TOP
Dexamethasone Dari Klinik Pakar Sukan - Khairy
Gambar sekadar hiasan.
PUTRAJAYA: Bahan terlarang dexamethasone yang diuji positif ke atas pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bukan dari Institut Sukan Negara (ISN). Menurut Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin, bahan itu diterima dari Klinik Pakar Sukan Kuala Lumpur yang digunakan untuk memulihkan kecederaan. "Dexamethasone dibenarkan kepada atlet yang sedang menjalani rawatan pemulihan. "Biasanya bahan itu akan hilang daripada badan dalam masa 10 hari, namun dalam kes ini kami tidak pasti kenapa mengambil tempoh yang lama," jelasnya selepas pelancaran Karnival GeNexter 2014 di Putrajaya, Ahad. Khairy berkata, ISN telah menyarankan agar Chong Wei pergi mendapatkan rawatan lanjut di klinik tersebut. Mengenai proses pendengaran dari Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Khairy berkata persediaan sedang dibuat. Chong Wei,32, diuji positif dexamethasone ketika ujian doping secara rambang ketika aksi Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen ogos lalu.- mstar online

Chong Wei Perlu Diberi Layanan Terbaik - Pemuda MIC
C.Sivarraajh
KUALA LUMPUR: Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei perlu diberi layanan terbaik untuk mengharungi keadaan semasa setelah sampel darah beliau didapati positif dalam ujian penggunaan bahan terlarang, kata Ketua Pemuda MIC C.Sivarraajh. Beliau berkata Chong Wei seorang pemain luar biasa, yang banyak menyumbang kepada negara dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). "Kami bersimpati dengan beliau. Beliau (Chong Wei) menjadi harapan kita dan kami berdiri teguh di belakang beliau pada saat-saat yang memeritkan ini. BAM perlu memberi kepada Chong Wei segala bantuan yang beliau perlukan," katanya dalam kenyataan pada Ahad. Sivarraajh berkata mulai sekarang, BAM juga perlu membuktikan Chong Wei tidak bersalah dan mempertahankan beliau. "Beliau (Chong Wei) berkata beliau tidak bersalah dan kita sebagai rakyat Malaysia, bersatu hati mempercayai kata-kata beliau itu," katanya. Chong Wei disahkan positif dalam ujian penggunan bahan terlarang dikenali sebagai 'dexamethasone' dalam ujian terhadap 'Sampel B' yang dilakukan di Oslo University Hospital, Norway pada Rabu. Pada sidang akhbar Sabtu, Timbalan Presiden BAM Datuk Norza Zakaria berkata beliau menerima keputusan rasmi itu daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Khamis. "Di pihak kami, kami mempunyai beberapa justifikasi bahawa pemain ini tidak bersalah. Perkara paling utama sekarang ialah membantu pemain ini kerana beliau adalah sebahagian daripada anggota BAM. Beliau telah banyak menyumbang kepadanegara," kata Norza. Ikon sukan itu dilaporkan gagal dalam ujian dadah pada kejohanan BadmintonDunia di Copenhagen pada Ogos.- mstar online

Hubungan Ekonomi Malaysia-China Sasar Lonjakan Dagangan AS$160 Bilion
Pasukan keselamatan China memerikasa sekitar kawasan persidangan untuk memastikan APEC 2014 berjalan lancar.
BEIJING: Malaysia-China yang telah menjalin hubungan kukuh sejak 40 tahun, menyasarkan lonjakan AS$160 bilion nilai dagangan kedua-dua negara menjelang 2017 daripada AS$400 bilion setahun pada masa ini. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, angka itu merupakan sasaran pertama Jawatankuasa Khas Pemantauan, yang ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 4 November lalu, bagi menggabungkan semua agensi di bawah kementerian untuk penyelarasan dan pemantauan aktiviti ekonomi dengan China. Penubuhan jawatankuasa berkenaan yang merupakan inisiatif yang bermatlamat memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia-China, diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini semasa sambutan ulang tahun ke-40 hubungan Kuala Lumpur-Beijing, Mei lalu. Mustapa berkata, jawatankuasa khas itu yang sekali gus menjadi platform sehenti penyelarasan aktiviti perdagangan kedua-dua negara, akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan diselaraskan oleh kementeriannya (Miti). "Mesyuarat pembentukan jawatankuasa itu di Kuala Lumpur pada Selasa lalu dipengerusikan oleh saya sendiri, manakala Utusan Khas Perdana Menteri Ke China, Tan Sri Ong Ka Ting sebagai timbalan pengerusi," katanya. Kesungguhan Malaysia dalam menyelaras dan memantau aktiviti dan hubungan ekonomi dengan China dibuktikan apabila Najib sendiri bakal mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan, katanya kepada wartawan Malaysia di sini, Ahad. "Kita akan cuba dapatkan perdana menteri untuk mempengerusikan mesyuarat itu tahun depan. Seperti yang dimaklumkan, ketika berada di sini (ketika ulang tahun ke-40), beliau (Najib) membuat keputusan sendiri untuk mempengerusikan, menyelaraskan kesemua platform perhubungan China dan Malaysia, merangkumi ekonomi, kewangan, pelancongan dan sebagainya," kata Mustapa. Mustapa berada di sini sejak kelmarin bagi menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri APEC (AMM) sempena sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) China 2014 di sini. Menurut Mustapa selain Miti, antara agensi yang terlibat dalam jawatankuasa khas itu ialah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Beliau berkata turut terlibat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) dan kerajaan-kerajaan negeri. "Jawatankuasa khas tersebut selain memantau dan menyelaras aktiviti ekonomi, akan turut menjadi forum perkongsian strategik komprehensif perdagangan kedua-dua negara seperti yang diilhamkan oleh Perdana Menteri," katanya. Menurutnya kesungguhan Malaysia dalam memantapkan penyelarasan dan pemantauan ekonomi kedua-dua negara membuktikan betapa pentingnya hubungan dengan China kepada Malaysia. Sementara itu, perdana menteri dijadual tiba di sini malam ini bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat ke-22 Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC (AELM), selama dua hari bermula Isnin. - mstar online

Permintaan Nanas Malaysia Kukuh, Berpotensi Maju
KUALA LUMPUR: Permintaan untuk nanas Malaysia, terutama varieti MD2, sangat tinggi dan dijangka terus berkembang dan diperkukuh oleh inovasi dalam pasaran jus dan buah yang dikupas serta sektor makanan siap.
Pegerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Datuk Samsolbari Jamali berkata nanas hibrid MD2, diterima baik oleh pasaran dunia disebabkan profil rasanya yang manis, kandungan vitamin C yang tinggi serta jangka hayat simpanan yang lebih lama.
"Permintaan untuk nanas MD2 dalam pasaran tempatan serta pasaran dunia sangat tinggi dan semakin meningkat," katanya kepada pemberita pada Misi Pemasaran dan Pelaburan Pertanian (AMIM) ke Dubai baru-baru ini.
Samsolbari berkata, permintaan dunia untuk nanas segar diunjur meningkat lima peratus setahun berikutan peningkatan penduduk dan pengunaan.
"Permintaan untuk nanas Malaysia diunjurkan meningkat daripada 350,000 tan metrik setahun pada 2013 kepada 700,000 tan metrik setahun pada 2020," katanya.
Samsolbari berkata, pengeluaran MD2 juga dijangkakan meningkat hampir 70 peratus, daripada 16,875 tan metrik kepada 63,500 tan metrik pada 2016, manakala keluasan tanaman nanas MD2 dijangkakan meningkat daripada 375 hektar pada 2013 kepada 5,000 hektar pada 2020.
Berdasarkan nilainya yang tinggi, kerajaan Malaysia mengkategorikan nanas MD2 sebagai antara tanaman yang akan ditanam secara komersil, katanya.
Beliau berkata, kawasan yang ditanami komoditi itu di Malaysia kini seluas 15,872 hektar, dengan kira-kira 84 peratus produk nanas ini digunakan untuk pasaran segar dalam negara, 10 peratus untuk diproses dan enam peratus lagi di eksport.
Menurutnya, peladangan nanas negara disasarkan seluas 22,589 hektar menjelang 2020.
Singapura dan Timur Tengah merupakan pasaran utama nanas segar, dengan pasaran Singapura menyumbang 75 peratus, diikuti Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebanyak 16 peratus pada 2013, katanya.
Samsolbari berkata, antara pasaran Timur Tengah, UAE merupakan pengimport terbesar nanas Malaysia dengan penguasaan pasaran sebanyak 64 peratus, diikuti Mesir (18 peratus), Arab Saudi (16 peratus), Jordan (satu peratus) dan Pakistan (satu peratus).
Pada 2013, katanya, Malaysia mengeksport 4,288 tan metrik nanas segar ke pasaran Timur Tengah bernilai RM6.5 juta manakala nanas tin sebanyak 1,545 tan metrik bernilai RM2.7 juta.
Beliau berkata, industri nanas negara berpotensi besar dibangunkan dan diperluas berikutan permintaan tinggi dari pasaran luar.
Samsolbari berkata, semasa AMIM, beberapa pengimport menyatakan kesediaan mereka untuk menambah import berikutan permintaan yang sangat tinggi dan semakin bertambah, terutama bagi varieti MD2.
"Saya harap ini akan memberi semangat dan motivasi kepada penanam untuk melihat nanas sebagai tanaman alternatif dalam usaha pertanian mereka. Semua pihak khususnya kerajaan-kerajaan negeri juga diharap menjadikannya tanaman penting di negeri masing-masing," katanya.
Beliau berkata, penanaman nanas bukan sahaja memberikan pulangan tinggi, malah berisiko rendah untuk dijangkiti penyakit.
LPNM juga memperkenal konsep 'sifar sisa' di mana selain buah dan sulurnya dijual, pokok nanas akan diproses untuk dijadikan makanan ternakan.
Malaysia ialah pengeluar ke-15 terbesar nanas dunia dan mengeksport kira-kira 100 juta tan nanas setahun ke 15 negara, termasuk UAE, Singapura, Jordan dan Korea Selatan.- mstar online
TOP
Pelaburan, Dagangan Asing Penting Untuk Tingkat Taraf Hidup Rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR: Pelaburan asing dan perdagangan antarabangsa masih merupakan elemen penting untuk meningkatkan taraf hidup di Malaysia, demikian menurut Oxford Business Group (OBG), firma perundingan, penyelidikan dan penerbitan global.
Walaupun ciri paling ketara ekonomi maju membabitkan sektor perkhidmatan bertumpukan pengguna, Malaysia terlebih dahulu perlu memberi tumpuan ke atas usaha untuk meningkatkan produktiviti industri berorientasikan eksport, kata OBG dalam 'The Report: Malaysia 2014.'
Laporan itu menyebut Malaysia dijangka meneruskan liberalisasikan secara berperingkat dan pada masa yang sama mengekalkan syarikat milik negara dan dasar Bumiputera.
Proses liberalisasi telah memperoleh momentum, dengan lebih banyak sinergi ditambah, katanya.
Malaysia, dengan bank yang mempunyai modal yang teguh dan pasran ekuiti korporat dan bon yang padu, juga berada pada kedudukan yang baik untuk memain peranan yang lebih besar dalam pembangunan di keseluruhan rantau ini, kata OBG.
Menurutnya proses penyepaduan blok Asean juga semakin mendapat momentum yang ketara.
Tahun depan akan menjadi satu lagi kejayaan bagi Malaysia dan Asean, apabila kumpulan 10 anggota itu menubuhkan Komuniti Ekonomi Asean, dan dipengerusikan Kuala Lumpur. - mstar online
TOP
Tansgender: Pihak Berkuasa Agama Negeri Patut Rayu Mahkamah Persekutuan
Jamil Khir Baharom
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyarankan Pihak Berkuasa Agama Negeri membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung isu transgender - lelaki Islam berpakaian seperti wanita. Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah. Jamil Khir berkata, langkah itu (rayuan) bagi menjaga kepentingan agama Islam, selain ia melibatkan kewibawaan Pihak Berkuasa Agama Negeri. "Ia juga untuk menunjukkan ketegasan pihak berkuasa agama Islam negeri dalam membendung aktiviti yang cenderung kepada amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan masyarakat Islam," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad. Panel tiga hakim mahkamah tersebut memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan. Keputusan Mahkamah Rayuan itu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan tiga lelaki Islam yang bekerja sebagai jurumekap pengantin iaitu Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30; bagi diisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan. Jamil Khir berkata, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan akan memohon untuk mencelah dalam prosiding ini dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan kelak.- mstar online

Wanita Umno Bantah Mansuh Akta Hasutan
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (tiga,kiri) dan Naib Ketuanya, Datuk Azizah Mohd Dun (dua,kiri) bersama anggota wanita Umno mengangkat tangan tanda sokongan sepenuhya pengekalan Akta Hasutan 1948 pada program Pemahaman Akta Hasutan 1948 anjuran Biro Perundangan dan Advokasi Pergerakan Wanita Umno Malaysia pada Ahad. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno tidak bersetuju dengan pemansuhan Akta Hasutan 1948 kerana berpendapat akta itu masih diperlukan bagi menjamin keselamatan dan keamanan negara. Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata ketiadaan akta itu pada masa hadapan dibimbangi boleh mencetuskan situasi yang membimbangkan khususnya yang melibatkan isu perkauman, agama dan institusi kesultanan Melayu. "Punca berlaku isu-isu ini disebabkan hasutan, ditambah pula dengan kebebasan yang ada di media sosial," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Pemahaman Akta Hasutan 1948 anjuran Biro Perundangan dan Advokasi Wanita Umno di sini, Ahad. Shahrizat menambah keputusan untuk mengekalkan akta itu dicapai sebulat suara oleh 500 pemimpin Wanita Umno yang hadir pada program itu dan mereka akan menghantar memorandum berhubung perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Memorandum itu untuk meminta perdana menteri menangguhkan rancangan memansuhkan Akta Hasutan bagi memberi peluang kepada rakyat menyuarakan kebimbangan jika Akta Hasutan digantikan dengan akta lain yang tidak cukup untuk menjamin keselamatan negara," katanya. Sharizat juga memberitahu Wanita Umno menerusi cawangan di seluruh negara akan melancarkan kempen mengumpul sejuta tandatangan rakyat daripada pelbagai kaum yang menyatakan sokongan agar Akta Hasutan dikekalkan. "Wanita Umno juga akan mengadakan forum dan program untuk mereka yang tidak mempunyai kepentingan politik bagi memaklumkan tentang risiko yang boleh berlaku jika tiada akta yang dapat mempertahankan keselamatan negara," katanya. Pergerakan parti itu bercadang mengadakan perbincangan dengan pergerakan wanita parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan pandangan mereka berhubung cadangan memansuhkan Akta Hasutan, kata Shahrizat. Najib pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri pada 8 September lalu, berkata keputusan sama ada hendak mengekalkan Akta Hasutan atau memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional akan dibuat dengan penuh berhemah dan kerajaan tidak akan melakukan tindakan yang boleh menyebabkan suasana tidak tenteram dalam negara.- mstar online

Polis Jalankan Siasatan Sekumpulan Pelajar Dirotan Warden
Mior Faridalatrash Wahid
GEORGE TOWN: Polis akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kejadian sekumpulan 14 pelajar sebuah sekolah berasrama di Jalan Masjid Negeri, di sini dirotan warden asrama sehingga meninggalkan kesan lebam serta berbirat pada pinggang dan pinggul mereka Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya juga akan menyiasat punca kejadian sehingga sekumpulan pelajar berkenaan dipukul yang dipercayai berlaku antara pukul 7 pagi hingga 7.30 pagi itu. "Setakat ini polis belum menerima sebarang laporan polis daripada mana-mana pihak yang terlibat dalam kejadian berkenaan bagaimanapun kami akan menjalankan siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Ahad. Akhbar pada Ahad melaporkan dalam kejadian itu, sebahagian besar daripada mereka adalah pelajar tingkatan lima yang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dirotan dan dimarah selepas tidak solat Subuh di surau sekolah berkenaan. Kumpulan pelajar yang tidak menunaikan solat Subuh di surau akibat kepenatan berikutan mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam itu dihukum empat kali rotan oleh warden manakala pengawas sekolah yang turut tidak menunaikan solat dikenakan lapan kali rotan hingga meninggalkan kesan lebam di pinggang dan pinggul. Sementara itu, Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Datuk Osman Hussain berkata, beliau telah dimaklumkan kejadian berkenaan bagaimanapun masih belum menerima laporan mengenainya. Katanya pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Timur Laut sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan. "Biar pihak sekolah dan PPD jalankan siasatan mereka terlebih dahulu, sebarang tindakan atau keputusan mengenai kejadian itu bergantung kepada laporan mereka," katanya.- mstar online

Polis Tahan 30 GRO Warga Thailand Di George Town
GEORGE TOWN: Tiga puluh warga Thailand termasuk seorang pondan yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam operasi polis di sebuah pusat hiburan di Jalan Datuk Keramat di sini, awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam serbuan pukul 1.30 pagi itu kesemua mereka didapati sedang leka menari dengan aksi ghairah dan melayan pelanggan di premis berkenaan.
Beliau berkata polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang disyaki menjadi pelindung kepada GRO wanita dan pondan berkenaan untuk siasatan lanjut.
Katanya GRO berusia antara 21 dan 30 tahun terbabit memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk dokumentasi.- mstar online
TOP
Tindakan Tegas Terhadap Syarikat Konsesi Lengah Penstrukturan Air - Azmin
Azmin Ali
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mengenakan tindakan lebih tegas terhadap syarikat konsesi yang melengah-lengahkan proses penstrukturan semula industri air di negeri itu. Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan itu adalah untuk mengelakkan pengguna dan rakyat daripada menerima kesan kelewatan penyelesaian penstrukturan itu. "Menteri (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) sendiri nyatakan dalam tempoh lima minggu, ada perjanjian yang perlu ditandatangani syarikat konsesi dengan kerajaan negeri untuk pelaksanaan penstrukturan industri air dan tempoh itu akan tamat dalam masa terdekat. "Maka, kerajaan negeri mengambil ketetapan untuk mengenakan pendirian yang lebih tegas," katanya kepada pemberita di sini, Ahad. Beliau ditanya mengenai status proses penstrukturan semula industri air di Selangor. "Kerajaan negeri akan keluarkan kenyataan rasmi esok berikutan tempoh menandatangani perjanjian antara kerajaan negeri dan syarikat konsesi akan tamat dalam masa terdekat," katanya. Ditanya mengenai permohonan pihaknya kepada kerajaan persekutuan untuk mendedahkan kepada umum kandungan perjanjian penstrukturan semula industri air, Azmin berkata, sehingga kini surat yang dihantar kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) masih belum berjawab. "Saya dah hantar tiga minggu lepas kepada menteri mohon kerajaan pusat mendedahkan isi perjanjian penstrukturan tersebut. Pada 18 Oktober lepas, Menteri Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyatakan kandungan perjanjian tersebut yang ditandatangani antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri Selangor belum boleh didedahkan. Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapatkan nasihat daripada Pejabat Peguam Negara. - Bernama

Parkir Bukit Bendera Dibuka Tahun Depan
GEORGE TOWN: Parkir bertingkat di kaki Bukit Bendera di sini, yang sedang dibina semula, dijangka dibuka kepada orang ramai sebelum Tahun Baharu Cina, 19 Februari tahun depan.
Pengurus besar Perbadanan Pulau Pinang (PDC), Datuk Rosli Jaafar berkata kerja membina semula bangunan lapan tingkat itu telah selesai dan memerlukan tiga bulan lagi untuk mendapatkan perakuan siap dan pematuhan daripada pihak berkuasa berkenaan.
"Sekarang, kami menunggu sambungan bekalan air dan elektrik daripada pihak berkuasa berkenaan," katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan terhadap projek parkir itu di sini, Ahad.
Beliau berkata pada mulanya, projek itu ditetapkan siap pada 25 November tahun lepas, tetapi kontraktor terbabit, Yuan Seng Building Trading Sdn Bhd, memohon penangguhan untuk menyiapkannya.
Bagaimanapun, kata beliau PDC mengenakan pampasan lewat siap (LAD) pada kadar RM5,000 sehari terhadap kontraktor berkenaan kerana gagal menyerahkan projek itu dalam tempoh yang ditetapkan.
Rosli berkata bangunan berharga RM11 juta itu mengandungi enam tingkat tempat letak kenderaan, satu tingkat komersial dan satu tingkat ruang pejabat.
"Penyerahan projek ini oleh kontraktor terbabit kepada PDC dijangka dilakukan awal tahun depan dan selepas itu, PDC akan menentukan kadar yang sewajarnya sebelum ia dibuka kepada orang ramai," katanya.
Projek di bawah Kementerian Pelancongan itu bermula pada 2011 dengan kos RM5 juta.
Bagaimanapun, ia dilanda pelbagai masalah dan menyebabkannya perlu diroboh, direka bentuk semula dan dibina kembali pada 2012.
Perkara itu menyebabkan kos membina bangunan letak kereta itu, yang sepatutnya mula beroperasi pada 2012, meningkat kepada RM11 juta.- mstar online
TOP
Elly Mazlien Selamat Bergelar Isteri Azmi Hatta
Elly Mazlein (kanan) selamat bergelar isteri Azmi Hatta dengan dua kali lafaz. FOTO: Utusan Malaysia
PUCHONG: Dengan dua kali lafaz, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein akhirnya bergelar isteri kepada pengarah drama Azmi Hatta dalam satu majlis yang diadakan di Surau As Sakinah, di sini, Ahad. Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan Syed Hanafi Syed Abdullah kira-kira pukul 11.45 tengah hari.
Ia turut disaksikan Penolong Pendaftar Nikah, Kariah Taman Putra Perdana, Ustaz Ahmad Baie Jaafar.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina, 34, menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan.
Elly turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki, dah di balas sembilan dulang hantaran. Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah beg tangan, kasut, jam tangan, barang kemas, kek dan minyak wangi. Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah jam tangan, kasut, sirih junjung, kaca mata, beg bimbit lelaki, kek dan coklat, cincin serta minyak wangi.
Majlis akad nikah dan jamuan diadakan secara sederhana di Surau As Sakinah berdekatan pusara ibu Elly iaitu Sabariah Ahmad yang meninggal dunia pada Mei lalu. Sejurus majlis akad nikah pasangan pengantin ini menziarahi pusara ibunya berdekatan surau berkenaan. "Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dalam majlis yang sangat sederhana. "Saya memilih untuk mengadakan majlis di sebelah pusara ibu kerana sejak pemergiannya, setiap hari saya pergi menziarah kuburnya. Jadi saya ingin hari bersejarah ini diadakan dengan ibu saya," ujarnya. Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 29 Mei 2011 dalam satu majlis yang diadakan di Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur.- mstar online

Keputusan Mahkamah Rayuan Kes Lelaki Berpakaian Wanita Mengejutkan - Muhyiddin
Sekumpulan lelaki berpakaian wanita yang berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat.
PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan Enakmen Agama Islam Negeri Sembilan menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah bercanggah dengan Perlembagaan sebagai sesuatu yang mengejutkan. Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun bukan pakar dalam hal berkenaan, beliau merasakan keputusan itu perlu diteliti semula kerana ia memberi implikasi besar kepada masyarakat, apatah lagi ia berkaitan dengan Perlembagaan. "Ia satu keputusan yang agak luar biasa, mengejutkan walaupun mahkamah yang putuskan. "Saya baca kenyataan pihak pimpinan Islam seperti mufti dan persatuan wakili peguam Muslim yang merasa hairan bagaimana keputusan itu dibuat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bencana banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands di bilik operasi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini, Ahad. Muhyiddin berkata kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan itu, namun pihak Jabatan Agama Islam Negeri dan Peguam Negara boleh 'mencelah' untuk mengemukakan rayuan supaya keputusan itu diteliti semula. "Jadi, elok diserah pada pihak Peguam Negara, Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri untuk membuat apa-apa rayuan atau sebagainya," katanya. Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas memutuskan bahawa Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki Islam berpakaian wanita di tempat awam adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan. Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang mengetuai panel tiga hakim membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan rayuan tiga lelaki yang bekerja sebagai mak andam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu. - Bernama- mstar online

Ceroboh Tanah: Ahli Politik, Warga Asing Tak Terkecuali Dikenakan Tindakan - TPM
Muhyiddin selepas mempengerusikan mesyuarat berkaitan banjir kilat dan tahah runtuh di Cameron Highlands pagi Ahad.
PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak termasuk ahli politik dan warga asing jika didapati terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah hingga berlakunya banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands, Rabu lalu. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada siapa yang terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang termasuk jika melindungi kegiatan pencerobohan tanah. "Kita perlu buktikan setakat mana seriusnya usaha kerajaan untuk menangani isu ini," katanya. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Bencana Banjir Kilat dan Tanah Runtuh di Cameron Highlands di pejabat Majlis Keselamatan Negara di sini, pagi Ahad. Muhyiddin berkata, kegiatan pencerobohan tanah secara haram perlu dihentikan serta merta bagi mengelak bencana yang lebih teruk pada masa depan. Beliau turut mengakui bahawa pihak berkuasa kurang menjalankan pemantauan terhadap kegiatan pencerobohan tanah di Pahang. Pada masa sama, beliau turut mengarahkan Jabatan Mineral dan Geosains menjalankan kajian risiko tanah runtuh dan merangka pelan mitigasi khusus untuk kawasan sekitar Cameron Highlands. "Tiada maaf bagimu", tegas Muhyiddin terhadap pendatang tanpa izin yang menceroboh dan ahli politik yang melindungi pencerobohan di tanah tinggi Cameron Highlands. Beliau berkata, bagi membanteras gejala yang berleluasa itu, kerajaan akan menggerakkan operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan bagi memastikan pihak terlibat segera dikenakan tindakan tegas. "Satu daripada sebab kenapa perkara ini (kejadian banjir dan tanah runtuh) berlaku adalah tidak ada ketegasan dari segi pelaksanaan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap mereka yang melanggarnya. "Jadi, kita telah putuskan bahawa kerajaan perlu ambil tindakan tegas dan saya telah arahkan satu operasi besar-besaran dilaksanakan bagi memastikan hal ini dihentikan segera," katanya.- mstar online

Proaktif Dan Capai Cita-Cita Anda - Mesej PM Kepada Gen Y
Najib dan Rosmah tiba di Karnival Genexter 2014 menaiki koc elektrik pada pagi Ahad.
PUTRAJAYA: "Proaktif dan capai cita-cita anda", itu nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada generasi Y negara ini. Beliau berkata, generasi Y perlu berusaha untuk menjadi manusia yang cemerlang dan berjaya selain meneruskan kesinambungan kejayaan negara. "Kalau kita ada cita-cita untuk belajar bahasa Inggeris, buka bisnes atau belajar agama, jangan benarkan sebarang halangan dan rintangan menghampakan kita. "Kita mesti cuba penuhi cita-cita dan aspirasi kita," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Genexter 2014 yang dihadiri kira-kira 30,000 belia di Dataran Putrajaya di sini, Ahad. Karnival Genexter selama dua hari bermula semalam adalah anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti). Turut hadir pada karnival itu ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan Yang Dipertua Bakti dan isteri timbalan perdana menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selaku Naib Yang Dipertua Bakti. Hadir sama ialah menteri-menteri kabinet bersama isteri masing-masing, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan pemimpin peringkat negeri. Kesemua pemimpin yang hadir duduk bersama-sama belia memandangkan tempat duduk bagi VIP tidak disediakan dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dilihat memilih duduk di bahagian tengah khemah perasmian dan jauh dari pentas utama. Najib berkata sebagai pemimpin, beliau bertanggungjawab memastikan keamanan dan keharmonian dapat dikekalkan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. "Sehubungan dengan ini, saya tidak mahu ada permasalahan antara kita. Dan kita tidak mahu generasi Y kita hari ini mempunyai salah faham tentang agama hingga sanggup menjadi pengebom berani mati. "Sebenarnya yang kita perlu adalah orang yang terus hidup untuk berjuang untuk menjadi umat yang cemerlang," kata perdana menteri.- mstar online

Laluan Ditutup, Mangsa Banjir Dibenar Pulang Bersihkan Rumah
Laluan ke Cameron Highlands turut retak akibat kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur baru-baru ini.
CAMERON HIGHLANDS: Laluan ke sini melalui Tapah dan Ringlet ditutup mulai 9.25 malam Sabtu bagi membolehkan kerja pembersihan dijalankan akibat banjir lumpur dan tanah runtuh di tebing laluan berkenaan. Malahan, ada juga laluan yang didapati retak beberapa meter hingga memaksa pihak berkuasa menutup satu laluan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Bagaimanapun, pada pagi Ahad ini, mangsa banjir di sekitar Ringlet dan Lembah Bertam yang ditempatkan di pusat pemindahan sejak Rabu lepas berikutan pelepasan air Empangan Sultan Abu Bakar, dibenarkan pulang untuk membersihkan rumah masing-masing. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superitendan Wan Zahari Wan Busu berkata, penduduk dibenarkan pulang bagi tujuan itu, berikutan keadaan cuaca cerah pagi Ahad. "Pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat akan sentiasa memantau keadaan ketika penduduk melakukan kerja pembersihan," katanya ketika dihubungi Bernama,di sini, Ahad. Bagaimanapun, katanya, penduduk terbabit hanya akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila keadaan disahkan selamat. Katanya, jumlah mangsa di pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet setakat 9.30 pagi ini masih kekal 91 orang daripada 28 keluarga. Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat. Sementara itu, Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam. Dalam kejadian itu, lima mangsa turut terkorban manakala lima lagi cedera.- mstar online

Tubuh Pasukan Petugas Tangani Masalah Buli
KUALA LUMPUR – Penubuhan Pasukan Petugas Khas yang memfokuskan elemen pengurusan sosial dan emosi perlu bagi menangani masalah buli dalam kalangan pelajar yang dilihat semakin membimbangkan.
Presiden Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA) Prof Madya Dr Rozmi Ismail berkata pasukan itu haruslah mencari penyelesaian kepada masalah tersebut dan perlu dianggotai mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang kaunseling dan psikologi.
“Di negara kita ada banyak pakar kaunseling dan psikologi, jadi sepatutnya kajian mengenai senario buli perlu dibuat, duduk bersama, panggil pegawai pendidikan serta yang lain dan kita usahakan penyelesaian ke arah ini,” katanya kepada Bernama.
Rozmi berkata elemen pengurusan sosial bertujuan meningkatkan kemahiran sosial dengan pelajar diberi ‘kursus pendek’ tentang kemahiran komunikasi yang betul.
“Melalui modul kemahiran sosial ini, misalnya pelajar akan lebih tahu cara tindakan sosial yang betul ketika berkomunikasi, jika buat salah kena berbincang, minta maaf, jadi kalau tak puas hati kita duduk dan bincang,” katanya.
Pengurusan emosi pula lebih kepada tindakan yang perlu dilakukan ketika seorang itu berada dalam keadaan marah, katanya.
Rozmi sebelum ini pernah berkata pembuli sebenarnya orang yang lemah walaupun secara fizikal mereka kuat kerana mereka tidak dapat mengurus emosi dan fizikal mereka dengan sebaiknya sehingga mereka melepaskannya kepada mangsa buli.
Ketika diminta mengulas hukuman sewajarnya kepada pembuli, beliau berkata hukuman berbentuk pengajaran perlu diutamakan berbanding tindakan membuang sekolah yang dilihat hanya menyebabkan masa depan mereka gelap.
“Remaja tidak selamanya jahat, seeloknya buat kerja sosial … tahu dan ambil pengajaran; sebolehnya jangan jejaskan masa depan dia, jangan letak kesalahan seratus peratus kepada dia (pembuli),” katanya.
Selasa lalu, video sembilan pelajar dipukul beramai-ramai oleh pelajar lain di dalam sebuah bilik asrama dan menarik perhatian pengguna laman sosial yang mengutuk perbuatan berkenaan.
Beberapa hari selepas itu, video memaparkan seorang remaja lelaki dipukul beberapa remaja di dalam sebuah bilik yang dipercayai asrama anak yatim turut tersebar di laman sosial. – BERNAMA
TOP
Laman Web JDT Paling Ramai Pengunjung Di Asia
KUALA LUMPUR – Laman web rasmi bola sepak Johor, www.johorsoutherntigers.com.my yang baru diperkenalkan awal tahun ini telah mencapai sebanyak 78.5 juta hits.
Johor Southern Tigers dalam satu kenyataan memberitahu, rekod itu sekali gus meletakkan Johor sebagai laman web bola sepak yang paling aktif dilayari di Asia.
“Ucapan terima kasih kepada semua penyokong yang melayari laman web rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).
“Ia secara tidak langsung meletakkan JDT sebagai laman web kelab bola sepak yang paling aktif dilayari di Asia untuk musim 2014,” kata kenyataan itu.
Bola sepak Johor sebelum ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya menjalin kerjasama dengan beberapa kelab bola sepak terkemuka di peringkat antarabangsa.
Antaranya, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menjalin kerjasama dengan pengurusan kelab terkemuka Jerman, Borussia Dortmund dan Valencia CF dari Sepanyol.-mynewsub
TOP
Kim Kardashian Perancis Ditahan Atas Cubaan Bunuh Kekasih
PARIS – Seorang model glamour yang digelar Kim Kardashian Perancis, Nabilla Benattia, telah ditahan atas tuduhan cuba membunuh teman lelakinya yang juga bintang realiti TV, Thomas Vergara susulan satu pergaduhan antara mereka.
Benattia ditahan polis selepas Vergara ditemui dengan kesan tikaman di bahagian leher dan dada.
Dia dikatakan berada dalam keadaan serius di Hospital Georges Pompidou dan dalam masa sama, Benattia juga dilaporkan berada dalam keadaan terkejut.
Model berkenaan pada asalnya ditahan atas dakwaan melakukan serangan namun selepas pendakwaraya melihat keadaan luka pada Vergara maka tuduhan itu ditukar kepada cubaan membunuh.
Menurut polis, pihaknya dipanggil ke sebuah bilik hotel pada 2.30 pagi selepas mendapat laporan daripada staf hotel tersebut mengenai satu pergaduhan.
Benattia sebelum itu dikatakan menghubungi hotel memaklumkan dia dan teman lelakinya diserang oleh tiga lelaki di luar hotel mereka.
Namun siasatan terhadap rakaman CCTV di situ tidak menunjukkan kejadian serangan itu dan Vergara juga tidak dirakamkan mengalami kecederaan di luar hotel.
Pisau yang digunakan untuk menikam Vergara dilaporkan telah dibersihkan dan dilempar keluar dari bilik hotel.
Meskipun Vergara memaklumkan kepada polis bahawa dia tidak mahu mengenakan apa-apa tuduhan ke atas Benattia, namun Vergara akan tetap dipanggil untuk memberikan keterangan terhadap kekasihnya itu.
Dalam pada itu, Benattia, yang menafikan tuduhan berkenaan boleh ditahan hingga 48 jam.
Pasangan itu mencipta nama di Perancis selepas kedua-duanya muncul dalam rancangan ‘The Reality TV Angels’.-mynewsub
TOP
Najib Ketuai Delegasi Malaysia Ke Sidang Kemuncak APEC
BEIJING: Pengunjung bergambar di hadapan papan tanda APEC di perkarangan China National Convention Centre (CNCC) sempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini, semalam. - Foto BERNAMA
BEIJING – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Ke-22 yang akan diadakan di sini, selama dua hari mulai 10 November.
AELM Ke-22 akan dipengerusikan oleh Presiden China Xi Jinping, dengan tema, “Membentuk Masa Depan melalui Perkongsian Asia Pasifik”, menurut Kementerian Luar dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Sebelum AELM, Mesyuarat Menteri-Menteri APEC Ke-26 (AMM) diadakan di sini dari 7-8 Nov dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Memuktamad APEC (CSOM) dari 5-6 Nov.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Turut menyertai delegasi Malaysia ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin serta pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Perdana Menteri dijadual membincangkan tiga keutamaan APEC 2014, iaitu memajukan integrasi ekonomi serantau; menggalakkan pembangunan inovatif, pembaharuan ekonomi dan pertumbuhan; serta pengukuhan perhubungan yang komprehensif dan pembangunan infrastruktur.
Selain daripada bertukar pandangan dengan pemimpin lain berhubung isu itu, Najib juga akan meneroka idea-idea baharu dan inovatif untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam kalangan negara-negara APEC.
Perdana Menteri turut dijangka mengulangi sokongan Malaysia ke arah usaha APEC terhadap perhubungan yang bertujuan mencapai hubungan lebih baik di rantau Asia Pasifik dan mengalu-alukan Rangka Tindakan Perhubungan APEC yang akan membantu negara melaksanakan program-program yang disasarkan.
Hasil daripada Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC akan didokumentasikan dalam Deklarasi Bersama Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC, menurut
kenyataan itu.
Najib akan mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan rakan-rakan sejawatnya pada sidang kemuncak itu, untuk membincangkan isu-isu dua hala, serantau dan pelbagai hala yang mempunyai kepentingan bersama.
AELM ialah sidang kemuncak tahunan yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Kerajaan ekonomi 21 anggota Rim Pasifik, memainkan peranan penting dalam menggalakkan perdagangan dan pelaburan di rantau Asia Pasifik.
Forum APEC itu dianggap sebagai satu daripada platform utama untuk membincangkan kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan serantau yang pada masa sama mengukuhkan hubungan dua hala dalam kalangan negara anggota.
Ditubuhkan pada 1989, tiga matlamat utama APEC ialah membangun dan mengukuhkan sistem perdagangan pelbagai hala; meningkatkan kesalingbergantungan dan kemakmuran negara-negara anggota; dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mapan. – BERNAMA
TOP
DBKL Tingkat Pemantauan Cerun Pada Musim Monsun
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang meningkatkan kerja pemantauan dan pengawasan terhadap kawasan-kawasan cerun berikutan musim monsun sekarang.
Timbalan Ketua Pengarah (Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan), Datuk Mohd Najib Mohd, berkata ini bagi mengesan sebarang aktiviti pergerakan tanah luar biasa yang boleh menyebabkan tanah longsor.
“Sekiranya dikesan terdapat sebarang pergerakan tanah luar biasa di kawasan-kawasan cerun, kerja membaik pulih akan diambil bagi mengukuhkan struktur tanah. Ini juga bagi mengelak kejadian tanah runtuh daripada berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, selain pemeriksaan secara fizikal, pemantauan secara ‘real time’ juga disokong oleh Sistem Maklumat Geografi (GIS) DBKL, yang menyediakan peta digital tiga dimensi mengenai sesuatu struktur alam sekitar itu.
“GIS DBKL yang dilancarkan Jun lepas memantau dan mengenal pasti keadaan cerun yang sensitif serta berisiko terhadap kejadian tanah runtuh dan maklumat-maklumat yang dijana akan dihantar ke bilik operasi DBKL untuk dianalisis,” katanya.
Semenanjung Malaysia mengalami musim peralihan kepada monsun timur laut pada pertengahan bulan ini.
Jabatan Meteorologi meramalkan negara akan mengalami lebih banyak hujan dalam musim ini yang dijangka berterusan hingga Mac tahun depan.
“Keadaan hujan lebat yang berlarutan berisiko menyebabkan banjir di kawasan rendah dan tanah runtuh,” kata jurucakap Jabatan Meteorologi.
Sementara itu, Pengarah Program SlopeWatch, Eriko Motoyama berkata kumpulan itu juga giat memantau kawasan cerun bukit di sekitar Bukit Antarabangsa untuk tanda-tanda risiko tanah runtuh.
SlopeWatch adalah badan komuniti yang diwujudkan oleh penduduk di Bukit Antarabangsa untuk memantau aktiviti cerun selain menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan asas ke atas cerun bukit yang bermasalah.
“Kami menjalankan program kesedaran berterusan di mana kami melengkapkan penduduk setempat dengan pengetahuan mengenai ‘kesihatan’ cerun di kawasan masing-masing.
“Ini termasuk ilmu asas mengenai cerun seperti mengenalpasti tanda-tanda bahawa sesebuah cerun itu dalam bahaya,” kata wanita itu.
Katanya, antara petanda ialah rekahan di atas cerun, takungan air di kaki cerun dan pergerakan kedudukan tumbuhan dan infrastrukur di atas cerun.
Katanya, badan itu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan jaringan komuniti di kawasan perumahan lain untuk perkongsian maklumat.
“Kami bekerjasama rapat dengan Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya. Sebarang maklumat mengenai perubahan keadaan cerun setempat akan dimaklumkan kepada pihak berkuasa,” katanya. – BERNAMA
TOP
Paras Air Empangan Sultan Abu Bakar Normal Pagi Ini
CAMERON HIGHLANDS – Paras air di Empangan Sultan Abu Bakar di Lembah Bertam di sini dilaporkan berada pada paras normal iaitu 3,498 meter setakat 10.30 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Zahari Wan Busu berkata walaupun berlaku hujan lebat sekejap-sekejap malam tadi, paras air di empangan berada pada tahap stabil.
“Semalam paras air di empangan berkenaan mencatatkan 3,500 meter iaitu pada paras normal. Paras air melebihi 3,500 meter dikategorikan berada pada paras bahaya.
“Bagaimanapun penduduk di sekitar Lembah Bertam dan Ringlet tidak perlu merasa bimbang kerana pihak bomba dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa memantau keadaan semasa di empangan itu,” katanya ketika dihuhungi Bernama di sini, hari ini.
Sementara itu, tinjauan Bernama di pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet pagi ini mendapati mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bagi tujuan membersihkan rumah masing-masing.
Bagaimanapun, mereka masih tidak dibenarkan menetap di rumah masing-masing ekoran faktor cuaca yang tidak menentu dan hanya dibenarkan pulang untuk tujuan membersihkan rumah sahaja.
Keadaan cuaca di sini pagi ini adalah cerah.
Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.
Sementara itu, Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.
Dalam kejadian itu, lima mangsa turut terkorban manakala lima lagi cedera. – BERNAMA
TOP
Wanita Terkena Peluru Yang Dilepaskan Untuk Seekor Babi Liar
FUJIAN – Wang Kao, 26, sedang berjalan balik ke rumahnya apabila tiba-tiba dia terasa benda keras yang kecil menembusi bahagian belakangnya. Rupa-rupanya ia adalah peluru yang terkenanya secara tidak sengaja.
Kejadian itu berlaku ketika anggota polis sedang mengejar seekor babi liar di Fuqing.
Malang menimpa Wang apabila peluru yang ditembak oleh seorang anggota polis tidak menembusi babi berkenaan, sebaliknya ia melantun dan terkena Wang.
Peluru itu menembusi dada Wang, dan hampir terkena jantungnya.
Dia kini dilaporkan dalam keadaan kritikal dan tenat.
Menurut seorang saksi. Li Mei Ting, 33, dia mendengar bunyi tembakan dan kemudian seorang wanita rebah.
“Pada mulanya saya sangkakan ia bunyi tembakan kumpulan kongsi gelap namun tidak lama kemudian beberapa anggota polis muncul dari celah lorong sambil membawa senapang.
“ Pada mulannya polis terbabit telah menyedari wanita itu rebah. Saya kemudiannya meluru ke arah wanita terbabit dan dia masih bernafas,’’ katanya.
Dalam pada itu, polis telah memohon maaf atas kejadian berkenaan dan akan menjalankan siasatan.-mynewsub
TOP
Lelaki Mabuk Naik Keretapi Hanya Pakai Stokin dan Kasut
New York - Seorang lelaki mabuk disini telah menaiki kereta api dan yang membuatkan dia lain dari lelaki mabuk yang lain adalah, dia dalam keadaan berbogel ketika menaiki keretapi terbabit.
Dia menaiki keretapi tersebut dengan hanya memakai kasut dan stokin sahaja. Perlakuannya itu telah menyebabkan penumpang lain terkejut dan menjauhkan diri dari lelaki tersebut kerana dikhuatiri dia akan bertindak ganas. Gambar lelaki berkenaan dalam keadaan bogel di atas keretapi telah dirakam oleh seorang editor majalah fesyen Daily Front Row, Peter Davis. Davis bertindak memuatnaik gambar berkenaan ke dalam akaun Twitter, Facebook dan Instagramnya. “ Lelaki tersebut berada di dalam keretapi sekurang-kurangnya enam stesen dan ketika itu terdapat kira-kira 30 penumpang lain,’’ katanya Davis. - Siakapkeli.com.my

Pelakon cilik Puteri Balqis, pecah rekod
PELAKON cilik berbakat besar, Puteri Balqis Azizi memecah rekod apabila berjaya memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama Balqis di Anugerah Skrin 2014 (ASK2014), kelmarin.
Kemenangan itu sekali gus memperlihatkan kanak-kanak berusia tujuh tahun ini menjadi pelakon wanita termuda yang memenangi kategori berkenaan dan menewaskan nama besar dalam kategori tersebut iaitu Normah Damanhuri, Nad Zainal dan Melly Amelin.
Untuk rekod, Datin Paduka Umie Aida membawa pulang trofi berkenaan menerusi drama Aku Bukan Malaikat, tahun lalu.
Sebelum ini, Balqis pernah memenangi Anugerah Artis Harapan Pantene di Anugerah Skrin ke-16 (2012) menerusi drama Pelarian.
Di temui sebaik menerima trofi terbabit, Balqis yang selesa membahasakan dirinya dengan panggilan Aqish mengakui terkejut sebaik diumumkan sebagai pemenang.
"Ini merupakan kali kedua Aqish tercalon dalam kategori ini, kali pertama tahun lalu. Tapi tak sangka Aqish akan menang tahun ini.
"Aqish memang rasa gembira, teruja dan terkejut dengan kemenangan ini. Aqish nak ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa Aqish, mama Eirma Fatima yang banyak memberi Aqish tunjuk ajar untuk menghayati watak ini.
"Apa pun, Aqish berlakon bukan kerana nak menang anugerah, tapi Aqish berlakon kerana Aqish mahu penonton fahami dengan lakonan Aqish," katanya kepada media.
Mengakui drama Balqis terbitan Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd itu diolah berdasarkan kisah hidupnya, anak kepada pasangan Azizi Aziz @ Adziz dan Norashikin Mohd Aziz ini mendedahkan drama tersebut tetap mencabar buatnya.
"Boleh dikatakan, 90 peratus perjalanan cerita tersebut diolah dari kisah hidup Aqish, tapi ada jugalah yang ditambah.
"Jadi agak mudah untuk Aqish menghayati watak Balqis itu dengan bantuan mama Eirma, tapi apa pun drama itu tetap mencabar kerana Aqish kena faham dengan karakter, minum banyak air dan masuk dengan karakter itu sebelum memulakan penggambaran," katanya yang mengimpikan untuk membawakan karakter kanak-kanak dirasuk selepas ini. - Sinar Harian
TOP
Gambar Budak Kecil Dicederakan Dengan Pisau Tersebar Dan Dikaitkan Dengan Islam
Baru-baru ini, satu gambar yang dimuat naik oleh Daily Mail Online, sebuah portal berita, telah menjadi viral di Facebook dan Twitter.
Gambar tersebut memaparkan gambar seorang lelaki sedang membelah dahi seorang kanak-kanak. Gambar itu disertakan dengan kapsyen yang berbunyai "Small boy has a gash cut into his head as part of Muslim ceremony" yang bermaksud seorang kanak-kanak kecil sedang dilukai kepalanya sebagai salah satu dari ritual orang Islam.
Bagaimanapun, gambar itu sebenarnya adalah gambar satu ritual penganut agama Shiah yang sememangnya bercanggah dengan agama Islam.
Oleh kerana hendak memperbetulkan kenyataan, seorang pengguna laman Twitter tampil memperbetulkan keadaan dengan menyatakan bahawa Shiah bukanlah orang Islam. Tweet tersebut telah mendapat lebih 10,000 retweet.
Gambar ini seolah-olah satu usaha untuk memburukkan umat Islam dan memberikan tanggapan buruk kepada masyarakat dunia tentang Islam. Jika tidak, masakan ianya disebar dengan menggunakan nama Islam? - Siakapkeli.com.my

Misteri 40 Pelajar Hilang Terjawab
BANDAR RAYA MEXICO – Suspek yang disyaki membunuh lebih 40 pelajar yang hilang di Mexico mengaku telah membakar mayat mereka dalam satu kejadian yang mengejutkan negara, kata Peguam Negara, Yesusu Murillo Karam semalam.
Bagaimanapun, beliau berkata, proses pengecaman mayat berhadapan dengan kesukaran memandangkan keadaan mayat yang telah hangus dan identiti mereka hanya boleh diketahui selepas dilakukan ujian deoksiribonukleik (DNA).
Pihak berkuasa sebelum ini giat mencari 43 pelajar yang hilang sejak polis menyerang sebuah bas di selatan Iguala pada 26 September lalu atas perintah bekas Datuk Bandar, Jose Luis Abarca bersama isterinya, Maria de los Angeles Pineda dalam satu kejadian yang mengakibatkan enam orang terbunuh.
Menurut Murillo Karam, tiga suspek yang berjaya ditangkap itu telah mengaku membunuh kese-mua pelajar berkenaan yang diserahkan kepada mereka di satu kawasan di antara Iguala dengan bandar bersebelahan, Cocula oleh anggota polis yang dikaitkan dengan kumpulan kartel dadah, Guerreros Unidos. - Kosmo!
TOP
Lelaki Beli 99 iPhone 6 Untuk Luah Cinta Kepada Rakan Sekerja
Seorang lelaki dari Guangzhou yang bekerja di sebuah syarikat permainan video menggunakan 500,000yuan (RM273,232) untuk membeli 99 buah iPhone 6 bagi tujuan hiasan ketika dia meluahkan cintanya kepada seorang rakannya sekerjanya.
Lelaki tersebut, yang telah menggunakan duit simpanannya yang bernilai dua tahun, menyusun kesemua 99 buah iPhone baru itu menjadi sebentuk hati ditengah-tengah tempat parking ketika waktu rehat.
Rakan sekerja wanitanya, yang diminati oleh lelaki terbabit , tiba di tempat tersebut setelah dipujuk dan ditekan dari rakan sekerja yang lain, tetapi tidak memberi sebarang respons luahan cinta lelaki itu lagi.
- Siakapkeli.com.my

12 Maut Dalam Serangan Bom Kereta
BAGHDAD 9 Nov. – Dua serangan bom kereta mengakibatkan seramai 12 orang awam terbunuh di Baghdad dan bahagian barat Ramadi semalam.
Sumber polis memaklumkan, dalam satu kejadian letupan, seorang lelaki meletakkan keretanya di kawasan puak Syiah sebelum kereta itu meletup dan mengorbankan orang ramai yang berhampiran.
Sehingga kini tiada pihak tampil bertanggungjawab melakukan serangan bom kereta tersebut. – REUTERS
TOP
Sisa mayat mangsa MH17 tidak dapat dikeluarkan
KHARKIV 9 Nov. – Sisa mayat terakhir mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 mungkin tidak akan dapat dikeluarkan daripada lokasi bangkai pesawat yang berada dalam kawasan bergolak di Ukraine.
Menteri Luar Belanda, Bert Koenders semalam berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan bila dan adakah mereka mampu membawa keluar sisa sembilan mayat terakhir daripada lokasi nahas, akibat pertempuran yang masih berterusan di antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan tentera kerajaan Ukraine.
Pesawat MH17 itu ditembak jatuh di timur Ukraine 17 Julai lalu dan mengorbankan semua 298 orang penumpang dan kru penerbangan dan sehingga kini, sebanyak 289 mayat mangsa telah dikenal pasti. – AFP
TOP
Lelaki sudah 62 kali berkahwin, tidur 5 kali sehari dengan isteri
Kaherah: Seorang lelaki, Abu Shadeed, berkata, dia kahwin kali pertama ketika berusia 16 tahun dan sehingga ini sudah 62 kali berumah tangga, tiga daripadanya masih menjadi isterinya yang sah,
Lelaki itu yang namanya bermakna ‘bapa kekuatan’ dalam bahasa Melayu berkata, dia tidur dengan isterinya lima kali sehari dan hidup dengan makan daging mentah serta ikan dengan tulangnya sekali. Ketika muncul dalam rancangan terbitan rangkaian televisyen Al Hayat, semalam, Abu Shadeed dan beberapa anaknya mengejutkan penonton apabila mereka makan rumput.
“Saya makan rumput hanya untuk membuka selera. Makan seharian saya ialah daging mentah dan ikan, yang saya makan dengan tulangnya sekali. Saya juga boleh makan arang yang masih terbakar,” katanya
Menurutnya, dia ketika ini mempunyai tiga isteri selepas menceraikan yang keempat atas alasan wanita itu menyokong Ikhwanul Muslimin.
“Saya sudah berkahwin 62 kali. Kebanyakan mereka berkahwin dengan saya kerana tenaga luar biasa saya. Saya tidur dengan isteri saya lima kali sehari. “Saya tidak ambil ubat perangsang atau dadah. Kekuatan saya adalah anugerah Tuhan. “Saya kini merancang mencari isteri keempat dan dia perlu langsing serta berkulit sawo matang,” katanya.-Agensi

10 Wanita Nazi Paling Kejam
Selain daripada Hitler dan orang-orang kanannya yang kejam, wanita Nazi turut tidak ketinggalan menyumbangkan keganasan dan melahirkan rasa takut di kalangan para tahanan di kem-kem maut.
Kebanyakan pekerja kem-kem Nazi telah ditangkap dan didakwa atas membunuh dan menyeksa secara kejam para tahanan mereka selepas Perang Dunia Ke-2. Seramai 3600 orang wanita berkerja di kem-kem tahanan dan lebih kurang 60 orang dibicarakan di Tribunal Jenayah Perang di antara 1945 dan 1949. Daripada jumlah itu, 21 orang dihukum mati. Secara keseluruhan 5025 lelaki dan wanita didapati bersalah melakukan jenayah perang di zon-zon Amerika Syarikat, Britain dan Perancis dan lebih 500 orang dijatuhkan hukuman mati.
Wanita Nazi secara amnya merupakan golongan berpendapatan rendah dan dari kelas pertengahan, dan tiada pengalaman bekerja. Ada juga sukarelawan diperolehi dengan meletakkan iklan di akhbar-akhbar Jerman, yang meminta para wanita mereka menunjukkan taat setia dan cinta kepada Reich dan menyertai SS-Gefolge.
Wanita-wanita ini dikatakan memegang jawatan yang sama rata dengan pegawai lelaki SS. Tugasan mereka adalah spesifik seperti yang diarahkan oleh Hitler. Ada juga wanita yang menyokong polisi anti Yahudi suami mereka, yang merupakan komander-komander dan menteri-menteri cabinet. Berikut adalah senarai wanita Nazi paling kejam dalam sejarah.
10. Maria Mandel
Maria Mandel adalah merupakan seorang pegawai Nazi yang bekerja di Kem Maut (extermination camp) Auschwitz-Birkenau dan kem tahanan (concentration camp) Dachau. Dia dikatakan satu-satunya wanita yang memegang jawatan paling tinggi di dalam kem tersebut. Mandel hanya menerima arahan dari komandan dan tugasnya adalah mengawasi semua tahanan dan pembantu wanita.
Dia secara tidak langsung bertanggungjawab atas kematian 500 ribu orang wanita. Ramai saksi mengatakan Maria akan berdiri di hadapan pintu gerbang Aushwitz-Birkenau hanya semata-mata untuk menunggu mana-mana tahanan yang akan memandang ke arahnya. Dia akan memilih sesiapa yang melihatnya untuk dihukum mati dengan serta merta.
Pada May 1945. Maria melarikan diri ke kawasan pergunungan di selatan Bavaria.Sebaik saja tiba di tempat kelahirannya Munzkhirchen, Austria, dia ditangkap dan disiasat oleh pegawai tentera Amerika Syarikat pada 10 Ogos 1945.Kemudian Maria diserahkan ke Poland pada November 1946.
Pada bulan yang sama, dia dibicarakan di mahkamah Krakow dan dijatuhkan hukuman mati. Dia digantung pada 24 Januari 1948.
9. Herta Oberhauser
Wanita ini dikatakan seorang doktor di kem tahanan Ravensbrück. Tapi seperti pakar perubatan yang lain di dalam kem Nazi, dia juga seorang yang ‘gila’. Oberheuser menyuntik kanak-kanak yang sihat dengan minyak dan menyaksikan mereka mati secara perlahan dan penuh terseksa. Kemudian, selepas mereka mati dia memotong anggota badan dan mengeluarkan organ-organ dalaman. Tujuh puluh empat orang mangsanya adalah tahanan politik Poland dan 86 orang lagi adalah wanita. Oberheuser juga cenderung menggosokkan objek-objek asing terhadap luka-luka para tahanan.
Namun anehnya, dia cuba meneruskan karier perubatannya selepas dibebaskan dari penjara pada 1951. Walau bagaimanapun Oberheuser tidak berjaya kerana lesen perubatannya telah ditarik dan dibatalkan.
8. Irma Grese
Irma Grese adalah salah seorang penjenayah perang wanita Nazi paling terkenal, dan sebahagian kecil wanita yang pernah bertugas di kem tahanan, yang dihukum gantung oleh tentera Pihak Berikat. Dia menjadi wanita paling muda dihukum di bawah perundangan Britain dalam abad ke-20, dan juga pengawal kem termuda dihukum gantung. ‘The Bitch of Belsen’ nama panggilannya, telah ditugaskan di Ravensbrück dan Auschwitz dan adalah warden untuk seksyen wanita di kem tahanan Bergen-Belsen .
Irma memukul mangsa-mangsanya dengan cemeti sebelum menembak mereka. Tambahan lagi, dia melepaskan anjing-anjingnya yang kelaparan ke arah para tahanan di Bergen Belsen.Menurut saksi, Irma seorang yang sadis dan mendapat kepuasan seksual dengan membunuh orang secara kejam. Bersama penjenayah perang wanita lain, dia akhirnya digantung sampai mati pada 13 Disember 1945. Irma tidak pernah mengungkap penyesalan ke atas perbuatan kejinya itu sehingga ke nafas yang terakhir
7. Ilse Koch
Ilse Koch dikenali sebagai 'Bitch of Buchenwald’. Memandangkan suaminya juga seorang pegawai SS di kem tersebut, dia gemar membawa anjing-anjingnya ke situ dan membiarkan ia menyerang tahanan wanita. Dia dikatakan juga akan menunggang kuda dan memilih tahanan untuk dibunuh dengan racun gas, terutamanya mereka yangmempunyai tatu yang menarik hatinya.
Selepas tahanan dibunuh, Koch akan melapah kulit mereka untuk dikeringkan dan diawet. Dia mengumpul kulit manusia untuk diubah menjadi sarung tangan, lamp shade, kulit buku, perabut di rumahnya dan perkakas serta item pakaian.
Dia pernah didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 1947, namun hukuman itu telah diringankan, membolehkan Koch dibebaskan. Walau bagaimanapun, dia ditangkap semula pada 1949 dan sekali lagi dihukum penjara seumur hidup pada 1951. Akhirnya, Koch membunuh diri pada tahun 1967.
6. Juanna Bormann
Juana Bormann, pegawai wanita SS yang gemar membunuh, bertugas di kem maut Auschwitz dan Bergen-Belsen. Dia juga terkenal dengan panggilan ‘The Woman with the Dogs’, mendapat kepuasan sadis dengan melepaskan anjing-anjing serigalanya mengoyak dan mencerai-ceraikan tubuh badan para tahanan. Juana menyertai SS sebagai pekerja awam pada 1 Mac 1938 , Pada 13 Disember 1945, dia digantung sampai mati, bersama-sama rakan seperjuangannya Irma Grese. 5. Ruth Closius-Neudeck
Neudeck adalah seorang Blockführerin (pengawas berek) dan dikenali dengan keganasannya yang melampau ke atas para tahanan wanita. Pada Disember 1944, dia dipindahkan ke kem maut Uckermark berhampiran dengan Ravensbrück, di mana dia secara langsung bertanggungjawab dengan pemilihan dan pembunuhan lebih kurang 5000 orang wanita dan kanak-kanak. Pada Mac 1945, Neudeck diangkat sebagai ketua subcamp di Barth.
Pada lewat April 1945, dia melarikan diri tetapi kemudiannya ditangkap dan dipenjarakan sementara British Army menyiasat jenayah yang pernah dilakukannya. Pada April 1948, dia dihadapkan ke perbicaraan Ravensbrück Trial yang ketiga, bersama beberapa wanita SS yang lain. Bekas penyelia SS yang berumur 28 tahun ketika itu, mengaku salah atas semua tuduhan membunuh dan penyeksaan yang berlaku di bawah arahannya.
Mahkamah Britain mendapatinya bersalah atas jenayah perang dan Neudeck dihukum gantung pada 29 Julai 1948.
4. Magda Goebbels
Magda adalah isteri kepada Menteri Propaganda, Joseph Goebbels.Tugas rasminya adalah menjadi hos majlis kepada isteri-isteri menteri dan pegawai tertinggi dari luar negeri.
Walaupun dia tidak berkaitan secara langsung dalam proses pembunuhan tahanan, Magda seorang yang sangat berpengaruh. Dia amat menggalakkan suaminya menyebarkan propaganda anti-yahudi. Namun begitu, walaupun mempunyai kuasa dia hanya berdiam diri ketika bapa tirinya seorang Yahudi menderita di kem maut Buchenwald.
Akhirnya, demi mengelak daripada ditangkap dan dihukum oleh pihak Berikat, Magda meracun kesemua enam orang anaknya, kemudian membunuh diri bersama suaminya.
3. Elizabeth Marschall
Elizabeth adalah ketua jururawat di kem tahanan Ravensbrück. Seperti majoriti pekerja perubatan wanita Nazi yang lain, jawatan ‘jururawat’ hanya pada nama sahaja. Dia dikatakan membuat pemerhatian ke atas eksperimentasi perubatan para tahanan di Ravensbrück.
Kebanyakan eksperimen dilakukan terhadap bayi-bayi yang baru lahir dan yang mempunyai jangka hayat tidak melebihi 4 minggu. Elizabeth juga memainkan peranan penting dalam proses pemilihan ke kamar gas, iaitu secara peribadi memilih lebih daripada 800 orang wanita untuk dihantar ke Auschwitz dan seterusnya menghadapi kematian mereka di sana.
Dia digantung sampai mati pada 26 Jun 1947 di atas jenayahnya itu.
2. Vera Salvequart
Vera Salvequart, seorang jururawat di kem tahanan Ravensbrück, juga individu yang bertanggungjawab ke atas proses hukuman mati para tahanan.
Dia terus meracun tahanan yang sakit daripada mengganggu proses pemindahan ke kamar gas. Vera juga menyelia hukuman gas beracun terhadap lebih kurang 1000 orang wanita di kem tersebut. Kemudian, dia mengisi sijil kematian mereka sambil memeriksa mulut mayat untuk mendapatkan gigi-gigi emas, yang akan dikumpul dan dihantar ke ibu pejabat.
Pada Jun 1947 dia juga dihukum gantung sampai mati.
1. Jenny Wanda Barkmann
Wanita keji Nazi ini merupakan pengawal kem tahanan pada Perang Dunia ke-2. Dia menyeksa para tahanan dan secara langsung berkaitan proses pemilihan wanita dan kanak-kanak untuk dihantar ke kamar gas beracun. Dikenali sebagai ‘the Beautiful Spectre’ Jenny cuba mempergunakan kecantikannya untuk menggoda warden-warden penjara British. Namun percubaannya gagal dan dia dihukum gantung juga kerana penglibatannya dalam jenayah kejam.-Siakapkeli.com.my

Kerana Kelazatan Ikan Bawal, Warung Tersembunyi Jadi Tumpuan
KATA kawan-kawan Abang Fen, ada sebuah warung ikan bawal goreng yang sedap, tetapi untuk merasai kelazatan itu, kita perlu hadapi cabaran mencari premisnya yang tersembunyi.
Tetapi cabaran itu hanya bagi mereka yang pertama kali melangkah masuk ke warung tersebut.
Tercabar dengan cerita itu, Abang Fen juga ingin tahu kenapa pelanggan gerai tersebut sanggup bersusah payah untuk menikmati ikan bawal goreng...sedap sangatkah?
Oleh itu, baru-baru ini, Abang Fen juga tidak terlepas untuk mencari gerai tersebut mengikut petua yang diberikan rakan-rakan demi pembaca mStar Online.
Warung bawal goreng itu dikenali sebagai Warung Kak Mah dan Abang Din, terletak di Kampung Datuk Keramat, Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah ,Pulau Pinang.
Tetapi untuk sampai ke warung tersebut, perlu melalui Kawasan Perindustrian Perai.
Ketika berada di kawasan perindustrian tersebut, Abang Fen menghabiskan selama 20 minit untuk mencari gerai berkenaan, akhirnya memberhentikan kereta untuk bertenang seketika.
Bila Abang Fen ingatkan semula petua rakan, mereka memberitahu, jalan ke gerai itu terletak di tepi sebuah kilang kotak, masuk ke situ dulu barulah kita akan nampak gerainya.
Akhirnya Abang Fen sampai di hadapan warung ikan bawal goreng tersebut. Tidak dinafikan memang ramai pelanggannya.
Bukan sahaja penuh dengan kereta, bas persiaran yang membawa rombongan turut ke warung tersebut.
"Apa istimewanya warung ikan bawal goreng ini, sampai ramai macam ni sekali.
"Patut pun tidak dipanggil restoran walaupun ramai orang, sebab meja dan kerusi hanya diperbuat daripada kayu biasa sahaja,” bisik hati Abang Fen ketika melangkah masuk ke warung berkenaan.
Abang Fen kemudian meninjau lauk-pauk selain bawal goreng panas sebagai menu utama, ada juga sayur, ulam dan sambal belacan yang mula membuatkan selera makan membuak.
Gulai ikan bawal.
Tanpa membuang masa, Abang Fen meminta nasi putih, ikan bawal goreng, sambal belacan dan ulam untuk makan tengah hari.
Ketika pekerja warung tersebut menghantar bawal goreng bersama nasi dan ulam, dia turut meninggalkan kicap manis. Apabila dilihat di sekeliling, barulah Abang Fen tahu mengenai campuran yang akan melazatkan makanan itu.
Sebagai seorang penulis yang ingin berkongsi dengan pembaca, Abang Fen mula merasai nasi dengan ikan bawal goreng panas, disertai sambal belacan dan kicap manis.
Bayangkan, isi ikan bawal yang panas bersama sambal belacan dan manis-manis kicap di dalam mulut anda.
Sedapnya memang tidak terkata, ketika itu Abang Fen sedar, kenapa orang ramai termasuk menteri sanggup mencari warung tersembunyi ini untuk menikmati makan tengah hari.
Habis saja menjamah makanan lazat itu, Abang Fen memulakan misi mencari tuan empunya warung dengan niat untuk mencungkil rahsia serta mencari maklumat untuk dikongsi dengan you all.
Selepas bertanya dengan seorang daripada pekerjanya, Abang Fen ditemukan dengan seorang wanita iaitu Razimah Hassan, 55, (gambar) di dapur warung tersebut.
Razimah memulakan perniagaan itu bersama suaminya Tajudin Hashim, 57, pada awal 1990-an.
"Waktu itu kami hidup susah tetapi saya dan suami pandai masak. Jadi kami ambil keputusan untuk mencuba dengan perniagaan ikan bawal goreng ini", cerita Razimah memulakan perbualan.
Perniagaan pasangan tersebut bermula dengan 5 kilogram ikan bawal sebelum ia mencecah 200 kilogram sehari ketika ini.
Semuanya kerana apa yang dihidangkan menepati cita rasa pelanggan.
"Saya tidak ada resipi istimewa sangat selain hanya masukkan serbuk kunyit dan garam untuk digaulkan bersama ikan bawal ini sebelum digoreng.
"Apabila hendak menggoreng pastikan minyak benar-benar panas kerana ikan akan masak dalam keadaan baik”, jelas Razimah memberikan tips dan rahsia keenakan ikan bawal goreng yang menggamit ramai pelanggan.
Kerana idea Razimah dan Tajudin juga, perniagaan ikan bawal goreng kini terkenal sehingga ke ibu negara.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila ia turut dikunjungi oleh menteri dan timbalan menteri seperti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Noh Omar.
Ketika sedang merakam gambar warung tersebut, Abang Fen sempat mendapatkan pandangan seorang pelanggan tetap warung berkenaan iaitu Mohd Wazir Mat, 48.(gambar)
"Saya menjadi pelanggan warung bawal goreng ini sejak berusia awal 20-an kerana keistimewaan serta kelazatan ikan yang digoreng, sambal belacan dan kari ikan di sini memang tiada tandingannya.
Seorang pelanggan yang sedang menikmati makan tengah hari dengan lauk ringkas.
Warung tersebut dibuka seawal pukul 10 pagi dan ditutup pada pukul 8 malam dan menariknya tiada hari cuti dalam kalendar perniagannya. Pelanggan boleh menikmati ikan bawal goreng pada hari apa sahaja. Sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi Razimah ditalian 017-4277206 atau Tajudin (011-12477754).- mstar online

Gol Tunggal Mata Beri Kemenangan Penting United
JUAN Mata memberi tiga mata penting untuk Manchester United dengan menewaskan Crystal Palace 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu malam.
Mata menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-67 selepas babak pertama perlawanan kedua-dua pasukan gagal mencuri sebarang gol.
Pemain Sepanyol itu dimasukkan pada minit ke-63 mengganti Adnan Januzaj.
Palace gagal manfaatkan peluang keemasan pada separuh masa pertama melalui Fraizer Campbell selepas berjaya menggelecek dua pemain United, Paddy McNair dan Daley Blind, namun tendangannya tersasar.
Anak buah Louis van Gaal mendominasi perlawanan ini, namun mereka sukar mencari rentak serangan terbaik.
"Pada separuh masa pertama kami hanya diberi satu ancaman dari pihak lawan apabila McNair dan Blind tidak berkomunikasi dengan baik.
"Selain daripada itu, kami menguasai permainan dan mencipta banyak peluang gol.
"Rooney juga ada peluang untuk menjaringkan gol, dan Mata berjaya melaksanakan tugas dengan baik. Kami berjaya mengutip tiga mata penting kali ini," jelas Van Gaal.
Kemenangan keempat musim ini bagi United sekaligus membawa mereka ke kedudukan ke-6 liga dengan mengumpul 16 mata bagi 11 perlawanan.
SENARAI PEMAIN
Man Utd: De Gea, Valencia, Carrick, McNair, Shaw, Blind, Januzaj, Fellaini, Rooney, Di Maria, Van Persie.(simpanan) Mata, Lindegaard, Ander Herrera, Fletcher, Vermijl, Blackett, Wilson.
Crystal Palace: Speroni, Mariappa, Dann, Delaney, Ward, Puncheon, McArthur, Ledley, Bolasie, Chamakh, Campbell. (Simpanan) McCarthy, Doyle, Hennessey, Gayle, Fryers, Bannan, Kelly.
Pengadil: Chris Foy.
- mstar online

Keputusan Liga Perdana Inggeris, Sabtu
BERIKUT ialah keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris yang berlangsung pada Sabtu malam:
Manchester City 2-2 QPR
Burnley 1 - 0 Hull
Manchester United 1 - 0 Crystal Palace
Southampton 2 - 0 Leicester
West Ham 0 - 0 Aston Villa
Liverpool 1-2 Chelsea
- mstar online
Manchester City 2-2 QPR
Burnley 1 - 0 Hull
Manchester United 1 - 0 Crystal Palace
Southampton 2 - 0 Leicester
West Ham 0 - 0 Aston Villa
Liverpool 1-2 Chelsea
- mstar online
TOP
Jihadi John Sasaran Utama Tentera Britain
Jihadi John, warga Britain yang bertindak memenggal kepala dua tebusan senegaranya menjadi sasaran pasukan khas tentera negara itu.
PASUKAN khas tentera Britian dibentuk untuk misi ke Syria bagi memerangi militan Negara Islam (IS) terutama yang memenggal kepala tebusan rakyatnya, Alan Henning dan David Haines. Ia dikatakan operasi terbesar yang dilancarkan pasukan khas sejak serangan 11 September 2001. Sumber kerajaan mengesahkan perkara itu kepada wartawan The Mail pada Ahad bahawa anggota tentera yang menyertai misi itu sudah diterbangkan ke pangkalan rahsia di Asia barat minggu lalu. Bergerak dalam kumpulan kecil sama ada tiga atau empat anggota, mereka menaiki pesawat komersil dan berpakaian preman. Selepas persiapan rapi di berek regimen tentera di Hereford, pasukan elit itu kini menunggu arahan untuk menyerang sasaran mereka yang dikenali sebagai Jihadi John, seorang penyanyi rap yang kini menyertai kegiatan kumpulan pengganas. "Semuanya berjalan lancar dan menunggu masa untuk melancarkan serangan. "Ia menjadi lebih peribadi kepada anggota terbabit kerana Jihadi John adalah rakyat British dan dia membunuh tebusan di kalangan warga senegaranya," kata sumber itu.
Pasukan khas tentera Britain sedang menjalani latihan di lokasi rahsia di Syria.
Difahamkan, sebahagian misi pasukan khas itu termasuk untuk menyelamatkan baki tebusan termasuk jurugambar warga British, John Cantlie. The Mail yang memperoleh maklumat berhubung operasi itu bersetuju untuk tidak mendedahkan secara terperinci mengenainya bagi tujuan keselamatan. Bagaimanapun, disahkan ketika ini anggota pasukan khas itu berada di kawasan terpencil bersama ejen risikan dan pakar komunikasi untuk menjejaki militan IS dengan memintas siaran radio IS serta mesej telefon kumpulan pengganas itu. Kata muktamad untuk misi di Syria ini bagaimanapun terletak pada Perdana Menteri, David Cameron seperti mana yang dimaklumkan di Parlimen pada September lalu. Di pangkalan padang pasir, pasukan khas itu gigih menjalankan latihan peringkat akhir menggunakan senjata canggih yang dilengkapkan kepada pasukan tentera British. Selain itu, pasukan elit ini juga mendapat khidmat bantuan Skuadron Semboyan yang menggunakan peralatan yang dilengkapkan dengan telefon satelit, juga 17 kru kapal terbang perisik British dikenali sebagai 'River Joint'.- mstar online

Chelsea Lebar Rekod Tanpa Kalah, Tewaskan The Reds 2-1
Costa (19) menjaringkan gol kedua Chelsea ketika bertemu Liverpool Sabtu malam.
CHELSEA mengukuhkan rekod tanpa kalah musim ini selepas menewaskan Liverpool 2-1 di Anfield pada aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu malam. Pasukan tuan rumah membuka jaringan awal pada minit ke-9 permainan menerusi usaha Emre Can. Namun anak buah Jose Mourinho yang tekad untuk mengutip mata penuh di Anfield tidak panik dengan jaringan awal itu. Lima minit kemudian Gary Cahill berjaya menyamakan kedudukan. Sementara itu, pada babak kedua permainan, Diego Costa muncul sebagai penjaring kedua Chelsea pada minit ke-67. Peluang The Reds untuk menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-87 apabila sepakan Steven Gerrrard terkena tangan Cahill, namun pengadil Anthony Taylor tidak memberikan sepakan penalti. "Ia sesuatu yang mengecewakan kami kerana jelas sekali bola terkena tangan Cahill, malah pengadil juga nampak insiden itu. "Pemain-pemain saya sudah memberi yang terbaik dan mereka layak diberikan sepakan penalti itu. "Ini situasi yang sukar buat kami apabila gagal meraih keputusan baik," pengurus Liverpool Brendan Rodgers. Dengan kemenangan ini, Chelsea mencatat rekod tanpa kalah 11 perlawanan dengan 29 mata sekaligus menyamai rekod musim 2005/06 dengan 13 mata. Malah Mourinho juga mencatat kemenangan paling banyak ke atas Liverpool dalam aksi liga (8 kali) dan turut merekodkan tujuh kali kemenangan menentang Porthmouth. Manakala Costa berkongsi kedudukan penjaring terbanyak liga musim ini bersama penyerang Manchester City Sergio Aguero dengan 10 gol dalam sembilan perlawanan. Penyerang kelahiran Brazil itu hanya gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan liga sahaja iaitu ketika bertemu QPR dan Man City.- mstar online

Doping: Chong Wei Akui Terkejut, Tertekan
KUALA LUMPUR: Pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei akhirnya tampil bersuara, mengatakan beliau tidak pernah menipu berkaitan dengan doping.
"Pada 2 Oktober lalu, selepas balik dari Sukan Asia di Incheon saya menerima surat yang memberitahu bahawa saya gagal dalam ujian doping.
"Saya terkejut. Sudah lama saya bermain badminton dan ini pengalaman pertama dan ianya amat sukar bagi saya," jelas Chong Wei.
Pemain berusia 32 tahun ini diuji positif dengan dexamethasone ketika ujian doping yang diadakan pada Kejohanan Dunia di Copenhagen pada 30 Ogos lalu.
Malah keputusan sampel B yang diuji juga turut positif.
Chong Wei menegaskan beliau tidak menipu.
"Saya tidak pernah menggunakan sebarang dadah untuk meningkatkan prestasi.
"Apa yang penting bagi saya adalah menjaga nama baik di peringkat antarabangsa.
|
"Saya bekerja keras sepanjang hidup dan tidak pernah menggunakan jalan singkat.
"Sudah lama saya menjadi pemain No.1 Dunia dan telah berdepan lebih daripada 100 ujian doping. Saya tahu bahayanya dadah.
"Malah saya juga tidak 'minum' apabila keluar bersama kawan-kawan. Saya seorang yang berhati-hati.
"Saya percaya ini bukan salah saya.
"Benda itu bahan terlarang dan tidak boleh dibeli di mana-mana farmasi.
"Ia hanya boleh digunakan dengan nasihat doktor.
"Sebab itulah saya bersetuju untuk membuka sampel B, saya tidak ragu-ragu sama sekali".
Chong Wei mengakui ini merupakan ujian baginya.
"Isteri saya tahu bagaimana terjejasnya keadaan saya. Saya berharap ini semua hanya mimpi buruk. Saya sangat tertekan sehingga terfikir untuk meninggalkan negara seketika".
Dalam pada itu, Chong Wei berkata, beliau menghargai sokongan yang diberikan kepadanya.
"Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin) dan pengawai-pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) banyak memberi sokongan kepada saya.
"Mereka memberi petunjuk ketika saat sukar ini dan turut memberi nasihat kepada saya.
"Saya juga tidak akan lupa kata-kata semangat daripada peminat-peminat di Malaysia mahupun dari luar negara. Saya banyak menerima teks pesanan dan terima kasih kepada semua," katanya.-mstar online
TOP
Kerajaan P.Pinang Diminta Perinci Jumlah Rumah Kos Rendah Yang Dibina
Datuk Jahara Hamid
GEORGE TOWN: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid meminta kerajaan negeri memperincikan jumlah rumah kos rendah yang dibina sepanjang pakatan rakyat mentadbir negeri ini. Beliau berkata buat masa ini kerajaan negeri pimpinan DAP itu dilihat gagal menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang. "Cuba beritahu saya berapa buah rumah kos rendah yang telah dibina oleh kerajaan negeri sekarang dan di mana. Tolong beri perincian. Sekatat ini tiada, kosong," katanya pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri di sini Jumaat. Beliau berkata keadaan itu berbeza dengan kerajaan persekutuan yang mempunyai perancangan untuk membina rumah mampu milik bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Pulau Pinang, walaupun Barisan Nasional (BN) tidak memerintah negeri itu. Membidas kenyataan Exco kerajaan negeri Jagdeep Singh Deo bahawa kerajaan persekutuan sama sekali gagal membekalkan rumah kos rendah dan rumah mampu milik kepada rakyat, Jahara (BN-Teluk Air Tawar) berkata PR1MA pasti akan menunaikan janji yang dibuat bagi membina rumah mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang. Jahara yang mencelah ketika Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri itu menjawab soalan Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) berhubung isu perumahan, berkata: "Kami di sini boleh beri jaminan bahawa PR1MA akan menunaikan janji yang telah dibuat". Jagdeep Singh ketika menjawab soalan berhubung isu perumahan itu turut mencabar BN membuktikan PR1MA akan dibina di Pulau Pinang kerana mendakwa negeri di bawah pimpinan DAP itu sering dianaktirikan. Pada Disember 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika BN diberi mandat semula untuk memerintah negeri ini. Jahara turut membangkitkan isu kebenaran merancang projek rumah kos rendah yang tidak melibatkan penempatan semula setinggan antara kerajaan negeri dan Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang. "Saya rasa elok kalau ia tidak diselesaikan di media kerana ia tidak membawa kepada satu kesudahan yang baik. Datuk Zainal Abidin Osman (Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang) telah beritahu bersedia untuk berjumpa Jagdeep. "Persoalannya, adakah YB Jagdeep bersedia untuk mempertimbangkan secara positif agensi yang ingin membina rumah mampu milik dan kos rendah di negeri ini. Jadi, di sini adakah kerajaan negeri bersedia untuk bekerjasama supaya projek dapat diteruskan," katanya.- mstar online

Pemecatan Bendahari PAS Oleh Kerajaan DAP Dibidas
Iszuree Ibrahim
GEORGE TOWN: Pemecatan Bendahari PAS Negeri, Iszuree Ibrahim daripada Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) disifat sebagai pencabulan terhadap prinsip DAP sendiri yang selama ini sering melaung-laungkan prinsip kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan (CAT). Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata belum pernah belaku anggota majlis disingkir keanggotaan dan peruntukan elaun mereka diberhentikan tanpa diberi peluang membela diri. "Ini jelas melanggar kedailan semulajadi kerana beliau (Iszuree) dihukum tanpa diberi peluang untuk membela diri. Adakah ini prinsip CAT yang diamalkan kerajaan negeri. Sebelum ini kerajaan negeri melaungkan hak bersuara, namun dalam kes Iszuree, ia seakan tidak dipraktikkan. "Tindakan yang dikenakan terhadap Iszuree seolah-olah satu bentuk hukuman untuk beliau 'menutup mulut'," katanya pada sesi soal-jawab persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Jumaat. Beliau mengemukakan soalan berhubung prosedur yang diguna pakai MPPP untuk melantik dan memecat anggota majlis dalam jawatankuasa tetapnya. Iszuree disingkir daripada semua jawatan Jawatankuasa Tetap MPPP berikutan ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor pada September lepas yang menegur kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP berhubung isu perumahan. Pengerusi Kerajaan Tempatan, Kawalan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Negeri, Chow Kon Yeow ketika menjawab soalan itu berkata pemecatan Iszuree dibuat berlandaskan prinsip CAT dalam Pakatan Rakyat. Beliau berkata mana-mana pelantikan, pemecatan dan pemberhentian peruntukan terhadap anggota Majlis hanya boleh ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri yang bertindak sebagai pihak berkuasa yang melantik mereka. "Encik Iszuree Ibrahim masih belum dipecat daripada jawatannya sebagai anggota majlis MPPP," katanya. Chow berkata Iszuree sepatutnya menggunakan jawatan Anggota Majlis itu sebagai platform untuk bersuara dalam mesyuarat majlis kerajaan negeri dan bukannya pada muktamar parti.- mstar online

Henti Teroka Tanah, Cameron Highlands Berdepan Banjir Lebih Teruk - Pakar Geologi
Pemandangan dari udara di Bukit Ringlet yang diteroka pelbagai pihak antara punca kejadian tanah runtuh.
KUALA LUMPUR: Penerokaan tanah yang berterusan di Cameron Highlands akan mengakibatkan kemungkinan ia berdepan tanah runtuh dan banjir lumpur lebih teruk pada masa akan datang, kata pakar geologi. Pensyarah Geologi Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kerakusan peneroka menarah bukit untuk membangunkan ladang sayuran baharu hanya akan menyebabkan berlaku mendapan tanah yang berisiko menyebabkan tanah runtuh. "Sekiranya hujan lebat berlaku, cerun bukit yang ditarah akan mula terhakis dan dengan empangan sedia ada yang tidak mampu lagi menampung kuantiti air yang banyak akan menyebabkan banjir lebih besar," katanya kepada Bernama bagi mengulas kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands Rabu lepas. Jelasnya, tanah di Cameron Highlands tidak lagi sesuai untuk aktiviti pertanian selepas kawasan tanah tinggi itu diteroka secara berleluasa tanpa sebarang kawalan. Tambahnya, Cameron Highlands mempunyai tanah jenis granit yang bersifat gembur dan mudah terhakis sekiranya terdapat sebarang pemotongan mahupun penggunaan bahan kimia yang tinggi. "Mereka (peneroka) tarah semua tanah untuk bangunkan ladang sayur di tanah baharu kerana tanah mereka yang sedia ada sudah tidak subur akibat penggunaan baja kimia yang merosakkan tanah. "Ia dilakukan demi keuntungan tanpa memikirkan risiko penduduk sekitarnya dengan ancaman banjir lumpur dan tanah runtuh," katanya. Justeru Tajul Anuar menyeru peneroka untuk mengoptimumkan penggunaan tanah sedia ada dengan menggunakan baja organik dan teknologi bakteria baik untuk menyuburkan semula tanah mereka. Beliau juga meminta pihak berkuasa bertindak segera dengan menghentikan sebarang projek penerokaan dan menyita semua kawasan pertanian haram. "Cameron Highlands merupakan ikon pelancongan negara dengan landscape muka bumi yang cantik serta udara sejuk. Kalau pihak berkuasa tidak ambil kisah akan aktiviti penarahan ini, siapa mahu datang? Identiti Cameron Highlands juga turut 'terhakis' sama," katanya. Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat. Dalam kejadian itu, lima mangsa terkorban manakala lima lagi cedera serta turut menjejaskan 203 penduduk yang terdiri daripada 47 keluarga di Kampung Baru Ringlet dan Lembah Bertam yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet.- mstar online

Pendekatan Kesederhanaan Najib Dapat Pujian Anggota APEC
Hamzah Zainuddin
BEIJING: Pendekatan kesederhanaan dalam menangani keganasan global yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 2010 mendapat pujian negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Perkara itu disuarakan oleh kalangan Menteri Luar Apec dalam mesyuarat di sini, Sabtu, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin. Hamzah yang mewakili Malaysia pada mesyuarat itu berkata, kalangan Menteri Luar Apec menerima baik pendekatan kesederhanaan itu dan memuji langkah perdana menteri memperkenalkan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) empat tahun lalu. Beliau berkata, ketika sesi intervensi itu, beliau telah menggesa negara anggota APEC supaya membanteras keganasan secara bersama dan bukannya bersendirian. "Saya juga telah maklumkan dalam mesyuarat Menteri-Menteri Luar Apec pagi ini bahawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam mahu melihat segala maklumat dan pengalaman mestilah dikongsikan oleh semua negara dan bersifat terbuka serta saling mempunyai kepercayaan. "Kita juga telah mempelawa negara-negara anggota Apec melalui GMM supaya sama-sama menggunakan pendekatan yang dibawa oleh Perdana Menteri ini. Ini telahpun diterima baik oleh rakan-rakan dalam mesyuarat pada pagi ini," katanya kepada wartawan Malaysia di Pusat Media, Pusat Konvensyen Nasional China (CNCC) di sini, Sabtu. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Multilateral) Kementerian Luar, Datuk Ho May Yong dan Duta Malaysia di China, Datuk Iskandar Sarudin. Hamzah berkata, beliau juga mempelawa anggota APEC memanfatkan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) yang ditubuhkan oleh Malaysia pada 2003 dan telah mengendalikan pelbagai kursus perkongsian pengalaman dalam mengekang aktiviti keganasan. Menurutnya, isu menangani keganasan global yang dibangkitkannya itu mendapat sokongan dan kebanyakan negara turut mengakui bahawa keganasan adalah satu isu yang besar akhir-akhir ini. "Melawan keganasan ini amat penting, kerana kalau tidak ia akan memberi impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi. Jadi, saya menegaskan bahawa jika kita tidak menangani isu ini dengan baik, akhirnya nanti ia akan menjadi satu masalah yang besar" tegas beliau. Dasar Malaysia adalah mengutamakan kepentingan rakyat, memastikan kesinambungan pertumbuhan ekonomi untuk mengekang fahaman, ideologi dan aktiviti pengganas, kata Hamzah. Sementara itu, Najib dijangka tiba Ahad malam untuk menghadiri Mesyuarat Para Pemimpin Ekonomi Asia Pasifik (AELM) ke-22 selama dua hari bermula Isnin di sini.- mstar online

Hidupan Liar Afrika Di Melaka
MELAKA: Hidupan liar Afrika akan berada di negeri ini tidak lama lagi.
Ini termasuk pelbagai spesies dari keluarga antelop Afrika, seperti eland, kijang, rusa dan kijang hutan.
Zoo Melaka sedang bersedia untuk menerima penghantaran 24 pelbagai spesies haiwan eksotik dan terancam yang kesemuanya ditempah khas dari benua Afrika.
Mereka akan menjadi pameran terbaharu di zoo ini yang akan berubah menjadi safari dan taman hidupan liar di bawah pengurusan sebuah konsortium yang diketuai oleh KAJ Development Sdn Bhd selepas ia diswastakan pada tahun lepas.
"Persiapan untuk membawa haiwan termasuk lesen eksport sudah dilakukan dan sekarang kita sedang menunggu kebenaran daripada Jabatan Veterinar untuk mengangkut haiwan di sini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan KAJ Datuk Michelle Ong.
Haiwan-haiwan itu dijangka berada di sini pada akhir tahun ini, katanya.
"Ini adalah projek besar-besaran dan kita perlu mendapatkan kelulusan daripada beberapa jabatan dan permit lain daripada Taman dan Hidupan Liar Jabatan Negara juga," katanya.
Syarikatnya telah menugaskan sebuah firma yang berpangkalan di Singapura untuk membina semula seni bina zoo Melaka menjadi taman hidupan liar bertaraf dunia.- mstar online
TOP
MB Selangor Terima 1,000 SMS Sehari Lapor Sampah Tidak Dikutip
SEPANG: Menteri Besar Selangor, Azman Ali mendakwa telah menerima hampir 1,000 khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh sehari selepas mempelawa penduduk negeri tersebut memaklumkan terus kepadanya mengenai masalah sampah yang tidak dikutip.
Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan jumlah tersebut kerana mensasarkan lebih banyak SMS sepatutnya diterima selepas membuat pelawaan berkenaan.
"Inilah sebenarnya yang rakyat mahukan dari kami...mahu sampah dikutip.
"Mereka tidak tanyakan tentang projek (tender). Mereka hanya mahukan kawasan perumahan yang bersih," katanya ketika menghadiri perhimpunan bulanan agensi-agensi kerajaan di Bandar Baru Salak Tinggi di sini, Jumaat.
Pada Rabu lalu, Azmin telah memberikan nombor telefon bimbitnya menerusi laman sosial Twitter dengan berkata,"Kalau anda nampak ada sampah belum kutip, anda text saya. Ini nombor saya, 012-2052020. Saya mahu Selangor Bersih!."
Beliau menambah, kesemua SMS tersebut telah dihantar kepada pihak berkuasa tempatan mengikut kawasan masing-masing dan akan memastikan tindakan diambil secepat mungkin.
"Ini merupakan usaha berterusan dalam tempoh tiga bulan dan selepas itu kita akan berusaha memastikan kawasan perumahan menjadi bersih.
"Saya sentiasa mengharapkan lebih banyak SMS diterima selepas ini," ujar Azmin.- mstar online
TOP
Paras Air Empangan Sultan Abu Bakar Naik, Namun Dilaporkan Normal - Polis
CAMERON HIGHLANDS: Paras air di Empangan Sultan Abu Bakar di Lembah Bertam dilaporkan meningkat sedikit kepada 3,500 meter berbanding 3,498 meter pagi tadi berikutan hujan lebat sejak pukul 4.30 petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu berkata bagaimanapun catatan paras air itu dilaporkan normal dan tidak berada di paras bahaya.
"Rabu lepas, paras air di empangan berkenaan mencatatkan 3,509 meter yang dikategorikan bahaya," katanya ketika dihubungi Bernama petang ini.
Beliau berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan agensi-agensi keselamatan yang terlibat sentiasa memantau keadaan semasa, di sini.
Sementara itu, tinjauan Bernama di Ringlet mendapati keadaan cuaca di sini tidak menentu dan hujan turun sekejap-sekejap.
Manakala jumlah mangsa yang masih berada di Pusat Pemindahan Mangsa Bencana di Dewan Serbaguna Orang Ramai, Ringlet, setakat pukul 5 petang ini masih kekal dan tidak berubah iaitu 91 orang terdiri daripada 28 keluarga, sejak pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang meningkat akibat hujan lebat.
Sementara itu, Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.
Dalam kejadian itu, lima orang turut terkorban manakala lima lagi cedera.- mstar online
TOP
Suami Isteri Terima Anugerah Pelajaran Diraja, Pingat Emas Canselor UUM
Sauri (kiri) dan isterinya Hanis Salwani berkongsi kegembiraan selepas kedua-dua mereka memperoleh Anugerah Pelajaran Diraja dan Pingat Emas Canselor pada Istiadat Pemasyuran Canselor dann Konvokesyen ke-27 UUM di Dewan Mu'adzam Shah di sini, Sabtu.
SINTOK: Berkahwin ketika belajar tidak menghalang sepasang suami isteri muda untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Nur Sauri Yahya, 25, dari Jalan Stadium, Alor Setar dan Hanis Salwani Othman, 25, dari Kampung Perpat, Kota Sarang Semut membuktikan kesungguhan mereka apabila masing-masing memperoleh Anugerah Pelajaran Diraja dan Pingat Emas Canselor dalam bidang Multimedia pada Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) kali ke-27 di sini, Sabtu. Nur Sauri dan Hanis Salwani menerima Ijazah Sarjana Muda Multimedia dengan Kepujian daripada Canselor UUM Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Kedua-dua mereka berkahwin pada Mei 2013 ketika berada pada semester lima. Nur Sauri yang memperoleh Anugerah Pelajaran Diraja berkata mereka menghabiskan masa bercinta mereka di perpustakaan dengan mengulangkaji pelajaran serta berlumba-lumba untuk mendapat keputusan cemerlang setiap semester. "Selepas kahwin kami ada banyak masa bersama untuk ulang kaji pelajaran. Kita perlu fikir positif dan tidak perlu ada halangan yang boleh membantutkan pelajaran kami," katanya ketika ditemui pada Istiadat Konvokesyen itu di Dewan Mu'adzam Shah, Sabtu. Nur Sauri berkata, kejayaan mereka turut disokong oleh keluarga yang membolehkan mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran. "Tidak ada halangan untuk bercinta tetapi perlu pandai membahagikan masa untuk belajar. InsyaAllah pasti akan berjaya," katanya. Katanya mereka berdua merancang untuk menjadi tutor di universiti itu sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara dalam bidang teknologi maklumat. Sementara itu, Hanis Salwani yang menerima Pingat Emas Canselor berkata kejayaan mereka berdua hari ini bermula selepas memperoleh Diploma Teknologi Maklumat di Kolej Polytech Mara Alor Setar. Beliau kini mengandung anak lelaki yang dijangka dilahirkan bulan depan. - Bernama- mstar online

UIM Tawar Pengajian Pengurusan Harta Wakaf Hingga PHD Mulai 2016
Mohd Yusof (kanan) memberi penerangan mengenai tapak kekal UIM seluas 100 ekar di sini yang dijangka disiapkan dalam tempoh lima tahun. Turut kelihatan (dari kiri) Pengarah Perhubungan Awam dan Antarabangsa UIM Datuk Othman Desa, Pengarah Pembangunan, Penyelenggaraan dan Keselamatan UIM Ali Ahmad dan Penolong Pendaftar Kanan Perhubungan Awam UIM Mohd Sholihin Mohamad.
CYBERJAYA: Universiti Islam Malaysia (UIM) bakal menawarkan pengajian pengurusan harta wakaf dari peringkat sarjana muda hingga doktor falsafah mulai 2016. Naib Presiden 1 (Akademik) UIM, Prof Datuk Wira Dr Ismail Ibrahim berkata, tawaran tersebut dibuat berikutan sambutan mengalakkan terhadap Kursus Profesional Pengurusan Harta Wakaf peringkat sijil yang ditawarkannya sekarang. "Buat masa ini UIM masih menunggu kelulusan senat sebelum mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia," katanya. Beliau berkata kepada media selepas majlis penutup dan penyampaian sijil Kursus Profesional Pengurusan Harta Wakaf oleh Presiden UIM Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, Sabtu. Katanya, kursus sijil tersebut yang diperkenalkan sejak September lalu bertujuan memberi pendedahan lebih meluas kepada masyarakat berkaitan pengurusan dan pembangunan harta wakaf. Sebanyak 32 orang menerima sijil setelah mengikuti kursus selama tujuh minggu.- mstar online

Isteri Mangsa Tanah Runtuh Tak Sangka Kebimbangan Suami Jadi Kenyataan
Sebahagian kebun sayur yang musnah akibat tanah runtuh di Cameron Highlands.
CAMERON HIGHLANDS: Isteri kepada mangsa kejadian tanah runtuh di Lembah Bertam di sini tidak menyangka kegusaran suaminya, Hanipan Saroni, berhubung hujan lebat yang turun pada 5 November lepas, menjadi kenyataan apabila lelaki itu mati tertimbus. Sunami Marzuki, 44, berkata, suaminya bimbang hujan lebat dan perkara buruk menimpa mereka pada malam kejadian. "Dia (Hanipan) berasa tidak sedap hati ketika bermalam di rumah kongsi yang kami diami, kerana hujan sangat lebat pada malam itu tidak seperti sebelum ini," katanya ketika ditemui Bernama di sini, Sabtu. Menceritakan detik cemas kejadian, Sunami berkata, dia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya melihat suaminya yang berusia 48 tahun terkorban di depan mata. "Tanah telah mencecah paras lutut dan saya merangkak untuk selamatkan diri, apabila pandang ke belakang saya dengar dia mintak tolong dan melihat dia telah tertimbus, hanya tangannya sahaja yang terkapai-kapai," katanya. Katanya, kejadian berlaku begitu pantas dan dia berasa sangat sedih dan terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan suaminya. Dia berkata, tanah runtuh berlaku ketika mereka sedang tidur dan kedengaran bunyi runtuhan yang kuat di luar rumah. "Kami segera bangun untuk menyelamatkan diri tetapi suami saya tidak sempat melarikan diri kemungkinan kain pelekat yang dipakainya tersangkut menyebabkan dia sukar bergerak," katanya. Sunami berjaya menyelamatkan diri dan segera meminta bantuan daripada jirannya. Dia yang mempunyai dua orang anak berumur 22 tahun dan 17 tahun hasil perkahwinannya dengan Hanipan, berkata jenazah suaminya dibawa pulang ke Surabaya, Jawa Timur, Indonesia pada pukul 5.30 petang tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) untuk dikebumikan. "Segala kos penghantaran majikan saya yang tanggung dan saya juga pulang ke kampung selepas selesai proses imigresen," katanya yang sudah dua tahun tinggal di Malaysia. Mayat Hanipan ditemui tertimbus di rumahnya oleh pasukan penyelamat pada pukul 9.20 pagi, Khamis lepas dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata untuk bedah siasat. Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat. Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam. Kejadian yang mengorbankan lima mangsa manakala lima lagi cedera turut menjejaskan 203 penduduk yang terdiri daripada 47 keluarga di Kampung Baru Ringlet dan Lembah Bertam yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet.- mstar online

PM Saksi Perlawanan Akhir Badminton PTIWRBNM 2014
Isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Datin Seri Rosmah Mansor (dua, kiri) bergambar kenangan selepas memenangi pertandingan akhir badminton antara Bakti menentang Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Sabah (Bakisa) pada Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) 2014 anjuran Bakti di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu. Turut kelihatan (dari kiri) Datuk Raya Erom, Datin Seri Lee Sun Loo dan Datin Sarimah Busoran. -Foto BERNAMA.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu meluangkan masa menyaksikan perlawanan akhir badminton sempena Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) di Stadium Putra di sini. Perdana Menteri tiba pada kira-kira 2.30 petang untuk pertandingan akhir yang turut menyaksikan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mengambil bahagian mewakili Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti). Rosmah yang berpasangan dengan Datin Seri Lee Sun Loo, isteri Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, menewaskan Datin Sarimah Besuran/Datuk Raya Erom daripada Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Sabah (Bakisa) dengan keputusan 15-2, 15-3 dalam perlawanan regu pertama. Bagaimanapun, Bakisa mempertahankan kejuaraannya selepas menewaskan Bakti dengan keputusan 3-2 setelah lebih dua jam bertarung di gelanggang. Tempat ketiga pula jatuh kepada pasukan Badan Amal dan Usaha Perak (Baiduri). Bertemakan 'Mesra Melalui Sukan', PTIWRBNM 2014 yang bermula Rabu lepas melibatkan penyertaan 629 peserta dari seluruh negara yang bertanding dalam acara badminton dan tenpin boling. Turut hadir memeriahkan acara hari ini ialah bekas Yang Dipertua Bakti Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, menteri-menteri Kabinet, menteri besar dan ketua menteri. Bagi acara boling, Bakti muncul johan keseluruhan diikuti pasukan Baiduri dan ketiga Badan Amal dan Kasih Selangor (Kasih).- mstar online

Pembunuhan Ngeri Di Penang Jadi Bualan Utama
Mayat wanita tanpa kepala dimasukkan dalam sebuah beg pakaian.
GEORGE TOWN: Jika sebelum ini Penang terkenal dengan tarikan bangunan lama dan 'street food', namun kini kedua-duanya hilang seketika apabila timbul perkara yang lebih menjadi perhatian. Pihak polis mendedahkan, sejak Januari lalu sebanyak 46 kes bunuh dilaporkan di sini, dengan 65 peratus atau 30 kes melibatkan warga asing. Ia termasuk 17 kes bunuh melibatkan mangsa warganegara Myanmar yang leher mereka dikelar. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi memberitahu Sunday Star bahawa pasukan khas telah ditubuhkan untuk mengendalikan kes bunuh ini. Beliau berkata, situasi masih terkawal dan meminta orang ramai supaya tenang dan sabar. Penemuan mayat tanpa kepala yang diletakkan di dalam sebuah beg pakaian di Taman Kebun Bunga pada Khamis lalu merupakan kes terbaharu pembunuhan ngeri yang berlaku di bandar ini. Mangsa dipercayai seorang wanita dan warga asing. Dua hari sebelum itu, turut menjumpai mayat seorang wanita warga Indonesia juga tanpa kepala terapung di laut, beberapa batu nautika dari Pulau Kendi. Manakala pada Jumaat, polis menjumpai sepasang kaki di Pulau Burung di Nibong Tebal. Kes pembunuhan ini secara tidak langsung menjadi topik paling hangat yang dibincangkan di kedai-kedai kopi dengan pelbagai teori termasuk adanya pembunuh bersiri. "Teori itu terlalu mendalam. Mayat yang dijumpai di Jalan Kebun Bunga itu adalah kes yang berasingan. Selebihnya, kami akan menyiasat dalam setiap sudut," ujar Abdul Rahim. "Kes pembunuhan rakyat Myanmar pula, tiada tanda-tanda perkauman seperti mana yang spekulasikan sebelum ini," tambahnya. Pembunuhan rakyat Myanmar itu menjadi perhatian kerana melibatkan jumlah besar mangsa yang tidak dapat dikenal pasti. Mangsa-mangsa dibuang di kawasan perindustrian dalam masa yang berbeza. Kebanyakan daripada mereka telah dibungkus dengan kain putih, cadar atau sarung sebelum ditinggalkan di tepi jalan. Sementara itu, polis berkata, keputusan DNA pada sepasang kaki yang dijumpai akan diketahui pada Isnin. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid polis sedang menunggu laporan bedah siasat untuk menentukan sama ada kaki tersebut milik mayat tanpa kepala yang diletakkan dalam beg sebelum ini.- mstar online

Polis Tunggu Laporan Bedah Siasat Sepasang Kaki Yang Ditemui Di Pulau Burung
NIBONG TEBAL: Polis sedang menunggu laporan bedah siasat sepasang kaki dan dua ketulan daging manusia yang ditemui di tempat pembuangan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal di sini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Supt Shahurinain Jais berkata bedah siasat dijangka dibuat di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini hari ini.
"Sepasang kaki itu masih belum dikenal pasti pemiliknya, sama ada ia milik orang mati atau yang masih hidup kerana polis masih belum dapat laporan bedah siasat.
"Setakat ini belum dapat dikaitkan kes itu dengan penemuan mayat tanpa kepala dan kaki yang ditemui di Taman Botani, George Town sehari sebelum penemuan kaki berkenaan, polis juga masih menunggu ujian pemadanan DNA," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya usaha mengumpul bukti lanjut di kawasan tempat pembuangan sampah di Pulau Burung masih diteruskan dan setakat ini tiada sebarang petunjuk baharu.
Sementara itu, Shahurinain berkata identiti mayat wanita dipercayai warga asing yang ditemui di Taman Botani itu masih belum dapat dikenal pasti.
Katanya polis juga masih dalam usaha mengesan kepala wanita berkenaan yang dipercayai mati dalam tempoh dua hari, dan beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dua kes berkenaan agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.
Dua hari lepas badan seorang wanita tanpa kepala dan kaki ditemui di dalam beg pakaian di Taman Botani, George Town sementara semalam sepasang kaki dipercayai milik mangsa pula ditemui di tempat pembuangan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi dilaporkan berkata kaki hingga paras lutut itu dijumpai dalam keadaan terpisah beberapa meter antara satu sama lain kira-kira pukul 12 tengah hari.
Katanya kaki sebelah kanan dijumpai orang awam manakala sebelah lagi ditemui anggota polis yang memeriksa kawasan itu.
Sepasang kaki itu dipercayai dibawa dari George Town dekat sini memandangkan kawasan longgokan sampah itu merupakan tempat pengumpulan sampah yang dibawa dari bahagian pulau di Pulau Pinang.- mstar online
TOP
Dua Maut Dalam Dua Kemalangan di Jempol
JEMPOL: Dua penoreh getah maut setelah motosikal yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 5, Jalan Bahau-Rompin di sini, pagi Sabtu.
Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.40 pagi itu, mangsa, M.M. Yes Dass, 62, yang menunggang motosikal mengambil rakannya K.S. Lalitha, 42, untuk menoreh getah bersama.
Katanya kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta yang datang dari arah Bahau ke Rompin melanggar bahagian sisi kiri motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.
Katanya kereta yang dipandu seorang lelaki itu terbabas lalu terbalik manakala kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal tercampak di bahu jalan.
Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala.
Mayat mereka di bawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat sementara pemandu kereta hanya mengalami cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.- mstar online
TOP
Perangi Pengganas Menerusi Media Sosial
Alberto Fernandez
PETALING JAYA: Usaha memerangi pengganas tidak hanya berlaku di Iraq atau Syria, sebaliknya di media sosial, kata pakar anti-pengganas. Pengganas, terutama di Negara Islam (IS), menghasilkan video harian dengan menyampaikan tertentu sebagai saluran untuk menambah keanggotaan mereka, kata Ketua Pusat Komunikasi Strategik Anti Pengganas Jabatan Negara Amerika Syarikat (CSCC), Alberto Fernandez. "Pendekatan yang lebih mesra digunakan, contohnya adanya video seorang militan dengan kucing sambil berkata semuanya dalam keadaan baik sekali di Syria. "Ada juga pendekatan kejam di mana militan IS memenggal kepada mangsa dan juga pendekatan penuh emosi apabila mereka mendakwa umat Islam dibunuh di Syria, selain pendekatan yang dikenali sebagai 'Panggilan Tugas'," katanya. Menerusi temubual eksklusif dengan wartawan The Star ketika menghadiri Bengkal Serantau Pusat Anti Pengganas Asia Tenggara, Fernandez berkata, kumpulan pengganas ini cuma menunjukkan ia sesuatu yang menyeronokkan, alasan kukuh dan dihormati untuk menyertai kegiatan militan. Bagaimanapun, katanya, adalah menjadi tugas pihaknya untuk membuktikan apa yang dinyatakan kumpulan pengganas itu tidak benar. "Kami meneliti video yang dirakam dan mesej yang disampaikan menerusinya setiap hari. Kumpulan itu tampil dengan pendekatan berbeza dan pada masa sama kami juga menggunakan pendekatan berlainan untuk menentang mereka," katanya. Setakat ini, CSCC menghasilkan lebih 200 video dalam bahasa Arab, Inggeris, Somali dan Urdu sejak 2011 untuk membidas kumpulan pengganas itu. Beliau berkata, kaedah yang digunakan adalah mengenal pasti isu yang diketengahkan sebelum menyerang balas untuk membuktikan apa yang diperkatakan itu tidak benar. "Misalnya, jika militan itu merayu sambil berkata umat Islam kini ditindas dan dibunuh oleh Assad (Presiden Syria, Bashar), oleh itu pihak kami perlu melemparkan semua persoalan sama ada mereka sebenarnya menentang Assad atau sesama sentidi dan membunuh saudara seagama. "Beberapa hari lalu, IS membunuh 300 orang termasuk wanita dan kanak-kanak di dari puak ahli sunnah. Oleh itu, menjadi tugas kami untuk memberitahu dunia bahawa mereka membunuh umat Islam, bukan Syiah, zionis atau pihak Amerika," katanya. Selain video, kata Fernandez, pihaknya juga perlu menyelidik lebih mendalam maksud setiap mesej yang disampaikan sebelum membidas kenyataan pihak pengganas. Ketika ini, katanya, CSCC menggunakan pelbagai saluran media sosial untuk memerangi kumpulan pengganas. "Twitter, hashtags adalah antara yang digunakan, di mana kami turut memasuki kawasan mereka juga menerusi chat rooms atau forum atas talian," katanya. Beliau juga percaya usaha itu membuahkan hasil kerana video yang dihasilkan pihaknya turut menjadi mangsa kumpulan pengganas berkenaan apabila ia disekat, malahan menganggap CSCC suatu ancaman. "Kami dapati mereka sentiasa cuba menghentikan apa yang diusaha selama ini," katanya sambil menambah penggunaan media sosial begitu ketara oleh kumpulan militan IS berbanding Al-Qaeda.- mstar online

Pesara Kerugian RM100,000, Ditipu Anggota Sindiket Menyamar Polis
Azmi Abu Kassim
PETALING JAYA: Seorang pesara kerugian RM100,000 apabila menyerahkan wang simpanannya kepada lelaki yang mendakwa sebagai anggota polis untuk menjamin anaknya atas kesalahan jenayah. Bapa berusia 60 tahun dari Seapark di sini itu menerima panggilan daripada telefon bimbit milik anaknya dan terkejut apabila lelaki yang bercakap itu bukan anaknya. Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis dari bahagian narkotik dan berpangkat inspektor serta mendakwa anak pesara itu yang berusia 32 tahun ditahan kerana terbabit dalam kegiatan dadah. Sambil mengarahkan pesara yang dalam kebingungan itu untuk meneruskan perbualan di telefon, 'inspektor' itu memberitahu pesara lelaki itu bahawa dia perlu membayar RM200,000 sebagai jaminan untuk membebaskan anaknya dari lokap. "Pesara itu merayu kepada lelaki bekenaan sambil menyatakan dia hanya mempunyai simpanan kira-kira RM100,000 dan suspek setuju dengan jumlah itu sebelum mengarahkannya supaya memasukkan wang itu dalam beg dan meletakkannya di sebuah kuil berdekatan medan selera SS2 di sini," kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim. Azmi berkata, pesara itu mematuhi arahan lelaki berkenaan dan apabila pulang ke rumah dan menghubungi anaknya, pesara itu terkejut kerana anak lelakinya berada di kolej, malahan tidak pernah ditahan polis. "Apabila dia sedar ditipu, ia sudah terlalu lambat, semua wang simpanannya lesap," katanya. Sejak Oktober, sebanyak 19 kes menggunakan modus operandi sama direkodkan di sekitar Selangor membabitkan kerugian kira-kira RM295,000 dengan mangsanya di kalangan warga tua. Azmi berkata, sindiket berkenaan menggunakan Voice Over Internet Protovol (VoIP) untuk mengklon nombor apabila menghubungi mangsa dan biasanya memperkenalkan diri sebagai Inspektor Wong atau Inspektor Faizal. "Mereka juga akan pastikan mangsa terus di talian supaya mangsa tidak menghubungi pihak ketiga untuk mengesahkan apa yang dinyatakan (penahanan ahli keluarga)," katanya. Katanya lagi, pihak polis tidak akan meminta wang jaminan daripada orang awam kerana ia urusan pihak mahkamah. "Pihak polis juga tidak akan meminta anda meninggalkan wang jaminan dalam beg di tempat awam," katanya.- mstar online

Misteri Pembunuh Bersiri Di Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Penemuan dua mayat perempuan tanpa kepala dalam tempoh tiga hari menimbulkan kebimbangan terhadap adanya pembunuh bersiri.
Kedua-dua kes ini menjadi bualan bahawa ada kaitan dengan pembunuhan ngeri 17 lelaki Myanmar sepanjang tahun ini di sini.
Dalam beberapa kes, kepala mangsa dipotong, manakala badan dibuang di tempat gelap atau di tepi jalan.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi, menganggap insiden terbaru yang melibatkan seorang wanita dibunuh dengan kejam dipercayai warga asing itu sebagai kes terpencil.
Beliau juga enggan mengulas mengenai pembunuh bersiri.
"Tolong jangan membuat spekulasi," katanya selepas menghadiri program kepolisan komuniti di Pulau Aman pada Jumaat.
Pada Khamis, badan dan lengan seorang wanita yang disumbat dalam sebuah beg pakaian ditemui di Jalan Kebun Bunga di sini.
Abdul Rahim menyifatkannya "kes yang paling mengerikan" Polis Pulau Pinang sepanjang tahun ini.
Manakala pada Jumaat, polis menemui sepasang kaki yang tidak sempurna di tapak pelupusan di Pulau Burung, Nibong Tebal, 65 kilometer jarak penemuan bahagian badan dan lengan sebelum itu.
Menurut Abdul Rahim, penemuan kaki itu boleh dikaitkan dengan mayat wanita yang ditemui di Jalan Kebun Bunga.
"Kami terlebih dahulu menemui kaki kanan yang sudah kembung. Dan 30 minit selepas itu, kaki kiri pula ditemui beberapa meter dari penemuan pertama," kata beliau sambil menambah bahawa polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.
Kedua-dua belah kaki itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk analisis DNA.
Abdul Rahim berkata, mereka percaya wanita itu adalah warga asing selepas pemeriksaan cap jari tidak sepadan dengan mana-mana rekod di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Jika anda terlihat apa-apa yang menyerupai tengkorak manusia dan terhidu bau busuk, sila laporkan kepada polis. Kami tidak dapat mengenal pasti mangsa berdasarkan cap jari," katanya.
Selain itu, kes badan tanpa kepala seorang wanita Indonesia yang dikenali sebagai Halimahtusakdiah, 33, dari utara Sumatera diklafikasikan sebagai mati mengejut berikutan hasil bedah siasat.
Mayat mangsa ditemui oleh nelayan pada Selasa lalu.- mstar online
TOP
Rayuan Kes Liwat Anwar: Tindakan Terhadap Mereka Yang Cetus Kekecohan - Polis
KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang menimbulkan kekecohan ekoran keputusan mahkamah berkaitan rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata tidak wajar bagi mana-mana pihak menentang keputusan itu kerana ia dilakukan mengikut proses undang-undang.
Amaran ini diberikan kepada penyokong kedua-dua pihak, penasihat PKR Anwar (perayu) dan Mohd Saiful Bukhari Azlan (pengadu), supaya tidak mencetuskan sebarang kekecohan jika keputusan mahkamah itu tidak menyebelahi pihak masing-masing.
"Apa yang ditentukan oleh mahkamah, semua kena akur. Perlu menerima keputusan dengan hati terbuka. Jangan mencetuskan sebarang kekecohan yang boleh menjejaskan keamanan negara," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutupan Program Diploma Sains Siasatan Sesi 2012/2013 di sini Jumaat.
Mohamad Fuzi berkata kekuatan anggota mungkin ditambah di sekitar kawasan Istana Kehakiman jika keadaan tidak terkawal.
Hari ini merupakan hari kelapan pendengaran rayuan akhir Anwar, 67, di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, 27. - mstar online
TOP
Data Peribadi Berisiko Digodam Jika Layari Laman Web Judi Haram - SKMM
KUALA LUMPUR: Data peribadi individu yang melayari laman web perjudian haram berisiko untuk digodam dan dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab, kata Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.
Beliau berkata, laman perjudian haram tidak menjamin perlindungan keselamatan data peribadi pengguna dan ramai yang tidak sedar mengenai perkara itu.
"Laman web yang menjalankan aktiviti perjudian haram boleh melakukan pengodaman data peribadi kepada sesiapa sahaja yang mengakses laman itu.
"Tujuan dia adalah untuk mendapatkan akses kepada kad kredit (pengguna) supaya ia boleh ditukar kepada kredit dalam alam maya untuk kepentingan mereka," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk "Perjudian Dalam Internet" terbitan Bernama TV, Khamis.
Selain itu, Mohamed Sharil berkata, SKMM akan mempergiat usaha untuk menangani isu perjudian haram termasuk menyekat laman web berkaitan.
"Kita memang sedang berusaha menyekat laman-laman yang terlibat dalam perjudian, kita memang perangi (judi haram) secara habis-habisan.
"Tetapi perlu diingatkan bahawa apa sahaja jenis sekatan yang dilakukan dalam Internet, hakikatnya mereka (pemilik laman web) akan mencari pelbagai kaedah untuk menyelinap masuk dengan membuat akaun baru," katanya.
Pada Selesa lepas, media melaporkan sehingga kini sejumlah 172 laman web perjudian haram sudah dikenakan sekatan.
Mohamed Sharil berkata, selain inisiatif pihak berkuasa dan agensi-agensi yang terbabit dalam memerangi aktiviti perjudian haram dalam Internet, orang ramai juga perlu memainkan peranan proaktif termasuk tidak mengakses laman web berkaitan.
"Benda ini perlu penglibatan semua pihak untuk memerangi isu perjudian siber. Orang ramai juga perlu menjauhi dari mengakses laman judi, ia tidak selamat, ia tidak baik, malah bagi umat Islam ia (judi) adalah haram," katanya.
- mstar online
TOP
Remaja Terabai, Miskin, Suspek Kes Bunuh
KAJANG: Kemiskinan dan pengabaian mendorong seorang remaja untuk terjebak ke kancah kejahatan, sehingga menyebabkan kematian seorang janda di Taman Semenyih Mewah awal minggu ini.
Sumber, yang mengenali remaja berusia berusia 17 tahun itu berkata, berkata bapanya telah meninggal dunia kerana ketagihan alkohol beberapa tahun lalu dan ibunya mengikut kekasih baharu, meninggalkan dia dan adik-beradiknya yang lain dalam jagaan nenek mereka.
Sumber itu berkata semuanya berlaku apabila remaja itu mula bergaul dengan kumpulan yang salah.
Pihak polis kini mengesan remaja terbabit, yang merupakan suspek terakhir dalam kes rompakan melibatkan mangsa, Cheong Chooi Mee, 46, yang meninggal dunia selepas sekumpulan anak muda menyerangnya kira-kira pukul 12.30 tengah malam Isnin.
Dia sedang menunggang motosikal seorang diri selepas membeli makanan untuk tiga anak perempuannya dan dipercayai terjatuh ketika salah seorang daripada penyerangnya menendang motosikalnya dan menyebabkan dia hilang kawalan.
Cheong mengalami kecederaan kepala yang teruk akibat terjatuh dan telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur, di mana dia meninggal dunia pada pukul 3.30 petang Selasa.
Beberapa jam selepas kejadian itu, tiga suspek ditangkap di Semenyih.
Kes ini telah diklasifikasikan sebagai pembunuhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber, yang bercakap dari segi kehidupan menyayat hati suspek yang diburu berkata: "Dia adalah seorang anak lelaki yang sangat baik kepada kepada neneknya dan kepada kami. Namun, dari masa ke masa, dia mula menjadi kasar."
"Saya rasa kekurangan bimbingan ibu bapa mendorong dirinya membuat banyak pilihan tidak baik dalam hidupnya yang masih muda," kata sumber itu, mendedahkan remaja itu dan adik-beradiknya terpaksa berhenti sekolah kerana neneknya tidak mampu menyara pendidikan mereka.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata susulan penangkapan tiga rakan remaja itu polis menemui dua buah motosikal yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
"Kami juga menjumpai barang-barang mangsa dalam semak di belakang rumah salah seorang suspek," katanya.
Polis kini sedang memburu M. Vineswaran, 17, bagi membantu siasatan.- mstar online
TOP
Chai Lebih Selesa Menetap Di England
Chai ketika hadir untuk perbicaraan kes cerainya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jumaat.
KUALA LUMPUR: Bekas Miss Malaysia, Puan Sri Pauline Chai Siew Phin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat bahawa beliau dan suaminya, jutawan Tan Sri Khoo Kay Peng memilih untuk menetap di Rossway Park di England pada 2009. Chai, 67, berkata, keputusan itu dibuat selepas Khoo pulih daripada penyakit angin ahmar. Malahan, katanya, dia sendiri menjaga suaminya itu selama enam bulan di Malaysia. Beliau berkata, pada Mei 2009, sebaik Khoo pulih dan dapat meneruskan kerjanya, dia menemani suaminya ke Kuala Lumpur, London dan Hong Kong, selain ke Kanada melawat anak mereka, Alfred dan anak perempuan, Angeline di Argentina. Dalam semakan kenyataan saksi yang dikemukakan ke mahkamah, Chai berkata, tiada seorang pun anak mereka memiliki kerakyatan Malaysia atau pernah bekerja di negara ini. Chai berkata, dia tiada kenalan yang ramai dalam komuniti di Malaysia, malahan tidak mempunyai perniagaan atau kepentingan di negara ini. "Saya tidak boleh bercakap bahasa Melayu langsung atau mengikuti perkembangan politik Malaysia. Saya juga tidak pernah mengundi pada pilihan raya Malaysia sejak meninggalkan negara ini atau memohon untuk mendapatkan hak mengundi," katanya. Chai juga menambah, dia tidak mempunyai akaun cukai di Malaysia kerana menjelaskan bayaran cukai di England. Chai, Miss Malaysia/International 1969 berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Yeoh Wee Siam berhubung permohonan suaminya yang juga pengerusi bukan eksekutif Laura Ashley untuk mengetepikan keperluan menghadap badan pendamai sebelum bercerai dan untuk menentukan isu awal sama ada mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa mendengar petisyen perceraiannya. Pada Februari tahun lepas, Chai memfailkan petisyen perceraian di sebuah mahkamah di London dan menuntut penyelesaian lebih kurang RM2.75 bilion. Chai mahu mahkamah Inggeris membuat keputusan prosiding perceraian itu kerana dia mendakwa tidak lagi bermastautin di Malaysia sejak 1980 dan sekarang menetap di England. Khoo, yang juga pengerusi syarikat pegangan pelaburan antarabangsa, Malayan United Industries Bhd dan kini tinggal di Ampang, Kuala Lumpur, memfailkan petisyen perceraian itu di sebuah mahkamah Malaysia tahun lepas. Pasangan itu berkahwin pada 1970 dan mempunyai lima orang anak. Chai meninggalkan Malaysia untuk menetap di Australia pada 1980 sebelum berpindah ke Victoria, Kanada pada 1989 bersama seluruh keluarga dan menetap di situ selama 20 tahun serta mendapat kewarganegaraan Kanada. Seterusnya, Hakim Yeoh meminta Chai nyatakan pendiriannya sama ada mahu menyelesaikan pertikaian dalam kes itu untuk menyelamatkan perkahwinannya. Kata Chai:"Sampai setakat ini sahaja perkahwinan ini dan ia tidak dapat diselamatkan lagi." Mahkamah kemudiannya memutuskan untuk menetapkan keputusan kes berkenaan pada 28 November ini.- mstar online

Liwat II: Prosiding Selesai, Keputusan Diumum Kemudian
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Jumaat selesai mendengar rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap hukuman penjara lima tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Bagaimanapun panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan menetapkan satu tarikh yang akan diberitahu kemudian untuk penghakiman terhadap rayuan tersebut.
Rayuan yang berlangsung selama lapan hari selesai selepas mahkamah mendengar hujah daripada pihak pembelaan dan pendakwaan.
Prosiding pada hari kelapan itu bermula pukul 3 petang dan berakhir kira-kira 50 minit kemudian.
Panel hakim yang mendengar rayuan Ketua Pembangkang itu turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar, 67, selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Tuduhan itu, mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.- mstar online
TOP
Wanita Saudi Dibenar Memandu Jika Tak Mekap
Hanya wanita berusia lebih 30 tahun dan tidak bersolek dibenarkan memandu di Arab Saudi.
RIYADH: Majlis Syura Arab Saudi membuat tindakan berani mencadangkan pemerintah negara itu supaya membenarkan wanita memandu tetapi dengan syarat ketat mereka mesti berumur lebih 30 tahun dan tidak boleh bersolek. Kebenaran itu hanya untuk tempoh sehingga pukul 8 malam setiap hari. Seorang anggota majlis itu memberitahu, jika cadangan berkenaan diperkenan Raja Abdullah Abdulaziz, wanita yang memenuhi syarat berkenaan juga diwajibkan mendapat kebenaran suami, bapa atau penjaga mereka sebelum boleh memandu kenderaan. "Tempoh wanita dibenarkan memandu hanya antara pukul 7 pagi hingga 8 malam bagi Sabtu sehingga Rabu, atau 12 tengah hari hingga 8 malam pada Khamis dan Jumaat," katanya. Diperintah secara konservatif, Arab Saudi menyambut hujung minggu setiap Khamis dan Jumaat. Sebelum ini kerajaan mengharamkan wanita memandu kerana pelbagai alasan, sama ada bersandarkan kepada hujah hukum atau kesihatan. Media pernah melaporkan, ada ulama Arab melarang wanita memandu kerana didakwa boleh menjejaskan ovari masing-masing. Pengharaman memandu di negara Teluk tidak dinyatakan dalam sebarang undang-undang bertulis sebaliknya dikeluarkan melalui fatwa ulama konservatif setempat. Sesetengah ulama berpendapat, kebenaran memandu di kalangan wanita akan menyebabkan golongan terbabit sukar dikawal kerana terlalu bebas. Larangan itu mendapat kritikal aktivis hak asasi wanita tetapi setakat ini belum ada sebarang perubahan dibuat. Kata sumber itu, jika wanita terbabit memandu dalam kawasan bandar raya masing-masing mereka boleh melakukannya tanpa ditemani mahram. Bagaimanapun, jika mereka memandu ke luar kawasan tempatan, seorang mahram lelaki wajib berada dalam kereta itu. Kata sumber, perubahan sikap itu sedikit sebanyak dipengaruhi desakan kumpulan aktivis hak asasi wanita sejak sekian lama. "Majlis Syura turut menyarankan pembentukan Jabatan Trafik Wanita yang khusus membantu golongan berkenaan jika berlaku kerosakan di tengah jalan, atau berdepan gangguan seksual," katanya.- mstar online

AS Tambah Tentera Perangi IS
WASHINGTON: Bilangan anggota tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq kini bertambah sekali ganda apabila pentadbiran kuasa besar dunia itu meluluskan penghantaran sehingga 1,500 lagi askarnya.
Presiden Barack Obama meluluskan penghantaran anggota pasukan keselamatan itu bagi menasihat dan melatih tentera Iraq dalam pertempuran dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).
Keputusan Obama itu juga memperluaskan skop kempen Washington dan geografi tentera AS dengan sebahagian daripada mereka akan terus ke Anbar, wilayah di barat Iraq yang menyaksikan pertempuran hebat, untuk bertindak sebagai penasihat.
Rumah Putih menyatakan ia akan meminta Kongres peruntukan sejumlah AS$1.6 bilion untuk dana melatih dan memperlengkapkan Iraq yang baharu.
Peruntukan itu adalah sebahagian daripada permohonan perbelanjaan tambahan bernilai AS$5.6 bilion sebelum ini. - mstar online
TOP
MH17: Mungkin Tak Semua Mayat Dapat Ditemui - Rutte
Rutte (depan) dan Abbott menanam pokok silver birch ketika lawatan kerja dua hari ke Australia.
CANBERRA: Kemungkinan tidak semua mayat mangsa tragedi MH17 boleh ditemui, itulah pengakuan yang dibuat Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte pada Jumaat malam. Rutte bagaimanapun memuji profesionalisme ditunjukkan pasukan itu serta pegawai pertahanan Australia kerana kepantasan bertindak dan menangani situasi itu. Namun beliau mengakui walaupun mereka semua bertungkus-lumus membuat yang terbaik, pasti akan ada mayat mangsa yang tidak dapat dikembalikan kepada keluarga masing-masing. “Masih banyak yang belum ditemui. Kami masih berusaha keras mencari semua sisa mayat. “Seboleh-bolehnya kami mahu mengembalikan mereka semua kepada keluarga tersayang, namun hakikatnya kami mungkin tidak dapat berbuat demikian. Apa yang pasti kami tetap akan berusaha,” katanya. Rutte berkata demikian selepas beliau dan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menemui 600 rakyat Australia yang terbabit dalam usaha mencari mayat mangsa tragedi 17 Julai lalu itu. Pertemuan itu diadakan sempena lawatan bersama kedua-dua pemimpin negara itu ke ibu pejabat Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan di sini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan Australia yang terbabit dalam usaha mencari dan menyelamat sejurus selepas kejadian berlaku.- mstar online

Jokowi Kini Bersedia Untuk Tidak Popular
Rakyat pelbagai peringkat di Indonesia mula membantah hasrat kerajaan pimpinan Jokowi untuk menaikkan harga minyak.
KENDARI: Presiden Joko Widodo bersedia untuk tidak popular di kalangan rakyat republik itu berikutan keputusannya untuk menaikkan harga minyak. Bagaimanapun, beliau yang dikenalis sebagai Jokowi berkata, tindakan menaikkan harga minyak yang dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat ini, adalah penting bagi ekonomi negara. "Ada yang memberi amaran saya tidak akan popular. Tetapi saya menjadi pemimpin bukan untuk popular. “Pemimpin harus berani untuk membuat keputusan bagi kebaikan negara dan rakyat. Tidak kira jika keputusan itu menyebabkan saya tidak popular. “Tidak kiralah jika kemungkinan rakyat akan mengadakan demonstrasi membantahnya," kata Jokowi. Bercakap di hadapan Alumni Universitas Gajahmada (KAGAMA) di sini, Sulawesi Tenggara, pada Khamis, pemimpin Indonesia itu mengaku berdepan risiko berikutan keputusannya itu. Jokowi berkata, jika tindakan itu tidak dilakukan, selama lima tahun akan datang kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak melebihi perbelanjaan untuk infrastruktur dan perbelanjaan kesihatan. “Saya ingin menyedarkan rakyat Indonesia. Yang tidak betul perlu kita betulkan,” katanya. Menurutnya, penjimatan daripada pengurangan subsidi itu akan disalurkan untuk pembangunan negara, termasuk pertanian.- mstar online

Pelihara Anjing Di Iran Boleh Dihukum Sebat 74 Kali
Pada masa akan datang memelihara anjing atau membawa anjing bersiar-siar di tempat awam di Iran boleh dikenakan hukuman sebat 74 kali. Foto: Gambar Hiasan.
TEHRAN: Memelihara anjing di Iran pada masa akan datang mungkin akan berhadapan dengan risiko boleh dikenakan sebatan sehingga 74 kali di bawah undang-undang yang dicadangkan oleh puak konservatif. Undang-undang yang dicadangkan itu antara lain termasuklah larangan memelihara anjing di rumah dan larangan tidak boleh membawa anjing bersia-siar di tempat awam. Rang Undang-Undang tersebut telah pun ditandatangani dan disokong oleh 32 anggota parlimen konservatif, demikian menurut laporan akhbar reformis, Shargh sepertimana yang dipetik oleh agensi berita antarabangsa AFP pada Jumaat. Parlimen Iran mempunyai 290 orang anggota. Anjing dilihat sebagai binatang yang tidak bersih di dalam Islam dan ia juga bukanlah sesuatu yang biasa di Iran. Bagaimanapun terdapat keluarga yang memelihara anjing di dalam perkarangan rumah mereka. Iran yang mempunyai skuad polis moral, pernah menahan individu yang membawa anjing mereka bersiar-siar di tempat awam. Namun jika rang undang-undang baru ini diluluskan oleh parlimen, maka mereka yang didapati bersalah kerana memelihara anjing atau membawa anjing bersiar-siar di tempat awam boleh dikenakan hukuman denda sebatan sehingga maksimum 74 kali, atau dikenakan denda dari 10 juta Rial sehingga 100 juta Rial (AS$370 hingga AS$3,700). Undang-undang baru itu juga melarang orang-ramai daripada menyentuh atau bermain-main dengan anjing di hadapan khalayak ramai. Anjing yang ditangkap di bawah undang-undang baru ini juga akan dihantar ke zoo atau dilepaskan di dalam hutan. Para pemimpin berhaluan konservatif di parlimen Iran khuatir akan pengaruh dan budaya Barat yang boleh disebarkan dengan mudah menerusi siaran televisyen satelit dan internet. Memelihara anjing turut dilihat sebagai sesuatu yang tidak Islamik. Undang-undang itu bagaimanapun tidak terpakai ke atas anggota penguatkuasa seperti polis dan kastam atau ke atas petani serta pemburu yang memerlukan anjing untuk tujuan pekerjaan dan tugasan. Ketua Polis Iran, Jeneral Esmail Ahmadi Moghaddam dua tahun lalu pernah dipetik sebagai berkata yang pegawai-pegawainya tidak akan teragak-agak menahan mana-mana individu yang ditangkap membawa anjing bersiar-siar di tempat awam.- mstar online

32 Kereta Kebal Rusia Melintasi Sempadan Ukraine
KIEV: Angkatan Tentera Ukraine mendakwa mereka telah mengesan pergerakan 32 buah kereta kebal milik Rusia serta beberapa lagi senjata berat melintasi sempadan negara itu dari Rusia.
Insiden ini berlaku hanya beberapa hari selepas lima orang terkorban manakala 31 lagi tercedera dalam pertempuran di antara pihak pemisah dengan tentera kerajaan di kawasan yang bergolak di Timur Ukraine.
Agensi berita AFP memetik jurucakap tentera, Andriy Lysenko sebagai berkata, satu pergerakan konvoi yang melibatkan 32 buah kereta kebal, 16 buah meriam howitzer dan 30 trak yang sarat dengan anggota tentera melintasi sempadan negara itu menerusi kawasan yang dikuasai pemberontak di wilayah Lugansk pada Khamis.
Kata Lysenko lagi, ia kemudian diikuti oleh sekumpulan trak yang membawa tentera dan tiga buah kenderaan berat yang membawa radar menyeberangi satu lagi poin sempadan tidak jauh dari situ.
Kerajaan pusat Ukraine sentiasa mendakwa yang Rusia berada di belakang puak pemberontak yang terdiri daripada etnik Rusia yang menuntut kemerdekaan wilayah mereka sendiri daripada Ukraine.- mstar online
TOP
Menteri Luar Latvia Mengaku Dia Adalah Seorang Gay
Menteri Luar Latvia, Edgars Rinkevics mendedahkan siapakah dirinya yang sebenar menerusi laman Tweeter.
RIGA: Menteri Luar Latvia, Edgars Rinkevics mencipta sejarah sebagai ahli politik yang pertama negaranya membuat pengakuan terbuka yang dia adalah seorang gay. Beliau menyatakan demikian dalam beberapa siri 'tweets' yang dimuatnaikkannya sendiri. "Saya dengan rasa bangga ingin mengumumkan bahawa saya adalah seorang gay...," katanya pada lewat malam Khamis. Pengakuan terbukanya itu telah menjadi viral dalam laman sosial twitter. "Negara kita perlu membentuk satu kerangka undang-undang untuk semua jenis pasangan dan saya akan memperjuangkan hak ini," ujarnya lagi. Latvia yang mempunyai hanya dua juta penduduk adalah sebuah negara Baltik bekas sekutu Kesatuan Soviet yang konservatif. Rinkevics, 41, sebelum ini pernah menjadi sasaran kempen memburuk-burukkannya berhubung orientasi seksnya. Ketika pilihan raya parlimen bulan lalu, dia sekali lagi menjadi sasaran kempen anti-gay. Latvia bersama-sama dua lagi negara Baltik iaitu Lithuania dan Estonia telah menyertai Kesatuan Eropah pada 2004 selepas mereka merdeka ekoran perpecahan Kesatuan Soviet pada tahun 1990-91.- mstar online

Empat Maut Letupan Bom Di Dalam Kereta Api
KAHERAH: Empat anggota polis Mesir terbunuh selepas sebutir bom meletup di dalam sebuah kereta api yang membawa penumpang di utara Kaherah.
Polis dilaporkan melakukan pemeriksaan terhadap kereta api yang berhenti di sebuah stesen sebelum letupan berlaku.
Letupan itu turut menyebabkan lapan yang lain cedera, lapor stesen televisyen tempatan.
Berpuluh-puluh polis dan askar terkorban dalam serangan yang dilakukan kumpulan militan sejak penggulingan Morsi pada 3 Julai tahun lalu berikutan tindakan tegas polis terhadap penyokong beliau.- mstar online
TOP
Mobilebookcafe, Kedai Buku Bergerak Pertama Di Malaysia
Mobile Book Cafe merupakan kedai buku bergerak pertama di Malaysia. - Foto Ihsan mobilebookcafe.com.
IBARAT mini perpustakaan bergerak, itulah yang dapat disimpulkan mengenai mobilebookcafe, perniagaan yang diusahakan dua sahabat karib, Muhammad Ali dan Muhammad Azam Nor Anwar yang baru beroperasi beberapa bulan lalu. Van bergerak ini mampu memuatkan buku sebanyak 1,000 naskah di atas rak, sementara 1,500 naskah lagi stok yang disimpan di bahagian dalam van pada satu-satu masa.
Van ini mampu memuatkan 1,000 naskah buku di rak.
Pelbagai genre buku turut dijual oleh mobilebookcafe, antaranya buku ilmiah, novel, masakan, karya sastera, komik mahupun buku agama.
Mengambil inspirasi daripada kedai buku bergerak milik Penguin Books di Amerika Syarikat, mobilebookcafe kini sudah beroperasi hampir tiga bulan yang lalu.
Menurut Muhammad, 55 pada asalnya beliau ingin membuka kedai buku, namun kerana kos menyewa bangunan yang terlalu tinggi menyebabkan dia terpaksa mengubah niat asalnya itu dan akhirnya mendapat idea untuk mewujudkan kedai buku bergerak seperti yang ada sekarang.
Pelajar USIM berminat dengan buku yang dijual mobilebookcafe.
Bercerita lanjut, Muhammad berkata tumpuan utama mereka ialah pelajar sekolah kerana mereka ini gemar membaca terutamanya bahan bacaan ringan. "Harga yang ditawarkan sama sahaja tetapi untuk pelajar mereka tidak kisah sangat mengenai diskaun. Diskaun minimum yang diberikan ialah 10 peratus daripada harga asal buku. Dari segi jualan pula, sangat mengalakkan. "Bagi jualan di sekolah secara purata kita boleh memperoleh, sekitar RM5,000 bagi satu lawatan. Paling tinggi jualan kita pernah mencecah RM18,000, ini kerana pihak sekolah menempah buku untuk bahan bacaan di pusat sumber sekolah," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Pesta Buku yang diadakan di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini. Untuk menarik lebih ramai pengunjung, Muhammad berkata pihaknya sering mengajak penulis buku serta mengadakan bengkel penulisan mahupun mewarna ketika mengadakan lawatan di sekolah mahupun tempat awam. "Kami juga menyumbang buku kepada perpustakaan di sekolah yang kami lawati, sebagai menghargai dan tanda terima kasih kepada mereka kerana sudi menerima kehadiran kami,” katanya yang turut menjelajah ke beberapa buah sekolah dan institusi pengajian tinggi negeri-negeri di utara tanah air.
Dua sahabat baik, Muhammad Ali , (kiri) dan Muhammad Azam Nor Anwar merupakan pemilik mobilebookcafe.
Komik Paling Laris
Bagi menarik minat lebih ramai pengunjung untuk singgah ke kedai mereka, Muhammad sering menjemput penulis buku turut serta dalam sesi jelajah mereka.
Running Man merupakan komik yang paling laris jualannya.
"Dengan kehadiran penulis buku ini selalunya akan menarik minat lebih ramai pengungjung untuk singgah dan membeli buku. "Jika di sekolah kami juga sering mengadakan bengkel penulisan atau pertandingan mewarna, kanak-kanak akan teruja dengan aktiviti seperti ini. Mereka juga gemar membeli komik seperti Running Man, merupakan buku paling laris jualannya. Selain itu, terdapat juga komik ilmiah sains dan matematik seperti, Skor A, Skor A, Senangnya Sains, Oh Semua A!, Bijak Kimia (terbitan ITBM) ," kata Muhammad yang merupakan pesara kerajaan yang pernah berkhidmat di Unit Pemodenan Tadbiran dan Peracangan Pengurusan Malaysia (Mampu).
Muhammad Azam dan Muhammad Ali bercadang mencari rakan niaga agar dapat mengembangkan perniagaan mobilebookcafe.
Bagi pelajar universiti pula, Muhammad berkata, mereka lebih suka mencari buku ilmiah serta buku motivasi karya tokoh terkenal seperti Hamka dan kisah sirah Nabi. Beliau berkata pihaknya mementingkan kualiti serta gaya bahasa yang digunakan oleh pihak penerbitan sebelum membuat keputusan untuk mengambil buku tersebut untuk dijual di mobilebookcafe. "PTS Media Group Sdn Bhd, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Karangkraf merupakan tiga syarikat penerbitan utama yang kami beri tumpuan. Ini kerana syarikat penerbitan berkenaan menggunakan tatabahasa yang betul serta gaya bahasa yang mudah difahami oleh pelajar sekolah," katanya. Selain mudah untuk bergerak ke mana-mana sahaja, beliau berkata kawasan pinggir bandar dan pedalaman juga sering memberikan jualan yang memberangsangkan kepada mereka. "Berdasarkan survei yang dijalankan kami memperoleh jualan yang memberangsangkan di kawasan pinggir bandar seperti Puncak Alam, Selangor dan Kulim, Kedah. Di kawasan ini, capaian internet agak lemah, jadi apabila kami berkunjung ke tempat-tempat ini, jualan buku di sana sangat mengalakkan. "Lokasinya juga perlu sesuai, seperti di kawasan pasar tani, tempat letak kereta, karnival mahupun berhampiran perpustakaan," katanya. Pelbagai jenis genre buku dijual di mobilebookcafe. Beliau berkata, rakyat Malaysia suka membaca, cuma kadangkala mereka malas untuk ke kedai buku, jadi untuk mengalakkan budaya membaca ini, mobilebookcafe pergi menemui peminat buku di lokasi yang menjadi tumpuan ramai. "Maklum balas yang kami terima setakat ini sangat baik terutama berhubung konsep yang kami bawa. Mereka yang datang tidak semestinya membeli buku, sebaliknya ada yang hanya singgah untuk membaca buku-buku yang dipamerkan sambil menikmati kopi panas yang disediakan," katanya. Usaha tersebut kata Muhammad, merupakan sebahagian daripada khidmat sosial mereka bagi menggalakkan masyarakat untuk menjadikan membaca sebagai sebahagian budaya dalam kehidupan seharian. Bukan sekadar menjadi penjual buku, malah Muhammad juga merupakan seorang penulis yang telah menghasilkan beberapa buku, antaranya 50 Jawatan Dalam Kerajaan, Kerjaya Dalam Bidang ICT dan Buat Duit Dengan Foto. "Selepas itu saya menghasilkan dua lagi buku genre pengembaraan, iaitu Travelog Jepun dan Travelog UK. Buku ini saya terbitkan sendiri dan menjualnya secara atas talian," katanya.
Cabaran
Bagaimanapun, Muhammad mengakui menjual buku secara bergerak ini mempunyai cabarannya tersendiri terutamanya ketika berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu.
"Setiap kali cuaca mendung, kami akan mula mengemas buku-buku dan bersiap sedia untuk menutup kedai. Sementara tunggu hujan reda kami tunggu dalam van sehingga cuaca kembali cerah," katanya. Pada awal usaha mereka untuk menjalankan perniagaan buku secara bergerak ini juga mencabar, kerana dua sahabat baik ini melalui proses permohonan yang agak lama sebelum perniagaan buku bergerak mereka diluluskan oleh Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). "Pada awalnya, ada yang mencadangkan kami menggunakan lori dan bas tapi kami mahukan kenderaan yang tidak terlalu besar kerana kami mengambil kira masalah logistik terutama tempat letak kenderaan yang mempunyai keluasan terhad. "Proses untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak JPJ juga mengambil masa agak lama sekitar empat bulan kerana jabatan itu tidak mempunyai rekod untuk memudahkan permohonan kami diluluskan," katanya.
Mencari Rakan Niaga
Bercerita mengenai perancangan jangka panjang, Muhammad berkata, beliau bercadang mencari rakan niaga di seluruh negara.
"Kami sedang mencari rakan niaga di setiap negeri, dan berharap ia akan dapat dilaksanakan tahun hadapan. Modal awal yang diperlukan ialah sekitar RM50,000 bagi membuat pengubahsuaian terhadap van dan membeli stok buku. "Setakat ini sudah ada peniaga yang berminat, dan masih mencari beberapa orang lagi untuk menjadi rakan niaga mobilebookcafe," katanya. Selain menjual buku secara online, ayah kepada enam cahaya mata lelaki ini berkata, mobilebookcafe akan menjual buku menggunakan e-book untuk membolehkan buku mereka dijual di seluruh dunia. Sementara itu, beberapa pelajar USIM yang ditemui mengakui keunikan mobilebookcafe menjadi faktor penarik mereka mengunjungi kedai buku berkenaan. Arina Afiza gemar membaca buku motivasi.
Arina Afiza Abdullah, pelajar tahun pertama Al-Quran Multimedia berkata dengan adanya mobilebookcafe memudahkan mereka mencari buku motivasi dan buku ilmiah dengan mudah tanpa perlu keluar daripada universiti.
"Ini dapat menjimatkan kos. Ia secara tidak langsung dapat memupuk budaya membaca di kalangan pelajar. Ia juga sesuatu yang unik dan ini kali pertama saya melihat kedai buku bergerak seperti ini," katanya.
Nor Fahrahin gemar dengan konsep mobilebookcafe, kerana ia memudahkan pelajar seperti mereka mendapatkan buku rujukan.
Bagi Nor Farahin Mustapha, 19, berkata dia akan memperuntukkan wang untuk membeli buku motivasi atau berkaitan tokoh srikandi Islam. "Setiap bulan saya akan baca sekurang-kurangnya sebuah buku tak kira sama ada buku motivasi atau tokoh pejuang Islam ketika era kegemilangan Islam. "Dengan kewujudan mobilebookcafe ini memudahkan pelajar universiti mendapatkan buku-buku agama yang sukar didapati di kedai buku biasa," katanya yang merupakan pelajar al-Quran, sunnah.
Muhammad Asyraf (kanan) berharap lebih banyak van bergerak yang menjual buku pada masa hadapan.
Muhammad Asyraf Ismail pula berharap agar lebih banyak kedai buku bergerak seperti mobilebookcafe akan diwujudkan selepas ini. "Kedai buku bergerak ini idea yang sangat bagus dan ia harus diteruskan, supaya budaya membaca dapat disuburkan dikalangan pelajar universiti," katanya. - mstar online

Doping: KBS, BAM Bantu Chong Wei
Khairy Jamaluddin.
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus bekerjasama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi memastikan Datuk Lee Chong Wei menerima hukuman minima selepas disahkan gagal dalam ujian doping. Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pihak kementerian akan turut menyalurkan bantuan terbaik kepada pemain tersebut untuk mengelakkannya daripada berehat panjang dan sekali gus memberi kesan kedudukan ranking nombor satu dunia yang dipegangnya sejak beberapa tahun lepas. Beliau yang sudah mangadakan perjumpaan dengan Chong Wei, berharap pemain tersebut dapat bersabar menghadapi 'detik hitam' dalam hidup sebagai seorang bergelar jaguh badminton negara. "Saya mendapat tahu berita ini 2 Ogos lalu dan saya telah selaraskan segala siasatan bersama Institut Sukan Negara (ISN) dan BAM termasuk berjumpa dengan atlet tersebut. "Jadi, kita telah beri kerjasama yang baik kepada BAM untuk menjalankan siasatan terhadap kes ini sehingga sesi pendengaran BWF bermula nanti," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan cawangan ketiga kedai aiskrim yogurt TCBY yang dimiliki oleh syarikat pengeluar makanan dan minuman, Dewina Super Froyo Sdn Bhd., di sini, hari ini. Chong Wei disahkan positif bahan terlarang 'dexamethasone' dalam ujian sampel B yang dilakukan di Hospital Universiti Olso, Norway, Rabu lepas. Sebelum ini, Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria mengumumkan hasil keputusan itu dalam sidang media di sini. Dengan keputusan itu, Chong Wei berdepan hukuman gantung dua tahun oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) sekiranya gagal dalam rayuannya kepada BWF. Mengulas lanjut, Khairy berkata peguam sukan terkenal dari England, Mike Morgan telah dilantik oleh BAM untuk menyediakan segala hujah berkaitan kes doping tersebut di hadapan jawatankuasa panel pendengaran BWF. BWF bagaimanapun masih belum menentukan tarikh dan tempat yang sesuai bagi mendengar penjelasan daripada Morgan dan Chong Wei. "Selepas sesi pendengaran itu tamat, barulah BWF akan buat ketetapan sama ada atlet itu digantung ataupun tidak atau diberi amaran...Buat masa ini, kita sedang sediakan maklumat yang terperinci untuk dikemukakan dalam sesi pendengaran tersebut," menurut Khairy. Dalam pada itu, Khairy berharap tiada yang menuding jari kepada ISN yang sepatutnya mempunyai seorang doktor pakar khusus bagi mengawal pengambilan ubat-ubatan oleh Chong Wei. "Susahlah kalau setiap atlet perlu mempunyai doktor pakar. Dalam kes ini, atlet berkenaan telah dirujuk kepada seorang doktor pakar swasta di mana dia (Chong Wei) telah menerima rawatan dan ini bukan kali pertama dia menerima rawatan di sana. "Klinik ini menjadi rujukan kepada ISN, jadi terlalu awal untuk kita buat kesimpulan mengenai peranan dan tanggungjawab ISN," jelas Khairy. Media tempatan sebelum ini melaporkan Chong Wei terbabit dalam skandal doping selepas bahan 'dexamethasone' ditemui dalam air kencingnya semasa ujian rawak dijalankan pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas. 'Dexamethasone' adalah sejenis ubat steroid dengan kesan antiradang bagi kegunaan rawatan pelbagai masalah kesihatan dan pemulihan termasuk reumatologi.- mstar online

Doping: Rosmah Harap Pemain Negara Diadili Sebaiknya
KUALA LUMPUR: Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datin Seri Rosmah Mansor berharap pemain negara yang disahkan gagal dalam ujian doping dapat diadili dengan sebaik mungkin.
Isteri perdana menteri juga berharap pemain itu dapat bersabar dan menunggu keputusan muktamad daripada pihak yang sedang menjalankan siasatan.
"Saya telah dimaklumkan perkara ini dan BAM akan buat segala yang boleh dan yang mampu untuk menolong pemain tersebut.
"Saya harap beliau bersabar dan kita tunggu keputusan muktamad. Saya tak tahu bila dan saya harap ia dapat diadili sebaik mungkin. Kita serah kepada pihak berkuasa yang menentukan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) di Stadium Putra di sini, hari ini.
Selain itu, Rosmah juga memohon orang ramai terutamanya rakyat Malaysia dapat memahami situasi yang dihadapi pemain berkenaan dan terus memberi sokongan walauapa pun keputusan yang bakal diumumkan kelak.
Pada Sabtu, BAM mengumumkan ikon badminton negara disahkan positif bahan terlarang 'dexamethasone' dalam ujian sampel B yang dilakukan di Hospital Universiti Olso, Norway, Rabu lepas.
Bagaimanapun, nama pemain itu masih belum boleh didedahkan sebelum selesai proses siasatan dijalankan oleh BWF.
Pemain negara itu kini dikenakan tindakan penggantungan sehingga tamat proses rayuan. - mstar online
TOP
Skuad Badminton Negara Akhiri Cabaran Pada Kejohanan GP Korea
Tan Kian Meng.
KUALA LUMPUR: Harapan untuk menyaksikan skuad badminton negara membawa pulang sekurang-kurangnya satu gelaran tidak kesampaian selepas wakil terakhir negara tersingkir daripada Kejohanan Grand Prix (GP) Korea di Jeonju, Korea Selatan. Beregu wanita pecahan negara, Vivian Hoo Kah Mun dan Ng Hui Lin nyata bukan tandingan pilihan utama Korea Selatan, Lee So Hee dan Shin Seung Chan, selepas kalah 14-21 dan 14-21 dalam pertarungan separuh akhir hari ini, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF)www.bwfbadminton.org. Terdahulu, empat wakil negara gagal meneruskan cabaran pada kejohanan yang menawarkan wang tunai keseluruhan berjumlah US$50,000 (RM167,300) itu selepas kalah kepada lawan masing-masing pada aksi suku akhir, semalam. Mereka adalah Tan Kian Meng dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin dalam acara perseorangan lelaki, Lim Khim Wah dan Ow Yao Han (beregu lelaki) serta gandingan Wong Fai Yin dan Chow Mei Kuan dalam acara beregu campuran.- mstar online

Lee Hyun Il, Chen Jiayuan Dijangka Kuasai Kejohanan Di Kuching
Lee Hyun Il
KUCHING: Pemain veteran Korea Selatan, Lee Hyun Il dan Chen Jiayuan dari Singapura dijangka menguasai acara perseorangan lelaki dan wanita pada Cabaran Badminton Antarabangsa Maybank Kuching 2014 di sini minggu depan. Kejohanan tersebut akan diadakan di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak, Petra Jaya di sini, dari 11 hingga 16 November ini. Hyun Il, yang meraih pingat emas acara berpasukan lelaki pada Sukan Asia Ke-17 baru-baru ini, dan Jiayuan, bekas juara Terbuka Singapura 2010 dan mara ke suku akhir Terbuka China 2014, masing-masing diletakkan sebagai pilihan pertama pada kejohanan kali ini. Lebih 200 pemain dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Sri Lanka, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Australia, Jepun dan United Kingdom dijangka menyertai kejohanan tersebut. Pemain negara, Mohamad Arif Abdul Latif dan Hsu Ya Ching dari Taiwan, yang masing-masing muncul juara perseorangan lelaki dan wanita tahun lepas, bagaimanapun tidak menyertai kejohanan tersebut tahun ini. Setiausaha Persatuan Badminton Sarawak (SBA), Abdul Hadi Abdul Kadir menjangkakan saingan kali ini lebih menarik dengan kehadiran beberapa pemain kebangsaan pada kejohanan berkenaan. "Oleh itu, pemain-pemain Malaysia berpeluang cerah untuk merangkul kejuaraan pada kejohanan kali ini," kata Abdul Hadi. Berikutan ketiadaan pemain wanita negara Lee Ying Ying, yang beraksi pada Sukan SEA 2013 pada kejohanan kali ini, pilihan kedua Aprilla Yuswandari dari Indonesia dan pilihan ketiga Yang Li Lian dari Malaysia dijangka mampu memberi saingan sengit kepada Chen. Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai AS$15,000 (RM48,000) itu adalah anjuran bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan SBA serta mendapat kelulusan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan Konfederasi Badminton Asia (BAC). Harga tiket bermusim adalah RM60 (layak untuk cabutan bertuah), sementara tiket bagi perlawanan pusingan awal, masing-masing berharga RM10, RM15, RM20 dan RM30 untuk suku akhir, separuh akhir dan akhir. - mstar online

Jangan Bandingkan Chong Wei dengan Ben Johnson, Lance Armstrong - KJ
PUTRAJAYA: Keputusan ujian sample B Datuk Lee Chong Wei yang positif dadah tidak seharusnya dibandingkan dengan kes membabitkan atlet antarabangsa lain seperti Ben Johnson atau Lance Armstrong.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, hal itu kerana bahan terlarang yang dikesan dalam air kencing pemain badminton nombor satu dunia itu adalah steroid yang digunakan semasa proses pemulihan atlet.
"Ingin saya tekankan di sini, bahan yang ditemui itu bukannya dadah untuk meningkatkan prestasi atlet. Ia sepatutnya tidak memberi kesan kepada persepsi umum terhadap badminton di Malaysia. Ianya bukan Ben Johnson atau Lance Armstrong," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Forum Genexter di sini, Sabtu.
Sambil menganggap ia kes terpencil dan tidak bernasib baik bagi atlet berkenaan, Khairy berkata: "Kami akan pastikan dapat kemukakan kes terbaik."
Beliau juga memaklumkan setakat ini masih belum berpeluang untuk bercakap dengan Chong Wei.
Ketika ini, sidang media berhubung perkara itu diadakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas ujian B turut mendapati pemain perseorangan utama negara itu positif dadah jenis dexamethasone.
Berikutan itu, Chong Wei berdepan penggantungan maksimum dua tahun daripada menyertai sebarang kejohanan, bagaimanapun Persekutuan Badminton Dunia (BWF) boleh mempertimbangkan untuk mengurangkan hukuman berdasarkan beberapa faktor termasuk pencapaian dan tingkah laku sepanjang kerjaya atlet berkenaan.
Pada Olimpik 1988, pingat emas yang diperoleh atlet 100 meter Ben Johnson ditarik balik selepas didapati positif menggunakan steroid anabolik, manakala pelumba basikal Amstrong pula didapati menggunakan EPO dan steroid selain pemindahan darah untuk meningkatkan prestasi.- mstar online
TOP
Usahawan Mikro Disaran Berniaga Dalam Talian
Hamim Samuri
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri menggesa usahawan mikro agar tidak bergantung kepada kaedah perniagaan tradisional sebaliknya menjalankan perniagaan mereka dalam talian. Katanya, medium Internet dan transaksi tanpa tunai menjadi pilihan pengguna masa kini kerana kaedah itu lebih menjimatkan masa dan kos. "Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terdiri daripada syarikat mikro, kecil dan sederhana merangkumi 97.3 peratus perniagaan berdaftar negara dan daripada 645,136 PKS yang berdaftar 77 peratus merupakan usahawan mikro," katanya dalam sidang media, di sini, Sabtu. Terdahulu beliau menyampaikan ucapan merasmikan Forum Usahawan Mikro bertemakan 'Realisasi Perniagaan Anda' bersempena Karnival Usahawan Mikro anjuran SME Corp Malaysia selama tiga hari sehingga Sabtu. Mengulas lanjut, Hamim berkata, kerajaan melalui SME Corp telah memperinci strategi bagi menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan perusahaan mikro dengan menekankan peningkatan produktiviti, penggunaan teknologi, inovasi dan automasi. Katanya, sepanjang tahun ini sebanyak 154 program telah dilaksanakan oleh SME Corp sebagai agensi penyelaras pusat, bagi mempergiat pertumbuhan PKS dengan peruntukan berjumlah RM13.35 bilion. Sementara itu, Ketua Eksekutif SME Corp Datuk Hafsah Hashim berkata, penganjuran forum sehari tersebut antara lain bertujuan menyokong usaha kerajaan meningkatkan formalisasi perniagaan serta mengurangkan jumlah perniagaan tidak berdaftar dalam kalangan usahawan mikro. Katanya, forum juga bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan usahawan mikro tentang perniagaan secara elektronik atau e-payment dan betapa pentingnya penggunaan teknologi serta inovasi dalam menggalakkan transformasi perniagaan. "Sehingga kini sejumlah 36,677 usahawan mikro telah memperoleh manfaat daripada transaksi jualan tanpa tunai dengan nilai RM1.77 bilion telah direkodkan di seluruh negara," kata Hafsah. Katanya, golongan muda cenderung melakukan transaksi perniagaan serta urusan harian dalam talian, justeru trend kelompok yang meliputi 18.9 peratus daripada kira-kira 30 juta penduduk negara dan pasaran itu harus diberi perhatian. Mengulas perkembangan berkaitan, Hafsah berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui SME Corp telah menyediakan pelbagai program dan bantuan untuk usahawan mikro melalui 'Program Enrichment dan Enhancement (E2). Sejumlah 172 permohonan telah diluluskan kepada usahawan mikro bernilai RM8.5 juta sehingga 31 Okt 2014, kata beliau. Melalui program itu katanya, pemohon perlu menjalani audit diagnostik dikenali sebagai 'Penarafan Daya Saing Enterpris Mikro bagi Peningkatan' atau MCORE, bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan masing masing bagi tujuan penambahbaikan. - Bernama- mstar online

Puma Alami Kejatuhan Untung
FRANKFURT: Puma, jenama pembuat pakaian dan peralatan sukan Jerman pada Jumaat berkata mengalami kejatuhan keuntungan pada suku ketiga akibat kesan pertukaran mata wang asing.
Menerusi kenyataan Puma berkata, keuntungan bersihnya turun kepada 29 juta euro (USD 36 juta) dalam tempoh dari Julai hingga September berbanding 53 juta euro pada tahun sebelumnya.
"Pada suku ketiga yang baik, Puma mencapai jualan yang lebih baik daripada yang dijangkakan," kata Ketua Eksekutifnya, Bjorn Gulden.
Selain itu Puma berkata, ia akan terus melabur dengan kukuh dalam aset pemasaran dan sukan serta pelaburan dalam infrastruktur IT di samping mengekalkan kawalan ketat ke atas perbelanjaan operasi yang lain.- mstar online
TOP
Penswastaan MAS Perlu Dilaksanakan - Maybank IB
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) akan diswastakan dan ia perlu dilaksanakan, kata Maybank Investment Banking (IB) Research.
Dalam satu kenyataan, Maybank IB berkata lebih 90 peratus undi dalam tangan, Khazanah Nasional Bhd boleh memohon penyahsenaraian syarikat penerbangan itu daripada Bursa Malaysia.
"Kami yakin ia akan dimuktamadkan menjelang akhir 2014," katanya.
Pada mesyuarat agung luar biasa (EGM), Khamis, pemegang saham minoriti mengundi meluluskan cadangan penswastaan MAS oleh Khazanah, pada harga 27 sen sesaham.
Maybank IB berkata 93.98 peratus mengundi memihak kepada cadangan itu manakala 6.02 peratus menentangnya.
"MAS akan berada pada kedudukan yang sukar jika tiada modal baharu disuntik dalam tempoh terdekat," katanya.
Sementara itu, RHB Research berkata penswastaan menandakan suatu permulaan baharu.
Firma penyelidikan itu berkata pelan penstrukturan semula RM6.0 bilion oleh Khazanah meliputi suntikan modal, penyelarasan tenaga kerja, mengkaji semula laluan dan merundingkan semula kontrak bekalan.
"Saranan kami sebelum ini 'neutral'. Kami sudah memberi nasihat kepada pemegang saham minoriti supaya menerima tawaran itu kerana kami tidak nampak potensi pemulihan ketara syarikat penerbangan itu selepas insiden MH370 dan MH17.
"Ini ditambah pula dengan kedudukan operasi industri penerbangan yang mencabar," katanya.
Saham MAS tidak berubah pada 26.5 sen pada rehat tengah hari, dengan 50.14 juta unit bertukar tangan.- mstar online
TOP
Zunar Nafi Isteri Ditahan Jual Buku Sindir Institusi Kehakiman
KUALA LUMPUR: Kartunis kontroversi Zulkifli Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar pada Sabtu menafikan isterinya ditahan di Putrajaya Khamis lepas kerana menjual buku yang menyindir institusi kehakiman dan pemimpin negara.
Zunar, 50, memberitahu Bernama, tiga orang yang ditahan polis, termasuk dua wanita, adalah pembantu jualannya.
Beliau berkata isterinya, yang tidak mahu dinyatakan namanya, pada hari kejadian berada di Port Dickson, Negeri Sembilan atas urusan kerja.
Laporan Bernama menyebut isteri Zunar adalah antara tiga yang ditahan polis di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya semasa perbicaraan kes rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Laporan berita Bernama menyatakan salah seorang daripada tiga yang ditahan adalah isteri saya, sedangkan mereka bertiga sebenarnya adalah pembantu jualan saya," katanya kepada Bernama di sini malam ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid yang dihubungi turut mengesahkan polis tidak menahan isteri Zunar.
Sehubungan itu, Bernama memohon maaf kepada Zunar dan isterinya atas kesilapan laporan berita itu. - mstar online
TOP
Philips Antara 50 Syarikat Inovatif
KUALA LUMPUR: Philips diletakkan dalam ranking ke-29 antara 50 syarikat paling inovatif 2014, dalam kajian tahunan Boston Consulting Group, meningkat 20 anak tangga, berbanding kajian yang dijalankan tahun lepas.
Ranking oleh firma perundingan pengurusan dunia itu membuktikan usaha global Philips untuk menjadi syarikat inovatif, prihatin dan berimpak tinggi sepenuhnya," kata syarikat penjagaan kesihatan, gaya hidup pengguna dan pencahayaan itu menerusi satu kenyataan.
Tumpuan ini jelas tergambar dalam keseluruhan dasar Philips secara menyeluruh - daripada misi untuk meningkatkan kehidupan manusia menerusi inovasi yang bermakna, sehinggalah kepada usaha menjadikan masyarakat dunia yang lebih sihat.
"Philips adalah antara 10 syarikat daripada industri pengguna dalam kumpulan 50 syarikat terbaik itu, yang secara kolektifnya membentuk 20 peratus daripada syarikat inovatif dalam senarai tertinggi terbabit - kategori perniagaan kedua terbesar.- mstar online
TOP
Bapa, Bekas Jurulatih Harap Chong Wei Dapat Terus Wakili Malaysia
Lee Chong Wei.
GEORGE TOWN: Rakyat Malaysia masih berharap pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan terus bermain walaupun sampel B beliau telah disahkan positif, Dexamethasone.
Ayahnya, Lee Ah Chai, 61 berkata beliau berharap Chong Wei akan dapat bermain mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik di Rio, Brazil pada 2016.
Lee Ah Chai
"Doktor yang merawat beliau sudah pasti tahu bahan yang diambilnya dan kandungan ubat tersebut.
"Sekiranya Persekutuan Badminton Dunia (BWF) masih mahu menghukum Chong Wei, tiada apa yang dapat diperkatakan kerana dadah telah ditemui dalam sampel air kencingnya," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Pengarah Majlis Sukan Pulau Pinang, Frederick Tan, yang merupakan pakar psikologi Chong Wei dari tahun 2007 hingga 2012, juga merupakan individu bertanggungjawab dalam menyelia diet dan makanan tambahan pemain badminton pada Sukan Olimpik di Beijing, 2008 berkata Chong Wei mungkin tidak mengetahui isi kandungan ubat yang diambilnya. "Dia seorang ahli sukan yang sihat, saya sangat mengenali beliau. Dia tidak akan mengambil dexamethasone tanpa sebab." Sementara itu, Teh Peng Huat yang juga jurulatih pertama ikon badminton negara itu turut melahirkan rasa terkejut dan kecewa apabila mengetahui keputusan sampel B Chong Wei yang disahkan positif ujian doping. Jurulatih berusia 77 tahun itu merupakan individu pertama yang mengasah bakat Chong Wei di pusat latihannya di Berapit, Bukit Mertajam pada mulanya enggan memberikan sebarang ulasan mengenai pemain kesayangannya itu. Namun selepas beberapa kali dipujuk akhirnya, Peng Huat akur.
Teh Peng Huat
"Kali pertama keputusan sampel A diumumkan saya sangat terkejut dan tidak menyangka pemain seperti Chong Wei akan gagal dalam ujian doping. Saya juga berasa sangat kecewa kerana dia seorang ikon yang popular. Saya yakin dia tidak akan memperjudikan kariernya dengan mengambil bahan yang dilarang," kata Peng Huat. "Jika keputusan sampel A dan B positif, sudah pasti amat sukar untuk membuktikan dia tidak mengambilnya." Minggu lalu, Chong Wei diiringi Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dan Kenny Goh ke Oslo, Norway untuk menyaksikan sendiri analisis ujian Sampel B di makmal Hospital Universiti Oslo pada 5 November lalu. Chong Wei dilaporkan positif ujian doping bagi Sampel A iaitu ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lalu. Pada Jumaat, rombongan ke Oslo itu tiba di Kuala Lumpur tanpa sebarang keputusan rasmi, namun Dr Ramlan yakin tidak akan ada perbezaan daripada keputusan ujian doping Sampel A yang dapati positif sebelum ini. Dexamethasone merupakan sejenis steroid untuk rawatan perubatan dengan kesan anti-radang yang kebiasaannya digunakan dalam rawatan pemulihan atlet.Kajian menunjukkan dexamethasone bukan bahan untuk meningkatkan prestasi atlet. Ia biasanya digunakan untuk rawatan alahan, tindak balas alahan, masalah tulang dan radang yang kronik. Chong Wei kemungkinan menggunakannya untuk mengurangkan kesakitan.- mstar online

Pasukan Khas Banteras Sindiket Menyamar Polis, Tipu Orang Awam
Abdul Samah Mat
PETALING JAYA: Pasukan tindakan khas membabitkan Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Komesial Selangor dibentuk bagi membanteras kegiatan sindiket penipuan di mana anggotanya menyamar sebagai polis dan menuntut bayaran jaminan kononnya untuk melepaskan ahli keluarga mangsa yang ditahan. Sejak Oktober, sebanyak 19 kes menggunakan modus operandi sama direkodkan di sekitar Selangor membabitkan kerugian kira-kira RM295,000 dengan mangsanya di kalangan warga tua. Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, pasukan khas itu sedang mengesan sindiket yang dipercayai menjalankan kegiatan penipuan sejak 2013. "Kita dapat kesan beberapa kes yang modus operandinya hampir sama dan siasatan dilakukan untuk memastikan sama ada ia melibatkan kumpulan atau invidudu sama. "Kami juga menyiasat jika ada pembabitan pihak perbankan yang bekerjasama dengan sindiket itu untuk menyalurkan maklumat kewangan mangsa," katanya. April lalu, polis Selangor mengeluarkan peringatan mengenai sindiket penipuan itu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, daerah itu paling banyak merekodkan kes sedemikian. "Sindiket berkenaan menggunakan Voice Over Internet Protovol (VoIP) untuk mengklon nombor apabila menghubungi mangsa dan biasanya memperkenalkan diri sebagai Inspektor Wong atau Inspektor Faizal. "Mereka juga akan pastikan mangsa terus di talian supaya tidak berpeluang menghubungi pihak ketiga bagi mengesahkan mengenai penahanan ahli keluarga mereka," katanya. Terkini, seorang pesara kerugian RM100,000 apabila menyerahkan wang simpanannya kepada lelaki yang mendakwa sebagai anggota polis kononnya untuk menjamin anaknya atas kesalahan jenayah. - mstar online

Selepas Diserbu, Syarikat Judi Guna Taktik Baru
KUALA LUMPUR: Selepas beberapa kali pihak polis menyerbu premis judi haram,kini pengendali pusat berkenaan menggunakan taktik baru untuk melarikan diri daripada perniagaan mereka dikesan pihak berkuasa.
Kini mereka tidak lagi bertemu di premis judi, sebaliknya mereka yang berjudi ini akan bertemu di restoran dan di bawa ke lokasi yang tidak dikenalpasti oleh pihak polis, bagaimanapun kegiatan mereka terbongkar dengan penangkapan sembilan individu di Perak baru-baru ini.
Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Senior Asisten Komisioner, Roslee Chik suspek telah ditangkap pada hari Jumaat dalam operasi anti-perjudian yang dilancarkan secara besar-besaran pada Jumaat.
Beliau berkata kumpulan berkenaan akan bertemu dengan pelanggan di restoran sebelum membawa mereka ke lokasi yang disewa khas di mana ia mempunyai akses kepada laman web perjudian haram .
"Dengan modus operandi terbaru ini penjudi tidak perlu pergi ke premis judi, sebaliknya apa yang diperlukan ialah komputer riba, telefon pintar mahupun tablet.
"Mereka yang berjudi akan membeli kredit daripada pengendali dan mereka akan diberikan satu kata laluan yang membolehkan mereka mengakses laman web perjudian.
"Ini memudahkan lagi aktiviti judi haram dan ini menyukarkan pihak berkuasa untuk mengesan mereka," katanya.
Roslee berkata selagi rakyat Malaysia mempunyai akses kepada laman web perjudian, selagi itulah teknik perjudian akan terus berkembang.
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memaklumkan kepada saya, rakyat Malaysia boleh mengakses lebih daripada 1,000 laman web berkaitan perjudian dengan menggunakan 'server' daripada negara yang membenarkan aktiviti perjudian.
"Salah satu cara untuk membanteras judi haram atas talian di negara ini adalah dengan menyekat laman web berkenaan," katanya.
Polis telah menjalankan 16, 255 serbuan di tempat perjudian dan menahan 661 orang di bawah Ops Dadu, yang dijalankan antara 26 Oktober dan 7 November.
"Pegawai polis di semua peringkat, tidak kira sama ada di daerah atau negeri, sangat berdedikasi untuk membanteras judi haram.
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah menjalankan kerja yang baik dalam memastikan pegawai polis tidak berpakat dengan dengan pengendali judi haram," katanya. - mstar online
TOP
Akibat Tak Langsai Hutang RM500, Tukang Masak Dibelasah Hingga Mati
KUALA LUMPUR: Akibat tidak melangsai hutang sebanyak RM500, seorang tukang masak warga India dibelasah sehingga mati oleh rakan senegara di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan di sini, tengah hari Sabtu.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, dalam kejadian pukul 1.47 tengah hari itu, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.
Beliau berkata, polis menemui mayat Hukumdev Sah Raghunath Sah, 39, yang berada dalam keadaan terbaring di dalam tandas restoran yang berkunci dari luar.
"Tiada sebarang kesan tikaman pada tubuh mangsa. Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki warga India berusia lingkungan 20 tahun, yang berada di sebuah kedai berdekatan dengan lokasi kejadian.
"Hasil siasatan awal mendapati, mangsa berhutang RM500 dengan suspek dan enggan membayar balik menyebabkan berlaku pertengkaran sesama mereka," katanya di sini, Sabtu.
Katanya, suspek telah menumbuk muka dan dada mangsa beberapa kali sehingga menyebabkan mangsa pengsan sebelum menarik mangsa ke dalam tandas dan mengunci pintu tandas itu.
Beliau berkata, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Akta Kanun Keseksaan kerana membunuh. - mstar online
TOP
Mayat Doktor Gigi Ditemui Dalam Longkang
IPOH: Seorang doktor gigi ditemui mati tertiarap dalam longkang di Taman Canning, dekat sini, pada Sabtu.
P. Nanthakumaran, 69, ditemui oleh adik perempuannya ketika hendak membuang sampah di kawasan rumahnya pukul 11.06 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komsioner Sum Chang Keong berkata, mendiang dipercayai terjatuh ke dalam longkang kecil selepas memakir kereta di hadapan rumahnya.
Beliau berkata, mendiang telah dihanyutkan oleh arus deras di dalam longkang itu sejauh kira-kira 20 meter.
"Mangsa (mendiang) dikatakan keluar rumah pada pukul 10 malam (malam tadi) untuk bersantai. Anggota keluarganya mengesyaki mangsa tidur di rumah rakannya kerana ketika itu hujan lebat," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.
Sum berkata, hasil pemeriksaan mendapati doktor gigi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang kekerasan berunsur jenayah dan barang peribadi mangsa berada dalam keadaan baik," katanya.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.
Sum berkata, hasil bedah siasat mendapati lelaki berkenaan meninggal dunia akibat lemas.
- mstar online
TOP
Cameron Highlands: Paras Air Empangan Kembali Normal
Air di Empangan Sultan Abu Bakar, Cameron Highlands kini berada pada tahap normal.
CAMERON HIGHLANDS: Paras air di Empangan Sultan Abu Bakar di sini kembali ke tahap normal iaitu pada 3,498 meter berbanding paras bahaya iaitu 3,509 meter seperti yang direkodkan pada Rabu. Ketua Polis Daerah di sini, Deputi Superintendan Wan Zahari Wan Busu berkata, susulan itu, tiada limpahan air dilaporkan setakat ini. Ketika ini, Wan Zahari berkata, tiada penutupan jalan dari Tapah ke Cameron Highlands berikutan kejadian banjir sebelum ini. "Bagaimanapun, berlaku kesesakan lalu lintas di beberapa laluan di Tapah berikutan kejadian tanah runtuh di tebing bukit yang mengakibatkan sebahagian jalan menjadi satu lorong," katanya ketika dihubungi pada Sabtu. Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Morni Mamat berkata, jabatan itu menempatkan empat anggota di kawasan empangan berkenaan. Langkah itu bagi memantau sekitar kawasan berkenaan terutama ketika hujan lebat, selain menyalurkan maklumat jika berlaku pelepasan air dari empangan itu, katanya. "Malahan, pusat operasi bencana di Lembah Bertam juga masih dibuka untuk memantau situasi dari semasa ke semasa terutama jika berlaku banjir kilat," katanya. Kejadian pada pukul 6.30 petang, Rabu mengakibatkan penghuni di tebing Sungai Bertam diarah berpindah apabila air empangan berkenaan dilepaskan secara berperingkat berikutan hujan lebat. Turut terbabit dalam kejadian banjir lumpur itu adalah penduduk sekitar pekan Ringlet. Setakat ini, lima maut dalam kejadian itu, manakala lima lagi mengalami kecederaan.- mstar online

Waspada Sindiket Kutip Derma Guna Nama Madrasah Di Thailand
SONGKHLA: Masyarakat di Malaysia dinasihatkan supaya tidak mudah tertipu dengan helah sindiket kutip derma yang menggunakan nama madrasah di Thailand.
Mudir Pondok Anak Yatim Santiwit, Abdul Rahman Ahmad berkata, taktik sedemikian biasanya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.
"Pihak madrasah di Thailand ini tidak akan sewenang-wenangnya mengutip derma di pasar-pasar atau di kedai makan di Malaysia ... itu hanya penipuan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.
"Kalau pihak madrasah nak memohon derma, kami akan buat melalui pejabat agama Islam di Thailand dan Malaysia dan hanya mudir, pengurus atau pemilik madrasah sahaja yang dibenarkan berbuat demikian ... tidak melibatkan anak-anak yatim dan individu lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Khidmat Komuniti dan Berkhatan Sukarelawan Orang Kuala Berang (OKB) yang berlangsung selama dua hari bermula semalam anjuran Sekretariat OKB.
"Ada yang minta derma untuk baiki madrasah dengan menunjukkan gambar madrasah, minta derma untuk anak yatim dan ada yang mendakwa mereka juga pelajar madrasah yang dihantar untuk mengutip derma ... ini semua sememangnya penipuan," kata Abdul Rahman.
Bagi program berkhatan, sebanyak 10 doktor dan pembantu perubatan dibawa dari Terengganu.
Turut menyertai program ialah Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, 100 anggota sekretariat dan wakil media.- mstar online
TOP
Sikap Tamak Musnahkan Hutan Di Malaysia
PETALING JAYA: Kehidupan orang asli, flora dan fauna semakin terjejas saban tahun berikutan pencerobohan hutan oleh golongan yang mementingkan diri ditambah dengan sikap tamak haloba.
Kemusnahan hutan tanpa batasan terus berlaku walaupun di sesetengah tempat ada diletakkan papan tanda 'Hutan Simpanan Kekal', namun malangnya ia dianggap sebagai hiasan semata-mata.
Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, generasi akan datang tidak akan mengenali hutan jika pencerobohan berterusan dibiarkan berlaku.
Beliau yang memang terkenal dengan usaha melindungi hutan dan alam semula jadi di Malaysia mengakui tanpa kerjasama daripada semua pihak, tugas itu akan gagal.
"Kita tidak menghargai anugerah semulajadi yang ada. Mereka tidak fikir panjang mengenai apa akan terjadi jika hutan-hutan ini terus dipotong.
"Malaysia sebuah negara yang cantik. Saya berpeluang menerokai hutan-hutan di negara lain, namun hutan di negara kita paling cantik.
"Kita hanya tahu menghancurkan hutan sahaja. Kenapa kita tidak cuba untuk 'menjual' khazanah hutan, sungai dan air terjun ini kerana ia boleh menjadikan negara kita sebuah ecotourism yang terbesar.
"Sebabnya kita tidak tahu menilai alam semulajadi ini. Apabila semuanya hilang, hancur, barulah kita menyesal.
"Saya sedih melihat keadaan hutan-hutan ini kerana rakyat kita lebih ramai yang tidak peduli. Asalkan mereka ada elektrik, air dan makanan itu sudah cukup.
"Kalau tak ada pokok, maknanya kita tak ada 'filter'. Sebab itulah di Kuala Lumpur suasana selalu berjerebu," jelasnya ketika ditemui pada sesi lawatan media ke Pusat Percutian Tanah Aina Fahad, Ulu Dong, Raub, Rabu lalu.
Turut disertakan paparan video yang dirakam tahun ini mengenai kemusnahan hutan di Malaysia. Menurut Shariffa Sabrina, suasana kehijauan di Malaysia semakin hilang sepanjang 13 tahun ini berpunca dengan aktiviti pencerobohan hutan. "Saya pernah pergi ke sebuah hutan yang ada air terjun di Pahang dan di situ ada aktiviti pembalakan. Saya cuba halang mereka, namun siapalah saya. "Mereka mengunci kawasan tersebut dan seminggu kemudian, saya dapati semua pokok sudah hilang. "Malah air terjun yang sebelum ini mengalir laju, kini hanya tinggal sedikit sahaja. "Beberapa negeri berdepan dengan kemusnahan hutan termasuklah Kelantan, Perak malah Sarawak yang paling serius manakala Sabah perlahan-lahan mengalami situasi yang sama. "Secara keseluruhannya kita hanya ada hutan sebanyak 30 peratus sahaja, selebihnya sudah musnah. Dan johor sebenarnya sudah tidak ada hutan lagi. "Kemusnahan hutan itu juga turut menjadikan sungai tercemar dan saya boleh katakan sekarang hanya tinggal 20 peratus sahaja sungai Gred A atau A1 (air yang boleh terus diminum). "Itupun kita perlu masuk ke dalam hutan," ujarnya yang jelas kecewa dengan keadaan hutan negara sekarang. Tambahnya, aktiviti ini sangat sukar dibendung kerana ia melibatkan ramai orang yang mempunyai agenda tersendiri. "Pun begitu saya sedikit lega kerana kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula bertindak membawa pihak-pihak terbabit ke muka pengadilan," katanya.- mstar online

Kurang Pelakon Cina Buatkan Kin Wah Tidak Perlu Bersaing
Kin Wah menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi drama Matahari Terbit lagi pada Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014). Foto FAIHAN GHANI
PETALING JAYA: Pelakon Kin Wah menyifatkan kekurangan pelakon kaum Cina dalam industri perfileman tempatan membuatkan dia tidak perlu bersaing untuk mengekalkan kedudukannya di bidang berkenaan. Kin Wah atau nama Islamnya, Anuar Chew Abdullah, 49, bagaimanapun berkata, ia tidak bermakna dia dengan mudah mengambil kesempatan mengenai perkara itu, sebaliknya tetap bersungguh-sungguh dengan setiap lakonan yang ditugaskan. "Benar, saya tiada pesaing berbangsa Cina dalam bidang ini dan ia memudahkan saya untuk terus kekal dan hidup dalam industri ini. "Bukannya tidak ada pelakon Cina, tetapi kebanyakannya tidak fasih berbahasa Melayu dan kerana itu juga mereka berada dalam kelompok industri Cina di Malaysia. "Apa-apapun saya berharap pada masa akan datang, lebih ramai lagi pelakon Cina melibatkan diri di arus perdana kerana saya percaya bersaing dengan cara sihat dapat membantu menaikkan lagi kualiti industri kita," katanya. Kin Wah pada malam Jumaat lalu buat pertama kalinya menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi drama Matahari Terbit Lagi pada Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Katanya ia merupakan satu penghargaan yang paling bermakna selepas jatuh bangunnya sepanjang 30 tahun bergelar pelakon. "Saya anggap ini satu rezeki dan saya bersyukur kemenangan ini bukan kerana watak saya sebagai gangster seperti yang orang selalu lihat di mana-mana drama atau filem. "Sebaliknya kemenangan ini adalah kerana watak saya yang berlainan dalam drama Mentari Terbit Lagi arahan Azeli Mohammad. "Subjek dan konteks yang diketengahkan selain teknik pengarahan yang diaplikasikan oleh Azeli berbeza daripada drama lakonan saya sebelum ini," ujarnya. Drama itu mengisahkan Alina seorang mualaf yang baru kematian suami. Dia terpaksa bekerja dan meninggalkan anaknya, Haikal bersama Simon, bapanya yang berlainan agama. Pada mulanya, Simon berasa kekok untuk tinggal bersama Haikal, namun dia cuba menyesuaikan diri dengan rutin harian cucunya yang beragama Islam. Selain Anuar, drama tersebut turut dibintangi Akid Lema Tay Abdullah, Adam Corrie Lee Abdullah dan Mohd. Harminder Singh.- mstar online

Sharifah Amani Yakin Industri Filem Tempatan Belum 'Mati'
Sharifah Amani memenangi Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi filem Psiko Pencuri Hati pada Anugerah Skrin 2014 (ASK2014).
PETALING JAYA: Pelakon Sharifah Amani menyifatkan industri perfileman tempatan masih lagi belum mati seperti yang diperkatakan penggiat-penggiat seni lain. Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya , 28 berkata, dia masih yakin bahawa industri perfileman negara sedang menuju ke arah pemulihan memandangkan sudah semakin ramai penggiat filem terutamanya golongan muda muncul dengan karya-karya bersifat antarabangsa. "Saya tak rasa industri kita semakin merudum atau orang kata dah nazak. Belum lagi. Kalau tak, tak mungkinlah penggiat seni masih aktif berkarya. "Cuma didikan mengenai karya filem sebenar kepada penonton masih belum cukup," katanya. Sementara itu, bercakap mengenai kemenangannya sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi filem Psiko Pencuri Hati pada Anugerah Skrin 2014 (ASK2014) yang berlangsung malam Jumaat lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kata Amani, ia merupakan satu penghargaan yang luar biasa baginya. "Saya hadir ke ASK2014 bersama keluarga dengan tujuan mahu memeriahkan majlis, tetapi tak sangka pula kehadiran saya rupanya diisi dengan sebuah anugerah. "Lebih menyeronokkan lagi apabila ketika nama diumumkan, saya dikelilingi keluarga dan rakan-rakan yang saya sayang di mana mereka bersorak atas kemenangan itu, Alhamdulillah. "Kejayaan ini juga disebabkan oleh pengarah Psiko Pencuti Hati iaitu Namron yang berjaya membuatkan saya berlakon watak Wani dengan baik. Kami telah membuat latihan sebulan sebelum penggambaran bersama pelakon-pelakon lain," ujarnya. Filem tersebut turut meraih trofi menerusi Pelakon Lelaki Terbaik Filem yang dimenangi oleh Bront Palarae. Dalam pada itu, Amani berkata, dia merancang ingin muncul dengan filem-filem berkonsepkan feminisme yang lebih mengetengahkan tentang isu-isu wanita. - mstar online

Iggy Azalea Beli Kediaman Selena Gomez USD 3.45 juta
Iggy Azalea dan Nick Young dikatakan bakal berkahwin tidak lama lagi.
NAMPAKNYA jalinan kasih antara Iggy Azalea dan Nick Young semakin serius apabila mereka dikhabarkan akan memberi sebuah kediaman untuk tinggal bersama. Menurut laporan Dailymail, Iggy dan Nick begitu meminati kediaman Selena yang terletak di Los Angeles dan mereka merancang untuk membelinya dengan harga USD 3.45 juta (RM11.5 Juta).
Kediaman Selena yang bakal dimiliki Iggy dan Nick
Kediaman tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan selain memiliki enam bilik tidur, tujuh bilik air, kolam renang dan rumah pengawal keselamatan. "Iggy benar-benar menyukai kediaman tersebut apabila konsep hiasannya pula ala Mediterranean dan rekaan dalaman yang dianggap luar biasa," kata sumber. Sebelum ini, Nick pernah meluahkan ingin berkahwin segera dengan Iggy namun tidak memberitahu secara terperinci mengenai tarikh perkahwinan mereka.- mstar online

Lee Min Ho Mengaku Diri Seorang Pemalas
Lee Min Ho
MESKIPUN memiliki keperibadian yangs sempurna, aktor Lee Min Ho mendedahkan dirinya masih lagi seperti orang biasa yang memiliki sifat keburukan yang tersendiri. Menurut laporan MWave, dia mempunyai sikap pemalas apabila tidak terlibat dengan kerja. "Saya memang seorang yang pemalas sejak kecil lagi sehinggakan keluarga di rumah akan menyampah melihat sikap saya begitu. "Malah saya sanggup membatalkan janjitemu bersama rakan-rakan jika tahap kemalasan saya makin teruk," katanya. Tambah Min Ho, perkara itu membuatkan rakan-rakannya bengang namun tetapi memahami memandangkan sikap itu sudah ada dalam diri aktor tersebut sejak kecil lagi.- mstar online

Yusof Haslam Anggap Wardina Tidak Matang Komen Isu Buli
Datuk Yusof Haslam
PETALING JAYA: Presiden, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Yusof Haslam menyifatkan kenyataan aktres Wardina Safiyyah menyalahkan filem-filem gengster tempatan sebagai punca terjadinya kes buli melibatkan pelajar sekolah di negara ini merupakan pendapat yang tidak matang. Yusof berkata, sepatutnya sebagai seorang yang berpelajaran seperti Wardina, dia perlu berfikiran luas dan tidak menuding jari pada satu pihak tanpa mengkaji dahulu punca-punca gejala sosial itu berlaku. "Saya tidak setuju dengan kenyataannya itu kerana ia lebih berunsur emosi tanpa berfikir secara matang. Dia melihat pada skop di satu pihak sahaja. "Kita juga sedia maklum, masalah gejala sosial ini sudah lama berlaku dan secara logiknya, adakah patut filem tempatan kita dipersalahkan? "Bukankah banyak lagi akses lain yang lebih mudah terutamanya menerusi Internet untuk golongan remaja zaman kini untuk menonton video-video yang tidak sepatutnya?," soalnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.
Wardina Safiyyah
Wardina menerusi laman Facebook miliknya pada Khamis meminta agar penerbit filem-filem berunsur gengster supaya bertanggungjawab terhadap kes buli melibatkan pelajar sekolah yang semakin berleluasa di negara ini. Wardina berkata, kebanyakan filem gengster yang ditayangkan memberi inspirasi kepada penonton untuk melakukan tindakan ganas sama seperti pelakon-pelakon popular di layar lebar. Sementara itu. Yusof berkata, kenyataan Wardina itu dapat menjejaskan lagi industri perfileman negara yang sememangnya sedang 'nazak'. "Kenyataan dia ternyata telah mengguris kebanyakan penggiat filem negara ini. Kalau orang negara luar tahu tentang isu yang timbul ini, mereka akan gelak, buat malu orang Malaysia saja. "Ini kerana secara logiknya, filem-filem ganas tidak ada nilai untuk ditiru aksinya berbanding video-video di internet, di mana kanak-kanak pun boleh buka dan menontonnya jika tiada kawalan daripada ibu bapa," tegasnya. Pada awal minggu lalu, tersebar sebuah klip video kes buli yang telah menjadi viral di Facebook. Klip video selama lima minit itu dirakam di asrama dan dipercayai berlaku di sekolah berasrama penuh, menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki sedang dipukul oleh rakan sekolah mereka. Selepas itu muncul pula video seorang remaja dipukul rakan-rakannya sehingga cedera.- mstar online

Saya Tak Pernah Menipu - Chong Wei
Lee Chong Wei
PETALING JAYA: Pemain badminton negara yang diuji positif dadah, Datuk Lee Chong Wei berkata dia tidak pernah menipu sepanjang kerjayanya dalam sukan badminton. Pemain nombor satu dunia itu tampil memberi kenyataan buat kali pertama selepas dia gagal dalam ujian doping apabila ujian sampel B yang dijalankan di sebuah makmal di Hospital Universiti Oslo, Norway disahkan positif. "Saya melihat segala usaha sepanjang 15 tahun seperti tidak bermakna ketika ini. Saya terasa kehidupan saya seperti sudah musnah dan tidak tahu apa yang mahu dilakukan. "Saya tak pernah menipu atau pun membuat percubaan untuk menipu dan ini seperti panahan petir.....membinasakan kerja keras saya selama ini. "Saya adalah seorang yang mempercayai kepada usaha gigih dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan dan dakwaan seperti ini membuat saya buntu dan terperanjat," kata pemain badminton tersohor negara itu kepada blogger sukan, Satwant Singh Dhaliwal di ssdhaliwal.blogspot.com. pada Sabtu. Selepas menerima surat mengenai keputusan ujian doping yang dijalaninya, pemain kelahiran Pulau Pinang itu berkata isterinya telah mencadangkan agar dia pergi bercuti ke luar negara dan membiarkan pihak berkuasa mencari jalan penyelesaian. "Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin) secara peribadi banyak membantu saya dalam mengharungi situasi sekarang dan saya amat menghargai bantuan bermakna daripada beliau. "Dia membantu dan memberi saya nasihat baik bagaimana mahu menangani perkara ini," katanya. Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Norza Zakaria, pada Sabtu mengumumkan hasil ujian doping sampel B milik ikon badminton negara disahkan mengandungi dadah jenis Dexamethasone. Beliau turut menambah, mengikut peraturan Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) Perenggan 14.3 berkaitan Huraian Am, pihaknya tidak dibenarkan mendedahkan nama atlet berkenaan sehingga proses pendengaran selesai. Norza juga berkata, pemain negara itu digantung daripada menyertai sebarang kejohanan sehingga selesai proses pendengaran isu doping.-mstar

Istiadat Persandingan Tengku Mahkota Johor Dan Pasangan Berlangsung Gemilang
Sultanah Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah sedang menepung tawar anakandanya, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (kiri) bersama pasangannya, Che' Puan Khaleeda Bustamam (dua dari kanan) dalam istiadat persandingan pasangan diraja yang berlangsung di Istana Besar, Johor Baru pada Sabtu malam.
JOHOR BAHARU: Istiadat Persandingan Diraja antara Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pasangannya, Che' Puan Khaleeda Bustamam, berlangsung dalam suasana gilang gemilang di Istana Besar di sini malam Sabtu.
Pasangan diraja kelihatan berangkat meninggalkan Istana Bukit Serene pada pukul 8.20 malam menuju ke Istana Besar.
Tengku Mahkota, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melambaikan tangan kepada rakyat jelata yang menunggu di sepanjang jalan menuju ke Istana Besar.
Mereka menaiki kereta vintaj Mercedes Limousine Covertible, sambil diiringi lebih 10 pengiring bermotosikal dari Polis Diraja Malaysia dan juga anggota Timbalan Setia Negeri termasuk komando berpakaian medan.
Sebahagian rakyat Johor tetap tenang berpayung di dalam hujan untuk menyaksikan pasangan pengantin Diraja pada Istiadat Persandingan Diraja antara Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pasangannya, Che' Puan Khaleeda Bustamam yang disiarkan secara langsung di skrin besar di hadapan Dataran Bandaraya, Johor Baru pada malam Sabtu.
Pasangan pengantin diraja berangkat tiba di istana tepat pada pukul 8.52 malam, disambut dengan pukulan 1,500 kompang dan bunga manggar. Istiadat persandingan disaksikan oleh sekalian anggota kerabat diraja, dif-dif kenamaan dan ditonton oleh lebih seribu rakyat jelata menerusi dua unit skrin gergasi di Dataran Bandaraya Johor Baharu. Majlis persandingan bermula pada pukul 9.20 malam dengan keberangkatan masuk Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. Ini diikuti dengan keberangkatan masuk Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha; dan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom. Seterusnya, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan isteri Ho Ching dilihat melangkah masuk ke dalam dewan diikuti oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman. Pasangan diraja kemudian berangkat masuk ke dewan dengan Tunku Ismail memakai baju istiadat berwarna biru gelap sementara Che' Puan Khaleeda memakai busana berwarna putih. Sebelum memulakan istiadat merenjis dan tepung tawar, Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin membaca doa. Istiadat merenjis dan tepung tawar dimulakan oleh Sultan Brunei, diikuti isterinya, Sultan Pahang dan Sultanah, Sultan Johor dan Raja Zarith Sofiah dan Nenda Sultan Ismail, Enche Besar Hajjah Khalsom. Istiadat itu kemudiannya diakhiri dengan ibu Che' Puan Khaleeda, Aziyah Abdul Aziz. Majlis dan siaran langsung diakhiri dengan keberangkatan keluar pasangan pengantin dan tetamu majlis dari dewan Istana Besar bagi memulakan acara santapan diraja. Antara yang turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Juga hadir bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah. Sementara itu, hujan lebat di bandaraya ini tidak menghalang lebih seribu rakyat menyaksikan siaran langsung Istiadat Persandingan Diraja melalui dua unit skrin gergasi disediakan Majlis Bandaraya Johor Baharu. Orang ramai mula membanjiri dataran bandaraya seawal lima petang. Ramai juga kelihatan berkumpul di sepanjang jalan kira-kira tiga kilometer antara Istana Bukit Serene dan Istana Besar, bagi menyaksikan kelibat pasangan diraja itu. -mstar

Chong Wei Kena Gantung Sementara
KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara digantung sementara selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan keputusan ujian sampel B miliknya positif dadah jenis Dexamethasone.
BAM menerima surat pengesahan daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung perkara itu pada Jumaat.
Bagaimanapun persatuan itu enggan mendedahkan nama pemain tersebut kerana terikat dengan peraturan BWF, iaitu Perenggan 14.3 berkaitan Huraian AM.
Menurut Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria, perkara ini akan dirujuk kepada Panel Pendengaran BWF dan mengikut proses yang ditetapkan oleh panel tersebut.
Norza menunjukkan surat pengesahan BWF berhubung keputusan ujian sampel B yang diterima pada Jumaat.
“Buat masa sekarang pemain tersebut digantung sementara. Kami akan bekerjasama dengan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk menangani isu ini.
“Malah kami juga telah melantik peguam yang pakar dalam undang-undang sukan, Mike Morgan dari Morgan Sports Law LLP yang berpangkalan di London untuk membantu kes ini.
"Kami percaya pemain ini telah bekerja keras untuk sampai ke tahap sekarang dan tidak pernah menggunakan jalan mudah untuk berjaya,” jelas Norza yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Anti-Doping BAM pada sidang media di Bukit Kiara, Sabtu.
Sementara itu, Pengurus Besar BAM, Kenny Goh yang turut hadir pada sidang media tersebut mengakui berita ini bukan sesuatu yang baik kepada pemain itu.
“Beliau berada dalam keadaan tertekan dan sudah pasti beliau mahu sokongan penuh daripada semua pihak,” jelasnya ringkas.
Walaupun nama pemain itu tidak didedahkan oleh BAM, hakikatnya Datuk Lee Chong Wei dikenal pasti sebagai pemain itu.
Minggu lalu, Chong Wei diiringi Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dan Kenny Goh ke Oslo, Norway untuk menyaksikan sendiri analisis ujian Sampel B di makmal Hospital Universiti Oslo pada 5 November lalu.
Chong Wei dilaporkan positif ujian doping bagi Sampel A iaitu ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lalu.
Pada Jumaat, rombongan ke Oslo itu tiba di Kuala Lumpur tanpa sebarang keputusan rasmi, namun Dr Ramlan yakin tidak akan ada perbezaan daripada keputusan ujian doping Sampel A yang dapati positif sebelum ini.
Dexamethasone merupakan sejenis steroid untuk rawatan perubatan dengan kesan anti-radang yang kebiasaannya digunakan dalam rawatan pemulihan atlet.Kajian menunjukkan ia bukan bahan untuk meningkatkan prestasi atlet.
Ia biasanya digunakan untuk rawatan alahan, tindak balas alahan, masalah tulang dan radang yang kronik.
Chong Wei kemungkinan menggunakannya untuk mengurangkan kesakitan.-mstar
TOP
(Video & Gambar) Kereta Lut Sinar Telah Dicipta Oleh Universiti di Jepun
Kereta lut sinar, pasti anda akan merasa pelik kan. Tetapi anda kena percaya kerana ia telah dicipta oleh sebuah Universiti di jepun di mana anda akan nampak apa yang ada di sebalik pintu kereta yang menjadi lut sinar.
Teknologi baru ini mungkin dapat mengurangkan masalah kemalangan kereta di rumah yang banyak terjadi seperti kes bayi di langgar oleh ibu sendiri ketika mengundurkan kereta.
Sistem ini pasti dapat mengatasi masalah sistem radar mengundur yang kini standard pada kesemua kereta baru yang tidak mencukupi untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku.
Sistem ini berfungsi dengan kombinasi sistem kamera dan unjuran imej ke atas bahagian dalam kereta, pemandu boleh melihat menembusi badan kenderaan.
Sistem unjuran yang dibangunkan oleh Universiti Keio ini boleh digunakan bagi melihat kebelakang dan juga sisi kenderaan. Jadi masalah kematian akibat digilis ketika mengundur dan melanggar kenderaan secara sisi dapat dielakkan.
Bagaimanapun teknologi ini masih dibangunkan dan belum bersedia untuk di komersilkan. Apa yang di harapkan apabila teknologi ini boleh di gunakan nanti akan dapat membantu masalah kemalangan yang banyak berlaku sekarang dan sudah pasti pengguna mengharapakn harganya berpatutan.

10 perkara Yahudi tidak mahu Ummat Islam tahu
1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun tidak menggalakkan rakyatnya (walaupun ada yang hisap) menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.
2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun semua itu hanya untuk orang luar gunakan, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!
5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?
8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi
9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!
Kongsikan perkara ini
-Siakapkeli.com.my

Wanita di rogol beramai-ramai, dibunuh dan di gantung
PUNJAB: Seorang wanita telah di bunuh dan di gantung dengan kejam di dahan pokok selepas di rogol bergilir-gilir oleh teman lelaki dan kawan-kawannya dan kejadian terebut hampir sama dengan yang berlaku di India bulan lepas.
Polis di Pakistan berkata, Muzammil Bibi, 21, diserang tiga lelaki di sebuah ladang di kawasan Layyah di wilayah Punjab.
Seorang daripada mereka, teman lelakinya yang dikenalinya enam bulan lalu Muhammad Saqib, mengaku merogol dan membunuhnya.
Saqib dikatakan cuba memaksa Muzammil, anak pasangan suami isteri yang buta, melakukan seks dengan dua rakannya.
Jurucakap polis, Ghazi Salahudin berkata, Sebelum kejadian mangsa telah bergaduh dengan teman lelakinya. Kejadian dikatakan berlaku sehari sebelumnya, tetapi dilapor kepada polis keesokannya selepas penduduk tempatan menemui mayat mangsa tergantung pada pokok. "Muzammil, anak sulung daripada lapan beradik digantung selepas diperkosa supaya dia dilihat seperti membunuh diri. "Suspek berkenalan dengan mangsa enam bulan lalu selepas mengunjungi rumahnya selaku pembantu pemborong sayur. Di hari kejadian Saqib membawa Muzammil ke kedai tempat dia bekerja. Dia membawanya ke atas loteng bangunan kedai itu, tempat dua rakannya menunggu. Apabila Saqib memujuknya supaya mengadakan seks dengan ketiga-tiga mereka, namun Muzammil enggan dan melawan. Mangsa kemudiannya dirogol secara bergilir-gilir sebelum dibunuh. - Siakapkeli.com.my

Lelaki Kelar Rakan Sebilik Kerana Meliwatnya
Seorang lelaki berketurunan Asia telah dikelar oleh rakan sebilik gara-gara meliwat rakannya itu yang sedang mabuk.
Lelaki yang berusia 28 tahun itu telah didakwa di mahkamah diatas tuduhan membunuh rakannya menggunakan sebilah pisau yang dibeli selang beberapa hari sebelum kejadian itu.
Mayat mangsa telah ditemui oleh polis Mesir berhampiran longgokan sampah berhampiran kolam renang yang dipenuhi darah. Kehadiran polis itu adalah setelah menerima panggilan dari sebuah kem Al-Quasais mengenai kejadian tersebit pada 13 Jun lepas.
Bagaiamanapun si pelaku kemudiannya mengakui kepada pihak polis yang dia telah melakukan pembunuhan kejam tersebut bertujuan membalas dendam.
“Lelaki itu mengakui kepada saya yang dia bersama mangsa selalu mengambil alkohol sehingga mabuk. Kemudian dia mendapat tahu dari teman lain yang mangsa pernah meliwatnya ketika dalam kondisi mabuk,” kata seorang polis yang menjadi saksi pendakwaan.
Tambahnya lagi, “Dia kemudiannya membeli sebilah pisau dan menunggu mangsa pulang ke rumah. Apabila mangsa sampai ke bilik, dia terus menyerang dan mengelar leher mangsa dari belakang.”
Menurut laporan, mangsa sempat bangun untuk mendapatkan bantuan, namun telah rebah dan meninggal dunia di tempat mayatnya ditemui. Bagaiamanpun prosiding tersebut ditangguhkan bagi tertuduh mendapatkan peguam. - Siakapkeli.com.my
TOP
Pelajar sekolah maut rempuh kereta
Gambar Hiasan
Nilai: Seorang pelajar lelaki berumur 17 tahun maut manakala rakannya berusia 16 tahun cedera di kaki apabila motosikal mereka merempuh belakang sebuah kereta yang berhenti di tepi jalan kerana rosak.Kereta tersebut dipandu pegawai khas Menteri Dalam Negeri, di KM273.3, lebuh raya PLUS, arah utara, di sini, 4.45 petang. Sumber polis berkata, Adi Humasya Abuas, 17, maut di lokasi kejadian manakala rakannya, Mohamad Afindi Abdul Aziz cedera di kaki akibat kemalangan itu. Katanya, sebelum kejadian, dua pelajar terbabit menunggang motosikal dari Kampung Kundur Tengah, Pedas, dekat sini, ke ibu kota tidak menyedari tentang kereta yang rosak tersebut yang tersadai di tepi jalan.. "Akibatnya, motosikal ditunggangi merempuh belakang kereta itu menyebabkan Adi Humasya tercampak ke tengah jalan dan maut di lokasi manakala Mohamad Afindi tercampak ke kiri jalan dan cedera ringan," katanya. Menurutnya, mayat dan mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat dan ratawan susulan. Katanya, pegawai khas Menteri Dalam Negeri itu tidak cedera.-Siakapkeli.com.my

Kaki Wanita Ditemui Dalam Tempat Pelupusan Sampah, Nibong Tebal
Gambar Hiasan
PULAU AMAN: Semalam ada di laporkan tentang penemuan badan seorang wanita tanpa kepala dan kaki di temui dalam beg pakaian di George Town. Hari ini sepasang kaki di percayai milik mangsa telah di jumpai di kawasan pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kaki hingga paras lutut itu dijumpai dalam keadaan terpisah beberapa meter antara satu sama lain kira-kira 12 tengah hari. "Kaki sebelah kanan dijumpai orang awam manakala sebelah lagi ditemui anggota polis yang memeriksa kawasan itu. "Kaki berkulit cerah itu didapati sudah mengembang serta berbau busuk dan terdapat kesan darah kering," katanya kepada pemberita pada program High Profile Policing bersama penduduk Pulau Aman hari ini. Menurut beliau kaki berkenaan telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk ujian DNA bagi mengesahkannya sama ada ia milik mangsa atau sebaliknya. Abdul Rahim berkata, pihaknya turut menghantar Unit Anjing Pengesan K9 di tempat kejadian untuk mengumpul bukti lanjut dan turut mengesahkan mayat wanita yang ditemui itu adalah warga asing. Pihak polis sedang mencari kepala mangsa dan meminta orang ramai yang menemui objek seperti kepala agar menghubungi balai berhampiran. Hasil bedah siasat mendapati mangsa dijerut sehingga mati sebelum badannya dipotong dengan peralatan tajam.- Siakapkeli.com.my

Mayat berulat dan di makan haiwan di temui
MANJUNG: Mayat seorang lelaki yang tanpa sebarang pengenalan diri telah di jumpai dalam keadaan berulat dan dimakan biawak di kawasan belukar berhampiran Taman Pantai Damai, di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah, berkata siasatan awal polis percaya lelaki berkenaan dibunuh kerana terdapat kesan lebam, luka dan tulang mangsa yang patah.
Beliau berkata, mayat berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 2.20 petang.
"Daging beberapa bahagian badan mangsa turut dipercayai dimakan binatang dan mayat berkenaan dipercayai sudah empat hari berada di kawasan terbabit sebelum ditemui.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai bunuh serta disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.-siakapkeli.com.my
TOP
Wanita Maut Di Rempuh Kereta Api
Kuala Lumpur: Seorang wanita ditemui mati berhampiran Stesen Batu 3Cheras, semalam, dipercayai dirempuh kereta api dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang.
Kejadian yang di anggarkan berlaku pada pukul 11.30 pagi itu, orang ramai yang lalu di kawasan tersebut telah menjumpai seorang wanita tanpa sebarang pengenalan diri tertiarap di tepi landasan.
Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli, mangsa dipercayai memasuki kawasan itu melalui lubang pagar yang sudah dipotong.
"Siasatan mendapati kereta api itu sudah membunyikan hon beberapa kali sebelum kejadian itu.Mangsa dipercayai melompat ke landasan sebelum dirempuh," katanya.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.
Berdasarkan maklumat siasatan yang di perolehi pohak polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.-Siakapkeli.com.my
TOP
Gambar Wajah Penjual Telefon Tipu Pelancong Vietnam Yang Telah Menimbukan Kemarahan Warga Singapore
Jover Chew, pemilik kedai telekomunikasi, Mobile Air di Sim Lim Square
Kejadian-kejadian yang menjadi viral baru-baru ini dimana seorang warga Vietnam merayu untuk mendapatkan duit balik selepas di tipu oleh Mobile Air di Sim Lim Square telah mengundang marah di kalangan warga Singapura. Dengan usaha SMRT Ltd (Feedback), iaitu sebuah Facebook Fanpage, dan warga Singapura telah bersatu mengajar dan troll balik pemilik dan pekedai Mobile Air tersebut dengan cara yang tidak disangka-sangka.
Mereka telah menyelongkar apa sahaja mengenai Jover sebagai satu balas dendam
Kejadian sebelum ini dimana seorang pelancong Vietnam sepatutnya gembira dengan percutian ke Singapore telah berubah menjadi mimpi buruk, kerana dia telah telah di tipu Jover yang menjual IPhone 6. Setelah menyedari dia telah di tipu dia telah merayu supaya duit dia di kembalikan.
Dalam tangisan, pelancong ini berkata: “I don’t know. I borrowed (from) my friend, so I want to give (it) back to my friend, you know?”
Sebelum ini, Mobile Air pernah berkelakuan tidak baik terhadap seorang pelancong China dengan memulangkan SG$1010 dalam bentuk 18kg duit syiling termasuk 1 sen dan 5 sen dan SG$463 wang tunai pada 28 Oktober, baru-baru ini.
Mangsa, Miss Zhou menghabiskan masa 4 jam di situ untuk mengira kesemua duit syiling itu. Selesai mengira, pihak bank pula tidak mahu tukarkannya kepada duit kertas.
Kerana kejadian berkenaan kerajaan China telah memperingatkan rakyatnya supaya berhati-hati apabila membeli barangan elekronik di Singapura berikutan aduan membabitkan peniaga elektronik di negara itu.
Kementerian Luar China memuat naik notis dalam laman web rasminya Rabu lalu menjelaskan terdapat banyak laporan mengenai penipuan terhadap pelancong yang membeli telefon bimbit dan produk elektronik lain.
Selain SMRT Ltd, seorang usahawan startup teknologi telah memulakan kutipan derma untuk Pham.
Mr Gabriel Kang menggunakan indiegogo.com untuk membantu Pham Van Thoa dan usahanya itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga Singapore dengan mengumpul sebanyak SG$14,000 (US$11,000) dalam sehari. Sasaran sebenar hanya US$1350 bagi menghadiahkan Iphone 6 dan hadiah buatan tempatan seperti bak kwa, jem kaya dan pek rempah-ratus untuk Pham. Ketika ini duit terkumpul telah mencecah US$12,300.
Dengan duit sebanyak itu pastinya sesiapa tidak akan menolak jika diberi. Tetapi Mr Pham Van Thoa sangat berbeza apabila menjawab.
"Saya hanya kehilangan $ 550. Jadi saya hanya akan menerima $ 550 yang disumbangkan oleh anda yang baik hati. Saya berterima kasih atas semua kebaikan tetapi saya tidak boleh mengambil lebih daripada apa yang saya telah hilang, "
Siakapkeli.com.my

Obama Lulus Penghantaran 1,500 Tentera Ke Iraq
WASHINGTON – Presiden Barack Obama meluluskan penghantaran sehingga 1,500 lagi anggota tentera ke Iraq, menggandakan bilangan askar Amerika Syarikat (AS) di sana bagi menasihat dan melatih tentera Iraq dalam pertempuran dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).
Keputusan Obama itu juga memperluaskan skop kempen Washington dan taburan geografi tentera AS dengan sebahagian daripada mereka akan terus menuju ke Anbar, wilayah di barat Iraq yang menyaksikan pertempuran hebat, untuk bertindak sebagai penasihat.
Rumah Putih menyatakan ia akan meminta Kongres peruntukan AS$1.6 bilion untuk “Dana Melatih dan Memperlengkapkan Iraq” yang baharu.
Ia adalah sebahagian daripada permohonan perbelanjaan tambahan bernilai AS$5.6 bilion sebelum ini. – Reuters
TOP
Saintis Peluk Islam Selepas Kaji Mumia
PADA pertengahan tahun 1975, Perancis yang ketika itu di bawah pemerintahan Presiden Francisco Mitterand menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.
Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Roda kenderaan firaun yang di jumpai baru-baru ini
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”
Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Kisah Firaun dalam al-Quran
Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.
“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.
“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.
Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Video MH 17: Kisah Yang Tidak Pernah Di Ceritakan
MH 17 satu nama yang amat sinonim bagi rakyat malaysia di mana kejadian yang amat tidak di sangka telah terjadi di mana kapal terbang milik Malaysia Airlines telah di tembak jatuh.
Ini telah menyebabkan satu dunia menjadi gempar dan mengejutkan dunia penerbangan awam dimana pesawat awam telah menjadi sasaran dalam pertelingkahan antara pihak tidak bertanggungjawab.
Disini Siakapkeli ingin berkongsi satu video dimana tidak pernah di tayangkan oleh mana-mana media sebelum ini.
Video ini menceritakan tentang kejadian, keadaan pesawat, cerita dari saksi-saksi, penerangan dari pakar dan lain-lain lagi. Yang membuatkan admin terkejut menurut pakar di dalam video ini peluru berpandu tersebut tepat-tepat mengenai juruterbang.
Sama-sama kita saksikan video ini. Mana yang pakai data telefon tu cepat-cepat la tambah baru sebab video ni berdurasi 23minit. Admin memohon ehsan pembaca beragama islam untuk sedekahkan al fatihan dahulu untuk mereka yang terkorban. Alfatihah. -Siakapkeli.com.my

Jangan Bersabar Jika Masjid Al-Aqsa Dihina – Qardhawi
DOHA, 7 Nov 2014 (PIC) — Sheikh Al-‘Allaamah Yusuf Qardhawi, Ketua Persatuan Ulamak Islam Sedunia menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya turut bergerak dan berinfak demi memenangkan Masjid al-Aqsa al-Mubarak.
Dalam kenyataan rasmi Persatuan Ulamak Islam Sedunia yang disiarkan oleh Palestinian Information Center (PIC) pagi tadi, Sheikh Qardhawi menyarankan seluruh ulamak agar menyampaikan kepada umat Islam tentang kepentingan Masjid al-Aqsa, sambil menyebut bahawa apa jua usaha sekalipun harus dilakukan demi menyelamatkan masjid mulia itu. “Saya menyeru kepada seluruh pemimpin, tinggalkan sejenak kepentingan-kepentingan peribadi dan kerusi kepimpinan kamu. Mari ikut berjuang membela Masjid al-Aqsa. Kepada masyarakat, tolong-menolonglah di antara kamu untuk mengajak para pemimpin bersatu dan bekerjasama membela Masjid al-Aqsa,” katanya. Beliau juga menyeru supaya seluruh rakyat Palestin terus berjuang memenangkan Masjid al-Aqsa. “Bagi yang sanggup berjuang di al-Quds yang terjajah, lakukanlah. Bagi yang mampu sampai ke Masjid al-Aqsa, berjuanglah dan menangkanlah. Saya serukan kepada seluruh umat Islam di dunia, mari dukung, bantu dan menangkan rakyat Palestin dengan apa sekalipun yang mereka perlukan.” Sheikh Qardhawi menegaskan, seluruh umat Islam tahu dan merasakan apa yang dideritai oleh rakyat Palestin. Mereka dizalimi dan ditindas, diperlecehkan dan disiksa, mendapat layanan yang tidak berperikemanusiaan dan dijajah dalam semua lapisan kehidupan. Tetapi, mereka masih boleh bertahan dan bersabar, serta berjuang. Beliau berkata lagi, “Kami tidak boleh bersabar lagi jika Masjid al-Aqsa, masjid yang Allah berkati sekitarnya, kiblat pertama umat Islam, tempat Rasulullah SAW diisrakkan, serta masjid ketiga Islam diserang, diperlecehkan dan dinodai.” Dalam beberapa hari kebelakangan ini Masjid al-Aqsa secara berterusan diserang dan dinodai oleh rejim Zionis. Rabu lalu, buat pertama kali sejak tahun 1967 askar-askar Zionis dengan memakai kasut telah memasuki dan mengotori mihrab-mihrab Solahudin al-Ayyubi serta menyerang para jemaah.
P/S : Sila lawati Portal Haluan Palestin untuk updates terkini dari Palestin.
Artikel oleh : haluanpalestin.org

Di pukul dan dimalukan kerana tidur dengan suami orang
Puyang (China): Seorang wanita telah dibogelkan secara paksa dan dipukul tanpa belas kasihan oleh sekumpulan wanita di jalan raya yang sibuk.
Orang ramai di sekekliling hanya memandang dan pihak polis juga tidak datang menolong ketika kumpulan wanita berkenaan menendang celah kelangkang dan payu dara Lin Yao Li, 38, walaupun dia meraung kesakitan.
Saksi berkata, Lin tidak layak dibantu kerana dia tidur dengan suami orang.
Ia kejadian terbaru seumpamanya di China yang menyaksikan wanita dimalu dan dipukul di khalayak ramai kerana menjadi punca lelaki bersikap curang terhadap isteri.
Dalam kejadian kelmarin, Lin diserbu empat wanita ketika berjalan pulang dari membeli-belah di Puyang, wilayah Henan, di timur China.
Dengan menumbuk dan menendangnya sehingga Lin terjatuh sambil meraung kesakitan, penyerangnya kemudian menanggalkan pakaiannya sebelum memukulnya lagi, menarik rambut dan menendang celah kelangkang dan payu daranya. Serangan ganas itu dikatakan dirancang oleh isteri lelaki yang didakwa tidur dengan Lin. Dia dibantu tiga rakannya. Orang ramai yang berada di tempat kejadian hanya memerhatikannya. Seorang lelaki tempatan, Jun Feng, 30, yang membantu Lin selepas penyerangnya meninggalkan tempat itu memberitahu stesen televisyen tempatan: "Kejadian ini sudah menjadi perkara biasa. "Isteri dan teman wanita membalas dendam terhadap lelaki mereka dengan menyerang wanita lain. Orang ramai tidak berminat membantu." Lin yang calar-balar dan lebam kemudian dibawa ke hospital selepas merayu dipanggilkan ambulans.-Siakapkeli.com.my

Jet Termahal Dan Tercanggih Amerika Syarikat
F-35 mendarat tanpa perlu landasan
WASHINGTON: Jet pejuang Amerika, F-35 mengadakan pendaratan pertama di kapal induk hari ini dengan pegawai menyifatkan ia satu lembaran baru dalam penghasilan pesawat perang berteknologi tinggi. F-35 Joint Strike Fighter dihasilkan menerusi program persenjataan paling mahal dalam sejarah Amerika dengan diselubungi pelbagai masalah teknikal dan peningkatan kos, namun Pentagon menganggap kejayaannya mendarat di laut sebagai satu titik-tolak paling diperlukan. Penerbangan ujian oleh Joint Strike Fighter itu berjaya mendarat di kapal induk USS Nimitz di perairan San Diego, dengan juruterbang berjaya mengawal dan mendaratkan pesawat dengan selamat menggunakan sistem penyangkuk ekor, demikian menurut Tentera Laut AS dalam satu kenyataan. Pesawat berkenaan mempunyai varian - model biasa, model kedua dengan pendaratan pendek dan pelepasan vertikal atau menegak, manakala model ketiga iaitu F-35C yang direka khas untuk kegunaan dari kapal induk.
"Hari ini adalah petanda kejayaan pembangunan F-35C," kata juruterbang ujiannya, Komander Tony Wilson.
Ujian penerbangan di laut itu akan berlanjutan kira-kira dua minggu dan Tentera Laut AS berharap pesawat boleh dihantar ke kapal induk perangnya menjelang 2018. "Kami yakin menerusi program ujian ini banyak yang boleh dipelajari lagi bagi memastikan pesawat F-35 lebih berkesan sebagai salah satu platform persenjataan," kata " Lt Jeneral Chris Bogdan, ketua program F-35 dalam satu kenyataan. Pentagon bercadang membelanjakan AS$391.2 bilion untuk pembangunan 2,443 unit pesawat F-35 yang dikeluarkan oleh firma pertahanan gergasi, Lockheed Martin.
Pesawat berkenaan akan menjadi tulang belakang kepada kekuatan ketenteraan untuk masa depan Amerika bagi memastikan dominasi tentera AS di ruang angkasa dengan dibantu oleh teknologi radar. Namun program itu berdepan pelbagai masalah dengan yang terbaru Jun lalu apabila enjinnya terbakar secara misteri dan insiden itu membawa kepada pembatalan F-35 muncul dalam pertunjukan udara berprestij Farnborough di Britain-Siakapkeli.com.my

Golongan transgender mahu masyarakat lebih terbuka terima keputusan Mahkamah Rayuan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan pada Jumaat memutuskan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi lelaki transgender untuk berpakaian wanita.
Sehubungan dengan itu, beberapa golongan transgender yang dihubungi Astro AWANI mahu masyarakat lebih bersikap terbuka dengan keputusan tersebut.
Rahman Arzmi (bukan nama sebenar) yang bertugas sebagai Pegawai Komunikasi dari sebuah syarikat swasta berharap keputusan tersebut akan menjadikan golongan sepertinya berasa lebih selamat selepas ini.
“Dengan keputusan tersebut diharapkan tidak wujud lagi diskriminasi untuk golongan seperti kami, hak dan keselamatan kami terutamanya lebih terjamin.
Keputusan ini juga diharapkan agar golongan transgender lebih berani menyuarakan pendapat” katanya yang mula menyedari lebih ke arah kewanitaan sejak di bangku sekolah menengah.
Rahman memberitahu, dia mula keliru dengan identiti diri ketika di alam persekolahan dan sering dibuli kerana dianggap berbeza dengan rakan yang lain.
“Apabila melanjutkan pelajaran di luar negara, di mana persekitarannya tidak menghakimi cara dan pemakaian saya, ia membuat saya mula mengenali diri dan lebih yakin untuk mengikut naluri wanita itu.
Balik ke Malaysia saya teruskan keyakinan dengan berpakaian wanita di tempat kerja pula dan bernasib baik majikan tiada masalah dengan cara saya” cerita Rahman yang sudah 10 tahun menjadi transgender dan berpakaian seperti wanita ke tempat kerja.
Bagi Regina Ibrahim yang bekerja sebagai artis berkata, masyarakat perlu belajar menerima perbezaan seseorang individu.
“Setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam mengekspresi identiti diri dan itu yang perlu dihormati.
Ini dinamakan Sogie iaitu ‘Sexual Orientation, Gender Identity and Expression’ yang mana tidak semua masyarakat kita memahaminya” kata Regina.
Regina yang mengikut rapat kes Mahkamah Rayuan berkenaan berkata golongan transgender sering dianggap serong oleh masyarakat.
“Golongan transgender selalu dianggap mental (gila) oleh masyarakat dan bertentangan dengan hukum Tuhan, namun saya percaya setiap dari kita punya cara sendiri untuk berhubung dengan Penciptanya” kata Regina.
Sementara itu, bagi Rozz Ritzman seorang penyanyi kelab merasakan keputusan tersebut bagai memberi kelegaan bagi golongan transgender sepertinya.
“Bila mengetahui golongan seperti kami dapat pergi ke tempat kerja dan berkerja tanpa gangguan adalah satu kelegaan.
Majoriti golongan transgender yang berada di negara ini bukan pelacur atau penjenayah. Mereka adalah orang biasa yang mempunyai kerjaya, dan keputusan ini adalah bagi melindungi hak-hak golongan transgender untuk meneruskan pekerjaan tanpa mengalami gangguan” kata Rozz yang turut merujuk kepada sebuah kes mak andam di Negeri Sembilan yang dicekup jabatan agama ketika bekerja.
"Tindakan menahan Mak Andam transgender ketika sedang bekerja ketika itu adalah keterlaluan" kata Rozz.
Rozz turut menyeru masyarakat agar tidak terus mencemuh golongan transgender dan lebih bersikap menerima.
Keputusan Mahkamah Rayuan dilakukan selepas rayuan tiga transgender yang beragama Islam iaitu Muhammad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani and Wan Fairol Wan Ismail yang menyatakan Seksyen 66 Undang-Undang Syariah tidak sah dari segi perlembagaan.
Mereka dakwa seksyen itu mendiskriminasi hak bersuara, hak untuk bergerak dan hak mereka untuk hidup tanpa diganggu.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohd. Hishamudin Mohd Yunus yang termasuk Hakim Aziah Ali dan Lim Yee Lan membuat keputusan Seksyen 66 Enakmen Syariah (Negri Sembilan) 1992 tidak sah dari segi perlembagaan melalui Perlembagaan Persekutuan Artikel 5, 8,9 dan 10 lapor Malaysian Insider pada Jumaat.
Keputusan itu sekaligus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada bulan Oktober 2012 yang memutuskan mereka perlu mematuhi enakmen itu kerana mereka adalah golongan Muslim dan dilahirkan lelaki. - Astro Awani
TOP
Putin Dinobat Lebih Berkuasa Dari Obama Oleh Forbes Most Powerful 2014
Presiden Rusia, Vladimir Putin telah mengalahkan Barrack Obama bagi gelaran manusia paling berkuasa di dunia, menurut edisi terbaru Forbes World's Most Powerful People.
Senarai tersebut, yang mana telah dimulakan oleh majalah Forbes sejak 2009, hanya membenarkan 72 nama untuk disenaraikan.
Menurut dari majalah Forbes tersebut, Putin dilihat menghadapi banyak dugaan pada tahun 2014, sebagai contoh tragedi MH17 yang mana dia dituduh bertanggungjawab atas tragedi tersebut, tetapi masih lagi gagah berdiri dan dengan itu, tidak ada orang akan memanggilkan lemah. - Siakapkeli.com.my
TOP
Mark Zuckerberg Dedah Kenapa Dia Memakai Baju Warna Sama Setiap Hari
Billionair CEO Facebook, Mark Zuckerberg telah mendedahkan kenapa dia memakai baju T-shirt berwarna kelabu yang sama setiap hari - dan logik beliau di dalam jawapan ini boleh membuatkan anda terfikir untuk mengambil semula masa yang telah anda habiskan di hadapan cermin.
Dalam satu sesi soal jawab semalam, Zuckerberg ditanya "kenapa kamu memakai baju T-shirt sama setiap hari?".
"Saya benar-benar mahu membuatkan hidup saya jelas supaya saya hanya perlu membuat sedikit keputusan dalam semua perkara kecuali bagaimana untuk berkhidmat dengan terbaik untuk masyarakat", jawabnya sambil menjelaskan dia mempunyai beberapa helai baju yang sama.
Zuckerberg berkata walaupun membuat keputusan yang kecil, seperti apa yang perlu dipakai setiap hari, atau apa yang hendak dimakan pada waktu pagi, sama seperti cukai bagi otak- dan dia tidak sanggup membazirkan tenaga untuk membuat perkara seperti itu.
"Saya merasa sangat bertuah kerana berada di posisi sekarang ini dimana saya bangun setiap hari dan berkhidmat kepada satu billion orang", sambung Zuckerberg.
"Dan saya merasa seperti tidak melakukan kerja jika saya membazirkan tenaga melakukan perkara bodoh atau remeh temeh didalam hidup saya", katanya lagi. - Siakapkeli.com.my
TOP
Bangunan Bukit Aman Retak
KUALA LUMPUR – Bangunan 33 tingkat ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman telah di kesan terdapat rekahan tetapi di sahkan selamat untuk di gunakan dan tidak membahaya.
Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata rekahan yang terjadi di Menara Dua ibu pejabat PDRM itu adalah akibat usia bangunan itu yang sudah melebihi 30 tahun.
“Bagaimanapun, PDRM kini memantau rekahan itu bagi memastikan keselamatan bangunan itu dan penghuninya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diselaraskan oleh Kementerian Dalam Negeri telah pun mengambil tindakan susulan bagi tujuan mengatasi masalah cerun-cerun lemah di sekitar Bukit Aman.
Sebelum ini Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, melahirkan rasa bimbang terhadap struktur bangunan berikutan kerana terdapat rekahan dan hakisan tebing.
Mohamad Fuzi berkata, pihak JKR telah menghubungi pihaknya dan memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil secepat mungkin berhubung perkara itu. –Siakapkeli.com.my
TOP
Doping : Dexamethasone Adalah Bagi Tujuan Perubatan - KJ
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atau KJ menyatakan bahawa pemain badminton kebangsaan yang telah gagal ujian doping telah diberikan dexamethasone bagi tujuan perubatan.
Menurut KJ, bahan yang diberikan itu adalah sebahagian daripada bahan yang diperlukan bagi rawatan kecederaannya, iaitu rawatan stem sel.
“Kami sedang berusaha untuk mengesahkan sekiranya dos itu kekal di dalam tubuhnya,” kata KJ memetik daripada laporan Astro Awani.
KJ berkata, isu terbabit akan digunakan sebagai mitigasi semasa pendengaran oleh Persatuan Badminton Dunia (BWF) nanti.
KJ menyatakan bahawa dia telah menghubungi atlet berkenaan dan memintanya bersabar. Menurut KJ atlet itu kini berasa resah memikirkan masa depannya setelah isu tersebut - Siakapkeli.com.my
TOP
Ditikam kerana di tuduh curi angsa
Suspek berjaya di berkas. Foto Harian Metro
Bachok: Seorang tukang cat parah dan kawannya mendapat cedera apabia teah di serang oleh seseorang lelaki yang naik angin di Kampung Durian Kudung, Gunung, di sini, 1.15 petang, hari ini. menuduh mereka mencuri angsa belaannya Kejadian ini telah menyebabkan Saruan Mohd Noor, 35, parah di dada kerana ditikam manakala rakannya dikenali Mohd Azim, 25, cedera di kedua-dua tapak tangan. Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang berehat di bangsal di depan rumah Saruan sebelum suspek berusia 32 tahun hadir bersama golok di tangan. "Difahamkan, suspek marah dituduh mencuri dan mereka bertengkar sebelum bergelut dan mangsa ditikam di dada. Seorang lagi mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan, cedera di tangan. "Kejadian disedari adik Saruan dan penduduk kampung yang kemudian bertindak pantas menangkap serta mengikat suspek," katanya. Suspek dibawa ke Balai Polis Gunung kira-kira 1.30 petang dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Mangsa yang cedera telah di hantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.-Siakapkeli.com.my

Pelajar Tersesat Di Gunung Datuk Ditemui Selamat
REMBAU – Seorang pelajar perempuan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Cawangan Alor Gajah, Melaka yang tersesat di Gunung Datuk dekat sini Jumaat petang dijumpai dalam keadaan selamat.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Johari Ahmad berkata G. Glausia, 20, yang berasal dari Sarawak ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 8.47 Jumaat malam.
“Mangsa dijumpai pada ketinggian kira-kira 263 meter dan dibawa turun kira-kira pukul 11.48 malam,” katanya kepada pemberita di sini Sabtu.
Beliau berkata mangsa yang cedera di kaki kemudiannya dibawa ke Hospital Alor Gajah.
Mangsa dipercayai tersesat selepas mendaki gunung itu seorang diri. Dia yang berjaya sampai ke puncak gunung difahamkan sempat menghubungi rakannya dan memaklumkan dia sesat dan gagal menemui jalan keluar.
Penuntut itu juga dikatakan menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan.
Sepasukan 12 anggota bomba bersama kakitangan Jabatan Perhutanan dan anggota polis menyertai gerakan mencari dan menyelamat.
Johari mengingatkan orang ramai supaya mengehadkan aktiviti pendakian ketika musim hujan sekarang.
Gunung Datuk setinggi 884 meter merupakan antara tarikan pelancongan di Negeri Sembilan. – BERNAMA
TOP
Chelsea Tidak Akan ‘Letak Bas’ Lagi – Mourinho
LONDON – Jose Mourinho menegaskan Chelsea tidak akan mengulangi taktik bertahan melampau apabila pendahulu Liga Perdana Inggeris itu kembali ke Liverpool malam ini.
Pasukan bimbingan Mourinho menggagalkan usaha Liverpool untuk meraih kejuaraan liga pertama selepas 24 tahun dengan kemenangan 2-0 di Anfield pada penghujung musim lalu.
The Blues menggunakan taktik mengecewakan pasukan lawan dan perancangan itu membuahkan hasil apabila kapten Liverpool Steven Gerrard tergelincir dan memberikan Demba Ba gol pembukaan.
Liverpool amat kecewa dengan taktik Mourinho itu sehinggakan pengurusnya, Brendan Rodgers menuduh beliau “meletakkan dua bas” di depan gol Chelsea.
Jika musim lalu Chelsea bertandang ke Anfield sebagai pasukan bukan pilihan kerana prestasi Liverpool yang hebat ketika itu, Mourinho dan pasukannya kembali ke Merseyside untuk meneruskan permulaan tanpa kalah musim ini dengan mengambil kesempatan daripada kelemahan Liverpool sekarang.
“Matlamat kami ialah untuk menang. Apabila kami memiliki bola, kami mahu menjaringkan gol dan apabila Liverpool memiliki bola, kami akan cuba menghalang mereka daripada menjaringkan gol.
“Kadang-kadang ada orang berlagak lebih pandai tetapi ini adalah asas bola sepak. Saya melakukannya sejak menjadi jurulatih dan saya akan terus melakukannya sehingga hari terakhir saya,” kata Mourinho.
Ikrar Mourinho untuk pasukannya menyerang diperkukuhkan lagi dengan kehadiran Diego Costa yang dibelenggu kecederaan sebelum ini untuk saingan di Anfield. – AFP
TOP
Pemandu Palestin Rempuh Polis, Askar Israel
BAITULMUQADDIS – Dua pemandu Palestin merempuh kenderaan mereka ke arah sejumlah pejalan kaki Israel dalam dua serangan berasingan pada Rabu lalu dengan menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut dan 16 lagi cedera.
Serangan pertama melibatkan pejalan kaki di jalan utama antara Baitulmuqaddis Timur dan Barat termasuk orang ramai di sebuah stesen kereta api.
Insiden kedua pula berlaku di sebuah simpang di Tebing Barat, pinggir Baitulmuqaddis.
Seorang anggota polis etnik Druze berumur 38 tahun dan pemandu Palestin terbunuh dalam serangan pertama tersebut manakala serangan kedua mencederakan tiga askar Israel lewat kelmarin berhampiran sebuah kejiranan di selatan Baitulmuqaddis.
“Kenderaan komersial itu memiliki nombor pendaftaran Palestin”, menurut polis Israel dalam satu kenyataan.
Dalam serangan pertama yang berlaku sejurus selepas tengah hari, seorang penduduk Palestin memandu van Ford Transit merempuh beberapa anggota polis kawalan sempadan menyebabkan seorang terbunuh dan dua lagi cedera.
“Dia kemudian memandu sejauh beberapa ratus meter dan merempuh sebilangan penumpang di sebuah stesen kereta api dan mencederakan 11 orang sebelum ditembak mati oleh polis Israel,” kata seorang pegawai perkhidmatan kecemasan.
Dalam pada itu, berpuluh-puluh penduduk Palestin yang berang mengadakan bantahan di beberapa lokasi di Baitulmuqaddis dan kawasan sekitarnya. Mereka membaling batu, mercun dan bom paip ke arah polis Israel.
Pertempuran berlaku selepas polis Israel didakwa memasuki Masjid al-Aqsa pagi Rabu lalu.
Dalam perkembangan lain di pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Pihak Berkuasa Palestin meminta Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan berhubung perbuatan menghina tempat suci umat Islam itu.
“Kumpulan pelampau yang disokong rejim Zionis dan dilindungi beratus-ratus anggota tentera serta polis Yahudi menyerbu masjid al-Aqsa dan mencemarkan tempat suci itu,” kata wakil Palestin di PBB, Riyad Mansour. – dpa
TOP
Pemilik Sekolah Maritim Maut Kejadian Langgar Lari
MIRI – Seorang pemilik sekolah maritim di bandar raya ini maut dalam kejadian langgar lari awal pagi tadi di Permyjaya, di sini.
Mangsa, Mohamad Alli Haji Mat, 69, yang juga Pengarah Urusan AMR Maritime Academy Sdn Bhd mati di tempat kejadian selepas kenderaan dipandunya dilanggar dari arah belakang.
Difahamkan, mangsa yang berasal dari Kuching mengalami kecederaan serius di kepala dan beberapa bahagian di badannya berikutan impak pelanggaran yang kuat.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Miri untuk bedah siasat.
Keluarga mangsa berlepas ke Miri sejurus dimaklumkan mengenai kejadian itu bagi menguruskan proses membawa pulang jenazah ke Kuching untuk dikebumikan. – BH Online
TOP
4 Unit Rumah Panjang Musnah Dalam Kebakaran
KUALA LUMPUR – Empat dari lapan unit rumah panjang Blok 7 di Jalan Ikan Emas, Cheras musnah dalam kebakaran pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, tindakan pantas pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Razak, Pudu dan Hang Tuah berjaya menyelamatkan empat agi unit di deretan sama.
Pegawai Bomba Kanan II dari BBP Tun Razak, Ramli Omar berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.16 pagi dan tiba ke lokasi kejadian sembilan minit kemudian.
“Seramai 27 anggota termasuk seorang pegawai bersama tiga jentera dan satu tanker dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Ketika kami sampai api tengah marak, kebakaran dapat dikawal 13 minit selepas itu dan padam sepenuhnya pada pukul 7.40 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.
Ramli berkata kebakaran yang memusnahkan hampir 90 peratus unit rumah itu, bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa dan jumlah kerugian serta punca kejadian masih disiasat. – BERNAMA
TOP
Pendaftaran GST Meningkat Kepada 129,822 Sehingga 7 Nov
KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat yang berdaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 129,822 sehingga 7 Nov, peningkatan sebanyak 2,055 berbanding sehari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Menurut kenyataan jabatan itu, data berkenaan menunjukkan peningkatan berterusan syarikat yang mendaftar untuk GST sebelum tarikh akhir pada 31 Dis.
Kerajaan menyasarkan mendaftar 140,000 syarikat di bawah struktur baharu percukaian yang akan dilaksanakan mulai 1 April, 2015.
Sementara itu, di Ipoh, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata dianggarkan 2,200 syarikat mendaftar untuk GST pada setiap minggu.
Bercakap kepada pemberita selepas ditemubual di Perakfm, beliau berkata GST mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat besar serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Katanya penerangan mengenai GST akan terus dilaksanakan berhubung mekanismenya dan membetulkan persepsi awam terhadap cukai tersebut.
Ahmad Husni berkata GST telah dilaksanakan di lebih 160 negara termasuk negara kurang maju pada kadar antara lima hingga 27 peratus.
Beliau berkata kerajaan akan mampu memacu pertumbuhan yang lebih tinggi untuk negara melalui pelaksanaan GST yang ditetapkan pada kadar enam peratus. – BERNAMA
TOP
SKMM Bertemu Telco, Bincang Persediaan Hadapi Bencana
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan pertemuan dengan semua syarikat telekomunikasi (Telco) Isnin ini bagi membincangkan persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam pada musim hujan ini.
Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman berkata, persediaan itu termasuk memastikan keupayaan sistem komunikasi terutama di
kawasan yang berpotensi berlakunya bencana alam sentiasa dalam keadaan baik.
“Kita (SKMM) memang mempunyai koordinasi dengan syarikat-syarikat telco dalam memantau sistem komunikasi di sesuatu kawasan termasuk pencawang telekomunikasi agar sentiasa berfungsi dengan baik.
“Terutamanya pada setiap hujung tahun di mana selalunya akan berlaku banjir dan bencana alam yang lain yang mungkin menyebabkan berlakunya telekomunikasi ‘down’ di kawasan terlibat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, pada pertemuan itu nanti, SKMM dan syarikat telco juga dijangka meneliti setiap kemungkinan yang akan berlaku dan mengenal pasti penyelesaian atau persediaan awal yang boleh dilakukan.
Sheikh Raffie berkata, kebiasaannya apabila berlaku sesuatu bencana alam, sistem telekomunikasi di kawasan terbabit boleh menjadi lemah atau ‘down’ berikutan kadar komunikasi meningkat melebihi kapasiti pencawang.
Katanya, pencawang telekomunikasi di sesuatu kawasan hanya mampu menampung jumlah penggunaan atau kapasiti tertentu bergantung kepada yang telah ditetapkan syarikat telco yang memilikinya.
“Selalunya di sesuatu kawasan yang sebelum ini kapasiti penggunaan telekomunikasinya rendah boleh naik mendadak ekoran bencana alam dan sebagainya dan ini akan melemahkan signal sekali gus mengganggu telekomunikasi itu sendiri.
“Situasi ini, pastinya akan menjejaskan aktiviti telekomunikasi pasukan penyelamat dalam menyampaikan bantuan di kawasan yang berlaku bencana alam,” katanya.
Katanya, keadaan itu boleh diburukkan lagi dengan sikap orang ramai yang gemar mengambil gambar menggunakan telefon pintar dan berkongsi dengan rakan-rakan mereka atau memuat naik di laman-laman sosial.
Justeru beliau menasihatkan orang ramai atau pihak yang berada di sesuatu kawasan bencana mengurangkan penggunaan telefon bimbit yang kurang penting bagi ‘memberi laluan’ kepada pasukan penyelamat menjalankan tugas mereka dengan lebih berkesan.
Mengulas insiden banjir dan tanah runtuh yang berlaku di Cameron Highlands, Sheikh Raffie berkata, SKMM telah pun mengkoordinasi pemantauan bersama syarikat telco bagi memastikan telekomunikasi di kawasan terbabit berfungsi dengan baik bagi membantu pasukan penyelamat dalam operasi mereka. – BERNAMA
TOP
Seorang Anggota STING Maut Kemalangan Dengan 2 Lori
REMBAU – Seorang anggota polis Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan dua buah lori di Kilometer 228.6 Lebuhraya PLUS (arah selatan), berhampiran Pedas-Linggi, kira-kira jam 1.30 pagi ini.
Mangsa, Mohd Ifwat Mohd Pauzi, 23, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Mayat Mohd Ifwat yang berasal dari Tampin dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata, siasatan lanjut punca nahas masih dijalankan. – BERNAMA
TOP
Henti Teroka Tanah Atau Berdepan Banjir lebih Teruk
KUALA LUMPUR – Penerokaan tanah yang berterusan di Cameron Highlands akan mengakibatkan kemungkinan ia berdepan tanah runtuh dan banjir lumpur lebih teruk pada masa akan datang, kata pakar geologi.
Pensyarah Geologi Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin berkata kerakusan peneroka menarah bukit untuk membangunkan ladang sayuran baharu hanya akan menyebabkan berlaku mendapan tanah yang berisiko menyebabkan tanah runtuh.
“Sekiranya hujan lebat berlaku, cerun bukit yang ditarah akan mula terhakis dan dengan empangan sedia ada yang tidak mampu lagi menampung kuantiti air yang banyak akan menyebabkan banjir lebih besar,” katanya kepada Bernama bagi mengulas kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands Rabu lepas.
Jelasnya, tanah di Cameron Highlands tidak lagi sesuai untuk aktiviti pertanian selepas kawasan tanah tinggi itu diteroka secara berleluasa tanpa sebarang kawalan.
Tambahnya, Cameron Highlands mempunyai tanah jenis granit yang bersifat gembur dan mudah terhakis sekiranya terdapat sebarang pemotongan mahupun penggunaan bahan kimia yang tinggi.
“Mereka (peneroka) tarah semua tanah untuk bangunkan ladang sayur di tanah baharu kerana tanah mereka yang sedia ada sudah tidak subur akibat penggunaan baja kimia yang merosakkan tanah.
“Ia dilakukan demi keuntungan tanpa memikirkan risiko penduduk sekitarnya dengan ancaman banjir lumpur dan tanah runtuh,” katanya.
Justeru Tajul Anuar menyeru peneroka untuk mengoptimumkan penggunaan tanah sedia ada dengan menggunakan baja organik dan teknologi bakteria baik untuk menyuburkan semula tanah mereka.
Beliau juga meminta pihak berkuasa bertindak segera dengan menghentikan sebarang projek penerokaan dan menyita semua kawasan pertanian haram.
“Cameron Highlands merupakan ikon pelancongan negara dengan landscape muka bumi yang cantik serta udara sejuk. Kalau pihak berkuasa tidak ambil kisah akan aktiviti penarahan ini, siapa mahu datang? Identiti Cameron Highlands juga turut ‘terhakis’ sama,” katanya.
Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.
Dalam kejadian itu, lima mangsa terkorban manakala lima lagi cedera serta turut menjejaskan 203 penduduk yang terdiri daripada 47 keluarga di Kampung Baru Ringlet dan Lembah Bertam yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet. – BERNAMA
TOP
Makmal Khas Diwujud Bagi Tambah Baik Modul PLKN
ALOR GAJAH – Kerajaan akan mewujudkan makmal khas yang berfungsi mengumpul maklumat dan menjalankan kajian pendapat bagi menambah baik modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sedia ada selaras peredaran masa.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata langkah itu bagi melonjak peranan PLKN yang telah melahirkan lebih 800,000 pelatih sejak 2004 selaras dengan Pelan Transformasi Belia Negara untuk memperluas peranan belia dalam Bajet 2015.
Beliau berkata inisiatif itu yang telah dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan diketuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).
“Kajian akan mengambil kira pendapat pelbagai pihak terutama individu atau kumpulan yang dikenal pasti dapat memberikan idea yang bernas bagi menambah nilai dan tambah baik modul sedia ada.
“Kumpulan sasaran bagi kajian ini akan melibatkan pelbagai kaum dan lapisan masyarakat di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan PLKN Kumpulan 3 Siri 11/2014 di Kem Putra Putri di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Mohmed Asri Yusof.
Seramai 306 pelatih PLKN terdiri daripada 180 pelatih Kem Putra Putri Alor Gajah dan 126 pelatih dari Kem Ulu Pari Rembau Negeri Sembilan hadir pada sesi penutupan tamat latihan di kem tersebut.
Abdul Rahim berkata inisiatif itu bertujuan untuk melahirkan modal insan dan warganegara yang mampu memacu masa depan negara ke arah yang lebih gemilang selaras dengan objektif pelaksanaan PLKN.
“Ini termasuk meningkatkan semangat patrotisme dalam kalangan pelatih, memupuk perpaduan dan integrasi nasional serta membentuk perwatakan positif pelatih melalui nilai murni,” katanya.
Abdul Rahim turut menggesa pelatih PLKN mengaplikasikan ilmu yang diperoleh sepanjang program latihan itu bagi mengelak terpengaruh atau terlibat dengan kumpulan pengganas terutama kumpulan militan digelar IS di Timur Tengah yang menjadi isu global masa kini.
“Antara cabaran terbesar yang perlu dihindari golongan muda adalah ancaman pengganas yang menyasarkan aset negara ini untuk menyertai pergerakan yang bukan sahaja merosakkan mereka malah mampu menghancurkan negara,” katanya.
Seramai 13,625 pelatih PLKN Kumpulan 3 Siri 11/2014 dari 80 kem di seluruh negara menamatkan latihan pada hari ini. – BERNAMA
TOP
2 Maut Dalam 2 Kemalangan Di Jempol Pagi Tadi
JEMPOL – Dua penoreh getah maut setelah motosikal yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 5, Jalan Bahau-Rompin di sini, pagi tadi.
Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.40 pagi itu, mangsa, M.M. Yes Dass, 62, yang menunggang motosikal mengambil rakannya K.S. Lalitha, 42, untuk menoreh getah bersama.
Katanya kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta yang datang dari arah Bahau ke Rompin melanggar bahagian sisi kiri motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.
Katanya kereta yang dipandu seorang lelaki itu terbabas lalu terbalik manakala kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal tercampak di bahu jalan.
Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala.
Mayat mereka di bawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat sementara pemandu kereta hanya mengalami cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – BERNAMA
TOP
Warga Asing Maut Tak Sempat Teguk Air Dibeli
Mayat Ali yang mati mengejut kelihatan tertiarap berhampiran basikalnya di hadapan sebuah kedai di Jalan Dato’ Mohd Ali.
ENDAU – Seorang lelaki warga Bangladesh tidak sempat meneguk minuman yang dibelinya di sebuah kedai apabila dia secara tiba-tiba rebah lalu meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku di Jalan Dato’ Mohd Ali, di sini, kira-kira jam 1.50 petang kelmarin. Mangsa dikenali sebagai Ali Hossain Gazi, 40-an, dipercayai tinggal di Tanjung Gemuk, Rompin, dikatakan baru sahaja membeli minuman di sebuah kedai sebelum secara tiba-tiba rebah di hadapan kedai tersebut ketika hendak mengambil basikalnya. Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 40-an, berkata, dia yang sedang berbual-bual dengan seorang rakannya melihat lelaki berkenaan turun dari basikalnya sebelum masuk ke kedai untuk membeli minuman. “Sebaik sahaja dia (mangsa) keluar dari kedai, tiba-tiba lelaki itu rebah semasa hendak menuju ke arah basikalnya. “Pada mulanya saya sangka dia terjatuh, namun sebaik mendapati mangsa tidak bangun-bangun orang ramai mula mengerumuninya dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia,” katanya. Chan berkata, sebaik menyedari kejadian itu, orang ramai tidak berani berbuat apa-apa sehingga pihak polis tiba untuk membawa jenazah tersebut. Sementara itu Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Zulkepli Hashim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan awal mengklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR). “Mayat mangsa dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – Sinar Harian Online

80,000 Berjaya Memperolehi Lesen B2 Menerusi Program SKSJ
KEMAMAN – Sebanyak 70,949 pengguna jalan raya telah memperoleh lesen memandu kelas B2 untuk motosikal yang sah daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) sejak 2009.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata sebanyak 175 program SKSJ telah diadakan di seluruh negara dan berjaya memberi manfaat kepada rakyat berusia 45 tahun ke atas terutama yang tinggal di kawasan luar bandar.
Katanya program itu juga memberi peluang kepada Orang Asli bagi mendapatkan lesen dan sehingga kini lebih 5,000 Orang Asli di seluruh negara memperolehi lesen memandu kelas B2.
“Matlamat utama program SKSJ ini adalah bertujuan supaya lebih ramai rakyat negara ini memiliki lesen memandu yang sah dan akan mendapat pembelaan serta dilindungi insuran apabila berlaku sesuatu kemalangan.
Mereka yang memandu tanpa lesen bukan sahaja salah pada sisi undang-undang, tetapi juga tidak akan mendapat sebarang pembelaan jika terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan lesen memandu B2 kepada 367 peserta program SKSJ di Kampung Tengah di sini hari ini.
Katanya langkah yang dilakukan ini juga bagi membantu mereka yang telah berusia dan tinggal di kawasan pedalaman mendapatkan lesen dengan mudah kerana itu merupakan pengangkutan utama mereka untuk melakukan tugas harian.
Menerusi program itu para peserta hanya dikenakan bayaran minima sebanyak RM160 berbanding RM261 di institut memandu.
Beliau berkata dalam tempoh yang sama di Terengganu sahaja 7,401 orang telah mendapat lesen memandu B2 sah di bawah program SKSJ.
JPJ akan lebih kerap turun padang dan memperbanyakkan lagi program seperti itu terutama di kawasan pedalaman serta perkampungan Orang Asli untuk membolehkan mereka yang berkenaan memiliki lesen yang sah, katanya. – BERNAMA
TOP
Banyak Peluang Untuk Berjaya Di Malaysia – Samy Vellu
SINTOK – Bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu percaya semua rakyat Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk berjaya kerana negara ini menyediakan banyak peluang untuk semua pihak mengecapinya.
Katanya kini terpulang kepada setiap rakyat untuk menggunakan peluang yang ada supaya mereka lebih maju.
“Sesiapa pun ada kelebihan untuk lebih maju. Peluang itu ada…cari peluang jangan duduk diam sahaja. Kalau ada pemikiran macam itu boleh capai kejayaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.
Terdahulu, Samy Vellu dikurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Pembangunan), yang disempurnakan oleh Canselor UUM Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena Majlis Konvokesyen ke-27 universiti itu hari ini.
Samy Vellu yang juga bekas Menteri Kerja Raya berkata perkara paling penting dalam mencapai kejayaan adalah pendidikan dan kemudian bagaimana seseorang individu itu menggunakan peluang yang ada.
“Saya gembira semakin ramai anak-anak yang mendapat ijazah. Menerusi pendidikan kita berjaya mengubah nasib anak-anak ini. Saya percaya negara boleh dapat bantuan mereka untuk jadi negara yang maju,” katanya.
Sementara itu, Samy Vellu menggesa rakyat di negara ini supaya mengekalkan perpaduan yang ada dan sentiasa bersedia berkhidmat untuk negara.
“Walaupun saya dah lebih 70 tahun…saya masih kerja untuk rakyat,” katanya. – BERNAMA
TOP
Kerja Mendalamkan Sg. Bertam Dijangka Bermula Bulan Depan
CAMERON HIGHLANDS – Kerja-kerja mendalamkan dan membaiki tebing Sungai Bertam dijangka bermula pada bulan depan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel.
Beliau berkata projek itu boleh dimulakan selepas isu dan pampasan membabitkan 11 lot tanah persendirian di Lembah Bertam yang dilanda banjir pada Oktober tahun lepas selesai.
Katanya projek itu akan dilaksanakan melalui peruntukan RM40 juta yang diluluskan kerajaan tahun lepas.
“Walaupun peruntukan itu diluluskan lebih awal namun ia akan dilaksanakan selepas isu tersebut dapat diselesaikan,” katanya kepada pemberita selepas
meninjau kawasan banjir di Lembah Bertam di sini, hari ini.
Katanya kerja membaiki tebing termasuk meluruskan sungai perlu dilaksanakan bagi mengelak kejadian banjir di kawasan itu berulang.
Mengenai peruntukan RM40 juta bagi pemuliharaan Tasik Ringlet, Palanivel berkata beliau akan membincangkannya pada mesyuarat Kabinet minggu depan.
“Ekoran hujan lebat air melimpah dan menyebabkan kawasan Kampung Baru, Ringlet dilanda banjir. Oleh kerana itu pemuliharaan sungai perlu dilaksanakan,” katanya.
Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.
Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.
Ia turut menjejaskan 203 penduduk yang terdiri daripada 47 keluarga di Kampung Baru dan Lembah Bertam yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet. – BERNAMA
TOP
Yaman Bentuk Kerajaan Baharu Dengan 36 Anggota
SANAA – Yaman mengumumkan pembentukan kerajaan dengan 36 anggota bagi membawa keluar negara miskin itu daripada krisis politik, menurut agensi berita rasmi Saba.
Pembentukan Kabinet baharu itu semalam, susulan perjanjian damai yang dipersetujui selepas pemberontak Syiah Huthi menawan ibu negara Sanaa pada 21 September lalu, tertangguh berikutan ketegangan pihak pemberontak dengan lawan politik mereka.
Amerika Syarikat (AS) mengalu-alukan pembentukan kerajaan baharu itu dan menggalakkan negara Arab itu mengatasi perpecahan politik selepas krisis selama beberapa minggu.
Kerajaan baharu itu turut dianggotai empat wanita dengan seorang daripada mereka diberi portfolio penerangan dan budaya. Empat lagi anggota Kabinet sebelum ini dilantik semula manakala tiga lagi bertukar portfolio.
Mengikut perjanjian itu, wakil pemberontak dan parti Islam Sunni Al-Islah memberi mandat kepada Presiden Abdrabuh Mansur Hadi untuk membentuk kerajaan baharu itu dan menyokongnya. – AFP
TOP
2 Bot Peronda Dari Australia Akan Beroperasi Di Selat Melaka
KUANTAN – Dua buah bot peronda terpakai yang akan diterima Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dari kerajaan Australia pada Mac tahun depan akan ditempatkan di perairan Selat Melaka bagi membanteras kegiatan penyeludupan manusia yang menjadikan perairan negara sebagai transit bagi mencari suaka ke Australia.
Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish, berkata pada masa ini pegawai dan anggota APMM yang akan ditugaskan di kapal berkenaan sedang dalam persediaan untuk menjalani latihan di atas bot itu sebelum membawanya pulang ke tanah air tahun depan.
“Dua buah bot jenis ‘Bay Class’ itu dijangka tiba selewat-lewatnya Mac tahun depan iaitu sebelum Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) berlangsung sebab ia turut akan mengambil bahagian dalam pameran tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Upacara Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Penguatkuasaan APMM di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di sini hari ini.
Mohd Amdan berkata, sebagai strategi memantapkan lagi operasi APMM untuk mengawal perairan negara, enam kapal peronda kini sedang dibina di dermaga tempatan yang dijangka siap awal 2017.
“Kos pembuatan enam buah kapal sepanjang 43 meter setiap satu itu berjumlah RM385 juta,” katanya.
Katanya, enam buah bot itu adalah gantian kepada setiap enam daripada 30 kapal APMM yang telah uzur yang dilupuskan secara berperingat sehingga 2022.
Mengulas mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal tunda YTC M5 yang dilanggar sebuah kapal dagang kira-kira 16.5 kilometer dari Tanjung Gelang pada 30 Oktober lalu, beliau berkata APMM kini sedang menunggu kapal yang karam itu diapungkan dari dasar laut bagi meneruskan operasi pencarian tiga lagi anak kapal yang belum ditemui hingga kini.
“APMM telah pun menamatkan operasi pencarian baki tiga lagi kru kapal tersebut di kawasan kejadian. Tetapi kita akan menunggu kapal tunda itu diangkat dari dasar laut, mungkin kru berkenaan tersangkut di dalam kapal yang karam itu,” katanya.
Pada majlis itu seramai 189 pelatih menerima skrol masing-masing dan seterusnya menjalani latihan praktikal di laut selama empat bulan di semua Wilayah Maritim seluruh negara.
Turut hadir Pengarah Pendidikan dan Latihan AMSAS, Datuk Mohd Taha Ibrahim. – BERNAMA
TOP
Tunku Puteri Intan Safinaz Dimasyhurkan Canselor UUM
SINTOK – Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang baharu.
Majlis pemasyhuran Canselor itu disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.
Majlis pemasyhuran itu diadakan sebelum bermulanya sesi pertama Majlis Konvokesyen ke-27 UUM di Dewan Mu’azam Shah, UUM di sini hari ini.
Tunku Puteri Intan Safinaz kemudian mengurniakan Ijazah Doktor Falsafah kepada dua tokoh iaitu bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu bagi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Pembangunan) manakala seniman Datuk Mohd Nasir Mohamad atau M. Nasir menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Industri Kreatif).
Majlis konvokesyen akan berlangsung dalam sembilan sesi bermula hari ini sehingga 12 Nov. Secara keseluruhan, seramai 6,608 graduan bakal menerima ijazah masing-masing termasuk 482 graduan asing dari 26 negara. – BERNAMA
TOP
Penduduk Jalani Aktiviti Harian Seperti Biasa – Polis C.Highlands
CAMERON HIGHLANDS – Aktiviti harian penduduk yang terjejas banjir lumpur di Kampung Baru, Ringlet dan Lembah Bertam di sini berjalan seperti biasa, kata Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu.
Beliau berkata perniagaan di kawasan terlibat juga beroperasi seperti biasa walaupun keadaan cuaca mendung dan gerimis.
Katanya setakat ini, seramai 91 orang daripada 28 keluarga masih berada di pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Ringlet.
“Mangsa banjir yang selebihnya pulang ke rumah saudara masing-masing,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata terdapat juga penduduk Kampung Baru yang pulang ke rumah masing-masing untuk membersihkan rumah mereka.
“Kita tidak membenarkan penduduk mendiami rumah mereka lagi kerana cuaca tidak menentu dan dikhuatir banjir akan berlaku lagi,” kata Wan Zahari.
Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.
Sementara itu, Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.
Dalam kejadian itu, lima mangsa turut terkorban manakala lima lagi cedera.
Ia menjejaskan 203 penduduk yang terdiri daripada 47 keluarga di Kampung Baru dan Lembah Bertam yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet. – BERNAMA
TOP
Cameron Highlands Diramal Hujan, Ribut Petir Hingga Khamis Depan
KUALA LUMPUR – Hujan dan ribut petir diramalkan di beberapa kawasan di sekitar Cameron Highlands, Pahang pada sebelah petang bermula hari ini sehingga Khamis depan.
Menurut Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sepanjang tempoh itu, cuaca pada sebelah pagi dan malam diramalkan baik.
Purata suhu minimum 16 darjah celcius diramalkan sepanjang tempoh itu di Cameron Highlands, katanya kepada Bernama di sini.
Jurucakap itu menasihatkan orang ramai supaya tidak berada di kawasan lapang dan mengurangkan aktiviti pada waktu petang di kawasan terbabit bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat boleh melayari laman web MetMalaysia di www.met.gov.my Facebook www.facebook.com/malaysiamet, Twitter www.twitter.com/malaysiamet atau menghubungi talian 1-300-22-1638 yang beroperasi 24 jam. – BERNAMA
TOP
PDRM Pantau Rekahan Pada Bangunan Bukit Aman
KUALA LUMPUR – Rekahan dikesan pada bangunan 33 tingkat ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman setakat ini tidak menjejaskan integriti bangunan dan keselamatan penghuninya.
Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata rekahan yang terjadi di Menara Dua ibu pejabat PDRM itu adalah akibat usia bangunan itu yang sudah melebihi 30 tahun.
“Bagaimanapun, PDRM kini memantau rekahan itu bagi memastikan keselamatan bangunan itu dan penghuninya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diselaraskan oleh Kementerian Dalam Negeri, telah menjalankan tindakan susulan bagi tujuan mengatasi masalah cerun-cerun lemah di sekitar Bukit Aman.
Rabu lepas, Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, melahirkan kebimbangannya terhadap struktur bangunan berikutan terdapat rekahan bangunan dan hakisan tebing.
Mohamad Fuzi berkata, pihak JKR telah menghubungi pihaknya dan memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil secepat mungkin berhubung perkara itu. – BERNAMA
TOP
Kes Culik 3 Hari, Selesai 5 Minit Bila Polis Guna Peranti GPS
PHILADELPHIA – Seorang wanita yang diculik di sebatang jalan raya di sini diselamatkan dengan bantuan peranti sistem pengesanan global (GPS) yang dipasang pada kereta suspek oleh syarikat penjual kereta supaya kenderaan itu mudah ditarik jika pembeli gagal membuat bayaran ansuran bulanan.
Mangsa yang berusia 22 tahun, Carlesha Freeland-Gaither berehat di rumah ibunya kelmarin selepas kes penculikan selama tiga hari itu berakhir di Maryland pada Rabu lepas apabila pihak berkuasa mengepung kereta tersebut dan menahan penculiknya.
Penculik wanita itu, Delvin Barnes, 37, dipenjarakan berhubung kes lain melibatkan dakwaan dia menculik dan cuba membunuh seorang gadis berusia 16 tahun dari negeri Virginia.
Polis mendapat petunjuk dalam kes penculikan di sini apabila mereka melihat nama syarikat penjual kereta terpakai itu tertera pada kereta Barnes menggunakan kamera lampu isyarat.
“Pihak berkuasa kemudian meminta syarikat berkenaan menyerahkan gajet GPS itu,” kata ketua polis tempatan, Kapten Jayson Crawley.
Menurutnya, syarikat kereta terpakai memasang alat GPS supaya mereka mudah mendapatkan kembali kenderaan tersebut jika pembeli gagal melunaskan bayaran ansuran bulanan.
“Dalam masa lima minit sahaja selepas kami menghubungi syarikat kereta terpakai itu, kami telah dapat mengenal pasti lokasi suspek,” kata Crawley.
Menurutnya, kes itu merupakan tangkapan terbaharu yang dibuat dengan bantuan teknologi pengesanan yang kini digunakan di mana sahaja di dunia. – AP
TOP
United Akan Kembali Garang Selepas 3 Tahun – Van Gaal
LONDON – Pengurus Manchester United, Louis van Gaal berkata ia akan mengambil tempoh tiga tahun sebelum kelab ini dapat kembali semula kepada potensi sebenar.
Selepas kalah 0-1 kepada Manchester City, United hanya mengutip 13 mata daripada 10 perlawanan pertama – permulaan terburuk mereka sejak 1986.
“Ia tak cukup lagi,” kata Gaal yang berusia 63 tahun.
“Namun, kami kini dalam proses seperti mana pernah saya sebut sebelum ini.
“Proses ini akan mengambil masa lebih setahun atau mungkin tiga tahun lagi.
“Saya lebih bimbangkan penyokong tegar kelab dan pihak lembaga yang meletakkan kepercayaan tinggi ke atas saya, begitu juga staf dan pemain.”
United memecahkan rekod perpindahan British apabila mereka menandatangani Angel Di Maria untuk nilai STG59.7 juta (RM298 juta). Namun, setakat ini Red Devils cuma menang tiga perlawanan liga sahaja.
TOP
DBKL Tingkat Pemantauan Cerun Pada Musim Monsun
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang meningkatkan kerja pemantauan dan pengawasan terhadap kawasan-kawasan cerun berikutan musim monsun sekarang.
Timbalan Ketua Pengarah (Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan), Datuk Mohd Najib Mohd, berkata ini bagi mengesan sebarang aktiviti pergerakan tanah luar biasa yang boleh menyebabkan tanah longsor.
“Sekiranya dikesan terdapat sebarang pergerakan tanah luar biasa di kawasan-kawasan cerun, kerja membaik pulih akan diambil bagi mengukuhkan struktur tanah. Ini juga bagi mengelak kejadian tanah runtuh daripada berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, selain pemeriksaan secara fizikal, pemantauan secara ‘real time’ juga disokong oleh Sistem Maklumat Geografi (GIS) DBKL, yang menyediakan peta digital tiga dimensi mengenai sesuatu struktur alam sekitar itu.
“GIS DBKL yang dilancarkan Jun lepas memantau dan mengenal pasti keadaan cerun yang sensitif serta berisiko terhadap kejadian tanah runtuh dan maklumat-maklumat yang dijana akan dihantar ke bilik operasi DBKL untuk dianalisis,” katanya.
Semenanjung Malaysia mengalami musim peralihan kepada monsun timur laut pada pertengahan bulan ini.
Jabatan Meteorologi meramalkan negara akan mengalami lebih banyak hujan dalam musim ini yang dijangka berterusan hingga Mac tahun depan.
“Keadaan hujan lebat yang berlarutan berisiko menyebabkan banjir di kawasan rendah dan tanah runtuh,” kata jurucakap Jabatan Meteorologi.
Sementara itu, Pengarah Program SlopeWatch, Eriko Motoyama berkata kumpulan itu juga giat memantau kawasan cerun bukit di sekitar Bukit Antarabangsa untuk tanda-tanda risiko tanah runtuh.
SlopeWatch adalah badan komuniti yang diwujudkan oleh penduduk di Bukit Antarabangsa untuk memantau aktiviti cerun selain menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan asas ke atas cerun bukit yang bermasalah.
“Kami menjalankan program kesedaran berterusan di mana kami melengkapkan penduduk setempat dengan pengetahuan mengenai ‘kesihatan’ cerun di kawasan masing-masing.
“Ini termasuk ilmu asas mengenai cerun seperti mengenalpasti tanda-tanda bahawa sesebuah cerun itu dalam bahaya,” kata wanita itu.
Katanya, antara petanda ialah rekahan di atas cerun, takungan air di kaki cerun dan pergerakan kedudukan tumbuhan dan infrastrukur di atas cerun.
Katanya, badan itu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan jaringan komuniti di kawasan perumahan lain untuk perkongsian maklumat.
“Kami bekerjasama rapat dengan Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya. Sebarang maklumat mengenai perubahan keadaan cerun setempat akan dimaklumkan kepada pihak berkuasa,” katanya. – BERNAMA
TOP
Ibu & Teman Lelaki Bunuh Anak Sambil Makan Piza, Lakukan Seks
Jillian Tait (kanan) dan teman lelaki Gary Fellenbaum yang tergamak mendera anak sampai mati sambil makan piza dan lakukan seks.
Manusiakah Jillian Tait dan teman lelakinya, Gary Fellenbaum?
Dalam satu perbicaraan yang sedang berlangsung di mahkamah dan meraih perhatian ramai di Amerika Syarikat, pasangan ini didedahkan tergamak mengadakan hubungan seks dan makan piza sambil mendera kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun sampai mati.
Tait dan Fellenbaum didakwa atas tuduhan mendera anak lelaki Tait sampai mati termasuk dengan cara menggantung kaki ke atas kepala ke bawah, mengikat di kerusi dan memukul dengan bermacam-macam objek termasuk kuali dan batang besi.
Antara kisah paling mengejutkan yang terbongkar ketika prosiding mahkamah adalah bagaimana pasangan yang tinggal di rumah mobil terletak di Chester County, Pennsylvania ini melakukan hubungan seks, makan piza dan ketawa terbahak-bahak sambil mendera mangsa.
Peguamcara Thomas Hogan malah memulakan sesinya dengan ayat, “Mari saya ceritakan sebuah kisah ngeri yang berlaku di Amerika..” “Si kecil Scotty McMillan dah mati. Dia mati selepas ditumbuk di muka dan perut, dibedal dengan cambuk dan batang besi, diikat pada kerusi sebelum dipukul, digantung kaki ke atas, kepalanya dihempuk ke dinding dan penghujungnya, si kecil mempunyai tanda lebam di seluruh badan.” Pasangan itu dikatakan hanya mula berasa cemas dan menelefon paramedik selepas melihat mangsa tidak lagi bergerak. Mahkamah diberitahu, keadaan mangsa ketika tiba di hospital terlalu menyedihkan hingga para jururawat di unit kecemasan menitiskan air mata. Selain mangsa, pasangan tersebut dikatakan menjaga seorang lagi budak lelaki berusia 6 tahun yang turut didera dan kini berada di bawah jagaan saudara mara. Susulan kejadian ini pihak polis turut menahan wanita bernama Amber, bekas isteri Fellenbaum yang turut tinggal bersama pasangan ini di rumah terbabit atas dakwaan sama. - MYNEWSHUB.CC

Penyampai Radio Sinar FM, Cik Piah Nyaris Diragut
PENYAMPAI radio Sinar FM, Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cik Piah melalui detik menakutkan apabila hampir menjadi mangsa ragut ketika keretanya berhenti di sebuah lampu isyarat, baru-baru ini.
Cik Piah bernasib baik kerana beg tangannya tidak dilarikan namun hanya cermin keretanya sahaja yang retak selepas cuba dipecahkan oleh dua remaja tempatan yang dipercayai berketurunan Melayu.
Memetik laporan The Rakyat Post, ketika kejadian berlaku, Cik Piah sedang dalam perjalanan ke tempat kerja yang terletak di Taman Teknologi, Bukit Jalil.
“Masa kejadian itu, saya dalam perjalanan ke pejabat dan ketika kereta berhenti sementara menunggu lampu trafik bertukar hijau tiba-tiba cermin kereta saya diketuk berkali-kali.
“Alhamdulillah, peragut itu tidak sempat memecahkan cermin kereta, cuma retak dan kemudiannya melarikan diri,” katanya.
Cik Piah yang juga pengacara bersama Maharaja Lawak Mega (MLM) menganggap insiden yang berlaku sebagai satu dugaan dan sempat menasihatkan orang ramai di luar sana untuk sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliing agar dapat mengelak daripada sebarang kejadian yang tidak diingini. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Waspada Sindiket Kutip Derma Guna Nama Madrasah Di Thailand
SONGKHLA (THAILAND) – Masyarakat di Malaysia dinasihatkan supaya tidak mudah tertipu dengan helah sindiket kutip derma yang menggunakan nama madrasah di Thailand.
Mudir Pondok Anak Yatim Santiwit Abdul Rahman Ahmad berkata taktik sedemikian biasanya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.
“Pihak madrasah di Thailand ini tidak akan sewenang-wenangnya mengutip derma di pasar-pasar atau di kedai makan di Malaysia … itu hanya penipuan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.
“Kalau pihak madrasah nak memohon derma, kami akan buat melalui pejabat agama Islam di Thailand dan Malaysia dan hanya mudir, pengurus atau pemilik madrasah sahaja yang dibenarkan berbuat demikian … tidak melibatkan anak-anak yatim dan individu lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Khidmat Komuniti dan Berkhatan Sukarelawan Orang Kuala Berang (OKB) yang berlangsung selama dua hari bermula semalam anjuran Sekretariat OKB.
“Ada yang minta derma untuk baiki madrasah dengan menunjukkan gambar madrasah, minta derma untuk anak yatim dan ada yang mendakwa mereka juga pelajar madrasah yang dihantar untuk mengutip derma … ini semua sememangnya penipuan,” kata Abdul Rahman.
Bagi program berkhatan, sebanyak 10 doktor dan pembantu perubatan dibawa dari Terengganu.
Turut menyertai program ialah Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Terengganu Datuk Tengku Putera Tengku Awang, 100 anggota sekretariat dan wakil media. – BERNAMA
TOP
Gaya Artis Termasuk ‘Teman Tapi Mesra’ Di Anugerah Skrin 2014
BERMACAM-macam gaya dan fesyen yang digayakan selebriti ternama tanah air ketika menghadiri Anugerah Skrin 2014 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Pemerhatian mendapati walau pun belum terbuka hati untuk mengenakan hijab seperti Fara Fauzana dan Umie Aida, ramai juga selebriti memilih pakaian yang kurang mendedahkan dan ‘selamat’ termausklah Izreen Azminda, Dynas dan ermm.. Kavita Kaur.
Selebriti yang memilih untuk tampil sedikit berani termasuk lebih seksi, rugged dan feminin pula antaranya Nora Danish, Nabila Huda, Izara Aishah dan Amira Rosli.
Selebriti lelaki tidak kurang tampan menggayakan persalinan sut yang membangkitkan lagi aura maskulin mereka.
Paling menarik perhatian pula tentulah selebriti yang hadir bersama pasangan masing-masing, tak kiralah suami isteri mahu pun masih bergelar kekasih atau teman tapi mesra.
Kredit Foto: Rotikaya

Aaisyah Dhia Rana, Nama Puteri Sulung Che Ta & Zain
SECANTIK dan secomel wajahnya, puteri sulung pasangan suami isteri Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah diberi nama Aaisyah Dhia Rana Mohamad Zain oleh kedua ibu bapanya, seperti mana diumumkan Zain menerusi program hiburan H!Live, semalam.
Kelahiran Aaisyah mencipta fenomena tersendiri apabila ramai pihak baik di kalangan selebriti mahu pun peminat teruja dengan wajahnya yang disifatkan sebagai ‘Cutest Baby of The Year’.
Che Ta selamat melahirkan Aaisyah pada 1 November lalu di Hospital Ampang Puteri, yang memberi tajaan bersalin kelas pertama sepenuhnya buat pelakon jelita itu. Pastinya ramai dah tak sabar nak tengok keletah dan aksi si comel ni kan. Hasrat itu mungkin terealisasi jika Che Ta dan Zain buka satu akaun Instagram untuk Aaisyah, macam Awal dan Scha buat untuk anak mereka, Lara Alana. – MYNEWSHUB.CC

Bila Hujan, Tidur Penduduk Bertam Valley Mula Tak Lena
CAMERON HIGHLANDS – Tiada lagi istilah tidur buat seorang peruncit, Ng Yoke Sun sejak Bertam Valley dilanda banjir lumpur tahun lalu.
Yoke Sun,40, tidak lena tidur setiap kali hujan lebat melanda yang menyebabkan kejadian tanah runtuh sehingga meragut beberapa nyawa.
“Saya terjaga di tengah malam apabila terdengar sesuatu di atas bumbung. Apabila hujan mula turun sejak Rabu lalu, hati saya berdegup kencang.
“Saya risau kejadian banjir lumpur yang sama berulang dan boleh merosakkan barang-barang di kedai,” jelasnya ketika ditemui pada Jumaat.
Dia bernasib baik kedai runcitnya itu tidak terlibat dengan banjir lumpur yang melanda Bertam Valley pada Rabu lalu selepas hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat berlaku di Pekan Ringlet, 4 kilometer dari tempatnya.
Kejadian alam itu sehingga kini telah meragut lima nyawa, termasuk seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang hanyut dibawa arus deras sepanjang Sungai Terlom di Kuala Terla.
Manakala empat mayat lagi di temui pada Khamis dan Jumaat.
Selain Yoke Sun, perasaan trauma turut dirasai oleh penduduk-penduduk lain.
Tho Wai Kuan yang bekerja sebagai pakar runding di Kuala Lumpur berkata, perasaannya akan gelisah setiap kali hujan melanda di Cameron Highlands.
Wai Kuan,40, bimbang sekiranya insiden malang itu akan berlaku lagi di kampung halamannya itu.
“Saya balik ke rumah pada Khamis lalu untuk melihat abang saya yang tinggal di sini.
“Perasaan lega apabila mengetahui keadaan abang saya dan keluarganya berada dalam baik dan terselamat daripada kejadian itu.
“Dalam masa sama juga, saya akan mendapatkan maklumat terkini mengenai cuaca di laman web sekiranya ada kemungkinan hujan lebat berlaku,” jelasnya.
Sementara itu, seorang surirumah yang hanya mahu dikenali Kang berkata, anak-anaknya berada dalam ketakutan sejak insiden sama tahun lalu.
Kang berdepan dengan saat menyedihkan ketika kejadian tahun lalu yang turut meragut nyawa suaminya sekaligus memberi kesan kepada dua anaknya yang berumur 17 dan 18 tahun.
“Saya balik ke sini dua bulan lalu selepas selesai bertugas di Singapura.
“Namun selepas insiden Rabu lalu, saya tidak sanggup meninggalkan anak-anak dan ibu (86 tahun) saya di rumah,” katanya.
Manakala seorang penduduk di pekan Ringlet Zainuddin Mohd Nor berharap pihak berkuasa mampu bertindak menghentikan aktiviti pembersihan tanah dan ladang haram di kawasan tanah tinggi ini.
“Ringlet adalah kampung halaman saya dan seperti tidak sanggup lagi tinggal di sini kerana sentiasa berasa bimbang setiap kali musim hujan berlaku.
“Kerajaan perlu membuat sesuatu agar penduduk-penduduk di sini tidak terus menderita,” jelasnya. – mStar Online
TOP
Jutawan Berhati Mulia Kutip Sampah Setiap Hari
MANAMA, Bahrain –Seorang jutawan pelaburan dari Korea Selatan yang menetap di negara ini sanggup bangun seawal pukul 5 pagi hanya untuk mengutip sampah dan menyusun barangan kitar semula.
Jutawan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Yo atau ‘The Boss of Cleaning’ berkata, dia menjalankan tugasnya itu untuk penduduk negara tersebut sejak 11 tahun yang lalu.
“Terdapat banyak sampah dan ini akan menyebabkan orang ramai sakit. Sampah boleh menimbulkan masalah,” katanya kepada seorang pengguna YouTube, Omar Varov yang merakamkan aktiviti jutawan itu.
Menurut akhbar Gulf Daily News, Yo amat komited menjaga kebersihan di Bahrain memandangkan negara Teluk itu menghasilkan banyak sampah berbanding negara-negara perindustrian yang lain.
Pada 2011, Menteri Hal Ehwal Perbandaran dan Perancangan Bandar Bahrain, Juma Ahmed Al Kaabi berkata, negara itu menghasilkan kira-kira 2,200 tan sampah di bandar, tujuh tan sampah daripada sektor penjagaan kesihatan dan 380 tan sampah sisa kilang setiap hari.
Omar yang mempunyai ribuan pengikut dalam YouTube berkata, pihaknya telah dihubungi oleh seorang wartawan untuk merakamkan aksi jutawan itu yang dianggap sebagai satu keadaan luar biasa yang jarang dilakukan oleh golongan jutawan.
“Dia merupakan contoh kepada sikap kesederhanaan, kesopanan dan budi pekerti yang mulia. Anda merupakan contoh kepada belia,” kata Omar kepada Yo ketika merakamkan video itu. – Agensi
TOP
Wanita Amal Sihir Dipanah, Dibakar Hidup-Hidup
Tahehyi (Paraguay) - Seorang wanita diikat pada sebatang kayu, dipanah sebelum dibakar hidup-hidup di sini, selepas dituduh mengamalkan sihir.
Wanita masyarakat orang asli itu, Adolfina Ocampos, 45, dibunuh anggota etnik Mbya Guarani selepas ketua suku kaum itu menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.
Walaupun tarikh pembunuhan itu tidak jelas, ia berlaku di Tahehyi, 280 kilometer ke utara Asuncion, ibu negara Paraguay. Pendakwa raya tempatan Fany Aguilera mendakwa sembilan lelaki penduduk kampung berkenaan atas tuduhan membunuh dan mereka mengaku membunuh wanita terbabit.
Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan puluhan orang di seluruh dunia dibunuh kerana dituduh mengamalkan sihir setiap tahun. – Agensi

PSP Tawar Program Diploma Kepada Pelajar Lepasan SPM
BUKIT MERTAJAM – Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipelawa mengikuti enam bidang pengajian peringkat diploma di Politeknik Seberang Perai (PSP) di sini.
Pegawai Hal Ehwal Pelajar PSP, Mohd Kamarulzaman Zulkepeli berkata program tersebut ialah Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil), Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan), Kejuruteraan Mekanikal (Loji), Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektronik (Komputer) dan Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi).
Syarat kelayakan kemasukan ke program berkenaan adalah warga negara Malaysia, lulus SPM dengan syarat minimum lulus bahasa Melayu dan Inggeris serta mendapat tiga kepujian bagi subjek Matematik atau Matematik Tambahan, Sains, Teknologi, Vokasional dan satu mata pelajaran lain, katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.
Beliau berkata pelajar yang berminat boleh melayari laman web www.psp.edu.my dan memuat turun borang permohonan yang terdapat di situ.
“Calon perlu melengkapkan borang permohonan bersama salinan keputusan SPM dan kembalikan ke pejabat Hal Ehwal Pelajar, PSP atau melalui emel jhep@psp.edu.my sebelum pukul 4 petang 14 Nov ini,” katanya. – BERNAMA
TOP
Kuda Dibawa Ke Hospital Untuk Tunai Permintaan Terakhir Pesakit
Bronwen mencium pipi tuannya, Sheila Marsh sebelum wanita tersebut menghembuskan nafas terakhir beberapa jam kemudian.
Hanya pencinta kuda akan memahami agungnya kasih sayang antara haiwan ini dengan pemiliknya. Tak hairanlah seorang wanita yang sedang nazak, Sheila Marsh,77, membuat permintaan terakhir untuk bertemu kuda kesayangannya, Bronwen sebelum menghembuskan nafas terakhir. Permintaan ini ditunaikan kakitangan hospital Wigan Royal Infirmy, UK yang mempunyai sifat belas ihsan. Nenek 4 cucu ini telah membela Bronwen sejak dilahirkan, dan menjaganya hampir suku abad sebelum penyakit kanser membuatkannya terlantar menanti maut. Jururawat yang menyaksikan pertemuan terakhir penuh syahdu menceritakan bagaimana Marsh menyeru nama Bronwen dengan lembut sebaik sahaja melihatnya datang. Bronwen kemudiannya menundukkan kepala lalu mencium pipi Marsh dengan hati-hati sambil mendengar tuannya itu mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir. Apa yang mengharukan, Marsh meninggal dunia beberapa jam kemudiannya. - MYNEWSHUB.CC

M.Nasir Dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UUM
IKON muzik, Datuk M.Nasir telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM), sebentar tadi.
Berkongsi gambar di laman Facebooknya, turut hadir pada majlis penganugerahan itu ialah isteri beliau, Datin Marlia Musa.
M.Nasir, 57, menerima ijazah kehormat tersebut sebagai menghargai sumbangan beliau dalam bidang muzik serta pencapaiannya bergelar komposer dengan pendapatan tertinggi selama 14 tahun berturut-turut.
Tahniah buat M.Nasir dan teruskan berkarya dalam bidang seni muzik tempatan! – MYNEWSHUB.CC

‘Ramai Nak Tengok Sharnaaz Ahmad Lembut’
Hampir lima tahun membabitkan diri dalam bidang lakonan, pelakon Sharnaaz Ahmad dilihat seorang yang ‘versatile’ apabila berjaya melakonkan apa juga watak yang diberikan.
Terbaru menerusi drama bersiri 20 episod, Suamiku Encik Sotong terbitan Global Station Sdn Bhd, Sharnaaz berjaya memecahkan rekod penonton apabila rating mencapai sehingga 1.28 juta selepas tayangan episod pertamanya pada 27 Oktober lalu.
Melalui drama adaptasi daripada novel tulisan Syikin Zainal itu, buat pertama kalinya Sharnaaz melakonkan watak sebagai lelaki lembut berbeza sebelum ini dia lebih banyak berlakon sebagai lelaki normal termasuk gangster.
Selain Sharnaaz drama ini turut dilakonkan Amyra Rosli, Amar Baharin dan Hanis Zalikha.
Penerbit Global Station, Datin Zaiton Mohd Jiwa ketika dihubungi berkata, dia sendiri terkejut tidak menyangka gandingan Sharnaaz dan Amyra di dalam cerita ini berjaya menarik perhatian penonton.
“Saya memang tidak sangka dan begitu terkejut apabila mendapat tahu daripada Astro rating episod pertama siri ini paling tinggi iaitu 1.28 juta.
“Memang tidak sangka untuk episod pertama saja sudah berjaya menarik ramai penonton menyaksikannya.
“Mungkin juga kerana peminat belum pernah melihat Sharnaaz membawakan watak sebagai lelaki lembut menyebabkan ramai yang setia di depan televisyen untuk terus menonton.
“Tahniah saya ucapkan kepada Sharnaaz dan semua pelakon yang terbabit kerana berjaya membawa watak masing-masing dengan berkesan,” katanya.
Zaiton berkata, dia berharap drama ini akan terus meraih lebih ramai lagi penonton pada episod-episod berikutnya di samping mempertingkatkan lagi rating penonton.
“Saya percaya drama ini adalah adaptasi sebuah novel yang menghiburkan di samping terdapat unsur pengajaran dan tauladan untuk semua,” katanya.
Suamiku Encik Sotong mengisahkan Erica yang terpaksa berkahwin dengan Farish seorang lelaki berperwatakan lembut yang turut digelar ‘sotong’.
Bagi mendapatkan tempat sebagai pengerusi di syarikat Khaleeda Holdings dia perlu berkahwin selama tiga tahun mengikut syarat yang ditetapkan oleh arwah neneknya, Tengku Khaleeda.
Selepas dinikahkan, Erica pulang ke Kuala Lumpur melanjutkan pelajarannya manakala Farish menolong Mama Lia di butik. Farish akhirnya akur dengan kemahuan arwah nenek Tengku Khaleeda yang mahu dia melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur.
Di kolej, Farish berkenalan dengan Dhia Adirra, gadis tomboi yang selalu melindungi Farish daripada sering diejek teman sekuliah. Rupa-rupanya Farish belajar sama kolej dengan Erica. Masing-masing menyembunyikan perkahwinan mereka daripada teman-teman.
Izhan, sepupu Erica mula memikat Erica meÂngikut perancangan mamanya, Tengku Atylia yang mahukan jawatan pengerusi Khaleeda Holdings.
Erica memberitahu Farish yang dia sudah jatuh cinta dengan Izhan. Sejak itu, Erica mula perasan Farish banyak berubah menjadi kacak dan macho. Farish juga memberitahu Erica dia juga jatuh cinta pada Dhia Adirra dan gadis itu yang membuatkan dirinya berubah.
Tanpa diduga, Erica terlanjur dengan Izhan ketika mereka bercuti di Bali. Izhan menyesal namun dia berjanji akan bertanggungjawab ke atas Erica. Erica pula terdengar pebualan Tengku Atylia dan Qarina yang Izhan hanya mempermainkan dirinya menyebabkan Erica kecewa.
Saksikan drama Suamiku Encik Sotong yang disiarkan di saluran Astro Ria dan serentak di Maya HD pada setiap Isnin jam 10 malam. – myMetro Online
TOP
Matahari Terbit Lagi Diumum Drama Terbaik ASK 2014
Antara barisan pemenang ASK 2014.
KUALA LUMPUR – Drama terbitan Al Hidayah Production berjudul Matahari Terbit Lagi diangkat sebagai Drama Terbaik, Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam Jumaat. Drama yang diterajui oleh pelakon Syed Ali, Mubarak Majid, Mimi Ernida dan Shawal Ruslan itu menewaskan drama lain seperti Balqis. Matahari Terbit Lagi turut menggondol anugerah bagi Pengarah Terbaik iaitu Azeli Mohammad dan Pelakon Lelaki Drama Terbaik melalui Anuar Chew Abdullah dan anugerah daripada kategori teknikal iaitu Lakon TV Terbaik. Manakala, pelakon cilik Puteri Balqis pula diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama Balqis. Antara calon yang tewas dalam kategori tersebut adalah Normah Damanhuri, Nad Zainal dan Melly Amelin. Dalam pada itu bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dimenangi oleh Namron menerusi lakonan cemerlangnya dalam Balqis. Manakala Nabila Huda membuat kejutan apabila memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Drama menewaskan calon-calon seperti Didie Alias, Fauziah Nawi, Izreen Azminda dan ElFaeza.
Pengarah dan barisan pelakon filem Tanda Putera yang memenangi kategori Filem Terbaik ASK2014. Bagi kategori Filem Terbaik berpihak kepada karya terbitan Pesona Pictures berjudulTanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang dibintangi oleh Rusdi Ramli, Faezah Elai dan Linda Hashim. Datin Paduka Shuhaimi Baba diumum sebagai Pengarah Terbaik Filem. Manakala Zizan Nin turut memenangi kategori Pelakon Pembantu Terbaik Filem. Lakonan berkesan Sharifah Amani dalam Psiko Pencuri Hati telah membawa tuah kepadanya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem. Manakala Namron merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem yang sama. Sementara itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dan Pelakon Pembantu Terbaik Filem dimenangi oleh Zizan Nin (Tanda Putera) dan Natasha Hudson (Lemak Kampung Pandan). Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi. ASK 2014 pada tahun ini mengangkat tema prestij dan angun dan siaran langsung itu dihoskan oleh Fahrin Ahmad. Ia disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam di TV3. Kategori lain turut menampilkan barisan artis seperti Amy Search, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Datuk Yusof Haslam, dan Ziela Jalil sebagai penyampai anugerah. Manakala persembahan pada malam itu diserikan oleh Hafiz Suip, Black, Lan Typewriter, Nora Danish, Fathia Latif, Aziz M.Osman, Ruminah Sidek dan Erma Fatimah. Secara keseluruhan, ASK 2014 mempertandingkan sebanyak 31 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman.
Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2014
KATOGERI DRAMA
DRAMA TERBAIK
Matahari Terbit Lagi
PENGARAH DRAMA TERBAIK
Azeli Mohammad (Matahari Terbit Lagi)
PELAKON LELAKI TERBAIK DRAMA
Anuar Chew Abdullah (Matahari Terbit Lagi)
PELAKON WANITA TERBAIK DRAMA
Puteri Balqis (Balqis)
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK DRAMA
Namron (Balqis)
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK DRAMA
Nabila Huda (Balqis)
DRAMA RANTAIAN TERBAIK
Ummi (Filmscape Sdn Bhd)
DRAMA KOMEDI TERBAIK
Nasi Ayam Duda
LAKON TV TERBAIK
Eenaz Mokhtar (Matahari Terbit Lagi)
DRAMA BERSIRI TERBAIK DI LAMAN SOSIAL
Ariana Rose
DRAMA PREMIUM TERBAIK
Carlos Bolos (Frontrow Pictured Sdn Bhd)
KATEGORI FILEM
FILEM TERBAIK
Tanda Putera
PENGARAH TERBAIK FILEM
Datin Paduka Shuhaimi Baba (Tanda Putera)
PELAKON WANITA TERBAIK FILEM
Sharifah Amani (Psiko Pencuri Hati)
PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM
Bront Palarae (Psiko Pencuri Hati)
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM
Natasha Hudson (Lemak Kampung Santan)
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM
Zizan Nin (Tanda Putera)
LAKON LAYAR TERBAIK
Hand Isaac (Lemak Kampung Santan)
KATEGORI PENERBITAN DALAMAN
RANCANGAN DOKUMENTARI/MAJALAH TERBAIK
Dengan Basikal Aku Menjelajah : Cahaya Misteri Arrora Borealis ( TV Alhijrah)
RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK
MHI (Misi Mencari MH370)
RANCANGAN HIBURAN TERBAIK
Rockestra – TV9
RANCANGAN ANUGERAH TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 28 -TV3
RANCANGAN REALITI TERBAIK
Bintang Mencari Bintang – TV3
LAPORAN KHAS / BERITA TERBAIK
Buletin Utama (Kude Kelate)
KATEGORI TEKNIKAL
VIDEOGRAFI TERBAIK
Mohammad Mohd Rameli
SUNTINGAN TERBAIK
Self Made – 8TV
PENATAAN CAHAYA TERBAIK RANCANGAN SIARAN LANGSUNG TERBAIK
Shout Award 2013 – 8TV
PENATAAN BUNYI TERBAIK RANCANGAN SIARAN LANGSUNG
The Ultimate Song : Grand Finale -8TV
REKA BENTUK SET TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 28 – TV3
MONTAJ TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 28 – TV3
– mStar Online

Lawak!! Bila Peminat Bagi Cadangan Nama Anak Che Ta…
Kelahiran bayi sulung perempuan Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain Saidin sememangnya hangat diperkatakan sejak dalam kandungan lagi.
Daripada isu sponsor yang seolah-olah mempertikaikan rezeki bakal cahayamata pelakon jelita ini, netizens bagaikan terpana apabila melihat wajah bayi Che Ta yang lahir tempoh hari. Rata-rata geram melihat kecomelannya.
Dalam keterujaan itu, ramai pula yang tak sabar ingin mengetahui nama bakal diberi Che Ta dan Zain untuk puteri sulung mereka ini. Maklumlah, selama ini mereka hanya mengelarkan bayi ini PrincessLove sahaja.
Justeru bila pasangan ini beri lampu hijau untuk cadangkan nama bayi bersama maksudnya sekali di laman sosial mereka, wahhh ramai sungguh yang tampil dengan idea masing-masing.
Malangnya, ramai yang bagi cadangan lebih ke arah melawak daripada betul-betul. Tengoklah SCREENSHOT kat bawah ni… kami sendiri terkekeh-kekeh ketawa membacanya.
Antara nama yang dicadangkan adalah Rozita Che TWO, Sizuka, Ziana (Zain) dan Kiah Pekasam.
Alahai, masyarakat Malaysia memang kaya dengan senda gurau sampai ketawa tak kering gusi dibuatnya. Apa pun, sesiapa yang tidak sabar ingin mengetahui nama sebenar anak Rozita Che Wan dengan Zain Saidin haruslah nantikan pengumuman mereka pada H Live nanti. - MYNEWSHUB.CC Oleh: FARAH RADZI

Video: Trailer Filem Minions Yang Bakal Ditayang Tahun Depan
Selepas kejayaan filem Despicable Me pada tahun 2010 dan 2013, kini produser filem Illumination Entertainment bakal mengeluarkan filem terbaru yang bakal ditayangkan pada 10 Julai 2015 berjudul minion
Pasti ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan prekuel Despicable Me ini. Sedikit info mengenai watak comel kuning ini, Minions adalah makhluk aneh berwarna kuning yang telah wujud sejak zaman dahulu, berkembang dari organisma unisel menjadi makhluk yang mempunyai hanya satu tujuan, iaitu menakluk dunia.
Bagi merialisasikan impian, mereka telah menjadi pelbagai pengikut makhluk penjahat yang paling bercita-cita tinggi dalam sejarah. Setelah tidak sengaja menghancurkan semua tuan-tuan mereka sebelum ini termasuk dinasor T. Rex , Genghis Khan, Drakula, dan Napoleon,m ereka memutuskan untuk mengasingkan diri dari dunia luar dan memulakan hidup baru di Antartika. Apakah kesudahan filem ini? Kami pun tak tahu. Apa pun, jom layan trailer filem Minions ini dahulu! Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Awal Ashaari Mengamuk Dengan Peniaga Di Instagram
Kes Instagram artis jadi medium percuma untuk mempromosikan barang adalah lumrah.
Tapi bila ia sudah keterlaluan, tindakan peniaga online ini mula membuatkan ramai selebriti bengang.
Contohnya aktres remaja popular, Elfira Loy yang sering membebel di laman Instagram gara-gara tak tahan dengan lambakan ‘SPAM’ iklan yang menepek setiap kali dia memuat naik gambarnya.
Bukan calang-calang iklan pulak tu, yang berunsur seks dan tak senonoh pun ada!
Terbaharu, pelakon dan pengacara Awal Ashaari meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkara serupa.
Malah, Awal siap memuat naik gambar Batman menampar Robin bersama dialog sinis supaya para peniaga Instashop terasa dan berhenti daripada melakukan perkara sebegini.
Sudahlah menempek untuk buat pemasaran secara percuma, pos pula kenyataan panjang lagi menyemak tanpa henti.
Bak kata Awal, kalau nak sangat beli apa-apa, dia boleh pergi sendiri ke kedai dan pasaraya!
Yang pasti, strategi pemasaran kos rendah seperti ini sudah mula mendatangkan rasa menyampah ramai orang.
Bagus juga Awal marah sebegini, walaupun ramai peniaga Instashop ni mempunyai kulit muka tebal.
Ada tu selebriti pos kenyataan sindir mereka di Instagram pun, masih ada yang gigih nak beriklan juga di ruangan komen. Nak berniaga pun agak-agak la, jangan sampai orang rimas!
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: KAKAK BUNGA
KAN DAH KENA MARAH… kalau nak letak iklan percuma…letak kat sini … http://mytrade.my/ … kalau anda hendak cari apa-apa pun…boleh kat sana jugak…

Gambar Persiapan Resepsi TMJ, Cik Puan Khaleeda Malam Ini
Hari ini akan berlangsung resepsi perkahwinan di Raja antara Tengku Mahkota Johor dan Cik Puan Khaleeda.
Majlis diadakan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru ini akan turut dipancarkan secara langsung kepada rakyat Johor menerusi skrin besar yang dipasang di Dataran Bandaraya.
Menurut Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli, Tunku Mahkota Johor dan Cik Puan Khaleeda akan menaiki kereta tanpa bumbung dari Istana Bukit Serene menuju ke Istana Besar Johor bermula jam 8 malam ini.
Sepanjang perjalanan pasangan akan diraikan rakyat jelata yang berhimpun di sepanjang laluan sejauh 3 kilometer.
Berikut antara gambar menunjukkan persiapan majlis resepsi malam ini yang sudah sampai ke peringkat terakhir.
- MYNEWSHUB.CC

‘Cindai Dah Jadi Cibai’ Kata Penulis Lirik Yang Marahkan Stacy
BAGI yang menyaksikan siaran langsung Anugerah Skrin 2014 semalam pastinya terhibur dengan beberapa persembahan menarik yang dipersembahkan oleh barisan artis popular tanah air.
Yang pastinya persembahan Stacy lari daripada kebiasaan apabila penyanyi lincah ini menyahut cabaran menyanyikan lagu ‘berhantu’ Datuk Siti Nurhaliza, Cindai.
Boleh dikatakan Stacy berjaya membawakan lagu tersebut dengan gayanya yang tersendiri.
Tapi, rupa-rupanya penulis lirik Cindai, Hairul Anuar Harun ada menyatakan kekesalannya dengan persembahan Stacy yang dikatakan sesuka hati mengubah lirik.
Hairul Anuar Harun
Bila diamati semula memang ada di beberapa bahagian, Stacy mengubah lirik, mungkin penyanyi kelahiran Sabah itu pun tak menyedari kesilapannya kerana dia kerap kali mengulang lirik yang salah terbabit. Lirik sepatutnya ialah “Hendaklah hendak hendak ku rasa”, tapi Stacy menyanyikannya dengan versi “Hendaklah hendak hendak ku daya”.
Hairul menyatakan kekesalan apabila karyanya yang sudah hampir mencecah usia 16 tahun itu seolah-olah diperlekehkan dan menganggap Stacy hanya mengambil mudah ketika menyampaikan lagu tersebut. Kemarahan Hairul dapat dikesan daripada status Facebook yang agak pedas berbunyi, “hahaha.. cindai dah jadi cibai.. lirik ikut sedap mulut kau je.. lantak korang la..”
Mungkin selepas ini Stacy perlu lebih berhati-hati dan buat lebih banyak ‘homework’ sebelum menyanyikan lagu artis lain agar kesilapan sebegini tidak berulang kembali. - MYNEWSHUB.CC

Banjir Cameron Highlands: 5 Maut, 91 Mangsa Di Pusat Pemindahan
CAMERON HIGHLANDS – Sehingga pukul 9.30 pagi ini, mangsa banjir kilat yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Mangsa Bencana di Dewan Serbaguna Orang Ramai, Ringlet di sini adalah berjumlah 91 orang daripada 28 keluarga.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Zahari Wan Busu berkata kesemua mangsa dipindahkan ke situ sejak Rabu lepas.
Beliau berkata mangsa masih tidak dibenarkan pulang ekoran cuaca yang tidak menentu.
“Faktor cuaca tidak mengizinkan kerana hujan lebat turun sekejap-sekejap. Mangsa hanya akan dibenarkan pulang untuk mengambil barang keperluan apabila hujan berhenti,” katanya kepada Bernama di sini.
Para mangsa merupakan penduduk sekitar tebing Sungai Bertam yang diarah berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.
Sementara itu Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing berikutan hujan lebat selama sejam.
Lima orang terkorban manakala lima lagi cedera dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di sini Rabu lalu. – BERNAMA
TOP
Transgender: Tidak Guna Menang Di Mahkamah Tetapi Dilaknat Allah
Pandangan: Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Allah laknat Transgender.
Banyak amaran Allah dan Rasul ke atas golongan ini. Diharap mereka dapat berfikir berulang kali sebelum mengorak langkah seterusnya dengan menghalalkan pelbagai lagi kemungkaran.
Pengamal undang-undang yang pakar disaran mendepani isu ini supaya kesucian agama dapat dijaga dari tangan-tangan yang cuba manipulasi undang-undang bagi menghalalkan kebatilan.
Saya yakin usaha anda pasti akan ada ganjaran dari Allah kerana menjaga agama dari kemungkaran seperti ini. InsyaAllah
“Rasulullah shallallahu‘alaihiwasallam melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (HR Bukhari No. 5435)
“Barangsiapa mendapati orang yang melakukan perbuatan seperti yang dilakukan kaum Luth (liwat), maka bunuhlah si pelaku dan yang diperlakukan.” (HR Ibnu Majah No. 2561, dinilai sahih oleh Syaikh Al-Albani)
‘Sesungguhnya kalian telah melakukan al-fahisyah (perkara yang sangat jijik), yang belum pernah dilakukan seorang pun di alam ini.” (Surah Al-Ankabut:28)
-mynewsub

5 Suspek Militan ISIS Pulang Ke Malaysia, 3 Ditahan
KUALA LUMPUR – Lima suspek yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam dan Syria (ISIS) telah kembali ke Malaysia sementara tiga daripada mereka telah ditahan, menurut laporan sebuah akhbar.
New Straits Times (NST) melaporkan, Mohamad Fauzi, atau lebih dikenali sebagai Abu Dayyan merupakan salah seorang daripada individu yang ditahan.
Akhbar itu menggambarkan beliau sebagai seorang yang mempunyai ‘lebih daripada satu personaliti’.
Sebelum pulang pada 27 Oktober, Abu Dayyan telah memasuki Syria bersama seorang lagi rakyat Malaysia yang hanya dikenali sebagai Abu Naeem, yang didakwa ‘komander kepada semua operasi’ dalam satu video propaganda oleh ISIS.
Menurut laporan itu, lokasi di mana militan yang pulang itu berada masih kabur.
Bagaimanapun, sumber dilaporkan memberitahu mereka berada di bawah pengawasan pihak polis.
TOP
Video: Lagi Kes Buli, Kali Ini Di Negeri Pantai Timur
PETALING JAYA: Video klip kes buli terbaharu melibatkan remaja perempuan menjadi viral selepas dimuat naik di laman Youtube, awal minggu ini.
Video klip berdurasi enam minit tiga saat itu menunjukkan sekumpulan remaja perempuan lebih kurang lima orang memukul seorang remaja di kawasan tandas awam.
Pada masa sama, seorang lagi rakan mereka bertindak merakamkan kejadian yang dipercayai berlaku di Kelantan berdasarkan dialek mereka.
Mangsa hanya berdiam diri ketika rambutnya ditarik, malah turut ditampar, disepak dan dibelasah menggunakan lutut sehingga terjatuh.
Aksi buli yang bermula di dalam tandas dipercayai tandas awam itu berlarutan hingga ke luar.
Berdasarkan perbualan yang dirakam itu, kumpulan terbabit bengang dengan remaja yang berusia 16 tahun itu kerana dikatakan 'bermulut jahat'. Selepas dipukul dan diherdik kerana tidak berpuas hati dengan kelakuan remaja itu, video itu berakhir dengan kumpulan remaja berkenaan tanpa perasaan kasihan menyuruh remaja itu pulang. Kebelakangan ini, video kes buli yang dimuat naik ke laman sosial seperti menjadi satu trend terkini. Sebelum ini, dua rakaman video kes buli membabitkan pelajar di dua buah sekolah turut tersebar. Berikutan kes itu, polis telah mengenal pasti kes buli itu berlaku di asrama sebuah sekolah di Pontian pada 2010, manakala satu lagi berlaku pada Mei lalu di sekolah anak yatim di Kangar, Perlis. Suspek utama yang berlaku di Pontian itu telah dibuang sekolah pada 2011, manakala polis berjaya menahan enam suspek berusia 13-15 tahun bagi kes di Kangar. Kes itu telah didakwa di Mahkamah Majistret Kangar di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Berita Sedih: Sampel B Ujian Doping Chong Wei POSITIF
Hasil ujian Sampel B milik Datuk Lee Chong Wei,32, yang dikeluarkan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Antidoping (ADAMS) didapati sama dengan keputusan ujian doping Sampel A yang positif sebelum ini.
Walau sudah dijangka, ia tetap keputusan memeritkan buat atlet badminton nombor satu negara ini.
Keputusan ini bermakna Chong Wei perlu menghadapi proses Jawatankuasa Pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk mengetahui hukuman bakal diterima.
Kebiasaannya, jika ujian doping positif maka pemain bakal berdepan hukuman tidak layak menyertai mana-mana kejohanan dan digantung penyertaan selama dua tahun.
Selasa lepas, Chong Wei diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz bersama-sama Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh berangkat ke Norway untuk melihat sendiri ujian terhadap sampel B dilakukan di makmal Hospital Universiti Oslo.
Kesemua mereka menyatakan amat puas hati dengan cara ujian dilakukan.
Chong Wei positif ujian doping bagi sampel A menggunakan air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.
Ujian tersebut mendapati kehadiran bahan terlarang ‘deksametason’ semasa ujian dijalankan.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka mengadakan sidang media petang ini untuk mengumumkan keputusan secara rasmi. - MYNEWSHUB.MY
TOP
Bangla Mati Dalam Tahanan, 3 Anggota Imigresen Direman
Kangar – Tiga penguat kuasa Imigresen negeri ini direman bagi membantu siasatan kes seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh yang mati ketika dalam tahanan.
Penguat kuasa lelaki berusia antara 32 hingga 35 tahun menyerah diri di Balai Polis Kangar, malam tadi.
Mereka kemudian dibawa polis ke Mahkamah Majistret Kangar, pada 11.15 pagi ini.
Perintah reman kemudian dikeluarkan Pendaftar Mahkamah, Monica Joseph Gaisah dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada 6 November lalu, sebuah akhbar melaporkan seorang PATI dimasukkan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) selepas mengalami muntah-muntah dan meninggal dunia di hospital itu pada 2.20 pagi, 4 November, ketika dia menerima rawatan kerana kecederaan. – myMetro Online
TOP
Video: Tak Padan Gemuk Nak Jugak Buat Aksi ‘Superman’ ..
Aksi superman atau baring atas motor sambil menunggang atas jalanraya merupakan antara kegemaran mat rempit di malam hari yang pasti mengundang carutan pemandu lain.
Perbuatan ini cukup bahaya dan mat rempit yang melakukannya boleh dikatakan syok sendiri sedangkan pengguna jalanraya lain menyampah melihatnya.
Bagaimanapun mat rempit dalam video di bawah melakukannya di siang hari dan sesiapa yang melihat pasti tergelak.
Ini kerana berbeza dengan mat rempit yang biasanya berbadan kurus sahaja yang berani melakukan aksi superman, mamat di bawah berbadan gempal dan memiliki kulit muka cukup tebal apabila selamba memperlihatkan skil tersebut di siang hari dalam keadaan kelajuan motor sederhana.
Ramai yang komen memandu di highway pada waktu siang memang amat membosankan dan boleh membawa kepada rasa mengantuk jadi mamat dalam video ini mungkin cuba untuk menghiburkan diri sendiri apabila melakukan aksi ini. Apa pun, aksi Superman tetap berbahaya dan anda dinasihatkan supaya jangan sekali-kali mencubanya ok! - MYNEWSHUB.CC

Video: Bersungguh-Sungguh Adik Ni Minta Maaf Kat ‘Papa’ Dia
BUDAK-budak zaman sekarang memang segala serbi maju ke hadapan jika dibandingkan budak-budak zaman dulu kala.
Sekarang menjadi satu kebiasaan jikalau di awal usia muda pun mereka dah mula bercinta, dengan gaya dan lagak mengalahkan orang yang dah berkahwinlah!
Lovey dovey dia semacam je tengok… (meremang bulu roma seh!)
Macam video di bawah ini, ingatkan dia bersungguh-sungguhlah nak minta maaf kat ayahnya ke apa, sekali video ‘romantis’ ini ditujukan khas buat ‘papa’ dia lah.
Hai, macam-macam kerenah budak-budak sekarang ni kan.. – MYNEWSHUB.CC

Video: Aksi ‘Super Comel’ Awek Korea Nyanyi Chick Beep Beep
Siapa sangka sebuah lagu Itali inspirasi daripada karakter kartun anak ayam “Il Pulcino Pio” yang diterbitkan pada 18 Julai 2012 menjadi cukup hit hingga menjuarai carta lagu selama 8 minggu berturut-turut.
Ia turut menguasai carta lagu di Perancis, Sepanyol, Netherlands dan beberapa negara Eropah lain setelah dialih bahasa.
Antaranya “The Little Chick Cheep” dalam versi Inggeris.
Rahsia kegilaan umum terhadap lagu ini adalah tarian yang diperkenalkan bersamanya menyebabkan ramai orang mula menggoyangkan badan apabila mendengar ia berkumandang. Setelah dua tahun dan dialih ke banyak bahasa, anak ayam Pulcino Pio masih popular selepas banyak parodi dimuat naik di YouTube menggambarkan keletah comel terutama gadis ketika ikut sama menyanyikannya. Namun dalam banyak-banyak parodi dibuat, aksi gadis Korea ini amat menarik dan dikongsikan ramai orang di laman sosial.
Kalau diikutkan gaya menyanyi Pulcini Pio versi Korea iaitu Beep Beep Yau ini pasti mengingatkan kita kembali pada kegilaan Gwiyomi satu masa dulu betul tak? Apa pun, gadis dalam video di atas memang super cute ah! - MYNEWSHUB.CC

Mahkamah Tolak Rayuan Pendakwaan Pembebasan
SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini menolak rayuan pihak pendakwaan berhubung pembebasan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad daripada pertuduhan menganjurkan perhimpunan Black 505 di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman sebelum menolak rayuan itu dalam penghakimannya berkata keputusan itu dibuat atas alasan Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 April lepas.
“Mahkamah Tinggi tidak boleh ubah keputusan Mahkamah Rayuan dalam pertuduhan ini,” katanya.
Pada 25 April lepas, dalam satu keputusan bersejarah, panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof membenarkan permohonan Nik Nazmi, 32, yang juga anggota exco Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya.
Mohd Ariff berkata Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah tidak berperlembagaan memandangkan peruntukan itu di luar batas kuasa Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin perhimpunan aman.
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Mei lalu, melepas tanpa membebaskan Nik Nazmi, bagi pertuduhan menganjurkan perhimpunan Black 505 di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei tahun lepas.
Hakim Yasmin Abdul Razak memutuskan kes itu dianggap pramatang atas alasan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan itu masih belum didengar.
Nik Nazmi, selaku penganjur program didakwa atas kegagalan memaklumkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mengenai perhimpunan itu dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 10 hari sebelum tarikh program.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Petaling Jaya, pukul 8.30 malam, 8 Mei 2013 dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama.
Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum denda sehingga RM10,000.
Pihak perayu diwakili Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin. – BERNAMA
TOP
Mayat Warga Emas Ditemui Tersangkut Di Celah Pokok
REMBAU – Mayat seorang warga emas ditemui tersangkut di celah pokok di Sungai Rembau pagi tadi selepas dia dipercayai terjatuh dari jambatan Kampung Nerasau di sini semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis berkata mayat Mahat Yassin, 77, ditemui satu kilometer dari jarak dia terjatuh kira kira pukul 11.45 pagi.
Mangsa dimaklumkan keluar dari rumahnya kira-kira pukul 11 pagi semalam untuk mengambil pasir di kawasan sungai berkenaan sebelum dia dipercayai terjatuh dari atas jambatan ketika hujan lebat.
“Kehilangannya dilaporkan oleh anggota keluarganya sejak malam tadi, namun operasi mencari dan menyelamat hanya dapat dilakukan pukul 9 pagi tadi,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA
TOP
Jururawat Maut, Kereta Dipandu Rempuh Motosikal
JOHOR BAHRU – Seorang jururawat hospital swasta maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan merempuh sebuah motosikal di Km3, Jalan Kempas Baru di sini, malam tadi.
Ungku Hariani Farahin Ungku Ra’thali, 23, yang ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerja, meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal, Azizan Anuar, 28, cedera parah.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada pukul 8.30 malam.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dari arah Setia
Tropika itu hilang kawalan dan memasuki arah bertentangan lalu merempuh motosikal terbabit,” katanya ketika dihubungi.
Mohd Khamsani berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati keadaan permukaan jalan terbabit basah kerana hujan lebat selain lampu jalan yang samar.
Beliau berkata, mayat jururawat itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk bedah siasat manakala penunggang motosikal itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan. – BERNAMA
TOP
Rumah Kosong Terbakar Angkara Perbuatan Khianat
SEREMBAN – Sebuah unit rumah teres kos sederhana rendah yang tidak berpenghuni di Taman Sri Mahsan di Bahau, musnah 70 peratus dalam kebakaran hari ini dipercayai angkara perbuatan khianat.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, A. Gunaselan berkata tujuh anggota dan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 11.27 pagi.
Katanya siasatan awal mendapati kebakaran bermula pada sofa lama di ruang tamu dipercayai dibakar oleh individu tidak bertanggungjawab yang memasuki rumah kosong berkenaan.
Tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah bersebelahan dan api dipadam sepenuhnya pada 12.10 tengah hari, katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Gunaselan berkata jumlah kerugian dianggarkan RM35,000. – BERNAMA
TOP
MAS Tawar Kadar Khas Untuk Pelancong Dari India
NEW DELHI – Malaysia Airlines bersama Tourism Malaysia sekali lagi menawarkan tambang dua hala yang sangat menarik, bermula serendah 13,987 rupee untuk pelancong dari India ke Malaysia.
Pelancong dari India boleh menempah perjalanan mereka dari Delhi, Mumbai, Hyderabad, Bangalore, Chennai dan Kochi, ke destinasi popular Malaysia seperti Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu.
Bakal penumpang boleh menempah tiket mereka mulai sekarang hingga 18 Nov, 2014 untuk tempoh penerbangan sehingga 31 Mei, 2015.
“Selepas kejayaan tawaran Tahun Melawat Malaysia sebelum ini, kami teruja untuk membawa semula promosi ini terutama bagi pasaran India,” kata Naib Presiden Kanan Serantau, Asia Selatan dan Timur Tengah Malaysia Airlines, Azahar Hamid dalam satu kenyataan hari ini.
Tambang istimewa ini termasuk cukai lapangan terbang, surcaj, elaun bagasi daftar masuk sebanyak 30 kilogram dan elaun bagasi kabin sehingga 7.0 kilogram untuk Kelas Ekonomi. – BERNAMA
TOP
Pemancing Dikhuatiri Hilang Dekat Pulau Perhentian Kecil
BESUT – Seorang pemancing dikuatiri hilang ketika memancing kira-kira dua batu nautika dari Pulau Perhentian Kecil dekat sini semalam.
Bot yang dinaiki Ali Majid, 59, dari Rumah PPRT Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut ditemui kira-kira 2 petang di satu kawasan di pulau itu tanpa kelibatnya.
“Seorang nelayan hanya menemui ikan yang masih segar di dalam bekas ikan di dalam bot itu serta peralatan memancingnya, kata isteri mangsa Hasnah Mat, 52.
Suaminya dikatakan turun ke laut berseorangan pada sebelah pagi.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah mengesahkan kejadian itu dan pihaknya telah melancarkan operai mencari dan menyelamat. – BERNAMA
TOP
Bekas Kerani Syarikat Guaman Didakwa Pecah Amanah
KUALA LUMPUR – Seorang bekas kerani syarikat guaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 260 pertuduhan melakukan pecah amanah dan mencuri wang tunai majikannya membabitkan RM1.18 juta.
P. Kalaiselvi, 44, menghadapi 126 pertuduhan pecah amanah iaitu dengan curang menggunakannya bagi tujuan peribadi lebih RM1 juta yang diamanahkan oleh firma guaman Tetuan R. Vasanthi ke atasnya.
Bagi kesalahan itu, Kalaiselvi didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Wanita itu turut menghadapi 134 pertuduhan mencuri wang tunai majikannya berjumlah RM171,490.48 melalui 160 keping cek bank Bumiputra-Commerce dan didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
Bagi semua pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan itu di firma guaman Tetuan R. Vasanthi & Associates di Tingkat 3, Pearl Court, No. 61 alan Thamby Abdullah, Brickfields, di sini, antara tahun 2006 dan 2009.
Hakim Abdul Rashid Daud membenarkan tertuduh diikat jamin RM120,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Dis ini untuk sebutan kes.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Poad dan tertuduh diwakili peguam S. Prakash. Tertuduh membayar jaminan tersebut. – BERNAMA
TOP
PDRM Cari 2 Remaja Perempuan Dilaporkan Hilang
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan orang ramai mengesa dua remaja perempuan warga Myanmar yang dilaporkan hilang pada 24 Oktober lalu.
PDRM dalam satu kenyataan memberitahu, dua remaja itu dilaporkan hilang di Pasaraya Mydin di Jalan Masjid India di sini.
“Remaja itu dikenali sebagai Roshidah Mohd Rafik, 15, berketinggian 147 cm dan berat 58 kg. Alamat terakhirnya di Taman Sikamat Utama, Seremban, Negeri Sembilan.
“Seorang lagi remaja yang hilang adalah Sharifah Mohd Rafik, 14, tinggi 166 cm dan 81 kg,” kata kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu PDRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali keluarga mangsa menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi ditalian 03-26002222.
Orang ramai boleh juga menyalurkan maklumat dengan menghubungi talian 03-26977099 atau Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur 03-21159999 / SMS ke 32728 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran. – mynewshub.cc
TOP
Mahasiswa Perlu Bijak Gunakan Ruang Untuk Bersuara
ALOR GAJAH – Golongan mahasiswa perlu bijak menggunakan ruang yang ada untuk meluahkan pendapat serta rasa tidak puas hati mereka dan bukan terjebak dengan demonstrasi yang tidak membawa sebarang makna, kata Ketua Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin.
Beliau berkata dunia tanpa sempadan kini tidak menghalang sesiapa sahaja termasuk mahasiswa untuk meluahkan pendapat mereka serta berpolitik tetapi ia seharusnya dilakukan dengan kaedah betul yang tidak mendatangkan kesan negatif kepada mana-mana pihak.
“Memang tidak salah jika mahasiswa mahu memberikan pendapat mereka, malah saya sebagai orang muda juga pernah mengalaminya dan faham perasaan yang dialami mahasiswa.
“Sebab itu kalau ada perasaan tidak berpuas hati, banyak ruang yang boleh digunakan antaranya sudut pidato yang diwujudkan sejak lama dahulu agar mereka boleh gunakan untuk memberikan pendapat mereka,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sokongan Didikan Projek Kemasyarakatan Powertek Berhad di Kuala Sungai Baru di sini, Jumaat.
Mas Ermieyati berkata pemimpin politik di negara ini tidak sepatutnya menggunakan mahasiswa bagi memperjuangkan agenda peribadi mereka, sebaliknya pemimpin itu perlu bersifat prihatin untuk membantu permasalahan yang dihadapi mahasiswa pada masa ini.
Beliau berkata mahasiswa juga perlu menggunakan kebijaksanaan mereka bagi mengelakkan diri mereka terpengaruh dengan dakyah palsu yang mampu membinasakan negara.
“Saya juga pernah menjadi mahasiswa dan saya kira itu adalah waktu terbaik untuk menggunakan masa serta peluang yang ada di universiti bagi menimba ilmu dan pengalaman serta membuat perkara berfaedah,” katanya.
Mas Ermieyati berkata Puteri Umno bersedia menerima sebarang pandangan atau pendapat dari mana-mana mahasiswa yang ingin membantu kerajaan mengatasi masalah sosial di negara ini.
Beliau berkata pihaknya bersedia untuk mengadakan sebarang dialog mahupun perancangan lain bagi memajukan masyarakat terutamanya generasi muda di negara ini.
“Semua orang boleh bercakap dan menghentam kerajaan tetapi kita tidak memberi pandangan bagaimana untuk mengatasi masalah, jadi kita harapkan kepada golongan belia terutamanya mahasiswa tampil memberi pendapat mereka,” katanya. – BERNAMA
TOP
Lelaki Maut Dilanggar Keretapi Di Johor Baharu
JOHOR BAHARU – Seorang lelaki maut akibat dilanggar keretapi di Km 750 arah ke Kempas-Johor Baharu di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi.
Beliau berkata lelaki terbabit yang berumur sekitar 30-an ditemui terlentang kira-kira dua meter dari landasan dengan pergelangan buku lali kaki kanannya putus selain kecederaan pada paha kanan dan kepala.
“Pihak polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.07 pagi. Keretapi ekspres itu dalam perjalanan dari Woodlands, Singapura menuju Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan.
Pemandu keretapi tersebut dilaporkan memberhentikan keretapi berkenaan pada jarak 200 meter dari tempat kejadian selepas kejadian untuk meminta bantuan sebelum meneruskan perjalanan.
Sulaiman berkata tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada lelaki terbabit yang berpakaian baju T berkolar dan berseluar jeans berwarna biru.
“Kawasan kejadian bukan merupakan kawasan lintasan pejalan kaki. Lelaki itu didapati menceroboh kawasan landasan terbabit,” katanya.
Pihak polis meminta waris atau orang ramai yang mengenali lelaki itu supaya menghubungi Balai Polis Majidee bagi pengecaman dan menuntut mayat. – BERNAMA
TOP
Lagi Kuda Maut Di Litar Australia
Perlumbaan kuda berprestij Piala Melbourne di Australia bermula sejak tahun 1861.
MELBOURNE – Kejohanan berprestij Piala Melbourne sekali lagi dicemari insiden buruk apabila beberapa ekor kuda mati atau cedera parah ketika menyertai perlumbaan elit yang memasuki edisi ke-153 tahun di litar terkenal Flemington di sini semalam. Kematian kuda pilihan dari Jepun, Admire Rakti akibat pukulan cemeti si penunggangnya hasil bedah siasat pihak koroner turut mencetuskan bantahan awam di Australia yang mendesak penggunakan tali cambuk itu dikaji semula atau pun diharamkan terus. Kuda berusia tujuh tahun itu rebah sebelum maut di kandangnya ekoran kecederaan teruk sebelum memasuki perlumbaan terakhir pada Isnin manakala rakannya, Araldo juga parah kerana kibaran bendera oleh penonton yang berada terlalu hampir dengan litar. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut tragedi berdarah menimpa kuda perlumbaan dalam kejohanan termahal di dunia dengan jarak litar 3.2 kilometer itu selepas kuda bernama Verema menemui ajal akibat patah tulang belakangnya pada tahun lalu. Badan hak asasi haiwan, Coalition for the Protection of Racehorses mendakwa, sebanyak 125 ekor kuda maut di beberapa litar di seluruh Australia antara 1 Ogos 2013 sehingga 31 Julai 2014 ekoran pukulan keras tali cemeti oleh si penunggang atau joki. “Kami percaya tekanan kuat melangkau had fizikal hayunan tali cambuk itu selain penggunaan kuda muda berusia kurang dua tahun pengalaman berlumba antara faktor kematian banyak kuda,” kata jurucakap badan itu, Ward Young. – Agensi

Wajah Baharu S.League Dikritik
S.League diperkenalkan susulan pasukan kebangsaan Singapura menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia selepas memenangi Piala Malaysia buat kali ke-24 pada musim 1994.
SINGAPURA – Biarpun teruk dikritik peminat tempatan, pihak pengurusan liga bola sepak berprestij Singapura atau S.League tetap mempertahankan tindakan mereka merombak keseluruhan sistem liga itu untuk musim 2015, lapor akhbar tabloid popular Today hari ini. Jurucakap S.League berkata, perubahan wajah liga terpaksa dibuat demi menjadikan ia lebih kukuh dan kompetitif sekali gus menarik ramai peminat datang ke venue dan memeriahkan stadium menyaksikan perlawanan berbanding hanya menonton menerusi televisyen. “Inisiatif ini menawarkan perlawanan lebih berkualiti. Kami beri jaminan tiada pemotongan dana kewangan dan ini bermakna S.League ada banyak sumber untuk mengukuhkan liga profesional ini,” kata seorang pegawai Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS). Di bawah pakej pembaharuan tersebut, S.League hanya akan melibatkan 10 pasukan selain pelaksanaan umur minimum dan maksimum pemain serta pengenalan pelbagai inisiatif untuk menarik ramai pemain asing beraksi di liga yang diwujudkan FAS sejak 1996 itu. Setiap pasukan akan dihadkan memiliki pemain berumur paling tua iaitu 30 tahun ke atas manakala pemain muda bawah 25 tahun digalakkan untuk diambil yang bertujuan bagi membentuk kombinasi pemain berpengalaman bersama-sama bakat baharu. “Pengalaman FAS mendapati, adalah ideal liga ini dikecilkan jumlah pasukan seterusnya sokongan peminat tempatan lebih jitu,” kata pegawai tersebut merujuk laporan Woodlands Wellington dan Hougang United bergabung ekoran rombakan format S.League itu. Liga itu diwujudkan ekoran tindakan pasukan kebangsaan Singapura menarik diri daripada Piala Malaysia pada 1994 dan untuk musim 2015, setiap pasukan akan bermain 27 kali perlawanan dalam format tiga pusingan dari Februari sehingga Oktober. – Agensi

Lelaki Berpakaian Perempuan: Jangan Cabar Hukum Allah
Golongan transgender tersenyum dengan keputusan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus mengisytiharkan Seksyen 66 dengan rasminya terbatal, hari ini.
IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengistiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan perlembagaan sebagai tindakan mencabar hukum Allah S.W.T. Menurut beliau, lelaki berpakaian seperti perempuan atau pun sebaliknya adalah salah satu perkara yang amat bertentangan dengan ajaran Islam justeru ianya perlu disekat. Katanya, tindakan Mahkamah Rayuan itu diibaratkannya sebagai menghalalkan perkara yang haram dan ianya akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam. “Ianya adalah kehendak dan juga hukum agama Islam bukannya adat untuk kita sesuka hati menghalalkan. Haram untuk lelaki menyerupai wanita. “Saya amat sedih, udang-udang tersebut diwujudkan bagi menjaga akhlak orang Islam untuk tidak melanggar hukum syarak Islam. Tetapi sekarang ianya seperti dihalalkan. “Dengan keputusan yang dibuat, masyrakat khususnya orang Islam akan bebas melakukan dosa dan melanggar syarak Islam tanpa rasa takut. Jangan kita mengundang bala” katanya ketika ditemui di pejabatnya pada Jumaat. Dr. Harussani juga turut menasihatkan orang ramai untuk memahami ilmu agama dengan lebih mendalaman supaya setiap perbuatan tidak akan bercanggah dengan fahaman agama Islam. “Saya harap orang ramai faham kehendak agama, belajar dan kenal Allah S.W.T serta hukum-hukumnya. “Memang kita digalak menjadi liberal, tetapi liberal dalam soal pembangunan, jangan sampai kita mencabar tuhan dan mengubah hukumnya sendiri,” ujarnya. Menurut laman portal Malaysian Insider, Mahkamah Rayuan pada Jumaat telah mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah tidak berperlembagaan. Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus berkata seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan. Keputusan sebulat suara itu bermakna undang-undang yang sama di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan juga tidak sah dan batal, katanya memetik portal tersebut. – Astro Awani

Mayat Wanita Kena Kerat Ditemui Di Taman Botani, Georgetown
KEJAM lagi mengerikan!
Itulah keadaan mayat seorang wanita yang ditemui di Taman Botani atau Taman Kebun Bunga Pulau Pinang di Georgetown, semalam.
Penemuan mayat dimaklumkan kepada Balai Polis Pulau Tikus kira-kira jam 11.20 pagi oleh orang awam yang terjumpa satu beg pakaian berwarna hitam di kawasan parkir hadapan surau Al-Aslah yang berbau busuk dengan sebelah tangan manusia terjulur di dalamnya.
Polis bersama pegawai dan anggota forensik segera dikejarkan ke tempat kejadian.
Hasil pemeriksaan Pakar Potologi Dato’ Bhupinder Singh mendapati di dalam beg terdapat satu mayat tidak sempurna di mana anggota badan yang tinggal hanya dari bahagian pusat hingga ke leher sahaja. Turut terdapat dalam beg, dua belah tangan yang dipotong.
Dipercayai, mayat sudah terbiar lebih 24 hingga 36 jam sebelum ditemui.
Mayat kemudiannya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.
- MYNEWSHUB.MY

Guna CCTV Intai Pemain Besbol Di Hotel
Aksi pemain The Lotte Giants dalam salah satu perlawanan liga besbol profesional tempatan Korea Selatan.
SEOUL – Suruhanjaya hak asasi manusia Korea Selatan hari ini akan melancarkan siasatan berhubung tindakan pihak pengurusan sebuah pasukan bola lisut terkenal, The Lotte Giants yang memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengintai pemain mereka sendiri. Jurucakap badan hak asasi kebangsaan itu berkata, pihaknya memutuskan siasatan perlu dilakukan bagi mengetahui sama ada tindakan skodeng tersebut melanggar hak peribadi walaupun presiden pasukan itu, Choi Ha-jin dan dua pegawai atasannya meletak jawatan. “Kes ini amat serius dan ia mungkin mencabuli hak privasi seseorang,” kata pegawai suruhanjaya itu selepas media Korea Selatan mendedahkan rakaman CCTV tersebut yang dirakamkan antara April sehingga Jun lalu bagi mengintip kelakuan setiap pemain. Ha-jin dalam reaksiknya mengakui telah mengarahkan pemasangan kamera rahsia itu di bilik hotel pemain menginap apabila beraksi di tempat pasukan lawan untuk memastikan mereka tidak membocorkan rahsia strategi kelab profesional yang berpusat di bandar Busan itu. Beliau mendakwa, semua pemain sudah dimaklumkan setiap pergerakan mereka dipantau pihak pengurusan besbol itu namun, pemain pula menjelaskan tidak sedar kewujudan CCTV rahsia itu yang dipasang secara sembunyi bagi mengintai gerak-geri mereka. – Agensi

Polis KK Tahan 3 Suspek Kes Samun, Pecah Rumah
KOTA KINABALU – Polis percaya berjaya menyelesaikan lima kes samun, curi dan pecah rumah berikutan penahanan tiga suspek lelaki di Inanam, Menggatal dan Luyang, empat hari lepas.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M.Chandra berkata polis turut menemukan beberapa barangan yang disamun termasuk sebuah kereta Toyota Prius, wang tunai, topeng, telefon bimbit, rokok dan senjata yang dianggarkan bernilai RM132,000.
Suspek berumur antara 18 hingga 22 tahun dan dua daripada mereka didapati positif dadah manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, Chandra berkata sebanyak 31 unit komputer dan 22 mesin permainan bernilai RM300,000 dirampas dalam serbuan di sini bagi membanteras aktiviti perjudian haram melalui internet antara 26 Okt hingga 4 Nov lalu.
Katanya sepanjang operasi itu, tujuh lelaki berumur antara 19 hingga 32 tahun dan seorang wanita berumur 48 tahun ditahan dan polis turut merampas 1,200 token dan wang tunai RM6,400 daripada mereka.
Dalam perkembangan lain, Chandra mengingatkan individu yang memiliki dan menyimpan senapang angin atau senjata tiruan supaya menyerahkan kepada pihak polis bagi mengelak mereka daripada diambil tindakan. – BERNAMA
TOP
JPJ Diarah Bayar Ganti Rugi RM76,835 Kepada Peniaga
SHAH ALAM – Seorang peniaga hari ini menang dalam samannya terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung pembelian sebuah kereta curi dalam lelongan awam jabatan itu, enam tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rozana Ali Yusoff, memerintahkan JPJ membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM76,835 kepada Mohd Iskandar Idris, selaku plaintif.
Dalam penghakimannya, beliau berkata JPJ telah gagal menguruskan penjualan secara tender hingga menyusahkan plaintif.
Mohd Iskandar, 32, memfailkan saman terhadap Adenan Md Isa, Penolong Pengarah JPJ Selangor, Ketua Pengarah JPJ dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan 12 September 2012 menerusi Tetuan Hakimi & Partners, Mohd Iskandar berkata pada 31 Oktober 2008 beliau membeli sebuah kereta Perodua Kancil pada harga RM1,250 dalam satu lelongan awam yang dijalankan JPJ di Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, Shah Alam.
Beliau mendakwa diberitahu oleh JPJ bahawa kereta itu adalah sah untuk dimiliki dan hak milik boleh ditukar kepada namanya tanpa sebarang masalah.
Namun pada 14 September 2009, plaintif ditahan polis atas alasan memiliki kereta curi dan digari di khalayak ramai ketika berniaga menjual minuman di sebuah pasar Ramadan.
Beliau kemudian dibawa ke Balai Polis Seapark, Petaling Jaya, untuk soal siasat.
Dalam saman itu, Mohd Iskandar mendakwa beliau terkejut apabila diberitahu polis bahawa kenderaan yang dibeli adalah kenderaan curi walhal beliau membelinya dalam lelongan awam yang dijalankan JPJ.
Beliau dibebaskan dengan jaminan polis setelah polis berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan sebelum kenderaan itu disita.
Mohd Iskandar berkata, beliau sempat mendapatkan semula kereta itu tetapi ia sudah dileraikan semasa dalam penyimpanan dan perlu dibaiki.
Plaintif menuntut RM12,335 untuk ganti rugi khas, kos, dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA
TOP
Kehadiran Penyokong Anwar Tidak Pengaruhi Keputusan Mahkamah
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kesal dengan laporan akhbar Utusan Malaysia pada 6 November lalu bertajuk “Kes Anwar: Majlis Peguam, Suhakam amalkan dwi standard”.
Pemangku Pengerusi Suhakam, Datuk Dr. Khaw Lake Tee berkata, perhimpunan aman termasuk di luar mahkamah mesti diiktiraf sebagai satu bentuk demokrasi yang sah untuk orang ramai menyatakan pendirian mereka.
“Suhakam tidak menerima sebarang aduan mengenai dakwaan salah laku atau tindakan dalam perhimpunan yang berlaku di luar Istana Kehakiman di Putrajaya.
“Suhakam yakin perhimpunan tersebut tidak boleh mempengaruhi, menghalang penemuan, keputusan atau penghakiman mahkamah atau menjejaskan kebebasan badan kehakiman berkenaan untuk memberikan keadilan dalam rayuan kes itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lake Tee berkata, Suhakam tidak boleh membuat kenyataan berhubung perkara itu kerana Suhakam dihalang sepertimana yang terkandung oleh Akta penubuhannya untuk membuat sebarang kenyataan sesuatu kes yang masih berada di bawah pertimbangan kehakiman.
Akhbar Utusan Malaysia sebelum ini membidas Majlis Peguam dan Suhakam kerana ‘memilih bulu’ dengan membiarkan sahaja para penyokong Anwar mencabar sistem undang-undang dan menggunakan demonstrasi jalan raya untuk mempertahankan Ketua Pembangkang itu.
Menurut akhbar itu, kedua-dua institusi tersebut perlu sedar bahawa bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan juga mempunyai hak untuk mendapatkan keadilan daripada sistem undang-undang di Malaysia tanpa dipengaruhi ugutan demonstrasi para penyokong Ketua Pembangkang itu. – mynewshub.cc
TOP
PDRM Beri Amaran Kepada Penyokong Anwar
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati proses perundangan yang sedang dihadapi ketua pembangkang tersebut di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, proses perundangan ke atas Anwar itu dalam konsep kedaulatan undang-undang seperti yang termaktub dalam Rukun negara.
Justeru, katanya, penyokong Anwar diminta memberi kerjasama kepada pihak mahkamah dalam membuat keputusan kes liwat tersebut bagi memberi keadilan kepada pihak yang terlibat dalam rayuan kes berkenaan.
“Mereka diminta agar bertenang dan menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh mahkamah kelak. Mereka juga dinasihatkan tidak mengambil tindakan ditangan sendiri.
“Melakukan perarakan, kekacauan, rusuhan atau pecah keamanan bagi menghalang proses undang-undang merupakan satu kesalahan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.;
Mohamad Fuzi berkata, pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas bagi memastikan proses perundangan berjalan dengan adil dan teratur bagi menjamin keselamatan dan kenteteraman awam terus terjamin. – mynewshub.cc
TOP
Nostalgia: Model Handphone Nokia Yang Pernah Jadi Kegilaan
Adakah anda masih ingat dengan jenama NOKIA yang merupakan pelopor kebanyakan jenama telefon bimbit pada masa dahulu?
Kini jenama Nokia bukan lagi pilihan utama kebanyakan pengguna tetapi buat mereka yang membesar pada tahun 90-an dan awal 2000, pastinya tidak akan dapat melupakan betapa berjasanya Nokia dalam hidup mereka satu masa dahulu.
Ini kerana pada tahun-tahun tersebut, Nokia sememangnya jadi rebutan sebagai pengeluar telefon bimbit paling menyerlah dengan pelbagai jenis rekaan yang menarik perhatian.
Keberanian Nokia menghasilkan pelbagai reka bentuk telefon bimbit agak pelik bila dilihat tetapi sebenarnya sangat unik dari segi keseniannya.
Ketika itu, telefon pintar secanggih buatan iPhone, Samsung, Sony dan lain-lain yang ada seperti hari ini langsung tidak pernah terbayang akan wujud.
Biarpun Nokia kini bukanlah lagi sebuah jenama sepopular dulu, berikut kami persembahkan rekaan-rekaan telefon bimbit lama buatan Nokia yang menjadi kegemaran ramai satu ketika dulu.
Dapat dilihat rekaan Nokia bukanlah sekadar telefon bimbit yang lebih kurang sahaja rekaannya pada hari ini – berbentuk petak dengan skrin besar memenuhi ruang.
Nokia 2300
Nokia 3220
Nokia 5210
Nokia 7210
Nokia 8910i
Nokia PIRSM
Nokia 7370
Nokia 7600
Nokia N-GAGE
Nokia N93
Nokia 5700
Nokia 3200
Nokia 3650
Nokia 5510
Oleh: hzqahmd/MYEWNSUB.CC
Nokia 2300
Nokia 3220
Nokia 5210
Nokia 7210
Nokia 8910i
Nokia PIRSM
Nokia 7370
Nokia 7600
Nokia N-GAGE
Nokia N93
Nokia 5700
Nokia 3200
Nokia 3650
Nokia 5510
Oleh: hzqahmd/MYEWNSUB.CC
TOP
Xiaomi Akan Keluarkan Kamera Seumpama GoPro
Xiaomi, jenama yang agak popular dengan peranti mudah-alih meliputi pelbagai kategori daripada telefon bimbit, hinggalah produk memfokuskan rumah pintar.
Terkini, Xiaomi akan keluarkan kamera aksi seumpama GoPro tidak lama lagi.
Kamara aksi ini dijangka menyertakan lensa dengan rakaman luas meliputi 138-darjah sudut rakaman.
Contoh prototaip
Kamera aksi Xiaomi juga membawakan sokongan rakaman 4K pada kadar 30fps, atau 1080p pada kadar 120fps di mana rakaman akan disimpan terus pada kad-SD yang digunakan.
Salah satu perkara yang menjadi tarikan peranti Xiaomi adalah harganya, dan jualan terus melalui web. Buat masa ini, harga rasmi tidak diketahui dan berkemungkinan ia akan ditawarkan untuk pasaran China sahaja terlebih dahulu. Sumber: gizchina Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Aplikasi Spring Buat Anda Lebih Tinggi, Langsing Dalam Gambar
Antara aplikasi yang ‘wajib ada’ pada telefon pintar anda tentu lah Instagram bukan?
Itu belum lagi pelbagai lagi aplikasi lain yang menjadikan gambar nampak lebih cantik dan menarik di alam maya.
Jika penggunaan Instagram dapat menonjolkan kualiti imej gambar anda, bagaimana pula dengan aplikasi yang memberikan imej anda tampak lebih tinggi dan langsing di dalam gambar?
Semua ini dapat dilakukan hanya dengan menggunakan sebuah applikasi yang dinamakan Spring. Applikasi yang boleh dimuat turun secara percuma bagi peranti iOS dan juga Android.
Seperti namanya , ia bertindak seperti ‘spring’ yang meregangkan badan.
Anda hanya perlu memilih dua ke tiga titik badan yang ingin yang dipanjangkan misalnya bahu, pinggang, atau buku lali.
Hasilnya, kini tubuh anda bak supermodel terkenal.
Selamat mencuba.
Muat turun (Android): Spring
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

David Beckham Turun Malaysia 12 November Ini
Ini berita baik buat peminat bekas bintang bola sepak antarabangsa, David Beckham. Yelah, sebelum ini, Beckham pernah dijadual untuk turun ke Malaysia pada Anugerah Sukan Dunia yang diadakan di Istana Negara Mac lalu, namun tidak dapat hadir.
Tetapi, pada peetengahan November depan, beliau bakal membuat kemunculannya di Malaysia bersempena pelancaran jenama wiski baru keluaran Diageo bersama ikon fesyen, Datuk Jimmy Choo.
Haig Club, produk terbaru yang tercipta hasil kerjasama Diageo bersama-sama Beckham dan taikun industri muzik Britain, Simon Fuller.
Selain Malaysia, pelancaran turut akan dilakukan di China, Vietnam, Singapura, Korea Selatan dan Amerika Syarikat. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Liverpool Sudah Belajar Erti Perit, Sedia Temu Chelsea
LIVERPOOL – Brendan Rodgers berkata Liverpool mahu membuktikan mereka sudah belajar kesilapan, musim lalu tewas kepada Chelsea apabila pemainnya bakal turun ke gelanggang dalam misi membalas dendam ke atas pendahulu liga itu, esok.
The Reds melepaskan peluang terbaik menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kali sejak 1990
selepas kesilapan berharga daripada Steven Gerrard menyaksikan mereka tewas 2-0 di Anfield, April lalu.
Kekalahan anak didik Rodgers itu sekadar membantu laluan Manchester City dimahkotakan selaku juara.
“Kami sudah belajar daripada kesilapan itu. Ini cabaran baharu dan sudah pasti ia satu perlawanan sukar bagi kami,” kata Rodgers.
“Mereka belum kalah lagi dan pasukan terkuat ketika ini dalam liga. Sebab itu mereka berada di tangga teratas. Bagi kami keyakinan tetap tinggi setiap kali beraksi di Anfield tanpa mengira siapa lawan kami.
“Kami yakin kami dapat turun ke gelanggang dan mendapat keputusan baik nanti.”
Rodgers membuat kejutan pada pertengahan minggu ini apabila menentang Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara tanpa kapten, Steven Gerrard dan pemain tonggak lain – Raheem Sterling, Mario Balotelli, Jordan Henderson, Glen Johnson, Dejan Lovren dan Philippe Coutinho.
Liverpool tewas 0-1 dan mengundang pelbagai kritikan daripada bekas pemain, pegawai, pemerhati bola sepak dan juga Jose Mourinho. – AFP
TOP
Boateng Kekal Jurulatih Kelantan Musim Depan – Annuar
KOTA BAHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih mengekalkan George Boateng sebagai jurulatih skuad Kelantan bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Presidennya Tan Sri Annuar Musa berkata spekulasi mengenai kedatangan jurulatih baharu ke Kelantan adalah tidak benar.
“KAFA malam tadi telah memutuskan untuk mengekalkan Boateng semusim lagi dengan perancangan baharu yang lebih mantap.
“Boateng akan dibantu oleh Hashim Mustapa, Sideek Samsudin dan Ismail Chawalit Abu Bakar,” kata Annuar dalam entri terbarunya dalam laman sosial Facebooknya, hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan masa depan Boateng menjadi tanda tanya apabila KAFA dilaporkan tidak berminat untuk menyambung kontraknya dan nama-nama seperti Mohd Azraai Khor Abdullah dan V. Sundramoorthy dikhabarkan akan menjadi pengendali Kelantan yang baharu.
Beliau berkata pihaknya juga masih mengekalkan Azman Ibrahim sebagai pengurus ‘The Red Warriors’ pada musim hadapan.
Sebagai rekod, pasukan Kelantan menduduki tangga keenam Liga Super musim ini dengan pungutan 31 mata selain mara ke peringkat separuh akhir Piala FA. – BERNAMA
TOP
Real Madrid Tagih Kembali Khidmat Angel Di Maria
BERKEMUNGKINAN besar khabar angin mengatakan bintang bola sepak Real Madrid, Gareth Bale berhijrah ke Manchester United bakal menjadi kenyataan pada musim hadapan.
Ini kerana, Real Madrid dikatakan berminat untuk mendapatkan kembali khidmat pemain sayap Red Devils, Angel Di Maria.
Menurut laporan Daily Express, Madrid dikatakan bersetuju untuk melepaskan Bale untuk mendapatkan Di Maria daripada pasukan kendalian pengurus Louis Van Gaal itu.
Sebelum ini, Madrid menjual Di Maria dengan perjanjian £59 juta (RM312 juta), tetapi kini mereka cuba mendapatkan kembali pemain kebangsaan Argentina itu dengan harapan Man U bersetuju dengan perpindahan Bale ke Old Trafford. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Gaji Penyerang Pahang, Gopi RM200,000 Sebulan?
Kuantan – Penyerang lincah Pahang, R Gopinathan menafikan menerima tawaran gaji RM200,000 sebulan daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) musim depan.
“Sebagai pemain tempatan, agak mustahil saya berpeluang menerima tawaran sebegitu besar, cerita ini semuanya palsu, sengaja direka oleh pihak tertentu.
“Saya terkejut mendengar cerita ini yang kini sudah tersebar hingga saya sendiri tidak selesa,” kata pemain kelahiran Kuantan itu.
Dia yang kini menjalani latihan bersama skuad kebangsaan berkata, kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) akan berakhir hujung bulan ini.
Gopi masih belum memikirkan pasukan musim depan dan perbincangan dengan PBNP akan dilakukan selepas ini apabila Presiden Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah mengumumkan untuk mengekalkan semua pemain yang ada. – myMetro Online
TOP
Stadium Olimpik 2020 Buruk Macam Penyu?
TOKYO – Seorang arkitek terkemuka Jepun dan dianggap antara arkitek terbaik dunia, Arata Isozaki, mengkritik reka bentuk Stadium Olimpik yang bakal dijadikan venue utama temasya terbesar antarabangsa di sini pada 2020 sebagai amat buruk seumpama seekor penyu.
Stadium utama sukan musim panas itu yang dihasilkan warga British kelahiran Iraq, Zaha Hadid turut dikritik ramai arkitek tempatan sebagai amat mahal dari segi kos pembinaan dan bakal menjejaskan kawasan persekitaran yang terkenal dengan landskap kehijauan.
“Dua tahun lalu, saya fikir cadangan Zaha akan menggambarkan reka bentuk urban abad ke-21, namun sebaik melihat balik lukisan beliau, saya amat terkejut mendapati ia terlalu buruk seperti seekor penyu,” kata Isozaki ketika dihubungi agensi berita AFP hari ini.
Arkitek berusia 83 tahun secara sinis berkata, imej penyu pada bentuk stadium itu seumpama menanti Jepun cepat tenggelam karam agar ia boleh berenang ke tempat lain pula manakala pengkritik lain membidas saiz bangunan yang terlalu besar dan bajet kos amat mahal.
Isozaki yang terkenal dalam mereka bentuk banyak mercu tanda terbaik di dunia termasuk stadium tertutup Olimpik Barcelona Sepanyol 1992 dan arena utama Olimpik Musim Sejuk Turin Itali 1996 bagaimanapun hairan dengan idea rekaan terbaharu Zaha kali ini.
“Dia seorang wanita cukup profesional dan hasil kerjanya sebelum ini amat cemerlang. Saya rasa masih belum terlambat minta Zaha cipta semula dengan rekaan lain,” kata Isozaki yang pernah terlibat dalam pasukan reka bentuk tama tema Disney di Florida, Amerika Syarikat.
Gabenor Tokyo, Yoichi Masuzoe baru-baru ini dilaporkan berkata, pihaknya mengkaji semula pembinaan 10 fasiliti sukan baharu selain pengubahsuaian dua kompleks sukan sedia ada manakala stadium utama dianggarkan bernilai AS$1.6 bilion (RM5.3 bilion). – Agensi
TOP
Belly Dancing Inspirasi Coli Baharu Victoria’s Secret, Fantasy Bra
PENGELUAR pakaian dalam wanita popular, Victoria’s Secret sekali lagi menghasilkan produk coli terbaharu hasil sentuhan pereka, Pascal Mouawad yang berinspirasikan penari ‘belly dancing’.
Diberi nama Fantasy Bra, coli ini dihasilkan cukup eksklusif hingga harganya dikatakan mencecah sehingga USD2 juta (RM6 juta). Fantasy Bra yang didatangkan dalam dua warna iaitu merah dan biru akan diperagakan oleh dua supermodel terkenal, Alessandra Ambrosio dan Adriana Lima pada pertunjukan fesyen Victoria’s Secret, Disember depan.
Fantasy Bra dihiasi pelbagai hiasan antaranya berlian, rubi dan sapphires serta memasukkan elemen belly dancing menerusi rantaian hiasan di bahagian perut, bahu dan tangan pemakai. – MYNEWSHUB.CC

Penganalisis Ramal Bursa Malaysia Cecah 2,020 Mata Tahun Depan
KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dijangka mencatat rekod tertinggi dalam sejarah hampir empat dekad penubuhannya apabila Indeks Komposit mungkin melepasi 1,900 mata akhir tahun ini dan tidak mustahil mencecah 2,020 mata pada hujung tahun depan.
Keyakinan tersebut disuarakan penganalisis terkemuka, Datuk Dr. Nazri Khan dan secara kebetulan angka 2,020 mata itu menyerupai tahun keramat 2020 yang disasarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk Malaysia mencapai status negara maju.
Dr Nazri Khan
“Saya optimis indeks boleh capai 2,020 mata menjelang akhir 2015, malah tahun ini pun indeks dijangka boleh melepasi paras psikologi 1,900 mata sekali gus jadi angka ‘magic’ tanda aras kepada pasaran komposit tempatan,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Beliau yang juga Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Pelabur Runcit Affin Hwang Capital berkata, setelah berpisah daripada bursa Singapura, prestasi indeks tempatan amat positif bahkan sejarah membuktikan ia menokok kira-kira 30 peratus sejak ditubuhkan 1977. Sekadar rekod, indeks meliputi 100 syarikat terbesar Malaysia yang jadi penunjuk kekuatan iktisad negara kita pernah jatuh teruk serendah 261 mata ketika krisis ekonomi Asia 1998 sebelum pulih melepasi 1,000 mata pada tahun 2000 dan kini berlegar sekitar 1,800 mata. Dr. Nazri turut mengumumkan Persatuan Penganalisis Teknikal Malaysia (MATA) ditubuhkan sejak Februari lalu hasil inisiatif Persatuan Remiser Bumiputera Malaysia telah menerima pengiktirafan badan profesional penganalisis saham terkemuka Britain bulan lalu. “Hasil tauliah ini, 47 remiser perintis MATA yang melalui beberapa proses saringan ketat kini diiktiraf serta boleh berkhidmat dengan institusi analisis saham di seluruh dunia,” katanya menambah, Indonesia dan Singapura sudah lama memiliki badan sedemikian. Beliau yang juga Presiden MATA menyasarkan, organisasi itu akan mempunyai lebih 1,000 penganalisis saham berdaftar menjelang akhir 2015 dan berharap kredibiliti badan tersebut setanding dengan persatuan profesional lain seperti akauntan, doktor, jurutera atau peguam. Pada masa ini ujar Dr. Nazri, dianggarkan terdapat lebih 100,000 remiser atau peniaga saham berlesen yang sedia memberi perkhidmatan bimbingan berkaitan risiko saham tempatan namun jumlah remiser bumiputera jauh amat kecil iaitu kira-kira empat peratus sahaja. “Ini begitu menyedihkan kita walhal jumlah dagangan pasaran modal saham tahun ini dianggarkan kira-kira RM1.5 trilion, justeru kita harap dapat anjur banyak seminar kesedaran saham agar golongan bumiputera merebut peluang menerusi pelaburan bursa,” katanya. - MYNEWSHUB.CC

Rizalman Ibrahim Reka Dalaman Mitsubishi ASX Edisi Pereka
DALAM diam-diam rupanya pereka fesyen terkenal ni ada je projek terbaharunya.
Rizalman Ibrahim kini telah meluaskan karya rekaannya menerusi sebuah kereta dan bukan calang-calang kereta pula tu.
Bekerjasama dengan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Rizalman melakar rekaan dan perincian dalaman kereta Mitsubishi ASX Edisi Pereka yang ternyata sangat menarik dan stylish. Antaranya, tempat duduk berwarna kelabu diperbuat daripada kulit dengan sedikit sentuhan jalur kuning.
Mitsubishi ASX Edisi Pereka boleh dikenal dengan mudah kerana berbeza dengan model biasa. Ia diberikan sentuhan rugged di bahagian luar dengan rim aloi 17 inci berkemasan matte, garisan melintang kelabu dari bonet depan hingga belakang, ekzos krom hitam dan spoiler belakang bersaiz lebih besar serta dipasang LED lampu brek ketiga.
Model ASX Edisi Pereka hanya dikeluarkan sebanyak 180 unit, terdapat dalam varian warna kelabu titanium dan dijual pada harga RM135,515.30. – MYNEWSHUB.CC

Gambar: Padah Tak Rajin Bersihkan Tempat Tidur
Seorang wanita di Londan mengalami penderitaan kulit yang amat teruk gara-gara digigit pepijat yang terdapat pada tilamnya.
Carol Knight, 41, juga terpaksa membakar tilam dan beberapa perabot lain kerana habis rosak akibat digigit serangga berbisa tersebut.
Carol berkata, dia telah memanggil pengawal serangga bagi memusnahkan serangga tersebut namun tidak berhasil kerana selepas beberapa hari, beribu-ribu pepijat akan kembali hadir menghantui hidup Carol dan menghisap darahnya.
Situasi digambarkan bertambah teruk pada waktu malam menyebabkan Carol mengalami kesukaran untuk tidur kerana terseksa dengan kegatalan pada seluruh badan. Carol memaklumkan, keadaan kulitnya bertambah teruk dari hari ke hari dan kelihatan menjijikkan. Bagaimanapun Carol menyatakan, dia akan terus berusaha untuk menghalau pepijat dengan mengupah pelbagai pengawal serangga dengan harapan masalah ini akan selesai akhirnya.
Untuk pengetahuan anda, pepijat amat gemar pada tempat yang gelap dan tersorok seperti tempat tidur manusia bagi menetaskan telur-telurnya. Meskipun pepijat dibunuh namun telur-telur tersebut akan meneruskan legasi keturunannya sebagai penghisap darah manusia. Antara cara yang boleh dilakukan bagi memusnahkan pepijat adalah merendam kesemua cadar dengan air panas dan menjemur tilam dan bantal di bawah cahaya terik matahari. Jadi pastikan, rajin-rajin cuci tilam dan tempat tidur anda agar terhindar daripada gangguan hama dan pepijat seperti dialami Carol! - MYNEWSHUB.CC

Blogger Seks Alvin Tan Sengaja Cetus Isu Lagi
Umum mengenali Alvin Tan yang ditahan beberapa bulan lalu akibat penghinaannya kepada umat Islam melalui muat turun satu gambar tentang berbuka puasa dengan Bak Kut Teh (hidangan berasaskan khinzir).
Namun, ia tidak menghalang lelaki ini dari meneruskan misinya melakukan provokasi dan mencetuskan isu. Jika sebelum ini dia mengutuk kerajaan kerana belum berjaya mengambil tindakan terhadapnya, kini dia hadir dengan isu baru.
Melalui ‘posting’ terkini di laman Facebooknya, dia menulis pula tentang isu pemakaian kostum berupa uniform pramugari MAS yang menjadi buah mulut ramai akibat ia tidak sensitif.
alvin-fb-M
Bagai mencurah api ke minyak, dia menganggap isu tersebut sebagai sesuatu yang kelakar dan tindakan tidak bertamadun pihak berkenaan sebagai kreatif!
Gambar pemakaian tersebut menjadi viral di Internet apabila beberapa individu di luar negara memakai pakaian yang mengaitkan tragedi kapal terbang MAS, MH17 yang terhempas di Ukraine.
Melalui ruangan komen pula, dia mengaitkan isu tersebut dengan kesnya yang terdahulu bersama bekas teman wanitanya, Vivian Lee.
“… banyak pihak tampil dan berkata kepada saya yang gurauan tentang Bak Ku Teh pada bulan Ramadan itu sesuatu yang kelakar, termasuk beberapa orang Islam.”
“Tidak semestinya jika golongan minoriti yang lantang bersuara, maka golongan majoriti yang diam, peduli tentang isu ini. Orang Malaysia perlu membezakan antara tak kelakar dan menghina.”
Dia kini telah melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi memohon suaka politik di sana. – MYNEWSHUB.CC
TOP
8 Penuntut UM Ditawar Masuk Unisel @ KUIS Jika Kena Buang
Salah seorang penuntut Universiti Malaya (UM) yang dibicarakan hari ini, Fahmi Zainol bersama Anwar Ibrahim.
Nasib lapan orang pelajar Universiti Malaya (UM) termasuk penganjurnya, Fahmi Zainol bakal terjawab dalam prosiding tatatertib yang dijalankan hari ini. Namun, belum pun keputusan dijatuhkan, Exco Pendidikan, Pembangunan Sosial Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan negeri Selangor bakal membantu sekumpulan pelajar tersebut untuk menyambung pengajian di institusi pengajian miliknya.
Nik Nazmi Nik Ahmad
Ujar Nik Nazmi, peluang tersebut bakal diberikan kepada Fahmi dan tujuh lagi mahasiswa UM dan bakal ditempatkan sama ada di Universiti Industri Selangor (UNISEL) atau Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). “Sekiranya UM bertindak menjatuhkan hukuman berat dengan menggantung atau membuang mereka daripada universiti, saya sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor akan buat yang terbaik untuk memastikan mereka diberi peluang untuk menyambung pelajaran mereka,” ujarnya. Dia yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) digunakan pihak tertentu bagi untuk menghalang mahasiswa bersuara membincangkan perihal politik negara. Prosiding tatatertib yang melibatkan Fahmi Zainol kerana tuduhan menganjurkan Pidato Umum Anwar Ibrahim 40 Tahun : Dari UM Ke Penjara tanpa kebenaran pihak universiti, sedang berlangsung hari ini di bawah Seksyen 16B AUKU 1971. Fahmi yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa UM, walau bagaimanapun memohon sesi tersebut ditangguhkan bagi melakukan persedian dengan lebih teliti. Ujarnya kepada portal The Rakyat Post melalui mesej di aplikasi Whatsapp, dia dan beberapa individu lain memohon pihak universiti mempertimbangkan penangguhan tersebut sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu lagi. - MYNEWSHUB.CC

Dua Lagi Mayat Mangsa Tanah Runtuh Ditemui
CAMERON HIGHLANDS – Dua lagi mayat tragedi banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands ditemui pagi tadi.
Mayat lelaki dan wanita warga Indonesia itu ditemui tertimbus sedalam kira-kira satu meter berhampiran lokasi kejadian di Lembah Bertam, kira-kira 11.05 pagi.
Ia kini menjadikan keseluruhan lima mangsa yang terkorban dalam kejadian Rabu lepas itu.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Zahari Wan Busu berkata, kedua-dua mangsa merupakan pekerja kebun sayur di Sungai Kabok, yang dikenali sebagai Suwalis, 40, dan Yunita, 41.
Kedua-dua mayat ditemui dalam keadaan masih berselimut.
“Kita percaya mangsa sedang tidur ketika kejadian tanpa menyedari berlaku tanah runtuh dari atas mereka,” katanya di pusat kawalan operasi dan bencana di Lembah Bertam hari ini.
Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom di Tanah Rata untuk dibedah siasat.
Sementara itu operasi mencari dan menyelamat dihentikan sejak tengah hari tadi setelah pihak polis membuat penggeledahan di lokasi kejadian.
“Kita setakat ini mengesahkan tiada lagi mangsa dalam kejadian tanah runtuh ini. Bagaimanapun pusat kawalan operasi bencana akan terus dibuka di Lembah Bertam bagi memantau keadaan cuaca dan pelepasan air yang mungkin berlaku lagi sekiranya hujan turun petang ini,” kata Wan Zahari.
Kejadian itu turut mengorbankan seorang pelajar lelaki R. Punesh, 13, yang ditemui lemas di Sungai Terlom, Kampung Raja; seorang pekerja kebun sayur warga Indonesia yang dikenali sebagai Anipan, 48, yang ditemui tertimbus di Lembah Bertam.
Seorang lagi mangsa ialah seorang pekerja kebun sayur warga Nepal, Md Yousuf Miya, 66, yang tertimbus di Jalan Ulu Merah, Ringlet. – BERNAMA
TOP
Pos M’sia Siasat Dakwaan Daun Ketum Dihantar Guna PosLaju
KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan menyiasat dakwaan bahawa daun ketum dihantar oleh sindiket menggunakan perkhidmatan PosLaju.
Ia akan turut menyiasat sama ada pekerjanya turut terbabit dengan sindiket itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, jurucakapnya berkata Pos Malaysia memandang serius dakwaan itu dan tidak akan bertolak ansur dengan pekerja yang melanggar undang-undang.
“Pos Malaysia akan menyokong dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menyiasat,” katanya.
Dilaporkan Polis Daerah Wangsa Maju telah menahan sepasang lelaki dan wanita berumur 26 dan 44 tahun Rabu lalu kerana menjalankan sindiket memproses air daun ketum dengan menggunakan PosLaju untuk menghantar daun ketum.
Pihak polis turut menyiasat kemungkinan pekerja PosLaju terbabit dengan sindiket berkenaan.
Peraturan Pejabat Pos 1947 menghalang penghantar daripada menggunakan perkhidmatan pos untuk menghantar bahan sedemikian termasuk bahan merbahaya.
Sehubungan itu, orang ramai diminta melapor aktiviti haram dan salah guna bahan pos ke talian 1-300-300-300. – BERNAMA
TOP
Pembaca Iktiraf Asam Laksa Ah Cheng Paling Sedap
ASAM laksa daripada kiosk makanan Ah Cheng Laksa telah diiktiraf sebagai asam laksa terbaik oleh pembaca surat khabar berbahasa Inggeris tempatan, The Star.
Asam laksa dari premis terbabit dikatakan yang paling menetapi citarasa kebanyakan penggemar asam laksa di sekitar Lembah Klang.
Pada asalnya, Edmund yang merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan mendapat idea untuk mengembangkan perniagaan ini selepas tidak memjumpai satu gerai masakan laksa di sekitar Lembah Klang yang setanding dengan air tangan mak ciknya, Tan Mei Cheng, yang membuka gerai jualan asam laksa di Simpang Empat, Alor Setar. Selepas menamatkan pengajiannya, Edmund nekad membuka perniagaan berasaskan laksa sebagai tarikan utama dan belajar memasak daripada mak ciknya sendiri. Kiosk pertama Ah Cheng Laksa adalah di Summit USJ yang dibuka 11 tahun lalu. Sehingga kini, Ah Cheng Laksa sudah pun mempunyai sebanyak 15 cawangan di sekitar Lembah Klang, antaranya di Times Square, The Curve dan Giant Seksyen 13, Shah Alam. - MYNEWSHUB.CC

Obama Hantar Lagi Surat Rahsia Untuk Khamenei
Ali Khamenei
WASHINGTON DC – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama secara rahsia pernah menulis surat yang dikirimkan terus kepada pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei pada bulan lalu, lapor akhbar perniagaan terkenal, The Wall Street Journal semalam. Antara isi kandungan surat tersebut ialah membincangkan kemungkinan bekerjasama dengan negara Syiah itu bagi menentang kumpulan militan Islamic States (IS) yang menguasai sebahagian wilayah Iraq dan Syria sehingga mengancam keselamatan negara-negara jiran. Namun jurucakap White House, Josh Earnest pada sidang media harian di sini hari ini enggan mengesah atau menafikan laporan itu dan menjelaskan: “Saya bukan dalam kedudukan untuk mendedahkan isi perbincangan peribadi antara Presiden AS dengan pemimpin asing.” AS tiada hubungan rasmi dengan Iran sejak 1979 susulan insiden berdarah rampasan kedutaan negara itu di Teheran dalam krisis tebusan pegawai diplomatik AS selama 444 hari yang menyaksikan Raja Shah Pahlavi turut digulingkan ketika berada di luar negara. Dalam surat itu, Obama meminta Khamenei menjalin kerjasama memerangi IS namun ia masih bergantung kepada perkembangan rundingan berhubung pertikaian program nuklear Iran yang dijangka perlu ditamatkan menjelang tarikh akhir 24 November. Akhbar itu melaporkan, ia surat keempat dihantar Obama kepada Khamenei sejak pemimpin berkenaan mengambil alih pentadbiran daripada George W Bush pada 2009 namun White House mendakwa, pemimpin Iran itu tidak pernah membalas surat tersebut. – Agensi

Tanam Bulu Kemaluan, Kegilaan Terbaru Wanita Korea Selatan
Tidak dapat dinafikan bagi sesetengah individu di Korea Selatan, pembedahan plastik mampu mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik.
Namun sebuah laporan dari negara tersebut menunjukkan trend kecantikan terbaru yang hangat diperkatakan ialah ‘menanam bulu kemaluan’.
Ya, jika sebelum ini trend menyimpan bulu ketiak sudah membuatkan kita loya, bagaimana pula dengan trend menanam bulu kemaluan yang boleh dikira lebih dasyat ini?
Menurut mereka, amalan membiarkan bulu kemaluan (pubis) sehingga tebal dan lebat dilihat sebagai tanda keseburan dan kesejahteraan seksual.
Dalam sebuah kajian di sana mendapati, perempuan yang mempunyai bulu pubis yang kurang adalah besar kemungkinan menghidapi penyakit ‘pubic atrichosis, iaitu tahap keseburan yang kurang berbanding wanita yang mempunyai bulu pubis yang tebal.
Hanya 10 peratus daripada wanita di Korea menghidapnya yang kebanyakkanya berpunca daripada psikologi dan stress.
Prosedur penambahan bulu pubis ini dilakukan dalam bentuk pembedahan yang berkos £1250 (RM6625) dan mengambil masa selama dua hingga empat jam.
Menurut mereka juga, individu yang melakukan pembedahan penanam bulu pubis tersebut boleh menempah reka bentuk seperti tiga segi, petak, bujur dan paling terkenal sekali bagi kebanyakan mereka ialah bentuk kipas.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
TOP
Visual Paling Jujur Ditemui Pada Kotak Rokok Thailand
Gejala merokok dilihat semakin membimbangkan. Tanyalah pada penghisap tegar sendiri meskipun menyedari kesan buruk yang bakal menimpa esok hari tetapi mereka seakan pasrah akibat ketagihan.
Meskipun dinasihat berjuta kali, namun ianya diibaratkan bagai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Lihat sahaja langkah kerajaan yang tidak henti melaksanakan pelbagai kempen, pun tak jalan. Begitu juga pengumuman kenaikan harga rokok sebanyak RM 1.50 sen, juga bagai tak jadi kudis langsung buat perokok Sogokan pelbagai visual penyakit berbahaya dan mengerunkan pada kotak rokok juga, nyata tak mampu mematahkan niat perokok tegar daripada terus melakukan tabiat ini.
Namun di Thailand, lain pula paparan visual pada kotak rokok mereka di mana ia bersifat lebih jelas dan nyata. Demi sebuah kesedaran bagi masyarakat sejagat, pihak berkuasa Thailand memaparkan gambar sekujur tubuh badan yang sudah menjadi ARWAH.
Begitu sekali peringatan negara jiran kita ini, memang serius, tegas dan menakutkan.
Visual sebegini sepatutnya mampu menginsafkan bahawa merokok sama seperti membunuh diri sendiri dan orang tersayang di sekeliling.
Hmm, tapi rasanya ini pun macam tak jalan juga kot…

Politikus India Kantoi Berlakon Sapu Sampah
Narendra Modi (tengah) menyapu sampah sebagai simbolik pelancaran kempen 'Clean India' bagi mendidik rakyat menjaga kebersihan.
NEW DELHI – Tindakan seorang ahli politik parti pemerintah India yang mahu menjadi terkenal di negara itu dengan menyapu sampah, akhirnya ‘memakan diri’ sendiri apabila didapati berlakon membersihkan kotoran yang sebenarnya dibuang pekerjanya sendiri. Satish Upadhyay (gambar bawah), pemimpin Parti Bharatiya Janata di ibu negara India itu pada mulanya menerima pujian ramai penduduk kerana sanggup menyahut kempen Perdana Menteri, Narendra Modi yang melancarkan kempen kebersihan ‘Clean India’ pada bulan lalu.
Malangnya seorang pekerja beliau secara tidak sengaja merakamkan gambar mereka terlebih dulu buang sampah-sarap kecil termasuk daun-daun kering di tepi sebatang jalan di pinggir bandar itu sebelum Upadhyay datang ‘berlakon’ sibuk menyapu kotoran terbabit.
Gambar aksi pemimpin itu menjadi viral menerusi laman sosial apabila diterbitkan akhbar Mail Today awal minggu ini namun populariti itu cuma sementara apabila beberapa foto pekerja Upadhyay menabur sampah kemudian disiarkan beberapa akhbar tempatan lain. Ramai penduduk segera meluahkan perasaan marah kepada pemimpin itu menerusi Twitter sehingga penanda #CheatingCleanIndia menjadi hashtag paling popular di India setakat 7 November sebagai tempat melepaskan geram ekoran tindakan penipuan Upadhyay itu. Namun beliau tetap mempertahankan aksi itu sebagai tidak salah. Kempen kebersihan besar-besaran yang dilancarkan Modi itu turut melibatkan ramai ahli politik, bintang filem popular termasuk Salman Khan dan ahli perniagaan terkenal seperti Anil Ambani. – Agensi

Ingin Belajar Sesuatu? Anda Harus Lihat Ini.
Sejak berdekad lalu, masyarakat didedahkan dengan pelbagai hasil ciptaan teknologi, seperti mesin jahit, kipas angin dan senjata api. Namun berapa ramai yang tahu bagaimana alatan ini berfungsi?
Selain itu, masyarakat hanya mengetahui tentang kesan rempuhan Tsunami namun tidak tahu bagaimana fenomena semulajadi tersebut boleh berlaku.
Usah bimbang, pembaca tidak perlu merenung skrin komputer untuk membaca penerangan kerana informasi tentang perkara yang berlaku di sekeliling akan diperoleh hanya dengan melihat imej di bawah.
Melalui GIF atau Graphics Interchange Format, imej bergerak yang terhasil akan memberi penjelasan kepada pembaca tentang perkara-perkara yang mungkin tidak pernah diketahui sebelum ini. 1. Proses motor kipas berpusing
2. Proses mencacah tatu di kulit
3. Proses ketika meledakkan peluru dari senjata api
4. Cara zip berfungsi
5. Proses haiwan bersayap terbang
6. Proses menghasilkan efek angin pada ‘cape’ karakter Superman
7. Proses menghasilkan topi keledar tentera
8. Cara mesin jahit berfungsi
9. Proses membetulkan kedudukan gigi menggunakan
‘braces’
10. Proses produksi dan pasca-produksi dalam pembikinan filem
11. Proses pembentukan ombak Tsunamiani_tidal

Malaysia Didakwa Godam Portal Berita Amerika Syarikat
KUALA LUMPUR – Sebuah portal berita alam sekitar di Amerika Syarikat (AS) hari ini mendakwa penggodam kerajaan Malaysia menutup laman web itu selama dua jam ekoran artikel mengenai penyelewengan seorang pemimpin negara ini dalam kes pembalakan.
Ketua Editor Environment News Service (ENS), Sunny Lewis dalam satu e-mel kepada agensi berita AFP di sini berkata, penggodaman itu dikesan setelah pihaknya menyiarkan berita berdasarkan buku menceritatkan perihal rasuah pemimpin politik tersebut.
“Serangan ke atas portal kami dikesan berasal dari sebuah entiti kerajaan Malaysia berasaskan pada pengenalan alamat IP penggodam itu,” katanya sambil menambah sistem pelayan laman mereka tergendala kira-kira dua jam sebelum berjaya dipulihkan.
Lewis percaya ia susulan tindakan ENS menerbitkan artikel dipetik daripada buku bertajuk Money Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia oleh Lukas Straumann biarpun menerima tuntutan sebuah firma guaman untuk tidak menyiarkan petikan buku itu.
Lukas Straumann
Difahamkan buku tersebut mendedahkan kononnya bekas ketua menteri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud; yang kini Yang Dipertua Negeri itu; terlibat dalam kegiatan pembalakan sehingga memusnahkan sebahagian besar sumber kayu hutan bernilai tinggi di Sarawak.
Tun Abdul Taib Mahmud
Kerajaan Sarawak sebelum ini mendakwa, laporan buku itu sebagai tidak berasas dan dianggap cubaan jahat pihak asing bagi merosakkan imej Abdul Taib kononnya beliau memperoleh kekayaan amat besar hasil daripada aktiviti pembalakan. – Agensi

Luluh Hati Lihat Gambar Bogel Anak Di Facebook, Ibu Mahu Saman
Luluh hati seorang ibu apabila mendapat khabar tentang penyebaran foto bogel anaknya yang dikatakan cuba mencuri motosikal di perkarangan Masjid Pauh Lima, Kota Bharu, Rabu lalu.
Kecewa dengan tindakan melulu penduduk, ibu remaja terbabit akan membuat laporan sejurus selepas berjumpa dengan anaknya nanti.
“Kalau mereka pukul, saya boleh terima, tetapi bila orang bogelkan dia, memang itu perkara yang memalukan kami sekeluarga,” ujarnya kepada portal The Rakyat Post.
“Biarpun dia bersalah, masih ada banyak cara menghukumnya.”
Tambahnya lagi, tindakan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, malah ia dilakukan di perkarangan masjid yang sepatutnya ditentang kerana membuka aib individu.
“Saya dapat tahu perkara ini melalui laman sosial Facebook, dan bila lihat saya terus cam yang itu anak saya. Apa yang lebih saya kesal adalah tindakan orang ramai yang membogelkan anak saya.”
Selain itu, ibu remaja yang berusia 15 tahun itu juga merayu kepada orang ramai agar menghentikan penyebaran gambar bogel anaknya.
Sementara itu, Imam Masjid Pauh Lima, Ibrahim Ahmad, 69 berkata, beliau dan beberapa jemaah lain juga terkejut dengan tindakan melulu sesetengah pihak yang membogelkan remaja terbabit. “Saya keluar lambat setelah selesai solat Isyak, dan tak sangka orang ramai bogelkan remaja itu. Saya tak tahu siapa yang lakukan,” ujarnya. Beliau yang cuba menghalang perlakuan tersebut daripada berterusan, walau bagaimanapun gagal kerana orang terlalu ramai.
Mengulas mengenai kejadian itu semalam, Mufti Selangor, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Islam melarang umatnya untuk mendedahkan keaiban individu lain walaupun dia melakukan kesalahan. “Kita tidak boleh mengambil tindakan sendiri yang menyimpang dari undang-undang negara dan hukuman tidak boleh diambil mengikut pandangan kita semata-mata,” ujarnya. Selari dengan pandangan Mohamad Shukri, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, orang awam yang berjaya menangkap mana-mana individu disyaki melakukan jenayah, ditegah membuat keputusan sendiri bagi menghukumnya. Apa yang sepatutnya dilakukan adalah menyerahkan individu tersebut kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Remaja tersebut kini berada dalam tahanan reman selama empat hari bermula Rabu, dan pihak polis sedang melakukan siasatan rapi tentang insiden tersebut. Tambah Mazlan, kejadian membogelkan individu terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, kerana mengaibkan, dan mahkamah memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – MYNEWSHUB.CC

Sebab Anwar Beri Keterangan Dari Kandang Tertuduh
PUTRAJAYA — Peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Gopal Sri Ram, dalam hujah penutupnya bagi rayuan terakhir pemimpin pembangkang terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun, memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa penasihat PKR itu tidak patut dipersalahkan kerana memilih memberikan kenyataan dari kandang tertuduh berhubung konspirasi untuk menamatkan karier politiknya.
Sri Ram, seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan, berkata Anwar memilih untuk melakukan ini kerana pengalaman masa lalu di mana mahkamah rendah mensabitkan beliau atas tuduhan yang sama (kerana meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar) tetapi kemudiannya dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1.
Beliau juga memberitahu panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria bahawa dalam kes semasa yang melibatkan Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu adalah seorang lelaki yang mempunyai motif dan saksi yang tiada nilai.
“Hakim perbicaraan (Mahkamah Tinggi) itu terkhilaf apabila memberikan banyak tumpuan kepada pembuktian apabila kredibiliti Mohd Saiful Bukhari diragui,” beliau memberitahu panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria pada hari kelapan prosiding rayuan.
Sri Ram juga menyebut beberapa kes undang-undang yang menyatakan apabila kredibiliti itu kurang, maka pembuktian tidak lagi relevan.
Beliau berkata pada peringkat pembelaan, hakim perbicaraan telah memutuskan bahawa ia bukan 100 peratus selamat untuk mensabitkan Anwar memandangkan keterangan saksi utama (Mohd Saiful Bukhari) tidak menyokong bukti DNA yang merupakan titik penting kes pendakwaan.
Sebelum itu, Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa gambar Mohd Saiful Bukhari menghidangkan teh di rumah Anwar sehari selepas kejadian yang didakwa itu perlu diterima sebagai eksibit memandangkan orang yang di dalam gambar itu mengakui bahawa dia ada di sana, tanpa memanggil siapa yang membancuhnya.
Beliau berkata foto itu adalah relevan untuk menunjukkan perilaku Mohd Saiful Bukhari, yang mana pihak pembelaan berhujah kelihatan normal dan gembira, tetapi ia tidak ditandakan sebagai eksibit semasa perbicaraan.
Setelah Sri Ram membuat kesimpulan penghujahannya, ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bangun dan meminta izin mahkamah untuk menjawab hujah pembelaan mengenai isu persetujuan berkaitan pertuduhan liwat.
Bagaimanapun, Arifin berkata kepada Muhammad Shafee untuk berbuat demikian secara bertulis.
“Ia (rayuan) telah tamat, kecuali jika ada isu-isu baharu,” katanya.
Empat hakim yang lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Dalam rayuan itu, Anwar, 67, memohon kepada Mahkamah Persekutuan mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini setelah mengubah keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar.
Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 27, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful dengan alasan mahkamah itu tidak pasti 100 peratus tentang integriti sampel yang diambil bagi ujian DNA daripada individu yang didakwa menjadi mangsa.
Mahkamah itu memutuskan bahawa sampel berkenaan mungkin telah diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis.
Bagaimanapun, ketika mensabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat itu, Mahkamah Rayuan berpendapat hakim perbicaraan terkhilaf dalam dapatannya tentang sampel berkenaan, yang didasarkan kepada keterangan dua saksi pakar yang dipanggil pihak pembelaan.– BERNAMA
No comments:
Post a Comment