TOP
Seks Dengan Biri-Biri Sebab Stres Nak ‘Exam’
Fresno (California) – Seorang pelajar universiti yang dituduh mengadakan seks dengan biri-biri berkata, dia bertindak demikian kerana terlalu stres menghadapi peperiksaan.
Lelaki berusia 23 tahun itu ditangkap mengadakan seks oleh rakan pelajarnya di Universiti Fresno State selepas mendengar bunyi bising dari kandang haiwan berkenaan di kampus.
Pelajar yang namanya tidak didedahkan memberitahu polis, dia amat tertekan dengan peperiksaan yang bakal dihadapinya, menyebabkan dia minum terlalu banyak arak.
“Ia sungguk menjijikkan dan membuat saya marah. Kenapa perlu lepaskan geram pada haiwan semata-mata kamu tertekan dengan peperiksaan,” kata Marisa Burkdoll, antara pelajar yang menguruskan haiwan berkenaan di kampus itu.
“Pelajar itu bukan tertekan tetapi mungkin menghadapi masalah mental.
“Dia sasarkan haiwan yang tidak boleh mempertahankan diri mereka,” katanya sambil mendesak pihak berkuasa memenjarakan pelajar terbabit.
Biri-biri berkenaan ialah sebahagian daripada haiwan yang diternak di kampus itu untuk tujuan pembiakan dan ternakan. Ia kini dirawat oleh veterinar. – Agensi
TOP
Ibu dan Anak Dicekup Berkhalwat Dengan Dua Lelaki
Gambar Hiasan
Jitra: Perbuatan sumbang dua beranak yang sering membawa masuk lelaki ke rumah mereka di kawasan perumahan di Tanah Merah sejak beberapa bulan lalu, terbongkar apabila mereka dicekup berkhalwat dengan dua lelaki, malam kelmarin. Kedua-dua beranak itu ditahan jam 11 malam oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) ketika bersama pasangan masing-masing di rumah sewa berkenaan. Difahamkan, wanita berusia 32 tahun yang juga ibu kepada remaja perempuan berusia 16 tahun itu dipercayai berkahwin pada usia 14 tahun dan mempunyai tiga anak termasuk remaja terbabit, tetapi dua daripadanya tinggal berasingan. Remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu dikatakan tinggal bersama ibunya selepas berpisah dengan bapanya sehingga menyebabkan dua beranak terbabit terjebak dengan gejala sosial. Ketua Operasi PADKP Abd Rahim Abu berkata, sepasukan anggotanya menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat membabitkan dua beranak itu di rumah terbabit lalu melakukan pemeriksaan lanjut. Beliau berkata, sebaik tiba pihaknya mendapati rumah terbabit dalam keadaan tertutup rapat dan berkunci. “Anggota penguat kuasa kemudian mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali sebelum dibuka remaja perempuan itu yang berpakaian lengkap kemeja- T dan berseluar panjang. “Hasil siasatan menemui seorang wanita dipercayai ibu remaja itu didapati duduk bersama dua lelaki berusia 19 dan 21 tahun termasuk seorang daripadanya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT),” katanya, semalam. Abd Rahim berkata, kedua-dua lelaki itu memberi alasan hanya menghantar makanan, tetapi didapati tiada makanan dibawa. “Berikutan itu, keempat-empat mereka ditahan untuk siasatan,” katanya. - Harian Metro

Video Terbaru Sejurus MH17 Terhempas Tersebar di Internet
Setelah empat bulan berlakunya nahas pesawat MH17, satu video yang dikatakan diambil sejurus selepas pesawat itu terhempas tersebar di internet.
Difahamkan, situasi tersebut berlaku di sebuah kampung di timur Ukrain dimana pesawat MH17 terhempas.
Video tersebut memaparkan penduduk tempatan bergegas ke tempat kejadian dan kemarakan api berserta gumpalan asap hitam setelah pesawat tersebut terhempas.
Video yang berdurasi selama 1.32 minit itu dipercayai diambil oleh seorang penduduk tempatan menggunakan sebuah telefon - Siakapkeli.com.my
Video yang berdurasi selama 1.32 minit itu dipercayai diambil oleh seorang penduduk tempatan menggunakan sebuah telefon - Siakapkeli.com.my
TOP
Hotel Mewah 155 Meter Di Bawah Tanah
Hotel Sala Silver Mine terletak di negeri Västmanland, Sweaden ini adalah sebuah hotel yang dibina di dalam bekas lombong perak sedalam 155 meter bawah tanah dan telah mula beroperasi.
lombog tersebut yang mula beroperasi dari kurun 15 belas lagi dan telah tamat operasinya pada 1905. tetapi kini telah diubah suai menjadi sebuah sebuah muzium, panggung wayang, retoran dan sebuah hotel mewah. Menurut seorang pemandu pelancong memberitahu bahawa lombong ini dahulu adalah lombong utama pengeluaran perak di Sweden dengan menggunakan alatan tradisional dan tangan mereka mampu mengeluarkan 400 tan perak 40,000 tan plumbun.
Di atas tanah laluan masuk hotel ini , bangunan-bangunan lama masih digunakan dan di jadikan kedai-kedai cenderamata, sebuah galeri seni dan muzium polis. Pada bulan Disember terdapat bazar menjual barangan krismas tipa-tiap tahun. Bayaran untuk menginap di hotel ini untuk semalam ialah AS$580 (RM1937).- Siakapkeli.com.my

Imigresen ‘Tunggu Masa’ Serbu Cameron Highlands
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen kini sedang 'menunggu masa' untuk melakukan serbuan terhadap penempatan pendatang asing tanpa izin (Pati) di Cameron Highlands.
Ketua Pengarahnya yang baharu dilantik, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, membasmi pendatang haram akan terus menjadi keutamaan jabatan itu dan fokus terkini akan diberikan terhadap kumpulan Pati di Cameron Highlands.
"Isu lambakan Pati akan menjadi agenda utama kita dan saya telah pun diberi taklimat mengenainya.
"Di Cameron Highlands, kita ada buat risikan melalui Unit Risikan dan kita pun 'menunggu masa'...saya harap pihak berkepentingan di sana dapat berwaspada mulai sekarang," katanya pada sidang media khas sempena pelantikannya di Kompleks Jabatan Imigresen di sini, Isnin.
Mustafa yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah RELA berkata, masalah Pati di tanah tinggi itu agak berlainan dengan tempat lain.
"Punca dan masalahnya akibat sebab-sebab yang lain. Cameron Highlands di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan..dari segi Pati, di bawah tanggungjawab imigresen," katanya.
Mengulas lanjut mengenai serbuan yang akan dijalankan, beliau memberitahu, jabatan itu tidak akan bergerak secara sendirian sebaliknya akan menjalinkan kerjasama dengan pihak lain seperti Majlis Daerah Cameron Highlands dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi penguatkuasa lain.
Bagaimanapun katanya, pegawai-pegawai daripada jabatan ini akan bergerak mengikut cara sendiri dan kesesuaian untuk bertindak ke atas Pati.
"(Serbuan) Bila-bila masa, tidak kira masa dan tidak kira siapa.
"Selagi namanya Pati, selagi menjadi tanggungjawab Imigresen, kita akan buat," tegasnya.
Sekatat ini, jumlah pekerja asing di Cameron Highlands yang diluluskan adalah sebanyak 11,016 orang namun terdapat dakwaan angka pekerja asing di situ mencecah 30,000.
Daripada jumlah itu, seramai 6,057 adalah warga Bangladesh yang bekerja dalam pelbagai sektor seperti pertanian (5,990 orang), perladangan (13 orang) manakala sektor pembinaan dan perkhidmatan berjumlah 54 orang.
Baru-baru ini sebanyak 181 Pati ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Gempak dan Mesra yang pertama kali dijalankan di tujuh lokasi iaitu Ringlet, Lembah Bertam, Tanah Rata, Brinchang, Kampung Raja, Tringkap dan Kuala Terla dengan melibatkan 369 pegawai dan anggota imigresen. ─ mStar online
TOP
Rafizi Tak Hadir Parlimen, Ahmad Maslan Anggap Isu 1MBD Selesai
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan
Datuk Ahmad Maslan menggesa MP Pandan Rafizi Ramli supaya tidak memanjangkan usahanya untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan kerana timbalan menteri kewangan itu mengganggap perkara itu "telah selesai." Rafizi, tidak hadir ke parlimen hari ini sekalipun Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersedia untuk membut keputusan. Bagaimanapun, Pandikar Amin turut berkata bahawa Rafizi tidak menyerahkan dokumen yang diminta oleh beliau. Ahmad berkata beliau telah menyerahkan kepada speaker semua dokumen yang relevan untuk menjawab segala tuduhan Rafizi yang mendakwa MP Pontian itu mengelirukan berhubung kontrversi surat sokongan untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB). "Saya menganggap kes ini telah selesai dan menganggap pembangkang tidak berupaya untuk mempertahankan dakwaan (yang dibuat)," kata Ahmad kepada pemberita di lobi parlimen. "Jika Rafizi sakit, saya berharap beliau segera sembug supaya kita dapat menyelesaikan perkara ini," katanya lagi. ─ Malaysiankini

10 Hotel & Resort Terbaik Untuk Anda Bercuti Di Malaysia Sempena Cuti Sekolah Ini
Hotel penginapan merupakan perkara paling penting jika anda ingin bercuti di mana-mana tempat sekali pun. Kali ini kami akan berkongsi hotel-hotel yang menarik dan terbaik bukan sekadar dari segi bintangnya sahaja tapi dari segi kepuasan pengguna, harga,servis dan juga lokasi yang menarik.
Tidak dinafikan, ramai yang gemar bercuti di luar negara, tetapi sebenarnya di Malaysia sendiri, banyak hotel-hotel dan tempat percutian yang menarik untuk anda luangkan masa bersama yang tersayang. Berikut adalah 10 hotel yang patut anda cuba jika anda berhasrat untuk bercuti di dalam Malaysia.
10. Hotel Tanjung Rhu Resort, Langkawi
Hotel Tanjung Rhu Resort ini pasti akan memberi anda kepuasan berada di sini. Hotel ini mempunyai pantai peribadi mereka tersendiri dan tidak boleh di kongsi oleh orang luar. Bagi mereka yang mahukan ketenangan dan masa peribadi bersama pasangan ataupun bersama keluarga, ini adalah tempat terbaik untuk anda.
Hotel ini mempunyai 136 bilik dan 3 kolam renang berlainan dan anda boleh memilih sama ada ingin mandi di kolam renang atau pun di pantai.
Di bilik pula, anda akan terasa dimanjakan kerana semua kemudahan benar-benar mewah. Contohnya, langsir dan pelapik tempat duduk anda dibuat dari sutera Thai dan kain kapas India manakala bilik air anda pula besarnya seluas bilik tidur.
Kedudukan pantai yang berdekatan hotel ini pula betul-betul mengadap ke arah matahari jatuh membolehkan anda melihat panorama matahari jatuh dari balkoni hotel.
Harga: Rm700 - Rm4800
9. Somerset Ampang, Kuala Lumpur
Hotel Apartmen Somerset Ampang merupakan antara pilihan terbaik jika anda berkunjung ke Kuala Lumpur kerana kemudahan dan permandangan yang disediakan amat menarik.
Hotel ini mempunyai kolam renang infiniti(luas) yang cantik di atas bumbungnya dengan permandangan kota metropolitan Kuala Lumpur. Di dalam bilik anda di sediakan segala kemudahan seperti di rumah contohnya Microwave, pembakar roti dan mesin basuh.
Harga: Rm500 - Rm2600
8. Hotel Tanjung Jara Resort, Terengganu
Hotel Tanjung Jara Resort yang terletak di Dungun Terengganu merupakan hotel yang di bina dengan konsep istana melayu zaman silam dan terletak di kawasan yang terpencil tanpa kesibukan kota.
Hotel ini amat sesuai bagi mereka yang ingin berdua-duan dengan pasangan dan juga ingin merasa pengalaman ibarat percutian raja melayu silam ketika berbulan madu.
Harga Rm450 - Rm2600
7. Hotel Shangri-La Golden Sands Resort , Penang
Hotel di Batu Feringgi amat selesa walaupun pantainya tidak secantik pantai hotel-hotel terkemuka lain. Namun begitu ia mempunyai peminat tetapnya sendiri kerana layanannya yang istimewa.
Pada setiap hari, hotel ini mempunyai aktiviti untuk tetamu seperti sessi tai chi dan aktiviti di kelab kanak-kanak. Jika anda tidak mahu bertai-chi, anda boleh mengikuti kelas memasak dan anak remaja anda pula boleh berkenalan dengan tetamu lain sewaktu permainan boling kelapa. Hotel ini sesuai bagi mereka yang ingin bercuti dan dalama masa yang sama ingin melakukan aktiviti riadah.
Harga Rm600 - Rm3300
6. Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
Lokasinya di tengah pusat bandar, bilik mewah dengan pemandangan KLCC dan layanan bertaraf antarabangsa, ia menjadi pilihan pertama warga asing ke kota ini.
Apa yang membezakannya dari hotel 5 bintang lain adalah layanan. Jika pasangan atau anak anda masih tidur sewaktu sarapan pagi disediakan, anda akan diberikan bekas untuk membawa balik makanan ke bilik. Untuk minum kopi, mesin ekspresso disediakan di bilik dan jika anda ingin bersenam, gym yang ada di sini mungkin lebih lengkap dari banyak gym berbayar di Kuala Lumpur.
Disebabkan mereka bilik dan suasana hotel ini terlalu selesa, ramai pelancong asing yang tidur di hotel ini mengaku yang mereka sebenarnya menghabiskan lebih banyak masa di dalam hotel ini berbanding keluar melihat Kuala Lumpur.
Harga Rm430 - Rm2300
5. Hotel Shangri-La Ria, Kota Kinabalu, Sabah
Hotel yang menggunakan moto 'Selamat Datang Ke Syurga' yang mempunyai keluasan tanah lebih 400 ekar ini adalah milik jutawan Malaysia iaitu Robert Kuok. Hotel yang terletak di Borneo ini bukan sahaja mempunyai padang golf tetapi juga hutan simpan dan pusat pemuliharaan orang utan sendiri.
Jika anda sukakan hutan, haiwan dan adventure, resort ini cukup sempurna untuk anda. Di sini anda bukan sahaja boleh menunggang kuda dan mengendalikan kenderaan lasak, tetapi anak anda juga boleh bermesra dengan anak orang utan sewaktu anda melakukan riadah melancong.
Apabila senja tiba, anda dan pasangan boleh menjamu selera berdua dengan romantis di gazebo ditepi pantai. Layanannya pula istimewa kerana anda akan dilayan oleh pelayan peribadi yang ditugaskan untuk menjaga anda.
Harga Rm 740 - Rm 1500
4. Hotel The Datai, Langkawi
Terletak di antara hutan hujan Gunung Mat Chincang dan laut Andaman, ia adalah penginapan berstatus hotel 5 bintang dan mewah pilihan tetamu luar negara yang berpoket tebal.
Setiap villa pantainya (RM 8,000 satu malam) mempunyai kolam renang peribadi, sebuah tub mandi yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 3 orang dewasa dan chef peribadi yang akan bertandang ke villa anda untuk menyediakan makan malam anda.
Di sini pihak hotel turut menyediakan perahu layar untuk digunakan oleh anda secara percuma jika anda menyewa di sini.
Harga RM 3,000 - RM 37,000
3. Hotel Four Seasons Langkawi
Di hotel mewah ini, tidak wujud istilah bilik-bilik standard. Sebaliknya, apa yang ada hanyalah bilik yang diberikan nama Lower Malaleuca pavillion dan Pertial Seaview, villa persendirian yang sangat luas dengan harga yang sama.
Apabila anda membuka pintu villa, apa yang menunggu anda adalah pantai putih yang luas dan desiran ombak dari laut Andaman.
Hotel ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti servis bilik 24jam dan juga urutan spa di bilik dengan harga RM 400 sejam.
Harga RM 7,740
2. Hotel The Danna Langkawi
The Danna Langkawi, hotel ini adalah penginapan eksklusif yang membolehkan anda bersarapan pagi sambil melihat bot-bot mewah berlabuh, atau merasa keajaiban berenang di kolam infiniti(luas) 3 tingkat yang terbesar di Pulau Langkawi.
Resort 5 tingkat dengan 125 bilik ini memang direka untuk memberikan anda suasana ala British yang cukup eksklusif.
Selain pemandangan Marina Telaga Harbor, anda juga boleh meminta bilik dengan pemandangan gunung, hutan hujan tropika ataupun Pantai Kok yang mengujakan.
Apabila tiba, anda akan diberikan servis urutan bahu dan kepala percuma. Dan untuk mengubat rasa sedih anda apabila percutian anda berakhir, seorang pelayan akan menghidangkan teh halia dan memberikan anda coklat sebagai hadiah perpisahan.
Harga RM 1,100 - RM 10,500
1. Hotel Casa Del Mar, Pantai Cenang, Langkawi
Anda mungkin terkejut kerana hotel tempat pertama di sandang oleh hotel butik kecil dengan hanya 34 bilik iaitu hotel Casa Del Mar di pesisir Pantai Cenang, Langkawi.
Hotel ala-Sepanyol ini mempunyai ramai pelanggan tetap dari luar negara bukan kerana biliknya yang hebat atau kemudahannya banyak tetapi kerana ia dikatakan mempunyai layanan terbaik di Malaysia.
Di sini tuala anda akan disejukkan dahulu sebelum diberi apabila anda berehat di luar, buaian hammock disediakan di setiap bilik dan air tembikai sejuk akan dihantar kepada anda sewaktu anda sedang bersantai di tepi pantai.
Jika anda ingin tahu sendiri bagaimana layanan hotel terbaik di Malaysia ini jangan lupa berkunjung ke Casa Del Mar sewaktu ke Pulau Langkawi.
Harga RM 850 - RM 3,000
Selamat bercuti dan kepada sesiapa yang ada pengalaman bercuti ditempat-tempat diatas, mungkin anda boleh kongsikan denga kami. -Siakapkeli.com.my

Tanam Tong Sampah Gergasi Untuk Elak Dikebas Pencuri
CHINA: Pihak berkuasa di Taiyuan telam menanam Tong sambar gergasi yang diperbuat dari plastik di tepi-tepi jalan. Perkara tersebut adalah untuk mengawal kes-kes kecurian tong sampah yang tidak terkawal.
Menurut laporan chinesenews.com, tong sampah yang ditanam itu bukan sekadar tong sampah plastik yang biasa malah ia telah diberi penambahbaikan apabila tahap pengesan paras sampah yang secara automatik akan memaklumkan kepada pihak pengurusan pengambilan sampah apabila capai paras tertentu.
Sebelum ini tong sampah sediada yang diperbuat daripada besi sering dicuri oleh pengumpul besi buruk. Selain itu ia juga mudah berkarat maka inilah cara penyelesaian yang paling sesuai. - Siakapkeli.com.my

"Facebook at Work" - Facebook Khusus Untuk Pekerja
Facebook kini dalam proses membuat satu lagi platform laman sosial tetapi khusus untuk kegunaan pejabat sahaja. Servis yang dinamakan sebagai "Facebook at Work" itu dicipta untuk menyaingi servis lain seperti LinkedIn dan Google.
Menurut laporan dari Financial Times, servis itu mempunyai antara muka yang sama seperti Facebook, berserta dengan newsfeed dan juga chat tetapi pengguna boleh memastikan profilnya rahsia dan lebih selamat.
"Kami ingin menjadikan waktu pekerjaan lebih seronok dan efisyen dengan membina laman Facebook khas untuk pekerja", kata sumber.
Setakat ini tiada pemberitahuan tentang bila servis ini akan dilancarkan, tetapi apa yang diketahui setakat ini, servis ini adalah percuma, sekurang-kurang pada permulaan ia dilancarkan. - Siakapkeli.com
TOP
Anggota Polis Peronda Parah Dirempuh
KERETA peronda remuk teruk selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 0.5, Jalan Bahau-Juasseh, berhampiran Balai Polis Bahau, Negeri Sembilan.
Seremban – Seorang anggota polis parah dan seorang lagi cedera di muka selepas kereta peronda (MPV) dinaiki dirempuh sebuah kenderaan di Kilometer 0.5, Jalan Bahau-Juasseh, berhampiran Balai Polis Bahau, di sini, tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa Koperal Zulkifli Zainuddin, 55 dan Lans Koperal Abdullah Abd Karim, 24, sedang meronda di Taman Meranti ketika kejadian jam 12.15 tengah malam itu. Katanya, sebaik membelok ke kanan jalan dari arah Juasseh, tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Saga dari arah Bahau melanggar lampu isyarat sebelum merempuh bahagian kiri MPV dinaiki dua anggota terbabit. “Akibat rempuhan itu, Zulkifli yang berada di tempat duduk penumpang patah tiga tulang rusuk dan mengalami pendarahan di bahagian kepala, dada serta paru paru,” katanya. Menurutnya, sementara itu Abdullah pula mengalami kecederaan dibahagian muka akibat terhantuk. Katanya, kedua-duanya dibawa ke Hospital Jempol sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, berikutan keadaan kritikal. “Buat masa ini kami menahan pemandu kereta Proton Saga berusia 21 tahun itu untuk siasatan lanjut,” katanya selepas menziarahi dua anggotanya di HTJS, hari ini. – myMetro Online

Isteri Sering Dirasuk Jin Diceraikan Suaminya
DUBAI: Seorang lelaki telah menceraikan isterinya yang baru sahaja kahwin selama empat hari. Menurut lelaki itu, tindakan itu diambil berikutan isterinya seringa dirasuk jin.
Lelaki tersebut juga telah enggan melakukan sebarang hubungan seks dengan isterinya kerana jin melarang tidur bersama-sama isterinya.
Sebelum dakwaan itu dibuat, mahkamah telah memutuskan bahawa lelaki tersebut perlu membayar ganti rugi diatas penceraian itu. Jumlah ganti rugi yang dikenakan adalah sebanyak Dh30,000, sewa rumah sebanyak Dr6,000 sebulan dan juga nafkah berjumlah Dh2,000 kepada isterinya.
Bagaimanapun akhirnya mahkamah rayuan telah membernahkan lelaki itu menceraikan isterinya tanpa membayar sebarang pampasan berikutan alasan isterinya dirasuki jin.
Lelaki tersebut turut memberitahu mahkamah, pelbagai cara sudah diusahakan untuk menghalau jin tersebut termasuklah memanggil bomoh.
Menurut lelaki itu juga ketika memberitahu mahkamah, dia sudahpun mencuba pelbagai cara termasuk bomoh bagi menghalau jin tersebut tetapi tidak berjaya. Namun lain pula cerita dari isterinya yang sebelum itu memberitahu mahkamah bahawa lelaki itu menidurinya kerana mahukan wang semata-mata. - Siakapkeli.com.my

Pelajar Maut, 16 Cedera Letupan Bom Di Selatan Filipina
KIDAPAWAN (Filipina) – Seorang pelajar terbunuh, 16 orang awam cedera dalam kejadian letupan bom di jejantas Pekan Kabacan, di selatan Filipina, lewat semalam.
Inspektor Kanan Polis, Jarwin Castroberde, berkata pasukan tentera berjaya mematikan dua butir bom lain berhampiran tempat kejadian di pekan perladangan yang terletak dalam Wilayah Cotabato Utara.
Menurut pegawai kerajaan Kabacan, David Saure, empat daripada mangsa terbabit dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal.
Seorang mangsa, remaja perempuan berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Castroberde berkata anggota penyiasat sedang berusaha mengenal pasti penyerang terbabit.
Katanya, antara suspek adalah kumpulan serpihan gerila yang menentang perjanjian damai di antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
Anggota serpihan gerila itu dilaporkan sering melancarkan serangan terhadap pasukan keselamatan kerajaan di Mindanao. – AP
TOP
Sidang Kemuncak Pemimpin G20, Sangat Konstruktif - Putin
Vladimir Putin.
BRISBANE, Australia: Presiden Rusia, Vladimir Putin memuji 'suasana konstrutif' di Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Brisbane, Australia, walaupun beliau dikatakan menerima tekanan hebat dari negara-negara Barat pada persidangan itu berhubung pendirian negara itu mengenai krisis di Ukraine. Bercakap pada sidang media yang disiarkan oleh televisyen Rusia, Putin berkata, 'sebahagian daripada pandangan kami tidak secara kebetulan tetapi perbincangan dapat diselesaikan, konstruktif dan sangat membantu. Putin turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Australia, Tony Abott kerana menganjurkan acara berkenaan. - mstar

Terengganu Bakal Banjir Jika Hujan Berterusan
KUALA TERENGGANU – Kawasan rendah di Terengganu berisiko dilanda banjir jika hujan lebat dan sederhana di kebanyakan tempat di seluruh negeri ini masih berterusan.
Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu Roslina Ngah berkata rekod masa ini menunjukkan purata taburan hujan di Terengganu adalah antara dua dan 80 milimeter.
Beliau berkata taburan hujan lebat dikesan di kawasan sebelah pantai di daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
“Paras air di sungai-sungai utama seluruh negeri masih mencatat paras normal manakala angin kencang dan laut bergelora dijangka membawa angin dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak 3.5 meter.
“Ribut petir di perairan Terengganu dijangka berterusan dan kawasan pantai terdedah dengan kenaikan air paras laut,” katanya dalam kenyataan, Isnin.
Semua jabatan dan agensi negeri dan daerah juga diminta terus bersiap siaga. – BERNAMA
TOP
Kapal Angkasa Baharu NASA Sedia Untuk Penerbangan Ujian
CAPE CANAVERAL, Florida – Sebuah kapal angkasa baharu Amerika Syarikat(AS) yang direka untuk membawa angkasawan ke Bulan, Planet Marikh dan destinasi lain melangkaui Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) tiba di pad pelancarannya di sini baru-baru ini.
Kapal angkasa tersebut, Orion akan menjalani penerbangan ujian tanpa membawa manusia pada bulan depan.
Kapsul milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) itu melalui perjalanan sejauh 35 kilometer selama semalaman dan tiba di pad pelancarannya pada Rabu lalu.
Orio kemudian diletakkan di atas roket Delta IV untuk pelancaran ujian pada 4 Disember depan.
Penerbangan ujian tersebut bertujuan menguji sistem komputer, perisai haba, payung terjun dan peralatan lain yang dipasang pada Orion.
“Ini merupakan langkah pertama kami ke arah penerokaan Marikh,” kata Pengarah Pusat Angkasa Lepas Kennedy, Bob Cabana pada satu sidang media di sini.
Semasa penerbangan ujian itu, Orion akan terbang mengelilingi Bumi sebanyak dua kali pada ketinggian 5,800 kilometer sebelum menjunam ke atmosfera selaju hampir 32,000 kilometer sejam pada suhu sekitar 2,200 Celsius.
“Penerbangan sulung ini amat penting bagi kami,” kata Pengarah Pusat Angkasa Lepas NASA di Houston, Ellen Ochoa.
Dalam tempoh empat setengah jam selepas pelancarannya, kapal angkasa itu dijadual melakukan pendaratan dengan bantuan payung terjun di Lautan Pasifik pada jarak 1,000 kilometer dari San Diego, AS.
NASA membelanjakan sekitar AS$375 juta (1.2 bilion) untuk penerbangan ujian tersebut tidak termasuk kos Orion manakala perbelanjaan keseluruhan untuk misi berkenaan mencecah million AS$15 bilion (RM50 bilion). – Agensi
TOP
Badan Bayi Ditemui Dalam Bungkusan Untuk Dipos Ke AS
Bangkok – Kejam dan mengejutkan. Penduduk di Thailand dikejutkan dengan penemuan beberapa bahagian badan daripada beberapa bayi yang dimasukkan ke dalam bungkusan untuk dihantar ke Amerika Syarikat.
Bungkusan itu yang dialamatkan ke Las Vegas mengandungi beberapa kepala, kaki dan kulit termasuk kulit individu dewasa yang dipenuhi dengan tatu.
Ia ditemui pada Sabtu lepas setelah pekerja pos mengimbas bungkusan berkenaan.
“Bahagian badan itu bukan daripada satu mayat dan ia juga dalam cepisan kecil.
“Kita telah menghantarnya untuk pemeriksaan forensik bagi menentukan sama ada ia merupakan bayi yang dilahirkan atau janin,’’ kata ketua polis Thailand, Chawalit Prasopsin.
Bahagian badan bayi berkenaan dikatakan untuk tujuan pembelajaran namun polis masih menjalankan siasatan lanjut.
Pada 2012, polis menemui penemuan mengejutkan iaitu enam janin manusia yang dipanggang dan dibalut dengan kertas emas, dipercayai bagi tujuan ilmu hitam.
Ia ditemui dalam beg milik seorang lelaki Britain yang berasal dari Taiwan.
Ilmu hitam Thailand turut menjadi pilihan komuniti China kerana janin dipercayai dapat membawa tuah kepada pemiliknya dan ia sering disimpan di rumah dan pejabat.-mynewsub
TOP
Cuma Teman Berpeluk.. Bayarannya RM185
Indiana – Jika anda berasa tertekan, kesepian dan dalam kesakitan, kadang-kadang apa yang anda perlukan adalah pelukan.
Atas dasar berkenaan, seorang ibu kepada dua anak melancarkan perniagaan pelukan kepada pelanggan dengan bayaran sebanyak RM185 untuk 30 minit, RM314 untuk sejam dan RM472 untuk 90 minit.
Menurut wanita itu, Lisa Kelly, dia akan melawat rumah pelanggan dan akan berbaring dalam posisi yang berbeza, bertujuan memberikan ketenangan kepada pelanggan.
Meskipun dia dikritik kerana perniagaan itu hampir menyamai pelacuran dan memalukan keluarganya namun Kelly menegaskan hubungan seksual tidak terlibat dalam perniagaan pelukan berkenaan.
Malah katanya, dia mengenakan pelbagai syarat termasuk tidak boleh menyentuh bahagian tertentu dan pelanggan dianggap sebagai anak-anak.
“Ia bukan hubungan seksual. Ia adalah sesuatu untuk mereka yang berasa kesepian dan kesakitan,’’ katanya.
Kelly berkata, dia juga akan memastikan dirinya dan pelanggan menitik beratkan amalan kebersihan termasuk berus gigi, mandi serta memakai pakaian bersih.
Demi keselamatannya, pihak ketiga akan dihubungi bagi memaklumkan mengenai sesi berkenaan dan dia juga akan bertemu dengan pelanggannya sebelum sesi pertama bermula.
TOP
Panduan Pembeli Senarai Barang Kena GST, Jan Depan
KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memperkenalkan Shopper’s Guide’ (Panduan Pembeli) pada Januari depan untuk meredakan kebimbangan orang ramai terhadap peniaga tidak bertanggungjawab yang menaikkan harga apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.
Panduan itu akan menyenaraikan 944 barangan dan perkhidmatan yang termasuk dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), serta harga barangan berkenaan sebelum dan selepas GST diperkenalkan, kata Timbalan Setiausaha Bahagian Cukai (Cukai Tidak Langsung dan GST) Kementerian Kewangan, M A Sivanesan.
“Maklumat ini dapat membantu pengguna untuk menganggarkan perubahan harga akibat (pengenaan) GST. Dengan cara ini mereka akan tahu jika peniaga telah mengenakan caj berlebihan,” katanya.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pemantauan GST untuk memastikan kelancaran pelaksanaan cukai penggunaan di negara ini, dan memantau manipulasi harga oleh peniaga yang sewenang-wenang mengaut untung.
Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Subromaniam Tholasy berkata Panduan Pembeli akan membolehkan pengguna menggunakan hak mereka untuk membuat perbandingan harga barang-barang yang tertakluk kepada GST.
“Mereka boleh membuat aduan jika mereka mendapati sebarang kenaikan besar dalam harga dilakukan peniaga,” katanya.
Panduan Pembeli itu akan diterbitkan pada Januari depan dan akan dipaparkan di dalam portal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan selama kira-kira enam bulan.
Pengguna akan diajar bagaimana untuk menggunakan panduan ini dan memaklumkan bahawa pihak berkuasa turut mempertimbangkan untuk mencetak Panduan Pembeli itu.
Kerajaan tidak mahu peniaga mengambil kesempatan daripada pelaksanaan GST untuk menaikkan harga sewenang-wenangnya kerana ia akan menyembunyikan faedah sebenar pelaksanaan sistem cukai kepenggunaan ini.
Mengenai perubahan harga, Subromaniam berkata ia bergantung kepada kategori barangan atau perkhidmatan serta sama ada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sudah dikenakan pada barangan atau perkhidmatan berkenaan.
“Bagi perkhidmatan yang pada masa ini mengenakan kadar enam peratus Cukai Jualan dan Perkhidmatan, tidak ada cara harga boleh naik. Malah, akan ada sedikit pengurangan dalam harga selepas GST dilaksanakan.
“Ambil restoran makanan segera sebagai contoh, ..walaupun kini ada dikenakan kadar enam peratus SST, di bawah GST, restoran boleh menuntut kembali sebahagian daripadanya sebagai cukai input. Oleh itu, ia akan memberikan beberapa penjimatan,” jelasnya.
Pelaksanaan GST pada kadar enam peratus akan menggantikan SST mulai 1 April 2015.
Ketika membentangkan Bajet 2015 pada Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kepada orang ramai bahawa harga 532 item atau 56 peratus daripada 944 barang dan perkhidmatan dalam IHP dijangka berkurangan hingga 4.1 peratus.
Antaranya ialah ubat-ubatan, peralatan elektrik seperti peti sejuk dan mesin basuh, produk tekstil, produk plastik seperti baldi dan pinggan, kasut dan selipar, perabot, lampin bayi, sabun, daging, ayam telur, minyak masak, makanan laut, beras dan sayur-sayuran. 354 barang dan perkhidmatan mungkin mengalami kenaikan harga tetapi ia akan menjadi kurang daripada 5.8 peratus, kata Najib.
Sementara itu, Subromaniam berkata jika perniagaan di setiap peringkat bekalan rangkaian, daripada pengilang hinggalah kepada peruncit, menaikkan margin keuntungan, pasti ia boleh membawa kepada kenaikan harga.
Bagi menangani isu ini, jabatannya merancang untuk memperkenalkan Peraturan Margin Bersih Ringgit untuk melarang syarikat daripada menaikkan margin keuntungan mereka atas nama GST.
“Ia (Peraturan Margin Bersih Ringgit) dijangka diwartakan sama ada pada akhir bulan ini atau bulan depan. Di bawah peraturan ini, perniagaan tidak dibenarkan menukar margin keuntungan mereka bagi tempoh tertentu sebelum dan selepas pelaksanaan GST.
“Berkenaan tempoh tertentu itu, kita berfikir untuk 15 bulan tetapi ia belum muktamad,” katanya. – BERNAMA
TOP
Guru Cabul 6 Murid Ditangkap Di Indonesia
Surabaya – Polis menangkap seorang guru sekolah rendah di Gubeng di sini selepas dia mengaku mencabul enam murid.
Guru berkenaan, Riadi, 55, dalam pengakuannya ketika disoal siasat berkata, dia bertindak demikian kerana ingin mencari kepuasan seksual.
“Suspek mengaku tidak puas menjalinkan hubungan dengan isterinya. Dia lebih tertarik dengan kanak-kanak bawah usia,” kata jurucakap polis Surabaya, Sumaryono, semalam.
Riadi yang mengajar subjek kesenian ditangkap di pelabat pelajaran Kota Surabaya selepas polis menerima laporan daripada beberapa ibu bapa muridnya.
Selain itu, polis juga mengambil keterangan enam murid berkenaan yang semuanya mengaku pernah dicabul oleh Riadi.
Guru berkenaan yang berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun, kini ditahan di balai polis Surabaya untuk siasatan lanjut sebelum dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan berkait dengan Undang-Undang Perlindungan Anak. – Agensi
TOP
JAKIM Nafi Sebaran WhatsApp Konon Produk Munchy’s Tak Halal
Susulan maklumat palsu yang disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp kononnya produk Munchy’s tidak halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat penafian menerusi laman Facebook mereka, hari ini.
Antara produk Munchy’s yang berada di pasaran Malaysia.
Khabar angin disebarkan pihak tak bertanggung jawab itu mendakwa, JAKIM telah membuat serbuan ke atas Kilang Munchys, Batu Pahat dan menemui stor arak di dalamnya.
Difahamkan, kisah kononnya biskut Munchy’s mengandungi arak sudah lama tersebar sejak beberapa tahun dulu namun tak dapat dipastikan siapa yang memulakan cerita ini dan mengapa. Bagaimanapun pihak JAKIM telah memberi jaminan bahawa eksekutih mereka sentiasa memantau kilang ini agar mematuhi prosedur pensijilan halal Malaysia.
Diharapkan dengan penjelasan ini, hilang rasa was-was umat Islam. Bak kata admin page JAKIM di atas, mengharamkan yang halal juga satu dosa, apatah lagi menyebarkan cerita fitnah hingga mendatangkan aniaya kepada pihak tak bersalah. - MYNEWSHUB.CC

Obama Kutuk IS Pancung Kassig, Persoalannya Betul Ke Berita Ni?
BEIRUT – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengutuk tindakan militan Negara Islam (IS) memancung kepada pekerja bantuan Amerika, Peter Kassig dan menyifatkannya sebagai ‘perbuatan kejam’ selepas kumpulan terbabit mengeluarkan video menunjukkan mayatnya semalam.
Ibu bapa Kassig menyatakan kekecewaan di atas kehilangan anak mereka itu selepas IS menunjukkan rakaman video berkenaan sebagai amaran kepada Washington yang sedang membuat persediaan untuk menghantar lebih ramai anggota keselamatan ke Iraq.
“Kami kecewa apabila mendapat maklum bahawa anak lelaki kami, Abdul-Rahman Peter Kassig, hilang nyawanya berikutan kesayangannya terhadap rakyat Syria dan hasratnya untuk meringankan penderitaan mereka,” kata Ed dan Paula Kassig dalam kenyataan yang dimuat naik ke akaun Twitter.
Kassig, yang menggunakan nama Abdul-Rahman selepas memeluk Islam, ditawan tahun lalu dan diancam dalam video pada 3 Oktober lalu yang menunjukkan pekerja bantuan dari Britain, Alan Henning dipancung.
“Abdul-Rahman ditawan oleh kumpulan pengganas yang dianggap oleh dunia sebagai tidak berperikemanusiaan,” tegas Obama dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih dari pesawat Air Force One ketika beliau sedang dalam perjalanan pulang dari lawatan ke Asia.
Video itu juga menunjukkan sekurang-kurangnya 18 orang yang dikatakan anggota tentera Syria, juga dipancung. – AFP
Kini, kisah Peter Kassig yang dipancung meskipun sudah memeluk Islam dan berada di Syria semata-mata untuk membantu rakyat sana namun dibunuh IS dimainkan dengan hangat di laman berita seluruh dunia. Bagaimanapun, pemeriksaan kami mendapati tidak ada video yang benar-benar sahih menunjukkan saat kepala Kassig telah dipancung jadi sejauh mana kebenaran berita ini sebenarnya masih boleh diragukan. MYNEWSHUB.CC

VIDEO: Buang Kotoran Dalam Mata Guna Kepingan Keluli
India – Wanita ini memang hebat, jika tidak masakan dia boleh membersihkan bahagian dalam kelopak mata bagi membuang debu dan kotoran pesakitnya dengan hanya menggunakan sekeping keluli kecil.
Dia hanya menawarkan bayaran sebanyak 25 rupee.
Wanita ini akan memasukkan keluli kecil itu dalam kelopak mata pesakitnya, kemudian dia akan menggerakkan keluli itu ke depan dan belakang di bawah kelopak mata sebelum membersihkan kotoran dan serpihan debu.
Debu dan kotoran yang melekat bawah mata itu kemudiannya diletakkan di atas tapak tangannya. Pesakit tersebut pula langsung tidak mengelakkan diri sebaliknya membiarkan sahaja wanita itu merawat kelopak matanya. Hanya matanya yang kelihatan berair selepas proses berkenaan berakhir. Saksikan video di bawah untuk mempercayainya!
MYNEWSHUB.CC

Perdana Menteri Romania Tewas Dalam Pilihan Raya Presiden
Victor Ponta.
BUCHAREST: Perdana Menteri Romania, Victor Ponta menyatakan beliau menerima kekalahannya dalam pilihan semula presiden di tangan pencabarnya, Klaus Iohannis. "Saya mengucapkan tahniah kepada Iohannis di atas kemenangannya. Rakyat selalunya membuat pilihan yang betul," kata Ponta yang sebelum ini dijangka akan menang pilihan raya itu.
Klaus Iohannis meraikan kemenangannya.
"Kami sudah menang!," kata Iohannis, yang juga bekas Datuk Bandar Sibiu pada laman Facebooknya. Pilihan raya itu dilihat sebagai antara yang paling penting di negara termiskin di Eropah itu dalam usahanya untuk membanteras budaya rasuah. Ponta, 42, berharap untuk menjadi Presiden Romania paling muda dan memperkukuhkan kekuasaan parti Sosial Demokrat pimpinannya di bekas negara komunis itu. Keputusan rasmi pilihan raya itu akan diumumkan hari ini. - mstar

Tingkat Pengeluaran Daging Menjelang 2020 - Ismail Sabri
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) mendengar penerangan tentang mesin perincih daun kelapa sawit pada Majlis Penyampaian Bantuan dan Peralatan Ternakan kepada pengusaha dalam Parlimen Bera di Bera, Ahad. Mesin perincih daun kelapa sawit berfungsi merincih daun kelapa sawit sehingga hancur untuk dijadikan makanan lembu. -fotoBERNAMA
BERA: Kerajaan menyasarkan dapat mengeluarkan kira-kira 50 peratus keperluan bekalan makanan negara, termasuk daging, menjelang tahun 2020. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata buat masa ini negara masih mengimport bekalan makanan disebabkan kekurangan bekalan. Sebagai contoh, katanya, pada tahun lepas, pengeluaran daging lembu dan kerbau negara adalah sebanyak 54,000 tan metrik iaitu hanya dapat memenuhi 30 peratus keperluan permintaan. "Kita hanya mempunyai lebih kurang 751,781 ekor lembu, 118,045 ekor kerbau, 482,280 ekor kambing dan 129,085 ekor bebiri. "Walaupun bilangan penternak lembu dan kerbau 47,000 orang, dan 25,000 penternak kambing dan bebiri, tetapi kebanyakan mereka adalah penternak berskala kecil yang memelihara ternakan kurang daripada 20 ekor dengan pendapatan kasar kira-kira RM500 sebulan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan peralatan mesin ternakan kepada pengusaha ternakan di Parlimen Bera di perkarangan Pejabat Veterinar Bera di sini, Ahad. Ismail Sabri berkata untuk memastikan bekalan daging mencukupi, pihaknya sudah merangka pelbagai strategi termasuk memberi bantuan lembu kepada penternak untuk dipelihara. Usaha ini, katanya, dijangka dapat meningkatkan bekalan daging lembu negara dalam jangka masa enam tahun akan datang. Anggota Parlimen Bera itu berkata buat masa ini kerajaan terpaksa mengimport bekalan daging dari beberapa negara antaranya Thailand, Kemboja dan Australia. Terbaru, pihaknya akan mengadakan perjajian pembelian lembu dari Myanmar bagi memenuhi keperluan daging masa akan datang. "Satu memorandum perjanjian pembelian lembu dengan Myanmar akan diadakan pada 22 Nov ini semasa Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2014. "Perjanjian itu juga termasuk membekalkan bidang kepakaran dan teknikal kita dalam bidang ternakan kepada negara terbabit," katanya. - mstar

Azmin Elak Komen 'Tiada Peranan' Usaha Serah Semula Bible
Azmin Ali
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Azmin Ali telah meletak tepi dakwaan bahawa beliau tiada peranan dalam usaha penyerahan semula 321 kitab Bible yang dirampas kepada masyarakat Kristian ketika pujian diberikan kepadanya kerana dikatakan berjaya menyelesaikan isu itu. Ketika ditemui pemberita selepas melancarkan satu majlis di KL Festival City Mall di sini, Ahad, Azmin enggan mengulas lanjut dan menekankan bahawa perkara itu telah diselesaikan. "Tidak perlu untuk saya berkata apa-apa. Perkara ini telah diselesaikan dengan baik," katanya. Kitab Bible telah diserahkan semula kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM) Jumaat lalu selepas ia dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), menandakan berakhirnya kontroversi yang berlanjutan hampir satu tahun lamanya. Pada Januari, Jais telah menyerbu premis BSM di Damansara dan rampasan itu dibuat mengikut Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988 yang melarang bukan Islam menggunakan perkataan Arab untuk Tuhan. Azmin kemudiannya dipuji oleh pelbagai pihak kerana dikatakan telah memainkan peranan yang sepatutnya dalam memastikan kitab Bible dikembalikan semula, dan terdapat dakwaan menteri besar sebelumnya, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mampu melakukannya. Walau bagaimanapun, dilaporkan bahawa sumber istana Selangor berkata bahawa Azmin bukanlah peranan utama dalam penyelesaian isu ini dengan mengatakan bahawa rundingan hanya melibatkan pihak istana dan kumpulan agama. Memetik sumber istana, laporan itu berkata beliau dimaklumkan mengenai perbincangan pihak istana dengan BSM dan diminta hadir pada majlis penyerahan Bible itu Jumaat lalu. Turut dilaporkan, pelbagai pendekatan telah dibuat untuk BSM, Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) walaupun ketika itu Khalid menjadi menteri besar, Tiada ahli politik yang terlibat dalam rundingan itu kecuali 'pembantu yang dipercayai' dan rakan-rakan Sultan yang menjalankan tugasnya dengan tujuan menamatkan kebuntuan tanpa mahu publisiti. - mstar

Bekas Pramugara MAS Boleh Ditahan 10 Tahun Tanpa Bicara - Peguam
Syaza dan suaminya, Mohamad Faiq Ilham pada sidang media di Kuala Lumpur, Sabtu. Foto: CHAN TAK KONG/The Star.
KUALA LUMPUR: Bekas pramugara Malaysia Airlines (MAS) yang ditahan di Paris selepas didakwa mencabul seorang penumpang di atas kapal terbang, boleh ditahan sehingga 10 tahun tanpa perbicaraan di bawah undang-undang Perancis. Menurut peguam Shailender Bhar yang diupah oleh keluarga suspek berkata, tempoh tahanan purata di Perancis adalah empat tahun. Keluarga suspek yang berusia 54 tahun itu telah membuat rayuan kepada kerajaan untuk membawanya balik ke Malaysia. Anak perempuan sulung suspek, Syaza, 24, berkata bapanya kelihatan lemah ketika melawatnya di lokap bulan lalu. "Kini sudah lebih tiga bulan. Beliau kehilangan berat badan kira-kira 20 kilogram dan emosinya tidak stabil kerana tidak dapat berkomunikasi dengan sesiapa disebabkan halangan bahasa," katanya. Dia juga berkata, bapanya tidak dapat menyesuaikan diri dengan makanan di penjara Perancis. Suspek telah ditahan pada 7 Ogos lalu selepas satu laporan polis dibuat terhadapnya kerana serangan seksual terhadap seorang penumpang Australia yang berusia 26 tahun. Insiden itu didakwa berlaku ketika pesawat MH20 dari Kuala Lumpur ke Paris pada 4 Ogos, selepas penumpang tersebut memberitahu berasa gementar ketika penerbangan. Suspek kemudian dipercayai duduk di sebelah penumpang itu dan mengurut atas alasan untuk menenangkan mangsa sebelum insiden serangan seksual itu berlaku. MAS kemudian mengesahkan bahawa pihaknya telah memecat pramugara itu yang telah berkhidmat selama 32 tahun. Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) telah memfailkan rayuan ke atas pemecatan tersebut dan merujuk perkara itu kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan. - mstar

Kertas Putih Mengenai Ancaman IS Akan Dibentangkan Di Parlimen - Hishammuddin
Hishammuddin Tun Hussien (kanan) diberi ucapan tahniah oleh Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron (dua kiri) selepas dianugerahkan pingat Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM), pada istiadat penganugerahan pingat kebesaran sempena Sambutan Hari Jadi, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-76, sesi ketiga,pada Sabtu. Foto:BERNAMA
MELAKA: Satu kertas putih mengenai ancaman kumpulan militan yang digelar Negara Islam (IS) akan dibentang di Parlimen dalam masa terdekat, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata, langkah itu adalah pendekatan proaktif kerajaan dalam membanteras penularan IS di negara ini selain memastikan pihak keselamatan mempunyai segala apa yang diperlukan untuk mempertahankan keselamatan negara. Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka membentangkan kertas putih itu yang dihasilkan melalui kerjasama pelbagai pihak seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan agensi risikan negara. "Ini (ancaman IS) bukan satu perkara yang belum kita lalui sebelum ini tapi ancamannya baharu...players, actorsnya baharu dan mereka menggunakan media sosial selain mempunyai banyak sumber kewangan," katanya kepada pemberita pada Sabtu. Terdahulu, Hishammuddin dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Wira dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Hari Jadi Ke-76 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini. Hishammuddin berkata, kumpulan militan IS juga melihat sesiapa sahaja yang tidak bersama mereka sebagai musuh dan sehubungan itu kerajaan perlu memikirkan cara bagaimana hendak berdepan dengan kumpulan itu yang dilihat cukup kompleks. "Saya ingin maklumkan kepada orang ramai bahawa ancaman IS ini merupakan sesuatu yang kita bukan boleh ambil mudah, kebelakangan ini saya telah berbincang dengan ramai pemimpin antarabangsa dan serantau bagi menangani ancaman ini," katanya. Dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron itu, Gabenor Acheh Dr H Zaini Abdullah menerima DGSM (Kehormat) membawa gelaran Datuk Wira, manakala lima penerima dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira. Mereka ialah Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal; Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Tan Sri Mohd Shukor Mahfar; Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim; Setiausaha Kerja UMNO yang juga Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah Melaka, Datuk Ab Rauf Yusof dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka, Datuk R Ragavan. Sebanyak 11 penerima pula dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran 'Datuk' termasuk Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Abd Halim Aman; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Dr Mohd Mohadis Yasin; Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin; Ketua Pengarah Keselamatan Malaysia, Datuk Aloyah Mamat dan Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan. Sementara itu, 78 orang pula menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang juga membawa gelaran 'Datuk' antaranya Pengarah Kastam Melaka, Datuk Saadon Mohd Dros dan Pengarah Hospital Melaka, Dr Za'aba Baba manakala 26 orang menerima Darjah Seri Melaka (DSM). Sebanyak 56 menerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM), 89 menerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 137 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 80 menerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM) dan 17 menerima Pingat Khidmat Lama (PKL).- BERNAMA

Cameron Highlands: Jalan Rosak, Rugi RM8 Juta - Fadillah
KUCHING: Banjir kilat di Ringlet, Cameron Highlands pada 5 November lalu merosakkan jalan persekutuan mengakibatkan kerugian RM8 juta, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.Beliau berkata, sehubungan itu, Kementerian Kerja Raya akan mencari dana untuk memperbaiki kerosakan akibat kejadian itu.
"Untuk makluman jalan yang rosak itu juga sudah dibersihkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak projek Lebuhraya Pan Borneo, di Batu 10 Jalan Kuching-Serian, Sabtu.
Kejadian banjir dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands itu mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet.
Sementara itu, Fadillah berkata, biarpun kejadian banjir itu di bawah tanggungjawab Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta beberapa kementerian lain, namun kementeriannya akan turut menghulurkan bantuan dari segi teknikal.
"Kementerian Kerja Raya akan memberi nasihat teknikal melalui Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Pahang kepada selain tugasan membantu memperbaiki jalan-jalan persekutuan yang terjejas," katanya. - BERNAMA
TOP
Hudud: Kelantan Harus Cari Kaedah Potong Tangan Lebih Sesuai - Isma
Abdullah Zaik Abdul Rahman.
PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan Islam, menyelar tindakan kerajaan Kelantan berhubung cadangan ingin menggunakan gilotin sebagai pendekatan yang sesuai untuk memotong anggota mereka yang melakukan jenayah mencuri di bawah undang-undang jenayah hudud di negeri itu. Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata kerajaan negeri bebas menggunakan sebarang alat atau mesin untuk melaksanakan hukuman tersebut namun beliau memberi amaran, bahawa ia akan merosakkan imej Islam sekiranya ia tidak dilaksanakan dengan betul. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan The Star yang memetik pengerusi jawatankuasa teknikal hudud Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah sebagai berkata beliau akan mengemukakan cadangan menggunakan gilotin kepada mesyuarat panel jawatankuasa yang akan diadakan. Pejabatnya dalam satu temu bual melalui telefon bersama The Star bagaiamanapun menegaskan cadangan yang dikemukakan itu bukanlah datang secara langsung daripada Mohd Amar, yang juga timbalan menteri besar Kelantan. Abdullah Zaik berkata Kelantan seharusnya menjalankan kajian yang menyeluruh terhadap cadangan yang dikemukakan itu, bagi memastikan objektif perundangan Islam dapat dipenuhi tanpa memberi kesan negatif terhadap agenda Islam secara keseluruhannya. "Kelantan harus mengadakan perbincangan yang mendalam bersama dengan kerajaan Persekutuan serta mendapatkan nasihat teknikal dalam hal perundangan, kerana negeri mempunyai bidang kuasa yang terhad," katanya. Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Muhammad Shukri Muhammad turut bersetuju bahawa kerajaan Kelantan perlu melakukan kajian yang mendalam dalam isu berkenaan termasuk mengadakan lawatan ke negara yang telah melaksanakan undang-undang jenayah hudud bagi memastikan kaedah terbaik dalam melaksanakan hukuman ke atas pencuri yang didakwa di bawah undang-undang hudud. Muhammad Shukri berkata pihak berkuasa harus mempelajari dengan teliti kaedah yang diguna pakai di Arab Saudi, sebelum menentukan kaedah terbaik bagi melaksanakan hukuman penalti tersebut di Malaysia. "Setakat apa yang saya tahu, jawatankuasa tersebut sedang meneliti pindaan Kod Jenayah Syariah II 1993 yang membincangkan kaedah pelaksanaan dan mereka akan berlepas ke luar negara untuk melawat negara yang melaksanakan undang-udang hudud bagi meluaskan idea serta pemikiran. Saya yakin ini merupakan jalan terbaik untuk dilakukan ketika ini," katanya.- mstar

65,850 Orang Maut Nahas Jalan Raya, Kerajaan Rugi RM79 Bilion
Datuk Ab Aziz Kaprawi
KUALA LUMPUR: Kerajaan kerugian RM79 bilion susulan 65,850 orang terkorban dalam kemalangan jalan raya dari 2004 hingga 2013, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi. Beliau berkata kerugian itu disebabkan mereka yang terkorban telah menerima pelbagai insentif dan kemudahan daripada kerajaan antaranya kemudahan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, pembiayaan pendidikan dan pelbagai perkara lain. "Pada tahun 2013 sahaja bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya adalah 6,915 orang, akibatnya kerajaan kerugian sebanyak RM8.3 bilion untuk tahun tersebut. "Berdasarkan statistik 2013, secara purata sejumlah 19 orang terkorban akibat kemalangan jalan raya setiap hari dan indeks kematian adalah 2.90 bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar pada tahun 2013," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia peringkat kebangsaan Tahun 2014 bertema 'Kelajuan Membunuh - Menangani Kelajuan melalui Rekaan Bentuk' di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan di sini. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Dr Tam Weng Wah dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon. Mengenai indeks kematian akibat kemalangan jalan raya di negara maju, Ab Aziz berkata bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar di United Kingdom, Sweden dan Australia indeks kematian dicatat ialah 2.0. Bagaimanapun, Malaysia menerusi pihak polis, Kementerian Pengangkutan dan pelbagai agensi di bawahnya berjaya mengurangkan jumlah indeks kematian akibat kemalangan jalan raya daripada 4.51 pada 2004 kepada 2.90 pada 2013 walaupun jumlah pemandu berdaftar baharu dan jumlah kenderaan meningkat. Sehubungan itu, kementerian memerlukan kerjasama daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, pengeluar kenderaan, sektor swasta serta orang ramai dalam menjayakan sasaran untuk mengurangkan 50 peratus kadar kematian akibat kemalangan jalan raya pada 2020 menerusi Pelan Keselamatan Jalan Raya 2014-2020. - mstar

Tanam 1 Juta Pokok Pulih Alam Sekitar Cameron Highlands - Palanivel
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands mengadakan perjumpaan bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk berbincang mengenai isu alam sekitar ekoran banjir lumpur baru-baru ini di Cameron Highlands, Ahad. -fotoBERNAMA
CAMERON HIGHLANDS: Program penanaman sejuta pokok di seluruh Cameron Highlands terutama di kawasan hutan terosot akan dilaksanakan bagi mengurangkan kesan hakisan dan tanah runtuh, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel. Beliau berkata penanaman itu akan dimulakan secara berperingkat-peringkat sehingga tiga tahun akan datang dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO)seperti Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka). "Kita akan berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, bagi menggerakkan program itu. "Kita tidak mahu lagi pembinaan bangunan tinggi dan terlalu banyak kondominium serta hotel," katanya kepada pemberita selepas bertemu NGO bagi membincangkan isu alam sekitar Cameron Highlands di sini Ahad. Katanya kementerian juga mahu memperoleh 11 lot tanah di pinggir Sungai Bertam, Ringlet di sini yang kini milik persendirian melalui Akta Pengambilan Tanah 1960, katanya. Beliau berkata pengambilan tanah itu bertujuan bagi melaksanakan kerja-kerja pelebaran dan pendalaman sungai itu memandangkan kerajaan telah meluluskan peruntukan RM40 juta bagi tujuan tersebut. Ketika ditanya mengenai tindakan seterusnya jika penduduk yang mendiami tanah rizab di pinggir Sungai Bertam tetap enggan berpindah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pendalaman sungai, Palanivel berkata ia adalah tanggungjawab kerajaan negeri Pahang untuk mengambil langkah lanjut. Sementara itu, Presiden Reach R. Ramakrishnan berkata kawasan tanah tinggi itu tidak diwartakan sebagai kawasan pelancongan sebaliknya pertanian dan ia menjadi tumpuan kerana keadaan cuacanya sejuk. "Penerokaan tanah yang ada pada masa ini adalah secara haram kerana pemberian lesen menduduki sementara (TOL) telah dibekukan sejak 2007. "Kita memerlukan tindakan dan penyertaan kerajaan negeri kerana setakat ini kerajaan Pusat dilihat sangat komited serta berusaha mengambil inisiatif mengenai Cameron Highlands," katanya. Beliau berkata Reach, MNS dan Peka mahu membawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Cameron Highlands untuk melihat sendiri apa yang berlaku kepada kawasan itu sehingga terjadinya beberapa kejadian buruk terutama banjir lumpur dan tanah runtuh. Presiden Peka Sharifah Sabrina Syed Akil pula berkata tindakan penguatkuasaan di Cameron Highlands tidak dilaksanakan secara berkesan oleh pihak penguat kuasa. "Jika mereka mempunyai wang dan jentera, mereka hanya buat saja. Tidak ada tindakan penguatkuasaan sewajarnya," katanya. Tanpa memberikan butiran, Ramakrishnan dan Sharifah Sabrina juga tidak berpuas hati dengan pertemuan dan perbincangan bersama-sama Palanivel serta beberapa badan kerajaan lain hari ini kerana ada masalah tidak dapat diselesaikan selain masih menjadi persoalan. - mstar

Malaysiakini Tarik Balik Permohonan Pesuruhjaya Kehakiman Tidak Dengar Saman Najib
KUALA LUMPUR: Malaysiakini dan dua yang lain menarik balik permohonan mereka untuk melucutkan kelayakan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wira Kamaludin Md Said daripada mendengar saman difailkan terhadap mereka oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan setiausaha eksekutif parti Datuk Ab Rauf Yusoh.
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Ab Rauf berkata tiga defendan berkenaan Mkini Dotcom Sdn Bhd, ketua pengarang Malaysiakini.com Steven Gan dan ketua editornya Fathi Aris Omar, menarik balik permohonan itu kerana Kamaludin telah dilantik sebagai hakim.
Mohd Hafarizam berkata Hakim Kamaludin memerintahkan semua defendan membayar RM3,000 sebagai kos kepada Najib dan Ab Rauf selaku plaintif.
"Hakim juga memerintahkan ketiga-tiga defendan memfailkan kenyataan pembelaan dalam masa sebulan dari hari ini," katanya kepada pemberita selepas kes itu disebut di hadapan Kamaludin di dalam kamar.
Peguam R.Vimalan mewakili semua defendan.
Pada 24 Jun, para defendan memfailkan permohonan itu atas alasan wujud bahaya berat sebelah sekiranya Pesuruhjaya Kehakiman yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat perdana menteri selepas konsultasi dengan Ketua Hakim Negara.
Mereka berkata Pesuruhjaya Kehakiman tidak menikmati jaminan tempoh khidmat dan lagipun tidak ada kepastian yang mereka akan dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi.
Sehubungan itu, mereka memohon untuk melucutkan kelayakan Kamaludin yang ketika itu Pesuruhjaya Kehakiman daripada mendengar saman itu dan saman itu perlu didengar di hadapan seorang hakim Mahkamah Tinggi.
Kamaludin dilantik sebagai hakim pada 12 September.
Pada 30 Mei, Najib memfailkan saman atas kapasiti peribadinya dan Ab Rauf bagi pihak Umno, mendakwa ketiga-tiga defendan telah melaporkan, mengeluarkan dan membenarkan penerbitan dua artikel bertajuk "A case of the PM reaping what he sows" dan "How much will Najib spend to keep Terengganu?".
Artikel berkenaan didakwa diterbitkan pada 14 Mei.
Plaintif mendakwa artikel berkenaan disiarkan dalam ruangan "Yoursay" portal berita www.malaysiakini.com oleh defendan-defendan sendiri atau pembantu mereka melalui komen daripada pelanggan atau pengguna portal itu yang kemudian digabungkan sebagai satu artikel di bawah tajuk utama.
Artikel bertajuk "A case of the PM reaping what he sows", berkaitan dengan dasar kerajaan dan hudud manakala artikel bertajuk "How much will Najib spend to keep Terengganu?" berkaitan isu kemelut politik di Terengganu yang berlaku pada Mei.
Najib dan Ab Rauf mendakwa defendan-defendan membenarkan penerbitan artikel berkenaan dengan sengaja selain mengetahui ia adalah tidak benar dan tuduhan melulu tanpa mempedulikan kebenarannya.
Mereka mendakwa kata-kata fitnah itu telah mencemarkan maruah mereka sebagai ahli politik, presiden Umno dan perdana menteri.
Kedua-dua plaintif mendakwa komen-komen tersebut telah membawa maksud secara sindiran untuk menunjukkan Umno tidak kompeten sebagai sebuah parti politik dan tulang belakang Barisan Nasional.
Mereka mendakwa kata-kata fitnah itu bertujuan menggambarkan Umno telah menyalah guna kuasa untuk kepentingan parti politik dan sebuah parti yang tidak demokratik serta sengaja mengada-adakan situasi yang tidak diingini.
Kedua-dua plaintif mendakwa akibat daripada penerbitan artikel itu, reputasi mereka telah terjejas teruk apabila Umno dikecam terutama di media sosial dan media massa.
Kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan, faedah, injunksi untuk menahan defendan-defendan atau pembantu mereka menerbitkan artikel tersebut, perintah bahawa defendan-defendan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis untuk diterbitkan di surat khabar dan kos. - mstar
TOP
Kes Lahad Datu: Suspek Tukar Atau Matikan Telefon Bimbit - Pegawai SB
KOTA KINABALU: Seorang suspek yang mempunyai kaitan dengan pencerobohan Lahad Datu pada Februari tahun lepas dipercayai menukar atau mematikan telefon bimbitnya selang beberapa minit semasa polis menjalankan operasi untuk mengesannya, seorang pegawai Cawangan Khas (SB) Bukit Aman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini Jumaat.
ASP Nik Adzian Wan Ismail, 40, berkata beliau ditugaskan untuk mengesan dua nombor telefon bimbit Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 50-an, di Semporna pada 22 Mac tahun lepas, tetapi peralatan mengesan pegawai SB itu tidak dapat mengesan isyarat daripada kedua-dua telefon bimbit itu serentak.
"Pada awal tugasan saya untuk mengesan isyarat telefon Datu Amir Bahar, peralatan saya dapat mengesan isyarat lemah kedua-dua nombor fon (telefon)
tersebut.
"Kedua-dua nombor tersebut kerap ditukar atau dimatikan selang beberapa minit dan ini menyukarkan saya menentukan kedudukan sebenar telefon tersebut," katanya.
Nik Adzian, yang memberi keterangan pada perbicaraan 30 tertuduh yang berdepan pelbagai pertuduhan berhubung pencerobohan Lahad Datu, berkata nombor yang diserahkan kepadanya untuk dikesan adalah 012-8104507 dan 017-8953979, bagaimanapun nombor pertama lebih kerap muncul pada skrin peralatan mengesannya.
Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar tentang arah isyarat lemah telefon itu dikesan, pegawai SB itu berkata peralatan yang digunakannya mengesan isyarat itu kira-kira 12 tengah hari pada 22 Mac tahun lepas dari arah belukar dan kawasan paya berhampiran sebuah rumah terpencil di Kampung Sri Melur di Bugaya, Semporna, lokasi seorang lagi suspek, Norhaida Ibnahi, 47, dikesan dan ditahan pada pagi itu.
Sekitar 12.30 pagi pada 23 Mac tahun lepas, setelah mendapati tiada perkembangan lanjut dalam usaha mengesan kedudukan Datu Amir Bahar, Nik Adzian memberitahu mahkamah beliau dan pasukannya membuat keputusan untuk berundur kira-kira 500 meter dari kawasan tempat beliau mengesan isyarat lemah telefon sebelum itu.
Kira-kira sejam selepas beredar dari situ, saksi itu berkata beliau dimaklumkan oleh pegawai penyelaras operasi, ASP Wan Kamal Rizal Wan Daud bahawa Datu Amir Bahar berjaya ditahan.
Mohd Dusuki: Apa yang kamu lakukan selepas diberitahu Datu Amir Bahar telah ditahan?
Nik Adzian: Saya memeriksa tiga telefon bimbit yang dirampas dan diserahkan kepada saya oleh seorang daripada pegawai pasukan menangkap (yang menangkap Datu Amir Bahar).
Mohd Dusuki: Apa yang kamu periksa pada ketiga-tiga telefon bimbit itu?
Nik Adzian: Saya memeriksa data Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa (IMEI) ketiga-tiga telefon bimbit tersebut dan membandingkan data IMEI yang dipaparkan pada skrin peralatan pengesanan saya untuk tujuan mengenal pasti telefon bimbit yang digunakan oleh Datu Amir Bahar.
Mohd Dusuki: Apakah hasil daripada pemeriksaan kamu ke atas ketiga-tiga telefon bimbit itu?
Nik Adzian: Saya dapati salah satu telefon mempunyai data IMEI yang sama (dengan data yang dipaparkan pada skrin peralatan pengesanan) dan ini menunjukkan telefon itu digunakan oleh Datu Amir Bahar.
Nik Adzian berkata pada masa sama, beliau mendapati nombor telefon pada telefon bimbit itu, yang mempunyai IMEI sama, juga sepadan dengan satu daripada nombor telefon bimbit yang dikesannya iaitu 012-8104507.
Terdahulu, saksi itu berkata beliau dan pasukannya mengesan empat lagi suspek yang membawa kepada penahanan mereka di Semporna - Tani Lahaddahi, 60-an, yang ditahan di sebuah rumah di Kampung Perigi pada 10 Mac 2013; Abdul Majil Jubin, 40-an, dan Basil Samiul, 34, ditahan di dalam sebuah Perodua Viva putih di Jalan Lihak-Lihak pada 13 Mac 2013; dan Abdul Hadi Mawan, 50, yang ditahan di sebuah rumah di Taman Keilah pada 14 Mac 2013.
Datu Amir Bahar dan Norhaida bersama empat lagi adalah antara 30 tertuduh dalam perbicaraan itu.
Tiga puluh tertuduh, terdiri daripada 27 rakyat Filipina dan tiga penduduk tempatan, sesetengahnya menghadapi beberapa tuduhan seperti menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas.
Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung 24 November.- mstar
TOP
Kastam Diarah Bayar Lebih RM500,000 Kepada Ramunas
Pengarah Syarikat Ramunas Sdn Bhd (Ramunas), Roslan Abu Bakar, 50, (kanan) keluar dari mahkamah bersama peguamnya selepas mahkamah mengarahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membayar ganti rugi lebih setengah juta ringgit kepada Ramunas Sdn Bhd (Ramunas) kerana menutup pejabat serta menyita 23,347 karton rokok milik syarikat berkenaan secara salah, empat tahun lepas, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Jumaat. -fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi pada Jumaat mengarahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membayar ganti rugi lebih setengah juta ringgit kepada Ramunas Sdn Bhd (Ramunas) kerana menutup pejabat dan menyita 23,347 karton rokok milik syarikat itu secara salah, empat tahun lepas. Hakim Datuk Wan Arfah Wan Ibrahim ketika membuat keputusan itu dalam kamarnya memerintahkan empat defendan iaitu JKDM dan tiga pegawai jabatan berkenaan membayar RM543,120 kepada pihak plaintif. Ramunas yang menjalankan perniagaan mengimport rokok keretek itu dinamakan sebagai plaintif pertama manakala pemilik serta pengarah syarikat berkenaan, Roslan Abu Bakar, 50, sebagai plaintif kedua. Pihak plaintif menamakan dua pegawai JKDM, Kamaruddin Jusoh dan Mohd Sukri Jusoh selaku defendan pertama dan kedua manakala Penolong Kanan Pengarah Kastam 1, Mohamad Sapian Sanusi sebagai defendan ketiga. Peguam R. Ravendran yang mewakili plaintif ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memaklumkan ganti rugi tersebut merangkumi bayaran sebanyak RM473,120 bagi nilai barangan manakala RM50,000 untuk ganti rugi am dan RM20,000 sebagai bayaran kos. JKDM diwakili peguam kanan persekutuan Andi Razalijaya A Dadi. Pada 23 November 2010, Roslan memfailkan saman terhadap jabatan kerajaan itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM15 juta daripada pihak defendan. Dalam pernyataan tuntutan tersebut, plaintif mendakwa pihaknya memperoleh kebenaran eksklusif membeli rokok keretek jenama Club dari Indonesia pada 30 Mac 2009 malah pada hujung tahun 2008, Ramunas juga telah menerima pengesahan sebuah syarikat yang berpangkalan di Thailand untuk membeli rokok berkenaan. Ramunas juga mndakwa telah dinasihatkan JKDM untuk membeli dan melekatkan label cukai ke atas setiap kotak rokok sebelum membawa masuk rokok tersebut dari Indonesia ke negara ini untuk dihantar ke Thailand. Berikutan itu pada 7 Januari 2010, pihak plaintif membuat permohonan pembelian label cukai dan mendapat kelulusan daripada Cawangan Perolehan Pejabat Kastam Wilayah Persekutuan dan Ibu Pejabat JKDM. Bagaimanapun, pada 27 September 2010, Roslan mendapati premis perniagaannya yang terletak di Subang Business Centre, Subang Jaya dekat sini ditutup dan terdapat notis larangan oleh JKDM bertarikh 24 September tahun sama ditampal di pejabat berkenaan. Roslan turut mendakwa Mohamad Sapian mengarahkan supaya 23,347 karton rokok keretek yang disimpan di Gudang Konsortium Westport Distripark, Pelabuhan Klang dekat sini dan di gudang Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis (NCER), Perlis dirampas pada tarikh yang sama. Susulan rampasan tersebut, Ramunas mendakwa kontrak penjualan rokok keretek ke Thailand oleh syarikat itu telah dibatalkan menyebabkan mereka mengalami kerugian yang dianggarkan RM14,470,400 selain kehilangan peluang perniagaan, keuntungan dan modal ekoran kejadian berkenaan. - mstar

Mayat Hampir Hancur Ditemui Di Pulau Perhentian
KUALA BESUT: Mayat lelaki dewasa yang hampir hancur ditemui nelayan tempatan terapung berhampiran Pulau Lang Tengah dekat Pulau Perhentian kira-kira jam 3.25 petang Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut DSP Kamsani Hassan yang mengesahkan penemuan itu berkata mayat itu dipercayai warga asing berdasarkan tatoo pada badannya.
Katanya mayat tersebut disahkan bukan mayat daripada tiga nelayan yang sedang dicari terdiri daripada seorang nelayan tempatan dan dua nelayan Thailand yang hilang masing-masing pada 6 dan 12 November lalu.
"Mangsa dipercayai mati kira-kira seminggu lalu," katanya kepada pemberita di sini Ahad.
Mayat kemudian dibawa oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ke Pangkalan Tok Bali, Kelantan sebelum diserahkan kepada polis untuk dihantar bagi bedah siasat di Hospital Besut di sini Ahad.
Katanya pengecaman identiti mayat turut dilakukan nelayan Thailand yang selamat dalam kejadian bot karam pada Rabu malam di Besut dan mereka mengesahkan ia bukan dua rakan mereka yang masih hilang di laut itu.
TOP
Pejalan Kaki Terkejut Temui Mayat Depan Kedai
KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki dipercayai bekas anggota polis ditemui dalam keadaan terbaring di hadapan sebuah kedai di Batu 5, Jalan Ipoh, di sini, pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata mayat berkenaan ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu sebelum melaporkannya kepada polis.
"Sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota termasuk Unit Forensik bergegas ke tempat kejadian dan pemeriksaan pada badan mayat mendapati ada kesan luka di jari kelingking serta jari manis sebelah kanan dipercayai akibat geseran pada batu dinding," katanya.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat dan kes diklafisikasikan sebagai mati mengejut.- mstar
TOP
Proton Satria Terbabas Dua Maut, Dua Cedera
KUANTAN: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta Proton Satria yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 362 Jalan Kuala Lumpur-Kota Baharu, dekat Raub pada Ahad.
Dalam kejadian pada 7.45 pagi itu, pemandu kereta, Sharul Firdaus Abdul Latif, 23, berasal dari Felda Tersang, Raub dan penumpang hadapan, Muhammad Norhaffis Ansari, 24, beralamat di Kampung Pulai, Batu Malim, Raub, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Raub DSP Abdul Rahim Abdul Razak berkata rakan mereka, Muhamad Saiful Amirul Rosli, 18, dari Kampung Gong Pak Jin, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu, cedera parah akibat kedua-dua tangannya patah.
Katanya ketika nahas, kesemua mereka sedang dalam perjalanan dari Raub menghala ke Bentong dan kenderaan terbabit dipercayai terbabas sebelum masuk ke dalam longkang konkrit di kiri jalan, katanya ketika dihubungi di sini.
Abdul Rahim berkata siasatan awal mendapati keadaan jalan adalah lurus dan pemandu turut memiliki lesen memandu sah.
Menurutnya polis turut mengambil sampel darah mangsa yang terlibat untuk ujian dadah dan alkohol.
Mayat dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera mendapat rawatan di hospital sama. - mstar
TOP
Laporan Pelancong Perancis Diculik Di Sabah Tidak Benar
Konstable Zakiah bersama isteri dan anaknya sebelum diculik.
KOTA KINABALU: Pihak berkuasa Malaysia dan Filipina menafikan laporan berkaitan kes penculikan warga Perancis oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf Filipina di perairan Sabah. Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abd Rashid Harun berkata, tidak ada laporan kes penculikan di Timur Sabah dan percaya bahawa tuntutan itu adalah 'provokasi' kepada pasukan keselamatan yang bertugas mengawal pantai timur. "Tidak ada laporan penculikan, dan saya rasa mereka (penculik sempadan) hanya cuba untuk memprovokasi kami," katanya ketika dihubungi mengenai laporan siaran televisyen Filipina, Interaksyon TV5 yang mendakwa pelancong Perancis menjadi tebusan di salah sebuah pulau di wilayah Tawi Tawi. Ketua Polis Tawi Tawi Kol Joey Salido menafikan kes itu di Tawi-Tawi mahupun di sempadan (Sabah). "Tiada maklumat mengenai penculikan," jelasnya ketika dihubungi. Satu laporan portal Filipina mendakwa palancong Perancis yang berada di Sabah kemungkinan menjadi tebusan. Jelas portal itu, seorang pegawai perisikan Filipina yang tidak mahu dikenali memberitahu pelancong itu 'disambar', namun enggan mendedahkan identiti penuh tebusan itu. Portal itu turut melaporkan bahawa pegawai tersebut ada memberitahu pada masa ini, mangsa sedang dilayan sebagai 'tetamu', tetapi sebaik sahaja Abu Sayyaf berhubung dengan pihak berkuasa Perancis, "itulah masanya untuk mereka membuat tuntutan." Malah turut mendakwa, pihak berkuasa Malaysia sudah sedia maklum dengan kejadian ini dan telah menghubungi mereka namun enggan mendedahkan maklumat secara terbuka. Malaysia telah mengetatkan keselamatan di pantai timur dan sedang berusaha untuk membebaskan dua rakyat Malaysia - penternak ikan Chan Sai Chuin, 32 dan anggota polis marin Kpl Zakiah Aleip, 26 yang kini berada di tangan kumpulan bersenjata Abu Sayyaf di Jolo. Chan diculik dari ladang ikan di Kunak pada 16 Jun manakala Zakiah ditangkap di sebuah pondok polis di Pulau Mabul pada 12 Julai lalu. - mstar

Beg Tangan Pesara Tunggu Jenazah Suami Dicuri
ALOR SETAR: Seorang pesara jururawat yang sedang menunaikan solat di surau Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini sementara menunggu jenazah suaminya pada Sabtu, terkejut apabila beg tangan miliknya dicuri seorang wanita.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, Che Piah Abu, 56, berada di surau sementara menunggu jenazah suaminya yang meninggal dunia akibat angin ahmar pada pukul 2 petang.
Difahamkan, mangsa meninggalkan beg tangan disebelahnya semasa menunaikan solat.
"Selepas solat, saya sedar beg tangan telah hilang.
"Saya terus memberitahu anak yang berada di luar. Kemudian dia cuba mencari seorang wanita yang berada dalam keadaan curiga ketika keluar dari surau berkenaan," katanya (gambar).
Wanita berusia 40-an itu berjaya ditemui di kawasan hospital berkenaan dan berlaku pertengkaran sebelum suspek mengaku mencurinya. Wanita itu bertindak menyerahkan semula kad pengenalan Che Piah, namun mendakwa telah menjual beg tangan yang baru dicurinya. Mangsa dikatakan gagal mengingati jumlah wang yang berada di dalam beg tangan itu kerana sedang memikirkan mengenai tuntutan jenazah suaminya. Suspek kemudian diserahkan kepada pihak keselamatan hospital sebelum ditahan polis.- mstar

Lelaki Diperdaya RM300,000 Dalam Penipuan Matawang Asing
LABUAN: Seorang lelaki berusia 39 tahun mendakwa diperdaya lebih RM300,000 oleh seorang warga asing yang baru dikenalinya menerusi media sosial Facebook.
Lelaki tempatan itu melaporkan insiden terbabit kepada polis pada 11 November dengan mendakwa satu transaksi pemindahan matawang bank memerangkapnya untuk mempercayai urusniaga itu sebagai tulen, berikutan modus operandi yang begitu licik sehinggakan seolah-olah bukan dilakukan sindiket penipuan matawang asing.
Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata modus operandi seperti yang didakwa pengadu didalangi beberapa individu warga asing dan tempatan.
Berdasarkan siasatan awal, mangsa menghubungi seorang warga Amerika yang dikenalinya menerusi Facebook dan kemudian berurusan dengannya berkaitan transaksi pemindahan matawang bank berjumlah US$2 juta menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Kuala Lumpur.
Beliau berkata dalam 'perbualan Facebook' itu, mangsa diminta berjumpa seorang ejen, seorang warga British berumur 30-an, di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Ogos.
"Bagi menjayakan modus operandi itu, mangsa diminta bertemu seorang lagi warga British yang kemudian menunjukkan kepadanya sebuah beg mengandungi matawang berjumlah US$2 juta. Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa bersetuju dengan urusniaga itu.
Adzhar berkata mangsa kembali ke Labuan pada hari berikutnya dan diminta memasukkan RM7,050 menerusi Pemindahan Dana Antarabangsa bagi proses transaksi pemindahan matawang ke dalam akaun seorang rakyat tempatan di Labuan.
Beliau berkata mangsa turut menyerahkan US$4,000 tunai kepada ejen itu di sebuah hotel, dan ejen itu memaklumkan kepadanya pemindahan matawang itu akan dilakukan pada 10 November.
"Bagaimanapun seorang wanita tempatan menghubungi mangsa dengan memperkenalkan dirinya sebagai pembantu ejen itu dan dia sedang dalam perjalanan untuk menyerahkan matawang terbabit.
"Apa yang memeranjatkan mangsa adalah wanita itu tiba-tiba memberitahunya dia ditahan polis dan mulai saat itu, mangsa merasakan dia terperangkap dan tertipu lalu membuat laporan polis," katanya.- mstar
TOP
'Dia Pasti Takut Pada Allah Kerana Membunuh' - Kata Bapa Anggota IS
SEORANG pelajar perubatan dari United Kingdom merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) yang menyembelih 17 tawanan.
Kemunculan Nasser Muthana, 20, dalam video pembunuhan tentera Syria itu dikesan bapanya. Video ngeri yang dimuat naik ke You Tube pada Sabtu itu turut mendedahkan pengakhiran hidup pekerja kemanusiaan Amerika Syarikat berusia 26 tahun iaitu Peter Kassig yang diculik.
Pelajar perubatan dari United Kingdom yang menyertai IS. Bapa pemuda itu, Ahmed Muthana berkata,"Saya tidak pasti, tapi dia kelihatan seperti anak saya. Dia pasti takut pada Allah ketika ini kerana telah membunuh. Bagaimana dia akan berdepan dengan Allah jika membunuh manusia? Ditanya adakah Muthana akan memaafkan pemuda tersebut dan membenarkan dia pulang ke Cardiff, katanya yang berusia 57 tahun,"Tidak, dia telah mengalami masalah mental - sama ada dia atau orang lain, apa yang dilakukan adalah tidak betul." Analisis mendapati, video pembunuhan itu merupakan provokasi IS terhadap barat bagi meneruskan peperangan yang beraku antara kedua-dua pihak. - mstar

AS Tuduh Qatar Biar Dua Pembiaya Al Qaeda Hidup Bebas
AMERIKA SYARIKAT (AS) mendakwa Qatar masih membiarkan dua individu yang bertanggungjawab membiayai Al Qaeda hidup bebas di Doha walaupun negara itu mengakui tidak menyokong kumpulan militan.
Menurut laporan media negara barat itu, Khalifa Muhammad Turki al-Subaiy dan Abd al-Rahman bin Umayr al Nuaymi kini hidup bebas walaupun disenaraikan sebagai pembiaya utama kumpulan militan.
Malah AS juga dilapor mempunyai maklumat penuh mengenai kediaman kedua-dua penaja terbabit di Doha.
Menurut pegawai AS, negara itu dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengklasifikasikan dua individu terbabit sebagai penaja kumpulan militan namun tiada tindakan daripada negara teluk itu.
Berikutan itu, Qatar dituduh sengaja membiarkan dua lelaki terbabit untuk terus membiayai kumpulan Al Qaeda yang merupakan militan terbesar. - mstar
TOP
Kubu IS Digempur: Penyembelih Wartawan, Pemimpin Utama Cedera
ANGGOTA kumpulan militan Negara Islam (IS) warga British, Jihadi John yang telah menyembelih dua warga senegaranya dan dua warga Amerika Syarikat (AS) dilaporkan cedera akibat serangan udara yang dipimpin AS di utara Iraq.
Pembunuh bertopeng yang telah menyembelih wartawan dan pekerja kemanusiaan itu dilaporkan cedera selepas lokasi mereka mengadakan mesyuarat digempur pesawat pejuang AS dan Iraq pada Sabtu.
Dalam serangan terhadap kubu kumpulan IS itu, 10 anggota militan dilaporkan maut manakala pemimpin utamanya, Abu Bakr al-Baghdadi (gambar bawah) turut mengalami kecederaan.
Seorang jururawat di hospital Al Qaim, Anbar mendakwa seorang daripada lelaki yang dibawa ke hospital berkenaan dalam keadaan cedera mirip individu yang menyembelih warga British dan AS baru-baru ini. Kementerian Luar British berkata, pihaknya menerima laporan bahawa John telah mengalami kecederaan dalam serangan AS-Iraq dan berikutan itu pihaknya sedang mendapatkan lebih maklumat. "Kami tidak mempunyai wakil di Syria, oleh itu ia menimbul kesulitan untuk membuat pengesahan," jelas jurucakap Kementerian Luar. Menurut satu sumber, John dan Abu Bakr telah dibawa ke Raqqa, Syria untuk ditempatkan di kawasan jajahan kumpulan berkenaan yang lengkap dengan peralatan perubatan. Ia sekaligus dapat memastikan keselamatan kedua-dua pemimpin berkenaan daripada terkena serangan udara AS untuk kali kedua. Jihadi John menjadi antara anggota kumpulan IS paling terkenal selepas menyembelih pekerja kemanusiaan warga British, David Haines, 44; Alan Henning, 47, (dari Manchester); wartawan dari AS James Foley, 40, dan Steven Sotloff, 31. Pemuda dari London itu juga didakwa antara pemimpin penting IS.
Jihadi John ketika menyembelih Alan yang merupakan pekerja kemanusiaan British. - mstar

"Gosip Bercinta Dengan Remy Ishak Tidak Logik" - Nad Zainal
Nad menyangkal dakwaan kononnya dia sedang bercinta dengan aktor Remy Ishak.
PETALING JAYA: Pelakon Nad Zainal menyifatkan gosip terbaharu mengenainya yang dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan aktor Remy Ishak sebagai tidak logik. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, dia tidak mengenali aktor tersebut secara peribadi dan hanya bertemu ketika berada dilokasi penggambaran drama lakonan mereka iaitu Jalan Mati dan AntiDOT. "Gosip berkenaan tidak logik kerana hubungan kami bukannya rapat dan sekadar teman sesama artis sahaja. "Baik saya atau pun dia, kami tidak pernah berhubung selepas selesai penggambaran melibatkan kami berdua dan hubungan yang wujud sekadar di set penggambaran," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad. Nad yang terkejut dengan gosip tersebut mengulas laporan sebuah ruangan gosip akhbar mingguan pada Ahad yang mengatakan dia sedang menyulam cinta dengan Remy.
Remy Ishak.
Malah gosip itu turut menyebut cerita mengenai hubungan mereka didedahkan sendiri oleh salah seorang bekas kekasihnya kepada seorang kenalan rapatnya. Dalam pada itu, Nad menegaskan dia tidak mengetahui siapakan 'bekas kekasih' yang dimaksudkan menyebarkan cerita berkenaan kerana gosip berkenaan bukan datang daripadanya. Bagaimanapun kata Nad, jika benar gosip itu disampaikan oleh salah seorang bekas kekasihnya dia meminta lelaki berkenaan supaya meneruskan kehidupan dan tidak menganggunya dengan menyebarkan cerita buruk seperti itu. "Saya tidak tahu 'bekas kekasih' mana dimaksudkan atau siapa kawan rapatnya yang bercerita kerana gosip berkenaan bukan datang dari saya tetapi orang lain yang mengata. "Namun jika benar ia datang daripada 'bekas kekasih' tersebut saya minta teruskanlah hidup daripada melakukan perkara tidak berfaedah," ujarnya. Sebelum ini, Nad bercinta dengan Hefny Sahad yang dikatakan menjadi punca keretakan hubungan cinta Nad dengan aktor Azwan Kombos, 29, apabila mereka dikatakan menjalin hubungan cinta selepas terbabit dalam telefilem Mengintai Syurga Mama diterbitkan oleh Zeel Production. Dalam perkembangan lain, Nad berkata, dia kini sedang sibuk dilokasi penggambaran drama bersiri yang diangkat daripada sebuah novel popular berjudul Street Vendetta untuk siaran RTM. - mstar

Anak Sulung Zinedine Zidane Wakili Real Madrid
ANAK sulung lagenda bola sepak Perancis, Zinedine Zidane iaitu Enzo membuat penampilan sulung untuk skuad Real Madrid B ketika pasukan itu menewaskan Conquense 2-1 pada Ahad.
Dalam perlawanan itu, Zidane yang merupakan penolong jurlatih bagi skuad Real Castilla dilihat memberi arahan dari tepi padang sepanjang perlawanan berlangsung.
Enzo, 19, yang dimasukkan ketika perlawanan berbaki dua minit gagal menjaringkan gol, tetapi pemain itu berjaya menghasilkan gerakan menarik seperti bapanya.
Pemain tengah itu dijangka diturunkan sebagai kesebelasan utama ketika skuad tersebut berdepan Segunda B pada minggu depan.
Berikutan kelebihan yang ada pada anak lagenda terbabit, Enzo kini menjadi rebutan skuad kebangsaan Perancis dan Sepanyol.
Enzo sebelum ini pernah mewakili skuad bawah 15 tahun Sepanyol, tetapi kini dia dipanggil oleh skuad bawah 19 tahun Perancis untuk menjalani ujian perubatan sekaligus mewakili pasukan berkenaan.
Selain Enzo, Zidane mempunyai dua lagi anak iaitu Theo dan Eliza - kini sedang diasah bakat mereka oleh akademi bola sepak Real Madrid. - mstar

DAP Tak Perlu Persoal Ketidakhadiran Abdul Hadi - Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas tindakan pemimpin DAP yang mempersoalkan kegagalan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Beliau berkata perkara berkenaan sepatutnya tidak dipersoalkan kerana Abdul Hadi mempunyai alasan tersendiri tidak dapat berbuat demikian. "Dia (Abdul Hadi) tidak datang mesyuarat disebabkan malas atau uzur?. Dia uzur. Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat. "Kerja 'orang bodoh' ini (mempersoalkan ketidakhadiran Hadi)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini, Ahad. Sebelum ini, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Abdul Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata Abdul Hadi perlu hadir bagi memastikan Pakatan Rakyat, gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP serta PAS, berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi. Guan Eng secara terbuka turut menggesa Abdul Hadi hadir dalam mesyuarat berkenaan selepas beberapa bulan Presiden Pas itu gagal berbuat demikian. - mstar

MBI Akan Dapat Laporan Penuh Isu Bayaran Tinggi Kepada Bekas Pegawai Khalid
Azmin Ali
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor telah menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan pembayaran pemberhentian terlalu tinggi yang dibuat oleh bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kepada bekas kakitangannya semasa akhir pentadbirannya. Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata, pasukan audit negeri telah mengeluarkan satu laporan penuh mengenai perkara itu Rabu lepas dan ia akan dikemukakan kepada syarikat pelaburannya, Perbadanan Menteri Besar (MBI) Khamis ini. "Pengauditan telah siap dengan laporan lengkap mengenai pembayaran yang dibuat kepada bekas kakitangan Tan Sri Khalid Ibrahim dan ia telah dibentangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu lalu. "Kami akan membawa balik laporan itu dalam mesyuarat lembaga pengarah MBI Khamis ini dan akan membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis kerajaan negeri di KL Festival City Mall di sini, Ahad. Beliau, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai laporan itu dengan menekankan bahawa pasukan audit telah membuat 'satu kajian yang komprehensif'. Terdapat dakwaan bahawa Khalid telah membuat pembayaran pemberhentian bernilai RM2.5 juta kepada lapan bekas pembantunya dan salah seorang daripada mereka menerima hampir RM700,000. Turut dilaporkan bahawa Khalid terkejut dengan jumlah tersebut dan berkata beliau tidak pasti sama ada jumlah yang dibayar dibawah skim tersebut turut diberikan kepada setiausaha politiknya. Khalid menyifatkan bayaran wang tersebut sebagai bayaran pemberhentian kerja yang ditawarkan kepada kakitangan selepas perubahan menteri besar negeri berkenaan. Beliau berkata exco kerajaan negeri telah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan MBI mempunyai rizab tunai lebih RM112 juta dan amaun yang dibayar kepada bekas pembantunya, di bawah skim pemberhentian sukarela, adalah tidak lebih daripada dua peratus seperti yang disyaratkan. - mstar

14,095 Kanak-Kanak Tidak Bernegara Dicatatkan Sejak 2003 - KDN
PETALING JAYA: Menurut rekod Kementerian Dalam Negeri (KDN), seramai 14, 095 kanak-kanak yang status kewarganegaraannya masih belum dipastikan taraf mereka antara 2003 hingga April tahun ini.
Kebanyakan daripada mereka berasal dari Sabah (87.7%) atau 8, 128 dan Sarawak seramai 4, 236. Negeri-negeri lain yang status kanak-kanak masih belum ditentukan ialah Selangor (480) dan Johor (302).
Kerajaan sedang mengkaji cadadangan untuk mengeluarkan kad pengenalan khas kepada mereka yang status kewarganegaraannya 'masih belum ditentukan' lagi.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapai oleh golongan berkenaan.
Pada 2010, kerajaan juga antara lain pernah mencadangkan agar ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan bagi menyelesaikan kes yang memakan masa bertahun-tahun dalam isu rakyat tidak bernegara.
Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terdapat tiga kategori kewarganegaraan, - Warganegara, Bukan-Warganegara dan 'Status Masih Belum Ditentukan'
'Status Masih Belum Ditentukan' tidak dapat ditentukan ekoran masalah perkahwinan yang tidak diiktiraf, status kewarganegaraan ibu yang belum ditentukan, dokumentasi yang tidak lengkap atau kanak-kanak terbiar.
Dalam satu temubual eksklusif bersama The Star pada Julai, Dr Ahmad Zahid berkata oleh kerana ada kelaharian yang tidak didaftarkan, menyebabkan wujud kanak-kanak yang membesar hingga dewasa tanpa memiliki sebarang dokumen diri sendiri.
Tanpa sijil kelahiran, seseorang individu itu tidak dapat bekerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta, memperoleh pasport, lesen memandu, pinjaman bank, mengundi, berkahwin secara sah atau mendaftarkan kelahiran anak mereka.
Antara 2008 hingga 30 April tahun ini, KDN telah menerima sebanyak 9, 372 orang yang memohon untuk menjadi warganegara Malaysia.
Sebuah dokumentari yang diterbitkan oleh pertubuhan bukan kerajaan, Voice of Children, mengenai kanak-kanak tidak bernegara mendakwa terdapat kira-kira 100, 000 kanak-kanak seperti itu di Malaysia.
Menurut laman web, VOC, kanak-kanak ini wujud secara tidak sah, terdedah kepada bahaya dan tidak berupaya mempertahankan diri mereka terhadap ekslploitasi.
Pada Jun tahun lalu, KDN menerima bantuan daripada Kementerian Kesihatan untuk mendaftarkan semua kelahiran di hoispital kerajaan, klinik di Sarawak bagi mengurangkan kes pendaftaran lewat, terutamanya di kawasan luar bandar.
KDN juga mendedahkan terdapat hampir 6,000 kes pendaftaran lewat yang tidak direkodkan di Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak namun mereka mengesahkan kes tersebut melibatkan mereka yang tampil untuk mendaftarkan kelahiran.
Setahun sebelum itu, kerajaan telah menyediakan draf awal terma rujukan bagi mengatasi masalah tersebut sementara Suruhanjaya Diraja (RCI) juga diberitahu masalah tersebut berlarutan ekoran kedatangan pendatang haram di Sabah.
RCI ditugaskan untuk meneliti serta mewujudkan langkah yang bersesuaian untuk mengatasi masalah kanak-kanak tanpa kewarganegaraan yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka yang merupakan pendatang asing tanpa izin. - mstar
TOP
Man United Kehilangan Daley Blind, Perlu Direhatkan 6 Minggu
DALEY BLIND merupakan nama baru dalam senarai pemain Manchester United yang perlu direhatkan kerana mengalami kecederaan.
Kecederaan yang merunsingkan Louis van Gaal itu berlaku ketika Blind mewakili Belanda dalam saingan kelayakan Euro 2016 menentang Latvia pada Ahad.
Blind terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan lutut selepas 19 minit berada di atas padang Stadium Arena.
Bekas pemain Ajax itu tidak dikeluarkan menggunakan pengusung sebaliknya dia mampu berjalan untuk digantikan dengan pemain Feyenoord, Jordy Clasie. Perlawanan yang berakhir dengan keputusan Belanda berjaya menewaskan Latvia 6-0 itu bagaimanapun tetap merunsingkan Van Gaal kerana Blind perlu direhatkan selama enam minggu. "Ia kelihatan tidak baik. Ia merupakan masalah ligamen dan boleh membawa kesakitan. Blind perlu direhatkan selama enam minggu," kata ketua jurulatih skuad Belanda, Guus Hiddink. Van gaal sebelum ini berharap saingan antarabangsa mampu memberikan masa kepada pemain untuk merawat kecederaan. Bagaimanapun kehilangan Blind bakal menambah beban jurulatih kelahiran Belanda itu kerana kini dia telah kehilangan sebahagian besar pemain pertahanan akibat kecederaan. - mstar

Malaysia Kalah 1 -3 Kepada Vietnam Aksi Perlawanan Antarabangsa
Kapten Harimau Malaya, Muhammad Shukor Adan (kanan) cuba mengasak pemain Vietnam, Mac Hong Quan (tengah) pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Vietnam, malam Ahad. Skuad negara longlai di Hanoi, tewas 1-3 kepada Vietnam.
KUALA LUMPUR : Skuad Harimau Malaya terus mempamerkan aksi mengecewakan pada aksi persahabatan antarabangsa selepas kalah 3-1 kepada Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam, pada Ahad. Kekalahan itu merupakan yang keempat dicatatkan skuad kendalian Dollah Salleh yang sebelum ini tewas dalam tiga aksi persahabatan terdahulu. Mereka kalah 4-1 kepada Tajikistan di Stadium Central Dushanbe, Tajikistan pada 8 Ogos selain kecundang 2-0 kepada Indonesia pada 14 September lepas di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia. Skuad Harimau Malaya turut diaibkan dengan kekalahan 3-0 kepada skuad Bawah 23 (B-23) Syria pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, Rabu lepas. Malaysia hanya mencatatkan satu kemenangan iaitu mengalahkan Kemboja 4-1 di Stadium Shah Alam pada 20 September lepas. Pada aksi hari Ahad, kedua-dua pasukan saling mengasak bagi mencari gol awal namun skuad negara berjaya mendahului pada minit ke-22 menerusi pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohd Amri Yahyah yang bijak menyudahkan hantaran daripada Norshahrul Idlan Talaha. Tersentak dengan gol tersebut, pasukan tuan rumah kembali memperkemas corak permainan bagi mencari gol penyamaan namun dihampakan oleh ketumpulan jentera serangan dan keputusan itu kekal sehingga berakhir separuh masa. Bersambung babak kedua, pasukan Vietnam menggandakan asakan ke kubu skuad negara dan mereka akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mac Hong Quan pada minit ke-47. Selang seminit kemudian, skuad negara ditimpa malang selepas pemain pertahanan, Mohd Muslim Ahmad dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan kerana mengasari pemain Vietnam. Kekurangan 10 pemain dimanfaatkan sepenuhnya pasukan tuan rumah yang menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti oleh Nguyen Van Quyet pada minit ke-56. Sepakan penalti itu diberikan oleh pengadil selepas pemain pertahanan, Mahalli Jasuli menjatuhkan Van Quyet di dalam kotak penalti skuad negara. Pemain tengah, Ngo Hoang Thinh mengesahkan kemenangan mutlak Vietnam pada minit ke-81 selepas beliau menyambar bola yang gagal ditampan kemas oleh penjaga gol skuad negara, Khairul Fahmi Che Mat. Perlawanan berkenaan merupakan sebahagian daripada persiapan skuad negara untuk menghadapi Piala AFF Suzuki di Singapura dari 23-29 November ini. Malaysia yang diundi dalam kumpulan B akan memulakan kempen kejohanan berdepan Myanmar pada 23 November disusuli aksi kedua menentang Thailand (26 November) dan kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura. Skuad negara akan menamatkan aksi peringkat kumpulan menentang Singapura di Stadium Nasional Singapore Sports Hub pada 29 November ini.- mstar

Keputusan Kelayakan Piala Euro 2016:
PARIS: Berikut adalah keputusan perlawanan bola sepak peringkat kelayakan Piala Euro 2016 yang berlangsung pada Ahad:
Kumpulan A
Czech Republic 2 - 1 Iceland
Belanda 6 - 0 Latvia
Turki 3 - 1 Kazakhstan
Kumpulan B
Belgium 0 - 0 Wales
Cyprus 5 - 0 Andorra
Israel 3 - 0 Bosnia and Herzegovina
- mstar
Kumpulan A
Czech Republic 2 - 1 Iceland
Belanda 6 - 0 Latvia
Turki 3 - 1 Kazakhstan
Kumpulan B
Belgium 0 - 0 Wales
Cyprus 5 - 0 Andorra
Israel 3 - 0 Bosnia and Herzegovina
- mstar
TOP
Kejohanan Skuasy Dunia Lelaki 2014: Mohd Nafiizwan Tersingkir
Mohd Nafiizwan
KUALA LUMPUR: Pemain nombor dua negara, Mohd Nafiizwan Adnan tersingkir daripada Kejohanan Skuasy Dunia Lelaki 2014 yang berlangsung di Kompleks Tenis dan Skuasy Antarabangsa Khalifa di Doha, Qatar. Pada pusingan kedua Ahad, pemain kelahiran Kuala Terengganu itu tumpas 4-11, 7-11 dan 3-11 kepada pemain nombor dua dunia selaku pilihan utama, Gregory Gaultier dari Perancis, menurut laman sesawang kejohanan; www.worldsquashchamps.com. Pemain Perancis berusia 31 tahun itu yang muncul sebagai naib juara tahun lepas selepas tewas kepada pemain England, Nick Matthew, akan menentang pilihan kesembilan, Omar Mosaad dari Mesir di pusingan ketiga pada Selasa. Mosaad mengambil masa cuma 29 minit untuk mengetepikan lawannya, Karim Ali Fathi; 11-4, 11-2 dan 11-7 dalam satu lagi perlawanan pada pusingan kedua. Keputusan perlawanan menyaksikan Ong Beng Hee menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang akan meneruskan cabaran pada kejohanan yang menawarkan hadiah AS$325,000 (RM1.087 juta) itu. Beliau akan bertemu pemain Afrika Selatan, Stephen Coppinger di pusingan kedua pada Isnin. - mstar

Federer Tarik Diri Daripada Saingan ATP Dunia Akhir
LONDON: Roger Federer terpaksa menarik diri daripada perlawanan akhir ATP Dunia kurang satu jam sebelum perlawanannya dengan Novak Djokovic. Keputusan tersebut membolehkan pemain Serbia itu mempertahankan gelaran ATP buat kali ketiga berturut-turut.
Juara Grand Slam sebanyak 17 kali itu, yang berjaya empat mata pada perlawanan separuh akhir sekaligus membawa rakan sepasukannya Stan Wawrinka meraih kemenangan pada, Piala Davis berkata beliau mengalami masalah sakit tulang belakang yang menghalangnya daripada bermain.
Federer memberitahu peminatnya: "Agak malang, saya tidak berapa sihat. Saya tidak mampu bersaing dengan Novak pada pentas akhir dalam keadaan seperti ini. Saya berharap anda semua faham."
Pada Sabtu, pemain berusia 33 tahun itu dilihat berlatih selama tiga jam di gelanggang dalam persiapan sebelum perlawanan akhir.
Federer, pernah mengalami masalah yang sama musim 2013. Dia dijadual berpasangan dengan Wawrinka dalam saingan akhir Piala Davis menentang Perancis pada minggu hadapan. - mstar
TOP
KBS Putuskan Baik Pulih Padang Stadium Nasional Bukit Jalil
Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memutuskan untuk membaik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil susulan kerosakan yang berlaku selepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 1 November lepas. Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mempunyai masa kira-kira sebulan untuk membaik pulih padang stadium berkenaan jika Harimau Malaya layak ke pusingan seterusnya Piala AFF Suzuki 2014. "Buat masa ini pengurusan stadium maklumkan tiada keperluan (tukar padang baharu). Mereka nak tengok kalau boleh pulihkan (padang) sedia ada," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Belia Kebangsaan Sri Murugan Centre di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya di sini, Ahad. Tahun lepas, Khairy mengarahkan Stadium Nasional Bukit Jalil ditutup selepas aduan bahawa keadaan padang di stadium berkenaan tidak sesuai sehingga memaksa perlawanan persahabatan antara Barcelona FC dan Malaysia ditukar ke Stadium Shah Alam pada saat-saat akhir. Penukaran rumput di stadium itu sebelum ini menelan belanja RM1.5 juta dan kementeriannya mencuba dua jenis rumput iaitu rumput jenis 'Cow Grass' dan 'Bermuda Green Mountain'. Dalam pada itu, Khairy berkata penyelenggaraan rumput di stadium berkenaan merupakan cabaran besar bagi KBS serta PSM kerana beberapa faktor, antaranya melibatkan reka bentuk stadium, aliran angin dan kedudukan stadium berkenaan yang berada di bawah paras laut. "Waktu ataupun tempoh masa, yang padang secara keseluruhannya mendapat cahaya matahari hanya dua jam sahaja sehari. Ia menyebabkan padang itu sentiasa lembab dan basah. "Berikutan itu, Perbadanan Stadium Malaysia akan menambah tiga lagi lampu 'sunlight' dengan peruntukan daripada perbadanan itu sendiri, yang melibatkan kira-kira RM900,000 bagi mengatasi masalah itu," katanya. - mstar

Brahim's Dewina Bantu Jepun Teroka Pasaran Pelancongan Muslim
NAGOYA: Brahim’s Dewina Group of Companies kini sibuk membantu Jepun memanfaatkan pasaran pelancongan Muslim yang semakin berkembang di negara berkenaan.
Ini terutamanya dengan kedatangan Olimpik Tokyo 2020, kata Pengarah Pemasaran dan Pembangunan Perniagaannya, Ahmad Husaini Hassan.
Menurut laporan, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berusaha untuk meningkatkan pelancongan sebagai sebahagian daripada 'Abenomics', pelan pengukuhan semula pertumbuhan negara berkenaan.
Menjelang 2020, kerajaan negara itu berharap untuk meningkatkan bilangan pelancong tahunan kepada 20 juta.
Negara itu juga mengunjur 35 peratus daripada atlet di Olimpik 2020 beragama Islam. Bagaimanapun jumlah restoran yang menawarkan makanan halal di Jepun pada masa ini sangat sedikit.
Sebagai langkah permulaan, lapangan terbang ketiga terbesar di Jepun, Lapangan Terbang Antarabangsa Central Jepun (Centrair), memulakan usaha dengan menjadinya "Mesra Muslim".
Terletak di Nagoya, penerima Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax buat kali keempat sejak 2011 itu telah meminta Brahim's Dewina Group membantu menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada mereka yang beragama Islam.
"Centrair telah menemui kami awal tahun ini dan sejak itu, kami telah membantu, bukan sahaja dalam memenuhi keperluan umat Islam yang singgah di sana tetapi juga mencadangkan kemudahan lain seperti ruang solat untuk mereka.
"Lapangan terbang ini telah memenuhi cadangan itu," kata Ahmad Husaini.
Beliau berkata penumpang beragama Islam kini boleh menikmati makanan halal di dua restoran milik lapangan terbang, yang turut menjual produk Brahim’s termasuk nasi lemak, nasi biryani dan rendang ayam.
Beliau berkata walaupun sasaran awal ialah untuk menyediakan hidangan yang mencukupi bagi umat Islam, syarikat ini menyasar untuk pasaran yang lebih besar dengan menarik juga penumpang bukan Islam serta warga tempatan yang melawat lapangan terbang itu pada hujung minggu.
"Memandangkan lapangan terbang ini antara tempat pilihan untuk bersantai di Nagoya, kami menyasar pasaran yang lebih besar dan mempromosi bukan sahaja makanan halal tetapi sajian Malaysia kepada orang Islam dan bukan Islam.
"Ini dapat meningkatkan perniagaan kami kerana kami merancang untuk mengurangkan pergantungan kepada segmen katering dalam penerbangan yang kini menyumbang 70 peratus daripada pendapatan kepada syarikat," kata Ahmad Husaini.
Beliau berkata hampir 90 peratus pelanggan yang menikmati sajian di kedua-dua restoran di Centrair itu adalah bukan Islam dan restoran berkenaan mencatat pertumbuhan purata 30 peratus dalam pendapatan pada asas bulanan.
"Disebabkan perkembangan ini, kami menerima tawaran daripada lapangan terbang lain di Jepun untuk membantu mereka menawarkan perkhidmatan kepada yang beragama Islam dan bukan Islam dengan menyediakan sajian halal Malaysia.
"Selain beroperasi di Centrair, Brahim’s Dewina Group juga berada di Lapangan Terbang Kansai dan beralih ke Haneda di Jepun," katanya.
Beliau berkata pada Julai lepas, Brahim’s menganjurkan seminar halal di Tokyo dan sejak itu, telah menerima pelawat yang bertanya kepada syarikat untuk menjadi rakan kongsi.
"Kami terbuka kepada sebarang cadangan," kata Ahmad Husaini.
Brahim’s Dewina Group juga mempunyai projek lain di Jeddah dan menyasar untuk memperluaskan perniagaan di Eropah.
George Hayashi, Pengurus Besar International Restaurant Service Co Ltd yang mengendalikan empat restoran termasuk dua yang menawarkan produk Brahim’s di Centrair, berkata lapangan terbang itu akan dapat meningkatkan bilangan penumpang Islam sebelum 2020.
"Tahun depan, syarikat penerbangan Indonesia, Garuda Airline akan ke sini enam hari seminggu dan AirAsia X juga meningkatkan kekerapan perkhidmatannya.
Jadi kami berharap dapat mencapai sasaran kami.
"Kami berhasrat untuk meningkat bilangan restoran halal dalam masa terdekat.
Malah, beberapa restoran kini telah melabelkan makanan mereka dengan tanda makanan tidak halal seperti daging babi dan alkohol, yang memudahkan pelancong Islam membuat pesanan hidangan mereka," katanya.
Menurut laporan, jumlah terbesar pelancong Islam adalah dari Malaysia dan Indonesia.
Pengecualian visa mulai 2013, memudahkan warga Malaysia melawat Jepun, dan pengecualian bagi rakyat Indonesia pula dijangka bermula pada 1 Dis tahun ini. - mstar
TOP
Belgium Tinjau Malaysia Bagi Operasi Pembuatan, R&D, Pengedaran
BRUSSELS: Delegasi ekonomi Belgium dengan 300 anggota, diketuai Puteri Astrid, yang melawat di Malaysia bermula 22 hingga 26 Nov lepas, bersedia untuk meneroka peluang-peluang untuk mewujudkan operasi dalam pembuatan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengedaran di Malaysia.
Jeroen Direkx, Pengarah Urusan (Derivatif) Oleon NV, antara syarikat utama Belgium yang menyertai delegasi itu, memberitahu Bernama bahawa syarikat beliau telah lama beroperasi di Malaysia dan yakin dengan peluang yang ada.
Syarikatnya menukarkan minyak sayur-sayuran kepada asid lelemak serta kepada eter. Segmen pasaran terbesarnya ialah sektor minyak pelincir.
"Kami juga aktif dalam bahan kimia medan minyak, sudah bekerjasama dengan Petronas. Oleon juga aktif dalam aplikasi lain seperti industri kecantikan, aditif makanan dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata Oleon kini berusaha untuk meningkatkan kehadirannya di Malaysia ke tahap lebih tinggi dengan menubuhkan pusat inovatif global, pusat R&D - dengan pelaburan berjumlah 4.5 juta hingga 5 juta Euro.
"Kami berminat untuk mendirikan pusat R&D kami di Malaysia yang cekap dari segi kos. Operasi Malaysia akan membantu mengurangkan kos operasi kami. Asia merupakan pasaran yang pantas berkembang terutamanya dalam sektor aplikasi.
"Industri kosmetik, sebagai contoh, berbeza antara negara, bergantung kepada cita rasa pengguna. Banyak pelanggan Asia kami boleh mendapatkan khidmat kami dari operasi kami di Malaysia dan Asean," kata Direkx yang mengetuai syarikat di Malaysia.
Pusat R&D yang dicadangkan itu, akan berfungsi sebagai 'satelit' kepada Pusat Inovasi Novance syarikat di Perancis, yang memainkan peranan penting bagi Sofiprotel, yang memiliki Oleon NV.
Pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) di Frankfurt, yang juga bertanggungjawab terhadap Belgium sebagai sebahagian bidang kuasanya, aktif berusaha membawa Oleon mendirikan pusat R&D di Malaysia.
Sebuah lagi syarikat dalam delegasi berkenaan ialah Lhoist, yang diberikan lesen pembuatan oleh Malaysia pada 2007 untuk mengeluarkan kapur tohor kalsium karbonat dan kapur hidrat.
Lhoist juga diberi kelulusan pada 2013 untuk menubuhkan makmal berteknologi tinggi, pusat pembangunan aplikasi kapur serantau di Perak. Kilang pembersihan sisa toksid turut dirancang di Lembah Klang.
Belgium juga meninjau untuk menjalin kerjasama dalam industri makanan halal dengan mencari syarikat-syarikat Malaysia bagi perkongsian yang memainkan peranan penting dalam bidang ini.
Berikutan jumlah penduduk Islamnya yang bertambah, Belgium membangunkan industri halal bagi memenuhi keperluan berkenaan. Syarikat negara itu dilaporkan berminat untuk bekerjasama dengan Halal Development Corporation bagi tujuan itu.
Selain wakil korporat, delegasi itu juga termasuk Didier Reynders, Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Luar dan Hal Ehwal Eropah serta Pieter De Crem, Setiausaha Negara Belgium bagi Perdagangan Luar.
Duta Besar Malaysia ke Belgium, Datuk Zainudin Yahya, menyifatkan lawatan berkenaan sebagai inisiatif yang baik oleh kerajaan Belgium.
"Kami gembira delegasi Belgium memilih Malaysia bagi misi ekonominya," kata beliau.
"Belgium dan Malaysia bakal mendapat faedah daripada lawatan ini. Kedua-dua negara boleh merebut peluang yang ada yang boleh membawa manfaat kedua-dua pihak," kata Zainudin.
Beliau berkata Malaysia boleh mendapat faedah daripada kekuatan Belgium dalam bidang seperti sains, teknologi dan lain-lain lagi. - mstar
TOP
Pendaftaran CBP Meningkat Pada November
KUALA LUMPUR: Bilangan syarikat yang sudah mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) mencecah 144,286 sehingga 15 Nov, 2014, peningkatan sebanyak 348 daripada hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Pendaftaran untuk CBP kini melebihi sasaran kerajaan iaitu 140,000 syarikat menjelang akhir tahun.
Bagaimanapun, syarikat-syarikat yang masih belum mendaftar mempunyai masa sehingga 31 Dis, 2014 untuk berbuat demikian bagi struktur cukai baharu ini yang
akan dilaksanakan pada 1 April, 2015. - mstar
TOP
AirAsia Sedia Turunkan Tambang Untuk Rangsang Pasaran
Lakaran ibu pejabat baharu AirAsia yang bakal siap Jun 2016.
SEPANG: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia bersedia untuk menurunkan harga tambangnya bagi merangsang pasaran dan meningkatkan jumlah penumpang. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, sekiranya harga bahan api terus turun pada tahun depan, ia merupakan satu 'bonus besar" kepada syarikat penerbangan itu, kerana ia akan mengurangkan kos.
Tony (enam dari kanan) bersama dengan Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranum (lima kanan) serta Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar (lima dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad, Azran Osman-Rani (empat kiri) menabur tanah sebagai simbolik majlis pecah tanah ibu pejabat global baharu AirAsia berhampiran dengan Lapangan Terbang Tambang Murah KLIA2 di sini, Jumaat.
"Namun begitu, harga minyak berubah dengan cepat sekali, kita lihat sahaja apa yang akan berlaku. Niatnya, kami mahu mengurangkan harga tambang dan merangsang pasaran. "Jika harga bahan api terus jatuh, kami juga mahu menghapuskan surcaj bahan api bagi membolehkan lebih ramai orang menaiki penerbangan. "AirAsia sedang dalam usaha mengurangkan kos dan tambang untuk membolehkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan penerbangan," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah bangunan ibu pejabat baru AirAsia di sini, Jumaat. Pembinaan bangunan korporat baharu syarikat penerbangan itu, RedQ akan bermula pada bulan depan dan dijangka siap pada Jun 2016. Bangunan enam tingkat berharga RM140 juta itu akan mempunyai keluasan kasar lantai 613,383 kaki persegi dan mampu menampung seramai 2,000 kakitangan. Ia juga mengandungi pejabat korporat dan bahagian operasi AirAsia dan AirAsia, yang sekarang ini beroperasi secara berasingan antara Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan di sebuah pejabat sementara di gateway

Mr Burger Sasar Buka 10 Kiosk Mr Khalifa Burger Akhir 2014
KUALA TERENGGANU: Mr Burger Sdn Bhd sebuah syarikat pengeluar makanan sejuk beku, martabak raja dan burger milik usahawan Bumiputera menyasarkan pembukaan 10 unit kiosk baharu dengan jenama Mr Khalifa Burger sebelum akhir tahun ini.
Pengarah Urusannya, Mohd Wahyu Affandy Zainuddin berkata, setakat ini tiga kiosk Mr Khalifa Burger telah beroperasi, iaitu di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini, Wakaf Tapai dan Kuala Berang di Hulu Terengganu.
"Sambutan sangat menggalakkan dengan purata jualan antara RM300 hingga RM400 untuk setiap malam di setiap kiosk itu.
"Ini disebabkan Mr Khalifa Burger menawarkan lebih 20 menu seperti burger daging, burger ayam dan oblong bermula dari RM2.30 dan lebih istimewa kami turut menawarkan perkhidmatan wifi secara percuma kepada pelanggan yang datang ke kiosk kami," katanya kepada pemberita, Jumaat.
Selain Mr Khalifa Burger, syarikatnya juga memiliki dua cawangan restoran Mr Burger dengan fokus perniagaan berkonsepkan hidangan barat yang dibuka di Chendering Kuala Terengganu dan di Paka, Dungun.
"Setakat ini, cawangan di Chendering mencatat jualan antara RM600 hingga RM1,000 setiap hari manakala cawangan di Paka pula di antara RM2,000 hingga RM3,000 sehari.
"Dua segmen jualan yang berbeza ini bertujuan memberi keselesaan kepada pelanggan kerana ada antara mereka suka menikmati burger di restoran kerana sudah biasa dengan konsep restoran makanan segera Barat yang lain.
"Manakala bagi yang suka menikmatinya secara santai di kawasan terbuka, mereka boleh menikmatinya di kiosk Mr Khalifa Burger," katanya.
Bagi cawangan Mr Burger, usahawan yang berminat perlu mengeluarkan modal sebanyak RM200,000 untuk membuka restoran francais itu, namun dengan pembukaan kiosk, usahawan berminat hanya perlu mengeluarkan modal sebanyak RM4,000.
"Inilah pembaharuan yang kami perkenalkan dengan niat mahu menggalakkan lebih ramai belia menjadikan perniagaan sebagai karier mereka dan kami akan membantu mereka dari segi bimbingan dan pemasaran.
"Kami turut menyediakan sistem kawalan stok yang cekap menggunakan komputer untuk mengelak ketirisan dan membolehkan pengusaha mengawal jualan di kiosk mereka dengan mudah tanpa berada di kiosk sepanjang ia beroperasi," katanya.
Mohd Wahyu berkata, pelanggannya akan tetap menikmati keenakan rasa burger yang sama kerana beliau membekalkan bahan mentah kepada cawangan Mr Burger dan Mr Khalifa Burger yang dihasilkan kilang miliknya di pusat perindustrian hab halal di Chendering.
"Kami proses sendiri daging, sos dan mayonis agar pelanggan boleh menikmati rasa yang standard di mana sahaja mereka membelinya sama ada di restoran ataupun di kiosk," katanya. - mstar
TOP
Khairy Bidas Pihak Tuduh Beliau Cuba Juarai Isu Transgender
Khairy ketika hadir di Konvensyen Belia Kebangsaan Sri Murugan Centre di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Ahad.
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin membidas kenyataan segelintir pihak yang menuduh beliau cuba menarik perhatian masyarakat dengan membawa usul transgender semasa Perhimpunan Agung UMNO akhir bulan ini. Khairy berkata Perhimpunan Agung Umno pada setiap tahun sentiasa dijadikan platform oleh setiap anggota parti dan pembahas untuk mendebatkan pelbagai isu semasa, termasuk isu agama. "Kalau Perhimpunan Agung Umno tak boleh bincangkan isu agama, apa lagi yang kita boleh bincangkan?" katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Belia Kebangsaan Sri Murugan Centre di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya di sini, Ahad. Sebuah portal berita melaporkan seorang penganalisis politik melihat hasrat Khairy itu kononnya sebagai langkah Pergerakan Pemuda itu untuk menjuarai isu semasa perhimpunan kelak. Khairy sebelum ini dilaporkan berkata akan membawa isu transgender semasa Perhimpunan Agung itu selepas melihat kebimbangan Pemuda terhadap isu berkenaan sudah tidak dapat dibendung lagi, selain mahu masyarakat tahu pendirian parti terhadap isu berkenaan. - mstar

Amalan Kesederhanaan Banyak Menyumbang Kepada Perpaduan Negara - Kurup
Para pelajar Universiti Lim Kok Wing menyanyi dengan penuh bersemangat ketika menyampaikan lagu Perpaduan Bangsa pada majlis sambutan peringkat kebangsaan Hari Toleransi Sedunia 2014 bertemakan "Sehati Sejiwa" yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup di Universiti Limkokwing, Ahad. -fotoBERNAMA
) CYBERJAYA: Kejayaan Malaysia menjadi sebuah negara yang bersatu padu sebahagian besarnya adalah hasil daripada sikap wasatiyyah atau kesederhanaan yang menjadi amalan rakyatnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup. Beliau berkata kesederhanaan sudah menjadi darah daging kebanyakan rakyat negara ini dan barangkali inilah yang memungkinkan Malaysia mampu mengekalkan keamanannya, berbanding banyak negara lain di dunia. "Malaysia, dan menjadi rakyat Malaysia, tidak dapat dipisahkan daripada mengamalkan sikap sederhana, memiliki tahap toleransi yang tinggi serta berkongsi asas yang sama, tanpa mengorbankan harga diri. "Nilai-nilai inilah yang menjadi jenama perpaduan nasional kita, bukti evolusi kita sebagai sebuah negara kerana toleransi dan kesederhanaan umpama kembar Siam, yang tidak boleh dipisahkan," katanya pada majlis pelancaran Hari Toleransi Antarabangsa Malaysia di sini Ahad. Acara anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan Limkokwing University of Creative Technology itu diadakan bersempena sambutan Hari Toleransi Pertubuhan Bangsa Bersatu pada 16 November setiap tahun untuk meningkatkan kefahaman rakyat Malaysia tentang pentingnya sikap tolak ansur. Sementara itu, Kurup berkata Malaysia tidak boleh membiarkan sikap perkauman, penyeleweng agama dan pembuat kacau lain merosakkan perpaduan dan meragut keamanan serta kesejahteraan yang dinikmti rakyatnya sejak sekian lama. "Sebagai masyarakat bertamadun yang bertunjangkan agama serta sikap menghormati kedaulatan undang-undang, apabila berlaku perkara yang dirasakan tidak kena, tidak perlulah menjerit atau menghamburkan kata-kata kebencian. "Kita semua boleh menggunakan akal budi bahawa apabila seseorang itu berpendapat ada sesuatu yang tidak kena berlaku, buatlah laporan polis dan jangan amalkan undang-undang sendiri," katanya. Sementara itu pada sidang akhbar kemudiannya, Kurup berkata beliau mewakili seluruh penganut Kristian, khususnya di Sabah, menyampaikan penghargaan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah atas perkenan baginda dalam menyelesaikan isu rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Baru-baru ini Kerajaan Selangor memulangkan kesemua 351 Bible yang mengandungi kalimah 'Allah' kepada Pengerusi Persatuan Gereja Sarawak Datuk Bolly Lapok. Majlis penyerahan itu turut disaksikan Sultan Selangor. Pada Januari lepas, Jais menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim, Petaling Jaya dan merampas lebih 300 Bible dalam bahasa Melayu dan Iban kerana menggunakan kalimah 'Allah'. - mstar

Bas Hop-On Hop-Off Beroperasi Di P.Pinang
Foto Gary Chen/THE STAR
GEORGE TOWN: Perkhidmatan bas pelancongan dua tingkat, Hop-On Hop-Off, bakal menjadi tarikan terbaharu di Pulau Pinang selepas bas itu dilancarkan Ahad. Pengarah Urusan Elang Wah Sdn Bhd Syed Azhar Syed Nadzir berkata pemilihan Pulau Pinang sebagai negeri kedua untuk perkhidmatan bas pelancongan itu selepas Kuala Lumpur pada 2006, kerana Pulau Pinang mempunyai potensi dan hubungan yang bersesuaian dengan perkhidmatan bas Hop-On Hop-Off. "Pulau Pinang mempunyai cukup tarikan yang kita rasa sesuai. Dan juga connectivity adalah bersesuaian untuk Hop-On Hop-Off," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran perkhidmatan bas persiaran bandar raya dua tingkat Penang Hop-On Hop-Off oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini Ahad. Katanya sebanyak 10 bas beroperasi dengan setiap lima daripadanya akan meliputi laluan bandar dan laluan pantai merangkumi 60 lokasi sepanjang 33 perhentian serta perkhidmatannya bermula dari pukul 9 pagi hingga 8 malam. Syed Azhar berkata sebagai permulaan pihaknya menyasarkan 300 penumpang sehari untuk tempoh enam bulan akan datang. "Jumlah penumpang mungkin boleh cecah sampai 600 penumpang sehari kerana Pulau Pinang mempunyai potensi seperti Kuala Lumpur," katanya. Beliau berkata sempena pelancaran bas itu, pihaknya menawarkan perkhidmatan percuma kepada semua untuk seminggu dan sempena musim cuti sekolah harga istimewa untuk sebuah keluarga (dua dewasa, dua kanak-kanak) pada harga RM50. Sementara itu, Lim berkata perkhidmatan bas Hop-On Hop-Off adalah satu produk baharu di negeri itu yang akan memberi pengalaman baharu kepada rakyat tempatan dan pelancong untuk menikmati pelbagai tempat menarik di Pulau Pinang. Beliau berkata dengan adanya perkhidmatan baharu itu ia akan meningkatkan jumlang pelancong ke negeri itu sekali gus meningkatkan ekonomi negara. "Saya berharap lebih banyak sektor swasta seperti Elang Wah Sdn Bhd boleh menawarkan produk pelancongan yang baharu, kreatif dan inovatif yang boleh menarik pelancong dan memberi hasil yang tinggi selain meneruskan kerjasama pintar dengan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mewujudkan lebih banyak produk," katanya. - mstar

Kadar Bayaran Pengedar Surat Khabar Perlu Dinaikkan - Azman Ujang
Penaung Persatuan Pengedar Aliran Media Utama dan Penerbitan (PAMUP), Datuk Seri Azman Ujang (tengah) bergambar bersama penerima cek insurans dan sumbangan pada Majlis Makan Malam PAMUP di Kuala Lumpur, Ahad. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain industri penerbitan akhbar perlu menaikkan kadar bayaran (komisyen) kepada pengedar surat khabar di seluruh negara berikutan kenaikan harga minyak dan alat ganti kenderaan. Menyarankan demikian, Penaung Persatuan Pengedar Aliran Media Utama dan Penerbitan Kuala Lumpur/Selangor (PAMUP), Datuk Seri Azman Ujang berkata ini juga kerana pendapatan pengedar surat khabar bergantung kepada jumlah pengedaran setiap hari yang kini semakin menurun. "Pendapatan mereka juga terjejas berikutan kejatuhan edaran akhbar sehingga 100,000 naskah sejak tahun lalu yang dialami sesetengah syarikat penerbitan akhbar," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Makan Malam PAMUP, di sini Ahad. Dalam pada itu, bekas Pengurus Besar BERNAMA itu turut menggesa pengedar surat khabar menyertai Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menikmati pelbagai skim perlindungan ketika menjalankan tugas. Manakala itu, Presiden PAMUP Shaikh Naina Zainal Abidin berkata, 140 anggota persatuan itu telah didaftar di bawah skim perlindungan insuran bernilai RM100,000 bagi kematian yang disebabkan kemalangan dan RM50,000 bagi kematian yang bukan disebabkan kemalangan. - mstar

Fizo Omar Terbuka Kritikan 'Kaku' Kendalikan Pencetus Ummah 2
Fizo turut mengendalikan Pencetus Ummah musim kedua bersama Zulkefli Hamat.
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Fizo Omar minta diberi ruang dan peluang dalam memperbaiki mutu persembahannya sebagai pengacara program realiti Pencetus Ummah musim kedua (PU2) yang baharu sahaja memasuki minggu pertama. Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Omar, 29, berkata, dia terbuka dengan komen dan kritikan daripada penonton dan peminat yang merasakan kemunculannya mengendalikan PU2 agak kaku memandangkan ini adalah kali pertama dia mengacarakan program siaran langsung dengan kehadiran penonton. "Saya ambil komen daripada penonton dan peminat sebagai ruang untuk saya perbaiki diri dan kelemahan dalam mengendalikan program tersebut. "Insya-Allah kekurangan tersebut akan diperbetulkan dan berharap diberi masa untuk menyesuaikan diri kerana ia program pertama saya sebagai pengacara," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad. PU2 disiarkan secara langsung pada setiap hari Khamis pada pukul 9 malam di saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135). Dalam pada itu, Fizo berkata, dia kelihatan kaku berkemungkinan besar kerana masih cuba menyesuaikan diri dengan konsep program berkenaan yang berbentuk keagamaan disamping perlu berhati-hati dalam penyampaiannya agar tidak terkeluar daripada konsep asal.
Fizo bakal muncul dengan drama terbaharu lakonannya berjudul Talak.
Bagaimanapun kata Fizo, dia cuba menjadi dirinya sendiri dalam mengendalikan program tersebut dan cuba menampilkan kelainan dalam PU2. "Mungkin itu antara penyebab mengapa saya kelihatan kaku tetapi saya cuba menjadi diri sendiri dalam membentuk identiti saya sebagai pengacara program berkenaan," ujarnya. Selain Fizo, PU2 turut dikendalikan oleh Ustaz Zulkefli Hamat. Sementara itu, Fizo juga memberitahu dia kini kembali menerima tawaran berlakon selepas hampir dua tahun tidak berbuat demikian ekoran sibuk menguruskan perniagaannya. Jelas Fizo, dia bakal muncul dengan sebuah telefilem untuk slot Cerekarama di TV3 iaitu Talak disamping aktres Diana Danielle. "Alhamdulillah rezeki dalam bidang lakonan masih ada namun buat permulaan saya hanya terima tawaran yang tidak mengambil masa terlalu lama terlebih dahulu kerana bimbang tidak dapat memberikan komitmen penuh. "Ini kerana saya masih mengutamakan bidang perniagaan dan berlakon apabila mempunyai masa terluang," katanya. - mstar

Anne Ngasri Tidak Idam Jawatan Politik
Anne Ngasri.
PETALING JAYA: Pelakon Anne Ngasri tidak pernah berhasrat untuk bergiat aktif dalam dunia politik sebagai wakil rakyat sebaliknya hanya mahu melakukan aktiviti kebajikan membantu golongan Melayu. Anne atau nama sebenarnya, Nasriah Ngasri, 30, berkata, tugas sebagai seorang wakil rakyat bukan perkara ringan sebaliknya ia adalah satu amanah besar dan berat yang memerlukan persediaan mantap dalam menjadi suara kepada masyarakat. "Biarpun saya aktif dalam Umno tetapi buat masa ini tidaklah sampai ingin menjadi wakil rakyat kerana ia tanggungjawab yang besar dan saya belum mampu memikul amanah tersebut. "Biarlah saya hanya sekadar dibelakang tabir melakukan aktiviti kebajikan untuk membantu bangsa saya dengan ikhlas dan sepenuh hati," katanya kepada mStar Online.
Anne lebih selektif terhadap tawaran berlakon yang datang kepadanya.
Anne menyandang jawatan sebagai Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang sejak tahun lalu manakala suaminya, Mohd Sumali Reduan adalah Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno. Dalam pada itu, Anne berkata, biarpun dia kini dilihat semakin menyepi daripada lakonan namun dia tidak pernah berhasrat meninggalkan bidang tersebut. Bagaimanapun Anne mengakui, tawaran berlakon yang diterimanya sejak akhir-akhir ini agak kurang selain dia lebih selektif memandangkan perlu memberi perhatian kepada empat cahaya matanya yang sedang membesar. "Saya tidak pernah bersara daripada lakonan cuma kesibukan menguruskan rumah tangga dan anak-anak menjadi penyebab saya kurang berlakon sejak akhir-akhir ini. "Tambahan pula tawaran agak kurang dan saya hanya menerima watak yang tidak memerlukan saya berjauhan dengan anak-anak kerana mereka masih kecil untuk ditinggalkan lama-lama," jelasnya. - mstar

Erra Fazira Punyai Masa Kongsi Kasih Untuk Anak
HAK penjagaan anak, Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun diperoleh Engku Emran. Namun ia tidak menghalang Erra Fazira untuk menyemai kasih sayang kepada anaknya itu. - mstar
TOP
Acara Bertemu Peminat Dibatalkan Gara-Gara Kelewatan Krystal f(x)
Peminat hampa tidak dapat bertemu dengan Krystal ekoran kelewatan penyanyi itu tiba pada acara di sebuah pusat membeli-belah di Gangnam baru-baru ini.
KELEWATAN anggota kumpulan f(x) iaitu Krystal menghadiri acara bertemu peminat di sebuah pusat membeli belah di Gangnam, Korea Selatan baru-baru ini telah menyebabkan peminat yang menanti kehadiran penyanyi itu hampa. Soompi melaporkan pihak penganjur terpaksa menunda sesi berkenaan kerana tidak dapat mengawal kehadiran peminat yang memenuhi ruang pusat membeli belah itu hingga menimbulkan kekecohan. Biarpun hanya terlewat setengah jam namun pihak penganjur tetap berkeras untuk membatalkan acara tersebut kerana kehadiran peminat yang tidak terkawal dan bimbang kejadian tidak diingini berlaku. Peminat yang menunggu Krystal beberapa jam lebih awal sebelum ini rata-rata melahirkan rasa kecewa dengan tindakan penganjur namun masih berharap dapat bertemu dengan Krystal pada acara seterusnya. - mstar

'Awak Kat Mana' Percintaan Dikongkong Kekasih - Taufik Batisah
PETALING JAYA: Penyanyi berasal dari Singapura, Taufik Batisah memberitahu lagu terbaharunya berjudul Awak Kat Mana adalah inspirasi percintaan rakan-rakannya yang sering dikongkong kekasih.
Taufik, 32 berkata, dia mendapat ilham selepas mengejek mengenai pertanyaan 'awak kat mana' kepada rakan-rakannya melalui laman sosial sehingga perkara tersebut menjadi viral.
"Pada mulanya saya sengaja suka-suka buat video Instagram bertanya awak kat mana dengan niat mengejek sahaja, namun tidak sangka perkara itu diikuti oleh artis lain termasuk Hisyam Hamid dan Aaron Aziz menyebabkan ia menjadi viral di laman sosial.
"Selepas itu barulah saya dapat idea untuk cuba buat lagu tersebut memandangkan ramai beri respons baik. Ia inspirasi daripada hubungan percintaan rakan-rakan di sekeliling saya yang rimas dengan pasangan kekasih mereka," ujarnya kepada mStar Online.
Taufik Batisah akan lancarkan album terbaharunya berjudul Fique di Malaysia dalam masa terdekat.
Taufik berkata, dia membuat lagu tersebut dalam tempoh yang singkat supaya dapat dimasukkan ke dalam album terbaharunya yang sudah siap untuk dilancarkan. Dia juga tidak menjangkakan lagu tersebut mendapat perhatian dan dijadikan parodi di laman sosial. "Sebenarnya album terbaharu saya Fique sudah siap 12 buah lagu dan tinggal masa untuk dilancarkan sahaja. "Tapi saya minta mereka tangguhkan sekejap kerana ingin memasukkan lagu Awak Kat Mana ini, malah single pertama yang sudah dipromosi iaitu Menakluk Cinta turut ditenggelami dengan lagu Awak Kat Mana ini," ujarnya. Dalam pada itu, Taufik berkata, dia tidak berkecil hati dengan segelintir masyarakat yang menganggap lagu itu menjengkelkan dan membuat pelbagai parodi mengenainya. Malah, ujarnya, perkara itu dianggap sebagai promosi percuma kepada lagu tersebut. "Saya akui ramai yang menyampah dan anggap lagu ini menjengkelkan, memang saya buat untuk buat orang gembira dan menyampah pun.
"Banyak parodi yang muncul selepas lagu ini dilancarkan, saya suka mereka buat parodi dengan cara tersendiri dan menghiburkan," katanya. Taufik dipilih menjadi juri tetap Maharaja Lawak Mega 2014 yang sudah pun bermula pada Jumaat lalu. Dia bakal melancarkan Fique di negara ini dalam masa terdekat. - mstar

Gempa Kuat Landa Utara New Zealand
WELLINGTON: Gempa kuat 6.7 magnitud melanda perairan utara New Zealand namun tiada laporan segera mengenai kecederaan atau kerosakan.
Gempa dilaporkan berlaku di 178 kilometer di timur laut di bandar Gisborne, Kepulauan Utara, demikian menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).
Pusat gegaran gempa di kedalaman 35 kilometer, demikian menurut USGS.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik bagaimanapun tidak mengeluarkan amaran ancaman tsunami.
Pada 2011, gempa yang berlaku di Bandaraya Christchurch memusnahkan banyak bangunan dan mengorbankan 185 orang. - mstar
TOP
50 Perkara Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Dengar Tentang Mark Zuckerberg
Disini Kami ingin berkongsi dengan anda tentang perkara terjadi dari Mark Zuckerberg dari beliau di lahirkan sehingga beliau berjaya.
Sebelum beliau berjaya beliau sebenarnya pernah di tawarkan dengan duit berbilion USD tetapi beliau menolak dan meneruskan kariernya sehingga bergelar billionaire
Kami akan berkongsikan satu gambar tentang hidup pemuda berjaya dari beliau mua dilahirkan sehingga berjaya. Yang manarik perhatian kami di dalam gambar di bawah adalah 4 perkara berikut
No 15-Sebelum memasuki Harvard, Mark ditawarkan USD 1 juta oleh Microsoft yang berminat dengan programnya tetapi di tolak oleh baliau
No 30- Selepas keluar dari Harvard, MTV menawarkan USD 75 juta untuk program Facebooknya dan Mark ti tolak juga
No 40- Hampir-hampir menerima tawaran Viacom untuk menjual Facebook dengan nilai USD 1.5 bilion.
No 44- Microsoft menawarkan USD 15 bilion untuk mengambil alih Facebook dan turut di tolak oleh beliau. -
Siakapkeli.com.my
Kredit infografik: http://fundersandfounders.com/

Israel, Palestin Setuju Redakan Ketegangan Di Baitulmuqaddis
BAITULMUQADDIS – Israel dan Palestin berikrar mengambil langkah konkrit untuk meredakan ketegangan di kawasan sekitar Masjid al-Aqsa di sini, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry kelmarin selepas satu rundingan di ibu kota Jordan, Amman.
Keganasan tercetus sejak beberapa minggu lalu berhubung pekarangan Masjid al-Aqsa yang turut didakwa bangsa Yahudi sebagai menempatkan rumah ibadat Nabi Sulaiman.
Pertempuran antara polis Israel dan penduduk Palestin mencetuskan kebimbangan berlaku kebangkitan atau intifadah baharu di sini.
Pada rundingan tersebut, semua pihak bersetuju untuk “melaksanakan tindakan spesifik dan praktikal bagi mengembalikan ketenteraman,” kata Kerry tanpa mengulas lanjut.
“Pada hari ini (kelmarin), kami berusaha untuk memadamkan api ketegangan supaya ia tidak marak hingga di luar kawalan,” tambah Kerry sambil diringi Menteri Luar Jordan, Naser Judeh.
Jordan memiliki hak ke atas pekarangan masjid al-Aqsa.
Kerry berkata demikian selepas pertemuan hampir tiga jam dengan pemerintah Jordan, Raja Abdullah dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Terdahulu, Setiausaha AS itu mengadakan satu pertemuan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
Situasi tegang di sekitar Masjid al-Aqsa itu berlaku berikutan puak pelampau di Israel mencabar larangan orang Yahudi untuk beribadat di tempat suci itu. Larangan tersebut telah dikuatkuasakan sejak beberapa dekad lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Naser memberitahu bahawa Jordan tidak akan menghantar kembali dutanya yang dipanggil pulan pada minggu lalu ke Israel selagi tidak melihat Tel Avib mengambil tindakan konkrit bagi meredakan ketegangan di sekitar masjid al-Aqsa. – Reuters
TOP
Hacker Paling Dikehendaki FBI Guna Nama Kucing Sebagai Password
Seorang hacker mendedahkan bagaimana dia ditangkap oleh detektif dari FBI yang secara tidak sengaja meneka password miliknya yang hanya menggunakan nama kucingnya bersama dengan sambungan 123.
Jeremy Hammond, yang kini sedang menjalani hukuman 10 tahun penjara berkata dia telah memecah masuk kedalam berpuluh-puluh laman web kerajaan US bagi mendedah dan melawan ketidak adilan.
Ketika rumahnya di kepung oleh egen yang bersenjatakan senapang rifle, Jeremy masuk ke dalam bilik dan terus menutup laptop Mac miliknya.
Tetapi dia percaya kesilapannya menggunakan password yang mudah diagak akan memudahkan lagi proses egen FBI untuk membuka laptopnya dan mendapatkan bukti yang akan menyebabkan dia dipenjara.
"Password saya sangat senang, Chewy 123", katanya kepada wartawan. - Siakapkeli.com.my
TOP
Microsoft Keluarkan Lumia Pertama Tanpa Nama Nokia, Lumia 535
Seperti yang kami siarkan sebelum ini Microsoft yang kini memiliki Nokia sedang menghapuskan jenama Nokia. Terkini Microsoft telah mengeluarkan produk baru Lumia 535 yang mana merupakan produk lumia Microsoft yang pertama tanpa nama Nokia.
Menggunakan Windows Phone 8.1, ini merupakan telefon pintar pertama yang dikeluarkan di bawah jenama Microsoft Lumia, sekaligus tidak lagi menggunakan nama Nokia Lumia.
Lumia 535 juga menggunakan Windows Phone 8.1 ini mempunyai spesifikasi seperti berikut:
Kamera hadapan: 5.0MP
Kamera utama: 5.0MP
Jenis lampu flash: LED flash
Size skrin: 5''
Jenis processor: Quad-core 1.2GHz
Had masa bercakap (2G): 11 jam
Had masa keadaan bersedia: 23 hari
Untuk spesifikasi lebih terperini boleh ke laman Microsoft.
Ia juga hadir bersama pelbagai pilihan samada dwi-SIM ataupun satu-SIM. Selain itu ia turut disertakan dengan storan bersaiz 8GB.
Harga bagi Lumia 535 ini adalah 110 Euro bersamaan dengan RM457. Telefon Pintas ini dijankan memasuki pasaran beberapa buah negara tidak lama lagi. - Siakapkeli.com.my

Remaja Maut Motosikal Bertembung Lori
Kuala Pilah: Seorang remaja lelaki hari ini maut apabila motosikal Yamaha LC135 tunggangannya terleh bertembung dengan lori dari arah bertentangan di KM1 Jalan Juaseh.
Mangsa, Muhammad Syazwan Mohfudz, 16, meninggal di tempat kejadian selepas tersepit di bawah tayar lori berkenaan kerana parah di kepala dan badan.
Menurut saksi kejadian yang berlaku lebih kurang 2 petang itu mangsa cuba mengelak ke kanan jalan selepas kereta di hadapannya yang berhenti secara mengejut. Ini menyebakan mangsa telah di rempuh oleh lori yang datang dari arah bertentangan.
Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah mengesahkan menerima panggilan pukul 2.05 petang itu dan bergegas ke tempat kejadian. Mereka terpaksa mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mangsa dari bawah tayar lori tersebut.
Mayat mangsa teah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najiha untuk di bedah siasat.-Siakapkeli.com.my
TOP
Ibrahimovic Mahu Gempur Montenegro
PENYERANG Sweden, Zlatan Ibrahimovic berharap dapat diturunkan pada pertemuan menentang Montenegro di Podgorica, awal pagi esok.
Ini kerana, bintang Paris Saint-Germain itu baharu sahaja pulih daripada kecederaan tumit pada September lalu.
Pada pertemuan itu, dia hanya sempat bermain 30 minit ketika saingan Ligue 1 menentang Marseille yang berkesudahan menang 2-0.
"Kita lihat saja nanti. Saya gigih berlatih minggu ini.. jadi saya boleh bermain. Saya harus bersedia untuk pertandingan ini," katanya.
Setakat ini, pemain berusia 33 tahun itu tidak mengikuti sesi latihan bersama rakan-rakannya namun, berusaha keras menempatkan diri dalam kesebelasan utama. - Sinar Harian
TOP
Bapa Cari Dan Tangkap Pembunuh Anak
KUALA LUMPUR: Gara-gara berang terhadap kumpulan perompak yang membunuh anaknya, seorang ahli perniagaan bertindak mencari dan menangkap ketua geng terbabit secara sendirian.
Anaknya, Muhammad Khairul bersama lima rakan dikatakan duduk di sebuah pondok di tasik Taman Tasik Ing Tai Kim, Setapak sebelum mereka ternampak sekumpulan 20 lelaki menunggang motosikal menghampiri dua lelaki yang berjalan di taman rekreasi itu untuk merompak pada pukul 11.36 malam.
Apabila dua lelaki tersebut melarikan diri, kumpulan bermotosikal itu beralih arah kepada Muhammad Khairul dan kawan-kawannya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Supritendan A. Asmadi Abd. Aziz, berkata, kumpulan 20 lelaki itu kemudian memaksa enam remaja terbabit menyerahkan telefon bimbit dan barangan berharga sehingga menyebabkan tercetus pergaduhan.
"Muhammad Khairul enggan mengikut arahan kumpulan itu sehingga menyebabkan perompak terbabit berang dan memukulnya dengan objek tumpul.
"Ketika pergelutan berlaku, Muhammad Khairul terjatuh ke dalam tasik. Salah seorang rakannya cuba menyelamat mangsa tetapi gagal.
"Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Setapak bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan dan menjumpai mayat mangsa pada pukul 1.30 pagi," katanya.
A. Asmadi berkata, bapa mangsa tiba di Setapak dari Johor dan bercakap dengan kawan-kawannya mengenai kejadian itu.
"Salah seorang kawan mangsa memberitahu mereka kenal dengan ketua kumpulan itu.
"Ahli perniagaan itu kemudian mencari dan menangkap seorang remaja lelaki serta menyerahkan kepada polis," katanya sambil menambah telah menangkap enam remaja berumur 13 hingga 16 tahun.
Jelas A.Asmadi, polis kini sedang mengesan tujuh lagi remaja yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes tersebut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi polis di talian 03-21159999 atau ke balai polis berhampiran. - mStar Online
TOP
Xcite Mountain Bike Permainan Ala Tample Run Dihasilkan Anak Tempatan
Weraku Games adalah syarikat game tempatan telah melancarkan game terbaru mereka Xcite Mountain Bike yang seakan-akan permainan game popular iaitu Tample Run tetapi menggunakan watak penunggang basikal.
Apa yang menarik mengenai permainan ini ialah menu permainan tersebut menggunakan menu berbahasa melayu bagi memudahkan pengguna rakyat malaysia. Permainan ini memerlukan pemainnya mengumpul mata sebanyak mungkin dengan menyediakan halangan-halangan yang perlu di elak dan aksi-aksi lompatan yang menarik seperti permainan extreme games. Dari segi gafik pula boleh dikatakan agak baik dengan gambaran seperti pemain sedang berkayuh basikal merentasi hutan, gurun dan pelbagai lagi. Game ini boleh di muat turun melalui Google Play dan Apple Store- Siakapkeli.com.my

(9 Gambar) Misteri Pokok Tertanam Beribu Duit Syiling...
Fenomena aneh pokok dengan syiling tertanam di seluruh kulit adalah satu misteri berjaya di rungkai, badan pokok dipenuhi duit syiling telah dikesan di hutan sekitar England terutama pada laluan dari Daerah Peak ke Tanah Tinggi Scotland.
Sebenarnya ia adalah satu kepercayaan sesetengah orang di sana bahawa mememasukkan duit syiling ke dalam batang pokok membuatkan impian mereka termakbul. Pokok-pokok tersebut lebih di kenali sebagai "Wishing Tree" yang membawa tuah apabila dimasukkan duit syiling sambil membuat permintaan. Selain itu ia adalah sebagai tanda menghormati dewa-dewa yang telah berjuta-juta tahun tinggal di dalam pokok tersebut dan dengan harapan dewa tersebut akan membalas dengan kebaikan. Apa yang menarik kepercayaan ini telah diamalkan sejak dulu lagi di mana dijumpai pokok-pokok yang mempunyai syiling dari tahun 1700 an lagi.
Duit-duit tersebut telah meleding dan membengkok kerana sudah terlalu lama
Ada satu kejadian berlaku di Wales dimana ada seorang pengusaha perlancongan telah menolak hutan-hutan di sekitar hutan di sana untuk dibangunkan dan beliau terkejut kerana menjumpai 7 batang pokok penuh dengan duit syiling. Pengusaha tersebut ,Meurig Jones, berkata kepada BBC: "Kami tidak tahu mengapa ia dilakukan apabila kita mula-mula perasan batang pokok itu telah dipenuhi dengan syiling.Saya melakukan beberapa penyiasatan dan mendapati bahawa pokok-pokok digunakan digunakan sebagai "Wishing Tree"
Apabila di tanya kenapa duit tersebut tidak diusik dan dicuri baliau menjawab, "orang yang sakit memasukkan duit syiling ke dalam pokok dan penyakit mereka akan hilang. Jika seseorang itu mencabut duit syiling keluar mereka akan jatuh sakit."- Siakapkeli.com.my

Lakaran Pesawat Pertama Star Wars Akan Dilelong RM168 Ribu
Pesawat pertama yang direka dalam filem Star Wars Sebelum berbentuk X
Pada tahun 1974 dan 1975 Colin Cantwell telah mencipta satu lakaran hebat yang telah menjadi ikon pertama dalam filem hebat Star Wars sebelum kapal tersebut berbentuk X yang dipandu oleh Luke Skywalker menjadi pujaan ramai peminatnya.
Gambar tersebut adalah gambar pertama lakaran dua tahun sebelum filem tersebut dikeluarkan. Karya-karya tersebut adalah hasil lukisan beliau dengan hanya menggunakan pensil.
Gambar X-Wing pertama ini akan dilelong dengan harga $50ribu(RM168,000) bersama skrip asal Star Wars: Adventures Of The Starkiller.
Karekter kapal tersebut telah berubah ke bentuk X
Selepas melancarkan filem pertama Star Wars bentuk kapal adalah amat berbeza dari rekaan asalnya apabila berbentuk X dan berkekalan sehingga sekarang tetapi dengan kemasan yang lebih menarik.
X-Wing dalam kemasan terbaru
Bagi pejuang TIE sendiri, lukisan-lukisan ini seolah-olah mennunjukkan gambaran asal akan menjadi kecil, putih, kapal segi tiga yang tidak mempunyai persamaan dengan kapal kelawar seperti yang terjadi. Jika dilihat daripada satu lakaran, X-Wings boleh hanya mempunyai dua sayap dan bukannya ikon empat sayap. Hasil karya seni yang telah disimpan oleh Encik Cantwell dalam koleksi peribadi , akan di lelong di Beverly Hill pada bulan disember.-Siakapkeli.com.my

Hukuman Paling Kejam Dan Ngeri Dalam Sejarah Peradaban Manusia
Hukuman paling kejam pernah dilakukan oleh manusia ini pernah digunakan di negara China pada 120 tahun lalu yang sememangnya teramat kejam dan menyiksakan. Bagaimana pun hukuman ini telah diharamkan pada 1905.
Hukuman ini di kenali sebagai LingChi bermaksud 'hiris pelahan' sehingga orang yang di hukum mati. Bayangkan bertapa sakit dan terseksanya orang yang dihukum tersebut sebelum mati.
Mangsa akan dihiris isi kulitnya secara perlahan-lahan sedikit demi sedikit sambil mangsa mengerang kesakitan yang teramat sangat. Ia dihukum kepada sesiapa yang melakukan kesalahan pengkhianatan dan membunuh ibu bapa sendiri.
Hukuman ini dilakukan dengan mengikat persalah pada tiang kayu di hadapan orang ramai, kemudian dagingnya akan dipotong sedikit demi sedikit sehingga habis isi dan tulang dipotong seperti yang teah tertulis dalam undang-undang China zaman dahulu. Yang lebih menjadikan hukuman ini betambah kejam, persalah akan diberi makan candu bagi mengelakkan mangsa pengsan kerana sakit ataupun kehilangan darah. Maksudnya maksa akn terus terseksa tanpa pengsan hingga mati.
Mereka pecaya dengan hukuman ini akan membolehkan dosa disucikan dan kehidupannya akan aman selepas mati kerana sudah bebas dari dosa. Sebenarnya banyak gambar yang ada untuk dikongsikan tetapi ia agak kejam dan ngeri untuk di kongsi semua sebagai tatapan. Jadi hanya sekeping gambar di kongsikan iaitu gambar mangsa sudah selesai hukuman. Untuk melihat lebih lanjut anda boleh Search perkataan (Lingchi).- Siakapkeli.com.my

Fosil Dan Tapak Kaki Dinosaur Ditemui Di Terengganu
KUALA TERENGGANU: Beberapa orang saintis tempatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Malaysia Kelantan telah berjaya menjumpai beberapa ketul batu yang mempunyai fosil dinosaur dan kesan tapak kaki haiwan purba tersebut, di sini.
Penemuan itu telah diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, yang menyatakan perasaan bangga dengan misi Ekspedisi Gagau-Menjejak Dinosaur 2014 selepas ekspedisi itu berjaya membuahkan hasil yang amat memberansangkan.
Ekspedisi Gagau-Menjejak Dinosaur 2014 dianjurkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta Kumpulan Warisan Geologi. dalam misi mencari khazanah yang penting buat negara itu. Dengan penemuan itu adaah satu bukti bahawa haiwan purba itu pernah wujud di semenanjung Tanah Melayu. Menurut Menteri Besar, dalam ekspedisi itu saintis-saintis kita telah berjaya menemui fosil gigi, kesan tapak kaki dan tulang dinosaur spesies Theropod, Iguanodontid dan Sauropod di Sungai Chichir, Tasik Kenyir.
"Alhamdulillah, selepas berpenat lelah meredah hutan dan mendaki gunung dalam keadaan cuaca tidak menentu, akhirnya kita menemui penemuan yang menggembirakan. "Kita sebagai rakyat Terengganu gembira dan bersyukur dengan penemuan ini dan ini akan memberi nilai tambah ke arah usaha kita mewujudkan Geopark Tasik Kenyir," dipetik dari portal berita Harian di sini. Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Datuk Yunus Abd Razak, berkata ini telah membuktikan wujudnya dinosaur yang berusia lebih 200 tahun hingga 65 juta tahun itu, membuktikan kewujudan dinosaur di negeri ini satu masa dulu. "Dua fosil gigi yang ditemui dianggarkan bersaiz 1.5 sentimeter (sm), manakala tapak kaki berukuran lebih 15 sm dan tulang yang tertanam di dalam bongkah batu," katanya.- Siakapkeli.com.my

Kereta Api Paling Laju Di Dunia Mula Beropersi
YAMANASHI: Semalam seramai 100 orang pengguna kereta api terlaju di dunia telah mencuba dan menjadi pengguna pertama kereta api tersebut yang teah mecatat kelajuan melebihi 311 mph ataupun bersaman 500 Kmj.
Kereta api yang di beri nama Maglev itu teah memulakan operasinya menghubungkan dua bandar di Jepun iaitu Uenohara dan Fuefuki.
Kereta api tersebut dipercayai bergerak daalam keadaan terapung di atas landasan kerana teknologi yang di gunakan pada kereta api tersebut adalah Sistem pengangkat magnetik.
Menurut jurucakap Syarikat Kereta Api Pusat Jepun, pihak mereka telah melakukan pandu uji di landasan tren di wilayah Yamanashi sebagai langkah permulaan dan untuk mengetahui respon para penumpang. “Kami ingin memastikan segalanya berjalan lancar sebelum tren ini boleh diguna pakai oleh penduduk tempatan,” katanya. Kereta api paling laju sekarang dipegang oleh CRH380AL dari China dengan kelajuan 487 kmj.- Siakapkeli.com.my

Beckham Berbuat Kebajikan Ketika Melawat Singapura
Seramai 200 orang anak yatim, miskin dan kurang upaya di Singapura telah dilawati oleh Bekas kapten bola sepak England, David Beckham dalam siri jelajah ke beberapa negara Asia, lapor stesen tempatan, Channel NewsAsia hari ini.
Beckham yang melawat mereka ketika itu telah menyampaikan lebih 1,500 hadiah yang disumbangkan dalam kempen derma selama dua minggu. Antara hadiah-hadiah tersebut adalah merupakan buku, pakaian dan alat permainan selain beramah mesra dengan kanak-kanak kurang bernasib baik.
Sumber gambar Agensi
Sumber gambar Agensi
Selepas majlis tersebut, beliau kemudiannya meneruskan lagi beberapa acara iaitu bertemu dengan peminat singapura di MBS dan pada malamny bermain skate di litar Rink di The Shoppers. - Siakapkeli.com.my

Feri Terbakar Di Jeti Pangkor
Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak
PANGKOR: Sebuah feri penumpang yang berlabuh di Jeti Pangkor di sini musnah selepas bahagian hadapannya terbakar pada Jumaat. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Yahaya Madis berkata seorang anak kapal, yang berada di atas feri telah membuat laporan mengenai kejadian itu pada pukul 2.46 petang. "Anggota kami berjaya mengawal api daripada merebak dari jambatan dan dek penumpang hadapan ke seluruh kapal tersebut. "Kami menganggarkan kira-kira 60 peratus daripada kapal telah rosak," katanya, sambil menambah tidak ada sesiapa berada di atas kapal ketika kejadian. - mStar online

Remaja disamun, Ditikam Dan Ditolak Ke Dalam Lombong Oleh Mat Rempit
Kuala Lumpur: Seorang ramaja lelaki maut selepas di tikam dan ditolak ke dalam lombong di setapak semalam.
Mangsa Khairul Fadzmi Shahrulnizam, 19, dikatakan sedang berehat berhampiran dengan lombong tersebut dan telah di datangi oleh 20 orang mat rempit yang cuba menyamun mereka.
Mat-mat rempit tersebut teah menyerang mereka menggunakan kayu, cerucuk besi dan helmet sambil menyuruh mereka menyerahkan barang-barang beharga.
Namun menurut rakan mangsa yang di kenali sebagai nama Abu,"Dia enggan menyerahkan telefon bimbit miliknya dan cuba melawan. Saya sempat lihat dia ditikam di bahagian perut sebelum ditolak ke dalam lombong,"
Polis Daerah Wangsa Maju mengesahkan hal ini dan memberitahu bahawa mayat mangsa telah berjaya di temui oleh pihak bomba dalam operasi menyelamat pada pukul 2 pagi semalam.- Siakapkeli.com.my
TOP
Lelaki Ditangkap Kerana Mencuri Pakaian Dalam Penuntut Wanita UPSI
*Wajah suspek terpaksa pihak Siakapkeli tutup sepenuhnya agar tidak mengaibkan suspek tersebut
Tanjung Malim: Beberapa hari lepas seorang lelaki telah ditangkap oleh penduduk setempat bersama Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) Universiti pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) yang mana telah disyaki mencuri pakaian dalam seorang penuntut wanita. Penduduk setempat yang berang terhadap perbuatan lelaki ini tlah bertindah menyarung coli-coli tersebut pada leler suspek. Bagaimanapun tidak diketahui apakah suspek dibawa ke balai polis atau hanya diberi amaran kerana tiada sebarang laporan rasmi dikeluarkan.
Namun gambar-gambar suspek bersama coli di leher kini sudahpun tersebar di laman sosial. - Siakapkeli.com.my

Rashid Sidek Diberi Amaran Keras Oleh BAM
Rashid Sidek Diberi Amaran Keras Oleh BAM
Kuala Lumpur – Hanya amaran lisan. Itulah tindakan dikenakan ke atas ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek berikutan tindakannya mengeluarkan kenyataan secara terbuka mengenai keputusan menarik diri daripada menjadi ketua pasukan ke Sukan Komanwel 2014 Glasgow, Julai lalu.
Semalam, Jawatankuasa Disiplin dan Peraturan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memanggil jurulatih berkenaan ke ibu pejabat BAM di Stadium Juara, Bukit Kiara untuk memberi penjelasan mengenai kenyatannya itu.
Perbicaraan yang dijalankan semalam dipengerusi Naib Presiden BAM Senator Datuk V Subramaniam selain ahli majlis, Datuk Jahaberdeen YM Mohamed Yunos, Penolong Setiausaha Kehormat Mohd Shah Hashim dan Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Selangor Jadadish Chandra.
Rashid ketika ditemui enggan mengulas panjang mengenai perkara itu kerana semuanya sudah selesai dan hukuman sudah dikenakan ke atasnya.
“Saya pun diberikan amaran keras. Selepas ini saya perlu lebih berhati-hati sebelum membuat kenyataan,” katanya.
Dalam pada itu, Subramaniam enggan menjelaskan amaran keras yang dikenakan ke atas Rashid, termasuk atas sebab apa jurulatih itu dipanggil.
“Kami sudah terima penjelasan Rashid dan beliau mengaku kesilapannya. Ini perlu dijadikan pengajaran kepada jurulatih lain agar mematuhi peraturan ditetapkan BAM.
“Atas sebab apa Rashid dikenakan amaran tidak perlulah saya ulas kerana kami di BAM adalah seperti satu keluarga dan tidak perlu panjangkan lagi perkara ini,” katanya.
Rashid yang sudah membimbing skuad negara lebih 10 tahun sebelum ini diberikan surat tunjuk sebab atas tindakannya membuat kenyataan media menarik diri daripada menjadi ketua pasukan ke Glasgow namun menjawabnya sebelum berlepas ke Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lalu.
Bekas pemain perseorangan negara itu juga mengakui itu kali pertama beliau dikenakan tindakan sedemikian sepanjang berkhidmat sebagai jurulatih kebangsaan.
- myMetro Online
TOP
Bayi Lelaki Ditinggalkan Di Atas Bonet Kereta
GEORGETOWN – Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas bonet kereta seorang pekerja kilang di Kampung Bukit, Bayan Lepas, di sini, jam 4.30 pagi tadi.
Bayi yang dibalut dengan kain cadar itu ditemui oleh pekerja kilang berkenaan selepas beliau terdengar bunyi bayi menangis sebaik sampai di rumah selepas pulang kerja syif malam.
Bayi berkenaan kemudian dihantar ke Balai Polis Bayan Lepas sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut. - BH Online
TOP
Amah Biadap Muat Naik Gambar Lepas Curi Barang Kemas
Kuala Lumpur: Seorang pembantu rumah bertindak biadab apabila sengaja memuat naik gambar barang kemas milik majikannya yang dirompak ke laman sosial Facebook (FB).
Mangsa, Nur Hanani Ismail, 33, yang tinggal di Shah Alam, Selangor, mendakwa terkejut dengan tindakan berani pembantu rumahnya dikenali sebagai, Ani, 24, berasal dari Jambi, Indonesia.
Menurutnya, wanita itu bertindak mencuri pelbagai barang kemas miliknya sebelum melarikan diri dari rumah, September lalu.
“Ini adalah pembantu rumah saya yang keempat. Saya mula mengambilnya bekerja melalui ejen di sana pada tahun 2012 dengan bayaran hampir RM5,000. “Sepanjang dua tahun berkhidmat, saya perhatikan dia seorang yang tidak bersungguh membuat kerja dan kerap buat perangai,” katanya. Mangsa yang juga seorang cikgu berkata, dia tidak berani menegur wanita itu kerana bimbangkan keselamatan anaknya ketika dia keluar bekerja. “Bukan itu sahaja, segala kehendaknya saya penuhi termasuk memberi cuti setiap hujung minggu bagi membolehkan dia bertemu rakannya. “Malah, dia mendakwa sudah berkahwin dan sentiasa memberi alasan untuk bertemu suaminya yang bekerja di kawasan pembinaan di ibu kota,” katanya. Katanya, Ani bagaimanapun menghilangkan diri selepas mencuri pelbagai barangan miliknya dan adik membabitkan nilai keseluruhan hampir RM10,000. “Ini termasuk wang tunai, beg jenama mewah, barang kemas seperti gelang jade dan cincin. Bukan itu sahaja, tudung dan kerongsang saya juga turut dicuri. “Saya mengetahui perkara itu selepas melihat beberapa gambar yang dimuat naik Ani di dalam akaun FB miliknya sambil menunjukkan barangan curi milik saya,” katanya. Tidak berpuas hati dengan tindakan wanita terbabit, dia ke pejabat imigresen untuk membatalkan permit sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu. - myMetro Online

Justin Bieber Berhenti Jadi Pengikut Instagram Selena Gomez
DRAMA hubungan penyanyi remaja Justin Bieber dan Selena Gomez tidak pernah tamat.
Terbaharu penyanyi lagu Baby itu dikhabarkan tidak lagi menjadi pengikut akaun Instagram milik kekasihnya itu.
Seperti dilapor E! Online, perkara tersebut menjadi tanda tanya kerana sebelum ini Justin tetap bertahan menjaga hubujngan mereka biarpun dihimpit pelbagai kontroversi buruk.
Malah, minggu lalu, Selena berkata dia sentiasa menyokong kerjaya Justin biarpun mereka kini tidak bersama lagi.
"Saya akan selalu menyokong dia," tulis Selena pada gambar yang dimuat naik baru-baru ini.
Hubungan pasangan ini dikhabarkan sukar diramal kerana beberapa bulan lalu dikatakan sudah kembali bersama semula. - mStar Online
TOP
Artis Ternama Hollywood Sumbang Dana Kepada Israel Defense Forces
Siapa tidak kenal Arnold Schwarzenegger dan Sylvester Stallone artis hollywood yang selalu melakon watak hero dalam filem-filem aksi yang hebat dan mempunyai lakonan yang mantap walaupun sudah dalam kategori "Hero Tua".
Tetapi tahukah anda bahawa mereka ini telah menyumbangkan wang kepada Israel Defense Forces(IDF) yang menceroboh Palestin dan membunuh rakyatnya.
Di dalam satu kutipan derma telah di jalankan oleh Los Angeles Friends of IDF di Beverly Hills untuk di sumbangkan kepada IDF.Meraka berdua telah hadir dan menyumbangkan derma tersebut kepada IDF.
Turut hadir di acara ini, adalah Barbara Streisand, Pamela Anderson, Ricky Martin dan beberapa kenamaan Hollywood. Ia berjaya mengutip sebanyak $33juta, jumlah tertinggi sejak acara tahunan itu di adakan, $ 10 juta yang dilaporkan didermakan oleh pengasas Oracle Larry Ellison.
Bayangkan banyak mana peluru dan senjata boleh di beli oleh IDF atas sumbangan mereka ini untuk menembak mati rakyat dan kanak-kanak palestin
Seperti yang diketahui antara kekejamana yang dilakukan IDF ialah Operasi Perlindungan Edge selama 50 hari dan menurut perangkaan PBB meninggalkan 2,189 rakyat Palestin mati, termasuk 1,486 orang awam, di mana 513 adalah kanak-kanak. 72 rakyat Israel juga meninggal dunia, terdiri daripada 66 askar dan 6 orang awam.
Banyak tempat musnah di Gaza semasa serangan, termasuk serangan sekolah PBB dan tempat di mana orang awam berlindung, masjid, dan kawasan perumahan Serangan tersebut telah mendorong penyiasatan PBB ke "mungkin" jenayah perang oleh IDF.-Siakapkeli.com.my

Lin Dan Dimalukan Ditangan Pemain Muda India di Terbuka China
FUZHOU, 16 Nov – Kekecewaan jelas menghiasi wajah Lin Dan setelah gagal mempertahankan kejuaraan di kejohanan Badminton Terbuka China hari ini.
Lin Dan tumpas di tangan seorang pemain muda dari India, Srikanth Kidambi dengan 21-19 21-17.
Lin Dan, juara Olimpik sebanyak dua kali, terpaksa akur dengan hasrat untuk memegang trofi buat kali keempat di tanah airnya sendiri setelah kalah dalam permainan yang berdurasi selama 46 minit ditangan pemain dari India yang berada di ranking 23 dunia.
Lin Dan sememangnya terkenal dalam kalangan peminat badminton Malaysia kerana kedegilannya untuk tewas kepada pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dari Malaysia - Siakapkeli.com.my

Timbalan MB: Laporan Ssu Gilotin Tidak Tepat
SHAH ALAM - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mendakwa laporan berita sebuah portal melibatkan isu gilotin yang disiarkan hari ini kurang tepat.
Melahirkan kekesalan atas perkara itu, Mohd Amar selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud Kelantan melalui Setiausaha Sulit Kanannya, Mohd Khairil Hazmie Yusof menjelaskan, kaedah penggunaan gilotin itu telah dicadangkan wartawan yang menghubunginya itu.
"Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud Negeri Kelantan melahirkan rasa kesal dengan laporan tidak tepat dan menimbulkan salah faham masyarakat berhubung kaedah penggunaan 'gilotin' berkenaan.
"Sehubungan dengan itu, suka dimaklumkan bahawa apa yang berlaku dalam perbualan telefon tersebut adalah wartawan berkenaan yang telah mencadangkan kaedah 'gilotin' berkenaan berdasarkan 'pandangan awam'," kata Mohd Khairil dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, Mohd Amar telah memaklumkan bahawa cadangan berkenaan boleh dipertimbangkan dan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hudud selepas kajian dilakukan.
"Justeru, mengaitkan beliau dengan cadangan berkenaan adalah kesilapan wartawan berkenaan yang seterusnya akan menjejaskan kefahaman masyarakat dan menimbulkan kegusaran.
"Seterusnya merosakkan imej kerajaan negeri yang dalam rangka mendidik orang awam bagi memahami dan menerima hukum hudud," katanya.
Sebelum ini, Mohd Amar dilaporkan berkata, pihaknya menghadapi kesukaran untuk mencari kaedah paling sesuai untuk memotong anggota badan seseorang yang disabitkan kesalahan mencuri dan gilotin mini menjadi pilihan.
Gilotin adalah peralatan yang digunakan untuk memotong kepala Raja Perancis Louis XVI dan permaisurinya Marie Antoinette ketika zaman Revolusi Perancis 1793. - Sinar Harian
TOP
Video : Anjing Jadi 'Polis Trafik' Supaya Kambing Boleh Melintas Jalan
GEMAS: Anjing penjaga biri-biri adalah sesuatu yang biasa kita dengar tetapi, anjing penjaga kambing adalah sesuatu yang luar biasa. Di sebuah kampung berdekatan Gemas, terdapat seekor anjing yang menjaga kambing, tanpa disuruh oleh sesiapa.
Lebih mengagumkan lagi, anjing di Kampung Ulu Ladang, Londah ini sanggup membahayakan nyawanya setiap hari dengan memastikan jalan raya selamat untuk kambing-kambing jagaannya melintas ke seberang jalan. Tuan kepada kambing-kambing berkenaan, Mismah Mahat, 50, berkata dia tidak tahu dari mana anjing tersebut datang tetapi di dalam pertengahan Jun dia terkejut setelah mendapati seekor anjing betina 'berumah' di kandang bersama-sama dengan 20 ekor kambing miliknya. Kerana takut anjing tersebut akan mencederakannya, Mismah menghubungi emaknya, Salminah Wasiman, 70, dan mereka cuba menghalau anjing itu pergi. Bagaimanapun anjing tersebut enggan berganjak menyebabkan mereka membiarkan sahaja anjing tersebut disitu.
Anjing yang dinamakan "Sinar" itu akan menolong kambing-kambing miliknya melintas jalah setiap hari diantara pukul 2 petang - 4 petang.
"Sinar akan berada di hadapan dan berada di tengah-tengah jalan, seperti memberi isyarat kepada pengguna jalan raya untuk berhenti supaya kambing-kambing tersebut boleh melintas jalan". "Perkara ini menyebabkan kami tersentuh hati dengan Sinar dan kami masih tidak percaya walaupun perkara ini terjadi dihadapn mata kami sendiri", jelas Mismah. "Selain itu, beberapa orang penduduk memanggil Sinar sebagai anjing berani mati, kerana membahayakan nyawa sendiri utnuk melindungi kambing miliknya", kata Mismah dengan nada bangga. Selain bertugas sebagai 'polis trafik', Sinar juga pakar dalam memastikan kambing-kambing jagaannya berada di laluan yang betul ketika mereka mencari makanan. "Apabila saya lepaskan kambing saya dari kandang, Sinar akan menemani mereka. Sebagai contoh, jika kambing saya tersasar jauh dari kampung, Sinar akan berlari kehadapan dan memastikan kambing saya berada di laluan yang betul.", kata Mismah. "Jika kambing-kambing itu memasuki rumah penduduk kampung, Sinar akan mengejar mereka keluar.", tambah Mismah lagi memetik laporan dari Free Malaysia Today. Mismah turut menyatakan sebelum adanya Sinar, kambing-kambingnya banyak kali dicuri dari kandang atau mati ketika melintas jalan tetapi dengan adanya Sinar, kambing-kambing miliknya lebih selamat. Sinar juga akan menyalak sekiranya orang luar cuba menghampiri kandang kambing-kambing milik Mismah.
Menurut Mismah, dia dan keluarga bersyukur dengan adanya Sinar menjaga kambing-kambing peliharaannya. - Siakapkeli.com.my

Hasrat Khairy Bawa Usul Transgender ke Perhimpunan Agung UMNO Dibidas
ATORY: Khairy sendiri ahli politik, tetapi bertindak lebih daripada ulama, dia hendak nampak hebat dengan membawa isu sebegini. -Gambar Astro Awani
KUALA LUMPUR: Hasrat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin untuk membawa usul transgender semasa Perhimpunan Agung UMNO akhir bulan ini dilihat sebagai langkah untuk menarik perhatian masyarakat semata-mata. Penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, pemilihan usul sensitif itu dilihat sebagai langkah Pemuda untuk menjuarai isu semasa perhimpunan kelak. "Dia (Khairy) hendak ambil perhatian dengan menjadikan isu agama yang sensitif sebagai antara usul Pemuda dan melihat bagaimana pendirian parti kelak. "Khairy sendiri ahli politik, tetapi bertindak lebih daripada ulama, dia hendak nampak hebat dengan membawa isu sebegini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini Pada Sabtu, Khairy memberitahu akan membawa isu transgender semasa Perhimpunan Agung UMNO selepas melihat kebimbangan Pemuda terhadap isu berkenaan sudah tidak dapat dibendung lagi, selain mahu masyarakat tahu pendirian parti terhadap isu berkenaan. Mahkamah Rayuan Putrajaya sebelum ini membuat keputusan bahawa undang-undang syariah Negeri Sembilan yang menjatuhkan hukuman kepada lelaki yang berpakaian wanita di tempat awam adalah bertentangan dengan Perlembangaan Persekutuan. Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan perkara berkenaan selepas mendengar rayuan tiga lelaki yang bekerja sebagai mak andam. Ketiga-tiga lelaki itu memohon semakan kehakiman untuk mengisytiharkan fatwa syariah yang melarang lelaki daripada ‘memakai pakaian perempuan’ atau ‘menyamar sebagai seorang wanita’ di Negeri Sembilan sebagai tidak berperlembagaan. Jelas Atory, isu transgender yang 'panas' akhir-akhir ini dilihat berpunca daripada krisis perlembagaan dan harus dirujuk kepada kumpulan pakar untuk difahami dan diberi kata putus. "Adakah Khairy tidak ada isu lain untuk dibawa? Banyak lagi bidang yang kena dengannya seperti isu kejatuhan sukan negara yang boleh dibangkitkan, kaitkan dengan pemuda dan jangan tenggelamkan isu yang harus dia naikkan," ujarnya. Dalam pada itu, penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata, UMNO perlu menjelaskan kekeliruan masyarakat terhadap isu undang-undang negara pada Perhimpunan Agung UMNO nanti. "Paling penting isu yang dihadapi masyarakat hari ini, krisis perhubungan kaum dan kekeliruan masyarakat terhadap falsafah politik. "UMNO perlu memberi pemahaman kepada keterbatasan falsafah politik dan itu merupakan tugas setiap biro di dalam parti," jelasnya. Katanya, isu pluralisme dan liberalisme juga harus diberi perhatian dan penjelasan agar masyarakat tidak keliru dengan pelbagai aliran yang boleh merosakkan fikiran. Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 25 hingga 29 November di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Astro Awani

Bangkai Kapal Flor De La Mar Bernilai RM6.6 bilion Akan Diapungkan
Bangkai kapal Flor De La Mar yang merupakan harta karun yang termahal di dunia beharga RM6.6billion bakal diapungkan hasil kerjasama 3 buah negara iaitu Malaysia, indonesia dan Portugal di laut Acheh.
Kapal tersebut sebelum ini menjadi pertikaian hak milik kerana Indonesia mendakwa kepunyaan mereka kerana berada di dalam kawasan kedaulatan mereka. Malaysia pula mendakwa hak milik Malaysia kerana harta tersebut kepunyaan kesultanan melayu Melaka manakala portugal mendawa harta tersebut milik mereka kerana barada dalam kapal milik mereka.
Replika Kapal Flor De La Mar yang dijadikan Muzium Samudera
Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Dr Rahim Thamby Chik berkata, kapal tersebut membawa harta yang di rampas oleh pihak Portugis dari kerajaan Melaka selepas Portugis menjajah Melaka pada tahun 1511. Dalam kapal tersebut terdapat 22 peti emas dan perak selain 2 patung monyet yang di selaputi batu permata. menurut beliau, perkara ini telah diusulkan kepad Perdana Menteri , Dato Sri najib Tun razak, untuk mengapungkan harta tersebut. Kita memerlukan kerjasama Portugal kerana hanya mereka yang tahu kedudukan sebenar kapal Flor De La Mar tersebut. Berdasarkan gambar satelit terdaapt lebih dari 30 buah kapal karam berhapiran kapal tersebut dan dana yang besar perlu digunakan untuk mengapungkan semula kapal tersebut dengan anggaran RM99juta diperlukan.- Siakapkeli.com.my

Perkataan Lucah "Ale Uto" Merosakkan Pemikiran Kanak-Kanak Pewaris Masa Depan Negara
Sejak kebelakangan ini perkataan lucah "ale Uto" telah menjadi satu sebutan yang sudah lazim dengan rakyat malaysia. Tapi tidak tahukan anda bahawa perkataan tersebut sebenarnya adalah satu perkataan lucah atau pun mencarut yang memang di larang dalam agama kita.
Baru-baru ini tersebar dalam laman media sosial tentang kanak-kanak turut di ajar dengan perkataan luah ini dan menjadi kebanggaan ibu bapa. Ini akan mencerminkan bangsa kita akan terus hanyut di masa akan datang. Kanak-kanak kecil yang masih tidak tahu apa-apa menjadi mangsa perlakuan orang dewasa. Mereka seolah dari kecil sudah dia ajar perkara-perkara tidak senonoh. bayangkan dengan perkara ini mereka membesar kerana kita perlu ingat mereka adalah pewaris pemimpin masa depan negara. Bagi sesetengah orang memang ia dianggap gurauan kerana kanak-kanak tidak mengetahui apa maksud tersebut tetapi percaya la apa yang kita sebut itu adalah satu doa.
Selain itu kanak-kanak juga turut terpengaruh dengan perkataan tersebut selepas ada video perkataan tersebut di tutur versi kartun terkenal jepun iaitu doreamon
Dalam Islam sendiri, kata-kata kotor dan makian merupakan satu perkara yang sangat tercela dan dilarang. Sesungguhnya segala sumber kata-kata kotor itu timbul daripada watak yang rendah dan jiwa yang hina. Allah berfirman yang bermaksud: "Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji." (al-Humazah:1) Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau dia diam.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya’ ulum al- Din menyebut : “Antara dosa lidah ialah : Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan). Perkara-perkara di atas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela.” Imam Ghazali seterusnya membawa beberapa Hadis yang melarang umat Islam melakukan perbuatan-perbuatan yang keji itu. Antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud: “Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian” (al-Hakim dan Ibnu Hibban); “Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munafik” (al-Tirmizi). Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan berkata, orang yang menuturkan perkataan ini adalah sebenarnya orang yang mahu menagih perhatian daripada masyarakat dan kurang kasih sayang.- Siakapkeli.com.my

Pengantin Perempuan Tersilap Suami Di Malam Pertama
NAPO, CHINA: Seorang pengantin wanita yang baru selesai melansungkan majlis perkawinan mengalami mimpi negeri selepas terjaga dari tidur setelah menyedari beliau telah melakukan hubungan seks dengan pengapit pengantin lelaki semalam.
Menurut akhbar Xinhua, Pengantin yang bernama Huang baru sudah mandi teah kembai ke katilnya dan terdapat seorang lelaki di ata katil dengan lampu tertutup. Beliau yang menyangka lelaki itu suai dia terus memulakan aksi suami isteri. Kesokannya paginya beliau terjaga dan terkejut kerana lelaki tersebut adalah pengapit pengantin.
Apabila menyedari kesilapanya dia menjerit meminta tolong dan penghuni rumah mula mengerumuni biliknya. Bagaimanapun selepas berbincang mereka memutuskan yang cadar katil pengantin tersebut itu tidak boleh dibasuh secara terbuka dan lelaki tersebut perlu membayar pampasan kepada pengantin lelaki sebanyak 20,000 yuan.
Keputusan tersebut bagaimana pun tidak dipersetujui lelaki tersebut dan mendakwa dia tidak mempunyai wang sebanyak itu.
Mereka telah membuat laporan polis tetapi polis tidak dapat melakukan apa-apa kerana itu adalah kecuaian pihak perempuan itu sendiri dan tidak diklasifikasikan sebagai kes rogol.
Kes tersebut jugak telah dibawa ke mahkamah dan tetap gaga kerana perkara tersebut bukan satu kes rogol tetapi kes kecuaian wanita tersebut sendiri.- Siakapkeli.com.my
TOP
Lelaki Warga Myanmar Diberkas Kerana Rogol Gadis 14 Tahun
KLANG: Pihak polis semalam telah berjaya memberkas seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai merogol seorang gadis 14 tahun di Taman Sri Andalas, Klang..
Lelaki tersebut telah melakukan penyamaran sebagai anggota polis telah merogol mangsa selepas melihat gadis berkenaan sedang leka dengan pasangannya.
Suspek menghampiri mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis menyebabkan pasangan mangsa melarikan diri meninggalkannya.
Suspek telah mengugut menahan mangsa kecuali mangsa sanggup melakukan seks dengannya. Gadis tersebut kemudian bersetuju mengukut kehendak suspek kerana takut ditahan. Suspek membawa mangsa kedalam semak berhampiran untuk melampiaskan nafsunya.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman mengesahkan kejadian ini dan telah menjalankan serbuan sebuah bengkel di Taman Perindustrian Jalan Young di Pandamaransebuah bengkel di Taman Perindustrian Jalan Young di Pandamaran hasil maklumat orang ramai dan berjaya memberkas suspek.
Pasukan polis menyerbu sebuah bengkel di Taman Perindustrian Jalan Young di Pandamaran tidak beberapa lama selepas laporan polis berkenaan dibuat dan memberkas suspek.
ACP Kamazul Zaman berkata, suspek ada cuba melarikan diri ke tingkat atas bangunan mengelak daripada ditahan tetapi berjaya ditangkap pada kira-kira pukul 12.20 tengah malam.
Hasil serbuah polis juga berjaya merampas sebuah motosikal curi dan mengesahkan suspek adalah seorang penagih dadah.- Siakapkeli.com.my
TOP
Video Gadis Cantik Buat Aiskrim Jadi Sensasi Internet
Seorang pembuat aiskrim cantik dari pasar malam di Taipei telah menjadi sensasi internet selepas video membuat ais krim menjadi viral.
Video yang memaparkan gadis berkenaan sedang membuat aiskrim telah dimuatnaik ke YouTube pada tahun lalu, dan sejak itu menarik perhatian netizens di seluruh dunia.
Kebanyakan memuji kecantikan gadis berkenaan, bahkan ada yang menawarkan untuk pergi ke Taipei semata-mata untuk mencuba aiskrim gadis tersebut. - Siakapkeli.com.my

Parasit Sepanjang Enam Inci Hidup Dalam Otak Kerana Minum Air Sungai
Cacing sepanjang 6 inci di dalam otak Cao
China - Sekiranya anda menyimpan hasrat untuk menikmati seteguk air yang menyegarkan dari sungai di kawasan bukit atau gunung, fikirkan semula hasrat anda itu - Seorang lelaki China , Cao 41 telah tertelan beberapa telur cacing ketika dia meminum air dari sumber tersebut, menyebabkan seekor parasit sepanjang enam inci hidup didalam otaknya. Cacing pita tersebut, yang telah dibuang oleh pakar di hospital San Jiun di Guangzahou, telah menyebabkan Cao mengalami kekejangan lidah dan kesukaran untuk bertutur. Pada mulanya, beberapa buah hospital yang telah dirujuk oleh Cao tidak dapat menjelaskan apa sebenarnya penyakit yang dialami sehinggalah Cao menjalani imbasan otak dan yang mendedahkan parasit tersebut berlingkar di didalam otaknya.
Operasi membuang parasit dari otak Cao
Pembedahan oleh pakar telah berjaya membuang parasit tersebut dari otak Cao. Isteri Cao, Li, berkata suaminya mempunyai tabiat meminum air dari sungai ketika bertugas di kawasan pergunungan dan doktor mengesyaki dari situlah telur parasit berkenaan berjaya masuk ke dalam badan Cao. - Siakapkeli.com.my

Video Hero Remaja Syria Cuma Lakonan Semata-mata
Setelah menerima berjuta-juta tontonan di Youtube, video 'Syrian hero boy' telah mencetuskan kemarahan pelbagai pihak setelah satu kumpulan produksi dari Norway tampil menyatakan video berkenaan adalah lakonan ciptaan mereka semata-mata.
Menurut kumpulan tersebut, video itu telah dilakonkan di Malta dengan bertujuan memberikan gambaran sebenar.
Lars Klevberg, 34, seorang pengarah filem di Oslo, menulis satu skrip setelah menonton satu laporan berita berkenaan konflik di Syria. Dia berkata tujuan menghasilkan filem berkenaan seperti benar-benar terjadi bertujuan untuk membawa orang ramai berbincang perihal kanak-kanak yang tersekat di dalam konflik di Syria.
"Jiika saya boleh membuat satu filem dan berpura-pura ia benar-benar terjadi, orang ramai akan berkongsi video tersebut dan memberikan respon". katanya.
"Kami membuat penggambaran di Malta pada bulan Mei tahun ini dan set penggambaran yang kami gunakan pernah digunakan di dalam filem-filem terkenal seperti Troy dan Gladiator", tambahnya lagi.
"Budak lelaki dan perempuan di dalam filem berkenaan adalah pelakon professional dari Malta. Suara latar belakang pula adalah suara pelarian Syria yang tinggal di Malta.", kata Klevberg.
Menurut Klevberg, dengan membuat penggambaran filem pendek ini akan menipu berjuta-juta orang tetapi dia juga berkata dengan penyebaran video tersebut, dia berharap agar nasib kanak-kanak dalam konflik di Syria menjadi pendebatan ramai. - Siakapkeli.com.my

Gambar : Anak Rozita Che Wan Senyum Persis Ibunya
Walaupun usianya belum genap sebulan, tetapi Aaisyah Dhia, puteri sulung Che Ta dan Zain sepertinya sudah pandai memikat hati sesiapa yang melihatnya dengan senyuman dan mimik mukanya yang comel.
Sekali tengok, senyuman Aasiyah ni persis dengan ibunya. Menawan gitu!
Nampaknya Aaisyah ni kecil-kecil dah berbakat untuk jadi model. Rasanya lepas ni berlumba-lumba lah syarikat barangan bayi berebut nakkan Aaisyah jadi model barangannya. - Siakapkeli.com.my

Buah yang Semakin Sukar Dijumpai
Kali ini kami di Siakapkeli ingin berkongsi buah-buahan yang sudah sukar untuk didapati sekarang yang dahulunya banyak di sekeliling rumah. Mungkin ada generasi sekarang tidak pernah melihat buah-buah tersebut.
Pengalaman admin sendiri pokok buah ini seolah-olah sudah pupus dari kampung sendiri di mana hampir semua senarai buah tersebut pernah ada di kampung halaman admin dulu. Mungkin di tempat pembaca masih ada buah-buahan tersebut tetapi admin berani cakap tidak semua buah tersebut ada di kawasan pembaca.
Sebenarnya buah-buahan tersebut mempunyai khasiat untuk kesihatan yang tinggi dan diamalkan orang-orang terdahulu. Mungkin sekarang kita lebih di dedahkan dengan buah-buah import yang kononnya lebih sedap dan berkhasiat menyebabkan pokok-pokok buah tersebut hilang dan tiada yang tanam. Kalau ada-ada buah lain yang anda rasa sukar untuk di jumpai boleh kongsi-kongsi di ruangan komen di bawah.
Buah Keranda @ ghanda (Gardenia carinata)
Buah ini ada banyak di Subang Bistari sebagai pokok hiasan tepi jalan tapi orang disitu ramai tidak tahu buah tersebut boleh dimakan. Pokok ini memang sesuai ditanam sebagai tanaman hiasan kerana pokok ini mengeluarkan bunga berwarna kuning yang cantik.
Buah Rambai (Baccaurea motleyana)
Rasa buah ini ada masam dan ada yang manis tetapi amat berkhasiat. Pokok rambai yang mempunyai kulit boleh di ambil kemudian ditumbuk lumat dan cecairnya akan diperolehi dengan memerahnya. Katanya cecair tersebut sangat baik untuk dijadikan ubat mata atau mata yang merah. Kulit pokok rambai juga boleh di jadikan losen dan ianya didakwa sangat mujarab untuk menyembuhkan banyak jenis sakit kulit seperti panau, kurap, ulat air dan sebagainya.
Seperkara lagi mengenai kulit pokok rambai adalah ianya dijadikan sebagai satu ramuan rempah-ratus dan ianya direbus untuk diminum oleh ibu-ibu yang bersalin. Kesanya dapat menyihatkan ibu tersebut. Rambai memang diketahui banyak mengandungi Vitamin C yang tinggi selain dari mengandungi serabut, gula, protin dan air.
Buah Namnam @ Buah Katak Puru (Cynometra cauliflora)
Buah namnam ni rasanya masam manis tidak seperti buah mangga juga dan tidak pula macam buah nona tetapi sangat sesuai sangat untuk orang mengidam. Khasiat buah ini adalah untuk merawat kencing manis, darah tinggi dan batu karang.
Buah Keranji (Dialium indum)
Buah yang agak di kenali dan boleh di dapatai dengan mudah di sempadan Malaysia-Thailand kerana masih ada di jual di sana dalam bentuk buah segar atau asam gula. Khasiatnya bagus untuk mengurangkan kolestrol di dalam darah dengan mengamalkannya 3 bijik sehari.
Buah Cermai ( Phyllanthus acidus)
Buah cermai adalah sejenis buah yang berbuah di batang yang selalu di kutip dan dijadikan Jeruk dan Halwa. Buah di rebus dulu kemudian di masukkan sedikit garam atau gula sebagai bahan perasa. Ada juga buah yang dikeluarkan bijinya dan di jadikan perasa minuman yang sedap. Buah cermai juga boleh di makan segar dengan di cecah dengan garam untuk mengurangkan kemasaman.
Kandungan nutrien dalam cermai boleh digunakan dalam perubatan tradisional sebagai tonik untuk memperbaiki saliran darah. Ada kajian dijalankan pada daun cermai yang digunakan sebagai ubat untuk penyakit Gonorrhrea. Kajian di negara kita oleh nenek moyang mendapati, akar pokok cermai yang direbus dengan air berish dan diminum akan dapat mengubati batuk dan menyejukkan badan. Rawatan ini juga dapat menghilangkan sakit atau pening kepala. Akar cermai yang digigit juga dapat mengubati Lelah (Asthma). Kulit pokok cermai yang mengandungi asid tanin, crystalline dan lupeol serta getahnya digunakan sebagai racun yang berkesan
Buah Kote Mamak (Samanea Saman)
Mungkin namanya agak lucah tapi buah ini sebenarnya isinya boleh dimakan dan sangat sedap apa lagi jika dimakan bersama kelapa parut. Terdapat kandungan cecair pekat seperti madu yang rasanya manis maung menyaluti bijinya yang bagi sesetengah orang mengambilnya untuk dicampur dengan susu untuk minuman.
Buah ni masa mudanya hijau, bila masak berwarna hitam. Buah ini kahsiat utamanya boleh mengubat kencing manis dan darah tinggi dengan merebus bijinya dan di minum. Ada yang percaya mintak buah ini boleh di jadikan minyak urut untuk menguatkan batin lelaki.
Selain itu buah ini dikatakan boleh membantu melegakan penyakit anemia serta menambah zat besi dalam darah. Cecair antiseptik boleh diperolehi daripada akar dan daunnya manakala bunganya banyak digunakan dalam perubatan tradisional
Buah Nona (Annona squamosa)
Buah yang manis dan sedap, isinya seolah-olah seperti isi durian belanda. Buah ini boleh di dapati sepanjang tahun tidak mngikut musim. Kajian mengenai khasiat permakanan pula mendapati bahawa buah ini setanding dengan buah epal juga mempunyai banyak bahan berkhasiat seperti protein, vitamin C, Kalsium dan Fosforus. Khasiat yang dinyatakan dalam beberapa rujukkan mendapati bahawa buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah (erytrocyte) dimana ianya membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak. Daunnya pokok buah nona juga berguna dimana ianya boleh dijadikan penawar bagi merawat bengkak bernanah, merawat luka daripada dikerumuni lalat, rawatan penyakit cirit-birit dan masaalah radang usus (najis berdarah).
Buah Bachang @ Machang (Mangifera foetida Lour)
Bacang adalah pokok yang tumbuh meliar di hutan dan ada yang ditanam sekitar rumah di kawasan kampung. Pokok ini yang mempunyai batang lurus mampu mencapai ketinggian sehingga 35 meter. Bacang berbuah mengikut musim iaitu sekali dalam setahun. Buah bacang biasanya dimakan segar setelah buah masak. Buah bacang yang telah masak masak berbau harum dan akan gugur dari tangkainya. Buah bacang juga digunakan sebagai bahan utama dalam sambal dan kerabu.
Buah bacang yang masih muda mengandungi bahan toksik dan boleh menyebabkan bibir, mulut, lidah dan kerongkong gatal atau lecur kalau dimakan mentah. Getahnya akan menyebabkan kegatalan jika terkena pada kulit. Getah yang terdapat pada daun, kulit dan pokok bacang juga mengandungi toksik yang memberi kesan sampingan kepada kulit sensitif.
Buah kerkuk@ kerukup(Flacourtia jangomas )
Buah ini seakan-akan sama dengan buah rokam. Tapi bukan bukan rokam.
Sekarang ni dah susah nak jumpa dah pokok kekuk ni. Masa kecik-kecik dulu, selalu panjat pokok kekuk walaupun pokoknya berduri
Sebelum makan, kena gentel-gentel dulu sampai lembik. Kalau tidak, rasa nya kelat. Kalau dah lembik baru lah manis.Khasiat buah ini air rebusannya boleh mengubati masalah hempedu dan hati. Juga menjadi ubat untuk sakit kepala, mual dan makanan tak hadam
Buah Kemunting (Rhodomyrtus tomentosa)
Kemunting menghasilkan buah berbentuk beri yang bujur yang dimakan mentah atau boleh dibuat jem, jeli atau jus. Isi buah yang manis ini memang sedap dimakan. Buah yang masih mentah lazimnya rasanya Kelat dan pengalaman penulis mendapati pokok yamg ditanam akan menghasilkan buah manis berbanding dengan pokok yang tumbuh liar. Pokok kemunting juga mengandungi tar kayu yang digunakan sebagai pewarna hitam iaitu tujuan komestik untuk menghitamkan bulu kening dan juga mencuci gigi
Dari segi khasiat perubatan, tumbuhan ini sangat berguna membantu dalam kesihatan badan. Air rebusan kemunting yang masak diminum akan merawat cirit birit dan juga disenteri. Di percayai juga buah kemunting yang dimakan segar baik sebagai tonik penghadaman. Daun kemunting pula boleh digunakan sebagai ubat pupuk untuk luka dan menghentikan pendarahan kemdian mampu menyembuhkan luka-luka. Air rebusan daun yang diminum juga mampu menyembuhkan demam panas , melegakan sakit dan juga membantu dalam membersihkan tubuh badan kita.
Buah Jambu Jol (Eugenia malaccensis)
Buahnya kehijauan putih ketika muda akan bertukar merah tua, merah campur putih dengan isinya berwarna putih dan lembut serta 'spongy'. Rasanya manis masam ketika muda dan manis ketika cukup masak. Bijinya agak besar yang berbentuk bulat terdapat ditengah-tengah buah berwarna coklat keputihan dan mudah tumbuh jika disemai. Pokok yang ditanam dari biji berbunga dan berbuah selepas 5-7 tahun ditanam tetapi jika ditanam dari benih tampang berbuah lebih cepat iaitu selepas 3 tahun ditanam
Jambu Bol mengandungi vitamin A serta tanin yang bertindak mengecutkan tisu dan protin pada kulit dan lendir. Buah jambu bol dimakan segar mentah atau di cecah dengan garam atu asam boi untuk menambahkan kelazatannya.
Ada yang buat rojak petis dan diproses jadi halwa, jem, jus atau jem buah jambu bol. Khasiat buah jambu bol yang direbus dan diminum airnya baik untuk rawatan demam panas. Akar poko jambu bol yang dicampur dengan bahan lain dipupuk pada kulit untuk kulit yang gatal-gatal. Daun yang di hancurkan dan dijadikan bahan mandian baik untuk demam panas. Air rebusan daun dan akar diminum mempu melawaskan buang air kecil. Kalau suka ambil daun jambu bol dan keringkan, dihancurkan menjadi serbau dan baik untuk ditabur atau disapu pada lidah yang retak. Kegunaan kulit jambu bol yang paling unik adalah dengan merebus kulitnya digunakan sebagai pencuci mulit bagi rawatan penyakit seriawan.
kacang tanduk
Sejenis pokok yang tumbuh di dalam air seperti pokok telipuk dengan terpung dan akar berjurai kebawah. Buah kacang tanduk ini berbentuk seperti kepala kerbau dan tumbuh di dalam air. Hampir sama konsep buah kacang tersebut keluar cuma di dalam tempat yang berbeza. Kacang tanah mengeluarkan buah kacang dalam tanah di akar-akarnya tetapi buah kacang tanduk mengeluarkan buah di dalam air di akar-akarnya. Rasa buah kacang ini amat sedap dan berlemak. Boleh di makan segar atau di rebus.
Khasiat tidak di ketahui
Buah Jentik (Baccaurea polyneura)
Buah yang unik untuk di makan kerana apabila hendak makan ada perlu menjetik buah tersebut dan kulitnya akan terkeluar.
Buah Remia@ghemia(Bouea macrophylla)
Buah ini adalah satu spesis dengan buah kundang cuma bezanya adalah dar segi bentuk di mana buah remia adalah bulat manakala buah kundang berbentuk bujur.
Khasiatnya daun remia untuk mengurangkan sakit kepala. Daunnya ditumbuk lumat dan ditampal pada kepala. Cecair yang diperah daripada daun remia yang sudah ditumbuk lumat sesuai digunakan sebagai pencuci mulut dan kerongkong
Buah Keriang Dot
Pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan.
Dari segi khasiat perubatan, ia membantu mengurangkan kadar gula dalam darah bagi pesakit kencing manis. Selain itu, biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum.
Buah Terajang @ Rambutan Pacat
Buah ini hampir sama dengan buah keriang tetpi rasanya manis kelat sangat dan susah untuk di dapati sekarang Khasiat tidak di kenal pasti
Buah Tampoi (Baccaurea microcarpa)
Isinya yang bewarna putih itu mempunyai rasa yang sedikit masam. Bagi masyarakat Orang Asli pula ia boleh dijadikan minuman keras. Khasiat tidak di kenal pasti
Buah Mata Itik
Rasanya lemak-lemak dan tak pahit memang sedap di buat ulam. Bila pokok matang ia mengeluarkan buah yang berwarna merah. Saya pernah cuba makan dan rasanya manis-manis kelat khasiat pokok ini adalah untuk merawat cirit birit, batuk, sakit dada dan demam panas. Daunnya juga boleh dijadikan teh yang berkhasiat.
Buah Melaka (Phyllanthus emblica)
Buah melaka berukuran 2 - 3 cm panjang dan hampir tidak bertangkai. Bentuknya seperti buah 'cherry' iaitu hampir bulat, agak dempak (masuk kedalam) di hujung dan pangkalnya Ia mengandungi pelbagai anti-oksidan yang sangat bertenaga (powerful antioxidants), pelbagai mineral, polyphenol, tannin, bioflavonoid, asid amino dan phytonutrient. Kombinasi bahan-bahan ini penuh bertenaga untuk memusnahkan 'radikal bebas' yang merosakkan daya tahan badan. ia juga dapat mengurangkan 'cellular oxidative stress' yang menjadi punca dan penggalak kepada pelbagai masalah kesihatan lanjutan. Bioflavonoid mampu mengurangkan keradangan (inflammation) dan merangsang peremajaan sel (cell rejuvenation). Buah ini juga merupakan sumber vitamin C yang paling kaya mengatasi semua sumber semulajadi yang lain serta mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi daripada semua jenis vitamin C sintetik. Gabungan khasiat ini merupakan spektrum unik bagi kualiti anti-oksidan buah ini dengan tambahan ciri-ciri istimewa awet muda (rejuvenasi) dan anti penuaan.- Siakapkeli.com.my

Emma Maembong Bela Adik Tak Pakai Baju Tajaan Ezuwan
Konflik melibatkan pelakon baru, Chacha Maembong dan pereka fesyen, Ezuwan Ismail makin berlarutan apabila pelakon yang juga kakak kepada Chacha, Emma Maembong kini campur tangan dengan membela keputusan adiknya itu.
Menerusi laman Instagram peribadinya semalam, Emma mempertikaikan kredibiliti Ezuwan sebagai pereka fesyen profesional kerana gagal menghasilkan pakaian yang sempurna.
Emma turut membidas tuduhan Ezuwan terhadap Chacha dengan kenyataan bahawa pereka fesyen itu sepatutnya sedar bahawa dialah punca kenapa Chacha tidak mengenakan pakaian yang disediakan pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2014, Jumaat lalu. “Ukuran pada badan baju itu lari. Ada gelembung belakang dan ukuran pada ketiak pun lari. Masa fitting, Chacha ada beritahu bahu ni senget tapi dia (Ezuwan) cakap, “You jangan tengok sekarang, belum siap lagi ni.” Chacha tidak sangka pada hari kejadian dapat baju macam tu.”
Mengimbau punca pertelangahan dua individu ini, ia bermula apabila baju yang disediakan Ezuwan untuk Chacha, tidak dipakai ketika menghadiri Anugerah Skrin, Jumaat lalu. Justeru Ezuwan yang berkecil hati dengan tindakan tersebut meluahkan dukacitanya melalui laman sosial peribadi. Emma turut masuk campur dengan memohon maaf secara personal kepada Ezuwan. Namun, pereka fesyen itu kemudiannya menuntut Chacha memulangkan pakaian tersebut. Alahai, isu ini sepatutnya tak perlu dihebahkan dan berlarutan seperti ini. Yalah, industri hiburan Malaysia kecil saja dan masing-masing memerlukan antara satu sama lain untuk cari makan. Kan? – MYNEWSHUB.CC Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Ini Bukan Gosip: Wak Doyok Jual Krim Jambang
Sebut sahaja nama Wak Doyok pastinya terbayang-bayang penampilan stylo beserta wajah berjambang dan misai melentik.
Daripada segi nama, popularitinya boleh dikatakan sehebat selebriti terkenal Malaysia hinggakan cerita tentang pemilik jenama The Garment ini turut diambil peduli oleh peminat seni tanahair.
Namun, bukan mudah untuk Wak Doyok atau nama sebenarnya, Tengku Muhammad Azwan Shah berada di tahap sekarang. Ikon fesyen lelaki Malaysia ini dahulunya pernah dicemuh masyarakat gara-gara penampilan yang dibawa.
Tetapi, berkat keyakinan tinggi terhadap diri sendiri, lihat sahaja bagaimana Wak Doyok kini kian dikenali hingga ditawarkan jadi duta produk, selain bergelar selebriti apabila diberi peluang jadi pengacara program TV dan berlakon.
Terbaharu, Wak Doyok juga bakal tampil dengan produk sendiri selepas ini. Pasti ramai yang tertanya-tanya apalah agaknya produk itu kan? Ada kena mengena dengan fesyen ke…
Jawapannya memang ada dan ia amat sinonim dengan Wak Doyok sendiri iaitu krim jambang! Menurut Wak Doyok, krim jambang tersebut merupakan resepi turun temurun “jawo embang lanang.” Keberkesanannya tak perlu dipertikaikan lagi, lihat sajalah tuannya.
Malah, Wak Doyok turut berkongsi gambar-gambar transformasi wajahnya daripada tidak berjambang hingga bertukar jadi wajah sekarang dengan menggunakan krim tersebut. Erm, jambu jugak rupanya muka Wak Doyok ni masa tak berjambang dulu kan? Apa pun kalau krim itu laris, nampaknya ramailah lelaki-lelaki di Malaysia versi ala Wak Doyok lepas ini. - MYNEWSHUB.CC Oleh : KAKAK BUNGA

Putus Dengan Romie, Hanez Suraya Dah Temui Pengganti?
Beberapa minggu lepas, pelakon penuh kontroversi, Hanez Suraya mengumumkan yang dia kembali ‘single’ setelah putus kasih dengan bekas kekasihnya, Romie Razin Adilha.
BACA: Putus Sudah Kasih Sayang.. Hanez Suraya & Romie
Tup tup, timbul cerita mendakwa dia kini intim dengan seorang jejaka yang hanya dikenali sebagai ‘S’. Menurut sumber, S ini merupakan seorang juruterbang MAS.
Perkhabaran ini dilaporkan sebuah portal hiburan, Murai yang menerima kiriman gambar melalui email dari satu sumber.
Orang kata, patah tumbuh hilang berganti kan?
Jika ini merupakan kekasih terbaru aktres ini, maka sama-sama lah kita mengharapkan jodoh mereka berkekalan dan tidak lagi dirundung isu panas. Yelah, semua sedia maklum, Hanez kini dalam usaha untuk menaikkan kembali namanya yang semakin malap akibat siri kontroversinya bersama suami orang sebelum ini kan…
Hanez di sisi kekasih yang mencetuskan kontroversi hingga memberi kesan pada karier seninya sebelum ini, Romi Razin Adilha.
Kita doa-doakan yang baik-baik sajalah buat Hanez ya! – MYNEWSHUB.CC

VIDEO: Jijiknya.. Bila Telinga Manusia Jadi Sarang Ulat!!
Apa perasaan anda jika dapat tahu, ada hidupan lain ‘menumpang’ anggota badan anda dan menjadikannya sebagai sarang?
Memang ngeri kalau difikirkan tapi itulah yang terjadi kepada seorang lelaki apabila lalat masuk ke dalam telinganya lalu meninggalkan ratusan telur yang kemudian menetaskan ulat.
Kisah ngeri ini terbongkar selepas pemuda tersebut menemui Dr. Vikram Yadav yang merupakan seorang dermatologis di Faizabad, India setelah terdengar sesuatu bunyi di dalam telinganya.
Selepas menjalani pemeriksaan, Yadav memberitahu pesakitnya itu mengalami ‘aural myasis’, keadaan di mana telinga ataupun hidung seseorang individu dicemari dengan larva lalat.
Pesakit kebiasaannya akan mendengar seakan bunyi ‘dengung’ di kawasan yang tercemar disusuli bau busuk yang keluar dari anggota tersebut.
Menurut Yadav lagi, ulat-ulat itu berkemungkinan memakan daging dalam telinga hingga menembusi bahagian otak hingga boleh membunuh pesakit jika dia tidak mendapatkan rawatan. Bagi mengeluarkan kesemua larva berkenaan, Yadaz menjalankan prosedur melemaskan hidupan itu sebelum ia mulai muncul di bahagian luar telinga. Kemudian, alatan digunakan untuk mengeluarkan ulat-ulat tersebut. Justeru, buat anda di luar sana, silalah jaga kebersihan anggota tubuh sekerap mungkin. Jika tidak, mungkin spesies serangga berminat nak jadikan anggota anda sebagai ‘wad bersalin’. – MYNEWSHUB.CC

“Saya Akan Terus Berkhidmat Walau Kewangan Terhad”
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor yang digulingkan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan beliau akan terus berkhidmat kepada rakyat walaupun kini bergerak tanpa parti.
Beliau berkata, tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor perlu diteruskan walaupun telah disingkirkan daripada PKR dan mempunyai kewangan yang terhad. “Biarpun saya bergerak selaku Ahli Parlimen dan ADUN Bebas dengan peruntukan terhad itu adalah amanah. Saya berjanji akan terus berkhidmat dan melunaskan amanah rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Media hari ini melaporkan Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali akan mendapatkan butiran lanjut berhubung dakwaan bahawa Abdul Khalid memberi pampasan RM2.5 juta kepada tujuh pembantunya sebelum beliau berundur.
Semalam, ADUN Seri Andalas, Xavier Jayakumar dalam coretan di Twitter turut mempersoalkan sekiranya benar kerajaan negeri mengarahkan Menteri Besar Incorporated (MBI) mendapatkan semula wang itu daripada pembantu Abdul Khalid. Abdul Khalid dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lalu kerana enggan meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor. Meskipun PAS mempertahankan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar, tetapi beliau terpaksa akur dengan desakan kuat PKR serta DAP dan mengumumkan perletakan jawatan pada 26 Ogos 2014. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagaimanapun tidak berkenan melantik Wan Azizah sebaliknya melantik melantik Mohamed Azmin yang juga Naib Presiden PKR sebagai Menteri Besar Selangor. - MYNEWSHUB.CC

Teresa Persoal Isu Pengislaman Orang Asli Di Pahang
Umum sedia maklum, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok memang tak lekang dek kontroversi. Jika diimbas pada Mei lalu, dia telah didakwa atas tuduhan menghasut melalui satu klip video satira politik yang diterbitkan bersempena Tahun Baru Cina.
Terbaharu, Terasa memuatnaik satu status di laman sosial Facebook tentang dakwaan yang dipetiknya dari agensi berita Al Jazeera TV berkenaan isu orang asli dipaksa memeluk Islam.
Menurutnya, berita bertajuk Malaysia Indeginious Conversion (penukaran agama orang asli Malaysia) itu diperoleh melalui satu kiriman ‘Whatsapp’.
Dalam klip tersebut, penduduk di suatu kawasan di Pahang dikatakan mendakwa telah dipaksa menukar agama andai mereka ingin mendapatkan bantuan daripada kerajaan persekutuan.
Dalam tulisannya, Teresa berkata, isu tersebut dibangkitkannya ketika perbahasan bajet Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah pada rabu lepas. Dan semalam, Teresa sekali lagi menaikkan isu berkenaan ketika Timbalan Menteri Datuk Alexender Nanta Linggi (Kapit) sedang memberi jawapan dalam sidang Dewan Rakyat. Walaupun ditegur oleh Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris, yang berkata, isu itu tidak berlaku di kawasannya sekalipun terdapat komuniti orang asli di situ, Teresa tetap mendesak agar laporan tersebut disiasat.
Bukan itu sahaja, Teresa juga menunjukkan klip tersebut kepada Alexender yang kemudiannya menghubungi JAKOA berkaitan isu ini. Ujar ahli politik DAP itu, Alexender perlu mengarahkan para pegawai JAKOA agar menjalankan tugas secara profesional dan saksama. Persoalannnya, apa yang Teresa bising sangat sedangkan gerakan Kristian juga diuar-uarkan sudah lama melakukan aktiviti begini malah wujud dakwaan penggunaan wang dalam hal ini. Kalau Teresa nak bising.. bisingkan sekali soal penyebaran Kristian ni jugak!
- MYNEWSHUB.CC
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Kalimah Allah Terbukti Bukan Milik Eksklusif Umat Islam – Tony Pua
KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan Selangor memulangkan semula 351 bible yang mengandungi kalimah Allah kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM) semalam sejajar dengan pendirian Pakatan Rakyat mengenai isu kalimah Allah selama ini.
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, gabungan pakatan rakyat memang berpendirian bahawa kalimah Allah bukan hak eksklusif untuk orang Islam sebaliknya boleh digunakan oleh agama lain tanpa disalahgunakan.
Sehubungan itu, katanya, DAP Selangor memuji Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali kerana berjaya menyelesaikan kemelut bible yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tersebut dalam tempoh yang singkat selepas menjadi Menteri Besar Selangor.
“Langkah JAIS memulangkan semula bible terbabit kepada PBM memang wajar kerana rampasan itu memberi gambaran tidak baik kepada pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
“Menteri Besar dalam satu majlis DAP pada 3 November lalu mendapat tepukan gemuruh kira-kira 1,000 tetamu apabila beliau memaklumkan Bible bukan milik umat Islam tetapi milik penganut Kristian yang perlu dihormati. Mohamed Azmin orang yang benar atas kata-katanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tony turut menyindir pentadbiran kerajaan Selangor di bawah bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwa gagal menyelesaikan kemelut itu sedangkan Mohamed Azmin dapat menyelesaikannya dalam tempoh kurang 60 hari menjadi Menteri Besar Selangor.
Beliau mendakwa, rakyat Selangor yang mengundi Pakatan Rakyat sebenarnya cukup terkejut dengan rampasan bible tersebut dan memang sentiasa berharap kerajaan Selangor akan memperbetulkan keadaan.
Media semalam melaporkan, setelah hampir setahun, kerajaan Selangor akhirnya menyerahkan kembali bible yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas daripada PBM.
Sebanyak 351 kitab suci bagi penganut Kristian itu diserahkan di Istana Alam Shah dalam satu majlis pagi ini kepada Persatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS) ketika kunjungan hormat pengerusinya Datuk Bolly Lapok menemui Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
- MYNEWSHUB.CC
TOP
Baru 24 Tahun, Dah Mengembara Ke Lebih 34 Negara
Kisah lelaki ini boleh dijadikan iktibar bagi sesiapa yang mahu meneroka keindahan dunia ciptaan Ilahi.
Bukan dilahirkan dalam keluarga yang senang, namun atas tekad usahanya sendiri, Meor Farid Asyradi mampu mengembara secara solo di lebih 34 negara meskipun usianya baru 24 tahun.
Nama Meor Farid jadi perbualan selepas dia berkongsi kisah kembara solonya dalam satu temubual menerusi sebuah rancangan televisyen Al-Hijrah.
Lebih menarik, jejaka melayu ini masih lagi bergelar penuntut Fakulti Akademik Pengajian Islam (API), Universiti Malaya.
Menurut Meor Farid, berkat kesabaran mengumpul wang dan berjimat, dia berkesempatan mengunjungi negara-negara tersebut.
Contohnya, ketika kembara mengeliling benua Eropah, dia hanya dapat mengumpul RM7,500 untuk ke sana. Justeru untuk berjimat dia hanya menaiki tren ketika menjejak lebih 20 negaradi benua itu.
Meor Farid juga berkongsi tip sering menjadikan train station dan masjid sebagai pusat penginapan sementara.
Malah, pernah sekali ketika di Sweden dia dibantu oleh rakannya yang memberi makan dan tempat tinggal secara percuma ketika di sana.
Untuk makluman, Meor Farid sering mengumpul wang tambahan ketika cuti semester dengan menjadi guru tuisyen, fasilitator dan melakukan persembahan nasyid. Melalui wang tersebutlah beliau menyimpan dan merealisasikan kembara solonya untuk melihat tempat baru.
Jom kita lihat video yang dirakam oleh Meor Farid ketika pengembaraan solonya..
Benar kata orang jauh perjalanan, luas pengalaman. - MYNEWSHUB.CC
Benar kata orang jauh perjalanan, luas pengalaman. - MYNEWSHUB.CC
TOP
PUNB Minta MAHB Kaji Semula Kadar Sewa Di Premis KLIA2
SEPANG – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) meminta Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) mengkaji semula kadar sewaan premis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bagi membantu usahawan bumiputera yang beroperasi di situ.
Pengerusinya Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata ini bagi memastikan peniaga di KLIA2 dapat terus mengekalkan operasi perniagaan mereka dan terus berdaya saing.
Beliau turut mencadangkan supaya pihak MAHB membuat skim sewaan yang lebih rendah dan mempergiatkan lagi promosi.
“Saya rasa MAHB kena buat skim sewaan mula-mula rendah kemudian meningkat sedikit demi sedikit.
“Ini berdasarkan tinjauan di beberapa premis besar yang memberi keistimewaan sewa tiga bulan percuma kepada peniaga,” katanya ketika mengulas mengenai kadar sewa premis yang agak tinggi di KLIA2.
Mohd Ali berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pengerusi, ahli lembaga pengarah dan kumpulan pengurusan PUNB bersama Bumiputera Retail Organisation (BRO) dan Auto-Pro di KLIA2, di sini, hari ini. – BERNAMA
TOP
Interstellar – Naskah Epik Penuh Emosi Terbaru Nolan
Jika anda penggemar sebuah filem sains fiksyen yang kritis, maka karya terbaru dari pengarah prolifik antarabangsa, Christopher Nolan tidak harus dilepaskan.
Padat dengan emosi dan kejutan sepanjang hampir tiga jam tayangan, garapan Nolan kali ini boleh dianggap yang terbaik selepas beliau tampil dengan filem blokbuster seperti The Dark Knight, The Dark Knight Rises dan Inception. Naratif Interstellar dimulakan dengan latar masa di mana bumi sedang menuju kehancuran. Ketidaktentuan cuaca dunia membawa kepada kematian tumbuh-tumbuhan dan fenomena itu menyebabkan penduduk kekurangan makanan.
Watak utamanya, Cooper, bekas juruterbang NASA cekal meneruskan hidup sebagai seorang petani bersama-sama dua orang anak, Murphy dan Tom. Plot mula berubah apabila Cooper bersama anak perempuannya, Murphy menemui lokasi di mana NASA sedang membuat kajian mencari satu planet baru untuk didiami. Cooper kemudiannya dipilih menjadi pengemudi kapal angkasa ‘Endurance’ untuk menuju ke ‘blackhole’, Gargantua, di mana ia merupakan titik penghubung ke satu galaksi baru.
Walaupun tidak pasti sama ada dia mampu untuk pulang semula kepada keluarganya, Cooper terpaksa berkorban demi kelangsungan hidup manusia sejagat. Namun, ketika menuju ke salah satu planet di ‘blackhole’, dia dan rakan-rakannya mendapat tahu bahawa tarikan graviti di situ akan mengakibatkan kelewatan masa; satu jam bersamaan tujuh tahun di bumi. Maka, emosi akan mula terpancar apabila penantian anaknya, Murphy dan penduduk bumi lain memakan masa puluhan tahun sebelum Cooper berjaya keluar dari galaksi itu membawa perkhabaran baik. Peranan watak Cooper didukung oleh pelakon hebat, Matthew McConaughey, manakala pelakon lain yang terlibat dalam filem ini adalah Anne Hathaway, Matt Damon dan Micheal Caine.
Apa yang boleh disimpulkan, ikatan antara seorang bapa dan anak perempuannya menjadi nadi dalam filem ini, terutamanya pada penghujung cerita. Pastinya, buah tangan terbaru Nolan ini bukanlah filem yang berstruktur logik kerana ia merupakan sebuah karya yang mengaitkan banyak terma sains dan galaksi. Buat pencinta filem yang dahagakan jalan cerita ‘luar dari kotak’, anda tidak harus ketinggalan untuk menyaksikan Interstellar! - MYNEWSHUB.CC

Kerajaan Pertingkat Usaha Kesedaran Tentang Bangunan Hijau
LANGKAWI: Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid mencuba menaiki kereta elektrik Ecoride selepas Majlis Pelancaran Comos Langkawi Ecoride di sini hari ini. - Foto BERNAMA
LANGKAWI – Kerajaan sedang mempertingkatkan usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai program ‘bangunan hijau’ atau bangunan yang bercirikan teknologi binaan mesra alam di negara ini. Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, semakin ramai pihak pemaju dan pemilik tanah tempatan telah menyahut seruan kerajaan bagi menepati keperluan penarafan bangunan hijau. “Sehingga kini sebanyak 254 bangunan hijau mendapat pengiktirafan termasuk enam projek perbandaran yang meliputi keluasan tapak 112.4 juta kaki persegi (10.45 juta meter persegi) seluruh negara,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran dan Pensijilan Logo bagi Pantai Tengah Green Community di sini hari ini. Mahdzir berkata, antara jabatan yang mendapat pengiktirafan itu ialah jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. Ciri-ciri bangunan hijau termasuk rekaan pendingin hawa, tadahan air hujan yang boleh digunakan di semua tandas bagi membolehkan air terawat digunakan untuk tujuan lain yang bertujuan melestarikan alam sekitar. Mengenai Langkawi, beliau berkata sebanyak 120 syarikat termasuk pengusaha hotel, bot-bot pelancong serta pemandu teksi telah menyertai program hijau. Katanya, kementerian mendapat kerjasama daripada sektor kerajaan dan swasta termasuk Majlis Pembandaran Bandaraya Pelancongan Langkawi (MPBPL), pegawai daerah dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk menjayakan program hijau itu.- BERNAMA

Felda Mahu Tukar Beberapa Pemain Pasukan Felda United
JEMPOL – Felda merancang untuk menukar beberapa orang pemain dalam pasukan Felda United sebagai salah satu langkah untuk memantapkan pasukan The Fighters.
Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abd Samad berkata pihaknya akan menilai beberapa pemain baru untuk diserap masuk ke dalam pasukan itu.
“Ia adalah salah satu usaha, melakukan pembaharuan agar pasukan lebih baik daripada sekarang.
Sekiranya mereka berpotensi tidak ada masalah untuk menyerap mereka dalam Felda United. Tidak ada salah, sekiranya usaha tersebut mampu menaikkan pretasi pasukan agar mendapat tempat yang lebih baik dalam sukan tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan kepada pelajar Diploma di Politeknik Sesi November 2014/2015 di sini hari ini.
Dalam majlis itu, seramai 83 pelajar politeknik yang berasal dari Jempol mendapat pinjaman berkenaan.
Sementara itu, Mohd Isa berkata kakitangan Felda sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan sekiranya berlaku banjir.
“Lokasi banjir sudah dikenal pasti antaranya di Felda Palong dan Felda Sungai Kelamah, Gemas.
Felda juga sudah mempunyai bekalan bantuan yang mencukupi untuk mangsa banjir antaranya bekalan makanan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Gazebo Musnah Dalam Kebakaran Bengkel Kayu Di Changloon
JITRA – Sebanyak 11 gazebo atau pondok kecil untuk berehat turut musnah dalam kebakaran bengkel pertukangan kayu di Kilometer 21, Simpang Tiga Asun, Jalan Changloon dekat sini, awal pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.15 pagi.
Pemilkinya, Sabri Ahmad, 37, berkata keseluruhan bengkelnya terbakar termasuk bahan kayu yang belum digunakan.
Beliau berkata, seorang pekerjanya yang tinggal berhampiran bengkel berkenaan meghubunginya mengenai kebakaran itu, selepas dimaklumkan pekerja kedai makanan berhampiran.
Beliau berkata, beliau kerugian kira-kira RM300,000.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Hafizie Hassan, berkata pihaknya menghantar 19 anggota dan tiga jentera untuk memadam kebakaran yang dapat dikawal pada jam 3.43 pagi. Punca kebakaran masih disiasat. – BERNAMA
TOP
Kereta Sport Lumba Merempit Dicekup Polis
GUANGZHOU – Polis wilayah Guangdong, China menyita 12 buah kereta sport mewah dari Hong Kong ‘merempit’ selama dua hari berturut-turut di sebatang jalan sejauh 22 kilometer antara bandar raya Dongguan dan Shenzen dekat sini, lapor akhbar tempatan hari ini.
Dalam operasi terbesar bagi membanteras pelumba haram dari pulau bekas jajahan British itu yang kebetulan berjiran dengan wilayah tersebut, kesemua suspek warga Hong Kong berusia daripada 38 sehingga 62 tahun, dipercayai memecut sehingga 250 kilometer sejam.
Ini bermakna dengan kelajuan itu, mereka mampu bergerak antara dua bandar raya tersebut dalam masa cuma enam minit dan laluan itu dipilih kerana lebih lebar, lurus dan jauh berbanding lebuh raya standard di Hong Kong yang agak terhad untuk memecut laju.
Antara model kereta dirampas ialah Ferrari, McLaren dan Lamborghini manakala jurucakap polis tempatan berkata, ia merupakan perlumbaan paling besar penyertaan yang pernah disaksikan pihak polis sendiri selain amat berbahaya kepada nyawa pemandu lain.
“Ia betul-betul macam aksi litar lumba di Monaco dengan panorama pantai yang cantik tetapi kami akan mendakwa mereka atas tuduhan memandu secara berbahaya,” tegas jurucakap polis yang hanya mahu dikenali sebagai Wang. – Agensi
TOP
AirAsia Sedia Turunkan Tambang Untuk Rangsang Pasaran
PUTRAJAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes ketika sidang media selepas majlis pecah tanah ibu pejabat global baharu AirAsia berhampiran dengan Lapangan Terbang Tambang Murah KLIA2 di sini hari ini. - Foto BERNAMA
SEPANG – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia bersedia untuk menurunkan harga tambangnya bagi merangsang pasaran dan meningkatkan jumlah penumpang. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata sekiranya harga bahan api terus turun pada tahun depan, ia merupakan satu ‘bonus besar” kepada syarikat penerbangan itu, kerana ia akan mengurangkan kos. “Namun begitu, harga minyak berubah dengan cepat sekali, kita lihat sahaja apa yang akan berlaku. Niatnya, kami mahu mengurangkan harga tambang dan merangsang pasaran. “Jika harga bahan api terus jatuh, kami juga mahu menghapuskan surcaj bahan api bagi membolehkan lebih ramai orang menaiki penerbangan. “AirAsia sedang dalam usaha mengurangkan kos dan tambang untuk membolehkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan penerbangan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah bangunan ibu pejabat baru AirAsia di sini, hari ini. Pembinaan bangunan korporat baharu syarikat penerbangan itu, RedQ akan bermula pada bulan depan dan dijangka siap pada Jun 2016. Bangunan enam tingkat berharga RM140 juta itu akan mempunyai keluasan kasar lantai 613,383 kaki persegi dan mampu menampung seramai 2,000 kakitangan. Ia juga mengandungi pejabat korporat dan bahagian operasi AirAsia dan AirAsia, yang sekarang ini beroperasi secara berasingan antara Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan di sebuah pejabat sementara di gateway@klia2. Fernandes berkata, 2015 bakal menjadi tahun yang bermakna untuk AirAsia, yang berharap dapat bekerjasama dengan lebih rapat dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi meningkatkan jumlah penumpang. “Kami melalui tempoh yang sukar seperti masalah dengan beberapa syarikat penerbangan tetapi itu semua sudah berlalu. “Saya mengunjurkan suku keempat kami sangat kukuh, kira-kira 11 peratus, dengan tambang kami lebih tinggi berbanding tahun lepas,” katanya. Katanya lagi, AirAsia akan memperlahankan pertumbuhan kapasitinya dengan menambah hanya lima pesawat tahun hadapan, untuk operasi luar negaranya. “2015 adalah bagi mengukuhkan dan memaksimumkan keuntungan kami serta menggunakan aset-aset kami. “Keluarga AirAsia telah berkembang dengan pesat dan kami tidak sabar-sabar untuk menyiapkan pejabat baharu kami,” katanya, sambil menambah, ibu pejabat global baharu itu akan membantu pertumbuhan dan pelan masa depan AirAsia. – BERNAMA

Operasi Besar-Besaran Buru PATI Di Cameron Highlands
KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen akan melakukan operasi besar-besaran bagi membanteras kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di Cameron Highlands dalam masa terdekat.
Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Bahagian Kawalan, Datuk Sakib Kusmi, berkata operasi itu akan membabitkan agensi penguatkuasa antaranya Pejabat Daerah Cameron Highlands, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan beberapa agensi penguatkuasa lain.
Beliau berkata, pihaknya akan terus menjalankan risikan dan memantau perkembangan di kawasan tanah tinggi itu.
“Sejak Ops Gempak Ahad lalu yang menahan seramai 181 PATI, keadaan di sana menjadi lengang dan tidak ramai pekerja asing kelihatan di premis perniagaan dan kawasan pertanian yang diteroka secara haram oleh majikan yang menggunakan tenaga kerja warga asing,” katanya kepada Bernama.
Pada masa sama, beliau menyifatkan laporan media mengenai kebanjiran kira-kira 30,000 warga asing di Cameron Highlands sebagai tidak masuk akal. “Laporan itu sukar dipercayai tanpa sumber maklumat tepat. Bilangan pekerja asing di Cameron Highlands yang diluluskan setakat ini berjumlah 11,016 orang.
“Daripada jumlah itu seramai 6,057 adalah warga Bangladesh yang bekerja dalam pelbagai sektor seperti pertanian (5,990 orang), perladangan (13 orang) manakala sektor pembinaan dan perkhidmatan berjumlah 54 orang,” kata Sakib.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan wujud aktiviti membabitkan sindiket ejen pekerja asing yang membawa masuk warga asing.
Katanya, semasa Ops ‘Gempak dan Mesra’ Ahad lalu, pihak imigresen mendapati hampir keseluruhan pekerja asing meninggalkan Cameron Highlands terutama yang bekerja di kawasan pertanian dan perladangan “Saya percaya pekerja asing itu diuruskan sindiket yang membantu mengeluarkan mereka dari Cameron Highlands dengan begitu cepat,” katanya.
Mengenai tempat persembunyian PATI di Cameron Highlands, Sakib menjelaskan kehadiran pihak berkuasa dapat dikesan PATI dan pihaknya tidak menolak kemungkinan mereka dimaklumkan lebih awal oleh majikan atau ejen mereka.
“Pihak imigresen percaya majikan menyediakan tempat tinggal sementara untuk PATI di sekitar kawasan berkenaan ketika pihak imigresen melakukan operasi menangkap PATI baru-baru ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata pihaknya akan turut membuat operasi menangkap PATI dalam masa terdekat.
“Kawasan panas yang dikesan setakat ini adalah di sekitar kawasan Ringlet dan beberapa kawasan berhampiran,” katanya.
Ahad lalu, sebanyak 181 PATI ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Gempak dan Mesra yang pertama kali dijalankan di tujuh lokasi iaitu Ringlet, Lembah Bertam, Tanah Rata, Brinchang, Kampung Raja, Tringkap dan Kuala Terla dengan membabitkan 369 pegawai dan anggota imigresen. – BERNAMA
TOP
Aloyah Mamat Dilantik KP Keselamatan Kerajaan
Datuk Mustafa Ibrahim (kiri) berjabat tangan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa semasa menerima surat pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen berkuatkuasa serta merta menggantikan Datuk Aloyah Mamat yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan berkuat kuasa hari ini. Ali berkata, pelantikan Aloyah adalah bagi menggantikan Datuk Johari Jamaluddin yang bersara wajib. “Saya percaya kelayakan, pengalaman, pengetahuan serta kredibiliti yang dimiliki Aloyah dapat meneruskan kesinambungan kepimpinan di pejabat Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan dalam memastikan pengurusan keselamatan kerajaan meliputi keselamatan fizikal, dokumen dan personel dipertingkatkan,” katanya dalam kenyataan di sini. Ali turut mengucapkan terima kasih kepada Johari di atas sumbangan dan khidmat beliau kepada perkhidmatan awam dan negara selama lebih 36 tahun. Beliau juga mengumumkan pelantikan Ketua Pengarah Jabatan SukarelawanMalaysia (RELA) Datuk Mustafa Ibrahim sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresenbagi menggantikan Aloyah berkuat kuasa hari ini. “Saya percaya kelayakan, pengalaman dan pengetahuan serta kredibiliti yangdimiliki Mustafa membolehkan beliau memimpin dan meneruskan kecemerlanganJabatan Imigresen dan terus meningkatkan keberkesanan sistem penyampaianperkhidmatan dan keselamatan negara dengan penuh integriti,” katanya. Aloyah, 58, adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dalam bidang pengajian pembangunan dari Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 25 tahun bermula 1 Ogos 1989 dan berpengalaman dalam bidang pentadbiran, pengurusan keselamatan dan pengurusan sumber manusia. Aloyah dilantik menjawat jawatan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen pada 5 Februari 2014. Mustafa, 57, lulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Keselamatan Antarabangsa dari University of Pittsburgh, Amerika Syarikat, menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 3 Januari 1983. Berpengalaman dalam bidang pentadbiran dan pengurusan keselamatan, Mustafadilantik sebagai Ketua Pengarah RELA pada 20 Jun 2011 dan pernah menjawatjawatan sebagai Pengarah Keselamatan Sabah serta Setiausaha Keselamatan Negeri Sembilan dan Melaka. Sementara itu, Pengarah Belanjawan, Pejabat Belanjawan Negara, Datuk Dr Ismail Bakar dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan berkuatkuasa 18 November ini bagi menggantikan Datuk Seri Long See Wool yang akan bersara wajib. Ismail yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih 28 tahun bermula 13Jan 1986, adalah lulusan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Ekonomi dari University of Hull, United Kingdom dan berpengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan, ekonomi serta perolehan. Beliau dilantik sebagai Pengarah Belanjawan pada 20 Januari 2014 dan pernah memegang jawatan Pengarah Unit Strategi Nasional Kementerian Kewangan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan dan menjadi Penasihat Kanan Ibu Pejabat Bank Dunia di Washington. Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan Kementerian Pengangkutan, Chua Kok Ching pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementerian Pengangkutan berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Yap KinSian yang bersara wajib. Chua, 56, yang berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Awam dari University of Oklahoma, Amerika Syarikat, berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak 3 Januari 1983 dan berpengalaman luas dalam bidang pengurusan serta kewangan. Beliau pernah menjadi Setiausaha Bahagian, Urusetia Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Penambahbaikan PDRM Kementerian Dalam Negeri serta menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Bahagian, Urusetia Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Ali berkata, beliau yakin kelayakan, pengalaman, pengetahuan serta kredibiliti yang dimiliki Ismail dan Chua membolehkan mereka memimpin dan meneruskan agenda Kementerian Pengangkutan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan negara. – BERNAMA

CAP Cadang Haramkan Iklan Makanan Bergula Dalam Televisyen
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan 10 langkah drastik kepada kerajaan dalam usaha menangani masalah masalah penyakit diabetes yang semakin serius dalam kalangan rakyat Malaysia.
Cadangan itu termasuk mengharamkan penggunaan pengganti gula yang murah dan tidak berkhasiat dalam makanan iaitu Sirap Jagung Tinggi Fruktosa (HFCS) serta mengarahkan pengeluar mengelak atau mengurangkan kandungan gula dalam produk.
CAP turut mencadangkan kerajaan meminda undang-undang pelabelan dengan mempamerkan kandungan sebenar gula berdasarkan sukatan sudu teh serta melarang iklan makanan dan minuman bergula dalam television.
“Kerajaan perlu juga mengharamkan penjualan makanan ringan di kantin sekolahsupaya pelajar tidak membeli makanan yang tidak berkhasiat dan memindahkan mesin-mesin layan diri yang menjual makanan ringan dan minuman bergula dari kawasan hospital, lapangan terbang dan sekolah.
“Pelancarkan kempen besar-besaran untuk mendidik orang awam mengenai bahaya diabetes perlu dlaksanakan dan mewajibkan pengeluar makanan meletakkan label amaran pada produk yang mengandungi gula Pengguna sendiri perlu mengurangkan pengambilan gula mereka dengan tidak memakan makanan atau minuman yang diproses terutama minuman ringan yang juga dikenali sebagai “liquid candy” di Barat,” kata Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan kerana statistik menunjukkan kira-kira 3.6 juta rakyat dewasa mengalami diabetes bermakna penduduk negara ini telah melampaui ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 807,000 diabetik pada 2025.
Menurut beliau, peningkatan kes-kes diabetes boleh dikaitkan dengan pengambilan gula yang tinggi sedangkan rakyat Malaysia mengambil 26 sudu teh gula setiap hari iaitu yang ke-8 tertinggi di dunia.
Jelasnya, WHO dalam kempennya menentang obesiti telah menyarankan pengambilan gula kepada hanya lima sudu teh sehari maka rakyat Malaysia mengurangkan pengambilan gula sehingga 80 peratus daripada kadar semasa iaitu 26 sudu teh kepada 5 sudu teh gula.
Namun, kata beliau, bukan mudah bagi rakyat Malaysia untuk mengurangkan pengambilan gula mereka hingga ke paras yang menyihatkan kerana terlalu banyak makanan yang diproses kaya dengan gula.
“Gula yang terkandung di dalam makanan seumpamanya pula disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai,” dakwanya.
Beliau memberi contoh gula yang tersembunyi dalam makanan yang diproses seperti berikut:
• Sebotol minuman ringan mengandungi 12 sudu teh gula (2.4x paras WHO)
• Satu coklat papan kecil mengandungi 6-9 sudu teh gula (1.2-1.8x paras WHO)
• Bijirin untuk bayi (350gm) mengandungi 22.8 sudu teh gula (4.6x paras WHO)
• Bijirin sarapan untuk kanak-kanak (220gm) mengandungi 15.4 sudu teh gula (3x paras WHO)
• Minuman malt koko (500gm) mengandungi 45.5 sudu teh atau 40% gula (9.1x paras WHO)
• Minuman susu malt (350gm) mengandungi 23.5 sudu teh gula (4.7x paras WHO);
• Minuman botol istonik mengandungi 4.5 sudu teh gula (0.9x paras WHO).
-mynewsub

Kanak-Kanak 9 Hingga 10 Tahun Berisiko Hadapi Ambliopia
IPOH: Warga emas Shemeem Akutar Wazir Ali, 66, (kiri) melakukan pemeriksaan mata sempena Majlis Perasmian Hari Penglihatan Sedunia yang disempurnakan oleh Raja Datuk Seri Yong Sofia Sultan Azlan Shah di Kompleks Rawatan Harian Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
IPOH – Kanak-kanak berusia sembilan hingga 10 tahun di negara ini berisiko mendapat masalah Ambliopia atau mata malas, yang merupakan isu kesihatan serius. Pakar Mata di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Datuk Dr Jasvinder Singh berkata mata malas menyebabkan penglihatan kabur dan tidak dapat dibetulkan dengan cermin mata, kanta lekap atau pembedahan mata. Pada masa ini, sebanyak 40 peratus daripada kanak-kanak peringkat usia itu berdepan masalah mata malas. “Mata malas berpunca antaranya kerana kanak-kanak berkenaan hanya menggunakan satu mata untuk proses penumpuan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Hari Penglihatan Sedunia 2014 negeri Perak di HRPB di sini, hari ini. Raja Datuk Seri Yong Sofia Almarhum Sultan Azlan Shah hadir merasmikan program sambutan itu yang bertema “No More Avoidable Blindness” (Cegah Kebutaan Boleh Elak) serta menyampaikan cermin mata kepada 10 warga emas dan 20 anak yatim dari Asrama An-Nur Maisarah dan Budi Mulia Nurul Huda. Hari Penglihatan Sedunia merupakan acara tahunan yang disambut setiap Khamis pada minggu kedua Oktober. Ia bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kebutaaan dan masalah penglihatan. Dr Jasvinder, yang juga pengerusi sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2014 Perak, berkata pemeriksaan mata berkala perlu dilakukan selepas bayi dilahirkan untuk mengelak risiko masalah mata malas. “Mata malas adalah penyakit kekal jika pemeriksaan dan rawatan awal tidak dilakukan,” katanya. Sehubungan itu, beliau menggalakkan semua murid supaya menjalani pemeriksaan mata dengan pihak perkhidmatan perubatan kerajaan di sekolah. “Jika murid dikesan mempunyai masalah mata malas, dia akan dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan pakar,” jelasnya. – BERNAMA

Pengerusi FGV Terima Anugerah Permata Dunia Islam
KUALA LUMPUR – Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menerima Anugerah Permata Dunia Islam dalam satu forum anjuran majalah OIC Today semalam.
Beliau menerima anugerah itu semasa Forum Ekonomi dan Perdagangan Asia Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-3 berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
FGV dalam satu kenyataan media memberitahu, anugerah berprestij itu diberi kepada Mohd. Isa bagi menghargai sumbangannya dalam pembangunan ekonomi dunia Islam.
“Forum itu turut dihadiri pelabur-pelabur berpotensi dan individu penting dalam kalangan negara ahli OIC.
“Perbincangan forum tentang pelaburan, perdagangan, pembangunan ekonomi, kerjasama korporat dan perkongsian pelaksanaan dasar antara negara terlibat,” kata kenyataan itu hari ini.
Sementara itu, Mohd. Isa dalam kenyataan sama berkata, Anugerah Permata Dunia Islam itu turut mengiktiraf peranan FGV di peringkat antarabangsa.
Kata beliau, ia juga membuktikan komitmen FGV dalam usaha membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat Islam.
“Kejayaan yang dikecapi ini bukan hasil usaha saya seorang tetapi hasil sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan komitmen keseluruhan kakitangan FGV.
“Faktor utama lain adalah kepercayaan golongan peneroka kepada kami,” katanya. – mynewshub.cc
TOP
Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak Diisytihar Pertubuhan Haram!
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) yang terlibat dalam agenda Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia sebuah pertubuhan haram.
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff berkata, SAPA didapati menjalankan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan kepentingan keselamatan Malaysia dan ketenteraman awam.
“SAPA sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 dengan No. Pewartaan P.U.(A) 307/2014.
“Peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] adalah berkaitan kuasa Menteri Dalam Negeri mengisytiharkan sesebuah pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Mohamad Khalid berkata, bagi menjaga kepentingan keselamatan Malaysia di bawah Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966, tiada pihak boleh menggunakan lagi nama, simbol, lambang atau logo SAPA.
Malah, kata beliau, semua akaun, aset serta harta SAPA akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia dan tiada pihak boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menyiar atau bertindak bagi SAPA.
Tegasnya, mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti SAPA akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335 termasuk Seksyen 6 (2) dan 6 (3), Seksyen 42 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta Seksyen 142 Kanun Keseksaan.
“Saya menyeru kepada masyarakat untuk memberi kerjasama dalam membantu usaha kerajaan untuk menangani aktiviti SAPA yang dianggap bercanggah dengan undang-undang sedia ada demi kepentingan keselamatan Malaysia dan ketenteraman awam,” katanya.
SAPA terlibat dalam usaha memujuk rakyat Sabah dan Sarawak menandatangani petisyen kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut supaya dua negeri itu dipisahkan daripada Malaysia
Petisyen yang kononnya untuk mendapatkan satu pendengaran daripada PBB sama ada Sabah dan Sarawak berhak untuk mentadbir sendiri didakwa sudah mendapat 20,000 tandatangan. – mynewshub.cc
TOP
Demam Melarat Buta, Penuntut UiTM Saman Hospital Dungun
KUALA LUMPUR – Seorang penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memfailkan saman, semalam terhadap Pengarah Hospital Dungun, Terengganu dan dua pihak lagi kerana didakwa cuai sehingga menyebabkannya hilang penglihatan.
Nur Laila Md Yusuf, 21, selaku plaintif memfailkan saman melalui Tetuan T Vijay & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan menamakan Pengarah Hospital Dungun; Pegawai Perubatan, Dr Tan Kian Kheng dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga. Dalam pernyataan tuntutannya, pada 13 November 2013, plaintif yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun telah mendaftar sebagai pesakit luar di Hospital Dungun kerana demam. Plaintif diperiksa oleh defendan kedua yang membuat diagnosis dan memberikan enam jenis ubat iaitu Paracetamol, Piriton, Amoxycillin; Benadryl; Eye drop; dan Hydrocortisone. Plaintif mengambil ubat mengikut nasihat diberikan, namun mendapati keadaan bertambah buruk dan mengalami tanda negatif termasuk suhu badan yang tinggi dan kesan lecuran pada kulit. Plaintif telah pulang ke rumah ibu bapanya di Kuang, Selangor dan ibu bapa plaintif menjangkakan plaintif dijangkiti demam campak. Bagaimanapun selepas mendapati semakin teruk, plaintif mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh dan didapati plaintif mengalami alahan terhadap antibiotik. Plaintif seterusnya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan ditahan selama dua minggu selepas keadaan kesihatan bertambah buruk. Menurut pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa telah mengalami kesan reaksi alahan menyebabkan fungsi matanya terjejas akibat kecuaian defendan-defendan. Sehubungan itu, plaintif menuntut faedah dan kos terhadap kesemua defendan. Difahamkan, plaintif yang merupakan pelajar tahun akhir kursus diploma pengurusan awam kini terpaksa menangguhkan pengajiannya. – Sinar Harian Online

Dua Kali Patah Balik Sebelum Maut Di Melaka
KANDANG (MELAKA) – Seorang isteri tidak menyangka tindakan dua kali suaminya berpatah balik ketika hendak pergi kerja kerana hujan menjadi petanda dia menjadi pergi selama-lamanya.
Zaleha Mohd, 39, berkata, dia hanya terkejut dimaklumkan mengenai kejadian sebelum terpaku melihat sekujur tubuh suaminya yang maut akibat kemalangan di Jalan Alai-Kandang, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, mangsa, Zamarol Zaman Othman, 43, seorang pekerja am syarikat pembersihan maut selepas van syarikat dipandunya dirempuh motosikal ditunggang Muhammad Syafiq Suhaimi, 18, selepas dia keluar simpang dari pejabatnya.
Menurut Zaleha, suaminya sebelum kejadian pergi ke tempat bekerja menaiki motosikal namun balik semula ke rumah menukar Perodua Kancil kerana hujan.
“Biasanya suami keluar dari rumah kira-kira jam 6.30 pagi dan pulang jam 8 malam. Namun pagi tadi (semalam), selepas dia keluar menaiki motosikal, dua kali dia berpatah balik kerana hujan lebat sebelum ke tempat kerja menaiki kereta Kancil (Perodua).
“Saya tidak menyangka tindakan arwah dua kali berpatah balik ketika pergi kerja kerana hujan pagi tadi (semalam) menjadi petanda pemergiannya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.
Sementara itu, menurut sumber, Kamarol Zaman dipercayai memandu van yang diambil di tempat kerjanya untuk ke lokasi pembersihan.
“Pintu sisi arwah dirempuh motosikal jenis Yamaha 125z yang ditunggang seorang remaja yang kemudian tercampak ke tingkap van dan topi keledar yang dipakainya mengena tepat ke arah muka Kamarol Zaman menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika motosikal ditunggang Muhammad Syafiq meneruskan perjalanan dari persimpangan lampu isyarat Alai menghala Lebuh AMJ.
“Namun apabila sampai di tempat kejadian, motosikal tersebut melanggar van yang keluar simpang menghala ke kanan untuk ke persimpangan lampu isyarat Alai.
“Kamarol Zaman yang cedera di kepala maut di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat sementara Muhammad Syafiq pula mengalami kecederaan parah di kepala dan turut dikejarkan ke hospital untuk rawatan,” katanya.
Menurut Shaikh Abdul Adzis, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sinar Harian Online
TOP
Britain Akan Rampas Pasport Militan
LONDON – Perdana Menteri Britain, David Cameron semalam menggariskan rancangan untuk merampas pasport militan Britain dan menghalang mereka pulang ke tanah air selepas berjuang di seberang laut.
Beliau turut mencadangkan sekatan pendaratan ke atas syarikat penerbangan yang tidak mematuhi senarai suspek militan yang dilarang menaiki penerbangan oleh London.
Setakat ini, kira-kira 500 rakyat Britain yang berjuang di Iraq dan Syria.
“Kami akan memperkenalkan rang undang-undang antikeganasan baharu di United Kingdom (UK),” kata Cameron semasa berucap di Parlimen Australia sebelum berlepas ke sidang kemuncak Kumpulan 20 Negara Maju dan Membangun (G-20) di Brisbane.
“(Melaluinya) kuasa baharu akan diberikan kepada polis di pelabuhan dan lapangan terbang untuk merampas pasport dan menghalang suspek (militan) Britain daripada pulang ke tanah air melainkan mereka mematuhi syarat kami.
“Kuasa baharu juga diberikan untuk menghalang syarikat penerbangan yang tidak mematuhi senarai larangan terbang kami daripada mendarat di UK,” tambahnya.
Media Britain melaporkan rang undang-undang itu yang akan diperkenalkan di Parlimen pada bulan ini bertujuan untuk menghalang suspek militan dari Syria dan Iraq kembali ke UK untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun melainkan mereka mematuhi syarat ketat.
Antaranya termasuk individu tersebut pulang ke Britain dengan diiringi anggota keselamatan dan berdepan pendakwaan di mahkamah.
Anggota kawalan sempadan UK dan polis lapangan terbang juga akan diberikan kuasa untuk merampas pasport mereka yang disyaki merancang ke luar negara bagi melakukan keganasan. – AFP
TOP
Penumpang Penerbangan Terima Bil Internet RM4,016
SINGAPURA – Seorang ahli perniagaan warga Kanada terkejut apabila mendapati dia dikenakan bayaran penggunaan wi-fi hampir mencecah AS$1,200 (RM4,016) sewaktu menaiki pesawat milik syarikat penerbangan Singapura.
Lelaki tersebut, Jeremy Gutsche yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Trend Hunter berkata, bayaran yang dikenakan oleh penerbangan Singapore Airlines itu amat keterlaluan terutama kepada penumpang yang memerlukan talian internet untuk menyelesaikan tugasan atau menghabiskan masa dalam perjalanan jauh.
“Saya melihat 155 halaman daripada e-mel selain memuat naik dokumen melalui internet. Seharusnya tiada bayaran tambahan dikenakan kerana saya telah membeli pakej berharga AS$30 (RM100),” katanya.
Beliau mendakwa sistem wi-fi di pesawat itu juga lembab kerana dia terpaksa mengambil masa hampir sejam memuat naik dokumen PowerPoint yang bersaiz empat megabait dan tidak mungkin boleh melihat sebarang video.
Berdasarkan laman web syarikat penerbangan Singapore Airlines, syarikat itu menawarkan kemudahan perkhidmatan wi-fi dengan harga pakej yang berbeza bagi pesawat Airbus A380 dan Boeing 777-300ER.
Sebelum penumpang disambungkan dengan talian internet, mereka perlu memilih pakej data OnAir atau Panasonic dan pihak syarikat turut menawarkan harga yang berbeza berdasarkan tahap kelajuan 10 megabait bersamaan AS$10 (RM34) atau AS$12 (RM39) sejam.
Penggunaan data akan diberhentikan secara automatik sekiranya penumpang telah mencapai had yang ditetapkan atau terus mengakses internet dengan caj tambahan.
Pihak pengurusan penerbangan Singapura dalam laman Twitter enggan menjelaskan lanjut mengenai perkara tersebut sebaliknya memberitahu akan berhubung terus dengan Gutsche. – Agensi
TOP
Malaysia Bertuah Dapat Jalin Kerjasama Dengan China
BEIJING – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Malaysia perlu bekerjasama dengan China dalam bidang pertahanan selepas begitu bertuah dapat menjalin hubungan dan kerjasama dua hala selama 40 tahun dengan negara itu.
Titah baginda kerjasama pertahanan antara kedua buah negara tidak dapat dielakkan berikutan kemajuan ekonomi, teknologi dan ketenteraan negara ‘Tembok Besar’ itu semakin memberangsangkan.
“Sempena sambutan diplomatik 40 tahun Malaysia-China tahun ini, beta harap perhubungan rakyat dengan rakyat juga sama ada peringkat tertinggi, pertengahan atau rendah diperbaiki dan dipertingkatkan.
“Adalah penting untuk kita merapatkan jurang antara Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China,” titah baginda selepas mendengar taklimat di Universiti Pertahanan Kebangsaan China (NDU) di sini, Jumaat.
Taklimat yang banyak menyentuh peranan NDU dan polisi ketenteraan China lebih sejam itu disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Penyelidikan Maxism NDU, Mejar Jen Hung Shu Jin serta Kolonel Kanan Hou Xiohe, iaitu Profesor di Jabatan Penyelidikan Strategik NDU.
Syed Faizuddin selaku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkalan di Kem Bukit Keteri, Perlis mengetuai delegasi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dari tujuh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia dalam program lawatan Kerja Akademik dan Strategik Ketenteraan ke kem tentera dan universiti di Beijing bermula semalam hingga 17 Nov ini.
Turut sama dalam delegasi itu Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Kolonel (K) Datuk Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan selaku Komandan PALAPES UPM dan Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis Mejar (K) Datuk Prof Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman selaku Komandan UiTM Perlis.
Wakil IPTA lain ialah dari Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin dan Atase Pertahanan Malaysia di China, Laksamana Pertama Zualkafly mengiringi rombongan tersebut serta mendengar taklimat.
“Adalah penting bagi Malaysia mengambil bahagian dalam seberapa banyak mungkin forum atau pertukaran bagi membina persefahaman dan kepercayaan bersama. China mempunyai pengalaman luas dan beta menawarkan peluang kepada China bekerjasama dengan IPTA-IPTA di Malaysia,” titah Syed Faizuddin.
Dalam taklimatnya, Shu Jin menyentuh polisi luar kerajaan China dan berkata sebanyak 1,043 pegawai tentera dari 43 negara asing termasuk tiga dari Malaysia sedang melanjutkan pengajian dalam bidang ketenteraan di NDU.
Katanya NDU menawarkan pengajian sehingga peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang antaranya strategi, logistik, politik antarabangsa dan peperangan.
Menjawab soalan anggota delegasi mengenai polisi China, Shu Jin berkata negara itu mengutamakan peningkatan kuasa tentera dan imej PLA namun bersedia membantu meningkatkan hubungan ketenteraan termasuk teknoloji persenjataan negara-negara sahabat.
Beliau juga berkata China tidak berhasrat menjadi ‘abang besar’ atau polis Asia dengan kekuatan tentera dan ekonominya seperti Amerika yang dilabel polis dunia kerana banyak campur tangan dalam urusan negara asing.
“Polisi luar China cukup jelas iaitu tidak campur tangan urusan negara lain. China mahu menyumbang kepada kestabilan dan keamanan serantau terutama dengan negara jiran dan sahabat. China menyifatkan Malaysia sebagai negara sahabat paling akrab,” katanya. – BERNAMA
TOP
Belum Sedia Bercinta Selepas Putus Dengan Syarif (Sleeq)
Amanda menunjukkan album terbaharunya Black Heart.
PETALING JAYA – Penyanyi Amanda Imani belum bersedia untuk bercinta sejak putus hubungan pada hujung tahun 2011 dengan salah seorang ahli kumpulan Sleeq iaitu Syarif. Amanda, 22, berkata, dia lebih senang hidup solo agar dapat memberi perhatian penuh terhadap karier nyanyiannya tanpa perlu memikirkan komitmen sebagai pasangan kekasih. “Lebih senang hidup begini (solo) kerana saya tidak perlu berhadapan dengan masalah-masalah berkaitan hubungan percintaan. “Dan ini memudahkan saya untuk memberi fokus terhadap karier nyanyian saya. “Risau juga apabila berkasih, saya perlu memberikan komitmen terhadap dua perkara iaitu cinta dan kerjaya,” katanya kepada mStar Online. Amanda ditemui pada majlis pelancaran album Inggeris terbaharunya berjudul Black Heart di kedai buku Borders The Curve, di sini pada Jumaat. Syarif yang berasal dari Singapura bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Malaque Mahdaly pada 22 November ini. Dalam pada itu Amanda mengakui ada juga beberapa lelaki yang cuba mendekatinya namun ia hanya bersifat sementara memandangkan kebanyakan mereka sukar menerima sikapnya yang berbeza berbanding wanita lain. “Memang kalau ada yang nak cuba berkawan dengan saya, mereka hanya bertahan paling lama pun dua minggu. “Sebabnya? Mereka kata saya pelik, tetapi memang pun. Saya suka melakukan perkara-perkara yang jarang dibuat wanita lain… haha,” selorohnya. Sementara itu, mengenai album Black Heart, ia memuatkan sebanyak tujuh buah lagu iaitu City Of Angels, Black Widow, Black Heart, Heart For Hire, Next Generation, Newlyweds dan I’ve Got It All. Selain itu album tersebut turut menampilkan dua lagu bonus iaity Like A Boss dan Billionaire Boy. Kata Amanda, album ketiganya ini menampilkan sisi misteri mengenai hidupnya yang telah melalui pelbagai dugaan sebagai selebriti. “Dalam album ini ia mengisahkan mengenai diri saya selain pandangan saya terhadap masyarakat di sekeliling. “Saya menyampaikan lagu mengenai sisi kehidupan sebenar manusia yang penuh rintangan berbanding kegembiraan,” ujarnya. Album Black Heart boleh dibeli di kedai buku Borders Malaysia, Tower Records Malaysia, Starbucks Malaysia, iTunes, Amazon.com dan Spotify. - mStar Online

Padah Curi Kabel Milik Telekom Malaysia
KUANTAN – Mahkamah Majistret Kuantan di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara seminggu dan denda RM2,000 terhadap empat lelaki yang mengaku bersalah mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) yang bernilai RM2,000 minggu lalu.
Tertuduh, Roslee Othman@Mahmud, 40, Ghazali Othman, 25, Mohd Hafizi Mat Radzi, 26, dan Saiful Azman Saad, 42, mengaku bersalah selepas mendengar pertuduhan dibacakan ke atas mereka.
Tertuduh, Saiful Azman sebelum itu tidak mengaku bersalah dan memberi alasan tidak berniat mencuri dan hanya melihat tiga rakannya yang lain memotong kabel berkenaan
Bagaimanapun dia akhirnya menukar pengakuan itu selepas ditanya Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali alasan dia berada di dalam lubang kabel yang dikorek ketika ditahan pihak berkuasa.
Keempat-empat mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan itu yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor V Muneswaran.
Mengikut kertas pertuduhan, melakukan kesalahan dengan niat bersama mencuri kabel jenis 200 PR sepanjang 200 meter milik TM yang bernilai RM2,000 pada 8 November lalu jam di antara 2 hingga 6 pagi di Kilometer 40 hingga 45 Jalan Kuantan-Kemaman berhadapan kedai dobi Kampung Cherating Lama, di sini.
Sebelum hukuman dibacakan, kesemua mereka merayu supaya dikenakan hukuman ringan kerana masih menanggung ahli keluarga masing-masing dengan pendapatan di antara RM1,000 hingga RM3,500 sebulan.
Berdasarkan fakta kes, seorang pekerja TM melakukan rondaan di kawasan berkenaan sebelum menjumpai kabel yang sudah dipotong di atas tanah dan melihat keempat-empat tertuduh di dalam lubang yang sudah dikorek.
Pekerja terbabit membuat laporan di Balai Polis Cherating sebelum anggota polis bergegas ke tempat kejadian.
Polis kemudiannya menahan Roslee, Ghazali dan Mohd Hafizi di hadapan kedai dobi berhampiran kawasan kejadian manakala Saiful Azman dilihat berada di dalam lubang itu.
Hasil siasatan kesemua tertuduh mengaku mencuri kabel berkenaan dan mereka dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
Kesemua mereka berdepan hukuman penjara tambahan selama dua bulan jika gagal membayar denda yang diarahkan. – Sinar Harian Online
TOP
Israel, Palestin Setuju Redakan Ketegangan Di Baitulmuqaddis
BAITULMUQADDIS – Israel dan Palestin berikrar mengambil langkah konkrit untuk meredakan ketegangan di kawasan sekitar Masjid al-Aqsa di sini, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry kelmarin selepas satu rundingan di ibu kota Jordan, Amman.
Keganasan tercetus sejak beberapa minggu lalu berhubung pekarangan Masjid al-Aqsa yang turut didakwa bangsa Yahudi sebagai menempatkan rumah ibadat Nabi Sulaiman.
Pertempuran antara polis Israel dan penduduk Palestin mencetuskan kebimbangan berlaku kebangkitan atau intifadah baharu di sini.
Pada rundingan tersebut, semua pihak bersetuju untuk “melaksanakan tindakan spesifik dan praktikal bagi mengembalikan ketenteraman,” kata Kerry tanpa mengulas lanjut.
“Pada hari ini (kelmarin), kami berusaha untuk memadamkan api ketegangan supaya ia tidak marak hingga di luar kawalan,” tambah Kerry sambil diringi Menteri Luar Jordan, Naser Judeh.
Jordan memiliki hak ke atas pekarangan masjid al-Aqsa.
Kerry berkata demikian selepas pertemuan hampir tiga jam dengan pemerintah Jordan, Raja Abdullah dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Terdahulu, Setiausaha AS itu mengadakan satu pertemuan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
Situasi tegang di sekitar Masjid al-Aqsa itu berlaku berikutan puak pelampau di Israel mencabar larangan orang Yahudi untuk beribadat di tempat suci itu. Larangan tersebut telah dikuatkuasakan sejak beberapa dekad lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Naser memberitahu bahawa Jordan tidak akan menghantar kembali dutanya yang dipanggil pulan pada minggu lalu ke Israel selagi tidak melihat Tel Avib mengambil tindakan konkrit bagi meredakan ketegangan di sekitar masjid al-Aqsa. – Reuters
TOP
‘Khalifah’ IS Gesa Serang Arab Saudi
BEIRUT – Ketua kumpulan militan Negara Islam (IS), Abu Bakar al-Baghdadi menyeru pengikutnya menyerang Arab Saudi dan menyatakan kerajaan khalifahnya berkembang di seluruh dunia Arab dalam satu ucapan yang menggunakan namanya kelmarin.
Abu Bakar juga menyatakan kempen kenteraan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) terhadap kumpulan militannya di Syria dan Iraq sebagai gagal.
Agensi berita Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan ucapan tersebut yang disiarkan di laman web IS.
Terdahulu, terdapat beberapa laporan bercanggah dari Iraq susulan serangan udara AS pada Jumaat lalu sama ada Abu Bakar cedera dalam serangan itu.
AS memberitahu pada Selasa lalu bahawa ia tidak dapat mengesahkan sama ada ketua IS itu terbunuh atau cedera dalam serangan tersebut dekat bandar Falluja.
“Tidak akan ada keselamatan untuk pemimpin Arab Saudi,” kata Abu Bakar dalam rakaman audio tersebut.
IS sebelum ini merampas sebahagian besar Syria dan Iraq dan mengisytiharkan kerajaan khalifah di kawasan yang dikuasainya pada Jun lalu. Abu Bakar menyatakan dia menerima sumpah kesetiaan daripada penyokongnya di Libya, Mesir, Yemen Arab Saudi dan Algeria.
“Askar kami daripada IS, berjihadlah di mana-mana sahaja. Bakar Bumi dengan api dan hapuskan semua diktator,” katanya. – Reuters
TOP
Hampir 5 Juta Penduduk Di Mali Kelaparan
NEW YORK – Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, faktor kemarau berpanjangan, hasil pertanian merosot dan konflik politik di Mali menyebabkan kira-kira 4.75 juta penduduknya kini tidak mempunyai makanan yang mencukupi.
Selain itu, hampir setengah juta kanak-kanak di negara ini akan berdepan dengan masalah kekurangan makanan seimbang atau malnutrisi yang teruk menjelang hujung tahun ini.
Pengarah Kecemasan UNICEF, Afshan Khan, berkata kadar kekurangan makanan seimbang di Mali kini bersaing dengan negara dalam krisis seperti di Selatan Sudan dan Semenanjung Afrika.
Pengarah Operasi Kemanusiaan PBB, John Ging, pula memberi amaran tanpa peruntukan tambahan pihaknya menjangkakan keadaan itu bertambah buruk.
Mengikut penilaian Ging pada Jun lalu, hampir 500,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun kini berisiko tanpa makanan seimbang dan berzat manakala 1.5 juta penduduk berdepan dengan kehidupan tanpa makanan. – AP
TOP
Roberto Mancini Kembali Semula Ke Inter Milan
MILAN – Inter Milan melantik semula bekas jurulatih, Roberto Mancini semalam, beberapa jam selepas memecat Walter Mazzarri berikutan keputusan hambar kelab itu.
Mancini sebelum ini bersama dengan Inter selama empat tahun dan membawa kelab itu memenangi Piala Itali dua kali dan meraih kejuaraan liga tiga musim berturut-turut walaupun satu daripadanya dilucutkan dan diberikan kepada Juventus kerana tuduhan mengatur perlawanan.
“Sasaran kita untuk kembali di tempat yang betul sebagai salah satu kelab teratas di Eropah dan sebab itu saya sangat gembira untuk mengalu-alukan kedatangan semula Roberto Mancini,” kata Presiden Inter Milan, Erick Thohir dalam satu kenyataan.
“Rekod kejayaannya di Inter dan bersama kelab lain serta pengalamannya di peringkat antarabangsa dan tekadnya memburu kejayaan akan membantu kelab ini untuk maju ke hadapan lagi,” katanya.
Mancini, yang digantikan oleh Jose Mourinho sebagai jurulatih Inter pada 2008, akan tampil bersama media hari ini sebelum turun melatih pasukannya.
“Ia satu cabaran yang cukup teruja, saya gembira untuk berada dalam pelukan penyokong ‘nerazzurri’ semula. Jumpa anda esok,” kata Mancini dalam posting Twitternya.
Perlawanan pertamanya dengan Inter adalah pertembungan tetangga dan musuh ketat, AC Milan pada 23 November.
Inter hanya menang dua daripada tujuh perlawanan liga dan jatuh ke tempat kesembilan dalam Liga Serie A. – AFP
TOP
Mustafa Bangga Dengan Transformasi RELA
PUTRAJAYA: Datuk Mustafa Ibrahim menyentuh jarinya pada Sistem Perakam Waktu pada hari terakhirnya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) setelah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen berkuatkuasa serta merta ketika di Ibu Pejabat RELA di sini hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA – Pencapaian dilakar Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sejak tiga tahun lepas menjadi kebanggaan serta kenangan terindah buat bekas Ketua Pengarah RELA Datuk Mustafa Ibrahim. Beliau berkata sejak mengetuai jabatan itu pada 2011, banyak kejayaan dan pembaharuan yang berjaya dilaksanakan antaranya penubuhan Unit Skuad Muda RELA. “Banyak juga transformasi yang telah berjaya dibuat serta melahirkan anggota lebih cekap dan terlatih sekali gus ia dapat meningkatkan imej RELA. “Semoga RELA akan terus berjaya selepas ini serta mencapai kejayaan yang lebih cemerlang,” katanya pada majlis perjumpaan khas dan tamat tugas di ibu pejabat RELA di sini hari ini. Berkuat kuasa hari ini, Mustafa, 57, dilantik Ketua Pengarah Jabatan Imigresen menggantikan Datuk Aloyah Mamat yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan. Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Keselamatan Antarabangsa dari University of Pittsburgh, Amerika Syarikat, Mustafa mula menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 3 Jan 1983. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Keselamatan Sabah dan Setiausaha Keselamatan Negeri Sembilan dan Melaka. Menurut kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini, pelantikan itu berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan serta kredibiliti dimiliki Mustafa untuk memimpin dan meneruskan kecemerlangan Jabatan Imigresen. – BERNAMA

“Sanctuary Garden” Curi Hati Pengunjung
ARAU: Dekorasi dalaman kafe Sanctuary Garden dihias indah dan membuatkan pengunjung seolah-olah berada di dalam taman. - Foto BERNAMA
ARAU – Susunan beberapa buah meja makan di atas hamparan permaidani hijau seakan rumput menyapa pandangan mata tatkala melangkah masuk ke bangunan dua tingkat berwarna jingga ini. Mata turut terpaut ke arah sebuah rak buku besar di sudut kanan berhampiran pintu masuk, yang menempatkan pelbagai jenis bahan bacaan pelbagai bahasa dan genre, selain deretan sofa bermacam rupa di beberapa sudut yang turut menarik perhatian. Tidak lama kemudian, penulis disapa seorang lelaki dewasa berbangsa Cina, yang manis melempar senyuman dan mengucapkan selamat datang. “Tempat ini baharu sahaja dibuka beberapa minggu sebelum Sukma (Sukan Malaysia) yang lepas. Duduklah, nanti kami bawakan air,” katanya memulakan perbualan. Sambil duduk di atas sofa berbentuk bola sepak, penulis dan beberapa rakan terus menjamu mata melihat pelbagai jenis dekorasi yang menghiasi segenap ruang di “Sanctuary Garden” ini. Dekorasi berbeza-beza, tiada konsep khusus barangkali. “Di kebanyakan hotel, tetamu akan duduk di dalam bilik. Tetapi di sini, kebanyakan mereka gemar menghabiskan masa di lobi atau ruang tamu,” kata pemilik hotel itu, Foo Siang Leng. Foo, 40, berkata, meskipun “Sanctuary Garden” seakan-akan sebuah hotel, namun beliau menegaskan bahawa ia adalah sebuah homestay berdasarkan suasana “kekeluargaan” dan perasaan “tempat tinggal” yang disuntik di situ.
ARAU: Ruang santai di lobi Sanctuary Garden yang mempamerkan minat pemiliknya dalam dunia bola sepak dan filem. – Foto BERNAMA
PEMINAT BOLA SEPAK
Sebenarnya, tujuan kami datang ke hotel ini adalah untuk melihat konsep bola sepak yang diuar-uarkan seorang rakan lain. Namun, ia tidak kelihatan pula di ruang lobi itu melainkan kerusi bulat yang penulis duduki. Foo, anak kelahiran Perlis, berkata homestay itu mempunyai 19 buah bilik termasuk sebuah bilik mesra orang kelainan upaya (OKU) yang sedang disiapkan di tingkat bawah. “Dengan harga serendah RM80 hingga RM160, kami menawarkan bilik-bilik yang boleh memuatkan antara dua himgga tujuh orang,” jelasnya yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berumur 11 tahun. Kami kemudian dibawa menaiki tingkat atas untuk melihat bilik-bilik penginapan yang terdapat di homestay ini. Sebaik melihat pintu bilik pertama, kami sudah teruja kerana ia tertera lambang-lambang negara dan kelab bola sepak terkemuka dunia termasuk Jerman, Brazil, Uruguay, Argentina, Belanda, Arsenal, Chelsea, Barcelona, Liverpool dan Manchester United. Dekorasi dalaman termasuk warna perabot setiap bilik juga mengikut identiti sesebuah pasukan bola sepak. Contohnya, perabot berwarna jingga bagi bilik pasukan Belanda dan biru bagi bilik kelab Chelsea. Jelas Foo, minat yang mendalam terhadap bola sepak mendorong beliau menamakan bilik-bilik di homestay itu mengikut negara dan kelab bola sepak terkemuka dunia, menggantikan nombor seperti kebiasaannya. “Konsep ini datang dari minat dan idea muncul secara tiba-tiba. Kerana konsep ini jugalah ada pelanggan yang datang dengan memakai jersey pasukan,” katanya.
KONSEP PUAS HATI DAN JIMAT TENAGA
Mengulas lanjut, Foo berkata kekerapan menginap di hotel-hotel semasa bekerja di luar negara membuatkan beliau mahu homestay miliknya itu lengkap dengan kemudahan seperti bantal yang banyak, ampaian dan ‘rain shower’. Sebagai seorang pencinta alam, anak sulung daripada empat beradik itu mereka bentuk Sanctuary Garden dengan cara tersendiri yang membolehkan setiap bilik menerima cahaya matahari secara terus, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan lampu dan elektrik. Selain itu, terdapat ruang di bawah siling setiap tingkat yang dibuat khas untuk membolehkan udara panas keluar dan diganti dengan udara sejuk. Homestay ini turut menggunakan pemanas udara berkuasa solar dan lampu LED untuk menjimatkan tenaga. Tambah menarik, ruang tengah bangunan itu dibina seperti piramid yang mempunyai medan magnetik yang sesuai untuk perubatan. Ditanya kos membina homestay itu, Foo berkata ia menelan belanja keseluruhan kira-kira RM1 juta termasuk pembelian perabot.
KAMILAH ‘BANGUNAN’ INI
Dalam pada itu, adik lelakinya dikenali sebagai River Foo menjelaskan bahawa Sanctuary Garden dibangunkan atas usaha empat beradik termasuk dirinya yang amat sukakan pengembaraan dan pernah berkhidmat dengan badan bukan kerajaan berkaitan pembangunan komuniti. “Oleh itu, bahan bacaan di perpustakaan kami, simpanan filem-filem, hasil kerja seni artis tempatan terdapat di dinding bangunan ini, barang tradisional dan permainan yang dipamerkan adalah untuk dikongsi bersama pelanggan yang datang ke Sanctuary Garden,” jelas beliau. Beliau menambah, abang keduanya iaitu Bill Foo yang juga pemilik restoran di London adalah orang yang bertanggungjawab menentukan rupa kafe di homestay berkenaan termasuk menu makanan dan minuman, persembahan serta susun atur dapur. “Manakala adik bongsu kami, Yean, adalah seorang artis dan jurugambar amatur di Bangkok. Dinding-dinding di sini dihiasi dengan hasil kerja seni beliau,” katanya.
PENGALAMAN BERGUNA
Ditanya dari mana datangnya inspirasi membina Santuary Garden, Foo berkata ia lahir daripada pengalamannya bekerja sebagai kontraktor yang sering berulang alik ke luar negara. “Dari situlah saya menggabungkan pengalaman dan pengetahuan daripada semua projek dan rakan-rakan untuk membina hotel sendiri. “Namun, pada 2007 semasa saya ke Poland, saya tertarik dengan konsep keluarga yang ditawarkan di hotel penginapan saya. Dan saya terfikir, kenapa saya tak buat seperti itu,” kata Foo yang memiliki syarikat kejuruteraan di China. Mengulas lanjut, katanya, beliau secara serius memulakan projek membina Sanctuary Garden pada 2011, namun faktor kerja menyebabkan ia hanya berjaya disiapkan baru-baru ini. “Sepanjang tiga minggu pertama ianya penuh. Mungkin kerana Sukma dan pendaftaran pelajar universiti di sini. “Saya rasa kami membukanya tepat pada masanya namun biarlah masa yang menentukannya (bagaimana perjalanan perniagaan ini)”, katanya. – BERNAMA

UMNO Johor Lantik Shahrir Samad Pengerusi Institut Pemikir
JOHOR BAHRU – UMNO Johor melantik Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai pengerusi sebuah institut penyelidikan dan pemikir yang berperanan menjalankan kajian berhubung isu semasa berkaitan politik.
Pelantikan itu diumumkan Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika berucap menutup Konvensyen UMNO Johor 2014, di sini tadi.
Mohamed Khaled berkata, institut yang dimiliki penuh UMNO Johor itu masih mempunyai nama khas, namun akan digerakkan serta-merta untuk menjalankan kajian, mengumpul maklumat isu semasa dan merencanakan usaha pembangunan negeri. – BH Online
TOP
Azmin Enggan Ulas Isu Dapatkan Semula RM2.5 Juta
BANGI – Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali enggan mengulas mengenai dakwaan bahawa kerajaan negeri akan mendapatkan semula wang berjumlah RM2.5 juta yang didakwa diberikan kepada tujuh pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini.
“Biar saya dapatkan butirannya terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Menteri Besar Incorporated (MBI) diarahkan untuk mengembalikan semula wang tersebut.
Pada Jumaat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dari PKR membangkitkan perkara itu menerusi tulisannya di Twitter dengan mendakwa kerajaan negeri tersebut dalam proses mendapatkan semula wang berkenaan.
“Kerajaan Selangor mengarahkan MBI untuk mendapatkan semula RM2.5 juta yang diberikan kepada bekas pembantu TSKI,” tulis Dr Xavier di laman Twitternya.
Malah, Dr Xavier turut memberitahu sebuah portal berita pada Jumaat bahawa beliau menerima maklumat berkenaan daripada seorang ahli Exco Selangor yang kononnya ditugaskan untuk mendapatkan semula wang tersebut. - mStar Online
TOP
Cerita Murid Kristian Dipaksa Bertudung, Sertai Nasyid Tak Tepat
Sebelum ini Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menimbulkan dakwaan terdapat pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang memaksa penduduk peribumi di Pahang menganut Islam.
Tup tup hari ini timbul cerita baru lebih kurang serupa yang sebenarnya, kurang molek dan bahaya disebarkan di negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia jika ia tidak tepat.
Menurut portal The Malaysian Insider, satu sumber didakwa mendedahkan kegiatan menyuntik nilai-nilai Islam terhadap seorang murid Kristian. Dakwaan itu menyebut, murid berusia 12 tahun tersebut diarahkan untuk mengenakan tudung dan menyertai aktiviti kumpulan nasyid.
Bukan sekadar itu, mangsa juga kononnya dipaksa menyertai rakan-rakan Islam menunaikan solat dalam satu penganjuran kem, baru-baru ini.
“Semua ini berlaku tanpa pengetahuan dan kebenaran ibu bapanya,” dakwa sumber rapat dengan sekolah tersebut.
Katanya, apabila isu tersebut dibangkitkan, pihak berkuasa sekolah cuba merahsiakan perkara itu dengan berpesan kepada guru dan pelajar agar tidak menghebahkannya.
Bagaimanapun bercanggah dengan cerita daripada sumber yang dikatakan rapat dengan sekolah ini, guru besar sekolah berkenaan, Yunus Ismail berkata, murid tersebut tidak pernah dipaksa untuk memakai tudung hatta menyertai aktiviti nasyid seperti disebarkan.
“Saya sudah tanya murid itu mengenainya. Dia tidak dipaksa guru-gurunya. Dia memakai tudung secara sukarela. Kami juga tidak memaksa murid bukan Islam menyertai program nasyid itu.”
Tambah beliau lagi, isu tersebut telah diselesaikan dua minggu lalu dan mengklasifikasikannya sebagai isu terpencil.
Ulasnya lagi, beliau sudah menemui kedua ibu bapa murid berkenaan dan isu tersebut berjaya diselesaikan dengan baik. Yunus juga membuat konklusi bahawa kisah ini disebarkan beberapa guru akibat tidak berpuas hati.
Senada dengan kenyataan dikeluarkan Yunus, ibu kepada murid berkenaan juga mengharapkan agar isu ini tidak dipanjangkan.
Melihat dari satu sudut, isu seperti ini boleh menimbulkan rasa kurang senang setiap individu dalam komuniti Malaysia yang berbilang kaum juga agama. Bukan menuding jari kepada sesiapa, namun isu seperti ini sepatutnya dicegah keras daripada disebar sewenang-wenangnya tanpa fakta tepat kerana ia boleh menimbulkan prejudis dalam kalangan masyarakat berbilang kaum . – MYNEWSHUB.CC

Pengasingan Sisa Di Punca Secara Mandatori Mulai Sept 2015
SERDANG – Kerajaan akan melaksanakan pengasingan sisa di punca secara mandatori berperingkat mulai September tahun depan, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau berkata, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) merangka peraturan dan garis panduan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai kaedah pelaksanaannya agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Katanya, pelaksanaan peraturan baharu ini digubal mengikut klausa perundangan dalam Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
“Secara umumnya, proses pengasingan sisa di punca membabitkan pengasingan sisa pepejal isi rumah mengikut komposisi sisa iaitu plastik, kertas, kadbod, kaca, logam, sisa makanan, sisa pukal dan sisa kebun.
“Kutipan sisa yang diasingkan akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh syarikat konsesi yang dilantik. Ini akan dilaksanakan berdasarkan konsep kutipan 2+1,” katanya pada majlis sambutan Hari Kitar Semula 2014 tema ‘Kitar Semula Tanggungjawab Semua”, di Taman Tasik Seri Serdang, di sini, hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Arpah Abdul Razak.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Datuk Ab Rahim Md Noor dan Ketua Pengarah Sisa Pepejal Negara, Mohd Rosli Abdullah.
Abdul Rahman berkata, pelaksanaan kutipan 2+1 dijalankan sepenuhnya di negeri-negeri yang menerima pakai Akta 672 iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah bermula September tahun ini.
Beliau berkata, kerajaan akan memastikan fasiliti pengurusan sisa pepejal ditambah baik dan pengoperasian pusat-pusat 3R (mengurangkan, menggunakan semula dan mengitar semula) peringkat komuniti digerakkan.
“Kejayaan program ini juga bergantung kepada kesediaan rakyat dan kefahaman rakyat terhadap kepentingan Program Pengasingan Sisa di Punca,” katanya sambil menambah bahawa JPSPN akan melaksanakan kempen hebahan, kempen kesedaran dan program pendidikan di segenap lapisan masyarakat bagi memaksimumkan kejayaan program dan meminimumkan keresahan rakyat.
Statistik terkini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 33,000 tan sisa pepejal setahun dan daripada jumlah itu hanya 10.5 peratus sahaja dikitar semula untuk menjadi produk lain yang mempunyai nilai tambah.
Abdul Rahman berkata, pelaksanaan peraturan baharu ini adalah sebahagian usaha kerajaan untuk mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan sisa yang ketika ini semakin meruncing.
“Peningkatan jumlah sisa secara mendadak menyebabkan tapak pelupusan sedia ada semakin kehabisan ruang dan persaingan guna tanah bagi membina tapak pelupusan baharu memerlukan kita memberi perhatian serius terhadap pengasingan sisa di punca ini,” katanya.
Abdul Rahman yakin Malaysia akan berjaya mencapai sasaran pencapaian kadar kitar semula sebanyak 22 peratus menjelang tahun 2020.
Beliau berkata, aktiviti 3R dan pengasingan sisa di punca dikenal pasti sebagai satu daripada langkah paling berkesan bagi mengurangkan jumlah penjanaan dan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan.
“Sebagai sebuah negara yang sedang bergerak ke arah status negara maju menjelang 2020, Malaysia harus meningkatkan aktiviti 3R dan kadar kitar semula di peringkat kebangsaan.
“Dengan pelaksanaan hebahan kempen kesedaran dan pendidikan awam, saya yakin Malaysia akan berjaya mencapai sasaran kadar kitar semula sebanyak 22 peratus. Dengan komitmen yang ditunjukkan rakyat Malaysia, pencapaian kita mungkin akan lebih baik lagi,” katanya.
Beliau berkata, kementerian akan memastikan kadar kitar semula meningkat dua peratus setiap tahun, sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi kementerian. – BERNAMA
TOP
KKMM Akan Pastikan Menara Komunikasi Berfungsi Betika Banjir
KEMAMAN – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan memastikan semua menara komunikasi berfungsi sepenuhnya walaupun di kawasan yang ditenggelami air ketika musim banjir, kata Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata, beberapa menara komunikasi yang ditenggelami air ketika banjir tahun lalu khasnya di kawasan Kemaman telahpun dinaik taraf dengan beberapa kerja pengubahsuaian pada stesen janakuasa menara agar berada pada kedudukan lebih tinggi dan tidak tenggelam jika banjir.
“Beberapa tapak stesen janakuasa menara komunikasi telah kita alihkan ke kedudukan lebih tinggi dan kita yakin menara yang berada di kawasan banjir akan terus beroperasi walaupun telah terputus bekalan elektrik,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Pingat Jasa Malaysia di Awana Kijal di sini, hari ini.
Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, berdasarkan kepada pengalaman banjir tahun lalu, KKMM yakin kali ini masalah terputus liputan komunikasi tidak akan berlaku sekiranya banjir melanda Pantai Timur khasnya di kawasan rendah seperti Kemaman.
Menurutnya, Majlis Daerah Kemaman telahpun mengadakan beberapa mesyuarat berhubung persiapan agensi-agensi berkaitan dalam menghadapi musim tengkujuh kali ini.
Sementara itu, Ahmad Shabery berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan beberapa persatuan radio amatur di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membantu dari segi perkongsian maklumat di kawasan-kawasan terjejas banjir.
Katanya, ada sesetengah kawasan yang tidak mendapat liputan siaran komunikasi biasa, namun boleh dihubungi menggunakan radio amatur.
“Pihak KKMM dengan kerjasama Jabatan Meteorologi juga akan menggunakan beberapa kod warna untuk menerangkan keadaan taburan hujan pada satu-satu masa dan ia telahpun disebarkan melalui media internet,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Daerah Kemaman, Datuk Mustafar Khalid berkata ketika ini semua 24 pangkalan hadapan dan 75 pusat pemindahan banjir telahpun dibekalkan dengan barang keperluan seperti makanan dan pakaian sebagai persiapan menghadapi banjir.
“Semua pusat pemindahan banjir kita sediakan dengan makanan sejak 10 Nov lepas dan bekalan itu cukup untuk menampung kira-kira 50 ke 200 keluarga untuk tempoh seminggu,” katanya. – BERNAMA
TOP
Lebih 8,000 Sertai Skim ARWS Di Luar Bandar Sabah
SOOK – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menganggarkan 8,670 pengguna kurang berkemampuan luar bandar di seluruh Sabah layak menyertai Skim Bayaran Ansuran Pemasangan Pendawaian Elektrik (ARWS) untuk rumah mereka.
Pengurus Besar Kanan (Pembangunan Aset) SESB, Abdul Nasser Abdul Wahid, berkata projek yang masuk fasa kedua dengan peruntukan RM4.4 juta dilaksanakan berikutan sambutan menggalakkan daripada pengguna dalam fasa pertama pada April 2011. Fasa kedua dilancarkan pada 1 Mei tahun ini sehingga 30 April 2016.
Beliau berkata, kos bayaran balik yang perlu dijelaskan secara ansuran bulanan selama 36 bulan adalah RM14.20 untuk enam bulan pertama dan selebihnya hanya sebanyak RM14.16 sahaja.
“Caj bayaran keseluruhan sebanyak RM510.00 yang dikenakan juga adalah di bawah harga pasaran biasa yang membabitkan pemasangan dua point lampu dan satu soket di dalam rumah,” katanya di dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Abdul Nasser berkata, pengguna yang berminat untuk menyertai skim itu boleh mendapatkan borang permohonan daripada pejabat daerah yang berdekatan dan permohonan yang lengkap akan dimajukan semula kepada SESB untuk tindakan.
Beliau berkata, menerusi skim itu, pengguna yang tidak berkemampuan tidak lagi perlu menunggu lama untuk mendapatkan bekalan elektrik.
“Ini kerana penyambungan akan dibuat dalam masa dua hari bekerja selepas pembayaran sekuriti deposit dibuat dan surat perjanjian bekalan ditandatangani oleh pemohon,” katanya.
Abdul Nasser berharap skim berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu akan membolehkan masyarakat yang tidak berkemampuan menikmati dan seterusnya memenuhi keperluan aktiviti berkaitan elektrik. – BERNAMA
TOP
Ambiga Tidak Dibenarkan Memasuki Sabah
PETALING JAYA – Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dilarang daripada memasuki Sabah.
Beliau dalam rancangan untuk berkunjung ke negeri itu pada 25 November ini sempena program gerakan Negara-ku yang menyaksikannya sebagai penaung.
Namun, Ambiga menerima sepucuk surat daripada Jabatan Imigresen Sabah sekembalinya ke Malaysia dari Hong Kong pada Jumaat lalu yang memaklumkannya tidak dibenarkan memasuki negeri itu.
Surat tersebut merupakan maklum balas kepada surat yang ditulis Ambiga kepada jabatan tersebut pada Selasa yang memaklumkan niatnya untuk berkunjung ke negeri itu.
Pengerusi Bersih 2.0 itu memberitahu sebuah portal berita bahawa dia hanya menulis surat tersebut untuk tujuan formal di samping mengesahkan tiada sekatan terhadap dirinya untuk memasuki Sabah.
“Mereka membalas surat saya dan menolak permohonan tersebut walaupun saya tidak memohon kebenaran untuk memasuki Sabah,” katanya seperti dipetik dalam portal tersebut.
Usaha untuk mendapatkan komen Ambiga pada Sabtu tidak berhasil apabila panggilan dan mesej tidak dijawab. - mStar Online
TOP
Gempa Kuat Berlaku Di Laut Maluku Utara
KUALA LUMPUR – Gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter berlaku di Laut Maluku Utara pada pukul 10.31 pagi Sabtu.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata pusat gempa ialah 160 kilometer ke barat laut Ternate, Indonesia dan 98 kilomter dari tenggara Semporna, Sabah.
Gempa tidak mendatangkan ancaman tsunami. – BERNAMA
TOP
KDN Kaji Operasi 24 Jam Pos Imigresen Sempadan M’sia-Brunei
LIMBANG – Kementerian Dalam Negeri mengkaji kemungkinan memanjangkan masa operasi pos kawalan Jabatan Imigresen di sempadan Malaysia-Brunei kepada 24 jam sehari, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata Jabatan Imigresen telah diarahkan untuk membuat laporan mengenai cadangan itu untuk diserahkan kepadanya dalam tempoh dua minggu.
“Setelah laporan siap, ia akan dikemukakan pada kerajaan pusat untuk kelulusan,” katanya kepada pemberita selepas melawat pos sempadan Tedungan di sini Sabtu.
Kini waktu operasi pos kawalan Jabatan Imigresen di sempadan kedua-dua negara adalah mulai pukul 6 pagi hingga 10 malam, namun dibuka untuk kes kecemasan seperti penghantaran pesakit dan jenazah sekiranya pihak terbabit memaklumkan kepada pegawai yang bertugas.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr wan Junaidi berkata, kerajaan akan menambah baik infrastruktur kawasan sempadan Malaysia-Brunei yang kini menjadi semakin penting berikutan peningkatan jumlah keseluruhan pengunjung keluar dan masuk yang kini direkodkan lebih 5 juta setiap tahun. – BERNAMA
TOP
Kanak-Kanak Lemas Bot Laju Terbalik Di Kuala Berang
KUALA BERANG – Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun lemas selepas bot laju dinaiki terbalik di Sungai Lawit di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Mohd Daniel Rosapawi, yang menaiki bot berkenaan bersama bapa saudara dan tiga sepupunya ditemui lemas selepas kira-kira 15 minit bot berkenaan terbalik.
Nenek mangsa, Che Samariah Omar, 59, berkata dia bersama mangsa dan hampir 40 ahli keluarga lain menaiki dua rumah bot, sebelum berlabuh di Sungai Lawit kira-kira jam 6 petang semalam.
Katanya, kira-kira jam 10 pagi tadi, mangsa bersama bapa saudara dan tiga sepupu mahu mandi manda, sebelum menaiki bot laju untuk ke lokasi sesuai.
“Bagaimanapun, selepas kira-kira 50 meter meninggalkan rumah bot, bot laju berkenaan tiba-tiba terbalik menyebabkan semua mereka tercampak ke dalam air.
“Tidak lama kemudian, semua mereka yang memakai jaket keselamatan menemui Mohd Daniel sudah tidak bernyawa tidak jauh dari tempat kejadian,” katanya pilu. - BH Online
TOP
Najib Janji Hasil Industri Minyak & Gas Sabah Akan Ditambah
KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa hasil yang bakal diperoleh rakyat Sabah daripada industri minyak dan gas di negeri ini akan terus meningkat pada masa akan datang.
Najib berkata pada masa ini, selain royalti minyak lima peratus, Sabah juga telah diberi kepentingan 10 peratus dalam Petronas LNG Train 9 Sdn Bhd, di Bintulu, Sarawak, yang akan memberi hasil tambahan kepada Sabah dan rakyatnya.
“Sebab itu saya kata, kita boleh minta tetapi kita rundingkan perkara ini, dan kita ada formula supaya Sabah dapat terima lebih daripada hasil minyak dan gas. Perkara ini telah diperjelaskan oleh (Ketua Menteri Sabah) Datuk Musa Aman,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) di sini Sabtu.
Menurut Najib walaupun permintaan untuk menambah peratus royalti daripada lima peratus sekarang kepada Sabah belum tertunai, namun pemberian kepentingan dalam projek Petronas di Bintulu itu sudah memenuhi matlamat meningkatkan hasil untuk Sabah daripada sumber minyak dan gas walaupun menerusi cara yang berbeza.
Katanya sebagai Perdana Menteri dan Menteri yang bertanggungjawab terhadap Petronas, beliau akan memastikan Sabah mendapat hasil yang lebih daripada sumber minyak dan gas yang dikeluarkan dari negeri berkenaan.
Najib berkata keputusan kerajaan pusat memberi kepentingan kepada Sabah dalam projek LNG Petronas di Bintulu itu membuktikan wujudnya semangat muafakat dan prinsip setia kawan yang diamalkan antara kerajaan persekutuan dan negeri serta dalam kalangan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).
Menurut Najib apa pun permasalahan dan cabaran yang dihadapi, akan dapat diatasi dengan syarat wujud permuafakatan dan prinsip setia kawan kerana menyelesaikan sebarang permasalahan secara bermuafakat lebih mudah berbanding secara bersendirian.
Bagaimanapun kata Najib, apa pun tindakan yang ingin diambil perlulah berlandaskan Perlembagaan Negara dan atas prinsip persekutuan kerana negara Malaysia dibentuk atas prinsip berkenaan.
Katanya kerajaan persekutuan mempunyai bidang kuasanya sendiri dan demikianlah juga dengan kerajaan negeri, dan untuk memastikan matlamat bersama dapat dicapai, ia perlu melalui perundingan dan saling hormati-menghormati atas bidang kuasa masing-masing.
Menurut Najib keputusan kerajaan pusat menubuhkan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu kehadiran pendatang tanpa izin di Sabah juga merupakan hasil permuafakatan dalam kalangan parti-parti komponen BN di Sabah.
Katanya Upko memulakan usul berkenaan, disusuli Parti Bersatu Sabah dan dipersetujui Umno Negeri Sabah, yang akhirnya membawa kepada penubuhan suruhanjaya berkenaan walaupun mengambil sedikit masa.
Mengenai isu tanah di Sabah, kerajaan persekutuan sebelum ini telah memberi peruntukan berjuta-juta ringgit melalui kerajaan negeri bagi meringankan beban kerajaan negeri untuk menjalankan kerja-kerja menyukat tanah untuk diberikan kepada anak negeri Sabah.
Katanya kerajaan sedia memberi pertimbangan untuk memberi peruntukan seterusnya bagi tujuan berkenaan demi kepentingan rakyat Sabah. – BERNAMA
TOP
Penghadang Jalan Boleh Kurangkan Jenayah Ragut
KUALA LUMPUR – Pendekatan bersepadu, termasuk pembinaan lebih banyak penghadang antara jalan raya dan laluan pejalan kaki, perlu dilaksanakan kerajaan untuk menangani jenayah ragut.
Anggota Majlis Sosial Negara Tan Sri Lee Lam Thye dalam kenyataan hari ini berkata langkah itu akan menyukarkan penjenayah berkenderaan meragut barang kepunyaan pejalan kaki.
Di samping itu, kata Lee, yang juga Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), hukuman lebih berat terhadap peragut juga perlu diperkenalkan sebagai langkah pencegahan. – BERNAMA
TOP
Kerajaan Bersedia Tambah Prasarana Di RTC Kelantan
KOTA BAHARU – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersedia menaik taraf prasarana di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong di sini bagi melonjakkan lagi prestasi perkhidmatannya.
Timbalan Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata RTC Kelantan yang dibuka secara rasmi pada 2012 adalah paling berjaya dan menjadi contoh kepada RTC di negeri lain.
“Kerajaan akan melihat prasarana yang perlu penambahbaikan itu dan menyediakan peruntukan yang diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas melawat RTC berkenaan di sini, hari ini.
Mengikut rekod Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) yang menguruskan RTC itu, nilai jualan yang dicapai sejak Januari hingga September lalu ialah RM240 juta.
Pada tahun lepas, nilai jualan RTC itu ialah RM215 juta dan pada tahun ini Fama menyasarkan sebanyak RM270 juta.
RTC tersebut terletak di kawasan seluas 20.8 hektar di Tunjong di sini, mempunyai 643 peniaga yang menyediakan pelbagai barangan keperluan harian yang berkualiti pada harga berpatutan kepada pengunjung.
Turut disediakan perkhidmatan daripada agensi kerajaan seperti Fama, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, TEKUN Nasional, Agrobank, Bank Simpanan Nasional (BSN), Kiosk Informasi 1 Malaysia, Pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Klinik Bergerak 1 Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, dan klinik gigi bergerak. – BERNAMA
TOP
Melta Saran Kaji Semula Kaedah Pengajaran B. Inggeris
KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran supaya mengkaji semula kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris jika mahu melihat peningkatan tahap penguasaan bahasa itu dalam kalangan pelajar sekolah.
Presiden Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia (Melta), Prof Madya Dr S. Ganakumaran berkata kaedah P&P bahasa Inggeris kini masih menggunakan teknik lama sedangkan persekitaran luaran sudah berubah.
Beliau berkata berkata kaedah P&P sekarang lebih mementingkan aspek peperiksaan semata-mata berbanding aspek ‘kompetensi fungsi’ iaitu penguasaan bahasa untuk menyempurnakan aspek komunikasi.
“Kita tidak memikirkan apa penguasaan dan kebolehan pengunaan bahasa itu oleh pelajar. Misalnya apa yang mereka boleh lakukan, bolehkah mereka bercerita dalam bahasa Inggeris atau bolehkah mereka berada dalam satu perbualan formal bahasa Inggeris,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sistem pembelajaran bahasa Inggeris kini lebih mementingkan keputusan peperiksaan dan guru hanya mengajar untuk pelajar mereka lulus peperiksaan dengan lebih memfokus kepada aspek soalan dan teknik menjawab peperiksaan dan bukan kepada kompetensi fungsi.
Ganakumaran yang juga anggota Majlis Penarafan Kualiti dan Standard Bahasa Inggeris Malaysia berkata kerajaan perlu segera mengatasi P&P bahasa Inggeris memandangkan tahap pengusaan bahasa itu yang masih lemah dalam kalangan pelajar walaupun sudah mengikuti subjek berkenaan sejak Tahun 1.
“Oleh itu aspek seperti latihan perguruan, buku teks, cara menggubal soalan peperiksaan dan kaedah peperiksaan perlu dilihat semula,” katanya.
Pada masa yang sama beliau meminta masyarakat agar mengubah persepsi bahawa bahasa Melayu akan dipinggirkan sekiranya bahasa Inggeris diberi perhatian dalam aspek pendidikan dan pekerjaan di negara ini.
“Isunya jangan kita bandingkan atau lagakan bahasa. Selagi kita lagakan bahasa, inilah yang akan terjadi. Kita ketengahkan bahasa Melayu, orang bisnes atau industri kata graduan tidak boleh bertutur Inggeris. Bila kita ketengahkan bahasa Inggeris, orang sastera pula kata jangan pinggirkan bahasa Melayu,” katanya.
Sebaliknya beliau berkata tenaga pengajar kedua-dua bahasa perlu berkongsi strategi pengajaran dan metodologi untuk menaikkan martabat kedua-dua bahasa itu.
“Apa yang berlaku kini ialah mereka bekerja secara berasingan. Tiada perbincangan dalam pengajaran bahasa. Jadi kita kena adakan perubahan minda untuk melihat tahap peningkatan bahasa,” katanya. – BERNAMA
TOP
Kertas Putih Mengenai Ancaman Is Akan Dibentang Di Parlimen
MELAKA – Satu kertas putih mengenai ancaman kumpulan militan yang digelar IS akan dibentang di Parlimen dalam masa terdekat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata langkah itu merupakan pendekatan proaktif kerajaan dalam membanteras penularan IS di negara ini selain memastikan pihak keselamatan mempunyai segala apa yang diperlukan untuk mempertahankan keselamatan negara.
Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membentangkan kertas putih itu yang dihasilkan melalui kerjasama pelbagai pihak seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan agensi risikan negara.
“Ini (ancaman IS) bukan satu perkara yang belum kita lalui sebelum ini tapi ancamannya baharu…players, actorsnya baharu dan mereka menggunakan media sosial selain mempunyai banyak sumber kewangan,” katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.
Terdahulu, Hishammuddin dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Wira dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Hari Jadi Ke-76 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.
Hishammuddin berkata kumpulan militan IS juga melihat sesiapa sahaja yang tidak bersama mereka sebagai musuh dan sehubungan itu kerajaan perlu memikirkan cara bagaimana hendak berdepan dengan kumpulan itu yang dilihat cukup kompleks.
“Saya ingin maklumkan kepada orang ramai bahawa ancaman IS ini merupakan sesuatu yang kita bukan boleh ambil mudah, kebelakangan ini saya telah berbincang dengan ramai pemimpin antarabangsa dan serantau bagi menangani ancaman ini,” katanya.
Dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron itu, Gabenor Acheh Dr H. Zaini Abdullah menerima DGSM (Kehormat) membawa gelaran Datuk Wira, manakala lima penerima dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.
Mereka ialah Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal; Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Tan Sri Mohd Shukor Mahfar; Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim; Setiausaha Kerja Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah Melaka Datuk Ab Rauf Yusof dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka Datuk R.Ragavan.
Sebanyak 11 penerima pula dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’ termasuk Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Abd Halim Aman; Mufti Kerajaan Negeri Melaka Dr Mohd Mohadis Yasin; Ketua Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin; Ketua Pengarah Keselamatan Malaysia Datuk Aloyah Mamat dan Ketua Pengarah Perikanan Datuk Ismail Abu Hassan.
Sementara itu, 78 orang pula menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang juga membawa gelaran ‘Datuk’ antaranya Pengarah Kastam Melaka Datuk Saadon Mohd Dros dan Pengarah Hospital Melaka Dr Za’aba Baba manakala 26 orang menerima Darjah Seri Melaka (DSM).
Sebanyak 56 menerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM), 89 menerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 137 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 80 menerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM) dan 17 menerima Pingat Khidmat Lama (PKL). – BERNAMA
TOP
YDPA Sempurnakan Istiadat Pertukaran Panji RAMD
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan menyempurnakan istiadat Pertukaran Panji-panji Rejimen Batalion Kesebelas dan Kelima Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kem Sungai Besi, di sini.
Baginda yang juga Kolonel Yang Dipertua RAMD turut bertitah meminta agar kedua-dua batalion mengotakan ikrar yang dilafazkan pada hari ini agar negara tetap terpelihara daripada sebarang ancaman musuh.
“Beta juga amat berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kedua-dua batalion dalam melaksanakan amanah yang diberi oleh rakyat jelata.
“Justeru, beta menaruh sepenuh kepercayaan bahawa kedua-dua batalion ini agar dapat terus mengekalkan keyakinan rakyat,” titah baginda selepas acara Perbarisan Mara Menghadap di sini, Sabtu.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
Baginda juga meminta seluruh anggota pasukan tentera itu menyanjung penghargaan dan keyakinan yang diberikan oleh rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara yang berdaulat.
Terdahulu, baginda berkenan memeriksa perbarisan kehormatan kedua-dua batalion yang keseluruhannya terdiri daripada 38 pegawai dan 608 anggota diketuai Pegawai Memerintah 11 RAMD, Lt Kol Mohd Kamil Abdul Latif dan Pegawai Memerintah 15 RAMD, Lt Kol Mat Noh Ngadiman.
Perbarisan kali ini merupakan pertukaran panji-panji rejimen kali kedua diadakan secara serentak selepas pertukaran panji-panji rejimen Batalion Pertama dan Batalion Kelapan pada tahun 2010.
Turut hadir Pengerusi RAMD Lt Jeneral Datuk Sri Zulkiple Kassim. – BERNAMA
TOP
Akta Hasutan Perlu Ditambah Baik Jamin Perpaduan Nasional
KUALA LUMPUR – Pertubuhan bukan kerajaan, Majlis Perundingan Melayu (MPM), hari ini menggesa kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan ditambah baik kerana undang-undang itu perlu bagi sebuah negara majmuk.
Pengerusi Biro Perlembagaan MPM Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata akta itu memang relevan bagi menjaga keselamatan negara ini yang berlatarbelakangkan kehidupan berbilang kaum, agama dan adat resam masyarakat.
Katanya, akta itu juga perlu diperkukuhkan bagi menjamin keharmonian, perpaduan dan ketenteraman nasional.
Beliau berkata, ketiadaan Akta Hasutan seperti yang dicadangkan oleh beberapa pihak akan mengakibatkan golongan tertentu mencerca perkara-perkara sensitif membabitkan keamanan negara.
“Isu-isu seperti isu mengasingkan Sabah dan Sarawak daripada Semenanjung Malaysia atau mencerca dan mencela agama sudah pasti akan pecah-belah sebuah negara yang aman dan harmoni,” katanya dalam sidang media mengenai Akta Hasutan di sini Sabtu.
Abdul Aziz berkata Akta Hasutan mempunyai ruang untuk ditambah baik atau diperkukuhkan jika perlu untuk disesuaikan mengikut peredaran zaman berdasarkan perkara-perkara sensitif.
Kerajaan sebelum ini bercadang untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikan ia dengan akta baharu yang dikenali Akta Keharmonian Nasional. Tambah Abdul Aziz, Akta Hasutan tidak boleh dimansuhkan kerana keamanan dan kestabilan dalam negara boleh tergugat serta beberapa perkara sensitif melibatkan institusi Diraja, hak dan keistimewaan Bumiputera serta kebebasan bersuara boleh tercabar.
Mengimbas kembali sejarah kewujudan Akta Hasutan 1948, beliau berkata selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969, Parlimen telah meluluskan akta itu dan pindaan telah dilaksanakan dengan empat perkara sensitif seperti dicatat dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh disentuh oleh mana-mana pihak.
Empat perkara itu ialah kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera (Perkara 153), Kedudukan Raja-Raja Melayu (Perkara 181), Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan (Perkara 152) dan Hak-Hak Kewarganegaraan (Bahagian III), katanya.
“Persoalan isu-isu sensitif dianggap sebagai satu daripada punca rusuhan 13 Mei, 1969. Dengan itu diputuskan dilarang untuk mempersoalkan empat isu sensitif itu,” katanya. – BERNAMA
TOP
13,496 Sukarelawan Sertai Kospen Sehingga 10 Nov Lepas
SEMPORNA – Sejumlah 13,496 sukarelawan dilatih untuk menyertai program Komuniti Sihat, Perkasa Negara (KOSPEN) sejak ia mula dilaksanakan pada 2013 sehingga 10 Nov tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S Subramaniam.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sejumlah 9,333 orang terdiri daripada orang awam, 3,662 dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), dan 501 sukarelawan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Bilangan lokaliti KOSPEN di seluruh negara pula sebanyak 2,253 dan sehingga November tahun ini sebanyak 22,234 individu berumur 18 tahun ke atas telah disaring dalam program itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran KOSPEN peringkat negeri Sabah di Pulau Bum Bum, dekat sini Sabtu.
Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
KOSPEN mula dilaksanakan pada Julai 2013 dan merupakan inisiatif baharu melibatkan transformasi perkhidmatan kesihatan awam yang bertujuan meningkatkan mutu kesihatan rakyat di seluruh Malaysia.
Sukarelawan yang telah dilatih oleh KKM berperanan utama dalam menyampaikan serta melaksanakan aktiviti KOPSEN di lokaliti yang mengambil bahagian.
Mengulas lanjut, Subramaniam berkata kementeriannya menyasarkan sejumlah 10,000 lokaliti KOPSEN dibentuk menjelang tahun 2016 dengan penglibatan 50,000 sukarelawan terlatih.
“Kami berharap KOPSEN juga dapat memberi manfaat kepada masyarakat di mana kami sasarkan 1.5 juta individu dapat disaring dalam tempoh berkenaan,” katanya.
Beliau berkata untuk memastikan objektif dan matlamat KOPSEN dapat dicapai, pihaknya menjalin kerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk melaksanakan program itu dan nota persefahaman ditandatangani pada Februari lepas.
Sementara itu ketika berucap, Mohd Shafie, yang juga Anggota Parlimen Semporna, sekali lagi meminta kerajaan pusat mempercepatkan pembinaan jambatan dari pekan Semporna ke Pulau Bum Bum yang sangat diperlukan kira-kira 40,000 penduduk di sini.
Projek jambatan ke Pulau Bum Bum itu diluluskan pada 2012 dengan peruntukan RM25 juta untuk pembinaan awal.
Beliau turut meluluskan peruntukan RM300,000 untuk membaik pulih dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Bum Bum. – BERNAMA
TOP
Piala AFF Suzuki: Khairy Yakin Kemampuan Dollah
KUANTAN – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau yakin dengan keupayaan yang dimiliki jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh dalam membawa pasukan itu pada saingan Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura, bermula 23 Nov depan.
Katanya mana-mana pihak tidak sepatutnya meragui apa sahaja keputusan yang diambil oleh jurulatih tersebut terutamanya dari segi pemilihan pemain yang akan beraksi pada perlawanan itu nanti.
“Saya tak nak komen lebih, saya yakin jurulatih Dollah Salleh tahu apa yang dia perlu buat, jadi kita tidak perlu komen lebih-lebih…biar dia buat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fit Malaysia Pahang di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 di sini hari ini.
Beliau berharap Dollah dan anak buahnya akan memberikan persembahan terbaik pada setiap perlawanan dalam kejohanan itu nanti.
Malaysia yang diundi dalam kumpulan B akan memulakan kempen kejohanan dengan berdepan Myanmar pada 23 Nov diikuti Thailand pada 26 Nov. Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Skuad negara akan menamatkan aksi pusingan awal menentang Singapura di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub, pada 29 Nov ini.
Vietnam, yang menjadi tuan rumah bersama, akan mengetuai cabaran kumpulan A bersama tiga pasukan lain iaitu Filipina, Indonesia dan Laos.
Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke separuh akhir yang diadakan mengikut format timbal balik.
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata pihaknya kini memberikan tumpuan dan keutamaan kepada pendengaran kes doping jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berbanding perkara lain.
Beliau berkata isu lain seperti cadangan menyemak semula fungsi Institut Sukan Negara (ISN) bukan menjadi keutamaan beliau pada masa ini.
“Apa pun semakan yang perlu kita buat (terhadap ISN), kita akan memberi tumpuan selepas kes perbicaraan Lee Chong Wei selesai, itu yang menjadi keutamaan kita sekarang,” katanya.
Chong Wei kini digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang ‘dexamenthasone’ ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.
Perbicaraan kes doping Lee dijangka bermula awal bulan depan.- BERNAMA
TOP
Annuar Musa Mahu Pertahan Maruah Kelantan
KUALA LUMPUR – “Saya sedar saya bukan yang terbaik untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tetapi saya dipertanggungjawabkan kerana orang lain tidak mahu memikulnya”.
Itu reaksi Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sejurus beliau dilantik semula sebagai Presiden KAFA pada Kongres KAFA Ke-60 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan semalam.
Menurut Annuar, beliau dan barisan Exco KAFA yang lain tiada pilihan kerana maruah Kelantan dalam pentas bola sepak adalah segala-galanya bagi mereka.
“Kalau tidak kita siapa lagi,” tegasnya dalam kenyataan itu.
Annuar bagaimanapun mengakui KAFA sedang dibebani dengan kos gaji dan pengurusan yang mencecah puluhan juta ringgit untuk menyaingi pasukan bergelar juara.
Justeru, beliau berharap rakyat Kelantan bermuafakat dan bekerjasama untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Kelantan yang tercalar teruk musim ini. – mynewshub.cc
TOP
Pendaftaran GST Meningkat Kepada 144,286 Pada 15 Nov
KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat yang sudah mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mencecah 144,286 sehingga 15 Nov, 2014, peningkatan sebanyak 348 daripada hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Pendaftaran untuk GST kini melebihi sasaran kerajaan iaitu 140,000 syarikat menjelang akhir tahun.
Bagaimanapun, syarikat-syarikat yang masih belum mendaftar mempunyai masa sehingga 31 Dis, 2014 untuk berbuat demikian bagi struktur cukai baharu ini yang akan dilaksanakan pada 1 April, 2015. – BERNAMA
TOP
Johor Peruntuk RM150 Juta Lebar & Naik Taraf Jalan
NUSAJAYA – Sebanyak RM150 juta diperuntukkan kerajaan Johor bagi melaksanakan kerja menaik taraf dan melebarkan jalan-jalan kampung melalui Infra Desa Johor (IDJ) bermula Februari 2012 hingga Januari tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ir Hasni Mohammad.
“Dari tahun 2010 sehingga 2011, IDJ tiada melaksanakan kerja-kerja pelebaran dan menaik taraf jalan kerana skop kerja sedia ada adalah untuk menyelenggara sahaja,” katanya ketika menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PAS-Parit Yaani) pada Mesyuarat Kedua (Bajet 2015) bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke-13 di sini semalam.
Katanya, sehingga September lalu kemajuan kerja yang telah dilaksanakan adalah RM143 juta iaitu 95 peratus dibelanjakan melibatkan panjang inventori 1,100 kilometer.
“Dijangkakan sehingga Januari 2015, IDJ akan dapat menyiapkan kerja-kerja baik pulih dan menaik taraf sebanyak 1,121 kilometer.
“Daripada 1,121 kilometer ini, kerja-kerja pelebaran adalah sebanyak 514.11 kilometer iaitu 46 peratus daripada keseluruhan jalan yang dinaik taraf,” katanya.
Menjawab soalan Mohammad Taslim (PAS-Maharani) beliau berkata, kerja-kerja penurapan jalan di Dewan Undangan Negeri Maharani menggunakan peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) iaitu 11 batang jalan pada 2012, 12 batang jalan pada 2013 dan sembilan batang jalan (2014).
“Jalan Kampung Parit Samsu termasuk dalam senarai kerja-kerja telah dilaksanakan pada 2012 dan 2013. Jalan Kampung Parit Samsu ini telah beberapa kali dibaik pulih menerusi peruntukan Marris.
“Menurut rekod sejak 2012, jalan ini telah dibaik pulih sebanyak dua kali tetapi masih mengalami kerosakan sama dan berulang. Berdasarkan penyiasatan tapak secara visual…struktur tebing yang lemah menjadi punca utama kerosakan berlaku,” katanya. – BERNAMA
TOP
Elaun Guru Kafa Naik Dalam Masa Terdekat – Exco Pahang
KUANTAN – Permintaan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di negara ini agar dinaikkan elaun mereka tidak dipandang sepi, sebaliknya mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata perdana menteri telah mengatakan bahawa mereka yang berkhidmat dengan kerajaan perlu memperoleh pendapatan tidak kurang daripada RM800.
“Saya difahamkan perkara ini sedang diusahakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan kita perlu usaha sedikit sahaja lagi.
“Saya percaya dan yakin apa yang dihasratkan oleh guru Kafa akan menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat ini,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Ihtifal Kafa peringkat kebangsaan 2014 di Bukit Gambang City Resort dekat sini, sini malam tadi.
Beliau berkata kenaikan elaun tersebut dilihat sejajar dengan peranan Kafa yang penting dalam masyarakat Islam masa kini untuk mendidik anak bangsa menjadi seorang yang berakhlak dan berpekerti mulia.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata pelaksanaan program Kafa terbukti berkesan apabila bilangan murid yang boleh membaca dan menghafaz al-Quran selain memahami asas fardhu ain semakin meningkat.
Katanya, pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan terhadap Kafa turut menggalakkan lebih ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke program ini.
Menurutnya, apabila kerajaan memutuskan menjadikan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) sebagai syarat kemasukan ke sekolah menengah agama peringkat persekutuan, negeri dan sekolah berasrama penuh, ia telah meletakkan UPKK setaraf dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
“Justeru, Jakim akan memastikan pengurusan peperiksaan UPKK sentiasa dipertingkat dari semasa ke semasa di mana bagi tahun ini sahaja Jakim
memperuntukkan RM3 juta bagi kos percetakan soalan UPKK dan membayar para petugas,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, Awang Khalid Mat Ali. – BERNAMA
TOP
Skuasy Dunia: 2 Pemain Negara Mara Ke Pusingan Kedua
KUALA LUMPUR – Dua pemain negara, Ong Beng Hee dan Mohd Nafiizwan Adnan mara ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia Lelaki 2014 yang diadakan di Kompleks Tenis dan Skuasy Antarabangsa Khalifa di Doha, Qatar.
Pemain berpengalaman, Ong mencatat kemenangan mudah ke atas pemain dari pusingan kelayakan, Peter Creed dari Wales dengan 11-9, 11-4, 11-8 sekali gus memenangi perlawanan pembukaan, semalam.
Pemain berusia 34 tahun dari Pulau Pinang yang masih memburu gelaran juara di peringkat antarabangsa musim ini, akan menentang sama ada pemain pilihan kelapan Daryl Selby dari England atau pemain dari Afrika Selatan Stephen pada pusingan kedua, hari ini.
“Latihan di gelanggang membantu saya hari ini. Saya gembira dengan cara saya bermain, terutamanya dalam set pertama dan ketiga apabila saya berjaya bermain skuasy dengan gaya tersendiri,” kata Ong dipetik dari laman sesawang kejohanan www.worldsquashchamps.com.
Sementara itu, Mohd Nafiizwan menerima tentangan sengit dari pemain Mesir Mazen Hesham sebelum menang 13-11, 11-7, 9-11 dan 11-5, tetapi akan berdepan tugas berat menentang pilihan pertama, Gregory Gaultier dari Perancis pada pusingan kedua.
“Berdepan pemain seperti beliau (Hesham), anda tidak akan tahu bola akan ke mana, jadi anda perlu fokus dan berwaspada setiap masa, sesuatu yang saya tidak lakukan pada set ketiga… saya kalah 7-4.
“Jadi pada set keempat, saya bermain dengan penuh disiplin kerana setiap mata penting… saya pastikan beliau bekerja keras dan memberi tekanan kepada beliau,” kata Mohd Nafiizwan.
Gaultier yang juga pemain nombor dua dunia terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain dari pusingan kelayakan Andrew Wagih dari Mesir dalam pertandingan lima set 6-11, 9-11, 11-6, 11-7 dan 11-3 dalam 57 minit.
Naib johan Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2014 Ivan Yuen bagaimanapun tewas 5-11, 12-14 dan 5-11 kepada bekas juara dua kali, Ramy Ashour dari Mesir dalam perlawanan pusingan pertama yang lain.
Seorang lagi pemain negara, Muhd Asyraf Azan akan bertemu pemain nombor satu dunia, Mohamed Elshorbagy dalam perlawanan pembukaan.
Kejohanan edisi ke-36 itu menawarkan hadiah wang tunai AS$325,000 (RM1.087 juta). – BERNAMA
TOP
England Bangkit Benam Slovenia 3-1, Rooney Cipta Rekod
PENYERANG England dan Manchester United, Wayne Rooney ketika perlawanan Kelayakan Euro 2016 menentang Slovenia di Wembley. England menang 3-1. - Foto AFP
LONDON – Wayne Rooney meraikan kejayaannya bergelar pemain termuda England meraih 100 kaps menerusi jaringan pada perlawanan Kelayakan Euro 2016 di Wembley menentang Slovenia, awal pagi tadi. England merakamkan kemenangan 3-1 pada perlawanan itu dan sekalipun terlebih dulu ketinggalan, jaringan Rooney dan dua menerusi Danny Welbeck memastikan skuad bimbingan Roy Hodgson itu meraih tiga mata berharga. Gol buat Rooney menerusi penalti pula menyaksikan penyerang Manchester United itu menyamai jumlah 44 gol dimiliki legenda, Jimmy Greaves selaku pemain ketiga terbanyak menjaringkan gol buat England. “Ia hari yang baik akhirnya,” kata Rooney kepada ITV. “Kami menampilkan karektor dan ia akan menjadi sesuatu yang baik buat kami di dalam pasukan. Sejak Piala Dunia, kami tidak pernah merasainya.” Ketika ini, hanya Gary Lineker (48 gol) dan Bobby Charlton (49 gol) memiliki jumlah gol lebih berbanding Rooney dan pemain berusia 29 tahun itu dijangka menjadi pemain Inggeris pertama meledak lebih 50 gol buat England. Pada perlawanan terbabit, England nampak goyah pada babak pertama sebelum jaringan sendiri Jordan Henderson meletakkan Slovenia di depan pada minit ke-57. Gol itu pantas membangkitkan semangat England dan menyamakan kedudukan menerusi penalti Rooney, dua minit kemudian sebelum penyerang Arsenal, Welbeck meledak dua gol kemenangan pada minit ke-65 dan 72. “Ia benar-benar menyedarkan kami dan kami bangkit dan membuktikan betapa kuatnya kami,” kata Rooney. – Reuters

Orang Asli Khuatir Lojing Jadi Tempat Persembunyian Pati
GUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli khuatir tanah tinggi Lojing di sini, menjadi tempat persembunyian pendatang asing tanpa izin (Pati) selepas pihak berkuasa melancarkan operasi besar-besaran menahan Pati di Cameron Highlands, Pahang.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli Pos Sendrop, Rashid Akoh berkata adalah mudah bagi Pati untuk melarikan diri ke Lojing yang terletak di sempadan Cameron Highlands.
“Jika ada operasi menangkap Pati di Cameron Highlands sudah tentu mereka mudah menyusup masuk ke Lojing bagi mencari tempat perlindungan kerana ramai rakan senegara mereka bekerja di kebun sayur-sayuran di Lojing,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Orang Asli Pos Sendrop di sini, Sabtu.
Rashid berkata masyarakat Orang Asli yang tinggal di Lojing bimbang kehadiran Pati itu akan menimbulkan masalah keselamatan kepada mereka dan mahukan pihak berkuasa mengatasi perkara tersebut.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Galas, Ab Aziz Yusof mencadangkan kepada pihak berkuasa khususnya Jabatan Imigresen dan polis membuat operasi serentak di Cameron Highlands dan Lojing untuk menangkap Pati.
Katanya, ini kerana beliau menerima maklumat terdapat lebih 2,000 warga asing berada dalam kawasan kebun sayur di sekitar Lojing dan tidak pasti mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah atau sebaliknya. – BERNAMA
TOP
Hydra Mampu Cipta Nama Di Peringkat Antarabangsa
PETALING JAYA – Kumpulan Hydra menyifatkan penglibatan mereka yang masih baru dalam industri seni muzik tempatan bukan satu penghalang untuk terus mencipta nama di persada antarabangsa.
Vokalisnya, Sayed Sahlan Sayed Hamid atau Lan berkata, kumpulannya itu sudah 10 tahun berkecimpung dalam muzik underground dan kerana itu mereka sudah pun mempunyai peminat tersendiri termasuklah di luar negara.
“Dari dulu sampai sekarang, kami membuat persembahan di rata-rata tempat termasuklah di luar negara. Dan sekarang kami cuba melangkah ke arus perdana pula untuk lebih dikenali.
“Walaupun masih baru, kami yakin muzik kami mampu menarik minat semua pihak termasuklah masyarakat luar negara.
“Pada hujung tahun ini kami akan ke Bandung dan Surabaya, Indonesia bagi memenuhi undangan persembahan manakala pada tahun hadapan di Amerika Syarikat dan Jerman pula,” katanya kepada mStar Online.
Selain Lan, Hydra turut dianggotai pemain bass, Boy (Mohd Faizul Azril Isa), drum, I-Zad (Ahmad Aizad Mohamed Fauzi), keyboard, Jezz (Kamas Jezzriq Eddie Kismilardy) dan gitar utama, G-Beng (Mohd Fadzil Abdul Wahab).
Sementara itu, Hydra turut mempertaruhkan album sulung mereka berjudul Sinergi sebagai langkah pertama mereka di dalam dunia hiburan arus perdana.
Sinergi yang kini sudah pun berada di pasaran memuatkan sebanyak lima buah lagu termasuklah Hujung Mentari (lagu runut bunyi filem Dampak), Damai, Pergilah, Precious Queen dan Waris.
Boy berkata, lagu-lagu tersebut telah dihasilkan dalam tempoh masa enam bulan dengan memberi fokus terhadap susunan muzik yang berkonsepkan rock.
“Setiap karya yang dihasilkan mempunyai nilai tersendiri, tidak seperti lagu saduran yang sering kami persembahkan di pub.
“Sebaliknya mesej yang dibawakan mengenai kedamaian, kasih sayang dan kesatuan kumpulan kami. Kami ingin menjadi pembakar semangat kepada generasi muda,” ujarnya.
Sinergi telah diterbitkan oleh label persendirian kumpulan itu iaitu Hydranation dan diuruskan sepenuhnya oleh syarikat pengurusan bakat, Thrive Talent Tank.
Album berkenaan juga boleh didapati di semua laman muat turun utama seperti CDBaby, iTunes, Amazon manakala ia juga boleh dibeli di kedai-kedai muzik berdekatan.
Untuk maklumat lanjut layari laman Facebook Hydra di www.facebook.com/HydraMalaysia atau Twitter mereka www.twitter.com/HydraMalaysia. - mStar Online
TOP
12 Peserta Dipilih Bersaing Di Mentor Legend
Amy Search (tengah ) bersama protegenya, Sarah dan Amy.
SUBANG JAYA – Seramai dua belas peserta terbaik diumum bakal bersaing di pentas Mentor Legend yang bakal bermula pada Ahad, 16 November, pukul 9 malam di TV3. Peserta-peserta tersebut dipilih melalui ujibakat yang dilakukan oleh enam mentor yang terdiri daripada Dayang Nurfaizah, Ajai, Mas Idayu, Ella, Zainal Abidin dan Amy Search. Dua belas peserta tersebut ialah Azmil & Sandra (Dayang Nurfaizah), Fahmi & Mal Imran (Ajai), Paan & Daus (Mas Idayu), Aina & Putera (Ella), Wada & Nadeera (Zainal Abidin), Sarah & Amy (Amy Search). Pemilihan itu diumumkan pada showcase Mentor Lagend yang diadakan di One City Mall, di sini, malam Sabtu. Penerbitnya, Ahmad Saifulizam berkata, setelah dua tahun berehat Mentor Legend menerima lebih ramai bakat baharu yang datang pada uji bakat yang diadakan. “Kali ini ramai yang datang pada ujibakat ini, dan mereka adalah muka-muka baru yang tidak pernah menyertai mana-mana program nyanyian lain. “Selain itu, mereka juga sudah mempunyai pengikut yang ramai biarpun belum menjadi selebriti,” ujarnya. Sementara itu, program Mentor Legend bakal dihoskan oleh pengacara Awal Ashaari, manakala Zuan Azmi dan Shiha Mentor bertindak sebagai pengacara bersama dan Jurnal Mentor Legend. Mentor Legend masih mengekalkan format pemarkahan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS, dan 20 peratus daripada juri awam. Program ini bakal bersiaran dengan tayangan perjalanan sesi ujibakat pada 16 November, pukul 9 malam di TV3. Manakala, pentas pertandingan akan bermula pada 30 November yang akan bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. – mStar Online

Bunuh Pemuda Berang Pakaian Dikencing
Manama – Seorang peniaga warga Bahrain berusia 46 tahun membunuh seorang rakyat Arab Saudi selepas mangsa kencing pada pakaian dijualnya di tepi jalan di bandar raya ini.
Defendan berkata, dia meletakkan pakaian terpakai yang dijualnya berhampiran sebuah hotel apabila pemuda Saudi berusia 21 tahun itu kencing di atasnya.
Dia memarahi pemuda berkenaan, tetapi mangsa bertindak balas dengan memakinya.
Pertengkaran terjadi sebelum mereka bertumbuk. Pemuda Saudi itu kemudian mengeluarkan pisau dan cuba menikam defendan.
“Saya memukulnya dengan kayu, merampas pisau itu dan menikamnya berulang kali. Saya hanya mempertahankan diri,” katanya.
Bagaimanapun, akhbar tempatan melaporkan, seorang saksi melihat lelaki itu yang mengeluarkan pisau dari sakunya dan menikam pemuda Saudi berkenaan. – Agensi
TOP
Harimau Tak Gigit Kerana Rongak Di India
New Delhi – Seorang wanita India disahkan mati akibat dicakar seekor harimau, kes pertama seumpamanya kerana haiwan berkenaan tidak ada gigi untuk menggigit mangsa.
Harimau biasanya membunuh dengan menggigit mangsa.
Bagaimanapun, wanita berusia 34 tahun itu dicakar hingga mati, kejadian yang dianggap aneh.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam edisi terbaru Jurnal Perundangan Perubatan, harimau itu hanya mencakar mangsa hingga mati mungkin kerana dia rongak atau giginya tak berfungsi.
Dalam kejadian berkenaan awal tahun ini, wanita itu sedang memetik daun herba di hutan Bramhapuri apabila harimau berkenaan menerkamnya.
Harimau itu hanya melepaskan mayat wanita berkenaan selepas penduduk lain melontar batu bagi mengusirnya.
Bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat dicakar dan tidak mempunyai kesan digigit.
Harimau itu ditemui mati keesokannya, kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian.
Pemeriksaan menunjukkan haiwan itu rongak. Dipercayai haiwan itu kelaparan dan melihat wanita itu sebagai mangsa mudah.- Agensi
TOP
Harga Minyak Mentah Dunia Dijangka Terus Jatuh
LONDON – Kejatuhan harga minyak mentah dunia dijangka berterusan sehingga tahun 2015 berikutan permintaan yang lemah di pasaran di seluruh dunia, kata Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA).
IEA dalam satu kenyataan memberitahu bahawa permintaan lemah dan peningkatan pengunaan gas asli di Amerika Syarikat menyebabkan harga minyak mentah yang kini di bawah AS$80 (RM267.72) setong akan berlanjutan.
Kelmarin, harga minyak mentah didagangkan pada harga AS$78.13 (RM261.46) setong yang merupakan terendah dalam tempoh empat tahun.
“Kini semakin jelas bahawa kita mula memasuki episod baharu dalam sejarah pasaran minyak.
“Tekanan penurunan harga minyak ini mungkin semakin meningkat pada awal tahun 2015,” katanya.
Menurutnya, ketika ini Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (Opec) semakin tertekan untuk mengurangkan bekalan bagi meningkatkan harga.
Bagaimanapun, Arab Saudi yang merupakan negara berpengaruh dalam Opec enggan mengurangkan pengeluaran minyak negara itu.
Opec yang dianggotai 12 negara pengeluar minyak utama dunia dijadualkan bertemu pada 27 November ini bagi membincangkan isu bekalan dan permintaan minyak mentah dunia. – Agensi
TOP
4 Maut Kebocoran Bahan Kimia Di Houston
KEBOCORAN bahan kimia di kilang DuPont di La Porte, Texas hari ini. Empat pekerja terbunuh selepas bahan kimia itu, methyl mercaptan yang mula bocor pada kira-kira jam 4 pagi. - Foto AP
LA PORTE, Texas – Pegawai DuPont berkata, empat pekerja terbunuh berikutan kebocoran bahan kimia berbahaya di kilang perindustrian di pinggir Houston. Bahan kimia itu, methyl mercaptan, mula bocor pada kira-kira jam 4 pagi waktu tempatan di kilang DuPont di La Porte, kawasan perindustrian yang terletak kira-kira 35 kilometer ke timur Houston. Menurut pegawai kilang berkenaan, kebocoran dikawal pada jam 6 pagi. Pengurus kilang, Randall Clements, dalam satu kenyataan, berkata beberapa pekerja sedang berusaha mengatasi kebocoran itu apabila mereka terdedah kepada bahan kimia berkenaan. Bahan kimia berbahaya itu digunakan bagi membuat racun serangga. Pekerja kelima dimasukkan ke hospital dan keadaan beliau tidak diketahui. Penyelia keselamatan La Porte, Jeff Suggs, berkata pelepasan bahan kimia itu tidak membahayakan penduduk sekitar tetapi menyebabkan bau seperti telur busuk. – AP

B. Melayu Mempunyai Kekuatan Jadi Bahasa Antarabangsa
BEIJING – Seorang profesor di Beijing Foreign Studies University (BFSU) yakin bahasa Melayu yang dituturkan oleh lebih 300 juta orang memiliki kekuatan untuk menjadi bahasa perhubungan antarabangsa yang penting.
Pengarah Pusat Pengajian China-Melayu BFSU, Prof Dr Wu Zong Yu berpendapat dalam konteks ekonomi, politik dan sosial, bahasa Melayu akan menjadi lebih penting khususnya di rantau Asia apabila projek kereta api Asean merentas China dari Nanjing ke Singapura dilaksanakan.
“Saya yakin apabila tender projek itu di China dilaksanakan, lebih ramai orang akan menggunakan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan,” katanya kepada Bernama semasa ditemui di sini, petang semalam.
Sebelum itu, Dr Wu bersama pemegang kerusi Pusat Bahasa Melayu BFSU, Prof Dr Mohd Taib Dora menyambut keberangkatan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk bertemu pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di universiti itu.
Turut hadir Duta Besar Malaysia di China Datuk Iskandar Sarudin.
Tuanku Syed Faizuddin yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkalan di Kem Bukit Keteri, Perlis mengetuai delegasi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dari tujuh universiti awam (IPTA) di Malaysia melakukan lawatan Kerja Akademik dan Strategik Ketenteraan ke kem tentera dan universiti di Beijing bermula 14 Nov hingga 17 Nov ini.
Menurut Dr Wu bilangan petutur bahasa Melayu di China meningkat apabila kerajaan China mementingkan bahasa Melayu dengan mewujudkan Jabatan Pengajian Melayu di 10 buah universiti sejak 1961.
BFSU turut meningkatkan pengambilan pelajar China mengikuti jurusan pengajian Bahasa Melayu kepada 24 orang tahun ini berbanding 15 orang. Pengambilan itu dibuat sekali setiap dua tahun, katanya.
Beliau berkata pada masa ini, 200 pelajar Malaysia mengikuti pengajian peringkat ijazah Bahasa Mandarin di BSFU, tidak termasuk di beberapa universiti lain.
Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah supaya pelajar-pelajar Malaysia di China sentiasa bersyukur, berfikiran terbuka dan bercampur gaul dengan masyarakat tempatan.
“Adik-adik semua janganlah hidup dalam kelompok sendiri sahaja jika mahu memperluaskan jaringan malah hendaklah bercampur gaul dengan pelajar-pelajar antarabangsa,” titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin menasihatkan pelajar-pelajar supaya sentiasa berhubung dengan ibu bapa atau penjaga mereka dengan menggunakan pelbagai medium aplikasi yang memerlukan kos minimum.
Dalam lawatan itu, pelajar-pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian Bahasa Mandarin mempersembahkan dikir barat dalam bahasa Mandarin manakala pelajar China yang mengikuti pengajian Bahasa Melayu mempersembahkan beberapa nyanyian dalam bahasa Melayu dan tarian Melayu.
Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang diPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) menyampaikan sumbangan MAIPs dan YSTP masing-masing RM1,000 kepada empat pelajar anak Perlis yang belajar di BFSU. – BERNAMA
TOP
TNB Akan Sediakan Lebih Banyak Saluran Bayaran
KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang berusaha untuk menyediakan lebih banyak saluran pembayaran khususnya melalui perkhidmatan dalam talian serta menambah ejen-ejen kutipan.
Syarikat utiliti itu sentiasa mencari jalan bagi memudahkan urusan pembayaran bil elektrik untuk 8.4 juta pelanggannya melalui pelaburan dan penggunaan teknologi terbaharu serta melantik rakan kongsi sebagai ejen pembayaran.
Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pelanggan) Pengedaran TNB, Ir. Kamaliah Abdul Kadir, berkata TNB mahu saluran pembayarannya lebih mudah diakses supaya bil elektrik boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Pada masa ini TNB mempunyai 133 pusat pembayaran yang terdiri daripada Kedai Tenaga, Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan ejen-ejen pembayaran lain yang terletak di kawasan bandar serta penduduk padat di Semenanjung.
“Kami juga telah memasang kiosk pembayaran di Kedai Tenaga kami yang dibuka sehingga 10 malam di lokasi tertentu. Jumlah kiosk ini akan ditambah untuk menangani bilangan pelanggan yang semakin bertambah,” kata Kamaliah dalam satu kenyataan Sabtu.
Beliau berkata pembayaran melalui kaunter juga boleh dibuat di pejabat Pos Malaysia, TM, kaunter pihak berkuasa yang berdaftar dengan TNB atau syarikat air negeri, Bank Rakyat, Alliance Bank, BSN dan Agro Bank.
Di sesetengah bank, bil TNB boleh dijelaskan melalui mesin deposit tunai, mesin ATM, perbankan telefon atau dalam talian.
Untuk kemudahan tambahan, bil elektrik boleh dibayar melalui 5,552 kemudahan pembayaran elektronik e-Pay di Kedai Mesra Petronas, stesen petrol BHP dan Petron tertentu, pejabat Malaysia Building Society Berhad (MBSB) serta, kedai dan pasar raya KK, Seng Heng, ESH, Onking, Ayamas, myMydin, mymart, kedai komputer pineapple dan banyak lagi.
Kemudahan pembayaran itu juga boleh dibuat melalui rangkaian lebih daripada 5,000 ejen berdaftar BSN di seluruh negara. – BERNAMA
TOP
Bersama Hormati Tempat Ibadat – Jamil Khir
GURUN – Semua pihak diminta agar menghormati kesucian rumah ibadat, bagi mengelakkan timbulnya sesuatu perkara yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana kaum atau agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, walaupun Islam meraikan pelbagai bangsa dan agama berlandaskan batas-batas tertentu, namun kehadiran individu bukan Islam di masjid atau surau tanpa keperluan tertentu adalah tidak wajar.
“Saya minta pelbagai bangsa dan agama menghormati kesucian tempat ibadat orang lain terutamanya orang Islam (masjid dan surau), saya bimbang akan mencetuskan isu sensitiviti.
“Kehadiran (pergi ke surau) tanpa keperluan sewajarnya akan menimbulkan isu sensitiviti, rasa kurang senang, tak puas hati hingga membentuk perpecahan dan rasa marah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun khas kepada 480 nelayan Parlimen Jerai di Guar Chempedak dekat sini, Ahad.
Beliau mengulas laporan akhbar mengenai tindakan sekumpulan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) termasuk yang bukan Islam menggunakan surau Batu 15 Sintok untuk mengadakan Himpunan Promahasiswa yang dilihat telah mencemar kesucian rumah ibadat itu.
Lebih dikesalkan apabila pelajar bukan Islam dilihat tidak menutup aurat semasa berada dalam surau berkenaan, namun tidak ditegur atau ditegah oleh pelajar-pelajar beragama Islam.
Jamil berkata pihak penganjur seharusnya lebih sensitif terutama apabila menggunakan surau atau masjid untuk tujuan tertentu yang melibatkan orang bukan Islam.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Tabung Haji akan menambah baik tahap pengurusan sistemnya terutama mekanisme yang digunakan untuk menawarkan peluang menunaikan haji kepada jemaah terpilih di saat akhir.
“Kita tidak dapat mengelak perkara ini kerana kadang-kadang penolakan dibuat saat akhir apabila berlaku kematian atau ada bakal jemaah yang menarik diri kerana sakit atau masuk hospital.
“Tapi kita akan cuba perbaiki agar bakal jemaah berpeluang membuat persediaan lebih awal, bukan sahaja akan memaklumkan kepada mereka yang terpilih melalui surat, malah akan menelefon mereka,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, secara keseluruhannya pengurusan jemaah haji pada musim lepas sangat baik dengan jumlah kematian jemaah hanya 27 orang.
Beliau berkata, walaupun terdapat lebih 3,000 jemaah haji berusia 75 tahun ke atas, mereka berjaya melaksanakan ibadah haji dengan baik disebabkan telah mendapat rawatan dan pengesahan doktor sebelum ke Makkah. – BERNAMA
TOP
Unimap Mantapkan Pengeluaran Ahli Teknologi
KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia Perlis (Unimap) akan memantapkan pengeluaran ahli teknologi berkualiti bagi memenuhi aspirasi negara dengan menawarkan tiga program baru teknologi kejuruteraan mulai sesi pengajian 2015/2016.
Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, tiga program itu akan ditawarkan melalui Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) yang diwujudkan pada 2011 dengan harapan melahirkan lebih banyak jurutera teknologi yang kompeten.
Tiga program berkenaan ialah Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Sukan), Teknologi Kejuruteraan Kimia (Teknologi Agromakanan) dan Teknologi Kejuruteraan Awam (Teknologi Bangunan) yang bakal melengkapi 16 program ditawarkan oleh fakulti itu sehingga kini.
Pendidikan teknikal dan kejuruteraan yang lebih realistik merupakan suatu agenda penting dalam usaha menyokong pertumbuhan industri negara memandangkan kurikulumnya yang menyeimbangkan kemahiran kerja dan ilmu pengetahuan teori, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dr Kamarudin berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) kini rancak menawarkan pelbagai program Teknologi Kejuruteraan sebagai tambahan kepada penawaran bidang kejuruteraan konvensional.
“Selain Unimap, MTUN yang dianggotai Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) berharap penawaran kursus baharu ini mampu menjadi inisiatif yang sangat signifikan bagi mencapai cita-cita dan harapan kerajaan masa kini.
Program-program Teknologi Kejuruteraan ini mengguna pakai pendekatan kurikulum yang seimbang di antara pengetahuan teori dan kemahiran gerak kerja dengan setiap pelajar akan dipastikan mempunyai asas teori yang kukuh di samping mampu menterjemahkannya dalam bentuk aplikasi.
“Pengakhirannya, graduan yang dilahirkan bakal menjadi teknologis kejuruteraan yang akan berperanan membangun dan mengaplikasikan teknologi mapan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti di semua sektor pekerjaan baik ekonomi, perindustrian seperti pembuatan, pertanian, pembinaan, elektrik, elektronik mahupun perkhidmatan,” katanya.
Menurutnya, menerusi aspek pembelajaran, graduan teknologi kejuruteraan akan berdepan dengan pendekatan praktikal yang lebih banyak yang mana secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran teknikal.
“Pendekatan kurikulum seimbang sebegini merupakan cerapan dari pendekatan yang telah terbukti keberkesanannya di Jerman, Korea, Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara maju yang lain. Jadi saya merasakan pendekatan sebegini akan lebih memudahkan pelajar,” katanya.
Graduan yang akan bergelar teknologis ini merupakan modal insan mahir yang terus boleh diserap ke mana-mana industri tanpa perlu dilatih semula dalam bentuk latihan jangka panjang.
“Mereka akan menjadi pelaksana penting kepada setiap reka bentuk dan teknologi yang dicetuskan oleh jurutera. Oleh sebab itu seseorang ahli teknologi amat memerlukan kemahiran praktikal yang tinggi di samping tidak meninggalkan penguasaan asas teori kejuruteraan, teknikal dan matematik,” tambahnya.
Kamarudin berkata, bidang kejuruteraan konvensional dan bidang teknologi kejuruteraan tidak akan membawa perbezaan taraf, namun yang membezakan hanyalah jenis pekerjaan. – BERNAMA
TOP
Kendall Jenner Dilantik Duta Baru Jenama Estee Lauder
DI sebalik kontroversi ‘photoshoot’ gambar bogel kakaknya Kim Kardashian, Kendall Jenner pula semakin melangkah jauh dalam bidang modelling dan peragaan apabila dia telah diumum secara rasmi menjadi duta baharu untuk produk kecantikan wanita popular, Estee Lauder.
Kendall, 19, menyifatkan pemilihannya sebagai impian menjadi kenyataan dan tidak sabar untuk menjayakan kempen pengiklanan dan promosi produk tersebut bersama-sama model lain yang turut mewakili jenama popular tersebut, Carolyn Murphy dan Joan Smalls.
Sebelum ini ramai selebriti popular pernah dilantik sebagai wajah Estee Lauder antaranya Elizabeth Hurley, Gwyneth Paltrow dan Anja Rubik. – MYNEWSHUB.CC
Sebelum ini ramai selebriti popular pernah dilantik sebagai wajah Estee Lauder antaranya Elizabeth Hurley, Gwyneth Paltrow dan Anja Rubik. – MYNEWSHUB.CC
TOP
PKR Gembira Bible Dikembalikan Kepada Penganut Kristian
KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan Selangor memulangkan semula 351 bible yang mengandungi kalimah Allah kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM) kelmarin sejajar dengan ajaran Islam.
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Muhammad Nur Manuty berkata, Islam adalah agama rahmatan lil ‘alamin iaitu agama rahmat untuk seluruh alam.
“Dengan langkah yang dilakukan ini dengan jelas membuktikan hakikat bahawa Islam itu adalah agama rahmatan lil ‘alamin dan amat mementingkan keadilan semua tanpa mengira agama anutan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Muhammad mengalu-alukan langkah Kerajaan Selangor menyerahkan kembali bible berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Beliau berharap, kontroversi agama itu tidak digembar-gemburkan lagi dan semua pihak memanfaatkan pendekatan terbaik, berhikmah dan bijaksana dalam meleraikan isu seperti itu di masa depan.
Media kelmarin melaporkan, sSetelah hampir setahun, kerajaan Selangor akhirnya menyerahkan kembali bible yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas daripada PBM.
Sebanyak 351 kitab suci bagi penganut Kristian itu diserahkan di Istana Alam Shah dalam satu majlis ketika kunjungan hormat Pengerusi Persatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS), Datuk Bolly Lapok menemui Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. – mynewshub.cc
TOP
Pulang Bible, Bukan ‘Lesen’ Guna Kalimah ALLAH
PERKASA Selangor, menyambut baik keputusan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memulangkan semula kesemua 351 naskah Bible kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM).
Kita sifatkan keputusan pemulangan semula bible tersebut adalah bukti bahawa Islam adalah agama yang menekankan sikap toleransi terhadap agama-agama lain. Semua harus menghormati keputusan pemulangan semula itu yang mana kita percaya tindakan itu adalah yang terbaik bagi memastikan keharmonian di kalangan masyarakat yang mana keputusan itu juga dibuat menerusi proses perbincangan serta menerima pandangan daripada Majlis Dewan Diraja Selangor. Namun, kita ingin tegaskan kepada pihak bukan Islam supaya tidak menganggap pemulangan Bible terbabit sebagai satu ‘kemenangan agama’ apatah lagi menganggap ianya sebagai satu ‘lesen’ yang benarkan kitab agama mereka menggunakan kalimah ALLAH dan diedarkan di Selangor pada masa depan. Sebaliknya mereka perlu ingat bahawa penggunaan kalimah ALLAH dan pengedaran Bible yang mengandungi kalimah itu khususnya kepada umat Islam adalah kekal sebagai larangan di negeri ini. Justeru itu kita harapkan tiada lagi pihak yang cuba mencabar undang-undang dan sensitiviti umat Islam baik di Selangor mahupun di mana-mana negeri di negara ini. Pada masa sama, Perkasa Selangor menegaskan akan sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan tiada apa juga bentuk pengedaran Bible yang menggunakan kalimah ALLAH kepada umat Islam di Selangor.
Sekiranya kita dapati perkara sedemikian berlaku, Perkasa Selangor akan meneruskan penentangan terhadap mereka yang terlibat.
ABU BAKAR YAHYA
YANG DIPERTUA PERKASA SELANGOR
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Pentagon Perlu Tingkat Kekuatan Tentera – Hagel
CALIFORNIA – Bimbang dengan kekuatan Russia dan China, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel, berkata Pentagon akan mengetengahkan pemikiran baharu dan idea kreatif mengenai cara AS dapat mengekal dan menambah kekuatan tentera biarpun berhadapan kekangan bajet dan peperangan selama 13 tahun.
Berikutan itu, Hegal mengumumkan dasar “inisiatif inovasi pertahanan” yang beliau samakan dengan sejarah dan kejayaan kempen semasa Perang Dingin bagi mengimbangi kelebihan musuh.
“Kita perlu mengubah cara kita berinovasi, beroperasi dan bekerja,” katanya dalam ucapan yang disediakan untuk satu forum pertahanan di California semalam.
Dalam memorandum kepada kepada pegawai Pentagon, Hagel menegaskan Washington tidak boleh kehilangan kelebihan dalam teknologi ketenteraan.
“Ketika kita terbabit dalam dua peperangan besar sejak 13 tahun lalu, mereka yang berpotensi menjadi musuh telah memodenkan tentera mereka, membangun dan memperkembangkan keupayaan untuk menggugat di seluruh spektrum konflik. Ini adalah cabaran yang jelas dan semakin besar kepada kuasa ketenteraan kita,” katanya.
Hagel berkata, AS tidak lagi boleh berehat atau menganggap kekuatan ketenteraan yang dibangunkan semasa Perang Dingin lalu akan berterusan secara automatik.
Katanya, beliau akan melancarkan program penyelidikan dan pembangunan jangka panjang untuk mencari dan melaksanakan pencapaian dalam bidang teknologi utama termasuk robotik, pengecilan dan teknik pembuatan termaju seperti pencetakan 3-D. – AP
TOP
SPRM Akan Tempatkan Pegawai Di Cameron Highlands
KUALA LUMPUR – Selepas mendapat desakan ramai pihak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya membuat keputusan untuk menempatkan pegawai pasukan itu di Cameron Highlands, Pahang bagi memantau aktiviti pencerobohan tanah yang disyaki membabitkan elemen rasuah di situ.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, agensi itu berharap kehadiran pegawai SPRM dapat meningkatkan pengawasan dan pemantauan agar jenayah rasuah di Cameron Highlands dapat ditangani secara holistik.
“Mereka yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada SPRM dan memberi sokongan padu bagi menangani isu serius di kawasan tersebut.
“Sementara penempatan pegawai secara tetap di kawasan Cameron Highlands diluluskan kerajaan, SPRM akan meletakkan pegawainya secara sementara secepat mungkin. SPRM akan terus meningkatkan pengesanan jenayah rasuah dengan kerjasama agensi-agensi lain,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Shukri seterusnya berkata, SPRM mengenal pasti antara isu yang timbul dalam aktiviti pembukaan kawasan pertanian secara haram kerana tiada pusat khusus dan sistematik untuk orang ramai membuat aduan kepada agensi itu berhubung gejala rasuah dalam aktiviti tersebut.
Beliau bagaimanapun mengakui SPRM menerima aduan dan maklumat dari semasa ke semasa berhubung aktiviti pencerobohan tahan secara haram itu tetapi agensi berkenaan menghadapi masalah kekurangan bukti yang kukuh.
Menurutnya, hal itu disebabkan kekurangan bukti tetapi SPRM menerusi Bahagian Pemeriksaan dan Perundingannya telah menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti punca-punca yang membawa kepada isu di Cameron Highlands.
Beliau turut memberi jaminan SPRM akan meneruskan siasatan susulan aduan dan maklumat yang diterima dari semasa ke semasa dan menyambut baik kenyataan Kerajaan Pahang untuk melaksanakan syor-syor dikemukakan oleh SPRM bagi menangani isu Cameron Highlands.
“Beberapa syor yang dikemukakan oleh SPRM telah pun diambil kira oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk dilaksanakan. Pada masa yang sama, SPRM juga menyambut baik langkah penyelesaian yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara dan Kabinet.
“Pendirian Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Persekutuan ini menunjukkan bahawa isu Cameron Highlands memerlukan pendekatan holistik dan kerjasama padu semua pihak, bukan hanya di pihak SPRM semata-mata,” katanya. – mynewshub.cc
TOP
Mayat Hampir Hancur Ditemui Di Pulau Perhentian
KUALA BESUT – Mayat lelaki dewasa yang hampir hancur ditemui nelayan tempatan terapung berhampiran Pulau Lang Tengah dekat Pulau Perhentian kira-kira jam 3.25 petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Kamsani Hassan yang mengesahkan penemuan itu berkata, mayat itu dipercayai warga asing berdasarkan tatoo pada badannya.
Katanya, mayat itu disahkan bukan mayat daripada tiga nelayan yang sedang dicari terdiri daripada seorang nelayan tempatan dan dua nelayan Thailand yang hilang masing-masing pada 6 November dan 12 November lalu.
“Mangsa dipercayai mati kira-kira seminggu lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mayat kemudian dibawa oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ke Pangkalan Tok Bali, Kelantan sebelum diserahkan kepada polis untuk dihantar bagi bedah siasat di Hospital Besut di sini hari ini.
Katanya, pengecaman identiti mayat turut dilakukan nelayan Thailand yang selamat dalam kejadian bot karam pada Rabu malam di Besut dan mereka mengesahkan ia bukan dua rakan mereka yang masih hilang di laut itu. – BERNAMA
TOP
Kelantan Siap Sedia Hadapi Bencana Banjir
Foto Hiasan
KOTA BHARU – Kesemua jabatan dan agensi terlibat pengurusan bencana banjir di Kelantan sudah bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan banjir sepanjang musim tengkujuh ini. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Kelantan Datuk Makhtar Mustapha berkata pihaknya telah menyediakan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi menghadapi bencana banjir pada tahun ini. “Peruntukan itu meliputi peralatan seperti selimut, tikar, sardin dan sebagainya yang akan diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas Program Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini. Turut hadir Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kelantan Rosnani Mat Husin. Katanya dari aspek logistik pula, pihaknya telah menyediakan sebanyak 75 buah lori, 277 pacuan empat roda, 168 bot, 23 van serta dua helikopter. Beliau berkata terdapat 729 pusat pemindahan banjir di seluruh negeri dan 170 pangkalan hadapan telah dikenal pasti di setiap daerah. “Kita turut mengenal pasti beberapa kawasan panas yang sering dilanda banjir antaranya Kuala Krai, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu,” katanya. Makhtar berkata senbanyak 3,000 petugas terdiri daripada agensi kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPAM), Jabatan Pertahanan Awam sepanjang musim banjir ini. “Semua cuti petugas yang terlibat banjir telah dibekukan dan mereka ini bersiap sedia untuk digerakkan sebaik sahaja banjir mula melanda dan kita beri jaminan bekalan makanan akan mencukupi dan mampu menampung mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan ke pusat pemindahan,” katanya. – BERNAMA

Penunggang Motosikal Maut Digilis Treler
SEREMBAN – Seorang penunggang terbunuh manakala isterinya parah setelah motosikal yang dinaiki mereka bergesel dengan sebuah treler di Jalan Mambau-Port Dickson dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata A.M.Chinnapan, 59, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala isterinya M.M. Josephini, 55, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar di sini.
“Dalam kejadian pada 11.15 pagi itu, kedua-dua kenderaan sedang dalam perjalanan ke Seremban dan semasa treler membelok ke kiri ia telah bergesel dengan motosikal mangsa menyebabkan mangsa terjatuh sebelum digilis treler berkenaan,” katanya di sini.
Katanya pemandu treler berusia 37 tahun itu tidak mengalami kecederaan dan kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
TOP
Magnum Ice Cream Cafe Kini Dibuka Di Mid Valley
KELAZATAN ais krim Magnum memang menjadi kegemaran semua penggemar manisan ais krim yang sememangnya kaya dengan rasa coklat yang berkualiti dan enak.
Jika sebelum ini untuk membuat magnum ‘customized’ sendiri anda perlu pergi ke Bangkok atau pun Jakarta, kini sudah tidak perlu lagi!
Ini kerana Magnum Ice Cream Cafe sudah pun membuka cawangan pertamanya di Malaysia yang terletak di pusat membeli belah Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Di sini terdapat dua ruang premis Magnum, yang mana tingkat bawah yang sebaris dengan pawagam GSC adalah untuk pembeli yang mahu bawa pulang/take away ais krim mereka, sementara di tingkat atas untuk pelanggan yang mahu ‘dine in’ di situ.
Terdapat pelbagai variasi hiasan untuk ais krim yang boleh anda pilih antaranya garam laut, chili flakes, mangga kering, kepingan ubi kentang, marshmallows, chopped pistachios dan kepingan biskut Oreo. Cukup teruja? Kalau anda lihat gambar-gambar ni lagilah teruja dan seakan memanggil-manggil untuk ke sana. Jadi, cepat dapatkan magnum yang dicustomized mengikut citarasa anda sendiri! - MYNEWSHUB.CC

UMNO Bantah Kenaikan Cukai Pintu Di Pulau Pinang
GEORGE TOWN – Umno Pulau Pinang membantah sekeras-kerasnya jika kerajaan negeri Pulau Pinang meneruskan hasrat untuk menaikkan cukai pintu di negeri ini.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata kenaikan itu akan membebankan rakyat secara keseluruhan kerana perlu membayar cukai yang tinggi berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Kalau kita perhatikan waktu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) nak naikkan cukai pintu Anggota-anggota Parlimen daripada DAP dan PKR ke depan sekali membantah kenaikan cukai pintu ini untuk DBKL.
“Saya harap di negeri Pulau Pinang juga mereka akan bersuara dengan nada yang sama untuk membantah kenaikan ini jika diputuskan oleh kerajaan negeri dalam mesyuarat Exco akan datang.
“Jadi kalau mereka boleh bersungguh-sungguh mempertahankan kenaikan cukai pintu daripada berlaku di Kuala Lumpur, dalam nada yang sama mereka perlu berani membangkang apa sahaja kenaikan di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri, di sini hari ini.
Zainal Abidin berkata kemungkinan kenaikan cukai pintu itu dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, dan ia dijangka diperincikan dengan lebih jelas dalam sidang mesyuarat DUN akan datang.
Dalam pada itu, Zainal Abidin mengkritik kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP yang sebelum ini melaung-laungkan 12 perkara yang didakwa sebagai kelemahan pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk menghasut rakyat Pulau Pinang menukar kepada kerajaan pakatan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12.
Namun, beliau berkata 12 perkara itu masih berlaku di negeri ini selepas kerajaan negeri bertukar, dan mendakwa malah ada perkara yang semakin serius.
“Saya harap kerajaan DAP tidak lupa sejarah, tidak lupa fakta dan tidak akan lupa perkara yang mereka timbulkan kepada rakyat seterusnya membangkitkan kemarahan, sentimen dan emosi rakyat (terhadap Barisan Nasional).
“Kita lihat selepas enam tahun perkara ini masih terus berlaku dan ada beberapa perkara makin teruk sehingga menyebabkan keresahan dan kerisauan yang agak berleluasa di kalangan rakyat Pulau Pinang,” katanya.
Antara 12 perkara itu adalah BN dianggap sebagai kerajaan rasuah, menggunakan proksi, gagal mengatasi masalah banjir, menggalakkan pembangunan
cerun bukit, menyebabkan harga rumah melambung tinggi, kurang membina rumah kos rendah dan sederhana rendah, menyebabkan trafik sesak, menyebabkan kepadatan pembangunan dan melakukan penjualan tanah kerajaan secara berleluasa.
Dalam perkembangan lain, Zainal Abidin berharap kerajaan persekutuan dapat menyegerakan kelulusan status permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang sebagai Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk meningkatkan prestasi dan imej pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
“Permohonan status majlis bandaraya ini sudah dipohon sejak zaman pentadbiran bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon lagi. Justeru, kita berharap ia dapat diluluskan segera dalam usaha meningkatkan prestasi perkhidmatan PBT berkenaan untuk kebaikan rakyat negeri ini,” katanya. – BERNAMA
TOP
GST: Harga Rumah Dijangka Meningkat Hanya 1 Hingga 2%
ALOR GAJAH – Harga rumah di seluruh negara dijangka meningkat hanya antara satu hingga dua peratus dan bukannya tiga peratus selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April tahun depan.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata angka itu berdasarkan kiraan yang dilakukan Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
“Kenaikannya hanya satu hingga dua peratus sahaja dan bukannya tiga peratus seperti yang diumumkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan majlis penerangan GST dan taklimat isu semasa Parlimen Masjid Tanah di sini, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh dan Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri KPKT Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai kenaikan harga rumah sebanyak tiga peratus berdasarkan kajian yang dilakukan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA). Jangkaan itu berasaskan kenaikan harga bahan binaan selepas perlaksanaan cukai tersebut.
Ahmad bagaimanapun berkata kenaikan itu tidak begitu ketara dan hanya bersifat sementara kerana kerajaan telah melaksanakan beberapa kaedah bagi mengekang kenaikan harga rumah sejak Bajet 2014 lepas.
Beliau berkata antara kaedah tersebut termasuk meningkatkan Cukai Keuntungan Harta Tanah daripada 15 peratus kepada 30 peratus; meningkatkan harga rumah daripada RM500,000 kepada RM1 juta bagi pembeli asing dan melarang pemaju perumahan melaksanakan projek yang berciri Skim Pemaju Tanggung Faedah bagi mengelakkan pemaju memasukkan tanggungan kadar faedah pinjaman pembeli semasa tempoh pembinaan ke dalam harga rumah.
“Kerajaan Barisan Nasional juga dalam akujanji parti berhasrat mewujudkan satu juta rumah mampu milik dalam masa lima tahun ini,” katanya.
Sementara itu, Ahmad berkata kementeriannya menyokong langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mengheret peniaga yang didapati menaikkan harga barangan sesuka hati ke mahkamah berbanding tindakan mengenakan kompaun.
Beliau berkata ia berikutan terdapat usaha pihak tertentu menaikkan harga barang pada masa ini kerana barangan tersebut akan mengalami penurunan selepas perlaksanaan GST.
“Sebanyak 54 peratus barangan dijangka mengalami penurunan harga selepas GST, jadi ada usaha menaikkan harga barang tersebut sebelum GST,” katanya. – BERNAMA
TOP
Najib Sifatkan Pairin Patriot Malaysia Sejati
KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyifatkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, sebagai patriot Malaysia yang sejati kerana pendirian teguhnya untuk memastikan Sabah terus berada dalam Malaysia.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, pengakuan terbuka dan tegas Pairin di hadapannya itu adalah kenyataan yang sangat tinggi nilai baginya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang mengepalai pentadbiran sebuah negara berasaskan persekutuan.
“Saya telah mendengar ucapan Presiden PBS sebentar tadi. Saya meneliti ucapan beliau dengan khusyuk dan saya telah merakamkan butir-butir yang dibangkitkan oleh Tan Sri Pairin Kitingan. Beliau telah menyentuh sebelas perkara.
“Dalam banyak-banyak perkara yang paling tinggi nilainya ialah apabila Tan Sri Pairin Kitingan melahirkan kesanggupan beliau bersama PBS mempertahankan Sabah dalam Malaysia. Pengakuan ini adalah cukup besar ertinya walaupun kita tahu orang yang agak rapat dengan beliau bercakap berlainan di luar.
“Tetapi Tan Sri Pairin dan pemimpin PBS adalah rakan setia kepada Barisan Nasional dan seorang patriot negara Malaysia kerana mencintai negara Malaysia lebih daripada apa-apa pertimbangan yang lain. Terima kasih.
“Tan Sri Pairin, kamu seorang patriot Malaysia yang sejati,” kata Najib yang menerima tepukan gemuruh ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan PBS Ke-29 di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas di sini, hari ini.
Sebelum itu, Pairin, dalam ucapan dasarnya menegaskan bahawa PBS akan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri dan BN dalam berdepan dengan sebarang ancaman daripada mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan Perjanjian Malaysia dan hubungan baik antara Persekutuan dan negeri serta keutuhan Persekutuan.
“Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa PBS akan turut bersama-sama dengan Perdana Menteri dalam membanteras mana-mana pihak yang cuba memecahkan Malaysia,” kata Pairin.
Turut hadir, Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Najib berkata, BN mengakui setiap parti komponennya kadang-kadang mempunyai pandangan yang berbeza dalam sesetengah isu dan BN membenarkan anggotanya mengemukakan pandangan secara konstruktif, namun perbezaan pandangan tidak menjejaskan Pairin untuk tetap teguh dengan prinsip asas BN iaitu (Persekutuan) Malaysia mesti dikekalkan.
Najib berkata, beliau bersetuju dengan Pairin bahawa Malaysia tidak boleh ‘bercerai’ kerana Malaysia sudah membuktikan kepada dunia bahawa ia adalah antara negara paling aman meskipun dengan kepelbagaian kepercayaan, agama dan budaya di kalangan rakyatnya.
Katanya, kemampuan Malaysia membangunkan negara majmuk ini sehingga dipandang tinggi masyarakat antarabangsa adalah atas kebijaksanaan kepimpinan negara yang diterajui BN untuk mentadbir negara sejak mencapai kemerdekaan.
Najib berkata, walaupun parti pembangkang di negara ini cuba meniru konsep perkongsian kuasa yang diamalkan BN dan bercita-cita untuk menjadi parti alternatif kepada BN namun ternyata mereka gagal disebabkan perbezaan amat ketara mengenai prinsip perjuangan parti.
“Mereka (parti pembangkang) tidak setanding BN,” katanya.
Bagaimanapun, Najib mengingatkan semua parti-parti komponen BN supaya tidak leka sebaliknya terus memperbaiki apa juga kelemahan yang ada melalui perbincangan konstruktif bagi memastikan BN terus kukuh untuk menerajui negara ini. – BERNAMA
TOP
JAIJ Tidak Cadang Tambah Tempoh Kursus Praperkahwinan
NUSAJAYA – Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) tidak merancang untuk menambah tempoh kursus praperkahwinan bagi pasangan Islam yang bakal berkahwin di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim, berkata ini kerana 12 modul kursus yang dijalankan dalam kursus dua hari itu sudah diselaraskan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Setiap perubahan yang dilakukan bagi kursus perkahwinan ini akan melibatkan kos, yuran peserta, tenaga pengajar dan penceramah selain mengambil kira cuti hari minggu,” katanya.
Beliau menjawab soalan Norshida Ibrahim (BN-Buloh Kasap) pada Mesyuarat Kedua (Bajet 2015) bagi penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Johor ke-13 di Kota Iskandar di sini, hari ini.
Sebanyak 28,227 peserta sudah menyertai kursus praperkahwinan yang dikendalikan tujuh syarikat swasta dan 11 badan kebajikan sejak 2013 hingga September lalu.
Menjawab soalan tambahan Norshida, Abd Mutalip berkata pendekatan kursus itu adalah satu daripada cara memberi pendedahan kepada bakal pengantin mengenai alam perkahwinan.
“Pendekatan JAIJ ini dilihat mampu mengekang, menyekat dan mengurangkan kadar perceraian dalam kalangan pasangan beragama Islam,” katanya.
Beliau berkata, konflik yang berlaku dalam sesebuah institusi rumah tangga bukan hanya disebabkan kurangnya ilmu perkahwinan semata-mata tetapi turut disebabkan faktor lain seperti ekonomi.
Katanya, JAIJ tidak mempunyai perancangan untuk menganjurkan kursus sehingga waktu malam, selaras dengan pelan kursus praperkahwinan JAKIM. – BERNAMA
TOP
Pinggan Ini Tak Perlu Dibasuh, Terus Sahaja Makan Pun Boleh
KESUNTUKAN masa untuk membasuh pinggan-pinggan kotor yang bertimbun di singki memberi ilham buat dua pereka dari Belgium, Helena Hoyois dan Thibaut Gilquin mereka pinggan yang boleh dimakan terus tanpa perlu bersusah payah membasuhnya.
Mereka mendapat ilham tersebut selepas menghoskan sebuah parti dan sebaik melihat timbunan pinggan di singki memberi idea apabila Thibaut tiba-tiba menyarankan kepada Helena, “macam mana kalau kita boleh makan semua pinggan-pinggan ni?”.
Pada mulanya mereka hanya bergurau tapi lama-kelamaan pasangan itu mula mengambil serius idea tersebut dengan memulakan eskperimen menghasilkan pinggan daripada kepingan ubi kentang, air dan minyak.
Selepas kejayaan prototaip pertama, mereka akhirnya berjaya menubuhkan sebuah syarikat ‘Do Eat’ yang mendapat sokongan kewangan daripada syarikat besar, Wallonia Creative yang suka dengan idea inovatif mereka ini. Bila agaknya rekaan mereka ni nak menjengah pasaran Malaysia, kalau ada memang larislah penulis rasa.
Dah tak payah susah-susah habis masa basuh pinggan kalau buat jamuan atau kenduri, selain dapat menyumbang kepada gaya hidup hijau apabila tidak lagi menggunakan pinggan kertas seperti mana yang biasa kita gunakan sekiranya ada majlis keraian di rumah. – MYNEWSHUB.CC

Datuk Sekeluarga Ditemui Selamat Selepas Hilang Di Mont Kiara
Suar dinyalakan sebagai isyarat penemuan enam orang di hutan simpanan Mont Kiara awal pagi Ahad.
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bergelar Datuk bersama isteri dan empat orang anaknya ditemui berada dalam keadaan selamat selepas dilaporkan hilang ketika berjoging di Taman Rekreasi Mont Kiara pada Sabtu pagi. Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner(ACP) Muhammad Azlee Abdullah berkata, kumpulan tersebut ditemui oleh pasukan penyelamat di pinggir hutan Damansara Country Heights lebih kurang pukul 12.15 pagi Ahad. “Mereka selamat, namun kelihatan letih selepas berjoging di Mont Kiara pada pukul 5.30 pagi dan hilang daripada laluan. “Lebih kurang 8 malam, kami menerima panggilan daripada salah seorang rakan Datuk yang memberitahu mereka hilang di hutan Mont Kiara,” katanya. Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail bersama pasukan polis Brickfield menjalani pencarian selama empat jam. “Kami terus berhubung dengan mereka dan menyuruh menunggu di situ serta memasang GPS (global positioning system). “Kami percaya mereka sesat ketika mencari jalan pulang, tambahan pula cuaca hujan pada sebelah petang,” katanya. Tambahnya, pasukan penyelamat berjaya mengesan mereka lebuh kurang 11 malam dan membawa mereka keluar dari hutan berdekatan kawasan Damansara Country Height. - mStar Online

Hudud : Gilotin, Jadi Pilihan Alat Hukuman Di Kelantan
Antara contoh gilotin yang diguna ketika zaman Revolusi Perancis 1793.
KOTA BHARU – Gilotin, peralatan yang digunakan untuk memotong kepala Raja Perancis Louis XVI dan permaisurinya Marie Antoinette ketika zaman Revolusi Perancis 1793 dijangka akan digunakan di Kelantan. Jawatankuasa Teknikal Hudud negeri itu dikatakan menghadapi kesukaran untuk mencari kaedah paling sesuai untuk memotong anggota badan seseorang yang disabitkan kesalahan mencuri dan mini gilotin ini menjadi pilihan. Pengerusinya, Datuk Mohd Amar berkata, beliau mungkin akan mencadangkan kepada ahli panel agar menggunakan mesin yang tidak memerlukan pakar bedah mengendalikannya. Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, jawatankuasa itu masih memikirkan idea walaupun menerima reaksi negatif untuk mendapatkan pakar bedah bagi memotong kaki dan tangan pesalah. “Pertamanya, pakar bedah mesti bersetuju untuk menjalankan prosedur tetapi itu mungkin akan membangkitkan kemarahan Persatuan Perubatan Malaysia kerana ia melanggar ‘Hippocratic Oath’ (sumpahan untuk menegakkan piawaian profesional dan mengamal perubatan secara etika). Mohd Amar berkata, alat pemenggal kepala itu lebih cepat berkesan dan hanya memerlukan seorang sahaja untuk menarik tuil, dua orang memegang pesalah dan doktor untuk memastikan orang yang dihukum itu tidak mengalami sebarang kejutan. Malah hakim menjatuhkan hukuman itu juga perlu hadir. “Saya akan membuat kajian yang menyeluruh kepada kaedah yang digunakan semasa Revolusi Perancis pada abad ke-18 apabila gilotin digunakan untuk memenggal kepala sebagai hukuman mati,” katanya. Ironinya, alat pemenggal kepala Perancis itu yang diperkenalkan berabad-abad ini telah dihapuskan kerana hukuman yang tidak berperikemanusian. Peralatan berat itu digunakan sempena nama Dr Joseph Ignace Guillotine yang memperkenalkannya biarpun peralatan itu bukan hasil ciptaannya. Kali pertama alat pemenggal kepala itu digunakan di Place de Greve di Paris ke atas perompak bersenjata Jacques Nicolas Pelletier pada tahun 1792. Manakala orang terakhir dijatuhkan hukuman menggunakan alat ini ialah Hamida Djandoubi pada tahun 1977 yang dikaitkan dengan pembunuhan. Lelaki Tunisia itu didapati bersalah membunuh bekas kekasihnya, Elisabeth Bousquet. Bagaimana pun Perancis memansuhkan hukuman mati pada tahun 1981. Mohd Amar berkata kaedah kemungkinan untuk menjatuhkan hukuman termasuk memotong anggota badan pesalah di bawah Kanun Jenayah Syariah II 1993, telah dibincangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan baru-baru ini. Beliau yang tidak hadir pada mesyuarat itu kerana menunaikan ibadah Haji berkata, antara yang hadir pada mesyuarat itu ialah lapan orang mufti dan beberapa orang doktor. “Saya akan hadir pada mesyuarat seterusnya dan memberi cadangan mengenai alat pemenggal kepala mini ini dengan lebih terperinci,” katanya. Kelantan bercadang membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (hukum hudud) di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakannya hukum itu pada tahun depan. Dalam reaksi segera, Timbalan Pengerusi MCA Kelantan Tan Ken Ten berkata, rancangan untuk memperkenalkan alat pemenggal kepala mini itu sebagai tidak masuk akal. “Saya tidak tahu apa lagi yang mereka akan timbul selepas ini. “Mereka menjadi kreatif dengan idea-idea sehingga timbul untuk menjalankan Hudud di negeri ini,” katanya. “Seluruh kisah ini seperti jenaka. Dengan menggunakan alat dari abad ke-18, mereka akan menjadi bahan ketawa seluruh dunia,” tambah Tan. – mStar Online

Ada Jalan Di Herbertstraße, Wanita Diharamkan Melaluinya
Gambar pelacur di kawasan Herbertstraße, Hamburg sedang mempamerkan tubuh mereka untuk menarik pelanggan. Laluan di sepanjang kawasan ini diharamkan untuk wanita bukan pelacur melaluinya
Di sebuah tempat bernama Herbertstraße di Jerman, di sini terdapat sebuah jalan yang wanita diharamkan dari melaluinya kerana ia adalah merupakan sebuah sarang maksiat pelacuran di bandar Hamburg. Jalan berkenaan telah dipasang pagar khas selepas Nazi mula memerintah bagi menghalang orang ramai dari melihat golongan pelacur yang mempamerkan tubuh mereka kepada pelanggan, memetik sumber Atlas Obscura.
Pintu yang menutup laluan ke kawasan pelacuran di Herbertstraße ketika mula-mula dipasang pagar.
Kenapa wanita diharamkan melalui jalan ini? Ia adalah bertujuan mengelakkan wanita yang melihat perlakukan itu terpengaruh dan turut mahu menjual tubuh dan menjadi pelacur. Syarat utama untuk masuk ke gelanggang pelacuran ini ialah anda perlu berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai zakar. Larangan itu telah dianggap keterlaluan oleh golongan feminis sehingga menyebabkan berlaku satu demonstrasi pada tahun lalu oleh kumpulan feminis FEMEN. Mereka bertindak berbogel dan menyerbu masuk ke dalam laluan yang dilarang di Herbertstraße.
Keadaan pintu pagar yang sama pada masa kini
Di Jerman, aktiviti pelacuran dibenarkan tetapi kawasan pelacuran ditutup dari pemandangan. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU K

‘Masa Tak Sihat Saja Saya Tak Hadir’ – Abdul Hadi
MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya memberitahu bahawa tahap kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya, sekali gus mempengaruhi penglibatannya dalam aktiviti politik.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, keadaan kesihatannya juga turut membataskan dirinya untuk menghadiri mesyuarat dalam PR.
“Saya masih belum sihat lagi, masih dalam rawatan,” katanya ringkas ketika ditemui selepas selesai menyampaikan kuliah pagi di Masjid Rusila di sini, kelmarin.
Terdahulu, Abdul Hadi dilaporkan tidak menghadiri mesyuarat dengan rakan-rakan PR termasuk Pas sejak berlaku krisis Menteri Besar Selangor yang telah membawa kepada penyingkiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ogos lalu.
Malah, hubungan Pas dengan parti gabungan, DAP dan PKR turut dikatakan menjadi agak tegang rentetan isu berkenaan apabila beliau dikatakan menunjukkan sikap dingin terhadap aktiviti gabungan parti tersebut.
Beliau bagaimanapun memberi gambaran bahawa perkara itu tidak seperti yang diperkatakan, sebaliknya mengulangi alasan bahawa faktor kesihatan dirinya menjadi sebab utama mengapa beliau dilihat bersikap sedemikian.
“Kita dah ada wakil, kita (Pas) ada ramai wakil dalam Pakatan Rakyat, bukan saya seorang. Tidak boleh letak atas saya seorang, masa tidak sihat sahaja (saya) tidak hadir,” katanya.
Abdul Hadi sebelum ini dimasukkan ke hospital universiti di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul selepas mengadu mengalami sesak nafas pada Mei lalu.
Sejak itu, kesihatan pemimpin nombor satu Pas itu dilaporkan tidak begitu baik, namun beliau dilihat masih tetap bersemangat untuk menyampaikan kuliah pagi yang mengambil masa hampir sejam di Masjid Rusila di sini, kelmarin.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai krisis dalaman dalam Pas berikutan kemampuannya ketika ini dilihat semakin merudum, termasuk menerima desakan rakan-rakan dalam Pas agar beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti, Abdul Hadi bagaimanapun enggan mengulas mengenai krisis dalaman yang melanda Pas termasuk desakan tersebut, sebaliknya beliau memaklumkan, telah mengadakan pertemuan dengan pimpinan Pas bagi membincangkan mengenainya.
“Kita sudah membuat pertemuan dengan pimpinan Pas,” katanya. - Sinar Harian Online
TOP
Romantik.. Miley Bercinta Dengan Anak Arnold Schwarzenegger
TEKA-teki mengenai hubungan penyanyi Miley Cyrus dengan anak pelakon Arnold Schwarzenegger, Patrick Schwarzenegger akhirnya terjawab apabila pasangan ini tidak segan-silu mempamerkan kemesraan di hadapan umum ketika menghadiri satu perlawanan American football, baru-baru ini.
Bintang pop berusia 22 tahun itu bercium dengan kekasihnya sambil Patrick mengambil gambar selfie mereka berdua.
Sebelum ini, Miley sering mengelak ketika ditanya mengenai kesahihan kisah cinta mereka namun nampaknya perlakukan mereka itu seperti mengiakan perhubungan cinta yang semakin mekar di antara mereka.
Sebelum Patrick, Miley bercinta dengan bintang gandingannya dalam filem The Last Song, Liam Hemsworth dan mereka bertunang pada Jun 2012 namun hubungan mereka secara rasminya putus pada September tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Risiko Banjir – Penduduk Sungai Bertam, Ringlet Perlu Berpindah
CAMERON HIGHLANDS – Penduduk yang tinggal di sepanjang tebing Sungai Bertam dan Ringlet perlu berpindah jika tidak mahu terus berdepan banjir lumpur dan banjir kilat pada masa depan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel berkata, kerajaan bersedia menempatkan mereka di tempat selamat menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) jika mereka bersetuju berbuat demikian.
“Masalah sekarang ialah kebanyakan penduduk enggan berpindah dengan alasan mereka sudah memperoleh geran menduduki sementara (TOL),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 72 orang mangsa banjir kilat Kampung Baru Ringlet di Dewan Orang Ramai Ringlet di sini, hari ini.
Palanivel yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands berkata, justeru pihaknya tidak boleh memaksa mereka berpindah sebaliknya berusaha memujuk mereka berbuat demikian demi keselamatan diri dan keluarga mereka. – BH Online
TOP
Lawak Kumpulan Jalur MLM 2014, Malukan Farah Quinn?
PROGRAM lawak popular, Maharaja Lawak Mega 2014 kembali dengan musim terbaharunya bermula Jumaat lalu.
Seperti yang diketahui, sebanyak 15 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal.
Di sebalik kekuatan lawak peserta, antara yang menjadi perhatian penonton terhadap program ini ialah kepelbagaian latar belakang barisan juri yang terdiri daripada tiga negara serumpun.
Mewakili negara Malaysia, Datuk Jalaluddin Hassan dan pelakon cantik, Nur Fazura telah diberi kepercayaan memberi ulasan dan komen terhadap setiap persembahan yang dijayakan.
Sementara mewakili Indonesia, chef seksi dan jelita, Fara Quinn diberi tanggungjawab seperti mana yang digalas Luna Maya tahun lalu.
Penyanyi yang popular dengan lagu Awak Kat Mana, Taufik Batisah pula mewakili juri dari Singapura.
Jika dilihat pada minggu pertama, kebanyakan kumpulan hanya ‘so-so’ sahaja persembahan mereka namun ada juga yang dilihat mampu memberikan saingan kepada peserta ‘favourite’ seperti Sepahtu, Shiro dan Virus.
Antaranya, kumpulan Jalur yang dianggotai Along Cham, Rahim dan Joey muncul dengan lawak kreatif sekali gus menghangatkan pentas pada hari tersebut.
Namun, rupanya ramai juga yang tidak berpuas hati dengan lawak separa lucah yang diketengahkan mereka.
Lawak mahu menghisap ‘nenen’ yang ditujukan kepada Fara mungkin bagi sesetengah orang boleh menerimanya, tetapi ada juga yang mengatakan lawak sebegitu boleh mengaibkan Fara dan jelas raut wajahnya juga sedikit berubah ketika lawak itu ditujukan buatnya.
Mungkin selepas ini pelawak-pelawak tempatan perlu lebih membuat research untuk membuat lawak yang lebih bijak daripada menggunakan lawak-lawak separa lucah dalam meraih perhatian peminat untuk mengundi mereka. – MYNEWSHUB.CC

Pengawal Keselamatan Cedera Terkena Tembakan Rakan
BATU GAJAH – Seorang pengawal keselamatan cedera selepas terkena tembakan rakannya secara tidak sengaja di hadapan sebuah bank di pekan Batu Gajah, di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang berusia 40 tahun dan menetap di Taman Bemban, di sini cedera di belakang badan.
“Siasatan awal mempercayai mangsa cedera selepas rakannya yang juga pengawal keselamatan berusia 24 tahun, terlepas tembakan senjata jenis pump gun itu ke arah jalan raya dan tembakan itu menyebabkan serpihan batu jalan terpelanting lalu terkena bahagian belakang mangsa.
“Mangsa dibawa ke Hospital Batu Gajah dan mendapat rawatan pesakit luar kerana tiada kecederaan serius, hanya calar pada kulit kira-kira dua sentimeter akibat terkena batu,” katanya di sini, hari ini.
Katanya, susulan daripada kejadian itu, rakan mangsa ditahan dan polis merampas selaras pump gun jenis Hawk 12 Bore dan enam peluru bagi membantu siasatan.
Shaharon Anuar berkata, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 kerana melepaskan tembakan di tempat yang tidak dibenarkan. – BH Online
TOP
Jasad Warga Emas Putus Dua Dilanggar Tram
Bucharest – Seorang wanita putus dua selepas dilanggar sebuah tram.
Menurut saksi, Elena Filotti, 65, dilanggar ketika dia cuba menyeberang jalan di bandar Arad, barat Romania, ketika lampu merah.
Seorang saksi, Mircea Radulescu, 37, berkata: “Elena mungkin menyangka dia sempat melintas. Dia tidak mengendahkan hon dibunyikan berulang kali oleh pemandu tram berkenaan.
“Badannya putus dua. Sungguh mengerikan. Anak saya ada bersama-sama. Saya menutup matanya kerana tidak mahu dia melihat keadaan mangsa.”
Seorang penumpang Constantin Ponta, 29, berkata: “Mulanya saya tidak pasti apa yang berlaku. Saya melihat orang ramai menunjuk sesuatu di bawah tram. Saya melihatnya dan nampak mayat wanita terjulur keluar di bawah.”
Sementara itu, polis berkata, pemandu berkenaan kecewa dengan kejadian itu.
“Laporannya sama dengan laporan saksi. Mungkin dia tidak akan didakwa kerana jelas wanita itu yang bersalah,” kata jurucakap polis. – Agensi
TOP
Penjenayah Putus Tangan Ditetak Tuan Rumah Di Seremban
Gambar Hiasan
SEREMBAN – Seorang penjenayah putus tangan kanan akibat ditetak oleh tuan rumah yang dicerobohinya di Taman Sikamat Utama di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, empat lelaki bersenjatakan parang memasuki rumah teres setingkat yang dihuni sepasang suami isteri dengan memotong besi tingkap. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata dua daripada empat lelaki terbabit memasuki sebuah bilik dan menyerang tuan rumah dengan menumbuk mukanya bertubi-tubi. Bagaimanapun, katanya mangsa melawan balik dan berjaya mengambil sebilah parang lalu melibas seorang penyerang. “Penyerang terbabit putus tangan kanan dan melarikan diri dari rumah itu, tetapi ditemui terbaring di kawasan semak berdekatan. Tiga rakannya yang lain melarikan diri dengan menaiki sebuah van putih,” katanya di sini, hari ini. Beliau berkata, penjenayah terbabit bersama tangan yang putus dan mangsa yang cedera pada muka dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk rawatan. “Siasatan mendapati pasangan suami isteri yang kerugian kira-kira RM5,000 akibat kehilangan barang kemas dan wang tunai serta empat penjenayah terbabit adalah etnik Rohingya dari Myanmar,” katanya. Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – BH Online

Ibu Bapa Risau, Anak Gadis Tiru Gaya Selfie Kim Kardashian
Gaya seksi dan daring sememangnya sinonim dengan Kim Kardashian.
Sering kali tampil seksi tanpa mengenakan baju dalam hingga menampakkan bentuk payu daranya, jelas menunjukkan bintang siri realiti TV Keeping Up With The Kardashians ini berbangga memiliki bentuk badan menggiurkan.
Bagaimanapun, Kim yang juga isteri rapper Kenye West mula dibidas orang ramai yang risau melihatnya mempengaruhi anak gadis zaman sekarang untuk mengambil gambar selfie tak senonoh.
Kim, yang gemar memuatnaik gambar selfie berpakaian separuh bogel dan menayang kemontokan punggungnya dianggap memberi contoh negatif lagi bahaya kepada remaja yang terikut-ikut dengan hobinya mempamerkan tubuh di laman sosial.
Lihatlah antara contoh gambar selfie yang sering dikongsikan Kim kepada lebih 25 juta pengikut di laman sosialnya!
Kim Kardashian’s habit of posting explicit sexual images of herself on the internet is said to be encouraging young girls to do the same
Kim turut dibidas dalam satu perdebatan baru-baru ini ekoran tindakannya mengeksploitasi diri dengan menunjukkan punggung bogel dalam satu majalah.
Ketua Pendakwaraya North West England, Nazir Afzal menerusi kenyataan di portal Dailymail UK berkata, perbuatan Kim membuatkan anak-anak gadis mahu menjadi sepertinya seterusnya memberi impak di mana ia membuka peluang kepada pemangsa untuk mengambil kesempatan. Gaya seksi Kim dengan tubuh montoknya memang boleh menggoncang nafsu lelaki. Bayangkan apabila ia ditiru gadis mentah, dah tentulah mengundang niat tak baik lelaki yang melihat hingga boleh membawa kepada zina mahupun jenayah rogol. - MYNEWSHUB.CC

DAP Kutuk Rancangan PAS Guna Gilotin Potong Tangan Pencuri
KUALA LUMPUR – DAP menyelar rancangan Kelantan mahu menggunakan gilotin bersaiz mini, alatan kuno untuk memotong anggota badan manusia bagi pelaksanaan undang-undang hudud di negeri itu.
Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, cadangan itu sekadar menunjukkan obsesi PAS Kelantan untuk melaksanakan kaedah tidak berperikemanusiaan itu.
“Seperti kebanyakan penyokong lain hak asasi manusia, saya telah berkempen supaya mengurangkan penggunaan hukuman kejam seperti hukuman mati dan hukuman sebat kehakiman.
“Malaysia tidak perlu ditambahkan lagi dengan bentuk hukuman kejam. Penentangan terhadap kaedah hukuman yang zalim telah diterangkan berkali-kali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Chin Tong berkata, cadangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud Kelantan, Datuk Mohd Amar tidak akan membawa sebagai kebaikan kepada negara.
Media hari ini melaporkan kerajaan Kelantan dijangka akan menggunakan gilotin bersaiz mini, alatan kuno untuk memotong anggota badan manusia, bagi pelaksanaan undang-undang hudud.
The Star melaporkan, langkah itu diambil ekoran tidak perlu menggunakan pakar bedah untuk tujuan itu.
Jawatankuasa Teknikal Hudud negeri itu memilih gilotin setelah dikatakan menghadapi kesukaran mencari kaedah paling sesuai untuk memotong anggota badan seseorang yang disabitkan kesalahan mencuri.
Pengerusinya, Datuk Mohd Amar dilaporkan berkata, beliau mungkin akan mencadangkan kepada ahli panel agar menggunakan mesin yang tidak perlu dikendalikan pakar bedah. – mynewshub.cc
TOP
BN Perlu Disegarkan, Dicergaskan Bagi PRU Akan Datang
KOTA KINABALU – Prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-12 dan 13 memerlukan semua parti komponennya untuk menyegarkan dan mencergaskan semula gabungan itu dalam menghadapi cabaran di masa depan, menjelang pilihan raya umum akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau memberi amaran anggota BN perlu menjangkakan cabaran lebih berat yang bakal dihadapi.
“Prasyarat pertama bagi kelangsungan politik kita adalah untuk merapatkan barisan, memperkukuhkan parti, mengelak perpecahan dalam politik dan terus melangkah untuk semua rakyat Malaysia,” kata beliau ketika merasmikan Perhimpunan Agung ke-25 Parti Liberal Demokratik di sini Ahad.
Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata sebaik sahaja parti komponen telah memperkukuhkan keupayaan masing-masing, setiap parti mewakili komuniti tertentu di Malaysia perlu mengenal pasti apa yang diharapkan daripada parti itu oleh komuniti terbabit.
Beliau meminta parti komponen BN untuk berhubung dengan rakyat bagi meyakinkan mereka bahawa BN masih kerajaan terbaik untuk memimpin Malaysia.
Perdana menteri turut meminta parti komponen BN supaya sentiasa cekal dalam menangani tipu daya pembangkang dalam media sosial.
Beliau berkata parti perlu berusaha sedaya upaya untuk menangani isu yang menyerang usaha dan dasar kerajaan.
“BN seringkali dimanipulasi menerusi media sosial, dengan begitu banyak kenyataan separuh benar.
“Dalam pilihan raya lepas, pengundi diperdayakan oleh pembangkang kononnya BN membawa masuk secara senyap 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi.
“Ini (membawa masuk secara senyap 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi) terang-terangan merupakan pembohongan dan saya tidak percaya begitu ramai orang tertipu dengannya,” katanya.
Najib mengingatkan rakyat agar tidak mempercayai apa sahaja perkara dalam media sosial, yang dijadikan alat oleh pembangkang untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka (pembangkang) lebih baik daripada BN.
Beliau berkata rakyat perlu melihat akibat buruk daripada sikap membenci BN, seperti yang pembangkang mahu mereka lakukan.
Katanya parti juga perlu menambat hati rakyat dengan keupayaannya sebagai sebuah kerajaan, bukannya menyemai kebencian dalam kalangan mereka.
“Malaysia antara ekonomi terbaik dalam Asean sejak sembilan bulan lepas dan baru-baru ini, pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik memberitahu saya mereka berpendapat Malaysia sebuah negara yang semakin berkembang maju, dan ini merupakan penghargaan kepada BN,” kata perdana menteri. – BERNAMA
TOP
Persatuan Bola Sepak Kelantan Salahkan Gaji Pemain
KUALA LUMPUR – Bukan salah pengurusan tetapi salah pemain yang menyebabkan banyak persatuan bola sepak dalam negara menghadapi masalah kekurangan dana.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mendakwa, perkara itu disebabkan pemain bola sepak menuntut gaji tinggi sejak kebelakangan ini.
“Kalau Pahang, Selangor dan lain-lain (persatuan bola sepak) menghadapi masalah apatah lagi kami di Kelantan. Pasukan menghadapi masalah tetapi pemain terus menuntut gaji tinggi.
“Mereka (pemain bola sepak) sebenarnya mempercepatkan proses matinya pasukan dan Liga Malaysia,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pemain import Selangor, Paulo Rangel mengkritik Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kerana tidak membayar gaji beliau sejak tiga bulan lalu.
Annuar mendakwa, pemain bola sepak Malaysia kini menuntut gaji antara RM30,000 hingga RM50,000 sebulan dan adalah mustahil untuk banyak persatuan bola sepak mendapatkan dana sebanyak itu.
Menurutnya, bola sepak Malaysia akhirnya akan dimonopoli oleh empat hingga lima pasukan yang mempunyai dana besar manakala pasukan lain berkemungkinan terpaksa tutup kedai.
Justeru, beliau menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menguatkuasakan peraturan yang mengawal penetapan gaji pemain bola sepak Malaysia supaya adil untuk semua pasukan.
“Betapa tidak kalau semua mahu gaji banyak bererti lebih dari RM1 juta sebulan atau RM12 juta setahun. Dari mana nak cari dana sebegitu banyak.
“`Home game’ pun tak sampai 20 kali setahun. Kalau kutipan bersih RM100,000 tak sampai RM2 juta,” dakwanya.
Annuar turut mendakwa kos pasukan dalam Liga Malaysia kini lebih tinggi berbanding Australia, Singapura dan Thailand. – mynewshub.cc
TOP
Jalankan Tugas Pengawasan Terhadap Pemandu Warga Asing
KANGAR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim meminta pihak penguat kuasa turut memberi tumpuan memeriksa pemandu dalam kalangan warga asing yang juga menjurus kepada berlakunya kes-kes kemalangan jalan raya di negara ini.
Beliau berkata walaupun terdapat kalangan warga asing itu mempunyai lesen memandu yang sah, tetapi lebih banyak tidak mempunyai lesen memandu, dan turut bergilir-gilir memandu sesebuah kenderaan, hingga lebih terdedah kepada berlakunya kemalangan.
“Dalam sebuah kereta yang dinaiki oleh golongan tersebut, selalunya hanya seorang sahaja yang mempunyai lesen memandu sah, sementara penumpang lain tidak ada lesen memandu, tetapi penumpang yang tidak mempunyai lesen memandu, juga turut bergilir-gilir memandu hingga boleh membahayakan pengguna jalan raya lain,” ujar beliau.
Shahidan berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia 2014 peringkat negeri Perlis anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri Perlis di Taman Jejawi di sini hari ini.
Beliau juga melahirkan perasaan kesal dengan kemasukan para pendatang asing ke negara ini yang semakin tidak terkawal dibawa oleh ejen-ejen yang lebih mementingkan keuntungan peribadi tanpa memikirkan masalah kepada rakyat dan negara ini sendiri.
Terdahulu, Pengarah JKJR Perlis Kalai Kumar Periyasamy memberitahu, program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tempatan bertujuan mengajak masyarakat sama-sama bertanggungjawab menjaga keselamatan di jalan raya.
Turut hadir Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri, Sabry Ahmad dan Pengerusi JKKK Kampung Pulau Jejawi, Jaafar Ismail sebagai penganjur bersama.
Pada majlis tersebut, Shahidan turut menyampaikan cek sumbangan kepada mangsa kemalangan jalan raya dan sumbangan topi keledar kepada individu yang terpilih. – BERNAMA
TOP
Kedah Tegas Kawal Kegiatan Pembalakan, Kuari Pasir
ALOR SETAR – Kerajaan Kedah bertindak tegas dengan mengawal kegiatan pembalakan dan aktiviti kuari pasir di negeri ini, sebagai langkah memelihara serta menjaga kebersihan sungai.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan negeri Badrol Hisham Hashim berkata, ia sebagai langkah kerajaan untuk meningkatkan kualiti air daripada tahap tiga, pada masa sekarang kepada tahap dua.
“Sekiranya pengusaha kuari pasir dan pembalakan tidak mengikut peraturan yang kita tetapkan, ambil balak dan pasir dengan sewenang-wenangnya, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk tarik balik lesen mereka.
“Ini penting untuk kita jaga khazanah yang ada serta menjaga kualiti air sungai untuk generasi akan datang. Kita tidak mahu kualiti air pada masa akan datang tercemar sehingga tiada hidupan dalam sungai mampu hidup,” katanya dalam sidang media pada Program Kebersihan Sungai Peringkat Negeri Kedah di Sungai Anak Bukit di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri juga bercadang untuk meminimumkan pengeluaran balak bagi menjaga ekosistem yang dapat dimanfaatkan generasi akan datang.
Badrol Hisham berkata pihaknya turut meminta orang ramai melaporkan kegiatan individu atau pemilik bengkel kenderaan dan pengusaha kedai makanan yang tidak bertanggungjawab, membuang sisa buangan seperti sampah sarap dan minyak enjin ke dalam sungai.
“Saya merayu kepada pemilik premis perniagaan dan penduduk yang tinggal berhampiran sungai agar tidak membuang sampah sarap ke dalam sungai untuk bersama-sama membantu kerajaan menjaga kebersihan sungai yang menjadi sumber pelancongan pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata kebersihan sungai di beberapa negara seperti Eropah, China dan Korea Selatan serta sikap rakyatnya yang turut menjaga kebersihan sungai perlu dicontohi rakyat Kedah.
Katanya, penduduk yang tinggal berhampiran sungai juga akan diberikan pemahaman dan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan sungai selain dibekalkan kemudahan tong sampah. – BERNAMA
TOP
Polis Berkas Lelaki Menyamar Polis, Rogol Gadis 14 Tahun
Polis berjaya memberkas seorang penagih dadah berusia 26 tahun yang turut didakwa melakukan penyamaran sebagai anggota polis dan merogol seorang gadis berusia 14 tahun di Taman Sri Andalas, Klang.
Memetik laporan The Star Online, difahamkan suspek sedang minum di kawasan berkenaan pada Jumaat lepas kira-kira pukul 11 pagi apabila ternampak satu pasangan remaja.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata suspek dikatakan memakai sehelai vest yang mempunyai logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghampiri pasangan itu dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
“Pasangan lelaki remaja melarikan diri dan meninggalkan rakan perempuannya berseorangan.
“Suspek kemudian mengugut akan menahan perempuan itu kecuali dia bersedia melakukan hubungan seks dengan suspek,” kata ACP Kamarul Zaman.
Menurut beliau, gadis remaja itu kemudian bersetuju memuaskan nafsu suspek kerana takut ditahan.
Suspek merogol remaja perempuan berusia 14 tahun itu di belakang semak-samun di kawasan sama.
“Orang ramai yang melalui kawasan itu, terserempak dengan mangsa dan menemaninya membuat laporan polis,” katanya.
Pasukan polis menyerbu sebuah bengkel di Taman Perindustrian Jalan Young di Pandamaran tidak beberapa lama selepas laporan polis berkenaan dibuat dan memberkas suspek.
ACP Kamazul Zaman berkata, suspek ada cuba melarikan diri ke tingkat atas bangunan mengelak daripada ditahan tetapi berjaya ditangkap pada kira-kira pukul 12.20 tengah malam.
“Kami merampas sehelai vest PDRM dan pakaian yang dipercayai dipakai ketika merogol gadis berkenaan.
“Pihak polis juga merampas satu telefon bimbit, berkemungkinan milik mangsa,” katanya.
Polis juga merampas sebuah motosikal EX5 berwarna merah yang telah dilaporkan hilang di Pandamaran awal tahun ini. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Ebola: Saringan Tetap Diadakan Di Pintu Masuk Johor
NUSAJAYA – Saringan kesihatan ke atas pengembara tetap dijalankan di pintu masuk antarabangsa di Johor walaupun negeri itu tiada penerbangan terus dari negara dijangkiti wabak virus Ebola (EVD).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Ayub Rahmat, berkata saringan kesihatan dilakukan khusus kepada mereka yang mempunyai tanda-tanda dan gejala demam serta mempunyai sejarah perjalanan dari negara berisiko EVD dalam tempoh 21 hari.
“Penggunaan peralatan pengimbas haba bagi mengesan gejala demam telah dipasang di pintu masuk antarabangsa,” katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Adam Sumiru (BN-Tanjung Puteri) mengenai tindakan kawalan Ebola di Johor pada Mesyuarat Kedua (Bajet 2015) bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke-13 di Kota Iskandar di sini hari ini.
Katanya, Jabatan Kesihatan negeri mengambil kesempatan daripada penerbangan pulang jemaah haji tahun ini untuk memperbaiki tindakan-tindakan kawalan di pintu masuk ke Johor.
Ayub berkata, anggota kesihatan dan perubatan dalam menguruskan kes yang disyaki dijangkiti EVD turut dilatih.
Katanya, beberapa siri latihan dan simulasi telah dijalankan oleh jabatan itu untuk kakitangan terutama petugas barisan hadapan termasuk petugas hospital swasta.
“Hospital-hospital tertentu telah dikenal pasti untuk mengendalikan atau menjalankan rawatan ke atas pesakit yang disyaki dijangkiti EVD,” katanya.
Jabatan Kesihatan juga membekalkan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) kepada semua anggota kesihatan dan perubatan yang terlibat mengendalikan kes disyaki dijangkiti EVD di mana beberapa siri latihan pemakaian PPE telah dibuat.
“Taklimat EVD peringkat negeri telah dijalankan pada 30 Oktober lepas melibatkan pelbagai agensi seperti Lembaga Tabung Haji, Jabatan Imigresen, institut pengajian tinggi awam dan swasta serta lain-lain,” katanya. – BERNAMA
TOP
Ahmad Maslan Cadang Harga Petrol RON95 Diturunkan
ALOR GAJAH – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Dasar Fiskal supaya harga minyak RON95 diturunkan sekiranya harga minyak mentah dunia turun pada paras antara AS$70-AS$75 setong.
Katanya, cadangan itu bersesuaian kerana pada paras berkenaan, ia sudah melepasi kadar subsidi yang dikenakan oleh kerajaan kepada bahan api itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penerangan GST dan Taklimat Isu Semasa anjuran Parlimen Masjid Tanah di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Alor Gajah di sini, sebentar tadi.
Ketika ini, harga minyak mentah pasaran ialah AS$79.41 setong. - BH Online
TOP
MB Azmin Turun Padang, Bersihkan Kawasan Aedes Di Gombak
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memegang penyodok ketika membersihkan kawasan pembiakan nyamuk Aedes di Gombak hari ini.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini bergerak turun padang kali ini menyertai Program Gotong-Royong Mega yang diadakan di seluruh negeri Selangor. Beliau hadir dan membantu kerja-kerja membersihkan kawasan pembiakan nyamuk Aedes di Kampung Tengah Gombak.
Beberapa keping gambar beliau turun ke dalam parit dan membersihkan semak-samun telah menjadi viral hari ini apabila disebarkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
Ada penyokong PR yang menyamakan Mohamed Azmin dengan cara kerja Presiden Indonesia yang baru Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi. Tweet gambar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membersihkan sampah disertakan dengan penggunaan hashtag #Jokomin umpama menjelaskan Jokowi dan Azmin.
Sejak Mohamed Azmin menjadi Menteri Besar Selangor pada 23 September lepas, banyak kerja yang mendahulukan rakyat dilihat dilakukannya antaranya turun padang meninjau kawasan pelupusan sampah haram. Beliau dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ditukarkan dalam krisis politik jawatan berkenaan di negeri itu sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

Inilah Bila Terlebih Fanatik Agama – Sampai Jadi Lawak
Rasanya kita kerap akan jumpa teguran di media sosial berkaitan isu agama.
Kadang-kadang ada asas dan kadang kala macam over pulak… semua benda nak tegur termasuk yang takda salah silap apa-apa pun.
Salah satu contoh macam dalam print screen di atas.
Budak ini mempersoalkan kenapa roti hotdog diberikan kebenaran halal kerana jelas dan terang ada istilah dog (anjing).
Adoi… apa nak cakap dengan orang camni?
Tidak kah dia tahu tidak ada unsur anjing ke apa dalam roti tu? Sekadar namanya camtu dik oi.
Tidak ada ilmu atau tidak pernah membaca atau memang sikap hanya mahu mencari salah kerajaan sepanjang masa tanpa memikirkan benar atau salah sesuatu benda itu?
Nama hotdog diberikan ketika makanan berkenaan mula-mula muncul oleh peniaga makanan lain dengan niat untuk memburukan makanan jenis berkenaan.
Bukan sebab ia dibuat dari anjing panas ke apa!
Lain kali kalau nak tegur biarlah bertempat dan ada asas yang kukuh.
Memetik satu status di Facebook yang menyindir tahap pemikiran budak tu… Habis kalau kueh BADAK BERENDAM KIRA DLM ADA BADAK KOT?
TOP
Majlis Menghargai Penyokong JDT Kini Acara Tahunan
KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) akan menjadikan Majlis Penghargaan Penyokong Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru semalam sebagai acara tahunan.
Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, keputusan itu dibuat berikutan sambutan hebat penyokong Johor terhadap acara yang bertujuan menghargai sokongan mereka tersebut.
“Memandangkan sambutan yang amat menggalakan dan membanggakan, PBNJ mengumumkan Majlis Penghargaan Penyokong Pasukan JDT akan diadakan setiap tahun. Menang atau kalah, para penyokong Johor sentiasa dihargai,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.
Majlis Penghargaan Penyokong Pasukan JDT 2014 yang berlangsung dari pukul 9 pagi itu dihadiri puluhan ribu penyokong Harimau Selatan pelbagai kaum termasuk dari negeri lain.
Acara yang julung kali diadakan oleh sebuah persatuan bola sepak tempatan itu turut disertai selebriti terkemuka tanah air kelahiran Johor.
Antaranya, Joe Flizzow, Kumpulan Spider, Shiro, Tauke, Azlee dan kumpulan penyokong Harimau Selatan, Boys Of Straits (BOS) turut membuat persembahan.
Tetamu majlis itu diraikan dengan pelbagai juadah termasuk KFC, Pizza Hut, BBQ Argentina dan makanan tradisional Johor.
TMJ turut menjelaskan kemeriahan dan kegembiraan pada majlis itu lebih bermakna daripada memenangi sebuah piala. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Kerja-Kerja Memindahkan Serpihan Pesawat MH17 Bermula Hari Ini
Kerja-kerja memindahkan serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dimulakan hari ini di timur Ukraine dengan diseliakan oleh pasukan penyiasat Belanda.
Selepas kira-kira empat bulan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 berlaku pada 17 Julai lepas, hari ini kerja-kerja memindahkan bangkai pesawat Boeing 777 itu dimulakan di dalam kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine. Memetik laporan Sunday Times, seorang wartawan AFP melihat pekerja dari Kementerian Hal Ehwal Kecemasan dari kawasan yang digelarkan sendiri Republik Rakyat Donetsk, kerja memotong cebisan pesawat dengan gergaji sudah pun bermula di kawasan berhampiran Kampung Grabove. Pasukan penyiasat Belanda yang mengetuai siasatan berkata proses mengumpulkan bangkai pesawat itu boleh memakan masa beberapa hari.
Selepas empat bulan tragedi MH17 berlaku, barulah hari ini serpihan pesawat akan dibawa keluar.
Dalam nahas pesawat MH17, seramai 193 orang rakyat Belanda meninggal dunia.
“Hari ini, proses mengumpul cebisan bangkai pesawat MH17 sudah bermula. “Lembaga Keselamatan Belanda menyelia proses berkenaan dan pengangkutan cebisan ke Belanda sebagai sebahagian daripada siasatan nahas berkenaan untuk mengenalpasti punca pesawat itu terhempas,” kata pasukan penyiasat Belanda dalam satu kenyataan. Menurut mereka, serpihan pesawat akan dikumpulkan berhampiran loksi nahas sebelum dibawa ke sebuah banda yang dikawal oleh kerajaan Ukraine di Kharkiv sebelum diterbangkan ke Belanda. Ukraine dan Barat kini memberi tekanan kepada Rusia dengan mendakwa mereka membekalkan kumpulan pemberontak pro-Russia di Ukraine peluru berpandu BUK yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17 pada hari kejadian. Pasukan penyiasat setakat ini berjaya membawa keluar dan mengenalpasti sebanyak 289 orang mayat mangsa dalam tragedi berkenaan. – MYNEWSHUB.CC Oleh : IBNU K

Imej Satelit Bukti Rusia Insiden MH17 Didakwa Palsu?
Imej satelit yang dikatakan bukti pesawat MAS MH17 ditembak jatuh oleh sebuah pesawat pejuang Ukraine yang didedahkan stesen televisyen Rusia semalam.
Sebuah laman web yang menyiasat kesahihan berita mendakwa imej satelit bukti pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah ditembak pesawat pejuang Ukraine yang dikemukakan Rusia adalah palsu dan hasil suntingan Photoshop. Sebelum itu, semalam sebuah stesen televisyen Rusia (Channel 1) mendakwa telah menerima satu imej yang menunjukkan saat-saat terakhir pesawat itu yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam. Imej berkenaan menunjukkan sebuah peluru berpandu sedang ditembak mensasarkan sebuah pesawat penumpang didakwa MH17.
Imej satelit yang dikatakan bukti pesawat MAS MH17 ditembak jatuh oleh sebuah pesawat pejuang Ukraine yang didedahkan stesen televisyen Rusia semalam.
Imej satelit yang dikatakan bukti pesawat MAS MH17 ditembak jatuh oleh sebuah pesawat pejuang Ukraine yang didedahkan stesen televisyen Rusia semalam. Gambar itu turut dikatakan stesen televisyen itu sebagai gambar diperolehi daripada satelit Britain dan Amerika Syarikat, menurut laporan Daily Mail UK. Bagaimanapun, laman web Bellingcat mengatakan ada unsur mencurigakan timbul daripada pendapat beberapa pakar penerbangan berkaitan gambar berkenaan yang menunjukkan ianya palsu. Berita mengejutkan ini pula hadir ketika Presiden Rusia Vladimir Putin dikatakan telah disambut agak dingin oleh para pemimpin negara G20 di Brisbane, Australia kerana tekanan yang diberikan ke atas Putin berkaitan insiden MH17 itu. Dalam kejadian itu, kesemua 283 penumpang termasuk 15 orang anak kapal terkorban. Menurut Bellingcat, bukti jelas ialah imej satelit berkenaan dihasilkan dengan mencantumkan beberapa imej satelit lain dan imej jet pejuang yang ditunjukkan ialah jet SU-27 dan bukan SU-25 seperti dilaporkan stesen Russian TV.
Gambar pesawat pejuang berbeza daripada apa yang didakwa oleh stesen TV Rusia.
Lebih memalukan, persoalan timbul berkenaan logo MAS yang mana pakar penerbangan berkata ia telah dipaparkan di bahagian yang salah dan pesawat dalam imej yang digambarkan MH17 ialah pesawat Boeing 767 dan bukannya Boeing 777.
Pakar penerbangan mendakwa kedudukan logo dan tulisan pada pesawat Boeing 777 MH17 adalah salah, dan menurut gambar satelit, ia adalah pesawat Boeing 767.
Menurut laman web Bellingcat, selepas kesemua bukti dikemukakan ia jelas tidak berkredibiliti sekaligus mengesahkan MH17 tidak ditembak jatuh oleh sebuah pesawat lain. Sebelum ini, pesawat MH17 didakwa telah ditembak jatuh oleh puak pemberontak pro-Rusia menggunakan sistem peluru berpandu buatan Kremlin, iaitu BUK. – MYNEWSHUB.CC Oleh : IBNU K

Tragedi!! Dua Lelaki Maut, Seorang Parah Nahas Di Raub
FOTO IHSAN BOMBA
KUANTAN – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas PROTON Satria yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 362 Jalan Kuala Lumpur-Kota Baharu, dekat Raub hari ini. Dalam kejadian pada 7.45 pagi itu, pemandu kereta, Sharul Firdaus Abdul Latif, 23, berasal dari FELDA Tersang, Raub dan penumpang hadapan, Muhammad Norhaffis Ansari, 24, beralamat di Kampung Pulai, Batu Malim, Raub, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Timbalan Ketua Polis Daerah Raub, DSP Abdul Rahim Abdul Razak, berkata rakan mereka, Muhamad Saiful Amirul Rosli, 18, dari Kampung Gong Pak Jin, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu, cedera parah akibat kedua-dua tangannya patah. “Ketika nahas, semua mereka sedang dalam perjalanan dari Raub menghala ke Bentong dan kenderaan terbabit dipercayai terbabas sebelum masuk ke dalam longkang konkrit di kiri jalan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati keadaan jalan adalah lurus dan pemandu turut memiliki lesen memandu sah. Katanya, polis turut mengambil sampel darah mangsa yang terlibat untuk ujian dadah dan alkohol. Mayat dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera mendapat rawatan di hospital sama. – BERNAMA

Bekas Anggota Polis Ditemui Mati Di Depan Kedai
Kuala Lumpur – Seorang lelaki yang dipercayai bekas anggota polis ditemui mati dalam keadaan terbaring di hadapan kawasan kedai di Batu 5, Jalan Ipoh, pagi tadi.
Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum melaporkan kepada polis untuk bantuan kira-kira jam 8.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang turut berada dilokasi kejadian mengesahkan kematian mangsa.
Katanya, siasatan awal di lokasi kejadian tidak menemui sebarang senjata dan pemeriksaan terhadap badan mangsa terdapat sedikit kesan luka di jari kelingking serta jari manis kanan sebelah kanan dipercayai akibat geseran pada batu dinding.
“Mayat mangsa dihantar ke hospital Selayang untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR) katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. – myMetro Online
TOP
Dua DJ Tambah Payudara Untuk Rasa Menjadi Wanita
UNTUK merasai dan memahami apa sebenarnya cabaran dan dugaan menjadi seorang wanita, dua juruhebah radio lelaki di Jerman, John dan Rasheed mengambil keputusan menjalani prosedur pembedahan kosmetik untuk menanam payudara palsu yang bertahan hanya untuk 24 jam.
Sebelum menjalani pembedahan, Rasheed sempat memohon maaf kepada ibunya sementara John pula membawa sekali isterinya dan bikini milik isterinya sebagai sokongan moral untuk dirinya.
Melalui prosedur kosmetik itu, dua deejay ini disuntik sejenis cecair sehingga bahagian dada mereka kelihatan membengkak, kemudiannya bahagian itu dipam dengan 700 mililiter (ml) cecair lagi agar mendapat bentuk payudara idaman.
Payudara palsu itu secara realitinya sangat keras seperti batu, tetapi doktor menyakinkan mereka akan merasai seperti payudara wanita sejam selepas pembedahan itu dilakukan.
Perkara pertama yang dilakukan dua deejay itu selepas payudara mereka mula tumbuh adalah memakai coli yang kemudiannya dimuatnaik di Internet.
Selepas itu, mereka ke pusat kecergasan gim untuk berlari di atas treadmill dan bersenam. Baru beberapa jam di situ, mereka sudah berasa tidak selesa dengan bentuk tubuh mereka yang persis seorang wanita.
“Memakai coli adalah suatu perkara yang memeritkan dan setiap wanita di seluruh dunia perlu diberikan pingat dan medal di atas kesanggupan memakai coli,” kata John yang kini mula menyedari betapa susahnya bergelar seorang wanita yang sentiasa diperhatikan payudara mereka oleh kaum Adam di luar sana. - MYNEWSHUB.CC

Tiada Sijil Lahir Kepada Kanak-Kanak Tanpa Negara – PM
KOTA KINABALU – Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak akan mengeluarkan sijil kelahiran kepada bayi dan kanak-kanak tanpa negara di Sabah.
Perdana Menteri berkata, Kabinet bersetuju supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya mengeluarkan dokumen rekod kelahiran dengan warnanya juga berbeza berbanding sijil kelahiran.
“Kanak-kanak tanpa negara ini tidak akan mendapat kerakyatan secara automatik,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) di sini, sebentar tadi.
Turut hadir, Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Musa Aman dan Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Perdana Menteri mengulas kebimbangan disuarakan Pairin dalam ucapan dasarnya yang meminta kerajaan Pusat menjelaskan mengenai langkah KDN memberi sijil lahir kepada kanak-kanak tanpa negara di Sabah.
“Kabinet sudah berbincang dua kali berhubung isu ini dan kita setuju tidak mengeluarkan surat beranak kepada mereka (kanak-kanak tanpa negara),” katanya. – BH Online
TOP
SPRM Tahan 23 Kontraktor Kelas F Tipu Projek Rumah Nelayan
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai 23 kontraktor kelas F termasuk seorang kontraktor wanita hari ini.
SPRM dalam satu kenyataan media memberitahu, kesemua mereka ditahan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu terhadap projek baik pulih
rumah nelayan di sekitar kawasan Dungun dan Paka di Terengganu.
“Kesemua individu tersebut merupakan kontraktor yang dilantik di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) bagi Parlimen Dungun dan Paka.
“Mereka yang ditahan berumur antara 30 hingga 50 tahun di bawa ke pusat operasi SPRM di Dungun kira-kira pukul 12.00 tengah hari ini untuk membantu siasatan,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, siasatan kes itu di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Mynewshub.cc difahamkan kesemua suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Dungun, Terengganu pagi esok. – mynewshub.cc
TOP
Selebriti Hollywood Yang Pernah Berbogel Untuk Cover Majalah
SEPANJANG minggu ini, radar hiburan antarabangsa dikejutkan dengan gambar bogel Kim Kardashian untuk muka hadapan majalah Paper.
Ada yang bersetuju dengan tindakannya berbogel dan ada juga yang membantah kerana tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang ibu.
Nak ikutkan bukan Kim sahaja selebriti yang suka bergambar bogel untuk cover majalah, sebaliknya banyak lagi selebriti Hollywood lain yang pernah muncul tanpa seurat benang untuk tujuan tersebut.
Mungkin imbuhan kewangan yang sangat lumayan menjadi titik tolak kepada kesudian dan kesanggupan mereka untuk menayangkan keseluruhan badan tanpa dilitupi pakaian yang menjadi tatapan seluruh masyarakat dunia selain atas dasar nama kesenian fotografi.
Moga-moga trend sebegini tidak menularlah di kalangan selebriti tempatan kerana memang sudah lari daripada norma orang timur kalau photoshoot gaya sebegini dibenarkan di sini.
Ini merupakan sebahagian cover majalah bogel yang dihiasi selebriti-selebriti ternama antaranya Lindsay Lohan, Miley Cyrus, Katy Perry, Kate Winslet, Neil Patrick Harris, Jack Gyllenhaal dan Anne Hathaway. - MYNEWSHUB.CC

Abdul Hadi Tidak Hadir Mesyuarat PR Bukan Isu Besar – Azmin
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali menyifatkan ketidakhadiran Presiden PAS ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bukan satu isu besar.
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, ketiadaan pemimpin tertinggi dalam mesyuarat itu tidak menjejaskan pun hubungan baik antara tiga parti PAS-PKR-DAP dalam pakatan itu.
“Saya percaya hal ini boleh diselesaikan secara baik dalam PR.
“Saya tidak melihat ia sebagai satu isu besar. Hadi dan pimpinan PAS memberikan komitmen positif dalam Pakatan sehingga menghasilkan kejayaan dalam pilihan raya umum,” katanya kepada pemberita di Gombak hari ini, memetik laporan The Malaysian Insider.
DAP dilihat kurang senang apabila Abdul Hadi kerap menghantar Timbalan Presiden Mohamad Sabu ataupun Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali untuk menghadiri mesyuarat itu mewakilinya.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membuat kenyataan media berharap Abdul Hadi akan kerap hadir ke mesyuarat dan DAP sanggup menunggu kelapangan Abdul Hadi untuk hadir.
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP turut itu meluluskan resolusi mendesak agar ahli Parlimen Marang itu hadir ke mesyuarat PR.
Bagi Mustafa pula, beliau kecewa dengan kenyataan oleh DAP yang mengungkit isu itu apabila mendakwa Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sejak 2008 lebih kerap ponteng mesyuarat berbanding Abdul Hadi.
Katanya, kebiasaannya, sebarang perbezaan pandangan akan dibincang bagi mencari penyelesaian dan tidak dianggap masalah dalaman.
Malah beliau menegaskan hubungan antara PKR, DAP, dan PAS semakin kukuh dalam PR.
“Sekiranya ada pandangan yang berbeza, kita akan selalu bincang dalam Majlis Presiden PR, tradisi ini cukup sihat dan akan diteruskan,” katanya.
Minggu lalu, Hadi berkata beliau tidak hadir mesyuarat kerana tidak sihat sehingga susut badan berbanding sebelumnya.
“Rasa tak berapa sihat sikit sejak akhir-akhir ini. Suara pun tak berapa nak keluar,” katanya dipetik laporan Harakahdaily pada 10 November lalu. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Post a Comment