TOP
Liga Hoki TNB: THT Belasah UniKL 7-0
KUALA LUMPUR: Pasukan Hoki Terengganu (THT) membuka kempen Liga Hoki Malaysia TNB 2014 dengan kemenangan bergaya setelah menewaskan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 7-0 pada perlawanan pusingan awal di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini malam Jumaat.
Pujian perlu diberikan kepada pemain THT, Faizal Saari selepas muncul penjaring terbanyak dengan meledak lima gol iaitu dua jaringan hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-12 dan 32' serta tiga gol padang pada minit 16', 20' dan 43'.
THT turut meraih kemenangan menerusi jaringan pukulan sudut penalti oleh Baljit Singh pada minit 25' dan Mohd Firhan Ashaari mengesahkan kemenangan mutlak THT menerusi jaringan padang pada minit 45'.
THT mendahului kedudukan carta dengan punggutan tiga mata memintas Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) yang terlebih dahulu mengutip tiga mata selepas menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 5-3 pada perlawanan Piala Sumbangsih 2014 pada Rabu.
Sementara itu pasukan Maybank dan Sapura HC, masing-masing mengutip satu mata selepas seri 2-2 dalam satu lagi perlawanan pusingan awal.
Maybank terdahulu selesa dengan dua gol padang menerusi pemain import mereka Abdul Haseem Khan dari Pakistan pada minit ke-21 dan Mohamad Syafiq M.Zain pada minit ke-24.
Namun Sapura menyekat peluang Maybank untuk mengutip tiga mata penuh apabila pasukan itu berhasil menyamakan kedudukan menerusi gol padang oleh Muhammad Amerullah Abdul Aziz pada minit 28' dan pemain import, Khasif Ali dari Pakistan menyempurnakan jaringan pukulan sudut penalti pada minit 54'.
Selepas ini Maybank akan bertemu UniKL, KLHC menentang THT manakala TNB berjumpa Sapura, ketiga-tiga perlawanan pada Ahad ini.- mstar online
TOP
Hodak Mahu Anak Buah Awasi Penyerang Duo Pahang
JUMPA ESOK... Zainal Abidin Hassan (kiri) dan Bojan Hodak bersalaman ketika meninjau keadaan padang sempena Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojan Hodak mahu pemain pertahanannya mengawasi barisan serangan Pahang apabila kedua-dua pasukan bertemu di final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam Sabtu. Jurulatih berumur 43 tahun dari Croatia ini berkata penyerang skuad Tok Gajah iaitu Dickson Nwakaeme dari Nigeria dan Matias Conti dari Argentina mampu menjaringkan gol sekiranya pemain JDT cuai dalam mengawasi kedua-dua penyerang itu. "Pahang agak kuat dalam bahagian serangan. Selain dua penyerang itu, kedua-dua pemain sayap mereka R. Gopinathan dan 'Alex' (Azamuddin Mohd Akil) perlu diawasi esok (Sabtu)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan pengurus pasukan di venue pertandingan, Jumaat. Hodak berkata pemain Harimau Selatan akan berhabis-habisan untuk merangkul kejuaraan selepas merangkul juara Liga Super musim ini. "Bagi saya, menang satu trofi lebih tertekan daripada tanpa memenangi sebarang trofi. Apabila bermain dalam keadaan tertekan, amat mudah membuat kesilapan. Namun setakat ini saya gembira anak-anak buah saya bermain baik sama ada di pusingan awal atau peringkat kalah-mati," katanya dan menambah beliau sudah mempunyai nama kesebelasan utama dalam fikirannya untuk pertandingan pada Sabtu. Kapten skuad Harimau Selatan, Safiq Rahim pula berkata beliau akan mengetepikan seketika erti persahabatan dengan kapten skuad Pahang, Mohd Razman Roslan bagi memastikan pasukan selatan tanah air itu mampu melakar kemenangan. Sebagai rekod, kedua-dua pemain berkenaan pernah beraksi bersama Selangor pada final Piala Malaysia 2008 namun kalah 2-3 kepada Kedah pada aksi di Stadium Shah Alam. "Kita harus buat kerja masing-masing. Dalam padang, kita lupakan seketika soal persahabatan. Kita mempunyai sasaran peribadi tertentu untuk pasukan masing-masing, jadi saya harap kami sebagai pemain dapat persembahkan aksi terbaik," kata bekas kapten skuad Harimau Malaya itu. Beliau menggantikan Aidil Zafuan Abd Radzak yang terlepas aksi final selepas menerima dua kad kuning pada perlawanan separuh akhir menentang Felda United FC. Dalam pada itu, pengendali pasukan Pahang, Zainal Abidin Hassan yakin para pemain skuad Tok Gajah akan menyajikan persembahan terbaik walaupun mengakui wujud tekanan untuk bergelar juara buat kali kedua berturut-turut. "Beberapa pemain sudah bermain di perlawanan akhir tahun lepas, jadi tiada masalah untuk mereka bermain dengan baik. Cuma apa yang saya harapkan, mereka (para pemain) berikan segala-galanya. "Bagi saya, tiap-tiap pemain ada tugas yang harus dijalankan. Untuk pasukan Pahang, kerjasama di atas padang lebih penting," kata Zainal. Mohd Razman pula berharap dapat membantu Pahang mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut walaupun terdapat laporan bahawa beberapa pemain skuad Tok Gajah bakal berhijrah ke pasukan lain musim depan. "Bagi saya, perkara itu tidak begitu mengganggu persiapan kami. Sikap profesional itu penting. Fokus kami adalah sehingga masing-masing habis kontrak dengan pasukan. "Mungkin Piala Malaysia ini adalah aksi terakhir kami bersama pasukan Pahang, namun kami akan berikan persembahan terbaik bagi memastikan Piala Malaysia kekal di tangan kami," katanya yang beraksi di posisi pertahanan. JDT layak ke final Piala Malaysia selepas menang agregat 6-5 ke atas Felda United FC manakala Pahang yang merupakan juara bertahan, mara hasil kemenangan agregat 6-3 ke atas Kedah pada aksi separuh akhir. - mstar online

Harimau Malaya Berwajah Baharu Menjelang Piala AFF Suzuki
Robin Kok (kanan) bersama Pakar Produk Nike Malaysia Gary Arwin memperkenalkan jersi baharu pasukan Harimau Malaya keluaran Nike menjelang kejohanan bagi merebut Piala AFF, Jumaat.
KUALA LUMPUR: Harimau Malaya bakal tampil dengan semangat baharu menjelang saingan Piala AFF Suzuki 2014 apabila Nike Malaysia melancarkan jersi terkini pasukan bola sepak kebangsaan itu. Pengurus pemasarannya, Robin Kok berkata, menerusi rekaan terkini itu, secara simbolik ianya menggambarkan semangat baharu pasukan negara yang sudah pasti akan mendapat sokongan padu dari seluruh peminat bola sepak negara. "Diharap kit ini akan membakar semangat berani dalam diri pasukan dan juga memberi insipirasi kepada para peminat bagi menggapai kecemerlangan dalam diri masing-masing," katanya kepada pemberita pada majlis memperkenalkan kit terbaharu pasukan Harimau Malaya di Nike store, Pavilion di sini, Jumaat. Beliau berkata, jalur hitam kuning pada jersi 'home' (bermain di tempat sendiri) melambangkan kemegahan negara dan corak tersebut mula digunakan sejak 1958 dan kemudiannya mendapat sentuhan moden sesuai dengan perubanan masa. Jersi 'away' (bermain di tempat lawan) pula menyerlahkan warna biru terang dengan kolar putih dengan gaya polo moden berserta dengan slogan "TANAH TUMPAHNYA DARAHKU" direka semula bagi menonjolkan semangat berani yang dimiliki pasukan kebangsaan. Peminat boleh mendapatkan kit terbaharu itu secara eksklusif dengan harga RM249 di kedai berdaftar Nike Pavilion KL, KLCC, Sunway Pyramid, TFC Lot10, TFC Pertama, dan Al-Ikhsan KL Festival City bermula pada jam 8.30 malam Jumaat sebelum dibuka untuk semua kedai berdaftar Nike yang lain pada 1 November. Pasukan Harimau Malaya akan memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura dalam perlawanan peringkat Kumpulan A bersama-sama dengan Myanmar, Thailand dan pasukan tuan rumah. Untuk rekod, kali terakhir pasukan Harimau Malaya memenangi kejohanan itu adalah pada 2010 selepas menewaskan pasukan Indonesia secara agregat 4-2.- mstar online

Gelombang Biru, Kuning Saksi Final Piala Malaysia Sabtu Ini
Grafik yang dimuatnaik menerusi FB penyokong pasukan yang bertanding malam Sabtu ini.
GELOMBANG penyokong, masing-masing dengan tema biru dan kuning bakal membanjiri seluruh pelusuk Stadium Nasional Bukit Jalil pada final Piala Malaysia, Sabtu ini. Bakal berlangsung kurang 24 jam sebelum wisel permulaan ditiup, bahang perlawanan yang dinanti-nantikan antara Pahang menentang JDT itu semakin hangat dirasakan. Yang pasti, menerusi laman sosial Facebook (FB) kedua-dua pasukan dapat dilihat pelbagai kata-kata semangat, arahan, peringatan dan juga peraduan dimuatnaik khusus untuk penyokong fanatik pasukan Tok Gajah dan Harimau Selatan itu. Entri pada FB Kelab Bola Sepak Pahang mengingatkan setiap penyokong membawa satu kertas berukuran A4 kuning. "Kuningkan Stadium Bukit Jalil Sabtu ini wahai rakyat Pahang," kata-kata semangat menerusi laman sosial pasukan yang bakal mempertahankan kejuaraan itu. Bagi pasukan JDT yang memiliki ramai bintang bola sepak negara pula, biru menjadi pilihan. "Jangan lupa berpakaian biru, diulangi berpakaian biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru. "Lautan Biru Pasti Menjadi," itulah kata-kata Boys Of Straits. Jika Pahang menggunakan kertas A4, sebaliknya JDT pula memilih gulungan resit untuk memeriahkan perlawanan akhir kali ini. Bukan itu sahaja, malahan penyokong JDT juga berpeluang menyertai peraduan teka gol yang menawarkan hadiah menarik. Kita nantikan kesudahan saingan di antara kedua-dua pasukan gergasi yang merebut piala keramat yang menjadi taruhan pada lewat malam Sabtu nanti.- mstar online

MHupgrade: Produk Baharu MAS Untuk Naik Taraf Tempat Duduk
KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) menawarkan pelanggannya peluang menaik taraf tempat duduk mereka dengan menentukan harga mereka sendiri menerusi produk terbaharunya, MHupgrade.
Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, MHupgrade berasaskan kepada unjuran tempat duduk kosong yang boleh didapati di Kelas Pertama dan Perniagaan bagi pelanggan yang menyerahkan tawaran mereka menerusi laman web syarikat.
"Pelanggan dengan tiket kelas Ekonomi atau Perniagaan yang telah disahkan akan menerima emel daripada Plusgrade dalam tempoh 24 jam selepas pembelian mereka daripada syarikat penerbangan itu yang memaklumkan kepada mereka kerusi yang tersedia dalam kelas lebih tinggi seterusnya.
"Pelanggan dipelawa untuk menyerahkan tawaran yang boleh dibuat menerusi sistem MHupgrade," kata MAS.
"Sila buat tawaran kepada kami dan kami hanya akan mengenakan bayaran apabila pembidaan anda berjaya. Tidak akan ada kos pengenalan dan mereka yang tidak berjaya menaik taraf tiket tidak akan dikenakan bayaran," kata Pengarah Komersil Malaysia Airlines, Dr Hugh Dunleavy.
Pelanggan boleh memeriksa kelayakan mereka bagi MHupgrade menerusi www.malaysiaairlines.com > Plan > MHupgrade dengan memasukkan rujukan tempahan MAS mereka dan nama keluarga dalam kotak "Check Eligibility".
Pelanggan yang layak akan ditunjukkan skrin penyerahan tawaran. - mstar online
TOP
Public Mutual Umum Agihan Pendapatan 9 Dana
KUALA LUMPUR: Unit milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual Bhd mengumumkan agihan bagi sembilan dana berjumlah lebih RM312 juta.
Agihan kasar itu diumumkan untuk tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2014, menurut syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dalam kenyataan pada Jumaat.
Julat agihan kasar seunit bagi sembilan dana itu antara RM0.50 dan RM6.00, katanya.
Dana tersebut ialah Public Industry Fund, Public Sector Select Fund, Public Equity Fund, Public South-East Asia Select Fund, Public Asia Ittikal Fund, Public Islamic Dividend Fund, PB Australia Dynamic Balanced Fund, PB Asia Real Estate Income Fund dan Public Islamic Bond Fund. - mstar online
TOP
Qatar Airways Tawar Promosi 'Double The Luxury' Kelas Perniagaan
KUALA LUMPUR: Qatar Airways menawarkan tiket kelas perniagaan kedua percuma kepada pelanggan di Malaysia, apabila mereka menempah tiket Kelas Perniagaan bagi rakan perjalanan mereka.
Tawaran 'Double the Luxury' bermula dari 1 November, 2014 dan sah bagi perjalanan sehingga 31 Mac 2015, sempena ulang tahun pertama syarikat penerbangan itu menyertai perikatan global oneworld.
Promosi itu terbuka bagi destinasi di seluruh Eropah, Afrika, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Amerika (Utara dan Selatan).
"Ia merupakan usaha berterusan kami untuk menyediakan insentif yang menarik kepada pelanggan kami.
"Promosi istimewa 'Double the Luxury' ini membolehkan pelanggan kelas perniagaan kami memanfaatkan peluang dua-untuk-satu yang hebat dengan perkhidmatan Kelas Perniagaan kami yang pernah memenangi anugerah," kata Pengurus Negara Qatar Airways, Malaysia dan Brunei, Emmanuel Oswald.
Dalam kenyataan pada Jumaat, Qatar Airways berkata tawaran tersebut turut membolehkan ahli Kelab Keistimewaan - Program Pengguna Kerapnya peluang untuk memperoleh 50 peratus bonus Qmiles ke atas perjalanan mereka, dengan hanya mendaftar sekurang-kurangnya 24 jam sebelum perjalanan mereka.
Maklumat lanjut berhubung terma dan syarat tawaran tersebut, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pejabat jualannya, atau melayari qatarairways.com.
Qatar Airways merupakan syarikat penerbangan teluk yang pertama menyertai perikatan syarikat penerbangan global, membolehkan penumpangnya meraih manfaat daripada hampir 1,000 lapangan terbang di lebih 150 negara, dengan 14,250 pelepasan setiap hari.
Dianugerahkan Kelas Perniagaan Terbaik dan Lounge Kelas Perniagaan Terbaik Dunia dua tahun berturut-turut oleh audit industri Skytrax, ia turut dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik di Timur Tengah untuk kali kelapan. - mstar online
TOP
Malaysia Sambut Baik Keputusan Tribunal Timbang Tara - Najib
Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut baik keputusan Tribunal Timbang Tara bahawa sebuah syarikat pelaburan bersama Malaysia dan Singapura tidak akan bertanggungjawab secara bersyarat membayar caj pembangunan bagi tanah milik bekas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat. Ia adalah bukti kepada komitmen kedua-dua negara untuk menyelesaikan pertikaian secara aman dan mengikut undang-undang antarabangsa, kata perdana menteri merujuk kepada mekanisme di dalam menyelesaikan isu itu melalui tribunal yang dilantik oleh kedua-dua negara. Semasa mengemukakan masalah itu kepada Tribunal Timbang Tara, kedua-dua negara bersetuju untuk menerima sepenuhnya keputusan itu sebagai muktamad dan mengikat, katanya dalam satu kenyataan di sini. "Kami juga bersetuju bahawa ia tidak akan menjejaskan hubungan dua hala," kata beliau. Najib berkata beliau sependapat dengan kenyataan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong bahawa Malaysia dan Singapura gembira dapat mengatasi masalah itu secara aman. Pada Jumaat, tribunal itu memutuskan syarikat M+S Pte Ltd tidak akan bertanggungjawab untuk membayar caj itu jika tanah berkenaan adalah hak mutlak M+S Pte Ltd dan jika ia telah membangunkan tanah itu seperti yang dicadangkan dalam lampiran Perjanjian Capai Persetujuan (POA). Malaysia difahamkan dapat menjimatkan berbilion Ringgit berikutan keputusan tribunal itu. Kedua-dua negara, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar masing-masing, berkata mereka berpuas hati dengan proses timbang tara itu dan bersetuju untuk mematuhi dan melaksanakan sepenuhnya keputusan tribunal itu. "Kedua-dua negara berharap dapat bekerjasama rapat untuk memperkukuhkan dan memperluaskan lagi kerjasama dua hala kita," kata Najib. Kejayaan pelaksanaan POA secara menyeluruh telah membuka laluan bagi projek-projek pembangunan bersama selain memupuk kerjasama lebih erat antara Singapura dan Malaysia.- mstar online

Lelaki Thai Ditahan Cuba Seludup Keluar Daun Ketum
Daun ketum yang disembunyikan di dalam empat biji tong minyak berjaya dirampas. - foto G.C.TAN/THE STAR
BUKIT KAYU HITAM: Seorang lelaki warga Thailand ditahan ketika cuba menyeludup keluar daun ketum seberat 250kg bernilai RM7,500 ke negara jiran pada Jumaat. Lelaki berusia 26 tahun itu sedang memandu kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton ketika ditahan anggota Batalion ke-18 Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kastam (KIK) di sini pada 9.45 pagi. Hasil pemeriksaan, anggota PGA menemui daun ketum yang disembunyikan di dalam empat biji tong minyak iaitu dua tong besar berwarna hitam dan dua tong kecil berwarna kelabu, yang diletakkan di bahagian belakang kenderaan terbabit. Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di Jitra untuk disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah berkata lelaki itu menyembunyikan daun ketum ke dalam tong berisi minyak kerana beranggapan pihak penguat kuasa di pintu sempadan tidak akan memeriksa bahan terbabit. Katanya ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah.- mstar online

Ops Gempur Aurat Dapat Reaksi Berbeza
Gambar hiasan.
KOTA BARU: Ops Gempur Aurat yang dilancarkan oleh Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) terhadap kumpulan yang terlibat dalam perniagaan bagi menangani isu membuka aurat mendapat reaksi berbeza daripada orang ramai. Zulhanifa Hamid, 32, berkata, dia menyokong operasi tersebut kerana baru-baru ini kelihatan beberapa gadis yang berpakaian seksi tidak bertudung berada di outlet Telco dan tertanya-tanya sama ada ia bertentangan dengan undang-undang kecil majlis perbandaran itu. "Setahu saya, wanita Islam terutamanya diwajibkan menutup aurat ketika berada di tempat awam khususnya mereka yang bekerja di restoran makanan segera seperti McDonalds atau Kentucky Fried Chicken. "Namun sejak akhir-akhir ini saya melihat segelintir daripada mereka memakai pakaian ketat walaupun memakai tudung," katanya ketika ditemu bual di sebuah restoran. Bagaimanapun, seorang pemilik restoran yang hanya ingin dikenali sebagai Sharon Low berkata, dia tidak bimbang mengenai orang bukan Islam dikecualikan daripada memakai tudung tetapi dia pernah berdepan pengalaman didenda antara RM100 dan RM300 apabila dua pekerjanya ditahan oleh pegawai penguatkuasa MPKB kerana memakai baju kemeja-T lengan pendek. "Pekerja saya bertudung tetapi ketika berada di dapur, adalah tidak sesuai untuk memakai baju berlengan panjang kerana keadaan yang basah tetapi saya masih perlu membayar denda," katanya. Operasi itu mendapat kritikan di kalangan peniaga, MCA dan badan bukan kerajaan (NGO) Sister in Islam selepas sebanyak 34 saman dikeluarkan kepada wanita Islam yang ditangkap berpakaian ketat dan tidak memakai tudung sejak ia dilancarkan pada September lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB), Nor Azariza Mohd Alawi berkata tindakan keras itu adalah tindak balas kepada aduan orang ramai. "Peraturan pakaian ini adalah salah satu syarat untuk mendapatkan permit perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya. Sementara itu, Timbalan Pengerusi MCA Kelantan, Tan Ken Ten berkata operasi yang akan berakhir hujung tahun itu disifatkan sebagai regresif. "Saya tidak faham mengapa operasi seperti itu dilanjutkan walaupun saya tiada hak untuk mempertikaikannya, segelintir peniaga bukan Islam terpaksa mengeluarkan wang untuk membayar denda," katanya. Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie pula menggesa MPKB untuk fokus kepada isu kebersihan di premis perniagaan. "Daripada menguatkuasakan kod pakaian kepada wanita Islam, majlis perbandaran sepatutnya memeriksa kebersihan dan pengurusan sanitasi di premis dan kawasan persekitarannya," katanya.- mstar online

Anjur Ceramah Anwar: Fahmi Zainol Berdepan Sembilan Pertuduhan
Fahmi Zainol.
PETALING JAYA: Presiden Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol berdepan sembilan pertuduhan atas kesalahan menganjur dan menyertai ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut laporan sebuah portal berita online, Fahmi menerima sepucuk surat pada Jumaat dan diminta untuk menghadiri sesi pendengaran Lembaga Disiplin di universiti tersebut pada 7 November ini. Dia memberitahu portal tersebut bahawa lapan lagi pelajar lain yang terlibat dalam ceramah itu turut menerima surat daripada universiti berkenaan. Pada Isnin, keadaan di UM pada perhimpunan haram menjadi huru-hara apabila sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Anwar bertindak merempuh pintu utama UM untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu. UM membantah penganjuran ceramah itu dan Timbalan Naib Canselornya (Hal Ehwal Pelajar UM), Prof Datuk Dr. Rohana Yusof berkata kakitangan universiti terbabit diarahkan untuk meninggalkan kawasan sekitarnya pada pukul 4 petang. Pada pukul 7 malam, dua pintu pagar utama universiti tersebut dikunci dan dikawal ketat oleh anggota keselamatan.- mstar online

TNB Diarah Potong Elektrik Premis Judi Haram
Idris Haron.
MELAKA: Kerajaan negeri mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik secara serta-merta ke atas mana-mana premis kafe siber haram sebaik sahaja aduan diterima mengenai kegiatan tersebut. Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron berkata, surat kuasa telah diserahkan kepada Pengurus Besar TNB negeri, Datuk Baderul Sham Saad untuk memotong bekalan elektrik sebaik sahaja premis menjalankan kegiatan judi haram dikenal pasti. Surat tersebut dikeluarkan berdasarkan undang-undang sedia ada dan dokumen yang sama akan diserahkan kepada syarikat utiliti lain di negeri ini. Idris berkata beliau meminta pegawai-pegawai TNB untuk melaksanakan tugas mereka tanpa rasa takut kerana beliau bersedia mempertahankan tindakan tersebut sekiranya pemilik premis membawa kes tersebut ke mahkamah. Ini adalah perang saya terhadap kafe siber haram dan sanggup bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tindakan undang-undang. Katanya, kewujudan premis seperti itu menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah manakala banyak keluarga mengalami masalah kewangan kerana pencari nafkah ketagih dengan kegiatan perjudian Idris berkata kewujudan kafe siber juga menyumbang kepada gejala sosial dan ketagih kegiatan perjudian dikalangan remaja. "Kami serius dalam menghapuskan kewujudan kafe siber haram di sini dan berusaha keras untuk memastikan Melaka sifar premis judi haram," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai TNB di pejabatnya di sini, Jumaat. Idris berkata beliau juga sanggup mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai termasuk pembantunya dan pegawai kerajaan negeri sekiranya terdapat bukti mereka melindungi premis untuk mendapatkan pulangan kewangan. "Saya tidak akan bertoleransi dengan sebarang cubaan oleh pegawai kerajaan negeri sekiranya cuba melindungi mana-mana premis dan memberi maklumat kepada pengusaha mengenai operasi serbuan," katanya. Sementara itu, Baderul berkata TNB telah memotong lima premis di bandaraya bersejarah itu sebaik sahaja surat kebenaran dikeluarkan pada Jumaat. "Ini hanyalah permulaan, kita akan menyertai serbuan untuk memotong bekalan elektrik di premis kafe siber haram dengan serta merta," katanya.- mstar online

Kes Liwat II: Pendakwaan Perlu Lebih Masa, Prosiding Bersambung Isnin
Muhammad Shafee sebaik selesai prosiding pada hari keempat kes liwat Anwar, Jumaat.
PUTRAJAYA: Pendengaran rayuan terakhir kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan dengan pihak pendakwaan selesai mengemukakan kira-kira 30 peratus penghujahan sehingga tengah hari Jumaat. Ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang memulakan penghujahan pada hari keempat prosiding berkata, beliau memulakan penghujahan dengan membentangkan fakta kes secara menyeluruh kerana ia tidak dilakukan pihak pembelaan. "Hari ini dalam penghujahan saya mungkin sudah buat 20 hingga 30 peratus hujah. "Saya ambil masa untuk bentangkan fakta-fakta berkenaan kes sebelum saya masuk ke dalam isu dan undang-undang," kata Muhammad Shafee kepada pemberita sebaik sahaja keluar dari kamar perbicaraan Istana Kehakiman di sini, Jumaat. Muhammad Shafee, peguam yang mewakili Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, berkata, pembentangan fakta oleh pihak pendakwaan 'bukan menyeluruh' tetapi ia disifatkan sebagai penting dalam prosiding ini. "Sebab itu saya makan banyak masa. "Saya bagi fakta dan kandungan mustahak supaya kita lebih faham kenapa benda ini berkemungkinan berlaku," katanya. Beliau berhujah di hadapan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria. Prosiding pada Jumaat berhenti sehingga tengah hari dan akan disambung semula pada Isnin. Muhammad Shafee berkata, penghujahan seterusnya adalah mengenai bahan kes dari lokap berasaskan perbandingan yang menyatakan berus gigi, tuala dan botol air telah digunakan Anwar. "Kita akan menyatakan eksibit-eksibit itu memang jelas daripada Datuk Seri Anwar bila kita bandingkan ia dengan eksibit dalam P27, semuanya 'Male Y', maka itu adalah eksibit Datuk Seri Anwar," katanya. Beliau turut memaklumkan, berkemungkinan besar penghujahannya tidak dapat diselesai pada Isnin kerana ia hanya berjalan separuh hari. "Saya akan mengambil 'bahagian kecil' (masa) pada pagi Selasa, bagaimanapun saya rasa pada Selasa prosiding berjalan satu hari penuh," katanya. Dalam prosiding bermula Selasa, mahkamah telah mendengar penghujahan daripada peguam utama Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, serta peguam N Surendran, Sangeet Kaur Deo dan Ramkarpal Singh. Pada 24 April, Anwar memfailkan petisyen rayuan yang memberi 35 alasan kenapa Mahkamah Persekutuan perlu membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat, sejam sebelum berakhir tempoh yang disyaratkan beliau berbuat demikian. Anwar, 67, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.- mstar online

Dua Anak Lelaki Penumpang MH370 Fail Saman Terhadap MAS
Peguam mewakili dua beradik yang memfailkan saman terhadap MAS, dari kiri, Vinod Ramasamy, Datuk Dr Arunan Selvaraj and Gary Edward Chong di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pada Jumaat.
KUALA LUMPUR: Dua anak lelaki penumpang pesawat MH370 pada Jumaat memfailkan saman terhadap Malaysian Airlines System Berhad (MAS), Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan tiga lagi bagi menuntut ganti rugi berhubung kehilangan pesawat itu yang dinaiki bapa mereka dalam penerbangan ke Beijing, pada 8 Mac lepas. Dua beradik berusia 13 dan 11 tahun itu selaku plaintif memfailkan saman melalui ibu mereka, Ng Pearl Ming, 38, menerusi Tetuan Rusmah Arunan & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Dua beradik itu yang diwakili peguam Datuk Dr S Arunan dan peguam Gary Edward Chong, turut menamakan ketua pengarah Imigresen, panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerajaan Malaysia sebagai defendan. Dalam pernyataan tuntutan mereka, dua beradik itu mendakwa bapanya, Jee Jing Hang, 41, yang merupakan penumpang pesawat MH370 telah memasuki suatu kontrak perjanjian penerbangan dengan MAS dalam penerbangan dari Kuala Lumpur pada jam 12.41 tengah malam dan dijangka mendarat di Beijing, pada 6.30 pagi, 8 Mac. Plaintif mendakwa menerusi perjanjian itu, MAS sebagai defendan pertama seharusnya mengambil semua langkah yang wajib untuk memastikan suatu penerbangan yang selamat, namun telah memungkiri perjanjian itu apabila gagal mendarat di Beijing dan tiada butiran lanjut mengenai pengakhiran pesawat itu sehingga hari ini. Mereka juga mendakwa MAS tidak memberi penjelasan yang sewajarnya tentang kejadian yang berlaku semasa penerbangan pesawat itu, khususnya dalam pengetahuan syarikat penerbangan tersebut dan gagal menyempurnakan tanggungjawab, sekaligus menyebabkan kehilangan bapa mereka. Selain itu plaintif mendakwa ketua pengarah DCA sebagai defendan kedua, yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan kawalan trafik udara bagi memastikan penerbangan itu selamat, telah gagal dan cuai untuk mengambil langkah secukupnya bagi mendapatkan perhubungan dan menjejaki pesawat itu melalui radar. Pasangan adik beradik itu turut mendakwa Jabatan Imigresen telah gagal dan cuai melaksanakan pemeriksaan rapi ke atas penumpang pesawat itu sehingga membolehkan beberapa penumpang menaiki pesawat dengan menggunakan pengenalan palsu. Mereka juga mendakwa pihak TUDM telah gagal dan cuai untuk menghantar pesawatnya dengan kadar segera bagi mengenal pasti pesawat yang tidak dijadualkan telah muncul dalam sistem radar TUDM, berkemungkinan adalah MH370. Justeru itu, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi terhadap kesemua defendan atas kehilangan bapanya yang merupakan penanggung tunggal mereka, seorang ahli perniagaan berpendapatan bulanan sebanyak RM16,865 dan ganti rugi tambahan akibat penderitaan yang dialami kedua-dua adik beradik itu. Selain itu, turut dituntut adalah ganti rugi teladan kerana mengabaikan nyawa bapanya, penumpang lain dan anak kapal serta meletakkan keluarga mereka dalam kecelaruan, kos, faedah dan relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Usaha mencari masih dijalankan di selatan Lautan Hindi.- mstar online

Abu Sayyaf Ugut Hantar Kepala Tawanan Malaysia
KOTA KINABALU: Militan Abu Sayyaf mengugut untuk memenggal kepala penternak ikan dalam sangkar, Chan Sai Chuin jika wang tebusan berjumlah RM3 juta tidak dibayar pada November.
Isteri Chan, Chin Pek Nyen berkata, bagaimanapun kumpulan militan itu tidak menetapkan tarikh tertentu namun mengingatkannya bahawa mereka akan membunuh suaminya jika permintaan tidak dipenuhi.
"Mereka (Abu Sayyaf) memberitahu saya bahawa mereka akan menghantar kembali kepala Chan jika saya gagal membayar wang tebusan," kata Chin.
Chin, 42, berkata demikian pada sidang media di sini sambil merayu kepada kerajaan negeri dan Persekutuan supaya meningkatkan usaha untuk membebaskan suaminya.
Beliau berkata ancaman daripada penggas itu diterimanya menerusi panggilan telefon pada Khamis malam.
"Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya cuba untuk meminjam wang daripada keluarga dan rakan-rakan bagi mengumpul wang itu.
"Tapi berapa ramai orang boleh bagi pinjaman, saya memerlukan bantuan kerajaan," katanya.
Chan diculik di Kampung Sapang Air, Kunak pada 16 Jun lepas dipercayai berada dalam keadaan selamat.- mstar online
TOP
Pian (Cecupak) Alami Gangguan Mental Kerana Gelaran Datuk
Pian Cecupak
PETALING JAYA: Pelawak Pian (Cecupak) disahkan mengalami gangguan mental selepas menerima gelaran Datuk daripada kumpulan puak Naning negeri itu pada pertengahan tahun ini. Pian atau Rafik Raman, 45, berkata, gelaran itu benar-benar menyumbang kepada tekanan jiwanya sehingga masalah berkenaan tidak dapat dikawal. “Terlalu banyak tekanan yang saya terima akibat gelaran itu termasuklah hinaan serta kata-kata kesat orang terhadap saya selama ini,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online. Pada Mei lalu, Pian bersama dua teman artis iaitu Boy Iman dan penyanyi Nash (Lefthanded) telah menerima Darjah Jaksa Naning Melaka yang membawa Datuk. Majlis pengurniaan darjah kebesaran itu dilakukan semperna hari keputeraan Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Undang Naning Ke-21, Datuk Nordin Abd Jalil yang diadakan di A Famosa Resort, Melaka pada 4 Mei 2014. Gelaran berkenaan tidak diiktiraf oleh mana-mana kerajaan negeri dan juga persekutuan. Bagaimanapun Pian dalam kenayatannya sebelum ini memberitahu dia perlu menerima pengurniaan darjah itu sebagai menghormati pihak terbabit.
Dari kiri; Pian, Nash dan Boy Iman bergambar selepas menerima Darjah Jaksa Naning Melaka pada 4 Mei lalu.
Dalam pada itu Pian berkata, tuduhan dan kata-kata hinaan membuatkan dia menjadi murung dan selepas dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Ogos lalu, doktor mengesahkan dia menghidap masalah mental. Kata Pian, disebabkan penyakit itu dia perlu mendapatkan rawatan selama lapan bulan selain dikehendaki menjalani rawatan kaunseling. “Jadi saya terpaksa mendapatkan rawatan selama lapan bulan di HKL untuk ubat dan sesi kaunseling agar penyakit saya ini dapat dipulihkan," ujarnya. Nafi Mengamuk Tidak Dipanggil Datuk Sementara itu dalam perkembangan lain Pian menafikan dia mengamuk terhadap seorang jurufoto yang tidak memanggilnya Datuk dalam satu majlis di sebuah hotel di Ipoh minggu lalu. Katanya, insiden itu berlaku disebabkan sikap kurang ajar jurufoto terbabit yang telah memarahinya kerana tidak berpuas hati terhadap perjalanan majlis yang dikendalikannya sebagai pengacara. "Ya, memang ada perselisihan faham antara saya dengan seorang jurugambar sebuah organisasi namun ia bukan kerana disebabkan saya marah kerana saya tidak dipanggil Datuk. "Ia adalah kerana tindakan jurugambar itu yang memarahi saya dahulu setelah dia tidak berpuas hati dengan pengurusan majlis. Walhal saya hanya mengacarakan majlis itu sahaja. Saya tiada kaitan dengan keseluruhan majlis itu. "Itu fitnah kalau dia kata saya marah sebab tidak dipanggil Datuk. Saya langsung tidak kisah orang nak panggil saya apa pun. "Yang penting ialah sikap hormat terutamanya oleh orang muda kepada orang yang lebih berumur daripada kita. Saya ni sudah umur 45 tahun dan dia orang muda, tidak bolehkah bercakap secara baik," soalnya. Bagaimanapun, Pian berkata dia sudah menyelesaikan perkara tersebut dengan menghubungi ketua organisasi syarikat jurufoto berkenaan bertugas bagi menceritakan hal sebenar. - mstar online

Tidak Mungkin Mohd Saiful Reka Bukti Kes Liwat
Sebahagian penyokong Mohd Saiful hadir menyatakan sokongan terhadap sistem kehakiman negara di hadapan bangunan mahkamah ketika menunggu keputusan rayuan kes liwat Anwar Ibrahim di Istana Kehakiman, Putrajaya.
PUTRAJAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak mungkin mereka-reka bukti kerana terdapat kebenaran yang nyata dalam keseluruhan keterangan berhubung dakwaan dia diliwat Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Persekutuan diberitahu pada Jumaat. Ketua Pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Mohd Saiful, pengadu dalam kes itu, boleh mengada-adakan bukti, tetapi dia tidak berbuat demikian. "Terdapat banyak kebenaran. Anak muda ini tidak mungkin mereka-reka cerita. Dia boleh menafikan beberapa perkara tertentu, tetapi dia tidak berbuat demikian, jadi dia adalah saksi yang jujur," katanya. Muhammad Shafee berkata Mohd Saiful telah menjawab dengan spontan soalan yang dikemukakan di mahkamah dan memberi penjelasan mendalam, satu persatu apa yang berlaku, sebelum dan selepas dakwaan liwat itu. Beliau juga berhujah Mohd Saiful telah diganggu secara seksual oleh Anwar di tempat kerjanya sebelum kejadian itu yang mana dia menjadi perhatian seorang yang paling dominan, berpengaruh dan berkarisma. Muhammad Shafee berhujah bagi pihak pendakwaan dalam rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008. Beliau berkata penderaan seksual itu berlaku dalam tempoh empat bulan sebelum Mohd Saiful berhenti menjadi pembantu peribadi Anwar. Muhammad Shafee menjelaskan terdapat tanda yang menunjukkan kejadian liwat pada 26 Jun 2008 itu, bukan kali pertama berlaku berdasarkan keterangan Mohd Saiful dan dia turut menunjuk cara bagaimana ia berlaku. "Saksi (Mohd Saiful) berkata perbuatan itu kasar. Katanya dia merasa sakit di bahagian rektum dan 'senak perut' dan 'Anwar memancutkan air maninya ke dalam dubur saya seperti biasa'," hujah beliau. Muhammad Shafee berkata perkataan 'seperti biasa' menunjukkan kejadian itu telah berlaku lebih daripada sekali. Beliau berkata Mohd Saiful berkata selepas mereka berbincang tentang jadual kerja, Anwar mendekatinya dan berkata, "Can I f... you today?" Muhammad Shafee berkata perkataan itu hanya boleh disebut jika seseorang benar-benar mengenali individu berkenaan. Menyifatkan Mohd Saiful sebagai seorang saksi yang jujur, Muhammad Shafee berkata pengadu turut menunjuk cara perbuatan liwat itu di kondominium di hadapan hakim perbicaraan. Beliau berkata pada mulanya Mohd Saiful enggan menerima tawaran Anwar untuk melakukan liwat, tetapi apabila Anwar mulai berang, kedua-dua mereka pergi ke bilik tidur utama tempat kejadian liwat itu berlaku. Muhammad Shafee juga berhujah sekiranya tiada sebarang hubungan antara mereka berdua, apa perlunya Anwar memberi sut pakaian Brioni (pakaian mewah jenama Itali) kepada Mohd Saiful. - mstar online

Pengasuh Didakwa Dera Kanak-Kanak 3 Tahun
Noor Faezah Rahman didakwa di Mahkamah Majistret, Butterworth pada Jumaat. - foto ASRI ABDUL GHANI/The Star
BUTTERWORTH: Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Jumaat atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pada Selasa lepas. Noor Faezah Rahman, 39, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Blok A-8-19, Flat Seri Pinang di sini pada kira-kira 10 pagi, 28 Oktober lepas. Dia dituduh mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Mengikut kertas pendakwaan, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tangannya diiikat di belakang badannya manakala kakinya diikat dengan tali.
Gambar seorang kanak-kanak yang diikat tangan dan kaki.
Tiada pengakuan dicatatkan di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab, yang menetapkan 5 Disember depan untuk sebutan kes bagi membolehkan tertuduh mendapatkan khidmat peguam. Terdahulu, semasa merayu jaminan yang lebih rendah, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai lapan anak untuk disara. Muhammad Firdaus kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Fairuz Rahman.- mstar online

Puting Beliung Landa Alor Setar
Fenomena puting beliung yang berjaya dirakamkan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ALor Setar petang Jumaat.
ALOR SETAR: Beberapa buah rumah di Kampung Batin di Mergong dan Taman Inang di Kuala Sungai di sini rosak dalam kejadian puting beliung petang Jumaat. Kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang itu menerbangkan bumbung beberapa buah rumah dan turut menyebabkan kerosakan teruk kepada rumah-rumah terlibat. Kejadian dipercayai berlaku dalam tempoh 10 minit ketika hujan lebat. Ketika ini jumlah rumah dan mangsa yang terlibat masih belum dikenal pasti.
Usaha membantu mangsa sedang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain. Seorang mangsa, Mohd Saad Mad Isa berkata ketika kejadian dia berada di dalam rumahnya apabila terdengar bunyi bising dari atas bumbung rumahnya. "Masa itu saya dengar bunyi zink dan bila saya tengok di luar rumah, saya nampak zink bumbung rumah saya terangkat. Saya tengok rumah jiran saya pun bumbung rumahnya terangkat," katanya. - mstar online

KDN Sedia Pulangkan Bahan Terbitan Kristian Yang Dirampas
PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyiasat rampasan sebanyak 574 buku agama Kristian, 419 cakera padat dan lima cakera video digital (DVD) milik seorang lelaki yang tiba di KLIA2 dari Medan, Indonesia pada 25 Oktober lalu.
KDN dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan mendapati bahan terbitan itu mengandungi perkataan Allah.
Bahan terbitan yang dirampas di terminal utama itu dirujuk kepada kementerian oleh pegawai Jabatan Kastam pada 27 Oktober lalu dan surat rampasan untuk tujuan penyiasatan dan pemeriksaan telah dikeluarkan.
Menurut kementerian itu, KDN telah menyemak dengan pembawa dan dijelaskan bahawa bahan terbitan tersebut dibawa keluar ke terminal utama kerana pembawa perlu mendaftar masuk bagasinya untuk menyambung penerbangan ke Sabah.
"Pada kebiasaan, jika bagi tujuan transit, bagasi tersebut akan dipindahkan terus ke pesawat seterusnya dan tidak dibawa turun ke terminal utama," katanya.
Menurut KDN, pada mulanya pemilik tersebut mendakwa bahan terbitan tersebut adalah untuk kegunaan peribadinya tetapi kemudiannya menyatakan ia untuk kegunaan sebuah gereja di Sabah.
"Sehubungan itu, surat penahanan untuk kajian dan semakan (bersifat sementara) telah dikeluarkan kepada pembawa bagi mengesahkan penerbitan tersebut dengan sebenarnya akan dibawa ke Sabah," menurut kenyataan itu.
KDN berkata bahawa pada masa ini pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pembawa berkenaan.
"Penerbitan tersebut akan dilepaskan sebaik mendapat pengesahan serta butir-butir lanjut daripada pembawa di Sabah," katanya.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan bahan bacaan agama itu dipulangkan kepada pemiliknya.
"Perkara ini mendapat perhatian saya pada Khamis, dan saya akan memastikan sama ada rampasan itu mempunyai alasan yang kukuh atau tidak," katanya.- mstar online
TOP
RM54 Ribu Lesap Ditipu Peniaga Online di Facebook
Besar sungguh risiko kita sebagai pengguna yang membeli barangan secara dalam talian. Memandangkan segala urusan dalam talian maka pembeli tidak mengenali siapakah yang dia sedang berurusan jual beli dan itu memberi kelebihan kepada penjual.
Terkini sepasang suami isteri telah ditipu sebanyak RM54 ribu oleh seorang individu yang kononnya menjual iPhone 6 secara online dalam laman sosial Facebook.
Bagaimanapun setelah mangsa memindahkan wang tersebut untuk membeli 21 buah iPhone 6 ke dalam akaun bank suspek sebelum suspek menghilangkan diri.
Menurut mangsa, mereka telah beberapa kali berjumpa dengan suspek dalam urusan jual beli iPhone6 pada kuantiti yang sedikit, malah ketika berjumpa suspek dikatakan enggan bergambar.
Bukan itu sahaja, merujuk kepada para komentar di laman Facebook Siakapkeli, masih ramai lagi yang telah ditipu oleh orang yang sama. Selain dari itu hasil dari carian google pada nama suspek juga
menunjukkan perkara yang sama.
Luahan mangsa di Facebook
Mangsa setakat ini telah pun membuat laporan polis dan membuat perkongsian di laman sosial berkenaan penipuan tersebut. Dia juga ada berkongsikan seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai suspek seperti nombor telefon dan profil Facebook agar orang ramai dapat membantunya dalam mengesan individu yang menipunya. - Siakapkeli.com
Berikut adalah maklumat suspek:
Nama: Sakinah
No Fon: 0133310812 / 0122403472
Berikut adalah komen si suami mengenai penipuan ini:

Polis Letupkan Bom Yang Di Jumpai Berdekatan Maybank KL
Kawasan Kejadian
Kuala Lumpur - Dua bahan letupan kecil yang dijumpai dalam satu beg di Jalan Medan Tuanku 1, Kuala Lumpur, telah diletupkan oleh skuad pemusnah bom malam semalam. The Star Online melaporkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asst Comm Zainol Samah berkata bahan letupan itu diletakkan di dalam beg bagasi berwarna kelabu.
Bahan letupan tersebut berada di depan pejabat Maybank. Ianya ditemui kira-kira jam 4 petang dan diletupkan di lokasi pada kira-kira 7:40. - SiakapKeli.com

Tambang Bas Ekspress Bakal Naik 30 % - SPAD
Rakyat Malaysia bakal berdepan dengan kenaikan caj tambang bas ekspress sebanyak 30% dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini menunggu kelulusan daripada Putrajaya bagi memuktamadkan kadar perkhidmatan tersebut, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, keputusan mengenai pelaksanaan caj tambang bas ekspress dijangka akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.
"SPAD sudah syorkan kepada kerajaan permohonan mereka ( pengusaha bas). InsyaAllah kita tunggu keputusan muktamad secepat mungkin," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.
Kajian kenaikan caj tambang itu susulan daripada gesaan pengusaha bas di negara yang terbeban dengan kenaikan harga harga minyak selepas Putrajaya memotong subsidi.
Syed Hamid menyifatkan ia merupakan satu cadangan yang munasabah.
"Permohonan daripada pengusaha bas adalah munasabah berasaskan kepasa keperluan yang mendesak terutama selepas penurunan subsidi minyak baru- baru ini," katanya.
Bagaimanapun beliau menjamin SPAD akan mencari kaedah sesuai untuk tidak membebankan pengguna sekiranya berlaku kenaikan.
Putrajaya baru-baru ini mengurangkan subsidi RON95 dan diesel sebanyak 20 sen sebagai sebahagian daripada program rasionalisasi subsidi. – 31 Oktober, 2014. - The Malaysian Insider
TOP
Mamat Khalid Kena Serangan Jantung
KUALA LUMPUR - Pengarah terkenal, Mohamad Mohamad Khalid, 51, atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid terpaksa dikejarkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya pada pukul 8 pagi tadi akibat serangan jantung.
Menurut isterinya, Hasmah Hassan, 50, Mamat dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit di bahagian dada.
Keadaan pengarah itu dilaporkan stabil dan sedang mendapat rawatan di Unit Jagaan Koronari (CCU).
"Kami sekeluarga berada di Kuala Lumpur untuk sesi persiapan Festival Filem Malaysia (FFM) di Seremban, namun ada pukul 8 pagi tadi, dia mengadu sakit di bahagian dada.
"Saya terus menghantar dia ke hospital terdekat kerana bimbang sakitnya berpanjangan. Selepas mendapat rawatan awal, doktor terpaksa menahannya di wad berikutan tekanan darahnya yang tinggi melepasi paras normal.
"Bagaimanapun, keadaannya kini dilaporkan stabil dan dia masih berada di wad sementara menunggu keputusan doktor untuk mengesan punca sebenar serangan jantung tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Hasmah menambah, sebelum ini, suaminya itu pernah mengadu sakit di bahagian dada namun dia enggan untuk menerima rawatan di hospital. - KOSMO!
TOP
Dr M: Kesamarataan Mutlak Antara Jantina Adalah "Idea Bodoh"
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kesamarataan mutlak antara lelaki dan wanita adalah "idea yang bodoh" kerana perbezaan yang wujud antara mereka.
"Hari ini, Islam berhadapan dengan idea bahawa lelaki dan wanita harus sama.
"Terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan, dari segi fizikal dan mental, jadi ia adalah satu idea yang bodoh untuk mencadangkan bahawa semua wanita melakukan apa yang lelaki lakukan dan semua lelaki melakukan apa yang wanita lakukan," katanya kepada hadirin pada Forum Islam Antarabangsa di sini pada hari Jumaat .
Dr. Mahathir berkata orang muslim perlu bersedia untuk mempertahankan pendirian bahawa kesamarataan mutlak antara jantina tidak wujud.
"Mungkin akan ada kesamarataan apabila ianya berkisar tentang menjadi Perdana Menteri, tetapi tidak dalam perkara-perkara lain," katanya.
Dr. Mahathir berkata tidak ada sebarang undang-undang yang menghalang wanita dari menjadi Perdana Menteri. - SiakapKeli.com
TOP
Pengajur Dedah Sebab Sebenar Program "I Want To Touch A Dog" Dianjurkan
Pengajuran program "I Want To Touch A Dog" pada 19 Oktober baru-baru ini di Central Park, One Utama telah mendapat tentangan hebat orang ramai.
Syed Azmi Alhabshi, penganjur program tersebut berkata, satu klip video yang menunjukkan cara buruk rakyat Malaysia melayan seorang lelaki buta dan anjing yang mendampingi lelaki tersebut menjadi pendorong kepada penganjuran program kontroversi itu. Menurut Syed Azmi, dia mendapat sikap kurang ajar terhadap lelaki buta itu berpunca kerana anjingnya.
Dalam video itu, mereka menghalau anjing dan lelaki buta dan itu yang membuatkan saya sedih kerana kita juga mempunyai projek bersama orang buta, dan dia dilayan sebegitu rupa hanya kerana dia berbeza, itu menyedihkan saya."
“Saya tanya diri saya, apakah saya akan bertindak berbeza, apakah saya akan menyelamatkan lelaki buta itu? Saya tidak tahu kerana saya takutkan anjing,” katanya ketika menjawab soalan hadirin dalam forum yang bertajuk “Keterbukaan vs Sensitiviti Lazim: Di mana titik tengah?” yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO di Petaling Jaya pada 30 Oktober 2014.
Syed Azmi juga memberitahu Umat Islam di Negara ini kebanyakkan tidak arif tentang anjing dek kerana takut dengan haiwan tersebut. Setelah dia menonton video lelaki buta tersebut, dia merumuskan ramai dalam kalangan umat Islam jahil dan tidak tahu tentang anjing dan ini mendorongnya untuk menganjurkan program tersebut. Dalam forum tersebut juga Syed Azmi memohon maaf atas kekecohan yang berlaku dan menyatakan dia tidak sangka orang ramai yang hadir terlalu teruja sehingga memeluk dan mendukung anjing - SiakapKeli.com

'Bertarung nyawa' Beli Tiket
Hanya kerana mahu mendapatkan tiket final Piala Malaysia Sabtu ini, hampir 4,000 penyokong Pahang terpaksa 'bertarung nyawa' berebut-rebut membeli tiket di Stadium Mini Temerloh semalam.
Ketika sibuk berasak-asak membeli tiket sebaik empat kaunter tiket dibuka jam 9.50 pagi, ada penyokong yang terpaksa diusung keluar kerana mengalami sesak nafas dan cedera di kaki kerana dipijak serta terkena serpihan kaca tingkap kaunter yang pecah.
Kekecohan berlaku apabila ada penyokong yang tiba lewat cuba memotong barisan hingga mencetuskan rasa marah penyokong yang tiba seawal jam 2 pagi untuk mendapat tiket dua keping setiap seorang.
Biarpun pihak keselamatan dilihat gagal menyusun pergerakan penyokong membeli tiket dengan lebih teratur, namun mujurlah tidak ada pergaduhan berlaku walaupun ada penyokong bertindak membaling kerusi ke arah kaunter tiket.
Namun Mohd Rosman Kamarudin, 20, dari Jengka, Pahang melalui detik mencemaskan apabila ditolak hingga jatuh sebelum kakinya dipijak oleh penyokong ketika membeli tiket. - Harian Metro
TOP
IS Bunuh 40 Puak Minoriti Albu Nimr
BAGHDAD – Militan kumpulan Negara Islam (IS) membunuh lebih 40 anggota sebuah puak minoriti yang memerangi mereka dalam wilayah Anbar di Iraq, kata beberapa sumber.
Semua lelaki itu daripada puak Albu Nimr, dibunuh di kawasan Heet, barat laut bandar raya ini.
“Kawasan itu telah diserang dan dikuasai militan IS awal bulan ini,” kata seorang pemimpin dan doktor tempatan.
Pembunuhan beramai-ramai itu turut disahkan oleh seorang kolonel polis dan pemimpin kumpulan anti-IS, Sahwa.
Beberapa sumber bercanggah mengenai angka kematian sebenar dengan sebahagian mereka menyatakan, bilangan tersebut mencecah 48 orang.
IS menawan sebahagian besar Anbar dan pembunuhan itu dipercayai bertujuan untuk menakutkan puak tempatan supaya tidak melawan mereka.
Dalam pada itu, tentera dan militia prokerajaan mengalami banyak kekalahan di Anbar sejak beberapa minggu lalu.
Perkembangan tersebut mencetuskan amaran bahawa keseluruhan wilayah yang bersempadan dengan Jordan dan Arab Saudi itu akan jatuh ke tangan IS.
Beberapa imej selepas pembunuhan di tempat awam itu telah tersebar di laman perkongsian sosial, Twitter.
Satu gambar menunjukkan sejumlah 30 lelaki berpakaian awam terbaring di tengah jalan dalam keadaan berlumuran darah dengan kejadian itu disaksikan oleh golongan belia lelaki dan kanak-kanak.
Semua mangsa berkaki ayam dan ramai antara mereka ditutup mata dengan tangan diikat di belakang. – AFP
TOP
4 Terbunuh Pesawat Terhempas Di Lapangan Terbang Kansas
WICHITA (Kansas) – Sebuah pesawat kecil yang kehilangan kuasa enjin selepas berlepas, terhempas di bangunan latihan penerbangan ketika cuba kembali ke lapangan terbang Kansas, mengakibatkan empat terbunuh dan lima cedera.
Nahas itu juga mencetuskan kebakaran dengan kepulan asap hitamnya dapat dilihat sejauh beberapa kilometer di sekitar Wichita.
Tiga mangsa yang maut berada di dalam simulator penerbangan di dalam bangunan ketika pesawat itu terhempas di Lapangan Terbang Mid-Continent di bandar raya ini.
Ketua Bomba Wichita, Ronald Blackwell, berkata mangsa keempat yang maut dijumpai di atas bumbung bangunan, dipercayai juruterbang pesawat.
Blackwell berkata, daripada lima yang cedera seorang kini berada dalam keadaan kritikal di hospital.
Pegawai berkata hanya seorang saja berada di dalam pesawat terbabit dan mangsa lain berada di dalam bangunan latihan penerbangan.
Setakat ini identiti mangsa tidak dikeluarkan lagi.
Jurucakap syarikat penerbangan, Steve Phillips berkata pesawat dikenal pasti sebagai ‘Beechcraft King Air’ yang mempunyai dua enjin, terhempas di bangunan yang digunakan oleh ‘FlightSafety International’ untuk melatih juruterbang pesawat Cessna.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, pesawat terbabit kehilangan kuasa enjin dan cuba kembali semula ke lapangan terbang.
“Tapi nampaknya ia terhempas di atas bangunan dan mencetuskan kebakaran yang amat teruk,” kata Blackwell.
Timbalan Ketua Polis Wichita, John Speer berkata, nahas itu bukan perbuatan disengajakan dan ia satu kemalangan. – AP
TOP
Penjenayah Ditembak Mati Dipercayai Perompak
KOTA KINABALU – Dua penjenayah yang ditembak mati di Penampang Baru petang semalam dipercayai terlibat dengan tiga kejadian rompakan bersenjata bulan ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman hari ini.
Tiga kejadian itu berlaku di sebuah kedai elektrik di Penampang pada 6 Oktober, sebuah pasar raya di Kota Kinabalu pada 9 Oktober dan sebuah kedai emas di Tuaran pada 16 Oktober lepas.
“Susulan risikan polis, kita kerap mengadakan sekatan jalan raya untuk membanteras suspek yang kita percaya terlibat dengan kes rompakan dan samun bersenjata,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Menurutnya, dua lelaki yang ditembak mati itu masing-masing berumur 50 dan 45 tahun dipercayai warganegara Filipina dan diburu polis sejak kira-kira tiga bulan lalu.
Ketika ditanya pemberita jika penjenayah tersebut mempunyai kaitan dengan militan Sulu dan menjalankan kegiatan merekrut anggota baharu, Jalaluddin berkata perkara itu akan disiasat secara terperinci, termasuk jika penjenayah tersebut mempunyai rekod jenayah lampau.
“Saya tidak boleh bagi kenyataan jika mereka ini ada kaitan dengan militan Sulu. Tetapi saya tidak menafikannya,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, Jalaluddin berkata sepasukan petugas khas mengekori dua lelaki terbabit yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda dari bandar Kota Kinabalu menuju Penampang Baru.
Menurutnya, pasukan berkenaan mengecam wajah lelaki menerusi gambar orang yang dikehendaki polis.
“Kenderaan pacuan empat roda itu berhenti di depan sebuah restoran dan seorang daripada anggota polis pergi ke pintu pemandu kenderaan berkenaan, manakala seorang lagi pergi ke pintu kiri penumpang depan.
“Setelah mengetuk jendela pintu pemandu dan memperkenalkan diri sebagai polis, anggota di sebelah pintu kiri penumpang ternampak penumpang kenderaan itu memegang sepucuk pistol dan berteriak ‘pistol’ dan tembak menembak pun berlaku,” jelasnya.
Jalaluddin berkata polis merampas dua telefon bimbit, dompet, pistol jenama Browning, satu peluru di dalam kelongsong dan dua kelongsong peluru.-BERNAMA
TOP
Semua Penjawat Awam Harus Amal Integriti
KOTA KINABALU – Amalan integriti seharusnya menjadi pegangan utama bagi setiap penjawat awam mahupun masyarakat, kata Pengarah Jabatan Integriti Tatatertib Dan Tadbir Urus, Suruhanjaya Komunikasi danMultimedia (MCMC), Azmi Ahmad.
Beliau berkata melalui amalan integriti, ia mampu meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dan produktiviti organisasi.
Katanya pelbagai langkah telah dilaksanakan kerajaan bagi membudayakann amalan integriti terutama dalam kalangan warga MCMC sejak penubuhan Jabatan Integriti itu pada 2012.
“Antara (langkah) itu termasuk mengadakan sesi komunikasi integriti dalam semua peringkat, menjemput penceramah jemputan dari dalam dan luar MCMC, menganjurkan bengkel kepimpinan dan majlis sambutan Hari Integriti MCMC,” katanya.
Azmi berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Integriti MCMC 2014 bertemakan ‘Integriti Pemangkin Transformasi’ anjuran MCMC Pejabat Wilayah Sabah, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom),Ruji Ubi.
Menurut Azmi kemajuan ekonomi dan teknologi yang dikecapi kini hendaklah seiring dengan pembangunan sosial, budaya dan rohani ke arah mencapai matlamat menjadi masyarakat maju. – BERNAMA
TOP
SPAD Wujud Bas Henti-Henti Di Lima Negeri
KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mewujudkan perkhidmatan bas henti-henti di lima negeri yang akan memulakan operasi tahun hadapan.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata perkhidmatan itu disediakan untuk menghubungkan kawasan yang jarang dilalui kenderaan awam dan dilaksanakan secara berfasa sebelum diperluas ke kawasan lain jika mendapat sambutan.
“Kita jangkakan tahun depan sudah boleh beroperasi dan antara lokasi yang kita pilih peringkat awal ini ialah di Kuching, Kuala Terengganu, Ipoh dan Kangar,” katanya kepada pemberita pada majlis makan malam bersama wakil pengusaha bas, teksi dan kereta sewa tempatan di sini malam tadi.
Syed Hamid berkata perkhidmatan itu akan disesuaikan mengikut keperluan, kependudukan, penempatan serta permintaan orang awam di satu-satu tempat.
“Macam ada kereta sewa yang susah nak pergi dari satu daerah ke daerah yang lain atau tidak ada pengangkutan awam untuk ke satu-satu kampung, itu yang kita akan utamakan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Mayat Bayi Perempuan Ditemui Di Klang
KLANG – Mayat seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan ditemui dalam keadaan dihurungi semut di kawasan letak kereta sebuah pusat membeli belah di Bukit Tinggi di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Kamarulzaman Mamat berkata bayi yang cukup sifat itu ditemui oleh orang awam dalam keadaan meniarap dan ditutup dengan surat khabar serta plastik berwarna merah pada pukul 7.52 pagi.
“Mayat bayi itu dijumpai bersama tali pusat serta uri belum dipotong.
Mayat telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kamarulzaman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Beliau turut meminta orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat berhubung kes itu untuk melaporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33719999. – BERNAMA
TOP
Penuntut Kolej Swasta Didakwa Bunuh Kakak Kandung
SHAH ALAM – Seorang penuntut kolej swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh kakak kandungnya di rumah mereka di Kota Kemuning di sini, minggu lalu.
Toh Wei Jun, 18, didakwa membunuh Toh Wei Teen, 22, di rumah mereka di Taman Kemuning Utama, Seksyen 33 di sini antara 11.12 malam, 25 Oktober lalu hingga 3.30 pagi keesokannya.
Tertuduh, anak bongsu lelaki daripada tiga beradik, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Wei Jun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Inggeris.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.
Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin menetapkan 1 Disember ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan laporan bedah siasat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip sementara tertuduh diwakili peguam Datuk Arunan Selvaraj.
Sepanjang prosiding, ibu tertuduh dilihat sentiasa menangis sambil ditenteramkan suami dan anggota keluarganya.
Akhbar sebelum ini melaporkan mayat Wei Teen, anak kedua, yang merupakan penuntut Universiti Malaysia Sabah ditemui dalam keadaan lehernya dikelar di depan pintu biliknya. – BERNAMA
TOP
Tidak Mampu Pertahan Ummah Faktor Ramai Sertai Jihad
PUTRAJAYA – Ketidakmampuan negara Islam mempertahankan ummah adalah satu faktor menyebabkan semakin banyak umat Islam menjadi pejuang jihad, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata jika orang Islam kecewa, dan kepada orang kebanyakan yang tidak mempunyai kuasa, mereka mungkin memikirkan hanya satu jalan mereka boleh menyumbang dengan menjadi pejuang jihad.
“Untuk memujuk orang menyertai mereka, mereka akan berkata ia adalah jihad berjuang untuk Islam, tetapi ia tidak akan menghasilkan keputusan yang diingini,” katanya semasa sesi soal jawab di Forum Islam Antarabangsa di sini hari ini.
Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Kepimpinan Perdana berkata, mereka juga mempromosikan idea bahawa mereka yang syahid atau mati semasa berjihad akan dimasukkan ke dalam syurga.
“Al-Quran berkata dengan jelas bahawa semua umat Islam adalah bersaudara. Tetapi bagaimana kamu boleh ke syurga apabila kamu membunuh saudara Islam kamu sendiri?,” katanya.
“Kita kena kembali kepada al-Quran dan memahami bahawa terdapat had yang boleh kita pergi dan jangan biarkan orang lain merampas kefahaman mengenai Islam,” katanya.
Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan ucaptama khas yang menyentuh kedudukan Dunia Islam di Tengah-tengah Orde Baru Dunia sempena Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Putrajaya 2014.
Acara selama empat hari yang bermula semalam itu mempunyai 200 program dan aktiviti yang menarik seperti pameran buku Islam antarabangsa, pameran Masjid Al-Aqsa, pertunjukan fesyen Muslimah dan Selawat Bersama Habib Syeikh Assegaf. – BERNAMA
TOP
Peniaga Dalam Talian Bebas Tuduhan Edar Dadah
KUALA LUMPUR – Seorang peniaga dalam talian hari ini terlepas daripada hukuman gantung sampai mati apabila Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah kanabis dan methamphetamine tahun lepas.
Mohd Hafidz Mohd Razali, 32, turut dilepas dan dibebaskan daripada dua pertuduhan memiliki dadah dan pertuduhan memiliki satu foil aluminium berisi 10 biji pil yang mengandungi bahan beracun Phenazepam.
Hakim Mohd Azman Husin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Hafidz di akhir kes pendakwaan.
Dalam penghakimannya, Mohd Husin berkata terdapat banyak kelompongan di dalam kes pendakwaan dan pengetahuan tertuduh mengenai kesemua dadah itu juga sukar dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
Beliau berkata kegagalan pihak pendakwa membuktikan kewujudan asid deoksiribonukleik (DNA) orang ketiga dan penyewa rumah tidak dapat dikesan oleh pendakwaan merupakan isu utama dalam kes ini.
“Oleh itu, mahkamah berpendapat pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh bagi kelima-lima pertuduhan dan tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,” katanya.
Mohd Hafidz didakwa mengedar mengedar kanabis seberat 4.2kg dan methamphetamine seberat 94.51g, di sebuah unit kondo di Setapak, di sini pada 8.30 malam 10 Okt 2013, dan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Dia juga didakwa memiliki dadah Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 6.62g dan dadah Nimetazepam dengan berat bersih 0.47g serta memiliki satu foil aluminium berisi 10 biji pil berwarna oren yang mengandungi Phenazepam tanpa kebenaran pada masa dan tempat yang sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya dan mengikut Seksyen 30(5) Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.
Tertuduh yang menjual pakaian dan kasut di dalam talian, telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh bulan kelihatan sebak sebaik keputusan itu dibacakan oleh hakim.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ashiqin Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam Afifuddin Ahmad Hafifi. – BERNAMA
TOP
Petronas FP1: Superbike Pertama Buatan Malaysia
Petronas FP1 merupakan motorsikal kuasa tinggi pertama Malaysia yang dihasilkan pada tahun 2003.
Dibangunkan dengan kerjasama Petronas dan Sauber, prototype pertama dikeluarkan untuk bersaing dalam arena sukan MotoGP.
Petronas bergabung dengan juara empat kali ‘Superbike World Championship’, Carl Fogarty untuk membentuk sebuah pasukan lumba yang dikenali dengan nama ‘Foggy Petronas Racing’.
Troy Corser dan James Haydon diberi tanggung jawab untuk menunggang jentera ini.
Superbike ini berjaya menduduki tangga ketiga keseluruhan bagi kategori ‘Manufacturer’ sewaktu menyertai ‘Superbike World Championship’ musim 2004.
Projek superbike ini walau bagaimanapun ditamatkan pada penghujung tahun 2006 setelah mengalami kesukaran untuk mendapatkan mata dan bersaing dengan pasukan lain. Petronas FP1 kemudiannya dijual kepada Momoto Sdn Bhd pada tahun 2011. Ia dijenamakan semula dengan nama Momoto MM1.
Meskipun projek superbike ini tidak diteruskan lagi, ia tetap merupakan batu loncatan Petronas dalam arena permotoran. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

MAS Tawar Pengalaman Penerbangan Lebih Baik
SYARIKAT Penerbangan Malaysia (MAS) menawarkan pelanggannya peluang menaik taraf tempat duduk mereka dengan menentukan harga mereka sendiri menerusi produk terbaharunya, MHupgrade.
Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, MHupgrade berasaskan kepada unjuran tempat duduk kosong yang boleh didapati di Kelas Pertama dan Perniagaan bagi pelanggan yang menyerahkan tawaran mereka menerusi laman web Malaysia Airlines.
“Pelanggan dengan tiket kelas Ekonomi atau Perniagaan yang telah disahkan akan menerima emel daripada Plusgrade dalam tempoh 24 jam selepas pembelian mereka daripada syarikat penerbangan itu yang memaklumkan kepada mereka kerusi yang tersedia dalam kelas lebih tinggi seterusnya.
“Pelanggan dipelawa untuk menyerahkan tawaran yang boleh dibuat menerusi sistem MHupgrade,” kata MAS.
Menurut kenyataan itu, pelanggan boleh membuat tawaran kepada MAS dan mereka hanya akan mengenakan bayaran apabila pembidaan berjaya.
“Tidak akan ada kos pengenalan dan mereka yang tidak berjaya menaik taraf tiket tidak akan dikenakan bayaran,” kata Pengarah Komersil MAS, Dr Hugh Dunleavy.
Pelanggan boleh memeriksa kelayakan mereka bagi MHupgrade menerusi www.malaysiaairlines.com > Plan > MHupgrade dengan memasukkan rujukan tempahan
MAS mereka dan nama keluarga dalam kotak ‘Check Eligibility’.
Pelanggan yang layak akan ditunjukkan skrin penyerahan tawaran. – BERNAMA
TOP
Penangguhan GST Akan Jejaskan Ekonomi
KUALA LUMPUR – Ekonomi akan lebih teruk terjejas jika pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) terus ditangguhkan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.
“Ini akan menimbulkan ketidaktentuan memandangkan sesetengah syarikat sudah melakukan persediaan untuk GST dan kerajaan juga sudah bersedia melaksanakan GST bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sekarang,” katanya.
Menurutnya rejim SST semasa tidak sesuai untuk ekonomi Asean yang disasarkan.
Beliau mengulas cadangan bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah agar kerajaan mempertimbangkan penangguhan pelaksanaan GST sehingga ekonomi lebih stabil dan pada asas lebih kukuh.
Chua menjelaskan di bawah SST, tidak ada kredit cukai input dan eksport negara mungkin tidak cukup berdaya saing memandangkan negara Asean lain sudah melaksanakan CBP dan semua eksport mereka berkadar cukai sifar.
“Antara sebab utama pelaksanaan GST ialah untuk mengurangkan jurang cukai agar sistem percukaian lebih cekap.
“Tidak ada istilah masa yang tepat atau tidak kena masa memandangkan dasar perlu konsisten, disebar dan dilaksana,” katanya di sini hari ini.
Beliau ditemui pemberita pada majlis penganugerahan akreditasi dua program Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (BOVAEA).
BOVAEA ditubuhkan pada 1981 di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan dengan peranan utama mengawal selia penilai, pentaksir dan ejen hartanah di Malaysia. – BERNAMA
TOP
Rizab Malaysia Kekal Boleh Guna & Tiada Halangan
KUALA LUMPUR – Rizab Malaysia kekal boleh guna dan tiada halangan menggunakannya pada akhir September 2014, berdasarkan butiran terperinci rizab antarabangsa menurut format ‘Special Data Dissemination Standard (SDDS)’ Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata aset rizab rasmi berjumlah US$127.27 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$6.35 bilion.
Bagi tempoh 12 bulan akan datang, bank pusat berkata aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing diunjurkan sebanyak US$1.5 bilion disebabkan pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan.
Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek sebanyak US$3.14 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang, kata BNM.
“Jumlah kedudukan hadapan panjang ialah sebanyak US$2.15 bilion,” kata BNM.
Menurut BNM, satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah US$228.0 juta. – BERNAMA
TOP
1,300 Anggota UKP memadai Jamin Keselamatan Penjara
KOTA KINABALU – Keanggotaan sebanyak 1,300 Unit Kawalan dan Pencegahan (UKP) sudah memadai bagi menjamin keselamatan penjara di seluruh negara, termasuk penjara yang dihuni banduan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.
Pengarah Bahagian Keselamatan dan Inteligen Jabatan Penjara Malaysia Wan Mohamad Nazarie Wan Mahmood berkata buat masa ini tidak ada keperluan bagi menambah keanggotaan UKP sebaliknya usaha akan terus dilakukan bagi meningkatkan kecekapan dan kemahiran anggota sedia ada.
“Anggota UKP sedia ada memang sudah ada kemahiran. Namun, kita tahu bahawa kemahiran itu perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa. Apa-apa bentuk kemahiran baharu yang kita dapat, kita akan terapkan kepada anggota UKP untuk meningkatkan lagi keupayaan mereka,” katanya.
Wan Mohamad Nazarie berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Kursus Gerakan Mantap UKP di Pusat Latihan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Tuaran, di sini hari ini.
Kursus dua minggu merangkumi kecekapan menembak taktikal itu disertai 97 anggota UKP dari penjara Sabah dan Sarawak.
Mengenai latihan berkenaan, Wan Mohamad Nazarie berkata ia sebagai kesiapsiagaan penjara menghadapi sebarang kemungkinan ancaman dari dalam atau luar, sekali gus memberi keyakinan pihak berkuasa mengendalikan banduan.
Katanya, kecekapan kesemua 1,300 anggota UKP berkenaan akan ditingkatkan melalui 13 siri kursus yang dijangka selesai dijalankan tahun depan.
Menurut Mohamad anggota UKP berkenaan dilatih Trup Tindakan Cepat (TTC) iaitu pasukan elit dalam penjara, yang ditubuhkan pada 2007 yang telah mendapat latihan komando di Sungai Udang, Melaka.
“TTC diperlukan apabila berlaku keadaan seperti rusuhan dalam penjara… bila berlaku rusuhan, biasanya ia dikawal dahulu oleh anggota biasa kemudian akan dibantu UKP,” katanya menambah latihan UKP dijalankan di negeri ini berikutan kehadiran tahanan SOSMA di penjara Sabah. – BERNAMA
TOP
Polis Bantuan Maut Dirempuh Kereta
REMBAU – Seorang anggota Polis Bantuan PLUS Ronda maut apabila sebuah kereta terbabas lalu merempuhnya di KM240 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah utara dekat sini, hari ini.
Jurucakap polis berkata kejadian berlaku kira-kira 6.20 pagi berhampiran Plaza Tol Pedas Linggi.
Ketika kejadian, Nordin Md Dingkil, 54, dikatakan sedang mengawal lalu lintas kerana terdapat sebuah treler mengalami kerosakan di situ.
Secara tiba-tiba, sebuah Proton Iswara yang dinaiki tiga individu terbabas lalu merempuh mangsa yang berada di belakang treler berkenaan menyebabkan mangsa tercampak ke tengah lebuh raya.
Mangsa yang mengalami cedera parah di bahagian muka dan kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Tampin.
Pemandu treler dan tiga individu yang menaiki Proton Iswara yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif ketika dihubungi mengesahkan kejadian. – BERNAMA
TOP
Jobstreet Anjur Program Didik Calon Temuduga Kerja
Ramai sedia maklum, dalam menghadapi proses temuduga, calon mestilah memiliki kemampanan dari pelbagai sudut diri termasuk personaliti, ‘attitude’, penampilan dan sikap.
Sayangnya, kebanyakkan graduan yang menjalani sesi temuduga gagal menepati ciri-ciri tersebut akibat tabiat buruk yang sebati dalam diri, antaranya ketepatan masa dan tidak muncul ketika proses temuduga.
Menurut satu kajian yang dibuat TalentCorp Malaysia, 87 % majikan perlu berhadapan dengan karenah lemah dari calon yang memohon untuk menjalani temuduga.
Mengambil kira aduan yang diterima, portal jawatan kosong Jobstreet.com akan menganjurkan satu kempen bagi mendidik para calon dalam menghadapi temuduga memohon kerja.
Diberi nama kempen ‘Be My Best @ Job Interviews’ dan bakal dilancarkan 6 November depan, ia turut mendapat kerjasama dari Kementerian Pelajaran dan TalentCorp Malaysia.
“Ini merupakan kali pertama inisiatif itu dilancarkan di Malaysia, menangani isu sikap calon dalam temuduga, terutamanya sikap tidak hadir,” ujar Pengurus Jobstreet, Chook Yuh Yng.
Menurut portal The Malaysian Insider, dalam kempen ini nanti, para calon akan diberi pengetahuan tentang etika menghadapi temuduga dan mendidik supaya lebih serius menghadapinya.
Menurut satu kajian yang dibuat Jobstreet Jun lepas, 500 majikan yang melakukan temuduga memaklumkan, masalah calon tidak hadir ke temuduga merupakan masalah paling banyak.
Dalam kajian tersebut, 34 % menyatakan masalah ruji setiap kali temuduga adalah ketidakhadiran calon, diikuti dengan kehadiran lewat (14 %), pemakaian tidak sesuai (12 %), tidak bersedia (12 %) dan tiada maklum balas dari calon (7 %).
Selain itu, majoriti bagi calon yang bermasalah adalah dari posisi eksekutif muda (66 %) dan lepasan graduan (62 %). “Sasaran program ini adalah untuk mendidik calon menjadi lebih serius terhadap permohonan kerja, lebih bersedia dengan temuduga kerja di mana menyelidik dan memahami lebih mengenai syarikat dan memastikan mereka menghadiri apabila menerima jemputan,” kata Jobstreet.com. Menurut Jabatan Statistik, kadar pengangguran di Malaysia turun ke 2.7 % pada Ogos lalu berbanding 2.8 % pada bulan sebelumnya. Maka, buat para graduan yang ingin memulakan misi memburu karier, anda tidak harus melepaskan peluang keemasan ini bagi mencari lebih input agar proses temu duga nanti berjalan lancar. – MYNEWSHUB.CC

Obama Hubungi Thein Sein, Suu Kyi Menerusi Telefon
Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi. - Foto EPA
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membincang lawatannya ke Myanmar dengan dua pemimpin politik negara berkenaan semalam. Jurucakap Rumah Putih berkata, Obama mengadakan dua perbualan telefon secara berasingan dengan Presiden Thein Sein dan pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi. Dalam perbualan dengan Thein Sein, Obama menekankan betapa pentingnya beliau mengambil langkah bagi meredakan ketegangan dan mengambil perhatian soal kemanusiaan di kawasan bergolak Rakhine, kawasan di mana terdapat ramai penduduk Muslim Rohingya. Beliau juga menegaskan kepada pemimpin Myanmar itu mengenai proses wibawa dan inklusif dalam usaha mengadakan pilihan raya tahun depan. Obama juga membincang soal pilihan raya itu dengan Suu Kyi dan status mengenai pembaharuan politik dan ekonomi yang sedang dijalankan di Burma. Obama akan melawat Burma bulan depan bagi menghadiri sidang kemuncak ekonomi. – AP

Komuniti Afrika Barat Di AS Dibuli Ekoran Wabak Ebola
NEW YORK – Komuniti Afrika Barat di bandar raya ini mengadu bahawa anak mereka dibuli di sekolah, manakala perniagaan pula suram ekoran ketakutan orang ramai terhadap penularan wabak Ebola.
Perasaan panik menghantui ramai warga Amerika Syarikat (AS) sejak seorang rakyat Liberia membawa masuk virus maut itu ke AS. Mangsa kemudian meninggal dunia di sebuah hospital di Texas pada 8 Oktober lalu.
Dua jururawat yang menjaganya turut dijangkiti walaupun mereka kini sembuh, manakala seorang doktor AS yang pulang ke sini selepas merawat pesakit Ebola di Guinea telah disahkan dijangkiti demam Ebola pada minggu lalu.
Pada masa yang sama, banyak negeri di AS dan Pentagon melaksanakan undang-undang kuarantin terhadap orang ramai yang kembali dari negara yang terjejas Ebola seperti Guinea, Liberia dan Sierra Leone.
Perkembangan itu mendorong sebuah komuniti kulit hitam di sini, Majlis Penasihat Afrika (AAC) mengadakan sidang akhbar di kawasan Bronx yang mempunyai penempatan masyarakat Afrika antara yang terbesar di AS.
Pada sidang akhbar kelmarin, AAC menuntut agar rakyat AS dididik mengenai Ebola bagi menamatkan ketakutan melampau atau stigma terhadap penyakit itu.
“Saya mahu komuniti saya berasa selamat dan di lindungi,” ahli Kongres Bronx, Jose Serrano.
Pada minggu lalu, dua budak lelaki Senegal diejek dengan gelaran Ebola dan diserang di sebuah sekolah di Bronx. Mereka cedera dan dirawat di hospital.
Bapa mangsa menyifatkan serangan itu dilakukan oleh sekumpulan kanak-kanak yang jahil tentang Ebola. – AFP
TOP
48,719 Calon Duduki STPM Mulai 3 November
KUALA LUMPUR – Seramai 48,719 orang calon akan menduduki peperiksaan Penggal 3 Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2014 di 756 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dari 3 hingga 10 November ini.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan media memberitahu, seramai 47,988 calon terbabit dari sekolah kerajaan, 397 calon sekolah swasta, 315 orang calon persendirian, 17 calon sekolah kerajaan negeri dan dua calon sekolah integriti.
“Seramai 51,599 calon pula akan menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2015 pada 13, 17, 18, dan 19 November 2014 di 753 buah pusat peperiksaan.
“Daripada bilangan ini, seramai 51,147 orang adalah calon sekolah kerajaan, 325 calon sekolah swasta, 120 orang calon persendirian, dan 7 orang calon sekolah kerajaan negeri,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, bagi peperiksaan Ulangan Penggal 1 STPM 2014 akan diadakan pada 13, 17, 18, dan 19 November 2014 melibatkan seramai 36,238 calon.
Manakala, peperiksaan Ulangan Penggal 2 STPM 2014 akan diadakan pada 20, 24, 25, dan 26 November 2014 melibatkan seramai 36,012 calon.
Tambah kenyataan itu, Ujian Malaysian University Englist Test (MUET) Sesi November 2014 pula pada 8 November 2014 di 710 buah pusat ujian melibatkan seramai 83,864 calon.
Justeru, calon dinasihatkan membawa kad pengenalan dan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) bagi peperiksaan STPM dan Slip Daftar MUET (MUET/D) bagi MUET semasa hadir menduduki peperiksaan terbabit.
Jelas kenyataan itu, calon boleh mencetak LPKC dan MUET/D masing-masing melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) http://www.mpm.edu.my.
“Calon juga dinasihatkan agar menyemak nama pusat peperiksaan yang akan diduduki bagi mengelak daripada hadir di pusat peperiksaan yang salah,” kata kenyataan itu.
Kementerian Pendidikan dalam pada itu memaklumkan, calon dinasihati pergi ke pusat peperiksaan berdekatan jika berlaku sebarang bencana alam, seperti banjir atau tanah runtuh yang menyukarkan calon sukar sampai ke pusat peperiksaan ditetapkan.
“Bagi menghadapi sebarang kemungkinan, Bilik Gerakan boleh dihubungi melalui telefon di talian 03-61261668.
“Bilik Gerakan ini beroperasi dari pukul 7:30 pagi hingga 6 petang. Talian telefon lain yang boleh dihubungi ialah 03-61261600 (Am)/03-61261650/03-61261651/03-61261661,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc
TOP
Pegawai Penyiasat Tidak Usik Bekas Mengandungi Sampel Saiful
PUTRAJAYA – Hanya beg plastik mengandungi 12 bekas sampel yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang dibuka oleh pegawai penyiasat (ILO) dalam kes liwat membabitkan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bukan bekas yang mengandungi calitan daripada rektum pengadu, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu berkata Supt (bersara) Jude Blacious Pereira mematuhi Peraturan Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) apabila semua barang kes disimpan dalam sampul berasingan sebelum dihantar ke Jabatan Kimia.
Beliau berkata semasa pemeriksaan utama, Pereira telah menjelaskan perkara itu secara terperinci dan tidak pernah cuba untuk menyembunyikan tindakannya seperti didakwa pihak pembela.
“Apa yang beliau lakukan sebenarnya mematuhi betul-betul apa yang dikehendaki di bawah IGSO dengan meletakkan setiap bekas dalam sampul berasingan dan menandakan sampul-sampul itu.
“Beliau tidak membuat apa-apa penandaan pada bekas itu atau membukanya kerana ia telah dimeterai oleh Dr Siew Sheue Feng dan doktor itu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah menandatangani pada cap setiap satu daripada bekas itu, ” kata Muhammad Shafee.
Muhammad Shafee berhujah bagi pihak pendakwaan dalam rayuan Anwar terhadap pensabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atasnya selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di sebuah unit kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.
Peguam kanan itu juga memberitahu barisan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria bahawa untuk menyokong tindakan pegawai penyiasat itu, pihak pendakwaan telah mengemukakan salinan IGSO yang jelas menyatakan bagaimana bahan bukti harus dikendalikan dan disimpan sebelum dihantar kepada ahli kimia.
Muhammad Shafee berkata di peringkat Mahkamah Tinggi, pihak pembelaan berjaya meyakinkan dalam hujahnya bahawa ada kemungkinan sampel itu diusik yang membolehkan penasihat PKR itu dibebaskan.
Bagaimanapun, di Mahkamah Rayuan, pihak pendakwa berhujah bahawa apabila ahli kimia Dr Seah Lay Hong dan Nor Adora Saidon memeterai bahan bukti, semua bekas masih utuh dan tidak terusik dan mahkamah bersetuju serta meminda keputusan Mahkamah Tinggi.
Beliau menjelaskan bahawa sampel intim Mohd Saiful itu dikumpul oleh dua orang doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) iaitu Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Khairul Nizam pada 28 Jun 2008.
“Sampel itu dibawa kembali oleh pegawai penyiasat dan disimpan di dalam loker di pejabatnya selama hampir 48 jam sebelum beliau membawanya keluar pada 30 Jun 2008 dan menghantarnya kepada ahli kimia,” katanya.
Muhammad Shafee juga berkata sampel yang diambil dari bilik lokap Anwar ditahan semalaman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur tiba di jabatan kimia pada 17 Julai 2008.
“Pihak pembelaan bergantung kepada teori konspirasi bahawa sampel telah diusik, tetapi di mahkamah ini, kami berhujah mengenai analisis yang dijalankan oleh ahli kimia terhadap kesan air mani.
“Bagaimanapun, pada perbicaraan mendengar rayuan kali ini, mereka (pihak pembela) berhujah mengenai kemungkinan pegawai penyiasat berjaya mendapatkan sampel DNA perayu (Anwar) dari suatu tempat dan meletakkannya bersama sampel yang diambil daripada pengadu,” katanya.
Mengenai isu berlaku gangguan dalam rantaian proses pengumpulan bahan bukti, Muhammad Shafee berkata tidak berlaku sama sekali kerana pegawai penyiasat mematuhi apa yang dikehendaki di bawah IGSO walaupun beliau mengaku tidak mendengar nasihat Dr Siew supaya sampel itu disimpan dalam penyejuk beku untuk melindunginya.
Muhammad Shafee akan menyambung hujah pada Isnin dan pihak pembelaan pula akan menjawab hujahnya pada Selasa.
Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar, 67, selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Tuduhan itu, mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. - BERNAMA
TOP
Latihan Tembakan Torpedo Kapal Selam TLDM Berjaya
KUALA LUMPUR – Sebuah torpedo Black Shark yang dilancarkan dari Kapal Selam KD Tun Razak berjaya mengenai sasaran di Perairan Laut China Selatan (LCS) pada pukul 11.13 pagi tadi.
Kementerian Pertahanan memberitahu, tembakan yang dilancarkan dari aset strategik Tentera Laut Diraja Malaysia (TDM) dalam latihan itu mengenai sasaran permukaan yang disasarkan.
“Kapal Selam KD Tun Razak melancarkan torpedo Black Shark ke sebuah feri penumpang yang telah diubah suai sebagai sasaran untuk tujuan penembakan.
“Torpedo yang dilancar pada jarak yang dirancang ini telah tepat mengenai dan memusnahkan serta menenggelamkan sasaran tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, tembakan itu merupakan satu sejarah kerana buat julung kali kapal selam negara melaksanakan penembakan torpedo sejak dimilik pada tahun 2009.
Kata kenyataan itu, tembakan itu yang pertama bagi torpedo Black Shark yang diperoleh daripada syarikat pengeluar torpedo Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS) dari Itali.
“Kejayaan penembakan torpedo ini telah membuktikan bahawa kesiagaan TLDM sentiasa di tahap yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara.
“Ia juga sekali gus meletakkan TLDM antara pasukan tentera laut yang wajar digeruni di rantau ini,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc
TOP
Lahir Di Malaysia Tidak Semestinya Warganegara – JPN
KUALA LUMPUR – Kanak-kanak yang lahir di Malaysia dan memiliki Sijil Kelahiran negara ini tidak semestinya akan menjadi warganegara Malaysia.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Sulaiman Keling berkata, ramai pihak di negara masih keliru mengenai perkara itu.
Menurut beliau, setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia berdasarkan peruntukan Seksyen 7 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299).
“Akta tersebut menyatakan semua kelahiran yang berlaku di Malaysia wajib didaftarkan tanpa mengira status kanak–kanak tersebut. Perkara ini juga seiring dengan ketetapan Konvensyen Hak Kanak–Kanak yang menghendaki setiap kanak–kanak yang dilahirkan hendaklah didaftarkan kelahirannya dengan segera tanpa diskriminasi.
“Namun lahir di Malaysia dan memiliki Sijil Kelahiran Malaysia bukan bermakna seseorang itu adalah secara automatik berstatus warganegara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sulaiman menjelaskan, taraf kewarganegaraan seseorang sebenarnya ditentukan berdasarkan kepada taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung serta taraf perkahwinan ibu bapanya semasa kelahiran tersebut berlaku.
Kata beliau, jika ibu bapa bukan warganegara atau pemastautin tetap semasa kelahiran, maka kanak-kanak tersebut berstatus bukan warganegara
Malaysia.
Sehubungan itu, katanya. lahir di Malaysia dan mempunyai Sijil Kelahiran Malaysia tidak membuktikan bahawa seseorang itu adalah bertaraf warganegara.
Beliau menambah, bagi memudahkan agensi lain mengenal pasti status kewarganegaraan kanak-kanak melalui sijil kelahiran, JPN telah mengeluarkan Sijil Kelahiran berbeza warna mulai 1 Julai 2011.
“Sijil Kelahiran berwarna hijau adalah bagi kanak-kanak yang bertaraf warganegara manakala Sijil Kelahiran berwarna merah bagi kanak–kanak yang bertaraf bukan warganegara atau belum ditentukan,” jelasnya.
Katanya, bagi kanak–kanak bertaraf bukan warganegara yang telah memiliki Sijil Kelahiran berwarna hijau sebelum ini iaitu sebelum 1 Julai 2011 dikekalkan dan hanya berubah warna Sijil Kelahiran apabila pemohon membuat Cabutan Sijil Kelahiran di pejabat JPN berhampiran. – mynewshub.cc
TOP
Ku Li Mohon Putrajaya Tangguh GST
Tengku Razaleigh Hamzah, atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li menyeru kerajaan untuk menangguhkan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana bimbang dengan prospek ekonomi negara.
Memetik kenyataan ahli parlimen Gua Musang, Kelantan itu dari portal The Malaysian Insider, “Hampir setiap tahun, bajet yang dibentangkan seperti meminggirkan masalah rakyat.”
“Terlalu banyak kritikan di parlimen dan orang awam juga di media sosial tetapi pemimpin kerajaan tidak mendengar langsung punca keretakan ekonomi dengan mengambil sikap tidak ambil peduli.”
Beliau menyuarakan kebimbangan tersebut melalui sepucuk surat setebal enam muka surat mengenai bajet 2015 yang baru dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Surat tersebut diedarkan kepada seluruh ahli parlimen hari ini.
Selain itu, Ku Li dalam tulisannya juga menyatakan kerajaan perlu lebih peka terhadap isu lain yang berkemampuan menjatuhkan ekonomi negara, seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Beliau berkata, kerajaan perlu membuat pertimbangan untuk menangguhkan perlaksanaan GST sehingga ekonomi Malaysia kukuh.
“Dan jika ia perlu dilaksana, kadarnya perlu dilihat semula,” tambah beliau lagi.
Namun, membidas saranan yang dikemukakan Ku Li, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, penangguhan GST yang dijadualkan bermula April 2015 akan lebih menjejaskan ekonomi negara. “Ini akan menimbulkan ketidaktentuan memandangkan sesetengah syarikat sudah melakukan persediaan untuk CBP dan kerajaan juga sudah bersedia melaksanakan GST bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sekarang.” – MYNEWSHUB.CC

5.6 Juta Melayang Akibat ‘Gores Dan Menang’
Mungkin dibuai dengan pelbagai janji manis yang ditabur sindiket ‘gores dan menang’, sesetengah individu yang termakan umpan, sanggup menghabiskan wang beribu tanpa sedar mereka ditipu hidup-hidup,
Di Negeri Sembilan, laporan dari awal Januari sehingga Oktober menunjukkan sebanyak 285 kes ‘gores dan menang’ berlaku dan melibatkan kerugian mencecah RM 5.6 juta.
Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, seramai 70 suspek ditahan manakala 31 individu didakwa di mahkamah sepanjang tahun ini.
Walau bagaimanapun, setakat ini mereka hanya didakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955.
“Pihak kami sedang berusaha untuk mendapatkan kesemua suspek dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman lebih berat iaitu penjara sehingga 10 tahun, sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media.
Ujarnya lagi, pihak berkuasa sentiasa membuat pemantauan terutama di pasar raya besar, namun sindiket ini licik kerana sering kali menghilangkan diri apabila menghidu kehadiran polis.
Tambahnya, pelbagai inisiatif akan terus dilakukan bagi menghalang sindiket meneruskan aktiviti penipuan mereka yang memberi kesan negatif kepada masyarakat. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Liwat: Shafee Persoal ‘Layanan Istimewa’ Anwar Kepada Saiful
Hari ini hujah ketua pasukan pendakwaan dalam kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkisar tentang mangsa liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Menurut beliau dalam hujahnya, kes liwat Mohd Saiful adalah kes penderaan seksual antara majikan dan pekerja.
Memetik laporan Agenda Daily, oleh sebab itu Saiful mempunyai hak untuk mendapatkan pembelaan.
Muhammad Shafee berkata Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri bukan sebarangan orang. Beliau karismatik dan mempunyai kemampuan mempengaruhi seorang lelaki muda.
Mangsa, Mohd Saiful mengakui dia takut pada Anwar.
Peguam kanan itu berkata, selepas perlakuan seks antara Anwar dan Mohd Saiful berlaku, Anwar ada menasihatkan Saiful agar jangan tinggalkan sembahyang.
Beliau turut memberitahu, jika mangsa marah Anwar akan menjadi marah.
Dalam hujahnya, Muhammad Shafee mempersoalkan bagaimana Mohd Saiful yang merupakan seorang pelajar tercicir dari universiti mendapat ‘layanan istimewa’ daripada Anwar.
Dia pergi ke Singapura bersama Anwar dan Hong Kong serta diberi elaun selain gaji tetap RM1,000 sebulan.
Ke Singapura, Mohd Saiful diberi elaun ASD $1,000 Dolar Amerika dan HK $1,00 ketika ke Hong Kong.
Bekas pembantu peribadinya ketika masih bertugas juga diberikan sut berjenama Brioni yang amat mahal. Menurut Muhammad Shafee, beliau juga tiada suit semahal itu.
“Kenapa perlu Anwar ada hubungan sebegitu?”Beliau bertanya ketika menyampaikan hujah di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, hari ini.
Muhammad Shafee juga menafikan kes liwat itu ada kaitan dengan sebarang konspirasi bagi menjatuhkan kedudukan Ketua Pembangkang.
Sementara itu, pelbagai pihak sedang tertanya-tanya tentang bilakah keputusan rayuan kes itu akan diputuskan.
Prosiding hari ini telah ditangguhkan pada waktu tengahari sekaligus besar kemungkinan ia akan berlanjutan sehingga ke hari Selasa.
Ketua Hakim Negara Tan Sri Ariffin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim kes berkenaan telah pun melanjutkan perbicaraan ke Isnin depan.
Prosiding Isnin ini juga diketahui akan berlangsung sehingga setengah hari kerana beliau ada urusan lain, memetik laporan Agenda Daily.
Menurut laporan itu, Muhamad Shafee hari ini baru sempat memulakan hujah beliau kira-kira 20 peratus sahaja. Selepas beliau selesai memberikan hujahnya, pasukan peguam bela Anwar pula akan memberi hujah balas, jika begitu agak sukar untuk keputusan kes berkenaan diketahui dalam masa yang singkat. Bagaimanapun, bagi Anwar beliau sudah pun memberikan kenyataan bersifat angkuh apabila mengatakan beliau akan dibebaskan pada Selasa ini. “Saya akan dibebaskan Selasa ini,” katanya ketika ditemui wartawan selepas prosiding hari ini ditangguhkan. – MYNEWSHUB.CC

Selepas Lihat Video Ini, Kami Tak Lalu Minum Coca-Cola Dah
Pasti ramai antara kita meminati minuman berkarbonat Coca-Cola yang sudah lama menempa nama dalam industri minuman ringan dunia.
Tetapi tahukah anda jumlah kandungan gula dalam setiap hidangan? Cuba anda lihat video di atas..
Eksperimen ini benar-benar membuka mata, di mana anda dapat melihat berapa banyak kuantiti gula dalam sebotol Coca-Cola biasa jika dibandingkan dengan Cola Zero.
Bagi memudahkah anda, kami jumlahkan kandungan gula air bikarbonat tersebut dengan bungkusan kecil gula yang biasa kita gunakan di hotel-hotel. Dalam secawan kecil Coca-Cola kebiasaannya terdapat 23 paket gula manakala bagi cawan besar Coca-Cola, terdapat 44 paket gula yang dah sah-sah membahayakan kesihatan hoi. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Isteri Mangsa Culik Di Kunak Perlu RM3Juta Untuk Bebas Suami
KOTA KINABALU – Isteri pengusaha ikan dalam sangkar yang diculik di Kampung Sapang Air, Kunak sejak lima bulan lepas merayu pihak berkuasa dan pihak berkaitan supaya mengusahakan segera pembebasan suami setelah kumpulan penculik itu memberi tempoh sehingga November.
“Saya tidak boleh tunggu (lagi)…masa sudah tidak cukup (suntuk),” katanya.
Chin Pek Nyen, 42, dari Ipoh, Perak berkata panggilan terakhir daripada kumpulan penculik itu pada Julai lepas, mendesaknya supaya wang tebusan dibayar dan memberi tempoh sehingga November.
Kumpulan penculik itu menuntut wang tebusan RM3 juta bagi pembebasan suaminya, Chan Sai Chiun, 32. Jika gagal kepala suaminya akan dipenggal, katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Chin berkata kumpulan penculik itu menghubunginya lebih 200 kali sejak suaminya diculik pada 16 Jun lepas dan panggilan terakhir pada Julai.
“Mereka sudah marah-marah hari-hari telefon bertanyakan berapa wang yang sudah saya kumpul. Saya tidak tahu mahu cakap apa, kerana saya tiada wang. Wang yang dikumpul hasil pinjaman daripada sanak-saudara tidak cukup dan tidak akan cukup untuk membawa pulang suami saya,” kata Chin.
Katanya mereka sudah muktamad mahu RM3 juta sehingga November ini sambil menambah sebelum ini kumpulan penculik menuntut tebusan RM15 juta.
“Saya memang susah hati tidak cukup tidur dan tidak lalu makan memikirkan keadaan suami… apa yang dia makan. Apa yang dia minum… mungkin dia sudah kurus sekarang,” kata Chin.
Ditanya butir perbualan terakhir dengan suaminya, beliau berkata suaminya banyak mendiamkan diri dan tidak memberitahu sama ada sihat atau dipukul, sebaliknya menggesa beliau mengumpul wang dan mendakwa sering berpindah lokasi persembunyian.
Chin berkata ibu pejabat Polis Kunak turut membantu berunding dengan kumpulan penculik dipercayai dari selatan Filipina itu.
Katanya beliau nekad untuk ke Filipina jika cukup wang untuk mengetahui keadaan suaminya setelah panggilan terakhir itu.
Beliau dan suami memulakan perniagaan ikan dalam sangkar di Kunak Mac lepas setelah tujuh tahun tinggal di Sandakan. Mereka tiada anak.
Dalam kejadian pada kira-kira 12.40 tengah malam itu, Chan dan seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an diculik oleh dua lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan itu.
Seorang anggota polis marin Konstabel Zakia Aliep pula diculik sekumpulan penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai.
Zakia menjadi mangsa culik keempat selepas insiden penculikan di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, Pulau Baik, Lahad Datu dan di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, Kunak. – BERNAMA
TOP
Ibu Sembilan Anak, Mekanik Motor Berkain Batik
Jalina menjadi mekanik wanita yang dikagumi penduduk setempat kerana kebolehannya membaiki motosikal.
BACHOK – Lazimnya kita melihat kerjaya mekanik didominasi oleh kaum lelaki tidak kira sama ada kecil-kecilan dengan membaiki basikal di kampung atau mekanik motosikal dan kereta. Di Kampung Sungai, ibu sembilan anak, Jalina Mat Daud, 49, memiliki kemahiran mengendalikan kerosakan motosikal daripada suaminya, Ismail Daud, 56, sejak 31 tahun lalu. Jalina atau lebih dikenali sebagai Kak Na berkata, dengan menyewa di sebuah bengkel kecil, dia mencari rezeki dan memberikan ilmu kemahiran yang sama kepada anak-anaknya. Daripada sembilan anak, empat anak lelakinya mempunyai kemahiran sebagai mekanik termasuk seorang anak perempuannya, Noraliza, 27. “Sejak dari dulu saya suka tengok suami buat kerja baiki motor. Dari situ saya belajar sikit-sikit dan boleh buat pembaikian luaran motosikal. “Anak-anak lelaki pun semuanya tahu baiki motosikal. Anak kedua, Maizan, 30, dapat pendidikan formal di politeknik dan kini jadi mekanik kereta di Sungai Pas, Kuala Krai. “Anak sulung saya, Mazlan, juga tahu kemahiran ini kini bekerja sebagai juruteknik komputer,” katanya. Berbeza dengan mekanik biasa yang berseluar jeans lusuh, Jalina tidak kekok membaiki motosikal dengan blaus dan berkain batik, rutin pakaian sebagai seorang suri rumah. Disebabkan keunikannya itu, bengkel kecil Jalina yang terletak berdekatan jambatan Pengkalan Baru sering menjadi tumpuan ramai walaupun kini jambatan itu ditutup untuk kerja-kerja pembaikan. - Sinar Harian Online

VIDEO : Saat Dua Skuter Bertembung Secara Berdepan
Kewujudan kamera khas yang dipasang di papan pemuka kereta pada masa kini membuatkan banyak saat-saat berlakunya kemalangan dirakam dan menjadi viral di laman sosial.
Salah satunya, rakaman kemalangan berlaku di China melibatkan dua skuter yang berlanggar secara bertentangan.
Kejadian dipercayai berlaku disebabkan oleh skuter di sebelah kiri yang cuba untuk memotong kereta di hadapannya secara salah dan membelok ke kiri ketika lampu isyarat di laluannya bertukar hijau.
Kebetulan, skuter di sebelah kanan sedang bergerak dengan kelajuan biasa memandangkan lampu isyarat sudah pun hijau sehingga menyebabkan pelanggaran itu. Penunggang skuter di sebelah kanan jatuh di hadapan kereta yang dipasang kamera sementara dua orang yang menaiki sebuah lagi skuter tercampak ke atas kereta berkenaan. Kemalangan seperti ini biasa terjadi kerana sikap segelintir orang yang mahu cepat tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain. Tidak diketahui nasib penunggang skuter berkenaan selepas kemalangan itu tetapi dari video kita dapat melihat orang ramai membantu mangsa yang terjatuh. – MYNEWSHUB.CC

Curi Kereta Mewah Setiap Bulan Untuk Kekasih
Kuwait – Polis semalam menahan seorang lelaki yang mencuri sebuah kereta mewah setiap bulan hanya untuk menggembirakan teman wanitanya.
Penangkapan itu dibuat selepas polis menahan teman wanita lelaki berkenaan memandu sebuah kereta curi.
Apabila disoal, wanita itu berkata, kereta berkenaan hadiah daripada teman lelakinya.
Dia juga memberitahu teman lelakinya memberinya kereta mewah berlainan setiap bulan.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila diberitahu kereta dipandunya itu kereta curi.
Akhbar Al Watan melaporkan, wanita itu memberikan maklumat teman lelakinya yang membolehkan lelaki itu ditangkap.
Lelaki itu ketika disoal siasat mengaku memberitahu teman wanitanya bahawa dia jutawan.
Untuk meyakinkan kekasihnya, dia mencuri kereta mewah setiap bulan untuk diberikan kepadanya. – Agensi
TOP
Budak Dua Tahun Mendaki Di 40 Buah Negara
SACRAMENTO, California –Seorang kanak-kanak yang baru berusia dua tahun telah melakukan pendakian sejauh 482 kilometer di 40 buah negara dengan ibu bapanya, lapor MailOnline semalam.
Kanak-kanak itu, Bodhi Bennett telah menerokai kebanyakan gunung di taman negara sekitar Amerika Syarikat.
Ibunya, Shannon, 27, berkata, anak sulungnya itu telah dibawa melakukan pendakian pertama ketika berusia lima hari.
“Ketika mengandungkan Bodhi, saya dan suami tidak mahu kehidupan kami berubah selepas bergelar ibu bapa. Ramai yang mengatakan anak akan mengubah kehidupan pasangan suami isteri kerana selepas menjadi ibu dan bapa, kita dianggap tidak dapat lagi melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan. “Namun, tanggapan itu sama sekali tidak benar memandangkan sejak kecil lagi, kami telah mengajar Bodhi mendaki dan dia kelihatan seronok melakukannya,” katanya. Namun demikian, Shahnon menegaskan dia amat menitikberatkan soal keselamatan ketika Bodhi melakukan pendakian kerana tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku. Dia yang telah mendokumentasikan pendakian mereka kini mempunyai beribu-ribu pengikut dalam laman Instagram. – Agensi

Gali Tanah Jumpa Tengkorak Manusia
KUALA LUMPUR – Polis menyiasat kemungkinan berlaku pembunuhan susulan penemuan serpihan tengkorak dan tulang manusia tertanam di kawasan tapak pembinaan gimnasium dan makmal di Jalan Temerloh, Titiwangsa di sini.
Tengkorak itu ditemui pekerja di kawasan terbabit kira-kira jam 12 tengah hari semalam ketika mereka menjalankan kerja menggali tanah sedalam 1.2 meter.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, serpihan tulang dan tengkorak yang ditemui itu kemudian dikumpul sebelum pekerja itu memaklumkan penemuan berkenaan kepada pihak polis.
“Hasil pemeriksaan forensik mendapati usia tengkorak itu dipercayai sekitar lima tahun dan ia sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
“Maklumat diperoleh dari pekerja di tapak pembinaan itu memberitahu bahawa kawasan itu pernah menjadi tapak rumah kongsi pekerja asing,” katanya.
Asmadi berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan bedah siasatan akan dijalankan hari ini untuk mengenal pasti jantina, identiti dan pengumpulan DNA.- Harian Metro Online
TOP
Drivebot : Membantu Anda Memantau Kesihatan Kereta
Pada hari ini, terdapat pelbagai peranti untuk memantau kesihatan pengguna seperti dari segi aktiviti dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula dengan kenderaan anda?
Kini, salah satu projek daripada negara jiran kita, Thailand hadir dinamakan sebagai Drivebot dengan fokus terhadap memantau kesihatan kenderaan.
Drivebot hadir dalam sebuah peranti yang boleh dihubungkan kepada port OBD-II kereta, dan pengguna boleh menghubungkan ia kepada telefon pintar menggunakan Bluetooth.
Seterusnya, ia akan memulakan proses memantau masalah kenderaan, dan memberikan notifikasi sekiranya terdapat sebarang masalah.
Aplikasi Drivebot juga turut menyediakan beberapa arahan ringkas untuk mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi pada kereta anda.
Menurut pembangunnya, dengan mengenal-pasti masalah dengan awal, pengguna dapat mengurangkan kos baiki kenderaan, sekaligus menjimatkan perbelanjaan mereka.
Disamping itu, aplikasi Drivebot juga turut akan memantau perjalanan anda, melihat jarak perjalanan, dan memberikan info mengenai penggunaan masa dan juga minyak yang digunakan. Ia juga turut menyediakan bantuan dan cadangan untuk cara pemanduan yang lebih baik untuk menjimatkan kos perjalanan. Buat masa ini, pihak pembangunnya masih dalam proses mengumpulkan dana melalui IndieGogo dan ia dilihat menerima pelbagai maklumbalas positif daripada para pengguna. Sumber: INdieGogo

LG Mengumumkan Skrin Peranti Bahagian Tepi Setebal 0.7mm
Perlumbaan dalam teknologi untuk peranti mudah-alih boleh dikatakan bergerak pantas dari hari ke hari untuk memenuhi permintaan pasaran dan pengeluar peranti.
Terkini, dengan kepelbagaian pengeluar yang hadir dengan rekaan peranti yang nipis, kini pihak LG turut memperkenalkan sebuah panel LCD baru yang mana membawakan bahagian tepi senipis 0.7mm sahaja.
lgdisplay-nipis02
Panel LCD dengan paparan HD penuh ini dilihat akan membolehkan pengeluar peranti hadir dengan telefon pintar yang menggunakan skrin pada keseluruhan, tanpa bahagian tepi peranti yang tebal seperti pada hari ini.
LG Display mengatakan mereka menjayakan perkara ini dengna menggunakan teknologi pemprosesan modul dinamakan “Neo Edge”, dan pada masa yang sama membawakan sokongan kalis air dan debu.
LG Display dijangka akan mengeluarkan ia untuk pasaran bermula bulan November ini, dan mungkin kita akan melihat peranti yang menggunakannya tidak lama lagi.
Sumber: LG
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
Sumber: LG
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
TOP
PIIACUF Platform Terbaik Tampilkan Keindahan Islam
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran tiga buah buku iaitu Manual Aplikasi Seni Peperangan Rasulullah SAW untuk Pengurusan Organisasi, Membuat Keputusan Kaedah Islam dan Manual Penyelidikan Secara Islam terbitan Institut Perkembangan Minda (INMIND) di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat penganjuran Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2014 (PIIACUF) sebagai platform terbaik untuk menunjukkan keindahan dan kedamaian Islam kepada dunia. Beliau berkata kebudayaan Islam sewajarnya ditonjolkan agar ia dapat difahami sebagai agama yang mampu memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat. “Bagaimanapun, ada beberapa puak yang telah menyalahtafsirkan Islam sehingga wujudnya Islamofobia, dan menyebabkan orang melihat Islam itu ganas dan zalim,” kata beliau ketika merasmikan PIIACUF di sini, hari ini. Beliau berkata Islamofobia tercetus disebabkan oleh orang yang tidak mengamalkan ajaran agama itu dengan betul. Sementara itu, Najib mengucapkan terima kasih kepada peserta-peserta dari negara-negara Islam termasuk dari Kyrgyzstan, Palestin dan Mesir kerana menyokong festival itu. Najib berkata penganjuran festival itu di pusat pentadbiran negara, Putrajaya, juga dapat menampilkan simbol Islam menerusi senibina bangunan-bangunan yang terdapat di kawasan ini. Perdana menteri kemudian melawat tapak pameran sempena PIIACUF yang antaranya mempamerkan busana Islam, produk kesihatan Halal dan hasil kesenian Islam. Festival empat hari itu, yang bermula semalam, bertemakan “Kejaiban Dunia Islam”. Ia diserikan dengan 200 program dan aktiviti dan dijangka mampu menarik lebih 250,000 pengunjung. – BERNAMA

Najib Lancar Tiga Buku Terbitan Inmind
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan tiga buah buku iaitu Manual Aplikasi Seni Peperangan Rasulullah SAW untuk Pengurusan Organisasi, Membuat Keputusan Kaedah Islam dan Manual Penyelidikan Secara Islam selepas melancarkan buku terbitan Institut Perkembangan Minda (INMIND) itu di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan tiga buku terbitan Institut Perkembangan Minda (Inmind) di Bangunan Perdana Putra, di sini. Buku berkenaan ialah Manual Aplikasi Seni Peperangan Rasulullah SAW Untuk Pengurusan Organisasi, Kaedah-Kaedah Membuat Keputusan Secara Islam dan Manual Penyelidikan Secara Islam. Ketiga-tiga buku berkenaan amat tepat, wajar dihayati dan diamalkan oleh anggota Umno dan umat Islam, kata Najib yang juga Presiden Umno dalam ucapannya pada majlis itu. Beliau berkata apa yang penting ialah kesiapsiagaan anggota Umno dan umat Islam secara keseluruhannya, dan satu daripada dimensi itu ialah penambahan ilmu dan pengukuhan ilmu selain daripada tumpuan akidah dan mengamalkan syariat Islam. “Tanpa ilmu, tidak mungkin kita akan jadi umat yang berjaya lagi cemerlang,” kata beliau. Perdana Menteri berkata agama tidak melarang menimba ilmu daripada mana-mana sudut. “Ilmu peperangan Rasulullah SAW yang sarat dengan pengajaran, jika dihayati, boleh menjadikan anggota Umno berjaya dalam peperangan dari aspek politik terutamanya kesiapsiagaan parti untuk menghadapi pelbagai cabaran,” kata Najib. Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri yang juga Pengerusi Biro Latihan Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar. Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata buku-buku berkenaan akan digunakan sepenuhnya oleh biro itu. Buku Manual Aplikasi Seni Peperangan Rasulullah SAW Untuk Pengurusan Organisasi tulisan Aidit Ghazali, Ahmad Syahir Sarani dan Izhan Hamidi Ibrahim mengutarakan penelitian seni pemikiran dan strategi 28 peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW. Buku Kaedah-Kaedah Membuat Keputusan Secara Islam tulisan Aidit Ghazali, Ahmad Syahir Sarani dan Mohd Affendi Othman pula menampilkan 250 kaedah yang berorientasikan prinsip dan pertimbangan Islam dalam membuat keputusan. Buku Manual Penyelidikan Islam yang ditulis oleh Aidit Ghazali dan Ahmad Syahir Sarani mengandungi langkah-langkah untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan yang berkesan menurut perspektif Islam. – BERNAMA

Tribunal Timbang Tara Putuskan Bekas Tanah KTMB Di Singapura
SINGAPURA – Tribunal timbang tara yang dilantik Malaysia dan Singapura telah memutuskan sebuah syarikat usahasama pelaburan kedua-dua negara tidak akan bertanggungjawab secara bersyarat membayar caj pembangunan bekas tiga keping tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Keppel, Kranji dan Woodlands.
Tribunal itu memutuskan syarikat M+S Pte Ltd, tidak akan bertanggungjawab untuk membayar caj itu jika tanah berkenaan adalah hak mutlak M+S Pte Ltd dan jika ia telah membangunkan tanah itu seperti yang dicadangkan dalam lampiran Perjanjian Capai Persetujuan (POA).
Kedua-dua negara dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar masing-masing, berkata mereka berpuas hati dengan proses timbang tara dan bersetuju untuk mematuhi dan melaksanakan sepenuhnya keputusan tribunal itu.
“Dengan menyelesaikan perkara ini melalui timbang tara pihak ketiga, kedua-dua negara telah memperlihatkan komitmen bersama untuk menyelesaikan pertikaian itu secara damai, mengikut undang-undang antarabangsa,” kata kenyataan itu.
Ia berkata kejayaan penuh pelaksanaan POA telah membuka jalan bagi projek-projek pembangunan bersama dan kerjasama erat antara Singapura dan Malaysia.
Perdana menteri Singapura dan Malaysia mengumumkan pada September 2010 bahawa kedua-dua negara mempunyai pandangan berbeza berhubung caj pembangunan tiga bidang tanah itu yang terkandung dalam POA.
Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk menyelesaikan isu itu secara baik menerusi timbang tara dan bersetuju untuk menerima keputusan timbang tara itu sebagai muktamad dan kekal.
Pada Januari 2012, Singapura dan Malaysia melaksanakan perjanjian, mengusulkan isu itu ke Mahkamah Timbang Tara sebagai usaha terakhir dan muktamad. Mahkamah Tetap Timbang Tara bertindak selaku pendaftaran dalam timbang tara itu.
Prosiding timbang tara itu dibuat mengikut peraturan prosedur yang dipersetujui oleh Malaysia dan Singapura, dan didengar dBi hadapan tiga orang anggota tribunal timbang tara yang dilantik kedua-dua negara.
M+S Pte Ltd ialah syarikat usahasama pelaburan yang dimiliki Khazanah Nasional Malaysia dan Temasek Holdings Singapura. - BERNAMA
TOP
Masih Belum Jelas Tentang 1MDB? Baca Ini…
Sejak minggu lepas, terdapat banyak spekulasi mengenai pelbagai elemen dalam perniagaan 1MDB. Walaupun kebanyakan isu-isu yang dibangkitkan adalah perkara-perkara yang diulang dan telah pun dijawab oleh syarikat pada masa lalu, kami memandang serius tuduhan yang dilemparkan.
Oleh itu, kami ingin mengambil peluang ini untuk memberi respon terhadap tuduhan-tuduhan yang tidak berasas ini, dengan niat untuk memberi penjelasan dari perspektif kami, dan memberi peluang para pembaca membuat rumusan tersendiri terhadap 1MDB dengan maklumat yang kami sampaikan.
Terbitan Bon / Hutang
Kebimbangan telah ditimbulkan terhadap kadar faedah 5.75% yang dikenakan kepada bon Islamik RM5.0 billion yang diterbitkan oleh 1MDB pada 2009, dengan tanggapan bahawa ini adalah sebuah bon dengan kadar faedah yang tinggi. Sebagai perbandingan, dinyatakan bahawa sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan, Petronas, telah membayar kadar faedah sebanyak 3.60% untuk bon pada masa yang sama. Ini adalah perbandingan yang tidak adil dan tidak mengambil kira beberapa faktor-faktor penting. Apabila membeli sesuatu bon, pemberi pinjaman akan mengambil risiko pada kadar tertentu. Lebih lama tempoh pegangan, lebih tinggi risiko untuk pemegang bon. Oleh itu, bon-bon yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi. Sepanjang pengetahuan kami, satu-satunya bon berkaitan Petronas yang dikeluarkan pada 2009 yang membawa kadar kupon 3.6% adalah untuk bon RM100 juta dengan tempoh pegangan hanya selama tiga tahun. Dengan tempoh matang yang sangat jauh berbeza, tidaklah mengejutkan jika bon yang diterbitkan 1MDB mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi. Secara umumnya, adalah penting untuk dinyatakan bahawa bon yang dikeluarkan oleh 1MDB pada 2009 merupakan bon pertama Malaysia dengan tempoh pegangan selama 30 tahun, dan juga merupakan bon Islamik pertama yang dikeluarkan dengan tempoh matang sepanjang itu. Dengan keadaan ekonomi pada masa itu, hakikat bahawa 1MDB berjaya menjana jumlah dana sebesar ini mencerminkan sokongan, nama baik dan keyakinan yang diletakkan terhadap syarikat. Kami juga memandang serius spekulasi tidak berasas bahawa sebahagian daripada kadar faedah ini telah dibayar kepada ‘orang tengah’ sebagai sejenis bayaran manfaat. Ini adalah tuduhan yang serius. Kami ingin menjelaskan secara tegas bahawa keseluruhan 5.75% kadar faedah tahunan tersebut adalah dibayar kepada para pemegang bon, yang antaranya terdiri daripada institusi-institusi terulung di Malaysia, dua kali setahun mengikut jadual pembayaran. Untuk mengatakan sebaliknya atau menyindir bahawa sebahagian jumlah dibayar kepada ‘orang tengah’ adalah secara faktanya tidak benar. Selanjutnya, kebimbangan juga telah ditimbulkan mengenai komisen dan fi yang ditanggung oleh 1MDB untuk terbitan dua hutang tambahan pada tahun 2012 dan 2013, masing-masing untuk US$1.75 billion dan US$3.0 billion. Kedua-dua bon ini telah dikeluarkan pada kadar diskaun yang biasa bagi tawaran-tawaran bon. Sebarang perbezaan di antara nilai tara (par value) dan perolehan bersih sebuah bon tidak hanya meliputi bayaran dan perbelanjaan lain, tetapi juga hasil efektifnya (effective yield) yang turut mengambil kira diskaun dan baki tempoh pegangan bon. Kami ingin menjelaskan bahawa sejumlah besar perbezaan di antara nilai tara (par value) bon tersebut dan perolehan bersih adalah berkaitan dengan bon dikeluarkan pada kadar diskaun. Keputusan ini diambil untuk memastikan kejayaan menyempurnakan pengumpulan dana berpandukan faktor dalaman dan luaran pasaran, kepantasan untuk melaksanakan tawaran dan skala penajajaminan (underwriting). Kedua-dua terbitan hutang dijamin penuh oleh Goldman Sachs, sebuah bank pelaburan terkemuka antarabangsa. Ianya merupakan salah satu daripada sejumlah kecil bank yang mempunyai kemampuan untuk menjamin terbitan hutang sebesar ini. Bon-bon yang dikeluarkan pada kadar diskaun kepada nilai taranya (par value) memastikan kejayaan terbitan hutang kami tepat pada masanya, dalam keadaan ekonomi global yang masih tidak stabil ketika itu. Berkaitan transaksi yang dinyatakan di atas, kami memandang serius sindiran bahawa Goldman Sachs mungkin telah membuat bayaran kepada pihak ketiga, satu tuduhan yang kami nafikan dengan tegas. Goldman Sachs telah menyatakan secara terbuka: “Selain daripada firma perundangan dan perakaunan yang menyediakan khidmat professional, tiada fi atau komisen dibayar oleh 1MDB atau Goldman Sachs kepada pihak luar ketiga berkaitan dengan transaksi-transaksi ini, dan kami tidak pernah diarahkan oleh 1MDB atau sesiapa pun untuk membuat sebarang bayaran atau komisen”.
Kadar Hutang
Seperti mana-mana syarikat besar, 1MDB telah menjana modal melalui pasaran hutang antarabangsa untuk membiayai projek-projek tertentu, pada skala yang memerlukan kami untuk berbuat demikian. Kesemua hutang kami adalah disokong oleh aset yang kukuh, dan jumlah keseluruhan aset kami (RM44.67 billion pada tahun kewangan berakhir Mac 2013) dengan selesa melangkaui jumlah keseluruhan hutang kami (RM37 billion dalam tempoh yang sama). Adalah penting juga untuk dinyatakan bahawa kami tidak pernah terlepas membuat pembayaran mengikut jadual, dan kami juga tidak berniat untuk berbuat demikian. Kebolehan kami yang konsisten dalam meraih dana di pasaran antarabangsa dan daripada pelabur yang berkualiti, mencerminkan keyakinan mereka terhadap kami. Penyenaraian aset tenaga kami adalah satu daripada siri usaha yang kami rancang bagi mengurangkan hutang kami. Selain itu, kami sedang memajukan perniagaan hartanah kami dengan projek-projek seperti TRX dan Bandar Malaysia. Sejak tahun lepas, kami telah memeterai beberapa perjanjian dengan syarikat-syarikat terkemuka dan institusi-institusi dari seluruh dunia seperti Lend Lease, sebuah kumpulan hartanah dan infrastruktur antarabangsa. Semua ini akan membawa kepada aliran masuk dana ke Malaysia. Kami berterusan meningkatkan nilai aset hartanah kami bagi membolehkan kami mendapat perolehan yang boleh digunakan untuk memacu pertumbuhan masa depan serta mengurangkan kadar hutang kami.
Terlebih Bayar untuk Aset
Selain dakwaan-dakwaan berkenaan terbitan hutang 1MDB, tuduhan-tuduhan mengenai jumlah yang dibayar 1MDB untuk aset-aset tenaga dan hartanah juga telah ditimbulkan semula sekali lagi. Seperti mana-mana syarikat lain, kami hanya memperoleh aset apabila kami yakin bahawa ia akan memberikan nilai yang tinggi kepada perniagaan kami. Sejajar dengan sasaran strategik Kerajaan untuk menjamin bekalan tenaga Malaysia, kami telah membeli beberapa aset tenaga sejak 2012. Pembelian ini telah membolehkan kami untuk mempelbagaikan campuran bahan api dan risiko negara kami, selain mendapat manfaat daripada aliran tunai yang sihat serta kepakaran pihak pengurusan yang unggul. Dakwaan-dakwaan berkaitan jumlah yang kami bayar untuk aset-aset tenaga kami berkisar tentang nilai yang dikaitkan kepada aset-aset berkenaan pada masa ianya dibeli dan berdasarkan kepada andaian tertentu yang dibuat oleh pihak luar. Walau bagaimanapun, kami memandang jauh dan mengambil kira sinergi yang lebih meluas untuk kumpulan, di samping impak sosial dan ekonomi kepada negara, ketika membuat penilaian terhadap aset-aset tersebut serta ramalan pulangan ekonomi. Oleh itu, kami percaya bahawa nilai yang kami bayar bagi aset-aset ini – yang mungkin melibatkan pembayaran yang premium, adalah perkara biasa apabila membeli perniagaan lain – sepadan dengan potensi semasa dan masa depan aset-aset tersebut. 1MDB juga telah menerima dakwaan bahawa ia telah membayar lebih untuk beberapa keping tanah di Pulau Pinang. Tanah yang dipersoalkan terletak di pusat bandar Air Itam, sebuah kawasan yang mendapat permintaan tinggi di mana harga hartanah telah menampakkan kenaikan yang tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Saiz tanah yang dibeli membenarkan kami untuk membina hampir 10,000 rumah mampu milik, dan kami berniat untuk menggunakan beberapa keping tanah yang tinggal – yang bersaiz besar – untuk tujuan pembangunan lain yang kami harapkan bakal menjana nilai yang tinggi. Oleh itu, kami yakin dapat menambah nilai keseluruhan tanah tersebut, dan percaya harga yang kami bayar adalah berbaloi. Ini dicerminkan dalam harga yang telah dibayar pemaju lain untuk membeli tanah di kawasan sekitar di mana pada harga RM200 sekaki persegi, adalah agak tinggi berbanding apa yang kami bayar. Salah satu contoh, pada tahun 2013, lebih kurang 9.8 hektar tanah di Air Itam telah dibeli pada harga RM267.4 juta, kira-kira RM251 sekaki persegi, untuk pembangunan kegunaan bercampur.
Layanan Istimewa untuk Tender Projek Janakuasa
Kedudukan kami sebagai pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia, rekod prestasi yang baik dalam sektor, serta pihak pengurusan berpengalaman bermakna kami adalah pemain kompetitif di dalam sebarang proses bidaan tender. Pada awal tahun ini, konsortium bersama yang dianggotai oleh 1MDB dan Mitsui & Co telah mengambil bahagian dalam proses bidaan tender terbuka dan kompetitif untuk sebuah loji janakuasa arang batu berkapasiti 2,000MW yang dikenali sebagai Projek 3B. Setelah membuat pertimbangan sewajarnya terhadap pelbagai bidaan lain, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan bahawa konsortium kami telah dipilih sebagai pembida pilihan. Kemudian, ada yang mengatakan 1MDB menerima layanan istimewa, dan bidaan bersama kami adalah tidak sebaik bidaan yang dihantar oleh pembida-pembida lain dalam proses tersebut. Sebarang penganugerahan adalah berdasarkan beberapa pertimbangan untuk memastikan bekalan tenaga yang terjamin dan menjimatkan kepada pengguna, sebagai contoh: standard teknikal bidaan tersebut, rekod prestasi syarikat, harga tawaran, keperluan untuk melaksanakan projek dengan segera dan jaminan tenaga serta kos keseluruhan sistem bidaan tersebut. Seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Tenaga dalam kenyataannya, Konsortium 1MDB-Mitsui telah memenangi proses bidaan “secara adil dan saksama dengan teknologi yang terbukti yang bakal meningkatkan jaminan bekalan tenaga seperti yang dijangkakan daripada stesen janakuasa arang batu berkapasiti 2000MW yang beroperasi di dalam sistem grid sebesar kita”. Ia juga penting untuk dinyatakan bahawa 1MDB tidak berjaya dalam proses bidaan tender lain yang kami sertai, seperti loji gas Prai dan loji arang batu berkapasiti 1000MW. Kedua-dua projek ini dimenangi TNB, yang pada pandangan pihak berkuasa telah menawarkan pakej yang lebih baik, walaupun 1MDB menawarkan harga bidaan terendah untuk proses tender Prai.
Pembiayaan Untuk Projek 3B
1MDB ingin menyatakan bahawa consortium kami membayar kurang daripada RM8 juta untuk menyediakan dan menghantar bidaan kami untuk Projek 3B. Ini adalah kira-kira separuh daripada jumlah yang dibelanjakan oleh pembida lain pada peringkat ini menurut dakwaan sebuah akhbar bisnes harian. Sepanjang pengetahuan kami, tiada pembida lain yang tampil ke hadapan untuk mendedahkan maklumat ini kerana ianya adalah maklumat perniagaan yang sulit. Kami mendedahkan perkara ini kerana kami ingin menghentikan sindiran yang tidak berasas ini.
1MDB tidak membelanjakan US$100 juta untuk mendapatkan Projek 3B.
Sebaik sahaja mendapat projek tersebut, Konsortium 1MDB-Mitsui bergerak ke peringkat pembangunan seterusnya untuk membolehkan stesen janakuasa tersebut beroperasi, dijangkakan pada tahun 2018. Majoriti kos pembangunan adalah dibelanjakan dalam tempoh pembangunan ini. Kos pembangunan atau fi pembangunan adalah apa yang dibayar kepada penaja projek untuk kerja pembangunan yang dilakukan oleh penaja projek untuk merealisasikan projek tersebut, daripada proses bidaan sehinggalah kepada operasi stesen janakuasa. Ianya bukan merupakan kos pembayaran balik. Untuk pembiayaan projek industri tenaga, kos pembangunan biasanya terletak di antara 5% hingga 8%. Kos pembangunan kami – termasuk sebarang fi pembangunan yang ditanggung oleh kedua-dua rakan kongsi projek, 1MDB dan Mitsui – adalah 5.5% daripada kos projek, suatu kadar yang rendah. 1MDB yakin dengan cara pembiayaan projek antarabangsa kami yang dijalankan dengan kerjasama erat rakan kongsi antarabangsa kami Mitsui, salah satu syarikat perdagangan am terbesar di Jepun. Pembiayaan projek sebegini di mana ekuiti disuntik kemudian (back-ended), merupakan yang pertama di Malaysia tetapi adalah amalan biasa untuk projek-projek antarabangsa yang besar. Ia akan membantu memperbaiki pulangan ekuiti penaja projek, disebabkan oleh kesan nilai masa (time value) terhadap wang, kerana bayaran dibuat dahulu dan bukannya daripada aliran wang tunai operasi projek tersebut. Jumlahnya dibincangkan dan tertakluk kepada kelulusan pemberi pinjaman. Selanjutnya, sebarang tuduhan bahawa pemegang bon 3B kami akan menanggung risiko tersembunyi adalah sama sekali tidak benar dan tidak bertanggungjawab. Bon kami didatangkan dengan jaminan bank yang memastikan komitmen promoter dalam suntikan ekuiti. Keselamatan aliran wang tunai dan pulangan kepada pemegang bon adalah terjamin.
SUMBER: 1mdb.com.my

Ini Kad Kahwin Ke Kertas Soalan Periksa? Kreatifnya!
Majlis perkahwinan sememangnya hari paling bersejarah dan istimewa bagi semua pasangan sebelum bergelar suami isteri.
Bagi menyempurkan majlis walimatulurus, perancangan rapi diperlukan begitu juga idea-idea kreatif yang segar terutama dalam pemilihan kad kahwin. Zaman sekarang, kad kahwin tak lagi klise, sesetengahnya amat kreatif hingga disimpan oleh penerimanya sedangkan adat menerima kad jemputan kahwin, jarang sekali ia disimpan kecuali kad majlis kahwin sendiri atau keluarga. Di bawah, contoh kad kahwin yang unik dan bakal buat anda tergelak besar!
Hah, mesti anda sangka ianya kertas peperiksaan biasa kan? Rupa-rupanya ia adalah kad undangan perkahwinan yang direka seakan-akan kertas peperiksaan. Memang lain daripada yang lainlah. Siap ada soalan dan jawapan lagi! Hihihi…
Agak-agak mesti pasangan pengantin ini merupakan seorang guru kan?
Bagi bakal-bakal pengantin, mungkin ini boleh membantu anda mencipta kad kahwin sendiri.
Bukan sahaja unik, malah ia boleh membantu mengurangkan kos majlis anda. - MYNEWSHUB.CC

Pemandu Lori Acu Senapang Lepas Langgar Kereta Orang
KUCHING – Seorang pemandu lori menumbuk seorang pelajar universiti swasta dan mengacu senapang kepada kakak pelajar itu selepas berlaku kemalangan kecil antara kenderaan mereka di Jalan Foochow No 1 di sini, hari ini.
Sumber polis berkata, insiden itu berlaku selepas cermin sisi kereta yang dipandu pelajar berusia 19 tahun itu bersama kakaknya dilapor dilanggar lori berkenaan.
Beliau berkata, pelajar itu dan kakaknya keluar dari kereta mereka untuk berbincang dengan pemandu lori berkenaan, namun pemandu lori terbabit dikatakan menyerang pelajar itu dan masuk semula ke dalam lorinya dan melanggar bahagian hadapan kereta pelajar terbabit.
Dalam masa yang sama, pemandu lori itu mengeluarkan senapang angin dan mengacunya ke arah kakak pelajar berkenaan sebelum melepaskan tembakan ke udara, dan kemudian melarikan diri dengan lorinya.
Sumber itu berkata, pemandu lori berusia 50 tahun itu sudah dikenal pasti. – BERNAMA
TOP
Siri Gambar Manusia Angkat Barang Yang Mengagumkan
‘Jauh berjalan luas pemandangan’ menunjukkan manfaat kembara ke sesebuah tempat asing amat bagus lagi-lagi membuka minda bagi mengenali budaya lain.
Ini dilakukan seorang jurukamera berbakat yang melancong ke seluruh dunia bagi merakam gambar yang amat menakjubkan.
Floriane de Lassée, dari Perancis merakam gambar manusia yang berbakat membawa pelbagai muatan berat mengunakan anggota badan.
Ia bertujuan menyempurnakan siri fotonya bertajuk ‘How Much Can You Carry’.
Setakat ini, jurukamera yang baru berusia 37 tahun ini sudah mengembara ke 15 negara bagi mencari kelainan pada setiap gambar yang dirakam.
Setiap rakaman gambarnya amat menakjubkan kerana memperlihatkan kemampuan manusia berbeza umur mengimbangi pelbagai barangan.
Bukan calang-calang orang boleh melakukannya, siap seorang nenek ini dengan selamba dan muka ceria mampu mengangkat katil rotan hanya mengunakan kepalanya!
Rupanya ramai manusia mampu angkat barang dengan cara mengimbang walau ahli gimnistik. Kagum! Kagum! – MYNEWSHUB.CC

Panas!! Marahkan Peminat, Dato ‘Terlajak Laris’ Tayang Bulu Ketiak
Siapa yang tidak kenal Dato’ Aliff Syukri lagi-lagi tagline ‘TERLAJAKKK LARIS’ yang digunakannya cukup terkenal dan menjadi ikutan ramai.
Tak keterlaluan dikatakan, populariti beliau persis selebriti tanahair.
Namun sesiapa yang mengikuti Instagram Dato Aliff pastinya tergamam dan terkejut melihat gambar yang baru dimuat naik hari ini.
Begitu berani sekali, beliau berkongsi gambar mempamerkan bulu ketiaknya hingga ramai tertanya-tanya mengapa beliau berkelakuan sebegitu.
Rupa-rupanya menerusi kapsyen yang ditulis, beliau memberitahu bengang dengan segelintir peminat yang memperbesarkan isu mengenai gambarnya sebelum ini yang tidak sengaja menampakkan beberapa helai bulu ketiak.
Rupa-rupanya gambar di bawahlah puncanya…
Tengoklah, siap ada peminat yang perasan dan menegur bulu ketiak Dato Aliff walaupun hanya beberapa helai terkeluar.
Memang semua manusia ada bulu ketiak dan rasanya lelaki menyimpan bulu ketiak boleh dianggap biasa-biasa sahaja kot.
Alahai, Dato Alif sabarlah ye sememangnya orang-orang popular semua benda diperhati. Tak gitew? - MYNEWSHUB.CC

2 Anak Lelaki Penumpang MH370 Fail Saman Terhadap MAS
KUALA LUMPUR – Dua anak lelaki penumpang pesawat MH370 hari ini memfailkan saman terhadap Malaysian Airlines System Berhad (MAS), Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan tiga lagi bagi menuntut ganti rugi berhubung kehilangan pesawat itu yang dinaiki bapa mereka dalam penerbangan ke Beijing, pada 8 Mac lepas.
Dua beradik berusia 13 dan 11 tahun itu selaku plaintif memfailkan saman melalui ibu mereka, Ng Pearl Ming, 38, menerusi Tetuan Rusmah Arunan & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Dari kiri: Datuk Dr. Arunan Selvaraj, Gary Edward Chong dan Vinod Ramasamy (Kredit Gambar: Malay Mail)
Dua beradik itu diwakili peguam Datuk Dr. S. Arunan dan peguam Gary Edward Chong, turut menamakan ketua pengarah Jabatan Imigresen, panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerajaan Malaysia sebagai defendan. Dalam pernyataan tuntutan, dua beradik itu mendakwa bapa mereka, Jee Jing Hang, 41, yang merupakan penumpang pesawat MH370 telah memasuki suatu kontrak perjanjian penerbangan dengan MAS dari Kuala Lumpur pada jam 12.41 tengah malam dan dijangka mendarat di Beijing, pada 6.30 pagi, 8 Mac. Plaintif mendakwa menerusi perjanjian itu, MAS sebagai defendan pertama seharusnya mengambil semua langkah wajib untuk memastikan suatu penerbangan yang selamat, namun telah memungkiri perjanjian itu apabila gagal mendarat di Beijing dan tiada butiran lanjut mengenai pengakhiran pesawat sehingga hari ini. Mereka juga mendakwa MAS tidak memberi penjelasan sewajarnya tentang kejadian yang berlaku semasa penerbangan pesawat, khususnya dalam pengetahuan syarikat penerbangan tersebut dan gagal menyempurnakan tanggungjawab, sekaligus menyebabkan kehilangan bapa mereka. Selain itu plaintif mendakwa ketua pengarah DCA sebagai defendan kedua, yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan kawalan trafik udara bagi memastikan penerbangan itu selamat, telah gagal dan cuai untuk mengambil langkah secukupnya bagi mendapatkan perhubungan dan menjejaki pesawat itu melalui radar. Pasangan adik beradik itu turut mendakwa Jabatan Imigresen telah gagal dan cuai melaksanakan pemeriksaan rapi ke atas penumpang sehingga membolehkan beberapa penumpang menaiki pesawat menggunakan pengenalan palsu. Mereka juga mendakwa pihak TUDM telah gagal dan cuai menghantar pesawatnya dengan kadar segera bagi mengenal pasti pesawat yang tidak dijadualkan telah muncul dalam sistem radar TUDM, berkemungkinan adalah MH370. Justeru itu, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi terhadap kesemua defendan atas kehilangan bapa yang merupakan penanggung tunggal mereka, seorang ahli perniagaan berpendapatan bulanan sebanyak RM16,865 dan ganti rugi tambahan akibat penderitaan yang dialami. Selain itu, turut dituntut adalah ganti rugi teladan kerana mengabaikan nyawa bapa mereka, penumpang lain dan anak kapal serta meletakkan keluarga mereka dalam kecelaruan, kos, faedah dan relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang dari skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Usaha mencari masih dijalankan di selatan Lautan Hindi. – BERNAMA

Sisters In Islam Cabar Fatwa Mereka Menyimpang Dari Islam
Hari ini, badan bukan kerajaan (NGO) Sisters In Islam memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan fatwa Selangor mengharamkan pertubuhan itu kerana dianggap sesat.
Menurut laporan The Malaysian Insider, pertubuhan yang lebih dikenali sebagai SIS, menamakan tiga responden iaitu Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan Selangor.
Semakan tersebut difailkan pada jam 10.30 pagi tadi dan dibuat melalui Tetuan Azzat dan Izzat. Dalam permohonnnya, SIS mahu membatalkan pengisytiharan haram itu.
Pertubuhan itu juga memohon supaya ia diiktiraf sebagai badan yang dijamin mengikut Akta Syarikat 1965 dan tidak terikat dengan fakta itu.
Menurut Pengarah Eksekutif ISIS, Ratna Othman, SIS juga memohon mahkamah mengiktiraf NGO itu terjamin kedudukannya di bawah perlembagaan.
“SIS mahu jaminan supaya hak kami perlu dihormati mengikut perlembagaan persekutuan.”
Mengulas lanjut tentang isu ini dalam sidang media yang didakan di Petaling Jaya sebentar tadi, Ratna berkata, dia hanya menyedari SIS diharamkan melalui laman e-fatwa milik JAKIM pada 20 Oktober lalu.
“Kami kecewa kerana tidak diberitahu atau dipanggil untuk memberi penjelasan sebelum jawatankuasa fatwa mengisytiharkan SIS sebagai menyeleweng.”
Ratna berkata, tindakan tersebut dilihat sebagai salah guna kuasa oleh badan agama kerana menggunakan fatwa bagi mengekalkan pemerintahan agama secara diktator.
Ujarnya, sebarang perselisihan pandangan dalam Islam perlu didebat secara terbuka dan bukan dipaksa menggunakan saluran fatwa dan hukuman Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Datuk Zaid Ibrahim, Datin Paduka Marina Mahathir dan Zainah Anwar.
Pada Julai lalu, Fatwa Selangor mewartakan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan dan institusi yang berpegang kepada fahaman ‘liberalisme’ dan ‘pluralisme’ agama sebagai sesat dan lari dari ajaran Islam sebenar. Selain itu, bahan-bahan penerbitan yang mempunyai unsur sama juga diharamkan dan boleh dirampas. Fatwa juga mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menyekat laman yang menyebarkan doktrin tersebut. Manakala bagi individu yang berpegang kepada dakyah berkenaan hendaklah bertaubat dan kembali ke Islam yang sebenar. Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, tindakan SIS yang mencabar majlis fatwa diibaratkan seperti mencabar institusi Raja Melayu serta Perlembagaan. Katanya, “Ia hanya meluaskan sengketa dan degil untuk menjebak masyarakat awam kepada aliran songsang yang dinamakan Islam. Inilah satu bentuk pelampau agama yang mesti ditangani pihak kerajaan agar tidak membarah dalam masyarakat.” – MYNEWSHUB.CC

No comments:
Post a Comment