TOP
Menjadi Kaya Buat Hati Tidak Tenang - Lelaki Terkaya di China
SHANGHAI - Jack Ma, pengasas kepada syarikat gergasi Alibaba, membuat pengakuan di sebuah temuramah di sebuah siaran televisyen di United States bahawa menjadi kaya sebenarnya membuatkan hatinya tidak tenang.
Jack Ma yang memiliki kekayaan bernilai AS$24 bilion (RM80 bilion) berkata, kini dia berasa tidak gembira kerana tekanan yang dihadapinya lebih-lebih lagi apabila harapan yang tinggi diletakkan kepada harga stok Alibaba.
“Saya tidak berasa senang hati, sebaliknya sangat tertekan. Ramai yang berkata, kekayaan boleh membuatkan hati gembira , tetapi tidak kepada lelaki paling kaya di China.
“Saya tertekan kerana semua orang menghampiri saya disebabkan wang. Hari ini ketika saya berjalan kaki di luar, orang ramai memerhatikan saya. Saya mahu menjadi diri sendiri,” katanya dalam wawancara stesen televisyen, CNBC TV.
Menurut Ma, semasa dia berpendapatan kecil pada masa dahulu, kehidupannya lebih menggembirakan.
"Hari-hari yang paling gembira bagi saya adalah semasa saya bekerja dan berpendapatan 90 yuan (RM 50) sebulan,", kata Ma kepada pemberita sebelum ini.
Ma telah disenaraikan sebagai lelaki paling pemurah di China oleh Hurun.net setelah dia mendermakan 1.4% dari saham miliknya untuk menubuhkan satu badan amal yang memfokuskan kepada alam persekitaran, kesihatan dan pendidikan. - Siakapkeli.com.my
TOP
Bangkai Paus Mungkin Meletup Bila-Bila Masa
Montpellier - Pegawai Perancis semalam berusaha memusnahkan bangkai seekor ikan paus kerana bimbang kemungkinan ia membawa maut jika meletup.
Pakar hidupan liar berkata, bangkai paus seberat 15 tan itu yang menggelembung begitu besar dengan gas berkemungkinan tinggi akan meletup.
Pihak berkuasa kini terdesak mencari jalan terbaik bagi memusnahkannya.
Ia mungkin akan meletupkan bangkai itu dengan mengguna dinamit.
Laluan menuju ke pantai tempat bangkai paus itu terdampar di pantai Saintes-Marie-de-la-Mer, berhampiran Montpellier di pantai Meditteranean sudah ditutup bagi menghalang orang ramai mendekatinya.
Bangkai itu dikatakan hanyut ke pantai itu pada awal November.
Pengurus projek hidupan luar Camargue, Anais Cheiron mencadangkan bangkai itu diheret ke laut dan diletupkan menggunakan dinamit.
Bagaimanapun, masalah timbul kerana bot tidak mungkin dapat mendekati bangkai itu untuk menariknya kerana keadaan pantai.
Satu lagi pilihan ialah dengan mencucuk bangkai itu untuk mengeluarkan gasnya sebelum memotongnya kepada beberapa bahagian. – Agensi
TOP
Kanak-Kanak 6 Tahun Parah Dipercayai Dicampak Dari Tingkat Dua
SEREMBAN: Sebuah pra sekolah di Taman Tasik Jaya semalam tergempar apabila seorang muridnya berusia 6 tahun telah dicampak oleh murid-murid lain kebawah dari tingkat 2.
Mangsa Adam Fikri telah cedera parah selepas mengalami patah tulang pinggul, patah tangan dan kecederaan kepada dahinya. Mangsa dalam pejalanan ke bilik guru untuk bertemu ibunya telah bertembung dengan sekumpulan murid Program Pendidikan Khas Integrasi lalu mengangkat mangsa dan mencampak dia kebawah. Menurut seorang saksi “Akibat kejadian itu, mangsa mengalami beberapa kecederaan dan patah tangan serta kaki kanan. “Ibu mangsa yang menyedari kejadian itu hanya mampu meraung sebaik sahaja mendapati anaknya itu berada dalam keadaan lemah, namun semasa kejadian mangsa masih dalam keadaan sedar,” katanya.
Lokasi kanak-kanak tersebut jatuh
Mangsa kini sedang di rawat Hospital Tuanku Jaafar dan berada dalam keadaan stabil Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid telah mengesahkan kejadian tersebut dan barjanji menjalan siasatan dengan secepat mungkin. -Siakapkeli.com.my

Nora Danish Dikecam Pakai Baju Ala-ala Arab
Dek kerana memakai baju ala-ala arab yang seksi, Nora Danish mendapat kecaman hebat oleh pengikutnya di Instagram.
Difahamkan Nora Danish berpakaian sedemikian rupa kerana menghadiri satu majlis bagi memperkenalkan dirinya sebagai duta kecantikan sesebuah produk.
Difahamkan juga baju berkenaan adalah hasil ciptaan pereka muda Rizman Ruzaini.
Bagaimanapun, Nora Danish dikecam teruk oleh pengikut Instagramnya keran menggayakan pakaian tersebut sehingga ada yang menyamakannya dengan arab jahiliyah.
Tapi Nora Danish dilihat tidak membalas sebarang komen yang dikemukakan oleh pengikutnya dan mengambil pendekatan mendiamkan diri sahaja - Siakapkeli.com.my

Video Remaja Lelaki Syria Jadi Hero Menjadi Viral
Kenapakah remaja lelaki dari Syria ini berlari kearah kereta yang hampir musnah, ketika serangan bertubi-tubi dari senapang sniper? Jawapannya, kerana dia ingin menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang terperangkap di dalam serangan itu.
Video remaja ini telah tersebar dengan pantas melalui laman media dan juga beberapa organisasi berita tempatan Syria.
Klip video tersebut yang berdurasi hanya lebih kurang seminit telah mendapat lebih dari satu juta tontonan di Youtube. Di dalam klip video ini, anda akan menyaksikan aksi tembak-menembak yang sama di dalam filem hollywood cuma yang berbezanya adalah ianya bukan lakonan.-siakapkeli

Video Rosmah Salah Posisi Pula Menjadi Bahan Jenaka Netizens
Jika sebelum ini satu rakaman video yang memaparkan aksi Rosmah menyenggol Najib ketika menghadiri satu majlis di Indonesia menjadi viral, kini satu lagi video yang memaparkan aksi suami isteri tersebut mendapat perhatian warga netizens terutamanya dari Malaysia.
Menurut kapsyen dari video tersebut, video tersebut dirakam oleh CCTV ketika Najib dan Rosmah menghadiri Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Beijing baru-baru ini.
Video yang dimuat naik ke Youtube itu memaparkan bagaimana Rosmah sedikit kekok ketika mahu bergambar dengan Presiden China bersama isterinya.
Video ini menjadi lebih lawak setelah video yang asal telah diedit dengan musik 'star wars' ketika nama Najib dan Rosmah dipanggil. - Siakapkeli.com.my

Korea Selatan Senyap Sunyi Demi Ujian Besar
SEOUL – Tahun ini ia hanya kira-kira 650,000 pelajar, tidak banyak beza berbanding tahun lalu, namun kesannya amat besar apabila aktiviti lebih 50 juta warga Korea Selatan terhenti seketika gara-gara peperiksaan tahunan terbesar yang berlangsung serentak hari ini.
Ironi meskipun cuma peperiksaan biasa bagi pelajar kolej berusia 17 tahun untuk layak masuk universiti sesi tahun berikutnya, tetapi lulus atau gagal dalam ujian dianggap paling susah itu seumpama bakal mengubah nasib hidup seseorang pada masa akan datang.
Bayangkanlah pelajar yang lulus dalam peperiksaan amat sukar itu akan dianggap ada masa depan cerah kerana bakal diterima masuk universiti elit di Korea Selatan selain jaminan kerjaya dengan firma terkemuka malah berkahwin dengan pasangan yang dihormati.
Tinjauan agensi berita rasmi Korea Selatan, Yonhap mendapati, suasana di seluruh negara senyap sunyi sejurus peperiksaan bermula 8.40 pagi (atau 7.40 pagi waktu Malaysia) di 1,257 pusat peperiksaan seolah-olah masa yang bergerak tiba-tiba berhenti putarannya.
Kementerian Pengangkutan bahkan ‘haram’ semua pendaratan dan perlepasan pesawat di lapangan terbang selama 40 minit ujian itu bermula manakala Kementerian Pertahanan terpaksa jadual semula latihan menembak di kem askar untuk elak bunyi bising.
Trafik juga dilarang memasuki jarak 200 meter dari pusat peperiksaan selain semua pejabat kerajaan dan premis perniagaan termasuk bursa saham Seoul dibuka sejam lewat bagi memastikan ibu bapa sempat menghantar anak mereka masuk ke dewan ujian.
Pihak berkuasa juga menyedia perkhidmatan kecemasan khas untuk pelajar atau ibu bapa yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya dengan bantuan kereta peronda atau motosikal berkuasa besar polis akan iringi mereka tiba di tempat peperiksaan. – Agensi
TOP
Gambar: David Beckham Di Majlis Pelancaran Wiski Haig Club Kuala Lumpur
Baru-baru ini, bekas pemain bola sepak antarabangsa, David Bechkam telah dijemput untuk menghadiri satu majlis pelancaran wiski Haig Club di Kuala Lumpur sebagai duta jenama wiski tersebut.
Majlis pelancaran itu telah dihoskan oleh pereka kasut terkenal, Datuk Jimmy Choo itu telah berjalan dengan lancar semalam dan kelibat David Bechkam menjadi tumpuan utama pada majlis tersebut.
Berikut adalah beberapa gambar David Bechkam yang sempat diambil oleh mereka yang hadir.
Walaupun David Beckham sudah lama bersara dari dunia bola sepak, nama beliau masih lagi menjadi sebutan peminat-peminat bola sepak antarabangsa. - Siakapkeli.com.my

A video posted by Mint Magazine (@mintmag_my) on
Walaupun David Beckham sudah lama bersara dari dunia bola sepak, nama beliau masih lagi menjadi sebutan peminat-peminat bola sepak antarabangsa. - Siakapkeli.com.my
TOP
Dua Pencuci Tingkap 'Bergayut' di Tingkat 69 WTC Berjaya Diselamatkan
NEW YORK: Dua pekerja mencuci tingkap diselamatkan di World Trade Centre (WTC) yang baharu selepas kabel yang mengikat platform mereka terputus, menyebabkan mereka terpaksa bergayut di tingkat 69 selama hampir dua jam.
Pasukan penyelamat terpaksa membuat lubang pada tingkap tingkat 68 untuk menyelamatkan pekerja terbabit yang berpaut pada platform yang tergantung di satu sudut di bahagian selatan bangunan itu, pada ketinggian 240 meter di Menara Satu kompleks berkenaan di Manhattan.
Kira-kira 100 anggota bomba dan penyelamat terbabit dalam operasi menyelamat di kompleks berkenaan setinggi 1,776 kaki itu, iaitu yang tertinggi di Amerika Syarikat.
Pesuruhjaya Bomba New York, Daniel Nigro berkata anggotanya mengambil masa hampir sejam untuk sampai ke tempat kedua-dua pekerja itu tergantung.
"Mereka berdiam diri dan tidak bercakap banyak," kata Nigro.
Pihak penyelamat memotong lubang di sebuah tingkap di tingkat 68 dan membawa pekerja itu masuk ke dalam bangunan.
Sebelum mereka diselamatkan, anggota bomba menggantungkan kabel untuk memastikan platform itu tidak jatuh dan berkomunikasi dengan kedua-dua pekerja terbabit menerusi radio.
Ambulans, kenderaan bomba dan helikopter dihantar ke tempat kejadian dan kawasan di sekitar bangunan berkenaan di New York ditutup.
Pihak berkuasa berkata pekerja berkenaan memakai alat keselamatan menyebabkan mereka tidak berada dalam keadaan merbahaya.
Bangunan itu, yang dibina semula di atas tapak lama WTC yang diserang pada 11 September 2001, dibuka semula minggu lalu. - AFP
TOP
Tindakan MAS Pecat Pramugara Kes Serangan Seksual Dikecam
Presiden NUFAM
KUALA LUMPUR: Seorang pramugara MAS yang berdepan dengan tuduhan melakukan serangan seksual keatas seorang penumpang wanita dilaporkan telah dipecat oleh MAS. Tindakan MAS memecat pramugara itu dikecam oleh Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) kerana pramugara berkenaan masih belum didakwa atau dibicarakan berikutan kes tersebut. Menurut NUFAM, tindakan itu tidak mengikut lunas undang-undang dan membelakangnya keadilan. Presiden NUFAM, Ismail Nasaruddin memberitahu pramugara itu yang telah berkhidmat dengan MAS selama 32 tahun itu telah menerima notis pemberhentian tugas dua minggu selepas insiden tersebut didedahkan. "Hal ini sama sekali tidak dijangka kerana surat itu dihantar ketika dia masih lagi berada di pusat tahanan di luar negara. Bagaimana dia hendak memberi respons?”kata Ismail memetik laporan dari The Malaysia Insider. Ismail mendakwa MAS seolah-olah 'cuci tangan' dalam kes pramugara ini dan tidak menawarkan sebarang bantuan kepada keluarga pramugara tersebut. - Siakapkeli.com.my

Empat Monyet Kerdil Dicuri Dari Zoo Johor
JOHOR BARU: Empat marmoset atau monyet kerdil yang menjadi tarikan terbaharu di Zoo Johor dilarikan oleh pencuri yang memecah masuk sangkar haiwan tersebut.
Monyet kerdil berekor panjang itu bernilai RM8,000 setiap seekor dan harganya mampu mencecah dua kali ganda di pasaran gelap, kata sumber.
Haiwan tersebut yang berketinggian 18.5 sentimeter (cm) hingga 18.8 cm itu, ditempatkan di zoo tersebut untuk dipamerkan kepada orang ramai sejak beberapa bulan lalu.
Seorang pengawal zoo menyedari haiwan tersebut dilarikan kira-kira pukul 9.40 pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, pihak berkuasa zoo telah membuat laporan polis dan siasatan sedang dilakukan.
Beliau menggesa semua pengusaha kedai haiwan untuk memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat mana-mana individu yang cuba menjual haiwan tersebut kepada mereka.
Ini bukan kes pertama membabitkan kecurian haiwan di zoo.
Beberapa ekor burung turut dilarikan pencuri sebelum ini.
Di Kuala Lumpur, kira-kira 69 haiwan mati di Zoo Negara antara Januari dan Ogos manakala 167 kelahiran direkodkan dalam tempoh sama.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, haiwan tersebut mati akibat penyakit, kecederaan traumatik, masalah nutrisi dan kematian neonatal.
"Zoo tersebut cuba melakukan yang terbaik untuk mengurangkan kadar kematian dan merawat haiwan yang cedera.
"Kita akan meneruskan usaha pemuliharaan terhadap pelbagai jenis spesies hidupan liar di zoo tersebut," katanya.
Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (BN-Segambut) yang ingin tahu statistik terkini jumlah pelawat pusat konservasi panda gergasi dan jumlah pelawat Zoo Negara secara keseluruhan serta statistik haiwan yang mati di Zoo Negara. - mStar Online
TOP
Manulis Seni Kaligrafi Menggunakan Mata
SICHUAN: Seorang penggiat seni kaligrafi ini telah membuat satu kelainan dari penggiat seni kaligrafi yang lain apabila menulis kaligrafi Cina menggunakan mata.
Chen Xiang, 42, telah mempamerkan kehebatan di kedai seninya yang terletak di wilayah Sichuan dengan menulis kaligrafi tersebut dengan kebolehan yang amat hebat menggunakan mata dan menghasilkan kaligrafi yang bermutu tinggi.
Chen telah bermula berjinak-jinak dengan seni ini semenjak 16 tahun lepas dan mula terlibat secara serius 8 tahun lepas selepas dia membuka kedai seni kaligrafinya sendiri. Beliau melukis dengan memasukkan soket berus yang diciptakan khas supaya tidak merosakan matanya untuk membuat seni kaligrafi tersebut.
Karyanya ini telah mendapat sambutan yang hebat dari penduduk di sana dan juga luar negara. Video beliau telah di kongsi melalui Newsflare dan mendapat maklum balas yang hebat dan ramai berminat dengan karya tersebut. Walaupun agak ngeri tapi ini adalah hakikat di mana perkara ini memang benar-benar terjadi - Siakapkeli.com.my

8 Tentera Laut Mesir Hilang Dalam Serangan ‘Pengganas’
KAHERAH – Sebuah kapal tentera laut Mesir diserang ‘pengganas’ di Laut Mediterranean semalam, mengakibatkan lapan anggotanya hilang di lautan.
Dalam satu kenyataan, tentera Mesir berkata empat bot yang digunakan oleh penyerang terbabit dimusnahkan dan 32 militan yang disyaki ditahan.
Agensi berita MENA melaporkan sebuah kapal tentera laut terbakar dalam kejadian tembak menembak dengan penyerang kira-kira 70 kilometer dari pantai Mesir.
Pihak tentera menyatakan ia adalah serangan ‘pengganas’.
“Operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan berjaya mengeluarkan lima anggota yang cedera ke hospital tentera.. masih ada lapan anggota yang hilang dan usaha mencari akan diteruskan,” kata kenyataan itu.
Pihak tentera menyatakan ia memusnahkan empat bot yang digunakan oleh penyerang bersenjata terbabit, termasuk pengganas dan menahan 32 orang. – AFP
TOP
Pengawal Keselamatan Maut Di Panah Petir
Pasir Gudang: Seorang pengawal keselamatan harini maut selepas dipanah petir pada pukul 3.15 petang tadi di hadapan pintu pagar sekolah tempat beliau bertugas di sini.
Mangsa yang berasal dari sabah berumur 57 tahun terkena panahan petir tersebut meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Foto Harian Metro
Menurut saksi sebelum kejadian mangsa sedang membuka pintu pagar sekolah selepas sesi persekolahan telah tamat dan tiba-tiba mangsa rebah di ikuti bunyi dentuman guruh yang kuat. Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Deputi Superintendan Norazam Shaari mengesahkan tentang kejadian tersebut dah pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut. Mayat lelaki tersebut telah di hantar ke Hospital Sultan Ismail untuk di bedah siasat.- Siakapkeli.com.my

Bot Mewah Di Dalam Bengkel Terbakar
Gambar Hiasan
LANGKAWI - Sebuah bot mewah milik persendirian telah musnah terbakar pada pada pukul 6.50 petang tadi di dalam sebuah bengkel kapal di Kampung Bohor Darat Kedawang. Bot tersebut di miliki oleh seorang lelaki warga Australia berada di bengkel tersebut kerana rosak dan sedang di baiki. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Langkawi, Yaakob Hassan berkata, pihak bomba menerima panggilan telefon pada pukul 7 petang tadi terus bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan 2 jentera bomba da 18 anggota penyelamat untuk memadam kebakaran tersebut. "Jentera pertama tiba di tempat kejadian pada pukul 7.21 malam dan ketika itu api sedang marak membakar keseluruhan bot itu dan api berjaya di kawal dalam masa 10 minit dan berjaya di padam sepenuhnya setengah jam kemudian. "Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kerugian dianggarkan kira-kira RM230,000 berdasarkan nilai semasa bot berkenaan. Setakat sekarang pihak bomba masih lagi dalam sisatan punca kebakaran tersebut. - Siakapkeli.com.my

Lelaki Maut Di Timpa Bumbung Kilang
GEORGE TOWN - Seorang lelaki yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang elektronik meninggal dunia selepas bumbung kilang tersebut runtuh dan menimpa mangsa.
Wan Ahmad Nadzari Wan Mokhtar, 48, mati di tempat kejadian apabila bumbung konkrik terebut jatuh betul-betul di atasnya menyebabkan mangsa terperangkap di dalam runtuhan.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, pihak penyelamat telah cuba menyelamatkan mangsa tetapi selepas menjumpainya beliau sudah tidak bernyawa.
"Mangsa yang bekerja di kilang itu lebih 10 tahun dikatakan baru ingin memulakan tugasnya pada syif malam,"
Dalam siasatan awal pihak polis kejadian ini berpunca daripada angin kencang menyebakan struktur bumbung bergerak.
Mangsa telah di hantar ke Hospital Pulau Pinang untuk di bedah siasat-Siakapkeli.com.my
TOP
Penggantungan Saari, Hasnul Kekal
PETALING JAYA: Majlis Syura Ulama PAS mengekalkan keputusan menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) partinya iaitu, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib).
Perkara itu didedahkan oleh Saari yang menerima surat pemakluman itu pada petang Jumaat, manakala Hasnul menerimanya lebih awal iaitu petang Khamis lalu melalui khidmat kurier.
Saari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Selangor berkata, sebagai wakil rakyat, dia menerima keputusan yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama pada 2 November lalu itu dengan hati yang terbuka.
"Dalam surat tersebut memaklumkan penggantungan keahlian saya dan Hasnul dikekalkan. Apa pun saya masih boleh menjalankan tanggungjawab sebagai Adun PAS, cuma tidak boleh terlibat dengan sebarang aktiviti parti di peringkat kawasan mahupun negeri.
"Saya juga akan kekal sebagai Adun Pakatan Rakyat (PR) dan menjalankan tanggungjawab sebagai Adun di kawasan saya seperti biasa," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.
Antara intipati surat yang diterima Saari dan Hasnul adalah arahan agar mereka terus istiqamah dalam jamaah dan berdisiplin.
Hasnul pula memberitahu, beliau terpaksa menerima keputusan yang telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama walaupun dengan berat hati.
"Nak buat macam mana, saya kena terima keputusan yang telah dibuat. Dalam surat tersebut memaklumkan penggantungan tersebut kekal dan jika mengikut perlembagaan parti saya sudah tidak boleh merayu lagi," katanya.
Ditanya apakah tindakan beliau selepas ini, Hasnul berkata: "Saya tetap akan bersama PAS, kerana tujuan saya tandatangan akuan bersumpah (SD) itu pun hanya untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat (PR). Selagi PAS bersama PR saya tetap akan bersama mereka."
"Saya juga akan meneruskan kerja-kerja di pusat khidmat Adun seperti biasa kerana tidak boleh terlibat dengan aktiviti parti selama setahun," katanya.
Pada 11 Oktober lalu, Jawankuasa PAS pusat membuat keputusan menggantung keahliaan Saari dan Hasnul selama setahun berkuat kuasa serta merta.
Namun pada 27 Oktober, kedua-dua mereka mengemukakan rayuan terhadap hukuman berkenaan.
Kemudian, pada 2 November, Majlis Syura Ulama telah mengadakan mesyuarat berkenaan keputusan rayuan yang dikemukakan kedua-dua Adun PAS berkenaan, bagaimanapun Setiausaha Agungnya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh enggan mendedahkan keputusan mesyuarat yang ditelah diputuskan.
Saari dan Hasnul sebelum ini menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar ketika Selangor dilanda krisis jawatan tersebut.
Kedua-dua Adun itu kemudiannya dipanggil oleh Jawatankuasa PAS Pusat bagi memberi penjelasan berhubung tindakan mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah dan membuat kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti.- mstar online
TOP
Utamakan Usul Akar Umbi, Bukan Perihal Pemilihan Parti - Hishammuddin
Hishammuddin Hussein.
PETALING JAYA:Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak mahu perihal dalaman parti seperti isu yang berbangkit daripada pemilihan parti tahun lalu mendominasi Perhimpunan Agung Umno 2014 yang akan berlangsung hujung November ini. Beliau berkata tumpuan pada perhimpunan agung tahun ini seharusnya diberikan kepada usul, cadangan atau permasalahan yang dibawa daripada peringkat akar umbi bagi memastikan survival parti dalam landskap baharu politik. "Perhimpunan agung penting untuk menentukan hala tuju dan pendekatan parti yang perlu seiring dengan keadaan semasa kerana kita tidak boleh kekal selama-lamanya tanpa melalui proses penilaian mengikut peredaran masa dan aspirasi rakyat," katanya. Hishammuddin berkata demikian dalam ucaptama di sini hari ini pada Persidangan Meja Bulat Usul Majlis Tertinggi (MT)yang diadakan sebagai persiapan untuk Perhimpunan Agung Umno 2014. Perhimpunan Agung Umno 2014 akan berlangsung dari 25 hingga 29 November ini. Hishammuddin yang juga pengerusi jawatankuasa usul perhimpunan berkata bagaimanapun, perwakilan tidak akan dihalang daripada membawa isu berbangkit berkaitan pemilihan parti. Namun, platform untuk berbuat demikian adalah pada perhimpunan agung khas yang akan diadakan tahun hadapan atau pada 2016, tambah beliau. "Jadi jangan kaitkan isu pemilihan dalam perhimpunan agung kali ini kerana pemilihan parti seterusnya akan berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-14, jadi masa yang ada sekarang ini kita tumpukan kepada perkara daripada akar umbi," katanya. Beliau meminta perwakilan Umno jangan bersikap apologetik kerana negara telah mencapai pelbagai kejayaan pada peringkat antarabangsa di bawah kepimpinan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini termasuklah kejayaan Malaysia dipilih menjadi anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) dan memberi 'soft landing' kepada mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dengan mencari penyelesaian 'luar kotak' apabila berjaya berbincang dengan ketua pemisah Ukraine, Alexander Borodai. "Ini adalah pemimpin Umno, jadi apa yang hendak kita apologetik sangat? Kita bukan takbur atau mengatakan kita ini hebat, namun kita ini bukan teruk sangat sehingga perlu bersikap apologetik," kata Hishammuddin. Persidangan meja bulat usul itu diadakan bagi meneliti dan memantapkan draf usul yang disediakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2014 dan dihadiri 130 individu yang arif dalam isu ekonomi, agama dan pendidikan. Turut hadir ialah anggota MT iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku naib pengerusi jawatankuasa persidangan itu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (pengerusi usul agama) dan Tan Sri Jamaluddin Jarjis (pengerusi usul ekonomi). Semalam, Hishammuddin berkata Ibu Pejabat Umno telah menerima 755 usul daripada 191 bahagian Umno di seluruh negara yang merangkumi 638 usul untuk rujukan dan 117 usul tanpa bahas. Daripada jumlah itu, 121 usul menyentuh soal pendidikan, diikuti 87 politik, 81 pindaan perlembagaan parti, 74 agama, 67 ekonomi, 170 isu sosial, dan 38 mengenai hal-hal lain.- mstar online

Laporan Audit: Hanya Sebilangan Kecil Penjawat Awam Terlibat Salah Laku
KUALA LUMPUR: Bilangan penjawat awam yang terlibat dengan salah laku seperti dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara cuma merupakan sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan penjawat awam, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau bagaimanapun menegaskan, kerajaan memandang serius kes salah laku tersebut dan usaha penambahbaikan akan terus diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
"Kita mempunyai 1.52 juta penjawat awam. Tanggapan diberikan (oleh Laporan) bahawa semua orang melakukannya (salah laku). Tidak, saya sendiri tidak dapat katakan ia melibatkan sebilangan penjawat awam. Ia kurang daripada itu.
"Mereka yang terlibat dalam salah laku, mereka merupakan kumpulan kecil dan kami mahu menanganinya. Kami beri penekanan terhadap usaha itu," katanya pada Sesi Bersama Media: Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3, di Angkasapuri, di sini Rabu.
Katanya tindakan disiplin yang diambil termasuk surcaj, amaran yang melibatkan penangguhan gaji dan pangkat serta dipecat.
Terdahulu dalam ucapannya, Ali berkata pelbagai tindakan telah dilaksana oleh kerajaan dalam memastikan teguran oleh Laporan Ketua Audit Negara diambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Ini termasuk membangunkan Paparan Susulan Laporan Ketua Audit Negara yang dipaparkan di laman portal Jabatan Audit Negara yang menunjukkan status tindakan terkini oleh kementerian dan jabatan terbabit berkenaan isu-isu Laporan Ketua Audit Negara mulai tahun 2012.
Satu Jawatankuasa Siasatan yang bertujuan untuk mempercepatkan proses siasatan ke atas teguran bersifat punitif yang melibatkan kes penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku dan kecuaian pelaksanaan tugas juga diwujudkan, katanya.
"Bagi memastikan siasatan yang telus dan adil dilaksanakan, pegawai-pegawai kanan dari luar kementerian yang disiasat, dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Siasatan ini," katanya.
Selain itu, katanya status tindakan susulan Laporan Ketua Audit Negara, pegawai yang dalam prosiding tindakan tatatertib dan pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib juga dipaparkan dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Awam.
Ali berkata bagi Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3 yang melibatkan 495 teguran, tindakan penambahbaikan sedang diambil oleh kementerian-kementerian terbabit terhadap 475 teguran pembetulan yang dibangkitkan dan statusnya boleh dipantau melalui Paparan Jabatan Audit Negara.
Katanya bagi 20 teguran yang bersifat punitif (hukuman), tindakan proaktif telah diambil oleh enam Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan pada 25 September.
"Berdasarkan siasatan yang telah dijalankan, lima teguran yang melibatkan 46 orang pegawai telah dikenal pasti untuk prosiding tatatertib. Seterusnya, dua teguran di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang diteliti oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," kata beliau.
Katanya, 13 teguran lagi juga sedang diteliti lebih lanjut oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara dan SPRM bagi tujuan mengesahkan bahawa benar-benar tidak wujud penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku dan kecuaian pelaksanaan tugas.- mstar online
TOP
Guan Eng Desak Hadi Hadir Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat
Abdul Hadi Awang.
PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus mendesak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Malah, Guan Eng berkata, mereka sanggup menunggu sehingga beliau boleh menghadiri mesyuarat tersebut. "Jawatankuasa Eksekutif Pusat (DAP) menggesa Hadi supaya hadir mesyuarat untuk menjadikan Pakatan Rakyat berdaya maju kerana Pakatan adalah gabungan tiga parti, PAS, PKR dan DAP," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Lim dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, kehadiran Hadi dalam mesyuarat tersebut adalah wajib kerana beliau adalah kuasa tertinggi yang boleh membuat keputusan dalam PAS. "DAP akan menunggu sehingga dia boleh hadir mesyuarat ini," katanya. Ketiadaan Hadi pada mesyuarat tersebut menimbulkan tanda tanya Lim sama ada perkara yang dipersetujui wakil PAS pada mesyuarat adalah keputusan akhir atau masih belum mendapat persetujuan presiden PAS itu.- mstar online

13,360 Bilik Hotel Sedia Tampung Keperluan Pelancong Di Johor
NUSAJAYA: Sebanyak 13,360 bilik hotel bertaraf tiga bintang ke atas, ditawarkan sektor perhotelan di Johor tahun depan sebagai usaha menampung keperluan pelancong yang semakin pesat ke negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata penawaran berkenaan sejajar dengan pembinaan beberapa hotel tahun ini dan beberapa lain yang dirancang tahun hadapan.
"Setakat ini, bilangan bilik hotel bertaraf tiga bintang ke atas di negeri ini hanyalah 12,500 buah. Dengan beberapa hotel yang sedang dibina tahun ini dan tahun depan, maka, penawaran jumlah bilik dijangka meningkat 13,360 bilik," kata beliau.
Tee berkata demikian ketika menjawab soalan Hamimah Mansor (BN-Penawar) dan Dr Zaini Abu Bakar (BN-Nusajaya) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor, di Kota Iskandar, di sini, Rabu.
Beliau berkata berdasarkan Data Penginapan Hotel yang dilakukan Tourism Malaysia, jumlah pelancong yang bermalam di Johor adalah seramai 5.77 juta orang pada tahun lepas.
Beliau berkata jumlah berkenaan meningkat sebanyak 45.84 peratus berbanding 3.95 juta orang pada 2012.
Tee berkata kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah komprehensif dalam memastikan peratusan penginapan di negeri ini meningkat dari semasa ke semasa termasuk menggalakkan pelaburan bagi pembinaan yang mempunyai elemen pelancongan di negeri ini.
"Selain itu, kerajaan negeri menerusi Jabatan Pelancongan juga merangka pelbagai program bertaraf antarabangsa bersama pihak swasta untuk menarik pelancong menginap lebih lama di negeri ini dan menganjurkan penerbangan sewa khas kepada agensi pelancongan dari dalam dan luar negara ke Johor bagi memberi kemudahan kepada agensi yang berminat untuk menjadikan Johor sebagai destinasi percutian pilihan," katanya.- mstar online
TOP
Warga Emas OKU Maut Dalam Kebakaran Di Parit
IPOH: Seorang warga emas Orang Kurang Upaya (OKU) maut apabila rumah yang didiaminya di Kampung Sungai Korok, Parit, kira-kira 36 kilometer dari sini, terbakar pagi Rabu.
Dalam kejadian 5.20 pagi itu, Zainal Azmi Abu Hassan, 63, yang lumpuh kaki kanan meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas terhidu asap.
Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah DSP Leong Ah Kow berkata mangsa yang tinggal seorang diri itu sedang tidur ketika kejadian dan tidak sempat menyelamatkan diri.
"Kebakaran berpunca daripada litar pintas dan mangsa tidak sempat melarikan diri dan mati di tempat kejadian," katanya.
Katanya 80 peratus daripada rumah dua tingkat separuh batu dan papan itu musnah dan kerugian dianggar berjumlah RM40,000.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Parit Asmahisham Abdul Aziz berkata dua jentera dengan 18 anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan dari Pusat Gerakan Operasi Bomba, Ipoh pada 5.25 pagi.
"Operasi pemadaman dijalankan 55 minit sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya pada 6.30 pagi," katanya.
Mayat dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat.- mstar online
TOP
Bekas Pengarah Urusan, Ahli Perniagaan Didakwa Buat Tuntutan Palsu RM1.116 Juta
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah urusan bergelar 'Datuk' dan seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu terhadap pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan invois berjumlah RM1.116 juta berhubung kerja-kerja logistik 200 unit lori muatan berat (Tipper Truck), empat tahun lepas.
Datuk Koay Teng Keong, 57, dan Teh Yean Teong, 51, didakwa dengan niat bersama menggunakan dua invois Deutsche Direct Sdn Bhd, sebuah syarikat pengangkutan, masing-masing bertarikh 11 Mac 2010 berjumlah RM605,200 dan 13 Mac 2010 berjumlah RM511,400 di pejabat Gadang Engineering (M) Sdn Bhd, Wisma Gadang, No. 52, Jalan Tago 2, Off Persiaran Utama, Sri Damansara di sini pada Mac 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (2)(b) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Terdahulu Pegawai Pendakwa daripada SPRM, Wan Ahmad Nidzam Wan Omar menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin bagi masing-masing tertuduh serta syarat tambahan, pasport perlu diserahkan kepada mahkamah.
Peguam J R Tey, mewakili kedua-dua tertuduh, memohon wang jaminan dikurangkan kepada RM50,000 dan pasport mereka tidak diserahkan kepada mahkamah atas alasan anak guamnya merupakan ahli perniagaan yang berkemungkinan akan keluar negara untuk urusan perniagaan serta isteri Koay menghidap penyakit kanser.
Hakim Allaudeen Ismail kemudian membenarkan Koay dan Teh masing-masing diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah pada tarikh sebutan 18 Disember ini.
Koay dan Teh, yang turut diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, membayar wang jaminan itu. - mstar online
TOP
Pengarah Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Tipu RM750,000
KUALA LUMPUR: Seorang pengarah sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan menipu seorang lelaki untuk menyerahkan cek berjumlah RM750,000 berhubung mendapatkan sebuah stesen minyak, tahun lepas.
Bhopinderpal Singh Rail Singh, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurul 'Ain Abdul Rahim.
Bhopinderpal Singh didakwa menipu Ng Kien Boon, 26, dengan memperdayakan mangsa bahawa tertuduh adalah seorang perunding yang boleh mendapatkan Stesen Minyak Petronas di Persiaran Puncak Jalil 2 dengan mengemukakan dokumen-dokumen iaitu Petronas Dagangan Berhad yang diketahui adalah palsu.
Perbuatan tertuduh mendorong Ng menyerahkan sekeping cek Hong Leong Bank berjumlah RM750,000.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat peguam Tetuan Rajan Navaratnam di No 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, di sini pada 5 Julai 2013 dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan kes disebut semula 17 Disember ini.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya S. Ravindran manakala peguam Hamidi Mohd Noh mewakili tertuduh.- mstar online
TOP
Pengarah Syarikat Bergelar 'Datuk Seri' Didakwa Simpan 8,000 Liter Diesel
MELAKA: Seorang pengarah syarikat bergelar 'Datuk Seri' pada Selasa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menyimpan barang kawalan iaitu 8,000 liter diesel di tempat tidak dibenarkan di Kawasan Perindustrian Cheng di Cheng di sini, Mac lepas.
Datuk Seri Ong Tai Poh, 52, didakwa sebagai pengarah syarikat Poh Fatt Supreme Holdings membenarkan untuk menyimpan 8,000 liter diesel itu di tempat yang tidak diberi kebenaran oleh pengawal bekalan.
Syarikat Poh Fatt Supreme Holdings beralamat di Kawasan Perindustrian Cheng di Cheng di sini juga didakwa atas kesalahan yang sama.
Pemilik tanah tempat penyimpanan diesel itu, Muhammad Shafiq Tan Abdullah, 40, turut mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan sama.
Turut didakwa Azery Sallehudin, 34, sebagai pengarah syarikat Utama Sama Niaga iaitu berurusan dengan diesel secara runcit atau borong tanpa lesen sah membabitkan 19,000 liter diesel.
Semua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sebuah stor tanpa nama dalam kawasan lot PT4823 TTC33, Kawasan Perindustrian Cheng pada pukul 12.20 tengah hari, 5 Mac lepas.
Ong, Muhammad Shafiq Tan dan Azery didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Syarikat Poh Fatt Supreme Holdings didakwa mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM250,000 jika sabit kesalahan.
Hakim Ahmad Sazali Omar membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin setiap seorang dan menetapkan 12 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan, manakala Ong diwakili peguam Ho Wee Keong; dan Muhammad Shafiq Tan serta Azrey diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork.- mstar online
TOP
Pengambilan Pelajar Perubatan Baharu Diputuskan Senat IPTA - Mary Yap
Gambar Hiasan.
KUALA LUMPUR: Pengurangan pengambilan pelajar perubatan baharu di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diputuskan oleh senat institusi masing-masing, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching. Beliau berkata, senat IPTA mengambil kira nisbah pensyarah dan pelajar, kemudahan pengajaran dan pembelajaran, kemudahan tempat latihan atau praktikal serta peruntukan sedia ada di institusi mereka. "Persaingan mendapatkan tempat di IPTA dalam program pengajian kompetitif seperti perubatan sangat sengit apabila bilangan calon yang memperoleh keputusan cemerlang meningkat setiap tahun. "Selain pencapaian akademik calon yang cemerlang, aspek kualiti calon juga diberi keutamaan dalam soal pengambilan pelajar bagi program pengajian perubatan," katanya semasa sesi soal jawab Persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu. Beliau menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang ingin tahu jumlah pelajar yang diterima mengikuti kursus perubatan, farmasi dan pergigian di IPTA setiap tahun sejak 2010 dan punca penerimaan pelajar baharu dikurangkan. Yap berkata, secara purata sebanyak 1,200 pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Sains Asasi ditawar mengikuti kursus perubatan, pergigian dan farmasi di IPTA setiap tahun. Menurutnya, mereka terdiri daripada 807 orang pelajar program perubatan, farmasi (227) dan pergigian (166). Menjawab soalan tambahan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) mengenai langkah kerajaan meningkatkan kualiti murid di sekolah, Yap berkata kementerian melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menekankan enam ciri murid berkualiti untuk bersaing pada peringkat global. Katanya, enam ciri tersebut ialah kemahiran kepimpinan, dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti nasional serta kemahiran berfikir. "Banyak inisiatif sedang dan akan dilaksanakan di bawah PPPM sehingga 2025 bagi melahirkan pelajar berkualiti kerana semua ciri tersebut penting untuk mereka menghadiri temuduga," jelasnya.- mstar online

Polis Sibu Lumpuhkan Sindiket, Rampas Balak RM500,000
SIBU: Seperti tumbangnya sebatang pohon gergasi di tengah belantara, begitu jugalah nasib yang dialami satu sindiket mencuri balak apabila polis merampas balak dan jentera berat bernilai kira-kira RM500,000.
Polis mencapai kejayaan itu dalam serbuan pada kira-kira 1.30 tengah hari di dua kolam balak berhampiran Km35 Jalan Sibu/Bintulu di sini, Selasa.
Tiga pekerja ditahan bagi membantu sisatan apabila mereka gagal menunjukkan permit kerja daripada Jabatan Perhutanan Negeri.
Pasukan yang melakukan serbuan itu dianggotai tiga pegawai dan sembilan anggota daripada Batalion Ke-10 Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkalan di Kem Lanang.
Asisten Superintendan Juvrinh Adrian Labungan, yang mengetuai serbuan itu, berkata dalam serbuan di kolam balak pertama, 60 balak pelbagai saiz dan spesies serta sebuah jentera pengorek dan sebuah traktor, dirampas.
"Tiada satu pun balak berkenaan mempunyai tag rasmi mandatori daripada Jabatan Perhutanan Negeri.
"Dalam serbuan selepas itu di sebuah lagi kolam balak berhampiran, pasukan PGA menjumpai 90 balak, juga yang tidak mempunyai tag.
"Di sini, kami menahan tiga pekerja apabila mereka gagal menunjukkan permit kerja daripada Jabatan Perhutanan Negeri," katanya kepada pemberita di sini ini.
Beliau berkata, balak dan jentera berkenanan diserah kepada Jabatan Perhutanan Negeri untuk memudahkan siasatan mengikut Seksyen 85(1) Ordinan Perhutanan Sarawak.- mstar online
TOP
Pemuda Sesat Di Hutan Peranginan Ditemui Selamat
Mohd Yahya ditenangkan ibunya Sahirdah Azizan, 53, selepas dia ditemui orang kampung kira-kira pukul 10 pagi, tiga kilometer dari hutan Peranginan Bukit Wang dalam keadaan tidak bermaya di tepi sungai pada Rabu. - fotoBERNAMA
ALOR SETAR: Seorang pemuda yang dilaporkan sesat di kawasan hutan Peranginan Bukit Wang, Jitra, pagi Selasa ditemui dalam keadaan selamat pagi Rabu. Pegawai Operasi Zon I Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohd Hafizi Hassan berkata Mohd Yahya Zakri, 24, dari Tikam Batu dekat Sungai Petani, ditemui kira-kira 10.30 pagi. "Mangsa dijumpai di luar kawasan hutan peranginan tersebut oleh penduduk kampung yang terus menghubungi pihak bomba untuk memaklumkan tentang mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu. Beliau berkata mangsa dalam keadaan sihat dan dibawa ke Hospital Jitra untuk pemeriksaan lanjut. Mangsa dikatakan ke kawasan peranginan itu bersama-sama keluarganya sebelum didapati hilang dan setelah menyedari kehilangan mangsa, seorang keluarganya menghubungi bomba pada 2.49 petang, Selasa. Sepasukan 40 anggota bomba dari Balai Bomba Jitra, Balai Bomba Alor Setar dan Balai Bomba Kuala Nerang menyertai gerakan mencari dan menyelamat mangsa. - mstar online

Stesen Minyak Johor Jual Diesel Euro 5
Hassan (kiri) di stesen minyak BHP selepas melancarkan Infiniti Euro-5 Diesel di Hentian Rehat Pagoh Arah Selatan, Rabu.
MUAR: Lebih 3,000 lori yang berdaftar di Malaysia dan membuat perjalanan ke Singapura setiap hari, kini tidak perlu bimbang untuk mematuhi peraturan ketat republik itu berhubung pelepasan asap diesel. Mengumumkan perkara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata Johor akan mempunyai stesen minyak bagi menjual diesel gred Euro 5, yang penggunaannya bagi kenderaan dijana diesel dikuatkuasakan oleh Singapura mulai 1 Julai. "Memahami kesukaran yang dihadapi pemilik dan pemandu lori, kerajaan melalui Majlis Ekonomi telah meluluskan penjualan diesel tersebut, dan Bousted Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) menjadi pihak pertama berbuat demikian di Johor mulai hari ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran jenama minyak diesel baharu itu, Infiniti Euro 5 Diesel, di stesen BHPetrol Pagoh Arah Selatan, di KM 135 Lebuhraya Utara Selatan di sini, Rabu. Selain stesen ini, bahan api tersebut turut boleh didapati di BHPetrol Pagoh Arah Utara, BHPetrol Tebrau 2 dan BHPetrol Pasir Gudang 3. Tujuh lagi stesen BHPetrol di Johor akan menjual minyak tersebut dalam tempoh dua minggu. "Diesel Euro 5 baik untuk alam sekitar berikutan kandungan sulfurnya yang rendah iaitu hanya 10 bahagian per juta (ppm) berbanding 500 ppm bagi gred Euro 2M Malaysia ketika ini," kata Hasan. Beliau berkata, keputusan kerajaan itu membantu pemilik dan pemandu lori Malaysia daripada dikenakan denda oleh pihak berkuasa Singapura, dan pada masa sama memelihara hubungan dagangan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara. Sementara itu, Pengarah Urusan BHPetrol Tan Kim Thiam berkata Infiniti Euro 5 Diesel itu akan dijual pada harga RM2.30 seliter, naik 10 sen berbanding diesel Euro 2M. Berdasarkan kualiti diesel itu, beliau yakin rakyat tidak keberatan untuk membayar lebih 10 sen berikutan mereka akan memperoleh banyak penjimatan dari segi penyelenggaraan kenderaan mereka. Beliau menegaskan bahawa bahan api tersebut hanya akan dijual kepada kenderaan yang berdaftar di Malaysia. Hasan berkata, pihak berkuasa akan memantau jualan diesel bersubsidi itu, untuk memastikan ia hanya akan memberi manfaat kepada pemilik kenderaan Malaysia. Beliau berkata, syarikat minyak lain di negara ini yang ingin menjual diesel Euro 5 boleh memohon untuk mendapat kelulusan daripada kementerian, selain tiada sekatan kepada pihak lain untuk terus menjual diesel Euro 2M.- mstar online

Taman Air Di Taman Tema Escape Dibuka November 2015
Jumping Jack antara tarikan baharu di Taman Tema Escape sebelum taman air siap tahun depan.
GEORGE TOWN: Taman Tema Escape di Teluk Bahang, dekat sini bakal menarik lebih ramai pengunjung apabila taman air dibuka pada November tahun depan. Ketua Pegawai Escape Sim Choo Kheng berkata, kerja pembinaan taman tema itu akan bermula pada Januari dan dijangka siap dalam tempoh 10 bulan. "Taman air yang dikenali sebagai 'Waterplay' mempunyai permainan yang seperti dulu kita mandi di sungai dan laut, tetapi kami menggunakan peralatan terkini. Kami juga mempunyai water slide atau gelongsor yang terkini. "Kami telah menandatangani perjanjian dengan syarikat dari Turki untuk membekalkan segala peralatan yang kami perlukan untuk 'waterplay' ini. Kos dalam lingkungan RM50 juta hingga RM70 juta," katanya pada sesi memperkenalkan tiga tarikan baharu taman tema itu bersama wakil media, di sini Rabu. Pada majlis itu, Choo Kheng turut mengumumkan kerjasama dengan Rapid Penang dalam menyediakan kemudahan bas untuk pengunjung ke Taman Tema Escape. Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Rapid Bus Sdn Bhd, Mohd Shukri Abdul Rahman. Choo Kheng berkata, seramai 130,000 orang mengunjungi taman tema itu sejak ia dibuka pertengahan tahun lepas dan pihaknya menjangkakan jumlah itu meningkat kepada 150,000 pengunjung tahun ini. Ditanya mengenai perancangan masa depan untuk taman tema itu, Choo Kheng berkata: "Kami memang ada rancangan besar tetapi kerana kami ada had tersendiri dari segi kewangan, jadi kami buat setakat yang boleh. Kalau kami ada untung yang lebih banyak, kami akan meningkatkan taraf dan mutu permainan. "Kami memang ada rancangan untuk membuat satu 'roller coaster' yang tidak melibatkan mekanikal tetapi menggunakan graviti. Itu adalah satu daripada tarikan akan datang". Sementara itu, Mohd Shukri berkata, sebanyak tiga bas dengan tiga laluan disediakan khas untuk ke taman tema itu iaitu, Bas 101 Jeti-Teluk Bahang, Bas 102 Lapangan Terbang Bayan Lepas-Teluk Bahang dan Bas 501 Balik Pulau-Teluk Bahang. Taman Tema Escape dengan 17 tarikan itu membolehkan pengunjung kembali ke zaman kanak-kanak dengan aktiviti lasak seperti memanjat pokok, meneroka terowong, berlumba menggunakan tiub serta cabaran di awangan seperti 'flyingfox' dan 'kite flyers'.- mstar online

PRM Food Bangunkan Kilang Padi, Perkukuh Kedudukan Di Pantai Timur
MARANG: PRM Food and Marketing Sdn Bhd (PRM Food) melabur RM6.8 juta bagi membangunkan kilang padi di sini, dalam usaha memperkukuh kedudukannya sebagai pengilang dan pengedar produk makanan di pantai timur.
Pengarah Urusannya, Ramli Muda berkata, kilang yang dijangka beroperasi Januari 2014 itu akan melengkapi kilang tepung dan kilang bihun syarikat yang berpangkalan di Kawasan Perindustrian Marang di Bukit Kor di sini.
"Antara barang yang kita pasarkan sekarang ialah beras dan pulut berjenama Era Mas serta tepung beras, tepung jagung, tepung kanji, tepung sagu serta bihun berjenama Cap Tiga Teratai," katanya kepada Bernama.
Menurut usahawan berusia 55 tahun itu, pada peringkat awal perniagaan beliau mendapatkan bekalan tepung dari Thailand sebelum diedarkan ke kedai-kedai di pantai timur.
"Dua belas tahun lalu, apabila kedudukan syarikat semakin teguh, kami bangunkan kilang memproses tepung bernilai RM5 juta dan kilang bihun bernilai RM4.4 juta bagi memproses sendiri produk edaran kami," katanya yang dibantu isteri Cik Minah Mohd Amin.
Katanya, kewujudan kilang padi itu akan mengurangkan kos bahan mentah syarikat yang selama ini mendapatkan bekalan dari luar. - mstar online
TOP
BMW Lancar 320i Sports Sedan Terbaharu
BMW 320i Edisi Sport.
BMW Group Malaysia (BMW) memperkenalkan BMW 320i Edisi Sport, model terkini segmen sports sedan premiumnya. Pengarah Pengarah Urusan, Alan Harris, berkata elemen edisi baharu itu sesuai dengan ciri khusus yang hanya terdapat dalam varian baharu BMW 3 Series. "Reka bentuk berkenaan mewujudkan perbezaan yang jelas antara model siri, membolehkan pemandu menyesuaikan kereta mereka dengan pilihan reka bentuk dan gaya hidup mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ruang dalaman yang sofistikated.
Ruang dalaman model ini menjanjikan gaya yang sofistikated dan praktikal kepada mereka yang bercitarasa tinggi. Malah, model baharu ini dilengkapi dengan sistem navigasi perniagaan dengan paparan skrin bersaiz 6.5'. Model ini didatangkan dengan enjin 2.0 liter empat selinder sebaris Turbo TwinPower yang menjana 184 bhp.
Enjin BMW 320i menggunakan Trubo TwinPower .
Ia turut dipadankan dengan kotak gear lapan kelajuan sekali gus membolehkan jentera itu memecut dari pegun hingga 100 kilometer sejam dalam 7.6 saat. Walaupun pantas dan bertenaga, model ini tetap menjimatkan minyak dengan hanya menggunakan enam liter bagi setiap 100 km. Gear kelapan pada model ini dengan nisbah yang lebih panjang, membantu mengurangkan penggunaan minyak pada kelajuan tinggi.
Model baharu ini didatangkan dengan enam warna pilihan.
Sistem pembesar suara HiFi dalam model baharu ini juga dipertingkatkan dengan amplifier 205 Watt dengan sembilan pembesar suara untuk kualiti bunyi yang mengagumkan. BMW 320i dijual pada RM258,800 sebuah tanpa insurans. Ia boleh didapati dalam warna putih, hitam, merah, perak, biru dan kelabu.- mstar online

Lebih 70 Peratus PKS Tiada Laman Web
KUALA LUMPUR:Lebih 70 peratus Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tidak memiliki laman web sendiri, kata Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon.
"Industri e-dagang di negara ini makin matang di mana 40 peratus sudah melaksanakan urusniaga menerusi dalam talian dengan jangkaan nilai mencecah RM5.6 bilion pada 2015," katanya.
Menurutnya lagi, syarikat PKS yang tidak melibatkan diri dengan urus niaga e-dagang akan kehilangan sejumlah besar pasaran dalam perniagaan dalam talian.
Menjelaskan mengenai potensi perniagaan dalam talian, statistik Persatuan E-Dagang Malaysia menunjukkan, laman web membeli-belah dalam talian China, Tabao mencatatkan transaksi sebanyak 60 bilion bernilai AS$2 bilion (RM6.5 bilion) barangan bagi tempoh sejam pertama pada promosi seharinya, 11 November lalu.
Bagi mewujudkan kesedaran mengenai bidang ini, Pemuda MCA bekerjasama dengan persatuan berkenaan dengan menganjurkan pameran bergerak di seluruh negara.
Program yang bermula dengan seminar bertajuk "Promosi Pembangunan E-Dagang Di Negara Ini' akan diadakan pada Wisma MCA pada 6 Disember ini.
"Kami akan menjemput usahawan berpengalaman untuk memberi maklumat serta langkah untuk memulakan perniagaan dalam talian, selain pinjaman dan pembiayaan kerajaan yang ditawarkan ketika ini," katanya.
Katanya lagi, lawatan sambil belajar ke syarikat e-dagang terkemuka China iaitu Alibaba, Taobao dan Tmall di China serta mendalami cara terbaik untuk mengendalikan aspek logistik akan diadakan tahun depan.
"Apabila anda memulakan perniagaan dalam talian, lokasi premis bukan aspek utama, tetapi yang utama adalah barangan dapat dihantar kepada pelanggan mengikut jadual," katanya.
Beliau berkata, bagi yang berminat, diminta menghubungi ibu pejabat MCA di talian 03-2203 3888- mstar online
TOP
Kewangan Johor Kukuh Dengan Lebihan Hasil Semasa RM420.22 Juta
Mohamed Khaled Nordin
NUSAJAYA: Kewangan kerajaan Johor berada pada prestasi kukuh apabila lebihan hasil semasa dalam Akaun Hasil Yang Disatukan sehingga kini pada RM420.22 juta. Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah itu dicapai selepas kerajaan negeri menerima hasil berjumlah RM1.319 bilion, manakala perbelanjaan mengurus sebanyak RM899.23 juta, sehingga 10 November lepas. "Setakat 10 November 2014, prestasi kewangan kerajaan negeri menunjukkan kutipan hasil negeri berjumlah kira-kira RM1.319 bilion atau 123.9 peratus berbanding anggaran asal kutipan bajet 2014 kira-kira RM1.064 bilion. "Kerajaan negeri juga menjangkakan kutipan hasil sehingga akhir tahun ini berjumlah RM1.5 bilion dengan lebihan semasa 2014 Akaun Hasil Disatukan dianggar berjumlah RM200 juta," kata beliau ketika menjawab soalan Tan Hong Ping (DAP-Mengkibol) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar, di sini, Rabu. Mohamed Khaled (BN-Permas) berkata, dengan jangkaan berkenaan, kerajaan negeri berharap baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan akan meningkat berbanding baki terkumpul pada 31 Disember tahun lalu yang berjumlah RM485.25 juta. Beliau berkata, dari segi rizab tunai pula, pegangan tunai kerajaan negeri adalah kukuh dengan sebanyak kira-kira RM2.764 bilion berbanding RM1.799 bilion pada 31 Disember tahun lepas. Katanya, daripada jumlah tersebut, simpanan tetap di bank berjumlah kira-kira RM2.42 bilion manakala bakinya RM343.67 juta adalah baki tunai di bank.- mstar online

Malaysia Diaibkan Syria 3-0
Pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha (tengah) bersaingan dengan pemain Syria, Abdul Razak Al Husein (kanan) pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam. -foto GLENN GUAN/The Star
SHAH ALAM: Skuad Harimau Malaya mempamerkan aksi hambar selepas diaibkan dengan kekalahan 3-0 kepada Syria yang hanya membariskan skuad bawah 23 (B-23) pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam ini. Kekalahan itu merupakan yang ketiga dicatatkan skuad kendalian Dollah Salleh yang sebelum ini tewas dalam dua aksi persahabatan terdahulu. Mereka kalah 4-1 kepada Tajikistan di Stadium Central Dushanbe, Tajikistan pada 8 Ogos selain kecundang 2-0 kepada Indonesia pada 14 September lepas di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia. Skuad Harimau Malaya hanya mencatatkan satu kemenangan iaitu mengalahkan Kemboja 4-1 di Stadium Shah Alam pada 20 September lepas. Pada aksi malam ini, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang agak perlahan pada babak awal separuh masa berikutan hujan lebat namun nasib lebih menyebelahi Syria yang membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi sepakan 'voli' daripada luar kotak penalti oleh Nadim Sabag. Tersentak dengan gol tersebut, skuad negara kembali memperkemas jentera serangan bagi mencari gol penyamaan namun berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan Syria dan keputusan itu kekal sehingga separuh masa perlawanan. Bersambung babak kedua, skuad negara melancarkan serangan bertali arus bagi mencari gol penyamaan namun pasukan Syria yang sebaliknya menggandakan jaringan hasil sentuhan penyudah kapten, Sanharib Malki pada minit ke-47. Kesilapan barisan pertahanan negara yang gagal mengeluarkan bola daripada kawasan penalti negara dimanfaatkan oleh pasukan Syria yang menambah gol ketiga menerusi tandukan Omar Khrbin pada minit ke-66. Malaysia akan menentang Vietnam pada aksi terakhir perlawanan persahabatan di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam, Ahad ini. Perlawanan berkenaan adalah sebagai persiapan terakhir skuad Harimau Malaya sebelum beraksi pada Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura dari 23 hingga 29 November ini di Singapura. Malaysia yang diundi dalam kumpulan B akan memulakan kempen kejohanan berdepan Myanmar pada 23 Nov diikuti pertemuan dengan Thailand pada 26 Nov dan kedua-dua perlawanan berkenaan akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura. Skuad negara akan menamatkan aksi pusingan awal menentang Singapura di Stadium Nasional Singapore Sports Hub pada 29 November. Vietnam yang menjadi tuan rumah bersama, akan mengetuai cabaran kumpulan A bersama tiga pasukan lain iaitu Filipina, Indonesia dan Laos. Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke separuh akhir yang diadakan mengikut format timbal balik.- mstar online

Badminton Tetap Sandaran Utama Negara Di Sukan Olimpik - Khairy
Beregu badminton wanita negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Komanwel ke-20 Glasgow, Woon Khe Wei dan Vivian Hoo Kah Mun (kiri) melompat kegembiraan setelah menerima Insentif Kecemerlangan Sukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) pada majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di KPM, Presint 5 di sini, Rabu.
KUALA LUMPUR: Badminton tetap menjadi sandaran utama meraih pingat emas pertama negara walaupun tanpa Datuk Lee Chong Wei di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Katanya merreka telah mengenal pasti prospek pingat emas dalam badminton menerusi acara beregu lelaki dan wanita dan masih ada tempoh masa dua tahun untuk mempersiapkan gandingan negara. "Sebagai langkah awal, kita betul-betul nak kenal pasti gandingan beregu yang serasi," katanya kepada pemberita selepas menjadi penceramah tamu pada Siri Kepimpinan anjuran Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, Rabu. Beliau berkata, sudah tiba masa untuk negara tidak lagi meletakkan sandaran kepada Chong Wei semata-mata tetapi sebaliknya sukan-sukan lain dikenal pasti sebagai prospek emas di Sukan Olimpik. "Kita harap Chong Wei masih bersama kita (mewakili negara di Sukan Olimpik). Dia menjadi sandaran kita di Sukan Olimpik London (2012) dan Beijing (2008). Namun kita tidak boleh terus bergantung kepada Chong Wei," katanya. Chong Wei, pemain nombor satu dunia, kini digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamenthasone' ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.- mstar online

Van Gaal Terima Berita Gembira, Rafael Bebas Kecederaan
PERTAHANAN kanan Manchester United, Rafael kembali menceriakan barisan kejurulatihan kelab itu apabila disahkan pulih daripada kecederaan otot yang dialami sebelum ini.
Pemain kelahiran Brazil itu sebelum ini terlepas dua perlawanan penting termasuk bertemu Chelsea akibat kecederaan yang dialami.
Bagaimanapun dalam status Instagramnya, Rafael mengesahkan bahawa dia telah bebas daripada kecederaan otot.
Berita itu memberi semangat baru kepada Van Gaal yang runsing akibat krisis kecederaan barisan pemain pertahanan.
Antara pemain pertahanan United yang mengalami kecederaan ialah Marcos Rojo - perlu direhatkan selama enam minggu akibat terseliuh bahu, Phil Jones dan Jonny Evans juga mengalami nasib sama. Itu bermakna, United kini hanya bergantung harap kepada Daley Blind dan Michael Carrick untuk menampung posisi pertahanan tengah. Dalam pada itu, Van Gaal berharap saingan antarabangsa ketika ini mampu memberi ruang kepada pemainya untuk pulih. United bakal berdepan Arsenal pada 22 November ini.- mstar online

Lukas Podolski Mahu Tinggalkan Arsenal
LUKAS PODOLSKI mengugut untuk meninggalkan Arsenal pada Januari ini jika dia tidak diberi peluang membarisi kesebelasan utama.
Berikutan itu, pemain kebangsaan Jerman terbabit akan bertemu Arsene Wenger untuk membincangkan mengenai masa depan bersama kelab tersebut. "Saya tidak gembira apabila tidak dapat bermain. "Saya ingin bermain dan bergembira dalam dunia bola sepak. Kita akan lihat apa yang akan berlaku pada Januari ini. "Saya akan berbincang dengan kelab dahulu, tetapi tiada tekanan setakat ini," jelasnya.
Podolski, 29, tidak pernah diturunkan Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris selepas membantu Jerman menjuarai Piala Dunia, malah dia hanya tampil di bangku simpanan sebanyak empat kali sahaja. Pemain yang menerima gaji sebanyak £90,000 seminggu itu tampil buat pertama kali pada musim ini ketika Arsenal tewas 1-2 kepada Southampton dalam saingan Piala Capital One.- mstar online

Pusat Bandar Kajang Dilanda Banjir Kilat
Hujan lebat pada petang Rabu menyebabkan air Sungai Jelok, Kajang melimpah dan banjir kilat sehingga menjejaskan deretan kedai berhampiran Pasar Kajang.
KUALA LUMPUR: Hujan lebat yang melanda pusat bandar Kajang dekat sini dan beberapa kawasan di sekitar daerah itu pada petang Rabu menyebabkan berlaku banjir kilat. Hujan hampir tiga jam itu bermula kira-kira 2 petang, mengakibatkan paras air di Sungai Jelok melimpah dan longkang tersumbat. "Antara kawasan yang dilanda banjir kilat ialah Taman Jasmin dan Saujana Impian," kata Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamad Sani Harul ketika dihubungi. "Air dikatakan naik sehingga ke paras pinggang namun banjir kilat ini kembali surut kira-kira 6.30 petang tadi," kata beliau.
Keadaan banjir kilat di sekitar pusat bandar di Kajang.
Banjir itu menyebabkan beberapa kedai mengalami kerosakan dan beberapa kenderaan terperangkap. Mohamad Sani berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian banjir itu oleh orang awam kira-kira 2.47 petang. Katanya, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dan Bangi bergegas ke lokasi kejadian. "Kami turut dibantu oleh anggota polis dan skuad penyelamat Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) untuk menjalankan operasi menyelamat mangsa yang terperangkap dalam banjir itu," katanya. Mohamad Sani berkata, setakat ini tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.- mstar online

VLE Tidak Gagal, Kata KSU Kementerian Pendidikan
Pelajar menggunakan platform VLE untuk memudahkan pemahaman dalam pembelajaran. Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR:Platform Persekitaran Pembelajaran Maya Kementerian Pendidikan tidak gagal dan tiada cadangan untuk membatalkannya, kata Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr Madinah Mohamad. Beliau berkata demikian bagi menyangkal dakwaan seorang anggota Parlimen daripada pembangkang bahawa ia mungkin menjadi projek 'gajah putih'. "Kerajaan telah melabur RM663 juta (dalam VLE) dan kami tidak akan menghentikannya. "Kami akan menggunakan sepenuhnya apa yang telah dilaburkan kerana mahu melihat hasil daripada pelaburan (ROI) itu," katanya dalam 'Sesi Bersama Media:Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri Ketiga' di Auditorium Perdana, Angkasapuri. Beliau menjawab soalan media berhubung kenyataan anggota Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari pada Selasa yang khuatir ia mungkin menjadi projek gajah putih selepas dilaporkan dalam siri ketiga Laporan Ketua Audit Negara 2013 bahawa projek itu kurang digunakan dengan kurang daripada lima peratus penggunaannya sejak dilaksanakan pada 2011. Dr Madinah berkata, adalah terlalu bagi mengukur kejayaannya memandangkan projek itu dicadangkan untuk tempoh 15 tahun. "Saya percaya projek ini bukan satu kegagalan. Saya tidak fikir kami perlu menghentikan apa yang telah kami mulakan. Ini adalah pelaburan kerajaan dan kami percaya ROI dalam pelaburan ini akan hanya dapat dilihat dalam tahun-tahun akan datang," katanya. Beliau berkata, setakat 31 Oktober tahun ini, 69.3 peratus guru telah menggunakan VLE secara aktif manakala 33 peratus pelajar dan tiga peratus ibu bapa telah menggunakan teknologi itu. Penggunaan VLE dijangka mencecah 30 peratus tahun depan, katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata, penggunaan VLE yang kurang daripada lima peratus pada peringkat awal pelaksanaan memang dijangka. Penggunaannya dijangka meningkat dalam tahun-tahun akan datangapabila para guru digalak membangunkan kandungan mereka sendiri dan memuat naik dalam VLE. - mstar online
KUALA LUMPUR:Platform Persekitaran Pembelajaran Maya Kementerian Pendidikan tidak gagal dan tiada cadangan untuk membatalkannya, kata Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr Madinah Mohamad. Beliau berkata demikian bagi menyangkal dakwaan seorang anggota Parlimen daripada pembangkang bahawa ia mungkin menjadi projek 'gajah putih'. "Kerajaan telah melabur RM663 juta (dalam VLE) dan kami tidak akan menghentikannya. "Kami akan menggunakan sepenuhnya apa yang telah dilaburkan kerana mahu melihat hasil daripada pelaburan (ROI) itu," katanya dalam 'Sesi Bersama Media:Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri Ketiga' di Auditorium Perdana, Angkasapuri. Beliau menjawab soalan media berhubung kenyataan anggota Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari pada Selasa yang khuatir ia mungkin menjadi projek gajah putih selepas dilaporkan dalam siri ketiga Laporan Ketua Audit Negara 2013 bahawa projek itu kurang digunakan dengan kurang daripada lima peratus penggunaannya sejak dilaksanakan pada 2011. Dr Madinah berkata, adalah terlalu bagi mengukur kejayaannya memandangkan projek itu dicadangkan untuk tempoh 15 tahun. "Saya percaya projek ini bukan satu kegagalan. Saya tidak fikir kami perlu menghentikan apa yang telah kami mulakan. Ini adalah pelaburan kerajaan dan kami percaya ROI dalam pelaburan ini akan hanya dapat dilihat dalam tahun-tahun akan datang," katanya. Beliau berkata, setakat 31 Oktober tahun ini, 69.3 peratus guru telah menggunakan VLE secara aktif manakala 33 peratus pelajar dan tiga peratus ibu bapa telah menggunakan teknologi itu. Penggunaan VLE dijangka mencecah 30 peratus tahun depan, katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata, penggunaan VLE yang kurang daripada lima peratus pada peringkat awal pelaksanaan memang dijangka. Penggunaannya dijangka meningkat dalam tahun-tahun akan datangapabila para guru digalak membangunkan kandungan mereka sendiri dan memuat naik dalam VLE. - mstar online
TOP
Polis Sibu Lumpuhkan Sindiket, Rampas Balak RM500,000
SIBU: Seperti tumbangnya sebatang pohon gergasi di tengah belantara, begitu jugalah nasib yang dialami satu sindiket mencuri balak apabila polis merampas balak dan jentera berat bernilai kira-kira RM500,000.
Polis mencapai kejayaan itu dalam serbuan pada kira-kira 1.30 tengah hari di dua kolam balak berhampiran Km35 Jalan Sibu/Bintulu di sini, Selasa.
Tiga pekerja ditahan bagi membantu sisatan apabila mereka gagal menunjukkan permit kerja daripada Jabatan Perhutanan Negeri.
Pasukan yang melakukan serbuan itu dianggotai tiga pegawai dan sembilan anggota daripada Batalion Ke-10 Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkalan di Kem Lanang.
Asisten Superintendan Juvrinh Adrian Labungan, yang mengetuai serbuan itu, berkata dalam serbuan di kolam balak pertama, 60 balak pelbagai saiz dan spesies serta sebuah jentera pengorek dan sebuah traktor, dirampas.
"Tiada satu pun balak berkenaan mempunyai tag rasmi mandatori daripada Jabatan Perhutanan Negeri.
"Dalam serbuan selepas itu di sebuah lagi kolam balak berhampiran, pasukan PGA menjumpai 90 balak, juga yang tidak mempunyai tag.
"Di sini, kami menahan tiga pekerja apabila mereka gagal menunjukkan permit kerja daripada Jabatan Perhutanan Negeri," katanya kepada pemberita di sini ini.
Beliau berkata, balak dan jentera berkenanan diserah kepada Jabatan Perhutanan Negeri untuk memudahkan siasatan mengikut Seksyen 85(1) Ordinan Perhutanan Sarawak.- mstar online
TOP
Selangor Jamin Langat 2 Untungkan Rakyat - Azmin
Azmin akan memastikan tiada unsur pembaziran dalam projek Langat 2.
PETALING JAYA: Kerajaan Selangor memberi jaminan perjanjian penstrukturan air antara negeri itu dengan kerajaan Persekutuan akan memberi nilai terbaik kepada rakyat. Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali berkata, ia termasuk bagi memastikan tiada unsur pembaziran dalam projek pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2). "Walaupun beberapa perkara utama seperti kos dan terma pengambilalihan empat syarikat konsesi telah diputuskan sebelum saya menjawat amanah sebagai Menteri Besar Selangor, saya yakin ada ruang yang perlu digunakan sepenuhnya oleh pentadbiran baharu untuk memastikan penstrukturan industri air ini memberi nilai terbaik kepada rakyat Selangor secara menyeluruh. "Ruang ini termasuklah memastikan pembinaan projek Langat 2 baik dari segi kapasiti, kos kejuruteraan dan pembinaan dinilai secara objektif oleh wakil kerajaan Selangor supaya tidak ada unsur pembaziran yang kelak akan membebankan rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Rabu. Selain itu, menurut Azmin, kerajaan Selangor menerusi anak syarikatnya iaitu Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah memuktamadkan pembelian saham dengan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB). Pembelian itu merupakan sebahagian syarat dalam Perjanjian Induk Penstrukturan Air Selangor bertarikh 12 September lalu yang dimeterai tiga pihak iaitu kerajaan Selangor, kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Ia melibatkan dua syarikat pemegang konsesi air iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB). "Dengan pembelian saham ini sebahagian besar operasi dan aset air akan kembali kepada rakyat yang membolehkan kerajaan Selangor melalui Air Selangor mula mengambil alih dan menyusun semula operasi Syabas dan PNSB. "Tumpuan utama akan diberikan kepada usaha mengurangkan kadar air tidak berhasil (non-revenue water) yang merugikan rakyat serta memastikan bekalan air mencukupi secara berterusan untuk rakyat Selangor," kata Azmin. Tambah beliau, kerajaan Selangor juga berhasrat untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan air yang lebih mesra rakyat dan responsif kepada pengguna di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.- mstar online

Sikap Tolak Ansur Punca Instagram Zizan Razak Cecah 1 Juta Pengikut
Zizan Razak bersikap terbuka dengan pengikut-pengikutnya di Instagram.
PETALING JAYA: Pelakon Zizan Razak merasakan sikap tolak ansurnya dalam memberi kebenaran kepada orang ramai mengiklankan perniagaan masing-masing di laman sosial Instagram miliknya menjadi penyumbang peningkatan mendadak pengikut laman sosialnya itu. Zizan berkata, keterbukaan itu memungkinkan orang ramai senang dengan sikapnya dan menjadikan laman sosial itu sebagai rujukan bagi mengiklankan produk sehingga ia mencecah lebih satu juta pengikut. "Sebenarnya saya terkejut apabila melihat pengikut saya sudah sampai ke tahap lebih sejuta di Instagram. "Nak kata gambar menarik, tidak juga, kerana saya hanya memuat naik apa-apa saja gambar yang dirasa mahu dikongsi dengan peminat. Tidak kira sama ada yang berbentuk peribadi, ketika bekerja atau aktiviti-aktiviti lain. "Mungkin kerana saya memberi kebebasan kepada peniaga-peniaga online untuk mempromosikan barangan mereka di Instagram saya," katanya kepada mStar Online.
Instagram milik Zizan Razak.
Sehingga laporan ini ditulis, Zizan sudah pun memiliki sebanyak 1,031,198 pengikut selain 1,100 gambar yang dimuatnaik. Tambah Zizan, dia juga berpendapat peniaga-peniaga yang mempromosikan barangan yang dijual di Instagram tidak seharusnya dimarahi kerana mereka sekadar ingin mencari pelanggan daripada pengikut-pengikut selebriti. "Bagi saya, peniaga-peniaga 'visit my IG" ini sekadar ingin mencari peluang menerusi Instagram artis yang kebanyakannya mempunyai pengikut yang ramai. "Inilah cara mereka untuk mencari pelanggan dan kita pun tidak patut menyekat rezeki mereka. Cuma kalau komen itu, janganlah bagi membuat promosi menggunakan ayat berjela-jela sehingga mengganggu orang lain untuk membaca atau meletakkan komen," ujarnya. Dalam pada itu, Zizan turut mengakui tidak pernah memarahi pengikut-pengikutnya meskipun ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab memberi komen-komen buruk. Kata Zizan, sebagai seorang selebriti, komen-komen sebegitu sudah menjadi lumrah untuk dihadapi apatah lagi di medium media sosial. Selain Zizan, antara selebriti lain yang berjaya mencecah lebih sejuta pengikut Instagram termasuklah kekasih Zizan sendiri iaitu, Emma Maembong (1.12 juta), Nora Danish (1.34 juta) dan Lisa Surihani (1.01 juta).- mstar online

Ditegur Suami Penyebab Perceraian Raja Azmi
Raja Azmi dan Eddie selepas proses lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang Selangor pada Selasa. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI
(Ubah saiz teks)
AMPANG: Produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman mendedahkan teguran suaminya, Mohd Eddie Ghazali antara penyebab dia memohon untuk bercerai selepas 13 bulan berumahtangga.
Raja Azmi, 55 berkata, walaupun mengakui kesilapannya kerana keluar rumah tanpa izin, namun cara teguran suaminya itu membuatkan hatinya benar-benar terluka dan sukar untuk diubati semula.
"Apabila dimarahi, hati saya terluka kerana saya terasa dengan tegurannya itu. Rasa sedih sangat-sangat. Dia (Eddie) telah pun memohon maaf dan memujuk, tetapi luka saya itu tidak terubat.
"Bagi saya, jika tidak boleh bertolak ansur mengenai perkara seperti ini, saya akan berterusan menjadi isteri yang derhaka. Lebih baik kami berpisah.
"Dia ada berusaha untuk mengekalkan rumah tangga ini, cuma mungkin saya yang langsung tidak berusaha," katanya kepada mStar Online.
Raja Azmi ditemui selepas di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada petang Selasa selepas Mohd Eddie, 46, melakukan lafaz cerai di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin kira-kira pukul 3.05 petang.
Mohd Eddie menceraikan Raja Azmi dengan talak satu dan wanita itu diperintahkan untuk melalui tiga bulan tempoh edah atau tiga kali suci.
Raja Azmi bersama Eddie tetap bersahabat meskipun sudah bercerai.
Dalam pada itu, Raja Azmi turut mengakui, sejak berkahwin pada 13 Oktober 2013, dia mendapati pelbagai percanggahan pendapat antaranya dengan Eddie terutamanya mengenai kehidupan. "Kami kerap bergaduh hanya kerana percanggahan pendapat masing-masing. Dan perkara ini membuatkan perhubungan kami semakin sukar untuk diteruskan. "Tetapi apabila tidak sebumbung, kami boleh pula berkomunikasi macam biasa. Apa yang saya nampak, mungkin kami lebih sesuai berhubung sebagai sahabat," ujarnya. Sementara itu, Eddie pula berkata, ini merupakan pengalaman pertamanya apabila terpaksa melalui dugaan bercerai dan perkara itu membuatkan dirinya sedikit sebak. Bagaimanapun, kata Eddie, masalah perkahwinannya dengan Raja Azmi dijadikan sebagai pengajaran agar lebih berdiplomasi dalam menegur seorang isteri. "Kesilapan saya adalah daripada segi teguran yang kasar sehingga mengundang sebelah pihak terasa hati. Tetapi nak buat macam mana, ia sudah pun berlaku dan hidup mesti diteruskan seperti biasa," tuturnya. Eddie yang popular dalam kumpulan CRK dengan lagu Cinta Dan Air Mata (tahun 1990-an) bernikah dengan Raja Azmi pada 13 Oktober 2013 dengan sekali lafaz. Majlis akad nikah dilakukan di Laman Beringin, Istana Budaya dekat sini. Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21. Eddie pula memiliki dua orang anak bersama arwah isterinya iaitu Daniel, 23, dan Effy, 21.- mstar online

Saya Perlu Berehat - Hadi
Abdul Hadi terpaksa mengehadkan aktiviti ceramah pada waktu malam kerana masalah kesihatan.
PETALING JAYA: Akhirnya isu ketiadaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam beberapa siri mesyuarat pakatan pembangkang terjawab apabila Presiden PAS itu sendiri mengakui mengalami masalah kesihatan. "Rasa tak berapa sihat sikit sejak akhir-akhir ini. Suara pun tak berapa nak keluar," katanya kepada Harakah Daily di Parlimen pada Selasa. Lidah rasmi PAS itu turut melaporkan bahawa Abdul Hadi kelihatan tidak selesa ketika membahaskan Bajet 2015 di Parlimen pada pagi Selasa. Malah ketika berucap di Dewan Rakyat, suara Abdul Hadi dikatakan sering tersekat-sekat dan beliau hanya mengambil masa kurang 10 minit untuk berbahas. Selain itu, Abdul Hadi turut mengakui beliau terpaksa mengehadkan aktiviti ceramah pada waktu malam. "Malam ini pun tak ada program, saya perlu berehat," katanya. Media pada Rabu melaporkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus mendesak Abdul Hadi supaya menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan datang. Katanya, mereka sanggup menunggu sehingga beliau boleh menghadiri mesyuarat tersebut.- mstar online

Konsep Bina Kemudian Jual Rumah Tidak Wajib Dilaksanakan 2015
Abdul Rahman Dahlan.
PUTRAJAYA: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan memutuskan konsep bina kemudian jual bagi pemaju perumahan tidak wajib dilaksanakan tahun hadapan. Menterinya Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata ia bagi mengelak berlakunya pengurangan penawaran rumah di pasaran, sekali gus boleh menyumbang kepada kenaikan harga rumah. "Kajian yang dibuat mendapati kalau kita mewajibkan konsep bina kemudian jual ini dikuatkuasakan pada 2015, ia akan menyumbang kepada kenaikan harga rumah pada tahun hadapan. "Jika dilaksanakan, apa yang berlaku ialah syarikat atau pemaju perumahan kecil-kecilan tidak mampu untuk membina rumah disebabkan setiap kos terpaksa ditanggung oleh mereka," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perumahan Negara di kementeriannya di sini, Rabu. Beliau mengulas saranan yang pernah dibuat bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung bahawa semua pemaju perumahan akan diwajibkan melaksanakan konsep bina kemudian jual mulai 2015 yang kini menjadi bualan hangat dalam kalangan syarikat pemaju dan orang ramai. Menerusi konsep yang bertujuan mengelakkan pembeli teraniaya akibat projek terbengkalai, pembeli cuma membayar 10 peratus deposit dan baki 90 peratus lagi hanya dibayar selepas rumah siap. Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata beliau telah meneliti ucapan yang dibuat bekas rakan sejawatnya di Dewan Rakyat pada 2012, dan mendapati Chor hanya menyatakan kerajaan berniat untuk mewujudkan sistem bina kemudian jual pada 2015 jika keadaan sesuai. "...dan ketika ini kita beranggapan bahawa masanya belum sesuai untuk konsep itu dilaksanakan, apatah lagi dengan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) serta fenomena kenaikan harga rumah yang agak tinggi, sudah tentu ini bukan sesuatu yang ingin kita laksanakan pada 2015," katanya. Abdul Rahman bagaimanapun menegaskan kementerian tidak menolak terus konsep itu, malah menyambut baik hasrat mana-mana pemaju untuk melakukannya secara sukarela untuk memberikan imej positif kepada syarikat dalam kalangan pembeli. "Ia platform pemasaran bagi mereka, kita ucapkan tahniah dan cadangkan mereka meneruskannya. Tapi ia tak boleh dikuatkuasakan sebab jika diwajibkan kita khuatir harga rumah akan semakin meningkat," katanya. Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata kementerian sedang berbincang dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi membangunkan sebuah pangkalan data komprehensif menghimpunkan segala maklumat, statistik dan data berkenaan pembangunan perumahan. Beliau berkata ketika ini semua agensi kerajaan seperti Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara (JPN) memiliki pangkalan data sendiri dan cabaran utama kepada kementerian adalah dari aspek mendapatkan statistik yang sahih dan berwibawa yang boleh diakses oleh semua pihak, termasuk orang awam. Ini penting untuk memudahkan proses perancangan perumahan oleh semua agensi kerajaan jika segala maklumat atau statistik dikongsi bersama dalam satu pangkalan data, katanya. Abdul Rahman juga memohon kerjasama kerajaan negeri supaya tidak 'berebut' memberikan senarai nama pemohon masing-masing bagi projek perumahan yang dibangunkan kerajaan persekutuan seperti Program Perumahan Rakyat dan Skim Rumah MyHome kerana ia boleh menyebabkan kelulusan permohonan mengambil masa yang lama. Katanya tindakan beberapa negeri yang berkeras mahu supaya senarai nama yang diberikan kerajaan negeri sahaja digunakan disifatkannya tidak begitu tepat kerana senarai nama yang dikumpul JPN juga mengambil kira keperluan pemohon dari setiap negeri. "Kita memohon kerajaan negeri memberi kelonggaran supaya kerajaan pusat boleh menggunakan senarai pemohon yang telah dikumpulkan oleh JPN ... janganlah kita bergaduh soal ini sebab ia akan menyebabkan masalah dari segi koordinasi," katanya.- mstar online

13,000 Anggota Bomba Seluruh Negara Sedia Depani Banjir
Anggota Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang membantu mangsa banjir ketika mengadakan simulasi persediaan menghadapi bencana banjir 2014/2015 di Sungai Kuantan di sini, Rabu.
KUANTAN: Seramai 13,000 anggota bomba di seluruh negara kini bersiap siaga untuk berdepan dengan musim tengkujuh yang dijangka berlaku pertengahan November ini. Penolong Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Soiman Jahid berkata, bilangan terbabit adalah yang akan berkhidmat di negeri yang dikenalpasti akan berlaku banjir. "Jika berlaku banjir besar di sini (Pahang) dan anggota tidak mencukupi, anggota dari negeri berhampiran akan membantu. "Begitu juga dari segi keperluan logistik, bomba akan menggunakan semua keperluan yang ada di negeri berhampiran untuk digunakan bagi negeri yang menghadapi bencana banjir," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas membuat tinjauan latihan bencana banjir di sini hari ini bagi menguji kemahiran anggota bomba berhadapan dengan situasi mencemaskan. Beliau berkata, kerajaan juga telah meluluskan perolehan bagi penambahan 100 buah bot penyelamat serta 100 buah lori pengangkut bagi tujuan menyelamatkan mangsa banjir yang akan diserahkan kepada negeri-negeri berkenaan. Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata buat masa ini situasi di Cameron Higlands adalah terkawal namun pihak berwajib sedang melakukan kajian terhadap struktur tanah tinggi serta pemulihan laluan utama di lokasi itu. "Ingin saya menyarankan agar semua kenderaan berat tidak menggunakan laluan Tapah-Cameron Hinglands kerana laluannya yang sempit dan licin. "Jika berlaku tanah runtuh atau kejadian tidak diingini adalah sukar bagi bomba melakukan kerja menyelamat di kawasan berkenaan," katanya. Dalam kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Cameron Highlands 5 Nov lalu, lima orang terkorban manakala lima lagi cedera. - mstar online

Penjenamaan Semula Laman Web 1Malaysia Untuk Manfaat Rakyat - Shahidan
Shahidan Kassim.
KUALA LUMPUR: Laman web 1Malaysia.com.my telah dijenamakan semula menjadi platform untuk menyemai konsep Gagasan 1Malaysia (G1M) dalam kalangan rakyat, Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata sewaktu dilancarkan pada 2008, laman web itu mempunyai dwifungsi iaitu sebagai blog peribadi Perdana Menteri, dan laman komuniti bertemakan G1M. "Setelah lima tahun berlalu, laman web 1Malaysia telah diberi nafas baharu sebagai laman web komuniti yang fokus kepada usaha menggalakkan interaksi dan perpaduan, termasuk menyemai konsep penerimaan dan toleransi antara semua rakyat seiring dengan konsep G1M. "Laman web najibrazak.com pula lebih kepada blog peribadi yang berkongsi catatan blog Perdana Menteri, teks ucapan, informasi dan juga perbincangan polisi kerajaan," katanya ketika menjawab soalan G.Manivanan (PKR-Kapar) yang ingin tahu rasional laman web baharu www.majibrazak.com menggantikan www.1malaysia.com.my. Shahidan berkata semua kandungan peribadi Perdana Menteri yang sebelum ini berada dalam laman web www.1malaysia.com.my telah dipindahkan ke laman www.najibrazak.com. Menteri itu menegaskan kerajaan memandang serius peranan internet sebagai medan komunikasi dan penyampaian informasi yang betul, berkesan dan terkini kepada rakyat Malaysia. "Sehubungan itu, laman 1Malaysia sesuai dijadikan platform untuk menggalakkan pelbagai penglibatan rakyat secara langsung dalam pembentukan polisi kerajaan," katanya.- mstar online

Parlimen Arah Ahmad Maslan Serah Dokumen 1MDB
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan supaya mengemukakan semua dokumen berhubung surat sokongan kerajaan kepada pemegang bon melibatkan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah AS$3 bilion kepada Parlimen.
Dokumen-dokumen itu diperlukan bagi menentukan sama ada Ahmad telah mengelirukan Dewan Rakyat berhubung isu itu seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli.
"Saya boleh menolak isu ini dengan memutuskan bahawa timbalan menteri tidak ada niat untuk mengelirukan Parlimen. Saya boleh buat keputusan sekarang, tetapi ia mungkin tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu," kata Pandikar ketika persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.
Selain itu, Pandikar turut memberi jaminan kepada Rafizi bahawa beliau akan membuat keputusan berhubung perkara berkenaan secepat mungkin.
Terdahulu, Rafizi cuba mengheret Ahmad ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung kenyataannya bahawa 1MDB tidak menerima surat sokongan untuk bon berkenaan.
Bagaimanapun, Ahmad menerusi kenyataannya menjelaskan bahawa surat sokongan dikeluarkan kerajaan kepada pemegang bon melibatkan hutang 1MDB berjumlah AS$3 bilion sama sekali bukan jaminan kerajaan.- mstar online
TOP
Peneroka Maut Di Gilis Lori
SUNGKAI: Seorang peneroka Felda Hot Spring maut selepas motosikal yangdi naikinya terbabas ke bawah lori menyebabkan mangsa di gilis oleh sebuah lori muatan 10 tan. Kejadian berlaku di KM84 jalan Ipoh-KL semalam.
Mangsa Abdul Aziz Abdul Rahim,75, terbabas selepas terkejut dengan bunyi hon yang di bunyikan oleh lori berkenaan.
Menurut saksi, mangsa telah yang keluar dari jalan Felda tersebut terus memasuki lorong kiri yang menyebabkan pemandu lori tersebut terkejut dan membunyikan hon.
“Apabila lori itu berada di sebelah kiri mangsa, pemandu lori tersentak dan terus membunyikan hon membuatkan mangsa terkejut lalu terbabas ke bahagian bawah lori berkenaan.
“Lori tersebut tidak sempat membrek terus menggilis mangsa mengakibatkan mangsa cedera parah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Somsak Din Keliaw mengesahkan tentang kejadian ini di mana seorang lelaki yang menunggang motosikal telah maut di gilis oleh lori yang mebawa muatan kelapa sawit.
“Mangsa parah di bahagian kepala serta anggota badan dan disahkan maut di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat dan tiada tangkapan yang di buat,” - Siakapkeli.com.my
TOP
JPJ Diminta Kemuka Bukti Saintifik Kemalangan Jalan Raya Disebbabkan No Plat
KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diminta mengemukakan bukti secara saintifik yang boleh mengaitkan peningkatan kadar kemalangan jalan raya dengan plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi, cermin gelap dan aksesori kenderaan.
Exco Pemuda Umno, Mohd Iskandar Jaafar berkata, bukti itu harus diumumkan kepada rakyat agar langkah jabatan itu menguatkuasakan undang-undang menggunakan alasan berkenaan, tidak lagi dipertikaikan.
Menurutnya, semua pihak maklum punca utama peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara ini adalah disebabkan sikap pemandu memandu kenderaan secara laju, kecuaian diri sendiri, pengubahsuaian kenderaan dan faktor jalan raya.
“Oleh itu, kenyataan JPJ untuk kurangkan kemalangan jalan raya dengan menyaman pemilik kereta yang papan nombor plat tidak ikut spesifikasi, cermin gelap dan pemasangan lain-lain aksesori seperti lampu tambahan (lampu strob) dan lampu HID ‘head lamp’ tidak boleh diterima oleh rakyat.
“Ia boleh diumpamakan seperti sakitnya di tempat lain, tapi ubatnya di tempat lain,” kata Iskandar yang juga Adun Jabi, semalam. - Sinar Harian
TOP
Rungkai : Kes Bangla dan Nepal Tetak Kepala di Permatang Pauh
Status : Palsu
Tarikh Tersebar : 12 Nov 2014
Baru-baru ini tersebar beberapa keping gambar yang memaparkan keadaan ngeri kepala seorang lelaki terputus ditetak. Menurut keterangan yang dinyatakan bersama gambar tersebut, kejadian itu berlaku di Pematang Pauh.
Setelah disiasat, ternyata gambar tersebut palsu kerana ia berasal dari Brazil. Cerita sebenar gambar tersebut adalah seorang lelaki dibunuh ketika satu rusuhan di penjara yang berlaku di negara itu pada 18 Oktober 2013. Kejadian bunuh itu terjadi kerana perbalahan di kalangan penghuni penjara itu sendiri. - Siakapkeli.com.my
Asal usul gambar dari sebuah portal di Brazil

Honey Bee Kucing Buta yang Suka Mengembara
Jika sebelum ini, kami pernah menyiarkan seekor kucing yang membantu seorang kanak-kanak autisme, kali ini kami akan memaparkan pula sebuah kisah berserta gambar seekor kucing yang buta tetapi suka menggembara.
Honey Bee merupakan seekor kucing yang diselamatkan di Fiji oleh pusat jagaan haiwan animalsfiji.org. Setelah diselamatkan oleh pusat jagaan tersebut, Honey Bee telah dibawa ke Seattle oleh tuan barunya untuk tinggal bersama.
Menurut tuannya, walaupun Honey Bee tidak sempurna, dia lebih menggemari atmosfera di luar rumah. Honey Bee dikatakan suka menghabiskan masa menggembara di sekitar gunung mengelilingi kota.
Walaupun Honey Bee tidak sempurna, dia suka mendaki bukit bersama tuannya.
Honey Bee gemar berdukung apabila melalui perjalanan yang jauh.
Honey Bee suka meneliti bunyi air apabila keluar menggembara ke luar.
Apabila menggembara keluar bersama Honey Bee, ia akan mengambil masa untuk mengamati bau dan bunyi.
Honey Bee mencuba air di sebuah tebing yang ditemuinya.

Bapa Kejam Rogol Anak Sendiri Umur 14 Tahun
SIBU: Seorang wanita hari ini tampil membuat laporan polis selepas anak sulungnya telah dirogol oleh suaminya atau bapa gadis tersebut.
Dalam kejadian tersebut beliau yang baru pulang bekerja terkejut mendengar suara anak sulungnya dalam keadaan mencurigakan dari arah bilik tidur.
Selepas mendengar suara itu beliau telah bergegas ke arah bilik tersebut dan terkejut apabila mendapati suami dan anak perempuannya dalam keadaan tidak senonoh dan mengaibkan.
Namun suaminya yang terkejut bagaimanapun bangun dan naik angin lalu bangun memukulnya. Selepas itu suaminya telah melarikan diri.
Beliau terus bergegas mandapatkan anaknya dan meminta anaknya menceritakan hal apa yang terjadi dan anak sulungnya itu menceritakan bahawa dia teah di rogol sebanyak 6 kali oleh bapanya sewaktu ibunya pergi bekerja.
Menurut Pegawai Penyiasat Kanan ASP Suhaimi Mohamad , mangsa mendakwa telah dirogol oleh bapa sebanyak enam kali dan adik perempuannya berumur 11 tahun juga pernah dicabul oleh bapa mereka.
Kedua-dua anak perempuan terssebut telah dibawa ke Hospital sibu untuk membuat pemeriksaan lanjut dan doktor telah mengesahkan terdapat koyakan lama pada kemaluan anak sulungnya dan anak keduanya tidak terdapat apa-apa kesan.
Pihak polis telah menjejaki bapa mangsa dan meminta kerjasama orang ramai. Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan.- Siakapkeli.com.my
TOP
Penerangan GST Tangani Pelbagai Salah Faham
KUALA LUMPUR – Pelbagai aktiviti penerangan berterusan mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada masyarakat telah berjaya menangani beberapa isu salah faham mengenai cukai bertindih, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong.
Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa penerangan itu juga memudahcarakan proses pendaftaran daripada komuniti perniagaan dan meningkatkan komunikasi di peringkat negeri dan luar bandar.
“Penerangan juga dilaksanakan melalui program wawancara, bual bicara, iklan, pengumuman, rerayap, kapsul dan sebagainya menerusi beberapa stesen televisyen dan radio kerajaan serta swasta.
“Pelbagai bahan sokongan seperti buku panduan GST (penggunaan dan perniagaan), risalah dan roadshow pameran juga dilaksanakan untuk memberi penjelasan serta penerangan mengenai GST,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling).
Abdul Azeez ingin tahu usaha berterusan dalam memberi penerangan mengenai GST kepada rakyat sebelum dilaksanakan April tahun depan.
Chua berkata, kerajaan menggunakan pelbagai saluran perhubungan bagi menggiatkan program kesedaran dan latihan GST secara berterusan bagi meningkatkan kesedaran, kefahaman dan kesediaan masyarakat terhadap GST.
“Kita (kerajaan) gunakan media massa, penjelasan secara bersemuka, media digital dan media sosial, sesuai dengan golongan kumpulan sasar yang pelbagai, termasuk masyarakat luar bandar,” katanya.
Menurutnya, melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan, kerajaan bekerjasama secara bersepadu dengan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan perniagaan, persatuan pengguna dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melaksanakan program taklimat GST di seluruh negara.
“Kita laksana program-program ini ke seluruh negara termasuk daerah, kampung, kumpulan individu mengikut kumpulan sasaran masing-masing,” katanya. – BERNAMA
TOP
Bantahan Kematian Pelajar Di Mexico Semakin Memuncak
Sekumpulan guru terbalikkan sebuah van dalam pertempuran dengan polis selepas mereka membakar ibu pejabat parti memerintah di Chilpancingo, Mexico semalam. - Foto EPA
CHILPANCINGO (Mexico) – Rakyat Mexico yang marah dengan pembunuhan beramai-ramai 43 pelajar, semalam membakar ibu pejabat negeri parti Guerrero yang memerintah dan menahan seketika seorang komander polis. Polis antirusuhan bertempur dengan penunjuk perasaan dan kepulan asap putih kelihatan keluar dari bangunan Parti Revolusioner Institusional (PRI) di ibu negeri selatan, Chilpancingo. Bantahan meletus di Mexico sejak pihak berkuasa berkata kumpulan bersenjata mengakui membunuh pelajar dan membakar mayat mereka selepas pihak polis yang mengambil rasuah menyerahkan 43 mangsa terbabit kepada mereka September lalu. Kira-kira 1,000 orang, termasuk pelajar dan ahli kesatuan perguruan berarak di Chilpancingo sebelum bertempur dengan polis. Kejadian itu menggoyangkan kerajaan di bawah kepemimpinan Presiden Enrique Pena Nieto. – AFP

Terperangkap Bersama Mayat Suami
Johor Bahru – Anggota bomba menyelamatkan seorang wanita warga emas lumpuh yang terperangkap dalam rumahnya selepas suaminya meninggal dunia di Taman Bukit Mewah, di sini, pagi tadi.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru bergegas ke kediaman yang dihuni warga emas berusia 70 tahun selepas menerima panggilan kecemasan jam 7.27 pagi.
Pegawai Operasi BBP Johor Bahru Pegawai Bomba Kanan 11 Azman Surani berkata, setibanya di tempat kejadian wanita warga emas berkenaan didapati tidak dapat keluar dari rumahnya kerana lumpuh.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati suaminya yang berusia 75 tahun sudah meninggal dunia.
Katanya, lelaki berkenaan dipercayai meninggal dunia ketika sedang tidur.
“Wanita berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).
“Operasi yang dijalankan tamat jam 8.05 pagi,” katanya. – myMetro Online
TOP
Kastam KLIA Rampas 6 Pistol, 4 Senapang Tiruan
Senjata tiruan yang di rampas - Foto Harian Metro
SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya merampas 10 senjata api tiruan yang cuba diseludup menerusi kiriman bungkusan di sini pada Selasa. Pengarahnya Datuk Chik Omar Chik Lim, berkata, rampasan tersebut dibuat selepas JKDM curiga terhadap kandungan lima bungkusan yang tiba dari Amerika Syarikat. Menurutnya, pemeriksaan keseluruhan terhadap kelima-lima bunkusan itu telah menemui 10 senjata api tiruan yang terdiri daripada 6 pucuk pistol dan empat laras senapang.
"Usaha untuk mengesan alamat dan nombor telefon penerima bungkusan tersebut bagaimanapun gagal apabila penghantarannya dibatalkan pada saat akhir oleh pemilik. "Oleh itu, JKDM kini sedang berkerjasama dengan polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport barangan terlarang. Sementara itu Chik Omar memberitahu, JKDM turut berjaya mematahkan usaha seorang lelaki warga Kenya untuk menyeludup dadah jenis syabu seberat 4.8 kilogram di klia2 pada Isnin. Beliau berkata, suspek berusia 32 tahun itu tiba di balai ketibaan klia2 dari Hong Kong pada pukul 1.30 pagi. "Anggota yang membuat imbasan bagasi lelaki terbabit telah curiga terhadap kandungannya. Hasil pemeriksaan selepas itu menemui satu bungkusan berisi serbuk putih di ruang khas beg berkenaan. "Setelah ujian dilakukan, kita dapati serbuk itu merupakan dadah jenis syabu seberat 4.8 kilogram dan dianggarkan bernilai RM851,200," ujarnya. Tambah Chik Omar, suspek telah direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.-mstar

127,265 Pengunjung Lawat Pusat Koservasi Panda Gergasi
KUALA LUMPUR – Sebanyak 127,265 orang atau 58.5 peratus daripada 217,746 pengunjung Zoo Negara telah melawat pusat konservasi panda gergasi sejak ia dibuka pada 27 Jun hingga 30 Sept lalu.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel berkata ini menunjukkan ramai pelawat tidak melepaskan peluang melihat pasangan panda yang diberi nama Xing Xing dan Liang Liang.
“Kementerian akan terus mempromosikan pusat konservasi panda gergasi itu serta akan sentiasa menyokong dan bekerjasama dengan pihak Zoo Negara dalam usaha konservasi hidupan liar,” katanya pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (BN-Segambut) yang ingin tahu statistik terkini jumlah pelawat pusat konservasi panda gergasi dan jumlah pelawat Zoo Negara secara keseluruhan serta statistik haiwan yang mati di Zoo Negara.
Palanivel berkata dari Januari hingga Ogos 2014 sebanyak 147 kelahiran direkodkan di zoo tersebut manakala 69 haiwan mati akibat penyakit, kecederaan traumatik, masalah nutrisi dan kematian neonatal.
Pasangan panda gergasi yang menjadi simbol hubungan diplomatik 40 tahun antara Malaysia dan China itu tiba di negara ini pada 21 Mei lepas dan akan berada di sini untuk sedekad menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.
Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan. – BERNAMA
TOP
PJJ UUM Secara Dalam Talian Mulai Tahun Depan
ALOR SETAR – Universiti Utara Malaysia (UUM) akan melaksanakan program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) secara dalam talian mulai tahun depan dalam usaha meningkatkan lagi mutu keberkesanan program itu.
Naib Canselornya Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata dengan adanya kemudahan teknologi maklumat yang pantas, sudah tiba masanya untuk UUM mempertingkat kursus terbuka dalam talian (MOCC) dengan digemblengkan bersama PJJ.
Katanya dengan adanya kursus dalam talian, pelajar tidak perlu hadir ke kelas kerana boleh mengikutinya dari tempat lain menerusi kemudahan Internet.
” Kami percaya dengan adanya kemudahan kursus online ini akan dapat mempertingkatkan lagi mutu keberkesanan PJJ kami. Tahun depan akan bermula.
Apabila ditawarkan kursus itu nanti, pelajar bukan hanya dari Malaysia.
” Pelajar boleh ikuti program UUM dari luar negeri. Ini proses globalisasi pendidikan dengan adanya kemudahan teknologi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Graduan PJJ 2014 di sini malam tadi.
Mohamed Mustafa berkata program PJJ UUM bermula sejak 1998 dan telah melahirkan 8,068 orang Alumni.
” Jumlah pelajar PJJ meningkat kepada 6,000 orang di seluruh negara. Kami ada pusat pembelajaran sendiri dan ada yang dibuat dengan rakan kongsi iaitu kolej swasta.
“Bagi kolej swasta kami kawal selia apa yg mereka buat supaya kualiti pengajian tidak berbeza. Mereka guna peperiksaan yang sama dan silibus yang sama, malah tenaga pengajar kami yang nilai kelayakan mereka,” katanya.
Beliau berkata dengan adanya kursus PJJ secara dalam talian, UUM menyasarkan kira-kira 10,000 orang akan dapat mengikuti program PJJ dalam masa terdekat ini.
” Tujuannya untuk menyediakan satu platform pembelajaran sepanjang hayat kerana ada antara mereka tak boleh teruskan pengajian selepas tamat sekolah.
” Platform PJJ semakin dipermudahkan apabila teknologi maklumat telah wujud dengan kepantasan Internet. Kita dapati pembelajaran sepanjang hayat semakin penting, bukan lagi program yang dianggap lebih rendah daripada pengajian sepenuh masa,” katanya. – BERNAMA
TOP
2 Penduduk Pulau Perhentian Hilang Di Laut Ditemui Nelayan
BESUT – Dua penduduk Pulau Perhentian Kecil yang dilaporkan hilang, ditemui sekumpulan nelayan tempatan, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata Mohd Suhaimi Ibni Shukri, 27, dan Suffian Mohd Nor, 42, ditemui hanyut kira-kira tiga batu nautika dari Pulau Perhentian, pada pukul 3.30 petang.
“Mereka hanyut di tengah laut lebih 18 jam kerana bot mereka kehabisan minyak akibat terpaksa meredah ombak besar setelah berlepas dari Jeti Kuala Besut untuk pulang ke pulau berkenaan kira-kira 8 malam Isnin,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu Mohd Suhaimi, pemandu bot jenis fiber berukuran 24 kaki panjang itu, ketika ditemui bersyukur kerana pertolongan tiba ketika mereka berdua sudahpun tidak berdaya dan kelaparan.
“Sekiranya bantuan tidak sampai dalam tempoh tiga atau empat jam lagi, saya rasa sudah pasti kami akan pengsan kerana matahari terik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
“Saya dan Suffian telah cuba menghubungi keluarga dan rakan masing-masing diPulau Perhentian tetapi tidak dapat, kerana tiada perkhidmatan dan terpaksalah membiarkan bot dihanyutkan dengan harapan kembali ada talian untuk meminta pertolongan,” katanya.
Mohd Suhaimi berkata mereka berdua sempat bertembung dengan sekumpulan nelayan dari Thailand kira-kira pukul 2 pagi tetapi mereka melarikan diri kerana menyangkakan mereka berdua penguat kuasa.
Selepas mencuba banyak kali membuat panggilan telefon, akhirnya kira-kira pukul 7 pagi, mereka berjaya menghubungi keluarga Mohd Suhaimi namun hanya dapat bercakap dua minit, tetapi sempat memberitahu yang mereka hanyut di lautan.
Katanya sepanjang berada di dalam bot itu, mereka berdua sekali-sekala terpaksa minum air laut kerana terlalu dahaga akibat cuaca panas. – BERNAMA
TOP
Jam Tangan Catat Rekod Lelongan Termahal RM68 Juta
GENEVA – Jam tangan emas jenama Patek Philippe mencatat rekod lelongan paling mahal dan paling kompleks apabila dijual dengan harga AS$21.3 juta (RM68.16 juta) dalam satu lelongan di Switzerland, semalam.
“Henry Graves Supercomplication”, yang dihasilkan dengan buatan tangan dan dinamakan menggunakan nama pemilik asalnya, seorang ahli perbankan di New York yang menempah jam itu pada tahun 1925.
Jam itu seberat setengah kilogram dan mengandungi 900 alat berasingan.
Sebelum ini, ia hanya diramal akan dilelong dengan harga AS$15 juta (RM48 juta) di lelongan Sotheby’s Jewel and Watch Auction di Geneva.
Namun, pelanggan dan pembida yang bersaing hebat melonjakkan harganya ke paras termahal dengan tawaran terakhir yang berjaya mencatat ‘rekod baharu dunia’, demikian menurut Sotheby’s.
Bagaimanapun, pembida atau pembeli jam berkenaan yang enggan mendedahkan identitinya, perlu membayar keseluruhan AS$24 juta (RM76.8 juta), termasuk komisyen.
Ia memerlukan masa lima tahun bagi Patek Philippe untuk menyelaras balik jam berkenaan yang mempunyai nama Graves pada butang pemutar jam.
Tim Bourne, Ketua Rangkaian Dunia Jam Sotheby’s, berkata penjualan jam berkenaan mengesahkan jam itu kini ‘berstatus bintang’.
Bourne menyifatkan jam tangan itu sebagai “ikon kurun ke-20′ serta satu penghasilan hebat yang menampilkan tahap disiplin tinggi seni pembuat jam.
Seorang pakar industri jam berkata, sebelum lelongan itu jam berkenaan sekadar satu simbol aksesori mahal.
“Ia bukan jam yang anda akan pakai. Kini aa adalah jam yang menonjolkan simbol kekuatan, kuasa dan wang,” katanya.
Jam berkenaan sebelum ini pernah ditawarkan untuk lelongan di Sotheby’s New York pada Disember 1999, apabila Time Museum di Rockford, Illinois menutup operasi dan mula menjual barangannya.
Ketika itu, jam berkenaan dijual dengan harga AS$11 juta (RM35.2 juta) dan semalam, sekali lagi jam itu bersama 368 jam lain diletakkan untuk tawaran kepada pengumpul kaya raya yang datang dari seluruh dunia untuk menyertai lelongan selama empat hari itu. – AFP
TOP
Pendaftaran GST Meningkat Kepada 136,367 Sehingga 11 Nov
KUALA LUMPUR – Syarikat yang mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 136,367 sehingga 11 Nov, 2014, meningkat 2,771 berbanding hari sebelumnya, demikian menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata data berkenaan menunjukkan peningkatan berterusan syarikat yang mendaftar untuk GST sebelum tarikh akhir pada 31 Dis, 2014.
“Sasaran kerajaan ialah 140,000 syarikat mendaftar di bawah struktur baharu percukaian itu yang akan dilaksanakan pada 1 April, 2015,” katanya. – BERNAMA
TOP
China Malu Data IPU Kedutaan AS Popular
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Anjialou, Daerah Diplomatik Chaoyang, Beijing tidak jauh sahaja daripada bangunan Kedutaan Malaysia yang pernah menjadi tumpuan kemarahan ramai rakyat China ketika insiden kehilangan MH370 awal tahun ini. - Gambar hiasan
BEIJING – Ketika China malu besar apabila kadar jerebu di Beijing masih teruk sepanjang sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini, keadaan lebih parah apabila data indeks pencemaran udara (IPU) mereka juga diragui masyarakat dunia. Terbaharu, pihak berkuasa mengarahkan sebuah firma aplikasi popular tempatan supaya ‘memadam’ laporan IPU dibekalkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini untuk fungsi suapan data sistem internet semasa sidang APEC berlangsung di ibu kota China itu. Jurucakap firma teknologi maklumat itu berkata, beberapa hari sebelum APEC berlangsung sehingga berakhir semalam, tiada data IPU dari Kedutaan AS disiarkan sebaliknya pelanggan telefon pintar dan komputer cuma menerima IPU rasmi pihak berkuasa China. “Kami mohon maaf IPU yang diterbitkan Kedutaan AS disekat daripada sistem perisian,” kata jurucakap Fresh-Ideas Studio, namun pelanggan masih boleh semak bacaan terkini IPU di Beijing menerusi laman web Jabatan Negara AS berpusat di Washington DC. Lazimnya IPU dikeluarkan pihak China jauh amat rendah berbanding IPU dari Kedutaan AS tetapi rakyat China sendiri selain warga asing di Beijing lebih percaya data IPU dari pejabat diplomatik AS itu kerana ia tepat menggambarkan suasana sebenar pencemaran. China berikrar menurunkan IPU sehingga 40 peratus sepanjang APEC dengan pelbagai langkah drastik termasuk mengharamkan pembakaran terbuka namun , IPU di Beijing masih lebih 10 kali ganda bahaya daripada paras standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Pada hari terakhir APEC semalam, Kedutaan AS meletakkan bacaan IPU pada 551 iaitu sangat tidak sihat dibandingkan dengan 484 yang diterbitkan pihak China sekali gus memalukan tuan rumah apabila gagal mengawal pencemaran di Beijing. – Agensi
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Beijing menjadi rujukan popular rakyat China dan warga asing bagi mendapatkan data terkini indeks pencemaran udara (IPU) di ibu negara China yang teruk berjerebu sepanjang masa. – Gambar hiasan

Malaysia Negara Bebas, Kerajaan Tiada Kuasa Kawal Harga Rumah, - Menteri
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini mengeluarkan kenyataan Putrajaya tidak berkuasa menghalang harga rumah dari naik kerana Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas.
Menurut beliau, kerajaan bagaimanapun mampu mengurangkan kos harga rumah melalui pemberian insentif kepada pembeli.
"Ini negara bebas, kerajaan tidak mempunyai kuasa menentukan pasaran harga. Kita boleh membantu mengurangkan harga rumah dengan insentif.", memetik laporan dari The Malaysia Insider.
Menurut beliau lagi, isu kenaikan harga rumah bukan sahaja berlaku di Malaysia malah seluruh dunia dan kerajaan telah memberi respon terhadap isu ini dengan mewujudkan banyak program seperti PR1MA.
Beliau yang juga ahli Parlimen Kota Belud menambah, kajian menunjukkan harga rumah Malaysia hanya meningkat antara 2% - 3% sebaik sahaja GST diperkenalkan pada April 2015.
"Kalau lebih 3% mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pencatutan," katanya kepada pemberita.
Beliau juga berkata jika kenaikan harga rumah melebihi 3% oleh pemaju yang menggunakan alasan GST, pembeli bolhe melaporkan kepada Jawatankuasa Pemantauan Harga GST.
"Saya risau harga itu dinaikkan bukan kerana GST tetapi mahu keuntungan lebih. Ikut perkiraan kita, hanya kira-kira 3% yang boleh dinaikkan.
"Kalau lebih itu fenomena di luar GST, kalau harga itu naik mendadak, laporkan kepada Jawatankuasa Pemantauan Harga GST Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
“Kita boleh uruskan daripada segi itu,” menurutnya. - Siakapkeli.com.my
TOP
Utamakan Usul Akar Umbi,Bukan Perihal Pemilihan Parti
PETALING JAYA – Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak mahu perihal dalaman parti seperti isu yang berbangkit daripada pemilihan parti tahun lalu mendominasi Perhimpunan Agung Umno 2014 yang akan berlangsung hujung November ini.
Beliau berkata tumpuan pada perhimpunan agung tahun ini seharusnya diberikan kepada usul, cadangan atau permasalahan yang dibawa daripada peringkat akar umbi bagi memastikan survival parti dalam landskap baharu politik.
“Perhimpunan agung penting untuk menentukan hala tuju dan pendekatan parti yang perlu seiring dengan keadaan semasa kerana kita tidak boleh kekal selama-lamanya tanpa melalui proses penilaian mengikut peredaran masa dan aspirasi rakyat,” katanya.
Hishammuddin berkata demikian dalam ucaptama di sini hari ini pada Persidangan Meja Bulat Usul Majlis Tertinggi (MT)yang diadakan sebagai persiapan untuk Perhimpunan Agung Umno 2014.
Perhimpunan Agung Umno 2014 akan berlangsung dari 25 hingga 29 Nov ini.
Hishammuddin yang juga pengerusi jawatankuasa usul perhimpunan berkata bagaimanapun, perwakilan tidak akan dihalang daripada membawa isu berbangkit berkaitan pemilihan parti.
Namun, platform untuk berbuat demikian adalah pada perhimpunan agung khas yang akan diadakan tahun hadapan atau pada 2016, tambah beliau.
“Jadi jangan kaitkan isu pemilihan dalam perhimpunan agung kali ini kerana pemilihan parti seterusnya akan berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-14, jadi masa yang ada sekarang ini kita tumpukan kepada perkara daripada akar umbi,” katanya.
Beliau meminta perwakilan Umno jangan bersikap apologetik kerana negara telah mencapai pelbagai kejayaan pada peringkat antarabangsa di bawah kepimpinan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini termasuklah kejayaan Malaysia dipilih menjadi anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) dan memberi ‘soft landing’ kepada mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dengan mencari penyelesaian ‘luar kotak’ apabila berjaya berbincang dengan ketua pemisah Ukraine, Alexander Borodai.
“Ini adalah pemimpin Umno, jadi apa yang hendak kita apologetik sangat? Kita bukan takbur atau mengatakan kita ini hebat, namun kita ini bukan teruk sangat sehingga perlu bersikap apologetik,” kata Hishammuddin.
Persidangan meja bulat usul itu diadakan bagi meneliti dan memantapkan draf usul yang disediakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2014 dan dihadiri 130 individu yang arif dalam isu ekonomi, agama dan pendidikan.
Turut hadir ialah anggota MT iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku naib pengerusi jawatankuasa persidangan itu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (pengerusi usul agama) dan Tan Sri Jamaluddin Jarjis (pengerusi usul ekonomi).
Semalam, Hishammuddin berkata Ibu Pejabat Umno telah menerima 755 usul daripada 191 bahagian Umno di seluruh negara yang merangkumi 638 usul untuk rujukan dan 117 usul tanpa bahas.
Daripada jumlah itu, 121 usul menyentuh soal pendidikan, diikuti 87 politik, 81 pindaan perlembagaan parti, 74 agama, 67 ekonomi, 170 isu sosial, dan 38 mengenai hal-hal lain. – BERNAMA
TOP
BSN Beri Sumbangan 14 Van Jenazah
KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) menyerahkan sebanyak van jenazah bernilai hampir RM1.67 juta kepada 14 buah masjid terpilih di seluruh negara semalam.
BSN dalam satu kenyataan media memberitahu, majlis penyerahan van kepada wakil masjid terbabit berlangsung di di Pusat Pembelajaran BSN di sini.
“Kesemua masjid-masjid yang menerima sumbangan van jenazah itu dipilih berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Zakat BSN,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, penyerahan van jenazah itu merupakan tanggungjawab sosial korporat melalui peruntukan wang zakat dari operasi Skim Perbankan Islam (SPI) BSN.
Kata kenyataan itu, memberian kenderaan itu juga tanggungjawab yang dipraktikkan oleh BSN untuk menyempurnakan fardu kifayah dalam pengurusan jenazah umat Islam.
“BSN telah mula menyumbang van jenazah kepada masjid-masjid di seluruh Malaysia sejak tahun 2010. Tahun ini merupakan tahun yang kelima dan berharap untuk meneruskan usaha ini,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc
TOP
Tahan Sakit 20 Minit, Tangan Tersepit Dalam Mesin Rumput
Anggota bomba cuba mengeluarkan tangan mangsa seorang lelaki Myanmar yang tersepit di Bukit Mertajam, semalam. - Foto Metro Online
Seorang lelaki warga Myanmar terpaksa menahan sakit lebih 20 minit akibat tangannya tersepit dalam mesin memperoses rumput di Bukit Mertajam, Pulau Pinang petang semalam.
Kejadian berlaku pukul 3.35 petang di Taman Perwira, Permatang Tinggi, menurut laporan Harian Metro.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam Wan Ruslan Wan Yahaya berkata, saat malang terjadi ketika mangsa sedang memasukkan rumput ke dalam mesin berkenaan untuk menghasilkan makanan lembu. Tangan mangsa tiba-tiba tersepit pada mesin berkenaan sebelum rakannya membuat panggilan kecemasan. “Kami terpaksa menghubungi ambulans bagi meminta bantuan pegawai perubatan memberikan suntikan bius bagi mengurangkan rasa sakit dialami lelaki itu. “Anggota terbabit kemudiannya terpaksa meleraikan mesin berkenaan untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit,” kata Wan Ruslan. Lelaki itu kemudian dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan kecemasan. – MYNEWSHUB.CC

Pemuda Sesat Di Hutan Bukit Wang Ditemui Selamat
ALOR SETAR – Seorang pemuda yang dilaporkan sesat di kawasan hutan Peranginan Bukit Wang, Jitra, pagi semalam ditemui dalam keadaan selamat pagi ini.
Pegawai Operasi Zon I Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohd Hafizi Hassan berkata Mohd Yahya Zakri, 24, dari Tikam Batu dekat Sungai Petani, ditemui kira-kira 10.30 pagi.
“Mangsa dijumpai di luar kawasan hutan peranginan tersebut oleh penduduk kampung yang terus menghubungi pihak bomba untuk memaklumkan tentang mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa dalam keadaan sihat dan dibawa ke Hospital Jitra untuk pemeriksaan lanjut.
Mangsa dikatakan ke kawasan peranginan itu bersama-sama keluarganya sebelum didapati hilang dan setelah menyedari kehilangan mangsa, seorang keluarganya menghubungi bomba pada 2.49 petang, semalam.
Sepasukan 40 anggota bomba dari Balai Bomba Jitra, Balai Bomba Alor Setar dan Balai Bomba Kuala Nerang menyertai gerakan mencari dan menyelamat mangsa. – BERNAMA
TOP
3 Kapal Peronda APMM Tiba Untuk Bertugas Di Esszone
KOTA KINABALU – Tiga buah kapal peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tiba di jeti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Teluk Sepanggar dekat sini, hari ini.
Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Wan Mohd Affandi Wan Ahmad berkata kapal itu akan beroperasi di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) selama sebulan.
“Kapal yang dinamakan KM Danga, KM Gemia dan KM Nipah dibawa khas dari wilayah maritim selatan dan timur untuk ditempatkan di kawasan Esszone,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata KM Danga yang mempunyai kekuatan 25 anggota merupakan kelas gagah turut dilengkapi dengan sistem persenjataan meriam Bofor 40/70.
Wan Mohd Affandi berkata dengan ketibaan kapal-kapal itu menjadikan jumlah anggota mencecah 650 orang termasuk yang sedia ada di Esszone.
Katanya kapal yang tiba itu akan menggantikan kapal yang telah selesai menjalani tugasan dan kembali ke wilayah masing-masing.
“Kita yakin dengan adanya kapal-kapal ini akan memperluaskan lagi skop rondaan dan kawalan selain memastikan tiada unsur jenayah di perairan Sabah,” kata Wan Mohd Affandi.
Esszone merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan,
Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau. – BERNAMA
TOP
Satu Dunia Tengok Myanmar Urus Pemimpin Dunia
NAYPYIDAW – Jika bukan kerana diterima menyertai ASEAN bersama-sama Laos pada 1997 lalu, mungkin sehingga hari ini seluruh dunia tidak tahu apa berlaku di Myanmar; yang ketika itu masih bergelut kontroversi penukaran nama daripada asalnya, Burma.
Namun, sejak menganggotai blok serantau Asia tenggara, Myanmar; yang disahkan nama rasminya secara perlembagaan pada 2008, bukan sahaja berubah ibu negara daripada Yangon pindah kepada Naypyidaw pada 2005, malah bertukar dari segi bendera pada 2010.
Hari ini ibu kota berpenduduk seramai 1.5 juta orang; dan kebetulan mengikut konsep Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan Malaysia; sekali lagi menjadi tumpuan dunia, malah jauh lebih besar berbanding ketika ia tuan rumah Sukan SEA ke-27 pada 2013.
Myanmar minggu ini sibuk menjadi hos sidang kemuncak ASEAN ke-25 dan seterusnya persidangan Asia Timur (EAS) ke-9 selepas dunia ‘melihat’ Beijing, China yang baharu sahaja tamat menganjurkan sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-26.
Naypyidaw sepatutnya menjadi tuan rumah sidang ASEAN ke-12 pada 2006 tetapi dibantah kuasa besar dunia terutama Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah ekoran rekod buruk hak asasi manusia yang menyebabkan Filipina terpaksa menjadi hos ‘bidan terjun’.
Bagaimanapun, proses pembaharuan dilakukan pemimpin junta tentera pro-Barat, Thein Sein termasuk membebaskan seteru politiknya, Aung San Suu Kyi pada 2010 menyaksikan Presiden AS, Barack Obama ‘berbesar hati’ sanggup datang ke Myanmar kali ini.
Meskipun ketika ini masih dihantui krisis perkauman minoriti Rohingya Muslim di wilayah Rakhine; sidang ASEAN kali ini menjadi tumpuan apabila dihadiri muka baharu antaranya Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Perdana Menteri India, Narendra Modi.
Turut ‘mencuri’ tumpuan pastinya kedatangan Perdana Menteri China, Li Keqiang dan seterunya dari Jepun, Shinzo Abe, selain rakan sejawatan mereka dari Korea Selatan, Rusia, Australia dan New Zealand yang sebelum itu bertemu pada sidang APEC di Beijing.
Antara topik perbincangan utama pastinya isu wabak Ebola yang bukan lagi dianggap masalah benua Afrika tetapi sudah dianggap penyakit bertaraf global selain ancaman militan Negara Islam yang dibimbangi mampu menjejaskan proses damai rantau Asia Barat.
Jika berjaya, sidang kemuncak 20 negara berpengaruh dunia iaitu G20 di Brisbane, Australia yang kebetulan bermula Jumaat ini akan dianggap ujian bagaimana negara maju itu pula mengurus acara antarabangsa berbanding Myanmar yang serba kekurangan. – Agensi
Pusat Konvensyen Antarabangsa Myanmar di Naypyidaw, tempat sidang kemuncak ASEAN 2014 kali ini. – Gambar hiasan

Sesi Bersama Media Bagi Laporan Ketua Audit Negara Diteruskan
KUALA LUMPUR – Sesi bersama media yang menjadi platform bagi pengamal media mengajukan pelbagai soalan mengenai isu-isu yang ditimbulkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dengan pihak pengurusan tertinggi kementerian-kementerian akan diteruskan.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam ucapannya semasa merasmikan sesi tersebut yang diadakan di Angkasapuri di sini hari ini berkata usaha itu merupakan komitmen kerajaan dalam meningkatkan integriti perkhidmatan awam, dengan mentransformasikan kaedah pengurusan tindakan susulan ke atas Laporan Audit Negara.
Beliau menggesa ketua-ketua setiausaha kementerian supaya mengambil tindakan wajar untuk menegakkan integriti kementerian dan agensi masing-masing.
“Kalau boleh, saya berharap tidak ada lagi teguran yang dibuat dalam Laporan Audit yang akan datang. Kita perlu berusaha untuk mengurangkannya,” kata beliau.
Ini merupakan kali kedua sesi tersebut diadakan. Sesi pertama diadakan Jun lepas selepas Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 dibentangkan di Dewan Rakyat.
Sesi tersebut dihadiri ketua-ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan dan pegawai atasan agensi kerajaan. Ia memberi peluang kepada pengamal media yang mempunyai sebarang soalan berkenaan isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk mengajukan soalan terus kepada pihak berkenaan. – BERNAMA
TOP
K’jaan Sabah Serah Sumbangan Logistik Kepada Esscom
KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah menyerahkan lima kenderaan pacuan empat roda jenis Toyata Hilux kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah pengawasan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom)bagi memantapkan keberkesanan logistik di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
Kenderaan itu disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Malik Harun dalam satu majlis ringkas di perkarangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, hari ini.
Musa yang juga Menteri Kewangan negeri ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata sumbangan logistik itu membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membantu agensi keselamatan di negeri ini.
“Kerajaan negeri sentiasa memberi bantuan kepada Polis Diraja Malaysia untuk diguna pakai di kawasan Esszone. Ini membuktikan bahawa kerajaan negeri khususnya memberi kerjasama kepada pihak keselamatan,” katanya.
Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan negeri berharap bantuan logistik itu akan membantu melancarkan operasi dan tugas PDRM dan Esscom.
Ketua Menteri berkata beliau dan rakyat Sabah amat menghargai Esscom dan pasukan keselamatan lain termasuk PDRM dalam menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman di negeri ini.
“Kerajaan sentiasa memberi sokongan, bantuan dan dukungan kepada Esscom dan PDRM serta pihak keselamatan secara keseluruhan untuk memastikan keselamatan dan kebaikan kepada semua rakyat Sabah,” katanya.
Sementara itu, Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun berkata keadaan di Esszone terkawal hasil kerjasama semua agensi keselamatan termasuk PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas penstrukturan semula agensi itu pada Julai lepas.
Berhubung lima lelaki yang dicari bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah rentas sempadan di Esszone, Abdul Rashid berkata tiada tangkapan dilakukan setakat ini dan masyarakat yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Esscom bagi membantu siasatan.
Ditanya mengenai individu yang dicari itu sama ada berada di Malaysia atau negara jiran, katanya: “Saya tidak pasti … kalau ada makklumat kita akan mengambil tindakan”.
Sebelum ini, seorang daripada enam lelaki yang dicari pihak Esscom, Wahab Atab, 34, berasal dari Kampung Balimbang, Semporna, dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes jenayah rentas sempadan itu tampil di balai polis Semporna pada 27 Okt lepas.
Selain Wahab, polis turut mengesan lima lagi lelaki dikenali sebagai Badong, Bocai, Ali, Nikson dan Alex, yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes itu.
Esscom diwujudkan pada 1 April tahun lepas merupakan agensi penyelaras operasi pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan di Esszone yang merangkumi kawasan sepanjang 1,733.7 kilometer meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. – BERNAMA
TOP
Lebih Baik Guna Peruntukan Hari Belia Untuk Biasiswa
KUALA LUMPUR – Lebih baik peruntukan untuk acara sambutan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) digunakan untuk biasiswa pendidikan golongan muda negara ini.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, peruntukan itu juga lebih baik diberi kepada golongan muda sebagai pinjaman perniagaan atau pembinaan rumah mampu milik.
“Meskipun diakui hampir semua generasi muda sukakan acara sambutan, adalah lebih baik perbelanjaan besar digunakan untuk keutamaan lain yang lebih penting dan berbaloi.
“Mengapa sedia berbelanja besar dalam acara sebegini tetapi bersikap acuh tidak acuh dalam perkara lebih penting?,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Nik Nazmi menyokong gesaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar supaya audit penuh dilakukan ke atas perbelanjaan sambutan Hari Belia.
Dakwa beliau, kos sambutan tersebut meningkat daripada RM16 juta pada tahun 2011 kepada RM18.07 juta pada tahun 2013 maka hasil audit mesti didedahkan kepada umum.
Beliau mendakwa, golongan muda berhak mengetahui jika ada masalah atau kekurangan dalam cara wang pembayar cukai dibelanjakan dan apakah yang telah dilakukan untuk menanganinya.
“Kerajaan mesti memberi justifikasi bagaimana acara-acara ini yang kos bagi melaksanakannya cukup tinggi benar-benar memberi manfaat dan dapat memperkuasa generasi muda Malaysia,” katanya. – mynewshub.cc
TOP
Lelaki Makan Serangga Untuk Kurus
BANGKOK – Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) yang kini menetap di Thailand mendakwa, dia berjaya mengurangkan berat badannya selepas mengamalkan memakan serangga.
Lelaki itu, Jason Brink, 29, berkata, dia mengamalkan makan serangga selepas secara tidak sengaja memakan haiwan berkenaan di sebuah kelab malam di sini beberapa bulan lalu.
Sejak kejadian itu, Brink terus menjadikan serangga termasuk tebuan dan semut sebagai antara menu dalam dietnya selepas mendapati makanan itu mempunyai kandungan protein yang tinggi serta sihat.
“Saya tidak makan makanan yang mempunyai lemak yang tinggi sebaliknya memakan makanan yang dicampur dengan pelbagai jenis serangga.
“Sejak beberapa bulan lalu saya berjaya mengurangkan berat badan saya sebanyak beberapa kilogram dan berasa semakin sihat,” katanya.
Menurutnya, serangga seperti belalang dan cengkerik mempunyai kandungan kalori yang rendah sekali gus membantu seseorang itu mengurangkan berat badan. – Agensi
TOP
KDN: RM30 Juta Untuk Bangunkan Trafik Cops
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperuntukkan RM30 juta kepada agensi penguatkuasaannya untuk membangunkan sistem pembayaran dalam talian – Trafik Cops – di negara ini.
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff berkata, Trafik Cops adalah antara kaedah yang akan dilaksanakan KDN untuk menyelesaikan bayaran saman dalam kalangan pesalah warga asing.
Beliau berkata, menerusi peruntukan itu, agensi penguatkuasaan terlibat akan dilengkapkan dengan alat pengimbas nombor plat kenderaan atau ‘Automated Numbers Plate Recognition’ (ANPR) di semua pintu masuk negara.
“Melalui sistem ini, kami berharap dapat menyelesaikan isu pembayaran saman membabitkan warga asing khususnya Singapura kerana di setiap pintu masuk negara, kenderaan warga asing akan diimbas oleh ANPR untuk melihat kesalahan-kesalahan trafik.
“Ini bermakna sebelum meninggalkan negara, mereka mesti melunaskan saman tersebut dahulu,” katanya semasa Sesi Bersama Media: Laporan Ketua Audit Negara 2013, Siri 3, di sini hari ini.
Ditanya jika ada warga asing menukar nombor kenderaan mereka sebelum melepasi pintu masuk Malaysia, Mohamad Khalid berkata perkara tersebut adalah di luar jangkauan pihaknya.
“Data tentang pemilikan nombor kenderaan berada di bawah agensi penguatkuasaan warga asing itu.
“Kita tidak akan dapat data itu sewenang-wenangnya, justeru itu payah untuk mengenal pasti jika mereka (warga asing) menukar nombor kenderaan,” katanya.
Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan Isnin lepas, menyebut bahawa sebanyak 16.3 juta saman dikeluarkan oleh polis trafik bagi tempoh 2011-2013 dan daripada jumlah itu, 121,664 merupakan saman terhadap bukan warganegara.
Laporan itu juga menyebut daripada 121,604 saman, hanya 12,713 diselesaikan dengan anggaran perolehan sebanyak RM7.63 juta. – BERNAMA
TOP
5 Pelajar Kolej Ditahan Disyaki Terbabit Kes Pecah Kedai
KUANTAN – Lima pelajar kolej antara tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes dadah dan kejadian pecah kedai di sebuah pusat membeli-belah di sini, Isnin lepas.
Kesemua suspek termasuk dua pelajar wanita, tiga pelajar lelaki, seorang bekas pelajar IPT dan seorang buruh, berusia lingkungan 19 hingga 21 tahun.
Ketua Polis daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata polis menahan seorang pelajar lelaki di hadapan kolejnya di Semambu dekat sini pada 11 pagi, Isnin lepas berkaitan kejadian pecah kedai pada Ahad lalu.
Katanya susulan tangkapan itu, polis membuat pemeriksaan di rumah pelajar itu di Indera Mahkota 8 di sini dan menemui barang-barang yang dipercayai dicuri di kedai tersebut iaitu tiga komputer riba, empat notebook, enam kamera digital GoPro dan enam telefon bimbit.
“Hasil soal siasat ke atas suspek juga mendapati seorang rakannya yang dipercayai turut terlibat berjaya diberkas di hadapan sebuah bank di Jalan Beserah sejurus kemudian dan berjaya merampas sebuah lagi telefon bimbit yang dicuri mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata ekoran tangkapan itu polis menyerbu sebuah rumah di Taman Polo di sini kira-kira 2 petang hari yang sama dan memberkas lima lagi suspek iaitu tiga lelaki dan dua wanita.
Menurutnya hasil pemeriksaan dalam rumah teres setingkat itu polis menemui ganja seberat 1.6 kilogram dianggarkan bernilai RM3,000.
“Ujian air kencing mendapati empat daripada pelajar itu positif dadah dan polis percaya suspek turut mengedar ganja tersebut secara kecil-kecilan,” katanya.
Abdul Aziz berkata kesemua suspek kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut. – BERNAMA
TOP
Polis Berkas 6 Pencuri Kabel Di Kuantan
KUANTAN – Polis memberkas enam lelaki termasuk dua beradik dipercayai terlibat kegiatan mencuri kabel di Cherating dan Jaya Gading dekat sini dalam serbuan berasingan pada Sabtu dan Ahad lepas.
Ketua Polis daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam operasi pertama polis menahan empat lelaki berusia 26 hingga 42 tahun di Kilometer 40 Jalan Kuantan-Kemaman dekat Cherating pada 6.30 pagi, Sabtu lepas.
Katanya empat suspek itu ditahan bersama segulung kabel seberat 230 kilogram dan beberapa peralatan mencuri kabel serta merampas sebuah Pajero yang digunakan mereka.
Beliau berkata siasatan awal mendapati seorang daripada suspek berada dalam senarai dikehendaki polis kerana jenayah merusuh dan membakar motosikaldi kawasan Cherating selain memiliki lima rekod jenayah lampau.
Abdul Aziz berkata kesemua suspek didapati positif dadah dan mereka mengaku terlibat dalam empat kes mencuri kabel di Cherating dalam masa 10 hari lepas.
Sementara itu, dua beradik berusia 32 dan 39 tahun turut ditahan kerana mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad di kawasan Jaya Gading pada Ahad lepas.
“Adik beradik itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Sri Damai di sini pada 11.30 malam dan polis merampas kabel yang telah dipotong-potong dipercayai untuk dijual serta beberapa peralatan mencuri kabel,” katanya Abdul Aziz.
Menurutnya mereka positif dadah jenis morfin dan turut memiliki rekod jenayah lampau. – BERNAMA
TOP
Foto Pertama Yang Merakam Imej Manusia Hidup
Gambar di atas dipercayai gambar pertama yang merakamkan imej manusia di dunia.
Menurut laporan di laman akhbar Huffington Post, ia diambil oleh Louis Daguerre yang mengilhamkan fotografi jenis daguerreotype yang merupakan proses foto paling awal.
Gambar bersejarah ini dirakamkan di Paris pada tahun 1838, menunjukkan seorang lelaki sedang mendapatkan khidmat pengilap kasut (lihat kiri bawah gambar).
Foto ini diberikan nama Jacques Louis Daguerre (French 1787-1851), Boulevard du Temple, Paris yang disahkan sebagai gambar paling awal merakamkan seorang manusia yang hidup.
Gambar lelaki itu kelihatan jelas di dalam gambarm bagaimanapun seorang pakar fotografi Amanda Uren, berkata berkemungkinan orang lain yang berada di dalam gambar itu sedang bergerak pantas sehingga imej mereka gagal dirakamkan.
“Lelaki itu pastinya berdiri tetap dan tidak bergerak, kerana imejnya jelas.
“Tukang pengilap kasut bagaimanapun kelihatan agak kabur,” kata Amanda. Menjawab soalan berapa lama masa diambil untuk merakamkan gambar itu, beliau berkata jangakamasa pendedahan plat kepada cahaya bergantung kepada jumlah cahaya yang ada pada masa itu dan juga lensa yang digunakan. Mengikut fakta, Daguerre menghasilkan gambar pertamanya pada 1837. – MYNEWSHUB.CC

Marc Anthony Kahwini Model Kelahiran Venezuela
PENYANYI Marc Anthony menamatkan zaman dudanya dengan mengahwini seorang model kelahiran Venezuela, Shannon De Lima, semalam.
Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di kediaman ala resort miliknya, Casa de Campo di Republik Domanica yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat mereka.
Penyanyi yang popular dengan lagu I Need To Know dan My Baby You ini mula berpacaran dengan Shannon sejak dua tahun lalu.
Ini merupakan perkahwinan ketiga buat penyanyi berusia 46 tahun ini, yang mempunyai enam anak hasil perkahwinan terdahulu termasuk dua anak dengan bekas isterinya, Jennifer Lopez iaitu pasangan kembar, Emma dan Max yang kini berusia enam tahun. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Penceroboh Israel Bakar Masjid Di Ramallah
RAMALLAH – Penceroboh Israel yang menduduki bumi Palestin malam tadi membakar sebuah masjid berhampiran Ramallah di Tebing Barat, kata pegawai keselamatan Palestin.
“Golongan pendudukan itu membakar keseluruhan tingkat satu masjid berkenaan di kawasan Al-Mughayir dekat kawasan penempatan Shilo,” kata seorang pegawai keselamatan.
Sebuah masjid lain di kawasan sama juga dibakar pada 2012.
Semalam, askar rejim Zionis itu menembak mati seorang penunjuk perasaan Palestin dalam pertempuran di Tebing Barat.
Sejak keganasan terbaru ini bermula lima bulan lalu, sekurang-kurangnya 17 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh di Tebing Barat. – AFP
TOP
Bekas Pengarah Urusan Dituduh Buat Tuntutan Palsu
KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengarah urusan sebuah syarikat swasta bergelar datuk berhadapan dua pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM1.12 juta empat tahun lalu di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini semalam.
Suruhanjaya Pencegahana Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media memberitahu, Datuk Koay Teng Keong, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan tersebut.
“Kedua-dua pertuduhan itu yang dikenakan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
“Beliau didakwa mengemukakan invois palsu kepada Deutsche Direct Sdn. Bhd. pada 11 Mac 2010 dan 13 Mac 2010 masing- masing melibatkan RM511,400 dan RM605,200. Tuntutan palsu berkenaan berkaitan perkhidmatan import dan logistik bagi 200 unit lori tetapi kerja-kerja logistik tersebut tidak dilakukan,” kata kenyataan itu hari ini.
SPRM memberitahu, Deutsche Direct merupakan syarikat pengangkutan yang menguruskan urusan bayaran cukai kastam, pengangkutan lori-lori dari pelabuhan dan pendaftaran kenderaan di JPJ bagi 200 unit lori yang dibeli dan diterima oleh Gadang Engineering Sdn.Bhd.
Hakim Allaudeen Ismail membenarkan ikat jamin sebanyak RM80,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tertuduh dan pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah. – mynewshub.cc
TOP
1MDB: Tiada Surat Jaminan Jelas Selain RM5.8 Bilion
KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menegaskan bahawa surat jaminan jelas kerajaan hanyalah untuk RM5.8 bilion dan bukan US$3 bilion seperti didakwa pembangkang baru-baru ini.
Katanya beliau memahami bahawa terdapat satu surat sokongan yang dikeluarkan kerajaan untuk bon berjumlah US$3 bilion (RM9.6 bilion), bagaimanapun ia bukan jaminan jelas kerajaan.
Katanya kenyataan beliau pada 6 November lepas berhubung surat sokongan sebenarnya tidak membawa maksud bahawa tiada surat sokongan lain yang memberi jaminan jelas kerajaan selain terhadap jumlah sebanyak RM5.8 bilion.
“Saya masih berpegang bahawa kenyataan saya sebagai benar dan tidak bertujuan mengelirukan Dewan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai usul anggota Parlimen (Pandan-PKR) Rafizi Ramli untuk merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) dan 80A kerana tuduhan mengelirukan Dewan.
Katanya surat tersebut hanya membawa maksud sekiranya 1MDB tidak mampu membayar pinjaman, syarikat tersebut perlu menstruktur semula asetnya yang berjumlah RM51 bilion bagi membayar hutang tersebut.
“Saya yakin 1MDB mampu menjelaskan hutang sejumlah itu memandangkan kumpulan tersebut memiliki aset berkualiti tinggi disokong oleh tunai kukuh dan rizab dalam dan luar negara yang nilainya jauh melebihi nilai hutang RM9.6 bilion,” katanya.
Ahmad berkata mengikut rekod, setakat ini 1MDB tidak pernah gagal dalam menjelaskan hutang kumpulan tersebut mengikut jadual pembayaran balik yang telah ditetapkan dan kerajaan akan membantu sekiranya terdapat lagi tanggungan yang perlu dijelaskan selepas semua langkah penstrukturan diambil.
Beliau juga berkata ia suatu tuduhan tidak berasas berhubung dakwaan cadangan untuk mengeluarkan tawaran permulaan awal (IPO) bagi sebuah syarikat bernama ‘Vertis Energy’ bertujuan menyelamatkan 1MDB.
Katanya tidak ada syarikat bernama Vertis Energy dan ia cuma nama kod bagi 1MDB Energy. – BERNAMA
TOP
Punca Gangguan Elektrik Di Sabah Dikenal Pasti
KUALA LUMPUR – Kadar jidar simpanan yang tipis bagi memenuhi keperluan semasa waktu puncak dan kecurian elektrik dikenal pasti sebagai antara punca utama masalah gangguan bekalan yang kerap berlaku di Sabah, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata jaringan penghantaran dan pengagihan elektrik yang masih belum kukuh juga menyebabkan lucutan beban terpaksa dilakukan pada masa-masa tertentu.
“Selain itu, kementerian mendapati bahawa pada separuh tahun 2014, komponen penjanaan merupakan penyumbang terbesar kepada gangguan bekalan elektrik di Sabah.
“Kekurangan kapasiti penjanaan dan henti tugas tidak berjadual yang terpaksa dilakukan oleh stesen-stesen jana kuasa sama ada milik persendirian atau SESB (Sabah Electricity Sdn Bhd) terpaksa dilakukan dan seterusnya menyebabkan gangguan bekalan,” katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang ingin tahu punca masalah gangguan elektrik di Sabah serta pelan jangka panjang dan pendek kerajaan untuk mengatasinya.
Ongkili berkata antara langkah yang telah diambil ialah pembinaan Stesen Janakuasa Kimanis Power melibatkan tiga unit jana kuasa serta stesen Janakuasa Cash Horse, yang menyumbang kepada peningkatan bekalan.
Selain itu, kerajaan juga sedang merancang beberapa projek penjanaan kuasa lain termasuk di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu pada 2016 hingga 2018.
Dalam pada itu, Ongkili berkata kementerian juga telah menambah sistem perlindungan kilat bagi memperkukuh sistem penghantaran dan pengagihan elektrik yang terdedah kepada gangguan cuaca. – BERNAMA
TOP
Perkhidmatan `Online’ SSM Alami Gangguan
KUALA LUMPUR – Beberapa perkhidmatan dalam talian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mengalami gangguan perkhidmatan dari 14 hingga 16 November ini.
SSM dalam satu kenyataan media memberitahu, perkhidmatan dalam talian itu dijangka mengalami gangguan dari pukul 6 petang pada Jumaat hingga 6 petang pada Ahad ini.
“Sistem yang terlibat dengan gangguan perkhidmatan itu adalah CBS (ROB dan ROC), e-Lodgement, e-Info, Portal MyCoID dan pembaharuan perniagaan di BSN,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, gangguan perkhidmatan itu disebabkan SSM akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan sistem.
Sehubungan itu, semua akses kepada sistem dalam talian terbabit akan tergendala sementara pada tarikh yang ditetapkan tersebut. – mynewshub.cc
TOP
Keluarga Remaja Rempuh Wanita, Hadir Mohon Maaf
Guru Besar SK Pasir Panjang Ros Haya Aziz menyerahkan sumbangan kepada Mohamad Izzuddin di rumahnya semalam. - Foto SINAR HARIAN
Keluarga remaja tingkatan empat yang merempuh seorang wanita dalam kemalangan maut di Jalan Pasit Panjang, Kuala Terengganu kelmarin hadir memohon maaf kepada keluarga mangsa sehari selepas tragedi itu berlaku. Bapa pelajar berkenaan, Ahmad Azidy Abd Malek, 45, menzahirkan simpati mereka keluarga wanita berkenaan Allahyarham Dayang Che Abd Kadir, 51, yang terkorban dalam nahas berkenaan, memetik laporan Sinar Harian. Dayang Che ketika kejadian, menolak anaknya yang berusia 12 tahun Mohamad Izzuddin Nazmi Ibrahim ke tepi jalan dan membiarkan dirinya dirempuh motosikal yang ditunggang oleh Ahmad Nabil Syazwan, 16. “Saya datang untuk minta maaf di atas apa yang terjadi, lagipun perkara ini berlaku tanpa diduga dan tiada siapa minta ia berlaku, apatah lagi sehingga menyebabkan kematian. Baru hari ini (semalam) saya sempat datang ke sini kerana sibuk uruskan soal anak. “Saya sendiri terkejut apabila diberitahu mangsa yang dirempuh Nabil meninggal dunia. Saya tahu pun melalui rakan-rakan yang datang ziarah anak saya di Hospital Sultanah Nur Zahirah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lorong Surau Baru, Kampung Pasir Panjang semalam. Ahmad Azidy berkata, anaknya Nabil turut cedera dalam kemalangan itu di bahagian geraham dan patah ibu jari kaki kanan. “Alhamdulillah pada hari kejadian, doktor selesai membuat pembedahan di bahagian gerahamnya dan hari ini (semalam) baru sahaja selesai meletakkan simen pada jari kaki kanannya yang patah. “Hari ini juga doktor sedang dalam proses membuat imbasan pada bahagian kepala serta seluruh tubuh badannya untuk pastikan tiada kecederaan dalaman,” katanya. Nabil yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bariah diberitahu bapanya berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital. Bagi Mohamad Izzuddin pula, kesedihan melihat ibu senditi rebah dan meninggal dunia dalam kejadian itu masih menjadi trauma bagi dirinya. “Dia belum makan apa-apa sejak semalam (kelmarin) dan masih tidak bercakap mengenai kejadian itu,” kata bapa Mohamad Izzuddin. Ibrahim Muda, 55, berkata, Izzuddin masih terkejut kerana ketika kejadian Izzuddin dan ibunya sedang berpegangan tangan untuk menghantarnya ke sekolah. Semalam, Mohamad Izzuddin menerima kunjungan Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu Datuk Mohd Sabri Alwi dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang Ros Haya Aziz untuk meninjau keadaannya. Menurut Ros Haya, pihak sekolah akan memantau perkembangan Izzuddin kerana dia seorang pelajar yang berpotensi di dalam akademik dan tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepadanya akibat kemurungan. - MYNEWSHUB.CC

Benarkan ‘Donald Duck’ Melintas Atau Disaman
PEMANDU harus berhentikan kenderaan dan benarkan kartun Walt Disney, Donald Duck, melintas jalan atau ia akan menimbulkan kesusahan kepada mereka.
Ini kerana, pemandu akan didenda $230 (£144) hanya kerana tidak benarkan kartun Disney itu melintas di Fort Lee, New Jersey ketika sambuta Haloween.
Ia nampak seperti menyusahkan pemandu kerana tiba-tiba menjadi satu kesalahan apabila mereka tidak memberhentikan kenderaan untuk membenarkan watak kartun melintas.
Bagaimanapun perkara tersebut tidak disukai oleh polis Amerika Syarikat kerana mereka bimbang tindakan tersebut akan menggalakkan pejalan kaki melintas di tempat yang tidak dibenarkan.
Sementara itu, ada juga pegawai polis yang memakai sut watak kartun Donald Duck untuk menangkap pemandu yang enggan berhenti.
Seorang pemandu yang didenda kerana kesalahan tersebut membidas tindakan pihak berkuasa dengan menyifatkan ia sebagai hukuman yang tidak adil.
“Mereka beritahu saya didenda hanya kerana tidak benarkan seekor itik melintas,” kata Karen Haigh kepada Eyewitness News.
Tambahnya,”Itik ini sangat besar dan ia menakutkan saya.” – mStar Online
TOP
Apa Motif Jentayu Muncul Pelan Pemulihan MAS?
MINGGU lalu tanpa apa-apa petunjuk, penganalisis ekonomi tempatan mungkin ‘gempar’ dengan kemunculan sebuah syarikat baharu,Jentayu Danaraksa Sdn. Bhd. (Jentayu) yang tiba-tiba mahu menjadi tumpuan kepada pelan pemulihan Malaysia Airlines (MAS).
Syarikat didakwa mewakili ramai profesional Melayu yang berpengalaman luas serta pakar dalam industri penerbangan tempatan dan antarabangsa itu diketuai sendiri bekas Pengarah Urusan MAS pada zaman kegemilangannya, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman.
Kebetulan, Jentayu mengeluarkan kenyataan media pada hari sama Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mengadakan mesyuarat agung luar biasa pemegang saham minoriti MAS menerima tawaran menjadikan sayap pelaburan utama kerajaan itu menguasai MAS.
Berita panas itu disiarkan beberapa akhbar pada 8 November dengan memetik Pengarah Urusan Jentayu, Feriz Omar yang mendakwa Khazanah mungkin terlepas pandang beberapa bidang MAS boleh diteroka untuk menjana semula laba syarikat penerbangan kebangsaan.
Di atas kertas, nyata cadangan Jentayu agak idealistik tetapi ia juga menimbulkan persoalan adakah ia praktikal apatah lagi syarikat yang baharu diwujudkan Ogos lalu itu mendakwa sebagai mampu menyerap kira-kira 6,000 petugas MAS yang bakal diberhentikan kerja.
Alasan Jentayu daripada Khazanah melantik beberapa agensi bagi melatih ribuan pekerja MAS yang dibuang itu dengan pelbagai kursus keusahawanan atau menyertai AirAsia, adalah lebih baik diserap Jentayu bertugas dalam bidang kemahiran mereka ketika di dalam MAS.
Ideanya mereka tidak diberhentikan tetapi langsung berpindah kepada Jentayu dan terus bertugas dalam bidang sama seperti di dalam MAS, maka Khazanah dapat jimat kos berbilion ringgit, ironinya ia juga cetus soalan: Adakah Jentayu akan menjadi sebagai MAS ke-2?
Ia lebih jadi misteri apabila pelan Jentayu itu bakal menyaksikan pembelian kepentingan Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) yang selama ini meminjamkan pesawat untuk disewa MAS, selain ambil alih Firefly, MAS Engineering dan beberapa segmen penting lain.
Mudah cakap Jentayu secara tidak langsung ‘menakluk’ aset utama MAS yang menjadi mercu tanda syarikat di samping menguasai bidang teras MRO (Maintenance, Repair, Overhaul) yang sebenarnya ‘signature’ MAS sehingga disegani di peringkat global.
Anehnya ketika Jentayu mendakwa sudah bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta berjumpa negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menarik sokongan, tidak jelas apakah motif sebenar Jentayu kerana pelan pemulihan mereka boleh dipersoalkan.
Mereka tidak menyatakan secara tuntas sumber dana Jentayu sebaliknya mendakwa ia akan diperoleh selepas Khazanah bersetuju dengan pelan pemulihan itu yang cuma bersandarkan kepada nama-nama hebat ramai pemimpin industri sebagai anggota lembaga Jentayu.
Hakikatnya, masyarakat tidak tahu apa ‘permainan’ yang mahu dicipta Jentayu kerana ia amat berahsia tidak mendedahkan ‘road map’menyelamat MAS daripada Khazanah, bahkan punca kewangan Jentayu bagi mengambil alih MAS juga tidak dinyatakan terang.
Cukuplah MAS dieksploitasi pihak berkepentingan sejak dulu lagi yang lebih banyak bermain ‘silap mata’ tetapi yang lebih dibimbangi, MAS langsung lenyap daripada industri penerbangan global yang ‘kejam’ dan membunuh mangsa yang lemah berdaya saing.
Jika benar Jentayu jujur dan ikhlas memulihkan MAS sebagaimana era kegemilangannya dahulu, biarlah rakyat tahu apa sebenarnya isi kandungan pelan mereka terutama dana besar bagi membiayai semula aset-aset strategik MAS yang bakal diambil alih kelak.
Sekiranya mereka berdolak-dalik, adalah lebih baik Jentayu memberi kepercayaan kepada Khazanah bagi menyelamatkan MAS menjadi syarikat baharu atau newco yang benar-benar kompetitif memacu imej ‘Jalur Gemilang’ terbang lebih tinggi di angkasa raya. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Dua Kereta Terbakar Lepas Langgar Tong Gas Bertaburan
KUALA KANGSAR – Dua buah kereta terbakar selepas melanggar tong gas yang bertaburan di atas jalan di KM 257, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu dipercayai berpunca daripada sebuah lori membawa muatan gas LPG yang terbabas di laluan bertentangan dan menyebabkan tong gas berterabur di atas jalan.
Insiden itu menyebabkan laluan di kedua-dua arah terpaksa ditutup bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Shamsuddin Abdul Karim memaklumkan pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 9.22 pagi. “Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita melihat sebuah lori membawa gas LPG terbalik dan tong gas tercampak ke atas jalan. “Dua buah kereta juga sedang terbakar pada masa itu dan kita segera melakukan operasi pemadaman,” katanya ketika dihubungi. - Sinar Harian Online

Bomoh Warga Georgia Kelentong Boleh Tarik Wang
KERTAS kosong yang diikat menyerupai wang kertas.
Ampang – Tarik wang dari alam jin. Itu tawaran seorang ‘bomoh’ warga Georgia, Timur Eropah, yang mendakwa mampu menggandakan wang sebanyak hampir RM400,000 menjadi RM1.65 bilion. Suspek berusia 39 tahun itu mendakwa mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan jin dan menyedut keluar wang dolar Amerika Syarikat yang disimpan di alam ghaib. Penipuan licik itu bagaimanapun memperdaya seorang ahli perniagaan tempatan berusia 40 tahun yang sanggup memberikan suspek wang tunai RM393,500. Bomoh temberang itu turut mengarahkan mangsa membeli sebentuk cincin sakti berharga RM2,000 kononnya sebagai ‘kunci’ untuk menarik wang daripada alam jin. Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, penipuan itu dikesan bermula selepas mangsa bertemu suspek di kawasan Pandan Indah, di sini, September lalu. – myMetro Online

Tenggelamkan Kereta Kerana Marah Isteri
KERETA Corvette yang dibiarkan tenggelam.
Dover – Seorang lelaki yang dalam proses perceraian memandu kereta merah Corvette milik isterinya masuk ke dalam sungai. Kejadian itu menyebabkan polis melancarkan usaha mencari mangsa yang kemungkinan berada di dalam kenderaan itu. Seorang saksi yang menelefon polis mengenai kereta di dalam Sungai Delaware itu berkata, dia melihat seorang lelaki memandu kenderaan berkenaan di tebing sungai sebelum keluar dan membiarkan kereta itu jatuh ke dalam sungai. “Saya fikir dia amat berang dengan isterinya hingga menenggelamkan kereta itu ke dalam sungai,” kata jurucakap polis, Scott Small, semalam. Menurutnya, unit polis marin terpaksa dipanggil untuk memeriksa kereta itu di dalam sungai berkenaan bagi memastikan tiada mangsa berada di dalamnya. Kereta itu kemudian ditarik naik ke darat menggunakan trak tunda. Small berkata penyiasat mendapati lelaki berusia 50 tahun itu datang ke kediaman isterinya dan mencuri kereta berkenaan. – AP

Justin Bieber Disaman RM267,400 Diarah Masuk Kelas Tangani Marah
New York – Justin Bieber dilapor membayar jirannya AS$80,000 (RM267,400) baru-baru ini kerana insiden baling telur yang dilakukannya Januari lalu.
Penyanyi remaja berkenaan dituduh membaling telur ke arah rumah jirannya sehingga menyebabkan kerosakan teruk.
Menurut majalah hiburan TMZ, Bieber melunaskan bayaran ganti rugi itu dan kini mengikuti kelas menangani kemarahan.
Buat masa ini Bieber diletakan dalam pemerhatian dan nampaknya dia berusaha untuk membetulkan kesilapannya.
Menurut sumber, dia sudah mengikuti enam daripada kelas berkenaan sebelum melakukan kerja kemasyarakatan.
Jika penyanyi berkenaan mematuhi hukuman yang dikenakan, dia dijangka dapat menamatkannya menjelang 10 Februari tahun depan.
Bagaimanapun, menurut sumber, tempoh pengawasannya hanya akan berakhir pada 2016. – Agensi
TOP
Pemain Biola Terkenal Vanessa Mae ‘Kantoi’ Tipu Pertandingan Ski
New York – Pemain biola terkenal dunia, Vanessa Mae mendapat malu besar selepas dia diharamkan daripada menyertai pertandingan ski selama empat tahun oleh Persekutuan Ski Antarabangsa (FIS).
Tindakan itu diambil setelah FIS mendapati keputusan pada sesi kelayakan di Slovenia, pada bulan Januari lalu telah diatur, bagi melayakkan Mae menyertai pertandingan sukan Olimpik musim sejuk Sochi 2014. Dalam pertandingan itu, Mae, mewakili Thailand dan menggunakan nama Vanessa Vanakorn. Keputusan itu dibuat oleh FSI selepas berpuas hati bahawa keputusan sesi kelayakan di Slovenia yang disertai Mae telah dimanupulasikan. FIS juga mendapati pertandingan di Slovenia itu diatur oleh syarikat pengurusan Mae dan Jawatankuasa Olimpik Thailand. “Selepas mempertimbangkan penghujahan bertulis dan keterangan saksi pada sesi pendengaran 3 Oktober lalu, Panel Pendengaran berpuas hati dengan keputusan bahawa pertandingan pada 18 dan 19 Januari lalu di Krvavec dimanupulasikan, menyebabkan pengiraan mata FIS yang tidak mencerminkan prestasi sebenar pelumba yang mengambil bahagian khususnya mata yang diberikan kepada Vanessa Vanakorn (Mae),’’ kata FIS dalam satu kenyataan. Julai lalu, Persatuan Ski Slovenia telah menggantung empat pegawainya dan mengumumkan melancarkan siasatan terhadap dalang yang terlibat dalam memanupulasi keputusan itu. FIS kemudiannya mendapati hasil siasatan persatuan berkenaan mendedahkan senarai pemain ski pada pertandingan kelayakan itu turut memasukkan dua nama peserta yang tidak hadir. Manakala seorang peserta diletakkan di tangga kedua meskipun dia jatuh dan mata penamatnya diubah menjadi 10 saat lebih awal. Selain itu, FIS juga mendapati ketika sesi kelayakan tersebut, cuaca amat buruk dan ia sepatutnya dibatalkan.

Nora Danish Kena Kahwin Cepat.. Rayqal Dah Minta Adik!
PELAKON Nora Danish berkongsi cerita mengenai anak tunggalnya, Putra Rayqal Ramli yang menyatakan hasratnya mahukan adik selain meminta ibunya bertambah berat badan dan tidak perlu berdiet.
“Dia ada suruh saya melahirkan seorang bayi, katanya dia mahu adik dan suruh saya gemuk dan tak perlu diet,” kata Nora menceritakan mengenai gelagat anaknya yang kini sudah berusia lima tahun.
Nora turut mengatakan anaknya itu sudah pun dihantar belajar ke sebuah sekolah antarabangsa dan memasuki darjah satu walaupun Rayqal baharu sahaja berusia lima tahun.
“Rayqal masuk sekolah antarabangsa darjah 1. Mula-mula itu saya agak cuak kerana terlalu awal walaupun usianya baru sahaja lima tahun.
“Tetapi tidak menjadi masalah untuk saya kerana apa yang diberikan oleh sekolah tersebut satu diari untuk ibu bapa memantau prestasi anak-anak setiap hari,” katanya memetik portal Rotikaya.
Dalam pada itu, rezeki pelakon berusia 32 ini juga semakin bertambah apabila dia baharu sahaja dilantik menjadi duta produk penjagaan wajah terkenal, Safi Rania Gold menggantikan Rozita Che Wan. Nampaknya kalau dilihat daripada rezeki yang mencurah-curah, tak ada sebab untuk Nora menunda pernikahan bersama teman lelakinya, Nedim kan. Lagi pun Rayqal dah minta adik tu.. nampaknya selagi mamanya tak kahwin terpaksalah dia menumpang kasih ‘adik baru’ Puteri Raysha Jemaima dulu. - MYNEWSHUB.CC

8 Tahun Tak Boleh Buka Mulut Akibat Jatuh Bumbung
Setelah lapan tahun hidup dalam keadaan mulut tidak boleh dibuka, akhirnya, seorang remaja dari Hathras, Uttar Pradesh di India mendapat kembali keupayaan tersebut.
Shivam Sharma, 19, menderita tidak mampu untuk menggerakkan rahang setelah dia terlibat dalam satu insiden terjatuh dari bumbung, menyebabkan rahangnya melekat pada pangkal tempurung kepala.
Disebabkan ketidakupayaan tersebut, dia tidak mampu untuk makan dan bercakap dengan sempurna. Malahan, dia terpaksa berhadapan kesukaran untuk bernafas terutamanya ketika tidur. “Oleh kerana tidak mampu membuka mulut, saya bergantung pada makanan dalam bentuk cecair. Tetapi selepas pembedahan, doktor memberitahu, kini saya boleh mengunyah apa sahaja dan bercakap tanpa mengalami kesusahan. Namun, saya perlu mengelak untuk terlibat dengan aktiviti sukan seperti bola sepak. ”
Prosedur pembedahan yang memakan masa sehingga 3 jam itu berjaya mengubah kecacatan Sharma dengan menggantikan rahang tiruan. Impan tersebut ditempah khas, oleh itu Sharma terpaksa membayar kos sebanyak Rs. 3 lakh atau kira-kira RM 22,000. – MYNEWSHUB.CC

Noh Akan Jumpa Najib Berhubung Isu UMNO Selangor
SHAH ALAM – Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung teguran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Umno Selangor.
Beliau berkata pertemuan itu perlu bagi mendapatkan nasihat daripada Najib selaku presiden Umno untuk memperbaiki kelemahan selain berusaha melakukan penambahbaikan dalam parti.
“Bukan tugas yang mudah menjadi pengerusi Umno, ini bukan jawatan yang glamour … menteri besar (Selangor) itu ya jawatan glamour.
“Buat masa ini saya belum berkesempatan bertemu dengan Datuk Seri Najib, mungkin selepas ini satu pertemuan akan diadakan dengan beliau untuk mendapatkan nasihat apa yang perlu dilakukan bagi perbaiki Umno Selangor,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kolokium kepimpinan 2014 di Management and Science University di sini, hari ini.
Noh berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Dr Mahathir dalam satu sidang media semalam terhadap kepimpinan Umno Selangor yang dilihat gagal melaksanakan tugas mereka.
Dr Mahathir sebelum ini turut mengkritik barisan kepimpinan Umno Selangor yang menurut beliau perlu berundur selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) dan PRU13.
“Mengenai itu, Datuk Seri Najib yang akan buat keputusan sama ada kepimpinan Umno Selangor perlu bubar atau tidak … beliau juga yang melantik saya, jadi keputusan itu beliau yang tentukan,” kata Noh. – BERNAMA
TOP
7 Perkara Budak-Budak Suka Buat Bila Check-In Hotel
Zaman kanak-kanak merupakan zaman paling indah, kan? Mana tidaknya, golongan ini diketahui sedang berada dalam fasa nakal dan aktif, serta dibenarkan untuk melakukan sesuatu yang gila-gila.
Malahan, kanak-kanak juga tidak dianggap biadab dan pelik kerana individu dewasa pasti faham, mereka merupakan warga yang belum matang dalam berfikir dan sedang membesar.
Pastinya, ada pelbagai kenangan yang tersimpan dalam memori pembaca, antaranya pengalaman ketika menginap di hotel dan chalet ketika bergelar kanak-kanak.
Jom kita imbas kembali beberapa perlakukan gila-gila yang sering dibuat kanak-kanak ketika berada di sana!
1. Mencuba setiap snek/makanan di hotel.
2. Menekan semua butang di lif
3. Berangan macam orang kaya!
4. Melompat dari katil ke katil
5. Sengaja membuat panggilan ke kaunter reseptionis
6. Berangan mandi di dalam tab mandi sambil memakai ‘shower cap’
7. Ketuk pintu bilik lain, kemudian lari
- MYNEWSHUB.CC

JPJ Saman Polis Trafik.. Polis Trafik Balas Buat Repot!
Gambar hiasan
Berita berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) nampaknya semakin hangat sejak akhir-akhir ini. Terbaru, seorang anggota polis trafik dikatakan telah menerima saman daripada seorang anggota JPJ kerana meletakkan motosikalnya di kawasan larangan dalam petak kuning ketika menjalankan tugas. Tidak puas hati dengan saman tersebut, anggota trafik tersebut dikatakan balik semula ke balai lalu buat laporan anggota JPJ tersebut mengganggu tugasnya sebagai penjawat awam. Cerita ini tersebar selepas seorang anggota polis memuat naik status berkaitan kejadian ini di laman sosial Facebook. BACA - JPJ Kedah Keluarkan 761 Saman Kenderaan Status tersebut berbunyi: “Ini lagi interesting, jangan main-main dengan JPJ ni, mereka memang strict betul.. anggota trafik yang membuat kawalan trafik ‘point duty’ meletakkan motosikalnya di petak kuning. “Semasa sedang mengawal lalulintas, penguatkuasa JPJ telah mengenakan saman kepadanya kerana meletakkan motosikal di tempat larangan, anggota polis trafik balik ke balai buat laporan JPJ menghalang penjawat awam menjalankan tugas rasmi. “KBSJD arah tangkap, apa nak jadi ni? Strick betul ye (Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ) Dato Yusoff Ayob , macam tak harmoni.”
Jika benar insiden ini, diharapkan satu jalan dicapai supaya kedua-dua organisasi yang bertugas menguatkuasa undang-undang ini tidak jadi ‘bahan lawak’ di kalangan masyarakat. Tapi kalau betul masing-masing dah buat kesalahan melanggar undang-undang.. ya mereka pun harus disaman seperti kami rakyat biasa! - MYNEWSHUB.CC

Daim Kritik Najib – Dakwa Abai Ekonomi Rakyat
Tun Daim Zainuddin
Kerajaan hari ini dikritik kerana mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi tetapi pada masa sama dilihat mengabaikan kedudukan ekonomi majoriti rakyatnya. Bekas Menteri Kewangan; Tun Daim Zainuddin menegur pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi tetap rakyat masih tidak mampu memiliki sebuah rumah sendiri. “Tidak ada maknanya kerajaan mendabik dada mengatakan kita sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi jika masih ramai rakyat tidak mampu memiliki sebuah rumah biasa,” katanya hari ini menurut laporan portal The Malaysian Insider (TMI). Daim berkata demikian selepas melancarkan sebuah buku bertajuk “The Colour Of Inequality” di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), di ibu negara. Menurut beliau, keadaan lebih membimbangkan apabila dalam kalangan rakyatnya, hartanah sukar dimiliki oleh mereka khususnya di bawah umur 40 tahun kerana nilai yang melambung naik akibat spekulasi harga. “Hakmilik hartanah antara yang membimbangkan di kalangan rakyat Malaysia, khususnya mereka bawah umur 40 tahun, berdepan kesukaran untuk memiliki aset penting ini. “Perumahan menjadi kelas aset kewangan, malah ia menjadi alat spekulasi daripada menjadi tempat untuk kita tinggal,” katanya. Daim berkata rakyat negara ini masih belum mencapai tahap pendapatan yang baik dan ramai daripada mereka masih memperolehi pendapatan di bawah tahap kemiskinan. “Tiada maknanya kita ke arah negara berpendapatan tinggi, pada ketika rakyat, anak-anak kita, jiran dan rakan kita masih berpendapatan bawah tahap kemiskinan,” katanya. Biarpun Malaysia mempunyai bilangan pengguna barangan mewah terbesar di Asia, Daim berkata masih ramai rakyat yang terpaksa bergelut dengan kehidupan sukar setiap hari. “Masih ramai pakcik dan makcik di kampung dan bandar yang masih bergelut untuk mendapat sesuap nasi dan menghantar anak mereka ke sekolah setiap hari,” kata Daim. - MYNEWSHUB.CC Oleh : IBNU K

Zareef Nufael Nama Anak Zahid AF
SEKARANG ni ramai artis bersikap lebih terbuka dalam memperkenalkan wajah dan nama cahayamata yang baru dilahirkan buat tatapan peminat mereka.
Pastinya mereka mengikut jejak langkah Rozita Che Wan atau Che Ta yang terus memperkenalkan puteri sulungnya, Aaisyah Dhia Rana sebaik sahaja dilahirkan pada 1 November lalu.
Che Ta boleh dikatakan sebagai trendstter jugalah sebab kebanyakan artis yang melahirkan anak selepasnya, dilihat terus memperkenalkan bayi mereka tanpa perlu sebarang sesi sidang media, termasuklah aktres Fasha Sandha dan Zahid AF.
Malah Zahid, turut menggunakan media sosial seperti Instagram untuk memperkenalkan putera sulungnya yang diberi nama Zareef Nufael dan daripada kapsyen gambar, Zahid menggambarkan dirinya tidak berminat untuk membuat akaun Instagram anaknya seperti mana dilakukan pasangan selebriti lain sebelum ini. Apa pun semoga anak Zahid membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya kelak. - MYNEWSHUB.CC

Video: Trailer Filem Villa Nabila Berdasarkan Kisah Sebenar
HUJUNG tahun lalu, negara digemparkan dengan misteri kehilangan seorang pelajar lelaki dalam sebuah rumah banglo yang disyaki berhantu di Johor Bahru.
Banglo lama, Villa Nabila yang tidak berpenghuni itu dikatakan mempunyai kisah seramnya tersendiri dan ianya sudah pun dirobohkan awal tahun ini.
Populariti kisah mistik Villa Nabila yang sehingga kini belum terungkai memberi idea kepada penggiat filem tempatan untuk menghasilkan filem berdasarkan kejadian sebenar yang dilaporkan pernah terjadi di situ.
Filem Villa Nabila dijangka ditayangkan pada 15 Januari tahun hadapan, terbitan Viper Studios dan Skop Productions dan diarahkan anak produser terkenal Datuk Yusof Haslam iaitu Syafiq Yusof.
Nak tahu sejauh mana filem ini mengupas kisah sebenar yang berlaku di banglo tinggal terbabit, sama-sama kita tunggu tayangannya nanti yang pasti mampu menarik perhatian penggemar filem seram dan thriler tempatan. – MYNEWSHUB.CC

JPJ Jawab Isu Operasi Khas Yang Kecoh Di Laman Sosial
Akhir-akhir ini, kecoh di laman sosial apabila rakyat marhaen membidas operasi khas pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap penguatkuasaan nombor pendaftaran kenderaan, larangan penggunaan lampu ‘strobe light’ dan lampu HID serta peraturan baru penggunaan cermin gelap.
Mereka bertindak membangkang usaha pihak JPJ dalam melakukan operasi tersebut, terutama penguatkuasaan nombor pendaftaran kenderaan dan peraturan penggunaan cermin gelap.
Bukan itu sahaja, ada pihak yang lebih berani, tampil mendakwa sebuah kenderaan milik Pengarah JPJ, yang memiliki saman tertunggak berjumlah RM 1350 dan menggunakan cermin gelap.
Rentetan dari isu tersebut, satu jawapan pencerahan telah dikeluarkan pihak JPJ melalui muat naik satu artikel di laman sosial Facebook rasminya, ‘Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia’ semalam.
Berikut merupakan ulasan yang dibuat JPJ tentang kenyataan terdahulu yang dikeluarkan Ketua Pengarahnya, Datuk Sri Ismail Ahmad.
‘Semua tahu JPJ bermatlamat untuk MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN DAN KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA.
Mungkin perlu saya jelaskan dengan lebih terperinci atau ‘rephrase’ kenyataan
Ketua Pengarah JPJ bahawa, kematian di atas jalan raya merupakan pembunuh nombor 3 di Malaysia. Menurut statistik pada tahun 2013, sebanyak 6,915 kematian dicatatkan. Daripada jumlah tersebut satu kajian telah dibuat dan mendapati sekiranya tiada langkah penguatkuasaan diambil terhadap pengguna jalan raya maka unjuran kes kematian pada tahun 2020 akan mencecah kepada 10,716 kematian.
Melihat kepada jangkaan tersebut JPJ sebagai agensi yang bertanggungjawab perlu lakukan sesuatu. Oleh itu, Ketua Pengarah JPJ dengan penuh iltizam bersama2 dengan anggota JPJ telah tekad untuk memastikan jumlah kadar kematian ini perlu dikurangkan. Penunjuk Prestasi indeks (KPI) telah dijadikan kayu ukur kepada semua warga JPJ untuk mencapai matlamat murni Ketua Pengarah tersebut.
KPI yang telah ditetapkan pada tahun 2020 adalah pengurangan jumlah kadar kematian di jalan raya sebanyak 50%. Makna kata, daripada jumlah unjuran yang dijangka iaitu 10,716 kematian pada tahun 2020, JPJ perlu memastikan kadar kematian tersebut tidak melebihi 50% (atau 5,358 kes kematian).
Kenapa tidak KPI jumlah kematian dikurangkan sehingga 100%?
JPJ sentiasa realistik dalam isu penguatkuasaan, kerana perlu diketahui bahawa jumlah kenderaan baharu sentiasa meningkat saban tahun, malah purata hampir 600,000 pemandu baharu bakal didaftarkan setiap tahun. Justeru itu KPI tersebut adalah sesuatu yang rasional seiring dengan matlamat antarabangsa untuk menjadi negera maju pada tahun 2020 nisbah kematian dijalan raya sebanyak 2:10,000 kenderaan.’
Selain itu, melalui artikel tersebut juga, pihak JPJ menerangkan tentang relevan perlaksanaan operasi khas itu terhadap pengguna jalan raya.
4) Penguatkuasaan nombor pendaftaran kenderaan (no plat) boleh menyebabkan kemalangan dan kematian ke?
Saya cukup bersetuju bahawa plat no kenderaan tidak langsung menjadi punca kemalangan. Tapi anda semua juga perlu bersetuju bahawa plat no kenderaan merupakan medium KAWALAN KESELAMATAN kepada 7 KESALAHAN UTAMA yang menjadi punca atau penyebab kemalangan dan kematian:
-tali pinggang/topi keladar
-telepon bimbit
-potong garisan berkembar
-langgar lampu isyarat
-potong garisan
-lorong kecemasan
-had laju
Langkah PENCEGAHAN/KAWALAN/PENGUATKUASAAN ke atas 7 Kesalahan Utama ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya identiti kenderaan (melalui spesifikasi no plat kenderaan yang ditetapkan) dapat dikenal pasti.
Contoh kesalahan had laju tidak dapat dicegah sekiranya no plat ‘fancy’ digunakan. Contoh lain pula laporan polis yang dilaporkan oleh orang awam untuk kesalahan langgar lari akan menjadi sukar sekiranya pengadu tidak menyatakan no plat kenderaan. (Alasan yang selalu diterima ialah plat no kurang jelas).
5) Penguatkuasaan Lampu HID dan strobe light pula apa kaitannya?
Sebagai pengguna bagi kedua2 item ini anda mungkin anggap ianya sesuatu ‘keperluan’ (mudah dilihat/ nak nampak cantik) kenderaan anda tapi perlu diingatkan bahawa daripada uji kaji yang dibuat pengguna kedua2 item ini boleh menyilaukan mata pengguna jalan raya yang lain serta kebarangkalian untuk gagal mengawal kenderaan dan terbabas akan berlaku. Mengambil kira faktor untuk memastikan SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA SELAMAT, JPJ perlu menguatkuasakan item2 ini.
6) Penguatkuasaan cermin gelap adalah undang-undang lapuk?
Kita semua perlu bersetuju bahawa mentaliti rakyat Malaysia tidak seperti negera maju (membenarkan penggunaan cermin gelap). Mengambil kira perkara ini, seperti isu no plat kenderaan, penguatkuasaan cermin gelap juga merupakan medium bagi KAWALAN KESELAMATAN.
Contoh, sekiranya pemandu bagi kenderaan yang menggunakan cermin gelap ini tidak memakai tali pinggang keladar atau menggunakan telepon bimbit semasa memandu, anggota penguatkuasa sukar untuk melaksanakan tindakan pencegahan terhadap kesalahan tersebut sedangkan kesalahan yang dilakukan ini boleh menjadi punca berlakunya kemalangan.
Untuk makluman semua, peraturan penggunaan cermin gelap dibuat adalah berdasarkan kepada input dan pandangan daripada beberapa agensi yang berkepentingan seperti PDRM, MIROS, JKJR, SPAD, MOT, dan beberapa agensi penguatkuasaan yang lain. Mereka terlibat atas alasan membawa matlamat agensi masing2. Masihkah anda ingat kes Noor Suzaily Mukhtar yang dirogol di dalam bas bercermin gelap. Kesemua ini telah diambil kira dalam mencapai satu keputusan yang relevan untuk kesejahteraan bersama.
Kesimpulannya, keselamatan jalan raya sebenarnya isu sejagat yang memerlukan perhatian dan tindakan secara bersepadu oleh kita semua rakyat Malaysia. Selaku agensi yang bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan di atas jalan raya, kami memohon jasa baik dan kerjasama daripada semua untuk kita bersatu padu dalam menangani isu kemalangan dan kematian di atas jalan raya.
Walaupun mengharapkan agar ramai pihak memahami hasrat JPJ untuk menurunkan jumlah kemalangan maut di Malaysia, namun, melalui ruangan komen di laman Facebook rasminya, ramai pihak masih meluahkan ketidakpuasan hati.
Antara yang dipertikaikan pengguna adalah relevan perlaksanaan operasi cermin gelap hanya menggunakan alasan kes rogol membabitkan Noor Suzaily Mukhtar yang berlaku di dalam bas kira-kira empat tahun lalu.
Menurut pengguna, kes itu merupakan terpencil dan ia berlaku bukan dalam kereta tetapi di dalam pengangkutan awam.
Solusi terhadap isu ini masih menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pengguna yang tidak berpuas hati dengan alasan yang diberi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap perlaksanaan operasi khas tersebut.
Jalan terbaik, pihak berkuasa tersebut perlu mengadakan kajian yang lebih mendalam sebelum agar ia tidak dilihat sebagai beban yang perlu ditanggung rakyat biasa. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

VIDEO : Kedah Dilanda Puting Beliung Kali Keempat Hari Ini
Gambar puting beliung yang melanda Kuala Kedah kira-kira pukul 3.30 petang tadi.
ALOR SETAR: Sekurang-kurangnya 25 buah rumah dan empat rumah kedai di Kampung Sungai Nonang, Simpang Empat Kangkung dekat sini rosak akibat dilanda puting beliung petang tadi. Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 10 buah rumah di Kampung Sungai Nonang, Mukim Tebengau dekat sini rosak teruk akibat dilanda puting beliung kira-kira 2.30 petang, Rabu. Pusaran angin yang dipercayai datang dari arah sawah di kampung tersebut (dari arah utara) berlaku dalam tempoh 10 minit mengejutkan orang ramai yang ketika itu sedang beristirahat di rumah.
Seorang mangsa, Che Tom Ahmad, 54, berkata, dia bersama dua anak Mohamad Azrul Zainal, 14, dan Zahirah Zainal, 16, dikejutkan dengan deruman angin kuat yang mengangkat serta merosakkan bumbung rumah mereka dalam sekelip mata. Suri rumah itu berkata, mereka terpaksa berlindung dalam rumah kerana tidak dapat membuka pintu utama disebabkan tekanan angin yang kuat bagi menyelamatkan diri daripada dihempap kayu dan zink. "Saya dan dua anak panik ketika itu dan hanya mampu berdoa selepas tidak dapat buka pintu. Syukur Alhamdulillah kami semua selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini, Rabu. Che Tom berkata, dia dan dua anak masih trauma dengan kejadian itu yang mengakibatkan kerosakan teruk pada bumbung rumah mereka berusia hampir 40 tahun itu.
Katanya, keluarganya turut menanggung kerugian selepas semua barangan dalam rumah itu termasuk peralatan elektrik dan perabot rosak akibat terkena hujan yang turun selepas puting beliung memusnahkan rumahnya. Seorang lagi mangsa Nashirah Othman, 30, berkata, ketika itu dia sedang mengangkat kain jemuran dan dipanggil masuk ke dalam rumah oleh suaminya Sukri Salleh, 41, selepas terdengar bunyi yang kuat menghampiri rumah mereka. "Masa tu angin terlalu kuat dan saya memeluk dua anak yang menangis kerana takut bunyi angin yang terlalu kuat," katanya. Sementara itu saksi kejadian, Mohd Sobri Bakar, 37, berkata, dia ternampak pusaran angin besar datang dari arah sawah ketika dia sedang melakukan kerja di belakang kedai makan miliknya di kampung itu. Angin mai (datang) berpusing dan habis meja makan diterbangkan ke luar. Saya panik dan laungkan azan. Angin tu mai dengan cepat dalam sekelip mata," katanya. Sementara itu, Junaidah Abd Rashid, 39, yang menceritakan detik kejadian itu berkata, pusaran angin itu mencemaskan beliau dan anaknya Ainul Madiah Salim, 3, serta rakannya Rajmah Bakar, 57, yang ketika itu berada dalam kereta, ketika mereka berhenti untuk membeli air di sebuah kedai makan. Katanya, pusaran anghin tersebut menyebabkan keretanya bergoyang kuat dan seolah-olah seperti diangkat oleh pusaran angin tersebut. "Saya peluk anak yang menangis sebab takut dan saya dan rakan hanya mampu melaungkan azan. Kami takut nak keluar daripada kereta sehingga keadaan pulih seperti biasa," katanya. Pembantu Tadika Kemas Kampung Teluk Dulang dekat sini berkata, dia melihat pusaran angin menggolekkan meja dalam kedai makan tersebut dan ada papan tanda kedai yang terjatuh. Katanya, dia bersyukur kerana mereka bertiga tidak mengalami sebarang kecederaan. -mstar

GEMPAR!! Budak 4 Tahun Ajar Anak Jiran Seks Oral Di Melaka
Gambar hiasan
Seorang surirumah dari Bukit Rambai, Melaka begitu marah selepas menangkap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun melakukan seks oral ke atas anaknya yang berusia tiga tahun yang juga lelaki. Memetik laporan The Star Online, wanita itu yang berusia 32 tahun, kini terpaksa mengawasi pergerakan anaknya itu setiap kali sebelum tidur dan memasuki tandas kerana kanak-kanak itu sudah mula pandai memuaskan nafsu sendiri selepas insiden itu. “Saya terpaksa memukul tangannya setiap kali dia cuba memuaskan dirinya dan ia amat mengecewakan apabila melihat anak yang masih kecil tetapi sudah terdedah dengan perlakuan sebegitu. “Antara perkara yang kami lakukan ialah menghantarnya ke lebih banyak kelas agama Islam dan memberi panduan kepadanya tentang apa yang betul dan apa yang salah,” katanya. Wanita itu menangkap perbuatan anak jirannya itu ke atas anaknya di luar rumah mereka pada pukul 5.30 petang pada 7 November lepas. Menurutnya, kanak-kanak empat tahun itu melucutkan seluar anaknya sebelum melakukan perbuatan seks oral berkenaan. “Saya terpaksa mengawal pergerakan anak saya selepas beberapa orang jiran memberitahu, kanak-kanak sama turut melakukan perkara itu kepada anak mereka. “Pada mulanya, saya tidak mempercayai cerita jiran-jiran, tetapi kini saya melihatnya sendiri,” katanya. Dia berkata, anaknya itu ada mengadu sakit di bahagian kemaluan sejak bulan lepas tetapi tidak mengesyaki apa-apa yang ganjil. “Hanya apabila saya melihat sendiri perlakuan menjijikkan itu saya sedar ia telah pun berlaku beberapa kali dan betullah apa yang dikatakan oleh jiran saya. “Saya tidak menyalahkan anak jiran saya, kerana dia masih terlalu muda dan mungkin terikut-ikut selepas melihat benda-benda yang tidak senonoh,” katanya. Keputusan yang diambil wanita itu untuk bertemu keluarga kanak-kanak empat tahun itu begitu mengejutkan kerana keluarga kanak-kanak itu mempertahankan anaknya. “Kedua-dua mereka menuduh saya mereka-reka cerita. “Saya memberitahu mereka, bahawa anak mereka memerlukan bantuan untuk pemulihan.. Mereka mencabar saya melakukan laporan polis,” kata wanita itu. Surirumah berkenaan sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Minyak. Menurutnya, seorang doktor dari sebuah klinik swasta mengesahkan ada kecederaan di bahagian kemaluan anaknya ketika dibawa untuk pemeriksaan perubatan. “Dia masih menghadapi kesukaran untuk buang air kecil dan memerlukan rawatan perubatan,” katanya. The Star dalam laporannya menyebut, sumber polis memaklumkan siasatan kes berkenaan masih dijalankan dan pihak polis sudah pun bertemu dengan keluarga kedua-dua kanak-kanak terlibat. – MYNEWSHUB.CC

Malaysia Kekurangan Ahli Fisioterapi
KUALA LUMPUR – Hospital di seluruh negara menghadapi masalah kekurangan ahli fisioterapi untuk memenuhi keperluan rakyat, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pada masa ini hanya terdapat 2,281 ahli fisioterapi iaitu 1,425 di hospital kerajaan dan 856 di hospital swasta. Katanya, seorang ahli fisioterapi di Malaysia perlu merawat antara 15 dan 20 pesakit sehari, berbanding di Singapura dan Australia masing-masing lapan pesakit dan di Thailand sepuluh pesakit. “Sementara mengikut populasi, di Singapura nisbahnya ialah 1:3,000, Australia 1:4,000, United Kingdom 1:3,000. Tetapi, Malaysia 1:13,000 penduduk. “Ini menunjukkan bahawa kita perlu tambahan lebih daripada sekali ganda daripada yang ada sekarang jika mengikut norma negara maju,” katanya menjawab soalan Khoo Soo Seang (BN-Tebrau) yang ingin tahu sama ada negara menghadapi kekurangan ahli fisioterapi. Dr Hilmi berkata pertambahan ahli fisioterapi di hospital kerajaan dan swasta adalah kira-kira 500 orang setahun, tetapi perlu mengambil kira mereka yang bersara atau meninggalkan perkhidmatan. Katanya, walaupun terdapat ramai graduan dalam bidang itu di universiti awam dan swasta setiap tahun, namun kapasiti perjawatan yang kecil menyebabkan kementerian tidak dapat mengisi keperluan dengan sewajarnya. Bagaimanapun, Dr Hilmi berharap mana-mana ahli fisioterapi yang gagal mendapatkan penempatan di hospital agar menubuhkan pasukan sendiri yang menawarkan perkhidmatan berkenaan seperti yang banyak terdapat di klinik swasta pada masa kini. – BERNAMA

Ashraf Sinclair & Isteri Diselar Kerana Buat ‘Vow Renewal’
WALAUPUN namanya sudah agak kurang diperkatakan peminat tempatan, rupa-rupanya banyak lagi yang setia mengikuti perkembangan pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Ashraf Sinclair.
Terbaharu, Ashraf dan isterinya penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari telah diselar dan dikritik sebilangan pengikut laman Instagram gara-gara membuat upacara ‘vow renewal’ yang sinonim dengan masyarakat Barat.
Perjanjian perkahwinan merupakan satu upacara yang mana pasangan suami isteri akan memperbaharui ikrar perkahwinan mereka. Upacara ini dikatakan mula dipopularkan di Itali sejak zaman-berzaman yang kemudiannya menjadi ikutan kebanyakan pasangan suami isteri di Amerika Syarikat sejak tahun 1950-an lagi.
Kebiasaannya, upacara tersebut dilakukan di gereja sambil bersaksikan seorang paderi di hadapan mereka.
‘Vow Renewal’ gaya Ashraf – Bunga dilakukan pasangan ini sempena ulang tahun keenam perkahwinan mereka yang diraikan di lokasi romantis, Bali. Memandangkan Ashraf dan Bunga beragama Islam, mungkin mereka fikir upacara begini sekadar ‘suka-suka’ mahu meraikan ikrar perkahwinan seperti dilakukan ramai pasangan Barat kot.
Bersaksikan tetamu yang hadir, majlis ini sekaligus ibarat mengajak rakan-rakan terapat turut berkongsi rasa bahagia yang melatari kehidupan suami isteri Ashraf dan Bunga sepanjang hidup sebagai suami isteri. Sekadar mengimbau kenangan, di Bali jugalah tempat yang pernah mencetus kontroversi buat pasangan ini apabila mereka dirakam berkucup di pantai ketika masih belum punya sebarang ikatan sah satu ketika dulu.
Apa pun alasannya, hukum agama terutama melibatkan akidah harus diletakkan nombor satu dalam hidup seorang muslim. Jika was-was bertanya dahulu pada yang pandai agama sebelum lakukannya, sebab niat tak menghalalkan cara – apatah lagi jika cuma unsur logik diambil kira. Bukan begitu? – MYNEWSHUB.CC

Rakyat Kemain Disaman, Kereta Ni Macam Mana Kira?
Tahukah anda, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh dikatakan agensi penguatkuasa paling panas diperkatakan masyarakat pada masa kini!
Semuanya gara-gara pengumuman tentang sekatan jalanraya khas untuk penguatkuasaan undang-undang yang dianggap kurang relevan dan menyusahkan pengguna jalanraya, antaranya ops cermin gelap dan terbaharu, nombor plat yang menyalahi spesifikasi ditetapkan.
Keratan akhbar tentang peraturan baharu cermin gelap untuk kenderaan di Malaysia.
Rata-rata komen yang menyelar tindakan JPJ ini menganggap perhatian berlebihan diberikan kepada isu remeh berbanding perkara lebih besar dan melibatkan keselamatan pengguna jalanraya hingga ke tahap menyusahkan rakyat. Bayangkan, pengguna jalanraya terpaksa menempuh kesesakan jalanraya semata-mata menunggu anggota JPJ mengukur nombor plat kenderaan, berbaloikah? Ada antara pengunjung laman sosial JPJ malah bertindak sinis dengan memberikan komen mengajar JPJ contoh kesalahan yang lebih patut diambil berat, antaranya menjalankan sekatan jalanraya untuk mengeluarkan saman kepada pengguna yang menghias aksesori secara berlebihan dalam kereta hingga menyukarkan pandangan. Kemuncak ‘peperangan’ antara awam dengan JPJ di laman sosial mencapai klimaks apabila seorang pengguna Facebook dengan nama Maxazman Sabudin memuatnaik gambar kereta yang digunakan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad.
PANAS.. inilah gambar kenderaan Ketua Pengarah JPJ yang dikritik Maxazman hingga mencetuskan viral.
Maxazman menegur di saat anggota JPJ terbongkok-bongkok mengukur spesifikasi nombor plat kereta orang awam, Ketua Pengarah mereka sendiri menggunakan kenderaan bernombor plat tak ikut spesifikasi dan bercermin sangat gelap. “Orang awam habis kau saman, kau sendiri pun tak betul. “Nilah namanya yang berkuasa tetap akan berkuasa dan yang ditindas tetap akan ditindas, siapa yang tanggung? Rakyat jugak.. nilailah sendiri,” dedah Maxazman dalam status yang serta merta mencetus viral. Boleh dikatakan, teknologi memudahkan orang awam menyemak status saman yang disediakan JPJ turut memakan diri apabila semakan mendapati kereta Ketua Pengarah JPJ ini mempunyai 6 saman berjumlah RM1350 hingga setakat 7 November lalu. Bila kenderaan digunakan orang tertinggi JPJ pun dah terbukti langgar undang-undang… macam mana kira ni?
Susulan pendedahan Maxazman, Ismail diberitakan kurang senang hingga ‘mengutus’ pihak ketiga untuk menghubungi Maxazman dan mengarahkan agar bertemu dengannya jika ada rasa tak puas hati.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad
Sesungguhnya, ini satu cara paling silap bagi ketua sebuah jabatan menjawab isu dibangkitkan orang awam, pada kami. Dasar keterbukaan media sosial yang membolehkan segala maklumat dan perkara disebar secara terus seharusnya diambilkira pihak berkuasa terutama pemimpin dalam badan kerajaan untuk menjawab dengan bijak sebarang isu tanpa bersandar emosi. Maxazman kemudiannya mendedahkan tentang panggilan diterima daripada pihak ketiga ini lalu membuat pula cabaran kepada Ketua Pengarah JPJ untuk datang bertemu dia jika beliau yang kurang senang dengan fakta yang disebar dan bukan sebaliknya.
Apabila hal ini dikongsikan kepada umum sudah tentulah ramai mula tertarik untuk mengikuti sesi ‘cabar mencabar’ antara pengguna jalanraya rakyat marhaen dengan seorang Ketua Pengarah agensi penguatkuasaan yang dianggap keras selama ini.
Maxazman turut menuntut penjelasan berkenaan rasional operasi nombor plat kenderaan yang dilaksanakan JPJ hingga boleh mengurangkan kadar kemalangan, merujuk pada kenyataan Ismail kepada sebuah media yang menjadi bahan lawak baru-baru ini.
Kenyataan media Ketua Pengarah JPJ yang dijadikan bahan lawak netizen, baru-baru ini.
“Apakah benar dengan adanya operasi bersepadu nombor plat, cermin gelap, lampu strobe dan lampu HID akan mengurangkan kadar kemalangan maut. “Saya tunggu anda pada 13 November (esok) di pejabat saya, sila datang secara peribadi, saya tidak terima wakil anda,” tegas Maxazman. Sebenatnya, antara ‘hikmah’ yang diraikan rakyat marhaen apabila Maxazman muncul sebagai ‘hero’ mereka setelah lama memendam sakit hati dengan pelbagai saman diterima adalah pendedahan banyak lagi ‘pekung’ berkaitan JPJ yang sepatutnya diselesaikan dahulu sebelum bertindak keras melaksanakan undang-undang pada pengguna jalanraya.
Antaranya, screen shot daripada Ketua Moderator Kelab Intelek dan Pendidikan Malaysia yang memohon supaya sekatan jalanraya khas untuk operasi nombor plat dihentikan serta merta di Pahang sambil mendedahkan, berlaku KORUP dalam kalangan anggota JPJ dan SPAD berhubung isu lori balak dan bijih lebih muatan di negeri ini. Berita terbaharu, pertemuan antara Maxazman dan Ketua Pengarah JPJ di pejabat Maxazman di Menara Berkembar Petronas KLCC yang sepatutnya dirancang esok, diumumkan batal atas faktor keselamatan. “Pihak keselamatan PETRONAS bimbang dengan kehadiran penyokong-penyokong akan menimbulkan keadaan tidak terkawal di sekitar Menara Berkembar. “Tarikh dan lokasi baru akan ditetapkan kemudian,” umum Maxazman dalam status Facebooknya. Bagi kami, sama ada orang kuat JPJ itu datang jumpa Maxazman atau tidak bukan lagi soal utama. Apa yang lebih penting dilakukan sekarang adalah meneliti sejauh mana benarnya teguran orang ramai terhadap JPJ yang dilihat agak ‘angkuh’ bila mengambil keputusan mahu menyaman pengguna jalanraya sedangkan ada isu lebih penting tercicir pandang.
Ini termasuklah isu cermin gelap, nombor plat dan saman kesalahan undang-undang jalanraya terhadap kereta milik Ketua Pengarah JPJ, pastinya. – MYNEWSHUB.CC

Menang Kereta Mewah Lepas 82 Jam Pegang
SINGAPURA – Setelah mencuba sebanyak tiga kali, seorang pegawai syarikat katering tempatan, G. Jaishanker, 49 tahun, akhirnya berjaya membawa pulang hadiah sebuah kereta jenama Subaru model terbaharu Forester bernilai S$85,000 (kira-kira RM219,500).
Dia malah berjaya cipta rekod baharu dalam pertandingan Cabaran Subaru Ke-13 anjuran pengeluar automobil Jepun itu dengan memegang kereta tersebut tanpa henti sehingga 82 jam 16 minit 58 saat di pekarangan Ngee Ann City’s Civic Plaza awal pagi hari ini. Warga Singapura itu pada tahun lalu cuma menang tempat keempat yang dimenangi Yusman Wright juga dari Singapura, dengan catatan masa 75 jam 1 minit namun pada 2012, dia nyaris menjadi juara sebelum tumbang kerana kurang pengalaman waktu itu. “Tiada yang mustahil dan saya fokus pecah rekod tahun lalu,” katanya kepada media sambil ditemani isterinya dalam cabaran unik yang disertai 400 peserta termasuk dari China, Hong Kong, Filipina, Indonesia, Kemboja, Malaysia, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Kejohanan bermula pukul 1 petang Sabtu lalu dengan semua peserta diizin berhenti rehat selama lima minit setiap enam jam dan berakhir setelah peserta kedua terakhir, Analiza Mokhtar, 36 tahun, menamatkan cabaran pukul 12.45 tengah malam pada 12 November. Sejurus peserta wanita yang juga warga Singapura dan pernah lapan kali menyertai cabaran tersebut mengangkat tapak tangannya itu, maka Jaishanker yang masih lagi memegang hud kereta Subaru tersebut diisytiharkan sebagai pemenang. – Agensi
Kelihatan beberapa peserta memegang kereta Subaru dalam cabaran yang memasuki tahun ke-13 di Singapura baru-baru ini.

Demi Keselamatan Telur Diharamkan Di Brisbane Minggu Ini
Gambar Hiasan
BRISBANE – Belajar daripada kesilapan semasa jadi tuan rumah sidang kemuncak 20 negara kuasa ekonomi dunia (G20) di Melbourne pada 2006, kali ini kerajaan Australia membuat persediaan keselamatan amat ketat bahkan didakwa paling pelik dalam sejarah. Sebanyak 19 buah kereta limosin Mercedes Benz S-Guard kalis peluru disewa khas untuk pemimpin dikenal pasti berisiko, tetapi ini tidak termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Presiden Rusia, Vladimir Putin yang datang dengan kereta khas sendiri. Selain lebih 6,000 anggota polis dari Queensland, negeri-negeri berjiran waima negara jiran, New Zealand dikerah bertugas, kerajaan negeri Queensland malah isythar cuti peristiwa pada Jumaat ini menjelang persidangan dua hari pada keesokan harinya itu. Namun lebih aneh, bimbang dengan ancaman penunjuk perasaan antikapitalis di samping amaran serangan militan Negara Islam (IS), polis turut mengharamkan banyak barangan dapur yang dianggap berpotensi mencetuskan bahaya kepada nyawa pemimpin asing. Antaranya tali cemeti, sumpit, laying-layang serta objek kecil boleh dilontar dari jarak jauh iaitu telur dan tin logam manakala spesies haiwan reptilia dan serangga seperti semut yang didakwa mampu menyebabkan kecederaan fizikal juga ditegah dibawa ke Brisbane. Penolong pesuruhjaya polis Queensland, Katarina Carroll berkata, tempat persidangan iaitu Brisbane Convention and Exhibition Centre juga menjadi zon larangan terbang dengan pemantauan jet pejuang F/A18 Super Hornet dari tentera udara diraja Australia.
Bayangkanlah betapa ketatnya kawalan yang dirancang dua tahun lalu termasuk menutup sungai dekat pusat persidangan dan lebih lucu, selain meriam air, polis juga ada meriam bunyi bising bagi mengusir aktivis yang biasa diguna polis antirusuhan di AS. – Agensi
Banyak laluan di pusat bandar Brisbane ditutup kepada orang awam sebagai langkah keselamatan paling ketat menjelang sidang kemuncak G20 di bandar raya ketiga terbesar di Australia itu minggu ini.- mstar online

AmBank Didakwa Promosi Agenda Gay, Lesbian & Transgender
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jaringan Melayu Malaysia, mendedahkan keterlibatan AmBank Malaysia Holdings Bhd (AMMB) dalam mempromosikan aktiviti kumpulan songsang gay, lesbian dan golongan transgender (LGBT) kepada pelanggan Islamnya.
Dakwaan tersebut dikemukakan Presiden JMM, Azwanddin Hamzah dalam satu sidang media.
Sokongan dilaporkan berlaku melalui dua anak syarikat AmBank iaitu AmLife dan AmFamily Takaful Berhad yang menjalinkan kerjasama dengan MetLife, syarikat insuran yang menaja agenda LGBT.
“Untuk pengetahuan, MetLife merupakan syarikat insurans yang terlibat dalam mempromosi dan menyokong budaya LGBT seperti yang tertera dalam buletin AmLife bulan Mei lalu.
“MetLife memeterai kerjasama melalui Takaful dan Insurans Hayat Moden, mereka ini secara terang-terangan mempromosi LGBT, secara tidak langsung memperdayakan umat Islam di negara ini secara halus,” dakwa Azwanddin.
Pada sidang media tersebut juga, Azwanddin mengedarkan salinan buletin Berita AmLife yang terpampang sokongan terhadap golongan songsang melalui biografi syarikatnya, ‘Best Places To Work For LGBT 2013. Human Rights Campaign’. Katanya, “Ini merupakan agenda terbesar berniat jahat mengaburi penglihatan khasnya perbankan Islam di negara ini.” Lantas, JMM memohon supaya kerajaan, khususnya Bank Negara mempertimbangkan untuk menarik balik lesen berkaitan Perbankan Islam mahupun Lesen Insurans Takaful atau yang berkaitan Islam terhadap AmBank. Dia juga memberi amaran untuk menjalankan kempen sejuta risalah bagi memboikot institusi berkenaan andai mereka gagal membuat penjelasan dalam kadar segera.
AMMB yang bernaung di bawah kumpulan AmBank Berhad membuat pengumuman memeterai perjanjian dengan MetLlife International Holdings Incorporate (MetLife) pada hujung tahun lalu. Ia diumumkan oleh Pengerusinya yang juga salah seorang individu terkaya Malaysia, Tan Sri Azman Hashim. – MYNEWSHUB.CC

Kim Kardashian Buka Baju, Dedah Punggung Untuk Majalah
BINTANG siri realiti Keeping Up With The Kardashians, Kim Kardashian membuat penampilan berani apabila bergambar mendedahkan bahagian punggungnya buat tatapan pembaca majalah Paper edisi terbaharu.
Dalam satu gambar Kim yang memakai sarung tangan opera berwarna gelap dan rantai mutiara di leher, melondehkan baju hingga mendedahkan keseluruhan bahagian punggungnya tanpa seurat benang pun.
Ibu North West ini juga beraksi dengan memakai gaun hitam berkilat dengan membongkokkan sedikit badannya yang diletakkan gelas champagne di bahagian punggung untuk muka hadapan majalah terbabit.
Apa pun, gaya begini tak pelik langsung dengan Kim. Bergaya daring adalah ‘makanan’ asasi isteri rappers Kanye West ini kerana Kim sememangnya dikenali di Hollywood dengan perkara panas, antaranya video seksnya bersama bekas teman lelaki, Ray J.

Bercinta Gaya SPM: Ayat Jiwang Guna Subjek Sejarah
Kalau remaja khususnya budak sekolah bercinta, ayat-ayat yang mereka gunakan untuk meluahkan rasa sayang dan cinta mereka kepada pasangan kadang-kadang tak terjangkau dek akal.
Kadangkala mereka boleh jadi terlebih kreatif termasuk menggunakan terma-terma dalam mata pelajaran Sejarah untuk meluahkan isi hati.
Laman sosial Instagram hari ini menerima sekeping gambar pasangan budak sekolah yang bercinta dengan menggunakan ayat kreatif menarik.
Antara ayat tersebut adalah:
“Sayang, I love you like how Dato Onn Jaafar protect Malaysia from tanah jajahan British. You always guide me like Suruhanjaya Reid and always ask me like Suruhanjaya Cobbold.
“Sometimes, you can be so mean like James Brooke and you dah menjajah hati i for 5 years and many more years to come.” Pelajar itu kemudian menggunakan hashtag #sejarah dan #spm. Hm, agaknya ayat cinta ni dikarang masa tengah menelaah subjek Sejarah menjelang SPM lah tu. Apa pun, diharapkan pasangan ini tak hanyut dalam cinta sebaliknya tumpukan perhatian sepenuhnya dalam pelajaran dahulu. Jika tidak, cita-cita mereka yang akan tinggal sejarah nanti.. – MYNEWSHUB.CC

Jokowi Ditegur Jangan Berlagak Dengan Pemimpin Dunia
Tapi.. mungkinkah Jokowi cuma berlawak tapi disalah anggap rakyatnya?
“Jokowi usah mudah besar kepala.”
Ungkapan di atas dikeluarkan oleh Dekan Fakulti Undang-Undang Antarabangsa Universitas Indonesia, Hikmahanto Juwana sebagai reaksi terhadap Jokowi yang mengeluarkan kenyataan berbaur ‘angkuh’.
Hikmahanto Juwana
Pada minggu lalu, ketika membuat ucapan dalam sebuah majlis di Sulawesi Tenggara, Jokowi berkata, beberapa pemimpin dunia ingin bertemunya. “Saya inikan orang baru di APEC. Cuba bayangkan Presiden Putin berkata dia ingin menemui saya. Dia yang ingin menemui saya, bukan saya yang ingin menemuinya,” figura ini dilaporkan berkata.
Ujar Hikmahanto, sebagai muka baru, pastinya ramai pemimpin yang ingin mengenali beliau. Selain itu, tindakan tersebut berkemungkinan menandakan hasrat mereka supaya Indonesia tidak campur tangan dalam urusan negara lain. Katanya kepada VIVAnews, Jokowi seharusnya mengambil kesempatan terhadap pertemuan dengan ketua negara lain untuk melaksanakan dua perkara bagi kepentingan Indonesia. Pertama, beliau harus menceritakan tentang tahap demokrasi yang diamalkan negara tersebut, dan yang kedua adalah menyatakan tentang tahap kematangan demokrasi di sana. “Jokowi perlu menjual kepada media dan masyarakat antarabangsa mengenai dua kejayaan Indonesia itu,” kata Hikmahanto. – MYNEWSHUB.CC

No comments:
Post a Comment