TOP
Nad Zainal Buang Gambar Di Instagram Elak Kontroversi
Nad Zainal
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Selepas pelakon Izreen Azminda membuat keputusan membuang hampir ke semua foto di akaun Instagram miliknya minggu lalu, kini aktres Nad Zainal pula mengambil tindakan yang sama.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, dia berbuat demikian bagi mengelak daripada sebarang kontroversi yang boleh tercetus kerana gambar yang dimuat naik itu.
"Kadang-kadang gambar yang kita muat naik itu biasa-biasa saja tetapi ia boleh dimanipulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Biasalah, ada suka kita dan ada membenci. Jadi lebih baik jika kita elak menjadi bahan bualan ramai," katanya yang dihubungi mStar Online.
Nad memuatnaik semula gambar di Instagram sejak Isnin.
Sebelum ini, Nad telah mempunyai kira-kira hampir 2,000 gambar di laman Instagram miliknya dan ia sudah pun dibuang pada Ahad lalu.
Setakat Selasa, akaun Instagram Nad yang mempunyai seramai 151 ribu pengikut hanya memuatnaik empat keping gambar bermula Isnin.
Dalam pada itu, Nad turut menyifatkan kebanyakan gambar-gambar dimuatnaik ke dalam laman sosial tersebut tiada kaitan dengan kerja sedangkan ia sepatutnya digunakan bagi mempromosi kerjaya seni. "Apa yang saya lihat, banyak gambar yang tidak berfaedah dimuatnaik dalam Instagram, saya tengok sendiri pun naik rimas. "Dengan cara itu juga saya dapat 'membuka buku baru' bersempena dengan tahun baru 2015 yang akan tiba tidak lama lagi. Saya mahu Instagram itu dipenuhi dengan gambar yang melibatkan kerjaya seni sahaja," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Nad kini sibuk dengan penggambaran drama Street Vendetta siaran RTM. Selain itu lakonan Nad menerusi drama Antidot akan bersiaran di TV3, bermula 9 Disember ini, pukul 10 malam.- mstar online

71 Peratus Puas Hati Perkhidmatan Pengangkutan Awam Di Lembah Klang - SPAD
KUALA LUMPUR: Kajian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 2012 hingga 2013, menunjukkan sebanyak 71 peratus daripada pengguna berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan operator-operator pengangkutan awam di Lembah Klang.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata perangkaan yang dicatat untuk kesemua jenis pengangkutan awam itu menunjukkan pihaknya cemerlang dan komited dalam usaha memperbaiki serta memajukan sistem pengangkutan awam darat khususnya di kawasan bandar.
"Bagaimanapun, dalam melaksanakan komitmen itu, kita tidak pernah meminggir perkhidmatan awam darat di luar bandar kerana kita tahu kawasan luar bandar turut menyumbang kesan limpahan ekononomi kepada negara," kata beliau.
Syed Hamid bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Pengangkutan Awam Darat (LPT) 2014 bertajuk: 'The Future of Our Cities - Thinking Ahead Building Together', di sini Selasa.
Katanya, untuk mengekalkan kesinambungan itu (kepuasan pengguna), SPAD akan mempertimbang beberapa langkah lagi pada masa akan datang termasuk mengkaji keperluan untuk menggunakan keretapi yang berkonsepkan "keretapi atas jalan" dalam kawasan bandar.
"Memang ada cadangan untuk 'train' jenis ini tetapi kita kena tunggu reaksi dan jawapan daripada kerajaan," katanya.
Terdahulu, dalam ucaptamanya, Syed Hamid berkata masa depan bandaraya Asean banyak bergantung dan dibentuk oleh mobiliti dan kecekapan pengangkutan awam daratnya. Dua faktor ini memainkan peranan penting kepada pertumbuhan ekonomi negara, katanya.
"Tidak ada negara yang meningkat dari status berpendapatan rendah ke berpendapatan sederhana/tinggi tanpa memiliki pengangkutan awam darat yang signifikan dan dinamik.
"Oleh itu, adalah penting bagi kita sekarang memberi keutamaan kepada pelaburan pengangkutan awam, daripada memberi keutamaan kepada membina jalan raya demi hubungan pengangkutan dan menyelesaikan kesesakan," kata beliau.- mstar online
TOP
Kes Denggi Meningkat 185 Peratus Dari Januari Hingga 8 November - KP
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara dari Januari sehingga 8 Nov tahun ini meningkat sebanyak 185 peratus kepada 88,806 kes berbanding 31,170 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kumulatif kematian sehingga 8 November ialah sebanyak 169 berbanding 63 bagi tempoh yang sama pada 2013. Katanya, sejumlah 96 lokaliti kawasan panas dilaporkan di seluruh negara iaitu Selangor (89), Kelantan (4), Melaka (2) dan Sarawak (1). "Hasil analisa kementerian di kesemua lokaliti kawasan paans itu, dilaporkan hanya 13 lokaliti menjalankan aktiviti gotong-royong. "Melalui kawalan dan pemantauan kementerian pula menunjukkan kadar pembiakan Aedes adalah tinggi iaitu antara 1.1 peratus hingga 25 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa. Mengenai perkembangan kes denggi berdasarkan mingguan pula, beliau berkata terdapat penurunan sebanyak 42 kes (2.1 peratus) dalam tempoh tujuh hari dari 2 Nov hingga 8 Nov dengan 2,041 kes dilaporkan berbanding 2,083 kes pada minggu sebelumnya. Bagaimanapun Dr Noor Hisham berkata lima negeri telah mengalami peningkatan kes demam denggi dalam tempoh berkenaan iaitu Melaka, Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Sabah. Dalam pada itu beliau menasihatkan penduduk setempat agar mengambil berat tentang kebersihan kediaman masing-masing dengan menjalankan aktiviti gotong-royong setiap minggu untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.- mstar online

Tak Perlu Tunggu Arahan Tangani Salah Laku Penjawat Awam - KSN
Ali diiringi Zabidi (kanan) ketika melawat ibu pejabat Perhilitan, Selasa.
KUALA LUMPUR: Setiap jabatan kerajaan berhak mengambil tindakan proaktif berlandaskan undang-undang bagi menangani salah laku penjawat awam, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa. Beliau berkata, langkah sedemikian juga bersesuaian dengan undang-undang sedia ada di setiap jabatan yang perlu dipatuhi, selain bidang penguatkuasaan masing-masing. "Setiap jabatan perlu lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah masing-masing, tidak perlu tunggu arahan dan masing-masing ada kuasa penguatkuasaan," katanya pada Selasa. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian surat arahan pemangkuaan dan kenaikan pangkat Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Datuk Seri Zoal Azha Yusof. Sehubungan itu, Ali berkata, Jabatan Perhutanan dan Perhilitan perlu meningkatkan kerjasama dengan agensi kerajaan lain bagi merangka aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu dan menyeluruh. Beliau berkata, langkah tersebut bagi memastikan sumber alam semula jadi negara ini dalam keadaan terjaga dan diuruskan dengan baik. "Sepanjang Operasi Rangkaian Penguatkuasaan Biodiversiti 1Malaysia (1MBEON), renjer Perhilitan bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan rondaan ke pedalaman Taman Negara yang berkeluasan enam kali lebih besar daripada Singapura dan menahan 13 pendatang asing tanpa izin (Pati) kerana menceroboh. "Berdasarkan tangkapan itu, saya percaya Perhilitan perlu meningkatkan usaha dan aktiviti rondaan serta penguatkuasaan di kawasan perlindungan negara melalui program 1MBEON," katanya. Mengulas mengenai dua pegawai tinggi kerajaan yang disiasat berhubung aktiviti penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands, Ali berkata perkara itu diserahkan kepada jawatankuasa siasatan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Saya serahkan kepada SPRM, mereka badan bebas yang akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya. Pada Isnin, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, kertas siasatan dibuka berikutan terdapat maklumat mengenai kedua-dua pegawai yang bertugas di tanah tinggi tersebut, dikatakan hidup mewah melebihi pendapatan bulanan mereka.- mstar online

Pembuli Jalan Raya Di Subang Ditahan Kurang 24 Jam Selepas Kejadian
Gambar dari Facebook 'Friends of BN'
PETALING JAYA: Pembuli jalan raya yang didakwa mengganggu dan merosakkan kereta seorang wanita di Jalan Subang Jaya USJ - Shah Alam dilaporkan telah ditahan polis, kurang 24 jam selepas kejadian itu. Facebook 'Friends of BN' telah berkongsi imej pembuli yang melakukan perbuatan tersebut dan memuji polis yang bertindak pantas. "Lelaki yang telah membuli dan merosakkan kereta seorang wanita semalam (Isnin) telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tahniah PDRM kerana tindakan yang cepat," menurut posting di Facebook itu, Selasa.
'Posting' tersebut mendorong pengguna Facebook memuji PDRM kerana mengikuti perkembangan isu yang dikongsi di media sosial. Identiti pembuli jalan raya itu tidak jelas kecuali fakta bahawa dia menetap di Subang Jaya dan memandu kenderaan utiliti sukan (SUV). Gambar kejadian itu pertama kali dimuat naik pada pagi Isnin oleh mangsa, Alisia Thean, di laman Facebooknya. "Bertemu dengan pembuli jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja hari ini. Dia mengetuk tingkap saya, bertanya kepada saya apa yang saya mahu, meludah di cermin, merosakkan 'wiper' dan melipat cermin sisi kereta saya," tulisnya. Thean berkata, dia sedang memandu ke tempat kerja dan telah membunyikan hon kepada pemandu SUV itu kerana sering menukar lorong, apabila dia tiba-tiba memberhentikan kereta di tepi jalan dan berjalan menuju ke keretanya. Sebanyak 15 gambar yang kemudiannya dimuat naik menunjukkan seorang lelaki pertengahan umur keluar dari kenderaannya dan berjalan menuju ke kereta wanita itu sebelum merosakkan pengelap cermin dan meludah di bahagian cermin hadapan kereta. Wanita itu kemudian membuat laporan polis selepas komen-komen mendesak supaya dia berbuat demikian. Lelaki itu telah ditahan polis di kediamannya sekitar tengah malam pada hari yang sama.- mstar online

Hong Kong Pintu Masuk Pasarkan Produk Ke China - Konsul Jeneral
HONG KONG: Produk Malaysia yang disasarkan untuk pasaran China lebih mudah dibawa masuk melalui Hong Kong dari dieksport terus ke negara tersebut.
Konsul Jeneral Malaysia ke Hong Kong, Tengku Sirajuzzaman Mohd Ariffin berkata, cara itu dapat mengelak syarat-syarat ketat tertentu yang dilaksanakan kerajaan China.
"Syarikat-syarikat Malaysia terutama syarikat Bumiputera hendaklah berani melabur di Hong Kong supaya mudah berurusan dengan syarikat-syarikat tempatan termasuk dari tanah besar China.
"Saya syorkan cara ini kerana kerajaan China memberi peluang kepada Hong Kong berbincang dengan pihak-pihak yang ingin menjalankan perniagaan khususnya mengesksport produk mereka ke China," kata Tengku Sirajuzzaman kepada Bernama di sini, Selasa.
Beliau ditemui semasa menyambut keberangkatan tiba Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang singgah di sini dalam perjalanan pulang ke Malaysia.
Syed Faizuddin selaku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkalan di Kem Bukit Keteri, Perlis, mengetuai delegasi Pasukan Pegawai Latihan Simpanan (Palapes) tujuh universiti awam Malaysia (IPTA) membuat lawatan Kerja Akademik dan Strategik Ketenteraan ke kem tentera dan universiti di Beijing bermula 14 November hingga 17 November.
IPTA tersebut ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknoloji Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tengku Sirajuzzaman berkata, usahawan Malaysia harus mengambil kesempatan itu kerana institusi kewangan Malaysia seperti Maybank, Public Bank dan CIMB telah bertapak di Hong Kong.
"Institusi perbankan ini membolehkan transaksi atau pembayaran lebih mudah selain kemampuan masyarakat Hong Kong berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang memudahkan komunikasi berbanding di China.
"Walaupun kos operasi di Hong Kong sangat tinggi namun berbaloi apabila produk yang disasarkan berjaya memasuki pasaran China. Mungkin usahawan ini pula tidak mampu memenuhi permintaan," katanya.
Tengku Sirajuzzaman memberi contoh produk halal dan buah-buahan tempatan seperti durian mendapat permintaan tinggi di China akan lebih mudah dieksport melalui Hong Kong.
Beliau berkata, dengan 30 juta penduduk bandar Shenzen iaitu bandar yang paling dekat dengan Hong Kong selain Hong Kong sendiri mempunyai tujuh juta penduduk, permintaan terhadap produk tersebut sangat dinantikan.
"Usahawan Bumiputera Malaysia perlu berani memasuki pasaran China. Kerajaan melalui MATRADE (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) dan pejabat Konsul Jeneral sentiasa bersedia membantu supaya usahawan Malaysia menyertai pameran produk yang banyak diadakan di Hong Kong.
"Di pameran ini, usahawan boleh membuat rundingan terus dengan syarikat-syarikat di China atau Hong Kong," katanya sambil menambah bahawa kos pendidikan di Hong Kong yang tiada had siling adalah bidang mencabar untuk diterokai.
Tengku Sirajuzzaman berkata, dasar kerajaan Malaysia menghantar pelajar mengambil jurusan bahasa Mandarin di China bakal membantu mempertingkat dagangan dua hala pada masa hadapan.- mstar online
TOP
Great Eastern Manfaat Pelanggan Bank Muamalat Jual Produk Takaful
Zhafri Abdul Halim
KUALA LUMPUR: Great Eastern Takaful Bhd menjalin kerjasama dengan Bank Muamalat Malaysia Bhd sebagai sebahagian daripada strateginya untuk memaksimumkan penawaran produknya dalam pasaran, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zhafri Abdul Halim. Di bawah perjanjian pengedaran bancatakaful, Great Eastern akan memanfaatkan kira-kira 700,000 pelanggan Bank Muamalat untuk memperkenalkan pelan takaful keluarga pertamanya, M-Tiara Hajj. Bank itu akan menambah baik penawaran produknya kepada pasaran, katanya. "Ketika ini, tiga produk takaful berkaitan kredit yang berkaitan dengan pinjaman rumah, sewa beli dan pinjaman peribadi boleh didapatkan di Bank Muamalat. Bagi makluman, pelan takaful keluarga berkaitan pelaburan kami, i-Great Bakti, setakat ini ditawarkan menerusi Bank Muamalat. "Menjalin kerjasama dengan Bank Muamalat sudah pastinya satu strategi positif bagi kami. Kami yakin kami dapat memaksimumkan potensi kami dalam menyediakan penyelesaian kewangan holistik kepada pengguna," kata Zhafri kepada pemberita selepas majlis permeterian kerjasama itu, di sini, Selasa. Sementara itu, Naib Presiden Kanan Bank Muamalat, Attar Salleh berkata bank itu menyasar memperoleh 3,000 pelanggan takaful susulan pelancaran pelan M-Tiara Hajj, dalam tahun kewangannya yang berakhir pada 31 Mac, 2015. "Kami membuat pelancaran awal produk itu tiga bulan lalu, dan mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai, walaupun kempen promosi dan pendedahan produk itu belum cukup meluas," kata Attar. Bank Muamalat merupakan bank Islam sepenuhnya dengan 80 peratus pelanggannya orang Islam dan 20 peratus bukan Islam. Pelan M-Tiara Hajj, menyediakan pelbagai perlindungan dan manfaat bantuan kewangan kepada orang Islam yang akan menunaikan ibadah Haji di Makkah dengan kadar sumbangan bermula daripada RM100 sebulan. - mstar online

Maha 2014: Fama Terengganu Tonjol Nasi Dagang, Satar, Keropok
KUALA TERENGGANU: Fama Terengganu akan menonjolkan antara lain nasi dagang, satar dan keropok pada pertandingan Rumah Negeri Terbaik sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) 2014 di Serdang, Selangor mulai Khamis ini.
Pengarahnya, Hasan Jusoh berkata, tiga usahawan makanan akan turut mempromosi makanan popular Terengganu seperti keropok losong dan burung puyuh.
Beliau berkata, Rumah Negeri Terengganu akan dirasmikan Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada 26 November ini.- mstar online
TOP
Jadual Perlawanan Pusingan Pertama Piala FA Inggeris
BERIKUT adalah jadual perlawanan pusingan pertama Piala FA Inggeris, awal pagi Selasa:
Weston-super-Mare lwn Doncaster Rovers
Mansfield Town lwn Concord Rangers
Accrington Stanley lwn Notts County
Telford United lwn Basingstoke
AFC Wimbledon lwn York City
Rochdale lwn Northampton Town
Sheffield United lwn Crewe Alexandra
Shrewsbury Town lwn Walsall
Southport lwn Dagenham & Redbridge
(Semua perlawanan bermula pukul 4.45pg waktu tempatan)
- mstar online

Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Berbeza - Khairy
KUALA LUMPUR: Struktur padang Stadium Nasional Bukit Jalil berbeza dengan padang di stadium lain, jelas Menteri Belia dan Sukan mengenai pandangan Penasihat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkaitan isu kualiti padang stadium tersebut.
Jelas Khairy, padang stadium itu memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya kerana struktur tanah di Bukit Jalil juga berbeza.
"Saya pernah melawat Stadium Larkin. Padangnya mendapat cahaya matahari yang berterusan dan padang itu berada di bawah paras laut. Jadi rumput di situ selalu basah, berbeza pula dengan Stadium Nasional yang berdepan dengan laluan angin, kurang pencahayaan serta meilbatkan reka bentuk stadium .
"Kita tidak menggunakan 'Cow Grass'. Kita ada banyak pilihan dan putuskan di stadium ini kita gunakan rumput yang berbeza daripada stadium lain.
"Saya yakin padang ini akan bertambah baik dan sekarang ia dalam proses pemulihan rumput sedia ada," jelasnya kepada media di Bukit Jalil, Isnin.
Tahun lepas, Khairy mengarahkan Stadium Nasional ditutup selepas aduan bahawa keadaan padang di stadium berkenaan tidak sesuai sehingga memaksa perlawanan persahabatan antara Barcelona FC dan Malaysia ditukar ke Stadium Shah Alam pada saat-saat akhir.
Penukaran rumput di stadium itu sebelum ini menelan belanja RM1.5 juta.
Stadium kembali digunakan pada perlawanan akhir Piala Malaysia bulan lalu yang mendapat reaksi tidak memuaskan.
Dalam pada itu, menerusi entri terbaharu Tunku Ismail di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Isnin, beliau meluahkan pandangan mengenai kos pemulihan yang tinggi.
"Sewaktu kami mengalami masalah yang sama, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor telah menjalankan pemulihan dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di atas padang yang sedia ada dengan penglibatan kos RM150,000 setahun.
"Saya bangga untuk mengatakan bahawa padang di Larkin adalah yang terbaik di negara ini dan ianya disahkan sendiri oleh perwakilan daripada AFC yang telah datang sebelum ini untuk melakukan pemeriksaan.
"Kami juga telah dikunjungi oleh delegasi dari AC Milan dan Borussia Dortmund yang juga sangat kagum dengan kualiti padang.
"Ketua Pegawai Operasi Borussia Dortmund ada menyebut sesuatu kepada saya iaitu 'Bola sepak dimainkan di padang dan bukannya di atas batu bata'.
"Ertinya, tidak ada gunanya infrastruktur bertaraf dunia jika kondisi padang tidak sesuai dan tidak diselenggara dengan baik".- mstar online
TOP
Jadual Piala AFF Suzuki
BERIKUT merupakan kumpulan dan jadual bagi saingan Piala AFF Suzuki 2014:
Kumpulan A
Vietnam
Filipina
Indonesia
Loas
Kumpulan B
Singapura
Malaysia
Thailand
Mynmar
JADUAL
22 November
Kumpulan A
Filipina lwn Loas - Stadium Nasional My Dinh, Hanoi
Vietnam lwn Indonesia - Stadium Nasional My Dinh, Hanoi
23 November
Kumpulan B
Malaysia lwn Myanmar - Stadium Nasional Singapura, Kallang
Singapura lwn Thailand - Stadium Nasional Singapura, Kallang
25 November
Kumpulan A
Filipina lwn Indonesia - Stadium Nasional - My Dinh, Hanoi
Loas lwn Vietnam - Stadium Nasional My Dinh, Hanoi
26 November
Kumpulan B
Malaysia lwn Thailand - Stadium Nasional Singapura, Kallang
Mynmar lwn Singapura - Stadium Nasional Singapura, Kallang
28 November
Kumpulan A
Indonesia lwn Loas - Stadium Hàng Đẫy, Hanoi
Vietnam lwn Filipina - Stadium Nasional My Dinh, Hanoi
29 November
Kumpulan B
Thailand lwn Mynmar - Stadium Jalan Besar, Kallang
Singapura lwn Malaysia - Stadium Nasional Singapura, Kallang
SEPARUH AKHIR 1
6 Disember
Naib juara kumpulan A lwn juara kumpulan B
7 Disember
Naib juara kumpulan B lwn juara kumpulan A
SEPARUH AKHIR 2
10 Disember
Juara kumpulan B lwn naib juara kumpulan A
11 Disember
Juara kumpulan A lwn naib juara kumpulan B
PERLAWANAN AKHIR
17 Disember
Perlawanan Akhir 1
20 Disember
Perlawanan Akhir 2

Khairy Harap Program RM34 Juta MyTID Berhasil
Khairy (dua, kiri) melancarkan Sistem Pengurusan Data MyTID di Dewan Perdana Institut Sukan Negara (ISN) Bukit Jalil pada Selasa. Turut hadir Pengerusi Lembaga ISN, Datuk Mohamad Norza Zakaria.
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan menegaskan, peruntukan besar RM34 juta kepada Institut Sukan Negara (ISN) untuk Program Pengenalpastian Bakat Malaysia (MyTID) perlu dibuat dengan teliti agar mendapat hasil yang diharapkan. Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, beliau secara peribadi telah memberi keyakinan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bahawa program ini penting untuk pembangunan sukan negara. "Saya yakin beliau faham objektif program bakat muda yang tidak akan berhasil dalam tempoh pendek dan seterusnya meluluskan permintaan KBS untuk menjalankan program ini. "Saya percaya program akan berjaya sekiranya ia dilakukan seperti yang dirancang. Malah apa yang penting setiap rekod ujian saringan itu perlu digunakan, bukan sekadar menjadi simpanan sahaja," jelasnya pada majlis pelancaran Sistem Pengurusan Data MyTID di ISN, Selasa. MyTID merupakan program pembangunan bakat sukan akar umbi yang melibatkan seluruh pelajar sekolah rendah. Program pencarian bakat ini menggabungkan dua program iaitu TID,ISN serta Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (Segak) oleh Kementerian Pendidikan. "Saya mahu pastikan peruntukan ini digunakan sebaik mungkin kerana tidak akan ada peluang kedua lagi. "Peruntukan program pencarian bakat yang diberikan kepada ISN sebelum ini hanya lebih kurang RM3 juta sahaja, tetapi berbeza untuk tahun depan. "Peruntukan ini bukan hanya untuk program ujian saringan, tetapi separuhnya adalah untuk pengendalian dan pengurusan. "Tahun depan 100,000 murid dari 1,500 sekolah akan membuat ujian saringan pada tahun pertama dan jangkaan 20 peratus akan dipilih ke peringkat seterusnya. "Manakala kita akan menambah pusat pembangunan bakat yang kini hanya terdapat 40 sahaja kepada 100 lebih dan seboleh-bolehnya di setiap daerah," katanya. Malah Khairy berkata, untuk melihat program ini berhasil sehingga pelajar yang disaring berjaya menjadi atlet, semua pihak perlu bekerjasama. "ISN, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Pendidikan perlu merobohkan benteng (perbezaan pengurusan) antara satu sama lain dan memastikan bakat-bakat yang disaringkan itu berjaya masuk ke pusat pembangunan bakat sebelum mengenal pasti acara yang bersesuaian sebelum kepada pusat pelapis negara. "Walaupun program ini tertumpu kepada pelajar-pelajar yang berumur 7 hingga 9 tahun, namun ada acara-acara sukan yang kita boleh kenal pasti lebih awal, seperti acara akuatik atau gimnastik," tambahnya. Program Pengenalpastian Bakat Malaysia yang melibatkan pengujian, saringan dan pengkhususan bakat bersukan dalam kalangan pelajar sekolah menjadi salah satu agenda penting dalam peruntukan bajet sukan 2015 sebanyak RM103 juta yang diumumkan oleh Najib, baru-baru ini.- mstar online

Perlawanan England-Scotland Dijangka 'Menakutkan'
Stadium Celtic Park yang bakal dibanjiri penyokong tegar England dan Scotland pada Selasa.
KETUA pasukan bola sepak England mengingatkan rakan sepasukannya supaya bersedia menghadapi tentangan hebat di Celtic Park pada Selasa apabila berhadapan Scotland dalam perlawanan persahabatan untuk pertama kali sejak lebih 25 tahun. Wayne Rooney yang berpengalaman bermain di stadium berkenaan berkata, dia bersedia dari segi mental untuk berhadapan situasi hingar bingar, selain gelagat penyokong tuan rumah yang begitu bersemangat. "Saya sudah beberapa kali bermain di stadium itu dan sebaik perlawanan bermula, penyokong mereka akan mula memberi sokongan padu kepada pasukan mereka. "Suasananya agak menakutkan jika tidak biasa dengan situasi itu, sebab itu saya ingatkan semua pemain supaya bersedia, terutama pemain baharu," katanya sekadar berkongsi pengalamannya dengan rakan sepasukan bagi memastikan mereka dapat mempamerkan aksi hebat dalam perlawanan itu nanti.
Seperti pengurusnya, Roy Hodgson, Rooney berkata, persaingan sengit antara kedua negara itu tidak membawa sebarang makna kepada generasi baharu pemain kerana separuh daripada skuad dilahirkan selepas pemansuhan pelawanan persahabatan tradisi antara England dan Scotland yang kali terakhir diadakan pada 1989.
"Saya rasa perlawanan kali ini tidak sama seperti mana yang berlaku 20 tahun lalu. Dahulu ketika dipadang semuanya bermain mengikut peraturan yang ditetapkan di mana pengurus pasukan akan memberi arahan ," katanya. Pemain Manchester United itu juga menganggap sejarah antara kedua negara itu berbeza sama sekali berbanding perlawanan menentang pasukan negara lain. Malahan, Hodgson juga menganggap pertembungan kedua pasukan kali ini bukan sekadar perlawanan persahabatan, tetapi lebih daripada itu. Sementara itu, risikan polis menjangkakan kira-kira 5,000 penyokong tegar England akan ke Glasgow untuk menyokong pasukan mereka. Malahan, maklumat juga diterima mengenai kemungkinan berlaku kekecohan yang bakal dicetuskan penyokong kedua-dua pasukan terbabit. "Kami sedang memantau rapi pihak yang dikenal pasti mungkin mencetuskan huru hara menjelang perlawanan persahabatan itu nanti," kata komander perlawanan antarabangsa, Ketua Superintendan Andy Bates.- mstar online

i-Park Semakin Dapat Pengiktirafan Di Iskandar Malaysia
La Brooy(dua, kiri) bersama Pengerusi Beyonics Technology LTD Kyle Shaw (dua, kanan), Michael Ng (kanan) dan Pengarah Eksekutif Axis AME Ip Sdn Bhd Kelvin Lee ketika gimik majlis pecah tanah Beyonics Technology Campus di I-Park Indahpura di sini, Selasa.
KULAIJAYA: i-Park, taman perindustrian seluas 93.08 hektar bernilai RM1.2 bilion yang terletak di Perbandaran Indahpura, semakin mendapat pengiktirafan di Iskandar Malaysia. Pembangunan pegangan bebas yang dimajukan secara usaha sama antara Axis Group (Axis) dan AME Group (AME) itu berjaya menarik minat banyak syarikat multinasional utama dan perusahaan kecil dan sederhana dari Singapura, Jepun, Switzerland, Jerman, Denmark, Belanda, Amerika Syarikat dan Australia. Syarikat terbaharu yang menyertai taman perindustrian itu ialah Beyonics Technology Ltd, pengeluar kontrak produk elektronik berprestasi tinggi, plastik kejituan tinggi dan komponen logam yang berpangkalan di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas majlis pecah tanah kilang Beyonics di taman itu pada Selasa, Pengarah Eksekutif Axis Datuk Stewart LaBrooy berkata, Fasa 3a i-Park, yang menampilkan SME City seluas 16.19 hektar, bersama Fasa 1 dan 2, telahpun habis dijual. "Kerja-kerja bagi Fasa 3 bermula pada November 2012 dan kelulusan diperoleh pada Mac tahun berikutnya manakala Fasa 3b dan Fasa 3c i-Park seluas 32.37 hektar terdiri daripada lot lebih besar dengan pilihan 'bina untuk pajak/jual' bagi pembuatan lebih besar dan perniagaan logistik/rumah gudang yang mahu berpindah ke sini," katanya. LaBrooy berkata, i-Park merupakan taman perindustrian yang diilhamkan dengan teliti oleh pemaju perindustrian khusus yang menerapkan pelbagai idea terbaik yang terdapat di seluruh dunia. "Ia merupakan taman sedia penyewa pertama dengan prasarana lengkap sebelum pembinaan bermula lagi, dan tahap sokongan teknikal dan kepakaran tinggi yang dibawa oleh pasukan AME kepada projek itu memastikan syarikat seperti Beyonics tidak perlu risau menghadapi sebarang masalah kelewatan serahan," katanya. Pembinaan kilang Beyonics telah bermula dan dijangka siap pada Jun tahun depan. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Beyonics, Michael Ng dalam ucapannya berkata, syarikat itu berpindah ke i-Park untuk mengembang dan menaik taraf keupayaan pembuatan bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya. Menyifatkan i-Park sebagai tapak perindustrian terbaik dari segi kecekapan, reka bentuk bangunan, akses mudah ke lebuh raya terdekat dan hubungan pelabuhan serta ruang berlebihan tambahan, Ng berkata pelaburan itu merupakan petunjuk jelas komitmen dan visi syarikat bagi masa depan. Selain daripada gas, air, kuasa dan penyediaan jalur lebar, i-Park mempunyai ciri-ciri tambahan persekitaran yang berpagar dengan kawalan keselamatan, landskap menarik dan kemudahan pekerja yang banyak dan moden. - mstar online

Wakaf Ekonomi: Projek Kerjasama YWM & Majlis Agama Negeri
JOHOR BAHARU: Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam negeri bagi melaksanakan wakaf ekonomi dalam usahanya memperkasa dan meningkatkan sosio ekonomi umat Islam di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Profesor Datuk Dr Sudin Haron berkata, menerusi wakaf ekonomi, orang ramai boleh melibatkan diri dengan membiayai sesebuah projek ekonomi yang hendak dibangunkan.
Beliau berkata, wakaf ekonomi merupakan inisiatif terbaharu bagi memperkasakan ummah berbanding wakaf agama dan sosial sebelum ini seperti pembinaan masjid dan surau serta penyediaan mesin dialisis bagi golongan kurang berkemampuan.
"Sebagai contoh, Majlis Agama Islam negeri hendak membina sebuah kilang makanan bernilai RM1 juta, maka orang ramai boleh berwakaf bagi tujuan pembinaan dan keperluan modal kerja kilang berkenaan.
"Antara manfaat menerusi wakaf ekonomi ini termasuk mendapat peluang pekerjaan dan sekali gus dapat membangun dan meningkatkan ekonomi umat Islam di negara ini," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembudayaan Wakaf peringkat negeri, di sini, Selasa.
Turut hadir Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) Mohd Noh Ibrahim.
Sudin berkata, pembinaan bangunan rumah kedai di Nusajaya yang dilaksanakan oleh MAIJ merupakan salah satu contoh terbaik pelaksanaan konsep wakaf ekonomi dan ia wajar diikuti oleh negeri lain.
Beliau berkata, pihaknya berharap agar wakaf ekonomi ini mendapat sambutan daripada orang ramai yang ingin berwakaf kerana ia memberi manfaat yang besar khususnya kepada pembangunan ekonomi umat Islam di negara ini.
Sementara itu, Sudin berkata, pihaknya akan mengadakan projek wakaf dialisis bagi membantu pesakit buah pinggang di negeri ini.
Beliau berkata, sebanyak 100 unit mesin diperlukan bagi tujuan itu dan pihaknya yakin keperluan itu dapat dipenuhi dalam tempoh dua tahun.
"Projek ini dilaksanakan berikutan jumlah pesakit buah pinggang yang makin meningkat dan memerlukan rawatan dialisis.
"Kos rawatan pula bukanlah murah dan dianggarkan berjumlah antara RM2,500 hingga RM3,000. Jadi, peralatan yang diwakafkan itu sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan pesakit itu," katanya sambil menambah projek wakaf dialisis akan bermula tahun hadapan.
YWM merupakan sebuah entiti wakaf kebangsaan yang berperanan menggembleng sumber wakaf dan menjadi pelengkap kepada usaha majlis-majlis agama Islam negeri dalam membangunkan hartanah wakaf di Malaysia. - mstar online
TOP
Huntsman Akan Labur RM275 Juta Bagi Operasi Kilang Di Terengganu
PETALING JAYA: Syarikat pengeluar dan pemasaran global pelbagai produk kimia, Huntsman Corp, akan melabur RM275 juta bagi pemodenan operasi kilang penghasilan titanium dioksida miliknya di Kemaman, Terengganu.
Presiden Bahagian Kesan Tekstil Huntsman, Paul Helme berkata, pelaburan itu adalah sebahagian peruntukan tambahan kepada modal awal RM1.4 bilion yang dilaburkan sewaktu pembinaan kilang berkenaan pada 1992.
"Pelaburan itu termasuk memperkenalkan teknologi baharu penjimatan tenaga yang boleh menyumbang kepada model perniagaan sifar pembaziran.
"Kami melihat potensi pertumbuhan, baik untuk syarikat mahu pun negara ini yang disumbangkan prasarana serba kukuh, sokongan, kecanggihan teknologi serta tenaga kerja yang ramai," katanya pada taklimat media di sini, Selasa.
Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian pejabat syarikat itu di Malaysia yang disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria.
Pejabat bernilai RM7 juta yang dikenali Global Business Centre itu menempatkan 200 pekerja perkhidmatan perkongsian perakaunan, teknologi maklumat (IT), audit dalaman dan unit perbendaharaan Huntsman.
Hulme berkata, pejabat itu menjadi hab utama IT syarikat selain pusat perkongsian perkhidmatan perakaunan.
Sementara itu, Rebecca menyifatkan minat Huntsman memperluas dan meneroka peluang pelaburan baru di Malaysia sebagai bukti jelas terhadap kemantapan prasarana Malaysia yang menyamai negara membangun lain di Asia Tenggara.
"Malaysia adalah antara negara berteknologi maju di rantau ini yang memiliki kemudahan prasarana bagi menepati kehendak komuniti perniagaan antarabangsa serta syarikat asing yang berhasrat membuka hab global mereka di sini," katanya.- mstar online
TOP
Inisiatif Untuk Penjaja & Peniaga Kecil Dilancarkan
Datuk Seri Hassan Malek
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini melancarkan Inisiatif Strategik Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil 2015-2020 bagi penjaja dan peniaga kecil menjelang negara maju 2020. Menterinya Datuk Seri Hassan Malek berkata inisiatif berkenaan adalah usaha kementerian dalam menyokong Pelan Tindakan Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil yang telah dilaksanakan sebelum ini. "Inisiatif ini menggariskan empat teras strategik utama iaitu memperteguh ekosistem, memperkasa daya saing, membangun modal insan dan melestari kewangan," katanya kepada pemberita selepas ucapan penutupan Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan 2014 di sini Selasa. Turut hadir Timbalannya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dan Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia Datuk Ramli Norani. Beliau berkata inisiatif berkenaan merupakan kerjasama antara kementerian itu dengan tujuh kementerian lain, 14 agensi kerajaan, 21 persatuan penjaja dan peniaga kecil serta tiga persatuan orang kurang upaya. Katanya antara kerjasama yang telah dijalankan termasuk mesyuarat, makmal dan konvensyen yang akan menjadi titik tolak ke arah mewujudkan satu Dasar Nasional Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil pada masa hadapan. Hassan berkata usaha itu turut menggariskan 11 inisiatif 'quick win' bagi tahun hadapan termasuk mengukuhkan organisasi kawal selia hal ehwal penjaja dan peniaga kecil bagi memastikan inisiatif pembangunan sektor ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Turut dicadangkan penganjuran karnival berstruktur di seluruh negara dan pembangunan modal insan melalui kerjasama strategik dengan Akademi Perbadanan Nasional Bhd. Beliau berkata satu model pembiayaan akan turut dibentuk untuk memastikan bantuan pembiayaan kepada penjaja dan peniaga kecil dapat dilaksanakan dengan berkesan. "Selain itu, tabung simpanan penjaja dan peniaga kecil juga akan diwujudkan untuk memastikan kebajikan mereka dititikberatkan," katanya. Mengenai mahkamah cukai barang dan perkhidmatan (CBP), beliau berkata kementerian itu sedang dalam persiapan bagi mewujudkan mahkamah berkenaan seiring dengan pelaksanaan CBP pada April tahun depan. Hassan berkata mahkamah berkenaan setaraf dengan mahkamah Sesyen tetapi hanya akan mengadili kes berkaitan CBP dan anti-pencatutan. Mengenai program rasionalisasi subsidi, katanya kerajaan menerima 83 cadangan program rasionalisasi berkenaan dan kerajaan akan menyenarai pendek 28 cadangan terbaik.- mstar online

Chong Wei Harap Kes Doping Buka Mata Atlet Lain
KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei mengakui beliau kini mendapat pengajaran berharga yang begitu menyakitkan berikutan skandal doping yang dihadapinya.
Jaguh dunia itu juga meletakkan harapan supaya pengalaman yang dilaluinya ketika ini memberi pengajaran kepada atlet lain.
Nasihat beliau sangat mudah - sentiasa berhati-hati dan tahu apa yang dimasukkan ke dalam badan anda.
Pada masa ini, jadual pemain badminton berusia 32 tahun itu hanya terhad kepada latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Baru-baru ini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menggantung Chong Wei daripada semua kejohanan selepas kedua-dua sampel A dan B beliau didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamethasone'.
Chong Wei yang gagal ujian dadah pada Kejohanan Dunia di Copenhagen pada 30 Ogos digantung dua tahun sehingga selesai pendengaran oleh BWF yang kemungkinan besar diadakan pada minggu pertama Disember ini.
Menurut Chong Wei, jika diberikan peluang untuk memutar kembali jam, beliau akan menjalani pemeriksaan perubatan sebelum kejohanan itu.
"Saya percaya kepada doktor sepenuhnya...saya hanya mendapatkan rawatan bagi kecederaan saya.
"Saya bukan pakar dalam hal perubatan. Saya hanya mengetahui bilangan bulu dalam bulu tangkis dan ukuran ketegangan yang diperlukan pada raket," kata Chong Wei selepas sesi perdebatan dengan pemain badminton negara pada Isnin.
"Sekarang , apabila melihat kembali ke belakang, saya pasti akan melakukan ujian perubatan sebelum pergi ke Copenhagen.
"Namun ia sudah terlewat, dan apa yang boleh saya lakukan adalah menunggu perbicaraan. Kes saya perlu membuka mata atlet lain.
"Saya pasti Institut Sukan Negara kini akan lebih berhati-hati mengenai apa yang diberi kepada atlet.
"Dan saya berharap semua atlet akan mengambil tahu jenis bantuan perubatan yang diberikan untuk pemulihan. Saya harap mereka akan belajar daripada kes saya," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai pendakap gigi yang baharu dipakainya, Chong Wei berkata: "Saya baharu menggunakannya pada minggu lepas.
"Jika saya tidak dapat meneruskan kerjaya sebagai pemain badminton, sekurang-kurangnya saya akan kelihatan kacak supaya saya boleh menceburi bidang lakonan."- mstar online
TOP
Hanya Perubahan Pengurusan Boleh Perbaiki Harimau Malaya - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim
JOHOR BAHARU: Kelemahan skuad kebangsaan, Harimau Malaya, hanya boleh diperbaiki dengan melakukan perubahan ke atas pengurusan pasukan tersebut, demikian pandangan Tunku Mahkota Johor (TMJ). Tunku Ismail Sultan Ibrahim, selaku penasihat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bertitah pengurusan yang lebih profesional boleh menjamin peningkatan prestasi pasukan tersebut. Walaupun mengakui pengalaman jurulatih Dollah Salleh membimbing skuad kebangsaan namun bertitah kepakaran jurulatih itu terhad dan negara memerlukan kepakaran dan bantuan jurulatih asing. "Saya berpendapat kelemahan dimiliki pasukan kebangsaan boleh diperbaiki dengan mengubah pengurusan pasukan. Kemudian, kita boleh menambah baik pasukan dan prestasi mereka," titah baginda pada sidang media di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos di Larkin, dekat sini, Selasa. Baginda bertitah demikian ketika mengulas perkembangan terkini skuad kebangsaan yang menampilkan aksi longlai dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa menjelang Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014, Ahad ini. Tunku Ismail berharap Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, melantik individu yang benar-benar komited dalam badan induk itu bagi membangunkan bola sepak negara. "Sebuah organisasi bola sepak perlu diuruskan oleh para profesional yang memahami struktur sukan bola sepak dan boleh menjalankan tugas serta menyumbang bakti, bukannya sekadar bercakap," titah baginda yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ). Baginda bertitah setiap jawatankuasa dalam FAM perlu memberikan sepenuh komitmen dengan memainkan peranan masing-masing tanpa sibuk dengan hal peribadi. "Adakah individu-individu yang berkhidmat dalam FAM merupakan orang yang bertanggungjawab ataupun memegang jawatan untuk kepentingan tertentu dan agenda peribadi?. "Seharusnya, orang yang memegang jawatan harus memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab dengan berkesan. Jangan hanya memegang jawatan sekadar memenuhi syarat," titah Tunku Ismail. Semua presiden persatuan negeri sepatutnya melontarkan pandangan dan idea sekiranya mereka benar-benar komited serta sayangkan bola sepak Malaysia, titah baginda. "Kenapa hanya saya seorang sahaja yang bersuara?," soal baginda. Sebagai persiapan menghadapi Piala AFF Suzuki, skuad Harimau Malaya telah kalah dalam empat daripada lima perlawanan persahabatan antarabangsa. Skuad kebangsaan akan memulakan kempen Kumpulan B dengan menentang Myanmar Ahad ini, diikuti Thailand pada 26 November dan tuan rumah Singapura pada 29 November. Singapura menjadi tuan rumah perlawanan Kumpulan B manakala Vietnam menjadi tuan rumah Kumpulan A melibatkan Vietnam, Filipina, Indonesia dan Laos dari 22 hingga 28 November ini.- mstar online

Tiga Daerah Di Terengganu Terjejas Banjir, Bilik Gerakan Bencana Negeri Dibuka
Keadaan kawasan perumahan Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak yang dinaiki air ketika tinjauan fotoBernama, Selasa. Sehingga jam 6 petang, seramai 45 keluarga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak selepas hujan lebat yang menyebabkan kawasan perumahan mereka dinaiki air dan jalan masuk tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan. -fotoBERNAMA
KUALA TERENGGANU: Bilik gerakan bencana Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu telah dibuka pada pukul 5.30 petang tadi berikutan tiga daerah di negeri itu sudah mula terjejas akibat banjir Selasa. Pemangku Setiausaha MKN negeri Roslina Ngah berkata bilik gerakan berkenaan akan beroperasi selama 24 jam untuk memantau semua operasi banjir di kawasan terbabit. Beliau berkata sehingga pukul 6 petang Selasa, daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus telah mengalami banjir dengan 67 mangsa telah dipindahkan manakala yang terbaru beberapa lagi kawasan rendah di Setiu turut terjejas. Mangsa-mangsa banjir kini ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu 38 orang di Sekolah Kebangsaan Cendering di sini dan 29 orang di Pusat Sivik Gong Badak, Kuala Nerus. Sementara itu beberapa jalan utama ditutup kepada kenderaan ringan petang ini selepas dinaiki air sedalam antara 0.3 hingga 0.5 meter. Menurut jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri antara jalan terbabit ialah Jalan Chalok-Kampung Bukit Putera di Setiu, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Seksyen 425 dekat Kampung Bandar Kerteh Kemaman dan Jalan Kubang Tangga Kuala Terengganu Seksyen 0.5. Bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan banjir boleh menghubungi bilik gerakan bencana negeri di talian 09-6316021 atau laman web etindakan.terengganu.gov.my.- mstar online

Tiga Lelaki Termasuk Dua Pelajar Ditahan Bersama 1,002 Biji Pil Kuda
BESUT: Tiga remaja lelaki termasuk seorang yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan bersama 1,002 biji pil dipercayai pil kuda di Kampung Seberang Jertih dekat sini Isnin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Kamsani Hassan berkata tangkapan telah dilakukan kira-kira pukul 7.30 malam tadi di sebuah stesen minyak di kampung itu dipercayai ketika suspek sedang menunggu pelanggan.
Katanya pelajar yang sedang menduduki SPM itu adalah dari sebuah sekolah di Tanah Merah Kelantan berusia 17 tahun itu ditahan bersama rakannya yang juga seorang pelajar Tingkatan Empat bersama seorang lagi berusia 19 tahun.
"Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Besut yang bertindak atas maklumat telah menahan ketiga-tiga suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang dipandu suspek berusia 19 tahun berhenti di stesen minyak dipercayai untuk menjual bekalan dadah tersebut kepada pelanggan," katanya kepada pemberita di sini Selasa.
Katanya ketika polis memperkenalkan diri, ketiga-tiga mereka cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas di situ manakala pemeriksaan dalam kenderaan kenderaan suspek menemui bungkusan plastik yang disorokkan di bawah kotak panel gear.
Pemeriksaan lanjut ke atas bungkusan yang dirampas , polis telah menemui lima paket dadah yang mengandung 1,002 biji pil dipercayai dadah.
Kamsani berkata ketiga-tiga suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut dan ketiga-tiga mereka dari Tanah Merah, Kelantan.
Katanya saringan air kencing bagaimanapun mendapati ketika-tiga mereka negatif dadah dan bekalan dipercayai diperolehi dari negara jiran.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati," katanya.- mstar online
TOP
Dasar Pendidikan Wujudkan Jurang Antara Kaum - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kekecewaan terhadap dasar pendidikan semasa yang telah melebarkan jurang antara kaum serta golongan kaya dengan yang miskin. Dalam posting di blognya, chedet.cc pada Isnin, bekas perdana menteri itu berkata, bahawa golongan kaya kini bertutur dalam bahasa Inggeris, manakala golongan miskin bertutur dalam bahasa Melayu, Cina atau Tamil. "Anehnya nasionalis bahasa tidak membantah, sebaliknya mereka membantah penggunaan bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik," katanya. Beliau berkata, Malaysia mempunyai idea yang jelas tentang pendidikan apabila ia mencapai kemerdekaan pada 1957 di mana ketika itu negara mahu setiap kanak-kanak menghadiri sekolah kebangsaan di mana bahasa Melayu digunakan sebagai medium pengajarannya. "Mereka rapat antara satu sama lain, dapat membiasakan diri dengan perbezaan budaya dan menjadi rakyat Malaysia yang sebenar," kata beliau sambil menambah sekolah Inggeris juga dibenarkan pada masa itu. "Keputusan itu bersifat politik. Tiada apa-apa di dalam Perlembagaan yang menyediakannya. Kemudian Menteri Pendidikan pada 1971 memutuskan untuk memansuhkan sekolah menengah kerajaan yang mengajar dalam bahasa Inggeris," kata Dr Mahathir. Tegasnya, keadaan ini akhirnya menyebabkan anak-anak daripada pelbagai kaum kehilangan peluang untuk membesar bersama-sama. Sekolah swasta yang menggunakan bahasa Inggeris secara meluas sebagai medium dibenarkan wujud, katanya, walaupun kanak-kanak Malaysia tidak sepatutnya pergi ke situ. Dr Mahathir berkata, bertentangan dengan dasar negara, anak-anak menteri mula pergi ke sekolah swasta dan antarabangsa atau ke sekolah di United Kingdom. Berikutan itu, beliau berkata, hasilnya, golongan kaya pergi ke sekolah-sekolah swasta, manakala golongan miskin pergi ke sekolah kebangsaan di tempat masing-masing. "Saya mesti mengaku walaupun anak-anak saya semuanya pergi ke sekolah kebangsaan, cucu saya pula semuanya pergi ke sekolah-sekolah swasta di dalam dan di luar negara. Mereka bercakap dalam bahasa kebangsaan tetapi jenis persekolahan meluaskan jurang antara kaum dan juga antara yang kaya dan miskin," katanya.- mstar online

Jabatan Imigresen Buru Agen, Pelindung Pati
KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan memburu mereka yang bertanggungjawab membawa masuk pendatang asing tanpa izin (Pati) ke dalam negara dan mereka yang menjadi agen atau melindungi golongan ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim berkata pihak yang terbabit menggaji atau melindungi PATI secara haram harus tampil menyerah diri sebelum program pengampunan yang akan berakhir pada 31 Disember ini.
“Apa yang perlu majikan lakukan supaya menyerahkan Pati itu kepada imigresen secara sukarela…hukuman mereka (PATI) akan diringankan samada diberi kompaun atau dihantar balik ke negara asal,” katanya kepada pemberita selepas Ops Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia di Sentul Raya, di sini.
Dalam satu operasi selama dua jam bermula pukul 9 malam tadi melibatkan 104 pegawai dan anggota dari Ibupejabat Jabatan Imigresen dan Cawangan Kuala Lumpur, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), 178 warga asing diperiksa.
Daripada jumlah itu, 49 ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan, manakala empat lagi ditahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tinggal melebihi masa.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh (16), Indonesia (35), Myanmmar dan India masing-masing satu,” katanya. – BERNAMA
TOP
Isu Balak: Perdasama Sokong Amaran KM Sarawak
KUALA LUMPUR – Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) memuji Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem kerana memberi amaran tegas terhadap pihak yang terlibat dalam rasuah pembalakan di Sarawak.
Presidennya, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, amaran Ketua Menteri Sarawak itu mampu membuka mata semua pihak terutama golongan berpengaruh tinggi mereka tidak sewenang-wenang boleh mencuri khazanah negara.
“Gejala rasuah ini bukan sesuatu yang baharu dan merupakan malapetaka yang mampu memusnahkan umat bangsa dan agama malah memberi kesan jangka panjang kepada negara.
“Amaran Adenan merupakan pendekatan yang jitu kerana ada sesetengah pihak yang diamanahkan turut memburukkan lagi apabila pembalakan haram makin berleluasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Moehamad Izat berkata, langkah Adenan tidak lagi mengeluarkan lesen baharu kepada syarikat pembalakan di Sarawak merupakan langkah terbaik untuk membendung masalah rasuah pembalakan.
Menurutnya, memerangi gejala rasuah memerlukan lonjakanparadigma dan kesedaran kepada semua pihak supaya negara terselamat daripada budaya penyogok dan budaya penindasan terhadap sesetengah golongan yang jujur untuk mendapatkan sesuatu projek.
“Jika dibiarkan masalah ini berterusan, pelbagai gejala akan timbul dan seterusnya merosakkan kehidupan yang ada tanpa menghiraukan undang-undang dan garis panduan sedia ada,” katanya.
Beliau memberi contoh ramai menteri di Indonesia dan golongan berjawatan tinggi dalam jabatan kerajaan diberkas dan disabitkan kesalahan ekoran tindakan tegas oleh pihak berkuasanegara tersebut. – mynewshub.cc
TOP
Imej Suspek Kes Serangan Bom Di Bukit Bintang Didedah
KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa (kanan) menunjukkan lakaran imej seorang suspek yang terbabit dalam kejadian kes letupan bom di Kompleks Sun, Bukit Bintang ketika sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur hari ini mendedahkan imej seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam insiden serangan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam di Sun Complex, Bukit Bintang pada 9 Okt lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata ia berdasarkan empat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. Beliau berkata berdasarkan rakaman CCTV juga, polis mendapati semasa kejadian, terdapat dua lelaki bertindak membaling bom tangan ke arah sekumpulan pengunjung yang keluar daripada pusat hiburan tersebut. “Polis telah merujuk rakaman berkenaan kepada pihak forensik PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan mendapatkan pelukis profesional bagi melakar gambaran imej salah seorang yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu. “Polis percaya imej lelaki yang dilukis berumur dalam lingkungan 40 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini. Tajudin berkata polis juga mendapati kedua-dua suspek telah berlari menuju ke sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam yang diletakkan di kawasan sekitar sejurus selepas kejadian. Pada masa sama pihak polis memohon maaf kerana mereka terpaksa mengambil masa untuk mengenal pasti suspek disebabkan gambaran CCTV yang kurang jelas, katanya. Beliau berkata sehingga kini lima warga tempatan berumur antara 25 dan 46 tahun telah ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) bagi membantu siasatan. Namun kesemua mereka telah dibebaskan, katanya. “Kesemua tangkapan telah dibebaskan dengan jaminan polis selama dua minggu,” katanya sambil menambah polis masih percaya kejadian itu merupakan cubaan membunuh yang bermotifkan persaingan aktiviti haram. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat suspek yang menyerupai imej yang diedarkan agar menghubungi Pegawai Penyiasat ASP R. Ananthan di talian 019-3227766 atau menghubungi terus Bahagian Khas (D9), IPKKL di talian 03-21460685 dan pusat kawalan IPKKL melalui talian 03-21460585 atau 03-21460584. Dalam kejadian itu, seorang joki kereta Tiong Kwong Yie, 36, maut dan 12 yang lain termasuk pelancong asing cedera yang dipercayai mempunyai kaitan dengan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap. – BERNAMA

PBNJ Tidak Hantar Pasukan Dalam Piala Emas Raja-Raja
KUALA LUMPUR – Pasukan Johor yang tewas dalam Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2014 baru-baru ini tidak diselia oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, pasukan itu sebaliknya diuruskan secara bebas oleh Persatuan Bola Sepak Melayu di bawah kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“Saya berpandangan kejohanan seperti ini, selain mempunyai persatuan-persatuan bola sepak Melayu, Cina dan India tidak membantu perpaduan rakyat.
“Sepatutnya sukan terutamanya bola sepak tidak membezakan antara kaum dan harus bernaung di bawah satu persatuan untuk seluruh rakyat,” titah baginda dalam satu kenyataan media hari ini.
Baginda menjawab kritikan ramai pengguna media sosial perbelanjaan besar pembangunan bola sepak johor oleh TMJ satu kegagalan apabila pasukan dari negeri itu tewas teruk pada Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2014.
Sehubungan itu, Tunku Ismail menyelar pihak yang membuat tohmahan ke atas PBNJ sebagai golongan `keyboard warriors’ yang memang berhasrat melemahkan pasukan Harimau Selatan dan bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan bola sepak Johor.
“Terima kasih kerana JDT sentiasa berada didalam fikiran anda.Kalau hendak melihat kami putus asa dan gagal, bersedialah menanti seberapa lama, ibarat menunggu matahari membeku,” titah baginda.
Justeru, TMJ turut mengumumkan PBNJ akan memperuntukkan sebanyak RM120 juta untuk program pembangunan akar umbi, termasuk infrastruktur dan fasiliti berkaitan bola sepak Johor. – mynewshub.cc
TOP
300 Nelayan Di Pulau Pinang Bakal Disenarai Hitam
BALIK PULAU – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bakal menyenarai hitam 300 nelayan tidak aktif di negeri ini sekali gus menghilangkan kelayakan mereka untuk menikmati elaun sara hidup RM200 sebulan.
Pengarah LKIM Pulau Pinang, Raja Kahalid Raja Ariffin berkata sebilangan besar nelayan terlibat dikesan mempunyai pekerjaan tetap lain serta tidak menghadiri mesyuarat persatuan mengikut jadual yang ditetapkan.
“Semua nelayan diwajibkan hadir mesyuarat dengan persatuan empat bulan sekali dan perlu berhubung serta mengemas kini maklumat dengan LKIM negeri dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan elaun sara hidup kepada 900 nelayan di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini kerajaan persekutuan memperuntukkan RM940,000 sebulan untuk membayar elaun sara hidup kepada 4,700 nelayan di seluruh Pulau Pinang.
Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas, Nordin Ahmad meminta nelayan agar menggunakan telefon pintar untuk menyalur maklumat kepada pihak berkuasa bagi menangani pencerobohan nelayan pukat tunda.
“Saya minta nelayan rakam video dan gambar nombor bot pukat tunda terlibat berserta jarak mereka dari pantai supaya usaha mengesan penceroboh terbabit lebih mudah dilakukan.
“Biasanya nelayan buat aduan menerusi panggilan telefon. Bila pihak berkuasa sampai mereka sudah lari entah ke mana,” katanya.
Nordin berkata pihaknya menerima berpuluh aduan terutama daripada nelayan sekitar Teluk Kumbar dan Batu Maung menyatakan pendapatan mereka terjejas disebabkan masalah pencerobohan nelayan pukat tunda. – BERNAMA
TOP
PR Ugut Anjur Demonstrasi Andai Harga Minyak Kekal
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, Pakatan Rakyat akan mengadakan satu demonstrasi besar-besaran penghujung tahun ini andai kerajaan persekutuan tidak menurunkan harga bahan api sebelum 1 Disember depan.
“Jika tidak, saya dan rakan-rakan akan Pakatan Rakyat akan memimpin satu demonstrasi mendesak harga minyak diturunkan pada 31 Disember depan di Dataran Merdeka,” petik kenyataannya dari portal The Rakyat Post.
Ungkapnya lagi, keputusan menurunkan harga bahan bakar tersebut tersebut dilihat relevan dengan situasi di mana harga minyak di pasaran dunia merudum.
“Jika harga petrol dan diesel dinaikkan apabila harga minyak mentah naik di pasaran dunia, maka adillah harga petrol dan diesel diturunkan apabila harga minyak mentah dunia turun.”
Rafizi membuat kenyataan tersebut dalam satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR
TOP
JAKIM Sentiasa Bersedia Urus Jenazah Bencana
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa bersedia menyumbangkan tenaga pegawainya dalam menguruskan jenazah Muslim mangsa tragedi dan bencana bila diperlukan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata walaupun Jakim tidak mempunyai unit khusus untuk menjalankan pengurusan jenazah di kawasan bencana, namun agensi itu sudah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang sentiasa dipraktikkan pegawai dan kakitangannya.
SOP itu yang digunakan pegawai dan kakitangan Jakim yang menguruskan jenazah di masjid dan di hospital terutama untuk mangsa kemalangan boleh diguna pakai untuk mangsa bencana, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai Jakim terlibat dalam pengurusan jenazah Muslim mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, di bangunan Parlimen di sini, hari ini. Penyampaian sijil itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Seramai 14 pegawai dan kakitangan Jakim diketuai Imam Besar Masjid Putrajaya Ustaz Mohd Abdul Manaf Mat terlibat dalam menguruskan jenazah 23 rakyat Malaysia beragama Islam, mangsa tragedi pesawat MH17 di Amsterdam, Belanda.
Mereka yang terdiri daripada 10 pegawai lelaki dan empat wanita berada di Amsterdam bermula 18 Julai dan selesai melaksanakan tanggungjawab itu 44 hari kemudian selepas semua jenazah rakyat Malaysia dibawa pulang ke tanah air.
Pesawat Airlines MH17, membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Jamil Khir berkata, penyampaian sijil tersebut merupakan satu bentuk penghargaan kepada pegawai dan kakitangan Jakim yang telah berjaya melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna.
“Tentunya pengalaman ini begitu penting, tugas ini bukanlah hanya dibuat di dalam negara tetapi di luar negara dalam menyempurnakan jenazah dan Alhamdulillah, Allah takdirkan jenazah semua rakyat Malaysia telahpun dikebumikan,” katanya.
Sementara itu Mohd Abdul Manaf ketika ditemui pemberita selepas majlis itu menceritakan pengalamannya dalam menguruskan jenazah mangsa tragedi MH17 dan menyifatkan ia pengalaman yang amat luar biasa.
“Pengalaman yang paling menyayat hati adalah apabila kita terpaksa menenangkan anggota keluarga mangsa supaya tidak melihat jenazah kerana kita tidak mahu timbulkan fitnah dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA
TOP
Sejuta Cacing Malaysia Gembira Kerja Buat Baja Di Singapura
SINGAPURA – Sebuah resort di Pulau Sentosa di sini, Siloso Beach Resort berjaya mewujudkan dua sistem elektronik bagi membantu lebih sejuta cacing tanah diimport dari Malaysia bekerja dengan ‘gembira’ sambil membuat baja organik di pusat percutian itu.
Sistem dimajukan pusat pengajian tempatan, Ngee Ann Polytechnic di Clementi dekat sini, berhasil meningkatkan produktiviti apabila cacing itu mampu makan 700 kilogram sampah sebulan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran dibuang pelanggan resort tersebut.
Pengurus tanggung jawab sosial korporat Siloso, Karl Fischer memberitahu stesen tempatan Channel NewsAsia, satu sistem diprogram bagi mengukur paras kelembapan tanah yang jika kering, air secara automatik akan disembur bagi melembapkan kandungan tanah.
Manakala satu lagi sistem menyukat tahap alkali atau pH pada tanah dan jika kadar asid amat tinggi, ia akan hantar amaran menerusi SMS pada telefon untuk petugas resort segera meneutralkan keadaan dengan mencampurkan cengkerang telur digaul di tanah.
“Setiap dulang dipasang dengan alat pengesan di tiga tempat berbeza dan petugas akan buat bacaan purata bagi mengenal pasti kadar kesuburan tanah seterusnya projek yang sudah bermula sejak tiga tahun lalu mampu jadi cacing lebih selesa,” kata Fischer.
Beliau menambah sejak penggunaan cacing tersebut, resort itu mampu menjimatkan penggunaan baja untuk kegunaan di kebun sayur pusat peranginan berkenaan dan secara tidak langsung mengitar semula buangan makanan secara lebih cekap. – Agensi
Penggunaan cacing tanah Malaysia berjaya menghasilkan baja organik yang seterusnya digunakan untuk menyuburkan tanaman sayur-sayuran di resort Singapura.

GST Tidak Bebankan Penjaja, Peniaga Kecil
KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan membebankan golongan penjaja dan peniaga kecil, kata Pengerusi Penjaja Medan Selera Kompleks Jalan Duta, Samad Said.
Malah, kata beliau, GST yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan, dijangka dapat membantu golongan penjaja dan peniaga kecil yang terdiri daripada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
“Ini berikutan jangkaan penurunan harga barangan, walaupun secara kasarnya peningkatan harga barangan dijangka berlaku, tetapi jika difahami secara mendalam, harga sepatutnya turun.
“Barang-barang keperluan seperti beras dan ikan tidak dikenakan cukai,” kata beliau kepada Bernama semasa ditemui pada majlis sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan 2014 di sini.
Samad turut menyeru penjaja dan peniaga kecil agar mendapatkan penerangan yang jelas daripada pihak yang terlibat mengenai pelaksanaan GST.
“Saya harap penjaja akan menghadiri seminar-seminar GST untuk mendapat pemahaman lanjut, dan melalui program seperti ini, ia akan mengurangkan kerisauan penjaja mengenai khabar yang mengatakan harga barangan akan melambung tinggi” katanya lagi.
Mengulas mengenai taklimat GST dan Bajet 2015 oleh Timbalan Menteri Kewangan Malaysia Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini, Samad berkata penjaja dan peniaga harus mengambil peluang di atas dana yang diperuntukkan oleh kerajaan.
Dalam Bajet 2015, kerajaan memperuntukan dana sebanyak RM350 juta di bawah Tabung Ekonomi Usahawan Niaga bagi membantu golongan tersebut.
“Peningkatan bajet sedikit demi sedikit dapat membantu penjaja membuat penambahan modal dan pinjaman seperti mikro kredit merupakan peluang yang harus direbut oleh peniaga,” katanya.
Sementara itu, peniaga rojak dan cendol Mohd Yunus SM Abdul Hamid berkata pelaksanaan CBP tidak akan memberi kesan ke atas perniagaannya.
“Melalui taklimat yang diberikan kepada saya hari ini, saya yakin bahawa permintaan akan tetap stabil dan ia tidak akan menjejaskan perniagaannya saya,” kata Mohd Yunus lagi. – BERNAMA
TOP
Bunuh: Bekas Ahli Perniagaan Diperintah Bela Diri
SIBU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan bekas ahli perniagaan, Jacob Tiang Lee Yee, 44, membela diri terhadap pertuduhan membunuh isteri dan dua anaknya serta cuba membunuh seorang lagi anak lelakinya.
Dalam keputusannya di akhir kes pendakwaan, Hakim Supang Lian berkata pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie dalam empat daripada lima pertuduhan terhadap Tiang.
Pihak pendakwaan mengemukakan 42 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan yang berlangsung 32 hari itu.
Tiang berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Ling Yung Ming, 44, (isterinya), Christine Tiang Soon Ai, 14, (anak perempuan) dan Victor Tiang Soon Sheng, 2, (anak lelaki) pada 5 Julai tahun lepas antara 6.20 pagi hingga 9.50 pagi di rumah mereka di kawasan perumahan Pulau Li Hua di sini.
Dia juga didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba menyebabkan kematian seorang lagi anak lelakinya, Vincent Tiang Soon Thai, 17, pada hari, masa dan di tempat sama.
Tiang bagaimanapun dibebaskan daripada satu lagi tuduhan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri.
Tiang, yang kelihatan tenang selepas mendengar keputusan itu, memohon kebenaran mahkamah untuk mengunjungi pusara isteri dan dua anaknya.
Bagaimanapun, Supang menolak permohonan itu dan berkata kes itu sedang dalam perbicaraan.
Tiang diwakili peguam Ben Lau manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azrul Faidz.
Perbicaraan bersambung pada 26 November. – BERNAMA
TOP
Kisah Cinta Yang Amat Menyentuh Hati.. Viral Di Instagram
KETIDAKSEMPURNAAN bukan penghalang untuk mengecapi kebahagiaan dan menemui cinta sejati.
Sementelah, tiada siapa meminta untuk lahir cacat dan kurang upaya namun ketentuan Ilahi tak mungkin dapat disanggah. Maka, kisah cinta yang dimuat naik oleh Zaed Mahmood di laman sosialnya mampu menyentuh hati sesiapa sahaja yang membaca hingga menjadi viral di Instagram. Segala-galanya bermula apabila Zaed melihat sepasang suami isteri sedang ralit mencari kasut di sebuah pusat beli belah. Si suami dilihat cukup sabar melayan isterinya yang merupakan orang kurang upaya cacat penglihatan. Kerenah isterinya diturut tanpa merungut malah bait-bait kata yang ditutur jelas menunjukkan ketulusan cinta seorang suami yang tak berbelah bahagi.
Lebih meruntuh jiwa, apabila isterinya yang cacat penglihatan didengar berkata kepada suaminya: “Abang, sepanjang hidup, saya tidak pernah tahu secantik mana kasut yang saya pakai. Semua yang cantik di mata abang, berganda cantik di mata saya. Saya cuma dapat merasa keselesaan kasut ini sahaja…” Tersentuh hati mendengar luahan isteri ini, yang begitu tulus mengungkapkan penghargaan atas kehadiran suaminya yang memberi sinar baharu dalam hidup. Manakala si suami sebaik mendengar kata-kata itu, terus memuji bahawa kasut itu paling cantik dipakai isterinya walaupun Zaed tahu, si suami lebih suka kasut yang lain. Begitu tinggi sekali kasih sayang suami isteri ini, hingga berkorban perasaan demi menjaga hati satu sama lain.
Kisah ini turut mendapat perhatian aktres terkenal, Nora Danish yang telah repost semula posting @zaedmahmood ini kepada peminatnya.
Sesungguhnya, beruntunglah seorang wanita yang dikurniakan rezeki mendapat suami amat baik. Moga-moga kisah pasangan ini jadi iktibar kepada pasangan di luar sana agar sabar melayani kekurangan pasangan anda yang mungkin, tidaklah sampai cacat penglihatan tetapi buat anda meradang apabila tidak dapat mencari barang yang diminta. Benarlah, kekurangan bukan penghalang untuk mengecap bahagia jika ditemukan dengan insan yang tepat! – MYNEWSHUB.CC

MTN Setuju Harga Minimum Hartanah RM1j Untuk Warga Asing
KUALA LUMPUR – Majlis Tanah Negara (MTN) hari ini bersetuju supaya harga minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing ditingkatkan daripada RM500,000 seunit kepada RM1 juta seunit.
Dalam mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini, MTN bersetuju supaya Garis Panduan Perolehan Hartanah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dikuatkuasakan pada 1 Mac 2014. Kertas mengenai ‘Pengemaskinian Garis Panduan Perolehan Hartanah’ yang menguatkuasakan peningkatan harga minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2014. Garis panduan itu adalah antara empat kertas pertimbangan dan tiga kertas makluman mengenai beberapa dasar penting berkaitan dengan tanah dan perhutanan yang dibincangkan pada mesyuarat MTN ke-70 itu di bangunan Parlimen. Menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu antara yang menghadirinya ialah menteri-menteri kerajaan Persekutuan yang berkaitan termasuk Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel serta semua menteri besar dan ketua menteri. MTN juga bersetuju dengan ‘Kertas Cadangan Semakan Kadar Cukai Tanah di Semenanjung Malaysia bagi Tahun 2015′ supaya pihak berkuasa negeri menyemak semula kadar cukai tanah sebelum tamat tempoh 10 tahun bermula dari tarikh yang paling terdekat dari tarikh semakan sewa sebelumnya selaras dengan peruntukan Seksyen 101, Kanun Tanah Negara 1965. Kertas Cadangan Mengenai Impak Aktiviti Perlombongan dan Pengkuarian Terhadap Pengurusan Hutan Secara Berkekalan di Semenanjung Malaysia’ turut dibincangkan pada mesyuarat itu. Menurut kenyataan itu lagi MTN bersetuju dengan kertas cadangan itu yang menyatakan supaya kerajaan-kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk mengawal atau seboleh-bolehnya mengelak sebarang kelulusan aktiviti perlombongan dan pengkuarian dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal. Satu lagi kertas pertimbangan yang dibincangkan ialah ‘Kertas Cadangan Berkenaan Impak Aktiviti Pembangunan Tanah Terhadap Pengurusan Hutan Secara Berkekalan Bagi Kawasan Hutan Paya Laut di Semenanjung Malaysia’. Melalui perbincangan itu, MTN bersetuju supaya kawasan Hutan Paya Laut dalam Hutan Simpanan Kekal sedia ada dikekalkan dan keluasan kawasan Hutan Simpanan Kekal ditingkatkan melalui pewartaan kawasan Hutan Paya Laut dalam Tanah Kerajaan. Sementara itu, tiga kertas makluman yang dibentangkan ialah mengenai penglibatan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam mekanisme REDD+ (Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation in Developing Countries) bagi mengurangkan kesan perubahan iklim. Mesyarat turut mengambil maklum mengenai keputusan Penilaian penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Tahun 2013 dengan Pejabat Tanah Kulim, Kedah telah mendapat lima bintang. Kertas makluman ketiga pula adalah mengenai ‘Kemajuan Penyelesaian Tunggakan Urusan Tanah dan Prestasi Pendaftaran Pindah Milik Tanah Dalam Satu Hari di Pentadbiran Tanah Negeri’ sehingga bulan Ogos 2014. – BERNAMA

Harga Minyak Naik, Mogok Mega Seluruh Indonesia Rabu
JAKARTA – Organisasi pengusaha pengangkutan terbesar Indonesia, Dewan Pengurus Pusat Angkutan Darat (Organda) bakal melancarkan mogok secara besar-besaran bermula tengah malam Rabu sebagai membantah kenaikan harga minyak oleh Presiden Joko Widodo.
Protes mega seluruh republik itu menurut Ketua Umum Organda, Eka Lorena Surbakti kepada akhbar berpengaruh Kompas hari ini, melibatkan semua pengusaha dari Sabang di wilayah paling utara Aceh sehingga ke penghujung Indonesia di Marauke, wilayah Papua.
“Kami akan henti operasi pengangkutan mula 12 tengah malam 19 November ini bagi bantah keras harga BBM (bahan bakar minyak) naik terlalu tinggi iaitu 30 peratus,” tegas wanita berusia 45 tahun yang juga pengusaha syarikat pengangkutan terbesar, Lorena Grup.
Eka mendakwa Organda telah menghantar nota protes kepada Menteri Perindustrian, Saleh Husin; Menteri Perdagangan, Rachmat Gobel dan Menteri Perhubungan, Ignasius Jonan tetapi setakat ini organisasi itu belum menerima apa-apa maklum balas pihak pemerintah.
Beliau namun tidak menjelaskan tempoh penghentian operasi pengangkutan darat itu yang pastinya akan memberi kesan besar kepada puluhan juta pengguna khasnya bas awam dan lori yang jadi nadi penghantaran penumpang serta barangan di serata Indonesia.
Presiden yang lebih mesra disapa sebagai Jokowi itu semalam mengumumkan secara mengejut pengurangan besar subsidi BBM dengan harga premium ditetapkan pemerintah daripada 6,500 rupiah (RM1.80) seliter kepada 8,500 rupiah (RM2.35). – Agensi
Sistem pengangkutan awam di Indonesia banyak bergantung kepada subsidi minyak daripada pemerintah. – Gambar hiasan

PPPM Disiasat Isu Uniform, Kad Kuasa Mirip Anggota PDRM
Baru-baru kecoh di laman sosial dan media online berkenaan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) yang didakwa mempunyai uniform seakan-akan sama seperti anggota PDRM.
Selain uniform, turut tersebar adalah kad kuasa didakwa milik ahli yang juga mempunyai logo dan jawatan seperti pegawai polis.
Selain itu, iklan pertubuhan ini mencari ahli baru dengan tawaran pangkat yang semakin tinggi mengikut bilangan ahli baru lain yang dapat ditarik masuk juga menjadi perbualan hangat.
Susulan itu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) hari ini, mengeluarkan satu kenyataan media berkaitan.
Menerusi kenyataan dikeluarkan, JPPM berjanji menyiasat sejauh mana kebenaran berita yang tersebar dan jika terbukti benar berlaku kegiatan menyeleweng daripada matlamat asal penubuhannya, maka peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966 akan diambil terhadap PPPM termasuk membatalkan pendaftaran pertubuhan tersebut.
Di bawah adalah keseluruhan kenyataan media yang dikeluarkan berhubung isu ini:
KENYATAAN MEDIA
YBRS. TUAN MOHAMMAD RAZIN BIN ABDULLAH
PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA
MENGENAI PERSATUAN PERLINDUNGAN PENGGUNA MALAYSIA (PPPM)
18 NOVEMBER 2014, PUTRAJAYA
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ingin merujuk laporan yang disebarkan melalui media sosial berhubung dengan penggunaan uniform oleh anggota-anggota sebuah pertubuhan iaitu Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) yang seakan-akan menyerupai uniform PDRM. Berdasarkan rekod JPPM, persatuan tersebut adalah sebuah pertubuhan induk bercawangan yang telah berdaftar dengan JPPM, pada 13 Februari 2003 dengan No. Pendaftaran PPM-018-06-13022003 beralamat di No. 3, Lorong Kurnia Jaya 1, Taman Kurnia Jaya, 25150 Kuantan, Pahang.
ingin merujuk laporan yang disebarkan melalui media sosial berhubung dengan penggunaan uniform oleh anggota-anggota sebuah pertubuhan iaitu Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) yang seakan-akan menyerupai uniform PDRM. Berdasarkan rekod JPPM, persatuan tersebut adalah sebuah pertubuhan induk bercawangan yang telah berdaftar dengan JPPM, pada 13 Februari 2003 dengan No. Pendaftaran PPM-018-06-13022003 beralamat di No. 3, Lorong Kurnia Jaya 1, Taman Kurnia Jaya, 25150 Kuantan, Pahang.
PPPM adalah sebuah pertubuhan bertaraf kebangsaan yang bermatlamatkan untuk:
i. mendapat perlindungan kesihatan dan keselamatan pengguna-pengguna;
ii. menjaga dan memelihara alam sekitar;
iii. memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya;
iv. memelihara kemudahan-kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan kepada pengguna-pengguna;
v. merapatkan perpaduan sesama kaum tanpa mengira agama dan bangsa; dan
vi. bersama-sama berusaha melindungi pengguna daripada perkara-perkara curang, terpedaya atau menerima maklumat-maklumat yang mengelirukan.
Mana-mana anggota atau ahli-ahli pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) termasuklah PPPM, adalah tidak dibenarkan sama sekali memakai uniform dan memberi pangkat-pangkat yang menyerupai anggota atau pegawai penguatkuasa yang dilantik dan diwartakan di bawah Warta Kerajaan, melainkan menggunakan bendera atau lambang atau lencana yang telah didaftarkan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 50, Akta ini.
Sehubungan itu, JPPM sedang menyiasat perkara ini dan sekiranya terdapat bukti yang cukup bahawa anggota-anggota pertubuhan tersebut menggunakan uniform yang menyerupai atau seakan-akan menyerupai uniform PDRM atau didapati melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeleweng daripada matlamat asal penubuhan dan menyalahi undang-undang sedia ada di dalam negara, JPPM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966, termasuk tindakan membatalkan pendaftaran pertubuhan tersebut. - MYNEWSHUB.CC

Akibat Tekanan Cuaca Panas, Anjing Laut Rogol Penguin
LONDON – Isu pemanasan global bukan sahaja memberi kesan kepada perubahan cuaca sejagat dan kehidupan harian manusia, bahkan ia menyebabkan aktiviti seks haiwan di benua Antartika menjadi celaru apabila anjing laut didapati ‘mengahwini’ penguin.
Laporan stesen penyiaran terkenal BBC hari ini mendedahkan, pasukan penyelidik antarabangsa terkejut melihat gejala seks songsang dalam kalangan haiwan terbabit malah mendapati ada sekumpulan anjing laut tergamak ‘memperkosa’ seekor penguin. Hasil kontroversi kajian itu diterbitkan jurnal saintifik Polar Biology baru-baru ini dan saintis mendakwa kekeliruan tersebut berlaku akibat tekanan rasa kecewa disebabkan tempias fenomena pemanasan global lebih sedekad lalu yang turut melanda benua Antartika. Mereka mendakwa pernah pada 2006 lalu, untuk kali pertama, seekor anjing laut dilihat bersetubuh dengan seekor penguin raja di Marion Island, sebuah pulau kecil Antartika yang banyak didiami kumpulan besar dua spesies haiwan tersebut ratusan tahun lamanya. Mulanya, saintis berpendapat anjing laut itu mungkin sedang bermain-main dengan penguin tersebut tetapi selepas pemantauan secara rapi, penyelidik akhirnya mengakui dua haiwan berbeza itu bertindak agresif dan memang serius melakukan hubungan jimak. Setakat ini mereka hanya menerbitkan laporan berkaitan penguin raja atau Aptenodytes patagonicus yang sudi melayan nafsu anjing laut berbulu dikenali Arctocephalus gazelle manakala haiwan-haiwan lain belum lagi berubah selera seks semula jadi. – Agensi
Hubungan seks songsang antara anjing laut dan penguin mungkin akan melahirkan spesies kacukan haiwan terbaharu di Antartika. – Gambar hiasan

Perkahwinan Putera William & Kate Middleton Bakal Berakhir?
Kisah percintaan pasangan diraja ini sentiasa mendapat perhatian media dan umum lagi-lagi selepas kelahiran putera sulung mereka, George Alexander Loius yang lahir pada Julai tahun lalu.
Siapa lagi kalau bukan, Putera William dan Kate Middleton yang dilihat sentiasa mesra dan romantis bersama!
Namun, baru-baru ini tersebar perkhabaran perihal rumah tangga pasangan diraja ini dilanda masalah hingga dikatakan mungkin berakhir tidak lama lagi. Sudah tentu berita ini mengejutkan, lagi-lagi Kate Middleton sedang sarat mengandung anak kedua. Sumber terdekat Istana Buckingham pergolakan rumahtangga pasangan ini berpunca daripada masalah kesihatan Kate yang mengalami alahan jenis hyperemesis gravidarum, membuatkannya mengalami muntah dan mual yang ekstrem. Kesannya, pasangan ini dikatakan sering berbalah disebabkan perkara remeh-temeh. Masalah dihangatkan lagi apabila baru-baru ini Kate didakwa membuat keputusan mahu menyambut hari Natal di kampung halamannya, Buckleburry namun William pula memaksa agar mereka menyambutnya bersama keluarga diraja sahaja. Perkara ini menambah lagi ketegangan dalam rumahtangga hingga ada pihak menjangkakan perkahwinan mereka bakal berakhir selepas kedua-duanya dilihat tidak mahu mengalah dan tak lagi gembira bersama. Bagaimanapun pihak istana masih belum memberi kenyataan rasmi perihal pasangan diraja ini. – MYNEWSHUB.CC

Cumbu French Kiss Sebar 80 Juta Bakteria
AMSTERDAM – Ciuman ala Perancis atau popular disebut French Kiss biasanya dianggap cumbuan paling romantik, namun kajian saintis Belanda mendapati dalam tempoh 10 saat sahaja ia mampu menyebarkan 80 juta bakteria dari mulut ke mulut.
Penemuan memeranjatkan itu didedahkan penyelidik terkemuka bidang genom mikrobiologi di Universiti Amsterdam, Prof. Remco Kort sekali gus menasihatkan pasangan agar lebih berhati-hati walaupun niat asalnya mahu menunjukkan tanda kasih sayang.
“Saat ciuman itu, kami mendapati banyak bakteria di paparan skrin komputer, namun hanya sebahagian kecil sahaja yang membuat koloni di tubuh badan,” kata beliau yang menyarankan pasangan cuma cium mulut paling banyak pun 8 kali dalam sehari.
Dianggarkan 700 jenis bakteria hidup bebas di mulut manusia normal daripada keseluruhan 100 trilion mikroorganisme di tubuh badan dan kebanyakan bakteria itu membantu dalam proses mencerna makanan selain mencegah penyakit secara semula jadi.
Lidah ujar Kort, adalah tempat paling disukai bakteria yang mendiami bahagian otot paling lembut itu dan ia mampu bergerak dinamik menerusi air liur sama ada diludah, muntah atau cium French Kiss yang banyak guna pergerakan kuluman atau jeliran lidah.
Bagi memahami isu itu, penyelidik telah minta seseorang minum yogurt mengandungi bakteria Lactobacillus dan Bifidobacteria sebelum cium mulut secara French Kiss pasangannya yang tidak minum yogurt dan hasilnya, bakteria didapati bertambah lebih tiga kali ganda.
Kort berpendapat, bakteria dipindahkan dari lidah peminum yogurt itu kepada pasangannya dan kajian mendapati keadaan tidak berlaku jika individu sekadar mencium bibir temannya itu dengan kedua-dua menutup rapat mulut masing-masing. – Agensi
Pasangan disaran agar menjaga kebersihan mulut terutama lidah dan gigi ketika melakukan aksi ciuman kuluman mesra French Kiss terhadap pasangan. – Gambar hiasan

TMJ Tegur Pengurus Bola Sepak M’sia Tak Turun Pantau Latihan
KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan pengurus pasukan bola sepak kebangsaan langsung tidak hadir semasa latihan Harimau Malaya di Stadium Larkin baru-baru ini.
Baginda bertitah, sikap yang ditunjukkan oleh pengurus pasukan bola sepak Malaysia itu sangat tidak profesional kerana tidak memberi sepenuh komitmen kepada pasukan negara.
Titah baginda, pasukan kebangsaan perlu mempunyai pengurusan yang profesional untuk terus maju maka kepimpinannya tidak boleh lebih mementingkan hal-hal peribadi.
“Semasa program latihan diadakan di Johor Bahru, pengurus pasukan kebangsaan langsung tidak hadir untuk menyaksikan latihan dan memberikan sokongan moral kepada pasukan.
“Adakah individu dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) orang yang memegang jawatan untuk kepentingan politik. Seharusnya, orang yang memegang jawatan harus memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab dengan berkesan,” tegas baginda dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, TMJ yang baharu dilantik sebagai penasihat Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, menyarankan agar melantik individu yang benar-benar komited kerana sayangkan bola sepak Malaysia dan bukan atas kepentingan peribadi.
Titah baginda, sebuah organisasi bola sepak perlu diuruskan oleh mereka yang bersikap profesional dan memahami struktur sukan bola sepak serta boleh menjalankan tugas dan menyumbang bakti.
Mengulas prestasi kurang memberangsangkan skuad Harimau Malaya dalam persiapan menghadapi Kejohanan Piala Suzuki 2014, baginda menganggap pemain Malaysia kurang bersemangat kerana pengurusan bola sepak kebangsaan tidak mengambil berat kebajikan mereka.
Antaranya waktu rehat dan cuti para pemain kerana mereka terpaksa melapor diri satu hari selepas tamat kejohanan liga tempatan.
“Pemain bukannya robot, pemain adalah manusia. Perkara-perkara kecil sebegini adalah satu isu yang kita perlu prihatin. Ini adalah satu isu mengapa saya lihat pemain kurang punyai semangat,” titah baginda.
Baginda turut mempersoalkan jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh tidak menyenaraikan penerima anugerah penyerang terbaik, Nor Farhan dan penerima angurah pertahanan terbaik, Razman Roslan dalam skuad kebangsaan. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Mata Budak Terkena Kail Pancing Terpaksa Dibedah
Peristiwa ini patut jadi peringatan kepada pemancing tegar di luar sana supaya lebih hati-hati!
Seorang kanak-kanak lelaki bernasib malang apabila kail pancing tertusuk pada matanya.
Apabila gambar mangsa dikongsikan di laman sosial, insiden ngeri yang menimpa adik Raja Aqiel ini segera mendapat perhatian pengguna laman sosial.
Menurut pihak yang mengenali mangsa, kanak-kanak ini terpaksa dibedah disebabkan kecederaan dialami dan semua pihak diminta mendoakannya menjalani pembedahan dengan selamat. Tak dapat dipastikan cerita sebenar bagaimana mata kail sampai boleh tertusuk pada mata namun kepedihan dan kesakitan yang dialami dah tentu bukan kepalang. Semoga kejadian ini tidak beri kesan buruk pada anggota adik Aqiel dan dia akan segera sembuh.. – MYNEWSHUB.CC

Ujian Personaliti - Pilih Salah Satu Destinasi Anda
Gambar diatas memaparkan enam pintu gerbang yang menuju ke beberapa destinasi yang berbeza. Gambar-gambar ini telah diterapkan beberapa elemen yang secara tidak langsung boleh menerangkan minat dan juga personaliti seseorang.
Apa yang anda perlu lakukan adalah memilih salah satu destinasi yang anda rasa selesa dari gambar diatas, kemudian membaca butiran berdasarkan nombor yang telah diberikan di dalam artikel dibawah. Selamat mencuba :)
Pilihan 1 - Kebebasan
Anda merupakan seseorang yang sukakan kebebasan.
Anda memerlukan ruang dan masa untuk melakukan sesuatu perkara mengikut adunan tersendiri.
Anda adalah jenis yang suka berdikari dan suka melawan tetapi bagi anda pergaduhan bukanlah sesuatu yang bijak
Anda sukar untuk menerima seseorang atau sesuatu yang baru.
Tekanan adalah perkara yang anda benci kerana anda suka menikmati kehidupan.
Pilihan 2 - Individualiti.
Anda jenis yang suka bergerak secara bersendirian.
Suka memerhati, berfikir dan menyelesaikan perkara yang bermain di benak fikiran anda.
Anda seorang unik dan mempunyai perspektif yang mendalam dalam sesuatu perkara.
Anda melihat dunia dalam cara yang unik, dan orang sekeliling anda boleh bermanfaat darinya.
Anda seorang 'loner' tetapi anda boleh menjadi rapat dengan seseorang tetapi ia akan mengambil sedikit masa.
Pilihan 3 - Berwarna-warni
Hidup anda penuh dengan keceriaan kerana anda adalah seorang yang ceria.
Anda suka berinteraksi dan orang sekitar anda senang untuk berinteraksi dengan anda.
Anda suka memulakan perbualan, dan bertanya banyak soalan.
Sifat ingin tahu anda yang tinggi menyebabkan anda belajar lebih dari orang lain.
Anda seorang yang cerdik dan dalam masa yang sama lucu.
Anda akan berfikir lebih bagi memastikan orang sekeliling anda dipenuhi dengan gelak ketawa.
Pilihan 4 - Menarik
Anda akan menjalani kehidupan yang menarik dan juga mencabar!
Anda selalu melihat kehadapan di dalam hidup
Biasanya, apabila tiba masa untuk membuat keputusan, anda akan membuat keputusan tanpa berfikir panjang, tapi biasanya semua keputusan yang anda buat adalah sentiasa menjadi!
Peraturan adalah perkara yang kurang disenangi oleh anda dan dalam masa yang sama anda adalah seorang yang 'careless'.
Anda seorang yang spontan dan juga suka mencari keseronokan.
Pilihan 5 - Kedamaian
Kedamaian dan keamanan antara perkara yang dipentingkan oleh anda.
Selain itu, anda juga seseorang yang 'low-maintainance'
Anda tidak suka diganggu/ dihalang.
Apabila tiba masa untuk membuat keputusan, anda akan mengambil keputusan yang paling mudah sekiranya boleh.
Anda tidak suka membenankan diri anda.
Orang disekeliling anda akan merasa sokongan yang anda berikan kerana anda seorang yang 'supportive'.
Anda terkenal sebagai seorang yang konsisten dan juga seorang yang melihat sesuatu secara menyeluruh.
Pilihan 6 - Sunyi & Tenang
Anda sukakan keadaan yang sunyi dan tenang.
Anda boleh menghabiskan masa secara berseorangan tanpa merasa sunyi.
Anda ingin mengerti kesemua aspek yang timbul di dalam kehidupan anda.
Setiap perkara yang anda lakukan mempunyai sebab dan anda sudah berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu perkara.
Kawasan yang dipenuhi orang ramai akan dielakkan oleh anda tetapi bukan bermakna anda tidak sosial.
Anda mementingkan perhubungan yang sejati dan suka berinteraksi secara berdua-duaan.
-siakapkeli

Video Barack Obama Prank Penyokongnya?
Prank ataupun dalam bahasa melayu 'mengenakan' adalah satu trend yang menjadi-jadi dan mendapat sambutan di mana-mana sahaja walaupun kadang-kadang melampau.
Kali ini kami kongsikan satu prank yang amat gila dan hebat melibatkan watak Barack Obama iaitu Presiden Amerika Syarikat. Prank yang hebat ini telah berjaya membuat beribu-ribu penduduk New York tertipu tanpa mereka sedar. Gurauan menipu penduduk New York ini telah dibuat oleh ModelPranksters TV telah berjaya mewujudkan suasana kehadiran 'Presiden' ke kawasan New York dan di kerumuni oleh ribuan penyokong Obama tanpa sedar itu bukan Obama.
Mari kita saksikan
Dari video tersebut seorang lelaki berwajah mirip Obama telah diupah untuk menyamar sebagai obama dengan dikelilingi pengawal-pengawal presiden dan telah berjaya menjayakan Prank tersebut. Hampir semua penyokong Obama di kawasan tersebut teruja dan percaya itu memang Obama sambil mengambil gambar dan video. Memang hebat orang-orang yang menjayakan prank ini.- Siakapkeli.com.my

Minyak RON97 Turun 20 Sen Mulai Tengah Malam Ini
Mungkin berita baik untuk rakyat malaysia apabila minyak RON97 akan diturunkan mulai pukul 12 malam ini.
Harga baru yang akan dijual pada malam ini adalah RM2.55sen seliter berbanding sebelum ini Rm2.77sen seliter, manakala RON95 masih kekal pada harga RM2.30 seliter
Harga baru ini berikutan harga minyak dunia sekarang telah jatuh dengan begitu ketara sekali iaitu USD79 setong.
Mudah-mudahan ini adalah pertanda baik untuk minyak RON95 juga diturunkan kerana hampir 90% kenderaan berasaskan petrol di Malaysia mengunakan RON95.
Harga baru bahan api berkenaan mulai tengah malam ini ialah RM2.55 sen seliter berbanding RM2.77 sen buat masa ini.
Pengumumman itu dibuat Kementerian Kewangan petang tadi pada satu pekiling yang dikeluarkan.- Siakapkeli.com.my

Nokia Kembali Bersama Kejutan - Nokia N1
Mungkin kerana kegagalannya dalam industri smartphone baru-baru ini, Nokia kembali dengan membawa kejutan kepada penggemar smartphone di seluruh dunia.
Sebelum ini, Nokia telah memberikan sedikit 'teasing' kepada umum dengan satu poster yang memaparkan sebuah kotak hitam dengan tajuk "We're up to something", yang bertarikh 18.11.14.
Hari ini nokia secara rasminya mendedahkan isi kotak hitam misterinya kepada umum. Dan tanpa disangka-sangka ia sebenarnya adalah sebuah tablet Android!. Jadi tablet ini adalah tablet Android pertama yang dikeluarkan oleh Nokia.
Jika dilihat pada design, tablet terbaru ini seolah-olah ingat menjadi saingan kepada iPad keluaran Apple, kerana saiznya yang menyerupai gadget berkenaan,
Jika dilihat kepada spesifikasinya pula, tidak kurang hebatnya. Tablet yang diberi nama N1 ini dilengkapi dengan prosessor quad-core Intel Atom Z3580 yang berkelajuan 2.4Ghz. Selain itu ia juga dilengkapi dengan 2GB RAM dan juga storan sebanyak 32GB, Bercakap tentang kamera pula, dibelakang ianya dilengkapi dengan kamera 8 megapixel dan di depan 5 megapixel, sesuai bagi penggemar selfie. N1 menggunakan sistem pengoperasian android 5.0 atau Lolipop, sistem terbaru bagi Android.
Nokia merancang untuk melancarkan Nokia N1 di China pada $249 pada 19 Febuari sebelum ia menemui pasaran Rusia dan beberapa lagi pasaran Eropah.
Spesifikasi Nokia N1
Untuk melihat dengan lebih jelas tentang Nokia N1 anda boleh melihat ke websitenya - Siakapkeli.com.my

Terjemah Al Quran Tanpa Ayat Asal Adalah Haram
GOPENG - Menterjemah ayat suci Al Quran Tanpa Menyertakan ayat asal adalah haram walaupun digunakan untuk berdakwah kepada orang bukan Islam menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria petang tadi.
Menurut beliau lagi terjemahan tanpa disertakan ayat asal selalunya tidak tepat kerana penterjemahan perlu dilakukan mengikut kaedah pembacaan bahasa arab.
"Terjemahan al-Quran perlu mengikut kaedah bahasa Arab, mesti ada ilmu alat, ilmu mantik dan ilmu nahu. Semua ada peraturan tertentu. Kita tidak boleh terjemah tanpa ayat asal kerana ia akan tidak memberi makna dan pemahaman sebenar," katanya lagi.
Sebelum ini telah terdapat satu permintaan dari seorang pensyarah wanita yang mahu menterjemahakan ayat Al Quran kepada bahasa lain tanpa menggunakan ayat asaal Al Quran dalam bahasa arab untuk memberi lebih pemahaman kepada orang bukan Islam.
Sebelum ini, Pensyarah tersebut telah meminta kelulusan Kementerian Dalam Negeri dalam hal berkenaan tetapi telah ditolak.Siakapkeli.com.my
TOP
Punca Sebenar Eizlan Yusof Bercerai
Baru-baru ini kita dikejutkan tentang kes penceraian pasangan Dato Eizlan Yusof dan Datin Vie Santie Harun di mana Datin Vie Santie Harun memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur baru-baru ini.
Jarang sangat atau mungkin kita tidak pernah dengar lansung gosip-gosip tentang pasangan ini tetapi tiba-tiba tanpa disangka kejadian ini boleh berlaku. Mereka sekarang dalam proses bercerai dan kes akan dibicara semula di mahkamah 13 Januari tahun depan.
Dalam perkongsian hidup mereka telah dikurniakan 3 orang cahaya mata yang comel-comel iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia yang masih kecil dan memerlukan lebih kasih sayang ibubapa.
Kali ini kami kongsikan punca kenapa pasangan ini bercerai mungkin sahih atau tidak berdasarkan komen-komen di facebook dan ada juga yang berharap mereka memikirkan kembali sebelum bercerai. Apapun sekali puncanya harap pasangan ini tabah dan kuat untuk mempertahankan hubungan tersebut.
- siakapkeli
- siakapkeli
TOP
Pemuda MIC Bantah Cubaan Wujudkan Mahkamah Syariah Persekutuan
KUALA LUMPUR: Ketua pemuda MIC, C.Sivarraajh, hari ini mendesak supaya kerajaan Malaysia supaya membatalkan sebarang kepetusan untuk menaik taraf Mahkamah Syariah supaya sama taraf dengan kuasa Mahkamah persekutuan.
Menurut beliau apa yang cuba dilakukan ini adalah bercanggah dengan perlembagaan persekutuan di mana undang-undang Islam hanya tertakluk pada enakmen undang-undang negeri sahaja.
“Mewujudkan sistem Mahkamah Syariah Persekutuan selari dengan sistem Mahkamah Sivil Persekutuan memerlukan banyak pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan.
“Keseluruhan karakter Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang sekular terpaksa diubah. Hal ini sekurang-kurangnya memerlukan referendum daripada masyarakat sama ada mereka benar-benar mahukan Mahkamah Syariah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ada menyatakan hasrat kerajaan untuk membentuk dua mahkaman syariah kebangsaan bagi membolehkannya setaraf dengan Mahkamah Persekutuan.- Siakapkeli.com.my
TOP
Banjir: Waspada Penyakit Bawaan Air
KUALA TERENGGANU – Bencana banjir yang berlaku di beberapa tempat ketika ini bukan sahaja membahayakan keselamatan diri atau harta benda, malah ancaman kesihatan andai langkah pencegahan tidak diberi perhatian serius.
Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Madya Dr Hafizan Juahir mahu orang ramai meningkatkan tahap kesedaran mereka dalam menghadapi risiko-risiko akibat banjir ini.
Beliau berkata, lazimnya masyarakat sering gusar dengan keselamatan mereka, terutama kanak-kanak yang sering dikaitkan dengan lemas akibat bermain air banjir, namun tidak ramai menyedari ada ancaman lain yang berisiko iaitu akibat penyakit bawaan air seperti cirit-birit dan taun.
“Air banjir adalah air tercemar yang datang daripada pelbagai sumber dan paling kita khuatiri ialah penyakit cirit birit akibat bakteria seperti e coli dan coliform.
“Bakteria ini datang daripada najis dan sisa pepejal yang mereput di mana ia adalah zat makanan dan medium untuk pembiakannya. Ia bukan sahaja boleh memasuki badan manusia melalui mulut, malah boleh masuk melalui rongga yang ada,” katanya kepada Bernama hari ini.
Dr Hafizan berkata walaupun masyarakat Pantai Timur sudah sinonim dengan musim tengkujuh dan banjir, namun perubahan iklim dan punca banjir yang berlaku ketika ini bukan disebabkan faktor alam semula jadi sahaja, sebaliknya kerakusan manusia dalam mengejar pembangunan juga.
“Jadi pencemaran inilah yang menyebabkan air banjir tidak selamat kerana mengandungi banyak bahan tercemar dan saya sangat berharap agar ibu bapa memantau anak mereka supaya tidak bermain air banjir walaupun di sekitar rumah sahaja.
“Selain itu, binatang berbisa seperti ular dan lipan juga akan mencari habitat yang baharu setelah habitat asal mereka terganggu akibat ditenggelami air,” katanya.
Hujan lebat dan sederhana yang berterusan sejak Khamis lalu menyebabkan beberapa kawasan rendah di Terengganu dinaiki air dan setakat ini, dua pusat pemindahan sudah dibuka untuk 47 mangsa banjir. – BERNAMA
TOP
Pegawai Kanan KEDA Mengaku Salah Atas Tuduhan Rasuah
ALOR SETAR – Seorang pegawai kanan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), mengaku salah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas dua pertuduhan rasuah membabitkan layanan seks yang didakwa dilakukannya minggu lalu.
Heris Saad, 56, membuat pengakuan itu di hadapan hakim, Azhar Mokhtar selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Hakim Azhar Mokhtar.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Heris yang berjawatan Pegawai Tadbir, dituduh mengikut Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana meminta suapan berbentuk rasuah daripada seorang wanita di sebuah restoran makanan segera di Jalan Limbong Kapal, dekat sini, kira-kira jam 10.45 pagi, 10 November lalu.
Bagi pertuduhan kedua, Heris dituduh mengikut Seksyen 17(a) akta sama, kerana memperoleh suatu suapan berbentuk layanan seks daripada seorang wanita di sebuah hotel di Jalan Putra, dekat sini pada jam kira-kira 2.45 petang, 13 November lalu.
Jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan dihadapi, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kaki ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.
Hukuman ke atas tertuduh bagaimanapun akan diputuskan selepas mahkamah yang ditangguhkan sebentar tadi, kembali bersidang petang ini. - BH Online
TOP
BNM Kaji Ekonomi Dunia Sebelum Selaras Dasar Monetari
KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengkaji prospek masa depan ekonomi dunia, selain kemelesetan semasa di Jepun, sebelum menyelaraskan dasar monetari bagi menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
“Dasar monetari adalah dasar yang melihat ke hadapan. Oleh itu kita tidak sahaja melihat keadaan semasa yang sangat penting, bahkan turut melihat masa hadapan,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Perangkaan Serantau ISI di sini hari ini.
Beliau berkata faktor lain yang turut diambil kira ialah fleksibiliti dasar, dan sama ada ekonomi utama mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan langkah dalam menampung penurunan dalam ekonomi.
“Sebagai contoh, jika anda melihat China, negara itu mempunyai lebihan fiskal. Oleh itu negara berkenaan berada pada kedudukan untuk memberi sokongan jika ekonomi merosot lebih daripada yang kita jangkakan,” katanya. – BERNAMA
TOP
KSTP Bakal Pelengkap Kawasan Industri Lain
ALOR SETAR – Cadangan kerajaan negeri untuk mewujudkan Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) di utara negeri ini adalah sebagai pelengkap kepada kawasan industri sedia ada di negara ini terutama Kulim Hi-Tech Park (KHTP) yang berada di selatan Kedah.
Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata berbanding KHTP, KSTP yang dicadangkan di Bukit Kayu Hitam lebih kepada usaha menarik institusi penyelidikan, pembangunan dan perekabentuk (RD&D) sebagai tarikan kepada industri.
Katanya masih banyak sektor industri baharu yang boleh diterokai seperti nanotek dan sebagainya.
“KSTP bukanlah pesaing kepada KHTP atau taman industri yang lain. Ia akan menjadi pelengkap kepada taman industri lain. Ia tidak tumpu kepada industri semata-mata. Sebaliknya ia akan menyokong KHTP,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) sewaktu sesi soalan lisan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Katanya Kedah tidak bimbang dengan saingan dari Pulau Pinang kerana tahap pengindustrian di negeri tersebut sudah sampai kepada tahap tepu dari segi tanah.
“Malah sudah ada beberapa pertubuhan bukan kerajaan mewakili sektor-sektor industri yang beroperasi di Pulau Pinang datang untuk meninjau peluang di beberapa taman industri sedia ada dan baharu di Kedah,” katanya.
Terdahulu ketika menjawab soalan asal Amiruddin, Mukhriz berkata cadangan pembangunan KSTP merupakan antara langkah untuk mempercepatkan pertumbuhan sosioekonomi di Kedah dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi kepada rakyat Kedah.
“KSTP merupakan estet perindustrian yang menggunakan teknologi tinggi dan menggunakan banyak tenaga kerja mahir dan separa mahir. Konsep pembangunan ekonomi yang berteraskan pengetahuan dan teknologi tinggi adalah penting untuk melonjak ekonomi Kedah selaras dengan sasaran Negara Berpendapatan Tinggi menjelang 2020,” katanya.
Katanya KSTP mampu melonjak kegiatan industri bernilai tinggi yang menggunakan tenaga kerja mahir dan separa mahir ke taraf yang lebih tinggi.
“Jenis industri dan aktiviti ekonominya adalah saling menyokong dan melengkapi antara satu sama lain. Ini akan diambil kira di dalam kajian Pembangunan Pelan Induk KSTP.
“Perunding yang dilantik akan membuat pembentangan laporan awal dalam bentuk pelan konsep kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah bagi mendapatkan persetujuan mengenai konsep pembangunan selewat-lewatnya pada Februari 2015,” kata Mukhriz.
Katanya kawasan cadangan pembangunan KSTP ketika ini adalah seluas 678 hektar dan berpeluang untuk dibuat tambahan 95.2 hektar dari Taman Perindustrian Bukit Kayu Hitam Fasa 3 yang terletak bersebelahan dengannya untuk digunakan, menjadikan jumlah terkumpul kepada 773.2 hektar.
“Pembangunan KSTP ini bakal memberi banyak manfaat kepada rakyat dan Kerajaan Negeri. Antaranya adalah dengan adanya peningkatan jumlah FDI (Foreign Direct Investment) dan Domestic Direct Investment (DDI) di Kedah daripada pelabur-pelabur asing dan tempatan yang berminat untuk menyertai KSTP ini,” katanya.
Katanya ini akan meningkatkan peluang pekerjaan baharu dalam pelbagai sektor dan peringkat terutamanya pekerjaan yang memerlukan kemahiran tinggi dan separa tinggi di mana ia akan memberi pendapatan yang lebih baik kepada rakyat.
“Di samping itu, limpahan ekonomi di kawasan strategik sempadan Malaysia-Thailand akan mewujudkan sumber perniagaan baharu dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain yang dapat menaikkan taraf hidup penduduk setempat, sekali gus meningkatkan KDNK Negeri,” katanya.
Beliau berkata sektor industri berteknologi tinggi di KSTP juga akan mengimbangi sektor pertanian asas sebagai aktiviti utama ekonomi negeri dan sebagai sumber hasil yang mapan dan mampan. – BERNAMA
TOP
Ucapan Spontan Shahrizat Cuit Hati Peserta Di India
Shahrizat ketika mewakili negara pada sidang khas bagi memperingati Nehru di New Delhi, India.
NEW DELHI – INDIA. Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hanya mengambil masa kurang daripada lapan minit sahaja untuk mencuit hati para peserta satu persidangan di ibu negara India dengan kata-kata spontan dan ucapannya yang berterus-terang. Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu adalah antara10 penceramah pada sambutan ulang tahun peringatan ke-125 “Nehru’s Worldview and his Legacy: Democracy, Inclusion and Empowerment.” (Pandangan Dunia Nehru dan Legasinya: Demokrasi, Penglibatan dan Pemerkasaan) Sebelum itu, para peserta kelihatan kepenatan ketika Shahrizat ke pentas untuk memulakan ucapan beliau. “Selepas makan tengah hari yang hebat dan dengan tidak kurang daripada 10 penceramah…rasanya macam nak ‘buat’ anak. Nampak saja mudah, tetapi percayalah, bukan senang nak melahirkannya. Oleh itu, harap Tuan dapat bersabar dengan saya,” katanya kepada pengerusi sesi itu, yang menyebabkan para peserta ketawa. Dengan kata-kata pembuka bicara yang menarik itu, beliau meneruskan ucapannya: “Namun, saya perlu mengingatkan anda semua bahawa nama saya ialah Shahrizat iaitu versi Melayu bagi nama Parsi, Sha-ha-ra-zat. Bagi anda yang tidak tahu, Shah-ha-ra-zat boleh bercerita sehingga 1001 malam. Jadi, nampaknya anda tidak akan pulang awal.” – BERNAMA

55 Warga Myanmar Diselamat Dari Sindiket Pemerdagangan
GEORGE TOWN – Sebanyak 55 warga Myanmar berjaya diselamatkan daripada sindiket pemerdagangan orang di sebuah rumah di Sungai Ara dekat sini semalam.
Sehubungan itu lima anggota sindiket termasuk seorang wanita yang terdiri daripada warga Myanmar sendiri turut ditahan di rumah berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Salawati Saad berkata mereka yang diselamatkan itu terdiri daripada 50 lelaki dan lima wanita berusia antara 20 dan 40 tahun.
“Kesemua mangsa dibawa masuk ke negara ini menerusi jalan darat,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata siasatan awal mendapati rumah teres dua tingkat yang disewa sebanyak RM1,500 sebulan itu dijadikan markas operasi sindiket terbabit dengan kesemua mangsa ditempatkan di situ sejak bulan lepas, sebelum dijual kepada majikan atau pihak tertentu.
Salawati berkata kesemua mangsa berada dalam keadaan lemah dan mereka mendakwa hanya diberi makan sekali sehari serta turut dipukul.
Mereka juga mendakwa dikenakan bayaran sebelum dibawa masuk ke negara ini dan ditawarkan pekerjaan, katanya.
Beliau berkata beberapa lagi anggota sindiket serta dalangnya sedang dikesan. – BERNAMA
TOP
Diesel Bernilai RM354,371 Dirampas Di Tawau
TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 merampas 161,078 liter diesel bersubsidi bernilai RM354,371 daripada dua buah lori tangki di Tanjung Batu di sini semalam.
Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohamad Madun berkata dalam rampasan kira-kira 11 pagi itu, pihaknya turut menahan lima lelaki berumur antara 25 dan 58 tahun.
“Pasukan peronda PPM terserempak dengan lori-lori itu yang sedang memindahkan minyak ke dalam bot tunda. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati pemandu dan juragan bot berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen untuk membenarkan mereka melakukan aktiviti tersebut,” katanya.
Beliau berkata bahan api tersebut dipercayai diperoleh secara tidak sah.
Mohamad meminta orang ramai bekerjasama dengan PPM bagi menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan minyak. – BERNAMA
TOP
Tun Jeanne Harap Lojing Tidak Jadi Seperti C. Highlands
KOTA BHARU – Semua pihak disaran agar mengambil iktibar daripada kejadian banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands serta tidak membiarkan perkara sama berulang di Tanah Tinggi Lojing, Kelantan.
Pengerusi Landskap Malaysia, Tun Jeanne Abdullah berkata, jika semua pihak membiarkan pihak tertentu rakus memusnahkan tanah tinggi itu, kawasannya yang kaya dengan flora dan fauna hanya menunggu masa untuk musnah sama sekali.
“Apa yang berlaku di Cameron Highlands sepatutnya sudah membuka mata semua pihak. Mereka menganggap menjaga alam sekitar tidak penting, tetapi lihatlah apa yang berlaku.
“Kita lupa apa yang telah dibuat itu telah merosakkan alam sekitar dan kini tiba masanya kita perlu menjaga Lojing supaya jangan jadi seperti itu,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di sini, hari ini.
MoU itu sebagai kerjasama untuk menjaga 404 hektar kawasan Lojing selepas ia diwartakan sebagai kawasan pemuliharaan pada 2010, yang mengandungi habitat bunga pakma atau raflesia.
MoU itu adalah antara kerajaan negeri Kelantan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Tropical Rainforest Conservation & Research Centre (TRCRC) Bhd. dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). – BERNAMA
TOP
HK Kembali Normal, Revolusi Payung Tamat
Ramai penduduk marah dengan tindakan ribuan aktivis Revolusi Payung menyebabkan ekonomi Hong Kong teruk terjejas apabila ramai pelancong asing bimbang datang dan aktiviti perniagaan hampir lumpuh.
HONG KONG – Sejak 28 September, imej Hong Kong di mata dunia tercalar gara-gara tindakan ganas aktivis prodemokrasi ‘menawan’ beberapa jalan utama di sekitar bangunan kerajaan membantah tindakan pihak berkuasa menapis calon pilihan raya tempatan. Hari ini selepas sekian lama bersabar, pihak berkuasa Hong Kong mula bertindak tegas membersihkan ‘tapak perkhemahan’ aktivis terbabit yang bukan sahaja menyekat laluan di pusat bandar malah menyusahkan kehidupan harian penduduk selama tujuh minggu. Puluhan anggota polis dan pegawai mahkamah mengawal CITIC Tower setinggi 33 tingkat di daerah Admiralty menempatkan pejabat-pejabat kerajaan selepas mahkamah mewartakan perintah injunksi menghalang aktivis ‘berkampung’ di sekeliling bangunan. Manakala puluhan pekerja mengalihkan pagar sekatan di tiga persimpangan setelah mahkamah mengeluarkan perintah pembersihan susulan tuntutan beberapa syarikat bas dan teksi serta persatuan perniagaan yang makin bosan dengan gelagat aktivis itu. Perintah turut meliputi daerah Mongkok dan Causeway Bay yang merupakan kawasan beli-belah ternama di samping tindakan mahkamah ke atas penunjuk perasaan jika berdegil boleh dikenakan tuntutan saman jutaan dollar Hong Kong daripada peniaga di kawasan itu. Aktivis dikenali sebagai Revolusi Payung kerana menggunakan payung sebagai pelindung tembakan meriam air dan gas pemedih mata oleh pasukan polis antirusuhan mencetuskan protes ekoran sikap Beijing mencampuri urusan pilihan raya Hong Kong pada 2017. Mereka mendakwa kerajaan pusat tidak demokratik apabila cuma membenarkan individu pro-Beijing menjadi calon sekali gus mengawal kebebasan Hong Kong kononnya di bawah polisi satu negara dua sistem selepas tamat pentadbiran British pada 1997. – Agensi
Pekerja perbandaran sambil diawasi anggota polis giat membersihkan kawasan aktivis prodemokrasi Hong Kong sekali gus menamatkan Revolusi Payung selama tujuh minggu sejak 28 September lalu.

Ahmad Maslan Tidak Berniat Kelirukan Dewan – Speaker
KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat pada Selasa menolak usul yang dikemukakan Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan) untuk mengheret Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, hasil penelitiannya mendapati Ahmad tidak berniat untuk mengelirukan sidang Dewan Rakyat.
“Bagi membolehkan seseorang itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tiga kriteria perlu dipenuhi iaitu fakta dan penjelasan yang salah untuk mengelirukan Parlimen.
“Selain itu, kriteria yang akan diambil kira ialah tiada sebarang usaha oleh pihak berkenaan untuk membetulkan kesilapan selepas melakukannya,” kata Pandikar Amin.
Tambah Pandikar Amin, setelah mendengar penjelasan yang diberikan Ahmad berhubung isu berkenaan, dan berdasarkan situasi di mana beliau perlu menjawab banyak soalan secara spontan pada ketika itu, Speaker berpandangan bahawa timbalan menteri itu tidak mempunyai niat untuk mengelirukan Dewan Rakyat.
Sebelum ini, Ahmad menjelaskan di Parlimen bahawa kenyataannya pada 6 November adalah salah dan beliau memperbetulkannya dengan mengatakan bahawa sebenarnya tidak ada surat sokongan untuk untuk menjamin RM9.6 bilion hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menerusi penjelasannya, Ahmad mengakui bahawa beliau tertinggal enam perkataan yang berkaitan dengan jawapannya sebelum ini iaitu “tidak ada surat jaminan yang lain”.
“Saya tertinggal enam perkataan. Saya tidak bermaksud untuk mengelirukan Dewan. Maaf dan terima kasih, ” katanya. - mStar Online
TOP
Ajal Tiga Beranak Maut Di Terengganu
Dungun – Tiga beranak maut selepas Perodua Alza dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler muatan kayu balak di Kilometer 6, Jalan Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) – Pasir Raja di sini, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu mengorbankan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) itu Rizal Zhafri Ibrahim, 22, adik perempuannya Suliana Ibrahim,18, dan bapa mereka Ibrahim Salim, 67.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dinaiki keluarga terbabit terbabas ke kanan jalan selepas melalui satu selekoh sebelum bertembung dengan sebuah treler balak.
Semua mangsa yang parah di bahagian kepala, dada, tangan dan kaki, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.
Sepasukan tujuh anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba AMBS terpaksa dipanggil ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika ditemui di Hospital Dungun, mengesahkan kejadian itu. – myMetro Online
TOP
JKKP Periksa 116,270 Sektor Pekerjaan Dari Januari-Jun Ini
TAWAU – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas 116,270 sektor pekerjaan di negara ini sejak Januari hingga Jun tahun ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata berdasarkan pemeriksaan dan audit JKKP, semua sektor pekerjaan berkenaan perlu meningkatkan tahap pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat masing-masing.
“Oleh itu, saya menyeru semua majikan dan pekerja terutamanya di sektor pertanian supaya sentiasa berusaha dan memberi komitmen untuk terus meningkatkan budaya kerja selamat di tempat kerja masing-masing.
“Saya berharap semua pihak yang terlibat dalam sektor pekerjaan sentiasa memberi perhatian sewajarnya kepada keselamatan di tempat kerja masing-masing,” katanya.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah JKKP Mohtar Musri semasa merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Pertanian 2014 di sini, hari ini.
Ismail berkata risiko, prosedur dan langkah kawalan perlu diuruskan dengan sebaik mungkin serta dipatuhi sepanjang masa oleh semua sektor pekerjaan di negara ini.
“Setiap majikan dan pekerja hendaklah berganding bahu membangunkan sistem Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di tempat kerja masing-masing serta memastikan ia sentiasa dipatuhi.
“Setiap majikan juga perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah pengawalan risiko kerana ia dapat membantu majikan mengenal pasti secara proktif punca kemalangan, sekali gus dapat mengambil tindakan susulan yang berkesan,” katanya.
Ismail berharap 250 peserta terdiri daripada pihak pengurusan dan pekerja ladang di sekitar daerah Tawau akan dapat memanfaatkan seminar itu. – BERNAMA
TOP
Pembangkang Akan Gagal Gugat Perpaduan Kabinet Sarawak
KUCHING – Perpaduan di Sarawak akan terus kukuh walaupun ada cubaan oleh pembangkang untuk menggugatnya atas isu ikrar integriti yang cuba digembar-gemburkan mereka, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di sini Selasa.
Beliau berkata menteri dan menteri muda Sarawak sememangnya akan menandatangani ikrar itu, tetapi adalah tidak adil bagi pembangkang menuduh kononnya ada sesuatu yang cuba mereka sembunyikan, menyebabkan ikrar itu tidak ditandatangani.
“Sebarang cubaan oleh pembangkang untuk melaga-lagakan saya dan anggota Kabinet saya akan gagal dan akan sentiasa gagal. Kami bukannya bodoh untuk mendengar (tuduhan-tuduhan) mereka. Kami berpegang kepada perpaduan Kabinet,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Adenan berkata anggota-anggota Kabinet negeri akan menandatangani ikrar itu selepas semua jabatan kerajaan negeri, badan-badan berkanun dan syarikat serta anak syarikat yang berkaitan telah menandatangani ikrar integriti masing-masing yang telah diperakui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Untuk mendapatkan perakuan terhadap ikrar-ikrar itu, katanya, badan-badan kerajaan itu perlu melalui suatu proses yang dipantau oleh SPRM dan beliau berharap proses ini akan disegerakan sebelum dipanjangkan kepada menteri-menteri dan menteri muda. – BERNAMA
TOP
Pondok Telefon Awam New York Lenyap 2015
Contoh terminal LinkNYC yang menawarkan kemudahan WiFi secara percuma kepada pengguna di New York di samping sebelahnya masih lagi ada pondok telefon awam biasa. – Gambar hiasan
NEW YORK – Tidak seperti zaman datuk, bapa dan golongan lahir sebelum 1990-an, mungkin generasi X, Y dan kini Z tidak pernah menggunakan pondok telefon awam walaupun ada melihatnya di tepi jalan sama ada rosak atau terbiar buruk. Evolusi telekomunikasi juga bakal menyaksikan fasiliti itu akan tinggal sejarah apabila Datuk Bandar New York, Bill de Blasio semalam mengumumkan Big Apple itu menjadi kota raya pertama di dunia memansuhkan terus pondok tersebut bermula tahun depan. Sebagai ganti, lebih 10,000 terminal sistem teknologi tinggi dikenali LinkNYC bakal ambil alih pondok itu yang menawarkan kemudahan intenet paling luas dan terpantas di bumi menerusi rangkaian akses WiFi secara percuma dari jarak lingkungan 45 meter. Selain itu, bagi yang masih perlu buat panggilan jika telefon bimbit hilang, habis kredit prabayar atau disekat sebab tidak bayar bil pascabayar, jangan bimbang terminal tersebut boleh buat panggilan domestik dan lebih unik tanpa apa-apa caj dikenakan. Setiap pondok LinkNYC dilengkapi set telefon selular paparan sentuh skrin dan tempat cas kuasa bateri tablet selain perkhidmatan panggilan kecemasan yang dimajukan firma teknologi CityBridge serta dilantik hasil tender jawatankuasa bandar raya New York. Projek yang akan bermula akhir tahun ini ujar de Blasio, tidak melibatkan wang pembayar cukai tempatan kerana sumber dana diperoleh menerusi iklan digital dipaparkan di terminal LinkNYC dengan anggaran hasil lebih AS$500 juta (RM1.7 bilion) setahun. “Pada masa ini, WiFi sudah ada di semua taman awam New York selain Chelsea menerusi inisiatif firma Google. Kami jangka ratusan peluang pekerjaan akan wujud melalui projek ini yang bakal hubung setiap kawasan bandar raya,” kata de Blasio. – Agensi
Kebanyakan pondok telefon awam di New York terletak di tepi jalan raya atas faktor keselamatan dan mudah dilihat pejalan kaki. – Gambar hiasan

Tanah Runtuh Di Genting Highlands Tengah Malam Tadi
KUANTAN – Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Kilometer 4.2 iaitu jalan naik ke Genting Highlands tengah malam tadi mengakibatkan keseluruhan jalan tiga lorong ke pusat peranginan itu tertimbus.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Nor Mansor berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 12.50 tengah malam.
“Namun dalam kejadian itu, sebuah MPV milik Polis Bantuan Genting Highlands yang datang membuat tinjauan selepas menerima maklumat turut tertimbus dalam runtuhan kedua. Bagaimanapun tiada kecederaan berlaku,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata buat masa ini sebelah jalan laluan turun digunakan sebagai laluan untuk naik ke Genting Highlands dengan laluan dilencongkan ke Chin Swee Temple.
Kerja-kerja memecahkan batu juga sedang giat dijalankan dan masih terdapat banyak timbunan tanah yang belum diangkut, katanya dan menambah kerja-kerja pembersihan dijangka memakan masa sehari.
Sementara itu ketika mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut, Mohamad Nor berkata anggota polis bantuan itu terselamat kerana beliau sempat melarikan diri sebelum kereta perondanya tertimbus.
“Dia kemudiannya menghubungi Balai Polis Genting sebelum pihak polis bergegas ke lokasi kejadian. Kejadian berlaku ketika hujan,” katanya.
Sementara itu Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang, Morni Mamat berkata anggota bomba dan penyelamat turut digegaskan ke lokasi kejadian pada pukul 1.26 pagi.
“Hasil tinjauan dan siasatan mendapati seorang anggota polis bantuan sempat melarikan diri dari runtuhan itu. Bagaimanapun keretanya tertimbus,” katanya. – BERNAMA
TOP
Bekas Pengarah Didakwa Terima Rasuah RM170,000
SHAH ALAM – Seorang bekas pengarah sumber manusia sebuah syarikat swasta dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menerima rasuah sebanyak RM170,000 bagi mengekalkan kontrak pekerja asing untuk syarikat lain bulan lepas.
Khrishan Kumar A/L Chint Ram, 53, bekas pengarah sumber manusia syarikat Teleflex Medical Sdn Bhd, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Slamat Yahya.
Berdasarkan pertuduhan, Khrishan Kumar didakwa menerima suapan wang tunai sebanyak RM170,000 daripada Pengarah Nada Persada Sdn Bhd, Ng Lay Leng sebagai dorongan untuk mengekalkan kontrak Nada Persada bagi pembekalan pekerja asing kepada syarikat Teleflex.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Caffe Cino, Hotel Hilton, Petaling Jaya, Selangor pada 8 malam, 21 Okt lepas.
Khrishan Kumar, yang diwakili peguam Muhammad Adhwa’ Azfar Muhammad Tajuddin, didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama.
Hakim kemudian menetapkan RM30,000 sebagai jaminan dan 17 Dis depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail. – BERNAMA
TOP
Arak: MAS Perlu Henti Caj Tiket – Mapim
SHAH ALAM – Pendedahan di Dewan Rakyat harga setiap tiket yang dibeli penumpang MAS termasuk kos hidangan dalam pesawat termasuk arak sangat tidak wajar dan perlu diubah serta-merta.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pendedahan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi minggu lalu jelaskan lagi dasar MAS perlu dibetulkan untuk diselaraskan dengan syariah. “Memaksa orang Islam beli tiket yang termasuk kos hidangan arak suatu penipuan yang sangat berat implikasinya kepada orang Islam. “Sudah tentu sekarang penumpang Islam akan merasa sangat tidak selesa bila mengetahui mereka mensubsidi arak untuk penumpang lain. “Harus diingat ada ramai orang bukan Islam yang tidak suka arak tetapi terpaksa juga bayarnya dalam tiket penerbangan MAS,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. - SINAR HARIAN ONLINE

12 Doktor Pukul Suspek Curi Hingga Mati
KOLKATA, India – Sekumpulan doktor pelatih mengelar kemaluan seorang lelaki yang disyaki mencuri sebelum membelasah mangsa sehingga mati, kata polis semalam.
Timbalan Komisioner Polis Kolkata, Dhrubajyoti De berkata, pihaknya telah membuka siasatan berhubung kes seorang lelaki berusia 30 tahun yang mati selepas diikat dan dipukul dengan buluh sebelum kemaluannya dikelar.
Pihak berkuasa telah mengarahkan satu siasatan dilakukan terhadap kes seorang lelaki berusia 30-an itu yang mengalami kecederaan parah akibat dibelasah dengan menggunakan batang buluh, lapor jurucakap polis kelmarin.
“Siasatan awal mendapati hampir 12 doktor pelatih telah menangkap dan membelasah mangsa kerana disyaki mencuri beberapa telefon bimbit.
“Mereka telah mengheret lelaki itu ke dalam sebuah bilik di Kolej Perubatan dan Hospital Nilratan Sircar di sini sebelum mengikat mangsa pada sebatang tiang lalu memukulnya sehingga mati,” katanya.
Ujarnya, beberapa penyerang turut mengelar kemaluan mangsa dengan menggunakan pisau cukur.
“Beberapa pekerja yang menyedari serangan itu telah menghubungi pihak polis.
“Kami menjumpai mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan sebilah pisau cukur turut dijumpai di lokasi kejadian,” jelasnya.
Menurutnya, sehingga kini dua individu telah dipanggil untuk soal siasat tetapi tiada tangkapan dilakukan. – AFP
TOP
Singapura Sebat 7 Ah Long Ugut Ganggu Mangsa
Muka depan akhbar tempatan The Straits Times baru-baru ini melaporkan tindakan tegas pihak berkuasa Singapura bagi menjejak ah long yang sering membuat kacau sehingga bertindak ganas mengganggu mangsa di rumah.
SINGAPURA – Tujuh peminjam wang haram atau ah long yang dihadapkan ke sebuah mahkamah daerah di sini hari ini bakal disebat maksimum enam kali jika sabit kesalahan melakukan gangguan terhadap mangsa, lapor stesen tempatan Channel NewsAsia. Menurut jurucakap polis republik itu, semua suspek lelaki berusia antara 16 sehingga 45 tahun berjaya ditahan di beberapa lokasi berbeza dalam satu operasi besar-besaran lewat malam semalam susulan laporan mangsa menerima ancaman berbaur ugutan jenayah. Tiga suspek diberkas pukul 2.40 pagi Isnin dalam satu sekatan jalan raya di Clementi Road ketika mereka menaiki sebuah teksi dan lengkap peralatan peras ugut mangsa seterusnya membawa kepada penahanan dua lagi di perumahan mewah Boon Lay Drive. Manakala baki dua suspek terakhir dicekup hasil maklumat awal kerana disyaki giat melatih sindiket pinjaman wang haram tempatan dan kesemua lelaki terbabit pernah melakukan keganasan ke atas mangsa di Tampines, Bedok, Toa Payoh serta Jurong West. Siasatan awal polis hasil rakaman kamera litar tertutup pihak berkuasa mendapati tiga suspek menyembur cat dan menulis grafiti di beberapa dinding blok-blok perumahan awam milik agensi pemerintah atau HDB di Clementi, Hougang, Bedok dan Tampines. Di bawah Akta Pinjaman Wang 2010 (Pindaan), pemberi pinjam wang kali pertama melakukan gangguan ke atas mangsa jika sabit kesalahan boleh didenda S$5,000 (RM12,914) sehingga S$50,000 (RM129,144) dan mandatori sebatan maksimum enam kali. – Agensi
Seperti juga di Malaysia, ah long di Singapura sanggup berlaku biadap terhadap mangsa yang gagal melunaskan hutang termasuk bertindak ganas menyimbah cat di rumah mereka.

Subsidi Dikurangkan, Harga Petrol Indonesia Naik 30 Peratus
Keputusan pengurangan subsidi minyak oleh pentadbiran Jokowi dijangka jimatkan wang kerajaan Indonesia hingga $8 bilion tahun depan.
JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan kenaikan harga bahan api sebanyak 30 peratus berkuat kuasa tengah malam tadi. Ia adalah keputusan pertama dalam dasar ekonomi Widodo sejak mengambil alih kerajaan Oktober lalu. Berikutan pengumuman kenaikan harga bahan api itu, jumlah subsidi bahan api dikurangkan yang akan disambut baik di kalangan pakar ekonomi tetapi berdepan risiko terhadap populariti presiden baharu berkenaan. “Dari semasa ke semasa, negara berdepan pilihan yang sukar. Bagaimanapun, kita mesti membuat keputusan,” kata Jokowi dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen di seluruh negara. Subsidi bahan api adalah isu sensitif di Indonesia.
Belia membaling batu tanpa protes terhadap kenakan harga minyak di Indonesia.
Sehubungan itu, pengurangan subsidi bahan api tahun lalu mencetuskan bantahan dan sebelum pengumuman malam tadi, belia membaling batu ketika berdepan pasukan keselamatan di salah satu tempat tumpuan orang ramai. Kenderaan memenuhi stesen minyak sebaik mengetahui harga petrol akan meningkat selepas tengah malam tadi.
Kenderaan memenuhi stesen minyak sebaik mengetahui harga petrol akan meningkat selepas tengah malam tadi.
Bagaimanapun, di kebanyakan wilayah negara itu didapati tenang sebelum pengumuman itu yang dijangka selama berminggu-minggu dan stesen televisyen memberi tumpuan kepada kesibukan pemandu kenderaan dan penunggang motosikal beratur panjang untuk mengisi minyak, malam tadi. Bahan api Indonesia, antara yang paling rendah di dunia, dinaikkan sebanyak 2,000 rupiah seliter, dengan petrol bersubsidi kini berharga 8,500 rupiah seliter dan diesel 7,500 rupiah. “Langkah itu adalah menggalakkan sejak Widodo serius melaksanakan pembaharuan ekonomi di Indonesia dan bersedia mengambil tindakan walaupun tidak popular dalam jangka masa pendek,” kata ahli ekonomi, Gareth Leather dari Capital Economics. Menteri Kewangan, Bambang Brodjonegoro pula berkata, beliau menjangka kadar inflasi akan meningkat dua peratus kepada 7.3 peratus tahun ini selepas kenaikan harga minyak dan kesan inflasi itu akan dirasai sehingga Februari tahun depan. Selain itu, keputusan untuk menaikkan harga bahan api itu dikecam oleh kesatuan sekerja dan sesetengah ahli politik pembangkang. “Ia bukan keputusan wajar buat masa ini. Kadar elektrik baharu dinaikkan baru-baru ini dan mata wang kini tertekan manakala kadar inflasi akan naik daripada jangkaan pada awal tahun,” kata ahli parti Golkar, Bobby Rizaldi. Sementara itu, pegawai yang mewakili kerajaan Widodo bagaimanapun menegaskan wang yang dijimatkan daripada subsidi yang dikurangkan itu akan dibelanjakan untuk infrastruktur, pertanian, pendidikan dan projek kesihatan. – AFP

Gambar: Kilang Roti Benggali Yang Menjijikkan Di Georgetown
Loya dan amat menjijikkkan!!
Itu gambaran tentang persekitaran sebuah kedai roti terkemuka yang terletak di Jalan Datuk Keramat, Georgetown ketika diserbu oleh jabatan kesihatan negeri, semalam.
Hasil pemeriksaan mendapati persekitaran kilang pembuatan roti benggali itu boleh memualkan sesiapa sahaja yang melihat kerana dipenuhi najis tikus dan lipan. Lebih memeranjatkan penemuan rambut dalam minyak yang digunakan untuk menguli doh jelas menunjukkan minyak tersebut telah tercemar.
Pemeriksaan yang dijalankan selama dua jam ini turut memperlihatkan dua troli dengan susunan doh diletakkan di sebelah tandas yang mana pintu tandas tersebut terbuka sedikit. Euuu! Lebihan doh di lantai basah kilang tersebut juga dijumpai bersepah di lantai. Selain itu pekerja-pekerja kilang roti tersebut dilihat hanya berseluar pendek dan berkuku panjang, menunjukkan mereka gagal mematuhi etika pakaian ditetapkan. Hasil pemeriksaan pihak berkuasa di kilang tersebut tidak menjumpai tikus namun ia diarah tutup selama dua minggu. – MYNEWSHUB.CC

Mana Satu Betul? MAS 2.0 Atau Jentayu Airlines?
Isu pelan pemulihan Malaysia Airlines (MAS) diumumkan akhir Ogos lalu oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dengan 12 perkara nampaknya kini makin unik dan mungkin agak pelik apabila tiba-tiba sebuah firma perunding kewangan tiba-tiba muncul tanpa diduga.
Kisah tambah rumit lebih suspens apabila syarikat itu, Jentayu Danaraksa Sdn. Bhd. (Jentayu) dan diterajui bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman muncul pada 6 November lalu dengan idea mahu menyelamatkan MAS yang tenat.
Kebetulan pada tarikh itu, Khazanah mengadakan mesyuarat agung luar biasa bagi pemegang saham minoriti MAS menerima tawaran sayap pelaburan utama kerajaan kita sekali gus menguasai syarikat penerbangan kebangsaan menuju pelan penstrukturan besar-besaran.
MAS akan wujud semula sebagai entiti baharu atau newco dan selaras usaha menutup ‘buku lama’, Khazanah berhasrat mengurangkan 30 peratus kakitangan atau 6,000 staf sekali gus baki 14,000 petugas sedia ada MAS betul-betul jadi seperti ‘kedai’ yang baharu dibuka.
Itu konsep asal Khazanah dan bukan luar biasa bagi syarikat yang diselamatkan daripada terus muflis untuk bangkit semula dengan sasaran MAS versi 2.0 akan kembali mencatat laba selepas tiga tahun beroperasi mengikut garis masa standard industri penerbangan global.
Jentayu cuba ‘menyampuk’ menarik perhatian ramai pihak awal bulan ini termasuk kononnya sudah pun dikenali ramai dan ada pula publisiti apabila diinterviu beberapa akhbar dan stesen TV tertentu bagi menyaingi idea Khazanah dengan pelan alternatif hebat untuk menambahbaik pelan Khazanah.
Khabarnya Jentayu mendakwa ada pelan alternatif untuk melengkapi pelan pemulihan MAS, ironi apabila MYNEWSHUB sendiri minggu lalu menyiarkan siri artikel mempertikaikan pelan mereka sebagai boleh diragui, syarikat itu baharulah tampak realiti berpijak di bumi nyata.
Mungkin terkesan dengan kritikan banyak pihak dan diasak MYNEWSHUB, Jentayu segera mengadakan sidang akhbar tertutup di pejabat Kesatuan Kakitangan MAS (MASEU) di Subang Jaya, Selangor yang memang diketahui sudah berpihak kepada mereka dari awal.
Meskipun hanya menjemput wakil media tertentu, Jentayu masih gagal memperincikan pelan mereka daripada cuba mengulangi isu sama kononnya bagi membantu Khazanah yang akan menyuntik modal RM6 bilion tetapi pelan Jentayu pula masih kabur tanpa hujah konkrit.
Mereka tetap dakwa mampu menguasai aset strategik MAS termasuk membeli 82 pesawat MAS yang kini disewa dari Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) selain MAS Engineering yang terkenal di seluruh dunia menerusi aktiviti Maintenance, Repair, Overhaul (MRO).
Ini belum lagi cerita ambil alih anak syarikat MAS, Firefly dan jika ini berlaku, maka tiada apa lagi yang tinggal kepada MAS apabila kelak cuma ada 65 pesawat buruk malah Jentayu akhirnya jadi syarikat penerbangan keempat negara selepas MAS, AirAsia dan Malindo.
Pengarah Urusan Jentayu, Feriz Omar bahkan dilaporkan New Straits Times hari ini tidak menolak kemungkinan jadi syarikat penerbangan terbaharu tetapi inilah dibimbangi ramai peserta industri penerbangan global seumpama MAS 2.0 selepas ini hanya tinggal sejarah.
Lainlah jika Jentayu sendiri mengurus MAS 2.0 namun, berdasarkan laporan akhbar itu, Jentayu sendiri tidak berminat dengan pentadbiran newco MAS apatah lagi nasib 14,000 pekerja MAS yang kekal dalam syarikat penerbangan tersebut dan 65 pesawat yang tinggal.
Fokus Jentayu hanya tumpu kepada 6,000 pekerja MAS yang bakal dibuang atau mungkin diserap kepada lawannya, AirAsia untuk diambil semula sebagai staf Jentayu selain MRO MAS sekali gus ia sudah memadai menjadi asas terbaik Jentayu menjadi Jentayu Airlines.
Seperkara lagi, timbul keraguan dari mana sumber dana Jentayu untuk mengambil alih beberapa aset kepentingan MAS kecuali Feriz hanya menyatakan modal akan dibiayai pelabur Timur Tengah dan Jepun. Persoalannya betulkah wujud dan siapakah mereka itu?
Bayangkanlah akhbar perniagaan ternama The Edge pun meragui kemampuan Jentayu walaupun cuba berlaku adil dengan melihat nama-nama besar yang menjadi barisan orang kuat syarikat itu termasuk memiliki banyak pengalaman dalam industri penerbangan.
Bagi penganalisis tempatan, jaminan itu belum cukup bagi menyaingi Khazanah apatah lagi komitmen dari segi sumber kewangan turut dipertikai dengan melihat perbandingan Projek Omega Alfa pada 2006 lalu, tempoh MAS pernah catat untung sebelum ia kembali rugi.-mynewsub
TOP
Lagi Kes Nombor Plat Kereta Sama.. Musim Kot!?
Semalam kami ada siarkan kisah dua kereta miliki plat pendaftaran sama. Hari ini, satu lagi cerita sama tersebar namun melibatkan individu lain.
Melalui perkongsian di laman sosial, seorang pemilik kereta memohon kesnya mendapat perhatian umum agar ia dapat diselesaikan segera.
Al kisahnya, individu tersebut yang merupakan pemilik kereta Toyota Wish bernombor pendaftaran JLT 4488 telah berpindah ke Sabah empat tahun lalu. Namun, kakaknya terjumpa sebuah kereta model sama berwarna hitam dan memiliki nombor plat ‘sebiji’ seperti kereta milik adiknya di Kelantan. Ujar si pengadu, sehingga kini, dia menerima empat keping surat saman bagi kesalahan dilakukan di Semenanjung, padahal dia tidak berada di sana. Tambahnya lagi, laporan polis turut dibuat sebanyak empat kali. Alahai, ini memang kes naya! Tak pasal-pasal, si pengadu terpaksa tanggung saman dilakukan oleh orang lain. Pihak berwajib patut ambil tindakan proaktif dalam menyegerakan siasatan dan selesaikan kes-kes seperti ini. Fikir-fikir balik, pelik juga bagaimana boleh terdapat dua nombor plat sama manakala pihak berwajib pula lambat sangat nak selesaikan walau laporan dah banyak dibuat kan? – MYNEWSHUB.CC

Cuma Sebab Hon, Samseng Jalan Raya Ludah.. Patahkan Wiper!
Walaupun kes seorang gadis bertudung mengamuk terhadap seorang warga emas pada Julai lalu menggemparkan negara, perbuatan membuli pengguna jalanraya lain bukanlah kisah asing.
Tak hairanlah semalam, laman sosial kecoh lagi dengan isu hampir sama. Bezanya, si pelaku kali ini seorang lelaki.
Menerusi perkongsian foto di laman Facebook dan Twitter, mangsa (dari dalam kereta) sempat mengambil gambar individu yang beraksi samseng apabila merosakkan wiper dan meludah ke tingkap keretanya.
Apa yang kelakar, si pembuli jalan raya itu sempat menjelirkan lidah kepada mangsa yang sedang mengambil gambarnya dari dalam kereta.
Difahamkan, lelaki itu berkelakuan demikian setelah mangsa membunyikan hon ketika sedang memandu. Kejadian berlaku di lebuhraya USJ menuju ke Shah Alam. Mungkin bengang atau ‘kelelakian’nya tercabar lepas dihon, lelaki tersebut memberhentikan kereta dan mendekati kereta mangsa sebelum bertindak mengetuk tingkap, meludah dan merosakkan wiper. Dalam ruangan komen, ramai individu mengutuk tindakan lelaki itu kerana mengikut emosi. Tak kurang juga, ada yng mengaitkan baran lelaki ini dengan kes Kiki yang ‘naik hantu’ selepas CDM 25 nya dilanggar oleh pak cik Sim.
Namun, agak sedih kerana terdapat segelintir individu yang membuat kenyataan dan komen kurang bijak apabila mengaitkan situasi tersebut dengan isu perkauman dan mengapi-apikan situasi. Yang sebetulnya, mangsa merupakan seorang wanita berketurunan Cina. Melalui laman Facebook peribadinya, individu tersebut, Alisia Thean menceritakan kembali peristiwa sebenar dialami.
Sudahlah silap sendiri sebab memandu dalam keadaan berbahaya, baru kena hon sikit dah melenting. Cubalah bayangkan kalau situasi ini melibatkan si lelaki tersebut dengan Kiki, pasti lagi kecoh. Baru buku bertemu ruas, kan? – MYNEWSHUB.CC

Tiada Anehnya.. Langit Gelap Tiap Kali Musim Bertukar?
Sehari dua ini, cerita langit di tanah haram, Mekah menjadi buat mulut dan viral dalam kalangan umat Islam.
Melalui foto dan rakaman klip video yang tersebar, masyarakat berkongsi bermacam-macam andaian tentang fenomena aneh dan luar biasa itu.
Ramai jadi panik bila foto dan rakaman menunjukkan senario langit diselubungi gelap dan kabur tanpa cahaya matahari disertakan kisah kiamat dan pintu taubat yang tertutup, selain tanda-tanda akhir zaman di mana bumi Mekah dan Madinah dijanjikan bakal bergelap.
Wallahualam.. Bagaimanapun, sebilangan individu tak mahu melatah lantas bertindak mendapatkan penjelasan lanjut dengan bertanya kepada pihak lebih berpengalaman. Menggunakan saluran Facebook, soalan diajukan kepada pengendali akaun Facebook ‘Cerita Kami Di Bumi Haramain’ yang dipercayai seorang rakyat Malaysia yang sudah lama menetap di bumi Mekah. Pengendali akaun tersebut menjawab, tindakan mengajukan persoalan kepadanya merupakan langkah bijak kerana memang terdapat penjelasan berkaitan fenomena yang melanda Mekah ketika ini.
Ujarnya kejadian langit gelap, berwarna merah serta turun hujan lebat adalah fenomena normal dan bukanlah luar biasa. Katanya, ia biasa berlaku setiap kali bertukar musim di sana. Beliau turut menegur sikap kebanyakan pihak kerana mensensasikan isu ini tanpa soal selidik. Tambahnya, sebelum ini terdapat beberapa isu lain seperti dakwaan Imam Masjidil Haram, Syeikh Abdurrahman sudah meninggal dunia tersebar di laman sosial, walhal beliau masih hidup dan baru sahaja mengimamkan solat. Dalam pada itu seorang pemilik akaun Facebook yang kini berada di Mekah, Abd Wahab Abdullah memuat naik beberapa imej banjir kilat yang melanda akibat hujan lebat.
Bukan menidakkan kesahihan foto, jauh sekali menafikan kepercayaan Islam tentang tanda-tanda kiamat mahupun bukti kekuasaan Allah SWT, namun masyarakat sepatutnya bertanggungjawab terhadap fakta yang dikongsi di Internet. Sama ada sedar atau tidak, perlakuan menyebarkan sesuatu informasi tanpa asas boleh dianggap fitnah. Malah, lagi teruk, ia boleh menimbulkan salah faham yang akhirnya membawa kesan lebih buruk. Begitu pun tak dapat dinafikan, setiap kejadian di muka bumi Allah ini adalah peringatan bagi hambaNya yang mahu berfikir.. – MYNEWSHUB.CC

Gempar Langit Mekah Gelap, Petanda Kiamatkah Ini
Keinsafan menyelinap dalam sanubari apabila mendengar perkhabaran kisah aneh yang sedang melanda bumi suci Mekah sekarang.
Gempar, apabila langit kota suci itu dilihat bertukar menjadi merah pekat dan gelap pada waktu tengahari selama dua hari berturut-turut kebelakangan ini.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.30 tengahari semalam terutamanya, menimbulkan beribu persoalan pada jemaah yang melihat.
Meskipun cuaca tanah suci Mekah dibasahi air hujan pada sebelah siang, kegelapan yang melanda langit didakwa berbeza dengan fenomena mendung yang acapkali berlaku sebelum hujan – gelapnya dikatakan menyerupai kegelapan pada malam hari!
Sesungguhnya ini bukan omongan kosong kerana ianya benar-benar terjadi.
Kisah ini menjadi viral di media sosial apabila tetamu Allah yang kini berada di bumi suci tersebut turut meluahkan kegusaran melihat fenomena aneh tersebut.
Mungkin penjelasan ini membantu? - Tiada Anehnya.. Langit Haramain Gelap Tiap Kali Musim Bertukar? Adakah fenomena aneh ini sebenarnya petanda dan peringatan kepada manusia? Umat islam semestinya maklum, antara petanda besar kiamat makin hampir adalah bila dunia dilitupi kabut tebal hingga menjadikan dunia gelap gelita. Allah berfirman. “Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah Azab yang pedih. Mereka berdoa, Ya Tuhan kami hilangkanlah dari kami azab itu, sesungguhnya kami akan beriman”. (Al Dukhan: 10-12) Video ini, satu lagi bukti sahih peristiwa aneh sedang melanda Mekah. Sesungguhnya Allah SWT berkuasa ke atas sesuatu dan jika DIA menghendaki sesuatu perkara berlaku, maka tiada yang dapat menghalang. Kita tidak akan tahu bila Jibrail bakal datang merenggut nyawa tapi yang pasti, ajal pasti tiba.
Jika benar ini adalah petanda, moga kita semua diberikan berkesempatan untuk bertaubat. – MYNEWSHUB.CC

18 Maut Kilang Makanan Terbakar di China
BEIJING: Sekurang-kurangnya 18 terbunuh apabila sebuah kilang makanan di timur China terbakar malam Ahad.
Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, 13 orang cedera dalam kebakaran membabitkan kilang Longyuan Food Co di bandar Shouguang.
Kebakaran bagaimanapun dipadamkan kira-kira dua setengah jam selepas itu dan punca kejadian masih disiasat.- mstar online
TOP
Dokumen Hutang 1MDB Diserah Kepada Speaker - Ahmad Maslan
Ahmad Maslan.
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau telah menyerahkan dokumen kepada Parlimen untuk membuktikan bahawa kerajaan tidak mengeluarkan surat jaminan untuk menjamin RM9.6 bilion hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didakwa pembangkang. Beliau berkata dokumen itu diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Isnin. Sehubungan itu, katanya Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli juga perlu berbuat demikian bagi menyokong dakwaannya. "Saya telah menyerahkan dokumen bahawa RM9.6 bilion itu tidak dijamin oleh kerajaan. "Namun menurut Speaker, beliau masih lagi mahu menunggu dokumen pembangkang. Oleh itu, isu ini K.I.V (simpan dalam perhatian) sehingga dokumen yang beliau inginkan daripada Rafizi diperolehi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa. Sebelum ini, Rafizi yang juga Naib Presiden PKR memaklumkan akan merujuk Ahmad kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) dan 80A kerana tuduhan mengelirukan Dewan Rakyat. Rafizi tidak hadir pada sesi Dewan Rakyat pada Isnin. Ahmad sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah mengeluarkan surat jaminan untuk menjamin lebih daripada RM5.8 bilion hutang 1MDB. Beliau berkata kerajaan mengakui ada mengeluarkan surat sokongan, namun ia tidak menjamin hutang RM9.6 bilion tersebut. "Walaupun kerajaan menyatakan akan campur tangan apabila 1MDB tidak mampu membayar hutangnya, namun melihat kepada jumlah aset yang dimiliki oleh 1MDB sebanyak RM51 bilion, tentulah 1MDB mampu membayar RM9.6 bilion bon tersebut. "Oleh kerana itu, saya beranggapan bahawa pihak pembangkang tidak dapat untuk berdiri atas kenyataan atau tuduhan mereka," katanya. Ahmad juga berkata beliau masih berpegang bahawa kenyataannya sebagai benar dan tidak bertujuan mengelirukan Dewan Rakyat.- mstar online

Malaysia Kongsi Risikan Dengan Marin AS Bendung Ancaman IS - Hishammuddin
Hishammuddin menerima kunjungan hormat daripada Leftenan Jeneral John Toolan Jr. di pejabatnya di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur pada Isnin. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia akan berkongsi maklumat perisikan dengan Pasukan Kor Marin Amerika Syarikat (AS) untuk membendung ancaman kumpulan militan digelar IS di rantau ini. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia dan negara anggota Asean tidak boleh memandang ringan ancaman seperti itu. "Pengalaman Amerika Syarikat memerangi IS di Timur Tengah adalah penting bagi kami untuk berkongsi maklumat dan risikan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Komander Pasukan Kor Marin AS di Pasifik, Lt Jen John A. Toolan di Kementerian Pertahanan di sini, Isnin. Toolan berkata Kor Marin Amerika Syarikat akan mengukuhkan kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia seperti mengadakan latihan bersama bagi tujuan menghantar bantuan tentera jika berlaku bencana. "Kami berharap untuk bekerjasama secara perkongsian pintar dalam bantuan bencana atau krisis yang mungkin berlaku dan kami ingin untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain untuk beroperasi bersama, agar kita boleh mendepani apa-apa cabaran yangmungkin timbul," katanya. Hishammuddin, yang akan berlepas ke Myanmar pada Selasa untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean (ADMM,) berkata beliau dan rakan sejawatannya dari Asean akan membincangkan isu-isu keselamatan yang mungkin boleh menggugat kestabilan di rantau ini. "Kami akan berbincang dan mencari mekanisme yang diperlukan untuk memerangi ancaman militan melalui perkongsian perisikan, latihan dan menggunakan teknologi dan aset sedia ada, " kata beliau. Mengenai insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, Hishammuddin berkata masyarakat umum perlu menunggu sehingga badan antarabangsa yang ditubuhkan untuk menyiasat insiden itu selesai menjalankan siasatannya. Media antarabangsa baru-baru ini melaporkan mengenai penyiaran gambar-gambar, yang dikatakan dicerap oleh satelit menunjukkan sebuah pesawat pejuang melepaskan tembakan peluru berpandu ke arah sebuah pesawat penumpang di timur Ukraine, iaitu lokasi MH17 ditembak jatuh paada 17 Julai lepas, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan kru pesawat itu.- mstar online

Umur Pengeluaran KWSP Kekal 55 Tahun
KUALA LUMPUR: Pengeluaran penuh simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara idealnya perlu diseragamkan dengan umur persaraan minimum kerana simpanan berkenaan adalah untuk persaraan, demikian menurut KWSP.
Bagaimanapun, KWSP berkata ia masih mengkaji perkara berkenaan dari pelbagai aspek secara terperinci termasuk mendapatkan maklum balas daripada ahli dan pihak berkepentingan yang lain.
"Oleh itu, pengeluaran umur 55 tahun kekal tidak berubah buat masa ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Kenyataan berkenaan susulan laporan media yang melaporkan KWSP bercadang untuk melanjutkan sehingga umur 60 tahun bagi membolehkan pencarumnya mengeluarkan keseluruhan simpanan persaraan, bukan lagi pada usia 55 tahun seperti sekarang ini.- mstar online
TOP
Saya Tidak Akan Hadir Forum NOW Mengenai 1MDB - Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan bahawa beliau akan menghadiri satu forum mengenai 1Malaysia Development Berhad (IMDB) seperti yang disebarkan di laman media sosial.
"Terdapat notis di media sosial bahawa saya akan menghadiri satu forum pada Rabu ini.
"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya tidak menerima sebarang jemputan untuk forum tersebut, malah saya juga tidak akan menghadirinya," kata beliau pada sidang media di Lobi Parlimen pada Isnin.
Menurut iklan, ceramah '1MDB: Malaysia in debt' dijadualkan diadakan di Bukit Utama, Bandar Utama.
Forum tersebut dianjurkan oleh Pusat Pemantauan dan Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW).
Menurut iklan itu, ahli-ahli panel yang hadir termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Ahmad Maslan berkata Mohd Hazem juga tidak akan menghadiri forum itu.- mstar online
TOP
Sultan Pahang Lawat Cameron Highlands Rabu Ini
Sultan Ahmad Shah.
KUANTAN: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dijangka mencemar duli berangkat ke Cameron Highlands Rabu ini, difahamkan bagi melihat sendiri permasalahan di kawasan tanah tinggi tersebut. Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bencana negeri di sini, Isnin. "Betul (Sultan Pahang) akan berangkat (ke Cameron Highlands) pada 19 November, bagaimanapun perkara itu tertakluk pada perubahan," katanya. Masalah penerokaan tanah secara haram di tanah tinggi itu mula mendapat perhatian setelah Pekan Ringlet dilanda banjir lumpur sehingga mengorbankan lima mangsa dan mencederakan lima yang lain dalam kejadian pada 5 November lepas. Ia dipercayai berpunca daripada kegiatan penerokaan tanah secara haram secara berleluasa di kawasan itu yang turut melibatkan pendatang asing. Sementara itu, ketika diminta mengulas pelan kerajaan negeri dalam memulihkan kembali kawasan pertanian dan peranginan itu, Muhammad Safian berkata satu pelan jangka panjang telahpun disediakan. "Perancangan berhubung perkara itu telah ada, nanti akan diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob," katanya. Dalam masa yang sama, katanya, di Cameron Highlands juga telah disediakan sebanyak 26 pusat pemindahan banjir yang boleh menempatkan 2,600 orang. Katanya, keadaan banjir mungkin tidak seteruk kawasan tanah rendah di negeri ini, namun kawasan itu tetap terdedah dengan banjir lumpur dan tanah runtuh jika hujan berterusan. Untuk itu beliau telah meminta Jabatan Bomba Dan Penyelamat negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains mengenal pasti kawasan di Cameron Highlands yang berisiko berlakunya tanah runtuh dan banjir terutama di kawasan lombong. - mstar online

Guru Lewat Ke Sekolah, Kesilapan Libatkan Integriti - Exco Perak
Muhammad Amin Zakaria.
IPOH: Kehadiran lewat ke sekolah secara berterusan hampir setiap hari walaupun hanya satu atau dua minit adalah antara kesilapan melibatkan integriti dalam kalangan warga sekolah termasuk guru, kata anggota Exco Perak Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri itu berkata dalam persekitaran pendidikan, terdapat sebilangan warga sekolah yang masih tidak mengendahkan isu integriti. Beliau berkata banyak contoh kesilapan kecil yang dilakukan itu, kemudian mendatangkan masalah kepada guru atau penjawat awam berkenaan. "Kes seperti lewat masuk ke kelas, guru masuk kelas tetapi pembelajaran dan pengajaran tidak berlaku, tidak memeriksa buku latihan murid, tidak menulis Buku Rekod Mengajar dan sebagainya masih berlaku. "Kes-kes ini sebenarnya termasuk dalam tafsiran ketiadaan integriti yang boleh mendorong seseorang itu melakukan salah laku yang lebih besar selepas itu," katanya ketika merasmikan Hari Integriti Jabatan Pendidikan (JPN) Perak di sini, Isnin. Muhammad Amin berkata integriti penting dalam membina jati diri insan sebagai komponen kekuatan sesebuah negara bangsa. "Semua agama, kerajaan, masyarakat, jabatan serta perniagaan melihat integriti sebagai elemen yang sangat penting untuk dipelihara kerana ketiadaan integriti akan menyebabkan negara menjadi huru hara, perniagaan menjadi bankrap dan masyarakat akan hilang norma kemanusiaan," katanya. Pada majlis itu, sebanyak 165 kakitangan Jabatan Pendidikan Perak menerima anugerah Integriti. Turut hadir, Pengarah Pendidikan Perak Idris Ramli.- mstar online

Nasib Tawanan Malaysia Kabur
KOTA KINABALU: Nasib dua tawanan Malaysia yang dikuasai Abu Sayyaf menjadi tanda tanya terutama berikutan berlakunya serangan berterusan pasukan tentera terhadap militan di hutan pergunungan Jolo di selatan Filipina.
Buat masa ini polis marin, Konstabel Zakiah Aleip dan pengurus ternakan ikan, Chai Sai Chuin berada jauh dari lokasi operasi, namun situasinya boleh berubah pada bila-bila masa, demikian menurut aktivis anti penculikan tempatan, Prof Octavio Dinampo.
Beliau berkata, tentera Filipina kini memberi tumpuan memburu kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf di kawasan Patikul, manakala kedua-dua rakyat Malaysia tersebut ditahan di Indanan iaitu kira-kira 5 kilometer dari sini.
"Tidak ada pertempuran antara Abu Sayyaf dan tentera lagi sejak kejadian pada Jumaat lalu," kata Dinampo, seorang ahli akademik dari Mindanao State University.
Antara yang terbunuh dalam pertempuran pada Jumaat lalu ialah saudara kepada pemimpin Abu Sayyaf, Radullan Sahiron serta 10 lelaki bersenjata dan lima askar.
Dinampo berkata, pasukan tentera melihat kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf melarikan diri dengan tiga tebusan lain di Patikul.
Ketiga-tiga mereka ialah warga Switzerland, Lorenzo Vinciguerra, Ewold Horn (Belanda) dan Toshio Ito (Jepun).- mstar online
TOP
Lelaki Parah Ditetak Rakan
KOTA BARU: Seorang lelaki cedera parah di kedua-dua belah tangan selepas dipercayai ditetak dan dikelar dengan senjata tajam oleh seorang rakan baiknya di Kampung Kutan, Pasir Pekan, Tumpat, Ahad.
Dalam kejadian 5 petang itu, Mohammad Shahrul Riduan, 25, juga patah kedua-dua belah tangan.
Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Zaharuddin Rasip berkata mangsa yang sedang menunggang motosikal berhenti di tepi jalan selepas terserempak dan dipanggil seorang rakan baiknya.
Mangsa secara tiba-tiba diserang dengan sebilah senjata tajam dipercayai 'kelewang,' katanya.
Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.
Zaharudin berkata polis telah mengenalpasti identiti suspek yang juga disyaki penagih dadah.- mstar online
TOP
Dua Lelaki Ditahan Kerana Pecah Masuk Villa
KUANTAN: Polis berjaya menahan dua daripada tiga lelaki yang dipercayai memecah masuk sebuah villa di Perkampungan Tok Sira, di sini pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata kedua-dua suspek berusia 20an itu berjaya ditahan kira-kira jam 3 petang Isnin di Jalan Teluk Sisek di sini selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis.
"Dua suspek berkenaan bersama seorang rakan yang masih bebas dipercayai memecah masuk kediaman mewah itu antara jam 8 hingga 9 pagi semalam dan melarikan lapan unit penghawa dingin.
"Menurut pengadu, 50an, beliau telah datang ke kediaman tersebut kira-kira jam 11.30 pagi pada Khamis lepas untuk memeriksa kerosakan kerana ada individu berminat untuk menyewanya dan ketika itu semuanya berada dalam keadaan baik.
"Bagaimanapun kira-kira jam 9.30 pagi Ahad, ketika berada di Maran dia mendapat panggilan daripada pekerja villa, memaklumkan rumah tersebut dipecah masuk sebelum membuat laporan polis," katanya di sini Isnin.
Abdul Aziz berkata, berdasarkan maklumat, ada saksi ternampak sebuah kereta jenis Perodua Kelisa berwarna kelabu dinaiki tiga lelaki memasuki perkarangan kediaman itu pagi Ahad.
Katanya, hasil semakan rekod nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan suspek mendapati ia didaftarkan atas nama seorang wanita beralamat di Indera Mahkota di sini.
Susulan itu polis berjaya mengesan serta menahan dua daripada suspek manakala dua unit pendingin hawa yang dilaporkan hilang turut ditemui.
"Polis kini sedang mengesan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.- mstar online
TOP
DVD Cetak Rompak Bernilai RM500,000 Dirampas
GEORGE TOWN: Sejumlah 80,000 DVD cetak rompak bernilai RM500,000 dirampas dalam serbuan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang di sebuah kompleks beli belah di Jalan Dr Lim Chwee Leong, di sini, Isnin.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK, Suhaimi Mat Sari berkata operasi pukul 5 petang di dua premis itu adalah hasil risikan selama dua minggu dan maklumat awam.
"Dalam serbuan di premis pertama kami menemui 60,000 keping DVD cetak rompak filem antarabangsa termasuk DVD lucah dipercayai untuk edaran sekitar negeri ini," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
Beliau berkata pemeriksaan di premis kedua menemui 20,000 keping DVD perisian komputer termasuk permainan video cetak rompak beserta satu set mesin penyalin atau 'burner'.
Suhaimi berkata premis yang terletak di tingkat empat bangunan itu menjadi tempat pembungkusan dan pengedaran bahan cetak rompak berkenaan dan dipercayai telah beroperasi lebih setahun.
"Tiada tangkapan dibuat dalam serbuan itu. Kedua-dua premis tidak mempunyai papan tanda dan dalam keadaan berkunci dan kami terpaksa mengupah tukang kunci untuk membuka premis itu," katanya.- mstar online
TOP
Pasangan Warga Emas Ditahan Jual Nombor Ekor
Zundin Mahmood
TEMERLOH: Polis menahan sepasang suami isteri warga emas dipercayai terlibat dengan kegiatan menjual nombor ekor di rumahnya di Taman Bahagia di sini, Sabtu lepas. Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, warga emas masing-masing berumur antara 65 dan 63 tahun itu ditangkap pada 5.45 petang hasil intipan dan maklumat orang ramai. "Pasangan tersebut yang telah dua tahun menjadikan kediaman mereka sebagai tempat menjual nombor ekor haram dipercayai turut mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket perjudian ekor haram di luar. "Mereka dilaporkan mampu mengutip RM20,000 sehari dan anggaran purata pendapatan sehingga RM600,000 sebulan hasil kegiatan haram tersebut. "Pasangan warga emas ini juga dipercayai turut memasang ejen untuk menjual nombor ekor haram di luar dan tidak menyimpan wang dalam kuantiti yang banyak di rumah untuk mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa," katanya dalam sidang media di sini, Isnin. Zundin berkata, semasa ditangkap pasangan tersebut sedang leka berurusan dengan pelangggan. Katanya, dalam serbuan itu polis turut merampas wang tunai RM2,043, beberapa slip serta peralatan termasuk mesin faksimili yang digunakan untuk kegiatan haram itu. Kedua-dua suspek yang berasal dari Temerloh itu ditahan mengikut Seksyen 4A (A) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang membawa hukuman maksimum denda RM200,000 dan penjara 5 tahun, jika sabit kesalahan.- mstar online

Sidang Kemuncak Pemimpin G20, Sangat Konstruktif - Putin
Vladimir Putin.
BRISBANE, Australia: Presiden Rusia, Vladimir Putin memuji 'suasana konstrutif' di Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Brisbane, Australia, walaupun beliau dikatakan menerima tekanan hebat dari negara-negara Barat pada persidangan itu berhubung pendirian negara itu mengenai krisis di Ukraine. Bercakap pada sidang media yang disiarkan oleh televisyen Rusia, Putin berkata, 'sebahagian daripada pandangan kami tidak secara kebetulan tetapi perbincangan dapat diselesaikan, konstruktif dan sangat membantu. Putin turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Australia, Tony Abott kerana menganjurkan acara berkenaan. - mstar online

Elak Menipu: Pelajar Ambil Periksa Di Padang, Guru Pakai Teropong
Padang Kolej Shaanxi Sanhe penuh dengan ribuan pelajar yang menduduki peperiksaan bagi mengelak penipuan.
BEIJING: Lebih 1,000 pelajar menduduki peperiksaan di padang sebuah kolej di wilayah Shaanxi kerana pelajar di negara itu dikatakan memang bijak menipu. Tambah menarik lagi apabila guru bertugas memantau menggunakan teropong dan kamera bagi mengesan sebarang tindak tanduk pelajar sepanjang tempoh pelajar menjawab soalan peperiksaan itu. Guru di Kolej Shaanxi Sanhe membawa keluar semua kerusi dan meja di kelas ke padang supaya perbuatan menipu termasuk menggunakan gajet canggih dapat dibendung. Keadaan padang yang terbuka itu membolehkan guru mendapat pemandangan lebih menyeluruh terhadap semua pelajar yang mengambil peperiksaan itu. Seramai 3,800 pelajar itu mengambil peperiksaan berkenaan secara berkala dalam kumpulan 1,200 dan setiap sesi dipantau 80 guru. Situasi dan kaedah sama dilakukan sekolah berkenaan sejak 10 tahun lalu. Ujian itu diadakan dua kali setahun bagi memastikan tahap kebijaksanaan pelajar untuk rujukan majikan apabila melangkah ke alam pekerjaan.- mstar online

Model Terkemuka Ditemui Mati Bersama Anjing Peliharaan
Mayat Katerina ditemui bersama dua anjing peliharaannya dalam tab mandi di kediamannya.
MODEL beberapa produk terkemuka, Katerina Netolicka ditemui mati bersama dua anjing peliharaannya hanya beberapa hari selepas menyambut ulang tahun kelahirannya. Lebih menyedihkan apabila mayatnya ditemui abangnya yang curiga apabila wanita jelita itu tidak menjawab panggilan telefonnya, menyebabkan abangnya memecah masuk ke kediaman adiknya itu.
Mayat model yang dikenali ramai menerusi iklan Prada, L'Oreal dan Elle itu ditemui dalam bilik mandi kediamannya. Berusia 26 tahun, mayat Katerina ditemui dalam tab mandi di kediaman yang didiaminya bersama teman lelakinya, pemain hoki ais, Jakub Petruzalek, 29. Ketika kejadian, atlet itu berada di Rusia untuk menyertai kejohanan hoki ais mewakili kelab Avtomobilist Yekaterinburg. Pasangan itu tinggal bersama sejak lima tahun lalu. Menurut rakannya, model yang mula melibatkan diri dalam kerjaya peragaan sejak 2004, selain aktif dalam sukan kick boxing apabila memenangi kejohanan Czech bulan lalu itu dikatakan berhadapan masalah kemurungan. "Ada masanya dia sangat gembira dan pada masa lain tiba-tiba dia begitu tertekan dan pernah mencederakan dirinya." Bagaimanapun, ada rakannya yang menjelaskan bahawa perbuatan mencederakan dirinya adalah sejarah kerana kini Katerina bahagia bersama teman lelakinya. Kesedihan di kalangan peminat dan kenalannya mendorong mereka meluahkan perasaan simpati menerusi laman Facebook model itu kerana terlalu terkejut dan sedih di atas kejadian yang menimpanya. Sementara itu, jurucakap polis, Lumila Svetlakova berkata: "Mayat seorang wanita muda ditemui di Litvinov, daerah Hamr. "Bagaimanapun, punca kematian masih dalam siasatan."- mstar online

Jangan Cari Pasal Dengan Saya - Adenan Satem
Adenan mengejutkan hadirin dengan ucapan yang memberi amaran kepada pelaku kegiatan pembalakan haram di Sarawak, Isnin.
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem memberi amaran kepada taikun balak negeri itu supaya tidak cuba 'cari pasal' dengan terbabit dalam kegiatan pembalakan haram. Sambil melabelkan industri pembalakan di negeri itu sebagai korup, beliau berikrar akan 'mewujudkan rasa takut kepada Tuhan dalam kalangan mereka yang tidak jujur'. Adenan yang menjemput enam hartawan balak Sarawak supaya menandatangani ikrar integriti mengambil peluang memberi amaran berhubung kegiatan pembalakan haram yang berleluasan di negeri itu. Menamakan hartawan itu sebagai KTS, Rimbunan Hijau, Samling, Shin Yang, Ta Ann dan WTK, beliau menegaskan: "Jangan cuba cari pasal dengan saya." Manakala, mesej kepada pihak penguatkuasaan pula, katanya, mereka yang diamanahkan tugas itu tidak perlu bersikap toleransi apabila berdepan dengan pelaku kesalahan itu. Beliau juga menggambarkan situasi rasuah di negeri itu berada pada tahap paling buruk, sekaligus menandakan pegawai penguat kuasa tidak menjalankan tugas dengan berkesan. "Ada sesetengah daripada mereka ini berpura-pura tidak tahu. Alasannya mudah, sama ada mereka bodoh, penakut atau terbabit rasuah. "Takut kepada samseng atau ancaman lain tidak boleh menjadi alasan untuk tidak melakukan apa-apa. "(Kepada pelaku pembalakan haram) jangan cuba nak main-main dengan saya. Saya akan tahan anda dengan bantuan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan agensi-agensi lain," katanya yang menyebabkan hadirin di kalangan menteri kabinet, penjawat awam dan hartawan balak negeri itu tergamam. Adenan berkata, aktiviti pembalakan haram memberikan Sarawak reputasi yang buruk di peringkat antarabangsa dan kerana itu kerajaan negeri serius memerangi amalan rasuah terutama yang membabitkan industri balak. Sehubungan itu, sebagai Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Negeri, beliau memutuskan untuk tidak mengeluarkan lagi lesen pembalakan baharu dan mengingatkan pemegang lesen sedia ada supaya memantau aktiviti kontraktor atau sub-kontraktor bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam pembalakan haram. Pada majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) untuk agensi kerajaan dan swasta dalam sektor perhutanan negeri itu, Adenan berkata, menerusi kerjasama SPRM, kerajaan negeri menganjurkan beberapa siri seminar mengenai integriti untuk kira-kira 2,000 anggota penguat kuasa di seluruh negeri ini. Sehubungan itu, katanya, semua menteri Kabinet dan menteri muda Sarawak akan membuat ikrar integriti menentang amalan rasuah dalam masa terdekat. Katanya, beliau akan meminta semua pegawai dan kakitangan jabatan dan badan berkanun kerajaan negeri menandatangani ikrar integriti itu dahulu sebelum membawanya kepada semua anggota Kabinet negeri. "Saya yakin menteri dan menteri muda akan menandatangani ikrar ini dalam masa terdekat," katanya. Menurutnya, pembangkang mempersoalkan mengapa anggota Kabinet lain tidak mengikut langkah beliau berikrar untuk tidak membenarkan anggota keluarga dan saudara mara memohon lesen konsesi balak atau tanah negeri, yang dilakukannya pada Jun tahun ini. "Adalah tidak adil untuk mengatakan mereka (menteri dan menteri muda) takut untuk menandatangani ikrar integriti itu (hanya) kerana mereka tidak melakukannya lagi. Adalah tidak adil menuduh mereka tidak jujur," katanya.- mstar online

Kementerian Cadang Beri 'Visa Fee Free' Bagi Pelancong China
Mohamed Nazri Abdul Aziz.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bercadang memperkenalkan konsep visa percuma atau 'Visa Fee Free' (VFF) khusus untuk pelancong dari China dalam usaha mencapai sasaran 29.4 juta pelancong pada tahun hadapan. Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata beberapa negara Asean seperti Thailand dan Indonesia telahpun melaksanakan VFF dan ia terbukti mampu meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke negara berkenaan. "Thailand telah lakukan ini pada 2013, apabila Thailand hapuskan fi untuk visa, jumlah pelancong telah meningkat daripada 2.5 juta kepada 4 juta manakala Indonesia pula minggu lepas umum laksanakan VFF kepada pelancong China," katanya. Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Isnin. Katanya sehingga ke hari ini, enam buah negara Asean telahpun melaksanakan konsep tersebut dan Malaysia sendiri sepatutnya mengikuti konsep tersebut dan beliau yakin ia tidak akan menjejaskan keselamatan negara. Beliau berkata cadangan itu telahpun dikemukakan semasa mesyuarat Jawatankuasa Mesyuarat Kabinet Pelancongan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri pada 11 Ogos lalu manakala 17 September lepas, satu mesyuarat susulan telah diadakan bersama pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tourism Malaysia dan Jabatan Imigresen berhubung perkara ini. Mohamed Nazri berkata kerajaan perlu melaksanakan VFF bagi memudahkan kedatangan pelancong China ke negara ini memandangkan berlakunya penurunan ketibaan pelancong dari negara itu berikutan insiden pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas. Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Misi mencari pesawat itu sedang dilakukan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai bersemadi. Sementara itu, Mohamed Nazri berkata penganjuran Malaysia Year of Festival 2015 (MyFest) akan membantu menyumbang kepada sasaran kementerian untuk mencapai kedatangan seramai 29.4 juta pelancong tahun depan. Persidangan Dewan Rakyat bersambung pada Selasa.- mstar online

Video Baharu MH17 Ditembak Jatuh
SATU video baharu mengenai suasana dramatik sebaik sahaja pesawat MH17 ditembak jatuh di Donetsk, pada 17 Julai lalu, dimuat naik ke YouTube dan menjadi antara topik utama media England.
Rakaman itu memaparkan suasana panik penduduk berdekatan lokasi nahas apabila mengesan satu objek jatuh dari langit dan terbakar.
Mereka juga kelihatan berlari ke arah lokasi cebisan pesawat yang mengorbankan 298 penumpang termasuk anak kapal. Kelihatan asap hitam di awan seperti yang tertera dalam video sebelum ini. Pada Ahad, kerja-kerja mengalihkan bangkai pesawat MH17 dari wilayah pemberontak di timur Ukraine dimulakan selepas empat bulan berlalu. Pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh.- mstar online

Pemberian 'Golden Handshake' RM2.6 Juta Disiasat
PETALING JAYA: Tindakan akan diambil sekiranya pembayaran pampasan atau 'golden handshake' bernilai RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan Menteri Besar Diperbadankan (MBI).
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang juga salah seorang daripada tiga ahli lembaga pengarah MBI berkata, pihaknya sudah memulakan siastaan berhubung aduan terhadap pembayaran itu.
Dua lagi ahli lembaga pengarah MBI ialah Menteri Besar dan Pegawai Kewangan Negeri.
"Kami akan siasat dan ambil tindakan," katanya mengulas mengenai kekecohan terhadap pembayaran pampasan yang didakwa mambabitkan kira-kira 2.3 peratus daripada rizab MBI berjumlah RM112 juta.
Pembayaran tersebut dibuat di penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan menteri besar.
Sumber berkata, malah enam ahli exco yang dipecat oleh Abdul Khalid diberi pampasan berjumlah 17.5 peratus daripada gaji terakhir yang didarab dengan bilangan perkhidmatan mereka.
"Dalam kes pembantu bekas menteri besar, sistem pengiraan yang sama digunakan namun dalam kadar yang tinggi," kata sumber itu.
Antara yang dilaporkan menerima bayaran tersebut ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin yang didakwa menerima RM695,400, bekas Setiausaha Akhbar Abdul Khalid, Arfa'ezah Abdul Aziz (RM413,000) dan Setiausaha Politik, Mustapa Mohd Talib (RM265,000).
"Tiada siapa yang pertikaikan apabila bekas exco terima pampasan.
"Tapi kenapa persoalan hanya timbul apabila membabitkan orang-orang Khalid," kata sumber itu lagi.- mstar online
TOP
MH17: Belum Ada Pelawaan Malaysia Sertai Siasatan
Anggota pasukan siasatan Belanda memerhatikan kerja-kerja mengumpul serpihan pesawat MH17.
KUALA LUMPUR: Malaysia belum terlibat dalam siasatan jenayah berhubung insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembak jatuh walaupun pasukan penyiasat yang diketuai Lembaga Keselamatan Belanda sudah memulakan operasi. Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Dr Fauziah Mohd Taib berkata, Malaysia tidak dijemput secara rasmi menyertai Pasukan Siasatan Bersama (JIT). Malaysia pada masa ini hanya menjadi sebahagian daripada pasukan siasatan teknikal MH17. Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte ketika lawatannya ke Malaysia pada 5 November lalu berkata Malaysia wajar diberikan peranan yang lebih penting dalam siasatan insiden berkenaan. Ini disebabkan oleh bilangan yang ramai rakyat Malaysia yang terkorban dan MH17 adalah pesawat dari negara ini. Menurut Fauziah, antara isu yang timbul ialah Belanda juga perlu berbincang dengan kerajaan Ukraine dan Australia. "Perdana Menteri Belanda tidak boleh buat keputusan sendirian. Beliau juga perlu mendapatkan persetujuan daripada Australia dan Ukraine, "kata Fauziah. Tambah Fauziah, Malaysia tidak dijemput untuk menyertai operasi mengumpul bukti di lokasi nahas mungkin kerana ia masih tidak selamat. Sementara itu Duta Besar Malaysia ke Ukraine, Chuah Teong Ban percaya Malaysia tidak akan dibenarkan untuk memeriksa serpihan itu melainkan jika negara ini menjadi sebahagian daripada pasukan siasatan jenayah tersebut. Penerbangan MH17 bersama 298 penumpang dan anak kapalnya ditembak jatuh di wilayah timur Ukraine yang bergolak ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam pada 17 Julai tahun ini.- mstar online

Madu Ghaib: Status Poligami Sah Jika Penuhi Syarat, Rukun Nikah
Gambar hiasan.
PETALING JAYA: Pernikahan berstatus poligami yang dijalankan di luar negara adalah sah daripada segi hukum agama Islam dengan syarat, setiap rukun dan nikah dipenuhi semua pihak terlibat. Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Noh Gadot berkata, jika pernikahan itu dilakukan dengan adanya wali perempuan (bapa) atau wakil iaitu adik-beradik (perempuan), saksi dan cukup syarat, maka pernikahan tersebut adalah sah. Katanya, pernikahan tersebut juga sah jika ia dikendalikan oleh jurunikah yang mendapat tauliah daripada pihak berkuasa agama di sesebuah negara itu. "Tetapi sekiranya pernikahan itu dilakukan oleh pihak berkuasa agama yang tidak bertauliah atau tidak cukup syarat ditetapkan, maka status pernikahan tersebut tidak sah," katanya kepada mStar Online. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan suami kepada salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lalu yang terpaksa memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah awal November selepas bernikah di negara jiran di utara tanahair. Bagaimanapun, Noh berkata, individu yang ingin berpoligami sepatutnya menghantar permohonan tersebut ke mahkamah dan proses pernikahan pula mesti dilakukan di dalam negara. "Semua individu yang memohon untuk berpoligami perlu bernikah di dalam negara. Kita ada peraturannya... mohonlah kepada mahkamah walaupun status isteri masih belum diketahui," katanya. Sementara itu, peguam syarie, Datuk Amli Embong menyatakan pandangan berbeza mengenai kes poligami di mana akad nikahnya diadakan di luar negara. Katanya, mana-mana pernikahan di luar negara dianggap tidak sah di sisi undang-undang di negara ini kerana pegesahan di mahkamah syariah di Malaysia perlu diperoleh terlebih dahulu. "Sepatutnya dia tunggu pengesahan mahkamah untuk menentukan status pernikahan tersebut. Kalau ikut hukum asal, memang mereka tidak dibenarkan tinggal bersama kerana belum ada pengesahan lagi," katanya. Beliau berkata, mengikut undang-undang, individu tersebut tiada halangan untuk berkahwin di negara ini kerana dia hanya perlu mendapat kebenaran untuk berpoligami daripada pihak berkuasa agama. "Sebenarnya dia boleh berkahwin di Malaysia tetapi mengapa dia tidak berbuat demikian? Apa yang perlu dilakukan adalah mengikut prosedur, kemuka permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah. "Selalunya yang akan ambil jalan pintas berkahwin di Thailand ini mungkin nak elak daripada diketahui isteri pertama tapi dalam kes suami mangsa MH370 ini, dia ada alasan untuk mohon berpoligami kerana status isterinya masih tidak diketahui," katanya. Jelas Amli, mereka yang ingin berpoligami sebenarnya tidak perlu mendapat kebenaran daripada isteri pertama atau isteri-isteri sedia ada tetapi keputusan tersebut hanya ditentukan pihak berkuasa agama negeri. "Kalau isteri pertama setuju, mahkamah tak setuju tak boleh juga. Mahkamah kena siasat suami sama ada dia layak atau tidak untuk berpoligami. Oleh itu, siasatan pihak berkuasa agama amat penting," katanya. Amli berkata, individu terbabit mungkin berdepan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah kerana poligami tanpa kebenaran mahkamah. "Sepatutnya dia kena dapatkan khidmat nasihat peguam yang arif untuk menjelaskan mengenai perkara itu sebelum bertindak," katanya.- mstar online

Suruhanjaya Baharu Harus Wujudkan Dasar Jelas Isu Pekerja Asing
Pekerja asing tidak sah masih menjadi isu utama di negara ini.
KUALA LUMPUR: Badan atau suruhanjaya baharu yang bakal diwujudkan untuk menangani isu pekerja asing perlu mewujudkan dasar yang jelas dalam pengambilan pekerja asing meliputi pekerja sah. Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan berkata dasar tersebut penting bagi mengawal kebanjiran pekerja asing yang mengundang pelbagai ancaman jenayah serta rasa tidak puas hati rakyat negara ini.
"Badan baharu itu juga perlu melihat pekerja asing dari aspek keselamatan (negara) dan bukannya sebagai keperluan tenaga kerja sahaja. Jika tidak cukup, baru majikan perlu ambil pekerja.
"Jika pengambilan pekerja asing mendatangkan masalah, maka lebih baik majikan menghentikan mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan sebuah badan atau suruhanjaya baharu bakal diwujudkan bertujuan menangani isu pekerja asing meliputi pekerja sah dan tanpa izin. Ahmad Zahid berkata, badan yang tidak akan terlibat dengan mana-mana kementerian itu diwujudkan atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Shamsuddin bagaimanapun berkata, tindakan yang bakal diambil oleh badan tersebut perlu dilakukan secara berperingkat supaya tidak mendatangkan sebarang kesan buruk terhadap industri dan majikan serta tidak mengganggu pertumbuhan ekonomi negara. Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berharap badan baharu itu akan dapat menyelesaikan isu pekerja asing yang sudah berleluasa sejak dahulu.
Katanya, suruhanjaya berkenaan perlu menyiasat dan mengenal pasti punca utama kemasukan pendatang tanpa izin yang mencetuskan masalah jenayah di negara ini. Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan AntiDadah (Pencegah), R Jeevan pula berkata suruhanjaya yang bakal ditubuhkan itu harus melibatkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan bagi mengukuhkan lagi operasi badan berkenaan. "Suruhanjaya itu harus berbincang dengan Jabatan Tenaga Kerja supaya mengenal pasti sektor-sektor yang betul-betul memerlukan pekerja asing agar tidak mengambil pekerja asing bagi sektor yang tidak memerlukan golongan itu," katanya kepada Bernama. Dalam mengulas lanjut, Jeevan berkata, badan baharu tersebut harus dilaksanakan dengan kadar segera, berikutan pekerja asing yang melebihi pekerja tempatan dalam sektor pengeluaran khususnya. Selasa lepas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata dianggarkan terdapat 6.7 juta pendatang asing di Malaysia dan daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta sahaja mempunyai permit yang sah. Bagaimanapun katanya jumlah sebenar pekerja asing yang berada di negara ini mungkin lebih ramai dengan anggaran dibuat mengikut nisbah seorang pekerja yang mempunyai permit membawa sekurang-kurangnya seorang pekerja yang tiada permit. Jeevan turut berkata pegawai yang menganggotai suruhanjaya berkenaan perlu mengetahui selok-belok majikan dan pekerja asing, sekali gus mencari dalang di sebalik kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini. Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa semua kementerian yang terlibat dengan isu kebanjiran pekerja asing supaya bekerjasama menangani masalah ini. Setiausaha Agungnya, N Gopal Kishnam dalam satu kenyataan berkata, tindakan terhadap majikan yang menggunakan pelbagai taktik dan muslihat untuk tidak menggaji pekerja tempatan juga harus diambil perhatian.
"Taktik mereka termasuk menawar pelbagai skim pemberhentian secara sukarela bagi menggantikan pekerja tempatan dengan pekerja asing yang dibayar gaji amat rendah," katanya sambil menambah taktik dan muslihat ini digunakan majikan sejak 1990-an lagi. Katanya, dalam tempoh ini, banyak kesatuan telah membuat laporan mengenai sikap tidak beretika majikan kepada Kementerian Sumber Manusia sebagai pertikaian perusahaan, namun yang amat mengecewakan ialah kes-kes ini telah dirujuk kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Mahkamah Perusahaan. "Malah sejak kebelakangan ini sudah menjadi satu trend di kalangan majikan bahawa mereka lebih suka untuk merujuk kes-kes Perjanjian Kolektif ke Mahkamah Perusahaan dan bukannya berunding terus dengan Kesatuan Sekerja. Fenomena ini telah melemahkan lagi kuasa tawar-menawar kesatuan sekerja," kata Gopal Kishnam.- mstar online

Laksa Sri Bidan, Harum Kuahnya Menggoda
KETIKA berada di Makloom, Pekan Darat, Seberang Perai Tengah baru-baru ini, Abang Fen tertarik terhadap nama kedai Laksa Sri Bidan.
Ia membuatkan Abang Fen berteka-teki dengan diri sendiri, sama ada kedai laksa itu diusahakan oleh seorang bidan atau kuah laksanya merupakan resepi seorang bidan.
Apabila tidak berpuas hati, Abang Fen ambil keputusan untuk singgah di kedai laksa tersebut bagi ketahui rahsianya, mungkin boleh dikongsikan dengan pembaca setia mStar Online.
Bila Abang Fen menghampiri kedai Laksa Sri Bidan itu, secara kebetulan tudung periuk kuah laksanya terbuka...aromanya menusuk hidung dan membuatkan Abang Fen begitu berselera.
Bau bunga kantan serta bahan asas dalam kuah itu antara yang menarik pelanggan untuk singgah.
Niat awal Abang Fen hanya untuk tahu tentang asal-usul nama Sri Bidan, tapi kini telah bertukar untuk merasai kelazatan kuah laksanya yang harum. Ketika sedang menunggu laksa yang dipesan, pelbagai persoalan bermain di fikiran Abang Fen, antaranya - adakah laksa Sri Bidan memang enak ataupun sekadar aromanya untuk dijadikan daya tarikan pelanggan. Semasa Abang Fen asyik melayan persoalan yang bermain di fikiran, laksa dipesan sudah berada di depan mata, tersedar pun kerana baunya yang harum. Abang Fen tak terus menjamah laksa ini sebaliknya memeriksa sayur-sayur, laksa dan kuahnya, untuk mengetahui bahan-bahan yang diguna dalam menghasilkan kuah laksa tersebut. Ada daun pudina, nenas, timun, bawang, daun salad, cili dan bunga kantan segar yang dipotong halus sebagai penghias laksa bagi menaikkan baunya.
You all jangan pula hairan kenapa kali ini Abang Fen begitu teliti hinggakan sayuran hiasan laksa pun diambil kisah. Ini kerana semua itu untuk dikongsikan dengan pembaca mStar Online. Kuah laksa Sri Bidan memang berbaloi kerana ia dihasilkan dengan menggunakan ikan segar sehingga pekat dan baunya juga harum. Itu memang tidak dapat Abang Fen nafi setelah merasai kemanisan ikan daripada kuahnya. Apabila melihat pada papan tanda, harga semangkuk laksa hanya RM2.50, ia sangat berbaloi untuk laksa sesedap itu.
Apabila sudah kenyang, Abang Fen tidak akan pulang begitu sahaja tanpa mengetahui apakah rahsia kuah laksa itu, siapa pemiliknya dan waktu operasinya. Untuk pengetahuan, laksa Sri Bidan diusahakan oleh Abdul Aziz Mohamad, 58, (gambar) sejak tahun 1979 lagi iaitu ketika beliau berusia awal 20-an.
"Saya mula jual laksa pada tahun 1979, naik roda tiga (basikal roda tiga) dan pakai buyung, (periuk tanah) guna dapur arang saja," cerita pemilik kedai itu ketika Abang Fen bertanyakan mengenai laksa Sri Bidan. Ketika itu, Abdul Aziz yang tinggal bersama bapanya menjual laksa di sekitar Georgetown hingga ke Sungai Pinang. Bapanya merupakan seorang anggota polis di kawasan tersebut. "Pada tahun 1979 saya jual laksa dengan harga enam kupang (60 sen) semangkuk dan sehari boleh la jual dalam 5 kilogram," tambahnya. Pada 1986, Abdul Aziz berpindah ke Permatang Tok Bidan, Penaga, Seberang Perai Utara kerana ayahnya telah bersara sebagai anggota polis.
Bagaimanapun, dia tetap meneruskan usahanya sebagai seorang peniaga laksa sehingga membuka sebuah warung di Simpang Tiga Makloom pada 1995.
Ketika itu jugalah, Abang Fen diberitahu bahawa nama laksa Sri Bidan ini diambil sempena nama kampung yang didiami Abdul Aziz iaitu Permatang Tok Bidan. Abdul Aziz memberitahu, kuah laksanya tidak mempunyai rahsia istimewa atau resipi tertentu selain menggunakan ikan segar yang diperolehi daripada nelayan di sekitar Penaga. Jika 35 tahun lalu jualan laksa Abdul Aziz hanya sekitar 5 kilogram sehari, kini ianya mencecah 20 kilogram sehari. Tetapi resepi dan kelazatan kuahnya tetap seperti 35 tahun dahulu, itulah keistimewaanya. "Resepi dan rasa kuah laksa Sri Bidan ini masih asli dan sama seperti waktu saya mula-mula jual dulu, sebab saya nak kekalkan kelazatan yang ada," jelasnya mengakhiri perbualan kami. Bezanya, dia tidak lagi menggunakan periuk tanah seperti dahulu kerana kuah yang dimasak ketika ini lebih banyak berbanding dahulu. Namun bagi penggemar laksa atau mereka yang ingin menikmati laksa yang mempunyai aroma serta rasa asli, Abang Fen cadangkan supaya ke laksa Sri Bidan. Jika you all inigin tahu lebih lanjut mengenainya boleh berhubung terus dengan Abdul Aziz di talian 019-4319166.- mstar online

Cuepacs: Kerajaan Perlu Serius Naikkan Elaun Risiko Penguat Kuasa
Azih Muda
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Isnin mengulangi permintaannya supaya kerajaan secara serius menimbangkan kenaikan elaun risiko bagi anggota penguat kuasa. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, ini kerana anggota penguat kuasa menghadapi tekanan hidup berikutan pendapatan yang rendah selain kos sara hidup yang semakin meningkat. "Ada dalam kalangan agensi penguatkuasaan cuma dibayar RM200 untuk elaun risiko. Malah ada agensi yang tidak membayar langsung walhal mereka berdepan pelbagai ugutan, termasuk bunuh, ketika menjalankan tugas penguatkuasaan hingga menjejaskan keselamatan diri sendiri dan keluarga. "Justeru itu, kita sekali lagi memohon kerajaan dan pihak berwajib ambil perhatian dengan menaikkan bayaran itu kepada RM500 hingga RM800 sebulan. Secara tidak langsung ia akan meringankan beban kewangan anggota terbabit," katanya kepada pemberita di sini, Isnin. Cuepacs sebelum ini dilaporkan telah meminta kerajaan menimbangkan kenaikan elaun risiko bagi tujuh badan penguatkuasaan undang-undang seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Imigresen dan Jabatan Penjara. Selain itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek pula dilaporkan sebagai berkata kementerian akan mengusulkan kepada Kabinet untuk menaikkan elaun penguat kuasa kementerian daripada RM200 sekarang. Azih berkata selain menghargai pengorbanan anggota-anggota penguatkuasaan, kenaikan elaun risiko itu juga akan membantu meningkatkan semangat menjalankan tugas penguatkuasaan. "Penambahbaikan ini juga sekali gus mampu mengelakkan perbuatan rasuah sesuatu aktiviti atau operasi penguatkuasaan dijalankan. "Sesetengah anggota penguat kuasa pada mulanya cuma berjinak-jinak mengambil rasuah ... mula-mula hanya mencuba dan mengambil sedikit, lama-lama menjadi amalan buruk dan tabiat kerana kos sara hidup, kurangnya pendidikan agama, dan kelemahan integriti yang telah dihidu pihak berkepentingan yang pantas mengambil kesempatan," katanya.- mstar online

Pemansuhan Akta Hasutan Tidak Jejas Hak Melayu - Proham
KUALA LUMPUR: Pemansuhan Akta Hasutan 1948 tidak akan menjejas empat perkara sensitif ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh keistimewaan orang Melayu dan bumiputera.
Setiausaha Agung Persatuan Hak Asasi Manusia (Proham), Datuk Dr Denison Jayasooria berkata, oleh itu, orang Melayu tidak perlu khuatir dengan cadangan pemansuhan akta tersebut kerana empat perkara iaitu kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera (Perkara 153 Perlembagaan), Kedudukan Raja-Raja Melayu (Perkara 181), Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan (Perkara 152) dan Hak-Hak Kewarganegaraan (Bahagian III) akan terus terpelihara.
"Bahkan pembentukan akta baharu yang dicadangkan kerajaan seperti Akta Keharmonian Nasional tidak sesekali menyentuh keempat-empat perkara itu," katanya kepada pemberita selepas Perbincangan Meja Bulat Mengenai Akta Hasutan 1948 di Universiti Malaya, di sini Isnin.
Perbincangan meja bulat itu disertai oleh Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Mohamed Zaman Khan Rahim Khan, Pengerusi Proham, Datuk Kuthbul Zaman dan Pengerusi Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Nasional (JPMN) Majlis Peguam Malaysia, Syahredzan Johan.
Mengulas gesaan Majlis Perundingan Melayu (MPM) agar pemansuhan atau penambahbaikan Akta Hasutan 1948 dirujuk kepada Majlis Raja-Raja, Dr Denison yang juga moderator dalam perbincangan tersebut berkata ia tidak sepatutnya timbul kerana hanya pindaan beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan memerlukan persetujuan majlis itu.
"Mengikut Perkara 159 (5) Perlembagaan Persekutuan, hanya pindaan kepada empat perkara sensitif orang Melayu yang perlu dirujuk kepada Majlis Raja-Raja sedangkan Akta Hasutan 1948 hanyalah akta 'biasa' yang hanya digubal di Parlimen," jelasnya.
Terdahulu, Zaman Khan dalam perbincangan tersebut sekali lagi menegaskan bahawa Akta Hasutan perlu dikekalkan bagi mengelakkan mana-mana pihak cuba menyemarakkan sentimen kebencian antara kaum dan agama.
"Saya tidak mahu generasi akan datang membesar dalam persekitaran yang penuh pergaduhan kerana masing-masing terlalu bebas menyuarakan kebencian mereka," katanya.
Kerajaan sebelum ini bercadang memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan akta baharu dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. - mstar online
TOP
Beng Hee Tersingkir Di Pusingan Kedua
Ong Beng Hee.
KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia pada Kejohanan Skuasy Dunia Lelaki 2014 di Doha, Qatar, berakhir selepas satu-satunya wakil negara, Ong Beng Hee tewas dalam pusingan kedua pada Isnin. Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 34 tahun itu tumpas kepada pemain Afrika Selatan, Stephen Coppinger 5-11, 6-11 dan 6-11 dalam perlawanan yang berlangsung di gelanggang kaca di Kompleks Tenis dan Skuasy Antarabangsa Khalifa. Copppinger bagaimanapun menghadapi tugas sukar menentang pilihan ke-10 iaitu pemain Mesir Tarek Momen pada pusingan ketiga pada Selasa. Pemain Mesir berusia 26 tahun itu sebelumnya diberi tentangan sengit oleh pemain England, Tom Richards sebelum menang dalam perlawanan yang berlanjutan hingga empat set 9-11, 11-6, 11-6 dan 11-7 dalam masa 53 minit. Edisi ke-36 kejohanan itu menawarkan hadiah AS$325,000 (RM1.087 juta).- mstar online

Saya Risau Prestasi Skuad Harimau Malaya - Tengku Abdullah
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyuarakan kebimbangan baginda terhadap prestasi merosot skuad Harimau Malaya dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum ini.
Tengku Abdullah bertitah banginda menaruh harapan tinggi kepada skuad bimbingan Dollah Salleh yang hanya mempunyai masa seminggu sahaja untuk menjelmakan kekuatan sebenar menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura bermula 23 November ini.
"Saya sangat risau dengan prestasi skuad negara. Saya berharap mereka (skuad Harimau Malaya) akan bangkit pada Piala AFF Suzuki nanti. Hanya pemain dan jurulatih sahaja yang boleh menentukan kejayaan pasukan.
"Kepada seluruh rakyat Malaysia, kita perlu memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan. Hakikatnya saya mahu mereka bangkit dan menang," titah baginda pada sidang media sempena majlis penyampaian cek daripada Bank Islam Berhad (Bank Islam) kepada FAM di di sini, Isnin.
Skuad Harimau Malaya menunjukkan prestasi merosot apabila kalah dalam empat daripada lima perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai persediaan menghadapi Piala AFF Suzuki.
Pasukan kebangsaan kalah 4-1 kepada Tajikistan di Stadium Central Dushanbe, Tajikistan pada 8 Ogos selain kecundang 2-0 kepada Indonesia pada 14 September lepas di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia.
Skuad turut diaibkan dengan kekalahan 3-0 kepada skuad Bawah 23 (B-23) Syria di Stadium Shah Alam, Rabu lepas dan semalam tewas 3-1 kepada Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam.
Malaysia hanya mencatatkan satu kemenangan iaitu mengalahkan Kemboja 4-1 di Stadium Shah Alam pada 20 September lepas.
Berikutan kekalahan demi kekalahan itu, Tengku Abdullah dalam ucapannya menyeru semua pemain perlu bangkit semula menaikkan nama negara di peringkat Asean.
Dalam majlis itu, Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Zukri Samat menyerahkan tajaan berjumlah RM2.35 juta kepada Tengku Abdullah bagi menyokong pembangunan bola sepak negara.
Sumbangan itu adalah hasil usaha sama kad jenama iaitu 'Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau' yang telah dilancarkan pada Mei 2013 untuk peminat bola sepak kebangsaan.
Sehingga bulan lepas, kira-kira 800,000 pelanggan Bank Islam telah menjadi ahli 'Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau'. Jumlah tajaan tersebut adalah sebahagian daripada yuran tahunan dan 0.3 peratus daripada transaksi runcit pelanggan kad debit itu.- mstar online
TOP
Kes Chong Wei: Proses Pengumpulan Bahan Bukti Lancar - BAM
Lee Chong Wei.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria menyifatkan penyediaan bahan bukti bagi proses pendengaran mengenai kes Datuk Lee Chong Wei kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada awal Disember ini berjalan lancar. Katanya beliau berpuas hati dengan kerjasama semua pihak termasuk jaguh badminton negara itu dalam membuat persiapan terbaik bagi kes tersebut. "Setakat ini kita masih lagi dalam proses mengumpul bahan-bahan persediaan bagi proses pendengaran nanti, pihak peguam (Mike Morgan), BAM dan Chong Wei sedang berkerjasama dalam menyediakan bukti kukuh sebelum proses pendengaran itu nanti. "Saya telah mendapatkan beberapa respons daripada Morgan tetapi belum masanya saya maklumkan kepada media kerana kami masih dalam proses persediaan kes terbaik," katanya kepada kepada pemberita pada majlis penyerahan cek Bank Islam Berhad kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di sini, Isnin.
Mohamad Norza juga adalah Bendahari FAM.
Chong Wei kini digantung sementara waktu oleh BWF selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamethasone' ketika beraksi dalam Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.- mstar online

C Ronaldo Tiba Di Manchester Untuk Menentang Messi
CRISTIANO RONALDO tiba di Manchester pada Ahad untuk beraksi di Old Trafford dalam perlawanan persahabatan antara Portugal menentang Argentina.
Lebih menarik, dalam perlawanan itu, Ronaldo akan bertemu pesaingnya, Lionel Messi yang bakal mengetuai skuad naib juara Piala Dunia. Ketibaan bekas pemain United itu bukan sahaja bagi menghadiri perlawanan persahabatan tetapi dilihat sebagai kepulangan ke gelanggang keramat yang telah melonjak namanya.
Pertembungan kali ke-27 bagi Ronaldo dan Messi itu merupakan yang kedua berlangsung di gelanggang Liga Perdana Inggeris.
Javier Mascherano (kiri), Messi dan Angel di Maria.
Ronaldo pada Jumaat berjaya membantu Portugal menewaskan Armenia manakala Messi menjadi tonggak kepada kemenangan Argentina keatas Croatia.- mstar online

Miti Akan Tingkat Pertumbuhan PKS, Sumbangan KDNK
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menyasarkan untuk meningkatkan pertumbuhan pasaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) daripada 6.3 peratus kepada 9.3 peratus menerusi Pelan Induk PKS 2012-2020.
Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Pelan Induk PKS 2012-2020 menyasarkan untuk menyumbang sekurang-kurangnya 41 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2020 daripada 33 peratus sedia ada.
Beliau berkata, kerajaan akan terus meluaskan opsyen kewangan untuk PKS dengan menyediakan dana dan skim khas sama ada secara langsung atau menerusi Bank Negara Malaysia.
"Saya mahu menegaskan bahawa PKS perlu mengukuhkan kemahiran pengurusan, keupayaan kewangan dan pembelajaran dan memanfaatkan sepenuhnya sokongan yang diberikan oleh kerajaan," katanya pada pelancaran Persidangan ke-27 Persekutuan Institusi Pembekalan Kredit Asia (ACSIC) 2014 dari 16 hingga 21 November di sini, Isnin.
Ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Miti, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria.
Mustapa berkata, menerusi Bajet 2015, 18 program dengan peruntukan kewangan RM14.3 bilion dicadangkan untuk pembangunan PKS, meliputi sektor perkhidmatan, usahawan Bumiputera, belia, lepasan universiti, perusahaan mikro, peniaga kecil, wanita, pekebun kecil, koperasi dan persatuan perdagangan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC), Datuk Wan Azhar Wan Ahmad berkata, untuk tahun ini setakat ini CGC menyediakan jaminan pinjaman berjumlah RM2.8 bilion kepada 5,300 PKS dan menyasarkan untuk mengagihkan pinjaman kepada sekurang-kurangnya 300 lagi PKS menjelang akhir tahun.
"Sasaran kami bagi 2015 ialah untuk memberi tumpuan ke atas usaha meningkatkan kredibiliti PKS dengan meningkatkan kedudukan kredit mereka," katanya.
Persidangan empat hari itu bertema 'Sistem Jaminan Kredit: Memperkukuh Budaya Inovasi bagi Meningkatkan Pembangunan Mampan' berlangsung sejak Ahad.
Ia dihadiri 140 perwakilan dari 19 institusi jaminan kredit dari 12 negara Asia iaitu Indonesia, India, Jepun, Korea Selatan, Mongolia, Nepal, Filipina, Papua New Guinea, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, dan tuan rumah Malaysia. Pengerusi CGC, Datuk Agil Natt turut hadir. - mstar online
TOP
Untung Pascacukai Suku Ketiga Matrix Concepts Naik Kepada RM58.45 Juta
KUALA LUMPUR: Keuntungan pascacukai Matrix Concepts Holdings Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 September 2014 naik kepada RM58.45 juta daripada RM48.74 juta dalam suku sama tahun lepas.
Pendapatan meningkat kepada RM148.82 juta daripada RM127.42 juta sebelum ini antaranya didorong oleh pembayaran berterusan seiring kemajuan projek.
Syarikat pemaju hartanah itu melancarkan dua projek dalam suku ketiga dengan nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan berjumlah RM145.5 juta, iaitu projek perumahan bertanah di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan dan Taman Seri Impian di Kluang, Johor.
Dengan pelancaran terbaharu itu, GDV keseluruhan projek 2014 ialah RM559 juta dan menurut Pengerusinya Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin, pelancaran baharu tersebut menerima sambutan menggalakkan dengan 30 peratus sudah terjual dalam tempoh beberapa minggu.
"Semua pelancaran baharu kami bagi 2014 mencatat kadar jualan lebih 70 peratus," katanya dalam kenyataan Isnin, sambil menambah syarikat bersedia melancarkan projek baharu dengan GDV RM1 bilion pada 2015 yang dijangka dapat mengekalkan prestasi Matrix Concepts untuk jangka panjang.
Setakat akhir September 2014, nilai projek sedang dilaksana ialah RM1.1 bilion, iaitu di Negeri Sembilan dan Johor manakala nilai jualan belum terima berjumlah RM410.5 juta dan akan diambil kira pada 2016.
Matrix Concepts mengumumkan dividen interim peringkat tunggal 3.75 sen sesaham bagi tahun kewangan 2014 dan akan dibayar pada 15 Januari 2015 berdasarkan rekod pendeposit pada 24 Disember 2014.
Jumlah bayaran dividen keseluruhan kumpulan berjumlah RM49.5 juta bagi tahun kewangan ini iaitu 39.2 peratus daripada keuntungan bersih kumpulan.
Mohamad Haslah berkata, kumpulan itu kekal optimis terhadap prospek sektor hartanah Seremban berdasarkan pemangkin pertumbuhan jangka panjang dan kedudukannya yang berhampiran Greater Klang Valley.
"Dalam konteks ini, taman perindustrian kami - Sendayan TechCalley (STV)- semakin mengukuh sebagai enjin pertumbuhan baharu ekonomi Seremban," katanya dan menambah faktor itu turut disokong oleh keputusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd dan Daihatsu Motor Co dari Jepun untuk melabur RM600 juta dan membina kilang enjin mereka di STV, sekali gus mencerminkan keyakinan terhadap kemudahan yang ditawarkan oleh STV kepada pengilang-pengilang antarabangsa.
Menurutnya setakat ini STV menarik lebih RM4.4 bilion pelaburan langsung asing serta syarikat multinasional dan pembangunan berterusan di Bandar Sri Sendayan akan menjadikan perbandaran itu sebagai hab urban di Seremban. - mstar online
TOP
Kerajaan Akan Buka Tender Projek Lebuh Raya Pan Borneo
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuka tender bagi pembinaan Lebuh Raya Pan-Borneo agar projek tersebut dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata ini kerana sekiranya projek tersebut dilaksanakan secara konvensional menerusi peruntukan rancangan lima tahun kerajaan, projek tersebut hanya akan dapat disiapkan pada tahun 2025.
"Ini membolehkan masyarakat dapat menikmati kemudahan jauh lebih awal daripada yang dijangkakan dan mencetuskan pembangunan dalam bidang sosioekonomi di Sabah," katanya.
Beliau berkata dmeikian ketika menjawab soalan tambahan Wong Sze Phin (DAP-Kota Kinabalu) di persidangan Dewan Rakyat hari ini yang ingin tahu kenapa rakyat Sabah tidak diberi tender dalam pembinaan projek tersebut.
Beliau berkata pada masa ini rundingan awal dengan pihak swasta yang berminat untuk melakasanakan projek itu telah dibuat namun maklumat mengenai pembida terlibat dan kaedah pelaksanaannya tidak dapat diumumkan kerana proses rundingan masih berada pada peringkat awal.
Sementara itu, menjawab soalan asal Wong yang ingin tahu status terkini pembinaan Lebuh Raya Pan-Borneo, beliau berkata setakat ini kerajaan telah meluluskan empat projek baru yang sedang dilaksanakan secara konvensional mulai tahun 2013 melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM647 juta.
Antara projek itu ialah menaik taraf Jalan Donggongon ke Simpang Papar Spur sejauh 13.7 kilometer (km) dengan anggaran kos RM233 juta dan menaik taraf jalan Petagas ke Lok Kawi dengan jarak enam km membabitkan kos sebanyak RM136 juta.
"Selain itu, menaik taraf jalan Tawau-Semporna dari persimpangan Lapangan Terbang Tawau ke Pekan Semporna Fasa 1 (15km) dengan anggaran kos RM170 juta serta menaik taraf Jalan Segama Lahad Datu Fasa 1 (5.6km) anggaran kos RM108 juta," katanya.- mstar online
TOP
Eksport Bukan Minyak Singapura Menurun
SINGAPURA: Eksport bukan minyak (NODX) Singapura turun sebanyak 1.5 peratus tahun ke tahun pada Oktober.
Kedudukan ini berbeza dengan pertumbuhan 0.9 peratus pada bulan sebelum itu, yang disebabkan oleh peningkatan dalam NODX elektronik dan bukan elektronik.
Pada asas tahunan, NODX ke semua 10 pasaran teratas, kecuali Thailand, Korea Selatan, Taiwan, Jepun dan China, merosot pada Oktober 2014, demikian menurut statistik yang dikeluarkan oleh International Enterprise (IE) Singapura pada Isnin.
Hong Kong, Indonesia dan Malaysia merupakan penyumbang utama yang menyebabkan NODX pada Oktober 2014 jatuh.
Berasaskan tahun ke tahun, eksport minyak tempatan susut 14.9 peratus pada Oktober, berikutan penguncupan bulan sebelumnya sebanyak 12.0 peratus.
Penurunan tahun ke tahun dalam eksport minyak tempatan ini berpunca daripada jualan yang rendah ke Hong Kong (-41.1 peratus), Malaysia (-18.5 peratus) dan Panama (-25.3 peratus).
Dari segi jumlah, eksport minyak tempatan juga menyusut sebanyak 4.4 peratus pada Oktober, disebabkan penurunan sebanyak 6.2 peratus pada bulan sebelum ini.
Bulan ke bulan, eksport minyak tempatan jatuh sebanyak 10.4 peratus pada Oktober, selepas kemerosotan sebanyak 8.5 peratus pada bulan sebelumnya.
Sementara itu, berasaskan tahun ke tahun, eksport semula bukan minyak (NORX) menguncup sebanyak 5.4 peratus pada Oktober, berbanding peningkatan 4.2 peratus pada bulan sebelum ini, berikutan penurunan NORX elektronik dan bukan elektronik.- mstar online
TOP
MCA Gesa Perwakilan Umno Berhati-Hati Ketika Berbahas
PETALING JAYA: Perwakilan Umno digesa supaya tidak beretorik dan menyinggung perasaan rakyat Malaysia ketika perhimpunan agung parti itu minggu depan.
Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, kenyataan negatif sebelum ini ternyata memberi kesan terhadap Barisan Nasional (BN) secara keseluruhannya.
"Perhimpunan Agung Umno diikuti secara meluas bukan sahaja oleh orang Melayu. Jadi kenyataan yang menyinggung perasaan bukan hanya memberi kesan kepada Umno tapi juga kepada parti komponen BN kerana kami dilihat bersekutu dan menyokong Umno, " katanya pada Isnin.
Ti berkata demikian bagi mengulas laporan berita sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang memetik Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Badruddin Amiruldin apabila mengingatkan ahli Umno supaya tidak keterlaluan ketika menyampaikan ucapan mereka.
Badruddin meminta perwakilan supaya lebih sederhana dalam menyampaikan mesej mereka.
Ti berkata, sikap perwakilan Umno yang menyasarkan masyarakat Cina ketika perhimpunannya sebelum ini mewujudkan kebencian politik kepada BN.
"Kumpulan majoriti senyap di Malaysia kini menolak sikap tidak bertanggungjawab ahli-ahli politik khususnya bagi yang gemar mengeluarkan kenyataan politik yang tidak masuk akal," katanya.
Selain itu Ti bagaimanapun menegaskan bahawa peringatannya itu bukanlah satu gangguan terhadap hak ahli Umno untuk berbahas.
"Tapi harus diingat bahawa apa sahaja yang mereka katakan atau lakukan akan memberi kesan kepada MCA kerana hakikatnya adalah kita berada dalam BN.
"BN mewakili semua rakyat Malaysia. Ia adalah gabungan parti politik yang mewakili masyarakat yang berbilang agama dan kaum," katanya.
Perhimpunan Agung Umno akan berlangsung pada 25 hingga 29 November ini.- mstar online
TOP
Jangan Panik Harga Petrol Naik - Menteri
Kenderaan awam menunggu giliran untuk mengisi petrol di stesen minyak Pertamina, syarikat milik kerajaan Indonesia.
JAKARTA: Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Sudirman Said menggesa orang ramai supaya tidak panik dengan kenaikan harga petrol. Kata Sudirman, bekalan petrol dijamin mencukupi dan syarikat pengeluar Pertamina yang dimiliki kerajaan bersedia mengagih-agihkan bahan bakar itu bagi mengelak kesukaran pengguna. “Kerajaan terpaksa meningkatkan harga petrol dan diesel bagi membolehkan wang yang digunakan untuk memberi subsidi kepada bahan bakar ini dipindahkan kepada sektor produktif,” katanya. Isnin, Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan kenaikan harga bahan bakar itu sebanyak 55 sen seliter menjadikan harga pasaran semasa petrol ialah RM2.33 dan diesel RM1.78. Harga asal petrol ialah RM1.78 seliter, manakala diesel RM1.51 seliter. Harga minyak tanah pula kekal 69 sen seliter. Isu harga bahan bakar dianggap sangat sensitif kepada kerajaan dan beberapa pihak dilaporkan pernah mendesak Susilo Bambang Yudhoyono yang ketika itu masih berjawatan presiden supaya menaikkannya sebelum Jokowi dilantik sebagai Presiden Indonesia ketujuh.- mstar online

SPRM Periksa Prosedur Projek Khas Perumahan Nelayan Di Terengganu
KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Unit Pemeriksaan dan Perundingan Negeri akan melakukan pemeriksaan ke atas sistem dan prosedur yang diguna pakai dalam Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) di Terengganu.
Pengarah Bahagian Siasatannya, Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata ia merupakan salah satu langkah untuk mengatasi masalah ketirisan projek tersebut yang gagal sampai kepada kumpulan sasaran.
"Isu ketirisan ini membawa kesan negatif kerana selain mengakibatkan ketirisan bantuan kerajaan yang disalur kepada rakyat, ia juga memberi imej negatif kepada agensi yang terlibat dalam pengagihan bantuan tersebut," katanya pada sidang media di pejabat SPRM, di sini, Isnin.
Beliau berkata pihaknya memandang serius terhadap beberapa kes tuntutan palsu dalam projek tersebut di Terengganu termasuk kesalahan menggunakan bahan binaan tidak berkualiti, kerja baik pulih tertangguh, tidak mengikut spesifikasi dan kontraktor menyerahkan kerja kepada pihak tiada kepakaran.
Menurutnya melalui 'Ops Ombak' sejak Mac lalu pihaknya mengesan beberapa kontraktor dilantik cuba menyeleweng bantuan PKPN di Terengganu yang disalur kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu sebanyak RM100 juta setahun untuk tempoh tiga tahun untuk seluruh negara.
Mohd Jamidan berkata peruntukan RM9,500 untuk sebuah rumah nelayan untuk kerja baik pulih seperti menukar atap, dinding dan lantai didapati tidak setara dengan kos baik pulih yang dituntut oleh pihak kontraktor.
"Susulan daripada operasi itu (Ops Ombak) pegawai dari ibu pejabat dan SPRM Terengganu telah melakukan tangkapan ke atas 23 orang kontraktor semalam (di Dungun) dan hari ini (Isnin) telah dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Dungun untuk pertuduhan kes," katanya.
Beliau berkata bantuan PKPN melibatkan kira-kira 15,000 nelayan seluruh negara yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu pembaikan rumah, pembinaan rumah baharu dan penempatan semula nelayan.
Ditanya adakah kes yang serupa turut berlaku di negeri lain, beliau berkata setakat ini belum ada lagi laporan kes seperti di Terengganu yang dilaporkan kepada SPRM.
Melakukan tuntutan palsu merupakan satu kesalahan dan mereka yang terbabit boleh didakwa di bawah Seksyen 18 Akta SPRM dan jika sabit kesalahan boleh didenda lima kali ganda daripada nilai tuntutan dan maksimum 20 tahun penjara.- mstar online
TOP
Malaysia Kutuk Kekejaman IS - Najib
Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk perbuatan kejam yang dilakukan terhadap seorang pekerja bantuan Amerika Syarikat Peter Kassig dan anggota tentera Syria,kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri dalam catatan di laman Twitter-nya berkata, tindakan kejam itu bercanggah dengan ajaran Islam dan prinsip undang-undang Islam. "Malaysia mengutuk dengan sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan terhadap Kassig dan anggota tentera Syria. Perbuatan kejam ini mencabuli ajaran Islam dan prinsip undang-undang Islam," kata beliau. Kumpulan militan digelar IS menyiarkan rakaman video pada Ahad menunjukkan mereka telah memancung kepala Kassig iaitu renjer Tentera Amerika Syarikat yang kemudian menjadi pekerja bantuan, yang ditawan semasa menghantar bantuan bekalan di Syria tahun lepas. Video IS itu juga menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 18 orang yang dikatakan anggota tentera Syria dipancung secara kejam serentak.- mstar online

Shima Enggan Fikir Soal Lelaki Selepas 4 Kali Cerai
Shima mahu hidup sendirian tanpa perlu memikirkan hendak bernikah lagi. Foto RAFIQ RAHMAN
PETALING JAYA: Penyanyi popular 1990-an, Shima mendedahkan dia sudah kembali solo sejak dua tahun lalu selepas bercerai dengan rakyat Kanada yang dikahwininya pada tahun 2003. Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 45, berkata, ia merupakan perceraiannya buat kali keempat dan dia tidak mahu lagi memikirkan tentang pasangan hidup. "Empat kali berkahwin, empat kali juga bercerai. Ingatkan yang terakhir sebelum ini dapat bertahan lama, tetapi jodoh kami tidak panjang. "Kerana itu kami bercerai dua tahun lalu dan sekarang saya kembali solo. Cukuplah dengan alam berumahtangga. Bukannya serik, tetapi saya rasa hidup sendirian seperti sekarang lebih membahagiakan," katanya kepada mStar Online. Tambah Shima, bagaimanapun dia tidak akan menolak sekiranya ditakdirkan bertemu dengan jodoh lain kerana ia adalah ketentuan Ilahi. Selain dengan rakyat Kanada itu, Shima pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain keyboard kumpulan The Boys iaitu Satiman pada tahun 1990 dan bercerai pada tahun 1994. Dia juga pernah berkahwin dengan seorang guru bernama Khairun Lamb pada tahun 1996, namun mereka bercerai pada 1998. Bagaimanapun Shima enggan berkongsi identiti individu ketiga yang dikahwininya.
Shima
Sementara itu, Shima juga tidak pernah berasa sunyi tanpa teman kerana aktiviti hariannya sentiasa terisi dengan pelbagai kerja-kerja nyanyian selain meluangkan masa bersama lima ekor kucing kesayangan. "Dulu masa awal-awal bercerai, memanglah rasa sunyi, tetapi lama-lama rasa itu hilang lebih-lebih lagi apabila hari-hari kita diisi dengan pelbagai aktiviti. "Sekarang ini saya rancang mahu kembali aktif dalam industri seni muzik tempatan. Lagipun saya dah lama tak keluar album. InsyaAllah pada tahun hadapan saya akan muncul dengan single lagu baharu," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Shima kini terlibat dengan pertandingan nyanyian Gegar Vaganza, yang menampilkan penyanyi-penyanyi yang pernah popular sebelum ini. "Alhamdulillah, saya ditawarkan menyertai pertandingan ini selepas setahun menamatkan kontrak menyanyi di sebuah hotel. "Bagi saya, ini satu cabaran baik untuk saya memantapkan diri semula sebelum muncul dengan single lagu baru," tuturnya. Antara penyanyi lain yang turut terlibat termasuklah Mamat (Exist), Rahmat (Mega), Hasnol, Fazli Zainal, Sam (Innuendo), Ayai (Ilusi), Haleeda, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla. Gegar Vaganza bersiaran bermula 16 November 2014 setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135). Shima sebelum ini pernah popular menerusi lagu Di Sebalik Sejuta Wajah, Setelah Aku Kau Miliki dan Teringin.- mstar online

Perkahwinan A Rahman Hassan & Fadilah Mansor Dapat Restu Anak
Fadilah dan A Rahman bakal disatukan sebagai suami isteri pada Disember ini.
PETALING JAYA: Penyanyi era 60-an Datuk A Rahman Hassan bersyukur kerana keputusannya untuk berkahwin dengan aktres Fadilah Mansor pada Disember ini mendapat restu daripada tiga anaknya. A Rahman berkata, anak-anaknya yang menggalakkan beliau supaya berkahwin segera dengan wanita berkenaan kerana tidak mahu dia keseorangan sejak kematian isterinya, Datin Azizah Mohamad pada 26 April tahun lalu. "Alhamdulillah anak-anak semua setuju dengan perkahwinan ini malah mereka menyuruh saya mempercepatkannya kerana mereka bimbang saya seorang diri tanpa teman. "Malah saya juga meminta nasihat daripada rakan-rakan dan mereka juga gembira dengan keputusan saya untuk melamar Fadilah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin. Allahyarham Azizah meninggal dunia akibat kanser pangkal rahim tahap akhir selain penyakit darah tinggi dan kencing manis. Sementara itu, bercakap mengenai perkenalannya dengan Fadilah, A Rahman berkata, mereka bertemu buat pertama kali setahun lalu dalam sebuah majlis hiburan sebelum hubungan itu semakin rapat dan seterusnya mengambil keputusan untuk berkahwin.
Gambar kenangan A Rahman bersama Allahyarham isterinya, Azizah.
Jelasnya lagi, dia sebenarnya berasa malu untuk bercakap mengenai perkara tersebut kerana sedar pada usianya sekarang tidak manis untuk berbicara secara terbuka soal hati dan perasaan. "Saya bukan muda lagi malah sudah tidak popular untuk bercakap mengenai soal ini namun Alhamdulillah pada usia begini saya dipertemukan dengan seorang wanita yang dapat menjadi teman hidup selain menerima saya dan keluarga. "Apa yang boleh saya katakan Fadilah ada ciri-ciri yang saya mahu dan kami selesa bersama. Doakan yang baik-baik buat kami berdua," katanya. Dalam pada itu, ditanya mengenai majlis itu nanti, A Rahman bagaimanapun masih belum bersedia untuk mendedahkan tarikh dan lokasi kerana ingin menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman rasmi. Bagaimanapun kata A Rahman, majlis itu nanti hanya akan diadakan secara sederhana dengan kehadiran keluarga, kenalan dan rakan media. "Saya sebenarnya terkejut apabila berita mengenai perancangan saya untuk berkahwin tersebar begitu cepat namun saya minta maaf kerana tidak dapat mendedahkan tarikh dan lokasi buat masa ini. "Biarlah kami siapkan dahulu semua persiapan dan Insya-Allah saya akan maklumkan kemudian tarikh dan lokasi kepada pihak media tidak lama lagi," ujarnya.- mstar online

Populariti Kekuatan Awie Tempuh Kontroversi
POPULARITI yang diraih Awie (Wings) iaitu hampir 30 tahun penglibatannya dalam dunia seni menjadi kekuatan bagaimana dia mampu mengharungi pelbagai kontroversi hidup selama ini.
TOP
Lanjutan Siri 'Fast and Furious' Diteruskan Tanpa Paul Walker
Barisan pelakon Fast and Furious.
WALAUPUN sudah diterbitkan sehingga filem ke tujuh, karya Fast and Furious akan terus menjadi 'ladang emas' Universal Pictures apabila terdapat tiga judul lain yang bakal menyusul. Menurut laporan Aceshowbiz, berita tersebut telah disahkan sendiri oleh pengarah urusan Universal iaitu Donna Langley bahawa akan ada Fast and Furious siri ke lapan, sembilan dan 10 meskipun pelakon utamanya, Paul Walker sudah tiada. "Sekurang-kurangnya, akan ada tiga lagi sekuel Fast and Furious. Kita lihat dulu macam mana kerana berdasarkan empat siri terakhir, penjualannya begitu pantas. "Jadi kami fikir, pastinya ada lagi 'ladang emas' buat filem itu," katanya. Bagaimanapun Langley mengakui, pihak Universal begitu terasa dengan kemalangan yang menyebabkan kematian Paul ketika Fast and Furious siri ketujuh itu masih belum selesai penggambarannya. Apatah lagi ketiadaan Paul untuk siri-siri seterusnya akan memberi sedikit perbezaan dalam karya tersebut.- mstar online

Foto Sheera Suap Makanan Kepada 'Zac Efron' Jadi Isu
Sheera Iskandar
PETALING JAYA: Gambar mesra bersama seorang lelaki yang dimuat naik oleh pelakon Sheera Iskandar di Instagram miliknya telah mengundang salah faham di kalangan pengikut-pengikutnya. Sheera, 29, berkata, foto tersebut telah disunting seolah-olah dia sedang menyuap makanan kepada pelakon Hollywood Zac Efron dan tidak sangka pula ramai yang keliru dengan gambar berkenaan kononnya lelaki itu merupakan kekasihnya. "Jujurnya saya tiada niat untuk mengelirukan siapa-siapa. Ketika foto itu diambil, saya menemani adik berjumpa dengan bakal tunangnya itu. "Memandangkan saya sendirian, adik mengambil gambar saya seolah-olah sedang menyuap seseorang. Kemudian saya meletakkan wajah Zac Efron di sebelah. Tak sangka pula ramai yang menganggap lelaki itu kekasih saya. Alangkah seronoknya jika kekasih saya adalah pelakon itu... hahaha," katanya kepada mStar Online. Pada malam Ahad, Sheera telah memuat naik sekeping gambar mesra dengan seorang lelaki di Instagram miliknya.
Foto Sheera dan Zac yang telah disunting menjadi perbualan di kalangan pengikut-pengikutnya di Instagram.
Foto tersebut menunjukkan Sheera sedang menyuap makanan kepada lelaki itu dan ia mengundang persoalan daripada ramai pengikutnya adakah lelaki itu merupakan kekasih Sheera. Ada juga yang mengucapkan tahniah kerana akhirnya Sheera sudah pun berjumpa dengan pasangannya manakala ada juga yang sedar gambar lelaki tersebut merupakan Zac Efron yang sudah disunting. Sementara itu, Sheera menyifatkan, komen-komen yang diberikan oleh pengikutnya itu sangat lucu kerana tidak sangka ia menjadi tanda tanya kebanyakan pihak. "Aduh... serba salah pula sedangkan niat saya saja-saja nak sunting gambar. Malu pula rasanya," ujar Sheera. Dalam pada itu, ditanya adakah Sheera sudah pun memiliki kekasih hati, dia memberitahu masih belum menemui lelaki yang sesuai. "Setakat ini saya belum jumpa sesiapa lagi. Jodoh belum sampai nak buat macam mana. "Mujurlah ibu saya bukan jenis yang memaksa. Yang penting saya berdoa bukan sekadar cepat dapat jodoh tetapi biarlah lelaki itu merupakan jodoh yang baik dunia akhirat," tuturnya. Dalam perkembangan lain, Sheera baru saja selesai penggambaran telefilem berjudul Sheikh Gugelya Al Masehi, siaran TV Al Hijrah.- mstar online

OPPO R5 Telefon Pintar Paling Nipis Di Dunia
OPPO telah melancarkan telefon pintar keluaran terbaru mereka iaitu R5 dengan ketebalan hanya 4.85mm yang menjadikannya telefon pintar paling nipis di dunia.
Telefon OPPO R5 ini telah di perkenalkan pada majlis pelancarannya di Singapura baru-baru ini. Telefon ini telah mengatasi rekod yang dipegang oleh Gionee Elife S5.1 yang disenaraikan dalam Guinness Book of World Records sebagai telefon pintar paling nipis di dunia iaitu setebal 5.1 mm.
Kerana terlalu nipis telefon ini tidak mempunyai lubang 3,5 mm 'Headphone' dan hanya boeh menggunakan fon telinga bluetooth. Telefon ini bakal di jual dengan harga USD449 bersamaan dengan RM1500.
OPPO R5 diperkasakan pemposes 1.5 GHZ lapan teras( OCTA-teras Qualcomm MSM8939) dari keluarga Snapdragon 615 dan dilengkapi RAM sebesar 2 Gigabyte dengan muatan dalaman 16 Gigabyte dan dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.2-inci AMOLED yang membawakan paparan pada resolusi penuh.
Umum diketahui saiz fail video yang diambil pada resolusi ini adalah amat besar. Kamera 13 Megapixel dengan sensor Exmor buatan Sony digunakan sekali lagi dengan dwi flash manakala kamera hadapan pula sebesar 5 Megapixel. Bagi bahagian bateri, pihak Oppo membawakan bateri berkapasiti 2000mAh, dan dilengkapi dengan fungsi VOOC. Fungsi VOOC ini membolehkan peranti anda dicas dengan pantas, dimana ia boleh mencapai kapasiti sehingga 75% dalam masa kurang 30 minit.- Siakapkeli.com.my

Bas hentian Putra Akan Berpindah Ke TBS 1 Disember Ini
KUALA LUMPUR: Semua Pekhidmatan bas Expres ke pantai timur di Hentian Bas Putra akan mula dipindahkan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada 1 Disember ini.
Ia dipindahkan kerana persekitaran dan kemudahan yang berada di TBS lebih baik dan selesa berbanding dengan kemudahan dan persekitaran ayng ada di Hentian Bas Putra.
Menurut jurucakap Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri, perpindahan itu dilaksanakan kerana struktur bangunan HBP tidak selamat digunakan selain mengambil kira faktor keselesaan penumpang bas
Ini kerana TBS mempunyai perhubungan yang lebih efisyen iaitu dihubungkan oleh Transit Aliran Ringan (LRT) yang pasti akan memudahkan orang ramai hendak kesana selain TBS lebih luas dan selesa.- Siakapkeli.com.my
TOP
Hotel Mewah 155 Meter Di Bawah Tanah
Hotel Sala Silver Mine terletak di negeri Västmanland, Sweaden ini adalah sebuah hotel yang dibina di dalam bekas lombong perak sedalam 155 meter bawah tanah dan telah mula beroperasi.
lombog tersebut yang mula beroperasi dari kurun 15 belas lagi dan telah tamat operasinya pada 1905. tetapi kini telah diubah suai menjadi sebuah sebuah muzium, panggung wayang, retoran dan sebuah hotel mewah.
Menurut seorang pemandu pelancong memberitahu bahawa lombong ini dahulu adalah lombong utama pengeluaran perak di Sweden dengan menggunakan alatan tradisional dan tangan mereka mampu mengeluarkan 400 tan perak 40,000 tan plumbun.
Di atas tanah laluan masuk hotel ini , bangunan-bangunan lama masih digunakan dan di jadikan kedai-kedai cenderamata, sebuah galeri seni dan muzium polis. Pada bulan Disember terdapat bazar menjual barangan krismas tipa-tiap tahun. Bayaran untuk menginap di hotel ini untuk semalam ialah AS$580 (RM1937).- Siakapkeli.com.my

10 Perkara Yang Perlu Anda Lihat Sebelum Membeli Smartphone Baru
Setiap orang mahukan smartphone yang terbaik ketika membeli smartphone baru. Tetapi jika setiap bulan timbul smartphone yang baru dengan spesifikasi terkini, bagaimana anda menentukan telefon anda adalah pilihan yang tepat?
Dalam artikel ini, kami bawakan beberapa tips bagi anda ketika ingin memilih smartphone(Android) baru anda.
1 - Bajet : Gariskan had anda
Bajet adalah perkara terpenting ketika anda membeli sesuatu, termasuklah smartphone. Sebab itu jika anda pergi ke kedai untuk membeli smartphone, antara perkara pertama yang akan ditanya oleh pekedai itu adalah "bajet berapa". Sebelum membeli smartphone baru, anda perlu menggariskan berapakah had wang yang akan anda keluarkan bagi smartphone tersebut.
2 - RAM : Lebih besar RAM lebih baik
RAM adalah storan utama bagi smartphone anda. Apa yang anda lihat di skrin smartphone anda, itulah benda yang berada di dalam RAM smartphone tersebut. Jadi, lebih besar RAM smartphone tersebut, lebih pantaslah ia beroperasi. Jika smarphone anda kekurangan RAM, anda dapat rasakan ianya sedikit 'lagging'. Ini kerana ia perlu membuang data(aplikasi) di dalam RAM bagi membolehkan anda terus menggunakan smartphone anda.
3 - CPU Cores - Lebih Banyak Cores Lebih baik tetapi 4 sudah memadai
Jika anda melihat di kotak smartphone, biasanya akan tertulis "Quad Core" atau "Octa Core" yang menunjukkan bilangan CPU di dalam telefon berkenaan.
Single Core - 1 CPU
Dual Core - 2 CPU
Quad Core - 4 CPU
Hexa Core - 6 CPU
Octa Core - 8 CPU
Secara teorikalnya, lebih banyak core lebih pantaslah smartphone tersebut beroperasi tetapi setakat ini 4 cores sudah mencukupi kerana masih ada aplikasi yang memerlukan sehingga 6-8 cores untuk beroperasi.
4 - Kelajuan CPU - Lebih Laju CPU lebih baik
CPU berperanan sebagai otak kepada smartphone. Bahagian inilah yang membuat pengiraan matematik dan juga logik di dalam telefon anda. Jadi sekiranya anda diberi telefon A yang berkelajuan 1.7GHz dan telefon B yang berkelajuan 2.3Ghz, pilih telefon B.
5 - Software - Tidak Perlu dipertimbangkan
Biasanya jika anda pergi membeli telefon di kedai, penjual di kedai tersebut akan menerangkan kelebihan telefon tersebut termasuklah kelebihan 'softwarenya'. Untuk pengetahuan semua, software bukanlah sesuatu yang penting bagi smartphone anda. Ini kerana, anda boleh mendapatkan hampir kesemua software tersebut di Play Store.
6 - Jenama - Pilih Jenama yang terkenal
Jenama sememangnya penting ketika anda memilih smartphone. Kenapa? Ini kerana jika jenama smartphone itu sudah terkenal atau matang, maka kualiti produknya adalah baik. Ini termasuklah berkenaan isu waranti, testing, software, maintenance dan lain-lain. Jika anda diberi situasi untuk memilih smartphone CAPAYAM yang berkelajuan tinggi dan Samsung Trend, pilihlah Samsung.
7 - Storan/ Harddisk - Lebih banyak lebih bagus tetapi 32GB sudah memadai
Harddisk adalah tempat anda menyimpan data anda seperti gambar, dokumen, video dan lain-lain. Lebih besar storan bagi telefon anda, maka lagi baguslah telefon itu. Tetapi, secara puratanya, seseorang akan menukar telefon mereka setiap 2 tahun. Jadi storan tidaklah menjadi begitu penting. Cara yang terbaik adalah jika storan telefon anda hampir penuh, pindahkan datanya ke laptop atau komputer anda.
8 - Kamera - Terpulang kepada pemakai
Jika anda gemar mengambil gambar, jadi belilah telefon yang mempunyai kamera yang canggih. Jika anda bertanya berapa megapixel yang ok, bagi kami 8 megapixel sudah cukup.
9 - 4G/ LTE - Masih Belum Penting
4G adalah internet yang berkelajuan tinggi yang mencapai kelajuan sehingga 75Mbps per saat. Ini bermakna anda boleh memuat turun satu lagu mp3 dalam masa kurang 1 saat. Tetapi masalah 4G adalah ia masih lagi belum dipasang secara menyeluruh di Malaysia. Hanya beberapa tempat sahaja yang membolehkan anda menggunakan akses 4G. Ini menjadikan fungsi 4G di dalam telefon anda sebagai satu pembaziran dalam masa 4-5 tahun ini. Lebih-lebih lagi jika syarikat telco di Malaysia masih lagi mengamalkan pelan berdasarkan "Quota". 10 - Review/ Testimoni Pengguna
Jika anda sudah tahu smartphone apa yang anda mahukan, perkara yang terpenting selepas itu adalah membaca review/testimoni dari pengguna. Ini kerana mereka sudah pun membeli dan mengetahui baik buruk smartphone yang bakal anda beli. Anda boleh membaca review tentang smartphone di portal smartphone seperti gsmarena.com. Ada beberapa faktor lagi yang kami tidak tuliskan didalam artikel ini seperti saiz skrin dan lain-lain kerana ianya bergantung kepada pemakai. Jadi kami harap garis panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda menentukan telefon mana yang bakal menjadi milik anda. - Siakapkeli.com.my

GRO Vietnam Menyorok Dalam Parit
Lumut: Seorang wanita warga Vietnam yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) bertindak bersembunyi di dalam parit yang dipenuhi air dan berselindung di sebalik pelepah kelapa sawit, bagi mengelak dicekup pihak berkuasa dalam Operasi Selera di sekitar daerah ini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, wanita berusia 30-an itu antara 23 warga asing yang ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Lumut.
Operasi yang disertai 16 anggota Imigresen itu dijalankan di sekitar kawasan Manjung dengan lokasi tertumpu di kawasan kedai tom yam dan kedai makanan laut yang dibuka dalam ladang sawit.
Pegawai Imigresen Lumut Nor Azman Ibrahim berkata, dalam operasi itu, pihaknya menahan seramai 23 warga asing membabitkan lima warga Vietnam dan 18 wanita warga Thailand berumur lingkungan 30-an - Harian Metro
TOP
FA England desak Blatter umum siasatan rasuah bidaan Piala Dunia
LONDON: Persatuan Bola Sepak England (FA) menghantar surat kepada Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter mendesak supaya mengumumkan penyiasatan penuh berkaitan rasuah ketika proses pembidaan tuan rumah Piala Dunia.
Hakim FIFA, Joachim Eckert yang memberikan maklum balas terhadap ringkasan penyiasatan pembidaan tuan rumah Piala Dunia 2018 dan 2022 yang dikendalikan Michael Garcia dikritik pendakwa FIFA.
Pengerusi FA, Greg Dyke memberi amaran bahawa "tindakan tegas perlu jika FIFA ingin memulihkan keyakinan terhadap badan dunia itu di England... tindakan ini patut bermula dengan penerbitan penuh laporan Garcia."
Kelakuan pasukan pembidaan England ketika proses memilih tuan rumah Piala Dunia 2018 dikecam oleh Eckert.
Dyke dalam suratnya kepada Blatter dan Jawatankuasa Eksekutif FIFA berkata, ketelusan penuh diperlukan jika kelakuan semua negara yang menawarkan diri termasuk England akan dinilai secara adil. - AP
TOP
12 maut dalam letupan kereta di Baghdad
BAGHDAD 18 Nov. – Dua letupan bom kereta di sini semalam mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang terkorban dan mencederakan 29 yang lain.
Letupan pertama berlaku di jalan utama di bandar Mashtal, timur Baghdad, manakala letupan kedua tercetus di bandar Amriyah di barat ibu negara ini.
Bagaimanapun, tiada pihak tampil bertanggungjawab ke atas kejadian tersebut. – AFP
TOP
UMNO P.Pinang Bawa Isu Kepentingan Rakyat Negeri
GEORGETOWN – Umno Pulau Pinang akan membangkitkan isu menyentuh kepentingan rakyat Pulau Pinang secara keseluruhan pada Perhimpunan Agung Umno minggu depan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata antara perkara yang akan diberi perhatian ialah isu perumahan, ekonomi dan sebahagian masalah yang dibangkitkan dalam Dewan Undangan Negeri.
“Kami bermesyuarat dan banyak habiskan masa berbincang dan menghuraikan maklum balas yang kami dapat daripada akar umbi semua 13 bahagian Umno Pulau Pinang untuk garis panduan kepada jurucakap Umno Pulau Pinang ke Mesyuarat Perwakilan Umno nanti.
“Kami banyak dapat input, maklum balas daripada akar umbi di bahagian-bahagian supaya tiga orang jurucakap kami dapat menyuarakan suara akar umbi yang dekat di hati ahli Umno Pulau Pinang untuk dibahaskan,” katanya.
Perhimpunan agung itu akan berlangsung pada 25 hingga 29 November.
Zainal Abidin berkata pihaknya memilih tiga jurucakap untuk mewakili Umno Pulau Pinang iaitu Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said bagi membahaskan ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak; Ketua Umno Bahagian Bayan Baru, Mansor Musa membahaskan usul ekonomi; dan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Mohd Noor Ahmad akan membahaskan usul agama dan pendidikan.
“Tiga jurucakap ini akan berucap dan membawa suara akar umbi bahagian-bahagian Umno Pulau Pinang,” katanya. – BERNAMA
TOP
K’jaan Johor Peruntuk RM3.3 Juta Bantu Belia Luar Bandar
JOHOR BAHARU – Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM3.3 juta bagi membantu golongan belia luar bandar terutama mereka yang miskin dan miskin tegar untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Asiah Md Ariff berkata sejak 2012, sebanyak 2,164 belia menerima faedah secara langsung daripada tiga program yang dilaksanakan di bawah usaha itu.
Program berkenaan ialah Program Latihan dan Kemahiran Kerjaya (PLKK), Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) dan Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP).
Asiah berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Adham Baba (BN-Pasir Raja) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor ke-13 di Kota Iskandar, Nusajaya, di sini hari ini.
Melalui PLKK, katanya, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) melaksanakan tiga program utama seperti Program Peningkatan Kapasiti dan Kapabiliti Kumpulan Khusus melibatkan sektor minyak dan gas, hospitaliti, pelancongan serta kreatif dan multimedia.
Pada masa sama, Program Karnival Kembara Kerja Johor 2014 memberi peluang kepada masyarakat termasuk belia luar bandar mengisi 2,000 kekosongan jawatan di Johor, katanya.
“Selain itu, UPEN turut mengadakan Program Karnival Kerjaya Johor Mahir 2014 yang bertujuan memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai peluang melanjutkan pengajian dan kerjaya dalam bidang kemahiran dan teknikal,” katanya. – BERNAMA
TOP
AirAsia India Tambah 3 Destinasi Baharu Dari Pune
NEW DELHI – AirAsia India terus bertapak kukuh di negara ini berikutan penambahan tiga lagi destinasi baharu dari Pune yang juga bandar kedua terbesar di negeri Maharashtra, lapor Pune Mirror.
Penerbangan pertama dari Pune ke Chandigarh akan bermula 30 Nov 2014 selain penerbangan ke Jaipur dan Goa dari bandar berkenaan.
“AirAsia akan melancarkan penerbangan bagi laluan Bangalore-Pune-Goa, Bangalore-Pune-Chandigarh dan Bangalore-Pune-Jaipur mulai 30 Nov ini.
“Semua penerbangan ini akan beroperasi setiap hari,” kata laporan memetik kenyataan Pengarah Lapangan Terbang Pune, Manoj Kumar Gangal.
Sementara itu, Pengarah Persatuan Ejen Pelancongan Pune, Nilesh Bhansali menyifatkan penerbangan itu akan melonjakkan lagi sektor pelancongan tempatan.
Malah, kata laporan itu, destinasi pelancongan seperti Shimla-Kulu-Manali sememangnya bergantung kepada Chandigarh yang juga lapangan terbang terdekatnya.
“Selain itu, bilangan pengunjung ke Goa juga kian meningkat. Pada masa ini, hanya ada dua penerbangan ke Goa, dan menerusi penerbangan tambahan ini sudah pasti ia mendapat sambutan hebat,” kata Nilesh.
AirAsia yang beroperasi di negara itu adalah hasil usaha sama AirAsia Bhd dari Malaysia, Kumpulan Tata dan Telstra Trade yang memulakan operasi penerbangan domestik di India pada 12 Jun lepas. – BERNAMA
TOP
Mangsa Banjir Ringlet Diarah Keluar Dari Pusat Pemindahan
Tiga keluarga mangsa banjir di Kampung Baru, Ringlet, Cameron Highlands kini dilanda kebimbangan ekoran sudah mula diarahkan untuk keluar dari pusat pemindahan sementara.
Laporan laman web Astro Awani memaklumkan, seramai 17 orang dari tiga buah keluarga difahamkan telah diberi tempoh sehingga lusa untuk keluar dari pusat berkenaan yang menjadi tempat berteduh selepas rumah mereka musnah akibat banjir lumpur.
Seorang penduduk tempatan, P Thilagawati berkata, mereka diarahkan untuk mengosongkan dewan sebelum Rabu ini dan tiada tempat pemindahan baru disediakan.
Pada kejadian kejadian banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands pada 5 November lepas, lima mangsa terbunuh dan lima lagi cedera.
Dalam kejadian itu lebih 20 buah rumah dan beberapa kenderaan dihanyutkan banjir lumpur yang berlaku di pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet dan Kampung Ulu Merah.
Pada 8 November lepas, mangsa banjir berkenaan yang ditempatkan di Pusat Pemindahaan Mangsa Bencana di Dewan Serbaguna Orang Ramai, Ringlet adalah berjumlah 91 orang daripada 28 buah keluarga.
Pada 10 November lepas, penduduk di sekitar kawasan Ringlet dan Lembah Bertam telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kerana keadaan cuaca yang cerah sejak semalam dan paras air Sungai Ringlet yang kembali normal. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Johor Perkasa SRS Untuk Tingkat Keselamatan
JOHOR BAHARU – Johor akan memperkasa Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk selain menambah kesedaran masyarakat berhubung aspek keselamatan.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri R. Vidyanathan berkata di bawah usaha itu, kerajaan memperkenalkan rondaan bersama antara masyarakat setempat dengan agensi-agensi lain selaras dengan slogan “United Against Crime”.
“Kaedah ini bukan sahaja dapat membantu membanteras kelakuan jenayah, ia juga dapat mewujudkan hubungan rapat antara agensi keselamatan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan masyarakat.
“Antara aktiviti dilaksanakan termasuklah membuat rondaan, mengedarkan risalah berkaitan keselamatan komuniti selain tinjauan berkala dan tumpuan kepada kawasan-kawasan ‘panas’,” katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Samsolbari Jamali (BN-Semarang) pada Persidangan Dewan Negeri Johor ke-13 di Kota Iskandar, Nusajaya di sini hari ini.
Vidyanathan berkata kerajaan negeri juga akan menimbang memberi bantuan kewangan tambahan bagi melaksana SRS dengan lebih berkesan hingga mencapai matlamatnya.
“Melalui program SRS ini, setiap seorang ahli keluarga masyarakat setempat harus menyertai kumpulan peronda SRS bagi menjayakan program itu,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Samsolbari, beliau berkata SRS ditubuhkan di setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT). – BERNAMA
TOP
Firma Arkitek Hijjas Kasturi Menang Rekaan Menara DBKL 2
REKAAN bangunan dari syarikat arkitek Hijjas Kasturi Associates Sdn. Bhd telah dipilih sebagai pemenang bagi reka bentuk menara baharu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2 yang dijangka pembinaannya akan bermula pada akhir tahun hadapan.
Rekaan unik dan kontemporari yang diilhamkan oleh pereka Hijjas Kasturi itu telah memberi nilai tambah kepada kejayaan mereka.
Bangunan setinggi 57 tingkat itu nanti akan menerapkan konsep mesra alam, bangunan karbon rendah dengan mencapai indeks hijau serta sebuah bangunan yang berteknologi tinggi.
– MYNEWSHUB.CC
– MYNEWSHUB.CC
TOP
Kedah Rancang Enam Projek Utama Dalam RMK-11
ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah merancang enam projek utama dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang mampu memacu pembangunan dan kemajuan negeri ini.
Projek pemangkin itu ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Bandaraya Aero Kedah (Kedah Aerocity), Lebuhraya Sungai Petani-Kedah Inner Expressway (SPIKE), Bandaraya Getah Kedah (Kedah Rubber City), Taman Sains dan Teknologi Kedah (Kedah Science and Technology Park) dan Bandaraya Sains Perubatan Kedah (Kedah Medical Science City).
Semasa membentangkan Bajet Kedah 2015 bertema Ekonomi Modal Memakmurkan Rakyat, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata walaupun pelaksanaan projek-projek itu dijangka bermula dalam RMK-11, namun kerajaan negeri sudah mengambil tindakan awal untuk menyiapkan prasarana mulai tahun hadapan.
Menurutnya cadangan pembinaan KXP dilihat amat penting untuk memainkan peranan sebagai pintu masuk dan keluar aktiviti perdagangan wilayah utara walaupun Kedah sudah mempunyai Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
“Ini dikuatkan dengan justifikasi yang diterima ramai. Kesesakan trafik di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang diakui menjadi lebih kritikal beberapa tahun lagi dan akan mengalami pertumbuhan semakin pesat dalam masa tiga tahun akan datang bagi pengendalian penumpang.
“Ia semakin kurang mampu memainkan peranan sebagai lapangan terbang bagi pengangkutan kargo. Peranan inilah yang akan diambil alih KXP,” katanya di Dewan Undangan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman di sini.
Bagi Bandaraya Aero Kedah, Mukhriz berkata kerajaan negeri merancang untuk menyediakan sebidang tanah kira-kira 40 hektar di KXP untuk menempatkan syarikat-syarikat pengeluar komponen dan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan membaik pulih (MRO) pesawat.
“Malaysia sudah terkenal sebagai pengeluar komponen dan alat pesawat kapal terbang. Syarikat-syarikat di Melaka, Selangor dan Kedah menyumbang kepada pembinaan pesawat jenama besar seperti Boeing dan Airbus.
Pengeluar komponen pesawat dan perkhidmatan MRO memerlukan akses kepada landasan kapal terbang di lapangan terbang,” katanya.
Menurutnya rancangan kerajaan negeri untuk mewujudkan SPIKE, yang akan menghubungkan Changkat Jering di Perak ke Sungai Petani dan Kulim sepanjang 133 kilometer (km), bermatlamat merancakkan pembangunan kawasan luar bandar di negeri ini.
“Dalam masa sama, lebuh raya ini dapat memendekkan masa perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan kerana ia akan menjadi lencongan daripada kesesakan di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Pada masa akan datang, kerajaan mempunyai pilihan menyambungkan lebuh raya ini sehingga ke Bukit Kayu Hitam sejauh 83 km,” katanya.
Mengenai cadangan pembinaan Bandaraya Getah di Ladang Bukit Ketapang di daerah Padang Terap, Mukhriz berkata kewujudan bandar raya itu di kawasan yang dikelilingi sumber bahan mentah yang amat banyak akan menarik minat pengeluar barangan berasaskan getah melalui penggunaan teknologi tinggi.
“Kedah dan dan Wilayah Selatan Thailand dikenali antara pengeluar getah terbesar dunia. Kelebihan ini harus diambil kesempatan oleh kerajaan negeri bagi mewujudkan satu bandaraya getah yang akan menjadi pengeluar utama produk berasaskan getah selain bertindak pusat penyelidikan getah,” katanya.
Beliau berkata bagi projek Taman Sains dan Teknologi Kedah, kerajaan negeri mencadangkan ia dibangunkan di kawasan seluas 678 hektar di Bukit Kayu Hitam dan ada pelabur asing yang menunjukkan minat untuk menyertai projek itu.
Faktor kelebihan geo-ekonomi rantau Asean yang menjadi pilihan pelabur dalam industri pengeluaran automobil Thailand, Malaysia dan Indonesia mencetuskan ilham kepada kerajaan negeri mewujudkan taman itu.
“Taman sains dan teknologi yang menempatkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti yang dikehendaki pelabur dalam industri automotif dan lain-lain akan menjadi pelengkap kepada keperluan industri berat,” katanya.
Mukhriz berkata bagi projek Bandaraya Sains Perubatan Kedah, kerajaan negeri telah membuka tawaran kepada mana-mana pihak yang berminat untuk melabur di atas kawasan seluas 264 hektar di Bandar Baharu.
“Pengeluar utama barangan perubatan dari seluruh dunia seperti Australia, Amerika Syarikat, Jerman dan Itali berhasrat menjadikan bandaraya ini sebagai pusat cawangan di rantau ini.
“Faktor tarikan kepada pelabur ini adalah kerana wujudnya banyak syarikat kecil dan sederhana dari sektor elektronik di Koridor Utara yang akan menjadi pembekal kepada industri,” katanya. – BERNAMA
TOP
35,136 Pengikrar Derma Organ Di Johor
JOHOR BAHRU – Jumlah pengikrar derma organ yang didaftarkan di Johor semakin meningkat dengan jumlah sehingga Oktober lalu seramai 35,136 orang.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata buah pinggang, kornea (selaput mata) dan tulang adalah organ yang paling tinggi diikrarkan untuk pendermaan.
“Jumlah pengikrar derma organ bagi negeri Johor semakin bertambah setiap tahun, kesan daripada aktiviti yang dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran pentingnya pendermaan organ di kalangan orang awam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Yeo Tung Siong (DAP-Pekan Nanas) pada Sidang Dewan Undangan Negeri Johor ke-13 di Kota Iskandar, Nusajaya di sini, hari ini.
Sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, lebih daripada 1,000 sesi Kempen Pendermaan Organ diadakan di seluruh negeri ini.
Menjawab soalan tambahan Yeo mengenai kurangnya tempat mendaftar sebagai pengikrar, beliau berkata, orang ramai boleh berbuat demikian di setiap kempen itu dijalankan kerana proses mendaftar diri mudah dilakukan. – BERNAMA
TOP
Takde Kerja Cari Kerja.. Polis Tahan Lelaki Cuba Ukur Jambatan NY
NEW YORK – Gara-gara mahu mengetahui ukuran sebenar Jambatan Brooklyn di sini sebelum merakamkan gambar, seorang pelancong Perancis, Yonathan Souid ditahan polis atas dakwaan menceroboh kawasan larangan dan cuba membahayakan diri sendiri.
Lelaki berusia 23 tahun dan berasal dari Esnandes di barat daya Perancis itu ditangkap kira-kira pukul 1.30 pagi Ahad (atau 1.30 pagi Isnin) selepas didapati melepasi pagar dan cuba memanjat ke arah lampu utama jambatan terkenal antara Manhattan dan Brooklyn itu.
Pendakwa raya daerah Brooklyn, Ken Thompson berkata, Souid terpaksa bermalam di lokap sebuah balai polis tempatan sebelum didakwa di mahkamah daerah pada keesokan hari atas tuduhan memasuki kawasan larangan tidak kira atas apa-apa alasan sekali pun.
Ini kes ketiga di mercu tanda New York itu dalam masa empat bulan selepas insiden akhir Ogos lalu, seorang pelancong Rusia, Yaroslav Kolchin, 24 tahun, ditahan kerana cuba mendaki puncak menara jambatan juga kerana mahu merakamkan gambar kenangan.
Lewat Julai lalu, dua pelukis Jerman, Mischa Leinkauf dan Matthias Wermke, masing-masing 37 dan 35 tahun, ditahan kerana mahu memanjat dua batang tiang bendera bagi menggantikan bendera Amerika Syarikat dengan bendera buatan sendiri. – Agensi
Jambatan Brookyln yang menghubungkan Manhattan dan Brooklyn di New York. – Gambar hiasan

Mahkamah Khas Tangani Peniaga Naikan Harga Pasca-GST
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengusulkan cadangan untuk mewujudkan mahkamah khas bagi menangani kes peniaga tidak berprinsip kerana menaikkan harga barangan secara arbitrari selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada April tahun hadapan.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata mahkamah akan mendengar kes tersebut secepat mungkin bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan terhadap GST.
“Tambahan 400 pegawai penguatkuasa, selain 1,800 pegawai sedia ada, akan menjalankan pemantauan selepas GST dilaksanakan,” katanya ketika menjawab soalan William Leong (PKR-Selayang) ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Isnin. – mStar Online
TOP
Imigresen ‘Tunggu Masa’ Serbu Cameron Highlands
PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen kini sedang ‘menunggu masa’ untuk melakukan serbuan terhadap penempatan pendatang asing tanpa izin (Pati) di Cameron Highlands.
Ketua Pengarahnya yang baharu dilantik, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, membasmi pendatang haram akan terus menjadi keutamaan jabatan itu dan fokus terkini akan diberikan terhadap kumpulan Pati di Cameron Highlands.
“Isu lambakan Pati akan menjadi agenda utama kita dan saya telah pun diberi taklimat mengenainya.
“Di Cameron Highlands, kita ada buat risikan melalui Unit Risikan dan kita pun ‘menunggu masa’…saya harap pihak berkepentingan di sana dapat berwaspada mulai sekarang,” katanya pada sidang media khas sempena pelantikannya di Kompleks Jabatan Imigresen di sini, Isnin.
Mustafa yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah RELA berkata, masalah Pati di tanah tinggi itu agak berlainan dengan tempat lain.
“Punca dan masalahnya akibat sebab-sebab yang lain. Cameron Highlands di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan..dari segi Pati, di bawah tanggungjawab imigresen,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai serbuan yang akan dijalankan, beliau memberitahu, jabatan itu tidak akan bergerak secara sendirian sebaliknya akan menjalinkan kerjasama dengan pihak lain seperti Majlis Daerah Cameron Highlands dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi penguatkuasa lain.
Bagaimanapun katanya, pegawai-pegawai daripada jabatan ini akan bergerak mengikut cara sendiri dan kesesuaian untuk bertindak ke atas Pati.
“(Serbuan) Bila-bila masa, tidak kira masa dan tidak kira siapa.
“Selagi namanya Pati, selagi menjadi tanggungjawab Imigresen, kita akan buat,” tegasnya.
Sekatat ini, jumlah pekerja asing di Cameron Highlands yang diluluskan adalah sebanyak 11,016 orang namun terdapat dakwaan angka pekerja asing di situ mencecah 30,000.
Daripada jumlah itu, seramai 6,057 adalah warga Bangladesh yang bekerja dalam pelbagai sektor seperti pertanian (5,990 orang), perladangan (13 orang) manakala sektor pembinaan dan perkhidmatan berjumlah 54 orang.
Baru-baru ini sebanyak 181 Pati ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Gempak dan Mesra yang pertama kali dijalankan di tujuh lokasi iaitu Ringlet, Lembah Bertam, Tanah Rata, Brinchang, Kampung Raja, Tringkap dan Kuala Terla dengan melibatkan 369 pegawai dan anggota imigresen. - mStar Online
TOP
Potong Alat Sulit Anak Saudara Kerana Masuk Dalam Tandas
China – Seorang wanita yang berhati kejam sanggup memotong alat sulit anak saudaranya yang berusia tiga tahun semata-mata kerana kanak-kanak itu merempuh masuk ke dalam tandas dan meminta telefon bimbitnya.
Ketika kejadian, wanita kejam itu, Xue Paan, 37, sedang membuang air sambil menghantar mesej khidmat pesanan ringkas kepada teman lelakinya apabila Qiang Qiang tiba-tiba masuk ke dalam tandas dan meminta telefon tersebut untuk bermain game.
Berang dengan perbuatan kanak-kanak itu, dia keluar dari tandas dan menuju ke dapur sebelum mengambil pisau lalu memotong alat sulit budak malang tersebut.
Ketika kejadian, ibu Qiang Qiang, Cai Tuan, 27, berada di rumah jirannya.
Sebaik mendengar anaknya menjerit, Cai Tuan berlari pulang dan mendapati Qiang Qiang dalam keadaan berlumuran darah.
Sementara Xue Paan melarikan diri.
Qiang Qiang kemudiannya terpaksa menjalani pembedahan bagi menyambung alat sulit tersebut.
Namun disebabkan ia dipotong tidak sekata, maka Qiang Qiang terpaksa menjalani tiga kali pembedahan dan keadaannya kini semakin baik.
Sementara ibu saudaranya itu pula berdepan hukuman penjara lima tahun.-mynewsub
TOP
Angkara Cemburu Suami Suka Lihat Payu Dara Model
Switzerland – Angkara cemburu, seorang wanita berusia 50 tahun, dikenakan hukuman denda £6,000 atau penjara 120 hari selepas dua tahun melancarkan ugutan terhadap seorang model yang hanya dikenali sebagai `Jil’.
Semuanya gara-gara suami wanita itu suka membelek gambar Jil yang mendedahkan payu dara dalam iklan di surat khabar.
Keadaan semakin memuncak apabila wanita itu mengetahui suaminya telah mengundi Jil sebagai `Girl of Year’ dalam tabloid Blick pada 2012.
Pada mulanya wanita itu memfokuskan kemarahannya kepada editor tabloid berkenaan dengan menghantar emel yang penuh kebencian terhadap Jil dan model lain.
Dia turut menyertakan ugutan bunuh terhadap editor tersebut.
Selain editor itu, wartawan lain di Blick turut menerima ugutan dengan sasaran terhadap Jil.
Wanita itu turut mendakwa telah mengupah pembunuh upahan untuk membunuh Jil.
Hanya selepas polis menjalankan siasatan ke atas emel-emel tersebut, barulah wanita itu ditahan.
Dia akhirnya mengaku salah atas tuduhan mengancam, mengganggu dan memalsukan dokumen selain menyebabkan kemalangan ketika memandu dalam keadaan mabuk.-mynewsub
TOP
Real Madrid Hilang Khidmat Luka Modric
PEMAIN tengah Real Madrid dan Croatia, Luka Modric (kanan) ketika beraksi dalam kempen La Liga Sepanyol menentang Rayo Vallecano di Santiago Bernabeu, dua minggu lalu. Modric dijangka tersisih lebih sebulan akibat kecederaan. - Foto AP
MADRID – Bintang tengah Real Madrid, Luka Modric dikhuatiri terlepas keseluruhan baki musim ini selepas berdepan kecederaan paha, kata kelab Sepanyol itu dalam satu kenyataan.
Modric berdepan kecederaan pada babak pertama perlawanan kelayakan Euro 2016 bersama Croatia ketika menentang Itali dengan doktor pasukan kebangsaan, Boris Nemec menyuarakan kebimbangan awal.
Menerusi pemerhatiannya, Nemec berkata kecederaan itu mampu menghalang Modric daripada beraksi lebih daripada sebulan dan ia disahkan oleh ujian yang kemudian dibuat oleh kelab gergasi itu.
“Ujian lanjutan yang dibuat staf perubatan Real Madrid mendapati ada koyak di tendon paha kaki kirinya,” kata Real.
Bekas pemain Tottenham Hotspurs, Modric terkenal dengan kelincahan dan gerakan bijaknya di bahagian tengah dan menjadi antara pemain utama Real yang membawa kepada kecemerlangan kelab itu musim ini.
Real ketika ini menghuni tangga teratas La Liga selepas mengumpul 27 mata daripada 11 perlawanan. – Reuters
TOP
Arak: MAS Perlu Henti Caj Tiket – Mapim
SHAH ALAM – Pendedahan di Dewan Rakyat harga setiap tiket yang dibeli penumpang MAS termasuk kos hidangan dalam pesawat termasuk arak sangat tidak wajar dan perlu diubah serta-merta.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pendedahan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi minggu lalu jelaskan lagi dasar MAS perlu dibetulkan untuk diselaraskan dengan syariah.
“Memaksa orang Islam beli tiket yang termasuk kos hidangan arak suatu penipuan yang sangat berat implikasinya kepada orang Islam.
“Sudah tentu sekarang penumpang Islam akan merasa sangat tidak selesa bila mengetahui mereka mensubsidi arak untuk penumpang lain.
“Harus diingat ada ramai orang bukan Islam yang tidak suka arak tetapi terpaksa juga bayarnya dalam tiket penerbangan MAS,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. - Sinar Harian Online
TOP
Penjara 1 Tahun, Sebat 600 Kali Kerana Hina Ibu
Riyadh – Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara satu tahun dan 600 sebatan terhadap seorang lelaki kerana menghina ibunya.
Lelaki berusia 30-an itu ditahan selepas polis peronda menerima panggilan meminta bantuan daripada ibunya yang berusia 50-an.
Wanita itu memberitahu polis anaknya bertindak menghina dan menyerangnya dengan melemparkan sebotol jus menyebabkan dia cedera di leher.
Si anak juga mengugut akan membunuhnya, menurut laporan akhbar tempatan, Al Watan.
Berdasarkan siasatan, polis mendapati defendan pernah menghadapi tuduhan memiliki dadah.
Lelaki itu dilapor mengaku bersalah di mahkamah dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Namun, hakim engggan membebaskannya dan menjatuhkan hukuman penjara serta sebat.
Pengguna laman sosial menyuarakan rasa terkejut dengan tindakan lelaki itu dan berkata, dia sepatutnya menerima hukuman yang lebih berat daripada itu. – Agensi
TOP
Gajah Miang Pijak Pelatih Di Thailand
Bangkok – Seeorang pelatih gajah maut dipijak sebelum haiwan di bawah jagaannya itu lari dengan membawa pelancong Russia ibu dan anak perempuan yang menunggangnya di selatan Thai.
Jurucakap polis Leftenan Kolonel Narong Laksanawimol berkata, pasukan penyelamat akhirnya menemui gajah berkenaan 3 kilometer dari tempat kejadian sebelum diberi ubat penenang untuk membolehkan pelancong terbabit diselamatkan.
“Kami terpaksa mengikat gajah itu pada pokok dan mengambil masa hampir tiga jam untuk menenangkannya sepenuhnya,” katanya.
Menurutnya, pelatih berusia 60 tahun itu diserang selepas 15 minit perjalanan memasuki hutan berkenaan berhampiran air terjun di Phang Na. Mayatnya ditemui di dalam anak sungai.
Katanya, gajah itu tidak pernah bertindak ganas dan ini kali pertama kejadian seumpama itu berlaku sejak dibela syarikat pelancongan dua tahun lalu.
Haiwan itu berada dalam keadaan ‘musth’ atau menjadi agresif disebabkan mahu mengawan. – AP
TOP
12 Doktor Pukul Suspek Curi Hingga Mati
KOLKATA, India – Sekumpulan doktor pelatih mengelar kemaluan seorang lelaki yang disyaki mencuri sebelum membelasah mangsa sehingga mati, kata polis semalam.
Timbalan Komisioner Polis Kolkata, Dhrubajyoti De berkata, pihaknya telah membuka siasatan berhubung kes seorang lelaki berusia 30 tahun yang mati selepas diikat dan dipukul dengan buluh sebelum kemaluannya dikelar.
Pihak berkuasa telah mengarahkan satu siasatan dilakukan terhadap kes seorang lelaki berusia 30-an itu yang mengalami kecederaan parah akibat dibelasah dengan menggunakan batang buluh, lapor jurucakap polis kelmarin.
“Siasatan awal mendapati hampir 12 doktor pelatih telah menangkap dan membelasah mangsa kerana disyaki mencuri beberapa telefon bimbit.
“Mereka telah mengheret lelaki itu ke dalam sebuah bilik di Kolej Perubatan dan Hospital Nilratan Sircar di sini sebelum mengikat mangsa pada sebatang tiang lalu memukulnya sehingga mati,” katanya.
Ujarnya, beberapa penyerang turut mengelar kemaluan mangsa dengan menggunakan pisau cukur.
“Beberapa pekerja yang menyedari serangan itu telah menghubungi pihak polis.
“Kami menjumpai mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan sebilah pisau cukur turut dijumpai di lokasi kejadian,” jelasnya.
Menurutnya, sehingga kini dua individu telah dipanggil untuk soal siasat tetapi tiada tangkapan dilakukan. – AFP
TOP
Israel Tidak Akan Henti Bina Penempatan Yahudi
BAITULMUQADDIS – Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman memberitahu rakan sejawatnya, dari Jerman kelmarin bahawa Israel tidak akan berhenti membina kediaman untuk orang Yahudi di Baitulmuqaddis Timur di sini.
Kenyataannya menambahkan lagi kekecewaan Barat berhubung dasar pembinaan penempatan haram Yahudi di tanah milik penduduk Palestin.
“Kami tidak akan menetapkan sebarang had untuk membina penempatan Yahudi sini,” kata Lieberman pada satu sidang akhbar bersama dengan Menteri Luar Jerman, Frank Walter Steinmeier.
Sejak awal Oktober lalu, Israel mengumumkan untuk membina 4,300 buah rumah peneroka haram Yahudi di sini dan di Tebing Barat yang ditakluki Israel, sekali gus meningkatkan ketegangan dengan penduduk Palestin.
Pengumuman mengenainya telah mencetuskan kemarahan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat yang melihat pendudukan Israel di Tebing Barat sebagai tidak sah dan menghalang proses damai Asia Barat.
Penduduk Palestin mahu menjadikan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota negara Palestin merdeka yang merangkumi wilayah Tebing Barat dan Genting Gaza.
Israel berundur dari Genting Gaza pada 2005 tetapi terus mengenakan sekatan ke atas wilayah berkenaan.
Rejim Zionis pula menganggap seluruh bandar ini sebagai ibu kota Yahudi dengan tuntutan tersebut tidak diktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Sehingga kini, dianggarkan seramai 150,000 orang Yahudi tinggal di Baitulmuqaddis Timur.
“Jangan bermimpi kerajaan Israel akan menyerah dan mengehadkan pembinaan (penempatan haram Yahudi) di sini,” kata Lieberman.
“Kami bersedia untuk mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan kami dan tidak akan ada sebarang kompromi,” tambahnya. – Reuters
TOP
Banjir: 47 Orang Dipindahkan Di K.Terengganu Sehingga Pagi Ini
KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Kuala Terengganu meningkat kepada 47 orang sehingga pagi ini, berbanding 20 orang petang semalam.
Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terengganu.gov.my hari ini, mangsa yang terdiri daripada 15 keluarga, dipindahkan apabila kawasan kediaman di Chendering di sini dan Gong Badak di Kuala Nerus dinaiki air petang semalam.
Seramai 38 orang daripada mereka kini ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Cendering manakala sembilan orang lagi di Dewan Sivik Gong Badak.
Sementara itu, keadaan cuaca di sekitar Kuala Terengganu pagi ini mendung setelah hujan lebat sejak petang semalam. – BERNAMA
TOP
Datuk Bandar Syaitan, Jadikan Beratus Budak Pemuas Nafsu
Brazil – Perbualan telefon antara dua perogol kanak-kanak mengenai seorang budak perempuan akhirnya membongkarkan kejahatan seorang Datuk Bandar Coari, Adail Pinheiro.
Dia rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia dengan menjadikan budak perempuan di bandar itu sebagai pemuas nafsu.
Bagi tujuan itu, Adail telah menyalahguna wang kerajaan untuk membiayai aktiviti merogol dan penganiayaan kanak-kanak ini yang kebanyakannya berusia antara sembilan hingga 15 tahun dan jumlah kanak-kanak yang menjadi mangsa dianggarkan beratus orang.
Dia juga sanggup membayar kanak-kanak itu sehingga lebih RM3,000 dan perbuatan terkutuk itu dilakukan di atas kapal atau dalam pesawat.
Syaitan ini tidak melakukan perbuatan itu sendirian sebaliknya dia mempunyai `pekerja’ sendiri yang terdiri daripada mereka yang memegang jawatan penting dalam kerajaan, sekolah, badan kehakiman dan polis dan tentera.
Malah pekerjanya itu akan menunggu di luar pintu sekolah untuk merakamkan gambar kanak-kanak perempuan yang menarik dan gambar itu akan ditunjukkan kepada Adail.
Jika ada kanak-kanak yang disukainya, dia akan menjanjikan hadiah seperti komputer dan telefon bimbit kepada kanak-kanak itu manakala ibu bapa mereka pula dipaksa berdiam diri.
Susulan pendedahan perbuatan telefon itu, Adail dan lima pengikutnya ditangkap Januari lalu namun disebabkan rasuah, dia dikatakan bakal dibebaskan tidak lama lagi.
Malah selepas 11 bulan ditangkap, keadaan di Coari tidak berubah malah penduduknya berada dalam ketakutan dan menerima ancaman jika berani membuka mulut mengenai aktiviti jenayah itu.
Sepanjang di penjara, Adail juga dikatakan masih menjalankan aktiviti jenayah dengan mengarahkan jenayah dilakukan menerusi telefon.
Meskipun 70 siasatan dimulakan ke atas Adail namun ia berjaya ditutup oleh pegawai yang terlibat rasuah.-mynewsub
TOP
10 Suspek Bookie Lumba Kuda Ditahan Di Kuantan
KUANTAN – Polis menahan lapan lelaki dan dua wanita dipercayai bookie lumba kuda dalam serbuan di kawasan Taman Perindustrian Semambu dekat sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata kesemua suspek berusia lingkungan 44 hingga 72 tahun itu ditahan dalam ‘Ops Dadu Khas Bookie Kuda’ yang bermula 3 petang hingga 7 malam.
“Dalam serbuan itu juga polis berjaya merampas wang tunai sebanyak RM43,901 yang dipercayai hasil pertaruhan judi, sepuluh buah telefon bimbit, empat unit alat kelui pertaruhan, dua tablet dan dua buah mesin kira.
“Turut dirampas buku jadual lumba kuda, dua keping surat khabar dipercayai untuk rujukan kegiatan mereka yang mengandungi jadual dan nilai pertaruhan, dua beg sandang serta 13 keping kertas catatan pertaruhan lumba kuda,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata, polis percaya mereka yang diberkas merupakan anggota kumpulan yang sama dan dipercayai aktif sejak dua minggu lalu.
“Kita percaya mereka ini beralih kepada kegiatan bookie kuda selepas premis perjudian internet haram digempur polis sejak kebelakangan ini,” katanya.
Zakaria berkata kesemua suspek direman sehingga Rabu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953, yang membawa hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan maksimum RM200,000 dan penjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan. – BERNAMA
TOP
Kanak-Kanak Hidap Kanser Teringin Naik BMW
Pengorbanan insan bergelar ibu bapa sememangnya tiada tolok bandingan.
Lagi pula, ibu bapa manalah yang tidak sayangkan anak bukan? Lagi-lagi melihat keadaan anak tersayang sedang bertarung nyawa akibat kanser.
Justeru seorang bapa penyayang, Hasni Hasan cuba sedaya upaya merealisasikan impian anaknya yang sedang bertarung dengan penyakit kanser untuk menaiki kereta BMW menerusi rayuan di satu status Facebook.
Alhamdulillah, berkat kebaikan hati ramai rakyat Malaysia permintaan adik Rayyan ini mendapat reaksi banyak pihak yang ingin membantu. Paling mengujakan, kelab BMW E60 Malaysia turut mendengar suara hati adik kecil ini dan ingin memenuhi impiannya, Rabu ini.
Kesudian kelab ini dah pasti sedikit sebanyak memberi sinar kegembiraan buat adik Rayyan. Tersenyum penulis melihat kemurahan hati begitu ramai rakyat Malaysia yang prihatin mahu membantu. Mudah-mudahan, adik Rayyan akan segera sembuh agar dapat meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak lain. - MYNEWSHUB.CC

Kutipan Zakat 2013 Cecah RM2.2 Bilion – Jamil Khir
KUALA LUMPUR – Kutipan keseluruhan zakat bagi 2013 mencecah RM2.2 bilion, meningkat daripada tahun sebelumnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Bagaimanapun, katanya, jumlah itu masih sedikit berbanding nisbah pembayar yang layak dan ia tidak mencukupi bagi menampung jumlah penerima zakat yang juga meningkat.
“Walaupun jumlahnya nampak agak besar, jumlah penerima lagi besar daripada peruntukan sedia ada.
“Lebih-lebih lagi jumlah penerima asnaf di bawah kategori fakir dan miskin, belum dicampur lagi kategori fisabilillah (termasuk mereka yang mengajar agama seperti imam) dan mualaf,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Bulan Zakat Kebangsaan (BZK) 2014 di sini hari ini.
Beliau berkata berdasarkan data yang dijumlahkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) pada 2012, kutipan zakat kesemua 14 negeri ialah sebanyak RM1.9 bilion.
Justeru, Jamil Khir berkata Majlis Agama Islam Negeri perlu melaksanakan pendekatan inovatif serta memainkan peranan lebih proaktif untuk menyemarakkan lagi pengurusan zakat.
“Tidak boleh tunggu semata-mata, kena pergi jumpa, bertemu dan minta mereka yang berkenaan memberi perhatian tentang pembayaran zakat,” katanya.
Terdahulu ketika berucap, Jamil Khir berkata bank data penerima zakat setiap negeri juga perlu sentiasa dikemas kini agar pengurusan zakat lebih mudah dijalankan.
Pada majlis berkenaan, Jamil Khir turut menyampaikan Anugerah Ikon Asnaf Kebangsaan 2014 kepada lima penerima bagi setiap kategori.
Pemenang Kategori Akademik ialah Pensyarah Kanan Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Hasanulddin Mohd; pemilik Restoran Nasi Ayam Hainan BP, Mohd Sharif Foo Abdullah (Usahawan); pemilik syarikat Azmi Rehabilitation Tools, Azmi Zain (Usahawan Khas); Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (Syarikat Sdn Bhd) dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Inovasi Zakat Terbaik).
Program tahunan yang kali ini bertemakan “Transformasi Baitulmal: Zakat Diperkasa Ummah Sejahtera” itu, antara lain bertujuan menyebar luas informasi berkaitan amalan berzakat dan mengenal pasti potensi serta cabaran semasa bagi pentadbiran zakat negara. – BERNAMA
TOP
Mancini Minat Pancing Kapten Liverpool
PENGURUS baharu Inter Milan, Roberto Mancini dikatakan sudah bersedia menawarkan kontrak kepada kapten Liverpool untuk berpindah ke Serie A, Januari ini. - Foto AFP
LONDON – Pengurus baharu Inter Milan, Roberto Mancini dikatakan sudah bersedia menawarkan kontrak kepada kapten Liverpool untuk berpindah ke Serie A, Januari ini. Namun, ia bergantung kepada pemain berusia 34 tahun itu kerana usaha memancing itu tidak akan berjaya andai dia memilih kekal di Anfield. Gerrard juga ada beberapa opsyen untuk berpindah ke Amerika Syarikat, musim panas depan mewakili New York Cosmos. Ia difahamkan satu destinasi berpotensi untuk bekas kapten England itu. Namun, ada perkhabaran bahawa perpindahan ke Serie A tampak lebih menarik ketika ini. – Mail Online

Pakatan Belum Beri Kata Putus Cadangan Persempadanan Semula
Pakatan pembangkang PAS-PKR-DAP masih belum mencapai kata putus berkenaan usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan proses persempadanan semula kerusi Parlimen bagi meningkatkan jumlahnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ahli Parlimen (DAP-Seremban) Anthony Loke berkata Pakatan Rakyat (PR) masih meneliti cadangan SPR itu sebelum membuat keputusan, menurut laporan portal Malaysiakini.
“Tetapi jika ada sebarang usaha untuk menambah kerusi bagi membantu Umno, kami akan menentangnya. Usaha itu perlu memenuhi prinsip satu orang satu undi,” katanya yang juga Setiausaha Organisasi DAP.
Loke turut memetik sumber yang enggan didedahkannya yang mengatakan SPR ada usaha untuk memecahkan kerusi Parlimen Rembau kepada dua bahagian iaitu Parlimen Rembau dan Parlimen Paroi biarpun di Rembau hanya ada 79,000 pengundi sahaja.
Kenyataan beliau itu sebagai maklumbalas kepada kenyataan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) BERSIH Dan NGO Tindak Malaysia yang membantah sebarang usaha untuk meningkatkan bilangan kerusi di Parlimen.
Sebarang usaha untuk menambah bilangan kerusi Parlimen perlu mendapat sokongan dua pertiga anggota Dewan Rakyat.
Mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2)(ii), proses persempadanan semula bahagian pilihan raya akan dibuat dalam tempoh tidak kurang dari lapan tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya urusan persempadanan terdahulu.
Ketika ini di Dewan Rakyat terdapat 222 kerusi. – MYNEWSHUB.CC
TOP
K’jaan Usaha Bendung Belia Terlibat Ekstremis Sosial
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil pendekatan terbaik bagi mengawal dan mencegah belia daripada terlibat kegiatan ekstremis sosial, kata Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata ancaman ekstremis yang datang dalam pelbagai bentuk gagasan dan ideologi mampu mendorong generasi muda ke arah keruntuhan akhlak, sosial serta hilang jati diri dan nilai ketimuran yang didukung sejak sekian lama.
“Contoh ancaman (ekstremis sosial) yang dihadapi Malaysia hari ini ialah apabila anak muda kita mula tertarik dengan perjuangan kumpulan militan digelar IS, bukan sekadar minat, malahan sanggup untuk menjelajah ke medan peperangan, kononnya atas nama jihad.
“Kita anggap tarikan ekstremis sosial ini sebagai saingan kepada kita, kita harus sediakan sesuatu yang lebih menarik, yang dapat penuhi idealisme mereka, supaya mereka tak perlu penuhi idealisme mereka melalui landasan terpesong,” katanya ketika merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang IV Penggal Ke-29 di sini hari ini.
Beliau berkata, kerajaan telah melihat keperluan dalam merangka dasar, hala tuju, serta program yang relevan dalam usaha memastikan belia tidak mudah terjebak dalam gejala ekstremis sosial ini sehingga menjadi golongan ultra-liberal atau ortodoks agama.
Dalam sidang akhbar kemudiannya, Khairy berkata, buat masa kini program MyCORP iaitu program sukarelawan kebajikan peringkat antarabangsa dilihat platform terbaik dalam merealisasikan hasrat itu.
“Di peringkat kerajaan, kita perlu sediakan aktiviti yang boleh bersaing, yang boleh menarik generasi belia daripada terlibat dalam kegiatan ini.
“Contohnya, bagi membendung mereka daripada menyertai IS, kita nak perkembangkan lagi program MyCORP iaitu kesukarelawan di peringkat antarabangsa,” katanya.
Selain itu, Khairy berkata langkah kerajaan memperkenalkan konsep ‘Wasatiyyah’ iaitu kesederhanaan adalah bertepatan terutamanya dalam usaha menangani ancaman daripada gejala ekstremis sosial ini.
“Konsep kesederhanaan adalah pendirian yang tegas dan berani, yang menyatakan anak muda dan rakyat Malaysia, harus tidak terlibat langsung dalam kegiatan ekstremis kerana kegiatan ini hanya akan runtuhkan masa depan negara kita, dan masa depan belia,” katanya.
Menyentuh hasil pembentangan peserta dalam persidangan MPBN itu, Khairy berkata, pihak kementerian akan cuba menyediakan kerangka bersesuaian bagi membolehkan kepimpinan pertubuhan belia dapat diselaraskan dengan pindaan takrifan umur belia iaitu daripada 15 ke 30 tahun.
Beliau berkata, langkah ini perlu bagi mengelakkan masalah yang timbul, seperti kelicinan pentadbiran persatuan belia, sebagai persediaan kepada Dasar Belia Malaysia (DBM) baharu yang akan dilaksanakan pada tahun 2018.
“Kita sudah capai persetujuan hari ini bahawa DBM akan diumum dan dibentangkan pada tahun depan, dengan tarif pelaksanaan umur pada 2018 akan kita takrifkan daripada usia 15 hingga 30 tahun.
“Kita ada tiga tahun untuk proses pelaksanaan penyediaan … kita akan adakan program pemantapan kepimpinan di peringkat akar umbi supaya mereka yang berumur dalam lingkungan 20-an akan bersedia untuk mengambil alih kepimpinan yang baharu,” katanya.
Beliau berkata, ini merupakan satu daripada agenda kerajaan untuk meremajakan kepimpinan dengan memberi peluang dan persediaan kepada generasi baharu untuk menjadi pemimpin peringkat lebih tinggi. – BERNAMA
TOP
Siasatan Nahas MH17 Tertumpu Ke Bahagian Sensitif Pesawat
Kerja-kerja siasatan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 tidak akan melibatkan semua serpihan tetapi hanya akan melibatkan bahagian pesawat Boeing 777 berkenaan yang penting sahaja.
Lembaga Keselamatan Belanda dalam satu kenyataan hari ini berkata tidak semua serpihan kapal terbang itu akan diambil.
Siasatan akan ditumpukan ke cebisan bangkai yang paling penting iaitu bahagian tayar, sayap dan tangki minyak pesawat MH17.
“Serpihan tersebut adalah dari bahagian pesawat paling banyak diduduki penumpang yang masih belum dikenal pasti. Ia merupakan bahagian yang paling sensitif,” kata jurucakap badan pemantau Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) Michael Bociurkiw.
Semalam, pasukan penyiasat Belanda telah pun memaklumkan bahawa serpihan pesawat malang itu sudah mula dibawa keluar dari timur Ukraine iaitu lokasi ia terhempas 17 Julai lepas.
Pasukan penyiasat memantau kerja-kerja memotong serpihan pesawat yang dilakukan oleh warga Donetsk dan serpihan akan diletakkan ke atas sebuah lori dengan menggunakan kren.
Penyiasat Belanda pada awalnya mahu melaksanakan sendiri proses berkenaan, tetapi kemudian bersetuju untuk bekerjasama dengan kumpulan pemberontak Ukraine pro-Rusia yang menguasai kawasan itu atas sebab keselamatan.
Ketika kejadian, pesawat MH17 sedang terbang dari Amsterdam, Belanda menghala ke Kuala Lumpur tetapi kemudian ditembak jatuh oleh peluru bepandu jenis BUK milik Rusia di berhampiran sempadan Ukraine.
Menurut penganalisis, pemberontak pro-Rusia berkenaan yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat penumpang itu. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Perintah Berkurung Diteruskan Di ESSZONE
Kota Kinabalu – Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mencadangkan kerajaan meneruskan penguatkuasaan perintah berkurung di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
Pairin yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata, langkah itu memberi manfaat dan berkesan terutama dalam memantau dan mengawal pergerakan keluar masuk penjenayah dan penyeludup ke negeri itu.
“Perintah berkurung ini diteruskan sehingga ke suatu masa apabila tahap keselamatannya lebih terjamin, walaupun ia sedikit sebanyak mengganggu perjalanan kerja…nelayan di tepi pantai,” katanya dalam ucapan dasar pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan PBS di sini, hari ini.
Persidangan dua hari berakhir esok itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perintah berkurung yang dikuatkuasakan di enam daerah di pantai timur Sabah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau sejak 19 Julai lalu untuk mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan.
Perintah berkurung harian dari 7 malam hingga 5 pagi itu dilanjut selama 16 hari berakhir 22 Nov ini.
Pairin yang juga Huguan Siou (pemimpin agung masyarakat KDM) berkata kerajaan persekutuan juga diminta memberi perhatian tinggi terhadap soal keselamatan rakyat Sabah khususnya di ESSZone.
Sambil mengalu-alukan peruntukan sebanyak RM660 juta kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), katanya, kerajaan perlu meningkatkan tahap keselamatan ribuan penduduk di kawasan pantai timur Sabah memandangkan pencerobohan masih berlaku.
“Dengan peruntukan ini, kita berharap tahap keselamatan akan dapat dipertingkat termasuk mempercepatkan pewujudan beberapa kem batalion pasukan keselamatan di zon itu,” katanya. – BERNAMA
TOP
Perak Rekod 4,812 Kes Denggi Sehingga November
IPOH – Sebanyak 4,812 kes demam denggi dilaporkan di Perak bagi tempoh Januari hingga November tahun ini berbanding 1,760 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 173 peratus.
“Sehingga 8 Nov lepas sebanyak 13 kematian dicatatkan berbanding dua kematian dalam tempoh sama tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Inovasi Jabatan Kesihatan negeri di Kolej Sains Bersekutu Sultan Azlan Shah di sini, hari ini.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu, empat daerah mencatat kes denggi tertinggi iaitu Lembah Kinta (593), Batang Padang (217), Kuala Kangsar (216) dan Manjung (142).
Mah berkata tindakan menghapuskan tempat pembiakan Aedes yang menjadi punca demam denggi adalah kaedah paling berkesan untuk mengawal peningkatan kes denggi daripada terus berleluasa.
Dr Mah berkata orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan seperti sentiasa memeriksa pasu bunga, tangki air atau kolah yang menjadi tempat pembiakan jentik-jentik selain memastikan kawasan kediaman serta persekitaran bersih.
“Orang ramai juga perlu memberi kerjasama dengan membenarkan petugas Jabatan Kesihatan menjalankan semburan kabus di dalam rumah bagi tujuan membunuh nyamuk Aedes,” katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran sekiranya mengalami simptom awal denggi. – BERNAMA
TOP
G20: Tuu Dia Harga Bilik Hotel Pemimpin Dunia!
BRISBANE – Persidangan kemuncak 20 negara berpengaruh di dunia, G20 yang berakhir semalam bukan setakat jadi tumpuan sehingga menyebabkan kawalan keselamatan paling ketat dalam sejarah Australia ekoran ancaman militan IS dan aktivis antikapitalis Barat.
Malah ia menyaksikan jurang layanan ibarat antara dua darjat dalam kalangan pemimpin kuasa besar dengan beberapa negara kurang terkenal apabila ketua kerajaan tertentu dilaporkan menginap di hotel paling mahal dan sebilangan di hotel gred biasa.
Orang No.1 Amerika Syarikat (AS), Barack Obama diberi layanan amat istimewa dan sudah tentu kawalan keselamatan sangat ketat sesuai dengan tarafnya sebagai manusia paling berkuasa di dunia apabila tinggal di Hotel Marriott yang sewa semalam A$2,449 (RM7,190).
Hotel 28 tingkat dan 263 bilik itu dilaporkan menyediakan tambahan 10 ruang lagi dalam presidential suite Obama yang menghadap Sungai Brisbane dengan luas keseluruhannya 7,750 meter persegi manakala kadar untuk sarapan pagi di situ A$34 (RM99).
Kamar Obama turut dilengkapi pelbagai fasiliti seperti spa yang diberikan langsung oleh pakar terkenal Dome Spa Retreat selain ada Motion Bar & Grill, sebuah restoran dengan dapur terbuka dan tempat duduk di ruang lapang, serta M Bar, sebuah bar kelas mewah.
Keadaan dalam kamar tidur mewah yang disediakan Hotel Marriott Brisbane untuk Obama.
Tidak setakat itu, ejen keselamatan tambahan dikerah mengawal keseluruhan tingkat tempat penginapan Obama itu bahkan semua kaca dan bilik yang berada satu lantai dengan Obama ditutup kepada orang ramai untuk disewa demi mengelak presiden daripada diintai. Tidak jauh dari hotel Obama menginap, rakan sejawatannya, Presiden China, Xi Jinping diletakkan khas di suite Stamford Plaza, hotel elit yang keseluruhannya mengandungi 252 bilik dan beliau dilaporkan menyewa sebanyak A$1,654 (RM4,857) semalam. Walaupun kadarnya lebih murah tetapi ruang tamunya 250 persegi lebih luas daripada kamar Obama, dan selain ada piano di dalam bilik, turut disediakan sebuah spa langsung menghadap ke sungai dan sebuah ruang hangat persendirian untuk menenangkan diri. Perdana Menteri Britain, David Cameron pula beristirahat di Treasury Hotel dengan kadar penginapan di kamar peribadinya itu A$1,233 (RM3,620) sementara seteru barat, Presiden Rusia, Vladmir Putin di Hotel Hilton yang sewanya A$599 (RM1,758) semalam. Presiden Myanmar, Thein Sein walaupun tidaklah berpengaruh apa pun tetapi menginap di Hotel Gambaros dengan sewa A$1,162 (RM3,412) lebih mewah daripada Raja Arab Saudi, Abdullah di Sanctuary Cove Gold Coast yang kadarnya hanya A$483 (RM1,418). Tuan rumah Perdana Menteri Australia, Tony Abbott dan pemimpin Jerman, Angela Merkel pun cuma hotel Four Points berharga A$304 (RM893) diikuti Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Presiden Perancis, Francois Hollande di Hotel Sofitel yang lebih murah. Paling rendah ialah Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang menyewa di Hotel Novotel dengan hanya membayar A$197 (RM578). Lazimnya, kadar penginapan pemimpin asing itu dibayar terus oleh kerajaan negara terbabit mengikut bajet masing-masing. – Agensi
Hotel Novotel Brisbane tempat penginapan rasmi Perdana Menteri, Jepun yang menawarkan kadar sewa semalam paling rendah dalam kalangan pemimpin G20. – Gambar hiasan

Oppo R5: Telefon Pintar Paling Nipis Di Dunia 4.85mm
Oppo R5 telah diperkenalkan pada bulan lepas oleh mereka, dan hari ini Oppo Malaysia secara rasminya telah pun membuka pra-tempahan untuk peranti berkenaan.
Bagi yang tidak mengenali akan Oppo R5, ia merupakan telefon pintar paling nipis di dunia.
Dengan ketebalan hanya 4.85mm, ia hadir dengan rekaan berasaskan kepada logam yang turut dilengkapi dengan sistem penyejukan terbina. Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas VOOC selain turut menyokong beberapa mod rakaman baru, termasuk rakaman menggunakan RAW (saiz file lebih besar dan kualiti lebih tinggi). Dari segi spesifikasi, ia dijana menggunakan cip lapan teras Snapdragon 615, memori 2GB RAM, kamera belakang 13 megapixel dan kamera hadapan 5 megapixel serta diperkasa dengan skrin bersaiz 5.2-inci AMOLED. Peranti ini turut membawakan sokongan rangkaian 4G LTE dan akan dijual di Malaysia pada harga RM1598.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

CEO BlackBerry Akui Malu.. Isteri Sendiri Guna HP Samsung
Lazimnya pasangan kepada pemilik jenama terkenal akan memakai jenama yang sama dengan syarikat milik si suaminya itu, bukan setakat menjadi bahan promosi malah berbangga membuktikan jenama tersebut digemari ahli-ahli keluarganya sendiri.
Namun, ini tidak berlaku kepada Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry, John Chen yang mengakui berasa malu apabila isterinya sendiri lebih selesa menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy, lapor akhbar perniagaan terkemuka, The Financial Times di London.
“Kami pernah pergi ke beberapa majlis keramaian dan isteri saya bersahaja mengeluarkan Samsung dari tas tangannya menyebabkan mereka di sekitar kami berubah jadi terpinga-pinga,” kata Chen, 59 tahun, dalam satu wawancara eksklusif akhbar itu baru-baru ini.
Malu dengan situasi tersebut, beliau yang mengetuai BlackBerry sejak 2013 terpaksa memujuk isterinya; yang dirahsiakan namanya; beralih kepada produk BlackBerry tetapi wanita itu tetap bertegas lebih menggemari jenama Samsung berbanding BlackBerry.
“Saya orang No.1 di BlackBerry, ironi isteri sendiri guna telefon lawan kami, bagaimana saya nak meyakinkan pelabur dengan prospek bisnes BlackBerry,” katanya mengulas penguasaan 1 peratus syarikat itu kini berbanding 20 peratus pada zaman kegemilangannya.
Chen yang berasal dari Hong Kong bagaimanapun berkata, dia menghadiahkan BlackBerry kepada isterinya namun tidak pasti sama ada wanita itu masih menggunakan Samsung secara sembunyi kerana isterinya banyak menyimpan rahsia peribadi yang dia tidak tahu.
Biarpun dianggap ketinggalan zaman, Chen yakin BlackBerry mampu mencatat keuntungan bahkan memberi contoh harga saham syarikat itu di bursa Toronto, Kanada ketika dia baharu menerajui tahun lalu hanya C$6 (RM18) dan kini sudah pun mencecah C$13 (RM39).
BlackBerry masih digemari kebanyakan ahli perniagaan, tokoh politik dan artis terkenal yang tegar taip teks antaranya Kim Kardashian malah, semua presiden Amerika Syarikat menggunakan BlackBerry kerana ia lebih selamat daripada dipintas atau digodam. – Agensi
John Chen memegang Passport, model terbaharu BlackBerry yang bakal menyaingi kehebatan produk telefon pintar Samsung di Kanada baru-baru ini.

KWSP Perkenal Aplikasi iOS i-Akaun
KUALA LUMPUR – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh mengakses rekod akaun mereka secara dalam talian menerusi aplikasi iOS ‘i-Akaun KWSP’.
“Aplikasi mudah alih itu akan membolehkan ahli melihat profil mereka, mendapat berita terkini mengenai KWSP di samping peta petunjuk jalan ke pejabat,” menurut KWSP dalam satu kenyataan.
Aplikasi itu juga menawarkan kalkulator dalam talian bagi membolehkan pencarum mengira anggaran caruman tahunan mereka, berapa banyak boleh dikeluar untuk perumahan serta anggaran jumlah boleh dilabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi), Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias, berkata keupayaan mengakses penyata KWSP dalam talian, telah membantu ahli memastikan caruman mereka tepat dan sebarang percanggahan dikesan lebih cepat.
“Pengenalan aplikasi mudah alih ini dan lain-lain saluran elektronik adalah selari dengan kemerosotan jumlah ahli yang melawat pejabat cawangan KWSP untuk melakukan perkara mudah seperti mencetak penyata KWSP.
“Kami mempunyai pangkalan data ahli yang besar dan ia penting menghulurkan perkhidmatan kami kepada lebih ramai orang. Kami dapati aplikasi mudah alih sangat berkesan untuk tujuan ini,” katanya.
Pengguna iOS boleh memuat turun aplikasi mudah alih ‘i-Akaun KWSP’ secara percuma daripada Stor Aplikasi Apple. – BERNAMA
TOP
Cadangan Umur 60 Tahun Keluarkan KWSP Perlu Diteliti
KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta tidak tergesa-gesa menerima cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melanjutkan umur bagi pengeluaran keseluruhan simpanan persaraan kepada 60 tahun, kerana ia dilihat tidak memberi peluang kepada mereka yang memilih untuk bersara awal.
Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata, had usia pengeluaran wang simpanan itu seharusnya berpadanan dengan usia persaraan seseorang memandangkan tidak semua pekerja bersara pada usia 60 tahun.
“Pada masa kini, terdapat pesara yang memilih untuk bersara pada usia 58 tahun. Bagaimana dengan mereka? Adakah mereka juga perlu menunggu sehingga dua tahun untuk mengeluarkan wang simpanan?
“Had pengeluaran simpanan itu haruslah berpadanan dengan usia persaraan untuk memberi peluang mereka menggunakan wang tersebut bagi tujuan seperti membeli rumah atau mengerjakan haji,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan KWSP bercadang untuk melanjutkan sehingga umur 60 tahun bagi membolehkan pencarumnya mengeluarkan keseluruhan simpanan persaraan, bukan lagi pada usia 55 tahun seperti sekarang ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pengurusan Strategi) KWSP Tunku Alizakri Alias berkata cadangan itu sejajar dengan pelaksanaan umur persaraan 60 tahun.
Sementara itu, Pensyarah Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Mohamed Aslam Haneef juga bersetuju bahawa cadangan itu perlu diperhalusi, kerana perbezaan lima tahun jangka masa pengeluaran tidak dilihat membawa perbezaan yang ketara kepada jumlah tabungan pencarum.
Beliau berkata langkah itu mungkin bertujuan mahu memastikan wang simpanan ‘bertahan lama’, namun ia tidak semestinya berjaya jika dibelanjakan tanpa berhemah oleh pencarum.
“Difahamkan ramai pencarum KWSP mempunyai simpanan persaraan di bawah RM50,000 dan berkemungkinan menghabiskan caruman mereka antara tahun pertama hingga tahun kelima persaraan,” katanya.
Sehubungan itu, Mohamed Aslam berkata antara langkah yang boleh diambil untuk ‘membantu’ pencarum, khususnya mereka yang berpendapatan rendah adalah dengan ‘intervensi pihak berkenaan’ meningkatkan pendapatan yang diterima golongan ini.
“Mereka yang berpendapatan rendah hanya boleh menyumbang dalam jumlah sedikit dalam KWSP sehingga usia persaraan. Jika pendapatan mereka bertambah, baharulah simpanan KWSP juga meningkat,” katanya.
Mohamed Aslam juga menasihatkan masyarakat untuk tidak hanya bergantung kepada simpanan KWSP, sebaliknya menyediakan simpanan peribadi atau menggunakan saluran pelaburan dalam pasaran untuk meningkatkan simpanan persaraan.
“Pada usia 55 tahun, jika seseorang menerima wang KWSP melebihi RM100,000 sekali pun secara kasar, mereka tidak boleh hidup selesa berbekalkan wang sebanyak itu kerana jumlah simpanan tersebut tidak mencukupi untuk membiayai keperluan kewangan ahli sepanjang tempoh persaraan mereka.
“Cara terbaik ialah seseorang perlu ada simpanan lain dan mesti menyimpan wang dan melabur sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji bersih bulanannya,” katanya.
Sehingga September lepas, sebanyak 68 peratus ahli KWSP berusia 54 tahun mempunyai kurang RM50,000 simpanan dan hanya 33 peratus memenuhi simpanan asas iaitu minimun RM196,800 untuk memberikan pendapatan bulanan RM820 bagi tempoh 20 tahun. – BERNAMA
TOP
PAC Sangkal Dakwaan Ia Tiada ‘Taring’
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyangkal dakwaan bahawa ia tidak mempunyai ‘taring’ dalam memastikan kerajaan mengambil tindakan terhadap syor-syor yang dikemukakan bagi menyelesaikan sesuatu isu.
Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata banyak syor yang dikemukakan jawatankuasa Parlimen itu sebelum ini, terutamanya berkaitan masalah yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara, telah diambil tindakan sewajarnya sama ada oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) atau kementerian-kementerian berkaitan.
“Apa yang PAC dapati sejak kita memulakan tugas dalam (persidangan) Parlimen yang baharu ini, tindakan yang diambil oleh KSN dan kementerian nampaknya mendahului PAC.
“Sebagai contoh, dalam laporan berkaitan Kementerian Dalam Negeri (KDN), mereka telah memulakan operasi audit ke atas syarikat sekuriti… walaupun PAC belum panggil mereka untuk memberi penjelasan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan prosiding bersama KDN berkaitan prosedur perlesenan syarikat keselamatan dan pengambilan pengawal keselamatan, di bangunan Parlimen di sini, Isnin.
Nur Jazlan yang juga Anggota Parlimen Pulai menyifatkan tindakan awal yang diambil KSN atau kementerian dalam menyelesaikan sesuatu isu sebagai perkembangan baik dan menggambarkannya sebagai sikap serius kerajaan dalam menyelesaikan masalah yang dilaporkan.
Beliau bagaimana pun menjelaskan tindakan awal yang diambil oleh sesuatu kementerian itu tidak boleh dianggap sebagai tindakan ‘berkecuali’ kerana ia bukan syor yang dikeluarkan PAC.
Menurutnya hanya PAC sahaja yang mengeluarkan syor bersifat berkecuali dan semua kementerian yang menerima syor daripada jawatankuasa itu wajar melaksanakannya seperti yang diminta.
“Saya tidak kata tindakan yang diambil KSN atau kementerian itu tidak betul, saya cuma katakan bahawa akhirnya hanya syor tindakan daripada PAC sahaja yang bersifat berkecuali kerana kita membuat syor tanpa memihak kepada mana-mana pihak,” katanya.
Mengenai proseding hari ini, Nur Jazlan berkata PAC telah mengesyorkan KDN supaya menjalankan ujian psikologi ke atas semua pengawal keselamatan di negara ini bagi menentukan tahap kecerdasan mental mereka menepati keperluan tugas.
Langkah itu penting bagi menjamin mereka dapat menjalankan tugas sebaik mungkin dan mengelak berulangnya kejadian seperti kes pegawai bank ditembak oleh pengawal keselamatan, katanya.
Nur Jazlan berkata KDN memaklumkan bahawa sehingga kini, lesen 45 syarikat keselamatan ditarik balik kerana melanggar syarat-syarat ditetapkan.
Pada masa ini, terdapat kira-kira 163,000 pengawal keselamatan termasuk 13,000 warganegara Nepal bertugas dalam pelbagai sektor di negara ini. – BERNAMA
TOP
Video: Kejam…Pakwe Prank Awek Dengan Buaya
Rasa-rasanya semua wanita akan lari lintang pukang apabila melihat buaya ganas akibat ketakutan bakal menjadi mangsa.
Lain pula kisah wanita ini, hingga sanggup pula mengadaikan nyawa demi teman lelaki tercinta.
Nasib baiklah ianya hanya merupakan prank semata-mata oleh dua orang lelaki yang mahu ‘pedajal’ teman wanita mereka.
Jom kita tengok prank mereka ini….
Sebenarnya Prank yang dilakukan ini dilihat agak kejam kerana melibatkan soal nyawa diri sendiri. Iyelah, buatnya buaya betul-betul muncul, acane? Lagi-lagi sungai tersebut didakwa memang berbahaya dengan kewujudan binatang reptilia tersebut. Takut jugak menonton prank ini seolah-olah terbayang adegan seperti filem Final Destination terjadi. Kesian dua wanita tersebut, sedang enak-enak dibuai mimpi secara tiba-tiba orang tersayang menjerit-jerit meminta tolong. Apa lagi, mengelupur la diri jadinya kan? Memang beranilah salah seorang wanita tersebut, hingga sanggup memasuki kawasan sungai itu demi menyelamatkan teman lelakinya. Seperti sudah dijangka, siapalah yang tidak marahkan orang tersayang bergurau seteruk itu kan! – MYNEWSHUB.CC

VF 3.0 Tawar Diskaun Sehingga 80 Peratus Sempena Boxing Day!
KUALA LUMPUR – Vendor Festival 3.0 yang akan diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 27 dan 28 Disember ini bakal menghimpunkan usahawan dalam talian terbesar yang mensasarkan kira-kira 100,000 ribu pengunjung bakal memeriahkan acara tersebut.
Dengan bertemakan VF 3.0 Boxing day, kira-kira 400 vendor online akan mengadakan potongan harga sehingga 80 peratus sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan-pelanggan setia yang menyokong mereka selama ini, kata jurucakapnya, Nurerlin Md Zulkhairi.
Produk-produk trend terkini seperti pakaian, aksesori, beg tangan, kasut, makanan, hasil kreativiti seni, kosmetik, serta pelbagai lagi perkhimatan akan dihimpunkan pada acara tersebut yang akan berlangsung selama dua hari. “Seperti sebelum ini, penganjuran Vendeur Festival 3.0 terus mengekalkan konsep festival jualan produk fesyen dengan harga yang berpatutan. “Apa yang menarik ialah ada dikalangan vendor akan menawarkan produk esklusif sempena VF 3.0 Boxing Day bagi menghargai pelanggan mereka selama ini,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman Vendeur Festival 3.0 di Damansara. Pada sidang media itu juga, Vendeur Festival turut memberikan plak penghargaan kepada vendor-vendor online diatas sokongan mereka sejak VF 1.0 lagi.
Kesemua jenama itu adalah Aidijuma, Ariani, Tudung People, Mazlianul Maznan, Al Humaira Contemporary, Sultra silka dan Dewidiary.
Menurut salah seorang pengasas Vendeir Festival, Annas Easkey, berdasarkan dua kali penganjuran VF, mereka mendapati ramai usahawan online berjaya mengetengahkan serta mempromosikan jenama mereka dengan lebih luas selepas menyertai Vendeur Festival. “Vendeur Festival bukan sekadar bazar untuk mereka melakukan jualan penghabisan stok kerana kekangan tidak mempunyai kedai fizikal tetapi sebagai platform mempromosi dengan menaikkan pengikut atau ‘Follower’ di laman sosial masing-masing. “Melalui Venduer Festival ini juga, pelanggan dapat bertemu secara langsung dengan peniaga serta melihat sendiri kualiti produk jualan yang selama ini dilihat secara online,” katanya. Antara jenama terkenal yang bakal menyertai VF 3.0 adalah Ariani, Al-Humaira Contemporary, Aidijuma, Erlssignature, TheGereboc, LeunieyNatasha, Ashh & Annas, Schapaholic, Lofa Lens, BokittaHijab, Padusi, Tudung People, Jelita Sara dan pelbagai lagi jenama-jenama terkenal. Festival tersebut akan dibuka seawal jam 10 pagi sehingga 10 malam dan bagi peniaga online yang berminat untuk menyertai Vendeur Festival, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di Instagram mereka iaitu @vendeurfestival. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Kedai Jual Karpet Rosak Dalam Kebakaran Di Melaka
MELAKA – Sebuah kedai menjual karpet dan barangan rumah seperti bantal, tikar dan bingkai ayat Al-Quran, mengalami kerosakan dalam kebakaran di Kota Fesyen Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, tengah malam tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II Hairulnizam Ridhuan berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.54 malam dan menghantar tiga jentera dengan 24 anggota dari Balai Ayer Keroh dan Bukit Katil ke tempat kejadian.
“Ketika tiba di lokasi, tiada api kelihatan kecuali asap hitam keluar dari kedai itu sebelum kerja memadam api dilakukan sebaik pintu dibuka oleh penyewa premis tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata kebakaran dapat dikawal pada 12.18 pagi kerana hanya melibatkan bara api yang bermula daripada susunan karpet yang diletakkan di atas lantai premis itu.
Katanya kebakaran itu memusnahkan kira-kira 25 peratus kedai yang meliputi dua lot premis itu dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat. – BERNAMA
TOP
Tiga Wanita Ditembak Mati Di Pattani
Betong (Yala) – Dua wanita ditembak mati di daerah di sini semalam sementara seorang guru perempuan juga mati akibat ditembak di daerah Khok Pho, Pattani.
Dalam pada itu, seorang sukarelawan pertahanan cedera dalam serangan bom di daerah Rueso, Narathiwat.
Dalam kejadian di Betong, Sirirat Saechan, 35, mati ditembak pada jam 10.30 pagi (waktu tempatan) sementara rakannya, Salinee Saethong, 55, mati dalam perjalanan ke hospital selepas dua lelaki bermotosikal mengejar dan menembak mereka yang juga sedang menunggang motosikal.
Polis melancarkan siasatan untuk mengenal pasti sama ada kejadian itu berpunca daripada konflik peribadi atau sebahagian daripada keganasan yang melanda selatan Thai.
Sementara itu, guru, Isara Chairitchok ditembak di kedai minyak di Khok Po oleh dua lelaki bermotosikal yang berpura-pura hendak mengisi minyak di kedai di rumahnya.
Dia ditembak dua kali di kepala dan dua lagi di belakang.
Pegawai di hospital Khok Pho menghantar Isara ke Hospital Pattani yang lebih lengkap tetapi dia gagal diselamatkan.
Isara menjadi guru ke-179 yang terbunuh di selatan Thai sepanjang 10 tahun lalu.
Polis mengesyaki serangan itu adalah tindak balas terhadap kematian dua pemimpin kumpulan pemisah yang ditembak mati oleh pihak berkuasa di daerah Nong Chik Jumaat lalu.
Dalam perkembangan sama, jurucakap tentera di selatan Thai, Kolonel Pramote Phromim berkata, pihaknya merampas dua senjata bersama-sama peluru dalam operasi di Nong Chik, tempat dua anggota pemisah ditembak mati.
Di Rusoh, daerah di Narathiwat, sukarelawan pertahanan Doloh Waesu cedera dalam satu letupan bom.
Kejadian berlaku ketika dia meronda kawasan itu bersama lima yang lain.
Ketua peronda yang juga ketua Kampung Ban Bluka, Royalee Musor berkata, Doloh terlanggar wayar yang diikat pada sebutir bom, menyebabkan bahan letupan itu meletup. – Agensi
TOP
Wiski Dan Vodka Halal Dah Ada Di Pasaran.. Halal Ke?
Sebuah syarikat pengeluar minuman keras telah mencipta dan memasarkan vodka dan wiski dalam ‘versi halal’.
Bagi masyarakat di negara Islam seperti Malaysia, persoalan pertama yang timbul adalah benarkah minuman tersebut benar-benar halal diminum?
Sememangnya, Syarikat ArKay Beverages telah pun melancarkan produk minuman keras halal ini di mana ia dikatakan tidak mengandungi sebarang kandungan alkohol. Didakwa sudah mendapat sijil halal untuk penganut Islam dan kini menunggu pengesahan sijil Kosher untuk Yahudi, minuman ini sudah mula dipasarkan di Amerika Syarikat, Australia, Mexico dan beberapa tempat di sekitar Eropah. Tujuan ArKay mencipta minuman versi halal ini dikatakan bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka selain memberi kelainan kepada pengemar minuman keras. Memetik laporan Astro Awani, Presiden ArKay, Sylvie Grattagliano memaklumkan wiski dan vodka halal akan dijual di negara-negara seperti Itali, Sepanyol, Jerman, Belanda, England serta negara yang mempunyai populasi orang Islam teramai di Eropah Barat iaitu Perancis pada tahun hadapan.
Produk minuman keras halal keluaran syarikat ini dikatakan telah menarik minat ramai pihak yang mahu mencuba. Pengguna sasarannya termasuklah orang Islam, wanita mengandung dan pemandu tegar yang tidak boleh mengambil minuman alkohol. Rata-rata pelanggan didakwa memberi respon ia mempunyai rasa menarik dan tidak membahayakan kesihatan seperti minuman keras alkohol biasa. Namun meskipun sudah dapat pengesahan halal di luar negara, setahu kami Malaysia mempunyai garis panduan tersendiri dalam menentukan sama ada sesuatu produk boleh diberikan sijil halal negara ini. Antaranya, minuman yang dibuat dengan niat dan cara sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling dikira haram diminum, justeru sijil halal tidak akan dikeluarkan sebagaimana minuman ringan jenama Malta (GAB) dan Nutri Malt (Carlsberg) yang dijual di negara ini. - MYNEWSHUB.CC

Bas Hentian Putra Pindah Ke TBS Mulai 1 Dis Ini
KUALA LUMPUR – Perkhidmatan bas ekspres laluan timur dari Hentian Bas Putra (HBP) di sini akan berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada 1 Dis ini.
Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri berkata perpindahan itu dilaksanakan kerana struktur bangunan HBP tidak selamat digunakan selain mengambil kira faktor keselesaan penumpang bas.
Keadaan di TBS lebih selesa berbanding HBP kerana ia mudah dihubungkan dengan jaringan pengangkutan awam lain serta mempunyai ruang lebih luas bagi menampung bas yang banyak, kata bahagian itu dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA
TOP
Potret Jokowi Senyum Nampak Gigi Jadi Rebutan
Rakyat Indonesia menyenangi karektor presiden baharu mereka yang dikenali dengan imej suka senyum dan ketawa kecil apabila berbual santai. (Foto Reuters)
JAKARTA – Di negara kita, potret rasmi Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri atau Perdana Menteri hanya dicetak eksklusif Jabatan Penerangan Malaysia dan itu pun ambil masa agak lama sebelum diedar secara percuma kepada rakyat di pejabat penerangan daerah. Lain pula cerita di Indonesia kerana potret rasmi presiden baharu Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra disebut Jokowi dan naib beliau, Jusuf Kalla boleh dicetak mana-mana penerbit tempatan tetapi ia dijual pada harga tertentu mengikut saiz dan jenis bingkai. Namun, masyarakat Indonesia kini bukan sahaja boleh dapat gambar dua pemimpin tersebut yang sudah ada di pasaran dua minggu lepas pelantikan dua kenamaan tertinggi republik itu, malah dua versi berbeza iaitu: tanpa nampak gigi dan wajah dengan bergigi.
Mungkin teruja dengan transformasi bersahaja pemimpin berkenaan, rakyat Indonesia dilaporkan berebut-rebut mahu mendapatkan potret ‘mesra rakyat’ memaparkan wajah Jokowi dan Jusuf dengan wajah senyum dan nampak gigi yang tampak lebih semula jadi. Akhbar berpengaruh Kompas hari ini melaporkan, banyak kedai foto tidak menang tangan menjual foto versi tampak gigi yang didakwa diperoleh daripada penerbit Grafika Jaya di Jakarta Barat yang diketahui diberi izin rasmi merakamkan gambar dua pemimpin itu. Lazimnya, peniaga menawarkan dua versi foto dan ramai pada mulanya ragu-ragu dengan foto rasmi yang agak serius garang terus memilih foto tampak gigi kerana sesuai dengan imej Jokowi dikenali suka senyum dan ketawa kecil apabila berbual secara santai.
Seorang pelanggan melihat beberapa potret rasmi Presiden Indonesia, Joko Widodo dan naibnya, Jusuf Kalla di sebuah kedai gambar di Jakarta.
Ini bukan kali pertama dua versi diterbitkan malah ketika Susilo Bambang Yudhoyono dan naibnya, Prof. Dr. H. Boediono sebelum itu, dua jenis wajah dikeluarkan sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat tempatan untuk memilihnya. Berbeza dengan regu Jokowi- Jusuf, ketika itu ramai lebih gemar memilih foto kedua Susilo-Boediono yang tampak serius bibir rapat tanpa gigi sesuai dengan penampilan mereka berbanding versi pertama memaparkan senyum lebar hingga terlihat sedikit gigi. – Agensi
Seorang peniaga di Jakarta menunjukkan potret rasmi Presiden Jokowi yang tampak sedikit gigi sambil tersenyum dan menjadi pilihan ramai pembeli. – Gambar Agensi Berita Rasmi Indonesia (Antara)

MPV Peronda Dirempuh, Polis Patah 3 Tulang Rusuk
KERETA peronda remuk teruk selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 0.5, Jalan Bahau-Juasseh, berhampiran Balai Polis Bahau, Negeri Sembilan.
Seremban – Seorang anggota polis parah dan seorang lagi cedera di muka selepas kereta peronda (MPV) dinaiki dirempuh sebuah kenderaan di Kilometer 0.5, Jalan Bahau-Juasseh, berhampiran Balai Polis Bahau, di sini, tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa Koperal Zulkifli Zainuddin, 55 dan Lans Koperal Abdullah Abd Karim, 24, sedang meronda di Taman Meranti ketika kejadian jam 12.15 tengah malam itu. Katanya, sebaik membelok ke kanan jalan dari arah Juasseh, tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Saga dari arah Bahau melanggar lampu isyarat sebelum merempuh bahagian kiri MPV dinaiki dua anggota terbabit. “Akibat rempuhan itu, Zulkifli yang berada di tempat duduk penumpang patah tiga tulang rusuk dan mengalami pendarahan di bahagian kepala, dada serta paru paru,” katanya. Menurutnya, sementara itu Abdullah pula mengalami kecederaan dibahagian muka akibat terhantuk. Katanya, kedua-duanya dibawa ke Hospital Jempol sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, berikutan keadaan kritikal. “Buat masa ini kami menahan pemandu kereta Proton Saga berusia 21 tahun itu untuk siasatan lanjut,” katanya selepas menziarahi dua anggotanya di HTJS, hari ini. - myMetro Online

Tak Pernah Genggam Satu, Nora Danish Teringin Menang Anugerah
SEPANJANG 10 tahun berkecimpung dalam bidang hiburan, aktres kecil molek, Nora Danish mengakui dirinya kini teringin untuk mengenggam sebarang anugerah yang dapat mengiktiraf bakat lakonannnya, selepas diadili orang-orang kuat industri perfileman dan lakonan tempatan.
“Saya rasa semua pelakon mempunyai impian yang sama. Tipulah jika tak mahu anugerah. Selama 10 tahun jadi pelakon, saya mengidam untuk terima anugerah kerana kualiti lakonan saya.
“Ya, dahulu saya mengaku tidak diberi kepercayaan untuk watak yang berat, tetapi hari ini senario telah berubah. Saya juga berusaha keras untuk memperbaiki mutu lakonan bukan sekadar jual wajah. Tidak kisah anugerah apa sekali pun asalkan ia mengiktiraf bakat lakonan saya,” katanya memetik sebuah akhbar tempatan.
Menurut pelakon berusia 32 tahun ini lagi untuk terus bertahan lama dalam industri, seseorang pelakon itu perlu menjaga kualiti lakonan mereka dan itulah yang mahu dilakukan Nora.
Fokusnya kini adalah memberikan yang lebih baik daripada segi lakonan agar peminat terus menyukai watak-watak yang dijayakannya baik dalam naskhah drama mahupun filem.
- MYNEWSHUB.CC
TOP
Dah Serik.. Hanez Enggan Komen Gosip Cinta Dengan Pilot
PELAKON Hanez Suraya enggan memberikan sebarang komen berhubung gosip terbaharu mengatakan dirinya kini bercinta dengan seorang juruterbang.
Sebaliknya, aktres ini mengambil pendekatan mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.
“Maaf, saya enggan komen mengenai perkara ini. Saya harap semua pihak faham dengan situasi saya. Sebelum ini saya memberi komen mengenai hal peribadi, perkara tersebut memberi kesan negatif dan disalahertikan oleh sesetengah pihak. Kini biarlah saya senyap sahaja,” katanya memetik laporan portal Gua.
Gambar Hanez dan jejaka dikenali sebagai S itu mula bertebaran di laman sosial selepas pelakon itu membuat pengumuman dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan Romie Razin Adilha.
Hubungan Hanez dengan Romie sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana bekas kekasihnya itu masih bergelar suami kepada wanita lain bernama Liyana Manan dan mempunyai dua cahaya mata.
Akibatnya Hanez dikecam teruk peminat seni tanahair hingga memberi kesan terhadap kerjaya seninya selepas sesetengah saluran TV mula mem’banned’ pelakon ini kerana tidak mahu rating penonton jatuh. - MYNEWSHUB.CC

Neelofa Bukan Lagi Pengacara Nona Musim Hadapan
PELAKON dan pengacara cantik, Neelofa Mohd Noor mendedahkan dia tidak akan mengacara lagi program wanita Nona untuk tahun hadapan.
Ini kerana tempoh tiga tahun yang ditimba sebagai pengacara program tersebut sudah banyak memberikan pengalaman dan kini sudah tiba masa untuknya mengacarakan program-program lain pula. “Kontrak saya bersama Nona akan tamat tahun ini. Saya tidak akan sambung mengacarakan program itu. Bagi saya cukuplah tiga tahun saya menempa nama dalam program tersebut. “Saya bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada pengacara program popular itu. Kalau boleh, saya mahu mengacarakan program lain pula selepas ini,” katanya memetik laporan sebuah akhbar tempatan. Neelofa sebelum ini mengacarakan program tersebut bersama-sama Fara Fauzana.
Sebelum Neelofa dan Fara, peranan sebagai pengacara Nona pernah digalas selebriti Vanidah Imran, Datin Normala Samsudin dan Maya Karin. Jadi, kita tunggu dan lihat selebriti mana pula yang akan menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Neelofa. Penggantinya kelak tentulah kena secantik dan seanggun Neelofa, baru boleh terus tarik penonton untuk melekat depan kaca tv. Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC

Demi Ketam Melintas, Jalan Ditutup Setiap Tahun
Kedengaran amat pelik namun ia memang berlaku di Pulau Christmas yang terletak di Australia.
Lebih 120 juta ketam yang mendiami pulau ini, memenuhi jalanraya pada setiap tahun antara bulan Oktober dan November.
Hal ini disebabkan, waktu tersebut adalah tempoh musim mengawan bagi ketam-ketam di Pulau Christmas jadi ia berhijrah dari pulau ke laut untuk bertelur.
Oleh kerana kehadiran ketam yang banyak pada tempoh penghijrahan tersebut, pihak berkuasa terpaksa mengarahkan jalanraya di pulau tersebut ditutup agar ketam-ketam tersebut tidak dilanggar kenderaan ketika ‘melintas’.
Ketam-ketam berwarna merah ini tinggal di habitat kawasan lembab hutan hujan dan akan berhijrah untuk mengawan dan bertelur di perairan pulau tersebut.
Kebiasaannya, ketam merah ini mengambil masa 4 minggu untuk bertelur,sebelum pulang kembali ke habitat asalnya.
Cuba anda tengok…memang banyaklah ketam-ketam di pulau ini!
Lebih mengujakan, pulau ini mempunyai keunikan tersendiri kerana majoriti penduduk asal pulau tersebut berbangsa Melayu Cocos dan beragama islam. Penduduk di sana juga bercakap dalam bahasa melayu tau! Apa lagi, mungkin Pulau Christmas ini boleh dijadikan destinasi pelancongan anda akan datang! – MYNEWSHUB.CC

Gaya Ranggi KJ.. Sambut Tetamu Dengan Doc Marten Merah
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sekali lagi mencetus havoc di laman sosial, kali ini bab pemakaian ketika bertugas di pejabatnya di Kementerian Belia dan Sukan.
13 November lepas, penampilannya ketika menerima kunjungan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia Imam Nahrawi, begitu mencuri perhatian.
Meskipun mengenakan baju batik pada hari itu, KJ kelihatan tidak kekok menggayakannya bersama but Doc Martens berwarna merah.
“Bapak Imam dan saya sempat bertukar pendapat tentang hubungan dua hala dan kerjasama jiran serumpun kita dalam bidang sukan dan pembangunan belia.
“InsyaAllah perjumpaan tadi adalah permulaan kepada persahabatan kukuh yang mampu melakar hubungan lebih erat di kalangan generasi muda Malaysia dan Indonesia,” kata KJ di laman Facebook, merujuk pada gambar dirinya dan Imam.
Bagaimanapun, jelas kasutnya telah mencuri perhatian dalam gambar tersebut berbanding beliau mahupun tetamu jauhnya. Penampilan KJ yang ‘remaja’ bagaimanapun mendapat respon positif netizen yang rata-rata menyifatkan beliau sebagai berani bergaya sesuai dengan portfolionya menjaga anak muda dan pembangunan sukan negara ini.
Sehingga hari ini, gambar KJ berkasut Doc Marten sudah menerima lebih 26,000 Likes dan lebih 2,000 komen daripada pengguna laman sosial. Harus diakui, KJ merupakan menteri yang dilihat menggunakan pendekatan popular dan setakat ini, caranya itu menjadi. – MYNEWSHUB.CC

Suami Ceraikan Isteri Sebab Tak Balas WhatsApp
SEORANG suami dari Arab Saudi dilaporkan menceraikan isterinya kerana mesej WhatsApp tidak dibalas.
Menurut Gulf News, isteri dikatakan langsung tidak membalas atau memberi respon terhadap mesej dihantar suaminya walaupun dia dilihat sentiasa online di aplikasi perbualan itu.
Risau sesuatu berlaku, si suami bergegas balik dari pejabat namun mendapati si isteri sedang enak menonton televisyen. Apabila ditanya mengapa tidak membalas mesej, isterinya mengaku terlalu sibuk chatting dengan rakan-rakan dan akan membalasnya kemudian.
Tanpa teragak-agak suami tersebut terus melafazkan talak ketika itu juga.
Suami wanita tersebut yang berusia dalam lingkungan 30-an, dikatakan sudah lama berang dengan perbuatan isterinya yang gemar menghabiskan masa dengan ‘bermain’ telefon bimbit.
Perbuatannya yang tidak dapat berenggang dengan telefon juga didakwa telah membuat wanita tersebut lalai dalam menguruskan rumah tangga dan anak.
Tak tahan dengan situasi tersebut, si suami akhirnya menjatuhkan talak kepada isteri yang sudah dinikahinya selama dua tahun. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Tak Siapkan KLIA2 Ikut Masa, Tapi Dapat Tender RM49.47 Juta?
Bangunan Terminal Penerbangan Tambang Murah KLIA2
Syarikat yang sebelum ini gagal melengkapkan projek KLIA2 dalam tempoh yang ditetapkan, Bina Puri Sdn Bhd dikhabarkan berjaya memenangi tender bernilai RM49.47 juta untuk membangunkan infrastruktur bersebelahan tanah Projek Penyambungan Jajaran LRT Laluan Ampang. Projek bertempat di Bukit Jalil itu akan dibangunkan secara bersama dengan Brilliant Corridor dan Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA). Ia dijangka siap dalam tempoh lapan bulan bermula bulan ini, memetik laporan The Malaysian Insider (TMI). “Ia penting untuk projek infrastruktur di Awan Besar ini siap tepat pada masanya ketika Stesen 01 mula beroperasi bagi meningkatkan perkhidmatan LRT oleh Prasarana,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Bina Puri Tan Sri Tee Hock Seng dalam satu kenyataan hari ini. Projek yang akan dijalankan Bina Puri itu antaranya melibatkan pembinaan dan menyiapkan akses jalan baru utama, penjajaran semula jalan raya sedia ada, laluan bawah tanah, peti keselamatan kenderaan, tembok penahan, permukaan tempat letak kereta dan laluan pejalan kaki berbumbung. Ia juga melibatkan pemasangan lampu jalan, penambahbaikkan lampu isyarat, saliran dan jalan, landskap dan lain-lain. Prasarana, yang juga pemilik aset dan pengendali Jajaran LRT Laluan Ampang, melantik Bina Puri-Tim Sekata JV sebagai kontraktor utama dan Fajarbaru Builder Sdn Bhd sebagai sub-kontraktor dalam projek penyambungan yang dicadangkan. Bina Puri, pada Jun tahun lepas terlibat dalam projek kerjasama dengan UEMC (UEMC-Bina Puri) menerima perakuan tidak siap atas kegagalan mereka menyiapkan kerja bangunan utama terminal KLIA2. Bina Puri yang juga kontraktor di bangunan KLIA2 juga dikenakan ganti rugi tertentu (LAD) sebanyak RM199,445.40 sehari akibat kegagalan tersebut. Sehingga kini, UEMC-Bina Puri JV terpaksa membayar LAD berjumlah hampir RM100 juta sejak Jun tahun lepas. – MYNEWSHUB.CC

Wanita Disahkan Mati Bangun Semula, Minta Teh Panas
SEORANG wanita warga emas berusia 91 tahun dari Poland yang telah disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas mengejutkan seluruh ahli keluarganya apabila bangun semula selepas 11 jam berada dalam beg mayat.
Wanita tersebut, Janina Kolkiewicz disahkan mati oleh Dr Wieslawa C yang kini dipersalahkan kerana tersilap diagnosis kematian warga emas tersebut.
Selepas disahkan meninggal dunia, Janina dihantar ke pusat pengurusan mayat untuk hal pengebumian namun 11 jam selepas berada di situ, seorang pekerja menyedari terdapat pergerakan dalam beg mayat yang mengandungi mayat Janina.
Berasa curiga, pekerja tersebut membuka beg mayat dan terkejut apabila mendapati wanita itu masih hidup malah sempat meminta teh panas sebaik beg itu dibuka.
Selepas itu, Janina terus dihantar pulang ke rumah di mana ahli keluarganya sedang berkabung dengan ‘pemergiannya’ 11 jam sebelum itu. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Ibu Firdaus Dihukum Penjara 7 Bulan, Denda RM10,000
MENYAYAT HATI.. Keadaan Muhammad Firdaus ketika ditemui di sebuah bilik di Flat Semarak, Nilai 21 Jun lalu.
SEREMBAN – Lolanopita Sadi, yang mengabaikan anak lelakinya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah selama kira-kira enam bulan, hari ini dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini. Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu selepas wanita itu mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan membiarkan anaknya itu tinggal tanpa pengawasan antara Januari hingga Jun lepas. Ketika menyampaikan keputusan itu, katanya beliau menjatuhkan hukuman itu setelah mengambil kira kepentingan Muhammad Firdaus, tertuduh dan awam. “Kebajikan Muhammad Firdaus adalah matlamat utama. Dari fakta kes, Muhammad Firdaus bergantung kasih dan sayang semata-mata kepada ibunya,” katanya. Beliau berkata semua pihak perlu memainkan peranan agar kes seperti ini tidak terjadi lagi. “Di mana peranan ketua-ketua masyarakat dan agensi-agensi sehingga kes ini terjadi dan media juga sepatutnya menjadi telinga dan mata kepada masyarakat,” katanya. Bagi pertuduhan pertama, Lolanopita, 40, dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan denda RM6,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda manakala bagi pertuduhan kedua pula hukuman penjara tiga bulan dan denda RM4,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda. Bagaimanapun, dia hanya perlu menjalani hukuman penjara empat bulan selepas Kamarudin memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini. Bagi pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak itu didakwa mengabaikan Muhammad Firdaus dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami cedera fizikal atau emosi di sebuah bilik di rumah mereka di Blok 15-1-9 Flat Semarak, Nilai antara Januari hingga 2.30 pagi, 21 Jun. Dia juga didakwa dengan sengaja membiarkan anaknya tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan di tempat sama pada pukul 2.30 pagi, 21 Jun. Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya dan pertuduhan kedua mengikut Seksyen 33c akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Terdahulu, peguam bela Hanif Hassan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda paling minimum terhadap Lolanopita kerana anak guamnya itu telah membuat pengakuan bersalah, latar belakang hidup tertuduh yang susah dan hubungan rapat di antara tertuduh dan Muhammad Firdaus. Ketua Unit Pendakwaan Negeri Sembilan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh pula memohon kepada mahkamah agar hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana kes ini telah menjadi kes kepentingan awam dan perbuatan tertuduh tidak boleh diterima kerana melibatkan nyawa seorang kanak-kanak OKU yang berpenyakit. Lolanopita yang memakai tudung biru dan berbaju kurung kapas kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan. Dia kali pertama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 27 Jun lalu. Ahmad Terrirudin dibantu Mohd Farid Mohd Mokhtar manakala Hanif dibantu Shaheera Zulkifli. – BERNAMA

Apa Dah Jadi.. Dua Kereta Kantoi Punya No Plat Sama!!
Apakah perasaan anda jika menemui sebuah lagi kereta yang bukan sahaja sama model dengan kereta anda malah menggunakan nombor plat sama?
Itulah yang terjadi kepada dua pemilik kereta jenis Volkswagon apabila mendapati kereta mereka menggunakan nombor pendaftaran yang sama.
Kejadian difahamkan berlaku di Taman Melati, Gombak melibatkan kereta dengan nombor pendaftaran AJK 8033.
Kini gambar kejadian tersebut telah tersebar luas di internet, memaparkan dua kereta terbabit diletakkan sebelah menyebelah dengan beberapa anggota polis dilihat berada di kawasan kejadian. Kebanyakan berpendapat, kes begini berlaku disebabkan salah sebuah kereta didaftarkan dengan cara yang tidak betul dan menggunakan nombor plat kereta yang sebuah lagi. Menurut saksi kejadian, individu yang memandu kereta terbabit turut terpinga-pinga dan kelihatan cuba menelefon seseorang bagi mengenalpasti punca perkara ini terjadi. - MYNEWSHUB.CC
Kini gambar kejadian tersebut telah tersebar luas di internet, memaparkan dua kereta terbabit diletakkan sebelah menyebelah dengan beberapa anggota polis dilihat berada di kawasan kejadian. Kebanyakan berpendapat, kes begini berlaku disebabkan salah sebuah kereta didaftarkan dengan cara yang tidak betul dan menggunakan nombor plat kereta yang sebuah lagi. Menurut saksi kejadian, individu yang memandu kereta terbabit turut terpinga-pinga dan kelihatan cuba menelefon seseorang bagi mengenalpasti punca perkara ini terjadi. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Bas Hentian Putra Pindah Ke TBS Mulai 1 Dis Ini
KUALA LUMPUR – Perkhidmatan bas ekspres laluan timur dari Hentian Bas Putra (HBP) di sini akan berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada 1 Dis ini.
Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri berkata perpindahan itu dilaksanakan kerana struktur bangunan HBP tidak selamat digunakan selain mengambil kira faktor keselesaan penumpang bas.
Keadaan di TBS lebih selesa berbanding HBP kerana ia mudah dihubungkan dengan jaringan pengangkutan awam lain serta mempunyai ruang lebih luas bagi menampung bas yang banyak, kata bahagian itu dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA
TOP
10 Suspek Bookie Lumba Kuda Ditahan Di Kuantan
KUANTAN – Polis menahan lapan lelaki dan dua wanita dipercayai bookie lumba kuda dalam serbuan di kawasan Taman Perindustrian Semambu dekat sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata kesemua suspek berusia lingkungan 44 hingga 72 tahun itu ditahan dalam ‘Ops Dadu Khas Bookie Kuda’ yang bermula 3 petang hingga 7 malam.
“Dalam serbuan itu juga polis berjaya merampas wang tunai sebanyak RM43,901 yang dipercayai hasil pertaruhan judi, sepuluh buah telefon bimbit, empat unit alat kelui pertaruhan, dua tablet dan dua buah mesin kira.
“Turut dirampas buku jadual lumba kuda, dua keping surat khabar dipercayai untuk rujukan kegiatan mereka yang mengandungi jadual dan nilai pertaruhan, dua beg sandang serta 13 keping kertas catatan pertaruhan lumba kuda,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata, polis percaya mereka yang diberkas merupakan anggota kumpulan yang sama dan dipercayai aktif sejak dua minggu lalu.
“Kita percaya mereka ini beralih kepada kegiatan bookie kuda selepas premis perjudian internet haram digempur polis sejak kebelakangan ini,” katanya.
Zakaria berkata kesemua suspek direman sehingga Rabu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953, yang membawa hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan maksimum RM200,000 dan penjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan. – BERNAMA
TOP
Isu Survival Graduan Melayu Antara Fokus PEMANAS 2014
KUALA LUMPUR – Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2014 (PEMANAS 2014), yang bermula Khamis ini, akan membincangkan soal survival graduan Melayu dalam aspek pendidikan, pekerjaan, ekonomi dan kehidupan secara keseluruhannya.
Persidangan yang akan dianjurkan bersama oleh Biro Pendidikan UMNO dan Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, persidangan empat hari itu turut membincangkan soal penghayatan Wasatiyyah serta isu ancaman terhadap Islam pada masa kini.
Pengerusi Biro Pendidikan UMNO, Senator Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah, berkata ia juga bakal membicarakan peranan media baharu dalam senario politik negara serta pembabitan mahasiswa dalam pembentukan dasar kerajaan.
“Saya harap semua 240 anggota perwakilan yang terdiri daripada mahasiswa di dalam dan luar negara, dapat mengemukakan pandangan, cadangan mahupun kritikan bagi menambah baik isu berbangkit.
“Penyertaan pemerhati dalam kalangan mahasiswa, pentadbir, pensyarah, ahli korporat dan ahli politik juga meningkat kepada 70 orang tahun ini,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.
Bertemakan ‘Mahasiswa Peneraju Transformasi Negara’, Ibrahim berkata, pihaknya sangat menggalakkan mahasiswa itu memberi pandangan dan pemikiran masing-masing pada PEMANAS 2014 yang diadakan buat kali kedua sempena Perhimpunan Agung UMNO.
Persidangan itu akan mengetengahkan konsep persidangan ala Parlimen dan ‘Select Committee’.
Beliau berkata, empat pembahas terbaik akan dipilih mewakili suara mahasiswa untuk berbahas pada Perhimpunan Agung UMNO tahun ini bagi merumus dan mengetengahkan fakta yang dibangkitkan dalam PEMANAS 2014.
Dua wakil itu akan berucap pada Perhimpunan Agung manakala seorang wakil masing-masing akan berbahas pada Perhimpunan Agung Pemuda dan Puteri UMNO.
Mengenai aspek peremajaan UMNO yang ditekankan Presiden parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ibrahim menegaskan PEMANAS 2014 adalah platform melatih pemimpin muda untuk menjadi lebih matang dan bersedia menyertai arena politik negara khususnya sebagai pelapis kepimpinan UMNO.
Selain persidangan itu, anggota perwakilan PEMANAS 2014 akan melawat Parlimen Malaysia, Permata Pintar dan Pusat Asuhan Permata Negara untuk melihat dan menghayati sistem eksekutif negara.
Barisan pemimpin UMNO termasuk Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ketua-ketua sayap dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi dijadual terbabit dalam program PEMANAS 2014. – BERNAMA
TOP
JAKIM Nafi Sebaran WhatsApp Konon Produk Munchy’s Tak Halal
Susulan maklumat palsu yang disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp kononnya produk Munchy’s tidak halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat penafian menerusi laman Facebook mereka, hari ini.
Antara produk Munchy’s yang berada di pasaran Malaysia.
Khabar angin disebarkan pihak tak bertanggung jawab itu mendakwa, JAKIM telah membuat serbuan ke atas Kilang Munchys, Batu Pahat dan menemui stor arak di dalamnya.
Difahamkan, kisah kononnya biskut Munchy’s mengandungi arak sudah lama tersebar sejak beberapa tahun dulu namun tak dapat dipastikan siapa yang memulakan cerita ini dan mengapa.
Bagaimanapun pihak JAKIM telah memberi jaminan bahawa eksekutih mereka sentiasa memantau kilang ini agar mematuhi prosedur pensijilan halal Malaysia.
Diharapkan dengan penjelasan ini, hilang rasa was-was umat Islam.
Bak kata admin page JAKIM di atas, mengharamkan yang halal juga satu dosa, apatah lagi menyebarkan cerita fitnah hingga mendatangkan aniaya kepada pihak tak bersalah. - MYNEWSHUB.CC

Azwan Ali Kini Bertudung?
Sesungguhnya, insan bernama Azwan Ali dengan kontroversi berpisah tiada – daripada isu penampilan membawa tas tangan perempuan, gemar selfie tak kira acara hinggalah pakar mencarut di media sosial, tiada siapa dapat mengalahkan tahap Azwan mencipta headline ruangan gosip.
Terbaharu, Azwan kembali bakar line apabila memuatnaik gambarnya di laman sosial Twitter.
Sekali pandang, sejuk hati perut ibu mengandung melihat wanita bertudung litup ala moden yang dipadankan dengan blazer merah dalam gambar tersebut. Dua kali pandang, perempuan yang tengah tunggu hari boleh terberanak dibuatnya!!
MasyaAllah, Azwan Ali rupanya…
Janganlah macam itu.. yang salah tetap salah dek non.- MYNEWSHUB.CC
Sekali pandang, sejuk hati perut ibu mengandung melihat wanita bertudung litup ala moden yang dipadankan dengan blazer merah dalam gambar tersebut. Dua kali pandang, perempuan yang tengah tunggu hari boleh terberanak dibuatnya!!
MasyaAllah, Azwan Ali rupanya…
Janganlah macam itu.. yang salah tetap salah dek non.- MYNEWSHUB.CC
TOP
Takde Kerja Cari Kerja.. Polis Tahan Lelaki Cuba Ukur Jambatan NY
NEW YORK – Gara-gara mahu mengetahui ukuran sebenar Jambatan Brooklyn di sini sebelum merakamkan gambar, seorang pelancong Perancis, Yonathan Souid ditahan polis atas dakwaan menceroboh kawasan larangan dan cuba membahayakan diri sendiri.
Lelaki berusia 23 tahun dan berasal dari Esnandes di barat daya Perancis itu ditangkap kira-kira pukul 1.30 pagi Ahad (atau 1.30 pagi Isnin) selepas didapati melepasi pagar dan cuba memanjat ke arah lampu utama jambatan terkenal antara Manhattan dan Brooklyn itu.
Pendakwa raya daerah Brooklyn, Ken Thompson berkata, Souid terpaksa bermalam di lokap sebuah balai polis tempatan sebelum didakwa di mahkamah daerah pada keesokan hari atas tuduhan memasuki kawasan larangan tidak kira atas apa-apa alasan sekali pun.
Ini kes ketiga di mercu tanda New York itu dalam masa empat bulan selepas insiden akhir Ogos lalu, seorang pelancong Rusia, Yaroslav Kolchin, 24 tahun, ditahan kerana cuba mendaki puncak menara jambatan juga kerana mahu merakamkan gambar kenangan.
Lewat Julai lalu, dua pelukis Jerman, Mischa Leinkauf dan Matthias Wermke, masing-masing 37 dan 35 tahun, ditahan kerana mahu memanjat dua batang tiang bendera bagi menggantikan bendera Amerika Syarikat dengan bendera buatan sendiri. – Agensi
Jambatan Brookyln yang menghubungkan Manhattan dan Brooklyn di New York. – Gambar hiasan
Jambatan Brookyln yang menghubungkan Manhattan dan Brooklyn di New York. – Gambar hiasan
TOP
Suami Penumpang MH370 Terpaksa Bernikah Di Negara Jiran
Gambar isteri baharu lelaki yang juga suami kepada seorang penumpang pesawat MH370 yang status hidup dan matinya masih tidak diketahui sehingga kini. (Foto Mstar Online)
Ekoran status penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sehingga kini belum diketahui masih hidup ataupun mati, suami seorang daripada penumpang terpaksa bernikah di negara jiran sebelum mendaftarkan perkahwinan baharunya di Malaysia. Pasangan berkenaan juga dikhuatiri berdepan tindakan undang-undang atas kesalahan mengamalkan poligami tanpa kebenaran isteri pertama, sedangkan status isteri tersebut tidak diketahui sama ada masih hidup atau sebaliknya. Memetik laporan Mstar Online, satu sumber berkata suami berkenaan sebelumnya sudah pun memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah, awal bulan ini. Lelaki itu yang juga bapa kepada empat anak itu bagaimanapun menghadapi kesukaran kerana tidak dapat mengemukakan surat kebenaran daripada isteri pertamanya untuk bernikah kali kedua. “Sijil kematian isterinya tidak boleh dikeluarkan, jadi sukar untuk bernikah dalam negara. Oleh itu pasangan itu ke Songkhla, Thailand dan kini memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami,” dakwa sumber tersebut. Lelaki itu dikatakan mengahwini wanita berasal dari Muar, Johor dan bertugas di Kuala Lumpur. Majlis pasangan berkenaan diadakan secara kecil-kecilkan di sebuah homestay di Langat pada bulan lepas. Insiden kehilangan pesawat MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur sebelum hilang dari pengesanan radar, berlaku pada awal pagi 8 Mac lepas. Hasil siasatan antarabangsa menunjukkan kedudukan terakhir pesawat adalah di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia namun tiada sebarang bukti nyata menyokong teori sampai ke hari ini. Susulan itu Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid meminta mufti dan pihak berkuasa agama mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan kekeliruan dialami waris penumpang dan kru pesawat tersebut, baru-baru ini. Menurut beliau, fatwa itu amat diperlukan untuk mencari jalan penyelesaian agar tidak timbul kekeliruan dari segi harta, wasiat, insurans dan sebagainya berkaitan anggota keluarga dan waris mangsa. - MYNEWSHUB.CC

BERITA BAIK!!!
ReplyDeleteNama saya Kezia Arjuna, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman supaya berhati-hati, kerana terdapat penipuan di mana-mana, mereka akan menghantar dokumen perjanjian palsu kepada anda dan mereka akan mengatakan tidak ada bayaran pendahuluan, tetapi mereka adalah Idle orang, kerana mereka akan meminta pembayaran yuran lesen dan yuran pemindahan, jadi berhati-hati dengan Syarikat Pinjaman yang palsu.
Beberapa bulan yang lalu saya terkejut dari segi kewangan dan terdesak, saya tertipu oleh beberapa pemberi pinjaman dalam talian. Saya hampir kehilangan harapan sehingga Tuhan menggunakan kawan saya yang merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat handal bernama Puan Kathleen, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar Rp. 900,000,000 (900 juta) dalam masa kurang daripada 24 jam tanpa tekanan atau tekanan dan kadar faedah hanya 2%.
Saya sangat terkejut apabila saya memeriksa baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah yang saya gunakan telah dihantar terus ke akaun bank saya tanpa berlengah-lengah.
Kerana saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik, jadi orang boleh mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi ibu yang baik melalui e-mel sebenar: kathleenloancompany1@gmail.com dan WhatsApp Only: {+12093480782}. Dengan rahmat Tuhan, dia tidak akan pernah mengecewakan anda dalam mendapatkan pinjaman jika anda mematuhi perintahnya.
Anda juga boleh menghubungi saya di email saya: keziaarjuna@gmail.com dan Bulan yang memperkenalkan dan memberitahu saya mengenai Puan Kathleen, dia juga mendapat pinjaman baru dari Cik Kathleen. Sekarang apa yang saya akan lakukan adalah cuba untuk memenuhi bayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun mereka setiap bulan.
Satu perkataan cukup untuk orang bijak.