenomena tornado sering melanda 17 buah negeri di timur banjaran Rocky dan merekodkan 1,200 kes dalam setahun di Amerika Syarikat. – Gambar hiasan

Korea Selatan Senyap Sunyi Demi Ujian Besar
Sebahagian pelajar Korea Selatan berdoa di pintu masuk sekolah sebelum menduduki peperiksaan akhir kolej manakala kenderaan dilarang melalui pusat peperiksaan bagi mengelakkan bunyi bising. – Gambar hiasan
SEOUL – Tahun ini ia hanya kira-kira 650,000 pelajar, tidak banyak beza berbanding tahun lalu, namun kesannya amat besar apabila aktiviti lebih 50 juta warga Korea Selatan terhenti seketika gara-gara peperiksaan tahunan terbesar yang berlangsung serentak hari ini. Ironi meskipun cuma peperiksaan biasa bagi pelajar kolej berusia 17 tahun untuk layak masuk universiti sesi tahun berikutnya, tetapi lulus atau gagal dalam ujian dianggap paling susah itu seumpama bakal mengubah nasib hidup seseorang pada masa akan datang. Bayangkanlah pelajar yang lulus dalam peperiksaan amat sukar itu akan dianggap ada masa depan cerah kerana bakal diterima masuk universiti elit di Korea Selatan selain jaminan kerjaya dengan firma terkemuka malah berkahwin dengan pasangan yang dihormati. Tinjauan agensi berita rasmi Korea Selatan, Yonhap mendapati, suasana di seluruh negara senyap sunyi sejurus peperiksaan bermula 8.40 pagi (atau 7.40 pagi waktu Malaysia) di 1,257 pusat peperiksaan seolah-olah masa yang bergerak tiba-tiba berhenti putarannya. Kementerian Pengangkutan bahkan ‘haram’ semua pendaratan dan perlepasan pesawat di lapangan terbang selama 40 minit ujian itu bermula manakala Kementerian Pertahanan terpaksa jadual semula latihan menembak di kem askar untuk elak bunyi bising. Trafik juga dilarang memasuki jarak 200 meter dari pusat peperiksaan selain semua pejabat kerajaan dan premis perniagaan termasuk bursa saham Seoul dibuka sejam lewat bagi memastikan ibu bapa sempat menghantar anak mereka masuk ke dewan ujian. Pihak berkuasa juga menyedia perkhidmatan kecemasan khas untuk pelajar atau ibu bapa yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya dengan bantuan kereta peronda atau motosikal berkuasa besar polis akan iringi mereka tiba di tempat peperiksaan. – Agensi
Seorang pelajar yang terkandas dalam kesesakan jalan raya dibawa menaiki motosikal polis ke tempat peperiksaan sebelum ujian bermula di Seoul hari ini. – Gambar hiasan

Wakil Rakyat Ditegur Gagal Patuhi Etika Bermesyuarat
KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menegur anggota-anggota Parlimen yang kerap tidak mematuhi etika bermesyuarat semasa sesi soal jawab.
Pandikar Amin yang sebelum ini telah beberapa kali mengingatkan wakil rakyat supaya hanya bertanyakan satu soalan tambahan yang ringkas dan padat, akhirnya berang apabila peringatan itu seolah-olah tidak difahami.
“Saya mahu ahli-ahli Yang Berhormat tunjuk kerjasama. Sudah hampir sejam, tapi soalan yang dah dijawab baru dua setengah. Seringkali saya ingatkan jangan tanya soalan tambahan panjang-panjang.
“Menteri yang menjawab juga hanya jawab soalan yang ditanya, jangan libatkan dasar-dasar,” tegasnya.
Teguran itu dibuat semasa giliran Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) mengemukakan soalan mengenai sistem peperiksaan online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, tetapi beliau bertanyakan soalan tambahan dengan mukadimah yang terlalu panjang seakan-akan berbahas.
Pandikar Amin kemudian meminta anggota Dewan turut mengambil kira kepentingan pertanyaan-pertanyaan mengenai isu lain yang telah ditetapkan dalam aturan urusan mesyuarat hari berkenaan.
Menurut peraturan mesyuarat, Speaker boleh membenarkan sehingga tiga soalan tambahan, selagi ia berkaitan dengan soalan asal yang dikemukakan.
“Saya boleh beri tiga soalan tambahan kalau saya rasa isu itu mustahak.
Tapi, masih ada juga yang berdiri lagi. Saya tak boleh kawal kalau semua tak beri kerjasama. Tolong ingat, saya serius dalam perkara ini,” kata Pandikar Amin.
Hanya satu setengah jam diperuntukkan bagi sesi soal jawab Dewan Rakyat iaitu bermula pukul 10 pagi hingga 11.30 pagi. – BERNAMA
TOP
DUN Melaka Lulus Usul Koh Chin Han Dilantik Senator
MELAKA – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan usul melantik Setiausaha MCA Melaka, Koh Chin Han sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri itu.
Usul berkenaan dicadangkan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) dan disokong Datuk Md Yunos Husin (BN-Ayer Molek) sebelum dewan membuat perbahasan yang kemudiannya mendapat persetujuan 21 daripada 28 ahli dewan.
Ketika mencadangkan usul itu, Idris berkata Koh yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat MCA memainkan peranan penting dalam usaha membela nasib rakyat di negeri Melaka.
“Beliau banyak memainkan peranan sebagai jambatan bagi mengukuhkan hubungan antara rakyat dan kerajaan negeri dengan menyuarakan pelbagai keperluan rakyat kepada kerajaan seperti pembinaan infrastruktur asas seperti jalan dan sistem perparitan terutama di daerah Jasin.
“Kerajaan negeri berharap agar kegigihan dan semangat membara beliau dalam membantu serta menyelesaikan masalah rakyat dapat diteruskan sebagai Ahli Dewan Negara nanti,” katanya.
Koh, anak jati Melaka dari Merlimau, Jasin, akan menggantikan Datuk Saat Abu yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara mewakili negeri ini bermula pada 15 Nov 2011 hingga esok. – BERNAMA
TOP
Pesara ATM, Waris Diminta Kemaskini Status Persaraan
KUALA LUMPUR – Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meminta semua pesara dan waris mereka supaya mengemaskini status pesara atau penerima pencen supaya urusan pembayaran pencen dapat dilakukan dengan efisyen.
Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata isu berbangkit berhubung amaun pencen juga dapat diselesaikan jika pesara atau penerima pencen tampil atau menghubungi mana-mana pejabatnya.
Berdasarkan rekod jabatan itu, sejumlah RM11.95 juta dibayar kepada pesara yang meninggal dunia, namun bukan semua amaun berkenaan perlu dikutip semula.
“Sebahagian daripada amaun itu adalah untuk dibayar semula kepada waris yang layak menerima pencen dan sebahagian lagi perlu dikutip daripada waris yang tidak layak menerima pencen,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi mengulas laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3 yang mendedahkan 1,226 pesara atau penerima faedah persaraan ATM yang meninggal dunia didapati masih menerima bayaran pencen berjumlah RM1.07 juta dari tahun 2012 sehingga 2013.
JHEV ATM berkata, daripada jumlah 3,786 pesara yang meninggal dunia, waris yang layak adalah 2,845 orang manakala waris yang tidak layak adalah 941 orang.
Dalam pada itu, RM8.09 juta dibuat pelarasan bagi 2,845 waris yang layak menerima pencen.
Bagi 941 waris yang tidak layak pula, surat tuntutan untuk membuat kutipan sudah dikeluarkan dan sejumlah RM977,729 berjaya dikutip semula daripada 303 waris setakat ini.
Menurut JHEV ATM, jumlah sebenar yang perlu dikutip balik hanya RM2.88 juta daripada 638 waris selepas mengambil kira amaun pelarasan yang dibuat dan kutipan balik yang diterima.
JHEV ATM juga sudah mengemukakan surat susulan menuntut semula bayaran pencen daripada semua waris yang terbabit dan membuat padanan data penerima pencen di JHEV apabila mendapat data kematian daripada Jabatan Pendaftaran Negara.
Selain itu, bayaran Bantuan Mengurus Jenazah juga akan diselaraskan dengan kutipan balik pencen yang telah dibayar selepas kematian pesara sebagai langkah untuk menyelesaikan isu itu. – BERNAMA
TOP
Golongan Huffaz Perlu Jadi Agen Dakwah
KUALA LUMPUR – Golongan huffaz diminta menggunakan ilmu dan kepakaran mereka untuk memberi kefahaman kepada orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan fahaman yang cuba memesongkan akidah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata golongan itu perlu memainkan peranan ini kerana sejak kebelakangan ini ada pihak-pihak tertentu dilihat cuba merendahkan institusi keagamaan di negara ini dengan menganjurkan aktiviti tidak bermoral.
Dalam menghadapi keadaan ini, golongan huffaz perlu bertindak sebagai agen kecil dalam menyampaikan dakwah kepada orang ramai, katanya pada majlis tawaran Skim Pembiayaan Hafiz 2014 di sini hari ini.
Jamil juga mahu golongan huffaz terus menimba ilmu di peringkat lebih tinggi agar hasrat kerajaan menambah bilangan huffaz bergelar graduan dapat dicapai.
“Rakyat yang berilmu dan mempunyai pakej daya intelek yang tinggi akan menjadi modal insan yang berkualiti tinggi,” katanya.
Di majlis itu, 150 orang menerima Skim Pembiayaan Hafiz daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Mereka ialah pelajar bergelar hafiz yang sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana muda.
Dengan ini, seramai 357 pelajar sudah mendapat tajaan di bawah skim itu dengan peruntukan sebanyak RM5.7 juta semenjak 2012.
Mereka datang daripada pelbagai bidang pengajian seperti pengajian Islam, Qiraat, perubatan, sains, kejuruteraan, farmasi, pergigian, teknologi maklumat, ekonomi dan sastera. – BERNAMA
TOP
10 Tips Susun Atur Beg Tangan Agar Tak Serabut
KEBANYAKAN kita pasti pernah mengalami situasi tercari-cari telefon bimbit di celah-celah beg tangan yang banyak dipenuhi ‘sampah-sarap’ antaranya resit dan tisu yang sudah digunakan.
Di sini merupakan tip-tip yang anda boleh aplikasikan agar beg tanganmu sentiasa dalam keadaan rapi dan teratur.
Selamat mencuba!
1. Setiap kali membeli beg tangan, pastikan ia ada poket kecil untk kamu simpan telefon bimbit. Bila tengah kelam-kebat, mudahlah kamu capai telefon bimbit kamu itu.
2. Kebanyakan linen di bahagian dalam beg tangan direka dengan warna gelap untuk elakkannya mudah kotor. Namun sebenarnya, linen warna cerah boleh memudahkan kamu cari barang dalam beg tangan.
3. Wayar earphone atau charger buat beg tangan kamu nampak tidak terurus. Gunakan charger organizer beg untuk simpan segala jenis wayar yang kamu ada. Barulah tak serabut.
4. Simpan kunci rumah dan kereta dalam key wallet.
5. Downsize gajet yang diperlukan. Dari usung laptop mini ke mana saja kamu pergi, baik guna Ipad saja.
6. Bawa alat solek yang kamu perlu saja untuk touch up solekan. Pakailah alat solek 2 in 1, contohnya gincu yang boleh dipakai sebagai blusher.
7. Simpan resit dalam satu beg khas atau dompet khas. Lebih teratur dan memudahkan kamu bila nak buat claim nanti.
8. Gunakan dompet kecil untuk simpan duit syiling. Barulah tak berterabur duit syiling dalam beg tanganmu.
9. Tukar botol losyen ke saiz travel bottle. Saiznya lebih kecil dan mudah dibawa serta berikan lebih banyak ruang dalam beg tangan.
10. Tak perlu lagi anda membawa buku nota bersaiz besar kerana kini semuanya sudah boleh disimpan menerusi telefon pintar masing-masing sekali gus menjimatkan ruang dalam beg tangan. Mudah kan? –
MYNEWSHUB.CC
Sumber: Cosmpolitan

Dalang Di Sebalik Isu SSKM Sudah Dikenal Pasti
KOTA KINABALU – Pihak berkuasa keselamatan telahpun mengenal pasti dalang di sebalik isu Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) dan tindakan lanjut terhadap dalang berkenaan sedang diambil, kata Menteri Tugas-tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang.
Menjawab soalan Jeremy Malajad (Bebas-Kadamaian), Datuk Abdul Rahim Ismail (BN-Pantai Manis) dan Limus Jury (BN-Kuala Penyu), Teo berkata pihak berkuasa akan menangani isu berkenaan sebaik-baiknya agar ia tidak lagi menimbulkan masalah dan mengganggu keharmonian masyarakat di negara ini.
“Untuk makluman Anggota Dewan Undangan Negeri Kadamaian, Pantai Manis dan Kuala Penyu, kerajaan amat memandang serius isu SSKM yang telah dicetuskan oleh sebahagian kecil orang tidak bertanggungjawab baru-baru ini,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Khamis.
Katanya meskipun perbuatan itu ditimbulkan cuma oleh segelintir masyarakat bertujuan memperbesarkan isu SSKM namun ia bersifat hasutan dan mencetuskan provokasi serta perlu dibendung.
Jika tidak dibendung, isu itu boleh menggugat keharmonian antara wilayah dan mencabar Perlembagaan Negara dan keselamatan negara, katanya.
Sementara itu, dewan juga dimaklumkan bahawa jumlah pemandu pelancong yang beroperasi tanpa lesen di Sabah amat minimum berdasarkan laporan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Menjawab soalan Datuk Samsudin Yahya (BN-Sekong), Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi berkata pemandu pelancong tidak berlesen, apabila didapati bersalah, boleh dikenakan denda sehingga RM7,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali menurut Bahagian IV, Seksyen 21 (2) Akta Industri Pelancongan 1992.
Mengenai pematuhan terhadap syarat yang dinyatakan dalam permit bot pelancong yang dilesenkan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah dan Jabatan Laut Malaysia, Kamarlin berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia merupakan agensi utama untuk tujuan itu. – BERNAMA
TOP
Kanak-Kanak Terjatuh Dari Tingkat Dua, Bukan Dicampak – Polis
SEREMBAN – Adam Zikri Faizul Khairy, 6, kanak-kanak yang dijumpai terdampar di kaki lima Sekolah Kebangsaan Tasik Jaya di sini semalam, dipercayai terjatuh dan bukan dicampak dari tingkat dua sekolah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seremban Supt Muhamad Zaki Harun berkata pihak polis menerima panggilan pada kira-kira 2.55 petang semalam dan ketika kejadian berlaku, sesi persekolahan telah tamat.
“Kita sudah dapatkan keterangan dari tiga orang murid berusia 11 tahun pagi ini, dan mereka memberitahu ketika kejadian berlaku, ada seorang kanak-kanak autisme berumur 12 tahun yang bersekolah di sekolah pendidikan khas telah berjumpa dengan mangsa di tingkat dua dan mengangkat mangsa lalu diletakkan di atas tembok koridor.
“Kemudian mungkin kerana mangsa dalam keadaan tidak stabil kerana tembok koridor tersebut yang permukaannya kecil, menyebabkan mangsa tidak seimbang lalu terjatuh dari ketinggian lebuh kurang 20-30 kaki,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kanak-kanak autisme yang berbadan agak besar ini cuba menyelamatkan mangsa tetapi tidak sempat berbuat demikian.
“Dari keterangan yang diberi, kita lihat ia konsisten dengan apa yang berlaku,” katanya.
Muhamad Zaki berkata pihak polis telah menemu bual kanak-kanak autisme yang juga merupakan murid Program Pendudukan Khas Integrasi, dan mendapati kanak-kanak ini seorang yang hiperaktif dan dia tidak tahu akan akibat perbuatannya.
“Kita sudah buka kertas siasatan awal dan akan kemukakan kes ini ke pihak pendakwa raya. Di dalam undang-undang juga menyebutkan kanak-kanak berumur 12 tahun sekiranya dia tidak mengetahui apa perbuatannya, tidak menjadi satu kesalahan,” katanya.
Sementara itu, bapa kepada Adam Zikri, Faizul Khairy Zulkifli, 38, ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar di sini berkata anaknya dalam keadaan stabil dan hanya mengalami patah kaki kanan dan tangan kiri selain cedera pada kepala.
Beliau berkata Adam Zikri telah selesai menjalani pemeriksaan pengimbasan tomografi berkomputer (CT scan) dan imbasan magnetik resonan (MRI) dan doktor memberitahu tiada pendarahan dalaman berlaku.
“Adam Zikri sudah boleh bercakap dan ketika sedar dia minta saya milo ais dan vitagen. Dia kini dalam proses penyembuhan,” katanya.
Faizul Khairi berkata pihaknya tiada dendam dengan murid terlibat dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.
“Fokus saya hanya kepada anak saya dan saya sudah buat laporan polis pagi tadi untuk proses tuntutan insurans kelak,” katanya.
Adam Zikri, 6, merupakan anak bongsu dari tiga beradik dan merupakan murid prasekolah Taman Tasik Jaya di sini. – BERNAMA
TOP
Pengawal Keselamatan Maut Setelah Langgar Tayar Treler
KUANTAN – Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar tayar sebuah treler yang tercabut dan bergolek masuk ke laluannya di Km 10 Jalan Kuantan-Bypass, Pelabuhan dekat Gebeng malam tadi.
Mangsa, Mohd Amran Asparudin, 25 yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Eco Tower Gebeng dekat sini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata, nahas jam 11.30 malam itu berlaku semasa mangsa yang beralamat di Kampung Peramu dekat sini dalam perjalanan dari arah Pelabuhan menghala ke Kuantan.
“Sebelum kejadian, satu tayar belakang sebelah kiri treler terbabit yang dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Pelabuhan telah tercabut dan bergolek masuk ke laluan bertentangan.
Pada masa sama mangsa yang dari arah bertentangan kebetulan lalu di situ telah melanggar tayar tersebut menyebabkan dia hilang kawalan lalu terjatuh ke atas jalan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati jalan di situ lurus dan semasa kejadian cuaca baik juga terdapat lampu jalan di lokasi kemalangan.
Katanya, tayar treler yang tercabut itu juga didapati berada di dalam longkang bahu sebelah kiri jalan dan pemandu treler terbabit tidak cedera.
Mohd Noor berkata, siasatan juga mendapati treler tersebut membawa muatan bijih besi dan mangsa memakai topi keledar serta memiliki lesen memandu yang sah.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat dan polis akan membuat ujian darah dan air kencing ke atas pemandu treler terbabit.
“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BERNAMA
TOP
Laporan Polis Dibuat Kes Kehilangan Aset Di HKL
SERI KEMBANGAN – Seorang pegawai di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dikesan terlibat dalam kes salah laku yang menyebabkan kehilangan aset milik Kementerian Kesihatan sudah meletak jawatan, kata Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata pegawai lelaki itu telah dikesan terlibat dengan kehilangan aset melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan laporan polis sudah dibuat bagi menyiasat perkara itu.
“Kita berharap polis buat siasatan sewajarnya. Selepas siasatan mereka boleh ambil tindakan jenayah sekiranya berlaku unsur jenayah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Neuro Malaysia, di sini hari ini.
Subramaniam berkata antara punca aset milik kementerian tidak dapat dikesan atau hilang ialah berlakunya kecurian, disimpan di tempat yang salah serta barang udah lupus tetapi tidak diisyhtihar lupus.
Menurutnya antara tindakan yang boleh diambil bagi mengawal berlakunya kes sama ialah menambah bilangan CCTV di kawasan HKL, menambah bilangan pengawal keselamatan serta menaik taraf sistem pemantauan pergerakan peralatan dalam kawasan HKL.
“Alat boleh bergerak dari satu tingkat ke satu tingkat, tetapi pemantauan adalah sukar melainkan kita mempunyai tag. Apabila pihak audit datang, baru mereka boleh periksa benda yang tidak terdapat di tempatnya, tetapi sebenarnya berada di bahagian lain di hospital,” katanya.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3 yang dikeluarkan Isnin lepas, sebanyak 7,712 unit aset bernilai RM44.19 juta milik Kementerian Kesihatan dilaporkan hilang dari tahun 2011 hingga 2013.
Bagi tempoh tersebut, daripada 49 kes kehilangan, 38 iaitu 77.6 peratus kes telah dapat diselesaikan dan daripada 11 kes yang belum diselesaikan, tujuh kes masih dalam tindakan urus setia dan empat kes masih menunggu laporan akhir. – BERNAMA
TOP
Selepas Agensi Pos, China Godam Data Cuaca AS
SAN FRANCISCO – Pihak berkuasa pentadbiran atmosfera dan kelautan Amerika Syarikat (NOAA) di sini jadi sasaran terbaharu penggodam siber dipercayai dari China cuba memecah masuk laman web agensi cuaca kebangsaan itu, lapor Washington Post semalam.
Akhbar terkemuka AS itu memetik kenyatan ahli kongres parti Republikan dari negeri Virginia, Frank Wolf sebagai mengesahkan NOAA baharu digodam dan penyerangnya dikenal pasti berasal dari China, tetapi beliau enggan mengulas lebih lanjut isu tersebut.
NOAA ekoran serangan mengejut itu difahamkan telah segera bertindak menggantung buat sementara waktu semua laporan data cuaca terkini mengenai penerbangan, perkapalan dan beberapa laman sensitif agensi itu dengan alasan untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Serangan siber itu berlaku selang dua hari selepas perkhidmatan pos AS (USPS) turut melaporkan penggodam asing berjaya mencuri banyak maklumat personal sensitif sebahagian besar petugas agensi tersebut selain sebilangan besar data sulit pelanggan.
USPS mendakwa, penggodam dikesan mengakses 800,000 petugas pos itu meliputi nama, tarikh lahir, alamat, nombor keselamatan sosial, nombor telefon kecemasan, tarikh masuk dan berhenti kerja di samping maklumat kontraktor berdaftar dengan mereka.
Serangan turut ceroboh sistem bayaran bil utiliti di pejabat pos dan perkhidmatan secara talian selain menembusi maklumat pelanggan termasuk nama, alamat, telefon, e-mel dan sebagainya namun mujur data kad kredit serta pembelian gagal dipecah masuk. – Agensi
Perkhidmatan pos kebangsaan USPS turut menjadi mangsa serangan siber apabila ratusan ribu maklumat petugas dan sistem secara talian agensi itu digodam. – Gambar hiasan
Perkhidmatan pos kebangsaan USPS turut menjadi mangsa serangan siber apabila ratusan ribu maklumat petugas dan sistem secara talian agensi itu digodam. – Gambar hiasan
TOP
Peperiksaan Dalam Talian SPA Berjaya
KUALA LUMPUR – Pelaksanaan sistem peperiksaan secara dalam talian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diperkenalkan buat kali pertama pada 30 April lepas, disifatkan berjaya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun memberitahu Dewan Rakyat ini terbukti dengan meningkatnya jumlah calon yang mengambil peperiksaan itu berbanding sistem peperiksaan konvensional yang dilaksanakan sebelum ini.
“Peratus calon yang mengambil peperiksaan di Semenanjung meningkat kepada 62 peratus berbanding 50 peratus pada edisi sebelum ini. Peningkatan juga dilapor di Sabah iaitu 68 peratus berbanding 54 peratus dan juga di Sarawak daripada 54 peratus kepada 66 peratus.”
Keseluruhannya sistem peperiksaan online (dalam talian) telah memberi impak begitu positif dan terbukti kerana calon tidak lagi perlu hadir ke pusat peperiksaan atau mengambil cuti khas, sebaliknya boleh menjawab secara online selepas waktu kerja mereka,” katanya pada sesi soal-jawab dewan hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) yang ingin tahu kesukaran calon luar bandar mengambil peperiksaan secara dalam talian.
Entulu juga berkata sistem pelayan yang digunakan telah ditambah baik selepas melalui ujian tekanan dalam usaha mengatasi masalah teknikal yang menyukarkan calon menduduki peperiksaan secara dalam talian.
Selain itu, pasukan khas teknikal dan pasukan media juga telah dibentuk bagi menjawab panggilan-panggilan daripada calon yang menghadapi masalah ketika menduduki peperiksaan, katanya. – BERNAMA
TOP
Pendayung Solo Keliling Semenanjung, Singgah Di P.Pinang
GEORGETOWN – Perjalanan pendayung solo negara, Nadzeri Mustaffa yang berkayak mengelilingi Semenanjung Malaysia kini berbaki 160 kilometer selepas tiba di perairan Pulau Pinang semalam.
Memulakan Ekspedisi Dayungan 1Malaysia untuk Gaza sejauh 2,000 kilometer itu pada 20 Sept dari Pengkalan Kubor, Kelantan, Nadzeri, 50, dijangka tiba ke hentian terakhir di Pulau Langkawi pada 23 Nov ini.
Anak kelahiran Kodiang, Kedah, yang menetap di Kuala Lumpur itu menyifatkan ekspedisi fasa terakhir itu sebagai nostalgia kerana di situlah detik permulaan penglibatannya dalam sukan kayak ketika berumur 20-an.
“Insya Allah jika semuanya selamat saya ingin mendedikasikan kejayaan ini kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir.
“Segala kepayahan meredah lautan bersendirian, kadangkala dalam cuaca ekstrem ini semua sangat bermakna dan berharga buat saya…kerana itu saya ingin hadiahkan kejayaan ini kepada mereka,” katanya kepada pemberita di Jeti Pasukan Polis Marin, Batu Uban di sini hari ini.
Nadzeri, seorang ahli perniagaan yang pernah menjadi jurulatih sukan kayak kebangsaan pada 1980-an, berkata ekspedisi itu sebagai simbolik membantah kekejaman Zionis di Palestin dan menunjukkan solidariti terhadap nahas pesawat Malaysia Airlines MH17.
Menceritakan pengalamannya berkayak, katanya beliau ditemani sekawan ikan lumba-lumba di perairan Kuala Linggi, Melaka di samping bertemu penyu besar yang timbul di sisi kayaknya adalah kenangan termanis setakat ini.
“Ikan lumba-lumba itu berenang dan bermain di sekeliling kayak saya dengan seekornya melintas di bawah kayak dan melompat-lompat seperti berinteraksi dengan saya,” katanya.
Nadzeri berkata Perairan Kota Tinggi, Johor adalah laluan mencabar apabila beliau berdepan ombak besar dan dipukul ribut terutama di kawasan Tanjung Sedili dan Tanjung Balau.
“Saya sentiasa memastikan sebelah kanan adalah daratan dan selalu mengesahkan ketibaan di mana-mana perairan dengan pihak berkuasa maritim supaya perjalanan tidak tersasar,” katanya.
Beliau berkata sasaran seterusnya ialah mendayung secara solo ke Gaza pada 2016 meliputi jarak 16,000 kilometer dan sebelum itu akan ke perairan Borneo tahun depan. – BERNAMA
TOP
Pemandu Jengkaut Mengaku Tidak Bersalah Ugut Tim. Menteri
PETALING JAYA – Seorang pemandu jengkaut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengugut Timbalan Menteri Pendidikan II, P.Kamalanathan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), tahun lepas.
M.Gunalan, 36, didakwa menghantar SMS berbaur ugutan dan mendatangkan ketakutan kepada Kamalanathan, 49, dengan menggunakan nombor telefon 017 3493150 pada pukul 2.26 pagi, 20 Okt tahun lepas.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di alamat No.13, Jalan Cewai 6/17, Seksyen 6, Kota Damansara di sini.
Gunalan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama mengikut Seksyen 507 kanun sama dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Tan Gin Han menawarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, namun peguam tertuduh, Mohd Yusri Mohd Yusoff memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya itu penanggung tunggal keluarga dan mempunyai seorang anak berumur dua tahun.
Hakim Yasmin Abdul Razak membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Dis ini untuk sebutan semula kes.
Adik tertuduh hadir membayar jaminan tersebut.
Media sebelum ini melaporkan, tiga lelaki ditahan kerana didakwa menghantar SMS itu pada 16 Okt dan 20 Okt 2013 kepada Kamalanathan, yang juga Anggota Parlimen Hulu Selangor.
Dalam SMS ugutan tersebut, mereka mendakwa sebagai kumpulan kongsi gelap. – BERNAMA
TOP
Wakil Rakyat BN Boikot Sesi Penggulungan Exco K’jaan P.Pinang
GEORGE TOWN – Sepuluh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini bertindak memboikot sesi penggulungan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.
Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid berkata tindakan kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) BN itu disebabkan rasa meluat dan tidak mahu lagi berkompromi dengan wakil rakyat yang tidak tahu menjaga etika dan peraturan dewan.
“Setakat ini kami hanya ‘memboikot’ Phee Boon Poh sahaja dan tidak mahu lagi terlibat serta melayan mana-mana wakil rakyat yang menyalahgunakan kemuliaan dewan untuk bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya serta cuba mengelirukan rakyat.
“Kami hanya tidak masuk sesi penggulungan Phee pagi ini, tetapi selepas selesai sesi penggulungan oleh Phee, kami akan masuk semula,” katanya kepada pemberita, di luar DUN di sini hari ini.
Beliau berkata Phee seolah-olah sengaja membangkitkan isu remeh-temeh antaranya mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung masalah ladang babi yang dibangkitkan wakil rakyat BN pada sesi perbahasan dengan mempersoalkan mengapa babi seolah-olah penyebab utama kepada wabak Ensefalitis Jepun (JE).
Sementara itu, Adun kawasan Bertam Shariful Azhar Othman turut mengkritik etika wakil rakyat itu yang disifatkannya tidak wajar dilakukan oleh seorang wakil rakyat senior yang lebih arif dengan peraturan dewan.
“Datuk Speaker mahu semua wakil rakyat mengikut dan mematuhi peraturan DUN tetapi mengapa seorang wakil rakyat senior ini tidak berhati-hati ketika berada di dalam dewan. Kami wakil rakyat BN sedaya upaya menjaga diri agar tidak melanggar mana-mana peraturan DUN tetapi mengapa seolah-olah ada kelebihan untuk Phee Boon Poh,” katanya.
Terdahulu, pada sesi penggulungan itu, R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima) ketika mencelah bertanyakan kepada Phee sama ada tindakan wakil rakyat BN tidak hadir semasa sesi penggulungan itu adalah kerana takut.
Phee kemudiannya berkata: “Kita fikir positif lebih baik daripada negatif.
Bila saya gulung mereka tidak ada di dalam dewan, mungkin sebab saya jahat.
Mereka boleh tulis soalan kepada saya dan saya akan jawab. Pintu pejabat saya sentiasa terbuka, bila-bila masa boleh tanya”. – BERNAMA
TOP
5 Pusat Kompetensi ‘Big Data’ Diwujudkan
PUTRAJAYA – Empat universiti dan satu politeknik dipilih untuk pembangunan fasa pertama Pusat Kompetensi ‘Big Data’ untuk melatih bakat-bakat tempatan dalam melahirkan lebih ramai pakar industri ‘Big Data’.
Lima institut itu ialah Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah; Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang; Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Johor.
Pusat Kompetensi ‘Big Data’ juga bakal dibangunkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam fasa seterusnya.
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh, ketika melancarkannya di sini hari ini berkata, pusat kompetensi itu akan melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang saintis data, pemodel data, penganalisis data dan juga pelombong data.
“Permintaan dalam industri ‘Big Data’ adalah tinggi kerana pakar-pakar diperlukan untuk menganalisis data dalam membantu membuat keputusan yang efektif,” katanya sambil menambah Malaysia memerlukan kira-kira 16,000 pakar untuk membuat analisis menjelang 2020.
Pusat Kompetensi ‘Big Data’ itu juga menawarkan peluang kerjasama dengan rakan-rakan industri iaitu syarikat-syarikat IT terkemuka dunia sebagai rakan akademik seperti Oracle, IBM, EMC, Microsoft, SAS dan Unisys dengan menawarkan tujuh kursus.
Pusat itu adalah usaha sama antara Kementerian Pendidikan dan Prestariang Berhad untuk melatih lebih ramai saintis data di Malaysia untuk mempelopori pembangunan negara ini ke arah ekonomi berdasarkan data.
Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah Pengerusi Prestariang Berhad, Datuk Ramli Abas, dan Ketua Pegawai Eksekutif Prestariang Berhad, Abu Hasan Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan bahawa Malaysia mempertimbangkan pelantikan Ketua Saintis Data dalam waktu terdekat.
Sementara itu, Abu Hasan berkata pusat berkenaan menawarkan tujuh kursus yang diiktiraf selain menyediakan pengalaman pembelajaran yang optimum untuk para pelajar agar mereka dilengkapi kepakaran ke pasaran pekerjaan.
Lima Pusat Kompetensi ‘Big Data’ itu dijangka dapat menempatkan 2,500 pelajar dalam tempoh tiga tahun akan datang, katanya. – BERNAMA
TOP
Jangan Beri Tekanan Kepada Presiden PAS – Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar menasihatkan parti DAP agar tidak memberi tekanan yang kuat kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk hadir ke mesyuarat pemimpin Pakatan Rakyat (PR) kerana Abdul Hadi uzur. Beliau berkata rakan pemimpin dalam parti DAP perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berkaitan isu itu. Menurut Mahfuz, DAP tidak perlu memberi tekanan untuk memaksa Abdul Hadi yang sedang terganggu kesihatannya untuk tetap menghadiri Majlis Pimpinan Pusat PR. “Saya harap rakan-rakan DAP harus berhati-hati dalam buat kenyataan. “Dia (Hadi) mempunyai alasan kesihatan (kerana tidak hadir ke mesyuarat),” kata beliau yang juga Ahli Parlimen (PAS-Pokok Sena) dalam satu sidang media di Parlimen hari ini menurut laporan portal Malaysiakini. Mahfuz berkata PAS sendiri tidak pernah memaksa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk sentiasa hadir ke sidang Dewan Rakyat. “Kita tak gesa pun Lim Guan Eng hadir ke Parlimen. Kenyataan begitu tidak begitu cermat. Harap DAP beri perhatian kepada perkara ini,” katanya lagi. Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada semalam meluluskan resolusi bagi mendesa Abdul Hadi hadir ke mesyuarat berkenaan. Menurut Lim, beliau perlu hadir bagi memastikan PR iaitu gabungan PKR-DAP-PAS berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi. “Atas pandangan bahawa kehadiran Hadi dalam mesyuarat majlis kepimpinan Pakatan penting, kerana beliau mempunyai autoriti tunggal dalam PAS untuk membuat keputusan, DAP akan akan menunggu sehingga beliau boleh hadir ke mesyuarat sebegitu,” kata Lim. Dalam beberapa mesyuarat berkenaan Abdul Hadi dilihat kerap menghantar wakilnya sahaja sama ada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu atau Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali. – MYNEWSHUB.CC Oleh : IBNU K

Polis Kedah Teruskan Operasi Perangi Kegiatan Judi
ALOR SETAR – Polis Kedah akan terus memerangi kegiatan judi haram di negeri ini dalam usaha membendung kegiatan itu daripada terus berleluasa.
Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata dalam tempoh tiga minggu ini, anggotanya menerusi operasi yang dijalankan berjaya melakukan beberapa tangkapan walaupun agak rendah iaitu hanya dua peratus.
“Walaupun hasil tangkapan hanya dua peratus ia bukannya satu kegagalan kepada pihak polis tetapi ini menunjukkan bahawa banyak premis yang telah ditutup berikutan takut akan diserbu.
“Mereka tutup kedai kerana tahu polis sentisa pantau kegiatan judi ini tetapi sekiranya mereka masih berani menjalankan operasi di premis-premis mereka, kita tidak akan memberi peluang langsung,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.
Katanya dalam tempoh tiga minggu ini, sebanyak 144 serbuan dijalankan bagi perjudian loteri haram di mana 102 yang berjaya.
“Bagi mesin judi pula sebanyak 597 serbuan dilakukan yang melibatkan sembilan kejayaan,” katanya.
Sementara itu, Zakaria berkata seramai 1,732 anggota polis di seluruh Kedah telah dikumpulkan bagi membantu kemungkinan operasi musim banjir kali ini.
“Kita telah buat persiapan rapi untuk menghadapi banjir yang berlaku dan seramai 1,732 anggota telah pun dikumpulkan.
“Selain itu, kita juga telah menyediakan sebanyak 23 buah bot penyelamat, 274 jaket keselamatan, lori, khemah dan generator bagi memberi bantuan menyelamat,” katanya. – BERNAMA
TOP
Bekas Pemain Kriket, Imran Khan Dicari Polis Pakistan
Tahir ul Qadri
ISLAMABAD – Hakim mahkamah khas antipengganas Pakistan, Syed Kausar Abbas Zaidi semalam mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas pemain kriket antarabangsa negara itu, Imran Khan, 62 tahun, atas dakwaan menganjurkan protes antikerajaan secara ganas. Perintah tangkapan itu turut melibatkan seorang ulama popular, Tahir ul Qadri dan 26 pemimpin parti pembangkang, Tehreek-e-Insaaf yang terbabit dalam insiden penawanan stesen televisyen pemerintah PTV bersama-sama 300 penyokong pada 1 September lalu. Jurucakap mahkamah berkata, polis mengklasifikasi kes itu di bawah undang-undang antipengganas ekoran tindakan Imran mengetuai ratusan pengikutnya merempuh sekatan polis dan cuba menawan bangunan Parlimen serta menceroboh stesen TV rasmi negara. Tindakan pemimpin pembangkang itu susulan siri bantahan selama beberapa minggu bagi mendesak pengunduran Perdana Menteri, Nawaz Sharif sehingga pada kemuncak lewat malam 31 Ogos lalu mereka menawan seketika stesen PTV bagi menutup operasi siarannya. Imran memohon maaf ekoran insiden itu selepas rakaman stesen televisyen tempatan lain menunjukkan para penyokongnya bertindak biadap merampas dan meludah potret Nawaz di dinding pejabat selain menjerit emosi memaki hamun petugas studio berita PTV. Peristiwa itu juga menyebabkan Tahir, 63 tahun, seorang tokoh agama yang dihormati di Pakistan bertindak menarik diri daripada menyertai siri bantahan berikutnya kerana enggan imejnya tercemar sebelum beliau melarikan diri untuk menetap di Kanada. – Agensi
Pasukan tentera berjaya mengambil alih semula bangunan stesen penyiaran pemerintah Pakistan, PTV daripada ditawan ratusan penyokong pembangkang dalam kemuncak siri rusuhan antikerajaan pada 1 September lalu.

Ulama Perlu Satu Padu Bebaskan Fiqh Politik
KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan perlunya para ulama dan pemikir ummah untuk bersatu secara ilmiah dalam usaha membebaskan pemikiran fiqh politik daripada kekotoran kediktatoran.
Bekas perdana menteri itu berkata golongan ulama dan pemikir itu perlu berbuat demikian bagi memastikan Islam menjadi sumber perundangan dan umat Islam sebagai asas legitimasi pemerintahan.
Katanya, gesaan itu adalah salah satu daripada resolusi sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2014 yang berakhir hari ini.
Sidang itu dihadiri oleh pemikir-pemikir Islam daripada lebih 14 buah negara dengan tema Negara Sivil dari Perspektif Islam.
Katanya, permasalahan dan cabaran yang dihadapi umat Islam pada masa kini adalah berpunca daripada kediktatoran, kezaliman dan pengkhianatan ke atas kehendak rakyat.
“(Sehubungan itu), resolusi ini menyokong pergerakan umat Islam yang berusaha membebaskan diri daripada kediktatoran dan pelbagai bentuk pemerintahan, agar dapat membentuk pemerintahan yang adil dan terpandu,” katanya selepas menutup sidang kemuncak tiga hari itu.
Dr Mahathir berkata antara resolusi lain yang dicapai ialah keperluan menjalankan lebih banyak kajian untuk menentukan titik-titik pertemuan dan perbezaan yang benar, agar perbezaan dan kepelbagaiaan ini dapat diurus dengan baik.
“Ia perlu untuk pelajari pengalaman dan pemerintahan di negara-negara Islam mengenai perkara yang boleh diimplementasikan dan aset-aset yang masih tersembunyi agar dapat menjadi suatu harapan baharu yang menjamin kebahagian di dunia serta membuka jalan kebahagian di akhirat,” katanya.
Antara resolusi lain ialah mewujudkan satu laman web untuk kegunaan penggajian dan menerbitkan majalah khusus berkaitan kajian yang dijalankan, menerbitkan keputusan persidangan itu dalam pelbagai bahasa dan menyebarkan sesi rakaman persidangan menerusi media sosial.
Dalam sidang kemuncak itu, peserta telah berbincang mengenai negara sivil daripada sudut pandangan Islam terhadap kebebasan, keadilan, syura dan kemuliaan insan yang dianggap sebagai nilai-nilai utama dalam sistem pemerintahan Islam.
Sesi-sesi dalam persidangan itu telah menggariskan kefahaman asasi yang berkait dengan negara dan sistem pemerintah, serta titik-titik persetujuan dan perbezaan yang lahir daripada kepelbagaian latar belakang dan idea mengenai isu pemerintahan. – BERNAMA
TOP
Kastam Sabah Lupus Lebih 400,000 Bungkusan Rokok Seludup
KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah melupuskan sejumlah 419,810 bungkusan rokok seludup yang dirampas, bernilai hampir RM500,000 di tapak pelupusan Kilang Papan Hong Tiong, Inanam dekat sini hari ini.
Pengarahnya Datuk Dr. Janathan Kandok berkata rokok putih jenama John itu dipercayai diseludup masuk melalui Pelabuhan Kota Kinabalu dan ia berjaya dirampas sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.
Bercakap kepada pemberita selepas pelupusan rokok-rokok tidak sah itu, beliau berkata seramai 309 orang ditahan dan 133 didakwa di seluruh Sabah dalam beberapa operasi termasuk Ops Pacak, Ops Outlet dan Ops Bersepadu sejak 2012.
Katanya sejumlah 2,669 kes rokok seludup dengan nilai rampasan dianggarkan RM11.3 juta dan cukai kira-kira RM30 juta dicatat bagi tempoh tiga tahun sehingga tahun ini.
Janathan berkata operasi rampasan akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan, pengedaran dan penjualan rokok yang tidak sah. – BERNAMA
TOP
Thai Haramkan Buku Hina Raja Mereka
Andrew MacGregor Marshall bersama bukunya, A Kingdom In Crisis yang diharamkan di Thailand.
BANGKOK – Polis diraja Thailand hari ini mengharamkan sebuah buku politik, A Kingdom in Crisis tulisan seorang wartawan bebas British, Andrew MacGregor Marshall yang pernah menetap di sini kerana didakwa memfitnah sistem beraja negara Asia tenggara itu. Ketua polis Thailand, Jeneral Komisioner Dr. Somyot Poompanmoung dalam satu kenyataan berkata, kandungan buku tersebut didapati amat berbahaya kepada keselamatam negara, ketenteraman awam dan memberi ancaman besar kepada pemerintahan beraja Thailand. “Buku ini dilarang dijual atau diedar di seluruh Thailand,” tegas beliau mengulas buku itu yang diterbitkan sebulan lalu oleh firma Zed Books berpusat di London serta berkata, sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun dan denda 60,000 baht (kira-kira RM6,096). Pemerintah tertinggi Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej, 86 tahun, dilindungi di bawah undang-undang tegas negara itu daripada sebarang bentuk kritikan yang dikenali sebagai ‘lese mejeste’ dan ia turut meliputi permaisuri, putera mahkota dan kerabat baginda. Marshall, 43 tahun, aktif menulis artikel mengenai politik Thailand termasuk pantang larang isu sensitif istana dan pernah dihukum di bawah akta percetakan yang menegah kritikan ke atas raja sama ada menerusi laman sosial waima grafiti di dalam tandas awam. Namun beliau yang dilaporkan hilang kemudian kerana bimbang dikenakan hukuman penjara dalam reaksi awal menerusi laman Twitter miliknya mengucapkan terima kasih kepada polis Thailand yang secara tidak langsung mempublisitikan buku itu. – Agensi
Raja Bhumibol Adulyadej

Khir Toyo Tarik Balik Saman Fitnah RM10 Juta Isu Banglo
SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini membatalkan saman fitnah RM10 juta oleh bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo terhadap anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sekinchan Ng Suee Lim berhubung pemilikan sebuah banglo mewah.
Saman itu dibatalkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azimah Omar setelah Mohamad Khir selaku plaintif, menarik balik saman itu.
“Tiada perintah melibatkan kos dalam kes ini,” kata peguam mewakili Ng, M.Manoharan ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding di sini hari ini.
Dr Mohamad Khir, dalam samannya yang difailkan pada 7 Jan 2010, mendakwa Ng cuba mencemarkan imejnya menerusi satu kenyataan, termasuk dalam media, berhubung pemilikan sebuah banglo.
Ng, dalam kenyataan pembelaannya, antara lain mendakwa beliau mempunyai justifikasi bersyarat untuk mendedahkan sebarang penyalahgunaan kuasa oleh bekas menteri besar itu.
Pada 6 Julai 2009, Adun daripada DAP itu mendakwa Dr Mohamad Khir membelanjakan kira-kira RM24 juta untuk membeli sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam sedangkan pendapatan beliau dianggarkan hanya RM576,000 setahun, atau sejumlah RM4.6 juta dalam tempoh lapan tahun beliau menyandang jawatan.
Dr Mohamad Khir yang diwakili peguam M.Athimulan menafikan dakwaan itu dan berkata banglo berkenaan berharga hanya RM3.5 juta dan dibeli menggunakan pinjaman bank selama 30 tahun.
Mahkamah Rayuan pada Mei tahun lepas mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap Dr Mohamad Khir atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini.
Mahkamah turut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis 2011 lepas yang memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan. – BERNAMA
TOP
FB “Nokia Malaysia” Digantikan Dengan “Microsoft Lumia Malaysia”
Microsoft mengumumkan akan melakukan penjenamaan secara berperingkat untuk laman-laman sosial mereka.
Terbaharu, laman sosial Facebook Nokia Malaysia telah ditukar kepada Microsoft Lumia Malaysia.
Selain itu, peranti baru yang akan dikeluarkan selepas ini bakal menggunakan jenama “Microsoft Lumia” dan bukannya Nokia lagi.
Namun walau telah menjual sebahagian hak kepada Microsoft, Nokia masih mempunyai beberapa perkhidmatan lain di bawah mereka, antaranya HERE Maps.
Menerusi Facebook, Nokia menitipkan pesan kepada pengguna mereka:
“We’re saying goodbye soon to Microsoft Lumia. The Nokia team is excited to share the continuing Nokia story with you soon!” (Nokia ucapkan selamat tinggal kepada Microsoft Lumia. Namun pasukan Nokia tidak sabar untuk menyambung cerita Nokia bersama anda tak lama lagi).
Sumber: Facebook Nokia Malaysia, Nokia
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Tak Adil Tekan Harimau Malaya Menang Piala AFF – KJ
PUTRAJAYA – Khairy Jamaluddin Abu Bakar beranggapan adalah tidak adil untuk memberi tekanan kepada skuad Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki yang bermula di Singapura pada 23 November ini.
Menteri Belia dan Sukan itu berkata berkata kejohanan berkenaan sama sekali tidak boleh dikaitkan dengan prestasi dan pencapaian sukan di temasya lain.
Beliau berkata sebagai membalas tuntutan peminat sukan tanah air yang berharap kejayaan menjulang trofi berkenaan adalah sebagai menutup cerita duka arena sukan negara, tahun ini.
Khairy beranggapan harapan tinggi diletakkan ke atas skuad kebangsaan adalah suatu perkara yang tidak adil kepada sukan bola sepak.
“Nak kata kena menang Piala AFF Suzuki dulu baru boleh selamatkan semua sukan Malaysia, saya rasa ia tak adil pada mereka…itu tekanan yang terlalu luar biasa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan perjanjian kerjasama antara KBS dengan ITE Education Services, Singapura, bagi meningkatkan kualiti pengajaran serta kepimpinan dalam kalangan tenaga pengajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, hari ini.
Kejohanan Piala AFF Suzuki akan berlangsung di Singapura bermula 23 hingga 29 November ini. Skuad Harimau Malaya bimbingan Dollah Salleh diletakkan dalam Kumpulan B bersama Myanmar, Thailand dan Singapura. – BERNAMA
TOP
Pahang Bolot 5 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan
KUALA LUMPUR – Pahang mendominasi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014 apabila membolot lima anugerah, termasuk Anugerah Pemain Bernilai menerusi penjaga gol, Khairul Azhan Khalid.
Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014: Dr kiri: Mohd Badri, Nor Farhan, Khairul Azhan, Razman dan Farhan Roslan.
Selain itu, Khairul Azhan turut meraih Anugerah Penjaga Gol Terbaik dan pemilihannya sebagai pemain paling bernilai menjadikan penjaga gol pertama meraih anugerah itu selain Persatuan Bola Sepak Terbaik, Pertahanan Terbaik (Razman Roslan) dan Jurulatih Terbaik menerusi Zainal Abidin Hassan.
Pemain Paling Bernilai (MVP) - Mohd Khairul Azhan Khalid (Pahang)
Pemain Penyerang Terbaik - Mohd Nor Farhan Mohamad (Terengganu)
Pemain Pertahanan Terbaik - Razman Roslan (Pahang)
Penjaga Gol Terbaik - Mohd Khairul Azhan Khalid (Pahang)
Ketua Jurulatih Terbaik - Zainal Abidin Hassan (Pahang)
Pemain Import Terbaik - Ali Ashfaq (PDRM)
Persatuan Bola Sepak Terbaik - Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang
Kelab Bola Sepak Terbaik - Kelab Johor Darul Takzim (JDT)
Kelab Penyokong Terbaik - JDT
Anugerah Fairplay - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu
Pemain Muda Harapan - Farhan Roslan (Kedah)
Anugerah lain menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih dua anugerah menerusi Anugerah Kelab Terbaik dan Kelab Penyokong Terbaik.
Selain itu, kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi mengekalkan anugerah Pemain Tengah Terbaik, Mohd Farhan Roslan memenangi Pemain Muda Terbaik, Ashfaq Ali (Pemain Asing Terbaik), Mohd Norfarhan Mohamad (Penyerang Terbaik) manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dipilih sebagai penerima Anugerah Fair Play. – BH Online

Google Abadikan Allahyarham Mokhtar Dahari Sebagai Doodle
KUALA LUMPUR – Google Malaysia hari ini memaparkan seni lakaran atau ‘doddle’ Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sempena ulang tahun kelahiran ke-61, legenda pemain bola sepak negara itu.
Ini merupakan penghormatan buat bintang bola sepak negara itu yang telah membawa Malaysia ke arena antarabangsa.
Sekitar 1970-an, Mokhtar mewakili negara sehingga menjadikan Malaysia kuasa besar bola sepak Asia dengan mengalahkan gergasi bola sepak Asia pada masa itu, Korea Selatan dan Jepun.
Beliau digelar ‘SuperMokh’ kerana kemahirannya sebagai penyerang, kekuatan dan keupayaannya untuk menjaringkan banyak gol yang luar biasa sepanjang kerjayanya.
Antara detik terkenal buat Mokhtar ialah ketika bersalaman dengan Diego Maradona sebelum perlawanan persahabatan menentang Boca Juniors.
Mokhtar menjaringkan sebanyak 175 gol untuk Selangor, 20 gol dalam 13 penampilan mewakili Kwong Yik Bank dan 125 gol untuk Malaysia, menjadikan jumlah jaringan gol sebanyak 320, sepanjang kerjayan bola sepaknya.
Mokhtar merupakan penjaring terbanyak sepanjang masa untuk Selangor dan Malaysia dan Allahyarham masih dikenang sebagai legenda untuk Selangor dan Malaysia.
Mokhtar meninggal dunia pada 11 Julai 1991 selepas bertarung nyawa dengan penyakit saraf yang jarang didapati, neuron motor selama tiga tahun.
Sebuah dokumentari ‘The Untold Truth About Supermokh’ diterbitkan buat pertama kali dalam ‘The National Geographic Channel’ pada 30 Ogos 2010. – BERNAMA
TOP
Badan Atau Suruhanjaya Tangani Isu Pekerja Asing Bakal Ditubuh
KUALA LUMPUR – Sebuah badan atau suruhanjaya baharu bakal diwujudkan bertujuan untuk menangani isu pekerja asing meliputi pekerja sah dan tanpa izin, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, ia diwujudkan atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Bagaimanapun, badan itu tidak terlibat dengan mana-mana kementerian termasuk Kementerian Dalam Negeri mahupun Kementerian Sumber Manusia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.
Ahmad Zahid berkata untuk itu satu kertas kabinet berhubung perkara itu sedang disediakan untuk dibentang pada Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pekerja Asing yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri.
Mengulas sebuah laporan akhbar tempatan mengenai 4.6 juta pekerja asing memasuki negara ini secara haram, Ahmad Zahid berkata beliau akan berjumpa dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem bagi mengetahui bagaimana beliau memperoleh statistik itu.
Semalam, Richard Riot mendedahkan daripada 6.7 juta pekerja asing yang bekerja di negara ini, 4.6 juta pekerja asing memasuki negara ini secara haram.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata kebanyakan warga asing yang memasuki negara ini adalah secara sah iaitu menggunakan permit kerja atau pas lawatan, namun kegagalan untuk memperbaharui visa menyebabkan mereka menjadi pendatang atau pekerja tanpa izin.
“Punca mereka menjadi pekerja tanpa izin adalah disebabkan majikan yang tidak bertanggungjawab selain tidak mempedulikan pekerja sendiri,” katanya.
Ketika ditanya pemberita adakah jumlah pekerja asing akan bertambah dalam tempoh 10 tahun akan datang di negara ini, Ahmad Zahid menjawab ia bergantung kepada permintaan dan penawaran.
“Apabila ada permintaan, mesti ada penawaran. Maka, majikan dan rakyat negara ini perlu mengubah sikap. Rakyat negara ini tidak mahu bekerja di sektor yang mempunyai 3D, iaitu ‘difficult, dirty dan dangerous’ (sukar, kotor dan berbahaya),” katanya.
Terdahulu, Ahmad Zahid berkata KDN akan menganjurkan Karnival Lembaga Penapis Filem (LPF) sempena sambutan ulang tahun LPF ke-60 pada 22 hingga 23 November di Kompleks Membeli Belah Alamanda, Putrajaya.
Karnival itu bertujuan untuk mewujudkan jalinan kerjasama di antara LPF dengan pihak industri perfileman dan penyiaran di negara ini. – BERNAMA
TOP
Bukan Semua Ubat Dikecualikan Daripada GST
SERI KEMBANGAN – Kerajaan tidak bercadang mengecualikan semua ubat daripada dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) apabila ia dilaksanakan pada April tahun depan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kementerian itu telah mengenal pasti 320 sebatian kimia yang diluluskan untuk sifar kadar dalam GST, termasuk lebih 4,200 jenama ubat.
“Setakat ini, tiada rancangan untuk mengecualikan semua ubat daripada dikenakan GST… tapi kami juga akan cuba agar penggunaan kelengkapan asas perubatan bagi mengurus dan merawat pesakit turut diletakkan dalam kategori itu,” katanya selepas merasmikan Simposium Neuro Malaysia (MNS) di sini hari ini.
Beliau berkata ubat-ubatan yang tidak termasuk dalam senarai ubat-ubatan perlu, akan dikenakan GST apabila ia dilaksanakan pada April tahun depan.
Dr Subramaniam berkata demikian bagi mengulas tindakan Persatuan Farmaseutikal Malaysia (MPS) merayu kepada kerajaan pada Isnin agar semua ubat tidak dikenakan cukai di bawah GST.
Sementara itu, mengulas kenyataan Anggota Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz yang menyalahkan Thailand berikutan kadar jangkitan tinggi HIV di Kelantan, Dr Subramaniam berkata Pas perlu mendidik rakyat tentang isu itu.
“Ia berkaitan pilihan individu, jadi kerajaan Kelantan yang dipimpin Pas perlu mendampingi rakyat untuk mendidik mereka, menguatkan mereka dari segi mental.
“Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa, sempadan akan tetap berada di situ dan terserahlah kepada orang untuk menentukan pilihan mereka… memandangkan mereka diperintah oleh Pas, mereka sepatutnya lebih baik,” katanya.
Terdahulu, ketika merasmikan MNS, Dr Subramaniam berkata simposium itu bertujuan memperkenalkan dimensi baharu dalam pengurusan gangguan neuro-psikiatri, khususnya dalam bidang autisme, gangguan stres pasca-trauma, schizophrenia dan banyak lagi.
“Terapi Resonan Magnetik, satu metadologi bukan invasif yang menggunakan gelombang elektro-magnetik untuk memodulatkan gelombang otak, akan memberi manfaat kepada banyak pesakit yang mengalami keadaan neurologi dan psikiatri,” katanya.
Turut hadir pada majlis perasmian simposium itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis.
Kira-kira 100 doktor dari Malaysia, Amerika, Thailand dan Taiwan berpeluang menyaksikan satu pendekatan inovatif dalam merawat penyakit neuropsikatri pada simposium itu.- BERNAMA
TOP
Lufthansa Tawar Khidmat Kelas Ekonomi Premium
KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Kelas Ekonomi Premium Lufthansa akan diperkenalkan bagi semua laluan pesawat Boeing 747-8 bermula 22 Nov, 2014.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata laluan terbabit adalah Bangalore, Buenos Aires, Chicago, Hong Kong, Los Angeles, Mexico City, Beijing, Sao Paolo, Seoul, Tokyo-Haneda dan Washington.
Bersempena pelancaran perkhidmatan itu, potongan harga 15 peratus turut ditawarkan bagi tempahan sehingga 9 Dis, 2014.
“Kemudahan elaun bagasi percuma bagi Kelas Ekonomi Premium itu turut digandakan bagi seorang penumpang Kelas Ekonomi,” katanya.
Bagi bayaran sebanyak €25, penumpang kelas baru itu juga boleh mendapat akses dan berehat di ‘Lufthansa Business lounge’ sebelum menaiki pesawat. – BERNAMA
TOP
Peniaga Dikenakan Tindakan Naikkan Harga Barang
KOTA KINABALU – Sebanyak 535 peniaga di Sabah diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dengan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM63,862 kerana menaikkan harga barang sejak Januari lepas.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata daripada jumlah itu, sebanyak 259 kes telah dikompaun dengan jumlah kutipan kompaun sebanyak RM25,900.
Beliau berkata sebanyak 17 notis turut dikeluarkan kepada peniaga di bawah akta yang sama.
“Sejak Januari 2014 sehingga semalam, 188,552 premis perniagaan di seluruh Sabah telah diperiksa,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini. – BERNAMA
TOP
Ambank Hormati Undang-Undang Syariah Malaysia
KUALA LUMPUR – Kumpulan AmBank hari ini menegaskan ia sememangnya menghormati undang-undang Syariah Malaysia selain mematuhi garis panduan ditetapkan bagi perbankan, insurans dan takaful.
Kenyataannya itu sebagai reaksi terhadap dakwaan Jaringan Melayu Malaysia bahawa AmBank terbabit dalam usaha menggalakkan amalan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) berikutan usaha samanya dengan Metlife International Holdings Incorporated.
“MetLife adalah antara syarikat insurans terbesar dunia dan ia menghormati undang-undang tempatan, tradisi serta budaya di pasaran perkhidmatannya.
“Kumpulan AmBank, khususnya AmMetLife Insurance Bhd dan AmMetLife Takaful Bhd, beroperasi dan diurus mengikut undang-undang Malaysia.
“Kami juga tidak menyokong mana-mana amalan yang menyalahi undang-undang, termasuk undang-undang Syariah,” katanya. – BERNAMA
TOP
Video: Lelaki Ini Boleh Celup Tangan Dalam Minyak Panas!
Kisah ini mungkin kedengaran pelik dan amat mengerikan, namun tidak pada lelaki ini.
Seorang chef lelaki dari Delhi, India mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu boleh mencelupkan tangan ke dalam minyak panas tanpa mengalami sebarang kecederaan mahupun berasa pedih dan sakit.
Menurut Prem Kumar, dia mempelajari teknik tersebut selepas melihat kebolehan ayahnya yang mampu mencelup tangan dalam minyak panas tanpa mengalami sebarang kesan melecur.
Kini atas bakat dan keistimewaan dimiliki ini, Prem Kumar menjalankan perniagaan Restoran Ganesh di Delhi yang unik.
Restorannya itu sentiasa dipenuhi pelanggan gara-gara mahu melihat aksi berani mencelupkan tangan dalam minyak panas.
Disebabkan bakat Prem ini juga, ramai pelanggan mengajaknya mengembangkan perniagaan di luar negara. - MYNEWSHUB.CC

UK Hasilkan Pokok TomTato, Gabungan Tomato & Kentang
Sejenis tumbuhan luar biasa yang menghasilkan tomato di bahagian atas dan pada masa sama mengeluarkan ubi kentang (potato) di bahagian akarnya berjaya dihasilkan di United Kingdom (UK).
Sebatang pokok berkenaan dikatakan boleh mengeluarkan hingga 500 tomato kecil dan beberapa biji kentang putih di bahagian akarnya.
Diberikan nama Tomtato, menurut laporan laman web Oddity Central, ia adalah seratus peratus asli dan tidak diubahsuai genetiknya seperti mana yang disangkakan.
Pokok istimewa itu dihasilkan menggunakan teknik khas oleh sebuah firma pertanian Thompson and Morgan yang berpangkalan di Ipswich, England.
Biarpun ada rekod pokok serupa pernah dihasilkan, ini adalah kali pertama ia dapat mengeluarkan hasil yang boleh dikomersialkan dan pokok itu juga sedia untuk dijual. Menurut wakil Royal Horticultural Society (RHS) Guy Barter, pokok yang dihasilkan sebelum ini mempunyai masalah dengan rasa totamo dan kentangnya tetapi hasil TomTato adalah sedap dan sama seperti tomato dan kentang biasa.
Bagi Pengarah Thompson and Morgan Paul Hansord pula, TomTato merupakan hasil kerja kuat yang berdekad lamanya selepas kali pertama idea menghasilkan pokok berkenaan tercetus 15 tahun lepas. Ketika itu, Hansord melawat sebuah taman di Amerika Syarikat dan melihat seseorang menanam ubi kentang di bawah pokok tomato untuk bergurau. Namun waktu itulah Hansord sedar, ia tidak mustahil kerana kedua-dua tanaman tersebut berasal dari keluarga pokok yang sama. “Pokok ini boleh ditanam penghujung April dan akan menghasilkan dahan yang penuh dengan tomato rasa manis dari Julai ke Oktober, selain menghasilkan ubi kentang jenis baik yang boleh direbus, dilenyek dan juga di bakar,” katanya. - MYNEWSHUB.CC

Video: Eksperimentasi Gangguan Seksual Di Jalanan New York
Adakah anda masih ingat adegan filem Gila-Gila Remaja di mana sekumpulan lelaki mengganggu seorang wanita di perhentian bas?
Itulah salah satu contoh “street harassment” atau gangguan di jalanan.
Melalui video yang dikongsikan di atas, ia merupakan sebuah eksperimentasi tentang gangguan seksual yang dihadapi oleh golongan wanita di bandaraya New York.
Street harassment ini melibatkan kata-kata yang tidak disukai atau tindakan oleh seseorang yang tidak dikenali di tempat-tempat awam yang didorong oleh jantina; menyerang fizikal atau emosi seseorang dengan cara tidak sopan, menyeramkan, mengejutkan, menakutkan, atau menghina. Jika anda berasa tidak selesa ketika berada di tempat awam apabila ada orang bersiul atau menyapa, itulah petandanya anda sedang alami gangguan di jalanan. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Demi Sesuap Nasi, Lelaki Ini Sanggup Disengat Lebah
Kita hanya biasa melihat madu di dalam botol, yang dijual di pasar-pasar tani, pasar minggu atau di tepi-tepi jalan.
Tetapi tahukah anda bagaimana cara untuk mendapatkan madu asli dan proses untuk mendapatkan madu tersebut?
Melalui video yang dibawakan oleh BBC, Tete, seorang lelaki orang asli di Afrika menjadikan madu lebah asli sebagai sumber pendapatannya dan keluarga.
Mari kita lihat bagaimana proses mendapatkan madu asli di hutan Congo ini.
Perit dan sangat berbahaya, itulah ciri-ciri pekerjaan mencari madu lebah asli ini.
Berbalik kepada video, diameter pokok yang lebih lebar daripada pemeluknya ditakluki oleh Tete demi memenuhi tuntutannya sebagai ketua keluarga. Bukan calang-calang orang boleh melakukan kerja sebahaya ini, malah pemanjat profesional juga mungkin mengaku kalah. Pokok berketinggian 40 meter tersebut diharungi dengan begitu bergaya sekali dan hasilnya, lihatlah apa yang bakal menantinya di depan. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Kepulangan Fasha, Putri Raysha Dirai Adat Oleh Keluarga Jejai
Amboi seronoknya tengok artis-artis kita yang baru menimang cahaya mata pada bulan November ini. Lepas satu.. satu.. macam berjanji pulak!
Salah seorang selebriti yang baru sahaja menimang cahaya mata ialah Fasha Sandha. Memang comellah anak Fasha dan suami, Rizal Ashram Ramli (Jejai) lagi-lagi bayi kedua milik pasangan ini ialah baby girl.
Cuba anda tengok …putih gebu benor bayi Fasha yang diberi nama Putri Raysha Jemaima ini kan.
Dengar-dengar atuk dan nenek Putri Raysha ini sangat teruja menerima cucu sulung perempuan dari Jejai sampai melakukan beberapa adat bagi menyambut kepulangan menantu dan cucu mereka.
Putri Raysha disambut dengan adat seperti direnjis air mawar dan ditabur beras kunyit ketika tiba di rumah mertuanya.
Bayi comel ini turut diberi manis-manisan seperti yang disunatkan umat islam seperti kurma, gula dan air zam zam. Difahamkan, adat ini sememangnya menjadi adat wajib yang dilakukan keluarga Jejai bagi menyambut setiap cucu yang pertama kali pulang ke rumah. Lebih menarik, ibu Jejai turut menyediakan gelaran nama tersendiri kepada puteri Fasha iaitu Cahaya Murni. Wah, terpamer kegembiraan keluarga ini menerima cahaya mata kedua daripada Fasha dan Jejai.
Jom layan gambar-gambar ketika adat ini dijalankan.. - MYNEWSHUB.CC

A Rahman Hassan, Fadilah Mansor Rancang Kahwin Hujung Tahun
WAH dalam diam-diam rupanya pelakon yang mempunyai wajah keibuan, Fadilah Mansor menjalin hubungan cinta dengan penyanyi era 60-an, Datuk A Rahman Hassan dan mereka dikatakan akan melangsungkan pernikahan, hujung tahun ini.
Memetik laporan Harian Metro, perkenalan mereka dikatakan bermula di sebuah majlis anugerah, beberapa bulan lalu. Namun Fadilah enggan mengulas lanjut mengenai butir-butir terperinci majlis perkahwinan mereka kerana menghormati permintaan A Rahman. “Apa yang saya boleh kongsi kalau umur dah macam ini, kalau canang-canang sangat seganlah nanti orang kata over (keterlaluan) pula. “Jadi saya ikut saja perancangan abang (A Rahman). Dia tak nak bising-bising dulu sampailah kami betul-betul sedia untuk berkongsi nanti,” katanya. Fadilah merupakan seorang ibu tunggal sejak empat tahun lalu selepas bercerai dengan bekas suaminya, pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London sementara A Rahman pula kematian isteri, Datin Azizah Mohamad pada 26 April tahun lalu akibat penyakit kanser. Apa-apa pun semoga perancangan mendirikan masjid untuk pasangan ini berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya. – MYNEWSHUB.CC

Wanita Digilis Keretapi Di Lokasi Sama Kekasih Bunuh Diri
Gambar Facebook Becky Tait dan teman lelaki, Phil James. Becky memilih untuk mati dengan cara bunuh diri sama seperti Phil selepas tidak dapat menerima hakikat kehilangannya.
TERLAMPAU sedih dengan kematian kekasihnya, seorang wanita dari United Kingdom, Becky Tait, 20, nekad membunuh diri di tempat sama yang meragut nyawa teman lelakinya dua bulan lalu.
Becky, dilaporkan terjun ke landasan kereta api di Staffordshire ketika satu gerabak kereta api sedang melalui laluan tersebut.
Sebelum ini, teman lelakinya, Phil James, 19, juga mati di kawasan itu selepas terjun ke landasan, 7 September lalu. Sejak teman lelakinya mati, Becky dilaporkan sangat sedih dan sentiasa berasa murung. Menurut rakan rapatnya, Becky dan Phil pernah keluar beberapa kali ketika menjalin hubungan dan terakhir, mereka baru sahaja bercuti bersama-sama di Portugal. Walaupun rakan-rakan sentiasa di sisi untuk memberinya sokongan menghadapi masa-masa sukar namun akhirnya Becky tetap juga mengambil jalan singkat untuk mengakhiri kehidupannya dengan cara tragis. – MYNEWSHUB.CC

Tindakan MAS Pecat Pramugara Kes Serangan Seksual Dikecam
Presiden NUFAM, Ismail Nasaruddin
Pramugara Malaysia Airlines (MAS) yang menghadapi dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang penumpang wanita telah dipecat oleh MAS biarpun belum dibicarakan atas tuduhan itu. Pemecatan itu membuatkan Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) tidak puas hati dan menyifatkan keputusan itu tidak mengikut undang-undang serta tidak adil bagi kakitangan berkenaan. Menurut laporan The Malaysian Insider (TMI), Presiden NUFAM Ismail Nasaruddin berkata kru kabin terbabit yang telah berkhidmat dengan MAS lebih 30 tahun menerima makluman pemecatan melalui surat yang dihantar ke kediamannya dua minggu selepas kes berkenaan didedahkan. “Hal ini sama sekali tidak dijangka kerana surat itu dihantar ketika dia masih lagi berada di pusat tahanan di luar negara (Paris, Perancis).. Bagaimana dia hendak memberi respon?” ujar Ismail. Beliau berkata pihak syarikat MAS telah memberikan tempoh selama 60 hari untuk kakitangannya itu membuat rayuan pemecatan atas alasan salah laku. Kesatuan itu telah membawa perkara tersebut ke pengetahuan pihak Jabatan Perhubungan Industri dalam usaha memberi keadilan kepada pekerja berusia 57 tahun itu. Ismail menyifatkan, MAS seperti tidak mahu ambil kisah tentang kes itu dan tidak menawarkan sebarang bantuan kepada keluarga pramugara terbabit. Sementara itu, peguam Ragunath Kesavan bagi pihak NUFAM turut mempersoalkan tempoh tahanan yang sangat panjang di Paris. “Pekerja MAS itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Pihak MAS harus berusaha untuk membebaskannya dari pusat tahanan itu,” ujarnya. Peguam keluarga pramugara tersebut, Shailender Bhar, memberitahu bahawa pihak polis Perancis tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat insiden berkenaan kerana ia tidak berlaku di negara tersebut, mahupun di ruang udaranya. Tuduhan serangan seksual tersebut disensasikan oleh seorang penumpang Australia, Laura Bushney, ketika Malaysia dan dunia bersimpati akan nasib penumpang dan pekerja MAS serta keluarga mereka dalam dua tragedi yang menimpa syarikat penerbangan itu. Dalam pada itu, Bushney dikritik ramai pihak di media sosial dan dikatakan sengaja mencari publisiti murahan dengan membuat fitnah untuk mendapatkan wang. – MYNEWSHUB.CC

Suami ‘Bodoh’ Hubungi 999 Hanya Kerana Alat Kawalan Jauh
Menjadi operator pusat panggilan kecemasan 999 memerlukan tahap kesabaran paling tinggi lagi-lagi bila berhadapan dengan panggilan yang tidak masuk dek akal.
Terbaru, pusat panggilan kecemasan 999 di West Mercia menerima satu panggilan kecemasan yang tidak akan dilupakan daripada seorang lelaki yang tinggal Shropshire. Lelaki tersebut menghubungi 999 semata-mata mahu mengadu hal isterinya yang tidak mahu memberikannya alat kawalan jauh televisyen. Mungkin kedengaran pelik, tetapi itulah yang sebenarnya terjadi.
“Encik, isteri saya tidak mahu memberikan alat kawalan jauh kepada saya,” adu lelaki kepada salah seorang operator pusat panggilan kecemasan. Operator yang menerima panggilan tersebut bagaimanapun, terpaksa melayan dan bertoleransi dengan pemanggil meskipun berasakan panggilan tersebut ‘bodoh’ dan tidak masuk akal.
Lebih menyusahkan, kadangkala ia hanya membuang masa pihak polis West Mercia untuk mengendalikan mereka. Salah seorang operator turut mengakui, pusat panggilan sering menerima panggilan daripada orang awam yang berhadapan dengan masalah tidak ada wang untuk membayar teksi. Sepatutnya, bukanlah tanggungjawab pihak polis mengendalikan hal yang boleh dianggap remeh-temeh seperti ini. Bayangkan, hampir 700,000 panggilan yang diterima setahun oleh pusat panggilan kecemasan 999 adalah tidak bersesuaian. Mungkin, kini kita perlu akui bahawa operator 999 adalah orang yang paling bertoleransi dalam kerjaya mereka. - MYNEWSHUB.CC

Marsha Akui Sedang Bercinta Dengan Pemuda Melayu
PENYANYI dan pelakon kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ketiga, Marsha Milan Londoh mengakui dirinya kini sedang bercinta dengan seorang pemuda Melayu.
Jika sebelum ini dia kurang bercerita mengenai kisah peribadinya, namun Marsha kini sudah bersedia berkongsi perhubungan cintanya yang berjalan sejak setahun lalu.
“Ya, saya memang sedang mengenali hati budi seseorang dan dia lelaki Melayu.
“Hubungan kami sudah berlarutan setahun,” katanya memetik Berita Harian.
Marsha turut berharap agar hubungannya kali ini akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan berharap peminatnya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan hidupnya. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Remaja Ditemui Mati Tergantung Di Negeri Sembilan
GAMBAR HIASAN
SEREMBAN – Seorang remaja lelaki ditemui mati tergantung dalam bilik di sebuah rumah di Bukit Rasah, di sini, semalam. Pelajar dari sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Terengganu itu ditemui ahli keluarganya dalam keadaan tidak bernyawa, kira-kira 2 petang. Mangsa berusia 21 tahun itu ditemui tergantung dengan tali di tingkap bilik rumah tersebut. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan kejadian. Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. “Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat. Punca kejadian masih dalam siasatan polis,” katanya. – Sinar Harian Online

Wanita Cantik Ini Kejamnya Mengalahkan Syaitan!
Mexico – Wajahnya seperti seorang pelakon sinetron namun siapakah wanita ini?
Dia, Maria de los Angeles Pineda bukan calang-calang orang sebaliknya merupakan ketua kepada kumpulan kartel yang terlibat dalam 200 pembunuhan kejam dan kehilangan penduduk di bandar Iguala.
Pineda yang juga isteri kepada Datuk Bandar Iguala menjadi tajuk utama akhbar selepas dia ditahan berhubung pembunuhan beramai-ramai 43 pelajar baru-baru ini.
Tetapi siapakah dia?
Pineda rupanya adalah seorang wanita kejam dan merupakan ketua kepada segala ketua jenayah di Iguala.
Dia juga adalah ketua kartel dadah United Warriors, satu kumpulan penjenayah yang terkenal kerana sering menculik mangsa pada waktu malam dan kemudiannya`melenyapkan’ mangsa berkenaan.
Meskipun penduduk Iguala mengetahui kejahatan Pineda namun mereka tidak berani berbuat apa-apa kerana`hukuman’ pasti akan diterima jika mereka bersuara, apatah lagi pasukan polis tempatan dikuasai oleh wanita ini.
Pineda sendiri berasal daripada keluarga penjenayah. Anggota keluarganya termasuk ibu dan bapanya ditahan di penjara manakala saudara-maranya yang lain turut ditangkap dan ada yang mati dibunuh.
Sejak kecil, Pineda, yang digelar wanita cantik tetapi jahat ini, telah menyaksikan penculikan dan pembunuhan yang dilakukan oleh keluarganya.
Dia adalah anak kedua daripada lima beradik kepada pasangan Salomon Pineda dan Maria Villa.
Ibu dan bapanya terlibat dalam jenayah kejam selepas kakak Pineda diculik dan dibunuh. Sejak itu keluarga tersebut tidak lagi memandang ke belakang dan mula melakukan penculikan serta pembunuhan sebagai membalas dendam.
Pineda berkahwin dengan Datuk Bandar Iguala, Jose Luis Abarca dan suaminya itu hanya boneka semata-mata dengan Pineda yang mengawal bandar berkenaan.
Mereka kemudiannya membina empayar di bandar itu dengan menceburi perniagaan emas dan mempunyai lebih 17 kedai emas serta rumah di sekitar bandar. Pineda menjadi tumpuan selepas merasuah polis untuk menculik 43 pelajar terbabit dan mengarahkan United Warriors `mengajar’ mereka kerana dikatakan cuba mengganggu majlis keramaian yang diadakannya. Kartel itu kemudiannya telah membunuh pelajar-pelajar terbabit dengan membakar mereka, dan ada antaranya dibakar hidup-hidup hingga hangus. Pineda yang suka kerana dirinya ditakuti dibandar itu kini ditangkap polis bersama suaminya. Dia berdepan tuduhan membunuh, terlibat dalam kumpulan jenayah dan menyebabkan kehilangan 43 pelajar.

Stesen Minyak Tak Alukan Mat Rempit Datang.. Kenapa?
Melalui sebuah gambar yang dikirimkan oleh pembaca Mynewshub, seorang pemilik stesen minyak di Jaya Gading yang kurang senang dengan sikap sesetengah pengguna khususnya mat rempit, didapati telah meletakkan satu memo di stesen minyak tersebut.
Memo tersebut berbunyi:
“Stesen Petronas Jaya Gading tidak menyokong langsung aktiviti rempit. Semua perempit tak payahlah isi minyak motosikal anda di sini. Anda dialu-alukan mengisi di sini bila anda dah berhenti dan bertaubat dari merempit.”
Kisahnya, pada setiap hujung minggu stesen minyak tersebut akan berubah menjadi ‘litar mini’ apabila puluhan mat rempit berkumpul dan membunyikan enjin secara kuat sehingga mengganggu ketenteraman.
Hal ini menyebabkan pengguna lain berasa kurang selesa untuk berhenti mengisi minyak di stesen berkenaan. Difahamkan, stesen minyak tersebut sebenarnya sangat dikenali kerana boleh dikatakan hampir 24 jam memasang ayat suci Al-Quran dan zikir. Malah, stesen tersebut pernah menawarkan air mineral percuma sekiranya pengguna mengisi minyak lebih daripada RM30. Bagaimanapun dalam kes ini, pemiliknya tidak lagi berkompromi dengan pelanggan malah sanggup menghalau mereka daripada mengisi minyak di stesen tersebut. Marah sangat nampaknya tu… Diharapkan bila membaca memo pemilik stesen minyak ini untuk mereka, mat rempit terlibat akan berasa insaf bahawa gelagat mereka sebenarnya hanya mengundang rasa meluat masyarakat. Oleh: hzqahmad/MYNEWSHUB.CC

Video: Menjijikkan.. Bila Pantai Jadi Tandas Terbuka
Kita selalu bayangkan pemandangan pantai yang indah ditambah pula bunyi desiran ombak yang mampu menenangkan jiwa resah.
Namun, pernahkah anda bayangkan, ciptaan alam yang indah ini dicemari oleh manusia yang sesuka hati membuang air besar merata-rata.
Keadaan ini bukan sahaja memberi pemandangan yang amat menjijikkan malah membuat pantai dipenuhi bau busuk najis manusia.
Hal inilah yang berlaku di pantai negara India.
Kepadatan beribu-ribu penduduk menyebabkan tandas mereka tidak dapat menampung penduduk secukupnya, seterusnya terjadilah situasi menjijikkan ini.
Lihat saja video di bawah..
Terkejut bukan? Tetapi inilah yang terjadi di negara tersebut.
Menurut penduduk setempat, seramai 25,000 penduduk kawasan sekitar terpaksa berkongsi hanya 4 buah tandas sahaja, menyebabkan mereka tiada pilihan melainkan membuang najis di pantai berdekatan. Lebih menyedihkan, sisa-sisa tahi boleh dilihat berada merata-rata di kawasan pantai. Namun, tiada apa boleh dilakukan apabila kekurangan membataskan keadaan. Oleh itu, berbanggalah menjadi anak Malaysia. - MYNEWSHUB.CC

Amran Fans, FB Peminat Fanatik Hanis Zalikha Kena ‘Sabo’
Populariti Amran Fans memang tidak perlu diperkenalkan lagi, lihat sahaja jumlah pengikut di laman sosial Facebooknya yang mencecah lebih 300 ribu.
Sememangnya Amran Fans mempunyai keunikan tersendiri kerana sering kali mengundang tawa kepada sesiapa sahaja yang membaca posting yang dimuat naik.
Bagi peminat Amran Fans, anda tentu tahu bahawa Amran dan Hanis Zalikha (Keknis) berpisah tiada, gara-gara admin Amran Fans yang suka benor menyakat selebriti terkenal itu. Iyelah, peminat fanatik nombor satu katanya kan…
Bagaimanapun kini heboh, page Amran Fans sudah ditutup gara-gara kene ‘hack’ la, ‘direport’ la dan macam-macam versi lagilah.
Terkejut juga mendengar perkhabaran ini dan tertanya-tanya, kenapa agaknya Facebook Amranfans ditutup?
Dakwa admin Amran Fans, ada pihak tertentu rupa-rupanya telah membuat laporan kepada Facebook hingga menyebabkan page tersebut terpaksa ditutup. Siapalah punya kerja agaknya kan? Nampaknya, ada yang tidak menyukai kewujudan Amran Fans ini.
Terdapat peminat fanatik Amran Fans yang menuduh ini kerja peminat-peminat Keknis yang tidak suka Amran mengorat selebriti kegemaran mereka. Tak kurang juga, yang berpendapat semua ini berlaku gara-gara mulut Amran Fans yang berbisa ketika melakukan posting hingga membuatkan laman Facebook tersebut dipantau oleh pihak-pihak tertentu. Bagaimanapun, Amran Fans nyata tidak putus asa dan kini segera membuka kembali page yang baru.
Pada masa sama, sebenarnya ramai yang tertanya-tanya siapakah sebenarnya di sebalik Amran Fans ini? Adakah anda mengenali beliau? - MYNEWHUB.CC

Kerajaan Tidak Akan Bayar Wang Tebusan Kepada Penculik
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Ahli Parlimen pihak pembangkang dilihat beriya-iya meminta kerajaan membayar wang tebusan RM6 juta yang dituntut penculik bagi membebaskan rakyat Malaysia yang masih ditahan di Selatan Filipina, sejak lima bulan lepas.
Ahli Parlimen (PKR-Lumut) Imran Abdul Hamid berkata, sudah ramai anggota Parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) menggesa kerajaan bertindak menyelesaikan kes melibatkan seorang anggota polis dan pemilik sangkar ternakan ikan itu.
“Kalau dia katakan satu nyawa RM3 juta, dua nyawa RM6 juta, apalah sangat.
“Kita boleh belanja berbilion ringgit untuk benda lain. Kenapa tak boleh selamatkan dua nyawa dengan RM6 juta?” katanya dalam satu sidang media di Parlimen. Saranan itu bagaimanapun ditolak mentah-mentah oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Dalam satu sidang media di Bukit Aman, Ahmad Zahid berkata kerajaan mempunyai dasar tidak melayan sebarang tuntutan tebusan, walaupun untuk pegawai polis. Menurut beliau, kementerian seliaannya terpaksa mempertahankan pendirian itu, walaupun salah seorang daripada isteri mangsa dan ibu bapanya datang meminta bantuan kepada beliau. Katanya, usaha untuk menyelamatkan dua tebusan itu sedang berjalan bagaimanapun tidak dapat mendedahkan maklumat terperinci buat masa ini. Terdahulu, Chin Pek Nyuen, isteri kepada penternak ikan yang diculik Chan Sai Chiun hadir di Parlimen untu kali kedua dalam masa dua minggu. Dia dikatakan sudah meminta bantuan kepada kerajaan melalui memorandum minggu lepas tetapi Chin masih menerima panggilan telefon hampir setiap hari daripada penculik, yang menuntut wang tebusan RM3 juta untuk Chan sahaja. Kumpulan penculik memberi tarikh akhir baru iaitu 30 November untuk membayar tebusan berkenaan atau dia akan dibunuh. Ahli Parlimen (PKR-Penampang) Darrel Leiking pula mempersoalkan tindakan polis yang didakwanya tidak mengesan atau memantau panggilan daripada penculik biarpun ia dibuat hampir setiap hari. – MYNEWSHUB.CC

Gambar: Anak Perempuan Ketua Kumpulan Yakuza Di Jepun
Rambut panjang yang diwarnakan serta bergaya dengan seluar jeans, Shoko Tendo kelihatan seperti wanita biasa di Jepun.
Namun apabila Shoko membuka baju lalu mendedahkan tatu yang jelas meliputi belakang dan sebahagian besar badannya, terserlahlah siapa dia. Ya, dia adalah anak perempuan kepada ketua kongsi gelap Yakuza di Jepun, Hiroyasu Tendo. Shoko adalah anak ketiga daripada empat beradik dan dibesarkan dalam lingkungan kehidupan Yakuza yang penuh dengan kekejaman dan kekerasan terhadap golongan lemah di Jepun. Menurut Shoko, dia terjebak dalam dunia Yakuza sejak usia remaja dan kini dia merancang untuk mengubah kehidupannya menjadi wanita biasa walaupun bapanya adalah ketua kongsi gelap terbesar.

Bila Gambar Bogel Kim Kardashian Diparodikan..
NAMA Kim Kardashian terus menjadi trending hari ini sejak gambar bogelnya untuk majalah Paper dimuat naik di laman Internet semalam mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada warga netizen.
Kebanyakan peminat Kim nyata terkejut dengan tindakannya yang sanggup bergambar bogel walaupun kini dia sudah pun memegang status ibu. Tidak menunggu lama, gambarnya mula diparodikan oleh netizen yang terlebih rajin dan kreatif sebagai reaksi berhubung gambar-gambar daring yang diambil oleh jurufoto, Jean-Paul Goude. Nah, tengoklah sendiri parodi mereka ni, macam-macam lah. Haha! – MYNEWSHUB.CC
View image on Twitter
Kebanyakan peminat Kim nyata terkejut dengan tindakannya yang sanggup bergambar bogel walaupun kini dia sudah pun memegang status ibu. Tidak menunggu lama, gambarnya mula diparodikan oleh netizen yang terlebih rajin dan kreatif sebagai reaksi berhubung gambar-gambar daring yang diambil oleh jurufoto, Jean-Paul Goude. Nah, tengoklah sendiri parodi mereka ni, macam-macam lah. Haha! – MYNEWSHUB.CC
View image on Twitter
TOP
Kanak-Kanak Terjatuh Dari Tingkat Dua, Bukan Dicampak – Polis
SEREMBAN – Adam Zikri Faizul Khairy, 6, kanak-kanak yang dijumpai terdampar di kaki lima Sekolah Kebangsaan Tasik Jaya di sini semalam, dipercayai terjatuh dan bukan dicampak dari tingkat dua sekolah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seremban Supt Muhamad Zaki Harun berkata pihak polis menerima panggilan pada kira-kira 2.55 petang semalam dan ketika kejadian berlaku, sesi persekolahan telah tamat.
“Kita sudah dapatkan keterangan dari tiga orang murid berusia 11 tahun pagi ini, dan mereka memberitahu ketika kejadian berlaku, ada seorang kanak-kanak autisme berumur 12 tahun yang bersekolah di sekolah pendidikan khas telah berjumpa dengan mangsa di tingkat dua dan mengangkat mangsa lalu diletakkan di atas tembok koridor.
“Kemudian mungkin kerana mangsa dalam keadaan tidak stabil kerana tembok koridor tersebut yang permukaannya kecil, menyebabkan mangsa tidak seimbang lalu terjatuh dari ketinggian lebuh kurang 20-30 kaki,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kanak-kanak autisme yang berbadan agak besar ini cuba menyelamatkan mangsa tetapi tidak sempat berbuat demikian.
“Dari keterangan yang diberi, kita lihat ia konsisten dengan apa yang berlaku,” katanya.
Muhamad Zaki berkata pihak polis telah menemu bual kanak-kanak autisme yang juga merupakan murid Program Pendudukan Khas Integrasi, dan mendapati kanak-kanak ini seorang yang hiperaktif dan dia tidak tahu akan akibat perbuatannya.
“Kita sudah buka kertas siasatan awal dan akan kemukakan kes ini ke pihak pendakwa raya. Di dalam undang-undang juga menyebutkan kanak-kanak berumur 12 tahun sekiranya dia tidak mengetahui apa perbuatannya, tidak menjadi satu kesalahan,” katanya.
Sementara itu, bapa kepada Adam Zikri, Faizul Khairy Zulkifli, 38, ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar di sini berkata anaknya dalam keadaan stabil dan hanya mengalami patah kaki kanan dan tangan kiri selain cedera pada kepala.
Beliau berkata Adam Zikri telah selesai menjalani pemeriksaan pengimbasan tomografi berkomputer (CT scan) dan imbasan magnetik resonan (MRI) dan doktor memberitahu tiada pendarahan dalaman berlaku.
“Adam Zikri sudah boleh bercakap dan ketika sedar dia minta saya milo ais dan vitagen. Dia kini dalam proses penyembuhan,” katanya.
Faizul Khairi berkata pihaknya tiada dendam dengan murid terlibat dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.
“Fokus saya hanya kepada anak saya dan saya sudah buat laporan polis pagi tadi untuk proses tuntutan insurans kelak,” katanya.
Adam Zikri, 6, merupakan anak bongsu dari tiga beradik dan merupakan murid prasekolah Taman Tasik Jaya di sini. – BERNAMA
TOP
Penjawat Awam Johor Terima Bonus Setengah Bulan Gaji
JOHOR BAHARU – Kerajaan negeri Johor mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri dengan bayaran minimum sebanyak RM500.
Berucap ketika membentangkan Bajet Negeri 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Khamis, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia sebagai menghargai sumbangan penjawat awam seperti yang dilakukan Kerajaan Persekutuan.
Katanya kerajaan negeri turut mencadangkan supaya elaun anggota-anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) dinaikkan kepada kadar bersamaan Gred 54, berkuatkuasa 1 Jan tahun depan.
Khaled berkata beliau memahami anggota DUN berhadapan dengan pelbagai tuntutan tugas yang semakin mencabar dalam memenuhi pelbagai isu dan kehendak rakyat yang mereka wakili.
Bagi memastikan kebajikan pemimpin tempatan terutamanya di peringkat kampung, beliau berkata mulai tahun depan kerajaan negeri bersetuju menaikkan elaun bulanan ketua kampung di Johor sebanyak RM200 iaitu daripada RM800 kepada RM1,000.
Bagi menghargai khidmat bakti petugas Pusat Pelatih Dalam Komuniti (PDK), kerajaan negeri katanya, bersetuju menaikkan elaun bulanan mereka sebanyak RM200 daripada RM800 kepada RM1,000.
Mohamed Khaled berkata elaun penyelia PDK juga dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,400 mulai tahun depan melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta.
Beliau berkata sebagai mengiktiraf peranan pertubuhan bukan kerajaan, kerajaan negeri bersetuju menyediakan dana berjumlah RM3 juta bagi memperkasa pertubuhan yang mewakili pelbagai lapisan.- BERNAMA
TOP
Feriz Marah Jentayu Diperleceh Mahu Ambil MAS
TIDAK sampai pun 24 jam analisis mengenai rancangan pengambilalihan Malaysia Airlines (MAS) oleh sebuah syarikat dikenali sebagai Jentayu Danaraksa Sdn. Bhd. (Jentayu) disiarkan MYNEWSHUB, Pengarah Urusan Jentayu, Feriz Omar mula melenting.
Mungkin marah dengan komentar ‘Apa Motif Jentayu Muncul Pelan Pemulihan MAS’ yang agak kritikal pertikai kemampuan syarikat itu, beliau menyifatkan pihak ketiga cuba perleceh usaha mereka sebagai iri hati lalu cuba menabur fitnah terhadap Jentayu.
Dalam reaksi kerasnya yang dapat dibaca menerusi laman Facebook beliau, Feriz tanpa berselindung mendakwa Jentayu serius dalam cadangan bagi mengambil alih aset strategik MAS dan menyangkal beberapa dakwaan negatif yang disiarkan MYNEWSHUB.
Ini termasuk kononnya Jentayu sebagai syarikat baharu tiada pengalaman dan belum siapkan pelan pengambilalihan itu sambil menegaskan syarikat tersebut dianggotai pasukan profesional terbaik dengan rekod berdekad-dekad dalam industri penerbangan.
Feriz turut melampirkan 5 muka surat daripada lebih 200 halaman pelan cadangan Jentayu itu malah pada akhir tulisan tersebut, beliau mendakwa syarikat itu memiliki dana dan bersedia menjayakan pemulihan MAS daripada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).
Luahan Feriz menerima banyak komen daripada rakan-rakan Facebook beliau sama ada sokong atau tidak, namun apa yang menarik sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pemain industri penerbangan, benarkan ada pelan dinyatakan Jentayu itu?
Memang benar cadangan tersebut mungkin bersifat sulit dan tidak mungkin disiarkan secara terbuka kepada umum tetapi, jika betul Jentayu jujur mahu menyelamatkan MAS, pelan kononnya rahsia itu wajar didedahkan agar tidak menjadi fitnah lebih besar lagi.
Khazanah telahpun mengumumkan 12-Pelan Pemulihan MAS melalui sidang akhbar pada penghujung Ogos lalu. Pelan ini juga boleh diperolehi di laman web Khazanah yang telahpun mendapat maklumbalas daripada penganalisa, pakar ekonomi dan juga rakyat.
Biarlah masyarakat khasnya kalangan korporat dunia penerbangan menilai pelan Jentayu itu kerana tidak mungkin ada pihak lain yang akan ciplak idea Jentayu sekiranya berniat jahat, dan mana tahu ramai pula tampil memberi idea baharu selain menyokong Jentayu.
Apa yang berlaku kini, Jentayu begitu berahsia sangat dengan pelan tersebut dan berdasarkan beberapa cadangan menerusi lima muka surat pertama itu pun, sudah ramai pertikai idea mereka sebagai kurang praktikal seumpama mahu menjadi syarikat kedua MAS pula!
Sebaik-baiknya, nasihat mudah untuk Jentayu jika berasa pelan mereka cukup hebat dan dapat menyelamat MAS, apa kata adakan sidang media khas dan panggil semua editor meja bisnes media tempatan mahu pun antarabangsa serta buat juga sesi soal jawab.
Kalau boleh, siarkan kesemua 200 muka surat pelan pemulihan itu melalui laman web Jentayu sendiri agar masyarakat di seluruh dunia ‘terkesima’ selain terpegun melihat betapa hebatnya idea anak watan Malaysia sanggup mempertahankan maruah MAS.
Buktikanlah Jentayu lebih ‘genius’ dengan cadangan bertaraf maha karya malah sedia berdiri di depan orang ramai tanpa takut dicaci demi idea hebat itu yang bakal menjadikan MAS seperti kata-kata menerusi iklan komersialnya: ‘Terbang lebih tinggi di angkasa’.
Ini jauh lebih telus berbanding cuma undang stesen TV dan akhbar tertentu yang dilihat macam syok sendiri bahkan tiada ciri-ciri ‘public relation exercise’ kemudian muat dalam laman web syarikat seolah-olah Jentayu sudah dikenali ramai serta banyak publisiti.
Persoalannya beranikah Jentayu berbuat demikian daripada sekadar bermain ‘baling batu sembunyi tangan’ atau syarikat itu ada agenda tertentu bermain dengan waktu menjelang Perhimpunan Agung UMNO akhir bulan ini yang menjadi tumpuan seluruh Malaysia.
Untuk lebih berlaku adil, barang kali Jentayu memang jujur bagi memulihkan semula MAS daripada Khazanah namun setiap gerak-geri mereka kebelakangan ini dilihat penuh curiga seolah-olah ada benda rahsia yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum.
Pun begitu masih belum terlambat Jentayu perbetul keadaan jika betul ia berada di pihak jujur dan apa yang pasti, rakyat Malaysia kini tidak sabar-sabar melihat 200 muka surat pelan pemulihan itu dan dari mana sumber dana digunakan Jentayu demi menyelamatkan MAS. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Erra Fazira Sahkan Kekasihnya, Jejaka Bujang
KUALA LUMPUR – Pelakon Erra Fazira tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya kepada umum memandangkan perhubungan yang dijalinkan itu masih lagi baharu.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata, individu itu merupakan seorang yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman iaitu lebih berilmu pengetahuan berbanding dirinya.
“Saya akan dedahkan siapa pasangan saya apabila perhubungan itu ke fasa seterusnya. Yang penting dia bujang dan saya tidak mencari orang yang berharta.
“Cukuplah jika dia boleh membimbing saya dan berpengetahuan serba serbi lebih daripada saya,” katanya kepada mStar Online.
Erra ditemui pada majlis pelancaran teater Takhta 3 Ratu di Bora Ombak di sini pada Rabu.
Pelakon Awie, Soo Wincci, Izreen Azminda, Beto Kushairy dan Datuk Rahim Razali turut hadir pada majlis tersebut.
Terdahulu Erra pernah berlahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abdin pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak bernama Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.
Sebelum itu pernah Erra bertemu jodoh dengan penyanyi Yusry Abdul Halim dan bernikah pada 15 Jun 2003. Mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, mengenai Takhta 3 Ratu, ia merupakan projek teater yang menggabungkan tiga produksi iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd, Erra Fazira Entertainment dan Awie Entertainment.
Kata Erra, ia merupakan sebuah pementasan yang berat dan berkos di mana ia memerlukan beberapa penggabungan beberapa syarikat agar teater tersebut mendapat hasil yang berkualiti.
“Selepas diberi slot untuk menerbitkan sebuah pementasan teater di Istana Budaya, pengarahnya, Erma Fatima terus merancang untuk menghasilkan judul ini.
“Ia juga sebuah pelaburan yang berisiko tinggi kerana pemeñtasan berkonsepkan sejarah Melayu sukar untuk menarik perhatian masyarakat. Apatah lagi ia akan berlangsung pada Disember ini di mana ketika itu ibu bapa sibuk berjimat duit untuk persiapan sekolah anak.
“Tetapi saya percaya dengan gabungan pelakon yang mantap serta skrip yang bagus akan menarik perhatian orang ramai untuk hadir menyaksikan teater ini,” ujarnya.
Takhta 3 Ratu mengisahkan tentang puteri Majapahit iaitu Galuh Chenderai (Izreen) yang berkahwin dengan Sultan Mansur (Azri Iskandar) terluka hati apabila suaminya itu mengambil keputusan mengahwini Puteri Hang Li Po (Soo Wincci) bagi mengukuhkan pertalian persahabatan antara Melaka dan China.
Dalam persengketaan antara Galuh Chenderai dan Li Po, kedua-dua mereka terduduk apabila Sultan Mansur mahu menikahi Lela Wangsa (Erra), iaitu puteri kepada Maharaja Dewa Sura, pemerintah Inderapura yang cuba hendak menyerang Melaka.
Takhta 3 Ratu bakal dipentaskan bermula 13 hingga 22 Disember 2014 di Istana Budaya.
Tiket berharga RM50 hingga RM350 boleh dibeli di kaunter IB atau melayari laman www.airasiaredpix.com. – mStar Online
TOP
Pasport Malaysia Antara 10 Paling Berkuasa Di Dunia
Disini kami ingin berkongsi tentang pasport yang paling berkuasa di dunia berdasarkan kebebasan yang di nikmati oleh pemegang pasport.
Yang lebih menarik pasport antarabangsa Malaysia tersenarai dalam 10 pasport paling berkuasa di dunia dia mana ini pasti menjadi satu berita gembira bagi pemegang pasport Malaysia.
Berikut adalah senarai Pasport Paling Berkuasa Di Dunia
10. Liechtenstein
Boleh mengembara ke 159 negara di dunia tanpa memerlukan Visa
9. Malaysia and Malta
Boleh mengembara ke 163 buah negara di dunia tanpa memerlukan visa
8. Iceland
Boleh mengembara ke 165 buah negara di dunia tanpa memerlukan visa
7. Korea Selatan
Boleh mengembara ke 166 buah negara di dunia tanpa memerlukan visa
6. Australia, Singapore dan Greece
Boleh mengembara ke 167 buah negara di dunia tanpa memerlukan visa
5. Switzerland, Austria dan New Zealand
Boleh mengembara ke 168 buah negara di dunia tanpa memerlukan visa
4. Ireland, Kanada, Perancis, Jepun, Norway, Portugal dan Sepanyol
Boleh mengembara ke 170 buah negara di dunia tanpa memerlukan visa
3. Itali, Belgium dan Belanda
Boleh mengembara ke 171 buah negara di dunia tanpa memerlukan visa
2. Amerika Syarikat, Jerman, Denmark dan Luxembourg
Boleh mengembara ke 172 buah negara di dunia tanpa memerlukan visa
1. England, Sweden dan Finland
Boleh mengembara ke 173 buah negara di dunia tanpa memerlukan visa
Kami juga ingin mencerikan sedikit fakta bahawa pasport Afganistan adalah pasport paling kurang kebebasan berjalan di mana hanya 28 negara boleh di gunakan.- Siakapkeli.com.my

Remaja Jatuh Dari Jambatan Pulau Bunting Di Khuatiri Lemas
YAN: Seorang remaja lelaki dalam lingkungan umur 20an di khuatiri lemas kerana laporkan telah jatuh dari jambatan Pulau Bunting yang menghubungkan daratan dengan pulau tersebut.
Mangsa Mohd Syazwan Mohamad yang sedang berehat di ats tembok pagar jambata tersebut teah jatuh ke dalam laut selepas hilang keseimbangan.
Menurut jurucakap pihak Bomba dan Penyelamat daerah Yan S Sivaligam, telah mengesahkan telahnya telah di hubungi oleh orang ramai pada jam 2.12 petang.
"Seramai enam anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan," - Siakapkeli.com.my
TOP
Saintis Dedah Penemuan Fosil Gigi Dinasour Pertama Di Malaysia
KUALA LUMPUR: Sekumpulan penyelidik mendedahkan penemuan pertama fosil gigi dinosaur Ornithischia yang pertama di Malaysia.
Fosil dinosaur jenis herbivor itu ditemui di kawasan Taman Negara, Pahang, Disember tahun lalu.
Lima penyelidik terbabit dalam penemuan fosil gigi dinosaur itu iaitu dari Universiti Malaysia, Universiti Waseda dan Universiti Kumamoto, Jepun. Salah seorang penyelidik dari bahagian geologi Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Masatoshi Sone yakin penemuan itu akan membawa kepada penemuan fosil lain terutama tulang dinosaur. Fosil gigi dinosaur Ornithischia itu berukuran 13 milimeter panjang dan 10.5 milimeter lebar.
Contoh gigi dinosaur spesies Ornithischian yang sama jenis ditemui di hutan Pahang dan sebesar saiz duit syiling 10 sen. – Gambar hiasan
Ornithischia hidup antara seratus hingga seratus sepuluh juta tahun dan hanya memakan tumbuh-tumbuhan. Beliau menjangkakan Malaysia akan menjadi tumpuan sainstis seluruh dunia selepas penemuan fosil ini.
Beginilah rupa bentuk umum dinosaur Ornithischian. – Gambar hiasan
Selain Pahang, Terengganu, Johor dan Kedah turut menjadi lokasi tumpuan penyelidikan fosil dinosaur. Sebelum ini, fosil gigi dinosaur Spinosaurid Therapod ditemui di Pahang oleh kumpulan penyelidik yang sama tidak jauh daripada lokasi penemuan fosil terbaru ini. - Astro Awani

Pihak Imigresen China Pening Dengan Wajah Wanita Di Sana Yang Berlainan
Beijing: Pembedahan plastik adalah bukan lagi sesuatu yang asing bagi wanita di negara tersebut. Mereka sanggup mengorbankan wang yang banyak di negara jiran iaitu Korea Selatan semata-mata hendak mencantikkan wajah.
Antara yang menjadi isu dan tumpuan ialah apabila mereka pulang dari Korea ke China pihak Imigresen di lapangan terbang akan membuat pemeriksaan pasport. Ini membuatkan pihak imigresen negara tersebut tidak dapat mengenal pasti wajah mereka kerana berbeza dengan gambar di dalam pasport.
Menurut sebuah akhbar tempatan di sana, ada wanita yang baru baik dari pembedahan muka telah di tahan oleh pihak imigresen kerana wajahnya tidak sama langsung dengan wajah gambar asal di dalam pasport.
Perkara ini telah menyulitkan pihak imigresen dn mereka terpaksa membuat pemeriksaan yang ketat dan terperinci untuk memastikan wanita tersebut adalah warga negara China.
Bagaimana pun pihak berkuasa telah mensihatkan agar mereka memperbaharui dokumen pengenalan diri dan dokumen penting lain bagi mengelak berlaku kerumitan di masa akan datang dan bagi memudahkan mereka pihak hospital dari korea telah mengeluarkan sijil pengesahan pembedahan plastik.-Siakapkeli.com.my
TOP
Kerajaan Keluar RM 33 Juta Untuk MH17 & MH370
KUALA LUMPUR: Setakat ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 33,461,861.50 untuk operasi mencari dan menyelamat MH17 dan MH370.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 3,732 pegawai awam terlibat dalam operasi tersebut.
"Kos operasi mencari dan pemulihan telah ditanggung oleh negara-negara yang terlibat," katanya dalam jawapan bertulis kepada Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac yang lalu ketika dalam perjalan dari Kuala Lumpur ke Beijing manakala pesawat MH17 pula dipercayai ditembak jatuh di Ukrain pada 17 Julai lalu. - Siakapkeli.com.my
TOP
Lelaki Merajuk dengan Isteri Lari Tidur Dengan Orang-Orang
Guangzhou: Seorang lelaki telah di jumpai oleh pekerja binaan sedang tidur sambil memeluk orang-orang berpakaian wanita di dalam paip kongkrit di kawasan tapak pembinaan.
Beliau melakukan demikian kerana terlalu mabuk selepas merajuk dengan isterinya yang menghabiskan duitnya selepas memberi barangan 'online' sebanyak 10000 yuan(RM5,452).
Dia yang mabuk telah tido semalaman dengan orang-orang tersebut kerana sejuk. Pekerjaan binaan telah mengejutkan mangsa dan telah bertanyakan apa yang terjadi.
Lelaki tersebut memberitahu dia aat kecewa dengan isterinya kerana telah menghabiskan wang simpanannya dan tidak mahu pulang ke rumah selpas mengetahui perkara tersebut.
Beliau tidak menyedari apa yang berlaku selepas minum arak dan sedar-sedar sudah berada di situ.
Dia memberitahu pekerja binaan itu: “Lebih seronok memeluk orang-orang daripada memeluk isteri saya.”- Siakapkeli.com.my
Halo semuanya
ReplyDeleteNama saya Josephine jumawan caballo, saya tinggal di orion bataan, phillipine. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu karina roland yang baik karena telah membantu saya mendapatkan pinjaman yang baik setelah saya mengalami pinjaman pinjaman online palsu yang menipu untuk mendapatkan uang tanpa memberikan pinjaman, saya telah membutuhkan pinjaman selama 2 tahun yang lalu untuk memulai bisnis saya sendiri di kota orion, tempat saya tinggal dan saya jatuh ke tangan perusahaan palsu di dubai yang menipu saya dan tidak menawarkan pinjaman. dan saya sangat Frustras karena saya kehilangan semua uang saya ke perusahaan palsu di dubai, karena saya berhutang pada bank saya dan teman-teman saya dan saya tidak punya apa-apa untuk dijalankan, pada hari yang sangat setia itu teman saya menelepon susan Ramirez setelah membaca kesaksiannya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari ibu karina roland, jadi saya sudah menghubungi susan ramirez dan dia katakan saya dan meyakinkan saya untuk menghubungi ibu karina roland bahwa dia adalah ibu yang baik dan saya dipaksa untuk memberanikan diri dan saya menghubungi ibu karina roland dan saya terkejut dengan pinjaman saya yang masuk dan diluluskan dan dalam waktu 6 jam pinjaman saya ditransfer ke rekening saya dan saya sangat terkejut bahwa ini adalah keajaiban dan saya harus memberikan informasi tentang pekerjaan baik ibu karina roland jadi saya menyarankan semua orang yang membutuhkan pinjaman untuk menghubungi email Nyonya karina roland: (karinarolandloancompany@gmail.com) a tau hanya whatsapp +15857083478 dan saya jamin Anda akan memberikan informasi seperti yang telah saya lakukan dan Anda juga dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut tentang Ny. karina Rola nd email saya: (josephinejumawancaballo@gmail.com) semoga Tuhan terus memberkati dan mencintai karina roland 'ibu untuk mengubah kehidupan finansial saya.