TOP
PDRM Nafi Keluar Kenyataan Rasmi Mengenai Penjualan Organ Manusia
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berasa kesal kerana masih ada pihak menyebarkan satu kenyataan palsu daripada polis mengenai penjualan organ manusia dan perogol bersiri membabitkan lelaki bernama Faris Farhan Akhlaken Ahmad.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata, kenyataan palsu yang kononnya daripada beliau itu disebarkan secara meluas dalam media sosial.
“Kebelakangan ini berita palsu tersebut disebarkan semula oleh pihak tidak bertanggungjawab hingga membangkitkan kegusaran masyarakat.
“Perkara ini menjadi tambah serisu ekoran kejadian di negara jiran melibatkan percubaan mengirim anggota tubuh manusia yang diawetkan ke Amerika Syarikat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Asmawati, PDRM mengesahkan bahawa tiada sebarang maklumat atau laporan polis diterima mengenai penjualan organ manusia dan perogol bersiri itu di negara ini.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang supaya tidak menyebar maklumat paslu berkenaan kerana ia menjejaskan ketenterama awam dan membangkitkan keresahan ramai.-mynewsub
TOP
Bangunan Hentian Bas Putra (HBP) Tidak Selamat – SPAD
KUALA LUMPUR – Perkhidmatan bas ekspres laluan pantai timur di Hentian Bas Putra (HBP) akan berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini berkuatkuasa 1 Disember ini.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan memberitahu, keputusan itu dibuat selepas pihak berkuasa mendapati bangunan HBP tidak lagi selamat kerana terlalu uzur.
“Tindakan ini diambil berdasarkan laporan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada awal Ogos lalu mengenai keadaan bangunan HBP yang tidak lagi selamat kerana kerosakan yang berlaku pada struktur bangunan.
“Langkah pemindahan ini diambil demi keselamatan dan keselesaan penumpang serta memperbaiki operasi bas di hentian ini,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyatana itu, TBS yang terletak di Bandar Tasik Selatan mempunyai kapasiti mencukupi untuk menampung keperluan penumpang ke pantai timur.
Jelas kenyataan itu, terminal itu menawarkan kemudahan yang selesa dan moden kepada penumpang serta memberi pelbagai pilihan pengangkutan ke pusat bandar.
Sehubungan itu, SPAD mengalu-alukan kerjasama dan penglibatan syarikat korporat untuk membina terminal di lokasi yang bersesuaian di negeri masing-masing bagi mencapai rangkaian pengangkutan awam yang lebih efisyen, dipercayai dan selamat.-mynewsub
TOP
Filem The Red Warrios (TRW) Temui Penonton Julai
KUALA LUMPUR – Filem `TRW-The Movie’ yang berlatar belakangkan pasukan bola sepak Kelantan akan menemui penonton pada Julai atau Ogos tahun depan.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, filem itu kini dalam proses suntingan yang akan mengambil masa selama dua bulan.
“Selepas itu (`TRW-The Movie’) boleh didaftar untuk kelulusan wajib tayang daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Julai atau Ogos (2015) boleh berada di pawagam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Annuar memuji pembikinan filem tersebut daripada hasil seni, skrip, arahan dan lakonan.
Menurut beliau, `TRW-The Movie’ berjaya menonjolkan nilai positif dengan berlatar belakangkan sukan bola sepak.
“Terkenang-kenang melihat aksi dan dialog Apek, Fakry, Pok Chek, Fity dan Piya. Tidak mengecewakan,” katanya.-mynewsub
TOP
Bayar Gaji Lumayan, JDT Kesal Dituduh Punca Masalah Liga M
KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) melahirkan rasa kesal di atas tuduhan bekas jurulatih Sarawak, Awang Mahyan Pengiran Mohamad ke atas Harimau Selatan.
Laman web rasmi PBNJ, JOHOR Southern Tigers dalam satu kenyataan berkata, dakwaan Awang Mahyan kononnya Johor Darul Ta’zim (JDT) punca Liga Malaysia bermasalah tidak masuk akal.
Menurut kenyataan itu, bekas jurulatih pasukan Sarawak tersebut mungkin terlupa pasukan gergasi seperti Selangor, Pahang dan Kelantan sebelum ini memonopoli liga bola sepak negara kerana mempunyai penaja dan peruntukan kewangan yang hebat.
“Mungkin juga Awang Mahyan “masih tidur” sehingga tidak sedar bahawa pasukan Kelantan terlebih dahulu menawarkan gaji lumayan buat para pemain mereka
“Mengapakah setelah JDT melakukan pelbagai rombakan drastik demi tujuan yang sama maka dianggap menjadi punca kepada segala kelemahan mutu persembahan Liga Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu, PBNJ mencabar Awang Mahyan membuktikan kewujudan sistem gaji pemain bola sepak yang dihadkan pada suatu jumlah tertentu di mana-mana negara.
Jelas kenyataan itu, soal gaji lumayan menjadi lumrah dalam dunia bola sepak kerana setiap negara mempunyai kelab-kelab gergasi yang mendominasi sesuatu liga.
Menurut kenyataan itu, kelab gergasi memang dahagakan kejayaan di peringkat domestik mahupun di arena antarabangsa.
“JDT bukan mahu menjatuhkan imej sesiapa sebab matlamat utama kami adalah untuk terus maju ke hadapan, bekerjasama dengan semua pihak demi kemajuan mutu bolasepak negara.
“Ini bukan hanya untuk pasukan JDT tetapi demi pembangunan bola sepak tanahair keseluruhannya,” kata kenyataan itu hari ini.-mynewsub
TOP
PPP Akan Lebih Fokus Kebajikan Masyarakat India
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) merangkap Penasihat Kementerian Pengangkutan, Tan Sri M Kayveas (kiri) semasa temubual khas bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) TV mengenai Perhimpunan Tahunan PPP di Wisma Bernama di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Parti Progresif Penduduk (PPP) bakal mentrasformasikan pendekatannya dengan lebih memfokus kepada pembangunan masyarakat India dalam usaha menarik sokongan mereka terhadap Barisan Nasional. Presidennya Tan Sri M.Kayveas berkata PPP akan memperjuangkan kepentingan serta kebajikan golongan itu di samping turut menjaga kepentingan kaum lain. “Keputusan ini dihormati serta diterima oleh semua ahli dalam parti ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas wawancara program ‘Bernama Today’ terbitan Bernama TV di sini, hari ini. Kayveas berkata transformasi PPP ini adalah usaha bagi meraih kembali kepercayaan serta sokongan masyarakat India terhadap Barisan Nasional yang hilang setelah negara dilanda tsunami politik pada tahun 2008. Transformasi parti itu turut meliputi penerbitan akhbar berbahasa Tamil baharu, ‘Thai Mozhi’ (Bahasa Ibunda) pada Mei lepas yang hanya menyiarkan berita-berita berkaitan pendidikan dan pembangunan masyarakat India. Sementara itu Mesyuarat Agung PPP ke-61 dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, pada 30 Nov. – BERNAMA

Azwan Ali Berang Gambar Dia Bertudung Diputar Belit
Azwan Ali hari ini telah berang dan naik angin dengan blogger-blogger yang tidak bertanggungjawab kerana memutar belitkan fakta kejadian sebenar kenapa dia memakai tudung.
Seperti gambar di atas menunjukkan Azwan Ali menggayakan wajah hijab selebriti seperti Yuna, Fara Fauzana dan Neelofa. Dia mengegaskan apa yang dibuat itu bukan untuk mana-mana produk makanan tetapi hanya untuk projek peribadi
“Kepada haters, biarkan mereka menyalak dan terus mereput. Tetapi tolong sedar dan muhasabah diri sebelum mereka semua rentung terbakar dek kerana memfitnah Azwan Ali. “Mereka (blogger) sengaja mahu memperbesarkan berita ini kerana perkara ini sedang menjadi isu semasa tetapi mereka tiada pun mengutuk aktor lelaki yang memakai tudung dalam filem baru ini dan juga menjadi sotong dalam drama yang sedang disiarkan sekarang. “Ini semua kerja blogger yang tidak takut azab api neraka sehingga sanggup fitnah serta mengaitkan politik dan Azmin Ali dalam hal ini. MB Selangor tidak mahu buang masa melayan hal ini kerana dia ada lagi banyak isu rakyat yang patut diutamakan. “Aku pakai perempuan bertudung untuk berlakon muka aku sebiji perempuan, yang penting tak hodoh. Why bother?,” antara petikan ungkapan panas daripada Azwan Ali ketika ditemubual melalui telefon sebentar tadi. Azwan meluahkan rasa kesal dengan komen-komen di lama sosial yang menghina beliau dan segala tuduhan tersebut adaah tidak benar dan fitnah sedangkan ramai lelaki diluar sana berpakaian perempuan tidak dipersoalkan.- Siakapkeli.com.my

1MDB: Jika Apa Yang Kami Dakwa Ini Salah Sudah Tentu Kami Sudah Dipenjara, Rafizi
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini mendakwa kalau apa yang diberitahu beliau mengenai 1MDB itu salah dan fitnah sudah tentu beliau dan rakan-rakan sudah ditangkap dan dipenjara katanya di dalam Forum 1MDB: Negara Berhutang? di The Club.
“Jika apa yang saya dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua sebut mengenai (1MDB) tidak betul, sudah tentu kami berdepan dengan tindakan termasuk kemungkinan dimasukkan ke penjara,”
“Sehingga kini tiada satu pun tindakan undang-undang atau saman yang dikenakan terhadap beliau dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu susulan daripada pendedahan penyelewengan,” katanya.
Beliau menyatakan hal itu selepas seorang peserta dalam forum tersebut telah menyatakan rasa ragu tentang angka dan fakta yang di bentangkan Rafizi mengenai 1MDB sebelum ini. Peserta tersebut urut menyoalkan kenapa hanya perkara itu hanya dimainkan oleh pembangkang sahaja tanpa mendengar penjelasan dari pihak kerajaan.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sebelum beliau dan rakan Pakata Rakyat mendedahkan perkara tersebut tentang penyalahgunaan dana awam itu, mereka sudah meneliti fakta-fakta tersebut adakah betu atau tidak Selepas pasti akan ketepatan fakta yang diperolehi tersebut baru pendedahan dibuat.
"Saya dan YB Tony Pua, peranan kami adalah, setelah semak betul-betul dan kami yakin maklumat itu tepat, maka kita bawa kepada rakyat dan juga media.
"Dalam dunia hari ini maklumat mudah diperolehi, tidak seperti dulu di mana maklumat disembunyikan.
"Sekarang ini dengan internet, segala maklumat dan budaya baharu di Malaysia, budaya ‘whistleblowing’ bahawa orang akan bagi maklumat kerana merasakan ia tanggungjawab sivik mereka untuk bagi maklumat ini," ujarnya.- siakapkeli
TOP
Terkejut Dalam Jeli Berperisa Buah Ada Skru
TELUK INTAN - Seorang bapa hari ini terkejut besar apabila menyedari terdapat skru besi didalam jeli yang dibeli untuk anaknya di sebuah kedai runcit di jalan Sunagi Nibung dekat sini.
Mohamad Salam Buardi, 35, berkata, di menyedari akan kewujudan skru itu setelah anaknya meminta tolongnya untuk membuka penutup jeli terbabit. Selepas membuka beliau terkejut kerana terlihat skru di dalam jeli itu.
“Ketika saya mahu buka bungkusan salah satu jeli, saya nampak ada benda pelik dalam bungkusan tersebut.
“Apabila saya periksa, saya terkejut apabila jeli perisa buah-buahan itu mengandungi skru besi. Saya bersyukur kerana anak tidak makan jeli itu, jika tidak pasti berlaku kejadian tidak diingini,” katanya
Kerana kejadian ini beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Teluk Intan untuk tindakan lanjut.
"Dalam masa sama saya juga membuat laporan kepada pihak Jabatan Kesihatan supaya tindakan tegas dikenakan kepada pengeluar jeli buah-buahan yang didakwa cuai ketika membungkus makanan tersebut,"
Tindakan ini dibuat untuk mengelakkan perkara ini terjadi kepada orang lain kerana kanak-kanak tidak tahu apa-apa. Beliau juga menasihaktan orang ramai supaya berhati-hati untuk memberi sesuatu makanan kepada anak-anak.- Siakapkeli.com.my
TOP
Dukacita Laporan Cameron Highlands Ditawan 30,000 Pendatang
CAMERON HIGHLANDS: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada sidang media selepas berkenan berangkat pada sesi taklimat tertutup mengenai Cameron Highlands di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highland hari ini. - Foto BERNAMA
CAMERON HIGHLANDS – Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita terhadap laporan akhbar kononnya tanah tinggi Cameron Highlands ditawan 30,000 pendatang tanpa izin warga Bangladesh. Laporan itu, titah baginda, tidak benar sama sekali. “Ini semua tidak betul, tidak sampai 30,000, itu cuma khabar palsu. Kita tidak boleh bercakap tanpa ada informasi yang benar. Jangan cuba untuk menakutkan rakyat saya terutama sekali di Cameron Highlands. “Laporan tanah runtuh dan kemudian datang pula muka depan (sebuah akhbar) Cameron Highlands akan ditawan warga Bangladesh, saya sendiri pun takut,” titah baginda pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands di Tanah Rata di sini hari ini. Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob serta pimpinan kerajaan negeri Pahang. Justeru, Sultan Pahang meminta pihak media supaya mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum membuat laporan dan berharap perkara sedemikian tidak berulang. Titah baginda, kerajaan negeri akan bekerja keras untuk mengatasi masalah kemasukan pendatang tanpa izin bukan sahaja di Cameron Highlands, malah juga di daerah lain. “Dia (pendatang) tak boleh menceroboh lagi negeri Pahang tanpa izin. Kami akan laksanakan peranan kami, saya raja pemerintah, (manakala) menteri besar, dan yang berkhidmat di negeri Pahang terutama sekali pegawai-pegawai daerah, ketua-ketua jabatan yang bekerja di Pahang, mereka setia kepada kerajaan,” titah baginda. Sultan Ahmad Shah bertitah baginda akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan tentang bantuan kerajaan persekutan kepada kerajaan negeri dalam membanteras masalah pendatang tanpa izin. “Insya-Allah perdana menteri orang Pahang… tak kan dia tak sayang negeri dia, beliau seorang yang baik, saya akan menyokongnya. Dia buat kerja dengan baik, kita doa segala usaha yang dibuat perdana menteri akan dirahmati Allah untuk kebaikan rakyat di negara Malaysia, bukan rakyat Melayu sahaja, semua rakyat yang bermastautin di Malaysia,” titah baginda. Mengenai taklimat yang berlangsung kira-kira dua jam itu, baginda bertitah taklimat itu adalah berkaitan Cameron Highlands. “Ia sangat berguna kepada saya, menteri besar dan yang berkenaan. Saya diberi maklumat apa yang berlaku di Cameron Highlands dalam masa sebulan lepas,” titah Sultan Ahmad Shah. Selepas mendengar taklimat, baginda berkenan mendengar masalah yang diadukan rakyat termasuk Setiausaha Persatuan Pekebun Sayuran Cameron Highlands Chay Ee Mong tentang operasi menahan pendatang tanpa izin yang menjejaskan kegiatan pertanian pekebun sayur. Dalam pertemuan itu, baginda bercakap kepada Chay:” Saya Sultan Pahang, menteri besar dan pegawai saya akan ambil tindakan dan tindakan akan berterusan…ada perintah tetap, ada perkara-perkara yang tak boleh buat, jangan risau akan selesai masalah itu. Saya janji akan datang sini lagi Januari depan. “Awak adalah rakyat dan saya raja, sebab itu saya datang Lembah Bertam sebab saya sayangkan rakyat saya tidak kira Melayu, Cina, India atau Orang Asli. Jika saya tak ambil berat terhadap awak saya tak datang sini,” titah baginda. – BERNAMA

Majikan Didenda RM12,000 Gagal Bayar Gaji Pokok Pekerja
SHAH ALAM – Sebuah syarikat pengurusan dan penyimpanan rekod didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana gagal membayar gaji pokok kepada empat pekerja warga asing seperti ditetapkan dalam perintah gaji minimum di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.
Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin memerintahkan Regalia Records Management Sdn Bhd membayar denda itu selepas syarikat tersebut mengaku bersalah terhadap semua 12 pertuduhan.
Regalia Records Management didakwa gagal membayar gaji pokok sebagaimana yang ditetapkan dalam perintah gaji minimum iaitu RM34.62 sehari atau RM900 sebulan bagi bulan April, Mei dan Jun tahun ini kepada empat pekerja warga Nepal.
Syarikat itu didakwa melakukan semua kesalahan itu di premisnya di Taman Perindustrian Bukit Jelutong, Seksyen U8, Bukit Jelutong di sini pada Ogos lepas dan dihukum mengikut Seksyen 43 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000.
Mengikut fakta kes, pemeriksaan penguatkuasaan yang dilakukan Jabatan Tenaga Kerja Selangor ke atas Regalia Records Management mendapati syarikat itu masih membayar gaji pokok bagi bulan April, Mei serta Jun pada kadar RM25 dan RM27 sehari kepada empat pekerja warga Nepalnya.
Di mahkamah sama, dua syarikat kawalan keselamatan, Nova Security Sdn Bhd dan Bumi Warisan Maju Sdn Bhd, masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sama.
Nova Security didakwa atas lima pertuduhan gagal membayar gaji pokok bagi bulan Februari tahun ini kepada lima pekerja tempatannya di premis syarikat di Seksyen 13 di sini pada Jun lepas.
Bumi Warisan pula menghadapi enam pertuduhan gagal membayar gaji pokok kepada dua pekerja tempatannya bagi bulan Januari, Februari dan Mac tahun ini di premis syarikat di Seksyen 15 di sini pada Julai lepas.
Majistret Norshakinah menetapkan kes Nova Security disebut semula pada 4 Dis ini sementara kes Bumi Warisan disebut semula pada 8 Jan depan.
Pendakwaan bagi semua kes dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Tenaga Kerja Selangor, Siti Nur Alifah Hairudin. – BERNAMA
TOP
Bayi Lahir Dengan Empat Tangan & Kaki, Digelar ‘God Boy’
Tak lama selepas dilahirkan, ribuan masyarakat berpusu-pusu menuju ke Baruipur, India bagi menyaksikan sendiri ‘keistimewaan’ bayi yang memiliki dua pasang tangan dan kaki itu.
Digelar ‘God boy’ oleh ibu bapanya, bayi tersebut dikatakan menyerupai salah satu dewa dalam agama Hindu.
“Ketika saat dia dilahirkan, kami sangat terkejut,” ujar salah seorang saudara kepada keluarga itu.
“Salah seorang jururawat berkata, bayi tersebut berada dalam kondisi cacat yang teruk. Namun sejurus melihatnya, saya pasti ini merupakan keajaiban dari tuhan.”
Semenjak itu, kediaman pasangan tersebut terus sesak dikunjungi masyarakat yang tertarik untuk melihat bayi ‘unik’ itu secara lebih dekat.
Menurut salah seorang pengunjung, pada mulanya dia skeptikal akan berita yang tersebar. Kata Chukka Roa, 67, yang tinggal di kampung bersebelahan, perasaan itu terus berubah saat dia melihat gambar bayi itu.
“Bayi tersebut merupakan anak kepada dewa Hindu, Brahma yang turut memiliki empat tangan dan empat kaki.”
Menurut polis, mereka mengalami kesukaran mengawal penduduk kerana jumlah yang datang sangat ramai. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Padah Salam 3 Jari, 5 Pelajar Ditahan Junta Tentera Thai
BANGKOK – Jika di Indonesia, rakyatnya biasa dengan simbol salam 3 jari yang dipopularkan Presiden Joko Widodo atau mesra disapa Jokowi dan membawa maksud ‘Persatuan Indonesia’ iaitu prinsip ketiga rukun negara ideologi Pancasila Indonesia.
Namun lain pula hal di Thailand, gara-gara menunjukkan salam 3 jari, lima pelajar ditahan pihak tentera semasa lawatan Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha ke wilayah kubu kuat pembangkang atau dikenali pergerakan Baju Merah di Khon Kaen semalam.
Pemerintah polis wilayah timur laut Thai itu, Jitjaroon Srivanit berkata, beberapa pegawai kerajaan segera membawa keluar kumpulan pelajar tersebut dari kawasan perhimpunan semasa Prayut berucap dengan penduduk pada program ‘turun padang’ kali pertama itu.
Mereka cuba mengibarkan baju T memaparkan ayat ‘Tolak rampasan kuasa’ dalam bahasa Thai dan menunjukkan salam 3 jari dipetik dari filem terkenal Hollywood, The Hunger Games merujuk simbol popular bermaksud menentang pemerintahan rejim junta tentera.
“Lima pelajar ini diserahkan kepada pegawai polis tempatan dan kami menyerahkan mereka kepada pihak tentera di sebuah kem askar berdekatan untuk tindakan selanjutnya kerana ia bukan kes jenayah tetapi lebih kepada tindakan berbaur antitentera,” kata Jitjaroon.
Peguam hak asasi manusia, Sasinan Thamnithinan berkata, tentera memberi pilihan kepada pelajar terbabit menandatangani akujanji tidak terlibat aktiviti politik pembangkang atau dibuang fakulti undang-undang Universiti Khon Kaen, tempat pengajian mereka.
Prayut merampas kuasa daripada Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra pada Mei lalu bagi menamatkan pertempuran jalanan hampir tujuh bulan antara Baju Merah yang menyokong bekas pemimpin Thaksin, abang Yingluck dengan penentangnya, Baju Kuning. – Agensi
Berbeza dengan salam 3 jari di Indonesia yang dipopularkan Presiden Jokowi, rakyat Thailand pula dilarang menunjukkan salam 3 jari yang membawa maksud menentang pemerintahan junta tentera. – Gambar hiasan- mstar online

FAM Tambah Geran Tahunan Liga Malaysia
KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menambah geran tahunan kepada persatuan negeri dan kelab untuk menyahut cabaran Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang tidak menyebut jumlah yang bakal ditambah badan induk itu berkata, pihaknya akan mengumumkan perkembangan itu dalam masa terdekat ini.
Buat masa ini, geran tahunan diberi FAM untuk pasukan dan kelab yang beraksi dalam Liga Super adalah RM350,000 manakala bagi Liga Perdana, RM250,000 setahun.
Selain itu, skuad Piala Presiden pula menerima RM100,000.
Mengenai bayaran hak penyiaran, Hamidin mengakui pemberian hak penyiaran kepada persatuan negeri dan kelab dalam Liga-M memang sedang dibincangkan oleh FAM.
Beliau menjelaskan isu hak penyiaran sedang dalam perbincangan dan badan induk memang mengambil berat perkara ini.
Terdahulu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan pemberian hak penyiaran kepada persatuan negeri dan kelab seharusnya dipercepatkan.
Tunku Ismail menganggap bayaran hak penyiaran itu mampu mengurangkan bebanan perbelanjaan persatuan negeri dan kelab pada musim depan. – BH Online
TOP
Sebutan Semula Dua Kes Anggota Polis Pada 6 Jan
BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen pada Khamis menetapkan6 Jan depan untuk sebutan semula bagi penyerahan dokumen kes rasuah yang dihadapi dua anggota polis pada tahun 2010.
Hakim Julie Lack menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah Syahrul Khuzaini Amiruddin yang memohon supaya kesemua kes digabung dan dibicarakan pada hari yang sama.
Tertuduh, Konstabel Zaidi Tahir, 27, menghadapi tiga pertuduhan manakala Lans Koperal Ismail Mohammad Bohari, 35, berhadapan dengan dua pertuduhan bersubahat melakukan rasuah.
Zaidi dituduh meminta suapan RM10,000 daripada Lee Chia Yoong sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya dan Lee Theng Theng, kerana disyaki memiliki 96 biji pil Eramin 5.
Dia melakukan kesalahan itu di Jalan Kampung Puyu dalam daerah Seberang Perai Utara (SPU) antara pukul 11 pagi dan 12 tengah hari, pada 6 Nov 2010.
Zaidi didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Dia juga dituduh menerima suapan RM5,000 daripada Chia Yoong pada pukul 1 tengah hari, 6 Nov 2010 dan menerima RM3,000 antara 5 petang dan 5.15 petang pada 10 Nov 2010 di Stesen Minyak Caltex, Jalan Raja Uda SPU.
Sementara itu, Ismail pula dituduh bersubahat dengan Zaidi menerima suapan bernilai RM5,000 dan RM3,000 pada tarikh, masa dan tempat yang sama.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Zaidi diwakili peguam C.P Ang manakala Ismail tidak diwakili peguam.- mstar online
TOP
Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris, Sabtu
BERIKUT adalah jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris, Sabtu:
Chelsea lwn West Bromwich Albion (11mlm)
Everton lwn West Ham United (11mlm)
Leichester City lwn Sunderland (11mlm)
Manchester City lwn Swansea City (11mlm)
Newcastle United lwn Queens Park Rangers (11mlm)
Stoke City lwn Burnley (11mlm)
Arsenal lwn Manchester United (1.30 awal pagi Ahad)
- mstar online

Lelaki Maut Kereta Terbabas Ke Dalam Parit
SETIU: Seorang lelaki maut selepas keretanya terbabas dan terjunam ke dalam parit dipenuhi air di Kilometer 82.4, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu dekat Kampung Bintang di sini awal pagi Khamis.
Shamsul Mohd, 28, dari Kampung Putrajaya, Bandar Permaisuri mati dipercayai akibat lemas selepas terperangkap di dalam keretanya dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab Rahman Raja Mohamed berkata mangsa yang datang dari arah Kuala Terengganu menghala Kota Baharu dipercayai hilang kawalan sebelum keretanya terbabas dan tercampak ke dalam parit sedalam kira-kira tiga meter itu.
Sementara itu di Besut, seorang pejalan kaki maut akibat dilanggar bas ketika dia melintas jalan di Jalan Gong Medang dekat Kampung Raja kira-kira pukul 8.00 malam Rabu.
Timbalan Ketua Polis Besut, Deputi Supritenden Kamsani Hassan berkata Natiah Ismail, 46, dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba hingga menyebabkan bas itu tidak dapat dibrek lalu melanggar mangsa.
Di Tawau, Sabah, seorang pejalan kaki yang hendak melintas jalan turut maut akibat dilanggar van di Jalan Utara Baru, Hilltop malam Rabu.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata akibat kejadian kira-kira 8.45 malam itu, Ajan Kalip, 60, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.- mstar online
TOP
Kes Dadah: Ezad (Exist) Direman Empat Hari
GOMBAK: Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Ezad Lazim ditahan reman selama empat hari bermula Khamis kerana didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram.
Majistret Nurul Izzah Hassan Basri mengeluarkan perintah tersebut selepas Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 34, dihadapkan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Selayang di sini pada pagi Khamis.
Reman itu dikeluarkan bagi membolehkan suspek membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.
Penyanyi itu tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 10.05 pagi sebelum dibawa keluar kira-kira 15 minit kemudian.
Ezad yang berasal dari Alor Setar, Kedah terdahulu ditahan di Ibu Pejabar Daerah Polis Gombak selepas ditangkap berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 petang dengan dia menggenggam satu paket syabu pada tangan kirinya.
Hasil pemeriksaan air kencing penyanyi itu juga mendapati dia positif dadah jenis syabu.
Penyanyi itu sebelum ini pernah menyertai Exist pada 1995, dan telah merakam sebanyak enam buah album bersama kumpulan tersebut sebelum meneruskan kerjaya solo.
Ezad juga pernah membintangi beberapa buah filem terbitan Metrowelth International Group (MIG) termasuk Mami Jarum bersama aktres Zahida Rafik.- mstar online
TOP
Buli Pemandu: Pemandu Teksi Didenda RM1,000 Tampar Wanita
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret pada Khamis menjatuhkan hukuman denda RM1,000 kepada pemandu teksi yang didakwa menampar dan mencubit seorang wanita sehingga mendatangkan kecederaan.
Majistret Nuraminatul Mardiah Mohd Noor turut mengarahkan Chong Kim Fah,48, dipenjara selama dua bulan jika gagal membayar wang denda tersebut.
Majistret menjatuhkan hukuman kepada Chong selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan kepada Tan Yun Ceat,26,.
Chong didakwa menampar Tan di Jalan Angkosa pada pukul 7.40 pagi pada 17 November lalu.
Tan membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi selepas kejadian itu berlaku ketika memandu dari Bandar Menjalara ke Jalan Raja Chulan melalui Jalan Angkosa, 7.40 pagi Isnin.
Lapornya, ketika itu dua buah kereta diletakkan di tepi jalan tersebut, dan secara tiba-tiba teksi itu muncul di tempat di depannya. Pemandu teksi itu membunyikan hon apabila dia tidak mahu berundur dan berkata mahu melanggar keretanya.
Selepas itu, Chong keluar dari teksi dan terus menamparnya.- mstar online
TOP
Mayat Bayi Baru Lahir Ditemui Selepas Mayat Ibu
HULU SELANGOR: Mayat seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui tertanam di sebuah ladang kelapa sawit di Kalumpang, di sini, pagi Khamis.
Mayat itu ditemui pada pukul 11.30 pagi, selepas polis melakukan siasatan susulan berhubung penemuan mayat seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi berkenaan di lokasi berhampiran.
Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Zulkepli Bedin berkata, lokasi bayi tersebut ditanam telah ditemui selepas didedahkan oleh seorang lelaki warga Indonesia yang kini merupakan suspek utama.
"Pasukan forensik terpaksa mengorek tanah sedalam kira-kira satu meter sebelum menemui mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu," katanya.
Pada Selasa, mayat seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi itu ditemui tertanam di kawasan sama.
Zulkepli memberitahu, hasil bedah siasat mendapati wanita terbabit meninggal dunia ketika melahirkan anak.
Bagaimanapun punca kematian bayi akan diketahui selepas siasatan lanjut dilakukan.
Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 314 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan keguguran dengan niat menyembunyikan kelahiran.- mstar online
TOP
Johor Bakal Tukar Status Tanah Peneroka Felda, Felcra Kepada Rizab Melayu
JOHOR BAHARU: Kerajaan negeri Johor bakal menukar status kesemua tanah peneroka Felda dan Felcra di negeri ini kepada rizab Melayu serta mewujudkan inventori maklumat tanah rizab Melayu.
Mengumumkan perkara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha itu merupakan antara langkah proaktif kerajaan negeri dalam melindungi dan mempertahankan tanah rizab Melayu di negeri Johor.
Ia bakal melibatkan tanah peneroka Felda seluas 145,970 hektar.
"Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor akan menguatkuasakan arahan Pekeliling Bilangan 2/83 kepada semua pentadbiran tanah di negeri Johor supaya maklumat tanah rizab Melayu dilaporkan kepada PTG setiap enam bulan," kata beliau.
Mohamed Khaled berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet Johor 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor, di Kota Iskandar, Nusajaya, Khamis.
Menteri Besar berkata, bagi memastikan tanah rizab Melayu yang diluluskan kurniaannya dipatuhi oleh pemilik, kerajaan negeri mensyaratkan supaya hak milik tanah tersebut didaftarkan serentak dengan kaveat pendaftar yang akan bertindak sebagai halangan sekiranya ada cubaan untuk menjual tanah kurniaan tersebut kepada pihak bukan Melayu.
Beliau berkata, bagi menjamin tanah rizab Melayu berkenaan kekal, kerajaan akan menguatkuasakan tindakan perampasan tanah yang didapati sudah bertukar pemilik kepada bukan Melayu sama ada melalui pertukaran pegangan saham atau pengambilalihan syarikat.
"Selain dari itu, bagi mana-mana syarikat yang telah berdaftar sebagai 'Melayu' di bawah Jadual Kedua Enakmen Rizab Melayu Johor 1936, satu endorsemen mengenai kemasukan syarat tersebut sebagai syarikat Melayu akan diturunkan ke atas hak milik tanah yang dipegangnya," kata beliau.
Mohamed Khaled berkata, mempertahankan tanah rizab Melayu dan menambah lebih banyak tanah rizab Melayu akan kekal menjadi sasaran dan antara agenda utama kerajaan negeri di bawah pentadbiran beliau.- mstar online
TOP
250 Anggota, Pegawai Polis Johor Dikenakan Tindakan Tatatertib
KULAIJAYA: Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff menyampaikan Sijil Penghargaan Ketua Polis Negara kepada Koperal Lisman Hashim pada majlis perasmian program kempen tolak rasuah peringkat kontinjen Negeri Johor di Ibu Pejabat Polis Kulaijaya di sini hari ini. - Foto BERNAMA
KULAIJAYA – Sebanyak 250 pegawai kanan dan anggota polis di Johor dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak Januari sehingga Oktober tahun ini, kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff. Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 47 pegawai dan anggota masih ditahan kerja dan 24 orang digantung kerja. “Sebanyak 245 kertas siasatan tatatertib telah dibuka melibatkan sebanyak 290 orang terdiri daripada 24 pegawai kanan, 261 anggota lain-lain pangkat dan lima pegawai awam,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis Kempen Tolak Rasuah Peringkat Kontinjen Johor 2014 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, di sini, hari ini. Sehubungan itu, beliau berkata satu jabatan baharu iaitu Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah ditubuhkan pada Julai tahun ini bagi tujuan mempertingkat keberkesanan tindakan penyeliaan, penguatkuasaan, pemulihan dalam menangani salah laku disiplin dalam kalangan pegawai, anggota dan pegawai awam. “Saya menyeru semua pegawai dan anggota supaya sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni ketika bertugas terutamanya menolak dan terus membenci rasuah,” katanya. Pada majlis itu, 20 pegawai dan anggota yang menolak pemberian rasuah bagi tempoh Januari hingga Jun lepas menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara yang disampaikan Mohd Mokhtar. Beliau berkata kempen berkenaan amat bermanfaat kepada anggota polis dalam melaksanakan fokus utama Polis Diraja Malaysia sebagai landasan pembentukan perancangan strategik pasukan untuk memantapkan integriti serta pematuhan standard. Justeru, beliau menyeru semua pegawai dan anggota agar bermuhasabah diri membenci dan menolak amalan rasuah. – BERNAMA

Jakim, Jain, SKMM Wujud Unit Khas Tangani Isu Hina Islam
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mewujudkan unit khas untuk memantau isu memfitnah dan menghina Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pemantauan itu membabitkan khususnya media baharu.
Beliau berkata sebarang maklumat berkaitan penghinaan Islam yang disebarkan melalui media baharu, JAKIM dan JAIN akan mengemukakannya kepada SKMM bagi tujuan menyekat daripada terus tersebar.
“Sepanjang 2013, sebanyak 39 laman web yang didapati menghina Islam telah dikenakan tindakan sekatan oleh SKMM,” katanya ketika menjawab soalan lisan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Fasiah ingin tahu langkah kerajaan menyekat tindakan memfitnah, menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW termasuk dari segi akidah dan amalan ibadah di kalangan bukan Islam yang menimbulkan ketegangan dalam masyarakat. – BERNAMA
TOP
Selepas Sleeping Beauty, Kini Cinderella Pula Difilemkan
Jika tahun ini Walt Disney mengangkat karakter antagonis dalam Sleeping Beauty dalam naskah Maleficient lakonan cemerlang Angelina Jolie, kini produksi tersebut bakal membawa satu lagi filem adaptasi dari kartun popular mereka.
Diberi tajuk sama, Cinderella, filem ini bakal menemui penonton di layar perak pada Mac tahun hadapan.
Melalui trailer yang mula ditayangkan semalam, penonton pastinya tidak keruan menyaksikan lakonan hebat nama-nama pelakon A-list Hollywood seperti Cate Blanchett dan Helena Bonham Carter. Walaupun ramai pengkritik mencemuh tindakan syarikat filem mega kerana menggunakan taktik adaptasi naskah lama bagi menarik penontonan awam, namun nampaknya mereka masih tegar menfilemkan naskah-naskah tersebut dengan nafas baru. Antara filem yang telah diterbitkan kembali adalah Snow White (Snow White and The Huntsman), Tangled (Rapunzel), Alice in Wonderland dan Oz. – MYNEWSHUB.CC

SETIU – Seorang lelaki maut selepas keretanya terbabas dan terjunam ke dalam parit dipenuhi air di Kilometer 82.4, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu dekat Kampung Bintang di sini awal pagi tadi.
Shamsul Mohd, 28, dari Kampung Putrajaya, Bandar Permaisuri mati dipercayai akibat lemas selepas terperangkap di dalam keretanya dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab Rahman Raja Mohamed berkata mangsa yang datang dari arah Kuala Terengganu menghala Kota Baharu dipercayai hilang kawalan sebelum keretanya terbabas dan tercampak ke dalam parit sedalam kira-kira tiga meter itu.
Sementara itu di Besut, seorang pejalan kaki maut akibat dilanggar bas ketika dia melintas jalan di Jalan Gong Medang dekat Kampung Raja kira-kira pukul 8.00 malam semalam.
Timbalan Ketua Polis Besut, Deputi Supritenden Kamsani Hassan berkata Natiah Ismail, 46, dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba hingga menyebabkan bas itu tidak dapat dibrek lalu melanggar mangsa.
Di Tawau, Sabah, seorang pejalan kaki yang hendak melintas jalan turut maut akibat dilanggar van di Jalan Utara Baru, Hilltop malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata akibat kejadian kira-kira 8.45 malam itu, Ajan Kalip, 60, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian. – BERNAMA
TOP
Perlu Ramai Parakaunselor Atasi Penyakit Sosial
KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menandatangani plak perasmian ketika Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mahu lebih ramai parakaunselor berdaftar di bawah kementerian berkenaan bagi memberi khidmat kaunseling kepada masyarakat. Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pada masa ini hanya terdapat lebih 5,000 parakaunselor yang berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dan jumlah itu tidak mampu memenuhi keperluan 30 juta rakyat negara ini. “Dengan populasi rakyat Malaysia yang semakin meningkat serta dibebani pelbagai penyakit sosial dan psikologi, kementerian melihat betapa pentingnya keperluan parakaunselor yang terlatih untuk mengurangkan beban pakar kaunseling sedia ada. “Sebab itu, kita mahu menggalakkan lebih ramai orang awam menjadi parakaunselor dengan berkhidmat sebagai kaunselor sukarelawan bagi memudahkan kementerian menyumbang khidmat kaunseling dengan lebih efektif,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Kecemerlangan Usahawan Wanita Wilayah Persekutuan 2014, di sini hari ini. Rohani berkata dengan adanya parakaunselor, ia berpotensi mengatasi masalah seperti gejala buli dalam kalangan pelajar, penderaan kanak-kanak, masalah rumah tangga serta tekanan hidup yang semakin berleluasa. Katanya orang ramai yang berminat menjadi parakaunselor perlu mendapatkan latihan kemahiran asas kaunseling di bawah Institut Sosial Malaysia sebelum boleh memberi khidmat kepada masyarakat. Mengenai forum berkenaan, Rohani berharap ia mampu merangsang aktiviti keusahawanan yang dapat melahirkan usahawan wanita berilmu dan mampu bersaing di peringkat tempatan dan antarabangsa. – BERNAMA

Harga Kereta Di Singapura Paling MAHAL Di Dunia
SINGAPURA – Jika berminat membeli kereta di Singapura, anda boleh dianggap sebagai antara orang terkaya di republik itu kerana orang kebanyakan hanya mampu menaiki pengangkutan awam untuk berulang-alik ke tempat kerja atau bersiar-siar waktu cuti.
Semalam pemerintah Singapura mengumumkan kadar bidaan premium terbaharu untuk mendapatkan sijil kelayakan atau certificate of entitlement (COE) bagi individu membeli kereta baharu sebagai rekod paling tinggi dalam sejarah sejak diwujudkan pada 1990.
Media tempatan hari ini melaporkan, kadar COE untuk kereta kategori A iaitu kuasa kuda 1,600cc sehingga kereta saiz kecil di bawah 130bhp ditutup pada serendah S$67,889 (RM175,144) berbanding kadar lama bulan lalu ditetapkan S$64,900 (RM167,433).
Manakala premium untuk kereta saiz besar lebih 1,600cc iaitu kategori B menokok daripada S$70,890 (RM182,896) kepada S$72,890 (RM188,056). Namun kadar untuk motosikal pula turun kepada S$4,189 (RM10,807) daripada sebelum itu S$7,130 (RM18,395).
COE kenderaan perdagangan termasuk bas, lori dan van komersial naik kepada S$65,001 (RM167,702) daripada S$63,701 (RM164,348) sementara kategori terbuka semua jenis kenderaan ialah S$73,900 (RM190,662) berbanding S$71,300 (RM183,954).
Kebiasaannya, bakal pembeli kereta di sini perlu membida COE terlebih dahulu sebelum dapat membeli kereta dan proses bidaan amat sengit kerana pemerintah menetapkan kuota 2,000 COE sahaja pada setiap kali proses bidaan yang dilakukan setiap bulan.
Ini bermakna hanya bidaan tinggi akan berjaya membeli kenderaan idaman masing-masing malah kesukaran itu menyebabkan kadar COE jauh lebih mahal daripada harga sebenar kereta dan ia belum termasuk pelbagai lagi bayaran sampingan ditetapkan pemerintah.
Antaranya semua kenderaan di Singapura wajib memasang alat pengesan Electronik Road Pricing (ERP) seumpama Smart Tag di Malaysia kerana banyak laluan utama di republik itu dipasang palang gantri tol ERP bagi mengatasi isu kesesakan teruk pada waktu puncak.
Kadar tol ERP akan naik mendadak pada waktu sibuk hari bekerja beberapa jam sebelah pagi dan petang sekali gus pemandu yang ingin mengelak tol tinggi terpaksa mencari jalan alternatif yang lebih jauh atau hanya memasuki laluan itu di luar waktu puncak.
Akhbar berpengaruh Indonesia, Kompas baru-baru ini melaporkan harga kereta di Singapura paling mahal di dunia dan membuat perbandingan jika membeli sebuah kereta di pulau itu bersamaan tiga buah kereta model sama dijual jirannya di Malaysia. – Agensi
Harga jualan kereta di Singapura tiga kali ganda lebih mahal berbanding model sama yang dijual di Malaysia.
– Gambar hiasan
Harga jualan kereta di Singapura tiga kali ganda lebih mahal berbanding model sama yang dijual di Malaysia.
– Gambar hiasan
TOP
Kempen ‘CIMB Ultimate Dream’ Tawar 3 Unit Kondo
KUALA LUMPUR – CIMB Bank menawarkan tiga unit kondominium mewah di Pantai Sentral Park sebagai hadiah utama bulanan menerusi kempen ‘CIMB Ultimate Dream’ yang bermula hari ini hingga 28 Februari 2015.
Selain kondominium bernilai lebih RM730,000 seunit itu, pelanggan sedia ada dan baharu CIMB juga berpeluang memenangi tiga unit Inwood Residences di Bukit Kerinchi dan 106 unit iPhone 6.
“Kami memutuskan kempen ini membabitkan pelbagai produk agar boleh disertai semua pelanggan tanpa mengambil kira gaya hidup dan keperluan kewangan mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna CIMB Bank, Renzo Viegas dalam kenyataan hari ini.
Pelanggan layak secara automatik menyertai pertandingan ini dengan hanya mendaftar untuk perkhidmatan atau berbelanja menggunakan produk runcit CIMB Bank atau CIMB Islamic.
Produk terbabit ialah kad kredit/debit, deposit, hartanah, ASB, pembiayaan sewa beli dan pinjaman peribadi, pelaburan pengurusan kekayaan serta insurans dan insurans takaful.
CIMB menyasarkan 300,000 akaun baharu dan nilai jualan lebih RM12 bilion sepanjang kempen.
Pelanggan yang mendaftar serta memenuhi syarat untuk kad kredit baharu, pembiayaan sewa beli atau hartanah sepanjang tempoh kempen juga akan menerima bagasi beroda Valentino Creations bernilai RM830.
Maklumat lanjut mengenai produk dan juga pertandingan itu boleh diakses menerusi laman sesawang www.cimbbank.com.my atau www.cimbislamic.com.
CIMB Bank adalah bahagian perbankan pengguna CIMB Group, menawarkan perkhidmatan perbankan runcit, komersial dan korporat. – BERNAMA
TOP
Keropok Lekor Tok Beng Sasar Jualan RM3 Juta Setahun
KUALA TERENGGANU- Berkat Nazri Nazir Enterprise, pengeluar keropok lekor terkenal di Bukit Tok Beng di sini, menyasarkan jualan tahunan RM3 juta menjelang 2016 berbanding sekitar RM1.8 juta sekarang.
Pemiliknya Mohd Nazir Mohd Dagang berkata ketika ini purata jualan bulanan adalah sekitar RM150,000 atau RM5,000 sehari dan meningkat sekali ganda ketika musim cuti persekolahan.
“Kelebihan kami selain menggunakan resipi warisan keluarga, keropok dimasak menggunakan kayu api bagi mengekalkan keaslian dan memberi aroma unik keropok keluaran kami,” katanya di sini.
Ketika ini syarikat yang mempunyai 50 pekerja dalam kalangan penduduk setempat, memproses 500 hingga 1,000 kilogram isi ikan setiap hari bagi menghasilkan keropok lekor bermutu.
Mula beroperasi 5 Mei 2005, perusahaan itu terkenal dalam kalangan penggemar keropok lekor bukan saja kerana keenakan produk tetapi juga kerana pelanggan perlu mengambil nombor giliran untuk membeli makanan tradisi Terengganu itu.
Mohd Nazir berkata, idea itu timbul selepas berasa kasihan melihat pelanggan terutama ibu mengandung, warga emas dan kanak-kanak yang terpaksa menunggu lama untuk membeli keropok lekor.
“Jadi, setelah mereka mengambil nombor giliran dan membuat tempahan awal, mereka bebas pergi ke mana saja sementara kami menyiapkan tempahan dan cara ini memang disukai ramai pelanggan terutama pelancong kerana lebih praktikal dan sistematik,” katanya.
Mohd Nazir berkata sejak tiga tahun lalu beliau memperkenalkan keropok lekor berperisa iaitu perisa keju, lada hitam dan bawang bersama keju dalam usaha memenuhi cita rasa pelanggan.
Memiliki sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan kebersihan yang diiktiraf Jabatan Kesihatan Terengganu, syarikat itu bakal menjadi ikon pelancongan daerah.
“Ini masih di peringkat perbincangan awal dengan kerajaan negeri,” katanya.
Untuk rancangan masa depan, Mohd Nazir berkata beliau berhasrat mengorak langkah lebih jauh dalam industri makanan sejuk beku bagi melebarkan pasaran keropok lekornya. – BERNAMA
TOP
153,514 Syarikat Mendaftar GST Hingga 19 November
KUALA LUMPUR – Syarikat yang mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 153,514 hingga 19 November, peningkatan sebanyak 2,629 daripada hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Jumlah syarikat yang mendaftar kini melepasi sasaran kerajaan sebanyak 140,000 hingga akhir tahun.
Bagaimanapun, syarikat yang masih belum mendaftar mempunyai masa hingga 31 Disember ini untuk berbuat demikian. Regim percukaian baharu itu akan dilaksanakan mulai 1 April 2015.
Perniagaan dengan perolehan jualan tahunan kurang daripada RM500,000 disaran supaya mendaftar untuk GST sebelum jumlah perolehan jualan tahunan mereka melebihi RM500,000 pada masa depan.
Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Kementerian Kewangan, Datuk Mat Noor Nawi, menasihatkan syarikat terbabit mendaftar secara sukarela dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk pelaksanaan GST. – BERNAMA
TOP
Bekas PM Kazakhstan Dituduh Rasuah
ASTANA – Bekas Perdana Menteri Kazakhstan, Serik Akhmetov didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah dan diperintah menjalani tahanan di rumah, kata Agensi Hal Ehwal Pentadbiran dan Anti Rasuah negara itu.
“Mahkamah daerah di bandar Karaganda mengesahkan sekatan pra perbicaraan terhadap Akhmetov yang bermakna penahanan di rumah,” kata agensi berita Xinhua memetik pegawai agensi berkenaan.
Tiada maklumat lanjut diberikan berkaitan alasan perundangan. Akhmetov adalah gabenor wilayah Karaganda dari 2009 hingga 2012.
Agensi berkenaan melakukan penyiasatan ke atas beberapa kes rasuah membabitkan bekas pegawai tertinggi wilayah Karaganda dan bandar raya Karaganda termasuk bekas gabenor wilayah Karaganda, Baurzhan Abdishev dan bekas datuk bandar, Meiram Smagulov.
Akhmetov dilantik sebagai Perdana Menteri Kazakhstan pada 2012. Beliau meletak jawatan awal tahun ini dan dilantik sebagai menteri pertahanan.
Beliau kemudiannya meletak jawatan pada Oktober lalu. – BERNAMA
TOP
VIDEO: Bapa Spiderman.. Inilah Superhero Yang Sebenar!
Penuh kegembiraan pada raut wajah adik comel bernama Jayden apabila ‘Spiderman’ telah datang untuk membuat kejutan di majlis hari lahirnya. Jayden yang berusia 5 tahun menghidap kanser tahap empat di mana doktor telah mengesahkan si kecil ini mungkin mempunyai tempoh setahun sahaja untuk hidup. Sedih kan? Berbalik kisah Spiderman tadi, Jayden tidak tahu bahawa superhero yang menghiburkannya itu tak lain tak bukan, bapanya sendiri. Sememangnya sesetengah bapa mempunyai sifat kasihkan anak yang amat menyentuh hati. Bapa Jayden ini, boleh dikatakan contoh bapa yang memang ‘cool’ dan inilah lambang superhero sebenar buat anak-anak. Ketika dirakam Jayden nampak seperti malu-malu tetapi kami pasti, hati Jayden gembira bukan kepalang. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
TOP
GAMBAR: Bas Penumpang Terjun Sungai Di Kuala Ketil..
Penduduk yang tinggal berhampiran Kg Pantai Cicar, Kuala Ketil, Kedah gempar petang semalam apabila sebuah bas yang sedang membawa penumpang terjunam ke dalam sungai di situ.
Difahamkan, bas yang dalam perjalanan menuju ke Sg Petani terbabit terjunam ketika melalui jambatan Sungai Muda sekitar jam 4.45 petang.
Sumber memaklumkan, hanya tiga mangsa terlibat iaitu dua lelaki tempatan dan seorang warga asing.
Kesemua mereka bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan merangkak keluar.
Seorang dilaporkan mengalami kecederaan di kepala sebelum dihantar ke Pusat Kesihatan Kuala Ketil sebagai pesakit luar. Pihak bomba yang datang ke tempat kejadian selepas dihubungi turut mengesahkan tiada mangsa lain selepas pemeriksaan dilakukan pasukan menyelam.
Tak dapat dipastikan kesahihannya namun ada yang mendakwa kenderaan terbabit adalah City Liner. - MYNEWSHUB.CC

Mabuk Punya Pasal, Lelaki Beri Anjing Makan ‘Anu’ Rakan!
Disebabkan mabuk dan berada dalam kondisi separuh sedar, seorang lelaki Mexico tergamak melakukan perbuatan kejam terhadap rakan sendiri.
Al-kisahnya, lelaki tersebut, Mario Alberto Lizalde Reyes, 25, bersiar-siar bersama rakan baiknya, Mario Hernandez Banda, 24 sambil membawa bersama anjingnya di bandar Ciudad Juarez, di utara Chihuahua, Mexico.
Namun, mereka kemudiannya bertengkar apabila Reyes mendakwa rakannya itu cuba menyentuh anjingnya secara seksual. Marah dengan tindakan tersebut, Reyes menembak kepala Banda sehingga mati.
“Kami berdua mabuk dan dia kemudiannya cuba melakukan gangguan seksual terhadap anjing saya,” ujarnya dalam satu kenyataan di televisyen.
Tambahnya lagi, “selepas itu, Banda pergi ke satu kawasan untuk buang air kecil. Tanpa dia sedar, saya mengekorinya, lalu menembaknya di bahagian kepala.”
Juarez kemudiannya mengeluarkan pisan dan memotong kemaluan Banda dan memasukkannya ke dalam sebuah beg. Ujarnya, tindakan tersebut dilakukan sebagai satu pengajaran buat Banda.
Namun, anjingnya berada di sebelahnya, menghidu beg tersebut lantas Juarez memberikan cebisan alat sulit Banda kepada anjingnya untuk dijamah.
Selepas selesai, dia meninggalkan mayat rakannya itu sebelum membawa anjingnya pulang. Namun, keesokkan harinya selepas dia tersedar dari mabuk, Juarez berasa bersalah di atas tindakan yang dilakukan terhadap Banda.
Justeru, dia memutuskan untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa.
“Dia datang dalam keadaan berdarah dan cedera kerana bergaduh dengan bapa tirinya selepas dia mengaku membunuh temannya itu,” ujar jurucakap polis.
“Dia kemudiannya mengaku membunuh Banda, dan berkata, walaupun Banda melakukan gangguan seksual terhadap anjingnya namun dia masih seorang manusia dan tidak sepatutnya menerima nasib demikian.”
Kini, Juarez berhadapan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Guru Dibebas Dan Dilepaskan, Tuduhan Rogol Kanak-Kanak
SEREMBAN – Seorang guru dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Datuk Anita Harun membuat keputusan itu terhadap Mohd Faddil Abdul Rahman, 39, selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Anita berkata mahkamah mengambil kira keterangan saksi ketiga iaitu pakar andrologi yang menyatakan tertuduh mengalami masalah mati pucuk ketika kejadian rogol itu didakwa berlaku.
Mohd Faddil dilihat melakukan sujud syukur selepas hakim membuat keputusan.
Dia sebelum ini didakwa merogol kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun, di sebuah rumah di Seremban 3 di sini, pada 14 dan 15 Sept tahun lalu.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.
Pendakwaaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farid Mohd Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam John Fernandez. – BERNAMA
TOP
Penyokong Beng Hock Ganggu Sidang Akhbar DAP Rasuah
KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao Krishnan Naidu kesal dengan sikap penyokong mendiang Teo Beng Hock yang membuat provokasi sehingga hampir berlaku pergaduhan di hadapan Parlimen semalam.
Beliau ujarnya, hadir hanya untuk membuat satu sidang media mengenai kelemahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang belum mengambil tindakan terhadap laporan rasuah pemimpin-pemimpin DAP setelah sembilan bulan membuat aduan.
“Saya amat kecewa dengan penyokong perhimpunan aman Beng Hock yang ganggu kami dengan melemparkan kata-kata kurang enak sehingga menaikkan kemarahan kami padahal saya tiada niat untuk bergaduh,” katanya di pekarangan Parlimen semalam.
Ramesh Rao mendakwa, mereka telah diprovokasi walhal kehadiran kumpulan beliau bukan untuk menyokong perhimpunan tersebut tetapi hanya ingin memberitahu kepada wakil-wakil media mengenai kelewatan pihak SPRM mengambil tindakan ke atas DAP.
Terdahulu, beliau dalam sidang medianya menggesa agar pihak kerajaan segera menubuhkan sebuah suruhanjaya khas untuk menangani gejala rasuah dalam kalangan ahli-ahli politik tanah air termasuk sekali jika melibatkan pemimpin pembangkang.
“Kita mahu keadilan, kalau salah sila siasat. Mana prosedur operasi standard SPRM. Takkan sembilan bulan nak siasat satu kes. Ini karut dan kelakar. Mana konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Ini pencapaian dilengah-lengahkan,” jelas Ramesh Rao.
Tindakan tegas oleh pihak SPRM perlu diambil tanpa mengira siapa walaupun tokoh pembangkang kerana jika tidak di mana lagi saluran yang ada ada untuk rakyat ingin membuat apa-apa aduan salah laku pemimpin politik tempatan.
“Kalau semua boleh terlepas, tidak kira ahli politik dari mana-mana komponen Barisan Nasional atau pembangkang, sampai bila perkara ini hendak dibiarkan berlarutan,” tambahnya. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Ezad Exist Positif Dadah, Disyaki Miliki Syabu
Perintah reman dikeluarkan selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Selayang kepada penyanyi dan pelakon yang pernah popular suatu ketika dahulu, Ezad Exist, atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu, semalam.
Menurut portal hiburan Rotikaya, Ezad ditahan kira-kira jam 1.30 petang di kawasan tempat letak kenderaan di kawasan Kompleks Selayang Mall selepas pihak berkuasa menerima aduan.
Ezad atau nama sebenarnya, Mohd Rohaizad Mohamad Lazim ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Gombak dalam kenderaan jenis Toyota Wish sebelum pemeriksaan menemukan sepaket kecil plastik lut sinar disyaki berisi syabu seberat 0.3 gram. Setelah melakukan ujian saringan air kencing, Ezad didapati positif menggunakan dadah.
Mengimbau kembali sejarah, Ezad pernah popular dahulu setelah menyertai kumpulan Exist, menggantikan vokalis Mamat. Dia sempat merakam enam buah album bersama Exist. Ezad juga berbakat dalam bidang lakonan dan pernah membintangi beberapa filem, antaranya Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Mistik. – MYNEWSHUB.CC

Anak Berhutang RM100, Bapa Pula Kena Bunuh
Hanya kerana ingin menuntut hutang berjumlah RM 100, seorang lelaki warga Indonesia sanggup memukul seorang warga emas sehingga mati dalam satu kejadian di Jalan 3, Kampung Baru Semenyih, semalam.
Mangsa, Kow Sin, 74 tinggal di situ bersama pasangan dan anaknya, Kow Tein Fook, 34. Namun ketika kejadian, mangsa tinggal berseorangan.
Menurut Tein Fook, suspek yang merupakan pekerja pembinaan warga Indonesia, datang ke rumahnya bagi menuntut baki gaji tertunggak sebanyak RM 100 yang tidak diberikannya kerana kekurangan wang dua hari lalu.>
“Ketika saya pulang ke rumah jam 1.30 tengah hari, bapa ditemui di ruang tamu rumah dengan kesan kecederaan di bahagian kepala. Kami sekeluarga menghubungi ambulans dan segera menghantarnya ke Hospital Kajang. Sejurus dirawat, dia kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 7.30 petang,” ujarnya kepada akhbar Harian Metro. Tein Fook berkata, salah seorang daripada pekerjanya mungkin telah datang ke rumah bagi menuntut hutang yang tertunggak. “Sebenarnya dia baru bekerja kurang dari seminggu dengan saya dan saya yakin dia bertindak begitu kerana tidak berpuas hati dengan saya.” – MYNEWSHUB.CC

Bung Minta Astro Ditutup, Tipu Rakyat & Kerajaan Katanya
Ini bukannya isu baharu kerana ia sering dilaporkan media sejak dahulu. Ramai pengguna mempertikaikan perkhidmatan disajikan stesen televisyen berbayar Astro kerana setiap slot diselitkan dengan iklan walaupun semua tahu, sebagai stesen berbayar, Astro tidak patut berbuat demikian.
Isu tersebut mendapat perhatian Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga suami kepada aktres popular Zizie Ezette, Datuk Bung Mukhtar Radin.
Melalui satu rakaman pada sesi di Dewan Rakyat semalam, beliau mengutarakan pendapat bahawa syarikat tersebut seharusnya ditutup kerana telah menipu rakyat dan kerajaan berulang kali.
“Tutuplah ini Astro sebab dalam perjanjian apabila Astro beroperasi, dia tidak boleh menyiarkan iklan, sebab dia TV berbayar. Tetapi iklan dia, Masya-Allah, kalah TV3 punya iklan.” Tambah beliau lagi, “Iklan dia berbilion-bilion. Dua kali rakyat ditipu, kerajaan ditipu oleh Astro.” Walau bagaimanapun, suasana menjadi gamat apabila Timbalan Speaker, Ismail Mohamad Said berseloroh apabila beliau bertanyakan kepada Bung, “Kinabatangan, tak bimbang kah ada pelakon drama kena sekat dari Astro? Nanti tak boleh masuk.” Soalan itu yang ditujukan kepada Bung kerana isterinya merupakan dramatis terkenal tanah air menerima reaksi ketawa daripada Bung dan seisi dewan.
Bung kemudiannya membalas bahawa rezeki berada di mana-mana dan beliau lebih mengutamakan kepentingan rakyat. Mungkin apa yang diujar oleh Ahli Parlimen Kinabatangan itu sudah sampai masanya perlu diteliti. Dan satu perkara yang beliau mungkin terlepas pandang ialah kekerapan program yang sama diulang Astro. Sangat menyakitkan hati apabila program sama diulang selama berbulan-bulan. Kekadang kasihan lihat bebudak duk ulang tengok kartun yang sama berkali-kali. Apa pun alasan Astro, pokok pangkal isu ialah program di stesen berbayar beriklan itu kerap sangat diulang tayang. Aduan tentang masalah gangguan siaran setiap kali hujan (kadang-kadang belum hujan baru angin kencang sikit je) pun dah naik berbuih diutarakan pengguna. Mintak pihak berwajib agar bertindak segera dan jangan buat-buat pekak dengan rintihan rakyat- MYNEWSHUB.CC

RM37,375 Untuk Sebuah Telefon Awam?
KUALA LUMPUR: PAS mempersoal mengapa belanja begitu besar diberikan untuk projek telefon awam sedangkan negara sudah menganjak kepada komunikasi tanpa wayar dan telefon mudah alih.
Persoalan itu dibangkitkan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) ketika membahaskan Bajet 2015 peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia semalam.
Beliau mempersoal kenapa pada 2013, sejumlah RM90 juta dibelanjakan untuk 2,408 telefon awam sedangkan untuk 835 projek Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia yang didakwa lebih diperlukan, hanya RM77.8 juta.
“Daripada maklumat tersebut, saya ingin mempersoalkan mengapa pembayaran bagi projek telefon awam menjangkau sehingga RM 90 juta (2013)?
“Sedangkan telefoni awam ini tidak ramai orang menggunakannya berbanding telefon mudah alih yang ada hari ini.
“Ini bermakna secara purata perbelanjaan yang diperuntukkan untuk sebuah telefoni awam adalah sebanyak RM 37,375,” soalnya sambil menambah ianya terlalu besar untuk satu-satu telefon awam.
Timbalan Menteri ketika menggulung perbahasan peringkat kementerian itu semalam bagaimanapun berkata, program telefon awam diperkenal sejak 2002.
Sehingga kini katanya, projek itu masih mendapat permintaan khususnya bagi penduduk di luar bandar. - HARAKAHDAILY
TOP
Jakim, Jain, SKMM Wujud Unit Khas Tangani Isu Hina Islam
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mewujudkan unit khas untuk memantau isu memfitnah dan menghina Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pemantauan itu membabitkan khususnya media baharu.
Beliau berkata sebarang maklumat berkaitan penghinaan Islam yang disebarkan melalui media baharu, JAKIM dan JAIN akan mengemukakannya kepada SKMM bagi tujuan menyekat daripada terus tersebar.
“Sepanjang 2013, sebanyak 39 laman web yang didapati menghina Islam telah dikenakan tindakan sekatan oleh SKMM,” katanya ketika menjawab soalan lisan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Fasiah ingin tahu langkah kerajaan menyekat tindakan memfitnah, menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW termasuk dari segi akidah dan amalan ibadah di kalangan bukan Islam yang menimbulkan ketegangan dalam masyarakat. – BERNAMA
TOP
Budak Miliki Kuasa ‘Magneto’ Selepas Kena Renjatan
Siapa sangka, seorang kanak-kanak miliki satu keistimewaan selepas dirinya hampir menemui ajal kerana terkena renjatan elektrik.
Ketika pulang dari sekolah, Nikolai Kryaglyachenko yang berusia 12 tahun menghadapi detik menakutkan apabila terjatuh di atas satu tiang lampu yang rosak mengakibatkannya terkena renjatan sehingga melambung ke kaki lima berdekatan. Setelah tersedar keesokan harinya, Nikolai menyedari sekeping duit syiling yang berada di atas katil, melekat pada tubuhnya.
Ya, keistimewaannya persis satu watak antagonis dalam siri Marvel popular, X-Men, iaitu Magneto yang mampu menarik bahan berasaskan besi. “Saya mampu melakukan perkara tidak mampu dilakukan sebelum ini namun tidak mampu mengawalnya. Walaupun saya tidak mahu melakukannya, saya tetap akan menarik barangan besi untuk melekap di tubuh saya. Pernah satu ketika, saya menarik gelas,” ujar Nikolai. Agak lucu mendengarnya namun Nikolai kini mengakui telah menukar cita-cita menjadi ahli bomba kepada adiwira seperti dalam filem. Dia juga mendakwa mampu untuk berkongsi kelebihan yang dimilikinya dengan individu lain selain mampu menukar mereka menjadi ‘magnet’, sepertinya. – MYNEWSHUB.CC

Ada 7 Juta Tikus di Kuala Lumpur - Tengku Adnan
Kuala Lumpur, 19 Nov: Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa bandaraya Kuala Lumpur kini 'dihuni' 7 juta tikus mengejutkan ahli-ahli parlimen di Dewan Rakyat.
Selain dari itu, beliau juga berkata ada tikus yang saiznya lebih besar dari kucing.
Bagaimanapun, ketika ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng menanyakan tentang sumber dari mana angka 7 juta itu diperoleh, Tengku Adnan menjelaskan ianya berasal dari satu laporan oleh Jakarta Post yang melabelkan Kuala Lumpur sebagai bandar 7 juta tikus.
Dengan nada berseloroh beliau berkata "Jika dibanci....nanti kata tikus pula jadi pengundi, macam pengundi bangla".
Menurut Tengku Adnan, jumlah tikus yang banyak itu disebabkan oleh sikap sesetengah warga kota yang pengotor.
“Kita kena cari punca, tidak boleh salahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau kerajaan” katanya. - Siakapkeli.com.my
TOP
4 Situasi Mudah Menjelaskan Kenapa Anda Memerlukan Insuran
Insuran nyawa sebenarnya sangat penting lebih-lebih lagi kepada individu yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak.
Malangnya, ramai yang tidak sedar kepentingan insuran ini kerana ia adalah satu servis yang hanya akan ternampak kebaikannya setelah sesuatu yang buruk berlaku kepada individu terbabit dan sudah tentu, kita tidak inginkannya terjadi kepada diri kita.
Oleh itu, bagi memudahkan orang ramai memahami kenapa insuran penting, kami bawakan beberapa situasi bagi menjelaskan kenapa insuran begitu penting dan sepatutnya menjadi keperluan setiap individu.
1 - KELUARGA
Ali merupakan seorang suami dan bapa kepada dua orang anak yang masing-masing berumur 5 dan 2 tahun. Satu hari, ketika Ali dalam perjalanan ke tempat kerja, keretanya dilanggar bas dan malang buat Ali, dia maut di tempat kejadian.
Jika Ali belum mengambil insuran : Isteri dan anak-anaknya akan menerima duit pampasan dari syarikat insuran Ali dan boleh meneruskan hidup menggunakan duit tersebut sementara isterinya mencari kerja lain.
Jika Ali belum mengambil insuran : Isteri Ali terpaksa bergantung hidup kepada saudara mara terdekat dan juga terpaksa mencari sumber pendapatan bagi menampung jumlah perbelanjaan keluarga dengan segera.
2 - PINJAMAN / LOAN
Din merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di Malaysia. Dia membuat pinjaman bank untuk membeli kereta pertamanya. Satu hari, ajal menjemput Din. Din pergi dalam keadaan hutangnya masih belum dibayar walaupun sesen pun. (P/S : situasi ini juga boleh diaplikasikan pada pinjaman-pinjaman lain)
Jika Din sudah mengambil insuran : Ibu bapa Din boleh melangsaikan hutang Din menggunakan duit pampasan yang diterima dari syarikat insuran. Mungkin juga hutang Din boleh diselesaikan secara sekali bayar menggunakan duit pampasan tersebut. Atau paling kurang pun boleh menampung separuh/suku dari hutang Din.
Jika Din belum mengambil insuran : Ibu bapa Din perlu berhempas pulas mengorek wang simpanan mereka untuk membayar hutang Din. Ibu bapa mana yang mahu anak mereka pergi dalam keadaan berhutang?
3 - TERDESAK KETIKA MEMERLUKAN
Abu seorang yang berpendapatan sederhana. Beberapa hari lepas, dia disahkan oleh doktor menghidap barah dan doktor berkata pembedahan perlu dibuat dengan segera untuk membuang barah tersebut.
Jika Abu sudah mengambil insuran : Abu tidak perlu risau dengan kos perubatan kerana ia akan dibayar oleh syarikat insurannya(paling kurang separuh).
Jika Abu belum mengambil insuran : Abu akan termenung memikirkan kos perubatan yang terpaksa ditanggung olehnnya. Dia juga ada memikirkan untuk meminta derma dari orang ramai untuk menanggung kos pembedahan itu.
4 - KETENANGAN
Mohd merupakan seorang pekerja kerajaan. Dia mempunyai seorang anak. Satu hari Mohd kemalangan teruk dan kini dia di hospital kerana kecederaan dalaman yang teruk dan doktor mengatakan dia hanya mempunyai beberapa hari untuk hidup.
Jika Mohd sudah mengambil insuran : Mohd sudah tidak perlu memikirkan soal duit anaknya, sekurang-kurangnya buat masa terdekat kerana syarikat insuran akan memberikan pampasan. Mohd boleh pergi dengan lebih tenang dan kebimbangan tentang makan, minum dan pembelajaran anaknya boleh dikurangkan.
Jika Mohd belum mengambil insuran : Mohd kini pasti dalam keadaan gusar tentang masa depan anaknya. Dan kini, Mohd pasti menyesal tidak mengambil insuran sebelum ini.
Diriwayatkan daripada Saad bin Abu Waqqas r.a katanya: Pada waktu Haji Wida’ Rasulullah s.a.w menziarahiku ketika aku sedang sakit tenat. Waktu itu aku berkata: Wahai Rasulullah! Lihatlah keadaan aku yang berada dalam keadaan tenat ini sebagaimana yang kamu lihat, sedangkan aku ini seorang hartawan dan hanya seorang anak perempuan sajalah yang akan mewarisi harta saya. Adakah saya boleh mengeluarkan sedekah dua pertiga dari harta saya? Baginda menjawab: Tidak! Aku bertanya lagi: Bagaimana kalau sebahagiannya? Baginda menjawab: Tidak! Tetapi satu pertiga dan satu pertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan papa dan meminta-minta kepada orang lain. (Riwayat Hadith al-Bukhari dan Muslim.)
Kesimpulannyan, insuran boleh diibaratkan sebagai "menyediakan payung sebelum hujan". Rasanya, bayaran bulanan insuran tidaklah mahal mana tetapi apabila kebaikannya boleh dikatakan besar dan diperlukan setiap dari kita. Diharap dengan sedikit pencerahan dalam artikel ini mampu membuka mata orang ramai tentang kepentingan insuran
- Siakapkeli.com.my

Angka kematian Ebola kini 5,420 orang: WHO
GENEVA: Seramai 5,420 orang disahkan mati akibat wabak Ebola yang melanda lapan negara selepas sejumlah 15,145 kes jangkitan dilaporkan sejak akhir Disember 2013, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Pada Jumaat lalu, agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu melaporkan 5,177 kematian dan 14,413 kes jangkitan.
WHO percaya angka korban itu mungkin lebih tinggi memandangkan kadar kematian didapati lebih 70 peratus.
Wabak berbahaya itu paling teruk melanda kebanyakan tempat di Guinea, Liberia dan Sierra Leone.
Angka kematian terbaharu itu muncul selepas wabak terbabit mulai perlahan di ibu negara Liberia yang membolehkan kerajaannya menarik balik tempoh darurat.
Berdasarkan laporan WHO sehingga 16 November lalu, 2,964 orang terkorban di Liberia membabitkan 7,069 kes manakala di Sierra Leone, 1,250 orang mati dan membabitkan 6,073 kes.
Guinea pula mencatat kematian seramai 1,192 orang dan 1,971 kes. - AFP
TOP
Kerajaan Belum Putuskan Kenaikan Tol Tahun Depan - Fadillah
KUALA LUMPUR: Kerajaan belum membuat keputusan sama ada akan menaikkan kadar tol pada tahun depan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata, bagaimanapun kementerian itu telah memohon peruntukan berjumlah RM558.69 juta di bawah Bajet 2015 untuk bayaran pampasan kepada 20 syarikat konsesi lebuh raya sekiranya kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tersebut pada tahun depan.
"Ini adalah prosedur biasa untuk permohonan bajet supaya peruntukan tersedia sekiranya kerajaan membuat keputusan untuk tidak menaikkan tol," katanya kepada pemberita di ruang legar bangunan Parlimen di sini Rabu.
Beliau memberi penjelasan tersebut berikutan laporan media pada Rabu yang menyebut tiada sebarang kenaikan tol pada tahun depan.
Pada Selasa, dalam ucapan penggulungan Bajet 2015 peringkat jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat, timbalan beliau, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyatakan kerajaan dijangka membayar sebanyak RM558.69 juta dalam bentuk pampasan kepada syarikat konsesi jika kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tol di 20 lebuh raya tahun depan.
Fadillah menjelaskan, dalam jawapan penggulungan oleh timbalannya itu, tidak ada disebut tentang sama ada kadar tol dinaikkan pada tahun depan, dan keputusan untuk menaikkan kadar tol bergantung kepada laporan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup yang akan dibentangkan kepada Kabinet.
"Setelah keputusan dicapai, maka barulah kerajaan akan umumkan sama ada tol naik atau tidak," katanya.
Beliau berkata sekiranya berlaku kenaikan tol, maka syarikat konsesi lebuh raya tidak perlu dibayar pampasan dan kementerian itu bercadang menggunakan peruntukan yang diluluskan itu untuk projek pembangunan yang lain di bawah kementerian tersebut.
"Bagaimanapun kita perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk menggunakan peruntukan itu untuk tujuan lain kerana ia diluluskan untuk membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.
"Jika ia diluluskan oleh Kementerian Kewangan, maka barulah kita boleh menggunakan peruntukan itu untuk projek lain termasuk membina jalan raya, atau menyelenggara jalan," katanya.- mstar online
TOP
Madu Ghaib: Tiada Sijil Kematian Punca Suami Penumpang MH370 Bernikah Di Negara Jiran
Gambar Hiasan.
PETALING JAYA: Masalah ketiadaan sijil kematian isterinya menjadi antara punca suami salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang statusnya belum dimuktamadkan terpaksa bernikah buat kali kedua di negara jiran. Perkara itu diberitahu ibu lelaki berkenaan ketika dihubungi mStar Online untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu selepas lelaki berkenaan enggan memberi sebarang komen mengenainya. Wanita berusia lewat 60-an itu berkata, anaknya bukan sengaja mahu bernikah di luar negara tetapi ketiadaan dokumen berkenaan menyukarkan proses untuk bernikah di sini. Lebih mendukacitakan lagi, katanya, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan sijil kematian itu akan hanya dikeluarkan selepas empat tahun. "Anak saya ada pergi ke Jabatan Pendaftaran bertanyakan mengenai sijil kematian isterinya tetapi dia diberitahu sijil itu hanya akan dikeluarkan selepas empat tahun. "Takkan anak saya nak tunggu sampai empat tahun lagi baharu boleh bernikah semula. Dia masih muda lagi, dah tentu rasa kesunyian dan ada empat orang anak. Kesianlah mak cik tengok dia. Eloklah dia kahwin daripada buat maksiat," katanya. Baru-baru ini, portal berita ini menyiarkan laporan mengenai suami penumpang MH370 yang terpaksa bernikah di negara jiran kerana berhadapan masalah untuk berpoligami kerana status isterinya yang masih tidak dimuktamadkan. Berikutan itu, lelaki beranak empat itu terpaksa mendaftarkan permohonan nikah berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah, awal bulan ini. Menjelaskan lebih lanjut lagi, ibu lelaki tersebut berkata, keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan menyebabkan beliau merestui pernikahan anaknya agar segala keperluan keempat-empat cucunya terjaga. "Makcik dah 69 tahun, tak larat dah nak jaga cucu. Oleh itu, mak cik bagi restu dia kahwin lagi. Sekurang-kurangnya makan pakai dia dan anak-anak terjaga," katanya. Beliau berkata, sejak pesawat tersebut hilang pada 8 Mac lalu nasib dan status menantunya masih tidak diketahui kerana tiada perkembangan daripada kerajaan berhubung perkara ini. Justeru, beliau meminta kerajaan segera mengisytiharkan status pesawat tersebut agar semua waris mangsa dapat meneruskan kehidupan tanpa sebarang masalah. "Sampai sekarang, sudah lapan bulan status mengenai pesawat itu masih belum diputuskan dan ia menimbulkan pelbagai masalah kepada waris mangsa. Saya minta kerajaan lakukan sesuatu untuk membantu anak saya dan waris lain meneruskan kehidupan mereka," katanya. Isteri lelaki terbabit merupakan antara 239 penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang sedang dalam perjalanan ke Beijing apabila hilang awal pagi pada 8 Mac sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Analisis satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat ialah di selatan Lautan Hindi, barat Perth, Australia. Bagaimanapun, usaha mengesan pesawat itu terus buntu kerana tiada sebarang bukti ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluaskan. Pada Oktober lalu, lima anak jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya menfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk memaksa JPN mengeluarkan sijil kematian ibunya, yang mati dibunuh di Ladang Gadong, Banting, Selangor pada 2010. Erwan Suwari Rizuwan Buhari, 28, Md Erwan Nasri, 27, Erni Erinawati Sofia, 25, Erni Rineelawati,24, dan Siti Nur Fatimah, 17, menfailkan permohonan itu di pejabat pendaftaran, Mahkamah Tinggi di sini pada 24 September lepas melalui Tetuan Basharuddin Fa’izie Iskandar. Mereka juga mahu supaya JPN mengeluarkan sijil kematian ibunya, kos dan juga lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Dalam surat kepada JPN, kesemua pemohon berkata, mereka memohon supaya JPN mengeluarkan sijil kematian itu bagi membolehkan pembahagian harta, saham dan aset-aset ibunya untuk diagih-agihkan kepada warisnya.- mstar online

PAU: Lebih 20,000 Bakal Dihidangkan 20 Sajian Kampung Istimewa
KUALA LUMPUR: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menyediakan 20 masakan kampung bercirikan negeri kepada kira-kira 20,000 delegasi, perwakilan dan petugas media sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-68 pada 25 hingga 29 November ini.
Chef Eksekutifnya, Suzaini Mohamed Salih berkata, beliau bersama 50 tukang masak dan dibantu 150 pembantu dapur diberi kepercayaan untuk menyajikan menu terbaik sepanjang perhimpunan itu.
"Saya cukup bertuah kerana dapat bekerjasama dengan 50 tukang masak bertauliah dan berpengalaman dalam memberikan menu terbaik dan bermutu tinggi," katanya yang akan bertugas buat kali keempat pada perhimpunan ini.
Beliau berkata, antara menu masakan kampung yang baharu akan disajikan termasuk daging rendang Negeri Sembilan, ayam percik Seri Kelantan, daging masak lemak cili padi, daging masak kicap utara dan ikan jenahak masak asam pedas.
"Ini adalah signature dish kami yang akan dihidangkan pada kali ini. Namun terdapat juga beberapa hidangan kampung dari negeri-negeri lain di seluruh negara yang akan memberi kelainan untuk edisi kali ini," katanya.
Pada kali ini, Suzaini berkata sebanyak 5,500 kilogram (kg) beras, 500kg gula, 350 tin minyak masak, 7,000 telur, 700 kg bawang, 4,900 kg daging lembu, 6,500 kg ayam, 1,300 liter santan dianggarkan digunakan untuk menyediakan menu hidangan kepada semua perwakilan, delegasi dan petugas media yang hadir.
Malah, katanya, sebanyak 2,500 kg buah-buahan yang terdiri daripada epal, tembikai, pisang, nenas, mangga, ciku, oren, betik dan kiwi turut dihidangkan sepanjang tempoh itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Putrade Property Management Sdn Bhd (Putrade), Datuk Maxson Abdullah Jaafar berkata, pihaknya telah melakukan beberapa penambahbaikan dan pengubahsuaian ke atas 17 bilik mesyuarat di Aras 2 dan 3 untuk kemudahan petugas media, delegasi dan perwakilan.
Menurut beliau, pihaknya turut menyediakan bilik perubatan yang lebih selesa dan cekap berbanding tahun lalu dan menaik taraf kelajuan wifi di semua bilik mesyuarat yang baharu.
"Kita membuat persiapan awal selama tiga bulan sebelum perhimpunan diadakan bagi memastikan segalanya berjalan lancar.
"Persiapan sedang giat dilakukan dan Insya-Allah akan siap mengikut perancangan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis ikrar perkhidmatan terbaik di kalangan 318 kakitangan PWTC sempena PAU kali ini.
Turut hadir Pengerusi Putrade Property Management Sdn Bhd, Datuk Seri Alies Anor Abdul.
Katanya, pihak turut mengambil seramai 1,300 pekerja sambilan bagi membantu kakitangan tetap sedia ada sepanjang perhimpunan ini.
"Berlaku sedikit penambahan pekerja sambilan tahun ini. Kebiasaannya kita ambil pekerja di kalangan pelajar lepasan sekolah kerana pada waktu perhimpunan diadakan dalam musim cuti sekolah," katanya.
Sementara itu, Maxson berkata, seramai 600 anggota keselamatan akan ditempatkan untuk menjaga keselamatan dan memantau perjalanan perhimpunan itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingin berlaku.- mstar online
TOP
MH370: Kawasan Carian Dalam Air Sebesar Negeri Sembilan
PETALING JAYA: Kawasan carian dalam air bagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang meliputi kira-kira 6,900 kilometer persegi di dasar laut setakat ini, di mana ia bersaiz besar sedikit daripada keluasan Negeri Sembilan.
Dalam perkembangan terkini operasi pencarian, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, carian dalam air bertujuan untuk memetakan kawasan bagi serpihan MH370 dalam menjejaki pesawat itu.
Peta seumpama itu dapat membantu untuk mengenal pasti dan mengutamakan penemuan komponen pesawat yang spesifik, termasuk perakam penerbangan yang akan membantu penyiasatan.
"ATSB (Biro Keselamatan Pengangkutan Australia) telah menggunakan data daripada kajian batimetrik bagi menyediakan pelan awal untuk pencarian dalam air, yang perlu diikuti dan dirujuk oleh semua pihak yang terlibat.
"Pelan tersebut termasuk tempoh masa carian, kaedah, prosedur, langkah-langkah keselamatan dan kawasan pencarian awal untuk beberapa kapal," kata JACC.- mstar online
TOP
Shell Umum Pelaburan Untuk Pembangunan Medan E6
KUALA LUMPUR: Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Petronas Carigali Sdn Bhd baru-baru ini membuat keputusan pelaburan akhir (FID) untuk membangunkan medan E6, di luar pesisir Malaysia.
Ditemui pada 1970, E6 merupakan medan terakhir dibangunkan menerusi Kontrak Perkongsian Pengeluaran SK308.
Shell Malaysia dalam satu kenyataan berkata konsep pembangunan itu memanfaatkan infrastruktur sedia ada dengan melaksanakan pemindahan gas dari E6 ke Platform E8 yang terletak pada jarak 16 km, dan minyak mentah ke D35 yang jauhnya 66km dari situ.
Iain Lo, Pengerusi Shell Malaysia berkata: "Pembangunan medan E6 memperkukuh kedudukan Shell dalam negara.
"Ia akan membolehkan syarikat mengekalkan bekalan gas ke Loji LNG Tiga Malaysia dan mengeluarkan minyak mentah serentak pada 2017."
Shell Malaysia ialah operator E6 dengan 50 peratus ekuiti, dengan baki 50 peratus sahamnya dipegang PETRONAS Carigali.
Shell Malaysia memiliki kepentingan antara 20 peratus hingga 85 peratus ke atas 19 kontrak perkongsian pengeluar di luar pesisir Malaysia.- mstar online
TOP
Anak Lagenda Bola Sepak Dunia, Pele Dipenjara 33 Tahun
ANAK lagenda bola sepak dunia, Pele yang berusia 44 tahun ditahan di Brazil selepas kalah dalam rayuan terhadap kes pengubahan wang haram melibatkan kartel dadah.
Edson Cholbi do Nascimento (gambar) yang dikenali sebagai Edinho telah dijatuhi hukuman penjara selama 33 tahun pada awal tahun ini. Bagaimanapun dia dibenarkan menangguhkan hukuman sementara rayuan dibuat.
Bekas penjaga gol itu kemudian membuat rayuan di Mahkamah Tinggi sebelum hakim, Suzana Pereira menjatuhkan hukuman bahawa Edinho perlu dipenjarakan.
Kumpulan peguam Edinho kemudian memberitahu media bahawa pihaknya terkejut dengan keputusan tersebut dan akan meminta anak guam mereka dibebaskan secepat mungkin. Pele dalam satu sidang media bagaimanapun enggan mengulas mengenai hukuman terhadap anaknya.
Lagenda bola sepak dunia berusia 74 tahun yang membantu Brazil menjuarai Piala Dunia pada 1958,62 dan 70 itu bercakap kepada pemberita selepas keluar dari hospital kerana menjalani pembedahan membuang batu karang.- mstar online

Peserta Ratu Cantik Dunia 2014 Ditemui Mati
Maria Jose Alvarado ketika dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Honduras. Foto AFP
PESERTA Ratu Cantik Dunia 2014 yang hilang beberapa hari sebelum dijadualkan terbang ke London untuk pertandingan itu ditemui mati pada Rabu. Ratu Cantik Honduras, Maria Jose Alvarado, 19 dan kakaknya, Sofia Trinidad, 23, yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui mati pada Rabu, lapor BBC. Maria dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Honduras baru-baru ini hilang bersama kakaknya Sofia Trinidad selepas menghadiri parti seorang rakan pada Khamis lepas. Seramai empat individu, termasuk teman lelaki Sofia ditahan untuk siasatan. Maria dan kakaknya menghabiskan masa bersama ibu bapa mereka di bandar Santa Barbara di Honduras sebelum dia dijadualkan terbang ke United Kingdom untuk mewakili negaranya dalam pertandingan itu. Ratu Cantik Dunia merupakan pertandingan ratu cantik tertua di dunia, kembali ke London sebagai tuan rumah tahun ini buat pertama kali selepas ia dilancarkan pada 1951. Majlis itu bermula pada 20 November sebelum acara akhir diadakan di ExCel London pada 14 Disember depan. - mirror.co.uk- mstar online

Cameron Higjlands: Sultan Pahang Titah Henti Teroka Tanah Haram Serta Merta
Sultan Ahmad Shah
CAMERON HIGHLANDS: Peneroka tanah haram perlu menghentikan serta merta segala aktiviti mereka terutama pertanian di Cameron Highlands, titah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. Baginda bertitah kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka. "The illegal farmers who are responsible for doing this continously...for ages they are responsible (for) the problem from time to time...they are to blame," (Peneroka haram bertanggungjawab terus melakukan ini...untuk sekian lama mereka bertanggungjawab...mereka harus dipersalahkan), tegas baginda. Sultan Ahmad Shah bertitah dalam sidang akhbar selepas berkenan melawat kawasan banjir di Lembah Bertam pada Rabu. Turut sama Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan pimpinan kerajaan negeri. Sehubungan itu, baginda menyeru kerajaan persekutuan menggunakan segala kemudahan dan agensi-agensi yang sedia ada untuk membantu kerajaan negeri mengatasi masalah tersebut. "Saya merayu kepada kerajaan persekutuan membantu kerajaan negeri terutama negeri-negeri yang banyak peneroka haram terutama di Cameron Highlands kerana ia (Cameron Highlands) merupakan tempat pelancongan," titah baginda. Baginda bertitah kegiatan penerokaan tanah haram telah berlaku sejak zaman British lagi. "Saya sudah penat dengan semua ini. They employ gangsters, saya tahu mereka ada duit," katanya. Ditanya mengenai wujudnya surat kuning atau surat daripada istana untuk tujuan pembangunan atau pertanian di daerah itu, Sultan bertitah baginda tidak mengetahui mengenai perkara tersebut. "Jika ada yang mengemukakan surat kuning terbabit guna nama istana, saya sendiri akan pukul dia, saya nasihatkan jangan percaya," titah baginda. "Semak dahulu dengan kerajaan negeri, mereka jangan sewenang-wenangnya menggunakan nama orang lain, jika saya tahu siapa, saya akan bagi cukup-cukup," titah baginda. Dalam lawatannya kira-kira dua jam itu, baginda turut mengadakan perbincangan dengan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai kerja-kerja membaik pulih Sungai Bertam menerusi peruntukan kerajaan persekutuan. Baginda dan isteri Sultanah Hajah Kalsom yang menaiki helikopter tiba di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah kira-kira pukul 10 pagi untuk lawatan kerja peribadi. Baginda dijangka menghadiri taklimat di Pejabat Tanah dan Tanah Cameron Highlands di Tanah Rata pada Jumaat.- mstar online

Polis Tahan Bapa Dipercayai Dera, Cabul Anak
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur ditahan polis kerana dipercayai mendera dan mencabul anak perempuannya berusia sembilan tahun di Projek Perumahan Rakyat (PPR Sungai Besi) di sini, baru-baru ini. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek berusia 41 ditahan selepas membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya sedangkan kanak-kanak tersebut menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. "Lelaki itu mendakwa anaknya telah hilang dan kali terakhir dilihat pada Jumaat lepas kira-kira pukul 11.30 pagi bersama jirannya sebelum membuat laporan polis pada Ahad lepas. "Siasatan awal mendapati anaknya telah dihantar ke hospital itu Khamis lepas oleh jirannya selepas mengesyaki mangsa telah didera. "Pemeriksaan perubatan mendapati wujud beberapa kecederaan antaranya kesan lebam di bahagian peha kiri selain tanda-tanda mangsa dicabul. Berikutan itu, laporan polis dibuat dan bapa kanak-kanak itu ditahan," katanya kepada pemberita, Rabu. Khairi berkata, suspek ditahan reman selama lima hari dan kes telah disiasat berdasarkan peruntukkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (penderaan ke atas kanak-kanak) dan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul).- mstar online

F1: Bianchi Sedar Dari Koma, Masih Kritikal
PELUMBA Formula Satu (F1) Jules Bianchi kembali sedar dari koma dan telah dipindahkan ke hospital tempat lahirnya di Perancis.
Bianchi,25, berada di Hospital Mie Yokkaichi Jepun, selepas terlibat ddalam kemalangan ngeri di Litar Suzuka ketika aksi Grand Prix Jepun Oktober lalu.
Dia berada dalam keadaan koma hampir tujuh minggu selepas menjalani pembedahan di bahagian kepala pada 5 Oktober lalu, dan kini mampu bernafas tanpa menggunakan alat sokongan.
"Lebih kurang tujuh minggu, Jules mengalami kemalangan di Litar Suzuka dan berdasarkan laporan terkini, Jules menunjukkan perubahan penting," jelas ibubapanya, Philippe dan Christine di laman Facebook.
"Jules tidak lagi berada dalam keadaan koma, namun masih tidak sedarkan diri.
"Dia juga sudah tidak menggunakan alat sokongan pernafasan, isyarat pergerakan penting juga seimbang.
"Pun begitu dia masih diklafikasikan dalam keadaan 'kritikal'.
"Proses rawatannya kini dalam fasa baharu yang menumpukan kepada isyarat fungsi otak yang lebih baik.
"Walaupun keadaannya masih serius, keputusan dibuat untuk membalik Jules ke Nice, Perancis".
Tambah mereka, Bianchi dipindahkan ke Selasa malam meminta pihak media agar tidak berkumpul di Hospital Universiti De Nice.
Bianchi mengalami kecederaan teruk di kepala selepas melanggar traktor keselamatan yang cuba mengalih jentera pelumba Adrian Sutil yang terbabas sebelum itu ketika kelajuan 160mph.
Kemalangan itu juga disebabkan keadaan litar yang basah.- mstar online
TOP
Jadual Perlawanan Piala FA Inggeris
BERIKUT adalah jadual perlawanan Piala FA Inggeris (pusingan pertama), awal pagi Jumaat:
Maidstorn United lwn Stevenage (3.45pg)
- mstar online
Maidstorn United lwn Stevenage (3.45pg)
- mstar online
TOP
Penyokong Terlalu Gembira, Kejayaan Ivory Coast Kecoh
Anggota keselamatan memukul seorang penyokong yang meluru masuk ke dalam padang selepas perlawanan tamat.
AKIBAT terlalu ghairah dengan kejayaan Ivory Coast layak beraksi dalam Piala Negara-negara Afrika, suasana di Stadium Abidjan kecoh sehingga menyebabkan kerosakan padang.
Kejayaan itu hadir selepas Ivory Coast seri 0-0 ketika menerima kunjungan Cameroon.
Dalam perlawanan penuh dramatik itu, penyerang harapan Cameroon, Mbia dibuang padang sekaligus memberi kelebihan untuk pasukan tuan rumah memastikan kedudukan mereka dalam saingan tersebut yang bakal bermula Januari tahun depan.
Suasana stadium kecoh apabila pengadil menamatkan perlawanan - penyokong meluru masuk ke dalam padang untuk meraikan kejayaan itu bersama pemain.
Berikutan itu, berlaku suasana tegang antara penyokong dan pasukan keselamatan stadium yang bertindak memukul kumpulan berkenaan.
Terdapat penyokong yang bergayut di palang gol sehingga rosak manakala segelintir mereka menyerbu pemain.
Antara pemain yang menjadi tumpuan ialah Gervinho dan Yaya Toure. Bagaimanapun tiada pemain yang mengalami kecederaan.
Ivory Coast akan mengiringi Cameroon yang telah layak lebih awal untuk beraksi kejohanan tersebut.

Piquet Sasar Kutip Lebih Mata Di Putrajaya
Piquet Jr ketika sesi bertemu media sempena perlumbaan pusingan kedua Kejohanan FIA Formula-E (Formula-E) di Kuala Lumpur, malam Selasa. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelumba Pasukan China Racing Formula E, Nelson Piquet Jr, berhasrat untuk sekali lagi menampilkan prestasi mantap pada perlumbaan Kejohanan FIA Formula E (ePrix) di Putrajaya, Sabtu ini. Pelumba kelahiran Jerman berusia 29 tahun itu menamatkan perlumbaan pada kedudukan kelapan untuk mengutip empat mata pada saingan pembuka tirai kejohanan berkenaan di Beijing, China pada September lepas. "Saya mahu terus meraih mata pada kejohanan ini. Pasukan kami semakin meningkat sejak perlumbaan di China. "Kami mengadakan banyak ujian simulator dan pembangunan simulasi. Saya berpendapat kami melakukan yang terbaik dan banyak belajar daripada perlumbaan pertama. Saya berasa yakin menjelang perlumbaan hujung minggu ini," katanya pada sesi bertemu media di sini, malam Selasa. Pelumba Pasukan Audi Sport ABT dari Brazil, Lucas di Grassi, muncul juara pada saingan pembuka tirai itu untuk meraih 25 mata manakala pelumba Perancis, Franck Montagny, daripada pasukan Andretti dan pelumba pasukan Virgin Racing dari Britain, Sam Bird, di tempat kedua dan ketiga dengan masing-masing mengutip 18 dan 15 mata. Pusingan kedua Kejohanan FIA Formula E (ePrix), siri perlumbaan kereta elektrik sepenuhnya yang pertama di dunia, akan diadakan di litar jalanan sementara di Putrajaya, Sabtu ini. Pada perlumbaan sejauh 2.56km yang menampilkan 12 selekoh di litar jalanan Putrajaya berhampiran Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, akan menggunakan sebahagian besar jalan utama dan melintasi beberapa bangunan penting di bandar berkenaan termasuk Kementerian Kewangan. Perlumbaan Putrajaya ePrix akan bermula dengan sesi latihan selama 75 minit dan diikuti sesi kelayakan, adalah saingan bagi mencatat masa terpantas dalam menentukan kedudukan pada perlumbaan sebenar pada Sabtu ini. Saingan perlumbaan itu dijangka berlangsung kira-kira satu jam dengan pemandu disyaratkan membuat satu 'pit stop' bagi membolehkan mereka menukar jentera masing-masing.- mstar online

Jadual Piala AFF Suzuki
BERIKUT merupakan kumpulan dan jadual bagi saingan Piala AFF Suzuki 2014:
Kumpulan A
Vietnam
Filipina
Indonesia
Loas
Kumpulan B
Singapura
Malaysia
Thailand
Mynmar
JADUAL
22 November
Kumpulan A
Filipina lwn Loas - Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, 5ptg
Vietnam lwn Indonesia - Stadium Nasional My Dinh, Hanoi,8mlm
23 November
Kumpulan B
Malaysia lwn Myanmar - Stadium Nasional Singapura, Kallang,5ptg
Singapura lwn Thailand - Stadium Nasional Singapura, Kallang,8mlm
25 November
Kumpulan A
Filipina lwn Indonesia - Stadium Nasional - My Dinh, Hanoi
Loas lwn Vietnam - Stadium Nasional My Dinh, Hanoi
26 November
Kumpulan B
Malaysia lwn Thailand - Stadium Nasional Singapura, Kallang
Mynmar lwn Singapura - Stadium Nasional Singapura, Kallang
28 November
Kumpulan A
Indonesia lwn Loas - Stadium Hàng Đẫy, Hanoi
Vietnam lwn Filipina - Stadium Nasional My Dinh, Hanoi
29 November
Kumpulan B
Thailand lwn Mynmar - Stadium Jalan Besar, Kallang
Singapura lwn Malaysia - Stadium Nasional Singapura, Kallang
SEPARUH AKHIR 1
6 Disember
Naib juara kumpulan A lwn juara kumpulan B
7 Disember
Naib juara kumpulan B lwn juara kumpulan A
SEPARUH AKHIR 2
10 Disember
Juara kumpulan B lwn naib juara kumpulan A
11 Disember
Juara kumpulan A lwn naib juara kumpulan B
PERLAWANAN AKHIR
17 Disember
Perlawanan Akhir 1
20 Disember
Perlawanan Akhir 2

'Ben10' Tetap Tenang Tidak Terpilih Ke Piala AFF Suzuki
Nor Farhan mengungguli gelaran Penyerang Terbaik kebangsaan buat kali kedua berturut-turut.
PETALING JAYA: Walaupun dua tahun berturut-turut dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik Kebangsaan, Mohd Nor Farhan Muhammad terpaksa menelan pahit apabila gelaran itu belum cukup untuk melayakkan dia berada skuad Harimau Malaya ke Piala AFF di Singapura bermula 23 November ini. Nor Farhan atau digelar 'Ben10' beraksi bersama negeri kelahirannya, Terengganu mengetepikan dua lagi calon penyerang terbaik S Chanturu dari Sarawak dan Bobby Gonzales (PDRM) untuk mempertahankan gelaran dimenanginya ketika cemerlang mewakili Kelantan musim lalu. "Mungkin saya belum cukup hebat di mata jurulatih negara. Pun begitu saya tidak terkilan kerana jurulatih Dollah Salleh pernah memanggil saya sebelum ini. "Bagi saya setiap jurulatih ada pandangan tersendiri dan beliau pasti tahu siapa yang diperlukan dalam pasukan. "Saya bersedia bila-bila masa sekiranya dipanggil untuk menyarung jersi negara," jelasnya yang akan kembali bersama Kelantan musim baharu nanti. Tambah Nor Farhan,29, dia sudah mencuba yang terbaik sepanjang musim liga tahun ini. "Saya berterima kasih kepada rakan-rakan dan penyokong yang sentiasa berada bersama saya selama ini. "Anugerah kali kedua berturut-turut ini menjadi landasan untuk saya meneruskan aksi lebih baik pada masa akan datang. Kali terakhir Nor Farhan bersama skuad bimbingan Dollah itu ketika Malaysia tewas 1-4 kepada Tajikistan dalam aksi persahabatan antarabangsa pada 8 Ogos lalu.- mstar online

PAU 2014: Amalan Tegur, Kritik Pemimpin Diteruskan - Khairy
Khairy Jamaluddin.
PUTRAJAYA: Perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno tidak pernah dihalang daripada mengkritik kepimpinan parti ketika mengambil bahagian dalam perbahasan, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Sebaliknya, beliau berkata, amalan yang dipraktikkan sejak sekian lama itu tetap akan diteruskan pada perhimpunan akan datang berlandaskan budaya dan adab orang Melayu. "Kita tidak pernah tutup ruang perbahasan, malah saya tak pernah dengar ucapan yang tidak ada teguran kepada pemimpin dalam Perhimpunan Agung Umno. Kritikan tetap menjadi amalan namun secara sopan, dan bersopan tidak semestinya bermaksud kritikan itu tidak dirasai langsung," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan beberapa penganalisis politik bahawa perwakilan Umno perlu berani bersuara dan menegur sebarang kepincangan dalam parti, bukannya sekadar memberi pujian melambung kepada pemimpin ketika berbahas pada perhimpunan yang akan bermula pada Selasa depan itu. Khairy memberikan ulasannya itu pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Institut Automatif Malaysia (MAI) di sini, Rabu. Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pembahas boleh lantang dalam kritikan mereka, namun tidak perlu sampai menjadi 'kurang ajar' kepada parti selain perlu sentiasa sedar bahawa Umno adalah sebuah parti Melayu. "Kita parti Melayu, kita ada budaya, nak sampaikan teguran mesti dengan cara yang tepat dan baik...maknanya tetap sampai kepada pemimpin," katanya. Bagi memastikan perbahasan dan kritikan yang dibuat adalah berkualiti, beliau mengingatkan perwakilan yang ingin berbahas supaya membuat kajian terhadap isu yang ingin dibahaskan terlebih dahulu supaya Perhimpunan Agung Umno terus kekal sebagai perhimpunan agung parti politik terbaik. Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee juga senada apabila berkata, perwakilan Umno berhak bercakap dan melontarkan sebarang pandangan berkaitan parti dan orang Melayu pada perhimpunan agung minggu depan. Beliau juga percaya perwakilan akan berhujah dan berbahas dalam konteks perjuangan dan masa depan orang Melayu. “Persidangan itu merupakan medium terbaik perwakilan Umno memberikan pandangan, kritikan dan bersuara menyatakan harapan serta pendirian parti demi masa depan orang Melayu,” katanya. Menurut beliau, apa sahaja isu yang menyentuh kedudukan dan masa depan orang Melayu dan agama Islam tetap menjadi agenda utama Umno. “Perlu dijelaskan Umno merupakan tulang belakang kekuatan BN (Barisan Nasional),” tegasnya. Sehubungan itu katanya, tiada parti komponen BN yang sepatutnya berasa curiga dan bersangka buruk terhadap keikhlasan pemimpin Umno. Perhimpunan Agung Umno 2014 akan berlangsung dari 25 hingga 29 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.- mstar online

Banjir: Empat Daerah Masih Terjejas Di Terengganu
KUALA TERENGGANU: Empat daerah masih terjejas banjir di Terengganu bagaimanapun jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan menyaksikan pengurangan iaitu 2,503 orang berbanding 2,543 petang Rabu.
Menurut kenyataan Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, sehingga 9 pagi ini, 15 pusat pemindahan masih dibuka.
Katanya Kuala Terengganu merupakan daerah paling ramai mangsa dipindahkan setakat ini iaitu 1,633 orang daripada 413 keluarga yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan.
Pusat pemindahan tersebut ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering, SK Kompleks Gong Badak, SK Gong Tok Nasek, SK Tok Jiring, SK Tok Jembal, SK Bukit Petiti, SK Bukit Nenas, SK Tanjung Gelam, SK Teluk Ketapang dan SK Atas Tol.
Ini diikuti daerah Marang, 851 mangsa (206 keluarga) kini ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Payong dan SK Rusila.
Di Setiu, jumlah mangsa banjir kini 16 orang (lima keluarga) dipindahkan di Balai Raya Kampung Sungai Lerek dan Balai Raya Rhu Tapai manakala di Besut sembilan orang (dua keluarga) ditempatkan di Balai Raya Kampung Beris Pak Abu dan Surau SK Beting Lintang.
Di KOTA BAHARU, penduduk berhampiran Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas diingatkan agar bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir kerana paras air sungai itu kini sudah melepasi paras bahaya.
Menurut portal rasmi kerajaan negeri menyatakan bacaan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada bacaan 9.02 meter setakat pukul 9 pagi, melepasi paras bahaya pada bacaan 9 meter.
Sungai-sungai lain masih belum mencecah paras amaran dan tiada jalan utama yang ditutup berikutan banjir, serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Cuaca di Kelantan pagi ini adalah mendung dengan sesekali hujan renyai.
Tinjauan Bernama di sekitar Kota Baharu mendapati beberapa kawasan rendah mula dinaiki air.
Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata jumlah mangsa banjir di dua pusat pemindahan di Pasir Puteh dan Kota Baharu kekal sebanyak 59 orang.
Seramai 25 mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan banjir di SK Wakaf Raja, Pasir Puteh manakala 34 orang berada di SK Tiong di sini.- mstar online
TOP
Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas Dadah Bersama Senjata Api
IPOH: Polis menahan dua orang lelaki serta merampas 0.34 gram dadah jenis Methamphetamine selain senjata api dalam serbuan di Kampung Banjar, Teluk Intan dekat sini, tengah malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dua lelaki masing-masing berusia 49 dan 45 tahun terbabit ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah di situ.
"Kedua-dua lelaki terbabit dikesan berada di dalam sebuah bilik stor di bahagian belakang rumah berkenaan. Ketika serbuan dilakukan, seorang daripada suspek sedang memegang selaras senapang angin," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata sebilah kerambit bersarung berwarna hitam yang disimpan dalam beg pinggang seorang lagi suspek turut dirampas.
Kedua-dua suspek yang bekerja sendiri didapati masing-masing memiliki sepaket plastik lutsinar berisi bahan yang disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.03 gram dan 0.31 gram, katanya.
Mohd Shuhaily berkata paket dadah berkenaan masing-masing dijumpai di dalam poket seluar dan beg sandang kedua-dua suspek..
Beliau berkata kedua-dua lelaki direman sehingga Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960. - mstar online
TOP
Sumbangan Almarhum Sultan Azlan Shah Tidak Ternilai - Arifin
Sultan Nazrin Shah berkenan melawat Muzium Kehakiman selepas menghadiri majlis Prosiding Rujukan (Reference Proceedings) untuk memperingati Almarhum Sultan Azlan Shah di Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman di sini hari ini. Turut sama Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria (kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri (kanan).
PUTRAJAYA:"Jika anda ingin mengingati Almarhum (Sultan Azlan Shah), lihat saja di sekeliling mahkamah, anda akan terasa kehadiran Almarhum kerana nama Raja Azlan Shah seakan-akan sudah menjadi lambang bagi undang-undang itu sendiri," kata Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria. Ketika memberi penghormatan kepada Almarhum Sultan Azlan Shah pada prosiding peringatan di sini, Arifin berkata Almarhum telah memberi sumbangan yang tidak ternilai terhadap pembangunan undang-undang negara ini, mengharumkan nama badan kehakiman ke seluruh dunia dan sebagai raja yang hebat, Almarhum memerintah negeri baginda dan negara dengan kebijaksanaan serta kepekaaan yang amat mengagumkan. "Perkhidmatan Almarhum sebagai hakim amat menepati bakat serta pembawaan baginda. Kehadiran baginda sudah memadai untuk memastikan barisan hakim dan peguam memenuhi standard yang baginda harapkan. Darjah tertinggi ketertiban dan kesopanan dari segenap segi sentiasa dijadikan matlamat dan dipenuhi," katanya. Arifin berkata, kesabaran memang diharapkan daripada setiap hakim dan Almarhum sering mempamerkan kualiti ini ketika baginda menjadi hakim, manakala penghakiman baginda pula dilatari oleh penyelidikan serta persiapan yang amat berdisiplin serta memberi fokus kepada fakta dan undang-undang. Katanya, Almarhum Sultan Azlan Shah dikenang kerana sumbangan baginda terhadap pembangunan pentadbiran undang-undang negara dan badan kehakiman kehilangan seorang sahabat dan penyuluh jalan yang amat setia. Arifin juga berkata, pada zaman Almarhum, mahkamah ibarat satu keluarga besar. "Bagi Almarhum, menganggotai barisan hakim lebih daripada satu tugas; ia adalah satu tanggungjawab yang Almarhum pikul dengan sepenuh hati serta dilaksanakan dengan penuh kemahiran, kecemerlangan dan integriti. "Warga mahkamah pada zaman Almarhum tahu bahawa walaupun baginda berperwatakan tegas dan hebat, namun Almarhum berhati mulia. "Jadi, tidak hairanlah, setiap pagi, jurubahasa, pelayan pejabat, pemandu, orderlies, pendaftar mahkamah dan sebagainya begitu sabar menunggu dan berbaris di luar kamar Almarhum untuk bercakap dan memohon bantuan serta nasihat daripada baginda. "Satu daripada kekesalan besar saya ialah, disebabkan tuntutan tugas dan keadaan yang sentiasa mendesak, Almarhum tidak berkesempatan melawat Istana Kehakiman ketika hayat baginda. "Almarhum tentu amat gembira sekiraya melihat betapa bekas premis Mahkamah Agung yang begitu hebat di Bangunan Sultan Abdul Samad, yang menyimpan banyak kenangan manis sepanjang beberapa tahun baginda bertugas di situ, kini dibadikan dengan tidak kurang hebat dan megahnya di Istana Kehakiman," katanya. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pula dalam penghargaannya berkata, Almarhum Sultan Azlan Shah sentiasa mempamerkan bahawa baginda adalah pelindung setia Perlembagaan dengan sering menegaskan tentang betapa perlunya mengiktiraf tentang kepentingan kedaulatan undang-undang serta kesucian Perlembagaan Persekutuan. "Mereka yang bertuah kerana berpeluang berinteraksi dengan Almarhum Sultan Azlan Shah boleh menjadi saksi betapa di sebalik sikap tegas baginda, tersembunyi sifat mesra, prihatin dan pemurah, sifat terpuji seorang Sultan. Kesimpulannya, Almarhum Sultan Azlan Shah adalah 'insan serba istimewa'. "Almarhum Sultan Azlan Shah adalah gergasi kita dalam undang-undang. Berlandaskan peninggalan Almarhum itulah, kini kita berjuang untuk menyambung kesungguhan baginda dalam menjunjung dan memajukan undang-undang," kata Abdul Gani. Presiden Majlis Peguam Malaysia, Christopher Leong dalam penghargaan beliau berkata, majlis memperingati Almarhum Sultan Azlan Shah menjadi bukti betapa tingginya rasa hormat golongan pengamal undang-undang terhadap Almarhum. Katanya, sepanjang berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Tinggi, hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Besar Malaya dan Ketua Hakim Negara, Almarhum membuat 280 penghakiman. Leong berkata, penghakiman Almarhum disulami dengan penjelasan tentang pelbagai isu, termasuk berkaitan undang-undang perlembagaan dan pentadbiran.- mstar online

Pembinaan Kampus Tetap Kuin Kesilapan Pelaburan Pakatan Rakyat
ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah menyifatkan pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil adalah kesilapan pelaburan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, rancangan membina kampus yang terlalu besar di Kuala Ketil meninggalkan kesan kewangan yang serius kepada kerajaan negeri.
Katanya, kerajaan negeri terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM44,508,000 setahun selama 15 tahun sehingga 2024 bagi menjelaskan kos pembinaan kampus Kuala Ketil, yang bernilai RM327,665,000 dan faedah pinjaman sebanyak RM206,428,950, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM534,093,950.
"Walaupun kampus Kuala Ketil siap dibina dengan kos RM327,665,000 tetapi ia tidak termasuk kemudahan asrama. Kerajaan negeri terpaksa menyempurnakan pembinaan asrama dalam kampus yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat tanpa mengikut prosedur dengan kos sebanyak RM12,876,072. Kos ini hanyalah untuk pembinaan lapan blok asrama sahaja tanpa kemudahan surau, kafetaria dan pejabat pentadbiran asrama.
"Kerajaan negeri juga terpaksa menanggung kos emolumen yang tinggi iaitu 85 peratus daripada jumlah pendapatan Kuin kerana pengambilan staf yang tidak terkawal dan tidak mengikut kemampuan kewangan. Sehingga kini, jumlah staf Kuin adalah 539 orang," jelasnya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Peruntukan Tahun 2015 dan Ucapan Bajet Negeri Kedah 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Rabu.
Tajul Urus berkata, kerajaan negeri juga terpaksa menangani beberapa isu berkaitan kewangan setelah mengambil alih Kuin pada 2013 iaitu kedudukan kewangan Kuin yang tidak stabil dan mengalami kerugian RM3,589,681 pada 2013, hutang kepada pembekal, tunggakan bil utiliti dan sewa asrama sebanyak RM3,847,514, hutang Insaniah Holdings dan anak-anak syarikat RM10,661,225.43 selain saman yang perlu dibayar sebanyak RM1,561,571.
"Jumlah keseluruhan hutang yang perlu diselesaikan adalah sebanyak RM16,070,310. Bagi mengurangkan kemelut dan beban kewangan Kuin, kerajaan negeri Kedah pimpinan Barisan Nasional (BN) telah melaksanakan tindakan-tindakan perlu dan berjaya menghasilkan penjimatan sebanyak RM5,050,947 daripada bayaran gaji staf bagi 2013 berbanding 2012," katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri tidak menafikan perbelanjaan untuk pendidikan adalah pelaburan bagi membangunkan generasi pada masa hadapan.
"Kerajaan BN sangat mengambil berat soal pendidikan. Ini terbukti kerana kitalah yang menubuhkan Kuin sejak 1995 daripada sebuah institut/kolej dan seterusnya dinaikkan kepada kolej universiti pada 2006," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, dan Pembangunan Insan negeri, Badrul Hisham Hashim berkata, kerajaan negeri telah melakukan beberapa penambahbaikan kepada Dasar Perumahan Negeri Kedah.
Beliau berkata, antaranya dengan menetap saiz minimum rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah kos sederhana selain penjenamaan semula Rumah Mampu Milik di negeri ini.
"Rumah Kos Rendah berharga antara RM35,000 hingga RM45,000 dengan keluasan tanah minimum 1,200 kaki persegi dan keluasan bangunan 700 kaki persegi.
Rumah kos sederhana berharga antara RM45,001 hingga RM90,000 dengan keluasan tanah minimum 1,300 kaki persegi dan keluasan bangunan 750 kaki persegi.
"Rumah kos sederhana berharga antara RM90,001 hingga RM200,000, di mana minimum keluasan tanah 1,400 kaki persegi dan keluasan bangunan 800 kaki persegi," katanya.
Selain itu Rumah Kos Rendah dijenamakan semula sebagai Rumah Kaseh Rakyat, Rumah Kos Sederhana Rendah menjadi Rumah Aman Kedah dan Rumah Kos Sederhana dijenamakan semula sebagai Rumah Makmur Kedah.- mstar online
TOP
Anak-Anak Will Smith Tidak Suka Pergi Sekolah
Jaden dan Willow secara terbuka mengakui tidak ke sekolah.
ANAK kepada kepada pelakon terkenal Will Smith iaitu Jaden dan Willow Smith mengakui tidak suka pergi ke sekolah kerana menganggap ia perkara paling membosankan dalam hidup mereka. Daily Mail melaporkan pasangan adik beradik itu menjelaskan mereka tidak pernah mendapat sebarang ilmu ketika ke sekolah dan mengambil keputusan untuk belajar daripada rumah. "Saya sempat pergi ke sekolah selama setahun dan itu adalah pengalaman terburuk saya kerana tempat tersebut membuatkan saya tertekan," kata Jaden dalam satu wawancara. Willow pula memberitahu dia tidak pernah mendapat sebarang kebaikan kerana pelajar diasak tanpa henti dengan pelbagai perkara dan ia tidak pernah berkesudahan.- mstar online

APMM Labuan Selamatkan Tiga Nelayan Hanyut
KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan menyelamatkan tiga nelayan tempatan ketika bot mereka hanyut di perairan Tanjung Kubong, Labuan.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Labuan Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata bot nelayan itu mengalami kerosakan enjin pada 7 malam, Selasa lepas.
Beliau berkata pemilik bot LNF 691 itu, Amrin Aminullah, 30; bersama dua rakannya Marran Zahibo, 23; dan Albin Kahal, 25; keluar memancing sebelum bot tersebut hanyut kira-kira tiga batu dari lokasi asal.
“APMM menerima panggilan 4 pagi semalam dan menggerakkan bot untuk mencari ketiga-tiga nelayan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Che Adnan berkata operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 9.55 pagi apabila tiga nelayan itu dijumpai dalam keadaan selamat.
Beliau turut menasihatkan para nelayan supaya memastikan dan membuat persiapan serta menyelenggara bot sebelum ke laut bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. – BERNAMA
TOP
Adik Rayyan Pilih Sendiri BMW Impiannya Malam Tadi
Adik Muhammad Rayyan Azhar, 5, didukung oleh bapanya Azhar Ahmad, 40, di tingkat bawah rumahnya ketika deretan kereta BMW tiba untuk menjemput mereka. Artis, Tauke Raja Lawak meminta Muhammad Rayyan membuat pilihan akan kereta BMW yang disukainya. - Foto MYNEWSHUB.CC
Adik Muhammad Rayyan Azhar, 5, cukup bertuah semalam apabila dia diberi peluang sendiri untuk memilih kereta jenama BMW mana yang disukainya untuk memenuhi impiannya menaiki kereta mewah itu. Itulah kegembiraan yang terpancar di wajah kanak-kanak itu yang menghidap kanser otot apabila melihat deretan kereta BMW berbaris di jalan raya di depan rumahnhya di Padang Jawa, Klang malam tadi. Dia memilih sebuah kereta BMW berwarna putih yang menjadi kegemarannya. Lebih dari 120 kereta jenama BMW dari kelab Mthusiast BMW Club serta kelab-kelab lain seperti BMW E60 Owners Club, E46 Bimmers, Kelab 1series dan Z4 membanjiri laluan di Lebuhraya Persekutuan sebagai meraikan permintaan Muhammad Rayyan.
Deretan sebahagian kereta jenis BMW pelbagai model diparkir di stesen Petronas di Padang Jawa di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang sebagai persiapan sebelum menjemput Muhammad Rayyan malam tadi. – Foto MYNEWSHUB>CC Pada 17 November lepas, Mynewshub.cc melaporkan ibunya Hasni Hasan menulis di laman sosial Facebook tentang keinginan anaknya untuk menaiki sebuah kereta BMW dan berharap ada pihak yang memiliki kereta jenis itu dapat membawa anaknya bersiar-siar. Hasilnya, Presiden Kelab MThusiast BMW Mohd Niezam Ismail terpanggil untuk memenuhi impian adik Muhammad Rayyan dan menghantar wakil kelab untuk memaklumkan kepada ibu bapa kanak-kanak itu tentang hasrat mereka.
Mohd Niezam berkata pada mulanya mereka hanya menjangkakan hanya sekitar 10 buah kereta jenis BMW akan hadir memberikan sokongan memandangkan program yang dirancang secara cepat itu diadakan pada hari bekerja. “Jika lebih pun saya mensasarkan mungkin sekitar 75 hingga 80 buah kereta yang akan datang, bagaimanapun kami sebak dan terkejut kerana lebih 120 kereta BMW yang hadir memberikan sokongan kepada program ini,” katanya kepada Mynewshub.cc malam tadi. Sebanyak empat buah kereta pada mulanya menjemput Muhammad Rayyan dan keluarganya di rumah mereka sebelum kemudian menaiki kereta BMW pilihannya dibawa bersiar-siar sekitar Shah Alam sebelum disambut di restoran KFC di Extreme Park di Shah Alam. Ketika bersiar-siar, deretan baki lebih 120 kereta menyertai konvoi Muhammad Rayyan yang turut dikawal oleh anggot polis trafik bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta menjamin keselamatan. Di restoran KFC, Muhammad Rayyan diberikan sambutan ulangtahun kelahirannya lebih awal iaitu pada 23 November oleh para ahli kelab Mthusiast BMW Club serta diberikan hadiah sebuah kereta model BMW kawalan jauh. Pelawak kumpulan Virus, Tauke yang kini beraksi dalam Maharaja Lawak Mega 2014 turut hadir pada malam semalam sebagai menyokong Muhammad Rayyan tambahan pula beliau juga memiliki kereta jenis BMW.
Tauke Raja Lawak yang kini anggota kumpulan Virus dalam Maharaja Lawak Mega 2014 di hadapan kereta BMW miliknya. Beliau turut bersama-sama anggota kelab Mthusiast BMW memberi sokongan kepada Muhammad Rayyan. – Foto MYNEWSHUB.CC
Menurut Hasni, Muhammad Rayyan menghidap barah otot yang mana menyebabkan ototnya membesar sehingga menghimpit pundi kencingnya sekaligus menyukarkan dia bergerak dan berjalan. “Selepas menjalani dua kali rawatan Kimoterapi, Alhamdulillah kini (Muhammad) Rayyan boleh berjalan,” katanya kepada Mynewshub.cc. Sementara itu, bapa Muhammad Rayyan, Azhar Ahmad berkata anaknya itu mula menggemari kereta model BMW ketika usia dua tahun dan sentiasa menunjuk jari ke arah kereta BMW jika ternampak di jalan raya. – MYNEWSHUB.CC

Jaspal Singh Dilantik Semula Sebagai Senator
KUALA LUMPUR: Senator Dewan Negara Datuk Jaspal Singh Gurbakhes Singh mengangkat lafaz sumpah ikrar pada Majlis Angkat Sumpah lantikan semula sebagai Senator Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Bangunan Parlimen di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Bekas Bendahari Agung MIC Datuk Jaspal Singh Gurbakhes Singh, 52, dilantik semula sebagai anggota Dewan Negara bagi penggal kedua. Beliau yang juga anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Strategik Sosial dan Yayasan Pemulihan Sosial mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, di bangunan Parlimen di sini hari ini. Beliau akan berkhidmat bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 2 Nov lepas setelah tempoh penggal pertamanya tamat pada 1 Nov. Jaspal Singh ketika ditemui pemberita berkata beliau akan terus membawa isu-isu yang relevan dengan masyarakat masa kini, termasuk isu anak-anak muda yang menghadapi cabaran besar dalam bidang pekerjaan. “Cabaran pekerjaan untuk anak-anak muda kini tidak sama dengan 20 tahun lalu, justeru jika kerajaan mahu golongan ini terus memberi sokongan, maka kita perlu beri apa yang mereka perlukan,” tambahnya. – BERNAMA

Penganjur Program ‘Sentuh Anjing’ Tawar Sayur Percuma!
Individu bernama Syed Azmi Alhabshi pernah dicaci dengan pelbagai kata-kata kesat dan tuduhan tidak berasas seperti murtad setelah berita penganjuran program ‘I Want To Touch A Dog’ tersebar luas di media.
Namun, tekanan tersebut tidak menghalang aktivis itu dari meneruskan kerja-kerja amal untuk berbakti kepada masyarakat yang memerlukan. Terbaru, menerusi akaun Facebook peribadinya, Syed Azmi menguar-uarkan satu program anjurannya yang akan mendedahkan masyarakat dengan pasar percuma (free market) bagi hasil mentah seperti sayuran.
Bakal diadakan di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya pada pukul 10 pagi sehingga 1 tengah hari, Syed Azmi dan rakan-rakannya akan menyediakan sayuran percuma kepada mereka yang kurang bernasib baik, juga kepada golongan yang berhadapan masalah perbelanjaan. Bukan itu sahaja, pihak pengajur juga menyeru orang awam untuk mendermakan barangan terpakai seperti alatan elektrik, pakaian dan perabot andai ia masih berada dalam kondisi baik dan sudah tidak digunakan lagi. Tambahnya, bagi sesiapa yang ingin terlibat dalam program itu boleh menghubunginya sendiri melalui akaun Facebook ataupun terus berjumpa pada pukul 9.30 pagi di perkarangan masjid. Baik sungguh niat Syed Azmi dan rakan-rakannya untuk membantu pihak kurang bernasib baik. Diharapkan, para pengguna yang mengeji tindakan kontroversi Syed Azmi menganjurkan program ‘sentuh anjing’ dahulu, sama-sama turun padang membantu insan kurang bernasib baik. Jangan asyik nampak yang jelik sahaja, tapi bila individu tersebut melakukan sesuatu yang mulia, masing-masing diam seribu bahasa! – MYNEWSHUB.CC

Remaja Lemas Terjatuh Ke Dalam Telaga Di Setiu
SETIU – Seorang remaja perempuan lemas selepas terjatuh ke dalam telaga di Kampung Jelapang, Bandar Permaisuri di sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu berlaku ketika Norsyakirah Izati Nazliza, 13, mengikut datuknya Mat Daud Dollah, 73, menahan pukat di sawah yang terletak kira-kira 25 meter dari belakang rumah datuknya.
Ketua Polis Daerah Setiu DSP Ab Rahman Raja Mohamed berkata anak sulung daripada lima beradik itu dikatakan terjatuh ke dalam telaga yang terletak di dalam sawah itu yang sedang ditenggelami air ketika datuknya sedang memukat.
Telaga itu agak dalam dan tidak dapat dilihat kerana sawah dipenuhi air, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Gerakan mencari mangsa dijalankan dengan bantuan penduduk kampung dan mayat pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok itu dihantar ke Hospital Setiu untuk dibedah siasat. – BERNAMA
TOP
Sembunyi Dadah Dalam Tali Bernilai Lebih RM2.6 Juta
LONDON – Dadah jenis kokain bernilai lebih £500,000 (RM2.6 juta) yang disembunyikan di dalam tali dirampas di Lapangan Terbang Gatwick, baru-baru ini.
Dadah kelas A itu disumbatkan ke dalam tali yang digunakan untuk mengikat kotak yang dianggap penyiasat sebagai usaha canggih untuk menyeludup 13 kilogram dadah itu menerusi lapangan terbang.
Tali yang mengandungi kokain itu digunakan untuk mengikat kotak makanan yang diimport dari Jamaica.
Bagaimanapun, apabila pengawal sempadan mememeriksa tali berbentuk tiub itu, mereka mendapati ia disumbatkan dengan kokain.
Pengarah pengawal sempadan di lapangan terbang itu, Carole Upshall berkata: “Rampasan ini menunjukkan penyeludup sering menggunakan pelbagai cara untuk menyeludup. Kali ini mereka mengguna tali untuk menyembunyikan dadah.”
Menurut Carolle, pihaknya kini bekerjasama dengan Agensi Jenayah Kebangsaan untuk menjejaki kumpulan di sebalik penyeludupan berkenaan. – Agensi
TOP
Schumacher Lumpuh, Masalah Ingatan Dan Tak Boleh Bercakap
PERANCIS: Seorang bekas pemandu Formula Satu (F1) mendakwa legenda sukan itu, Michael Schumacher kini ‘lumpuh’ dan terpaksa menggunakan kerusi roda, ‘tidak berupaya bercakap dan mengalami masalah ingatan’.
Bekas pemandu F1, Philippe Streiff yang juga menggunakan kerusi roda sejak nahas di Brazil pada 1989 ketika ujian pra musim berkata, Schumacher tidak berupaya untuk bercakap dan mengalami masalah ingatan.
Streiff, yang juga kawan baik Schumacher berkata: “Dia semakin baik tetapi semuanya agak relatif. Ia amat sukar. Dia tidak boleh bercakap.
“Sama seperti saya, dia guna kerusi roda, lumpuh. Dia mengalami masalah ingatan dan tidak boleh bercakap.”
Streiff, 59, melawat Schumacher ketika pemandu Jerman itu dirawat di Hospital Grenoble, Perancis selepas dia terbabit dalam nahas ski pada Disember sehingga mengalami kecederaan di bahagian otak.
Schumacher, 45, dipindahkan ke Hospital Lausanne di Switzerland pada Jun lalu dan kini dirawat di rumahnya di Lake Geneva.
Sehubungan itu, jurucakap Schumacher, Sabine Kehm berkata, komen Streiff adalah “pandangan peribadinya” dan beliau tidak mahu mengulas lanjut.
“Streiff tidak pernah berhubung dengan kami,” katanya.
Sementara itu, doktor yang merawat Schumacher pada Oktober lalu berkata, bekas juara F1 itu menunjukkan perkembangan positif tetapi memerlukan masa beberapa tahun untuk sembuh.
Doktor Perancis, Jean-Francois Payen juga memuji isteri Schumacher atas kasih sayang yang ditunjukkan sejak suaminya terbabit dalam nahas berkenaan.
Dr Payen merawat Schumacher di Hospital Grenoble selepas dia dibawa dari lokasi nahas.
“Saya dapati ada sedikit perkembangan tapi kita perlu memberinya masa. Sama seperti pesakit lain, kita perlu beri masa setahun hingga tiga tahun, jadi anda perlu bersabar,” katanya.
Dr Payen berkata, beliau masih merawat bekas pemandu berusia 45 tahun itu di hospital Lausanne dan di kediaman Schumacher. – Agensi
TOP
Malaysia Cadang Kumpulan Siapsagaan ASEAN
DATUK Seri Hishammuddin Hussein (lima dari kiri) pada Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di Bagan, Myanmar hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan tahap baharu kerja sama pertahanan bagi negara anggota ASEAN yang dikenali sebagai Kumpulan Siapsagaan ASEAN. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata penubuhan kumpulan itu khusus bagi negara ASEAN berada dalam keadaan siapsiaga untuk menghadapi apa-apa kemungkinan susulan respons cepat dalam kalangan negara ASEAN terhadap insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 pada 8 Mac lepas dan kejadian taufan Haiyan membadai Filipina pada November 2013. Beliau berkata, Malaysia mahu membawa kerjasama pertahanan ASEAN ke skala lebih besar berikutan kejayaan dan keberkesanan mekanisme Bantuan Kemanusiaan dan Bencana masa kini termasuk Perjanjian ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Tindak Balas Kecemasan (AADMER) dan Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan (AHA). Beliau berkata, kumpulan itu boleh bekerjasama untuk latihan serta membangunkan prosedur bersama dan beroperasi di bawah mekanisme kerjasama yang praktikal sedia ada. “Selain itu, adalah diharapkan bahawa kumpulan itu akan memperoleh pelepasan diplomatik yang telah ditentukan, talian komunikasi dan pramengenal pasti peralatan sumber manusia dan kepakaran peralatan,” kata beliau dalam sesi bertukar pandangan pada Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di Bagan, Myanmar hari ini. Teks ucapan Hishammuddin dihantar kepada BERNAMA hari ini. Ia bertemakan “Kerjasama Pertahanan Ke Arah Komuniti ASEAN yang Aman dan Makmur.” Beliau juga melahirkan rasa terima kasih kepada 10 negara ASEAN yang pertama tampil memberi sokongan kepada Malaysia ketika negara berada dalam keadaan yang sukar susulan tragedi kehilangan MH370. Mengenai usaha memerangi kumpulan militan digelar Negara Islam (IS), Hishammuddin berkata terdapat keperluan untuk memahami lebih lanjut bagaimana ideologi yang menyimpang untuk mewujudkan semula khalifah yang sudah tidak berfungsi boleh menjadi begitu menarik bagi orang daripada pelbagai rantau. “Dalam hal ini, selain membangkitkan kesedaran domestik, kerjasama pelbagai hala melalui penglibatan lebih dekat dan perkongsian maklumat adalah penting dan tidak ada lagi platform lebih penting di rantau ini selain ADMM,” katanya. – BERNAMA

Bas Ekspres Bawa 39 Penumpang Terbabas Dekat Betong
Sebuah bas ekspres membawa 39 penumpang terbabas sebelum merempuh besi penghadang bahu jalan di Skrang,Betong, pagi tadi.
BETONG – Sebuah bas ekspres membawa 39 penumpang terbabas sebelum merempuh besi penghadang bahu jalan di Skrang, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuching ke Tebedu di kawasan sempadan Sarawak – Kalimantan Barat, sebelum dipercayai hilang kawalan lalu terbabas. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Beberapa penumpang yang kebanyakannya warga Indonesia mengalami kecederaan ringan dan trauma susulan kejadian berkenaan. Difahamkan, penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Betong bagi mendapatkan rawatan. – BH Online

UMT, UniSZA Isytihar Cuti Bencana Akibat Banjir
KUALA TERENGGANU – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengisytiharkan cuti bencana hari ini berikutan pusat pengajian tinggi itu dilanda banjir.
UMT mengumumkan hari ini sebagai cuti sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian manakala UniSZA mengumumkan semalam dan hari ini sebagai cuti darurat. Perkara itu dimaklumkan oleh Naib Canselor UMT, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo dan Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Yahya Ibrahim. Kawasan kedua-dua universiti berkenaan dinaiki air sehingga kira-kira 0.4 meter. Prof Dr Ibrahim yang mengumumkan cuti berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi ini berkata, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir di kawasan rendah seperti di pintu masuk UMT dan beberapa bahagian sepanjang jalan. “Kita tidak dapat memasuki kampus dan saya mencadangkan kita ‘cuti peristiwa’ pada pagi ini hingga diberitahu kelak. “Dalam pada itu, saya turut menasihatkan warga UMT supaya duduk di rumah (jika masih selamat), menguruskan keselamatan keluarga dan harta benda dengan sebaik mungkin,” katanya. – BH Online

Azza (Elite) Dedah Keguguran Tiga Kali, Tiub Fallopio Dibuang
Azza masih belum berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata. Foto BRIAN MOH
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan membuang tiub fallopio bahagian kiri rahimnya pada Disember tahun lalu ekoran kandungannya berada di luar rahim. Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, pembedahan itu cukup meninggalkan kesan kepadanya kerana kehamilan keduanya itu bukan sahaja gugur malah doktor mengesahkan dia akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata. "Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya saya kerana doktor mengesahkan saya sukar untuk hamil kerana hanya mempunyai satu tiub fallopio sahaja. "Biarpun redha dengan kejadian itu namun saya tidak pernah patah semangat kerana yakin suatu hari nanti Allah akan memberikan rezeki anak kepada saya dan suami," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadi pengacara dan pelakon Roslan Shah di Sri Kembangan pada malam Isnin lalu Azza turut memberitahu dia pertama kali mengalami keguguran pada 2012 selepas beberapa bulan berkahwin dengan suaminya, Azlan Zulaily dan kali kedua pada Januari 2013. Azza dan suaminya, Azlan. Dalam pada itu, Azza berkata, dia terkejut apabila doktor mengesahkan dia hamil buat kali ketiga pada Disember tahun sama namun mengalami keguguran pada minggu ketiga kehamilannya. Jelas Azza, biarpun sedih namun dia optimis dia masih mampu hamil lagi selepas ini biarpun hanya terpaksa bergantung kepada satu tiub fallopio sahaja. "Kehamilan ketiga itu adalah bukti kuasa Allah lebih daripada segalanya dan membuatkan saya bertambah yakin bahawa saya akan hamil lagi selepas ini," ujarnya. Tambah penyanyi itu lagi, suaminya juga turut menjadi pendorong semangat kepadanya dan memastikan dia tidak melakukan kerja-kerja berat dan mendapat rehat yang cukup. Malah kata Azza, pelakon Rozita Che Wan dan Didie Alias banyak memberinya nasihat dalam mengharungi masa sukar tersebut selain memberikan tip untuk terus mencuba mendapatkan zuriat. "Sebelum ini saya murung dengan kejadian tersebut tetapi apabila difikirkan kembali ada hikmah disebaliknya mengapa saya masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata. "Alhamdulillah suami dan rakan-rakan banyak memberi dorongan dan saya terbuka apabila ditanya mengenai perkara ini kerana saya tahu bukan saya seorang mengalami nasib sama dan cerita saya dapat memberi inspirasi kepada wanita lain juga untuk tidak berputus asa," ujarnya. Sementara itu, Azza berkata, dia kini sibuk menguruskan butik pakaian muslimahnya di Busana Mall di ibu negara dan bersyukur perniagaannya itu semakin berkembang maju. Malah kata Azza, dia bakal tampil dengan rekaan pakaian muslimahnya sendiri yang bakal diberi nama PAJ by Azza Elite dalam masa terdekat ini. "Alhamdulillah berkat usaha saya dan suami bisnes semakin bertambah baik dan saya baharu sahaja membuka sebuah lagi butik di Busana Mall yang mengkhususkan penjualan pakaian," katanya. - mStar online

Parlimen Sepanyol iktiraf Palestin
Sumber Reuters/Susana Vera
MADRID - SEPANYOL. Parlimen Sepanyol sebulat suara mengundi untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara selepas memperoleh 319 undi sokongan di bawah usul dikemukakan parti Sosialis yang merupakan pembangkang utama negara itu. Resolusi itu juga bertujuan untuk menggesa kerajaan supaya mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara mengikut undang-undang antarabangsa. Selain itu, ia berfungsi untuk menggalakkan penyelarasan dengan dasar Kesatuan Eropah (EU) yang mengakui Palestin sebagai sebuah negara berdaulat, demokrasi dan merdeka. Sepanyol mengikut jejak langkah Britain dan Ireland yang telah membuat tindakan simbolik dengan meluluskan usul tidak terikat serupa bagi mengesahkan hak Palestin. Pada 30 Oktober lalu, Sweden menjadi negara anggota pertama EU mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dalam tempoh kurang sebulan selepas kerajaan itu mengumumkan rancangan tersebut walaupun berdepan kritikan daripada Amerika Syarikat (AS) dan sekutu kuatnya, Israel. Difahamkan menurut laporan Press TV, Perhimpunan Kebangsaan Perancis juga bakal mengambil langkah simbolik sama bagi menuntut pengiktirafan serupa terhadap wilayah Palestin pada Jumaat depan.
Gambar AFP/Asif Hassan

Pakaian Dikenakan Izreen Ketika ASK 2014 Tidak Original
Walaupun fesyen yang dikenakan oleh Izreen Azminda telah dinobatkan sebagai 5 terbaik ketika Anugerah Skrin 2014, ada pihak yang mengkritik fesyen yang digayakan oleh Izreen itu sebagai ciplak.
Difahamkan pakaian itu direka oleh Emelda Rosemila bukan idea yang original. Ini terbukti setelah pakaian tersebut dibandingkan dengan satu gambar yang memaparkan Kim Kardishian mengenakan pakaian yang hampir sama.
Apa yang berbeza cumalah kepanjangan skirt di mana pakaian yang dikenakan Izreen lebih labuh jika dibandingkan dengan pakaian yang dikenakan oleh Kim Kardashian.

Bekas Pemain Chelsea Ponteng Latihan Kerana Takut Kucing
BEKAS penyerang Chelsea dan Birmingham City, Mikael Forssell tidak menghadiri latihan harian bersama kelabnya apabila seekor kucing berada berhampiran pintu kereta.
Forsell yang juga bekas pemain Finland dikatakan takut terhadap kucing dan kejadian itu telah menyebabkan dia gagal hadir latihan bersama kelab VFL Bochum di Jerman.
Forsell
Dalam laman sosial Twitter miliknya, pemain berusia 33 tahun itu berkata," Saya alergi pada kucing... saya perlu lepaskan latihan... separuh ketakutan... telah menunggu selama 20 minit termasuk menganggunya (kucing) dengan getah." Forsell pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris sepanjang 1998-2008 dengan mewakili Chelsea, Crystal Palace dan Birmingham, selain menjaringkan 50 gol sebelum mengalami kecederaan. Dia kemudian mewakili Hannover di Bundesliga sebelum kembali beraksi bagi Leeds United dan akhirnya ke Jerman. ─ mStar online

Majlis Keselamatan PBB kenakan sekatan ke atas Ansar al-Sharia di Libya
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenakan sekatan ke atas kumpulan militan, Ansar al-Sharia yang terbabit dalam serangan di Konsulat Amerika Syarikat di Benghazi pada 2012 dan kaitannya dengan al-Qaeda serta kumpulan pengganas lain.
Majlis itu yang memantau sekatan ke atas al-Qaeda turut menambah dua sayapnya di Libya - Ansar al-Sharia di Benghazi dan Ansar al-Sharia di Derna dalam senarai hitam dan mengarahkan semua negara supaya membekukan aset mereka serta mengenakan larangan perjalanan dan sekatan senjata.
Perancis, Britain dan Amerika Syarikat meminta PBB supaya mengenakan sekatan itu dan tiada anggota majlis membantah apabila tempoh bantahan ditutup semalam.
Kedua-dua sayap al-Qaeda itu juga dikatakan mempunyai kaitan dengan 'Islamic Maghreb' (AQIM) dan kumpulan lain. - AP
TOP
Perancis hantar 6 Mirage ke Jordan perangi IS
PERANCIS menghantar jet pejuang Mirage ke Jordan untuk menyerang anggota kumpulan IS di Iraq.
PARIS: Perancis akan menghantar enam jet pejuang Mirage ke Jordan untuk menyerang anggota kumpulan IS di Iraq, kata Menteri Pertahanan, Jean-Yves Le Drian. "Ada sembilan (pesawat) Rafale di Emiriah Arab Bersatu dan ia akan diperkukuhkan dengan enam pesawat pejuang Mirage bagi menyokong tindakan kita," Le Drian memberitahu Parlimen. Dua diplomat Perancis memberitahu Reuters Khamis lalu bahawa dengan menempatkan jet pejuang itu di Jordan, ia akan meningkatkan jumlah misi terhadap IS dan mengurangkan kos ketika kerajaan berhadapan tekanan untuk memotong perbelanjaan. - Reuters

Pencuri lembu maut ditembak pemilik
GUA MUSANG: Seorang pencuri lembu bernasib malang apabila dia maut selepas terkena tembakan rambang dari salah seorang pemilik lembu yang membuat rondaan di lading kelapa sawit, Sungai Terah, Gua Musang jam 6.05 pagi tadi.
Mangsa yang ditembak mati dikenali sebagai Mohd. Khairul Anuar Abd. Ghani berumur 33 tahun dan berasal dari RKT Kesedar Paloh 2.
Sementara itu, seekor lembu yang telah mati dalam keadaan kaki terikat dipercayai disuntik bahan pelali turut dijumpai dalam kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai milik mangsa.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Saifulbahri Abdullah berkata, pada jam 2.00 pagi tadi pemilik lembu yang juga seorang anggota Rela berusia 48 tahun telah membuat rondaan bersama penduduk kampung ternampak sebuah kenderaan pacuan empat roda memasuki kawasan ladang ternakan lembu.
Pada jam 6.05 pagi pula, dia sekali lagi terserempak dengan suspek di tengah jalan ladang kelapa sawit tersebut.
Pemilik lembu terbabit telah keluar dari kenderaannya dan menahan kenderaan suspek menyebabkan pemandu itu membuat pusingan 'U' untuk melarikan diri.
Anggota Rela terbabit telah mengejar suspek dan apabila tiba di satu selekoh kenderaan suspek telah terbabas dan pemandunya melarikan diri ke dalam ladang kelapa sawit.
Seorang lagi suspek di bahagian penumpang telah menuju kearah pemilik lembu dengan sebilah parang dan melibaskan parangnya beberapa kali ke arah pemilik lembu terbabit menyebabkan dia melepaskan satu das tembakan rambang ke arah suspek.
Tambah Saifulbahri, suspek mempunyai 3 rekod jenayah narkotik dan dia juga sedang diburu kerana kegiatan mencuri lembu di sekitar Gua Musang.
Pemilik lembu yang mempunyai lesen menggunakan senapang telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, seorang pemilik lembu yang pernah menjadi mangsa kecurian lembu, Raja Azmi Ramli, berkata kejadian curi lembu yang kerap kali berlaku di ladang ini menyebabkan penduduk kampung berpakat untuk menyiasat siapa dalangnya.
Mayat suspek kini ditempatkan di Hospital Gua Musang, manakala rakan suspek berjaya melarikan diri dan pihak polis sedang giat memburu suspek berkenaan. - Astro Awani
TOP
Pulau Tashirojima - Syurga Bagi Kucing
Tashirojima adalah satu kepulauan nelayan kecil di Jepun yang terkenal dengan nama "Pulau Kucing" kerana sebilangan besar 'penduduknya' adalah kucing.
Tashirojima dihuni oleh beratus-ratus kucing dari baka Feline, yang dijaga dan juga dipuja oleh manusia di pulau tersebut.
Pada asalnya, kucing-kucing tersebut dibawa ke pulau berkenaan untuk tujuan mengawal serangga dan binatang perosak, tetapi sejak dari itu, kucing-kucing tersebut membiak dan bilangan mereka mengatasi bilangan manusia di kepulauan tersebut sehingga empat kali ganda.
Menurut kepercayaan penduduk tempatan di pulau itu, yang kini bilangannya hanya dalam 100 orang, memberi makan kepada kucing di pulau tersebut akan membawa kekayaan dan kebaikan kepada mereka.
Kini, pulau Tashirojima telah menjadi destinasi pelancongan bagi pencinta-pencinta kucing. Penduduk dan pelancong juga dilarang membawa anjing ke kepulauan berkenaan bagi menghormati kucing-kucing di sana.
Yang pasti, pulau itu sudah tentu menjadi surga bagi kucing-kucing terutamanya apabila diberi makan secukupnya dengan ikan dan makanan laut lain yang segar-segar.

Musnahkan sarang tebuan dengan semburan air
KEADAAN sarang tebuan sebelum dimusnahkan oleh Reich dengan menggunakan semburan air. - YouTube
LONDON –Satu rakaman video yang dimuat naik dalam laman perkongsian video, YouTube menunjukkan aksi berani seorang lelaki yang hanya menggunakan semburan air untuk memusnahkan sarang tebuan gergasi. Video berdurasi selama dua minit itu menunjukkan lelaki tersebut, Richard Reich memusnahkan sarang tebuan yang berada di belakang bangsal miliknya. Reich dilihat hanya menggunakan semburan air dari paip rumahnya untuk memusnahkan sarang tebuan berkenaan. Lebih menghairankan lagi Reich yang berada hanya beberapa meter dari sarang tebuan berkenaan langsung tidak diserang atau disengat haiwan berbisa itu. Di akhir video tersebut, lelaki itu dilihat memukul beberapa ekor tebuan dengan menggunakan satu raket badminton. Reich berkata, dia tidak disengat oleh tebuan berkenaan kerana berada agak jauh dari sarang dan tidak dianggap sebagai ancaman oleh serangga tersebut. Bagaimanapun, Reich menasihatkan orang ramai supaya tidak meniru aksi bahaya itu kerana tebuan adalah haiwan berbisa yang boleh membawa maut.– Agensi -kosmo

Walt Disney bina roller coaster tertinggi di dunia
GAMBARAN artis menunjukkan sebuah permainan roller coaster di taman tema Walt Disney World di Orlando, Florida, Amerika Syarikat. - Agensi
ORLANDO, Amerika Syarikat – Sebuah permainan roller coaster paling tinggi di dunia bakal menjadi tarikan terbaharu di taman tema Walt Disney World di sini. Roller coaster setinggi 173 meter (m) dan mampu mencapai kelajuan mencecah 104 kilometer sejam (km) itu dijangka memberi pengalaman berbeza apabila dibuka pada tahun 2016. Presiden kelab peminat roller coaster Amerika Syarikat (AS), Michael Kitchen berkata, permainan yang dikenali sebagai Skyscraper direka bagi memberikan keseronokan luar biasa kepada pengunjung. “Permainan ini membawa anda ke tahap yang lebih tinggi yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana roller coaster di seluruh dunia. “Walaupun masih dalam proses pembinaan tetapi para peminat roller coaster sudah tidak sabar-sabar untuk menaikinya,” katanya. Rekod binaan roller coaster paling tinggi ketika ini dipegang oleh Kingda Ka yang terletak di taman tema Six Flags Great Adventure di New Jersey, AS dengan ketinggian mencecah 138m. Menurut laporan daripada Roller Coaster DataBase, King Ka juga memegang rekod permainan roller coaster kedua paling pantas di dunia dengan kelajuan mencecah 205 km/j. – Agensi -kosmo

Penjimatan wang subsidi minyak untuk bantu rakyat miskin – Jokowi
JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata, langkah mengurangkan subsidi petrol dan minyak yang diumumkan beliau kelmarin penting bagi membaiki kewangan negara itu yang semakin meruncing.
Joko yang lebih dikenali sebagai Jokowi memberitahu, penjimatan daripada pengurangan subsidi itu boleh disalurkan untuk membantu rakyat miskin dan membina infrastruktur awam di negara berkenaan.
“Dari semasa ke semasa negara ini berdepan dengan pilihan yang sukar tetapi kita perlu mengambil satu keputusan.
“Negara ini memerlukan wang bagi membina infrastruktur awam dan juga untuk pendidikan serta kesihatan.
“Bagaimanapun, kita tidak mempunyai peruntukan kerana banyak wang telah dibazirkan untuk subsidi minyak,” katanya ketika mengumumkan kenaikan tersebut kelmarin.
Pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel lebih 30 peratus itu disambut baik oleh pakar ekonomi tetapi ia secara tidak langsung menjejaskan populariti Jokowi.
Harga petrol dan diesel di Indonesia dinaikkan sebanyak 2,000 rupiah (RM0.55) menjadikan harga baharu petrol kini dijual pada harga 8,500 rupiah (RM2.36) seliter, manakala diesel 7,500 rupiah (RM2.08) seliter.
Tambah Jokowi, beliau juga bakal memperkenalkan perlindungan sosial kepada penduduk miskin melalui satu skim bagi menyalurkan bantuan wang tunai untuk mengurangkan kesan kenaikan harga minyak kepada mereka.
Sebelum pengumuman tersebut, beratus-ratus penunjuk perasaan membuat bantahan di Makassar, Sulawesi dan terdapat juga bantahan serupa di Surabaya, Pulau Jawa.
Bagaimanapun, bantahan tersebut dilihat kecil berbanding tunjuk perasaan besar-besaran bagi membantah langkah kerajaan menaikkan harga minyak sebelum ini. – AFP
-kosmo
TOP
Singapura sokongan Malaysia selaku Pengerusi Asean
KUALA LUMPUR - Singapura akan memberi sokongan kepada Malaysia dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Pengerusi Asean tahun depan dan dalam peranannya selaku anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Menegaskan demikian, Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob berkata, ini memandangkan kedua-dua negara telah berkongsi dan bekerjasama dalam banyak perkara, terutama berkaitan rantau ini.
"Tahun depan banyak yang akan dilakukan Malaysia. Oleh itu, Singapura akan terus beri sokongan terhadap apa-apa usaha Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di bangunan Parlimen hari ini.
Halimah, yang berada di sini untuk lawatan rasmi tiga hari atas undangan Pandikar Amin berkata, Malaysia merupakan jiran yang paling dekat, rapat dan penting bagi Singapura, dan kedua-dua negara mempunyai hubungan yang baik dan erat dalam pelbagai aspek.
Beliau turut melahirkan rasa simpatinya terhadap tragedi yang menimpa MH370 dan MH17.
MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal sedang dalam penerbangan ke Beijing apabila ia hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 8 Mac.
Usaha mencari pesawat itu di dasar laut ketika ini dilakukan di selatan Lautan Hindi di luar pantai barat Australia - lokasi ia dipercayai jatuh setelah melencong daripada laluan asal dalam keadaan penuh misteri.
Manakala MH17, yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pula, ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai dan mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia dan 38 warga Australia.
Halimah turut mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Parlimen; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim; dan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. - Bernama
TOP
Cadbury tidak berkompromi soal halal
SHAH ALAM - Cadbury Malaysia tidak pernah berkompromi dengan integriti pada status halal produk coklat keluarannya.
Ketua Hal Ehwal Korporat dan Kerajaannya, Raja Zalina Raja Safran berkata, pihaknya sangat memahami dan menghormati kepentingan halal itu kepada budaya dan agama rakyat di negara ini.
"Kami percaya pengguna Malaysia berhak mendapat lebih baik. Mereka berhak kepada kejujuran tentang ramuan dalam produk makanan kami.
"Kami akan mengambil tindakan keras terhadap mana-mana individu atau organisasi yang menyebarkan maklumat yang salah tentang produk kami dan tidak menghormati sensitiviti berjuta-juta rakyat Malaysia yang suka jenama kami," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata lagi, bagi mengelakkan kesilapan itu berulang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah membangunkan prosedur operasi standard (SOP) sejajar dengan agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk Kementerian Kesihatan.
"Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan yang berkaitan dengan isu halal, semua pihak digesa untuk merujuk kepada laman web rasmi JAKIM http://www.islam.gov.my atau laman web Bahagian Hab Halal di http://www.halal.gov.my dan tidak merujuk kepada mana-mana sumber yang tidak sah," katanya lagi.-sinar
TOP
Vokalis ditahan bersama dadah, urin positif
KUALA LUMPUR - Vokalis kumpulan pop-rock terkenal tempatan ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu dalam satu serbuan kira-kira pukul 1.30 petang tadi di sekitar Kompleks Selayang Mall, di sini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, penyanyi lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dalam Ops Tapis, ketika dia sedang memandu.
"Pemeriksaan ke atasnya menemui satu lipatan kertas putih yang di dalamnya mengandungi sepeket kecil plastik lut sinar berisi dadah syabu anggaran 0.30 gram yang digenggam di tangan kirinya.
"Saringan awal ujian air kencing ke atasnya juga didapati positif dadah jenis 'Meth'," kata Ali ketika dihubungi Bernama.
Suspek disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. - Bernama
TOP
Malaysia terima lebih banyak syarikat Perancis
MALAYSIA akan menerima lebih banyak lagi syarikat Perancis tidak lama lagi susulan pengembangan pusat perniagaan bagi Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Perancis (MFCCI).
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) Datuk Rajendran Narayanasamy berkata pusat itu akan membantu syarikat Perancis meninjau peluang bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau ini.
"Kami menyaksikan minat yang semakin meningkat daripada syarikat Perancis dalam industri penerbangan, satu daripada bidang berteknologi tinggi dan strategik yang dikenal pasti bagi pertumbuhan," katanya kepada pemberita pada perasmian pusat itu di Kuala Lumpur, hari ini.
"Saya difahamkan bahawa kapasiti pusat perniagaan itu berkembang daripada lapan kepada 15 dan kini 22 buah pejabat.
"Ini menunjukkan dewan itu memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara sektor korporat Perancis dan Malaysia," katanya.
Rajendran berkata Malaysia memeterai dua memorandum persefahaman berkaitan industri penerbangan semasa lawatan Perdana Menteri Perancis Manuel Valls pada Julai tahun lepas.
Beliau berkata Perancis merupakan satu daripada sumber utama pelaburan asing Malaysia dalam pembuatan jentera, pengangkutan serta produk elektrik dan elektronik.
Bagi tujuh bulan pertama 2014, Mida meluluskan lima projek pembuatan daripada Perancis dengan pelaburan sebanyak RM110.2 juta.
Ketika ini, terdapat 270 syarikat perkhidmatan dan pembuatan Perancis beroperasi di Malaysia termasuk Lafarge, Airbus dan Asiaflex. - Bernama
TOP
Dakwaan Pekerja TNB Pukul Penduduk Kampung Masih Dalam Siasatan
Hari ini telah menjadi perbualan hangat di media sosial di mana seorang isteri dikatakan cuba melindungi suaminya dari terus dibelasah oleh kakitangan TNB kerana keengganannya membenarkan pihak TNB memasang kabel bervoltan tinggi merentasi kawasan tanah beliau kerana tidak diberi pampasan oleh TNB.
Dibawah adalah gamabr-gambar yang tersebar di media sosial.
Dalam kejadian yang didakwa berlaku di Guar Nangka, Perlis itu bagaimana pun masih dalam siasatan pihak polis kerana terdapat percanggahan dalam laporan yang dibuat oleh kedua-dua pihak. Berikut adalah kenyataan daripada pihak TNB di petik melalui laman sosialnya. "Bahagian Penghantaran TNB telah memaklumkan pihak admin bahawa kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lepas apabila kontraktor TNB sedang menarik pilot wire di tanah pemilik. Sebelum itu, Bahagian Penghantaran telah cuba menyerahkan cek pampasan tetapi pemilik tanah enggan menerimanya. Gambar pemilik tanah terbaring adalah disebabkan beliau terjatuh ketika cuba menghalang pihak kontraktor melakukan kerja-kerja tensioning. Tiada sebarang physical contact berlaku ketika kejadian. Pasukan projek telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut dan pemilik tanah juga membuat laporan polis dengan kenyataan yang berbeza. Pihak polis telah menjalankan siasatan dan menasihatkan pihak TNB untuk membuat laporan polis kedua mengenai kes ini. Kes ini telah menjadi kes polis dan di harap warga kerja tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan." bagaimanapun kami telah cuba mendapatkan respon dari pihak TNB tetapi tiada maklumat diperolehi kerana kes ini masih didalam siasatan.
Apapun masih tidak tahu siapa yang salah dan tidak boleh menunding jari kemana-mana pihak kerana belum tahu siapa yang salah, sama-sama kita tunggu hasil siasatan polis.- Siakapkeli.com.my

Microsoft Dalam Perbincangan Buka Pusat Data Di Johor
Perkembangan dunia internet dan penggunaan data secara meluas, membuatkan salah satu perkara yang menjadi fokus adalah pembangunan pusat data di rantau-rantau ramai pengguna untuk memberikan akses yang lebih pantas.
Terkini, Microsoft dilaporkan dalam perbincangan awal untuk membuka sebuah pusat data di Sedenak, Kulaijaya.
Perbincangan masih pada peringkat awal dan sekiranya berjaya, Microsoft akan melabur sekitar RM5 bilion ke RM6 bilion untuk membangunkan pusat data tersebut.
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri mengharapkan keputusan yang baik dari Microsoft berhubung perkara ini.
“Kami masih menunggu jawapan yang positif daripada syarikat gergasi tersebut dan mengharapkan keputusan yang terbaik akan diperoleh bagi kedua-dua pihak,” katanya, memetik laporan The Star.
Sebelum ini, MDeC dilaporkan pernah cuba menarik Microsoft untuk membuka pusat data di Cyberjaya, tetapi Microsoft dilihat lebih berminat untuk melabur di Johor memandangkan lokasinya yang berdekatan dengan Singapura.
Sekiranya perbincangan ini terhasil, maka kita akan dapat melihat impak positif dari segi ekonomi dan teknologi, di samping mungkin menarik lebih banyak syarikat lain untuk turut serta membuka pusat data di Malaysia.
Sumber: thestar
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
Sumber: thestar
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
TOP
MH17: KPN, Peguam Negara Ke Belanda Bincang Peranan Malaysia
KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan ke Amsterdam, Belanda pada 3 Dis ini untuk berbincang mengenai peranan pasukan penyiasat Malaysia dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
Beliau berkata antara perkara yang akan dibincangkan dalam pertemuan dengan pihak penyiasat Belanda ialah untuk memasukkan penyertaan pasukan penyiasat Malaysia ke dalam pasukan penyiasat antarabangsa yang ditubuhkan bagi menyiasat nahas tersebut.
“Buat masa ini, kita (Malaysia) tidak ada lagi dalam pasukan siasatan bersama, sebaliknya hanya sebagai peserta. Kita mesti dimasukkan ke dalam pasukan siasatan bersama ini,” katanya selepas menghadiri persidangan perundangan, peraturan dan keadilan jenayah di sini Rabu.
Ketika ini Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia berada dalam pasukan penyiasatan antarabangsa tersebut.
Penyertaan Malaysia di dalam pasukan penyiasatan antarabangsa telah dipersetujui Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte semasa beliau melawat Malaysia awal bulan ini.
Pesawat MH17 terhempas di wilayah timur Ukraine pada 17 Julai lepas dipercayai ditembak jatuh ketika membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur.
Sejumlah 43 rakyat Malaysia turut berada di dalam pesawat Boeing 777-200 itu. – BERNAMA
TOP
6 Hotel Paling Unik Di Malaysia
Selalu kalu kita dengar pasal hotel pelik dan unik pasti akan terbayang-bayang hotel di luar negara. Tapi tahukah anda sebenarnya di Malaysia pun ada banyak hotel pelik yang kita tidak ketahui.
Kali ini kami akan berkongsikan kepada anda 6 hotel pelik yang ada di Malaysia
1.Tubotel, Langkawi
Tubotel adalah sebuah Hotel bajet di Langkawi dengan pemandangan tepi laut ayng cantik dan indah.
Hotel ini telah dibina dari paip perbentungan bawah tanah yang terbenkalai tidak siap dan telah dibeli oleh pemilik hotel ini untuk dijadikan hotel. Ada pengunjung yang mengatakan permandangan
matahari jatuh dari bilik hotel ini adalah yang terbaik di Langkawi.
1 malam dari RM138
2. Bustel Klebang Melaka
Jika anda ingin mengimbau zaman nostalgia berhimpit-himpit naik bas semasa zaman remaja ke bandar, hotel bas ini memang sesuai. Di Bustel Melaka, katil, bilik mandi dan tandas semua di dalam bas. Untuk makan, anda turun dari bas anda, dan jalan kaki masuk ke bas lain yang menempatkan kafe makan.
1 malam dari RM120
3. Hotel Kapal Selam, Klebang
Teringin handak masuk kapa selam tapi anda bukan tentera laut. Janga risau kali ini bukan setakat masuk sahaja malah nda siap boeh tidur di dalam kepal selam ini di mana kapal selam yang merupakan muzium menyediakan pakej penginapan untuk pelancong.
1 malam dari RM150
4. Container Hotel, Kuala Lumpur
Ingat kerja kontrak saja boleh tidur dalam kontena? Anda pun boleh tapi kena bayar la. Hotel ini diilhamkan menggunakan kontena lama yang telah diubah menjadi hotel yang amat menarik dan unik.
Hotel ini terletak di dua lokasi iaitu di KLIA 2 dan di No. 1, Jalan Delima, Kuala Lumpur
1 malam dari RM 56
5. Time Capsule Retreat Sungai Lembing,Pahang
Suasana hutan yang sunyi dan dingin sesuai bagi anda yang ingin lari dari kesibukan kota dan inilah tempat yang sesuai. Hotel ini terut dibina menggunakan paip perbentungan seperti di Tubotel Langkawi.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik ada di sini termasuklah kenderaan ATV, air terjun, Jungle Trekking, Muzium Perlombongan, aktiviti merentasi sungai yang jernih yang boleh dirancang mengikut masa anda sendiri. Terdapat juga aktiviti BBQ di sini yang mengenakan caj sebanyak RM26 seorang.
Harga dari RM118
6. Hotel Pelantar Minyak, Sabah
Siapa cakap hanya pekerja pelantar minyak saja boleh naik pelantar minyak. Anda pun boleh berada di pelantar minyak.
Hotel ini merupakan satu-satunya hotel pelantar minyak yang di dunia. Kalau hendak menyelam anda tidak perlu ke kawasan jauh hanya menyelam di bawah pelantar sahaja yang dihuni hidupan laut dan batu
karang yang cantik.
Pakej 4 hari dengan trip menyelam dari RM 2730
Cuti sekolah dah dekat, kepada sesiapa yang ingin bercuti tapi inginkan kelainan boleh la cuba tempat-tempat ini. Pasti menarik.-Siakapkeli.com.my

Mas Idayu Mengamuk Dalam Ujibakat Mentor Legend
Mentor kali ini teleh membawa kelainan apabila mentor kali ini dibarisi oleh otai-otai industri muzik tanah air iaitu Hattan, Ajai, Amy Search, Ella, Mas Idayu dan Dayang NurFaizah memang sesuai dengan namanya iaitu Mentor Legend.
Seperti biasa sebelum bermulanya rancangan ini pasti akan diadakan ujibakat oleh setiap mentor untuk mencari protege yang terbaik mengikut kehendak dari mentor-mentor ini.
Belum pun bermula rancangan ini sudah ada yang panas apabila semesa ujibakat Mas Idayu di mana Mas Idayu telah mengamuk. Mana tidaknya apabila ada perserta yang datang memperlecehkan dan mempertikaikan kewibawaan Mas Idayu sebagai penyanyi.
Telah tersebar video di youtube apabila seorang remaja bernama Erdy Sofian, 22, telah datang mencuba nasib untuk ujibakat Mas Idayu di Sri Pentas. Bagaimanapun dia tidak berjaya dan telah menyebabkan ketegangan apabila mempertikaikan kewibawaan Mas Idayu dan ini telah menyebabkan Mas Idayu naik angin.
Kalau admin pun duduk di tempat Mas Idayu admin pun akan buat begitu. Tu baru ujibakat nak jadi artis bukan jadi artis lagi. Biasalahkan budak-budak baru nak "up' .
Mari kita saksikan video tersebut.- Siakapkeli.com.my
TOP
Malaysia Kini Berada Di Tangga 48 pada Indeks Keganasan Global
Salah satu serbuan yang dilakukan oleh skuad khas Pembanteras Keganasan Bukit Aman pada 18 Jun lalu di Kuala Kangsar
PETALING JAYA, 19 Nov : Malaysia kini berada pada kedudukan ke-48 dalam Indeks Keganasan Global (GTI) pada tahun 2014. Pada tahun 2013, Malaysia berada pada kedudukan ke-91. Kedudukan ini meletakkan Malaysia hampir dengan negara Ireland, Tunisia, Afrika Selatan dan Peru yang masing-masing berada pada kedudukan 46, 47,48, dan 50. Filipina, Thailand dan Indonesia berada pada kedudukan ke 9,10 dan 31 manakala negara jiran, Singapura, berada pada kedudukan 124. Indeks GTI adalah satu indeks yang mula dilancarkan pada 2012 yang bertujuan untuk menjadi penanda aras kegiatan pengganas di negara tersebut di peringkat antarabangsa. Indeks ini mengambil kira jumlah aktiviti pengganas yang berlaku, kematian, kecederaan dan juga kerosakan - Siakapkeli.com.my

Bas Terjunam Masuk Sungai
KUALA KETIL: Sebuah bas City Liner hari ini dilaporkan telah terjatuh ke dalam Sungai muda dari Jambata sungai tersebut petang tadi,
Bas City Liner tersebut telah terjunam dari jambatan Muda berhampiran kampung Pantai Cicar bagaimana pun tiada kemalanagn jiwa di laporkan.
Menurut sumber dari PGO Kedah, kejadian itu telah melibatkan tiga orang mangsa terdiri dari 2 lelaki tempatan dan sorang warga asing. Kesemua mereka dilaporkan berjaya merangkak keluar dari bas tersebut menyelamatkan diri.
Ketiga-tiga mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan Kuala Ketil untuk mendapat rawatan dan di jabatan pesakit luar klinik tersebut. Pihak bomba bagaimanapun telah menghantar pasukan penyelam untuk memastikan tiada mangsa lagi di dalam bas tersebut.- Siakapkeli.com.my

Kekalkan Seksyen 3 & 4 Jika Akta Hasutan Dipinda
KUALA LUMPUR – Sekiranya Akta Hasutan 1948 dipinda, ia mestilah mengekalkan Seksyen 3 dan 4 akta itu bagi menjamin keharmonian masyrakat, kata Penasihat kepada Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini.
Beliau berkata peruntukan di bawah kedua-dua seksyen itu masih diperlukan bagi menjamin keharmonian masyarakat kerana ia secara jelas mentakrifkan perbuatan yang dianggap menghasut.
“Kita mesti faham bahawa apa yang dianggap sebagai hasutan kekal sebagai hasutan kerana ia untuk menjaga masyarakat dan bukan orang peribadi,” katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa mengenai Undang-undang, Perintah dan Keadilan Jenayah 2014 di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) di sini.
Kedua-dua seksyen itu adalah mengenai kecenderungan untuk menghasut dan perbuatan menghasut serta hukuman yang boleh dikenakan terhadap mereka yang melakukan atau cuba melakukan, membuat persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut.
Ia juga meliputi perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, menyebut apa-apa perkataan menghasut, mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semula apa-apa penerbitan menghasut; atau mengimport apa-apa penerbitan menghasut.
Rais berkata selari dengan peredaran masa, beliau berpendapat kritikan yang dibuat terhadap kerajaan tidak boleh dianggap sebagai perbuatan menghasut, namun batasan hendaklah diletakkan pada perkara melibatkan institusi kesultanan, badan kehakiman atau Yang di-Pertuan Agong.
“Ini kerana Yang di-Pertuan Agong adalah simbol negara dan ia seharusnya dihormati.
“Berbeza dengan kritikan kepada kerajaan, yang tidak boleh dianggap sebagai hasutan kerana trend sekarang ialah orang boleh membuat penilaian kepada mana-mana entiti,” katanya. – BERNAMA
TOP
Pengurusan Kes Rasuah 5 Penjawat Awam & Pesara Polis Pada 5 Jan
BUTTERWORTH – Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 5 Jan untuk pengurusan kes rasuah yang dihadapi lima penjawat awam dan seorang pesara polis yang didakwa menerima suapan antara 2013 dan 2014.
Tertuduh terdiri daripada tiga anggota polis dan seorang pesara polis iaitu Koperal Shahirul Abdul Hamid, 40; Sarjan Muhd Pakhri Hassan, 54; Sarjan Mejar Mohd Yusob Md Rodzi, 48; dan pesara polis Nor Roslan Che Ros, 53.
Dua lagi tertuduh ialah Penolong Pegawai Penguat Kuasa, Kementerian Dalam Negeri Alias Md Yusof, 40; dan Pembantu Penguat Kuasa, Majlis Perbandaran Seberang Perai Amran Che Anin, 38.
Empat tertuduh menghadapi satu pertuduhan menerima rasuah daripada Ng Lap Ken, 47, agar tidak mengenakan tindakan terhadapnya yang menjalankan perniagaan video cakera padat (VCD) dan cakera padat digital (DVD) haram di premis bernombor 89, Jalan Tingkat Kurau 4, Taman Chai Leng.
Alias menerima suapan bernilai RM1,500; Shahirul (RM500); Nor Roslan (RM250) dan Muhd Pakhri (RM500) dan mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 24 Sept 2013 dan 17 Okt 2013.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.
Sementara itu Amran dan Mohd Yusob menghadapi dua pertuduhan iaitu meminta dan menerima suapan masing-masing bernilai RM500 dan RM1,000 daripada dua individu.
Amran dituduh meminta suapan bernilai RM500 daripada Mohamed Noor Azman Shaik Othman, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 7 Mac lepas dan tuduhan kedua, terima suapan RM500 pada tarikh sama di nombor 28, Tingkat 1, Taman Penanti, Jalan Penanti, Bukit Mertajam.
Mohamed Noor memberi suapan itu supaya tertuduh tidak mengenakan kompaun ke atas Puncak Mutiara Kristal Sdn Bhd yang melakukan kesalahan membuang sampah iaitu sisa makanan di Pasar Awam Penanti.
Mohd Yusob pula didakwa meminta suapan bernilai RM1,000 daripada Mohd Hasfikin Mohd Said pada 9 Mei lepas, manakala pertuduhan kedua menerima suapan RM1,000 pada 12 Mei lalu di bilik nombor 19, Pejabat Bahagian Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan.
Dia didakwa menerima suapan itu untuk membantu menutup kes Mohd Hasfikin yang disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Amran dan Mohd Yusob dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd Asnawi Abu Hanipah dan dibantu oleh Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri dan Mohd Firdaus Abdullah.
Shahirul diwakili peguam Abdul Aziz Ibrahim dan Muhd Pakhri diwakili peguam Rafael Abdullah.
Hakim Julie Lack melanjutkan jaminan kepada semua tertuduh. – BERNAMA
TOP
Tiga Individu Didenda Seludup Rokok
BUTTERWORTH – Tiga individu dikenakan denda oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mereka mengaku bersalah, manakala seorang lagi minta dibicarakan, atas pertuduhan memiliki rokok putih pelbagai jenama dan rokok kretek yang merupakan barang larangan import.
Hasanamal Kachumeera, 47, didenda RM12,000 atau penjara enam bulan selepas dia mengaku memiliki 14,600 rokok putih pelbagai jenama dan 480 kretek Gudang Garam Surya 20 bernilai RM802 di premis perniagaan 903, Jalan Pekan Darat, Permatang Tok Jaya, pada 10.30 pagi, 25 Okt 2013.
Fizal Ezrie Ramli, 32, didenda RM3,500 atau penjara tiga bulan selepas mengaku memiliki 3,800 batang rokok putih dan 240 kretek Gudang Garam Surya 12 bernilai RM226 di Ezrie Maju Enterprise, Jalan Institut Pertanian Bumbung 5, pukul 11.30 pagi, 4 Dis 2013.
Selain itu, Zakaria Ismail, 61, pula didenda RM2,000 atau penjara dua bulan selepas mengaku memiliki 2,600 batang rokok putih bernilai RM130 di premis D Syukur Enterprise, Taman Sungai Dua Utama, pukul 12.34 tengah hari, 25 Okt 2013.
Sementara itu, Saira Banu Abdul Kutus, 46, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki 4,200 batang rokok putih dan 200 kretek Gudang Garam Surya 20 bernilai RM238 di Mumim Trading, Jalan Butterworth, pukul 10 malam, 10 Dis 2013.
Dia didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Jan 2015 untuk sebutan semula.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Kastam Diraja Malaysia Ismahani Md Ismail. – BERNAMA
TOP
Lelaki Vietnam Ditahan Samun Warga Sendiri
BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki Vietnam ditahan selepas menyamun seorang pekerja kilang yang juga rakyat Vietnam di Lorong Tenggiri Dua, Seberang Jaya dekat sini semalam.
Jurucakap polis berkata wanita berusia 28 tahun itu yang bekerja di kilang di Perai dilapor disamun ketika menunggang basikal untuk ke klinik pada pukul 6.30 petang.
“Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menghampiri wanita berkenaan sebelum pemboncengnya turun dan menutup mulut mangsa dari arah belakang serta menolaknya sehingga jatuh ke atas jalan raya dan menyebabkan wanita itu luka di bibirnya.
“Penunggang motosikal terbabit kemudian mengambil beg tangan wanita itu menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong sebelum orang ramai mengejar dua lelaki terbabit,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata seorang daripada lelaki berusia 31 tahun itu berjaya ditahan dan diserah kepada polis manakala rakannya dapat melarikan diri bersama beg tangan wanita berkenaan yang mengandungi wang tunai RM600, kad ATM, salinan pasport serta kunci rumah.
Siasatan awal mendapati dua lelaki terbabit datang dari Lunas, Kedah untuk menyamun di sekitar Seberang Jaya dan mereka dipercayai aktif sejak bulan lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah mengesahkan kejadian itu dan berkata usaha mengesan lelaki Vietnam yang dikenali sebagai Ah Win giat dijalankan. – BERNAMA
TOP
Kit Siang Pertikai `Pak Menteri’ Hantar Anak Sekolah Swasta
KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyelar ramai anggota Kabinet kerana didakwa menghantar anak belajar di sekolah swasta atau menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) luar negara.
Beliau mendakwa, sikap pemimpin negara itu menunjukkan mereka sendiri tidak yakin dengan kualiti sistem pendidikan di Malaysia sama ada peringkat sekolah mahupun peringkat IPT.
Justeru, beliau mempersoalkan sama ada kerajaan akan memecat anggota Kabinet yang tidak percaya kepada sistem pendidikan negara terbabit.
“Anggota Kabinet sudah lama memastikan anak mereka dikeluarkan daripada sistem pendidikan negara. Mereka sendiri tidak yakin dengan sistem pendidikan Malaysia,” dakwanya melalui satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Kit Siang mencabar semua anggota Kabinet mengisytiharkan sama ada anak mereka bersekolah di sekolah swasta atau sekolah kerajaan untuk menunjukkan dakwaan beliau salah.
Beliau turut berharap ada perwakilan UMNO akan mendesak kesemua anggota Kabinet membuat pengumuman itu dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 minggu depan. – myneshub.cc
TOP
Piala Monsun Di Terengganu Dikenali Dunia
KUALA TERENGGANU – Perlumbaan kapal layar Piala Monsun yang diadakan di Pulau Duyong di sini sejak 10 tahun lalu berjaya memperkenalkan negeri Terengganu ke seluruh dunia.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata kejohanan berprestij itu mendapat liputan meluas daripada media cetak dan elektronik dalam dan luar negara.
“Terengganu bukan sahaja sebagai lokasi bersesuaian dengan sukan air, malah dapat menonjolkan elemen-elemen tempatan dan tradisional.
“Kejohanan itu memberi pulangan dan faedah kepada rakyat negeri itu dengan penekanan kepada pembangunan pelancongan dan pendidikan,” katanya ketika merasmikan kejohanan Piala Monsun Terengganu 2014 di Marina Ri-Yaz Heritage, Pulau Duyong, di sini hari ini.
Mohd Jidin berkata kejohanan anjuran kerajaan negeri bersama Innovatige Sdn Bhd, disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Persatuan Perahu Layar Malaysia itu menjana peluang-peluang perniagaan yang dapat dinikmati terutama usahawan tempatan.
Beliau berkata kejohanan peringkat pertama perlumbaan perahu layar yang disertai oleh pelayar-pelayar dari Australia, Perancis, Singapura, Thailand dan Malaysia itu akan bersaing merebut kejuaraan.
Mohd Jidin berkata enam pasukan dari luar negara yang menyertai kejohanan itu iaitu Team Nuptune Racing yang diketuai Sam Gilmour dari Australia, Match The World dengan Arthur Herreman (Perancis), Team Red Dot diketuai Maximillian Soh (Singapura).
Pasukan lain ialah De Racing (Australia), Redline Racing (Australia), EmThailand (Thailand) manakala dua pasukan dari negara tuan rumah iaitu Malaysia Match Racing dan Sime Darby Foudation-Malaysia Match Racing Team.
“Juara kejohanan itu akan layak ke perlumbaan Jelajah World Match Racing Alpari iaitu Piala Monsun Malaysia di Johor dari 10 hingga 14 Februari 2015,” katanya. – BERNAMA
TOP
Dua Ibu Muda Harung Air Banjir Bersama Bayi
KOTA BAHRU – Dua beradik yang juga ibu muda terpaksa mengharungi air dan menaiki bot untuk menyelamatkan diri bersama bayi sulung masing-masing apabila rumah mereka di Kampung Tiong di sini, dinaiki air hari ini.
Nor Azirah Jaafar, 19, bersama anaknya, Mohd Abid Zafran Zaidan yang berusia dua bulan dan adiknya, Nor Aisyah Jaafar, 18, bersama anaknya, Mohd Haikal Anaqi Arshad Mohd Hilman yang berusia sebulan, dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Tiong di sini.
Menceritakan pengalamannya, Nor Azirah berkata beliau dan adiknya yang tinggal bersama ibu mereka Nik Som Nik Sah, 53, terpaksa mengharungi air bersama bayi masing-masing pada pukul 3 pagi.
“Memang air dah naik…dah sampai paras pinggang, kami semua terpaksa pindah dengan segera kalau tidak kami tidak boleh keluar.
“Saya bersama suami dan adik bawa anak masing-masing dalam hujan dan Alhamdulillah proses pemindahan berjalan lancar,” katanya kepada pemberita di sini.
Nor Azirah berkata, pengalaman itu sukar dilupakannya kerana musim tengkujuh kali ini terpaksa diharungi bersama anak sulungnya.
“Kalau dulu saya harung air banjir seorang diri tapi kali ini bersama anak dan suami…ia memang mencabar, memang dia (bayi) ada meragam sedikit tetapi dah baik.
“Setakat ini anak sihat dan saya harap bantuan seperti selimut dan juga makanan cepat sampai, kami berterima kasih kepada pihak bomba kerana cepat memberi pertolongan dan bantuan untuk memindahkan kami semua,” katanya.
Nor Aisyah pula berkata, beliau dan kakak serta ibu mereka telah membuat persiapan rapi untuk menghadapi musim tengkujuh kali ini.
“Memang pakaian semua kami dah sedia…cuma tinggal nak pindah, syukur segala-galanya berjalan lancar.
“Ini semua terpaksa saya lalui tanpa suami kerana dia sedang kerja di luar negeri ini,” katanya.
Ibu mereka, Nik Som berkata beliau juga sukar melupakan pengalaman bersama anak dan dua cucu yang masih kecil mengharungi banjir.
“Memang dah biasa harung air banjir tapi kali ini ada anak cucu sekali. Memang gementar sedikit bimbang cucu tidak sihat. Alhamdulillah kami semua selamat,” katanya.
Sebanyak 30 orang daripada enam keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan berkenaan. – BERNAMA
TOP
AKPK Nafi Lantik Khidmat Orang Tengah
KUANTAN – Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menafi melantik individu atau orang tengah dalam membantu masyarakat mendapatkan khidmat nasihat pengurusan kewangan.
Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Korporat AKPK, Azman Hashim berkata kebelakangan ini pihaknya menerima aduan daripada orang ramai yang terpedaya sehingga terpaksa membayar lima hingga 10 peratus daripada jumlah pinjaman mereka jika ingin mendapatkan khidmat AKPK.
“Orang tengah itu akan menelefon mangsanya secara rawak dan jika bersetuju menggunakan khidmatnya, pelanggan akan dibawa ke AKPK untuk mendapatkan khidmat nasihat namun bayaran yang dikenakan boleh mencecah ribuan ringgit bergantung kepada jumlah pinjaman,” katanya kepada pemberita selepas taklimat AKPK bersama kakitangan swasta dan agensi kerajaan di sini hari ini.
Azman berkata dalam aduan yang diterima, ada individu yang terpaksa membayar sehingga RM10,000 untuk perkhidmatan jika pinjaman mereka berjumlah RM100,000 sedangkan AKPK tidak mengenakan sebarang caj bagi setiap perkhidmatannya.
Beliau berkata orang ramai sepatutnya berurusan terus dengan kakitangan AKPK dengan mengunjungi pejabat berhampiran kerana semua perkhidmatan disediakan secara percuma.
“Kita komited membantu orang ramai dalam menguruskan kewangan masing-masing secara bijak dan sistematik termasuk memberi khidmat nasihat dalam menangani masalah bebanan hutang.
“Oleh itu orang ramai jangan mudah terpedaya jika ada pihak tertentu cuba mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran,” katanya.
Beliau berkata pemantauan berterusan akan dibuat dan tindakan susulan akan diambil agar kejadian tersebut tidak berulang selain bagi menjaga nama baik AKPK.
Di samping itu, beliau mahu masyarakat mengubah persepsi bahawa AKPK hanya khusus kepada golongan berhutang sahaja kerana agensi berkenaan turut memainkan peranan membantu memantapkan lagi ekonomi selain memberi khidmat nasihat dalam pelaburan kewangan.
“Kita mahu masyarakat menguruskan kewangan dengan bijak dan sistematik selain mengelak daripada menjadi mangsa bebanan hutang yang boleh menyebabkan diisytihar muflis,” katanya. – BERNAMA
TOP
Ahok Sah Gabenor Jakarta Bukan Islam Selepas 50 Tahun
Ahok diapit ibunya (kanan beliau), Buniarti Ningsih dan isterinya (kiri beliau) Veronica Tan selepas upacara angkat sumpah jawatan Gabenor DKI Jakarta ke-17 di hadapan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Negara hari ini.
JAKARTA – Di sebalik suasana tegang di luar Istana Negara menyaksikan ratusan aktivis membantah kenaikan harga minyak, Indonesia hari ini mencipta sejarah tersendiri apabila jawatan Gabenor Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta kini dipegang bukan Muslim. Malah Basuki Tjahaja Purnama menjadi pemimpin wilayah pertama dilantik terus Presiden Indonesia, Joko Widodo di bawah Undang-undang No.32 Pindaan 2004 dan bukan secara pemilihan antara beberapa calon bertanding menerusi Dewan Perwakilan Rakyat Daerah. “Saya berjanji memenuhi kewajiban sebagai Gabenor DKI Jakarta sebaik-baiknya, seadil-adilnya dan memegang teguh Undang-undang Dasar 1945 dan menjalankan seluruh peraturan dengan selurus-lurusnya,” ikrar Basuki ketika membaca sumpah jawatan. Kontroversi pelantikan beliau atau nama asal Cinanya, Zhōng Wànxué tetapi lebih mesra disebut sebagai Ahok timbul apabila beberapa badan bukan kerajaan mempertikaikan bekas timbalan gabenor Jakarta itu sebagai beragama Kristian dan bukan keturunan bumiputera. Media di Indonesia bagaimanapun melaporkan, Ahok mencipta rekod bukan Islam pertama memegang jawatan itu dalam tempoh 50 tahun selepas kali terakhir Gabenor DKI Jakarta disandang penganut Katholik, Hendrik Hermanus Joel Ngantung pada 1964 lalu. Namun organisasi Islam terbesar Indonesia, Muhammadiyah menerima pelantikan gabenor ke-17 itu malah Ahok ketika menghadiri Muktamar Tahunan Universiti Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka di Jakarta Timur pada Isnin lalu turut diberi sambutan amat meriah. Ahok berusia 48 tahun pernah menjadi bupati atau pemimpin daerah Belitung Timur, sebuah pulau besar timur Sumatera dan juga tempat kelahirannya; selepas berhenti daripada kerjaya usahawan fabrik dengan menubuhkan beberapa kilang di wilayah itu. Beliau berkahwin dengan Veronica Tan pada 1997 secara terburu-buru bagi memenuhi permintaan bapanya yang tenat untuk melihat cucu dan pasangan itu dikurniakan tiga anak: Nicholas (16 tahun), Nathania (13 tahun) dan Daud Albeenner (8 tahun). – Agensi
Gaya bersahaja Ahok ketika mengadakan pertemuan dengan pemimpin pesantren Islam terkemuka sekitar Jakarta baru-baru ini. – Gambar hiasan

Kedai Emas Dipecah Masuk, Pemilik Kerugian RM100,000
MELAKA – Seorang pemilik kedai emas kerugian kira-kira RM100,000 selepas premisnya di Jalan Bunga Raya dipecah masuk pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata pemilik berusia lingkungan 40-an itu hanya menyedari kedainya dipecah masuk ketika mahu memulakan perniagaan pada pukul 8.45 pagi.
Beliau berkata pemiliknya mendapati peti besi yang menyimpan pelbagai barang kemas telah diumpil dan kesemua barangan hilang.
“Hampir kesemua barang kemas di meja pameran di bahagian hadapan premis turut dilarikan,” katanya kepada pemberita.
Premis tersebut dipercayai dipecah masuk antara pukul 5 petang semalam dan 8 pagi tadi.
Shaikh Abdul Adzis berkata siasatan awal mendapati penjenayah memecah masuk melalui bumbung dan keluar melalui laluan sama.
Beliau berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai itu menunjukkan lebih daripada seorang suspek terbabit.
Mereka sedang diburu.- BERNAMA
TOP
Amalan Tegur, Kritik Pemimpin Pada PAU Diteruskan – KJ
PUTRAJAYA – Perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno tidak pernah dihalang daripada mengkritik kepimpinan parti ketika mengambil bahagian dalam perbahasan, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Sebaliknya, beliau berkata amalan yang dipraktikkan sejak sekian lama itu tetap akan diteruskan pada perhimpunan akan datang berlandaskan budaya dan adab orang Melayu.
“Kita tidak pernah tutup ruang perbahasan, malah saya tak pernah dengar ucapan yang tidak ada teguran kepada pemimpin dalam Perhimpunan Agung Umno. Kritikan tetap menjadi amalan namun secara sopan, dan bersopan tidak semestinya bermaksud kritikan itu tidak dirasai langsung,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan beberapa penganalisis politik bahawa perwakilan Umno perlu berani bersuara dan menegur sebarang kepincangan dalam parti, bukannya sekadar memberi pujian melambung kepada pemimpin ketika berbahas pada perhimpunan yang akan bermula pada Selasa depan itu.
Khairy memberikan ulasannya itu pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Institut Automatif Malaysia (MAI) di sini Rabu.
Perjanjian itu membolehkan pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) mengikuti program latihan Sijil Profesional Pimpinan Industri, iaitu penempatan latihan di tempat kerja di bawah MAI yang mana akhirnya MAI akan memastikan 100 peratus pelatih memperoleh pekerjaan dalam bidang automotif dengan gaji yang lebih tinggi.
Mengulas lanjut, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pembahas boleh lantang dalam kritikan mereka, namun tidak perlu sampai menjadi ‘kurang ajar’ kepada parti selain perlu sentiasa sedar bahawa Umno adalah sebuah parti Melayu.
“Kita parti Melayu, kita ada budaya, nak sampaikan teguran mesti dengan cara yang tepat dan baik…maknanya tetap sampai kepada pemimpin,” katanya.
Bagi memastikan perbahasan dan kritikan yang dibuat adalah berkualiti, beliau mengingatkan perwakilan yang ingin berbahas supaya membuat kajian terhadap isu yang ingin dibahaskan terlebih dahulu supaya Perhimpunan Agung Umno terus kekal sebagai perhimpunan agung parti politik terbaik.
Perhimpunan Agung Umno 2014 akan berlangsung dari 25 hingga 29 Nov ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. – BERNAMA
TOP
RM1.9 juta Sebulan Kos Operasi Esszone
KUALA LUMPUR – Kos operasi bulanan melibatkan pos-pos kawalan yang terdapat di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) berjumlah kira-kira RM1.9 juta, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, jumlah berkenaan termasuk kos operasi 43 pos kawalan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 42 pos kawalan di bawah Polis Diraja Malaysia dan Briged Pasukan Gerakan Am Sabah.
Shahidan berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang mahu mengetahui berapakah kos bulanan mengikut pos pasukan masing-masing dalam mengawal keselamatan pantai Sabah dari pencerobohan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
Beliau juga berkata, kawalan keselamatan kawasan di Sabah adalah mengikut tahap risiko sesuatu kawasan.
“Sebagai contoh di Lahad Datu dan Semporna, pasukan keselamatan yang kita tugaskan di sini adalah melebihi dari kawasan yang lain kerana ianya berada hampir dengan sempadan Filipina,” katanya.
Bagaimanapun katanya, kawalan keselamatan di kawasan-kawasan lain di sekitar Sabah adalah tetap menjadi keutamaan kerajaan termasuk adanya penglibatan daripada askar Wataniah dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). – BERNAMA
TOP
Myanmar Ugut NGO Asing Jangan Guna Perkataan Rohingya
YANGON – Ketua Menteri Rakhine dan beberapa pemimpin Buddha negeri barat Myanmar itu mula bertindak menyaman mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) asing yang masih lagi menggunakan istilah Rohingya untuk rujukan nama kaum minoriti Muslim tersebut.
Stesen penyiaran Singapura, Channel NewsAsia hari ini melaporkan, jurucakap pelbagai NGO luar negara di Myanmar yang enggan didedahkan memberitahu, mereka turut diugut sukar melakukan aktiviti misi kemanusiaan jika tetap menyebut perkataan Rohingya. “Myanmar amat marah Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon terus guna Rohingya bagi merujuk etnik Muslim dan mahu kami tukar kepada Bengali atau pendatang haram kerana Rohingya dianggap tidak wujud,” kata seorang jurucakap. Ketegangan turut memuncak apabila ratusan aktivis Buddha pernah beberapa kali menyerang pejabat NGO antarabangsa bagi mengusir petugas kemanusiaan yang didakwa menyebelahi Rohingya dan ini menyebabkan banyak NGO beroperasi dalam serba kekurangan. Stesen televisyen itu difahamkan, sejumlah penganut Buddha merancang membuat bantahan besar-besaran terhadap agensi bantuan PBB di wilayah Rakhine pada Ahad ini sebagai protes ke atas kenyataan Ki-moon yang dilihat banyak menyebelahi nasib Rohingya. – Agensi
Tentera Myanmar mengawal di luar sebuah kem penempatan sambil membiarkan aktivis Buddha bebas mengusir etnik Rohingya yang beragama Islam baru-baru ini.

Warrix Taja Skuad Kedah Musim Depan
KUALA LUMPUR – Pasukan Kedah mencatat sejarah apabila menjadi pasukan bola sepak pertama di negara ini mendapat tajaan syarikat pengeluar jenama Warrix iaitu Warrix Sports Co. Ltd.
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dalam satu kenyataan memberitahu. perjanjian persefahaman mengenai tajaan itu telah ditandatangani oleh wakil KFA dengan pengarah urusan Warrix di Bangkok pada 11 November lalu.
“Perjanjian itu dimeterai setelah satu sesi lawatan rasmi pihak pengurusan ke pejabat urusan dan kilang penghasilan produk Warrix di Nakhonpathom, Bangkok.
“Warrix turut menaja pasukan utama Liga Premier Thailand seperti Chiang Mai FC dan Nakhonratchasima Mazda FC. Warrix menaja skuad sepak takraw Malaysia dan Kedah merupakan pasukan bola sepak pertama (di Malaysia) ditaja setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut KFA, penajaan syarikat itu meliputi kelengkapan pakaian sukan tertakluk kepada kontrak akhir untuk skuad Liga Premier, Piala Presiden dan Piala Belia Kedah.
Turut dirancang pengeluaran barangan untuk peminat seperti jersi replika, mafla, topi dan beberapa t-shirt sebagai barangan rasmi KFA dan jika tiada halangan kedai rasmi menjual barangan tulen Warrix dan KFA akan diwujudkan di Stadium Darul Aman. – mynewshub.cc
TOP
“Saya Bukan Tak Sokong Gaji Pemain Mahal” – Annuar
KUALA LUMPUR – “Saya bukan tak sokong gaji (pemain bola sepak) mahal,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar musa.
Beliau berkata, tegurannya mengenai isu gaji dan dana pasukan sebelum ini menjurus kepada aspek bayaran perpindahan permain dan siaran langsung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dakwa beliau, setiap pasukan di negara ini tidak mendapat sebarang bayaran daripada perpindahan pemain dan siaran langsung daripada FAM.
“Saya kata dakam konteks Liga Malaysia, pasukan hanya terima RM300,000 daripada FAM. Perpindahan permain kelab tidak dapat satu sen. Dalam `live telecast’ tapi pasukan tidak dibayar. Dalam wang tajaan liga entah kemana,” dakwanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.
Annuar turut menjelaskan, kenyataannya baru-baru ini turut merujuk kepada isu harga tiket yang masih rendah sedangkan cuma 22 perlawanan berlangsung dalam setahun.
Beliau turut mendakwa mempersoalkan tentang sekatan hak tajaan dalam pelbagai bidang yang dimonopoli badan induk (FAM) menjadikan sumber pendapatan pasukan sangat terhad.
“Jika perkara ini diperbaiki mungkin industri bola menjadi lebih `viable’ dan keupayaan membayar gaji turut meningkat,” katanya.
Mynewshub.cc sebelum ini melaporkan Annuar menyalahkan sikap ramai pemain bola sepak menuntut gaji tinggi menyebabkan banyak persatuan bola sepak tempatan mengalami masalah kekurangan dana. – mynewshub.cc
TOP
Peneroka Haram Henti Kegiatan Pertanian Serta Merta
CAMERON HIGHLANDS – Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah hari ini menitahkan semua aktiviti terutama pertanian dihentikan serta merta.
Titah baginda kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka.
“The illegal farmers who are responsible for doing this continously…for ages they are responsible (for) the problem from time to time…they are to blame,” (Peneroka haram bertanggungjawab terus melakukan ini…untuk sekian lama mereka bertanggungjawab…mereka harus dipersalahkan), tegas baginda.
Sultan Ahmad Shah bertitah dalam sidang akhbar selepas berkenan melawat kawasan banjir di Lembah Bertam di sini, pada Rabu.
Turut sama Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan pimpinan kerajaan negeri.
Sehubungan itu, baginda merayu kerajaan persekutuan menggunakan segala kemudahan dan agensi-agensi yang sedia ada untuk membantu kerajaan negeri mengatasi masalah tersebut.
“Saya merayu kepada kerajaan persekutuan membantu kerajaan negeri terutama negeri-negeri yang banyak peneroka haram terutama di Cameron Highlands kerana ia (Camerong Highlands) merupakan tempat pelancongan,” titah baginda.
Sultan Ahmad Shah bertitah kegiatan penerokaan tanah secara haram telah berlaku sejak zaman British lagi.
“Saya sudah penat dengan semua ini. They (peneroka haram) employ (guna) gangsters, saya tahu mereka ada duit,” katanya.
Ditanya mengenai wujudnya surat kuning atau surat daripada istana untuk tujuan pembangunan atau pertanian di daerah itu, Sultan bertitah baginda tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.
“Semak dahulu dengan kerajaan negeri, jangan sewenang-wenangnya menggunakan nama orang lain, jika saya tahu siapa, saya bagi cukup-cukup,” titah baginda.
Dalam lawatan hampir dua jam itu, baginda turut mengadakan perbincangan dengan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai kerja-kerja membaik pulih Sungai Bertam menerusi peruntukan kerajaan persekutuan.
Baginda dan isteri Sultanah Hajah Kalsom yang menaiki helikopter tiba di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah kira-kira pukul 10 pagi tadi untuk lawatan kerja peribadi.
Baginda dijangka menghadiri taklimat di Pejabat Tanah dan Tanah Cameron Highlands di Tanah Rata esok. - BERNAMA
TOP
Giliran Gobind Singh Kritik Hadi Isu Kehadiran Mesyuarat
Belum reda lagi isu ketidkhadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) rupanya.
Selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kini pemimpin DAP lain pula bersuara mempertahankan pemimpin mereka dan terus mengkritik Abdul Hadi.
Hari ini, pemimpin DAP Pusat Gobind Singh Deo menyelar tindakan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang dilihat berani mempertahankan Abdul Hadi.
Mohd Amar diberi amaran supaya lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan.
DAP berharap kejadiran Abdul Hadi ke dalam mesyuarat berkenaan demi kebaikan gabungan tiga parti berkenaan iaitu PKR-DAP dan PAS itu.
“Beliau nampaknya tidak faham perkara mudah. Jika tidak ada pertemuan yang bermakna, kewujudan Pakatan Rakyat hanya sekadar khayalan. Ini bukan isu kecil. Ini isu yang cukup serius. Ia melibatkan (kerjasama) dalam Pakatan.
“Kami dalam DAP telah beberapa kali mengulangi bahawa sekiranya Pakatan mahu berfungsi untuk berjaya, mesti mempunyai usaha serius dari semua parti komponen yang terlibat.
“Jadi tidak salah meminta beliau (Hadi) hadir dalam mesyuarat, jika keputusan yang hendak diputuskan demi masa depan Pakatan,” katanya Gobind dalam satu kenyataan hari ini yang dipetik Agenda Daily.
Semalam, Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan dilaporkan memberi peringatan kepada DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS dan mengalu-alukan parti itu meninggalkan PR jika ada rasa tidak senang dengan parti PAS.
Beliau beranggapan DAP tidak perlu mencari jalan singkat dengan menggunakan ‘isu kecil’ untuk menyingkirkan PAS dari PR.
Berhubung kenyataan Hadi bahawa terpulang kepadanya untuk hadir ke mesyuarat itu ataupun tidak, Gobind menyifatkan sikap itu sebagai “langsung tidak hormat” kepada rakan komponen dan rakyat Malaysia.
Gobind yang juga Ketua Biro Undang-undang DAP berkata sikap tersebut berulang ketika kemelut menteri besar berlaku.
“Kami bukan menjatuhkan Hadi secara peribadi, tetapi daripada apa yang kami perhatikan sebelum ini, jelas PAS ditadbir oleh seorang lelaki, namanya Hadi.
“Beliau sahaja boleh mengatasi sesiapa saja dalam parti itu,” katanya.
Anak lelaki kepada mendiang Karpal Singh itu turut menegaskan mesyuarat yang diadakan tidak bermakna jika individu utama tidak endah soal kehadiran dan semua perbincangan yang diputuskan tidak bermanfaat pada akhirnya.
Serangan DAP terhadap PAS bermula dengan kenyataan Guan Eng dalam Konvensyen DAP yang mendedahkan Haji Hadi tidak hadir mesyuarat Pakatan.
Kenyataan tersebut kemudiannya dibalas oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapa ALi bahawa Guan Eng lebih kerap ponteng mesyuarat dari Haji Hadi. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Sebar Akhbar Harakah Satu Cara Dakwah? Dapat Pahala?
KUALA LUMPUR – PAS menggesa setiap ahli PAS mengedarkan keratan akhbar Harakah kepada orang ramai kerana mendakwa perbuatan itu merupakan satu dakwah.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, langkah itu akan memberi pencerahan minda kepada orang ramai apabila mereka terbaca keratan akhbar suara PAS itu.
“Salah satu cara lagi cara untuk berdakwah yang tidak perlu ungkapan dan kata- kata, cuma perlu tenaga sahaja iaitu boleh letak akhbar Harakah yang sudah dibaca di kedai kopi.
“Atau pun edarkan keratan akhbar kepada orang ramai jika ada artikel- artikel yang baik,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Idris turut menyarankan ahli PAS menghadiahkan buku- buku yang berfaedah kepada orang ramai supaya dapat menyedarkan mereka apabila membaca. – mynewshub.cc
TOP
Chegubard Kritik Gaya Kepimpinan MB Selangor Azmin Ali
Baru sahaja beberapa hari Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali melepasi tempoh 100 hari mentadbir negeri Selangor, sudah ada cakap-cakap bahawa beliau sudah dilihat tidak melakukan sebarang pembaharuan.
Lebih pedih, kritikan itu datang daripada ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard yang kini sedang digantung, memetik laporan Astro Awani.
Menurut beliau, apa yang ditunjukkan oleh Mohamed Azmin selepas menjadi Menteri Besar tidak langsung menunjukkan perubahan selain hanya gimik kepada media.
Chegubard cuba menggariskan lima faktor utama kegagalan Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR iaitu cuba menjuarai isu pengurusan sisa pepejal, jalan raya, Lebuh Raya Kinrara-Damansara (KIDEX), bekalan air terawat dan pengambilan semula Bible.
Perihal isu Bible, beliau berkata langkah itu sudah pun dimulakan sebelum ini oleh bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Punyalah begitu obses hendak meniru gaya Presiden baru Indonesia ‘Jokowi’ ramai pasti tertawa melihat gambar Azmin memegang tin racun serangga lengkap memakai penutup hidung menyembur ‘ubat nyamuk’ konon melancarkan kempen ‘Bas Sekolah Tanpa Aedes (BATAS)’.
Gambar Mohamed Azmin memegang penyodok di Gombak baru-baru ini membersihkan kawasan nyamuk Aedes.
“Kalau pun ia kempen yang perlu, cukup peringkat Pegawai Kerajaan atau Exco melakukannya,” katanya semasa sidang media di ibu negara hari ini. Mohamed Azmin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 23 September lepas menggantikan Abdul Khalid. Selain mengkriti gaya kepimpinan Mohamed Azmin, Chegubard turut mempertikaikan ‘keistimewaan’ yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa di dalam PKR. “Isu sisa pepejal yang dijuarai pentadbiran Abdul Khalid telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Sepanjang tempohnya banyak isu teknikal sudah diperhalusi. Apa yang Azmin buat hanyalah membuka tender. “Jalan raya di Selangor dan lebuhraya Kidex merupakan penipuan terbesar pemimpin PKR kini, pada zaman Abdul Khalid, mereka kata tidak mahu, tetapi kini mereka bersetuju. “Isu bekalan air, Empangan Langat 2 juga isu untuk menyingkirkan Abdul Khalid dahulu. Tiba-tiba Azmin mengumumkan kesyukuran beliau apabila konsesi air ini telah secara rasmi menjadi milik rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor. Tidak malukah untuk mengambil usaha dan idea orang lain dan kemudiannya menjadikan sebagai kejayaan sendiri?” ujarnya. Jelasnya lagi, Azmin turut dilihat mahu menjadi ‘hero’ dengan menaikkan isu pengembalian Bible baru-baru ini. “Azmin tidak merasa malu untuk mengakui bahawa dirinya yang menyelesaikan isu bible yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Dia terus menerus menjadikan usaha dan inisiatif orang lain sebagai kejayaan peribadinya,” jelasnya. Dalam pada itu Chegubard turut meminta PKR menyiasat Naib Presidennya, Dr Xavier Jayakumar kerana mengeluarkan surat akuan sumpah yang menarik balik sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini. “Kita terima salinan akuan berkanun dari beberapa anggota parti melalui e-mel. “Surat ini bukti kukuh yang melihat individu ini harus dikenakan hukuman keras daripada parti,” jelasnya. - MYNEWSHUB.CC

AMK Sokong Had Usia Pemimpin Belia 30 Tahun
KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyokong saranan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya had umur pemegang jawatan dalam badan bukan kerajaan (NGO) berorientasikan belia diturunkan daripada 40 kepada 30 tahun.
Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, saranan itu sangat baik kerana golongan muda lebih mudah didekati jika dipimpin oleh golongan sebaya.
“AMK telah menurunkan had usia bagi pemegang jawatan dan anggota dalam sayap parti ini kepada 35 tahunberkuatkuasa bermula pemilihan parti pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Nik Nazmi meminta agar Khairy Jamaluddin turut mencadangkan supaya had usia belia itu turut diperkenalkan dalam bidang politik. – mynewshub.cc
TOP
“Tak Perlu Berbuih Mulut Jawab Soalan Saya” – MP DAP
KUALA LUMPUR – “Tak perlu berbuih mulut sebut perkara yang tak ada kena mengena, jawab dahulu soalan yang lebih penting,” sindir Ahli Parlimen Segambat, Lim Lip Eng.
Lip Eng menyindir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kerana mendakwa beliau tidak tahu perbezaan antara Hari Merdeka dan Hari Malaysia.
Dakwanya, Ahmad Shabery membuat tuduhan itu kerana cuba mengelak daripada soalan yang beliau kemukakan di Dewan Rakyat.
“Kesilapan saya yang cuma satu patah perkataan itu yang beliau raikan. Berbeza dengan rakan menterinya yang seorang lagi boleh hilangkan enam perkataan daripada ucapannya. Tapi tak apa. Saya tak ambil hati.
“Saya tahu betul perbezaan Hari Merdeka pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September. Shabery mungkin lupa pakatan rakyatlah yang mendesak sehinggakan 16 September diisytihar cuti umum,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lip Eng mendakwa, beliau bertanya sama ada kerajaan bercadang meraikan perayaan pada 16 September dengan lebih meriah demi perpaduan sedangkan hanya Hari Merdeka disambut meriah.
Ahmad Shabery bagaimanapun menegur Ahli Parlimen daripada DAP itu kerana mempunyai pemahaman yang cetek terhadap pengetahuan kenegaraan dan isu-isu semasa. – mynewshub.cc
TOP
Shabery Bidas MP DAP Tidak Faham Isu Kenegaraan
KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada Rabu menegur seorang Anggota Parlimen pembangkang kerana kecetekan pemahamannya terhadap pengetahuan kenegaraan dan isu-isu semasa.
Semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini, beliau membetulkan kenyataan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) ketika mengemukakan soalan tambahan yang meminta kerajaan memberi penekanan terhadap Hari Kebangsaan yang disambut pada 16 Sept.
“Saya rasa Yang Berhormat tidak faham apa itu Hari Merdeka dan Hari Kebangsaan. Saya rasa sedih. Kita ada sambutan Hari Merdeka dan sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept.
“Sehingga sekarang, ada Yang Berhormat yang masih keliru mana Hari Merdeka, mana Hari Malaysia. Itu menggambarkan pandangan dan sikap ahli-ahli yang berhormat dari parti Yang Berhormat,” katanya.
Selepas itu, Lim mengajukan soalan tambahan kepada Ahmad Shabery bertanya sama ada cukai barang dan perkhidmatan (CBP) akan dikenakan ke atas sambutan Hari Merdeka tahun depan.
Soalan itu sekali lagi menerima teguran Ahmad Shabery yang menyoal Lim bagaimana hendak menuntut bayaran CBP daripada orang awam yang mahu menyertai sambutan Hari Merdeka di Dataran Merdeka.
“Saya rasa Yang Berhormat dalam keadaan ketidakfahaman yang sangat serius tentang soal CBP dan kenegaraan,” kata Ahmad Shabery yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57.
Dalam jawapannya kepada soalan asal Lim, Ahmad Shabery berkata kos sambutan Hari Merdeka pada 2010 ialah sebanyak RM13.9 juta, 2011 (RM14.1 juta), 2012 dan 2013 (RM20 juta) dan 2014 (RM17 juta).
Katanya seramai 400,000 hingga 500,000 orang awam menyertai acara-acara yang diadakan sepanjang sambutan tahun ini manakala keseluruhan jumlah tajaan daripada sektor swasta ialah RM10 juta.
Beliau juga menyangkal dakwaan Lim kononnya kos lebih rendah bagi sambutan tahun ini iaitu sebanyak RM17 juta kerana kerajaan mahu ‘tone down’ (mengurangkan) sambutan berikutan dua insiden pesawat Malaysia Airlines pada Mac dan Julai lepas.
Ahmad Shabery menjelaskan peruntukan bagi sambutan Hari Merdeka tahun ini telah ditetapkan pada tahun lepas, tanpa mengetahui akan berlakunya insiden kehilangan penerbangan MH370 dan nahas penerbangan MH17.
Menurutnya kemeriahan sambutan boleh dibuat tanpa melibatkan kos tambahan daripada kerajaan, misalnya melalui sumbangan dan sokongan sektor swasta.
Katanya ini termasuk inisiatif pengusaha panggung swasta sejak tahun lepas untuk memainkan lagu Negaraku di pawagam sepanjang tempoh sambutan itu.
“Saya dapati ramai yang sokong perkara ini. Tetapi ia dikritik oleh Yang Berhormat DAP dari Kuching (Chong Chieng Jen),” katanya merujuk kepada kenyataan Chong dalam Twitter beliau pada 16 Sept lepas yang mengkritik inisiatif itu sebagai “absolute disgrace and ridiculous” (penghinaan dan tidak masuk akal).
Ahmad Shabery berkata kerajaan juga mengamalkan pembelanjaan berhemah dalam menyambut hari-hari penting patriotik negara.
Beliau juga memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan mengekalkan tradisi sambutan untuk beberapa acara-acara utama Hari Merdeka.
“Misalnya, perarakan di Dataran Merdeka kerana ada sejarahnya. Dataran Merdeka bukan untuk kita membuat demo-demo (demonstrasi) yang tak sepatutnya tetapi itu tempat yang mulia untuk sambutan kemerdekaan. Itu antara perkara yang ditetapkan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Penyelia Syarikat Dipenjara 45 Hari Rasuah Balak… 45 Hari Je?
KUALA LUMPUR – Penyelia sebuah syarikat pembalakan, Law King Chai, 47, dihukum penjara dan denda RM10,000 oleh mahkamah Sibu hari ini kerana didapati salah memberi rasuah RM2,000 kepada pegawai polis pada September lalu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media memberitahu, King Chai dijatuhi hukuman itu selepas menukar pengakuan memberi rasuah bagi melepaskan diri daripada ditahan atas kesalahan melakukan pembalakan haram.
“Hakim Nixon Kennedy Kumbong menjatuhkan hukuman 45 hari penjara dan denda RM10,000 manakala wang rasuah RM2,000 pula telah dilucut hak. Tertuduh membayar denda dan dihantar ke Penjara Sibu bagi menjalani hukuman penjara,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, King Chai dituduh melakukan kesalahan tersebut pada 8 September 2014 di kawasan pembalakan Kampung Boyan, Sibu sebagai balasan agar tidak diambil tindakan undang-undang kerana melakukan kesalahan pembalakan haram di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 1958.
Kata kenyataan itu, penyelia syarikat tersebut merupakan salah seorang daripada tujuh individu yang didakwa di bawah Ops Tukul, yang dilancarkan oleh SPRM bermula 20 Oktober lalu.
“Ops Tukul diadakan bagi membanteras aktiviti rasuah yang mengakibatkan berleluasanya pembalakan haram,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Kaum Penan Harus Dibela Atas Dakwaan Dirogol Pembalak – TI
Transparency International-Malaysia (TI-M) menggesa pihak bertanggungjawab supaya membelas nasib golongan kanak-kanak dan wanita kaum Penan yang didakwa menjadi mangsa nafsu serakah pekerja industri pembalakan sejak bertahun-tahun.
Seruan itu disuarakan organisasi bukan kerajaan antirasuah, setelah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berjanji untuk menamatkan amalan rasuah yang membabitkan taikun balak di sana.
Melalui satu kenyataan, presidennya, Datuk Akhbar Satar berkata, walaupun tindakan tegas ketua menteri itu terhadap syarikat pembalakan dipuji, namun beliau harus juga memandang isu penderaan seksual yang dihadapi kaum Penan.
“Perlu ada resolusi ke atas penderaan seksual yang telah berlaku bertahun-tahun lalu dan pernah singgah di fikiran ramai.
Kira-kira 16,000 kaum Penan, di mana 200 orang masih lagi menjalani cara kehidupan nomad,” ujar beliau dalam satu kenyataan. Tambahnya lagi, masyarakat tersebut pernah mendapat perhatian apabila mereka menentang operasi pembalakan di kawasan kediaman mereka yang meliputi Baram, Limbang, Lawas dan Tutoh di Sarawak. Jelas Akhbar, perjuangan kaum Penan telah bermula semenjak 1960-an lagi apabila kawasan-kawasan di pedalaman Sarawak diteroka untuk tujuan pembalakan komersil. Pada tahun 2000, wakil penduduk Penan pernah membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berkenaan isu rogol yang melibatkan kaum Penan. Kes tersebut berlanjutan sehingga kini walaupun laporan direkodkan tentang salah laku pekerja pembalakan terhadap kaum tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Abai Kucing, Pemilik Pusat Jagaan Didenda RM800
KUALA LUMPUR – Seorang pemilik pusat jagaan kucing didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mengabaikan kebajikan 17 ekor kucing sehingga empat daripadanya mati, April lepas.
Majistret Zura Syazween Hamizan mengenakan denda berkenaan selepas Norhazlin Ibrahim, 39, yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Turut menerima nasib sama, pekerjanya Helmy Jazman Sulaiman, 27, yang turut didenda RM300.
Mahkamah juga memerintahkan Norhazlin, dipenjara lapan bulan manakala Helmy Jazman pula dipenjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan tetapi kedua-dua mereka membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa bersama-sama mengabaikan kebajikan terhadap kesemua haiwan itu hingga menyebabkan kesakitan dan kesengsaraan yang tidak munasabah.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pusat jagaan di alamat Lot 6, Jalan 8/1 Kampung Melayu Subang, pada pukul 11.30 pagi, 3 April lalu, mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Haziah Musa daripada Jabatan Veterinar memaklumkan punca kematian haiwan berkenaan disebabkan jangkitan virus dan kekurangan zat makanan dalam tempoh yang lama.
Katanya, walaupun Norhazlin memberikan ubatan kepada kucing-kucing itu tetapi tertuduh sepatutnya merujuk masalah haiwan berkenaan kepada pegawai veterinar yang bertauliah.
“Laporan juga menunjukkan pemilik itu gagal menyediakan tempat tinggal yang baik kepada 200 ekor kucing lain yang turut di bawah pusat jagaan itu, selain kelihatan kurus dan lemah,” katanya.
Dalam rayuan, Nohazlin bagaimanapun berkata, perkara itu adalah di luar kawalannya kerana kebanyakan kucing yang dihantar ke pusat jagaan itu berpenyakit dan cacat.
“Saya hanya melakukan apa yang termampu dengan peruntukan sedia ada kerana pusat jagaan hanya mengenakan bayaran serendah RM50 seekor (kepada kucing) yang dihantar orang ramai.
Dengan peruntukkan yang agak terhad itu, segala kemudahan cuba disediakan termasuk makanan, ubat-ubatan, dan tempat tinggal kucing-kucing berkenaan selain kos menggaji dua pekerja untuk membantu menguruskan penyediaan keperluan itu,” katanya. – BERNAMA
TOP
Foto: Kapal TLDM Hampir Tenggelam
Terkejut tatkala mendengar perkhabaran mengenai sebuah kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang hampir tenggelam yang tersebar di media sosial.
Perkara ini turut disahkan sendiri oleh pihak TLDM sendiri bahawa, sebuah kapal hidrografi TLDM yang sedang menjalani Senggaraan Refit di Limbungan Boustead Naval Shipyard, Lumut tenggelam secara tiba-tiba. Insiden ini didakwa berlaku apabila kapal berkenaan dipenuhi air secara tiba-tiba (kebanjiran) pada kira-kira pukul 11.17 malam tadi. Kini, usaha bagi menyelamatkan kapal tersebut giat dilakukan oleh pihak Limbungan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) dengan kerjasama pihak TLDM sendiri.
Berikutan insiden tersebut tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Sebagai info tambahan, kapal yang dikenali sebagai KD PERANTAU ini adalah sebuah kapal hidrografi yang telah digunakan pada tahun 1998 oleh Limbungan Hong Leong- Lursen, Pulau Pinang. Bagaimanapun, kapal ini telah diserahkan ke Limbungan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) untuk menjalani kerja-kerja selenggaraan sejak 10 November lalu. Namun, kerja-kerja selenggaraan ini dijangka siap pada 10 Ogos 2015 dan kapal tersebut bakal diserahkan kembali kepada pihak TLDM. Peralatan seperti motor, pam dan peralatan pengukuran sempat dikeluarkan dari kapal sebelum kejadian itu berlaku kerana khuatir sebarang kejadian terjadi ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan. Sebuah Lembaga Siasatan juga dikatakan bakal ditubuhkan bagi mengenalpasti punca kejadian ini berlaku. – MYNEWSHUB.CC

Bayi Comel Ini Perlukan Bantuan Tampung Kos Perubatan
Ibu bapa manalah yang tidak sedih mengenang nasib malang yang menimpa anak kandung sendiri yang baru mencecah 7 bulan.
Tiada apa mampu dilakukan selain mengharap anaknya itu kembali seperti sedia kala.
Pastinya, kos perubatan yang amat tinggi diperlukan bagi membiayai perubatan bayi kecil yang didakwa mengalami menyakit eczema dan turut berkait dengan paru-paru bayi ini.
Lebih menyedihkan, ibu bapa bayi ini dikatakan tidak mampu untuk menanggung kos perubatan anak mereka.
Untuk makluman, bapa kepada bayi ini hanyalah bekerja sebagai pemandu lori, manakala ibunya pula bekerja sebagai pembantu am rendah.
Di tambah pula dengan kondisi anaknya, ibu bayi ini terpaksa mengambil cuti tanpa gaji bagi menjaga anaknya yang sedang sakit.
Namun, hati ibu mana yang mampu membiarkan anak tersayang menderita kesakitan selain daripada berdoa moga penyakit yang menimpa anaknya segera pulih.
Gambar bayi ini menjadi viral dan telah mengundang simpati pengguna Facebook apabila melihat penderitaan bayi malang ini.
Gambar bayi ini sebenarnya disebarkan rakan yang mengenali keluarga bayi dan berharap semoga ada pihak yang dapat membantu meringgankan sedikit penderitaan keluarga ini. Bagi yang ingin membantu bolehlah menghubungi nombor talian yang diberikan di atas ini atau menderma kepada nombor akaun Maybank milik Siti Fatimah Nur Binti Mohamad Yusof – 164128560082. Diharapkan, moga ada pihak yang dapat menghulurkan bantuan bagi membantu memulihkan penyakit bayi ini. – MYNEWSHUB.CC

Kerajaan Belum Buat Keputusan Berkenaan Harga Petrol RON95
MELAKA – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata kerajaan belum membuat keputusan berhubung harga petrol RON95 walaupun harga RON97 turun kepada RM2.55 seliter.
Beliau berkata keputusan itu bergantung kepada keadaan semasa termasuk melihat hasil mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) pada akhir bulan ini.
Bagaimanapun, beliau menegaskan sebarang keputusan yang dibuat kerajaan akan mengambil kira kepentingan rakyat di negara ini.
“Sama ada ia (RON95) akan diturunkan ini bergantung kepada keadaan semasa…jadi kalau memerlukan kita buat keputusan sama ada popular atau tidak popular, kita tunggulah pada masa yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Petronas Penapisan Melaka di Sungai Udang di sini, Rabu.
Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara turun 20 sen seliter kepada RM2.55 seliter daripada RM2.75 seliter berkuat kuasa 12 tengah malam tadi.
Harga runcit RON97 ditentukan oleh ‘apungan terurus’ dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran.
Dalam perkembangan lain, Hasan berkata pihaknya sedang mengkaji untuk memperluaskan penggunaan diesel Euro 5 ke seluruh negara berikutan respons positif daripada pengusaha dan pemilik lori dengan pengenalan penggunaan bahan api itu di sekitar Johor Baharu baru-baru ini.
Beliau berkata penggunaan bahan api itu bukan sahaja membantu pemilik dan pemandu lori Malaysia daripada dikenakan denda berikutan peraturan ketat pihak berkuasa Singapura berhubung pelepasan asap diesel, malah ia menyumbang kepada alam sekitar yang lebih baik.
Diesel Euro 5 mula dilancarkan oleh Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) pada Rabu lepas membabitkan empat stesen minyak miliknya di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Pagoh Arah Utara dan Selatan, Tebrau serta Pasir Gudang. – BERNAMA
TOP
‘Malaysia’ Popular Jadi Nama Bayi Di Amerika Syarikat
Ingatkan di negara kita sahaja nama Malaysia popular, rupa-rupanya nama ‘Malaysia’ adalah merupakan nama yang sangat popular di Amerika Syarikat.
Mana tidaknya, ramai ibu bapa di negara Uncle Sam tersebut memilih untuk menamakan bayi perempuan mereka dengan nama ‘Malaysia’.
Data dari pentadbiran keselamatan sosial Amerika Syarikat menunjukkan bahawa Malaysia merupakan carta tertinggi dalam kelompok 500 nama bayi perempuan paling popular dan dilaporkan sebanyak 630 bayi perempuan yang lahir pada tahun 2013 telah diletakkan nama Malaysia.
Lihat sahaja nama seorang isteri kepada pemain bola keranjang NBA Jannero Pargo, iaitu Malaysia Pargo.
Jannero Pargo bersama isterinya Malaysia Pargo
Kalau di Malaysia, banyak trend menamakan anak dengan nama artis dan selebriti, nama pemimpin Islam dan nama nabi-nabi.
Serta nama yang membawa tuah mungkin bagi mereka yang berbangsa selain Melayu.
Walau apapun, disarankan untuk menamakan anak kita dengan nama bermaksud yang indah-indah.

Sebanyak 20 Lebuh Raya Layak Terima Kenaikan Tol Pada 2015
Sebanyak 20 buah lebuh raya berkelayakan untuk mendapat kenaikan tol pada tahun depan kerana syarikat konsesi berkenaan telah disenaraikan dalam sesi penggulungan Bajet 2015.
Perkara berkenaan dinyatakan dalam satu kenyataan media oleh Kementerian Kerja Raya hari ini.
Menurut kenyataan itu, merujuk laporan media hari ini yang menyebut bahawa kadar tol tidak akan naik pada 2015, kementerian mengeluarkan kenyataan berkenaan bertujuan memberi penjelasan lanjut. “Apa yang dijawab oleh Timbalan Menteri Kerja Raya (Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin), semasa penggulungan Bajet 2015 Peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Kerja Raya adalah berkaitan peruntukan Bajet 2015, sejumlah RM558.69 juta telah dipohon sebagai pampasan jika kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tol pada 2015. “Kementerian Kerja Raya ingin menjelaskan bahawa ini adalah prosedur biasa untuk permohonan bajet supaya peruntukan tersedia sekiranya keputusan tidak ada kenaikan tol diputuskan oleh kerajaan,” menurut kenyataan itu.
Kementerian berkata, tiada sebarang kenyataan dalam jawapan Timbalan Menteri Kerja Raya yang menyatakan bahawa 2015 tidak akan berlaku kenaikan tol.
Oleh itu, dalam kenyataan berkenaan, kementerian menyenaraikan senarai 20 konsesi lebuh raya yang layak menerima kenaikan tol tahun depan.
1. Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
2. Lebuhraya Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
3. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
4. Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)
5. Storm Water Management and Road Tunnel (SMART)
6. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
7. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
8. Lebuhraya Senai Desaru (SDE)
9. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR)
10. Lebuhraya Koridor GUTHRIE (GCE)
11. Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
12. Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
13. Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
14. Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
15. Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB)
16. Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1)
17. Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK)
18. Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA)
19. Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR)
20. Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
Menurut kenyataan itu, keputusan tol akan dinaikkan atau tidak akan bergantung kepada Jawatankuasa Khas Menangangi Kos Sara Hidup Rakyat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang akan memperincikan semua aspek sama ada dari sudut kewangan dan kos sara hidup rakyat serta membuat cadangan kepada kabinet.
“Jawatankuasa ini juga boleh mencadangkan pilihan lain dalam mengurangkan beban rakyat sekiranya kenaikan tol diluluskan.
“Sehingga kini, tiada sebarang keputusan berkaitan sama ada akan dibenarkan kenaikan tol atau pun tidak, permohonan peruntukan hanya sebagai prosedur bajet sahaja,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Troll Terbaik Dari Pengguna Kepada Penghantar SMS Scam!
Memang hidup di zaman serba teknologi ini begitu banyak taktik penipuan ‘scam’ dilaporkan oleh pengguna.
Jika dilihat, isu pengguna tertipu dengan tektik penipuan scam ini bukanya baru, anda pasti pernah menerima pesanan teks yang berbunyi, “Tahniah, sim card anda memenangi RMxxxxxxx”.
Perasaan cemas dan marah pasti timbul disebabkan oleh pesanan SMS yang terang-terangan menipu ini dan boleh dikatakan amat menjengkelkan.
Haa melalui gambar yang dikongsikan, lain pula jadinya apabila si pengguna membalas balik dengan menggunakan unsur yang sama kepada si penghantar SMS scam ini dengan bijak.
Inilah yang dipanggil buku bertemu ruas!
Nah, korang bacalah sendiri troll ni. Agak-agak kalau anda jadi si penghantar scam tersebut itu, pasti anda pun akan ‘hangin satu badan’ dibuatnya. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Budak Perempuan Didera Diselamat Jiran
SEKADAR GAMBAR HIASAN
Kuala Lumpur – Laporan polis yang dibuat seorang bapa mengenai kehilangan anak perempuan berusia 10 tahun akhirnya mendedahkan mangsa sebenarnya menjadi mangsa dera lelaki itu sejak beberapa bulan lalu dalam kejadian di Sungai Besi, di sini. Difahamkan, mangsa berusia 10 tahun diselamatkan jirannya sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan di atas kecederaannya itu. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, mangsa menjadi mangsa dera bapanya sejak beberapa bulan dan pihak polis sedang menunggu laporan hospital untuk siasatan lanjut. “Mangsa dihantar ke HKL oleh jirannya pada 13 November dan kanak-kanak itu masih dirawat di HKL. “Bapa mangsa yang berusia 31 tahun pula sudah ditahan untuk siasatan lanjut pada 15 November lalu,” katanya. – myMetro Online

Razali Ibrahim Akan Berdebat Dengan Fahmi Zainol Bulan Ini
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim akan berhadapan dengan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol dalam satu program debat pada 26 November depan.
Program itu akan diadakan pada pukul 8.30 malam di UM Foodcourt Village di Universiti Malaya (UM). Razali yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, merupakan bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Alumni UKM. Bahagian Hal Ehwal Pelajar UM dilaporkan sudah memberi kelulusan kepada Razali untuk hadir ke program berkenaan. Debat yang bertajuk “Kebebasan Memilih” itu merupakan anjuran Pro Mahasiswa UM dan PMUM.
Moderator program berkenaan ialah Yang Dipertua PMUKM Mustapha Kamil Husen.
Program debat kali ini pastinya menarik kerana ia akan memperlihatkan kredibiliti Fahmi yang selama ini kerap mengkritik kerajaan berhadapan dengan orang kuat kerajaan yang turut menganggotai kabinet sendiri. Fahmi yang juga Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UM sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berpidato di UM bertajuk “40 Tahun : Dari UM Ke Penjara” yang mendapat tentang pengurusan UM. Beliau yang menganjurkan pidato itu tetap berdegil dan bertindak merempuh pintu pagar masuk ke kampus UM untuk mendengar Anwar berpidato. Fahmi juga pernah ditahan polis ketika berpidato di Jalan Gaya di Kota Kinabalu kerana mengadakan pidato di tempat awam tanpa kebenaran. – MYNEWSHUB.CC

Kes Buli Terbaru Libatkan Wanita Dan Pemandu Teksi
Baru selesai satu kes buli membabitkan seorang wanita dan si pembuli, Khoo Koo Ann, 58, di Subang Jaya, kini muncul pula kes terbaru! Kali ini, kes membabitkan seorang wanita dan pemandu teksi.
Kes tersebut dikatakan berlaku ketika mangsa sedang memandu dari Bandar Manjalara ke Jalan Raja Chulan, melalui Jalang Angsoka, kira kira jam 7.40 pagi, Isnin lalu.
Dakwa wanita tersebut, ketika melalui satu lorong, laluannya terhalang oleh dua buah kenderaan yang diparkir di kiri dan kanan jalan. Ketika itu, dia menyedari bahawa dia sedang berhadapan dengan seorang pemandu teksi yang datang dari arah bertentangan.
Ujarnya, pemandu tersebut membunyikan hon beberapa kali kepadanya untuk memberikan laluan, namun dia tidak mengendahkan. Lantas itu, pemandu tersebut melanggar sisi depan keretanya.
“Pemandu tersebut kemudiannya keluar dan mendekati kereta saya lalu menampar muka saya di bahagian kanan dan kiri pipi. Saya cuba melawan kembali namun gagal kerana dia seorang lelaki.
Saya terpaksa menahan kesakitan di bahagian pipi kanan kerana bukan sahaja ditampar, malahan juga dipicit.”
Katanya lagi, dia juga terpaksa menanggung kerugian akibat kerosakkan yang dihadapi keretanya kerana dilanggar pemandu teksi tersebut.
Aduh! Masih tak sudah-sudah dengan isu pembuli di jalan raya. Mungkin lepas ini, pihak berkuasa perlu menggariskan peraturan terbaru sebelum mendapat lesen iaitu kelas belajar tentang kesedaran sivik, toleransi dan hormat-menghormati! – MYNEWSHUB.CC
TOP
Pendaftaran GST Meningkat Kepada 150,885 Hingga 18 Nov
KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat yang mendaftar untuk regim percukaian baharu, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sebanyak 150,885 hingga pada 18 November, meningkat 2,756 daripada hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Jumlah syarikat yang mendaftar sudah lebih daripada sasaran kerajaan 140,000 menjelang hujung tahun ini.
Bagaimanapun, syarikat yang layak wajib mendaftar mesti berbuat demikian sebelum tarikh akhir pada 31 Disember ini.
GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015. – BERNAMA
TOP
Kisah Seorang Lelaki Yang Merajuk Kerana ‘Keistimewaannya’
Bayangkan jika anda lahir kedunia ini sebagai seorang yang pekak dan bisu.
Pernah anda terfikir bagaimana golongan ini berkomunikasi?
Di Uganda, seorang pemuda bernama Patrik Otema, 15, telah dilahirkan sebagai salah seorang yang bisu. Patrick dilihat sebagai seorang yang tidak ceria dan lebih suka memencilkan diri disebabkan kecacatan yang dialaminya. Beliau tidak pernah mengambil sebarang kelas pembelajaran khas untuk golongan istimewa ini disebabkan kemiskinan yang sangat tegar disana. Dengan bantuan seorang pengajar bernama Raymond Okkelo, saksikan keajaiban ini bagaimana akhirnya beliau berjaya mengambil bahagian dalam pembelajaran cara komunikasi golongan bisu. Patirik dilihat kembali senyum di dalam video yang sangat memberikan inspirasi ini! Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Kes Maritim Di Labuan Berkurangan – APMM
LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan melakukan 46 penahanan berhubung pelbagai kesalahan di perairan Labuan dan Lawas, Sarawak setakat ini tahun ini.
Penguatkuasa Daerah Maritim 14 Labuan, Lt Maritim Nik Mohd Izwan Farid Md Daud berkata penahanan dibuat hasil 1,891 pemeriksaan.
Beliau berkata daripada penahanan itu, tiga melibatkan kes penyeludupan, 10 kes melanggar ordinan perkapalan dagang, 19 kes di bawah jabatan pelabuhan dan dermaga Sabah, 11 kes kesalahan menangkap ikan, dua kes pencerobohan kawasan perlindungan dan satu kes imigresen.
Katanya kes penyeludupan berkurangan berbanding tempoh sama tahun lalu hasil penguatuasaan berterusan.
Turut berkurangan ialah kes pencerobohan nelayan pukat tunda, tambahnya. – BERNAMA
TOP
Adik-Adik, Keputusan UPSR 2014 Diumum Pada 26 November
KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 akan dikeluarkan pada 26 Nov.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan pada Rabu, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut.
Selain itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2014 melalui mySMS 15888 dengan perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi hari yang sama dan akan ditamatkan pada pukul 11.59 malam, 2 Dis.
Sejumlah 473,175 calon menduduki UPSR di 8,299 pusat peperiksaan di seluruh negara. – BERNAMA
TOP
Istilah Romantik Moden “Bae” Kini Dalam Kamus Oxford
LONDON – Pihak pengurusan kamus baku bahasa Inggeris terkemuka, Oxford Dictionary di sini semalam mengesahkan beberapa lagi istilah baharu yang diwartakan sebagai perkataan standard bahasa Inggeris untuk keluaran rujukan terkini masyarakat mulai tahun ini.
Pengarah editorial Oxford Dictionary, Judy Pearsall berkata, antara istilah terbaharu diterima pakai ialah vape iaitu rujukan tingkah laku perokok elektronik atau e-rokok dan telah luas diguna sejak 2013 apabila dipopularkan ramai selebriti ternama Barat.
Vape mula kali pertama dikesan pada 1980-an bagi merujuk perbuatan menghirup dan melepaskan wap daripada gajet itu tetapi ia semakin banyak disebut termasuk kata kerja ‘vaping’ setelah banyak kajian bahaya rokok elektronik mencetuskan perdebatan awam.
“Amalan e-rokok hanya bermula pada 2004 tetapi perkataan vape sudah muncul dalam satu artikel oleh Rob Stepney menerusi sebuah majalah pada 1983 termasuk rujukan untuk gajet rokok tersebut sebelum menjadi istilah arus perdana pada 2009,” jelas wanita berkenaan.
Turut dimasukkan sebagai perkataan baharu bahasa Inggeris ialah bae yang sering diguna pakai secara meluas dalam kalangan artis muzik genre hip hop dan penyanyi R&B bagi memberi makna kepada panggilan rujukan ganti diri untuk teman pasangan romantik. Istilah ucapan manja tersebut ujar Pearsall, sebenarnya adalah singkatan daripada perkataan babe dan asalnya bermula daripada baby iaitu perkataan maksud lain bagi panggilan ganti nama diri seseorang yang amat disayangi selain darling. – Agensi

Amerika Syarikat Hantar Wakil Ke Kelantan Tinjau Hudud
Tresa Rae Finerty menerima cenderahati dari Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah ketika mengadakan kunjungan hormat ke pejabatnya di Kota Bharu, Kelantan.
Susulan kesungguhan negeri Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II atau Hudud, Amerika Syarikat dilihat begitu berminat akan pelaksanaannya sehingga menghantar Penasihat Politik Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Tresa Rae Finerty. Tresa dihantar ke negeri Cik Siti Wan Kembang untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rang undang-undang berkenaan. Menurut laporan laman web Agenda Daily, beliau berasa agak keliru terhadap sistem undang-undang berkenaan kerana tidak mempunyai maklumat lengkap mengenainya. BACA – Hudud : Kelantan Harus Cari Kaedah Potong Tangan Lebih Sesuai “Perkara itu mungkin disalah tafsir sehingga agak mengelirukan. Selepas ini saya akan mencari maklumat berhubung perkara itu,” katanya ketika melakukan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah semalam. Kelantan meluluskan enakmen tersebut pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun 1993, kemudian pada tahun lepas kerajaan negeri mewujudkan Jawatankuasa Teknikal bagi memperhalusi undang-undang itu. Pada tahun ini, Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) dilihat memberikan maklumbalas positif bagi membolehkan undang-undang berkenaan dibahaskan di Parlimen. Tresa turut meluahkan rasa kagumnya kepada rakyat negeri Kelantan kerana mempunyai budaya kehidupan tersendiri, di samping keramahan masyarakatnya. – MYNEWSHUB.CC

Wajah Barbie Doll Thailand Ini, Sangat Mengerikan!
Entah apa yang ada di benak fikiran wanita ini, hingga sanggup mengubah wajah aslinya melalui pembedahan yang akhirnya memakan diri sendiri.
Jika sebelum ini kita heboh perihal gambar viral manusia berwajah barbie doll yang amat cantik, namun tidak pada wajah wanita Thailand ini.
Wajah wanita yang diubah suai melalui beberapa kali pembedahan ini, menjadi amat menakutkan dan menjelikkan mata pada sesiapa sahaja yang melihatnya.
Wanita bernama Khun Sumanee Guna-Kasem ini bukanlah calang-calang orang kerana dia ialah seorang socialite di Thailand. Kegilaan Khun terhadap pembedahan plasti menjadikan wajahnya semakin hodoh dan teruk. Malah, wajahnya dahulu lebih cantik berbanding wajahnya yang kini sudah diubah 100%.
Alahai, macam wajah Ronald Mcdonald pulak jadinya! – MYNEWSHUB.CC

Tauke Ayam Korea Beli Topi Napoleon RM7.4 Juta Ambil Berkat
Seorang jurulelong agensi Osenat menunjukkan salah satu topi Napoleon pada acara lelongan di Paris baru-baru ini.
SEOUL – Seorang usahawan terkemuka industri ternakan ayam Korea Selatan, Kim Hong-kuk sanggup membeli sebuah topi dua muka bernilai AS$2.2 juta (RM7.4 juta) dipercayai pernah dipakai bekas pemimpin legenda Perancis, maharaja Napoleon Bonaparte.
Ahli perniagaan berusia 57 tahun yang merupakan pengasas dan pengerusi gergasi firma ayam komersial, Harim Group dilaporkan berkata, tujuan pembelian topi tersebut untuk mengambil semangat tinggi kepahlawanan maharaja tersebut dalam dunia bisnes. “Saya mahu jiwai roh cabaran Napoleon sering fikir positif tiada apa mustahil bagi bangkit semangat keusahawanan tinggi,” katanya kepada akhbar tempatan Edaily semalam sambil menafikan pembelian itu untuk dijual semula sebagai bentuk pelaburan masa depan. Beliau memulakan perniagaan ternakan sejak zaman remaja lagi sehingga membina empayar sendiri dalam industri peruncitan ayam diproses dan mampu disenaraikan di bursa saham Kosdaq Seoul dengan nilai dagangan 4.8 trilion won (RM14.8 billion) tahun lalu. Topi tentera buatan bulu memerang itu antara 19 unit penutup kepala ikon pernah dipakai Napoleon ketika memerintah dari 1804 sebelum ditawan musuh pada 1815 namun beliau dikenang sebagai wira agung sepanjang zaman oleh sebahagian besar rakyat Perancis. Hong-kuk difahamkan membayar harga topi warna gelap itu lima kali lebih tinggi daripada nilai anggaran semasa kerana mahu mengatasi tawaran seorang pembida terkenal dari Jepun dalam acara lelongan khas anjuran Osenat di Paris pada Ahad lalu. – Agensi
Kim Hong-kuk mengangkat tangan selepas diumumkan berjaya memenangi bidaan terhadap topi ikon pernah dipakai maharaja Perancis, Napoleon Bonaparte di Paris baru-baru ini.

Prosiding Memperingati Almarhum Sultan Azlan Shah
PUTRAJAYA – Prosiding memperingati Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah diadakan di Mahkamah Persekutuan di sini Rabu.
Sultan Azlan Shah, 86, yang mangkat pada 28 Mei lepas merupakan bekas Ketua Hakim Negara kelima.
Prosiding itu dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan turut berangkat menghadiri upacara itu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah serta Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Prosiding itu turut dihadiri Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.
Prosiding itu diadakan bagi memperingati sumbangan Almarhum dalam bidang kehakiman dan perundangan.
Semasa upacara itu, Arifin, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Presiden Majlis Peguam Christopher Leong memberi penghormatan kepada Almarhum.
Sultan Nazrin Shah juga menyampaikan ucapan khas pada prosiding itu. – BERNAMA
TOP
Naya! Gadis Hidap HIV Kerana Kongsi Alatan Rawatan Kuku
Percaya atau tidak, hanya melalui alatan yang digunakan ketika melakukan rawatan kuku (manicure), seorang wanita berusia 22 tahun dijangkiti virus HIV (Human Immunodeficiency Virus).
Melalui satu jurnal perubatan, berita ini didedahkan seorang pakar yang berkata, ia merupakan salah satu cara terbaru penyebaran HIV dalam kalangan masyarakat.
Namun demikian, menurut doktor tersebut, kes ini merupakan kes terpencil dan risiko untuk dijangkiti adalah rendah.
Melalui laporan, wanita tersebut tidak mempunyai sebarang faktor risiko biasa yang menyebabkannya berjangkit virus tersebut, seperti seks rambang tanpa perlindungan kondom ataupun berkongsi alat suntikan.
Lantas, melalui siasatan lanjut, maka pakar mendapati alatan yng digunakan ketika melakukan rawatan kuku menjadi punca jangkitan tersebut.
Ini kerana, dia berkongsi peralatan itu dengan sepupunya yang yang sememangnya penghidap penyakit tersebut.
Alahai, kesiannya. Tak pasal-pasal orang yang tak bersalah turut terkena tempias kesilapan yang dilakukan pihak lain. Buat masyarakat di luar sana, pastikan menjaga kebersihan.
Beringatlah, berkongsi peralatan seperti pengetip kuku, berus gigi dan apa-apa sahaja peralatan yang bersentuhan dengan kulit dan mampu melukakan, amatlah berisiko. Walaupun kes tersebut jarang berlaku, tapi tak mustahil menjangkiti anda andai tidak berwaspada! – MYNEWSHUB.CC
TOP
Artis Mengamuk Di Instagram Gara-Gara IPhone 6!
Kisah iPhone 6 tidak pernah lekang daripada didengari, lihat sahaja pelbagai versi yang menjadi viral di media sosial sama ada yang romantis, kelakar dan ada pula yang menyakitkan hati.
Ini antara kisah yang menyakitkan hati dan yang menimpanya adalah para selebriti tempatan kita sendiri. Mesti anda ada ternampak komen “I get free iPhone 6 Silver from @freeapplenow” yang sejak akhir-akhir ini memenuhi ruangan komen Instagram para selebriti.
Lebih parah sebenarnya, kisah iPhone free yang menjadi spam di Instagram ini membuatkan selebriti tanah air kita mengamuk apabila menerima komen seperti ‘sampah’ dalam IG mereka. Antara selebriti yang meluahkan perasaan bengang dan marah terhadap fenomena itu ialah Awal Ashaari, Aznil Haji Nawawi, Wak Doyok dan juga Yana Samsudin. Jom kita tengok luahan selebriti di Instagram perihal iPhone FREE ini….
Selebriti terkenal tanah air kita turut memberitahu tidak akan ragu-ragu untuk block akaun individu-individu jika fenomena aneh ini berterusan taw. Untuk makluman anda, fenomena aneh ini dikatakan berpunca daripada akaun Instagram Freeapplenow yang kononnya menawarkan iPhone percuma jika mereka menulis statement tersebut di 5 akaun Instagram yang popular.
Makanya, siapalah lagi yang bakal jadi mangsa, kalau bukan artis kan! Sebenarnya, kami sendiri tidap pasti kesahihan tawaran tersebut. Tapi rasanya tidak perlulah buat tawaran yang bakal menyusahkan kehidupan orang lain. Tak pasal-pasal, ramai selebriti mengamuk! – MYNEWSHUB.C

Ubat alzheimer boleh henti ketagihan
Penyelidik di Amerika Syarikat temui kaedah bagi menghentikan ketagihan terhadap makanan ringan.
MASSACHUSETTS - AMERIKA SYARIKAT. Satu kajian yang dijalankan penyelidik Amerika Syarikat mendapati ubat digunakan bagi merawat penyakit alzheimer, boleh menghentikan ketagihan terhadap makanan ringan. Pakar psikiatri dan farmakologi, Pietro Cottone dari Sekolah Perubatan Universiti Boston berkata, dadah memantine bertindak mengurangkan tingkah laku ketagihan dan impulsif berkaitan dengan masalah itu dipetik laporan Mirror. "Apabila dadah memantine diletakkan di nucleus accumbens (bahagian otak), semua isyarat berkaitan ketagihan terhadap makanan ringan disekat," katanya. Menurut Cottone lagi, kajian tersebut diharap dapat membantu seseorang itu menjalani kehidupan lebih sihat.

Hamas gesa intifada ketiga
Polis Israel menahan seorang lelaki Palestin ketika membantah pencerobohan Yahudi di Masjid al-Aqsa.
DOHA - QATAR. Hamas menggesa agar diadakan intifada ketiga bagi menentang pencerobohan Israel. Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal berkata, penduduk Palestin perlu bangkit bagi membantah pembinaan penempatan baharu dan percubaan rejim Zionis merampas Baitulmaqdis. Penduduk Palestin sebelum ini bertegas untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kota, sebaik sahaja menjadi negara bebas pada masa hadapan. "Kami akan menggagalkan rancangan Israel menerusi pemberontakan. Penjajahan ini mesti berakhir," katanya kepada akhbar al-Sharq yang berpangkalan di Qatar. Pada masa sama, Meshaal menegaskan tanggungjawab melindungi dan mempertahankan Masjid al-Aqsa, yang merupakan rumah ibadat ketiga suci bagi umat Islam selepas Masjidilharam dan Masjidil Nabawi adalah tanggungjawab seluruh umat Islam. Katanya, negara Islam terutamanya Arab Saudi, Mesir dan Jordan perlu melindungi tapak suci itu. "Al-Aqsa dalam bahaya. Rejim Zionis terus mencemari masjid itu dengan pelbagai bentuk serangan seperti membakar dan mengebom, sama ada secara peribadi atau berkumpulan," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, seorang penduduk Palestin cedera parah selepas bertempur dengan pasukan keselamatan Israel di timur Baitulmaqdis, kelmarin. Menurut media tempatan, pertempuran tercetus apabila polis Israel menyerbu demonstrasi dianjurkan penduduk bagi membantah pembunuhan seorang remaja Palestin oleh rejim Zionis, minggu lalu. - Press TV

EU mahu hukum Israel
Laporan tersebut juga menunjukkan pelaburan dalam projek pembinaan penempatan haram Israel telah menurun kepada 2.1 peratus pada suku ketiga 2014.
BRUSSELS - Kesatuan Eropah (EU) menyediakan pelan untuk mengenakan sekatan terhadap Israel sekiranya negara itu melakukan tindakan provokasi yang menjejaskan penyelesaian dua negara bersama Palestin. Menurut laporan akhbar Haaretz, Perkhidmatan Tindakan Luar Eropah telah mengedarkan dokumen rahsia berhubung rancangan tersebut kepada 28 negara anggota EU. "Sekatan terbabit turut melibatkan pelbagai barangan yang dieksport ke pasaran Eropah dan ia akan ditanda bagi membolehkan pengguna mengenal pasti produk keluaran Israel," jelas laporan itu lagi. Dokumen tersebut juga mengandungi sekatan yang bakal dikenakan terhadap perjanjian perdagangan bebas antara Israel dan blok Eropah. Sementara itu, laporan rasmi Pusat Biro Perangkaan Israel (CBS) , menunjukkan ekonomi negara itu menguncup pada suku ketiga tahun 2014 dengan Keluaran Dalam Negara Kasar jatuh pada kadar tahunan 0.4 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga akhir September dalam laporan Press TV.

Presiden Rusia elak kritikan negara Barat
Putin (kanan) bersama Perdana Menteri Australia, Tony Abbott sempat mendukung koala sebelum mesyuarat pertama Sidang Kemuncak G20 bermula. - AFP
MOSCOW - RUSIA. Tindakan Presiden Rusia, Vladimir Putin meninggalkan Sidang Kemuncak G20 lebih awal telah mencetuskan pelbagai reaksi termasuk daripada media tempatan. Menurut laporan AFP, Akhbar Kommersant mendakwa Putin bertindak sedemikian kerana beliau mahu mengelakkan sebarang konfrontasi mana-mana pihak yang mahu menggunakan sidang kemuncak itu untuk memulaukan Rusia. Sementara itu, akhbar Vedomosti pula berpendapat Putin sebenarnya mahu mengelakkan pertelingkahan dengan pemimpin Barat yang melontarkan kritikan pedas terhadapnya pada akhir sidang tersebut. "Sidang kemuncak itu telah dijadikan sebagai medan untuk mengkritik Rusia secara terbuka hingga menyebabkan banyak pihak menuduh Moscow cuba mengelak tekanan Barat berhubung konflik antara negara itu dengan Ukraine," menurut laporan itu lagi. Sementara itu, Putin turut memuji suasana konstruktif ketika sidang kemuncak tersebut walaupun dipulaukan dan berdepan tekanan hebat dari negara Barat berhubung krisis dengan Ukraine. "Konflik tersebut sebenarnya boleh diselesaikan secara baik," katanya. Dalam perkembangan lain. Sidang Kemuncak G20 yang berlangsung selama dua hari di Brisbane, Australia akhirnya mencapai kesepakatan dalam beberapa isu yang bertujuan untuk memacu pertumbuhan ekonomi global, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan liberalisasi perdagangan. Sidang Kemuncak kali ke-10 pada tahun depan bakal menyaksikan Turki sebagai tuan rumah.

Himpunan dua kumpulan depan Parlimen kecoh
Himpunan dua kumpulan di hadapan Parlimen hari ini yang berlangsung aman bertukar kecoh apabila berlaku perang mulut.
KUALA LUMPUR - Himpunan dua kumpulan di hadapan bangunan Parlimen hari ini yang pada awalnya berlangsung aman tiba-tiba bertukar kecoh apabila berlaku perang mulut di antara kedua-dua ahli kumpulan tersebut. Kekecohan bermula apabila sidang media yang dibuat oleh Pengerusi Pertubuhan Kumpulan Media dan Sosial Prihatin Ramesh Roa yang membawa isu rasuah yang mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan terhadap ahli DAP tiba-tiba diganggu oleh kumpulan himpunan memperingati Teoh Beng Hock. Lantaran itu berlakunya perang mulut dan pergelutan di antara kedua-dua kumpulan tersebut. Aksi tersebut bagaimanapun berjaya dileraikan oleh pihak polis yang bertugas di situ. "Kenapa ganggu sidang media kami, jangan jahat serta siapa samseng," merupakan antara petikan perang mulut di antara kedua-dua kumpulan tersebut. Keadaan yang berlangsung selama 10 minit itu akhirnya kembali aman apabila polis berjaya mengawal keadaan.-sinar

Serangan militan meningkat
Kebanyakan militan menggunakan taktik sama iaitu melancarkan serangan bom di tempat awam.
LONDON - Laporan terbaharu menunjukkan hampir 10,000 serangan militan dilancarkan pada tahun lalu dan telah meragut hampir 18,000 nyawa. Menurut Press TV, kaji selidik dijalankan Institut Keamanan dan Ekonomi mendapati serangan tersebut meningkat 44 peratus berbanding pada 2012. Sementara itu, Institut Indeks Keganasan Global pula melaporkan kumpulan utama yang dikenal pasti mendalangi serangan terbabit adalah Boko Haram, al-Qaeda, Taliban dan kumpulan militan Negara Islam (IS). "Majoriti insiden keganasan itu berpunca daripada serangan bom manakala pengeboman berani mati dilancarkan kurang daripada lima peratus daripada jumlah tersebut," menurut agensi itu lagi. Selain itu, lebih 80 peratus daripada kematian akibat serangan ganas dilaporkan di Iraq, Afghanistan, Pakistan, Nigeria, dan Syria. Iraq merupakan negara paling terjejas terutamanya selepas IS menguasai sebahagian besar wilayah di negara tersebut. Setakat ini, hanya tujuh peratus kumpulan militan berjaya ditumpaskan dalam operasi ketenteraan yang dilancarkan sejak akhir 1960-an.-sinar

Jadi superhero selamatkan kakak
PENGORBANAN seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Australia telah menyelamatkan nyawa kakaknya yang menderita leukemia limfoblastik akut.
Ibu mereka, Michelle Abbott dari Gold Coast, Queensland, memberitahu dia dan suaminya berasa sangat gembira selepas mendapati sumsum tulang Lachy sesuai dan sepadan dengan kakaknya, Amelia, 5.
Budak tersebut telah didiagnosis menghidapi penyakit itu pada tahap rendah, namun ia menjadi lebih serius dalam tempoh tiga bulan selepas Amelia menjalani rawatan kemoterapi, Disember lalu.
"Peluang untuk dia sembuh hanya 40 peratus dan kami turut menjalani ujian untuk melihat kesesuaian sumsum tulang dengan Amelia. Keputusan ujian tersebut menunjukkan hanya Lachy yang dapat mendermakan bahagian itu kepada kakaknya," kata Michelle.
Pada Julai lalu, proses pemindahan sumsum tulang telah dilakukan ke atas Amelia dan prosedur itu berjaya dilaksanakan.
Kedua-dua adik beradik itu akhirnya bertemu semula buat pertama kali kira-kira lima minggu kemudian.
"Mereka saling berpelukan untuk melepaskan rindu masing-masing. Amelia turut menggelar adiknya sebagai superhero kerana telah menyelamatkan nyawanya. Ikatan mereka menjadi lebih kuat sejak insiden itu," menurut Michelle lagi kepada DailyMail.-sinar
TOP
Empat budak dikurung, dibiar kebuluran
SEORANG wanita di Amerika Syarikat sanggup bertindak kejam mengurung empat anaknya selama enam bulan dengan niat untuk membiarkan mereka kebuluran hingga mati.
Ronika Bell, 28, dan kekasihnya, Deron Cuthbertson, 31, dari North Carolina diberkas pihak berkuasa Charlotte-Mecklenburg selepas disyaki melakukan penderaan terhadap kesemua kanak-kanak itu yang berumur enam hingga 10 tahun.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan mereka terbongkar selepas keempat-empat mangsa diserahkan kepada bapa mereka, Joshua Bell di Florida, September lalu.
"Mereka kelihatan sangat cengkung dan tidak bermaya hingga terpaksa dihantar ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Saya terus membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana mengesyaki mereka telah didera," katanya.
Susulan daripada itu, Bell dan Cutherbertson telah didakwa atas empat pertuduhan dan dikenakan bon AS$75,000 (RM250,000) untuk setiap dakwaan tersebut.
Keadaan kesihatan kesemua adik beradik tersebut dilaporkan bertambah baik dan mereka kini diletakkan di bawah jagaan bapa mereka menurut laporan Daily Mail.-sinar
TOP
Pemuja syaitan bunuh dua lelaki
SERAMAI tiga individu ditahan selepas dua rangka ditemui di halaman rumah pemuja syaitan di North Carolina, Amerika Syarikat.
Pazuzu Illah Algarad, 35, dan 'isterinya', Amber Nicole Burch, 24, didakwa atas kesalahan membunuh Joshua Fredrick Wetzler dan Tommy Dean Welch masing-masing berumur lingkungan 30-an manakala Krystal Nicole Matlock, 28, pula dituduh bersubahat dengan pasangan terbabit.
Seorang rakannya memberitahu Algarad pernah memberitahu mereka mengenai mayat tersebut dan dia turut memakan beberapa bahagian anggota tubuh mangsa sebelum membakarnya, namun tiada siapa mempercayainya kerana beranggapan ia mungkin hanya satu gurauan.
Hasil serbuan ke atas rumahnya, pihak berkuasa juga menemui lautan sampah, beberapa tulang haiwan, simbol syaitan dan lambang pentagram pada dinding kediaman tersebut dipercayai digunakan untuk tujuan pemujaan.
"Kedua-dua mayat itu dipercayai ditanam pada 2009," kata jurucakap polis.
Pada 2010, Algarad pernah didakwa bersubahat dalam kes tembak mati Joseph Chandler, 30, namun dia dibebaskan dan diletakkan di bawah tempoh percubaan.
Menurut jurnal Winston-Salem, nama sebenar Algarad adalah John Lawson dan dia berasal dari San Francisco, California.
Menurut laporan Daily Mail, perbicaraan ke atasnya akan disambung semula pada Mac depan. -sinar
TOP
Pembuli jalan: Pengarah syarikat didakwa
Kok An mengaku tidak bersalah dihadapan Majistret Petaling Jaya.
PETALING JAYA - Seorang pengarah syarikat konsultan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya terhadap dua pertuduhan melakukan khianat dengan meludah dan membengkokkan pengelap cermin kenderaan serta membuat ugutan jenayah terhadap seorang pembantu peribadi dua hari lalu. Khoo Kok An, 58, mengaku tidak bersalah dihadapan Majistret Salamiah Salleh. Bagi pertuduhan pertama, Kok An didakwa melakukan khianat dengan membengkokkan pengelap cermin depan kereta dan meludah ke arah cermin hadapan kereta Perodua Kenari putih milik Alisa Thean Wei Yun, 45. Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan ugutan jenayah bagi mendatangkan kegentaran terhadap mangsa yang sama dengan menghalang laluan perjalanan. Bagi kesalahan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Kedua-dua kesalahan itu didakwa berlaku di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) susur keluar Putrajaya atas jejambat Subang Jaya, jam 8 pagi, 17 November 2014. Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua kes atas alasan kes itu mendapat perhatian umum. Bagaimanapun peguam T. Geetha memohon wang jaminan dikurangkan kepada RM1000 kerana kesalahan itu merupakan kesalahan pertama tertuduh. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Disember depan untuk sebutan kes. -sinar

Foto: Neelofa Kini Mampu Miliki Pejabat Mewah
Selebriti anak Kelantan ini sememangnya serba boleh.
Bermula daripada kemenangannya dalam pencarian Dewa Remaja 2010, haluan hidupnya semakin cerah bukan sahaja dalam industri hiburan malah mengorak langkah menjadikan beliau sebagai usahawan yang disegani.
Siapa lagi kalau bukan, gadis molek Neelofa yang dilihat rezekinya sentiasa melimpa ruah dan mampu bergaya mewah meskipun umurnya baru menjangkau 25 tahun.
Lihat sahaja kemampuannya membeli kereta Aston Martin DB9 minggu lalu, dan yang paling terbaru ialah foto pejabat terbaru gadis ini.
Perkara ini diakui oleh Neelofa sendiri apabila berkongsi foto pejabat barunya melalui akaun Instagram.
Jom kita tengok pejabat baru Neelofa…
Memang besarlah pejabat pengacara Meletop ini…
Neelofa sememangnya layak menerima semua ini, lagi-lagi kejayaan jenama keluarannya menjadi kegilaan fesyen wanita di luar sana. Dengar-dengarnya office ini bakal menjadi tempat di mana terletaknya semua produk keluaran Neelofa seperti Naelofar Abaya & Casual, Naelofa Hijab, Bokita, LF Lens dan sebagainya. Agaknya ini pejabat headquaters bagi pengumpulkan kesemua produk Neelofa kot! Baguslah dik, muda-muda dah buka perniagaan sendiri…. Nampaknya, Neelofa boleh dijadikan inspirasi anak-anak muda diluar sana untuk menjadi pemangkin semangat untuk berjaya dalam perniagaan. – MYNEWSHUB.CC

1,429 Kes Demam Denggi Dilapor Di T’ganu Setakat 15 Nov
KUALA TERENGGANU – Sebanyak 1,429 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Terengganu sehingga 15 Nov lepas iaitu 1,359 kes demam denggi biasa manakala 70 kes lagi, kes demam denggi berdarah.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata terdapat peningkatan sebanyak 958 kes berbanding tempoh sama pada tahun lalu yang semua daerah menunjukkan peningkatan kecuali Setiu.
“Kuala Terengganu mencatatkan rekod tertinggi iaitu 943 kes, Dungun (125 kes), Marang (107 kes), Besut (94 kes), Kemaman (82 kes), Hulu Terengganu (62 kes) dan Setiu (16 kes).
“Sebanyak 45 kawasan dikenal pasti sebagai kawasan wabak denggi iaitu 33 kawasan di Kuala Terengganu, lapan di Dungun dan tiga di Besut,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sehingga kini, terdapat dua kematian akibat demam denggi di Terengganu dan peningkatan kes yang sangat ketara di negeri itu dikesan bermula sejak Ogos dengan purata kes denggi dilaporkan antara 60 hingga 65 kes setiap minggu.
Sempena cuti persekolahan bermula Jumaat ini, Dr Anwa berkata Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu meminta kerjasama semua sekolah agar mengambil langkah yang perlu bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran kawasan sekolah.
“Cuti persekolahan hingga 31 Dis depan, perlu dimanfaatkan dengan memeriksa tempat berisiko pembiakan nyamuk itu seperti kolam hiasan, pasu bunga dan landskap yang boleh menakung air.
“Memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam kolah atau takungan kekal, tangki pam tandas dan semua mangkuk tandas yang tidak berpenutup, yang mana ubat itu boleh diperoleh daripada Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan,” katanya.
Semasa cuti sekolah juga, diharap ada petugas yang boleh menjalankan kerja pembersihan dan pembasmian tempat pembiakan nyamuk Aedes ini, katanya. – BERNAMA
TOP
Facebook Bakal Perkenal Laman Sosial Baru Khas Untuk Pejabat
Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg bijak meluaskan lagi pengaruh rangkaian Facebooknya dengan menubuhkan satu laman sosial baru.
Facebook bakal memperkenalkan satu lagi laman sosial baru yang mana dikhususkan untuk kegunaan pejabat.
Laman sosial yang bakal diperkenalkan ini sekaligus bakal bersaing dengan laman setara dengannya seperti Linkedln.
Menurut perkara yang dilaporkan oleh Financial Times, Facebook secara rahsia merangka persediaan membina sebuah laman baru yang dipanggil ‘Facebook At Work’ .
Laman tersebut dikatakan bakal berfungsi dan membolehkan pengguna bercakap dengan rakan sekerja, komunikasi dengan golongan profesional dan kolaborasi dokumen.
Untuk makluman, bulan lepas, Facebook mencatatkan keuntungan suku tahun hampir dua kali ganda kepada US$802 juta (kira-kira RM2,680 juta).
“Kami dalam perancangan membuat persediaan masa hadapan melalui pelaburan agresif, menghubungkan semua orang, memahami dunia dan membina generasi akan datang di platform pengkomputeran.
“Perjalanan kami masih jauh,” kata pengasas dan ketua pegawai eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg.
Dalam masa yang sama, Facebook turut berusaha untuk melancarkan satu aplikasi yang membolehkan orang ramai berbual tanpa nama di alam maya – seolah mengimbau ciri bilik sembang di zaman awal internet. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Remaja Dipercayai Pengedar Dadah Di Kedah
LUNAS – Curiga dengan remaja yang membawa motosikal terhuyung-hayang, pasukan trafik menahan seorang lelaki berusia 19 tahun dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, ketika kejadian di Jalan Batu 6, Padang Serai ke Lunas kira-kira jam 11.30 pagi, suspek menunggang motosikal jenis Honda EX5 bersendirian.
Menurutnya, tiba di tempat kejadian anggota trafik yang berada di belakang suspek ternampak motosikal ditunggang dalam keadaan membahayakan.
“Trafik kemudiannya mengarahkan suspek memberhentikan motosikal. Dari pemeriksaan dijalankan mendapati suspek tidak memiliki lesen memandu selain cukai jalan motosikal tamat tempoh.
“Pemeriksaan fizikal terhadap suspek menemui satu paket plastik lut sinar dan tiga tiub keratan straw pendek berisi bahan dipercayai dadah jenis heroin di belakang poker seluar remaja ini,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, hasil pemeriksaan terhadap motosikal suspek, pihaknya menemui batang besi berbentuk T yang telah diubahsuai dipercayai digunakan untuk mencuri kenderaan.
Abdullah berkata, suspek kemudiannya di bawa balik ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk ujian saringan air kencing.
“Hasil ujian itu, suspek positif dadah jenis opiat dan anggaran berat dadah dirampas adalah sebanyak 7.33 gram.
“Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 39a(2) Akta Dadah Merbahaya 1952” katanya. - Sinar Harian Online
TOP
MH17: Ucap Penghargaan Kepada Petugas Jakim Urus Jenazah
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 14 petugas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang terlibat dalam menguruskan jenazah 23 rakyat Malaysia beragama Islam, mangsa tragedi pesawat MH17.
“Terima kasih saya ucapkan dan semoga semua mendapat balasan berlipat ganda daripada Allah SWT,” katanya dalam catatan terbaharu pada laman Facebook beliau hari ini.
Perdana menteri berkata ketika negara berkabung dan berusaha mencari jawapan terhadap punca tragedi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 itu, rakyat tidak seharusnya lupa kepada jasa mereka yang bertugas menghulurkan bantuan dalam apa jua cara sekalipun.
“Tragedi MH17 yang menimpa negara tahun ini telah meninggalkan kesan mendalam kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.
Semalam, Najib berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan pengurusan jenazah mangsa nahas pesawat MH17 kepada 14 petugas Jakim yang diketuai Imam Besar Masjid Putrajaya Ustaz Mohd Abdul Manaf di bangunan Parlimen.
Mereka yang terdiri daripada 10 pegawai lelaki dan empat wanita berada di Amsterdam bermula 18 Julai dan selesai melaksanakan tanggungjawab itu 44 hari kemudian selepas semua jenazah rakyat Malaysia dibawa pulang ke tanah air.
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas. – BERNAMA
TOP
Papan Iklan Gergasi Saiz Padang Bola Paling Jelas Di Dunia
NEW YORK – Laluan pejalan kaki paling popular dalam kalangan pelancong, Times Square di sini mencatat sejarah baharu apabila sebuah skrin iklan gergasi dengan paparan resolusi imej paling tinggi di dunia mula beroperasi malam tadi, lapor New York Times (NYT).
Panel skrin jenis LED itu dengan 24 juta pixel sekali gus mampu menyiarkan visual digital paling jelas di dunia dan ia berkeluasan 2,400 meter persegi, hampir menyamai saiz sebuah padang bola sepak; selain juga berupaya menghasilkan audio bunyi runut muzikal.
Papan iklan setinggi lapan tingkat itu terletak di sebelah sebuah hotel antara jalan 45th dan 46th Street Broadway mula menyiarkan komersial imej pelancongan memaparkan keindahan banjaran gunung, burung, pencakar langit dan pelangi sekitar Amerika Syarikat.
Dengan kesan audio dan visual amat jitu, kos sewa panel iklan itu masih dirahsiakan Presiden Clear Channel Outdoor New York, Harry Coghlan, agensi yang mengurus skrin tersebut namun menurut NYT, ia dalam bajet AS$2.5 juta (RM8.4 juta) untuk empat minggu.
Buat masa ini komersial yang ditayangkan hanya berbentuk visual pemandangan disediakan studio Universal Everything sebelum diambil alih pula oleh firma Google pada Isnin depan untuk menyiarkan iklan tempahan pelanggan mereka sehingga 1 Januari 2015.
Setiap tahun, Times Square yang dinamakan sempena lokasi ibu pejabat NYT sejak 1904; menjadi tumpuan lebih 39 juta pelancong yang mahu merasai pengalaman berada di pusat bandar New York sambil menonton puluhan papan iklan elektronik berwarna-warni.
Namun skrin komersial di Times Square itu bukan paling besar di dunia kerana rekod Guinness masih mengekalkan papan iklan digital keluaran firma LG Electronics dari Korea Selatan dekat lapangan terbang antarabangsa Raja Khaled di Riyadh, Arab Saudi. – Agensi
Times Square di daerah Manhattan di tengah-tengah New York amat popular dalam kalangan pelancong asing untuk merasai suasan panorama meriah berwarna-warni. – Gambar hiasan
Times Square di daerah Manhattan di tengah-tengah New York amat popular dalam kalangan pelancong asing untuk merasai suasan panorama meriah berwarna-warni. – Gambar hiasan
TOP
VIDEO: Peserta Pertikai Bakat Mas Idayu Jadi Mentor!
Belumpun bermula konsert Mentor Legend, namun program itu dilihat mula menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, peserta yang datang untuk ujibakat bukan calang-calang, sehingga berani mempertikaikan kredibiliti dan bakat salah seorang mentor, Mas Idayu.
Melalui video yang mula mendapat perhatian ramai, individu bernama Erdy Sofian, 22, hadir ke ujibakat Mas Idayu yang bertempat di Sri Pentas.
Walau bagaimanapun, atas sebab kekurangan bakat menyanyi, individu tersebut tidak terpilih ke peringkat seterusnya. Mungkin ‘panas’ sebab Mas Idayu tidak memilihnya, dia mula memberi pelbagai alasan.
Pada mulanya, Mas Idayu menasihatinya agar belajar dan mencuba lagi pada musim hadapan, namun atas kedegilan individu tadi, situasi mula bertukar tegang sampaikan dia mempertikaikan bakat dan suara Mas Idayu sehingga terpilih menjadi Mentor! Nak tahu apa jawapan Mas Idayu? Tengoklah video sampai habis. Kalau diikutkan, apa yang Mas Idayu cakap memang ada benarnya. Kalau belum diterima pun sudah mula melawan, macam mana lah nak diajar dan ditegur, kan? – MYNEWSHUB.CC

Hubungi TNB Jika Premis Mengalami Banjir
KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) jika premis mereka mengalami banjir bagi membolehkan bekalan elektrik diputuskan sementara demi menjaga keselamatan mereka.
Pengurus Besar Kanan TNB Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata mereka juga perlu menghindari daripada menggunakan sebarang peralatan elektrik dan memastikan suis utama ditutup bagi mengurangkan kemungkinan berlaku renjatan elektrik.
Beliau turut menasihati ibu bapa supaya mengawasi anak-anak mereka dan menjauhi tiang elektrik yang tumbang atau wayar elektrik yang terputus ketika banjir kerana dikhuatiri arus elektrik mungkin masih mengalir.
Orang ramai boleh menghubungi pejabat TNB berdekatan, TNB CareLine 15454 atau Facebook TNB Careline bagi sebarang masalah, katanya dalam satu kenyataan. – BERNAMA
TOP
Dua Rakyat Perancis Disahkan Dalam Video IS
Imej yang diperoleh daripada video propaganda yang dikeluarkan pada 16 November lalu menunjukkan anggota Negara Islam (IS) termasuk warga Perancis, Maxime Hauchard (kanan) yang juga dikenali sebagai Abu Abdallah al-Faransi. - Foto AFP
CANBERRA – Presiden Perancis, Francois Hollande hari ini mengesahkan dua rakyatnya dikenal pasti sebagai suspek dalam video Negara Islam (IS) yang memegang kepala tahanan Syria yang dipancung. Kedua-dua lelaki terbabit turut kelihatan dalam klip video kejam kumpulan IS Ahad lalu yang memaparkan pembunuhan 18 tahanan Syria serta seorang pekerja bantuan Amerika Syarikat. “Setakat ini, kami hanya dapat sahkan terdapat dua warga Perancis,” katanya pada sidang akhbar di Canberra bersama Perdana Menteri Australia, Tony Abbott. Hollande berkata, seorang daripada mereka sudah pun dikenal pasti manakala seorang lagi dalam proses pengecaman. Pihak pendakwa Perancis mengesahkan, seorang daripada suspek adalah Maxime Hauchard yang berusia 22 tahun tetapi identiti seorang lagi tidak diberikan. Bagaimanapun, Hollande berkata pihaknya tidak jelas apa peranan kedua-dua lelaki terbabit ketika anggota militan IS memancung kepala tahanan Syria dan warga Amerika itu. Di Paris, Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve berkata, Hauchard berlepas ke Syria pada Ogos 2013 selepas tinggal di Mauritania pada 2012 dan menjadi radikal secara online. Kerajaan menyatakan kira-kira 1,000 warga Perancis dikenal pasti menyertai konflik di Syria dan Iraq dengan kira-kira 375 dilaporkan masih berada di sana. Sekurang-kurangnya 36 sudah meninggal dunia. Hollande berkata pihaknya amat bimbang dengan isu pejuang asing dan bagaimana mereka dipengaruhi untuk menyertai perjuangan itu. “Mereka boleh datang dari pelbagai latar belakang atau mana-mana keturunan etnik, tetapi mereka mudah dipengaruhi dan ini amat membimbangkan,” katanya. Justeru, Presiden Perancis itu berkata, pihaknya kena sentiasa memantau dan tegas dalam menangani perkara itu. – AFP

Volkswagen Malaysia Rancang Eksport 2 Model
VOLKSWAGEN Group Malaysia Sdn Bhd merancang mengeksport Jetta dan Polo Sedan yang dipasang dalam negara, ke negara Asean menjelang tahun depan.
Pengarah Urusannya Armin Keller berkata kumpulan itu sedang berunding dengan rakannya DRB-Hicom Bhd, dan Kerajaan Malaysia.
“Kami sudah mencapai sasaran kandungan tempatan sebanyak 40 peratus yang diperlukan untuk kami mengeksport model-model yang ada, dan berharap dapat memulakannya tahun depan,” katanya kepada pemberita di Seberang Perai.
Beliau berkata kumpulan itu mengenal pasti negara Asean sebagai sasaran eksport susulan permintaan yang tinggi.
“Kini empat model Volkswagen, Passat, Jetta, Polo dan Polo Sedan, dipasang di Malaysia.
Keller berkata kilang DRB-Hicom di Pekan, Pahang memulakan pengeluaran kereta-kereta Volkswagen sejak 2012, dengan model pertama Volkswagen Passat.
Beliau berkata kilang itu mampu mengeluarkan kira-kira 7,000 hingga 8,000 unit pelbagai model Volkswagen tahun ini.
“Secara teknikalnya kami sudah bersedia dan kini menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa sebelum meneruskan rancangan kami,” katanya.
Volkswagen group, anak syarikat Volkswagen AG, ditubuhkan di Malaysia pada 2006. Ia kini menawarkan lebih 20 model Volkswagen. – BERNAMA
TOP
Adakah Ini Punca Sebenar Kes Nombor Plat Kereta Sama?
Kebelakangan ini heboh di laman sosial, Facebok perihal gambar beberapa kereta yang mempunyai nombor plat kereta yang sama tersebar dan hangat diperkatakan netizen.
Sampaikan pemilik dan pengguna Facebook yang melihat nombor plat kereta tersebut turut sama terpinga-pinga tidak mengetahui bagaimana perkara ini boleh berlaku dan apa punca yang sebenar.
Tetapi mungkin screenshoot dibawah ini ada jawapannya….
Pada mula-mula melihat iklan jualan kereta terpakai ini, memang memeranjatkan melihat harga kereta import terpakai jauh lebih murah dan page tersebut mendakwa kononnya kereta-kereta tersebut merupakan kereta scrap dari Singapura.
Namun yang lebih merungsingkan kepala apabila membaca plat yang bakal digunakan untuk kereta-kereta ini adalah plat Malaysia ‘clon’ atau ‘duplicate’.
Eh..eh boleh pulak sesuka hati mengclonkan nombor plat!
Alahai ini dah jadi kes naya ini! Iyelah jika apa-apa berlaku pemilik asal nombor plate yang terpaksa menerima padah yang bukan kesalahan sendiri.
Kot iye pun nak keuntungan, janganlah pula menyusahkan orang lain.
Ini beberapa lagi gambar kereta yang mempunyai nombor plate yang sama…
Tertanya-tanya juga bagaimana penjual begitu senang dan terbuka menjual kereta yang mengunakan nombor plat clon ini? Dimana tugas pihak berkuasa yang sepatutnya memantau kes yang serius seperti ini? Moga-moga pihak berkuasa bertindak proaktif agar masalah ini tidak berlarutan. - MYNEWSHUB.CC

Ujian Memalukan Untuk Rekrut Polis Wanita Di Indonesia
Contoh anggota polis wanita di Indonesia
Jakarta – Pertubuhan Human Rights Watch (HRW) semalam mendesak polis Indonesia menamatkan amalan dan gaya ‘diskriminasi’ dengan melakukan ujian dara terhadap wanita yang ingin menyertai pasukan keselamatan berkenaan. HRW berkata, polis menetapkan syarat bagi wanita yang ingin menganggotai pasukan itu mestilah tidak berkahwin dan dara. Kata pertubuhan berkenaan, ujian mengesan dara masih dijalankan walaupun ada sesetengah pegawai kanan polis mendakwa ia tidak lagi diamalkan. “Dalam temu bual kami, gadis tempatan – termasuk sesetengah yang menjalani ujian itu baru-baru ini – menggambarkan prosedur itu menyakitkan serta menyebabkan trauma. “Mereka menceritakan bagaimana mereka dipaksa berbogel sebelum pegawai perubatan wanita melakukan proses dikenali sebagai ujian dua jari yang boleh dianggap kuno,” kata pertubuhan itu, semalam. Seorang daripada mereka yang berusia 19 tahun berkata, dia tidak ingin mengingati pengalaman berkenaan kerana ia sangat menjatuhkan maruah. Dia menjalani ujian berkenaan di Pekanbaru. – Agensi

Isteri Merajuk Sampai Ke Mati Di Shah Alam
MAYAT mangsa ditemui selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Klang, semalam.
Shah Alam – Perselisihan faham dengan suami dipercayai menjadi punca seorang isteri terjun ke dalam Sungai Klang dalam kejadian di Jalan Kemuning Palma, Kemuning Utama, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 9.30 malam, mangsa, Ling Siew Lin, 48, dikatakan ke sungai berkenaan sebelum terjun dan mayatnya ditemui satu kilometer dari tempat dia terjun oleh anggota bomba dan penyelamat jam 10.45 pagi, semalam. Adik Siew Lin yang enggan dikenali berkata, kakaknya keluar rumah kira-kira jam 9 malam selepas bertengkar dengan suami, tetapi tidak diketahui arah tujunya. “Ketika kakak hendak terjun di sungai itu, ramai orang di situ, tetapi mereka tidak sempat menghalangnya. “Saya tidak tahu punca kakak bertengkar dengan suaminya sehingga mengambil keputusan berkenaan,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, semalam. Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Shah Alam Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai mengenai kejadian itu jam 10.05 malam. “Berikutan itu, sepasukan 12 anggota Bomba dan Penyelamat termasuk dari Unit Skuba Selangor bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat. “Selepas lebih 12 jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan, mayat mangsa ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa didapati hilang,” katanya ketika dihubungi semalam. Ahmad Zaidi berkata, mayat mangsa dihantar ke HTAR untuk dibedah siasat dan suami mangsa sudah membuat pengecaman mayat isterinya. – myMetro Online

Banjir : 55 Orang Mangsa Terpaksa Dipindahkan Di Kelantan
KOTA BHARU – Mangsa perpindahan banjir di negeri ini meningkat kepada 55 orang berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.
Terbaru, seramai 30 penduduk Kampung Tiong dan Kampung Pendek, di sini membabitkan tujuh keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, mangsa terbaru itu dipindahkan kira-kira jam 1 pagi tadi.
Katanya, kesemua mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong di sini.
Semalam, 25 orang dari Kampung Tasek, Bukit Awang, Pasir Puteh menjadi mangsa pemindahan pertama banjir dan ditempatkan di SK Wakaf Raja di daerah itu. – BH Online
TOP
RM1.35 Bilion Untuk Infrastruktur Luar Bandar Sarawak
KUCHING – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan RM1.35 bilion tahun depan untuk meningkatkan lagi liputan infrastruktur asas di kawasan luar bandar Sarawak, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri Tan Sri Alfred Jabu Numpang.
Katanya sebahagian besar daripada peruntukan ini iaitu RM738.2 juta akan digunakan bagi projek jalan luar bandar, diikuti bekalan elektrik luar bandar (RM416.6 juta), bekalan air luar bandar (RM117.4 juta), program bantuan rumah (RM50 juta) dan jalan perhubungan desa (RM32.5 juta).
KKLW turut memperuntukkan RM126.4 juta pada tahun 2015 kepada Sarawak untuk pelaksanaan pelbagai projek melalui agensi KKLW bertujuan merancakkan lagi pembangunan luar bandar di negeri ini, katanya semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Rabu.
Menurutnya setakat 31 Okt tahun ini, jalan luar bandar sepanjang 268.9km di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara dengan kos RM173.3 juta telah siap dibina atau dinaik taraf berbanding sasaran tahunan sepanjang 107.7km.
Beliau berkata dalam tempoh sama, sejumlah 1,653 unit rumah telah siap dibina dan dibaik pulih berbanding sasaran tahunan iaitu 2,496 unit di bawah program bantuan rumah dengan kos berjumlah RM34.1 juta. – BERNAMA
TOP
Pesawat Kecil Terhempas, Juruterbang Maut
Chicago, 19 Nov - Sebuah pesawat kecil terhempas ke satu kawasan perumahan berdekatan Lapangan Terbang Midway semalam.
Juruterbang pesawat, satu-satunya penumpang diatas pesawat tersebut dilaporkan maut dalam nahas tersebut.
Jabatan bomba Chicago mengesah juruterbang pesawat yang masih belum dapat dikenalpasti - maut dalam nahas tersebut setelah pesawat merempuh bumbung sebuah rumah. Mengikut laporan pesawat itu terhempas sehingga ke bahagian bawah tanah rumah tersebut. - Siakapkeli.com.my
TOP
Ikan Mabuk Timbul di Sungai Muar
Foto : Sinar Harian
MUAR - Kejadian ikan mabuk di Sungai Muar telah berlaku sekali lagi dan kali ini fenomena itu melibatkan jumlah iklan yang lebih banyak jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Penjaga Masjid Sultan Ibrahim, Sazali Alwi, 41, berkata dia berjaya mengumpul 30 kilogram ikan gelama setelah dia turut pergi ke sungai berkenaan untuk menangkap ratusan ikan yang terapung sejak tengah hari semalam sejak tengah hari semalam. Menurutnya dia membahagikan ikan tersebut kepada jemaah untuk dibawa pulang. “Saya berjaya kumpul 30 kilogram ikan gelama diberikan kepada jemaah yang mahu membawa pulang. “Fenomena kali ini agak luar biasa kerana ikan terapung dan dalam keadaan mabuk dalam jumlah banyak,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian. Seorang peniaga pula, Izwan Othman, 34 berkata, dia terkejut melihat permukaan sungai memutih dengan timbunan ikan dan dia berjaya mengumpul lebih 15kg ikan. “Saya terkejut lihat permukaan sungai memutih dengan timbunan ikan timbul dan saya ke kedai beli jaring. “Saya berjaya kumpul lebih 15 kg ikan yang dijaring bersama lebih 10 orang lain. Suasana kawasan ini meriah seperti pesta menangkap ikan,” katanya. Kejadian ini berpunca dari perubahan air sungai dan campuran air hujan yang menyebabbkan pelbagai jenis ikan naik ke permukaan di sungai tersebut. - Siakapkeli.com.my

Perwakilan Umno Harus Berani Bersuara, Jangan Jadi Kaki "Bodek" - Penganalisis Politik
KUALA LUMPUR: Perwakilan yang bakal mengambil bahagian dalam perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 yang bermula Selasa depan perlu berani bersuara dan menegur sebarang kepincangan dalam parti.
Mereka jangan sekadar memberi pujian melambung kepada pemimpin, kata beberapa penganalisis politik.
Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, teguran membina itu penting untuk memastikan Umno yang merupakan parti keramat orang Melayu terus relevan, mantap dan benar-benar mendasari keperluan masyarakat.
Katanya, jurucakap perlu sedar bahawa mereka hadir ke perhimpunan tersebut untuk menyampaikan suara anggota parti di peringkat akar umbi amnya serta rakyat di seluruh negara khasnya dan bukan menjadi kaki "bodek".
"Berucaplah mengikut keadaan sebenar. Kadang kala ada jurucakap yang hanya puji pentadbiran tapi tak berani tegur kepincangan yang ada dan ini amat merugikan masa.
"Perlu diingat bahawa perhimpunan (Umno) ini amat penting sebagai persediaan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan jangan jadikan ia pentas untuk raih populariti," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.
Senada dengan Md Shukri, Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata, perwakilan tidak perlu mengucapkan sesuatu yang 'indah khabar dari rupa' demi menjaga hati pemimpin.
"Jangan khabarkan semuanya elok dan baik sahaja sedangkan kalau ada kenyataan yang tak baik disimpan 'bawah karpet', bimbang nanti bila pecah tembelang ia akan mencemarkan imej dan nama parti.
"Sudah sampai masanya anggota Umno berani menegur pemimpin dan pemimpin itu walau macam mana pahit teguran itu mereka harus telan," katanya.
Ismail menarik perhatian perhimpunan kali ini harus menjadi medan terbaik untuk anggota Umno bermuhasabah, menginsafi diri serta mengukuhkan perpaduan yang sedikit keruh selepas pemilihan parti tahun lalu
"Saya dapati masih ramai yang ada rasa dendam dan dengki selepas pemilihan tahun lalu dan masalah ini perlu ditangani segera kerana jika tidak sampai bila-bila perubahan dalam parti tidak mampu dilaksanakan dengan berkesan," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Azmi Hassan berkata, selain berani menegur pemimpin, jurucakap yang dipilih juga harus meluaskan skop perbahasan dengan membangkitkan isu-isu nasional seperti kenaikan kos sara hidup.
Katanya, tindakan itu penting untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Umno bukan sekadar parti yang memperjuangkan nasib kaum Melayu, sebaliknya mampu menjadi 'juara' semua lapisan kaum, bangsa dan agama.
"Buktkikan kepada orang di luar sana bahawa Umno boleh (jadi) parti yang hebat," katanya.
Perhimpunan Agung Umno 2014 akan berlangsung dari 25 hingga 29 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. - mstar online
TOP
Singapura Ulangi Penegasan Tentang Hubungan Baik Dengan Sabah
Massagos Zulkifli
SINGAPURA: Menteri Kanan Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Dalam Negeri Singapura Massagos Zulkifli mengulangi penegasan tentang hubungan baik yang terjalin antara Sabah dan Singapura. Beliau menzahirkan penegasan itu semasa mengunjungi Yang Dipertua Negeri Sabah,Tun Juhar Mahiruddin, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura. Masagos melakukan lawatan kerja ke Kota Kinabalu, Sabah, dari Ahad hingga Selasa. Lawatan beliau merupakan yang terbaru dalam siri lawatan oleh menteri-menteri Singapura untuk mengukuhkan hubungan dengan pemimpin Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di Malaysia. Beliau juga menemui Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Persekutuan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah Datuk Raymond Tan Shu Kiah dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun. Dalam pertemuan itu, Masagos membincangkan bidang-bidang yang memungkinkan kerjasama antara kedua-dua pihak termasuk dalam sektor pelancongan dan meningkatkan hubungan rakyat dengan rakyat. Beliau diberi taklimat oleh Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah mengenai rancangan pembangunan negeri itu. Selain itu, Masagos juga menemui pemimpin komuniti perniagaan Sabah untuk bertukar-tukar idea tentang cara untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan perniagaan antara Sabah dan Singapura.- mstar online

Jualan Kenderaan Pada Oktober Merosot
KUALA LUMPUR: Jualan kenderaan untuk Oktober 2014 merosot kepada 54,187 unit daripada 55,078 unit pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Menurut MAA kedua-dua segmen kenderaan penumpang dan komersil merekodkan jualan yang rendah pada Oktober dengan jualan pada bulan tersebut merosot kepada 47,544 unit berbanding 47,930 unit pada tahun lalu, manakala jualan kenderaan komersil susut kepada 6,643 unit daripada 7,148 unit.
Tahun ke tahun, jumlah jualan keseluruhan industri itu 1.01 peratus lebih tinggi pada 546,492 unit berbanding 543,048 unit dalam tempoh yang sama pada tahun sebelum ini.
Jumlah keseluruhan kenderaan komersil dan penumpang pada bulan lepas turun kepada 45,763 unit daripada 54,549 unit pada tahun lepas, kata MAA.
Pengeluaran segmen kenderaan penumpang pada Oktober susut kepada 41,133 unit berbanding 50,184 unit pada bulan yang sama tahun lepas manakala jumlah kenderaan komersil pula meningkat kepada 4,630 unit daripada 4,365 unit.
Mengenai prospek, MAA menjangkakan jualan untuk November akan mengekalkan momentum September disebabkan pelanggan berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan pinjaman sewa beli.- mstar online
TOP
Syarikat Kurier Dari Guangzhou Jadi Medium Seludup Dadah
KUALA LUMPUR: Polis mengesan syarikat perkhidmatan kurier dari Guangzhou, China yang kurang dikenali digunakan sebagai medium oleh sindiket dadah didalangi warga Nigeria untuk menyeludup dadah ke negara ini.
Sindiket dadah warga Nigeria itu juga dipercayai telah mempunyai komuniti di negara berkenaan dalam menjalankan kegiatan jenayah itu.
Bagaimanapun, taktik licik sindiket itu yang sentiasa mengubah modus operandi mereka, terus dibongkar apabila polis merampas dadah jenis syabu seberat 21.9kg bernilai RM2.2 juta di sekitar Lembah Klang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata polis turut menahan lima lelaki warga Nigeria berusia 27 hingga 40 tahun, dalam lima serbuan menerusi 'Ops Candle Fish' sejak Rabu lepas hingga Isnin.
"Sindiket ini menggunakan syarikat perkhidmatan kurier yang kurang dikenali bagi mengaburi pihak berkuasa mengesan kegiatan mereka yang menggunakan pelbagai kaedah untuk menyorokkan bungkusan dadah," katanya dalam sidang media di sini, Selasa.
Beliau berkata dalam serbuan pertama di Taman Putra Perdana, Puchong, Rabu lepas kira-kira 4.15 petang, polis menahan seorang lelaki warga Nigeria dan merampas satu kotak berisi tujuh set 'Printer Catridge' yang mengandungi 1.03kg syabu yang disorok di dalamnya. Sehari kemudian kira-kira pukul 7 malam, polis merampas sebuah kotak yang tidak dituntut di sebuah syarikat kurier di Petaling Jaya yang mengandungi 5.04kg syabu yang disorok di dalam 10 buah beg galas yang telah diubah suai, kata Noor Rashid. "Sejam kemudian, polis menahan tiga lelaki warga Nigeria di hadapan pusat beli-belah Sunway Pyramid (di Petaling Jaya) dan merampas 2kg syabu yang disembunyikan di dalam plastik dan kotak makanan dalam kenderaan mereka. "Dalam serbuan keempat pada Sabtu lepas kira-kira 1 tengah hari, polis menahan seorang lagi lelaki warga Nigeria di syarikat kurier di Petaling Jaya dan merampas empat buah kotak berisi empat silinder besi yang mengandungi dadah syabu seberat 8.6kg yang disorok di dalamnya," katanya. Noor Rashid berkata dalam serbuan terakhir pukul 5.20 petang semalam, polis merampas dua buah kotak yang tidak dituntut di sebuah syarikat kurier di Petaling Jaya dan hasil siasatan mendapati kotak tersebut berisi 5.52kg syabu yang disorok di dalam 50 buah tempat duduk basikal yang telah diubah suai. "Sindiket biasanya meletakkan alamat tertentu untuk penghantaran terus ke lokasi dan ada di antara alamat berkenaan merupakan rumah kosong dan sebagainya tetapi ada juga yang hanya menggunakan alamat syarikat kurier, kerana itu ada kurier yang tidak dituntut kerana mereka kurang yakin dan bimbang dikesan polis. "Mereka yang ditahan menggunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar. Kesemua mereka ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. Katanya polis juga akan memantau setiap kurier dari syarikat perkhidmatan kurier China bagi mengekang kegiatan penyeludupan menggunakan kaedah ini. Seksyen 39B memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.- mstar online

'Kenyataan Ajai Tidak Adil Pada Calon AIM21' - Rosmin
Rosmin terbuka sekiranya Ajai ingin bertemu dengan pihaknya bagi meluahkan pandangan bagi memperbaiki kekurangan pada AIM.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Anugerah Industri Muzik (AIM), Rosmin Hashim menganggap kenyataan penyanyi dan komposer terkenal, Ajai yang hilang kepercayaan terhadap kredibiliti penganjuran penganugerahan itu sebagai tidak adil. Rosmin berkata, kenyataan Ajai yang turut mempertikaikan cara penjurian dibuat oleh pihak jawatankuasa mampu memberi kesan kepada semua artis yang bertanding pada tahun ini. "Jelas kenyataan itu adalah tidak adil kepada artis bertanding dan harus saya tekankan bahawa pihak penjurian melakukan proses yang adil terhadap semua calon dan ia turut dipantau oleh dua badan iaitu Marcom Management Services dan KPMJ selaku juruaudit bertauliah," katanya. Rosmin ditemui selepas sidang media pengumuman hos, penyampai dan persembahan AIM21 di Hotel Istana di sini pada Selasa. AIM21 bakal berlangsung pada 6 Disember depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada pukul 8.30 malam. Ia turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Maya HD (135).
Ajai.
Rosmin mengulas kenyataan Ajai yang tidak lagi menghantar sebarang pencalonan kepada AIM sejak dua tahun lalu kerana mempertikaikan kredibitiliti acara itu selepas insiden kesilapan pemilihan Lagu Terbaik AIM 18 kepada Yuna ditarik balik tiga tahun lalu. Dalam pada itu, Rosmin menegaskan semua juri yang dipilih adalah daripada kalangan terbaik untuk membuat penilaian terhadap semua calon anugerah itu dan jawatankuasa tidak campur tangan dalam membuat keputusan akhir. Malah kata Rosmin, nama pemenang hanya akan diketahui pada malam kemuncak acara itu nanti dalam menjaga ketelusan dan kewibawaan anugerah berprestij itu. "Jika sebelum ini AIM tidak pernah mengumumkan senarai nama juri tetapi tahun ini kita berbuat demikian dalam memastikan tiada rahsia tentang siapa individu bertanggungjawab membuat keputusan," katanya. Bagaimanapun kata Rosmin, dia tidak memandang serong terhadap kenyataan Ajai tersebut sebaliknya percaya lelaki itu mempunyai sebab tersendiri mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Saya tidak rasa dia mempunyai agenda tertentu dengan membuat tuduhan sedemikian sebaliknya pasti ada sebab dia berkata demikian. "Ajai adalah orang lama dalam industri dan dia berhak untuk memberi sebarang pendapat tentang apa yang dia rasakan ada sesuatu tidak kena," ujarnya. Sementara itu, Rosmin berkata, pihaknya mengalu-alukan Ajai datang berjumpa dengan pihaknya untuk membincangkan mengenai rasa kurang senangnya terhadap AIM agar sebarang masalah dapat diselesaikan secara baik. "Insya-Allah pihak kami ingin berbincang dengannya agar kita sama-sama dapat memperbaiki apa yang dirasakan tidak kena dengan anugerah ini malah kami mengalu-alukan dia terlibat dalam jawatankuasa AIM," katanya.- mstar online

Cadangan Wanita Jadi Naib Presiden Umno Terima Pelbagai Reaksi
PETALING JAYA: Gesaan Wanita Umno untuk mewujudkan kerusi keempat jawatan Naib Presiden Umno yang hanya akan ditandingi oleh wanita mendapat sokongan padu pemimpin senior di kalangan kaum itu dalam Umno.
Bagaimanapun cadangan itu mendapat tentangan daripada pemimpin lelaki dalam parti itu yang tidak melihat keperluan untuk mewujudkan satu kerusi jawatan naib presiden khusus untuk wanita.
Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Rosni Zahari berkata, cadangan itu sebelum ini mendapat sokongan hebat sebanyak 89 peratus atau 171 daripada 192 bahagian Wanita Umno di seluruh negara.
"Resolusi itu tidak akan dibahaskan pada Perhimpunan Agung Umno kali ini tetapi ia telah dikemukakan kepada Majlis Tertinggi untuk pertimbangan," kata Rosni yang juga Ketua Wanita Umno Pahang.
Walau bagaimanapun ketua bahagian Umno yang kesemuanya adalah lelaki kecuali Ketua Umno Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, telah menimbulkan kebimbangan mereka terhadap cadangan itu semasa pertemuan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya.
Mereka berkata, cadangan itu hanya akan mewujudkan 'dua kapten wanita dalam satu kapal'.
Seorang kapten pastinya adalah Ketua Wanita Umno dan seorang lagi ialah sesiapa yang menduduki jawatan naib presiden.
"Tak mengapa jika mereka boleh kerja bersama. Tetapi bagaimana jika mereka tidak boleh bersama? Ketua Wanita Umno akan mempunyai tenteranya sendiri dan naib presiden wanita tentunya juga akan mempunyai tentera yang tersendiri.
"Dua wanita memimpin dalam satu kapal, kapal itu boleh terbelah dua," kata Ketua Bahagian Umno Temerloh, Datuk Shakar Shamsuddin.
Pada masa ini Umno mempunyai tiga jawatan naib presiden yang dipilih dan jawatan itu sentiasa dipegang oleh lelaki.
Tidak ada pemimpin wanita yang pernah cuba bertanding jawatan itu walaupun tiada halangan dari segi jantina.
Namun berdasarkan Perlembagaan Umno, pemimpin tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri mempunyai status sebagai naib presiden.
Cadangan ini adalah hasil cetusan idea Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melihat ia sebagai pengiktirafan kepada sayap itu yang menjadi tulang belakang parti.
"Kami akan terus berusaha untuk merealisasikan cadangan ini walaupun bukan pada tahun ini. Idea seperti ini pastinya akan mengambil masa," kata Ketua Wanita Umno Bukit Bintang, Senator Mariany Mohd Yit.
Dalam pada itu Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang bagaimanapun berpendapat, daripada lebih banyak jawatan di bahagian atas disandang oleh wanita, Wanita Umno perlu berjuang untuk menduduki jawatan di peringkat ahli majlsi kerajaan tempatan dan ketua kampung.
" Jawatan naib presiden adalah idea yang baik tetapi ia akan menjadi lebih bermakna untuk memperkasakan wanita di peringkat akar umbi.
"Lebih ramai wanita akan mendapat manfaat dan mereka akhirnya boleh bergerak sehingga jawatan yang lebih besar," kata Azalina.- mstar online
TOP
Penggunaan Kalimah Allah: Mahkamah Persekutuan Tetapkan 21 Januari Dengar Semakan Kehakiman
KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Januari depan untuk mendengar permohonan semakan semula kehakiman Gereja Katolik terhadap keputusan yang menafikan kebenaran terhadap pengharaman penggunaan kalimah Allah terbitan akhbar mingguan Katolik berbahasa Melayu, The Herald.
Pada 23 Jun tahun ini, panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan, yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria mencapai keputusan majoriti 4-3 ketika menolak permohonan Gereja Katolik itu.
Gereja Katolik mengemukakan permohonan itu untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober tahun lepas yang membenarkan rayuan kerajaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 bahawa The Herald boleh menggunakan kalimah Allah.- mstar online
TOP
Bunuh Isteri & Dua Anak, Bekas Ahli Perniagaan Diperintah Bela Diri
SIBU: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa memerintahkan bekas ahli perniagaan, Jacob Tiang Lee Yee, 44, membela diri terhadap pertuduhan membunuh isteri dan dua anaknya serta cuba membunuh seorang lagi anak lelakinya.
Dalam keputusannya di akhir kes pendakwaan, Hakim Supang Lian berkata pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie dalam empat daripada lima pertuduhan terhadap Tiang.
Pihak pendakwaan mengemukakan 42 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan yang berlangsung 32 hari itu.
Tiang berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Ling Yung Ming, 44, (isterinya), Christine Tiang Soon Ai, 14, (anak perempuan) dan Victor Tiang Soon Sheng, 2, (anak lelaki) pada 5 Julai tahun lepas antara 6.20 pagi hingga 9.50 pagi di rumah mereka di kawasan perumahan Pulau Li Hua di sini.
Dia juga didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba menyebabkan kematian seorang lagi anak lelakinya, Vincent Tiang Soon Thai, 17, pada hari, masa dan di tempat sama.
Tiang bagaimanapun dibebaskan daripada satu lagi tuduhan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri.
Tiang, yang kelihatan tenang selepas mendengar keputusan itu, memohon kebenaran mahkamah untuk mengunjungi pusara isteri dan dua anaknya.
Bagaimanapun, Supang menolak permohonan itu dan berkata kes itu sedang dalam perbicaraan.
Tiang diwakili peguam Ben Lau manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azrul Faidz.
Perbicaraan bersambung pada 26 November.- mstar online
TOP
Dua Perompak Disebat Dalam Mahkamah
KUALA LUMPUR: Dua pesalah muda menerima pengajaran setimpal apabila masing-masing diberi tujuh dan lapan kali sebatan ringan di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan melakukan rompakan berkumpulan.
Bekas pelajar pusat latihan kemahiran Mohamed Shaznee Jahn Mohamed Yasin, 19, dan bekas penjaga pusat hiburan Redzohaan Abdullah, 20, disebat oleh pegawai Penjara Kajang menggunakan rotan halus sepanjang anggaran satu meter di hadapan Hakim Ahmad Bache.
Mereka, yang berpakaian penjara, kelihatan tenang ketika diarah membongkok di meja hadapan mahkamah. Bagaimanapun mula mengerang kesakitan apabila disebat bagi kali keempat dan seterusnya.
Dalam prosiding pelaksanaan hukuman tersebut, turut dihadiri beberapa pegawai penjara dan doktor perubatan serta orang awam di galeri awam termasuk wartawan.
Pada 4 September lepas, Mohamed Shaznee Jahn dijatuhi hukuman penjara setahun setengah dan tujuh sebatan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 24 November 2013.
Mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan merompak dengan menggunakan sebatang kayu ke atas Teo Len Hoo, 61, dengan mengambil wang tunai RM418 bersama seorang lagi yang masih bebas di Kedai Internet V-Hyper Enterprise, C-38&40, Plaza Usahawan Genting Klang, Setapak di sini pada 6.24 pagi 24 November 2013.
Sementara Redzohaan, pada 21 Ogos lepas, mahkamah menjatuhi hukuman penjara dua tahun dan lapan sebatan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 6 Februari lepas, selepas dia mengaku bersalah melakukan rompakan berkumpulan bersama dua lagi yang masih bebas, bersenjatakan parang terhadap Martin Anak Iyan, 37, dengan merompak telefon bimbit, tablet dan wang tunai RM300 di Kedai KK Mart, Batu 2 1/2 Jalan Ipoh di sini pada 3.30 pagi 31 Januari 2014.
Selepas hukuman rotan dijalankan, Hakim Ahmad menasihati kedua-dua tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama dan ia dapat memberi pengajaran kepada orang lain.
"Saya harap kedua-dua kamu (tertuduh) insaf dan jangan sesekali kamu melibatkan diri dalam kesalahan yang sama," katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff. Mohamed Shaznee Jahn tidak diwakili peguam manakala Redzohaan diwakili peguam Chong Yin Xin.- mstar online
TOP
Wanita Vietnam Didakwa Dagang Empat Budak Perempuan Untuk Tujuan Seks
Gambar hiasan
IPOH: Seorang wanita warga Vietnam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap lima tuduhan memperdagang empat kanak-kanak perempuan dari negara itu untuk tujuan eksploitasi seks. Huynh Thi Kim Chi, 23, didakwa bersama-sama dengan pekerja kilang tempatan berusia 32 tahun, Teoh Choo Yee, yang juga mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan ke atasnya pada Selasa. Kedua-dua mereka dikatakan telah melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di No 3, Lengkok Kampar, Taman Kampar di sini antara Jun dan 29 Oktober.- mstar online

Pegawai Tadbir Mengaku Tidak Bersalah Minta Habuan Seks
ALOR SETAR: Seorang Pegawai Tadbir Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa, terhadap dua tuduhan membabitkan layanan seks sebagai dorongan membantu meluluskan permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kedah.
Bagi tuduhan pertama, Heris Saad, 56, didakwa secara rasuah meminta suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk mempercepatkan proses permohonan rumah PPRT di Kentucky Fried Chicken (KFC), Jalan Limbong Kapal di sini pada 10.45 pagi, 10 November lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Heris juga dituduh memperoleh suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk tujuan sama di bilik bernombor 101, Hotel Royale Jalan Putra di sini pada 2.45 petang, 13 November lepas.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd Firdaus Sekman.- mstar online
TOP
Warga China Mengaku Salah Suap RM800 Kepada Penguat Kuasa Lebuh Raya
IPOH: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menjatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 terhadap seorang jurujual warganegara China selepas mengaku salah memberi suapan RM800 kepada peronda lebuh raya, enam hari lepas.
Liu Weizhong, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Madihah Harullah selepas pertuduhan dibacakan.
Lelaki itu didakwa memberi suapan tersebut kepada seorang peronda penguat kuasa lebuh raya berpangkat lans koperal supaya tindakan undang-undang tidak diambil terhadapnya.
Ia didapati membawa 237 botol minuman keras pelbagai jenama, yang disyaki tidak dibayar duti kastam dalam sebuah kereta Proton Wira.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 193 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur keluar plaza tol Bukit Merah dekat Bagan Serai, pada pukul 11 malam, 12 November lepas.
Jurujual itu didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.
Jika sabit kesalahan, ia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Hakim turut memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda RM10,000 itu manakala wang suapan RM800 dilucut hak dan dimasukkan dalam hasil kerajaan Malaysia.
Mahkamah juga turut memerintahkan pasport dikembalikan kepada tertuduh kerana ia masih sah sehingga Rabu.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya A Hafiizh Abu Bakar, manakala tertuduh diwakili peguam K.C Lai.- mstar online
TOP
Perhilitan Melaka Rampas 28 Burung Pelbagai Spesies Disimpan Tanpa Lesen
Bayan Puling (Gambar internet)
MELAKA: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka merampas 28 ekor burung pelbagai spesis yang disimpan tanpa permit khas dan lesen di dua buah rumah berasingan di Batu Gajah, Merlimau dekat sini. Pengarah Perhilitan Melaka Noorzakiahanum Mohd Noh berkata rampasan pertama melibatkan 23 ekor burung Punai Daun yang dirampas daripada seorang wanita berusia 30-an di sebuah rumah kira-kira pukul 4 petang, Isnin. Beliau berkata rampasan kedua pula melibatkan masing-masing dua ekor burung disyaki spesies Bayan Puling dan Serindit manakala seekor burung spesies Kelicap Kunyit milik seorang lelaki berusia 30-an dalam kawasan perkampungan yang sama. "Siasatan sedang dilakukan bagi mengenal pasti tujuan haiwan tersebut dipelihara namun siasatan awak mendapati kesemua burung berkenaan merupakan haiwan peliharaan kedua-dua individu terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa. Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 60 dan 68 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.- mstar online

Imam Rayu Mahkamah Lepaskan Pemuda Kristian Bawa Kepala Babi
Masjid Central Blackpool
SEORANG imam terkemuka di British merayu kepada mahkamah supaya melepaskan empat lelaki Kristian yang telah meninggalkan kepala babi di perkarangan sebuah masjid di Blackpool. Tindakan empat lelaki meninggalkan kepala babi tersebut dipercayai satu gurauan (prank) tetapi pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kerana ia merupakan provokasi agama.
Crabtree (kiri) dan White.
Imam Masjid Central Blackpool itu membuat rayuan kepada mahkamah supaya tidak menjatuhkan hukuman penjara kepada empat lelaki berkenaan meskipun tindakan mereka melampaui batas bagi penganut Islam. Imam Ashfaq Patel (gambar) dalam rayuannya berkata," Diatas kesedaran mereka (suspek) terhadap jenayah dan kesilapan yang telah dilakukan, saya tidak fikir mereka perlu berakhir disebalik tembok (penjara)."
Bagaimanapun Hakim Graham Knowles dalam keadaan terharu memberitahu,"Anda (suspek) bertuah, kerana sekarang pun imam meminta rahmat terhadap anda dan cuba memahami anda." Keempat-empat lelaki yang digelar samseng oleh media itu kemudian dijatuhi hukuman berbeza dengan Thomas Ashton, 21 (dipenjara 10 bulan), Andrew Warner, 31 (tujuh bulan), Travis Crabtree, 25 (14 bulan) dan Steven White, 28 (lapan bulan).
Ashton (kiri) dan Warner.
Kepala babi itu ditemui di dalam sebuah beg di tempat letak kenderaan masjid tersebut. Ia didakwa dibawa oleh Ashton dan Crabtree manakala Warner dan White hanya sekadar mengikuti gurauan berkenaan.- mstar online

Penemuan Forensik Dapati Van Gogh Dibunuh Bukan Bunuh Diri
Vincent Van Gogh
> Selama ini dunia mempercayai yang Van Goh mengambil nyawanya sendiri
> Tapi pakar foresnik, Dr Vincent di Maio mendapati Van Gogh ditembak oleh seseorang
> Kecederaan pada badannya membuktikan dia ditembak bukan menembak diri sendiri
> Dia mungkin ditembak secara tidak sengaja oleh sekumpulan remaja nakal
SEORANG pakar forensik mendakwa yang dia mempunyai bukti menunjukkan pelukis tersohor dunia, Vincent van Gogh telah ditembak oleh seseorang dan bukannya menembak dirinya sendiri sehingga membawa maut yang selama ini disangka oleh seluruh dunia.
Dunia selama ini mempercayai yang artis tersebut menembak dirinya sendiri di sebuah ladang gandum di pinggir bandar Paris pada tahun 1890. Dia hanya mati 29 jam kemudian selepas membuat pengakuan yang dia menembak dirinya sendiri. Bagaimanapun seorang pakar foreksi, Dr Vincent Di Maio, yang juga pakar dalam kecederaan tembakan mendapati bukti menunjukkan tidak mungkin van Gogh menembak dirinya sendiri di dada. Dr Di Maio, membuat pendedahan itu dalam satu laporan eksklusif majalah Vanity Fair. Laporan itu menyebut, kecederaan yang dialami oleh van Gogh akibat tembakan di dada itu tidak selari dengan kecederaan akibat perbuatan diri sendiri. Dr Di Maio mempersoalkan bagaimana van Gogh mampu memetik picu revolver yang digunakannya itu untuk menembak dada kirinya. "Secara teorinya adalah sangat sukar untuk seseorang menembak dirinya sendiri di dada kiri menggunakan tangan kiri. Tapi menggunakan tangan kanan adalah jauh lebih sukar," jelasnya. Malah kata Dr Di Maio, jika van Gogh menembak dirinya dari jarak yang sebegitu dekat, akan terdapat kesan terbakar akibat daripada semburan belerang peluru pada tangannya. Testimoni pada masa itu tidak menyatakan demikian.
Misteri kini timbul jika tidak Van Gogh, siapakah yang bertanggungjawab menembaknya.
Terdapat segelintir pendudukan kampung Auvers-sur-Oise di mana tragedi itu berlaku yang mempercayai Van Gogh telah ditembak secara tidak sengaja oleh sekumpulan remaja nakal.
Van Gogh yang sepanjang hidupnya dibelenggu oleh pelbagai masalah peribadi dan kekecewaan daripada kegagalan dalam percintaan telah membuat pengakuan yang dia telah menembak dirinya sendiri untuk melindungi remaja berkenaan.
Ia adalah penamat yang sempurna untuk seorang pelukis yang di dalam kesakitan batin dan fizikal.

Doakan Ahok Mengucap Syahadah
Ahok dengan gaya Islamik disenangi ramai.
JAKARTA: Peserta Muktamar Muhammadiyah di Universiti Prof Dr Hamka pada Isnin mendoakan pemangku Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama supaya menerima Islam sebagai agamanya. Basuki yang lebih popular dengan panggilan Ahok mendapat sambutan meriah ketika dia hadir di majlis berkenaan. Ahok berketurunan Cina dan beragama Kristian namun sejak akhir-akhir ini sering membuat kenyataan positif mengenai Islam. Malah dia mengaku mempelajari Islam ketika berada di sekolah rendah. Muktamar itu dihadiri ribuan ulama dan siswa. Seorang daripada peserta dari Makassar, Ahmad Badawi, 20, mengakui dia malu apabila mendapati pengetahuan Islam Ahok lebih mendalam daripadanya. Kenyataan Ahmad Badawi disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai. “Cuma apa yang belum beliau lakukan ialah mengucap kalimah syahadah. Semoga Bapak mendapat hidayah,” katanya. Sebelum itu, seorang wanita dari Aceh, Irmawati, berkata akhlak Ahok lebih Islamik berbanding beberapa Muslim lain. “Beliau melambangkan tokoh pemimpin yang diingini Islam, iaitu jujur, boleh dipercayai dan pintar,” katanya. Minggu lalu sekumpulan pengikut Front Pembela Islam yang beraliran radikal memainkan sentimen bangsa dan agama ketika mengadakan demonstrasi menolak Ahok dilantik sebagai gabenor. Jawatan itu kosong selepas Joko Widodo memenangi pilihan raya presiden Julai lalu.- mstar online

Man United Sasar Dapatkan Mats Hummels
KETUA Eksekutif Manchester United, Ed Woodward mendedahkan kedudukan terbaru kewangan kelab tersebut untuk memberi indikasi mengenai pemindahan jangka masa panjang termasuk pada Januari tahun depan.
Van Gaal dan Woodward
Pengendali Red Devils, Louis van Gaal sebelum ini telah mengeluarkan belanja besar untuk memantapkan semula kelab itu dan membawanya kembali ke aksi Liga Juara-juara Eropah. Selain itu, jurulatih kelahiran Belanda terbabit turut dilapor menjadikan Mats Hummels sebagai sasaran utama dalam pemindahan akhir musim ini. Woodward dilaporkan berkata," Kita tidak melihat (pemindahan) untuk jangka masa pendek. "Kita telah menetapkan beberapa (pemain) sasaran pada musim akan datang. Jika antara mereka boleh didapati pada Januari- ia memudahkan. Jika tidak, kita akan menunggu hingga akhir musim." Menurut laporan sebelum ini, Borussia Dortmund sedia melepaskan Hummels jika menerima bayaran sebanyak £47 juta. Selain United, Arsenal turut dilapor akan berusaha mendapatkan pertahanan Jerman terbabit untuk musim depan.- mstar online

Lagi Pemain Man United Cedera, Di Maria Dikasari Nani
PEMAIN yang memecah rekod pemindahan Liga Perdana Inggeris, Angel Di Maria dikhuatiri berdepan kecederaan serius yang bakal membebankan pengendali Manchester United, Louis van Gaal.
Di Maria terpaksa diusung keluar untuk menerima imbasan x selepas dikasari oleh rakan sepasukan di United iaitu Nani yang dipinjamkan ke Sporting Lisbon bagi musim ini.
Kekasaran itu berlaku ketika Di Maria menyarung jersi Argentina manakala Nani mewakili Portugal dalam perlawanan persahabatan di Old Traford.
Dalam aksi yang turut menampilkan dua bintang dunia iaitu Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo itu, keputusan memihak kepada Portugal menerusi kemenangan tipis 1-0.
Pengendali skuad Argentina, Gerardo Martino bagaimanapun menganggap kecederaan Di Maria tidak serius dan pemain bernilai £59.7 juta itu masih boleh bermain seperti biasa untuk United.
"Kami tidak fikir sesuatu yang serius telah berlaku. Ia satu bentesan keras dan kasar yang menyebabkan luka pada kulit.
"Kami telah lihat dan memeriksa sepenuhnya, juga meneliti imbasan x. Tiada apa yang serius dikesan setakat ini," jelasnya.
Van Gaal kini berdepan masalah kecederaan sebahagian besar pemain United tatkala pasukan itu bakal berdepan Arsenal pada bulan ini.
Dalam perlawanan antarabangsa yang berlangsung setakat ini, tiga pemain United iaitu David De Gea, Daley Blind dan Di Maria dilaporkan mengalami kecederaan.- mstar online
TOP
Keputusan Persahabatan Antarabangsa
Pemain England, Wayne Rooney (tengah) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukannya, Danny Welbeck (kiri) dan Jack Wilshere (kanan) selepas menjaringkan gol ketika menentang Scotland dalam perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa pada Selasa.
BERIKUT adalah keputusan perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa:
Scotland1 - 3 England
France 1 - 0 Sweden
Spain 0 - 1 Germany
Poland 2 - 2 Switzerland
Republic of Ireland 4 - 1 USA
Portugal 1 - 0 Argentina
Italy 1 - 0 Albania
Hungary 1 - 2 Russia
Ukraine 0 - 0 Lithuania
Romania 2 - 0 Denmar
Austria 1 - 2 Brazil
Belarus 3 - 2 Mexico
Greece 0 - 2 Serbia
Slovenia 0 - 1 Colombia
Slovakia 2 - 1 Finland
Iran 1 - 0 Korea Republic
Japan 2 - 1 Australia

TMJ Mahu Hak Siaran Berbayar Diberi Kepada Semua Pasukan Liga-M
Tunku Ismail Sultan Ibrahim
JOHOR BAHARU: Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengulangi cadangan supaya setiap pasukan dan kelab dalam Liga Malaysia (Liga-M) diberi hak penyiaran perlawanan. Baginda bertitah bayaran hak penyiaran oleh penaja dilihat mampu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi setiap tahun oleh setiap pasukan termasuk Johor Darul Ta'zim (JDT). "Kunci untuk pembangunan bola sepak dan peningkatan kualiti dalam sesebuah pasukan di Malaysia ini adalah (diberi) hak siaran berbayar," titah baginda pada sidang media di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, di Larkin, Selasa. Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu bertitah sekiranya setiap pasukan menerima hak siaran berbayar itu, ia akan memudahkan lagi mereka meningkatkan kualiti pemain dan pengurusan pasukan. Tunku Ismail bertitah hak siaran berbayar tersebut pada masa ini dipegang oleh FAM yang kemudian mengagihkan jumlah insentif tertentu kepada semua persatuan dan kelab. "Sepatutnya, bukan FAM yang patut salurkan (bayaran hak siaran), sebaliknya setiap pasukan yang patut menerima terus daripada penaja," titah baginda. Menurut baginda, liga-liga bola sepak luar negara seperti di Jerman, Australia, Jepun atau Korea, peningkatan dan pembangunan bola sepak mereka banyak dibantu bayaran yang diterima melalui hak siaran itu. Tunku Ismail mendakwa PBNJ hanya disalurkan RM1 juta sahaja setahun untuk hak penyiaran. Menjawab soalan pemberita mengenai jumlah tajaan yang sepatutnya diterima oleh setiap pasukan, Tunku Ismail bertitah setiap pasukan Liga Super patut menerima sekurang-kurangnya RM3 juta hingga RM4 juta, bagi Liga Perdana RM2 juta-RM3 juta dan Liga FAM pula RM1 juta.- mstar online

Keputusan Perlawanan Pusingan Pertama Piala FA Inggeris
BERIKUT adalah keputusan perlawanan pusingan pertama Piala FA Inggeris, pada Selasa:
Weston-super-Mare 1 - 4 Doncaster Rovers
Mansfield Town 1 - 1 Concord Rangers
Accrington Stanley 2 - 1 Notts County
Telford United 2 - 1 Basingstoke
AFC Wimbledon 3 - 1 York City
Rochdale 2 - 1 Northampton Town
Sheffield United 2 - 0 Crewe Alexandra
Shrewsbury Town 1 - 0 Walsall
Southport 2 - 0 Dagenham & Redbridge

19 Disember Keputusan Kassim Ahmad Cabar Tindakan Jawi
Kassim Ahmad
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini menetapkan 19 Disember ini untuk keputusan terhadap permohonan bekas aktivis sosial dan politik Dr Kassim Ahmad bagi semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan mendakwanya di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya. Hakim Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan oleh peguam Rosli Dahlan, yang mewakili Kassim, dan peguam kanan persekutuan Suzana Atan dan Maisarah Juhari. Suzana dan Maisarah mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Ibrahim Deris, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi dan Kerajaan Malaysia, Terdahulu, Rosli dalam penghujahannya berkata tindakan Jawi mendakwa Kassim atas pertuduhan menghina agama Islam adalah tidak sah. Beliau berhujah bahawa Jawi tidak mempunyai bidang kuasa untuk menjalankan pendakwaan melangkaui bidang kuasa terhadap Kassim. Selain itu, Rosli berhujah bahawa waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Putrajaya adalah bercanggah dengan Akta Syariah Wilayah Persekutuan dan Enakmen Syariah Negeri Kedah. Rosli juga berhujah bahawa tidak ada laporan maklumat pertama atau aduan sebelum siasatan kes itu bermula. "Ini berdasarkan keengganan Jawi atau ketua pendakwa Syarie untuk menyediakan laporan atau aduan. "Kegagalan untuk mematuhi Seksyen 2 dan Seksyen 74 Kanun Tatacara Jenayah Wilayah Persekutuan menyebabkan keseluruhan proses siasatan dan tindakan penguatkuasaan sebagai tidak sah," katanya. Rosli berkata semakan kehakiman dilakukan untuk menghalang pendakwaan yang bercanggah dengan undang-undang terhadap Kassim. Beliau berhujah bahawa Jawi bertindak secara "mala fide" dengan mengenepikan kebebasannya tanpa perhatian sewajarnya, hemat, dan bertanggungjawab walaupun mengetahui dia berumur 82 tahun dan tidak harus tertakhluk kepada penahanan selama lebih 27 jam. Sementara itu, Suzana berkata mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar isu-isu berhubung dengan agama Islam. Beliau berkata bahawa hanya mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk menangani isu itu terhadap Kassim. Beliau berkata ini dijelas termaktub dalam jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan. "Perkara ini, hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif," kata beliau. Maisarah berhujah bahawa jika Kassim tidak berpuas hati dengan semua prosedur daripada laporan maklumat pertama yang diterima, pengeluaran waran tangkap dan pelaksanaan waran geledah, dia harus menggunakan Mahkamah Tinggi Syariah yang mempunyai kuasa penyemakan dan penyeliaan untuk membuat semakan dan mengeluarkan arahan yang berkaitan bagi menuntut keadilan. Bagaimanapun, beliau berkata Kassim tidak mengemukakan permohonan seumpama itu di bawah Akta Pentadbiran Syariah. Maisarah juga berhujah bahawa permohonan Kassim bagi semakan kehakiman berhubung dengan waran tangkap dan waran geledah yang dikeluarkan serta keputusan Jawi untuk mendakwanya kerana dikatakan menghina agama Islam adalah bersifat akademik. "Ia bersifat akademik kerana dia di dakwa di Mahkamah Tinggi Syariah," katanya. Peguam itu juga berkata Kassim gagal membuktikan bahawa ada isu bersifat "nyata" jika deklarasi seumpama itu dalam semakan kehakimannya diberikan kepada beliau. Beliau berkata andaian bahawa Kassim tidak dimaklumkan mengenai pertuduhan ke atasnya adalah bohong semata-mata dan ia terkandung dalam laporan polis yang dibuat pada 26 Mac. Pada 24 Julai, Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan Kassim untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi untuk mencabar tindakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan menangkap dan mendakwanya di Mahkamah Syariah atas alasan bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan itu. Pada 14 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kassim mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman dengan memutuskan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu dan bahawa perkara itu tertakluk secara eksklusif di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan selepas membenarkan bantahan awal oleh Jabatan Peguam Negara terhadap permohonan Kassim untuk memohon kebenaran. Kassim, mengemukakan permohonan itu pada 26 Jun, bagi memohon antara lain perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan ketua pendakwa Syarie pada 27 Mac bagi pertuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa. Kassim juga memohon supaya prosiding kesnya di Mahkamah Tinggi Syariah, Putrajaya, ditangguh sementara menunggu keputusan semakan kehakiman. Beliau jyuga memohon perintah untuk mengetepikan tindakan dan keputusan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menyerbu, , menggeledah dan menyita bahan terbitannya, dan menahannya dan mengeluarkannya dari Kedah dan membawanya ke Wilayah Persekutuan. Selain itu, beliau juga memohon perintah untuk mengetepikan semua waran tangkap, geledah dan sita serta bon yang dikenakan terhadapnya dan pengisytiharan bahawa tindakan para pegawai Jawi dan pendakwa adalah melampaui bidang kuasa mereka. Beliau juga mendakwa bahawa tindakan itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Syariah Wilayah Persekutuan dan Enakmen Syariah Negeri Kedah dan memohon pengisytiharan bahawa fatwa (fatwa Islam) yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan hanya terpakai kepada pemastautin di Wilayah Persekutuan.- mstar online

Topografi Hutan Di Kawasan Tanah Runtuh Tidak Tercemar - Genting
KUALA LUMPUR: Genting Malaysia Berhad (GENM) memaklumkan bahawa tanah runtuh di Kilometer 4.2 di Genting Highlands awal pagi Selasa adalah sebahagian daripada topografi hutan yang tidak terusik di Resort World Genting.
GENM, dalam satu kenyataan, berkata tidak ada habitasi atau aktiviti di sekitar cerun semula jadi itu.
"Perunding pakar kami telah memeriksa kawasan runtuhan dan langkah-langkah untukmemelihara dan mengukuhkan cerun telah dilaksanakan.
"Kerja-kerja membersihkan sisa runtuhan sedang dijalankan dan aliran trafik di jalan Genting Highlands dijangka kembali seperti biasa menjelang pagi esok," kata kenyataan itu.
GENM menambah bahawa syarikat itu mempunyai program pengurusan cerunnya sendiri sejak 1994 yang dijalankan dan dipantau oleh perunding pakar selaras dengan garis panduan pembangunan di kawasan cerun bukit.
"Kami menempatkan peralatan untuk memantau dan merekod pergerakan cerun dan bangunan di Resorts World Genting, dan bacaannya dianalisis oleh perunding pakar dan dilaporkan pada setiap bulan," kata kenyataan itu.
GENM membelanjakan lebih RM4 juta bagi pemantauan dan merekodkan pergerakan cerun dan bangunan, dan juga bagi pemeliharaan dan mengukuhkan cerun dan mengekalkan cerun.- mstar online
TOP
Menteri Ulas Memorandum 'Switch Off 14'
Shabery akan meminta Finas mengadakan perbincangan dengan wakil penggiat industri kreatif untuk memberi cadangan dalam penyediaan draf rang undang-undang tersebut. Foto BERNAMA.
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan menyediakan draf Akta Industri Kandungan Kreatif untuk memajukan industri berkenaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Ahmad Shabery berkata, Finas akan diminta mengadakan perbincangan dengan wakil penggiat industri kreatif untuk memberi cadangan dalam penyediaan draf rang undang-undang tersebut.
Katamya, beliau tertarik dengan cadangan agar kerajaan menggubal akta baharu itu seperti disarankan oleh gabungan penggiat-penggiat industri televisyen negara dikenali "Switch Off 14".
"Sekarang, terdapat Akta Finas 1981 dan akta berkaitan penyiaran. Kalau perlu ada akta baharu, kita nak tengok apa akta baharu yang dicadangkan dan minta supaya diberikan draf rang undang-undang akta baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Komunikasi Mudah Alih dan Pembangunan Luar Bandar, di sini, pada Selasa.
Ahmad Shabery diminta mengulas mengenai memorandum yang dihantar "Switch Off 14" yang mengandungi 11 tuntutan berkaitan industri perfileman dan televisyen.
Gabungan berkenaan terdiri daripada 10 persatuan penggiat seni tempatan termasuk pelakon, kumpulan krew penerbitan dan pengiklanan.
Antara 11 tuntutan 'Switch Off 14 adalah mewujudkan akta industri kandungan kreatif; menekankan hak harta intelek yang adil dan munasabah; menaikkan kadar harga dengan menyelaraskan harga slot kandungan di stesen TV; pengagihan slot TV yang lebih adil dengan menekankan 70% kandungan tempatan; dan penguatkuasaan polisi buatan Malaysia dan paducitra.
Untuk memperkasakan industri kandungan kreatif negara, Ahmad Shabery berkata kerajaan akan menubuhkan pusat sehenti 'Pitching Centre' untuk mendengar idea-idea serta membantu dan membimbing penggiat industri itu.
Kerajaan juga akan menubuhkan pusat sehenti yang dikenali sebagai 'Content Malaysia' yang akan mengumpulkan idea-idea baharu berhubung industri kreatif, katanya.
Seminar tersebut bertajuk 'Komunikasi Mudah Alih dan Pembangunan Luar Bandar Memperkaya Kehidupan Komuniti Luar Bandar melalui Mudah Alih' adalah bertujuan menyediakan platform bagi para penyelidik, eksekutif industri telekomunikasi, wakil media, pegawai kerajaan yang berkaitan untuk membincangkan isu dan pengalaman mengenai komunikasi mudah alih dan pembangunan luar bandar.- mstar online
TOP
Izreen Azminda Mahu Padam Kehidupan Lalu
KENANGAN lalu banyak menggores hati Izreen Azminda khususnya hal rumah tangga yang sudah musnah. "Saya tak nak diselubungi kisah lama," katanya yang telah memadam gambar-gambar penting dalam Instagram miliknya.
- mstar online
- mstar online
TOP
Kerajaan Belum Muktamadkan Status MH370 - Majlis Fatwa Kebangsaan
Abdul Shukor Husin.
PETALING JAYA: Status mengenai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masih hilang sejak lapan bulan lepas masih belum dimuktamadkan kerajaan. Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa tersebut dalam muzakarah khas pada 25 Mac lalu telah mengesyorkan beberapa pandangan mengenai tragedi MH370. "Kita dan lama bincang mengenai perkara ini. Kita syorkan pandangan muzakarah fatwa beberapa kali untuk dipertimbangkan kerajaan terutama kepada mangsa yang beragama Islam di dalam pesawat itu. "Sekarang terpulang kepada kerajaan untuk tentukan status pesawat tersebut," katanya kepada mStar Online. Berdasarkan muzakarah tersebut, mangsa MH370 diklasifikasikan sebagai mafqud (orang hilang) sehingga usaha mencari dimuktamadkan. "Oleh itu, memandangkan usaha-usaha mencari telah dijalankan dalam tempoh yang munasabah bagi mafqud dengan penggunaan pelbagai aset dan alat komunikasi berteknologi tinggi serta kewujudan qarinah-qarinah yang boleh diambilkira, maka muzakarah berpendapat bahawa penumpang pesawat MH370 tersebut boleh dianggap telah terkorban," menurut muzakarah itu. Bagaimanapun, menurut muzakarah itu, pengesahan atau sabitan kematian hendaklah diputuskan oleh mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Menurut muzakarah itu lagi, jika menjumpai mayat atau cebisan anggota badan, maka jenazah yang beragama Islam hendaklah diuruskan seperti biasa iaitu dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan. "Bagaimanapun, jika bercampur cebisan mayat atau gagal mengenal pasti sama ada ia Islam atau tidak, maka ia hendaklah dilakukan seperti jenazah orang Islam," katanya. Bagi tempoh mafqud pula, muzakarah memutuskan bahawa keadaan mafqud dalam tragedi ini tidak memerlukan kadar tempoh tertentu kerana usaha-usaha pencarian yang telah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. "Walaupun dalam keadaan lautan yang amat mencabar serta qarinah-qarinah yang boleh diambilkira sebelum dan selepas pengumuman kerajaan bahawa pesawat MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi, insiden itu telah melalui tempoh munasabah bagi mafqud yang boleh diputuskan oleh Ulil Amri," menurut Muzakarah tersebut. Malah, muzakarah juga bersetuju memutuskan solat jenazah ghaib tidak perlu dilaksanakan lagi walaupun pihak berkuasa masih meneruskan operasi mengesan pesawat ini. Sementara itu, ketetapkan lain muzakarah itu termasuk pengesahan kematian hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah bagi membolehkan pemansuhan perkahwinan, pembahagian harta faraid dan sebagainya dilakukan. Dalam pada itu, muzakarah berpendirian bahawa setiap jenazah beragama Islam bergelar sebagai syahid akhirat yang bermaksud orang dibunuh secara zalim, mati melahirkan anak termasuk orang yang mati tenggelam dan mendapat pahala khusus daripada Allah.- mstar online

Syabas Tidak Terima Bayaran Bil Air Di Kaunter TM Mulai 1 Disember
KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak lagi menerima pembayaran bil air melalui kaunter pembayaran milik Telekom Malaysia Berhad (TM) termasuk mana-mana ejen lantikannya bermula 1 Disember.
Syabas dalam kenyataan pada Selasa turut memaklumkan bahawa pihaknya juga tidak akan menerima pembayaran bil telefon TM di semua kaunter perkhidmatannya mulai tarikh yang sama.
Bagaimanapun pengguna masih boleh melakukan pembayaran bil melalui pelbagai saluran pembayaran sama ada secara tunai, cek atau perbankan internet di agensi kutipan sah lantikan Syabas yang lain, seperti biasa.
Dalam pada itu, Syabas juga menasihati pengguna agar membuat pembayaran bil air mengikut tempoh yang ditetapkan bagi mengelak dikenakan tindakan pemotongan bekalan.
Maklumat lanjut mengenai senarai agensi kutipan rasmi dan saluran pembayaran alternatif bagi kemudahan pengguna, boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menerusi laman Twitter dan Facebook.- mstar online
TOP
GTA 5 Kini Membolehkan Pemain Tidur Dengan Karakter Pelacur
Permainan Video Grand Theft Auto sememangnya satu permainan video yang ganas dan terkenal di Malaysia. Permainan video ini boleh dilihat kebanyakan di kedai-kedai komputer.
Jika sebelum ini, permainan video tersebut dilabel 18SG kerana keganasan seperti membunuh, versi terbaru permainan tersebut Grand Theft Auto 5, pula boleh dilabel 18SX kerana ia membolehkan pemain tidur dengan karakter pelacur di dalam permainan tersebut.
Seorang pengguna Youtube telah memuat naik satu video dari permainan video yang menunjukkan karakter pemain sedang 'diservis' oleh seorang karekter pelacur sebelum membelasah pelacur tersebut.
"Ini sudah melampau! Saya mempunyai seorang anak berusia 5 tahun, ini bukan perkara yang saya ingin dia lihat, tak bagus," katanya seorang pengguna Youtube Aretusa. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang bersetuju dengan pendapat Aretusa kerana mereka berpendapat permainan tersebut sudah mempunyai label "18 tahun keatas" dan budak bawah umur tidak sepatutnya dibenarkan bermain permainan tersebut. - Siakapkeli.com.my

Versi Terbaru WhatsApp Menjanjikan Lebih Selamat
Versi terbaru WhatsApp(Android) kini dilengkapi dengan sistem enksripsi yang kuat, yang mana sistem tersebut akan berfungsi secara automatik setelah anda mengemaskini WhatsApp anda kepada versi terbaru. Versi terbaru itu dikatakan akan menjanjikan mesej-mesej anda lebih selamat.
Menurut apa yang dilaporkan, enkripsi yang dipanggil "End-to-end" ini lebih kuat daripada enkripsi yang ditawarkan oleh Google, Microsoft, dan Apple.
"End-to-end" bermakna, WhatsApp sendiri tidak akan boleh mendekripsi semula mesej, walaupun syarikat itu dipaksa oleh penguatkuasa undang-undang.
Sistem enkripsi tersebut berfungsi dengan hanya menyediakan satu kunci kepada setiap perbualan diantara dua orang, dan hanya dua orang itu sahaja boleh mengakses kunci tersebut. Secara mudahnya, perbualan anda ibarat satu rumah, dan cuma anda dan rakan anda sahaja yang mempunyai kunci kepada rumah berkenaan. Jika anda berbual dengan ayah anda? Rumah & kunci yang lain akan disediakan oleh aplikasi WhatsApp.
Beberapa lagi aplikasi lain yang menggunakan konsep enkripsi yang sama; contohnya Cryptocat, Silent Text dan Telgram. Tetapi WhatsApp akan menjadi aplikasi terbesar yang mengamalkan sistem deskripsi tersebut memandangkan kini WhatsApp mempunyai lebih 600 juta pengguna diselurh dunia. - Siakapkeli.com.my
TOP
Skyplex Orlando Bina Roller Coaster Tertinggi Di Dunia
Gambaran artis tentang Skyscraper
ORLANDO: Pihak Skyplex Orlando semalam megumumkan bahawa mereka telah membina sebuah Roller Coester baru milik mereka yang merupakan Roller Coester tertinggi di dunia. Dengan ketinggi 173 meter ia akan dinobatkan sebagai roller coester tertinggi apabila siap nanti sekali gus mengalahkan rekod sebelum ini yang dipegang oleh Kingda Ka, New Jersey yang setinggi 138 meter. Permainan ini yang mencecah kelajuan 104 kilometer sejam ini dijangka siap dan dibuka pada tahun 2016 nanti. Presiden kelab peminat roller coaster Amerika Syarikat (AS), Michael Kitchen berkata, roller coester yang diberi jolokan Skyscraper itu direkan untuk memberi kepuasan luar biasa kepada pengunjung nanti. “Permainan ini membawa anda ke tahap yang lebih tinggi yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana roller coaster di seluruh dunia. “Walaupun masih dalam proses pembinaan tetapi para peminat roller coaster sudah tidak sabar-sabar untuk menaikinya,” katanya. Walaubagaimanapun Skyscraper masih belum berjaya mengatasi kelajuan King Ka kerana ia adalah roller Coester terlaju di dunia dengan kelajuan 205 km/j.- Siakapkeli.com.my

Penyebar Foto Bogel Palsu Rain Bakal Didenda RM152 Ribu
BEBERAPA hari lalu, peminat-peminat KPop dihebohkan mengenai penyebaran foto bogel yang didakwa mirip penyanyi Rain. Foto tersebut diambil menerusi telefon bimbit aktres Kim Tae Hee yang pernah hilang sebelum ini.
Menurut laporan Koreaboo, Rain membuat penjelasan menerusi agensinya, JYP Entertainment, menegaskan bahawa lelaki dalam foto berkenaan bukan dirinya.
Laporan menerusi MBC Section TV pula memberitahu pihak polis siber Gangnam mengesahkan Rain telah membuat laporan polis atas tuduhan mencemarkan nama baiknya sebagai selebriti.
Sehingga kini, 30 orang yang terlibat menyebarkan foto tersebut ditahan bagi menjalani siasatan polis.
"13 November lalu, pihak kami mendapat tahu gosip mengenai Rain yang tidak benar. Kami menyimpulkan jika ianya tidak benar, maka perkara itu telah mencemarkan nama baik Rain," kata wakil dari JYP.
Jika 30 orang itu terbukti menyebarkan foto palsu berkenaan, mereka akan dikenakan hukuman penjara dan denda sebanyak 50 juta Won (RM152 ribu). - mStar Online
TOP
10 Termasuk Kanak-Kanak Maut Serangan Roket Di Mesir
KENDERAAN tentera Mesir bersiap sedia berkawal di sepanjang sempadan bandar Rafah. - Foto AFP
KAHERAH – Kira-kira 10 orang termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh di Semenanjung Sinai apabila rumah mereka musnah akibat terkena bedilan roket.
Pegawai keselamatan menyatakan mereka tidak dapat memastikan sama ada kejadian berpunca daripada peluru berpandu yang ditembak oleh helikopter tentera Mesir yang mensasarkan militan, atau meriam pemberontak yang tersalah sasar.
Pegawai perubatan berkata, tiga kanak-kanak, tiga wanita dan empat lelaki di dalam rumah yang terletak di selatan pekan sempadan Rafah terbunuh dalam bedilan itu.
Mangsa masih belum dikenal pasti.
Pihak tentera sedang memerangi dengan militan di semenanjung berkenaan yang kini sudah mengakibatkan sebilangan askar dan polis terbunuh, sejak penggulingan Presiden Mohamed Morsi tahun lalu. – AFP
TOP
Piala AFF Suzuki: Dollah Umum Senarai Akhir 22 Pemain
KETUA jurulatih, Dollah Salleh (tengah) ketika mengendalikan sesi latihan pasukan bola sepak kebangsaan di padang MSN Bukit Jalil semalam. - Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh mengumumkan senarai akhir 22 pemain yang akan menggalas cabaran negara pada Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura dari 23 hingga 29 November ini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman web mereka iaitu www.fam.org.my, menyatakan Dollah memilih penjaga gol Pahang, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Mohd Farizal Marlias (Selangor) dan Khairul Fahmi Che Mat dari Kelantan untuk mempertahankan benteng terakhir negara pada kejohanan dwitahunan itu.
Enam pemain akan bersaing bagi merebut tempat di posisi pertahanan iaitu Mohd Afif Amiruddin dan Mohamad Muslim Ahmad daripada kelab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mahalli Jasulli dan Mohamad Fadhli Mohd Shas (Johor Darul Ta’zim), Mohd Azmi Muslim (Selangor) serta Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu).
Kapten Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi yang dipilih sebagai pemain tengah terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan, baru-baru ini bakal bersaing bersama tujuh pemain lain di posisi berkenaan.
Mereka ialah Safiq Rahim (JDT), Muhammad Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin (Felda United FC), Gary Steven Robbat (Harimau Muda ‘A’), S.Kunanlan (Selangor), Baddrol Bakhtiar (Kedah) selain dua pemain Pahang iaitu Azamuddin Mohd Akil dan Mohd Hafiz Kamal.
Dalam pada itu, Dollah turut menyenaraikan bekas penjaring gol terbanyak Piala AFF Suzuki 2010, Mohd Safee Sali walaupun pemain veteran negara itu banyak memanaskan bangku simpanan pasukan JDT, musim ini.
Mohd Safee bakal bersaing bersama dua rakan sepasukannya iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Amri Yahyah selain pemain Terengganu, Abdul Manaf Mamat bagi posisi penyerang.
Dollah sebelum ini mengesahkan dua tonggak utama terpaksa digugurkan kerana gagal pulih daripada kecederaan yang dialami mereka iaitu pemain sayap Pahang, R. Gopinathan dan pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Aidil ZafuanAbd Radzak.
Pemain lincah Kedah, Mohd Farhan Roslan yang mendapat jolokan ‘Messi Kedah’ turut digugurkan daripada senarai akhir 22 pemain selepas Dollah melakukan perbincangan lanjut bersama barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya.
Malaysia yang diundi dalam kumpulan B akan memulakan kempen kejohanan menentang Myanmar pada 23 November ini disusuli pertemuan menentang Thailand pada 26 November dan kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Jalan Besar sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan menentang Singapura di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub pada 29 November.
Penjaga Gol: Mohd Farizal Marlias (Selangor), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid (Pahang) Pertahanan: Mohd Afif Amiruddin dan Mohd Muslim Ahmad (PDRM), Mahalli Jasulli dan Mohamad Fadhli Mohd Shas (JDT), Mohd Azmi Muslim (Selangor), Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu).
Pemain Tengah: Safiq Rahim (JDT), Muhammad Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin (Felda United FC), Mohd Badhri Mohd Radzi (Kelantan), Gary Steven Robbat (Harimau Muda ‘A’), S.Kunanlan (Selangor), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Azamuddin Mohd Akil dan Mohd Hafiz Kamal (Pahang) Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Mohd Sali dan Mohd Amri Yahyah (JDT) dan Abdul Manaf Mamat (Terengganu). – BERNAMA
TOP
Kenaikan Gaji Tidak Kurang 10% Wajar Diberi Pertimbangan
KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji tidak kurang daripada 10 peratus wajar diberi pertimbangan kerajaan dan majikan swasta sejajar dengan peningkatan produktiviti dan prestasi para pekerja di negara ini, demikian menurut kesatuan pekerja sektor awam dan swasta.
Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata kenaikan gaji juga harus sesuai dengan kenaikan kos sara hidup semasa, khususnya kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Selain faktor kemampuan untuk menyara kehidupan seharian, Azih berkata seseorang pekerja khususnya penjawat awam juga perlu sekurang-kurangnya mampu membeli rumah dan menyara pendidikan anak-anak dengan gaji yang diterima.
“Gaji ini diukur daripada perkara tertentu seperti pencapaian akademik, pengalaman dan juga kebolehan seseorang pekerja itu, (selain itu) gaji juga harus dilihat berdasarkan kos sara hidup.
“Tetapi hari ini kita lihat gaji pekerja tidak mampu untuk menampung itu semua (kos sara hidup),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurut laporan kajian oleh Institut Penyelidikan Khazanah yang dibentangkan Isnin, kenaikan gaji pekerja adalah perlu, memandangkan produktiviti pekerja di Malaysia terus meningkat sejak tahun 1960.
Pengarah Urusan institut itu, Datuk Charon Mokhzani dilaporkan berkata, sejak lebih 50 tahun lepas, paras produktiviti pekerja sentiasa me-lebihi paras gaji yang diberikan majikan, dan sejak itu juga pe-ningkatan pembayaran gaji sentiasa tidak setimpal dengan pertumbuhan produktiviti pekerja.
Keadaan itu membuatkan gaji dan faedah yang dirasai oleh pekerja hanya sekitar 33 peratus sahaja daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), manakala selebihnya dinikmati syarikat bersama pemegang—peme-gang kepentingan sesebuah entiti tersebut, kata Charon.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N. Gopal Kishnam yang senada dengan Azih berkata kenaikan gaji lebih daripada 10 peratus boleh membantu Malaysia mencapai taraf negara maju.
Kenaikan itu juga katanya akan merangsang pertumbuhan ekonomi kerana ia dapat meningkatkan kuasa membeli pengguna.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan pula berbeza pendapat apabila mengatakan peningkatan sebenar produktiviti tidaklah sebanyak mana jika dibandingkan dengan kenaikan gaji tahunan yang diberikan kepada pekerja.
Sebagai contoh, beliau berkata, menurut laporan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), purata kenaikan produktiviti pekerja adalah kira-kira 2.5 peratus dalam 10 tahun kebelakangan ini.
“Tetapi kalau kita lihat kenaikan gaji tahunan yang diberikan kepada pekerja terutamanya sektor swasta ialah sebanyak lima hingga enam peratus setiap tahun.
“Ini sudah tentu melebihi kadar peningkatan produktiviti berkenaan dan kadar itu juga harus dibandingkan dengan kadar sebenar produktiviti yang kita ada pada masa ini, yang mana tahapnya adalah kira-kira tujuh kali lebih rendah daripada di Amerika Syarikat dan Jepun.
“Jadi kalau kita ingin mengatakan bahawa peningkatan gaji itu tidak tinggi kalau dibandingkan dengan nilai produktiviti, itu adalah sesuatu yang tidak benar,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai satu lagi laporan kajian Institut Penyelidikan Khazanah yang menyebut harga rumah yang boleh dibeli berdasarkan gaji median tahunan rakyat Malaysia masih lagi mahal daripada yang sepatutnya, Shamsuddin berkata kerajaan bertanggungjawab untuk mengawal harga berkenaan supaya harga rumah mampu untuk dimiliki.
Gopal Kishnam pula berpendapat kerajaan seharusnya membina lebih banyak rumah mampu milik khusus untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana, memandangkan harga rumah ditentukan oleh pasaran semasa. – BERNAMA
TOP
Rasuah Balak: Banyak Aduan Tapi Tiada Tindakan
MIRI – Berpuluh-puluh laporan dikemukakan kepada pelbagai agensi penguatkuasaan dan pencegahan rasuah berhubung industri pembalakan di utara Sarawak, namun hanya sebilangan kecil daripadanya diambil tindakan.
Menurut pengadu, pihak berkuasa dilihat seolah-olah tidak mengendahkan aduan yang dibuat berhubung aktiviti pembalakan haram dan amalan rasuah dalam aktiviti tersebut.
Kumpulan hak asasi manusia daripada masyarakat luar bandar di Sarawak memuji Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem kerana bertindaka tegas menentang amalan rasuah dalam industri pembalakan.
Bagaimanapun mereka mempersoalkan mengapa Jabatan Perhutanan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis tidak bertindak ke atas laporan-laporan yang dikemukakan oleh masyarakat orang asli di sini sejak bertahun-tahun lalu.
Bercakap kepada The Star, Pengerusi Persatuan Orang Ulu Kebangsaan Bahagian Miri, Peter Kallang berkata, beliau membuat sekurang-kurangnya lima laporan masing-masing kepada SPRM dan polis di Miri mengenai pembalakan haram dalam tempoh dua hingga tiga tahun lalu.
“Selain SPRM dan polis saya juga telah menghantar surat rasmi kepada Jabatan Perhutanan untuk memberitahu mereka tentang pembalakan haram di Baram terutama di kawasan hutan di tapak cadangan pembinaan Empangan Baram di Long Kesseh.
“Saya juga telah sertai pemimpin dari beberapa persatuan hak asasi manusia dan alam sekitar apabila mereka membuat laporan kepada SPRM dan polis mengenai pembalakan haram dan menceroboh tanah pribumi.
“Secara keseluruhannya terdapat berpuluh-puluh laporan di seluruh utara Sarawak terhadap pembalakan haram dibuat oleh kumpulan hak asasi manusia, alam sekitar dan penduduk kampung serta individu. Tetapi sehingga hari ini, tiada satu pun daripada laporan-laporan ini disiasat oleh pihak polis, SPRM atau Jabatan Perhutanan,” katanya.
Kallang berkata demikian bagi mengulas mengenai usaha Adenan untuk memerangi rasuah termasuk menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) bagi agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam sektor perhutanan Sarawak.
“Walaupun kami memuji Tan Sri Adenan untuk sikap tegasnya terhadap amalan rasuah, tapi hakikatnya ialah amalan tipu muslihat telah berlaku sejak bertahun-tahun.
“Dalam kes saya pihak berkuasa seperti polis dan SPRM serta Jabatan Perhutanan tidak pernah menemubual saya untuk mendapatkan maklumat lanjut walaupun banyak laporan dikemukakan kepada mereka,” katanya. - mStar Online
TOP
Warga Emas Maut Pandu Lawan Arus
KENDERAAN mangsa remuk selepas terbabit kemalangan.
Kuala Lumpur – Tindakan seorang lelaki warga emas memandu melawan arus di kilometer 25.2, Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) mengundang maut apabila mangsa bertembung dengan sebuah Toyota Vellfire Dalam kejadian jam 6.10 petang, kelmarin, mangsa berusia 79 tahun memandu Proton Iswara dikatakan memandu dari arah Plaza Tol Duta menuju ke Sungai Buloh sebelum memasuki lorong bertentangan. Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, mangsa maut di lokasi kejadian selepas bertembung dengan kenderaan yang datang dari arah bertentangan. “Siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa menuruni bukit dan bertembung dengan Toyota Vellfire dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun di lorong kanan,” katanya, semalam. Beliau berkata, pemandu Toyota Vellfire itu bagaimanapun tidak cedera dan mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Markandan berkata, pihaknya meminta hospital menjalankan ujian darah ke atas mangsa dan waris mangsa juga sudah dimaklumkan berhubung kemalangan itu. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – myMetro Online

‘Polis’ Bertatu, Rambut Kuning Ditangkap
ORANG ramai berkumpul selepas suspek ditangkap.
Kuala Lumpur – Penyamaran tidak masuk akal apabila seorang penjenayah bertatu di seluruh tubuh dan mempunyai rambut berwarna kuning menyamar sebagai anggota polis ketika cuba merompak tiga mangsa. Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, suspek berusia 34 tahun itu yang mempunyai tatu harimau dan naga cuba mengugut tiga penuntut warga asing yang menetap di pangsapuri Sri Tioman, Taman Melati di sini. Taktik digunakan itu bagaimanapun memakan diri apabila suspek sebaliknya dibelasah penduduk di kawasan itu ketika cuba melarikan diri. Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian berlaku apabila suspek utama bersama tiga rakannya muncul di rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri sebagai anggota polis. Menurutnya, suspek dikatakan menunjukkan gari bagi meyakinkan mangsa warga Somalia berusia 20-an supaya membenarkan mereka masuk ke rumah. – myMetro Online

Mimi Loma Bakal Jalani Pembedahan Buang Batu Karang
KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi era 60-an, Mimi Loma bakal menjalani pembedahan bagi membuang batu karang di dalam badannya dalam masa terdekat ini.
Mimi atau nama sebenarnya Aminah Ismail, 68, berkata, dia akan membuat beberapa rawatan susualan terlebih dahulu pada minggu depan sebelum menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Doktor mengesahkan saya menghidap penyakit batu karang pada 1 November lalu.
“Dan minggu depan saya akan melalui beberapa siri rawatan sebelum doktor memilih tarikh untuk saya menjalani pembedahan membuat batu karang tersebut,” katanya kepada mStar Online.
Mimi Loma ditemui di rumahnya di Flat PPR Seri Semarak di sini pada petang Selasa.
Bagaimanapun tambah Mimi Loma, sekiranya pembedahan tersebut perlu dijalani pada bulan Disember, dia akan menangguhkan ke tahun hadapan memandangkan dia perlu menghadiri undangan persembahan nyanyian di Singapura pada bulan tersebut.
“Mungkin saya akan tangguh ke bulan lain jika doktor memberikan tarikh pada bulan Disember ini untuk saya jalani pembedahan itu.
“Yang penting persembahan itu akan saya utamakan dahulu. Ia sebahagian daripada mata pencarian dan saya enggan melepaskan peluang itu begitu sahaja.
“Lagipun risau pula jika pembedahan itu menganggu kesihatan dan suara untuk saya membuat persembahan,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia berharap selepas menjalani pembedahan itu, ia tidak akan memudaratkan dirinya atau muncul pula penyakit lain yang tidak diingini.
Sementara itu, kata adik kepada Allahyarham Puan Sri Saloma dan Mariani itu, dia tetap bersyukur kerana tidak diberi penyakit-penyakit lain yang lebih serius.
“Alhamdulillah, saya dia beri kesihatan yang baik. Cuma Allah mungkin nak uji saya dengan penyakit batu karang ini. Apapun saya menerimanya dengan hati yang reda, tuturnya. – mStar Online
TOP
Zizan Razak & Faizal Ismail Hos AIM 21
KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara Zizan Razak dan bekas penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail diumumkan sebagai hos Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM21) yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 6 Disember depan.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM, Rosmin Hashim dan Pengurus Saluran Astro Ria dan Maya HD, Raqim Ahmad dalam satu sidang media yang diadakan di Hotel Istana pada petang Selasa.
Pasangan itu sebelum ini bergandingan sebagai pengacara program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) yang baharu sahaja berakhir dua minggu lalu.
Raqim ketika mengulas mengenai pemilihan kedua-dua selebriti terkenal itu berkata, keserasian ketika mengemudi AF 2014 menjadi faktor utama pasangan itu dipilih bagi mengendalikan AIM 21 selain kredibiliti mereka sebagai pengacara.
“Sepanjang 10 minggu mereka bersama dalam AF 2014 keserasian itu jelas kelihatan dan atas faktor itu juga kami mahu mengekalkan mereka berdua untuk AIM 21.
“Bagaimanapun tidak dinafikan pemilihan mereka juga adalah atas dasar untuk mendapatkan rating bagi acara itu ketika ia disiarkan secara langsung nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Rosmin ketika mengulas mengenai pemilihan kedua-dua pengacara tersebut berkata, pihaknya menyerahkan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak Astro dalam memilih hos sesuai untuk acara berprestij itu.
Jelas Rosmin, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah dengan gandingan Zizan dan Faizal kerana yakin mereka mampu mengendalikan AIM 21 dengan baik pada 6 Disember nanti.
“Keputusan untuk memilih pengacara kami serahkan sepenuhnya kepada pihak Astro dan berpuas hati dengan pemilihan Zizan dan Faizal sebagai pengacara,” katanya.
Penyampai radio Era FM, Haniff dan hos Hlive, Dahlia Shazwan bertindak sebagai pengacara di red carpet sebelum acara sebenar bermula.
Sementara itu, Rosmin memberitahu AIM 21 turut diserikan dengan beberapa persembahan istimewa daripada barisan artis seperti Sleeq, Dayang Nurfaizah, Hazama, SonaOne, Joe Flizzow, Haleeda, Datuk Khadijah Ibrahim dan Akim & The Majistret.
Manakala penyampai anugerah yang bakal membuat kemunculan pada malam itu adalah Adibah Noor, Aisyah Aziz, Alif Satar, Amyra Rosli, Amar Baharin, Nurul, Mizz Nina dan Noh Salleh.
Dalam perkembangan sama, Zizan dan Faizal yakin keserasian yang wujud diantara mereka dapat digunakan dengan baik ketika mengacarakan AIM 21 nanti. - mStar Online
TOP
Jus Katak Boleh Rawat Penyakit Kronik
Lima – Katak dari Teluk Titicaca menjadi bahan utama dalam pembikinan jus yang menurut beberapa budaya masyarakat Andes, boleh mengubati penyakit seperti semput, paru-paru berair dan lemah tenaga batin.
Untuk menghasilkan jus yang banyak dijual di wilayah Andes dan juga di beberapa kawasan di Lima, peniaga Maria Elena Cruz akan menangkap seekor katak dari akuarium kecilnya, mengetuknya hingga mati.
Dia kemudian menyiat kulit amfibia itu dan memasukkannya dalam pengisar bersama-sama lobak, akar maca dan madu.
Jus itu berwarna hijau dan Maria menyajikannya dalam gelas kepada pelanggan.
“Jus katak boleh membantu mengatasi pelbagai penyakit. Ada yang mendakwa pulih daripada batuk kering selepas meminumnya,” kata seorang pelanggan.
Bagaimanapun, tidak ada bukti saintifik untuk mengesahkan kebaikan jus itu.
Katak dari spesies Telmatobius culeus itu dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai katak air Titicaca dan disenaraikan sebagai hampir pupus oleh Kesatuan Antarabangsa Untuk Pemuliharaan Semula Jadi.
Peminat jus itu, Cecilia Cahuana, 35, mendakwa jus itu mengandungi banyak vitamin dan protein.
Kebanyakan pelanggan Cruz berasal dari wilayah Andes. – Agensi
TOP
Empat Maut Diserang Di Rumah Ibadat Yahudi
BAITULMUQADDIS – Dua lelaki Palestin bersenjatakan sebilah kapak dan pisau didakwa membunuh empat orang di sebuah rumah ibadat Yahudi di sini semalam sebelum mereka ditembak mati oleh polis, kata perkhidmatan kecemasan dan polis Israel.
Serangan sejurus selepas subuh itu berlaku di sebuah kejiranan Yahudi di Baitulmuqaddis Barat, di sini.
Gambar yang dimuat naik oleh seorang jurucakap tentera Israel di internet memaparkan mayat seorang lelaki memakai jubah Yahudi terbaring di lantai, sebilah pisau berlumuran darah dan beberapa meja yang terbalik.
“Kami menganggap kejadian ini serangan pengganas,” jelas jurucakap polis, Micky Rosenfeld.
Dalam perkembangan berkaitan, perkhidmatan ambulans Israel menyatakan, lebih lapan orang parah dalam serangan itu.
Menurut Rosenfeld pula, sekurang-kurangnya seorang penyerang tersebut berasal dari Baitulmuqaddis Timur di sini.
Beberapa stesen radio Palestin menyifatkan kedua-dua penyerang itu sebagai mati syahid manakala serangan sama turut dipuji pergerakan Hamas di Genting Gaza.
“Hamas mahu operasi balas dendam ini diteruskan kerana pendudukan haram oleh Israel menjadi punca ketegangan di sini,” kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyalahkan Hamas dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berhubung serangan tersebut. Beliau menuduh Mahmoud dan Hamas sengaja mengapikan penduduk Palestin ke arah keganasan. – Reuters
MestiQQ Adalah perusahaan judi online KELAS DUNIA ber-grade A
ReplyDeleteSudah saatnya Pencinta POKER Bergabung bersama kami dengan Pemain - Pemain RATING-A
Hanya dengan MINIMAL DEPOSIT RP. 10.000 anda sudah bisa bermain di semua games.
Kini terdapat 8 permainan yang hanya menggunakan 1 User ID & hanya dalam 1 website.
( POKER, DOMINO99, ADU-Q, BANDAR POKER, BANDARQ, CAPSA SUSUN, SAKONG ONLINE, BANDAR66 )
PROSES DEPOSIT DAN WITHDRAWAL CEPAT Dan AMAN TIDAK LEBIH DARI 2 MENIT.
100% tanpa robot, 100% Player VS Player.
Live Chat Online 24 Jam Dan Dilayani Oleh Customer Service Profesional.
Segera DAFTARKAN diri anda dan Coba keberuntungan anda bersama MestiQQ
** Register/Pendaftaran : WWW-MestiQQ-POKER
Jadilah Milionare Sekarang Juga Hanya di MestiQQ ^^
Untuk Informasi lebih lanjut silahkan Hubungi Customer Service kami :
BBM : 2C2EC3A3
WA: +855966531715
SKYPE : mestiqqcom@gmail.com