TOP
Pengawal Keselamatan Didakwa Cabul Anak Jiran
KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, September lepas.
Mohamad Borhanudin Mohd Shafiei, 48, didakwa mencabul kehormatan mangsa yang juga anak jirannya di sebuah rumah di Cheras pada pukul 6 pagi, 6 Sept lepas.
Dia didakwa mengikut Sekyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Nurul Ain Abdul Rahim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Nov depan untuk sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- mstar
TOP
Rayuan Kes Liwat: Mahkamah Diberitahu 'Lelaki Y' Adalah Anwar
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Isnin diberitahu bahawa profil DNA yang diperolehi dari tiga barangan yang digunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sepadan dengan profil 'Lelaki Y' yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ketua Pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, tiga barangan tersebut ialah tuala 'good morning', berus gigi dan botol air mineral yang diperoleh dari lokap ketika Anwar ditahan di Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur (IPKKL).
"Jabatan kimia peroleh DNA tertuduh dari tiga barangan tersebut. DNA inilah yang dikatakan 'Lelaki Y'. Ia kemudian dibandingkan dengan sampel 'Lelaki Y' yang dikeluarkan dari tubuh Mohd Saiful.
"Yang dikeluarkan dari tubuh Mohd Saiful...'Lelaki Y' juga. Jadi kita harus bandingkan profil itu dengan satu bandingan yang kita tahu adalah DNA kepunyaan perayu," katanya di hadapan barisan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria di sini, Isnin.
Muhammad Shafee berhujah bagi pihak pendakwaan dalam rayuan Anwar terhadap pensabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atasnya selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di sebuah unit kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.
Bercakap kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan, Muhammad Shafee berkata ketika hujahannya, beliau turut mematahkan hujah pihak pembelaan sebelum ini yang membangkitkan kesahihan profile DNA yang dikatakan milik Anwar.
Menurutnya, dakwaan kononnya Anwar diperangkap untuk diambil sampel DNA ketika ditahan di IPKKL adalah tidak berasas.
"Apa yang kita buat ialah bandingkan dengan exhibit-exhibit dalam lokap yang kita tahu orang lain tak gunakan. Hanya beliau yang gunakan. (Kaedah ini) sebab perayu tak beri beliau punya DNA.
"Oleh sebab itu kita harus ambil DNA yang kita perolehi daripada inisiatif kita," katanya.
Prosiding pada Isnin yang masuk hari kelima akan disambung semula pada Selasa dengan Muhammad Shafee akan meneruskan penghujahannya pada sesi pagi.
Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar, 67, selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Tuduhan itu, mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. - mstar
TOP
Rayuan Kes Liwat: Jumlah Penyokong Setia Anwar Semakin Berkurang
PUTRAJAYA: Masuk hari kelima prosiding pendengaran rayuan terakhir kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin, kelibat penyokong Ketua Pembangkang itu dilihat semakin berkurangan.
Berbanding minggu lalu, hari ini kelihatan kurang 50 orang penyokong Anwar yang masih setia menunggu di luar perkarangan Istana Kehakiman.
Turut kelihatan sekumpulan penyokong Ahli Parlimen Pematang Pauh itu berhimpun sambil membacakan Surah Yassin menggunakan sistem pembesar suara.
Suasana tenang itu turut diawasi anggota keselamatan yang mengawal di tengah perkarangan Istana Kehakiman bagi mengasingkan antara penyokong Anwar di penjuru kanan dan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan di bahagian kiri. Kes rayuan Anwar bermula dengan sambutan menggalakan daripada penyokongnya, sehingga tercetus pergaduhan sesama sendiri. Sokongan itu turut diperkuatkan dengan kehadiran beberapa pemimpin utama Parti Keadilan rakyat (PKR) yang memakai baju sama sebagai tanda sokongan. Bagaimanapun kesetiaan tidak berbelah bahagi pada hari pertama itu hanya bertahan selama tiga hari sebelum mereka kelihatan beransur kurang termasuk pemimpin utama pada hari seterusnya. - mstar

Polis Tahan Warga Nigeria, Dadah Bernilai RM400,000 Dirampas
Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Polis menahan seorang warga Nigeria berusia 32 tahun berikutan rampasan 2.5kg methamphetamine bernilai RM400,000. Sepasukan polis dari Bukit Aman menahannya di sebuah kondominium di Batu Feringghi di sini Jumaat lepas. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata, suspek akan direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah. Siasatan awal menunjukkan bahawa suspek mendaftar di sebuah kolej di sini tetapi tidak pernah menghadiri mana-mana kelas. Thaiveegan berkata dadah itu dikurier ke Kuala Lumpur dari China, sebagai hiasan porselin. "Kotak-kotak yang digunakan untuk membungkus mempunyai dua lapisan. "Barang-barang hiasan diletakkan di lapisan atas manakala dadah disembunyikan di lapisan bawah," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di ibu pejabat polis kontinjen di Jalan Pulau Pinang di sini pada Isnin. Beliau menambah polis sedang cuba mengesan sindiket di mana suspek telah berkerja. - mstar

Godam Mesin ATM, PDRM Mohon Bantuan Interpol
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memohon bantuan Interpol di Perancis untuk membantu berhubung kes menggodam 17 buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di empat buah negeri September lalu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siber dan Multimedia) PDRM, SAC Mohd Kamarudin Md Din berkata pihaknya telah menghantar 'notis ungu' kepada Interpol bagi mendapatkan kerjasama dalam memperoleh maklumat termasuk modus operandi, prosedur dan tempat persembunyian penjenayah terbabit.
"Kita mohon kerjasama Interpol kerana kita percaya penjenayah telah melarikan diri ke luar negara dan kini dalam persembunyian," katanya kepada Bernama.
Kes penggodaman tersebut membabitkan empat buah perbankan di ibu negara, Selangor, Melaka dan Johor Baharu dengan anggaran kerugian melebihi RM3 juta yang dipercayai dilakukan sindiket warga negara Amerika Latin.
Sindiket dipercayai menyuntik virus malware 'ulssm.exe' dengan memasukkan cakera padat (CD) ke dalam pembaca cakera padat (CD-ROM) yang terdapat di dalam mesin-mesin berkenaan.
Kaedah itu dilaporkan mampu menipu sistem pengkomputeran bank sebelum wang di dalam ATM dikeluarkan menggunakan panel kekunci dengan memasukkan kod tertentu yang diterima melalui panggilan telefon daripada rakan anggota sindiket.
Bagaimanapun kehilangan wang dari mesin ATM itu tidak melibatkan wang pemilik akaun. - mstar
TOP
13 Rumah Rosak Akibat Puting Beliung
ALOR SETAR: Sekurang-kurangnya 13 buah rumah di Taman Wira Mergong di sini, mengalami kerosakan setelah dilanda angin kencang dan pusaran kecil puting beliung pada Ahad.
Kejadian kira-kira 1.15 tengah hari itu berlaku hanya selepas dua hari kejadian puting beliung melanda lima kawasan di daerah Kota Setar.
Ketua Cawangan Blok E Taman Wira Mergong, Ahmad Ishak, 60, berkata ini merupakan kali ketiga kejadian seumpama itu berlaku dalam tempoh dua tahun sejak 2012 dan kejadian pertama tahun ini.
"Kejadian seperti ini pernah berlaku dua tahun lepas dan sama seperti sebelum ini, ia berlaku ketika cuaca cerah dan angin datang dalam tempoh yang sangat singkat. Tetapi saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa.
"Kebanyakan rumah yang terlibat rosak di bahagian bumbung dan hanya tiga buah yang mengalami kerosakan teruk tetapi pelbagai pihak telah tampil menghulurkan bantuan dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah melihat kerosakan yang dialami penduduk," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, Adam Abdullah, 30, berkata semasa kejadian dia berada di luar rumah sedang menjemur pakaian sebelum mendengar bunyi angin kuat serta pusaran puting beliung kecil datang dari arah bertentangan rumahnya.
"Saya tengah sidai baju. Selepas itu saya dengar bunyi angin kuat dan lihat ada bumbung rumah jiran yang diterbangkan angin dan angin kencang itu terus menghala ke kawasan rumah saya. "Saya terus meluru masuk ke dalam rumah untuk menyuruh isteri dan anak yang berumur satu tahun lebih menyorok di bawah meja kerana bimbang akan berlaku kejadian seperti di Mergong dua hari lepas, tetapi saya bersyukur kerana ia tidak serius," katanya. Jamilah Mard, 20, yang merupakan pelajar semester lima jurusan Perbankan di Kolej Universiti Insaniah berkata ketika kejadian dia bersama empat teman rumahnya sedang mengulang kaji pelajaran di ruang tamu sebelum mendengar angin kuat di bahagian dapur rumah mereka. "Kami sedang mengulang kaji pelajaran sebelum mendengar bunyi angin kuat dan tiba-tiba sahaja bumbung di bahagian dapur dibawa angin. Kejadian berlaku sekelip mata...kami tak mampu berbuat apa-apa dan tergamam melihat bumbung diterbangkan angin satu persatu," katanya. Pada Jumaat lepas, 71 buah rumah dan sebuah klinik desa rosak dalam kejadian puting beliung yang berlaku pada 5 petang, melibatkan Kampung Mergong Hilir, Kampung Batin, Kampung Sungai Baru, Taman Inang dan Taman Mergong Jaya. - mstar

Anak Jumpa Mayat Bapa Dalam Semak
BESUT: Seorang penganggur ditemui mati di dalam semak oleh anaknya dekat Kampung Seberang Jerteh di sini malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata Zulkamal Othman, 39, yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap ditemui anaknya Mohd Zulhairul Idham, 19.
Beliau berkata Zulkamal pada mulanya pergi ke rumah bekas isterinya untuk bertemu empat orang anaknya di Perumahan Rumah Awam Kos Rendah Pelagat 3, Kampung Seberang Jerteh.
Namun tidak lama kemudian, dia mengadu sakit dada dan meminta izin untuk beredar dari situ.
"Selepas beberapa minit kemudian, seorang anaknya yang keluar rumah telah menemui ayahnya yang rebah di dalam semak berdekatan kawasan tali air tidak jauh dari rumah itu," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.
Khaled berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat.
Siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan pada tubuh mangsa, katanya.
Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. - mstar
TOP
Dua Kumpulan Pemberontak Pro-Amerika Serah Diri Kepada Al-Qaeda
Kumpulan Jabhat al-Nusra berjaya merampas bekalan senjata yang dibekalkan Amerika Syarikat kepada dua kumpulam pemberontak di Syria.
DUA kumpulan pemberontak terbesar di Syria yang menerima senjata dari Amerika Syarikat untuk memerangi Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahan (ISIL) bertindak menyerah diri kepada Al-Qaeda. Amerika Syarikat dan sekutunya yang melancarkan serangan udara terhadap Isil sebelum ini bergantung kepada Harakat Hazm dan Barisan Revolusi Syria (SRF) untuk melakukan serangan darat. Sejak enam bulan kebelakangan ini, Harakat Hazm bergerak memerangi Isil dengan menerima senjata berat Amerika Syarikat dan sekutunya, termasuk roket GRAD dan senjata anti kereta kebal. Tetapi pada Sabtu malam, Harakat Hazm menyerahkan pangkalan tenteranya dan senjata kepada Jabhat al-Nusra, yang merupakan kumpulan bersekutu Al-Qaeda dan menguasai kawasan Idlib. Penyerahan itu berlaku sehari selepas Jabhat al-Nusra menyerang SRF di Deir Sinbal yang merupakan kampung ketuanya, Jamal Marouf. - mstar

Bekas Naib Canselor UiTM Angkat Sumpah Jawatan Senator
Dr Ibrahim Shah Abu Shah
KUALA LUMPUR: Bekas naib canselor Universiti TeknologiMara (UiTM), Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah, adalah antara tiga individu yang mengangkat sumpah jawatan senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Isnin. Dua yang lain ialah Pengerusi KUB Malaysia Berhad Datuk Seri Abd Halim Abd Samad dan Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk S.Nallakaruppan. Ibrahim Shah, 66, dan Abdul Halim, 74, dilantik buat pertama kali untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini manakala Nallakaruppan, 68, dilantik untuk penggal kedua. Ibrahim Shah, yang menjadi naib canselor UiTM dari 2001 hingga 2009 kini menyandang jawatan Pengerusi Biro Pendidikan Umno Malaysia. Beliau dilahirkan di Merlimau, Melaka dan, pernah merangkul beberapa anugerah termasuk Anugerah Kepimpinan Perniagaan Malaysia (Sektor Pendidikan Awam) 2009 dan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka pada 2013. Selain itu, beliau aktif dalam kegiatan sosial dan pernah menjadi anggota panel Penasihat Perpaduan Negara Malaysia dari 2007 hingga 2008. Abdul Halim, yang dilahirkan di Kuantan, Pahang, pula aktif dalam kegiatan politik termasuk memegang jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Setiawangsa dari 2004 hingga 2013. - mstar

Malaysia Yakin Perbicaraan Rizalman Adil Di New Zealand
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia yakin PegawaiWaran II Muhammad Rizalman Ismail, yang menghadapi tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual di New Zealand, akan mendapat perbicaraan yang adil dan saksama di mahkamah negara itu.
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin berkata ini memandangkan Malaysia dan New Zealand berpegang kepada prinsip-prinsip dan proses perundangan yang jelas dan kukuh.
"Penghantaran balik Muhammad Rizalman Ismail ke New Zealand juga bukti jelas terhadap hubungan dua hala dan kerjasama yang erat antara Malaysia dan NewZealand. |
"Kerajaan Malaysia yakin bahawa Muhammad Rizalman akan menghadapi perbicaraan yang saksama dan adil di New Zealand," katanya ketika menjawab soalan Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.
Dr Azman bertanya mengenai kes anggota diplomat Malaysia dituduh terlibat kes jenayah di New Zealand.
Muhammad Rizalman, 38, ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lepas dan dihadapkan di mahkamah pada hari sama atas tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita berumur 21 dengan niat untuk merogol. |
|
Dia sekeluarga dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei dan KementerianPertahanan telah mengambil tindakan segera untuk menyiasat kes itu sebelum dia kembali ke New Zealand pada 24 Oktober lepas.
Muhammad Rizalman, 38, dihantar ke New Zealand berikutan permohonan ekstradisi yang dibuat pada 3 Okt.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata lanjutan daripada permohonan esktradisi itu, satu prosiding diadakan terhadap Muhammad Rizalman di Mahkamah Sesyen Kuala pada 16 Okt, dan semasa prosiding itu, dia tidak membantah malah menyatakan kesediaan kembali ke New Zealand untuk dibicarakan.
Mengenai salah faham yang wujud apabila Muhamad Rizalman pulang ke Malaysia, Hamzah berkata: "Apabila berlaku sesuatu insiden seperti di New Zealand, biasanya Kementerian Luar Malaysia dan New Zealand akan mengadakan perbincanganagar mengambil tindakan sewajarnya.
"Daripada perbincangan itu, kerajaan New Zealand bersetuju bahawa pegawai kita dihantar pulang. Ini adalah kerana Malaysia mengamalkan kaedah perundangan antarabangsa yang digariskan di bawah Vienna Conventions 1963," jelas beliau.
Mahkamah New Zealand membenarkan Muhammad Rizalman diikat jamin dan mengarahkannya hadir semula ke mahkamah pada 21 November ini bagi merayu terhadap dakwaan itu. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun. - mstar
TOP
F1: Hamilton Catat Kemenangan Kelima Berturut-Turut Di Austin
Hamilton berpeluang meraih gelaran juara dunia buat kali kedua pada perlumbaan akhir di Abu Dhabi 21 November ini.
AKSI pantas pelumba Mercedes sukar dihalang lagi selepas menjuarai perlumbaan Grand Prix Formula 1 Amerika Syarikat sekaligus mencatat kemenangan kelima berturut-turut dan trofi kejuaraan kesepuluh musim ini. Pelumba Britain (316 mata) itu mengatasi rakan pasukannya Nico Rosberg dengan kelebihan 24 mata, berbaki dua lagi perlumbaan, di Brazil dan Abu Dhabi. "Secara keseluruhan ia satu musim yang menakjubkan," jelas Hamilton. Biarpun Rosberg memulakan perlumbaan di petak pertama, Hamilton bijak menggunakan peluang memintas pelumba Jerman itu ketika di Turn 12 ketika lap yang ke-24. "Satu situasi yang teruk, namun itulah hakikatnya. Saya terpaksa mengambil sedikit masa untuk mencari rentak. "Namun ia sudah terlambat kerana Lewis sudah ada di depan saya," jelas Rosberg. Kemenangan ini menjadikan Hamilton pelumba ketiga selepas Michael Schumacher dan Sebastian Vattel serta mencatat rekod bukan pelumba Jerman yang pertama menjuarai 10 perlumbaan dalam satu musim. Malah dia juga pelumba Britain yang ketiga yang menjuarai perlumbaan lima kali berturut-turut selepas Jim Clark dan Nigel Mansell. Lebih menarik, Hamilton antara pelumba yang paling berjaya di Britain dengan mencatat kemenangan keseluruhan 32 perlumbaan. "Ia satu penghargaan buat saya mewakili negara dan menjadi pelumba teratas. Jentera berada dalam keadaan sempurna pada perlumbaan ini," katanya.
Senarai penuh kedudukan pelumba pada perlumbaan di Litar Austin:
1. Lewis Hamilton - Mercedes 1:40:04.785
2.Nico Rosberg - Mercedes +4.314 Sec
3.Daniel Ricciardo - Red Bull +25.560 Sec
4.Felipe Massa - Williams +26.924 Sec
5.Valtteri Bottas - Williams +30.992 Sec
6.Spain Fernando Alonso - Ferrari +1:35.231 Sec
7.Sebastian Vettel - Red Bull +1:35.734 Sec
8.Kevin Magnussen - McLaren +1:40.682 Sec
9.Pastor Maldonado - Lotus +1:47.870 Sec
10.Jean-Eric Vergne - Toro Rosso +1:48.863 Sec
11.Romain Grosjean - Lotus
12.Jenson Button - McLaren
13.Kimi Raikkonen - Ferrari
14.Esteban Gutierrez - Sauber
15.Daniil Kvyat - Toro Rosso
16.Nico Hulkenberg - Force India
17.Sergio Perez - Force India
18.Adrian Sutil - Sauber
- mstar

T-Team Mahu Pemain Import Baharu Musim 2015
Mohd Hasbullah (kiri) kekal bersama T-Team musim depan.
KUALA TERENGGANU: Dalam usaha untuk memberi lebih saingan dalam Liga Malaysia musim 2015, T-Team akan menggantikan kesemua pemain importnya yang sedia ada. Ini bermakna penyerang import musim ini seperti Jimmy Mulisa dari Rwanda, Patrich Wanggai (Indonesia) serta pemain tengah Leandro Dos Santos (Brazil) tidak akan lagi disambung kontrak mereka. Perkara ini dinyatakan penolong jurulatihnya Mohd Azhari Salim yang memberitahu pihaknya kini sedang mencari pemain import baharu sebelum T-Team memulakan latihan sebelum pertengahan bulan ini. Beliau berkata T-Team juga sedang mencari jurulatih baharu dan tidak menolak kemungkinan ia diambil dari luar negara. Namun pada masa yang sama, beliau berkata T-Team akan mengekalkan beberapa pemain musim ini termasuk ketua pasukan Marzuki Yusof. - Mohd Azhari berkata antara pemain lain yang dijangka dikekalkan ialah Mohd Faizal Muhamad, Mohd Hasbullah Awang, Nuraliff Zainal Abidin (pertahanan), Mohd Shahril Saa'ri (penjaga gol) dan Badrul Hisyam Morris (tengah). "Mereka semua ini adalah anak Terengganu yang masih boleh diharap dapat membantu T-Team dalam saingan musim depan," katanya. T-Team bakal bermain dalam saingan Liga Perdana musim depan. Menurutnya, T-Team telah menyenaraikan 22 nama pemain muda yang baharu yang majoritinya anak tempatan bagi mengembalikan semula T-Team ke Liga Super pada 2016. - mstar

Cub Prix: Zaqwan, Izzat Juara Keseluruhan CP130 Dan CP115
PETALING JAYA: Pemburuan gelaran juara keseluruhan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2014 berakhir lebih awal apabila ketiga-tiga kategori, CP130, CP115 dan Wira sudahpun diketahui pemiliknya sebaik pusingan kesembilan kejuaraan berakhir di Jempol, Negeri Sembilan pada petang Ahad.
Masih berbaki satu pusingan yang akan berlangsung di Kedah, hujung November ini, Mohd Zaqhwan Zaidi yang menjuarai lima pusingan perlumbaan pada musim ini telahpun dinobatkan selaku juara keseluruhan sebaik berjaya menamatkan perlumbaan akhir di tangga ketiga dengan masa 14'46.782s.
Dengan 16 mata kejuaraan yang dipungut, pelumba Givi Honda Yuzy Racing tidak mampu dicabar oleh mana-mana pelumba lagi setelah mengumpul 161 mata keseluruhan, 30 mata mendahului Ahmad Afif Amran (PETRONAS Yamaha-CKJ) yang muncul naib juara dengan masa 14'45.911s. Rakan sepasukan Afif, Mohd Affendi Rosli muncul juara setelah menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan masa 14'44.125s.
"Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata mengenai kejayaan hari ini. Kemenangan ini amat dinanti-nantikan sejak beberapa tahun lepas lagi dan akhirnya ia terlaksana," jelas anak didik bekas pelumba MotoGP negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini itu.
Mengulas lanjut, Zaqhwan berkata, "Saya berterima kasih kepada pengurus, Shahrol Yuzy dan juga seluruh pasukan kerana telah bekerja keras selama beberapa tahun ini dan akhirnya ia membuahkan hasil. Begitu juga dengan keluarga yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya selama ini dan juga penyokong, penaja-penaja serta semua yang banyak membantu saya untuk bergelar juara CP130."
Bercakap tentang perancangan selepas ini, Zaqhwan berkata, "Saya tidak membuat sebarang perancangan lagi kerana semuanya bergantung kepada pasukan. Tumpuan utama saya adalah untuk menamatkan baki saingan musim ini terlebih dahulu khususnya di Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang akan berlangsung di Thailand dan Qatar selepas ini."
Persaingan kini terarah kepada pemburuan tangga kedua dan ketiga keseluruhan diantara Afif yang kini berada di tangga kedua dengan 131 mata manakala Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) dan Affendi masing-masing terikat dengan 121 mata.
Sementara itu, gelaran juara dalam saingan CP115 di Jempol telah menobatkan Mohd Izzat Zaidi Salehan (Motul Yamaha YY Pang) sebagai juara keseluruhan kategori tersebut setelah mengumpul 178 mata keseluruhan, 30 mata mendahului rakan sepasukan, Zaidy Mohd Zaifaizal yang mengumpul 148 mata setelah sekadar menamatkan saingan di tempat kelapan.
Izzat menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 12'30.085s mengatasi Elly Idzlianizar Ilias (M Seki Liberty Honda) di kedudukan kedua dengan masa 12'31.023s. Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor, Abd Muhaimin Roslan di tempat ketiga dengan masa 12'33.743s.
"Saya sama sekali tidak menyangka akan bergelar juara keseluruhan di sini. Memang saya meletakkan sasaran untuk memenangi perlumbaan di Jempol, namun saya menjangkakan Zaidy akan kekal memberikan cabaran sepertimana pada pusingan-pusingan lepas sebaliknya dia gagal mempamer prestasi sebenar dan sekadar berada di tempat kelapan.
Menurutnya lagi, "Saya sangat gembira dan menghadiahkan kejayaan tersebut kepada seluruh pasukan, keluarga, penaja, rakan-rakan dan semua yang telah membantu saya selama ini. Meskipun sudah bergelar juara, saya tetap akan memberikan aksi terbaik pada pusingan akan datang dan hanya menentukan hala tuju pada musim hadapan di tangan pengurusan pasukan," jelas Izzat.
Rakan sepasukanIzzat, Tengku Amirul Haffirudin menghuni tangga ketiga keseluruhan ketika ini dengan 121 mata.
Dalam kategori Wira, Khairul Idham Pawi (Kozi Yam Honda Racing) yang telahpun ditabalkan sebagai juara keseluruhan pada pusingan lepas di Kangar, Perlis terus mendominasi saingan dengan meraih gelaran kelapan daripada sembilan pusingan yang telah berlangsung.
Khairul menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa 10'01.312s mengatasi Mohd Fairuz Nasir (Felda Pbafb Tech Racing) yang menamatkan saingan dengan masa 10'12.012s, juga gelaran naib juara buat kali ketiga berturut-turut pada musim ini. Mohd Afiki Supaat (Jetron Apido Team PJM) di tempat ketiga dengan masa 10'12.175s.
Khairul terus melebarkan jurang pungutan mata dengan mengumpul 216 mata manakala Afiki di tangga kedua dengan 108 mata dan Fairuz di tangga ketiga dengan 94 mata. - mstar
TOP
Krisis Pertahanan Kembali Hantui Man United
KECEDERAAN bahu kiri yang dialami pertahanan Manchester United, Marcos Rojo bakal merunsingkan pengendalinya Louis van Gaal apabila Chris Smalling turut dilayangkan kad merah.
Krisis kekurangan pemain pertahanan itu kembali menghantui Van Gaal ketika anak didiknya tewas kepada Manchester City 1-0 di Stadium Etihad pada Ahad.
Ketika kehilangan Rojo yang berjaya menggagalkan penguasaan City pada minit ke-56, jurulatih kelahiran Belanda itu membawa masuk pertahanan mudanya Paddy McNair.
McNair
Rojo yang dibeli pada harga £16 juta diusung keluar dengan diberikan bantuan oksigen kerana terseliuh bahu.
Pemain pertahanan Argentina itu mengalami kecederaan ketika cuba menghalang pergerakan Martin Demichelis.
Berikutan itu, Van Gaal kini kehilangan tiga pemain pertahanan iaitu Rojo, Smalling dan Jonny Evans, manakala kekosongan itu mungkin akan diambil alih oleh McNair yang berjaya mempamerkan aksi konsisten sehingga kini. - mstar

Van Gaal Gelar Smalling Bodoh
LOUIS VAN GAAL menggelar Chris Smalling sebagai bodoh apabila dilayangkan kad merah sekaligus menyebabkan Manchester United tewas 1-0 kepada Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad pada Ahad.
Kekalahan yang membawa United menghuni tangga ke-10 dengan mengumpul 13 mata merupakan permulaan terburuk pasukan itu dalam tempoh 28 tahun.
Smalling digelar bodoh apabila menerima kad kuning pertama selepas tujuh minit permainan bermula sebelum dilayangkan kad merah tanpa sempat babak pertama tamat.
Kad kuning pertama diberikan kerana Smalling menghalang penjaga gol City, Joe Hart manakala kad kuning kedua berserta kad merah dilayangkan pada minit ke-39 apabila dia menjatuhkan James Milner.
Van Gaal mendedahkan, Smalling telah memohon maaf kepada rakan sepasukan tetapi pertahanan itu sepatutnya tahu adalah lebih baik dia tidak dilayangkan kad kuning kerana tindakan bodoh tersebut. "Ia (kad merah) telah memberi kesan kepada pasukan lawan, juga kepada kami. "Walaupun bermain dengan 10 pemain, tetapi mereka telah bermain dengan lebih baik berbanding babak pertama. Itulah semangat berpasukan. "Dibuang padang bukan perkara pokok. Sebagai pemain kamu perlu mengawal sikap agresif dalam perlawanan seperti ini," jelasnya. Van Gaal memberitahu, sebagai pemain, Smalling sepatutnya berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas menerima kad kuning pertama. "Bagi kad kuning pertama saya tidak peduli, tetapi kad kuning kedua itu bodoh," ujarnya. - mstar

Sepak Takraw: Malaysia Terus Kempunan
Pasukan Malaysia 2-0 ke atas Myanmar sebelum tewas pada saingan akhir kepada Thailand.
KUALA LUMPUR: Malaysia gagal menamatkan badi kekalahan kepada musuh tradisi, Thailand selepas tumpas 2-1 pada aksi final Kejohanan Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2014 di Nay Pyi Taw, Myanmar. Pada perlawanan di Stadium Tertutup Wunna Theik pada Ahad, skuad kendalian NajibIman, bagaimanapun menampilkan semangat melawan sebelum kalah pada set penentuan. Thailand yang merupakan pasukan pilihan terlebih dahulu di hadapan apabila menewaskan regu Malaysia 22-20 pada set pertama, sebelum skuad negara bangkit menyamakan kedudukan pada set kedua dengan kemenangan 21-18. Pada aksi penuh dramatik pada set ketiga dan penentuan, pasukan negara terpaksa akur dengan kehebatan Thailand apabila kalah tipis 21-23. Dalam pada itu, Najib memuji prestasi yang dipamerkan anak buahnya, namun mengakui nasib tidak menyebelahi mereka. "Ini merupakan aksi terbaik yang disajikan oleh para pemain dan saya sangat bangga kerana mereka menjalankan tugas dengan baik. "Kurang cergas selain faktor tekanan yang tinggi untuk meraih kemenangan mungkin menjadi penyebab utama pasukan kita kalah tapi bagi saya, ia lebih kepada nasib tidak menyebelahi kita untuk menang," Najib dipetik sebagai berkata dalam laman sesawang rasmi Istaf www.sepaktakraw.org. Tuan rumah, Myanmar pula menundukkan Singapura 21-18 dan 21-13 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga. Thailand mengesahkan kejuaraan berganda selepas skuad wanita mereka mengalahkan Vietnam menerusi kemenangan 21-18, 21-13 pada aksi final. Skuad wanita Myanmar pula terpaksa berhempas pulas sebelum mengalahkan Indonesia dalam aksi tiga set 21-19, 22-24 dan 21-16 untuk menduduki tempat ketiga. Malaysia sekadar menamatkan cabaran di tempat kelima selepas mengalahkan Jepun 21-17, 21-16. Kejohanan Siri Super Istaf yang diperkenalkan pada 2011, akan diteruskan pada tiga lagi pusingan iaitu di Korea Selatan, Indonesia dan Filipina. Namun Istaf masih belum menetapkan tarikh sesuai bagi setiap pusingan berkenaan. - mstar

Keputusan Liga Perdana Inggeris
BERIKUT adalah keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung Ahad:
Aston Villa 1 - 2 Tottenham Hotspur
Manchester City 1 - 0 Manchester United
- mstar
Aston Villa 1 - 2 Tottenham Hotspur
Manchester City 1 - 0 Manchester United
- mstar
TOP
Malindo Air Buat Pendaratan Cemas Di Thailand
KUALA LUMPUR: Malindo Air mengesahkan penerbangan OD206 dari New Delhi, India ke Kuala Lumpur pagi ini dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok, Thailand disebabkan masalah teknikal.
Pesawat yang sepatutnya tiba di klia2 pada 5.25 pagi itu mendarat dengan selamat pada 2.45 pagi waktu Thailand dan tiada kecederaan dilaporkan, kata Malindo Air dalam satu kenyataan di sini.
Penerbangan yang dioperasikan oleh pesawat Boeing 737-900ER itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi pada 10.05 malam waktu tempatan membawa 121 penumpang termasuk tiga bayi, dan lapan anak kapal.
"Sebaik mengenal pasti masalah teknikal, kru operasi melaksanakan senarai semakan kecemasan menurut prosedur operasi standard dan memaklumkan kepada menara kawalan trafik udara sebelum menukar haluan ke Don Mueang.
"Kebajikan penumpang kini dijaga oleh Thai Lion Air dan usaha sedang diambil untuk menerbangkan mereka ke Kuala Lumpur menerusi satu penerbangan yang dijadualkan pada 3.45 petang ini waktu Thailand," kata kenyataan itu.
Malindo Air berkata pihaknya sedang meneliti punca masalah teknikal itu dan perkara berkenaan sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan termasuk pengeluar. - mstar
TOP
TLDM Temui Bangkai Kapal Berlanggar
Contoh kapal YTC M5.
KUANTAN: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Isnin menemui bangkai kapal tunda YTC M5 yang dilaporkan berlanggar dengan sebuah kapal dagang dan tenggelam di perairan Kuantan pada Khamis lepas. Laksamana Muda Markas Wilayah Laut 1, Datuk Azhari Abdul Rashid berkata kapal jenis hidrografi KD Mutiara berjaya mengesan kedudukan kapal tunda tersebut pada kedalaman 29 meter kira-kira satu batu nautika dari lokasi kejadian. "KD Mutiara tiba di lokasi kejadian pada 8 pagi Ahad untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat sehingga operasi ditangguhkan pada pukul 5 petang. "Namun pada pukul 7.30 malam, KD Mutiara berjaya mengesan objek yang disyaki kapal tunda tersebut dengan menggunakan sistem sonar dan berdasarkan analisis imej, didapati ciri-ciri objek itu menyamai kapal tunda YTC M5. "Operasi diteruskan pagi ini dan pasukan penyelam melakukan penyiasatan terhadap objek yang dikesan dan pada pukul 10.45 pagi Isnin mengesahkan ia adalah kapal tunda yang tenggelam itu," katanya kepada pemberita di jeti pangkalan di sini. Dalam kejadian itu, enam kru bot tunda itu termasuk seorang warga tempatan hilang selepas bot tunda mereka dilapor dilanggar sebuah kapal dagang di kedudukan 9.1 batu nautika dari Tanjung Gelang dalam perairan Kuantan. Pada Ahad pasukan polis marin berjaya menemui mayat dua daripada kru itu secara berasingan kira-kira 11 batu nautika dan 11.5 batu nautika dari Tanjung Gelang. Azhari berkata dengan penemuan bangkai kapal tunda itu, TLDM turut menamatkan penglibatan mereka dalam operasi mencari dan menyelamat hari ini. Manakala pasukan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan polis marin akan meneruskan usaha pencarian baki kru yang masih belum ditemui. - mstar

Rayuan Kes Liwat: Anwar Dakwa Pendakwaraya Berhujah Berdasarkan Politik
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak pendakwaan berhujah berdasarkan fakta saintifik dan bukan dari segi politik dalam membuktikan dakwaan beliau meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Tegas Ketua Pembangkang itu, isu DNA yang menjadi perkara utama dibangkitkan pasukan pembelaannya perlu dibentangkan dengan bukti saintifik tanpa mengelirukan barisan hakim.
"Kena faham DNA itu adalah sains, bukan politik. Jadi (hujah yang dibentangkan pihak pendakwa) ada fakta, ada juga yang tidak. Ada yang sahih dan ada yang tidak.
"Perkara ini dijadikan mainan dan sentimen politik...itu tidak akan membantu (menguatkan fakta kes) melainkan hakim-hakim tertinggi terkeliru," katanya kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan di sini, Isnin.
Mengulas lanjut Anwar bagaimanapun yakin panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria tidak akan terkeliru dengan hujahan pihak pendakwaan yang dianggap cuba mengelirukan mahkamah.
"Tapi saya tak fikir begitu (terkeliru) kerana saya lihat berbeza dengan pengalaman sebelum ini apabila hakim memberi perhatian yang cukup teliti terhadap hujah yang dikemukakan," katanya.
Selain itu Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut melahirkan kekecewaanya apabila ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sekali lagi membangkitkan mengenai kredibiliti peguam utama pembelaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.
Gopal Sri Ram merupakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.
"Pihak pendakwa persoalkan tentang kedudukan Datuk Seri Gopal Sri Ram. Mereka patut hormat hak saya untuk memilih peguam yang saya anggap mampu mengetuai pasukan ini.
"Biarlah saya selesa dengan seorang yang ada keupayaan mengemukakan fakta dan undang-undang," katanya. - mstar
TOP
130 Anggota Penyelamat Bantu Cari Pelajar Hilang
Anggota Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat menggunakan anjing pengesan dalam operasi mencari Ahmad Rafikin Azman.
HULU TERENGGANU: Operasi mencari dan menyelamat seorang pelajar Tingkatan Empat yang hilang sewaktu menyertai acara maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang di sini sejak Sabtu lalu diteruskan dalam skala besar dengan melibatkan 130 anggota pasukan penyelamat. Timbalan Ketua Polis Hulu Terengganu, ASP Rosli Amir berkata operasi mencari Ahmad Rafikin Azman, 16, yang masuk hari kedua pada Isnin melibatkan pertambahan 35 anggota tentera dari Kem Rejimen Askar Melayu Diraja Seberang Takir, Kuala Terengganu berbanding 92 anggota penyelamat pada Ahad. "Operasi pencarian hari ini dipertingkatkan dan diperluaskan sehingga satu kilometer dari jarak dan laluan asal. "Ia juga melibatkan pencarian di darat dan pesisir sungai dengan bantuan pasukan tentera yang telah memulakan operasi mencari sejak 8 pagi tadi," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian. Menurut beliau, walaupun usaha pencarian turut dibantu empat ekor anjing pengesan dari jabatan bomba dan polis semalam, namun setakat ini pihaknya masih belum menemui sebarang petunjuk baharu dalam usaha mencari dan menyelamat pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu. Ahmad Rafikin dilaporkan hilang setelah tidak menamatkan perlumbaan maraton Gunung Gajah Terom dan bapanya Azman Othman, 50, membuat laporan polis kira-kira 6 petang Ahad. Azman sebelum itu memaklumkan kepada pihak penganjur bahawa beliau tidak menemui Ahmad Rafikin yang sepatutnya diambilnya kira-kira 3 petang selepas acara itu. Operasi mencari dan menyelamat yang membabitkan anggota pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Rela, tentera serta penduduk kampung turut disertai anggota keluarga mangsa. Kes kehilangan pelajar ini turut mendapat perhatian pelbagai pihak yang tampil secara sukarela untuk mencari mangsa, antaranya kumpulan pendaki gunung Persatuan Kembara Negara yang bersama Anggota Dewan Undangan Negeri Telemong, Datuk Rozi Mamat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri. - mstar

Rayuan Kes Liwat Anwar Ditangguh
PUTRAJAYA: Prosiding pendengaran rayuan terakhir kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung pada hari kelima di Mahkamah Persekutuan pada Isnin ditangguhkan ke Selasa.
Ketua Pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, sehingga kini beliau selesai membentangkan kira-kira 65 peratus daripada keseluruhan hujahnya.
Menurut beliau, hujahan pihak pendakwaan akan disambung semula pada 9 pagi Selasa.
"Saya akan menyambung hujah esok dan saya jangka boleh habiskan sehingga tengah hari.
"Kemudian saya difahamkan mahkamah akan memberi laluan kepada pihak pembelaan untuk menyampaikan hujahan balas pada sesi petang esok," katanya ketika ditemui pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan di sini, Isnin. - mstar
TOP
SPAD Perlu Tetapkan Garis Panduan Laksana Tambang Fleksibel - PPPBSM
PETALING JAYA: Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyediakan satu garis panduan mengenai penetapan kadar tambang bas sekolah yang fleksibel bermula awal tahun depan.
Presidennya, Amali Munif Rahmat berkata, sehingga hari ini, SPAD hanya menegaskan kadar tambang bas sekolah akan diputuskan menerusi rundingan bersama diantara ibu bapa dan juga pengusaha bas sekolah.
Namun, katanya, tiada garis panduan disediakan mengenai bagaimana keputusan penetapan harga itu boleh dicapai antara kedua-dua pihak tanpa wujud sebarang permasalahan.
Jelas Amali, pengusaha bas sekolah perlu membuat rundingan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di kira-kira 10,001 buah sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia.
"Bayangkan kita perlu berunding untuk mendapatkan konsensus dengan PIBG di 10,001 buah sekolah... ini bukan kerja mudah. Malah, saya rasa ia agak mustahil dan sukar untuk dilaksanakan.
"Bagaimana kita hendak bertemu dengan semua PIBG dalam masa kurang dua bulan dari sekarang. Kita tak tahu macam mana nak mulakan, tiada garis panduan disediakan untuk melaksanakan perkara ini," katanya kepada mStar Online pada Isnin.
Menurut beliau, PIBG di salah sebuah sekolah yang ditemuinya baru-baru ini juga tidak tahu mengenai perkara itu kerana mereka tidak mendapat sebarang arahan daripada Kementerian Pendidikan.
Amali Munif Rahmat.
"Mereka beritahu saya, tidak tahu mengenai rundingan dengan pengusaha bas sekolah untuk menetapkan kadar tambang yang baharu. Mereka kata mereka dibawah Kementerian Pendidikan dan tidak dimaklumkan apa-apa mengenainya. Jadi bagaimana harga tambang fleksibel dapat dicapai?," katanya. Jelas beliau, kadar tambang asas bas sekolah di bandar yang diguna pakai sebelum ini diwartakan dibawah Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pada 2009 iaitu RM27.43 bagi satu kilometer pertama dan RM2.02 setiap kilometer seterusnya. "Kadar itu sudah tidak relevan untuk digunakan pada hari ini berikutan kenaikan harga minyak dan peningkatan kos operasi. Malah, harga itu juga tidak boleh diguna pakai lagi kerana SPAD mahukan harga rundingan antara pengusaha bas dan ibu bapa. "Jadi kami keliru kerana jika kami menaikkan tambang, SPAD kata akan kenakan tindakan. Kadar harga lantai dan siling pun tidak ada bagaimana kami nak tentukan tambang yang berpatutan?," soalnya. Justeru, beliau berkata, SPAD perlu mewartakan kadar tambang asas kerana ia akan menjadi garis panduan kepada pengusaha bas sekolah untuk menetapkan tambang pada harga berpatutan. "SPAD perlu mewartakan tambang asas sendiri selepas mengambil alih fungsi daripada LPKP, bukannya membiarkan kadar tambang ditentukan mengikut pasaran semasa. "Perkhidmatan bas sekolah adalah satu keperluan, jadi tambang perlu dikawal oleh kerajaan bukannya diapungkan mengikut harga pasaran. Mengapa kami sering kali dijadikan bahan uji kaji SPAD," katanya. Malah, beliau berkata, cadangan yang dikemukakan PPPBSM supaya kadar tambang bas sekolah dinaikkan sehingga 40 peratus perlu dipertimbangkan sebagai harga asas bermula tahun depan. "Sebagai contoh, kenaikan antara RM5 hingga RM10 dirasakan wajar pada hari ini selepas mengambil kira peningkatan kos operasi dan bahan api. Mungkin cadangan itu perlu dipertimbangkan kerana tiada harga asas pada ketika ini," katanya. Sementara itu, jelas Amali, SPAD sepatutnya menjadi orang tengah yang akan memantau proses rundingan antara pengusaha bas dan ibu bapa agar keputusan yang dicapai dapat memuaskan hati kedua-dua pihak. "Sehingga hari ini kami pun masih keliru mengenainya. Kami belum putuskan apa yang akan dilakukan sekiranya kata putus mengenai kadar tambang baharu gagal dicapai. Kita akan bincangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan pada 16 Disember ini," katanya. Pada 3 Oktober lalu, SPAD mengumumkan akan menguatkuasakan kadar tambang bas sekolah yang lebih fleksibel bermula Januari 2015. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, pendekatan itu diambil selepas SPAD mendapat maklum balas daripada pihak pengusaha bas serta penilaian terhadap kenaikan kos operasi bas. “Berikutan itu, SPAD berpendapat bahawa dengan penguatkuasaan kadar tambang bas sekolah yang lebih fleksibel akan membantu merangsang pengendali bas sekolah menawarkan perkhidmatan lebih baik," katanya. Ujar beliau, penguatkuasaan kadar tambang fleksibel tersebut bergantung kepada hasil persetujuan pihak ibu bapa pelajar dan pengusaha bas. - mstar

Banduan Dilatih Jadi Pemandu Bas Profesional
PETALING JAYA: Masalah kekosongan kira-kira 20,000 jawatan pemandu termasuk pemandu bas di negara ini dijangka dapat diatasi apabila sebahagiannya bakal diisi oleh bekas banduan tidak lama lagi.
Inisiatif hasil kerjasama Jabatan Penjara, Metro Driving Academy dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bakal direalisasikan menerusi Program Kerjaya Pemanduan Kenderaan Perdagangan untuk melatih banduan menjadi pemandu bas yang profesional.
Ketua Seksyen Vokasional dan Industri Jabatan Penjara, Datuk Mohd Sakeri Abdullah berkata, program itu merupakan salah satu usaha memulihkan bekas banduan apabila mereka dibebaskan dengan jaminan pekerjaan.
“Kita berharap apabila banduan sudah mempunyai kerja selepas dibebaskan, ia dapat menjamin kehidupan baharu mereka malah membina masa depan yang lebih baik.
“Saya difahamkan terdapat lebih 20,000 kerjaya pemandu termasuk 10,000 jawatan pemandu bas di pasaran dan kekosongan ini seharusnya diisi dengan baik.
“Pada masa ini, seramai 30 banduan telah menyertai program tersebut sebagai kumpulan perintis pertama,” katanya kepada mStar Online dalam satu temuramah di Ibu Pejabat Jabatan Penjara di Kajang, baru-baru ini.
Mohd Sakeri berkata, syarat penyertaan yang dikenakan ialah banduan yang berbaki hukuman maksimum setahun dengan kesalahan jenayah ringan dan bukan disebabkan dadah.
Pemilihan peserta program perintis ini dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan yang terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Penjara, JPK dan Metro Driving.
Menurut Mohd Sakeri, program ini turut sebagai mekanisme pemantauan secara tidak langsung terhadap banduan mengenai hala tuju mereka apabila dibebaskan nanti.
“Kita mahu mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap bekas banduan dengan melihat golongan ini mampu bekerja secara profesional dengan memberi perkhidmatan yang menyakinkan kepada orang awam.
“Setiap inisiatif dan usaha Jabatan Penjara dalam memulihkan banduan adalah untuk memastikan kadar residivis atau kes banduan berulang menjadi sifar,” katanya.
Mengenai keselamatan, katanya, pegawai penjara akan bertindak sebagai pengiring yang memantau pergerakan banduan sepanjang latihan di dalam dan luar penjara.
“Banduan-banduan ini dalam proses untuk dimasyarakatkan dan pengawasan diperlukan sebagai panduan untuk mereka menyesuaikan diri,” tambah Mohd Sakeri.
Selain latihan pemanduan, banduan turut diberi pemahaman dari segi teknikal dan penyelenggaraan bas.
Sementara itu, Pengarah Urusan Metro Driving Academy, Mat Aris Bakar pula berkata, dengan kerjasama JPK, program ini berpandukan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) untuk pemandu komersial. “Jaminan pekerjaan bermula sebagai pemandu dan diakhiri dengan kerjaya pengurus pengangkutan, satu kemahiran individu secara berterusan yang diperlukan industri. “Ia bukan sahaja tentang memandu, tetapi dari segi teknikal, komunikasi, personaliti, etika pemanduan dan khidmat pelanggan cemerlang,” katanya. Menurut Mat Aris, banduan ini akan dilatih selama 600 jam sepanjang tempoh enam bulan sejak Jun lalu sehingga Disember ini dalam bidang pemanduan. Tambahnya, Metro Driving bertanggungjawab dalam menyediakan kepakaran melatih dan menyediakan peluang pekerjaan sebagai pemandu profesional. “Latihan itu meliputi 40 peratus teori dan 60 peratus praktikal. Kita mempunyai pegawai penilai yang akan menilai mereka selepas selesai latihan teori. “Apabila praktikal banduan itu terbukti mencapai tahap yang dikehendaki, mereka akan diberikan sijil kemahiran,” katanya sambil menambah bahawa Metro Driving setakat ini teah melatih lebih setengah juta orang bagi semua kategori pemandu. Beliau berkata, program tersebut akan memanfaatkan syarikat-syarikat bas dari segi perolehan pemandu berkemahiran dan kumpulan pengurusan profesional. “Ia juga sebagai langkah mengurangkan kadar kemalangan membabitkan kenderaan perdagangan dan menjadikan sistem pengangkutan awam lebih cekap. “Selain turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi lebih baik, kita mahu menunjukkan pemandu bukan lagi hanya bekerja dan bersara sebagai pemandu, tetapi lebih daripada itu dengan memegang jawatan tertinggi dalam pengurusan,” katanya. Pada masa ini, lebih 10 syarikat pengendali perkhidmatan bas yang bekerjasama dengan Metro Driving seperti Rapid, Konsortium Nasional Bhd dan Maraliner. - mstar

Program Latih Banduan Jadi Pemandu Bas Perlu Dijamin Kualiti - Industri
PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) meminta supaya program untuk melatih banduan sebagai pemandu bas profesional diberikan jaminan dari segi kualiti dan keberkesanannya.
Masalah kekurangan pemandu bas pada masa ini secara tidak langsung menjejaskan kualiti perkhidmatan mereka dan menyebabkan jaminan itu dititikberatkan oleh semua pihak bukan sahaja pengusaha bas bahkan penumpang.
Presiden PMBOA, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, kurangnya permintaan terhadap jawatan itu turut menyebabkan segelintir pemandu bas tidak berdaya saing.
Jelasnya, pemandu bas menyedari khidmat mereka amat diperlukan dalam industri menyebabkan di kalangan mereka tidak berusaha untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.
"Antara mereka mungkin tak berdisplin atau kerja sambil lewa. Jika dipecat, mereka masih boleh dapat kerja di syarikat bas lain kerana khidmat mereka tetap diperlukan.
“Program latihan untuk menjadi pemandu bas profesional amat dialu-alukan, bukan sahaja dapat membantu mengisi kekosongan jawaran tetapi mereka berkualiti.
“Kita berharap agar program ini dapat memberikan jaminan dari segi kualiti dan profesionalisme mereka (peserta program) sebagai pemandu bas,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai Program Kerjaya Pemanduan Kenderaan Perdagangan yang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara dengan kerjasama Metro Driving Academy dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk melatih banduan untuk menjadi pemandu bas profesional apabila dibebaskan kelak.
Menurut Mohamad Ashfar, PMBOA yang dianggotai 120 syarikat bas dengan lebih 3,000 bas dan kira-kira 8,000 pemandu bas di seluruh negara berharapan dengan masalah kekurangan 20 peratus atau hampir 2,000 jawatan pemandu bas.
“Kita bukan sahaja memerlukan lebih ramai lagi pemandu bas tetapi mahu juga golonan ini mempunyai minat dan kemahiran untuk memberi perkhidmatan kepada orang awam,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Bhd (KTB), Tengku Mohd Hasmadi Tengku Hashim berkata, tiada halangan buat bekas banduan menjadi pemandu bas sekiranya mereka bersedia untuk berubah dan bekerja secara jujur.
“Mereka juga manusia biasa seperti orang lain yang pernah melakukan kesilapan dan perlu diberikan ruang dan peluang. Kita boleh terima mereka secara baik.
“Jadi pemandu bas ini bagus kerana ia merupakan kerjaya yang memberikan gaji paling tinggi untuk kelayakan paling rendah jika dibandingkan dengan pekerjaan lain.
“Mereka juga dapat bantu masalah kekurangan pemandu bas. Pada masa ini, kita terpaksa meminta pemandu bas sedia ada untuk kerja lebih masa dan masalah akan terjejas teruk apabila segelintir mereka mengambil cuti, sakit atau bersara,” katanya sambil menambah KTB kekurangan lebih 300 pemandu bas henti-henti.
Sehubungan itu katanya, Jabatan Penjara diminta supaya memperluaskan proram berkenaan dengan menarik lebih banyak penyertaan termasuk banduan wanita.
Bagi Pengurus Utama Ekspres, Tajudin Mohamad Yunus berkata, penyertaan bekas banduan sebagai pemandu bas perlu dipantau bersama oleh Jabatan Penjara.
Beliau yang juga Presiden Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) berkata, pemantauan itu bertujuan untuk menilai prestasi bekas banduan terbabit dan keberkesanan program dalam tempoh tertentu.
“Contohnya, tempoh enam bulan atau setahun. Jika mereka bermasalah, kita boleh ambil tindakan dan bincang dengan Jabatan Penjara apakah tindakan itu,” katanya.
Menurut Tajudin, penilaian tersebut adalah sebagai jaminan kepada permulaan kerja bekas banduan sebagai prospek kerjaya yang baik dalam bidang pengangkutan.
“Macam mana mereka dilatih di dalam (penjara), macam itulah mereka dapat lakukannya di luar nanti. Kita mahu mereka benar-benar terus berkembang,” katanya. - mstar
TOP
Berita Baik! Rebat 30% Jika Lalu Tol Batu Tiga, Sungai Rasau
KUALA LUMPUR – Pengguna tol elektronik di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau akan terus menikmati rebat sehingga 30 peratus sehingga hujung tahun ini.
Pengarah Urusan Plus Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Noorizah Abdul Hamid melalui satu kenyataan berkata tawaran rebat yang diberikan sejak 1 September lepas dilanjutkan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol menggunakan kad Plusmiles, Touch ‘n Go atau SmartTag.
Rebat 30 peratus diberikan kepada pengguna yang membayar tol elektronik pada bukan waktu puncak iaitu antara 10 pagi hingga 3.59 petang dan 10 malam hingga 5.59 pagi, manakala rebat 10 peratus diberikan pada waktu puncak antara 6 pagi hingga 9.59 pagi dan 4 petang hingga 9.59 malam.
“Secara puratanya, pengguna yang tinggal di Klang dan berulang-alik ke Kuala Lumpur melalui kedua-dua plaza tol itu dapat berjimat lebih daripada RM40 sebulan apabila membayar tol secara eletronik pada waktu bukan puncak,” katanya.
Rebat itu telah memanfaatkan kepada hampir 842,000 pemegang kad Plusmiles dan Touch ‘n Go yang layak untuk menerima rebat keseluruhan berjumlah RM1.2 juta pada bulan terbabit.
“Selain itu, orang ramai berpeluang mendapatkan SmartTag dengan harga promosi RM99 berbanding harga asal RM120 seunit selagi stok masih ada. Harga promosi diberikan kepada orang ramai yang menambah nilai kad sebanyak RM30 di Pusat Khidmat pelanggan Plaza Tol Batu Tiga, Sungai Rasau, Subang dan Setia Alam,” katanya.
Pengguna juga boleh mendapatkan kad Plusmiles dan Touch ‘n Go (dengan nilai prabayar RM5) dengan harga promosi RM5 di lorong-lorong tambah nilai dan Pusat Khidmat Pelanggan yang beroperasi di keempat-empat plaza tol berkenaan. – BERNAMA
TOP
PAS Mungkin Saman Ku Nan Sebab Kata PAS Sesat
Parti PAS kini melihat kemungkinan memfailkan saman ke atas Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu adalah sesat.
Memetik laporan portal Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata pihaknya akan merujuk kepada Lajnah Undang-Undang PAS bagi tindakan susulan.
“Kita mengecam kenyataan Tengku Adnan yang menuduh PAS sebagai sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat Islam.
“Kita akan mendapatkan nasihat daripada Lajnah Undang-Undang bagi mempertimbangkan tindakan undang-undang kepada Setiausaha Agung Umno itu,” katanya seperti dilapor portal itu.
Tengku Adnan didakwa berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama UMNO di Kuala Lumpur semalam.
Sementara itu, laporan The Malaysian Insider (TMI) berkenaan ucapan itu menunjukkan Tengku Adnan berkata UMNO merupakan sebuah parti Melayu yang memastikan akidah umat Islam di negara ini terus terpelihara.
“Tidak ada parti seperti Umno, saya hendak beritahu. Kalau kata PAS itu Islam, pada saya, PAS itu parti mengajar ajaran sesat. Parti yang akan memesongkan akidah.
“Berapa surau, masjid yang PAS bangunkan? Yang mereka tahu, pecah belahkan kita. Memesongkan akidah kita.
“Dia yang mulakan sembahyang dua imam, mengatakan sembelihan orang Umno tidak boleh makan, (mengatakan) imam yang digaji Umno tidak sah menikahkan anak kita,” katanya.
Menurut laporan itu lagi, taman asuhan kanak-kanak yang dibentuk oleh PAS juga hanya bertujuan merosakkan minda kanak-kanak di peringkat awal.
“Kita jangan lupa, Umno sedang menghadapi cabaran puak PAS yang mendidik anak-anak mereka sejak kecil, dan sekarang sudah besar, mengatakan Umno ini taghut, kafir.
“Mereka tanamkan semangat ini sejak kecil. Bagaimana kita hendak kekang? Ini cabaran,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
TOP
JPN Pastikan Calon SPM Terlibat Bencana Alam Tidak Tercicir
ALOR SETAR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah akan memastikan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak tercicir sekiranya mereka terlibat dalam bencana alam seperti banjir dan puting beliung.
Pengarahnya Datin Azuyah Hassan berkata sekiranya terdapat calon yang terlibat dalam bencana alam, Jawatankuasa Payung yang terdiri daripada guru, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru bertanggungjawab untuk mencari serta membawa pelajar itu ke pusat peperiksaan.
Katanya pelajar yang terlibat dengan bencana alam akan ditempatkan di asrama sekolah mereka buat sementara waktu bagi membolehkan mereka mengambil peperiksaan itu seperti biasa walaupun tanpa berpakaian sekolah.
Beliau berkata sekiranya pusat peperiksaan dilanda bencana alam seperti banjir, calon peperiksaan akan ditumpangkan di pusat peperiksaan lain agar mereka tidak tercicir dalam peperiksaan penting itu.
“Sekiranya berlaku banjir besar di negeri ini JPN dan PPD akan mencari pelbagai alternatif bagi membolehkan calon mengambil peperiksaan tersebut seperti biasa,” katanya pada sidang media di Kolej Sultan Abdul Hamid di sini Isnin.
Azuyah berkata dua hari lepas sebuah pusat peperiksaan di Ma’ahad Al-Imam Al-Syafie di Pendang dilanda banjir dan pihaknya telah bersedia untuk menempatkan enam calon sekolah itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ibrahim yang terletak tidak jauh dari sekolah agama berkenaan.
“Ini langkah awal yang kita ambil dan saya bersyukur sebab air mula surut semalam dan hari ini pusat peperiksaan tersebut boleh digunakan seperti biasa dan tiada calon tumpang,” katanya.
Katanya persiapan itu dilakukan disebabkan hujan yang sering berlaku pada waktu petang ketika ini, yang telah mengakibatkan berlakunya banjir di beberapa kawasan di negeri ini.
Seramai 36,526 pelajar menduduki peperiksaan SPM di 280 pusat peperiksaan di seluruh negeri. – BERNAMA
TOP
Piala Malaysia: Mat Yo Tak Salah – Bojan Hodak
Kuala Lumpur – Bojan Hodak tidak menyalahkan penyerang Norshahrul Idlan Talaha selepas Harimau Selatan gagal menjuarai Piala Malaysia, malam kelmarin.
Penyerang kebangsaan kelahiran Terengganu itu gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila penjaga gol Pahang, Khairul Azhan Khalid menyelamatkan sepakan lemahnya sekali gus membolehkan Pahang melakar kemenangan 5-3 untuk muncul juara buat kali kedua berturut-turut. Kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas aksi 120 minit.
“Sudah pasti bagi dia, ia kekecewaan yang besar. Mungkin sepanjang karier dia akan kenangkannya, namun ia sebahagian daripada bola sepak dengan seseorang pemain akan terlepas peluang dan ada yang menjaringkan gol,” jelas jurulatih Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu.
Terdahulu tiga pemain Johor DT, Luciano Figueroa, Jorge Pereyra Diaz dan Hariss Harun berjaya menewaskan Khairul Azhan, namun Norshahrul yang hadir sebagai pemain gantian meranapkan impian Harimau Selatan untuk meraih kejuaraan berganda selepas menjuarai Liga Super.
“Bagus untuk dia melupakan dan fokus kepada tugas seterusnya selepas ini. Jika mentalnya cukup kuat, dia akan tampil sebagai pemain pertama mengambil sepakan penalti lain kali. Ini yang membezakan seorang pemain utama dan mempunyai karakter,” kata pengendali dari Croatia itu yang masih mempunyai baki setahun kontrak. – myMetro Online
TOP
Lari Maraton Guna Kasut Tumit Tinggi
LONDON – Seorang wanita di sini berazam mencipta rekod dunia sebagai individu pertama menamatkan larian maraton dengan memakai kasut tumit tinggi.
Wanita itu, Natalie Eckert, 37, merancang menyertai larian Maraton London pada April tahun depan sejauh 42 kilometer dengan memakai sepasang kasut yang mempunyai tumit setinggi 12.7 sentimeter. Ibu kepada dua orang anak itu berkata, dia menjalani latihan berlari dengan memakai kasut tumit tinggi selama dua hari seminggu sebagai persediaan menyertai pertandingan maraton tersebut. Walaupun tidak pernah menyertai larian maraton sebelum ini, Eckert yakin dia mampu menamatkan larian tersebut dengan memakai kasut tumit tinggi dan berazam menamatkan larian dalam tempoh empat jam. “Saya sangat menyukai kasut tumit tinggi dan ketika di sekolah rakan-rakan pernah mentertawakan saya kerana memakai kasut tumit tinggi ketika menyertai sukan di sekolah,” katanya. Menurutnya, dia merancang untuk mengutip dana berjumlah £5,000 (RM26,437) ketika menyertai larian tersebut dan wang berkenaan akan didermakan kepada sebuah badan amal. – Agensi

Kemenangan KIL DI FFM 26 Usah Dipertikaikan
Salah satu babak dalam filem KIL yang dibintangi oleh Redza Minhat dan Cristina Suzanne.
SEREMBAN – Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB), Tengku Iesta Tengku Alauddin tidak mahu kejayaan filem KIL merangkul filem terbaik termasuk meraih lima anugerah pada malam anugerah perdana, Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM 26) malam Sabtu lalu dipertikaikan lagi oleh beberapa pihak. Tengku Iesta berkata, filem tersebut mempunyai kekuatan tersendiri yang melayakkan ia dipilih sebagai pemenang utama bagi anugerah berprestij FFM 26. “Saya harap kejayaan ini tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak dengan sindiran-sindiran tajam. Ia adalah rezeki dan tidak baik untuk terus dipertikaikan. “Saya yakin kemenangan ini dipilih oleh juri yang melihat ada sesuatu yang istimewa dalam filem ini seperti mana ketika pertama kali dengar idea ini daripada pengarahnya Nik Amir,” ujarnya kepada mStar Online. Tengku Iesta berkata demikian ketika ditemui selepas Festival Filem Malaysia ke-26 yang diadakan di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sg. Gadut, di sini, malam Sabtu. Filem Kil diumum sebagai Filem Terbaik, dan merangkul empat anugerah lain iaitu Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik menerusi Nik Amir Mustapha, Pelakon Harapan Wanita (Cristina Suzzane) dan Poster Terbaik. Filem ini menewaskan empat filem lain iaitu Penanggal, Rock Oo, Sembunyi: Amukan Azazil, dan KL Gangster 2. Sementara itu, katanya, kejayaan besar itu menjadi laluan kepada muka baharu untuk diberi peluang bersaing dalam industri perfileman tanah air. Tambah Tengku Iesta, pihaknya sentiasa memberi peluang kepada pelapis baharu untuk menampilkan karya-karya mereka. “Kemenangan ini adalah tidak disangka sama sekali kerana filem ini merupakan filem genre yang berbeza daripada filem-filem yang tercalon dan ia daripada pendatang baharu. “Selepas ini memang kami akan buka peluang kepada muka baharu yang tampil dengan karya-karya berkualiti,” ujarnya. Dalam pada itu, Tengku Iesta berkata, kejayaan pengarah dan produksi filem KIL dapat memberi contoh terbaik dan pembakar semangat kepada pengarah dan penulis baharu yang berada dibelakang tabir untuk terus menghasilkan karya hebat. “Kita harap kejayaan ini memberi semangat kepada penggiat filem lain untuk tampil dengan idea yang baik dan bersaing pada masa hadapan,” katanya. Sementara itu, Tengku Iesta berkata, kekuatan filem KIL adalah daripada konsep idea yang mengangkat isu semasa tentang masalah remaja masa kini. Tambahnya, kejayaan filem berskala kecil itu juga seiring dengan tema FFM 26 iaitu Tranformasi Filem Malaysia. “Jika ingin dibandingkan memang filem ini mempunyai skala kecil berbanding empat filem lain. Tetapi saya lihat ia bersesuaian dengan tema FFM 26 kali ini. “Kekuatan filem ini adalah daripada idea tentang masalah generasi sekarang yang sering tertekan dan menghadapi masalah kemurungan,” ujarnya. – mStar Online

Pemuda Sanggup Berhenti Kerja Demi Cinta
Henan – Seorang pemuda berusia 24 tahun di Shandong sanggup berhenti kerja dan berpindah ke Henan untuk menjaga kekasihnya yang menghidap barah.
Yu Haining menjalinkan hubungan dengan teman wanitanya, Fan Huiziang, 25, sejak lima tahun lalu.
Selepas mengetahui kekasihnya itu disahkan menghidap barah Jun lalu, dia serta-merta meletakkan jawatan untuk menjaganya.
Yu bersungguh-sungguh mahu mengahwini Fan secepat mungkin.
“Tidak kira apa yang berlaku pada masa depan, saya akan sentiasa bersamanya,” kata lelaki itu kepada wartawan ketika ditemui di hospital di Henan.
“Kerana cinta, saya memegang erat tangan kamu. Kerana cinta juga, saya mengharapkan keajaiban. Saya berharap sangat anda bersetuju menjadi isteri saya dan terima saya menjadi suami kami,” kata Yu kepada kekasihnya itu.
Fan pula berkata, perasaannya bercampur-aduk walaupun mengaku bercita-cita untuk mendirikan rumah tangga dengan Yu.
“Semua wanita mahu berkahwin. Tetapi saya tidak pasti berapa lama lagi saya boleh hidup. Jika saya bersetuju menerima lamarannya dan meninggalkannya kemudian, apa yang boleh dia lakukan,” kata wanita itu.
Kisah cinta Yu itu mendapat pujian ribuan pengunjung laman sosial.
Seorang pengunjung menulis: “Anda meyakinkan saya mengenai cinta.” – Agensi
TOP
Perasuah Simpan Wang RM109 Juta Di China
BEIJING – Pasukan siasatan antirasuah China mengesahkan rampasan wang tunai berjumlah AS$33 juta (RM109 juta) dari kediaman seorang pegawai tinggi pada Mei lalu yang merupakan kes tangkapan terbesar di negara itu.
Seorang pendakwa raya memberitahu, empat daripada 16 mesin mengira wang rosak ketika mereka mengira wang tunai yang dirampas dari rumah seorang pegawai tenaga, Wei Pengyuan yang disiasat atas tuduhan rasuah.
Rampasan tersebut kali pertama dilaporkan oleh media di China pada Mei lalu tetapi baru disahkan oleh seorang pegawai pendakwa raya antirasuah, Xu Jinhui.
Pengyuan yang merupakan timbalan pengarah bahagian perlombongan arang batu di Pentadbiran Tenaga Kebangsaan disiasat atas tuduhan rasuah pada Mei lalu susulan penemuan wang tunai yang disembunyikan tersebut.
Sehingga September tahun ini sahaja, kerajaan China telah menghukum lebih 13,000 pegawai yang didapati bersalah menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa.
Perang memerangi rasuah itu adalah janji Presiden China, Xi Jinping yang dilantik memerintah negara tersebut pada tahun 2012.
Beliau sebelum ini berjanji kempen itu menyasarkan ‘harimau’ dan ‘lalat’ yang bermaksud tiada siapa yang boleh terlepas termasuk pegawai tertinggi negara berkenaan.
Sejak kempen itu dilancarkan beberapa tokoh politik terkemuka termasuk timbalan pengerusi parlimen dan bekas menteri pertahanan turut disiasat.
Beberapa penganalisis sebelum ini berpendapat kadar bunuh diri dalam kalangan pegawai tinggi kerajaan yang semakin meningkat kemungkinan berpunca daripada tekanan daripada kempen berkenaan. – Agensi
TOP
Russia Iktiraf Pilihan Raya Di Timur Ukraine, EU Tolak
ORANG ramai mengundi di pusat mengundi di bandar Sedove, timur Ukraine semalam. - Foto AFP
MOSCOW – Russia mengiktiraf keputusan pilihan raya pemberontak yang menimbulkan kontroversi di timur Ukraine namun Kesatuan Eropah (EU) menganggapnya tidak sah dan menjadi halangan baharu kepada penyelesaian konflik di rantau berkenaan. Russia sebaliknya menganggapnya sebagai perkembangan yang akan membantu mewujudkan semula ‘kehidupan normal’ di rantau itu. “Kami menghormati kehendak penduduk di tenggara (Ukraine). Mereka yang dipilih memperoleh mandat untuk menyelesaikan isu bagi mewujudkan semula kehidupan normal di rantau berkenaan,” kata Kementerian Luar Russia dalam satu kenyataan hari ini. Di BRUSSELS, Kesatuan Eropah menyatakan pilihan raya yang diadakan semalam oleh pemberontak pro-Russia di timur Ukraine adalah tidak sah, justeru tidak akan diiktiraf kerana akan mewujudkan halangan baharu kepada resolusi konflik di kawasan berkenaan. “Saya anggap pilihan raya hari ini sebagai halangan baharu dalam usaha mencari perdamaian di Ukraine,” kata Ketua Hal Ehwal Luar EU, Federica Mogherini dalam satu kenyataan. Mogherini berkata, pilihan raya itu bercanggah dengan semangat gencatan senjata seperti terkandung dalam perjanjian damai Kiev yang ditandatangani dengan pemberontak September lalu serta disokong oleh masyarakat antarabangsa dan Russia. Protokol Minsk itu menetapkan bahawa pilihan raya di kawasan dikuasai pemberontak itu akan diadakan mengikut peruntukan undang-undang Ukraine pada Disember depan. Namun pihak pemberontak menolak cadangan ini dan menganjurkan pilihan raya mereka sendiri selepas Ukraine mengadakan pilihan raya pada 26 Oktober lalu, yang dihalang oleh pemberontak berkenaan daripada diadakan di kawasan mereka. Mogherini berkata, pilihan raya yang ditetapkan di bawah perjanjian Minsk adalah sah bagi memilih pihak berkuasa tempatan di bahagian berkenaan di Ukraine. “Saya menggesa semua pihak supaya bekerja bagi memastikan pilihan raya itu berjalan lancar,” katanya. – AFP

CCTV Di Bilik Kebal Untuk Elak Kebocoran Soalan SPM
KUALA LUMPUR – Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) pada 526 buah bilik kebal yang menyimpan kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diharap dapat mengelak berlaku kebocoran soalan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata langkah segera untuk memperketat kawalan keselamatan aliran perjalanan kertas soalan SPM telah dilakukan ekoran kejadian kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum ini.
“Ini termasuk cara penyediaan soalan dan sehingga pembungkusan. Jika ada berlaku ‘tampering’ (diusik) (ia) boleh dikenal pasti,” katanya pada sidang media selepas meninjau hari pertama peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kiaramas di sini Isnin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata penghantaran kertas soalan ke pusat peperiksaan turut dilakukan dengan bantuan kawalan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau juga memberitahu bahawa persediaan sewajarnya juga telah diambil di negeri-negeri yang berkemungkinan menghadapi banjir bagi memastikan peperiksaan dapat diteruskan dalam keadaan yang agak sempurna.
Muhyiddin turut mengucapkan selamat maju jaya dan menasihatkan calon supaya bertenang dan tidak berasa gugup semasa menjawab soalan serta mengaplikasi apa yang telah dipelajari di dalam kelas dan kelas tambahan dengan sebaik mungkin.
Sebanyak 455,839 calon SPM di 3,655 pusat peperiksaan seluruh negara menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu hari ini.
Daripada jumlah itu, 20 calon merupakan calon berkeperluan khas terencat akal, buta (23), bisu (1), pekak (208), rabun (134), spastik (26) dan lain-lain kecacatan (645).
Sebanyak 29,607 petugas peperiksaan dan 22,989 pemeriksa terlibat dalam SPM tahun ini yang akan berakhir pada 4 Dis depan. – BERNAMA
TOP
Israel Tutup Semula Sempadan Gaza
GAZA – Israel menutup dua sempadan ke Semenanjung Gaza selepas satu roket yang dilancarkan dari Palestin meletup di wilayah yang dikuasai oleh rejim Zionis berkenaan semalam, kata pegawai tentera.
“Pintu sempadan Erez dan Kerem Shalom yang merupakan pintu masuk kepada orang ramai untuk mendapatkan bekalan makanan kini ditutup sehingga arahan terbaharu dikeluarkan.
“Bagaimanapun, penutupan itu dikecualikan kepada urusan bantuan kemanusiaan,” kata seorang jurucakap tentera.
Katanya, tindakan itu diambil selepas satu roket ditembak dari arah Gaza dan mengenai kawasan Eshkol di selatan Israel pada Jumaat lalu. Tembakan itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan.
Kejadian tembakan itu merupakan serangan pertama yang dilakukan ke atas wilayah Israel sejak gencatan senjata dicapai pada 16 September lalu, sekali gus menamatkan perang selama 50 hari antara Israel dan pejuang Palestin.
Perang tersebut menyebabkan 2,140 penduduk Palestin terbunuh dan 73 lagi di pihak Israel.
Baru-baru ini ketegangan semakin memuncak apabila Israel menutup kawasan masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis daripada dimasuki umat Islam yang dipercayai sebagai cubaan untuk menguasai kawasan masjid berkenaan. – AFP
TOP
Jet Pejuang Kanada Lancar Serangan Pertama Terhadap IS
Gambar fail menunjukkan pesawat pejuang F-18 Hornet Kanada berlepas dari pangkalan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Aviano pada 12 Oktober 1998 lalu. Kanada melancarkan serangan udara pertama terhadap militan Negara Islam (IS) di Iraq semalam. - Foto REUTERS
TORONTO – Pesawat pejuang Kanada yang menyertai kempen pengeboman ke atas militan diketuai Amerika Syarikat (AS) di Iraq, melancarkan serangan udara pertamanya semalam. Satu kenyataan daripada pejabat Menteri Pertahanan Kanada, Rob Nicholson, menyatakan dua jet pejuang menyerang sasaran di kawasan Fallujah dengan bom berpandukan laser dan kembali dengan selamatnya ke pangkalannya di Kuwait. Kanada menggunakan enam pesawat CF-18 serta Polaris C-150 dan dua pesawat pemantau Aurora CP-140 dalam sumbangannya kepada kempen pengeboman terhadap kumpulan Negara Islam (IS) itu. Kira-kira 600 anggota tentera udara Kanada terbabit dalam operasi berkenaan. Berikutan permintaan daripada Amerika Syarikat, Parlimen Kanada bulan lalu meluluskan serangan udara itu. – AP

3 Beranak Maut MPV Bertembung Bas Ekspres Di Lipis
KUALA LIPIS – Tiga beranak maut manakala seorang lagi parah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Km 92 Jalan Lipis-Merapoh dekat sini awal pagi Isnin.
Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Nik Zainuddin Nik Mohamad, 58, isterinya Wan Akma Lailee Wan Aziz, 54, dan anak perempuan mereka Nik Lyana, 19.
Sementara anak lelaki mereka Ahmad Bahari, 15, cedera parah. Turut tercedera ialah pemandu bas terbabit Adnan Abdullah, 45.
Mereka dikejarkan ke Hospital Gua Musang.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata kesemua 43 penumpang bas dan seorang pembantu pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.
Abdul Razak berkata nahas berlaku pukul 2.05 pagi ketika keluarga tersebut dalam perjalanan dari arah Kota Baharu, Kelantan menghala Kuala Lumpur.
“MPV itu dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas express dua tingkat berkenaan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Kota Baharu.
“Akibat pertembungan itu, ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian,” katanya.
Mayat mereka dibawa ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat. – BERNAMA
TOP
Bengkel Kereta Musnah Dalam Kebakaran Di Tampin
TAMPIN – Sebuah bengkel kereta terbakar di Taman Industri Gunung Mas di sini malam tadi.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Khairuddin Saip berkata tiga buah kenderaan di bengkel itu dan sebuah kilang barangan terpakai di belakang bengkel turut musnah dalam kejadian kira-kira 9.34 malam itu.
Beliau berkata punca kebakaran masih disiasat.
Sebanyak 16 anggota termasuk dari balai Rembau dan Gemas dikejarkan ke tempat kebakaran dan dapat mengawal api dalam masa 15 minit, katanya. – BERNAMA
TOP
Najib & Sultan Hassanal Bolkiah Hadir Majlis Konsultasi Tahunan
PUTRAJAYA – Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri Konsultasi Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei kali ke-18 di sini hari ini.
Sultan Hassanal Bolkiah disambut Najib di Seri Perdana, venue bagi konsultasi itu berlangsung.
Konsultasi tahunan ini merupakan acara paling penting antara Malaysia dan Brunei Darussalam.
Ia membolehkan pemimpin kedua-dua negara melihat kembali kemajuan dua hala yang dicapai sebelum ini terutama berhubung pelaksanaan perjanjian yang dimeterai dalam Pertukaran Surat yang ditandatangani pada 2009.
Konsultasi diadakan sempena lawatan kerja tiga hari Sultan Hassanal ke Malaysia bermula Isnin.
Menurut Wisma Putra, selain isu dua hala, kedua-dua pemimpin akan turut bertukar-tukar pandangan dan idea mengenai isu serantau dan antarabangsa. – BERNAMA
TOP
GAMBAR : Hantu “Penanggal” Duduk Di Tikar Sejadah
Penampakan hantu yang dapat dirakam oleh teknologi seperti kamera sememangnya mengejutkan orang ramai lagi-lagi dapat melihat kewujudan makhluk paranormal itu secara realiti dengan mata kepala sendiri meskipun melalui sekeping gambar.
Terbaru, heboh di laman-laman sosial seperti Facebook mengenai tersebarnya sekeping gambar penampakan hantu hingga membuatkan pengguna sosial yang melihat gerun dan ketakutan.
Cuba anda perhatikan gambar ini, hantu ini dilihat mempunyai rambut yang amat panjang dan sedang duduk di tikar sejarah.
Alahai, kita yang tengok pun sudah seram sejuk apa entah lagilah yang dirasai pemilik rumah ini kan! Menurut sumber-sumber tertentu, hantu seperti ini dikenali sebagai hantu penanggal. Kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah rumah yang bersebelahan dengan pusat rawatan darussyifa yang terletak di Kuala Ibai, Terengganu. Memetik petikan Sukan Star Tv, sumber yang memberi gambar tersebut memberitahu gambar itu ditangkap secara tidak sengaja oleh anak pemilik rumah tersebut dan perkara ini baru disedari pemilik rumah apabila melihat gambar tersebut dalam file simpanan telefon bimbitnya. Kisah ini kami sendiri tidak pasti kebenarannya tetapi seorang pengguna sosial bernama Aasyiqien Zaki yang berkemungkinan adalah pemilik rumah tersebut turut memberi pengakuan di Facebook.
Bagaimanapun, pengamal perubatan islam sudah pun menghalau ‘penanggal’ tersebut daripada menggangu masyarakat setempat. – MYNEWSHUB.CC

Azwan Tersingkir, Adel Diserap Masuk AF 2014
SHAH ALAM – Pelajar Akademi Fantasia 2014 iaitu Adel yang disingkir dalam rancangan itu dua minggu lalu kembali bersaing selepas dia dipilih menerusi ‘AF Serap’ pada konsert separuh akhir yang diadakan pada malam Ahad.
Konsert tersebut diadakan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Pemilihan AF Serap yang dibuat oleh barisan tenaga pengajar dan produksi menerusi ‘fakulti AF 2014′ itu pernah diperkenalkan dalam rancangan AF sebelum ini iaitu membawa masuk semula pelajar yang pernah tersingkir.
Adel mengiringi empat peserta lain iaitu Firman, Aman, Ewal dan Nuha untuk berentap pada peringkat akhir di minggu hadapan.
Bagaimanapun peserta yang bertanding pada peringkat separuh akhir malam Ahad, Azwan gagal ke peringkat akhir AF 2014 selepas diumumkan tersingkir oleh pengacaranya, Zizan Razak dan Faizal Ismail.
“Saya terima dengan kekalahan ini tetapi ini bukan perjalanan akhir di bidang ini. Sebaliknya saya akan terus berusaha untuk menjadi seorang penyanyi profesional di arus perdana,” kata Azwan.
Pada malam konsert tersebut pelajar-pelajar ditugaskan untuk membuat dua persembahan iaitu secara solo dan duet.
Untuk tugasan solo, Aman, 21, mempersembahkan lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, Azwan, 30, (Cinta Sesungguhnya nyanyian Sabhi Sadhi), Ewal, 22 (Rude nyanyian Magic), Nuha, 21, (Ku Pendam Sebuah Duka nyanyian Datuk Khadijah Ibrahim) dan Firman, 25, (Nur Nilam Sari nyanyian Awie dan Search).
Tugasan lagu duet pula, Aman membawakan lagu Kalau Cinta menampilkan Marsha, Azwan (Tanda Kasih, menampilkan Noraniza Idris), Ewal (Muara Hati, menampilkan Adira), Nuha (Cintamu Mekar Di Hati menampilkan Mus May) dan Firman (Seribu Tahun Takkan Mungkin, menampilkan Joey Bumiputra Rockers).
Juri tetap program itu ialah Datuk Ramli MS dan Raja Azura manakala penyanyi Fauziah Latif pula sebagai juri undangan.
AF 2014 disiarkan secara langsung setiap Ahad pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104). – mStar Online
TOP
Remaja Dituduh Rogol Seekor Keldai
Harare – Seorang remaja semalam dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merogol seekor keldai betina baru-baru ini.
Pendakwa raya memberitahu mahkamah, remaja berusia 18 tahun ini membawa keldai berkenaan ke sebuah jambatan sebelum mencabul haiwan itu, lapor akhbar Byo24News, semalam.
Perbuatannya itu dilihat oleh seorang saksi yang melalui jambatan itu yang kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada polis.
Ketika disoalsiasat, remaja itu tidak mengaku bersalah. Dia ditahan sementara menanti untuk dibicarakan sekali lagi bulan depan. – Agensi
TOP
Liwat: Guru Agama Ditahan Di Kelantan
KOTA BHARU – Seorang guru agama berusia 33 tahun ditahan polis selepas didakwa cuba meliwat murid tahun tiga di sekolahnya, di Chicha di sini, kelmarin.
Kejadian pada 30 Oktober lalu itu terbongkar selepas ibu mangsa mengesyaki sesuatu yang tidak kena terhadap anaknya kerana pulang lewat malam dengan bau harum minyak wangi melekat di badan.
Wanita berusia 30 tahun itu menyoal anaknya itu sebelum kanak-kanak berusia 9 tahun itu menceritakan kejadian dia diliwat seorang ustaz yang mengajar di sekolahnya.
Suspek sebelum itu pergi ke rumah mangsa pada jam 8 malam dan mengambilnya untuk dibawa bersiar-siar di Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Suspek kemudiannya membawa mangsa pulang ke rumah sewanya di Chicha dan didakwa meliwat kanak-kanak terbabit.
Mangsa hanya dihantar pulang pada jam 1.30 pagi. Selepas menceritakan kejadian itu, ibu mangsa membawa anak sulung daripada tiga beradik itu ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk pemeriksaan dan membuat laporan di Balai Polis Tawang, Bachok.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner, Rohaimi Md Isa berkata, guru agama terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.
“Suspek yang telah berkahwin dan mempunyai tiga anak itu ditahan ketika berada di kantin sekolah.
“Laporan awal pihak hospital bagaimanapun mendapati tiada kesan koyakan pada dubur mangsa, namun suspek sendiri mengaku ada melakukan sesuatu (cabul) ke atas mangsa.
“Polis masih siasat kes ini termasuk dakwaan mangsa disuruh menghisap beberapa batang rokok sebelum dicabul. Suspek direman hingga 7 November ini,” katanya. – Sinar Harian Online
TOP
Budak Alami Kecederaan Otak Sebab Main Gadjet Lama Sangat?
Benarkah kecederaan otak boleh berlaku akibat terlalu terdedah kepada gadjet dan internet?
Kalau melihat kepada gambar yang tersebar dalam whatapps di atas dan keterangannya, kanak-kanak dalam gambar berkenaan mengalami kecederaan otak kerana terlalu banyak bermainan i-pad.
Berikut penjelasan yang diberikan;
Dapat whatsapp dari seorang rakan sebentar tadi. Anak dia pengsan secara tiba-tiba di sekolah dan terus dibawa ke hospital. Bila siasat, budak ini mengalami brain damage akibat terlampau bermain dengan ipad. Gelombang-gelombang elektromagnetik pada ipad telah memberi kesan kepada si mangsa. Awasi anak anda sebelum terlambat!
- Sebarkan.
P/s : Boleh main ipad, tetapi berpada-pada.
Sejauh mana kebenaran gambar ini sukar untuk diperjelaskan kerana ia tidak mempunyai maklumat siapa kanak-kanak itu, di mana ia berlaku, bila dan berapa kerap dia menggunakan gadjet.
Namun, kecederaan deria termasuk otak memang dikenal-pasti sebagai boleh terjadi oleh pakar.
Antara masalah yang boleh wujud ialah;
Mata
Bila kita terlalu fokus kepada skrin gadjet tablet, telefon atau komputer riba, kita kurang mengelip mata. Adakalanya jumlah kelipan berkurangan sehingga satu pertiga pada normal. Perlakun ini membawa kepada masalah sindrom mata kering yang seterusnya mampu mewujudkan pelbagai masalah mata. Pakar laser mata di United Kingdom pula melaporkan mereka menerima banyak kes rabuh dekat di kalangan orang muda (rabun itu biasanya melibatkan mereka yang sudah berumur) yang dipercayai akibat penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap ke arah muka.
Sakit Kepala
Sakit ini banyak dilaporkan berlaku di kalangan pengguna komputer dan tablet. Ini mungkin disebabkan postur yang salah ketika menggunakannya, font yang terlalu kecil atau skrin yang mungkin sama ada terlalu terang atau terlalu gelap. Masalah Tidur
Lampu tablet atau gadjet lain yang ditutp dan dibuka berkali-kali menyebabkan badan keliru dan jam biologi anda. Jika anda gunakan sebelum tidur, otak anda akan keliru dan anda tidak dapat tidur. Akibatnya, anda akan mengalami perubahan mood yang mendadak dan kesukaran fokus.
Gaya Hidup Tidak Sihat
Terlalu lama menggunakan gadjet membawa kepada tabiat tidak bersenam. Ini membawa kepada kemungkinan serangan penyakit jantung atau kencing manis.
Sakit Belakang Dan Leher
Menggunakan gadjet untuk tempoh lama mampu merosakan postur dan boleh menjadikan anda bongkok.
Lemah Pendengaran
Mendengar muzik dengan kuat terutama menggunakan earphones boleh menyumbang kepada kehilangan deria bunyi.
*Kepada mak bapak yang ambik mudah dengan serah gadjet kepada anak-anak yang masih kecil, mungkian boleh pertimbangan kembali tindakan seperti itu.

Rayuan Anwar Masuk Hari Ke-5, Pendakwaan Sambung Hujah
PUTRAJAYA – Pendengaran rayuan terakhir Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki hari kelima hari ini dengan pihak pendakwaan meneruskan hujah mengapa Mahkamah Persekutuan patut mengetepikannya.
Jumaat lepas, ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu wartawan beliau telah menyampaikan 20 peratus daripada 205 muka surat hujahannya.
Panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria mendengar rayuan untuk mengetepikan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar yang disabitkan bersalah kerana meliwat.
Empat lagi hakim di dalam panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Pihak pembelaan dijangka membalas hujahan pihak pendakwaan esok.
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pembelaan yang dianggotai 14 peguam di antaranya N.Surendran, Sangeet Kaur Deo dan Ramkarpal Singh.
Rayuan itu yang pada mulanya ditetapkan selama dua hari mulai 28 Okt hingga 29 Okt berlanjutan selama enam hari dan dijangka selesai pada 4 Nov ini.
Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27 di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Jika Anwar kalah dalam rayuannya, Anggota Parlimen Permatang Pauh itu boleh hilang kelayakan sebagai seorang anggota parlimen sebagaimana Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seseorang anggota parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhkan hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.
Ini adalah kes liwat kedua terhadap Anwar.
Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah kerana meliwat pemandu keluarganya Azizan Abu Bakar di Tivoli Villa di sini pada tahun 1994 dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos, 2000.
Mahkamah Tinggi telah memerintahkan Anwar untuk menjalani hukuman itu selepas selesai hukuman penjara enam tahun ke atasnya kerana kesalahan rasuah.
Mahkamah Tinggi telah menyabitkan Anwar atas empat kesalahan rasuah pada 4 April, 1999.
Bagaimanapun, selepas hampir enam tahun di dalam penjara, Anwar dibebaskan pada 2 Sept 2004, setelah Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudiannya menjadi Ketua Hakim Negara, mengetepikan sabitan dan hukuman penjara ke atas Anwar kerana meliwat Azizan menerusi keputusan majoriti 2-1. – BERNAMA
TOP
Maklumat di Media Sosial Digunakan Sebagai Bukti Dalam Kes Keganasan - Zahid
Dr Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR: Undang-undang anti-keganasan akan membenarkan pihak berkuasa menggunakan maklumat yang diperolehi daripada media sosial untuk digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata undang-undang yang baru itu nanti merupakan pindaan daripada Akta Kesalahan, Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 ( SOSMA) atau mungkin diwujudkan sebagai akta yang berbeza. Beliau berkata akta yang sama di bawah Akta Pencegahan Jenayah akan membenarkan pihak berkuasa menggunakan maklumat yang diperolehi daripada media sosial untuk dijadikan sebagai bahan bukti untuk memerangi gangsterisme. "Perkara yang sama juga akan dilaksanakan bagi memerangi aktiviti pengganas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminat di Universiti Teknologi Malaysia di sini pada Sabtu.- mstar online

Masalah Pengangguran Di Malaysia Kerana Memilih Pekerjaan
BALING: Golongan siswazah dan generasi muda di negara ini yang belum bekerja tidak sepatutnya menjadi penganggur kerana peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang menarik sentiasa tersedia untuk diisi.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata beliau yakin masalah mendapatkan pekerjaan bukan masalah utama yang menyebabkan berlakunya pengangguran terutama kalangan siswazah.
Beliau berkata graduan di negara ini perlu terus memasuki dunia pekerjaan sebaik tamat pengajian dan mengetepikan sikap memilih pekerjaan yang menjadi punca berlakunya pengangguran.
"Saya tidak nampak kenapa siswazah dan golongan remaja lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) di negara ini perlu jadi penganggur dengan alasan tiada pekerjaan. Mereka perlu berani mencuba kerana lebih dua juta pekerja asing menjadikan negara ini tumpuan kerana peluang kerja yang lumayan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kerjaya Azam 1Malaysia 2014 Peringkat negeri Kedah di sini, Sabtu.
Lebih 30 agensi pekerjaan dan syarikat swasta membuka kaunter sempena karnival itu dengan mendapat sambutan hampir 2,300 pemohon yang hadir.
Ismail berkata terdapat hampir 14 negara sumber pembekal tenaga kerja asing ke negara ini, rakyat Malaysia terutama golongan lepasan insitusi pengajian tinggi sepatutnya merasa cemburu dengan berbagai peluang pekerjaan yang direbut oleh pekerja asing.
Turut hadir anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abd Azeez Abd Rahim.
Bagi Siti Nor Hanifa Mohd Tauhid, 26, berkata penganjuran karnival itu memberi peluang kepadanya untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai selepas berjaya memperoleh diploma.
"Saya tidak pernah ke mana-mana karnival kerjaya sebelum ini setelah tamat pengajian dan inilah kali pertama saya mencuba," katanya.
Lepasan SPM, Mohd Azlan Yahya, 23, mengalu-alukan penganjuran karnival itu yang memberi pendedahan kerjaya dan peluang mengisi kekosongan kerja dalam pelbagai bidang.- mstar online
TOP
Esok Tak Diisytihar Cuti Walaupun Johor Menang - MB
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
JOHOR BAHARU: Johor tidak akan mengisytiharkan Ahad sebagai hari cuti sekalipun pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya menumbangkan Pahang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil malam Sabtu. Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan itu dibuat memandangkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula Isnin ini. "Saya difahamkan guru-guru akan berhadapan masalah melakukan persediaan sekiranya Ahad cuti kerana peperiksaan SPM akan bermula pada Isnin," katanya ketika ditanya tentang kemungkinan Ahad diisytiharkan sebagai cuti di Johor sekiranya Harimau Selatan menjuarai Piala Malaysia. Bermula awal tahun ini, cuti hujung minggu di Johor telah diubah kepada Jumaat dan Sabtu, berbanding Sabtu dan Ahad sebelum ini. Mohamed Khaled ditanya tentang isu terbabit selepas merasmikan fasa pertama Laman Sukan Ekstreme Pasir Gudang bernilai RM300,000 yang dibina oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang hari ini. Ramai kalangan peminat bola sepak di Johor menaruh harapan tinggi agar kerajaan negeri melakukan perkara sama ketika JDT menjuarai Liga Super tahun ini dengan mengisytiharkan cuti. Pasukan bimbingan jurulatih kelahiran Croatia Bojan Hodak berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menumbangkan pasukan kelab Felda United pada perlawanan separuh akhir.- mstar online

Kanak-Kanak Tanpa Bernegara: Kumpulan Rakyat Sabah Mahu Rundingan
Tan Sri Bernard Dompok
PETALING JAYA: Sebuah gabungan belia di Sabah menggesa kerajaan untuk berunding dengan semua pihak yang berkepentingan sebelum memberikan kewarganegaraan kepada kanak-kanak tanpa warganegara di negeri ini. Ia disuarakan di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat bahawa langkah itu akan mengancam masa depan rakyat yang berasal dari Sabah. Gabungan Pergerakan Pemuda Sabah (GPPS) yang terdiri daripada Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) dan Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berkata langkah itu perlu dilakukan secara telus, dan dengan kebenaran daripada rakyat Sabah. "Putrajaya perlu mengadakan konsultasi kebangsaan untuk menangani masalah tanpa negara ini melalui perbincangan dengan Kementerian Luar, Kedutaan Filipina, Unesco, NGO dan badan-badan lain untuk mencari penyelesaian," kata Ketua Pemuda PBS Datuk Jake Nointin dalam satu kenyataan. Nointin berkata terdapat kebimbangan yang semakin meningkat di kalangan pemimpin Sabah bahawa langkah mengeluarkan sijil kelahiran untuk kanak-kanak tanpa bernegara hanya akan memenuhi kepentingan politik tertentu, dan akhirnya akan menghakis hak-hak rakyat Sabah yang asal. "GPPS merasakan adalah tidak adil kepada rakyat Sabah yang asal yang telah tinggal di sini untuk beberapa generasi tetapi masih belum disahkan sebagai warganegara," kata beliau sambil menambah kerajaan sebaliknya boleh memberikan pas khas untuk tujuan pengenalan. "Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan adalah memberikan pas khas kepada kanak-kanak tanpa bernegara untuk tujuan pengenalan dan kerajaan boleh mempertimbangkan permohonan kewarganegaraan mereka jika mereka memenuhi semua kriteria," katanya. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi baru-baru ini telah mengumumkan bahawa Putrajaya akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pendidikan untuk mengeluarkan sijil kelahiran kepada kanak-kanak tanpa bernegara atas dasar kemanusiaan, bagi membolehkan mereka mendapatkan pendidikan. Beliau juga berkata masalah anak-anak tanpa bernegara yang telah lama berlaku itu boleh diselesaikan tidak lama lagi selepas pembentangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah. Ketua Pemuda Upko, Arthur Sen bagaimanapun berasa kecewa dengan kenyataan Zahid itu dan berkata ia adalah satu percubaan untuk mengabaikan prosedur standard seperti yang dinyatakan dalam laporan RCI tersebut. Beliau berkata sebarang tindakan memberikan kewarganegaraan kepada anak-anak pendatang tanpa izin perlu dilakukan mengikut laporan RCI, yang perlu diluluskan oleh kabinet terlebih dahulu sebelum dibentangkan di Parlimen. "Apa yang Zahid lakukan adalah jelas tidak mengikuti prosedur. Apa yang lebih merisaukan, kerajaan Persekutuan harus terlebih dahulu berunding dengan kerajaan negeri Sabah mengenai isu ini dan mendapatkan persetujuan daripada Ketua Menteri Sabah," kata Arthur. Bekas Presiden Upko Tan Sri Bernard Dompok juga melahirkan kekecewaan terhadap kurangnya konsultasi sebelum proses membuat keputusan. "Rasanya seperti kami diketepikan dalam hal ini. Ke mana kanak-kanak tanpa bernegara ini akan pergi selepas ini? Berapa ramaikah mereka ?," tanya beliau, sambil menambah peningkatan penduduk Sabah sudah menunjukkan peningkatan menggalakkan. "Ini adalah apa yang rakyat asli Sabah rasa pada masa ini. Mereka bimbang bahawa mereka mungkin akhirnya menjadi minoriti di negeri ini, sama seperti apa yang berlaku kepada orang-orang asli di Semenanjung Malaysia," katanya. Beliau juga berharap langkah itu akan dibatalkan dan kerajaan akan mencari jalan untuk mengusir mereka kembali ke tanah air mereka melalui konsultasi kerajaan dengan kerajaan. "Kalau Perdana Menteri boleh menjadi orang tengah dalam perjanjian damai Filipina-Moro, maka tidak mustahil bagi tujuan penghantaran pulang kanak-kanak tanpa kerakyatan ini untuk berjaya. "Ini bukan bermaksud kita tidak bersimpati dengan mereka atau kita tidak berperikemanusiaan, kita hanya mahu keutamaan diberi kepada rakyat asli Sabah supaya mereka tidak akan berakhir menjadi minoriti," kata Bernard.- mstar online

Perkampungan Bakal Lenyap Akibat Hakisan
BACHOK: Kampung Kemayan yang terletak berhampiran pantai Bachok di sini ibarat sedang menghitung hari untuk terus lenyap daripada peta akibat hakisan teruk.
Setiap kali musim tengkujuh, penduduk yang tinggal di sini berada dalam ketakutan kerana khuatir pada bila-bila masa sahaja rumah mereka akan dibadai angin kencang dan ombak kuat.
Kini hanya tinggal kira-kira enam buah rumah membabitkan 30 penghuni masih tinggal di kampung itu berbanding 15 buah sebelum ini disebabkan penduduk terbabit tiada tempat lain untuk berpindah.
Seorang penduduk, Ramlah Omar, 67, berkata sebelum ini terdapat kira-kira 15 buah rumah dan sebuah padang bola di kampung itu tetapi kini sebahagian besar kediaman serta padang itu telah lenyap akibat hakisan dan dihanyutkan ombak.
"Lebih seekar dah tempat kami ini dihakis ombak dan saya bersama keluarga hidup dalam ketakutan sokmo (sentiasa) ketika musim tengkujuh.
"Pada musim ini biasanya ombak begitu dekat dengan rumah dan kadang kala zink rumah berbunyi dan rumah bergegar akibat angin kuat," katanya.
Ramlah berkata dia bimbang rumahnya yang terletak hanya beberapa meter sahaja dari laut akan lenyap jika sesuatu tidak dilakukan.
Bagi Daud Abdullah, 78, penduduk yang masih tinggal di kampung itu terdiri daripada keluarga miskin dan tiada tempat lain untuk menetap.
"Yang lain ada tempat tapi bagi kami inilah tempat untuk berteduh sejak sekian lama tetapi keadaan semakin menghimpit kami," katanya.
Daud juga kesal kerana tiada pihak yang datang bertanyakan khabar tentang keadaan mereka selama ini.
"Musim angin (tengkujuh) ini kami tidak lelap mata takut tengah tidur dihanyut air (ombak)," katanya.- mstar online
TOP
Situasi Tegang Buat Keluarga - Abang Anwar
Anwar (kanan) bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah ketika keluar dari Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, Jumaat.
PUTRAJAYA: Kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja menjauhkan dirinya daripada politik, tetapi juga daripada keluarganya, kata abang kepada ketua pembangkang, Jumaat. Idrus Ibrahim, 71, berkata kes itu berjalan terlalu lama dan telah menimbulkan ketegangan dalam kehidupan keluarga Anwar. "Ia sudah berjalan terlalu lama, sejak dari 16 tahun yang lalu," kata Idrus, merujuk kepada kes liwat Anwar yang pertama yang bermula pada tahun 1998. Dalam kes liwat yang terdahulu, Mahkamah Tinggi mensabitkan kesalahan dan Anwar dihukum sehingga sembilan tahun penjara pada tahun 1999. Beliau akhirnya dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004. "Apabila kes pertama bermula, anaknya berada di sekolah rendah, kini cucunya pula berada di sekolah rendah," kata Idrus. Beliau juga mengkritik mereka yang mengejek Anwar dan keluarganya kerana tuduhan tersebut, mengatakan bahawa Anwar masih mempunyai satu lagi peringkat untuk membersihkan namanya di Mahkamah Persekutuan. "Fikirkan bagaimana perasaan anda jika saudara atau bapa anda menghadapi kes ini," katanya. Idrus berkata, beliau telah mengikuti kes itu di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan merasakan bahawa keluarga dan rakan-rakan sering mendapat perhatian awam. "Tetapi saya sering memberi ruang saya kepada orang lain, terutama untuk pemerhati asing. Sangat penting untuk orang lain melihat apa yang sedang berlaku di mahkamah,"katanya. Anwar mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan terhadap sabitannya atas tuduhan meliwat bekas membantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.- mstar online

Tindakan Tegas Terhadap Pemilik Kenderaan Pasang Lampu HID, Ubah Suai Nombor Plat
JPJ akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.
PETALING JAYA: Tindakan tegas akan diambil terhadap kenderaan dengan nombor plat pelbagai reka bentuk, lampu tambahan (lampu strob) dan lampu HID 'head lamp' yang tidak mematuhi standard. Setelah berbulan-bulan mengeluarkan amaran, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memulakan tindakan keras di seluruh negara terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dan spesifikasi, bermula Sabtu. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata kira-kira 1,500 anggota akan terlibat dalam operasi itu yang akan dilaksanakan bersama-sama dengan anggota polis trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Beliau berkata pemeriksaan akan dilakukan di kawasan panas, sambil menambah operasi turut meliputi semua bandar dan pekan utama. "Kami telah memberikan amaran yang cukup terhadap pemilik kenderaan untuk tidak menggunakan plat pendaftaran yang diubah suai dan lampu HID yang tidak diluluskan. "Masa untuk berkompromi sudah berakhir. Kita tak akan layan sebarang alasan. "Saman mandatoti akan dikeluarkan," katanya kepada The Star. Ismail berkata di bawah spesifikasi JPJ, hanya tiga jenis plat nombor dibenarkan. Bagi kenderaan biasa, ia mestilah terdiri daripada huruf dan nombor putih, timbul atau dilekat di plat hitam manakala bagi kenderaan kedutaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Pertubuhan Getah Asli Antarabangsa, ia harus terdiri daripada huruf putih dan nombor, timbul atau dilekat pada plat merah. Teksi dan kereta sewa harus mempunyai huruf dan nombor berwarna hitam, timbul atau dilekatkan di atas plat putih. Pemilik motosikal di atas 250cc yang melanggar kaedah-kaedah mengenai nombor plat akan dikeluarkan denda kompaun sebanyak RM100 (jika diselesaikan dalam masa dua minggu), RM150 (jika diselesaikan antara dua minggu dan sebulan) dan RM250 (jika diselesaikan selepas sebulan). Bagi pemilik motosikal di bawah 250 cc akan dikenakan denda RM70 (jika diselesaikan dalam masa dua minggu), RM120 (antara dua minggu dan sebulan) dan RM200 (jika lebih dari satu bulan). Ismail berkata lampu HID, yang menggunakan gas Xenon, bukan filamen, tidak dibenarkan untuk digunakan kecuali dalam kes-kes di mana perubahan yang dibuat terhadap keseluruhan sistem pencahayaan dengan akreditasi dari Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim). "HID yang terlalu kuat boleh mengganggu penglihatan pengguna jalan raya yang lain dan berdepan risiko keselamatan," katanya. Bagi lampu 'strob' atau 'beacon', sejenis lampu berwarna-warni, beliau berkata kenderaan persendirian dilarang memasang peranti sedemikian. Beliau berkata hanya kenderaan polis, JPJ, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan ambulans diberi keutamaan menggunakannya. mengenai cermin gelap, Ismail berkata JPJ telah menunda tarikh penguatkuasaan sehingga 1 Mei tahun depan. "Kami menangguhkan tarikh penguatkuasaan dalam tempoh enam bulan untuk memberikan masa yang cukup kepada pemilik kenderaan yang diimport untuk menggantikan cermin gelap mereka selepas JPJ menerima banyak rayuan," katanya.- mstar online

Pasukan Penyiasat Tunggu Masa Ke Lokasi Nahas MH17
KOTA BAHARU: Pasukan penyiasat kini sedang menunggu masa yang sesuai untuk kembali ke lokasi nahas MH17 di Ukraine bagi meneruskan usaha mencari bahan bukti mengenai insiden berkenaan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pasukan itu sedang menunggu lampu hijau daripada pihak berkuasa di negara itu untuk memasuki lokasi nahas.
"Kita sedang menunggu lampu hijau untuk masuk dalam tempoh seminggu dua ini dan pasukan itu akan mencari baki mayat dan juga barang-barang yang boleh dijadikan bahan bukti bagi melengkapkan siasatan," katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia Ke-55 di sini, Ahad.
Turut hadir Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Datuk Dr Tam Weng Wah.
Beliau berkata kerajaan akan berusaha untuk membawa balik kesemua bahan bukti termasuk rangka pesawat jika dibenarkan untuk dibawa pulang bagi tujuan penyiasatan itu.
Di KUALA LUMPUR, Liow dalam kenyataan akhbar berkata beliau sukacita untuk menyatakan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) sebulat suara mengeluarkan resolusi mengutuk tindakan menembak jatuh pesawat MH17 di timur Ukraine.
Liow berkata Majlis juga telah mengkaji Laporan Pasukan Petugas yang ditubuhkan di bawah ICAO untuk mendedahkan Risiko ke atas Penerbangan Awam yang terbit dari Zon Konflik.
"Semasa sesi mesyuarat ke-203 Majlis ICAO di Montreal, Kanada pada 27 Oktober, saya mencadangkan di hadapan Majlis termasuk laporan tepat pada masanya berkaitan maklumat mengenai risiko penerbangan kepada negara anggota ICAO.
"Dunia harus melihat tragedi ini sebagai amaran, kita tidak lagi boleh leka dan mesti mengambil langkah-langkah pencegahan sekarang," katanya dalam kenyataan itu.
Pesawat MH17, membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai selepas ia ditembak jatuh semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Laporan awal Lembaga Keselamatan Belanda antara lain menyebut struktur pesawat MH17 berkecai di udara berkemungkinan akibat ditembusi objek bertenaga tinggi dari luar pesawat dan tiada petunjuk bahawa nahas disebabkan masalah teknikal atau perbuatan anak kapal, selain pesawat itu disahkan 'layak terbang'.- mstar online
TOP
Khalid Tidak Akan Lepas Jawatan Wakil Rakyat - Faekah
KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap komited meneruskan tugas dan peranan sebagai wakil rakyat Bebas walaupun menerima pelbagai tekanan daripada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pegawai Khasnya, Faekah Husin berkata tindakan PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu sebenarnya tidak menghalang bekas menteri besar Selangor itu daripada terus berkhidmat untuk rakyat.
Dalam kenyataan pada Ahad, beliau berkata kerajaan negeri juga telah menghentikan peruntukan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang serta memecat dua pegawai DUN yang masih mempunyai kontrak dengan kerajaan negeri.
Beliau berkata Abdul Khalid, yang juga ADUN Pelabuhan Klang dan Anggota Parlimen bagi kawasan Bandar Tun Razak itu, kini menjalankan aktiviti menerusi badan bukan kerajaan (NGO).
Mulai 15 November ini, Abdul Khalid bersama beberapa rakan akan memulakan aktiviti 'Sajian Rakyat', iaitu NGO yang menyediakan makanan kepada komuniti setempat sebagai platform bertemu rakyat, kata Faekah.
"Abdul Khalid komited meneruskan pelbagai inisiatif dan aktiviti sebagai wakil rakyat, dan PKR - parti yang kononnya memperjuang keadilan untuk semua perlu berhenti dari amalan politik kebudak-budakan, tamak dan melampaui batas," tegasnya.- mstar online
TOP
Biro Agama Umno Sedia Bawa Usul Pinda Fasal 3.3 Ke PAU 2014
KUALA LUMPUR: Biro Agama Umno bersedia untuk membawa usul meminda Fasal 3.3 Perlembagaan Umno ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 bagi mengiktiraf Islam sebagai agama persekutuan dan mentakrifkan Islam sebagai apa yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Pengerusinya yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata usul tersebut perlu dipinda kerana terdapat banyak kekeliruan membabitkan agama Islam di dalam masyarakat.
"Fasal itu perlu dipinda memandangkan banyak kekeliruan berlaku dalam masyarakat. Ada Syiah dan terbaru ajaran Milah Abraham. Mengaku Islam tetapi amalan yang dilakukan pelik," katanya.
Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Multaqa Kebangsaan Biro Agama Umno yang dirasmikan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Multaqa yang julung kali diadakan itu bertujuan mengumpulkan idea serta pandangan mengenai isu keagamaan di peringkat akar umbi bagi menentukan hala tuju biro itu yang dihadiri lebih 300 peserta mewakili setiap biro agama seluruh negara.
Cadangan meminta usul tersebut, diutarakan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan penangguhannya di PAU 2013, yang mencadangkan agar Fasal 3.3 Perlembagaan Umno dipinda, bagi mengiktiraf Islam sebagai agama persekutuan dan mentakrifkan Islam sebagai apa yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Fasal 3.3 sedia ada menyatakan Umno akan 'menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama'.
Jamil Khir berkata Biro Agama Umno akan membawa usul itu untuk perhatian dan perbincangan Naib Presiden parti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul dan Jurucakap PAU 2014.
Katanya perbincangan itu perlu untuk memutuskan sama ada pindaan itu akan dilakukan pada PAU kali ini ataupun tahun depan.
Ditanya mengenai usul agama yang akan dibentang pada PAU 2014 yang akan berlangsung dari 25 hingga 29 Nov di Pusat Dagangan Dunia Putra, Jamil Khir berkata pengisian usul akan berkisar mengenai soal akidah serta sumbangan agama dalam pembangunan masyarakat dan negara.
Katanya, antara perkara lain adalah peranan agama dalam memperkasakan institusi keluarga.
Pada majlis itu juga, sembilan anggota panel Pemikir Biro Agama Umno yang terdiri daripada veteran Umno telah dilantik antaranya Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, Datuk Noh Gadut, Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, Datuk Mustapha Taib dan Datuk Dr Munir Yaakob.- mstar online
TOP
KDN Serah Kembali Kitab Injil, CD - Wan Junaidi
Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
KUCHING: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan untuk menyerah kembali buku-buku Kristian dan cakera padat (CD) yang mengandungi perkataan, 'Allah' milik penganut Kristian di Sabah yang dirampas di Klia2, Sepang, Sabtu lepas, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. "Apabila semua proses pembersihan dilakukan, kitab Injil atau apa sahaja dokumen itu akan diserahkan semula kepada pemiliknya yang sah," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Siol Mountain Bike XC Challenge Dewan Bandaraya Kuching Utara di Bukit Siol, dekat sini hari ini. Beliau berkata arahan untuk memulangkan buku-buku Kristian dan CD itu dibuat selari dengan keputusan Kabinet, terutamanya berkaitan kepentingan Sabah dan Sarawak. Menteri-menteri Kabinet telah sebulat suara menyatakan sokongan terhadap 10 perkara mengenai penggunaan 'Allah' dalam kesusasteraan Kristian dan menegaskan keperluan untuk melindungi bahan-bahan agama di Sabah dan Sarawak.- mstar online

ROS Kerjasama Dengan Polis Kesan Aktiviti Pembiayaan Keganasan
SHAH ALAM: Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) akan bekerjasama dengan polis bagi mengesan sebarang aktiviti pembiayaan keganasan daripada pihak tertentu melalui pertubuhan di negara ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama itu termasuk mengenal pasti pertubuhan yang turut dijadikan platform dalam aktiviti pengubahan wang haram.
"Dana yang diperoleh pertubuhan untuk kegiatan yang diharamkan, begitu juga pertubuhan yang terlibat dengan kegiatan pengubahan wang haram akan dikenakan tindakan perundangan.
"Ahli-ahli pertubuhan akan dikenakan tindakan keras dan kita tidak akan berkompromi mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pertubuhan Kebangsaan 2014, di sini, Sabtu.
Turut hadir, Ketua Pengarah ROS Mohammad Razin Abdullah.
Beliau berkata setakat ini ROS tidak menerima sebarang aduan dan maklumat berhubung penglibatan mana-mana pertubuhan terhadap kegiatan tersebut.
Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata kerajaan mengiktiraf peranan pertubuhan sebagai ejen inovasi sosial negara.
Katanya, menerusi pertubuhan, rakyat tidak lagi bergantung kepada kerajaan dan sektor swasta bagi menampung kesemua kehendak mereka.
"Pertubuhan juga telah membantu kerajaan untuk menghadapi cabaran sosial bagi mentransformasi masyarakat.
"Dengan semangat sukarelawan yang menebal pada setiap ahli pertubuhan, mereka membantu kerajaan memastikan masyarakat yang terpinggir serta kurang bernasib baik mempunyai akses yang sama dalam bidang pekerjaan, pembelajaran dan rawatan kesihatan," katanya.
- mstar online
TOP
Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Langgar Besi Penghadang
KUANTAN: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Versys 650cc maut selepas motosikalnya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 15 Jalan Kuantan-Pintasan dekat Sungai Karang di sini, awal pagi Sabtu.
Mohd Rosmainie Radzi, 33, pekerja di bahagian penyelenggaraan Hotel Megaview Kuantan di sini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata nahas pada 4 pagi itu berlaku semasa mangsa yang berasal dari Bandar Jengka sedang dalam perjalanan dari Pelabuhan Kuantan menghala ke bandar Kuantan.
"Mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan sebelum merempuh besi penghadang menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa memiliki lesen memandu sah dan memakai topi keledar semasa kejadian.
Katanya, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.- mstar online
TOP
Lelaki Nigeria Ditahan Bersama Syabu
GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki Nigeria bersama 2,553 gram paket syabu di sebuah kondominium di Batu Feringghi di sini.
Sumber polis berkata suspek berumur 32 tahun itu telah diintip sejak beberapa minggu lepas sebelum sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan dari Pulau Pinang menyerbu rumah berkenaan pada pukul 3 petang Jumaat.
"Lelaki berkenaan cuba melarikan diri semasa serbuan, bagaimanapun pihak polis telah mengepung kawasan tersebut.
"Hasil pemeriksaan dalam rumah berkenaan, polis menemui 50 paket dadah dipercayai syabu seberat 2,553 gram," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata lelaki itu dipercayai masuk ke negara ini menggunakan visa pelajar.
Sumber itu berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada suspek bergerak sendirian atau merupakan anggota sindiket pengedaran dadah.
"Polis juga sedang siasat dari mana lelaki itu mendapatkan bekalan dadah dan siapa pasarannya," katanya.
Suspek kini sedang direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Supt Guan Beng Kang mengesahkan penahanan warga Nigeria itu.- mstar online
TOP
UPP Rampas 689 Kg Daun Ketum Seludup
PADANG BESAR: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Chuping mematahkan cubaan menyeludup 689 kilogram daun ketum ke Thailand dan menahan dua lelaki dalam serbuan di ladang getah Chuping berhampiran pagar sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini awal pagi Sabtu.
Komander UPP Chuping ASP Mohd Hafiz Abd Rahim berkata dalam serbuan pada 5.30 pagi itu, pihaknya turut merampas lapan motosikal bernilai RM16,000 yang digunakan untuk mengangkut 18 guni daun ketum berkenaan.
"Anggota UPP dikerah membuat intipan seawal 3 pagi setelah menerima maklumat. Kira-kira 5.30 pagi, lapan lelaki masing-masing menunggang sebuah motosikal dikesan berhampiran pagar keselamatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut beliau, enam daripada lapan lelaki itu berjaya melarikan diri dengan meninggalkan motosikal masing-masing manakala dua yang ditahan merupakan penduduk tempatan berumur 17 dan 20 tahun.
Mohd Hafiz berkata daun ketum tersebut dianggar bernilai lebih RM55,000 berdasarkan harga pasaran di Thailand iaitu RM80 sekilogram.
Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, katanya.- mstar online
TOP
Tidak Mungkin Mohd Saiful Reka Bukti Kes Liwat
Sebahagian penyokong Mohd Saiful hadir menyatakan sokongan terhadap sistem kehakiman negara di hadapan bangunan mahkamah ketika menunggu keputusan rayuan kes liwat Anwar Ibrahim di Istana Kehakiman, Putrajaya.
PUTRAJAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak mungkin mereka-reka bukti kerana terdapat kebenaran yang nyata dalam keseluruhan keterangan berhubung dakwaan dia diliwat Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Persekutuan diberitahu pada Jumaat. Ketua Pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Mohd Saiful, pengadu dalam kes itu, boleh mengada-adakan bukti, tetapi dia tidak berbuat demikian. "Terdapat banyak kebenaran. Anak muda ini tidak mungkin mereka-reka cerita. Dia boleh menafikan beberapa perkara tertentu, tetapi dia tidak berbuat demikian, jadi dia adalah saksi yang jujur," katanya. Muhammad Shafee berkata Mohd Saiful telah menjawab dengan spontan soalan yang dikemukakan di mahkamah dan memberi penjelasan mendalam, satu persatu apa yang berlaku, sebelum dan selepas dakwaan liwat itu. Beliau juga berhujah Mohd Saiful telah diganggu secara seksual oleh Anwar di tempat kerjanya sebelum kejadian itu yang mana dia menjadi perhatian seorang yang paling dominan, berpengaruh dan berkarisma. Muhammad Shafee berhujah bagi pihak pendakwaan dalam rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008. Beliau berkata penderaan seksual itu berlaku dalam tempoh empat bulan sebelum Mohd Saiful berhenti menjadi pembantu peribadi Anwar. Muhammad Shafee menjelaskan terdapat tanda yang menunjukkan kejadian liwat pada 26 Jun 2008 itu, bukan kali pertama berlaku berdasarkan keterangan Mohd Saiful dan dia turut menunjuk cara bagaimana ia berlaku. "Saksi (Mohd Saiful) berkata perbuatan itu kasar. Katanya dia merasa sakit di bahagian rektum dan 'senak perut' dan 'Anwar memancutkan air maninya ke dalam dubur saya seperti biasa'," hujah beliau. Muhammad Shafee berkata perkataan 'seperti biasa' menunjukkan kejadian itu telah berlaku lebih daripada sekali. Beliau berkata Mohd Saiful berkata selepas mereka berbincang tentang jadual kerja, Anwar mendekatinya dan berkata, "Can I f... you today?" Muhammad Shafee berkata perkataan itu hanya boleh disebut jika seseorang benar-benar mengenali individu berkenaan. Menyifatkan Mohd Saiful sebagai seorang saksi yang jujur, Muhammad Shafee berkata pengadu turut menunjuk cara perbuatan liwat itu di kondominium di hadapan hakim perbicaraan. Beliau berkata pada mulanya Mohd Saiful enggan menerima tawaran Anwar untuk melakukan liwat, tetapi apabila Anwar mulai berang, kedua-dua mereka pergi ke bilik tidur utama tempat kejadian liwat itu berlaku. Muhammad Shafee juga berhujah sekiranya tiada sebarang hubungan antara mereka berdua, apa perlunya Anwar memberi sut pakaian Brioni (pakaian mewah jenama Itali) kepada Mohd Saiful. - mstar online

Pegawai Penyiasat Tidak Usik Bekas Sampel Saiful
Anwar (kiri) berbincang sesuatu dengan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (kanan) pada waktu rehat, ketika hadir pada hari keempat bagi mendengar keputusan rayuan terakhir berhubung kes liwat di Istana Kehakiman di Putrajaya pada Jumaat. - fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Hanya beg plastik yang mengandungi 12 bekas sampel yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang dibuka oleh pegawai penyiasat (ILO) dalam kes liwat membabitkan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bukan bekas yang mengandungi calitan daripada rektum pengadu, Mahkamah Persekutuan diberitahu pada Jumaat. Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu berkata Supt (bersara) Jude Blacious Pereira mematuhi Peraturan Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) apabila semua barang kes disimpan dalam sampul berasingan sebelum dihantar ke Jabatan Kimia. Beliau berkata semasa pemeriksaan utama, Pereira telah menjelaskan perkara itu secara terperinci dan tidak pernah cuba untuk menyembunyikan tindakannya seperti yang didakwa pihak pembela. "Apa yang beliau lakukan sebenarnya mematuhi betul-betul apa yang dikehendaki di bawah IGSO dengan meletakkan setiap bekas dalam sampul berasingan dan menandakan sampul-sampul itu. "Beliau tidak membuat apa-apa penandaan pada bekas itu atau membukanya kerana ia telah dimeterai oleh Dr Siew Sheue Feng dan doktor itu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah menandatangani pada cap setiap satu daripada bekas itu, " kata Muhammad Shafee. Muhammad Shafee berhujah bagi pihak pendakwaan dalam rayuan Anwar terhadap pensabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atasnya selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di sebuah unit kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008. Peguam kanan itu juga memberitahu barisan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria bahawa untuk menyokong tindakan pegawai penyiasat itu, pihak pendakwaan telah mengemukakan salinan IGSO yang jelas menyatakan bagaimana bahan bukti harus dikendalikan dan disimpan sebelum dihantar kepada ahli kimia. Muhammad Shafee berkata di peringkat Mahkamah Tinggi, pihak pembelaan berjaya meyakinkan dalam hujahnya bahawa ada kemungkinan sampel itu diusik yang membolehkan penasihat PKR itu dibebaskan. Bagaimanapun, di Mahkamah Rayuan, pihak pendakwa berhujah bahawa apabila ahli kimia Dr Seah Lay Hong dan Nor Adora Saidon memeterai bahan bukti, semua bekas masih utuh dan tidak terusik dan mahkamah bersetuju serta meminda keputusan Mahkamah Tinggi. Beliau menjelaskan bahawa sampel intim Mohd Saiful itu dikumpul oleh dua orang doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) iaitu Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Khairul Nizam pada 28 Jun 2008. "Sampel itu dibawa kembali oleh pegawai penyiasat dan disimpan di dalam loker di pejabatnya selama hampir 48 jam sebelum beliau membawanya keluar pada 30 Jun 2008 dan menghantarnya kepada ahli kimia," katanya. Muhammad Shafee juga berkata sampel yang diambil dari bilik lokap Anwar ditahan semalaman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur tiba di jabatan kimia pada 17 Julai 2008. "Pihak pembelaan bergantung kepada teori konspirasi bahawa sampel telah diusik, tetapi di mahkamah ini, kami berhujah mengenai analisis yang dijalankan oleh ahli kimia terhadap kesan air mani. "Bagaimanapun, pada perbicaraan mendengar rayuan kali ini, mereka (pihak pembela) berhujah mengenai kemungkinan pegawai penyiasat berjaya mendapatkan sampel DNA perayu (Anwar) dari suatu tempat dan meletakkannya bersama sampel yang diambil daripada pengadu," katanya. Mengenai isu berlaku gangguan dalam rantaian proses pengumpulan bahan bukti, Muhammad Shafee berkata tidak berlaku sama sekali kerana pegawai penyiasat mematuhi apa yang dikehendaki di bawah IGSO walaupun beliau mengaku tidak mendengar nasihat Dr Siew supaya sampel itu disimpan dalam penyejuk beku untuk melindunginya. Muhammad Shafee akan menyambung hujah pada Isnin dan pihak pembelaan pula akan menjawab hujahnya pada Selasa. Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar, 67, selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Tuduhan itu, mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.- mstar online

Zhang Jian Cuba Sogok Anggota Polis Semasa Serbuan
Zhang Jian.
WARGA China, Zhang Jian yang mengisytiharkan dirinya sebagai 'bakal lelaki terkaya di dunia' cuba merasuah anggota polis yang menyerbu vila dan menahannya di Phuket, Thailand, lapor The China Press. Zhang dikatakan cuba menyogok beberapa anggota polis dengan wang secara terang-terangan ketika mereka menjumpai wang tunai lebih RM50 juta, barang kemas, surat tanah dan akaun bank semasa serbuan itu. Zhang tinggal di kawasan taman seluas 0.4 hektar yang menempatkan dua vila miliknya yang dihias bak istana dan sebuah kolam renang besar. Terdapat peti keselamatan bersaiz peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan barang berharganya di dalam vila itu yang dianggarkan bernilai RM20 juta. Zhang dilaporkan berada dalam tenang semasa polis tiba tetapi kemudiannya enggan memberi kerjasama dan mempertikaikan penahanannya. Dia memberikan wang kepada anggota polis beberapa kali tetapi tiada siapa pun mengendahkannya. Ketika menyedari ketibaan anggota Interpol, dia tiba-tiba mengubah perlakuannya. Namun, dia ditahan bersama dengan isterinya, Yoyo Wang Wenfang, 29, dan pembantunya. Menurut akhbar Thai, Manager Daily, Zhang yang juga pengasas skim cepat kaya YSLM, ditahan oleh polis berkaitan skim piramid yang melibatkan mangsa di China dan Malaysia dengan jumlah lebih kurang 6 juta baht (RM600 juta) dan 3 juta baht (RM300 juta).- mstar online

MP Tersalah Tweet, Penari Disangka Balotelli
Hinds disangkakan Baloteli (kanan) walaupun sebenarnya penyerang Liverpool itu sedang menjalani latihan di Melwood.
KEGHAIRAHAN wakil rakyat Britain, Guy Opperman memberitahu mengenai kehadiran penyerang Liverpool, Mario Balotelli di bangunan Parlimen menerusi Twitternya membawa padah apabila memalukan dirinya. Menerusi tweet itu, anggota Parlimen itu memaklumkan pemain bolasepak dari Itali itu dikatakan berada di galeri awam di bangunan berkenaan dengan memakai kot dan kemeja merah jambu. Wakil Parlimen Hexham itu bagaimana terkedu apabila diberitahu bahawa lelaki yang dilihatnya itu sebarnya adalah Ken Hinds, penari yang berusia 31 tahun lebih tua daripada Balotelli, 24. Bercakap di luar bangunan Parlimen, Hinds, 55 berkata, dia hadir untuk mengikuti perbahasan mengenai dasar kerajaan berkaitan dadah. Dia yang aktif dengan kerja amal mengakui ditemui beberapa wakil rakyat, malah ada yang bertanya sama ada dia adalah Balotelli. "Saya terpaksa memberitahu perkara sebenar, bagaimanapun saya bangga kerana disamakan dengan seseorang yang hebat sepertinya (Balotelli)," katanya kepada Teleraph. Jurucakap Kelab Bola Sepak Liverpool turut mengesahkan: "Mario Balotelli sedang menjalani latihan di Melwood." Kata Hinds lagi, dia berada di bangunan Parlimen itu kerana tugasnya sebagai pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Haringey.- mstar online

Tribunal Timbang Tara Putuskan Bekas Tanah KTMB Di Singapura
SINGAPURA: Tribunal timbang tara yang dilantik Malaysia dan Singapura telah memutuskan sebuah syarikat usahasama pelaburan kedua-dua negara tidak akan bertanggungjawab secara bersyarat membayar caj pembangunan bekas tiga keping tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Keppel, Kranji dan Woodlands.
Tribunal itu memutuskan syarikat M+S Pte Ltd, tidak akan bertanggungjawab untuk membayar caj itu jika tanah berkenaan adalah hak mutlak M+S Pte Ltd dan jika ia telah membangunkan tanah itu seperti yang dicadangkan dalam lampiran Perjanjian Capai Persetujuan (POA).
Kedua-dua negara dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar masing-masing, berkata mereka berpuas hati dengan proses timbang tara dan bersetuju untuk mematuhi dan melaksanakan sepenuhnya keputusan tribunal itu.
"Dengan menyelesaikan perkara ini melalui timbang tara pihak ketiga, kedua-dua negara telah memperlihatkan komitmen bersama untuk menyelesaikan pertikaian itu secara damai, mengikut undang-undang antarabangsa," kata kenyataan itu.
Ia berkata kejayaan penuh pelaksanaan POA telah membuka jalan bagi projek-projek pembangunan bersama dan kerjasama erat antara Singapura dan Malaysia.
Perdana menteri Singapura dan Malaysia mengumumkan pada September 2010 bahawa kedua-dua negara mempunyai pandangan berbeza berhubung caj pembangunan tiga bidang tanah itu yang terkandung dalam POA.
Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk menyelesaikan isu itu secara baik menerusi timbang tara dan bersetuju untuk menerima keputusan timbang tara itu sebagai muktamad dan kekal.
Pada Januari 2012, Singapura dan Malaysia melaksanakan perjanjian, mengusulkan isu itu ke Mahkamah Timbang Tara sebagai usaha terakhir dan muktamad. Mahkamah Tetap Timbang Tara bertindak selaku pendaftaran dalam timbang tara itu.
Prosiding timbang tara itu dibuat mengikut peraturan prosedur yang dipersetujui oleh Malaysia dan Singapura, dan didengar di hadapan tiga orang anggota tribunal timbang tara yang dilantik kedua-dua negara.
M+S Pte Ltd ialah syarikat usahasama pelaburan yang dimiliki Khazanah Nasional Malaysia dan Temasek Holdings Singapura.- mstar online
TOP
Seorang Wanita Rusia Antara 10 Penumpang Bas Terkorban
KATHMANDU: Seorang wanita warga Rusia antara 10 penumpang bas awam yang terkorban dalam kemalangan melibatkan dua buah bas di sini, awal pagi Sabtu.
Dalam kemalangan pada pukul 2.15 pagi itu, kedua-dua bas awam berkenaan dilaporkan bertembung ketika melalui lebuh raya di Daerah Makwanpur yang terletak kira-kira 30 kilometer di selatan Kathmandu.
"Kemalangan berlaku sekitar pukul 2.15 pagi. Seramai 10 penumpang maut, termasuk seorang wanita warga Rusia.
"Baki 29 penumpang lagi mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di hospital berdekatan," kata pegawai polis tempatan, Prakash Jung Karki.
Pada minggu lalu, sebuah bas yang penuh dengan penumpang terjunam ke dalam gaung dan mengorbankan 14 orang termasuk dua warga Israel.
Kemalangan maut merupakan insiden biasa di Nepal akibat jalan raya yang teruk dan kenderaan awam yang tidak diselenggara dengan baik.- mstar online
TOP
AS Rangka Pelan Bantu Sunnah Perangi IS
Pengikut Sunnah yang dibunuh IS. Berikutan kejadian itu, AS sedia membantu pengikut Sunnah memerangi IS di Iraq.
WASHINGTON: Pegawai Amerika Syarikat (AS) dilapor sedang merangka pelan untuk menghantar tenteranya ke barat Anbar di Iraq bagi membantu pengikut Sunnah menentang kumpulan militan Negara Islam (IS). "Ia rangkaan yang sedang disiapkan," kata seorang pegawai kanan yang enggan mendedahkan namanya. Bagaimanapun, sebelum tentera dihantar ke kawasan bergolak itu, satu perancangan perlu disiapkan supaya tentera bersekutu dan pengikut Sunnah dapat dikoordinasikan ketika menentang kumpulan IS. Ketika ini sebanyak 600 tentera AS berpusat di Baghdad dan utara Bandar Arbil. "Kami akan membantu mereka di kawasan tersebut dan menyediakan bantuan tambahan dari dua bandar iaitu Baghdad dan Arbil supaya ia dapat memberi pertolongan kepada pengikut Sunnah di Anbar," katanya. Kenyataan tersebut dikeluarkan sehari selepas pemimpin tertinggi tentera AS, Jeneral Martin Dempsey buat pertama kali meminta tentera membantu pengikut Sunnah termasuk menyalurkan senjata untuk bertempur dengan militan IS.- mstar online

Boko Haram Dakwa 219 Gadis Diculik Peluk Islam, Dikahwinkan
Boko Haram.
CHIBOK: Pemimpin kumpulan radikal, Boko Haram di Nigeria, Abubakar Shekau menyatakan dalam satu rakaman video bahawa kesemua 219 gadis yang diculik mereka telah memeluk agama Islam dan dikahwinkan. Beberapa keluarga kepada 219 kanak-kanak sekolah yang diculik kumpulan tersebut lebih dari enam bulan lalu berkata, mereka gelisah tetapi tidak terkejut dengan dakwaan itu. Abubakar Shekau berkata demikian dalam satu rakaman video terbaharu pada Jumaat lalu dengan menyatakan bahawa kesemua gadis itu juga telah memeluk Islam. Malah dia turut menolak untuk mengadakan rundingan damai dan gencatan senjata. Ketua Forum Chibok Elders di bandar timur laut Nigeria, di Pogo Bitrus berkata; 'Dakwaan mengenai perkahwinan itu mengejutkan kami, walaupun kami mengetahui bahawa Bako Haram merupakan sebuah kumpulan yang tidak boleh dipercayai.”- mstar online

Peranan Think City Dalam Konteks Warisan Boleh Diperluas
GEORGE TOWN: Peranan Think City Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd boleh diperluas dalam konteks warisan ketara dan tidak ketara selain memelihara bangunan warisan.
Oleh itu, Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengalu-alukan usaha untuk mengetengahkan wacana warisan Melayu di Pulau Pinang oleh Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS), Universiti Sains Malaysia (USM), Persatuan Amanah Warisan Melayu Pulau Pinang (Pewaris) dan Think City.
"Dasar pemuliharan masih dijadikan panduan dalam pemuliharaan warisan budaya ketara dan tidak ketara. Dasar ini dijadikan rujukan untuk menentukan cara untuk melindungi warisan itu kekal dan menjadi hak milik negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Warisan Melayu Pulau Pinang: Cabaran dan Harapan di USM, di sini, Sabtu.
Turut hadir Naib Canselor USM Datuk Prof Dr Omar Osman dan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka yang juga penyelaras operasi CenPRIS, Datuk Seri Prof Dr Md Salleh Yaapar.
Nor Mohamed berkata penubuhan Pewaris yang diasaskan Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) diharap dapat memperjuangkan kelestarian warisan Melayu di negeri ini.
Beliau berharap pendedahan dan pengetahuan mendalam mengenai warisan Melayu menerusi seminar sedemikian dapat disalurkan dan dikongsi dengan masyarakat terutamanya kepada generasi muda serta menggariskan perancangan dan tindakan yang perlu diambil oleh semua pihak bagi memartabatkan warisan tersebut.
Sementara itu, Md Salleh berkata berkata usaha meneroka dan menjejak semua aspek dan unsur warisan Melayu di Pulau Pinang yang belum ditonjolkan perlu diteruskan bagi meningkatkan kesedaran serta mempertingkat pengetahuan dalam kalangan penduduk Pulau Pinang dan Malaysia.
"Tujuan memelihara dan memulihara perlu supaya yang mungkin selama ini (warisan) yang tercicir boleh diangkat balik dan dipelihara. Sebahagian besar daripada pembentangan di seminar ini diharap dapat diperkemas dan diusahakan untuk tujuan penerbitan," katanya.
Md Salleh berharap hasil kertas pembentangan dapat digunakan untuk kajian warisan Melayu supaya dapat menulis semula sejarah Pulau Pinang yang selama ini difahami daripada perspektif penjajah.
Beliau berkata fahaman orang ramai bahawa pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada 1786, walhal ada bukti jelas bahawa penempatan orang Melayu di Batu Uban wujud sebelum itu.- mstar online
TOP
City vs United: Medan Saling Membalas Dendam Dua Bintang Argentina
PERLAWANAN Manchester City menentang Manchester United pada Ahad bukan sahaja bakal menampilkan perseteruan antara kelab kejiranan tetapi turut menjadi medan membalas dendam untuk dua bintang Argentina.
Permusuhan antara pertahanan United, Marcos Rojo dan penyerang City, Sergio Aguero sejak Piala Dunia lalu akan menghangatkan lagi permainan tersebut.
Perseteruan antara dua bintang Argentina itu berpunca daripada seorang wanita iaitu teman wanita Agureo, Karina Tejeda.
Aguero bersama teman wanitanya, Karina. Aguero mula bersama Karina selepas berpisah dengan anak Diego Maradona, Giannina sejak dua tahun lalu. Kisah dendam di hati masing-masing jelas kelihatan apabila Sergio Aguero mengelak untuk bertemu Rojo pada program Liga Kicks bersama kanak-kanak di sebuah akademi di Ardwick, Manchester pada Jumaat. Pada majlis tersebut, empat pemain Argentina iaitu Rojo, Angel Di Maria (United), Zabaleta dan Aguero (City) dijemput bersama kanak-kanak di akademi berkenaan. Bagaimanapun Aguero mengelak untuk hadir pada saat akhir dengan memberitahu penganjur bahawa dia terpaksa menjemput keluarga di lapangan terbang. "Mana Sergio? Mungkin dia takut," kata Rojo mencari Aguero pada program tersebut. Permusuhan itu berlaku apabila Rojo menjemput bekas suami teman wanita Aguero iaitu bintang pop Argentina, Cwirkaluk memasuki bilik persalinan ketika skuad berkenaan menyambut kememangan menentang Nigeria pada Piala Dunia lalu. Tindakan Rojo telah mengundang rasa marah Aguero sehingga pegawai pasukan Argentina perlu campur tangan dalam mententeramkan suasana. Berikutan persengkataan itu juga, Rojo berjanji untuk tidak membiarkan Aguero bergerak bebas pada perlawanan kali ini. "Saya akan menjaganya dengan penuh ketegasan, dia tidak akan dibiar bebas," jelasnya.- mstar online

Khairy Kecewa Kualiti Padang Stadium Nasional Bukit Jalil
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kecewa dengan kualiti padang rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil yang baru siap dinaik taraf bulan lepas.
Proses baik pulih keseluruhan stadium berkenaan bermula Oktober tahun lepas dengan anggaran kos RM1.5 juta.
Perlawanan final Piala Malaysia antara Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) semalam merupakan perlawanan penting yang pertama kali diadakan di stadium berkenaan selepas padang rumput baharu itu disiapkan.
Mengulas kritikan beberapa pihak mengenai keadaan padang rumput yang teruk pada final itu, Khairy berkata walaupun keadaan itu tidak menganggu kelancaran perlawanan, namun secara jelas rumput tercabut di banyak kawasan.
Beliau berkata Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) telah menjemput beliau untuk melawat padang yang dinaik taraf di Stadium Larkin bagi mencari penyelesaian kepada masalah keadaan padang rumput di Stadium Nasional.
"Tengku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) mempelawa saya pergi ke Larkin untuk melihat padang itu. Saya akan pergi ke sana dalam masa yang terdekat kerana TMJ kata rumput yang digunakan di situ boleh digunakan di Bukit Jalil.
"Jika saya mendapati rumput dekat Larkin lebih sesuai, kita akan menggunakan rumput itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) di sini, Ahad.
Pada tahun lepas, Khairy telah mengarahkan Stadium Nasional ditutup selepas aduan bahawa keadaan padang di stadium berkenaan tidak sesuai sehingga memasksa perlawanan persahabatan antara Barcelona FC dan Malaysia ditukar ke Stadium Shah Alam pada saat-saat akhir.
Beliau berkata kementeriannya juga sebelum ini telah mencuba dua jenis rumput di Stadium Nasional, iaitu rumput jenis Cow grass dan Bermuda Green Mountain.- mstar online
TOP
Moore Pertahan Gelaran CIMB Classic 2014
Ryan Moore bergambar bersama piala kemenangan selepas muncul juara pada Kejohanan Golf CIMB Classic 2014. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain Amerika Syarikat, Ryan Moore berjaya mempertahankan Kejuaraan Golf CIMB Classic 2014 dengan kelebihan tiga pukulan selepas pusingan akhir di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) di sini, Ahad. Pemain berusia 31 tahun itu berjaya melakukan jumlah pukulan 17 bawah par 271, sekali gus mengatasi dua rakan senegaranya Gary Woodland dan Kevin Na serta bintang Sepanyol, Sergio Garcia yang berkongsi gelaran nain juara dengan 274. Moore muncul sebagai pemain pertama memenangi kejuaraan tersebut untuk kali kedua berturut-turut dalam kejohanan edisi kelima yang menawarkan hadiah wang tunai US$7 juta (RM22.9 juta). Pada saingan penentuan hari ini, Moore, selaku pendahulu bersama semalaman, memulakan cabaran dengan membenam empat birdie dan satu bogey pada sembilan lubang pertama. Pada sembilan lubang kedua, beliau mencatatkan empat birdie dan dua bogey untuk menamatkan saingan dengan lima bawah par 67. Atas kejayaan itu, Moore menerima hadiah wang tunai US$1.26 juta (RM4.17 juta) dan trofi berprestij yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Ia adalah minngu yang hebat dan seolah-olah saya tidak tahu apa nak diperkatakan. Kembali semula untuk mempertahankan kejuaraan adalah sesuatu yang saya tidak pernah lakukan. "Tahun lepas adalah lebih stres," kata Moore yang terpaksa bersaing dalam 'play-off' dengan Wooland sebelum merangkul kejuaraan setelah terikat 14 bawah 274 pukulan selepas pusingan akhir tahun lepas. Mengenai saingan penentuan, Moore berkata beliau agak gugup pada lubang ke-15 dan selepas mencatatkan bogey pada lubang ke-16. Bagaimanapun, katanya beliau lega sedikit selepas mendahului tiga pukulan menjelang lubang terakhir. Wooland, Na dan Garcia, yang berkongsi gelaran naib juara dengan terikat dengan catatan 14 bawah par 274 pukulan, masing-masing menerima hadiah wang tunai US$522,666.67 (RM1.73 juta). Pemain negara Danny Chia dan Nicholas Fung menamatkan saingan dengan menghuni kedudukan ke-65 bersama tiga lagi pemain. Chia dan Fung masing-masing menerima hadiah wang tunai US$14,420 (RM47,708). CIMB Classic, yang diiktiraf bersama Jelajah Asia dan Jelajah US PGA, menampilkan 78 pemain elit iaitu 60 daripada Jelajah PGA, 10 Jelajah Asia dan lapan pemain tajaan.- mstar online

Van Gaal Arah Pemain United Layan Penyokong
LOUIS VAN GAAL dilapor telah mengisytihar perang terhadap sikap ego pemainnya selepas mereka dimanjakan selama ini.
Jurulatih kelahiran Belanda itu kini mahu bintang Manchester United lebih bersikap rendah diri dan dekat dengan peminat yang membayar gaji mereka selama ini. Pemain juga diarahkan untuk menurunkan tandatangan sekiranya diminta penyokong setia kelab berkenaan. Sehubungan itu juga Van Gaal tidak mahu lagi bintangnya seperti Wayne Rooney dan Robin van Persie memandu kereta mewah hingga ke depan pintu masuk kompleks latihan untuk mengelak daripada bertemu penyokong.
Pemain diarahkan meletak kenderaan di parkir dan berjalan masuk ke stadium atau kompleks latihan bagi memberi peluang kepada peminat untuk mendekati mereka. Van Gaal mengeluarkan arahan berkenaan selepas terkejut melihat pengawal keselamatan meminta kunci kereta pemain untuk mengambil kederaan mereka sehingga ke depan pintu.
Sumber United berkata,"Pengurus tidak suka dengan sikap pemain yang begitu manja dan ego. "Dia mahu pemain berjalan ke parkir untuk mengambil kenderaan supaya penyokong mendapat peluang untuk bertemu mereka dan perkara itu wajib dilakukan pemain," jelasnya.
Selain itu, Van Gaal dilapor akan bertemu Ketua Eksekutif kelab, Ed Woodward sebelum perlawanan pada Ahad bermula bagi membincangkan soal pemindahan pemain pada Januari. Sumber yang rapat dengan Van Gaal dari Belanda mendedahkan, jurulatih itu masih menunggu Kevin Strootman yang merupakan pemain tengah sembuh daripada kecederaan untuk dibawa ke United. Berikutan itu juga, Juan mata dikatakan akan meninggal United pada Januari ini.- mstar online

Saat Indah Pasukan Dan Penyokong Pahang - Zainal Abidin
Pasukan Pahang meraikan kejayaan mempertahankan Piala Malaysia selepas menewaskan JDT melalui penentuan penalti pada Sabtu malam. FOTO: Faihan Ghani/THE STAR
KUALA LUMPUR: Saat indah buat pasukan dan penyokong Pahang, jelas Zainal Abidin Hassan selepas berjaya mempertahankan trofi berprestij Piala Malaysia dengan penuh dramatik menewaskan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pada saingan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu malam. Pun begitu, untuk bergelar juara berturut-turut bukan mudah buat anak buah bekas pemenang Kasut Emas Liga Malaysia 1992 ini kerana hanya beraksi dengan sepuluh pemain sahaja pada babak kedua. Insiden Saifulnizam Miswan dilayangkan kad merah pada minit ke-68 kerana dilihat menumbuk perut Amri Yahya tidak menjejaskan rentak permainan mereka sehingga mengheret permainan ke penentuan penalti selepas terikat seri 2-2 pada masa permainan sebenar. Skuad Tok Gajah ini tidak mensia-siakan peluang terakhir itu dengan menyempurnakan semua sepakan penalti yang berpihak kepada mereka, 5-3. Menurut Zainal, kekurangan pemain dalam padang menjadikan mereka lebih berhati-hati. "Semua pemain menunjukkan komitmen yang tinggi walaupun kekurangan seorang rakan. “Saya sentiasa berpesan kepada mereka supaya kena buat dua tugas dalam satu masa. “Di sini banyak aspek taktikal yang diterapkan kerana lawan bukan calang-calang pasukan memandangkan kami kekurangan pemain. “Dan mereka tidak leka, terus bertungkus lumus sehinggalah ke penentuan penalti. “Malam ini sungguh indah,” jelas Zainal Abidin selepas perlawanan. Ketua jurulatih Tok Gajah ini berkata, salah satu faktor kejayaan yang dicapai ini adalah kerana sokongan setia penyokong-penyokong Pahang. “Penyokong Pahang terus dan terus memberi semangat kepada kami sejak perlawanan pertama hinggalah aksi akhir kami. "Terima kasih berjuta kali kepada mereka,” ujarnya. Trofi Piala Malaysia menjadi koleksi kejayaan kedua Pahang musim ini selepas turut menjulang trofi Piala FA Jun lalu buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun.- mstar online

Sanchez Pacu Kejayaan Arsenal, Southampton Lebar Rekod Kemenangan
Sanchez menjaringkan dua gol untuk Arsenal.
ALEXIS Sanchez menjaringkan dua gol untuk memacu kemenangan Arsenal menewaskan Burnley 3-0 di Stadium Emirates, awal pagi Ahad. Sanchez menjaringkan gol pertama pada minit ke-70 sebelum melengkapkan gol kemenangan Arsenal pada minit kecederaan. Manakala Calum Chambers pula menjaringkan gol kedua Arsenal pada minit ke-72 untuk membantu pasukan tuan rumah selesa menguasai perlawanan. Kemenangan itu meletakkan Arsenal kembali menduduki kelompok empat pasukan teratas dalam carta liga. Arsenal ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu liga, Chelsea. Burnley pula masih tercari-cari kemenangan pertama untuk musim ini dan menduduki tangga tercorot liga. Sementara itu, dalam perlawanan berasingan, kesilapan penjaga gawang Hull Eldin Jakupovic memberi peluang kepada Southampton untuk mencatatkan kemenangan 1-0 di Stadium KC sekali gus melebarkan permulaan cemerlang mereka musim ini.
Wanyama (kanan) meraikan jaringannya.
Pemain tengah, Victor Wanyama menjaringkan gol tunggal seawal minit ketiga untuk Southampton. Southampton mempunyai beberapa percubaan dari jarak dekat menerusi Sadio Mane dan Graziano Pelle tetapi tersasar. Pasukan kendalian Ronald Koeman itu menduduki tangga kedua dengan kelebihan lima mata di depan Manchester City yang berada di tempat ketiga.- mstar online

Wanita Ditembak Mati Di Perkarangan Stadium Emirates
SEORANG wanita dilaporkan telah ditembak mati di perkarangan stadium milik pasukan Arsenal pada pagi Sabtu.
Wanita itu dikatakan telah ditembak seorang lelaki berusia 38 tahun, beberapa jam sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris melibatkan pertemuan antara Arsenal menentang Burnley.
Pasukan perubatan yang menemui mangsa memberitahu, keadaan wanita terbabit tenat akibat kecederaan parah selepas ditembak.
Mereka gagal menyelamatkan mangsa yang kemudian disahkan mati di lokasi kejadian.
Jurucakap Polis Metropolitan berkata," pada peringkat awal kita percaya suspek yang ditahan dan mangsa saling mengenali."
Dalam perlawanan pada sebelah petang di Stadium Emirates, Arsenal berjaya menewaskan Burnley 3-0.- mstar online
TOP
Syurga Tanpa Cinta Drama Carian Tertinggi di RTM
Antara barisan pelakon Syurga Tanpa Cinta.
PETALING JAYA: Drama bersiri Syurga Tanpa Cinta yang bersiaran menerusi slot Widuri TV1 bermula pada 28 September lalu menjadi drama pencarian nombor satu yang ditonton menerusi Video On Demand Myklik RTM. Drama arahan Micheal Ang itu mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 991 penonton dan dibarisi pelakon hebat seperti Emma Maembong, Kamal Adli, Sharifah Shahora dan Marsha Milan Londoh. Memasuki episod keenam bersiaran, drama Syurga Tanpa Cinta boleh ditonton setiap Sabtu dan Ahad pukul 7 malam di TV1. Sementara itu, drama Pulang Sayang menduduki tangga kedua pencarian tertinggi di Video On Demand dengan 712 tontonan. Diikuti drama Mencari Cinta, Hanna Raudhah, dan Asparagus dengan masing-masing mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 680, 673 dan 473 tontonan. Penonton setia RTM yang terlepas untuk menonton drama-drama terbaik di saluran TV1 dan TV2 boleh layari laman sesawang di www.myklik.rtm.gov.my dan tonton semula drama-drama kegemaran anda.- mstar online

Wanita Bunuh Diri Kerana Suami Enggan Tonton Filem Shah Rukh Khan
SEORANG wanita di India bertindak meminum cuka sebagai tanda protes terhadap suaminya yang tidak mahu menonton filem lakonan aktor Shah Rukh Khan berjudul Happy New Year.
Wanita yang dikenali sebagai Neha itu tidak dapat diselamatkan doktor apabila keseluruhan organ dalamannya rosak dan terbakar akibat cecair berasid itu.
Seperti dilapor One India News, wanita berusia 21 tahun itu turut membuat sebuah rakaman video yang memberitahu bahawa perkara tersebut adalah kesalahan suaminya, Vishal.
Vishal menolak untuk menonton filem tersebut pada hari pertama tayangan kerana terlalu ramai orang. Namun perkara tersebut telah membuatkan wanita itu terlalu kecewa hingga tekad membunuh diri.
Sementara itu, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak Shah Rukh Khan berhubung kes tersebut.- mstar online
TOP
Jururawat Dihukum Penjara Lapan Tahun Guna Duit Palsu
KOTA BARU: Gara-gara menggunakan wang palsu untuk membeli sebuah iPad, seorang jururawat sebuah hospital awam dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, Ahad.
Hakim Mohd Yusoff Yunus memerintahkan Nor Aziarina Ismail, 30, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 6 Disember 2013, selepas dia didapati bersalah atas pertuduhan tersebut.
Tertuduh didakwa menggunakan 10 keping wang kertas palsu RM100 (berjumlah RM1,000) dan menyerahkan wang bagi bayaran iPad itu kepada Abdul Mu'iz Ahmad, 20, di hadapan sebuah restoran makanan segera di Wakaf Che Yeh di sini pada 9 malam, 22 November tahun lepas.
Nor Aziarina yang bertugas di sebuah hospital awam di negeri ini, didakwa mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- mstar online
TOP
Apartment Retak Di Pandan Perdana, Penduduk Hidup Ketakutan
KUALA LUMPUR: Ketika mula-mula membeli satu unit kediaman di Pandan Lake View Apartments di Pandan Perdana pada 2003, Noor Hayati Muda, 40, amat gembira kerana menyangka hajatnya untuk memiliki sebuah rumah impian, akhirnya menjadi kenyataan.
Bagaimanapun, kegembiraan itu hanya seketika cuma kerana tidak lama kemudian, beliau dapati kediaman itu mula menghadiahkan kepadanya pelbagai mimpi ngeri.
Kebimbangan mula menghantui dirinya apabila beliau mendapati retakan pada dinding dan lantai di unit paling bawah Blok B pangsapuri lima tingkat itu semakin membesar, manakala air pula kelihatan mengalir ke dalam longkang daripada bahagian bawah blok berkenaan.
Beliau semakin resah apabila ternampak mata air berhampiran pangsapuri itu kerana ia memberi petanda jelas tentang kemungkinan wujudnya air bawah tanah di situ.
Penjawat awam ini memberitahu Bernama bahawa setiap hari, beliau diulit kebimbangan tentang keselamatan dirinya "kerana saya rasa pangsapuri ini seperti senget".
Noor Hayati berkata sebenarnya, ketika mula-mula membeli unit kediaman di situ, beliau perasan tentang kewujudan beberapa retakan, tetapi ejen hartanah memberi jaminan kepadanya bahawa kejadian itu perkara biasa kerana struktur bangunan sedang dalam proses pengukuhan.
"Dia meyakinkan saya bahawa pergerakan akan berakhir selepas beberapa tahun," katanya. Tetapi kini, terdapat rekahan besar antara asas bangunan itu dan tanah.
Noor Hayati berkata memandangkan sebuah bangunan tinggi sedang dibina kira-kira 100 meter dari pangsapuri berkenaan iaitu di tapak bekas Pandan Lake Club, beliau semakin bimbang tentang keselamatan dirinya dan penghuni lain di blok berkenaan.
"Teringat saya kepada tragedi Highland Towers'. Bagaimanapun, berbeza dengan pangsapuri itu, yang dilaporkan tidak menunjukkan sebarang tanda sebelum ia runtuh, tapi bangunan ini menunjukkan tanda-tanda bahawa sesuatu perlu dilakukan sebelum sudah terlalu lambat," katanya.
Seorang lagi penduduk, Lai Su Foh, 53, berkata retakan juga berlaku pada unit kediamannya.
"Tapi, ia tidaklah seteruk unit yang menghadap tasik. Bagaimanapun, saya tetap bimbang. Saya inginkan kepastian sama ada bangunan ini benar-benar selamat," kata suri rumah itu.
Izani Zainol, 36, pula berkata beliau dapati wujud satu rekahan besar pada bahagian bawah blok itu kira-kira tujuh tahun lepas, yang menjadi tempat tikus berlari keluar-masuk.
"Saya mengemukakan laporan berserta foto kepada LT Sdn Bhd, syarikat yang mengurus pangsapuri ini sebelum ini, sebelum JMB (Lembaga Pengurusan Bersama) memgambil alih, tapi tiada tindakan diambil," kata Izani, yang tinggal di situ bersama isteri dan seorang anak lelaki berusia lima tahun.
Noor Hayati berkata ketika menyuarakan perkara itu kepada MPAJ, beliau diberitahu bahawa adalah menjadi tanggungjawab JMB untuk mendapatkan khidmat jurutera bagi menentukan sama ada bangunan berkenaan selamat untuk diduduki. MPAJ mengesahkan perkara itu.
"Ya, memang betul. Ketika pangsapuri itu diurus JMBnya, ia menjadi tanggungjawab JMB itu (untuk mendapatkan khidmat juruperunding) seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Bangunan dan Hartanah Bersama (Penyenggaran dan Pengurusan) 2007," kata pegawai komunikasi korporat MPAJ Norhayati Ahmad.
Sementara itu, seorang wakil JMB, yang tidak mahu dikenali, berkata JMB tidak mampu mendapatkan khidmat jurutera untuk membuat pemeriksaan terhadap blok bangunan itu kerana ia menghadapi kekangan kewangan.
"Kami baru saja mengambil alih pejabat ini pada 13 Sept lepas daripada JMB sebelum ini, yang dibubarkan setelah anggota utamanya meletak jawatan sebelum tempoh mereka memegang jawatan berakhir awal tahun depan.
"Kami mewarisi kira-kira RM3,000 dalam akaun bank JMB dan hutang lebih kurang RM30,000. Kami sedar masalah yang dihadapi penduduk Blok B dan kami sedang cuba mendapatkan bantuan daripada anggota exco negeri yang bertanggungjawab mengenainya, Iskandar Abdul Samad (perumahan, pengurusan bangunan dan peneroka bandar), serta Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli," katanya kepada Bernama. - mstar online
TOP
Empat Maut Bot Karam Dipukul Ombak
Mangsa terselamat diiringi pasukan keselamatan untuk mendapatkan rawatan.
SAN FRANCISCO: Empat maut manakala seorang lagi selamat apabila sebuah bot nelayan karam dipukul ombak kuat di luar pantai California. Kesemua mangsa dilaporkan tidak memakai jaket keselamatan semasa berada di atas kapal tersebut. Mangsa yang terbunuh terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita. Pejabat Sonoma County Sheriff, Sarjan Cecile Focha berkata mangsa yang terselamat berenang ke tebing sebuah pulau terpencil sebelum diselamatkan oleh krew helikopter. "Ia satu tragedi yang menyayat hati," katanya. Seorang pelaut membuat laporan mengenai insiden tersebut yang berlaku dekat Bodega Bay, kira-kira 70 batu nautika dari utara San Francisco kira-kira pukul 10 pagi. Mangsa yang terselamat, Phillip Sanchez, 66, dari Bodega Bay memberitahu pasukan penyelamat bahawa mereka baru saja memulakan kegiatan menangkap ketam. Empat mangsa berjaya ditarik keluar dari dalam laut tetapi seorang disahkan meninggal dunia ketika ditemui di lokasi kejadian. Tiga daripada mereka dibawa naik ke daratan dan diberikan bantuan pernafasan sebelum dibawa ke hospital menggunakan ambulans tetapi gagal diselamatkan. "Kecewa, semuanya tidak dapat diselamatkan," kata Cecile. Pejabat sheriff juga mengesahkan tiada penggunaan alkohol atau dadah oleh mangsa dalam tragedi itu.- mstar online

PAS Tutup Mulut Rayuan Gantung 2 Adun
Hasnul Baharuddin (kiri) dan Saari Sungib.
KUALA LUMPUR: Nasib dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS berhubung rayuan terhadap keputusan parti itu menggantung keahlian mereka daripada parti itu tidak akan didedahkan kepada umum. Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan untuk merahsiakan hasil mesyuarat majlis itu dibuat bagi menghormati kedua-dua Adun berkenaan. "Kita akan hantar surat keputusan kepada dua orang yang merayu, lepas itu baru kita beritahu. "Kandungan surat itu hanya boleh diberitahu dua tiga hari selepas ini, ini sebagai penghormatan kepada mereka berdua," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung PAS di sini, Ahad.
Hasnul dan Saari ketika hadir pada sidang media menyokong pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar pada Ogos lalu.
Bagaimanapun Nik Muhammad Zawawi mengesahkan keputusan Majlis Syura Ulama terhadap rayuan Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) dicapai secara sebulat suara.
"Kita semua bersetuju dengan keputusan yang diambil, sebulat suara. Tak ada seorang pun yang bercanggah dengan keputusan itu," katanya. Pada 11 Oktober lalu, Jawankuasa PAS pusat membuat keputusan menggantung keahliaan Saari dan Hasnul selama setahun berkuat kuasa serta merta. Namun pada 27 Oktober lalu, kedua-dua mereka mengemukakan rayuan terhadap hukuman berkenaan. Saari dan Hasnul sebelum ini menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar ketika Selangor dilanda krisis jawatan tersebut. Kedua-dua Adun itu kemudiannya dipanggil oleh Jawatankuasa PAS Pusat bagi memberi penjelasan berhubung tindakan mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah dan membuat kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti.- mstar online

Polis Marin Tahan 13 Lanun Di Johor
JOHOR BARU: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 13 lanun warga Indonesia di luar pantai Teluk Ramunia di Kota Tinggi.
Komander PPM Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, semasa melakukan rondaan harian, pihaknya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, unit peronda mendekati bot tersebut untuk melakukan siasatan dan menemui sembilan lelaki berada di dalamnya.
"Kami segera mengerahkan anggota tambahan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 2.5 batu nautika dari pesisir pantai dan selepas melakukan pemeriksaan menyeluruh, kami menjumpai empat lelaki bersembunyi di dalam bilik krew kapal terbabit," katanya pada sidang media di sini Ahad.
Beliau berkata, mereka turut menjumpai senjata yang digunakan oleh kumpulan tersebut untuk melakukan aktiviti menyalahi undang-undang termasuk 10 bilah parang, 10 topeng muka, kabel dan peralatan.- mstar online
TOP
Tragedi MH370 Jadi Bahan Gurauan Pada Malam Holloween
Gambar tiga wanita memakai cheongsam bersama dengan kad identiti kabin ini mengundang kemarahan netizens.
PETALING JAYA: Tragedi MH370 yang telah menjadi misteri setelah kehilanggannya sejak Mac lalu, menjadi bahan gurauan mereka yang tidak sensitif terhadap isu tersebut dengan mengenakan kostum Holloween yang terkait dengan tragedi tersebut.
Kebanyakan mereka ini telah memuatnaik gambar-gambar kostum mereka pada laman Twitter dan juga Instagram dan boleh dicari dengan menggunakan kata carian #MH370.
Gambar-gambar yang dimuatnaik oleh mereka ini telah dikritik hebat oleh netizens yang merasakan perkara ini boleh menyinggung perasaan ahli keluarga yang terbabit dalam tragedi tersebut.
Tapi mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab memuat naik gambar-gambar ini bukanlah terdiri dari rakyat Malaysia. Pesawat MAS MH370 telah hilang sejak Mac lalu dan sehingga kini usaha untuk mencarinya masih lagi giat dijalankan. Sehingga kini, ahli keluarga mangsa masih lagi menyimpan harapan supaya mereka yang terlibat di dalam tragedi tersebut pulang ke pangkuan mereka - Siakapkeli

Myvi Terpusing Terlibat Kemalangan Di Taman Setiawangsa
Kuala Lumpur, 2 Nov - Satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Myvi hitam telah dilaporkan berlaku di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Jika dilihat kepada gambar di tempat kejadian, kereta itu boleh dilihat berpusing sehingga bumbung menyentuh jalan raya.
Menurut sumber, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan tetapi pemandu kereta berkenaan dilaporkan cedera. - Siakapkeli

Wajah anak Rozita Che Wan dan Zain Saidin
Wajah anak Rozita Che Wan ataupun Che Ta dan pasangannya Zain Saidin telah di siarkan secara live dalam rancangan HLive! sebentar tadi.Gambar menunjukkan bertapa gembiranya wajah Che Ta sambil mendakap anaknya yang ke-3 disamping zain dan anak sulungnya Ammar Effendy.. masih terselah kecantikan Che Ta kan...
Nama anak baru pasangan ini akan diumumkan secara live dalam rancangan HLIve! minggu hadapan.Jadi peminta Che Ta sabar ye. Kami kru Siakapkeli pun tidak sabar hendak tahu nama anak Che Ta ni.
Harapan kami di Siakapkeli agar anak kecil ini sentiasa di berkati dan menjadi anak yang soleh bila besar nanti. -Siakapkeli.com.my

RM54 Ribu Untuk 21 Buah iPhone6 Lesap Ditipu Peniaga Online di Facebook
Besar sungguh risiko kita sebagai pengguna yang membeli barangan secara dalam talian. Memandangkan segala urusan dalam talian maka pembeli tidak mengenali siapakah yang dia sedang berurusan jual beli dan itu memberi kelebihan kepada penjual.
Terkini sepasang suami isteri telah ditipu sebanyak RM54 ribu oleh seorang individu yang kononnya menjual iPhone 6 secara online dalam laman sosial Facebook.
Bagaimanapun setelah mangsa memindahkan wang tersebut untuk membeli 21 buah iPhone 6 ke dalam akaun bank suspek sebelum suspek menghilangkan diri. Menurut mangsa, mereka telah beberapa kali berjumpa dengan suspek dalam urusan jual beli iPhone6 pada kuantiti yang sedikit, malah ketika berjumpa suspek dikatakan enggan bergambar. Bukan itu sahaja, merujuk kepada para komentar di laman Facebook Siakapkeli, masih ramai lagi yang telah ditipu oleh orang yang sama. Selain dari itu hasil dari carian google pada nama suspek juga menunjukkan perkara yang sama.
Mangsa setakat ini telah pun membuat laporan polis dan membuat perkongsian di laman sosial berkenaan penipuan tersebut. Dia juga ada berkongsikan seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai suspek seperti nombor telefon dan profil Facebook agar orang ramai dapat membantunya dalam mengesan individu yang menipunya. - Siakapkeli.com.my
Berikut adalah maklumat suspek:
Nama: Sakinah
No Fon: 0133310812 / 0122403472
Berikut adalah komen si suami mengenai penipuan ini:

Polis Nafi Letak Kamera Dalam Tong Sampah
Baru-baru ini, gambar yang memaparkan kamera perakam had laju yang didakwa dipasang oleh polis trafik di lebuh raya menghala ke Skudai Johor mendapat perhatian ramai dan ramai yang mengkritik taktik kotor tersebut.
Namun, Ketua Pasukan Polis Trafik Bukit Aman, Datuk Fuad Abdul Latiff tampil menafikan perkara tersebut.
“Tidak masuk akal, polis tidak pernah melakukan tindakan seumpama itu. Ramai orang terkeliru, malah ada yang mempercayai penyebaran gambar itu. Polis tidak pernah mengambil tindakan seperti itu. Kamera itu juga bukan milik polis,” katanya memetik laporan dari Harian metro.
“Penyebaran gambar itu menggambarkan polis seolah-olah terdesak untuk menyaman pengguna lebuh raya sehingga menggunakan pendekatan seperti itu,” tambahnya lagi. Gambar-gambar yang tersebar melalui Whatsapp dan laman sosial memaparkan beberapa keadaan kamera berkenaan yang diletakkan didalam tong sampah yang berwarna hijau. - Siakapkeli

Pas mahu projek Arwah Ustad Azizan di teruskan
MERBOK; Pas Kedah hari ini hari ini mennyeru agar kerajaan negeri sekrang di bawah pemerintahan Dato Mukhriz Mahathir agar meneruskan projek-projek terdahulu di bawah pimpinan arwayarham ustad azizan Abd Razak.
Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Kedah, Mohd Azam Abdul Samat berkata, ia demi manfaat rakyat
Beliau berkata, apa yang berlakua dalah di sebaliknya apabila dilihat kerajaan sekarang seperti cuba menghilangkan apa yang dilakukan oleh PR sebelum ini.
"Kerajaan negeri sering memaklumkan akan mengkaji semula projek kerajaan negeri terdahulu hingga memberi kesan kepada masyarakat,” katanya.
Menurutnya, antara projek yang harus diteruskan ialah ladang rakyat di Pedu dan Kolej Universiti Insaniah (Kuin).
“Kita setuju jika kerajaan negeri nak buat kajian projek semasa pentadbiran PR jika ada terbengkalai ia perlu diteruskan, tetapi kalau sedang berjalan harap diteruskan,” katanya.
Beliau ditemui ketika mengikuti program nekad 3.0 untuk ahli Pas yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar, Pengerusi 1 Lajnah Dakwah Pas Pusat, Nasrudin Hassan At Tantawi, Pengarah Operasi Jabatan Penyelidikan Pas Pusat dan Dr Zuhdi Marzuki- Siakapkeli.com.my
TOP
Koran-Phone : Telefon Khas Dicipta Untuk Umat Islam Rusia
Sebuah telefon khas bagi umat Islam - tersedia dengan Al-Quran dalam bahasa Rusia dan Arab berserta dengan penggera sembahyang – akan mula dijual di Rusia menjelang akhir November ini.
Dicipta oleh BQ-Mobile, telefon itu dijangka akan menjadi popular dalam kalangan umat Islam di Rusia. Satu sistem navigasi yang terbina di dalam telefon terbabit akan secara automatik menentukan kedudukan pengguna dan akan menunjukkan kearah kiblat.
"Sebelum mencipta alat ini, pakar sudah mengkaji kepentingan bagi orang yang beriman(Islam). Mereka bertanya gajet apakah yang berguna untuk mereka dalam kehidupan seharian. Menu di dalam telefon ini sangat mudah dan senang difahami, sehinggakan pengguna boleh menekan beberapa klik sahaja untuk menukar Surah dalam Al-Quran", kata Timur Imaev, wakil dari Central Spiritual Administration of Muslims of Russia. - Siakapkeli

(Video & Gambar) Honda Type R baharu menggunakan video "pancing"
Dua hari lepas (31OKTOBER 2014) Honda telah mengeluarkan video yang berkisar tentang Honda Type R yang di lancarkan pada 2015 nanti.Tiada maklumat terbaru di keluarkan oleh honda mengenai kereta ini.Cuma satu video yang amat menarik untuk ditonton.
Apa yang manarik adalah cara dan idea yang di gunakan untuk menunjukkan wajah dan karekter kereta Type R mereka.Mereka menggunakan konsep 'The Other Side' yang memerlukan anda menekan butang R sambil menonton video tersebut. Ia adalah simbolik tentang kereta baru Type R yang akan di keluarkan nanti yang mempunyai butang '+R'.
Apabila anda menekan butang R video akan berubah ke situasi lain siang dan malam dalam pergerakan yang sama seperti di dalam gambar di bawah dan ia juga memberi perbandingan terus serta model Civic hatchback yang menjadi asasnya.
Di sebelah kiri adalah video biasa dan apabila anda tekan butang R video akan bertukar menjadi seperti sebelah kanan
Video yang bertajuk "Heist" ini boleh di tonton SINI
- Siakapkeli.com.my

Mat Yo Jadi Gurauan Di Internet, Turut Dilelong RM2 Di Mudah?
Tidak cukup dengan bermacam-macam gambar direka di laman sosial untuk mengecam penyerang Johor Daruk Ta’zim (JDT), diri pemain itu turut menjadi jualan di laman web mudah.com.my dengan harga hanya RM2.
Penulis beranggapan gambar yang tersebar sebenarnya diedit oleh pihak tertentu seperti pemain itu yang dikenali sebagai Mat Yo seperti dilelong murah betul-betul di internet. Mynewshub.cc cuba mencari di laman web jualan internet itu untuk nama Mat Yo tetapi gagal membuktikan ia perbuatan nakal pihak tertentu memalukan Mat Yo dalam nada bergurau. Rata-rata pengguna media sosial berasa kasihan kepada Mat Yo yang dibahan teruk di internet ekoran kegagalannnya menyempurnakan sepakan penalti dalam penentuan sepakan itu selepas kedududukan terikat 2-2.
Bagaimanapun, perbuatan menghasilkan gambar umpama Mat Yo dijual di internet merupakan penghinaan kepada beliau yang juga pernah beraksi dengan pasukan kebangsaan sebelum ini. Pasukan JDT tewas malam tadi kepada Pahang, 3-5 dalam penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir Piala Malaysia menyaksikan Pahang terus menyimpan piala keramat itu selepas memenanginya musim lepas. Kedudukan seri terikat sepanjang 90 minit masa permainan termasuk 30 minit masa tambahan memaksa perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti. Sepakan Mat Yo diselamatkan oleh penjaga gol Pahang Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid dan kemudian Pahang berjaya menjaringkan penalti kemenangan. – MYNEWSHUB.CC

Pondok Perhentian Bas di London Yang Membuatkan Kami Teruja
Ketika di perhentian bas, anda pasti akan berasa sedikit bosan disebabkan kelewatan pengangkutan awam ini yang kadang-kala memakan masa lebih dari setengah jam waktu menunggu.
Lain pula ceritanya di London, Syarikat minuman terkenal Pepsi telah memberikan kejutan ‘istimewa’ bagi pengguna yang menggunakan pondok perhentian bas terpilihnya.
Bagi mempromosikan kempen minuman terbaru mereka, Pepsi menggunakan efek kesan khas pada cermin sisi pondok berkenaan yang menjadikan ia sangat luar biasa.
Pengguna yang sedang menunggu bas pasti akan merasai pengalaman paling terperanjat apabila imej-imej yang dihasilkan sangat realistik. Makhluk asing UFO, robot besar, binatang ganas dan ganjil serta pelbagai lagi imej yang bakal membuat penggunanya ‘terkejut beruk’. Saksikan sendiri apa yang begitu mengagumkan dengan pondok perhentian bas sebegini. Kami di Malaysia berasa begitu cemburu!

Hartawan Media Bangladesh Dihukum Gantung
AHLI perniagaan, Mir Quasem Ali melambai tangan sejurus menaiki van untuk dibawa ke Mahkamah Tribunal Jenayah Antarabangsa di Dhaka, hari ini. - Foto AFP
DHAKA – Seorang hartawan media yang juga tokoh utama sebuah parti politik Bangladesh dijatuhi hukuman gantung sampai mati hari ini selepas didapati bersalah melakukan jenayah perang, hanya beberapa hari selepas pemimpinnya digantung atas kesalahan sama. Tribunal Jenayah Bangladesh mendapati, ahli perniagaan, Mir Quasem Ali yang juga pegawai dari parti Jamaat-e-Islami, bersalah atas 10 dakwaan termasuk membunuh dan culik semasa menuntut kemerdekaan daripada Pakistan pada 1971. Ali, 63, berdiri dan membantah dengan keras ketika Ketua Hakim mengumumkan hukuman itu di mahkamah. “Ia satu penghakiman yang didorong,” kata beliau sambil mendakwa keputusan gantung itu diputuskan atas perintah kerajaan. Ali yang memiliki sebuah stesen televisyen dan akhbar, didapati bersalah kerana melakukan penyeksaan serta pembunuhan termasuk ke atas seorang pejuang muda kemerdekaan. “Negara dan rakyat yang terjejas akhirnya memperoleh keadilan. Mir Quasem Ali telah dijatuhi hukuman mati kerana membunuh seorang pejuang kebebasan remaja, Jashim,” kata pendakwaraya, Ziad Al Malum kepada pemberita. “Anak muda diculik dan mayatnya dibuang di sungai Karnaphuli,” kata Al Malumi. Rabu lalu, hukuman sama dijatuhkan ke atas pemimpin tertinggi parti itu, Mukhlesur Rahman Nizami kerana mengetuai militan pro-Pakistan pada tahun 1971, memaksa protes tercetus dalam kalangan penyokongnya. Parti Jamaat telah mengerah mogok di seluruh negara berikutan keputusan terhadap Nizami itu, memaksa banyak sekolah dan premis perniagaan ditutup serta lalu lintas sesak. Parti berkenaan juga sudah mengumumkan rancangan untuk melakukan serangan baru pada Khamis sebagai protes terhadap hukuman mati Ali. – AFP

Nirmala Bonat Menang Saman Terhadap Majikan
Masih ingatkah lagi dengan kes penderaan terhadap pembantu rumah warga Indonesia, Nirmala Bonat?
Pada tahun 2004, negara digemparkan dengan kes tersebut apabila majikannya, Yim Pek Ha dan suami, Hii Ik Tiing didakwa mendatangkan kecederaan kritikal secara sengaja terhadap wanita itu.
Sepuluh tahun menanti keadilan, akhirnya keputusan Mahkamah Tinggi menyebelahi Nirmala apabila dia menang kes saman sivil dan menerima tuntutan ganti rugi berjumlah RM 139,147,20. Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah S Hassan Badjenid membenarkan saman Nirmala terhadap pasangan majikannya itu dan memerintahkan mereka membayar kos RM 10 ribu yang termasuk dalam kos ganti rugi itu.
Jumlah tersebut meliputi keseluruhan kecederaan yang ditanggung Nirmala termasuk di bahagian kepala, lengan, muka, perut, mulut hidung serta tekanan emosi yang dihadapinya. Namun, mahkamah menolak permohanan Nirmala bagi mendapatkan tuntutan berhubung perbelanjaan ubatan, kehilangan upaya mencari pendapatan dan perbelanjaan pengangkutan kerana tidak dibuktikan plaintif. Siti Khadijah dalam penghakiman bertulisnya berkata, Nirmala mengalami kecederan fizikal dan kesengsaraan yang ditanggung, mengakibatkan wanita itu mengalami tekanan emosi pada masa kejadian. “Sebagai manusia sesiapa sahaja dapat membayangkan kesakitan yang ditanggung apabila seterika panas diletak pada kedua-dua belah payudaranya dan bahagian belakang. Nirmala juga menanggung kesakitan setiap kali memakai baju dan colinya dan beliau sakit apabila luka itu terkena air semasa mandi dan tidak mendapat rawatan selain memakan panadol sahaja.” Selain itu, Nirmala terpaksa menanggung malu kerana bahagian sulitnya terpaksa ditayangkan kepada umum termasuk jurugambar dan mahkamah. Prosiding yang diadakan semalam itu turut dihadiri Yim yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang. Menyingkap kembali peristiwa tersebut, Nirmala bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman pasangan itu yang terletak di Villa Putera, Taman Tun Ismail pada September 2003. Walau bagaimanapun, dia telah didera oleh majikannya Yim, antaranya melekapkan seterika panas di beberapa bahagian tubuh Nirmala dan juga menyiram mangsa dengan air panas. Pasangannya, Hii pula tidak menghalang perbuatan yang dilakukan Yim, malah tidak memberi rawatan terhadap kecederaan yang ditanggung Nirmala. – MYNEWSHUB.CC

9 Warga Indonesia Cuba Rompak Kapal Ditahan
KOMANDER Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Johor, ACP Paul Khiu Khon Chiang (kiri) menunjukan antara barang suspek yang dirampas di perairan Pulau Lima, Kota Tinggi oleh Pasukan Polis Marin Wilayah 2, ketika mengadakan sidang media di Markas Polis Marin Wilayah 2 di Johor Bahru, hari ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin Wilayah Dua menahan sembilan warga Indonesia dipercayai cuba merompak sebuah kapal dalam ‘Ops Pensura’ 2014′ di perairan Teluk Ramunia, Kota Tinggi, dua hari lalu. Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang, berkata semua mereka ditahan ketika berada pada kedudukan 2.5 batu nautika di perairan terbabit pada 7.30 malam. “Lima daripada lelaki itu ditahan di atas sebuah bot gentian manakala empat yang lain ditahan di atas kapal OST Marine. “Kesemua mereka mengaku merancang untuk merompak sebuah lagi kapal di perairan Pulau Lima, Kota Tinggi,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Katanya, empat kru kapal OST Marine turut ditahan untuk siasatan lanjut. Katanya, turut dirampas 10 bilah parang, 10 topeng muka, galah panjang, telefon satelit serta alatan GPS mudah alih. “Semua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Barang Kakisan Letupan Senjata Bahaya 1958 dan Akta Imigresen 1959 Pindaan 2002,” katanya. – BERNAMA

6 Negeri Selesai Isu Penstrukturan Semula Bekalan Air
ALOR SETAR – Enam negeri telah menyelesaikan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di negeri masing-masing, yang melibatkan situasi menang-menang antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tanpa mengabaikan keperluan rakyat.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata negeri-negeri yang terlibat dengan penstrukturan itu adalah Pulau Pinang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
Katanya Perlis juga sudah selesai proses penstrukturan itu dan hanya belum menyelesaikan isu pengkorporatan pengendali perkhidmatan bekalan air itu.
” Kita akan selesaikan dengan negeri-negeri lain. Kita dah pergi ke Kelantan, dan di sana sudah memasuki peringkat perjanjian dengan Jabatan Peguam Negara untuk dikaji. Di Terengganu dan Kedah telah memasuki fasa rundingan.
Akhir sekali kita akan ke Pahang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat penstrukturan semula bekalan air negeri Kedah di sini hari ini.
Beliau berkata petang ini beliau akan berjumpa dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bagi membincangkan mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Kedah.
” Proses penstrukturan itu melibatkan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan yang diambil untuk bekalan air. Seperti di Kedah (pinjaman) melibatkan kawasan luar bandar, menaik taraf bekalan air di Kulim Hi-Tech Park dan Empangan Ahning. Ia dibuat mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) (Akta 655),” katanya.
Katanya dalam melaksanakan penstrukturan semula bekalan air itu, kerajaan persekutuan menerusi agensi, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan mengambil alih hutang kerajaan negeri dalam soal bekalan air.
” Negeri kira semua hutang air dan kira semua aset. Hutang negeri kemudian akan diambil oleh PAAB. Berapa hutang negeri akan diambil alih PAAB. Sebagai contoh hutang Sada (Syarikat Air Darul Aman) adalah RM1 bilion, kemudian aset Sada sebanyak RM1 bilion akan diserahkan kepada PAAB sebagai kontra. Pada masa yang sama kita akan beri semula kepada Sada selama 40 tahun, ada sewaan tahunan,” katanya.
Mahdzir berkata hutang yang melibatkan bekalan air oleh kerajaan negeri Kedah kepada kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.9 bilion yang dilakukan sejak 1990.
” Untuk pengiraan hutang akan dikira oleh Kementerian Kewangan. Ada beberapa perkara seperti Kulim Hi-Tech Park mungkin boleh dihapuskan kerana kepentingannya bukan hanya melibatkan Kedah tetapi juga negeri-negeri di utara,” katanya.
Katanya di Kedah, keseluruhannya bekalan air pada tahap yang baik dan seimbang tetapi ada beberapa kawasan di daerah Padang Terap, Pokok Sena dan Kuala Muda yang mempunyai masalah tekanan air.
” Terdapat kawasan-kawasan yang mempunyai tekanan air, air perlahan. Secara keseluruhan di Kedah 80 peratus adalah pengguna domestik manakala 20 peratus adalah industri dan komersial,” katanya.
Mahdzir berkata industri perkhidmatan bekalan air di Kedah mempunyai kawasan-kawasan yang sensitif seperti Kulim Hi-Tech Park dan Langkawi.
” Kawasan ini perlu dijaga. Kulim Hi-Tech Park melibatkan pelaburan langsung asing manakala di Langkawi pelabur datang untuk pelaburan pelancongan. Kita kena tengok cara terbaik selesaikan masalah itu,” katanya.
Mengenai Selangor pula, Mahdzir berkata Perjanjian Dasar Induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air di negeri itu antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan melibatkan dua perkara iaitu pembelian syarikat konsesi air oleh kerajaan negeri dan pembinaan loji rawatan air Langat 2.
” Bagi Langat 2, kemajuan sedang berjalan. Untuk proses pengambilalihan konsesi air pula, rundingan adalah secara terus antara kerajaan Selangor dengan syarikat konsesi,” katanya. – BERNAMA
TOP
Majlis Syura Ulama Sudah Putuskan Rayuan 2 ADUN PAS
KUALA LUMPUR – Majlis Syura Ulama PAS akan menyerahkan surat keputusan rayuan terhadap penggantungan keahlian dua ADUN PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) selewat-lewatnya, esok.
Setiausahanya, Datuk Nik Muhamad Zawawi Salleh, berkata kandungan surat itu hanya akan dimaklumkan kepada umum dua atau tiga hari selepas kedua-dua ADUN itu menerima surat berkenaan.
“Surat itu kita akan hantar seboleh-bolehnya hari ini dan paling lewat esok kita hantar kepada mereka. Kandungan surat kita boleh bagi tahu dua tiga hari selepas ini, ini sebagai penghormatan kepada mereka,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Beliau menjelaskan, semua ahli Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara bersetuju dengan keputusan diambil.
“Tak ada seorang pun yang bercanggah dengan keputusan diambil. Apa isi kandungan surat, selepas ini (kita bagi tahu).
“Tak akan ada sidang media berkenaan perkara ini, kalau nak tahu (keputusan) boleh telefonlah, tapi selepas dua tiga hari,” katanya.
Nik Muhamad Zawawi seperti dipetik laporan media semalam memaklumkan sudah menerima surat rayuan dikemukakan kedua-dua ADUN berkenaan, Isnin lalu.
Jawatankuasa PAS pusat pada 11 Oktober lalu membuat keputusan menggantung keahlian Saari dan Hasnul selama setahun.
Keputusan itu dibuat berikutan tindakan mereka menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Ia dilihat bertentangan dengan pendirian Majlis Syura Ulama dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - BH Online
TOP
Pelajar Tingkatan 4 Hilang Ketika Sertai Maraton
Seorang pelajar tingkatan empat dipercayai hilang selepas menyertai satu perlmubaan maraton di kawasan perkelahan Sekayu, Kuala Berang di Hulu Terengganu petang semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hussin Deraman berkata, pelajar itu Ahmad Rafikin Azman, 16, tidak menghabiskan maraton Gunung Gajah Terom, membuatkan bapanya Azman Othman, 50, membuat laporan polis pada pukul 6 petang,
Sebelum itu, Azman memaklumkan penganjur kerana gagal menemui anaknya, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di Kuala Terengganu yang sepatutnya dijemput pulang pada pukul 3 petang.
Semua 32 peserta lain kecuali Ahmad Rafikin telah tiba pada masa itu, menurut laporan Mstar Online.
“Selepas menunggu beberapa lama, Azman yang juga Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), membuat laporan polis,” kata Hussin.
Difahamkan Ahmad Rafikin tidur di sebuah khemah di lokasi itu pada 31 Okt dan meninggalkan telefon bimbitnya di rumah.
Operasi mengesan pelajar itu digerakkan oleh 42 orang anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, RELA dan penduduk kampung.
Menurut wakil Urusetia maraton Mohd Rafi Kori, Ahmad Rafikin hanya melalui pusat pemeriksaan pertama trek perlumbaan itu tetapi tidak kelihatan sehinggalah ke garisan penamat dalam kategori junior 12 km yang disertai.
Acara marathon itu disertai 540 peserta pelbagai peringkat umur bermula pada pukul 8.15 pagi.
Perlumbaan itu dianjurkan Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu dan diuruskan oleh Persatuan Kembara Negara. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Kapal Angkasa Pelancongan Virgin Meletup Di Udara
MOJAVE, California – Sebuah kapal angkasa bersayap yang direka khas untuk membawa pelancong meneroka melepasi atmosfera Bumi meletup semasa ujian penerbangan di Gurun Mojave di sini kelmarin dengan menyebabkan seorang juruterbang maut dan seorang lagi parah.
Kemalangan kedua dalam masa seminggu itu mencetus kesangsian berhubung teknologi pelancongan angkasa lepas. Kapal angkasa itu, Virgin Galactic SpaceShipTwo meletup selepas dilepaskan daripada sebuah pesawat induk di udara pada ketinggian 13,716 meter, kata seorang jurugambar yang menyaksikan kejadian itu, Ken Brown. “Seorang juruterbang ditemui mati di dalam kapal angkasa itu dan seorang lagi berjaya menyelamatkan diri menggunakan payung terjun,” kata Sherif Daerah Kern, Donny Youngblood said. “Mangsa yang parah diterbangkan dengan helikopter ke sebuah hospital,” tambahnya. Nahas itu berlaku sekitar 193 kilometer ke utara pusat bandar raya Los Angeles dan 32 kilometer dari Pangkalan Angkasa dan Udara Mojave. Virgin Galactic SpaceShipTwo dan pesawat induknya berlepas dari pangkalan tersebut. Kapal angkasa itu milik firma Virgin Galactic yang diasaskan oleh bilionair Britain, Richard Branson. Branson merupakan perintis dalam perlumbaan menyediakan peluang kepada orang awam untuk terbang di orbit, merasai graviti sifar dan melihat Bumi dari angkasa lepas dengan menaiki kapal angkasa pelancongan. Beliau dijangka tiba di sini semalam begitu juga pasukan penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan yang menyiasat nahas tersebut. SpaceShipTwo yang sepanjang 18 meter itu merupakan kapal angkasa pertama di dunia dibina untuk membawa pelancong ke orbit. Ia direka dengan dua tingkap panorama dan boleh membawa enam penumpang. Syarikat Virgin Galactic menjual tiket pelancongan angkasa lepas itu pada harga AS$250,000 (RM827,125) seorang untuk perjalanan pergi dan balik. Setakat ini, lebih 700 orang telah membuat tempahan tiket termasuk penyanyi terkenal, Justin Bieber, Katy Perry dan Lady Gaga. – Agensi

Kopi Baja Asli Penawar Kanser Di China
Sekumpulan penduduk di kampung Jinshicun, wilayah Hunan beralih kepada ‘penawar’ baru untuk merawat penyakit barah – baja asli yang direndam dengan air.
Ia mungkin memeranjatkan. Tetapi, itulah yang dilakukan oleh sekurang-kurangnya 20 penduduk kampung berkenaan selepas seorang nenek di kampung itu yang disahkan menghidap barah paru-paru pulih selepas minum kopi baja asli itu selama lapan bulan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana dia memperoleh idea untuk menjadikan baja itu ubat penyakit yang dihidapnya itu.
Sejak nenek berkenaan pulih, penduduk kampung terbabit mengumpulkan najis kambing dan lembu, menjemurnya hingga kering, menggorengnya dan kemudian menumbuknya menjadi serbuk.
Mereka akan mengambil satu sudu sebuk baja itu dan mencampurkannya dalam air panas serta meminumnya dua kali sehari. – Agensi
TOP
8 Polis Terbunuh Dalam Serangan Di Kenya
NAIROBI – Lapan pegawai polis terbunuh, sementara 12 anggota yang lain masih hilang dalam serangan terbaru di utara Kenya, menurut polis negara berkenaan, pada Sabtu.
Pegawai polis yang masih hilang sejak Jumaat, dipercayai diserang hendap ketika mereka menjalankan operasi keselamatan di kawasan Tasik Turkana.
Penyerang telah bertindak membakar tiga kenderaan polis, sumber polis turut menyatakan kemungkinan mereka yang masih hilang itu sudah meninggal dunia.
Jurucakap polis, Gatiria Mboroko mengesahkan serangan itu berlaku di kawasan Kapedo namun tidak dapat memberi maklumat lanjut, dengan alasan berdepan masalah komunikasi dengan pihak polis di lokasi insiden.
Anggota polis tambahan juga sudah dikerah untuk ke lokasi kejadian bagi membantu operasi mencari selepas insiden serangan terbaru itu.
Dua tahun lalu, lebih daripada 40 pegawai polis terbunuh selepas mengejar pencuri ternakan lembu kira-kira 100 kilometer di sebelah selatan negara berkenaan, satu serangan yang belum pernah terjadi di negara Afrika timur itu.
Minggu lalu, lima orang, termasuk tiga pegawai polis terbunuh dalam serangan di kawasan Kapedo.
kekurangan bekalan air dan kawasan ragut telah memburukkan konflik antara masyarakat di kawasan berkenaan yang majoritinya dihuni petani pindah. -AFP
TOP
Adenan Satem Akan Kerja Keras Bangunkan Sarawak
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud (tengah) dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib (dua, kanan) melambai tangan ke arah anak-anak Sarawak yang hadir pada majlis Makan Malam Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak 2014 di perkarangan Stadium Bukit Jalil di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berjanji akan bekerja keras untuk membangunkan negeri itu secara berperingkat di bawah pentadbirannya. Beliau berkata usaha itu adalah bagi kesejahteraan rakyat Sarawak, agar mereka tidak ketinggalan berbanding negeri-negeri lain terutama dalam aspek pembangunan. “Biarpun (pembangunan) akan mengambil masa yang lama, ia tidak menjadi masalah selagi kita melakukannya mulai sekarang,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak 2014 di perkarangan Stadium Bukit Jalil di sini malam ini. Turut hadir dalam majlis, Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib, isteri Ketua Menteri Puan Sri Jamilah Anu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim dan menteri-menteri kabinet lain. Karnival itu yang dihadiri seramai 10,000 anak Sarawak yang menetap di Semenanjung Malaysia, memasuki tahun kelapan penganjurannya. Ia pertama kali diadakan di Stadium Bukit Jalil selama tiga hari, bermula semalam. Karnival dipenuhi pelbagai program seperti pameran dan jualan, forum kerohanian dan keusahawanan dan persembahan kebudayaan. – BERNAMA

Industri Dan Penyelidik Bina Ekosistem Inovasi Mampan
KUALA LUMPUR – Industri tempatan perlu lebih terbuka untuk berkongsi perkembangan semasa dan permasalahan mereka dengan penyelidik tempatan untuk membina ekosistem inovasi terbuka dan mampan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata dialog dua hala itu perlu menjadi satu kebiasaan bagi membina kepercayaan dan menjana pertukaran maklumat.
Justeru, saya berharap platform seperti Malaysia Laboratories For Academia-Business Collaboration (MyLAB) dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua yang terlibat, katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Inovasi Negara 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.
MyLAB ditubuhkan tahun lepas dengan peruntukan RM80 juta bagi tujuan memperkukuhkan perkongsian bestari dan inovasi antara penyelidik di universiti dan industri.
Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin dan timbalannya Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.
Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada perkembangan sektor swasta kerana kekayaan dan pendapatan negara terhasil daripada peningkatan inovasi dan produktiviti sektor industri dan perniagaan.
Justeru, katanya adalah penting usahawan terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), yang mewakili hampir 98 peratus perniagaan di negara ini, turut sama meningkatkan komitmen dan usaha unutk memakmurkan budaya inovasi dan kreativiti.
Selain itu, beliau turut menggesa agar pembangunan penyelidikan dan agenda inovasi bukan semata-mata reaktif kepada masalah semasa, tetapi perlu dilihat secara proaktif untuk masa hadapan negara.
“Kita harus menjangka keperluan generas masa depan dan ini adalah amat penting untuk kesiapsiagaan negara untuk menjadi negara yang benar-benar ke hadapan sebagai pemangkin inovasi global,” jelasnya.
Dari segi pemerkasaan agenda penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R,D&C), beliau berkata, sejumlah 239 projek bernilai RM2.76 bilion telah disemak sepanjang 2013 hingga 2014, dengan sebanyak 78 daripadanya bernilai hampir RM680 juta telah diarus perdanakan.
“Ini mencerminkan bahawa kerajaan turut melaksana urus tadbir yang menyeluruh dalam memastikan bahawa hasil R,D&C benar-benar memberi manfaat dan impak kepada pembangunan sosio ekonomi negara,” kata Muhyiddin.
Menurutnya, Malaysia berada pada landasan yang betul dalam usaha memperkukuhkan agenda inovasi, khususnya menjana persekitaran yang kondusif dan responsif untuk merealisasikan budaya kreativiti dan inovasi yang mantap dan berterusan.
Muhyiddin berkata, melalui Bajet 2015, kerajaan memperuntukkan hampir RM1.5 bilion untuk memperkasa ekosistem tersebut bagi menjana dan meningkatkan hasil inovasi, penyelidikan serta pengkomersilan yang praktikal dan berkualiti.
Pada majlis ini, beliau menyampaikan Anugerah Saintis Muda Negara kepada pakar kejuruteraan kimia, Dr Lim Jit Kang dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Anugerah Juruteknologi Negara kepada Kasron Ahmad, dari bahagian mekanisme dan automasi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).
Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, sijil dan trofi.
Dalam kategori sekolah, Sekolah Kebangsaan Tarcisian Convent, Ipoh, Perak telah memenangi anugerah menerusi projek teknik pengurusan tanaman padi organik – Sri Lovely (kategori akar umbi), USM (kategori perkhidmatan) dan projek ‘Thermal De-polimerisation Process of Plastic Waste Material’ (kategori produk).
Pemenang bagi kategori produk dan kategori perkhidmatan membawa pulang wang tunai RM50,000 manakala pemenang kategori akar umbi menerima RM20,000 dan sekolah RM10,000.
Anugerah Inovasi Negara sempena Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan (NICE 2014) yang berlangsung tiga hari di PWTC bermula semalam. – BERNAMA
TOP
Syarikat Ambil Sikap Tunggu Dan Lihat Daftar GST
GOPENG – Syarikat-syarikat yang sebelum ini tidak mendaftar bagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebenarnya mengambil pendekataan tunggu dan lihat, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Oleh itu, katanya, kebimbangan tindakan boikot atau sabotaj oleh syarikat-syarikat atas pelaksanaan GST ternyata tidak berlaku.
“Sebelum ini kita sangka ada kemungkinan berlaku boikot oleh syarikat, enggan sertai GST, tetapi hari ini saya ingin melaporkan sudah 117,376 syarikat telah daftar sehingga semalam,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan penerangan mengenai GST dan Bajet 2015 di Dewan KEMAS di sini hari ini.
Ahmad berkata, kementerian itu yakin pada November dan Disember, jumlah syarikat yang mendaftar akan bertambah.
“Sebanyak 74,000 syarikat sertai pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), dan GST kini sudah lebih 117,000 syarikat berbuat demikian, ini kerana syarikat boleh boleh tuntut enam peratus cukai input melalui GST,” katanya. – BERNAMA
TOP
Tragedi MH17: Mayat Mangsa Terakhir Dikenalpasti
KUALA LUMPUR – Mayat Puan Sri Siti Amirah Kusuma, 83, mangsa terakhir rakyat Malaysia dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah dikenalpasti.
Siti Amirah merupakan nenek tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Perkara tersebut dimaklumkan Hishammuddin hari ini setelah mayat tersebut disahkan pasukan forensik di Belanda semalam.
Siti Amirah Prawira Kusuma.
“Syukur Alhamdulillah mayat kesemua penumpang (rakyat Malaysia) yang menjadi mangsa tragedi MH17 telah dikenal pasti. “Ini salah satu tanggungjawab serta janji yang telah ditunaikan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada keluarga mangsa serta rakyat Malaysia dalam hal ini,” katanya pada sidang media di sini selepas menyempurnakan penutupan Konvensyen Umno Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). “Saya diberitahu bahawa keluarga Allahyarham ingin mengebumikan jenazah di Amsterdam memandangkan anaknya menetap di sana. Maka tiada lagi istiadat penghormatan akan dilakukan di negara ini,” kata Hishamuddin. Dengan perkembangan terbaru itu, kesemua 43 jenazah rakyat Malaysia kini telah dikenalpasti. Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila pesawat itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu. Sehingga kini, sebanyak 278 jenazah daripada 298 mangsa telah dikenal pasti oleh pasukan forensik di Pusat Perubatan Tentera di Hilversum, Belanda. Hishammuddin berkata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan melakukan tindakan susulan bagi menentukan kesemua mangsa tragedi mendapat pengadilan. – BERNAMA

Perlu Kajian Sebelum Bina Jeti Nelayan
PASIR SALAK – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan perlu mengkaji terlebih dahulu pembinaan jeti baharu untuk nelayan di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata kajian terperinci perlu dilakukan sebelum membina jeti berkenaan bagi mengelak ia tidak digunakan oleh nelayan untuk mendarat di pantai.
“Ada jeti yang tidak dapat digunakan oleh nelayan untuk mendarat kerana dipenuhi rumput, lumpur dan akhirnya jeti itu akan terbiar begitu sahaja.
“Kita kena kaji kedalaman muara di mana jeti itu akan dibina. Air tidak boleh cetek kalau tidak macam mana bot-bot hendak mendarat,” katanya kepada pemberita selepas program ramah mesra pemimpin bersama nelayan di Dataran Nelayan Hujung Rintis di sini, hari ini.
Beliau berkata pihak yang terlibat perlu melakukan kajian terhadap kesesuaian lokasi sebelum membina jeti.
Tajuddin berkata projek pembinaan jeti nelayan perlu diteliti dan dinilai terlebih dahulu sebelum melaksanakannya bagi memenuhi keperluan para nelayan.
Beliau berkata pihak yang terlibat perlu mendapatkan maklumat terperinci daripada Pejabat Daerah atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengenai kawasan persekitaran sebelum membina jeti.
Pada majlis berasingan, beliau merasmikan majlis pecah tanah bagi cadangan pembinaan pasar nelayan mukim Kota Setia di sini.
Beliau berkata pembinaan pasar nelayan yang bernilai RM200,000 itu akan memudahkan golongan nelayan memasarkan sendiri hasil tangkapan mereka secara terus kepada pembeli tanpa menggunakan khidmat orang tengah.
“Dengan siapnya pasar nelayan itu nanti, diharap ia dapat meningkatkan pendapatan dan taraf hidup kira-kira 100 nelayan di kawasan ini,” katanya.
Tajuddin berkata jualan terus itu akan mengurangkan peranan orang tengah yang dikenal pasti antara punca kenaikan harga ikan sekali gus membolehkan pengguna mendapatkan ikan segar dengan harga berpatutan. – BERNAMA
TOP
Penunggang Motosikal Maut Langgar Besi Penghadang
KUANTAN – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Versys 650cc maut selepas motosikalnya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 15 Jalan Kuantan-Pintasan dekat Sungai Karang di sini, awal pagi tadi.
Mohd Rosmainie Radzi, 33, pekerja di bahagian penyelenggaraan Hotel Megaview Kuantan di sini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata nahas pada 4 pagi itu berlaku semasa mangsa yang berasal dari Bandar Jengka sedang dalam perjalanan dari Pelabuhan Kuantan menghala ke bandar Kuantan.
“Mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan sebelum merempuh besi penghadang menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa memiliki lesen memandu sah dan memakai topi keledar semasa kejadian.
Katanya, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat. – BERNAMA
TOP
Satu Mayat Nelayan Dari Bot Yang Berlanggar Ditemui
KUANTAN – Satu mayat daripada enam krew yang hilang selepas bot tunda mereka dilanggar sebuah kapal dagang kira-kira 16.4 kilometer dari Tanjung Gelang di sini Khamis lepas ditemui tengah hari tadi.
Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Datuk Nasir Adam berkata mayat yang belum dikenal pasti itu ditemui kira-kira 1.40 tengah hari oleh kapal KM Sebatik kira-kira lima batu nautika dari lokasi kejadian.
Beliau berkata mayat telah dibawa ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.
“Operasi mencari lima lagi krew bot tunda berkenaan masih diteruskan pasukan gerakan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada anggota daripada Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, TLDM dan Jabatan Laut,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, seorang krew bot tunda warga Indonesia, Martin Sembiring, 30, terselamat selepas dia terjun daripada bot itu apabila menyedari sebuah kapal dagang semakin menghampiri bot mereka.
Martin kemudiannya diselamatkan sebuah kapal nelayan yang melalui kawasan kejadian sebelum laporan polis dibuat. – BERNAMA
TOP
Polis Tunggu Arahan Peguam Negara Untuk Dakwa PPS
GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang masih menunggu arahan daripada Pejabat Peguam Negara sama ada akan mendakwa 157 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang ditahan pada 31 Ogos lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya telah menyiapkan kertas siasatan kes berkenaan dan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.
“Memang mereka (anggota PPS) telah diberi jaminan kedua oleh polis pada Rabu lepas dan sebenarnya tidak timbul isu polis tidak cukup bukti atau sebagainya kerana menyambung jaminan tersebut.
“Sebaliknya polis mengikut prosedur yang sepatutnya iaitu memberi lanjutan jaminan sehingga Pejabat Peguam Negara memberi arahan untuk mendakwa semua anggota PPS berkenaan,” katanya.
Abdul Rahim bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Inisiatif Whitening Black Spot di kawasan Bukit Gedung, di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dilaporkan berkata lanjutan tempoh jaminan untuk kali kedua sehingga 1 Dis ini terhadap anggota PPS itu menunjukkan bahawa peguam negara dan polis tidak ada bukti kukuh semasa menangkap anggota PPS.
Lim turut dilaporkan berkata bahawa tindakan menangkap mereka adalah sesuatu yang tidak berasas langsung.
Pada 31 Ogos lepas, 154 anggota PPS ditahan kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
Ini disusuli penahanan anggota exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar yang merupakan pengerusi PPS, Phee Boon Poh, pada hari yang sama dan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer sehari selepas itu.
Timbalan Pengerusi PPS merangkap Anggota Parlimen Tanjong Ng Wei Aik ditahan pada 4 Sept. – BERNAMA
TOP
Jihad Di Malaysia Diputus Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
KUALA LUMPUR – Di Malaysia, tindakan untuk berjihad hendaklah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata ini kerana kriteria yang penting dalam jihad ialah, jika sesebuah negara mempunyai pemerintah Islam, maka jihad perlu diisytiharkan oleh pemerintah tertinggi Islam.
“Berdasarkan bukti daripada Al-Quran dan Hadis, jelaslah bahawa ulama dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah menetapkan bahawa jihad hendaklah dilakukan dengan arahan pemerintah Islam,” katanya dalam ucapan perasmian seminar Jihad Vs Militan di Universiti Teknologi Malaysia di sini, hari ini.
Justeru, Ahmad Zahid berkata peperangan secara persendirian atau yang dilakukan oleh kelompok kecil yang tidak diberi mandat atau keizinan daripada pemerintah (khalifah) tidak dinamakan sebagai jihad.
Katanya, sebaliknya ia dinamakan sebagai perang saudara, perbalahan puak atau etnik tertentu.
“Berdasarkan pandangan ulama muktabar, rakyat Malaysia yang berjuang di Syria tidak boleh diistilahkan sebagai jihad kerana ia tidak memenuhi kriteria jihad yang sebenar menurut Ahli Sunnah wal Jamaah,” kata Ahmad Zahid.
Tambahan pula, krisis di Iraq, Syria dan Lubnan melibatkan perang sesama Islam dan tidak melalui arahan pemerintah Islam negara ini.
Pada 23 Okt lalu, Bernama melaporkan Polis Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menahan 40 orang, yang disyaki merancang menyertai kumpulan militan di Syria termasuk merekrut rakyat tempatan untuk kononnya berjihad di Syria, sejak Februari tahun lepas.
Menurut statistik Kementerian Dalam Negeri yang dibentangkan di Dewan Rakyat Selasa lalu, seramai 167 rakyat negara ini terlibat dengan kegiatan militan di luar negara sejak Disember 2001 sehingga kini.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid turut kesal dengan segelintir masyarakat Islam pada akhir-akhir ini tersilap dalam memahami istilah jihad sehingga menggangap tindakan militan sebagai jihad.
“Justeru, apabila dikatakan jihad, perkara yang dibayangkan mereka ialah perbuatan menyerang dan melakukan pembunuhan maka ia sebenarnya membawa maksud keganasan.
“Secara asasnya jihad dalam Islam adalah memerangi golongan Kafir Harbi. Sama ada ia bersifat ofensif ataupun defensif ia bergantung pada situasi,” katanya.
Ahmad Zahid menyifatkan pergolakan di Iraq dan Syria sebagai krisis peperangan puak antara sesama Islam, dan bukan melibatkan bukan Islam. – BERNAMA
TOP
Mangsa Puting Beliung Mahu Bantuan Baiki Rumah
ALOR SETAR – Mangsa puting beliung di Daerah Kota Setar yang berlaku semalam berharap agar pihak berkaitan dapat membantu membaiki rumah mereka dengan segera.
Noraini Saad, 45, dari Kampung Sungai Baru, Kuala Sungai sangat mengharapkan bantuan kerana beliau sekeluarga kini terpaksa tinggal di surau di kampung itu.
“Kalau ikutkan pendapatan saya yang tidak seberapa, saya tidak mampu untuk baik pulih rumah saya yang rosak teruk. Harap pihak yang prihatin dapat bantu keluarga kami,” kata pekerja sebuah syarikat pembersihan di sebuah pusat membeli-belah ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, 71 buah rumah dan sebuah klinik desa di dalam Daerah Kota Setar rosak teruk.
Bagi Che Tom Abdullah, 65, yang rumahnya turut rosak juga memerlukan bantuan bagi membaiki rumahnya.
“Saya kini terpaksa menumpang sementara waktu di rumah adik saya kerana keseluruhan rumah saya tidak lagi berbumbung,” katanya dan menambah sekiranya
kerosakan yang dialaminya kecil, beliau masih mampu untuk memperbaikinya sendiri.
Md Saad Md Isa, 59, dari Kampung Batin turut mengharapkan bantuan serupa.
“Kalau nak tunggu bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat agak lambat dan kini saya hanya ambil inisiatif menukar bumbung yang rosak.
“Saya bimbang berlaku kerosakan pada barangan lain seperti perabot dan barangan elektrik semasa musim hujan sekarang,” katanya.
Tinjauan mendapati beberapa jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Pertahanan Awam, Rela dan pihak tentera turut membantu penduduk membersihkan rumah selain memotong pokok yang tumbang.
Sementara itu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memberi jaminan kesemua keluarga mangsa puting beliung akan mendapat bantuan awal tidak lama lagi.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata Pejabat Daerah Kota Setar akan memberi bantuan sebanyak RM300 hingga RM1,000.
“Peruntukan yang bakal diberikan itu ialah bagi meringankan beban yang dialami keluarga mangsa dan mereka boleh melakukan baik pulih rumah mereka yang mengalami kerosakan kecil seperti pada bumbung,” katanya kepada pemberita semasa melawat mangsa di Kampung Batin hari ini.
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata berkata peruntukan susulan juga akan diberikan selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat melakukan penilaian terhadap kerosakan rumah penduduk.
Ahmad Bashah berkata Pusat Khidmat DUN Bakar Bata turut menyampaikan sumbangan antara RM300 hingga RM500 kepada lapan keluarga di Kampung Batin yang terletak di bawah DUN itu.
Beliau berkata pihaknya turut menyediakan barangan dapur selain akan menyediakan penempatan sementara bagi keluarga terbabit. – BERNAMA
TOP
Nelayan Rugi RM80,000, Bot Dan Peralatan Menangkap Ikan Dicuri
MELAKA: Pengerusi Jawatankuasa Jeti Nelayan Tradisional Klebang Besar Md Said Adam (kiri) menunjukkan laluan yang dipercayai digunakan suspek yang mencuri bot nelayan di Jeti Nelayan Tradisional Klebang Besar di sini. - Foto BERNAMA
MELAKA – Tujuh nelayan kerugian kira-kira RM80,000 setelah bot, enjin dan beberapa peralatan menangkap ikan mereka dicuri awal pagi tadi. Pengerusi Jawatankuasa Jeti Nelayan Tradisional Klebang Besar, Md Said Adam berkata peralatan yang dicuri itu termasuk empat buah bot gentian kaca, tujuh buah enjin, sebuah mesin menggulung jaring, dua set jaring dan tong minyak. Katanya kejadian disedari seorang nelayan yang hendak ke laut pada puku 6 pagi. “Seorang pemancing mendakwa melihat sebuah bot menunda keluar lapan buah bot dari jeti ini tanpa menggunakan lampu kira-kira 5 pagi tadi, tetapi mereka menyangka ia tindakan nelayan di sini,” katanya yang juga kerugian kira-kira RM4,500 akibat kehilangan sebuah enjin bot. Bagaimanapun, katanya pihaknya menemui empat bot tanpa enjin di kawasan muara Sungai Klebang yang dipercayai telah ditinggalkan. Seorang lagi nelayan, Rashid Md Zin, 42, berkata dia kehilangan sebuah bot gentian kaca yang baharu dibeli kira-kira tiga minggu lepas beserta sebuah enjin dan sebuah mesin menggulung jaring bernilai lebih RM20,000. “Selain hilang punca pendapatan, saya juga terpaksa menanggung bayaran ansuran bulanan bot, peralatan serta enjin kira-kira RM500 sebulan,” katanya. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adziz Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu. Dalam pada itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Klebang Datuk Lim Ban Hong berkata beliau akan berhubung dengan Jabatan Perikanan negeri Melaka bagi melihat bantuan yang boleh disalur kepada semua nelayan terlibat. “Saya akan meminta pihak Jabatan Laut dan polis mempergiatkan rondaan terutamanya di kawasan jeti nelayan bagi mengelak kejadian sama daripada berulang selain jawatankuasa nelayan di sini juga diminta menubuhkan skuad keselamatan,” katanya. – BERNAMA

Kerajaan Haram Penggunaan Pukat Tunda Di Zon B Mulai 1 Jan 2016
KUANTAN – Kerajaan akan mengharamkan penggunaan pukat tunda di Zon B (komersial) mulai 1 Jan 2016 yang melibatkan kira-kira 5,000 nelayan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sehubungan itu kerajaan akan membuka semula lesen pukat jerut untuk nelayan di zon B dan C bermula 1 Jan 2015.
“Mulai 1 Jan 2016, kita akan batalkan lesen pukat tunda di Zon B terlebih dahulu, sebelum diperluaskan ke Zon C. Perkara ini akan dibincangkan kemudian dengan semua pihak termasuk persatuan nelayan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Road To Maha peringkat negeri Pahang di sini hari ini.
Beliau berkata dengan pengharaman pukat tunda di Zon B, pencerobohan nelayan Zon B ke Zon A (tradisional) dapat dibanteras.
Nelayan di Zon A tidak dibenarkan menggunakan pukat jerut kerana lokasi pengangkapan ikan adalah berhampiran kawasan pantai dan perahu fiber yang digunakan tidak sesuai untuk penggunaan pukat jerut, jelasnya.
“Ada nelayan Zon A meminta kebenaran untuk gunakan pukat jerut saiz yang lebih kecil daripada yang digunakan nelayan zon B dan C, tetapi kita
khuatir perkara ini akan menjejaskan pendapatan nelayan di zon itu yang memancing dan sebagainya.
“Kita juga bimbang perahu fiber nelayan Zon A tidak dapat mengangkat pukat jerut yang akan menyebabkan mereka kena tukar bot lebih besar. Ini akan memakan kos, bagaimanapun kita akan bincang semula perkara ini,” kata Ismail Sabri.
Beliau turut menasihati nelayan supaya tidak bergantung kepada hasil tangkapan laut semata-mata, sebaliknya mereka perlu mempelbagaikan sumber pendapatan mereka.
Katanya nelayan boleh melibatkan diri dalam program akuakultur yang disediakan kerajaan seperti memelihara ikan sangkar di dalam laut yang kerajaan memperuntukkan RM45 juta untuk projek itu.
Beliau berkata projek tersebut boleh membantu nelayan ketika mereka tidak dapat ke laut pada musim tengkujuh dan hasilnya boleh dijual ketika musim itu.
“Projek ini akan dijalankan secara berkelompok. Sangkarnya seperti yang digunakan di luar negara yang tahan gelora laut,” katanya. – BERNAMA
TOP
SKMM Diminta Sekat Perjudian Dalam Talian
KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan menggunakan kepakaran dan undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan atau menghalang orang ramai mendapat akses daripada laman yang melibatkan perjudian.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata terdapat beberapa perkara yang diketahui pihak kementerian untuk diambil tindakan, tetapi ia terletak di bawah bidang kuasa SKMM.
“Jadi ini merupakan perkara yang kita minta supaya pihak SKMM melihat, mengkaji dan mendapatkan seberapa banyak maklumat tentang beberapa laman yang melibatkan perjudian on-line yang orang ramai boleh mendapat akses dan boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat kita,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Konvensyen Umno Terengganu di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kes judi dalam talian yang semakin berleluasa pada masa ini. – BERNAMA
TOP
Jualan Axia Cecah 44,000, Atasi Sasaran Awal – Perodua
RAWANG – Tempahan Perodua Axia telah mencecah 44,000 unit berbanding sasaran awal sebanyak 30,000 menjelang akhir 2014, kata Presiden Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) Sdn Bhd, Datuk Aminar Rashid Salleh.
Sehubungan itu, syarikat itu sedang mempertimbangkan sasaran baru bagi akhir tahun dan pada masa yang sama memastikan ia dapat memenuhi tempahan sedia ada, kata Aminar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat.
“Sehingga kini sebanyak 9,000 model Axia telah berjaya diserahkan kepada pembeli. Disebabkan permintaan yang tinggi, kami telah membuat pelarasan agar pengeluaran dapat memenuhi permintaan,” kata beliau.
Amanar berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian hadiah ‘Skuad Keselamatan Junior Perodua Squad’ di ibu pejabat Perodua di sini, hari ini.
Sebelum ini dilaporkan model terbaru itu dijangka mengalami kelewatan penghantaran disebabkan masalah mendapatkan alat ganti yang sesuai dan bukannya disebabkan kapasiti kilang.
Penghantaran mungkin tertangguh sehingga enam bulan dan syarikat berharap dapat mengurangkannya kepada 1.5 bulan menjelang akhir tahun.
Sementara itu, mengulas mengenai peruntukan dana RM70 juta oleh kerajaan untuk membangunkan pembuatan kereta elektrik di dalam pembentangan Bajet 2015, Aminar berkata, Perodua tidak mempunyai perancangan untuk terlibat di dalam pembuatan kereta elektrik dan ia akan terus memberi perhatian kepada segmen kenderaan cekap penggunaan bahan api.
“Masih terdapat banyak lagi ruang di dalam bidang ini, yang kita boleh perbaiki dan terokai.
“Kita akan terus mengusahakan teknologi “enjin pembakaran dalaman” dari segi penjimatan minyak dan pengendalian dan ia setanding dengan kenderaan elektrik ,” katanya lagi.
Objektif utama program ‘Skuad Keselamatan Junior Perodua’ itu ialah untuk mendidik muid-murid sekolah rendah akan pentingnya keselamatan di sekolah dan rumah. – BERNAMA
TOP
Penduduk Kampung Diserang Histeria
Bacaan Yasin turut diadakan di SK Bukit Puteri melibatkan ibu bapa, guru dan penduduk
JERTIH – Penduduk dua kampung, dekat sini, berada dalam keresahan apabila kejadian histeria yang bermula di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Puteri minggu lalu dikatakan berlaku pula di kampung mereka. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Puteri, Ghazali Omar berkata, dua minggu lalu, 10 murid sekolah berkenaan tiba-tiba meracau dan keadaan itu berlarutan selama tiga hari. Menurutnya, kejadian mula berlaku pada 16 Oktober lalu dan berterusan dua hari berikutnya pada 19 dan 20 Oktober. “Pada hari pertama kira-kira 10 murid kebanyakan perempuan tahun 4 dan 5 histeria.
“Pada hari kedua, kira-kira enam murid daripada 10 murid yang sama diserang histeria lagi, manakala pada hari ketiga pula melibatkan murid lain,” katanya ketika ditemui pada Majlis Solat Hajat di SK Bukit Puteri anjuran bersama PIBG dan pihak sekolah, malam kelmarin. Solat hajat berkenaan yang turut dihadiri guru besar, Hassan Mat Arshad bertujuan agar kejadian histeria tidak berulang di sekolah tersebut. Ghazali berkata, sejak pihak sekolah dan PIBG mendapatkan khidmat tokoh agama dan pengamal tradisional, kejadian histeria tidak berlaku lagi. Bagaimanapun keresahan mula timbul dalam kalangan penduduk kampung sekitar sekolah itu iaitu Kampung Tok Has dan Lay Out Tok Has apabila ada antara penduduk pula yang diserang histeria. Katanya, difahamkan masing-masing satu keluarga di Kampung Tok Has dan Lay Out Tok Has. “Saya tak berani nak sahkan sama ada apa yang berlaku di kampung tersebut ada kaitan dengan di sekolah kerana kejadian di kampung turut membabitkan orang dewasa,” katanya. Sementara itu, ada dakwaan mengatakan sebelum meracau, murid terbabit melihat kelibat lembaga hitam di sesuatu lokasi di sekolah tersebut. Difahamkan, masalah histeria dilaporkan sudah lama tidak berlaku di sekolah berkenaan, sehinggakan ada pihak mendakwa dan mengaitkan kononnya kejadian histeria yang berlaku baru-baru ini ada kaitan dengan kerja merobohkan sebuah rumah berhampiran sekolah tersebut. Dalam pada itu Ghazali berkata, pihaknya akan terus berusaha mendapatkan bantuan pakar perubatan tradisional untuk menangani masalah itu. - Sinar Harian Online

Maut Dipanah Petir Ketika Menggunakan ‘Earphone’
Seorang remaja, Bartholomew Robert, berusia 14 tahun menemui ajal akibat disambar petir ketika sedang asyik mendengar lagu melalui peralatan elektronik, ‘earphone’ yang disambungkan ke telefon bimbitnya.
Mmenurut sumber dari Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di rumahnya sendiri di Kampung Murud, Serian, Kota Samarahan, Sarawak.
Dia yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taiee dilaporkan disambar petir kira-kira jam 6.30 petang.
Menurut satu sumber, “Ketika kejadian, cuaca buruk dan kilat serta hujan, sebelum menyambar peranti yang digunakan mangsa. Ini menyebabkan mangsa rebah dan tidak sedarkan diri.”
Menurut sumber lagi, “Kejadian berlaku di hadapan ibu bapa mangsa yang bergegas membawanya ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia.” – MYNEWSHUB.CC
TOP
Makan Mayat Suspek Militan Di Kongo
Beni (Republik Demokratik Kongo) – Sekumpulan penduduk merejam seorang lelaki muda dengan batu hingga mati di bandar ini sebelum membakar dan memakan mayatnya.
Menurut saksi, kejadian itu adalah tindak balas terhadap beberapa siri serangan yang dilakukan militan pemberontak Uganda.
Kejadian di bandar di tenggara Republik Demokratik Kongo (DRC) ini menyusuli beberapa serangan di kawasan berkenaan yang didakwa dilakukan kumpulan ADF-NALU.
Kumpulan berkenaan dipercayai bertanggungjawab membunuh lebih 100 orang di sekitar bandar berkenaan bulan lalu.
Saksi berkata, lelaki itu yang tidak dikenali, berada di dalam sebuah bas apabila dia disyaki pengganas kerana tidak boleh berbahasa Swahili, bahasa tempatan, selain membawa parang. – myMetro Online
TOP
Najib Ucap Tahniah Kepada Pasukan Pahang
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengucapkan tahniah dan memuji persembahan pasukan Pahang mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia selepas mengalahkan Johor Darul Ta’zim (JDT), malam ini.
“Ini adalah kejayaan buat kali kedua berturut-turut skuad Tok Gajah menjulang Piala Malaysia. Memang hebat!. Tahniah saya ucapkan,” katanya dalam laman Twitternya.
Pahang mengalahkan JDT 5-3 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas masa tambahan 30 minit. Kedua-dua pasukan gagal mengubah kedudukan itu dalam tempoh permainan sebenar 90 minit. – BERNAMA
TOP
Mesir Bertindak Tegas Terhadap Kegiatan Gay
Kaherah – Lima lelaki yang terlibat dalam video rakaman satu majlis perkahwinan sesama jenis, dihukum penjara masing-masing tiga tahun oleh mahkamah selepas didapati bersalah menghasut untuk melakukan perbuatan menyimpang.
Tindakan tegas itu diambil selepas mereka muncul dalam rakaman video yang dimuat naik dalam internet bertajuk `perkahwinan gay pertama di Mesir’ yang dilakukan di atas sebuah bot.
Ia merupakan langkah yang diambil bagi membendung kegiatan gay dan atheis.
Dalam rakaman berkenaan, ia menunjukkan dua lelaki menyarung cincin sambil disorak dengan gembira oleh rakan-rakan gay yang lain.
Pejabat pendakwaraya dalam satu kenyataan pada bulan September lalu, menjelaskan perkahwinan itu merupakan sesuatu yang memalukan dan penghinaan kepada orang awam.
Malah lelaki yang muncul dalam video berkenaan turut diarah menjalani ujian homoseksual.
Awal bulan ini, Mahkamah Mesir mengambil tindakan tegas dengan menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun ke atas empat lelaki kerana terlibat dalam kegiatan sesama jenis.
Mereka ditangkap kerana melakukan hubungan seks dan memakai pakaian wanita.
TOP
Kanak-Kanak Dibiar Tendang Kepala Manusia
Syria – Sekeping gambar yang menunjukkan seorang kanak-kanak menendang kepala seorang askar, dipercayai di Syria, telah mengejutkan ramai.
Selain menjengkelkan ia juga merupakan satu perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh bapa kanak-kanak tersebut yang dipercayai salah seorang penyokong kumpulan militan IS.
Lebih teruk, lelaki itu gembira apabila menjadikan kepala tersebut sebagai bola untuk anak kecil yang tidak berdosa ini.
Kepala berkenaan, telah dipenggal sejak beberapa hari lalu dan meskipun jika dia bersalah, mangsa tidak seharusnya dilayan sedemikian rupa.
Mukanya dipenuhi dengan kesan luka yang dalam, dan dipercayai dilakukan dengan pisau.
Gambar ini didedahkan oleh kumpulan aktivis di Syria bagi menunjukkan sikap tidak bertamadun kumpulan IS.
TOP
Hospital Swasta Caj Melampau Untuk Bekalan Darah
PETALING JAYA – Penderma darah mendakwa hospital swasta mengenakan caj yang tinggi kepada pesakit yang ingin mendapatkan bekalan darah.
Mereka mendakwa hospital terbabit mengaut keuntungan daripada keikhlasan hati penderma.
Selain mendapatkan darah daripada penderma, kebanyakan hospital swasta turut memperolehi bekalan darah dari Pusat Darah Negara (PDN) dengan kos yang rendah.
Tinjauan Sunday Star mendapati pesakit dikehendaki membayar bayaran transfusi antara RM160 dan RM500 untuk 350ml hingga 450ml beg darah di hospital swasta.
Bayaran itu turut dikenakan walaupun mereka membawa bersama penderma semasa rawatan pemindahan darah.
Yap Sow Chong, 56, seorang penderma tetap, mengaitkan insiden di mana sebuah hospital swasta mungkin mengambil kesempatan terhadap golongan penderma.
Katanya, baru-baru ini dia membantu menyebarkan rayuan seorang inspektor polis yang memohon bantuan penderma darah apabila isterinya dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi selepas melahirkan anak mereka.
“Dengan media sosial, rayuan dapat sampai ke semua pihak dan maklum balas amat cepat. Dalam masa yang singkat, mereka yang ingin menderma darah beratur panjang dan ada di kalangan mereka diminta untuk datang keesokan harinya.
“Beberapa penderma darah kini tertanya-tanya sekiranya hospital tersebut mengaut keuntungan daripada darah yang didermakan,” katanya.
Malah, beliau turut menghantar e-mel mengenai pertanyaan itu tetapi hospital swasta terbabit tidak memberikan sebarang maklum balas.
Katanya, sesebuah hospital perlu memaklumkan kepada penderma sebaik sahaja bekalan darah mencukupi telah dikumpul untuk pesakit tertentu.
“Mereka harus diberi pilihan sama ada mereka mahu atau tidak untuk terus menderma darah di hospital terbabit,” katanya.
Seorang lagi penderma darah tetap, W.K.Ng dari Ipoh berkata hospital swasta perlu mengenakan harga yang munasabah kerana darah tersebut telah didermakan.
Malah, kebanyakan mereka memperoleh darah daripada PDN pada harga RM30 setiap beg.
“Mereka tidak sepatutnya mengenakan bayaran lebih RM100 untuk setiap beg darah.
“Jika PDN mengenakan hospital swasta bayaran sebanyak RM30 bagi setiap beg untuk menampung gaji kakitangannya, kos tabung uji, jarum suntik, ujian bahan kimia, peralatan dan penghantaran, tidak ada keuntungan.
“Namun, sekiranya hospital swasta mengenakan bayaran lebih RM160 bagi setiap beg darah, mungkin mereka memindahkan kos operasi dan kos tetap kepada pesakit sama seperti organisasi lain yang ingin mengaut keuntungan,” katanya.
Anggota Majlis Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr N.K.S. Tharmaseelan berkata, bekalan darah diberikan secara percuma di hospital kerajaan.
“Di hospital swasta, caj dikenakan. Malah antara diantara hospital tersebut mengenakan caj sehingga RM500 untuk kumpulan darah sukar diperolehi,” katanya.
Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Pulau Pinang (HPP) Lim Thoon Deong berkata, kebanyakan hospital mengenakan caj sebanyak RM250 untuk setiap beg bekalan darah yang harganya disifatkan terlalu tinggi.
Lim yang juga Penasihat Biro Perkhidmatan Awam dan Pengaduan Jawatankuasa Perhubungan MCA negeri berkata, aduan mengenai caj tidak munasabah terhadap bekalan darah perlu disiasat oleh Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS) di bawah Kementerian Kesihatan. – mStar Online
TOP
Plot Kubur Untuk Penyokong Tegar Di Brazil
Sao Paulo – Peminat sebuah pasukan bola sepak terkemuka di Brazil kini boleh menunjukkan kesetiaan mereka hingga mati apabila kelab itu mengesahkan rancangan mewujudkan tanah perkuburan untuk penyokongnya.
Kelab Corinthians yang berpusat di Sao Paulo berkata, ia menyediakan 70,000 plot kubur untuk peminatnya di tanah perkuburan yang diberi nama ‘Corinthians Forever’ yang dijangka dibuka pada 2015.
Kompleks perkuburan yang luas itu juga akan menjadi tempat persemadian pemain legenda kelab berkenaan.
Sehubungan itu, kubur sehingga 100 tokoh yang diiktiraf Corinthians akan dipindahkan ke tanah perkuburan baru itu.
Setiap plot itu dijual dengan harga antara RM6,000 hingga RM10,000, bergantung kepada saiz dan kedekatannya dengan idola kelab.
Corinthians antara kelab terkenal di Brazil, memenangi kejuaraan kebangsaan lima kali sepanjang 104 tahun sejarah mereka dan dua kali Piala Kelab Dunia FIFA.
Antara pemain ternama mereka ialah Socrates, bekas kapten Brazil yang bermain untuk kelab berkenaan antara 1978 dan 1984. Dia meninggal dunia pada 2011. – Agensi
TOP
Kerajaan Akan Usaha Bawa Pulang Serpihan MH17
Kerajaan akan tetap berusaha membawa pulang serpihan bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 selepas selesai siasatan sepenuhnya kejadian nahas pesawat berkenaan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mesyuarat bersama pasukan penyiasat dan badan penerbangan antarabangsa yang diadakan di Montreal, Kanada baru-baru ini sebulat suara setuju menyiasat secara terperini nahas pesawat berkenaan yang terhempas di Ukraine.
Ketika ini, proses perbincangan masih berlangsung untuk membolehkan pasukan penyiasat membawa balik serpihak pesawat itu ke Belanda untuk tujuan siasatan.
Memetik laporan laman web Astro Awani, pihaknya masih di peringkat perbincangan untuk memberi ruang kepada penyiasat memasuki kawasan nahas di Donetsk biarpun ketika ini sedang musim sejuk.
“Kami yakin dengan resolusi dan usaha untuk memasuki kawasan tersebut beberapa hari lagi.
“Sudah tiba masanya pengumpulan bahan bukti dan serpihan bangkai (MH17) dibawa pulang, bukan ke Malaysia tapi Belanda untuk menjalani proses penyiasatan lanjut,” kata Liow selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya ke-55 di Kota Bharu hari ini.
Lioe berkata, proses membawa keluar serpihan ke Belanda untuk disiasat ketika ini adalah amat penting.
Apabila selesai, kerajaan akan membuat pertimbangan untuk membawa pulang serpihan itu ke tanah air untuk dijadikan memorial sejarah nahas yang mengorbankan kesemua kru dan penumpang itu.
Pesawat MH17 ketika kejadian pada 17 Julai lepas sedang dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda menuju ke Kuala Lumpur sebelum dipercayai ditembak peluru berpandu berdekatan sempadan Ukraine dan Russia.
Setakat ini kesemua 44 mangsa nahas MH17 rakyat Malaysia sudah dikenal pasti.
Salah satu dari baki tiga rakyat Malaysia termasuk jenazah nenek tiri Hishamuddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Puan Sri Siti Amirah Kusuma berjaya dikenal pasti.
Baki tiga rakyat Malaysia yang baru dikenal pasti itu akan disemadikan di Belanda. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Militan ISIS Tembak Mati 50 Orang
Menurut Ahli Majlis Wilayah Anbar, Faleh Al-Issawi, sekurang-kurangnya 50 anggota satu puak ditembak mati oleh ahli kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), semalam di Wilayah tersebut.
Ahli sebuah puak, Al Bu Nimr itu terdiri daripada lelaki dan wanita dan didakwa bertindak melawan kumpulan ISIS selepas kumpulan militan itu menawan Bandar Hit.
Mereka diarahkan berbaris sebelum ditembak mati di perkampungan Ras Al-Maa, utara ibu wilayah Ramadi.
“Pembunuhan seperti ini berlaku hampir setiap hari di kawasan-kawasan bawah kekuasaan militan itu dan mereka akan meneruskan tindakan mereka selagi tidak dihalang,” ujarnya.
Angka korban tersebut disahkan oleh seorang pegawai di pejabat gabenor Wilayah Anbar.
Tragedi ini merupakan siri pembunuhan terbaru dari ISIS yang sebelum ini menjadikan orang awam, anggota keselamatan dan puak minoriti di Iraq dan Syria sebagai sasaran.
Khamis lalu, pihak berkuasa tempatan menemui mayat 48 orang anggota puak sunnah yang dibunuh ISIS di wilayah sama.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, sekurang-kurangnya 1,273 warga Iraq terkorban dalam beberapa episod keganasan sepanjang bulan lalu berbanding 1,119 pada bulan sebelumnya.
Mangsa bunuh terdiri dari 856 orang awam, 417 anggota pasukan keselamatan Iraq manakala 2,010 mangsa lagi cedera.
Walau bagaimanapun, statistik tersebut tidak termasuk dengan keganasan di Wilayah Anbar mahupun kawasan lain di Iraq yang menjadi kawasan tawanan puak itu. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Berapa Banyak Bisnes Yang Anda Perlu Ada Untuk Menjadi Jutawan?
Tiada sebab mengapa anda tidak boleh hidup senang dan bergelar jutawan suatu hari nanti.
Pernahkah anda terfikir berapa banyak perniagaan anda perlu ada untuk menjadi jutawan?
Ataupun hanya betul-betul fokus terhadap satu perniagaan sahaja sudah cukup untuk menjadikan anda jutawan?
Untuk menjawab persoalan itu, disini kami kongsikan infografik tentang entrepreneur di serata dunia yang mempunyai pendapatan paling banyak.
Menurut Forbes, terdapat 1426 Billionaire di dunia pada tahun 2013.
960 orang daripadanya adalah hasil dari titik peluh sendiri dan selebihnya mewarisi kekayaan tersebut.
Infografik ini juga ada menganalisa profil 5 orang “self-made” billionair yang mendapat pendapatan daripada pelbagai perniagaan.
Kami betul-betul terkejut dengan jumlah bisnes yang dimiliki oleh Richard Branson. Sungguh banyak!
Melihat kepada sejarah mereka, kita dapat lihat bagaimana mereka bijak dan tidak putus asa menggunakan peluang meskipun peluang itu secara kasar takkan menjadikan mereka jutawan.
Tetapi pengalaman-pengalaman itulah yang menjadikan jutawan billionair!
Sumber: Forbes
Oleh: hzqahmd
Tetapi pengalaman-pengalaman itulah yang menjadikan jutawan billionair!
Sumber: Forbes
Oleh: hzqahmd
TOP
Lelaki Tua Makan Bertemankan Gambar Mendiang Isteri
Kisah ini menjadi ‘viral’ di laman internet dan menyentuh hati banyak pihak kerana kesetiaan cinta seorang warga emas terhadap pasangannya. Ia berlaku di sebuah restoran di Fremont, California, Amerika Syarikat.
Satu gambar yang dimuat naik individu bernama Madina Bashizadah di laman Twitter minggu lalu memperlihatkan seorang lelaki yang sedang menikmati hidangan, bertemankan sekeping foto bersama mendiang isterinya. Menurut Madina yang menyaksikan kejadian tersebut, lelaki itu makan sambil merenung ke arah foto yang diletakkan di atas meja. Kejadian tersebut menyebabkan Madina terharu dan menangis. “Apabila saya melihat perlakuan lelaki itu, saya menjadi emosional dan menangis. Kawan menyuruh saya untuk bercakap dengan lelaki itu tetapi saya tidak mampu kerana terlalu tersentuh.” Namun begitu, ada pelanggan lain yang mendekati lelaki tersebut dan bertanyakan tentang gambar itu. Warga emas terbabit mengakui wanita itu adalah isterinya dan telah meninggal dunia lima tahun lalu. Warga emas itu juga kelihatan teruja apabila diajak bercakap tentang mendiang isterinya, dan menceritakan tentang kisah indah mereka ketika isterinya itu masih hidup. Menurut Madina, lelaki tersebut mengenali pasangannya ketika berusia 17 tahun. Walaupun pada ketika itu dunia berhadapan peperangan dan memisahkan mereka selama 10 tahun, namun lelaki itu tidak pernah berhenti untuk mencari wanita terbabit. “Suatu hati ketika dia menceritakan kepada tukang gunting rambut perihal gadis itu, tukang tersebut lantas memanggil anak perempuannya. Rupanya, itulah perempuan yang dicari selama ini.” “Mereka berkahwin tidak lama selepas itu dan ia berkekalan sehingga 55 tahun sebelum pasangannya meninggal. Dia kemudiannya membawa gambar tersebut ke mana-mana sahaja, setiap hari.”
Beberapa minggu lalu, sebuah portal juga menulis perihal kisah itu. Secara kebetulan, ia merupakan lelaki yang sama, di tempat yang sama namun pada hari berbeza. Tulis portal Imgur, “Pastikan kamu bercakap dengan orang yang lebih tua, terutama orang asing. Mungkin kamu akan berfikir yang kamu akan membuatkan harinya menjadi indah, namun mungkin kamu terkejut kerana mereka juga mampu membuatkan hari kamu lebih bermakna.” Ya, itulah ‘kuasa’ sekeping gambar yang mampu menterjemahkan seribu makna. – MYNEWSHUB.CC

MCA Bantu K’jaan Tingkat Penguasaan B.Melayu Di SJKC
KOTA BAHARU – MCA akan membantu kerajaan dan Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh negara.
Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata MCA sangat mengambil berat perkara itu dan mengakui apa yang dilakukan ketika ini masih tidak memadai untuk memastikan seluruh pelajar di sekolah aliran berkenaan menguasai bahasa kebangsaan.
“MCA menyambut baik usaha kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu di SJKC.
“Kita memang sedia membantu SJKC pertingkatkan bahasa kebangsaan ini dan penting untuk mereka fasih dan belajar bahasa ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia Ke-55 di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan statistik Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mendapati 604 peserta Cina dan India tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Perkara itu didedahkan Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi Selangor Prof Dr Teo Kok Seong berikutan kajian yang dijalankan ke atas 14,000 pelatih di 79 buah kem PLKN di seluruh negara pada 2010.
Liow, yang mengakui pelajar yang tinggal di luar bandar sememangnya menghadapi kesukaran untuk menguasai bahasa Melayu berkata kelas tambahan untuk pengajaran bahasa itu perlu diadakan.
“Di sekolah, pelajar perlu menguasai tiga bahasa iaitu bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dan kerana itu ia merupakan faktor mereka sukar menguasainya pada peringkat sekolah rendah.
“Tetapi apabila mereka berada di sekolah menengah, keadaan itu sudah berubah dan mereka boleh menguasainya dengan baik walaupun secara perlahan,” katanya.
Beliau berkata satu jawatankuasa dipengerusikan timbalannya Datuk Dr Wee Ka Siong telah pun mengerakkan usaha ke arah itu dengan kerjasama badan bukan kerajaan.
“Saya yakin dengan usaha ini pelajar di SJKC dapat memperbaiki penguasaan bahasa Melayu. Apa pun ia boleh diperbaiki,” katanya. – BERNAMA
TOP
Notis Kajian Semula Persempadanan Diwarta Bulan Depan
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mewartakan notis Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) penghujung tahun ini, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata sebelum mewartakan notis tersebut, SPR perlu memaklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku ketua kerajaan, mengikut peraturan yang ditetapkan.
” Bila notis itu diumumkan, maka bermulalah tempoh persempadanan semula dan notis itu akan dipamer selama sebulan (untuk menerima bantahan dan cadangan) daripada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan pengundi berdaftar, sekurang-kurangnya 100 orang dalam bahagian pilihan raya terbabit,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata laporan akhir mengenai syor kajian semua persempadanan kawasan pilihan raya itu perlu diserahkan kepada Perdana Menteri dalam tempoh tidak lebih dua tahun daripada tarikh notis diumumkan, untuk dibentangkan di persidangan Dewan Rakyat untuk kelulusan selaras dengan Seksyen 8, Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.
Laporan yang diluluskan oleh sidang Dewan Rakyat akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Aging untuk ditandatangan sebelum diwartakan dan diguna pakai.
Abdul Aziz berkata persempadanan semula merupakan satu daripada tanggungjawab utama SPR di bawah Perlembagaan bagi memastikan pengundi mudah mendapat perkhidmatan wakil rakyat masing-masing apabila sesebuah kawasan pilihan raya yang luas dikecilkan atau dipecah dua, seperti kawasan yang mempunyai pengundi lebih daripada 100,000 orang.
” Kawasan mengundi yang luas perlu dikecilkan supaya jumlah pengundi yang terdapat di satu-satu kawasan pilihan raya adalah munasabah,” jelasnya.
Katanya, sebagai contoh di Kuala Lumpur, keluasan kawasan Parlimen adalah kecil sahaja seperti kawasan Batu dan Segambut namun jumlah pengundinya besar, dan tanpa persempadanan semula, rakyat sukar untuk mendapat perkhidmatan yang baik daripada wakil rakyat.
” Persempadanan semula bukan untuk menentukan satu-satu parti memenangi pilihan raya,” tegasnya dan menambah, prinsip yang digunakan SPR dalam membuat persempadanan semula ialah untuk menyenangkan pengundi.
Abdul Aziz berkata kajian semula Persempadanan dilakukan sekurang-kurangnya lapan tahun sekali dan kali terakhir dibuat pada 2003, dan mengikut peraturan, persempadanan semula sepatutnya dilaksanakan pada 2011.
” Pada masa itu, SPR takut ia bertembung dengan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Jadi persempadanan semula ditangguhkan, dan hasil persempadanan semula kali ini hanya boleh digunakan untuk pilihan raya umum akan datang yang selewat-lewatnya diadakan pada 2018,” katanya.
Abdul Aziz berkata setelah lebih lapan tahun sudah pasti bilangan pengundi bertambah berikutan pembangunan pesat seperti pembinaan bangunan baharu oleh kerajaan yang boleh dijadikan pusat mengundi selain lebih banyak jalan raya yang dibina, yang akan memudahkan usaha SPR untuk mengecilkan bilangan pengundi.
” Sekarang ada kawasan Parlimen yang mempunyai dua pejabat daerah dan dua pihak berkuasa tempatan (PBT), dan keadaan ini menyusahkan wakil rakyat selain menyusahkan penyelarasan semasa hari mengundi dan pendaftaran pengundi,” katanya.
Beliau berkata apa yang dilalukan oleh SPR dalam persempadan semula adalah untuk mendekatkan tempat mengundi untuk para pengundi demi kemudahan mereka.
Yang kedua dalam setiap kawasan mengundi itu mesti ada kemudahan pentadbiran seperti pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan, majlis daerah, majlis bandaran dan bandar raya.
“Seberapa daya yang boleh, jumlah pengundi itu mesti lebih kurang sama banyak. Tapi sama banyak pun, SPR tidak boleh samakan jumlah pengundi di bandar dengan luar bandar. Kawasan bandar kepadatan penduduknya tinggi, di kawasan luar bandar kepadatan penduduknya rendah,” jelasnya. – BERNAMA
TOP
Kemuka Cadangan Naikkan Tambang Pengangkutan Awam
JOHOR BARU – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula kadar tambang untuk pengangkutan awam.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kenaikan tambang adalah wajar.
“Kita faham masalah yang dihadapi syarikat pengangkutan awam dan bersetuju terdapat keperluan untuk menaikkan kadar tambang termasuk untuk teksi.
“Kajian semula mengenai kadar tambang baharu itu berada di peringkat akhir. Saya harap syarikat pengangkutan awam termasuk teksi boleh bersabar,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Pemandu Lori Berat Johor di Galeri Pameran Truck Nation Malaysia Sdn Bhd, di sini, Ahad.
Syed Hamid berkata Kementerian Pengangkutan akan memutuskan mengenai cadangan tersebut.
Terdahulu, lebih 200 pemandu teksi yang membawa penumpang ke Singapura dijangka berdepan kerugian berikutan kenaikan tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dan Pusat Pemeriksaan Woodlands. - mStar Online
TOP
GAMBAR : Pekerja Sedang Mengecat Eiffel Tower Di Paris
Menara Eiffel di Paris pasti menjadi kegilaan orang yang mengimpikan untuk berada di sana untuk berbulan madu bersama orang tersayang.
Pernahkah anda melihat gambar ketika proses pembinaannya?
Di laman twitter @HistoryInPics, ada dipaparkan gambar seorang pekerja pembinaan menara itu sedang mengecat struktur bangunan itu bertarikh 28 Mac 1953.
Gambar itu menunjukkan lelaki berkenaan hanya bertahan dengan tangannya memegang palang besi dan meregangkan kakinya untuk mengecat menara lagenda itu. Menara Eiffel terletak di Champ de Mars di ibu negara Perancis, Paris diambil namanya sempena jurutera Gustave Eiffel yang syarikatnya mereka dan membinanya. Ia ditegakkan pada 1889 dan mendapat kecaman pada mulanya daripada pakar kesenian dan ilmuwan Perancis. Menara berkenaan menjadi lokasi pelancongan berbayar paling dilawati di dunia iaitu menerima pelawatnya yang ke 250 juta pada tahun 2010. Seramai 6.8 juta orang telah pun melawat dan menaiki menara itu pada 2011. Menara Eiffel berketinggian 324 meter dan pernah memegang gelaran Struktur Binaan Manusia Tertinggi Di Dunia selama 41 tahun sehingga bangunan Chrysler di New York City dibina pada tahun 1930. – MYNEWSHUB.CC

UMNO S’gor Mahu SPR Laksanakan Persempadanan Semula
KUALA LUMPUR – Seorang ketua UMNO bahagian di Selangor berpendapat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melaksanakan apa yang disebutnya sebagai persempadanan semula kawasan pilihan raya yang telah lama tidak dijalankan.
Ketua UMNO Bahagian Pandan Datuk Mohd Haniff Koslan berkata beberapa kawasan Parlimen di Selangor mempunyai jumlah pengundi yang mencecah ratusan ribu.
“Pengundi semakin bertambah, tidak elok contohnya satu Parlimen pengundinya sampai ratusan ribu, kita boleh pecah kepada dua atau tiga, malah ada pula kawasan yang bilangan pengundi kurang daripada 30,000.
“Jika jumlah pengundi itu terlampau banyak ia akan membebankan wakil rakyat dan akhirnya mereka tidak dapat menjalankan kerjanya dengan baik,” katanya kepada Bernama di sini.
Kali terakhir persempadanan semula dilakukan adalah pada 2003 dan ia sepatutnya diadakan semula pada 2011 namun ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), yang diadakan tahun lepas.
Antara kawasan Parlimen yang didapati mempunyai jumlah pengundi lebih daripada 100,000 sewaktu PRU13 di Selangor adalah P98 Gombak dengan jumlah keseluruhan pengundi yang dicatat 123,290, P97 Selayang (105,895), P101 Hulu Langat (127,347), P102 Serdang (133,139), P107 Subang (128,543), dan P109 Kapar (144,159).
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata ada kawasan Parlimen yang tidak mengalami pecahan walaupun jumlah pengundi lebih daripada 90,000 orang sewaktu proses persempadanan semula dilaksanakan pada 2003.
“Sebagai contoh yang kita lihat di Parlimen Gombak, pada 2003, untuk kawasan Gombak tidak berlaku pecahan sewaktu persempadanan semula sedangkan jumlah pengundinya ramai, jadi akibatnya jumlah pengundinya bertambah sehingga kini dan terlampau besar sampai mencecah ratusan ribu.
“Penduduk di setiap Parlimen bertambah malah kali terakhir kita menjalani persempadanan semula ialah pada 2003, cuba bayangkan sekarang sudah 2014,” katanya.
Ditanya mengenai peningkatan jumlah pengundi di Parlimen Ampang, Ismail menegaskan di Parlimen Ampang, peningkatan itu tidak begitu ketara malah jumlah pengundi di Parlimen itu hanya sekitar 85,000. – BERNAMA
TOP
Siasatan Nahas Pesawat Virgin Galactic Ambil Masa Setahun
Pasukan penyiasat mungkin memakan masa setahun untuk mengenalpasti punca pesawat pelancongan angkasa milik syarikat Virgin Galactic terhempas di gurun Mojave, California di Amerika Syarikat (AS) Jumaat lepas.
Pada satu sidang media semalam, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS, Christopher Hart berkata serpihan bangkai kapal angkasa SpaceShipTwo itu jatuh bertebaran dalam kawasan radius 8km panjang.
Ia mungkin satu petanda pesawat itu mula berkecai ketika penerbangan dan siasatan mungkin memakan masa sehingga 12 bulan, menurut laporan laman web straitstimes.com.
Pemilik syarikat Virgin Galactic Sir Richard Branson sementara itu, menyifatkan impiannya untuk menjadi perintis pelancongan angkasa lepas mampu milik masih ada biarpun kejadian itu menimpa syarikatnya.
Pesawat itu terhempas ketika dalam penerbangan percubaan meragut nyawa seorang juruterbang manakala seorang lagi cedera parah.
Ketika kejadian, SpaceShipTwo terbang dengan menggunakan campuran bahan api baru yang direka khas untuk enjin pesawat itu, memetik laporan The Wall Street Journal (WSJ). Jika beberapa penerbangan percubaan berjaya, pesawat itu sepatutnya akan membawa Branson keluar dari atmosfera dalam masa beberapa bulan lagi. Syarikat berkenaan pula menjangkakan, perjalanan pelancongan dengan pesawat itu mungkin bermula seawalnya pada tahun depan. Ketua Pegawai Eksekutif Pangkalan Angkasa Mojave Air Stuart Witt berkata penerbangan itu bermula pada pukul 9.20 pagi waktu tempatan dan SpaceShipTwo dipisahkan dari pesawat pengangkut pada kira-kira pukul 10.10 pagi. Ia mengalami masalah kira-kira dua minit selepas itu sebelum terhempas. – MYNEWSHUB.CC

Polis Buru Suami Berhubung Kes Kematian Isteri
KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu seorang lelaki yang dikenali sebagai B.Vasudevan, 33, bagi membantu siasatan kes kematian isterinya G.Kanagaletchumi, 25, di Taman Puchong Utama, Bukit Puchong, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata Vasudevan yang bekerja sebagai penjaga kafe internet telah menghilangkan diri selepas kejadian itu.
Katanya hasil bedah siasat mendapati, mayat Kanagalecthumi mempunyai luka dan parut pada badannya dipercayai akibat penderaan yang berulang kali.
“Mangsa turut mengalami luka di kepala sebelah kiri dan lebam di sebelah kanan dipercayai dicekik dan dihentak…tulang rusuk kiri keenam pernah patah dan sedang sembuh,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau berkata hasil bedah siasat juga mendapati Kanagaletchumi positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.
Dalam kejadian awal pagi semalam, Kanagaletchumi, seorang suri rumah ditemui mati dengan kesan lebam di muka dan badan dipercayai akibat dipukul anggota keluarga terdekat, di rumahnya. – BERNAMA
TOP
Ketengahkan Isu-Isu Semasa Yang Relevan
KOTA KINABALU – Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan meminta semua pembicara dan pendebat agar bersiap sedia dengan isu-isu semasa yang relevan dengan negara pada Perhimpunan Agung Umno mulai 25 hingga 29 Nov ini.
Beliau berkata persiapan rapi itu bukan sahaja perlu dilakukan pembicara dan pendebat pada persidangan perhimpunan agung Umno tetapi semasa Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri.
“Mudah-mudahan mereka boleh mengutarakan cadangan yang baik kepada pemimpin kita ketika Perhimpunan Agung Umno. (Persediaan ini perlu) di semua peringkat Perhimpunan Agung Umno. Jangan hanya melihat persidangan pada Jumaat dan Sabtu tetapi juga semasa Perhimpunan Agung Pemuda, Wanita dan Puteri.
“Dia (semua sayap parti) ada pasukan (pembicara dan pendebat), masing-masing juga boleh membahaskan perkara yang saya sebutkan tadi (isu-isu semasa yang relevan dengan negara),” katanya.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pidato Piala Presiden Umno peringkat Sabah di sini hari ini. Turut hadir Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad.
Ahmad berkata antara perkara yang boleh dibangkitkan untuk dibahas dan dikongsi dengan semua perwakilan pada perhimpunan agung Umno itu ialah berhubung modul kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) di seluruh negara termasuk kerusi yang dirampas pembangkang.
Misalnya, apakah kaedah yang diguna pakai sehingga BN berjaya menawan kerusi Parlimen Teluk Intan, Perak dan modul yang membolehkan calon BN memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan, dengan majoriti besar meskipun kawasan itu di negeri yang dikuasai pembangkang.
“…dan bagaimana di tempat kita sendiri, kita tidak boleh lagi menawan satu kawasan seperti DUN Sungai Limau, Kedah manakala di Sarawak, kita boleh menambah majoriti di kawasan Balingian.
“Jadi, empat model PRK yang baharu berlaku ini ada faedah yang boleh dimanfaatkan dan boleh dikongsi ketika perhimpunan agung Umno,” katanya.
Ahmad berkata isu lain yang boleh dibahas pada perhimpunan berkenaan termasuk berkaitan ekonomi, Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), Bajet 2015 dan rasionalisasi subsidi. – BERNAMA
TOP
Pendaftaran GST Meningkat Kepada 118,026 Syarikat
KUALA LUMPUR – Jumlah syarikat yang mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 118,026 sehingga 1 Nov, meningkat 650 buah syarikat berbanding hari sebelumnya, menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata data terkini menunjukkan peningkatan berterusan jumlah syarikat yang mendaftar bagi GST, dengan tarikh akhir pada 31 Disember.
Sasaran kerajaan ialah mendapatkan 140,000 buah syarikat mendaftar di bawah struktur cukai baharu itu yang akan dilaksanakan mulai 1 April, 2015. – BERNAMA
TOP
Polis Tahan 13 Lelaki Dalam Operasi Cegah Jenayah
NIBONG TEBAL – Polis menahan 13 lelaki atas pelbagai kesalahan dalam operasi pencegahan jenayah bersepadu di sekitar daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di sini malam tadi.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pulau Pinang SAC Nasir Salleh berkata kesemua lelaki yang ditahan berusia antara 20 dan 40 tahun itu sememangnya dikehendaki polis kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki, membabitkan kesalahan jenayah, seorang melibatkan jenayah komersial dan tujuh yang lain kesalahan narkotik. Masing-masing ditahan di rumah serta beberapa lokasi di SPS,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya semua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPS untuk siasatan lanjut.
Operasi selama lima jam bermula 10 malam itu membabitkan sebanyak 441 anggota dan pegawai polis termasuk 34 anggota sukarelawan polis, 18 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia dan 15 anggota Jabatan Pertahanan Awam.
“Serbuan dan pemeriksaan dilakukan di tempat-tempat awam seperti pusat snooker, rumah urut dan pusat hiburan serta rumah-rumah suspek yang dikenal pasti terlibat jenayah selain mengadakan lima sekatan jalan raya,” kata Nasir.
Beliau berkata dalam operasi itu pihaknya turut memeriksa sebanyak 527 individu di semua lokasi terlibat.
Nasir berkata pihaknya juga memeriksa 386 kenderaan dalam sekatan jalan raya yang diadakan di Jalan Bukit Minyak, Jalan Besar Simpang Empat, Jalan Valdor Sungai Bakap, Jalan Permatang Kling dan susur Plaza Tol Jawi.
“Sebanyak 101 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik seperti tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh,” katanya.
Operasi bersepadu seumpama itu akan dijalankan dari semasa ke semasa dalam usaha memerangi semua aktiviti jenayah di negeri ini, katanya. – BERNAMA
TOP
Video: Apabila Seorang Anak Menghadiahkan Ibunya Sebuah Kereta
Motivasi yang terbesar adalah apabila kita mempunyai matlamat untuk mencapai sesuatu apatah lagi sumber motivasi kita adalah orang yang kita sayang dan syurga adalah di bawah telapak kakinya.
Iaitu seorang IBU. Begitu juga dengan Correy Wadden, 24 tahun, seorang anak yang sedang dalam misi mengejar impiannya untuk mendapatkan sejuta pertama dalam masa 24 bulan. Sebab utama Corey mahu mencapai impiannya adalah kerana beliau ingin melihat ibunya mempunyai kebebasan dalam sumber kewangan dan boleh bersara dari pekerjaan sekarangnya iaitu sebagai seorang tukang cuci.
Beliau telah mempelajari pelbagai ilmu perniagaan dengan membaca 70 jenis buku perniagaan, menemuramah 20 orang jutawan dan telah memulakan perniagaan sendirinya dengan jumlah keuntungan setakat ini sebanyak USD80,000 (RM263,000), wow!
Ceritanya bermula begini,
Semasa Corey membesar di Ontario, ibunya selalu menceritakan berkenaan sebuah kereta idamannya iaitu Saab 99 keluaran 1973.
Ibunya yang bekerja sebagai tukang cuci rumah pada suatu hari, telah diberinya kunci untuk mengalihkan kereta majikannya iaitu jenis Saab 99, dan disaat itulah ibunya jatuh cinta dengan kenderaan tersebut.
“Ia mengambil masa selama setahun untuk mendapatkan kereta impiannya itu, tetapi sangat berbaloi apabila melihat reaksi emak saya, ” ujar Corey.
Di dalam Islam sendiri, Rasulluah S.A.W meletakkan kedudukan ibu itu sangat tinggi, Baginda memuliakan ibu sebanyak tiga kali, kemudian bapa, menunjukkan betapa penting dan beratnya penekanan Rasulullah agak anak-anak memuliakan dan melayan ibu sebaik-baiknya.
Oh Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku!
Sumber: BlogtalkRadio
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Barack Obama Sokong Pentadbiran Najib
KUALA LUMPUR – Tindakan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mengambil sikap berdiam diri dan tidak mengkritik kerajaan Malaysia menunjukkan beliau menyokong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Obama sebenarnya menghormati keputusan Najib dalam mencorak kepimpinan negara.
Katanya, walaupun sikap Obama itu dikritik akhbar berpengaruh The Washington Post semalam, beliau tidak memberi sebarang reaksi kerana tidak mahu mencampuri urusan kepimpinan Najib.
“Malah Obama, dia sokong apa juga tindakan yang dilakukan oleh Najib. Pembangkang akan kata macam-macamlah, nak memburukkan negara kita di luar negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Sarapan Pagi 1Malaysia yang bertema Bersama Meraikan Kepelbagaian anjuran Wanita Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.
Tengku Adnan berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar The Washington Post semalam yang menggesa Obama berpegang kepada janjinya mempertahankan demokrasi dan mengaitkan Malaysia sebagai negara yang perlu ditegur kerana kononnya melancarkan tindakan luar biasa keras terhadap pemimpin pembangkang, ahli akademik dan wartawan dalam dua bulan lepas.
“Saya berterima kasih kepada Presiden Obama yang telah mengeluarkan satu kenyataan di mana dia bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Najib sebagai seorang pemimpin dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, dengan konsep wasatiyyah beliau dan juga segala apa yang dilakukan untuk kebaikan Malaysia,” katanya. – BERNAMA
TOP
Penswastaan Penting Bagi Kelangsungan Hidup MAS
KUALA LUMPUR – Cadangan penswastaan Malaysia Airlines (MAS) adalah penting bagi kelangsungan hidup syarikat penerbangan tersebut dan pemegang saham minoriti perlu menerima tawaran 27 sen sesaham yang ditawarkan kepada mereka pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang akan datang, kata penganalisis firma penyelidikan hari ini.
Ahmad Maghfur Usman, Penganalisis Pengangkutan Serantau di Institut Penyelidikan RHB, berkata: “Pada dasarnya, MAS kini semakin bermasalah, dan pemegang saham tidak akan mendapat semula pelaburan mereka. Justeru, bagi pemegang saham minoriti, lebih baik menerima tawaran 27 sen sesaham itu daripada tangan kosong.
“Langkah penyelamatan bagi MAS pada ketika ini ialah penswastaan dan tanpanya, pilihan lain ialah mengisytiharkan muflis.”
Beliau memberikan senario itu bagi pemegang saham minoriti menjelang EGM yang penting pada 6 November.
Ahmad Maghfur berkata jika EGM mengundi membantah penswastaan, Khazanah Nasional Bhd yang memiliki pegangan saham majoriti dalam MAS, tidak akan menyuntik dana, menjadikannya sukar bagi syarikat penerbangan itu untuk melaksanakan penstrukturan semula.
Khazanah pada Ogos telah mengumumkan satu pelan penstrukturan semula 12 Perkara membabitkan kos RM6 bilion untuk menyelamatkan MAS dan RM1.4 bilion akan dibayar kepada pemegang saham minoriti, jika mereka mengundi bagi tawaran 27 sen itu.
Ia turut memberi laluan bagi penyahsenaraian MAS daripada Bursa Malaysia.
“Muflis adalah sangat mencabar. Ini juga akan menjadi senario terburuk bagi pemegang saham minoriti yang akan memberi tekanan kepada harga saham, misalnya. MAS tidak akan diniagakan pada paras yang sama.
“Justeru, saya menggesa pemegang saham minoriti, memastikan keutamaan mereka pada EGM itu,” kata Ahmad Maghfur.
Beliau memberitahu Bernama bahawa tawaran 27 sen itu merupakan “harga yang menarik”, dengan mempertimbangkan semua aspek, dan keadaan sukar MAS.
“Ia merupakan tawaran yang menarik. Bagi pemegang saham minoriti, ia merupakan tawaran jalan keluar yang menarik,” katanya.
Beliau berkata penswastaan MAS akan memastikan peralihan yang lancar bagi penstrukturan semula, dan melindungi pelabur daripada terdedah kepada kerugian yang teruk.
“Ini adalah alasan yang baik kenapa pemegang saham minoriti perlu menerima tawaran tersebut,” katanya.
Penyahsenaraian, Ahmad Maghfur berkata, merupakan langkah pertama yang diperlukan untuk penstrukturan semula, berbeza kes sebelum ini Petronas menswastakan Malaysian International Shipping Corporation (MISC).
“MISC merupakan landskap yang berbeza ketika itu yang berjaya melupuskan bahagian kapal kontena yang mengalami kerugian. Industri perkapalan pada ketika itu berada di bahagian bawah kitarannya dan hanya boleh meningkat,” katanya ketika mengingati kembali langkah pada 1990-an.
Beliau berkata dalam kes MAS, keadaannya sangat berbeza berikutan syarikat penerbangan itu menghadapi persaingan yang sangat agresif.
Beliau turut menegaskan bahawa tiada asas bagi pemegang saham minoriti untuk menuntut lebih daripada 27 sen yang ditawarkan.
“Prospek MAS masih sangat mencabar. Sejak pengumuman mengenai penstrukturan semula, saya belum melihat sebarang perubahan yang bermakna dari segi perancangan.
“MAS masih menawarkan diskaun dan sebagainya dan ia akan menjadi senario yang buruk bagi tempoh dua suku akan datang dari segi pendapatan,” kata Ahmad Maghfur.
Berdasarkan persaingan yang hebat dalam industri, beliau berkata pemegang saham minoriti perlu bersedia menghadapi keadaan yang sangat sukar dalam tempoh empat dan lima tahun akan datang tanpa penstrukturan semula, selain melahirkan keyakinan bahawa majoriti daripada mereka akan mengundi untuk menerima tawaran tersebut.
Beliau berkata apa yang sangat penting bagi MAS ialah kembali mencatat keuntungan, dan berhubung perkara ini, beliau menyambut baik pelan mengurangkan kakitangan sebanyak 30 peratus, walaupun ini akan melibatkan pampasan sebanyak RM1.2 bilion.
“Bagi MAS, jika ia berupaya untuk mengurangkan jumlah kakitangan sebanyak 30 peratus, anda melihat kepada penjimatan tahunan kira-kira RM700 juta.
“Berdasarkan perkara itu dan mengandaikan penswastaan ini berjaya, penjimatan faedah daripada hutang kepada penukaran ekuiti, turut akan meningkatkan pendapatan,”.
Ahmad Maghfur berkata bagi kakitangan MAS, ia merupakan tempoh peralihan yang sukar dengan kemungkinan mereka akan kehilangan pekerjaan, bagaimanapun Khazanah menyediakan pelan sokongan bagi kakitangan yang diberhentikan untuk diserapkan ke dalam peluang pekerjaan lain.
“Ini adalah baik berikutan mereka akan diberi pampasan yang sewajarnya. Terdapat juga potensi bagi peluang pekerjaan lain, dan ia tidak semestinya dalam perniagaan syarikat penerbangan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Lelaki Kejam Hempuk Budak Ke Lantai Dihukum Mati
BEIJING – Seorang lelaki yang berhati kejam kerana membunuh seorang kanak-kanak perempuan dengan menghumbannya ke lantai selepas bertengkar dengan ibu kanak-kanak berkenaan hanya disebabkan tempat letak kereta, akhirnya menjalani hukuman mati, semalam.
Han Lei, dijatuhkan mati pada bulan September lalu dalam satu kejadian yang mencetuskan kemarahan seluruh penduduk China.
Dia telah menghumban budak tersebut ke lantai selepas menumbuk ibu kanak-kanak tersebut yang berusia 39 tahun.
Semuanya disebabkan dia mendakwa troli barang yang dibawa wanita itu telah menghalang laluannya.
Ketika dia bergaduh dengan wanita tersebut, Han telah mengangkat kanak-kanak berkenaan yang sedang duduk dalam kereta sorongnya sebelum menghumban budak itu ke lantai.
Kanak-kanak malang tersebut meninggal dunia dua hari selepas kejadian tersebut akibat kecederaan parah.
Selepas melakukan jenayah itu, Han bersama rakannya kemudian melarikan diri.
Semasa perbicaraan dia mendakwa mabuk. Rakan Han yang bersama dengannya ketika kejadian dihukum penjara lima tahun.-mynewsub
TOP
Akibat Mabuk, Pasangan Kekasih Lakukan Seks Di Tepi Jalan
ANHUI – Sepasang kekasih yang mabuk tidak menghiraukan orang yang lalu lalang di sebatang jalan apabila melakukan seks tanpa sedikit pun rasa malu.
Pasangan Lei Mei Ni, 25 dan teman lelakinya, Dong Jen, 26, melakukan seks di atas sebuah kerusi panjang di tempat letak kereta.
Kejadian memalukan itu disedari oleh seorang lelaki, Jian She, 30, yang kebetulan berada di situ.
“Pada mulanya saya menyangka menyangka mereka sedang tidur namun terkejut apabila melihat Dong Jen melondehkan seluar.
“Apabila penjaga tempat letak kereta datang ke situ, mereka bukannya hendak menutup badan atau menghentikan perbuatan tersebut sebaliknya terus mempercepatkan hubungan seks berkenaan,’’ katanya.
Jian kemudiannya telah merakamkan aksi pasangan itu.
Dalam pada itu, penjaga tempat letak kereta tersebut, Tain Yu berkata, dia hanya mengambil nama pasangan itu namun tidak melaporkan kepada polis memandangkan kedua-duanya mabuk.-mynewsub
TOP
Sultan Selangor Puji Langkah UPM Tangani Krisis Makanan
SERDANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah memuji langkah diambil Universiti Putra Malaysia (UPM) memanfaatkan bakat untuk jaminan makanan bagi menangani krisis itu.
Baginda yang juga Canselor UPM bertitah usaha terpuji itu jelas menunjukkan kredibiliti universiti dalam mendepani apa saja krisis yang melanda dunia ketika ini.
Titah baginda dalam era yang serba mencabar ketika ini, masyarakat dunia sentiasa bimbang dengan krisis makanan di mana Malaysia juga tidak terlepas daripada menghadapi kesan daripada krisis itu.
“Beta menyokong penuh usaha yang membentuk rekayasa UPM untuk menjadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Pertanian Kebangsaan dan Antarabangsa (Pusat Sekuriti Makanan).
“Rekayasa ini menjamin pemerolehan modal insan pertanian yang berketerampilan dan mempunyai atribut pertanian serta mempertingkat penghasilan penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi dalam sekuriti makanan berasaskan pertanian,” titah baginda pada majlis Konvokesyen UPM ke-38 di sini hari ini.
Titah baginda, pemanfaatan bakat untuk jaminan makanan dengan objektif meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang pertanian akan memberi impak besar kepada negara dalam menangani krisis itu.
Selain membantu meningkatkan jaminan dan stok makanan negara, perkara paling penting, ia dapat meredakan kegusaran masyarakat dalam menghadapi krisis makanan global, titah baginda.
Sultan Sharafuddin turut berkongsi kegembiraan atas kejayaan UPM melalui Taman Pertanian Universiti dengan kerjasama Fakulti Perubatan Veterinar memperoleh status Amalan Baik Pertanian Malaysia (MyGAP) untuk sektor ternakan bagi lembu tenusu, lembu pedaging dan kambing pedaging.
Titah baginda kejayaan yang pertama kali dicapai oleh institusi pengajian tinggi awam itu membolehkan UPM menghasilkan produk ternakan yang berkualiti dan selamat dimakan, selari dengan peningkatan kesedaran dan permintaan pengguna terhadap produk berkenaan.
Baginda turut memuji langkah Fakulti Pertanian UPM menjalankan Program Inkubasi Usahawan Tani sejak dua tahun lepas, membabitkan kerjasama agensi kerajaan dan swasta itu yang disifatkan sebagai amat tepat pada masanya dalam usaha kerajaan membuka peluang kerjaya dalam bidang pertanian.
“Beta difahamkan usaha ini telah melahirkan 59 usahawan berasaskan pertanian. Inilah manifestasi universiti yang menepati kehendak semasa masyarakat dan memberi sumbangan kepada keluasan pasaran kerjaya terutamanya dalam bidang pertanian,” titah baginda.
Sehubungan itu, Sultan Sharafuddin mahu program sebegitu terus diperkasakan dengan usaha penambahbaikan agar ia terus meledakkan inovasi dan membuka kecenderungan masyarakat terutamanya golongan muda untuk menceburi bidang keusahawanan tani.
Sebanyak 6,116 graduan terdiri daripada ijazah doktor falsafah (391), ijazah sarjana (2,123) dan ijazah sarjana muda (3,380) yang menamatkan pengajian menerima ijazah masing-masing dalam upacara selama empat hari itu. – BERNAMA
TOP
Sepakan Penalti Hazard Bantu Chelsea Benam QPR
Hazard (tengah) meraikan jaringan bersama rakan pasukan.
LONDON – Sepakan penalti yang disempurnakan Eden Hazard pada babak kedua membantu Chelsea mengekalkan rekod sempurna di gelanggang sendiri selepas menewaskan Queens Park Rangers 2-1 pada saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Ahad. Chelsea dihadiahkan sepakan penalti selepas Hazard dijatuhkan Eduardo Vargas pada minit ke-76. Oscar terlebih dahulu meletakkan Chelsea di depan seawal minit ke-32. Namun pasukan lawan menyamakan kedudukan pada minit ke-62 menerusi jaringan Charlie Austin. Kemenangan itu menyaksikan Chelsea terus mengungguli kedudukan teratas liga dengan kelebihan sembilan mata di hadapan pencabar utamanya, Manchester City yang akan bertemu Manchester United malam ini. Pasukan bimbingan pengurus Jose Mourinho itu mengutip 26 mata daripada 10 perlawanan setakat ini. Barisan pemain: Chelsea: Courtois; Ivanovic, Cahill, Terry (c), Filipe Luis; Matic, Fabregas; Willian, Oscar, Hazard; Diego Costa. Pemain gantian: Cech, Zouma, Ake, Ramires, Salah, Schurrle, Drogba. QPR: Green, Isla, Caulker, Dunne, Suk-Young, Hoilett, Sandro, Henry, Fer, Austin, Vargas. Pemain gantian: Murphy, Traore, Hill, Phillips, Wright-Phillips, Kranjcar, Zamora. - mStar Online

Liverpool Gigit Jari Kalah 0-1 Kepada Newcastle
NEWCASTLE – Pemain Sepanyol, Ayoze Perez Gutierrez yang hadir selaku pemain gantian muncul wira pasukan membantu Newcastle United menewaskan Liverpool 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.
Gol itu menyusul pada minit ke-73 untuk melonjakkan pasukan Magpies ke kedudukan lebih baik dalam carta liga manakala Liverpool pulang menggigit jari apabila kalah buat kali keempat musim ini. – Agensi
TOP
Piala Malaysia: Hujan Lebat Tak Halang Penyokong Berbaris
KUALA LUMPUR: Penyokong Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang hadir bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia memakai baju hujan ekoran hujan lebat ketika tinjauan foto Bernama di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.- Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Hujan lebat jelas tidak menghalang ribuan penyokong bola sepak yang terus setia berbaris untuk masuk kawasan tempat duduk di Stadium Bukit Jalil, sebentar tadi. Malah ada di antara mereka yang membawa anak kecil tetap tidak berganjak keluar daripada barisan panjang lebih 300 meter dari pintu masuk untuk memasuki stadium. Begitupun, keadaan di kawasan stadium kekal tenang tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku dengan kedua-dua peminat Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap terus berdisiplin. Peminat kedua-dua pasukan mula dibenarkan memasuki stadium pada jam 4 petang tadi. Pertemuan final membabitkan dua juara, Pahang dan JDT mencetus fenomena yang menyaksikan 90,000 tiket yang diperuntukkan habis dijual dalam masa beberapa jam selepas dijual, kelmarin. Pahang mara ke final selepas menewaskan Kedah di separuh akhir manakala JDT mara menewaskan satu lagi pasukan berstatus kelab, FELDA United. Sejumlah 40,000 tiket diperuntukkan kepada kedua-dua pasukan dengan baki 10,000 dijual secara online. Sekalipun hanya 90,000 tiket diperuntukkan FAM, lebih 100,000 peminat dijangka memenuhi Stadium Nasional kali ini. Selain peminat, ratusan peniaga yang sudah berkampung di Bukit Jalil sejak semalam turut menerima tempias akibat hujan. Hujan lebat diselangi petir mula berlaku kira-kira jam 12 tengah hari tadi dan berhentu sejam kemudian sebelum bersambung 4.30 petang hingga kini. – BH Online

Karim Ibrahim Presiden Baharu KOM
KUALA LUMPUR – Bekas timbalan presiden Datuk Karim Ibrahim dipilih sebagai presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bagi penggal 2014-2016 pada pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu di sini, hari ini.
Dalam pertandingan satu lawan satu, Karim menewaskan penyandang timbalan presiden Datuk Wan Hisham Wan Salleh.
Karim memperoleh 33 undi manakala Wan Hisham menerima lapan undi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Shahidan Kassim, yang mengesahkan bertanding jawatan presiden, menarik diri pada saat-saat akhir pertandingan.
Beliau membuat panggilan telefon kepada dua pegawainya yang datang menghantar borang pencalonan pada mesyuarat yang berlangsung selama lima jam mulai pukul 10 pagi.
Sebanyak 41 perwakilan menghadiri mesyuarat tersebut.
Penyandang Presiden KOM ketika ini, Datuk Zainal Abidin Ahmad sebelum ini telah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatannya bagi memberi ruang kepada individu lain menerajui kesatuan itu.
Dalam pada itu, Datuk S.M. Muthu dipilih sebagai timbalan presiden selepas meraih 26 undi dengan mengalahkan pencabar tunggal Datuk R. Annamalai yang mendapat 15 undi.
Sementara itu, sebanyak 10 calon bertanding merebut empat jawatan naib presiden.
Empat calon yang berjaya ialah Datuk Noorul Ariffin Abd Majeed (33 undi), Datuk Rosni Sohar (30), Iyaru Muthusamy dan Datuk Tham Siew Kai, masing-masing memperoleh 27 undi.
Jawatan yang dipertandingkan pada AGM KOM kali ini ialah presiden, timbalan presiden dan empat kerusi naib presiden.
Karim, yang juga Presiden Persatuan Olahraga Amatur Perak, pernah memegang jawatan timbalan presiden selama lebih 10 tahun dengan kali terakhir adalah bagi penggal 2010-2012.
“Olahraga perlu terus maju, pemilihan ini bukan semata-mata nak merebut jawatan, fokus kita ialah melahirkan atlet berkaliber dan paling penting adalah program pembangunan,” katanya kepada pemberita selepas memenangi jawatan nombor satu itu.
“Saya sama seperti presiden sebelum ini, kita akan meneruskan perancangan yang telah tersedia. Kerjasama bersama MSN (Majlis Sukan Negara) dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) akan diperkukuhkan,” katanya.
Berikut adalah senarai kepimpinan KOM bagi penggal 2014-2016:
————————————————————- Presiden : Datuk Karim Ibrahim
Timbalan Presiden: Datuk S.M Muthu
Naib Presiden : Datuk Noorul Ariffin Abd Majeed, Datuk Rosni Sohar, Iyaru
Muthusamy, Datuk Tham Siew Kai.
– BERNAMA

Mamat Khalid Selamat Jalani Prosedur Angioplasti
PENGARAH terkenal, Mohamad Mohd Khalid, 51, atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas baharu sahaja selesai menjalani pembedahan angioplasti di Hospital Assunta, Petaling Jaya, sebentar tadi.
Menurut anak perempuan Mamat, Nor Sara Mohamad, 23, prosedur angioplasti yang dijalani bapanya adalah rawatan untuk mengembangkan kawasan arteri yang tersumbat.
“Papa dah selamat menjalani prosedur angioplasti dan keadaannya sekarang sudah semakin stabil. Terima kasih di atas kiriman doa yang dititipkan buat papa saya,” katanya kepada Mynewshub, sebentar tadi.
Semalam, Mamat terpaksa dikejarkan ke hospital kerana serangan jantung dan dirawat di Unit Jagaan Koronari (CCU).
Mamat dilaporkan akan berehat daripada sebarang aktiviti seni selama dua minggu susulan masalah kesihatan yang dihidapinya. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Gisele Bundchen, Supermodel Yang SUPERKAYA!
Kerjaya sebagai supermodel sememangnya mendatangkan pendapatan yang lumayan.
Tahukah anda setakat ini, supermodel yang menduduki carta bayaran model termahal adalah milik Gisele Bundchen, 34 tahun dan perkara ini turut diakui oleh majalah kewangan terkemuka dunia, Forbes Magazine.
Jelitawan ini sudah menduduki senarai teratas model sejak 8 tahun berturut-turut dengan bayaran sebanyak RM155 juta.
Model dari Brazil ini sememangnya laku, malah pendapatannya meningkat sebanyak RM16 juta pada tahun lepas. Walaupun merupakan ibu kepada dua anak tetapi dia sememangnya punyai keistimewaan tersendiri. Lihat sahaja figura wajahnya sering jadi pilihan syarikat-syarikat besar seperti H&M, Chanel, Carolina Herrera, produk rambut Pantene dan Oral-B di Brazil.
Lebih mengejutkan jurang perbezaan pendapatan supermodel di tempat kedua sangatlah jauh berbeza hingga dikatakan tidak sampai 18 peratus daripada jumlah pendapatan diterime Gisele. Supermodel di tempat kedua jatuh kepada model dari Victoria’s Secret, Doutzen Kroes dan Adriana Lima.
Model-model Victoria Secret yang menduduki carta kedua tertinggi
Memang bertuahlah Gisele, bukan sahaja cantik malah tersangat kaya! - MYNEWSHUB.CC

Video: Nilai Di Sebalik Sedekah Sebiji Kek Hari Jadi
Kek merupakan makanan pencuci mulut paling digemari, tiada siapa mampu menolak keenakan rasa kek yang manis dan berkrim. Pendek kata semua peringkat umur sukakan juadah ini.
Ulang tahun seseorang juga kiranya tidak lengkap jika kek tidak dihidangkan. Namun kos bagi membeli kek agak mahal hingga ada individu tidak mampu membelinya.
Ini kami siarkan sebuah video yang boleh menyentuh perasaan anda.
Kisah kek hari jadi ini sarat dengan mesej yang boleh membuatkan anda menitiskan air mata.
Kesusahan dan keperitan hidup yang dilalui keluarga ini bagai disinari ‘pelangi’ apabila seseorang yang tak dikenali sanggup menghulurkan bantuan. Ini mengingatkan kita tentang amalan memberi seikhlas mungkin tanpa mengharap sebarang balasan. Bayangkan indahnya bantuan yang kita hulur, apabila ia mampu mengukirkan senyuman di wajah seseorang. - MYNEWSHUB.CC

Latah Juak Anwar Bila Jokowi, Jusof Tak Mahu Ikut Campur
Sayang sekali, di saat ukhwah antara Malaysia dengan presiden baharu Indonesia Joko Widodo atau Jokowi berada di landasan muhibah, ada rakyat negara ini cuba menjadi batu api untuk melagakan dua pemimpin negara Islam ini.
Itulah boleh digambarkan apabila sebuah laman web pro pembangkang mengecam kenyataan Jokowi dan Naibnya, Jusof Kalla yang enggan masuk campur kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.
Kenyataan Jokowi dan Jusof bahawa Mahkamah Malaysia sudah cukup adil untuk menentukan keputusan perbicaraan malah ditertawakan penulis tak patriotik ini dengan menambah bahawa Mahkamah Malaysia setaraf mahkamah kangaroo.
Hakikat sebenarnya, ini adalah kenyataan sakit hati penulis tersebut mewakili juak Anwar lain, yang suka benar jika kuasa luar termasuk Indonesia yang diakui sendiri dalam artikel ini mempunyai pengaruh kuat hingga boleh mempengaruhi keputusan mahkamah, terheret sama dalam perjuangan mereka.
Justeru pendirian terbaik Widodo yang tidak mahu mencampuri urusan negara ini apatah lagi beliau sedang melalui fasa penting mengatur kerajaan sendiri tergamak dipertikai rakyat negara ini.
Ibarat kanak-kanak bila sakit hati kalah dalam permainan, penulis blog pun mula mencarut.
Carutan dimaksudkan bila tak semena-mena, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor diheret sama. Ibaratnya kanak-kanak bermain tadi; ‘kalau kalah pun janji lawan sakit hati tak apalah’.
Hujahnya, sepotong video pendek Rosmah menyiku Najib yang sengaja diviralkan sendiri juak-juak Anwar ini dalam kalangan mereka.
Pelik juga perangai manusia kadang-kadang, sesetengah bergelar lebai tapi ikut sama mentertawakan perkara yang entahkan fitnah, tapi satu dah pasti, mengaibkan manusia lain.
Dek kerana perlakuan sesaat yang diulang-ulang, ia dijadikan modal lawak dan kini melarat kononnya Rosmah menakutkan Jokowi dan Jusof.
Tak cukup itu seorang wanita, isteri dan ibu diaibkan, caci diteruskan ke tahap wanita tersebut membawa liabiliti kepada suaminya berbanding masa depan politik.
Sebenarnya wahai penulis artikel jahat, sikap-sikap munafik anda dan rakan-rakan perjuangan sealiranlah yang rasanya ditakuti Jokowi dan Jusof untuk masuk campur berkaitan perbicaraan sekarang.
Bayangkan kalau isteri orang anda berani ulas begini panjang lebar berpandu perbuatan sesaat di majlis negara mereka, pasti Jokowi dan Jusof pun gerun apa jadinya kalau masing-masing membawa bini mereka ke sini kelak. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Gila!! Sanggup Bunuh Dan Rogol Mayat Rakan Serumah Sendiri
Sadis!! Seorang wanita dari Orange County mati dalam keadaan menyayat hati apabila dibunuh dan kemudian dirogol oleh teman serumahnya sendiri.
Menurut laporan polis, Shelby Fazio, gadis 23 tahun dicekik dari belakang sebelum ditikam di leher oleh teman serumahnya, Bryan Santana.
Santana dilabelkan sebagai pembunuh yang amat kejam ditambah pula kenyataannya melalui laporan polis, bahawa dia mengaku turut melakukan hubungan seks dengan mayat mangsa.
Pembunuh yang merupakan penghantar pizza ini juga dikatakan sedang merancang untuk membunuh teman serumahnya yang lain. Bagaimanapun, Santana berjaya ditangkap oleh pihak polis.
Untuk makluman, rumah tiga bilik di John Street di barat Orange County ini disewa oleh Shelby, Santana dan seorang lelaki lain, John Heermance. Rakan serumah lain, John Heermance yang baru pulang ke rumah tersebut terkejut dan ketakutan melihat lantai dan dinding berlumuran darah sebelum terserempak dengan Santana yang sedang mencuci tangannya yang dipenuhi darah. Santana yang melihat John segera menerkamnya dari belakang dengan semburan lada dan pisau namun John sempat melarikan diri dan meminta bantuan. Bagi mengubah identitinya, Santana sempat memotong rambut sebelum berjaya ditangkap oleh pihak polis. - MYNEWSHUB.CC

VIDEO: Suami Isteri Gaduh, Pukul Memukul Luar Wayang
Masalah rumah tangga seharusnya disimpan erat-erat suami isteri jangan sampai diketahui orang lain.
Sebab itulah kalau ada masalah, selesaikan elok-elok atau kalau dah tak jumpa jalan penyelesaian mintalah bantuan ibu bapa atau saudara rapat yang boleh dipercayai.
Tapi pasangan dalam rakaman video viral ini yang dikatakan suami isteri, bukan sahaja bertekak malah pukul memukul sesama sendiri di khalayak ramai.
Berdasarkan komen kejadian didakwa berlaku di luar panggung wayang sebuah mall di Klang.
Ada versi kononnya, si isteri mengamuk selepas bertembung suaminya bersama perempuan lain di situ manakala ada versi lain pula kata si perempuan yang sengaja merakam untuk mencari salah suami bagi tujuan tertentu – sesungguhnya kami tak tahu dan lantaklah, itu kan masalah mereka. Faktanya, kedengaran suara perempuan dalam rakaman ini mendakwa lelaki tersebut suami dayus manakala si lelaki menggunakan kudratnya untuk memukul insan yang sepatutnya dilindungi. Kami percaya yang merakam pun orang terapat dengan pasangan ini jadi siapa yang memuat naik video ke laman sosial dan apa motif? Tak kisahlah sebab benda dah berlaku.. video pun dah viral.. jadi apa yang terbaik adalah ambil iktibar daripada kejadian ini. Orang yang menonton memang syok sebab tengok drama free tapi selesaikah masalah rumah tangga dengan pergaduhan begini? Fikir-fikirkan.. – MYNEWSHUB.CC

Pembedahan Keluarkan Belut Dalam Usus Yang Memalukan
BRAZIL – Dapatkah anda bayangkan belut berada dalam usus seorang lelaki? Ia kedengaran pelik namun itu yang berlaku kepada seorang lelaki yang tidak didedahkan identitinya.
Lelaki itu yang berasal dari Londrina terpaksa menjalani pembedahan bagi membolehkan doktor mengeluarkan belut dalam ususnya.
Namun malangnya, semasa pembedahan itu dijalankan, ia telah dirakamkan.
Lebih malang apabila rakaman berkenaan memperdengarkan jururawat di sekelilingnya ketawa apabila belut itu dikeluarkan.
Pastinya bunyi ketawa itu merupakan penghinaan kepadanya apatah lagi dia pasti sedang dalam kesakitan ketika belut itu berada di dalam perutnya.
Video itu pertama kali dimuat naik dalam BestGore.com pada bulan Disember lalu namun ia kini mula tersebar selepas dimuat naik dalam LiveLeak.com.
Dalam video itu, kelihatan ramai pemerhati yang menyaksikan pembedahan itu dijalankan,
Memang menghairankan bagaimana belut boleh masuk ke dalam ususnya namun ia bukannya kes terpencil. Ini kerana pada 2013, seorang lelaki di China terpaksa dimasukkan ke hospital selepas belut memasuki badannya melalui duburnya. Dia berbuat demikian selepas menyaksikan filem lucah. Astaga!-mynewsub

HP MB Chronowing: Jam Tangan Pintar Paling Elegan
Jam tangan pintar telah menjadi salah satu perlumbaan yang disertai kebanyakkan pengeluar elektronik pada tahun ini.
Anda boleh melihat sendiri pengeluar seperti Samsung yang telah melebarkan jajahan arena jam pintarnya dengan penggunaan teknologi Tizen dan Android Wear, sementara jenama Asus, Motorola, LG dan termasuk Apple telah rapat mengikuti jejak langkah Samsung setelah mengumumkan keluaran jam tangan pintar mereka pada tahun ini.
Terdapat beberapa pengeluar lain yang masih merancang untuk memperkenalkan jam tangan mereka dalam bulan-bulan akan datang ini.
Kini, Hewlett-Packard atau lebih dikenali dengan HP turut tidak ketinggalan dalam perlumbaan ini.
Mereka telah mengumumkan kerjasama dengan pereka Michael Bastian sebelum ini, dan hari ini mereka telah pun memperlihatkan ia secara rasminya dibawah nama MB Chronowing.
Dengan mengambil singkatan nama perekanya Michael Bastian (MB), jam pintar tersebut dilihat memfokuskan kepada rekabentuk, disamping pada masa yang sama memfokuskan kepada penawaran beberapa ciri-ciri pintar hasil integrasi dengan telefon Android atau iPhone anda.
Berbeza dengan pelbagai jam tangan pintar lain, MB Chronowing ini tidak membawakan skrin sentuh dan tiada mikrofon atau sebarang sensor.
MB Chronowing memfokuskan kepada perkara utama iaitu jam. Jam diperlihatkan hampir sepanjang masa, selain notifikasi daripada aplikasi seperti emel, cuaca, saham, mesej, panggilan dan sebagainya turut diperlihatkan pada skrin tersebut. Jam tangan ini juga turut membawakan sokongan pintar seperti kebolehan tukar waktu mengikut timezone lokasi anda berada, disamping sokongan sinkronasi dengan kalendar untuk memperlihatkan temujanji semasa anda. Pembangunnya mengatakan bateri pada peranti ini boleh bertahan sehingga seminggu, selain turut menyertakan sokongan kalis air. Jam tangan MB Chronowing ini memfokuskan lebih kepada penawaran fesyen, dan ia akan dijual melalui Gilt.com secara eksklusif. Versi biasa akan ditawarkan pada harga USD349 (RM1148), sementara versi terhad menggunakan tali berasaskan kulit buaya akan dijual pada harga $649 (RM2134). Sumber: WSJ Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

‘Melayu’ DAP Zairil Khir Johari Pertahan Idealogi SIS
KUALA LUMPUR – Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari mendakwa Fatwa Selangor yang mengharamkan gerakan `Sisters In Islam’ (SIS) dianggap sesat satu langkah keterbelakang.
Beliau mendakwa, fatwa itu akan merugikan rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Islam kerana pihak berkuasa agama gagal memahami kerencaman isu dan advokasi yang diketengahkan SIS.
“Hanya kerana kita tidak memahami tidak bermakna kita boleh mengecam mereka sebagai sesat dengan sewenang-wenangnya.
“Saya menyokong usaha SIS untuk membawa perkara ini kepada rujukan kehakiman dan berharap agar satu keputusan yang bijaksana dapat dicapai bagi memelihara keutuhan kenegaraan kita,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
SIS semalam memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan fatwa Selangor mengharamkan pertubuhan itu kerana dianggap sesat.
Badan bukan kerajaan (NGO) itu menamakan tiga responden iaitu Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan Selangor.
Pada Julai lalu, Fatwa Selangor mewartakan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan dan institusi yang berpegang kepada fahaman ‘liberalisme’ dan ‘pluralisme’ agama sebagai sesat dan lari dari ajaran Islam sebenar.
Selain itu, bahan-bahan penerbitan yang mempunyai unsur sama juga diharamkan dan boleh dirampas.
Fatwa juga mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menyekat laman yang menyebarkan doktrin tersebut.
Manakala bagi individu yang berpegang kepada dakyah berkenaan hendaklah bertaubat dan kembali ke Islam yang sebenar.
Tindakan SIS itu mencabar fatwa itu bagaimanapun dikecam Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi kerana diibaratkan seperti mencabar institusi Raja Melayu serta Perlembagaan.
Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera dalam pada itu meminta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil sikap yang betul dalam menangani perbezaan pandangan di negara ini termasuk berhubung ideologi.
Dakwanya, liberalisme seperti juga istilah demokrasi, sosialisme, kapitalisme dan hak asasi manusia sering disalahgunakan di negara ini untuk melabelkan golongan tertentu atas sebab-sebab politik.
Oleh itu, dakwanya, menganggap idealogi SIS sebagai liberalisme tidak adil kerana SIS tidak pernah dipanggil membela diri dan SIS sendiri tidak mengetahui aspek mereka yang dikaitkan dengan liberalisme dan pluralisme agama.
Beliau turut mendakwa tindakan MAIS mengharamkan SIS atas alasan liberalisme dan pluralisme agama bukan sahaja mengelirukan umat Islam, malah keseluruhan rakyat Malaysia.
Ia kerana, dakwa beliau, Rukun Negara secara terang menyatakan negara ini mendukung cita-cita hendak menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak.
“Begitu juga dengan wawasan nasional negara, Wawasan 2020, yang meletakkan cabaran kelimanya sebagai “mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka.
“Apakah MAIS tidak menyedari akan perkara ini? Dan jika mereka telah menyedarinya, adakah MAIS juga akan mengisytiharkan Rukunegara dan Wawasan 2020 sebagai haram dan menyeleweng daripada ajaran Islam,” dakwanya lagi.
TOP
Perak Akan Ada Daerah Baru Dikenali Sebagai Mu’alim
IPOH – Perak akan mewujudkan daerah baharu merangkumi kawasan Tanjung Malim dan Slim River yang dikenali sebagai Mu’alim, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata kepadatan penduduk yang tinggal di kawasan itu memerlukan sebuah daerah baharu diwujudkan di situ.
“Sekarang, ia (proses daerah baharu) kini di peringkat pentadbiran dan semua dokumen telah dihantar kepada kerajaan persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Negeri Perak di sini hari ini.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memperkenan nama daerah itu dan pengumuman rasmi mengenainya akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
Selain itu, beliau berkata Perak bercadang mewujudkan sebuah bandar golongan muda atau ‘Youth City’ yang menyediakan pelbagai infrastruktur termasuk perumahan, pendidikan, pengangkutan serta perindustrian.
Zambry berkata ia adalah untuk memberi manfaat termasuk penempatan dan peluang pekerjaan kepada golongan muda berumur lingkungan 15 hingga 40 tahun sama ada bujang atau telah berkahwin.
“Keluasan tanah dan lokasi pembinaan akan diumumkan kemudian kerana ia bergantung kepada perbincangan dengan pihak kerajaan persekutuan dari segi keluasan sebenar yang mereka perlukan bagi membina youth city ini,” katanya.
Beliau berkata perbincangan dengan Kementerian Kewangan mengenai perkara itu akan diadakan dan berharap ia dapat dilaksana berteraskan konsep Strategik Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Zambry juga berharap cadangan membina bandar itu dapat dilaksana dengan segera berpandukan perancangan yang telah digariskan di peringkat awal. – BERNAMA
TOP
Mayat Mangsa Bot Tunda Karam Ditemui
Kuantan – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui satu mayat dipercayai mangsa bot tunda yang karam selepas dilanggar kapal tangki minyak di perairan Kuantan, Khamis lalu.
Mayat itu ditemui anggota penguatkuasa KM Sebatik kira-kira jam 1.30 petang, semalam, kira-kira 11 batu nautika dari Tanjung Gelang, di sini, sebelum di bawa ke jeti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk tindakan lanjut.
Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Datuk Nasir Adam berkata, mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat.
“Mangsa kemungkinan anak kapal bot tunda berkenaan dan kita masih mencari baki lima mangsa yang masih hilang lagi di radius tujuh batu nautika dari lokasi bot itu dilaporkan hilang,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut mendapat bantuan daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri yang menghantar dua buat bot untuk melakukan cerapan kesan tompokan minyak yang ditemui di kawasan 2.5 batu nautika dari tempat kejadian.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, bot tunda YTC M5 yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Pahang dilanggar kapal tangki minyak sehingga menyebabkan enam anak kapalnya hilang, manakala seorang diselamatkan
Mangsa terselamat dikenali sebagai Martins Sembiring, 30, manakala enam anak kapal yang masih hilang berusia dalam lingkungan 20 hingga 36 tahun, lima daripadanya warga Indonesia, manakala seorang warga tempatan.
Sementara itu, Nasir meminta bantuan bot nelayan untuk menyalurkan maklumat kepada pasukan keselamatan jika menemui objek yang boleh dikaitkan dengan kehilangan bot berkenaan. – myMetro Online
TOP
Rakyat Johor, Janganlah Bersedih Dan Hampa – TMJ
“Janganlah bersedih, dan janganlah hampa, kerana kita masih bernafas. Dunia belum berakhir, ianya cuma sedikit halangan dalam perjalanan kita. Jangan berputus asa, pandang ke hadapan.”
Melalui laman sesawang rasmi The Southern Tigers hari ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menasihatkan rakyatnya agar menerima keputusan Piala Malaysia dengan hati terbuka.
Kata baginda yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Johor itu, peristiwa yang telah berlalu tidak mungkin dapat diubah, namun ia mampu mempengaruhi masa hadapan.
Ujar baginda, “Kita mestilah sentiasa kekal bermotivasi dengan dorongan untuk mencapai sesuatu, dan bukannya keinginan untuk menjatuhkan orang lain.”
TMJ sempat memberikan analogi yang mudah namun mendalam apabila mengatakan, ketika beluncas menyangkakan dunianya sudah berakhir, ia kemudian bertukar menjadi rama-rama.
Selain itu, Tunku Ismail juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang yang menjuarai Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut.
Baginda juga mengucapkan syabas kepada pasukannya yang berusaha keras di atas padang dan penghargaan buat seluruh rakyat yang sentiasa menyokong pasukan Johor. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Ajar Anak Guna Kabel Brek Di Kelantan
Kota Bharu – Seorang bapa hilang pertimbangan apabila sanggup memukul anaknya yang berusia 12 tahun menggunakan kabel brek basikal, mencekik leher dan menendang kaki serta tangan sehingga cedera selepas mendapati anaknya itu mencuri telefon bimbit sepupunya dalam kejadian di Pasir Hor, di sini, Khamis lalu.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa luka dan lebam di belakang badan, kaki serta tangan sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, oleh neneknya untuk dirawat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian bapa mangsa yang berusia 38 tahun membawa anak ke rumah sepupunya untuk menyerahkan kembali telefon bimbit dicuri.
Katanya, sebaik mangsa menyerahkan telefon bimbit itu, bapanya mengambil kabel brek basikal di bawah rumah dan memukul mangsa.
“Mangsa dibawa pulang ke rumahnya sebelum sekali lagi dipukul dengan kabel berkenaan, dicekik leher dan ditendang kaki serta tangan. – myMetro Online
TOP
Pahang Tumpaskan JDT, Pertahan Mahkota Piala Malaysia
KUALA LUMPUR: Impian Johor Darul Takzim (JDT) untuk membawa balik trofi Piala Malaysia lebur apabila tewas kepada Pahang secara penalti 5-3 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.
Bagaimanapun kejayaan penuh dramatik yang dirangkul skuad Tok Gajah ini bukan mudah kerana terpaksa bekerja keras selepas perlawanan diheret ke masa tambahan sebelum aksi penentuan penalti selepas mencatat kedudukan seri 2-2 pada tempoh permainan sebenar.
Pahang selaku juara bertahan membuka jaringan awal pada minit ke-14 melalui tandukan padu penyerang import, Dickson Nwakaeme selepas menerima hantaran kemas dari Azidan Sarudin.
Juara Piala FA musim ini yang dibimbing Zainal Abidin Hassan itu mempamerkan aksi kemas di bahagian pertahanan malah turut melakukan beberapa serangan menguji penjaga gol JDT, Al-Hafiz.
Namun JDT mula menjumpai rentak permainan selepas penyerang kelahiran La Roja, Argentina Jorge Pereyra Diaz menyamakan kedudukan pada minit ke-31 permainan.
Hanya selepas tiga minit jaringan Diaz,24, keadaan stadium sekali lagi digegarkan dengan sorakan penyokong JDT apabila Luciano Figueroa diberi sepakan percuma selepas bola terkena lengan pemain Pahang.
Figueroa meledak gol kedua Harimau Selatan dengan sepakan penalti sempurna menewaskan penjaga gol Tok Gajah, Khairul Azhan.
Bersambung ke babak kedua permainan, peluang JDT untuk menambah gol gagal dimanfaatkan oleh Figueroa yang berlari secara solo sebelum melepaskan sepakan yang terkena tiang.
Pada minit ke-68 keadaan sedikit ‘panas’ apabila pemain Pahang Saifulnizam dilihat menumbuk perut pemain JDT, Amri Yahya sekaligus dilayangkan kad merah oleh pengadil.
Namun tiga minit selepas insiden tersebut, Nwakaeme (71’) berjaya menyamakan kedudukan dengan gol keduanya sekaligus meredakan sedikit kemarahan penyokong-penyokong Pahang yang tidak berpuas hati dengan layangan kad merah itu.
Jaringan penyamaan Nwakaeme itu menyebabkan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedua-kedua pasukan gagal menambah sebarang jaringan.
Bagaimanapun kelebihan JDT menentang 10 pemain gagal dimanfaatkan sehingga penentuan terakhir melalui sepakan penalti dan berpihak kepada Pahang.
- MSTAR ONLINE
TOP
GAMBAR: Kecomelan Baby Che Ta Dapat Perhatian Netizen
Tidak seperti kebanyakan selebriti lain, Rozita Che Wan atau Che Ta yang selamat melahirkan bayi perempuan jam 2.18 petang Sabtu, langsung tak keberatan berkongsi gambar-gambarnya dan bayi.
Menerusi gambar yang kini hangat bertebaran di laman maya, rata-rata memuji kecomelan anak Che Ta bersama Zain Saidin yang sangat memukau mata.
Bukan itu sahaja, ramai yang memuji gelaran jelitawan diberikan pada Che Ta memang wajar jika dilihat wajahnya selepas bersalin yang maintain berseri-seri.
Nampaknya makin sempurna keluarga milik Zain dan Che Ta. Semoga kehadiran si kecil mengeratkan lagi kasih sayang mereka.
Punyalah teruja anak bujang Che Ta dapat adik perempuan, Ammar Effendy turut memuatkan gambar kenangan bersama anggota keluarga baru di laman Instagram..
Ok, mari lihat tempat tidur baby comel ini setibanya di rumah nanti.. ia pernah dikongsikan Che Ta di laman Instagramnya.
Sebenarnya jangan kata orang, kami sendiri gerammm sangat bila lihat wajah bayi Che Ta ini! Jangan tipu, anda pun sama kan? - MYNEWSHUB.CC

Boleh Tahan Kasar Juga Gurau KJ Ni Kadang-Kadang..
Memandangkan sekarang semua tengah demam bola sepak sempena perlawanan akhir Piala Malaysia, JDT menentang Pahang sebentar lagi, maka tumpuan banyak dilebihkan pada sukan ini.
Terbaharu, sekeping gambar Menteri Belia dan Sukan yang terkenal dengan pendekatan popular, Khairy Jamaluddin di Instagram mencuri tumpuan ramai.
Semuanya gara-gara aksi ‘terlampau’ cubaan menendang tiang bendera sudut di Stadium Bukit Jalil, lokasi dua pasukan berentap sedikit masa lagi.
Antara yang berani memberikan komen dengan ayat lebih kurang serupa apa yang terlintas dalam kepala orang yang menyaksikan gambar KJ ini adalah Exco Pemuda UMNO, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.
Komen Ustaz Fathul Bari yang diiringi ikon sarkastik berbunyi ‘Boleh tahan @Khairykj gurau kasar ni’.
Apa pun, kami harap TMJ tahan dibawa bergurau hendaknya… - MYNEWSHUB.CC
Apa pun, kami harap TMJ tahan dibawa bergurau hendaknya… - MYNEWSHUB.CC
TOP
Gila? Lelaki Bakar Rumah Sendiri Di Georgetown, Tengahari Tadi
PELIK lagi mengejutkan apabila seorang lelaki sanggup membakar kediamannya sendiri pada jam 1 petang tadi di tingkat tiga Flat Desa Selatan, Georgetown.
Lelaki tersebut disyaki kurang siuman kerana cuma orang gila rasanya yang sanggup melakukan perkara sebegitu.
Tindakan lelaki berusia 60 tahun tersebut menyebabkan rumah yang didiami hangus dijilat api hampir 60 peratus pada bahagian dapur dan ruang tamu.
Jiran terdekat yang menyedari kebakaran terkejut apabila melihat kepulan asap tebal keluar dari rumah terbabit segera menghalang lelaki berkenaan terus bermain api. Mereka juga bertindak segera memadamkan api yang marak menggunakan air paip.
Atas bantuan dan kerjasama penduduk setempat akhirnya api berjaya dipadam dalam beberapa minit.
Insiden ini disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.
Kini, lelaki tersebut dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi menjalani pemeriksaan kesihatan namun dia diberitakan tidak mengalami sebarang kecederaan. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Cipta Rekod Tamat Doktor Falsafah Di Usia 24 Tahun
Dr. Hazzirah Izzati yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam pengkhususan Matematik Tulen melalui program ‘PhD Fast Track UTM’ menjadi individu termuda Malaysia memegang rekod tersebut.
Ditemui pada Majlis Konvokesyen ke-53 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Dewan Sultan Iskandar, Skudai, beliau berkata bahawa akan cuba untuk keluar dari zon selesa dan tidak mahu berada pada kedudukan sama.
Beliau yang sudahpun mendirikan rumah tangga pada September lepas juga menerima pengiktirafan dari The Malaysia Book Of Records sebagai individu termuda Malaysia menamatkan pelajaran peringkat PhD.
“Saya mahu meneroka lagi bidang Matematik Tulen ini dan bercadang menghasilkan kajian sendiri berkaitan teori kumpulan ‘algebra,” ujarnya yang baru berusia 24 tahun.
Memetik laporan Harian Metro, beliau berkata lagi yang bergelar graduan PhD pada usia muda memang menggembirakan dan akan menjadikan anugerah tersebut sebagai batu loncatan.
Dr. Hazzirah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 1, kemudiannya di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai dan MRSM Bitara Pengkalan Chepa.
Dia kemudiannya menyambung pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Sains (Matematik) sebelum meneruskan langkah di peringkat PhD. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Cuti Peristiwa Di Pahang Tidak Libatkan Calon SPM, STPM
KUANTAN – Jabatan Pendidikan Pahang mengingatkan cuti peristiwa yang diumumkan kerajaan negeri tidak melibatkan calon dan petugas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di negeri itu.
Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Pahang Razali Mohd berkata kesemua calon akan menduduki peperiksaan berkenaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
“Sebanyak 23,323 calon peperiksaan dan 554 calon persendirian SPM serta 2,615 calon STPM akan menduduki peperiksaan yang dijadualkan di 260 pusat seluruh Pahang, esok,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Menurut beliau, banyak ibu bapa serta calon menelefon jabatan bagi mengetahui berkenaan cuti peristiwa yang diumumkan itu, termasuk calon persendirian yang kurang jelas mengenainya.
Katanya, sebanyak 18 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh Pahang untuk menempatkan 554 calon persendirian.
Selain itu katanya, tujuh calon akan menduduki peperiksaan di hospital dengan empat daripadanya di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan manakala selebihnya di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.
Kerajaan Pahang mengumumkan cuti peristiwa esok, sebagai menghargai kemenangan pasukan Pahang menjuarai Piala Malaysia 2014, malam tadi.
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob bagaimanapun berkata semua pegawai dan guru yang terlibat dengan peperiksaan SPM yang bermula Isnin hendaklah meneruskan tugas mereka seperti biasa. – BERNAMA
TOP
Lelaki Ditembak Kerana Nyanyi Lirik Salah Lagu Korea Utara
PYONGYANG (Korea Utara) – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan telah mengarahkan salah seorang pemimpin kanan tenteranya diheret keluar dari rumah dan ditembak mati kerana menukar lirik lagu kebangsaan negara itu ketika menyanyi karaoke.
Kim dilaporkan marah selepas mengetahui bahawa lelaki itu menukar lirik lagu `terima kasih kepada parti kita’ kepada `terima kasih pada parti awak’ serta lirik `benci kepada musuh, cintakan tanahair’ kepada `benci isteri awak, cintakan perempuan simpanan’.
Lelaki berkenaan kemudiannya ditembak mati oleh sepasukan penembak di luar rumahnya, pada keesokan hari.
Ia dianggap sebagai satu pemberontakan.
Sebelum ini, nyanyian lagu karaoke lagu kebangsaan dianggap selamat di Korea Utara namun kini aktiviti itu perlu dikaji semula oleh penduduknya.
Ini kerana mereka mungkin berdepan risiko ditembak mati oleh skuad penembak jika menyanyikan lirik lagu yang salah.
Brau-baru ini, seorang bekas pemimpin kanan tenteranya juga ditembak mati.
Cuma kali ini kesalahannya adalah kerana menonton cerita dari barat.
TOP
Apakah Siti Saerah Dicerai Talak Tiga?
Menurut laporan dari sebuah portal, adik kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Siti Saerah telah bercerai dengan pasangannya, Saiful Anuar.
Memetik sumber The Rakyat Post, Siti Saerah yang pernah dikenali sebagai seorang penyanyi, telah diceraikan dengan talak tiga!
Desas-desus ini menjadi semakin kuat apabila pagi ini, Datuk Siti telah memuat naik satu ‘post’ di laman Instagram peribadinya yang ditujukan khas buat adik beliau.
“Allah S.W.T Maha Adil dan Bijaksana. Apa yang telah diaturkan pasti yang terbaik untuk umatNya dan pasti ada peringatan buat yang melaluinya. Buat @sairahtarudin, bertabahlah dan teruslah berjalan berpandu pada Allah. Insyaallah semuanya tenang.” Siti Saerah dan pasangannya berkahwin pada tanggal 27 Oktober 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata dalam usia empat tahun ikatan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kes Liwat II, Majoriti Undi Anwar Bersalah Liwat Saiful
Selepas tamat prosiding rayuan kes liwat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hari Jumaat lepas, ramai masih lagi percaya bahawa Anwar yang juga Ketua Pembangkang bersalah dalam kes itu.
Dalam satu undian yang dibuat di laman web Mynewshub.cc sebanyak 736 undi atau 54 peratus daripada keseluruhan 1,366 menyatakan Anwar bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.
Sebanyak 492 undi iaitu 36 peratus pula mengatakan Anwar tidak bersalah dalam tuduhan itu manakala 138 undi iaitu 10 peratus tidak mahu ambil kisah akan kes berkenaan.
BACA – Liwat II : 57 Peratus Mengundi Anwar Bersalah
Pada sesi kelmarin, Ketua Pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam hujahnya berkata hanya beg plastik berisi 12 bekas sampel yang diambil daripada Mohd Saiful dibuka oleh pegawai penyiasat dalam kes itu dan bukan bekas yang mengandungi calitan daripada rektum mangsa.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu berkata Supt (bersara) Jude Blacious Pereira mematuhi Peraturan Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) apabila semua barang kes disimpan dalam sampul berasingan sebelum dihantar ke Jabatan Kimia.
Beliau berkata semasa pemeriksaan utama, Pereira telah menjelaskan perkara itu secara terperinci dan tidak pernah cuba untuk menyembunyikan tindakannya seperti didakwa pihak pembela.
“Apa yang beliau lakukan sebenarnya mematuhi betul-betul apa yang dikehendaki di bawah IGSO dengan meletakkan setiap bekas dalam sampul berasingan dan menandakan sampul-sampul itu.
“Beliau tidak membuat apa-apa penandaan pada bekas itu atau membukanya kerana ia telah dimeterai oleh Dr Siew Sheue Feng dan doktor itu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah menandatangani pada cap setiap satu daripada bekas itu, ” kata Muhammad Shafee. Kerana penjelasan dan hujah yang teratur dalam kes pendakwaan membuatkan masih ramai yang yakin Anwar memang bersalah dalam kes itu. Para penyokong Anwar juga pada hari keempat itu, dilihat sudah tidak ramai berkumpul di luar perkarangan Istana Kehakiman yang menempatkan Mahkamah Persekutuan sehingga suasananya nampak lengang. Apapun, perbicaraan rayuan akan terus disambung esok dan ada kemungkinan ia akan berlanjutan sehingga Selasa. Ia adalah kerana pada Jumaat lepas, Muhammad Shafee baru selesai menyampaikan kira-kira 20 peratus kandungan hujahnya. Prosiding ini bakal menentukan nasib Anwar sama ada terus dipenjara, ditambah hukuman ataupun dibebaskan dari tuduhan liwat yang dihadapainya. Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas, telah menerima rayuan pasukan pendakwaan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Anwar mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Bagi Anwar, belum pun selesai prosiding beliau sudah dengan angkuh dan berani berkata beliau akan dibebaskan Selasa depan. – MYNEWSHUB.CC

Filem Pendek Yang Membuat Anda Meremang Bulu Roma
Sebuah video pendek yang berdurasi seminit ini pasti akan membuatkan anda ‘seram sejuk’
Dengan skrip ringkas sebegini, rasa takut itu berjaya diusik pada setiap yang menontonnya.
“I begin tucking him into bed and he tells me, “Daddy check for monsters under my bed.” I look underneath for his amusement and see him, another him, under the bed, staring back at me quivering and whispering, “Daddy there’s somebody on my bed.”
“Saya menyelimutkan anak saya dan kemudian dia berkata, “ayah, cuba lihat bawah katil, lalu saya pun menurut permintaannya dan terus melihat ke bawah katil, saya ternampak dia juga (terus berasa pelik) dan anak saya yang berada di bawah katil itu terus berbisik kepada saya dengan mengatakan, “ayah, ada seseorang di atas katil saya!” Menurut pembikinnya, filem pendek ini diinspirasikan dari seorang blogger dalam rencana di AskReddit dengan membawakan topik “What is the best horror story you can come up”. Ia berkenaan mencipta dua ayat yang boleh menyeramkan si pembacanya.
Janga lupa periksa bawah katil anda malam nanti! Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Wanita Guna Helah ‘Tembak’ Susu Badannya Untuk Curi
Kreatif namun menjelikkan. Itu taktik yang digunakan seorang wanita untuk mencuri wang.
Kejadian unik ini berlaku di Darmstadt, Jerman apabila seorang wanita yang berpura-pura sedang membuat pembayaran di kaunter, memicit payudaranya bagi memancutkan susu ke arah kakitangan untuk mengalih perhatian sebelum mencuri wang di kaunter.
Menurut sumber polis, wanita itu masuk ke sebuah farmasi dan membeli satu barang yang berharga 20 Euro (RM 82). Dia menghulurkan 200 Euro kepada kakitangan ketika membuat pembayaran.
Liciknya, ketika kakitangan tersebut ingin menghulurkan baki wang kepada wanita tersebut, dia secara tiba-tiba menyelak bajunya dan mengeluarkan payudara sebelah kanan, menghala ke arah muka jurujual lalu memicitnya.
Tidak terhenti di situ, dia menghalakan payudaranya kepada kakitangan kedua dan melakukan perkara sama.
Ketika kejadian, staf dan pembeli yang menyaksikan kejadian terpaku kerana tidak menyangka tindakan wanita tersebut.
Selesai urusan jual beli tersebut, wanita yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 35 – 40 tahun itu terus beredar dari farmasi tersebut dalam keadaan payudara masih terdedah.
Setelah tersedar dari kejutan akibat insiden itu, kakitangan farmasi tersebut perasan yang 100 Euro hilang dari mesin.
Menurut jurucakap polis, Ferdinand Derigs, wanita tersebut cuba menimbulkan suasana terkejut sebagai taktik mencuri.
“Ini merupakan kes kecurian paling luar biasa, Kami tak pernah berhadapan lagi dengan kes seperti ini,” katanya lagi.
Wanita berbadan gempal dan digelar ‘The Milk Sprayer’ itu sedang dalam pemburuan pihak polis. – MYNEWSHUB.CC
TOP
KIL Bolot Anugerah Festival Filem Malaysia Ke 26
SEREMBAN – Filem KIL arahan Nik Amir Mustapha diangkat sebagai filem terbaik Anugerah Perdana Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26) yang diadakan di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, di sini, malam Sabtu.
Kemenangan itu menewaskan saingan terdekatnya iaitu filem Penanggal dan membolehkan Nik Amir membawa pulang trofi dan wang tunai.
Selain itu, Nik Amir turut meraih trofi Pengarah Filem Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.
Menerusi KIL juga, Cristina Suzanne berjaya merangkul anugerah Pelakon Harapan Wanita.
Sebelum itu, pada Malam Perasmian Festival Filem 26 yang berlangsung pada Rabu lalu, KIL turut merangkul anugerah Poster Terbaik.
Filem Tanda Putera pula berjaya merangkul sebanyak dua anugerah iaitu Anugerah Kesan Khas Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik melalui Rusdi Ramli.
Selain itu, anugerah Pelakon Wanita Terbaik dimenangi oleh Lisa Surihani menerusi filem Istanbul Aku Datang.
Para pemenang menerima sebuah trofi, wang tunai dan set barangan kemas tajaan Rafflesia.
FFM26 turut menyampaikan anugerah khas iaitu Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman Wanita kepada Datuk Rosnani Jamil dan Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman Lelaki (Datuk Rahim Razali).
Selain itu, Anugerah Khas Juri diberikan khas kepada tiga buah filem iaitu Tanda Putera, Paper Moon dan Kolumpo.
Majlis dihoskan oleh Fahrin Ahmad dan Fazura dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Dr Awaludin Said, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Md Affendi Hamdan dan pemangku Ketua Pengarah Finas, Dr Megat Al Imran Yassin.
Terdahulu 11 anugerah telah disampaikan pada Malam Perasmian di Hotel Empire Subang, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.
Berikut ini senarai pemenang Anugerah Perdana FFM26:
Filem Terbaik: KIL
Filem Bukan Melayu Terbaik: Paper Moon (Double Vision/Astro Shaw/Passion Entertainment)
Pengarah Filem Terbaik: Nik Amir Mustapha (KIL)
Cerita Asal Terbaik: Mamat Khalid (Rock Oo)
Lakon Layar Terbaik: Nik Amir Mustapha (KIL)
Sinematografi Terbaik: Raja Mukhriz (Penanggal)
Penyunting Terbaik: Syamsul Yusof/ Hisham Jupri (KL Gangster 2)
Filem Box Office: Husin Mon & Jin Pakai Toncit
Pelakon Lelaki Terbaik: Rusdi Ramli (Tanda Putera)
Pelakon Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Datuk Rosyam Nor (KL Gangster 2)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Umie Aida (Sembunyi : Amukan Azazil)
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik: Zul Ariffin (Penanggal)
Pelakon Harapan Wanita Terbaik: Cristina Suzanne (KIL)
Anugerah Kesan Khas Terbaik: Tanda Putera ( Pesona Pictures)
Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman Wanita: Datuk Rosnani Jamil
Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman Lelaki: Datuk Rahim Razali
Anugerah Khas Juri : Tanda Putera – mStar Online

Lindsay Lohan, Tom Cruise Sedang Syok Bercinta?
Selebriti Hollywood ini tidak perlu diperkenalkan lagi, rata-rata rakyat Malaysia begitu mengenali mereka – siapa lagi kalau bukan Lindsay Lohan dan pelakon kacak, Tom Cruise.
Terbaru, menerusi sebuah majalah terkenal Amerika Syarikat, OK! tersebar perkhabaran mengenai hubungan intim kedua-dua selebriti ini yang dikatakan sedang bercinta secara diam-diam.
Iyelah takkan nak mengaku, nanti habis paparazi kejar siang malam. Ye dak?
Eh, tetapi apa-apa pun janganlah begitu mudah mempercayai khabar ini, memandangkan mereka tidak mengaku malah wakil Lindsay Lohan turut menolak sekeras-kerasnya dakwaan gosip yang tersebar.
Kalau nak tahu, majalah tersebut mendakwa mereka sering bertemu secara rahsia selepas bertukar nombor telefon baru-baru ini, di lokasi terkenal Chiltern Firehouse. Mereka dikatakan sering bersama di Kota London kerana kedua-duanya mempunyai penggambaran di sana.
Majalah OK! menulis, “Lindsay sememangnya mengagumi serta jatuh hati dengan Tom dan sentiasa menanti peluang untuk mendekatinya.”
Kontroversi dirancakkan lagi apabila ada dakwaan menyatakan hero kacak Mission Impossible ini kononnya pernah meniduri seorang aktres wanita yang terlibat dengan pelbagai kes jenayah pada zaman remajanya.
Hah, pembayang memang dah kena sangat dengan Lindsay Lohan tu!
Tapi kalau betul mereka bercinta, apa salahnya.. Tom Cruise pun masih solo selepas bercerai dengan Katie Holmes (walau jauh di sudut hati rasa cam tak kena je. Ermm). -MYNEWSHUB.CC

Che Ta Selamat Lahirkan Puteri Sulung Di Ampang Puteri
Nampaknya, petang ini menjadi hari bersejarah buat pasangan pelakon popular, Zain Saidin dan Rozita Che Wan apabila puteri sulung mereka selamat dilahirkan.
Menerusi temuramah bersama Zain yang sedang memangku bayinya dikongsikan HLIVE! Zain memanjatkan kesyukuran seterusnya memaklumkan bahawa si comel berada dalam keadaan sihat, begitu juga Che Ta.
Zain turut mengucapkan terima kasih di atas setiap doa yang dititipkan kepada keluarga mereka.
Difahamkan Che Ta melahirkan anak jam 2.18 petang tadi di Pusat Perubatan Ampang Puteri, Kuala Lumpur. Sebelum lahir ke dunia lagi, anak pasangan Zain-Rozita ini sudah pun membawa banyak rezeki kepada ibu bapanya. Antaranya tajaan bersalin wad kelas satu daripada Hospital Ampang Puteri dan tajaan-tajaan lain yang terpaksa dipilih Che Ta. Wah, tiba-tiba kami rasa rindu nak cium bau bayi yang harum dan tersendiri tu.. - MYEWSHUB.MY

Kostum Pilihan Selebriti Hollywood Rai Halloween
SABAN tahun pada tanggal 31 Oktober perayaan Halloween disambut meriah kebanyakan penduduk di negara Barat.
Mereka akan menggayakan pelbagai kostum menarik bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan yang sinonim dengan aksesori buah labu dan pembahagian coklat serta gula-gula kepada kanak-kanak yang berkunjung ke rumah jiran-jiran mereka.
Selebriti Hollywood tidak terkecuali meraikan sambutan Halloween tahun ini, masing-masing tampil menarik dengan kostum pilihan mereka.
Antaranya, Katy Perry yang kelihatan cute dengan kostum snek makanan ringan, Cheetos, Lady Gaga pula menggayakan kain putih untuk tampil sebagai watak hantu dan supermodel, Heidi Klum tampil unik dan ceria dengan kostum rama-ramanya.
Sementara itu, Beyonce dan anaknya, Blue Ivy cuba menjadi klon Michael Jackson dan Janet Jackson manakala bintang siri realiti Keeping Up With Kardashians, Kim Kardashian bergaya dengan kostum tengkorak bersama-sama anak perempuannya, North West yang dipakaikan kostum binatang mamalia, skunk.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR
TOP
Kena Serangan Jantung, Hajat Hadiri FFM Terpaksa Dibatalkan
Pengarah terkenal, Mohamad Bin Mohd Khalid,51, atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid terpaksa dikejarkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya awal pagi semalam kerana serangan jantung.
Bagaimana pun selepas menerima rawatan, keadaan Mamat yang dirawat di Unit Jagaan Koronari (CCU) kini dilaporkan stabil.
Anak perempuan Mamat, Nor Sara Mohamad, 23, memaklumkan Mynewshub bahawa doktor mendapati saluran arteri bapanya tersumbat menyebabkan sakit di bahagian dada.
Doktor turut memaklumkan, serangan jantung ini boleh terjadi disebabkan stres.
“Ketika serangan jantung pagi tadi tekanan darah papa mencatat bacaan 180 namun Alhamdulillah kini kembali stabil kepada 110,” ujarnya.
Susulan itu bapanya akan menjalani angioplasti, prosedur untuk mengembangkan kawasan arteri yang tersumbat di Ipoh selepas ini.
Ditanya sama ada Mamat mempunyai sejarah serangan jantung, Sara menyatakan ini adalah kali kedua dalam tempoh tiga bulan.
“Papa diserang sakit jantung buat pertama kali pada Julai lalu, seminggu sebelum puasa,” katanya.
Dalam pada itu Sara menafikan khabar kononnya Mamat Khalid kini berada dalam keadaan tenat sebaliknya memaklumkan, keadaan bapanya sudah kembali stabil namun beliau akan berehat daripada sebarang aktiviti selama dua minggu.
Khabar angin tersebut katanya, adalah tidak sensitif dan menyedihkan ibunya.
Mamat dan keluarga kini berada di Kuala Lumpur sempena Festival Filem Malaysia (FFM26) yang bakal berlangsung di Seremban malam ini namun keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan membuat perancangan ini terpaksa dibatalkan.
Filem arahan Mamat, Rock Ooo tercalon dalam banyak kategori untuk FFM26 antaranya Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pereka Kostum / Busana Terbaik. Justeru, pelakon Pekin Ibrahim dan anak lelaki Mamat Khalid akan mewakili beliau malam ini. - MYNEWSHUB.MY Oleh: REM RAMZI

50 Rumah Di Baling Dinaiki Air Selepas Banjir Kilat
BALING – Sekurang-kurangnya 50 rumah di 13 kampung sekitar daerah di sini dinaiki air sedalam satu meter, susulan banjir kilat yang melanda bermula jam 1.30 pagi tadi.
Difahamkan banjir berlaku susulan limpahan air Sungai Ketil selepas hujan lebat selama lebih empat jam melanda terutama sekitar Mukim Siong, di sini.
Antara kampung terjejas termasuk Kampung Kuala Kuda, Bukit Sebelah dan Kampung Siput di Siong, selain Kampung Banggol Derum, Dusun Raja, Lahar, Nering, Pantai Teh, Haji Abas di mukim Bongor.
Turut terjejas Kampung Sungai Batu, Seberang Pekan, Bawah Gunung di mukim Baling dan Kampung Lubuk Pedati serta Tanjung Merbau di mukim Pulai. – BH Online
TOP
Mat Yo Gagal Ambil Penalti, Peminat Ungkit Kisah Pak Guard
Ekoran kegagalan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha gagal menyempurkan sepakan penalti dalam perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi, beliau menjadi bahan gurauan di internet hari ini.
Para pengguna laman sosial ada yang mengungkit semula kejadian kurang ajar isterinya Siti Aisya ke atas seorang pengawal keselamatan di Terminal Skypark di Subang suatu ketika dahulu.
Kejadian itu yang berlaku pada September tahun lepas menjadi viral ekoran video pergaduhan isteri Norshahrul yang lebih dikenali sebagai Mat Yo tersebar di laman siber.
Di dalam video berkenaan juga kelihatan Mat Yo seakan tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang keceluparan mulut isterinya yang sanggup mengatakan pegawai keselamatan itu, Azman Nayan, seorang lelaki dayus.
Mynewshub.cc beberapa hari selepas kejadian itu merupakan antara media terawal yang mendapatkan Azman dan ditemubual untuk mendengar penjelasan beliau berkenaan kejadian itu.
Hari ini, kejadian itu dikatakan penyebab atau ‘karma’ kegagalan Mat Yo menyempurnakan sepakan penalti paling penting untuk JDT yang menyaksikan Pahang berjaya menjulang Piala Malaysia buat dua kali berturut-turut. Pelbagai gambar lucu direka pengguna media sosial untuk menyatakan seolah-olah Mat Yo terkena badi ekoran kejadian bersama Azman itu.
Sepakan lemah Mat Yo berjaya diselamatkan penjaga gol Pahang Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid.
Malam tadi JDT kecundang 3-5 melalui penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas tamat 90 minit masa perlawanan dan masa tambahan.
Mat Yo kelihatan menangis selepas penyokong Pahang berpesta di Stadium Nasional Bukit Jalil sebaik Pahang menyempurnakan sepakan penalti terakhir.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU K

Universiti Malaya Dakwa Fahmi Zainol Dengan 9 Tuduhan
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM), Fahmi Zainol yang turut bertanggungjawab menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pidato di universiti itu dikenakan sembilan tuduhan tatatertib oleh pengurusan universitinya.
Jawatankuasa Disiplin UM menghantar surat rasmi berkenaan sembilan tuduhan itu kepadanya melalui emel yang dikenakan mengikut Seksyen 16B Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
BACA – Pelajar Anjur Forum Anwar DI UM, Rela Dipenjara Dan Dipecat
Fahmi turut berkongsi notis dakwaan yang diterimanya di laman Facebooknya pada Jumaat lepas.
Pihak universiti akan menjalankan prosiding berkaitan kes Fahmi pada 7 November depan.
Menurut portal Free Malaysia Today (FMT), lapan lagi pelajar yang bersama-sama dengan Fahmi turut didakwa tetapi dengan dakwaan berbeza. Fahmi dalam insiden itu menjemput Anwar untuk berpidato dalam satu program 40 Tahun : Dari UM Ke Penjara yang dijadualkan diadakan di dalam kampus UM. Pengurusan universiti menganggap program itu sebagai haram dan boleh menjejaskan reputasi kampus tetapi Fahmi enggan tunduk dan terus tekad menjemput Anwar sehingga terjadinya insiden rempuhan pagar UM baru-baru ini. Dalam insiden itu, seramai lebih kurang 1,000 pelajar dilaporkan telah merempuh masuk pintu pagar universiti untuk memasuki kawasan Dewan Tunku Canselor bagi mendengar pidato Anwar. Ahli politik berusia 62 tahun itu turut ditemani isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan anak perempuan Nurul Izzah untuk menyampaikan ucapannya dalam program anjuran Persatuan Mahasiswa UM itu. – MYNEWSHUB.CC

Sultan Hassanal Bolkiah Akan Tiba Di Malaysia Esok
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah akan berada di Malaysia untuk lawatan rasmi selama tiga hari mulai esok.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata Sultan Hassanal Bolkiah dijadual menghadiri perundingan tahunan pemimpin Malaysia-Brunei ke-18 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada hari yang sama.
Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan mengadakan majlis makan tengah hari untuk meraikan kehadiran baginda ke Malaysia, memetik laman berita Astro Awani.
Sultan Hassanal Bolkiah akan dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang oleh Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang pada 5 November.
Mesyuarat rundingan tahunan bersama merupakan acara peringkat tertinggi paling penting antara kedua-dua negara.
Dalam lawatan rasmi itu, baginda akan diiringi beberapa menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan Brunei. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Post a Comment