TOP
Gesa Tindakan Tegas Ke Atas Kaki Buli Sekolah
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak kurang senang dengan masalah gejala buli dalam kalangan penghuni asrama sekolah seperti yang tersebar secara meluas dalam media sosial sejak kebelakangan ini.
Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, kejadian buli itu dikhuatiri akan menyebabkan ramai golongan ibu bapa tidak lagi berminat menghantar anak mereka ke asrama sekolah kerana bimbangkan keselamatan anak mereka.
“Kami berharap Jabatan Pendidikan negeri bertindak segera dengan melakukan pemantauan dan siasatan kepada semua sekolah-sekolah berasrama penuh.
“Kejadian ini menjadi satu budaya baru yang membimbangkan Ibu bapa yang menghantar anak mereka ke asrama penuh selama ini yang menjadi satu igaun ngeri,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Raja Ahmad berkata, satu tindakan drastik perlu juga diambil oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam usaha mencegah dan memastikan kejadian buli yang berlaku di asrama di atasi sepenuhnya.
Menurutnya, Jabatan Pendidikan setiap negeri perlu membuka satu talian khusus kepada semua pihak bagi tujuan menyalurkan maklumat kejadian buli yang berlaku di sekolah.
“Mungkin banyak lagi kejadian yang tidak diketahui oleh umum jika tidak tersebarnya video-video tersebut dan masih belum di atasi sepenuhnya
“Tindakan tegas juga perlu dikenakan juga kepada kaki buli agar memberikan kesedaran kepada semua pelajar agar membatasi tindak tanduk mereka,” katanya. – mynewshub.cc
TOP
JPJ Melaka Sedia Pemeriksaan Cermin Gelap Secara Percuma
MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menyediakan perkhidmatan pemeriksaan cermin gelap secara percuma bagi memastikan kenderaan di negeri itu menggunakan cermin gelap mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Pengarahnya Azaharuldin Abdullah berkata pemeriksaan itu disediakan di Bahagian Penguat Kuasa JPJ Bukit Katil di sini bermula 9 pagi hingga 4 petang setiap Isnin hingga Jumaat.
“Kita masih memberi peluang kepada pengguna kenderaan jalan raya di negeri ini untuk mereka menukar cermin gelap yang tidak dibenarkan kepada yang mengikut spesifikasi yang ditetapkan,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas operasi bersepadu jabatan itu di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka-Jasin) menghala ke Muar di Bukit Piatu di sini, malam tadi.
Beliau berkata JPJ Melaka juga mengeluarkan advokasi iaitu notis nasihat tentang cermin gelap melibatkan 859 kenderaan di negeri itu dalam Ops Khas yang dijalankan di beberapa lokasi di sekitar Melaka termasuk di Plaza Tol Ayer Keroh, Simpang Ampat dan Plaza Tol Kajang pada 1 hingga 5 Nov lepas.
Azaharuldin berkata advokasi itu bertujuan mendidik pengguna agar memahami peratusan ketelusan cahaya penggunaan cermin gelap yang telah tetapkan sebelum penguatkuasaannya pada Mac tahun depan.
Pelaksanaan peraturan baharu itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus manakala bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 39 advokasi cermin gelap diberikan kepada 39 pemilik kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam operasi bersepadu yang dilakukan selama dua jam bermula 10 malam tadi.
“Sebanyak 187 kenderaan diperiksa dan 102 saman dikeluarkan melibatkan 157 kesalahan dalam operasi yang turut melibatkan lima agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),” katanya.
Katanya sebuah motosikal dipercayai kenderaan curi yang menggunakan nombor pendaftaran palsu disita bagi tindakan lanjut dan tiga pengguna jalan raya
berusia 21, 24, dan 28 tahun turut ditahan AADK kerana positif dadah syabu. – BERNAMA
TOP
Perkasa Kecam Tindakan SIS Pertikai Fatwa Selangor
SHAH ALAM – Perkasa Selangor mengecam sekerasnya tindakan kumpulan liberal dikenali Sister In Islam (SIS) memfailkan semakan kehakiman terhadap fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai sesat.
Yang Dipertuanya, Abu Bakar Yahya berkata, keputusan berkenaan dibuat Julai lalu oleh bijak pandai dalam agama dan profesional yang berlandaskan al-Quran dan hadis sehingga menggazetkan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman ‘liberalisme’ dan ‘pluralisme’ agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam adalah tepat pada masanya.
“Kita khuatir kumpulan seumpama terus dengan agendanya menjatuhkan Islam dengan terancang. Ini adalah soal agama Islam dan akidah, bukannya masalah budaya yang boleh dilewatkan. “Perancangan licik mereka menarik golongan muda amat ditakuti kami kerana kumpulan ini lebih mudah terpegaruh dengan mereka (orang muda)kerana suka ambil mudah dalam soal agama,” katanya dalam satu kenyataan awal pagi ini.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan SIS yang memfailkan semakan kehakiman terhadap fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai fahaman sesat, 31 Oktober lalu.
SIS menamakan tiga responden, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor.
SIS dalam permohonannya mahu membatalkan pengisytiharan fatwa itu, sebaliknya mahu diiktiraf sebagai badan yang dijamin mengikut Akta Syarikat 1965 dan tidak terikat dengan fatwa itu.
Katanya, perbuatan mencabar di mahkamah larangan fatwa Selangor itu juga jelas melanggar kesucian Islam dan satu tindakan yang amat biadap terhadap agama.
“Malahan cuba mendaftarkan pertubuhan haram itu mengikut akta syarikat memperlihatkan mereka cuba menghalalkan semula SIS yang telah diharamkan.
“Sebagai Islam, kita hendaklah bersatu hati mempertahankan Fatwa Selangor itu dari dicabuli, ketepikan seketika sentimen politik baik Umno, Pas mahupun PKR. Pertahankan agama, perpecahan kita merancakkan lagi perancangan mereka menghancurkan kita sesama sendiri,” katanya.
Abu Bakar berkata pegangan yang dibawa kumpulan ini juga jelas bertentangan dengan kepercayaan, pegangan, syariat dan manhaj Islam sebenar. - Sinar Harian Online
TOP
Isteri Justin Timberlake Hamil Anak Pertama
PENYANYI Justin Timberlake bakal bergelar bapa selepas isterinya, aktres Jessica Biel disahkan sedang hamil anak pertama pasangan terbabit.
Biel dikhabarkan sedang hamil tiga bulan dan dijangka melahirkan anaknya pada April tahun hadapan.
Menurut sumber rakan rapat Biel, pasangan itu sememangnya menantikan kelahiran cahaya mata bagi menyerikan lagi perkahwinan yagn dibina mereka sejak dua tahun lalu.
Timberlake dan Biel berkahwin pada 19 Oktober 2012 di resort Borgo Egnazia yang terletak di Itali. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Terbaru, Calitan Biru Di WhatsApp Petanda Mesej Sudah Dibaca
Peralihan kemodenan teknologi zaman dunia kini semakin hari semakin rancak dengan pelbagai penemuan baru dan pastinya teknologi ini memberi seribu kebaikan.
Lihat sahaja hari ini, betapa kita amat memerlukannya lagi-lagi ianya membantu memudahkan urusan seharian khususnya dalam jaringan komunikasi dunia.
Lebih menarik, tiada siapa mampu menolak teknologi ini memberi pelbagai penjimatkan.
Rata-rata masyarakat Malaysia sendiri sudah mampu memilik telefon pintar dan pastinya WhatsApp merupakan aplikasi wajib untuk berhubung.
Terbaru, jika anda adalah pengguna tegar aplikasi ini pastinya sedar akan kewujudan warna biru yang secara tiba-tiba muncul baru-baru ini.
Pasti ianya membuatkan anda tertanya-tanya bukan?
Jika sebelum ini hanya dua tanda kelabu sahaja yang muncul bagi menunjukkan mesej anda telah sampai pada telefon bimbit penerima. Namun kini pihak pengurusan WhatsApp telah melakukan penambahbaikan. Dimana, mewujudkan tanda biru bagi membuktikan bahawa penerima mesej anda sudah membaca mesej yang anda hantar.
Yang kelakarnya, pengguna sosial meluahkan bahawa perubahan sebegini sebenarnya boleh membawa kepada punca-punca pergaduhan. Aik, macam itu pulak! Kenapa agaknya yer? Iyelah, siapa yang tak bengang dan marah kan penat-penat menaip berjela-jela mesej, kekasih hati buat dek pulak! Lebih menarik, ada yang meminta semoga WhatApps menambah pembaharuan “typing with others” supaya senang mengetahui jika pasangan kita sibuk melayan orang lain pula. Semoga pembaharuan ini disukai oleh rakyat Malaysia! – MYNEWSHUB.CC

Asam Laksa Ah Cheng Laksa Diiktiraf Yang Paling Sedap
ASAM laksa daripada kiosk makanan Ah Cheng Laksa telah diiktiraf sebagai asam laksa terbaik oleh pembaca surat khabar berbahasa Inggeris tempatan, The Star.
Asam laksa dari premis terbabit dikatakan yang paling menetapi citarasa kebanyakan penggemar asam laksa di sekitar Lembah Klang.
Pada asalnya, Edmund yang merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan mendapat idea untuk mengembangkan perniagaan ini selepas tidak memjumpai satu gerai masakan laksa di sekitar Lembah Klang yang setanding dengan air tangan mak ciknya, Tan Mei Cheng, yang membuka gerai jualan asam laksa di Simpang Empat, Alor Setar.
Selepas menamatkan pengajiannya, Edmund nekad membuka perniagaan berasaskan laksa sebagai tarikan utama dan belajar memasak daripada mak ciknya sendiri.
Kiosk pertama Ah Cheng Laksa adalah di Summit USJ yang dibuka 11 tahun lalu.
Sehingga kini, Ah Cheng Laksa sudah pun mempunyai sebanyak 15 cawangan di sekitar Lembah Klang, antaranya di Times Square, The Curve dan Giant Seksyen 13, Shah Alam. - MYNEWSHUB.CC
Sehingga kini, Ah Cheng Laksa sudah pun mempunyai sebanyak 15 cawangan di sekitar Lembah Klang, antaranya di Times Square, The Curve dan Giant Seksyen 13, Shah Alam. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Seksyen 66 Terbatal, Kemenangan Untuk ‘Mak Nyah’ Nogori
Golongan transgender tersenyum dengan keputusan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus mengisytiharkan Seksyen 66 dengan rasminya terbatal, hari ini.
Berita ini pastinya disambut gembira oleh golongan transgender terutamanya dari Negeri Sembilan. Hari ini, Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan. Ini sekaligus, mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita. Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus mengisytiharkan Seksyen 66 dengan rasminya terbatal, hari ini. Para penyokong dan golongan transgender yang hadir tersenyum tatkala keputusan disampaikan oleh hakim di mahkamah Putrajaya tadi. Mengikut Seksyen 66, kumpulan transgender sebelum ini dilarang sama sekali memakai pakaian wanita dan jika ingkar bakal dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah. Menurut laporan Malaysiakini, kes ini difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 20122, untuk mencabar kesahakan peruntukan terbabit. Mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, pengarah jabatan agama Islam negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua pendakwaan sebagai responden. Panel Mahkamah Rayuan hari ini dianggotai oleh tiga hakim iaitu Hakim Datuk Aziah Ali, Hakim Datuk Lim Yee Lan dan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus.

Isu Sentuh Anjing: Komen CEO The Star & Marina Mahathir Dikecam
Komen aktivis hak asasi manusia Marina Mahathir (gambar) dan Ketua Pegawai Eksekutif The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai berkaitan Program I want To Touch A Dog dikecam oleh Datuk Tajuddin Abdul Rahman di Dewan Rakyat, Khamis.
KUALA LUMPUR – Timbalan menteri membidas dua kolumnis The Star berhubung pandangan mereka tentang acara ‘I Want To Touch A Dog’.
Datuk Tajuddin Abdul Rahman
Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) mengecam aktivis hak asasi manusia Marina Mahathir dan Ketua Pegawai Eksekutif The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai di Dewan Rakyat, Khamis. “Beliau (Chun Wai) cuba menjadi bijak dengan mengajar umat Islam tentang apa yang mereka boleh lakukan, dan bertanya mengapa umat Islam menyentuh anjing dijadikan isu kerana ia adalah satu acara yang bersifat penyayang. “Orang bukan Islam, jangan mengajar umat Islam bagaimana untuk berbuat baik kepada anjing, hanya orang Islam yang tahu bagaimana mereka harus berbuat baik kepada anjing,” katanya. Namun Chun Wai ketika dihubungi terkejut dengan kenyataan Tajuddin kerana beliau tidak pernah memberi komen dan tidak pernah menulis sebarang artikel mengenai acara I want To Touch A Dog. “The Star tidak menyebelahi mana-mana pihak mengenai isu itu dalam mana-mana penulisannya kecuali membuat liputan berita,” kata Chun Wai. “Untuk rekod, The Star telah mengambil pandangan ulama Islam dan umat Islam biasa yang telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan acara tersebut,” katanya. “Saya berharap Timbalan Menteri memeriksa fakta terlebih dahulu,” kata Chun wai. Tajuddin, yang juga seorang ahli Majlis Tertinggi Umno turut mengkritik Marina Mahathir yang “terlalu liberal” bagi seorang Muslim, dan mempersoalkan pemahaman agamanya mengenai perkara itu. “Dia mengecam kerajaan dan pihak berkuasa agama yang menegur pihak penganjur, mengatakan dia (penganjur) adalah seorang budak yang baik, melakukan kerja kebajikan dan membantu orang lain. “Jika anda melakukan kerja kebajikan, tidak bermakna anda boleh melakukan perkara-perkara yang haram. Haram adalah haram!” katanya. Menerusi ruangan ‘Musings’ dalam akhbar The Star pada 23 Oktober, Marina membela penganjur Syed Azmi Alhabshi dengan mengatakan dia tidak bermaksud untuk menghina sesiapa dengan acara tersebut. Acara ‘I Want To Touch A Dog’ di Bandar Utama, Petaling Jaya bulan lalu menarik lebih 800 orang. Bagaimanapun ia mendapat kecaman daripada pihak berkuasa agama Islam setelah beberapa pengunjung Islam yang pergi ke acara tersebut, termasuk kanak-kanak, digambarkan menyentuh dan membelai anjing. – mStar Online

Fasha Sandha Selamat Lahirkan Baby Girl – Putri Raysha Jemaima
SEKALUNG tahniah diucapkan buat pelakon Fasha Sandha yang dikhabarkan sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua, bayi perempuan seberat 2.8 kilogram tepat pada jam 9 pagi, di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur, hari ini.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri ibu kepada aktres tersebut menerusi laman Instagramnya. Fasha dan suami, Rizal Ashram Ramli telah memberikan nama Putri Raysha Jemaima buat permata hati mereka. Pasangan ini turut mempunyai seorang lagi anak, Putra Rayfal Ramli, yang kini berusia setahun tujuh bulan. – MYNEWSHUB.CC

Ini Lawak.. KJ Dirakam Tengah Buat Side Income!
MENTERI Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin merupakan antara ahli politik yang sangat aktif menggunakan medium media sosial terutama Twitter untuk berinteraksi dengan masyarakat.
Pendekatan mesra Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ ini membuatkan beliau sering dijadikan sasaran pengguna media sosial untuk dijadikan subjek troll.
Terbaharu, sekeping gambar seorang penjual manisan di Thailand yang dikatakan seiras KJ, dijadikan bahan untuk mengaitkannya dengan menteri muda ini.
Tapi seperti yang kita tahu, KJ memang cool bila berhadapan situasi sebegini, malah beliau turut retweet semula gambar ‘kembarnya’ itu dengan membalas, “Gelaklah puas-puas”.
Anda rasa sama tak lelaki dalam gambar ni dengan KJ?
Kami rasa memang sejibik! Ha Ha
– MYNEWSHUB.CC
Kami rasa memang sejibik! Ha Ha
– MYNEWSHUB.CC
TOP
Tak Sengaja Terambil Gambar Pocong Di Bilik Mayat
KULIM – Lain yang dirakam, lain yang dapat!
Seorang kakitangan awam terkejut apabila kamera telefon bimbitnya merakam objek aneh berhampiran bilik mayat di sebuah hospital, malam kelmarin.
Dia yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku ketika dalam perjalanan keluar ke tempat letak kereta dan ingin mengambil gambar kerusi roda bagi tujuan sumbangan. Katanya, setelah sampai ke rumah, dia melihat semula beberapa gambar diambil sebelum terlihat imej asing seperti pocong di laluan bilik mayat berkenaan. Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa dan Pendaftar Nikah, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, kewujudan syaitan dan iblis adalah benar dan sentiasa menyesatkan manusia. “Kita tidak perlu takut dengan kehadiran imej sedemikian sebaliknya kita perlu terus beriman kepada ALLAH SWT,” katanya. Kalau dilihat pada gambar, imej berbungkus sedang duduk di kerusi depan bilik mayat memang kelihatan amat jelas, justeru mustahil kalau tukang ambil gambar ni tak perasan ianya ada sewaktu butang kamera ditekan betul tak? Memang meremang roma dibuatnya…. Sumber: Sinar Harian Online

80 Warganegara New Zealand Ada Kaitan Dengan IS
Dalam ucapan Perdana Menteri New Zealand, John Key pada Mesyuarat Keselamatan Kebangsaan, beliau mengakui bahawa agensi kerajaan kini sedang memantau 80 individu yang dipercayai terlibat dengan IS.
Menurutnya, pemantauan rapi tersebut sedang dilakukan ke atas 30-40 individu, dan selebihnya memerlukan siasatan lanjut.
Tambahnya lagi, buat masa ini, New Zealand memutuskan untuk tidak menghantar tenteranya untuk memerangi IS di Iraq, namun akan menghantar kakitangan bagi melatih askar Iraq.
Sementara itu, angkatan pertahanan Australia mendakwa mereka berjaya memusnahkan 14 lokasi yang menjadi kubu IS di Iraq manakala 11 sasaran dimusnahkan termasuk pusat logistik dan penyimpanan peralatan kumpulan militan itu.
Australia yang memiliki enam buah jet Super Hornet yang diletakkan di Emiriah Arab Bersatu bagi menjalankan misi di Iraq bersama 200 anggota pasukan khas dan 400 anggota tentera udara.
Setakat ini, 15 warganegara Australia yang menyertai IS di Iraq dan Syria terkorban dalam pertempuran dengan pihak berkuasa. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Penunjuk Perasaan ‘Bergasak’ Dengan Polis Hong Kong
Penunjuk perasaan prodemokrasi memakai topeng 'Guy Fawkes' dalam bantahan di Hong Kong semalam. - Foto REUTERS
HONG KONG – Penunjuk perasaan prodemokrasi bergasak dengan polis dalam kejadian terbaru di Daerah Mong Kok, satu daripada tiga kawasan bantahan di Hong Kong, awal pagi ini. Berpuluh anggota polis bersenjatakan belantan dan perisai membanjiri kawasan berkenaan dan berlaku pergelutan di antara polis dengan beratus-ratus penunjuk perasaan terbabit. Dalam kejadian itu, lebih 30 orang memakai topeng Guy Fawkes pada muka mereka sebagai simbol antikapitalis bagi menuntut supaya ditegakkan demokrasi di bekas negara jajahan Britaih itu. Fawkes adalah antara mereka yang membantah sistem kapitalis dan pernah mengancam untuk membunuh Raja Britain pada 1605. Penunjuk perasaan itu yang diketuai pelajar, menuntut Parti Komunis China supaya menunaikan janji untuk memberi sepenuh demokrasi kepada Hong Kong, yang kembali kepada pemerintahan China pada 1997. Ogos lalu, Beijing menawarkan kepada warga Hong Kong peluang untuk memilih pemimpin mereka pada 2017, tetapi menyatakan hanya dua atau tiga calon boleh bertanding selepas direstui jawatankuasa pencalonan. – REUTERS

Zombie Dan Tali Pinggang Keledar Yang Menyelamatkan Nyawa Anda
Tujuan utama memakai tali pinggang keledar adalah satu sahaja, iaitu keselamatan.
Tetapi, pelbagai alasan yang diberikan oleh pengguna yang tidak memakai tali pinggang keledar apabila memandu. Ada yang membuat alasan seperti rimas, terlupa dan yang paling hebat ialah ‘tali pinggang keledar membuatkan gaya panduan menjadi tidak cekap. Mungkin kedengaran agak kelakar, tetapi iklan yang dipetik dari sebuah filem berjudul Zombieland ini telah diberikan pujian kerana ia secara tidak langsung memberikan kesedaran pengguna akan kepentingan tali pinggang keledar, dengan sedikit adengan dikejar zombie. Manakala iklan kedua yang merupakan kempen kesedaran yang dibawakan oleh OHSP pula telah menggunakan konsep yang sama seperti filem Zombieland. Dengan bertemakan hari Halloween, iklan tersebut dilihat memberi impak yang berkesan kepada pemandu yang sering lalai mengenakan tali pinggang keledar ketika memandu.
Mungkin kita di Malaysia perlukan lebih iklan sebegini. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Fiza Elite Kongsi Pengalaman Dibuli Pemandu Teksi
PEMBULI jalan raya memang ramai di kalangan kita, ada yang sengaja menjadi pembuli kerana merasakan merekalah ‘bos’ di atas jalan raya.
Malah ada yang sengaja mahu memprovok sesetengah pemandu lain untuk kepuasan hati mereka.
Namun, baru-baru ini, pelakon Fiza Elite berkongsi kejadian yang melibatkan dirinya dan anak saudara yang telah dibuli oleh seorang pemandu teksi seperti mana yang dikongsikannya menerusi laman Instagram.
Menurut Fiza, pemandu teksi itu sengaja memberhentikan keretanya di hadapan kereta Fiza secara tiba-tiba dan tak semena-mena menghalang laluan keretanya.
Memang tak patutlah pemandu teksi itu bertindak sedemikian, jangan dia ingat kerana kereta itu dipandu oleh seorang wanita, senang-senang dia nak buli.
Diharapkan perkara ini menjadi pengajaran buat semua pemandu wanita di luar sana agar sentiasa berhati-hati dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya bertemu dengan pembuli jalanan selepas ini. – MYNEWSHUB.CC

Lelaki Kurung Wanita Gara-Gara Cinta Ditolak
JOHOR BAHARU – Gara-gara cintanya ditolak, seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun mengikat dan mengurung seorang wanita warga Indonesia berusia 28 tahun, di sebuah bilik hotel di bandar raya ini pada Selasa.
Apabila polis cuba menyelamatkan wanita itu, yang dikenali lelaki berkenaan selama tiga tahun, dia cuba mengambil nyawanya sendiri dengan mengikat tali pada lehernya di katil.
Polis berjaya menghalang namun lelaki itu mengalami sedikit kecederaan pada leher, kata Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sebelum kejadian, lelaki berkenaan menelefon wanita itu mahu berjumpa di hotel itu bagi menyelesaikan masalah antara mereka.
Namun apabila sampai di bilik hotel, berlaku pergaduhan dan pengawal keselamatan hotel yang mendengar kekecohan itu, menghubungi pihak polis.
Wanita itu kini dikatakan menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki lain, dan telah memberitahu lelaki berkenaan.
Lelaki itu kini ditahan reman selama seminggu. – BERNAMA
TOP
PBB Didesak Gesa Israel Henti Provokasi Di Masjid Al-Aqsa
Seorang wanita Palestin terkejut apabila kelongsong gas meletup selepas dilempar oleh polis antikeganasan Israel di kota lama Baitulmaqdis semalam. - Foto EPA
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – Palestin dan Jordan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mendesak Israel menghentikan serta-merta segala provokasi dan perbuatan menghasut orang Islam di tempat suci di Baitulmaqdis. Kedua-dua negara berpendapat sebarang provokasi secara berterusan boleh mencetuskan satu lagi krisis yang boleh mengancam keamanan di Asia Barat. Amaran itu dikeluarkan berikutan tindakan puak ekstremis Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa semalam dengan dilindungi lebih 300 askar rejim menyebabkan perbalahan dengan jemaah Palestin. Seorang pejuang Hamas dilaporkan berang dengan pencerobohan itu, kemudiannya memandu sebuah van ke arah orang ramai yang menunggu kereta api sehingga menyebabkan seorang maut. Beberapa jam kemudian, seorang pemandu Palestin dikatakan merempuh sekumpulan askar di Tebing Barat menyebabkan tiga orang mengalami kecederaan. Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour menegaskan perbuatan Israel secara sengaja itu bertujuan memperlihatkan cengkaman berterusan mereka untuk menguasai kawasan berkenaan. Dalam suratnya kepada Majlis Keselamatan, Mansour menegaskan jemaah di Masjid Al-Aqsa terkejut dengan letupan bom tangan dan tembakan peluru getah yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 30 orang cedera parah. Katanya, ekstremis Israel itu menceroboh tempat suci termasuk memasuki salah satu masjid dan memanjat mimbar dengan memakai kasut iaitu perbuatan yang tidak menghormati orang Islam. Dalam surat berasingan, Duta Jordan ke PBB, Dina Kawar berkata, pasukan khas Israel dan polis melarang jemaah Islam daripada memasuki masjid dan sebaliknya membenarkan golongan ekstremis agama dan politik ke dalam pekarangan masjid berkenaan. Raja Abdullah II dari Jordan adalah penjaga tapak suci di Baitulmaqdis dan Kawar mendakwa tentera Israel mencabuli perjanjian damai 1994 antara kedua-dua negara dengan menahan kakitangan Jordan yang bertanggungjawab bagi mentadbir dan menjaga tapak berkenaan. Jordan memanggil balik dutanya ke Israel, dan Kawar menggesa Majlis Keselamatan supaya meletakkan kesalahan ke atas Israel bagi serangan semalam. – AP

Skim Rondaan Sukarela Bantu Polis Kurangkan Jenayah
KUCHING – Masyarakat disaran terlibat secara aktif dalam Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kawasan kampung dan perumahan yang merupakan antara langkah berkesan membanteras kejadian jenayah, kata Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman.
Beliau berkata umum mengetahui tanggungjawab menjaga keselamatan adalah tugasan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun kerjasama erat antara masyarakat dan pasukan keselamatan itu diyakini mampu mengurangkan terus kadar indeks jenayah.
“Persepsi tugasan menjaga keselamatan hanya tanggungjawab polis mungkin sudah kurang tepat. Demografi penduduk kini sudah berubah dibantu pula sikap kerjasama di kalangan masyarakat semakin kurang, begitu sibuk bekerja dan tidak peduli apa yang berlaku di sekeliling sehingga mengakibatkan jenayah berlaku.
“Namun begitu apabila kejadian atau statistik jenayah meningkat, polis pula disalahkan, ini tidak betul. Kita (masyarakat) seharusnya membantu polis menerusi SRS, bekerjasama melalui rondaan di kawasan-kawasan berlakunya jenayah, apabila penjenayah lihat selalu ada rondaan mereka takut, seterusnya kadar jenayah pun turun,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Sarawak berkata demikian pada ucapan Majlis Penutup Rasmi Wacana Bestari: ‘SRS, Kenalkah Anda?’, di sini hari ini.
Sebanyak 210 peserta terdiri daripada ahli SRS, Rukun Tetangga, Ketua Masyarakat, wakil agensi-agensi kerajaan, dan ahli Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera (PBB) sekitar Kuching menghadiri seminar sehari anjuran Majlis Pembangunan Sosial Sarawak itu.
Daud berkata sebagai wakil rakyat beliau menyambut baik inisiatif pelaksanaan SRS itu.
“Saya sebagai wakil rakyat sangat bersetuju dengan SRS ini, kerana apa yang penting SRS ini membantu menjaga keselamatan penduduk. Namun begitu SRS perlu ingat kita hanya melakukan rondaan, tugas menghukum adalah bidang kuasa polis,” katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Tupong. – BERNAMA
TOP
Gresso R1: Peranti Android Mewah Buat Golongan Atasan
Syarikat pengeluar peranti pintar mewah, Gresso telah dikenali umum melalui rekaan mewah cengkerang luar iPhone 4 dengan harga yang sangat tidak masuk akal.
Kini, mereka memperkenalkan sebuah peranti Android yang diberi nama Gresso R1.
Peranti dengan skrin 5 inci HD penuh ini diperkasakan pemproses 1.5 GHz empat teras, 2 GB RAM, muatan dalaman 32 GB dan kamera utama sebesar 13 Megapixel.
Dengan menggunakan logam titanium sebagai binaan utama, harga jualan bagi seunit adalah sekitar USD3000 (RM10, 000). Yang kami rasakan sedikit kekurangan ialah Gresso R1 masih menggunakan sistem operasi Android 4.2.2. Dari segi spesifikasi juga ia jauh ketinggalan berbanding peranti premium yang wujud di pasaran.
Pesaing utamanya, iaitu Vertu Aster pula dilengkapi pemproses 2.3 GHz empat teras Snapdrgon 801, dimana spesifikasi tersebut jelas menunjukkan lebih tinggi berbanding Gresso R1. Jadi pilihan pihak Gresso menggunakan chip pemproses yang sudah ketinggalan zaman adalah sedikit menghairankan. Walau bagaimanapun, bentuk peranti Gresso R1 ini sememangnya sangat memukau mata kerana gabungan logam titanium dan peranti pintar sememangnya sangat bersifat kelakian. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Polis Kesan Modus Operandi Sindiket Judi Haram Guna tablet
KUALA LUMPUR – Polis mengesan sindiket perjudian haram yang mengubah modus operandi (MO) mereka dengan menjadikan ‘tablet’ sebagai alat untuk berjudi susulan operasi agresif polis bagi membanteras kegiatan perjudian haram di seluruh negara.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata penggunaan tablet dilihat lebih mudah untuk sindiket ini beroperasi kerana ia tidak melibatkan mesin perjudian seperti komputer dan CPU.
“Kita kesan MO (modus operandi) ini dalam serbuan yang kita jalankan di premis snuker baru-baru ini di Seri Kembangan dan merampas beberapa buah tablet disyaki digunakan sebagai judi online… kita juga tahan beberapa individu warganegara Myanmar termasuk penjaga premis.
“Siasatan awal kita peroleh, pelanggan dapat akses untuk berjudi dalam website atau juga dikenali sebagai judi dalam talian selepas operator memberikan kata laluan… wang hasil pertaruhan diperoleh melalui transaksi akaun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam dua serbuan pada Selasa lepas antara 2 pagi dan 3 pagi, polis merampas lapan buah tablet serta menahan lapan warganegara Myanmar selepas menyerbu dua pusat snuker di Taman Perindustrian Seri Kembangan dan Serdang Raya.
Mohamad Fuzi berkata penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan perjudian haram dalam negara sedang giat dijalankan dan kini memasuki fasa kedua sejak Isnin lepas.
“Bagi fasa pertama mulai 26 Okt lepas, kita jalankan operasi dan serbuan ke atas premis-premis perjudian… fasa kedua kita beri tumpuan kepada premis yang telah diserbu tetapi masih beroperasi di mana kita akan dapatkan waran dan pecah masuk premis berkenaan termasuk mengesan premis-premis perjudian lain.
“Pada fasa pertama sehingga semalam, sebanyak 13,758 serbuan dijalankan di seluruh negara. Sebanyak 638 tangkapan telah dilakukan dan polis merampas 3,629 komputer serta wang tunai RM43,879,” katanya.
Beliau tidak menolak operasi dan serbuan secara agresif yang akan dijalankan secara berterusan akan mewujudkan lebih banyak modus operandi terbaharu perjudian bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Mohamad Fuzi sekali lagi menegaskan sekiranya terdapat pegawai atau anggota yang didapati melindungi kegiatan ini, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib termasuk mendakwa mereka. – BERNAMA
TOP
Misteri Puluhan Anjing Di Jepun Dibunuh Kejam
Sebahagian besar anjing yang dibunuh kejam di Jepun sepanjang minggu ini dan lalu adalah jenis baka comel.
TOKYO – Jika di Malaysia, nasib anjing mungkin adalah lebih baik apabila sanggup dibelai dan dicium manja menerusi satu kempen amat kontroversi ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini namun, di Jepun lain pula cerita sebaliknya. Pihak berkuasa ‘Negara Matahari Terbit’ itu bingung apabila menerima laporan lebih banyak bangkai anjing comel ditemui mati dibunuh secara kejam dan lebih sadis dicampak ke tempat pembuangan sampah di beberapa lokasi berbeza seluruh Jepun sejak seminggu lalu. Sehingga semalam, jumlah bangkai mamalia dikategorikan sebagai najis mughallazah itu menurut ajaran Islam, sudah mencecah 70 ekor, beberapa hari setelah pihak polis tempatan melancarkan siasatan terbesar bagi merungkai misteri kes pembunuhan zalim tersebut. Pegawai penyiasat mendakwa, setakat ini mereka sudah pun menemui lebih 30 ekor bangkai anjing sepanjang minggu ini berbanding hampir 40 ekor pada minggu lalu yang dijumpai dibuang merata-rata berhampiran sebatang sungai di wilayah tengah Jepun. Sebahagian besar bangkai anjing tersebut adalah daripada jenis baka kecil antaranya Chihuahua dan Toy Poodle yang lazimnya dipelihara sebagai haiwan jinak dalam rumah oleh golongan berada, kata seorang pegawai polis tempatan kepada agensi berita Jiji Press. “Kesemua bangkai haiwan ini ditemui dalam keadaan ngeri dan sudah pun berbau busuk. Pihak polis sedang menyiasat kemungkinan besar kes pada minggu ini ada kaitan dengan kes yang sama sepanjang minggu lepas,” kata pegawai terbabit. – Agensi

Wanita Kantoi Upah Bunuh Bekas Boyfriend Anak
SEORANG wanita dari New York, Melisa Schonfield, 57, didakwa atas kesalahan mengupah pembunuh upahan untuk membunuh bekas teman lelaki anak perempuannya, Ernesto Negrillo.
Perbuatannya terbongkar selepas Melisa kebetulan tersalah mengupah pembunuh upahan yang sebenarnya merupakan seorang polis penyamaran yang akhirnya membuat laporan polis berhubung tindakan gila wanita tersebut.
Dalam perancangannya, Melisa mahu Ernesto dibunuh dan kemudiannya mayatnya dicampak di kolam buaya berdekatan.
Menurut Melisa, tindakannya itu adalah disebabkan berang dengan Ernesto yang selalu mendera anaknya, Alexis Schonfield serta cucunya yang berusia dua tahun selama mereka hidup bersama sebelum ini.
Melisa didakwa atas kesalahan merancang konspirasi pembunuhan tahap kedua. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Lelaki Ditemui Sedang Makan Biji Mata Dan Muka Teman Wanitanya.
Gila!!! Entah apa yang ada di minda lelaki ini hingga sanggup membunuh dan kemudian memakan muka serta biji mata seorang wanita yang berusia 22 tahun.
Kejadian yang berlaku di sebuah bilik Hotel Sirhowy Arms, South Wales, ini disedari oleh pengawal keselamatan hotel terbabit apabila melakukan pemeriksaan mengejut pada bilik hotel suspek.
Ketika itu, Matthew Wiliams, 34 tahun dikatakan sedang menjamu selera memakan muka dan biji mata seorang wanita yang disyaki teman wanita suspek.
Pihak polis segera bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan daripada kakitangan hotel tersebut dan mematahkan serangan William dengan menggunakan alat renjatan elektrik untuk menjatuhkan suspek ke lantai.
Bagaimanapun, suspek tidak memberi apa-apa tindak balas selepas ditangkap. Pihak paramadik yang tiba memberitahu suspek mati selepas terkena renjatan elektrik oleh pihak polis. Untuk makluman anda, Williams dikatakan mempunyai rekod jenayah sebelum ini dan sebenarnya baru sahaja dilepaskan dari penjara dua minggu lalu gara-gara menyerang teman wanitanya. Kes ini mengemparkan penduduk setempat dan kini siasatan dijalankan pada mayat wanita tersebut bagi mencari punca sebenar kematiannya. – MYNEWHUB.CC

Warisan Pahlawan Resort, Kekalkan Sejarah 150 Tahun
Rentetan gambar di bawah merupakan gambar beberapa buah rumah yang terdapat di sebuah resort yang unik di Hulu Terengganu yang menjadi rumah tradisional Terengganu sebagai rumah untuk para tetamunya menginap.
Itulah keistimewaan Warisan Pahlawan Resort yang mengekalkan binaan rumah tradisi berusia lebih 150 tahun sebagai antara pilihan penginapan pengunjung di sana.
Dengan menawarkan harga serendah RM80 untuk bilik sehingga RM400 untuk harga sebuah rumah tradisi, ia menjadi pilihan tetami yang ingin merasai pengalaman tinggal di dalam rumah tradisional.
Menurut pemiliknya Tuan Mohd Anuar Tuan Ahmad, ada di antara bilik dan rumah yang disediakan tidak dilengkapi dengan penghawa dingin kerana mementingkan keaslian binaan rumah tradisi berkenaan.
“Jika rumah lama ini, binaan asalnya tiada siling jadi sayan hanya letakkan kipas tanpa penghawa dingin, jika memasang siling untuk diletak penghawa dingin, ia sudah tidak asli,” katanya.
Menurut beliau sebuah rumah di resort tersebut pernah menjadi persinggahan tokoh pemimpin orang Melayu iaitu Mat Kilau. Selain penginapan, hidangan sarapan pagi semalam juga berbeza apabila resort berkenaan selalunya menghidangkan makanan tradisional kepada pengunjung antaranya ubi rebus, lempeng, daging salai dan juga ikan salai. Tuan Mohd Anuar berkata pengunjung yang mempunyai jadual untuk melancong di Tasik Kenyir biasanya menggunakan pulau itu untuk lokasi menginap sebelum meneruskan perjalanan ke tasik empangan hidroelektrik itu. Warisan Pahlawan Resort merupakan lokasi terakhir para wakil media yang menyertai program Sahabat Media-Terengganu anjuran Tourism Malaysia dan majalah Santai Travel menginap malam tadi.
Para peserta program Sahabat Media-Terengganu Budaya dan Seni bergambar kumpulan di Warisan Pahlawan Resort pada hari terakhir semalam bersama Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu, Mohd Sabri Zakaria (lima., dari kanan). – Foto MYNEWSHUB.CC
Ia dirasmikan oleh Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Mohd Sabri Zakaria di Tabung Haji TH Hotels di Kuala Terengganu, pada hari pertama program. Antara agensi media yang menyertai program berkenaan ialah Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama, Bernama TV, dan My Tourism TV (MyTTV), Majalah Umpan, TV Al-Hijrah dan New Straits Times Press (NSTP). – MYNEWSHUB.CC

Tom Cruise Jual Rumah RM197 Juta
PELAKON sensasi Hollywood, Tom Cruise dilaporkan mahu menjual sebuah rumah mewah milik beliau di Telluride, Colorado, Amerika Syarikat seluas 120 hektar pada harga AS$59 juta (kira-kira RM197 juta), lapor akhbar The Wall Street Journal hari ini.
Bintang filem Mission Impossible itu dikatakan sedia menjual kediaman tersebut yang mengandungi empat bilik tidur, enam bilik air, sebuah perpustakaan, bilik rekreasi, dan gimnasium kerana tidak lagi menetap di situ sejak beberapa tahun lalu.
Rumah yang turut ada sebuah pusat hiburan, gelanggang tenis, bola keranjang dan hoki selain menghadap panorama banjaran gunung itu pernah didiami Cruise bersama-sama bekas isterinya, Katie Holmes dan anak perempuan mereka, Suri, kini berusia lapan tahun.
Pasangan itu kemudian berpisah pada 2012 dan beliau pernah menghuni rumah tersebut ketika bersama-sama dengan bekas isteri keduanya, Nicole Kidman serta dua anak angkat mereka, Connor, 19 tahun; dan Isabella, 21 tahun.
Ejen hartanah Sotheby’s International Realty, Bill Fandel mengesahkan laporan akhbar bahawa Cruise memang mahu menjual rumah itu yang dibina pada 1994, malah pernah membawa pengacara popular Oprah Winfrey merakamkan suasana kediaman itu pada 2008.
Cruise ketika itu sempat menunjukkan sebuah bilik permainan yang digunakan anaknya, Suri dan dirujuk sebagai ‘Pejabat Suri’ serta mendedahkan beliau dan Katie pernah menetap di situ buat sementara waktu sejurus Suri dilahirkan. – Agensi
TOP
Kris Jenner Bercinta Dengan Jejaka 26 Tahun Lebih Muda
Wah, khabar terbaru ini disahkan sendiri oleh sebuah portal hiburan terkemuka Hollywood, E!News yang melaporkan, Kris Jenner telah mengumumkan yang dia kini sedang bercinta dengan ‘pucuk muda’ bernama Corey Gamble.
Walaupun jurang umur yang besar iaitu 26 tahun, namun ia tidak menghalang mereka dari meneruskan hubungan. Sementelah umum sedia maklum, Kris dan Bruce, pasangan yang dikahwininya sejak 1991 telah berpisah.
Menurut sumber, hubungan mereka bermula hanya sekadar sebagai teman, namun berlanjutan sehingga masing-masing jatuh cinta antara satu sama lain. Ujar individu terbabit, mereka bersua ketika sama-sama menghadiri satu parti sambutan hari lahir seorang kenalan di Sepanyol Hubungan mereka berlanjutan sehingga dia bersama-sama keluarga Kris ke Las Vegas bagi meraikan sambutan kelahiran Kim, bulan lalu. Kris merupakan ibu kepada bintang Hollywood terkenal Kim Kardashian. Keluarga ini menjadi popular apabila mereka mengeluarkan rancangan realiti TV tentang kehidupan peribadi, Keeping Up With The Kardashians. – MYNEWSHUB.CC

Aliff Akui Terpaksa Mengaku Mencuri Telefon Bimbit
Penyanyi sensasi dari Singapura, Aliff Aziz berkata, atas nasihat peguambelanya, dia terpaksa mengakui tuduhan mencuri telefon bimbit yang dihadapinya dan melangsaikan denda kerana tidak mahu kes berlarutan terlalu lama.
Memetik kenyataan pelantun lagu Sayang Sayang itu dari akhbar Harian Metro, “Saya mengaku (mencuri) itu pun dan setuju membayar denda kerana tidak mahu kes itu berlarutan lebih lama. Banyak urusan kerja saya tertangguh.”
Tambahnya lagi, undang-undang di Singapura terlalu ketat dan kes itu akan berlarutan lebih lama dan enggan membazirkan masa.
Ditemui ketika sesi pradengar album terbarunya, Rebirth yang akan berada di pasaran sekitar pertengahan Januari depan, dia juga menjawab pertanyaan tentang kontroversi meninggalkan set penggambaran sebuah drama.
Katanya, “Saya hanya manusia biasa yang tidak sempurna. Jadi, saya mengaku tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Apa yang berlaku kepada saya beberapa bulan lalu cukup mematangkan diri. Banyak lagi yang perlu saya pelajari.”
Pada sesi tersebut juga, Aliff mengambil peluang untuk memohon maaf di atas keterlanjurannya terhadap produksi drama berkenaan. Dia kini tidak mengambil sebarang tawaran lakonan kerana mahu menfokuskan kepada albumnya. – MYNEWSHUB.CC
TOP
4,000 Karton Rokok Seludup Dirampas
KUANTAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan dan pengedaran rokok seludup hasil serbuan ke atas sebuah banglo kosong di satu kawasan terpencil di tepi ladang sawit Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, petang kelmarin.
Hasil serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu, polis menemui dan merampas 4,000 karton rokok pelbagai jenis dipercayai rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM500,000 termasuk cukai.
Komander PPM Wilayah 3, Asisten Komisioner Azmi Ibrahim berkata, dalam serbuan itu, pihaknya gagal mengesan suspek terlibat dan tiada tangkapan dilakukan.
Menurutnya, hasil intipan anggota dan pegawainya diketuai Pemangku Asisten Superintendan Ahmad Sobri Sudin, mereka berjaya mengesan rumah terbabit yang pada mulanya disangka berpenghuni.
“Hasil pemeriksaan ke atas rumah yang dipercayai disewa anggota sindiket itu, polis menemui kotak berisi rokok seludup dalam bilik dan ruang tamu.
“Hasil pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan itu, kita turut menjumpai sejumlah rokok dalam sebuah rumah tidak bernombor berhampiran rumah pertama,” katanya dalam sidang medianya di sini, semalam.
Azmi berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam membuat intipan bagi mengesan suspek, bagaimanapun tiada individu muncul di kawasan itu.
“Kita percayai suspek lebih seorang dan warga tempatan di mana mereka dipercayai agen atau penjaga stor tersebut.
“Bagaimana pun mereka mungkin berjaya melarikan diri selepas menyedari rumah itu berjaya dikesan pihak kami lebih awal,” katanya.
Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan suspek menyewa rumah tersebut dan diubah suai untuk dijadikan stor transit bagi menyimpan rokok terbabit memandangkan kedudukannya yang terpencil dan jauh dari penduduk.
“Semua rokok terbabit dirampas dan di bawa ke markas PPM Kuantan sebelum dirujuk kepada pihak kastam untuk tindakan selanjutnya.
“Kita masih menjalankan siasatan bagai mengesan anggota sindiket terlibat termasuk punca atau laluan rokok itu dibawa masuk sama ada melalui jalan laut atau darat,” katanya.
Azmi berkata, berdasarkan kepada risikan pihaknya, bekalan rokok tersebut dipercayai untuk edaran kepada peruncit di negeri-negeri Pantai Timur.
“Kita percaya sindiket ini beroperasi lebih enam bulan lalu dan sering berpindah dari satu kawasan ke satu kawasan lain bagi mengelak dihidu pihak berkuasa,” katanya.
Beliau berkata, rampasan petang kelmarin itu adalah yang terbesar bagi PPM Wilayah 3 melibatkan rokok seludup dan yang kesembilan untuk tahun ini. - Sinar Harian Online
TOP
Lokasi Pencarian Mangsa Tertimbus Tanah Berisiko Tinggi
CAMERON HIGHLANDS – Lokasi pencarian sepasang warga Indonesia yang dipercayai tertimbus runtuhan tanah di kebun sayur Sungai Kabok di Lembah Bertam di sini, merupakan kawasan berisiko tinggi.
Pegawai Operasi Bahagian Operasi dan Menyelamat Bomba negeri, Penguasa Bomba Alimuddin Bukri berkata misi mencari sukar serta berbahaya kerana kawasan operasi itu mempunyai kecerunan antara 70 hingga 80 darjah.
“Sekiranya berlaku pergerakan tanah dan terjadi apa-apa kepada pokok-pokok pisang berkenaan, maka nyawa anggota berada di dalam bahaya memandangkan kecerunan lokasi sangat curam.
“Selain itu, kawasan tersebut tidak memerima liputan komunikasi, menyukarkan pasukan bomba untuk membuat sebarang bentuk perhubungan sekiranya berlaku sesuatu,” katanya ketika ditemui di sini Khamis.
Menurut Alimuddin jarak perjalanan antara jalan raya ke lokasi kejadian memakan masa satu setengah jam.
Katanya, keadaan bertambah buruk berikutan satu-satunya jambatan yang menghubungkan jalan ke kebun berkenaan roboh dibawa arus deras dan pasukan penyelamat hanya boleh sampai ke lokasi dengan mendaki bukit.
“Masa yang lama diambil untuk sampai ke lokasi kerana kami membawa kelengkapan menyelamat. Sekiranya tanpa kelengkapan, hanya 45 minit diperlukan untuk tiba,” jelas beliau.
Alimuddin juga berkata, pergerakan tanah menjadi punca misi menyelamat semakin sukar.
Katanya situasi itu menyebabkan kedudukan lokasi tidak stabil dan boleh mengundang bahaya kepada anggota misi.
“Oleh sebab itu, pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) bomba akan membantu misi pencarian esok. Unit berkenaan ditugaskan mengenal pasti lokasi tumpuan pencarian,” ujar beliau. – BERNAMA
TOP
Warga Emas Boleh ‘Bertelur’ Di Indonesia
SEORANG lelaki tidak dikenali menunjukkan telur yang dikeluarkan Sinin (kiri).
Jakarta – Seorang warga emas mendakwa, dia boleh bertelur sejak 1998 dan setakat ini tiada siapa tahu punca fenomena itu. Kata Sinin, 62, polis juga pernah menyoal siasat – dan mengambil telurnya – selepas penduduk setempat kecoh mengenai ‘kelebihan’ dimilikinya. “Mula-mula telur itu keluar dari dubur saya tiga bulan sekali, tetapi kini saya bertelur lebih kerap,” katanya. Kini menetap di Penjaringan di Jakarta Utara, Sinin berkata, sehingga kini menurutnya, dia sudah mengeluarkan 202 biji telur, termasuk 100 biji yang keluar pada tahun 2000. Kata Sinin, sesetengah telurnya dibuang begitu saja, manakala sebahagian lagi diberi kepada sesiapa yang berminat. Menceritakan pengalamannya bertelur, Sinin berkata, mula-mula dia berasa sakit seperti memulas pada perut. Lama-kelamaan, menurutnya, dia akan mengeluarkan telur melalui proses sama seperti orang membuang air besar. Sehingga kini Sinin masih bingung untuk menjelaskan bagaimana kejadian itu berlaku. “Cuma dulu saya pernah bermimpi ada seseorang memberi saya telur. “Tiba-tiba saya boleh bertelur,” katanya. Bagaimanapun, telur Sinin yang mirip seperti telur ayam tidak boleh keras apabila direbus. Anak Sinin, Sunarto, 40, berkata dia pernah cuba merebus telur bapanya tetapi selepas satu jam, ia kekal seperti asal.-mynewsub

Aksi Cemas Pisau Di Leher Wanita Di Brazil
BRASILIA – Sebuah stesen televisyen di Brazil menayangkan siaran langsung detik cemas seorang wanita yang dijadikan tebusan oleh penagih dadah yang bersenjatakan sebilah pisau di ibu kota Brazil di sini.
Paparan langsung tersebut menunjukkan penagih dadah, Matthew Robson, 33, meletakkan pisau di leher mangsa, Jurema Assuncao, 29, di hadapan sebuah pejabat kerajaan, Selasa lalu.
Seorang jurucakap polis berkata, ketika kejadian Robson berada di bawah pengaruh dadah. Pihak berkuasa tidak pasti motif suspek menjadikan wanita berkenaan sebagai tebusan.
“Kami berunding dengan suspek hampir satu jam dan lelaki itu yang khayal membuat beberapa permintaan pelik termasuk mahu bertemu dengan Presiden Brazil, Dilma Roussef.
“Kami dapat menyelamatkan mangsa selepas beberapa anggota polis berjaya menghampiri suspek sebelum menembaknya dengan pistol renjatan dan peluru getah,” katanya.
Menurutnya, wanita itu dibawa ke hospital tetapi dia tidak cedera manakala suspek ditahan oleh pihak berkuasa. – Agensi
TOP
Obama Mohon AS$6.2 Bilion Tangani Ebola
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meminta Kongres meluluskan dana bantuan berjumlah AS$6.2 bilion (RM20.68 bilion) bagi membantu memerangi wabak Ebola di Barat Afrika dan melindungi negara itu daripada sebarang penyebaran wabak maut berkenaan.
White House dalam satu kenyataan memberitahu, sejumlah AS$2 bilion (RM6.67 bilion) akan disalurkan kepada Agensi AS untuk Pembangunan Antarabangsa dan sejumlah AS$2.4 bilion (RM8 bilion) lagi disalurkan kepada Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia.
Lebih AS$1.5 bilion (RM5 bilion) pula diperuntukkan dalam dana kontigensi untuk digunakan sekiranya keadaan di Afrika Barat semakin meruncing atau keperluan termasuk membekalkan vaksin kepada pekerja kesihatan AS.
Obama dalam sepucuk suratnya kepada Speaker Kongres, John Boehner memberitahu bahawa keutamaan beliau ketika ini adalah melindungi kesihatan dan keselamatan penduduk AS.
“Peruntukan ini perlu bagi menyokong semua peringkat bagi melindungi sistem kesihatan domestik dan menghalang segala penularan wabak di AS,” katanya.
Permohonan tersebut merupakan kelulusan pertama yang diminta Obama selepas pilihan raya umum AS yang menyaksikan Parti Republikan menguasai Kongres.
Krisis Ebola mendapat perhatian di seluruh AS tanpa mengira parti kerana bimbang wabak berkenaan mungkin merebak ke negara itu.
Bagaimanapun, White House mahu peruntukan tersebut diluluskan segera yang bermaksud kelulusan itu boleh dibuat ketika sesi Kongres yang masih belum dibubarkan ketika ini dan masih dikuasai Parti Demokrat.
Wabak Ebola yang melanda Afrika Barat kini menjangkiti seramai 13,567 penduduk dengan 4,818 daripada mereka dilaporkan mati. – AP - mstar
TOP
Pembuat Bom Perancis Maut Dalam Serangan Udara Di Syria
Gambar daripada keluarga Drugeon menunjukkan David Daoud, pembuat bom Perancis yang maut dalam serangan udara Amerika Syarikat di Syria semalam. - Foto AFP
WASHINGTON – Serangan udara Amerika Syarikat (AS) di Syria malam tadi mensasar dan membunuh seorang pembuat bom Perancis, David Drugeon, antara anggota militan utama dalam al-Qaeda yang merancang serangan terhadap negara Barat. Seorang pegawai pertahanan berkata, Drugeon adalah saudara baharu Islam yang disyaki bekerja dengan veteran al-Qaeda, yang digelar oleh Washington sebagai kumpulan Khorasan. Kumpulan militan yang merbahaya itu adalah antara pihak yang melakukan perancangan untuk melancarkan serangan terhadap AS dan negara Barat lain. Pegawai Amerika menyifatkan Drugeon, 24, sebagai orang yang bahaya dan kematiannya adalah satu kerugian kepada kumpulan Khorasan. “Dia adalah antara sasaran kami. Kami fikir kami sudah mendapatnya,” kata pegawai kanan pertahanan AS. Namun, katanya, kematiannya perlu disahkan terlebih dulu. Seorang pegawai tentera juga menyatakan keyakinannya bahawa Drugeon adalah antara mereka yang terbunuh dan menyatakan operasi berkenaan adalah satu kejayaan dalam usaha antikeganasan Washington. Ia adalah serangan kedua terhadap kumpulan Khorasan itu sejak 23 September, apabila serangan udara diketuai Amerika Syarikat dimulakan di Syria. – AFP

Bakal Haji Diminta Kemas Kini Akaun Di Tabung Haji
SEPANG – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan semua pendepositnya yang berhasrat menunaikan haji tahun depan supaya segera mengemaskinikan maklumat akaun mereka bagi memudahkan urusan penghantaran surat tawaran.
Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata TH akan mula mengedarkan surat tawaran mengerjakan bagi musim tahun depan secara berperingkat bermula bulan depan kepada mereka yang terpilih.
“Kita tidak mahu berulang lagi kes surat tawaran dihantar ke alamat yang tidak dikemaskini dan mereka yang terpilih tidak tahu mengenai tawaran itu. Itu adalah satu kerugian buat mereka.
“Sehubungan itu, pendeposit yang berhasrat untuk menunaikan haji tahun depan, mereka dinasihatkan segera mengemaskini segala maklumat dan dokumen berkaitan termasuk buku akaun, alamat dan nombor telefon di mana-mana cawangan TH seluruh negara.
“Jika boleh, kita tidak mahu ada yang terlepas peluang kerana maklumat akaun yang tidak dikemaskini.
“Biasanya, tiga minggu sebelum tarikh mengerjakan haji ramai yang berpusu-pusu ke pejabat cawangan untuk mengemaskini maklumat, kalau boleh kita tidak mahu ia berulang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menyambut ketibaan penerbangan terakhir (KT 64) terdiri daripada 279 jemaah haji Malaysia di sini, hari ini. - BH Online
TOP
Iskandar Malaysia Catat Pelaburan Baharu RM24.97 Bilion
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Iskandar Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan baharu bernilai M24.97 bilion sejak Januari tahun ini.
“Sejak Januari 2014, adalah amat menggalakkan untuk menarik perhatian bahawa Iskandar Malaysia telah berjaya menarik pelaburan baharu bernilai RM24.97 bilion.
“Bagi pelaburan komited sahaja, Iskandar Malaysia telah memperoleh RM156.51 bilion sejak 2006 dengan 51 peratus atau RM79.17 bilion telah direalisasikan setakat ini,” kata Najib dalam entri terbarunya dalam laman Facebook malam tadi.
Beliau juga mengumumkan kelulusan rancangan Pembangunan Komprehensif 2014-2025 bagi Iskandar Malaysia.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pengumuman itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Penasihat ke-16 Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), hari ini.
Katanya Malaysia mengamalkan prinsip ekonomi bebas dan terbuka berdasarkan pertumbuhan pasaran dan percaya bahawa pertumbuhan pelaburan di Iskandar Malaysia adalah bukti yang menggalakkan terhadap kejayaan dasar-dasar negara. – BERNAMA
TOP
Persoalan Berbangkit Siapa Sebenarnya Bunuh Osama
Gambar fail Osama bin Laden yang dibunuh oleh anggota SEAL Tentera Laut Amerika Syarikat pada 2011. - Foto AP
WASHINGTON – Anggota pasukan komando Tentera Laut ‘Seal’ Amerika Syarikat (AS) yang membunuh Osama bin Laden di tempat persembunyiannya di Pakistan pada Mei 2011 bercanggah antara satu sama lain ketika membuat dakwaan mengenai siapa sebenarnya menembak pemimpin al-Qaeda itu. Akhbar ‘The Washington Post’ menyiarkan laporan semalam memetik Rob O’Neill, bekas anggota SEAL, sebagai mendakwa dia menembak mati Osama di dahinya selepas O’Neill menyerbu masuk ke bilik di rumah Osama di Abbottabad. Dakwaan oleh O’Neill, yang menjelajah ke seluruh negara untuk menyampaikan ucapan motivasi, dipatahkan oleh satu sumber yang dekat dengan anggota pasukan SEAL. Sumber itu, yang tidak mahu namanya disebut, berkata anggota pasukan memberitahunya tembakan maut itu dilepaskan oleh seorang daripada dua orang yang masuk ke bilik berkenaan sebelum O’Neill. Akhbar berkenaan berkata O’Neill mengakui tembakan turut dilepaskan ke arah Osama oleh sekurang-kurangnya dua lagi anggota pasukan SEAL, termasuk Matt Bissonnette, bekas anggota SEAL yang menulis buku mengenai serbuan itu bertajuk ‘No Easy Day’ pada 2012. Buku itu tidak menyatakan siapa yang menembak Osama. ‘NBC News’ memetik Bissonnette semalam sebagai berkata: “Dua orang berlainan menceritakan dua cerita berbeza bagi dua sebab tidak sama…Apa juga yang dia (O’Neill) kata, biarkanlah. “Saya tidak mahu menyentuhnya.” Tahun lalu, beberapa penerbitan lain mempersoalkan kandungan temu ramah majalah ‘Esquire’ dengan anggota SEAL yang tidak dinamakan yang mendakwa menembak Osama. Ramai yang menyangka anggota SEAL yang tidak dinamakan itu adalah O’Neill. Sementara itu, satu artikel bertajuk ‘Siapa sebenarnya bunuh Osama’, oleh Peter Bergen, penganalisis CNN dan pakar al-Qaeda, memetik anggota pasukan SEAL yang sedang berkhidmat ketika itu sebagai berkata cerita yang disiarkan oleh majalah ‘Esquire’ itu adalah satu pembohongan. – REUTERS

Zunar Nafi Isteri Ditahan Akibat Jual Buku Sindiran
Semalam, dua wanita dan seorang lelaki ditahan di hadapan Istana Kehakiman kerana didapati menjual buku yang mengandungi sindiran terhadap institusi kehakiman.
Berdasarkan laporan yang diterima, salah seorang yang ditahan merupakan isteri kepada kartunis pro pembangkang, Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque.
Mereka didapati sama-sama mempamer dan menjual buku-buku tersebut semasa prosiding rayuan kes liwat II Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka telah ditahan kira-kira jam 6.50 petang oleh anggota polis yang berpakaian preman selain kesemua bahan jualan dirampas. Mereka kemudiannya dibawa menaiki sebuah van ke ibu pejabat polis daerah untuk siasatan lanjut. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid mengesahkan laporan penahanan tersebut, termasuk isteri Zunar. Walau bagaimanapun, Zunar menerusi laman sosial Facebook peribadinya menafikan khabar tersebut. Menurutnya, ketiga-tiga individu yang ditahan merupakan pembantunya yang dikenali sebagai Rizaldy, Raja Norita dan Norliza Mohd Kassim.
Menurut sumber laman sosial kartunis itu lagi, ketiga-tiga mereka yang ditahan telah dibebaskan tengah malam tadi. – MYNEWSHUB.CC

Anak Terbakar Selepas Guna Diesel Sapu Luka Melecur
Guangdong – Akibat percaya cakap jirannya bahawa minyak diesel boleh menyembuhkan luka akibat melecur, seorang lelaki, Cui Shen, 43, sama sekali tidak menyangka anak perempuannya yang berusia 13 tahun akhirnya mengalami kecederaan lebih parah.
Ini kerana anaknya, Cui Tung, terbakar di seluruh badan hinggakan 60 peratus badannya melecur.
Ia disebabkan api di bahagian dapur telah menyambar minyak diesel yang disapu oleh bapanya di bahagian kakinya hingga menyebabkan badannya terbakar.
Kejadian berlaku selepas kaki Cui Tung melecur apabila terkena air panas tumpah.
Cui Shen yang tidak mempunyai ubat di rumah mereka kemudiannya diberitahu oleh jirannya bahawa minyak diesel boleh menyejukkan dan menyembuhkan kaki Cui Tung yang melecur itu.
Tanpa berfikir panjang, dia menggunakan minyak diesel untuk disapu pada kaki anaknya yang api di dapur rumahnya telah menyambar bahan bakar itu sekali gus membakar badan Cui Tung.
Ibunya turut cedera ketika cuba memadam kebakaran pada badan Cui Tung.
Menurut doktor, Cui Tung kini dalam proses pemulihan namun dia perlu menjalani pembedahan plastic di bahagian kulit badannya.
Malah Cui Tung yang sebelum ini disangka oleh doktor tidak akan hidup akan kebakaran itu, dijangka hanya dapat berjalan semula dalam masa lima bulan.-mynewsub
TOP
Derma Mencurah-Curah Kepada Lelaki Ditipu
Singapura – Lebih RM37,000 telah dikumpulkan oleh orang ramai kepada seorang lelaki dari Vietnam yang ditipu ketika membeli mahu membeli telefon bimbit iPhone 6 di Menara Sim Lim, di sini, baru-baru ini.
Pelancong dari Vietnam itu,Pham Van Thoi menangis dan merayu sambil berlutut kepada peniaga di kedai berkenaan apabila dia ditipu daripada harga RM3,147 menjadi kepada RM5,000.
Aksi lelaki Vietnam itu yang menangis dan dimalukan oleh peniaga terbabit telah dirakamkan dan ia menjadi viral selepas dimuat naik dalam internet.
Pham, yang mahu membeli telefon itu sebagai hadiah harijadi kepada teman wanitanya telah menyimpan wang sejak beberapa bulan lalu dan akhirnya selepas mendapat wang yang mencukupi, dia ke menara tersebut untuk membelinya
Namun dia ditipu apabila harga berkenaan tiba-tiba meningkat kepada RM5,000 dengan alasan ia merupakan tambahan lanjutan jaminan.
Dia kemudiannya meminta wangnya dikembalikan namun tidak diendahkan oleh peniaga terbabit.
Sejak video Pham yang menangis hiba itu itu dimuatnaik, sumbangan wang dari seluruh dunia mencurah-curah.
Kempen memungut derma itu dilakukan oleh Singaporean Gabriel Kang yang menetapkan sasaran RM4,447 sahaja namun dalam masa dua hari, sumbangan mencecah hampir RM37,000.-mynewsub
TOP
Lelaki Kelar Rakan Sebilik Kerana Meliwatnya
Padah melakukan sodomi terhadap rakan sebilik yang mabuk, seorang lelaki berketurunan Asia menemui ajal apabila dia dikelar oleh temannya itu apabila mengetahui perbuatan sumbang yang dilakukan.
Mahkamah mendakwa lelaki berusia 28 tahun itu atas tuduhan membunuh rakannya menggunakan sebilah pisau yang dibeli selang beberapa hari sebelum insiden itu.
Pada 13 Jun lepas, polis Mesir menerima panggilan dari sebuah kem di Al-Qusais tentang kejadian tersebut. Setibanya di sana, mereka menemui mayat mangsa berhampiran longgokan sampah berhampiran kolam renang yang dipenuhi darah.
Si pelaku kemudiannya mengakui kepada pihak polis yang dia melakukan pembunuhan kejam tersebut atas dasar ingin membalas dendam.
“Lelaki itu mengakui kepada saya yang dia bersama mangsa selalu mengambil alkohol sehingga mabuk. Kemudian dia mendapat tahu dari teman lain yang mangsa pernah meliwatnya ketika dalam kondisi mabuk,” ujar seorang polis yang menjadi saksi pendakwaan.
Sambungnya, “Dia kemudiannya membeli sebilah pisau dan menunggu mangsa pulang ke rumah. Apabila mangsa sampai ke bilik, dia terus menyerang dan mengelar leher mangsa dari belakang.”
Mangsa sempat bangun untuk mendapatkan bantuan, namun rebah dan meninggal dunia di tempat dia ditemui. Prosiding bersambung bagi tertuduh mendapatkan peguam. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Gambar Selfie Pertama TMJ Dan Isteri, Cik Puan Khaleeda
ESOK akan berlangsung majlis persandingan diraja Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan pasangannya, Cik Puan Khaleeda Bastamam bertempat di Istana Besar Johor.
Rakyat jelata negeri selatan tanah air itu juga dijemput memeriahkan lagi majlis persandingan tersebut apabila mereka boleh melihat kedua-dua mempelai ketika pasangan diraja terbabit diarak menaiki kereta tanap bumbung dari Istana Bukit Serene menuju ke Istana Besar Johor.
Pasangan ini juga tidak terkecuali mengambil gambar selfie bersama dan difahamkan ini merupakan gambar selfie pertama sejak kedua-duanya disahkan bergelar suami isteri. Memang sama cantik, sama padan, bagai pinang dibelah dua! Semoga perkahwinan TMJ dan isteri akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah. – MYNEWSHUB.CC

“Hubungan Dengan Izara Aishah Terlalu Peribadi”
PETALING JAYA – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios iaitu Adib Khalid memberitahu kisah hubungannya dengan aktres Izara Aishah terlalu peribadi untuk dikongsi dengan orang ramai.
Adib atau nama sebenarnya, Muhammad Adib Khalid, 24, bagaimanapun tidak menafikan kenyataan yang dibuat oleh aktres berkenaan iaitu mereka sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
“Kenyataan yang Izara Aishah beri kepada media sebelum ini adalah benar dan kami memang saling mengenali.
“Cukuplah dia sahaja yang beri kenyataan bagi pihak saya kerana ia terlalu peribadi untuk diceritakan,” ujarnya kepada mStar Online.
Adib yang juga anak anak kepada ahli perniagaan terkenal Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ditemui pada sidang media sempena konsert Sky Blu Live In Kuala Lumpur, di Signature @ The Roof, Sky Lounge, di sini, Khamis.
Tune Studios terlibat membawa kumpulan muzik itu ke negara ini. Konsert berkenaan telah diadakan di The Play Club, di sini, malam Khamis.
Dalam pada itu Adib menetapkan tempoh masa antara tiga hingga empat tahun untuk memberi fokus kepada kerjayanya sebelum memikirkan soal berumah tangga.
Katanya, buat masa ini dia terlalu sibuk untuk mengatur perancangan syarikat yang baru diterajuinya itu.
“Insya-Allah saya beri tempoh tiga hingga empat tahun untuk beri perhatian sepenuhnya kepada syarikat sebelum memikirkan soal peribadi atau berumah tangga.
“Buat masa sekarang ini belum masanya, kerana banyak perancangan dan strategi yang diatur untuk syarikat ini,” ujarnya.
Adib juga dalam proses mencari beberapa artis baharu dan lama untuk bernaung di bawah syarikat tersebut selain merancang membawa beberapa artis popular antarabangsa bagi mengadakan konsert pada tahun hadapan.
“Sekarang kami belum ada artis, Insya-Allah akhir tahun ini kita akan tandatangan beberapa orang artis tempatan.
“Bagi mereka yang berminat untuk berada di bawah Tune Studio juga boleh hantar profil dan demo kepada kami,” ujarnya.
Tune Studios sebelum ini diterajui oleh Jeremy Little, 31, yang memegang jawatan tersebut sejak 2012.
Pemuda itu meninggal dunia di Mekah, Arab Saudi pada 8 April lalu ketika mengerjakan Umrah. – mStar Online
TOP
Nama Anak Rachel Bilson Inspirasi Daripada Kartun Disney
PELAKON Rachel Bilson dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil hubungannya dengan tunang, yang juga seorang pelakon, Hayden Christensen, baru-baru ini.
Yang menariknya, pasangan ini telah menamakan anak perempuan mereka dengan nama yang diinsprirasikan daripada watak kartun keluaran Disney iaitu Briar Rose.
Bilson dan Christensen mula berpacaran sejak berlakon bersama dalam filem Jumper dan kemudiannya mereka mengikat tali pertunangan pada 2008.
Bilson yang popular menerusi drama bersiri The O.C sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan hero gandingannya dalam drama tersebut iaitu Adam Brody. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Lukisan Di Kaki Bukanlah Tatu – Kaka Azraff
PETALING JAYA – Penyanyi Kaka Azraff menjelaskan lakaran yang terdapat di kaki kanannya hanyalah sekadar lukisan yang dilakukan secara suka-suka dan ia tidak kekal lama.
Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 25, berkata, lukisan itu dibuat oleh seorang rakannya yang pandai melukis dan menjalankan perniagaan lukisan inai.
“Ia bukan tatu tetapi lukisan daripada dakwat pen yang dibuat oleh seorang kawan. Kami bila bertemu memang akan buat perkara-perkara pelik.
“Kawan saya ada kedai inai dan dia seorang yang pandai melukis, jadi saya muat naik gambar itu sebab segaja menghargai hasil kerja seni dia. Saya belum gila lagi untuk buat tatu kekal di kaki,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Lukisan di kanan Kaka dikritik pengikut Instagram
Kaka diminta mengulas tentang gambar lukisan di kaki yang dimuat naik di laman Instagramnya pada Rabu. Gambar tersebut telah menerima kecaman daripada pengikut-pengikut Instagram yang menyangka ia sebagai lukisan tatu yang kekal. Manakala, ada beberapa pengikut yang menganggap lakaran tersebut tidak sesuai dimuat naik kerana menyerupai lambang sebuah agama. Dalam pada itu, Kaka turut menafikan lukisan kompas itu ada kaitan dengan agama yang dimaksudkan. “Lukisan itu ialah bentuk kompas dan tiada kaitan dengan mana-mana agama. Saya tidak ada niat pun untuk membuat lukisan yang menyentuh sensitiviti masyarakat atau mana-mana agama. “Mereka tiada apa ingin komen dan sengaja jadikan perkara itu sebagai sesuatu yang nampak seperti isu besar,” katanya. Sementara itu, Kaka berkata, dia sudah menjelaskan perkara tersebut di ruang komen pada gambar yang dimuat naik itu bagi mengurangkan perbalahan sesama pengikutnya. - mStar Online

Lagu Bali Popular Di Hospital Gila Bulgaria
JAKARTA – Seorang penyanyi malar segar Indonesia, Ayu Laksmi tidak menyangka lagu-lagu dirinya dipasang sebagai cara pemulihan terapi di sebuah hospital mental di Bulgaria malah dibiarkan bergema di setiap bangsal, lorong, pejabat dan halaman institusi gila itu.
Penyanyi wanita berasal dari Bali itu dan bakal berusia 47 tahun pada 25 November depan berkata, dia dimaklumkan menerusi rakan-rakan dalam kalangan wartawan tempatan yang kebetulan melawat hospital tersebut baru-baru ini, lapor akhbar terkenal Kompas hari ini.
“Pihak hospital sering memutarkan lagu-lagu menerusi album Svara Semesta sebagai terapi untuk para pesakit. Mungkin saya serasi dengan genre world music dan lagu-lagu saya kebelakangan ini lebih ke arah pemulihan dalaman diri,” katanya sambil merendah diri.
Ayu atau nama sebenarnya Gusti Ayu Laksmiyani pernah digelar sebagai ‘Lady Rocker’ pada dekad 1980-an lalu sebelum beralih kepada mencipta lagu-lagu untuk dirinya sendiri dengan banyak mengambil lirik sastera kuno Bali yang didakwanya sebagai bernilai indah.
“Bagi orang Barat, sastera adalah buku, sesuatu yang dibaca, namun bagi orang Timur, sastera boleh bentuk macam-macam, termasuk lagu,” tuturnya yang pernah dipilih antara 10 wanita tercantik di Bali oleh pendengar stesen Hard Rock Radio FM Bali pada 2009.
Dia yang dalam proses menyiapkan album Svara Semesta 2 pernah mengalami zaman kejatuhan apabila ditipu salah satu sahabatnya sendiri dari Eropah yang kononnya mahu membantu memasarkan lagu-lagunya menerusi laman iTune tetapi didapati palsu. – Agensi

Pendaftaran GST Meningkat Kepada 127,767 Sehinggan 6 Nov
KUALA LUMPUR – Jumlah syarikat yang berdaftar untuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak 127,767 sehingga 6 Nov, peningkatan sebanyak 2,551 berbanding sehari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Menerusi satu kenyataan, jabatan itu berkata data berkenaan menunjukkan peningkatan berterusan bilangan syarikat yang mendaftar untuk sistem percukaian baharu itu sebelum tarikh akhir pada 31 Dis.
Kerajaan menetapkan sasaran mendaftarkan 140,000 syarikat untuk GST, yang akan dilaksanakan mulai 1 April, 2015.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelaksanaan CBP tidak akan ditangguhkan.
Berdasarkan peningkatan harian jumlah syarikat yang berdaftar, beliau yakin kira-kira 200,000 akan berbuat demikian menjelang akhir tahun ini. – BERNAMA
TOP
PAS Selangor Lapor Tindakan Wakil Parti Pertikai Fatwa
KUALA LUMPUR – PAS Selangor akan melaporkan tindakan tiga Ahli Parlimen PAS mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berhubung liberalisme dan pluralisme kepada PAS Pusat, kata Pesuruhjayanya, Iskandar A Samad.
Sambil menegaskan tindakan seumpama itu bukan pendirian PAS Selangor dan tidak membabitkan kepemimpinan parti negeri, Iskandar berkata tindakan Ahli Parlimen PAS itu dibuat tanpa perbincangan dengan pihaknya walaupun diadakan sesi pertemuan mingguan dengan wakil rakyat PAS pada setiap pagi Rabu.
“Wakil-wakil rakyat tidak sepatutnya bertindak bersendirian kerana mereka bertanding di dalam pilihan raya umum di atas tiket parti dan bukan tiket individu.
“Oleh yang demikian, tindakan mereka akan dilaporkan kepada PAS Pusat untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan bertarikh semalam.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusof Rawa; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; dan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dilaporkan mengadakan sidang media menggesa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberi penerangan berhubung fatwa berkenaan.
Iskandar berkata, PAS Selangor melihat tindakan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa secara terbuka adalah satu tindakan yang tidak wajar.
Katanya, tindakan itu hanya akan membuka ruang untuk semua fatwa dipertikaikan.
“Keadaan yang sedemikian sudah tentu akan mewujudkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam,” katanya. – BH Online
TOP
Amaran China: Awas Produk Singapura
Kompleks Sim LIm Square terkenal dalam kalangan pelancong asing untuk membeli produk elektronik terbaharu di Singapura.
SINGAPURA – Selama ini kita biasa mendengar peringatan agar berhati-hati apabila membeli produk buatan China kerana bimbang ia adalah tiruan, tidak berkualiti dan sebagainya walaupun dijual pada harga harga murah, tetapi ini lain pula ceritanya. Kedutaan China di sini hari ini mengeluarkan amaran kepada rakyat republik komunis itu supaya berwaspada daripada ditipu ketika mahu membeli sebarang model telefon bimbit dan produk elektronik lain di Singapura, lapor stesen televisyen tempatan, Channel News Asia. Agensi penyiaran tersebut memetik kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar China di Beijing bertarikh semalam yang disiarkan menerusi laman web kedutaan itu di Singapura sebagai berkata, ramai rakyat China sudah pun menjadi mangsa skim penipuan berkenaan. Menurut pejabat perwakilan diplomatik China berpusat di Tanglin Road itu, sebahagian besar warga China yang datang ke Singapura sebagai pelancong banyak mengadu membeli barangan tiruan terutama telefon bimbit model baharu selain produk elektronik canggih. Kedutaan menasihatkan rakyat China agar sentiasa peka membaca notis peringatan yang ditampal di papan kenyataan mana-mana pusat-pusat beli-belah sekitar Singapura yang sering menerima aduan penipuan sedemikian sebagai panduan ketika berurus niaga. Banyak notis terbabit dapat dilihat akhir-akhir ini susulan rungutan ramai pelancong Vietnam mendakwa menjadi mangsa beberapa buah kedai di kompleks beli-belah Sim Lim Square yang terkenal dengan pelbagai produk elektronik dalam kalangan warga asing. – Agensi

Hutang M’sia Tidak Mengancam Kedudukan Ekonomi Negara
KUALA LUMPUR – Hutang kerajaan Malaysia tidak mengancam kedudukan ekonomi negara, malah pencapaian ekonomi negara turut dicemburui negara lain, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata hutang negara berada pada paras 53 peratus (daripada Keluaran Dalam Negara Kasar), iaitu jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara lain.
Beliau berkata kedudukan ini dilihat tidak mengancam kedudukan ekonomi negara, dan ia turut dipersetujui oleh negara luar.
“Dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Belanda Mark Rutte semalam, beliau (Rutte) mengakui keadaan ekonomi Malaysia jauh lebih baik berbanding kedudukan ekonomi Belanda.
“Saya memetik kata-kata Rutte, “Saya mencemburui prestasi ekonomi anda,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) pada Persidangan Dewan Rakyat, di sini pada Khamis.
Tan bertanyakan kaedah yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah hutang negara, kenaikan kos perbelanjaan sektor awam dan kos sara hidup.
Mengulas mengenai hutang isi rumah, Najib berkata ia berada pada tahap 80 peratus, berbeza dengan Amerika Syarikat, yang membawa kepada krisis subprima.
“Hutang isi rumah negara, sebahagian besarnya adalah hutang untuk membeli rumah. Jadi, ada aset sokongan dan aset beli rumah terus meningkat. Walaupun pada tahap 80 peratus, namun kita mesti sedar, (bahawa) sebahagian besar merupakan hutang membeli rumah, dan nilai aset ini akan terus meningkat,” katanya.
Namun, Najib berkata kerajaan akan memantau agar hutang isi rumah tidak naik terlalu tinggi serta mampu menguruskan dan menambahkan pendapatan rakyat.
Kepada soalan tambahan Datuk Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal), beliau berkata Malaysia mengamalkan prinsip ekonomi bebas dan terbuka, yang berlandaskan kepada pertumbuhan pasaran, dengan pencapaian yang sangat menggalakkan.
Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, Najib berkata kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah yang terbaik dalam kalangan negara anggota Asean dan antara yang tertinggi di dunia. – BERNAMA
TOP
Kes Buli: Yusof Haslam Tak Setuju Pandangan Wardina
KUALA LUMPUR: Penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam tidak bersetuju dengan pandangan Wardina Safiyyah yang menuding jari menyalahkan pembikin filem bergenre gangster sebagai salah satu penyebab kepada gejala sosial buli yang semakin berleluasa di kalangan pelajar sekolah sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata, tidak wajar pembikin filem dipersalahkan kerana tidak semua orang menonton wayang malah peratusannya lebih kecil jika dibandingkan dengan kuasa dan pengaruh Internet yang kini lebih mudah diakses oleh remaja dan pelajar sekolah. “Filem (gangster) bukan penyebab, dia (Wardina) cakap tanpa sebarang kajian. Kes buli ni bukan benda baru, zaman dulu-dulu dah ada dah, kita jangan cari satu konklusi yang mudah dengan menyalahkan penerbit filem. “Pendapat-pendapat yang diutarakannya itu jumud, senang-senang tuding jari. Bagi saya, zaman sekarang, pengaruh yang paling besar adalah Internet, di mana kanak-kanak seawal usia empat, lima tahun sudah didedahkan dengan Internet dan media sosial, yang mana pengaruhnya lebih besar (jika dibandingkan dengan filem bercorak keganasan dan gangster),” katanya ketika dihubungi Mynewshub.cc, sebentar tadi. Beliau turut menyatakan pandangan Wardina seolah-olah tidak menghormati orang yang terlibat dalam industri perfileman negara. Ini kerana, menurut Yusof, sekiranya, adegan dalam sesebuah filem gangster itu terlalu keterlaluan pastinya, Lembaga Penapisan Filem (LPF) tidak akan membenarkan tayangan sesuatu babak itu kepada umum. Namun, penerbit yang turut digelar ‘Six Million Dollar Man’ ini tidak menyalahkan pendapat Wardina sebaliknya berharap aktres itu jika ingin mengemukakan pandangannya hendaklah berdasarkan kajian dan bukannya berdasarkan cakap-cakap kosong sahaja. “Menuding jari bukan boleh menyelesaikan masalah, sebagai ibu bapa, kita harus sentiasa memantau anak-anak agar mereka tidak terlibat dengan sebarang gejala sosial yang semakin membimbangkan. “Zaman sekarang, anak-anak lebih terdedah kepada media sosial dan Internet yang mana isi kandungannya lebih banyak mengandungi unsur-unsur negatif yang secara tidak langsung boleh mempengaruhi mereka untuk melakukan atau meniru seperti apa yang dilihat di Internet,” ujarnya. Sebelum ini Wardina mengeluarkan status di laman sosial Facebook miliknya, seolah-olah menuding jari kepada penerbit serta pengeluar filem bergenre gangsterism yang menjadi penyebab serta faktor penyumbang kepada kejadian kes buli di kalangan pelajar sekolah yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. - MYNEWSHUB.CC

Kes Buli: Wardina Salahkan Pembikin Filem Gangster
SEJAK kebelakangan ini, kes buli melibatkan pelajar berasrama kembali hangat diperkatakan selepas penyebaran dua klip video yang dipercayai melibatkan pelajar sekolah berasrama membuli rakan pelajar yang lain.
Seperti biasa, isu ini mendapat liputan yang meluas terutama di kalangan ibu bapa yang bimbang dengan keselamatan anak mereka di sekolah termasuk juga selebriti yang kini sudah berhijrah ke Australia, Wardina Safiyyah. Kes Buli: Yusof Haslam Tak Setuju Pandangan Wardina Walaupun jauh berkelana sehingga ke negeri Kangaroo, namun Wardina masih lagi mengambil tahu perkembangan isu semasa di tanah air dengan memberikan komennya, di mana selebriti manis bertudung ini mempersalahkan sesetengah pembikin filem bercorak keganasan dan gangster sebagai penyebab utama terjadinya gejala sosial di kalangan remaja dan pelajar sekolah.
Ini merupakan serba sedikit komen Wardina berhubung isu tersebut,
Memang ada benarnya kata Wardina ni, tapi kita pun tak boleh menyalahkan 100 peratus kepada pembikin filem bercorak gangsterism.
Kalau tiada permintaan, mereka pun tidak akan menerbitkannya.
Daripada sibuk ‘berbalah’ mengenai siapa punca permasalahan ini berlaku, lebih baik kita mencari jalan penyelesaian agar perkara ini tidak lagi berulang di masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC

Polis Rampas Dadah Bernilai RM1.7 Juta
KUCHING – Polis menahan dua warga asing dan merampas 9.63 kg dadah disyaki syabu yang dianggar bernilai RM1.7 juta dalam tangkapan lewat malam tadi dan awal pagi ini, yang merupakan rampasan dadah terbesar di Sarawak sehingga kini.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Chai Khin Chung berkata dalam tangkapan pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini kira-kira pukul 11.30 malam tadi, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dengan kerjasama Jabatan Kastam menahan seorang wanita selepas menemui 6.5kg dadah disyaki syabu dalam beg pakaiannya. Beliau berkata dadah yang dibungkus kemas itu disembunyikan di satu ruang rahsia dalam beg pakaian itu, dan ada juga bungkusan kecil dadah yang disembunyikan dalam beberapa pasang kasut yang terdapat dalam beg berkenaan. Katanya tindakan susulan polis membawa kepada penangkapan seorang lagi lelaki di sebuah hotel di bandar raya ini kira-kira pukul 3.30 pagi tadi, dan merampas 3.13kg lagi dadah disyaki syabu. “Kedua-dua suspek yang berumur sekitar 40-an itu kini direman sehingga 13 November bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di pusat media Ibupejabat Polis Kontinjen Negeri di sini. Chai berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. Beliau berkata siasatan mendapati kedua-dua suspek berlepas dari Hong Kong semalam dengan penerbangan berasingan, dan dadah yang dibawa mereka dipercayai bukan untuk tujuan pasaran tempatan. Katanya polis percaya dua warga asing itu adalah dari satu sindiket mengedar dadah, dan pihaknya sedang menyiasat sekiranya masih ada saki baki anggota sindiket berkenaan yang masih berada dalam negara. Menurutnya siasatan mendapati ini merupakan kali kedua wanita itu sampai ke Kuching. Chai seterusnya meminta orang ramai agar dapat bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menyalurkan sebarang maklumat yang dirasakan dapat membantu dalam usaha membanteras kegiatan pengedaran dadah. – BERNAMA- mstar online

Rejimen Pakar Pengendalian Air Siap Sedia Hadapi Banjir
KUALA LUMPUR – Anggota skuadron Rejimen Pakar Pengendalian Air Ke-60 RAJD (AW) di seluruh negara dalam keadaan bersiap sedia untuk digerakkan bagi menghadapi bencana banjir di seluruh negara.
Komandernya, Brigadier Jeneral (Kehormat) Tan Sri Rozali Ismail berkata, kesemua anggota pasukannya boleh dipanggil bertugas pada bila-bila masa bagi menggerakkan misi bantuan kemanusiaan.
“Kami bersiap sedia memandangkan musim tengkujuh telah pun bermula dan dijangka akan berlarutan hingga awal Januari 2015.
“Misi bantuan kemanusiaan dan bekalan air bersih akan dilancarkan bagi membantu mangsa banjir di tempat-tempat yang teruk terlibat apabila diarahkan oleh Kementerian Pertahanan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Rozali dalam pada itu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sebanyak 66 lori tangki air, 750 tangki air statik dan 20,000 botol air botol lima liter boleh diguna pada bila-bila masa yang diperlukan.
“Bekalan air botol boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, kata beliau, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd menyediakan tiga sistem rawatan air bergerak untuk berhadapan kemungkinan bencana itu berlaku.
“Ia bakal ditempatkan di hospital dan juga di pusat penempatan mangsa banjir yang terputus bekalan air,” katanya. – mynewshub.cc
TOP
Pengurus Kewangan Dituduh Buat Tuntutan Palsu RM3.8 Juta
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Pengurus Kewangan dan Ketua Jabatan Pengurusan Perkhidmatan dua syarikat swasta atas kesalahan membuat tunturan palsu bernilai RM3.8 juta dan RM98,000.
SPRM dalam satu kenyataan media memberitahu, tertuduh pertama, Pengurus Kewangan Pelangi Shipping Sdn. Bhd., Marzulhisham Zulkifli, 37, bagaimanapun mengaku salah tidak mengaku salah atas empat pertuduhan membuat empat tuntutan palsu dengan nilai keseluruhan sebanyak RM3.8 juta kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Bagi keempat-empat pertuduhan, tertuduh telah mengemukakan tuntutan palsu kepada Eksekutif Logistik di TNB, Al Mohafan Mohamed, bertempat di tingkat 4, Bahagian Penjanaan TNB, 129 Jalan Bangsar dengan mengemukakan bayaran duti kastam yang sebenarnya bayaran duti kastam tersebut adalah dikecualikan.
“Hakim Mohd. Nasir Nordin menetapkan jaminan mahkamah sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan passport tertuduh ditahan oleh mahkamah. Kes akan disebut semula pada 8 Disember 2014,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, seorang lagi yang dituduh di mahkamah berasingan adalah Ketua Jabatan Pengurusan Perkhidmatan di Petronas ICT Sdn Bhd, Syed Hamid Khalid Rashid berusia 40 tahun.
Beliau yang bertaraf penduduk tetap berhadapan dengan tiga pertuduhan membuat tuntutan palsu kepada iPerantis Sdn. Bhd. dan Petronas ICT Sdn. Bhd. dengan nilai keseluruhan sebanyak RM98,000.
Kata kenyataan itu, tertuduh tidak mengaku salah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dilakukan antara 2012 hingga 2013 iaitu mengemukakan tuntutan palsu berbentuk tiga inbois berasingan Syarikat K-Pintar Sdn Bhd
Hakim Rosbiahanim Ariffin menetapkan jaminan mahkamah sebanyak RM30,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin wargaanegara Malaysia dan passport tertuduh ditahan oleh mahkamah. Kes akan disebut semula pada 11 Disember 2014. – mynewshub.cc
TOP
Subaru Forester STi, Beberapa Imej Teaser Didedahkan
Subaru telah mendedahkan beberapa imej teaser yang menggambarkan model 2015 Forester STi yang mana bakal membuat kemunculan sulungnya pada 25 November tahun ini.
Bersempena dengan Japan Motorsport Festival baru-baru ini, pihak Subaru telah mengumumkan model konsep yang dikenali sebagai Forester STi tS.
Model pacuan 4 roda tersebut jelas merupakan variasi kepada model Impreza WRX yang mana merupakan model terunggul keluaran Subaru.
Buat masa ini, model tersebut akan dikomersilkan bagi pasaran Jepun (JDM) dan masih belum diketahui akan tarikh penjualannya di pasaran Malaysia.
Namun daripada laporan Subaru, model 2015 Forester STi ini akan dilengkapi dengan set kit badan agresif yang lebih ‘berotot’, dengan brek pad STi, tayar yang lebih besar, kesenian merah di bahagian dalaman serta warna biru yang merupakan tema WRX Sti, Disamping dilengkapi dengan rekaan yang dipertingkatkan, model tersebut bakal dilengkapkan dengan enjin yang sangat berkuasa dan pengenalan bagi injin jentera tersebut masih lagi dirahsiakan. Jika diikutkan, model ini mungkin akan dilengkapi dengan enjin turbocharged boxer 4 silinder, 2.5 liter dari ‘saudara kandungnya’nya WRX STi yang menjana 305 kuasa kuda dengan 393 Nm untuk tork. Sumber: Subaru Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC- mstar online

Mengadu Sakit Perut, Seniwati Mariani Masuk Hospital
PELAKON veteran, Seniwati Mariani dilaporkan dimasukkan ke Pusat Perubatan Sentosa, Kuala Lumpur sejak tiga hari lalu selepas mengadu sakit di bahagian perut.
Memetik laporan Berita Harian, anak Mariani mengatakan doktor kini sedang melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti tahap kesihatan ibunya.
“Baru-baru ini dia selalu merungut sakit di bahagian perut. Kami belum diberitahu apa penyakit yang dihadapinya kerana pemeriksaan masih dilakukan. Saya ada dihubungi yang mengatakan ibu saya sedang menghidap penyakit kanser peringkat empat.
“Pelik juga kerana kami pihak keluarganya tidak tahu menahu hal ini sedangkan orang luar membuat kesimpulan lain. Saya cuma berharap pihak di luar sana mendoakan keselamatan beliau,” katanya.
Menurut anaknya lagi, Mariani kini berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di hospital.
Mariani atau nama sebenarnya Siti Mariam Ismail merupakan kakak kepada Allahyarham Saloma dan kini usia beliau sudah mencecah angka 81 tahun. – MYNEWSHUB.CC- mstar online
TOP
Status Instagram Chef Wan Buat Che Ta Terharu
Melalui satu laporan yang disiarkan Harian Metro, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan meluahkan rasa terharu dan gembiranya kerana situasinya mendapat perhatian chef terkemuka negara, Chef Wan.
Yelah, beberapa hari lalu, Che Wan mempertahankan Che Ta dengan memuat naik satu status yang ditujukan kepada ‘haters’ Che Ta yang tak pernah penat melakukan komentar panas, provokasi dan melontarkan pelbagai nista.
“Saya rasa sangat suka dan terharu apabila ada juga selebriti senior yang sudi mempertahankan saya daripada kutukan tidak berasas orang-orang di luar sana,” ujarnya yng baru saha melahirkan bayi comel Sabtu lalu.
Tambah Che Ta, tindakan Chef Wan menyelar sikap negatif dan keceluparan sebahagian besar ‘keyboard warrior’ adalah satu penghargaan buat dirinya.
“Kalau diikutkan saya bukanlah kenal baik atau rapat pun dengan Chef Wan tapi atas sikap kemanusiaan dan kematangan dia terpanggil untuk menyelar sikap biadab sebahagian keyboard warrior yang dianggap mempunyai hati busuk.” Beberapa hari lalu, Che Wan mengeluarkan kenyataan sinis dan pedas di ruangan Instagramnya sehingga mengeluarkan perkataan kurang manis seperti ‘bitchy’ dan ‘neraka jahanam’. Tindakan itu dilakukannya akibat tidak tahan membawa komen yang ditinggalkan pengikut Che Ta yang banyak mengeji pelakon siri Kiah Pekasam itu dengan pelbagai tuduhan tidak berasas.
Alahai, kasihan juga dengan nasib yang menimpa Che Ta ni sebenarnya. Yelah, baru sahaja melahirkan anak tapi disogok dengan pelbagai isu yang sengaja dicipta. Terbaru, dia dikritik kerana bersolek ketika bersalin, malah ada pihak sengaja mencetuskan perbalahan apabila membandingkan kecomelan anaknya dengan bayi pasangan Awal dan Scha. – MYNEWSHUB.CC

Video: Mat Yo Menyombong Dengan Wartawan Astro Arena
RASANYA masih ramai lagi belum kebah dengan demam Piala Malaysia yang menyaksikan Pahang sekali lagi berjaya menjulang piala berprestij tersebut pada Sabtu lalu.
Namun di sebalik kerancakan mengenai kemenangan Pahang, masih ramai lagi memperkatakan mengenai penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Norshahrul Idlan Tallaha atau Mat Yo yang dikatakan media tertentu sebagai dalang kepada kekalahan pasukan JDT apabila sepakan penaltinya tidak berjaya menjengah pintu gol. Rupa-rupanya ada cerita yang tersendiri sebelum perlawanan akhir itu bermula, di mana Mat Yo tidak mempedulikan teguran seorang wartawan Astro Arena yang membuat liputan secara langsung, malah terus berjalan seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Nasiblah wartawan itu kelihatan tenang dan terus memberikan liputannya.
Kalau pun tak mahu ditemubual, berikanlah respons ‘no comment’ ke, sejuklah juga hati wartawan tu.
Secara tak langsung, orang mula mengaitkan kembali kontroversi isteri Mat Yo yang memaki seorang pengawal keselamatan di Subang tahun lalu.
Tapi tak tahulah mungkin fikiran Mat Yo memang tengah kusut memikirkan aksi perlawanan akhir sehinggakan dia langsung tidak mahu diganggu orang luar hatta daripada pihak media pun.
Hmm, macam-macam hal..- MYNEWSHUB.CC

Guan Eng Tak Macam Hadi Pertikai Mesyuarat PR – DAP
KUALA LUMPUR – Kegagalan mana-mana pemimpin pakatan pembangkang untuk hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tidak boleh dianggap sebagai satu perkara yang remah.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook berkata, Pakatan Rakyat tidak akan maju ke hadapan jika ada dalam kalangan pemimpinnya menganggap tidak hadir mesyuarat penting itu sebagai satu perkara normal.
“Saya merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang menyifatkan isu ketidakhadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat sebagai “remeh” dan tidak perlu diberikan perhatian.
“Pimpinan pusat DAP amat kecewa dengan sikap dan pandangan tersebut kerana isu tersebut bukannya isu remeh tetapi melibatkan soal kesinambungan dan survival politik pakatan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mustafa semalam mengkritik Setiausaha Agung DAP, Guan Eng membangkitkan soal ketidakhadiran Presiden PAS ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat kerana menganggap ia perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan.
Mustafa turut mendedahkan Guan Eng lebih banyak tidak hadir ke mesyuarat itu berbanding Abdul Hadi sejak tahun 2008.;
Siew Fook berkata, isu yang dibangkitkan Guan Eng berkenaan ketidakhadiran Presiden PAS merujuk kepada isu yang lebih serius ialah ketidakpatuhan Presiden PAS terhadap keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Menurutnya, Pakatan Rakyat dapat berfungsi dengan efektif jika keputusan yang dicapai bersama dalam mesyuarat itu kelak berkemungkinan dinafikan oleh Presiden PAS kerana Abdul Hadi tidak hadir dalam mesyuarat tersebut.
Jelasnya, situasi Abdul Hadi berbeza berbanding Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kerana menggalas tanggungjawab pentadbiran yang berat menyebabkan beliau tidak dapat hadir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
“Tetapi ketidakhadiran beliau dalam mesyuarat tidak pernah menimbulkan masalah kerana beliau tidak pernah mempertikaikan sebarang keputusan yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
“Persoalan yang utama di sini ialah adakah wakil PAS dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat diberikan mandat untuk membuat keputusan bagi pihak PAS tanpa kehadiran Presidennya,” katanya. – mynewshub.cc
TOP
Meninggal Dunia Lepas Sejam Isteri Hembus Nafas Terakhir
SEORANG lelaki warga emas dilaporkan meninggal dunia sejam selepas mayat isterinya dibawa pulang dari hospital ke rumah mereka di Jalan Sekolah, Kampung Baru, Labis, di sini, baru-baru ini.
Khoo Swee Kai, 73, meninggal dunia sejam selepas mayat isterinya, Tan Siew Ying, 66, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Segamat akibat penyakit angin ahmar dibawa pulang ke rumah mereka pada jam 10 malam.
Memetik Harian Metro, anak mendiang mengatakan bapanya sangat terkesan dengan kematian ibu mereka dan pernah menyatakan mahu mengikut jejak langkah isterinya.
“Setiba di rumah, saya lihat ayah termenung di atas kerusi roda kerana dia tidak dapat berjalan akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.
“Ketika menghampirinya, ayah beritahu dia sedih kerana ibu pergi dulu dan menurutnya, dia berharap mereka mati bersama kerana tidak mahu hidup tanpa ibu,” katanya.
Walau bagaimanapun, punca kematian Swee Kai tidak pula didedahkan.
Cerita ini ibarat kisah cinta romantis, apabila kedua-duanya meninggal dunia pada hari yang sama dan menemani satu sama lain di alam yang satu lagi.
Takziah diucapkan buat ahli keluarga kedua-dua mendiang di atas kematian ibu bapa mereka. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Blogger Seks Alvin Tan Sengaja Cetus Isu Lagi
Umum mengenali Alvin Tan yang ditahan beberapa bulan lalu akibat penghinaannya kepada umat Islam melalui muat turun satu gambar tentang berbuka puasa dengan Bak Kut Teh (hidangan berasaskan khinzir).
Namun, ia tidak menghalang lelaki ini dari meneruskan misinya melakukan provokasi dan mencetuskan isu. Jika sebelum ini dia mengutuk kerajaan kerana belum berjaya mengambil tindakan terhadapnya, kini dia hadir dengan isu baru.
Melalui ‘posting’ terkini di laman Facebooknya, dia menulis pula tentang isu pemakaian kostum berupa uniform pramugari MAS yang menjadi buah mulut ramai akibat ia tidak sensitif.
Bagai mencurah api ke minyak, dia menganggap isu tersebut sebagai sesuatu yang kelakar dan tindakan tidak bertamadun pihak berkenaan sebagai kreatif!
Gambar pemakaian tersebut menjadi viral di Internet apabila beberapa individu di luar negara memakai pakaian yang mengaitkan tragedi kapal terbang MAS, MH17 yang terhempas di Ukraine. Melalui ruangan komen pula, dia mengaitkan isu tersebut dengan kesnya yang terdahulu bersama bekas teman wanitanya, Vivian Lee. “… banyak pihak tampil dan berkata kepada saya yang gurauan tentang Bak Ku Teh pada bulan Ramadan itu sesuatu yang kelakar, termasuk beberapa orang Islam.” “Tidak semestinya jika golongan minoriti yang lantang bersuara, maka golongan majoriti yang diam, peduli tentang isu ini. Orang Malaysia perlu membezakan antara tak kelakar dan menghina.” Dia kini telah melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi memohon suaka politik di sana. – MYNEWSHUB.CC

Pelajar Sekolah Membuli Kerana Hilang Sikap Menghormati
KUALA LUMPUR – Sikap hormat menghormati antara pelajar sekolah yang semakin terhakis antara punca kejadian buli berleluasa di asrama-asrama sekolah di seluruh negara.
Pengerusi Akademi Kepimpinan Remaja (AKR) Dewan Pemuda PAS Wilayah, Mohd. Fadhlullah Ismail mendakwa, kejadian buli itu juga menunjukkan akhlak ramai remaja Malaysia semakin menghilang.
“Kami menyeru semua pihak baik kerajaan, pentadbiran sekolah dan guru-guru, organisasi masyarakat, ibu bapa dan pelajar agar berperanan secara lebih proaktif bagi mengenal pasti punca dan penyelesaian terbaik bagi menghadapi krisis akhlak ini,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Malah, Fadhlullah berkata, pihaknya sedia memberi bantuan dengan menggerakkan pelbagai aktiviti dan program ke arah membangunkan pelajar atau remaja yang bermanfaat untuk kebaikan negara ini termasuk aksi-aksi lasak yang diminati remaja.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyebaran beberapa video gejala buli dalam kalangan pelajar yang dipercayai berlaku di asrama-asrama sekolah. – mynewshub.cc
TOP
Seminar Saham Perkasa Bumiputera Yang Dinantikan
seminar pelaburan saham
Dato’ Dr. Nazri Khan Adam, pakar pelaburan saham yang banyak terlibat dalam seminar saham tempatan.
SETELAH berjaya menarik kira-kira 7,000 peserta menerusi 11 kali program, mentor pelaburan saham No.1 di Malaysia, Mohd. Asri Ahmad sekali lagi muncul untuk siri berikutnya dalam Seminar Dunia Pelaburan Saham yang akan menjelajah ke banyak tempat tidak lama lagi.
Seminar Dunia Pelaburan Saham
Program tersebut khusus untuk memperkasakan penyertaan pelabur bumiputera yang belum luas dalam bidang saham di Malaysia serta masih dikuasai pemain-pemain bukan bumiputera selain mengukuhkan inisiatif pertumbuhan pelabur Bumiputera di Malaysia. Ia juga adalah selaras dengan agenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam ucapan beliau semasa pembentangan Bajet 2014 dalam usaha memperkasakan kuasa ekonomi Bumiputra melalui penglibatan aktif pegangan ekuiti tempatan. Sehubungan itu, penganjur program tersebut akan mengadakan sidang akhbar bagi memaklumkan seminar berkenaan di Dewan Wawasan, Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur pukul 12 tengah hari esok. Sidang media tersebut akan dibuat oleh Naib Presiden Pertama Ketua Strategi Peruncitan Affin Hwang Capital, Datuk Dr. Mohd. Nazri Khan Adam yang juga terlibat dalam program seminar bersama-sama dengan ikon saham, Tuan Haji Mohd. Asri.
Untuk maklumat lanjut mengenai seminar ini, sila hubungi Pengurus Besar Program, Cik Lyna Othman di talian 019-2209261.

Air Empangan Terpaksa Dilepaskan Kerana Cecah Tahap Kritikal
KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa melepaskan air secara bertahap kerana paras air di Empangan Sultan Abu Bakar Cameron Highlands, Pahang mencecah tahap kritikal dalam masa yang singkat akibat hujan lebat semalam.
Pengurus Besar Stesen-stesen Janaelektrik TNB Cameron Highlands, Ir. Mohd. Zaki Jalaluddin berkata, hujan lebat luar biasa itu menyebabkan banjir kilat di Ringlet yang membawa bebanan sampah ke Tasik Ringlet menyebabkan paras tasik Ringlet mencecah tujuh kaki hanya dalam tempoh sejam
“Kenaikan air ini adalah jauh lebih tinggi berbanding paras tiga kaki sejam ketika kejadian banjir lumpur tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Zaki berkata, TNB membunyikan siren di Lembah Bertam pukul 8.15 malam semalam untuk arahan perpindahan penduduk apabila paras air berada pada 3507.4 kaki dan siren di Empangan Sultan Abu Bakar pula dibunyikan pukul 8.40 malam.
Bagaimanapun, katanya, TNB telah memaklumkan kepada pihak keselamatan, pihak berkuasa tempatan dan ketua kampung Lembah Bertam sebelum air dari empangan terbabit dilepaskan pada aras 3,510 kaki.
“Pelepasan air ini dibuat setelah mendapat maklum balas daripada Balai Polis Ringlet bahawa pengungsian telah selesai dan pelepasan air boleh dilaksanakan
“Kami bersyukur kerana pengungsian berjalan dengan lancar hasil daripada latihan yang dilaksanakan dalam tempoh setahun ini,” katanya.
Beliau memaklumkan, ramalan hujan menyatakan hujan akan turun selama beberapa hari lagi maka air empangan terpaksa terus dilepaskan sehingga ia turun ke paras selamat.
Justeru, beliau, menasihatkan penduduk di kawasanterlibat supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan dalam situasi itu.
Media semalam melaporkan penduduk di tebing Sungai Bertam diarahkan berpindah mulai petang semalam apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.
Terdahulu, hujan lebat selama sejam petang semalam menyebabkan kejadian banjir dan tanah runtuh, mengakibatkan seorang pekerja ladang warganegara Nepal berusia 47 tahun maut apabila rumah kongsinya ditimbus tanah di Ulu Merah.
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun pula dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan arus deras di Sungai Telom, Kuala Terla. – mynewshub.cc
TOP
Asus Padfone S:Snapdragon 801, Kamera 13-MP, LTE Pada Harga Hanya RM899
Asus Malaysia kali ini telah memperkenalkan telefon pintar murah yang berprestasi tinggi yang dan amat menarik untuk di beli.
Asus Padfone S mempunyai skrin bersaiz 5-inci dengan paparan Full HD, cip pemprosesan Snapdragon 801,Quad-core 2.3 GHz Krait 400, kamera belakang 13-megapixel, dan turut dilengkapi dengan sokongan LTE serta NFC. Disamping itu, peranti ini turut menyertakan memori 2GB RAM,kamera hadapan 2-megapixel, ruangan mikro-SD, dan Android 4.4 KitKat.
Pihak Asus turut melengkapkan peranti ini dengan paparan ZenUI yang mana membawakan beberapa ciri-ciri tambahan untuk pengguna seperti Do It Later dan sebagainya.
Memandangkan Asus menawarkan spesifikasi peranti flagship pada harga yang rendah, tidak mustahil untuk pihak Asus menerima permintaan yang tinggi untuk peranti ini.-Siakapkeli.com.my
Rujukan-amanz dan gsmarena
TOP
Penganjur Pameran Ular Mohon Maaf Kepada Kerajaan Kelantan
KOTA BHARU - Penganjur pertunjukan 'Gadis Ular' hari ini memohon maaf kepada kerajaan negeri kelantan kerana gagal mematuhi syarat yang telah di tetapkan.
Wakil syarikat The Chamers, Mohd Amir Hasan berkata pihaknya akan memastikan selepas ini aktiviti pameran dan perjunjukan mereka mengikut syarat yang telah di tetapkan termasuk memastikan 'Gadis Ular' menutup aurat.
Wakilnya, Mohd Amir Hasan berkata, pihaknya akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan termasuk memastikan wanita berkenaan menutup aurat.
Semalam Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menutup pertunjukan itu sekiranya wanita berkenaan gagal menutup aurat.
Pameran dan pertunjukan Ular itu yang bermula Isnin lepas berlangsung di Muzium Negeri Kelantan selama sebulan.
Dalam pertunjukan gadis ular tersebut Gadis berkenaan, Rahila Abdul Rahman, 28, Tinggal didalam bilik kaca selama 70 ekor ular berbisa selama 12 jam.
Rahiza berkata, dia tetap bersemangat untuk mengadakan pertunjukkan sekalipun menerima kritikan kerana tidak menutup auratnya.
"Saya akan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri selepas ini," Kata Rohaiza-Siakapkeli.com.my
TOP
KBS Lantik Peguam Tekenal Bantu Dato LCW
KEMENTERIAN Belia dan Sukan hari ini telah mendapatkan khidmat seorang peguam sukan terkemuka untuk membantu kes yang melibatkan seorang daripada atlet terkenal negara kita yang didakwa positif ujian doping baru-baru ini.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, beliau telah berhubung dengan Mike Morgan, dengan keputusan ujian sampel B dijangka diketahui hari ini.
"Jika sampel B didapati masih positif dadah, Mike akan menyediakan mitigasi bagi memastikan hukuman minimum terhadap atlet berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu program di anjurkan isteri-isteri wakil rakyat Barisan Nasional di Kuala Lumpur hari ini.
Morgan adalah salah seorang dari 20 perguan sukan yang paling berpengaruh dan telah merangka peraturan disiplin untuk siasatan anti-doping
Khairy bagaimanapun menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah melindungi identiti atlet berkenaan, Sebaliknya beliau sengaja tidak menyebut nama atlit tersebut sekirangnya masih belum terbukti beliau salah kerana menunggu pengumuman rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
"Ujian (sampel B) itu dijalankan semalam. Kami masih menunggu keputusan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Anti-Doping (ADAMS) kerana mereka perlu mengesahkan keputusan itu.
"Selepas BWF mendapat keputusan, mereka akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pengurusan keputusan untuk buat sebarang pengumuman berkenaan apa yang telah berlaku. Itu prosedurnya," kata Khairy.
Media tempatan pada Selasa, melaporkan Dato Lee Chong Wei telah berlepas ke Norway malam Isnin bagi menyaksikan sendiri proses membuka botol untuk ujian sampel B di sebuah makmal di negara berkenaan.
Beliau ditemani Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dan Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh. - Siakapkeli.com.my
TOP
Perkembangan Terkini Banjir Di Cameron Highland
CAMERON HIGHLAND: Polis mengesahkan tiga maut manakala seorang lagi dikhuatiri lemas dalam kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur di Ringlet dan Kampung Raja di sini.
Polis turut mengesahkan beberapa lagi turut cedera.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mereka yang maut ialah lelaki warga Nepal dikenali sebagai Mohd Yusuf, 66, yang tinggal di rumah kongsi berhampiran kebun sayur di Hulu Merah, Ringlet.
Pihak Penyelamat masih meneruskan operasi bagi mencari 2 orang mangsa warga indonesia yang masih tertimbus di rumah kongsi yang ranap di badai tanah runtuh. Setakat ini pihak penyelamat masih belum menjumpai kedua-dua mangsa.Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kira-kira 40 anggota pasukan mencari dan menyelamat sehingga petang tadi belum menemui mangsa. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagaimanapun terpaksa di hentikan pukul 5 sebentar tadi kerana cuaca buruk. -Siakapkeli.com.my

Telur Jadi Kuat Seperti Batu Selepas Di cat
Sungguh hebat dan menarik apabila sebiji telur yang di spray dengan cat ini membuatkn telur tersebut keras seperti batu dan tidak pecah walaupun di jatuhkan dari tempat yang tinggi.Hebatkan,ini bukan rekaan tapi ini adalah satu teknologi yang telah diperkenalkan dan sudah di gunakan tanpa kita mengetahui.
Cat yang bernama Line-X ini telah di uji dengan semua benda-benda lembut seperti buah tembikai,piring seramik,bata pasir dan di jatuhkan dari tempat yang tinggi.Di bawah adalah gambar di mana seorang ahli gusti sumo berdiri di atas gelas plastik pakai buang yang telah di spray cat line-x.
Selepas memijak gelas tersebut beliau berjaya berdiri di atasnya tanpa merosakkan lansung struktur gelas plastik itu.
Cat ini telah barjaya menarik perhatian ramai syarikat besar untuk menggunakannya seperti syarikat kereta,pihak tentera laut Amarika Syarikat untuk di cat pada kapal selam.Kehabatan cat ini telah menarik perhatian majalah-majalah berkaitan dengan permotoran seperti Motor Trend, Truckin, Sport Truck, Street Trucks, Petersons 4-Wheel dan Offroad.
Sebuah kereta keluaran JEEP yang menggunakan Line-X
Produk hebat ini jugak boleh di gunakan sebagai cat rumah untuk rumah lebih kukuh apadila di landa bencana alam seperti gempa bumi atau pun sebagai bilik kebal yang tidak musnah apabila terkena letupan bom.Salah satu bagunan yang telah menggunakan cat ini ialah bagunan kementerian pertahanan Amarika Syarikat,Pentagon.
Memang hebat dan menarik.Jadi kepada pembaca Siakapkeli kalau nak telefon anda selamat dan tidak pecah skrin apabila jatuh spray la cat ini okay.huhuhu -Siakapkeli.com.my

iPhone Seterusnya Dikatakan Bakal Dilengkapi Dengan Paparan 3D
Laman web media dari Taiwan, Economic Daily News melaporkan Apple mungkin akan memperkenalkan paparan 3D tanpa penggunaan kacamata pada keluaran iPhone seterusnya pada tahun hadapan. Laman web itu turut melaporkan bahawa Apple kini sedang membangunan sebuah 'ekosistem hardware dan software' 3D.
Economic Daily News juga menyatakan bahawa paparan 3D ini tidak boleh dibina dengan menggunakan teknologi sesentuh yang Apple telah gunakan sejak dari pelancaran iPhone 5.
Laman web itu mendakwa Apple akan meminta bantuan dari pembekal skrin sesentuh, TPK, untuk membantu dalam menghasilkan teknologi yang baru ini untuk generasi iPhone yang akan datang. - Siakapkeli.com.my
TOP
Bandaraya Terapung. Adakah akan menjadi kenyataan?
SOUTHAMPTON: Sebuah syarikat inovasi di Britain percaya,mereka akan berjaya membina bangunan terapung ini boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan masa depan di laut.
Dengan rekaan 11 dek sesuai untuk di jadikan tempat kediaman dengan permandangan tinjau 360 darjah.Bandar terapung ini juga mempunyai empat tempat pendaratan helikopter yang membolehkan penghuninya kedarat. Selain itu, ciri bandar ini yang lain ialah ia mempunyai beberapa kolam renang,ruang rekrasi yang luas mempunyai padang bola dan kemudahan sukan yang lain.
Projek yang di beri nama "Utopia Project" ini didedahkan ketika berlansungnya pameran kapal layar dunia di Monaco baru-baru ini. Perekanya,Nigel Gee, dari Southampton, masih belum meletakkan harga pulau terapung itu atau menentukan jenis pelanggan yang mungkin berminat untuk membelinya. Menutut Nigel Gee,"Ia direka untuk terapung pada empat platform, setiap satu dilengkapi dengan penujah bagi membolehkan keseluruhan pulau terapung ini stabil, walaupun di laut yang bergelora.Mampu untuk bergerak dengan perlahan, ia terbentang selebar 65 meter di atas permukaan laut, menyediakan dek meninjau 13 tingkat untuk pelawat dengan pemandangan panoramik."
"'Di bawahnya, dek ruang utama penempatan dan perkhidmatan, yang boleh menempatkan kedai, bar dan restoran, akan dilitupi dengan kanopi yang boleh ditutup dan dibuka." Pengarah Yatch Design, James Roy percaya, rekaan ini mencabar kepercayaan terhadap seni bina tradisional mengenai pengangkutan laut. Beliau berkata: “Wawasan mengenai masa depan sentiasa dikekang oleh kebiasaan dengan yang ada ketika ini atau gambaran pada yang lalu. “Banyak yang dihasilkan dalam masyarakat pereka hari ini bermula di atas sekeping kertas kosong. Tetapi banyak, jika tidak semua konsep kapal mewah merujuk kepada bentuk tradisional. “Kerana tanggapan bahawa sebuah kapal mewah mesti berbentuk pengangkutan, ia serta merta mengekang ilham pereka. “Utopia bukan objek pengangkutan. Ia sebaliknya adalah tempat, sebuah pulau yang diwujudkan untuk sesiapa saja, yang ada wawasan untuk mencipta tempat seumpama itu.”
James berkata, rekaan yang dihasilkan bersama dengan Yacht Island Design, mempamerkan bagaimana syarikat itu, yang tertumpu kepada pembinaan kapal mewah, kapal komersial dan tentera laut, menggunakan teknologi canggih bagi membawa sesuatu yang baru ke dalam industri itu. “Dengan merintis idea rekaan seperti Utopia adalah jenis projek yang menjadi kemahiran kumpulan kami. “Pendekatan pemikiran ke hadapan dan pengalaman kejuruteraan canggih yang tidak ada tandingan membolehkan kami bekerjasama rapat dengan pereka dan syarikat membuat kapal serta menjelmakan idea - Siakapkeli.com.my

80% Isi Rumah Malaysia Dibebani Hutang, Kebanyakannya Kerana Pinjaman Rumah - Najib
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui 80% dari isi rumah di Malaysia hidup di dalam bebanan hutang. Menurut beliau, sebahagian besar dari jumlah itu adalah kerana pinjaman rumah.
Beliau berkata sebahagian besar daripada hutang isi rumah adalah untuk membeli rumah, yang mana nilainya akan terus menaik.
Najib menegaskan, walaupun beban hutang itu disokong oleh aset yang kukuh, kerajaan perlu mengawal hutang isu rumah supaya tidak meningkat ke satu paras yang tinggi sementara kerajaan cuba untuk meningkatkan pendapatan rakyat.
Najib, yang juga Menteri Kewangan dipetik ketika menjawab soalan dari Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang bertanya apakah solusi kepada masalah hutang negara dan kos sara hidup yang tinggi. - Siakapkeli.com.my
TOP
Lelaki 'Lalok Dadah' Disambar Api Ketika Bakar Kereta Adik
Marang: Seorang lelaki yang dipercayai sedang `lalok’ dadah disambar api ketika membakar kereta Perodua Myvi milik adik perempuannya di Bukit Payong, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, suspek berusia 39 tahun turut membakar motosikal Yamaha Lagenda miliknya.
Suspek dipercayai bertindak sedemikian selepas berlaku perselisihan faham dengan adik perempuannya selepas mangsa enggan memberikan wang kepadanya.
Kegagalan mangsa menyebabkan suspek naik angin sebelum bertindak membakar kereta mangsa dan motosikal miliknya.
Malah, suspek turut mengacukan sebilah parang ke arah adiknya selepas mangsa cuba menghalang perbuatan suspek.
Namun, tindakan suspek mengundang padah apabila dia turut disambar api sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang Deputi Risikin Satiman yang dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian. - Harian Metro
TOP
PM Belanda Iri Hati Dengan Ekonomi Malaysia - Najib
Kuala Lumpur, 6 Nov - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata rakan sejawatannya dari Belanda, Mark Rutte, iri hati dengan perkembangan ekonomi di Malaysia.
Menurut Najib, Rutte memberitahunya ketika perjumpaan terbaru antara mereka yang bertujuan untuk membincangkan perihal situasi ekonomi kedua-dua buah negara, memetik laporan dari TheRakyatPost.
"Apabila saya bertemu dengan Perdana Menteri Belanda semalam, dia berkata ekonomi Malaysia lebih baik. Saya ulang balik cara dia ungkapkannya: 'Saya iri hati dengan pembangunan ekonomi kamu'".
"Nisbah hutang negara masih di 53% dan ianya merupakan antara yang terrendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain, dan saya tidak melihat bagaimana perkara ini mampu mengancam ekonomi negara". katanya lagi.
Najib juga menyatakan pembangunan ekonomi negara merupakan antara yang tertinggi diantara negara-negara Asean dan merupakan salah satu yang terbaik di dunia. - Siakapkeli.com.my
TOP
Banjir Ringlet: Tiga terkorban, empat cedera
Cameron Highlands: Polis mengesahkan setakat ini seramai tiga mangsa terkorban dan empat cedera dalam kejadian banjir kilat serta tanah runtuh di tiga kawasan membabitkan Kampung Baru Ringlet, Kuala Terla, Ulu Merah dan Lembah Bertam di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, ketiga-tiga mayat mangsa sudah ditemui secara berperingkat bermula jam 8.30 malam tadi dan mayat terakhir dijumpai kira-kira jam 8.20 pagi tadi.
Menurutnya, kejadian membabitkan empat insiden iaitu banjir kilat di Kampung Baru Ringlet dan Batu 49 Kuala Terla, tanah runtuh di Ulu Merah dan Lembah Bertam serta pelepasan air Empangan Sultan Abu Bakar di Lembah Bertam hingga mengakibatkan perpindahan penduduk dilakukan.
"Mangsa pertama yang maut ditemui pada jam 8.30 malam adalah seorang warga Nepal dikenali sebagai Md Yousuf Miya, 66, dan dikesan tertimbus dalam runtuhan tanah yang menimbus rumah kongsinya di Ulu Merah.
"Rakan mangsa warga Indonesia dikenali sebagai Iswandi, 47, yang berada di rumah kongsi berkenaan pula cedera parah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, mangsa kedua membabitkan remaja berusia 13 tahun dikenali sebagai R Tunesh yang ditemui jam 8.45 pagi tersangkut pada tebing sungai kira-kira lima kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh di Batu 49 Kuala Terla.
"Mangsa ketiga ditemui pada jam 9.20 pagi di Lembah Bertam dalam rumah kongsi yang tertimbus akibat tanah runtuh.
"Mangsa warga Indonesia dikenali sebagai Anipan, 48 ditemui tertimbus kira-kira 1 meter dalam tanah yang runtuh," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, setakat ini operasi mencari dan menyelamat mangsa yang bermula dari malam tadi dihentikan pada jam 10.30 pagi tadi kerana tiada lagi laporan kehilangan mangsa atau mangsa terperangkap.
"Bagaimanapun, pemantauan masih dilakukan terutama di Lembah Bertam kerana pelepasan air Empangan Sultan Abu Bakar masih dilakukan.
"Setakat jam 11 pagi paras air di empangan berada pada ketinggian 1,051 meter iaitu paras selamat, namun masih belum stabil dan air mula dilepaskan bermula jam 9.30 malam tadi selepas berada pada tahap bahaya iaitu 1,052 meter," katanya.
Menurutnya, tahap tertinggi air di empangan terbabit pada malam tadi adala pada paras 1053 meter. - Harian Metro
TOP
Lelaki Maut Jatuh Kondo,Tulang-tulang remuk
Mayat Tan terbaring di depan kondo.Foto harian Metro
KUALA LUMPUR: Orang ramai di kawasan sebuah kondominium dalam kawasan Damansara Utama semalam terkejut apabila menjumpai mayat seorang lelaki yang dalam keadaan amat tragis terbaring di atas jalan di depan kondo tersebut. Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, mangsa dikenali sebagai Tan Kheng Hua, 47, yang berasal daripada Kelana Jaya maut akibat kecederaan parah di seluruh badan dan kepala Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mengesahkan pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.14 pagi dan bergegas ke tempat kejian. Pihak polis mengesahkan, siasatan awal mereka mangsa mati akibat jatuh dari kondominium tersebut "Polis masih menyiasat punca kejadian sama ada terdapat unsur jenayah atau mangsa terjun membunuh diri. "Setakat ini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes kematian mengejut (SDR). Mangsa didapati mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan badan," katanya ketika dihubungi, semalam.-Siakapkeli.com.my

Rakyat Mexico Desak Kerajaan Cari 43 Pelajar Yang Hilang
Orang ramai memegang poster memaparkan gambar 43 pelajar yang hilang dari Ayotzinapa, ketika demonstrasi mendesak maklumat mengenai kehilangan mereka di bandaraya Mexico semalam. - Foto AFP
BANDARAYA MEXICO – Beribu-ribu penunjuk perasaan berarak di jalan raya utama di sini petang semalam bagi mendesak kerajaan supaya membebaskan 43 pelajar yang hilang sejak bulan lalu selepas pihak berkuasa menahan suspek utama dalam kes berkenaan. Penunjuk perasaan melaungkan ungkapan “mereka ambil pelajar itu hidup-hidup, dan kami mahu mereka balik hidup-hidup” sambil memegang kain rentang gergasi yang memaparkan wajah kesemua 43 pelajar kolej itu. Kehilangan pelajar berkenaan mencetuskan kemarahan di peringkat antarabangsa dan menyebabkan tamparan hebat terhadap kerajaan pimpinan Presiden, Enrique Pena Nieto. Selepas sebulan kes itu, bekas Datuk Bandar Iguala, Jose Luis Abarca dan isterinya, Maria de Los Angeles Pineda, kelmarin. Penahanan pasangan itu memberikan harapan bagi mencari petunjuk di mana lokasi pelajar berkenaan selepas kira-kira enam minggu berikutan serangan anggota polis Iguala yang dikaitkan dengan ahli kumpulan Guerreros Unidos. Bagaimanapun, penunjuk perasaan dan ibu bapa pelajar yang hilang berkata, penahanan berkenaan tidak mencukupi. “Kemarahan akibat kehilangan 43 pelajar ini masih belum reda biarpun selepas penahanan Abarca,” kata Timbalan Pengarah Kolej Latihan Perguruan, Bardomiano Martinez. – AFP

Polis Sudah Kenal Pasti Pembuli "Singlet Hitam"
KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti remaja yang memakai singlet hitam yang menjadi perbualan hangat di facebook baru-baru ini.
Penolong Ketua Urus Setia KPN(Komunikasi Koperat) ibu pejabat polis Bukit Aman Datin Asmawati Ahmad,Berkata kejadian tersebut adalah kejadian lama yang barlaku di Pontian,Johor pada tahun 2010.
"Hasil semakan pihak sekolah pelajar tersebut telah lama di buang sekolah iaitu pada ogos 2011 kerana masalah disiplin.
"Beberapa suspek lain dan mangsa sudah dikenal pasti,Bagaimanapun pihak polis belum menerima sebarang laporan daripada mangsa ataupun keluarga dan pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak tentang kejadian ini.
Pihak sekolah tersebut hanya baru mengetahui selepas video tersebut tersebar luas di laman sosial dan menjadi perbincangan hangat seluruh negara.
Baru-baru ini pengguna laman sosial begitu terkejut dan marah dengan kejadian ini dan berharap pihak polis dapat menyelesaikan kes ini dengan membawa pembuli-pembuli ke muka pengadilan.-Siakapkeli.com.my
TOP
Kawasan Masjid Al-Aqsa diceroboh Bangsa yahudi
Harini rabi dan rakyat negara haram Israel telah menceroboh Masjid Al Aqsa secara beramai-ramai dan telah merosakkan harta benda yang terdapat di dalam Masjid Al Aqsa,Subhanallah.
Mereka akan memakai topeng 'Yehuda Glick' sebagai tanda solidariti kepadanya sebagai seorang aktivis berbangsa Yahudi yang konsisten memperjuangkan hak Yahudi untuk memiliki Masjid Al Aqsa dengan di lindungi oleh 300 orang tentera Israel laknatullah dan menyebabkan perbalahan dengan jemaah di Masjid..
Kelihatan rakyat israel dengan selamba menceroboh kawasan masjid Al Aqsa.Bagi admin ini sungguh biadap
Provokasi in telah menyebabkan ramai umat islam yang berada di Masjid tersebut cedera dan banyak harta benda telah rosak.
Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour menegaskan perbuatan Israel secara sengaja itu bertujuan memperlihatkan cengkaman berterusan mereka untuk menguasai kawasan berkenaan.
Dalam suratnya kepada Majlis Keselamatan, Mansour menegaskan jemaah di Masjid Al-Aqsa terkejut dengan letupan bom tangan dan tembakan peluru getah yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 30 orang cedera parah dan seorang jemaah gugur syahid.
Ada juga terdapat ura-ura mengatakan puak-puak yahudi yang menceroboh ini berhasrat mahu membina kuil di dalam kawasan masjid Al Aqsa.
Manurut info daripada page Aman Palestin masjid Al Aqsa sekarang dalam keadaan yang amat berbahaya
Selain itu penduduk-penduduk islam juga di halang dari memasuki kawasan masjid oleh tentera israel.
Kita rakyat malaysia bersama-sama berdoa akan keselamatan saudara islam disana selamat dan Masjid Al Aqsa terpelihara.Amin.-Siakapkeli.com.my

Mufti Kelantan Tegur Perbuatan Membogelkan Remaja Curi Motor
KOTA BARU, 6 Nov: Mufti Kelantan menegur perbuatan membogelkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun kerana dipercayai cuba mencuri sebuah motosikal di Masjid Pau Lima, Binjai pada Selasa lepas.
Datuk Muhammad Shukri Muhamad berkata, mereka yang membogelkan remaja berkenaan telah melanggar apa yang diajar oleh Islam agar tidak menjatuhkan maruah seseorang walaupun dia sudah melakukan kesilapan.
"Sebagai seorang Muslim kita berpegang kepala ajaran Islam yang mulia dan ia ditunjukkan melalui tindakan kita, walaupun remaja itu telah melakukan jenayah, orang-orang yang telah menangkapnya juga melakukan jenayah dengan membogelkannya," kata Muhamad Shukri.
Dia diminta memberi komen berkenaan kes pelajar tingkatan tiga tersebut yang mana telah ditangkap ketika cuba mencuri sebuah motosikal pada 8.15 malam di sebuah masjid.
Selain dari dipukul, orang ramai juga memaksanya supaya duduk secara bogel diatas motosikal supaya boleh dilihat oleh semua orang. - Siakapkeli.com.my
TOP
Malaysia Upah Lebih 57,700 Pekerja Nepal Dalam Masa Tiga Bulan Lepas
KATHMANDU: Permintaan bagi pekerja Nepal di Malaysia dan beberapa negara Teluk meningkat lebih daripada 33 peratus dalam tempoh tiga bulan lepas.
Laporan suku tahunan daripada Jabatan Pekerjaan Asing Nepal menunjukkan 129,410 rakyat Nepal yang mencari kerja berlepas ke luar negara sejak pertengahan Julai hingga pertengahan Oktober.
"Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 33 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas," kata laporan itu.
Sebanyak 97,180 rakyat Nepal meninggalkan negara ini untuk bekerja di luar negara pada suku pertama tahun fiskal yang lepas.
Malaysia, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah destinasi utama bagi pekerja Nepal, kata laporan itu.
"Walaupun musim perayaan, jumlah pekerja ke luar negara meningkat terutamanya atas permintaan di negara-negara yang menjadi hos," katanya.
Malaysia menerima 57,796 pekerja Nepal dalam tempoh tiga bulan lepas, meningkat daripada 23,127 dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Dalam tempoh yang sama, sebanyak 27,934 rakyat Nepal diambil bekerja oleh Qatar, 21,862 orang oleh UAE dan 13,716 oleh Arab Saudi.
Malaysia akhir-akhir ini telah muncul sebagai destinasi pilihan bagi pekerja Nepal,menurut laporan tersebut.
Lebih 500,000 warga Nepal kini bekerja di Malaysia.- mstar online
TOP
Utara Sarawak Bergelap
MIRI: Sebahagian besar utara Sarawak bergelap apabila bekalan elektrik terputus kira-kira pukul 10.15 malam Khamis menyebabkan kira-kira setengah juta penduduk terjejas.
Insiden itu dilaporkan berlaku di bandar raya Miri yang menjejaskan 350,000 penduduk selain beberapa kawasan di sepanjang laluan menuju sempadan Sarawak-Brunei.
Turut terjejas penduduk di beberapa kawasan di daerah Lambir dan Batu Niah yang mempunyai 150,000 penduduk dan beberapa bahagian di Bintulu.
Pegawai kanan Sarawak Energy Bhd memberitahu The Star bahawa pasukan teknikal sedang berusaha untuk mengesan punca yang menyebabkan bekalan elektrik terputus.
Ribut petir melanda Miri sebelum insiden terputus bekalan elektrik berlaku.
Setakat ini, bahagian selatan dan tengah Sarawak tidak terjejas.- mstar online
TOP
Anwar Mungkin Didakwa Hina Mahkamah Persekutuan
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan didakwa atas tuduhan menghina mahkamah yang bersidang mendengar rayuan terakhir kes liwatnya selepas beliau mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa Mahkamah Persekutuan tidak bebas dan menjadi alat kerajaan.
Ketua Pendakwaraya rayuan kes liwat tersebut, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, Jabatan Peguam Negara sedang menilai kenyataan Ketua Pembangkang itu sebelum meneruskan prosiding di mahkamah.
"Saya cadangkan supaya kita tak campur aduk prosiding ini, agar ia berjalan dengan lancar.
"Tetapi Peguam Negara berkata perkara ini harus dikemukakan kepada mahkamah sebab menjadi tugas Jabatan Peguam Negara membangkitkan perkara ini supaya mahkamah dapat dilindungi.
"Sama ada kita akan ambil tindakan undang-undang...kita akan fikir balik selepas prosiding ini," katanya kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis.
Terdahulu ketika prosiding rayuan Anwar yang masuk hari ketujuh berlangsung, Muhammad Shafee memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa Ketua Pembangkang itu telah menghina mahkamah tersebut ketika bercakap kepada media, Selasa lalu.
Memetik laporan portal propembangkang, Malaysiakini dan portal berita, Malay Mail Online, Muhammad Shafee menyatakan, kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membayangkan Mahkamah Persekutuan tidak bebas dan merupakan alat kerajaan untuk memaksanya bersara.
"Beliau serang mahkamah. Beliau kata saya tidak akan bersara, tetapi beliau kata lagi, kalau beliau bersara mungkin mahkamah akan buang kes ini.
"Ini seolah-olah beliau menyarankan bahawa mahkamah, kerajaan dan pihak pendakwaan bersekongkol...bahawa mahkamah tidak adil dan tak ada integriti," katanya.
Sementara itu, Anwar yang ditemui pemberita kemudiaannya menyatakan kesediaan berhadapan dengan pendakwaan tersebut.
Bagaimanapun beliau berharap Jabatan Peguam Negara menunggu sehingga prosiding kes rayuan terakhirnya terhadap hukuman penjara lima tahun di atas kesalahan meliwat selesai.
"Mengenai cadangan pertuduhan baharu oleh Peguam Negara, tentunya akan dibincangkan dengan peguam setelah kes ini selesai. Satu-satu lah. Takkan nak dakwa saya serentak," katanya.
Dalam pada itu wakil peguam bela Anwar, Ramkarpal Singh berkata, pihaknya sedia menjawab mengenai isu yang dibangkitkan Peguam Negara itu.
"Kita tak jawab lagi berkenaan isu itu. Kita tangguh dahulu aduan yang dibuat DPP. Itu akan dibuat pada masa lain," katanya.- mstar online
TOP
PDRM Jadi Anggota Penyiasat Tragedi MH17
Mohamad Fuzi Harun.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjadi anggota Pasukan Penyiasat dari Malaysia untuk menjalankan siasatan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lalu. Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata beliau amat berbesar hati apabila pengumuman dibuat oleh pemimpin Belanda mengenai penyertaan Malaysia dalam siasatan nahas itu. Beliau berkata PDRM boleh memainkan peranan dalam siasatan terutama dalam aspek siasatan jenayah bagi menentukan pihak sebenar yang terlibat dalam serangan yang menyebabkan pesawat itu terhempas. "Kita berpendapat kita wajar jadi ahli kerana mangsa kita ramai dan pesawat itu adalah milik kita. Memang wajar agar kita diterima sebagai pasukan penyiasat bersama pasukan antarabangsa selain Netherlands, Australia, United Kingdom dan negara lain," katanya kepada pemberita di sini, Khamis. Pada Rabu, dalam satu sidang media bersama di Putrajaya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Belanda, Mark Rutte mengumumkan Malaysia dilantik sebagai anggota penuh dalam kumpulan penyiasat mengenai MH17 yang diketuai Belanda. Rutte bertemu Najib dalam lawatan kerja sehari ke negara ini dan ia merupakan lawatan pertama Rutte ke Malaysia selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Belanda pada 14 Oktober 2010. Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk bekerjasama rapat dalam penyiasatan nahas MH17 dan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan. Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di zon yang sedang bergolak. Pesawat itu antara lain membawa 193 warga Belanda dan 44 rakyat Malaysia dalam kalangan penumpang dan anak kapal. Semua mayat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa telah dikenal pasti. Mohamad Fuzi berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan mengumumkan jabatan PDRM yang bakal terlibat dalam siasatan itu.- mstar online

Gadis Ular Janji Tutup Aurat
KOTA BARU: The Chamers iaitu penganjur pertunjukan 'gadis ular' yang sedang berlangsung di Muzium Kelantan memohon maaf kerana gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.
Wakilnya Mohd Amir Hasan berkata pihaknya akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan termasuk memastikan wanita berkenaan menutup aurat.
"Kami ingin memohon maaf kepada kerajaan negeri dan juga pihak Muzium Kelantan di atas perkara ini," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Semalam Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menutup pertunjukan itu sekiranya wanita berkenaan gagal menutup aurat.
Pameran dan pertunjukan Ular itu yang bermula Isnin lepas bakal berlangsung selama sebulan.
Dalam pertunjukan itu, wanita berkenaan Rahiza Abdul Rahim, 28, atau dikenali dengan gelaran 'Baby Andryanna' berada di dalam sebuah bilik kaca bersama 60 ekor ular.
Dia berkata dia tetap bersemangat untuk mengadakan pertunjukkan sekalipun menerima kritikan kerana tidak menutup auratnya.
"Saya akan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri," katanya.- mstar online
TOP
Tak Hormati Alam Sekitar Punca Banjir Lumpur Berulang - Adnan
Ho Kia Hong membersihkan lumpur di sebelah keretanya yang tersadai akibat dibawa arus banjir kilat di Cameron Highlands, Khamis.
KUANTAN: Kejadian banjir lumpur yang melanda Lembah Bertam dan Ringlet di Cameron Highlands lewat petang Rabu sehingga mengorbankan tiga nyawa setakat ini, harus dijadikan iktibar kepada semua pihak agar menghormati alam sekitar dan tidak melakukan penerokaan secara berleluasa. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, walaupun kerajaan negeri sudah mengambil pelbagai langkah pencegahan namun atas kesilapan manusia yang alpa menyebabkan kejadian banjir lumpur yang pernah melanda kawasan berkenaan tahun lepas berulang kembali. "Semua pihak telah bersedia untuk hadapi banjir...TNB, pejabat daerah dan Polis Diraja Malaysia, mereka telah jalankan tugas sebaiknya. "Kita bukan nak lepas tangan...kerajaan negeri akan cuba bagi pelbagai bantuan sewajarnya termasuk bantuan kewangan dan memindahkan mangsa ke tempat yang lebih selamat. "Namun, untuk jangka masa panjang, kita tidak dapat lakukan lagi setakat ini sebab sudah hampir kesemua kawasan itu diteroka, pembangunan tidak teratur, hutan sudah botak dan ini yang menyebabkan banjir lumpur," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengiringi Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436 di Dewan Jubli Perak di sini, Khamis. Turut hadir, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, Setiusaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan barisan anggota mesyuarat kerajaan negeri. Adnan mengulas kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Ringlet, Cameron Highlands lewat petang Rabu yang mengakibatkan lebih 100 penduduk terpaksa dipindahkan dan tiga maut akibat bencana alam itu. Pada tahun lepas, akibat hujan berterusan, Tasik Ringlet di Lembah Bertam di sini melimpahkan air sehingga menyebabkan banjir lumpur dan mengorbankan empat nyawa serta merosakkan lebih daripada 100 buah rumah. Mengulas mengenai sama ada peningkatan penempatan baharu di kawasan Lembah Bertam menyumbang kepada berlakunya banjir lumpur semalam, Adnan berkata penduduk di situ terlalu 'sayangkan' rumah mereka sehingga enggan berpindah ke tempat lain. "Kita pernah nak pindahkan sekolah cina (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lembah Bertam) ke tempat lain, tapi mereka tak mahu. Mereka 'sayangkan' tempat itu. "Kita tak boleh nak buat apalah cuma kita nasihatkan kalau berlaku banjir pindahkan segera keluarga dan anak-anak mereka ke tingkat atas sekolah berkenaan," katanya. Pada majlis itu, pendakwah terkenal Datuk Kamaruddin Zakaria dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri dan beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, sepasang baju melayu, hadiah iringan dan sijil penghargaan.- mstar online

Rangka SOP Kemasukan Buku Agama Kristian Ke Sabah
Joseph Kurup.
KOTA KINABALU: Polis dan Jabatan Kastam akan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) mengenai bahan terbitan agama yang dibawa masuk ke Sabah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, SOP itu akan membolehkan gereja Sabah untuk membawa masuk bahan terbitan agama tanpa halangan. "Kami sedang berbincang dengan pihak berkuasa di samping Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam merangka SOP yang kita harap akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat," katanya selepas menyerahkan kira-kira 130 buku agama dan 290 cakera padat di Gereja Protestant di Sabah (PCS). Bahan terbitan agama itu dirampas oleh pegawai Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 25 Oktober. Ia dipercayai dibawa masuk oleh pekerja gereja PCS, Maklin Masiau dari Medan, Indonesia yang transit di KLIA sebelum berlepas ke Kota Kinabalu. Kurup berkata, selepas pemeriksaan dengan pegawai Kastam, beliau dimaklumkan bahawa bahan terbitan itu dirampas bukan kerana pengharaman penggunaan kalimah Allah. "Sebaliknya pegawai Kastam memberitahu bahawa terdapat sejumlah bahan terbitan dibawa masuk ke negara ini dan mereka mahu melakukan pemeriksaan lanjut. "Namun kami berharap dengan SOP tersebut, tiada lagi halangan kepada mana-mana gereja untuk membawa masuk bahan terbitan agama itu," katanya. Turut hadir adalah wakil dari pelbagai gereja di Sabah selain Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Johnson Tee.- mstar online

Najib Rakam Takziah Kepada Mangsa Di Cameron Highlands
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada mangsa kejadian tanah runtuh dan banjir kilat di Cameron Highlands pada Rabu.
Beliau turut menggesa semua pihak untuk lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan ekoran musim hujan sekarang.
"Saya mengucapkan takziah serta berkongsi rasa simpati atas kehilangan nyawa dan harta benda dalam kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands semalam.
"Sempena musim hujan yang melanda kini, saya menggesa semua pihak lebih berhati-hati dan berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan," katanya dalam tulisan terbarunya di laman Facebooknya pada Khamis.
Dalam kejadian itu, tiga orang disahkan maut dengan seorang pelajar lelaki, R. Punesh, 13, ditemui lemas di Sungai Terlom, Kampung Raja, manakala seorang pekerja kebun sayur warga Indonesia yang dikenali sebagai Anipan, 48, ditemui tertimbus di Lembah Bertam.
Seorang lagi mangsa, seorang pekerja kebun sayur warga Nepal, Md Yousuf Miya, 66, meninggal dunia selepas ditemui tertimbus di Jalan Ulu Merah, Ringlet.
Kejadian yang berpunca akibat hujan lebat itu, turut menjejaskan 203 penduduk yang terdiri daripada 47 keluarga di Kampung Baru dan Lembah Bertam yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet.- mstar online
TOP
10 Jalan Ditutup Sempena Istiadat Persandingan Mempelai Diraja
Majlis persandingan Tunku Ismail dan Cik Khaleeda akan berlangsung pada Sabtu ini.
JOHOR BARU: Sepuluh jalan utama di bandar raya ini akan ditutup kepada lalu lintas bersempena Majlis Istiadat Persandingan Mempelai Diraja, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Cik Khaleeda Bustaman di Istana Besar, Sabtu ini. Ketua Polis Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, ini bagi memastikan majlis bersejarah itu akan berjalan lancar. Jalan yang akan ditutup bermula pukul 5 petang sehingga tengah malam itu ialah persimpangan Jalan Tun Razak-Pantai Lido, susur Jalan Tun Razak-Pantai Lido, Lebuh Raya Pantai-Pantai Lido, lampu isyarat Country Garden, lampu Isyarat Hotel M-Suites, Jalan Thompson-Jalan Skudai Pantai Lido; Jalan Abu Bakar-Jalan Skudai Pantai Lido, Jalan Gertak Merah-Jalan Skudai Pantai Lido, persimpangan Tun Sri Lanang (Bangunan Lot1)- Lampu Isyarat Gertak Merah dan Jalan Molek-Lampu Isyarat Jalan Gertak Merah. Sementara itu, orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif ke pusat bandar raya iaitu Jalan Kolam Ayer, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Lingkaran Dalam/Susur Jalan Mahmoodiah, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Gertak Merah-Pusingan U ke Jalan Lingkaran Dalam dan Jalan Datin Halimah. "Mereka yang hendak pergi ke Hospital Sultanah Aminah diminta menggunakan Jalan Mahmoodiah manakala Bazar Karat yang diadakan di Jalan Wong Ah Fook juga akan ditutup pada hari itu," katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis. Sulaiman berkata, sejumlah 936 anggota dan 36 pegawai polis akan menjalani pelbagai jenis penugasan bagi istiadat tersebut termasuk pengiring, menjaga lalu lintas dan tugas-tugas keselamatan. Beliau menasihati jemputan ke majlis itu supaya tiba lebih awal bagi mengelakkan kesesakan. Orang ramai juga diminta mematuhi nasihat polis bagi memastikan kelancaran majlis tersebut. Yang dipertua Majlis Jumaah Diraja Datuk Abdul Rahim Ramli sebelum ini berkata orang ramai berpeluang melihat pasangan itu menaiki kereta tidak berbumbung yang akan bergerak dari Istana Bukit Serene ke Istana Besar, yang dijangka bermula 7.30 malam. Mereka boleh berhimpun di sepanjang jalan tiga kilometer itu dan menyaksikan perjalanan majlis menerusi skrin besar di Dataran Bandaraya di sini.- mstar online

Penggubal Undang-Undang Gesa Bank Negara Siasat Syarikat Pelaburan Emas
KUALA LUMPUR: Beberapa penggubal undang-undang menggesa Bank Negara menyiasat operasi sebuah syarikat pelaburan emas tempatan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang telah disenaraihitam.
Julian Tan (DAP-Stampin) berkata beliau telah menerima aduan daripada beberapa individu yang telah melabur dengan syarikat tersebut. (Global Peace Loving Family).
"Beberapa pelabur, terutama warga emas, telah melabur beribu-ribu ringgit dengan syarikat itu.
"Mereka kini bimbang kehilangan wang simpanan mereka," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada sidang media Khamis.
Syarikat itu, katanya, yang menjalankan operasi di sembilan pejabat di Sarawak dan lima di Semenanjung Malaysia memberi jaminan kepada pelabur pulangan RM56,000 selepas dua tahun melalui pembayaran yuran keahlian RM3,000 dan pelaburan.
Alice Lau Kiong Yieng (DAP-Lanang) berkata beliau telah didatangi oleh syarikat itu berserta janji bantuan kewangan untuk projek-projek komuniti rumah panjang jika beliau memberikan sokongan.
Bagaimanapun, beliau enggan berbuat demikian selepas bertanya dengan lebih lanjut tentang tentang kemampuan kewangannya untuk membantu dalam projek ini.
Sementara itu, Lim Lip Eng (DAP-Segambut) menggesa pihak berkuasa menyiasat syarikat itu memandangkan ia telah disenarai hitamkan oleh Bank Negara.
Beliau berkata syarikat itu akan mendapatkan naungan orang kenamaan tempatan dan ahli-ahli politik untuk acara-acara mereka dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelabur.
"Kita tidak mahu berulangnya kes YSLM di mana pengasasnya yang dibenarkan untuk meninggalkan negara ini hanya untuk ditangkap di Thailand baru-baru ini setelah beroperasi selama dua tahun," katanya.
Beliau menggesa mereka yang telah melabur tampil ke hadapan untuk membuat laporan dengan pihak berkuasa jika mereka telah ditipu.- mstar online
TOP
Cameron Highlands: Warga Emas Tidak Sangka Masih Hidup
CAMERON HIGHLANDS: Arus deras sehingga memecahkan pintu rumah menyebabkan seorang warga emas tidak menyangka akan terselamat daripada banjir lumpur di Cameron Highlands pada Rabu.
Demikian luahan seorang mangsa Leong Tee Chang, 65, dari Kampung Baru, Ringlet di sini.
Menceritakan detik cemas itu, Leong berkata apa yang terlintas di fikirannya ketika itu hanyalah untuk menyelamatkan isteri dan cucu perempuannya.
"Mereka tidak tahu berenang. Saya terpaksa menyelam beberapa minit dan menjunjung isteri untuk menyelamatkannya," katanya ketika ditemui Bernama, di sini, hari ini.
Katanya kesemua barangan di dalam rumah tidak sempat diselamatkan kecuali dompet yang berada dalam kocek seluar beliau.
K. Khumaresan, 40, dari Kampung Baru, Ringlet turut berkongsi detik cemas apabila terpaksa berpaut pada alang rumahnya selama 30 minit bagi menyelamatkan diri daripada dihanyutkan air.
"Saya dengar ada bunyi runtuhan, sebelum saya sempat bertindak, tiba-tiba dinding rumah saya runtuh, namun saya bersyukur kerana semua anggota keluarga berjaya menyelamatkan diri," katanya menambah hanya anak lelakinya cedera ringan kerana ditimpa almari.
Beliau berkata akibat banjir itu, keluarganya mengalami kerugian dianggarkan melebihi RM20,000.
Seorang lagi mangsa, Jamil Abdullah, 45, yang merupakan penjawat awam berkata kejadian itu adalah kali kedua menimpanya kerana beliau turut terlibat dalam kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam, tahun lepas.
Ekoran kejadian itu, beliau diberikan rumah baharu di Kampung Baru, Ringlet namun, kediaman baharunya itu pula menerima nasib yang sama.
"Lumpur memenuhi ruang rumah sehingga paras lutut. Semua peralatan elektrik saya rosak," katanya yang tinggal di kampung yang sama.
Dalam kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di kawasan Lembah Bertam dan Ringlet, di sini pada kira-kira 6.30 petang semalam, tiga termasuk seorang remaja lelaki berusia 13 tahun maut manakala lima cedera.
Pada tahun lepas, Tasik Ringlet di Lembah Bertam di sini melimpahkan air sehingga menyebabkan banjir lumpur dan mengorbankan empat nyawa serta merosakkan lebih daripada 100 buah rumah.- mstar online
TOP
10 Rumah Di Sik Rosak Teruk Dilanda Ribut
Gambar Hiasan
SIK: Sebanyak 10 buah rumah di lima kampung di daerah Sik rosak teruk terutama di bahagian bumbung setelah dilanda ribut petang Rabu. Kampung terbabit dalam kejadian kira-kira 5 petang itu adalah Kampung Carok Puyuh, Kampung Tanjong Setar, Kampung Belimbing, Kampung Tanjong Belit dan Kampung Tualang. Kebanyakan rumah yang dilanda ribut itu diterbangkan bumbungnya ketika kejadian. Tiada mangsa yang mengalami kecederaan. Mangsa ribut di Kampung Belimbing, Jah Jaafar, 98, berkata dia hanya menyedari kejadian itu apabila bumbung rumahnya diterbangkan ribut. "Saya tersedar rumah saya cerah dan terpandang bumbung rumah sudah hilang setelah ribut berhenti," katanya. Untuk membantu meringankan beban keluarga mangsa ribut itu, Pusat Khidmat Anggota Parlimen Sik menghulurkan bantuan bagi membaiki rumah mangsa seperti zink dan kayu selain bantuan makanan kepada mangsa ribut. Bagi Fandi Abd Rahman, 31, dia berterima kasih kepada Pejabat Anggota Parlimen Sik yang tampil membantu dengan memberikan zink dan kayu bagi membaiki rumah yang rosak akibat ribut petang Rabu. "Saya bersyukur kerana keluarga saya terselamat walaupun ribut begitu kencang menerbangkan bumbung rumah kami," katanya. Sementara itu, Pegawai Khas kepada Anggota Parlimen Sik Abd Kadir Che Ngah berkata sejak petang semalam, pihaknya mengeluarkan bantuan terutama bahan makanan kepada mangsa ribut. Katanya, pada Khamis bantuan bahan memperbaiki rumah seperti bumbung zink dan kayu dihantar ke rumah mangsa untuk diperbaiki secara gotong royong bersama jiran dan penduduk kampung terbabit.- mstar online

Tindakan PTPTN Senaraikan Nama Peminjam Dalam CCRIS Wajar - Khairy
Khairy Jamaluddin.
KUALA LUMPUR: Tindakan menyenaraikan nama peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membuat bayaran balik dalam Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) adalah wajar dan adil, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Beliau berkata tindakan itu munasabah memandangkan hanya dilakukan kepada mereka yang tidak pernah membuat bayaran balik melebihi tiga tahun daripada tarikh pembayaran bukannya semua peminjam. "Ia juga tidak melibatkan mereka yang masih mencari pekerjaan kerana baru keluar daripada universiti. Saya difahamkan PTPTN akan memberikan tempoh masa beberapa bulan kepada peminjam untuk membayar hutang sebelum disenaraikan dalam CCRIS," katanya. Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas merasmikan Program Tahunan Isteri-isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2014 di Stadium Putra di sini Khamis. Pada Rabu, Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah memberitahu bahawa perbadanan itu akan menyenaraikan 173,985 peminjam tegar iaitu mereka yang gagal membayar balik pinjaman selepas tiga tahun tamat pengajian dalam CCRIS dengan kerjasama Bank Negara, mulai 1 Januari 2015. Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata tindakan menyenaraihitamkan nama peminjam adalah perlu bagi memberi peluang kepada peminjam baharu untuk menikmati kemudahan itu. "Kita kena ingat PTPTN adalah tabung pusingan. Kalau tidak dibayar, pelajar akan datang tidak boleh mendapat kemudahan sama atau secara tidak langsung PTPT Nterpaksa mengurangkan pembiayaan kerana keengganan peminjam membuat pembayaran balik," katanya. Sehubungan itu, beliau menasihatkan peminjam yang masih tidak membuat bayaran walaupun sesen setelah tiga hingga lima tahun tamat pengajian untuk meluangkan masa ke kaunter PTPTN bagi urusan pembayaran balik. "PTPTN pun dah kata kalau nak bayar sekurang-kurangnya RM100 pun tak apa dan mereka tidak akan senaraikan dalam CCRIS," katanya. Sementara itu, Khairy berkata beliau telah meminta sayap parti di Selangor untuk meningkatkan usaha memperbaiki kelemahan parti di negeri itu selepas tewas dalam dua pilihan raya umum berturut-turut. - mstar online

Dana Tambahan RM40 Untuk Hentikan Banjir Lumpur - Palanivel
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bertam Valley terpaksa ditutup akibat limpahan deras dan merbahaya air Sungai Bertam ekoran banjir lumpur dan tanah runtuh yang berlaku di Lembah Bertam, Cameron Highlands pada Rabu. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memohon peruntukan tambahan sebanyak RM40 juta untuk mendalamkan Sungai Ringlet dan mengukuhkan benteng sungai itu dalam usaha mencegah insiden banjir lumpur pada masa akan datang. Menterinya, Datuk Seri G.Palanivel berkata, ia adalah peruntukan tambahan kepada permintaan terdahulu iaitu sebanyak RM40 juta untuk menjalankan kerja-kerja yang serupa di Lembah Bertam yang dilanda banjir lumpur pada 23 Oktober tahun lalu. "Saya telah meminta sejumlah peruntukan untuk digunakan bagi mendalamkan sungai dan menanam pokok di sepanjang tebing sungai. "Sebagai langkah segera, kami akan memindahkan mangsa ke lokasi selamat dan terdapat penempatan sementara di dewan orang ramai," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis. Ketika ditanya sekiranya banjir lumpur itu berpunca daripada aktiviti pembersihan tanah dan pembangunan melampau di kawasan itu, Palanivel berkata, itu bukan kesnya. "Itu mungkin terjadi dalam insiden di Lembah Bertam tetapi ia berbeza dengan di Ringlet. "Di sini masalah utama adalah air mengalir deras dari kawasan tinggi ke dalam sungai bukannya empangan selepas hujan lebat," katanya. Palanivel berkata, pegawai daerah turut diminta untuk memindahkan beberapa penduduk yang tinggal di sepanjang tebing sungai. "Saya tidak pasti sekiranya mereka itu penduduk setinggan tetapi saya telah berbincang dengan pejabat tanah untuk melihat sekiranya mereka boleh dipindahkan bagi memberi laluan kepada kita untuk membersihkan kawasan tersebut," katanya. Sekurang-kurangnya tiga maut selepas hujan lebat yang mengakibatkan dua insiden tanah runtuh dan banjir lumpur di beberapa kawasan di sini, Rabu.- mstar online

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Perairan Terengganu, Kelantan Sehingga Ahad
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran angin kencang timur laut dan laut bergelora dijangka berterusan di kawasan perairan Kelantan dan Terengganu mulai Jumaat sehingga Ahad ini.
Menurut kenyataan jabatan itu, keadaan sama juga diramal berlaku di kawasan perairan Samui dan Condore dalam tempoh yang sama.
Angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 dan 50 kmsj dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter di kawasan itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi serta sukan laut.
Sementara itu, angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 dan 50 kmsj yang diramal berlaku di kawasan perairan Phuket dijangka berterusan sehingga esok dan berbahaya kepada bot kecil, rekreasi serta sukan laut.
Selain itu, ribut petir di perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak (utara), Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah (Sandakan) dijangka berterusan sehingga lewat petang Khamis.- mstar online
TOP
Khazanah Janji Telus Dalam Penswastaan MAS
KUALA LUMPUR: Cabang pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd, berjanji untuk telus dalam proses penstrukturan semula Malaysian Airline System Bhd (MAS), malah selepas penswastaan syarikat penerbangan itu, kata Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti.
Pengurus Besar Perkhidmatan Korporatnya Lya Rahman berkata pemegang saham lama menyuarakan pandangan dan kebimbangan mereka, dan Khazanah wajar mengambil maklum mengenainya.
"Khazanah perlu telus dalam semula proses yang diambil, apa sahaja yang mereka lakukan memandangkan ia merupakan aset negara. Serahkan kepada Khazanah untuk menjalankan tugas mereka dan berdoa supaya usaha itu berjaya selepas usaha sebelum ini gagal," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung luar biasa MAS di Kelana Jaya dekat sini, Khamis.
Mengenai proses pengundian, beliau berkata tawaran Khazanah untuk mengambil alih baki saham yang tidak dimilikinya pada harga 27 sen, mendapat persetujuan daripada 93 peratus pemegang saham.
"Saya rasa pemegang saham mengetahui mereka patut menerima tawaran ini memandangkan jika proses ini tidak berjaya, mereka mungkin hilang segala-galanya," katanya.
Beliau berkata MSWG juga berpuas hati terhadap respons MAS terhadap soalan-soalan yang dianjurkan oleh pemegang saham.
"Mereka memberi respons yang baik," kata Lya.- mstar online
TOP
Dua Lelaki Tempatan Pintas Emel Ditahan
NIBONG TEBAL: Polis menahan dua lelaki yang dipercayai memintas emel pesanan pembekal kacang hazel dari Turki menyebabkan seorang usahawan kacang dari Lubnan kerugian RM694,000.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Wan Hassan Wan Ahmad berkata dua peniaga lelaki rakyat tempatan berusia 38 dan 42 tahun itu masing-masing ditahan di sini pada Isnin dan Rabu.
"Pada 24 September lepas, saudagar kacang berusia 32 tahun itu menghantar emel pesanan kacang hazel kepada pembekal di Turki tetapi tanpa disedarinya emel milik pembekal itu dipintas pihak tertentu yang mengarahkan lelaki terbabit membuat pembayaran ke satu akaun perniagaan melalui sebuah bank tempatan di Nibong Tebal.
"Menerusi emel pihak tertentu itu mendakwa mereka adalah anak syarikat pembekal di Turki dan mangsa yang mempercayainya terus memindahkan wang RM694,000 ke akaun terbabit. Transaksi itu menggunakan mata wang USD," katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.
Beliau berkata mangsa hanya menyedari wang itu dimasukkan ke akaun pihak lain selepas dimaklumkan pembekal yang mendakwa belum menerima pembayaran berkenaan ketika membuat semakan semula keesokan harinya.
Wan Hassan berkata mangsa datang ke Malaysia pada 13 Oktober dan mendapati berlaku transaksi antara akaunnya dan akaun syarikat berkenaan apabila membuat semakan dengan pihak bank di Kuala Lumpur.
"Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur. Polis juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu," katanya.
Beliau berkata sebanyak RM50,000 daripada RM694,000 telah dikeluarkan daripada akaun berkenaan dan polis telah mengarahkan akaun terbabit dibekukan sehingga siasatan kes selesai.
Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menyiasat sama ada dua lelaki terbabit mempunyai kaitan dengan sindiket antarabangsa yang pernah memintas akaun emel untuk mengaut wang dengan cara mudah, katanya.- mstar online
TOP
Tukang Cuci Temui Mayat Wanita Tanpa Kepala Dalam Bagasi
GEORGE TOWN: Seorang tukang cuci di Taman Botani Pulau Pinang menemui mayat wanita tanpa kepala dalam bagasi hitam di bawah pokok tempat letak kereta di Jalan Kebun Bunga di sini.
Bukan sahaja tidak berkepala, dia juga mendapati mayat tersebut hanya meliputi sebahagian tubuh badan dan tangan manakala bahagian pusat dan ke bawah telah hilang.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi pada Khamis berkata kes ini adalah yang paling kejam di negeri ini tahun ini dan percaya mangsa telah mati selama sekurang-kurangnya 24 jam. "Kami percaya mayat mangsa telah dibuang di sini manakala jenayah itu berlaku di tempat lain," katanya. Beliau berkata polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- mstar online

Kebakaran Di Penempatan Tepi Laut Pulau Gaya
KOTA KINABALU: Kebakaran berlaku di sebuah penempatan tepi laut di Pulau Gaya dekat sini, Khamis.
Menurut petugas pemadam kebakaran, mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.32 pagi dan tiba tempat kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi.
Dipercayai sekurang-kurangnya lebih 10 rumah telah terbakar.
Bagaimanapun, pegawai-pegawai masih lagi memadamkan api dan mengumpul maklumat mengenai rumah-rumah yang terjejas dan mangsa kejadian.- mstar online
TOP
Nadal Jalani Pembedahan Apendiks Terlepas Kejohanan Akhir ATP Dunia
PEMAIN tenis nombor tiga dunia, Rafael Nadal pada Rabu keluar dari sebuah hospital di Barcelona, Sepanyol dua hari selepas menjalani pembedahan membuang apendiksnya.
"Segala-galanya berjalan lancar. Ia hanyalah satu pembedahan biasa," kata Nadal kepada pemberita selepas berjalan keluar meninggalkan Hospital Quiron Teknon.
Nadal bagaimanapun tidak memberi sebarang jangka masa yang tertentu untuk kembali ke gelanggang semula tetapi menjelaskan yang dia akan mula berlatih sebaik sahaja dibenarkan oleh doktor.
Pemain kidal itu disyaki mengalami apendiksitis bulan lalu ketika sedang bermain dalam satu kejohanan tetapi dia hanya mengambil antibiotik.
Namun pada Isnin, Nadal dinasihatkan supaya menjalani pembedahan menggunakan kaedah laparoskopi atau pembedahaan melalui tebukan.
Nadal bagaimanapun memerlukan tempoh sebulan untuk kembali ke gelanggang tenis semula.
Oleh kerana itu juga beliau akan terlepas kejohanan penutup musim iaitu Final ATP Jelajah Dunia yang dijadualkan berlangsung di London dalam beberapa minggu lagi.- mstar online
TOP
Fernando Alonso Tidak Pasti Tentang Musim Depan
Fernando Alonso. Foto: Getty Images.
PEMANDU Ferrari, Fernando Alonso pada Khamis menafikan khabar angin yang mengatakan dia bakal beraksi bersama pasukan Formula 1 McLaren musim depan. Sebaliknya, Alonso menegaskan yang nasibnya musim depan belum ditentukan lagi. Kontrak Alonso bersama Ferrari akan tamat menjelang hujung musim ini yang hanya tinggal dua perlumbaan sahaja lagi. Kata pemandu dari Sepanyol itu, dia sebenarnya tidak dapat membuat keputusan mengenai perancangan musim depan buat masa ini. Alonso, 33, buat masa ini menduduki tangga keenam dalam senarai 22 pemandu F1. Katanya, cakap-cakap yang mengaitkannya dengan pasukan McLaren hanyalah khabar angin semata-mata. "Hakikatnya saya tidak menandatangani sebarang kontrak baru dengan mana-mana pasukan lagi termasuklah McLaren untuk musim depan," ujarnya sebagaimana yang dipetik oleh portal berita Britain, Mail Online. Juara dunia dua kali itu telah memandu untuk Ferrari sejak 2010. Alonso berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keenam dalam GP Amerika Syarikat minggu lalu. Perlumbaan itu dimenangi oleh Hamilton diikuti oleh Nico Rosberg di tempat kedua dan Daniel Ricciardo di tempat ketiga.- mstar online

Oman Mahu Tarik Pelaburan Dari Malaysia
PETALING JAYA: Oman mahu menarik pelaburan dari Malaysia untuk pasaran negara itu, terutama makanan halal, penjagaan kesihatan, pembinaan, pelancongan serta minyak dan gas.
Nader Abbas, Pengurus Besar Omanexpo LLC, sebuah syarikat pengurusan acara di Oman, berkata perniagaan Malaysia wajar merebut peluang persekitaran mesra perniagaan dan insentif yang ditawarkan untuk meneroka pasaran dan menjalin hubungan perniagaan di negara itu.
Beliau berkata insentif perniagaan, termasuk cukai pendapatan individu sifar, kebebasan menghantar pulang modal dan keuntungan selain pemilikan perniagaan 100 peratus.
"Kami sudah memuktamadkan banyak perjanjian dua hala, dan kami mahu mengaktifkannya dengan menarik pelabur membuka perniagaan, menjalin usaha sama atau rangkaian francais, atau menjadi ejen perniagaan," katanya kepada pemberita selepas taklimat mengenai 'Meneroka Peluang Perniagaan di Oman' anjuran Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia di sini, Khamis.
Keluaran dalam negara kasar Oman pada 2013 bernilai US$79.7 bilion dan dijangka kekal stabil walaupun ekonomi dunia tidak menentu.
Import negara itu kebanyakan melibatkan barangan elektronik dan produk minyak sawit dari Malaysia manakala rakan dagang utamanya terdiri daripada Emiriah Arab Bersatu, Jepun, UK dan Amerika Syarikat. -mstar online
TOP
Dunia Minat Projek Rapid Pengerang - Petronas
JOHOR BAHARU: Kejayaan dalam pelaksanaan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang bakal menjadi pemangkin yang besar dalam memastikan pelaburan masa depan di kawasan tersebut.
Pengarah Eksekutif Projek RAPID Wan Yusoff Wan Hamat berkata Petronas sedar dunia sedang memerhatikan dengan penuh minat sama ada pelaburannya dalam RAPID itu berjaya atau tidak.
Beliau berkata dunia mahu melihat sama ada projek RAPID yang bakal menjadikan Malaysia sebagai hab industri minyak dan gas serantau itu, berjaya mencapai matlamatnya.
"Dunia kini memantau sama ada RAPID (akan) berjaya. Dunia memerhati sama ada RAPID mampu memenuhi sasaran yang ditetapkan dan memulakan operasi," katanya kepada pemberita di Nusajaya baru-baru ini.
RAPID dijangka memulakan operasinya pada tahun 2019, katanya.
Selain itu, Wan Yusoff berkata pembangunan RAPID di Pengerang oleh syarikat minyak dan gas negara itu turut dijadikan faktor oleh pelabur-pelabur lain yang mahu membina kompleks yang sama.
Petronas bakal melabur RM89.3 bilion untuk membangunkan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) iaitu RM53 bilion untuk pembangunan RAPID dan RM36 bilion untuk kemudahan serta prasarana sokongan yang berkaitan.
Selain RAPID, PIC turut mengandungi kemudahan sampingan yang lain seperti Terminal Regasifikasi LNG Pengerang, Unit Pemisahan Udara, Projek Pembekalan Bekalan Air Mentah (Pamer) Tangki Produk dan Minyak Mentah serta kemudahan perkongsian dan pemusatan utiliti.
Wan Yusoff berkata kejayaan Petronas membangun and menyiapkan PIC serta RAPID mengikut jadual juga, akan membantu negara menarik lebih banyak syarikat untuk melabur di dalam Kompleks Bersepadu Petrokimia Pengerang (PIPC).
PIPC terdiri daripada projek RAPID serta projek Terminal Petroleum Air Dalam yang diusahakan oleh syarikat tempatan Dialog Group Berhad dengan rakan kongsinya, Royal Vopak dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan (SSI) dengan pelaburan sebanyak RM5 bilion.
Dialog dan rakannya juga akan melabur RM4 bilion untuk membina kemudahan gas asli cecair.
Ditanya tentang proses penganugerahan kontrak-kontrak bagi PIC termasuk RAPID setakat ini, beliau berkata jumlahnya masih belum mencapai separuh daripada jumlah keseluruhan kontrak bagi projek itu.
"Kita masih belum mencapai separuh lagi, dalam erti kata lain penganugerahan kontrak-kontrak. Peluang masih besar," katanya sambil menambah pihaknya menjangkakan setahun lagi bagi menganugerahkan kesemua kontrak terbabit.
Beliau juga berkata loji-loji petrokimia di RAPID direka bentuk untuk memproses minyak mentah dari Timur Tengah, tetapi dalam yang sama mempunyai kemudahan untuk mencampur minyak-minyak mentah lain sekira pihaknya gagal memperoleh minyak mentah Timur Tengah itu.
"RAPID tidak bergantung kepada minyak mentah tempatan, kami mengenal pasti minyak mentah antarabangsa," kata Wan Yusoff.- mstar online
TOP
Uggah: MPOCC Akan Kawal Selia Skim Pensijilan MSPO Tahun Depan
KUALA LUMPUR: Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) akan menjadi agensi bagi mengawal selia skim pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) bermula 1 Januari 2015.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan lama bahawa agensi itu yang sewajarnya mengendalikan skim berkenaan.
Katanya, majlis MPOCC yang akan beroperasi pada suku pertama 2015, ialah badan bebas menyamai Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC).
Penubuhan badan bebas pensijilan itu bagi memantapkan serta menjadi agensi pensijilan berwibawa bagi industri minyak sawit.
"Kita sudah melihat kejayaan MTCC dan mahu mencontohinya," katanya kepada pemberita pada Kongres Minyak dan Lemak Antarabangsa 2014, di sini, Khamis.
Uggah berkata, audit perintis sudah dimulakan bagi mengenal pasti cara pelaksanaan skim MSPO dan ia sedia untuk beroperasi tahun depan.
Usaha audit pensijilan MSPO itu turut dijalankan di pelbagai premis minyak sawit mulai April lepas dan setakat Oktober 2014, masing-masing sebanyak tiga kilang penapis, ladang dan dua pekebun kecil berjaya mematuhi syarat MSPO dan layak menerima sijil MSPO.
Pada 21 Mac lepas, Kabinet meluluskan pelaksanaan sistem pensijilan MSPO berdasarkan syarat lestari Standard Malaysia bagi MSPO.- mstar online
TOP
Pelaburan RM7 Bilion 1MDB Di Kepulauan Cayman Disalur Ke Malaysia
KUALA LUMPUR: Pelaburan sebanyak RM7 bilion 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Kepulauan Cayman telah disalurkan semula ke negara ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, sehingga kini proses untuk tujuan itu sedang berjalan.
"Baki sebanyak 40 peratus daripada jumlah keseluruhannya dijangka diperoleh akhir tahun ini," katanya.
Ahmad berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan pembangkang mengenai kerugian mencecah berbilion ringgit berikutan pelaburan negara ke akaun luar pesisir pantai itu.
Mengenai harga petrol, beliau berkata, setakat ini, tiada perancangan untuk menurunkan harga RON95 dan diesel walaupun harga minyak mentah di pasaran dunia jatuh kerana kerajaan tetap menyediakan subsidi.
"Tahun lalu, kerajaan memperuntukan subsidi sebanyak 24 sen untuk setiap liter RON95.
"Kini dengan penurunan harga minyak mentah dunia, pada Oktober subsidi adalah pada 12 sen seliter.
"Oleh itu, tidak timbul persoalan sama ada kita perlu menurunkan harga petrol atau tidak kerana kita tetap memberi subsidi untuk setiap liter," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan di Dewan Rakyat, Khamis.
Terdahulu, Rafizi Ramli (PKR-Pandan) berkata, pengguna akan membayar lebih daripada harga pasaran jika harga bahan mentah itu jatuh kurang AS$73 (RM244) setong.- mstar online
TOP
Menteri Indonesia Digelar Puteri Laut
Susi (kanan) berucap pada majlis serah tugasnya sebagai anggota Kabinet Kerja Joko Widodo, Rabu.
MAJLIS serah tugas di antara Susi Pudjiastuti dan Sharif Cicip menyaksikan kejutan besar untuk bekas pemilik syarikat penerbangan Susi Air itu. Selepas acara rasmi di Kementerian Kelautan dan Perikanan itu berlangsung, seorang lelaki warga asing tiba-tiba muncul dan menarik perhatian ramai. Selepas diperhatikan, barulah diketahui lelaki terbabit ialah bekas suami Susi, Daniel Kaiser (gambar bawah)
Kata Kaiser, dia baru saja tiba dari Switzerland dan mengakui terkejut dengan pemilihan Presiden Joko Widodo memilih Susi. "Namun saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Susi. "Di dunia ini hanya ada seorang wanita seperti Susi," katanya. Menurut Kaiser, dia berkahwin dengan Susi pada 1992 tetapi rumah tangga mereka tidak bertahan lama sebelum kedua-duanya memutuskan untuk berpisah pada 1999. Kata Kaiser, walaupun menetap di Switzerland, dia tetap kerap berhubung dengan Susi melalui telefon. "Susi wanita unik dan saya menggelarnya Puteri Laut," katanya. Susi adalah seorang daripada tokoh yang dilantik menganggotai Kabinet Kerja yang dibentuknya. Pelantikan Susi menarik perhatian kerana dia hanya memiliki pendidikan setakat sekolah menengah, namun berjaya membentuk empayar perniagaan hasil laut secara beransur-ansur. Satu lagi keunikan Susi ialah pendekatannya yang berterus terang dan sifatnya kurang feminin. - mstar online

Buli: Dua Pelajar Disingkir Dari Asrama Anak Yatim Di Perlis
Dua pelajar dikenakan tindakan atas perbuatan buli di asrama anak yatim Jejawi, Perlis yang berlaku Mei lalu.
KOTA KINABALU: Dua pelajar yang terbabit dalam kejadian buli seperti yang tersiar menerusi klip video di laman sosial baru-baru ini telah diambil tindakan. Mereka telah disingkirkan dari asrama anak yatim Kompleks Penyayang Jejawi, Perlis, tempat kejadian itu berlaku. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, kejadian itu yang berlaku pada 24 Mei lepas melibatkan tujuh penghuni asrama berkenaan. "Kes itu sudah selesai. Kementerian Pendidikan memandang serius isu buli yang perlu ditangani tanpa tolak ansur. Tindakan tegas akan diambil dalam kes seperti itu termasuk menyingkirkan pelakunya daripada sekolah dan asrama," katanya di sini, Khamis. Pihak polis turut mengesahkan kejadian tersebut berlaku di asrama berkenaan. Khair Mohamad berkata, kementerian juga akan mengambil tindakan terhadap pengurusan sekolah dan pihak asrama sekiranya mereka gagal mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani isu buli.
Sementara itu, beliau berkata, pihak kementerian sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan satu lagi video (seperti di atas) yang disiarkan di laman media sosial yang turut mamaparkan aksi buli. Beliau meminta meminta semua pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes itu agar menghubungi polis atau institusi pendidikan. Klip video itu memaparkan seorang remaja lelaki dipukul beberapa remaja di dalam sebuah bilik yang dipercayai asrama sebuah sekolah. Beliau berkata, kementerian telah mengarahkan pengarah bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pegawai Pejabat Daerah, pengetua dan guru besar supaya menggunakan sumber dan kepakaran mereka untuk mengesan lokasi dan pelaku kes tersebut. Khair Mohamad berkata, sepanjang Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 13,359 pelajar sekolah rendah dan menengah terlibat dengan kes salah laku berunsur jenayah. "Ia termasuk 4,568 pelajar disiasat di bawah jenayah berat dan 1,314 melibatkan kes buli," katanya.- mstar online

Jupe Sesak Nafas Selepas Dibedah
Jupe selamat menjalani pembedahan ovari di Singapura, Rabu.
SINGAPURA: Aktres dan penyanyi Julia Perez mengadu dia mengalami masalah kesukaran bernafas sejak selesai menjalani pembedahan di Hospital Universiti Singapura, Rabu. Kata selebriti yang lebih dikenali dengan panggilan Jupe itu, dia menjalani pembedahan untuk menaikkan ovari. "Kerana itu saya mengalami sedikit kesukaran bernafas," katanya. Jupe pergi ke Singapura dalam usaha merawat beberapa masalah kesihatannya. Sebelum ini dia pernah mendedahkan rancangan mahu mendapatkan anak melalui proses tabung uji dengan mencantumkan sperma lelaki penderma dengan telurnya. Minggu lalu pula dia mendedahkan menghidap kanser serviks. Walaupun berdepan pelbagai masalah kesihatan, Jupe terus memuat naik pelbagai gambar di Instagram bagi mengetengahkan segala aktivitinya kepada peminat. Kata Jupe, mulai Khamis dia akan mengikuti prosedur radiasi. "Disebabkan keadaan ini, saya bercadang menetap sementara di Singapura. Mungkin selama dua bulan," katanya.- mstar online

Saya Tiada Kepentingan Di Malaysia - Pauline
Pauline Chai (tengah) hadir ke perbicaraan kes cerainya bersama jutawan terkemuka, Tan Sri Khoo Kay Peng di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Khamis. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Miss Malaysia Puan Sri Pauline Chai Siew Phin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa beliau hanya mempunyai seorang rakan di Malaysia dan beliau tidak mempunyai kepentingan di Malaysia. Chai, 67, yang merupakan isteri kepada jutawan Tan Sri Khoo Kay Peng juga berkata beliau meninggalkan Malaysia untuk menetap di Australia pada 1980. "Saya hanya mempunyai seorang rakan di Malaysia dan saya tidak mempunyai kepentingan di Malaysia. Saya meninggalkan Malaysia 34 tahun yang lepas pada 1980 dan sejak itu tidak lagi tinggal di sini. Saya menetap di Perth, Australia pada 1980 bersama seluruh keluarga saya. Kedua-dua anak bongsu saya dilahirkan di Australia dan saya memperoleh kerakyatan Australia. "Saya berpindah ke Victoria, Kanada pada 1989 bersama seluruh keluarga dan menetap di situ selama 20 tahun. Semasa tempoh ini, saya bermastautin dan mendapat kewarganegaraan Kanada," katanya. Chai, Miss Malaysia/International 1969 berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Yeoh Wee Siam berhubung permohonan suaminya, Khoo untuk mengetepikan keperluan menghadap badan pendamai sebelum bercerai dan untuk menentukan isu awal sama ada mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa mendengar petisyen perceraiannya. Menjawab soalan peguam Datuk Dr Cyrus Das semasa pemeriksaan balas, Chai berkata pada 2010, beliau menghabiskan 40 peratus masanya di Malaysia dan selebihnya di Kanada. Sementara itu, dalam kenyataan saksi yang dikemukakan di mahkamah pada Khamis, Chai menafikan Malaysia merupakan rumah kediaman mereka, selepas keluarganya meninggalkan negara pada 1980 dan memilih menetap di Australia, kemudian di Kanada dan di England. "Anak-anak kami tidak pernah menghabiskan masa bermakna di Malaysia sejak kami meninggalkan negara ini pada 1980 dan menjadikan Australia tempat kediaman kami. Sejak meninggalkan Malaysia, kami jarang kembali ke Malaysia dari Australia atau Kanada kerana kami selesa di sana. "Bila kami mengembara, anak-anak dan saya lebih berminat untuk melihat destinasi lain yang kami tidak pernah lihat seperti Vancouver di Kanada, Scotland dan Amerika Syarikat. Kami tidak berminat untuk kembali ke Malaysia," katanya. Terdahulu, Chai berkata Khoo yang membuat keputusan untuk keluarganya, seperti memutuskan agar beliau dan anak-anak berpindah ke Australia pada 1980 dan kemudian menetap di Kanada pada 1989. "Dia yang menguasai keluarga. Apabila beliau mahukannya, kami mesti patuh kepadanya. Anda boleh katakan fikiran kami diketepikan untuk mengikut arahannya," kata Chai.- mstar online

Dua Lagi Mangsa Dipercayai Tertimbus Tanah Belum Ditemui
Anggota Bomba dan anggota keselamatan yang lain berusaha mengesan dua lagi pekerja kebun yang disyaki tertimbus di cerun bukit akibat tanah runtuh di Cameron Highlands. - fotoBERNAMA
CAMERON HIGHLANDS: Dua warga Indonesia yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan tanah di kebun sayur Sungai Kabok di Lembah Bertam di sini, belum ditemui pasukan penyelamat, kata Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu. Beliau berkata seramai 40 anggota pasukan penyelamat termasuk bomba dan tentera menjalankan operasi mencari dan menyelamat selepas menerima laporan kehilangan mangsa daripada seorang rakan mereka. "Hari ini kita menggali timbunan tanah di lokasi runtuhan rumah kongsi, bagaimanapun operasi hari ini tidak berhasil untuk menemui mangsa," katanya kepada pemberita di Pusat Kawalan Operasi dan Bencana di sini, Khamis. Beliau berkata pasukan penyelamat menghentikan operasi mencari dua mangsa berkenaan pada pukul 5.30 petang tadi dan akan bersambung semula pukul 8 pagi Jumaat. "Kita terpaksa menghentikan operasi kerana kita lihat wujudnya pergerakan tanah yang boleh membahayakan pasukan keselamatan," katanya sambil menambah operasi mencari mangsa adalah dengan berjalan kaki dan mengikut laluan yang sama seperti hari ini. Beliau berkata operasi mencari mangsa esok akan diperluaskan termasuk menggunakan khidmat unit anjing pengesan polis dan bomba. Wan Zahari berkata setakat pukul 5.30 petang tadi, paras air masih belum stabil dan pelepasan air di Empangan Sultan Abu Bakar diteruskan. Penduduk Lembah Bertam dan Kampung Baru, Ringlet dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa dan mereka tidak dibenarkan pulang untuk membersihkan rumah masing-masing. Selain itu, beliau meminta penduduk yang masih lagi tidak membuat laporan mengenai kerosakan harta benda supaya melaporkannya kepada Balai Polis Ringlet. Setakat ini, sebanyak 28 laporan polis dibuat oleh penduduk Lembah Bertam dan Kampung Baru, Ringlet. Dalam kejadian itu, tiga orang disahkan maut dengan seorang pelajar lelaki, R. Punesh, 13, ditemui lemas di Sungai Terlom, Kampung Raja, manakala seorang pekerja kebun sayur warga Indonesia yang dikenali sebagai Anipan, 48, ditemui tertimbus di Lembah Bertam. Seorang lagi mangsa, seorang pekerja kebun sayur warga Nepal, Md Yousuf Miya, 66, meninggal dunia selepas ditemui tertimbus di Jalan Ulu Merah, Ringlet. Kejadian yang berpunca daripada hujan lebat itu, turut menjejaskan 203 penduduk yang terdiri daripada 47 keluarga di Kampung Baru dan Lembah Bertam yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet. Pada Rabu, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat. Sementara itu, Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.- mstar online

EGM MAS Berjalan Lancar Walaupun Sedikit Tegang
KELANA JAYA: Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Malaysian Airline System Bhd (MAS) berlangsung dengan lancar pada Khamis walaupun berlaku sedikit ketegangan apabila beberapa pemegang saham meluahkan perasaan tidak puas hati mereka.
Pemegang saham minoriti MAS pada mesyuarat itu menyokong cadangan bagi pengurangan dan pembayaran balik modal secara terpilih (SCR).
Cadangan SCR itu dibuat oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), pemegang saham majoriti MAS, dalam satu surat kepada syarikat tersebut pada 8 Ogos, 2014.
Pemegang saham minoriti biasa akan menerima pembayaran balik modal sebanyak 27 sen sesaham yang merupakan premium lima hari atas harga saham pasaran purata wajaran enam bulan pada 14.9 peratus kepada 22.8 peratus (pada 8 Ogos, 2014).
Cadangan SCR itu menawarkan peluang kepada pemegang saham minoriti untuk menerima premium berbanding harga semasa saham MAS, agar tidak tertakluk kepada risiko berkaitan serta ketidakpastian berkaitan dengan pelaksanaan cadangan penyusunan semula itu.
Bagaimanapun, beberapa pemegang saham minoriti melahirkan kekecewaan dan rasa tidak puas hati mereka terhadap kekekokan MAS semasa EGM itu.
Lo Peng Hong, pemegang saham yang berusia 79, berkata, "Tidak ada masalah semasa mesyuarat, sangat tenang. Orang bertanya mengapa tidak kita uruskannya sendiri, mengapa Khazanah perlu terlibat. Tetapi saya rasa ia akan selesai."
Seorang pemegang saham lain yang memperkenalkan dirinya sebagai Pillay, dan mengaku tidak mengundi bagi cadangan itu berkata, harga yang ditawarkan terlalu rendah dan merasakan MAS harus menawarkan harga lebih tinggi, sekurang-kurangnya sekali ganda harga sekarang.
"Mereka harus menawarkan harga yang lebih baik. Kami berharap kami mendapat harga yang lebih baik," katanya.
Shahrizan Ismail, 47, berkata, beberapa pemegang saham yang membeli saham itu pada harga RM8 meluahkan kekecewaan mereka kerana mereka akan rugi sekiranya menerima tawaran 27 sen sesaham itu.
Kelvin Chai, 60, berkata kebanyakan pelabur yang lama berang dan kecewa dengan harga tersebut kerana mereka membeli saham itu pada harga lebih RM8.
"Mereka juga mengadu pengurusan yang tidak cekap, ada yang bertanya bagaimana orang-orang (kakitangan pengurusan) dilantik, dan mereka tidak berpuas hati dengan ketidakcekapan syarikat penerbangan itu," katanya.
Bagaimanapun, katanya pihak pengurusan berjaya mengawal mesyuarat tersebut dengan baik.
"Walaupun ramai orang yang bertanyakan soalan dengan lantang dan agresif, para pengarah sangat tenang dan terkawal," katanya.- mstar online
TOP
Curi Motosikal: Ibu Kecewa Anak Dibogelkan
Remaja lelaki dibogelkan gara-gara mencuri motosikal.
BACHOK: Ibu kepada remaja lelaki yang dibogelkan setelah ditangkap kerana dikatakan cuba mencuri sebuah motosikal di perkarangan Masjid Pauh Lima, Kota Baharu Selasa lalu, kecewa dengan tindakan orang ramai yang sanggup memperlakukan anaknya sedemikian rupa. Ibu berusia 38 tahun itu berkata meskipun anaknya yang berusia 15 tahun bersalah, orang ramai tidak mempunyai hak untuk memperlakukan anaknya seperti itu. "Kalau mereka pukul, saya boleh terima tetapi bila orang ramai bogelkan, memang itu perkara yang memalukan kami sekeluarga. "Luluh hati seorang ibu apabila melihat anak diperlakukan begitu. Biarpun kalau dia bersalah sekalipun, masih ada banyak lagi cara untuk menghukumnya," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kejadian yang menimpa anaknya itu. Beliau berkata perkara berkenaan juga bertentangan dengan ajaran Islam. "Ia berlaku di masjid, sepatutnya ada yang melarang (perbuatan membogelkan remaja itu) dan tidak menyebarkan gambarnya di laman sosial kerana berdosa membuka aib orang lain. "Saya dapat tahu perkara ini melalui laman sosial Facebook dan bila lihat saya terus cam yang itu anak saya. Apa yang saya lebih kesal adalah tindakan orang ramai yang membogelkan anak saya," katanya. Beliau berkata orang ramai juga perlu berhenti menyebarkan gambar anaknya di laman sosial kerana ia perkara yang memalukan. "Saya harap orang berhenti menyebarkan gambar dia dan sekiranya ada, mereka harus 'delete' gambar itu dengan segera kerana ia memalukan," katanya. Setakat ini wanita itu masih belum membuat laporan mengenai tindakan orang ramai membogelkan anaknya itu dan beliau akan berbuat demikian setelah berjumpa anaknya nanti, katanya. Sementara itu, Ibrahim Ahmad, 69, yang merupakan Imam Masjid Pauh Lima berkata beliau dan beberapa jemaah lain terkejut dengan tindakan orang ramai yang membogelkan remaja itu. "Saya keluar lambat selepas selesai solat Isyak dan tak sangka orang ramai bogelkan remaja itu dan saya tak tahu siapa yang lakukan. "Kami dah cuba untuk halang tetapi tidak berjaya kerana ramai orang yang berada ketika kejadian itu dan saya kesal dengan tindakan itu," katanya. Pada Rabu, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata Islam menegah umatnya membuka keaiban seseorang walaupun orang itu melakukan kesalahan. "Kita tak boleh mengambil tindakan sendiri yang menyimpang dari undang-undang negara dan hukuman tidak boleh diambil mengikut pandangan kita semata-mata," katanya. Mengulas kes yang sama, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata orang awam yang berjaya menangkap mana-mana individu yang disyaki melakukan jenayah dilarang mengambil tindakan sendiri yang melanggar undang-undang. Sebaliknya, orang awam perlu segera menyerahkan individu yang ditahan itu kepada pihak polis, katanya. Beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai insiden itu dan remaja itu kini direman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut. "Suspek kedua masih belum ditangkap dan kita masih menjalankan siasatan," katanya dalam kenyataan. Mazlan berkata insiden bogel itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan yang boleh membawa hukuman dipenjara satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Katanya kes berkenaan turut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.- mstar online

Jenson Button Umum Persaraan 23 Nov Ini?
Jenson Button...bekas juara dunia F1 itu akan mengumumkan persaraannya pada GP Abi Dhabi hujung bulan ini.
JUARA Formula 1 2009, Jenson Button dijangka akan mengumumkan persaraannya pada GP Abu Dhabi, 23 November ini - sekaligus menamatkan karier 15 tahun yang penuh dengan warna-warni. Portal berita Britain, The Mail online melaporkan, pasukan McLaren disebut-sebut akan membawa masuk juara dunia dua kali Fernando Alonso untuk mengantikan pelumba Briton itu tetapi ia telah dinafikan oleh Alonso sendiri dalam satu kenyataan di Mexico. Button, 34, dikatakan berasa kecewa kerana McLaren akan membawa masuk pemandu baru bukan untuk mengantikan seorang lagi pelumba pasukan itu, Kevin Magnussen sebaliknya adalah untuk mengantikan tempatnya. Ketua pasukan McLaren, Eric Boullier percaya Magnussen, 22, boleh dididik menjadi juara dunia masa depan dan Alonso adalah pilihan yang jauh lebih baik daripada Button bagi mencapai misi tersebut. Button, yang kini berada di Sao Paulo, Brazil untuk perlumbaan GP Brazil hujung minggu ini menegaskan jika dia terpaksa meninggalkan McLaren, dia tidak akan memilih pasukan yang jauh lebih rendah dari segi kemampuan dan keupayaan jentera. Sepanjang 15 tahun pembabitannya dalam F1, Button telah memenangi 15 perlumbaan daripada 264 GP termasuk muncul sebagai juara dunia pada tahun 2009. Tetapi kejayaannya yang pertama hanya muncul dalam perlumbaan yang ke-113 di GP Hungary pada 2006 sebelum bergelar juara dunia bersama pasukan baru Brawn pada 2009. Button kemudiannya berpindah ke McLaren. Dia kini sedang menimbang untuk menyertai rakannya, bekas pemandu Red Bull, Mark Webber dalam kejohanan kereta sports dan Kejohanan Endurance Dunia. McLaren dikatakan telah pun memulakan rundingan dengan Alonso, tetapi ia dinafikan oleh pemandu Sepanyol itu. Alonso sudah pun membuat kenyataan yang dia tidak lagi akan memandu untuk Ferrari musim depan manakala Sebastian Vettel pula mengumumkan yang dia akan memandu untuk Ferrari.
SEJARAH KARIER F1 JENSON BUTTON:
2000 Williams (Tempat ke-8)
2001 Bennetton Renault (17)
2002 Renault (7)
2003 Honda (9)
2004 Honda (3, 10 podium)
2005 Honda (9, 2 podium)
2006 Honda (6, 1 menang, 3 podium)
2007 Honda (15)
2008 Honda (18)
2009 Brawn (1, 6 menang, 9 podium)
2010 McLaren (5th, 2 menang 7 podium)
2011 McLaren (2, 3 menang, 12 podium)
2012 McLaren (5, 3 menang, 6 podium)
2013 McLaren (9)
- mstar online

Perbuatan Liwat Tidak Pernah Berlaku, Kata Pihak Pembelaan
Anwar menunjukkan isyarat senyap kepada penyokongnya selepas selesai prosiding hari ketujuh pada Khamis.
PUTRAJAYA: Perbuatan liwat di antara penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak pernah berlaku, pihak pembelaan memberitahu Mahkamah Persekutuan pada Khamis. Peguam utama Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, ini disebabkan, satu permaidani sutera China di unit 11-5-1, di mana kejadian liwat yang didakwa berlaku, ditemui di unit kondominium yang lain, 11-5-2. Beliau berkata, permaidani itu dirampas oleh pegawai polis forensik Supritendan Amidon Anan untuk profil DNA selepas dia pergi ke kondominium itu dengan pegawai penyiasat dan Mohd Saiful Bukhari untuk mengumpulkan eksibit. Sri Ram berkata, Amidon, dalam testimoninya, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau hanya menjumpai rambut di unit 11-5-1. "Pihak pendakwaan mendakwa permaidani itu dipindahkan. Tidak ada bukti bahwa permaidani itu dipindahkan. Permaidani tidak boleh dipindahkan ke unit yang lain. saya tidak percaya mengenai permaidani terbang," katanya, sehingga menyebabkan kalangan mereka yang berada dalam mahkamah yang sesak itu ketawa. Sri Ram berkata, satu-satunya individu yang dapat mengesahkan fakta ini adalah pemilik kondominium, Hasanuddin Abd Hamid, tetapi pihak pendakwaan tidak pernah memanggilnya untuk memberi keterangan. Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mendengar rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadap pemimpin pembangkang itu yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini selepas ia mengubah keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Anwar. Empat hakim yang lain dalam panel Mahkamah Persekutuan itu adalah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali. Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah karena meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.- mstar online

Bimbang Prejudis, Mufti Selangor Tak Akan Temui SIS
Tamyes Abdul wahid.
SHAH ALAM: Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abdul Wahid tidak akan mengadakan pertemuan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sister In Islam (SIS) dalam jangka masa terdekat. Beliau berkata, adalah lebih baik pertemuan itu tidak diadakan kerana bimbang akan menimbulkan prejudis berikutan tindakan SIS mengemukakan semakan kehakiman di mahkamah berhubung status mereka. "Tunggulah nanti kalau mereka (SIS) nak lawan di mahkamah. Jika kita bertemu, akan jadi prejudis pula nanti," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Seminar Kanun Jenayah Syariah di Dewan Jubli Perak di sini, Khamis. Tamyes berkata beliau akan hanya mempertimbangkan untuk mengadakan pertemuan dengan SIS sekiranya NGO berkenaan sedia untuk bertaubat dan menarik semula semakan kehakiman yang telah difailkan terhadap beliau, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan kerajaan negeri Selangor. Pada Rabu, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mengemukakan cadangan agar Mufti Selangor dan Mais bertemu SIS bagi menyelesaikan kontroversi berhubung fatwa terhadap NGO berkenaan. Azmin berkata, pertemuan antara kedua-dua pihak itu perlu untuk mengelak kekeliruan dan salah faham mengenai isu SIS dan cadangan itu dikemukakan selepas beliau mendapat perkenan Sultan Selangor. Jumaat lalu, SIS memfailkan semakan kehakiman berhubung fatwa yang dikeluarkan oleh Mais yang mengisytiharkan kumpulan berkenaan sebagai haram kerana terlibat dengan aktiviti liberalisme, pluralisme agama dan menyebarkan ajaran menyeleweng daripada Islam. SIS menamakan Mais, Jawatakuasa Fatwa Selangor dan kerajaan negeri sebagai responden dalam semakan kehakiman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Azmin sebelum ini dilaporkan berkata, keputusan telah dibuat dan fatwa yang diputuskan itu perlu dihormati oleh semua pihak, kenyataan tersebut bagaimanapun mengundang kemarahan dikalangan pemimpin SIS dan beberapa NGO yang lain. - mstar online

Retakan Di Bukit Aman Membimbangkan - Mohamad Fuzi
Mohamad Fuzi menunjukkan kesan rekahan dan tanah runtuh di kawasan berdekatan Bukit Aman dan Jalan Kinabalu.
KUALA LUMPUR: Kesan keretakan di Bukit Aman menimbulkan kebimbangan di kalangan anggota polis yang khuatir Menara Dua di ibu pejabat polis itu akan runtuh. Menurut Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, bangunan setinggi 33 tingkat itu yang digunakan sejak awal 1980-an berada dalam bahaya berdepan risiko runtuh kerana berkemungkinan berlaku pergerakan tanah di bawah bangunan tersebut. "Terdapat kesan retakan ketara di tapak bangunan dan meskipun telah dibaiki, rekahan itu berlaku lagi," katanya kepada pemberita pada Khamis. Mohd Fuzi juga berkata banjir di tingkat bawah bangunan kerap kali terjadi, lokasi yang menempatkan penyimpanan pelbagai jenis senjata. "Setiap kali apabila hujan, terdapat takungan air di tingkat bawah yang boleh meresap ke dalam tanah," katanya. Di timur kawasan berbukit yang menempatkan menara tersebut, menghadap Jalan Kinabalu kerap kali dilanda insiden tanah runtuh sejak beberapa tahun lalu. "Wujud rasa bimbang terhadap tahap keselamatan seramai 5,000 pekerja di bangunan ini termasuk saya sendiri," kata Mohd Fuzi. Turut dibimbangkan adalah keadaan cerun di belakang Dewan Mess Pegawai Kanan Bukit Aman, katanya. Insiden tanah runtuh pada tahun lalu di cerun tersebut menyebabkan sejumlah besar tanah jatuh menimbusi laluan landasan keretapi. "Mereka (Kereta Api Tanah Melayu Berhad) memasang penghadang konkrit untuk menghentikan lebih banyak tanah menimbusi landasan tetapi ia tidak menghalang runtuhan yang lain," katanya. Mohd Fuzi berkata, aduan telah dikemukakan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan satu kajian dijalankan tiga bulan lalu. "Mereka (JKR) masih belum mengeluarkan laporan akhir yang dipercayai mengambil masa selama tiga bulan lagi, tetapi penemuan awal mereka mendapati bangunan itu masih selamat diduduki. "Namun dengan kesemua kesan (retakan dan hakisan) dan musim hujan, ramai yang bimbang mengenai situasi itu," katanya. Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, isu itu sedang diteliti. "JKR datang melihat kawasan tersebut pada Jun tahun lalu dan April tahun ini. "Kedua-dua penemuan itu telah dihantar ke Bukit Aman dan beberapa kerja pembaikan oleh DBKL sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi pada Khamis. Memandangkan berlaku insiden tanah runtuh di lereng bukit baru-baru ini, Fadillah berkata, JKR akan mengatur lawatan ke tapak kawasan itu semula pada Jumaat.- mstar online

Lima Pelajar Mengaku Bersalah Merusuh Di Asrama Anak Yatim
Sebahagian daripada lima pelajar yang mengaku bersalah terbabit dalam kejadian buli di Jejawi.
KANGAR: Lima pelajar mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar pada Khamis atas tuduhan merusuh sehingga menyebabkan seorang rakan mereka tercedera. Seorang lagi tertuduh, tidak hadir pada prosiding itu. Kesemua tertuduh yang berumur 13 hingga 15 tahun itu didakwa dalam satu kumpulan mendatangkan kecederaan kepada Noor Azhar Saad, 11 tahun, antara 1 tengah hari pada 31 Mei dan 2 petang, 1 Jun di asrama anak yatim, Kompleks Penyayang Tun Dr Siti Hasmah, Jejawi, dekat sini. Kesemua remaja itu didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
TERTUDUH kes buli pelajar asrama anak yatim di sini dibawa ke Mahkamah Juvana Kangar, hari ini. - Foto Eizairi Shamsudin
Bercakap kepada pemberita Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Mohamad Sabri berkata Majistret Norhayati Ibrahim menetapkan masing-masing diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Disember untuk menjatuhkan hukuman. Syazwani berkata seorang lagi tertuduh yang tidak hadir akan didakwa kemudian. Kesemua remaja itu tidak diwakili peguam manakala peguam Razairul Hafiz Md Razib bertindak sebagai peguam pemerhati. Kejadian buli terhadap Noor Azhar dirakam dan dimuat naik dalam Facebook serta media sosial baru-baru ini sehingga mendapat simpati orang ramai terhadap mangsa. - mstar online

MAS Peroleh Mandat Jelas Tawaran Saham 27 Sen Diterima - Pengerusi
KELANA JAYA: Malaysian Airline System Bhd memperoleh mandat jelas selepas majoriti pemegang sahamnya menerima tawaran 27 sen sesaham, kata Pengerusinya Tan Sri Md Nor Yusof.
Sebanyak 93.96 peratus pemegang saham MAS setuju menerima tawaran penswastaan pada harga 27 sen seunit.
"Rasa amat lega sekali. Kami kini mendapat mandat jelas, terutamanya Khazanah Nasional Bhd," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) syarikat itu di sini, Khamis.
Mesyuarat itu yang bermula pada 10 pagi berakhir pada pukul 4.15 petang.
Md Nor berkata ia bakal menjadi satu tempoh yang menarik bagi syarikat penerbangan itu pada masa akan datang, sambil menambah buat masa ini pelan perniagaan baharu itu sedang diusahakan.
Beliau berkata pembayaran kepada pemegang saham dijangka selesai pada akhir tahun.
Apabila ditanya sama ada MAS akan bertambah baik bermula sekarang, beliau menjawab "Insya-Allah."
Mengenai sama ada, bekas CEO Air Lingus Christoph Mueller mungkin dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif MAS yang baharu, beliau berkata tidak ada sebarang keputusan rasmi buat masa ini.
"Apa yang boleh saya katakan ialah, ketika ini kami sedang mencari calon terbaik di seluruh dunia," katanya.
Majoriti pemegang saham MAS mengundi memilih resolusi bagi cadangan pengurangan modal berpilih dan pembayaran semula pada mesyuarat tersebut.- mstar online
TOP
Isteri Kartunis Zunar Ditahan Jual Buku Sindir Institusi Kehakiman
Tiga individu termasuk isteri Zunar ditahan kerana menjual bahan bacaan menyindir institusi kehakiman dan pemimpin negara di pekarangan Kompleks Istana Kehakiman, Khamis.
PUTRAJAYA: Isteri kepada kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau dikenali sebagai Zunar ditahan di pekarangan Istana Kehakiman di sini pada Khamis, dipercayai kerana menjual buku yang mengandungi sindiran kepada institusi kehakiman dan pemimpin negara.
Turut ditahan seorang lagi wanita bersama seorang lelaki yang dipercayai membantunya mempamer dan menjual buku tersebut sejak perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung pada Selasa lepas. Ketiga-tiga mereka ditahan anggota polis berpakaian preman kira-kira 6.50 petang dengan buku, kad serta komik yang dijual turut dirampas. Mereka kemudiannya dibawa dengan sebuah van polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah di sini untuk siasatan lanjut. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga individu berkenaan yang seorang daripadanya adalah isteri kepada kartunis Zunar. "Dua daripada mereka berusia 41 tahun, manakala seorang lagi wanita berumur 29 tahun dan kesemuanya ditahan di bawah Seksyen 2 (3) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984," katanya.
Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri pernah mengenakan Perintah Larangan terhadap sebuah buku dan dua komik sindiran politik tulisan Zunar, mengikut akta sama.- mstar online

Presiden PMUM, Fahmi Zainol Dihadapkan Ke Tatatertib UM Pada Jumaat
Fahmi Zainol.
PETALING JAYA: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol akan dibicarakan atas sembilan pertuduhan kerana disyaki terlibat dalam perhimpunan haram sempena pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan di Dataran Tunku Canselor 27 Oktober lalu. Fahmi akan dihadapkan ke Lembaga Tatatertib Universiti Malaya (UM) bersama lapan pelajar yang lain dalam satu prosiding yang akan bermula pada pukul 9 pagi, Jumaat. "Saya akan menghadiri prosiding dihadapan Lembaga Tatatertib Universiti Malaya di Mahkamah Universiti Malaya bermula pukul 9 pagi esok. "Saya pernah menghantar surat penangguhan prosiding bagi membolehkan kami membuat persediaan atas faktor kekangan masa, namun ia tidak dilayan oleh pihak universiti. Oleh itu, saya akan hadir prosiding esok," katanya kepada mStar Online melalui aplikasi WhatsApp pada Khamis. Mengulas lanjut, Fahmi berkata peguam luar tidak dibenarkan hadir dalam prosiding esok, justeru itu dia dan lapan rakan lain akan hadir dan memberi keterangan sementara pensyarah akan menjadi peguam bagi pihak mereka. Jumaat lalu, Ketua Unit Media dan Korporat UM, Izzad Zalman Abd Kader dilaporkan berkata, Fahmi antara sembilan yang didapati terlibat dengan perhimpunan haram yang diadakan di universiti berkenaan pada 27 Oktober lalu. Izzad Zalman dipetik sebagai berkata pihak UM telah mengenal pasti Fahmi terlibat dalam perhimpunan tersebut melalui rakan kamera litar tertutup (CCTV). Fahmi yang merupakan pelajar tahun akhir daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial bersama lapan mahasiswa yang lain akan dihadapkan ke Lembaga Tatatertib berdasarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta mengikut Perlembagaan Universiti. Sementara itu, Fahmi yang merupakan pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam berkata dia masih menerima biasiswanya seperti biasa tanpa sebarang tindakan lain daripada jabatan berkenaan. Dalam insiden 27 Oktober lepas, kira-kira 300 belia termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terdiri daripada penyokong Anwar merempuh masuk pintu pagar UM pada 9.20 malam untuk acara pidato Ketua Pembangkang 'Program 40 Tahun Dari Universiti ke Penjara', yang dijadualkan berlangsung di Dataran Dewan Tunku Canselor. Program tersebut bagaimanapun tidak mendapat kebenaran daripada pihak UM dan berikutan itu pasukan keselamatan telah mengunci pintu pagar utama universiti berkenaan. - mstar online

Dubur Saiful Tak Ditembusi - Ramkarpal
PUTRAJAYA: Dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak pernah ditembusi, demikian menurut peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam Ramkarpal Singh berkata, berdasarkan bukti yang dikemukakan, wujud keraguan terhadap dakwaan bahawa Anwar meliwat Mohd Saiful Bukhari yang juga bekas pembantu ketua pembangkang itu.
"Wujud keraguan yang jelas berhubung sama ada Mohd Saiful disodomi.
"Bukti yang dikemukakan seolah-olah mencadangkan bahawa dia belum ditembusi (diliwat)," katanya kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis.
Menurut Ramkarpal, ketika prosiding pendengaran rayuan Anwar yang masuk hari ketujuh pada Khamis, beliau memberitahu mahkamah bahawa isu sample DNA asing yang ditemui pada dubur Mohd Saiful Bukhari sebagai pengadu dalam kes berkenaan tidak timbul.
"Kenapa kita bercakap soal DNA sedangkan dia tidak ditembusi (diliwat).
"Saya fikir mahkamah sudah mengambil kira pelbagai hujah yang dibangkitkan pihak pembelaan. Justeru saya yakin perayu layak untuk dilepaskan," katanya.
Sementara itu, ketua pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempertahankan keterangan Mohd Saiful Bukhari bahawa anak guamnya itu diliwat.
"Oleh kerana ini kes seksual, selalunya mahkamah nak lihat apakah sokongan terhadap keterangan tersebut.
"Sokongannya ialah Mohd Saiful mengaku diliwat dan ada pancutan air mani dalam duburnya," katanya.
- mstar online
TOP
SPM: Kementerian Pendidikan Nafi Kertas Matematik Bocor
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan menafikan khabar angin yang tersebar di laman Facebook yang mendakwa berlaku insiden kebocoran membabitkan kertas soalan Matematik 2 (kod 1449/2) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kertas tersebut dijadualkan bermula dari pukul 10 pagi hingga 12.30 tengah hari Rabu lalu.
Kementerian bagaimanapun menafikan insiden kertas soalan Matematik 2 (kod 1449/2) bocor di Melaka, Selangor dan Sabah.
Malah, tiada peperiksaan ulangan untuk kertas tersebut pada 5 Disember seperti yang disiarkan di dalam Facebook itu.
Kementerian Pendidikan berkata, peperiksaan SPM akan diteruskan mengikut jadual.
Lembaga Peperiksaan berkata, seramai 455, 839 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM yang bermula Isnin lalu.- mstar online
TOP
Ahli Kumpulan Pengganas Khalistan Tiger Force Ditahan Di Johor
KUALA LUMPUR: Seorang anggota kumpulan pengganas India Khalistan Tiger Force yang berusia 36 tahun ditahan di Johor Baharu oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman pada 24 Oktober.
Dia yang merupakan warganegara India telah menggunakan pasport palsu Nepal.
Dia dipercayai merupakan anggota kumpulan pengganas yang bertanggung jawab atas pembunuhan mantan Presiden Rashtariya Sikh Sangat, Rulda Singh pada Julai 2009.
Kumpulan yang sama juga dipercayai bertanggungjawab terhadap beberapa siri pengeboman di Punjab pada tahun 2010.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, berikutan pembunuhan itu, suspek dan pemimpin Tiger Force Jagtar Singh Tara telah melarikan diri ke Nepal dan Thailand sebelum memasuki Malaysia.
"Jagtar Singh masih bebas dan usaha memburunya masih diteruskan.
"Kami percaya dia mungkin bersembunyi di salah sebuah negara-negara Asia," katanya dalam satu kenyataan Khamis.
Beliau menambah kejayaan menangkap suspek adalah hasil daripada kerjasama erat antara Bukit Aman dan pihak berkuasa India.
"Tangkapan terbaru menjadikan jumlah pengganas Sikh yang ditahan di Malaysia sejak tahun 2009 kepada enam.
"Suspek ditahan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah," katanya.
Ketua Polis Negara berkata suspek telah dihantar pulang pada Rabu.- mstar online
Story of this blog is well written. The writer kept in consideration the grammar very well. Level of English also very well. Lot many new words has been used while writing content of this blog.หาเพื่อนภูเก็ต
ReplyDeleteSEARCH TIDAK LEBIH LANJUT!
ReplyDeleteKATHLEEN FOSTER LOAN FIRM adalah salah satu perusahaan servis pinjaman yang paling berpengalaman di Amerika Serikat dan di seluruh dunia.
Tim profesional kami yang berpengalaman memimpin dalam memberikan keahlian yang diperlukan untuk mengelola berbagai jenis dan klasifikasi kewajiban hutang.
Kami menawarkan pinjaman dengan tingkat bunga 2% yang sangat murah mulai dari $ 3.000. sampai $ 100.000.000.
Layanan kami meliputi:
Konsolidasi hutang
Hipotek kedua
Pinjaman Bisnis
Pinjaman pribadi
Pinjaman Internasional
Tidak ada jaminan sosial dan tidak ada pemeriksaan kredit, Jaminan 100%.
Yang harus Anda lakukan adalah memberi tahu kami apa yang Anda inginkan dan kami pasti akan mewujudkan impian Anda.
Kantor Kepatuhan Kathleen Foster mengatakan YA saat bank Anda mengatakan NO.
Terakhir, kami mendanai perusahaan pinjaman berskala kecil, perantara, berskala kecil
lembaga keuangan karena kita memiliki modal tak terbatas.
Untuk keterangan lebih lanjut tentang pengadaan pinjaman dari kami.
Mohon segera menanggapi email ini di
kathleenfosterloanfirm@gmail.com
ATAU kunjungi Markas Besar kami melalui: kathleenfosterloanfirmus@gmail.com