TOP
Rumah Sembelihan Ayam Di Perak Tak Patuh Syarat Sijil Halal
Gambar hiasan
IPOH – Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 mendapati pengusaha rumah sembelihan ayam di Pusing, Tronoh tidak mematuhi beberapa syarat pensijilan halal yang ditetapkan. Pemeriksaan Audit bersama-sama pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada 15 Mei 2014 mendapati pengusaha tidak menyediakan bekas mengasingkan sembelihan rosak atau tidak halal, keadaan rumah sembelihan yang kotor dan tidak dijaga walaupun mempunyai sijil halal bagi tempoh 22 Jun 2012 hingga 21 Jun 2014, serta pekerja di tempat pemprosesan tidak memakai sarung tangan. “Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2011 (Semakan Kedua) mensyaratkan rumah sembelihan hendaklah bersih dan haiwan yang tidak sempurna sembelihan mengikut syarak mesti diasingkan serta dilabel sebagai tidak halal selain pertukaran penyembelih hendaklah dilakukan setelah sembelihan mencapai maksimum 2,000 ekor ayam,” menurut laporan tersebut. Hanya seorang daripada sembilan penyembelih yang terdiri daripada warganegara Malaysia, Nepal, Bangladesh dan Indonesia, bertugas pada Isnin, Selasa dan Rabu manakala pada Ahad, Khamis dan Jumaat, dua penyembelih bertugas, katanya. Berdasarkan jadual penggiliran dan temu bual dengan penyembelih, tidak ada bukti yang menunjukkan penyembelih ditukar selepas setiap jam selain pemiliknya mengatakan pada masa tertentu, bergantung kepada permintaan, syarikatnya pernah menyembelih sehingga 60,000 ekor ayam sehari, menurut laporan itu. “Semakan Audit selanjutnya mendapati dua orang penyembelih telah tamat tempoh sijil penyembelihan masing-masing pada 24 Feb dan 3 Mei tahun ini,” katanya. Selain itu, 22 sijil halal daripada 120 fail permohonan telah lewat dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melebihi lima hari selepas kelulusan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal. “Semakan Audit mendapat JAIPk telah mengeluarkan surat pengesahan halal sementara yang sah laku dalam tempoh dua bulan kepada pemohon selepas panel pengesahan meluluskan permohonan bagi mengelak rungutan pengusaha yang mahu menggunakan sijil itu sebagai tujuan promosi dan pemasaran,” katanya. Bagaimanapun, Audit berpendapat pengeluaran sijil halal oleh Jakim adalah kurang memuaskan kerana berlaku kelewatan dan tindakan mengeluarkan surat pengesahan halal sementara oleh JAIPk tidak sepatutnya berlaku kerana akan menimbulkan keraguan daripada aspek status halal premis dan produk. Lawatan Audit pada 5 dan 6 Mei 2014 di dua buah premis di Ipoh iaitu sebuah restoran dan kilang pengeluar produk makanan mendapati pengusaha mempamerkan logo halal yang telah tamat tempoh pada premis dan produk masing-masing. Sementara itu, lawatan Audit pada 5 Mei di dua premis pengeluar produk makanan dan bahan gunaan mendapati beberapa ketidakakuran atau kesalahan iaitu stor penyimpanan bahan gunaan utama produk kacang soya terdedah kepada makhluk perosak seperti tikus, lalat dan lipas. “Pada pendapat Audit, JAIPk hendaklah mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap syarat pensijilan halal kerana terdapat pengusaha atau pengilang produk halal yang tidak mematuhi syarat pensijilan yang ditetapkan,” katanya. Secara keseluruhannya, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 mendapati Pengurusan Pengeluaran Sijil Halal oleh Unit Pengurusan Halal JAIPk kurang memuaskan. Ini kerana terdapat beberapa kelemahan iaitu pemohon tidak mematuhi syarat kelulusan pensijilan halal, kelewatan mengeluarkan sijil halal di peringkat Jakim, pelanggaran syarat selepas sijil halal dikeluarkan dan risalah berhubung kepentingan sijil halal tidak diedarkan. “JAIPk disyorkan untuk mengkaji semula prosedur pengeluaran pensijilan halal supaya dapat dikemukakan kepada pengusaha dengan kadar segera dan Jakim wajar mempertimbangkan memberi kuasa kepada Jabatan Agama Islam negeri untuk mengeluarkan sijil halal bagi mengelakkan surat pengesahan halal sementara,” kata laporan itu. - BERNAMA

Ujian Doping : BWF Gantung Lee Chong Wei Sementara
Datuk Lee Chong Wei
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah membuat keputusan menggantung sementara pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei kerana didapati ‘jelas’ melanggar peraturan anti-doping. “Badan dunia itu memutuskan penggantungan itu berdasarkan hasil analisis yang negatif ke atas sampel yang diambil semasa Kejohanan Badminton Dunia BWF pada Ogos,” kata BWF dalam satu kenyataan. Bagaimanapun, BWF berkata barisan panelnya akan mendengar berkenaan kes berkenaan. “Apabila tiba masanya, pengerusi panel itu akan menetapkan masa, tarikh dan lokasi pendengaran. “Panel itu yang akan menentukan sama ada atlet itu melalukan perlanggaran peraturan anti-doping atau tidak,” katanya.
Berita pengumuman penggantungan sementara pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei di laman web rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.
Baru-baru ini, Chong Wei didapati menggunakan bahan terlarang apabila sampel A yang diuji pada Kejohanan Badminton di Copenhagen menunjukkan keputusan positif. Keputusan ujian sampel A diketahui badan pengurusan sukan di Malaysia selepas berakhirnya Sukan Asia di Incheon. Chong Wei kemudiannya berlepas ke Oslo, Norway sebelum ini untuk menyaksikan sendiri prosedur ujian untuk sampel B beliau. Bagaimanapun, sampel B milik Chong Wei juga menunjukkan positif kewujudan bahan terlarang berkenaan. Ketika ini Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) sedang mengumpul semua maklumat dan bukti berkenaan rekod perubatan Chong Wei bagi mengenalpasti bagaimana bahan berkenaan berada dalam badan pemain badminton nombor satu dunia itu. – MYNEWSHUB.CC

Rumah Musnah Terbakar Kerana Gas Meletup
Zamri melihat senaskah Al Quran yang terselamat
Baling: “Ketika hendak membuka dapur gas ia tiba-tiba meletup sehingga api menyambar dinding rumah.Saya bergegas lari ke ruang tamu dan keluar meminta bantuan. Bagaimanapun api marak dengan cepat menyebabkan semua barangan tidak sempat diselamatkan,” kata Habsah Man. Habsah Man, 70, dari Kampung Belakang Pekan Kuala Pegang, di sini, berkata, kejadian itu berlaku pada jam 11.45 pagi apabila dia hendak memasak hidangan tengah hari untuk dua cucunya, Mohd Zaim Zamri, 10, dan adiknya, Zamzati, 8, tetapi tidak sempat berbuat demikian kerana kejadian tersebut. “Kebiasaan kedua-dua cucu saya akan makan selepas pulang dari sekolah. “Selepas menyediakan lauk untuk dimasak saya kemudian membuka dapur gas terkejut apabila ia tiba-tiba meletup dan terbakar.Saya tergamam kerana tidak sempat selamatkan barang berharga. “Apapun saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam. Anak mangsa, Zamri Yaakob, 48, berkata, ketika kejadian itu, dia berada di tempat kerja. “Saya menerima panggilan telefon daripada jiran mengenai kejadian itu dan bergegas pulang kerana bimbang ibu yang tidak sihat,” katanya,” katanya yang juga Pengerusi Biro Bencana Alam UMNO Bahagian Baling. “Saya reda apa yang berlaku kerana semua yang terjadi kehendak Allah,” katanya. Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.10 tengah hari dan bergegas ke tempat kejadian dengan dua buah jentera dari Balai Baling dan Sik. “Api dapat dikawal dalam masa 20 minit daripada merebak ke rumah penduduk yang lain. “Seramai 18 anggota termasuk pegawai dan anggota sukarela membantu memadam kebakaran itu,” katanya.-Siakapkeli.com.my

Ikan Lumba-Lumba Ditemui Mati Di Pantai Tanjung Aru
KOTA KINABALU: Seekor lumba-lumba yang ditemui mati menyebabkan orang ramai yang berjogging sepanjang pantai Tanjung Aru terkejut dengan penemuan tersebut.
Salah seorang dari mereka, yang dikenali sebagai Harun,49 berkata, kira-kira jam 6.30 pagi semalam dia menyedari ternampak sesuatu seperti ikan yang besar berdekatan dengan pantai dan mendekatinya untuk melihat dengan lebih dekat
"Apabila saya melihat objek itu adalah ikan lumba-lumba, saya menelefon seorang rakan dari Jabatan Hidupan Liar untuk mengambil bangkai tersebut," katanya.
Orang ramai yang berkumpul untuk melihat mamalia tersebut mengambil kesempatan menangkap gambar dan berselfie sebelum ikan tersebut diambil oleh pegawai dari Jabatan Hidupan Liar yang tiba di tempat kejadian lebih kurang jam 10 pagi.
Melihat dari ciri-ciri pada ikan tersebut, pegawai tersebut menyatakan ikan lumba-lumba itu adalah dari jenis bottlenose hybrid.
Salah seorang staf dari jabatan tersebut berkata, berdasarkan kecederaan yang dialami oleh ikan tersebut dibadannya, dia percaya haiwan mamalia tersebut telah mencederakan dirinya sendiri di dalam pukat ikan dan mati selepas itu.
"Ia mungkin telah mati sejak malam semalam dan dihanyutkan hingga ke darat oleh ombak pada pagi ini", katanya.
Bangkai ikan lumba-lumba itu kemudiannya diserahkan kepada Institut Penyelidikan Marin Universiti Malaysia Sabah Borneo untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. - Siakapkeli.com.my
TOP
Rumah Musnah Terkena Lava Gunung Berapi
Permandangan atas Lahar Gunung Kilaues mebakar sebuah rumah
LOS ANGELES:Sebuah rumah di Big Island akhirnya menjadi kawasan kediaman pertama musnah terbakar selepas terkena lava gunung berapi yang meletus dan mengalirkan avanya secara perlahan kerana letusan kecil terjadi di gunung tersebut. Jurucakap Pihak Berkuasa Awam Hawaii berkata lahar itu telah mengalir dari Gunung Berapi Kilauea dan ia menaglir dengan perlahan dan memusnahkan apa sahaja yang di laluinya termasuk sebuah rumah. "Pada kira-kira jam 11.55 pagi, struktur rumah terbabit terbakar akibat terkena lahar yang mengalir itu," katanya. Namun keadaan sudah reda apabila aliran lahar itu terhenti kira-kira 150 meter dari jalan utama ke pekan berdekatan. Sebelum ini Datuk Bandar daerah Hawaii, Billy Kenoi telah mengisytiharkan darurat pada September lalu selepas aliran lahar itu berada kira-kira 1.6 kilometer dari kawasan perumahan Ka'ohe. -Siakapkeli.com.my

Sheikh Saleh pemegang baru kunci Kaabah
Makkah: Ketua Jabatan Dakwah dan Asas Agama Universiti Umm Al-Qura di bandar suci ini dilantik menjadi pemegang baru kunci Kaabah.
Sheikh Saleh Al-Shaibi dilantik memegang amanah itu berikutan kematian Sheikh Abdulqader Al-Shaibi dua minggu lalu.
“Saya berharap akan dapat memegang amanah ini dengan penuh tanggungjawab,” kata Sheikh Saleh ketika menerima pelantikan berkenaan.
Tanggungjawab memegang kunci pintu Kaabah biasanya diserahkan kepada anggota tertua keluarga kaum Al-Shaibi, tidak semestinya anak lelaki pemegang kunci sebelumnya.
Peraturan itu membolehkan kepercayaan berkenaan dilakukan secara lancar dalam kalangan anggota keluarga terbabit.
Keluarga itu diamanahkan untuk memegang kunci itu sejak zaman Rasulullah (SAW).
Apabila Nabi Muhammad (SAW) menawan Makkah, baginda meminta kunci berkenaan.
Rasulullah (SAW) kemudian menunaikan solat di dalamnya, membersihkannya sebelum menyerahkannya semula kepada Shaibah Al-Awqas, sambil bersabda, kunci itu akan kekal dengan keluarga itu sehingga hari kiamat. - Agensi/ HM
TOP
Kes 4 Beradik Ditinggal Bersama RM70 : Ibu Sudah Tampil Buat Laporan
Sibu: Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan kes empat beradik yang ditemui merayau-rayau di Sibu Jaya pada petang Sabtu lalu. Mengikut laporan polis yang dibuat, empat beradik tersebut dikatakan dihalau dari rumah ibu mereka.
Dalam updates yang terbaru, Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kodri menyatakan kanak-kanak tersebut bukanlah dihalau dari rumah ibu mereka seperti mana yang didakwa.
Menurut Mohd Kamal, ibu angkat mangsa yang berusia 32 tahun yang tinggal di Taman Kristal telah membuat laporan polis pada Ahad lalu untuk melaporkan kehilangan empat anak angkatnya yang berusia dua hingga tujuh tahun dirumahnya. Menurut kenyataan dari wanita berkenaan, keempat-empat kanak-kanak berkenaan ditinggalkan di rumah sebelum wanita itu keluar. Tetapi sebaik sahaja wanita berkenaan pulang, dia mendapati mangga geriji pintu rumahnya pecah dan kanak-kanak itu sudah tiada. "Hasil siasatan awal bersama ibu angkat kanak-kanak itu, dia mengesahkan tiga kanak-kanak berusia dua, enam dan tujuh tahun itu diambil sebagai anak angkat daripada saudaranya pada awal tahun lalu, manakala seorang lagi yang berusia tujuh tahun diambil sejak lahir. "Wanita itu memaklumkan, ketika dia keluar, anak angkatnya ditinggalkan di rumah dengan jeriji dikunci dengan mangga. Mereka ditinggalkan tanpa penjaga, namun semua keperluan seperti makanan disediakan," katanya memetik laporan dari Harian Metro. - Siakapkeli.com.my

Gadis Nekad Berhenti Sekolah Jaga Ibu Obesiti
Bukit Mertajam: Seorang remaja perempuan nekad berhenti sekolah demi menjaga ibunya yang tidak sehat dan sukar bergerak kerana mengalami masalah berat badan berlebihan iaitu 240kg, sekali gus menyebabkan cita-citanya bergelar guru berkubur.
Sebagai anak tunggal, Nurbayti Abdullah, 16, yang tinggal di alamat 773, Mukim 20, Jalan Kebun Sireh, di sini, tiada pilihan kecuali berhenti sekolah sejak tingkatan 2 lagi untuk membantu ibunya, Nurhaniza Ahmad, 41, yang mengalami kesukaran bergerak. Sebelum ini NurBayti adalah pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Rawa.
"Berat ibu pernah mencecah 240kg, lima tahun lalu sebelum ada syarikat pengeluar produk kesihatan tampil memberikan produk pelangsingan badan dan panduan sehingga mampu membantu ibu menurunkan berat badan sebanyak 19kg dalam masa enam bulan.
"Berikutan berat badan berlebihan, ibu hanya mampu berjalan secara perlahan-lahan dengan memegang dinding di dalam rumah atau ke tandas, selain melakukan kerja rumah ringan saja. Malah, pada masa sama, ibu kerap mengalami sakit kaki kerana faktor berat badan berlebihan.
"Bagaimanapun, selepas terjatuh di dalam bilik air sejak enam bulan lalu, ibu hilang keupayaan berdiri serta langsung tidak boleh bergerak seperti dulu. Dia hanya mampu duduk saja manakala kaki kirinya pula semakin membengkak dan membesar akibat kejadian itu," katanya kepada Harian Metro.-Siakapkeli.com.my
TOP
Adik Tetak dan Langgar Abang Sampai Mati
Kuala Lumpur: Kerana gagal mengawal kemarahan seorang adik sanggup menetak abangnya sendiri sebelum melanggar mangsa sehingga mati dalam kejadian di Jalan 219, Seksyen 51A, Petaling Jaya, malam tadi.
Pertengkaran yang barlaku pukul 11 malam itu berpunca kerana berlaku perebutan hak milik sebuah lori yang di usahakan mereka berdua sebelum ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, dalam siasatan awal mendapati terdapat banyak tompokan darah dan sebuah motosikal ditemui dengan bekas darah kesan perlanggaran di tempat kejadian.
Katanya, polis percaya suspek bertindak menetaknya sebelum merempuh dengan sebuah motosikal sehingga mengakibatkan kecederaan serius di kepala dan badan.
"Mangsa dihantar oleh ahli keluarganya sendiri ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan setibanya di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya masih menunggu hasil laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian mangsa.-Siakapkeli.com.my
TOP
Pertemuan Antara Maxazman & Ketua Pengarah 13 Nov Ditunda
Baru-baru ini kita dihangatkan dengan isu seorang pengguna Facebook yang mencabar ketua pengarah JPJ untuk bersemuka dengannya di pada 13 November di KLCC.
Bagaimapun, menurut posting terbaru dari saudara Maxazman, pertemuan itu dibatalkan atas permintaan oleh pihak KLCC kerana isu keselamatan.
Maxazman juga memberitahu pertemuan itu tetap akan diadakan tetapi pada tarikh dan tempat yang berbeza. Penundaan ini telah membuatkan ramai dalam kalangan penyokong Maxazman kecewa tetapi terus memberi sokongan agar Maxazman merealisasikan pertemuan tersebut.
-siakapkeli

Maxazman Cabar Ketua Pengarah JPJ Bersemuka 13 Nov di KLCC
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Maxazman Shabudin baru-baru ini mendapat perhatian di laman sosial dan blog-blog tempatan. Ini berikutan cabarannya yang ditujukan kepada Ketua Pengarah JPJ untuk berjumpanya pada 13 November ini di KLCC.
Jika anda cuba melawati profil Facebook Maxazman, anda akan tahu bahawa Maxazman ini sangat marah dengan operasi khas yang dilakukan oleh JPJ baru-baru ini yang mana memfokuskan kepada nombor plat, pengubhasuaian kereta dan juga cermin gelap. Berikut adalah sedikit recap bagaimana isu cabaran ini boleh berlaku. Pada mulanya, Maxazman telah membuat posting di Facebook yang mempersoalkan isu kenapa kereta ketua pengarah JPJ di tinted gelap gelita sedangkan orang awam yang berbuat sedemikian akan disaman.
Selepas itu, Maxazman telah mengeluarkan beberapa posting di FB miliknya yang mana kebanyakkan mengkritik operasi khas JPJ ini. Pada tanggal 9 November, Maxazman telah mengeluarkan satu posting di FB yang menyatakan Ketua Pengarah JPJ tidak senang dengan apa yang dipost oleh Maxazman di Facebooknya dan meminta Maxazman datang untuk berjumpa beliau. Bagaimanapun, Maxazman berkata dia mahu berjumpa membuat perjumpaan di KLCC pada 13 November ini.
Hasil dari isu ini, Maxazman telah mendapat sokongan dari ramai pengguna laman sosial yang dikatakan akan turut datang ke KLCC bagi memberi sokongan.
- Siakapkeli.com.my

10 Makanan Paling Mahal di Dunia
Pasti ada sesetengah pembaca tidak percaya yang ada makanan yang sekali makan harganya mencecah sebijik kereta BMW 6-Series Gran Coupe 640i. Wow!, Di sini kami ingin kongsikan kepada anda makanan termahal di dunia.
10 ) Matsutake Mushrooms
Harga : $1000 = RM3346.00
Matsutake adalah nama biasa bagi kulat yang paling dikehendaki selepas pengkajian tentang kulat meningkat di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Kulat ini merupakan element penting dalam cara masakan Jepun. Matsutake adalah amat sukar di tanam kerana itulah harganya sangat mahal. Matsutake Jepun bila awal musim bermula mempunyai gred yang paling tinggi dan boleh mencapai RM6056.00 sekilo. Untuk perbandngan nilai purata bagi matsutake import adalah sekitar RM272.50 sekilo.
9 ) The Zillion Dollar Frittata
Harga : $1000 = RM3346.00
Kegilaan dalam makanan ini telah mencapai puncak terbaru di New York dengan penampilan sulung telur dadar bernilai RM3028. Hotel Le Parker Meridien di w.57th St. telah baru baru ini telah menambah hidangan sarapan yang menggemparkan dalam menunya untuk pelanggan tetapnya membayar RM605.60 sesudu telur dadar yang berlemak. Ia rupa-rupanya bukan sekadar telur dadar biasa, ia mengandungi campuran telur, udang karang dan telur ikan yang banyak.
8 ) Chocopologie
Harga : $2,600 = 8699.60
Coklat yang paling sedap dan paling mahal di dunia adalah chocopologie oleh Knipschildt. Pada RM7872.80 per paun, coklat lembut buatan tangan ini hanya dimiliki melalui pesanan. Ia mengandungi coklat lembut hitam dan 70% koko Valrhona.
7 ) Wagyu Steak
Harga : $2,800 = RM9368.80
Bersosial selepas kerja anda, anda mungkin membawa teman anda di stik New York Craft di mana penuh dengan mata tulang rusuk Wagyu yang dihidangkan di parti persendirian yang berharga RM9368.80. Ia adalah stik yang terbaik.
6 ) Samundri Khazana
Harga : $3,200 = RM10707.20
Di panggil Samundari Khazana iaitu Khazana dari laut, salah satu campuran telur Beluga yang sedap, iaitu siput laut dan udang karang dengan emas yang boleh d makan. Kari yang paling mahal di dunia telah dilancarkan meskipun harga kerangupannya bernilai RM10707.20 sepinggan. Untuk menyambut pelancaran DVD Slumdoq Millionaire, Bombay Brassiere telah membungkis plat kari penuh dengan kandungan yang paling mahal yang mungkin mereka akan temui.
5 ) Pizza Royale 007
Harga : $4,200 = RM14053.20
Lelongan yang berakhir pada 19 November 2006 dengan bidaan tertinggi dari Peguam Italy Maurizio Morelli yang mencecah hampir $4,200 UD Dollar. Morelli adalah ahli pemakanan yang murah hati dari Rom yang juga merupakan pengumpul mine terbaik dan coklat. Guinness Book of World Records melihat kandungan jualan pizza dan di bawah pertimbangan untuk mengambil rekod untuk Pizza Yang Paling Mahal Di Dunia dari pembaziran pizza coklat putih yang di cipta oleh Restoran Gordon Ramsay Maze di London.
4 ) Dansuke Watermelons
Harga : $6,100 = RM20410.60
Tembikai Dansuke, adalah sejenis tembikai hitam yang hanya tumbuh di pulau utara Jepun, Hokkaido, yang mana diberi sebagai hadiah atas sifat jarang yang luarbiasa. Ia adalah hanya berjumlah 65 biji untuk tuaian pertama setiap musim. Menurut AP, " lelongan tembikai hitam yang besar di Jepun pada Jumaat mencecah rekod $6,100, menjadikan ia tembikai yang paling mahal pernah dijual di negara itu".
3 ) Yubari Melons
Harga : $20,000 = RM66920.00
Tembikai Yubari adalah tembikai termahal Jepun. Baru-baru ini telah di putuskan pasangan terbaik dan telah dibeli oleh pemilik sama ada di samping makanan tengah hari atau cenderahati perniagaan. Harga dalam lingkiungan 6,000 ke 15,000 yen (RM181 ke RM454). Yang paling baik adalah dalam lingkungan 20,000 yen (RM605) dan harga lelongan di catat semenjak 2008 adalah 2 million yen (RM66920.00).
2 ) Almas Caviar
Harga : $25,000 = RM83650.00
Telur ikan Almas. Ianya berwarna putih, datang daripada beluga yang berumur lebih dari 100 tahun. Ikan Beluga, ikan besar dan pemangsa dalam keluarga sturgeon, mengambil masa 20 tahun untuk matang. Dipercayai, semakin putih telur ikan itu maka semakin tua la ikan tersebut maka semakin indahlah rasanya. telur ikan Almas Iran adalah yang paling mahal. Ianya dijual dalam tin emas 24-karat untuk $2000 per 100 gram. Kedai yang di ketahui hanya Caviar House & Prunier di London England Picadilly yang menjual kilo telur ikan Almas yang mahal dalam tin emas 24-karat untuk $25,000.00
1 ) Huge Italian Truffle To Fetch
Harga : $216,000 = RM722736.00
Cendawan bawah tanah yang paling mahal di dunia telah dibeli oleh orang yang tidak dikenali dari Hong Kong untuk $216,000. Tetapi ada pesaing yang boleh membida lebih tinggi daripada itu jika dijual kembali. Cendawan putih 1.5kg berasal dari geografi Itali yang dijangka akan dijual untuk 150,000 euros ($216,000) di lelongan amal yang dijadualkan di Macau.-Siakapkeli.com.my

Gadis Barbie Cedera Dipukul
Gadis seiras patung mainan popular kanak-kanak di laporkan mengalami kecederaan apabila diserang oleh dua lelaki yang tidak dikenali dihadapan rumahnya, baru-baru ini.
Memetik laporan dari portal Mail. Online pada Rabu lalu, Valeria Lukyanova, pada 30 Oktober lalu ada dua orang lelaki datang kepadanya dan menumbuk dia berkali-kali.
Gadis kelahiran Ukraine ini dikatakan diserang sehingga mendatangkan kecederaan pada kepala dan bibirnya.
"Saya diserang oleh pintu masuk blok flat saya. Saya datang pulang dari kedai dengan beg dan sedang memasukkan kod keselamatan di pintu rumah ketika dua lelaki menyelinap di belakang dan menyerang saya.
"Mereka berkata apa-apa dan tidak cuba untuk merompak saya. Ia berlaku dalam sekelip mata, mereka memukul saya di kepala dan beberapa kali pada rahang, salah seorang daripada mereka mula mencekik saya,” katanya.
Kehadiran jirannya menyebabkan perompak tersebut melarikan diri.
“Jika bukan kerana jiran saya yang tiba-tiba muncul, saya tidak tahu apa yang akan berlaku. Mereka melihat dia dan melarikan diri,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Lukyanova menafikan luka tersebut bukan daripada hasil pembedahan plastiknya. Sebaliknya menegaskan, dia memiliki wajah asli kecantikan semulajadi yang menyerupai patung barbie.
Tegasnya lagi, dia hanya menjalani pembedahan pada bahagian tubuh badannya selain mendakwa, dia tidak melakukan apa-apa perubahan atau pembedahan pada wajahnya.
Lukyanova dilapor ditahan di hospital bagi mendapatkan rawatan dan dibenar pulang empat hari selepas serangan berlaku.-Siakapkeli.com.my
TOP
Rotan Tidak Pergi Solat: "Biar Pihak Sekolah Tentukan", Ibu
Georgetown: “Walaupun anak dirotan hingga meninggalkan kesan di pinggang dan pinggul, saya enggan memanjangkan kes berkenaan dengan membuat laporan polis,” kata ibu kepada seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Nora 40-an, semalam.
Beliau hanya menyerahkan kes tersebut kepada pihak sekolah untuk membuat keputusan dan menentukan hukuman yang bakal dikenakan terhadap guru terbabit.
“Saya tahu memang kesalahan itu dilakukan anak kerana tidak menunaikan solat Subuh, namun cara hukuman dikenakan membuatkan saya sebagai ibu tidak dapat menerimanya.
“Bagaimanapun, saya memaafkan guru terbabit dan berharap kejadian sama tidak lagi berulang bukan saja kepada anak saya, malah pelajar lain juga,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya lagi, beliau tidak mahu pembelajaran anaknya yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terganggu.
Dalam kejadian Jumaat lalu, sekumpulan 14 orang pelajar dirotan warden kerana tidak menunaikan solat Subuh.
Akibatnya, pinggang dan pinggul pelajar berkenaan mengalami kesan birat bekas rotan selain emosi mereka dikatakan terganggu untuk memberi tumpuan kepada SPM kerana tindakan warden itu,
Dalam kejadian itu aksi mereka dirotan itu telah dirakam ketua asrama yang dikatakan tidak tahan selepas melihat rakannya diperlakukan demikian.
Susulan daripada kejadian itu, dua guru berkenaan dikenakan hukuman gantung tugas sebagai warden bermula kelmarin dan jika siasatan dalaman dilakukan pihak sekolah mendapati mereka bersalah, dua guru terbabit mungkin akan ditukar ke sekolah lain.-Siakapkeli.com.my
TOP
Sam (Bunkface) Bertunang Dengan Penerbit TV3
Sam, vokalis Bunkface
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd. Baharom mengaku telah mengikat tali pertunangan dengan Aida Azira Hussin, seorang penerbit rancangan di TV3. Sam, 27, berkata majlis pertunangan itu berlangsung secara sederhana di kediaman wanita itu di Masjid Tanah, Melaka pada 6 Oktober lalu. "Kami sudah selamat bertunang sebulan lalu manakala majlis itu dibuat secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja. "Bagaimanapun, kami masih mencari tarikh yang sesuai untuk berkahwin, mungkin selepas rangka jelajah album kami selesai iaitu tahun hadapan," ujarnya kepada mStar Online.
Sam bersama tunangnya, Aida Azira.
Sam ditemui pada majlis sidang media pelancaran muzik video Malam Ini Kita Punya di pejabat Sony Music Malaysia, Publika di sini, Selasa. Sam dan Aida, 27, telah berkenalan selama empat tahun sebelum mereka memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih dua tahun lalu. Jelas Sam, pengakuan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dan khabar angin yang tidak tepat mengenai hubungan mereka. "Saya mendedahkan perkara ini adalah bagi menjelaskan status hubungan kami yang selama ini menjadi tanda tanya. "Kesian juga dekat Aida yang terpaksa menjawab pertanyaan banyak pihak," katanya.- mstar online

Pemimpin Gagal Bawa Kejayaan Perlu Berundur - Tun M
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berundur daripada jawatan tersebut untuk memberi laluan kepada calon yang lebih sesuai dan berkemampuan.
Beliau berkata, jika seseorang itu telah menjadi pemimpin terlalu lama dan gagal membawa kejayaan, individu tersebut perlu memberi laluan kepada calon lain.
"Saya juga meletak jawatan untuk memberi laluan kepada orang lain. Jika seseorang itu tidak dapat membawa kejayaan, dia perlu menyerahkannya kepada orang lain dan menyokong individu itu.
"Itulah cara untuk memimpin. Jika seseorang itu ingin memimpin untuk seumur hidup, itu akan menjadi masalah," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.
Ketika ditanya sama ada Noh juga perlu meletak jawatan, Dr Mahathir menyerahkan perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan mengenai kepimpinan Umno Selangor.
Pada 5 November lalu, Dr Mahathir menerusi blognya berkata, kepimpinan Umno Selangor perlu disusun semula selepas pemimpin yang ada tewas dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU). - mstar online
TOP
Jabatan Akauntan Negara Diminta Tingkat Penguatkuasaan, Sistem Kawalan Dalaman
KUALA LUMPUR: Jabatan Akauntan Negara diminta supaya meningkatkan aktiviti penguatkuasaan serta menambah baik dan memperketatkan sistem kawalan dalaman bagi mempertingkatkan lagi pengurusan Wang Tidak Dituntut (WTD).
Menurut Laporan Ketua Audit Negara tahun 2013 Siri 3, kriteria dan pemilihan kes untuk pemeriksaan WTD perlu memberi fokus kepada syarikat atau firma yang berisiko.
"Pada pendapat Audit, matlamat penguatkuasaan Akta WTD 1965 tidak tercapai kerana skop Bahagian Pengurusan Amanah dan Sekuriti (BPAS) belum meliputi pengesanan syarikat atau firma yang tidak menyerahkan WTD," demikian menurut laporan itu.Akauntan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pendaftar WTD di bawah Akta WTD 1965.
Peranan Pendaftar WTD itu dijalankan oleh BPAS, Jabatan Akauntan Negara dan sehubungan itu, BPAS bertanggungjawab memastikan penguatkuasaan Akta WTD 1965 dilaksanakan dengan berkesan dan sistematik.
Laporan Ketua Audit berkata BPAS perlu menyediakan senarai semak sebagai Prosedur Operasi Standard yang perlu dipatuhi oleh semua pegawainya semasa pemeriksaan WTD.
Sejak penubuhan unit WTD, BPAS telah berjaya meningkatkan jumlah serahan Wang Tak Dituntut sebanyak RM3.844 juta dari tahun 2005 hingga 2012.
Sementara itu, Laporan itu turut menyebut data serahan WTD yang terdedah kepada unsur pindaan boleh mengundang risiko penyelewengan.
"Sehubungan itu, penambahbaikan proses memuat naik data serahan maklumat empunya WTD (UMA-3) ke dalam sistem Borang Daftar Wang Tak Dituntut (G-UMIS) perlu dilaksanakan," kata laporan itu.
Antara pelaksanaan yang dicadangkan ialah UMA-3 dalam bentuk Microsoft Excel perlu dibuat dalam format dilindungi daripada sebarang pindaan serta mempunyai elemen kawalan.
Antara kelemahan sistem kawalan dalaman ialah maklumat WTD dalam UMA-3 berbentuk salinan digital yang diterima daripada entiti boleh dibuat pindaan sebelum dimuat naik kedalam Sistem G-UMIS. - mstar online
TOP
Sembilan Pejabat Perwakilan Malaysia Tak Patuhi Peraturan Urus Aset, Stor
KUALA LUMPUR: Sembilan pejabat perwakilan Malaysia di luar negeri didapati tidak mematuhi sepenuhnya peraturan pengurusan aset dan stor yang ditetapkan Kementerian Luar.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3, yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, pengauditan dijalankan di 10 pejabat perwakilan Malaysia, namun hanya satu pejabat yang mematuhi peraturan itu iaitu Kedutaan Besar Malaysia di Bucharest, Romania.
Sembilan pejabat yang gagal mematuhi peraturan itu ialah Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja, Nigeria; Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Ottawa, Kanada; Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby, Papua New Guinea dan Kedutaan Besar Malaysia di Algires, Algeria.
Pejabat yang lain ialah Kedutaan Besar Malaysia di Brasilia, Brazil; Kedutaan Besar Malaysia di Caracas, Venezuela; Kedutaan Besar Malaysia di Dili, Timor Leste; Kedutaan Besar Malaysia di Sarajevo, Bosnia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Vancouver, Kanada.
"Kesemua sembilan pejabat perwakilan itu belum mematuhi sepenuhnya peraturan berkaitan urusan pendaftaran aset, pelabelan aset, penyimpanan aset, pemeriksaan aset, penyelenggaraan buku log kenderaan rasmi dan pelupusan," menurut laporan itu.
Sehubungan itu, Ketua Audit Negara mengesyorkan kementerian meningkatkan pemantauan bagi memastikan urusan tersebut dilaksanakan selaras dengan peraturan yang ditetapkan.
Kementerian perlu memastikan setiap pejabat perwakilan mematuhi aspek penting berhubung pengurusan aset dan stor seperti mendaftar dan melabel aset, menyimpan aset dengan teratur, melaksanakan pemeriksaan serta pelupusan aset dengan sempurna.
"Bagi tujuan tersebut, pegawai yang terlibat dengan pengurusan aset perlu diberi latihan dan pendedahan yang secukupnya," menurut laporan itu.
Selain itu, laporan itu juga memaklumkan keselamatan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Dili, Timor Leste perlu diberi perhatian disebabkan terdapat kerosakan teruk pada pagar kedutaan itu.
Laporan itu menyebut, pihak kedutaan telah menghubungi pemilik bangunan berhubung kerosakan tersebut, namun sehingga pengauditan selesai dijalankan pada September 2013, tiada sebarang tindakan susulan diambil.
Pihak audit berpendapat tindakan segera perlu diambil pejabat perwakilan dan kementerian dalam memastikan bangunan hak milik kerajaan diberi perlindungan sewajarnya bagi menjaga imej kerajaan Malaysia di luar negara.- mstar online
TOP
Cadangan Rotan Pelajar Sekolah Dikaji - Idris Jusoh
KUALA LUMPUR: Cadangan untuk mengembalikan semula kuasa merotan pelajar kepada sekolah akan dikaji secara terperinci oleh semua pihak yang terlibat, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.
Menurut Idris, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mencari satu jalan penyelesaian yang terbaik dengan mengadakan perbincangan bersama ibu bapa dan guru bagi memastikan masalah sosial di kalangan pelajar berkurangan.
"Apa yang penting bukanlah mengenakan hukuman rotan kepada mereka tetapi menerapkan budaya kasih sayang yang perlu diamalkan dalam sesebuah sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Program Inovasi Usahawan Muda SME Bank Y-Biz Challenge 2014, di sini, Isnin.
Katanya, beliau percaya dengan menerapkan budaya kasih sayang antara guru dan pelajar serta sesama pelajar, masalah sosial di kalangan mereka akan berkurangan.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia melalui presidennya, Hashim Adnan semalam dilaporkan menggesa supaya kuasa merotan dikembalikan semula kepada pihak sekolah bagi mengawal kes salah laku di kalangan pelajar.
Dalam perkembangan lain, Idris memberi jaminan bahawa kementerian akan memastikan semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan ketinggalan menduduki baki kertas peperiksaan itu selepas kejadian banjir di Cameron Highlands baru-baru ini.
"KPM melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat calon yang masih terjejas akibat banjir dengan menyediakan ruang khas untuk dijadikan pusat peperiksaan sementara," katanya.
Sementara itu, mengulas isu penahanan beberapa aktivis mahasiswa di Sabah semalam, Idris berkata perkara itu tertakluk di bawah bidang kuasa polis.
"Jika pelajar terbabit ingin menganjurkan sebarang aktiviti di dalam kampus, mereka perlu memohon kebenaran daripada pengurusan universiti terlebih dahulu dan bukan terus buat program secara provokatif, ini bukan budaya terpelajar," katanya.
Semalam, aktivis siswa yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol ditahan polis bersama beberapa mahasiswa lain selepas mengadakan ceramah umum di Jalan Gaya, Kota Kinabalu pada tengah hari.
Beliau yang kemudian dibebaskan, ditahan semula oleh pihak polis kira-kira pukul 10 malam ketika cuba memasuki kawasan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Terdahulu, Idris menyampaikan hadiah juara Y-Biz Challenge 2014 kepada Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur) yang menghasilkan produk inovasi 'Gummy Semashur' diikuti tempat kedua milik Sekolah Menengah Kebangsaan Maran, Pahang manakala Kolej Vokasional ERT Setapak meraih tempat ketiga.
Semashur membawa pulang wang tunai RM20,000, trofi, piala pusingan, sijil serta hadiah khas tiket penerbangan bernilai RM25,000 sumbangan SME Bank bagi menyertai pertandingan peringkat antarabangsa di Romania pada Mei 2015.- mstar online
TOP
Terengganu Cadang Wujud Jawatan Warden Khas Asrama Sekolah Kerajaan Negeri
Ghazali Taib
DUNGUN: Kerajaan negeri Terengganu sedang mempertimbangkan cadangan mewujudkan satu jawatan baharu 'warden khas' untuk ditempatkan di asrama sekolah tertentu milik kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, beliau akan membentangkan cadangan itu dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Rabu ini. "Ini kerana bebanan kerja warden sedia ada yang turut menjadi guru di sekolah agak berat dan ia antara faktor yang menyebabkan berlakunya kes buli di asrama. "Melalui jawatan baharu itu nanti, warden tidak akan mengajar di sekolah, sebaliknya hanya memberi fokus terhadap kebajikan dan keselamatan pelajar sepanjang berada di asrama," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian wang bantuan anak angkat Yayasan Pelajaran Mara dan Universiti Kolej Bestari kepada 46 pelajar di sini, Isnin. Setakat ini, katanya, keadaan pelajar di kesemua 82 buah asrama sekolah yang terdapat di seluruh Terengganu berada dalam keadaan yang baik serta selamat dan kerajaan negeri belum pernah menerima sebarang laporan mengenai kes buli yang teruk setakat ini. Namun, beliau tidak menafikan memang ada berlaku kes-kes buli yang terpencil membabitkan pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua sebelum ini, namun ia tidak begitu serius dan tindakan sewajarnya telah diambil. "Kerajaan negeri memandang serius kes buli di asrama ini dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) juga sentiasa memantau keadaan di asrama-asrama sekolah bagi memastikan perkara itu tidak berlaku," katanya. Daripada sejumlah 82 buah sekolah berasrama, hanya sekolah imtiyaz (empat) dan sekolah menengah agama negeri (10) yang dikendalikan kerajaan negeri akan mempunyai jawatan baharu itu, kata beliau. - mstar online

Audit: Pendapatan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Naik 4.4 Peratus
KUALA LUMPUR: Pendapatan 116 syarikat subsidiari Badan Berkanun Persekutuan (BBP) meningkat 4.4 peratus kepada RM4.07 bilion pada 2013 berbanding RM3.90 bilion pada tahun sebelumnya.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri Tiga menunjukkan syarikat subsidiari Majlis Amanah Rakyat (MARA) menjana pendapatan tertinggi iaitu sejumlah RM1 bilion, meningkat 6.2 peratus berbanding tahun 2012.
Bank Simpanan Nasional, Lembaga Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Universiti Malaya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) juga menunjukkan peningkatan.
Yang lain termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Perbadanan Putrajaya (PPj), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Universiti Utara Malaysia.
Menurut laporan tersebut, keuntungan selepas cukai turun 5.6 peratus kepada RM378.14 juta berbanding RM400.68 juta pada tahun sebelumnya.
Syarikat subsidiari Bank Negara Malaysia, MARA dan KWSP menyumbang kepada keuntungan yang lebih tinggi berbanding BBP lain pada tahun 2013 iaitu masing-masing sebanyak 36.5 peratus, 15.3 peratus dan 11 peratus.
Laporan itu menyatakan syarikat yang mengalami kerugian pula berpunca daripada penurunan pendapatan, peningkatan perbelanjaan operasi dan syarikat berstatus tidak aktif.
Analisis audit juga mendapati pembayaran cukai dan zakat pada tahun 2013 meningkat 48.6 peratus kepada RM65.52 juta berbanding RM44.10 juta pada tahun 2012.
"Syarikat subsidiari BSN membayar cukai dan zakat tertinggi pada tahun 2013 berjumlah RM12.85 juta atau 19.6 peratus daripada jumlah keseluruhan cukai dan zakat," kata laporan itu.
Dalam pada itu, analisis audit mendapati pada tahun 2013, sebanyak 39 syarikat subsidiari dan subsubsidiari yang diwartakan, berstatus tidak aktif.
Sebanyak lima syarikat dalam tindakan pembubaran dan dua syarikat iaitu Malaysia Convention & Incentive Bureau Sdn Bhd dan LSM Aqua Sdn Bhd telah dibubarkan.
Analisis audit 116 penyata kewangan syarikat subsidiari daripada 32 BBP bagi lima tahun berturut-turut sehingga 2013 mendapati 23 syarikat subsidiari menunjukkan peningkatan pendapatan.
Sebanyak 43 syarikat mencatatkan keuntungan, 30 syarikat menunjukkan peningkatan aset, dua syarikat menunjukkan penurunan liabiliti, 38 syarikat menunjukkan peningkatan dana pemegang saham dan 43 syarikat menunjukkan nisbah pulangan atas ekuiti (ROE) positif.
Sebanyak 31 syarikat subsidiari telah membayar dividen kepada badan atau syarikat induk pada tahun 2013 dan 10 syarikat telah membayar dividen lima tahun berturut-turut, kata laporan itu.- mstar online
TOP
Melaka Bentang Bajet Lebihan 11 Kali Berturut-turut
MELAKA: Kerajaan negeri Melaka membentangkan Bajet 2015 berjumlah RM302.73 juta dengan lebihan RM181,676 sekali gus mencatatkan bajet lebihan kali ke-11 berturut-turut sejak 2005.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron berkata, ia merangkumi perbelanjaan mengurus berjumlah RM295.88 juta dan perbelanjaan tanggungan (RM6.85 juta) dengan kutipan hasil bagi 2015 dianggarkan berjumlah RM302.92 juta.
Beliau berkata, perbelanjaan bagi perkhidmatan dan bekalan merupakan komponen terbesar dengan RM114.73 juta bagi menampung kenaikan kos bekalan, bil utiliti, sewaan, penyelenggaraan pejabat dan kenaikan emolumen kakitangan kontrak.
"Peruntukan pembangunan pula RM55.06 juta iaitu RM19 juta bagi penyediaan infrastruktur; RM11.65 juta untuk kemajuan masyarakat; RM9.56 juta bagi ekonomi; RM7 juta untuk keagamaan; RM2.2 juta untuk pembangunan veterinar dan pertanian serta RM5.65 juta untuk pentadbiran dan sosial," katanya ketika membentangkan Bajet 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di sini, Isnin.
Katanya, bajet bertemakan 'memantap ekonomi, mensejahtera rakyat' itu menggariskan tiga strategi utama iaitu mempersiaga Melaka Maju Fasa 2 ke arah negeri bandar berpendapatan tinggi; mensejahtera rakyat dan membina kehidupan berkualiti serta mentransformasi penyampaian perkhidmatan awam.
Idris berkata, melalui strategi mempersiaga Melaka Maju Fasa 2 ke arah negeri bandar berpendapatan tinggi, kerajaan negeri akan memantapkan lagi kemudahan infrastruktur bagi memastikan rakyat terus menikmati kemudahan berkualiti di samping memberi keyakinan kepada pelabur.
"Kerajaan negeri melalui Perbadanan Ketua Menteri Melaka akan mengkaji kesesuaian untuk membangunkan projek landasan kereta api laju di Durian Tunggal selaras cadangan kerajaan persekutuan untuk membina landasan kereta api laju Singapura-Kuala Lumpur," katanya.
Selain itu, katanya, projek pembangunan komersial bercampur Melaka Gateway dengan nilai pembangunan sebanyak RM40 bilion bakal memberi limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat serta menjana kira-kira 10,000 peluang pekerjaan.
Bagi strategi kedua mensejahtera rakyat dan membina kehidupan berkualiti, Idris berkata kerajaan negeri berusaha menyediakan perumahan selesa, berkualiti serta mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Beliau berkata pihaknya mengemukakan enam tapak Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk kelulusan Jabatan Perumahan Negara di Kampung Tun Kudu; Ayer Molek Darat; Bukit Rambai; Sungai Udang; Sungai Putat fasa 2 dan Pulau Gadong fasa 2.
"Kerajaan negeri Melaka juga memohon projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di Batu Berendam dan Tanjung Minyak," katanya.
Selain itu, Idris berkata, kerajaan negeri Melaka juga akan mempergiat sektor pertanian dan penternakan; menyedia kemudahan premis-premis perniagaan kepada bakal usahawan; meningkatkan taraf kesihatan; memartabat peranan wanita serta memperkasa pembangunan belia dan sukan.
Katanya bagi strategi ketiga mentransformasi penyampaian perkhidmatan awam, beberapa jawatan di jabatan negeri dan persekutuan akan disemak semula dan dinaik taraf agar bersesuaian dengan status negeri maju selain bidang tugas yang mencabar.
Jabatan tersebut ialah Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka; Jabatan Pengairan dan Saliran; Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka dan Jabatan Pendidikan negeri Melaka, katanya.- mstar online
TOP
Laporan Audit: 13 Kementerian Akan Dipanggil Beri Penjelasan
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil 13 kementerian dan tiga agensi kerajaan untuk menjelaskan isu yang dibangkitkan dalam siri ketiga Laporan Ketua Audit Negara 2013.
Pengerusinya, Nur Jazlan Mohamed berkata, semua kementerian dan agensi terbabit akan dipanggil bermula Januari 2015.
"Kami terkejut dengan jumlah isu yang dibangkit di dalam laporan terbaharu itu.
"Sebahagian daripadanya bukan besar, dan hanya melibatkan peruntukan kecil tetapi kami mahu tahu dimana kesilapannya," katanya pada sidang media di Parlimen.
Jazlan berkata, peningkatan jumlah kes yang dibangkitkan kali ini mungkin kerana ia berlaku serentak dengan pengumuman Bajet tetapi adalah menjadi tanggungjawab PAC untuk menelitinya.
Antara kementerian yang akan dipanggil adalah Kementerian Pendidikan yang dijangka memberi penjelasan mengenai perbelanjaan RM633 untuk program 1Bestarinet, yang tidak mencapai objektif.
Kementerian itu turut dikehendaki menjelaskan isu melibatkan bangunan sekolah sukan.
Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut akan dipanggil untuk menjelaskan pengurusan pendapatan yang dikumpul menerusi saman lalu lintas.
Kementerian lain yang akan dipanggil termasuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.- mstar online
TOP
Sub-Lesen Umrah: Kerajaan Dapatkan Maklum Balas Agensi Pelancongan
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mendapatkan maklum balas agensi pelancongan sebelum Majlis Kawal Selia Umrah mengeluarkan sub-lesen kepada syarikat yang ingin menawarkan pakej umrah.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, konsultasi itu penting agar semua agensi pelancongan memahami hasrat kerajaan untuk menangani isu penipuan pakej umrah dan membuat persediaan untuk mematuhi syarat baharu yang akan dikuatkuasakan.
"Cadangan pengeluaran sub-lesen umrah adalah satu daripada langkah untuk menangani isu penipuan pakej umrah yang secara prinsipnya telah dipersetujui oleh Majlis ini (Kawal Selia Umrah).
"Sebelum dilaksanakan, kementerian terlebih dahulu perlu mendapatkan maklum balas daripada agensi pelancongan yang terlibat dalam pengendalian pakej umrah dan agensi pelancongan lain yang berhasrat untuk menceburi bidang ini mengenai syarat-syarat pengeluaran sub-lesen tersebut," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, Isnin.
Beliau menjawab soalan Mas Ermieyati Samsudin (BN-Masjid Tanah) yang bertanya bila Majlis Kawal Selia Umrah akan mengeluarkan sub-lesen umrah kepada syarikat-syarikat terlibat supaya rakyat tidak ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Majlis Kawal Selia Umrah yang ditubuhkan Ogos lalu bagi mengekang kes penipuan umrah yang semakin kritikal, menetapkan peraturan baharu iaitu syarikat yang ingin mengendalikan pakej umrah perlu memiliki lesen 'outbound' (pengembaraan luar negara) dan lesen khas umrah (sub-lesen di bawah lesen 'outbound').
Mohamed Nazri berkata, pada masa ini, 59 syarikat pelancongan dibenar mengendalikan pakej umrah setelah memenuhi beberapa syarat, termasuk meletakkan deposit RM200,000 dengan kerajaan Arab Saudi dan RM60,000 dengan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Syarikat itu juga boleh bekerjasama dengan mana-mana syarikat lain untuk mengendalikan pakej umrah, namun harus bertanggungjawab jika syarikat yang dinaungi melakukan sebarang kesalahan atau penipuan, katanya.
"Kalau terjadi apa-apa kes, kita takkan cari syarikat kecil, tetapi kita akan cari 59 syarikat yang telah diberi lesen itu," jelasnya.
Beliau juga mengingatkan orang ramai bahawa harga minimum pakej umrah ditetapkan pada kadar RM4,900 dan mereka perlu berwaspada terhadap syarikat yang menawarkan harga lebih murah.- mstar online
TOP
Usul Tergempar Gantung Tugas Guan Eng Ditolak
Jahara ketika mengemukakan usul tergempar untuk menggantung tugas Ketua Menteri Pulau Pinang pada sesi DUN negeri itu, Isnin.
GEORGETOWN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Isnin menolak usul tergempar untuk menggantung tugas Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana gagal menjawab soalan bertulis mengikut Peraturan 15 di bawah Majlis Mesyuarat DUN Pulau Pinang. Sambil menolak usul yang dikemukakan Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid, Speaker Datuk Law Choo Kiang berkata, jawapan bertulis itu sudah diserahkan kepada wakil rakyat berkenaan. "Saya tidak mahu sebarang perbahasan berhubung usul berkenaan pagi ini. Saya mengingatkan semua wakil rakyat bahawa jawapan perlu diserahkan kepada wakil rakyat berkenaan supaya ia dapat diserahkan untuk dibahaskan," katanya pada sesi sidang DUN Pulau Pinang, Isnin. Menerusi usul itu, Jahara berkata, perkara itu membabitkan kredibiliti sidang DUN itu, selain melanggar peraturan sedia ada. "Tidak pernah dalam sejarah sidang DUN ini, sejak zaman mendiang Tan Sri Wong Pow Nee, Tun Dr Lim Chong Eu dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di mana Peraturan 15 tidak dipatuhi. "Sebaliknya, mereka akan menjawab semua soalan sebaik tamat tiga jam sesi soal jawab. "Peraturan 15 dipatuhi semua ketua menteri Barisan Nasional," katanya. Mengikut Peraturan 15 (1)(h), soalan yang disediakan dan maklum balas perlu diselesaikan sebelum perkara (j) iaitu pembentangan untuk diwartakan. Jahara berkata, ketua menteri telah membentangkan untuk mewartakan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 sebelum menjawab soalan bertulis yang dikemukakan. - mstar online

Wujud Sindiket Tipu Pekerja Asing Di Cameron Highlands
Sebahagian pekerja asing yang ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah dalam operasi di Cameron Highland, Ahad.
KUALA LUMPUR: Siasatan awal Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai punca kebanjiran ribuan pekerja asing di Cameron Highlands mendapati wujudnya penipuan sindiket pekerja tersebut yang berleluasa sejak kebelakangan ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, lantaran itu, agensi di bawah kementerian telah dikerah menjejaki ejen sindiket tersebut yang dipercayai menawarkan pelbagai pekerjaan bagi menipu pekerja asing. "Sekarang pasukan kita sedang mencari ejen-ejen ini kerana kita tidak mahu pemerdagangan manusia (terhadap pekerja asing) ini berlaku. "Ejen-ejen seperti ini bukan saja menipu pekerja, malah mengambil keuntungan yang banyak," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, Isnin. Beliau juga telah meminta Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia meneruskan pemantauan setiap masa bukan sahaja di kawasan berkenaan malah di beberapa lokasi lain yang menjadi tempat pertemuan dan pengumpulan pekerja asing yang telah tamat tempoh (permit kerja). Ahmad Zahid berkata, jika ejen berkenaan didapati terbabit membawa pekerja ini secara haram, tindakan segera perlu dilakukan, termasuk pendakwaan di mahkamah. "Saya juga tidak akan berkompromi jika ada unsur-unsur dalaman (agensi penguatkuasaan) bekerjasama dengan ejen-ejen berkenaan, lebih-lebih lagi jika ada dokumen-dokumen yang telah dikeluarkan untuk pekerja-pekerja tanpa izin ini. "Kepentingan negara perlu diutamakan terutamanya apabila sesuatu kawasan itu tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri ataupun Pejabat Tanah Daerah (untuk aktiviti perladangan)," katanya. Ahmad Zahid juga menyeru mana-mana agensi termasuk anggota penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ejen dan sindiket ini supaya tampil memberikan bukti dan membantu menumpaskan sindiket tersebut. - mstar online

Pemuda Umno Terbuka Untuk Kritik Kepimpinan Negara
Khairul Azwan Harun.
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno sentiasa terbuka untuk mengkritik kepimpinan tertinggi, terutama jika dasar atau sesuatu tindakan yang dilaksanakan itu boleh menjejaskan rakyat, negara dan parti. Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berkata, kritikan itu dilakukan bagi menjamin kelangsungan parti agar terus relevan dan diterima rakyat. "Kita tidak akan sokong sahaja, kita akan kritik jika dasar yang sedia ada tidak progresif, holistik dan inklusif," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno di sini, Isnin. Jelas beliau, kepimpinan tertinggi parti haruslah menerima setiap teguran daripada mana-mana pihak kerana ia penting dalam menentukan hala tuju negara dan parti pada masa depan. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menegur Umno Selangor supaya memberi tumpuan kepada genarasi Y di negeri itu dan sebelum ini beliau juga menegur kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Malah, Khairul Azwan menyifatkan teguran Dr Mahathir itu sebagai satu nasihat berguna yang perlu diterima dengan hati yang terbuka. "Dr Mahathir ada hak untuk menegur kerana beliau merupakan pemimpin yang berpengalaman dan banyak berjasa kepada negara. Setiap teguran harus diterima dengan positif," katanya. Terdahulu, Dr Mahathir dalam tulisan di laman blog, chedet.cc pada Rabu lepas menegur Umno Selangor supaya memberi lebih tumpuan kepada generasi muda dan melakukan penyusunan semula pimpinan parti di negeri itu. Sementara itu, Khairul Azwan berkata, Pergerakan Pemuda Umno akan menganjurkan program hari terbuka bertemakan 'Kata Kita' di Pusat Dagangan Dunia Putra bermula pukul 10 pagi Sabtu ini. Katanya, program yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk mendapatkan maklum balas golongan muda mengenai pembentangan Bajet 2015 bagi memastikan ia dilaksanakan dengan efektif. Jelas beliau, sayap parti itu mensasarkan seramai 2,000 golongan muda yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan bangsa untuk tampil memeriahkan program sehari itu. Beliau berkata, program itu merangkumi tiga sesi iaitu Town Hall pada sebelah pagi, manakala Kongres Perumahan Rakyat akan berlangsung pada petang Sabtu, selain pameran yang dikendalikan Exco Pemuda Umno.- mstar online

Adun DAP Cadang Penggiliran Jawatan Ketua Menteri
GEORGE TOWN: Wakil Rakyat DAP mencadangkan penggiliran jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dengan mengehadkan jawatan itu kepada dua penggal sahaja bagi memberi peluang kepada pemimpin lain yang berkebolehan memegang jawatan itu.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Bungah Teh Yee Cheu berkata cadangan itu juga akan memberi peluang kepada pemimpin lain termasuk wanita untuk mentadbir Pulau Pinang.
"Sekiranya perkara itu mahu direalisasikan, semua pihak perlu berusaha dari sekarang, ini satu cadangan yang baik dari sudut demokrasi dan berharap semua pihak dapat menyokong usul ini," katanya pada sesi perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini Isnin.
Usul itu turut mendapat sokongan Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid dan Adun Pulau Tikus daripada DAP, Yap Soo Huey.
Sokongan Jahara terhadap usul itu menimbulkan rasa kurang senang Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh yang mempersoalkan mengapa Barisan Nasional tidak menyokong wanita menjadi menteri besar di Selangor.
Jahara kemudiannya membidas Phee dan tidak mahu mengungkit berhubung isu pilihan raya kecil DUN Kajang yang hanya memberi kesan kepada PKR.
Bagaimanapun, usul itu tidak disenangi dan ditentang keras Adun Air Hitam yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri, Wong Hon Wai yang menyifatkan perkara itu tidak ada kaitan dengan isu yang sedang dibahaskan.
Teh kemudiannya menegaskan setiap perkara mempunyai kaitan dan memohon supaya usul berkenaan mendapat sokongan.
Persidangan bersambung esok.- mstar online
TOP
Selangor Belum Mulakan 494 Projek Pembangunan
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor belum memulakan 494 projek atau 64.7 peratus daripada 763 projek pembangunan yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3.
Laporan itu menyebut antara projek terbabit adalah projek menaik taraf laluan atau jalan melibatkan kos RM250 juta.
Selain itu, lima projek dengan nilai tertinggi iaitu RM465 juta yang membabitkan kerja membina dan menaik taraf jalan, masih dalam perancangan proses tender, menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Sementara itu, sebanyak 623 projek iaitu 81.7 peratus daripada 763 projek di bawah RMK-10 yang diluluskan telah siap atau sedang dilaksanakan.
Antara projek itu adalah projek menaik taraf Mahkamah Syariah, projek tebatan banjir dan pembinaan pejabat agama Islam.
Namun, menurut laporan itu, lima projek yang lewat disiapkan mengikut jadual termasuk projek pembinaan kompleks Islam Daerah Gombak dan Kuala Selangor.
Menurut laporan itu, pencapaian pelaksanaan projek pembangunan di Selangor bagi tempoh tiga tahun pertama di bawah RMK-10 sehingga 31 Dis 2013 adalah kurang memuaskan kerana hanya 269 projek atau 35.3 peratus daripada 763 projek yang telah disiapkan atau dalam pelaksanaan.
Bagaimanapun, menurut laporan itu, secara keseluruhan perbelanjaan pembangunan kerajaan negeri Selangor pada 2011-2013 adalah baik.
Sejumlah RM1,780.90 juta daripada peruntukan RM2,016.47 juta telah dibelanjakan dalam tempoh itu. Jumlah ini merupakan 59.4 peratus daripada anggaran peruntukan pembangunan RMK-10 yang berjumlah RM3 bilion.
Sementara itu, pengauditan ke atas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendapati enam masjid kelolaan jabatan itu di daerah Sepang, Petaling dan Gombak, tidak disenggara dalam tempoh tiga tahun terakhir sehingga menyebabkan masjid tersebut mengalami kerosakan berterusan.
Menurut laporan itu, terdapat juga kerja penyenggaraan baik pulih yang dilaksanakan ke atas masjid negeri tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan menyebabkan hasil kerja pembaikan tidak tahan lama serta memerlukan pembaikan semula.
Bagi memperbaiki kelemahan itu, pihak audit mengesyorkan kerajaan negeri Selangor dan Jais melaksanakan penyenggaraan baik pulih masjid negeri dan masjid lain dengan menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi.
Jais turut disaran menjalankan pengesanan kerosakan dan melaksanakan program penyenggaraan pencegahan di seluruh masjid negeri Selangor.
Terdapat 418 buah masjid di bawah Jais.
Selain itu, Jais dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta mempertingkatkan pemantauan terhadap pelaksanaan kerja oleh kontraktor supaya kerja yang dilaksanakan mematuhi spesifikasi.- mstar online
TOP
Lima Kelemahan Urus Tanah Rizab Melayu Di Johor Dikesan
JOHOR BAHARU: Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3, mendapati sebanyak lima kelemahan yang dapat memberi kesan terhadap pengurusan Tanah Rizab Melayu di Johor, ditemui semasa mengaudit Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri berkenaan antara Januari hingga April tahun ini.
Laporan itu menyebut, kelemahan pertama ialah keluasan sebenar Tanah Rizab Melayu di negeri ini tidak dapat ditentukan disebabkan Daftar Kawasan Tanah Rizab Melayu tidak dikemas kini serta 767 permohonan Kemasukan Tanah Rizab Melayu yang telah selesai diwartakan tidak didaftarkan.
Selain itu, maklumat pewartaan pembatalan dan penggantian kawasan Tanah Rizab Melayu tidak dapat disahkan serta proses pewartaan bagi 518 permohonan Kemasukan Tanah Rizab Melayu lewat diselesaikan antara dua dan 17 tahun.
Sebanyak 108 dokumen hak milik Tanah Rizab Melayu juga tidak diendors mengakibatkan empat bidang tanah di Kluang dan Kulaijaya seluas 4.47 hektar telah dipindah milik kepada bukan Melayu.
Terdapat juga pecahan plot bagi pembangunan kawasan Rizab Melayu milik bukan Melayu tidak didaftarkan atas nama pengarah Melayu.
Kawasan Tanah Rizab Melayu milik kerajaan Johor, juga ada yang telah diusahakan dan diduduki tanpa kebenaran.
"Pengauditan yang dilaksanakan antara Januari hingga April 2014 mendapati syarat yang ditetapkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya 4,573 kelulusan permohonan kurniaan tanah seluas 9,284.02 hektar kepada orang Melayu pada 2011 hingga 2013 dijadikan sebagai Tanah Rizab Melayu adalah baik," menurut laporan itu.
Mengikut rekod PTG, sehingga Disember 2013, Tanah Rizab Melayu di Johor adalah seluas 429,386.77 hektar.
Jabatan Audit Negara turut mengesyorkan supaya PTG menyemak semula bilangan kawasan dan keluasan Tanah Rizab Melayu di Johor serta mengemaskinikan Daftar Kawasan Tanah Rizab Melayu supaya keluasan sebenar dapat ditentukan.
Ia juga mengesyorkan agar PTG mengadakan sebuah pasukan khas untuk mengemaskinikan semua rekod, endorsan dan pewartaan melibatkan kawasan tanah itu bagi memastikan objektif Tanah Rizab Melayu tercapai mengikut Enakmen Rizab Melayu Johor 1936.
PTG juga perlu menyediakan garis panduan pengurusan Tanah Rizab Melayu sebagai rujukan kepada pegawai baharunya dan pejabat tanah daerah bagi menjamin status pegangan hak milik Melayu terus kekal dan terpelihara.
Sementara itu, pengauditan yang dijalankan antara September dan November 2013 ke atas Johor Silica Industries Sdn Bhd (JSISB) milik Perbadanan Johor menemui bahawa stok pasir silika mentah di Johor semakin menyusut.
Jabatan Audit Negara mengesyorkan supaya syarikat itu yang mencatat keuntungan terkumpul berjumlah RM2.88 juta pada tahun lepas, mengambil langkah awal menyediakan perancangan strategik jangka panjang berkaitan jenis perniagaan yang akan dijalankan bagi menggantikan perniagaan sedia ada sekiranya kehabisan stok pasir silika.
Laporan itu juga menyebut, syarikat itu juga perlu meningkatkan stok bekalan pasir silika mentah sedia ada termasuk membeli daripada pihak luar bagi memastikan perniagaan sentiasa berjalan dan mendatangkan keuntungan.
Kegiatan utama syarikat JSISB ialah perlombongan, memproses dan membekalkan pasir silika industri berkaitan silika seperti pengeluar barangan kaca, pengeluar cat dan syarikat kontraktor.- mstar online
TOP
Audit: Prestasi Kewangan Kelantan Kurang Memuaskan
KOTA BAHARU: Kedudukan dan prestasi kewangan kerajaan negeri Kelantan pada akhir tahun lepas secara keseluruhannya adalah kurang memuaskan berbanding pada 2012, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut laporan itu, keadaan berkenaan disebabkan kedudukan Kumpulan Wang Disatukan telah mengalami penurunan sejumlah RM46.88 juta atau 36.7 peratus iaitu daripada RM127.59 juta pada 2012 kepada RM80.71 juta pada 2013.
Akaun Hasil Disatukan menurun sebanyak RM77.78 juta menjadi defisit RM585.90 juta pada 2013 daripada defisit RM508.13 juta pada 2012.
Akaun Pinjaman Disatukan mencatat baki RM27.70 juta pada 2013 berbanding RM1.87 juta pada 2012, manakala Akaun Amanah Disatukan meningkat RM5.08 juta menjadi RM638.92 juta pada 2013 berbanding RM633.84 juta pada 2012.
Laporan Ketua Audit Negara itu menyebut secara umumnya baki defisit Akaun Hasil Disatukan untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun iaitu dari 2009 hingga 2013, telah ditampung oleh baki Akaun Amanah Disatukan.
Pelaburan kerajaan negeri juga telah berkurangan pada 2013 menjadi RM20.05 juta manakala aliran wang tunai bagi 2013 iaitu jumlah penerimaan berbanding pembayaran wang tunai merekodkan defisit RM43.43 juta berbanding defisit RM9.71 juta pada 2012.
Menurut laporan berkenaan, prestasi kewangan kerajaan negeri bagi 2013 mencatatkan defisit RM77.78 juta berbanding defisit RM69.69 juta bagi tahun sebelumnya (2012).
Prestasi keseluruhan kewangan kerajaan negeri di mana hasil berbanding jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan 2013 mencatatkan penurunan iaitu daripada defisit RM243.70 juta pada 2012 kepada defisit RM252.56 juta.
Tunggakan bayaran balik pinjaman daripada agensi kerajaan negeri telah meningkat daripada RM147.71 juta pada 2012 kepada RM180.77 juta pada 2013 manakala pelaburan di Penyata Akaun Memorandum mengalami penurunan daripada RM11.55 juta pada 2012 kepada RM9.34 juta tahun 2013.
Seterusnya, tunggakan bayaran balik hutang kepada kerajaan Persekutuan juga turut meningkat daripada RM204.77 juta pada 2012 kepada RM247.16 juta 2013.
Pihak Audit mengesyorkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu, merancang dan mengurus keperluan tunainya dengan lebih cekap supaya dapat memenuhi tuntutan perbelanjaan mengurus dan pembangunannya.
Kerajaan Negeri juga hendaklah berbelanja secara berhemat tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi Negeri.
Laporan berkenaan juga menyatakan prestasi pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) bagi tahun lepas oleh kerajaan negeri adalah memuaskan di mana pelaksanaan projek pembangunan itu mencapai 99.2 peratus siap daripada jumlah projek yang dirancang manakala jumlah perbelanjaan adalah 66.2 peratus berbanding peruntukan yang diluluskan.
Sejumlah 3,228 projek dirancang untuk tahun lepas dengan 3,203 projek siap sehingga 31 Disember 2013, 20 projek sedang dalam pelaksanaan dan lima projek belum dilaksanakan.- mstar online
TOP
Audit: Kenderaan Singapura Tidak Bayar Saman
Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3 mendedahkan bahawa kenderaan daripada Singapura mencatat jumlah tertinggi saman yang tidak dibayar. Laporan itu berkata sebanyak 16.3 juta saman dikeluarkan polis trafik bagi tempoh 2011-2013, dan daripada jumlah itu 121,664 saman dikeluarkan kepada bukan warganegara. "Jumlah pengeluaran saman tertinggi adalah kepada warganegara Singapura (84,604 saman) dan Brunei (25,803 saman)," kata laporan itu. Daripada 121,664 saman itu, hanya 12,713 saman diselesaikan dan anggaran penyelesaian saman yang akan diperoleh daripada jumlah tunggakan saman itu ialah RM7.63 juta. Manakala bagi saman warganegara ini sebanyak 6.7 juta saman telah diselesaikan dalam tempoh 2011-2013 yang bernilai RM1.24 bilion, menurut laporan itu. "Maklum balas yang diterima melalui borang soal selidik mendapati pelanggan/ orang awam berpuas hati dengan pekhidmatan kaunter Trafik Cops, persekitaran dan tempoh berurusan," kata laporan itu sambil mengesyorkan beberapa lagi cadangan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan saman polis.- mstar online

Kerajaan Negeri Sembilan Akan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan
Datuk Seri Mohamad Hasan.
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan mengupah peguam terbaik di negara ini untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang pada Jumaat lalu memutuskan ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan yang salah, sebagai tidak sah di sisi perlembagaan. Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan. Beliau berkata, keinginan untuk berpakaian seperti wanita dan diiktiraf sebagai seorang wanita dikenal pasti sebagai sebahagian masalah dari segi perubatan dan tiada rawatan farmakologi atau terapi psikologi yang telah dibuktikan secara saintifik bagi mengatasi masalah seperti itu. Hakim Hishamudin berkata, penghidap GID akan terus hidup dalam keadaan tidak pasti, sengsara dan rasa malu sekiranya Seksyen 66 masih dikuatkuasakan, dan menurutnya ketetapan itu telah mewujudkan keadaan tidak selamat dan terdedah kepada penghinaan dalam kehidupan lelaki Islam yang menghidap GID. "Undang-undang sedia ada menghukum golongan transeksual yang mempamerkan gender mereka, mencemarkan maruah dan nilai individu yang menghidap GID dalam masyarakat kita. "Seksyen 66 secara langsung menjejaskan hak mereka untuk hidup secara bermaruah seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan sekiranya nilai mereka sebagai anggota masyarakat diketepikan," katanya. Dalam hal ini, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan yang kerajaan negeri akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dalam tempoh beberapa hari lagi untuk mencabar keputusan tersebut. Mohamad berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai pilihan lain melainkan mencabar keputusan tersebut demi memelihara kesucian agama Islam.- mstar online

Audit: Hampir RM12 Juta Pencen Dibayar Kepada 3,786 Veteran Tentera Yang Meninggal
Gambar hiasan.
PETALING JAYA: Kerajaan membayar sejumlah RM11.94 juta pencen kepada 3,786 veteran tentera yang sudah meninggal dunia selama dua tahun antara 2011 dan 2013, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 (Siri 3) yang dikeluarkan pada Isnin. "Pemeriksaan audit mendapati pembayaran masih dibuat. Bagi memastikan tidak berlaku pencen terlebih bayar dan untuk mengelakkan kesukaran dalam mengumpul balik bayaran, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) perlu mengenal pasti mekanisme untuk mengelakkan kejadian seperti itu," kata laporan itu, yang dibentangkan di Parlimen. Sebagai jawapan kepada perkara berkenaan, JHEV berkata ia akan menghentikan pembayaran pencen tersebut berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau daripada ahli keluarga terdekat yang telah memberikan satu salinan sijil kematian. Bagaimanapun ia berkata, jabatan itu tidak boleh membatalkan bayaran pencen dengan segera merujuk kepada kes di mana seorang veteran meninggal dunia pada 30 Jun tahun lepas. Menurut JHEV lagi, mereka dimaklumkan mengenai kematian veteran tentera pada saat-saat akhir sementara bayaran pencen untuk bulan seterusnya masih dibayar. "Jabatan tidak boleh membatalkan pembayaran pencen kepada individu terbabit setelah pembayaran dilakukan," katanya. Bagaimanapun JHEV mengambil beberapal langkah untuk mendapatkan kembali pembayaran yang dilakukan seperti mengeluarkan surat tuntutan kepada bank-bank penerima. "Sejumlah RM1.69 juta daripada jumlah yang dinyatakan telah dikumpulkan kembali daripada bank-bank berkaitan," kata JHEV.- mstar online

Audit: Aset Bernilai RM44 Juta Hilang Dari Kementerian Kesihatan
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan kehilangan 7,712 aset bernilai sekurang-kurangnya RM44 juta antara 2011 dan 2013, demikian dedah Laporan Ketua Audit Negara 2013.
Daripada jumlah itu, stok ubat bernilai RM1.21 juta dicuri dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan RM240,000 lagi daripada Hospital Pulau Pinang.
Laporan itu juga mendedahkan bahawa terdapat kerugian berulang membabitkan empat jenis aset iaitu pemampat penyaman udara, pam jarum suntikan, sistem pemantauan fisiologi dan Oxymeters nadi bernilai RM610,000.
Selain itu, sebanyak 970 aset berjumlah RM7.95 juta dikategorikan sebagai Aset Tidak Ditemukan manakala kawalan aset yang lemah di kedai penjualan itu menyebabkan kerugian bernilai RM240,000.
Selain itu langkah kawalan keselamatam di hospital juga lemah apabila sebanyak 52 daripada 253 kamera CCTV tidak berfungsi.
Laporan Audit juga mendedahkan wujudnya kelewatan dalam menyelesaikan kes-kes kehilangan dan hapus kira aset yang didapati mengambil masa antara dua hingga 833 hari di peringkat hospital dan kementerian.- mstar online
TOP
Sabah Akan Mohon RM200 Juta Rawat Lombong Mamut
KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, melalui Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, akan memohon RM200 juta daripada kerajaan persekutuan untuk memulihkan alam sekitar di ar kawasan bekas lombong Mamut, Ranau.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Pang Yuk Ming berkata berdasarkan kajian Jabatan Mineral dan Geosains Sabah yang dilaksanakan oleh perunding Osborne & Chappel Sdn Bhd dengan kos RM6.12 juta, mendapati kos merawat lombong berkenaan kira-kira RM185 juta dalam tempoh 10 tahun.
"Kementerian saya melalui Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan Jabatan Mineral dan Geosains akan terus melaksanakan pemantauan terhadap kualiti air di dalam dan luar kawasan lombong tersebut," kata Pang ketika menjawab soalan Chan Foong Hin (DAP-Sri Tanjong) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Selasa.
Menurut Pang, usaha pemulihan bekas lombong tembaga Mamut memerlukan usaha berterusan serta kerjasama daripada semua jabatan terutama Pejabat Hasil Bumi, Jabatan Tanah, Jabatan Mineral dan Geosains serta jabatan teknikal lain.
Katanya lombong tembaga Mamut kini bertatus tanah negeri setelah pajakan lombong seluas 4,800 ekar kepada Syarikat Mamut Copper Mine Sdn Bhd (MCM) tamat tempohnya pada 15 Feb 2003.
Pang berkata bekas lombong berkenaan mengalami degradasi alam sekitar khususnya pencemaran air akibat terhasilnya 'acid mine drainage' (AMD) di kawasan lubang utama (mine pit) bekas lombong.
Menurutnya kajian pakar-pakar daripada Universiti Malaysia Sabah serta pemantauan berterusan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) dan Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) Sabah mendapati air di dalam kawasan 'mine pit' adalah berasid dengan pH antara 2-3.
Katanya asid AMD berkenaan akan melimpah ke sistem aliran sungai berdekatan apabila berlakunya hujan namun ia akan mengalami pencairan dan nilai pH menjadi neutral (6-7) dan tidak lagi membahayakan alam sekitar.
Pang berkata walaupun pencemaran AMD berkenaan terkawal dan tertumpu di kawasan mine pit sahaja, kerajaan tetap melaksanakan tindakan proaktif untuk memastikan pencemaran air di kawasan berkenaan sentiasa terkawal.- mstar online
TOP
Pemaju Digalak Reka Lebih Banyak Bangunan Hijau
KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa menggalakkan pihak pemaju di negara ini untuk menyediakan rekaan bangunan yang mempunyai ciri-ciri bangunan hijau untuk manfaat jangka panjang.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata usaha itu akan terus dilaksanakan walaupun terdapat kekangan dari segi peraturan rekaan bangunan.
"Pemaju perlu menghantar rekaan bangunan yang telah disiapkan kepada Majlis Bandaraya untuk kebenaran merancang. Sehingga kini sudah ada rekaan bangunan daripada pemaju yang mempunyai ciri-ciri bangunan hijau.
"Ini termasuk rekaan pendingin hawa, tadahan air hujan yang boleh digunakan di semua tandas bagi membolehkan air terawat digunakan untuk tujuan lain," katanya menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.
Mojigoh ingin tahu sama ada kerajaan menggalakkan pemaju mematuhi rekaan bangunan bercirikan bangunan hijau bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk melestarikan alam sekitar.
Justeru, Mahdzir berkata setakat ini semua negeri termasuk di Kota Kinabalu, Kuching serta beberapa bandar lain mempunyai bangunan bersifat mesra alam dan mencapai pengiktirafan Indeks Bangunan Hijau (GBI).
"Ada beberapa bangunan hijau yang berstatus perak, emas dan platinum. Namun bangunan berstatus platinum masih tidak banyak," katanya memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memberi galakan kepada pemaju untuk membangunkan bangunan menepati garis panduan GBI.
Status platinum merupakan peringkat tertinggi pengesahan dalam standard bangunan mesra alam.
Menjawab soalan daripada Dr Che Rosli Che Mat (PAS-Hulu Langat) pula, Mahdzir berkata kerajaan juga akan menggiatkan pelbagai program kesedaran kepada masyarakat mengenai teknologi hijau dan bangunan hijau yang membawa persekitaran baik untuk kehidupan.
Katanya kerajaan telah menubuhkan Yayasan Hijau (YaHijau) Malaysia bertujuan membantu kerajaan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan gaya hidup mementingkan alam sekitar dalam kalangan rakyat negara ini.
Yayasan itu dilancarkan Mac lepas selaras dengan pengumuman penubuhannya yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2014. - mstar online
TOP
Laporan Audit: 45 Projek PFI II Belanja Kurang 50 Peratus Peruntukan
KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri 3 mendapati 45 daripada 313 projek di bawah Akaun Amanah Aktiviti Pembangunan Khas Pembiayaan Swasta (PFI II) membelanjakan kurang daripada 50 peratus peruntukan yang diluluskan sehingga 31 Disember 2013.
Menurut laporan itu, peratusan perbelanjaan bagi projek-projek tersebut adalah antara satu peratus dan 42.5 peratus.
"Secara keseluruhan, hanya sejumlah RM225.65 juta atau 25 peratus daripada peruntukan berjumlah RM904.26 juta telah dibelanjakan oleh lapan kementerian/jabatan bagi membiayai 45 projek tersebut," katanya.
Semakan audit juga mendapati tiga projek masih belum dilaksanakan oleh tiga kementerian sehingga akhir tahun lepas meski pun Surat Kuasa Berbelanja telah dikeluarkan.
Sementara itu, semakan audit selanjutnya mendapati dua kementerian telah berbelanja melebihi peruntukan yang diluluskan berjumlah RM123.19 juta bagi 18 projek.
Menurut laporan itu, dalam maklum balas kementerian yang diterima antara 20 Mei dan 6 Jun 2014 menyatakan peruntukan tidak dibelanjakan dan kurang dibelanjakan berpunca daripada perubahan skop kerja atau reka bentuk yang menyebabkan projek lewat dimulakan.
Katanya projek diberikan lanjutan masa (EOT) dan tawaran tender atau surat setuju terima hanya dikeluarkan pada tahun ini.
Katanya lagi terdapat juga program yang kurang mendapat sambutan selain pertukaran tapak asal projek dan projek/program masih dalam proses pembinaan/pelaksanaan.
Bagi perbelanjaan melebihi peruntukan, Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa tindakan sedang diambil untuk mengemukakan permohonan Notis Perubahan Siling kepada perbendaharaan Negara, katanya.
PFI II yang ditubuhkan pada 23 Disember 2011 menerima sejumlah RM10 bilion daripada Syarikat Pembinaan PFI Sdn Bhd sehingga 31 Disember 2013.
Sejumlah RM7.574 bilion diperuntukkan kepada 16 kementerian/jabatan bagi melaksanakan 313 projek, dan sehingga akhir tahun lepas, sejumlah RM4.903 bilion telah dibelanjakan. - mstar online
TOP
RM245 Juta Untuk Atasi Banjir Kilat Di Melaka
MELAKA: Sebanyak RM245 juta diperlukan bagi melaksanakan pelbagai projek jangka pendek dan panjang untuk mengatasi masalah banjir kilat yang melanda negeri ini, persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka diberitahu pada Selasa.
Angota Exco Kerja Raya dan Kemudahan Awam Melaka Datuk Abd Ghaffar Atan berkata antara projek jangka panjang yang terlibat ialah RM5 juta bagi tebatan banjir di Sungai Merlimau, Jasin dan sebanyak RM232,300 untuk penyelenggaraan parit di beberapa kawasan di negeri ini yang merupakan antara projek jangka pendek.
Beliau berkata kegagalan sistem saliran air sedia ada untuk menampung pengaliran air merupakan antara faktor utama banjir kilat di negeri ini terutama di Merlimau, Jasin yang terjadi pada Ogos lepas.
"Kerajaan negeri telah memohon kepada kerajaan persekutuan bagi menjadikan jumlah itu (RM245 juta) sebahagian daripada projek berjumlah RM9 bilion bagi mengatasi masalah banjir kilat di seluruh negara," katanya.
Beliau menjawab soalan asal Datuk Roslan Ahmad (BN-Merlimau) yang bertanya apakah langkah jangka pendek dan panjang kerajaan negeri bagi mengatasi masalah banjir kilat di negeri ini terutama di kawasan Merlimau.
Abd Ghaffar berkata usaha mengatasi masalah banjir kilat tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya pada bahu kerajaan negeri, sebaliknya kerjasama rakyat untuk bersama menyelenggara sistem saliran air seperti longkang berhampiran rumah mereka adalah penting bagi mengatasi masalah itu.
Persidangan agak riuh seketika apabila Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) dalam soalan tambahannya bertanya adakah kerajaan negeri tidak serius dalam menangani masalah banjir kilat, yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh Abd Ghaffar.
"Banjir menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda milik rakyat maka menjadi tanggungjawab kami sebagai kerajaan menjaga rakyat malah saya sendiri tidak cukup tidur berhempas pulas membantu rakyat semasa banjir kilat lepas, tetapi di mana pula yang berhormat Ayer Keroh (Khoo) ketika itu ?" katanya.
Sementara itu, anggota Exco Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan Badan Bukan Kerajaan Melaka Datuk M.S Mahadevan berkata pengganguran di negeri ini kini berada pada kadar 0.8 peratus yang merupakan terendah antara negeri-negeri lain di Malaysia.
"Guna tenaga di Melaka sentiasa pada tahap tertinggi dan kerajaan negeri sentiasa berusaha memastikan rakyatnya mempunyai pekerjaan," katanya menjawab soalan Datuk Sazali Muhd Din (BN-Paya Rumput).- mstar online
TOP
MH17: Najib Gesa Putin Buka Laluan
BEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Presiden Rusia Vladimir Putin untuk membantu memberi akses sepenuhnya ke kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 bagi memudahkan pasukan penyiasat melakukan siasatan penuh berhubung insiden itu.
Najib berkata banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum kes itu dapat dimuktamadkan dan berharap kedua-dua pihak, Rusia dan Ukraine, memahaminya.
"Sekarang kita berada pada tahap masih banyak persoalan berbanding jawapan yang diperoleh untuk dimaklumkan kepada waris penumpang yang terlibat.
"Kami berharap kami boleh bergantung kepada anda untuk membantu kami menyimpulkan apa sebenarnya yang berlaku terhadap MH17," katanya kepada Putin semasa mesyuarat dua hala di sini.
Sementara itu, Putin berkata Rusia akan membantu menyelesaikan masalah itu bersama-sama Malaysia dan bersetuju isu akses ke tapak nahas adalah paling utama.
Putin juga bersetuju bahawa adalah penting untuk menjalankan penyiasatan yang menyeluruh berhubung kejadian itu.
Pesawat MH17 Boeing 777-220 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu, terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas setelah ditembak jatuh semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Antara mayat mangsa yang telah dikenal pasti termasuk kesemua 44 rakyat Malaysia.
Lembaga Keselamatan Belanda antara lain menyebut struktur pesawat MH17 berkecai di udara berkemungkinan akibat ditembusi objek berkuasa tinggi dari luar pesawat dan tiada petunjuk bahawa nahas disebabkan masalah teknikal atau perbuatan anak kapal.- mstar online
TOP
MH17: Malaysia Tunggu Laporan Rusia - Najib
Najib dan Putin (kanan) sempena Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama EKonomi Asia Pasifik (APEC) 2014 di Beijing.
BEIJING: Malaysia sedang menunggu laporan Rusia untuk membuat kesimpulan mengenai nahas pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Laporan interim yang dikeluarkan oleh badan penyiasat menunjukkan bahawa ia bukan satu kemalangan. "Pesawat itu ditembak jatuh oleh objek berkelajuan tinggi. "Banyak tugas telah dilakukan sebelum kita boleh membuat kesimpulan mengenai jenis objek berkelajuan tinggi itu dan di mana ia dilepaskan dan siapa yang bertanggungjawab melepaskannya," kata Najib dalam pertemuan dua hala dengan Presiden Vladimir Putin sempena Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama EKonomi Asia Pasifik (APEC) 2014 pada Isnin. Najib berkata, untuk merungkai punca nahas itu, pasukan penyiasat terlibat perlu diberi akses sepenuhnya ke kawasan nahas untuk mengesan serpihan objek berkelajuan tinggi tersebut dan mengumpulkan semula serpihan. "Malangnya, ini (akses penuh) tidak berlaku. "Malaysia bukan pihak berkepentingan dalam konflik geo-politik di kawasan itu. "Kami berharap anda boleh membantu kami. Kami menunggu anda untuk membantu membuat kesimpulan mengenai apa sebenarnya yang berlaku kepada MH17," katanya kepada Putin. Pesawat MH17 terhempas di Donetsk, timur Ukraine selepas dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak pro-Rusia pada 17 Julai lalu. Sejak kejadian yang menggorbankan seramai 298 penumpang dan anak kapal, kerajaan Ukraine dan Rusia sering menuding jari antara satu sama lain. Najib berkata, Ukraine mahupun kumpulan pemberontak tersebut sepatutnya mematuhi perjanjian gencatan senjata tetapi mereka tidak berbuat demikian dan tindakan itu melambatkan proses penemuan hasil siasatan. "Daripada menuding jari, kami lebih berminat untuk menunggu laporan siasatan akhir bagi membuat kesimpulan mengenai apa yang berlaku kepada MH17," katanya.- mstar online

Kolej, Universiti Tempatan Lubuk Ganja
PETALING JAYA: Pengedar ganja yang berpangkalan di beberapa kolej dan universiti tempatan dilaporkan telah menjadikan 'institusi pengajian tinggi' sebagai sarang terbaharu untuk kegiatan pengedaran bahan terlarang itu.
Mereka didakwa melakukan pengedaran di kalangan pelajar, sehingga menjadikan bahan terlarang itu mudah diperolehi.
R.AGE, sebuah portal berita dan gaya hidup remaja milik The Star, membongkar isu ini apabila wartawannya menyamar sebagai pelajar di beberapa kampus sekitar Lembah Klang dan berhubung dengan seorang pengedar ganja berusia 20 tahun.
"Saya mendapat bekalan daripada seorang pengedar di luar kampus dan kebiasaannya saya membeli bahan terlarang itu untuk rakan-rakan yang lain," kata pengedar itu yang juga seorang pelajar Ijazah Sarjana - dia membekalkan ganja kepada rakan-rakan di kolej dan universiti sekitar Lembah Klang dengan harga bermula serendah RM50.
Seorang lagi pelajar yang sering menghisap ganja di tempat letak kereta universitinya mendakwa kebanyakan kolej dan universiti terkemuka di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengedar.
"Anda hanya memerlukan seorang pengedar. Pelajar lain akan membeli dan mengedar ganja di kalangan rakan-rakan.
"Semuanya mengenai persahabatan dan perkongsian. Ia budaya yang kami amalkan di dalam kolej pada hari ini. Kami semua membeli ganja dan menghisapnya bersama-sama," kata pelajar terbabit.
Tinjauan di empat kolej lain turut membongkar jalan cerita yang sama dengan kebanyakan mereka berkata dadah mudah didapati.
Ganja mudah diperolehi di kolej dan universiti tempatan pada hari ini.
"Walaupun kita membantu rakan-rakan untuk mendapatkan ganja dari pengedar di kampus, mereka tidak tahu dari mana kami memperolehinya. Ia adalah perkara yang tidak ditanya dikalangan kami," kata seorang lagi pelajar. Malah, situasi sama turut berlaku di Pulau Pinang kata, seorang ejen hartanah yang baharu sahaja menamatkan pengajian di sebuah kolej. Katanya, ganja di sana lebih segar kerana negeri itu hampir dengan Thailand. "Adalah menjadi kebiasaan bagi pengedar di Pulau Pinang untuk berhubung terus dengan pengedar di Thailand," katanya. Profesor Bersekutu Perdana University Graduate School of Medicine, Datuk Dr Andrew Mohanraj berkata, beliau melihat peningkatan 'mengejut' di kalangan pesakit muda yang mendapatkan rawatan berkaitan isu ganja ketika ini. "Amalan membenarkan (ganja) di Amerika Syarikat (AS) seolah-olah memberi gambaran kepada golongan muda bahawa ganja tidak merbahaya tetapi sebenarnya ia tidak benar. "Apa yang mereka tidak ketahui adalah penggunaan ganja hanya dibenarkan untuk tujuan perubatan, bukannya untuk sosial," kata Dr Andrew. Beliau berkata, kajian terbaharu mengesahkan pengambilan ganja secara berlebihan selama beberapa tahun boleh menyebabkan masalah kesihatan mental yang serius, termasuk gangguan psikosis. "Saya amat terkejut bagaimana bahan larangan ini mudah didapati pada hari ini. Beberapa pesakit saya memberitahu terdapat juga tawaran perkhidmatan penghantaran ke rumah," katanya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Wan Abdullah Ishak berkata ganja kebiasaannya dibawa masuk dari Thailand melalui pintu sempadan utara dan Indonesia melalui Johor. "Mereka membawa masuk ganja menggunakan bot nelayan kecil melalui hutan paya bakau, jadi operasi menjejaki mereka amat sukar," kata Wan Abdullah. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Malaysia, Izhar Abu Talib berkata penagih ganja merekodkan sebanyak 20% kes pemulihan yang mereka tangani dengan majoriti kes melibatkan pelajar. Seorang pegawai di Kementerian Pendidikan berkata, mereka tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara itu buat masa ini. Seorang pelajar memberitahu R.AGE bahawa rakannya yang kerap berurusan dengan jumlah ganja yang banyak berdepan risiko dihukum mati sekiranya tertangkap.- mstar online

Hukuman Sebat-Mandatori Harus Dilaksanakan Ke Atas Ejen Haram Pati - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mencadangkan agar hukuman sebat mandatori dikenakan ke atas ejen haram yang membawa masuk pendatang tanpa izin (Pati) ke negara ini. Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia akan memberi pengajaran kepada golongan itu yang sebelum ini dilihat tidak takut dengan tindakan penguatkuasaan yang dilakukan. "Denda dan hukuman yang dikenakan terhadap pesalah ini tidak setimpal. Oleh sebab itu, hukuman sebat secara mendatori mesti dibuat selain menambah kadar denda sedia ada bagi memastikan pesalah-pesalah ini serik melakukan kesalahan," katanya. Ahmad Zahid berkata demikian kepada Bernama selepas menjadi tetamu undangan Program Ruang Bicara Bernama TV di sini malam Isnin. Tambah beliau, hukuman serupa juga perlu dilaksanakan ke atas pengusaha-pengusaha mesin judi haram yang didapati masih berdegil untuk beroperasi setelah diserbu beberapa kali oleh penguat kuasa. "Dengan pelaburan dan pendapatan yang diperoleh, pengusaha-pengusaha ini tidak kisah membayar sejumlah denda kepada penguat kuasa kerana dalam sehari mereka boleh mengaut keuntungan RM100,000 hingga RM200,000. "Itu sebab saya rasakan hukuman sebat berkesan tetapi kemudian ia juga harus diikuti unsur-unsur pencegahan seperti mengasimilasikan kesedaran dalam kalangan rakyat pelbagai kategori," katanya. Ditanya mengenai isu Cameron Highlands yang dibanjiri Pati, Ahmad Zahid berkata KDN akan menjejaki ejen-ejen yang membekal kumpulan tersebut sehingga ke lubang cacing.- mstar online

MH370: Kenyataan 'Deklarasi Hilang' Cuma Pendapat Peribadi - MAS
KUALA LUMPUR: Spekulasi media baru-baru ini berhubung dengan deklarasi bahawa MH370 telah hilang cuma luahan pendapat peribadi, kata Malaysia Airlines (MAS).
Dalam satu kenyataan di sini pada Isnin, syarikat penerbangan itu berkata sebarang tindakan sentiasa berpandukan nasihat pasukan teknikal yang bertanggungjawab bagi operasi pencarian.
"Jaminan yang diberikan kepada kita ialah, operasi pencarian dan menyelamat akan diteruskan dan tidak akan dihentikan.
"Apa-apa maklumat mengenai MH370, operasi dan perkara berkaitan pesawat yang hilang hanya akan dimaklumkan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC)," kata syarikat penerbangan itu.
Pengarah MAS Airlines, Hugh Dunleavy baru-baru ini dipetik sebagai berkata bahawa MAS sedang menunggu bagi Penerbangan MH370 diisytiharkan secara rasmi hilang supaya pampasan boleh diuruskan bagi waris penumpang.
"Malaysia Airlines berharap kami dapat merungkaikan tragedi ini dan kami menyokong dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kami serta kerajaan Australia dan China atas bantuan yang sangat berharga semasa krisis," katanya.
Syarikat penerbangan itu turut berkongsi kesedihan dan kesengsaraan anggota keluarga dalam menangani dan melalui situasi ini, "oleh itu kami memberi jaminan kepada mereka bahawa usaha menjejaki pesawat dan mendapatkan rakaman data penerbangan tetap menjadi keutamaan."
"Setiap pihak yang terlibat dalam operasi yang kompleks ini menaruh keazaman yang sama seperti keluarga penumpang untuk mencari jawapan terhadap banyak persoalan.
"Berhubung dengan tahap pampasan yang disediakan selaras dengan Konvensyen Montreal, atau rejim perundangan yang serupa, syarikat penerbangan itu telah menjelaskan bahawa pembayaran ditentukan oleh undang-undang untuk mengambil kira penumpang yang terbukti sahih dan keadaan keluarga serta akan dinilai dengan sewajarnya," kata MAS.
MAS dan syarikat insurans tetap akan memastikan bahawa pampasan yang adil dan munasabah akan dibayar kepada keluarga semua penumpang MH370 selaras dengan undang-undang apabila anggota keluarga bersedia untuk membincangkan isu itu.
"Kami mengulangi bahawa syarikat penerbangan akan mematuhi komitmen yang telah kami buat, kesejahteraan ahli-ahli keluarga sentiasa menjadi keutamaan kami dan kami akan terus berkomunikasi mengenai maklumat terkini apabila memperolehnya," kata MAS.
Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac bersama 227 penumpang dan 14 anak kapal.
Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara ketika berada di ruang udara antara Malaysia dan Viernam pada 1.20 pagi.
Pesawat Boeing 777 itu kemudian berpatah balik ke arah Selat Melaka dan dipercayai penerbangan MH370 telah "berakhir di selatan Lautan Hindi".- mstar online
TOP
Tembak Lelaki Hingga Cedera, Ketua Kampung Ditahan
TAWAU: Polis menahan seorang ketua kampung selepas dipercayai melepaskan tembakan sehingga mencederakan seorang lelaki di Kampung Batu 2, Jalan Apas di sini, Isnin.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata dalam kejadian 1.15 pagi itu, suspek berusia 62 tahun itu melepaskan dua das tembakan untuk menakut-nakutkan beberapa lelaki yang dikatakan cuba menyerangnya.
"Ketika kejadian beberapa lelaki dikatakan telah menyerang dengan melemparkan objek ke rumah beliau menyebabkan dia berang dan terus keluar rumah dan melepaskan dua das tembakan amaran untuk menakut-nakutkan penyerang terbabit.
"Satu daripada tembakan terkena seorang daripada lelaki itu. Mangsa yang cedera di bahagian telinga dan belakang badan itu kini dirawat di Hospital Besar Tawau," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan senjata jenis 'pump gun' yang digunakan turut dirampas untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Awang Besar menasihatkan orang ramai yang mempunyai lesen dan memiliki senjata api supaya tidak menggunakannya secara sewenang-wenangnya.- mstar online
TOP
Sindiket Nigeria Di China Kurier Syabu Ke Malaysia
KUALA LUMPUR: Satu sindiket yang didalangi warga Nigeria dipercayai bertanggungjawab terhadap empat cubaan menyeludup syabu sebanyak lapan kilogram sejak 7 hingga 10 November baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, sindiket yang berpangkalan di China itu dikesan cuba menyeludup dadah bernilai RM800,000.
"Hasil siasatan mendapati, empat cubaan menyeludup syabu itu dibuat menggunakan dua buah syarikat kurier di Petaling Jaya.
"Keempat-empat bungkusan berkenaan didapati tiba dari Guandong, China. Antara barangan yang digunakan untuk menyeludup syabu ialah tempat duduk basikal dan dakwat pencetak," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini, Selasa.
Menurut beliau, berikutan itu, JSJN kini sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa di China untuk melumpuhkan sindiket berkenaan. - mstar online
TOP
Seorang Lagi Warga Myanmar Dibunuh Di Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Seorang lagi rakyat Myanmar ditemui mati di Jarak Atas, Tasek Gelugor di sini menjadikan mangsa sebagai individu ke-20 yang dibunuh dalam 18 kes yang dilaporkan di Pulau Pinang tahun ini.
Dalam kejadian terbaharu, mayat pekerja binaan, Hein Lat Kyaw, 34, ditemui di sebuah ladang kelapa sawit.
Mayat ditemui oleh seorang individu yang lalu di kawasan itu sebelum melaporkan kepada polis kira-kira pukul 8.30 pagi Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis sedang menyiasat kes itu walaupun siasatan awal menunjukkan tiada kaitan dengan kes pembunuhan lain di negeri ini.
Menurutnya, mayat itu ditemui dengan kesan kelar di leher, tikaman di dada, perut dan punggung serta luka di pergelangan tangan kiri.
Tambah beliau lelaki itu mungkin mati kurang 24 jam sebelum mayatnya dijumpai.
"Kami percaya mangsa mungkin dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di tepi jalan di sini.
"Berdasarkan siasatan awal, dia adalah seorang pekerja kontrak di sebuah syarikat pembinaan di Taman Kelasah, Seberang Jaya.
"Dia mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Kami percaya pembunuhan itu dilakukan oleh lebih daripada seorang pelaku," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Polis juga menemui satu sarung pisau sebelah badan mangsa.
Mazlan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- mstar online
TOP
Warga Myanmar Di Pulau Pinang Kini Lebih Berwaspada
Kyaw Kyaw (kiri) bersama adiknya Win Win Than.
GEORGE TOWN: Pekerja kilang, Soe Kyaw Kyaw sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga setiap kali mendengar berita terdapat pergaduhan kaum di negaranya, Myanmar. Jelas Kyaw Kyaw, dia sentiasa risau jika dipukul menggunakan topi keledar atau disepak oleh rakan negaranya ketika berbasikal. "Setiap kali mendengar berita ada konflik di antara Muslim dan Buddha di Myanmar, saya berasa takut," katanya yang tinggal di flat Taman Juru, Bukit Mertajam.| "Akan ada konfrontasi dan gangguan fizikal tetapi tidak sampai mengambil nyawa seseorang." Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, peningkatan jumlah warga Myanmar dibunuh di Pulau Pinang menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat. Kyaw Kyaw yang telah tinggal di sini selama lapan tahun berkata, dia selesa dengan kejiranan di sini, namun perasaan seram timbul apabila mendengar cerita dari kawan-kawannya yang tinggal di daerah lain. "Dua orang kawan saya dirompak di Bukit Tengah dan salah seorangnya dibunuh. "Kawan saya yang terselamat itu telah balik ke Myanmar," jelasnya. Tambahnya, biasanya pergaduhan atau pertelingkahan berlaku apabila ada di antara mereka yang mabuk. Sementara itu, seorang lagi warga Myanmar, Naing Lin,23, berkata dia berasa selamat tinggal di sini.
Naing Lin
"Selama empat tahun di sini, saya berada dalam keadaan selamat," jelasnya. Dalam pada itu, masyarakat tempatan yang melakukan aktiviti riadah di Taman Kebun Bunga tetap menganggap kadar jenayah di Pulau Pinang tidak membimbangkan walaupun ada pihak menemui mayat tanpa kepala minggu lalu. Seorang pengurus syarikat tempatan, Wendy Wong,26, menganggap pembunuhan ngeri itu sebagai kes terpencil. "Saya rasa aman berjoging di sini. Saya datang ke sini hampir setiap hari dan tidak pernah mendengar apa-apa jenayah berlaku di kawasan ini kecuali satu kejadian itu, "katanya. Selain itu, H C Lee, 67, berkata, taman itu masih pilihan utama untuk dia berjalan-jalan pada waktu pagi. "Wanita itu telah dibunuh sebelum mayatnya dibuang di sini. Bagi saya taman itu masih selamat dan aman," katanya. Seorang anggota bomba, Mohd Ali Ahmad, 38, berkata dia selalu melakukan aktiviti mendaki pada waktu malam. "Polis sentiasa membuat rondaan di kawasan ini," katanya.- mstar online

Pekerja Kedai Kek Didakwa Sokong Militan IS
SEPANG: Seorang pekerja kedai kek didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan militan IS.
Mohammd Na'im Abd Rashid, 26, didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas itu dengan cara memasuki Syria melalui penerbangan pesawat Qatar Airways dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL2 (klia2) ke Syria melalui Istanbul, Turki bagi manfaat kepada kumpulan tersebut.
Mohammad Na'im yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Imigresen Balai Perlepasan Antarabangsa, klia2, pada 28 Dis tahun lepas hingga 7 April tahun ini.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 130J kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun, atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.
Timbalan Pendakwa Raya Iznina Hanim Hashim tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kes itu tidak dibenarkan untuk dijamin dan memohon tarikh sebutan bagi memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
Mahkamah menetapkan 15 Dis depan untuk sebutan kes.- mstar online
TOP
Bekas Pengurus Didakwa Buat Tuntutan Palsu
SHAH ALAM: Seorang bekas Pengurus Pemasaran & Saluran SME, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas 10 pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM822,398 bagi kerja-kerja pemasangan kabel Unifi di beberapa lokasi yang belum dilaksanakan.
Norazlina Shamsudin, 41, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang didakwa dilakukan di antara April 2012 dan Januari 2013.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat TM MSC di Kompleks TM Cyberjaya antara 17 April 2012 dan 2 Januari 2013.
Hakim Datuk Noradidah Ahmad kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Noorazlina menyerahkan pasportnya sementara menunggu sebutan semula kesnya.
Mahkamah menetapkan 10 Disember ini untuk sebutan semula kes.- mstar online
TOP
BN P Pinang Mahu Pemantauan Di Ladang Babi, Bendung Virus JE
GEORGE TOWN: Seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pada Selasa menggesa Jabatan Veterinar untuk sentiasa turun padang ke kawasan yang mempunyai banyak tempat pemeliharaan babi bagi membendung virus Ensefalitis Jepun (JE).
Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) berkata usaha berterusan kerajaan negeri dan Jabatan Veterinar mampu mengawal penularan virus itu.
"Syabas dan tahniah kepada Jabatan Veterinar kerana mendapat anugerah daripada ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya berharap pihak jabatan memanfaatkan anugerah ini dengan turun sama ke kawasan yang banyak pemeliharaan khinzir di mana baunya masih busuk, keterlaluan.
"Saya berharap mereka turun ke bawah dan terus menjalankan tanggungjawab dan melakukan pemeriksaan di kampung-kampung terutama di Kampung Selamat, Tasek Gelugor. Saya berharap pihak veterinar untuk tampil menguruskan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.
Julai lepas, Pulau Pinang digemparkan dengan kes JE apabila seorang bayi perempuan berumur dua tahun lima bulan disahkan dijangkiti virus itu selepas pemeriksaan darah (Serum Serologi untuk JE) adalah positif.
Kes itu adalah yang ketiga selepas seorang murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini, Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli disahkan dijangkiti virus yang sama.
Kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 18 tahun dari Lorong Seratus Tahun, di sini.
Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) turut melahirkan kebimbangan berhubung isu itu dan mahu kerajaan negeri menjelaskan sama ada penternakan babi di negeri ini dikawal dengan baik mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Kenyataan Jahara itu menimbulkan rasa tidak senang Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh yang mempersoalkan mengapa babi seolah-olah penyebab utama kepada wabak JE.
"Penternakan khinzir adalah satu daripada sumber makanan kepada rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang bukan beragama Islam. Dalam dewan ini saya lihat ketua pembangkang memberi gambaran khinzir penyebab JE. Jika di Malaysia mengharamkan makan babi, apakah terjadi kepada sumber makanan kalau daging lembu kami kena import. Kita perlu hormat satu sama lain," katanya.
Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) berkata isu itu sensitif dan tidak perlu membahaskan satu isu yang memberi gambaran yang tidak baik.- mstar online
TOP
Bas Bertembung Dengan Lori, 56 Terbunuh
KARACHI: Sekurang-kurangnya 56 penumpang termasuk 18 kanak-kanak terbunuh apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori membawa barangan di Selatan Pakistan pada Selasa.
Kemalangan itu dilaporkan berlaku di bandar Khairpur yang terletak kira-kira 450 kilometer dari Karachi.
"Bas awam yang berulang-alik dari Karachi itu dari arah Swat sebelum bertembung dengan lori sehingga mengorbankan seramai 56 penumpang," kata seorang pegawai kanan polis, Nasir Aftab.
Jelasnya, seramai 18 penumpang lagi mengalami kecederaan. Kesemua penumpang terdiri daripada 17 perempuan dan 18 kanak-kanak manakala selebihnya lelaki.
Seorang doktor di Hospital Awam Khairpur berkata, seramai tiga dari 18 mangsa itu berada dalam keadaan kritikal ketika ini.- mstar online
TOP
47 Maut Serangan Pengebom Berani Mati Di Sekolah
Abubakar Shekau.
KANO (NIGERIA): Seramai 47 pelajar maut selepas seorang pengebom berani mati yang dipercayai anggota militan Boko Haram meletupkan dirinya di sebuah sekolah yang mengikuti sukatan ko-kurikulum ala Barat di timur laut Nigeria, Isnin. Letupan kuat itu mencetuskan panik dan huru-hara di sekolah lelaki di Potiskum ketika semua pelajar sedang berkumpul untuk perhimpunan pagi sebelum kelas bermula. Pembunuhan beramai-ramai itu yang disifatkan oleh Presiden, Goodluck Jonathan sebagai 'serangan pengecut', dilakukan sehari selepas satu rakaman video terbaharu pemimpin kumpulan radikal, Boko Haram di Nigeria, Abubakar Shekau yang menolak permintaan kerajaan Nigeria untuk mengadakan rundingan damai dan gencatan senjata tersebar. Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menggesa pihak berkuasa Nigeria untuk mengheret kumpulan bertanggungjawab melakukan serangan itu ke muka pengadilan. Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jen Psaki membidas serangan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan kumpulan pelampau di negara terbabit. Pelajar di Government Comprehensive Senior Science Secondary School di sini sedang menunggu ucapan daripada pengetua apabila letupan berlaku kira-kira pukul 7.50 pagi waktu tempatan.- mstar online

Rusia Mahu Tingkatkan Perdagangan Dua Hala
BEIJING: Rusia menyuarakan hasratnya untuk meluaskan skop sedia ada yang terhad kepada peluang perniagaan dan perdagangan dengan Malaysia, selain mahukan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara ditingkatkan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec 2014, di sini pada Isnin, berkata dalam pertenuan itu mereka membincangkan kaedah kedua-dua negara dapat menjalankan perniagaan secara lebih konstruktif.
Bercakap kepada media Malaysia di sini, Najib berkata perdagangan kedua-dua negara kini menunjukkan trend peningkatan.
Dagangan Malaysia-Rusia bagi 2012-2013 meningkat 66.6 peratus dan bagi tempoh Januari-Julai tahun ini, angkanya meningkat 70 peratus, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
"Ini menunjukkan bahawa prospek peningkatan perdagangan antara Rusia dan Malaysia sangat baik," katanya dan menambah pertemuan itu berlangsung atas permintaan Putin.
Najib berkata Putin juga berharap kerjasama dengan Petronas dalam sektor minyak dan gas dapat ditingkatkan dan diperluaskan.
Mengenai pelancongan, Najib berkata lebih banyak usaha diperlukan bagi menarik lebih ramaii pelancong Rusia ke Malaysia memandangkan jumlahnya masih kecil berbanding pelawat dari negara lain.
"Banyak pelancong Rusia melawat Dubai dan Phuket, tetapi tidak ramai datang ke Malaysia. Oleh itu kita perlu bertindak bagi memastikan lebih ramai daripada kalangan mereka, berkunjung ke Malaysia," katanya.
Najib berkata Putin juga menyatakan hasratnya untuk menjalin kerjasama dalam industri farmaseutikal dan penggunaan tenaga nuklear untuk tujuan keamanan dan berharap Malaysia membeli lebih banyak peralatan persenjataan dari Rusia.
Sementara itu pada pertemuan beliau dengan Ketua Eksekutif Wilayah Khas Hong Kong, Leung Chun-ying, Najib berkata 'Perjanjian Kerjasama Ekonomi Lebih Rapat' Hong Kong-China telah membuka peluang untuk ahli perniagaan Malaysia melabur di wilayah itu.
"Saya juga berharap lebih banyak pelancong Hong Kong melawat Malaysia, dan Leung bersetuju untuk bekerjasama, bukan sahaja bagi Hong Kong, bahkan Guangdong," kata Najib.
Mengenai pertemuannya dengan Perdana Menteri New Zealand John Key, Najib mengucapkan tahniah atas kemenangan Key dengan majoriti besar pada pilihan raya umum negara itu.
Pada pertemuan itu, Najib turut membincangkan kes membabitkan Pegawai Waran II, Muhammad Rizalman Ismail, yang didakwa melakukan serangan seksual dengan niat merogol seorang wanita.- mstar online
TOP
Malaysia Tarik Lebih Banyak Kes Timbang Tara Dari India
NEW DELHI: Malaysia bersedia untuk menarik lebih banyak kes timbang tara dari entiti korporat dan komersial India ketika melaksanakan dasarnya yang menarik.
Malaysia dan Singapura telah menawarkan pengecualian cukai kepada penimbang tara dan peguam dan Malaysia menjadi destinasi timbang tara pilihan bagi peguam dan pengantara dari India, The Times of India melaporkan.
"Tetapi dengan pengecualian visa dan permit kerja, Malaysia akan menarik lebih banyak kes timbang tara daripada entiti korporat dan komersial India, Penimbang tara antarabangsa Dhandapani Sarvanan dipetik sebagai berkata oleh harian berbahasa Inggeris itu.
Minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman mengenai pengecualian visa dan permit kerja ketika merasmikan bangunan baharu Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA).
Langkah ini akan menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di dunia yang menawarkan kemudahan seperti itu.
Sementara itu, bekas peguam cara tambahan India dan penimbang tara P. Wilson berkata, "pengecualian visa kepada peguam dan advokat pasti akan membuka pintu.
Syarikat sekarang akan memilihnya sebagai venue berkecuali bagi prosiding timbang tara."
Menurut laporan itu, penimbang tara dari India biasanya beralih ke Singapura untuk menyelesaikan urusan korporat membabitkan beberapa juta setahun.- mstar online
TOP
Anak Jokowi Buka Kelas Bahasa Inggeris Percuma
Gibran (kanan) bergambar bersama keluarganya.
JAKARTA: Anak sulung Presiden Joko Widodo membuka kelas tambahan bahasa Inggeris secara percuma sebagai sumbangannya membantu pelajar setempat menghadapi persaingan global sejak dua tahun lalu. Kata Gibran Rakabuming, 27, kelas itu dimulakan pada awal Mei 2012. “Ia berasaskan kepada program Indonesia Mengajar yang diasaskan oleh Anies Baswedan,” katanya. Indonesia Mengajar ialah pertubuhan bukan kerajaan diasaskan oleh Menteri Kebudayaan, Pendidikan Dasar dan Menengah Indonesia dalam susunan Kabinet Kerja Jokowi. Sebelum ini Anies ialah Rektor Universitas Paramadina yang kedua. Gibran berkata, dia kagum dengan kesungguhan Anies membiayai pembelajaran Indonesia Mengajar tanpa mendapat dana daripada kerajaan. “Justeru, saya memastikan kelas tambahan Bahasa Inggeris itu secara percuma. “Ia dibiayai melalui sebahagian daripada pendapatan syarikat katering saya,” katanya. Menurut Gibran, jumlah pelajar yang diterima bergantung kepada kemampuan. “Saya biayai sendiri tanpa sebarang subsidi mahu pun bantuan orang lain,” katanya. Kelas itu akan dikelola oleh Handako yang pernah menjadi guru Inggeris keluarga Jokowi. Sementara itu, Handako berkata, setakat ini program mereka sudah diikuti 400 murid. “Kelas dibuka di beberapa tempat seperti Banyuanyar, Sumber, Pajang, Munggung, Nusukan, dan Klodran. “Dulu peserta program ini hanya terdiri daripada murid sekolah rendah, tetapi kini mula dipenuhi pelajar sekolah menengah. “Setiap pelajar mengikuti pengajian selama sejam seminggu,” katanya.- mstar online

Pasang Lebih Banyak CCTV Di Setor Simpanan Aset Hospital
KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mencadangkan lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di stor penyimpanan aset di semua hospital seluruh negara bagi meningkatkan aspek keselamatan.
Naib Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye berkata langkah itu dapat mengelak kehilangan aset hospital melibatkan ubat-ubatan dan peralatan yang menyebabkan kerugian besar kepada Kementerian Kesihatan.
"Bagi mengelak kerugian besar akibat dicuri, aspek keselamatan perlu dipertingkatkan terutama di sekitar hospital dan klinik kesihatan dengan memasang lebih banyak CCTV dan melakukan pemantauan berterusan khususnya di farmasi dan stor penyimpanan peralatan perubatan," katanya kepada Bernama, Selasa.
Lee mengulas pendedahan Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 Tahun 2013 yang dikeluarkan semalam, bahawa sebanyak 1,102 unit aset termasuk ubat-ubatan dan peralatan bernilai RM4.2 juta dilaporkan hilang di empat hospital di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun sejak 2011.
Sementara itu, Lee berkata Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu sentiasa mengemaskinikan data anggota mereka melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengelak pembayaran pencen kepada pesara tentera yang telah meninggal dunia.
"JHEV perlu bekerjasama dengan JPN dalam membekalkan maklumat mengenai pesara tentera yang telah meninggal dunia bagi mengelak pembaziran peruntukan," katanya.
Menurut laporan ketua audit negara itu, sebanyak 1,226 pesara atau penerima faedah persaraan yang telah meninggal dunia, didapati masih menerima bayaran pencen berjumlah RM1.07 juta dari 2012 sehingga 2013.
Selain itu, Lee berkata Cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menangani masalah tunggakan saman oleh pemilik kenderaan dari negara asing.
"Kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti jabatan Kastam serta Imigresen juga perlu supaya pemilik kenderaan negara asing membayar tunggakan saman mereka," katanya.
Menurut laporan itu, sebanyak 16.3 juta saman dikeluarkan polis trafik bagi tempoh 2011-2013 dan daripada jumlah itu, 121,664 saman dikeluarkan kepada bukan warganegara Malaysia.
Dalam pada itu, Lee berkata tindakan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memanggil kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat berhubung masalah kelemahan pengurusan dan pembaziran susulan daripada pendedahan laporan itu, sebagai langkah yang sangat wajar.
"Dengan tindakan itu, PAC boleh memberi cadangan kepada mereka untuk memperbaiki dan menambah baik sistem pengurusan mereka supaya lebih berintegriti dan bertanggungjawab," katanya.- mstar online
TOP
Sah: David Moyes Dilantik Pengurus Baru Real Sociedad
David Moyes yang hanya mampu bertahan 10 bulan di Manchester United kini diberi kontrak 18 bulan untuk mengemudi kelab La Liga, Real Sociedad.
> Moyes adalah bekas pengurus Manchester United
> Dilantik atas pilihan Sir Alex Ferguson
> Sebelum ke United Moyes mengurus Everton selama 11 musim
> Malangnya dia hanya bertahan tidak sampai semusim bersama United
> Kini diberi kontrak 18 bulan oleh Sociedad
> Kelab itu kini di tangga ke-15 La Liga
BEKAS pengurus Everton dan Manchester United, David Moyes diumumkan sebagai pengurus baru kelab La Liga Real Sociedad selepas enam bulan menganggur.
Dia dipecat oleh United April lalu selepas gagal mengekalkan status kelab itu sebagai juara bertahan Liga Perdana Inggeris.
United berakhir di tangga ketujuh liga musim lalu di bawah pimpinannya.
Pengumuman mengenai pelantikan Moyes, 51, sebagai pengurus Sociedad agak mengejutkan kerana kem Moyes menegaskan bahawa perincian mengenai kontrak lantikannya masih lagi dirundingkan. Sociedad telah mengadakan rundingan dengan Moyes sejak seminggu yang lalu tetapi pengurus asal Scotland itu masih teragak-agak untuk menerima satu lagi bebanan besar memandangkan kedudukan Sociedad di tangga tercorot La Liga buat masa ini. Dia dikatakan masih lagi belum 'pulih' sepenuhnya daripada pemecatan yang dilakukan oleh United April lalu. Moyes juga menjadi tidak pasti selepas tawarannya kepada Phil Neville sebagai penolong pengurus di Sociedad ditolak oleh bekas pemain United itu. Menurut akhbar Britain, The Daily Mail, Neville tidak mahu berpindah atas alasan kekeluargaan. Dia dilaporkan tidak bersedia untuk memindahkan keluarganya dari England ke Sepanyol. Namun begitu Moyes telah dibawa melawat pusat latihan Real Sociedad, Jumaat lalu dan selepas itu dipercayai memberitahu Presiden Sociedad, Jokin Aperribay akan membuat keputusan muktamad menjelang hujung minggu.
Hanya musim lalu Sociedad layak ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah tetapi nasib mereka tidak begitu baik musim ini.
LIMA PERLAWANAN AKAN DATANG SOCIEDAD:
22 November - Deportivo La Coruna
30 November - Elche
4 Disember - Real Oviedo
7 Disember - Villarreal
14 Disember - Athletic Bilbao
- mstar online

Isu Doping: Chong Wei Perlu Dibela - KJ
Khairy Jamaluddin.
PUTRAJAYA: Malaysia perlu menyediakan pembelaan terbaik kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, perkara ini termasuk badan-badan sukan berkenaan dan klinik swasta yang didakwa memberikan bahan terlarang kepada Chong Wei bagi menamatkan isu tersebut. Jelasnya, beliau tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mencari kebenaran. "Sekarang bukan masa untuk menyalahkan sesiapa tetapi untuk menyediakan pembelaan terbaik kepada atlet itu. Untuk itu, kita memerlukan kerjasama sepenuhnya daripada sesiapa sahaja termasuk BAM (Persatuan Badminton Malaysia), ISN (Institut Sukan Negara) dan klinik swasta. "Kita mahu tahu kronologi proses itu dan mengapa bahan terlarang itu masih dalam sistem atlet,' katanya pada Isnin. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum bersama industri di Kementerian Belia dan Sukan, di sini Isnin. Khairy berkata, ia bukan suatu yang luar biasa bagi ISN untuk merujuk atlet kepada pakar di klinik swasta tetapi bersetuju susulan kes itu, prosedur tersebut mungkin perlu dikaji semula. Katanya, pertanyaan penting dalam isu doping Chong Wei adalah mengapa kesan penggunaan bahan terlarang dexamethasone kekal begitu lama daripada biasa di badannya. Khairy berkata, memandangkan perkara seperti itu jarang berlaku, adalah penting untuk mengetahui puncanya kerana ia boleh membantu dalam pembelaan Chong Wei semasa sesi pendengaran oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) nanti. "Klinik tersebut merawat atlet kita sejak beberapa tahun lalu. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengetahui apa yang berlaku dan membentangkannya kepada BWF dan menegaskan ia bukan kesilapan atlet," katanya.- mstar online

Gerard Pique Berhijrah Ke Liga Perdana Inggeris?
GERARD PIQUE didakwa semakin hampir untuk berhijrah ke Liga Perdana Inggeris selepas dilapor akan bertemu pegawai atasan Barcelona bagi mempertikaikan beberapa perkara yang kurang disenanginya.
Pertahanan Sepanyol itu dikatakan berang dengan tindakan jurulatih Barcelona, Luis Enrique dan hubungan mereka berdua semakin tegang pada minggu ini.
Enrique
Difahamkan, pegawai atasan kelab di Nou Camp ingin mengekalkan Pique manakala Enrique sedia melepaskan pemain terbabit.
Berikutan itu, dua kelab utama Liga Perdana Inggeris iaitu Chelsea dan Manchester United kini sedang menunggu perkembangan Pique sebelum memberi tawaran.
Keretakan hubugan Pique dan Enrique sampai ke kemuncak pada minggu ini apabila jurulatih terbabit meminta pemain pertahanan tengah itu memanaskan badan walaupun kesemua tiga pemain telah ditukarkan.
Dalam perlawanan bertemu Almeria itu, Barcelona memperoleh kemenangan walaupun kelab tersebut tewas sebelum ini.- mstar online
TOP
Wenger Dapat £20 Juta Tambah Pemain Pertahanan
ARSENE WENGER akan diberikan sebanyak £20 juta pada tingkap pemindahan Januari ini sebagai usaha membentuk skuad yang lebih baik untuk Arsenal.
Berikutan itu, Wenger dijangka akan membuat pembelian terhadap pemain pertahanan berbanding pemain tengah.
Hal ini kerana, Arsenal kini berdepan masalah pemain pertahanan yang mengalami kecaderaan selain tidak menggantikan Thomas Vermaelen yang meninggalkan kelab itu sebelum ini.
Arsenal kini dilaporkan mempunyai tiga pilihan pemain pertahanan tengah iaitu pemain Celtic, Virgil van Dijk; pertahanan Manchester United, Chris Smalling dan pilihan utama mereka dari Aston Villa, Ron Vlaar.
Kelab itu bagaimanapun tidak berhasrat untuk membawa pemain bertaraf bintang pada Januari ini kerana berdepan masalah kewangan.- mstar online
TOP
Cristiano Ronaldo Terima Dua Anugerah La liga
Ronaldo bersama trofi penjaring gol terbanyak La Liga musim lalu.
> Cristiano Ronaldo terima Anugerah 'Pichichi' sebagai penjaring terbanyak musim lalu
> Ronaldo juga dianugerahkan Piala Di Stefano sebagai pemain terbaik La Liga
> Sudah pun mencatat 23 gol dalam 17 perlawanan musim ini
PERMATA Real Madrid dan juga Portugal, Cristiano Ronaldo memberi penghormatan kepada legenda kelab Alfredo Di Stefano pada malam Isnin selepas dia dinobatkan sebagai pemain terbaik dan penjaring gol terbanyak La Liga musim lalu.
"Sedih sekali kerana Don Alfredo Di Stefano tidak dapat berada bersama-sama kita pada malam ini untuk menganugerahkan piala ini kepada saya," kata Ronaldo dalam satu majlis gala yang berlangsung di Madrid.
Di Stefano meninggal dunia Julai lalu pada usia 88 tahun kerana serangan jantung.
Bekas penyerang yang berasal dari Argentina itu memainkan peranan utama pada era Madrid memenangi lima Piala Eropah berturut-turut dari 1956-60.
Dia kemudiannya dinobatkan sebagai pemain terbaik Eropah sebanyak dua kali iaitu pada 1957 dan 1959.
Pada tahun 2000, Di Stefano dinamakan presiden kehormat Real Madrid.
Presiden Real Madrid, Florentino Perez menyifatkan Ronaldo sebagai pengganti semulajadi kepada Di Stefano.
"Saya tidak berkesempatan untuk menyaksikan Di Stefano beraksi secara langsung tetapi sayaerbanyak telah menyaksikan hampir kesemua videonya, " ujar Ronaldo sambil menambah, "untuk dibandingkan dengannya adalah satu penghormatan yang istimewa."
Ronaldo menjaringkan 31 gol La Liga musim lalu yang menyaksikan Madrid berakhir di tempat ketiga di belakang Barcelona dan juara Atletico Madrid.
Musim ini sahaja, Ronaldo sudah pun menghasilkan 23 gol liga dari 17 perlawanan, sekali lagi meletakkannya sebagai calon penjaring terbanyak La Liga. Daripada jumlah tersebut, 18 gol dihasilkan menerusi perlawanan liga.
Dia juga diletakkan sebagai calon pilihan untuk anugerah pemain terbaik dunia anjuran Fifa.
SENARAI PENJARING GOL TERBANYAK LA LIGA SEJAK LIMA TAHUN LALU:
2009-10 Lionel Messi
2010-11 Cristiano Ronaldo
2011-12 Lionel Messi
2012-13 Lionel Messi
2013-14 Cristiano Ronaldo
SENARAI PEMAIN TERBAIK LA LIGA SEJAK LIMA TAHUN LALU:
2009-10 Lionel Messi
2010-11 Lionel Messi
2011-12 Cristiano Ronaldo
2012-13 Cristiano Ronaldo

Djokovic Belasah Cilic, Wawrinka Ungguli Pusingan Pertama Jelajah ATP Finals
Novak Djokovic.
PEMAIN No.1 dunia, Novak Djokovic hanya mengambil masa selama 56 minit untuk menewaskan pendatang baru, Marin Cilic 6-1,6-1 pada kempen pembukaan kejohanan Jelajah ATP Finals di London O2 Arena, awal pagi Selasa. Djokovic mampu mempertahankan rankingnya pada hujung tahun ini sekiranya dia memenangi dua perlawanan Kumpulan A berikutnya. Pemain Serbia itu melebarkan rekod kemenangan di gelanggang tertutup kepada 28 perlawanan setakat ini. Djokovic meraih kemenangan ke-11 sepanjang pertemuan dengan Cilic sekali gus memberi amaran kepada pendatang baharu bahawa dirinya sukar digugat. "Ia perlawanan yang menarik. Saya tidak beraksi di sini selama 12 bulan. Saya gembira untuk kembali. "Marin sebagai juara Terbuka Amerika Syarikat mempunyai keyakinan yang tinggi tetapi saya dapat mematahkan pukulan servisnya," kata Djokovic. Terdahulu, pemain Switzerland, Stan Wawrinka memulakan kempen dengan bergaya selepas membelasah Tomas Berdych 6-1, 6-1, malam Isnin.
Stan Wawrinka.
Wawrinka, juara bertahan Terbuka Australia yang berada pada prestasi hambar sebelum hadir pada kejohanan berprestij ini tampil memberi persembahan bertenaga. Pemain nombor empat dunia itu mengambil masa hanya 58 minit untuk menyudahkan halangan pertama dalam saingan Kumpulan A.- mstar online

Peniaga Manipulasi CBP Raih Untung Boleh Didenda, Dipenjara
IPOH: Para peniaga sama ada individu atau syarikat boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM500,000 dan dipenjara selama tiga tahun jika didapati bersalah memanipulasi Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada bahan iklan dan promosi jualan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata pihaknya telah mula mengambil tindakan di beberapa tempat seperti di Nilai, Negeri Sembilan.
"Kementerian boleh bertindak turunkan bahan iklan dan promosi ini serta-merta jika ia mengandungi perkara yang mengelirukan pengguna, walaupun ia telah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan, KPDNKK ada hak bertindak sedemikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasaraya Groom Big Coop Koperasi Usahawan Wilayah Utara Perak Berhad di Meru di sini, Selasa.
Beliau berkata rakyat tidak boleh ditipu dengan mudah kerana kerajaan sentiasa prihatin dengan bertindak terhadap aktiviti penyelewengan, manipulasi CBP dan penyampaian maklumat yang tidak benar kerana mahu meraih keuntungan secara salah.
Pengguna diminta menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6800 untuk sebarang aduan, dan pihaknya akan menyiasat serta bertindak tegas, katanya.
"Saya nak mengingkatkan semula kepada peniaga supaya jangan tamak, hanya memikirkan keuntungan semata-mata, kita perlu wujudkan suasana menang-menang, peniaga ada untung, pengguna dapat membeli dengan harga berpatutan dan suasana harmoni," katanya.
Mengenai tragedi banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands serta operasi menahan pendatang asing tanpa izin di kawasan tanah tinggi itu, yang boleh menjejas bekalan sayur-sayuran, Hasan berkata pihaknya telah berunding dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengenai perkara itu.
"Kita bersedia mengimport bekalan sayur-sayuran jika keadaan itu menjejaskan keperluan pengguna, namun bidang pengeluaran ini adalah di bawah kementerian pertanian. Kita menjaga pengguna, jika tiada pilihan kita akan import," katanya.
Mengenai perkembangan koperasi, beliau mahu sektor itu yang kini mempunyai lapan juta anggota dengan 11,450 buah koperasi mengambil peluang perniagaan atas hubungan baik Malaysia dengan negara luar seperti China dan Emiriyah Arab Bersatu.
"Malaysia ada hubungan rapat dengan China, kita perlu mengambil kesempatan ini, koperasi perlu fikirkan bagaimana mereka boleh menyumbang ke arah pertumbuhan negara, hubungan dengan China begitu luas, jangan fikirkan pasaran tempatan sahaja," katanya.
Koperasi Groom Big adalah inisiatif Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan SIRIM Berhad yang bermula pada 2005 bertujuan melahirkan usahawan perusahaan kecil dan sederhana Bumiputera berdaya saing di peringkat domestik dan global.
Ketiga-tiga pihak itu membantu koperasi itu membangunkan dan meningkatkan kualiti produk yang dikenal pasti untuk dibangunkan dari aspek jenama, reka bentuk, label, pembungkusan, bahan promosi dan sebagainya.- mstar online
TOP
MPC Komited Pacu IKS Menggunakan TRIZ
KEPALA BATAS: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) komited untuk memacu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan memanfaatkan Teori Penyelesaian Masalah Secara Inventif (TRIZ).
Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Razali Hussain berkata TRIZ, yang mula diperkenalkan di negara ini tahun lepas, terbukti mampu memaksimumkan potensi individu, pekerja dan organisasi ke arah sektor industri yang lebih kompetitif.
"MPC komited untuk melaksanakan TRIZ dan memastikan ia disampaikan kepada semua industri terutama IKS untuk berkongsi teori serta mempercepatkan penyebaran pengetahuan TRIZ.
"Kami percaya TRIZ mampu menggerakkan sektor IKS dalam usaha mengubah Malaysia menjadi sebuah negara maju di samping meningkatkan produktiviti ke paras lebih tinggi kerana ia adalah instrumen terbaik bagi menyelesaikan masalah dengan cara berstruktur," katanya selepas merasmikan Pesta Triz di MPC Wilayah Utara, di sini, Selasa.
Beliau berkata MPC akan mengesan syarikat yang telah mempraktikkan TRIZ dan mengumpulkan mereka dalam seminar atau bengkel kerja bagi memastikan pelaksanaan TRIZ di Malaysia dapat diperluaskan.
Mohd Razali berkata sehingga kini terdapat lebih 600 pekerja yang telah dilatih menggunakan kaedah itu.
"Harapan MPC adalah membentuk satu komuniti TRIZ di seluruh negara dengan menjadikan MPC Wilayah Utara sebagai Pusat Kecemerlangan yang memberi fokus kepada kolaborasi, koordinasi, komunikasi dan kecekapan seluruh warga organisasi.
"MPC Wilayah Utara juga mewujudkan bilik perbincangan TRIZ yang dilengkapi bahan bacaan seperti buku, jurnal dan poster maklumat mengenai TRIZ," katanya.
Kaedah TRIZ digunakan dengan meluas oleh syarikat antarabangsa seperti Ford, Daimler-Chrysler, Johnson and Johnson, syarikat aeronautik seperti Boeing, dan syarikat teknologi seperti Motorola, General Electric, IBM dan Samsung.- mstar online
TOP
Pinjaman RM100 Juta Untuk Usahawan Ke Peringkat Global
KUALA LUMPUR: Satu memorandum perjanjian yang memperuntukkan pinjaman berjumlah RM100 juta kepada usahawan tempatan menembusi pasaran antarabangsa, ditandatangani antara Export-Import Bank of Malaysia Berhad (Exim Bank) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Selasa.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perjanjian ini dicapai bagi memberi peluang kepada 50 usahawan kecil dan sederhana tempatan memperoleh pembiayaan dalam bentuk pinjaman berjumlah RM300,000 hingga maksimum RM2 juta.
"Antara komponen yang menyulitkan usahawan tempatan menembusi pasaran global ialah dari segi kewangan, maka perjanjian ini memberi peluang kita menaja usahawan pelbagai bidang untuk menembusi pasaran luar," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Katanya permohonan untuk mendapatkan pinjaman ini sudah dibuka dan beliau berharap usahawan kecil dan sederhana tempatan mengambil peluang untuk mendapatkan pinjaman ini.
Beliau berkata Exim Bank dipilih sebagai pembiaya kepada pinjaman ini berdasarkan pengalaman bank itu dalam membantu usahawan menjalankan perniagaan ke pasaran antarabangsa terutama dari segi import dan eksport.
Memorandum perjanjian dan memorandum persefahaman itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Exim Bank Datuk Adissadikin Ali, dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad sambil disaksikan Mohd Shafie serta Ketua Setiausaha KKLW Datuk Seri Ibrahim Muhammad.
Sementara itu, Adissadikin berkata Exim Bank secara konsisten akan membantu usahawan tempatan meneroka perniagaan di luar negara melalui perkhidmatan pembiayaan dan khidmat nasihat.
"Usaha sama dengan Mara ini menyaksikan satu lagi inisiatif penting bagi meningkatkan kompetensi usahawan kecil dan sederhana tempatan," katanya.- mstar online
TOP
Syarikat Kecil Harus Tingkatkan Daya Saing Hadapi AEC
KUALA LUMPUR: Syarikat kecil dan mikro harus bersedia untuk meningkatkan daya saing pengeluaran produk mereka menjelang pelaksanaan integrasi ekonomi serantau melalui Komuniti Ekonomi Asean (AEC) tahun depan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri berkata pemansuhan duti import dan halangan-halangan bukan tarif dalam kalangan negara Asean akan memberi peluang kepada pengusaha Malaysia untuk mengeksport produk seperti makanan telah diproses, elektrik dan elektrikal, hasil kayu, getah dan produk-produk yang dihasilkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
"Secara tidak langsung AEC akan meningkatkan kualiti dan daya saing para peniaga Malaysia di rantau Asean dan seterusnya di pasaran dunia.
"Sebagai persediaan, Malaysia mesti mengambil peluang dengan fokus kepada sektor-sektor yang telah dikenal pasti di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)," katanya dalam sesi jawab lisan Persidangan Dewan Rakyat, di sini, Selasa.
Beliau menjawab soalan Gooi Hsiao-Leung (PKR-Alor Setar) yang ingin tahu perubahan dan faedah untuk negara apabila integrasi ekonomi serantau Asean melalui AEC berkuat kuasa tahun depan.
Hamim berkata setakat ini 82 peratus langkah-langkah pelaksanaan AEC berjaya dijalankan.
Menurutnya AEC adalah pendekatan tersusun dan berperingkat bagi liberalisasi dan integrasi ekonomi serantau bertujuan meningkatkan daya saing negara-negara Asean dengan tiga skop utama iaitu perdagangan, perkhidmatan dan pelaburan.
"Dengan sejumlah 620 juta penduduk di rantau ini, kerajaan berpandangan pembentukan AEC akan membawa banyak kesan positif terutama membolehkan syarikat-syarikat Malaysia meneroka pasaran Asean yang luas serta membolehkan mereka melabur di negara-negara anggota Asean yang lain," katanya.
Katanya pelaburan langsung asing (FDI) ke ke Asean pada 2013 berjumlah US$122.4 bilion, meningkat 7.1 peratus berbanding 2012 dan daripada jumlah itu US$12.3 bilion dilaburkan di Malaysia.
Negara-negara anggota Asean juga merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia melibatkan 27.4 peratus daripada jumlah perdagangan global negara.
Eksport Malaysia ke pasaran Asean pada 2013 meningkat 7.2 peratus kepada RM201.81 bilion berbanding 2012.- mstar online
TOP
AirAsia X Catat Pertumbuhan 24 Peratus ASK Pada Suku Ketiga 2014
KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd mencatat pertumbuhan 24 peratus tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK) kepada 6.36 juta pada suku ketiga 2014, meskipun kedudukan pasaran yang sangat lemah.
Dalam kenyataan pada Isnin, syarikat penerbangan itu berkata, pertumbuhan penumpang yang lebih tinggi itu diterjemahkan berdasarkan faktor muatan melebihi 80 peratus, dan terus merangsang permintaan bagi memenuhi kapasiti baharu yang disuntik pada suku berkenaan.
Namun, kapasiti tambahan pada suku ketiga lebih rendah berbanding unjuran awal.
"Ini disebabkan lebih banyak kapasiti pesawat ditarik balik daripada perkhidmatan berjadual semasa tempoh rendah dan penugasan semula kepada sewaan khas dan pajakan di kawasan lain yang menjana margin yang positif," kata AirAsia X.
Dari segi pertumbuhan suku ke suku, ASK meningkat hanya dua peratus, daripada 6.26 juta yang direkodkan pada suku kedua 2014, terutama disumbangkan oleh pelancaran perkhidmatan baharu ke Xian, China, pada 2 Julai tahun ini.
"Suntikan pertumbuhan kapasiti yang lebih perlahan berbanding suku ketiga 2014 dan seterusnya, bertujuan membolehkan kapasiti tambahan pada 2013 matang dan berkembang maju untuk mencatat keuntungan," kata AirAsia X.
Syarikat penerbangan itu mencatat trafik penumpang yang kukuh dari segi hasil penumpang setiap kilometer kepada 5.12 juta daripada 4.22 juta, dengan 1.04 juta penumpang diterbangkan sepanjang suku ketiga 2014, berbanding 84 juta penumpang dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Segmen kargo pula menyaksikan peningkatan 21 peratus tahun ke tahun yang diangkut kepada 9,771 tan berbanding 8,079 tan pada suku yang sama tahun lepas, dengan 41 peratus faktor muatan.
Pada suku berkenaan, AirAsia X menerima sebuah pesawat A330-300 secara pajakan operasi, menjadikan 21 pesawat A330-300, dua A340-300, dan sebuah A330-200, yang akan dipulangkan menjelang akhir 2014.
Jumlah pesawat dalam kumpulan itu meningkat kepada 24 pesawat berbanding 17 dalam tempoh yang sama tahun lepas.- mstar online
TOP
Nabil Gementar Bawa Watak Romantik Bersama Lisa Surihani
Nabil dan Lisa Surihani dalam filem televisyen Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris.
PETALING JAYA: Pelawak Nabil Ahmad gementar untuk melakonkan babak romantik bersama Lisa Surihani dalam filem bagi siara televisyen iaitu Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris. Ia bakal bersiaran bermula 20 November ini di Astro First Eksklusif (Saluran 480). Nabil berkata, beberapa kali lidahnya kelu ketika ingin melontarkan dialog romantik dan serius di hadapan pelakon wanita popular itu. "Susah sangat bawa watak-watak romantik terutama sekali bila bergandingan dengan pelakon hebat seperti Lisa Surihani. "Dia sentiasa memberi lakonan terbaik tetapi saya pula kelu, malah tangan saya menggigil bila ada adegan berpelukkan," ujarnya kepada mStar Online. Nabil ditemui pada sidang media selepas tayangan filem televisyen Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris di TGV One Utama, di sini, Isnin. Nabil berkata, ia merupakan kali pertama dia melakonkan watak serius.
Barisan pelakon filem televisyen Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris.
Katanya, sepanjang bergelar anak seni dia banyak menolak watak-watak serius dan berat yang ditawarkan berikutan kurang yakin dengan keupayaannya membawa watak tersebut dengan baik. "Saya memang tidak pandai berlakon watak serius. Tahun ini sahaja ada empat atau lima drama yang memerlukan saya bawa watak air mata yang saya tolak. "Berlakon bukan keutamaan saya dalam bidang seni, jadi lebih baik beri kepada orang yang lebih pakar," ujarnya. Sementara itu, ditanya mengapa dia menerima tawaran dalam filem televisyen ini, Nabil berkata, ia adalah peluang untuk dia bercuti di Paris, Perancis. Katanya, kesibukan sebagai pelawak dan pengacara menyukarkan dia mencari masa untuk pergi bercuti. "Saya terima sebab dapat bercuti di Paris, pihak produksi sudah mengaturkan jadual penggambaran dan mencari hos gantian untuk rancangan Meletop (siaran Astro Ria)," ujarnya. Sementara itu, Lisa berkata, pertama kali bergandingan dengan Nabil adalah pengalaman yang menyeronokan kerana pelawak tersebut banyak menceriakan suasana sepanjang sepuluh hari penggambaran. Katanya, penggambaran tersebut berjalan dalam keadaan bekerja sambil bercuti. "Semuanya berjalan lancar dan gembira kerana kita tidak rasa tertekan dengan penggambaran tersebut terutama sekali dikelilingi oleh orang-orang yang disenangi," katanya. Selain Nabil dan Lisa Surihani, filem televisyen otu turut dibintangi oleh Zizan Nin, Nelydia Senrose, Mia Sara dan Ryqal Iskandar. Filem ini mengisahkan kegigihan dua kanak-kanak yang datang ke Paris dengan tujuan ingin menyatukan Pak Su Hairi (Zizan Nin) dan Aunty Lisa (Nelydia Senrose) yang semakin renggang. Dalam perjalanan itu mereka bertemu dengan pasangan suami isteri iaitu Sofea dan Haris (Lisa dan Nabil) yang sedang berbulan madu di negara itu.- mstar online

Perunding Kewangan Didakwa Cari Harta Untuk Militan IS
KUALA LUMPUR: Seorang perunding kewangan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, Selasa atas pertuduhan mencari harta bagi manfaat kumpulan militan IS melalui blog Revolusi Islam.com sejak Mac lepas.
Rohaimi Abd Rahim, 37, didakwa melakukan perbuatan itu di No.5B, Jalan Raja Ali, Kampung Baru di sini antara 29 Mac hingga 13 Okt lepas.
Seorang lagi tertuduh, penjual kereta Muhamad Fauzi Misrak, 34, didakwa bersubahat bersama Rohaimi atas tuduhan sama dengan membenarkan akaun Maybank miliknya digunakan dalam blog Revolusi Islam sebagai medium mencari harta bagi manfaat IS pada masa dan tempat sama.
Rohaimi dan Muhamad Fauzi didakwa mengikut Seksyen 130G(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh dan mereka hanya mangangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.
Mahkamah menetapkan 19 Dis untuk sebutan semula kes itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Mohd Izhar. Rohaimi diwakili peguam Abdul Halem Mohamad Husin manakala Muhamad Fauzi tidak diwakili peguam.- mstar online
TOP
Sijil Kemahiran Bakal Ditawar Di 38 Penjara
MELAKA: Jabatan Penjara Malaysia bakal menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3 bagi 10 bidang kemahiran menerusi program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) melibatkan 38 institusi penjara di seluruh negara tahun hadapan.
Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Datuk Hassan Sakimon berkata bidang kemahiran terlibat dikenal pasti mempunyai pasaran yang luas dan permintaan yang tinggi termasuk kimpalan, jahitan, landskap, masakan, pengeluran produk pastri dan tekstil.
Beliau berkata usaha tersebut sebagai langkah mempertingkatkan kemahiran penghuni penjara pada tahap yang lebih profesional dan mempersiapkan mereka dengan dunia pekerjaan sebenar apabila dibebaskan.
"Jabatan Pembangunan Kemahiran sedang menjalankan penilaian melibatkan beberapa aspek utama di semua institusi penjara yang melaksanakan SLDN bagi memastikan kita layak menawarkan SKM Tahap 2 dan 3.
"Antara aspek penting yang diambil kira termasuk kelengkapan, mesin, bahan mentah dan tenaga pengajar di institusi terlibat mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Penghuni Sekolah Henry Gurney, Telok Mas di sini, Selasa.
Turut hadir Timbalan Komisioner Penjara, Ketua Seksyen Vokasional dan Industri Jabatan Penjara Datuk Mohd Sakeri Dollah dan Pengarah Sekolah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Lim Kim Mooi.
Mengulas lanjut, Hassan berkata setakat ini SKM Tahap 1 yang ditawarkan menerusi program SLDN melibatkan 44 bidang kemahiran termasuk jahitan, kimpalan, landskap, perkayuan, pertanian, kecantikan dan kraftangan.
Beliau berkata seramai 9,210 penghuni telah mengikuti program itu dengan 8,030 daripada mereka menerima SKM Tahap 1 sejak ia dilancarkan pada 2012.
"Melalui program itu juga, lebih RM8 juta diperoleh menerusi jualan pelbagai produk yang dihasilkan penghuni penjara antara Januari hingga Oktober tahun ini," katanya.
Sementara itu, Mohd Sakeri berkata pihaknya mengalu-alukan kerjasama dan penglibatan syarikat swasta serta industri untuk menyertai program SLDN bagi membantu dan membimbing penghuni penjara meningkatkan kemahiran mengikut skop industri atau dunia pekerjaan sebenar.
Beliau berkata melalui kerjasama itu juga, syarikat dan industri berkenaan secara tidak langsung boleh mendapatkan khidmat penghuni penjara yang terlibat dalam program tersebut sebagai tenaga kerja apabila mereka dibebaskan dari penjara.
"Kebanyakan mereka mempunyai kemahiran yang setaraf dengan tenaga mahir di luar sana dan ianya adalah kerugian kepada negara sekiranya mereka tidak diberi peluang serta ruang untuk bekerja mengikut kepakaran masing-masing," katanya.- mstar online
TOP
Dua Penduduk Pulau Perhentian Kecil Hilang Di Lautan
BESUT: Dua penduduk Pulau Perhentian Kecil dikhuatiri hilang bersama bot mereka di laut ketika dalam perjalanan pulang ke pulau peranginan itu pada Isnin malam.
Mangsa Suffian Mohd Nor, 42, seorang nelayan dan Mohd Suhaimi Ibni Shukri, 27, pekerja chalet dikatakan pulang ke pulau itu dengan bot fiber menerusi Jeti Kuala Besut kira-kira 8 malam.
Pegawai Operasi Mencari yang juga Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Hasmadi Jusoh berkata namun kedua-dua mangsa tidak kembali ke rumah sebelum keluarga mereka membuat laporan polis.
"Kedua-dua mangsa sepatutnya sampai dua jam kemudian pada malam tadi, sebaliknya gagal berbuat demikian sehinggalah kira-kira 7 pagi tadi. Seorang daripada mereka telah menghubungi keluarganya.
"Dia memberitahu bot mereka mengalami kerosakkan enjin dan dihanyut ke suatu lokasi yang mereka tidak ketahui sebelum terputus hubungan," katanya di sini Selasa.
Seramai lima anggota bomba bersama polis telah memulakan operasi pencarian di beberapa kawasan perairan dengan tumpuan kepada lokasi laluan bot antara Kuala Besut dan Pulau Perhentian serta pulau-pulau berdekatan.
Hasmadi tidak menolak bot mangsa berkemungkinan ditolak jauh dari lokasi laluan bot berikutan keadaan cuaca yang gelap malam tadi dan ditambah dengan laut yang bergelora.
Dalam perkembangan lain, usaha mencari seorang nelayan yang hilang sejak Khamis lalu, Ali Majid, 59, dari Pengakalan Atap, Kuala Besut masih gagal ditemui dan anggota mencari dan menyelamat masih meneruskan usaha pencarian sehingga hari ini.- mstar online
TOP
Pelajar Perlu Pilih Pengajian Sesuai Dengan Peluang Pekerjaan - Mukhriz
ALOR SETAR: Pelajar perlu memilih bidang pengajian yang bersesuaian bagi memastikan kebolehpasaran mereka dalam industri setelah menamatkan pelajaran kelak, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Beliau berkata hasrat kerajaan Kedah antaranya untuk mewujudkan taman teknologi baharu akan mewujudkan lebih kurang 10,000 lagi peluang pekerjaan dalam tempoh antara dua hingga tiga tahun akan datang.
"Kalau dia (pelajar) ambil jurusan yang tersasar daripada perancangan itu, nanti jadi masalah, dia akan balik kepada kita juga untuk suruh cari kerja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Kerjaya Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di sini, Selasa.
Beliau berkata pada masa kini misalnya terlalu ramai pelajar lelaki yang mengambil jurusan agama berbanding bidang kepakaran lain seperti jurutera dan pengurusan.
"Kerja itu (dalam bidang agama) tak banyak, yang lebih banyak ialah jurutera, juruteknik, pengurusan dan sebagainya. Jadi kalau kita nak pastikan kebolehpasaran graduan, ia mestilah mulakan (persiapan) awal," katanya.
Selain itu Mukhriz berkata, skim latihan kemahiran dan vokasional juga boleh menjamin pekerjaan dan membolehkan seseorang itu memperoleh pendapatan yang tinggi.
"Paling mudah sekali Giat Mara dulu pernah buat latihan kimpalan dan sekarang jurukimpal ada yang bergaji antara RM3,000 hingga RM30,000, mengikut kemahiran.
"Bukan maksud saya tak galakkan mereka ke universiti, tapi masih ada pilihan kedua dan ketiga yang mereka boleh ambil," katanya. - mstar online
TOP
1,212 Pusat Bertauliah Latih Tenaga Mahir Tempatan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,212 pusat bertauliah ditubuhkan bagi meningkatkan peratusan pekerja mahir tempatan dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada tenaga mahir warga asing, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abdul Muttalib.
Beliau berkata pusat itu merangkumi 401 pusat bertauliah awam dan 811 pusat bertauliah swasta yang akan membantu kerajaan merealisasikan hasrat untuk meningkatkan peratusan tenaga mahir sebanyak 33 peratus pada 2015 dan 50 peratus menjelang 2020.
"Keprihatinan kerajaan dalam memastikan ekspatriat tidak menguasai pasaran pekerjaan direalisasikan melalui penubuhan pusat-pusat tersebut," katanya menjawab soalan Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, Selasa.
Normala ingin tahu langkah yang diambil kerajaan bagi mengawal pengambilan tenaga mahir warga asing dalam sektor perkapalan bagi menjamin pelajar Akademi Laut Malaysia (Alam) mendapat pekerjaan.
Ismail berkata selain itu, kerajaan juga menubuhkan Jawatankuasa Ekspatriat (JKE) yang berfungsi sebagai Pusat Kelulusan Sehenti di bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri.
"JKE berperanan mempertimbangkan dan meluluskan pelbagai jawatan ekspatriat, tenaga mahir serta profesional dalam sektor swasta dan awam. JKE dianggotai pelbagai agensi kawal selia, termasuk Jabatan Tenaga Kerja dan Kementerian Sumber Manusia," katanya.
Kepada soalan tambahan Nasruddin Hassan (PAS-Temerloh) yang ingin tahu tindakan kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga mahir warga asing.
Ismail berkata penetapan kadar gaji minimum RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan merupakan satu daripada langkah yang diambil kerajaan.
Di samping itu, sebuah Jawatankuasa Kabinet Berhubung Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga telah ditubuhkan bagi menangani isu itu.- mstar online
TOP
Sultan Mahu Kerajaan Kelantan Beri Tumpuan Terhadap Alam Sekitar
KOTA BAHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahu kerajaan negeri mengambil langkah tersusun dan bersepadu bagi menangani isu-isu alam sekitar seperti hakisan dan pencemaran sungai yang kini menjadi isu global dan serius.
Baginda bertitah aktiviti penebangan hutan dan perlombongan tanpa etika boleh memberi kesan serius terhadap kualiti air dan menjejaskan kualiti hidup rakyat di negeri ini.
"Maka tindakan penguatkuasaan oleh semua pihak yang diamanahkan perlu diperkemaskan dan dipertingkatkan," titah baginda pada istiadat penganugerahan gelaran dan darjah kebesaran negeri sempena sambutan Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-45 di Istana Balai Besar di sini, Selasa.
Titah ucapan baginda dibacakan Pemangku Raja Dr Tengku Muhammad Fa'iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
Sebelum itu, 240 individu menerima gelaran kebesaran, darjah kebesaran dan Jaksa Pendamai daripada Pemangku Raja.
Sultan Kelantan juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan di atas perancangan untuk mewujudkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di bandar ini yang akan meningkatkan kualiti penyampaian dan perkhidmatan kerajaan.
Baginda sukacita kerana kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan telah mencapai kesepakatan dalam pelaksanaan projek Lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai.
"Beta menaruh harapan kerjasama dan kesepakatan dapat diteruskan dalam banyak lagi perancangan pembangunan dan prasarana untuk rakyat negeri ini," titah baginda.
Baginda juga menyarankan agar kerajaan Persekutuan memberi pertimbangan sewajarnya dalam menyenaraikan projek-projek pembangunan yang memberi impak besar kepada landskap ekonomi negeri Kelantan.
Projek-projek itu termasuklah menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra menjadi lapangan terbang antarabangsa, rancangan tebatan banjir Sungai Golok, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Ketiga dan Jambatan Kampung Cina-Pelekbang.
Baginda juga bertitah menggesa kerajaan negeri supaya meneroka bidang-bidang baharu berteknologi tinggi seperti industri teknologi hijau dan bioekonomi.
Pada istiadat itu, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mengetuai senarai 630 penerima gelaran kebesaran, darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan pelantikan Jaksa Pendamai.
Arifin dianugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) daripada Sultan Muhammad V yang membawa gelaran Datuk Lela Negara.- mstar online
TOP
"Ada Sebab Tak Pakai Baju Ezuwan Ismail"- Chacha Maembong
Gambar kanan adalah baju rekaan Ezuwan Ismail yang sepatutnya dipakai oleh Cacha Maembong pada Anugerah Skrin 2014 yang diadakan 7 November lalu.
PETALING JAYA: Pelakon Chacha Maembong memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak menggayakan busana yang direka khas oleh pereka fesyen Ezuwan Ismail pada saat-saat akhir untuk menghadiri Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada Jumaat lalu. Bagaimanapun, Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail, 18, berkata, dia sudah memaklumkan hasrat berkenaan dan meminta maaf terlebih dahulu kepada Ezuwan. "Bukan niat saya mahu kecewakan dia tetapi saya ada sebab sendiri kenapa tidak memakainya pada saat-saat akhir dan perkara itu sudah pun dimaklumkan kepada Ezuwan sebelum ke majlis anugerah tersebut.
Chacha (kanan) memilih untuk menggayakan busana daripada Fazil Diandra Couture pada malam ASK 2014.
"Saya memang nak pakai tetapi keadaan tidak mengizinkan dan pembantu saya sudah menguruskannya dan meminta maaf atas perkara yang terjadi itu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin. Chacha berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai luahan pereka fesyen Ezuwan Ismail yang kecewa apabila baju rekaannya tidak dipakai Chacha pada ASK 2014 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini pada Jumaat lalu. Ezuwan melalui laman Instagram miliknya berkata, pelakon tersebut tidak memberikan sebarang alasan bertindak sedemikian dan tanpa rasa bersalah menggayakan busana pereka fesyen lain pada malam tersebut.
Ezuwan Ismail
Sementara itu, Chacha berkata, dia juga kesal dengan tindakan Ezuwan yang memuat naik kenyataan di laman sosial tanpa menghubunginya terlebih dahulu. "Saya pun terkejut dan terasa hati apa yang dia tulis di laman sosial itu. Tidak salah kalau dia hubungi saya sahaja untuk beritahu perkara itu. Lagi pun dia tahu sebab apa saya tidak pakai baju itu," katanya. Jelas Chacha, dia bernasib baik kerana dapat mencari baju pengganti iaitu rekaan Fazil daripada butik Diandra Couture pada saat-saat akhir untuk ke majlis berkenaan.- mstar online

Pereka Fesyen Tuntut Chacha Maembong Pulangkan Baju Dipinjam
Ezuwan serik bekerjasama dengan Chacha Maembong.
PETALING JAYA: Pereka fesyen Ezuwan Ismail menuntut pelakon Chacha Maembong memulangkan semula baju yang tidak dipakainya di Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung pada Jumaat lalu. Ezuwan berkata, baju berwarna merah jambu itu masih lagi dalam simpanan pelakon itu sejak diambil sehari sebelum majlis tersebut berlangsung. "Sudahlah tidak pakai baju tu, tetapi tidak pula dia pulangkan semula sehingga sekarang. Kalau tidak mahu baik pulangkan terus baju tersebut. "Waktu ambil baju itu, dia cakap semuanya baik sahaja dan tiada mengadu apa-apa untuk saya betulkan semula," ujarnya kepada mStar Online. Ezuwan berkata demikian bagi membalas kenyataan Chacha Maembong yang memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri tidak menggayakan gaun tersebut pada malam ASK 2014.
Chacha Maembong masih belum memulangkan baju rekaan Ezuwan Ismail yang tidak dipakainya pada ASK 2014.
Sementara itu, Ezuwan menganggap tindakan pelakon itu memakai busana daripada pereka fesyen lain tanpa pengetahuannya sebagai satu penghinaan. Dia juga kesal apabila pelakon tersebut sehingga sekarang tidak menghubunginya untuk menyelesaikan hal itu atau meminta maaf secara peribadi. "Saya datang majlis itu kerana sangka dia akan menggayakan baju tersebut tetapi ketika di sana saya nampak dia pakai baju pereka fesyen lain. "Saya sangat kecewa kerana telah bertungkus-lumus buat baju itu tidak tidur semata-mata mahu siapkan segera dan rekaan baju adalah idea daripada kami bersama bukan saya sahaja. "Lebih baik saya buat baju untuk pelanggan yang sudah tentu dapat bayaran daripada buat tajaan tapi tidak dipakai," ujarnya. Dalam pada itu, Ezuwan berkata, kakak pelakon tersebut iaitu Emma Maembong ada menghubunginya bagi menjelaskan perkara sebenar. Bagaimanapun, penjelasan yang diberikan Emma adalah selepas dia memuat naik status rasa tidak puas hatinya di laman sosial pada Sabtu. "Selepas hal ini berlaku kakaknya Emma yang hubungi saya dan menjelaskan hal sebenar serta memberitahu alasan tidak mahu memakai baju tersebut. "Pada saya dia tidak profesional dan saya tidak akan berkerjasama lagi dengannya pada masa akan datang," ujar Ezuwan.- mstar online

Raja Azmi & Eddie Bercerai Talak Satu
Raja Azmi bersama Eddie ketika hadir untuk proses lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang Selangor pada Selasa. FOTO: MUHAMAD SHAHRIL ROSLI
AMPANG: Masalah rumah tangga produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman dengan suaminya Mohd Eddie Ghazali tidak dapat diselamatkan apabila kedua-dua mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Selasa. Lafaz cerai dilakukan oleh Mohd Eddie, 46, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin kira-kira pukul 3.07 petang. Shaiful Azli kemudiannya memerintahkan Raja Azmi, 55, menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula dari tarikh lafaz cerai di buat iaitu pada Selasa.
Raja Azmi ketika hadir ke mahkamah untuk proses lafaz cerai.
Kedua-dua pasangan itu datang ke mahkamah bersama kira-kira pukul 2.30 petang dan mereka dilihat tidak bermasam muka. Eddie yang memakai baju kemeja ungu manakala Raja Azmi tampil berbaju kurung hijau dengan padanan tudung hitam itu juga tidak kisah melayan kehendak media yang meminta mereka bergambar bersama. Bagaimanapun Eddie kelihatan sebak sebelum membuat lafaz cerai tersebut. Selepas lafaz dibuat di dalam kamar, Raja Azmi berkata dia berasa lega apabila masalah rumah tangga yang dilalui beberapa bulan lalu akhirnya selesai dengan cara baik. "Diakui, saya sedikit sedih kerana perkahwinan kedua saya kali ini hanya dapat bertahan tidak sampai setahun pun. "Tetapi saya percaya setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. Kami pun berpisah dengan cara baik dan masih lagi bersahabat," ujarnya. Eddie yang popular dalam kumpulan CRK dengan lagu Cinta Dan Air Mata (tahun 1990-an) bernikah dengan Raja Azmi pada 13 Oktober 2013 dengan sekali lafaz. Majlis akad nikah dilakukan di Laman Beringin, Istana Budaya dekat sini. Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21. Eddie pula memiliki dua orang anak bersama arwah isterinya iaitu Daniel, 23, dan Effy, 21.- mstar online

Isu Sekolah Vernakular, Akta Hasutan Antara 755 Usul Perbahasan PAU
Hishammuddin (tiga kiri) selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa MKT di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, Selasa.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 755 usul yang diterima daripada 191 Bahagian Umno di seluruh negara untuk dibahaskan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) akan disemak untuk tindakan dan jawapan segera oleh setiap kementerian, jabatan, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkaitan. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, berikutan itu sebuah pasukan khas telah ditubuhkan oleh Jawatankuasa Penyediaan Usul Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bagi memantau, membuat susulan dan melaporkan semula perkembangan yang dicapai kepada Bahagian Umno yang mengemukakan usul tersebut. Malah, katanya pasukan khas itu yang diterajui oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirleen akan memaklumkan kepada MKT untuk tindakan susulan. "Beliau (Rosnah) juga akan menjalin kerjasama rapat dengan menteri-menteri, ketua-ketua setiausaha kementerian (KSU) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat untuk tindakan susulan," katanya. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa MKT di Menara Dato Onn di sini, Selasa. Hishammuddin memberitahu, daripada 755 usul itu, sebanyak 638 melibatkan usul untuk rujukan manakala 117 usul tanpa bahas. Bagaimanapun, katanya tiada usul yang ditolak pada kali ini. Perhimpunan Agung Umno (PAU) akan berlangsung pada 25 hingga 29 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). "Daripada 638 Usul untuk Rujukan, sebanyak 81 usul melibatkan pindaan perlembagaan, 87 usul politik, 67 usul ekonomi, 74 usul agama, 170 usul sosial, 121 usul pendidikan dan 38 usul lain-lain," jelasnya. Beliau berkata, antara topik yang dijangka hangat dibahaskan adalah usul melibatkan pendidikan iaitu Sekolah Satu Aliran lawan Sekolah Vernakular dan Akta Hasutan serta Akta Harmoni. "Selain itu, turut dibahaskan ialah usul pindaan perlembagaan - penambahbaikan, isu kawalan dan penguatkuasaan terhadap media sosial, pemilihan parti -SOP dan tata etika, kos sara hidup serta kualiti kehidupan," katanya. Sementara itu, Hishammuddin berkata, beliau turut menerima senarai jurucakap daripada setiap negeri bagi membuat persiapan rapi. "Dengan tindakan proaktif ini, jurucakap yang dipilih berkesempatan dilibatkan sama ada di peringkat awal penggubalan usul. Mereka secara tidak langsung dapat menghayati dan memahami usul yang ingin dibahaskan," katanya. Selain itu, Hishammuddin berkata, seorang jurucakap daripada Kelab Umno Luar Negara dan seorang wakil institut pengajian tinggi tempatan juga akan diberi peluang untuk berbahas kelak. Katanya, satu Persidangan Meja Bulat juga akan diadakan pada Rabu sebagai platform bagi membincang dan mengupas secara terperinci usul-usul yang telah dikemukakan oleh semua bahagian-bahagian Umno seluruh negara. "Hasil perbincangan dan input yang diputuskan daripada persidangan itu akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Penyediaan Usul," katanya.- mstar online

Kapten Feri Sewol Korea Selatan Dipenjara 36 Tahun
Lee dibawa keluar dari mahkamah setelah didapati bersalah cuai ketika menjalankan tugas selaku kapten feri Sewol yang karam April lalu mengorbankan lebih 300 orang penumpang sebahagian besarnya kanak-kanak sekolah.
SEOUL: Kapten feri Korea Selatan yang dipenuhi dengan pelajar-pelajar sekolah yang karam April lalu telah dihukum penjara 36 tahun setelah didapati bersalah cuai ketika menjalankan tugas. Feri yang dinamakan Sewol itu ketika karam membawa 476 penumpang. Sejumlah 295 penumpang disahkan mati lemas - sebahagian besarnya pelajar sekolah manakala sembilan orang lagi masih hilang. Kapten Lee Joon-seok adalah di 15 anggota krew yang dibicarakan dalam tragedi terburuk maritim negara tersebut. Pendakwaraya memohon agar dia dikenakan hukuman mati atas dakwaan membunuh tanpa niat. Bagaimanapun mahkamah membebaskannya daripada tuduhan tersebut sebaliknya mendapati dia cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai kapten kapal. Malah Lee telah didapati meninggalkan kapal yang sedang tenggelam itu ketika para penumpang masih lagi berada di dalam kapal. Selain Lee, ketua jurutera kapal, yang hanya dikenali sebagai Park, turut didapati bersalah dan dihukum penjara 30 tahun. Tiga belas lagi anggota krew dihukum penjara sehingga 20 tahun juga di atas kecuaian ketika menjalankan tugas sehingga membawa kepada kematian penumpang. Malapetaka itu telah mencetuskan perdebatan hangat tentang prosedur keselamatan kapal dan juga operasi menyelamat. Akibat daripada insiden ini, Kerajaan Korea Selatan telah membubarkan Jabatan Pengawal Pantai dan mengantikannya dengan sebuah agensi lain. Kini satu lagi perbicaraan akan berlangsung yang melibatkan kakitangan firma perkapalan yang menguruskan perkhidmatan feri tersebut, iaitu Chonghaejin Marine Co. Pemilik firma perkapalan tersebut yang juga seorang bilionair Korea, Yoo Byung-eun telah menghilangkan diri sebaik sahaja tragedi itu menimpa dan kemudian telah ditemui mati dipercayai membunuh diri.- mstar online

Lelaki Menyerupai Perempuan Atau Sebaliknya Dilaknat Allah
KUANTAN: Lelaki yang menyerupai perempuan ataupun sebaliknya perempuan menyerupai lelaki merupakan perbuatan dilaknat Allah yang jelas menunjukkan perkara itu haram dalam Islam, kata Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abd Rahman Osman.
"Kalau lelaki menyerupai perempuan, kita halalkan, ertinya kita telah menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah.
"Hukumnya orang yang bercakap begitu kalau dia sedar dia boleh syirik kepada Allah, dia boleh terkeluar daripada Islam kerana dia telah mengubah hukum Allah ertinya tidak memperakui peraturan Allah," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Melainkan, katanya, golongan 'khunsa muskhil' yang dilahirkan dalam keadan dua sifat lelaki dan wanita yang boleh dinasihatkan berjumpa doktor bagi membuat pengesahan identiti mereka.
Dalam pada itu, beliau turut menyokong supaya semua majlis agama Islam di negeri-negeri bersama-sama untuk mencelah dalam rayuan kerajaan Negeri Sembilan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan bahawa undang-undang jenayah syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam, melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Pada Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa golongan lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah dan tidak sah di sisi Perlembagaan.
Panel tiga hakim mahkamah itu yang dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan rayuan tiga lelaki yang bekerja sebagai mak andam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu.- mstar online
TOP
Pemuda Umno Johor Cadang Kerajaan Negeri Bantu Pembeli Rumah
JOHOR BAHARU: Pemuda Umno Johor mencadangkan agar kerajaan negeri mempertimbangkan bantuan 'one-off' rebat kewangan bagi mengurangkan beban rakyat yang berhasrat membeli rumah.
Ketuanya, Hahasrin Hashim berkata takrifan terkini yang melayakkan seseorang memiliki rumah mampu milik merujuk kepada mereka yang berpendapatan seisi rumah tidak melebihi RM2,000 sebulan, juga harus dikaji semula berikutan situasi rakyat negeri ini yang terbeban dengan kenaikan harga barangan keperluan asas.
"Melalui platform media sosial, (rakyat) menyuarakan rasa resah tentang pemilikan rumah mampu milik yang masih dibatasi pelbagai halangan khususnya untuk golongan muda," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.
Beliau berkata demikian menjelang pembentangan Bajet Johor 2015 oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada persidangan Dewan Undangan Negeri, Khamis ini.
Mengenai pendidikan agama, katanya, Pemuda Umno turut mencadangkan agar kerajaan negeri mewujudkan sebuah model dan sistem yang tersusun dalam usaha memartabat dan memperkasa pendidikan sekolah agama di negeri itu.
Pergerakan itu turut meminta agar perhatian diberi kepada kebajikan guru agama di sekolah agama negeri, seperti memberi kenaikan gaji dan faedah bekerja bagi meningkatkan motivasi guru untuk menerajui sistem sekolah agama ke arah yang terbaik dalam negara.
Bagi memupuk daya kreativiti serta pembangunan sahsiah diri anak muda, Pemuda Umno turut mencadangkan agar kerajaan negeri menaiktaraf prasarana sukan seperti gimnasium dan gelanggang sukan yang lebih moden.
Hahasrin berkata prasarana sukan seumpama itu dapat dijadikan medium dalam meningkatkan produktiviti, kesihatan, kecergasan serta mempromosi gaya hidup lebih sihat kepada golongan berkenaan.
Selain itu, beliau berkata ia juga boleh menjurus kepada penglibatan golongan muda dalam sektor keusahawan, pendidikan dan kemasyarakatan.- mstar online
TOP
Anak David Beckham, Brooklyn Wakili Arsenal
BROOKLYN Beckham iaitu anak sulung kepada bintang bola sepak dunia, David Beckham dilaporkan telah menandatangani perjanjian jangka pendek bersama Arsenal.
Brooklyn, 15, yang sedang menjalani latihan di akademi Arsenal akan mewakili skuad bawah 16 tahun kelab tersebut.
Anak kepada bekas ketua pasukan England itu dilaporkan turut mendapat perhatian daripada Chelsea dan Manchester United.
Brooklyn bersama dua adiknya.
Dia juga pernah menjalani ujian pemilihan pemain yang diadakan oleh Chelsea, United, Queens Park Rangers dan Fulham. Brooklyn yang bermain di posisi sayap kanan akan ditawarkan kontrak sebagai pemain profesional jika berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan dalam tempoh perjanjian tersebut.
Pemain muda hanya dibenarkan menurunkan tandatangan sebagai pemain profesional ketika berusia 17 tahun.
Bapanya, David sebelum ini telah menempah nama di Manchester United di bawah kendalian Alex Ferguson, namun mereka mempunyai hubungan lebih akrab dengan Arsenal. David mempunyai hubungan baik dengan Arsenal apabila dia diberikan peluang untuk berlatih dengan Arsenal pada Januari tahun lalu untuk kekal cergas selepas meninggalkan LA Galaxy. Dia kemudian mewakili Paris Saint-Germain sebelum bersara sebagai pemain pada usia 39 tahun.
Selain Brooklyn, dua lagi anak David iaitu Cruz, 9, kini beraksi untuk pasukan bawah 10 tahun manakala abangnya, Romeo, 12, mewakili skuad bawah 13 tahun Arsenal.

Guru Tinggalkan Nota Sebelum 'Ambil' Nyawa Bersama Anak Autisme
UDON THANI (THAILAND): Seorang guru lelaki sempat menguruskan sawahnya dan meluangkan masa makan malam bersama keluarga sebelum dtemui dalam keadaan menyedihkan bersama anaknya yang menghidap autisme.
Beberapa jam kemudian, bapa mentua guru terbabit berdepan pengalaman mengerikan apabila menemui mayat guru itu yang dipercayai membunuh diri bersebelahan mayat anak lelakinya itu.
Pegawai polis Udon Thani, Singharaj Kaewkerdme berkata, kejadian berlaku di sebuah rumah di daerah Mak Khaeng.
“Bapa mentua guru itu terjaga kira-kira pukul 7 pagi dan berasa aneh kerana terhidu bau darah.
“Apabila diselidik, dia menemui kedua-dua mayat dalam bilik tidur mereka,” katanya.
Singharaj berkata, polis juga menemui nota terakhir ditinggalkan guru terbabit.
Katanya, siasatan polis mendapati pasangan anak-beranak itu mati akibat kecederaan parah pada kepala.
“Sepucuk pistol ditemui berhampiran tangan kiri si bapa,” katanya.
Doktor pula berkata, kedua-dua mereka mati kira-kira lima jam sebelum ditemui.
Sementara itu, bapa mentua guru terbabit berkata, dia sangat terkejut dengan apa yang berlaku.
“Dia seorang bapa dan suami yang baik. Dia juga tabah menjaga anaknya yang menghidap autisme, tetapi sesekali dia merungut mengenai keluarganya,” katanya.
Melalui nota ditinggalkan, guru itu memohon maaf dan meminta mereka menjaga anggota keluarga yang lain, termasuk isteri dan seorang anak perempuannya yang berusia 10 tahun.
Sementara itu, beberapa jiran melaporkan mereka terdengar bunyi tembakan kira- kira pukul 2 pagi.- mstar online
TOP
Rogol beramai-ramai di PD adalah Khabar Angin
Port Dickson: Pihak polis hari ini menafikan yang mereka telah membuat tangkapan ke atas 35 lelaki kononnya terbabit kes rogol beramai-ramai lima gadis di sebuah hotel di Teluk Kemang di sini seperti yang telah di sebarkan kan di laman sosial Facebook dan juga Wechat
Berdasarkan khabar angin itu, polis menyerbu sebuah hotel pada jam 3 pagi selepas menerima maklumat berkenaan kejadian terbabit dan menahan semua suspek. Semua suspek dikatakan datang dari luar Port Dickson bagi menyambut 'Motoday' (Hari Motosikal) di sini selama dua hari bermula kelmarin.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Baharudin Mustapha ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima laporan kejadian itu.
"Polis menjalankan Ops Cantas Khas pada malam semalam (kelmarin) bagi mengawal kesesakan jalan raya dan memastikan pengguna mempunyai lesen dan dokumen perjalanan sah," katanya.
Katanya, pihaknya juga meronda di kawasan hotel yang dikatakan berlaku kejadian tetapi tidak menemui apa-apa bukti dikaitkan dengan kejadian.
Seorang penduduk tempatan Mohd Aidil Asraf Rahim, 22, menyatakan beliau ada terjumpa berita ini di facebook dan bertanyakan tentang kejadian ini.Ada yang mengatakan itu hanya khabar angin dan ada yang mengatakan betul.
Dari cerita rakan yang mengatakan betul,semua lelaki yang merogol kelima-lima perempuan itu sengaja ingin mengenakan mangsa kerana tidak mahu keluar dengan mereka jika menggunakan motosikal dan helmet jenis murah menyebabkan mereka berdendam, katanya yang tidak percaya khabar angin berkenaan.
Sementara itu, tinjauan mendapati sambutan Motorday menyebabkan jalan di sepanjang bandar ini sesak dengan ribuan motosikal dari seluruh negara.-Siakapkeli.com.my
TOP
3 Angkasawan ISS Berlepas Balik Ke Bumi Lepas 5 Bulan Di Angkasa
WASHINGTON: Tiga angkasawan Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) berlepas balik ke bumi dari stesen orbit itu dengan kapsul Soyuz yang menamatkan ekspedisi selama lima setengah bulan.
Kapsul itu yang berlepas pada jam 7.31 malam (8.30 pagi ini), dijangka membuat pendaratan dengan payung terjun di Kazakhstan di timur laut Arkalyk pada jam 10.58 malam (11.58 malam).
"Saya berasa bertuah kerana diberi keistimewaan berada di atas ini selama 165 hari. Kini saya ingin terus balik ke rumah," kata angkasawan NASA, Reid Wiseman ketika majlis pertukaran anggota Sabtu lalu yang disiarkan menerusi televisyen NASA dari stesen angkasa lepas itu.
Turut akan kembali bersama Wiseman ialah komander stesen, Maxim Suraev dari Agensi Angkasa Lepas Russia, Roscosmos dan jurutera penerbangan Jerman, Alexander Gerst dari Agensi Angkasa Lepas Eropah.
Ketiga-tiga mereka berlepas ke ISS dalam kapsul sama pada 28 Mei lalu.
Tiga kru yang masih berada di stesen angkasa lepas berkenaan ialah komander Barry Wilmore dari NASA dan angkasawan Russia, Elena Serova dan Alexander Samoukutyaev, yang tiba enam minggu lalu.
Anggota pengganti yang akan menyertai mereka - angkasawan Anton Shkaplerov, angkasawan NASA, Terry Virts dan angkasawan Itali, Samantha Cristoforetti, yang dijangka dilancarkan pada 23 November dari pangkalan Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan.
Stesen angkasa lepas itu, yang mengelilingi orbit pada kira-kira 418 kilometer di atas bumi, adalah makmal penyelidikan bernilai AS$100 bilion, dimiliki dan dikendalikan secara bersama oleh 15 negara. - REUTERS
TOP
4 Beradik Yang Ditinggalkan Ibu Mereka Masih Dibawah Jagaan Polis
Sarawak, 10 Nov - Empat beradik yang didakwa ditinggalkan oleh ibu mereka di Sibu Jaya semalam masih lagi di bawah jagaan polis tetapi kini berada di Hospital Umum Sibu sehingga siasatan terhadap kes tersebut selesai.
ADUN Pelawan, David Wong berkata beliau telah berhubung dengan Menteri Kebajikan,Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Hajah Fatimah Abdullah tentang kes empat beradik itu.
"Pihak polis perlu mencari ibu bapa kanak-kanak bagi memastikan niat sebenar mereka dan menemubual datuk dan nenek kanak-kanak tersebut bagi memastikan kemampuan mereka sebelum jabatan kebajikan boleh campur tangan, "katanya ketika dihubungi hari ini.
"Setelah dipastikan bahawa datuk dan nenek kanak-kanak tersebut tidak mampu menjaga mereka, jabatan kebajikan akan campur tagan dan kanak-kanak tersebut akan dihantar ke Rumah Kanak-Kanak (anak yatim) di Kuching.", katanya lagi.
Dr. Jayum Jawan, seorang professor yang berasal dari Sibu berkata,beliau sedih dengan insiden tersebut dan hairan setelah mengetahui tiada sebarang pemimpin atau organisasi Dayak yang tampil untuk membantu adik beradik tersebut.
"Saya diberitahu bahawa gereja cina telah tampil menawarkan bantuan. Perkara yang memalukan bagi Dayak dan pemimpin mereka", katanya melalui Whatsapp.
Kes empat beradik ini telah manjadi viral di laman sosial sejak semalam. Mereka ditinggalkan di Sibu Jaya, Sarawak bersama RM70 untuk hidup.- Siakapkeli.com.my
TOP
Bayi Baru Lahir 'Beruban' berambut putih
Beirut: Seorang wanita pelarian Syria di lubnan telah melahirkan seorang bayi yang di percayai beruban dan telah manjdai viral di negara itu.Ada yang percaya ia melambangkan kepada krisis yang berlaku di Syria.
Sebuah akhbar di Lubnan melaporkan, bayi lelaki itu dilahirkan oleh seorang pelarian Syria di Lubnan tetapi tidak menyebut di mana lokasi secara jelas. Orang ramai percaya ia berpunca daripada penyakit dan ada mendakwa, ia petanda hari kiamat sudah hampir. “Keadaan bayi itu menggambarkan keadaan di Syria. Semoga Allah membantu ibu dan keluarganya. Ibunya melahirkannya selepas dia mengharungi tragedi. Semoga Allah membantu rakyat Syria,” -Siakapkeli.com.my

Budak Darjah Satu Parah Digilis Bas Sekolah
Gambar sumber myMetro online
Butterworth, 10 Nov: Seorang kanak-kanak darjah satu parah setelah digilis bas sekolah dalam satu kejadian yang berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2, hari ini pada jam 2.10 petang. Ibu kepada mangsa, Hayati Ismail, 41, berkata, anaknya, Muaz Saedin, 7, kini cedera parah di kedua-dua belah paha akibat dilenyek tayar bas sekolah yang terbabit. Menurut Hayati lagi, ketika dia pergi ke sekolah untuk mengambil anaknya, dia merasakan ada yang tidak kena setelah melihat orang ramai yang berada disitu dalam keadaan cemas. "Seorang daripada mereka menghampiri saya dan memaklumkan Muaz terbabit kemalangan dan sudah dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) oleh guru," katanya memetik berita dari Harian Metro. Dalam sekitar jam 9 malam, doktor memaklumkan anaknya akan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang kerana kecederaan yang dialami agak serius. - Siakapkeli.com.my

Kanak-Kanak Maut Dihempap Televisyen
TELUK INTAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun maut apabila dihempap oleh sebuah televisyen di rumahnya di Taman Intan Mas 1, Teluk Intan, hari ini.
Kejadian berlaku pukul 1.25 petang apabila mangsa dikenali sebagai Sim Jyh Cherng dikatakan memegang skrin televisyen berukuran 29 inci ketika menonton rancangan kartun menyebabkan televisyen tersebut jatuh lalu menghempap bahagian kiri kepala anak sulung dari tiga adik beradik itu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil bedah siasat, kematian mangsa disebabkan kecederaan serius di kepala.
“Mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan oleh ibunya, namun pihak hospital mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia,” katanya.-Siakapkeli.com.my
TOP
Putrajaya Denda YTL Communications RM2.4 Juta Kerana 1BestariNet
Putrajaya telah mendenda YTL Communications Sdn Bhd sebanyak RM 2.4 juta kerana gagal menyediakan projek e-learning 1BestariNet kepada 10,000 buah sekolah, kata Kementerian Pendidikan hari ini.
Menurut kenyataan itu, 1,003 buah sekolah tidak dapat dilengkapkan dengan 1BestariNet kerana YTL Communications gagal mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa tempatan untuk membina menara telekomunikasi di beberapa buah negeri, khususnya di Sarawak, Penang dan Kelantan.
"Oleh kerana kelewatan tersebut, kerajaan telah mendenda YTL Communications sebanyak RM2.4 juta pada 27 Oktober 2014," kata Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya juga, kementerian telah menyediakan hubungan internet kepada sekolah-sekolah berkenaan melalui penyedia rangkaian yang lain bagi membolehkan pelajar-pelajar terus menyambung pembelajaran mereka secara online.
Projek 1BestariNet bertujuan untuk melengkapkan 10,000 sekolah di seluruh negara dengan sambungan internet berkelajuan tinggi, 4G, berserta dengan platform VLE untuk E-Learning. - Siakapkeli.com.my
TOP
Zoroastrianisme: Agama Paling Ngeri
Zoroastrianisme atau juga di kenali sebagai Zarathustraism, Mazdaism dan Magianism, yang diasaskan oleh Zarathustra yang dalam bahasa Yunani disebut Zoroaster iaitu seorang ahli falsafah dari Parsi. Seperti agama-agama lain, Zoroastrianisme ini juga punya Tuhan yang disembah. Tuhan agama Zoroastrianisme disebut Ahura Mazda, yang dalam bahasa lainnya sama dengan 'Tuhan yang Bijaksana'. Zoroastrianisme ini adalah salah satu agama yang tuhannya mempunyai bentuk Tuhan yang mereka sebut 'bijaksana' ini adalah api.
Agama ini sebenarnya tidaklah terlalu pelik tetapi yang menyebabkan ia pelik dan ngeri adalah ketaksuban para pemuja Zoroastrianisme yang menyimpang dari standard kehidupan masyarakat bertamadun. Penganut Zoroastrianisme tidak mengamalkan budaya pembakaran mayat ataupun pengebumian. Menikmati kehidupan manusia dengan anugerah seperti pembakaran mayat ataupun pengebumian adalah bertentangan dengan ajaran Tuhan mereka yang 'bijaksana' itu.
Menurut ajaran ini, iblis dapat memasuki mayat-mayat manusia melalui kuku dan rambut yang mereka anggap kotor agar tidak di pengaruhi oleh roh jahat. Penyelesaiannya, mereka membina struktur yang disebut Dakhma (dalam bahasa Parsi), atau yang lebih dikenali dunia dengan sebutan Silence of Tower, berdasarkan nama yang diberikan oleh Robert Murphy seorang Neologis pada tahun 1832.
Bangunan suci Silence of Tower ini dibina untuk menampung semua mayat para pengikutnya. Jenazah-jenazah tersebut diletakkan di puncak bangunan agar mereka terdedah kepada panas matahari dan burung-burung pemakan bangkai. Menurut mereka, membiarkan mayat-mayat reput dan dimakan oleh burung pemakan bangkai adalah cara paling tepat untuk menyucikan jiwa-jiwa mereka yang telah mati.
Mungkin ada tidak percaya tentang kewujudn agama seperti ini. Tapi peradaban agama ini memang benar ada dan sempat tersebar meluas pada masa keemasannya. Beberapa struktur bangunan Silence of Tower juga didapati di Mumbaai, India.
Siakapkeli.com.my

48 Pelajar Maut Pengebom Ledak Bahan Letupan Ketika Perhimpunan
Sekurang-kurangnya 48 pelajar maut dan 78 lagi cedera dalam serangan pengebom berani mati di Nigeria.
Menurut laporan dari polis, pengebom terbabit menyamar dengan memakai baju uniform sekolah sebelum meletupkan bom berkenaan.
Mangsa yang terselamat mengatakan pengebom tersebut telah menyembunyikan bahan letupan di dalam beg sandang yang biasa dipakai oleh pelajar di sekolah berkenaan.
Kira-kira 2,000 pelajar berkumpul bagi perhimpunan mingguan di tempat kejadian ketika letupan menghancurkan dewan sekolah, menurut mereka yang terselamat
"Kami sedang menunggu pengetua untuk berucap, kira-kira jam 7.30 pagi, kami terdengar bunyi yang membingitkan dan saya terpelanting Orang ramai mula menjerit dan melarikan diri. Saya boleh nampak darah di seluruh badan saya", kata Musa Ibrahim Yahaya, 17, salah seorang pelajar yang kini dirawat di hospital kerana kecederaan di kepala.
Jurucakap Tentera, Emmanuel Ojukwu mengesahkan laporanl media bahawa pengebom berani mati itu berjaya lolos di sebuah sekolah di Potiskum, negeri Yobe, tanpa di sedari orang ramai sebelum meledakkan bahan letupan ketika pelajar berkumpul untuk perhimpunan pagi.
Antara mangsa letupan
Askar yang datang ke tempat kejadian dilaporkan dihalau keluar oleh orang awam yang marah kerana masih tidak dapat menyelesaikan isu pemberontakan yang sudah berleretan selama lima tahun. Pemberontakan itu dikatakan telah membunuh beribu nyawa dan menyebabkan ramai berpindah dari rumah mereka. - Siakapkeli.com.my

Makanan Seharian Kita Yang Bahaya Tanpa Kita Sedari
Makanan dan ubat adalah satu keperluan dalam kehiduan kita seharian, kalau lapar kita akan makan kalau sakit kita akan makan ubat. Tapi tahukan anda ada yang anda tidak ketahui sesetengah apa yang kita makan adalah bahaya.
Apa yang di tulis ini tidak ada niat untuk memburukkan sesiapa cuma perkongsian untuk kebaikan semua.
Makanan yang anda perlu jauhi
Mee Segera
Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.
Sardin
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser yang terjadi di dalam rahim yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser yang bahaya.
Minuman 3 in 1
Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.
Panadol atau Paracetamol
Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.
Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, berubat sebelum sakit bukan berubat selepas sakit
-Siakapkeli.com.my

Lelaki Mengamuk Hayun Parang Dalam Balai Polis
MANJOI - Anggota Balai Polis Manjoi, di sini semalam gempar apabila seorang lelaki dipercayai kurang siuman secara tiba-tiba meluru masuk ke pekarangan balai dan menjerit supaya diberikan sepucuk pistol.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 petang itu, lelaki berusia 42 tahun yang juga merupakan bekas guru itu dikatakan mengamuk dan mengugut seorang anggota wanita yang sedang bertugas di kaunter pertanyaan sambil memegang parang panjang.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, suspek yang memegang parang sepanjang 0.6 meter bertindak menghayun senjata itu ke anggota wanita terbabit.
“Empat anggota MPV bertindak mengepung balai dan suspek melepaskan parang yang dipegangnya selepas dipujuk salah seorang anggota.
“Setelah beberapa minit, suspek berjaya ditangkap walaupun berlaku sedikit pergelutan,” katanya.
Chang Keong berkata, hasil siasatan mendapati suspek merupakan bekas guru sekolah menengah berhampiran telah bercuti tanpa gaji selama setahun kerana disyaki menghadapi masalah mental.
“Lelaki berkenaan telah bercerai dengan isterinya sejak dua minggu lalu dan mempunyai empat orang anak. Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau.
“Suspek sekarang direman dan dihantar untuk pemeriksaan doktor. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Virus Yang Menyebabkan Manusia Lebih Lembab Ditemui
Satu virus yang menjangkiti otak manusia dan membuatkan manusia lebih 'lembab' telah ditemui, menurut beberapa saintis dari US.
Virus yang menjangkiti algae tersebut, yang sebelum ini tidak pernah diperhatikan didalam tubuh manusia yang sihat, didapati boleh merosakkan fungsi kognitif termasuklah pemprosesan visual dan kesedaran spasial(ruang).
Saintis di Sekolah Perubatan Johns Hopkins dan University of Nebraskan membuat penemuan itu secara tidak sengaja ketika mereka sedang mengkaji bakteria dalam tekak.
Saintis-saintis tersebut mendapati DNA yang terdapat di dalam tekak individu yang sihat menyerupai DNA virus tersebut yang biasanya menjangkiti algae hijau.
Dr. Robert Yolken, virologist yang mengetuai kajian tersebut berkata "Ini adalah contoh yang menarik bagi membuktikan bahawa mikroorgansima 'berbahaya' yang kita bawa boleh mempengaruhi tingkah laku dan kognisi kita".
Menurut Yolken, perbezaan fisiologi antara manusia dikodkan dalam setiap gen yang diwarisi oleh ibu bapa masing-masing, namun terdapat juga perbezaan yang didorong oleh pelbagai mikroorganisma dalam badan dan cara mereka berinteraksi dengan gen-gen manusia.
Dari 90 peserta yang mengikuti kajian tersebut, 40 dari mereka disahkan dijangkiti virus algae tersebut. Hasil kajian tersebut mendapati mereka yang dijangkiti dengan virus terbabit menunjukkan prestasi teruk dalam ujian yang dicipta untuk mengukur kepantasan dan ketepatan pemprosesan visual. Mereka juga mendapat markah yang rendah di dalam tugasan yang memerlukan fokus.
Badan manusia mempunyai trillion bakteria, virus dan kulat. Kebanyakannya tidak merbahaya, tetapi penemuan ini mendedahkan bahawa terdapat juga mikroorganisma yang boleh mempengaruhi fungsi kognitif manusia tetapi dalam masa yang sama tidak menjejaskan kesihatan tubuh badan manusia. - Siakapkeli.com.my
TOP
Hasan Malek Minta Media Hati-Hati Dan Bijak Lapor Isu
PORT DICKSON – Media diminta berhati-hati dan bertindak bijak dalam melapor isu dengan mengelak pemberitaan sensasi atau keterlaluan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata ini bagi menjamin rakyat mendapat maklumat yang betul dan tepat.
“Kerapuhan isu dan pelanggaran etika kewartawanan akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap media. Media tetap berperanan penting dan ini harus diakui semua pihak. Kita tahu sejak akhir-akhir ini pelbagai isu timbul dan peranan media sangat penting dalam soal penyaluran maklumat.
“Media secara tidak langsung dapat membentuk kerangka pemikiran audiens terhadap sesuatu perkara. Media juga sebagai salah satu pendorong kuat kepada tindakan masyarakat terhadap sesuatu isu.
“Ini bermakna media adalah mereka yang dapat memandu serta mendorong kepada sesuatu tindakan secara berkesan,” katanya pada Malam Apresiasi Media Negeri Sembilan 2014 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di sini malam tadi.
Bagaimanapun, beliau berpendapat laporan terhadap isu-isu yang dibangkitkan hendaklah dibuat dengan jujur dan berani.
“Jujur tidak pula bermakna kita sengaja mencari kesalahan orang lain dan berani tidak bermaksud ia boleh memporak-perandakan negara sehingga menjejaskan perpaduan. Saya berpendapat kebebasan media di negara ini adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan sesetengah negara,” katanya.
Menurut Hasan, Presiden Persatuan Komunikasi Antarabangsa (ICA) Prof Ang Peng Hwa baru-baru ini berkata bahawa media Malaysia adalah yang terbaik dalam kalangan 10 negara anggota Asean daripada sudut laporan berita.
Beliau turut berharap media boleh memainkan peranan memupuk perpaduan bangsa dan integrasi national walaupun kini terpaksa berdepan dengan masyarakat yang semakin kritis.
“Bagi saya, media massa boleh membantu mententeramkan keadaan dan memberikan penjelasan yang benar terhadap apa juga isu yang dibangkitkan,” katanya.
Malam Apresiasi Media Negeri Sembilan 2014 itu antara lain bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan media negeri ini dengan KPDNKK dan agensi di bawahnya.
Pada siangnya diadakan KPDNKK Media Amazing Hunt 2014 dari Seremban ke Port Dickson. – BERNAMA
TOP
Aksi ‘Breakdance’ Si Kecil Ini Pasti Mencuit Hati Anda
Nikos, si comel yang merupakan anak kepada pasangan Dominik Hungr dan Katerina Kufaki ini pasti membuatkan anda tersenyum menyaksikan aksinya.
Sewaktu video ini dirakam, Nikos merupakan bayi yang baru sahaja berusia 20 bulan tetapi sangat lincah mengikut gerak-geri ayahnya menari.
Reaksi ayahnya yang bersungguh-sungguh menari bagi mengajar si kecilnya membuatkan kami melabel Dominik Hungr ialah seorang ayah yang ‘cool’. Dominik dan Katerina meluahkan rasa gembira apabila video ini menjadi viral dan menggembirakan ramai orang di serata dunia. Saksikan video ini yang pasti mencuit hati anda.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Bank Penjelasan RMB Pemangkin Pertumbuhan Malaysia-China
BEIJING – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan rasa puas hati beliau terhadap perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pengaturan penjelasan dan penyelesaian RMB antara kedua-dua bank pusat iaitu People’s Bank of China dan Bank Negara Malaysia, baru-baru ini.
Bank Penjelasan RMB akan menjadi pemangkin untuk menyokong pertumbuhan pesat perdagangan dua hala, pelaburan dan aliran kewangan antara Malaysia dan Republik Rakyat China.
“Perjumpaan antara saya dengan Presiden Xi Jinping hari ini merupakan satu lagi pengesahan bahawa kedua-dua negara akan terus berusaha mencapai matlamat ini untuk manfaat kedua-dua negara,” kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
“Seperti yang kita ketahui, kejayaan penubuhan Bank Penjelasan RMB ini adalah rentetan hasil perbincangan antara saya dengan Presiden Xi pada Mei lalu,” kata kenyataan itu.
Bank Penjelasan ini akan menjadi komponen strategik dalam sistem dan infrastruktur kewangan Malaysia yang membolehkan pengumpulan mudah tunai RMB dalam jumlah yang besar untuk memenuhi keperluan pembiayaan institusi kewangan dan perniagaan Malaysia.
“Saya yakin institusi kewangan Malaysia akan mendapat memanfaatkan kelebihan ini untuk meneruskan usaha meningkatkan penggunaan RMB bagi memudahkan perdagangan dan pelaburan serantau yang lebih besar dalam rangkaian serantau yang luas dalam Asean.
Dengan itu, kedudukan Malaysia akan bertambah kukuh sebagai pintu masuk untuk RMB mengalir ke rantau Asean.
Najib berada di sini untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) ke-22 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik yang bermula hari ini.
AELM yang bertemakan ‘Mencorakkan Masa Depan Menerusi Kerjasama Asia Pasifik’ akan dipengerusikan Presiden China, Xi Jinping.
Pagi tadi, Najib mengadakan mesyuarat dua hala berasingan dengan Xi, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, C Y Leung dan Perdana Menteri China Li Keqiang.
Dalam pertemuan Najib dengan Li Keqiang, Najib berkata kerajaan China telah memaklumkan nama bank yang akan dilantik sebagai Bank Penjelasan, dan namanya akan diumumkan dalam tempoh terdekat
Difahamkan Bank Negara akan turut mengeluarkan kenyataan mengenai Bank Penjelasan Renminbi/Ringgit yang akan memudahkan perdagangan Malaysia-China, di Kuala Lumpur hari ini. – BERNAMA
TOP
Tempoh Pemeriksaan Status Mental Wanita Dilanjut
Foto NSTP
GEORGETOWN – Mahkamah Majistret hari ini membenarkan seorang wanita yang didakwa mencederakan pemandu bas Rapid Penang bulan lepas, melanjutkan tempoh pemeriksaan status mentalnya di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan di Perak. Majistret L. Uma Dewi membuat keputusan itu selepas menerima laporan daripada sebuah Hospital di Perak bahawa tempoh pemeriksaan tertuduh Chong Lan Keow, 49, akan dilanjutkan selama sebulan lagi. Beliau yang menetapkan 10 Dis sebagai tarikh sebutan semula, berkata lanjutan tempoh pemeriksaan status mental itu dibenarkan selaras mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah. Pada 10 Okt lepas, Uma Devi memerintahkan penghantar sayur itu dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk menjalani pemeriksaan mental selama sebulan. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Aisyamudin Yaacob, 27, dengan menggunakan sebilah pisau di dalam bas Rapid Penang di Jalan Paya Terubung Relau, Sungai Nibong pada 6.50 pagi, 6 Okt lepas. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman, Goh Chee Sun. – BERNAMA

Lelaki Galak Curi Basikal Akhirnya Ditangkap
SINGAPURA – Setelah berjaya menimbulkan panik dalam kalangan pemilik basikal di Singapura selama dua bulan, pencuri kenderaan dua roda tanpa enjin itu akhirnya berjaya dicekup polis, lapor stesen penyiaran tempatan Channel NewsAsia hari ini.
Jurucakap polis dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, lelaki berusia 35 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 10.20 pagi Sabtu lalu di New Upper Changi Road dalam satu operasi khas bersama Pusat Pemerintahan Keselamatan Pengangkutan Awam dan polis.
Suspek dikenal pasti hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan maklumat risikan, dipercayai sudah pun mencuri sekurang-kurangnya 28 buah basikal pelbagai jenis, namun jumlah itu mungkin lebih kerana ramai mangsa mungkin malu membuat laporan polis.
Kegiatan suspek dikesan berlaku antara 11 September sehingga 25 Oktober lalu malah ketika ditangkap, pencuri itu masih membawa bersamanya sebatang pemotong dan spanar untuk digunakan ketika melarikan basikal ditinggalkan pemilik tanpa dikunci sempurna.
Polis berkata, siasatan lanjut masih lagi dijalankan tetapi jika disabitkan kesalahan oleh pihak mahkamah, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan sejumlah denda. – Agensi
Basikal yang diletakkan di tempat larangan akan ditampal notis amaran sebelum ditarik oleh pihak polis Singapura. – Gambar hiasan
Basikal yang diletakkan di tempat larangan akan ditampal notis amaran sebelum ditarik oleh pihak polis Singapura. – Gambar hiasan
TOP
BN Sarawak Bakal Buat Kejutan Pada PRN-11 – Adenan Satem
Dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Kesebelas (PRN-11), Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata, parti pembangkang akan menerima beberapa kejutan dari Barisan Nasional (BN) negeri itu.
Beliau yang tidak menyatakan lebih lanjut tentang kejutan yang bakal menanti pembangkang, menambah, tindakan tersebut bakal memantapkan kedudukan parti tersebut, sekaligus memegang majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sana.
“Kejutan itu antara yang kami bincangkan dalam mesyuarat kali ini tetapi tidak perlu saya jelaskan kerana ia tidak akan menjadi kejutan lagi jika saya memberitahu media,” ujarnya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Memetik sumber Berita Harian, beliau juga berkata , perbincangan utama dalam mesyuarat tersebut adalah berkenaan persediaan menghadapi PRN-11.
Namun demikian, ujarnya yang juga Presiden PBB, pilihan raya tidak akan diadakan dalam jangka masa terdekat, tidak sekurang-kurangnya sehingga Jun 2016.
Beliau juga akan berkerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam usaha untuk menarik lebih ramai individu mendaftar bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mengundi. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Mayat Lelaki Bogel Ditemui Dalam Kandang Lembu
MAYAT seorang lelaki dipercayai warga tempatan ditemui dalam keadaan berbogel di sebuah kandang lembu di Tanah Merah, Kelantan.
Mayat ditemui oleh pemilik kandang lembu terbabit, Mohd Hussin, 61, pada kira-kira jam 4 petang, semalam ketika sedang mencari seekor lembu miliknya yang hilang dari lokasinya ditambat.
“Sejak jam 9 pagi lagi saya keluar dengan seorang kawan, Kiman Hasan untuk cari lembu yang hilang dari tempat ia ditambat.
“Pencarian kami diteruskan ke kandang terdekat dan ketika melalui kawasan kandang itu, saya terkejut melihat seorang lelaki terbaring mengiring dalam keadaan bogel.
“Turut ditemui di situ adalah lembu saya yang sudah mati,” katanya memetik Harian Metro.
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk proses bedah siasat.-mynewsub
TOP
Malaysia Jadi Pilihan Utama Pelajar Negara OIC
KUALA LUMPUR – Tujuh puluh lapan peratus daripada pelajar antarabangsa yang menuntut di Malaysia pada 2014 adalah dari negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata menurut Education Malaysia Global Services, secara keseluruhannya, lebih 116,000 pelajar antarabangsa dari lebih 160 negara kini menuntut di universiti awam dan swasta serta sekolah antarabangsa di Malaysia.
“Statistik ini menunjukan Malaysia menjadi pusat pendidikan tinggi yang dihormati dan dipercayai dalam sistem antarabangsa.
“Kita adalah antara peneraju utama dalam bidang pendidikan di rantau Asia Tenggara dan menjadi pilihan utama pelajar dari negara OIC untuk mendapatkan pendidikan tinggi,” kata Idris ketika berucap pada Persidangan Pendidikan Tinggi OIC Ketiga di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi OIC World BIZ dan Muslim World BIZ serta Ketua Pegawai Eksekutif OIC International Business Centre Datuk Dr Raja Mohamad Abdullah, Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abd Azeez Abd Rahim dan Presiden Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali.
Idris berkata pelajar antarabangsa tahu bahawa di Malaysia, mereka boleh mendapat pendidikan berkualiti dan akreditasi, yuran yang munasabah dan termampu, menikmati kos sara hidup rendah serta keselesaan bertaraf tinggi.
Malaysia telah memperbaiki syarat berkaitan akses dan kualiti pendidikan yang boleh dinikmati pelajar tempatan dan antarabangsa,” katanya.
Transformasi ini dipandu oleh Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Kebangsaan Malaysia (2007-Selepas 2020) dan Rangka Tindakan Pendidikan Tinggi Malaysia yang akan dibuat penambahbaikan serta dilancarkan tahun depan.
Sementara itu, persidangan dua hari tersebut, yang bermula hari ini, diadakan untuk berkongsi idea tentang cara institusi pendidikan tinggi di Negara Islam boleh meningkatkan kerjasama dengan syarikat perniagaan, kerajaan dan masyarakat umum bagi membolehkan negara anggota OIC mengekalkan daya saing, inovasi dan bergerak secara strategik dalam keadaan ekonomi yang amat tidak menentu. – BERNAMA
TOP
Wan Hashim Siap Sedia Untuk Takluk Lima Negara
KOTA BHARU – Pengayuh warga emas Wan Hashim Wan Mahmood sudah bersiap sedia untuk ‘menakluki’ lima negara di Asia Tenggara dalam misi penjelajahannya yang terbaharu bermula 1 Dis ini.
Wan Hashim berkata selain semua kelengkapan untuk misi yang dijangka mengambil masa tiga bulan itu, beliau juga telah memperlengkapkan diri dari segi mental dan fizikal.
“InsyaAllah saya akan mulakan kayuhan pada 1 Dis ini di bandar Ho Chi Minh, Vietnam, sebaik saja tiba di sana.
“Alhamdulillah keadaan kesihatan saya juga ditahap terbaik hasil latihan setiap hari dengan berkayuh antara 40 hingga 50 kilometer sehari,” katanya kepada pemberita pada majlis menerima basikal berjenama ‘Windspeed’ dari syarikat pengeluar yang berpangkalan di Guangzhou, China, di sini hari ini.
Turut hadir Pengurus Jualan (Luar Negara) Windspeed, Liang Zhan Kun dan Pengurus Bike Station Kelantan, Sean Tye Jyh Siang.
Wan Hashim, 69, pada Feb lalu telah menjelajah secara solo ke seluruh Semenanjung selama 28 hari dan kejayaan ini dicatat dalam Malaysia Book of Records bagi kategori ‘Pengayuh Basikal Tertua Mengelilingi Semenanjung Malaysia’ pada April lalu.
Datuk kepada 18 orang cucu itu akan berkayuh sejauh 6,000 kilometer merentasi Vietnam, Kemboja, Thailand, Singapura dan Riau, Indonesia sebelum pulang ke sini.
Atas sebab-sebab keselamatan semasa kayuhan itu, Wan Hashim kali ini akan ditemani seorang bekas komando tentera dari Kedah, Abdul Khalib Zakaria, 44.
Wan Hashim berkata kayuhan kali ini menjanjikan pengalaman yang berbeza kerana bentuk geografi di negara-negara berkenaan.
“Misi saya kali ini adalah untuk membuktikan umur bukan sempadan untuk mengharumkan nama negara,” katanya.
Isteri beliau Faridah Daud, 62, berkata seluruh anggota keluarga mendoakan Wan Hashim berjaya melaksanakan impiannya itu.
“Ini adalah cita-citanya dan kami tidak akan menghalang, sebaliknya akan mendoakan kejayaan beliau,” katanya.
Sean berkata pihaknya terpanggil untuk menghadiahkan basikal berharga RM7,000 itu kerana mahu melihat Wan Hashim berjaya dalam misinya.
Menurutnya basikal itu adalah antara yang tahan lasak dan lebih ringan serta sesuai untuk kayuhan jarak jauh dan telah digunakan oleh jaguh-jaguh berbasikal seluruh dunia.
Semua peralatan lain, termasuk beberapa tayar simpanan juga disediakan. – BERNAMA
TOP
Misteri Mayat Tanpa Pakaian Mati Dengan Lembu
Gambar yang disebarkan di laman sosial Facebook mengenai kejadian mayat lelaki ditemui dalam keadaan bogel bersama lembu mati di Kampung Panglima Bayu, Tanah Merah, kelmarin.
TANAH MERAH – Seorang bekas anggota tentera ditemui mati dalam keadaan misteri bersama bangkai seekor lembu di sebuah kandang di Kampung Panglima Bayu, dekat sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, mayat Mohd Azhar Abdul Halim, 44, ditemui pemilik lembu dalam keadaan tanpa pakaian bersama seekor lembu yang sudah mati dalam kandang berkenaan. Pemilik lembu terbabit, Mohamad Husin, 61, berkata, dia bersama seorang rakan mencari lembunya yang hilang, kemudian ditemui mati itu tidak jauh dari kandang tersebut sejak awal pagi.
Anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Tanah Merah bagi bedah siasat
“Kami cari di tempat biasa lembu ini ditambat tetapi tidak ada, kemudian saya cuba cari di kawasan lain dan ketika melalui kandang, saya ternampak ada lembu mati dan mayat mangsa. “Saya terus panggil rakan untuk lihat sendiri kejadian sebelum buat laporan di Balai Polis Batu Gajah kira-kira jam 4.15 petang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin. Sementara itu, adik mangsa, Mohd Abdul Halim, 30, memberitahu, abangnya menghidap beberapa penyakit seperti jantung, paru-paru berair dan asma serta pernah dimasukkan ke hospital sebelum ini. “Saya dapat tahu dia meninggal dunia dalam kandang lembu selepas dimaklumkan seorang jiran. Arwah tidak ada di rumah sejak jam 10 malam semalam dan isterinya cuba cari dengan menghubungi rakan arwah tapi gagal,” katanya. Sementara itu Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. – Sinar Harian Online

Edar Dadah: Kontraktor Ke Tali Gantung
GEORGETOWN – Seorang kontraktor dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 2,277.2 gram tahun lepas.
Hakim Datuk Nordin Hasan menjatuhkan hukuman terhadap Abdul Sarthar Abdul Gapor, 30, setelah mendapati keterangan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Abdul Sarthar dituduh mengedar dadah berkenaan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas di sini kira-kira pukul 11.30 malam pada 11 Februari tahun lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama.
Hakim dalam penghakimannya berkata penjelasan pihak pembelaan tidak munasabah apabila tertuduh mendakwa tidak mengetahui kandungan dadah dalam bagasi dibawa sedangkan bagasi berkenaan berat dan terdapat bonjolan ekoran kandungan dadah yang banyak.
“Pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
“Terdapat banyak percanggahan yang tiada penjelasan munasabah,” kata Hakim.
Abdul Sarthar tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap keputusan mahkamah itu.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izhanudin Alias manakala tertuduh diwakili Peguam, V. Parthipan. – BERNAMA
TOP
PAC Akan Panggil 9 Kementerian Dan 5 Agensi – Nur Jazlan
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil sembilan kementerian dan lima agensi dan jabatan kerajaan untuk memberi penjelasan lanjut berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata sembilan kementerian itu adalah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pertahanan, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.
“Sebagai contoh, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu jelaskan beberapa perkara di dalam program 1Azam seperti pemilihan peserta dan peruntukan yang telah diberikan,” katanya.
Beliau berkata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai pengurusan pengendalian acara dalam program yang dianjurkan manakala Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan dipanggil mengenai pengurusan subsidi biji benih padi sah.
“Kesemua mereka akan dipanggil secara berperingkat mulai Januari depan dan laporan hasil dari pertemuan itu akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat pada Mac depan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3 selepas bermesyuarat dengan Timbalan Ketua Audit Negara Datuk Anwari Suri di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Nur Jazlan berkata lima agensi itu membabitkan Jabatan Hal Ehwal Veteran (Kementerian Pertahanan) mengenai pengurusan bayaran faedah kepada pesara Angkatan Tentera dan Jabatan Akauntan Negara (Kementerian Kewangan) mengenai pengurusan wang tidak dituntut.
Turut dipanggil adalah Polis Diraja Malaysia (Kementerian Dalam Negeri) mengenai pengurusan kenderaan peronda dan motosikal Unit Rondaan Bergerak dan pengurusan saman trafik.
Selain itu, akan dipanggil adalah Majlis Amanah Rakyat (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) mengenai pengurusan projek pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Arau, Kuala Kangsar dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong serta pengurusan Syarikat Malaysia Institute of Aviation Technology Sdn Bhd.
“Agensi lain adalah Jabatan Alam Sekitar (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar) mengenai pengurusan aktiviti penswastaan pengawasan udara dan penguatkuasaan punca tetap dan punca bergerak,” katanya.
Ditanya mengenai laporan audit itu, Nur Jazlan berkata pihaknya agak terkejut dengan peningkatan jumlah kementerian dan agensi yang akan dipanggil kelak berbanding siri yang lepas.
“Saya rasa mungkin kerana banyak isu. Sepatutnya jumlah yang akan dipanggil berkurangan. Saya juga rasa setiap tahun, audit telah dijalankan dengan lebih menyeluruh,” katanya yang tidak pasti jumlah kementerian yang telah dipanggil pada siri lepas. – BERNAMA
TOP
BMW Group Malaysia Lancar 320i Sport Sedan
KUALA LUMPUR – BMW Group Malaysia(BMW) memperkenalkan BMW 320i Edisi Sport, model terkini segmen sports sedan premiumnya.
Pengarah Urusan BMW Alan Harris berkata elemen edisi terbaharu itu bersesuaian dengan ciri khusus yang hanya terdapat dalam varian baru BMW 3
Series.
“Reka bentuk berkenaan mewujudkan perbezaan yang jelas antara model siri, membolehkan pemandu menyesuaikan kereta mereka dengan pilihan reka bentuk dan gaya hidup mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
BMW 320i berkenaan pada RM258,800, boleh didapati dalam warna putih, hitam, merah, perak, biru dan kelabu. – BERNAMA
TOP
JPJ Kedah Keluarkan 761 Saman Kenderaan
SINTOK – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah telah mengeluarkan 761 saman terhadap pemilik kenderaan atas kesalahan nombor pendaftaran, lampu ‘High-Intensity Discharge’ (HID) dan lampu ‘Strobe’ menerusi operasi khas yang dilancarkan sejak awal bulan ini.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa JPJ Kedah Shahrul Azhar Mad Dali berkata sehingga semalam pihaknya turut memberi notis advokasi terhadap 116 pemilik kenderaan atas kesalahan cermin gelap sebelum tindakan diambil terhadap kesalahan itu pada Mei tahun depan.
Beliau berkata daripada 761 saman yang dikeluarkan sebanyak 691 kes adalah kesalahan nombor pendaftaran, 56 kes berkaitan lampu ‘Strobe’ dan 14 bagi kes lampu HID selepas pemeriksaan terhadap 7,771 buah kenderaan.
“Kita sebelum ini telah melakukan program advokasi sejak 7 Sept lepas dan rata-rata pemilik kenderaan telah tahu kesalahan pada kenderaan mereka. Jadi yang mana tidak ikut kita akan saman.
“JPJ turut meminta pemilik kenderaan tampil secara sukarela ke cawangan JPJ di seluruh negeri seperti di Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim untuk memeriksa dan mendapatkan nasihat mengenai kesalahan pada kenderaan mereka agar ia mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas majlis Pelancaran Skuad Muda 1JPJ di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.
Sementara itu Shahrul Azhar berkata pihaknya akan memperluaskan Skuad Muda 1JPJ ke pusat pengajian tinggi awam dan swasta di negeri ini pada masa akan datang sebagai usaha memupuk kesedaran terhadap keselamatan jalan raya.
“Maklumat yang mereka perolehi akan dipanjangkan kepada rakan-rakan dan seterusnya kepada ahli keluarga mereka di kampung serta ia mampu untuk meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan jalan raya,” katanya.
Beliau berkata UUM merupakan universiti pertama di negeri ini yang menjadi ahli Skuad Muda 1JPJ dengan keahlian berdaftar seramai 200 orang. – BERNAMA
TOP
Perbelanjaan R&D Tempoh 2011-2013 Kurang Memuaskan – Audit
KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3 mendedahkan pencapaian perbelanjaan Program Penyelidikan dan Pembangunan (Program R&D) bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), bagi tempoh 2011 hingga 2013 secara keseluruhan adalah kurang memuaskan.
Ini berdasarkan jumlah perbelanjaan sebenar yang dilakukan iaitu RM199.63 juta (56.1 peratus), berbanding peruntukan diluluskan RM355.95 juta.
Menurut laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat di sini Isnin, analisis Audit mendapati peratusan perbelanjaan pada 2011 telah mencapai 99.7 peratus manakala 2012 pula adalah 99 peratus.
Bagi tahun 2013, peratus perbelanjaan hanya mencapai 80.6 peratus, antaranya disebabkan Dana Inno mencatat peratusan perbelanjaan iaitu RM3.50 juta (14 peratus) berbanding peruntukan keseluruhan RM25 juta, yang menjadikan prestasi perbelanjaan keseluruhan pada 2013 lebih rendah berbanding 2011 dan 2012.
Selain itu, pencapaian fizikal pelaksanaan projek secara keseluruhannya adalah memuaskan iaitu sebanyak 81 daripada 130 projek (62.3 peratus) telah berjaya disiapkan mengikut jadual, manakala kemajuan projek dalam pelaksanaan adalah baik iaitu 927 daripada 1,018 projek (91.1 peratus)mengikut jadual yang ditetapkan setakat 31 Dis 2013.
Menurut laporan itu, sebanyak lima projek ditamatkan walaupun kerajaan telah membuat pembayaran dana berjumlah RM3.10 juta bagi projek tersebut, melibatkan tiga projek bagi Dana Sains dan dua projek bagi Dana Tekno.
Ia disebabkan kelemahan dalam pengurusan projek, kelemahan pemantauan kemajuan dan perbelanjaan projek oleh pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), perubahan skop projek, data penyelidikan yang diperoleh tidak signifikan untuk mencapai objektif projek serta penyelidik tidak berminat meneruskan projek atas faktor kesihatan dan ketiadaan kepakaran.
Selain itu, sehingga 22 Sep 2014, 16 daripada 89 institusi telah memulangkan baki peruntukan projek Dana Sains yang telah tamat kepada kementerian berjumlah RM836,206.51, manakala empat RMC memaklumkan tiada baki peruntukan bagi dana tersebut.
Dalam pada itu, tuntutan pembayaran bagi Projek iDOLA Fasa I (pengagihan komputer) berjumlah RM73,945 yang telah ditolak oleh Mosti, didapati telah dicajkan semula oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) sebagai perbelanjaan di bawah Projek iDOLA Fasa II, yang meliputi pembayaran gaji, penyediaan makanan, tuntutan perbelanjaan, penginapan dan pembayaran tuntutan lain.
Audit mengesyorkan pengurusan perbelanjaan perlu dipertingkatkan untuk mengelak kelewatan dalam memproses bayaran pendahuluan kepada penerima dana dan YIM tidak sepatutnya mengenakan caj perbelanjaan yang tidak dibenarkan oleh Mosti dalam pelaksanaan Projek iDOLA Fasa I dengan menggunakan peruntukan Projek iDOLA Fasa II.
Peruntukan keseluruhan yang diluluskan bagi program R&D di bawah RMK-10 (2011 hingga 2015) adalah sebanyak RM2 bilion, menurut laporan itu. – BERNAMA
TOP
Usaha Pastikan Jalan Ke Cameron Highlands Selamat
IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (tengah) menyampaikan ucapan semasa perhimpunan bulanan penjawat awam di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
IPOH – Satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memastikan keadaan jalan raya ke Cameron Highlands melalui Perak dan Pahang selamat digunakan, kata Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau berkata kerajaan pusat pada dasarnya bersetuju mengenai penubuhan jawatankuasa tersebut. “Ini bagi memastikan cerun jalan raya dapat diawasi bagi mengelak kejadian kemungkinan berlaku tanah runtuh terutama ketika cuaca hujan lebat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan penjawat awam di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan sini hari ini. Kerajaan negeri sebelum ini membangkitkan aspek keselamatan jalan Tapah-Cameron Highlands dan Simpang Pulai-Cameron Highlands. Beliau berkata kerajaan pusat khususnya Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga memberi jaminan kepada kerajaan negeri bahawa tindakan segera akan diambil berhubung kejadian hakisan dan runtuhan di laluan berkenaan. “Laluan Tapah merupakan jalan raya terawal dan satu-satunya penghubung ke Cameron Highlands dari Perak iaitu sejak zaman kolonial. Kini satu lagi laluan iaitu jalan raya Simpang Pulai-Cameron Highlands merupakan laluan alternatif. Kedua-dua jalan ini menghubungkan Perak ke kawasan itu,” kata Dr Zambry. Sabtu lepas, laluan Tapah-Cameron Highlands ditutup hingga dibuka kepada hanya kenderaan ringan pada 4.20 petang semalam kerana beberapa lokasi di sepanjang jalan itu mengalami tanah runtuh. Setakat ini beberapa lokasi telah dibersihkan daripada kesan tanah runtuh, namun kerja-kerja membaiki struktur laluan masih diteruskan. – BERNAMA

Bangsat Punya Honda Weststar Jalan Ulu Kelang
Jumaat lepas, rakan penulis menerima panggilan telefon daripada pusat servis kenderaan Weststar di Jalan Ulu Kelang memaklumkan beliau memenangi hadiah cabutan bertuah sebuah i-pad mini.
Sebenarnya beliau tak tahu menahu sangat pasal cabutan bertuah itu kerana beliau tak join atau isi sebarang borang untuk join cabutan berkenaan.
Rupanya, selepas dapat panggilan tu baru beliau tahu yang pusat servis itu sendiri ada inisiatif memasukan nama dalam kotak untuk cabutan bertuah.
Maknanya bukan orang join atas kerelaan sendiri, diaorang yang bagi masuk… kononnya salah satu strategi marketing la tu.
Oklah… so petang tadi beliau kosongkan sedikit jadual kerja dan singgah la nak ambik.
Tetiba budak jaga kuanter tu cakap perlu ada sekeping kertas apa tah kalau nak tuntut hadiah tu.
Kawan penulis takda pun ingat ada dapat kertas tu ke apa…masa servis bulan 10 tu…dia bayar dan terus blah ambik kereta… takda pun dapat apa-apa kertas atau dimaklumkan pasal cabutan bertuah.
Yang paling sial dan gampang punya pusat servis ni… kau yang pandai-pandai nak buat cabutan bertuah tanpa orang bagi kebenaran atau dimaklumkan pasal hal itu…lepas tu kau nak letak syarat untuk benda tak masuk akal.
Yang menariknya… pusat servis tu dah ada semua butiran termasuk nama dan nombor kereta pemenang kononnya bertuah tu… tapi pasal kertas kecik sekeping yang tulis entah apa… dia kata tak boleh bagi hadiah tu.
Susah sangat ke… kau dah call pelanggan kau suruh datang… kau cek mykad dan buku servis dia…dah confirm.. bagi ajelah… kau yang gatal-gatal nak buat cabutan bertuah untuk pelanggan kau kan…jangan la persusahkan orang lagi.
Bangsat punya Weststar Honda Jalan Ulu Kelang… ni ke cara kauorang layan pelanggan kau orang?
Kau buat macam orang kemaruk sangat dengan hadiah kau tu… sedangkan kau yang pandai-pandai buat cabutan bertuah apa semua.
Orang datang servis tempat kau bayar … bukan free…kau yang pandai-pandai nak buat cabutan bertuah…lepas tu malukan pelanggan depan orang lain.
Kawan penulis tu lagi segan pasal bertembung dengan kawan lain kat pusat servis tu… yang bertanya apa yang berlaku… tak ke malu seolah-olah nampak kemaruk nak i-pad sedangkan dia datang selepas dihubungi.
Ni la binses Melayu… maju sikit dah la mula layan orang cam bangsat…
Kawan penulis tu kata… gi mampus la dengan Weststar Honda Jalan Ulu Kelang.
Mungkin memang itu kot yang sepatutnya… Honda yang sudah dipanggil semula beberapa kali di seluruh dunia sebab kelemahan model yang dikeluarkan… bagi perhatian sikit la kat pusat-pusat servis camni…
Takda Honda… ada berlambak lagi jenama kereta lain kat negara ni…
TOP
Bila Istana Raja Belanda Disangka Tandas Awam
AMSTERDAM – Pihak berkuasa Belanda bingung mencari cara terbaik menghalang orang awam yang sering kencing di dinding istana diraja negara itu di pusat bandar raya ini sejak bangunan warisan itu selesai dibaik pulih dengan kos jutaan euro pada akhir 2011 lalu.
Buat masa ini, untuk jangka pendek polis ditempatkan di kawasan strategik bagi mencegah pejalan kaki membuang hajat mereka di sekeliling istana lama itu terutama pada waktu malam kerana persekitaran bangunan dicat warna gelap dan kurang pencahayaan.
Ramai salah faham dengan status istana itu sebagai kediaman rasmi Raja Belanda dan mengambil kesempatan untuk kencing di kawasan sunyi tetapi sebenarnya bangunan itu merupakan pejabat untuk urusan kerja rasmi oleh kerabat diraja Belanda sendiri.
Pihak berkuasa Amsterdam kemudian memasang pagar besi di sekeliling istana itu namun Kementerian Dalam Negeri minggu lalu mengkritik pagar tersebut kerana ia mencacatkan pemandangan bangunan walaupun niat asalnya bagi tujuan keselamatan kenamaan.
Ekoran bau busuk akibat air kencing terbabit, kerajaan Belanda dijangka memasang lebih banyak lampu dan alat pengesan pergerakan yang akan menghidupkan lampu automatik jika ada pelaku vandalisme cuba berdiri lama di tepi dinding istana itu untuk kencing.
Jika semua usaha tersebut masih lagi gagal, langkah terakhir ialah memasang mangkuk kencing yang hanya akan timbul di koridor istana pada waktu malam selain ‘pagar khas’ yang boleh membunyikan siren khas jika mengesan individu cuba untuk buang air kecil. – Agensi
TOP
Keluar Lokap, Fahmi Zainol Tetap Degil Mahu Teruskan Pidato
Biarpun telah dituduh dengan sembilan dakwaan oleh Lembaga Tatatertib Universiti Malaya (UM), mahasiswa universiti itu Fahmi Zainol masih tidak serik untuk terus lantang bersuara menerusi pidato di seluruh Malaysia.
Semalam, kerana mengadakan pidato di Jalan Gaya, Kota Kinabalu Fahmi yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa UM dan beberapa orang pelajar universiti lain telah ditahan kerana berucap tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Namun Fahmi dilaporkan berkata, insiden penahanan itu tidak akan sesekali mematahkan semangatnya untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara, memetik laporan Mstar Online.
“Kita akan terus memperjuangkan hak ini. Tindakan yang dikenakan Lembaga Tatatertib UM dan penahanan polis di Kota Kinabalu tidak membuatkan saya serik untuk bersuara dan memberi penerangan kepada rakyat,” katanya.
Oleh itu, Fahmi berdegil akan kembali berpidato di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Jumaat ini dan kemudian di Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Pulau Pinang.
Kumpulan 10 mahasiswa yang ditahan di Balai Polis Kota Kinabalu, Sabah hari ini kerana tidak mendapat kebenaran berpidato di Jalan Gaya semalam. Turut ditahan Presiden MPP UM Fahmi Zainol (dua, dari kanan).
Fahmi telah berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada pukul 10.15 pagi tadi. Berkenaan kejadian ditahan di Sabah semalam, dia berkata mereka ditahan sebanyak dua kali iaitu pada pukul 11.30 pagi selepas selesai pidato di Jalan Gaya dan kemudian pada pukul 10.15 malam sebelum program ‘Pidato Mahasiswa’ di UMS. “Pada mulanya kami diberitahu penahanan dilakukan untuk menyelamatkan kami daripada serangan kumpulan tertentu. Tetapi setelah dibawa ke balai polis kami disoal siasat mengenai pidato yang dianjurkan,” katanya. Dia dan kesemua mahasiswa lain dibebaskan polis kira-kira pukul 12.15 tengah malam semalam. – MYNEWSHUB.CC

Microsoft Dalam Perbincangan Buka Pusat Data Di Johor
Perkembangan dunia internet dan penggunaan data secara meluas, membuatkan salah satu perkara yang menjadi fokus adalah pembangunan pusat data di rantau-rantau ramai pengguna untuk memberikan akses yang lebih pantas.
Terkini, Microsoft dilaporkan dalam perbincangan awal untuk membuka sebuah pusat data di Sedenak, Kulaijaya.
Perbincangan masih pada peringkat awal dan sekiranya berjaya, Microsoft akan melabur sekitar RM5 bilion ke RM6 bilion untuk membangunkan pusat data tersebut.
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri mengharapkan keputusan yang baik dari Microsoft berhubung perkara ini.
“Kami masih menunggu jawapan yang positif daripada syarikat gergasi tersebut dan mengharapkan keputusan yang terbaik akan diperoleh bagi kedua-dua pihak,” katanya, memetik laporan The Star.
Sebelum ini, MDeC dilaporkan pernah cuba menarik Microsoft untuk membuka pusat data di Cyberjaya, tetapi Microsoft dilihat lebih berminat untuk melabur di Johor memandangkan lokasinya yang berdekatan dengan Singapura.
Sekiranya perbincangan ini terhasil, maka kita akan dapat melihat impak positif dari segi ekonomi dan teknologi, di samping mungkin menarik lebih banyak syarikat lain untuk turut serta membuka pusat data di Malaysia.
Sumber: thestar
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
Sumber: thestar
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
TOP
Isu Doping: Bukan Masanya Tuding Jari Mana-Mana Pihak
PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menegaskan sekarang bukan masanya untuk menuding jari terhadap mana-mana pihak dalam isu doping melibatkan ikon sukan negara, Datuk Lee Chong Wei.
Sebaliknya, beliau berkata semua pihak yang terlibat memberi kerjasama dalam mengumpul maklumat bagi pembelaan jaguh badminton negara itu di hadapan Jawatankuasa Panel Pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas ini.
“Saya tidak tahu nak kata kelalaian siapa sebab sekarang, saya bukan dalam kaedah mencari kesilapan. Saya sebagai menteri dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia), kami sedang menyediakan kes terbaik untuk atlet berkenaan.
“Selepas selesai proses panel pendengaran, baru kita tengok sekiranya ada kelalaian, kelemahan dan kepincangan. Sekarang bukan masanya menyalahkan sesiapa,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perjanjian persefahaman antara Kementerian Belia dan Sukan dengan industri-industri di sini hari ini.
Perjanjian yang membolehkan pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) menjalani latihan berdasarkan bidang pengajian mereka itu, melibatkan syarikat AEON Co (M) Berhad, Samsung SDI Energy, Tune Hotel dan Tan Chong Group.
Sehingga kini, BWF belum mengumumkan nama pemain badminton negara yang didapati positif dalam sampel B ujian doping pada Jumaat lepas kerana menggunakan bahan terlarang jenis ‘dexamethasone’.
Namun semalam, Chong Wei menerusi laman sosial Facebook miliknya berkata bahawa beliau tidak pernah menggunakan bahan terlarang sebagai jalan pintas untuk mencapai pelbagai kejuaraan di dalam mahupun di luar negara.
Pemain nombor satu dunia itu berdepan penggantungan selama dua tahun oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) namun akan diberi peluang membela diri apabila Jawatankuasa Panel Pendengaran BWF melakukan siasatan dalam usaha mengurangkan hukuman terhadapnya.
Isu doping yang dikaitkan dengan jaguh badminton negara itu semakin tegang apabila terdapat pihak cuba meletakkan kesalahan itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abd Aziz.
Dr Ramlan menerusi laman sosial Facebook miliknya mengeluarkan kenyataan dengan menggesa pihak tertentu supaya tidak membuat sebarang ulasan lanjut sehingga Jawatankuasa Panel Pendengaran BWF membuat keputusan kes tersebut.
Dr Ramlan juga meminta pihak terbabit tidak menyalahkan ISN secara langsung atas kegagalan mereka mengawasi sejarah pengambilan ubat oleh atlet berkenaan.
Mengulas lanjut, Khairy berkata beliau tidak melindungi mana-mana pihak dalam isu berkenaan, sambil menggesa semua yang terlibat memberi tumpuan dalam menyediakan maklumat terbaik bagi proses pendengaran BWF itu.
“Saya tidak membuat apa-apa perlindungan (terhadap sesiapa)…akan sampai masanya untuk kita buat siasatan lanjut dan siapa yang bertanggungjawab…(sekarang) belum tiba masanya lagi,” katanya. – BERNAMA
TOP
Model Hot Bersara Lepas Dapat Tawaran Jadi Pengadil
SEORANG model dari Itali, Claudia Romani menyatakan kesediaannya bersara daripada kerjaya modeling demi mengembangkan kerjayanya dalam satu bidang kerja yang baharu iaitu menjadi pengadil perlawanan bola sepak.
Lepas ni makin galaklah orang lelaki nak layan perlawanan bola sepak lebih-lebih lagi dari liga bola sepak Itali.
Claudia sebelum ini pernah banyak kali bergambar dan beraksi ghairah menghiasi majalah lelaki antarabangsa seperti GQ, Maxim dan FHM.
“Berlari bersama pemain bola sepak dalam satu padang adalah satu peluang yang tidak seharusnya dilepaskan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai tugasan terbaharunya itu.
Claudia yang merupakan anak jati kelahiran Itali pernah menetap di Britain, Denmark dan Amerika Syarikat sepanjang kariernya sebagai seorang model. – MYNEWSHUB.CC
Claudia yang merupakan anak jati kelahiran Itali pernah menetap di Britain, Denmark dan Amerika Syarikat sepanjang kariernya sebagai seorang model. – MYNEWSHUB.CC
TOP
TMJ Penaung Persatuan Pemain Bola Sepak Malaysia
KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan memenuhi permintaan Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) menjadi penaung persatuan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail berkata, kesudian Tunku Ismail itu merupakan penghormatan dalam memperjuangkan profesionalisme pemain bola sepak tempatan.
“Pemilihan TMJ selaku Penaung PFAM disebabkan nilai yang diterjemahkan sendiri oleh baginda yang begitu profesional dalam membantu pembangunan bola sepak negara.
“Malah, TMJ juga sangat arif dalam selok-belok pengurusan bola sepak dan sememangnya ia akan membantu PFAM dalam merangka pelbagai usaha untuk membela hak dan kebajikan para pemain,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Izham berkata, persetujuan itu dicapai dalam satu pertemuan antara beliau dan Presiden PFAM, Hairuddin Omar dengan Tunku Ismail baru-baru ini yang memperlihatkan aspirasis baginda untuk mempertingkatkan profesionalisme bola sepak Malaysia.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, PFAM masih merupakan persatuan yang bebas yang memperjuangkan kebajikan pemain bola sepak negara dan perkara itu diperakui sendiri oleh TMJ.
Justeru, beliau berharap kehadiran TMJ dalam PFAM akan menarik lebih ramai pemain bola sepak negara menjadi ahli PFAM demi masa depan mereka.
“Ini juga merupakan sebuah manifestasi jelas untuk memastikan karier pemain bola sepak profesional lebih dihormati seperti bidang profesional lain,” katanya.-mynewsub
TOP
Rumah Panjang Yang Usang Akan Dikaji Semula
KUALA LUMPUR – Rumah-rumah panjang di bawah pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sudah usang akan dikaji semula untuk dibangunkan mengikut kawasan-kawasan yang terlibat.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pemaju untuk mengambil inisiatif sama ada mengosongkan rumah tersebut atau membaik pulih rumah panjang berkenaan.
“Melihat kepada apa yang berlaku kini, terdapat penduduk yang tidak mahu berpindah daripada rumah berkenaan dan mahu terus menetap di situ walaupun telah diberikan tawaran untuk berpindah ke kawasan perumahan baru,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM1,500 kepada mangsa-mangsa kebakaran rumah panjang Blok 7 di Jalan Ikan Emas di sini hari ini.
Dalam kejadian Sabtu lepas, empat daripada lapan unit rumah panjang Blok 7 itu musnah dalam kebakaran, namun tiada kemalangan jiwa.
Mengenai perkembangan lain, kementerian telah menarik balik beberapa projek perumahan di Kolam Air, Taman Fadason dan Sentul atas sebab tertentu yang berpunca daripada masalah pemaju itu sendiri.
“Kami akan melihat semula kawasan-kawasan terbabit dan menawarkan projek itu kepada pemaju yang ingin membangunkannya,” katanya. – BERNAMA
TOP
Demo Tuntut Keadilan 2 Maid Indonesia Yang Dibunuh Kejam
Ratusan warga Indonesia di Hong Kong berhimpun memperingati rakan mereka, Sumarti Ningsih dan Seneng Mujiahsih yang mati dibunuh minggu lalu.
HONG KONG – Mereka berhimpun aman tanpa membawa payung – simbol protes oleh aktivis prodemokrasi terhadap pemerintah pro-Beijing yang menggemparkan dunia bulan lalu; malah pasukan polis antirusuhan langsung tidak menggunakan gas pemedih mata. Itulah gambaran unik lebih 200 pekerja wanita Indonesia berkumpul di Victoria Park di pusat bandar pulau ini semalam memperingati kematian tragik dua rakan senegara mereka, Sumarti Ningsih dan Seneng Mujiahsih yang dibunuh kejam di Hong Kong minggu lalu. Peserta yang berkabung turut membuat kutipan derma kilat bagi disumbangkan kepada keluarga mangsa terbabit di Indonesia selain menyanyikan beberapa buah lagu dan bacaan doa untuk mangsa yang dibunuh seorang pegawai bank rakyat British, Rurik Jutting. Mayat dua wanita tersebut yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah di Hong Kong ditemui dalam keadaan ngeri hampir hancur di sebuah apartmen mewah milik suspek berusia 29 tahun, tidak jauh dari daerah pelacuran terkenal pulau bekas jajahan British itu. Ramai peserta kelihatan menangis manakala beberapa aktivis hak asasi pekerja asing menuntut pihak berkuasa Hong Kong segera menghukum suspek selain menyalahkan pemerintah Indonesia yang lambat bertindak balas susulan kes pembunuhan tersebut. Namun, seorang pegawai Kementerian Luar Indonesia, Tatang Budie Utama Razak menafikan dakwaan itu dan menegaskan, mereka segera ke Hong Kong sejurus kes dilaporkan serta terus memaklumkan keluarga mangsa selain membantu pihak berkuasa. – Agensi
Sumarti Ningsih dan Seneng Mujiahsih mungkin menjadi mangsa keganasan seksual sebelum dibunuh kejam seorang rakyat British, Rurik Jutting di Hong Kong baru-baru ini.

KDN Kaji Naik Taraf Penjawatan Di Balai Polis Seluruh Negara
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menjalankan kajian menyeluruh untuk menaik taraf pangkat dan pengukuhan jawatan di balai polis dan ibu pejabat polis daerah (IPD) seluruh negara.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hasil kajian itu akan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menggantikan ‘skor’ yang ditetapkan sebelum ini yang diguna pakai untuk menaikkan pangkat keanggotaan dan mewujudkan balai polis baharu.
“Kajian ini dibuat berdasarkan kedudukan balai, fungsi atau beban tugas berdasarkan beberapa kategori iaitu bandar, luar bandar, pulau, sempadan antarabangsa, lapangan terbang, pelabuhan, pedalaman dan sebagainya,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang ingin tahu status rancangan menaik taraf IPD Bintulu dengan diketuai Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP).
Ahmad Zahid berkata jika kajian itu diterima pakai, kedudukan pangkat ketua IPD atau balai-balai lain, akan dapat mengimbangi beban tugas dan peranan balai berkenaan.
“Lebih besar peranan dan beban tugas yang dipikul oleh balai berkenaan, maka lebih tinggi atau lebih banyak perjawatan di balai itu,” katanya.
Ahmad Zahid berkata kajian itu juga akan mengambil kira beberapa faktor seperti tahap ekonomi kawasan, kerumitan kawasan, komunikasi dan kemudahan awam serta komposisi penduduk.
Menteri itu juga berkata 28 daerah di Sarawak telah diletakkan IPD dan 83 balai polis, manakala daerah Bintulu akan dinaik taraf kepada IPD dalam Rancangan Malaysia ke-11.
“Kementerian telah mengenal pasti kawasan untuk pembinaan IPD Bintulu dan projek naik taraf akan melibatkan bangunan pentadbiran, bangunan sokongan, dewan serbaguna, surau, kantin serta perumahan pegawai dan anggota,” tambahnya.
Selain itu, kata Ahmad Zahid, sistem komunikasi luar bandar juga akan dinaik taraf kepada Sistem Arahan dan Kawalan, Komunikasi dan Integrasi Komputer (C4i) bagi memperbaiki beberapa lompang di kawasan pedalaman. – BERNAMA
TOP
PM India Wujud Jawatan Menteri Yoga
Narendra Modi dalam foto yang jarang didedahkan media sebelum ini, memang seorang pengamal yoga setiap hari walau bagaimana sibuk sekali pun urusan rasmi beliau. - Gambar hiasan
NEW DELHI – Mungkin ini satu-satu menteri seumpamanya di dunia tetapi Perdana Menteri India, Narendra Modi mencipta sejarah baharu apabila memperkenalkan jawatan Menteri Yoga; yang pasti tiada kena-mengena dengan Menteri Kesihatan atau Menteri Sukan. Pengumuman mengejutkan semalam itu dinyatakan dalam rombakan Kabinet kali pertama beliau sejak mengambil alih kepimpinan pada Mei lalu dengan melantik bekas menteri pelancongan, Shripad Yesso Naik menerajui kementerian dikenali sebagai Ayush tersebut. Ayush sebenarnya ialah akronim dalam bahasa Inggeris bagi rujukan Jabatan Ayurveda, Yoga, Naturopathy, Unani, Siddha dan Homeopathy yang ditubuhkan sejak 1995 serta sebelum itu diletakkan di bawah Kementerian Kebajikan Keluarga dan Kesihatan India. Kementerian Ayush mengandungi lima majlis penyelidikan berpusat dan lapan institut penyelidikan kebangsaan; tetapi secara kebetulan, nama Ayush juga adalah panggilan biasa dalam ajaran Hindu yang berasal daripada bahasa Sanskrit bermaksud hidup panjang. Menerusi rombakan itu, Modi yang juga pencinta amalan yoga berhasrat mempromosikan amalan kesihatan purba India dan semakin popular di serata dunia, malah beliau yang juga seorang pemakan sayur atau vegetarian sebenarnya mengamalkan yoga setiap hari. Modi bahkan pernah diminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dua bulan lalu mewujudkan hari yoga antarabangsa dan ketika lawatan rasmi ke Amerika Syarikat, Presiden Barack Obama serius membincangkan isu yoga pada majlis makan malam di White House. “Tahniah semua menteri yang baharu dilantik dan saya berharap anda semua terus bekerja dengan penuh semangat,” kata Modi dalam laman Twitter sebagai respons kepada rombakan 21 buah kementerian termasuk mewujdkan empat kementerian baharu. – Agensi
Narendra Modi ketika bertemu Barack Obama pernah secara serius membincangkan isu yoga sebagai terapi kesihatan alternatif. – Gambar hiasan

Video: Pengembaraan Angkasawan Negara Di Ruang Angkasa
Kejayaan Malaysia melahirkan angkawasan negara buat pertama kali pada tahun 2007 pasti mengundang kenangan yang tidak akan dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Mengimbau kembali sejarah yang terlakar pada 2007 itu mampu menimbulkan perasaan bangga atas pencapaian rakyat Malaysia yang mampu menjejakkan kaki di ruang angkasaraya.
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, merupakan rakyat Malaysia Islam pertama berada di International Space Station yang berlepas dengan pesawat angkasa lepas Soyuz TMA-11.
Kejayaan Dr. Sheikh Muszaphar ini tidak datang bergolek begitu sahaja, pelbagai rintangan dan ujian berjaya dihadapi bagi melayakkan diri dinobatkan sebagai angkasawan Malaysia pertama.
Sementara itu, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana angkasawan ini mengharungi hidupnya di ruang angkasa. Seperti diketahui umum kehidupan di sana amatlah berbeza dari segi tekanan dan bermacam lagi.
Sepanjang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), beliau ada membuat beberapa video ringkas suasana yang dialami olehnya di atas sana.
Berikut adalah videonya:
KETIKA MAHU MINUM AIR
KETIKA MAHU TIDUR
KETIKA MAHU SOLAT
Bagaimana? Teruja bukan?
Untuk pengetahuan anda, beliau berada di ISS selama 192 hari, bermula dari 12 Oktober 2007 hingga 19 April 2008. Jadi bagi adik-adik yang berminat menjadi seperti Dr. Sheikh Muszaphar, haruslah tingkatkan usaha dan belajar bersungguh-sungguh bagi mengejar impian. Mana tahu anda mungkin menjadi angkasawan negara seterusnya! – MYNEWHSUB.CC

Pemahaman Mendalam Diperlukan, Elak Salah Faham Tentang GST
KUALA LUMPUR – Dengan kira-kira lima bulan lagi sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pemahaman mendalam diperlukan bagi mengelakkan salah faham terhadap apa yang pastinya satu sistem percukaian yang akan dapat menjadikan pengutipan cukai lebih cekap dan telus.
Apa yang lebih penting, hasil kutipan tinggi akan dapat disalurkan semula kepada rakyat dari segi peningkatan manfaat sosio ekonomi.
Tetapi pihak yang tidak bertanggungjawab membuat andaian tidak tepat bahawa ia akan membebankan dan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan serta meningkatkan kos hidup.
Sebaliknya, berdasarkan 944 barang dalam kumpulan barangan bagi GST, 56 peratus mungkin akan turun harga, 38 dijangka naik dan enam peratus tidak berubah.
Oleh itu, adalah salah untuk mengatakan bahawa semua barang dan perkhidmatan akan meningkat. Kerajaan juga telus dalam menyenaraikan kuantiti barangan yang akan mencatatkan kenaikan atau penurunan harga atau kekal tidak berubah.
Lebih 160 negara telah melaksanakan GST, cukai tokokan nilai atau cukai penggunaan, dengan ekonomi utama seperti Australia, New Zealand dan Singapura menjana peningkatan hasil ketara dan menyalurkannya semula kepada rakyat.
Tambahan lagi, kadar GST Malaysia pada enam peratus apabila dikuatkuasakan pada 1 April, 2015, akan menjadi yang terendah di Asean.
Syarikat-syarikat, dapat dimengertikan akan kebimbangan mereka tentang bagaimana GST boleh memberi kesan kepada perniagaan mereka. Tetapi pemahaman daripada sektor Korporat semakin meningkat apabila bilangan syarikat yang mendaftar setakat ini naik kepada 131,120 pada 9 November 2014.
Ini adalah hasil daripada aktiviti promosi oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Perlu untuk diingat bahawa GST, yang menggantikan cukai jualan semasa sebanyak lima dan 10 peratus berdasarkan kepada jenis cukai barang dan
perkhidmatan pada enam peratus, telah mengambil kira kepentingan kumpulan berpendapatan rendah.
Barangan makanan asas seperti beras, tepung, roti dan susu bayi tidak dikenakan cukai, manakala pengangkutan awam seperti kereta api, bas, teksi dan pengangkutan air dikecualikan daripada GST.
Di bawah Bajet 2015, bantuan akan diberikan kepada kumpulan pendapatan rendah, bagi membantu meringankan bebanan peningkatan kos hidup dengan bantuan sebanyak RM950 diberikan bagi isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,00 sebulan di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).
Satu lagi bukti kesungguhan kerajaan dalam mengurangkan bebanan kewangan rakyat adalah dengan mengekalkan janji-janjinya menurunkan kadar cukai bagi semua kumpulan pendapatan bercukai antara satu dan tiga peratus bagi tahun taksiran 2015.
Bagi tahun taksiran 2015, pendapatan kadar cukai bagi semua kumpulan berpendapatan bercukai antara satu dan tiga peratus bagi tahun taksiran 2015.
Sebagai sistem cukai yang progresif, kerajaan dijangka mengutip lebih banyak hasil menerusi GST berbanding sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berikutan kecekapan dan ketelusan dalam sistem GST.
Hasil cukai tambahan boleh disumbangkan kepada pembangunan prasarana, pengangkutan, kesihatan dan keselamatan sosial.
Lebih banyak syarikat dijangka mendaftar di bawah sistem GST, dengan perniagaan yang memiliki hasil tahunan melebihi RM500,000 diwajibkan mendaftar.
Bagi syarikat dengan hasil tahunan di bawah RM500,000 mereka digalakkan mendaftar untuk menuntut kredit bagi cukai input apabila berurusan dengan perusahaan yang lebih besar di bawah sistem GST.
Dianggarkan kira-kira 200,000 syarikat akan mendaftar bagi GST pada akhir tahun.
Diunjurkan bahawa dengan sistem GST yang tanpa cukai tersembunyi seperti dalam cukai jualan sekarang, kerajaan boleh mengutip hasil cukai tambahan sebanyak RM5.6 bilion.
GST dijangka meningkatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) ekonomi sebanyak anggaran 0.3 peratus, menaikkan eksport sebanyak 0.5 peratus, ditambah dengan pengurangan birokrasi dan kos perniagaan.
Rakyat pada masa yang sama perlu yakin dengan langkah kerajaan untuk menyusun Semula sistem percukaian bagi menjadikannya lebih efektif. – BERNAMA
TOP
Bicara Kes Saman Khalid Terhadap Malaysia Insider 2 Jun 2015
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari bermula 2 Jun tahun depan untuk perbicaraan kes saman bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap portal berita The Malaysian Insider berhubung artikel mengenai isu jawatan Menteri Besar Selangor.
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam New Sin Yew yang mewakili Abdul Khalid dan peguam Seira Sacha mewakili The Malaysian Insider.
New ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menetapkan 2 hingga 4 Jun depan untuk perbicaraan dan 5 Mei untuk pengurusan kes.
Pada 11 Ogos lepas, Abdul Khalid selaku plaintif, memfailkan saman terhadap Ketua Pegawai Eksekutif dan Penyunting Laman Sesawang www.themalaysianinsider.com (The Malaysian Insider), Jahabar Sadiq Abdul Kader, Penyunting Bahasa Melayu untuk versi Bahasa Melayu portal itu Amin Shah Iskandar, pemilik dan pentadbir portal berita itu, The Edge Communications Sdn Bhd dan TMIDOTCOM Sdn Bhd sebagai defendan pertama hingga keempat.
Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa defendan pertama (Jahabar) telah menerbitkan kenyataan fitnah dan atau/palsu dalam suatu ulasan penyunting Bahasa Inggeris bertajuk “Going by Selangor Ruler’s criteria, Khalid should quit as MB” dalam ruangan Komentar, The Malaysian Insider pada 24 Julai lepas.
Abdul Khalid mendakwa artikel sama turut dikeluarkan oleh defendan kedua (Amin) dalam versi Bahasa Melayu pada tarikh sama dengan tajuk “Berasaskan Kriteria Sultan Selangor, Khalid wajar berundur sebagai MB”.
Plaintif mendakwa artikel yang diterbitkan dalam dua versi (Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu) itu menunjukkan beliau seorang yang tidak boleh dipercayai, tidak beretika, seorang yang tidak layak menyandang jawatan Menteri Besar Selangor (ketika itu), serta seharusnya berundur dan/atau meletak jawatan sebagai menteri besar kerana tidak memenuhi kriteria Sultan Selangor.
Beliau juga berkata perkataan-perkataan dalam artikel itu diterbitkan dengan niat jahat.
Selain itu, Abdul Khalid yang juga anggota Parlimen Bandar Tun Razak mendakwa, The Malaysian Insider juga telah menerbitkan suatu siri ulasan dari 9 Jun hingga 24 Julai lepas yang kononnya mendedahkan salah laku beliau.
Abdul Khalid menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah, kos atau relif lain yang difikirkan sesuai. – BERNAMA
TOP
USM Tanda Tangan MoU Dengan Universiti Bangladesh
GEORGETOWN – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengn Rajshahi University, Bangladesh untuk bekerjasama dalam bidang geografi fizik dan alam sekitar.
Mou itu ditandatangai antara Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Omar Osman dengan Prof Dr Md Zahidul Hassan dari Jabatan Pengajian Geografi dan Alam sekitar universiti Rajshahi.
Omar berkata MoU itu meliputi kerjasama saintifik dan pendidikan.Sehingga kini lapan MoU ditandatangani antara USM dan universiti di Bangladesh, katanya.
Rajshahi University ditubuhkan pada 1953 merupakan yang kedua terbesar di Bangladesh. – BERNAMA
TOP
Kedutaan Amerika Syarikat Tutup Esok
KUALA LUMPUR – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia akan ditutup pada 11 November ini bersempena cuti umum Hari Veteran negara itu.
Kedutaan AS dalam satu kenyataan memberitahu, Hari Veteran di AS bertujuan menghormati dan menghargai semula anggota tentera negara tersebut.
“Perayaan dan perarakan akan diadakan di seluruh AS untuk berterima kasih kepada anggota tentera yang berkhidmat untuk AS pada waktu perang dan aman,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, semua perkhidmatan di Kedutaan AS di Malaysia termasuk urusan visa dan passport akan beroperasi semula pada 12 November 2014.
Orang ramai bagaimanapun masih boleh menghubungi pejabat kedutaan itu di talian 03-2168 5000 jika berlaku kecemasan.-mynewsub
TOP
Adnan Mahu SPRM Percepat Siasatan Di Cameron Highlands
KUANTAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat mempercepatkan penyiasatan berhubung wujudnya amalan rasuah dan salah guna kuasa di Cameron Highlands.
Amalan ini mendorong kepada penerokaan tanah haram secara berleluasa hingga menyebabkan berlaku banjir lumpur yang teruk di kawasan tanah tinggi itu.
Katanya, tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap pihak yang terlibat.
“Saya harap SPRM akan meneruskan dan mempercepatkan siasatan sebab dalam berita dan akhbar-akhbar (mengatakan adanya perlindungan) daripada ahli politik yang semua menumpu kepada menteri besar.
“Kita (kerajaan negeri) tidak pernah mencampuri undang-undang, sesiapa pun daripada menteri besar sampailah ke bawah,” kata Adnan.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian Wisma Kastam Sultan Ahmad Shah yang disempurnakan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Bandar Indera Mahkota di sini.
Adnan berkata pihak kerajaan negeri melalui Majlis Daerah, Pejabat Tanah dan Galian serta Jabatan Perhutanan tidak mempunyai kakitangan mencukupi selain tidak mempunyai peruntukan kewangan untuk menangani apa saja permasalahan yang berlaku di kawasan tanah tinggi itu.
“Bukan senang bagi agensi penguatkuasa yang kecil bilangan kakitangannya untuk mengambil tindakan, bukan itu sahaja, mereka ini berhadapan dengan pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh.
“Justeru, kerajaan persekutuan akan mengambil usaha untuk menjalankan operasi yang difikirkan wajar dan kerajaan negeri akan memberikan sokongan penuh,” katanya.
Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata pihaknya ada menerima laporan dan maklumat berkaitan dakwaan wujudnya jenayah rasuah di sebalik isu penerokaan haram tersebut. – BERNAMA
TOP
Tiada Lagi Istilah Negro Dalam Tentera AS
Tentera Amerika Syarikat berkulit hitam menerima layanan sama seperti rakan-rakan mereka yang berkulit putih. - Gambar hiasan
WASHINGTON DC – Selepas setahun diwartakan secara rasmi oleh biro bancian Amerika Syarikat (AS), pentadbiran tentera darat kuasa besar dunia itu mulai minggu lalu tidak lagi menggunakan perkataan Negro bagi rujukan rakyat berkulit hitam dari benua Afrika. Perkara itu disahkan jurucakap tentera darat AS, Leftenan Kolonel Alayne Conway sebagai mengulas kewujudan perkataan Negro yang masih lagi diguna pakai pasukan keselamatan tersebut dalam pekeliling rasmi polisi perintah tentera darat dikenali sebagai AR-600-20. Isu itu mula didedahkan stesen televisyen terkemuka CNN pada Khamis minggu lalu selepas dimaklumkan pekeliling am askar AS terus merujuk istilah Haitian dan Negro bagi menerangkan kaum untuk anggota tentera berkulit hitam dari pulau Haiti dan benua Afrika. Ia sekali gus bertentangan dengan dasar biro bancian AS yang sejak tahun lalu telah pun memansuhkan dua istilah rujukan kaum itu digantikan dengan perkataan Black dan African American yang seterusnya diikuti semua agensi dan jabatan kerajaan seluruh negara. “Kami sudah diberitahu mengenai perkara ini dan segera bertindak menukar kedua-dua istilah rujukan kaum itu dalam AR-600-20 yang sebenarnya adalah diambil daripada bahasa lama tentera sendiri,” kata Conway menerusi kenyataan kepada semua media tempatan. Pihak pentadbiran tentera turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung ekoran penggunaan dua perkataan tersebut dan menegaskan, pasukan keselamatan tidak berniat menimbulkan penghinaan berbaur perkauman dalam polisi mereka. – Agensi

Kerjasama Merentasi Kementerian Perkasa Pendidikan Khas
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan menjalin kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa kementerian bagi memperkasa pendidikan kanak-kanak kelainan upaya di negara ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching berkata antara kementerian terlibat ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber Manusia.
“Kerjasama ini bukan hanya berfungsi menyalurkan dana malah memberi latihan berkaitan kepada guru-guru,” katanya menjawab soalan tambahan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Anuar ingin tahu sejauh mana keseriusan kerajaan membela nasib kanak-kanak golongan itu serta apakah bentuk kerjasama yang dijalinkan kementerian serta apakah cadangan kerajaan bagi memperkasa pendidikan khas.
Kanak-kanak kelainan upaya yang tergolong dalam golongan itu adalah mereka yang dilahirkan pekak, bisu dan buta manakala kanak-kanak yang mengalami permasalahan pembelajaran pula merupakan mereka yang menghidap Autisme, Dyslexia dan Attention Deficit-Hyperactivity Disorder (ADHD).
Tambah Mary Yap, beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam turut menyediakan program pengajian bagi Pendidikan Khas termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.
Menjawab soalan asal Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) mengenai jumlah sekolah pendidikan khas di negara ini, Mary Yap berkata terdapat 28 sekolah rendah, dua sekolah menengah dan tiga sekolah menengah pendidikan khas vokasional.
Selain itu katanya, kementerian juga menyediakan peluang pendidikan kepada golongan itu melalui Program Pendidikan Khas Integrasi di 1,387 sekolah rendah dan 725 sekolah menengah.
Tambahnya, kementerian juga meminda Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) yang memperluas sekolah khas kepada bukan hanya murid yang mengalami masalah penglihatan dan pendengaran sahaja. – BERNAMA
TOP
Malaysia Rakan Mesra Dan Boleh Diharap, Kata XI
BEIJING – Presiden China Xi Jinping yang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini, menyifatkan Malaysia sebagai rakan mesra dan boleh diharap.
Xi berkata beliau gembira bertemu semula Najib selepas kunjungan pertamanya ke China Mei lepas.
Beliau berkata Najib mengikuti jejak bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, dan lawatannya ke China sempena ulang tahun ke-40 jalinan diplomatik antara kedua-dua negara, sebagai saat bersejarah.
“Ia merupakan suatu cerita indah dalam sejarah perhubungan kedua-dua negara,” kata Xi.
Xi berkata beliau mengadakan pertemuan dua hala di ‘Great Hall of the People’ sempena Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) 2014 di sini hari ini.
Pada pertemuan itu, Xi berkata ulang tahun ke-40 merupakan kisah menarik dalam sejarah hubungan Malaysia dan China.
Bagi merealisasikan keputusan yang lebih bermakna dalam hubungan dua hala itu, Xi juga menggesa kebijaksanaan dan semangat politik sedia ada ditingkatkan..
Najib pula bersetuju dengan Xi bahawa kedua-dua negara perlu menjadikan hubungan baik Malaysia dan China sebagai model hubungan kedua-dua negara.
Sementara itu, dalam pertemuan berasingan dengan Perdana Menteri China Li Keqiang di tempat yang sama, Najib berkata 2014 merupakan tahun bersejarah dan bertuah untuk kedua-dua negara.
Li berkata China sudah bersedia untuk bekerjasama dengan Malaysia untuk meningkatkan lagi tahap itu.
Najib berada di ini untuk menghadiri AELM ke-22 Apec, selama dua hari yang bermula hari ini.
Muhyiddin juga menyebut tentang perlunya ESD mengguna pakai pendekatan bersifat saling berkait atau pelbagai disiplin.
Dalam hubungan ini, kata beliau, institusi pendidikan tinggi (HEI) perlu diperkasakan untuk menjadi pelaku utama dalam usaha mengarusperdanakan ESD, bukan sahaja sesama mereka tetapi juga dengan meluaskan pelaksanaan dan sokongan merangkumi sekolah dan bukan HEI.
“Institusi (pendidikan) tinggi perlu memainkan peranan utama untuk memajukan bahan dan sumber pengajaran yang relevan dengan ESD, yang mampu mencapai hasil lebih banyak dan lebih baik, dengan perbelanjaan yang kurang,” kata Muhyiddin.
Di samping itu, tegas beliau, kolaborasi boleh dipupuk secara pepenjuru, melibatkan entiti komuniti berasaskan pengetahuan seperti taman rekreasi, pusat kebudayaan malahan zoo.
Beliau seterusnya berkata pendekatan dari sudut agama dan kepercayaan serta pendekatan berasaskan kepercayaan ke arah ESD juga boleh digunakan. – BERNAMA
TOP
Boateng Nilai 5 Pemain Import Untuk TRW
KUALA LUMPUR - Pengendali skuad ‘The Red Warriors’ (TRW), George Boateng sedang menilai lima pemain import untuk beraksi dengan pasukan itu pada musim depan.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, Boateng perlu memilih pemain import yang layak sebelum tarikh akhir pendaftaran pada 5 Disember depan.
“Lima pemain import sedang dinilai oleh Boateng. Berkemungkinan seorang `playmaker’ dan `box to box MF’ akan dibawa masuk.
“Kita beri masa secukupnya untuk beliau melengkapan barisan pemain Kelantan untuk tahun 2015,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Annuar dalam pada itu turut memaklumkan Kelantan mengambil bekas pemain Terengganu, Nor Farhan Muhamad bermula musim depan dengan kontrak selama dua tahun.
Menurutnya, Nor Farhan akan bertindak sebagai naib ketua pasukan Kelantan bagi membantu TRW mencapai kejayaan pada tahun 2015.
TOP
Gaya Hidup Merosakkan Perlu Ditinggalkan
NAGOYA – Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa supaya berganding bahu menangani cabaran yang mempunyai kaitan dengan pola kehidupan tidak lestari agar ia tidak membawa padah kepada generasi akan datang.
Ketika menyuarakan saranan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kini dunia terus menghadapi pelbagai cabaran getir seperti perubahan iklim akibat tindakan manusia, penularan penyakit berjangkit, kekerapan berlaku bencana, kemusnahan biodiversiti dan kekayaan sumber asli yang semakin kehabisan.
“Mencapai keseimbangan antara memenuhi keperluan manusia dan memulihara planet ini demi mengejar keamanan dan kemakmuran adalan sesuatu yang sangat penting bagi meningkatkan kualiti kehidupan pada hari ini dan untuk generasi akan datang,” katanya.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata demikian ketika menyampaikan kenyataan pada Persidangan Sedunia Unesco mengenai Pendidikan dan Pembangunan Lestari (ESD) 2014, bertemakan ‘Belajar Hari Ini Demi Masa Depan Lestari’ di Nagoya Congress Centre di sini pada Isnin.
Kehadiran timbalan perdana menteri di sini untuk menyertai peserta lain dari seluruh dunia pada sidang pleno bertemakan “Celebrating a Decade of Action’, (Meraikan Tindakan Sepanjang Satu Dekad), adalah sebahagian daripada jadual lawatan kerja dua hari beliau di Nagoya, bermula Ahad.
Unesco adalah singkatan bagi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu.
Muhyiddin memberitahu perhimpunan di Nagoya ini bahawa komitmen untuk melakukan perubahan amat diperlukan daripada semua lapisan masyarakat, termasuk aktivis di peringkat akar umbi, pendidik dan penggubal dasar.
“Hanya dengan bekerja bersama-sama di semua peringkat sahajalah kita dapat memastikan ESD boleh berkembang melampaui sempadan projek perintis dan kajian kes individu untuk menjadi pemangkin kepada perubahan yang mempunyai sistem bersifat menyeluruh,” katanya.
Ketika menjelaskan bahawa ESD menjadi tonggak utama bagi usaha memupuk modal insan berkualiti untuk abad ke-21, beliau berkata Malaysia sentiasa komited terhadap ESD, dengan merangkumkannya ke dalam kurikulum sekolah kebangsaan, dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat menengah, melalui mata pelajaran yang diajar kepada murid.
Timbalan perdana menteri memaklumkan kepada hadirin bahawa sebagai sebuah negara unik, yang mempunyai pelbagai budaya dan tradisi, kurikulum itu juga antara lain memberi fokus terhadap keamanan, kesepaduan sosial, kepelbagaian budaya, demokrasi dan keadilan bagi memupuk persefahaman antara etnik.
“Malaysia, seperti kebanyakan negara lain yang berkumpul di sini hari ini, mencapai kemajuan dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mempromosi ESD.
Namun demikian, saya percaya lebih banyak yang perlu dilakukan,” katanya.
“Contohnya, konsep ‘maqasid syariah’ dalam Islam adalah suatu cara hidup untuk memulihara dan melindungi kehidupan, intelek, anak cucu dan harta benda, sejajar dengan nilai yang diperjuangkan melalui ESD,” katanya.
Muhyiddin juga menyentuh tentang anjakan paradigma yang perlu diberi pertimbangan bagi mencapai matlamat pembangunan lestari, termasuk beralih daripada pengeluaran kepada pemuliharaan dalam usaha meminimumkan pembaziran dan lebihan pengeluaran.
Beliau seterusnya menyentuh tentang anjakan daripada pemaksimuman kepada pengoptimuman dan daripada pemilikan kepada pengawasan dengan menjelaskan bahawa manusia bukan menjadi ‘pemilik’ sumber, tetapi hanya sebagai pemegang amanah untuk memastikan sumber yang ada tidak lenyap untuk kegunaan generasi akan datang.
Muhyiddin juga menganjurkan anjakan daripada apa yang beliau sebut sebagai pendekatan bersifat ‘silo’, yang secara eksklusif melibatkan kerajaan atau sektor swasta, kepada perkongsian bersifat kolektif, yang merangkumi kerajaan-akademia-swasta-masyarakat sivil.
Malah, kata beliau, langkah itu boleh juga diambil di peringkat merentas sempadan negara, dengan mengambil contoh Asean sebagai sebuah pertubuhan yang menggabungkan 10 negara di Asia Tenggara.
“Dengan kemunculan Komuniti Asean menjelang akhir 2015, peranan Malaysia sebagai pengerusi Asean amat penting untuk menjadikan anjakan ini suatu kenyataan.
“Dengan kata lain, ESD pasca 2014 mempunyai tapak yang lebih luas untuk beroperasi dan ini sesuatu yang sangat berguna untuk sama-sama mewujudkan masa depan lestari,” kata Muhyiddin.
Persidangan tiga hari itu, yang bermula Isnin, menandai pengakhiran Dekad ESD Pertubuhan Bangsa Bersatu (2005-2014) dan akan menyaksikan pelancaran Program Tindakan Global untuk ESD.
Dihadiri kira-kira 1,000 peserta, persidangan ini meraikan pencapaian yang dilakar pada Dekad berkenaan, mengenal pasti pengajaran yang didapati dan membuat persiapan untuk masa depan ESD.
Ia juga mempamerkan inisiatif, penggiat utama, rangkaian dan idea yang lahir daripada Dekad itu. Contoh yang dikumpul dari seluruh dunia ini akan digunakan bagi membantu merancang tindakan untuk masa depan melalui Program Tindakan Global.
Hasil persidangan ini akan dikemukakan kepada Forum Pendidikan Sedunia di Incheon, Korea Selatan tahun depan. – BERNAMA
TOP
Millah Abraham: Pengusaha Bengkel Mengaku Salah
KUALA LUMPUR: Tertuduh Mohamad Harizal Kamaruddin (kiri) dan Kamarudin Annuar (tengah) mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur atas pertuduhan mengembangkan ajaran sesat Millah Abraham di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Seorang pengusaha bengkel mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini terhadap pertuduhan mengembangkan kepercayaan agama yang dikenali sebagai ajaran Millah Ibrahim@Abraham. Kamarudin Annuar, 48, membuat pengakuan itu ketika kesnya disebut di hadapan Hakim Syarie Ibrahim Deris. Mengikut pertuduhan, Kamarudin didakwa mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama selain agama Islam yang dikenali sebagai ajaran Millah Ibrahim@Abraham di premis perniagaan, tingkat 2, B-2-3, Blok B, Jalan 2/142A, Megan Phoenix, Jalan Cheras di sini antara 9 hingga 9.25 malam, 20 Okt lepas. Tertuduh lain iaitu pasangan suami isteri Mohamad Harizal Kamaruddin, 36, dan Nur Ridah Osman, 26, turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan bersubahat mengambil bahagian dalam majlis mengembangkan kepercayaan itu di tempat dan masa yang sama. Pertuduhan terhadap Kamarudin dibuat mengikut Seksyen 5, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997) yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya. Pertuduhan terhadap Mohamad Harizal dan Nur Ridah pula dibuat mengikut Seksyen 43(b), Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997) yang membawa hukuman sama. Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman ke atas mereka sehingga 10 Dis ini bagi meneliti hujahan dan dokumen berkaitan. Sementara itu, lima tertuduh iaitu Johan Haruna, 40; Mahamad Azhari Tajudin, 43; dan isterinya yang sarat mengandung Liliwati Eden, 36; Anuar Zainal, 47, dan Kamalia Mohamed Taib, 34, yang membuat pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan sama pada 6 Nov lepas masih mengekalkan pengakuan mereka. Peguam Siti Maisarah Hashim, mewakili kelima-lima tertuduh itu, memohon supaya semua anak guamnya yang sebelum ini ditahan di penjara, dilepaskan dengan jaminan atas alasan mereka memberi kerjasama yang baik, sehingga selesai perbicaraan. Empat lagi tertuduh, Zakaria Mat Kasa, 35; Mohd Arif Abd Aziz, 33; Heffy Syamsuar, 32; dan Abdul Azim Abdullah, 29, gagal menghadiri prosiding hari ini, dan mahkamah memerintahkan penjamin masing-masing memastikan kehadiran mereka pada prosiding akan datang selain melanjutkan waran tangkap terhadap tertuduh. Mahkamah turut melanjutkan waran tangkap terhadap dua lagi tertuduh iaitu Amirol Hafiz Mohd Samad, 24, dan Aizul Farikh Zainal Abidin, 39, serta memerintahkan waran tangkap dikeluarkan ke atas penjamin kerana tidak hadir di mahkamah dan gagal dikesan. Hakim Ibrahim kemudian membenarkan semua tertuduh yang hadir diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin setiap seorang dan menetapkan tarikh sama (10 Dis) untuk sebutan. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Syarie Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Zainor Rashid Hassin. Semua tertuduh ditahan Jawi dalam serbuan pada 20 Okt lepas atas maklumat terdapat kumpulan mengembangkan ajaran agama berunsur campuran antara agama Islam, Kristian dan Yahudi. – BERNAMA

Kes Muhdalena: 5 Jan Pengurusan Kes Rayuan Pihak Pendakwa
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi menetapkan 5 Jan depan bagi pengurusan kes berhubung rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Muhdalena Ahmad, yang didakwa mengamuk bersama-sama seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di luar kompleks Jabatan Perdana Menteri, dua tahun lepas.
Timbalan Pendaftar Noor Aini Yusof menetapkan tarikh tersebut selepas peguam Muhdalena, M. Visvanathan memberitahu bahawa rekod rayuan yang akan dikemukakan pihak pendakwaan masih belum siap.
Ketika ditemui pemberita, Visvanathan berkata tarikh itu juga ditetapkan untuk menentukan mahkamah yang akan mendengar kes rayuan pendakwaan
tersebut.
Sementara itu, ketika ditanya media berhubung isu anak guamnya yang lari daripada tahanan polis di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Baharu, peguam itu menjelaskan Muhdalena bertindak demikian hanya untuk pulang ke rumah melihat anak-anaknya.
Bagaimanapun pada prosiding hari ini, Muhdalena, 30, tidak hadir ke mahkamah dan hanya suami dan anak-anaknya hadir.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri.
Pada 23 Okt lepas, wanita itu dilaporkan melarikan diri dari hospital itu selepas dimasukkan kerana bersalin pada 9 pagi, 19 Okt lepas.
Pada 19 Jun lalu, Mahkamah Sesyen Putrajaya, melepaskan Muhdalena daripada empat pertuduhan mengikut kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya dalam kejadian amuk, dua tahun lalu.
Mahkamah mendapati tertuduh mengalami ketidaksempurnaan akal semasa kejadian dan memerintahkannya ditahan dengan selamat di Hospital Permai Tampoi, Johor sementara menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong. – BERNAMA
TOP
Polis Siasat Presiden Afrika Selatan Boros Belanja
Rumah mewah Jacob Zuma dikenali sebagai Nkandla di wilayah KwaZulu Natal yang didakwa dibaik pulih dengan kos amat mahal. – Gambar hiasan
JOHANNESBURG – Polis Afrika Selatan hari ini mengesahkan bahawa mereka sedang menjalankan siasatan terhadap Presiden Jacob Zuma yang didakwa membelanjakan AS$23 juta (kira-kira RM77 juta) bagi projek baik pulih di kampung halamannya sendiri.
Dalam maklum balas kepada Parlimen Afrika Selatan, polis negara itu berkata, siasatan dibuat susulan timbul keraguan jumlah bajet terlalu besar bagi membaiki rumah Zuma dikenali sebagai Nkandla di wilayah KwaZulu Natal terletak di utara negara tersebut. Presiden yang baharu dipilih semula pada pilihan raya Mei lalu bagaimanapun menegaskan beliau tidak tahu-menahu mengenai perkara itu termasuk kerja-kerja pembinaan sebuah kolam renang, klinik peribadi dan amfiteater di kediaman persendirian berkenaan. Pegawai kerajaan beliau pula menyatakan kos kerja-kerja baik pulih itu amat mahal kerana ia melibatkan isu keselamatan namun jawapan tersebut menimbulkan kritikan banyak pihak ketika rakyat Afrika Selatan masih bergelut krisis pengangguran dan hak sama rata. Pemimpin pembangkang, Mmusi Maimane dari parti Democratic Alliance dan beberapa ahli politik tempatan mendesak Zuma meletak jawatan kerana kes itu tidak selaras dengan imej presiden yang selama ini dianggap bersih daripada isu rasuah dan salah guna kuasa. – Agensi

Mufti Perlu Keluarkan Fatwa Status MH370
KUALA LUMPUR – Seorang anggota Parlimen dari pembangkang meminta mufti dan pihak berwajib mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan kekeliruan dialami waris penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang masih hilang sehingga kini.
Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) berkata inisiatif tersebut (fatwa) perlu diambil untuk mencari penyelesaian dan tidak timbul lagi kekeliruan dari segi harta, wasiat, insurans dan sebagainya berkaitan anggota keluarga mereka kelak.
“Ramai datang kepada saya dan tanya apakah jalan penyelesaian untuk kekeliruan ini dan sampai bila ia perlu berterusan.
“Oleh itu, mana-mana kementerian atau mufti perlu dipanggil dan selesaikan masalah tersebut. Malah saya dimaklumkan dari MAS, bahawa status MH370 akan diisytiharkan menjelang hujung tahun ini.
“Jadi kita kena buat persiapan untuk waris anggota keluarga pesawat tersebut,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat hari ini.
Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.
Usaha mencari masih dijalankan di selatan Lautan Hindi. – BERNAMA
TOP
Sumbangan Allahyarham Mohd Bakri Kepada Polis Tak Ternilai
KLANG – Sumbangan Allahyarham bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar sepanjang perkhidmatannya dalam pasukan keselamatan itu amat banyak dan tidak ternilai, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata sepanjang mengenali Mohd Bakri, arwah tidak jemu menyalurkan idea bagi meningkatkan lagi operasi antikeganasan ketika memegang jawatan tertinggi pasukan polis itu mahupun selepas bersara.
“Semasa saya mengambil alih pentadbiran Kementerian Dalam Negeri, arwah banyak memberikan idea pembanterasan jenayah di negara kita.
“Saya mewakili perdana menteri yang berada di Beijing, timbalan perdana menteri di Jepun dan Ketua Polis Negara kini yang turut berada di luar negara untuk menziarah keluarga arwah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah Allahyarham di Aman Perdana, di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada negara khususnya untuk pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau menyifatkan idea dan sumbangan bekas ketua polis itu banyak membantu melaksanakan tugas pembanterasan serta pencegahan jenayah.
Mohd Bakri, 66, Ketua Polis Negara ketujuh menghembuskan nafas terakhir akibat kanser mulut dan usus kira-kira pukul 8.40 pagi ini di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya setelah menderita penyakit berkenaan sejak setahun lepas.
Allahyarham meninggalkan isteri Puan Sri Maizura Yusuf, 43, dan tiga anak iaitu Eda Mastura, 41, serta Mahathir dan Mahadi masing-masing 35 tahun.
Jenazah Allahyarham yang dibawa dari IKN tiba di rumahnya kira-kira 11.40 pagi untuk dimandi dan dikafan sebelum disembahyangkan di Surau Baitul Rahman, Aman Perdana seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Sementara itu, Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun menyifatkan arwah Mohd Bakri sebagai seorang yang amat tegas terutama dalam isu berkaitan disiplin dan integriti.
“Saya pernah bekerja di bawah pentadbirannya dalam satu tempoh yang agak panjang dan sifatnya yang tegas ‘luar biasa’ itu menjadikan saya betul-betul hormat padanya.
“Sepanjang memegang jawatan tertinggi polis, arwah langsung tidak bertolak ansur dalam isu penyelewengan malah apa saja isu yang melanggar integriti,” katanya.
Menurut Mohamad Fuzi, bekas Ketua Polis Negara itu pernah menyandang beberapa jawatan termasuk ketua polis di beberapa daerah, Pesuruhjaya Polis Sabah, Ketua Polis Kuala Lumpur dan beberapa kedudukan penting lain dalam pasukan keselamatan itu.
Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah pengarah-pengarah Jabatan dari Bukit Aman, Ketua Polis Negeri, Ketua-ketua Polis Daerah dan pegawai-pegawai kanan serta anggota-aggota PDRM. – BERNAMA
TOP
Cucu Didakwa Gelapkan Wang Jualan Tanah Neneknya
Seorang cucu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang atas tuduhan pecah amanah kerana menggelapkan wang kira-kira RM1 juta hasil jualan tanah milik neneknya hujung tahun lepas.
Hezlishah Ahmad, 27, seorang kontraktor mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin, memetik laporan portan Astro Awani.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa gagal menyerahkan wang hasil jualan tanah milik neneknya Rahmah Mohd, 79, yang dibayar dengan lima keping cek dengan nilai keseluruhan RM1 juta di atas nama tertuduh.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bank di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 10 hingga 11 Disember tahun lepas antara pukul 12 tengahari hingga pukul 5 petang.
Hezlishah didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan atau denda jika disabitkan kesalahan.
Majistret Mohd Fitri tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh sebulan semula kes berkenaan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Kamaliza Md Zain manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, mangsa telah memberi amanah kepada Hezlishah untuk menguruskan penjualan tanahnya itu, termasuk urusan penerimaan bayaran kerana faktor umur.
Bagaimanapun, tertuduh tidak menyerahkan wang tersebut selepas menerima bayaran jualan tanah milik neneknya itu. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Pengerusi Hak Asasi Majlis Peguam Terima Ancaman Bunuh!
KUALA LUMPUR – Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) mengutuk ancaman bunuh ke atas Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo melalui satu laman blog.
Comango mendakwa, Andrew menerima ugutan bunuh itu gara-gara ucapan beliau di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) Malaysia sebelum ini.
“Andrew teguh membela hak orang-orang yang paling terpinggir di negara ini. Susulan ucapan itu, Andrew telah menerima ugutan bunuh dalam komen di satu blogpost. Perbuatan ini tidak boleh diterima.
“Tiada sesiapa harus menerima ancaman bunuh atau apa-apa ancaman keganasan yang lain terutama ketika membela hak asasi manusia. Kami membidas perbuatan pengecut ini dan menegaskan bahawa tiada tempat bagi perbuatan seperti ini dalam masyarakat Malaysia,” dakwa kenyataan itu hari ini.
Comango sebelum ini diselar banyak gerakan Islam negara ini kerana membuat tuntutan hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini.
Comango turut mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, larangan terhadap penganut ajaran Syiah dan hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur.
Gabungan itu turut menuntut undang-undang jenayah syariah dihapuskan, memberi persepsi negatif terhadap tindakan penguatkuasaan oleh jabatan agama Islam negeri dan usaha berdakwah kepada masyarakat Orang Asli serta mendesak kerajaan menarik balik pengharaman buku terjemahan Allah, Kebebasan dan Cinta, karya Irshad Manji.
Comango seterusnya menafikan dakwaan ucapan Andrew tersebut bertujuan menjatuhkan nama baik negara kerana UPR merupakan satu mekanisme untuk semua negara PBB telah saling mengkaji rekod hak asasi manusia masing-masing.
TOP
Dynas Mokhtar Akui Dah Sah Bercerai Sejak Februari Lalu
AKHIRNYA teka-teki mengenai status sebenar perkahwinan aktres cantik, Dynas Mokhtar terjawab selepas empunya diri mengaku sudah sah bercerai sejak Februari lalu.
Dynas mengakui sudah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Hafizy Hafiz dan penceraian mereka akhirnya terlerai secara rasmi pada 25 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dynas menyifatkan perkahwinannya tidak dapat diselamatkan kerana masalah komunikasi yang dihadapi mereka.
Memetik kenyataannya kepada akhbar sisipan Bi-Pop, semalam, Dynas mendedahkan, “masalah komunikasi menyebabkan hubungan kami jadi hambar. Tak macam di awal perkahwinan, komunikasi menjadi teras kekuatan kami. Kami berkongsi itu dan ini. Tapi ketika kami bergelut mempertahankan perkahwinan ini, masing-masing buat hal sendiri”.
“Boleh dikatakan kami bercakap pun hanya pasal anak. Apabila sudah lama tak berkomunikasi, asal bercakap saja boleh gaduh. Ketika ini saya mula sedar, paling penting suami isteri mendengar dulu apa yang mahu pasangan mereka luahkan sebelum pantas memberikan maklum balas. Ikutkan masalah kami ini cukup kecil, tetapi ia belarutan hingga tak mampu dibendung lagi. Ibu saya sendiri pernah berkata, sayang sangat hubungan kami berakhir kerana perkara sebegini. Tapi semua sudah tertulis dan saya reda,” katanya. Hasil perkahwinan, Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata, Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish. – MYNEWSHUB.CC

Mesej Mohon Maaf Bekas KPN Sebelum Meninggal Dunia
Tan Sri Mohd Bakri Omar
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia di Institut Kanser Negara, pagi ini.
Dikenali sebagai seorang yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin, Tan Sri Mohd Bakri menjawat jawatan KPN menggantikan Tan Sri Norian Mai pada 5 November 2003 hingga bersara pada 2006.
Semasa hayatnya allahyarham pernah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Mersing, Ketua Polis Daerah Balik Pulau, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Timbalan Komandan Maktab Pegawai Kanan Polis, Kuala Kubu Bahru, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Pesuruhjaya Polis Sabah, Ketua Polis Kedah, Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan, Pengarah Pengurusan dan Timbalan Ketua Polis Negara.
Allahyarham dilahirkan pada 10 September 1948 di Manjung, Perak.
Dalam pada itu ketika terlantar sakit, allahyarham dikatakan sempat mengirim mesej memohon maaf daripada semua orang.
Mesej di bawah ini kami ambil dari laman Facebook Pertubuhan Anak Polis Malaysia – PAPM:
Mesej dari Tan Sri Mohd Bakri Omar, mantan Ketua Polis Negara. Diterima dari En. M. Zainan dan diedar untuk pengetahuan.
Saudara/Saudari yg dirahmati Allah,
MOHON KEMAAFAN
Assalamulaikum. Saya, Mohd Bakri Bin Hj Omar, dengan penuh rasa rendah diri dan keinsafan ingin memohon ampun dan maaf daripada saudara dan saudari semua di atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah saya lakukan di sepanjang perkhidmatan saya dalam PDRM, lebih-lebih lagi semasa menerajui pasukan dari 5 Nov 2003 hingga 11 Sep 2006. Sebagai makhluk Allah yang kerdil, yang serba lemah dan yang serba kurang, saya mengakui saya tdk pernah sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan, samada secara sengaja atau tdk sengaja, samada melalui perbuatan maupun tutur kata. Harap saudara/ saudari semua sudi memaafkan saya dan semoga Allah jua yang dapat mengampunkan saya.
Dalam keadaan terlantar sakit sekarang dan berdepan dengan ujian Allah sebegini, selain daripada reda, sabar dan tawakkal, tdk ada lain yang lebih mengembirakan saya selain dari pemberian maaf dan doa dari saudara dan saudari semua. Bagi mereka yang pernah berbuat salah terhadap saya pula, saya dengan penuh ikhlas ingin memberitahu bahawa dengan nama Allah saya sudahpun memaafkan mereka sejak dulu lagi iaitu pada hari terakhir saya dalam pasukan. Semoga Allah Taala mengampunkan mereka.
Sekian, semoga kita semua diredai Allah. Salam sejahtera. Wassallam.
Yang Ikhlas,
Tan Sri Mohd Bakri Hj Omar
#NZ
Semoga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang mukmin di sisi Allah SWT.
Al-fatihah.
- MYNEWSHUB.CC

Jodoh Tak Panjang.. Raja Azmi,Eddie Bercerai Esok
Manusia hanya mampu merancang, namun tuhan yang menentukan. Setelah lebih beberapa bulan kisah rumah tangga penerbit sensasi, Raja Azmi diperkatakan umum, akhirnya dia mengesahkan bakal bercerai dengan suaminya, Eddie Ghazali esok.
Saat bahagia Raja Azmi dan Eddie pada hari perkahwinan mereka.
Bercakap ketika dihubungi akhbar Harian Metro, empunya nama Raja Azmi Raja Sulaiman walau bagaimanapun berkata, dia tidak mahu membuat ulasan lanjut sehinggalah kes selesai petang esok. “Ya, memang betul (akan bercerai) petang esok. Saya minta maaf tak dapat nak komen lebih-lebih buat masa ini sebab saya perlu menghormati suami saya. Apa-apa saya akan berkongsi selepas selesai semuanya esok.” Dikhabarkan, pasangan tersebut yang sudah tinggal berasingan selama tiga bulan, bakal bercerai esok di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Umum sedia maklum, rumah tangga pasangan yang diijabkabul pada 13 Oktober tahun lalu dilanda badai selepas dikatakan tidak sefahaman. Untuk rekod, Raja Azmi pernah mendirikan rumah tangga dengan bintang beregu kebangsaan, Jailani Sidek namun mereka bercerai pada 27 Jun 2012 setelah 28 tahun usia perkahwinan. Moga-moga, Raja Azmi dan Eddie bersabar dengan dugaan yang melanda. - MYNEWSHUB.CC

Universiti Jepun Minat Buka Cawangan Di Malaysia
NAGOYA – Beberapa universiti Jepun berminat membuka cawangan di Malaysia dan permintaan mereka itu akan diberi pertimbangan sewajarnya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata antara universiti itu ialah Tokyo University of Science.
“Kita akan kaji cadangan mereka itu. Saya tidak nampak ada halangan bagi mereka untuk berbuat demikian,” katanya kepada media Malaysia selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun Hakubun Shimomura di sini hari ini.
Mesyuarat itu diadakan di luar Persidangan Sedunia Unesco mengenai Pendidikan untuk Pembangunan Lestari 2014, di mana delegasi Malaysia diketuai Muhyiddin sebagai Menteri Pendidikan.
Timbalan Perdana Menteri berkata kedua-dua pihak sedang merangka deraf terakhir perjanjian persefahaman dalam bidang pendidikan rendah dan menengah sebagai pelengkap kepada perjanjian mengenai pendidikan tinggi yang telah ditandatangani.
Kata beliau Malaysia mendapat banyak manfaat daripada kerjasama dalam bidang pendidikan dengan Jepun, termasuk penghantaran guru bahasa Jepun untuk mengajar di sekolah Malaysia.
Muhyiddin juga menyentuh tentang hasrat Malaysia untuk menganggotai lembaga eksekutif Unesco bagi penggal 2015-2019. Unesco adalah singkatan bagi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Muhyudddin berkata Malaysia sentiasa berharap dapat memainkan peranan lebih besar dalam bidang yang terletak di bawah bidang kuasa Unesco.
Sejak menganggotai Unesco pada 1958, Malaysia menduduki kerusi lembaga itu empat kali – 1978-1983, 1987-1991, 1999-2003 dan 2007-2011.
Muhyiddin berkata selama ini, Malaysia memainkan peranan aktif dalam Unesco, termasuk menghulurkan dana untuk membantu negara yang memerlukannya.
“Sekiranya dipilih, kami akan meningkatkan lagi peranan kami dari aspek membantu negara anggota lain,” katanya.
Muhyiddin dijadual berlepas ke Australia pada Isnin malam untuk melakukan lawatan kerja tiga hari ke Canberra dan Perth. – BERNAMA
TOP
Video Parodi Frozen: ‘Feeling’ Nak Jadi Princess Elsa Konon ..
Video parodi yang dibuat dengan mengambil kesempatan daripada populariti semasa sememangnya mampu menaikkan nama seseorang, tak kurang juga mampu memalukannya.
Kini, populariti filem animasi FROZEN membuatkan ramai mencuba nasib melakukan parodi berdasarkan filem Disney ini.
Rakyat Malaysia juga tidak melepaskan peluang menunjukkan bakat, contohnya ‘kakak’ dalam video di bawah.
Boleh dikatakan dalam banyak-banyak parodi, video ini antara yang paling mencuit hati dan bakal mengundang tawa tanpa henti!
Hah, macam mana? Pasti terkekeh-kekeh anda ketawa melihat aksi sadis ini kan.
Tengah syok-syok feeling nak jadi Elsa, tetiba terhantuk kepala pula. Apa lagi, kawan-kawan yang melihat terus bantai ketawa.. - MYNEWSHUB.CC

Sepanyol Berpecah, Catalonia Negara Baharu Dunia?
BARCELONA – Lebih 80 peratus daripada anggaran kasar dua juta pengundi wilayah Catalonia memilih berpisah daripada pentadbiran Madrid, sekali gus bakal membentuk sebuah lagi negara baharu di dunia selepas Sudan Selatan (2011) dan Timor Leste (2002).
Pengumuman bersejarah yang sudah dijangka ramai penganalisis politik antarabangsa itu disahkan Naib Presiden Catalan, Joana Ortega lewat malam tadi selepas wilayah timur Sepanyol bersempadan Perancis itu selesai melaksanakan referendum sebelah siang.
Kiraan awal menunjukkan daripada 2,043,226 kertas undi yang muktamad dikira, 80.7 peratus atau 1,649,239 pengundi memilih untuk merdeka manakala 92,939 kertas undi atau 4.5 peratus sahaja mahu terus bersama dengan pemerintahan kerajaan beraja Sepanyol.
Berbeza pengundian pemisahan Scotland daripada United Kingdom pada 18 September lalu yang berakhir dengan majoriti memilih kekal bersama Great Britain, proses pungutan suara di Catalonia tidak diiktiraf Sepanyol malah menyifatkan ia jelas melanggar undang-undang.
Mahkamah perlembagaan di Madrid minggu lalu mengarahkan pemerintah Barcelona tidak melaksanakan proses referendum itu bahkan kebanyakan parti pembangkang Catalonia sendiri meminta penyokong mereka tidak mengambil bahagian dalam pengundian itu.
Kerajaan Catalonia yang menguruskan proses pemilihan itu sendiri, setelah Suruhanjaya Pilihan Raya Sepanyol enggan terlibat sama dalam urusan pengundian tersebut; mendakwa 5.4 juta warga Catalan berusia 16 tahun ke atas sebagai layak mengundi semalam. Catalonia memiliki bahasa dan budaya yang agak berbeza daripada Sepanyol, ditakluk secara paksa oleh kerajaan Madrid dalam perang saudara pada 1714, namun wilayah itu mula memperoleh kuasa pemerintahan autonomi sejak 2006 lalu. – Agensi

Keluarga MH370 Tidak Setuju Isytihar Pesawat Hilang
Tiada siapa mampu menolak tragedi kehilangan pesawat MH370 adalah sesuatu yang amat misteri kerana hingga kini pesawat tersebut hilang tanpa khabar berita.
Usaha menjejak pesawat tersebut dilihat semakin hampa. Selepas berbulan-bulan lamanya misi pencarian dijalankan masih tiada sebarang penemuan boleh dikaitkan dengan pesawat milik Malaysian Airlines (MAS) ini.
Rentetan itu, laporan bertajuk “MH370 to be declared lost by year end” mengundang reaksi tidak puas hati khususnya pada keluarga penumpang MH370 yang masih menaruh harapan kepulangan ahli keluarga masing-masing meskipun dalam apa jua keadaan.
Memetik petikan The Malaysian Insider, Pengarah Komersial MAS, Hugh Dunleavy membuat spekulasi kemelut insiden tersebut akan berakhir hujung tahun ini selepas 8 bulan misi pencarian berjalan.
Bagaimana pun, keluarga penumpang MH370 yang menggelarkan mereka sebagai Voice370 tertanya-tanya dan kebingungan mendengar kenyataan akhbar dari Dunleavy tersebut.
“Kami mempersoalkan siapa yang bertanggung jawab? Siapa yang membuat keputusan?” kata Voice370 dalam satu kenyataan hari ini.
Mereka berkata, kenyataan itu bertentangan dengan jaminan diberikan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di mana usaha pencarian tetap akan diteruskan.
“Mereka juga memberi jaminan kepada kami semua usaha akan digunakan sepenuhnya sebelum pencarian tersebut ditamatkan,” kata Voice370.
Untuk maklumat, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) juga baru-baru ini telah menandatangani kontrak bernilai jutaan dolar untuk meneruskan pencarian di busar selatan Lautan Hindi. Setakat ini, kawasan pencarian hanya sebahagian kecil (3,000 km persegi).
“Mengambil kira pandangan ini, kami keluarga terdekat mahu JACC/ATSB/kerajaan Australia dan Malaysia mengesahkan kenyataan dibuat Dunleavy ini benar dan tepat di sebalik keputusan kedua-dua kerajaan serta mengesahkan sama ada beliau mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian,” kata Voice370.
Perkara sebegini merunsingkan ahli keluarga penumpang MH370 sama ada misi pencarian tersebut bakal diteruskan ataupun tidak. Pada masa sama, Voice370 turut mempersoalkan tindakan MAS mengambil tanggungjawab untuk mengira pampasan yang perlu dibayar, kerana secara logiknya ia patut dilakukan syarikat insurans terbabit. “Kami juga meragui adakah syarikat insurans campur tangan dalam agenda untuk memaksa mengisytihar pencarian ini berakhir,” katanya. Sebagai maklumat imbasan, pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal telah hilang dari radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 8 Mac lalu.
Manakala, 24 Mac lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan MH370 dipercayai telah berakhir di selatan Lautan Hindi. – MYNEWSHUB.CC

Tak Bayar Wang Ugutan, Tanggung Malu Video Bogel Tersebar
SEORANG lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai John Tan, 30, menanggung malu selepas video aksi bogelnya tersebar di laman perkongsian video, Youtube, baru-baru ini.
Memetik laporan Harian Metro, video tersebut dipercayai disebarkan oleh seorang wanita yang dikenalinya di laman Facebook, Sabrina Leung, selepas mangsa tidak menunaikan permintaannya untuk membayar wang RM10,000 jika tidak mahu video itu dimuat naik di Internet.
Perkenalan mereka di Facebook berpanjangan sehingga ke laman bual Skype di mana Sabrina memintanya berbogel untuk membuktikan rasa cintanya terhadap wanita tersebut.
Tidak menghiraukan ugutan tersebut, Tan, baru-baru ini terkejut apabila mendapati video bogelnya sudah dimuat naik ke Youtube.
Tan mengakui terpedaya dengan gadis itu yang disifatkannya mempunyai bentuk badan dan berpersonaliti menarik. – MYNEWSHUB.CC
TOP
VIDEO: Kagum!! Penyanyi Australia Nyanyi Let It Go Versi Melayu
Let It Go sememangnya lagu yang menjadi siulan ramai masa kini, daripada anak-anak kecil hinggalah orang dewasa di seluruh dunia.
Pendek kata, lagu ‘berhantu’ ini berjaya menambat hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Lihat sahaja, pelbagai parodi dan versi lagu ini turut dicipta menunjukkan lagu ini mempunyai aura tersendiri.
Tetapi video yang kami bakal paparkan ini memang lain daripada yang lain. Cubalah anda tonton….
Kagum bukan?
Mari kami kenalkan, penyanyi jelita yang bernama Cassidy Anderson ini berasal dari Australia.
Dia mampu membawa lagu Let It Go dalam versi Bahasa Melayu dengan fasih sekali. Memang merdu dan lunak suaranya menyanyikan lagu tema Frozen ini sampai jika kita pejam mata pasti tidak menyangka penyanyinya berasal dari negara lain. Kalau penyanyi negara asing pun mahu menyanyikan lagu versi Melayu, maka apatah lagi kita.. berbanggalah menjadi rakyat Malaysia yang mencintai bahasa sendiri! - MYNEWSHUB.CC

Fazura Kini Penyanyi, Sedap Ke Suaranya? Tonton Video Ini..
WAH, makin rancak nampaknya perjalanan seni dan karier pelakon popular Nur Fazura ni.
Bukan saja bakal muncul dengan program realitinya sendiri yang berjudul Facing Up To Fazura, selebriti cantik ini juga bakal meluaskan lagi bakatnya sebagai penyanyi apabila kini muncul dengan single, Sayangi Dirimu.
Buat pertama kalinya, Fazura membuat kemunculan eksklusif apabila mendendangkan lagu tersebut pada konsert majlis ulang tahun majalah urban nombor satu di Malaysia, EH!, Sabtu lalu bertempat di KL Live Centre.
Boleh tahan juga suara Fazura ni kan, jom tengok aksi Fazura ketika mendendangkan lagu ini! – MYNEWSHUB.CC
Boleh tahan juga suara Fazura ni kan, jom tengok aksi Fazura ketika mendendangkan lagu ini! – MYNEWSHUB.CC
TOP
Video Trending! Pertemuan Semula Rangga, Cinta Dalam AADC2014
Siapa sangka, demam filem Indonesia, Ada Apa Dengan Cinta kembali melanda kini.
Ia seolah-olah mengimbas kembali kehangatan kisah cinta zaman remaja yang pernah hangat melanda Malaysia, 12 tahun dulu ketika filem ini ditayangkan di panggung.
Video pertemuan antara Rangga dan Cinta yang dahulunya berpisah setelah tamat pengajian, pasti mampu menghilangkan rasa rindu para peminatnya.
Pertemuan Rangga dan Cinta dalam ‘Ada Apa Dengan Cinta’ 2014 ini berjaya terhasil dengan kolaborasi bersama aplikasi chat sosial, Line.
Lakonan aktres Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo dalam filem pendek 10 minit ini pun kelihatan masih hangat, membuat penonton seolah-olah menyambung tonton babak filem AADC.
Video ini mengisahkan Rangga yang kini bergelar jurugambar berjaya di New York kembali ke kampung halamannya di Jakarta untuk satu tugasan. Memandangkan Rangga sudah lama tidak berhubung dengan Cinta, pemuda itu bercadang ingin mencari cinta lamanya.
– MYNEWSHUB.CC

Kanak-Kanak 12 Tahun Mangsa Rogol Kenalan WeChat
Umurnya baru 12 tahun tetapi keinginan berkawan membuatkannya sudah berani bertemu seorang lelaki berusia 27 tahun yang dikenali melalui aplikasi sosial WeChat.
Padahnya, kanak-kanak perempuan itu menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan.
Kejadian berlaku Khamis lalu di Pantai Remis dekat Manjung, Perak, memetik laporan laman web Sinar Harian Online.
Pelajar darjah enam tersebut dikatakan baru sahaja mengenali suspek tidak sampai pun 24 jam tetapi berani mengajak lelaki itu bertemu di kampungnya di Beruas, Perak kira-kira pukul 12 tengah malam.
Insiden rogol berlaku di dalam sebuah kereta di tepi pantai.
Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Kominsioner Tengku Mohd Zailan Tengku Mohd Shah berkata mangsa dikatakan telah keluar bersama kenalan baharu itu dengan menaiki kereta jenis Proton Wira milik suspek, pada mulanya untuk bersiar-siar.
Polis sudah pun berjaya menangkap suspek beberapa jam kemudian oleh anggota Balai Polis Pantai Remis.
“Hasil siasatan mendapati suspek yang bekerja sebagai juru pendawaian di Selangor mendakwa mengenali mangsa melalui WeChat pada hari sebelumnya.
“Mengikut pengaduan mangsa, lelaki itu merogolnya di dalam kereta yang diberhentikan di tepi Pantai Remis sebelum menghantar pulang mangsa ke rumah keluarganya,” katanya.
Tengku Mohd Zailan berkata, lelaki itu yang juga berasal dari Pantai Remis kini diperintahkan untuk ditahan reman selama tujuh hari untuk meneruskan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.
“Mengikut seksyen berkenaan, suspek boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika didapati bersalah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Misteri Di Sebalik Keputusan Ujian Doping Lee Chong Wei ..
“Lutut saya bergetar dan saya tidak boleh berdiri atau duduk selepas membaca surat bahawa saya telah gagal ujian doping, ” kata Datuk Lee Chong Wei, kepada blogger sukan terkenal Malaysia Satwant Singh Dhaliwal.
Sebelum ini Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin enggan menamakan individu yang gagal ujian tersebut adalah Chong Wei.
Mereka terikat dengan peraturan… tapi ia merupakan rahsia umum bahawa individu itu Chong Wei yang dilaporkan media seluruh dunia.
Untuk rekod ini merupakan kali pertama jaguh badminton negara itu bercakap mengenai situasi beliau selepas gagal ujian doping September lalu dan berkongsi cerita tersebut di facebook rasminya https://www.facebook.com/leechongweiofficial.
Pemain nombor satu dunia itu yang disahkan positif sampel B ujian doping, Jumaat lepas kerana menggunakan bahan terlarang jenis ‘dexamethasone’, mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya atas sokongan tidak berbelah bahagi pada masa sukar ketika ini.
“Ada begitu banyak persoalan yang tidak dijawab dan saya harap untuk membersihkan nama saya dalam masa terdekat. Saya tidak sama sekali menipu atau bergantung kepada bahan-bahan larangan,” kata Chong Wei.
“Saya melihat ke belakang, seluruh 15 tahun yang saya lalui (sebagai pemain badminton) menjadi asap. Saya sangat terpukul dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. “Saya tidak pernah menipu dan tidak pernah membuat sebarang percubaan untuk menipu dengan demikian ini adalah seperti panahan kilat, memusnahkan semua kerja keras saya selama ini. “Saya sangat percaya kepada kerja keras dalam usaha untuk mencapai kejayaan sehingga apabila berdepan tuduhan (seperti ini) saya kelu dan tercengang,” katanya. Ketika berdepan situasi kalut ini, Chong Wei menceritakan isterinya Wong Mew Choo mencadangkan supaya mereka berehat di luar negara untuk menjernihkan fikiran dan membiarkan pihak berkuasa menyiasat perkara ini. “Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin) memberi perhatian langsung berkaitan kes ini, saya bersyukur kerana dia membimbing saya dan memberi nasihat yang baik tentang bagaimana untuk menangani masalah yang timbul,” kata Chong Wei. “Saya diberitahu bahawa dadah itu disuntik pada saya pada 18 Julai dan bagaimana kesannya masih ada sehingga bulan Ogos adalah sesuatu yang saya tidak dapat jelaskan. “Cukuplah untuk mengatakan saya tidak pernah mengambil ubat-ubatan di luar dari yang ditetapkan kepada saya dan menafikan cadangan saya mengambil herba tradisional yang mengandungi bahan dilarang. “Saya telah melalui satu daripada ujian persaingan pada 15 Ogos dan dan ia bersih. Oleh itu, ia satu misteri mengapa bahan ini didapati dalam badan pada 30 Ogos,” katanya. Ikon negara itu berkata banyak kali beliau mahu membuat kenyataan terbuka tetapi memilih untuk menunggu sehingga sampel B diuji. “Saya berharap orang ramai memahami kedudukan dan situasi saya. Saya tegaskan bahawa segala-galanya sedang dilakukan untuk mencari punca masalah ini,” kata Chong Wei. “Saya pergi ke Oslo untuk mengamati botol sampel B dibuka melalui dokumentasi yang memuaskan hati saya. Saya tahu kemungkinan keputusan yang berbeza adalah jauh tapi ia adalah prosedur yang perlu dilakukan. “Semua ubat, rekod rawatan dan makanan tambahan sedang disiasat oleh pihak berkuasa yang berharap untuk mengetahui bagaimana bahan itu masih dalam sistem saya lebih sebulan selepas saya menerima suntikan untuk rawatan kecederaan paha saya,” kata Chong Wei. Chong Wei berharap Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan menilai semua bukti yang ditunjukkan. Ada spekulasi bahawa Chong Wei mungkin dihukum samada dengan amaran keras atau digantung untuk tempoh enam bulan. Menurut blogger sukan Satwant Singh, kemungkinan pertama iaitu penggantungan selama enam bulan bermakna Chong Wei akan kehilangan 43,000 daripada 97,000 mata ranking semasa, menyebabkan beliau tergelincir ke kedudukan 15-18 ranking dunia menjelang Mac 2015. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz menggesa pihak-pihak tertentu supaya tidak membuat sebarang ulasan lanjut sehingga panel pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membuat keputusan kes Chong Wei. “Adalah amat tidak sesuai untuk membuat ulasan lanjut dengan tidak menghormati prosedur BWF dan tindakan ini mungkin akan menjejaskan peluang atlet kita dalam proses sebutan kes. “Saya benar-benar memahami dan menghormati keinginan masyarakat untuk dimaklumkan tetapi untuk mengimbangi antara keperluan dan keperluan kritikal bagi mengekalkan integriti siasatan terperinci yang dijalankan adalah perkara yang amat penting,” kata Dr Ramlan dalam kenyataan di laman Facebook ISN. Beliau berkata adalah penting bagi orang ramai menghormati privasi atlet dalam berdepan dengan cabaran besar kepada nama baik dan reputasinya. Dr Ramlan meminta pihak-pihak tertentu tidak menyalahkan ISN secara langsung atas kegagalan mereka mengawasi sejarah pengambilan ubat oleh Chong Wei. “Kami tidak merasa terdorong untuk memartabatkan sungutan yang negatif, tidak bertanggungjawab dan tidak produktif dengan sebarang respons kepada mereka pada ketika ini. Kami lebih rela untuk menumpukan usaha bagi terus membantu atlet kita dalam masa yang penuh sukar ini. “Kami akan melakukannya dengan baik untuk menyokong atlet itu yang telah memberikan banyak kegembiraan kepada kita semua dengan hasil pencapaian selama bertahun-tahun. Lebih baik kami berdiri di belakangnya dan sabar menunggu proses ini diselesaikan dengan kebanyakkan persoalan jika tidak semua akan dijawab,” kata Dr Ramlan. Chong Wei berdepan penggantungan selama dua tahun oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) namun akan diberi peluang membela diri apabila Jawatankuasa Panel Pendengaran BWF melakukan siasatan dalam usaha mengurangkan hukumannya. – AGENDA DAILY

Jom Layan… Single Dan Muzik Video Finalis AF 2014
BERAKHIR sudah tirai Akademi Fantasia 2014 apabila Firman telah dinobatkan sebagai juara bagi edisi AF kali ini.
Seperti mana tradisi AF sebelum ini, kesemua finalis mempunyai single baharu nyanyian sendiri yang merupakan pengenalan kepada mereka untuk melangkah lebih jauh dalam bidang seni suara tempatan.
Selain tampil dengan single hasil sentuhan komposer popular seperti Datuk M.Nasir, Dj Fuzz, Adeep Nahar, Awi Rafael dan Kuncidemak, lagu mereka turut didatangkan dengan pakej muzik video.
Kegemaran penulis pastinya lagu nyanyian Firman ciptaan Datuk M.Nasir yang cukup menangkap telinga pabila pertama kali mendengar juara AF itu mendendangkannya pada konsert final semalam.
Jom layan Firman dengan single Di Pintumu, naib juara Aman dengan lagu Without You, Ewal (Kembalikan Semula), Nuha dengan lagu dan lirik ciptaannya sendiri berjudul Pertama Kali dan Adel dengan lagu Hati.
- MYNEWSHUB.CC
- MYNEWSHUB.CC
TOP
Awas! Penipu Kapur Duit Guna Nama Agensi Umrah Terkenal
Tak habis-habis menipu orang ramai. Biasanya kita dengar ada agensi pelancongan menipu pelanggan mereka tetapi kali ini, nama agensi umrah terkenal dijadikan umpan untuk menipu bakal jemaah dengan pakej umrah yang sebenarnya tidak wujud.
Seorang mangsa, Muhammad Firdaus Asuri dari Jengka, Pahang terpaksa membuat laporan polis pada 7 November lalu menceritakan bagaimana dia dan lapan lagi penduduk kampung menjadi mangsa suspek yang berasal dari Pulau Pinang, bulan lalu.
Si penipu mendakwa dirinya ejen kepada agensi pelancongan umrah terkenal, Andalusia Travel Agency semata-mata mengaburi mata pelanggan kononnya mereka akan mengikuti pakej ibadah menerusi syarikat tersebut.
Malangnya apa berlaku, nama mangsa dan tiga lagi ahli keluarganya yang mendaftar setelah disemak terus kepada agensi itu didapati telah dibatalkan sendiri oleh suspek manakala baki lima rakannya langsung tidak pernah didaftarkan dengan syarikat Andalusia. Suspek yang mungkin bimbang rahsianya terbongkar, kemudian mendakwa mendaftarkan nama kumpulan itu melalui sebuah lagi agensi umrah dikenali Yadh Travel tetapi semakan mereka mendapati lesen syarikat itu sudah dibatalkan kerana kes penipuan. Paling sedih, sudahlah kerugian duit yang lesap untuk daftar nama dan pasport kumpulan sembilan bakal jemaah ini disimpan oleh suspek, lebih teruk mereka diugut kena mencari pula sembilan orang lain sebagai ganti jika mahu pasport dipulangkan balik. Meskipun sudah membuat laporan polis, pihak polis ujar Muhammad Firdaus didakwa tidak membuka kertas siasatan sebaliknya meminta mereka membuat saman sivil menerusi khidmat peguam bagi mendapatkan semula wang pendaftaran dan pasport. Dia yang kesal dengan keadaan itu menasihatkan masyarakat yang berhajat melakukan umrah supaya berhati-hati dengan suspek dan menyiasat teliti latar belakang mana-mana ejen sebelum bersetuju mendaftarkan diri. https://ms-my.facebook.com/UstazShahrulAzalanPelesitOriginal

Najib Sedih Atas Pemergian Bekas Ketua Polis Negara
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa sedih di atas pemergian bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar pagi tadi.
“Saya terima berita pemergian mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Bakri Omar dengan sedih hati.
“Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” kata Perdana Menteri menerusi laman twitternya.
Mohd Bakri, 66, meninggal dunia di Institut Kanser Negara, Putrajaya kira-kira pukul 8.45 pagi ini akibat kanser.
Mohd Bakri dilahirkan pada 10 September 1948 di Manjung, Perak dan memulakan perkhidmatan sebagai Kadet Asisten Superintenden pada 1 Januari 1971.
Beliau dilantik menjadi Ketua Polis Negara pada 5 November 2003 sehingga Sept 2006, menggantikan Tan Sri Norian Mai. – BERNAMA
TOP
Siapakah Artis Lelaki Yang Ditemui Solat Di Ruang Parkir Ini?
Baru-baru ini tersebar sekeping gambar seorang lelaki sedang solat di ruang tempat letak kereta.
Bagi kita yang mendengarnya, pelik juga kenapa hal sebegini disensasikan. Lagi-lagi sebagai umat islam sememangnya sembahyang itu merupakan tiang agama yang wajib dilaksanakan walau di mana jua kita berada.
Rupa-rupanya menurut orang yang menyebarkan gambar tersebut, lelaki di dalam gambar tersebut merupakan artis terkenal Malaysia.
Apa lagi, mata mulalah meneropong siapakah gerangan artis lelaki yang soleh ini….
Jika dilihat menerusi gambar yang gelap ini sememangnya sukar mengecam muka artis ini, tetapi ramai pula peminat yang mendakwa lelaki di dalam gambar tersebut mempunyai susuk tubuh seakan-akan pelakon Juvana.
Hah, siapa lagi kalau bukan Zahiril Adzim yang juga merupakan suami kepada pelakon, Syera Ayob.
Rata-rata pengguna laman sosial meneka artis tersebut ialah Zahiril kerana ada yang mengenalinya dan mengetahui sifat pelakon ini yang sentiasa menjaga waktu solat meskipun sentiasa sibuk dengan jadual pengambaran yang sibuk. Sebenarnya, kami sendiri pun tidaklah pasti gerangan lelaki tersebut. Ini beberapa ‘artis’ yang turut diteka oleh pengguna Facebook.
Tengokla bermacam-macam nama diteka sampaikan kita yang membaca nak ketawa pula. Hahaha… Benarkah Zahiril Adzim? Tak kiralah dia atau sesiapa sahaja yang pasti inilah sifat terpuji yang harus dicontohi semua. - MYNEWSHUB.CC

Lelaki Ini Jadi Popular Sebab Suka Tiru Gaya Selebriti Hollywood
SEKARANG ni nak jadi popular bukan suatu perkara yang sukar sekiranya anda seorang yang berani untuk ‘memperbodohkan’ diri atau cuba menjadi lain daripada lain untuk menarik perhatian orang di luar sana.
Begitu jugalah yang terjadi kepada seorang lelaki yang berasal dari New Zealand ini, Liam Martin apabila laman Instagramnya kini meningkat kepada jumlah jutaan pengikut hanya disebabkan kegemarannya yang suka meniru gaya selebriti popular Hollywood.
Setakat ini Liam mengumpul sebanyak 1.8 juta pengikut di laman Instagramnya, waverider_.
Antara gaya artis yang pernah ditirunya adalah Miley Cyrus, Lady Gaga, Jennifer Lawrence, Cara Delevingne, Taylor Swift, Katy Perry dan Nicki Minaj.
Bukan hanya meniru gaya selebriti Hollywood, sebaliknya Liam turut meniru gaya watak-watak popular dalam filem blockbuster antaranya Elsa daripada filem Frozen, Effie (The Hunger Games) dan Ariel dari filem The Little Mermaid.
Yang menariknya, dia sedaya upaya cuba memastikan gaya yang ditirunya 100 peratus sama dengan gambar yang asal, contohnya sama daripada segi latar belakang gambar dan persekitarannya.
Liam turut memanfaatkan ‘props’ seperti beg plastik sampah sebagai busananya dan mee segera bagi meniru gaya rambut kerinting trademark Taylor Swift.
Haha, macam-macam hal..
– MYNEWSHUB.CC
– MYNEWSHUB.CC
TOP
Hospital Tawar Kaum Adam Rasai Sakit Lahirkan Bayi
Percaya atau tidak, satu program dinamakan ‘Pain Experience Camp’ yang dianjurkan di Jinan, wilayah Shandong, China dibuat khusus untuk kaum lelaki yang ingin melalui pengalaman melahirkan anak.
Satu simulasi dilakukan dengan meletakkan sejenis wayar elektrod di beberapa bahagian abdomen tubuh lelaki bagi bertujuan mengaktifkan kesakitan seperti ketika bersalin.
Acara yang diadakan pada 4 November lepas itu menyaksikan beberapa sukarelawan datang dan mencuba teknik tersebut.
Salah seorang peserta, Guang Liao berkata, “Isteri saya bakal melahirkan anak dalam jangka masa tiga bulan lagi dan kami pernah bertelagah kerana dia terlalu cerewet.”
Sejurus selepas mendapat tahu tentang program itu, dia telah dipujuk oleh isterinya untuk menyertai. Tujuannya adalah kerana isterinya ingin dia belajar sesuatu melalui pengalaman itu.
Beberapa individu cuba untuk bertahan seberapa lama mungkin, namun kebanyakan mereka hanya sempat merasai pengalaman selama beberapa minit sebelum memaksa prosedur itu dihentikan kerana terlalu sakit.
Jurucakap hospital berkata, program tersebut dianjurkan untuk memberikan kesedaran dan menghargai kaum ibu yang melahirkan anak, terutama ketika jangka masa sembilan bulan mengandungkan bayi.
Pihak hospital juga berharap agar mereka dapat menganjurkan program tersebut di seluruh China.
Penganjuran acara seperti ini mungkin kedengaran ‘gila’ dan tak ramai yang akan cuba, namun melihat dari sudut positif, ia mampu membuatkan seorang suami lebih menghargai pasangan yang bertarung nyawa melahirkan zuriatnya. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Adik Ini Berjaya Hasilkan USD1.3 Juta Melalui Youtube
Percaya atau tidak, hanya dengan membuat ulasan video untuk barang permainan dan video games, adik comel ini berjaya memperolehi pendapatan sebanyak USD1.3 (RM 4.3 juta) setahun!
Evan yang baru berusia 8 tahun ini merupakan kanak-kanak paling terkenal di dunia, disebabkan oleh video-video di saluran Youtubenya menjadi ‘hits’ yang cukup tinggi sehinggakan berjaya menarik hati penonton dan juga pengedar barang permainan. Saluran Youtube Evan turut mendapat jumlah tontonan sebanyak 750 juta dalam masa beberapa tahun ia dihasilkan. Angka itu meletakkan Evan setanding dengan tontonan yang diperolehi artis antarabangsa seperti Katy Perry, Madonna serta saluran ESPN.
Namun Evan tidak melakukannya sendirian, kanak-kanak tersebut mendapat pertolongan bapanya, Jared dan kadangkala adik perempuan dan ibunya turut menyertai Evan melakukan rebiu. Jared yang juga dikenali sebagai DaddyTube memiliki syarikat fotografi dan video produksi sendiri, bertanggungjawab menyunting rakaman video Evan. Menurut laporan Newsweek.com, projek keluarga tersebut dimulakan Jared tiga tahun lepas bermula hanya sekadar suka-suka sehinggalah salah satu video mereka mencapai sehingga sejuta tontonan. Sumber: newsweek Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Top 10 Kanak-Kanak Paling Cantik Dari Rusia
SEKARANG ni tak payah tunggu dewasa dah kalau nak lihat kecantikan sebenar yang dimiliki oleh kanak-kanak.
Ini kerana kebanyakan mereka kini dikatakan mempunyai perwatakan lebih dewasa jika hendak dibandingkan dengan usia mereka yang masih lagi muda.
Sebuah portal antarabangsa malah mengiktiraf kecantikan kanak-kanak dari seluruh dunia ini dengan membuat senarai ‘the most beautiful kids’.
Memang cantik-cantik dan comel-comel semuanya, tak jemu mata memandang! - MYNEWSHUB.CC
1. Diana Pentovich
2. Valerjia Burkot
3. Diana Chanysheva
4. Vasilisa Soroku
5. Kristina Pimenova
6. Evelina Voznesenskaya
7. Alisa Bragina
8. Anastasia Bezrukova
9. Alina Yasheva
10. Fatima Ptacek
1. Diana Pentovich
2. Valerjia Burkot
3. Diana Chanysheva
4. Vasilisa Soroku
5. Kristina Pimenova
6. Evelina Voznesenskaya
7. Alisa Bragina
8. Anastasia Bezrukova
9. Alina Yasheva
10. Fatima Ptacek
TOP
Lelaki Pemilik Kereta Batman Yang Dihasilkan Sendiri
Ketika ramai peminat filem superhero Batman mengumpul model figura bintang komik itu, Zac Mihajlovic, 29, dari Camden, New South Wales, Australia, membina kereta Batmannya sendiri.
Zac menghabiskan masa kira-kira dua tahun untuk menghasilkan model kereta yang dibenarkan dipandu di atas jalan raya biasa diilhamkan dari kereta asal Batman tahun 1989 yang dibintangi Michael Keaton.
Hasilnya, dia kini boleh berbangga kerana memiliki satu-satunya kereta Batman yang berfungsi dan berdaftar secara sah di Australia.
Oleh kerana memiliki aset yang sedemikian rupa, Zac pernah diberikan tawaran lumayan sehingga enam angka untuk menjual keretanya itu tetapi dia enggan sebaliknya menggunakan kereta tersebut untuk menggembirakan kanak-kanak sakit.
“Ia adalah kepuasan dan kebanggaan saya, saya akan mati dalam keadaan gembira,” katanya memetik artikel di Oddity Central.
Ketika Zac obses dengan kereta Batman, dia baru sahaja berusia lima tahun.
“Saya menyukai Batman kerana dialah satu-satunya adiwira yang tidak mempunyai kuasa luar biasa sehingga menjadikan watak itu lebih dekat dengan manusia biasa,” katanya. Untuk merekabentuk Batmobile, Zac menggabungkan obsesinya kepada Batman dengan minat kedua dalam hidupnya iaitu membina kereta.
Zac sesekali memakai kostum Batman dan memandu kereta menakjubkan miliknya itu di sekitar bandar New South Wales dan menggembirakan kanak-kanak. Kali pertama Zac mendapat ilham membina kereta itu adalah empat tahun lepas, sebelum dia bersedia melakukannya dengan bantuan rakannya Scott Cox serta bimbingan datuknya John Greene, seorang jurutera bersara. Dua tahun merupakan masa yang diambil Zac untuk mengumpul bahagian keretanya. Dia bagaimanapun bertuah kerana berjaya mendapatkan beberapa bahagian yang benar-benar digunakan di dalam filem itu. – MYNEWSHUB.CC

Gambar: Pemain JDT Bersama Isteri Di Majlis Persandingan TMJ
Majlis persandingan TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Cik Khaleeda Bustaman yang baru berlangsung ibarat perkahwinan Putera William dan Kate Middleton, memang cukup gah dengan tema taman bercahayanya yang warna-warni.
Majlis yang diadakan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru ini telah dipancarkan secara langsung kepada rakyat Johor menerusi dua skrin besar yang dipasang di Dataran Bandaraya.
Majlis sehebat ini tentulah tidak akan lengkap tanpa kehadiran pemain JDT yang datang memeriahkan majlis bos besar mereka bukan?
Berikut antara gambar-gambar pemain JDT yang datang ‘makan kenduri’ dimajlis persandingan TMJ bersama isteri masing-masing..
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
TOP
GAMBAR : Ibu Terkorban Nyawa Demi Selamatkan Anaknya
Demi menyelamatkan anak tersayang, seorang ibu mempertaruhkan nyawa sendiri hingga maut dirempuh sebuah motosikal.
Kejadian menyayat hati ini berlaku di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu pagi tadi, memetik laporan laman web Harian Metro Online.
Allahyarham Dayang Che Abdul Kadir, 54, dikatakan sempat menolak anak lelakinya ke tepi jalan dan membiarkan dirinya dirempuh motosikal yang ditunggang laju. Anaknya, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang, Muhammad Izzudin Najmi Ibrahim, 12, yang bangun dari terjatuh selepas ditolak hanya mampu melihat jasad ibunya yang sudah tidak bernyawa lagi. Kemalangan berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi, melibatkan mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Panjang sedang melintas jalan untuk menghantar Muhammad Izzudin ke sekolah selepas singgah minum di warung berdekatan. Bagaimanapun, ketika melintas jalan tiba-tiba mangsa melihat sebuah motosikal ditunggang laju ke arah mereka. Difahamkan, mangsa yang menyedari kedatangan motosikal itu menolak anaknya ke bahu jalan sebelum dirinya sendiri dirempuh. Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalanraya menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian sementara penunggang motosikal, seorang pelajar tingkatan empat hanya mengalami cedera ringan. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan kemalangan itu. Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan. Kasih ibu membawa ke syurga, begitulah tidak terkira pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu.. – MYNEWSHUB.CC

Abdul Hadi Dipujuk Berundur Demi Pakatan Rakyat ?
Menurut satu sumber, Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang dipujuk untuk berundur dari jawatannya demi kelangsungan kerjasama antara PAS dan sekutunya, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).
Memetik sumber The Malaysian Insider, pengunduran Abdul Hadi akan menjernihkan kembali hubungan ketiga-tiga parti yang dilihat semakin pincang akibat sikap dingin figura itu selepas tidak bersetuju dengan penyingkiran Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ujar satu sumber, masalah kesihatan yang dihadapi pemimpin tersebut juga menjadi musabab untuk dia melepaskan jawatan sedia ada. Untuk rekod, Abdul Hadi menghadapi masalah sesak nafas dan terpaksa mendapatkan rawatan di Istanbul, Turki Mei lalu.
Menurut pemimpin veteran parti itu, selepas kejadian tersebut, Abdul Hadi sukar mengawal kemarahannya sehinggakan berlaku beberapa siri insiden tidak sepatutnya, termasuk memarahi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kunjungan Anwar ke Terengganu semasa kemelut MB Selangor.
Kata seorang pemimpin kanan PAS, “Presiden banyak berubah selepas masuk hospital dan seringkali membuat keputusan secara bersendiri. Mungkin sudah sampai sama untuk beliau berundur.”
Bukan itu sahaja, Abdul Hadi juga dilihat banyak kali mengeluarkan kenyataan bercanggah dari PR dan yang terbaru, tidak menghadiri Pelancaran Belanjawan 2015 PR dan pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, Oktober lalu.
Tidak lama selepas itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengeluarkan amaran kemungkinan PAS akan keluar dari PR andai Abdul Hadi terus dingin dan tidak memberikan komitmen dalam pakatan. Difahamkan, pujukan tersebut dilakukan seorang pemimpin yang dihormati presiden PAS itu, dan jika berjaya, dia berkemungkinan bakal menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS. Ulas sumber itu, ramai pihak mengharapkan Abdul Hadi untuk tidak bertanding mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti yang akan diadakan tahun depan. Pada Ogos lalu, Abdul Hadi mengumumkan PAS akan kekal bersama pakatan walaupun terdapat ura-ura sebelum itu bahawa parti tersebut akan meninggalkan gabungan PR. Dalam ada itu, sumber tersebut juga berkata beberapa nama disebut sebagai calon popular yang bakal menggantikan Abdul Hadi andai beliau setuju untuk berundur. Antara nama yang diutarakan beberapa pihak adalah Timbalannya, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa. “Namun kalau dia (Abdul Hadi) mahu berundur secara sukarela, saya percaya dia akan memilih Tuan Ibrahim sebagai penggantinya,” ujar sumber berkenaan. Adakah survival politik Abdul Hadi bakal berakhir kerana bercanggah dengan pemimpin pembangkang lain? Adakah PAS akan terus berada dalam gabungan tersebut untuk jangka masa lebih lama? Sama-sama kita nantikan. – MYNEWSHUB.CC

Ada Pegawai Kerajaan Gelapkan Hampir RM1 Juta, Masih Bebas!
Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri ketiga menunjukkan ada pegawai kerajaan bertanggungjawab menggelapkan hampir RM1 juta daripada Jabatan Akauntan Negara (JANM) tetapi dilepaskan tanpa sebarang tindakan berkaitan jenayah.
Menurut laporan itu yang dibentangkan di Parlimen hari ini, Ketua Audit Negara Tan Sri Amrin Buang berkata jumlah keseluruhan wang itu melibatkan RM995,031 wang tidak dituntut melalui pemalsuan dokumen yang terdedah pada Mac 2011.
Laporan itu menyebut tindakan belum diambil terhadap perbuatan pegawai berkenaan yang dilakukan antara 27 Ogos 2008 hingga 21 Disember 2010.
Memetik laporan portal Malaysiakini, laporan polis difahamkan sudah dibuat pada 3 dan 10 Mac 2011.
Laporan pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula dibuat pada keesokannya 11 Mac 2011.
Sementara itu, prestasi pengurusan kewangan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi tahun 2013 adalah lebih baik berbanding dua tahun sebelumnya dengan peningkatan jumlah yang mendapat penarafan sangat baik (4 bintang).
Amrin berkata sebanyak 194 kementerian, jabatan dan agensi mendapat penarafan itu (4 bintang) berbanding 143 pada tahun 2012 dan 111 pada 2011, memetik laporan Bernama.
“Pencapaian ketara ini menunjukkan pelaksanaan Indeks Akauntabiliti (IA) memberi dorongan kepada pegawai untuk mengambil tindakan penambahbaikan terhadap pengurusan kewangan,” katanya.
Amrin berkata bagi Siri 3 sebanyak 62 pengauditan prestasi dan 22 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri.
“Pengauditan yang dilaksanakan merangkumi bidang pembinaan, penyelenggaraan, penguatkuasaan undang-undang, perolehan, pengurusan aset, pengurusan hasil cukai, program peningkatan sosioekonomi, pertanian, infrastruktur, teknologi maklumat dan komunikasi serta pengurusan syarikat,” katanya.
Amrin berkata dalam laporan Siri 3 itu, Jabatan Audit Negara mengemukakan 112 syor kepada kerajaan persekutuan, 22 (badan berkanun persekutuan) dan 136 (kerajaan negeri) bagi memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.
Kandungan dan sinopsis laporan Siri 3 boleh dilayari dalam laman web Jabatan Audit Negara di http://www.audit.gov.my mulai hari ini dan sebarang pertanyaan atau pandangan boleh dialamatkan kepada Warkah Untuk Ketua Audit Negara.
Selain itu sesi ‘townhall’ bersama media mengenai laporan itu akan diadakan pada Rabu (12 Nov) di Angkasapuri yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 1 dibentangkan di Parlimen pada 7 April 2014, manakala Siri 2 pada 16 Jun lalu. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Cara Penstrukturan Semula Subsidi RON95 Kurang Efisyen – Tun M
Menurut mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad, perlaksanaan penstrukturan semula subsidi bahan api yang bakal dilaksanakan kerajaan dilihat sukar untuk dilakukan dan kurang efektif.
Ujar beliau, ia sukar kerana terdapat sesetengah individu yang mempunyai pendapatan lebih namun tidak mengisytiharkannya kepada kerajaan atas alasan tertentu.
“Oleh itu, cara yang boleh dilakukan ialah semua pihak perlu membayar minyak pada harga penuh kemudiannya dapatkan resit yang sah dan membuat tuntutan subsidi berkenaan pada hujung bulan,” cadang beliau.
Ulasnya lagi, rakyat Malaysia pastinya memiliki kad pengenalan diri yang memudahkan proses mengenal pasti latar belakang individu tersebut, dan individu bukan warganegara Malaysia perlu membayar pada harga penuh.
Beliau juga menambah, kerajaan perlu mengurangkan subsidi dan ia perlu dilakukan dengan tidak membebankan individu yang berpendapatan rendah.
“Namun begitu, sekiranya keputusan yang dilakukan itu tidak digemari rakyat, maka mungkin mereka boleh tewas dalam pilihan raya akan datang,” katanya.
Idea tersebut diutarakan beliau dalam satu sidang media ketika menyampaikan ucaptama dan merasmikan Seminar Antarabangsa Sosial Sains dan Kemanusiaan 2014 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Razif Sidek Dakwa Chong Wei Dah Lama Guna Bahan Terlarang!
Razif Sidek
Kes kegagalan ujian doping pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei semakin panas apabila bekas pemain beregu negara Razif Sidek membuat kenyataan bahawa kesalahan penggunaan bahan terlarang oleh pemain itu sudah lama berlarutan. Memetik laporan akhbar tempatan, Razif berkata ramai pegawai termasuk pemain badminton dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyedari kesalahan yang dilakukan Chong Wei. Menurut laporan itu, tiada seorang pun berani ‘buka mulut’ kerana kredibiliti Chong Wei yang merupakan seorang jaguh dunia dalam sukan badminton. BACA – Berita Sedih : Sampel B Ujian Doping Chong Wei POSITIF “Sebelum ini, susah nak bercakap sebab tiada bukti kukuh, kali ini dia sudah terkena, saya tidak mahu tuduh tetapi sebenarnya perkara ini sudah berlarutan lama. “Boleh dikatakan pemain senior dan pegawai sudah tahu perkara ini. Malah perkara ini turut mendapat pengetahuan pemain junior tetapi mereka sedar bahawa atlet ini melibatkan wira kebangsaan kita.
“Saya difahamkan, dia mengambil dadah ini dan sanggup mengupah doktor itu datang ke sini (Malaysia) semata-mata untuk menggunakan bahan terlarang berkenaan. “Bukankah saya dah cakap sebelum ini (mengenai Chong Wei terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang)? Saya bukan jenis individu buat tuduhan melulu tetapi kisah ini telah dimaklumkan oleh beberapa individu dalam persatuan itu sendiri,” katanya dipetik akhbar berkenaan. Sebelum ini sampel A dari Chong Wei diuji positif bahan terlarang dan pemain itu sendiri meminta untuk dilakukan ujian ke atas sampel B yang dilakukan di Oslo, Norway. Kelmarin, keputusan ujian melibatkan sampel B telah diketahui positif turut mengandungi bahan terlarang. Chong Wei kini berdepan hukuman penggantungan dari menyertai mana-mana kejohanan selama dua tahun. Kenyataan Razif yang pernah berpasangan dengan abangnya Jalani Sidek pastinya akan membuatkan sedikit sebanyak persepsi peminat sukan badminton akan berubah. Kita tunggu apa jawapan BAM dan Chong Wei berkaitan kenyataan Razif. – MYNEWSHUB.CC
Kes kegagalan ujian doping pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei semakin panas apabila bekas pemain beregu negara Razif Sidek membuat kenyataan bahawa kesalahan penggunaan bahan terlarang oleh pemain itu sudah lama berlarutan. Memetik laporan akhbar tempatan, Razif berkata ramai pegawai termasuk pemain badminton dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyedari kesalahan yang dilakukan Chong Wei. Menurut laporan itu, tiada seorang pun berani ‘buka mulut’ kerana kredibiliti Chong Wei yang merupakan seorang jaguh dunia dalam sukan badminton. BACA – Berita Sedih : Sampel B Ujian Doping Chong Wei POSITIF “Sebelum ini, susah nak bercakap sebab tiada bukti kukuh, kali ini dia sudah terkena, saya tidak mahu tuduh tetapi sebenarnya perkara ini sudah berlarutan lama. “Boleh dikatakan pemain senior dan pegawai sudah tahu perkara ini. Malah perkara ini turut mendapat pengetahuan pemain junior tetapi mereka sedar bahawa atlet ini melibatkan wira kebangsaan kita.
“Saya difahamkan, dia mengambil dadah ini dan sanggup mengupah doktor itu datang ke sini (Malaysia) semata-mata untuk menggunakan bahan terlarang berkenaan. “Bukankah saya dah cakap sebelum ini (mengenai Chong Wei terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang)? Saya bukan jenis individu buat tuduhan melulu tetapi kisah ini telah dimaklumkan oleh beberapa individu dalam persatuan itu sendiri,” katanya dipetik akhbar berkenaan. Sebelum ini sampel A dari Chong Wei diuji positif bahan terlarang dan pemain itu sendiri meminta untuk dilakukan ujian ke atas sampel B yang dilakukan di Oslo, Norway. Kelmarin, keputusan ujian melibatkan sampel B telah diketahui positif turut mengandungi bahan terlarang. Chong Wei kini berdepan hukuman penggantungan dari menyertai mana-mana kejohanan selama dua tahun. Kenyataan Razif yang pernah berpasangan dengan abangnya Jalani Sidek pastinya akan membuatkan sedikit sebanyak persepsi peminat sukan badminton akan berubah. Kita tunggu apa jawapan BAM dan Chong Wei berkaitan kenyataan Razif. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Bila Istana Raja Belanda Disangka Tandas Awam
AMSTERDAM – Pihak berkuasa Belanda bingung mencari cara terbaik menghalang orang awam yang sering kencing di dinding istana diraja negara itu di pusat bandar raya ini sejak bangunan warisan itu selesai dibaik pulih dengan kos jutaan euro pada akhir 2011 lalu.
Buat masa ini, untuk jangka pendek polis ditempatkan di kawasan strategik bagi mencegah pejalan kaki membuang hajat mereka di sekeliling istana lama itu terutama pada waktu malam kerana persekitaran bangunan dicat warna gelap dan kurang pencahayaan.
Ramai salah faham dengan status istana itu sebagai kediaman rasmi Raja Belanda dan mengambil kesempatan untuk kencing di kawasan sunyi tetapi sebenarnya bangunan itu merupakan pejabat untuk urusan kerja rasmi oleh kerabat diraja Belanda sendiri.
Pihak berkuasa Amsterdam kemudian memasang pagar besi di sekeliling istana itu namun Kementerian Dalam Negeri minggu lalu mengkritik pagar tersebut kerana ia mencacatkan pemandangan bangunan walaupun niat asalnya bagi tujuan keselamatan kenamaan.
Ekoran bau busuk akibat air kencing terbabit, kerajaan Belanda dijangka memasang lebih banyak lampu dan alat pengesan pergerakan yang akan menghidupkan lampu automatik jika ada pelaku vandalisme cuba berdiri lama di tepi dinding istana itu untuk kencing.
Jika semua usaha tersebut masih lagi gagal, langkah terakhir ialah memasang mangkuk kencing yang hanya akan timbul di koridor istana pada waktu malam selain ‘pagar khas’ yang boleh membunyikan siren khas jika mengesan individu cuba untuk buang air kecil. – Agensi
TOP
Pelajar Berhati Mulia Tawar Dobi Percuma Untuk Gelandangan
Akibat keperluan hidup seperti makanan lebih utama, maka sesetengah individu terutama gelandangan, terpaksa melupakan rutin lain antaranya mendapatkan perkhidmatan mencuci pakaian.
Walau bagaimanapun, dua pelajar berhati mulia dari sebuah universiti di Brisbane cuba memberi sedikit kegembiraan buat golongan tidak berumah untuk mendapatkan kehidupan lebih selesa.
Mereka memulakan perkhidmatan yang dinamakan ‘Orange Sky Laundry’, khas untuk gelandangan mendapatkan servis mencuci baju secara percuma!
Lucas Patchett dan rakannya, Nicholas Machesi, 20, mendapat inspirasi memulakan aktiviti mereka itu ketika menyertai satu lawatan ke luar negara.
Apabila pulang, mereka terus sepakat memulakan program ini dengan mendapatkan sebuah van lama, serta dua buah mesin basuh dan dua buah pengering yang didermakan.
Namun, bukan mudah untuk memasukkan keempat-empat buah mesin tersebut ke dalam van. Ujar Lucas, arkitek yang membantu mengubah suai van tersebut terpaksa melakukan sedikit modifikasi bagi memuatkan kesemua mesin.
“Kami masih berada dalam peringkat pengenalan, bila terjumpa orang luar, mereka akan bertanya, ‘apa sedang berlaku?’. Namun ia semakin tersebar dan kami mendapat banyak reaksi positif.”
Tambahnya lagi, perkhidmatan mencuci baju di Brisbane adalah sekitar $5 hingga $6 (RM 14 – RM15) dan ia merupakan kos yang mahal buat seorang individu yang tidak memiliki rumah.
Oleh itu, perkhidmatan yang ditawarkan oleh ‘Orange Sky Laundry’ adalah percuma untuk hampir 300 gelandangan di sekitar bandar tersebut. Van itu kini berada dalam fasa percubaan dan telah menjelajah ke enam kawasan di sekitar daerah Brisbane setakat ini. Ujar Lucas, “Saya dan rakan berpegang kepada prinsip berbuat baik seperti mana ingin individu lain melayan anda, serta membantu orang lain. Setiap individu inginkan pakaian yang bersih, bukan?” Ya, buat anak-anak muda, sepatutnya mereka mencontohi tindakan mulia seperti Lucas dan Nicholas. Walaupun masih belajar, namun mereka tidak lupa pada tanggungjawab sosial. Bukannya membuang masa dengan merusuh mahupun merempit! – MYNEWSHUB.CC

VIDEO : Kalau Kena Buli, Lawan Balik Begini
Bagi pelajar sekolah tidak kiralah di sekolah asrama atau tidak yang mungkin menjadi mangsa buli, anda boleh lihat video menarik yang dihasilkan oleh Fusion Malaysian ini berkenaan kes buli.
Pada permulaan video, ia kelihatan seperti video-video viral yang disebarkan di laman sosial berkaitan kes pukul tetapi kualiti visualnya berdefinisi tinggi.
Gelagat seorang budak berpakaian sekolah menengah dalam video ini betul-betul ala samseng cuba membuli seorang murid lain yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.
Ketika sekumpulan budak samseng sedang memukul murid itu datang seorang lagi murid yang menyelamatkan nasib mangsa dengan melawan murid samseng tadi.
Aksi hero kecil ini berlawan menakjubkan, dipercayai dia memang memiliki ilmu dalam seni mempertahankan diri.
Selesai kesemua pelajar samseng ditewaskan, mereka berdua melarikan diri keluar sebelum dikejar seorang lagi gangster sekolah. Kali ini, mereka diselamatkan pula oleh dua pelajar perempuan yang juga pakar dalam seni bela diri, apabila membelasah kesemua pelajar jahat. Kemungkinan, bagi golongan murid yang sering menjadi mangsa buli, video ini adalah contoh bagi menggalakkan mereka mempelajari seni mempertahankan diri khususnya untuk saat-saat kecemasan seperti dibuli. Tetapi bila ilmu mempertahankan diri sudah ada di dada maka janganlah anda menggunakannya untuk membuli atau berlagak kuat dengan rakan sekolah pulak! Apa pun, layan juga tengok video ni dan kami cukup salut dengan Fusion Malaysia memandangkan penggambaran filem ini tak guna dslr sekali pun, cuma lumia 1020 semata-mata. - MYNEWSHUB.CC

Great and that i have a keen present: What House Renovations Can You Claim On Tax modern home renovation
ReplyDelete