TOP
ADUN BN Selangor Tolak Rm200 Ribu Peruntukan Kerajaan Negeri Bagi Setiap Kawasan Pembangkang
Ketua Pembangkang Negeri Selangor harini telah menolak peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Negeri kerana menyifatkan pemberian itu adalah tidak adil dan satu penghinaan bagi mereka.
Ketua Pembangkang, Datuk Shamsudin Lias berkata, kesemua Adun dari Barisan Nasioanl akan menolak peruntukann itu kerana tidak sama dengan jumlah yang diperolehi oleh Adun Pakatan Rakyat.
"Kita tolak atas dasar prinsip. Prinsipnya keadilan. Sebenarnya, pada kita, kita rasa satu penghinaan. Kita adalah wakil rakyat.
"Apa beza dengan mereka yang juga wakil rakyat tetapi dapat dalam RM700,000. Kalau fikir dasar keadilan, kena bagi sama banyak.
"Kalau nak bagi, bagi sama banyak. Itu baru adil namanya," katanya pada sidang media di lobi Dewan Annex, Shah Alam hari ini.
Beliau bertegas tidak akan menerima peruntukan itu dan mungkin akan mempertimbangkan semula jika jumlah yang diberi adalah sama dengan Adun Pakatan Rakyat iaitu RM700,00.
Semalam, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali telah mengumumkan melalui bajet negeri bahawa kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta untuk kawasan wakil rakyat BN iaitu dengan pembahagian RM200,000 setahun kepada setiap kawasan dalam 12 kawasan yang diwakili oleh Adun BN.
Semasa membentangkan belanjawan 2015, Azmin berkata, peruntukan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.- Siakapkeli.com.my
TOP
HeadFoams Pro: Fon Kepala Tahan Lasak
Pasti ramai tertunggu-tunggu akan kehadiran fon telinga ini kerana apa yang ditawarkan ini amat menarik di mana HeadFoams Pro merupakan fon telinga yang tahan lasak walaupun di bengkokkan tidak akan patah.
Selalu terjadi kepada admin sendiri apabila tidur dengar lagu guna fon telinga sebab tidak mahu mengganggu kawan lain tidur dan esok terjaga fon telinga admin patah.
HeadFoams Pro merupakan fon telinga yang dibuat daripada plastik yang tahan lasak dan tboleh dilenturkan dan dipusingkan tanpa mengalami sebarang kerosakan. Ia diperbuat daripada Eva Foam iaitu bahan yang sama digunakan untuk membuat selipar Crocs. Bahan ini akan membuatkan fon anda lebih tahan lama berbanding dengan fon biasa yang mudah patah. Ini pasti akan memudahkan ada membawanya pergi kemana saja tanpa perlu risau akan kerosakan yang akan terjadi. Selain itu, HeadFoams Pro ini turut dilengkapi sistem kawalan audio dan mikrofon supaya ia boleh digunakan menggunakan apa sahaja output seperti komputer atau telefon pintar anda.- Siakapkeli.com.my

Didie Alias Rancang Mengarah Drama Tahun Hadapan
PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Didie Alias memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah terpaksa membawa anak keenamnya, Muhammad Dayyan ke tempat kerja kerana tidak mempunyai pembantu rumah.
Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd Ali, 40 , berkata, dia tidak merasakan ada keperluan untuk mengupah pembantu rumah kerana masih mampu menjaga Dayyan yang kini berusia empat bulan tambahan pula suaminya, Norisham Ismail sentiasa berada disisi untuk membantu.
“Tidak rasa beban pun terpaksa membawa Dayyan ke tempat kerja kerana memang kami tidak merancang untuk mengambil pembantu rumah bagi menjaga anak.
“Bukan tidak mahu ambil pembantu tetapi memandangkan lima anak saya yang lain sudah pun besar jadi rasanya saya dan suami masih boleh menguruskan Dayyan,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Didie berkata, permintaan suaminya supaya Dayyan diberikan susu badan tanpa dicampur dengan susu formula sekurang-kurangnya untuk enam bulan turut menjadi faktor dia membawa anaknya ke tempat kerja.
Katanya, dengan cara itu lebih mudah dia menyusukan anaknya itu dan bersyukur kerana Dayyan tidak banyak meragam seolah-olah memahami situasinya yang perlu bekerja.
“Dia seorang anak yang baik dan jarang sekali menangis apabila berada di mana-mana acara yang melibatkan saya sebagai pengacara atau pun dilokasi penggambaran.
“Sebelum memasuki set atau naik pentas saya akan menyusukan dia terlebih dahulu dan selalunya selepas itu dia akan tidur sehingga saya selesai bekerja,” jelasnya.
Tambah Didie, biarpun pada awalnya dia berasa penat dengan rutin tersebut namun kini dia sudah terbiasa dengan situasi itu selain enggan berenggang dengan anaknya.
“Pada usia sekarang memang ada terasa penatnya namun saya lebih puas dapat melihat dia depan mata saya membesar dan suami juga banyak membantu ketika saya sibuk bekerja.
“Dialah orang yang paling sibuk sekali apabila berkaitan dengan anak kami dan sentiasa memanjakannya,” ujarnya.
Sementara itu, Didie juga memberitahu, anak-anaknya yang lain juga turut ringan tulang dalam menjaga adik mereka sehingga dia tidak berpeluang memegang anaknya itu.
“Mereka bergilir-gilir menjaga Dayyan sehingga kadang-kadang berebut nak jaga adik. Alhamdulillah anak-anak memahami keadaan saya yang kadang-kadang sibuk dan sentiasa membantu,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Didie berkata, kerjaya seninya kembali rancak dengan pelbagai aktiviti selepas dia selesai berpantang selama 100 hari dan sudah bersedia untuk kembali aktif.
Bagaimanapun kata Didie, buat sementara waktu, dia hanya akan menerima tawaran yang tidak memerlukan dia bekerja dalam jangka masa panjang kerana perlu mengutamakan anaknya yang masih kecil.
“Alhamdulillah rezeki semakin bertambah sejak melahirkan anak namun saya terpaksa memilih terutamanya lakonan kerana keadaan anak yang masih kecil.
“Bagaimanapun sepanjang November hingga Disember depan, saya banyak menerima undangan sebagai pengacara dan akan aktif berlakon pada Januari depan,” katanya. - mStar Online
TOP
Video: Pekerja Zoo Digantung kerja Kerana tampar Panda
CHINA: Baru-baru ini telah menimbulkan kemarahan rakyat negara China apabila tersebar video seekor anak panda yang bernama Hu Ni telah ditampar oleh pekerja zoo di Pusat penyelidikan Panda,Sichuan telah dimuat naik di internet dan menjadi viral di sana.
Di dalam video itu menunjukkan panda tersebut cuba untuk mendekati beliau tetapi beliau cuba menghalau panda tersebut dari mendekatinya dengan menampar Ni Hua. Tindakan itu terus mendapat kecaman orang ramai kerana Panda yang melambangkan negara China itu sepatutnya dilayan dengan baik kerana panda itu tidak melakukan sesuatu yang kasar kepada penjaga zoo tersebut.
Pihak zoo yang menyedari tentang video tersebut telah mengeluarkan kenyataan mempertahankan tidakan penjaga zoo itu kerana mendakwa gigi dan kuku panda boleh menyebabkan kecederaan kepada penjaga zoo tersebut kalau tidak dihalau. “Penjaga zoo di sini selalu cedera disebabkan oleh panda meskipun ia tidak bermaksud untuk mencederakan mereka,’’ kata pihak zoo. Bagaimanapun pihak zoo mengakui tindakan yang dilakukan oeh penjaga zoo yang menampar anak panda tersebut adalah bukan cara yang terbaik untuk menghalau anak panda tersebut kerana ada cara lain yang boleh dilakukan untuk menghalaunya. Pihak zoo telah pun mengambil tindakan terhadap penjaga zoo tersebut dengan menggantung kerjanya sehingga kes ini selesai disiasat.- Siakapkeli.com.my

Orang Bukan Islam Bebas Ambil Alkohol, Termasuk Di Kelantan
PETALING JAYA – Orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengambil alkohol dan mereka dibenarkan untuk berbuat demikian walaupun PAS memerintah Kelantan, kata Naib Presiden parti, Datuk Husam Musa dalam satu forum, malam Isnin.
“Alkohol adalah hak dan aset orang bukan Islam. Kita tidak boleh mengambil aset orang bukan Islam secara paksaan tanpa persetujuan mereka,” katanya.
Husam menjelaskan bahawa di Kelantan, lesen diberikan oleh kerajaan negeri kepada bukan Islam untuk menjual alkohol tetapi hasil daripadanya disalurkan secara berasingan daripada cukai lain supaya umat Islam tidak mendapat keuntungan daripada penjualan arak.
Beliau bercakap mengenai isu memorandum yang dihantar kepada syarikat penerbangan nasional MAS oleh kumpulan tertentu dalam parti Islam itu, termasuk Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, yang berusaha untuk mengharamkan hidangan arak dalam penerbangan.
“Adakah penumpang bukan Islam tidak diberi hak yang sama dengan rakyat Kelantan?” tanya Husam, yang menegaskan adalah lebih mudah menguruskan agar pramugari Muslim tidak menghidangkan alkohol.
Ahli panel lain di forum ini adalah Sasterawan Negara A. Samad Said, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dan pakar undang-undang Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari. - mStar Online
TOP
Ketua Peperiksaan Letak Jawatan Di Korea Selatan
Seoul – Menteri Pelajaran Korea Selatan semalam memohon maaf sementara Ketua Lembaga Peperiksaan negara itu meletak jawatan semalam selepas mengaku berlaku kesilapan pada dua soalan dalam ujian saringan memasuki kolej.
Pengakuan kesilapan itu dibuat ekoran beberapa aduan diterima daripada pelajar dan ibu bapa yang tidak berpuas hati.
Peperiksaan itu kemuncak kepada persekolahan selama 10 tahun bagi pelajar Korea Selatan dan selepas mengharungi proses pembelajaran dan perbelanjaan yang besar.
“Saya kecewa dan mengaku langkah segera diperlukan untuk meningkatkan kawalan proses penyediaan soalan.
“Kami akan menyiasat punca kesilapan,” kata Menteri Pelajaran Hwang Woo-Yea dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen.
Hampir 650,000 pelajar dari seluruh negara itu menduduki peperiksaan berkenaan yang diadakan pada 16 November lalu.
Kejayaan dalam peperiksaan itu akan membolehkan mereka memasuki universiti elit, peluang memperoleh kerjaya yang baik dan juga berumahtangga.
Dengan bilangan besar pelajar yang menduduki peperiksaan itu dan ramai mendapat keputusan cemerlang, satu kesalahan kecil boleh menjejaskan peluang melanjutkan pelajaran ke universiti terbaik.
Kesilapan itu berlaku pada dua soalan objektif, setiap satu dalam kertas biologi dan bahasa Inggeris.
Pengarah Insitut Kurikulum dan Penilaian yang bertanggungjawab menguruskan peperiksaan berkata, dia memutuskan untuk meletak jawatan.
“Kami melakukan yang terbaik tahun ini untuk mengelak kesilapan. Tetapi, masih tidak berjaya hingga menimbulkan kekecohan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan guru,” kata Kim. – AFP
TOP
Neelofa Dilamar Mr. 'Love Of My Life'?
Neelofa baru-baru ini telah berkongsi gambar di dalam laman sosialnya sebentuk cincin bertatahkan berlian yang telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan andaian daripada peminatnya di laman sosial.
Dalam status itu Neelofa menulis LOML singkatan dari perkataan 'Love Of My Life' dan apa lagi pelbagai andaian dan pertanyaan la ayng keluar. Ada yang mengatakan itu diberi dari insan tersayang, ada yang mangatakan cincin itu cincin tunang dan ada yang mengatakan cincin itu cincin kahwin.
Neelofa yang sebelum ini telah putus cinta dengan pelakon kacak Hans Isaac beberapa bulan lalu kelihatan hanya menyepi tanpa menjawab apa. Mungkin kerana tidak mahu kecoh atau pun tunggu sehingga masa yang sesuaikan. Sebelum ini Neelofa telah digosipkan dengan seorang kerabat di raja dan Neeofa berjanji akan menjawab hal itu tetapi masih menyepi sehingga sekarang. Apapun admin doakan yang terbaik tuk Lofa semoga cepat kahwin dan bahagia dunia dan akhirat.- Siakapkeli.com.my

Penduduk Isi Beg Pasir Untuk Hadapi Banjir Di New York
BUFFALO, New York – Pekerja kecemasan di sini, dalam negeri New York mengisi beribu-ribu beg pasir sejak kelmarin sebagai persediaan menghadapi banjir besar yang diramal berlaku apabila salji setebal dua meter mula cair berikutan suhu yang meningkat.
Beberapa pegawai daerah memberitahu, air di sejumlah anak sungai bagaimanapun dilaporkan mengalir lancar dan tiada kejadian banjir berlaku menjelang senja kelmarin.
Lebih 775 anggota Pengawal Kebangsaan New York yang berada di daerah Erie dan bandar ini bertungkus lumus membantu dalam persiapan menghadapi banjir selepas mereka mengambil masa beberapa hari membersihkan salji yang menimbus jalan raya serta kediaman.
Fenomena salji tebal yang melanda New York telah menyebabkan seramai 13 orang terkorban.
Selain kematian, banyak bumbung kediaman turut runtuh dan sejumlah penduduk terperangkap dalam kenderaan mereka selama lebih 24 jam.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menyatakan, semua jalan berisiko dilanda banjir kilat akibat salji mula cair.
“Kami berharap keadaan kembali normal pada Isnin ini (semalam) dengan pejabat dan sekolah dibuka semula,” kata Gabenor New York, Andrew Cuomo pada satu sidang akhbar.
Amaran banjir di New York dikeluarkan berikutan suhu meningkat mencecah 10 darjah Celsius sejak kelmarin. – Reuters
TOP
Lelaki Bogel Jatuh Dari Siling Tandas Wanita
BOSTON – Seorang lelaki bogel yang terjatuh dari siling sebuah bilik air wanita di Lapangan Terbang Logan menyerang seorang warga emas berusia 84 tahun sebelum dia berjaya ditahan polis.
Kejadian disedari ketika seorang wanita mahu menggunakan tandas yang terletak berdekatan pusat pemeriksaan keselamatan di Terminal C, Lapangan Terbang Logan di sini, kata seorang jurucakap polis Boston, David Procopio.
Kata Procopio, lelaki itu dipercayai menyelinap masuk ke dalam tandas berkenaan tanpa memakai pakaian lalu memanjat dan cuba merangkak di atas tandas tersebut sebelum dia tiba-tiba terjatuh.
Lelaki yang dikenali sebagai Shenk itu kemudian cuba melarikan diri sebelum bertembung dengan seorang lelaki berusia 84 tahun dan menyerang lelaki berkenaan.
“Dia menggigit telinga dan mencekik leher warga emas itu dengan menggunakan tongkat mangsa,’’ katanya.
Shenk kemudian menyerang seorang anggota polis yang cuba menahannya menyebabkan anggota polis itu mengalami kecederaan ringan di tangan.
Shenk dibawa ke Hospital Besar Massachusetts untuk mendapatkan rawatan akibat cedera terjatuh dari siling.
Polis berkata, Shenk akan didakwa kerana cubaan membunuh, melakukan keganasan dan serangan terhadap warga emas dan anggota polis selain berkelakuan lucah serta merosakkan harta awam. – AP
TOP
Ancaman Keganasan di Malaysia Telah Mencapai Tahap Baharu - Ahmad Zahid
EKSKLUSIF KUALA LUMPUR: Ancaman keganasan di Malaysia telah mencapai tahap baharu di mana terdapat hubungan di antara pejuang asing dan tempatan melalui media sosial yang telah membawa kepada pembiayaan dan dana untuk aktiviti keganasan yang lebih besar .
Kini, militan asing cuba untuk mempengaruhi parti-parti politik tempatan melalui ahli-ahli mereka.
Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membentangkan Kertas Putih di Dewan Rakyat, yang akan memperincikan 'ancaman sebenar' wujudnya kumpulan militan Negara Islam (IS) dan lain-lain rantau ini ke Malaysia.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kertas Putih itu akan menyentuh mengenai langkah-langkah yang dicadangkan untuk memerangi dan menghalang keganasan.
"Ancaman itu adalah benar dan kami berharap ia (Kertas Putih) akan mewujudkan lebih kesedaran di antara kedua-dua belah parti yang mempunyai jurang politik dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. ─ mStar online
TOP
Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel letak jawatan
PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama (kiri) berjabat tangan dengan Setiausaha Pertahanan, Chuck Hagel (kanak) selepas mengumumkan peletakan jawatan Hagel dalam satu upacara di Rumah Putih, Washington, hari ini. Hagel berundur selepas menerima tekanan hebat daripada Kabinet Obama, demikian menurut pegawai kanan pentadbiran hari ini. - Foto AP
WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel mengumumkan peletakan jawatannya hari ini selepas menerima tekanan hebat daripada anggota Kabinet Presiden Barack Obama.
Obama selepas itu mengumumkan menerima peletakan jawatan Hagel dan menyatakan Hagel akan meneruskan tugasnya di Pentagon sehingga penggantinya dilantik. - AP
TOP
Taklimat Presiden Buka Tirai PAU 2014
Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2014 menjadi pembuka sebelum Perhimpunan Agung Umno 2014 berlangsung Selasa ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 November, 2014. Foto The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR – Seramai 5,739 perwakilan UMNO dari 191 bahagian di seluruh negara akan mula berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini menandakan bermulanya Perhimpunan Agung UMNO 2014. Tirai bermulanya perhimpunan parti terbesar Melayu itu akan dimulakan dengan taklimat tertutup oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Merdeka, PWTC pada kira-kira jam 3.15 petang. Perdana Menteri dijangka menyampaikan amanat penting yang antara lain berkisar memperkukuhkan saf kepemimpinan bagi memastikan kerangka disusun untuk perjuangan Melayu dapat diteruskan. Empat tiang seri UMNO yang menjadi teras perjuangan parti yang ditubuhkan pada tanggal 11 Mei 1946 itu iaitu institusi Raja, Islam, Melayu dan Bahasa Melayu dijangka menjadi sebahagian intipati yang akan disampaikan Presiden. Tamat sesi itu, perasmian tiga sayap oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyusul malam ini. Seramai 993 anggota perwakilan kali ini mewakili Pemuda, Wanita (992 anggota) serta 991 anggota lagi, Puteri. Sementara itu, tinjauan BH Online hari ini mendapati persiapan menjelang perhimpunan itu sudah hampir selesai dengan pelbagai persediaan dilakukan petugas dan urusetia perhimpunan serta kakitangan PWTC. Tidak ketinggalan, peniaga juga turut mengambil peluang membuka perniagaan dengan membawa masuk pelbagai barangan untuk dijual kepada pengunjung. Kira-kira 200 gerai jualan termasuk tapak pameran oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta turut dibuka sekali gus memenuhi pekarangan PWTC. Seramai 1,452 petugas media dari 106 akhbar dan agensi berita dalam dan luar negara juga tidak terlepas peluang membuat liputan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Perhimpunan Agung UMNO kali ini, seramai 95 wakil asing yang mewakili 27 parti dari 19 negara juga sudah mengesahkan kehadiran ke persidangan parti itu kali ini serta 84 anggota perwakilan dari 77 Kelab UMNO Luar Negara. – BH Online

Datuk Bandar London Naik ERL, LRT Dalam Lawatan Ke Malaysia
KUALA LUMPUR – Datuk Bandar London Boris Johnson akan menggunakan Perkhidmatan rel Express Rail Link (ERL) dan transit aliran ringan (LRT) untuk mendapat pengalaman secara langsung dalam sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur.
Dalam satu kenyataan di sini, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Victoria Treadell berkata sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Ahad, Johnson akan menaiki ERL untuk pergi ke bandar.
Beliau akan mengadakan lawatan tiga hari ke Kuala Lumpur.
Semasa lawatannya, Johnson akan bertemu rakan sejawatannya dari Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan melakukan tinjauan mesra dengan beliau di sekitar bandar sebelum menaiki LRT.
Datuk Bandar juga dijangka akan membuat lawatan ke institusi pendidikan British dan mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat terkemuka Malaysia.
Johnson juga akan menyampaikan ucaptama pada ‘Khazanah Global Lecture’.
“Kami melihat belum pernah berlaku pelaburan Malaysia di UK sebelum ini, selain projek Stesen Janakuasa Battersea,” kata Treadell.
“Ini adalah satu contoh yang sangat baik dari hubungan ekonomi yang menarik.
“Lawatan Datuk Bandar akan mempamerkan Kuala Lumpur dan Malaysia sebagai lokasi pelaburan yang menarik bagi syarikat-syarikat London secara lebih meluas,” tambah beliau.
Johnson akan diiringi oleh wakil delegasi dari perniagaan-perniagaan London.
Lawatan itu adalah sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara, termasuk Jakarta dan Singapura. – mStar Online
TOP
Legenda Bola Sepak Masuk Hospital, Jangkitan Pundi Kencing
SAO PAULO – Lagenda bola sepak dunia dan Brazil, Pele kembali dirawat di hospital hari ini selepas beberapa hari menjalani pembedahan mengeluarkan batu karang.
“Pesakit Edson Arantes do Nascimento (Pele) dimasukkan ke wad untuk rawatan semula dan keadaan masih stabil,” kata Albert Einstein Hospital dalam satu kenyataan.
Media tempatan melaporkan, Pele kini menerima rawatan kerana terdapat infeksi pada pundi kencingnya.
Pele, 74, menjalani pembedahan buah pinggang pada 13 November lalu bagi mengeluarkan batu karang.
Rakan rapat dan ahli keluarganya, Jose Fornos Rodrigues memberitahu Pele mungkin akan berada semalaman di Einstein Hospital, namun tidak memberikan komen lanjut mengenai rawatan yang diterimanya.
Pele, dilahirkan di sebuah penempatan sederhana di Tres Coracoes, menjadi seorang pemain terhebat dalam sejarah bola sepak. – AFP
TOP
Diana Amir Dedahkan Anak Yang Dikandungnya Perempuan
Diana Amir yagn diketahui telah mengandung sebelum ini kali ini telah mendedahkan kepada media yang beliau kini sedang mengandungkan anak perempuan yang dijangka lahir pada Januari 2015 hasil perkongsian hidupnya Mohd Habib yang berkahwin pada Oktober 2013 lalu.
Beliau yang ditemuaramah wartawan Harian Merto memberitahu dia tidak boeh duduk diam dan aktif walaupun kandungannya sudah menjangkau enam bulan. “Saya kena selalu bergerak. Kalau berehat dan tidak buat sebarang kerja, kepala boleh pening dan nak muntah dibuatnya. Pernah sekali, saya bercuti dan ketika itu hanya mahu berehat saja di rumah. Sayangnya, kepala jadi pening dan tekak pula mual macam hendak muntah. “Sudahnya, saya sibukkan diri dengan kerja dan Alhamdulilah tak ada pula nak pening atau mual pun. Mungkin, bayi saya ini sukakan ibunya aktif,” katanya.
Dia jugak memberitahu dia sebenarnya tidak kisah samaada anak itu lelaki atau anak perempuan kerana menerima anugerah Tuhan yang amat berharga ini dengan hati yang terbuka. "Pada kami, apa yang penting Tuhan sudah memakbulkan doa untuk menganugerahkan zuriat pengikat kasih dibina” Tahniah buat Diana Amir dan suami sekeluarga. Pasti tidak sabar menantikan kelahiran orang baru dalam kehidupan anda berdua. Semoga lahirnya bayi comel itu nanti menjadi anak yang baik dan solehah. Jaga kandungan baik baik ye Diana.- Siakapkeli.com.my

Pelajar Perempuan Dirogol Rakan Sekelas Sebaik Sahaja Tamat Pendidikan Seks
Sebaik sahaja tamat pendidikan seks di sekolah, seorang pelajar lelaki yang gagal menahan nafsunya telah bertindak merogol rakan sekelasnya seorang pelajar perempuan yang berusia 13 tahun.
Menurut laporan polis, dia telah diajak oleh pelajar lelaki tersebut ke tempat yang sunyi dalam kawasan sekolah mereka di North Wales sebelum bertindak menyerang dan merogolnya.
Sebelum itu, selesai pendidikan seks dalam kelas, dia ditanya oleh pelajar lelaki tersebut sama ada dia ingin melakukan hubungan seks. Menolak pemintaan lelaki tersebut lantas dia diserang dan dirogol.
Bagaimanapun perkara ini baru sahaja dilaporkan kepada polis setelah setahun kejadian itu berlalu dan kini lelaki tersebut telah ditahan untuk siasatan berhubung kes itu. ─ Siakapkeli.com.my
TOP
Seorang Lagi Mangsa Virus Ebola Di Mali
Pekerja kesihatan yang memakai pakaian perlindungan mengangkat pesakit yang disyaki dijangkiti Ebola ke Pusat Rawatan Ebola di Patrice, Afrika Barat baru-baru ini. - Foto AFP
BAMAKO – Mangsa Ebola di Mali meningkat kepada lapan selepas seorang lagi mangsa disahkan dijangkiti virus itu setakat ini. Mali adalah negara Afrika Barat keenam yang menghadapi penularan wabak berkenaan yang mana setakat ini sudah mengorbankan 5,459 mangsa sejak kes pertama direkodkan awal tahun ini di Guinea. Kerajaan Mali tidak memberi maklumat mengenai kes terbaru itu atau bagaimana jangkitan berlaku, tetapi kes itu adalah susulan satu kes lain yang disahkan Sabtu lalu. Katanya, kedua-dua mangsa kini ditempatkan di pusat rawatan Ebola. Dalam laporannya, kerajaan Mali menyatakan status kesihatan 271 orang yang pernah menyentuh pesakit Ebola, kini sedang dipantau. Jumaat lalu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata semua enam mangsa Ebola di Mali sudah meninggal dunia. – Reuters

8 Batang Jalan Utama Di Kuala Lumpur Ditukar Nama Bermula Esok
Jalan Duta ditukar Jalan Tunku Abdul Halim
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini telah mengumumkan bahawa lapan batang jalan utama di Bandaraya Kuala Lumpur akan ditukar kepada nama lapan nama Yang Dipertuan Agong bermula esok.
Antara jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Khidmat Usaha ditukar kepada Jalan Sultan Haji Ahmad Shah. Jalan Ipoh yang bermula dari persimpangan Jalan Segambut hingga persimpangan Jalan Pahang akan menggunakan nama baharu Jalan Sultan Azlan Shah. Jalan duta berhampiran Istana negara yang menjadi laluan pintu masuk dari negeri-negeri utara ke Kuala Lumpur pula akan dikenali sebagai Jalan Tunku Abdul Halim manakalah Persiaran Duta digantikan menjadi Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin. Sementara itu Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin manakala Lebuhraya Mahameru diberi nama Lebuhraya Sultan Iskandar, Persiaran Mahameru dinamakan semula sebagai Persiaran Tuanku Jaafar dan akhir sekali Jalan Semarak ditukar namanya menjadi Jalan Sultan Yahya Petra.
"Kerja-kerja pemasangan papan tanda nama jalan baru ini akan dilaksanakan pada 26 November (esok)," kata Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr Ismail Stapa di sini.- Siakapkeli.com.my

Pengasuh Kejam Pijak & Belasah Budak, Akhirnya Ke Lokap
Uganda: Satu rakaman menerusi kamera CCTV telah mengbongkarkan perbuatan seorang pengasuh yang bertindak kejam mendera budak jagaannya.
Kekejaman yang dilakukan oleh pengasuh itu, Jolly Tumuhiirwe, 22 adalah dia menendang budak itu, Aneela Kamanzi yang berusia dua tahun, selain itu dia juga turut mengheret budak itu ke lantai.
Lebih dasyat lagi pengasuh itu sanggup memijak serta menendang bahagian tulang rusuk budak itu.
Menurut laporan, pengasuh itu berbuat demikian hanya kerana budak itu sakit ketika makan malam.
Bapanya, Erick Kamanzi yang terkejut selepas melihat pita rakaman berkenaan telah hilang sabar dan terus membelasah Tumuhiirwe.
Si bapa Erick Kamanzi yang terkejut dan hilang sabar selepas melihat video rakaman itu lalu bertindak membelasah pengasuh itu.
Erick Kamanzi kemudiannya ditangkap polis selepas menerima laporan dari Tumuhiirwe yang mengatakan dia dibelasah.
Namun setelah pihak polis melihat kekejaman Tumuhiirwe dalam rakaman tersebut, Erick dibebaskan dan sebaliknya Tumuhiirwe pula yang ditahan.
Tumuhiirwe kini dilaporkan terpaksa menggunakan kerusi roda dan hanya mampu makan dengan menggunakan tiub. Namun, pihak polis masih mempertimbangkan untuk menambah dakwaan cubaan membunuh terhadap Tumuhiirwe. ─ Siakapkeli.com.my
TOP
Video: Letupan Tanpa Bunyi yang Misteri di Rusia
Menerusi sebuah kamera dashboard, satu kejadian aneh telah berjaya dirakam di sebuah pekan di Rusia pada minggu yang lalu.
Satu letupan besar telah berlaku yang mana telah menghasilkan cahaya yang sangat terang sehingga suasana langit malam yang gelap itu menjadi terang kekuningan.
Selain itu, menurut laporan tiada sebarang bunyi kedengaran ketika letupan tersebut berlaku dan hanya cahaya yang terang sahaja dapat dilihat.
Beberapa teori yang keluar letupan itu adalah kemungkinan hasil daripada ujian ketenteraan yang mana menguji pelancaran rocket dan mungkin adalah sebuah meteor yang terhempas ke permukaan bumi. ─ Siakapkeli.com.my

25 Penyakit Yang Membawa Maut Kerana Merokok
Rokok sebenarnya membawa impak yang sangt buruk kerana rokok yang dihisap akan merosakkan hampir seluruh organ tubuh manusia. Ini kerana merokok akan menimbulkan pelbagai dan dari semua penyakit ini ada 25 daripadanya adalah yang boleh membawa maut seperti penyakit yang paling utama adalah penyakit kanser dan sakit jantung.
Kesan dari merokok ini biasanya akan terjadi dalam jangkamasa panjang iaitu lebih dari 5 tahun bagi perokok tegar. Produk berasaskan tembakau semuanya sama bahaya sepertil rokok kretek, Sigaret, curut, rokok daun, rokok berasaskan paip dan shisya.
Di dalam senarai di bawah dihuraikan pelbagai jenis penyakit yang dapat mempengaruhi dan memberi kesan buruk apabila merokok.
Bagi wanita pula anda tetap akan menghadapi risiko buruk yang sama iaitu kematian selain risiko untuk mengalami kemandulan kerana tubuh wanita lebih kompleks berbanding lelaki.
Sehingga sekarang belum dijumpai apa-apapun kebaikan dari menghisap rokok (kalau ada kebaikan merokok sila nyatakan di ruangan komen dibawah) kerana kesannya yang sangat buruk dan Majlis Fatwa Kebangsaan pun menyatakan rokok itu adalah haram kerana memudaratkan kesihatan.
Berikut adalah penyakit-penyakit dan gangguan kepada kesihatan perokok dan kesan terhadap organ dalaman tubuh badan yang disebabkan oleh kebiasaan merokok. ─ Siakapkeli.com.my
KANSER
Rongga mulut
Peti suara
Oesophagus (squamous cell carcinoma)
Oesophagus (Kanser paru-paru)
Pankreas
Pundi kencing
Pelvis pinggang
Buah Pinggang (renal cell carcinoma)
Perut
Rahim serviks
Granuloc
Tekak
Granulocytic sel sumsum tulang (leukemia)
Rongga hidung
Sinus hidung
Hati
SISTEM PERNAFSAN
17. Penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD)
18. Penyakit pernafasan akut termasuk radang paru-paru
19. Penurunan fungsi paru-paru
20. Semua gejala pernafasan utama di kalangan orang dewasa, termasuk batuk, kahak, bersin dan nafas yang teruk
21. Kawalan asma yang teruk
SISTEM KARDIOVASKULAR
22. Penyakit jantung koronari (CHD)
23. Penyakit Cerebrovascular
24. Aortic aneurysm
25. Peripheral arterial
PENYAKIT LAIN
Ulser Perut
katarak
Periodontitis (gigi)
Duodenal ulcer
Hasil pembedahan buruk yang berkaitan dengan penyembuhan luka dan komplikasi pernafasan
Keretakan pinggul
Kurang subur bagi wanita
Penyakit Usus
Cepat Nampak Tua
Tobacco amblyopia
Osteoporosis
GANGGUAN SISTEM PERNAFASAN YANG TERUK KEPADA KANDUNGAN BAGI IBU YANG MEROKOK
Pertumbuhan paru-paru terjejas
Penurunan fungsi paru-paru
Simptom pernafasan termasuk batuk, kahak dan semput
Gejala asma berkaitan (wheezing)
SISTEM PERANAKAN WANITA
komplikasi semasa hamil
Kelahiran pramatang
Anak tidak cukup berat atau terbantut
Sindrom kematian bayi secara mengejut (SIDS)
- Siakapkeli.com.my

Jangan Hanya Dengar Cakap 'Orang Sekeliling' - Pesanan Tun M Kepada Kepimpinan Umno
KUALA LUMPUR: Kepimpinan Umno diingatkan supaya tidak hanya mendengar pandangan 'orang sekeliling' kerana ia akan merugikan parti, sebaliknya memberi perhatian kepada suara akar umbi untuk memastikan parti kekal relevan.
Teguran itu disampaikan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berharap suara ahli di peringkat akar umbi akan didengar dan diberi perhatian.
"Harapan orang Melayu ialah wakil-wakil ke perhimpunan Umno akan buat teguran terhadap beberapa perkara yang hangat dibincang ramai sekarang.
"Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Janganlah selalu dengar orang tertentu yang di sekeliling kita sahaja. Yang mengelilingi orang yang berkuasa tidak baik bagi mereka," katanya menerusi blog chedet.cc pada Selasa.
Menurut bekas perdana menteri itu lagi, budaya berani menegur dan menerima teguran perlu dihidupkan semula dalam Umno.
"Ingin saya tekan akan pentingnya menegur pemimpin. Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn bukan sahaja ditegur bahkan dicabar. Saya diserang dan hampir kalah dalam pertandingan.
"Tanpa teguran, pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan itu salah dan tidak baik," katanya.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, ahli dan pemimpin Umno perlu dipersalahkan sekiranya gagal mempertahankan parti itu.
"Semua tahu Umno sekarang tidak popular seperti Umno dahulu. Ada yang berkata Umno tidak lagi relevan.
"Sedikit sebanyak pandangan ini berasas. Jika Umno dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli Umno tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan Malaysia," katanya. ─ mStar online
TOP
Janin Ditemui Dalam Tandas Sekolah Menengah di Machang Bubok
Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Satu janin manusia dipercayai berusia tiga bulan ditemui dalam tandas perempuan sebuah sekolah menengah di Machang Bubok, di sini, Isnin. Jurucakap polis berkata dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, seorang guru di sekolah berkenaan menemui janin tersebut sebelum memaklumkan kepada polis. "Sepasukan polis dihantar ke lokasi berkenaan dan menjalankan pemeriksaan, janin itu ditemui di atas lantai dalam tandas tersebut. "Siasatan oleh Unit Forensik mendapati kematian janin tersebut kerana keguguran dan polis menghantar janin tersebut ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat," katanya di sini Isnin. Beliau berkata polis turut merekodkan keterangan beberapa individu termasuk guru di sekolah berkenaan bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan. ─ mStar online

Intan Ladyana Nafi Sudah Ada Kekasih Baru
Intan Ladyana selesa solo buat sementara waktu ini.
PETALING JAYA: Pelakon Intan Ladyana menegaskan lelaki di sampingnya dalam beberapa foto yang disebarkan di dalam blog bukan kekasihnya seperti yang didakwa beberapa pihak. Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 32, berasa terkejut apabila dia diandaikan sudah mempunyai kekasih baharu hanya berdasarkan foto yang diambil bersama rakan-rakannya itu. "Hahaha.. Mana adalah. Suka hati saja cakap macam itu. Lelaki itu kawan biasa saya, bukan kekasih. "Saya belum ada teman istimewa lagi. Pelik, lagipun gambar itu biasa sahaja dimana saya bersama rakan-rakan. Bukannya berdua dengan dia," katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi Whatsapp pada Isnin. Intan kini sedang menjalani penggambaran Gugurl Propa di Switzerland. Ia akan disiarkan menerusi siaran Hypptv pada 1 Disember ini.
Lelaki (berbaju kotak) di sebelah Intan dikatakan kekasih baru aktres itu.
Pada Ahad lalu, foto Intan bersama rakan-rakannya yang dimuat naik di Instagram milik pelakon itu telah disebarkan di beberapa blog. Foto tersebut menjadi tanda tanya beberapa pihak apabila Intan dilihat sering bergambar bersebelahan dengan seorang lelaki yang dikatakan kekasihnya itu. Penyanyi Yuna turut berada dalam foto berkenaan. Sementara itu, Intan berharap foto-foto yang disebarkan itu tidak perlu diperbesar-besarkan memandangkan ia hanyalah foto biasa. Ditanya adakah Intan masih belum terbuka hati untuk menjalinkan hubungan cinta, katanya, dia lebih selesa menikmati kehidupan solo buat sementara waktu ini. "Belum lagi buat masa ini, tunggu dululah," ujarnya yang baru saja selesai penggambran filem Adik Abang bersama pelakon Farid Kamil, Adiba Yunus dan Fadlan Hazim. Terdahulu, Intan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Kamal Adli selama enam tahun. Namun aktres itu mendedahkan mereka telah pun putus pada pada akhir Ramadan lalu.- mstar online

Jin (Lovelyz) Dikejarkan Ke Hospital
Jin dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit perut.
SALAH seorang anggota kumpulan Lovelyz iaitu Jin terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital selepas mengadu sakit pada bahagian perutnya ketika menghadiri sebuah acara Jumaat lalu untuk mengadakan persembahan. Soompi melaporkan Jin dan anggota lain kumpulan itu baharu sahaja tiba di KBS Music Bank sebelum dia tiba-tiba mengadu sakit perut namun wanita itu tetap berkeras untuk meneruskan persembahan pada malam itu. "Sebelum naik ke pentas Jin sudah mengalami sakit pada bahagian perut namun dia tetap berkeras untuk meneruskan persembahan biarpun terpaksa menahan sakit," menurut kenyataan daripada agensinya. Bagaimanapun selepas selesai mengadakan persembahan Jin mengadu kesakitannya bertambah parah sehingga memaksa pihak pengurusannya membawanya ke hospital. Peminat yang berada ditempat kejadian juga mengesahkan Jin kelihatan pucat dan tidak bermaya seolah-olah sedang menahan kesakitan dan bimbang sekiranya penyanyi itu rebah di atas pentas. Hingga saat ini, pihak pengurusannya masih belum memberikan sebarang perkembangan terbaharu mengenai Jin.- mstar online

Kerajaan Negeri Kedah Terima Laporan Dakwaan Kes Bakar Al-Quran
Mukhriz Tun Dr Mahathir
ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah telah menerimalaporan lengkap berhubung kejadian cebisan Al-Quran yang didakwa dibakar di dalam tong di sebuah medan selera berhampiran sebuah pasar di sini, Khamis lepas. Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata siasatan polis mendapati cebisan Al-Quran itu tidak dibakar, sebaliknya dikoyak oleh seorang lelaki tidak siuman dan dia kini ditahan di Wad Psikiatrik, Hospital Sultanah Bahiyah. Selain itu, beliau berkata pihaknya juga telah menerima laporan berhubung tindakan beberapa individu mencederakan seorang lelaki yang dipercayai membakar gerai-gerai medan selera di lokasi sama (pasar besar) Sabtu lepas. "Saya kesal dengan tindakan liar tiga individu yang tanpa usul periksa telah mencederakan seorang lelaki lain dan saya telah mengarahkan Majlis Bandaraya Alor Setar supaya memperbaiki segera gerai-gerai yang rosak akibat perbuatan liar individu-individu berkenaan," katanya dalam kenyataan media pada Isnin. Beliau berkata pihak pejabat Penasihat Undang-undang negeri juga telah menyediakan dua kertas siasatan berhubung dengan dakwaan kejadian koyak Al-Quran dan kes memukul orang awam untuk diserahkan kepada Peguam Negara. "Saya berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan khabar angin mengenai kejadian tersebut sehingga bertindak di luar batasan undang-undang," katanya. Khamis lepas, polis menahan seorang lelaki di sebuah pasar raya di Mergong di sini berhubung penemuan beberapa cebisan helaian Al-Quran dipercayai dibakar di sebuah pasar besar, manakala pada Sabtu enam buah gerai makan di lokasi sama terbakar.- mstar online

PAU 2014: Wanita Umno Anggap Parti Lain Lebih Iktiraf Kaum Hawa
PETALING JAYA: Pergerakan Wanita Umno berpandangan parti lain termasuk pembangkang lebih mengiktiraf pembabitan kaum hawa dalam bidang politik berdasarkan barisan kepimpinan tertingginya.
Ketika ini, dua parti yang masing-masing memberi mandat serta kepercayaan kepada wanita untuk jawatan Naib Presiden adalah parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA yang melantik Datin Paduka Chew Mei Fun, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula diwakili Nurul Izzah Anwar.
Sambil menamakan kedua-dua parti berkenaan, Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Rosni Zahari berkata, seharusnya Umno mengikut langkah positif parti berkenaan bagi menjamin kelangsungan parti agar terus relevan dan tidak ketinggalan.
Beliau turut menegaskan, gesaan pergerakan itu supaya diwujudkan jawatan Naib Presiden keempat parti khusus untuk ahlinya bukan berniat merampas kerusi sedia ada, tetapi menambah satu lagi kerusi untuk jawatan itu.
"Kita bukan mahu menggugat kerusi sedia ada, tapi kita minta pertimbangkan untuk wujudkan kerusi tambahan bagi jawatan Naib Presiden yang akan ditandingi dalam kalangan Wanita Umno.
"Sekarang ini, jawatan Naib Presiden PKR pun turut diberikan kepada golongan wanita, MCA juga begitu. Malah jawatan Presiden PKR juga dipegang wanita. Kenapa Umno tak nak beri pengiktirafan kepada golongan wanita?," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Jelas beliau lagi, cadangan berkenaan sebelum ini mendapat sokongan sebanyak 89 peratus atau 171 daripada 192 bahagian Wanita Umno di seluruh negara.
"Sudah tiba masanya kepimpinan tertinggi mempertimbangkan cadangan untuk meletakkan wanita sebagai naib presiden atau setidak-tidaknya naib ketua bahagian. Saya yakin wanita boleh membantu kepimpinan tertinggi memacu parti ini untuk terus mara," katanya.
Rosni berkata, tidak timbul sebarang keistimewaan untuk kerusi tambahan itu kerana pemilihan penyandang untuk jawatan itu akan ditentukan menerusi suara ramai parti pelbagai peringkat.
"Calon tersebut akan dipilih oleh semua ahli pelbagai peringkat sama ada di bahagian atapun cawangan, bukannya melibatkan undian ahli Wanita Umno sahaja," katanya sambil menambah keahlian pergerakan itu adalah yang paling ramai iaitu mencecah 1.3 juta.
Menurut beliau, gesaan itu bertepatan dengan peranan Wanita sebagai tulang belakang atau ibu kepada parti seperti yang diisytiharkan Perdana Menteri yang juga presiden parti, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno ke-67 tahun lalu.
"Selepas diiktiraf sebagai tulang belakang parti, pemberian jawatan Naib Presiden akan menjadikan Wanita Umno lebih bersemangat dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Malah ia juga akan menjamin kesinambungan parti," katanya.
Rosni yang juga Ketua Wanita Umno Pahang berkata, usul itu tidak akan dibahaskan pada Perhimpunan Agung Umno pada kali ini tetapi ia telah dikemukakan kepada Majlis Tertinggi untuk dipertimbangkan.- mstar online
TOP
Madu Ghaib: Mentua Letak Dua Syarat Sebelum Restu Kahwin Lagi
PETALING JAYA: Suami penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang terpaksa bernikah di negara jiran kerana ketiadaan sijil kematian isterinya hanya berbuat demikian selepas bersetuju dengan syarat yang dikemukakan bapa mentuanya.
Dua syarat yang perlu dipenuhi lelaki berkenaan jika mahu berpoligami adalah supaya tidak mengabaikan keempat-empat anaknya dan memberikan sepenuh kasih sayang kepada mereka.
Menurut ibu lelaki tersebut, dia dan anaknya menemui keluarga isterinya, termasuk bapa mentuanya untuk memaklumkan mengenai niatnya untuk berkahwin lagi.
"Dia tidak merahsiakan pernikahannya. Saya temankan anak bertemu dengan keluarga dan bapa mentuanya. Hubungan mereka baik dan sangat akrab kerana usia perkhawinan anak dengan isterinya sudah 14 tahun.
"Keluarga besan setuju dan merestui pernikahan anak saya kerana tidak mahu empat cucu kami terabai dan sekurang-kurangnya mendapat kasih sayang seorang ibu, cuma bapa mentuanya beri dua syarat itu untuk dipenuhi," katanya kepada mStar Online.
Sebelum ini, bapa mentua lelaki itu memberitahu portal berita ini bahawa menantunya tidak memaklumkan mengenai pernikahannya kerana bimbang akan dihalang berbuat demikian.
Jelas ibu lelaki berkenaan lagi, hubungan keempat-empat cucunya dengan menantu baharunya itu pada awalnya juga agak janggal tetapi kini mereka dapat menerima kehadiran wanita tersebut.
"Mula-mula memang agak janggal tapi sekarang mereka sudah terima. Cucu-cucu sudah reda dengan ketiadaan ibu mereka. Makcik pun sentiasa bagi semangat kepada cucu-cucu," katanya.
Malah, ibu lelaki itu yakin menantu baharunya itu dapat menjaga keperluan anak dan cucu-cucunya.
"Insya-Allah, semoga hubungan mereka berkekalan ke akhir hayat. Lagipun dia (menantu) ada anak seorang, jadi saya percaya dia akan jaga cucu-cucu saya macam anaknya sendiri," katanya.
Jelas warga tua itu, anaknya mengenali isteri baharunya itu menerusi rakan-rakan walaupun ramai yang turut mencadangkan kepadanya beberapa calon sesuai untuk dijadikan menantu.
"Ramai yang cadangkan beberapa calon kepada makcik untuk dijadikan menantu tetapi semuanya terpulang kepada anak makcik. Kalau saya pilih nanti dia tak suka macam mana, biarlah dia tentukan sendiri," katanya.
Terdahulu, sumber memberitahu mStar Online, lelaki tersebut terpaksa memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah pada awal November.
Bapa kepada empat anak itu menghadapi kesukaran kerana tidak dapat mengemukakan surat kebenaran isterinya untuk membolehkan dia bernikah kali kedua kerana sijil kematian isterinya yang belum dikeluarkan pihak berkaitan kerana status penumpang pesawat MH370 yang sehingga kini belum dimuktamadkan.
Isteri lelaki itu antara 239 penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang sedang dalam perjalanan ke Beijing apabila hilang awal pagi pada 8 Mac sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Analisis satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat ialah di selatan Lautan Hindi, barat Perth, Australia.- mstar online
TOP
Polis Sifatkan Kematian Seorang Tahanan Sebagai Mati Mengejut
JOHOR BAHARU: Polis Johor menyifatkan kematian seorang tahanan selepas satu serbuan awal bulan ini di Pengerang sebagai mati mengejut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan berkata lelaki itu, yang merupakan suspek bagi satu kes rusuhan, telah ditangkap pada 3 November lepas dalam satu serbuan di Kampung Simon, Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Pengerang.
"Semasa tangkapan dijalankan, suspek telah bertindak agresif untuk melarikan diri. Ini menyebabkan berlaku pergelutan si mati dengan anggota polis. Laporan polis telah dibuat ke atas tangkapan dan kecederaan si mati dan anggota polis," kata beliau dalam kenyataan, Isnin.
Beliau berkata selepas tangkapan, suspek dibawa ke Balai Polis Sungai Rengit dan semasa pihak polis membawanya dari Balai Polis Sungai Rengit ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk siasatan lanjut, tiba-tiba suspek mengalami sesak nafas.
"Suspek seterusnya dibawa ke Klinik Bandar Penawar. Semasa di klinik, suspek disahkan meninggal dunia, dan bedah siasat dilakukan di Hospital Sultan Ismail. Kes ini disiasat di bawah Laporan Mati Mengejut," katanya.
Hasnan berkata demikian bagi mengulas dakwaan bapa suspek Syed Mohamed Nur Ali, 67, yang anaknya Syed Mohd Azlan, 25, disahkan meninggal dunia oleh Hospital Sultan Ismail disebabkan hentakan benda tumpul di dada.
Beliau menuntut anggota dan pegawai polis pegawai Balai Polis Sungai Renggit, Pengerang, Johor, dibawa kemuka pengadilan.
Hasnan berkata pihak polis sedang menyiasat laporan polis yang dibuat oleh bapa suspek dan masih menunggu laporan penuh bedah siasat dan laporan kimia untuk melengkapkan siasatan kes ini sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Suspek merupakan salah seorang dari lapan suspek terlibat dalam satu kes rusuhan yang menggunakan senjata di daerah Kota Tinggi pada 19 September tahun ini, katanya.
Menurutnya suspek juga merupakan penagih dadah dan mempunyai beberapa rekod jenayah dan pernah dikenakan perintah sekatan.
Sementara itu, Syed Mohamed Nur pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini berkata sekumpulan anggota polis telah menyerbu rumahnya kira-kira 5 pagi di Kampung Baru, Teluk Ramunia, Pengerang dan hanya menyatakan mencari senjata api.
"Mereka menyatakan anak saya telah ditahan dan ingin mencari senjata api di rumah berkenaan. Saya beritahu mereka saya hanya ada sepucuk senapang patah dan mempunyai lesen yang sah," katanya.
Beliau berkata setelah pihak polis tidak menjumpai sebarang senjata, salah seorang pegawai memintanya untuk datang ke balai untuk membantu siasatan dan mendakwa beliau dikasari oleh beberapa anggota polis semasa ke balai polis tersebut.
Syed Mohd Azlan merupakan anak bongsu daripada lima beradik, katanya.- mstar online
TOP
Lionel Messi Tak Akan Bersama Man City - Pellegini
Lionel Messi
PENGURUS Manchester City Manuel Pellegrini menolak 'khabar angin' bahawa kelab itu mungkin akan cuba mendapatkan khidmat superstar Barcelona, Lionel Messi. Masa depan Messi di Barca telah menjadi subjek spekulasi baru-baru ini di mana dia memegang status wira Argentina di Nou Camp berserta rekod jaringan gol luar biasanya. Pemain berusia 27 tahun itu menjaringkan hatrik menentang Sevilla hujung minggu lalu untuk menjadi pendahulu penjaring gol dalam sejarah La Liga. Messi telah bermain untuk Barcelona sejak berusia 13 tahun tetapi ketidakpastian daripada beberapa komen yang agak samar-samar yang dibuat dalam media Argentina dan pertikaian yang berterusan dengan pihak berkuasa Sepanyol ke atas isu-isu cukai menjadi punca spekulasi. City adalah salah sebuah daripada beberapa kelab di dunia yang mempunyai kewangan dan status untuk cuba menarik Messi. Malah, Messi yang berlatih bersama juara Liga Perdana itu dengan Argentina sebelum perlawanan persahabatan dengan Portugal di Old Trafford juga menambah minyak kepada spekulasi yang mengaitkannya dengan kelab itu. Tetapi Pellegrini berkata: "Khabar angin tetap hanya khabar angin. "Apa yang dia lakukan adalah luar biasa dan terdapat hanya beberapa pemain yang boleh mencapai tahap itu. Rekodnya telah mencerminkan bagaimana dia begitu penting untuk Barcelona." Pellegrini berkata demikian pada sidang akhbar di Stadium Etihad untuk pratonton perlawanan Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich minggu ini. Rakan pasukan antarabangsa Messi, Martin Demichelis yang merupakan pemain pertahanan City turut hadir tetapi dia terlalu memandang ringan laporan yang mengaitkan kelab itu dengan pemain Barcelona itu. Demichelis berkata: "Saya gembira untuk rekodnya. Bagi saya ia bukan satu kejutan lagi, apa yang dia lakukan. "Saya tidak fikir saya perlu memberi pendapat mengenai khabar angin sebelum apa-apa permainan yang penting."- mstar online

Keputusan Liga Perdana Inggeris
BERIKUT adalah keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris, awal pagi Selasa:
Aston Villa 1 - 1 Southampton
- mstar online
Aston Villa 1 - 1 Southampton
- mstar online
TOP
TUDM Terima Sembilan Pesawat Mulai 2015
Roslan Saad (tengah) bergambar bersama (dari, kanan) Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Seri Affendi Buang, Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad, Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Che Akmar Mohd Nor dan Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Datuk Sabri Adam selepas majlis serah terima tugas di Wisma Pertahanan pada Isnin.
KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima sembilan pesawat baharu secara berperingkat bermula suku pertama tahun depan dan dijangka selesai pada tahun 2016. Panglima TUDM, Jen Datuk Seri Roslan Saad berkata dari jumlah itu, empat pesawat pengangkut jenis Airbus A400M manakala lima lagi pesawat pelatih PC-7MK II untuk kegunaan di Pusat Latihan Terbang, Kolej TUDM Kepala Batas di Alor Setar. Beliau berkata sembilan pesawat yang bakal diterima itu ialah untuk memenuhi keperluan TUDM dalam memantapkan misi ketenteraan dan kemanusiaan. "TUDM akan menerima sebuah pesawat jenis Airbus (A400M) secara berperingkat mulai suku pertama tahun hadapan manakala PC-7 MK II dijangka tiba awal2016,"katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Tugas Panglima Operasi Udara dan Panglima Bantuan Udara, di Wisma Pertahanan, pada Isnin. Selain itu, Roslan juga berkata TUDM telah menyerahkan empat jenis Pesawat Tempur Pelbagai Guna (MRCA) yang disenarai pendek daripada syarikat antarabangsa yang berasingan, kepada kerajaan dan sedang menunggu kelulusan Kabinet. Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai status terkini pangkalan baharu TUDM yang sedang di bina di Sendayan, Negeri Sembilan, Roslan berkata setakat ini pembangunan di kawasan itu telah mencapai 25 peratus dan dijangka siap pada hujung tahun 2016. Sementara itu, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana TanSri Abdul Aziz Jaafar menerima kunjungan hormat Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Laksamana Pertama Datuk Seri Pahlawan Abdul Aziz Mohd Tamit di Markas Tentera Laut, Wisma Pertahanan di sini.- mstar online

Pemain Man United Dikerah Jalani Latihan Intensif Selepas Menang
BINTANG Manchester United telah dikerah menjalani latihan intensif pada Ahad walaupun berjaya menewaskan Arsenal 2-1 pada Sabtu, menurut Juan Mata.
Walaupun dilaporkan gembira dengan persembahan anak didiknya, namun Van Gaal enggan skuadnya menerima padah selepas kemenangan tersebut.
Mata yang tidak beraksi di Stadium Emirates telah menulis di blognya dengan berkata," ia adalah Ahad yang tenang selepas menang pada Sabtu.
"Kami ada sesi latihan intensif dan sesi mengkaji semula kelemahan perlawanan di London.
"Sekarang kami sedang perbaiki untuk dua perlawanan seterusnya di Old Trafford."
Pemain Sepanyol itu turut menyatakan bahawa United bertuah apabila dapat memenangi perlawanan itu selain David De Gea telah menjadi hero pasukan.
De Gea telah menyelamatkan lapan percubaan bahaya dengan lima pada babak pertama bagi memastikan kemenangan berpihak kepada United.- mstar online
TOP
Rio 2016: Maskot Olimpik Dan Paralimpik Diperkenalkan
Maskot Sukan Olimpik (kiri) dan Paralimpik 2016 diperkenalkan di Rio de Janeiro, Brazil pada Isnin.
MASKOT Sukan Olimpik dan Paralimpik 2016 diperkenalkan secara rasmi kepada umum pada Isnin. Maskot bagi Sukan Olimpik mewakili fauna di Brazil dengan menggabungkan tiga haiwan iaitu 'lincah seperti kucing', 'tangkas seperti monyet' dan 'berkuasa seperti burung'. Manakala maskot untuk Paralimpik menggabungkan flora yang hanya boleh ditemui di negara itu. Bagaimana pun nama dua maskot ini akan diumumkan pada 14 Disember ini. Antara cadangan nama yang disenarai pendek termasuk 'Oba dan Eba', 'Tiba Tuque dan Esquindim' atau 'Vinicius dan Tom'. "Maskot Rio 2016 mewakili pelbagai budaya dan masyarakat negara ini," jelas Pengarah Penjenamaan Rio 2016, Beth Lula.- mstar online

PPS Terima Surat Rayuan Dari PKBM
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Sukan, Ahmad Shapawi Ismail mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima surat rayuan daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) beberapa minit sebelum Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS), Bukit Jalil, ditutup 5 petang Isnin.
Ahmad Shapawi berkata PKBM turut menyertakan bersama penjelasan bertulis perkara-perkara yang telah diperbetulkan dalam laporan kewangan tahunan badan induk sukan berbasikal negara itu.
"Kita di PPS akan segera meneliti dokumen itu bersama dengan unit Audi tDalaman Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam masa terdekat ini," katanya.
PPS sebelum ini mengambil tindakan menggantung PKBM selama sebulan bermula 24 Oktober, selepas badan induk berbasikal kebangsaan itu didapati gagal menjawab surat tunjuk sebab mengenai segala persoalan yang timbul dalam siasatan yang dijalankan terhadap mereka pada Oktober lepas .
Dalam tempoh itu, PKBM perlu memperbaiki segala kesalahan seperti yang diarahkan.
Kemelut PKBM bermula berikutan kegagalan skuad lebuh raya negara memenangi pingat emas ketika temasya Sukan SEA Myanmar 2013 biarpun menerima peruntukan bernilai jutaan ringgit yang disalurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) setiap tahun.
Rentetan kegagalan itu menyebabkan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengarahkan unit Audit Dalaman KBS menjalankan siasatan ke atas PKBM untuk mengetahui jumlah sebenar peruntukan tahunan yang disalurkan kepada badan induk itu dan perbelanjaan yang digunakan mereka untuk program skuad lebuh raya negara.
Hasil audit tersebut menyebabkan PKBM diarahkan digantung pendaftarannya oleh Pesuruhjaya Sukan atas dakwaan menyalahi Seksyen 14 Akta Pembangunan Sukan apabila wujud kelemahan dalam tatacara pengurusan kewangannya.- mstar online
TOP
Lelaki Ditahan Cuba Sogok Inspektor Di Bintulu
KUCHING: Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan kerana cuba memberi sogokan RM3,000 kepada seorang inspektor polis, dua jam selepas premis perjudian siber haram di sebuah rumah flet di Bintulu diserbu oleh polis, Sabtu lepas.
Dalam serbuan pukul 7.50 malam di Sungai Plan, Jalan Tangjung Kidurong,Bintulu, polis menahan dua wanita dipercayai penjaga premis berkenaan dan 11 pelanggan serta merampas 16 unit komputer dan wang tunai RM350.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dr Chai Khin Chung berkata susulan serbuan itu, lelaki berkenaan dipercayai pemilik premis perjudian itu menemui inspektor itu di sebuah restoran pada pukul 10 malam pada hari sama dan menawarkan sogokan itu bagi membebaskan pekerja dan pelanggan premis berkenaan.
Wang tunai RM3,000 itu dirampas dan kes itu dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan dan tindakan lanjut, katanya pada sidang media, Isnin.
Chai juga berkata polis turut menyebu sebuah premis perjudian haram yang terletak dalam sebuah rumah kedai di Pasar Asajaya, Kota Semarahan dan menahan tiga lelaki yang dipercayai penjaga premis berkenaan.
Katanya, polis turut merampas 16 unit mesin slot perjudian dan wang tunai RM2,700, dipercayai hasil aktiviti perjudian berkenaan.
"Kes itu dilkasifikasikan di bawah Seksyen (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan, pengusahanya boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas," katanya.
Berikutan tindakan tegas ke atas premis perjudian siber di kawasan bandar, beliau berkata pengusaha kini mengalihkan operasi mereka ke kawasan luar bandar.
Menurutnya, sejak Januari hingga 18 November lepas, polis telah menahan 2,495 orang dan merampas 11,495 mesin judi dan wang tunai sejumlah RM88,256 dalam 'Ops Dadu' melibatkan 4,241 serbuan di negeri itu.- mstar online
TOP
MB Terengganu Nafi Laporan 'New York Times'
Datuk Ahmad Razif
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menafikan dakwaan yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan China bahawa beliau mendapat hak untuk menjalankan aktiviti perlombongan besi di Bukit Besi melalui hubungan rapat dengan kerabat dan ahli-ahli politik . Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dakwaan yang dibuat oleh seseorang yang bernama Li Yang yang mendakwa dirinya Pengerusi CAA Resources dalam New York Times adalah 'pembohongan, fitnah dan tidak berasas'. "Kerajaan negeri tidak pernah memberi kebenaran kepada syarikat ini, CAA Resources, untuk menjalankan aktiviti perlombongan di Bukit Besi, sama ada secara langsung atau melalui syarikat yang berbeza. "Syarikat tersebut juga tidak pernah berurusan dengan Pejabat Tanah dan Galian serta Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, yang telah diberi kepercayaan untuk mengetuai operasi perlombongan di Bukit Besi. Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri menyambut baik langkah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan tersebut dan menambah beliau juga akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.- mstar online

Kumpulan Mahu Kemuka Petisyen Tak Dibenar Masuk Parlimen
KUALA LUMPUR: Satu perbalahan kecil berlaku apabila sekumpulan penunjuk perasaan tidak dibenarkan masuk ke bangunan Parlimen untuk mengemukakan petisyen.
Kumpulan tersebut yang terdiri daripada kira-kira 30 orang yang diketuai oleh Lawyers For Liberty, cuba mengemukakan petisyen kepada Parlimen berhubung Akta Hasutan, Isnin.
Peguam Lateefah Koya yang tidak berpuas hati dengan keputusan anggota keselamatan mendakwa bahawa tidak ada undang-undang yang melarang sesiapa daripada memasuki bangunan itu.
"Tidak ada undang-undang untuk menghalang kita daripada masuk. Siapakah anda untuk menghalang kita? Adakah awak Yang DiPertua Dewan? ," soal beliau.
Selepas kira-kira 15 minit dan campur tangan beberapa ahli Parlimen pembangkang, kumpulan itu telah diberitahu bahawa hanya mereka yang berpakaian yang sesuai dibenarkan untuk masuk.- mstar online
TOP
Penyelesaian Mapan Perlu Untuk Selesai Masalah Perumahan Di Malaysia - Dekan Australia
Gambar hiasan
VENICE (Italy): Terdapat keperluan mendesak untuk membina rumah mampu milik bagi menyelesaikan masalah perumahan di Malaysia dengan bertambahnya bilangan penduduk di negara ini, kata Dekan Seni Bina dan Reka Bentuk, Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia Dr Richard Blythe. "Ia bukan mengenai meletakkan batu bata untuk membuat sebuah bilik di sebuah rumah semata-mata. Terdapat pelbagai undang-undang, kewangan, perkhidmatan dan sistem sosial yang bersama-sama dengan masyarakat kita, " katanya. Pandangan Blythe ini telah disuarakan oleh Profesor Senibina RMIT, Prof Dr Tom Kovac yang menambah bahawa lebih banyak kajian diperlukan untuk mencari penyelesaian secara praktikal. "Masalah perumahan tidak terhad kepada Malaysia. Ia adalah masalah global. Kita perlu mencari jalan supaya kita boleh menghasilkan perumahan yang juga mampu diakses untuk penduduk dunia," kata Kovac. Dr Kovac dan Dr Blythe berkata, ia akan disuarakan dalam Malaysian Biennial 100YC, yang dijadualkan pada Ogos tahun depan. Disokong oleh RMIT dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Malaysian Biennial 100YC adalah inisiatif penyelidikan global bagi mereka membentuk satu visi untuk pembangunan Malaysia dalam tempoh 100 tahun akan datang, kata Pengarah program, Mohammad Lutfi Johari.- mstar online

Harga RON95 Boleh Kekal Atau Rendah Ikut Pasaran Semasa
KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 boleh kekal atau berubah kira-kira lima sen hingga ke 10 sen mengikut harga semasa minyak mentah global apabila kerajaan mengambil keputusan menetapkan harga bahan api itu secara apungan terkawal berkuat kuasa 1 Disember ini.
Kumpulan penyelidik ekonomi, CIMB Research berkata, ini akan memberi kesan yang langsung tidak membahayakan terhadap inflasi secara keseluruhan, tetapi keadaan ini mungkin berubah sekiranya harga minyak terus merosot.
"Kami menganggarkan bahawa setiap penurunan 5 sen harga RON95 mengurangkan kira-kira 0.2 peratus daripada Indeks Harga Pengguna (CPI) bulan ke bulan. Jika harga minyak terus berkurangan, ini akan membantu membiayai kenaikan inflasi akibat pelaksanaan GST, " katanya.
Firma penyelidikan itu berkata dengan ini, ia akan mengukuhkan lagi pandangan bahawa Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan kekal sementara di tengah-tengah prospek pertumbuhan sederhana dan risiko luar yang lebih tinggi.
Jumaat lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan bahawa bermula 1 Disember, subsidi minyak petrol RON95 dan diesel akan dimansuhkan dan harganya akan mengikut apungan terkawal di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM), sama dengan mekanisme dalam menentukan harga petrol RON97.
"Ini selaras agenda rasionalisasi subsidi kerajaan dan isyarat positif yang menunjukkan bahawa pembaharuan fiskal berjalan ke arah yang betul. Keputusan untuk mengapungkannya adalah tepat pada masanya kerana perubahan itu harus tidak mempunyai kesan berbahaya terhadap inflasi memandangkan purata harga pasaran hampir dengan harga runcit tetap semasa," katanya.
CIMB Research berkata, langkah itu akan membantu kerajaan mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak 3.5 peratus daripada KDNK bagi tahun ini dan juga telah meningkatkan lagi sasaran tahun depan sebanyak tiga peratus.
"Penjimatan daripada subsidi kerajaan akan membenarkannya untuk lebih menentukan arah defisit fiskal. Jika aliran pendapatan kerajaan dari hasil berkaitan minyak, GST dan kutipan cukai pendapatan tetap utuh, kerajaan boleh menyalurkan RM12 bilion diperuntukkan untuk subsidi bahan api melalui pemberian wang tunai BR1M atau lain-lain bantuan yang disasarkan.- mstar online
TOP
Kes Culik: Isteri Pasrah Tarikh Bayar Tebusan RM3 Juta Hampir Tamat
Chin Pek Nyen
KOTA KINABALU: Seorang suri rumah, Chin Pek Nyen pasrah dan sudah tidak berdaya melakukan apa-apa menjelang tanggal 30 November, tarikh akhir yang ditetapkan kumpulan Abu Sayyaf untuk dia membayar wang tebusan RM3 juta bagi membebaskan suaminya. Walaupun kempen dilakukan untuk mencari sumbangan, Pek Nyen, 42, hanya dapat mengumpul 15 peratus daripada jumlah yang diperlukan. "Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi. "Tidak ada tanda tentera Filipina menyelamatkan suami saya," katanya mengenai suaminya Chan Sai Chiun, 32, yang telah diculik oleh lelaki bersenjata Filipina dari sangkar ternakan ikan mereka di Kunak pada 16 Jun lalu. Militan Abu Sayyaf yang berpangkalan di Jolo, telah mengugut untuk memenggal kepala Sai Chiun dan sentiasa menghubunginya meminta wang tebusan tersebut. Mereka juga tidak membenarkan Chan untuk bercakap dengannya sejak Julai. "Ada orang memberitahu saya bahawa mereka hanya mahukan wang. Saya harap tiada apa-apa berlaku kepadanya, "katanya. Awal bulan ini, Pek Nyen telah pergi ke bangunan Parlimen di Kuala Lumpur di mana dia telah mengadakan satu sidang akhbar dalam usaha mencari bantuan untuk membebaskan suaminya. "Beritahu saya apa lagi yang perlu saya lakukan? Tunggu? Berapa lama lagi saya boleh menunggu?." Pek Nyen berkata, penculik tidak mahu mengurangkan jumlah wang tebusan. Malaysia, sedang berusaha melalui orang tengah bagi membebaskan Sai Chiun dan konstabel polis Zakiah Aleip, 26, daripada kumpulan lelaki bersenjata yang menculik mereka di lokasi berasingan di Jolo. Zakiah telah dibawa lari oleh lelaki bersenjata dari Pulau Mabul pada 12 Julai. Penculiknya telah membuat panggilan kepada rakan-rakannya, menuntut wang tebusan RM3 juta. Isteri Zakiah, Sharifah Erna Berson, 23, berkata dia tidak bercakap dengan Zakiah selama beberapa bulan kerana kebanyakan komunikasi adalah antara penculik dan anggota polis di sini. "Saya tidak dapat bercakap dengannya," katanya. Dia berharap dapat bersama kembali dengan suaminya tidak lama lagi.- mstar online

Letupan Lombong: "Macam Masuk Kubur" - Pasukan Penyelamat
Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak.
KUCHING: Seorang anggota pasukan penyelamat yang bertugas ketika tragedi letupan di lombong arang batu Selantik menggambarkan beliau seolah-olah 'masuk kubur' dan ia mengingatkannya tentang terowong dibina oleh Viet Cong. "Semakin masuk ke dalam, ia semakin sempit. Apabila masuk, anda boleh berjalan tegak tetapi hanya puluhan meter, selepas itu terowong mula semakin tertutup. Anda perlu membongkok, kemudian merangkak, " kata Kana Tawi, 27, yang merupakan salah seorang anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) yang dihantar selepas berlakunya letupan pada Sabtu. "Ia membuatkan saya berfikir tentang terowong yang digali oleh Viet Cong sebagai tempat persembunyian. Saya melihat gambar-gambarnya di Discovery Channel. Pada malam itu, saya rasa seperti berada di tempat yang sama, "katanya. Kana berkata, rangkaian terowong adalah rumit dengan bahagian yang menyerupai tempat makan, dihubungkan melalui laluan sempit. "Ia seperti masuk ke kubur," katanya kepada The Star, Ahad. Pasukan Hazmat telah dihantar ke sana untuk menilai keselamatan sebelum penyiasat forensik boleh masuk ke dalamnya. Pasukan itu membuat keputusan untuk menutup tempat itu pada masa sekarang, yang bermaksud tidak ada orang lain yang akan melihat kesan dan akibat daripada letupan. "Tahap metana adalah terlalu tinggi. Kami terpaksa keluar setelah menjelajah selama satu jam," kata Kana. "Kami hanya boleh lalu dalam jarak beberapa ratus meter." Gambar tapak letupan itu juga masih tiada kerana 'flash kamera adalah berbahaya untuk udara' katanya, sambil menambah tugas mereka adalah untuk memerhati dan menilai tahap keselamatan. Kana berkata, bahagian tepi terowong telah disokong oleh papan, manakala kepingan logam di bahagian atas. "Terdapat bar keluli yang menegak untuk memastikan terowong utuh. "Ia tersangat licin dan tanahnya berlumpur," katanya. Ahli pasukan memakai gear keselamatan dengan berat kira-kira 30 kilogram (kg) yang terdiri daripada sut kalis-letupan, but berat, topeng muka penuh dan pengesan gas berbahaya. "Ketua pasukan kami juga membawa pengesan yang lebih khusus," kata Kana. "Selepas setiap 50 meter, kami akan berhenti untuk mengukur udara." Ditanya sama ada beliau bimbang ketika melalui perjalanan 130 kilometer (km) ke lombong itu, Kana berkata pada suatu ketika dia merasa seperti mahu muntah ketika berada di dalam trak Hazmat. "Tetapi apabila sampai ke sana, anda hanya perlu percaya dengan peralatan anda. Jika tidak, anda tidak mempunyai keyakinan untuk berkerja." Kana berkata pelombong boleh bekerja dalam keadaan yang sukar. "Tidak ada lampu. Tempatnya basah dan sempit. Kami terpaksa bergerak seorang demi seorang. "Kami mengesan abu, mungkin disebabkan oleh letupan di bahagian yang lebih dalam." "Saya berasa sedih untuk pelombong mati," kata Kana. Pasukan itu masuk pada pukul 8 malam hari Sabtu, kira-kira 12 jam selepas letupan itu dipercayai telah berlaku. Hujan malam tadi merumitkan keadaan kerana bahagian rendah terowong telah banjir.- mstar online

Bukan Isu Baharu Kelantan Tak Mampu Tampung Perbelanjaan - Mustapa
Mustapa Mohamed
KOTA BAHARU: Kegagalan kerajaan Kelantan untuk menguruskan kewangan bukan sesuatu yang baharu tetapi ia berlaku sejak sekian lama, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Beliau berkata, kelemahan dalam urus tadbir dan pengurusan kewangan selain kekurangan sumber kewangan merupakan masalah yang dihadapi oleh kerajaan Kelantan sehingga menyebabkan berlaku defisit hampir setiap tahun. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai Laporan Audit Negara baru-baru ini berkaitan kedudukan dan prestasi kewangan kerajaan negeri Kelantan pada akhir tahun lepas yang secara keseluruhannya kurang memuaskan berbanding 2012. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerah sumbangan sebanyak RM1.2 juta kepada masyarakat Siam di Wat Prachumthat Canaran, di sini, Ahad. Sumbangan itu adalah antara janji kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September lepas. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3, prestasi kewangan kerajaan negeri bagi 2013 mencatat defisit RM77.78 juta berbanding defisit RM69.69 juta pada tahun sebelumnya. Menyentuh mengenai janji-janji kerajaan BN pada PRK Pengkalan Kubor, Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kerajaan pusat telah membelanjakan kira-kira RM2 juta untuk membaik pulih surau dan masjid. Selain itu, beberapa permohonan tambahan umpamanya industri kecil dan sederhana, pembaikan jalan raya, dan masalah banjir yang berlaku dua kali setahun di kawasan itu, masih dalam proses untuk dilunaskan selewatnya pertengahan tahun depan, katanya.- mstar online

KDN Jelaskan Bagaimana Pekerja Korea Utara Diambil Bekerja Di Sarawak
Timbunan arang batu di lombong di Selantik, Pantu, kira-kira 130km dari Kuching.
MIRI: Berdisiplin, berdedikasi dan tahan lasak adalah alasan mengapa pekerja Korea Utara diupah untuk bekerja di lombong arang batu di Sarawak. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pekerja Korea Utara telah dibawa masuk ke Sarawak untuk bekerja melalui perjanjian khas antara Sarawak dan kerajaan Korea Utara. "Hanya Sarawak mempunyai pekerja Korea Utara (di Malaysia). Ini tidak (dibenarkan) di Semenanjung, '' katanya ketika mengulas mengenai kehadiran puluhan rakyat Korea Utara di sebuah lombong arang batu di bahagian Sri Aman. Selain daripada 46 warga Korea Utara, 119 pekerja asing di lombong itu datang dari Myanmar (29), Indonesia (19), China (15) dan Bangladesh (10). Wan Junaidi, yang juga Anggota Parlimen Santubong berkata, Sarawak mempunyai hak untuk mengupah pekerja dari Korea Utara kerana kerajaan negeri mempunyai autonomi ke atas imigresen dan perkara-perkara mengenai buruh. "Untuk industri seperti perlombongan arang batu, pekerjaan itu adalah sangat berbahaya dan sukar. Lombong boleh mempunyai kedalaman beratus-ratus meter. "Tiada pekerja tempatan atau dari Sarawak yang berani membuat kerja itu, itulah sebabnya terdapat keperluan mengambil pekerja asing. Dalam sektor perlombongan arang batu, hanya Britain, China dan Korea Utara yang mempunyai pekerja berkemahiran tinggi, '' kata Wan Junaidi. Menyokong keputusan Sarawak yang mengupah pekerja dari Korea Utara, beliau berkata, tidak ada rekod jenayah yang melibatkan mereka di negeri ini. Mengenai pekerja yang terbabit dalam letupan pada Sabtu lalu di lombong itu, Wan Junaidi berkata, hasil siasatan menunjukkan bahawa semua pekerja asing mempunyai permit kerja yang sah. "Kemasukan pekerja ini dikendalikan oleh Jabatan Imigresen dan permit kerja mereka yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak," katanya. Wan Junaidi berkata, Malaysia tidak mempunyai isu dengan kewarganegaraan dari ideologi yang berbeza yang bekerja di negara ini asalkan mereka "mempunyai permit bekerja, melakukan kerja dan tidak menyebarkan ideologi". "Ramai orang dari negara-negara komunis yang bekerja di negara kita dan berniaga di sini," katanya. "Apa yang kita perlukan adalah mereka datang ke sini secara sah, bekerja secara sah dan bebas daripada masalah serta mengikut undang-undang kita."- mstar online

Azmin Pertahan 'Bajet Berterus Terang'
Azmin bersama beg berisi dokumen Bajet 2015 yang dibentangkannya pada sesi DUN Selangor sambil disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi.
SHAH ALAM: Mohamed Azmin Ali mempertahankan tindakannya membentangkan Bajet 2015 yang mengalami defisit sebanyak RM450 juta pada sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Isnin. Menyifatkan Bajet 2015 itu sebagai 'bajet berterus terang', Menteri Besar Selangor yang baharu itu turut berjanji untuk tidak mengemukakan bajet tambahan dalam tempoh setahun akan datang. Enggan dibandingkan dengan pentadbiran terdahulu ketika di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang membentangkan bajet berimbang, Azmin menegaskan beliau mempunyai alasan tersendiri untuk menggunakan kaedah bajet defisit. Jelasnya, pentadbiran Abdul Khalid juga mengamalkan bajet defisit namun 'berselindung' di sebalik permohonan peruntukan tambahan selepas tiga hingga enam bulan bajet diluluskan. "Sejak 2008 hingga 2014, semua anggaran belanjawan adalah defisit. Jadi saya mengambil pendirian yang berbeza untuk kemukakan secara jujur kepada sidang Dewan dan rakyat bahawa ini adalah jumlah yang akan digunakan pada 2015. "Jadi ini satu jaminan bahawa kerajaan negeri tidak akan membentangkan bajet tambahan bagi tahun depan. Tak payah tunggu tiga hingga enam bulan kemudian nak minta bajet tambahan. "Saya rasa kaedah begitu tidak lancar. Bagi saya lebih baik berterus terang dari awal dengan Dewan dan pembayar cukai dengan tidak menyembunyikan fakta sebenar," katanya kepada pemberita di sini, Isnin. Terdahulu ketika membentangkan Bajet 2015 di DUN Selangor, Azmin menganggarkan perbelanjaan negeri bagi tahun depan berjumlah RM2.4 bilion untuk melaksanakan rancangan pembangunan, sementara kutipan hasil negeri itu dianggarkan sebanyak RM1.97 bilion. Mengulas lanjut Azmin berkata, keputusannya untuk melaksanakan bajet defisit merupakan tindakan berani khususnya dalam usaha mengurangkan perbelanjaan mengurus dan meningkatkan perbelanjaan pembangunan.- mstar online

Ujian Sistem Amaran Awal Tsunami Di P.Pinang Berjaya
Sistem amaran awal tsunami yang dipasang di tempak letak kereta Taman Negara P.Pinang. -foto THE STAR
GEORGE TOWN: Jabatan Meteorologi Pulau Pinang (JPM) berjaya menjalankan ujian terhadap Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional di tiga lokasi di pulau itu, pagi Isnin. Ujian ke atas sistem amaran itu yang dilakukan di kawasan tempat letak kereta di Dewan Sri Pinang, Pantai Miami di Batu Ferringhi dan berhampiran Balai Polis Tanjung Tokong selesai tanpa sebarang gangguan. Walau bagaimanapun, ujian tidak boleh dijalankan di Persiaran Gurney kerana beberapa isu teknikal dan terpaksa ditunda ke tarikh lain. Timbalan Pengarah JPM Yuzaimi Mahat berkata sistem di Persiaran Gurney itu mengalami kerosakan pada modem dan ujian perlu dihentikan. "Ujian dilakukan di enam lokasi di mana sistem tersebut dipasang baru-baru ini dan siren di setiap lokasi mempunyai lapan bunyi yang boleh didengar di radius 3 km," tambah Yuzaimi ketika ditemui di tempat letak kereta Dewan Sri Pinang. Terdapat tiga paras amaran di mana yang pertama memberi amaran tsunami memberitahu orang ramai supaya menjauhkan diri dari kawasan pantai, diikuti dengan amaran pemindahan tsunami akan berlaku dan yang ketiga bermaksud ancaman amaran itu dibatalkan. Ujian akan dilakukan di dua lokasi lain di Jeti Nelayan di Kuala Sg Burung dan pintu masuk Taman Negara, Kuala Sg Pinang, kedua-duanya di Balik Pulau pada sebelah petang.- mstar online

Aliran Trafik Sesak Akibat Banjir Kilat
PETALING JAYA: Aliran trafik di persimpangan Lebuhraya Persekutuan dekat Subang di sini sesak selama beberapa jam akibat banjir kilat pada petang Isnin.
Rata-rata pemandu yang melalui lokasi berhampiran Menara Jam Subang itu terpaksa menunggu sehingga air surut walaupun terdapat di antara yang bertindak meredah air dan berdepan kerosakan pada kenderaan.
Lokasi banjir juga merupakan kawasan projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) sambungan Kelana Jaya.- mstar online
TOP
Gadis British Lari Rumah Untuk Sertai Kurdis Serang IS
SEORANG remaja perempuan dari London dilaporkan bertindak nekad untuk menyertai tentera Kurdis bagi menentang kumpulan Negara Islam, (IS) di Syria.
Gadis berketurunan Kurdis berusia 17 tahun itu dilapor telah meninggalkan rumahnya pada minggu lalu dengan menaiki kereta api laju ke Belgium sebelum ke Syria.
Remaja terbabit juga dikatakan berharap dia akan diserap ke dalam unit pertahanan wanita Kurdis, yang membolehkan dia mengangkat senjata dan menyerang IS.
Gadis terbabit merupakan warga British ketiga yang menyertai tentera Kurdis secara sukarela selepas dua lelaki.
Sebelum ini, tentera veteran yang menyertai perang di Afghanistan iaitu, James Hughes dan Jamie Read turut ke Syria untuk membantu tentera Kurdis menentang IS.- mstar online
TOP
Kastam Johor Rampas Rokok Seludup Bernilai RM11.5 Juta
Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Dua buah kontena yang diisi dengan 19.72 bilion batang rokok seludup bernilai RM11.5 juta, termasuk cukai, telah dirampas oleh Jabatan Kastam di sini. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata rokok tersebut telah dibawa oleh sebuah kapal Perancis yang berdaftar, dan pihaknya menerima maklumat awam sekitar pukul 12.35 tengahari Jumaat bahawa kapal itu berlabuh di Pelabuhan Tanjung Pelepas di Gelang Patah. "Keesokan harinya, kakitangan kami memeriksa kedua-dua kontena di atas kapal tersebut dan menemui rokok tersebut yang diisi dalam 986,000 paket," katanya dalam sidang akhbar di sini Isnin. Khazali berkata siasatan menunjukkan barang-barang tersebut diimport oleh sebuah syarikat yang tidak berdaftar di Johor dan rokok tersebut yang diisytiharkan di bawah 'pelbagai barang' keluaran kilang adalah palsu. Katanya, ejen perkapalan ditahan selepas kejadian bagi membantu siasatan.- mstar online

Pesawat Kendalian Juruterbang Pelatih Terhempas Dalam Parit
JOHOR BAHRU: Seorang juruterbang pelatih yang melakukan penerbangan solo cedera selepas pesawat yang dikendalikannya terhempas ke dalam parit semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Dipercayai pelajar berkenaan sedang melakukan latihan pengendalian pesawat selepas pesawat empat tempat duduk Piper PA28-161 itu diberi isyarat mendarat bersama sebuah lagi pesawat lain yang dimiliki oleh sebuah kelab penerbangan.
"Pesawat pertama mendarat dengan selamat. Tetapi apabila sebuah lagi pesawat mendarat, entah bagaimana juruterbang hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit di tepi landasan," kata seorang pegawai lapangan terbang, sambil menambah empat pesawat bergilir-gilir untuk mendarat pada masa itu.
Beliau berkata pesawat ketiga dan keempat mendarat dengan selamat, sambil menambah kemalangan itu tidak mengganggu operasi lapangan terbang.
Juruterbang pelatih berusia 20-an, telah dihantar ke Hospital Kulai kerana mengalami kecederaan di muka dan tubuhnya pada pukul 2 petang Sabtu.
Salah seorang daripada mereka yang telah bergegas untuk membantu berkata juruterbang itu telah dibawa keluar dari pesawat itu ketika dia sampai ke tempat kejadian.
"Saya segera menghantarnya ke hospital untuk rawatan," katanya, yang enggan mendedahkan butiran lanjut.
Difahamkan Jabatan Penerbangan Awam telah diberitahu mengenai kemalangan itu.
Insiden terakhir yang melibatkan kelab penerbangan ini berlaku lima tahun lalu apabila seorang pegawai bank terperangkap selama enam jam terperangkap dalam bangkai pesawat dua tempat duduk, Cessna, sebelum penyelamat menemuinya di hutan simpan Gunung Pulai.- mstar online
TOP
Lelaki Palsukan Sijil SPM Didakwa
KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat pengurusan acara mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memalsukan rekod salinan slip Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk milik anak seorang penceramah bebas.
Mohd Firdaous Shariful Azman, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zuraini Abdul Razak.
Dia didakwa melakukan pemalsuan rekod salinan slip SPM dengan niat supaya rekod itu dipercayai telah dibuat, ditandatangani dan disempurnakan dengan kuasa seseorang bagi memperdaya Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat ITBM, Seksyen 10, Wangsa Maju di sini antara 10.34 pagi 4 Jun dan 3.21 petang 13 Jun lepas.
Mohd Firdaous didakwa mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam menawarkan jaminan RM15,000 bagi semua pertuduhan. Peguam Adenan Ismail memohon supaya jaminan terhadap anak guamnya dikurangkan atas alasan tertuduh perlu menguruskan syarikatnya dan perlu menanggung anak yang masih kecil.
Zuraini membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Dis untuk sebutan kes.- mstar online
TOP
Piala AFF Suzuki: Kutip Mata Penuh Atau Balik Awal - Dollah
PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya tidak ada pilihan lagi selain perlu mengumpul mata penuh ke atas pasukan Thailand dan Singapura dalam baki perlawanan Kumpulan B Piala AFF Suzuki.
Selepas mempamerkan aksi hambar seri tanpa jaringan pada pertemuan pembukaan peringkat kumpulan bertemu Myanmar di Singapura pada Ahad, tiada lagi alasan untuk seri atau kalah buat pasukan Dollah Salleh ini.
Berdasarkan rekod perlawanan sebelum ini, bertemu pasukan Singapura dan Thailand bukanlah sesuatu yang mudah, namun itulah hakikat yang perlu ditempuhi.
Pada aksi menentang Myanmar itu, Dollah agak bengang dengan beberapa keputusan berat sebelah oleh pengadil dari Turkmenistan, namun secara keseluruhan dia berpuas hati dengan prestasi semua pemain.
Katanya bermain dengan sepuluh orang bukan mudah selepas pemain tengah Gary Steven Robbat diperintah keluar padang kerana mengutip kad kuning kedua pada babak pertama.
"Pada perlawanan selepas ini pemain-pemain perlu menang mengutip mata atau boleh menempah tiket balik ke tanah air lebih awal.
"Saya akui cabaran lebih sukar sedang menunggu, tetapi itu bukan alasan untuk pemain-pemain melipat ganda usaha mereka," jelasnya yang bakal menggunakan resepi berbeza pada pertemuan dengan Thailand Rabu ini.
Singapura tuan rumah bagi Kumpulan B, merangkul gelaran keempat dua tahun lalu dengan mengalahkan juara tiga kali Thailand menerusi agregat 3-2 di pentas akhir.
Sebagai rekod, Singapura menjuarai kejohanan ini pada tahun 1998, 2004, 2007, 2012, manakala Thailand muncul juara 1996, 2000, 2002.
Manakala Malaysia yang muncul juara pada tahun 2010 tewas kepada Singapura 0-3 pada saingan peringkat kumpulan dan tersingkir di peringkat suku akhir dengan agregat 1-3 pada saingan 2012.- mstar online
TOP
Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Liverpool
Semua dalam keadaan sugul...Kapten pasukan Liverpool, Steven Gerrard (kiri) dan penyerang Ricky Lambert selepas mereka melepaskan gol ketiga ketika bertemu Crystal Palace dalam perlawanan liga, pada Ahad.
ADA sesuatu yang tidak kena dengan Liverpool. Mereka bukan sahaja hilang harga diri dan perasaan bangga menyarung jersi merah pekat itu tetapi mereka juga hilang semangat melawan balik. Hasil keputusan perlawanan terbaru yang menyaksikan mereka tewas 1-3 di tangan kelab bawahan Crystal Palace menceritakan segala yang tidak kena dengan kelab itu buat masa ini. Lebih teruk mereka hilang daya juang dan keghairahan untuk menang. Itu yang lebih menakutkan. Ini sama sekali berbeza dengan musim lalu yang menyaksikan mereka cuma kurang dua mata sahaja untuk muncul juara Liga Perdana Inggeris. Di manakah silapnya musim ini? Dengan enam kekalahan daripada 12 perlawanan, jangankan kata hendak mempertahankan pencapaian musim lalu, hendak berangan-angan untuk muncul juara pun sudah boleh dilupakan oleh Brendan Rodgers dan anak-anak buahnya. Rodgers malah berkata dia kini tidak ketepikan kebarangkalian akan dipecat jika situasi buruk ini berterusan. Seminggu yang lalu Rodgers mengakui yang dia sedang bergelut untuk mencari jawapan kepada misteri kejatuhan prestasi pasukannya musim ini. Dalam situasi misteri seperti ini, tumpuan dan fikiran para penyokong, peminat dan juga penganalisa menjurus kepada tidak lain dan tidak bukan Luis Suarez. Apakah pemergiannya ke Barcelona secara tiba-tiba menjadikan barisan hadapan hilang bisa? Tetapi pada masa yang sama persoalan yang perlu dijawab ialah, apakah pemain bertaraf dunia seperti itu dapat dihalang daripada meninggalkan Liverpool untuk mencari kegemilangan yang tak terbendung di Barcelona? Siapa yang tidak mahu pergi ke Barcelona. Samalah juga bagaimana hendak menghalang Ronaldo daripada meninggalkan Manchester United tujuh tahun lalu. Tapi United tidak terkedu dengan kehilangan Ronaldo sebaliknya Liverpool diambang kemusnahan akibat kehilangan Suarez. Mereka tidak ada jawapan kepada penganti pemain Uruguay itu. Manakan tidak, musim lalu dia menyumbat 31 gol dalam Liga Perdana sahaja. Rodgers menyangkakan dua penganti Suarez - Adam Lallana dan Rickie Lambert - adalah jawapan kepada Liverpool tetapi apa yang sedang dilalui oleh kelab itu sekarang membuktikan, bolasepak adalah bidang yang penuh dengan risiko dan ketidakpastian. Jika tidak, mana mungkin naib juara tahun lalu bergelut di tangga ke-12 sekarang.- mstar online

Nasib Tak Menyebelahi Kami - Kapten Harimau Malaya
Insiden apabila Gary dilayangkan kad merah selepas menerima dua kad kuning pada minit ke 35 ketika menentang Myanmar, petang Ahad.
SINGAPURA: Kapten pasukan negara, Mohd Shukor Adan bangga dengan mutu permainan yang ditunjukkan rakan sepasukannya dalam perlawanan sulung Piala AFF Suzuki apabila berkeputusan tanpa jaringan ketika menentang Myanmar, petang Ahad. Pemain berusia 33 tahun itu berkata, pujian wajar diberikan kepada skuad Harimau Malaya walaupun mencatat keputusan seri. Pasukan itu, katanya, berhadapan cabaran apabila terpaksa mengatur pergerakan hanya dengan 10 pemain di padang seawal minit ke 35 berikutan kad merah yang dilayangkan kepada Gary Steven Robbat. Bagaimanapun, insiden yang menimpa pemain tengah negara itu sama sekali tidak melunturkan semangat pasukan. "Walaupun dengan 10 pemain, kami bermain dengan baik, cuba nasib tidak menyebelahi kami apabila gagal mendapat markah penuh ketika menentang Myanmar. "Keseluruhannya saya berpuas hati dengan usaha rakan sepasukan," katanya. Sementara itu, Gary memohon maaf atas apa yang berlaku dalam perlawanan pertama pasukan negara itu. "Saya sedih kerana dibuang padang selepas kejadian itu kerana sudah bekerja keras untuk memastikan tersenarai dalam kesebelasan pemain negara dan kini saya tidak dapat beraksi pada perlawanan menentang Thailand, Rabu ini," katanya. Malaysia menentang Myanmar di Stadium Jalan Besar, Singapura, Ahad ini sebelum bertemu Thailand dan Singapura masing-masing pada 26 November dan 29 November. Singapura menjulang kejuaraan Piala AFF sebanyak empat kali iaitu pada 1998, 2004, 2007, 2012; Thailand (1996, 2000, 2002); Malaysia (2010) manakala Myanmar belum pernah muncul juara pada kejohanan dwitahunan itu.- mstar online

Jadual Piala AFF Suzuki
BERIKUT merupakan kumpulan dan jadual bagi saingan Piala AFF Suzuki 2014:
Kumpulan A
Vietnam
Filipina
Indonesia
Loas
Kumpulan B
Singapura
Malaysia
Thailand
Mynmar
JADUAL
25 November
Kumpulan A
Filipina lwn Indonesia - Stadium Nasional - My Dinh, Hanoi
Loas lwn Vietnam - Stadium Nasional My Dinh, Hanoi
26 November
Kumpulan B
Malaysia lwn Thailand - Stadium Nasional Singapura, Kallang
Mynmar lwn Singapura - Stadium Nasional Singapura, Kallang
28 November
Kumpulan A
Indonesia lwn Loas - Stadium Hàng Đẫy, Hanoi
Vietnam lwn Filipina - Stadium Nasional My Dinh, Hanoi
29 November
Kumpulan B
Thailand lwn Mynmar - Stadium Jalan Besar, Kallang
Singapura lwn Malaysia - Stadium Nasional Singapura, Kallang
SEPARUH AKHIR 1
6 Disember
Naib juara kumpulan A lwn juara kumpulan B
7 Disember
Naib juara kumpulan B lwn juara kumpulan A
SEPARUH AKHIR 2
10 Disember
Juara kumpulan B lwn naib juara kumpulan A
11 Disember
Juara kumpulan A lwn naib juara kumpulan B
PERLAWANAN AKHIR
17 Disember
Perlawanan Akhir 1
20 Disember
Perlawanan Akhir 2

Penjuru Padang Stadium Nasional Kurang Dapat Cahaya Matahari - Saravanan
Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin memeriksa keadaan padang sebelum proses membaik pulih tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Kawasan penjuru padang di Stadium Nasional Bukit Jalil yang kurang mendapat cahaya matahari menyebabkan pertumbuhan rumput menjadi perlahan dan terbantut, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M.Saravanan berkata tempoh matang untuk pertumbuhan rumput itu adalah kira-kira enam bulan namun kerana kurangnya cahaya, akar rumput masih lagi pendek. "Langkah yang diambil adalah dengan membeli tiga unit 'grow light' di kawasan tersebut untuk pertumbuhan rumput. Untuk makluman, rumput yang ditanam adalah sesuai dengan iklim Thailand yang menggunakan rumput yang sama," katanya. Saravanan berkata demikian ketika menggulung Rang Udang-Undang Perbekalan 2015 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2015 peringkat kementeriannya. Beliau menjawab pertanyaan beberapa anggota Parlimen yang ingin tahu status projek membaik pulih padang stadium tersebut serta penggantian rumput baharu. Sebelum ini dilaporkan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memutuskan untuk membaik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil susulan kerosakan yang berlaku selepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dan Johor Darul Ta'zim(JDT) pada 1 November lalu.- mstar online

Tunku Abdul Jalil Menang Anugerah Pembangunan Presiden ISAF
Tunku Abdul Jalil menunjukkan plak khas dan sijil yang diterima sebagai anugerah "International Sailing Federation (ISAF) President Development Award 2014" ketika ditemui di Wad Diraja Hospital Sultan Aminah, Johor Baharu pada Isnin.
JOHOR BAHARU: “Ha ha”. Demikian ungkapan yang terkeluar dari mulut Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim setelah membaca mesej yang menyatakan beliau memenangi Anugerah Kemajuan Presiden Persekutuan Kapal Layar Antarabangsa (ISAF). Bagaimanapun, apabila ayahanda beliau, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sendiri memaklumkan berita itu kepadanya, barulah beliau percaya ia bukan suatu gurauan. “Pada mulanya saya sangka itu hanya gurauan kerana ia adalah anugerah eksklusif yang belum pernah diterima mana-mana warga Asia atau rakyat Malaysia,"katanya kepada pemberita di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah Hospital pada Isnin. Awal hari ini, putera raja berusia 24 tahun itu menerima anugerah itu di Istana Bukit Serene daripada naib presiden ISAF Adrienne Greenwood, yang terbang dari New Zealand bersama pengarah eksekutif Alpari World Match RacingTour James Pleasance. Anugerah itu diberi sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan Tunku Abdul Jalil dalam memajukan sukan kapal layar di Malaysia.
Tunku Abdul Jalil memainkan peranan penting dalam membangunkan sukan itu,terutama melalui program Liga Layar Malaysia (LLM) dan program Belia Belayar pada 2013, yang memberi peluang kepada beribu-ribu orang dari seluruh negara belajar tentang pelayaran dan memperoleh pengalaman dalam sukan kapal layar.
Kedua-dua program itu mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan dan Persatuan Kapal Layar Malaysia (MYA). LLM melibatkan lapan lokasi di seluruh negara iaitu Langkawi, Kedah; Lumut,Perak; Pulau Indah dan Pelabuhan Klang, Selangor; Putrajaya; Port Dickson,Negeri Sembilan; Pulau Duyong, Terengganu dan Danga Bay, Johor. Belia Belayar pula dianjurkan khusus untuk belia dan diadakan seiring dengan LLM. Setakat ini, program berkenaan memperkenalkan 4,600 pelajar kepada sukan itu. "Saya tidak mungkin dapat melakukannya tanpa pasukan saya. Merekalah yang bekerja keras bagi pihak saya apabila saya tidak sihat," kata Tunku Abdul Jalil, yang dirawat di hospital itu sejak akhir Mei kerana penyakit yang tidakdinyatakan. Beliau adalah pengerusi syarikat kapal layar Innovatige Sdn Bhd, yang menganjurkan perlumbaan Piala Monsun, acara akhir Alpari Match Racing Tour.- mstar online

Cub Prix: Afif Berdepan Saingan Sengit Rebut Tempat Kedua
Afif (kiri) menamatkan saingan di tempat kedua pada aksi di Jempol sebelum ini.
PELUMBA Petronas Yamaha-CKJ Ahmad Afif Amran mengakui sedikit gementar menjelang saingan penutup tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2014 di Alor Setar, Kedah, minggu ini. Afif bakal berhadapan dengan saingan sengit tiga penjuru bersama Norizman Ismail dan Affendi Rosli bagi memburu gelaran naib juara keseluruhan CP130. Dengan gelaran juara yang sudahpun menjadi milik Mohd Zaqhwan Zaidi dari pasukan Givi Honda Yuzy Racing, Afif kini berada di tangga kedua dengan 121 mata, hanya berkelebihan 10 mata ke atas juara dua kali, Norizman (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) yang turut berkongsi mata bersamacub prix Affendi. "Perlumbaan di Alor Setar minggu ini pasti bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi, jurang 10 mata ketika ini tidak membawa banyak kelebihan kepada saya, jadi saya perlu bekerja keras dan menamatkan saingan di kelompok hadapan jika ingin menamatkan musim ini di belakang Zaqhwan," jelasnya. Katanya Norizman dan Affendi merupakan pelumba yang cukup berpengalaman dan kedua-duanya juga mahu memenangi perlumbaan di Kedah bagi memastikan gelaran naib juara menjadi milik mereka. "Saya tidak boleh mengambil langkah mudah dan perlu mengerah segala keupayaan yang ada untuk memastikan kejayaan menjadi milik saya, sama sepertimana yang cuba dilakukan dalam setiap perlumbaan lepas. "Pun begitu, Afif percaya dengan pengalaman yang dimiliki sebagai pelumba rookie sepanjang musim ini yang membawa kejayaan memenangi perlumbaan di Muar dan Teluk Intan serta tiga podium di Terengganu, Melaka dan Jempol, dia mampu untuk mengatasi cabaran dua pelumba senior itu. "Saya fikir tidak ada sebarang masalah untuk saya mempertahankan kedudukan kedua ketika ini. "Pengendalian jentera saya berada pada tahap optimum manakala pasukan pula sentiasa menyediakan jentera yang begitu kompetitif. "Memandangkan kami masih belum pernah beraksi di litar ini, saya perlu mengumpul seberapa banyak data penting ketika sesi latihan sebelum melakukan perubahan untuk mendapatkan pelarasan terbaik dan pada masa sama perlu cepat menyesuaikan diri bentuk litar," tambahnya.- mstar online

Pengurus Liverpool Akui Berjuang Untuk Selamatkan Kedudukan
Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers kini mengakui bergelut untuk menyelamatkan jawatannya.
PENGURUS Liverpool, Brendan Rodgers mengakui yang dia kini sedang berjuang untuk menyelamatkan jawatannya selepas kelab itu tersungkur 1-3 di tangan Crystal Palace dalam perlawanan liga pada Ahad. Ia adalah kekalahan yang keenam Liverpool musim ini sekaligus meletakkan mereka di tangga ke-12 liga. Rodgers juga mendedahkan yang dia telah mengadakan pertemuan dengan pemilik Liverpool, berhubung kejatuhan prestasi pasukannya yang turut menyaksikan mereka ketinggalan 18 mata di belakang pendahulu liga, Chelsea. Liverpool telah dikritik hebat oleh media-media massa England khususnya daripada bekas pemain, Jamie Carragher yang melabelkan bekas pasukannya itu sebagai lemah bukan sahaja dari segi mental tetapi juga fizikal serta tiada daya kepimpinan. "Saya bukan angkuh untuk tidak mengakui yang kedudukan saya selamat. Semua pengurus akan berkata, untuk selamat mereka harus menang perlawanan...itu saja," ujar Rodgers. Dalam perlawanan menentang Palace, Liverpool mendahului sepantas minit kedua perlawanan menerusi jaringan penyerang England, Rickie Lambert. Dwight Gayle, yang menjaringkan dua gol ketika Palace seri 3-3 dengan Liverpool musim lalu sekali lagi membuktikan yang dia menjadi duri dalam daging dengan menyamakan kedudukan tidak lama kemudian. Joe Ledley kemudiannya meletakkan Palace di hadapan dengan gol kedua selepas itu kapten mereka, Mile Jedinak menjaringkan gol ketiga menerusi sepakan percuma yang sensasi. "Liverpool bukannya ditewaskan oleh kualiti tetapi mereka dibuli dan mereka dikalahkan oleh sebuah pasukan yang turun dengan semangat untuk menang," kata Carragher. Masalah yang sedang dihadapi oleh Rodgers mungkin akan bertambah apabila mereka akan turun dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah minggu ini berhadapan dengan juara Bulgaria, Ludogorets dan selepas itu dijadualkan menentang Stoke City di tempat sendiri. Rodgers harus mencari jawapan untuk menang di Anfield menentang Stoke. Pengurus Liverpool itu mengakui selepas pemergian Luis Suarez ke Barcelona, pasukannya perlu membuat penyesuaian semula dengan kedatangan pemain-pemain baru tetapi menegaskan yang fasa tersebut harus berakhir dan mereka harus bermain sebagai satu pasukan semula. Rodgers juga menjawab pertanyaan mengenai Mario Balotelli yang dilihat berlegar di Liverpool Arena untuk menyaksikan perlawanan tinju Sabtu lalu. "Dia kembali dari perlawanan antarabangsa dengan sedikit masalah kecederaan. Dia bebas untuk berada di mana sahaja asalkan tidak terlalu lewat dan yang penting dia hadir pada sesi rawatan," tegas Rodgers.- mstar online

Untung Sebelum Cukai UMW O&G Meningkat
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai UMW Oil and Gas Corp Bhd (UMW O&G) meningkat sebanyak 39.1 peratus kepada RM75.85 juta untuk suku ketiga berakhir 30 Sept, 2014 daripada RM54.45 juta yang direkodkan sebelum ini pada tahun lepas.
Pendapatan naik sebanyak 23.9 peratus kepada RM254.32 juta dalam tempoh di bawah kajian berbanding RM205.34 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2013.
UMW O&G dalam makluman kepada Bursa Malaysia mengaitkan peningkatan tersebut dengan keuntungan segmen perkhidmatan penggerudian serta tambahan pendapatan pelaburan daripada bahagian-bahagian yang lain.- mstar online
TOP
Shell Terus Promosi Idea Inovatif
SHAH ALAM: Shell akan terus menggalakkan dan mempromosikan perkembangan idea-idea inovatif mengenai kecekapan tenaga dan mobiliti mampan di Malaysia.
Ketua Pemasaran Runcit (Hiliran) Shell bagi Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Brunei Darussalam, Christine Liew berkata idea-idea bernas yang menghasilkan inovasi teknologi atau produk baharu boleh membawa transformasi kepada industri tenaga.
"Negara kini menghadapi cabaran berkaitan pertumbuhan penduduk dan menyebabkan permintaan yang meningkat terhadap tenaga dalam semua bentuk.
"Menjelang 2050, bilangan kereta di jalan raya dijangka meningkat tiga kali ganda dan pelbagai bahan api dan teknologi diperlukan untuk memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat bagi mobiliti dan mengehadkan pelepasan karbon dioksida (CO2).
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Penganugerahan Pasukan Terbaik Malaysia Shell Eco-marathon Asia 2014 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, Isnin.
Pada acara itu, pasukan Monash 2 dari Universiti Monash muncul sebagai pasukan terbaik Malaysia bagi Shell Eco-marathon Asia 2014, yang diadakan buat kali pertama di Manila, Filipina, awal tahun ini.- mstar online
TOP
Putrajaya Lebih Menyerlah Dengan Pusat Beli-Belah Baharu
Yeow Seng (kanan) dan Shin Cheng sedang menikmati air pancut berirama di pusat beli-belah yang baharu dibuka di Putrajaya.
IOI City Mall yang baharu dibuka di Putrajaya mengalu-alukan kehadiran ratusan pembeli yang menyaksikan majlis pelancaran awalnya, Ahad. "Ia adalah sebuah pusat beli-belah yang sangat bersepadu dengan empat penyewa utama iaitu Parkson, Tesco, Aeon Index Living Mall dan Homepro. "Kami juga berdebar menunggu pembukaan pawagam GSC 13 skrin, yang mempunyai dua skrin IMAX pada bulan Januari," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOI Properties Berhad Lee Yeow Seng selepas majlis pra-pelancarannya. Pusat beli-belah itu dibuka awal minggu ini. Yeow Seng berkata keadaan lalu lintas ke pusat beli-belah yang berkeluasan 1.5 juta kaki persegi itu lancar sejak dibuka kerana kebanyakan penyewanya telah membuka perniagaan pada Khamis. Pusat beli-belah di Putrajaya itu terletak di pintu masuk ke IOI Resort City meliputi seluruh ruang runcit tiga tingkat dengan 350 penyewa. Semasa majlis pra-pelancaran, Yeow Seng bersama-sama dengan Pengerusi Eksekutif Kumpulan IOI, Tan Sri Lee Shin Cheng menyaksikan upacara 'kebangkitan singa' untuk menandakan permulaan hari yang penuh bermakna. Mereka kemudiannya disertai oleh Pengarah IOI Properties Group Berhad, Datuk Lee Yeow Chor untuk menyaksikan persembahan tarian singa khas oleh kumpulan juara dunia Kun Seng Keng dan kumpulan penghibur tempatan.
Pada Disember, 85 peratus daripada kedai akan beroperasi manakala 15 peratus lagi akan dibuka sempena Tahun Baru Cina tahun depan, kata pengurus besar pusat beli-belah, Chris Chong. "Kami teruja dapat membuka IOI City Mall di Putrajaya untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk di Putrajaya, Kajang dan Seri Kembangan, dan juga sebagai pilihan alternatif untuk mereka yang tinggal di Puchong," katanya ketika ditemui selepas majlis itu. Chong berkata perkhidmatan ulang-alik (shuttle service) ke pusat beli-belah juga boleh didapati dari pelbagai stesen bas dan kereta api di sekitar kawasan seperti Kajang Sentral, Putrajaya Sentral dan stesen KTM Serdang. Selepas majlis itu, para tetamu dibawa melawat sekitar pusat beli-belah di mana kumpulan itu berhenti seketika untuk melihat persembahan air pancut berirama di bahagian luar. Mereka kemudiannya pergi District 21 yang akan dibuka tidak lama lagi, sebuah taman tema 70,000 kaki persegi dan gelanggang luncur ais bersaiz Olimpik bernilai RM10 juta di mana mereka telah dihiburkan oleh beberapa peluncur dari Malaysia.- mstar online

Pencuri Motosikal Maut Dibelasah Ahli Bina Badan
KUALA LUMPUR: Seorang penagih dadah maut setelah dipukul orang ramai, termasuk dua ahli bina badan ketika cuba mencuri sebuah motosikal di Taman Desa Rejang, Setapak pada Isnin.
Dalam kejadian pada pukul 12.45 tengah hari itu, lelaki terbabit dikatakan cuba mencuri sebuah motosikal milik seorang ahli bina badan di perkarangan rumahnya. Bagaimanapun, ketika sedang menghidupkan motosikal tersebut, perbuatannya itu disedari penghuni rumah yang kemudian berjaya menangkap dan membelasah suspek. Selain penghuni rumah itu, orang ramai dikatakan turut membelasah suspek hingga mati. Penagih dadah terbabit disahkan maut ditempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Difahamkan dua ahli bina badan terbabit kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk siasatan lanjut.- mstar online

Wakil Tiga Negara Temui Pengurusan Hospital Sarawak
KUCHING: Satu perjumpaan antara wakil dari Konsulat Indonesia, Kedutaan Myanmar dan pihak mewakili Korea Utara dengan pengurusan Hospital Umum Sarawak (HUS) diadakan pada Isnin membincangkan insiden letupan lombong arang batu di Selantik, Pantu di Sri Aman, Sabtu lalu.
Kejadian itu melibatkan mangsa dari negara-negara tersebut dengan tiga pekerja maut dan 30 lagi cedera.
Mereka yang terbunuh ialah rakyat Korea Utara Pang Chung Hyok, 29; rakyat Myanmar Tun Tun Win, 36; dan rakyat Indonesia, Kardianto, 38.
Mangsa cedera terdiri daripada lapan rakyat Korea Utara, Myanmar (enam orang), Indonesia (lapan), China (enam) dan Bangladesh (dua).
Difahamkan, semalam wakil dari Kedutaan Korea Utara berada di bandaraya ini, dan telah memberi kuasa kepada pihak syarikat lombong terbabit serta beberapa rakyat negara itu yang bekerja di lombong berkenaan untuk menjadi wakil dalam setiap urusan selepas ini.
Pagi tadi, tiga mayat mangsa insiden letupan itu yang ditempatkan di Hospital Sri Aman dibawa ke HUS dan tiba di sini kira-kira 3 petang.
"Ketika ini, wakil dari Myanmar, Indonesia dan penyelia dari syarikat perlombongan itu (mewakili Korea Utara) sedang diberi taklimat oleh Pakar Perunding Forensik Kanan HUS, Dr Norliza Ibrahim mengenai proses bedah siasat yang akan dijalankan," katanya.
Difahamkan sebarang keputusan lanjut, khususnya melibatkan proses bedah siasat dan langkah seterusnya akan ditentukan oleh wakil-wakil ketiga-tiga negara itu.- mstar online
TOP
Polis Berkas Dua Pengedar Dadah Di Besut
BESUT: Dua lelaki disyaki pengedar dadah diberkas dan 1,540 biji pil kuda dirampas dalam satu serbuan polis di sebuah rumah ditanah rancangan dekat Jabi awal pagi Khamis lepas.
Dalam serbuan kira-kira pukul 4 pagi itu, kedua-dua suspek berusia 22 dan 29 tahun itu sedang tidur dalam sebuah bilik rumah berkenaan apabila polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah berjaya mengesan mereka. Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Kamsani Hassan berkata bertindak atas maklumat pasukan tersebut telah menyerbu rumah itu dan menahan suspek yang berada di bilik belakang rumah keluarga suspek berusia 22 tahun itu. "Pemeriksaan di dalam bilik itu menemui 10 bijil pil dipercayai dadah jenis methamphetamine (pil kuda) di dalam poket salah seorang suspek manakala 10 biji lagi ditemui di atas lantai dalam bilik tidur tersebut," katanya. Kamsani menambah pemeriksaan lanjut polis menemui sebuah peti berkunci dalam rumah berkenaan namun suspek enggan bekerjasama membuka peti itu apabila diarahkan. Menurutnya polis terpaksa bertindak memecahkan kunci peti berkenaan dan mendapati terdapat sebanyak 1,520 biji pil yang sama di dalamnya. “Kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod lampau tetapi telah enam bulan terlibat dalam pengedaran dadah di tanah rancangan itu dari soal siasat yang dilakukan,” katanya. Kata beliau lagi saringan air kencing terhadap kedua-dua mereka mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori dan Seksyen 12(2) akta yang sama. - mstar online

Jakim Pergiat Kempen Elak Masyarakat Terpengaruh Kumpulan 'Jihad'
Othman Mustapha bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif CCM, Leonard Arif Abdul Shatar melancarkan program TV bersiri "Farmaseutikal Halal", Isnin.
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mempergiatkan kempen penerangan kepada masyarakat Islam supaya tidak mudah terpengaruh menyertai kumpulan yang mendakwa 'berjihad', kata Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha. "Sekarang ini memang antara tugas kita memberi penerangan dan penjelasan danmembimbing mereka termasuk apabila diminta oleh pihak berkuasa untuk memberi bimbingan kepada mereka yang terlibat," katanya. Diminta mengulas penglibatan segelintir rakyat Malaysia dalam kumpulan militan, Othman berkata bimbingan Jakim dilihat memberi kesan termasuk terhadap mereka yang pernah terlibat dengan kumpulan itu. "Selepas Jakim memberi penjelasan kepada mereka, duduk dengan mereka, mereka akur dan sedar kesalahan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan siri televisyen Farmaseutikal Halal pada Isnin. Mengenai siri televisyen itu terbitan bahagian media Jakim dengan kerjasama Chemical Company of Malaysia (CCM) itu, Othman dalam ucapan pelancaran berharap ia dapat memberi kesedaran dan mempertingkatkan kefahaman umat Islam terhadap ubat-ubatan halal. Program berkenaan akan mula bersiaran setiap Sabtu dan Ahad di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia mulai 6 Dis depan. Katanya antara isu yang akan dikupas dalam rancangan tujuh siri itu ialah pengenalan bidang farmaseutikal, perundangan dan peraturan, di samping memberi penerangan tentang samak dan sertu. Pada sidang akhbar kemudiannya, Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff berkata sehingga kini sebanyak 117 permohonan dibuat untuk mendapatkan sijil halal daripada Jakim untuk produk farmaseutikal, merangkumi pelbagai jenis vitamin, suplemen dan ubat-ubatan. "Tetapi sijil yang aktif hanya 112. Itu daripada segi permohonan. Kalau daripada syarikat, kadang-kadang syarikat yang sama memohon banyak kali kerana mempunyai banyak produk," katanya. Jakim berjaya mewujudkan satu sistem pensijilan halal berdasarkan MS 2424 yang bukan sahaja boleh digunapakai syarikat industri farmaseutikal dalam Malaysia, malah di luar negara, selain boleh digunakan oleh badan-badan pensijilan halal yang diiktiraf di seluruh dunia.- mstar online

RM200,000 Untuk Wakil Rakyat Pembangkang (BN) - Azmin
Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsudin Lias (kiri) bersalaman dengan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali selepas menerima kereta rasmi daripada Speaker, Hannah Yeoh (kanan) di Shah Alam, Isnin.
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di Selangor bakal menerima peruntukan sebanyak RM200,000 setahun menerusi Bajet 2015. Pemberian itu adalah yang pertama dalam sejarah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sejak mula mentadbir kerajaan negeri pada 2008. Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin berkata, pemberian peruntukan itu bertujuan meningkatkan khidmat wakil rakyat dan menjamin prinsip demokrasi walaupun terhadap kawasan yang diwakili pembangkang. "Mulai 2015, peruntukan wakil rakyat akan turut dipanjangkan kepada Adun pembangkang dengan peruntukan sejumlah RM200,000 setahun. "Kerajaan negeri juga mencadangkan sejumlah RM100,000 setahun diperuntukkan kepada Penyelaras Parlimen yang dilantik oleh kerajaan negeri," katanya pada persidangan DUN Selangor di sini, Isnin. Pengumuman Azmin itu kemudian mencetuskan suasana bising di kalangan wakil rakyat daripada kelab penyokong kerajaan dan pembangkang. "Mahu tak? Kalau tak mahu saya tarik balik," kata Azmin secara berseloroh terhadap tindakan kumpulan wakil rakyat itu. Selain itu Azmin turut mencadangkan supaya peruntukan Adun kerajaan negeri dinaikkan sebanyak RM100,000 kepada RM700,000 setahun.- mstar online

DAP Sudah Kecewa Dengan PAS - Ng Sue Lim
Ng Sue Lim
SHAH ALAM: Kecewa dengan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat menyebabkan DAP bertindak cuba menafikan peluang wakil rakyat PAS untuk menduduki kerusi timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Calon DAP bagi jawatan tersebut, Ng Sue Lim berkata, tindakan mencalonkannya itu juga merupakan 'protes senyap' partinya terhadap PAS dan presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Salah satu sebab ialah DAP sudah kecewa dengan PAS. "Ia juga adalah protes senyap terhadap PAS terutama mengenai peranannya dalam Pakatan Rakyat serta kepada presiden PAS yang selalu tidak hadir mesyuarat," katanya kepada pemberita di DUN Selangor pada Isnin. Sue Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekincan dicalonkan bertanding jawatan timbalan speaker DUN menentang wakil rakyat PAS, Mohd Shafie Ngah. Mohd Shafie yang juga Adun Bangi bagaimanapun menang selepas mendapat 28 undi berbanding Sue Lim yang memperoleh 14 undi. Menurut Sue Lim, keputusan untuk mencalonkannya bertanding jawatan yang diperuntukkan kepada PAS itu dicapai dalam mesyuarat DAP Selangor sejak sebulan lalu. "Parti saya juga berpendapat melalui pencalonan saya, ia akan mewujudkan budaya baharu iaitu bahawa Pakatan Rakyat boleh bertanding sesama sendiri...tak perlu hanya seorang calon," katanya. Sebelum ini, Pakatan Rakyat berhadapan krisis politik terutama membabitkan pertukaran jawatan kerusi menteri besar Selangor. Sejak isu berkenaan timbul, PAS dilihat mengambil jalan bertentangan dengan PKR dan DAP terutama mengenai pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar. Justeru pimpinan PAS termasuk Hadi sendiri menerima 'serangan' daripada ahli dan pemimpin PKR dan DAP kerana didakwa membelakangkan Pakatan Rakyat.- mstar online

Hafiz Suip Lapor Polis Hilang Mikrofon
Hafiz akui kehilangan mikrofon kerana kecuaian diri sendiri.
PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Suip mendedahkan dia telah kehilangan mikrofon kesayangannya selepas majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung pada 7 November lalu. Hafiz, 24, berkata, dia terkilan memandangkan harga alat pembesar suara yang dibelinya sejak lebih setahun lalu mempunyai nilai tinggi. "Saya hilang mikrofon itu selepas persembahan ASK 2014, ia bukan dicuri sebaliknya kecuaian saya sendiri apabila meletakkan kotak mikrofon tersebut di bumbung kereta. "Saya terlupa tentang mikrofon itu selepas berborak dengan seseorang sebelum masuk ke kereta, apabila saya sedar ianya sudah tiada," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun, Hafiz berkata, mikrofon tersebut tidak boleh digunakan oleh orang lain berikutan ianya sudah ditetapkan mengikut kesesuaian suaranya sahaja. Tambah Hafiz, ia juga ada tertera namanya serta tidak boleh dijual dalam bentuk asal. "Kalau ada sesiapa yang menjumpai mikrofon itu sekalipun, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana saya sudah set untuk kegunaan saya serta transmitter tertentu sahaja. "Lagi pula ada terukir nama saya dan kalau nak jual pun hanya beberapa bahagian sahaja yang laku," ujarnya. Sementara itu, Hafiz turut mengakui mikrofon tersebut merupakan antara alat muzik pertama yang dibelinya hasil titik peluh sebagai penyanyi. Katanya, dia terpaksa mengumpul beberapa bulan hasil persembahan nyanyiannya semata-mata untuk membeli mikrofon tersebut. "Harganya bukan boleh dapat dalam satu dua persembahan nyanyian, nak beli mikrofon itu saya terpaksa kumpul duit lama juga. "Rasa nak menangis bila ianya hilang, ia juga banyak berjasa kepada kerjaya nyanyian saya. Insya-Allah kalau ada rezeki saya mahu beli yang lain," ujarnya. Dalam pada itu, Hafiz memberitahu, dia sudah pun membuat laporan polis tentang perkara itu sejurus menyedari kehilangan tersebut. "Saya dah buat laporan polis tetapi pihak polis beritahu perkara tersebut sukar diambil tindakan kerana ia adalah kecuaian saya sendiri," katanya.- mstar online

Ashanty Tidak Sabar Menantikan Kelahiran Anak Sulung
Anang dan Ashanty tidak sabar menantikan kelahiran anak sulung.
BEBERAPA bulan lagi, penyanyi Indonesia Ashanty akan dikurniakan anak sulung dan isteri kepada Anang Hermanshah itu berharap proses kelahiran yang bakal dijalani itu adalah secara normal. "Mudah-mudahan kelahiran anak sulung ini normal dan bukannya secara pembedahan. Apapun yang penting saya harap tiada sebarang komplikasi serius yang perlu dilalui nanti," katanya kepada portal Kapanlagi. Ashanty dengan nada gurau turut bertanya kepada Anang adakah dia dibenarkan mencakar suaminya ketika sedang rasa sakit untuk bersalin. "Nanti saya cakar dan pukul boleh ya?" tanya Ashanty kepada Anang. "Boleh, kesakitan kamu pastinya lebih daripada apa yang kamu ingin lakukan pada saya," jawab Anang.- mstar online

Cedera Tulang Belakang, Shindong Tunda Latihan Tentera
Shindong
BARU-BARU ini ahli kumpulan Super Junior, Shindong dilaporkan akan menyertai satu latihan ketenteraan yang wajib dihadiri oleh kaum lelaki di Korea Selatan bermula 25 November ini. Bagaimanapun menurut laporan Koreaboo, syarikat pengurusannya, SM Entertainment (SME) mengumumkan bahawa latihan itu terpaksa ditundakan atas sebab kesihatan Shindong yang tidak mengizinkan. "Shindong mengalami kecederaan tulang belakang yang teruk ketika menjalani penggambaran dan akan menangguhkan latihan ketenteraan ke tarikh lain," kata wakil daripada SME. Jika mengikut perancangan asal, Shindong akan meninggalkan dunia hiburan selama dua tahun dan menyambung semula kontrak bersama kumpulan Super Junior selepas tamat latihan ketenteraan tersebut. Sementara itu, Super Junior kini sedang sibuk dengan konsert jelajah Super Show 6.- mstar online

Kepala Manusia Ditemui Dalam Beg Plastik Hitam
BUKIT MERTAJAM: Kepala seorang lelaki ditemui dalam satu bungkusan plastik hitam di hadapan sebuah kedai makan di Taman Impian Ria disini, kira-kira pukul 4.30 petang Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata kepala itu ditemui oleh pemilik kedai makan di Lorong Impian Ria 5 sebelum memaklumkan kepada polis.
Katanya hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) diperolehi dari premis berkenaan pihaknya mendapati bungkusan itu ditinggalkan oleh dua lelaki yang menunggang motosikal kira-kira pukul 9.30 malam semalam (Ahad).
"Berdasarkan rakaman itu, seorang dari dua lelaki itu turun dari motosikal dan meninggalkan bungkusan plastik berkenaan berhampiran kedai sebelum beredar.
"Polis akan terus meneliti rakaman diperolehi selain mendapatkan lebih banyak rakaman CCTV dipasang di premis berhampiran.
"Setakat ini pihaknya belum dapat mengenal pasti identiti mangsa," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, Isnin malam.
Mazlan berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain dan telinga kiri dan kanannya dipotong sebelum kepala itu dibuang di situ.
Katanya berdasarkan kesan darah yang masih baru pihaknya percaya mayat lelaki itu dibunuh dalam tempoh 24 jam.
"Kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, polis minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata Unit Anjing Pengesan K-9 turut dipanggil bagi melakukan pemeriksaan bagi mengesan badan mangsa jika ia turut dibuang sekitar lokasi kejadian.
Kepala itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat, katanya.
Sementara itu, pemilik restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 40,berkata beliau sedang menyapu sampah bila ternampak bungkusan mencurigakan yang pada mulanya disangkakan mengandungi bom.
Katanya dalam keadaan cemas beliau meminta rakannya membuka plastik berkenaan perlahan-lahan, dan mendapati kepala manusia yang masih berdarah. - mstar online
TOP
Palanivel Kenal Dalang Teroka Tanah Haram, Tapi Perlu 'Tutup Mulut'
CAMERON HIGHLANDS: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel mengakui kewujudan dan mengenali dalang yang terlibat dalam penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands tetapi tidak boleh 'bercakap banyak'.
Aktiviti haram itu terdedah luas baru-baru ini bila berlaku bencana banjir kilat berlumpur dan tanah runtuh di kawasan tanah tinggi itu.
Palanivel, anggota Parlimen Cameron Highlands, berkata walaupun mempunyai bukti bergambar beliau tidak boleh 'bercakap banyak' atau mendedahkan lebih banyak mengenai perkara itu.
"Dulu, kira-kira 20 tahun lalu, Cameron Highlands kawasan terpelihara. Tidak ada penerokaan tanah haram. Pertanian cukup baik. Petani mengusahakan pertanian menguntungkan. Mereka eksport hasil ke Singapura dan negara-negara lain pada nilai hingga RM2 bilion.
"Tetapi sekarang sesuatu berlaku. Saya masih tidak dapat mengawalnya," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Isnin.
Beliau sebelum itu menghadiri Mesyuarat Khas Bencana Banjir Kilat dan Tanah Runtuh Cameron Highlands yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.
Palanivel berkata Persatuan Pekebun Sayur dari masyarakat Cina di sini juga membuat aduan kepadanya mengenai ada pihak tertentu yang bertindak menarah bukit.
"Mereka selalu mengadu kepada saya bahawa bukit dirosakkan. Ada 'sesuatu di sebalik sesuatu'. Saya tidak boleh dedahkan terlalu banyak.
"Saya ada beberapa gambar, tetapi saya tidak boleh cakap banyak mengenainya. Mereka lakukan kerja haram. Ini berlaku 10...5 tahun lepas," katanya.
Palanivel berkata beliau akan mengutus surat kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah untuk mengadap memberi penjelasan berhubung situasi di Cameron Highlands.
"Baginda tidak marahkan saya. Saya berada di sini Selasa lepas...," katanya.
Pada 20 Nov, Sultan Ahmad Shah bertitah baginda akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan tentang bantuan kerajaan persekutan kepada kerajaan negeri dalam membanteras masalah pendatang tanpa izin di Cameron Highlands.
Baginda turut menzahirkan rasa dukacita terhadap laporan akhbar kononnya Cameron Highlands ditawan 30,000 pendatang tanpa izin warga Bangladesh.
Menurut baginda hal itu tidak benar sama sekali.
Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 Nov lepas, mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan. - mstar online
TOP
Penganggur Ditahan Reman Bantu Kes Bunuh Kanak-Kanak Di Beaufort
Shahriqal Sidek
KOTA KINABALU: Seorang penganggur berusia 30 tahun ditahan reman dalam siasatan kes pembunuhan kanak-kanak berusia tiga tahun, Shahriqal Sidek di daerah barat daya Beaufort. Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Mustaffa Maarof Mustaffa berkata lelaki itu ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kematian kanak-kanak itu. Ditanya sama ada lelaki itu telah dirujuk ke hospital Bukit Padang untuk penilaian psikiatri, Mustaffa berkata 'itu terlalu awal'. Suspek dikatakan telah menculik Shahriqal kira-kira pukul 7 pagi Jumaat dan membawa lari kanak-kanak itu dengan keretanya. Shahriqal dipercayai telah berulang kali dipukul ketika di dalam kereta dan kemudian dibuang ke dalam anak sungai yang berdekatan. Polis menjumpai mayat kanak-kanak itu di anak sungai di Kampung Jempagah berhampiran sebuah sekolah menengah kira-kira pukul 2 pagi Ahad setelah menahan suspek. Lelaki itu memberitahu polis dia berang dengan kanak-kanak itu yang bermain di kawasan itu. Walau bagaimanapun, Mustaffa berkata polis juga sedang mencari motif lain mungkin termasuk hujah antara bapa Shahriqal dan suspek baru-baru ini. Suspek, yang bekerja sebagai pemandu tidak tetap telah berkahwin dan mempunyai anak. Shahriqal kali terakhir dilihat bermain dengan dua abangnya - Mohd Syahfuddin, 8, dan Mohd Syahrizam, 6, di luar rumah mereka kira-kira pukul 6.30 pagi Jumaat. Ibu mereka Saminie Rawel, 24, hanya menyedari bahawa kanak-kanak itu telah hilang apabila dia mahu menyusukannya. Beliau kemudiannya menghubungi polis.- mstar online

DUN Selangor: Khalid Tinggalkan Sidang Sebelum Sesi Soal Jawab
Azmin bersalaman dengan wakil rakyat termasuk Khalid sebelum membentangkan Bajet 2015 pada sidang DUN Selangor, Isnin.
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggalkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum penggantinya, Mohamed Azmin Ali berucap pada sesi soal jawab lisan. Khalid dilihat berbuat demikian selepas DUN Selangor selesai menjalankan proses pengundian pemilihan bagi jawatan timbalan speaker. Tindakan tergesa-gesa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu bagaimanapun gagal dihidu pihak media yang berada di bangunan tambahan DUN Selangor. Terdahulu, sebelum persidangan DUN Selangor bermula pada pukul 10 pagi Isnin, Azmin dilihat bersalaman dengan semua wakil rakyat termasuk Khalid. Sementara itu, Azmin ketika ditemui di luar dewan persidangan hanya tersenyum apabila diminta mengulas mengenai perbualan ringkasnya dengan mantan menteri besar itu. Baru-baru ini, Khalid dikaitkan dengan kontroversi pembayaran pampasan berjumlah RM2.6 juta kepada lapan bekas pembantunya. Pembayaran tersebut dibuat Khalid di penghujung tempoh perkhidmatannya sebelum Azmin mengambil alih jawatan menteri besar.- mstar online

PAU 2014: Tun M Mungkin Tak Hadir Kerana Faktor Kesihatan
Dr Mahathir Mohamad
PETALING JAYA: Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan mungkin menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 pada Khamis ini. Pada usia 89 tahun, kebelakangan ini, kesihatan bekas presiden Umno itu agak terganggu berikutan cuaca yang tidak begitu baik dan ketika ini dikatakan dalam proses untuk pulih daripada batuk. Sumber yang dekat dengan beliau bagaimanapun memberitahu, segala-galanya bergantung kepada perkembangan kesihatan beliau dalam masa beberapa hari lagi. Minggu lalu, Dr Mahathir tidak dapat menghadiri tiga majlis yang lebih awal dipersetujuinya kerana kurang sihat. Mantan Perdana Menteri itu dijadualkan berucap pada persidangan tenaga, mesyuarat agung Angkatan Koperasi Kebangsaan dan konvensyen anjuran Perkasa. Beliau juga dikatakan membatalkan beberapa temujanji minggu ini, termasuk menghadiri persidangan di Abu Dhabi dan tiga lagi di London. Bagaimanapun, Dr Mahathir hadir pada perlumbaan kereta elektrik Formula E di Putrajaya pada Sabtu lalu, di mana ia turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sejak bersara pada 2003, kehadiran Dr Mahathir pada PAU dipantau rapi pemerhati, terutama kerana beliau dilihat masih mempunyai pengaruh kuat di kalangan ahli Umno kerana menghormati dan mengagumi kewibawaannya sebagai pemimpin.- mstar online

Bajet Selangor 2015: Azmin Umum RM2.4 Bilion, Dana Terbesar Dalam Sejarah Pakatan
Azmin buat pertama kalinya membentangkan Bajet 2015 pada sidang DUN Selangor, Isnin.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion dalam Bajet 2015 iaitu lebih 90 peratus daripada rizab kerajaan negeri berjumlah RM3.31 bilion. Jumlah berkenaan adalah yang terbesar dalam sejarah Pakatan Rakyat di Selangor ketika di bawah kepimpinan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pada 2014, kerajaan Selangor mengumumkan peruntukan bajet berjumlah RM1.8 bilion, manakala sebanyak RM1.63 diperuntukkan dalam bajet 2013. Bajet 2015 yang bertemakan 'Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli' pertama kali dibentangkan Azmin sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan Selangor daripada Khalid pada September lalu. Ketika membentangkan Bajet 2015 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Azmin berkata, sebanyak RM1.2 bilion atau 53.19 peratus akan diperuntukan untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.3 bilion atau 46.81 peratus bagi perbelanjaan pembangunan. Menurut Azmin, kutipan hasil kerajaan Selangor bagi 2015 dianggarkan meningkat 6.49 peratus kepada RM1.97 bilion berbanding RM1.85 bilion pada 2014. "Di bawah peruntukan mengurus, RM385 juta adalah bagi emolumen dan RM443.5 juta disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan. "Manakala RM17.6 juta diperuntukkan kepada pembelian aset. Sejumlah RM426.5 juta disediakan untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap dan RM16 juta untuk perbelanjaan lain," katanya pada Isnin. Tambah beliau, bagi tujuan pembangunan, sejumlah RM277.3 juta diperuntukkan bagi program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan RM106.6 juta disediakan bagi perkhidmatan masyarakat, pembangunan luar bandar, sektor perbandaran dan pembangunan usahawan. "Seterusnya RM100.2 juta diperuntukkan bagi pembangunan sosial termasuk pendidikan, perumahan, pembangunan belia dan sukan dan pembangunan insan. "Sejumlah RM48.9 juta akan diperuntukkan bagi pembangunan khas negeri dan RM44.4 juta bagi pengambilan balik tanah. "Bagi pentadbiran am, sejumlah RM33.8 juta diperuntukkan, manakala bagi pembangunan adat Melayu dan warisan serta pelancongan, sejumlah RM9.25 juta disediakan," katanya.- mstar online

Madu Ghaib: Mentua Reda Walau Terkejut Menantu Bernikah Lagi
PETALING JAYA: "Pakcik reda walaupun terkejut apabila mendapat tahu dia berkahwin lagi," kata bapa kepada seorang penumpang pesawat MH370 yang hilang dalam tragedi pada Mac lalu itu mengenai tindakan menantunya itu.
Warga emas berusia 60 tahun ini mengakui tidak dimaklumkan lebih awal mengenai hasrat menantunya untuk melangsungkan perkahwinan.
"Mungkin kalau bagi tahu, dia bimbang pakcik tak benarkan dia berkahwin lagi.
"Tetapi mungkin dia ada alasan tersendiri untuk berbuat demikian dan pakcik tak berhajat untuk bertanyakan perkara itu kepadanya kerana ia sesuatu yang sensitif," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Ditanya perasaannya berhubung tindakan menantunya yang kini mempunyai pengganti anaknya, beliau hanya menjawab ringkas:"Kalau kamu ditempat pakcik apa kamu rasa, mesti kamu sedih...jadi pakcik pun begitu jugalah."
Hanya mahu dikenali sebagai Pak Rahim, beliau tidak mahu bersangka buruk terhadap tindakan menantunya itu walaupun tahu masyarakat mempunyai persepsi tersendiri berhubung perkara itu.
"Itu hak dia (untuk kahwin lagi), kalau dia kurang ajar mungkin pakcik marah tetapi setakat ini hubungan kami baik.
"Lagi pun empat cucu pakcik ada padanya," katanya yang tidak menghadiri majlis perkahwinan menantunya itu.
Malahan difahamkan, keluarga penumpang pesawat malang itu telah mengambil barang peribadi anaknya di kediaman pasangan itu selepas mendapat tahu madu anak mereka akan menetap di rumah sama.
Baru-baru ini, mStar Online melaporkan mengenai pernikahan suami salah seorang penumpang MH370 yang terpaksa dilakukan di negara jiran kerana masalah ketiadaan sijil kematian isterinya.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dikatakan memberitahu lelaki berkenaan bahawa dokumen itu akan hanya dikeluarkan selepas empat tahun, manakala Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim pula mengakui pihaknya menerima pelbagai aduan daripada waris penumpang pesawat berkenaan yang berhadapan masalah kerana ketiadaan dokumen penting itu.- mstar online
TOP
Tiada Cadangan Guna Semula Bas Mini – Nancy
KUALA LUMPUR – Kerajaan belum bercadang untuk mewujudkan semula perkhidmatan bas mini sebagai bas perantara ke kawasan kediaman di Lembah Klang yang pernah digunakan suatu masa dahulu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata kerajaan sebaliknya telah mengambil pendekatan lain dengan memperkenalkan Bas Rapid Transit (BRT) untuk menambah baik bas perantara sebagai medium perhubungan terkini.
“BRT akan diperkenalkan di Lembah Klang dan untuk permulaan, jajaran BRT Sunway kini sedang dibangunkan dan dijangka beroperasi tahun depan.
“Perkhidmatan ini juga dirancang untuk diperluaskan bagi laluan Kuala Lumpur-Klang untuk menambah baik perkhidmatan bas perantara (sedia ada),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mewujudkan semula bas mini sebagai bas perantara di sekitar Lembah Klang.
Pada 9 Jun 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan projek BRT-Sunway Line yang akan memberi kemudahan pengangkutan kepada kira kira 500,000 penduduk di sekitar Bandar Sunway dan Subang.
Dengan anggaran kos awal RM300 juta, projek dilaporkan dilaksanakan di bawah inisiatif perkongsian sektor awam dan swasta melibatkan syarikat milik kerajaan Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) dan syarikat swasta Sunway Bhd yang akan dijalankan pada penghujung tahun ini dan dijangka siap pada penghujung 2014.
Projek itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk terus memperbaiki sistem pengangkutan awam seperti yang terkandung di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), terutama di bandar-bandar utama yang memerlukan sistem pengangkutan yang cekap dan boleh dipercayai.
Nancy berkata bagi menambah baik sistem pengangkutan awam untuk mengatasi kesesakan lalu lintas, projek Mass Rapid Transit (MRT) 1 yang menghubungkan Sungai Buloh ke Kajang sedang dalam pembinaan dan dijangka beroperasi pada 2017.
Dalam perancangan juga ialah Projek MRT2 dari Kota Damansara ke Putrajaya.
Nancy menarik perhatian, terdapat juga projek penyambungan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) yang menghubungkan Kelana Jaya Line dan Ampang Line dan projek LRT3 yang akan menghubungkan Bandar Utama dan Klang.
Sementara itu, Nancy berkata peratusan pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang telah meningkat kepada 20.8 peratus pada tahun lepas berbanding 19.6 peratus pada 2012.
“Seramai kira-kira 214 juta penumpang telah menggunakan LRT, Monorel, ERL dan Komuter pada tahun lepas dengan purata penggunaan perkhidmatan ini adalah seramai 593,321 orang penumpang sehari,” katanya.
Beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini pula, seramai 612,887 orang telah menggunakan perkhidmatan rel ini dalam kadar sehari. – BERNAMA
TOP
Internet Bukan Jadi Medium Memarakkan Ketegangan Kaum
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan bahawa internet tidak seharusnya dijadikan medium untuk memarakkan ketegangan kaum dan agama dalam negara pelbagai agama serta budaya seperti Malaysia.
Sambil menyuarakan kekecewaannya, beliau berkata, pada ketika tertentu, internet digunakan di sini (di Malaysia) untuk menyebarkan perkara separa benar, malah pembohongan sekalipun.
“Sebagai contoh, semasa pilihan raya umum lepas, begitu banyak dakwaan tanpa disokong bukti yang disebarkan dalam talian. Kononnya kerajaan merancang gangguan elektrik di pusat pengundian untuk menukar peti undi dan membawa masuk melalui penerbangan 40,000 pengundi dari seluruh negara untuk mengundi.
“Dakwa sebegini terbukti hanyalah pembohongan yang tidak berasas, malangnya dakwaan itu diterima bulat-bulat oleh banyak pihak, dan ini menjejaskan dengan teruk nama baik kami,” katanya.
Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa UMNO, bertemakan: ‘Dunia Kesalinghubungan Digital: Cabaran Dalam Pembinaan Negara’, yang diadakan bersempena Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. – BERNAMA
TOP
Isteri Jumpa Video Aksi Seks Suami Dengan Wanita Lain
HATI seorang isteri hancur luluh apabila menemui video aksi seks suaminya bersama beberapa wanita lain dalam komputer riba milik suaminya, baru-baru ini.
Memetik laporan Harian Metro, difahamkan wanita berusia 24 tahun itu terjumpa rakaman video itu secara tidak sengaja ketika sedang mengemas rumah mereka di Salak Selatan.
Wanita itu terjumpa komputer riba milik suaminya yang masih tak ditutup dan pada ketika itulah wanita terbabit menjumpai video yang mengandungi aksi seks dengan wanita tidak kenali. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Idris Haron Mahu Sungai Diselenggara Elak Banjir
MELAKA – Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron mahu laluan air diselenggara dengan sempurna bagi mengelak berlaku banjir.
Beliau berkata sungai dan tali air perlu diperdalamkan agar tidak terhalang oleh benda asing seperti sampah sarap manakala rumah pam dan pintu air perlu dipastikan berfungsi setiap masa.
“Saya boleh terima alasan ada berlaku kepincangan, tetapi saya tidak boleh terima alasan sesuatu itu rosak dan tidak beroperasi kerana kurang perhatian daripada pihak pengurusan dan pentadbiran.
“Hentikan tuding jari cari siapa nak dipersalahkan. Apa yang penting pastikan semua berfungsi supaya rakyat tidak susah kerana hadapi banjir,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau meninjau kawasan yang dilanda banjir di Sungai Putat dan menyampaikan bantuan kerajaan negeri kepada mangsa.
Idris berkata kerajaan negeri sedang menyalurkan bantuan awal berupa wang tunai RM200 kepada mangsa.
Sementara itu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Putat, Ramli Puteh berkata penduduk berpuas hati dengan tindakan pantas agensi kerajaan membantu mereka.
“Semua pihak tampil memberikan bantuan kepada kami malam tadi daripada segi makanan dan keperluan lain selain memastikan kami dan keluarga selamat,” katanya.
Sebanyak 27 orang daripada tujuh keluarga di Sungai Putat dipindahkan setelah rumah mereka dinaiki air tengah malam tadi.
Bagaimanapun air surut pagi tadi dan semua mangsa telah dibenarkan pulang. – BERNAMA
TOP
5 Pusat Pemindahan Banjir Dibuka Di Kubang Pasu
Foto Hiasan
ALOR SETAR – Lima pusat pemindahan banjir dibuka di Kubang Pasu bagi menempatkan 242 mangsa daripada 137 keluarga. Banjir berlaku berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Portal Majlis Keselamatan Negara Kedah (MKN) berkata pusat-pusat itu terletak di Dewan Kampung Tebing, Sekolah Menengah Kebangsaan Changloon, Dewan Kampung Kubang Betong, Dewan Kampung Lahar dan Sekolah Kebangsaan Binjal. Sementara itu empat pusat pemindahan yang menempatkan 190 keluarga di Dewan Kampung Changkat Setol, Dewan Kampung Belukar, Masjid Kampung Titi Kerbau dan Surau Taman Sayang telah ditutup semalam. MKN berkata air sungai kini mengalir dari Changlun menghala ke Jitra dan Kota Setar. – BERNAMA

Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu Kekal 353 Orang
KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat penempatan di daerah Kuala Terengganu dan Marang pagi ini kekal seperti malam tadi iaitu sebanyak 353 orang.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu, tiga buah pusat masih dibuka sehingga pukul 9 pagi.
Dua daripada pusat itu ialah di Kuala Terengganu iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak seramai 267 orang dan di SK Tok Jiring sebanyak 60 orang).
Di Marang, sebuah pusat masih beroperasi iaitu di SK Pasir Puteh yang menempatkan 17 mangsa.
Di MELAKA Sebanyak 27 orang daripada tujuh keluarga di Batu Berendam dipindahkan ke pusat penempatan selepas rumah mereka dilanda banjir tengah malam tadi.
Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka, Jafri Mohamed berkata bagaimanapun air telah surut pagi ini dan mereka yang ditempatkan di Dewan Pangsapuri Rakyat Sungai Putat itu telah dibenarkan pulang pada pukul 8 pagi.
Beliau berkata lebih 20 buah rumah terlibat dalam kejadian yang dipercayai berpunca akibat hujan lebat luar biasa yang bermula pukul 7 petang semalam, yang turut mengakibatkan air di Kolam Tadahan Sungai Putat melimpah ke kawasan berhampiran.
Namun bacaan paras air di stesen bacaan di Batu Hampar, Sungai Putat masih berada pada paras amaran, katanya.
Di SEREMBAN, Seorang warga emas diselamatkan anggota bomba dan penyelamat dalam kejadian banjir kilat di Kampung Chedang, Rasah di sini malam tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Badrotamam Abd Rahim berkata lelaki berumur 80 tahun itu yang ketika itu berada bersama isterinya dibantu anggota bomba berikutan keadaannya yang lemah dan uzur.
Beliau berkata kawasan perumahan mereka terletak berdekatan sebatang sungai yang dinaiki air kira-kira satu meter.
Mangsa ditempatkan di rumah berdekatan.
Lima buah kawasan perumahan terjejas dalam banjir kilat di Seremban berikutan hujan lebat yang berterusan sejak pukul 6.30 petang semalam hingga 8.45 malam tadi.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Norazam Khamis berkata antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Chedang, Kampung Batu Tiga, Taman Rantau, Taman Happy Garden dan Kampung Kuala Sawah yang melibatkan 57 buah rumah.
Beliau berkata pihaknya turut membantu membersihkan lumpur di rumah yang terjejas. – BERNAMA
TOP
74 Unit Kuarters Musnah Dalam Kebakaran Di Inanam
KOTA KINABALU – Sebanyak 74 unit kediaman musnah dalam kebakaran melibatkan empat blok kuarters pekerja di Kampung Tatahan, Inanam dekat sini semalam.
Jurucakap bomba dan penyelamat negeri berkata kejadian berlaku kira-kira 6 petang yang puncanya belum diketahui.
Sebanyak 40 anggota bersama empat jentera digegaskan untuk memadam kebakaran. – BERNAMA
TOP
Pendaftaran GST Meningkat Kepada 159,943 Pada 23 Nov
KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 159,943 pada 23 Nov, meningkat 473 daripada hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Bilangan syarikat mendaftar bagi GST yang akan dilaksanakan pada 1 April tahun depan, kini mengatasi sasaran kerajaan sebanyak 140,000 menjelang akhir tahun.
Bagaimanapun, syarikat-syarikat yang masih belum mendaftar mempunyai masa sehingga 31 Dis, 2014, untuk berbuat demikian.
Perniagaan dengan perolehan jualan tahunan kurang daripada RM500,000 digalakkan mendaftar bagi GST, sekiranya perolehan mereka melebihi RM500,000 pada masa depan.
Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan Datuk Mat Noor Nawi menasihatkan syarikat-syarikat tersebut supaya mendaftar secara suka rela dengan Jabatan Kastam. – BERNAMA
TOP
Najib Tunaikan Janji – Liow Tiong Lai
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan pemimpin yang mengotakan apa yang dikatakannya apabila menegaskan bahawa sekolah vernakular Cina akan terus kekal, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata beliau menyambut baik kenyataan Najib yang memperkukuhkan hakikat bahawa kontrak sosial Malaysia adalah bersandarkan kepada keterangkuman.
“MCA menghargai kenyataan tegas Perdana Menteri yang menekankan bahawa pendidikan vernakular ialah sebahagian daripada manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,” kata Liow dalam kenyataan di ibu negara, Ahad malam.
Dalam wawancara khas dengan Mingguan Malaysia yang disiarkan Ahad, Najib yang juga Pengerusi BN menegaskan bahawa sekolah vernakular di negara ini akan kekal kerana penubuhannya ialah sebahagian daripada kontrak sosial negara.
Liow berkata kenyataan itu menunjukkan Najib menunaikan apa yang dijanjikannya dengan meminta semua rakyat Malaysia supaya memain peranan untuk membangunkan negara kerana mereka adalah sebahagian daripada masa depan kolektif.
“Ketika rakyat menjadi lebih peka tentang hak-hak demokratik mereka, BN harus menjadi lebih relevan dan menarik bagi populasi lebih besar dalam berdepan elemen tidak diingini yag cuba memecah belahkan perpaduan kita dan menghakis interaksi harmoni antara kaum.
“Semua rakyat Malaysia, terutama golongan muda, perlulah menangkis perlakuan seperti itu demi generasi akan datang,” kata beliau. – BERNAMA
TOP
Pemandu Maut Bas Ekspres Terbabas Dan Terbalik
MELAKA – Seorang pemandu bas ekspres maut manakala lima penumpang cedera ringan apabila bas itu terbabas dan terbalik di KM 174.1 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara di sini, lewat petang semalam.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, Mohd Hazuan Zaharia, 35, berasal dari Banting, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima penumpang lain dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata bas yang dalam perjalanan dari Johor Baharu, Johor menuju ke Melaka Sentral di sini, cuba mengelak sebuah kereta yang terbabas ke laluan bas berkenaan.
“Ketika kemalangan, tiada perlanggaran berlaku kerana kereta yang berada di hadapan bas tersebut terlebih dahulu telah terbabas dan melintang di laluan bas menyebabkan pemandu bas mengambil tindakan mengelak, hingga terbabas dan terbalik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – BERNAMA
TOP
Wartawan Bocor Keputusan Semi Final Gegar Vaganza?
Tentu ramai yang mula mengikuti program Gegar Vaganza yang menggantikan slot siri program realiti Akademi Fantasia 2014. Ia mula ditayangkan dua minggu lalu dan dikendalikan oleh Nabil serta Jihan Muse.
Program yang juga berkonsepkan nyanyian ini membariskan artis lama yang pernah ‘meletup’ suatu ketika dahulu sebagai peserta dan berentap merebut gelaran juara. Mungkin ada yang sedia maklum, program tersebut merupakan program rakaman yang telah direkodkan sebelum hari tayangan. Makanya, sebagai media, segala keputusan adalah ‘embargo’ dan tidak boleh didedah selagi ia tidak mendapat kelulusan.
Sayangnya, baru mula hendak mendapat tempat di hati penonton, seorang wartawan senior dikatakan telah mendedahkan penghibur yang layak ke peringkat final! Melalui satu artikel yang ditulis individu ini. dia menyenaraikan enam peserta yang berjaya di pusingan separuh akhir, iaitu Ifa, Rahmat Mega, Mamat Exist, Haleeda, Ayai Ilusi dan Fazli Zainal. Kalau betul apa yang telah ditulis oleh wartawan tersebut, maka elemen kejutan pastinya akan kurang dirasai, silap-silap rating pun boleh jatuh! – MYNEWSHUB.CC

Pemegang Pas UNHCR Maut Ditikam
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Myanmar mati dipercayai akibat ditikam di pinggang di Jalan Ampat Tin, Off Batu 4 1/2 Jalan Ipoh, di sini awal pagi ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Myo Thura, 27, ialah pemegang pas Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).
Ketua Polis Daerah Sentul, R. Munusamy berkata mangsa pulang ke rumah sewanya pada 1.30 pagi dalam keadaan berlumuran darah dan dibawa seorang rakan serumahnya ke sebuah klinik di Batu 3, Jalan Ipoh.
Selepas menerima rawatan, mangsa dibawa pulang dan kejadian itu dimaklumkan kepada pemilik rumah yang menghubungi polis.
“Bagaimanapun dia meninggal dunia dan doktor yang menjalankan pemeriksaan mendapati kesan tikaman di pinggang mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Munusamy berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan. Punca kejadian masih disiasat. – BERNAMA
TOP
Lelaki Maut Kereta Bertembung Treler Di Raub
KUANTAN – Seorang lelaki maut selepas keretanya melanggar besi penghadang jalan sebelum bertembung dengan treler di Kilometer 356, Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Raub pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Raub, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdul Razak berkata, Shaiful Sharil Ab Sawab, 35, dari Kampung Semangat, Maran mati di tempat duduk dalam kemalangan 7.30 pagi itu.
Dia dalam perjalanan dari arah Bentong menghala Raub.
Mayatnya dihantar ke Hospital Raub untuk dibedah siasat. – BERNAMA
TOP
Muhyiddin Garis Pelan Tindakan Pemulihan C. Highlands
CAMERON HIGHLANDS – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggariskan pelan tindakan bagi mengembalikan semula Cameron Highlands sebagai pusat peranginan utama di negara ini.
Timbalan perdana menteri yang juga pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Banjir Kilat di Cameron Highlands berkata pelan jangka pendek dan panjang itu termasuk pengawasan projek pembangunan dan aktiviti pertanian serta masalah pendatang tanpa izin (Pati) di tanah tinggi itu.
“Usaha ini bukan sahaja untuk memulihara alam sekitar malah mengembalikan zaman kegemilangan Cameron Highlands sebagai pusat peranginan dan pelancongan yang terkenal dengan kebersihan alam sekitar dan hutan semula jadi yang amat menarik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Banjir Kilat dan Tanah Runtuh Cameron Highlands di sini Isnin.
Beliau berkata bagi mengawasi pembangunan di Cameron Highlands, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa diminta meneliti semula Pelan Tempatan yang telah diluluskan sebelum ini supaya ia diperbaiki dan disesuaikan dengan keadaan semasa.
“Contohnya bagi pembangunan hartanah yang dikemukakan, kerajaan negeri bolehlah pertimbangkan atau hadkan penggunaan kawasan yang hendak dimajukan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Najib Senaraikan 3 Cabaran Dunia Kesalinghubungan
KUALA LUMPUR – Kebertanggungjawaban selepas revolusi maklumat, kurang bersosial dengan masyarakat setempat dan amalan diplomasi digital adalah tiga cabaran yang perlu dihadapi untuk membina, membangun dan mengekalkan sesebuah negara dalam dunia kesalinghubungan digital.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, teknologi maklumat telah berubah secara eksponen sehingga kebanyakan orang membawa dunia di dalam poket mereka menggunakan gajet komunikasi.
Najib berkata, manusia kini lebih bebas dari sebelumnya untuk berkongsi idea mengenai tadbir urus negara kepada masyarakat global dengan segera.
Diperkasakan dengan revolusi maklumat, beliau berkata mereka yang mempunyai akses internet boleh mendesak kerajaan mereka supaya lebih bertanggungjawab.
“Mereka boleh mengakses perangkaan, petunjuk dan perbandingan antarabangsa yang meluas. Mereka boleh membaca dan mempelajari pandangan dan falsafah politik daripada sistem yang berbeza di seluruh dunia.
“Jika mereka tidak berpuas hati dengan keadaan kerajaan mereka, mereka boleh dan memberitahu dunia mengenainya dengan menghantar gambar, video dan ‘hashtag’ dalam masa nyata untuk menyebarkan mesej mereka,” katanya semasa merasmikan Forum Antarabangsa Umno yang bertema “Dunia Kesalinghubungan Digital: Cabaran Dalam Pembinaan Negara” di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Isnin.
Cabaran kedua, Najib berkata semakin banyak rakyat yang berinteraksi dengan rakan, keluarga malahan orang yang tidak dikenali secara dalam talian, menggantikan masa yang diluangkan bersosial di dalam kehidupan sebenar.
Bagaimanapun, beliau berkata, pembinaan negara memerlukan penglibatan rakyat di dalamnya.
“Sebagai tindak balas, kami perlu mencari jalan yang baharu dan kreatif untuk memastikan rakyat terlibat dengan masyarakat setempat mereka dan merasakan mereka adalah sebahagian daripada negara sebagaimana mereka melakukannya kepada kumpulan Facebook mereka,” katanya.
Najib juga berkata, dalam dunia yang saling berhubungan, diplomasi yang merupakan satu proses kerajaan berinteraksi bagi pihak rakyat secara tersirat kini telah menjadi semakin terbuka dari sebelum ini.
Beliau berkata, perubahan telah berlaku daripada peringkat bawah dan atas.
“Daripada bawah, kerana pengeluaran beribu dokumen rahsia dalam talian telah mengubah perbincangan diplomatik dan umum buat selamanya. Kerajaan dan swasta kini tahu bahawa rahsia mereka boleh dikongsi bukan hanya dengan pesaing mereka tetapi dengan seluruh dunia dengan segera, kekal, tanpa diketahui sumbernya”, katanya.
Beliau berkata, perubahan dari atas berlaku kerana negara sendiri kini dalam talian berdasarkan kajian terkini lebih 150 negara memiliki akaun Twitter dan lebih daripada 500 menteri kerajaan mempunyai akaun Twitter.
“Dengan banyak orang yang menggunakan Twitter bagi pihak negara dan banyak perbincangan dalam talian, tidak dapat dielakkan kadang-kadang tindakan mengemas kini status, menghantar mesej di laman Twitter dan blog akan melepasi protokol diplomatik dan akal manusia,” katanya.
Bagaimanapun, Najib berkata, internet menyediakan peluang yang besar untuk pendidikan, pembangunan ekonomi dan hubungan sosial.
“Sebagai pemimpin dan parti, kami boleh memastikan bahawa internet, salah satu penemuan yang penting di zaman ini kekal sebagai salah satu alat yang paling bermanfaat dan kami boleh menggunakan kuasanya dalam usaha pembinaan negara,” katanya. – BERNAMA
TOP
Pemansuhan Subsidi Bahan Api Baik Untuk Ekonomi
PEMANSUHAN subsidi bahan api oleh kerajaan merupakan langkah positif, dan tidak memberi impak ketara ke atas ekonomi, kata firma penyelidikan.
RHB Research Institute berkata, firma itu yakin keputusan tersebut tepat, memandangkan ia dapat mengurangkan beban subsidi kerajaan, berikutan penurunan harga minyak mentah akan memberi impak negatif ke atas pendapatan daripada bahan api.
Ia juga memberi tekanan ke atas defisit bajet kerajaan. “Kami tidak menjangkakan langkah itu akan memberi impak ke atas ekonomi secara negatif, kerana kami yakin pengguna dan perniagaan boleh menyesuaikan dan biasanya dengannya.
“Penjimatan daripada subsidi bahan api kelak dapat digunakan untuk tujuan yang lebih produktif seperti pembangunan dan meningkatkan daya saing negara,” katanya dalam notanya hari ini.
Jumaat lepas kerajaan mengumumkan bahawa harga runcit RON95 dan diesel akan ditetapkan secara sistem apungan terkawal mulai 1 Disember.
Ia mungkin juga menimbang untuk memperkenal mekanisme subsidi bahan api bersasaran pelbagai peringkat kemudiannya jika harga kembali meningkat dan langkah itu bertujuan membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana menangani peningkatan kos hidup.
RHB Research berkata sistem apungan terkawal dijangka menghalang perniagaan daripada sengaja meningkatkan harga setiap kali subsidi bahan api dikurangkan.
Kenaikan harga bahan api oleh kerajaan memburukkan lagi inflasi dalam negara sejak tahun-tahun kebelakangan ini.
“Kami yakin pengukuhan pertumbuhan ekonomi dijangka menjadi pertimbangan yang lebih penting, relatif kepada inflasi untuk keputusan monetari pada 2015, berikutan persekitaran ekonomi global yang mencabar.
Sementara itu, Kenanga Investment Bank Bhd menjangkakan ia tidak memberi kesan ke atas inflasi memandangkan peningkatan harga bahan api pada Oktober sudah pun hampir kepada kadar tidak bersubsidi.
Ia berkata kedudukan ini juga memberi impak minimum ke atas dasar monetari dan firma itu yakin bahawa kebimbangan sebenar adalah mengenai pertumbuhan global yang lemah tahun depan.
“Bagaimanapun langkah itu sudah pasti akan membantu kerajaan menyepadukan fiskal dan memastikan sasaran defisit fiskal pada 3.5 peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada 2014 dan 3.0 peratus pada 2015, dapat dicapai,” katanya.
Kenanga mengekalkan unjuran inflasi pada 3.3 peratus tahun ini. – BERNAMA
TOP
Barangan Bernilai RM160 Ribu Dirampas Dalam Ops Harga Barang
KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang merampas barangan berjumlah RM168,000 dalam Ops Harga Barang sejak awal tahun sehingga semalam.
Pengarahnya Sharuddin Jali berkata rampasan adalah hasil pemeriksaan ke atas lebih 13,000 premis yang kebanyakan peniaganya gagal mematuhi peraturan harga.
Beliau berkata 292 kompaun dikeluarkan bernilai lebih RM74,000.- BERNAMA
TOP
Teknologi Tidak Berguna Jika Guru Tidak Berkeupayaan
KUALA LUMPUR – Penggunaan teknologi tidak akan dapat mempertingkatkan mutu pembelajaran pelajar jika gurunya tidak tidak bermotivasi dan berkeupayaan.
Penolong Setiausaha DAP, Zairil Khir Johari mendakwa, satu laporan United Kingdom (UK) pernah menyentuh mengenai penggunaan teknologi Virtual Learning Environment (VLE) dalam system pendidikan.
“Dalam laporan itu didapati sekolah hanya berjaya menunjukkan kemajuan dalam penggunaan VLE apabila guru dapat menggunakan alat e-pembelajaran dengan efektif dan penuh motivasi.
“Sebaliknya, apabila guru tidak dapat memaksimumkan potensi sistem itu murid tidak mendapat sebarang faedah. Dalam erti kata lain, kejayaan atau kegagalan sistem VLE bergantung kepada keyakinan dan kreativiti guru dalam menghasilkan bahan untuk murid,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Zairil mempersoalkan mengapa Kementerian Pendidikan mengurangkan peruntukan untuk pembangunan profesional guru daripada RM1.54 bilion tahun ini kepada RM961 juta pada tahun 2015 sedangkan peruntukan untuk teknologi maklumat meningkat sebanyak RM200 juta.
Beliau turut mempersoalkan mengapa perbelanjaan baharu yang dipanggil `Transformasi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan’ diperuntukkan RM250 juta bagi tahun 2015.
“Ia tidak jelas sama ada program ini melibatkan pembangunan guru,” dakwanya. – mynewshub.cc
TOP
Program Rumah Transit Hasil Suara Pemuda UMNO – KJ
KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Program Rumah Transit 1Malaysia membuktikan suara Pemuda UMNO didengari oleh kerajaan terutama Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, program itu pada awalnya disuarakan oleh Pemuda UMNO dan Menteri KPKT, Datuk Abdul Rahman Dahalan menerima serta melaksanakan cadangan itu.
“Alhamdulillah suara Pemuda UMNO didengari Menteri KPKT. Beliau dengan segera menerima idea tersebut dan menyediakan dua blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang baharu siap di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai Rumah Transit 1Malaysia yang pertama.
“Hari ini terdapat 632 unit Rumah Transit 1Malaysia disediakan dengan keluasan 650 kaki persegi setiap unit. Rumah ini sedia untuk diduduki pada Januari 2015,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khairy menjelaskan, kadar sewa rumah itu cuma RM250 sebulan dan tempoh sewaan adalah selama dua tahun.
Menurutnya, pemohon yang layak adalah pasangan berumur 30 tahun ke bawah; tidak mempunyai rumah sendiri di Kuala Lumpur, bekerja di Lembah Klang dan mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah setiap bulan.
Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada Abdul Rahman kerana mengumumkan akan menyediakan lebih banyak Rumah Transit 1Malaysia termasuk di Kepong, Johor Baharu, Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu.
Jelasnya, walaupun Rumah Transit 1Malaysia bersifat jangka pendek tetapi kerajaan menyediakan Skim Perumahan Belia, Skim Rumah Pertamaku, Bandar Belia atau 1Malaysia Youth Cities dan pembinaan lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan muda.
“Rumah transit merupakan langkah `complimentary’ kepada program jangka masa panjang. Program rumah transit dapat menyediakan rumah di kawasan strategik dengan kadar sewaan yang rendah untuk pasangan belia sementara mereka mencari rumah untuk dimiliki.
“Berdasarkan permohonan yang diterima setakat ini, ramai pasangan yang minat untuk menyewa rumat transit ini,” katanya. – mynewshub.cc
TOP
27 Kawasan Petaling Bakal Terjejas Bekalan Air
KUALA LUMPUR – Kira-kira 7,035 akaun pengguna di Petaling di sini akan mengalami gangguan bekalan air pada 28 November ini.
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, gangguan bekalan air itu akibat kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air di Subang Bestari.
“Sebahagian kawasan Petaling membabitkan kira-kira 7,035 akaun pengguna di 27 kawasan akan mengalami gangguan bekalan air sementara, akibat kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air.
“Kerja-kerja itu melibatkan penggantian enam Injap ‘inlet’ dan ’outlet’ di Kolam Talu (Bandar Pinggiran Subang), Subang Bestari,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Priscilla berkata, kerja-kerja menaik taras sistem bekalan air dijangka menyebabkan gangguan bekalan air dari pukul 9 pagi hingga 9 malam.
Kawasan terlibat adalah Jalan Qamari, Jalan Matahari, Jalan Kejora, Jalan Waruna, Jalan Musytari, Jalan Bumi, Jalan Uranus, Jalan U5/33, Jalan Suria, Jalan Dinar, U3; Jalan Tasik Raja Lumu, U4; Jalan Apollo, Jalan Bulan, Jalan Utarid, Taman Nusa Subang, Taman Subang Idama dan Taman Puteri Subang.
Turut terjejas bekalan air adalah Bandar Pinggiran Subang, Taman Subang Kristal, Subang Impian, Taman Desa Subang, Jalan Pluto, Subang Suria, Taman Subang Intan, Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, Mahkamah Syariah Daerah Petaling dan Pangsapuri Flora.
Sehubungan itu, Priscilla menasihat pengguna di kawasan terlibat menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan air sementara itu serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.
“Syabass meminta para pengguna yang menghubungi Pusat Panggilan Syabas (Puspel) agar bersabar jika terpaksa menunggu lebih lama sedikit sebelum panggilan dijawab berikutan kesesakan talian,” katanya. – mynewshub.cc
TOP
Budak Mati Ditembak Polis Gara-Gara Pistol Mainan
MALANG menimpa seorang budak lelaki berusia 12 tahun maut ditembak selepas pihak polis menyangkakan pistol di tangannya adalah pistol sebenar.
Tamir Rice dari Cleveland, Amerika Syarikat, meninggal dunia semalam akibat insiden itu selepas pihak polis bertindak sebaik menerima panggilan mengatakan ada seorang budak menghalakan pistol di sebuah taman rekreasi kanak-kanak.
Pistol yang digunakan Tamir
Menurut pihak polis, sebaik sampai di tempat kejadian, budak itu disuruh menyerah diri tetapi sebaliknya berlaku apabila Tamir terus menghalakan pistol mainan ke arah anggota polis yang terlibat. Panik dengan situasi itu, polis telah melepaskan dua tembakan yang mengenai budak malang itu. Sehubungan itu, dua anggota polis yang terlibat dengan kes itu telah digantung tugas serta-merta bagi melancarkan siasatan kes yang mengejutkan penduduk di kawasan kejiranan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

DPPM Dakwa Subsidi Minyak Bukan Berbentuk Wang
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa kerajaan sebenarnya tidak mengeluarkan wang untuk memberi subsidi minyak kepada rakyat selama ini.
Ketuanya, Suhaizan Kayat mendakwa, subsidi yang dimaksudkan itu cuma kerajaan tidak mendapat keuntungan cukai jualan daripada jualan minyak yang telah diproses.
“Ramai yang faham subsidi minyak tu kerajaan buat keluar duit hasil pendapatan sedia ada untuk dibayar ke minyak.
“Sebenarnya, subsidi minyak ini hanyalah kerajaan tidak mendapat untung tertentu (cukai jualan) dari jualan minyak diproses kepada rakyatnya,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suhaizan bagaimanapun mendakwa, kerajaan sebenarnya masih mendapat keuntungan kerana hasil jualan minyak mentah Petronas.
Beliau dalam pada itu menyindir tindakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob kerana memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia sedangkan kedua-dua mereka dalam pihak yang sama.
Media sebelum ini melaporkan Utusan Malaysia menerima surat bertarikh 18 November 2014 daripada syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman sebanyak RM15 juta. – mynewshub.cc
TOP
Kerajaan Campur Tangan Bila Minyak Naik
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan campur tangan jika harga minyak mentah dunia naik terlalu tinggi bagi mengurangkan kesan terhadap petrol RON95 dan diesel.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata, bagaimanapun, mekanisme campur tangan itu belum dimuktamadkan dan proses penilaian yang dilaksana oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan masih berlangsung.
“Langkah kerajaan membiarkan kuasa pasaran menentukan harga bahan api menerusi kaedah pengapungan terkawal bertujuan membolehkan pengguna menikmati trend penurunan harga minyak global sekarang.
“Mekanisme pengapungan terkawal itu yang akan dikuat kuasa 1 Disember ini diumum Jumaat lepas, menggantikan pelan awal kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar mengikut pendapatan,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pasaran Modal Malaysia Ke-19, di sini hari ini.
Katanya, dengan harga minyak semasa yang rendah, jika tidak diumumkan pengapungan bermakna kerajaan harus mengenakan cukai terhadap petrol. Ini bukan yang mahu kita capai.
Sebagai perbandingan, Chua berkata Indonesia mengenakan harga RM2.35 seliter bagi petrol bergred rendah RON88 manakala premium RON92 dan RON95 masing-masing pada RM2.70 dan RM3.20 seliter, iaitu jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia, disebabkan cukai.
Beliau percaya harga minyak dunia tidak akan meningkat dalam masa terdekat, selain kenyataan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum juga tidak membayangkan pengurangan eksport.
“Bagaimanapun, kami akan terus memantau perkembangan bagi memastikan pengapungan harga bahan api tidak menjadi beban tambahan kepada rakyat. Kerajaan juga memperuntuk bajet subsidi sekitar RM37 bilion tahun depan.
“Jika ada trend kenaikan harga minyak, kerajaan akan meneliti mekanisme lain, sama ada menerusi subsidi atau bantuan, bagi memastikan rakyat tidak terjejas teruk,” kata Chua.
Beliau berkata kejatuhan harga minyak dunia turut menyumbang kepada penjimatan antara RM10 bilion dan RM20 bilion setahun dari segi subsidi memandangkan setiap bulan RM2 bilion dibelanjakan untuk tujuan itu. – BERNAMA
TOP
Kerajaan Bukan Samseng – Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR – “Kerajaan bukan samseng. Kami tidak sewenang-wenangnya menahan sesiapa tanpa bukti kukuh,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Demikian reaksi beliau terhadap dakwaan kerajaan menggunakan Akta Hasutan 1948 untuk menutup kritikan terhadapnya dan menggunakan kuasa di tangan ke atas pembangkang sebagai cara untuk mengekalkan pemerintahan.
Beliau berkata daripada kesemua kritikan terhadap penahanan dan tindakan ke atas mereka yang menyebarkan kebencian, pembohongan dan fitnah, rata-rata rakyat Malaysia menyokong tindakan itu kerana sedar tentang bahaya yang dibawa oleh golongan ini.
Berucap di Forum Antarabangsa Umno bertemakan Kesalinghubungan dan Media Sosial : Memperkasakan Rakyat Untuk Membina atau Memecahbelahkan Negara, di sini pada Isnin Ahmad Zahid berkata Malaysia sedang diancam oleh mereka yang menggunakan internet untuk menyebarkan pembohongan, fitnah dan kebencian.
Beliau berkata tidak seperti negara lain, negara ini bukannya negara berasaskan satu kaum dan sebagai sebuah negara berbilang bangsa dan agama, ia memerlukan kerajaan untuk memantau aktiviti di alam internet dan perbuatan yang tidak menyenangkan.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata kerajaan perlu tegas dalam membanteras sebarang unsur yang sememangnya berbahaya kepada pembinaan negara.
Beliau berkata setiap rakyat Malaysia perlu mematuhi undang-undang, peraturan yang mengikat mereka daripada melakukan sebarang kenyataan perkauman dan provokasi kerana kesannya tidak sanggup diterima oleh setiap orang.
“Kami telah belajar daripada rusuhan kaum 1969, dan kami juga belajar daripada beberapa insiden melibatkan golongan ekstremis agama dan masyarakat.
Kesemua ini membuatkan kami mengenakan undang-undang yang ketat untuk mengelakkan rumah daripada roboh,” katanya.
Beliau berkata dalam menguatkuasakan undang-undang, kerajaan tidak dan tidak akan bersikap berat sebelah dan dalam bahasa mudah kerajaan tidak berkompromi apabila menyentuh keselamatan dan kestabilan negara.
Ahmad Zahid yang juga seorang panel di forum itu turut menekankan walaupun kerajaan bersetuju memansuhkan Akta Hasutan dan memperkenalkan satu akta baharu, beberapa peruntukan dalam Akta Hasutan perlu dikekalkan bagi menjadikan akta baharu itu lebih tegas untuk menegah mereka yang cuba melanggarnya.
“Dalam melakukannya, kerajaan akan mengambil kira maklum balas dan cadangan daripada semua pihak dalam masyarakat, termasuk daripada pembangkang,” katanya.
Forum itu yang dianjurkan sempena Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Isnin.
Persidangan selama dua hari itu disertai 127 perwakilan asing daripada 34 parti mewakili 22 negara dan kor diplomat dari hampir 70 negara. – BERNAMA
TOP
Delegasi Puji Usaha UMNO Anjur Forum Antarabangsa
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri, Najib Razak bergambar dengan delegasi luar negara pada Forum Antarabangsa " A Hyperconnected World, Challenges in Nation Building", sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC, Kuala Lumpur. - Foto Abdullah Yusof
KUALA LUMPUR – Delegasi ke Forum Antarabangsa bertemakan ‘Dunia Kesalinghubungan Digital: Cabaran Dalam Pembinaan Negara’ di sini hari ini memuji Umno atas daya usahanya menganjurkan acara yang berinformasi dan interaktif itu. Mereka turut berbesar hati berpeluang menghadiri majlis itu dan berhasrat untuk berkongsi pengetahuan yang diperoleh dengan masyarakat di negara mereka kelak. Seorang wakil dari Kazakhsthan, Erlan Madiyer berkata, forum itu menjadi wadah bagi peserta untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam mengendalikan Internet serta media sosial yang pantas berkembang. “Perbincangan di sini akan membantu kami dalam memperjelaskan cabaran dan mewujudkan kesepakatan tentang cara terbaik untuk mendepaninya. “Forum hari ini bagaikan perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang kecil apabila begitu banyak negara berkumpul dalam satu dialog interaktif yang memberi peluang kepada semua peserta untuk berkongsi idea serta pandangan berbeza,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. Forum itu, yang menyaksikan penyertaan 127 wakil daripada 34 parti politik di 22 negara, menyediakan peluang kepada mereka untuk saling mempelajari pengalaman berharga dalam menguruskan cabaran di negara masing-masing. Ia diadakan bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Anggota Cambodian People Party, Eng Huy Leng percaya forum itu dapat menjadi landasan bagi setiap negara untuk menjalin kerjasama bagi mengelak daripada berdepan masalah. “Ia forum yang sangat baik. Satu usaha amat baik yang memberi kami peluang untuk bekerjasama dan menimba ilmu. Umno menyelaraskan forum bagi semua delegasi berkongsi idea dan kepakaran,” katanya. Sementara itu, seorang peserta dari Republik Azerbaijan, Sevinj Fataliyeva percaya forum akan memberi manfaat kepada semua negara terbabit selepas mendengar ucapan berinspirasi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sevinj berkata setiap negara mempunyai cara tersendiri untuk mewujudkan kesedaran berkaitan toleransi dalam sebuah negara majmuk dan beliau berharap selepas forum berakhir, masyarakat akan lebih bertimbang rasa serta menghormati pegangan agama orang lain. “Sebagai seorang daripada anggota panel hari ini, Saya akan menyentuh tentang merealisasikan suara rakyat dan bagaimana kerajaan Azerbaijan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan yang mewakili suara rakyat dalam menggubal dasar negara,” katanya. Anggota panel dari Turki, Kenan Capik berharap forum itu akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah global dalam membangunkan serta melestarikan negara dalam dunia kesalinghubungan digital. “Saya akan turut mewakili negara saya dalam berkongsi tentang pendekatan agama yang digunakan di Turki dalam mengendalikan isu politik. Kami percaya pendekatan ini memberi keadilan kepada rakyat dan menyumbang kepada pembangunan negara. Anggota Wiper Democratic People Party dari Kenya, Kimoli Fedrick Kiema berkata forum itu akan membantu negara membangun untuk mengenal pasti potensi Internet dan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam menambah baik kesejahteraan rakyat. “Saya berpendapat forum ini adalah baik, terutamanya dalam membantu negara kami (Kenya) dan negara di Afrika untuk menangani dunia internet tanpa sempadan, dan Malaysia adalah contoh yang baik bagi Kenya untuk membangun dalam semua sektor,” katanya. Duta Argentina di Malaysia, Maria Isabel Rendon menyifatkan forum itu sebagai tepat pada masanya memandangkan sempadan fizikal dunia tidak lagi wujud dengan adanya kemajuan teknologi. – BERNAMA

Kedah Perkenal Jersi Baharu Skuad Hijau Kuning
KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengumumkan rekaan dua jersi baharu yang akan digunakan oleh pemain skuad hijau kuning pada musim hadapan.
KFA dalam satu kenyataan memberitahu, jersi baharu pasukan Kedah itu direka oleh pemenang Pertandingan Rekaan Jersi Skuad Kedah 2015.
“Rekaan jersi yang dipilih akan menjadi jersi kebanggaan skuad hijau kuning musim 2015 dalam mengharungi kancah Liga Premier, Piala FA dan Piala Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini. Menurut kenyataan itu, pemenang bagi rekaan jersi `home game’ adalah Mohamad Hafizie Noraziz, jersi `away game’ (Harith Hashim) dan jersi `third’ (Mohamad Yusri Saad). – mynewshub.cc

Dua Pemain Harimau Muda A Sertai JDT
KUALA LUMPUR – Dua pemain pertahanan tengah dan sayap kiri Harimau Muda A sah akan menyertai Johor Darul Takzim (JDT) bagi membantu pasukan itu dalam aksi musim depan.
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dalam satu kenyataan memberitahu, dua pemain itu ialah Mohammad Amer Saidin dan Fandi Othman.
“Bekas pemain pertahanan tengah dan sayap kiri Harimau Muda A yang beraksi cemerlang dalam kejohanan Sukan Asia Incheon, Korea Selatan yang lalu, Mohammad Amer dan Fandi sah menjadi pemain terbaru.
“Mereka bakal menyarung jersi pasukan Harimau Selatan bagi mengharungi musim 2015,” kata kenyataan itu hari ini.
Semalam PBNJ menggumumkan pemain pertahanan Singapura, Baihakki Khaizan kembali menyaring jersi Harimau Selatan bersama pasukan JDTII dalam Liga Malaysia 2015.
Beliau akan membantu memperkuatkan barisan pertahanan JDTII disamping diberi peranan membantu pemain muda Johor menimba pengalaman. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Semakan Semula Perintah Gaji Minimum
KUALA LUMPUR – Hasil semakan semula terhadap pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 dijangka dapat dimuktamad dan dibentang Kementerian Sumber Manusia selewat-lewatnya awal tahun depan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, semakan semula itu mengambil kira pelbagai aspek termasuk situasi ekonomi semasa serta impak pelaksanaan kadar tersebut terhadap majikan terutama syarikat kecil.
“Proses mengkaji semula Perintah Gaji Minimum 2012 ini dibuat seperti yang diperuntukkan dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) 2011,” katanya menjawab soalan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) berkenaan status keputusan semakan semula penyelarasan skim gaji minimum 2012.
Ismail berkata, Akta MPGN 2011 memperuntukkan bahawa semakan semula skim itu perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun dengan mengambil kira pandangan pihak majikan, pekerja, Bank Dunia dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
Beliau berkata pelaksanaan skim gaji minimum yang mampu memberi manfaat kepada kira-kira 13.5 juta pekerja swasta di negara ini telah digazetkan pada 16 Julai 2012, namun sebahagian besar majikan belum bersedia melaksanakannya. – BERNAMA
TOP
Sanggup Lukis Tatu Restoran Untuk Makan Percuma Setahun
Glasgow – Hanya kerana ingin bapanya menikmati hidangan kari percuma di sebuah restoran selama setahun, seorang wanita sanggup mencacah tatu restoran berkenaan di bahagian pinggang sebagai hadiah kepada lelaki berkenaan.
Beth Faulds, 30, melukis rekebantu unik restoran tersebut sebagai hadiah kepada bapanya, Norman, yang juga pelanggan tetap di restoran berkenaan sejak 50 tahun lalu.
Dia berbuat demikian selepas melihat pemilik restoran Shish Mahal itu menulis dalam Facebook bahawa dia menjanjikan kari percuma kepada sesiapa yang sanggup mencacah tatu restoran berkenaan.
“Adalah sukar untuk saya membeli hadiah kepada bapa saya kerana setiap benda yang saya beli akan dilupakannya. Jadi saya mendapat idea berkenaan untuk bapa saya,’’ katanya.
Dalam pada itu, Norman, 66, berkata, dia mengunjungi restoran berkenaan sejak dia belajar di Universiti Glasgow pada 1967.
“”Saya melihat pekerjanya bertukar ganti tetapi restoran ini tetap konsistan sejak ia pertama kali dibuka.
“Sekarang selepas mendapat hidangan percuma, saya boleh mengunjunginya pada bila-bila masa. Cuma saya takut saya akan menjadi seperti dinasour apabila ia melibatkan makanan dan saya sering makan hidangan kambing Methi,’’ katanya.
Restoran Shish Mahali turut menyediakan hidangan ayam masala dan ia sering menjadi tumpuan selebriti termasuk aktor Billy Boyd, pelawak comedian Kevin Bridges serta bintang Hollywood, Morgan Freeman.-mynewsub
TOP
Belajar Guna Buku Elektronik Bikin Pelajar Jadi Bengap?
GAMBAR HIASAN
KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah rancangan Kementerian Pendidikan mahu melaksanakan kaedah pembelajaran menggunakan buku elektronik sepenuhnya bagi menggantikan kaedah pembelajaran menggunakan buku bercetak. Pengerusi Biro Pendidikan PKR, Abas Awang mendakwa, penggunaan buku elektronik akan membunuh kreativiti pelajar semasa proses pembelajaran mereka dan menghalang keupayaan mereka untuk berfikir. “Hal ini berlaku kerana proses pembelajaran menggunakan buku elektronik akan mengakibatkan hubungan antara guru dan pelajar menjadi renggang. Kurang hubungan langsung antara pelajar dan guru rasa hormat pelajar terhadap guru juga akan semakin berkurangan. “Konsep mendidik pelajar oleh guru akan menjadi semakin longgar, perhubungan mereka menjadi tidak mesra. Guru-guru akan gagal membentuk peribadi pelajar, bukan sahaja untuk menjadikan mereka lebih berdisiplin tetapi juga pelajar akan gagal untuk dibentuk menjadi manusia yang beradab dan berakhlak,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini. Abas mendakwa, Biro Pendidikan menjangkakan rancangan baharu itu mengalami kegagalan seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menelan perbelanjaan hampir RM 10 bilion. Beliau mendakwa, walaupun dunia buku elektronik berkembang pesat tetapi dunia penerbitan buku bercetak masih terus diterima sebagai kaedah penyampaian ilmu yang sangat berkesan di dunia ini. “Hal ini kerana psikologi pembaca atau pelajar masih percaya bahawa penerbitan buku bercetak masih menjadi kaedah penyampaian ilmu yang terbaik. “Dengan halangan psikologi tersebut kaedah pembelajaran melalui buku elektronik akan menjadi tidak berkesan dan akan mengakibatkan pembaziran sumber kewangan apabila peralatan yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya,” dakwa beliau. – mynewshub.cc

DAP Tewas, Adun Bangi (PAS) Timbalan Speaker Selangor Baharu
SHAH ALAM – Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi dari PAS, Mohd Shafie Ngah dipilih sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang baharu.
Pemilihan itu dibuat menerusi undian sulit dan keputusannya diumumkan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh pada mesyuarat ketiga penggal kedua sidang dewan yang bermula hari ini.
Mohd Shafie menerima 28 undi berbanding 14 undi yang diperoleh Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dari DAP yang turut dicalonkan untuk jawatan itu.
Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata semua 12 Adun Barisan Nasional mengambil sikap berkecuali dan tidak mengundi.
Kerusi timbalan speaker kosong berikutan penyandangnya Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).
Pada sidang kali ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali akan membentangkan Bajet Negeri 2015, kali pertama selepas dilantik ke jawatan itu pada 23 Sept lepas. – BERNAMA
TOP
Akim Ungguli Anugerah Komposer Muda Berpotensi MACP
KUALA LUMPUR – Undian peminat membolehkan penyanyi dan komposer Akim mengungguli Anugerah Komposer Muda Berpotensi pada malam ulang tahun Jubli Perak Badan Pelindung Hak Cipta Malaysia (MACP) di sini, Ahad malam.
Peminat juga memilih Yuna untuk menerima Anugerah Persembahan Terbanyak bagi kategori lagu Inggeris ‘I Wanna Go’ manakala kategori lagu Melayu dimenangi gandingan Zizan dan Kaka menerusi lagu ‘Bawaku Pergi’.
Mereka adalah antara 11 penerima anugerah MACP termasuk Anugerah Khas kepada Pelesen dan Ejen badan itu bagi menghargai penglibatan mereka.
Syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd pula menerima Anugerah Penerbit Tempatan dengan Pendapatan Terbanyak manakala Syarikat EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd menerima Anugerah Penerbit dengan Pendapatan Terbanyak.
Karyawan terkemuka negara Habsah Hassan memenangi Penulis Lirik dengan Pendapatan Terbanyak sementara anggota KRU iaitu Edry Abd Halim mengungguli anugerah Komposer dengan Pendapatan Terbanyak.
Anugerah lain ialah lagu Cina Persembahan Terbanyak yang dimenangi oleh Fuying dan Sam dengan lagu ‘Fen Kai Yi Hou’, Kategori Pendapatan Luar Negara Tertinggi diungguli Michael Wong dengan lagu ‘Tong Hua’.
Anugerah Lagu Luar Negara Persembahan Terbanyak diberikan kepada lagu ‘I Got A Boy’ nyanyian kumpulan Girl’s Generation dari Korea Selatan dan komposer terkemuka Saari Amri pula dipilih memenangi Anugerah Nadi Cipta.
Anugerah MACP merupakan penghargaan kepada penggiat seni yang banyak menyumbang hasil karya untuk perkembangan industri seni negara.
Hasil royalti yang dikutip oleh MACP adalah daripada persembahan muzik di stesen-stesen televisyen dan radio, konsert, majlis makan malam dan lain-lain organisasi yang dilesenkan oleh badan berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi MACP Habsah Hassan berkata sambutan ulang tahun Jubli Perak MACP membuktikan industri muzik Malaysia berpotensi untuk berkembang.
Sambil meminta anggota-anggota MACP supaya terus menghasilkan karya terbaik, beliau berharap mereka dapat membuktikan anak Malaysia dapat menghasilkan karya-karya bertaraf dunia yang mengharumkan negara.
“MACP juga akan berusaha memastikan anggota kami diberikan bayaran setimpal dengan usaha dan kreativiti mereka,” katanya.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Naib Pengerusi MACP Ahmad Izham Omar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima. – BERNAMA
TOP
Wanita Diugut Bunuh, Cuba Rendam Kucing Dalam Air
Swansea – Seorang wanita dihujani dengan ancaman keganasan terutama daripada pencinta haiwan apabila dia memuat naik dalam Facebook gambar kucingnya yang dimasukkan ke ke dalam bakul dan direndam dalam tab mandi mengandungi separuh air.
Wanita dari Swansea, South Wales itu berbuat demikian kerana mendakwa kucingnya itu telah makan pizzanya. Ia menyebabkan dia dihujani kemarahan selepas hanya beberapa minit memuat naik gambar berkenaan. Malah lebih 3,000 petisyen ditandatangani secara dalam talian meminta agar wanita itu dikenakan tindakan undang-undang kerana melakukan keganasan terhadap haiwan. Ada antara mereka yang berkongsi alamat rumahnya melalui dalam talian. Susulan itu pihak berkuasa telah menyiasat wanita berusia 22 tahun itu dan berpuas hati bahawa kucing tersebut tidak berada dalam keadaan membahayakan. “ Kami ingin memaklumkan bahawa kami telah membuat siasatan susulan gambar dalam Facebook itu. Kami juga sudah bercakap dengan wanita berbabit mengenai insiden berkenaan. “Kami amat berterima kasih kepada orang ramai yang membawa perkara ini kepada perhatian pihak berkuasa dan nasib baik kucing berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan,’’ kata pihak berkuasa.-mynewsub

Jatuh Bangun Semula, Jimmy Shanley Genggam Sarjana
Jimmy Shanley menyifatkan isterinya, Mariam Jamilah merupakan pencetus semangat untuk meneruskan kehidupan lebih jaya.
Setelah melalui ranjau perkahwinan yang perit sehingga kes penceraiannya dicanang di media, pengacara dan juruhebah, Jimmy Shanley, 34, kini bangkit semula dari ‘rebah’. Buktinya, figura itu berjaya mengenggam segulung sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan (MBA) yang diberikan sendiri oleh Pro Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-81, Ahad lalu. “Kegagalan rumah tangga memang memeritkan namun ia mengajar saya untuk bangkit semula setelah mengalami kekecewaan dalam kehidupan,” ujarnya kepada portal Persatuan Alumni UiTM. Katanya lagi, “Sebagai manusia biasa, saya tidak mahu terus melayan perasaan kecewa dan kegagalan rumah tangga menguatkan semangat saya untuk belajar dan terus belajar hingga saya mengambil keputusan meneruskan niat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana yang tergendala pada 2005.” Dia yang merancang untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat Doktor Falsafah empat tahun lagi berkata, isterinya kini, Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27, adalah inspirasi untuk meneruskan cita-cita dan kembali menjalani kehidupan normal.
Uniknya, sebelum Jimmy bertemu Mariam, dia terlebih dahulu mengenali ibu mertuanya, Prof. Dr Zuriah Abdul Rahman yang merupakan pensyarah di Arshad Ayub Business School UiTM. Malah, ibu mertuanya itu merupakan individu yang menemuduganya ketika sesi pemilihan sebelum layak menyambung pengajian. “Sudah tertulis jodoh saya untuk berkahwin dengan anak penemuduga saya. Saya bersyukur mengecap dua kebahagiaan tahun ini iaitu bernikah dengan sekali lafaz isteri tercinta dan menggenggam kelulusan MBA di dalam konvokesyen hari ini.” Tahniah diucapkan buat Jimmy Shanley atas kejayaannya mengenggam segulung Sarjana! – MYNEWSHUB.CC

Kejam.. Dibunuh Hingga Isi Perut Terburai Guna Pisau Madura
Kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemui dalam keadaan amat mengerikan dengan keadaan isi perutnya terburai di Angsana Ipoh Mall, semalam. Insiden tragis yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang ini sekaligus menggemparkan pengunjung di pusat beli-belah tersebut. Mangsa yang ditikam dengan senjata tajam, dipercayai pisau madura meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Mangsa yang dikenali sebagai Al Amin, 30, dikatakan bersama teman wanitanya ke premis tersebut untuk berkaraoke. Bagaimanapun, selepas berkaraoke mangsa didatangi sekumpulan 10 hingga 15 warga Indonesia sebelum tiba-tiba berlaku pertengkaran hingga menyebabkan pergaduhan. Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa dipercayai dibelasah sebelum ditikam di perut dengan senjata tajam. “Sebaik mendapat maklumat mengenai kejadian, anggota dari Balai Polis Sungai Senam ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah terbaring berlumuran darah, sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan. Namun sebaik sampai hospital mangsa disahkan sudah meninggal dunia,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Susulan kes ini, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca dan motif sebenar pembunuhan tersebut. Pada masa sama, pihak polis giat menjalankan siasatan untuk mengenalpasti suspek dan meminta bantuan orang ramai jika ada melihat kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Item Eksotik Yang Dijual Kat Pasar Raya Di China
Ketika melangkah ke mana-mana pasar raya pun, selalunya pengguna akan mendapati item yang dijual lebih kurang sama dengan pasar raya lain, yang berbeza mungkin cuma tawaran harga.
Namun, suasana di sesetengah pasar raya di China berbeza apabila sesetengah item yang dijual merupakan bahan mentah yang terlalu pelik, eksotik dan menakutkan untuk ditemui di tempat lain!
Contohnya seperti di bawah ini:
1. Bukan calang-calang jerung yang dijual, tetapi jerung putih yang dikenali sebagai pemangsa ganas di dasar laut.
2. Anak buaya ini bukan hiasan tetapi pastinya untuk jualan. Fikir-fikir balik, mesti susah nak siang kulit buaya ni kan?
3. Anda bukan berada di zoo tau, tetapi di pasar raya! Ya, katak, kura-kura dan penyu ini memang untuk dijual kepada penggemar makanan eksotik.
4. Cuba teka ini apa? Ya, hidung khinzir juga ada peminatnya sendiri.
5. Longgokan daging yang dijual di bahagian ini merupakan daging campur yang tidak dinyatakan jenis haiwan. Kalau lembu atau kambing, okaylah. Tapi kalau daging tikus, kucing atau anjing, tak ke kes naya?
6. Bahagian ini menjual pelbagai jenis telur dari pelbagai haiwan.
7. Mungkin air berperisa cola ataupun strawberi terlalu biasa, maka di pasaran China ada dijual air berperisa daging itik, burger keju dan macam-macam lagi yang tak terjangkau dek akal. - MYNEWSHUB.CC

10 Foto Pemenang Anugerah Wildlife Photographer 2014
Bagi menghargai jurugambar seluruh dunia pelbagai acara dan pertandingan diadakan bagi mengiktiraf hasil kerja mereka.
Salah satunya, acara tahunan untuk menghargai para jurugambar khususnya Wildlife Photographer yang telah berlangsung di London Natural History Museum. Pada acara ini seramai 10 jurugambar dinobatkan sebagai pemenang Wildlife Photographer 2014 dalam pelbagai kategori. Diadili oleh juri berkaliber dalam dunia fotografi, setiap gambar yang diangkat sebagai pemenang dianggap cemerlang mempamerkan signifikasi berbeza dan mempunyai makna tersendiri. Apa yang pasti, tak mudah untuk menjadi wildlife photographer yang sebenar jadi gambar yang berjaya menangkap perhatian juri dah pastilah bukan calang-calang. Mari kita saksikan foto yang memenangi anugerah fotografi yang berprestij ini bagi tahun 2014.
1. Wildlife Photographer of the Year dan Kategori Black and White: The last great picture (Michael ‘Nick’ Nichols)
2. Kategori Mammals: The mouse, the moon and the mosquito (Alex Badyaev)
3. Kategori Plants and Fungi: Glimpse of the underworld (Christian Viz)
4. Kategori Invertebrate: Night of the deadly lights (Ary Bassous)
5.Kategori World in our Hands: The price they pay (Bruno D’Amicis)
6. Kategori World in our Hands: The longline lottery (Rodrigo Friscione Wyssmann)
7. Kategori Natural Design : Cardinal sparks (Patrik Bartuska)
8. Kategori Earth’s Environment : Apocalypse (Francisco Negroni)
9. Kategori Birds : Touché (Jan van der Greef)
10. Pemenang kedua Wildlife Photographer 2014: Stinger in the sun (Carlos Perez Naval)
Oleh: FARAH / MYNEWSHUB.CC

Majlis Kahwin Paling Cool.. Dihadiri Ramai Superhero
Majlis perkahwinan adalah peristiwa paling bersejarah dalam hidup pasangan yang berjaya menyatukan cinta mereka.
Maka, bermacam-macam idea dilakukan pada hari perkahwinan bagi menjadikannya saat paling bermakna dan sukar dilupakan bukan sahaja buat pasangan pengantin tetapi juga jemputan yang diundang. Bagi pasangan Ali Butrym dan Ryan Jeziorski, minat mendalam terhadap dunia superhero telah membuatkan mereka memilih tema Batman pada hari perkahwinan. Pasangan berasal dari Fort Worth, Texas itu disatukan oleh paderi yang memakai kostum Batman manakala Ali dan Ryan masing-masing memakai kostum watak Harley Quinn dan Joker. Lebih menarik, para tetamu turut hadir memeriahkan majlis dengan mengenakan kostum superhero terkenal lain.
Kemunculan bapa pengantin yang memakai helmet Iron Man ketika mengiringi anak perempuannya turut mencuit hati tetamu yang hadir.
Menurut pengantin, mereka sendiri terkejut melihat tetamu yang dijemput begitu sporting apabila datang dengan mengenakan kostum superheroes pilihan mereka. Sudah pasti, majlis ini akan jadi antara majlis kahwin paling sukar dilupakan bukan sahaja oleh pengantin tetapi juga kawan-kawan dan sanak saudara yang hadir. - MYNEWSHUB.CC

AMA2014 Milik One Direction, Berjaya ‘Tapau’ 3 Anugerah
Anugerah Muzik Amerika 2014 (American Music Awards) yang berlangsung semalam menyaksikan kumpulan pop One Direction mengungguli senarai pemenang apabila diumumkan sebagai Artist Of The Year.
One Direction yang dianggotai oleh lima anak muda dan digilai para gadis, Niall Horan, Zayn Malik, Liam Payne, Harry Styles dan Louis Tomlinson juga dinobatkan sebagai pemenang ‘Favourite Band – Pop Rock’ dan ‘Favourite Album – Pop Rock’. Selain mereka, Katy Perry juga menggondol tiga pengiktirafan, antaranya ‘Single Of The Year’ menerusi lagu Dark Horse dan ‘Favourite Female Artist’. Beyonce dan penyanyi hip hop, Iggy Azalea pula berjaya membawa pulang dua anugerah di majlis yang dihoskan rapper terkenal, Pitbull itu. Apa pun jom cuci mata tengok busana yang dilaram para selebriti Hollywood.
Awas.. kerana ada yang hampir berbogel! - MYNEWSHUB.CC

Amber Chia Pasrah Alami Keguguran Anak Kedua
Hati wanita mana yang tak terusik mendengar perkhabaran bayi yang dikandung mengalami komplikasi hingga berlakunya keguguran.
Itulah yang dialami model terkenal, Amber Chia apabila cahaya mata keduanya tidak dapat diselamatkan selepas didapati dikandung luar rahim. Berita ini sekali gus meragut harapan dan kegembiraan Amber yang turut menderita penyakit rahim sebelum ini. Menurut petikan mStar Online Amber, maklum bahawa peratusan untuknya mengandung lagi tipis selepas menjalani pembedahan yang memerlukan dia melakukan rawatan susulan di Hospital Pantai Kuala Lumpur hingga kini.
Bagaimanapun, Amber meluahkan syukur kerana berkesempatan melahirkan anak sulungnya yang sudah berusia 4 tahun. “Saya bersyukur dapat lahirkan Ashton Wong yang kini berusia 4 tahun. Cuma tidak sangka pula saya terpaksa berhadapan dengan pembedahan itu lagi. “Sukar untuk menggambarkan perasaan apabila doktor memberitahu saya mengandung. Kemudian doktor mengatakan kandungan itu gugur. Perasaan bercampur baur, saya pasrah,” kata Amber ketika dihubungi. Amber yang masih bersedih pada mulanya menyangka komplikasi dialaminya membuatkan dia tiada lagi harapan untuk mengandung. Namun perkara tersebut disangkal oleh doktor yang merawatnya. “Doktor kata, saya boleh mengandung tapi saya tidak mahu memikirkan perkara itu lagi. Biarlah keadaan saya sihat sepenuhnya. Lagipun kita perlu meneruskan hidup seperti biasa.
“Dan tidak perlu terlalu bersedih kerana saya masih boleh bersyukur kerana mempunyai seorang anak berbanding segelintir pasangan lain yang masih berusaha untuk mendapatkan anak,” tambahnya. – MYNEWSHUB.CC

Fesyen ‘Terlampau’ Di Anugerah Muzik Amerika Dapat Kutukan
BUKAN semua selebriti bijak bergaya, kalau tak kena caranya memang akan jadi mangsa fesyenlah jawabnya.
Terbaharu, seorang lagi artis masuk dalam list berpakaian paling buruk lagi jelik dalam sejarah selebriti menghadiri anugerah. Ketika menghadiri Anugerah American Music Awards semalam, penyanyi kelahiran Albania, Bleona Qereti, telah tampil dengan persalinan jaring jarang yang mendedahkan keseluruhan tubuh badannya.
Namun dia tidak dilihat sebagai selebriti seksi, tetapi lebih kepada wanita tak malu – jika dilihat pada komen-komen di blog hiburan terkemuka. Kolum Celebs di laman Daily Mirror malah mengulas, pakaian dikenakan bintang realiti TV Euros of Hollywood berusia 35 tahun ini sebagai sukar dipercayai dan keterlaluan. Meskipun Bleona dikenali sebagai ‘Madonna Albania’ penyanyi legenda daring itu pun dikatakan belum tentu tergamak memakai pakaian tersebut ketika melalui red karpet.
Dikatakan, Bleona berkemungkinan besar bercita-cita mahu meniru pakaian kontroversi yang pernah digayakan pelakon Rose McGowan (di atas) ketika menghadiri anugerah MTV Video Music Awards pada tahun 1998.
Selain itu, dia mungkin mendapat inspirasi daripada gaya hampir serupa Rihanna ketika menghadiri Anugerah Fesyen CFDA di New York, 2 Jun lalu yang dinobatkan oleh pengkritik fesyen sebagai persalinan selebriti terbaik di red karpet pada majlis tersebut. Masalahnya, persalinan jarang itu kelihatan begitu elegan dan kelas dikenakan oleh Rihanna tetapi apa yang dipakai oleh Bleona semalam lebih kepada murahan. Tak hairanlah rata-rata komen diberikan peminat fesyen terhadap apa yang dikenakan Bleona adalah, daripada berpakaian camni lebih baik tak payah datang anugerah berprestij yang jadi tumpuan pengkritik fesyen, buta-buta je cipta sejarah memalukan buat diri sendiri.. – MYNEWSHUB.CC

Rebut Kerusi Timbalan Speaker.. DAP, PAS Makin Ganas Bercakar!
Gambar Hiasan
GENERALISASINYA mudah.. komponen Pakatan Rakyat memang tak surut daripada isu bercakaran dan saling mengkritik, terutama DAP dan PAS, kebelakangan ini. Belum surut isu DAP hentam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akibat ketidakhadiran beliau dalam mesyuarat, kini situasi tambah gawat apabila dua parti ini makin menunjuk kepada umum ketidaksefahaman antara mereka.
Percakaran antara DAP dan PAS ketara diperlihatkan apabila, jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri yang sepatutnya dikhaskan untuk parti Islam tersebut, tetap cuba ‘dicaras’ rakan sekutu dalam PR itu, hari ini. Sebelum ini, jawatan tersebut dipegang oleh Nik Nazmi Ahmad (ADUN PKR) yang terpaksa melepaskannya selepas dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri. Bagaimanapun, satu persetujuan telah dilakukan untuk mengkhaskan jawatan itu kepada PAS memandangkan kuota yang sepatutnya diisi PAS dalam jawatan ahli Exco telah dikurangkan daripada empat menjadi tiga sahaja selepas Azmin naik jadi MB Selangor. Namun, Dewan Undangan Negeri Selangor menjadi PANAS hari ini apabila ketika undian hendak dilakukan, tak ada angin tak ada ribut.. tiba-tiba DAP menamakan calon mereka iaitu ADUN Sekinchan, Ng Swee Lin untuk menduduki kerusi tersebut. ADUN PAS dari Cempaka, Iskandar Abdul Samad pula menamakan ADUN Bangi, Dr Mohd Shafie Ngah sebagai calon bagi jawatan itu. Usai sesi mengundi, Dr Mohd Shafie berjaya meraih 28 undi manakala Ng Swee Lin 14 undi. Kesemua ADUN dari Barisan Nasional pula memutuskan untuk tidak masuk campur sesi pemilihan tersebut. Maka amatlah terang lagi bersuluh.. kesemua yang mengundi PAS merupakan ADUN dari PKR sahaja. Dari segi lain, nampak benar perpecahan dalam kalangan puak-puak PR makin sukar dibendung.
Segala-galanya dah pasti tak berlaku sekelip mata. Tapi lepas satu, satu.. ada sahaja kes muncul jadi penyumbang pada hubungan retak menanti belah dalam gabungan PR. DAP dan PKR dilihat tidak senada dengan PAS di banyak sisi, antaranya pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, Langkah Kajang, pengguguran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dan pelantikan Wan Azizah menggantikan Khalid. Ramai menyuarakan pandangan bahawa pertelingkahan dalaman itu berlaku akibat misi perjuangan yang berbeza haluan antara ketiga-tiga parti, terutamanya DAP dan PAS. Mengambil contoh isu Octoberfest apabila ramai pemimpin DAP menghadiri acara jamuan ‘beer’ tersebut, ia seolah-olah mencabar rakan tahaluf siyasinya memandangkan PAS menentang penganjuran program minuman memabukkan itu.
Pergolakan dalam pakatan kemudiannya melarat kepada bisik-bisik halus dari DAP yang menginginkan PAS keluar dari Pakatan jika mereka tidak lagi merasakan gabungan tersebut relevan dengan perjuangan mereka. Membidas balik kenyataan tersebut, PAS juga turut menyeru DAP berbuat perkara sama kalau tak puas hati.
BACA: Najib – Kerjasama UMNO & PAS Tak Boleh Dibincang Terbuka
Nampaknya, ‘kapal’ pakatan kini terumbang-ambing dibadai alun ciptaan sendiri. Entah apa episod yang akan bersambung selepas ini, sama-sama kita nantikan.. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Patung Ala Barbie Tapi Dengan Tubuh Lebih ‘Sihat’
Patung Barbie sememangnya mengungguli carta antara permainan terkenal dunia. Kegilaan terhadap patung ini membuatkan ia seolah-olah satu koleksi wajib khususnya kanak-kanak perempuan.
Dalam kegilaan terhadap permainan ini, ia bagaimanapun dikaitkan dengan kesan negatif kepada pemikiran kanak-kanak bahawa bentuk badan dan wajah seperti penampilan patung Barbie adalah ukuran kesempurnaan dan kecantikan seorang perempuan.
Jika difikir-fikirkan memang ada benarnya kebimbangan ini, kerana nisbah tubuh patung Barbie tidak boleh dikecapi manusia normal.
Dikhuatiri, inilah juga punca mengapa sesetengah kanak-kanak perempuan mengalami masalah bulemia dan anoreksia di Amerika Syarikat apabila menganggap mereka belum btul-betul kurus walau selepas menyukat makanan.
Sebagai penyelesaian, kini muncul patung baru ala Barbie namun versi ‘sihat’ dinamakan, patung Lammily.
Kiri ialah bentuk tubuh Barbie manakala kanan patung Lammily
Patung ini mempunyai bentuk tubuh dengan nisbah yang boleh dicapai manusia normal dan lebih unik, pelekat tambahan edisi ‘masalah tubuh’ turut dijual untuk patung tersebut seperti pelekat jeragat, stretch marks dan bermacam lagi. Menarik betul strategi pemasaran patung Lammily ini kan? Jom kita lihat rupa patung versi ‘sihat’ ini.. – MYNEWSHUB.CC
Sumber : LAMMILY

Polis Larang Kutip Kerang, Dah 4 Orang Nyaris Mati Lemas
Kredit Gambar: malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com
MARANG – Pantai Rusila hingga Pulau Kekabu di sini, yang menjadi tumpuan ramai berikutan ‘fenomena kerang’ menyebabkan empat remaja hampir lemas selepas dihanyutkan ombak.
Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Risikin Satiman memberi amaran dan melarang orang ramai menjalankan aktiviti di sepanjang pantai berkenaan, berikutan keadaan ombak dan cuaca tidak menentu ketika musim tengkujuh yang boleh mengundang bahaya. Larangan itu berkuat kuasa serta merta dan semua pihak diminta memberi kerjasama bagi mengelak kejadian sama berulang. “Dalam tempoh tiga hari, empat remaja nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mengutip kerang dan kita tidak mahu kejadian sama berulang lagi. “Selain penduduk di kawasan setempat, orang ramai dari kawasan berhampiran turut ghairah mengutip hidupan itu sambil membawa anak-anak mereka. “Malah, ada kalangan mereka turut mengambil kesempatan berniaga dengan menjual makanan dan minuman serta pakaian di lokasi berkenaan tanpa memikirkan keselamatan mereka. “Oleh itu, kita minta mereka hentikan sebarang kegiatan di pantai berkenaan yang boleh membahayakan nyawa mereka,” katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 3.30 petang semalam, dua remaja berusia 15 tahun dari Pasir Panjang, Kuala Terengganu nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mencari kerang yang terdampar di pantai berkenaan sejak Jumaat lalu. Malah, sebelum itu, dua pelajar sebuah pusat pengajian tinggi berusia 19 tahun dari Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu juga hampir lemas di pantai sama kira-kira jam 11.20 pagi kelmarin selepas dihanyutkan ke tengah laut. Bagaimanapun, semua mangsa berjaya diselamatkan orang ramai yang kebetulan berada di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Klinik Kesihatan Marang untuk rawatan. Risikin berkata, sejak fenomena ribuan kerang terdampar di pantai berkenaan Jumaat lalu, orang ramai memenuhi kawasan itu untuk mengutip hidupan itu tanpa memikirkan keselamatan mereka. Beliau berkata, keadaan ombak dan cuaca yang tidak menentu ketika ini tidak sesuai untuk sebarang aktiviti pantai seperti mandi, berkelah dan mengutip kerang kerana bimbang kejadian buruk berlaku. “Bukan niat polis untuk menghalang kerana tahu mereka mahu mencari rezeki, tetapi keselamatan dan nyawa adalah lebih penting dalam keadaan sekarang. Jadi, saya harap orang ramai dapat mematuhi arahan dikeluarkan demi kebaikan semua pihak,” katanya. - BH Online

Penjawat Awam di Selangor Bakal Terima Bonus Pada Disember
Selangor, 24 Nov - Para penjawat awam di Selangor bakal menikmati bonus setengah bulan gaji pada pertengahan Disember ini.
Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali menerusi laman Twitter rasminya.
Menurut beliau, pemberian bonus tersebut bertujuan untuk meringankan beban penjawat awam bagi menghadapi persediaan musim sekolah yang bakal bermula. Selain itu, beliau juga turut memuat naik satu poster khas bagi mengumumkan perkara tersebut.
Bonus setengah bulan gaji itu akan diberikan pada 18 Disember ini. - Siakapkeli.com.my

Pukul, Pijak Isteri Tak Masak Makanan Tengahhari
Gambar Hiasan
Kuala Lumpur: Seorang suami tergamak mengheret isterinya sebelum memijak kepala wanita itu berulang kali hanya kerana mangsa gagal memasak juadah tengah hari. Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, mangsa yang berusia 30-an diserang suami ketika mangsa sedang bekerja di pejabatnya terletak di Bangsar di sini. Lebih menyedihkan apabila mangsa yang dibelasah suami itu sedang mengandung tiga bulan. Sumber polis berkata, suspek mulanya menghubungi isteri yang sedang bekerja kira-kira jam 3 petang dan meminta wanita itu pulang ke rumah untuk memasak. “Mangsa bagaimanapun memberitahu tidak boleh pulang ke rumah berikutan masih bekerja. Jawapan itu menyebabkan suspek mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat. “Suspek kemudian muncul di tempat kerja mangsa dan menyerang isterinya itu. Malah, mangsa diheret suami hingga ke tingkat bawah bangunan pejabat,” katanya. Menurutnya, mangsa yang kesakitan bagaimanapun cuba melawan menyebabkan insiden menjadi semakin tegang. “Suspek kemudian bertindak mencekik isterinya dan membelasah mangsa sebelum berjaya dileraikan rakan setugas,” katanya. Menurutnya, mangsa sebelum sudah beberapa kali dibelasah suspek yang menendang dan memijak mukanya. “Suspek dikatakan sering memaksa mangsa berhenti kerja namun mangsa enggan berikutan suaminya adalah seorang penganggur. “Akibat kejadian itu mangsa cedera di muka dan lebam sebelum menerima rawatan di klinik berhampiran,” katanya. Bimbang kejadian lebih buruk, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini. “Difahamkan suspek bertindak menghalau isterinya dari rumah sejurus kejadian serangan itu,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. - Harian Metro

Pati Di Cameron Highlands: Majikan Tak Terkecuali - Ahmad Zahid
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran kepada ejen pekerja asing tanpa izin (Pati) di Cameron Highlands dan tidak terkecuali, 'pemilik' tanah haram yang mengupah mereka berkerja.
Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan dengan jelas bahawa ejen dan penduduk tempatan yang melakukan penerokaan tanah tanpa mengikut undang-undang tanah juga akan menjadi sasaran.
"Ya, para pekerja mungkin merupakan orang-orang yang melakukan pembersihan tanah itu tetapi siapa yang mengupah mereka? Bagaimana dengan ejen yang membawa mereka? ," tanya beliau.
"Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat dan bertindak terhadap semua pemutus undang-undang di Cameron Highlands," kata Ahmad Zahid selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-60 Lembaga Penapisan Filem Malaysia.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata anggota pasukan tentera telah dipanggil untuk membantu meningkatkan operasi berikutan permintaan dari pelbagai agensi.
"Bantuan tentera diperlukan kerana carian melibatkan kawasan hutan," katanya, sambil menambah peranan tentera akan ditentukan selepas lawatan Timbalan Perdana Menteri pada Isnin.
"Kami akan bersikap adil dan tidak akan menghukum orang yang tidak bersalah," katanya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kira-kira 40 pendatang tanpa izin telah ditangkap dalam satu operasi besar-besaran pada Sabtu malam.
Mengenai dakwaan oleh kumpulan hak asasi asing Tenaganita bahawa terdapat pekerja yang mati di pusat tahanan Ringlet, Ketua Polis Negara berkata dia tidak tahu mengenai perkara itu dan akan menyiasat.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim berkata operasi itu akan berterusan sehingga semua pendatang tanpa izin dikeluarkan dari Cameron Highlands.
Beliau berkata di bawah program 3 + 1 jabatan itu, pendatang tanpa izin masih boleh menyerah dan dihantar pulang ke negara masing-masing tanpa ditahan atau didakwa.
"Oleh kerana program ini hanya akan berlangsung sehingga 31 Disember, mereka perlu mengambil peluang ini dan berani untuk keluar," kata Mustafa.
Seramai 181 pendatang ditahan sejak operasi bermula pada 9 November lalu.
Laporan media mendakwa bahawa terdapat lebih 30,000 pendatang haram di kawasan tanah tinggi itu. Walau bagaimanapun, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mempertikaikan angka itu.
Sebagai tindak balas kepada operasi yang sedang berjalan, Cameron Highlands Setiausaha Persatuan Penanam Sayur Chay Ee Mong berkata: "Pihak polis dan tentera datang, apa yang boleh kami lakukan?
"Mereka melayan para petani di sini sebagai musuh negara, bahkan lebih buruk daripada komunis.
"Bagi warga asing yang tidak menjalankan perniagaan atau pembersihan tanah haram, berikanlah mereka peluang dan benarkanlah mereka untuk kekal di sini. Kami berharap tindakan lebih lembut dapat diambil.
"Tiada pekerja bermaksud tidak menanam, yang bermaksud tidak sayur-sayuran dan juga bermaksud tidak ada petani." - mStar online
TOP
Fasha Sandha Tolak Buat Ulasan Produk Di Instagram
Fasha Sandha suami, Rizal Ashram Ramli dan anak keduanya, Putri Raysha Jemyma.
PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha menegaskan tidak akan menerima sebarang tawaran bagi membuat ulasan jualan produk di Instagram tidak kira sama ada ianya dibayar atau tidak.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 30, menyifatkan perkara itu tidak sesuai dilakukannya memandangkan ia bukanlah satu tugasan yang wajib dibuat sebagai seorang pelakon. "Ada sesetengah artis menerima bayaran untuk membuat IG Review (ulasan produk), tetapi ada juga yang tidak berbuat sedemikian. Bagi saya, terpulang pada pendapat masing-masing. "Tetapi saya tidak mengenakan sebarang bayaran atau menerima tawaran membuat IG Review kerana itu bukanlah kerjaya saya," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun tambah Fasha, dia tidak mempunyai masalah sekiranya mana-mana pihak ingin mempromosi barangan pada setiap gambar-gambar di akaun Instagram miliknya itu.
Kata Fasha, promosi jualan di laman sosial itu sedikit sebanyak pasti dapat membantu peniaga-peniaga online untuk meningkatkan jualan masing-masing.
"Jujurnya, ia sedikit pun tidak menganggu saya. Menerusi konsep 'visit my IG' di setiap gambar-gambar saya itu sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk berniaga.
"Ianya tidak menganggu rezeki saya, maka saya benarkan. Asalkan ia tidak keterlaluan.
"Andaikata saya kekurangan modal untuk mempromosikan barangan, dan sekiranya seseorang artis itu membenarkan saya meletakkan komen di laman Instagram mereka, saya juga akan buat perkara yang sama," ujarnya. Ditanya apakah pandangan Fasha mengenai segelintir artis yang meletakkan harga yang tinggi bagi membuat ulasan produk, katanya, ia terpulang kepada cara pihak peniaga dan seseorang artis berkenaan berurusan. "Setiap artis berhak membuat apa sahaja di laman sosial masing-masing dan saya percaya ramai peniaga memerlukan khidmat artis bagi tujuan promosi. Jika ia membantu, tak salah untuk mereka berbuat demikian. "Cuma saya pula tidak terlalu 'tunduk' pada laman sosial dan kerana itu tidak banyak gambar yang saya kongsikan di Instagram. "Apa-apapun, saya mendoakan agar mereka (peniaga) berjaya dalam bidang masing-masing dan hormatilah laman sosial artis. Jika mereka tidak membenarkan pihak peniaga mempromosikan barangan di laman sosial itu, buat promosi dengan cara lain pula. Insyaallah, saya percaya banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk tujuan promosi," tuturnya. - mStar Online

Eizlan Yusof Masih Sayang Isteri Dan Mahu Pertahankan Perhubungan
Sebelum ini kisah tentang masalah rumahtangga Datuk Eizlan Yusof & isterinya, Datin Vie Shanti telah mengejutka ramai pihak kerana tidak pernah didengar sebarang gosip sebelum ini atau masalah sehingga isterinya Datin Vie Santie Harun memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Datuk Eizlan Yusof akhirnya tampil dalam sidang media melalui Berita Harian dan telah memberikan sedikit komen tentang apa yang berlaku sekarang.
“Susah nak komen! Aku sayang dia, family aku. Ini dugaan tiga suku mati aku nak menanggungnya Aku tak boleh komen apa apa buat masa ini, aku down gila, nantilah ya”
“Aku tak nak semua terjadi. Ya, aku sedang mempertahankan perkahwinan aku sebab aku taknak berpisah. Kalau aku dah lafaz, takkanlah aku nak mempertahankan perkahwinan ini, mesti dah terlerai,” tambah Eizlan Yusof itupun selepas dipujuk.
Dalam perkongsian hidup mereka telah dikurniakan 3 orang cahaya mata yang comel-comel iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia yang masih kecil dan memerlukan lebih kasih sayang ibubapa.
Apappun kami di Siakapkeli sentiasa mendoakan agar yang keruh di jernihkan kembali dan semoga apa yang diharapakan oleh Datuk Eizlan Yusof menjadi kenyataan.-Siakapkeli.com.my
TOP
Angkasawan Wanita Pertama Itali Berlepas Ke ISS
Angkasawan Amerika Syarikat, Terry Virts (tengah), angkasawan Russia, Anton Shkaplerov (bawah) dan angkasawan Itali, Samantha Cristoforetti berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dari Kazakhstan, awal pagi ini. - Foto AP
MOSCOW – Angkasawan pertama wanita dari Itali, Samantha Cristoforetti berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan kapal angkasa Russia, Soyuz, awal pagi tadi. Agensi angkasa lepas Russia, Roscosmos dalam kenyataannya berkata, Cristoforetti disertai angkasawan Russia, Anton Shkaplerov dan angkasawan Amerika Syarikat, Terry Virts. Mereka berlepas dengan kapal angkasa, ‘Soyuz TMA-15M’ yang dilancarkan dari ‘Baikonur Cosmodrome’ di Kazakhstan pada jam 8.01 malam GMT (4.01 pagi waktu Malaysia). “Soyuz kini berada dengan selamatnya di orbit, perhentian berikutnya adalah ISS,” kata NASA dalam tweet, sementara imej secara langsung mengenai pelancaran itu menunjukkan Virts tersenyum dan memberi isyarat bahawa segala-galanya berjalan lancar. Ketiga-tiga mereka – Cristoforetti, Virts dan Shkaplerov akan tiba di ISS enam jam selepas dilancarkan di mana mereka akan berada sehingga Mei 2015. Keseluruhannya 16 negara menjalankan tugasan tertentu di ISS, termasuk Russia dan Amerika Syarikat, yang membiayai sebahagian besar operasi berkenaan. – AFP

Militan Al-Shabab Bunuh 28 Penumpang Bas
MOGADISHU – Kumpulan militan Somalia, al-Shabab merampas sebuah bas di Kenya dan menembak mati seramai 28 penumpang bukan beragama Islam kelmarin dalam satu serangan kejam bagi membalas dendam serbuan polis Kenya ke atas beberapa buah masjid di bandar pelabuhan Mombasa
“Saya boleh mengesahkan 28 penumpang tidak berdosa dibunuh dengan kejam oleh militan al-Shabab,” kata seorang ketua polis, Noah Mwavinda.
Menurutnya, bas berkenaan yang menuju ke ibu kota Kenya, Nairobi diserang hendap sejurus selepas meninggalkan bandar Mandera, dekat sempadan Somalia di timur laut Kenya.
Kira-kira 60 penumpang bas itu diarahkan keluar sebelum orang Islam dan bukan Islam diasingkan oleh beberapa militan bersenjata.
Militan al-Shabab mengarahkan semua penumpang bukan Islam masuk semula ke dalam bas dan cuba membawa mereka beredar dari lokasi itu tetapi kenderaan tersebut tersekat.
“Mereka kemudian menembak mati semua tawanan tersebut sebelum melarikan diri ke Somalia,” kata Mwavinda.
Dalam pada itu, seorang jurucakap al-Shabab mengesahkan serangan berdarah itu bagi membalas dendam serbuan ke atas empat buah masjid di Mombasa awal minggu lalu.
“Anggota Mujahidin kami berjaya melaksanakan satu operasi dekat Mandera awal pagi ini (kelmarin) dengan menghapuskan 28 orang Kristian bagi membalas dendam jenayah yang dilakukan pemerintah Kristian Kenya terhadap saudara seagama kami di Mombasa,” kata jurucakap berkenaan, Ali Mohamud Rage dalam satu kenyataan. – AFP
TOP
Aizat Amdan Sedia Bergelar Pelakon
PETALING JAYA – Selepas tujuh tahun membabitkan diri dalam dunia muzik, penyanyi Aizat Amdan kini sudah bersedia untuk mengembangkan bakat ke dalam dunia lakonan pula.
Aizat atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan, 25, berkata, sejak terlibat dengan filem Istanbul Aku Datang, dia mula berminat mendalami kerjaya lakonan dan ingin mendalami bidang tersebut.
“Seronok juga berlakon, kerana ia sebahagian dunia seni dalam indutsri hiburan. Tetapi itulah, muka saya tak serupa pelakon. Hahaha..
“Tetapi saya bersedia menerima sebarang tawaran sekiranya ada pihak yang berminat,” katanya.
Tambah Aizat, dia percaya, kerja lakonan juga mampu mengasah bakat seni muzik daripada segi cara penyampaian ketika persembahan dilakukan walaupun muzik dan lakonan adalah dua bidang yang berbeza.
Sementara itu, Aizat memberitahu, dia bakal menerbitkan album ketiganya pula pada tahun depan dan ia kini masih lagi dalam proses pembikinan.
Kata penyanyi yang popular dengan lagu Susun Silang Kata itu, album tersebut akan memberi kelainan berbanding lagu-lagunya yang pernah diterbitkan sebelum ini.
“Saya sedar, kebanyakan lagu yang dihasilkan sebelum ini tidak sekuat Hanya Kau Yang Mampu, atau Lagu Kita, ketika di awal kemunculan saya.
“Jadi untuk album kali ini saya ingin menghasilkan lagu-lagu yang boleh menimbulkan fenomena seperti dulu, InsyaAllah,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Aizat juga muncul dengan single lagu baharu berjudul Kembali, sebagai lagu tema drama bersiri Seludup, yang bakal disiarkan bermula 4 Disember depan.
“Apabila peminat mendengar lagu ini, mereka pasti aku terkejut dengan muzik yang saya bawakan yang berkonsep Alternatif Rock, belum pernah saya bawakan lagi. Saya harap mereka menerima lagu tersebut,” tuturnya. – mStar Online
TOP
Krisdayanti pamer semangat juang
KUALA LUMPUR: Biar tersungkur jatuh dan bingkas bangun selain berdepan masalah teknikal selama 15 minit, penyanyi Krisdayanti mengetepikan semua itu untuk menghiburkan penonton serta peminatnya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Sabtu lalu.
Konsert Krisdayanti Live in KL 2014 menyaksikan penyanyi lagu Mencintaimu itu turut ke tempat duduk penyanyi Datuk Sheila Majid dan Datuk Siti Nurhaliza untuk mengajak mereka berduet masing-masing untuk lagu Sinaran dan Jika Kau Tak Datang.
Krisdayanti yang sudah 16 tahun dalam industri turut mengundang anaknya, Aurel serta penyanyi Hafiz Suip.
Selain dialunkan deretan lagunya yang cukup popular di Malaysia, Krisdayanti turut mendapat perhatian dengan persalinan busana pelbagai gaya dan sarat perincian. - BH Online
TOP
23 wanita warga asing terselamat jadi mangsa pemerdagangan manusia
KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Kelantan menyelamatkan 23 wanita warga asing, dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan dan penyeludupan manusia, menerusi serbuan membabitkan lima pusat hiburan di bandar Gua Musang, malam tadi.
Serbuan yang bermula jam 10 malam itu dengan kerjasama Jabatan Imigresen Putrajaya dengan kekuatan tenaga 40 pegawai dan anggota itu menyelamatkan 21 wanita warga Thailand dan masing-masing seorang warga Kemboja dan Lous.
Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Siti Khadijah Hamzah, berkata kesemua mangsa berusia 20 hingga 41 tahun itu diselamatkan menerusi operasi khas hasil risikan dan maklumat awam. -siakapkeli
TOP
50 maut serangan bom ketika perlawanan bola tampar di Afghanistan
KHOST, Afghanistan: Kira-kira 50 orang terbunuh dan 60 lain mengalami cedera apabila pengebom bunuh diri meletupkan bom ketika orang ramai sedang menyaksikan perlawanan bola tampar di timur Afghanistan semalam.
"Penyerang bunuh diri itu menunggang motosikal dan meletupkan dirinya ketika permainan sedang berlangsung," kata Timbalan Gabenor Paktika, Attaullah Fazli.
"Jumlah penonton yang ramai termasuk beberapa pegawai wilayah dan ketua polis berada di sana. Kira-kira 50 mati dan 60 lagi cedera, kebanyakannya parah," katanya.
Serangan berlaku di Yahya Khail, daerah Paktika yang bergolak dan bersempadan dengan Pakistan.
Presiden Ashraf Ghani, yang dilantik menerajui kerajaan negara itu pada September lalu mengutuk serangan itu.
Tiada maklum balas daripada puak Taliban yang dikatakan bertanggungjawab terhadap banyak serangan di seluruh Afghanistan.
Letupan pernah melanda Paktika pada Julai lalu apabila pengebom memandu trak yang sarat dengan bom menyebabkan sekurang-kurangnya 40 orang maut di tengah kesibukan pasar di daerah Urgun.
Letupan semalam pula berlaku pada hari yang sama Dewan Rendah Afghanistan meluluskan perjanjian bagi membenarkan kira-kira 12,500 askar NATO untuk kekal tahun depan pada ketika askar dan polis tempatan bertungkus lumus bertahan daripada seragan Taliban. - AFP
TOP
Sebahagian Bangkai Pesawat MH17 Tiba Di Kharkov
KUALA LUMPUR: Beberapa bahagian bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, yang bersaiz besar dibawa dengan kereta api, tiba di Kharkov, Ukraine dengan trak pada Sabtu.
Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) dalam kenyataan melalui laman webnya www.onderzoeksraad.nl berkata, serpihan lain yang dikeluarkan dari tapak nahas itu kini dalam perjalanan ke Kharkov, lebih 300 kilometer dari Torez, dengan kereta api.
Kereta api 12 gerabak itu berlepas dari Torez pada pagi Ahad.
"Apabila bangkai pesawat tiba di Kharkov, pengangkutan ke Belanda akan disediakan. Pada ketika ini, tidak dapat dipastikan bila dan bagaimana usaha mengangkutnya akan dijalankan," katanya. -siakapkeli
TOP
Lelaki Gali Kubur Ibunya Untuk Berselfie
Seorang penjaga tanah kubur di Lubnan, Deab Saiqly, yang selalu menghabiskan masanya di kawasan perkuburan teah menggali kubur ibunya untuk mengambil gambar dengan mayat ibunyan.
MBC TV Channel telah menemuramah lelaki berkenaan dan telah memanggil doktor psikologi untuk memantau dan menganalisis kes tersebut. Bagaimanapun doktor mengesahkn lelaki itu tidak mengalami sebarang gangguan mental.
Semasa ditemubual dia menyatakan rasa bahagia apabila berada dengan orang mati dan kerana itu beiau telah menolak untuk berkahwin dengan seorang wanita Amerika Syarikat kerana mahu meninggalkan kubur kerana amat suka dengan kerja itu.
Beliau juga menyatakan yang beliau sudah banyak kali mengambil gamabr selfir dengan mayat-mayat di kubur tersebut dan hanya gambar dengan mayat ibunya disimpan.- Siakapkeli.com.my
TOP
Mas Muharni kahwin 20 Disember ini
MAS ketika hadir ke Balai Berita menyerahkan kad kahwinnya kepada BH Online serta foto bersama bakal suami, Muniff Isa.
KUALA LUMPUR: Mas Muharni yang digilap Profesor Dr Hatta Azad Khan menerusi filem Wayang bergandingan dengan pelakon Zulhuzaimy pada 2008 akan melangsungkan perkahwinannya pada
20 Disember ini di Sungai Petani, Kedah.
Mas memilih tempat kelahirannya itu untuk bersatu dengan cinta hatinya, Muniff Isa yang juga bergelar pelakon sepertinya. Pasangan ini akan bernikah dan bersanding pada hari yang sama di Batik Homestay. Mereka sudah lima tahun bercinta dan bertunang pada 15 Oktober lalu juga di lokasi yang sama pernikahan bakal diadakan. Mereka berkawan sejak sama-sama menuntut dalam jurusan Seni Persembahan di UiTM (Universiti Teknologi MARA). Mas dan Muniff mula bercinta selepas sama-sama membintangi drama Embun Mutiara yang pernah disiarkan di TV3. "Konsep kahwin saya biasa-biasa saja. Pendek kata ringkas dan sederhana. Janji lepas yang wajib. Kami sepakat mengadakan di situ kerana memudahkan sanak saudara saya datang dan menginap di situ. "Persiapan kahwin pun boleh dikatakan hampir siap dan hanya menunggu hari majlis saja. Kebanyakan persiapan saya buat sendiri termasuklah cenderahati untuk tetamu selain mencari baju untuk digayakan di hari bersejarah nanti. "Cuma tanpa disangka ketika saya dan bakal suami menghadiri karnival perkahwinan di Sungai Petani ada pula pihak yang bermurah hati nak menaja pelamin. Pelamin saya akan ditaja Armie Bridal Couture yang beroperasi di Jitra," katanya sambil memberitahu majlis sebelah Muniff berkemungkinan akan diadakan di Perlis tahun depan. Sejak Ramadan lalu, Mas turut memberitahu beliau sudah tidak berlakon kerana memberi tumpuan persiapan kahwin dan menguruskan syarikat produksi milik Muniff, Misa Pictures Sdn Bhd seperti dalam penerbitan video korporat. penyewaan alatan fotografi dan sebagainya. "Insya-Allah selepas kahwin nanti, saya dan dia akan aktif semula sekali gus melakukan penjenamaan semula untuk diri sendiri dalam lakonan. Kali terakhir saya berlakon Ramadan lalu. Dia pula selepas mengacarakan program di TV Alhijrah ramai cakap sudah tak berlakon," kata pemilik nama sebenar Mas Normuharni Sheikhah Mohd Satar ini yang bertudung sejak Ramadan lalu. - BH Online

Bayi Ditemui Di Longkang Sedalam Tiga Meter
SEORANG lelaki dan anak perempuannya berjaya menyelamatkan nyawa bayi lelaki yang ditinggalkan di dalam longkang di sebuah lebuh raya di New South Wales, Australia.
Ketika ditemui, bayi lelaki berusia tujuh hari itu ditinggalkan berbalut di dalam lubang longkang sedalam tiga meter dan ditutup dengan penutup konkrit.
Bayi itu ditemui apabila dua beranak yang sedang berbasikal berhenti rehat di lebuh raya berkenaan.
Menurut Daily Mirror, seramai enam orang termasuk tiga anggota polis berusaha membuka penutup longkang tersebut untuk menyelamatkan bayi terbabit.
David Otte memberitahu, dia dan anaknya tidak sangka akan menemui bayi dari dalam longkang di tengah-tengah lebuh raya berkenaan. "Pada mulanya kami ingatkan ia tangisan anak kucing, tapi apabila mendengarnya dari celah konkrit itu, kami dapati ia suara bayi," ceritanya. Polis tempatan berkata, penemuan bayi di dalam longkang merupakan kejadian pertama di kawasan itu. "Kita percaya bayi ini telah berada di dalam longkang selama beberapa jam berdasarkan kecederaan yang dialaminya," jelasnya.-siakapkeli

Khaleda Zia gagal ketepi tuduhan rasuah
DHAKA: Mahkamah Agung hari ini menolak rayuan bekas Perdana Menteri Bangladesh, Khaleda Zia untuk mengetepikan dua tuduhan rasuah membabitkan AS$650,000 atas alasan ia difailkan secara tidak sah, kata peguamnya, Rafiqul Islam Mia.
Rayuan di mahkamah tertinggi itu adalah langkah terbaharu untuk menghalang perbicaraan yang kedua-duanya bermula September lalu selepas ditangguhkan selama beberapa tahun.
Rafiqul Islam berkata, barisan peguamnya akan meneruskan usaha itu dan berkata tuduhan berkenaan adalah tidak benar dan sengaja diada-adakan.
Sebaliknya pihak pendakwa berkata, peguam Zia hanya membuang masa dengan pendengaran praperbicaraan sudah ditangguhkan lebih 36 kali.
Zia, 69, menyifatkan tuduhan itu sebagai bermotif politik yang bertujuan menghapuskan Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) pimpinannya sambil berikrar untuk menjatuhkan kerajaan musuh ketatnya di bawah, Perdana Menteri, Sheikh Hasina.
Zia dan tiga pembantunya dituduh menggelapkan sejumlah 31.5 juta taka (AS$400,000) daripada tabung amanah kebajikan selepas kematian suaminya, Ziaur Rahman, bekas Presiden yang dibunuh pada 1981.
Dia dituduh mengetuai sekumpulan lima orang termasuk anak lelaki sulung dan bakal penggantinya dalam menggelapkan 21.5 juta taka (AS$277,000) - wang yang sepatutnya dimasukkan ke rumah anak yatim yang ditubuhkan bagi memperingati suaminya. - AFP
TOP
Remy Ishak Ada Kekasih baru?
Gosip terbaru tentang lelaki hensem ini apabila ada ura-ura mengatakan Remy Ishak sedang hangat bercinta denga kekasih barunya iaitu Roszaliza Yusof kerana selalu dilihat bersama-sama.
Sebelum ini Remy telah digosipkan bercinta dengan Nad Zainal tetapi Nad zainal telah menafikan perkara tersebut. Dalam temubual terbaru bersama Malaysian Digest baru-baru ini, Remy Ishak telah tampil untuk menafikan tentang khabar angin tersebut dan menegaskan dia dan Nad Zainal adalah sekadar kawan biasa. Dalam temubual itu juga Remy telah mengakui dia sedang rapat dengan seseorang dan sedang dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing dan wanita yang dimaksudkan adalah Pengarah Urusan Roistz Labels, Roszaliza Yusof iaitu rakan kongsinya untuk sebuah acara bertemakan fesyen baru-baru ini.
“Saya tak mahu cakap lebih bimbang tidak jadi nanti, susah juga lagipun kami masih lagi di tahap berkawan. Dia seorang yang matang dan saya selesa berkawan dengannya. Kami kini baru lebih kurang tiga bulan mengenali dan cuba melangkah ke peringkat yang lebih serius,” katanya.- Siakapkeli.com.my
Sumber

Pandelela Rinong Terbabit Kemalangan
Kuala Lumpur – Penerjun negara Pandelela Rinong terbabit dalam kemalangan di Jalan Mahameru arah Sentul berhampiran Bangunan Parlimen, hari in.
Dalam kejadian pada 1 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan ke Pusat Sukan Bukit Jalil tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, kejadian berlaku apabila mangsa cuba mengelak sebuah kereta yang menukar arah laluan secara tiba-tiba.
Menurutnya, mangsa yang memandu kereta model Chevrolet hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan.
“Bagaimanapun, mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. - myMetro Online
TOP
VIP Mahu berikan Kereta Range Rover Untuk Dekati Yana Samsudin
Sapa tidak kenal Yana Samsudin atau nama manjanya Wawa yang cantik molek, comel dan bergetah, kerana kehebatan lakonannya dia selalu digandingkan dengan pelakon-pelakon hebat.
Kalau didalam filem hebat Yana juga hebat diluar filem apabila ramai rupanya VIP tergila-gilakan Yana dan pelbagai cara mereka lakukan untuk cuba mendekati beliau.
Terbaru Yana telah ditawarkan sebuah kereta Range Rover berharga setengah juta ringgit oleh seorang VIP untuk cuba mendekati Yana.
Selain itu Yana menerusi Metro Ahad juga menceritakan pernah ditawarkan wang sebanyak rm30,000 jika beliau menemani VIP untuk minum bersama sahaja. Sungguh lumayan tawaran yang diterima ajak minum pun dapat RM30,000.
Tapi bukan semudah itu untuk mengumpan Yana apabila beliau menolak tawaran tersebut kerana bimbang sesuatu yang tidak diingini terjadi sekiranya menerima pelawaan tersebut.
“Saya menolak tawaran tersebut kerana ia mungkin mempunyai motif lain. Bagaimana jika pil tidur dimasukkan dalam minuman saya ketika itu?” katanya.
Baguslah kalau macam itu Yana, Maruah itu penting bagi kita, Sapa cakap artis senang-senang untuk dibeli dan mata duitan. Admin tabik dengan Yana.-Siakapkeli.com.my
TOP
Polis larang cari kerang di pantai sekitar Marang
MARANG: Pantai Rusila hingga Pulau Kekabu di sini, yang menjadi tumpuan ramai berikutan 'fenomena kerang' menyebabkan empat remaja hampir lemas selepas dihanyutkan ombak.
Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Risikin Satiman memberi amaran dan melarang orang ramai menjalankan aktiviti di sepanjang pantai berkenaan, berikutan keadaan ombak dan cuaca tidak menentu ketika musim tengkujuh yang boleh mengundang bahaya.
Larangan itu berkuat kuasa serta merta dan semua pihak diminta memberi kerjasama bagi mengelak kejadian sama berulang.
"Dalam tempoh tiga hari, empat remaja nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mengutip kerang dan kita tidak mahu kejadian sama berulang lagi.
"Selain penduduk di kawasan setempat, orang ramai dari kawasan berhampiran turut ghairah mengutip hidupan itu sambil membawa anak-anak mereka.
"Malah, ada kalangan mereka turut mengambil kesempatan berniaga dengan menjual makanan dan minuman serta pakaian di lokasi berkenaan tanpa memikirkan keselamatan mereka.
"Oleh itu, kita minta mereka hentikan sebarang kegiatan di pantai berkenaan yang boleh membahayakan nyawa mereka," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 3.30 petang semalam, dua remaja berusia 15 tahun dari Pasir Panjang, Kuala Terengganu nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mencari kerang yang terdampar di pantai berkenaan sejak Jumaat lalu.
Malah, sebelum itu, dua pelajar sebuah pusat pengajian tinggi berusia 19 tahun dari Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu juga hampir lemas di pantai sama kira-kira jam 11.20 pagi kelmarin selepas dihanyutkan ke tengah laut.
Bagaimanapun, semua mangsa berjaya diselamatkan orang ramai yang kebetulan berada di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Klinik Kesihatan Marang untuk rawatan.
Risikin berkata, sejak fenomena ribuan kerang terdampar di pantai berkenaan Jumaat lalu, orang ramai memenuhi kawasan itu untuk mengutip hidupan itu tanpa memikirkan keselamatan mereka.
Beliau berkata, keadaan ombak dan cuaca yang tidak menentu ketika ini tidak sesuai untuk sebarang aktiviti pantai seperti mandi, berkelah dan mengutip kerang kerana bimbang kejadian buruk berlaku.
"Bukan niat polis untuk menghalang kerana tahu mereka mahu mencari rezeki, tetapi keselamatan dan nyawa adalah lebih penting dalam keadaan sekarang. Jadi, saya harap orang ramai dapat mematuhi arahan dikeluarkan demi kebaikan semua pihak," katanya. - BH Online
TOP
Facebook Mahu Terbit Akhbar Digital
TENNESSEE, Amerika Syarikat – Laman sosial popular dunia, Facebook bakal menerbitkan akhbar digital kepada lebih berbilion pengguna laman tersebut, sekali gus bakal memberi saingan kepada agensi media tradisi.
Langkah itu diambil sejajar dengan peningkatan penggunaan media sosial selain masyarakat masa kini yang telah beralih mendapatkan maklumat melalui media digital.
Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dalam satu forum pada awal November lalu berkata, beliau bercita-cita untuk menjadikan Facebook sebagai medium berita dan akhbar terbaik kepada setiap individu di dunia.
Katanya, sebelum ini akhbar menyediakan maklumat yang sama kepada semua pembaca tetapi Facebook boleh menyesuaikannya mengikut minat seseorang selain membawa pelbagai berita dari seluruh dunia, aktiviti komuniti dan berita terkini mengenai rakan atau keluarga.
“Pendekatan yang dibawa oleh Facebook berbeza dengan akhbar. Sama ada usaha itu suatu yang baik atau buruk, ia merupakan sesuatu yang akhbar tradisi tidak dapat lakukan,” kata bekas editor akhbar USA Today, Ken Paulson yang kini bertugas sebagai Dekan Fakulti Komunikasi Universiti Middle Tennessee.
Berita yang bakal dipaparkan oleh Facebook kelak tidak lagi ditentukan oleh wartawan, sebaliknya mengikut kecenderungan dan minat seseorang pengguna Facebook itu sendiri.
Perkara ini dilihat mungkin akan memberi impak besar kepada masyarakat kewartawanan, namun pakar-pakar media berpendapat, konsep berita Facebook adalah lebih kepada menyampaikan apa yang seseorang mahukan. – AFP
TOP
Adik Ikut abang berkhatan
Rembau: Dua pasangan adik-beradik antara 22 kanak-kanak di Taman Rembau Utama di sini, yang menyertai Program Khatan Perdana yang julung kali diadakan di taman perumahan itu, semalam.
Program sempena cuti persekolahan anjuran Surau Ehsaniah taman berkenaan membabitkan kanak-kanak lelaki berusia antara enam dan 11 tahun.
Mohd Hafiz Azhar, 8, dan adiknya, Mohd Azril, 6, gembira apabila menyertai program berkhatan bersama rakan walaupun usia mereka masih awal.
Mohd Hafiz berkata, selepas mendapat kebenaran daripada ibu bapa mereka, adiknya juga mahu turut serta dalam program itu walaupun pada awalnya ibu bapa bimbang kerana dia masih terlalu awal untuk berkhatan.
Berlainan pula bagi dua beradik Muhammad Arif Aiman Norazman, 11, dan Muhammad Haris Zaquan, 8, turut sama menyertai program berkenaan selepas dipujuk ibu bapa mereka.
Muhammad Arif Aiman berkata, pada mulanya dia berasa takut untuk bersunat, namun selepas dipujuk ibu bapa dia bersetuju, tambah pula adiknya ikut serta mengurangkan rasa gugupnya.
Sementara itu, pengarah program, Zainal Ibrahim berkata, acara berkenaan kali pertama dianjurkan dan puas hati apabila mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk.-.harian metro
TOP
Masak bubur rumah terbakar
Kuala Kurau: Kegembiraan tiga keluarga memasak bubur asyura secara gotong-royong berakhir dengan kedukaan apabila rumah mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Raja Badshah, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, penduduk yang sedang mengagihkan bubur asyura di kawasan berdekatan terkejut apabila mendapati tiga rumah penduduk terbakar.
Salah seorang mangsa, Mohd Tarmimi Abd Hamid, 32, berkata, dia dan keluarganya yang berada berdekatan kediaman itu selepas selesai mengagihkan bubur lambuk terkejut apabila api marak begitu cepat membakar keseluruhan rumah mereka.
Katanya, penduduk cuba membantu memadamkan kebakaran menggunakan air paip berdekatan, namun kebakaran gagal dikawal kerana api merebak begitu cepat disebabkan keseluruhan rumah diperbuat daripada papan.
“Kebakaran berlaku begitu pantas dan semua barangan di dalam rumah gagal diselamatkan kerana api merebak dengan cepat ditambah keadaan cuaca berangin sewaktu kejadian.
“Mujurlah bomba datang cepat, jika tidak lebih banyak rumah penduduk musnah dalam kebakaran ini,” katanya.-Harian Metro
TOP
Bukan terjahan keras: Gary
Singapura: “Saya minta maaf.” Itulah ungkapan kekesalan yang diluahkan pemain tengah Gary Steven Robbat, mengakui kesilapannya kerana menerima kad merah ketika Malaysia seri 0-0 dengan Myanmar pada aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF 2014 di Stadium Jalan Besar semalam.
Jelas Gary, 22, pemain paling muda dalam skuad Harimau Malaya, dia sedar ketiadaannya menjejaskan peluang mereka meraih kemenangan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam tempoh hampir sejam.
“Saya menerima kad merah terlalu awal, saya minta maaf kepada rakan sepasukan.
“Saya berterima kasih kepada mereka kerana berjaya bertahan dan tidak melepaskan gol meskipun bermain dengan 10 pemain,” katanya yang menerima kad merah kedua sepanjang aksinya di pentas antarabangsa.
Jurulatih Harimau Malaya Dollah Salleh menggandingkan Gary di bahagian tengah bersama kapten Shukor Adan selepas Safiq Rahim masih lagi bergelut untuk cergas sepenuhnya.
Namun segala-galanya berubah apabila dia melakukan terjahan ke atas pemain lawan sehingga mengundang kepada layangan kad kuning kedua pada minit ke-35.
“Saya fikir perebutan bola itu 50-50, hanya terkena sedikit kaki pemain Myanmar, ia bukan terjahan keras,” kata Gary.-Harian Metro
TOP
Turki rancang bina masjid di setiap universiti
ISTANBUL 22 Nov. - Kerajaan Turki merancang untuk membina sebuah masjid di setiap universiti di negara ini dalam tempoh terdekat.
"Beberapa buah masjid sedang di bina dilebih 80 buah universiti di negara ini. 15 buah daripada itu telah dibuka untuk kegunaan orang ramai dan lebih 50 buah lagi akan siap menjelang tahun depan," kata Ketua Hal Ehwal Agama Turki, Mehmet Gormez.
Beliau berkata terdapat lebih 20 juta golongan remaja di negara ini dan jabatan agama mahu mendekati golongan tersebut. - AFP
TOP
Edry pecah dominasi M Nasir
BEKAS Pengurus EMI Malaysia, Beh Suat Pheng menyampaikan Anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak kepada Edry (kanan) pada Anugerah MACP 2014, malam ini. - Foto Adi Safri
KUALA LUMPUR: Rekod 13 tahun sifu muzik terkenal, Datuk M Nasir sebagai Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak, akhirnya dipecahkan Edry Abdul Halim pada Anugerah MACP 2014, malam ini.
Bagaimanapun, Nasir menerusi syarikatnya, Luncai Emas Sdn Bhd mengungguli kategori Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak pada majlis anugerah anjuran Persatuan Perlindungan Hak Cipta karyawan Muzik (MACP) itu.
Turut diumumkan, Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak yang dimenangi Habsah Hassan; Komposer Muda Berpontensi (Akim Ahmad); Lagu Inggeris Persembahan Terbanyak (Yuna/I wanna Go); Lagu Melayu Persembahan Terbanyak (Malique/Zizan dan Kaka/Bawaku Pergi) dan Anugerah Nadi Cipta (Saari Amri).
Majlis Anugerah MACP sempena sambutan ke-25 tahun organisasi itu turut diserikan dengan persembahan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Yuna, Akim, Salmiah Hassan dan One Nation Emcee. - BH Online
TOP
Peperiksaan Nombor 1 Sentiasa Tetapi Tidak Bijak Kenapa?
Gambar hiasan
Sebagai majikan, saya selalu juga berhadapan dengan calon-calon pekerja yang keluar universiti dengan CGPA yang tinggi. Tak dinafikan saya melihat perkara itu juga sebagai ukuran pertama pemilihan pekerja. Bermakna mereka punyai konsistensi. Tapi mereka jarang tahan lama atau mudahnya bijak melakukan sesuatu di luar dari buku kerana mereka ni biasanya ULAT BUKU. Yang tahan lama bekerja ialah mereka yang CGPA segan-segan dengan keputusan UPSR yang memang kalau kita tengok pun kita ludah tepi lah. Tapi tidak semua begitu, ada beberapa orang staff saya juga CGPA tinggi dan komited juga konsisten.
Ingat dulu kalau mak ayah letakkan mainan kita atas para paling atas. Oleh kerana kita sukakan mainan itu, kita berusaha untuk CARI AKAL macammana mainan itu boleh kita bawa turun semula. Memanglah itu nakal tetapi kenakalan juga perlukan kita jadi BIJAK.
Ramai juga BIJAKPANDAI berakhir di dalam penjara dan lokap balai kerana bijak itu disalur kepada nak mendapatkan perkara yang tak baik. Cuba kenakalan yang berminyakkan kebijakan itu disalur kepada mencipta teknologi berbanding mencipta cara menyamun bank.
Akademik hanya mampu mengajar untuk menjadi pandai tetapi bukan bijak. Kerana bijak, kelasnya ialah ALAM dan bukan BILIK DARJAH.
Anak-anak saya bersama kelompok anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) tidak tergesa-gesa nak belajar untuk ambil exam UPSR. Mereka didedahkan kepada alam dengan pantauan. Di situ nanti mereka akan mula menggunakan akal mereka. Bawa sahaja ke kebun kambing dan beri task kepada mereka bagaimana nak tangkap seekor kambing yang kita mahukan. Jika dikejar di padang ragut, mesti lari lintang pukang kambing tu. Mereka akhirnya mencari akal dan akhirnya berjaya menangkap seekor kambing tanpa mengotorkan baju. Itu salah satu contoh.
Di bilik darjah, cikgu ajar cara nak tangkap kambing tapi tak pernah merasakan sendiri menangkap kambing. Bila teori menangkap kambing itu dibawa kepada perlaksanaan, mereka mungkin KURANG BIJAK jika situasi berubah.
Tempohari kami di RPWP ada buat hawker night. Anak-anak semuanya dari umur 6 tahun sampai 15 tahun terlibat. Mereka menjalankan perniagaan makanan dengan 4 buah gerai dengan 4 jenis makanan berlainan. Ada yang ambil order, ada yang memasak, ada yang mengira, ada yang membersih, ada yang menghias dan macam-macam lagi.
Hanya 3 jam sahaja program PRIHATIN HAWKER itu tetapi dalam tempoh sedikit itu, anak-anak ini belajar...
1. Membuat bajet
2. Tawar menawar barang mentah di pasar basah
3. Membuat pengiraan kalori dan pengaturan diet
4. Memasak
5. Pengiraan operasi matematik
6. Perniagaan
7. Akaun
8. Kebersihan dan banyak lagi.
Kita jangan lupa, SEKOLAH kepada Nabi Muhammad SAW antaranya "Mengembala Kambing" sebab itu nabi saw mampu memimpin kepala-kepala batu yang degil nauzubillah di Mekah dahulu kerana kalau ingatkan kambing, memang masyaAllah degilnya kambing-kambing ni. Sekolah nabi lagi bila baginda ikut berniaga bersama atuknya sampai ke peringkat antarabangsa. Saya tak ingat ke MRSM atau SBP mana Nabi masuk dulu (ini Sarcastik...maaf kena tulis pasal selalu ada yang sengal tidak memahami maksud subliminal) dan nombor berapa Nabi dapat dalam kelas.
Hari ini kita masih ingat lagi jenama kasut yang kita pakai semasa darjah satu tetapi kita lupa apa nama-nama mikroorganisma dalam bab Mikro Biologi dalam buku Bio tingkatan 4 dahulu. Mengapa? Kerana BELAJAR dan MENGALAMI sendiri sangat jauh bezanya.
Jangan tension kalau anak nakal. Dia nakal tu kerana bijak, cuma jangan didik nakal itu ke arah yang tidak baik. Giring kenakalan itu untuk menjadi manusia hebat. Jika mereka buat masalah dalam sekolah itu tanda mereka bosan dengan sekolah yang pada mereka untuk budak-budak nerd yang butang baju sampai ke leher sambil rambut sikat tepi berkilat Tancho. Jika dibiarkan, mereka ini akan jadi ganster sekolah. Jika itu terjadi kepada anda jangan segan berhenti kerja dan jadi cikgu kepada anak nakal itu sendiri untuk kita pastikan kenakalan dan kebijaksanaan itu menuju ke arah kanan dan bukan kiri.
- Saiful Nang

Wartawan Dedah Nama Keputusan Peserta Akhir Gegar Vaganza Lebih Awal Dari Siarannya.
Program Gegar Vaganza yang menggantikan slot siri program realiti Akademi Fantasia nampakanya sudah diterima oleh peminat indutri muzik tanah air dimana program ini telah menampikan penyanyi-penyanyi hebat suatu masa dahulu untuk berentap merebut kejuaraan.
Program yang telah dihoskan oleh Nabil dan Jihan Raja Lawak ini nampaknya telah 'dispoilkan' oleh seorang wartawan apabila ada seorang wartawan yang agak senior telah menyiarkan nama peserta yang layak ke final lebih awal dari siarannya di kaca televisyen.
Program tersebut adaah program rakaman dimana ia direkodkan dahulu sebelum ditayangkan dan ini bermakna sebagai pihak media yang mengikuti program ini perlu merahsiakan dahulu keputusan program ini sehingga rancangan tersebut habis disiarkan baru boleh di siarkan keputusan ayng teah diketahui itu melaui media.
Berikut petikan yang ditulis wartwan berkenaan,
“Rakaman rancangan hiburan menarik di Astro Ria, Gegar Vaganza sudah labuhkan tirai separuh akhir dengan menyaksikan enam artis bakal berentap di pentas final” “Mereka ialah Ifa, Rahmat Mega, Mamat (bekas Exist), Haleeda, Ayai Ilusi dan Fazli Zainal. Shima yang diharap ramai ke final, tersingkir di pusingan penting itu. Suaranya hebat tapi markah juri tak memihak kepadanya. Juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim. Juri jemputan malam itu Datuk Yusof Haslam dan Ning Baizura,” Sayangkankan, rancangan tersebut baru mula diterima dikalangan penonton tetapi seolah-olah telah disabotaj oleh wartawan tersebut yang mengumumkan nama peserta akhir lebih awal dari siarannya. Nampaknya tiada lagi kejutan dalam program tersebut dan silap-silap program tersebut boeh gulung tikar.- Siakapkeli.com.my

Kerajaan Negeri Umum Wifi Berkelajuan Tinggi Seluruh Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Selangor seperti sebelum ini telah menyediakan WIFI percuma dibeberapa lokasi tetapi kelajuannya tidak stabil kadang-kadang laju dan kadang-kadang perlahan.
Melalui belanjawan kerajaan Negeri Selangor harini salah satu belanjawan yang diperuntukkan ialah penyediaan WiFi berkelajuan tinggi dan tidak disebut pula berapa kelajuan yang akan bakal digunakan.
Dalam rancangan itu lebih 2500 kawasam hotspot WiFi dengan radius seluas 100 meter akan membolehkan hampir seluruh rakyat negeri selangor akan mendapat perkhidmatan secara percuma itu.
Sengan menambah-baik sistem wifi yang sedia ada ini sekaligus akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi digital, selain menyaksikan lebih banyak kehadiran usahawan baru dalam bidang digital.- Siakapkeli.com.my
TOP
Tergelincir Ketika Berwuduk Di Sungai
Pasir Puteh: “Kami baru bertunang bulan lalu dan sepatutnya disatukan pada Mei depan, tetapi arwah pergi dulu menghadap Allah SWT.
“Hanya Tuhan tahu betapa sedihnya hati saya,” kata Tuan Nur Syamimi Tuan Zulkapli, 22.
Dia tunang kepada Muhammad Azli Khanafiah, 28, yang meninggal dunia akibat lemas dalam kejadian di Jeram Kopeh dekat Hutan Lipur Jeram Pasu, Padang Pak Amat, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, Muhammad Azli dari Kampung Wakaf, di sini, ke kawasan itu bersama enam rakan sekampung untuk memancing sebelum tergelincir ketika hendak mengambil wuduk bagi menunaikan solat Asar.
Anak sulung daripada lapan beradik itu cuba dibantu empat rakannya naik ke tebing, namun hanyut dibawa arus deras dan ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kota Bharu dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh tersepit di celah batu besar.
Menurut Tuan Nur Syamimi, dia dimaklumkan kejadian itu oleh adik tunangnya pada jam 6.30 petang dan bergegas ke Hospital Tengku Anis (HTA), di sini untuk pengesahan lanjut.-harian metro
TOP
Kontraktor dipenjara 20 tahun, 20 sebatan bersalah rogol anak tiri
SEREMBAN: Seorang kontraktor dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi, selepas didapati bersalah merogol anak tirinya, tahun lalu.
Hakim Datuk Jagjit Singh menjatuhi hukuman itu terhadap Helmi Bassi, 28, di akhir kes pembelaan.
Beliau berkata, selepas meneliti kes, pihak pendakwaan didapati berjaya membuktikan kes tanpa ada keraguan munasabah, manakala pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperkosa anak tirinya berusia 16 tahun di sebuah rumah di Taman Andalas, Mantin di sini, pada jam 8 pagi, 13 Mac tahun lalu.
Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa merogol anak tirinya itu di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, dekat sini pada jam 8 pagi, 6 Jun tahun sama.
Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun, serta minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan. - BH Online
TOP
Hero Ariana Rose Rancang Kahwin Tahun Depan
Pelakon Keith Foo, yang menjadi kegilaan ramai wanita ini dengan membintangai drama popular Ariana Rose ini telah mengakui seudah bersedia dan akan melangsungkan perkahwinan bersama tunangannya Kim Raymond tahun hadapan.
Memetik dari sumber akhbar Sinar, “Umur semakin meningkat dan rasanya saya tidak perlu menunggu lebih lama lagi untuk bertukar status. Perancangan telah dibuat dan saya harap semuanya berjalan lancar,” jelas Keith.
Keith Foo bagaimananpun berkata popularitinya menurun kerana berkahwin kerana tahu peminat lebih memilih beliau atas dasar bakatnya dalam bidang lakonan bukan dari segi rupanya.
“Sekarang peminat menilai kita dari sudut kebolehan dan bakat lakonan bukan kerana rupa semata mata. Ramai artis yang berkahwin masih mencipta populariti dan nama dalam bidang ini Saya yakin, jika itu yang menjadi pilihan peminat, saya akan terus diterima,” tambahnya.- Siakapkeli.com.my
TOP
Anak Lelaki Jokowi Cerita Tentang Kesedapan Daging Babi
Anak lelaki bongsu Presiden Indonesia yang baru, Kaesang Pangarep telah menulis di dalam blog peribadinya tentang pengalamanya yang pernah belajar di sebuah sekolah di singapura.
Di dalam ceritanya itu Kaesang Pangarep menceritakan tentang pengalaman itu melalui satu penulisannya yang bertajuk Diary Anak Kampung: Suka Duka Pertama Kalinya Bersekolah Di Singapore.
Apa yang mengejutkan beliau bercerita tentang keenakan daging babi yang pertama kali dimakan olehnya.
Peristiwa ini terjadi apabila beliau telah dihantar bersekolah di Sekolah Anglo-Chinese Singapura dan semasa beliau pergi ke medan selera berdekatan dengan asrama sekolahnya beliau memesan makanan berasaskan daging selepas terlihat daging yang sedap tergantung di kedai makan tersebut.
Semasa memakan makanan tersebut beliau merasakan itulah daging paling sedap pernah dimakannya kerana sangat lembut, empuk dan rasa kemanisan dagingnya. Kerana terlalu sedap beliau telah meminta untuk membungkus untuk dibawa balik ke asramanya nanti.
Tiba-tiba beliau terfikir daging apa yang dimakannya yang sedap itu dan lantas bertanya kepada penjual makanan itu dan penjual itu terus menjawab itu daging babi. beliau amat menyesali kerana baru sampai ke Singapura beliau sudah membuat dosa.
Kerana menyesali perbuatannya itu beliau telah ke Masjid berdekatan untuk bertaubat tetapi semasa beliau solat beliau tidak dapat solat dengan khusyuk kerana teringat akan kesedapan daging babi tersebut dan berasa dosanya berlipat kali ganda.
Untuk mengelakkan perasaan teringat akan kesedapan daging babi itu beliau cuba memakan daging kambing tetapi tidak berjaya menandingi kesedapan daging babi tersebut.- Siakapkeli.com.my
Untuk mengelakkan perasaan teringat akan kesedapan daging babi itu beliau cuba memakan daging kambing tetapi tidak berjaya menandingi kesedapan daging babi tersebut.- Siakapkeli.com.my
TOP
Wanita Hamil Tunggu Bersalin Lakukan Seks Dalam Wad Hospital
Bristol: Mengejutkan, apabila seorang wanita yang sedang sarat mengandung dan hanya tunggu masa melahirkan anak ditemui sedang melakukan seks dengan suaminya diatas katil hospital.
Kelakuan mereka itu telah mengejutkan seorang perkerja pencuci hospital itu selepas mendengar bunyi dari sebuah bilik perseorangan di wad bersalin.
Lebih mengejutkan lagi apabila pekerja itu cuba melaporkan kepada pihak pengurusan hospital Hospital St. Michael dan dibalas bahawa perbuatan itu tidak menyalahi peraturan hospital.
Selain daripada itu pesakit digalakkan untuk meltakkan tanda “Jangan ganggu” di hadapan pintu sekiranya melakukan perkara tersebut,
Menurut pihak hospital selain dari pekerja pencuci itu, pesakit lain juga turut terdengar bunyi tersebut dan berasa amat kecewa dan terkejut akan kelakuan itu di dalam hospital.
Tambahnya lagi, pekerja hospital mestilah memastikan privasi pesakit dihormati. ─ Siakapkeli.com.my
TOP
Penjelasan Pemilik Restoran Ali Maju Berkenaan Isu Lap Meja Guna Mop Lantai
Baru-baru ini, satu video yang memaparkan seorang pekerja dari restoran Ali Maju di Setiawangsa membersihkan meja menggunakan mop lantai telah tersebar dan menimbulkan pelbagai reaksi negatif terhadap restoran tersebut.
Melalui kapsyen yang dikemukakan bersama video itu, pekerja tersebut didakwa menggunakan mop lantai bagi membersihkan meja yang digunakan untuk menebar roti canai.
Dato Ali,pemilik kepada restoran berkenaan telah mengesahkan kejadian tersebut sememangnya terjadi namun, meja yang dimop itu bukanlah meja untuk menebar roti canai tetapi meja yang digunakan untuk membungkus Tom Yam yang telah siap. Dato Ali memberitahu perkara demikian ketika dihubungi melalui Whatsapp.
Selain itu, Dato Ali juga memberitahu dia sudah mengenakan tindakan ke atas pekerja yang membuat perbuatan tersebut.
Selain itu, Dato Ali juga memberitahu dia sudah mengenakan tindakan ke atas pekerja yang membuat perbuatan tersebut.
TOP
Putin dedah kehidupan keluarga, sahkan anak perempuan tinggal di Moscow
MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin yang terkenal kerana merahsiakan mengenai kehidupan peribadinya, akhirnya mendedahkan mengenai di mana dua anak perempuannya berada yang sebelum ini tiada siapapun mengetahuinya.
Semalam, Putin membuka mulut mengenai kehidupan pemerintah Russia yang penuh dengan rahsia dan di luar pengetahuan orang awam.
Beliau juga memberitahu agensi berita TASS, bahawa beliau boleh menawarkan diri untuk melanjutkan tempoh pemerintah sehingga 2024 namun ia akan menimbulkan masalah kepadanya jika kekal menjadi presiden seumur hidup.
Anak perempuan Putin - Maria, 29, atau nama panggilannya Masha, dan Yekaterina, 28, juga dikenali sebagai Katya - menjadi misteri kepada rakyat Russia sehingga wajah mereka pun sehingga kini tidak diketahui.
Namun Putin menyangkal khabar angin bahawa kedua-dua anak perempuannya itu tinggal di luar negara dan berkata beliau berjumpa kedua-duanya setiap bulan.
"Saya mempunyai jadual kerja yang ketat. Malah anak perempuan saya sekali pun dapat berjumpa sekali atau dua kali sebulan" kata Putin dalam temubual itu.
Ditanya di negara mana anak perempuannya tinggal sekarang, bekas pegawai perisikan Russia, KGB itu berkata: "Di Russia, di mana lagi?"
"Semestinya mereka tinggal di Moscow. Kami berjumpa di rumah" kata Putin.
Menurut laporan yang tidak disahkan pada musim panas ini, Maria dipaksa berlepas ke rumah mereka di Belanda selepas peluru berpandu yang dikatakan dibekalkan oleh Moscow digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine, mengorbankan 298 orang, kebanyakannya warga Belanda.
Datuk Bandar Hilversum di Belanda yang turut kehilangan beberapa penduduknya akibat nahas pesawat MH17 itu, mahu anak perempuan Putin segera dihantar pulang sebelum menarik balik kenyataannya yang dianggap sebagai komen yang kurang tepat.
Malah, aktivis Ukrainine turut menerbitkan gambar dan alamat rumah anak perempuan Putin yang mendiami sebuah 'pangsapuri mewah' dengan menggesa agar rakyat melancarkan protes.
Yekaterina dilaporkan akan berkahwin dengan anak lelaki kepada seorang jeneral tentera Korea Selatan pada 2010 namun khabar angin berkenaan disangkal oleh jurucakap Putin.
Putin tidak pernah bergambar dengan anak perempuannya, bertentangan dengan Tatyana Yumasheva - anak perempuan kepada bekas Presiden, Boris Yeltsin yang tergolong dalam status kehidupan berprofil tinggi.
Putin memegang kuasa sejak 1999, apabila Yeltsin menjadikannya sebagai Perdana Menteri sebelum pemangku Presiden.
Putin berkata, beliau berkemungkinan menamatkan penggal keempatnya pada 2018, yang sekali gus menyaksikan beliau akan kekal di Kremlin sehingga 2024.
"Keputusan itu bergantung kepada 'hati kecil dan perasaan saya," katanya.
Namun beliau tidak merancang untuk kekal memerintah sehingga akhir hayat.
"Tidak, ia tidak baik untuk negara. "Ia merosakkan dan saya tidak perlukan itu," katanya. - AFP
TOP
Bajet Selangor 2015: Azmin Umum RM2.4 Bilion, Dana Terbesar Dalam Sejarah Pakatan
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion dalam Bajet 2015 iaitu lebih 90 peratus daripada rizab kerajaan negeri berjumlah RM3.31 bilion.
Jumlah berkenaan adalah yang terbesar dalam sejarah Pakatan Rakyat di Selangor ketika di bawah kepimpinan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pada 2014, kerajaan Selangor mengumumkan peruntukan bajet berjumlah RM1.8 bilion, manakala sebanyak RM1.63 diperuntukkan dalam bajet 2013.
Bajet 2015 yang bertemakan 'Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli' pertama kali dibentangkan Azmin sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan Selangor daripada Khalid pada September lalu.
Ketika membentangkan Bajet 2015 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Azmin berkata, sebanyak RM1.2 bilion atau 53.19 peratus akan diperuntukan untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.3 bilion atau 46.81 peratus bagi perbelanjaan pembangunan.
Menurut Azmin, kutipan hasil kerajaan Selangor bagi 2015 dianggarkan meningkat 6.49 peratus kepada RM1.97 bilion berbanding RM1.85 bilion pada 2014.
"Di bawah peruntukan mengurus, RM385 juta adalah bagi emolumen dan RM443.5 juta disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan.
"Manakala RM17.6 juta diperuntukkan kepada pembelian aset. Sejumlah RM426.5 juta disediakan untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap dan RM16 juta untuk perbelanjaan lain," katanya pada Isnin.
Tambah beliau, bagi tujuan pembangunan, sejumlah RM277.3 juta diperuntukkan bagi program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan RM106.6 juta disediakan bagi perkhidmatan masyarakat, pembangunan luar bandar, sektor perbandaran dan pembangunan usahawan.
"Seterusnya RM100.2 juta diperuntukkan bagi pembangunan sosial termasuk pendidikan, perumahan, pembangunan belia dan sukan dan pembangunan insan.
"Sejumlah RM48.9 juta akan diperuntukkan bagi pembangunan khas negeri dan RM44.4 juta bagi pengambilan balik tanah.
"Bagi pentadbiran am, sejumlah RM33.8 juta diperuntukkan, manakala bagi pembangunan adat Melayu dan warisan serta pelancongan, sejumlah RM9.25 juta disediakan," katanya.- Mstar
MestiQQ Adalah perusahaan judi online KELAS DUNIA ber-grade A
ReplyDeleteSudah saatnya Pencinta POKER Bergabung bersama kami dengan Pemain - Pemain RATING-A
Hanya dengan MINIMAL DEPOSIT RP. 10.000 anda sudah bisa bermain di semua games.
Kini terdapat 8 permainan yang hanya menggunakan 1 User ID & hanya dalam 1 website.
( POKER, DOMINO99, ADU-Q, BANDAR POKER, BANDARQ, CAPSA SUSUN, SAKONG ONLINE, BANDAR66 )
PROSES DEPOSIT DAN WITHDRAWAL CEPAT Dan AMAN TIDAK LEBIH DARI 2 MENIT.
100% tanpa robot, 100% Player VS Player.
Live Chat Online 24 Jam Dan Dilayani Oleh Customer Service Profesional.
Segera DAFTARKAN diri anda dan Coba keberuntungan anda bersama MestiQQ
** Register/Pendaftaran : WWW-MestiQQ-POKER
Jadilah Milionare Sekarang Juga Hanya di MestiQQ ^^
Untuk Informasi lebih lanjut silahkan Hubungi Customer Service kami :
BBM : 2C2EC3A3
WA: +855966531715
SKYPE : mestiqqcom@gmail.com