TOP
Video: Selain Terima Kasih, Kalimah Ini Wajib Diucap!
Ucapan terima kasih sebenarnya boleh dianggap sebagai satu kalimah yang mampu menimbulkan kepuasan kepada sesiapa sahaja tatkala membantu orang yang lain.
Kita diajar untuk mengucapkan kalimah itu sebagai tanda penghargaan usaha yang dilakukan kepada pihak yang membantu.
Namun, mungkin selepas anda menonton video ini, anda akan mengetahui ada perkataan yang lain yang mampu mengembirakan hati dan kepuasan yang luar biasa tatkala mendengarnya.
Dengarkan kisah empat orang yang bekerja di sektor perkhidmatan ini dan pasti ada pengajaran yang bakal anda ingati menerusi iklan Coca-Cola ini.
Bagaimana, terharu bukan? Benar, mereka hanya pekerja biasa yang akan melakukan sebaik mungkin tugas yang dipertanggungjawabkan. Tetapi mereka juga seperti insan yang lain yang mahu dihormati dan diingati. Lihatlah sendiri reaksi wajah mereka yang sangat gembira dan teruja tatkala nama mereka diketahui dan disebut. Terpancar sinar kegembiraan dan kepuasaan di setiap wajah mereka. Berbalik sendiri pada diri kita, ada sesiapa yang kita fikirkan seperti mereka? Lakukan hari ini! – MYNEWSHUB.CC

Kerajaan Diminta Pertimbang Tingkatkan Kadar Caruman KWSP
KUALA LUMPUR: Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda merangkap Pengerusi Konvensyen Perpaduan Nasional mengadakan sidang media selepas mempengerusikan taklimat khas di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru di sini hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Kerajaan wajar mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi golongan pekerja berikutan peningkatan kos sara hidup kini, kata Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda. Beliau berkata peningkatan caruman itu bagi memastikan pekerja yang akan bersara mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menyara kehidupan berikutan peningkatan kos sara hidup. “Kalau kita lihat, jumlah caruman (terkumpul) bagi yang berpendapatan rendah pada umur 55 tahun tidak sampai RM50,000. Kalau hendak hidup 10 tahun lagi, cukupkah RM50,000 ini? “Kerajaan harus mempertimbangkan supaya kadar caruman majikan dinaikkan daripada 13 peratus kepada sekurang-kurangnya 15 peratus dan bagi pekerja pula harus dinaikkan daripada 11 peratus kepada 12 atau 13 peratus,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat akhir mengenai ‘Konvensyen Perpaduan Nasional’ di sini hari ini. Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan sedang mengkaji mekanisme bagi memastikan pencarum KWSP mempunyai simpanan mencukupi untuk menyara hidup mereka selepas bersara. Pada masa yang sama, Azih juga menegaskan bahawa Cuepacs tidak bersetuju dengan cadangan KWSP untuk melanjutkan umur bagi pengeluaran keseluruhan simpanan persaraan kepada 60 tahun. “Beri opsyen kepada pencarum untuk menentukan bila dia nak keluar (simpanan KWSP)… Jangan esok kalau dia mati, langsung tak dapat,” katanya. Sementara itu, Azih yang juga Pengerusi Jawatankuasa Konvensyen Perpaduan Nasional berkata sebanyak 320 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengesahkan kehadiran untuk konvensyen itu pada Ahad di Pusat Islam di sini. “Konvensyen ini akan mengupas semua perkara daripada perlembagaan sampai kepada kontrak sosial yang merangkumi soal ekonomi, politik dan pendidikan yang menjurus kepada kepentingan perpaduan di negara kita,” katanya. Beliau berkata sebanyak 25 peserta telah menawarkan diri untuk membahaskan penyediaan memorandum perpaduan yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan agung Umno minggu depan. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan merasmikan konvensyen itu. – BERNAMA

Mydin Buka Cawangan Pasar Raya Terbesar Di Gong Badak
KUALA NERUS – Mydin Mohamed Holdings Bhd membuka cawangan pasar rayanya yang keenam dan terbesar di negeri ini, di Gong Badak di sini hari ini.
Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Bhd Tuan Murad Ali Mydin berkata cawangan pasar raya itu melibatkan kos RM140 juta dengan keluasan keseluruhan 615,290 kaki persegi.
Katanya ia terletak di kawasan yang sedang membangun dan berhampiran pejabat kerajaan dan pusat pengajian tinggi.
“Dengan pembukaan pasar raya ini, ia akan merancakkan lagi ekonomi setempat dan mengukuhkan lagi kedudukan Mydin di Terengganu,” katanya kepada pemberita di sini.
Katanya sebanyak 1,000 ruang meletak kenderaan disediakan bagi kemudahan pelanggan.
Beliau berkata lima cawangan lain di Terengganu ialah tiga di Kuala Terengganu, manakala dua lagi, masing-masing di Kuala Ibai dan Dungun.
“Secara keseluruhan, Mydin mempunyai 249 cawangan dengan pelbagai konsep perniagaan seperti pasar raya besar, emporium, bazar, pasar mini (MyMydin), kedai serbaneka (MyMart), francais (Mydin Mart), pasar raya premium dan restoran premium,” katanya. – BERNAMA
TOP
JBPM Bina Semula 62 Rumah Mangsa Kebakaran
KULIM: Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Amer Yusof (kanan) memotong riben selepas menyerahkan replika kunci rumah kepada ibu tunggal, Ainul Murshida Mohd Isa, 57 (dua, kanan) di majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar di Bawah Program Strategi Lautan Biru kebangsaan Ke-7 (NBOS7) di kampung Sungai Limau Lunas,dekat sini petang semalam. - Foto Bernama
KULIM – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membantu membina sebanyak 62 buah rumah mangsa kebakaran yang miskin dan susah melibatkan kos hampir RM2 juta di bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sejak 2012. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM Datuk Amer Yusof berkata bantuan rumah tiga bilik untuk mangsa kebakaran yang menepati kriteria tertentu itu dibina sendiri kakitangan jabatan dan siap dalam tempoh antara 30 dan 40 hari. “Kami mendapat kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam usaha mendapatkan bantuan berkenaan dan jabatan kami menyediakan tenaga kerja secara bergilir dalam kalangan kakitangan,” katanya kepada pemberita hari ini. Beliau berkata demikian selepas menyerahkan replika kunci sebuah rumah yang dibina kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kulim kepada seorang ibu tunggal mangsa kebakaran, Ainul Mushida Mohd Isa, 57, di Kampung Sungai Limau, Lunas dekat sini. Amer berkata bagi tahun ini, JBPM telah membina sebanyak 32 buah rumah berharga RM30,000 sebuah di Semenanjung dan RM42,000 sebuah di Sabah dan Sarawak. Rumah berkenaan turut dilengkapi perabot. Katanya, rumah milik Ainul Mushida ini merupakan antara dua buah rumah yang dibina di Kedah dengan sebuah lagi di daerah Kota Setar. Sementara itu, Ainul Mushida melahirkan rasa terharu dan bersyukur kerana mendapat bantuan rumah yang turut dilengkapi perabot. “Saya dan keluarga amat berterima kasih atas sumbangan rumah yang bukan sahaja cantik binaannya tetapi akan menjadi tempat saya dan keluarga berteduh daripada hujan dan panas kerana selama ini saya menumpang di rumah keluarga,” katanya. Ainul Mushida, bekas pekerja kilang berkata rumah asal milik keluarganya itu terbakar pada Jun 2013 dan beliau berpindah untuk menetap sementara waktu di Kuala Lumpur. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Nurul Syafawati Abu Amin, 30 yang bekerja sebagai seorang guru dan Awzani Yahaya, 18, yang masih belajar di sebuah kolej swasta. – BERNAMA

Tanah Mendap: Jalan Penarik Ke Kampung Raja Besut Ditutup
Foto Terengganu Times
SETIU – Jalan Penarik ke Kampung Raja di Besut ditutup kepada semua kenderaan berikutan berlaku tanah mendap akibat banjir yang melanda kawasan Penarik malam tadi. Ketua Polis Daerah Setiu DSP Ab Rahman Raja Mohamad berkata mendapan itu berlaku di Kampung Nyatoh berhampiran Pusat Tahfiz Baitul Rahmah. Katanya pengguna jalan raya dari Kampung Raja untuk ke Kuala Terengganu dinasihat membuat lencongan di Jalan Guntong Dalam. “Pengguna jalan raya dari arah Kuala Terengganu yang hendak ke Kota Baharu (Kelantan) dinasihat menggunakan jalan dari Batu Enam, Kuala Terengganu ke Sungai Tong dan ke Bandar Permaisuri sebelum ke Jerteh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Ab Rahman berkata laluan berkenaan ditutup sejak 11 malam tadi setelah mendapati mendapan tersebut bertambah serius dan berbahaya kepada pengguna jalan raya. Katanya kerja membaiki sedang giat dilakukan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). – BERNAMA

Polis Johor Tumpas Sindiket Curi Kenderaan Mewah
JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff (kiri) bersama pegawainya menunjukkan antara kereta mewah yang berjaya dirampas ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU – Polis Johor menumpaskan sindiket curi kenderaan mewah di negeri ini dalam 12 siri serbuan di daerah Johor Baharu Selatan baru-baru ini. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dalam kesemua serbuan pada 12 Nov lepas, seramai empat lelaki dan dua perempuan, yang kesemuanya warga tempatan, ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket terbabit. “Kesemua suspek yang berusia 17 hingga 35 tahun itu juga disyaki terlibat dalam aktiviti pecah rumah di Johor, Perak dan Kuala Lumpur dan penangkapan ini membolehkan polis berjaya menyelesaikan 35 kes pecah rumah di tiga negeri itu,” kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini. Dalam serbuan itu, polis turut merampas tujuh kereta mewah berjenama seperti Lexus, Mini Cooper, BMW dan Mercedes Benz serta sebuah motosikal BMW. Kesemua kenderaan itu dilaporkan hilang di Pulau Pinang, Perak dan Selangor, kata beliau. Mohd Mokhtar berkata hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau. Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan iaitu mencuri kenderaan bermotor yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda. Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, iaitu pecah rumah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun. Dalam perkembangan lain, Mohd Mokhtar berkata polis juga merampas 5,675 mesin judi dan wang tunai RM198,417 bagi tempoh Januari hingga 19 Nov tahun ini. Seramai 157 individu telah didakwa ke mahkamah dan disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor 1998, kata beliau. Beliau berkata sebanyak 594 buah komputer perjudian dan wang tunai RM15,984 telah dirampas menerusi 873 serbuan yang telah dibuat bagi tempoh 26 Okt dan 19 Nov tahun ini. – BERNAMA

TNB Kesal Kontraktor Rosakkan Kabel TNB
KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) berasa kesal dengan sikap segelintir kontraktor di Selangor kerana tidak memaklumkan kerja-kerja pengorekan yang mahu mereka lakukan di negeri itu kepada TNB terlebih dahulu.
Pengurus Besar Negeri (Selangor) Bahagian Pembahagian TNB, Datuk Ir. Mohd. Azim Yusof berkata, sikap kontraktor terbabit menyebabkan kira-kira 2,600 pengguna di Puchong terjejas bekalan elektrik lebih enam jam pada 19 November lalu.
“TNB amat kesal atas kejadian yang berlaku dan memohon kerjasama daripada pihak yang terlibat agar memaklumkan kepada TNB terlebih dahulu sekiranya ingin melakukan sebarang kerja pengorekan melibatkan pepasangan dan kabel TNB.
“Pihak TNB amat berharap agar komunikasi secara berkesan di antara dua pihak ini dapat diteruskan demi kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Azim berkata, dalam kejadian pada 19 November lalu, gangguan bekalan elektrik berlaku dari pukul 3.47 petang hingga 10.05 malam akibat kerosakan kabel bervoltan tinggi milik TNB.
Menurut beliau, kawasan yang terjejas bekalan elektrik pada hari tersebut adalah Puchong Perdana, Puchong Prima Harta, Taman Puchong Prima dan Desa Impian.
“Gangguan bekalan ini berpunca daripada kerosakan kabel bervoltan tinggi milik TNB disebabkan oleh kerja-kerja pengorekan tanah oleh pihak ketiga di kawasan tersebut,” katanya.-mynewsub
TOP
Ahmad Dhani Sokong Jokowi Naik Harga Minyak
Ahmad Dhani dikenali umum antara artis yang aktif dalam politik Indonesia termasuk bergerak cergas sebagai pemimpin pelapis Parti Kebangkitan Bangsa.
JAKARTA – Meskipun berbeza parti politik daripada presiden baharu Indonesia, Joko Widodo, pemuzik terkenal negara itu, Ahmad Dhani nyata masih berjiwa patriotik apabila menyokong pemimpin No.1 republik itu termasuk keputusan menaikkan harga minyak. Malah, beliau yang pernah mengetuai kumpulan penghibur paling berjaya di Indonesia semasa dekad 1990-an lalu, Dewa 19, mendesak presiden yang lebih mesra disebut Jokowi itu langsung memansuhkan subsidi bahan api tersebut kerana dianggap tidak praktikal. “Saya dukung penghapusan subsidi BBM (bahan bakar minyak), kerana buat apa BBM disubsidi. Lebih baik dana itu disalurkan kepada hal lain lebih berguna demi rakyat” ujarnya kepada akhbar Tempo ketika ditemui di Discovery Hotel, Ancol di sini malam tadi. Namun penyanyi rock berusia 42 tahun yang nama sebenarnya Ahmad Dhani Prasetyo berharap, pemerintah serius menambah baik sistem pengangkutan awam negara itu sebagai alternatif kepada rakyat segera beralih daripada guna kenderaan persendirian. Jokowi mengumumkan secara mengejut pengurangan subsidi BBM lebih 30 peratus dengan harga petrol daripada 6,500 rupiah (RM1.80) seliter kepada 8,500 rupiah (RM2.35) dan diesel daripada 5,500 rupiah (RM1.52) kepada 7,500 rupiah (RM2.07) mulai Selasa lalu. Sambil menyifatkan keputusan Jokowi pada 18 November lalu sebagai amat tepat, Ahmad Dhani yang merupakan penyokong Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) bagaimanapun tetap tidak menyukai parti presiden itu walaupun rakan-rakannya dilantik sebagai menteri. Beliau yang pernah berkempen untuk calon PKB, Prabowo Subianto bagi merebut jawatan presiden Indonesia semasa pilihan raya umum awal tahun ini berkata, ramai sahabatnya dari parti tersebut menjadi menteri untuk membentuk Kabinet Jokowi bulan lalu. – Agensi
Ahmad Dhani menunjukkan isyarat satu jari sebagai simbolik rujukan kertas undi petak nombor 1 untuk menyokong calon Prabowo Subianto (kiri) semasa kempen pilihan raya umum presiden Indonesia awal tahun ini. – Gambar hiasan

Remaja Warga Tempatan Dirogol Bergilir-gilir 5 lelaki Warga Myanmar
KUALA LUMPUR: Seorang remaja berumur 16 tahun dipercayai telah dirogol oleh teman lelaki bersama empat kawan teman lelakinya Lombong Buaya, Kampung Sri Aman, Puchong minggu lalu,
Kejadian itu terjadi setelah mangsa telah mengikuti teman lelakinya, Mohd Hisham, yang juga merupakan warga Myanmar pada pukul 1 pagi untuk ke kedai makan. Bagaimanapu ketika makan mangsa telah diraba oleh seorang rakan teman lelakinya.
Kerana diraba mangsa telah menumbuk muka kawan teman lelakinya menyebabkan suspek naik berang dan terus merogol mangsa bergilir-gilir.
selepas kejadian tersebut suspek membawa cuba menghantar mangsa dengan mengekori motosikal mangsa tetapi telah terserempak dengan pasukan polis peronda dan pihak polis cuba menahan mereka untuk pemeriksaan tetapi suspek terus melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek-sespek tersebut telah melarikan diri ketika pasukan peronda cuba menahan mereka untuk pemeriksaan.
Menurut Yahaya lagi, "kerana menumbuk muka suspek menjadi marah dan bertindak merogol pengadu secara bergilir-gilir. Teman lelaki mangsa ada melihat kejadian terbabit tetapi tidak berani untuk membantu disebabkan takut kerana suspek ramai.
"Empat suspek berjaya ditahan manakala seorang lagi masih diburu,"katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.- Siakapkeli.com.my
TOP
TPM Lepaskan Sukarelawan Misi Kemasyarakatan YSS Ke Kapit
PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melepaskan 30 sukarelawan daripada institusi pengajian tinggi tempatan bagi menyertai misi kemasyarakatan ke kawasan pedalaman di Kapit, Sarawak.
Peserta misi anjuran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) itu akan berkampung di Kampung Tunoh, terletak kira-kira 210 kilometer dari Lapangan Terbang Sibu bermula hari ini sehingga 8 Dis.
Ini merupakan kali keenam misi YSS ke Sarawak, juga yang terakhir bagi tahun ini selepas berjaya melaksanakan 13 misi dalam dan luar negara sejak penubuhannya pada Ogos 2011.
Pengerusi YSS Datuk Zuraidah Atan berkata misi itu akan menumpukan kepada pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah interaktif belajar sambil bermain dengan penekanan kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
Katanya membangkitkan kesedaran berkenaan kesihatan dalam kalangan penduduk terutamanya kepentingan dan cara menjaga kebersihan murid-murid yang tinggal di rumah panjang turut menjadi objektif utama misi itu.
“Misi ini bertujuan memberi pendedahan dan melatih ketahanan serta semangat kesukarelawanan dalam diri siswa IPT bagaimana untuk berbakti kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas upacara pelepasan di perkarangan Kementerian Pendidikan di sini.
Zuraidah berkata sebelum memulakan misi kemasyarakatan, sukarelawan terlibat perlu menempuh laluan yang mencabar fizikal sepanjang 12 jam perjalanan selain perlu bertukar empat jenis pengangkutan sebelum tiba ke kampung tersebut.
Katanya Sekolah Kebangsaan Sungai Tunoh merupakan satu-satunya sekolah di situ bagi menampung keperluan pendidikan rendah bagi kanak-kanak dari lima buah kampung berdekatan.
“Kita harap penglibatan siswa dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini dapat membantu usaha kerajaan melahirkan golongan pelajar yang progresif, dinamik dan berkeupayaan tinggi dalam mengurus kepelbagaian serta berani menangani cabaran,” katanya. – BERNAMA
TOP
Elak Buat Spekulasi Tentang MH17 – Duta Ukraine
KUALA LUMPUR – Media perlu menunggu laporan penuh pasukan penyiasat diketuai Belanda tentang tragedi MH17 dan usah sekali-kali membuat laporan berdasarkan spekulasi pihak yang mengaku sebagai ‘sumber’, kata Duta Besar Ukraine di Malaysia Ihor Humennyi.
Beliau berkata perkara itu penting bagi mengelak timbul kekeliruan dalam kalangan orang ramai dan mengganggu penyiasatan terhadap tragedi itu yang bersifat sensitif dan serius.
“Setakat ini, penyiasatan yang dijalankan bersifat rahsia. Walaupun wartawan ingin segera membuat laporan, tetapi dalam kes MH17, mereka perlu tunggu dulu.
“Kerajaan Malaysia sentiasa dimaklumkan tentang perkembangan terkini penyiasatan itu, tetapi oleh kerana ia masih dijalankan, kandungannya tidak boleh dikeluarkan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Ditanya sama ada Malaysia sepatutnya diberi peranan dalam pasukan penyiasat bersama itu, Humennyi berkata secara peribadi, beliau percaya Malaysia patut menjadi sebahagian daripada pasukan itu.
Selain Belanda, pasukan penyiasat bersama itu dianggotai Belgium, Ukraine dan Australia.
Ketua Polis Negara (KPN) dan Peguam Negara (AG) akan ke Belanda pada 3 Dis untuk membincangkan, antara lain, peranan Malaysia dalam pasukan itu.
Humennyi berkata beliau gembira dengan perkembangan positif siasatan itu, walaupun percaya ia merupakan suatu proses panjang.
Katanya usaha mengeluarkan serpihak pesawat MH17 dan cebisan mayat mangsa dari tempat nahas di Hrabove perlu dipercepatkan kerana perubahan cuaca bulan depan mungkin melumpuhkan keseluruhan proses mengumpul bukti.
“Baguslah apabila pasukan penyiasat diketuai Belanda mencapai persetujuan dengan puak pemisah untuk membolehkan mereka memasuki tapak nahas.
“Bagaimanapun, apabila salji bermula, tanah menjadi beku dan susah untuk mengeluarkan suatu apapun,” katanya.
Menurut laman web kerajaan Belanda, walaupun lebih banyak serpihan pesawat MH17 dikesan dan cebisan tubuh manusia dijumpai pada 17 Nov, tetapi keadaan keselamatan di kawasan itu terus berbahaya.
Penerbangan MH17 bersama 298 penumpang dan anak kapal sedang menuju ke Kuala Lumpur dari Amsterdam apabila ia ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
Sebanyak 44 rakyat Malaysia menaiki pesawat Boeing 777-200ER itu. – BERNAMA
TOP
Sharnaaz: Filem Ganas Bukan Penyebab Kes Buli Berleluasa
SELAIN Datuk Yusof Haslam dan Datuk Rosyam Nor yang tidak bersetuju dengan kenyataan sesetengah individu yang mengaitkan lambakan filem gangster sebagai penyebab kepada kes buli yang semakin berleluasa di kalangan pelajar sekolah, pelakon Sharnaaz Ahmad juga menyatakan pendiriannya yang juga tidak bersetuju dengan kesimpulan sesetengah pihak itu.
“Sebenarnya kes-kes buli ini sudah ada di zaman datuk nenek kita lagi. Tapi apa yang kita nampak sekarang ini, kemudahan teknologi yang mudah membolehkan generasi ini mengaksesnya dengan mudah. Jadi kita boleh nampak. Kalau dulu bergaduh di mana pun tidak nampak, sekarang tengah bergaduh ada orang yang merakam video dan benda itu jadi isu.
“Isu buli daripada dulu lagi, mana-mana negara mesti ada isu buli. Tetapi ia berbalik kepada setiap negara bagaimana mahu menangani perkara itu,” katanya memetik portal Rotikaya.
Menurut Sharnaaz lagi, filem gangster baik dari penerbitan dalam mahu pun luar negara seharusnya tidak dipersalahkan sebaliknya cara pelaksanaannya untuk penonton wajar dipatuhi sebagai contoh sekiranya filem itu diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas, perkara itu perlu dipatuhi oleh semua pihak.
“Jangan salahkan filem kerana filem-filem luar negara pun lagi bermacam-macam aksi buli juga ganas yang ditonjolkan. Cara mereka tonjolkan seni dalam filem. Kita ada akta atau klasifikasi filem untuk 18SG dan sebagainya. Kalau susah sangat naikkan kepada had umur 21,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Teresa Kok Tidak Perlu 'Ajar' Perwakilan Berbahas - Syed Ali
Syed Ali Alhabshee
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, diingatkan supaya 'tidak mengajar' perwakilan Umno berbahas dan 'memberi cadangan mengarut' menjelang Perhimpunan Agung Umno 2014 (PAU 2014) minggu depan. Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pemimpin Umno tidak memerlukan pandangan DAP yang didakwanya rasis dan sedang bermasalah dengan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat. "Saya ingatkan Teresa Kok, jangan nak menyibuk, bersihkan dulu DAP yang penuh kekotoran perkauman. "DAP cuba mencari isu untuk mengalih perhatian rakyat berikutan perbalahan parti itu dengan PAS. Sekarang hubungan PAS-DAP dalam pakatan rakyat ibarat retak menunggu belah," dakwa Syed Ali melalui blognya, Jumaat. Syed Ali berkata demikian apabila Teresa, seperti mana yang dilaporkan beberapa portal berita mahu perwakilan Umno membahaskan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada perhimpunan agung parti itu yang akan bermula 25 November ini. Menyifatkan tindakan Teresa sebagai 'menyalak', beliau berkata apa yang dilakukan Teresa juga adalah satu provokasi untuk mempengaruhi perwakilan Umno. Syed Ali mendakwa, isu 1MDB sengaja dipolitikkan oleh DAP sempena PAU 2014 bertujuan mencemarkan reputasi Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri dan presiden parti. Tambahnya, campur tangan pihak tertentu termasuk DAP menjelang perhimpunan agung parti dilihat sebagai jarum halus untuk menghancurkan Umno. "Teresa Kok tidak ada hak untuk mengajar perwakilan Umno supaya membahaskan isu syarikat pelaburan negara. "Pembangkang buat fitnah kononnya 1MDB ada kaitan dengan Najib, ini semua fitnah jahat dan tidak berasas. "Isu 1MDB sudah dijelaskan oleh kerajaan termasuk di Dewan Rakyat, tiada berlaku sebarang penyelewengan," tegasnya, sambil menambah tidak ada keperluan untuk para perwakilan membahaskan isu 1MDB. Tambahnya, beberapa usul yang menjurus kepada kepentingan Umno dan orang Melayu telah pun ditetapkan. "Saya berharap perwakilan Umno lebih rasional dan realistik, jangan mudah terpedaya dengan perangkap yang sedang dipasang oleh DAP dan pihak yang cuba merosakkan Umno," tegasnya. Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pemimpin DAP itu bahawa orang Melayu terutama ahli Umno tidak pernah melupakan tindakan beliau yang mencerca dan menghina kedudukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.- mstar online

Sistem 'Meter Pintar' Mampu Kesan Penggunaan Elektrik Secara Nyata
KUALA LUMPUR: Satu sistem yang dipanggil sistem meter pintar 'revolusi' Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang diberi perhatian dan pertimbangan.
Sistem tersebut akan membolehkan syarikat utiliti itu menawarkan tarif yang fleksibel kepada pengguna dan antara lain, memaklumkan secara automatik jika berlakunya gangguan kuasa.
Jika projek perintis yang dilancarkan di Melaka bulan lalu ini mampu membuktikan kejayaannya, meter pintar itu, yang telah dipasang di sekitar 180 juta rumah di seluruh dunia, akan digunakan secara meluas di negara ini.
Sumber berkata, jika semuanya berjalan dengan baik, TNB bersedia untuk melancarkannya di peringkat nasional seawal tahun 2016.
Meter pintar itu dikatakan menjadi alat yang berkesan yang mampu mengurangkan pertikaian di antara pelanggan dan syarikat pembekal kuasa berhubung bil.
Ini kerana syarikat utiliti mampu mengukur amaun penggunaan elektrik melalui sistem pemantauan pusat pada waktu sebenar, membolehkan syarikat memeriksa kecurian kuasa.
Sistem tersebut akan membantu TNB, yang dianggarkan mengalami kerugian RM5 bilion akibat kecurian dalam tempoh sedekad yang lalu daripada terus mengalami kerugian.
Difahamkan, meter pintar itu membolehkan syarikat pembekal kuasa memutuskan bekalan kuasa secara automatik terhadap pengguna yang tidak membayar bil seperti mana yang diamalkan oleh semua syarikat telekomunikasi.
Sistem baharu ini juga akan menghapuskan keperluan pekerja syarikat utiliti untuk hadir secara fizikal bagi membaca meter di 8.4 juta premis di seluruh negara memandangkan meter pintar secara automatik akan menyampaikan maklumat kepada syarikat kuasa.
Sementara itu, pengguna juga boleh mengawal penggunaan kuasa melalui unit paparan di rumah.
Mereka dapat dimaklumkan mengenai berapa banyak kos untuk penggunaan pancuran air panas, cerek atau pendingin hawa dalam tempoh masa tertentu.
Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna), Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kamaliah Abdul Kadir berkata syarikat utiliti itu telah memulakan projek perintis di Melaka pada bulan lepas dengan melibatkan 800 isi rumah.
Terdapat perancangan untuk melakukan perkara yang sama terhadap 200 isi rumah di Putrajaya.
Kamaliah, dalam temuramah melalui e-mel dengan The Star berkata projek meter pintar itu masih lagi berada di peringkat awal.
"Objektif utama projek ini adalah untuk meningkatkan kelestarian tenaga dan kecekapan guna pakai tenaga di kalangan rakyat Malaysia," katanya.
Kamlaiah berkata sistem meter pintar mampu mendidik pengguna supaya untuk melakukan sedikit perubahan dengan penggunaan sumber yang cekap dan membantu mengurangkan penggunaan tenaga semasa beban waktu puncak.
"Apa yang penting bagi kami sekarang adalah mendapatkan persetujuan awam terhadap projek itu dan agar penguna nampak kelebihan apabila meter ini dipasang," katanya.
"Pengguna perlu melihat bagaimana sistem ini dapat memberi tambah nilai terhadap meter elektronik atai mekanikal sedia ada memandang ia mendidik mereka menyesuaikan tabiat penggunaan mereka berdasarkan maklumat yang terdapat pada skrin paparan di rumah."
Kamaliah berkata sistem meter pintar itu juga membolehkan TNB memperkenalkan bil terperinci berdasarkan profil penggunaan.
"Sebagai pelaksana projek perintis,kami di TNB mahu mencari teknologi terbaik dalam ciri-ciri meter pintar yang paling sesuai dengan kehendak pelanggan dan memenuhi objektif yang ditetapkan," katanya.
Kamaliah berkata TNB perlu menjalankan satu siri ujian kompleks yang berkaitan dengan teknologi selular, frekuensi radio dan pembawa talian kuasa komunikasi (untuk pemindahan data) sebelum sistem itu boleh dilaksanakan.- mstar online
TOP
Isu Pesawat Malang MAS & Militan IS Jadi Perhatian Dialog Khas Jasa
KUALA LUMPUR: Isu dua pesawat malang Malaysia Airlines (MAS) dan pengaruh kumpulan militan dikenali sebagai IS menguasai dialog khas Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bersama Kelab Pewarta Luar Negeri (FCC) di sini malam Khamis.
Isu lain yang menimbulkan minat wakil media asing di sini ialah isu keselamatan di Sabah, langkah yang diambil kerajaan Malaysia untuk membanteras rasuah, debat berkaitan Akta Hasutan 1948 dan tragedi banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands.
Mereka juga membangkitkan masalah yang dihadapi ketika mengumpulkan maklumat semasa sidang akhbar mengenai kehilangan pesawat MAS penerbangan MH370 dan Ketua Pengarah JASA Datuk Fuad Hassan berkata perkara itu berlaku kerana kekurangan pengalaman dalam mengendalikan peristiwa seperti itu.
"Ya, kami kurang bersedia semasa kehilangan pesawat MH370. Kami tidak mempunyai pengalaman (bagaimana hendak mengendalikan keadaan itu) kerana ia perkara baharu bagi kami. Kami perlu mengadakan sidang akhbar dan ia adalah kali pertama kami berhadapan dengan jumlah media yang begitu ramai.
"Bagaimanapun, kami belajar daripada pengalaman dan saya fikir tindakan kami lebih baik semasa berhadapan tragedi MH17 tetapi masih ada sempadan yang kami perlu pertahankan kerana kami memikirkan sentimen keluarga mangsa, " katanya.
Fuad juga berkata Kerajaan Malaysia sedar bahawa media mencuba sedaya upaya untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca dengan berpegang kepada konsep kebebasan media tetapi JASA juga mengharapkan penulisan berita yang bertanggungjawab.
Sementara itu Presiden FCC Shannon Teoh memuji JASA kerana menganjurkan sesi dialog itu untuk memberikan mereka satu platform untuk membangkitkan isu dan masalah yang menyentuh wartawan media asing di negara ini.
"Adalah jarang kami dapat bertemu agensi kerajaan dalam suasana mesra dan selesa seperti malam ini dan saya berharap ini akan menjadi satu titik permulaan untuk satu kerjasama yang lebih baik di masa hadapan," katanya.- mstar online
TOP
Jualan Penghabisan Stok Di 20 Cawangan Jakel
Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif Jakel Sdn Bhd, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata jualan penghabisan stok ini diadakan di semua 20 cawangan Jakel seluruh negara. - Foto ONG SOON HIN/THESTAR.
KUALA LUMPUR: Gedung fabrik terkemuka, Jakel Trading Sdn Bhd menawarkan potongan harga sebanyak 40 hingga 80 peratus sempena 'Jumbo Sale Penghabisan Stok' di semua 20 cawangannya di seluruh negara bermula daripada 21 November hingga 4 Januari depan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan/Pengarah Eksekutif Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, jualan penghabisan stok tersebut disifatkan istimewa kerana pelbagai jenis fabrik eksklusif berharga ratusan ringgit dijual pada harga serendah RM4 hingga RM5 semeter.
Potongan harga yang ditawarkan serendah RM4 hingga RM5 semeter.
"Ini merupakan tawaran harga paling rendah pernah Jakel tawarkan kepada pelanggan-pelanggan kami dalam tempoh lapan tahun. "Jika sebelum ini kita membuat 'Jumbo Sale Pengosongan Kedai' di Wisma Jakel Kuala Lumpur dan Shah Alam sahaja, kali ini jualan hujung tahun kita merangkumi semua 18 cawangan lain di seluruh negara. Kita memberikan diskaun dengan potongan harga yang cukup hebat sebanyak 40 hingga 80 peratus kepada pelanggan-pelanggan kita," kepada pemberita pada sidang media di Wisma Jakel Kuala Lumpur di sini, Jumaat.
Faroz turut meluangkan masa melayan pelanggan setia Jakel.
Sebelum ini, Jakel mengadakan 'Jumbo Sale Pengosongan Kedai' di Wisma Jakel Kuala Lumpur berikutan pemindahan operasinya ke bangunan baru yang lengkap dengan prasarana tersendiri seperti kemudahan pusat membeli belah serta tempat letak kereta di Capital Square yang akan memulakan jualannya pada awal tahun hadapan. Ditanya mengenai sasaran jualan sempena jualan penghabisan stok tersebut, Mohamed Faroz berkata pihaknya menyasarkan dapat memperoleh sekurang-kurangya 15 peratus daripada pendapatan jualan kumpulan pada tahun ini. "Kita memberikan potongan harga yang hebat ini untuk menghargai pelanggan setia kita dan ingin menghabiskan stok sedia ada, kita berharap apabila kita berpindah ke bangunan baru nanti hanya stok baru sahaja akan dimuatkan di gedung kami. Sementara itu, Jakel turut memberi jaminan harga fabrik yang dijual di semua cawangannya tidak akan dinaikkan selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) April tahun hadapan. Mohamed Faroz berkata, harga fabrik yang dijual akan kekal mengikut harga semasa, malah mungkin lebih murah daripada harga jualan ketika ini. "Pada masa sekarang kita membayar cukai jualan dan perkhidmatan, 10 peratus kepada kerajaan, dengan pengenalan GST hanya 6 peratus sahaja cukai yang perlu dibayar. Penjimatan 4 peratus itu kita akan berikan semula kepada pelanggan-pelanggan kami. "Kami memberi jaminan harga kain di Jakel tidak akan naik kerana pengenalan GST pada April tahun hadapan," katanya.- mstar online

Mah Sing Kumpul Dana RM630 Juta Bagi Pengembangan Masa Depan
Tan Sri Leong Hoy Kum.
KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Bhd sedang melaksanakan aktiviti korporat untuk mengumpulkan dana sehingga RM630 juta bagi pengembangan masa depan kumpulan. Ia melibatkan terbitan hak boleh lepas dengan waran percuma, yang disasarkan selesai pada suku pertama 2015, dan terbitan bonus satu-bagi-empat yang dijangka selesai pada suku ketiga tahun depan, kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada Khamis. Mengenai terbitan hak, ia menyatakan asas kelayakan dan harga terbitan tidak ditetapkan buat masa ini dan akan dimuktamadkan selepas syarikat itu memperoleh semua kelulusan yang diperlukan bagi aktiviti korporat tersebut. Ini adalah untuk menyediakan fleksibiliti berkaitan dengan harga saham hak dengan waran percuma. Pengarah Urusan merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, cadangan terbitan hak dengan waran percuma akan membolehkan kumpulan itu mengumpulkan dana bagi membiayai sebahagian daripada aktiviti pembangunan hartanahnya, pembelian tanah sedia ada dan keperluan modal kerja am. "Ia akan memberi sumbangan positif kepada keuntungan masa depan kumpulan, mengukuhkan lembaran imbangan kami dan membawa kepada penjimatan faedah serta kenaikan asas modal syarikat bagi mencerminkan skala operasi sekarang dan aset yang digunakan. "Dengan dana pemegang saham meningkat, syarikat juga dijangka berkedudukan baik memperoleh pembiayaan hutang bagi pembangunan perniagaan masa depan dan aktiviti pengembangan, sekiranya terdapat keperluan di masa depan," kata Leong. Beliau berkata, kecairan dan kebolehpasaran saham Mah Sing akan ditingkatkan lagi dan pemegang saham akan mempunyai peluang untuk menyertai penawaran ekuiti bagi asas pro-rata pada diskaun berbanding harga pasaran semasa. Keuntungan bersih Mah Sing meningkat 21.3 peratus kepada RM254.7 juta bagi tempoh sembilan bulan yang berakhir pada 30 September, 2014, manakala hasil naik 43.6 peratus kepada RM2.1 bilion. Hasil yang bertambah baik itu adalah disebabkan oleh kemajuan daripada projek pembangunan yang dilaksanakan kumpulan sekarang.- mstar online

Autodesk Umum US$100 Juta Di Bawah Spark Investment Fund
KUALA LUMPUR: Autodesk Inc akan melabur sehingga US$100 juta (kira-kira RM366 juta) di bawah Spark Investment Fund bagi syarikat-syarikat percetakan 3D untuk beberapa tahun akan datang.
Dalam kenyataan pada Jumaat, Autodesk berkata dana tersebut akan melabur dalam syarikat permulaan, usahawan, penyelidik, yang menolak sempadan teknologi percetakan 3D dan memacu revolusi industri baharu.
"Pelbagai industri mengiktiraf nilai memanfaatkan usahawan atau syarikat permulaan dengan idea dan pendekatan yang lebih baik, dan 3D tidak terkecuali," kata Naib Presiden/Pengurus Besar, Produk Pelanggan dan Percetakan 3D Autodesk Samir Hanna.
Autodesk berkata syarikat dan individu yang membangunkan perkakasan, perisian, material, pasaran digalakkan memohon menyertai portfolio pelaburan Spark Investment Fund.
Selain pelaburan kewangan, penerima Spark Investment Fund akan menjadi sebahagian daripada program perkongsian Spark dan mempunyai akses kepada pemasaran dan perkhidmatan pembangun lain yang boleh didapati oleh rakan kongsi Spark.- mstar online
TOP
BSN Sasar Lebih Banyak Ejen Bank
SEREMBAN: Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan untuk membuka lebih banyak perkhidmatan ejen bank berdaftarnya di seluruh negara pada masa depan berikutan sambutan menggalakkan terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Naib Presiden Kanan dan Ketua Jabatan Pengurusan Saluran BSN, Azlan Abu Bakar berkata, ia bagaimanapun bergantung kepada dasar Bank Negara dan keperluan Kementerian Kewangan.
Ejen bank berdaftar BSN disediakan di premis perniagaan termasuk kedai runcit, kedai komputer, koperasi.
"Kita bukan sahaja mempunyai 401 cawangan tetapi turut disokong lebih 5,200 ejen bank berdaftar di seluruh negara. Oleh itu, kita perlu kaji semula kesesuaian membuka cawangan kerana kemudahan itu sudah ada di segenap pelusuk negara.
"Ejen kita ini berperanan sama seperti bank iaitu pelanggan boleh membuat pengeluaran dan menyimpan wang, membeli Simpanan Sijil Premium dan sebagainya.
"Oleh itu, kita berasakan mereka boleh berperanan secara amnya sebagai ejen BSN," katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas majlis perasmian pengoperasian semula cawangan BSN Ampangan oleh Ketua Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning, di sini, Jumaat.
Mengenai rancangan pembukaan cawangan baru BSN di seluruh negara, Azlan menegaskan ia mengikut keperluan semasa dan perniagaan.
"Perancangan kita adalah berdasarkan unjuran iaitu pertumbuhan cawangan sebanyak 20 peratus," katanya.
Menurutnya, walaupun BSN sebuah bank komuniti tetapi perkhidmatan dan produknya setanding tetap bank-bank komersil.
"Kita sentiasa membuat penambahbaikan seperti perkhidmatan termasuklah aspek konsep cawangan," katanya.
Selain itu, Azlan berkata BSN akan melancarkan produk (perkhidmatan) baharu pada bulan ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperincinya.
BSN mempunyai lebih 6,900 orang pekerja, 401 cawangan, 885 mesin pengeluaran wang automatik (ATM), 357 mesin deposit tunai (CDM) dan lebih 5,200 ejen bank berdaftar di seluruh negara.
Ia mempunyai lebih 8.5 juta pelanggan di seluruh negara dengan simpanan runcit sebanyak RM12.91 bilion sehingga Ogos 2014. - mstar online
TOP
Tiga Lelaki Dihukum Mati Kerana Culik Untuk Tebusan
MELAKA: Tiga lelaki, termasuk seorang warga Indonesia pada Jumaat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah menculik seorang wanita untuk mendapatkan wang tebusan pada Disember 2009.
Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menjatuhkan hukuman itu terhadap peniaga Koh Chun Sen, 43, pekerja kilang Lee Hee Wee, 41, dan warga Indonesia Sahri, 29, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa menahan Goh Geok Hua, 34, dengan niat meminta wang tebusan RM300,000 daripada suami mangsa, Ng Guan Kiat, 34, di KS 1006, Jalan Kuala Damai 1, Taman Kuala Damai, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah pada pukul 10 pagi, 24 Dis 2009.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Norhasmiza Othman, manakala Koh diwakili peguam Yusof Rahmat, Lee diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi dan Sahri diwakili peguam Mohan Singh.- mstar online
TOP
Bom Motosikal Diletupkan, Seorang Anggota Tentera Maut
PESHAWAR: Seorang anggota tentera Pakistan maut apabila bom yang dipasang pada sebuah motosikal meletup di kawasan bergolak itu pada Jumaat.
Kejadian berlaku di Mithra yang terletak di pinggir Peshawar, iaitu kawasan bergolak di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
"Satu bom kawalan jauh yang ditinggalkan pada sebuah motosikal telah diletupkan dan mengorbankan seorang anggota tentera, beberapa orang awam lagi mengalami kecederaan," kata seorang pegawai kanan keselamatan.
Polis tempatan dalam pada itu turut mengesahkan kejadian berkenaan dan kemalangan jiwa yang berlaku.
Tiada kumpulan atau individu yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan terhadap konvoi pasukan keselamatan ketika melakukan tugasan harian mereka setakat ini.
Peshawar merupakan pintu masuk kumpulan puak militan seperti Taliban dan Al Qaeda.- mstar online
TOP
Mayat Pemandu Lori Diculik Ditemui
Datuk A. Paramasivam menunjukkan gambar Periathambi (kiri) dan S. Baskaran (kanan) pada sidang media, Jumaat. Kedua-dua mereka dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes culik pemandu lori K. Jeevanthan yang ditemui mati di sebuah sungai di Teluk Panglima Garang, Rabu. -foto THE STAR
IPOH: Polis menemui mayat seorang lelaki yang diculik di sebuah sungai berhampiran jeti Sri Tana dalam keadaan sudah reput di Teluk Panglima Garang, Selangor. Pemangku Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata K. Jeevanthan, 37, seorang pemandu lori, dipercayai telah dibunuh kira-kira empat hari sebelum mayatnya dijumpai pada Rabu. Paramasivam berkata Jeevanthan diculik awal bulan ini dan wang tebusan dituntut daripada isterinya yang berusia 32 tahun. "Jeevanthan dilaporkan hilang pada 1 November. Isterinya kemudian menerima panggilan menuntut wang tebusan berjumlah RM50,000," katanya kepada wartawan di sini, Jumaat. Beliau berkata Jeevanthan ditemui dengan tangan dan kakinya terikat. "Kami mengesyaki unsur jenayah dalam kematiannya," kata Paramasivam.- mstar online

Dua Pegawai Imigresen Hadapi Tuduhan Bunuh Warga Bangladesh Dalam Tahanan
KANGAR: Dua pegawai Jabatan Imigresen Perlis dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas tuduhan membunuh seorang warga Bangladesh semasa dalam tahanan pada 29 Oktober lepas.
Mohd Aminnudin Mohd Yasin, 32, dan Zuhairul Effendy Zualkafli, 32, dituduh mencapai niat bersama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Abu Bakar Siddiqe, 45 tahun, antara pukul 10 dan 11 malam, 29 Okt, di Jabatan Imigresen Kangar.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman gantung jika sabit kesalahan.
Majistret Nik Mohd Tarmizi Nik Mohd Shukri menetapkan 12 Dis untuk sebutan semula kes itu.
Ketua Unit Timbalan Pendakwa Raya Perlis, Badius Zaman Ahmad mengendalikan pendakwaan, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela Rahamathullah Baharudeen.- mstar online
TOP
Twitter Man United Kecoh Akibat Tertinggal Perkataan 'Tidak'
LAMAN sosial Twitter Manchester United kecoh dengan mesej balas daripada peminatnya apabila kelab itu tertinggal perkataan 'tidak' ketika melaporkan mengenai kecederaan pemain tengahnya, Daley Blind.
Laman sosial rasmi kelab itu kecoh apabila mereka mengeluarkan kenyataan bahawa Blind yang mengalami kecederaan ketika ini mungkin terpaksa direhatkan sehingga enam bulan.
Blind mengalami kecederaan ligamen ketika membantu Belanda membelasah Latvia 6-0 baru-baru ini.
Bagaimanapun kenyataan tidak tepat itu disedari Blind apabila laman sosial Twitter miliknya juga dihujani mesej peminat yang terkejut. Pemain tengah pertahanan itu kemudian membalasnya dengan berkata," Wow, mesej banyak secara tiba-tiba. "Masih bekerja keras, tetapi jangan bimbang, saya akan kembali sergas!" Menyedari kesilapan yang menimbulkan kebimbangan dikalangan penyokong, United kemudian mengeluarkan kenyataan penuh pengendali kelab, Louis van Gaal di laman webnya. Walaupun belum diketahui tempoh Blind akan direhatkan, tetapi Van Gaal dilaporkan berkata," Blind terpaksa membalut lututnya. "Dia mempunyai 10 hari untuk rehat dan selepas itu kita akan lihat imbasan x untuk mengetahui lanjut. "Ianya tidak begitu teruk, tetapi ia mungkin akan menjadi cerita panjang. Ia bukan (direhatkan) selama enam bulan." - mstar online

Kevin Strootman Setuju Ke Manchester United
PEMAIN tengah Roma, Kevin Strootman dilaporkan telah bersetuju untuk berhijrah ke Manchester United pada musim pemindahan Januari tahun depan.
Seorang wartawan sukan di Belanda, Hugo Borst mendakwa, persetujuan tidak rasmi itu telah dimetrai ketika Louis van Gaal mula membimbing United pada musim ini. Jelasnya, perjanjian itu dibuat ketika mereka berdua serta Robin van Persie menyaksikan satu perlawanan melibatkan liga Belanda sebelum ini. "Van Persie berdiri di sebelah Van Gaal, turut bersama mereka Kevin Strootman. Mereka berbincang sesuatu yang serius (perjanjian ke United). Ketika itu semua tahu bahawa bekas bos Belanda itu telah ke United," jelas wartawan terbabit.
KEvin Strootman MAnchester United
Strootman yang merupakan pemain perancang tidak dibawa Van Gaal ketika awal musim kerana sedang mengalami kecederaan serius. Bagaimanapun pemain terbabit merupakan sasaran utama jurulatih berkenaan selain pertahanan Jerman, Mats Hummel.- mstar online

Arsenal Mahu Pep Guardiola Ganti Arsene Wenger
ARSENAL dilapor menyasarkan jurulatih Bayern Munich, Pep Guardiola sebagai pengganti Arsene Wenger.
Starsport melaporkan, tindakan untuk menggantikan Wenger dengan jurulatih baharu dibuat pihak pengurusan tertinggi kelab selepas mereka tidak mampu lagi bersabar dengan prestasi Arsenal ketika ini.
Selain Guardiola, pengendali Everton iaitu Roberto Martinez antara nama yang disebut untuk menggantikan Wenger.
Wenger yang menjadi jurulatih Arsenal sejak 18 tahun lalu dikatakan gagal membawa kelab itu ke kedudukan yang lebih tinggi dikalangan kelab-kelab di eropah.
Pada masa sama, Guardiola yang juga bekas pemain tengah pertahanan Sepanyol turut tidak menyembunyikan hasrat untuk mengurus kelab di England.
Sebelum mengemudi kelab gergasi Jerman itu pada 2012, Guardiola dilaporkan pernah berkata," Sebagai pemain (sebelum ini) saya tidak dapat merealisasikan impian untuk bermain di sini (England).
"Tetapi saya harap dapat memberi saingan sebagai jurulatih dan pengurus, selain menimba pengalaman dengan pemain yang berada di sini (England) pada masa akan datang.
"Ia unik jika dapat bermain di Liga Perdana Inggeris. Saya ingin rasai sokongan peminat, suasana, media dan gaya pemain."- mstar online
TOP
Vettel Sah Sertai Ferrari
Sebastian Vettel
FERRARI mengesahkan bahawa Fernando Alonso akan meninggalkan pasukan pada akhir musim ini dan Sebastian Vettel dari Red Bull akan menyertai pasukan Itali itu. Sebastian Vettel berharap dapat mengikut jejak Michael Schumacher di Formula 1 selepas Ferrari, pada hari Khamis mengesahkan bahawa juara dunia empat kali itu akan menggantikan Fernando Alonso pada musim depan dengan mengikat kontrak tiga tahun. Berita yang telah lama ditunggu-tunggu itu telah menjadi tanda-tanya sejak Jerman, pada Oktober mengumumkan bahawa dia bakal meninggalkan Red Bull, sekali gus meninggalkan pasangannnya selama lima tahun dan juga juara dunia dua kali, Alonso. Vettel akan bergandingan dengan juara dunia 2007 dari Finland, Kimi Raikkonen, yang masih mempunyai baki kontrak selama setahun. "Peringkat seterusnya dalam kerjaya Formula 1 saya akan dihabiskan bersama Scuderia Ferrari dan bagi saya ini bermakna impian seumur hidup telah menjadi kenyataan," kata Vettel. "Ketika saya masih kecil, Michael Schumacher yang memandu kereta merah adalah idola saya yang paling besar dan kini adalah satu penghormatan yang luar biasa apabila saya akhirnya mendapat peluang memandu Ferrari," kata pemandu berusia 27 tahun itu, yang mencatat kemenangan kali pertama di Monza pada tahun 2008. Rakan senegaranya, Schumacher memenangi lima daripada tujuh gelaran dengan Ferrari. "Scuderia mempunyai tradisi sangat baik dalam sukan ini dan saya sangat bermotivasi untuk membantu pasukan ini untuk kembali di kedudukan teratas. Saya akan meletakkan hati dan jiwa saya supaya perkara ini berlaku," kata Vettel.- mstar online

Kembara Masih Berbisa Dalam 'Konsert Hati Emas Kembara'
JIKA bercakap tentang lagu-lagu berunsurkan kerakyatan dengan melodi dan lirik puitis sudah tentu kita akan terus terbayangkan kumpulan Kembara yang cukup terkenal pada era 80-an.
Bait-bait kata yang indah dan mengena pada hati pendengar seperti Gerhana, Hati Emas, Ekspres Rakyat, Kolar Biru dan Duit meninggalkan kesan mendalam dan kekal segar sehingga hari ini. Malah selepas 30 tahun nama Kembara kekal utuh sebagai sebuah kumpulan terbaik yang melakar sejarah tersendiri dalam industri muzik - fakta yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa. Berita mereka bakal mengadakan sebuah konsert yang diberi nama Konsert Hati Emas Kembara di Panggung Sari, Istana Budaya sebelum ini seperti impian menjadi kenyataan kerana Kembara sudah lama tidak muncul dalam mana-mana persembahan pentas.
Kemantapan vokal M.Nasir pada Konsert Hati Emas Kembara cukup bertenaga.
Konsert pembukaan pada malam Khamis lalu menjadi bukti mereka masih mempunyai bilangan peminat cukup ramai apabila kerusi di Panggung Sari penuh dengan penonton yang teruja menantikan persembahan sulung kumpulan itu. Tepat pukul 9 malam dewan bertukar gamat dengan sorakan apabila anggota kumpulan Kembara iaitu Datuk M.Nasir, A.Ali, S.Sahlan, Zoul dan Md Shah muncul di atas pentas dengan seleksi lagu seperti Ekspres Rakyat, Impian Anak Jalanan, Siapa orang Kita dan Sesat Kuala Lumpur. Energi luar biasa M. Nasir selaku vokalis utama pada awal segmen cukup mengagumkan serta pengawalan vokal yang cukup baik membuatkan penonton bersorak setiap kali selesai persembahan. Konsert pada malam itu turut diiringi oleh 12 pemuzik dan empat penyanyi latar dan secara keseluruhannya Kembara menyampaikan 27 buah lagu pada malam itu.
S.Sahlan turut menyampaikan beberapa buah lagu pada malam itu.
Tidak membiarkan penonton menunggu lama, persembahan pada malam itu diteruskan lagu Perjuangan, Senandung Buruh dan Kasar sebelum S.Sahlan tampil mendendangkan lagu Impian Seorang Nelayan. A.Ali turut menyampaikan dua buah lagu Di Perehentian Puduraya dan Ada Sepasang Mata manakala Zoul dengan Bas No 13. Sebagaimana M.Nasir, vokal ahli kumpulan lain sama mantap disamping keghairahan mereka yang sudah lama tidak beraksi dalam sebuah konsert. M.Nasir turut berkongsi perjalanan mereka terutama di awal kemunculan sebagai penyanyi di Malaysia selain cuba berjenaka dengan penonton tentang beberapa kisah menarik tentang Kembara.
Kemantapan A.Ali bermain gitar sambil menyanyi menyerlah.
Kembara meneruskan persembahan dengan mendendangkan lagu wajib mereka seperti Malam, Oh Bulan, Kiambang sebelum dewan bertukar gamat apabila lagu Keroncong untuk Ana dan Kepadamu Kekasih diperdengarkan. Barangkali ia saat paling indah dalam konsert berkenaan kerana kedua-dua lagu berkenaan disampaikan M.Nasir dengan penuh penghayatan sehingga berjaya menyentuh perasaan penonton. Tidak membiarkan penonton terbuai terlalu lama dengan lagu balada, M.Nasir kembali bertenaga dengan menyampaikan lagu rancak seperti Kutu, Duit, Hati Emas sebelum mengakhiri persembahan dengan Gerhana. Kepuasan menonton Kembara di atas pentas dengan barisan ahli asal kumpulan itu ternyata suatu pengalaman menakjubkan dan penantian peminat untuk melihat semula mereka beraksi berbaloi. Berbaki tiga hari lagi persembahan sehingga Ahad ini, peminat tidak seharusnya melepaskan peluang menonton Konsert Hati Emas Kembara di Istana Budaya.- mstar online

Perkahwinan Punca Amelina Tinggalkan Dunia Nyanyian
Perkahwinan adalah antara alasan Amelina meninggalkan dunia nyanyian 15 tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan penyanyi Amelina dalam dunia hiburan akhirnya terjawab apabila mengakui perkahwinannya sekitar 1999 menjadi punca dia meninggalkan bidang nyanyian. Bagaimanapun penyanyi dangdut yang popular sekitar 90an itu enggan mendedahkan lebih lanjut pengalaman yang disifatkannya sebagai 'pembunuh' kerjaya seninya itu. "Saya akui berkahwin adalah antara alasan saya meninggalkan dunia nyanyian dulu. Tetapi kembali aktif selepas 15 tahun, saya lebih selesa untuk membiarkan ia menjadi satu kisah peribadi yang tidak dikongsi dengan sesiapa. "Namun untuk saya terus hidup dalam kisah silam adalah sesuatu yang 'membunuh' secara perlahan. Justeru saya kuatkan hati, bulatkan tekad dan lupakan segala kisah itu untuk terus hidup dan memandang ke depan," katanya menerusi kenyataan media kepada mStar Online pada Khamis. Amelina kini tampil bernaung di bawah Wake The Baby Records Sdn Bhd dan bakal menghasilkan single yang bakal menjadi pengenalan kepada kemunculan semula penyanyi itu. Enggan mendedahkan lanjut mengenai kisah perkahwinannya yang terus menjadi tanda tanya, Amelina yang mesra dipanggil Alin hanya selesa berkongsi tentang kebahagiaannya dengan enam cahaya mata yang menjadi pembakar semangat untuk kembali aktif di bidang nyanyian. Menurutnya, perasaan rindu untuk kembali memegang mikrofon dan merakamkan lagu terlalu tinggi hingga memaksa untuknya nekad melupakan apa saja alasannya mengenai 'kehilangannya' sebelum ini. "Semua yang pernah berlaku sebelum ini adalah satu proses kehidupan yang banyak mengajar saya menjadi individu yang jauh lebih tabah, kuat dan bersemangat. "Kehilangan saya adalah sesuatu yang begitu peribadi untuk saya kongsikan secara terperinci. Tapi cukup jika saya katakan ia pengalaman yang tak mungkin saya lupakan," katanya.
Amelina pernah bertudung bagi mengelak orang ramai mengenalinya.
Mengulas mengenai gambarnya yang dimuat naik di laman sosial, kononnya Amelina sudah bertudung, penyanyi yang popular dengan lagu Rindu, Asyik dan Seri Langkat itu akhirnya menjelaskan kedudukan sebenar. "Jujur saya katakan yang semua itu hanya spekulasi kerana saya belum lagi bertudung penuh. Namun saya akui gambar itu adalah saya yang mengenakan tudung ketika itu. "Saya terpaksa mengenakan tudung bagi mengelak orang ramaimengenali saya. “Saya tidak yakin dan malu untuk muncul di khalayak ramai lebih-lebih lagi dengan mana-mana pihak mengenali saya. Tapi sekarang adalah masa paling sesuai untuk saya muncul dengan penampilan baharu selepas menyusun dan merencana langkah dengan teratur,” katanya.- mstar online

Mamat (Exist) Anggap Diri Bertuah Masih Disayangi Peminat
Mamat mahu mengubati rindu para peminat menerusi lagu-lagu baharu nyanyiannya.
PETALING JAYA: Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Mamat tidak sangka dirinya masih diterima masyarakat meskipun pernah melalui pelbagai kontroversi sebelum ini. Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 36, berkata, sejak membuat kemunculan semula baru-baru ini, sangkanya, karier muzik yang mahu dibina semula akan gagal tetapi sebaliknya pula berlaku apabila masyarakat lebih terbuka menerima kehadirannya di dalam industri seni muzik tempatan. "Alhamdulillah, walaupun ada cabarannya dalam membuat kemunculan semula tetapi perjalanan yang saya lalui itu mudah. "Saya anggap diri bertuah kerana masih lagi disayangi peminat. Bukan senang mahu buat kemunculan semula kerana kebanyakan artis yang berbuat demikian sering menemui kegagalan," katanya. Tambah Mamat, kepercayaan yang diberikan masyarakat itu membuatkan dia bersungguh-sungguh mahu membuktikan bahawa dirinya masih relevan dalam industri muzik tempatan selain ingin mengubat rindu peminat-peminat menerusi lagu-lagu baharu yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.
Mamat dan Ikka Razman berduet menerusi lagu Keluhan Cinta.
Untuk permulaan, Mamat mengambil pendekatan berduet dengan penyanyi baharu, Ikka Razman menerusi lagu Keluhan Cinta. Jelas Mamat, dia telah ditawarkan oleh Sweet Entertainment Production (IRSEP) untuk merakamkan lagu itu dan bersyukur atas kepercayaan yang diberikan oleh syarikat berkenaan. "Mungkin ada bertanya kenapa single lagu pertama saya bermula dengan lagu duet. Saya anggap ia satu rezeki apabila ada yang memberi kepercayaan untuk saya menyanyikan lagu tersebut. "Keluhan Cinta diciptakan oleh Mie Kuarters dan Man Ikhman dan lagu itu sangat bagus, sayang jika tidak mengambil peluang itu. "Sekarang ini lagu tersebut sudah dihantar ke semua stesen radio untuk dikeudarakan," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Mamat turut terlibat dengan pertandingan nyanyian Gegar Vaganza, yang menampilkan penyanyi-penyanyi yang pernah popular sebelum ini. Antara penyanyi lain yang turut terlibat termasuklah Shima, Rahmat (Mega), Hasnol, Fazli Zainal, Sam (Innuendo), Ayai (Ilusi), Haleeda, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla. Gegar Vaganza bersiaran bermula 16 November 2014 setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135). Mamat sebelum ini pernah popular menerusi lagu Untukmu Ibu, Rahsia Pohon Cemara dan Salju Di Danau Rindu.- mstar online

Jaclyn Victor Belum Sedia Hijrah Ke Amerika Syarikat
Jac bersama album berbahasa Inggeris pertamanya berjudul Unleashed. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI
KUALA LUMPUR: Penyanyi Jaclyn Victor masih belum bersedia untuk berhijrah ke Amerika Syarikat bagi bersama suaminya, anggota kumpulan Az Yet, Shawn Rivera yang menetap di negara itu. Jaclyn berkata, dia merasakan tidak sesuai berbuat demikian buat masa ini kerana komitmen terhadap kerjaya nyanyiannya terlalu padat. "Banyak perkara yang perlu difikirkan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menetap di sana kerana kerjaya saya berpusat di sini. "Biarpun ada perancangan daripada syarikat rakaman untuk melancarkan album saya di sana tetapi saya perlu realistik bahawa bukan mudah untuk menembusi pasaran Amerika dan ia perlu dibuat secara berperingkat dengan strategi konkrit," katanya kepada mStar Online. Jaclyn ditemui pada majlis pelancaran album bahasa Inggeris pertamanya berjudul Unleashed di Hotel Vivatel di sini, Khamis. Album terbitan KRU Music itu memuatkan enam lagu termasuk single pertamanya, Remedy. Dalam pada itu, Jaclyn berkata, buat masa ini dia terpaksa berjauhan dengan suaminya ekoran lelaki itu terikat dengan jadual promosi album terbaharu Az Yet.
Jac belum bersedia berhijrah ke Amerika Syarikat.
Bagaimanapun katanya, suaminya akan kembali ke Malaysia sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember nanti. "Kami bukannya berjauhan untuk tempoh lama dan dia baharu sahaja kembali ke Amerika pada Oktober lalu kerana urusan kerja. "Malah dia merancang untuk menetap di Malaysia selepas ini kerana selesa tinggal di negara ini," jelasnya. Tambah Jaclyn, bagi mengubat rasa rindu terhadap suaminya, mereka sentiasa berhubung menerusi telefon untuk mengetahui keadaan masing-masing. Sementara itu, Jaclyn memberitahu, Unleashed memperlihatkan kredibilitinya sebagai penulis lirik menerusi tiga lagu. Jelas Jaclyn, dia teruja diberi peluang oleh KRU Music untuk berbuat demikian kerana telah lama memendam hasrat untuk menulis lagunya sendiri. "Biarpun ia bukan proses yang mudah tetapi saya berjaya melakukannya dan sudah pasti suami banyak memberi input tentang penulisan lirik yang baik. "Selepas sepuluh tahun bergelar penyanyi, saya yakin ini adalah masa paling sesuai untuk saya tampil dengan karya sendiri," ujarnya. Selain Remedy, album terbitan Edry Abdul Halim itu turut memuatkan lagu seperti Over and Over, Delirious, Pinnacle, Sweeter Than A Dream dan Magical Moment duet bersama Az Yet. Dalam perkembangan sama, Jaclyn berkata, album berkenaan turut memperlihatkan kepelbagaiannya dalam menyampaikan lagu-lagu selain berentak balada bersesuaian dengan kehendak muzik masa kini. Malah jelas Jaclyn, album berkenaan turut dihasilkan dengan teliti bagi memastikan ia mencapai standard dan dapat diterima pendengar antarabangsa. "Asalnya pihak KRU ingin melancarkan single sahaja tetapi kami menyedari untuk pergi ke luar negara kita perlukan album penuh dan inilah hasilnya. "Biarpun terpaksa berulang-kali melakukan rakaman bagi mendapatkan hasil terbaik namun saya puas," katanya. Unleashed mula dipasarkan dalam bentuk fizikal dan digital bermula Khamis.- mstar online

Pekin Tidak Yakin Kebolehan Jehan Miskin Mengarah
Pekin Ibrahim berasa kurang yakin dengan kebolehan Jehan mengarah Seludup. Foto SHAARI CHEMAT
PETALING JAYA: Pelakon Pekin Ibrahim mengakui pernah memandang rendah terhadap kebolehan rakan seperjuangannya, Jehan Miskin dalam mengarah sesebuah karya. Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 33, berkata, apabila ditawarkan berlakon drama Seludup arahan Jehan, dia kurang yakin dan agak keberatan mahu menerima tawaran berkenaan. "Jehan telah menghubungi saya dan bercakap tentang jalan cerita Seludup dan menawarkan untuk saya terlibat dengan projeknya itu. "Ketika kami berbual, hati saya sempat bertanya boleh ke dia mengarah? Maklumlah kita kenal dia sebagai pelakon dan tiba-tiba nak mengarah pula. "Dan Jehan pula macam tahu apa yang saya fikirkan. Dia terus nyatakan beberapa hasil pengarahannya menerusi drama What If. Bila tonton drama tersebut, sangkaan saya meleset," katanya. Pekin ditemui pada sidang media majlis pra-tonton drama Seludup di TGV Cinema, One Utama, di sini pada petang Khamis. Dalam pada itu tambah Pekin, selepas hampir tiga bulan terlibat dengan penggambaran Seludup, dia yakin Jehan mampu pergi jauh dalam bidang pengarahan selepas melihat cara kerjanya yang sangat efisyen. Sementara itu, mengenai drama Seludup, ia merupakan karya terbitan dan arahan kedua Jehan selepas drama What If. Kata Jehan, penglibatan produksi bagi menjayakan drama tersebut lebih daripada 100 kru serta pelakon dan bersyukur kerana mampu mengawal keadaan penggambaran dengan baik. "Orang kata bila bekerja dengan ramai orang, pastinya terdapat perselisihan faham dan agak sukar untuk mengendalikan kesemua mereka di bawah satu arahan. "Tetapi lain pula buat produksi saya, mereka semuanya profesional dan ia telah memudahkan lagi kerja saya menghasilkan Seludup. "Saya harap drama yang mengisahkan tentang pemerdagangan haram ini dapat memberi hiburan dan mesej berguna kepada penonton," ujarnya. Antara pelakon yang akan terlibat dalam Seludup termasuklah Tiz Zaqyah, Syafie Naswip, Raja Ilya, Namron serta Jehan sendiri. Seludup bakal disiarkan bermula 4 Disember depan, setiap Khamis, pukul 9.30 malam di saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135).- mstar online

Agensi Tidak Benarkan Le Hi Bercinta
Lee Hi terpaksa berkorban perasaan cintanya demi kerjaya nyanyian.
DEMI membina kerjaya, Lee Hi terpaksa mengorbankan perasaannya untuk menjalinkan hubungan cinta. Menurut laporan portal Soompi, ketua pegawai syarikat pengurusannya YG Entertainment iaitu Yang Hyun Suk telah melarang penyanyi itu bercinta mahupun rapat dengan mana-mana lelaki. "Hyun Suk berkata, 'kalau saya kata tidak boleh, ertinya tidak boleh!', tanpa memberitahu alasannya. "Tetapi saya percaya larangan itu dibuat demi kerjaya saya agar kekal lebih lama dalam industri," kata Lee Hi. Tambahnya, tiada pengalaman bercinta juga membuatkan dia sukar menjiwai lagu-lagu yang dibawakannya.- mstar online

Ramai Pengguna Mungkin Beralih Ke RON97
PETALING JAYA: Harga baru RON97 yang diturunkan dari RM2.75 ke RM2.55 seliter besar kemungkinan menarik lebih ramai pengguna menggunakan bahan api itu di mana ramai pemilik kenderaan percaya ia lebih efisyen dan baik untuk enjin kenderaan.
Perkembangan ini juga dijangka dapat membantu meringankan beban kerajaan yang pada masa ini memberikan subsidi terhadap petrol RON95.
Timbalan Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia Datuk Zulkifli Mokti berkata beliau menjangkakan sehingga 15 hingga 20 peratus pengguna RON95 akan beralih kepada RON97.
"Kita tidak tahu angka yang tepat tetapi saya meramalkan anggarannya sebanyak itu. Apabila mereka membuat peralihan, ia akan membantu kerajaan menjimatkan subsidi, bermakna wang pembayar cukai boleh digunakan untuk tujuan lain," katanya.
Walaupun kedua-dua bahan api mempunyai standard yang tinggi, beliau berkata RON97 adalah jauh lebih hebat dan lebih bersifat mesra alam sekitar.
"Prestasinya lebih baik dan penggunaannya lebih rendah," katanya kepada The Star.
Ketua Penyelidik RHB Bank Alexander Chia lebih konservatif dalam membuat anggaran.
"Saya tidak fikir ia akan mencapai 20 peratus kerana kos hidup yang semakin tinggi.
"Orang-orang yang beralih kepada RON97 mungkin adalah penggemar kereta atau mereka yang berfikir bahawa ia lebih baik dari segi kemampuan jarak.
"Saya berpendapat kurang daripada 10 peratus akan membuat peralihan," katanya sambil menambah kos untuk satu tangki penuh RON97 adalah kira-kira RM20 lebih tinggi berbanding satu tangki penuh RON95.
"Beberapa penjimatan kepada negara jelas akan berlaku apabila kerajaan kini memberi subsidi 13 sen bagi setiap liter RON95 di mana harga pasarannya adalah RM2.43," katanya.
Seorang guru, Nurul Nadia Ali, 28, adalah antara mereka yang bersedia untuk membayar lebih untuk RON97.
"Saya tidak kisah sangat tentang perbezaannya. Saya tidak fikir ia hanya lebih baik untuk enjin anda semata-mata, tetapi saya dengar ia lebih mesra alam sekitar, jadi saya mahu melakukan tanggungjawab saya," katanya.
Perancang kewangan Shakir Ameer, 29, berkata dia sering mengisi kereta Perodua Myvi miliknya dengan RON97 dan bukan RON95.
"Kualiti RON97 adalah lebih tinggi dan lebih cekap. Ia juga baik untuk enjin kereta. Sekarang harganya lebih rendah sedikit, saya boleh mengisi dengan lebih kerap," katanya.
Pereka grafik Richard Ho, 31, berkata walaupun tidak percaya dengan penjimatan tambahan, dia tidak keberatan berbelanja untuk kualiti petrol yang lebih tinggi.
Jurutera Heikal Rosnan, 29, berkata harga yang hampir sama membuatkan membayar untuk RON97 lebih berbaloi.
RON97 boleh menahan tahap mampatan yang lebih tinggi berbanding RON95 sebelum diledakkan, disebabkan oleh tambahan dalam bahan api yang lebih baik.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata jika seseorang mahu beralih kepada RON97, ia akan pastinya dapat membantu dari segi liabiliti subsidi.
"Ini kerana RON97 tidak disubsidi dan berdasarkan kepada nilai pasaran," katanya.- mstar online
TOP
Pesakit Nyanyuk Bakar Hospital Dijel 20 Tahun
SEOUL – Seorang lelaki berusia 82 tahun yang menghidap penyakit demensia atau pelupa dihukum penjara 20 tahun oleh mahkamah Korea Selatan hari ini kerana membakar sebuah hospital warga emas tempatan yang mengorbankan 22 pesakit pada 27 Mei lalu.
Jurucakap mahkamah daerah Gwangju, Hahn Ji-hyeong memberitahu media, suspek yang hanya dirujuk sebagai Kim didapati tidak terjejas pemikirannya walaupun ada penyakit nyanyuk ketika bertindak menyalakan api di dalam stor hingga menyebabkan kebakaran.
Polis memberkas Kim pada hari sama selepas kejadian apabila meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memasuki bilik simpanan barang di hospital khas Hyosarang di Janseong, 300 kilometer dari sini menempatkan 70 pesakit uzur itu.
Hasil CCTV jelas menunjukkan Kim yang juga seorang pesakit di situ memang sengaja membakar stor di tingkat dua hospital tersebut sekali gus mengakibatkan kebakaran namun tindakan pantas bomba datang awal berjaya memadam api dalam masa 30 minit.
Kim didakwa atas tuduhan membunuh dengan niat apabila 22 pesakit disahkan meninggal dunia ekoran sesak nafas setelah terhidu asap tebal akibat tindakan lelaki itu dan mereka juga gagal menyelamatkan diri kerana terlantar di katil semasa kebakaran. – Agensi
Suspek dikenali sebagai Kim ditahan pada hari kejadian selepas polis meneliti CCTV menunjukkan dia sengaja membakar sebuah hospital warga emas di Korea Selatan.

Polis Tahan 18 Suspek Curi Kabel Bernilai RM200,000
KUANTAN – Polis Pahang menahan 18 suspek termasuk 13 lelaki Bangladesh dan seorang wanita dipercayai terlibat dengan sindiket curi kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai lebih RM200,000 dalam tiga serbuan berasingan di kawasan Jalan Jabor Lama dekat Cherating.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata tangkapan pertama dilakukan pada Ahad lepas terhadap seorang lelaki berusia 25 tahun yang didapati sedang memotong kabel di kawasan tersebut pada 2 petang.
Beliau berkata polis turut merampas seguni kabel dianggarkan seberat 10 kilogram (kg) bersama peralatan memotong kabel, antaranya gergaji dan parang.
“Suspek yang memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu turut mengaku telah mencuri kabel di kawasan tersebut melebihi 10 kali,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata susulan itu tangkapan kedua dibuat terhadap seorang pemilik sebuah premis jual beli barang lusuh, berusia 53 tahun, bersama seorang pekerjanya warga Bangladesh, berusia 39 tahun, pada 12.30 tengah hari, Rabu lepas.
Abdul Aziz berkata hasil pemeriksaan di bengkel tersebut polis menemui seguni besar muatan kabel yang dianggarkan seberat 300kg bersama buku jual beli, resit dan penimbang.
Katanya hasil soal siasat ke atas suspek, polis menahan 16 lagi suspek iaitu penyelia stor, 57; anak lelakinya, 25; adik perempuannya, 21; pemandu lori, 30; dan 12 lelaki warganegara Bangladesh di sebuah stor berhampiran premis berkenaan
pada 9.30 malam, hari yang sama.
“Semasa serbuan, mereka sedang memindahkan kabel yang dianggarkan melebihi 4,000kg bernilai kira-kira RM200,000 termasuk 24 bateri lori ke dalam sebuah lori dipercayai untuk dibawa ke Kuala Lumpur sebelum dijual,” katanya.
Beliau berkata semakan awal mendapati pemilik premis berkenaan memiliki rekod jenayah lampau dan kesemua suspek kini ditahan reman sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut. – BERNAMA
TOP
Persepsi Kos Naik Kerana GST Tidak Tepat – Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan
PONTIAN – Persepsi bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan menaikkan kos kehidupan rakyat tidak tepat, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. Sebaliknya, seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2015, 54 peratus daripada lebih 900 barangan akan turun harga selari dengan pelaksanaan GST itu. “Sebelum ini, barangan berkenaan dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sebanyak 10 peratus. Dengan pelaksanaan GST, barangan berkenaan hanya dikenakan cukai sebanyak enam peratus saja,” katanya selepas Perasmian Majlis Pecah Tanah Surau Nur Hidayah Kampung Parit Betak Darat, di sini, hari ini. Barangan keperluan harian tidak dikenakan GST, tetapi barangan bukan keperluan harian yang tidak dikenakan cukai sebelum ini, akan dikenakan GST. Beliau diminta mengulas kaji selidik Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) yang menjangkakan kenaikan kecil gaji pekerja tahun depan iaitu 5.89 peratus bagi eksekutif manakala bukan eksekutif menerima 5.78 peratus. Mengikut MEF, sebanyak 49.5 peratus syarikat yang terbabit dalam kaji selidik itu mahu menimbang pelaksanaan GST dalam unjuran kenaikan gaji tahun depan. Sebanyak 48.4 peratus daripada syarikat turut mengambil kira GST sebelum membuat sebarang keputusan kenaikan gaji bukan eksekutif mereka bagi 2015. Mengenai kenaikan gaji, Ahmad berkata menaikkan gaji adalah sesuatu yang bagus tetapi tindakan itu akan menimbulkan kesan sampingan. “Para majikan sepatutnya memenuhi tuntutan gaji minimum RM900 di Semenanjung dan RM800 bagi Sabah dan Sarawak terlebih dahulu dan kemudiannya memikirkan mengenai kenaikan gaji itu,” katanya sambil menambah kaji selidik itu perlu dibuat dengan lebih baik. – BERNAMA

Harga RON95 Dan Diesel Ikut Kaedah ‘Manage Float’
KENYATAAN AKHBAR PELAKSANAAN PENGAPUNGAN TERKAWAL (MANAGE FLOAT) BAGI PETROL RON95 DAN DIESEL
Dimaklumkan bahawa Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan bermula dari 1 Disember 2014, penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal (managed float). Kaedah ini adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sedia ada sejak Julai 2010.
Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Price Mechanism (APM) sejak tahun 1983. Melalui APM, Kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu dimana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit. Walau bagaimanapun, melalui pengapungan terkawal (managed float) ini, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya. Ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya.
Sebagai contoh daripada 1 hingga 19 November 2014, purata harga RON95 di bawah APM menurun kepada RM2.27 seliter yang mana lebih rendah daripada harga runcit RM2.30 seliter. Dalam hal ini, Kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 30 November 2014 dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember. Jika trend ini berlarutan, adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula APM.
Pada masa ini harga runcit RON95 di stesen minyak adalah pada harga RM2.30 seliter dan diesel pada harga RM2.20 seliter. Mulai pada 1 Disember 2014, penetapan harga di stesen minyak akan bergantung kepada kaedah yang disebut di atas. Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel.
Keputusan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel dibuat berikutan kejayaan pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON97. Langkah ini membuktikan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati manfaat sepenuhnya berikutan penurunan harga minyak mentah dunia.
Kajian bagi pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum memutuskan pelaksanaan kaedah ini.
YB DATO’ SRI HASAN BIN MALEK
21 NOVEMBER 2014

Pantau Pergerakan Anak Ketika Musim Banjir
- mstar onlineKOTA BHARU – Polis menasihatkan ibu bapa supaya memantau rapi pergerakan anak-anak mereka ketika musim banjir bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Kelantan ACP Dahlan Mohd Noor berkata ibu bapa perlu melarang anak-anak bermain di kawasan yang dinaiki air.
“Kita tidak mahu berlaku kejadian yang boleh meragut nyawa pada musim banjir ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Dahlan berkata meskipun buat masa ini keadaan banjir masih terkawal namun penduduk perlu sentiasa berwaspada.
“Kita tak tahu pergerakan air macam mana dan sudah ada kejadian tahun sebelumnya walaupun ibu bapa pantau tetapi anak hilang,” katanya.
Portal rasmi kerajaan negeri melaporkan jumlah mangsa banjir di tiga pusat pemindahan yang dibuka di Kota Baharu dan Pasir Puteh kekal 130 orang pada pukul 2 petang ini.
Sebanyak 77 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Mulong dan 28 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tiong Kota Baharu ini, manakala di Pasir Puteh, 25 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja.
Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas pada pukul 2 petang ini masih melepasi paras bahaya pada sembilan meter walaupun surut sedikit kepada 9.12 meter berbanding 9.15 meter pagi tadi.
Sungai-sungai lain masih belum mencecah paras amaran dan tiada jalan utama ditutup berikutan banjir manakala cuaca di Kelantan petang ini mendung. – BERNAMA
TOP
17 Dis Sebutan Semula Kes 4 Individu Bogel
BALIK PULAU – Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 17 Dis untuk sebutan semula kes empat individu yang didakwa menyertai pesta bogel di Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang di sini bagi membolehkan pihak pembelaan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menetapkan tarikh itu selepas peguam L. Raj yang hadir mewakili peguam tertuduh, memohon tarikh lain bagi sebutan kes terbabit kerana pihak pembelaan mahu mengemukakan representasi tersebut.
Pada 28 Ogos lalu, tiga wanita iaitu Chew Tok Hwa, 57; Chan Chia Wen, 27; dan Teh Guan Hoon, 37; serta seorang lelaki, Kong Meng Leong, 38; mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mendatangkan kegusaran kepada orang awam kerana berbogel di Pantai Teluk Kampi antara 3 dan 6 petang, 30 Mei lepas.
Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.
Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu bersama-sama enam lagi individu lain iaitu Loh Kok Hong, 41; Mu Wai Peng, 34; Justin Ang Ji Keng, 24; Yam Kam Hoong, 54; Lionel Loo Joo Heng, 52; dan R. Nanda Kumar, 40.
Bagaimanapun enam individu terbabit mengaku bersalah dan masing-masing dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan penjara sebulan.- BERNAMA
TOP
Gempa Sederhana Landa Sempadan Myanmar-India
KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter melanda sempadan rantau Myanmar-India awal pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, gempa bumi pada 2.14 pagi itu berlaku di 23.5 darjah utara dan 93.5 darjah timur iaitu kira-kira 226km barat laut Monywa, Myanmar.
Bagaimanapun gempa itu, tidak mendatangkan ancaman tsunami. – BERNAMA
TOP
Pendaftaran GST Meningkat Kepada 156,515 Sehingga 20 Nov
KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat yang mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 156,515 sehingga 20 Nov, peningkatan sebanyak 3,001 daripada hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Jumlah syarikat yang mendaftar kini melepasi sasaran kerajaan sebanyak 140,000 sehingga akhir tahun
Bagaimanapun, syarikat yang masih belum mendaftar mempunyai masa sehingga 31 Dis, 2014 untuk berbuat demikian.
Perniagaan dengan perolehan jualan tahunan kurang daripada RM500,000 disaran supaya mendaftar bagi GST sebelum jumlah perolehan jualan tahunan mereka melebihi RM500,000 pada masa depan.
Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Kementerian Kewangan, Datuk Mat Noor Nawi, menasihatkan syarikat terbabit mendaftar secara sukarela dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk pelaksanaan GST.
Regim percukaian baharu itu akan dilaksanakan mulai 1 April 2015. – BERNAMA
TOP
AirAsia India Tambah Pune Dalam Rangkaiannya
NEW DELHI – AirAsia India akan memulakan penerbangan harian dari Bengaluru ke Pune, Pune-Jaipur dan sebaliknya mulai 17 Dis, 2014.
AirAisa India ialah syarikat penerbangan pertama yang menawarkan perkhidmatan bagi laluan Pune-Jaipur.
“Berdasarkan lonjakan dalam perjalanan perniagaan dan santai, kami yakin Pune mempunyai potensi besar,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mittu Chandilya, menerusi satu kenyataan.
Beliau berkata AirAsia India sudah menjalankan analisis lengkap terhadap sektor ini, yang merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan bagi menyediakan pengalaman penerbangan yang mudah, selesa dan menark menerusi
penerbangan terus kepada penumpang kali pertama dan mereka yang kerap terbang.
Pune, ibu negeri kebudayaan Maharashtra, merupakan lokasi beberapa sayrikat automotif dan teknologi maklumat.
Pune juga menawarkan tarikan menarik seperti Istana Aga Khan, Muzium Darshan serta Kubu Raigarh untuk pelancong.
Bagi meraikan pelancaran laluan baharu itu, AirAsia India menawarkan tambang promosi inklusif serendah Rs. 1499 (RM81.27) sehala dari Bengaluru ke Pune dan Rs.2999 (RM162.60) dari Pune ke Jaipur dan sebaliknya. – BERNAMA
TOP
Dua Beradik Maut Dalam Kebakaran Di Ulu Bernam
KUALA LUMPUR – Dua beradik maut dalam kebakaran akibat terperangkap di tingkat atas kediaman dua tingkat di Jalan Besar, Ulu Bernam, Selangor awal pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Muhamad Azuwanis Ghazali, 20; dan Muhamad Nur Arif Ghazali, 17; maut dalam kejadian pada 4 pagi tadi, kata Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul.
Beliau berkata kedua-dua mangsa merupakan 16 orang yang tinggal dalam rumah dua tingkat itu, yang lain berjaya menyelamatkan diri.
“Rumah berkenaan musnah terbakar hampir 70 peratus manakala punca dan kerugian masih disiasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sebanyak 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim ditugaskan memadam kebakaran itu dengan dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu. – BERNAMA
TOP
Pegawai Kes Beng Hock Layak Naik Pangkat – Putrajaya
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, pegawai penyiasat SPRM yang mengendalikan kes kematian Teoh Beng Hock, Mohd Anuar Ismail, telah melalui proses sepatutnya sebelum dinaikkan pangkat.
Tambah beliau, individu tersebut bersama beberapa pagawai lain yang disiasat, terbukti bersih daripada sebarang keraguan. Namun, siasatan masih berterusan dan jika didapati bersalah, pangkat tersebut akan ditarik balik.
Memetik kenyataan Paul dalam portal The Malaysian Insider, “Pegawai tersebut melalui satu proses kenaikan yang ketat dan teratur selari dengan peraturan dan prosedur Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Antara lain, beliau melalui proses kompetensi dan penilaian yang diperakui JPA termasuk mengambil kira tempoh perkhidmatan beliau selama hampir 10 tahun.”
Melalui jawapan bertulis kepada Teo Nie Ching, Ahli Parlimen DAP, menteri itu berkata, Anuar dinaikkan pangkat dari gred 44 pada 2009 kepada gred 48.
Menurutnya lagi, hanya Anuar sahaja dinaikkan pangkat manakala dua pegawai yang juga terlibat dalam siasatan Beng Hock, iaitu Hishamuddin Hashim dan Mohd Ashraf Mohd Yunus masih kekal dengan gred 44.
Tambah Low, selari dengan peraturan perkhidmatan awam, Anuar tidak disabitkan dengan mana-mana tuduhan dan kesalahan jenayah.
“Justeru, beliau wajar diberi pertimbangan untuk kenaikan gred sebagaimana pegawai-pegawai lain atas prinsip ‘innocent until proven guilty’.”
Kelmarin, ahli keluarga mendiang Teoh Beng Hock telah bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong dan menzahirkan kekesalan atas kenaikan pangkat Anuar.
Mereka juga membuat rayuan kepada menteri-menteri supaya memberikan keadilan kepada kematian bekas pembantu exco Selangor itu.
Pada 5 September lalu, Mahkamah Rayuan menukar keputusan terbuka yang dibuat Mahkamah Koroner dalam kes Beng Hock dan memutuskan kematiannya itu akibat tindakan seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali yang melanggar undang-undang.
Keputusan tersebut dibuat tiga panel yang memerintahkan siasatan dilakukan dengan lebih mendalam tanpa mengecualikan pegawai SPRM. – MYNEWSHUB.CC
TOP
4 Sekeluarga Maut, Kereta Dinaiki Bertembung Bas Ekspress
KUALA LIPIS – Empat sekeluarga maut selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspres dua tingkat di Kilometer 81 Jalan Lipis-Merapoh, dekat Kampung Kubang Rusa di sini, awal pagi tadi.
Pemandu kereta Ahmad Nor Sallahuddin Ahmad Zamberi, 28, dari Pengkalan Chepa, Kelantan yang merupakan seorang tentera dan pernah bertugas di Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Majidee, Johor Baharu, maut di tempat kejadian.
Sementara isterinya, Azian Ismail, 32, bersama sepasang anak mereka, Ahmad Abinubli Ahmad, 3, dan anak perempuannya, Airis Auta yang bakal mencecah usia setahun pada 13 Dis depan, meninggal dunia di Hospital Gua Musang, Kelantan semasa menerima rawatan.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata kemalangan berlaku pada 2.30 pagi ketika mangsa sekeluarga dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas tersebut.
“Siasatan awal mendapati jalan di situ berselekoh dan berbukit namun keadaan terang kerana ada lampu jalan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, pemandu bas, Che Zaidi Che Hamid, 40, bersama seorang pembantu dan 47 penumpang bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Polis kini sedang mengesan tempat kerja terkini Allahyarham Ahmad Nor Sallahuddin memandangkan mangsa dilaporkan tidak lagi bertugas di Kem Majidee.
Mayat Ahmad Nor Sallahuddin dihantar ke Hospital Daerah Lipis dan kesemua mangsa dijangka akan dibedah siasat pagi ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Al-Fatihah.
- BERNAMA
Al-Fatihah.
- BERNAMA
TOP
JPN Buka Cawangan Baharu Di UTC Keramat
KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan membuka cawangan baharu di Keramat di sini bermula 24 November ini.
JPN dalam satu kenyataan memberitahu, cawangan baharu JPN itu akan beroperasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Keramat.
“Cawangan Mini JPN itu terletak di UTC Keramat di Aras 1, Keramat Mall, Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, waktu operasi cawangan JPN itu dari pukul 8.30 pagi hingga 10 malam.
Orang ramai boleh menghubungi talian 03- 6201 1106 atau emel kepada pro@jpn.gov.my untuk maklumat lanjut.-mynewsub
TOP
Pusat Cuci Kereta Haram Bazir Bekalan Air
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kawasan Segambut, Lim Lip Eng mendabik dada kerana aduan yang beliau buat mengenai pusat cuci kereta haram di kawasannya mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau mendakwa, hanya dalam tempoh empat hari aduan itu dibuat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bertindak pantas merobohkan pusat cuci kereta haram tersebut.
“Minggu lalu saya terima aduan satu tempat cuci kereta yang baru muncul di bawah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman City. Saya buat aduan kepada DBKL dan TNB.
“Setelah empat hari aduan dibuat, cuci kereta haram itu telah diroboh oleh pihak penguat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lip Eng mendakwa, beliau sebenarnya mengesan sekurang-kurangnya dua atau tiga cuci kereta haram wujud di setiap kawasan Taman Perumahan di Segambut.
Menurutnya, kebanyakan pusat cuci kereta itu beroperasi tanpa permit kerana mencuci kereta di tapak terbuka.
Dakwanya, aktiviti cuci kereta secara haram merupakan salah satu punca yang paling utama pembaziran sumber air di Lembah Klang.
Justeru, katanya, DBKL patut memantau serta mengambil tindakan tegas berhubung isu cuci kereta haram di ibu negara.-mynewsub
TOP
Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat 5,550 Orang
KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu yang ditempatkan di pusat pemindahan kini meningkat kepada 5,550 orang pagi ini berbanding 4,813 orang malam tadi.
Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu, Roslina Ngah dalam satu kenyataan berkata sehingga pukul 9 pagi ini, lima daerah terjejas sejak banjir melanda negeri ini masuk hari keempat.
Kuala Terengganu mencatatkan paling banyak mangsa banjir, iaitu 3,927 orang daripada 927 keluarga, yang ditempatkan di 17 pusat pemindahan.
Banjir di Marang melibatkan 967 orang (236 keluarga), yang ditempatkan di lima pusat pemindahan dan Setiu 349 orang (78 keluarga) ditempatkan di 10 pusat pemindahan.
Di Besut pula sebanyak 291 orang daripada 80 keluarga dipindahkan ke tiga buah pusat pemindahan dan di Dungun sebanyak 16 orang daripada tiga keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kampung Nyior.
Sehingga kini, 42 buah pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di Terengganu.
Orang ramai yang ingin mengetahui keadaan terkini banjir di negeri ini boleh menghubungi bilik gerakan bencana negeri di talian 09-6316021 atau laman web etindakan.terengganu.gov.my.
Sementara itu, cuaca di Kuala Terengganu dan sekitarnya pada sebelah pagi ini baik dan cerah, membolehkan orang ramai keluar rumah melakukan urusan harian yang tertangguh.
Sementara itu di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di tiga pusat pemindahan yang dibuka di Kota Baharu dan Pasir Puteh kekal sebanyak 130 orang pagi ini.
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, sebanyak 77 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong dan 28 orang ditempatkan di SK Tiong Kota Baharu ini, manakala 25 orang ditempatkan di SK Wakaf Raja, Pasir Puteh.
Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas pada jam 9 pagi ini mencatatkan bacaan 9.15 meter yang melepasi paras bahaya 9 meter.
Sungai-sungai lain masih belum mencecah paras amaran dan tiada jalan utama ditutup berikutan banjir. Cuaca di Kelantan pagi ini mendung. – BERNAMA
TOP
KAFA Minta SPRM Pengerusikan Jawatankuasa Integriti
KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengumumkan jawatankuasa disiplin persatuan itu akan dipengerusikan oleh seorang peguam profesional dari sebuah firma guaman bebas.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa turut memaklumkan, kerusi pengerusi jawatankuasa integriti KAFA pula akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Sekurang-kurangnya dua pengerusi jawatankuasa KAFA tidak dilantik dalam kalangan Exco KAFA,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Annuar berkata, langkah tersebut diambil kerana KAFA mahu meletakkan aspek disiplin dan integriti persatuan bola sepak pada tahap terbaik dan bebas.-mynewsub
TOP
Trend Bedah Suara Makin Popular Di China
BEIJING – Biasa kita dengar ada wanita sanggup melakukan pembedahan kosmetik bagi mencantikkan wajah mereka yang mungkin dianggap hodoh, tetapi kini di China, ramai rakyatnya dilaporkan menjalani pembedahan suara menjadi lebih maskulin atau feminin.
Akhbar tempatan mendedahkan seorang doktor klinik swasta yang enggan didedahkan identiti mendakwa sudah berjaya melakukan pembedahan ke atas lebih 200 pesakit sejak empat tahun lalu dan kebanyakan pelanggannya ialah golongan pondan atau penkid.
Lazimnya kelompok keliru jantina atau transgender itu menjalani pembedahan suara selepas pembedahan penukaran jantina selain pesakit yang semula jadi ada masalah percakapan akibat pita suara cedera seperti gagap, sengau, kemalangan atau cacat lahir.
Seorang pesakit lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Lu Xiang, 23 tahun, berkata, dia terpaksa melakukan pembedahan suara kerana diejek rakan sekerja apabila nada suaranya tinggi seperti wanita maknyah dan sukar dapat kekasih kerana dianggap kurang jantan.
“Setelah akil baligh, suara saya tidak dalam macam remaja lelaki dan sering disalah anggap perempuan apabila ada orang menelefon, bahkan lebih teruk ada ingat saya gay,” kata pemuda itu yang akan menjalani pembedahan memotong tulang rawan pangkal tenggorok.
Kebiasaan doktor akan menyuntik botox ke bahagian pita suara selepas habis pembedahan bagi menjadikan pita suara lebih pendek, mendatar serta suara dalam gaya maskulin sejati namun otot boleh kaku dan suntikan kena diulangi beberapa kali pada waktu ditetapkan.
Bagaimanapun pakar bedah plastik ternama di London, Dr. Alasdair Mace mendakwa, pembedahan suara sedemikian ada kesan sampingan berbahaya termasuk jangkitan radang paru-paru atau hilang pertuturan buat sementara jika tersilap sedikit. – Agensi
Pembedahan suara ada risiko termasuk langsung pesakit bisu akibat kesan kesan sampingan tertentu. – Gambar hiasan

Emelda Rosemila Bagi Klu Dirinya Sedang Hamil
Setelah perkahwinannya dengan aktor dan pengarah teater, Adlin Aman Ramli mencecah usia lima tahun, akhirnya teraju utama drama bersiri Manjalara itu bagai mengesahkan dirinya sedang mengandung.
Walaupun Emelda masih belum mengeluarkan kenyataan secara rasmi, namun ramai yang menganggap berita tersebut benar.
Perkhabaran itu dikongsikan Emelda melalui laman sosial Instagram beberapa hari lalu dengan memuat naik gambar kit ujian kehamilan.
Dalam ‘posting’ terbarunya di laman tersebut, dia berkata, “Alhamdulillah and thank you so much kepada semua yang prihatin dan mendoakan kebaikkan untuk Mel. Insya Allah kalau ada rezeki dari Allah S.W.T. Tak terbalas semua doa-doa dan ucapan tahniah anda semua. I;m touched. Thank you so much again. I love all of you!!.” Di ruangan komen, ramai pengikut aktres ini mengucapkan tahniah kepadanya di atas perkhabaran tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Pengetua Ditangkap Lakukan Seks Oral Terhadap Guru Matematik
DAHLAH kantoi ditangkap pelajar ketika sedang melakukan seks oral terhadap seorang stafnya, seorang pengetua di sebuah sekolah menengah di Slovenia mengugut pelajarnya bahawa dia akan mengambil tindakan mahkamah selepas video seksnya menjadi viral di Internet.
Drago Kamenik, 41, ditemui dalam keadaan sedang melakukan seks oral terhadap guru matematik, Manja Mertelj selepas pelajar tersebut terdengar bunyi mencurigakan dalam sebuah kelas yang kosong. Pengetua tersebut yang risau dengan penyebaran video itu terus mengugut untuk menyaman pelajarnya yang telah memuat naik video itu di laman sosial sehingga menjadi viral. “Kami terdengar bunyi bising dan nampak ada orang sedang melakukan seks di dalam kelas yang kosong. “Pada mulanya kami menyangkakan pelajar lain yang sedang melakukan perkara itu, namun terkejut selepas menyedari pasangan itu adalah cikgu matematik dan pengetua sekolah kami,” kata salah seorang pelajar yang ternampak kejadian memalukan itu. Drago, yang sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata, bermati-matian mengatakan video tersebut adalah palsu dan sudah membuat laporan kepada polis berhubung penyebaran video tersebut. “Lelaki dalam video itu bukan saya, ianya telah diedit,” katanya. Pelajarnya bagaimana tidak mempedulikan amaran pengetua mereka, malah menambah akan memuat naik keseluruhan video sekiranya keadaan memaksa mereka kelak. “Kami boleh sahaja nak muat naik keseluruhan video tersebut tetapi saya rasa semua orang percaya dengan kesahihan video kami,” kata pelajar yang merakam video tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Pawagam Thailand Sekat ‘Mockingjay I’ Kerana Simbol 3 Jari
Apex, salah satu syarikat panggung wayang di Thailand memutuskan untuk tidak menayang sekuel francais Hunger Games iaitu Mockingjay I gara-gara simbol jari yang digunakan dalam filem tersebut.
Keputusan itu dilakukan berhubung dengan tindakan kerajaan negara gajah putih itu yang menahan lima orang pelajar selepas mereka menggunakan simbol 3 jari tersebut ketika melakukan protes. Selain itu, mereka juga mengenakan t-shirt yang memaparkan mesej berbaur politik.
Dalam filem tersebut, watak Katniss Everdeen yang didukung oleh pemenang Academy Awards, Jennifer Lawrence menggunakan simbol tersebut mewakili tanda kebebasan.
Walau bagaimanapun, jurucakap panggung tersebut berkata bahawa keputusan untuk tidak menayangkan filem tersebut tiada kaitan dengan insiden lima pelajar itu, namun ada kena mengena dengan ideologi politik dalam filem tersebut. “Kami merasakan bahawa panggung kami dipergunakan sesetengah pihak dalam menggerakkan pemikiran politik.” Namun, para peminat di sana tidak bimbang kerana syarikat pawagam lain masih meneruskan tayangan filem tersebut yang dijadual bermula pada hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Kerajaan Sedia Timbang Status Lapangan Terbang Labuan
LABUAN – Kementerian Pengangkutan akan memberi status antarabangsa kepada Lapangan Terbang Labuan (LTL) jika ada peserta penerbangan antarabangsa yang berminat untuk menjadikan Labuan sebahagian daripada destinasi pilihan mereka.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata kerajaan sentiasa memberi sokongan kepada industri penerbangan dan pengendali lapangan terbang untuk menarik penerbangan antarabangsa.
“Jika terdapat permintaan bagi penerbangan antarabangsa daripada syarikat penerbangan asing untuk datang ke Labuan, kerajaan akan memberi sokongan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Labuan Liberty Port, di sini semalam.
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Labuan (DPMML), Datuk Yussof Mohammad berkata usaha itu akan membantu meningkatkan industri pelancongan.
Beliau berkata usaha berterusan perlu dilakukan untuk meningkatkan hubungan udara antara Malaysia dan negara jiran.
Yussof berkata adalah penting untuk memberi tumpuan dalam bidang pelancongan bagi meningkatkan imej Labuan sebagai destinasi pilihan pelancong.
“Untuk meningkatkan kekerapan penerbangan ke Labuan, sama ada dalam negeri atau penerbangan antarabangsa, kita juga harus melihat kepada kemudahan dan tarikan kepada pelancong,” katanya dan menambah ia mesti ditambah baik dan menarik. – BERNAMA
TOP
Mak aiii, Besarnya Mesin Larian Senaman Ini!!
Tuu diaa….Rupa mesin larian senaman gergasi yang telah dicipta dan dihasilkan di negara Chile ini.
Besar sungguh mesin larian senaman yang lebih dikenali sebagai mesin treadmill ini, hinggakan manusia yang berlari atas mesin ini nampak seperti manusia kerdil pula.
Sebenarnya, produk mesin gergasi ini dicipta bagi tujuan mempromosikan produk keluaran baru daripada Oxford Fitness sahaja.
Kebesaran mesin treadmill ini dikatakan mempunyai kepanjangan 6 meter, selebar 3 meter dan mempunyai ketinggian 5 meter.
Kebiasaannya mesin treadmill ini yang boleh dilihat di pusat-pusat gym, hanya boleh dinaiki oleh seorang sahaja. Namun kebesaran mesin treadmill gergasi ini dikatakan mampu memuatkan lebih 10 orang pengguna secara serentak.
Wah, hebat betullah kan!
Kelajuan mesin gergasi yang dihasilkan ini dianggarkan antara 1 hingga 16 kilometer, sejam. Mesti ramai yang teringin untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman menaiki mesin gergasi ini kan? Baguslah, ini sekali gus bakal membantu dalam mengurangkan kadar penyakit obesiti di seluruh dunia! – MYNEWSHUB.CC

3 Lelaki Dihukum Mati Kerana Culik Wanita Untuk Tebusan
MELAKA – Tiga lelaki, termasuk seorang warga Indonesia hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah menculik seorang wanita untuk mendapatkan wang tebusan pada Disember 2009.
Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menjatuhkan hukuman itu terhadap peniaga Koh Chun Sen, 43, pekerja kilang Lee Hee Wee, 41, dan warga Indonesia Sahri, 29, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa menahan Goh Geok Hua, 34, dengan niat meminta wang tebusan RM300,000 daripada suami mangsa, Ng Guan Kiat, 34, di KS 1006, Jalan Kuala Damai 1, Taman Kuala Damai, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah pada pukul 10 pagi, 24 Dis 2009.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Norhasmiza Othman, manakala Koh diwakili peguam Yusof Rahmat, Lee diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi dan Sahri diwakili peguam Mohan Singh. – BERNAMA
TOP
Cipta Rekod Kanak-Kanak Berselawat Beramai-Ramai
IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Saarani Mohamad (tengah) bersama Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) negeri, Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi menunjukkan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records semasa Program Penyertaan Teramai Kanak-Kanak Tabika Kemas dalam Bacaan Selawat di Stadium Indera Mulia di sini, malam tadi. - Foto BERNAMA
IPOH – Perak mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records apabila 1,588 kanak-kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di negeri ini berselawat beramai-ramai secara serentak di Stadium Indera Mulia, di sini, malam tadi. Sijil Malaysia Book of Records itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Saarani Mohamad kepada Pengarah Kemas negeri Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi. Ahmad Kamal Idris berkata rekod itu dicipta berdasarkan penyertaan kanak-kanak teramai dan kebolehan mereka menghafal selawat berkenaan. “Penyertaan berselawat anjuran Tabika Kemas ngeri itu menekankan aspek pembangunan modal insan dan pendidikan moral menerusi bacaan selawat dan doa harian,” katanya kepada pemberita selepas bacaan selawat itu. Sementara itu, Saarani berkata program berselawat itu menangkis dakwaan Tabika Kemas lebih menjurus kepada duniawi seperti hanya melatih kanak-kanak menyanyi dan menari. Katanya terdapat 837 kelas Tabika Kemas di negeri ini dengan sebanyak 15,000 pelajar. – BERNAMA

Empat Beranak Maut Kereta Bertembung Dengan Bas
MALANG tak berbau apabila empat beranak maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 8, Jalan Kuala Lipis-Merapoh berhampiran Kampung Kubang Rusa, awal pagi tadi.
Menurut sumber Harian Metro, tragedi yang berlaku pada jam 2.30 pagi itu menyebabkan mangsa, pemandu kereta, Ahmad Nor Sallahuddin Ahmad Zamberi, 29, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.
Manakala isterinya, Azian Ismail, 32, dan dua anak mereka, Ahmad Abinubli, 3, dan Airis Auta, 1, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang, Kelantan.
Kejadian berlaku ketika empat beranak itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kelantan.
Ahmad Nor Sallahuddin dikatakan secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan mengakibatkan kenderaan mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres yang datang dari arah Kelantan menuju ke Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Papan Selaju Terapung Hoverboard Kini Menjadi Realiti!
Hoverboard merupakan salah satu papan luncur yang terapung dan telah dipopularkan dalam filem Back To The Future.
Buat peminat tegar filem tersebut, anda pasti perasan adegan di dalam Back To The Future II semasa Marty McFly lakonan Michael J. Fox dikejar oleh Biff, Marty telah meminjam hover board yang dinaiki oleh dua orang budak perempuan.
Gara-gara sekuel tersebut, konsep papan selaju terapung yang digunakan telah mendapat sambutan hangat sehinggalah beberapa syarikat termasuk Google telah cuba untuk membangunkanya.
Terkini sejak dinantikan berpuluh tahun, Arx Pax, sebuah syarikat teknologi telah hadir dengan projek mereka sendiri yang dinamakan sebagai Hendo Hoverboard.
Hendo Hoverboard mampu mengapungkan seseorang yang memiliki berat 300 paun.
Jarak dari lantai lebih kurang 1 inci apabila seseorang berdiri diatasnya dengan menggunakan electromagnetic field technology (medan elektromagnet). Ia hanya berfungsi di atas permukaan bahan tertentu sahaja seperti kuprum dan aluminium dan boleh membuatkan seseorang terapung selama 7 minit dengan bantuan bateri. Lagenda sukan papan selaju dunia Tony Hawk tidak terlepas bagi mencuba papan selaju Hoverboard ini, beliau baru-baru ini buat pertama kalinya telah menggunakan papan selaju alaf baru tersebut dan terapung di atasnya.
Dia berulang kali menyatakan konsep Hoverboard ini telah menjadi realiti setelah usaha syarikat Arx Pax berhasil mencipta Hendo Hoverboard, yang telah diiktiraf sebagai hoverboard pertama di dunia. Syarikat Arx Pax menjangkakan ia bakal dijual pada Oktober 2015 iaitu tahun yang sama digambarkan di dalam filem Back To The Future II! Pada masa ini Arx Pax sedang membuat kempen di Kickstarter bagi memperbaiki dan menjadikan impian hoverboard yang sedia ada menjadi realiti.
Hendo Hoverboard bernilai USD 10,000 (RM33,000) sebuah.
Sumber: Hendohover
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Kekasih Michael Phelps Dedah Dirinya Seorang Lelaki!
SEORANG wanita yang mengakui dirinya merupakan teman wanita kepada jaguh renang Amerika Syarikat, Michael Phelps, Taylor Lianne Chandler, 41, membuat pengakuan mengejutkan apabila mengakui dirinya dilahirkan sebagai seorang lelaki.
Dalam sebuah postingnya di laman Facebook, Chandler mengatakan dia dilahirkan lelaki dan nama sebenarnya adalah David Roy Fitch. Chandler mengatakan dirinya seorang khunsa, di mana ketika dilahirkan dia mempunyai genital lelaki tetapi tidak mempunyai penis serta mempunyai uterus tanpa ovari. Ketika di alam remaja, Chandler telah mengambil hormon untuk menghalang pertumbuhannya sebagai lelaki dan menukar namanya selain menjalani pembedahan untuk membuang kemaluan lelaki. Di sebalik pengakuannya itu, Chandler mengatakan Phelps berkemungkinan besar akan meninggalkannya. “Saya mungkin akan kehilangannya kerana dia merupakan aset kepada pasukannya dan selepas dia dimasukkan ke pusat pemulihan, hubungan kami semakin goyah,” katanya memetik Daily Mail. Phelps, 29, juara renang Olimpik dimasukkan ke pusat pemulihan kerana memandu dalam keadaan mabuk, baru-baru ini. Phelps sebelum ini tidak pernah mengiakan Chandler merupakan kekasihnya walaupun ‘wanita’ itu membuat pengakuan sudah dua kali melakukan hubungan seks dengannya.
– MYNEWSHUB.CC

Lepas 2 Bulan Bergelar Suami, Isteri Alif Satar Hamil!
Suka kami mendengar perkhabaran perihal selebriti yang baru sahaja bergelar pengantin baru ini.
Mana tidaknya, baru dua bulan menjadi seorang suami, penyanyi dan pelakon Alif Satar bakal bergelar bapa pula tidak lama lagi. Tahniah kami ucapkan kepada Alif dan isteri, Sha Dila Halid! Perkara ini diakui sendiri oleh isterinya, Sha Dila dalam akaun Instagramnya apabila laman sosialnya dipenuhi ucapan tahniah dari rakan-rakannya sejak beberapa hari lalu. Nampaknya ramai rakan dan saudara yang teruja apabila mengetahui kandungan sulung itu selepas pasangan ini baru sahaja sahaja melangsungkan pernikahan dua bulan lalu. Tidak putus-putus tahniah dan doa disampaikan oleh rakan-rakan ini ke atas berita yang didengari ini. Sha Dila turut membalas ucapan ucapan rakan-rakannya dengan menulis, “Yes it is but still so early to announce”. Untuk makluman anda, Alif dan Sha Dila telah pun bernikah pada 15 September lalu.
Apa pun, kami ucapkan tahniah kepada pasangan ini atas berita kandungan tersebut dan semoga kandungan dalam keadaan sihat. – MYNEWSHUB.CC

Penyokong Beng Hock Ganggu Sidang Akhbar DAP Rasuah
KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao Krishnan Naidu kesal dengan sikap penyokong mendiang Teo Beng Hock yang membuat provokasi sehingga hampir berlaku pergaduhan di hadapan Parlimen semalam.
Beliau ujarnya, hadir hanya untuk membuat satu sidang media mengenai kelemahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang belum mengambil tindakan terhadap laporan rasuah pemimpin-pemimpin DAP setelah sembilan bulan membuat aduan.
“Saya amat kecewa dengan penyokong perhimpunan aman Beng Hock yang ganggu kami dengan melemparkan kata-kata kurang enak sehingga menaikkan kemarahan kami padahal saya tiada niat untuk bergaduh,” katanya di pekarangan Parlimen semalam.
Ramesh Rao mendakwa, mereka telah diprovokasi walhal kehadiran kumpulan beliau bukan untuk menyokong perhimpunan tersebut tetapi hanya ingin memberitahu kepada wakil-wakil media mengenai kelewatan pihak SPRM mengambil tindakan ke atas DAP.
Terdahulu, beliau dalam sidang medianya menggesa agar pihak kerajaan segera menubuhkan sebuah suruhanjaya khas untuk menangani gejala rasuah dalam kalangan ahli-ahli politik tanah air termasuk sekali jika melibatkan pemimpin pembangkang.
“Kita mahu keadilan, kalau salah sila siasat. Mana prosedur operasi standard SPRM. Takkan sembilan bulan nak siasat satu kes. Ini karut dan kelakar. Mana konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Ini pencapaian dilengah-lengahkan,” jelas Ramesh Rao.
Tindakan tegas oleh pihak SPRM perlu diambil tanpa mengira siapa walaupun tokoh pembangkang kerana jika tidak di mana lagi saluran yang ada ada untuk rakyat ingin membuat apa-apa aduan salah laku pemimpin politik tempatan.
“Kalau semua boleh terlepas, tidak kira ahli politik dari mana-mana komponen Barisan Nasional atau pembangkang, sampai bila perkara ini hendak dibiarkan berlarutan,” tambahnya. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Kes Sakit Hati.. Lelaki Ajar 101 Cara Lanyak Gaun Pengantin ‘Ex’
ARIZONA – Gara-gara kecewa dengan kegagalan perkahwinannya selepas si isteri meninggalkannya, Kevin Cotter mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi kekecewaan itu.
Dia telah menerbitkan buku 101 cara bijak untuk menggunakan gaun pengantin milik bekas isterinya. Kevin, 41, mengalami keperitan hidup selepas bekas isterinya meninggalkan dia setelah 12 tahun berkahwin. Ketika melangkah keluar rumah, wanita itu membawa semua barang miliknya kecuali gaun pengantinnnya. “Buatlah apa sahaja dengan gaun pengantin ini,’’ itu kata-kata akhir bekas isterinya itu sebelum meninggalkan Cotter. Selama empat tahun Cotter memikirkan cara terbaik untuk menggunakan gaun berkenaan dan akhirnya dia berjaya melahirkan idea bagaimana gaun itu boleh digunakan. Ia termasuk menjadikannya sebagai hammock, layar dan kain pengelap kasut. “Idea menerbitkan buku ini tercetus ketika saya sedang makan malam bersama ibu bapa, abang dan kakak ipar saya. Saya terangkan kepada mereka mengenai gaun itu dan kakak ipar saya menyatakan terdapat 101 cara untuk menggunakannya,’’ katanya. Jelasnya selepas ditinggalkan oleh isterinya, dia yang mempunyai dua anak itu menggunakan gaun perkahwinan itu sebagai terapi. Namun tindakannya menerbitkan buku itu nyata tidak menggembirakan bekas isterinya yang mahu dia mendapatkan kaunseling bagi menghadapi kemarahan itu. “Dia menyangka saya mahu membalas dendam namun nyata perkara ini tiada kaitan dengannya. “Saya lakukan untuk diri saya kerana saya mahukan jawapan, apa yang boleh dilakukan dengan gaun pengantin yang sudah dipakai,’’ katanya.-mynewsub

Yuna Akui DAH PUTUS Dengan Kekasih Mat Saleh
TAK dapat dinafikan Yuna adalah kebanggaan Malaysia dan berada dalam kelasnya tersendiri apabila namanya kian dikenali di Amerika Syarikat.
Terbaharu, Yuna bakal muncul dalam program E!News Asia Special yang memaparkan perjalanan kerjaya seni dan juga kehidupan peribadinya. Namun di sebalik kecemerlangan karier, Yuna nampaknya kurang bernasib baik bab percintaan.
Yuna di samping pengacara Qi Razali, bekas kekasih sebelum Julian.
Jika sebelum ini Yuna agak keberatan berkongsi kisah peribadinya lebih-lebih perihal cinta, namun akhirnya penyanyi berusia 28 tahun ini mendedahkan hubungan istimewa dengan jurukamera kacak, Julian Schratter telah pun berakhir. Tanpa selindung Yuna menyifatkan kesibukan dalam bidang nyanyian menjadi penyebab utama kepada kegagalan hubungan tersebut. “Saya solo sekarang. Saya tidak berkawan rapat dengan mana-mana lelaki sebab saya rasa ia susah kerana saya seorang yang sangat sibuk dengan kerja. “Lagipun saya tahu, sukar untuk orang lain memahami kerja seperti saya. Tambahan saya mempunyai kehidupan di LA dan juga di Malaysia. “Jika mahu bercinta kembali, saya perlu mencari seseorang yang boleh menerima dan betul-betul memahami saya. Mungkin dia (Julian) kurang sesuai,” katanya, memetik laporan Malaysian Digest. Tak mengapalah Yuna.. kumbang bukan seekor, memang dah tertulis tiada jodohlah tu. Mana tahu lepas ni dalam sibuk-sibuk berkarya di negara Uncle Sam, muncul pula lelaki lain yang lebih memahami perjalanan kerjaya Yuna. Tak gitu?

Ketua Dewan Ulama PAS Perak Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Ulama PAS Perak, Kamaruddin Awang Basir meninggal dunia di Hospital Taiping pukul 9 pagi ini.
Mynewshub.my difahamkan, jenazah Allahyarham Kamaruddin akan dibawa ke Kampung Alor Akar, Batu 14, Batu Kurau, Taiping untuk dikebumikan.
Jenazah terlebih dahulu akan akan disolatkan selepas solat Jumaat di Masjid Batu 14 Batu Kurau tengahari ini.-mynewsub
TOP
Baju Jarang Terlampau, Penyanyi Lubnan Kejutkan Dunia Arab
MESIR – Seorang penyanyi pop Lubnan , Haifa Wehbe, 38, mengejutkan dunia Arab apabila muncul dengan pakaian mencolok mata ketika membuat persembahan dalam Akademi Bintang Arab.
Haifa Wehbe
Pakaiannya yang jarang itu menyebabkan lebih 2 juta penonton terkejut, sekali gus menyebabkan penyanyi itu dibanjiri dengan kritikan kerana memilih pakaian yang keterlaluan mendedahkan badan. Kebanyakan penonton menyifatkan Haifa sudah melampau dan tidak memikirkan sensitiviti penduduk Arab. Komen-komen kritikan itu datangnya daripada kebanyakan wanita di Mesir, Jordan dan Arab Saudi. “Memang kita boleh memakai pakaian yang agak kontroversi namun tidaklah sampai ke tahap ini.. ia amat mengejutkan,’’ kata satu kritikan yang diterima oleh penyanyi itu dalam media sosial.
Malah ada yang menyarankan supaya Haifa diketemukan dengan kumpulan pejuang militan Islam (IS). Dalam pada itu, Stesen TV Mesir, CBC yang menyiarkan rancangan Bintang Akademi itu mengemukakan permohonan maaf terhadap penampilan Haifa. Sementara Haifa pula menyalahkan lampu pentas dengan menyatakan baju asalnya lebih sopan. Dia juga mendakwa terkejut dengan penampilannya itu selepas bajunya disinari lampu pentas.

Sasar Mutu Pendidikan M’sia Antara Terbaik Dunia – Najib
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap mutu pendidikan di negara ini akan menjadi antara yang terbaik di dunia menerusi perubahan-perubahan yang sedang diperjuangkan kerajaan.
Beliau berkata kerajaan, menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang sedang diusahakan, bertujuan mentransformasikan sistem pendidikan negara.
“Ini supaya dapat melahirkan individu-individu yang lebih kreatif, berkebolehan berfikir serta mampu untuk bersaing dalam dunia yang lebih kompetitif ini,” katanya menerusi siaran radio beliau di dalam blognya www.najibrazak.com hari ini.
Najib berkata kerajaan sedar bahawa sistem pendidikan negara perlu terus ditambah baik bagi melahirkan individu berpengetahuan, beretika dan mempunyai daya saing lebih tinggi.
“Dalam sejarah negara kita, pada tahun 1996, sewaktu saya menjadi Menteri Pendidikan, telah dilakukan rombakan yang besar pada sistem pendidikan negara, antaranya membolehkan peranan pendidikan swasta diperluaskan.
“Saya harap dengan perubahan-perubahan yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan akan menjadikan mutu pendidikan khususnya di sekolah-sekolah kebangsaan lebih baik dan antara yang terbaik di dunia,” katanya. – BERNAMA
TOP
Comelnya.. Pandai Anak Nabila Huda Bergaya!
MANA tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, itulah perumpamaan tepat untuk menggambarkan si comel anak Nabila Huda, Keisha Laila.
Persis ibunya yang pandai bergaya, gadis cilik berusia lima tahun ini jika diberikan sedikit masa pasti boleh lawan kehebatan ibunya berposing hadapan kamera.
Tengoklah aksi dan keletah Keisha yang sentiasa menghiburkan hati seperti mana dikongsikan Abil menerusi laman Instagramnya.
Jika ibunya diberi gelaran ‘drama queen’ atas bakat lakonan natural, mana tahu Keisha mungkin boleh jadi ‘drama princess’ kalau diberi peluang berlakon selepas ini.
Secara tak langsung, bolehlah Keisha memeriahkan dunia lakonan yang kini dikuasai adik Balqis selaku pelakon cilik paling berbakat yang sentiasa berjaya membawakan apa sahaja watak yang diamanahkan kepadanya.
Kita tunggu dan lihat sahaja produser mana yang nak sambar Keisha buat jadi ‘talent’ untuk produksi mereka nanti.
– MYNEWSHUB.CC
– MYNEWSHUB.CC
TOP
Haram Lafaz ‘Al Madad Ya Rasullullah’ .. Lilit Warna Di Lengan
Gambar Hiasan
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa sebarang bentuk qasidah, doa mahupun nasyid yang melafazkan perkataan ‘al-madad Ya Rasulullah’ yang membawa pengertian ‘mohon bantuan Ya Rasulullah’, adalah HARAM.
Dr Juanda Jaya
Memetik laporan Sinar Harian, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, kajian Jabatan Mufti mendapati tidak ada makna lain bagi kalimah itu selain membawa maksud memohon bantuan daripada Nabi Muhammad SAW. Ujarnya, ia merupakan salah satu bentuk doa (al-istighathah) yang tidak dibenarkan dalam Islam, malah nas terdapat dalam Al-Quran melarang umatnya meminta bantuan daripada individu yang telah meninggal dunia, termasuk baginda Rasulullah. “Jabatan mempunyai penjelasan dalam bentuk risalah hampir 50 muka surat, antaranya menggariskan sebarang bentuk qasidah termasuk yang melaungkan ungkapan-ungkapan membawa syirik tidak boleh dilaksanakan di Perlis. Ini kerana kami mengesan ada pihak-pihak tertentu cuba membawa masuk qasidah dan doa sedemikian yang harus dielakkan.” Beliau juga menyeru agar Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melakukan penyelidikan terhadap ungkapan tersebut bagi mengelakkan umat Islam tertipu, lantas tidak sedar mereka telah melakukan perbuatan syirik. Bukan itu sahaja, jawatankuasa negeri itu juga meminta supaya anggota beruniform agar tidak mengenakan lilitan hitam atau apa-apa warna pada lengan kerana ia bercanggah dengan Islam. Menurut Dr Juanda, perbuatan yang sering dilakukan ketika kematian itu jelas merupakan salah satu budaya orang bukan Islam. “Pihak kami telah menyemak perkara ini dan mendapati Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1987 telah membuat keputusan bahawa perbuatan itu haram, oleh itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara menerima keputusan itu. Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai oleh orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur yang khusus dengan adat atau keagamaan bagi agama lain,” ujarnya. Beliau menggesa agar langkah drastik diambil pihak bertanggungjawab kerana ia dilihat sering diaplikasikan anggota uniform dan ahli sukan semasa berkabung, kecuali kepada ahli keluarga dan isteri dalam tempoh tertentu. – MYNEWSHUB.CC

Alamak.. Janganlah Jadikan Banjir Pesta Air Pulak!
Umum mengetahui beberapa negeri di pantai timur sedang dilanda bencana banjir sejak beberapa hari lalu.
Jumlah penduduk yang terlibat dengan bencana alam ini dilaporkan terus meningkat, tak termasuk jumlah kerosakan harta benda.
Nama pun BENCANA.. namun bagi budak-budak air yang melimpah bagai sumber permainan baru buat mereka.
Sesetengah kanak-kanak yang mungkin tahu erti bahaya tapi akal belum cukup panjang manalah nak pedulikan keselamatan diri, maka banjir dijadikan pula pesta air bersama rakan-rakan.
Dalam pada itu, kejadian banjir juga ada hikmahnya apabila sedikit sebanyak memberi peluang rezeki kepada pemancing ikan. Menurut tinjauan Bernama di Kampung Pasar Lama, Pasir Tumboh, Kota Baharu, golongan kanak-kanak dan remaja didapati mandi dan bermain air di kawasan banjir sementara orang dewasa mengambil kesempatan menangkap ikan. Salah seorang penduduk Kampung Tiong, Mohd Hasri Hassan, 22, berkata banjir memberikannya peluang menambah pendapatan dengan menahan pukat. “Ikan yang diperoleh dijual kepada orang ramai. Ada puyu, haruan dan lain-lain, memang berbaloi, saya buat aktiviti ini setiap kali musim banjir,” katanya. Dijangkakan, cuti sekolah yang akan bermula esok memberi kesempatan kepada lebih ramai kanak-kanak keluar bermain air banjir. Bagaimanapun ibu bapa sila beringat, polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan telah mengeluarkan amaran supaya orang ramai tidak menjadikan banjir sebagai pesta kerana boleh mengundang kejadian tak diingini. – MYNEWSHUB.CC

Kisah Pembinaan Masjid Di Sabah Yang Mengharukan
Kisah perihal sebuah masjid yang terletak di negeri bawah bayu ini pasti menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Tak hairanlah, ia menjadi viral di media sosial.
Rumah Allah yang dinamakan Masjid Syahadah memberi seribu kenangan buat penduduk Kampung Padang, Sabah kerana dibina hasil titik peluh dan kerjasama penduduk setempat.
Mereka sendirilah yang mencari dan memotong kayu di hutan belantara, seterusnya bertukang bagi menyiapkannya.
Lebih mengharukan, pembinaan masjid ini turut dibantu penduduk setempat yang bukan Islam.
Kerja-kerja pembinaan pula bukan sahaja melibatkan orang dewasa, tetapi turut dibantu kanak-kanak dan remaja tanpa mengira agama dan kaum.
Detik-detik indah ini dirakamkan dalam video di bawah:
Mengharukan bukan?
Masjid ini membuktikan perpaduan masyarakat sangat utuh hinggakan masjid tersebut mampu dibina atas usaha dan keringat penduduk setempat tanpa mengira fahaman agama. Seiring dengan nama masjid ini, ia turut jadi saksi sejarah pengislaman 401 penduduk sana yang mendapat hidayah untuk mengucap kalimah syahadah. Usaha pembinaan bermula pada September 2012 hingga akhirnya, Masjid Syahadah berjaya disiapkan sepenuhnya Mei tahun lalu. Bagi yang berminat untuk menderma bagi pembinaan masjid di Sabah menerusi Misi Syahadah, bolehlah mewakafkan sumbangan menerusi akaun Maybank – 564427506145 (Pusat Pembangunan As Sabah) atau hubungi Ustaz Fadli menerusi emel mfadli11@yahoo.com. Dari Uthman bin ‘Affan Radhiyallahu ‘Anhu, berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang membangun satu masjid untuk Allah dari harta yang halal maka Allah akan membangunkan untuknya satu rumah di surga.” Moga setiap sumbangan dikurniakan keberkatan Ilahi.- MYNEWSHUB.CC

Ini Dia.. 10 Selebriti Barat Yang Tak Percayakan Tuhan (Ateis)
Angelina Jolie
TOPIK ini memang agak sensitif untuk dibincangkan di negara kita, tetapi berlainan dengan negara Barat yang terbuka untuk berdebat mengenainya kerana populasi fahaman Atheism iaitu individu yang tidak percayakan kewujudan Tuhan semakin berkembang di sana.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Ateis merujuk pada individu yang tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan. Fahaman ini semakin berkembang apabila terdapat selebriti di Barat mula mengisytiharkan diri mereka seorang Ateis, termasuk mereka yang di bawah ini..
Keira Knightley (Pelakon)
Angelina Jolie (Pelakon dan Aktivis Kemanusiaan)
Brad Pitt (Pelakon)
Emma Thompson (pelakon)
Jodie Foster (Pelakon)
Julianne Moore (Pelakon)
(Morgan Freeman, Pelakon)
(Hugh Hefner, Ahli Perniagaan & Penerbit Majalah Playboy)
(Javier Bardem, Pelakon)
(Daniel Radcliffe, Pelakon)
Peh.. ramai juga rupanya.
Tapi yang di bawah ini adalah senarai mereka yang ‘daring’ apabila tidak mengakui hakikat kewujudan Tuhan berdasarkan ‘dalil’ yang bermain di fikiran sendiri..
Moga fahaman begini tak menular ke negara kita.
Sepatutnya manusia yang ingin cari kebenaran dan Tuhan buat kajian mendalam dan belajar pada sumber yang betul, bukan ambil jalan mudah dengan berfikir ikut logik semata-mata. – MYNEWSHUB

Pelajar Rakam Lelaki Onani Di Laman Rumah, Muat Naik Di FB
PIHAK polis di Kent, United Kingdom sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran gambar menunjukkan seorang lelaki tidak berpakaian sedang melakukan onani di laman rumah seorang pelajar di situ, baru-baru ini.
Gambar lelaki tersebut diambil oleh pelajar tersebut yang kemudiannya memuat naik imej itu di laman Facebook seterusnya membuat laporan polis. Menurut jurucakap polis, laporan telah diterima dan lelaki tersebut boleh dibicarakan atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. Pihak polis kini dilaporkan masih menjalankan siasatan bagi memburu lelaki gila seks tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Jurujual Kereta Didenda RM10,500 Hina Polis
TAN KENG HONG dibawa keluar dari bangunan Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, semalam selepas didenda RM10,500 atas kesalahan menghina anggota polis trafik menerusi akaun facebook miliknya September lalu. Foto: Utusan
MELAKA 20 Nov. - Seorang jurujual kereta didenda sebanyak RM10,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menghina anggota polis trafik dan menggunakan laman sosial untuk memuat naik status menghina, September lalu. Majistret Norina Maludin menjatuhkan hukuman itu terhadap Tan Keng Hong, 32, dari Taman Cheng Utama di sini. Mengikut pertuduhan pertama, Keng Hong didakwa dengan sengaja menghina sehingga membangkitkan kemarahan terhadap anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dengan niat untuk mengganggu ketenteraman awam. Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa telah memulakan komunikasi dengan menggunakan perkhidmatan laman sosial Facebook tanpa mendedahkan identiti dengan niat untuk mengganggu anggota polis yang sama. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(B) Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali. Kedua-dua kesalahan itu dilakukan Keng Hong di Jalan Melaka Raya 8, Taman Melaka Raya di sini antara pukul 11.30 pagi dan 11.30 malam, 25 September lalu. Terdahulu, peguam Ng Aik Beng memohon supaya anakguamnya dikenakan denda minimum kerana pengakuan salah tertuduh telah menjimatkan masa mahkamah selain telah insaf. “Tertuduh hanya bekerja sebagai jurujual kereta dengan pendapatan RM2,000 sebulan dan perlu menanggung isteri, dua anak serta ibu bapanya,” kata Aik Beng. Timbalan Pendakwa Raya Norsyazwani Ishak bagaimanapun memohon hukuman berat dikenakan kerana tindakan tertuduh itu bukan sahaja menghina penjawat awam berkenaan bahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merupakan badan uniform membanteras jenayah. Norina memerintahkan tertuduh didenda RM3,500 atau penjara empat bulan bagi pertuduhan pertama dan denda RM7,000 atau penjara enam bulan bagi pertuduhan kedua. Tertuduh membayar kedua-dua denda itu. Berdasarkan fakta kes pada hari kejadian, dua anggota polis trafik yang dinyatakan dalam status Facebook tertuduh telah dipanggil oleh Ketua Balai Trafik Melaka Tengah. Ia berikutan tindakan tertuduh memuat naik status di laman sosial miliknya yang ditulis dalam Bahasa Inggeris iaitu “Those ‘Monkey’ is looking extra income... pls (please) beware at Melaka raya near to Standard Charted Bank (Standard Chartered Bank) (‘Monyet’ tu nak cari pendapatan lebih... sila berhati-hati di Melaka Raya berdekatan Standard Chartered Bank). Berikutan status tertuduh, kedua-dua anggota yang terlibat kemudian telah membuat laporan polis pada hari sama selepas merasa terhina dengan status yang merendah-rendahkan tugas polis. - Utusan Online

Jumlah mangsa banjir Terengganu meningkat kepada 5,550
KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu yang ditempatkan di pusat pemindahan kini meningkat kepada 5,550 orang pagi ini berbanding 4,813 orang malam tadi.
Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu, Roslina Ngah dalam satu kenyataan berkata sehingga pukul 9 pagi ini, lima daerah terjejas sejak banjir melanda negeri ini masuk hari keempat.
Kuala Terengganu mencatatkan paling banyak mangsa banjir, iaitu 3,927 orang daripada 927 keluarga, yang ditempatkan di 17 pusat pemindahan.
Banjir di Marang melibatkan 967 orang (236 keluarga), yang ditempatkan di lima pusat pemindahan dan Setiu 349 orang (78 keluarga) ditempatkan di 10 pusat pemindahan.
Di Besut pula sebanyak 291 orang daripada 80 keluarga dipindahkan ke tiga buah pusat pemindahan dan di Dungun sebanyak 16 orang daripada tiga keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kampung Nyior.
Sehingga kini, 42 buah pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di Terengganu.
Orang ramai yang ingin mengetahui keadaan terkini banjir di negeri ini boleh menghubungi bilik gerakan bencana negeri di talian 09-6316021 atau laman web etindakan.terengganu.gov.my.
Sementara itu, cuaca di Kuala Terengganu dan sekitarnya pada sebelah pagi ini baik dan cerah, membolehkan orang ramai keluar rumah melakukan urusan harian yang tertangguh.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di tiga pusat pemindahan yang dibuka di Kota Baharu dan Pasir Puteh kekal sebanyak 130 orang pagi ini.
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, sebanyak 77 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong dan 28 orang ditempatkan di SK Tiong Kota Baharu ini, manakala 25 orang ditempatkan di SK Wakaf Raja, Pasir Puteh.
Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas pada pukul 9 pagi ini mencatatkan bacaan 9.15 meter yang melepasi paras bahaya 9 meter.
Sungai-sungai lain masih belum mencecah paras amaran dan tiada jalan utama ditutup berikutan banjir.
Cuaca di Kelantan pagi ini mendung. - Astro Awani
TOP
Kerana Berbakti Kepada Tanah Lelaki Ini Pegang 4 Rekod Dunia
Kali ini kami ingin berkongsikan 4 rekod dunia yang menarik dipegang oleh Peter Glazebrook, seorang lelaki yang rajin berbakti kepada tanah. Nampak gaya kerajinan beliau telah terbalis dengan hasil yang amat lumayan di mana dengan hanya bercucuk tanam beliau memegang 4 rekod dunia.
Seperti diketahui untuk pemegang rekod dunia harga yang tinggi bakal di bayar kerana hanya memegang rekod dunia. Bayangkan lelaki ini memegang 4 rekod dunia dengan hanya berkebun.
Rekod yang dipegang oleh beliau ialah,
Buang Kubis paling besar dan berat di dunia (27.2 kg)
Bawang paling berat di dunia (8.4 kg)
Ubi paling panjang di dunia (5.6 meter)
Ubi kentang paling berat di dunia (3.8kg)
Sungguh hebat dan menghairankan kerana apa yang ditanam oleh beliau semua menjadi dan besar. Pelbagai tanaman yang ditanam di ladangnya dan banyak yang menjadi saiz gergasi seperti timun gergasi dan tomato gergasi tetapi tidak berjaya memecah rekod orang lain.
Mentimun gergasi
Tomato gergasi
Mungkin orang tua-tua cakap tangan lelaki ini sejuk dan apa yang dia tanam semua menjadi dan merupakan anugerah yang amat hebat beliau miliki. Kalau admin tanam pokok serai belakang rumah pun kurus-kurus macam tidak cukup vitamin.-Siakapkeli.com.my

5 Duit Syiling Paling Mahal Di Malaysia
Siapa sangka rupa-rupanya duit syiling Malaysia sebenarnya mahal. Selalu kita dengar dari kecil hingga besar pasal kehebatan duit 10 sen keluaran 1971 di mana harganya mencecah ribuan ringgit.
Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya ada lagi duit syiling yang paling mahal di Malaysia yang telah terjual. Bayangkan duit 50 sen di jual dengan harga puluhan ribu ringgit. Mungkin duit tersebuat anda pernah guna dan tidak sedar akan nilainya.
Kebanyak duit syiling yang akan disiarkan nanti telah dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura atau sebelum ini dikenali sebagai Numismatic Society Asia (NSA).
Berikut adalah nilai syiling termahal di Malaysia.
5. 50 sen 1967 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM7600
Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM7,600 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura.
Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge adalah pada Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.
4. 50 sen 1969 Milled Edge NGC AU55 dilelong RM10,253
Pada 19 Oktober 2013, sekeping Syiling 50 sen 1969 Milled edge telah terjual dengan harga RM10,253 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan yang diadakan oleh Numismatic Society Asia (NSA) di Hotel Landmark Village, Singapura. Syiling itu digred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai Au- 55.
Khabar angin mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut memenangi Syiling 50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Kuala Lumpur.
3. 50 sen 1968 Milled Edge NGC MS66 dilelong RM19,942
Pada 19 April 2014, didalam acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia (CAA)di Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga RM19,942 (termasuk premium pembeli).
Duit Syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred yang terbaik untuk syiling 50 sen 1968 Milled Edge didalam rekod Numismatic Guaranty Corporation (NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu Wong Hon Sum.
2. 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB dilelong RM46,769
Pada 4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB yang dilelong didalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) yang sama seperti di atas turut mendapat harga penutup yang tinggi pada harga RM46,769 termasuk premium pembeli.
Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.
1. 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846
Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65 adalah gred yang terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969.
Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenainya disini: 50 sen 1969 Milled Edge sold RM81,846.- Siakapkeli.com.my
Sumber malaysiancoin

Ibu Bapa Pelajar Tuduh Hospital Cuai
Petaling Jaya, 21 Nov - Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta, Tinasha Ganesan Rao meninggal pada 11.40 pagi ini, beberapa minit setelah ibu bapa dan saudara maranya memberi kenyataan di satu sidang media yang menuduh hospital yang merawat pelajar berkenaan cuai.
"Saya membawa Tinasha ke hospital pada malam Ahad jam 8.30 malam kerana dia demam," kata ibunya, Uthayabavani Inthirarasa, 46.
"Dia telah diperiksa oleh doktor di wad kecemasan, yang mengesyorkan Tinasha dimasukkan ke dalam wad. Kami terpaksa menunggu sehingga 11:30 untuk sebuah bilik." - Siakapkeli.com.my
TOP
Langgar Jiran Sampai Mati Selepas Bertengkar
Suspek yang berjaya ditahan orang ramai : Foto Metro
Georgetown: Seorang wanita maut dilanggar dan digilis kereta jirannya selepas mereka bertengkar dalam kejadian di flet Desa Intan, Bandar Baru, di sini pagi tadi. Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa Lee Seok Pheng, 47, mati di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana mengalami kecederaan teruk di badan. Ketika itu, suspek berada dalam kereta dan mangsa bersama suami cuba menegur perbuatan jirannya itu yang membuang sampah di kawasan rumah mereka. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berang selepas ditegur dan memandu keretanya secara melulu sebelum melanggar mangsa. "Suspek cuba melarikan diri bagaimanapun dia dikejar orang ramai yang melihat kejadian itu. "Dia kemudiannya berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis," katanya ketika dihubungi. - Harian Metro

Ibu Dibunuh, Bayinya Ditanam Hidup-Hidup Di Serdang
UNIT forensik menggali kawasan bayi lelaki dipercayai ditanam hidup-hidup, semalam.
SERDANG – Polis menemui mayat bayi lelaki cukup sifat dipercayai ditanam hidup-hidup di dalam lubang tidak jauh dari lokasi mayat ibunya ditemui polis, Isnin lalu. Mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 11 pagi, semalam berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Gumut Tambahan, Kuala Kubu Bharu di sini, selepas polis membawa suspek lelaki dipercayai ada kaitan dengan kematian kedua-dua mangsa. Suspek lelaki warga Indonesia itu disyaki teman lelaki mangsa dibunuh dibawa ke lokasi kejadian bagi melihat kerja menggali kubur bayi itu.
Dalam kejadian jam 5 petang Isnin lalu, polis menemui mayat wanita mengandung warga Indonesia ditanam sedalam satu meter sebaik menerima laporan anak saudara mangsa yang mengetahui perkara itu daripada rakannya. Ketua Polis Selangor Datuk Abu Samah Mat berkata, suspek berusia 42 ditahan di rumahnya berhampiran rumah mangsa petang kelmarin, selepas penemuan kubur wanita berusia 39 tahun di dalam ladang sawit yang ditutupi daun dan tikar. Bagaimanapun polis masih mencari seorang rakan suspek utama berusia 30-an dipercayai bertanggungjawab menanam kedua-dua mayat mangsa itu. “Suspek kedua berusia 30-an masih bebas. “Suspek direman hingga 25 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 314 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan keguguran dengan niat menyembunyikan kelahiran,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Bola Jaring Piala ketua polis Selangor di Kompleks Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, semalam. Beliau berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasatan ke atas kedua-dua mayat itu yang dilakukan di Bahagian Forensik Hospital Sungai Buloh bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya. – myMetro Online

Rizalman Mengaku Tak Salah Di Mahkamah New Zealand Hari Ini
WELLINGTON – Bekas atase tentera Malaysia di sini, Muhammad Rizalman Ismail, 38, mengaku tidak bersalah di atas tuduhan cuba melakukan pencabulan di mahkamah daerah Wellington pagi ini dan memohon agar dibicarakan oleh juri.
Rizalman diekstradisi ke New Zealand bulan lalu selepas meninggalkan negara berkenaan mengikut kekebalan diplomatik selepas dihadapkan ke mahkamah Mei lalu.
Dalam perbicaraan hari ini, dia menafikan tuduhan memecah masuk ke sebuah rumah dan melakukan serangan dengan niat untuk mencabul kehormatan.
Beliau akan dihadapkan semula ke mahkamah Februari depan.
Ketika dihadapkan di mahkamah sebelum ini, Muhammad Rizalman dibebaskan dengan jaminan di sebuah tempat yang tidak dinyatakan tetapi dikehendaki menyerahkan pasport dan diletakkan di bawah perintah berkurung pada waktu malam.
Dia dituduh mengekori dan melakukan cubaan untuk mencabul kehormatan seorang wanita, Tania Billingsley, 21, di rumahnya di Wellington pada 9 Mei lalu berdekatan dengan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand. – AFP
TOP
Dua Pegawai Imigresen Hadapi Tuduhan Bunuh Warga Bangladesh
KANGAR: Dua pegawai Jabatan Imigresen Perlis dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang warga Bangladesh semasa dalam tahanan pada 29 Okt lepas.
Mohd Aminnudin Mohd Yasin, 32, dan Zuhairul Effendy Zualkafli, 32, dituduh mencapai niat bersama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Abu Bakar Siddiqe, 45 tahun, antara pukul 10 dan 11 malam, 29 Okt, di Jabatan Imigresen Kangar.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman gantung jika sabit kesalahan.
Majistret Nik Mohd Tarmizi Nik Mohd Shukri menetapkan 12 Dis untuk sebutan semula kes itu.
Ketua Unit Timbalan Pendakwa Raya Perlis, Badius Zaman Ahmad mengendalikan pendakwaan, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela Rahamathullah Baharudeen. - Astro Awani
TOP
Pertandingan Turun Satu Kilo Dapat 2 Gram Emas
Foto: Jaime Puebla/The National
Satu pertandingan penurunan berat badan yang diadakan di Dubai pada musim panas ini berjanji untuk membayar semua pesertanya dua gram emas bagi setiap kilogram berat badan yang hilang. Inisiatif ini telah digelar ‘Your Child in Gold’ selepas ‘Your Weight in Gold’ pada tahun lepas yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Dubai. Lebih 28,000 penduduk Dubai mendaftar pada bulan Julai. Bagaimanapun apa yang melucukan, banyak daripada penyertaan terpaksa ditolak kerana anak-anak mereka tidak mempunyai berat badan yang berlebihan. Menurut laporan, ramai peserta mendakwa bahawa tujuan mereka bukanlah untuk memenangi emas. Menurut Areefin Babu berusia 28 tahun, seorang jurutera dari India. Berat badannya 91 kg pada permulaan pertandingan dan matlamat beliau adalah untuk kehilangan 20 kg dalam 45 hari. "Matlamat utama adalah untuk mengurangkan berat badan dan mendapatkan badan yang sihat," Lebih 7,500 pemenang akan diisytiharkan pada tahun ini, yang secara keseluruhannya akan diberikan 40kg emas bernilai Dh6 juta (lebih daripada $ 1.6 juta).
- Siakapkeli.com.my

Lelaki Mati Dibakar Hidup-Hidup Dalam Oven Kilang
Seorang lelaki telah mati dibakar hidup-hidup di dalam sebuah ketuhar di sebuah kilang yang mana digunakan untuk membakar plastik.
Rakan sekerjanya itu yang juga bakal menantunya tidak menyedari yang dia masih di dalam lalu menhidupkan ketuhar tersebut.
Alan Catterall, 54 telah meninggal dunia kerana tidak dapat keluar dari ketuhar itu yang suhu mencecah 280 darjah selsius.
Catterall yang ketika itu masih berada di dalam bilik itu sedang membaiki kerosakan tidak disedari oleh Francis.
Ketika Catterall cuba menyelamatkan diri dan keluar dari ketuhar itu, namun jeritannya tidak dapat didengari kerana persekitaran yang bising. Manakala ketuhar itu akan berkunci secara automatik pada bahagian luar setelah ia dihidupkan.
Berdasarkan bukti, lelaki tersebut juga telah cuba menggunakan batang besi untuk keluar dari ketuhar itu.
Kejadian itu disedari oleh seorang pekerja apabila kepulan asal mula keluar dari mesin itu.
Syarikat itu kini dalam perbicaraan diatas dakwaan membunuh tanpa niat. Turut didakwa seorang pengarah dan seorang jurutera. - Siakapkeli.com.my
TOP
Permohonan Baharu BR1M Bermula 1 Disember - Ahmad Husni
KUALA LUMPUR: Pemohon baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diminta membuat permohonan mulai 1 Disember depan manakala penerima sedia apa perlu mengemas kini semula maklumat peribadi bagi memastikan proses bayaran berjalan lancar.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, proses permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat melalui portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu https//:ebr1m.hasil.gov.my sehingga 31 Disember.
Proses tersebut juga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) atau Borang Kemas Kini dan dikembalikan ke mana-mana cawangan/pusat khidmat hasil/Pusat Transformasi Bandar LHDNM atau pejabat daerah.
"Kerajaan telah menghantar surat mulai 1 November ini untuk meminta penerima sedia ada mengemas kini maklumat peribadi merangkumi pasangan/tanggungan; alamat terkini untuk memastikan tidak berlaku keciciran semasa proses pengeposan surat.
"...maklumat tepat akaun bank pemohon memandangkan pembayaran BR1M akan dibayar sebanyak tiga kali setahun dan maklumat waris pemohon di bawah kategori isi rumah serta warga emas bagi tujuan pembayaran khairat kematian," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.
Selain itu, bagi memudahkan penerima sedia ada, kerajaan akan menghantar Borang Kemas Kini mengikut alamat dalam rekod mulai 24 November ini.
Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke br1m@treasury.gov.my.
Pembayaran BR1M 2015 akan dibayar tiga kali setahun kepada penerima di bawah kategori isi rumah manakala bagi penerima di bawah kategori individu dengan pendapatan RM2,000 ke bawah, bantuan sekali bayaran sebanyak RM350 akan diberi mulai 28 Januari 2015.
Bagi kategori isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, nilai BR1M adalah sebanyak RM950 dan bayaran pertama sebanyak RM300 akan dibuat pada 28 Januari, RM300 (28 Mei) dan RM350 (28 September).
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 nilai BR1M adalah sebanyak RM750 dengan bayaran pertama sebanyak RM200 pada 28 Januari, RM200 (28 Mei) dan RM350 (28 September).
"Pembayaran BR1M 2015 secara berperingkat diharap dapat membantu meringankan belanja bulanan dan merancang perbelanjaan isi rumah," katanya.
Ahmad Husni berkata, memandangkan masih terdapat ramai penerima yang belum membuat penuaian BR1M 2014, kerajaan telah membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh penuaian sehingga 30 November 2014.
"Penuaian boleh dilakukan terus di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara dan penerima hanya perlu mengemukakan kad pengenalan asal untuk tujuan pengesahan serta semakan," katanya.
Sementara itu, bagi Skim Perlindungan Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M), sehingga kini sebanyak 16,540 tuntutan telah diluluskan dan waris boleh membuat tuntutan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2015.
Borang tuntutan boleh diperoleh menerusi laman sesawang www.malaysiantakaful.com.my atau menghubungi hotline i-BR1M di talian 03-27152716 atau emel ke i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my.- mstar online
TOP
PAU 2014: Bebas Bahas, Tapi Elak Isu Sensitif - Ku Nan
KUALA LUMPUR: Masalah peribadi, isu sensitif antara kaum dan ahli Umno adalah antara perkara yang perlu dielak pembentang dan pembahas usul pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014, bermula 25 November ini.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengingatkan perkara itu berkata, walaupun pembentang usul diberi kebebasan untuk berbahas, namun mereka perlu menjaga etika dan mengelak daripada menyentuh beberapa isu sensitif.
"Kita nak nasihatkan kepada pembentang-pembentang usul mereka bebas bercakap apa saja.
"Hanya kita tak nak mereka menyentuh masalah peribadi, masalah sensitif di antara kaum dan ahli-ahli Umno...yang lain dia boleh buat (cakap) apa sahaja mengikut garis panduan yang telah diberikan," katanya pada sidang media Perhimpunan Agung Umno 2014, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Khamis.
Hadir sama Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.
Tengku Adnan berkata, setiap pembentang usul diberi garis panduan oleh Pengerusi Jawatankuasa Usul PAU, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Tambahnya, usul yang akan dibahaskan pada perhimpunan kali ini ialah ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, usul ekonomi, agama serta pendidikan.
"Pengerusi usul telah bertemu dengan wakil-wakil negeri dan satu sidang meja bulat telah diadakan," katanya.
Dalam sidang media sama, Tengku Adnan memaklumkan bahawa dianggarkan seramai 5,739 perwakilan akan terlibat dalam perhimpunan pada kali ini yang akan berakhir 29 November ini.
Selain itu, 95 delegasi mewakili 27 parti dari 19 negara di peringkat antarabangsa telah mengesahkan kehadiran untuk perhimpunan tahun ini.- mstar online
TOP
Mas Perkenal Khidmat Sewa Khas ke Pulau Christmas Mulai 13 Dis
KUALA LUMPUR: Bahagian Sewa Khas Malaysia Airlines (Mas) akan memperkenalkan perkhidmatan sewa khas antara Kuala Lumpur dan Pulau Christmas, Australia bermula 13 Disember ini sehingga 31 Januari 2015.
Perkhidmatan itu diperkenalkan ekoran susulan kontrak yang dimeterai antara Naib Presiden Malaysia Airlines (Bahagian Haji dan Sewa Khas) Yazid Mohamed dan Pengarah Christmas Island Air, Gee Foo.
"Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Christmas Island Air sekali lagi tahun ini kerana perkhidmatan ini juga akan menggalakkan pelawat dari Pulau Christmas melawat Malaysia," kata Yazid dalam kenyataan di sini, Khamis.
Sementara itu Gee Foo berkata, perkhidmatan tersebut membolehkan pelawat dari Malaysia terbang terus dari Kuala Lumpur ke Pulau Christmas berbanding menerusi Perth sekarang.
Penerbangan menggunakan pesawat B737-800 berkapasiti 156 penumpang itu akan berlepas dari Kuala Lumpur pada 10.10 pagi dan tiba di Pulau Christmas pada 11.50 pagi sebelum kembali ke Kuala Lumpur pada pukul 4.20 petang. - mstar online
TOP
Tony Yakin AirAsia X Akan Kembali Untung
Tony Fernandes
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes yakin syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia X, yang mencatatkan kerugian tahun ini, akan meraih keuntungan semula pada tahun kewangan 2015. Dalam usaha untuk mencapai keuntungan berkenaan, Fernandes berkata syarikat penerbangan itu akan mengkaji semula strategi hasil, menambah pendapatan sampingan dan menjalani pengurusan kapasiti. "Bagi AirAsia X, kebanyakan kerugian datangnya dari Australia, jadi kami akan merasionalisasi sedikit kapasiti dalam pasaran itu dan terdapat sedikit penurunan permintaan dari China selepas kejadian MH370. "Bagaimanapun, kami melihat permintaan mula kembali dengan permintaan dari China pulih seperti biasa sementara pasaran lain agak baik," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan 'AirAsia Asean Pass' di sini pada Khamis. Pas berkenaan membolehkan pelancong menggunakan kredit pra-pembelian untuk menempah penerbangan pada kadar tetap bagi laluan terpilih di seluruh Asean. Fernandes berkata, terdapat peningkatan kepada pendapatan sampingan AirAsia X, memandangkan pendapatan sampingan syarikat induk, AirAsia telah berkembang sebanyak 15 peratus. "Kami melihat hasil meningkat dengan cepat bagi suku tahun keempat, 2014 adalah tahun yang sukar dan 2015 akan menjadi lebih baik bagi AirAsia X," katanya. Mengenai langkah untuk menjimatkan kos, beliau berkata syarikat penerbangan itu akan menangguhkan penghantaran pesawat untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang di Malaysia, serta menggabungkan beberapa jabatan AirAsia dan AirAsia X. "Satu lagi faktor luaran yang memberi manfaat kepada pelan pemulihan kami ialah aliran menurun harga minyak semasa. Bagi lindung nilai bahan api, kami tidak membuat spekulasi, hanya memadankan pendapatan dengan kos kami. "Kami melindung nilai mengikut tempahan di mana jika kami menjual 50 peratus daripada tempat duduk kami terlebih dahulu, kami akan lindung nilai 50 peratus tiga bulan lebih awal," katanya.- BERNAMA

Agro Bazar 1Malaysia Akan Diperkenalkan
Datuk Seri Ismail Sabri
KUALA LUMPUR: Agro Bazar 1Malaysia, yang akan menjual hasil pertanian pada harga rendah akan diperkenalkan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurut beliau, konsep bazar ini menyerupai Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan ia menjual produk segar seperti ikan, daging dan sayuran. Katanya, pada peringkat awal, kementerian akan menukar 227 buah kedai Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan 87 kedai Persatuan Nelayan Kawasan di seluruh negara kepada Agro Bazar 1Malaysia. Beliau bercakap demikian semasa menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2015 peringakt jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat di sini pada Khamis.- BERNAMA

MP Sibu Gesa Semua Ubat Berjadual Dikecuali GST
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk mengecualikan semua ubat berjadual daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila ia dikuatkuasakan April tahun depan.
Ahli Parlimen DAP-Sibu, Oscar Ling berkata, ia bagi menangani perbezaan harga antara kerajaan dan farmasi swasta.
Ling yang bercakap kepada para pemberita di lobi Parlimen pada Khamis berkata, semua ubat berjadual sepatutnya dikenakan cukai kadar sifar berbanding yang terpilih sahaja.
"Kebanyakan ubat batuk selesema yang digunakan ada di farmasi komuniti dan klinik swasta di bawah GST enam peratus," katanya.
Beliau menambah, pada masa ini ubat yang kadar sifar adalah terhad kepada ubat-ubatan banyak digunakan di hospital-hospital, tetapi bukannya yang digunakan oleh sektor swasta yang mana dikenakan GST.
Menurut Ling, walaupun barangan kadar sifar disenaraikan di dalam Senarai Ubat Penting Kebangsaan Edisi Keempat, ia hanya meliputi kurang dari 13 peratus daripada kesemua ubat.
"Kira-kira 87 peratus ubat penting dikenakan GST enam peratus," katanya, sambil menambah bahawa ia bertentangan dengan Dasar Ubat Nasional (Dunas) mengenai ubat berkualiti dan berpatutan.
Beliau turut menjelaskan bahawa semua ubat berjadual tidak dikenakan sebarang cukai sejak 1957.
"Sama ada cukai jualan mahupun cukai perkhidmatan bagi mana-mana ubat berjadual didaftar di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
"GST pastinya akan meningkatkan kos ubat-ubatan," katanya.- mstar online
TOP
Projek Perintis DI Ganti Institusi Kebajikan Bermula Jun 2015
Rohani Abdul Karim.
KUALA LUMPUR: Projek perintis 'De-Institutionalisation' (DI) bagi menempatkan kanak-kanak kurang bernasib baik, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah satu bumbung berbanding di institusi kebajikan berasingan ketika ini akan dilaksanakan pertengahan tahun depan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata beberapa pegawainya telah dihantar ke United Kingdom (UK) untuk mengkaji model tersebut sebelum ianya dilaksanakan di negara ini. "Sistem itu sukar dilaksanakan tetapi kita akan sedaya upaya untuk merealisasikannya. Ini penting bagi membolehkan kanak-kanak, warga emas dan OKU kembali bersama dalam persekitaran keluarga apabila mereka berada dalam kelompok komuniti," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis sambutan ulang tahun Jubli Emas Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah di sini, Khamis. Jelas beliau, pihak kementeriannya akan dibantu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melaksanakan projek perintis ini. "Kita akan mulakan projek perintis ini dengan menggunakan konsep keluarga angkat. Mungkin kita akan cuba bawa mereka (kanak-kanak) keluar bersama keluarga angkat. Program ini juga akan melibatkan masyarakat sekeliling," katanya. Jelasnya, antara negara yang telah melaksanakan konsep tersebut adalah UK, Kemboja dan Moldova. Sejajar pelaksanaan konsep baharu itu, Rohani berkata, tiada lagi rumah kanak-kanak baharu dan warga emas akan dibina selepas ini. Beliau berkata, ia merupakan satu pendekatan bagi mendidik masyarakat bahawa tugas menjaga kanak-kanak dan warga emas adalah tanggungjawab keluarga. "Kenapa serahkan kepada orang lain untuk jaga anak-anak anda. Kalau kanak-kanak itu diletakkan sementara menunggu kes mahkamah selesai tak mengapa, tapi nampaknya mereka meninggalkan kanak-kanak tersebut di situ selama-lamanya," katanya. Baru-baru ini, Rohani berkata, selaras konsep baharu itu sebuah institusi DI dinamakan sebagai Kompleks Sinar Kasih akan diibina di Nibong Tebal, Pulau Pinang, tahun depan. Katanya, Kompleks Sinar Kasih (KSK) yang dijangka siap dalam tiga tahun adalah yang pertama di negara ini dan akan menempatkan kira-kira 100 warga emas dan 50 kanak-kanak dalam satu komuniti. Sementara itu, Rohani berkata, buat masa ini terdapat 12 Rumah Kebajikan Kanak-Kanak di seluruh Malaysia yang mampu menampung seramai 1,500 penghuni pada satu-satu masa. Namun, katanya, Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah mempunyai bilangan penghuni tertinggi iaitu seramai 198 orang walaupun ia hanya mampu memuatkan 100 penghuni. "Walapun terdapat tambahan 98 penghuni, saya mengucapkan syabas kepada pengetua Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah kerana menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik," katanya.

Cameron Highlands: Saya Sedia Beri Penjelasan Kepada Sultan - Palanivel
Palanivel.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Seri G. Palanivel bersedia untuk memberi penjelasan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah tentang keadaan sebenar di kawasannya itu. Palanivel yang juga merupakan Presiden MIC itu berkata, beliau turut telah berbincang dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung isu berkenaan. "Saya juga telah berbincang dengan Menteri Besar Pahang. Saya mempunyai hubungan baik dengan Sultan dan pihak Istana. Saya yakin Sultan benar-benar prihatin mengenai kawasan itu dan rakyatnya dan sentiasa mengutamakan kebajikan mereka," kata Palanivel melalui catatan terbaru dalam laman Facebooknya pada Khamis. Beliau berkata demikian bagi menjawab kritikan Pengarah strategi MIC, Datuk Seri S. Vell Paari terhadap beliau selepas Sultan Ahmad Shah membuat teguran pedas terhadap Palanivel kerana tidak hadir ketika baginda berangkat melakukan lawatan dan tidak menjalankan tugasnya di kawasan itu. Palanivel berkata, tindakan pihak tertentu menuduhnya tidak berbuat apa-apa berhubung masalah itu adalah tidak betul. "Sama-samalah kita sedar bahawa kita adalah pemegang kepentingan yang setara dan sedang berusaha untuk menyelamatkan Cameron Highlands. Kita perlu beri perhatian serius tentang perkara ini, bukan hanya menuding jari kepada satu sama lain. "Banyak perkara yang telah berlaku sebelum saya dipilih sebagai Anggota Parlimen lagi. Bagaimanapun, saya yakin kita boleh memulihkan Cameron Highlands dan menghentikan degradasi teruk alam sekitar yang berlaku ketika ini," katanya. Terdahulu, Vell Paari dalam satu kenyataan pada Khamis membidas ketuanya dan berkata parti itu perlu segera diberi nafas baharu dan melakukan perubahan supaya ia terus relevan dengan landskap politik tempatan. Beliau berkata, pada peringkat sekarang, parti berusia 68 tahun itu memerlukan seorang pemimpin dinamik yang mampu mengatasi cabaran yang dihadapi MIC. "Tawar hati saya apabila membaca laporan akhbar hari ini bahawa Sultan Pahang menegur Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel. "Sultan mengkritik beliau berhubung peranannya sebagai Anggota Parlimen Cameron Highlands, yang baru-baru ini mengalami gelongsoran lumpur yang teruk hingga menyebabkan lima orang maut," katanya.- mstar online

Kegagalan Kuasa Elektrik Lapangan Terbang Vietnam Punca Radar Terputus Hubungan
Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di selatan bandar Ho Chi Minh, Vietnam.
HANOI: Kegagalan kuasa elektrik di menara kawalan udara lapangan terbang terbesar di Vietnam menyebabkan radar terputus hubungan selama lebih sejam pada Khamis, sekali gus menyebabkan banyak penerbangan terpaksa mengubah laluan, menurut laporan media. Beberapa penerbangan tidak dapat berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di selatan bandar Ho Chi Minh selama lebih sejam. "Terdapat kegagalan kuasa elektik di menara kawalan udara lapangan terbang Tan Son Nhat menyebabkan radar terputus hubungan," kata laman web VNExpress. "Semua penerbangan dijangka untuk mendarat di lapangan terbang itu terpaksa mengubah laluan ke lapangan terbang lain atau berpatah balik ke lapangan terbang sebelumnya," menurut laporan itu lagi. Laporan itu menambah bahawa sekurang-kurangnya 33 penerbangan yang dikendalikan oleg syarikat penerbangan negara itu, Vietnam Airlines dan syarikat penerbangan tambang rendah, Jetstar Pasific terjejas akibat kegagalan bekalan elektrik itu. Kira-kira 300 penerbangan melalui lapangan terbang Tan Son Nhat sehari. - AFP- mstar online

Polis Temui Bahan Kimia Beracun Di Rumah 'Black Widow' Jepun
Gambar Kakehi pada Mac lalu ketika bercakap kepada pemberita di Sakai, di barat Jepun. Kakehi ditahan kerana disyaki meracun suaminya dengan bahan kimia pada tahun lepas. Foto AP
TOKYO: Polis Jepun pada Khamis menahan seorang wanita yang disyaki meracuni suaminya yang terbaharu selepas enam suaminya sebelum ini turut meninggal dunia, selepas satu serbuan dilakukan di kediaman seorang jutawan berusia 67 tahun. Dilaporkan bahawa bahan kimia beracun dijumpai di tong sampah di kediaman itu. Turut dilaporkan sekumpulan penyiasat memasuki rumah milik Chisako Kakehi di Kyoto, selepas sehari penahanannya ekoran kes terbaharu 'black widow' (wanita yang membunuh pasangannya). Menurut laporan agensi berita Jiji Press, Kakehi memiliki harta sejumlah AS$6.8 juta (RM22.9 juta) sejak dua dekad lalu, meliputi wang insurans dan aset-aset lain yang diterimanya selepas kematian tujuh pasangannya sebelum ini, termasuk suaminya yang terbaharu. Suami keempatnya, Isao Kakehi secara tiba-tiba jatuh sakit di rumahnya dan disahkan meninggal dunia di hospital pada Disember tahun lepas, kurang dua bulan selepas pasangan itu berkahwin. Satu bedah siasat dijalankan dan menemui bahan kimia dengan kandungan toksik yang tinggi di dalam darah mendiang. Wanita itu bagaimanapun menafikan dia mempunyai kaitan dengan kematian suaminya. Kakehi memberitahu akhbar Sankei sebelum dia ditahan: "Saya tidak melakukannya. Kenapa saya perlu saya lakukan apa sahaja yang menyebabkan saya ditahan kerana kematian suami saya. Saya bukannya bodoh." Bedah siasat dilakukan selepas kematian teman lelakinya berusia 75 tahun, yang secara tiba-tiba jatuh sakit selepas pasangan itu makan bersama di sebuah restoran pada September lalu. Kes Kakehi bermula pada 1994 apabila suami pertamanya meninggal dunia pada usia 54 tahun. Jiji Press melaporkan bahawa pada 2006, suami keduanya yang dikenali menerusi agensi perkenalan, meninggal dunia akibat strok pada usia 69 tahun, manakala perkahwinan ketiganya berakhir pada 2008 dengan kematian pasangannya yang berusia 75 tahun. Seorang teman lelakinya, yang dipercayai menghidapi penyakit kanser, meninggal dunia setahun selepas itu, dan tunangnya pula meninggal dunia selepas jatuh pengsan ketika menunggang motosikal pada 2012. Jika Kakehi didapati terlibat dengan kematian kesemua pasangannya, dia akan menjadi 'black widow' yang terbaharu di Jepun. Pada 2012, Kanar Kijima dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh tiga lelaki, berusia 41, 53 dan 80, yang dikenalinya menerusi laman web janji temu di Internet. - AFP- mstar online

Ketua MBI Baharu Siasat Isu Bayaran RM2.5 Juta - Azmin
Mohamed Azmin Ali.
SHAH ALAM: Wujud beberapa percanggahan berhubung isu wang berjumlah RM2.5 juta yang didakwa diberikan kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata, percanggahan itu bukan sahaja melibatkan jumlahnya tetapi cara bayaran itu dilakukan. Menurut Azmin, perkara tersebut akan disiasat secara teliti dan tindakan yang sepatutnya akan dikenakan terhadap majikan mereka iaitu Menteri Besar Incorporated (MBI) milik kerajaan negeri, sekiranya didapati melakukan kesalahan. Azmin berkata, perkara itu akan dikendalikan oleh ketua pegawai eksekutif dan ketua pegawai operasi MBI yang baharu. Kedua-duanya akan melaporkan tugas pada 1 Disember depan.- mstar online

Ahli Umno Dididik Untuk Bersama Kaum Lain - Ku Nan
Tengku Adnan bersama Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh menunjukkan bag serta vest yang bakal digunakan pada perhimpunan Agung Umno selepas mengadakan sidang media di Menara Datuk Onn di sini, Khamis
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 akan memberi penekanan tentang bagaimana parti yang memperjuangkan bangsa Melayu itu dapat bertoleransi dengan kaum lain di dalam sebuah negara berbilang bangsa dan agama. Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sejak zaman dahulu lagi, ahli-ahli parti telah dididik untuk bersederhana dan bersama-sama dengan kaum lain di Malaysia. "Parti ini merupakan parti berteraskan kepada perjuangan Melayu, teras kita diperjuang atas dasar kepentingan Melayu, agama dan negara. "Selain itu, kita telah didik oleh datuk nenek moyang kita dan pengasas kita untuk bersama-sama dengan kaum lain di Malaysia...itu kita akan tekankan," katanya kepada pemberita selepas sidang media PAU 2014, di sini, Khamis. Katanya, Umno sedar timbul 'kegelisahan' di kalangan ahli apabila keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menunjukkan seolah-olah Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak disokong oleh kaum lain. "Kita tahu kegelisahan orang Melayu oleh kerana keputusan PRU lepas mereka lihat bangsa lain tak sokong BN dan mereka anggap tak sokong Umno. "Ada sebab-sebab tertentu yang lain mereka tak sokong, oleh itu kita kena buat pembaikan," katanya. Bagaimanapun katanya, beliau percaya bahawa kaum-kaum lain masih melihat Umno sebagai tunjang untuk memastikan negara kita terus aman, bergerak ke hadapan dan terus maju. "Mereka juga rakyat Malaysia, itu yang penting," katanya. Perhimpunan tahunan itu akan berlangsung dari 25 hingga 29 November ini melibatkan perwakilan seramai 5,739 orang.- mstar online

Piala AFF Suzuki: Gary Fokus Bantu Harimau Malaya Ke Final
PETALING JAYA: Kali kedua terpilih sebagai pemain tengah dalam pasukan kebangsaan ke Piala AFF Suzuki, Gary Steven Robbat berjanji untuk tidak mensia-siakan peluang tersebut.
Menurut Gary, ketika aksi dua tahun lalu, pasukan Harimau Malaya tersingkir pada saingan separuh akhir dan berharap nasib pasukannya akan lebih baik tahun ini.
"Persiapan pasukan berjalan dengan lancar dan saya gembira kerana turut dipilih oleh jurulatih (Dollah Salleh) untuk aksi tahun ini.
"Persefahaman saya dengan rakan sepasukan juga baik.
"Kami akan fokus untuk ke final dan mahu buktikan kepada penyokong-penyokong setia yang kami semua mampu bermain dengan baik," jelasnya kepada mStar Online.
Mengenai kelibatnya dalam aksi Liga Malaysia musim depan, Gary berkata dia masih belum membuat keputusan lagi.
"Kali pertama akan bermain dengan pasukan lain (selain Harimau Muda) musim depan. Sudah tentu saya akan membuat keputusan terbaik.
"Pun begitu saya akan tanya pendapat jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee selepas tamat kejohanan Piala AFF nanti.
"Saya ada menerima beberapa tawaran pasukan negeri," jelasnya yang enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai tawaran itu.
Pemain berusia 22 tahun ini pernah diberi peluang beraksi dengan pasukan FC Vion Zlate Moravce, Slovakia pada tahun 2010.- mstar online
TOP
Dollah Akui Kehebatan Myanmar Pada Piala AFF Suzuki 2014
Dollah Salleh.
KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh, tidak memandang rendah keupayaan Myanmar yang menjadi lawan pertama skuad negara pada aksi pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014, di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Ahad ini. Pengendali kelahiran Melaka itu mengakui jentera serangan Myanmar yang diketuai Kyaw Ko Ko mampu memberi ancaman kepada skuad negara dan menuntut barisan pertahanan untuk bekerja keras mengekang asakan penyerang kelab Yangon United FC itu. "Saya dan (penolong jurulatih) Mohd Reduan Abdullah ke Laos baru-baru ini bagi melihat sendiri keupayaan pasukan bertanding (pada pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki) dan saya akui Myanmar sebuah pasukan yang agak hebat. "Bagi saya, kekuatan mereka di bahagian serangan dan saya nampak beliau (Kyaw Ko Ko) adalah tonggak utama pasukan Myanmar. Saya akan ingatkan pertahanan kita supaya awasi pemain ini," kata Dollah selepas sesi latihan terakhir skuad negara di padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini, Khamis. Dollah turut mengakui pemain masih cuba menyesuaikan diri dengan aksi di padang rumput tiruan bagi menghadapi dua perlawanan awal kumpulan B termasuk aksi kedua menentang Thailand pada 26 November ini, di Stadium Jalan Besar. "Pemain masih menyesuaikan diri dengan padang (tiruan) dan saya lihat ada peningkatan dalam kalangan pemain. Myanmar dan Thailand juga akan menghadapi perkara yang sama (beraksi di atas padang rumput tiruan) di Stadium Jalan Besar," kata Dollah. Malaysia hanya akan beraksi di padang rumput biasa di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub menentang Singapura pada 29 November ini. Sementara itu, pemain veteran negara Mohd Shukor Adan menggesa rakan sepasukan untuk mengutip tiga mata penuh dalam dua aksi awal menentang Myanmar dan Thailand bagi mencerahkan peluang skuad negara ke separuh akhir. "Yang penting perlawanan menentang Myanmar dulu di mana kita perlu mencuri mata bagi menaikkan semangat untuk berdepan lawan seterusnya. Dalam bola sepak, apa-apa boleh berlaku, jadi yang penting pemain memberi fokus sepenuhnya," kata kapten kelab Felda United FC itu. Berkongsi pandangan sama pemain tengah Harimau Muda A, Gary Steven Robbat bahawa pemain begitu bersemangat bagi menghadapi edisi ke-10 kejohanan bola sepak melibatkan negara Asia Tenggara itu. Pemain kelahiran Kedah itu turut mengakui persaingan sengit merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan negara terutama di bahagian tengah dan beliau bertekad untuk menampilkan aksi terbaik jika diberi kepercayaan oleh jurulatih jika disenaraikan. Skuad Harimau Malaya bakal berlepas ke Singapura esok sebagai persiapan awal menghadapi kejohanan bola sepak dwitahunan itu.- mstar online

59,590 Pati Serah Diri Secara Sukarela Sejak Julai Lepas
Mustafa Ibrahim.
PUTRAJAYA: Kira-kira 59,590 pendatang asing tanpa izin (Pati) memanfaatkan tawaran Program Serah Diri Sukarela untuk pulang ke negara asal masing-masing sejak ia dilaksanakan pada Julai lepas. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, pihaknya menjangka lebih ramai Pati akan menyerah diri sebelum program itu tamat pada 31 Disember ini. "Selepas program tamat, kita tidak akan bertolak ansur lagi dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap Pati dan majikan yang melindungi mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Kesatuan Perkhidmatan Pegawai Imigresen Semenanjung di sini, Khamis. Menerusi program itu, yang juga dikenali sebagai 3+1, Pati yang menyerah diri secara sukarela akan dikenakan bayaran kompaun RM300 dan RM100 untuk pas khas. Mustafa berkata, unit risikan Imigresen juga mengenal pasti tempat persembunyian Pati dan gerakan menggempur lokasi berkenaan akan dilaksanakan bila-bila masa termasuk di Cameron Highlands. Beliau berkata, depot-depot tahanan di seluruh negara juga mampu menampung dan menempatkan Pati sebelum mereka dihantar pulang ke negara asal masing-masing. Mustafa berkata, statistik daripada Januari hingga 19 November lepas menunjukkan seramai 27,082 Pati dan 462 majikan ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi 4,922 operasi di seluruh negara. "Angka itu menunjukkan jumlah Pati yang menyerah diri adalah lebih ramai, dan sekali gus boleh menjimatkan wang negara sebanyak RM2 juta sebulan untuk pengurusan mereka di depot tahanan di seluruh negara," katanya. Sementara itu, Mustafa berkata Jabatan Imigresen bercadang mewujudkan pejabat cawangannya di Cameron Highlands untuk memudahkan pengurusan pekerja asing di kawasan berkenaan. "Perkara itu akan diusulkan kepada pihak atasan secepat mungkin untuk mendapatkan kelulusan," katanya.- mstar online

150 Kedai Harga Patut Di Iskandar Malaysia
JOHOR BHARU – Sebanyak 150 buah kedai harga patut akan diwujudkan dalam tempoh tiga tahun ini di beberapa lokasi Iskandar Malaysia menerusi penubuhan Koperasi Iskandar Malaysia.
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata penubuhan koperasi yang diumumkan pada pembentangan Bajet Johor 2015 baru-baru ini, adalah usaha kerajaan negeri membantu rakyat menangani kos sara hidup.
“Koperasi Iskandar Malaysia yang akan ditubuhkan tahun depan turut terbabit dalam pembangunan rangkaian nilai bagi kedai harga patut berkenaan.
“Ini merangkumi aspek pergudangan, pemasaran, penjenamaan, pengedaran, pembungkusan dan beberapa aktiviti berkaitan,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor, di Kota Iskandar, Nusajaya, hari ini.
Sambil menyifatkan pendekatan Koperasi Iskandar Malaysia itu sebagai efektif, Mohamed Khaled berkata ia selaras usaha pengurangan kos sara hidup berikutan keahliannya yang terbuka kepada masyarakat.
Malah ahli koperasi itu bakal menikmati dividen daripada setiap keuntungan dijana koperasi berkenaan.
Sebagai ahli, katanya, mereka akan memastikan perniagaan koperasi itu meraih pulangan dengan membeli barangan keperluan harian di kedai harga patut milik koperasi yang menawarkan produk pada harga lebih murah berbanding pasaran.
Sehubungan itu, kata Mohamed Khaled, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk merancang, memudah cara dan mempromosi penubuhan Koperasi Iskandar Malaysia.
Kerajaan negeri turut bersetuju menyediakan geran padanan hingga RM10 juta daripada Kumpulan Wang Projek Sosial IRDA.
Selain itu, Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor sedang dalam proses penyediaan kajian Pelan Induk Koridor Pembangunan Selat Tebrau dan Selat Johor.
“Kajian ini sangat penting bagi merancang, mengawal, memandu hala tuju dan pelaksanaan pembangunan hartanah di kawasan Selat Tebrau dan Selat Johor,” katanya. – BERNAMA
TOP
PLBT Sertai Dua Perlumbaan Bulan Depan
KUALA TERENGGANU – Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) kini dalam persiapan menyertai baki dua kejohanan dalam kalendarnya sebelum menutup tirai aksi 2014.
Ketua jurulatih PLBT Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata dua kejohanan berkenaan ialah Jelajah Kudus Semarang di Indonesia dan Jelajah Malaysia, kedua-duanya berlangsung bulan depan.
“Persediaan telah kita atur bagi menghadapi kedua-dua kejohanan ini lebih-lebih lagi bagi menghadapi Jelajah Malaysia,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata PLBT akan menghantar 15 muka baharu yang juga pelatih Sukan Malaysia (Sukma) 2015 di Kuala Lumpur, menyertai perlumbaan di Indonesia dari 10 hingga 15 Dis.
Bagi Jelajah Malaysia yang belum ditetapkan tarikh, Terengganu akan menyenaraikan enam pelumba elit pada perlumbaan itu.
Dalam perkembangan lain, Syed Mohd Hussaini berkata Terengganu menghantar 15 pelumba termasuk dua atlet wanita untuk menyertai Kejohanan Berbasikal Kesihatan Terbuka Sarawak di Kuching, bermula esok.
Selain menyasarkan kejuaraan, beliau berkata kejohanan berkenaan juga dapat memberi pendedahan kepada pelumba bersaing di negeri tersebut yang bakal menjadi tuan rumah Sukma 2016.
Katanya beberapa pasukan dari Indonesia termasuk skuad Malaysia turut diundang menyertai perlumbaan itu yang pertama kali dianjurkan Kementerian Kesihatan.
Antara acara yang bakal dipertandingkan pada kejohanan ity ialah perlumbaan ujian masa, lebuh raya junior serta lebuh raya terbuka lelaki dan wanita. – BERNAMA
TOP
Penuntut Pengajian Melayu Semakin Berkurangan Di IPTA
SERDANG – Semakin ramai penuntut kurang mengikuti Pengajian Melayu di institusi pengajian tinggi awam pada masa ini, kata Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata jumlah mahasiswa yang mengikuti pengajian itu ‘boleh dibilang dengan dua tapak tangan’ dan keadaan itu diakui ketua-ketua Fakulti Pengajian Melayu.
“Mungkin disebabkan keghairahan sekarang. Semuanya mahukan Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Jadi, macam tertinggal budaya kita, warisan kita.
“Setiap yang bernama Melayu mesti terasa bahawa jika mereka tidak pandai untuk berenang di lautan akademik ketika ini, kita akan ketinggalan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Kesenian dan Kebudayaan Melayu Antarabangsa (IMAC) bertema ‘Warisan Tamadun Melayu’ di Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Rais berkata sesuatu perlu dilakukan untuk menghidupkan dan mengembalikan kegemilangan bidang pengajian Melayu, sekali gus memartabatkannya ke persada dunia.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan Malaysia supaya bekerjasama dengan universiti-universiti di nusantara termasuk Indonesia, Brunei, Singapura dan selatan Thailand untuk menjalankan kajian tentang tamadun Melayu nusantara.
“Saya telah kemukakan cadangan ini kepada kepimpinan negara supaya memikirkan masa depan tamadun Melayu. Ini kerana kebanyakan pakar sekarang didatangkan dari luar negara manakala yang dalam lingkungan Melayu tidak begitu tersohor,” katanya.
Pada majlis itu, sebuah rumah tradisional Melayu Pahang diserahkan kepada UPM oleh Anggota Parlimen Jerantut Ahmad Nazlan Idris untuk ditempatkan dalam Muzium Warisan Melayu di universiti berkenaan.
Rumah yang pernah dihuni penghulu Mukim Kelola satu ketika dahulu, dibina pada 1924 dan akan dibawa ke muzium itu untuk rujukan pengkaji senibina Melayu lama.
Selain rumah tradisional Pahang, rumah Negeri Sembilan, rumah Perak dan rumah Terengganu sudah ditempatkan di muzium itu, yang mula beroperasi Januari tahun lepas.
Muzium berkenaan turut menempatkan busana tekstil Melayu, isi rumah Melayu, manuskrip melayu, persenjataan Melayu dan galeri collecter khas untuk pengumpul artifak. – BERNAMA
TOP
1MDB: Rafizi Ugut Campur Tangan Luar Negara
KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengugut akan meminta campur tangan pihak berkuasa Hong Kong, Singapura dan Switzerland bagi menyiasat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Beliau mendakwa akan membuat permohonan rasmi kepada badan-badan berkaitan perbankan di tiga negara itu supaya siasatan rasmi di bawah peraturan anti-penggubahan wang haram di lakukan ke atas 1MDB jika Bank Negara Malaysia (BNM) enggan melakukan siasatan itu.
“Saya akan menulis secara rasmi kepada Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz supaya memulakan siasatan terhadap aliran dana dan pemindahan dana keluar masuk negara yang melibatkan 1MDB mengikut peruntukan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram.
“Jika saya tidak mendapat sebarang maklumat dari BNM, saya akan membuat permohonan rasmi kepada badan-badan serupa di Hong Kong, Singapura dan Switzerland agar siasatan rasmi di bawah peraturan anti-penggubahan wang haram juga dimulakan di negara-negara ini terhadap 1MDB,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi mendakwa, sebarang aliran dan pemindahan wang keluar masuk sesebuah negara perlu diisytiharkan dengan maklumat terperinci mengenai latar belakang pemindahan itu seperti dari mana wang itu datang, siapa yang menguruskan wang itu, syarikat mana terbabit dan untuk apa wang itu digunakan.
Beliau bagaimanapun melahirkan keyakinan Zeti akan membuat tindakan yang betul dengan menyiasat dan mengumumkan butiran dana 1MDB.-mynewsub
TOP
Sebahagian Lagi Laluan Lebuhraya Pantai Timur Dibuka Mulai Esok
KUALA LUMPUR – Sebahagian lagi jajaran Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dari Persimpangan Cheneh sehingga ke Persimpangan Kijal sepanjang 29 kilometer (km) akan dibuka kepada pengguna lebuh raya mulai esok.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan membuat keputusan itu selepas mengambil kira musim cuti sekolah yang berlangsung.
“Bersempena musim cuti sekolah, Kerajaan telah memutuskan untuk membuka sebahagian lagi jajaran LPT2 kepada laluan awam dari Persimpangan Cheneh sehingga ke Persimpangan Kijal.
“Adalah diharapkan dengan pembukaan jajaran ini dapat memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya dan dapat membantu mengurangkan kesesakan trafik di musim cuti sekolah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Fadillah berkata, LPT2 yang panjang keseluruhan 184km merupakan salah satu projek infrastruktur berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).
Menurut beliu, projek itu menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat setempat dan negara ke arah mencapai status negara maju menjelang Tahun 2020.
Jelasnya, kerajaan telah membuka sebahagian jajaran LPT2 sepanjang 130km dari Persimpangan Kuala Terengganu hingga ke Persimpangan Paka dan dari Persimpangan Jabor hingga ke Persimpangan Cheneh sehingga 21 Julai lalu.
“Pembukaan ini memberi kemudahan penjimatan kos, masa dan tenaga yang melibatkan perjalanan pengguna lebuhraya tersebut,” katanya.-mynewsub
TOP
SnapJet : Mencetak Gambar Terus Dari Paparan Skrin Peranti
SnapJet ialah mesin pencetak yang direka khas untuk sebuah peranti pintar.
Anda tidak perlu menyambungkan peranti kepada SnapJet ataupun memindahkan gambar kedalamnya untuk mencetak gambar.
Anda hanya perlu meletakkan peranti pada kawasan imbasan SnapJet dan ia akan mencetak gambar Polaroid terus dari paparan skrin peranti.
Kerana tiada kekangan sistem operasi dan protokol Bluetooth, SnapJet boleh digunakan untuk mencetak gambar dari kesemua peranti pintar yang wujud di pasaran. Filem yang digunakan pula adalah dari Fuji Instax yang mudah diperolehi di pasaran. Harga jualan bermula dari USD99 (RM333) untuk versi biasa. SnapJet masih mengumpul dana untuk pengeluaran pada skala penuh. Ia dijangka akan mula dijual Disember 2015 dan jika anda berminat anda boleh menyokong projek ini di laman Kickstarter mereka.
Sumber: Kickstarter

iPhone 6 Plus Dilaporkan Ada Masalah Kamera Pula
Sebelum ini masalah badan iPhone 6 yang mudah melengkung jadi bualan dunia teknologi.
Penyelesaian yang dilakukan cuma menggalakkan pengguna tidak meletakkannya di dalam poket terutama sehelai skinny jeans.
Hari ini, satu lagi masalah diuar-uarkan menghantui sebilangan pemilik phablet mahal ini.
Masalah tersebut adalah video yang diambil kelihatan berombak dan gagal melakukan pemfokusan.
Masalah dikatakan berlaku pada sistem penstabilan imej optikal (OIS) bila kanta gagal berfungsi dengan baik. Beberapa pengguna juga melaporkan mendengar bunyi aneh dari lensa kamera apabila digunakan dan gambar yang dihasilkan menjadi kabur. Berita baik di sini adalah (seperti biasa) pihak Apple akan membaiki masalah peranti anda secara percuma selagi ia masih dalam tempoh jaminan. Semestinya, masalah-masalah yang menimpa iPhone 6 Plus membuatkan pemiliknya risau. Memandangkan ia adalah peranti phablet termahal di pasaran sekarang maka masalah sebegini sepatutnya tidak wujud bagi produk yang menjanjikan “kualiti premium”.
Sumber: APPLE

Ambil Tindakan Lestari Sokong Cita-Cita Wanita
DUBAI – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menggesa organisasi mengambil tindakan bersifat lestari untuk menyokong cita-cita wanita, di samping meningkatkan kesedaran lelaki mengenai halangan tertentu yang dihadapi wanita untuk menuju ke puncak kejayaan.
Rosmah, yang juga penaung WIL Forum Asia Series, berkata kajian menunjukkan budaya korporat berperanan dua kali lebih penting dalam menentukan sama ada wanita memiliki keyakinan bahawa mereka boleh berjaya.
“Peranan penting budaya korporat dalam mencapai kepelbagaian gender, khususnya di peringkat paling tinggi di sesebuah badan korporat, disahkan oleh satu kaji selidik oleh McKinsey yang melibatkan 1,400 pengurus daripada pelbagai syarikat di seluruh dunia pada 2013,” katanya.
Rosmah berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Achieving Greater Gender Balance In The Economy’ (Mencapai Kesimbangan Gender Lebih Meluas dalam Ekonomi) pada Edisi Global Ke-16 Forum Ekonomi Wanita Dalam Kepimpinan (WIL) di Meydan Hotel di sini, Khamis.
Beliau berkata satu kajian di Austalia, ‘Not Yet 50/50:Barriers to the Progress of Senior Women in the Australian Public Service’, juga menunjukkan bahawa lelaki menganggap komitmen terhadap keluarga merupakan satu-satunya perkara yang menghalang wanita untuk terus maju.
“Sebenarnya, perkara itu ia tidak benar. Membina budaya keterangkuman bererti turut mengubah pemikiran lelaki juga,” katanya.
Beliau berkata kebanyakan wanita ingin mencapai peringkat tertinggi dalam kerjaya mereka, walaupun ia memerlukan mereka melakukan pengorbanan dalam kehidupan peribadi.
“Mereka percaya yang mereka berupaya mencapai matlamat itu, tetapi mereka kurang yakin berbanding rakan lelaki yang setara dengan mereka dari segi peluang untuk berjaya,” katanya.
Oleh itu, katanya, organisasi perlu membina satu budaya yang memupuk perasaan hormat, meningkatkan keterangkuman, menggalakkan kepelbagaian dari segi gaya kepimpinan dan memanfaatkan kemahiran serta kualiti unik yang dimiliki manusia.
“Budaya ini perlu dipelihara sepanjng masa,” kata Rosmah.
Dianjurkan di bawah naungan Kementerian Ekonomi Emiriyah Arab Bersatu (UAE), forum dua hari itu yang bermula semalam, turut dihadiri Pengerusi Majlis Peniagawati Arab Yang Mulia Sheikha Hisah Saad Abdulah Salem Al-Sabah.
Menghimpunkan 300 ahli perniagaan berpengaruh dan pemimpin pemikiran berpengaruh dari seluruh dunia, forum ini bertujuan untuk melakukan perubahan dengan membincangkan isu penting berkaitan wanita dalam kepimpinan.
Delegasi Malaysia ke forum itu turut dianggotai Perunding Kanan kepada Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Prof Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Presiden Peniagawati Dato Azlin Ahmad Shaharbi. – BERNAMA
TOP
Ahok Guna Isteri Jika Susah Cakap Terus Dengan Jokowi
Ahok dan isterinya, Veronica bersama-sama dengan Jokowi dan Iriana pada majlis angkat sumpah jawatan Gabenor Jakarta semalam.
JAKARTA – Gabenor Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama yang baharu dilantik semalam mendedahkan rahsia bagaimana dia masih mampu bercakap secara langsung dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra disapa Jokowi.
Ketika ditemui media tempatan selepas melapor diri di pejabat rasminya di Balaikota di sini, beliau lebih selesa dipanggil Ahok berkata, isterinya sendiri, Veronica Tan akan jadi penghubung jika semua saluran Jokowi tidak dapat dihubungi terutama waktu kecemasan.
“Presiden memang jarang pegang telefon bimbit sejak dulu lagi ketika jadi Gabenor Jakarta malah setelah dilantik menjadi presiden dan jika perlu menelefon, saya biasanya langsung menghubungi pegawai khas beliau sama ada Devid, Haris atau Pradista,” cerita Basuki. Malangnya pernah beberapa kali kesemua tiga pegawai Jokowi gagal dihubungi dan Ahok perlu bercakap terus dengan presiden mengenai isu penting pada lewat malam hari cuti, beliau tiada pilihan lain kecuali meminta bantuan isterinya sendiri sebagai ikhtiar akhir. Kata Ahok, Veronica akan segera menyampaikan pesanan menerusi aplikasi BlackBerry Messenger (BBM) kepada isteri Jokowi, Iriana Widodo dan kemudian wanita pertama Indonesia itu akan terus memaklumkan mesej Basuki itu kepada presiden. “Pesanan BBM yang disampaikan melalui isteri jauh lebih cepat berbanding menerusi pegawai khas Jokowi sendiri, sekali gus menunjukkan betapa Ibu Iriana amat rapat sehingga Bapak langsung memberi respons pantas dengan mesej saya,” ujar Ahok ketawa. Secara berseloroh, Veronica pernah memberitahu beliau agar tidak ‘bermain-main’ dengan kuasa isterinya itu sebab wanita tersebut boleh bercakap terus dengan Jokowi biar macam mana sibuk sekali pun presiden dengan pelbagai urusan rasmi negara. – Agensi
Hubungan rapat isteri Ahok, Veronica (kanan) dengan Iriana (kiri) sudah terjalin sejak Jokowi menjadi Gabenor Jakarta dan suaminya ialah timbalan pada masa itu. – Gambar hiasan

Tun M & KJ.. Dua Figura ‘Tak Sebulu’ Kongsi Pentas Hari Ini!
Kebanyakan pihak sedia maklum mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memang ‘berlaga angin’ dalam banyak isu.
Malah, KJ sendiri pernah mengakui beliau merupakan ‘public enemy ‘ nombor satu Tun Mahathir!
Namun hari ini, Tun M dan KJ ditemukan atas satu pentas sama ketika majlis Pelancaran Logo dan Sidang Media Le Tour de Langkawi (LTdL) yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Walau banyak mata memerhati ternyata Tun M dan KJ tidak kekok bergandingan malah kelihatan mesra antara satu sama lain.
Malah dalam satu situasi, KJ selaku orang muda dilihat tunduk hormat terhadap Tun M ketika bersalaman.
Menyorot kembali sejarah ‘tak sekepala’ dua generasi pemimpin ini, mereka dilihat sering bercanggah pendirian dalam sesuatu isu. Sebagai contoh, Tun Mahathir melalui laman blog peribadinya, Che Det pernah menegur menteri dalam kabinet yang menghantar anak mereka ke sekolah swasta dan antarabangsa, sekaligus melanggar polisi pendidikan negara. Tulis Tun, “Kemudian menteri, bertentangan polisi negara, mula hantar anak mereka ke sekolah swasta dan antarabangsa yang banyak menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran.” Beliau mengulas senario tidak sihat itu mengakibatkan masyarakat biasa yang mendapatkan pendidikan di sekolah kebangsaan terpaksa bersaing dengan golongan yang mahir menguasai Bahasa Inggeris. Namun hujah Tun M ditepis KJ dengan menyatakan, ramai rakan sekabinetnya menghantar anak masing-masing ke sekolah kebangsaan, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Melalui satu kenyataan kepada media, KJ berkata beliau sendiri menghantar anaknya ke sekolah biasa dan bukan ke sekolah persendirian mahupun sekolah antarabangsa. Tak lama sebelum itu, KJ pernah menyanggah pendapat Tun M bahawa UMNO perlu berubah agar pemimpinnya boleh dikritik. Melalui laporan portal MalaysiaKini, KJ dilaporkan menyanggah pendapat ini dengan berkata, “Dalam UMNO, kita tidak pernah halang sesiapa untuk kritik kepimpinan. Malah dalam mesyuarat perwakilan, kita sentiasa beri pandangan kepada kepimpinan.” Apabila disoal mengapa timbul isu keterbukaan dalam kritikan terhadap UMNO, KJ membalas, “Sudah pasti soalan itu patut ditujukan kepada Tun Mahathir.”
Begitu pun ramai lebih senang menduga, situasi tiada sefahaman ini timbul kerana KJ merupakan menantu kepada PM kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang sering dikritik Tun M dahulu. Betul tak? Bagaimanapun selepas peristiwa kongsi pentas hari ini, mungkinkah akan ada isu yang menyaksikan persamaan pendapat pemimpin dua generasi lepas ini? Kita nantikan. - MYNEWSHUB.CC

Curi, Tayang No Plat Taktik Baharu Penyamun Kereta.. AWAS!
Pelbagai kaedah digunakan penjenayah untuk melakukan kegiatan curi kereta dan samun.
Terbaharu, kiriman WhatsApp yang kami terima mendedahkan taktik mengekori dan mencabut nombor plat pendaftaran kereta mangsa.
Difahamkan, modus operandi penjenayah bermula dengan mengekori hingga kenderaan mangsa diparkir di sesuatu tempat. Sejurus mangsa meninggalkan kenderaan, penjenayah akan menanggalkan no plat pendaftaran kenderaan mangsa. Sebaik tiba, mangsa biasanya akan terus menaiki kenderaan dan bergerak tanpa memeriksa lanjut. Maka di sinilah bermula, taktik kotor. Mulanya penjenayah akan mengekori dan memotong kenderaan mangsa sambil menunjukkan no plat pendaftaran yang kononnya tercabut dan mahu dipulangkan. Namun, di saat mangsa memberhentikan kenderaan dan hendak keluar bagi mengambil no plat berkenaan, penjenayah akan terus meluru sambil mengacu pistol dan ketika itu segala-galanya sudah terlambat. Penjenayah tersebut bukan sahaja berkemungkinan merampas kenderaan, bahkan mungkin menculik mangsa bersama. Taktik ini sememangnya licik kerana orang ramai pasti tidak mudah perasan satu jenayah sedang berlaku memandangkan mangsa sendiri yang memberhentikan kenderaan. Jadi selepas ini jika terdapat individu memotong kenderaan lalu menayang no plat kereta anda sambil meminta supaya berhenti.. awas! Ia mungkin penjenayah yang sedang menjadikan anda target terbaharu mereka. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Suspek Bakar Al-Quran Sudah Dikenalpasti
ALOR SETAR - Pihak polis sebentar tadi sudah mengenal pasti suspek yang membakar Al-Quran yang berlaku pagi tadi di berhampiran Supermarket Billion Pasar besar, Alor Star.
Artikel berkenaan sebelum ini SINI
Kejadian ini dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki tidak siuman yang sering lalu lalang di kawasan tersebut.
Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof mengesahkan kejadian dan mengesyaki ia dilakukan suspek yang kurang siuman dan polis juga masih belum membuat tangkapan.
“Polis menerima panggilan kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam) mengenai kebakaran kertas menyerupai al-Quran. Kita bersama Jaik serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahagian percetakan ke sana untuk membuat siasatan.
“Isu ini akan disiasat segera bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ketidakharmonian dalam kalangan kaum dan bangsa. Semua pihak diharap tidak membuat spekulasi serta memperbesarkannya,” katanya. - Siakapkeli.com.my
TOP
Aplikasi Galak Pengguna Tidak Guna Telefon Menang $30,000
Singapura - Sekumpulan pelajar dari Republic Polytechnic, Singapura telah diberikan $30,000 untuk membangunkan sebuah aplikasi yang berfungsi untuk memberhentikan pengguna dari menggunakan telefon mereka.
Libern Lin, Fang Lingqing dan Lester Yap memenangi geran di Splash Awards pada Selasa lalu bagi membangunakan idea aplikasi mereka "Apple Tree" yang akan dikeluarkan pada bulan Mac tahun depan.
Motif utama aplikasi Apple Tree adalah untuk menggalakkan penggunanya untuk menghabiskan masa bersama rakan-rakan dan keluarga.
Aplikasi tersebut akan berfungsi sekiranya dua atau lebih pengguna aplikasi tersebut meletakkan telefon mereka bersama. Kemudian, aplikasi tersebut akan mencipta sebuah pokok apple virtual yang tumbuh di atas skrin. Semakin lama telefon-telefon itu dibiarkan bersama tanpa disentuh, lebih banyak buah epal yang akan tumbuh pada pokok tersebut. - Siakapkeli.com.my
TOP
Al-Quran Dibakar Dijumpai Dekat Tokong Cina
ALOR STAR: Wagra Alor Star hari ini dikejutkan dengan penemuan cebisan Al-Quran yang telah dibakar di tempat ibadat agama Buddha di Supermarket Billion, Jalan Tungku Abdul Rahman di sini pagi tadi.
Kejadian tersebut telah disedari oleh seorang lelaki apa bila ternampak cebisan Al-Quran yang telah dibakar berterabur dikawasan tersebut ketika melalui kawasan rumah ibadat itu. Beliau terus memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan supermarket tersebut dan mereka bergegas untuk melihat sama ada betu atau tidak.
Pihak pengurusan ternyata terkejut apabila sampai di situ dan terus menghubungi pihak polis. Pihak polis yang mendapat laporan tersebut terus bergegas datang dan kemudian disusuli oleh Majlis Agama Islam Kedah(MAIK), Unit Forensik IPK Kedah, Unit Forensik(Bomba), Pegawai Penyiasat dari IPD Kota Setar, RKS dan lain-lain.
Bagaimanapun pihak polis masih gagal mengesan pelaku perkara tersebut memandangkan tiada saksi semasa kejadian.
Penduduk berbangsa Cina di kawasan berdekatan menafikan terlibat dan polis dalam siasatan awalnya tidak menolak kemungkinan perbuatan keji ini dilakukan oleh pemuja nombor ekor.- Siakapkeli.com.my

Adik Comel Ini Digelar "Instagram Princess"
Seorang kanak-kanak comel berusia lima tahun bernama Breanna Youn, telah mencetusakn fenomena di laman sosial Instagram sehingga digelar "Instagram Princess" selepa mempunyai lebih dari sejuta pengikut seluruh dunia di laman Instagramnya hampir menyamai pengikut di Instagram Cameron Diaz.
Kerana populariti yang diperoleh ini telah mengubah kehidupan gadis ini dan keluarganya apabila sudah mampu hidup mewah. Dari tinggal di rumah yang sempit kini mereka sudah mampu mendiami rumah mewah selepas menerima tajaan dari pelbagai jenama terkenal seperti Louis Vuitton, Chanel dan barangan kemas Tiffany.
Aksi-aksi Breanna bercakap bahasa arab yang diajar ibunya telah menarik beberapa kenamaan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dari gambar-gambar comel yang dimuat oleh ibunya di Instagram. Satu pertemuan telah diaturkan oleh kenamaan dari UAE tersebut dan dibiayai oleh mereka semua iaitu tiket penerbangan kelas bisnes Breanna sekeluarga ke Dubai. Selain itu, Breanna sekeluarga diberi tempat tinggal percuma seumur hidup di hotel lima bintang sejak Mei lalu dan menaiki limusin untuk bersiar-siar di UAE. Dari kejadian tersebut instagram Breanna telah mendapat perhatian dari ramai orang sehingga sekarang melebihi sejuta pengikut.
Menurut Jocelyn, mereka sekarang telah berpindah ke UAE dan memeluk agama islam. Ibunya tidak tahu apa kelebihan anaknya kerana apa yang dimuat naik ke instagram adalah hanya gambar Breanna menangis dan tersenyum. “Breanna cuma suka tersenyum dan mungkin ada sesuatu dalam dirinya yang membuatkan orang lain suka padanya dan apabila berada di hadapan kamera, dia akan bergaya secara spontan. “Di Korea, Breanna mendapat perhatian kerana rupanya yang comel, tetapi di sini, mereka mahu bergambar bersamanya kerana mengenali anak saya melalui Instagram,” kata Jocelyn kepada portal berita Mail Online. Kini Breanne boleh bertutur dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Korea, Tagalog dan Arab. Dia turut mempunyai beribu-ribu pengikut di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Arab Saudi.

Harga Kereta Import Akan Diturunkan Sebanyak 30% Dalam Masa Lima Tahun
KUALA LUMPUR, 20 Nov: Kerajaan komited dalam memastikan harga kereta import terutamanya kereta yang mempunyai kapasiti enjin pertengahan akan diturunkan sebanyak 30%, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri hari ini.
“Kerajaan akan mengotakan janji untuk mengurangkan harga kereta import di antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang,”, kata beliau memetik laporan The Star.
Bagaimanapun, dia berkata pengurangan harga tersebut tidak akan melibatkan kereta import mewah.
Dia bersetuju dengan Che Mohamad Zulkifly Jusuh (BN-Setiu) yang mengatakan pengurangan harga kereta import tidak boleh dilakukan secara mendadak kerana ianya akan memberi impak negatif kepada industri.
"Apa yang akan berlaku adalah pengguna akan fokus untuk membeli kereta baru dan tidak mahu lagi membeli kereta terpakai", katanya.
Hamim memberikan kenyataan tersebut ketika menjawab soalan dari wakil PKR dari Pandan, Rafizi Ramli yang menyatakan rakyat Malaysia dibebani inflasi berikutan pengurangan subsidi dan dihimpit oleh duti eksais yang tinggi. - Siakapkeli.com.my
TOP
MCA Jangan Cuba Masuk Campur Hal UMNO
KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, harini memberi amaran kepada MCA kerana tindakan ahli MCA yang cuba masuk campur hal UMNO kerana UMNO samasekali tidak pernah mencampuri hal MCA.
Perkara ini tercetus apabila Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang menggesa para perwakian UMNO supaya berhati-hati untuk berbahas ketika Perhimpunan Agung UMNO nanti dan tidak membahaskan perkara-perkara lucu seperti sebelum ini.
Menurut beliau. "Setiap pemimpin dan ahli-ahli Umno tahu apa yang mereka perlu buat untuk memperkukuhkan parti.
"Tidak perlu ditunjuk dan diajar oleh mana-mana parti komponen lain. Jangan jadi seperti ketam mengajar anak, perjuangan sendiri pun bermasalah tetapi mahu mengajar orang lain pula," katanya.
Beliau terut menasihakan MCA supaya tidak merasa mereka hebat sebaliknya perlu cerminkan diri sendiri dahulu sebelum mengatakan hal parti lain.
"Kekalahan teruk BN di dalam dua siri PRU lalu bukan berpunca dari Umno, sebaliknya berpunca daripada penolakan sepenuhnya orang Cina terhadap MCA kerana mempunyai pemimpin yang lemah.
"Umno tiada masalah, bahkan Umno berjaya mengembalikan sokongan padu orang Melayu terhadap BN.
"Umno telah berjaya menjadi benteng kukuh untuk memastikan survival BN terus bertahan. Adalah tidak bertanggungjawab sekiranya MCA menyalahkan Umno kerana mereka gagal meraih sokongan kaum Cina," katanya.
Beliau turut mengingatkan MCA lagi supaya jangan menggunakan nama UMNO disebalik kekalahan memalukan mereka pada PRU 12 yang lepas.
"MCA perlu bermuhasabah dan mencari punca sebenar mengapa mereka berterusan ditolak oleh bangsa Cina. Jangan jadi parti yang bodoh sombong," katanya lagi.-Siakapkeli.com.my
TOP
Seorang Anggota Rela Ditahan Kerana Tembak Pencuri Lembu
KOTA BHARU: Pihak polis harini telah menahan seorang anggota RELA kerana disyaki menyababkan kematian seorang lelaki yang cuba mencuri lembu di Gua Musang semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazan Lazim mengesahkan hal ini dan berkata lelaki terebut telah direman 4 hari untuk siasatan.
"Saya nasihat kepada semua untuk berhati-hati menggunakan senjata api kerana ia melibatkan nyawa, memang kita diberi hak untuk mempertahankan diri," katanya kepada pemberita ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Tiong di ini, hari ini.
Dalam kejadian itu, Anggota rela tersebut telah tersedar lembunya hendak dicuri sekitar pukul 6.05 pagi dan terus mengejar pencuri tersebut. Pencuri yang melarikan diri menggunakan pacuan 4 roda jenis Pajero bagaimanapun telah terbabas.
Semasa menghampiri kenderaan yang terbabas itu, pencuri cuba melibaskna parang dan beliau terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri menyebabkan pencuri itu mati.
Mazlan berkata, pihaknya masih memburu seorang lagi rakan suspek berhubung kes berkenaan.
"Suspek yang meninggal dunia itu mempunyai tiga rekod jenayah narkotik," katanya.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda dan turut disasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.- Siakapkeli.com.my
TOP
Suami Cekal, Jaga Isteri Buta dan Dua Anak OKU
Foto : Sinar Harian
KOTA BHARU - “Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa tiada tandingannya.” Betapa cekal kesabaran dimiliki lelaki berusia 50 tahun ini. Tidak lagi memikirkan kesenangannya, sebaliknya bersungguh-sungguh mengabdikan diri menjaga dua anak orang kelainan upaya (OKU) yang lembam dan isteri buta serta tidak boleh berjalan. Dua anak kepada pasangan Basri Yaacob dan Fatimah Kamaruddin, 45, iaitu Mohd Khairi, 26, dan Fatin Noraini, 20, lahir sebagai bayi normal sebelum mereka diserang demam panas. Mohd Khairi abang sulung, manakala Fatin pula yang ketiga daripada lima beradik. Cerita Basri, lima tahun lalu, dia dan isteri bergilir-gilir menjaga mereka, namun selepas Fatimah hilang kedua-dua penglihatan akibat penyakit kencing manis, tugas menjaga keperluan dua anak mereka itu digalas bersendirian olehnya. Bertambah berat bebanan yang tergalas di bahu, Basri terpaksa meninggalkan mata pencariannya bagi memberi tumpuan penuh kepada dua anak dan isteri yang sudah tidak mampu menguruskan diri. “Dulu kami berniaga secara kecil-kecilan, jual kuih dan sebagainya. Kira-kira dalam tahun 2009, penyakit Fatimah semakin merebak menyebabkan saraf matanya rosak sehingga dia buta. Saya terpaksa berhenti kerja berikutan ketiga-tiga mereka perlu dibantu untuk menguruskan diri. “Semuanya saya uruskan, daripada mereka buang air besar, air kecil hinggalah kepada membersihkan lampin,” katanya. Tanpa sedikit pun riak risau di wajah, Basri Yaacob melalui hari-hari yang mendatang dengan penuh ketabahan. Tiada keluhan terbit dari bibir, hanya kudrat menunaikan tanggungjawabnya sebagai bapa dan suami dengan sangat sempurna. “Saya tiada pilihan, semua yang saya lakukan ini kerana perasan sayang terhadap keluarga. Saya akan jaga mereka selagi saya hidup. Ini ketentuan tuhan yang sudah ditetapkan dan bukan pilihan saya,” katanya perlahan dan reda dengan keadaan itu.
Ketakutan yang tidak diketahui punca
Luah Basri, jika mempunyai pilihan, dia mahu kembali bekerja untuk menyara kehidupan keluarganya supaya tidak perlu mencatu makanan dan kadangkala ikat perut kerana tidak mempunyai wang. Bukanlah penghalang baginya walaupun dia sendiri menghidap penyakit Tibi. Cuma yang merungsingkan Basri adalah keperluan dan keselamatan anak-anak serta isteri yang akan terabai jika dia keluar bekerja. Katanya, selain tidak mampu menguruskan diri sendiri, Fatin juga sering mengadu takut tidak kira apa-apa keadaan sekalipun. Anaknya itu akan berasa ketakutan lebih-lebih lagi melihat orang yang tidak dikenali. “Fatin juga akan menangis meraung-raung jika dia terdengar bunyi suara yang tinggi dan mudah mengikut sesiapa sahaja yang mengajaknya,” katanya yang memberitahu Fatin pernah mengikut empat lelaki tidak dikenali dalam sebuah kereta, tetapi bernasib baik kejadian disedari bapa saudara yang kemudian membawanya pulang.
Catu wang, makan mee segera
Berbeza dengan Mohd Khairi atau panggilan manja Pok Long yang lebih suka merayau-rayau serta makan dalam kuantiti yang banyak.
“Pak Long suka makan mee segera. Pernah satu ketika rambutnya gugur menyebabkan saya berhenti memberinya makan mee segera, tetapi saya pun tidak ada pilihan lain kerana kami perlu berjimat,” katanya. Menurutnya, sebelum keluar dari rumah, anak sulungnya itu akan meminta wang dan dia akan menghulurkan RM1 atau RM2, tetapi kalau tidak ada wang saya akan bagi tahu dia. “Macam mana nak bagi pada dia sedangkan saya sendiri tidak bekerja. Harapkan anak kedua yang bekerja sebagai pembantu kantin dengan gaji RM500 untuk membantu kami. Jika mempunyai duit lebih, dia akan meninggalkan RM10 untuk dikongsi kami berenam. “Duit itu yang kami akan beli makanan selainnya keperluan seperti lampin pakai buang akan dapat daripada adik-beradik Fatimah atau adik-beradik saya sendiri yang bergilir-gilir membantu kami. Ada kala mereka juga tidak sempat untuk membantu kerana masing-masing mempunyai keluarga sendiri,” katanya yang memerlukan RM210 sebulan untuk membeli lampin pakai buang. Fatimah dan dua anak OKU itu turut menerima masing-masing RM150 bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan digunakan untuk membayar sewa rumah RM200 di Flat Buluh Kubu, di sini, serta selebihnya bagi menjelaskan bayaran elektrik dan air. “Duit untuk dua lagi anak saya yang bersekolah di tingkatan satu dan tahun tiga pula diperoleh daripada ihsan saudara mara mereka. Setiap hari, dua anak saya itu akan menerima RM1 daripada setiap bapa saudara mereka, dapatlah RM4 masing-masing untuk dibawa ke sekolah,” katanya. Bantuan boleh disalurkan ke akaun anak bongsu mereka, Fatin Nabila Basri: 03010-41-00010074-6 (Bank Islam) atau hubungi Basri di talian 017-9221665 atau Sinar Harian.
- Sinar Harian

MestiQQ Adalah perusahaan judi online KELAS DUNIA ber-grade A
ReplyDeleteSudah saatnya Pencinta POKER Bergabung bersama kami dengan Pemain - Pemain RATING-A
Hanya dengan MINIMAL DEPOSIT RP. 10.000 anda sudah bisa bermain di semua games.
Kini terdapat 8 permainan yang hanya menggunakan 1 User ID & hanya dalam 1 website.
( POKER, DOMINO99, ADU-Q, BANDAR POKER, BANDARQ, CAPSA SUSUN, SAKONG ONLINE, BANDAR66 )
PROSES DEPOSIT DAN WITHDRAWAL CEPAT Dan AMAN TIDAK LEBIH DARI 2 MENIT.
100% tanpa robot, 100% Player VS Player.
Live Chat Online 24 Jam Dan Dilayani Oleh Customer Service Profesional.
Segera DAFTARKAN diri anda dan Coba keberuntungan anda bersama MestiQQ
** Register/Pendaftaran : WWW-MestiQQ-POKER
Jadilah Milionare Sekarang Juga Hanya di MestiQQ ^^
Untuk Informasi lebih lanjut silahkan Hubungi Customer Service kami :
BBM : 2C2EC3A3
WA: +855966531715
SKYPE : mestiqqcom@gmail.com