TOP
Kerajaan Ambil Alih Pembersihan Tandas Awam Mulai 2016
PORT DICKSON: Kerajaan pusat akan mengambil alih aktiviti pembersihan tandas awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mulai 2016 bagi memastikan ia bersih dan selesa pada setiap masa, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau berkata pengambilalihan itu selaras dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) dan seiring dengan Pelan Tindakan Transformasi PBT yang sedang dibangunkan kementerian.
"Kementerian saya akan berbincang dengan pihak berkuasa negeri dan PBT yang sedia menerima pakai akta tersebut, berhubung pelaksanaan langkah baharu ini yang dijangka berkuat kuasa pada 2016," katanya dalam kenyataan diedarkan kepada media pada majlis pelancaran sambutan Hari Tandas Sedunia 2014 peringkat kebangsaan di sini, Sabtu.
Beliau berkata bagi negeri-negeri yang belum menerima Akta 672, dinasihat memperuntukkan sejumlah bajet bagi tindakan menyelenggara dan membaik pulih tandas awam di kawasan masing-masing.
Katanya kementerian juga akan membuat semakan semula bagi terma rujukan projek-projek untuk memperlihatkan kesungguhan menangani isu kebersihan tandas awam.
"Garis panduan dan SOP (Prosedur Operasi Standard) pembersihan tandas awam akan disemak dan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya.
Sementara itu, dalam teks ucapan beliau pada majlis itu yang dibacakan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Arpah Abdul Razak, Abdul Rahman berkata setiap tahun kementerian memperuntukkan sekurang-kurangnya RM5 juta untuk menaik taraf atau membina tandas baharu di PBT seluruh negara.
Katanya pada tahun ini sebanyak RM26.5 juta diagihkan kepada PBT bagi memperbaiki dan menaik taraf tandas awam di seluruh negara menerusi program 'My Beautiful Malaysia (My BM)'.
"Namun pada keseluruhannya tandas kita masih kotor, menjijikkan dan banyak yang tidak selamat digunakan. Sinki yang bocor, mangkuk tandas yang pecah, pintu tandas yang tidak boleh dikunci adalah antara mimpi ngeri tandas di negara ini.
"Vandalisme tandas awam begitu berleluasa iaitu tandas dengan sengaja dikotorkan, peralatannya dicuri, dinding diconteng dan pintu dipecahkan. Keadaan ini bukan sahaja menjejas imej dan nama baik negara dalam kalangan pelancong asing, tetapi ia tidak baik untuk kesihatan dan keselesaan kita sendiri," katanya.
Justeru, katanya pelaksanaan peraturan baharu itu diharap membantu dalam menyediakan tandas awam yang bermutu dan bersih, serta menjadi kebanggaan rakyat dan pelancong.
Pada majlis itu, 12 kategori pemenang pertandingan 'Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia' menerima hadiah masing-masing.- mstar online
TOP
Cameron Highlands: Majikan Sorok Pekerja Asing Elak Ditahan
Pekerja Bangladesh bekerja dalam ketakutan di Kg Taman Sedia.
CAMERON HIGHLANDS: Tindakan keras terhadap pekerja haram menyebabkan majikan mengambil keputusan dengan menyembunyikan pekerja-pekerja mereka. Penduduk tempatan mendakwa ramai pekerja asing melarikan diri namun sejumlah besar masih berada di situ. Seorang wanita di Kg Taman Sedia berkata, kebanyakan pekerja asing disembunyikan oleh majikan masing-masing di kampungnya. "Jika mereka tidak menyembunyikan pekerja-pekerja ini, siapa yang akan membuat kerja di ladang?," katanya. Tambah wanita yang tidak mahu dikenali ini berkata, sesetengah daripada mereka meninggalkan rumah seawal pagi keluar membeli bekalan di kedai. Manakala salah seorang pemilik kedai Zaki,46, berkata, hanya warga Bangladesh sahaja yang berani keluar di tempat terbuka kerana mereka mempunyai dokumen yang sah. "Sebelum operasi dijalankan, anda seperti berada di negara lain apabila datang ke pasar malam Kg Raja," jelasnya sambil ketawa. Tambahnya, sebahagian daripada mereka yang tidak mempunyai dokumen sah telah melarikan diri ke dalam hutan yang berhampiran. Pekerja Bangladesh Abdul Jalil, 33, berkata: "Kami takut. Walaupun kita mempunyai permit, kita takut. Itulah sebabnya kita tidak pergi ke bandar lagi." Agensi penguatkuasaan telah melancarkan tindakan keras ke atas pendatang tanpa izin di sini, dan telah menangkap 181 pekerja asing sejak 9 November lalu. Persatuan Penanam Sayur-Sayuran Cameron Highlands merayu operasi itu dikurangkan kerana ia telah menakutkan pekerja-pekerja (haram dan tidak haram). Setiausahanya,Chay Ee Mong berkata, dia turut meluahkan kebimbangannya itu kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ketika baginda menghadiri mesyuarat di Daerah Cameron Highland dan Pejabat Tanah pada Khamis. "Saya bertanya kepada Tuanku siapa yana akan bekerja di ladang jika tindakan terlalu ketat yang dikenakan oleh pihak berkuasa," katanya. Menurut Chay, Sultan memberi jaminan ntuk memnbantu penduduk tempatan di sini. Jelasnya lagi, para petani menghadapi banyak masalah ketika proses pengambilan secara sah warga asing ini. Sesetengah daripada mereka menjadi pekerja haram selepas majikan gagal memperbaharui pasport. Penanam bunga, Wong Seng Yee berkata penduduk tempatan yang mahu pekerja asing perlu melalui banyak peringkat sebelum mendapat kelulusan. Mereka terpaksa menunggu beberapa bulan untuk mendapatkan kelulusan bagi sekumpulan pekerja asing. "Jika kita mendapatkan pekerja asing dalam tempoh enam bulan itu dianggap sangat cepat," katanya, sambil menambah bahawa ladang mereka akan menjadi sia-sia sehingga mereka mendapatkan pekerja. Katanya, seorang petani boleh menghabiskan sehingga RM4,000 hanya untuk membawa pekerja asing ke Malaysia, tidak termasuk tambang udara. Wong berkata, warga asing terus dihantar pulang jika mereka gagal pemeriksaan kesihatan selepas dua minggu memasuki negara ini. "Inilah sebabnya mengapa orang-orang di sini (mengambil) jalan pintas menggunakan pekerja asing tanpa izin," katanya. Jabatan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim berkata hampir 60,000 pendatang, termasuk banduan (tamat hukuman) dihantar pulang dari Malaysia setakat tahun ini. Mereka termasuk 24,614 Indonesia, 6,834 rakyat Bangladesh dan Filipina 6483, katanya dalam satu kenyataan.- mstar online

Tony Pua Dituntut Mohon Maaf Kepada PM
PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dituntut mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pua diminta berbuat demikian berikutan ucapannya dalam satu majlis makan malam anjuran DAP pada 3 November lalu yang dimuta naik dalam YouTube.
Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata surat tuntutan itu disampaikan kepada Pua yang merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pada pukul 3 petang Jumaat.
"Dalam video itu beliau mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak seperti seorang raja yang terlibat dalam sejarah skandal terbesar merompak rakyat.
"Kami telah meminta permohonan maaf secara bertulis dan menggesa beliau menarik balik kenyataannya," kata Hafarizam ketika dihubungi The Star Online.
Pua mengesahkan bahawa beliau menerima notis berkenaan.- mstar online
TOP
Kawalan Kendiri, Elak Jadi Mangsa Teknologi - SKMM
KUALA LUMPUR: Dalam era kemajuan teknologi komunikasi masa kini, masyarakat khususnya generasi muda mestilah bijak melakukan kawalan kendiri maklumat di alam maya, kata Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi.
Beliau berkata kebijaksanaan berfikir sangat penting untuk menganalisis dan memahami maklumat yang diperoleh menerusi Internet sebelum menyebarkannya.
Kegagalan berbuat demikian, katanya boleh menyebabkan seseorang individu berkenaan terdedah kepada bahaya dan implikasi yang tidak dijangka, termasuk menjadi mangsa kepada pihak tidak bertanggungjawab.
"Dengan teknologi baharu yang lebih terbuka, masyarakat perlu berhati-hati menggunakannya. Penting untuk kita fikir, analisa dan fahami sesuatu maklumat, sebelum kita buat keputusan untuk menyebarkannya.
"Yang penting adalah proses berfikir. Jari tidak boleh lebih pantas daripada otak," katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel dalam sesi 'Pengenalan Hyperconnectivity' pada Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2014 (Pemanas 2014) di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Dalam sesi itu, beliau dan empat anggota panel lain berkongsi pandangan mengenai 'hyperconnectivity' atau kesalinghubungan digital yang berlaku di seluruh dunia pada setiap masa.
Mohamed Shahril menarik perhatian bahawa SKMM menerima antara 30 dan 40 aduan kes manipulasi gambar setiap bulan, termasuk dimuat naik ke laman-laman lucah.
Komunikasi tanpa sempadan hari ini membolehkan masyarakat memperoleh maklumat tanpa tapisan selain membuka ruang kepada penyalahgunaan media sosial untuk mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan atau menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
Bagi tempoh Januari hingga Ogos, SKMM menerima 1,225 aduan mengenai salah guna laman sosial.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TIME dotCom Afzal Abdul Rahim berkata meskipun 'hyperconnection' membolehkan orang ramai berkomunikasi dan mencari maklumat dengan mudah, ia mestilah diseimbangkan dengan penuh tanggungjawab.
Berpendapat bahawa dunia Internet perlu bersifat bebas dan tidak disekat, Afzal berkata terserah kepada pengguna dan pembaca untuk menilai kandungannya.
Pemanas 2014, yang diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2014, menghimpunkan 240 mahasiswa dari dalam dan luar negara bagi berkongsi fikiran mengenai isu-isu semasa.- mstar online
TOP
Mahasiswa Perlu Lengkap Diri Dengan 'Hyperconnectivity' Untuk Bangunkan Negara - TPM
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergambar bersama mahasiswa dan mahasiswi di Majlis Makan Malam Penutup Persidangan Mahasiswa Nasional di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, malam Ahad. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati mahasiswa Malaysia di dalam dan luar negara supaya melengkapkan diri dengan kemahiran aplikasi "hyperconnectivity" atau kesalinghubungan digital, dalam usaha untuk membangunkan negara. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, mahasiswa selaku bakal pemimpin masa depan perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kemajuan serta pembangunan dalam bidang teknologi dan komunikasi maklumat bagi menghadapi cabaran yang semakin sukar. "Kepimpinan pada masa depan akan lebih mencabar. Maka, saudara saudari (mahasiswa) akan berdepan dengan manusia yang bermaklumat dan tahu hak mereka. "Selain itu, hyperconnectivity juga perlu untuk membina generasi bijak pandai yang terarah kepada 'thinker global' dan bukannya yang biasa-biasa sahaja," katanya ketika berucap merasmi penutupan Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam Ahad. Persidangan dua hari itu yang bermula semalam dihadiri 240 mahasiswa dari universiti tempatan dan luar negara. Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Menceritakan pengalaman sewaktu aktif dalam Pergerakan Pemuda Umno pada suatu ketika dahulu, Muhyiddin juga Timbalan Presiden Umno berkata, pada ketika itu, berkomunikasi agak sukar kerana kekangan capaian maklumat termasuk ketiadaan alat komunikasi yang canggih. "Ledakan ilmu belum berlaku secara luas ketika itu, ledakan teknologi belum sampai ke tahap seperti hari ini di mana dengan adanya ledakan media sosial sebarang maklumat dari seantero dunia boleh diperoleh mengikut 'real time' (tepat masa)," katanya. Mengulas mengenai penganjuran persidangan PEMANAS, Muhyiddin berkata, ia merupakan satu platform interaktif yang amat baik kerana memberi ruang untuk mahasiswa menyuarakan pelbagai pandangan serta pendapat mengenai Umno dan kerajaan. Malah, katanya persidangan itu juga menjadi medan untuk memilih wakil mahasiswa yang akan berucap dan berbahas dalam Perhimpunan Agung 2014 pada 25 hingga 29 November ini. "Harap semasa perhimpunan (wakil) mahasiswa dapat menyampaikan usul yang bermutu. Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Majlis Tertinggi akan beri perhatian terhadap usul saudara saudari," katanya. Muhyiddin berkata, hanya Umno sahaja parti yang memberi ruang kepada mahasiswa untuk berucap di hadapan barisan kepimpinan dan berkongsi idea demi kemajuan serta kemakmuran negara. "Tiada negara atau pertubuhan politik yang menawarkan ruang begitu baik sekali di mana pemimpin muda mahasiwa di letak sebaris dalam forum yang sama dengan para pemimpin. "Ini buktikan kita iktiraf keupayaan dan kebijaksanaan golongan muda untuk ambil tempat yang penting untuk suarakan idea," katanya. Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan Anugerah Kelab Umno Terbaik kepada Kelab Umno Medan, Indonesia; Kelab Umno London, Britain; Kelab Umno Korea; Kelab Umno Mansura, Mesir; Kelab Umno Auckland, New Zealand dan Kelab Umno New York-East Coast, Amerika Syarikat. Muhyiddin juga menyampaikan beberapa Anugerah Biro Pendidikan Umno kepada Ahmad Zulfadli Jusoh dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang menerima Anugerah Tokoh Pentadbir Universiti 2014, Prof Madya Dr Mohd Yahya Mohd Ariffin dari Universiti Sains Islam Malaysia menerima Anugerah Tokoh Pensyarah Universiti 2014 dan Persatuan Aumni Pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara yang menerima Anugerah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Mahasiswa Terbaik 2014. Nuramalina Mat Yusoff dari Universiti Teknologi Mara pula menerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Siswi 2014, Nor Mohd Afif Osman dari Universiti Teknologi Malaysia menerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Siswa 2014 dan Muhamad Nur Aizat Noor Azam dari Universiti Teknologi Malaysia menerima Anugerah Khas Biro Pendidikan Umno Malaysia.- mstar online

Usahawan Bumiputera Bangun Teknologi Canggih 'Smartz Screen'
Noor Azman membuat demonstrasi penggunaan 'Smartz Screen' di laman media sempena Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Ahad.
KUALA LUMPUR: Hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang menyeluruh telah berjaya membantu seorang usahawan Bumiputera membangunkan produk 'Smartz Screen', teknologi pelbagai sentuhan LCD tempatan yang canggih dan praktikal. 'Smartz Screen' menggabungkan enam gajet dalam satu iaitu televisyen, komputer, kamera, papan putih interaktif, projekor/papan skrin dan pembesar suara, kata Noor Azman Nordin yang mengambil masa selama setahun untuk menghasilkan produk tersebut. "Selain praktikal, ia berkebolehan 'memainkan' lima aplikasi serentak bermakna ia boleh digunakan untuk melayari internet, menonton televisyen, 'menulis' di papan putih interaktif dan perbualan video dalam masa sama," katanya kepada Bernama, Ahad. Pengarah Urusan Reka Makmur Sdn Bhd itu ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, di mana syarikat tersebut menyediakan enam buah 'Smartz Screen' untuk digunakan pada Perhimpunan Agung Umno 2014 yang bermula Selasa. Beliau berkata, perhimpunan itu menjadi platform untuk memperkenalkan 'Smartz Screen' sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada penghujung Januari depan. "Ini merupakan peluang terbaik untuk mempamerkan kebolehan anak tempatan bersaing dalam bidang teknologi, kerana kami tidak bimbang bersaing dari segi teknologi kerana kami yakin kemampuan kami tidak kurang hebatnya dengan produk luar. "Apa yang kami perlukan adalah sokongan dan kepercayaan masyarakat kerana ramai yang mempunyai persepsi bahawa produk teknologi jenama luar adalah lebih baik tanpa memberi peluang kepada produk tempatan," katanya. Menjelas lanjut mengenai 'Smartz Screen', Noor Azman berkata perisian komputernya menggunakan perisian Window 7 ke atas dan pemprosesan Intel Core i5 dan boleh dioperasikan dengan sentuhan 10 jari. Ini bermaksud, mengambil kira seorang individu menggunakan dua jari untuk menyentuh paparan skrin bagi melayari internet, 'Smartz Screen' boleh digunakan oleh lima individu serentak. 'Smartz Screen' yang didatangkan dalam lima saiz iaitu 55 inci, 58 inci, 65 inci, 70 inci dan 84 inci turut 'dilindungi' oleh 'tempered glass' setebal 4 milimeter dan dilengkapi sistem anti-glare untuk mengurangkan bayang-bayang pada permukaan skrin. Mereka yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai 'Smartz Screen' boleh melayari laman web www.rekamakmur.com.my. - mstar online

Mahasiswa Jangan Mudah Terpedaya Dakyah Pembangkang - Ibrahim Shah
Ibrahim Shah
KUALA LUMPUR: Golongan mahasiswa diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan dakyah parti pembangkang sebaliknya perlu berfikir secara waras untuk meneruskan agenda transformasi negara. Pengerusi Biro Pendidikan Umno, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Shah Abu Shah yang memberikan peringatan itu berkata mahasiswa juga perlu bijak menilai segala perkara atau 'posting' pembangkang melalui media sosial. "Mahasiswa berhak untuk membaca tetapi mereka harus memahami media baharu tidak memberikan 100 peratus fakta tepat malah lebih 50 peratus hanya pandangan negatif tidak berasaskan kepada fakta dan ilmu pengetahuan. "Jangan mudah dipengaruhi dakyah pembangkang," katanya ketika memberi ucapan pembukaan pada hari kedua Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2014 (Pemanas) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Ahad. Beliau berkata, kebanyakan media sosial sekarang telah merosakkan pemikiran generasi muda kerana generasi itu mudah mempercayai 'posting' tanpa usul periksa. "Itu kerisauan sekarang, yang mana generasi muda selalu terima maklumat dari media baharu tanpa berfikiran rasional. Anak muda sering menggunakan media baharu sehingga tidak melihat media lain. "Oleh itu, kita kenalah bijak menilai yang baik atau buruk, dan sebelum buat persepsi dan kesimpulan, kita mesti mendapatkan berita dan informasi tepat dari sumber sahih," katanya. Ibrahim Shah mendakwa strategi parti pembangkang ialah untuk menghapuskan sokongan anak Melayu terhadap Umno dengan mempengaruhi graduan muda yang berpendidikan dengan persepsi dan propaganda untuk memecah-belahkan kesatuan bangsa. Katanya, generasi muda perlu sedar bahawa Umno merupakan satu-satunya parti yang mampu membela nasib mereka secara keseluruhan pada masa hadapan, serta mengekalkan suasana politik yang stabil di negara kita. "Bila kita (bangsa Melayu) tidak bersatu-padu, ia akan melemahkan dan menghancurkan kekuatan yang ada. Kalau orang bukan Islam mula memerintah negara, mereka akan menindas dan menzalimi orang Islam. Sebaliknya, orang Islam memerintah, bangsa lain akan tetap dijaga kebajikan mereka," jelas beliau. "Tanpa sokongan generasi muda seperti anda (mahasiswa), kerajaan sendiri tidak mampu untuk meneruskan kekal memerintah negara dan orang Melayu tidak akan dapat memerintah negara lagi," kata Ibrahim Shah. Pada persidangan kedua Pemanas, lapan kumpulan mahasiswa dipilih untuk mengutarakan usul berdasarkan topik masing-masing iaitu agama, politik, ekonomi dan sosial, selama 20 minit dalam persidangan ala-Parlimen. Antara topik ialah penghayatan wasatiyyah dalam kalangan generasi muda, ancaman terhadap Islam di Malaysia, survival Dasar Pendidikan Kebangsaan, kebolehpasaran graduan Melayu dalam dan luar negara, cabaran kos sara hidup mahasiswa Melayu dan peranan media baharu dalam senario politik Malaysia. Pengarah Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia Ibrahim Ali menerangkan satu Jawantakuasa Panel Pemilih Jurucakap akan memilih lapan mahasiswa, iaitu dua jurucakap untuk berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2014 dan dua lagi masing-masing untuk Persidangan Sayap Pemuda dan Puteri manakala empat lagi akan dijadikan jurucakap simpanan. Persidangan Pemanas yang bermula semalam merupakan hasil kerjasama Kelab Umno Luar Negara dan Biro Pendidikan Umno Malaysia, adalah satu daripada inisiatif Umno untuk mengangkat suara mahasiswa dalam perhimpunan ini.- mstar online

Mahasiswa Jangan Sesekali Khianat Kepada Negara - Rosmah Mansor
Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor bersama ahli BAKTI beramah mesra dengan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) di Seri Perdana di sini hari ini.
Kumpulan mahasiwa itu hadir bagi menyertai majlis Dialog dan Ramah Mesra BAKTI yang turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. -Foto BERNAMA.
PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan mahasiswa Malaysia yang menuntut di dalam dan luar negara supaya memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara. Rosmah, yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti), turut menasihatkan mahasiswa supaya jangan sekali-kali khianat kepada negara. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program dialog dan ramah mesra Bakti bersama Mahasiswa Nasional dan Kelab Umno Luar Negara di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini hari ini. Beliau menjelaskan kerajaan tidak pernah mempersoalkan keterlibatan mahasiswa dalam kancah dan arus politik negara, apatah lagi setelah undang-undang dan akta membenarkan. Namun kita mempersoalkan kewajaran dan tahap penaakulan para mahasiswa terhadap sesuatu isu yang dibawa oleh parti pembangkang, katanya. Dalam ucapan yang sama, Rosmah turut menjelaskan bahawa terdapat 13 akaun laman sosial Facebook yang didaftarkan menggunakan namanya. "Saya berani bersumpah bahawa saya tidak ada akaun Facebook langsung. Bukan saya punya akaun Facebook semua itu," katanya. Majlis dialog dan ramah mesra itu adalah anjuran bersama Bakti, Mahasiswa Nasional dan Kelab Umno luar negara. Lebih 300 mahasiswa dari dalam dan luar negara dihimpunkan dalam majlis yang diadakan bersempena Perhimpunan Agung Umno 2014 itu.- mstar online

Perkasa Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Pihak Hina Agama
BUTTERWORTH: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Pulau Pinang menggesa kerajaan memantau laman-laman sosial termasuk Facebook dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menghina agama Islam, institusi beraja dan al-Quran.
Timbalan Yang Dipertua Perkasa negeri Azmi Alang berkata berdasarkan pemerhatian pihaknya, sebilangan pengguna laman sosial tiada sensitiviti apabila mudah membuat penghinaan sedemikian.
"Perkasa Pulau Pinang mendesak pihak bertanggungjawab terutama Kementerian Dalam Negeri(KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan sewajar ke atas mana-mana individu yang menghina agama dan institusi beraja.
"Pihak-pihak berkenaan perlu memandang serius perkara ini supaya Islam atau agama lain tidak dihina di media sosial," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas epidemik menghina agama, kaum dan budaya yang semakin berleluasa di Internet sejak kebelakangan ini.
Azmi berkata pihaknya juga berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mencetuskan ketidakstabilan negara.
"Kami bimbang jika perkara itu terus dibiarkan tanpa sebarang tindakan, ia akan mengugat ketenteraman awam berikutan rasa tidak puas hati antara pihak tertentu," katanya.
Beliau menjelaskan Perkasa bukan pertubuhan yang rasis kepada kaum dan agama sebaliknya mahu mendokong Perlembagaan Persekutuan.
"Islam selaku agama Persekutuan tidak boleh diperlekeh, dihina apatah lagi dipersoal kedudukannya dalam Perlembagaan oleh rakyat Malaysia.
"Atas semangat Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan, mana-mana individu juga tidak boleh menghina, memperlekeh atau mempersenda soal agama, budaya dan cara hidup rakyat bukan Islam lain," katanya.- mstar online
TOP
Pemuda BN Sedia Tentang Pihak Manipulasi Perjanjian Malaysia - Khairy
Ketua Pemuda Barisan Nasional Malaysia Khairy Jamaluddin bersama Ketua Pemuda Barisan Nasional Sarawak Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan) menunjukkan resolusi Pemuda BN seluruh negara selepas merasmikan program Retreat Pemukiman Pemuda Barisan Nasional 2014 di Kuching pada Sabtu. -Foto BERNAMA.
KUCHING: Pemuda Barisan Nasional (BN) terus komited untuk menegakkan Perjanjian Malaysia 1963 bagi memastikan tiada pihak cuba memanipulasinya khususnya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang. Pengerusi Pemuda BN Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata semua anggotanya akan dilengkapi pemahaman penuh berhubung dengan perjanjian itu. Ini bagi menangkis cubaan pihak-pihak yang cuba menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak, katanya. "Kita komited kepada perjanjian yang dibuat untuk kita menubuhkan Malaysia...bahawa Malaysia ini ditubuhkan oleh Semenanjung (Tanah Melayu), Sabah dan Sarawak. "Bukannya Sabah dan Sarawak yang menyertai Malaysia," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Pemukiman Pemuda BN di sini hari ini. Menurutnya perkara ini juga terkandung dalam resolusi yang dibuat dalam program itu yang akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan tertinggi BN. "Kita (mahu membuktikan golongan muda BN) tahu (dan memahami perkara yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia) dan kita akan menegakkan segala perjanjian dan segala persetujuan di bawah tema gagasan Malaysia ini," katanya. Khairy berkata semua anggota Pemuda BN yang menghadiri program itu turut menyatakan komitmen untuk menentang habis-habisan usaha "kumpulan pemisah" di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ini. Menurutnya Pemuda BN juga akan meminta Kerajaan Persekutuan meminda peraturan supaya kategori "Bumiputera Sabah dan Sarawak" dimasukkan dalam borang-borang rasmi menggantikan pilihan "dan Lain-Lain" atas dasar untuk mengukuhkan lagi perpaduan di antara kaum di negara ini. - mstar online

Terengganu Beri Bantuan Ihsan RM500 Kepada Keluarga Terlibat Banjir
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu akan memberi bantuan ihsan segera sebanyak RM500 kepada setiap keluarga yang terbabit dengan banjir.
Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM750,000 untuk diagihkan kepada 1,561 keluarga membabitkan 6,255 mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan di lima daerah iaitu Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Setiu dan Besut.
"Bantuan awal itu akan disalurkan dalam tempoh dua minggu dari sekarang bagi meringankan beban mangsa menghadapi bencana itu.
"Selain bantuan kerajaan negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga akan menyalurkan sumbangan sama kepada semua keluarga terbabit," katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat banjir daripada MK NTerengganu di sini, hari ini.
Bantuan ihsan itu akan diberikan kepada setiap keluarga yang berdaftar di pusat pemindahan.
Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga akan mengkaji bentuk bantuan lain yang diperlukan oleh mangsa banjir seperti keperluan persekolahan anak-anak.
Mengenai banjir di beberapa daerah termasuk Kuala Nerus, beliau berkata ia disebabkan kadar air terlalu banyak iaitu sehingga 560 mililiter (ml) setelah hujan berterusan dalam tempoh 24 jam berbanding kadar purata 400 ml sebulan.
Hujan lebat itu adalah yang kedua berlaku di negeri selepas 1988 yang menyaksikan penerimaan hujan sehingga 600 ml dalam masa 24 jam hingga menyebabkan banjir, katanya.
Ahmad Razif bagaimanapun mengakui antara punca banjir besar di Kuala Nerus sejak dua hari lepas ialah sistem perparitan dan kawasan takungan air yang tidak sempurna.
"Kita sudah mengenal pasti beberapa kawasan khususnya sekitar Gong Badak yang sistem perparitannya akan dibaii oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
bagi mengelak banjir kilat," katanya.
Banjir yang melanda negeri ini terutamanya di daerah Kuala Nerus dan mukim Gong Badak pada Khamis lepas turut menyaksikan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil cuti darurat sehari berikutan kawasan universiti itu dinaiki air sehingga satu meter.
Banjir juga menyebabkan kira-kira 6,000 mangsa dipindahkan ke 54 pusat pemindahan di Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Setiu dan Besut.- mstar online
TOP
Nelayan Ditahan Indonesia Dipercayai Bukan Rakyat Malaysia - KPN
KUALA LUMPUR: Seramai 200 nelayan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia sejak Isnin lepas kerana didakwa menangkap ikan secara haram di perairan negara itu dipercayai bukan rakyat Malaysia.
Menyatakan demikian, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri.
"(Mereka) dipercayai rakyat asing yang cuba menyelusup masuk ke Malaysia melalui perairan Indonesia, " katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Khalid berkata, bagaimanapun kerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia berhubung perkara itu masih diteruskan bagi menyelesaikan isu tersebut.
Laporan media baru-baru ini memetik Setiausaha Kabinet Indonesia Andi Widjajanto berkata negara itu menahan nelayan-nelayan itu dalam operasi mencegah penangkapan ikan secara haram di perairan negara itu sejak Isnin lepas.
Pada Jumaat, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya setakat ini tidak mendapat sebarang laporan mengenai kehilangan nelayan tempatan seperti yang dilaporkan pihak Indonesia.
Beliau berkata hasil pemeriksaan Jabatan Perikanan tiada ahli keluarga nelayan di Semenanjung dilaporkan hilang.
Kini, jabatan memeriksa keluarga nelayan di Sabah dan Sarawak, katanya.
Di MANTIN, Negeri Sembilan, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish mengesahkan tiada nelayan Malaysia dilaporkan hilang.
Ini berdasarkan pemeriksaan di kesemua pangkalan APMM.
"Kita telah tanya pada polis air (Indonesia) di Batam, Indonesia tetapi mereka pun tidak tahu.
"Kita dah buat peninjauan di semua pangkalan selain di Hutan Melintang (Perak) dimana beribu bot kita di sana; di kawasan Batu Pahat, Muar (Johor); dan kita dapati tidak ada nelayan kita hilang," katanya.
Beliau ditanya pemberita mengenai isu penahanan nelayan berkenaan selepas Majlis APMM bersama Media 2014 di sini, hari ini.
"Kalau benar orang kita kena tangkap mesti keluarga nelayan termasuk persatuan nelayan dah bising bila nelayan tidak pulang.
"Jadi saya persoalkan mana datang jumlah 200 dan kalau kira-kira libatkan 30 buah bot," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Amdan berkata berdasarkan Memorandum Persefahaman (MoU) Garis Panduan Bersama Tentang Pelayanan Terhadap Nelayan 2012 oleh APMM dan Indonesia, segala penahanan nelayan di kawasan pertindihan, mereka hanya akan diarah balik dan tidak akan ditangkap- mstar online
TOP
Tindakan Tegas Diambil Terhadap Anggota Rela Salah Guna Senjata Api
MELAKA: Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan mengambil tindakan tegas terhadap anggotanya yang didapati menyalah guna senjata api termasuk menarik balik lesen itu dan melucutkan keanggotaan mereka.
Sehubungan itu, Pemangku Ketua Pengarah Rela Lukeman Saaid mengingatkan anggota Rela supaya menggunakan senjata api yang diberi mengikut prosedur ditetapkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan jabatan itu.
Beliau berkata penggunaan senjata api oleh anggota Rela juga sentiasa dipantau pegawai Rela di 156 daerah di seluruh negara.
"Kita memandang serius penyalahgunaan senjata api dan anggota yang menggunakannya untuk tujuan berburu tanpa pengetahuan pegawai... ini juga boleh sebabkan lesen ditarik balik dan keanggotaan dilucutkan," kata Lukeman kepada pemberita selepas majlis penganugerahan pangkat bersekutu Rela di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan seorang anggota Rela melepaskan tembakan dan menyebabkan kematian seorang lelaki dipercayai cuba mencuri lembu di sebuah ladang sawit di Sungai Terah, Gua Musang, Kelantan pada Rabu lepas.
Lukeman berkata ia merupakan kes terpencil dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap lelaki berkenaan.
Menurutnya bukan semua anggota Rela layak memiliki lesen senjata api kerana ia perlu melalui prosedur ketat serta pertimbangan teliti oleh PDRM.
"Walaupun permohonan lesen melalui Rela tetapi kita akan membuat tapisan dahulu sebelum mencadangkannya kepada PDRM bagi menentukan kelayakan atau keperluan pemohon," katanya.
Rela juga sentiasa memberi latihan penggunaan senjata yang betul dalam kalangan anggota dan memastikan mereka lulus prosedur yang ditetapkan bagi melayakkan mereka membaharui lesen senjata api.
Dalam perkembangan lain, katanya Rela sentiasa memantau pelbagai isu berkaitan anggotanya melalui unit integriti yang diwujudkan bagi memastikan imej dan persepsi positif jabatan itu dipelihara.- mstar online
TOP
Anggota Ketiga Disyaki Militan Didakwa
Mohamad Fauzee didakwa di Mahkamah Sepang kerana disyaki terlibat dengan IS.
KUALA LUMPUR: Anggota ketiga militan yang kembali dari Syria didakwa di Mahkamah Sepang kerana menyokong kumpulan pengganas Negara Islam (IS). Mohamad Fauzee Ahmad,46, didakwa memasuki Syria bagi memberi sokongan kepada aktiviti kumpulan tersebut serta terlibat dengan senjata api dan bahan letupan pada 29 hingga 18 September. Tindakannya tersebut dilihat boleh menyemarakkan lagi perjuangan keganasan serta membahayakan nyawa rakyat Syria. Jika disabitkan kesalahan, dia boleh didakwa mengikut Seksyen 130J (1) (b) Kanun Keseksaan boleh dihukum sehingga 30 tahun penjara, denda atau merampas apa-apa aset yang disyaki digunakan untuk aktiviti-aktiviti pengganas. Tiada pengakuan direkodkan. Mohamad Fauzee hanya mengangguk, menunjukkan dia memahami pertuduhan yang dibaca. Hakim Nor Haffizah Mohd Salim menetapkan 15 Januari untuk sebutan sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff sebagai pendakwa kes itu. Sumber mendedahkan bahawa Mohamad Fauzee adalah orang ketiga yang ditangkap selepas pulang dari Syria yang dilaporkan berjuang untuk IS. Dua lagi ditahan dan didakwa ialah Muhammad Fauzi Misrak, 32, dan pembantu kedai roti Mohammad Na'im Abd Rashid, 26. Mereka didakwa pada 11 November lalu. Difahamkan kedua-dua mereka telah didakwa berjuang untuk IS antara 13 Disember tahun lalu dan 14 Julai. Kes Muhammad Fauzi akan disebutan semula kes 19 Disember manakala kes Mohammad Na'im pada 15 Disember. Kedua-dua mereka ditahan bersama-sama dengan 12 orang lain dalam satu serbuan besar-besaran yang disyaki terlibat dengan aktiviti di antara 15 Oktober dan 17 Oktober. Sehingga kini, Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman telah menahan 38 rakyat Malaysia yang disyaki memberikan sokongan kepada IS sejak April. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, polis masih memburu lima lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan IS dan Abu Sayyaf, sebuah kumpulan pengganas yang berpangkalan di Filipina. Bekas pensyarah Dr Mahmud Ahmad (juga dikenali sebagai Abu Handzalah) dan pemilik kedai runcit Mohd Najib Husen, kedua-duanya 36, dipercayai pemimpin kumpulan militan yang melatih dan menghantar anggota untuk berperang di Syria dan Iraq. Ahli ketiga yang dicari itu adalah bekas pekerja Majlis Perbandaran Selayang Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39, yang juga dikenali sebagai Abu Nur. Dua lagi lelaki yang dikehendaki ahli-ahli Darul Islam Sabah Mohd Amin Baco, 31, dan Jeknal Adil, 30. Khalid menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat tampil menghubungi balai polis berhampiran atau 03-2266 7010, 011-2104 6850 atau e-mel polis di CTD.E8M@gmail.com.- mstar online

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Bebas Tuduhan Khalwat
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang Adam Tumiran, 46, dan pasangan Nurul Ezani Mat Isa, 37, (kiri) tersenyum semasa keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah selepas mereka dibebaskan daripada tuduhan khalwat pada empat tahun lepas di George Town, Jumaat. -fotoBERNAMA
GEORGE TOWN: Seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan seorang penasihat kewangan dibebaskan daripada tuduhan berkhalwat oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini. Ini adalah kali kedua Adam Tumiran, 46, dan Nurulezani Mat Isa, 37, dibebaskan daripada pertuduhan itu. Pasangan itu sebelum ini dibebaskan pada 17 Mei 2012, oleh mahkamah yang memutuskan bahawa sijil perkahwinan yang dikemukakan adalah sah. Walau bagaimanapun, pada 30 April tahun lepas, Mahkamah Rayuan Syariah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk perbicaraan semula atas alasan teknikal. Adam dan Nurulezani didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kuarters kerajaan di Jalan Masjid Negeri di sini pada 5 Disember 2010 pada pukul 2.05 pagi. Dalam pembacaan keputusannya, Hakim Zaim Md Yudin berkata mahkamah berpuas hati bahawa tidak ada keraguan pada dokumen perkahwinan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan seperti sijil perkahwinan, dan beban bukti terletak di pihak pendakwaan untuk membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Dalam mendengar keputusan itu, Adam dan Nurulezani kelihatan tenang. Selepas keputusan itu, Adam yang berlinang air matanya dilihat memeluk peguamnya. Adam dan Nurulezani diwakili peguam Ahmad Munawir Abdul Aziz, Wan Faridulhadi Mohd Yusoff dan Rosdee Abdul Razak manakala Mohd Najmuddin Mustafa dan Mohd Fahmi Mohd Idris selaku pendakwa kes itu. Zaim juga memerintahkan wang ikat jamin RM1,000 dikembalikan kepada Adam dan Nurulezani.- mstar online

Mayat Warga Nepal Ditemui Tergantung Di Bilik Sewa
GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga Nepal ditemui mati tergantung dalam keadaan kedua belah tangan terikat dari belakang di sebuah rumah kedai di Jalan Sri Bahari di sini malam Jumaat.
Mayat Daya Shankar, 34, ditemui tergantung di tiang dinding dalam bilik yang berkunci dari dalam, oleh pemilik rumah kedai itu pada 8.10 malam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata pemilik rumah kedai itu yang hairan selepas panggilannya tidak disahut selepas agak lama menunggu di luar, kemudiannya memecahkan pintu bilik berkenaan.
Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan keputusan bedah siasat mendapati sebab kematian lelaki itu ialah akibat terjerut selain tiada kesan luka ditemui pada badannya.
"Setakat ini tiada unsur jenayah dapat dikaitkan dengan kes itu. Mangsa tinggal seorang diri di bilik berkenaan dan bekerja sebagai pengawal keselamatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya siasatan masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta mengubungi polis untuk membantu siasatan.- mstar online
TOP
Pergaduhan Ngeri Kongsi Gelap, Seorang Maut
TEMERLOH: Seorang lelaki maut manakala empat lagi cedera parah dalam pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap di Bukit Bendera, Mentakab dekat sini awal pagi Sabtu, menurut polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang Datuk Zakaria Ahmad berkata dalam pergaduhan kira-kira 3.20 pagi itu, mangsa P.Arasu, 44, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.
"Polis percaya sebuah motosikal diletakkan di atas badan mangsa yang cedera parah sebelum motosikal berkenaan dibakar," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh pada Sabtu.
Pergaduhan di hadapan rumah Persatuan Kebajikan Sukan dan Rekreasi di Bukit Bendera itu melibatkan penggunaan senjata tajam seperti besi dan kayu, katanya.
Zakaria berkata, empat mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini untuk rawatan dan akan ditahan untuk siasatan.
"Polis sedang memburu anggota kumpulan yang terbabit dalam pergaduhan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta kesalahan merusuh," katanya.- mstar online
TOP
Polis Cari 21 Individu Bantu Siasatan Kes Rempuh UM
Enam daripada 21 individu yang dikehendaki pihak polis bagi membantu saiatan kes pencerobohan UM.
KUALA LUMPUR: Polis pada Jumaat mengeluarkan gambar 21 individu yang boleh membantu siasatan kes pencerobohan di Universiti Malaya (UM) bulan lepas. Dilaporkan bahawa sebelum ini UM membuat laporan polis berhubung pencerobohan dan kerosakan pintu pagar semasa himpunan ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Oktober lalu.
Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah menggesa 21 individu berkenaan tampil membantu siasatan. "Saya ingin menjelaskan bahawa kami tidak akan menangkap mereka sebaliknya kami hanya mahu merekodkan kenyataan mereka. "Bantuan mereka penting bagi melengkapkan siasatan peringkat akhir. Sila maklumkan kepada mereka jika anda mengetahui siapa mereka," katanya.
Bagaimanapun katanya, polis berkemungkinan akan mendapatkan waran tangkap sekiranya kesemua 21 individu terbabit gagal tampil membantu pihak polis.- mstar online

Jurujual Lemas Dalam Kolam Renang di Bandar Hilir
MELAKA: Seorang jurujual lelaki ditemui lemas dalam Kolam Renang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bandar Hilir di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 8 malam, Eng Che Huan, 35, ditemui di dasar kolam itu yang sedalam 3.7 meter oleh petugas penyelamat MBMB.
Beliau berkata Eng, jurujual di sebuah syarikat tayar di Batu Pahat, Johor itu, pergi ke kolam itu bersama-sama teman wanitanya kira-kira 7 petang semalam.
"Ketika mangsa ditemui, teman wanitanya berada di dalam bilik persalinan dan hanya menyedari insiden itu semasa mangsa sedang diberi rawatan kecemasan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Besar Melaka untuk dibedah siasat.
Sementara itu, Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata ketika kejadian terdapat kira-kira 100 pengunjung berada di sekitar kolam itu.
"Bagaimanapun, punca mangsa lemas tidak diketahui tetapi anggota penyelamat menyedari kejadian itu apabila ternampak mangsa di dasar kolam dan segera mengambil tindakan kecemasan," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan menutup operasi kolam renang itu selama dua hari bermula hari ini.- mstar online
TOP
Jaim Tahan Empat Pasangan Warga Indonesia Disyaki Bersekedudukan
MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) menahan empat pasangan warga Indonesia berusia antara 24 hingga 36 tahun kerana disyaki bersekedudukan, awal pagi Ahad.
Ketua Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, pasangan itu ditahan di tiga hotel bajet di Bachang dan pusat bandar raya ini dalam operasi bermula pukul 12 malam tadi hingga 5 pagi ini.
"Seorang lelaki warga Indonesia itu berusia 36 tahun cedera di kaki kanan akibat terjun dari tingkat satu sebuah hotel bajet di Bachang selepas menyedari kehadiran penguat kuasa JAIM dalam kejadian pukul 1.30 pagi tadi," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.
Beliau berkata, pasangan berkenaan dibawa ke pejabat JAIM di Bukit Palah di sini untuk siasatan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana bersekedudukan.
Katanya, dalam operasi dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, bertujuan mencegah kegiatan menyalahi undang-undang agama Islam dalam kalangan umat Islam.- mstar online
TOP
15 Tukang Urut Warga Asing Tanpa Permit Ditahan Di George Town
Mior Faridalathrash Wahid
GEORGE TOWN: Polis menahan 15 wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang urut dalam serbuan berasingan di Farlim dan Medan Angsana, Air Itam awal Ahad. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Operasi Bersepadu berakhir pukul 3 pagi itu mendapati wanita terbabit tidak memiliki permit untuk bekerja di negara ini selain menyalah guna pas lawatan sosial. "Sisasatan lanjut juga mendapati sebuah daripada premis iaitu di Medan Angsana beroperasi tanpa lesen," katanya. Katanya, mereka yang ditahan berusia antara 23 dan 30 tahun terdiri daripada sembilan warga Thailand, Vietnam (tiga), China (dua) serta seorang warga Indonesia. Beliau berkata, seorang wanita dan empat lelaki tempatan berusia antara 30-an dan 40-an yang merupakan majikan warga asing itu termasuk tiga pelanggan lelaki ditahan untuk membantu siasatan. Mior Faridalathrash berkata, operasi lima jam di seluruh Daerah Timur Laut yang melibatkan 88 pegawai 342 anggota itu turut menahan seorang lelaki berusia 29 tahun kerana disyaki memandu kereta curi di Lorong Batu Lanchang di sini. Beliau berkata. kereta jenis Toyota Vios yang dipandu lelaki yang berasal dari Kuching, Sarawak itu pernah dilapor hilang di Selayang, Selangor pada Mei lepas. Dalam pada itu Mior Faridalathrash berkata, sebanyak 366 kenderaan diperiksa meliputi 300 motosikal, 57 kereta dan sembilan van melibatkan 520 pemandu serta penumpang. Katanya. sejumlah 26 notis saman POL 257 dan 170A dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik antaranya memandu melebihi had laju, meletakkan kenderaan ditempat tidak dibenarkan dan tiada lesen memandu.- mstar online

Suami Isteri Maut Dalam Lori 10 Tan Di Kinabatangan
KINABATANGAN: Sepasang suami isteri maut ketika lori kontena yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori lain di kilometer 126 jalan Sandakan-Lahad Datu di sini, malam Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Supt A. Sahak Rahmat berkata dalam kejadian kira-kira 9.50 malam itu, pemandu lori kontena terbabit Ramli Manti, 37 mati di tempat kejadian manakala isterinya Sima Katta Salama, 31, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kinabatangan. "Siasatan awal mendapati lori kontena itu yang datang dari arah Sandakan menuju ke Lahad Datu telah masuk ke lorong kanan lalu bertembung dengan lori 10 tan yang datang dari arah bertentangan. "Akibat pertembungan dua lori itu, penumpang lori kontena iaitu Sima tersepit di bahagian penumpang dan pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkannya," katanya ketika dihubungi hari ini. Menurut A. Sahak, anak pasangan itu Nor Fatin Najiha, berumur satu setengah tahun, yang juga bersama pasangan terbabit ketika kejadian, mengalami cedera parah di paha kanannya dan sedang dirawat di Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Pemandu lori 10 tan itu berumur 45 tahun dan anaknya berumur lapan bulan mengalami cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Kinabatangan, katanya. A. Sahak berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- mstar online

Kacau Isteri Petinju, Sekumpulan Samseng Terima Padah
SEORANG petinju profesional Rusia membelasah sekumpulan samseng selepas mereka mengganggu isterinya.
Nicolai Vlasenko, 29, melihat sekumpulan lelaki mengganggu isterinya sebaik sahaja dia keluar daripada tandas dan meminta agar tidak berbuat demikian.
Tidak berpuas hati dengan teguran tersebut, kumpulan tersebut mengajak Vlasenko keluar dari kelab untuk berbincang lebih lanjut. Salah seorang ahli kumpulan tersebut, Leonti Yevdokimov,33, mendakwa dirinya sebagai ketua kumpulan dan turut memberitahu bahawa kumpulan mereka menguasai sebuah bandar di Rusia. Selain berpengalaman sebagai petinju, Vlasenko juga mempunyai kelebihan dalam seni mempertahankan diri. Salah seorang kumpulan samseng itu menarik baju Vlasenko sebelum dia bertindak menghayunkan buku limanya ke dada lelaki itu. Malah seorang lagi samseng yang cuba melawan turut dijatuhkan Vlasenko, manakala lelaki ketiga ditampar dimuka. Selepas melihat tiga rakannya dibelasah Vlasenko, beberapa lagi ahli samseng itu terus beredar. Ahli kumpulan samseng yang dibelasah itu kemudiannya melantik peguam dan melaporkan kepada polis bahawa mereka diserang oleh Vlasenko. Bagaimana pun pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan selepas menonton rakaman CCTV yang menyaksikan kumpulan tersebut memulakan pergaduhan terlebih dahulu.| Manakala peguam kepada Vlasenko berkata: "Vlasenko bertindak kerana mereka mengganggu isterinya. "Dia bersedia untuk berbincang dengan baik ketika di luar kelab, namun mereka menolaknya terlebih dahulu sebelum dia memukul kumpulan itu sebagai tindakan mempertahankan diri".- mstar online

Militan Somalia Bunuh 28 Penumpang Bas di Kenya
GARISSA, Kenya: Sekumpulan lelaki bersenjata menahan sebuah bas di timur laut Kenya berdekatan sempadan Somalia awal hari ini dan membunuh 28 penumpang dalam serangan hendap yang didakwa polis dilakukan oleh kumpulan Shebab.
Serangan terbaharu yang dilancarkan kumpulan Shebab di Kenya itu berlaku seminggu selepas serbuan polis ke atas beberapa masjid di bandar pelabuhan Mombasa hingga mencetuskan ketegangan di bandar bergolak itu. "Saya boleh sahkan bahawa...28 penumpang yang tidak bersalah dibunuh dengan kejam oleh anggota kumpulan Shebab," kata Ketua Polis Wilayah, Noah Mwavinda, merujuk kepada kumpulan militan Somalia. Kumpulan lelaki bersenjata itu menyerang hendap bas yang dalam perjalanan ke Nairobi, beberapa kilometer selepas meninggalkan Mandera, sebuah bandar yang terletak di sempadan Somalia di timur laut Kenya. Kira-kira 60 penumpang diarah turun dari bas itu dengan lelaki bersenjata itu memisahkan mereka ke kumpulan beragama Islam dan bukan Islam. Anggota militan itu kemudian menaiki bas bersama penumpang bukan Islam dan cuba meninggalkan tempat itu, namun gagal kerana kenderaan berkenaan tersekat. "Jadi mereka membunuh semua tahanan sebelum melarikan diri ke Somalia," kata Mwavinda. Pasukan Palang Merah Kenya mengesahkan angka korban itu menerusi Twitter selepas tiba di tempat kejadian. Pembunuhan itu berlaku seminggu selepas seorang penduduk ditembak mati manakala lebih 350 yang lain ditahan susulan serbuan pasukan keselamatan Kenya ke atas beberapa masjid di Mombasa bagi mencari senjata dan penyokong Shebab. - mstar online

Letupan di Hyatt Regency London, Lima Cedera
Keadaan di luar hotel Hyatt Regency susulan letupan gas di bilik bawah tanah hotel berkenaan.
LONDON: Lima orang dimasukkan ke hospital lewat malam Jumaat berikutan kecederaan yang dialami susulan letupan gas di bilik bawah tanah hotel Hyatt Regency di London, menurut perkhidmatan kecemasan. Bomba London menyatakan kira-kira 400 orang dibawa keluar dari hotel di Berkeley Mews itu selepas letupan menyebabkan kerosakan besar pada tingkat bawah bangunan itu. Seorang jurucakap wanita Hyatt berkata, sekurang-kurangnya 12 kakitangan dirawat kerana mengalami kecederaan manakala tiada pelanggan yang cedera. Pelanggan ditempatkan di hotel berhampiran manakala kerosakan pada bangunan sedang dinilai.- mstar online

Akaun Sebuah Bank 'Kosong' Dikebas Penggodam
XALAPA: Seorang penggodam didakwa telah menggodam akaun sebuah bank di bandar kecil di Mexico dan mencuri kesemua wang yang ada untuk cawangan berkenaan.
Dalam kejadian itu, penggodam berkenaan dikesan telah melakukan 33 transaksi daripada enam akaun untuk memindahkan sebanyak AS$500,000.
Datuk Bandar Ursulo Galvan, Cesar Dominguez berkata, penggodam itu telah menggodam akaun cawangan Bank Santander sebelum meninggalkan bandar berkenaan.
"Tiada satu sen pun yang ditinggalkan penggodam untuk transaksi seterusnya di bank itu," jelasnya.
Berikutan kejadian berkenaan, seramai 26,000 pemegang akaun menyalahkan kelemahan sistem keselamatan bank dan bertindak menghubungi cawangan tersebut untuk mendapatkan komen mengenai simpanan mereka.- mstar online
TOP
Balkoni Runtuh: Dua Maut, Enam Parah
LONDON: Dua lelaki disahkan mati manakala enam lagi cedera selepas balkoni sebuah rumah runtuh di Cadogan Square di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian pada 10 pagi itu, seorang daripada mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi ketika tiba di hospital.
Identiti kedua-dua mangsa belum didedahkan, bagaimanapun mereka dipercayai pekerja yang sedang menjalankan tugas ketika kejadian.
Jurucakap perkhidmatan ambulan London berkata, pihaknya cuba menyelamatkan mangsa yang mengalami kecederaan parah tetapi gagal, manakala seorang lagi yang dibawa ke Hospital St Mary juga turut disahkan meninggal dunia.
"Enam lagi mangsa turut mengalami kecederaan, tetapi mereka tidak dibawa ke hospital, sebaliknya dirawat di tempat kejadian sahaja," jelasnya.
Seorang wanita tempatan, Theresa Roberts berkata, dia terkejut melihat balkoni setinggi 10 meter itu runtuh.
"Ketika sedang berjalan, saya lihat balkoni itu runtuh, saya tidak dapat melakukan apa-apa selain berundur kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku. "Saya nampak seperti dua orang tersepit akibat runtuhan berkenaan dan mereka mengalami kecederaan parah," katanya.- mstar online

Isu Ukraine: Biden Kecam Putin
Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden (kiri) menegur Presiden Russia, Vladimir Putin supaya mematuhi perjanjian damai untuk membawa keluar angkatan tenteranya dari Ukraine. Kenyataan itu dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko (kanan) di Kiev pada Jumaat.
KIEV: Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada Jumaat mengecam tingkah laku Rusia di Ukraine sebagai 'tidak boleh diterima' dan menggesa Moscow supaya mematuhi perjanjian damai pada September lalu untuk membawa keluar pasukan tenteranya keluar dari negara itu. Kenyataan keras itu diajukan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, Biden berkata: "Lakukan apa yang anda telah persetujui, Encik Putin." Kunjungan anggota peringkat tinggi AS ke Kiev dibuat sebagai sebahagian daripada usaha diplomatik untuk memulakan semula perjanjian damai yang ditandatangani oleh Ukraine, Rusia dan puak pemisah pro-Moscow yang berjuang di timur Ukraine. Ukraine dan kuasa-kuasa barat menuduh Rusia sebagai dalang, bagaimanapun dakwaan itu ditolak oleh Moscow. Merujuk kepada tindakan Russia menakluk Crimea pada Mac lalu dan menyokong puak pemisah di timur Ukraine, Biden, dalam kenyataan kepada media bersama Poroshenko, berkata sikap Russia adalah merupakan pelanggaran terang-terangan prinsip asas sistem antarabangsa. Biden berkata, Amerika Syarikat akan terus menyokong Ukraine yang demokratik tetapi tidak menyatakan secara khusus sebarang bantuan baharu. Russia menafikan ia memberi senjata kepada puak pemisah atau menghantar anggota tentera merentasi sempadan kedua-dua negara.- mstar online

Zizan Razak Tidak Berhasrat Adakan Sidang Media Perjelas Isu Saman
Zizan Razak menyerahkan isu dia disaman bekas pengurusnya kepada peguam.
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Zizan Razak tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang sidang media bagi menjelaskan isu dia disaman oleh bekas pengurusnya, Marina Juki sebanyak RM500,000 ekoran didakwa melanggar kontrak bersama Wire Fame Entertainment Sdn Bhd. Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, 30, berkata, perkara tersebut terlalu peribadi untuknya diperbesar-besarkan dalam sebuah sidang media tambahan pula saman itu bukan datang daripadanya. "Ini adalah masalah peribadi yang pada saya tidak perlu ia diperbesarkan sehingga kena buat sidang media. Apa yang boleh saya katakan harap-harap ia akan diselesaikan dengan baik," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Zizan menyerahkan isu berkenaan kepada peguamnya dan enggan memberikan sebarang kenyataan lanjut mengeni perkara tersebut kerana ia melibatkan undang-undang. Zizan juga memberitahu dia bimbang sekiranya kenyataannya nanti akan disalahertikan oleh sesetengah pihak dan lebih selesa berdiam diri. "Ia melibatkan proses perundangan dan itu bukan kepakaran saya jadi lebih baik jangan ulas benda yang saya sendiri tidak pasti. "Paling baik biarlah peguam saya memberi kenyataan sekiranya perlu dan itu lebih selamat," ujarnya. Marina memfailkan saman terhadap Zizan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dekat sini pada 6 November lalu kerana mendakwa dia melanggar syarat kontrak apabila bekerjasama dengan syarikat lain sedangkan kontraknya dengan Wire Fame Entertainment hanya tamat pada Mei 2015.- mstar online

Awal Ashaari Jadi Pengacara Mentor Tutup Desas-Desus Merajuk Dengan AF 2014
Awal Ashaari mengacara rancangan realiti Mentor Legend.
PETALING JAYA: Pengacara Awal Ashaari memberitahu lega apabila diumum sebagai pengacara rancangan Mentor Legend yang bakal membuka pentas pada 30 November di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Awal berkata, dia menerima tawaran program realiti tersebut sebelum kontroversi tentang dirinya merajuk apabila tidak dipilih mengendalikan program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2014 lalu. "Saya lega apabila diumum sebagai pengacara Mentor Legend yang mana sekali gus ia menamatkan desas-desus bahawa saya masih merajuk dengan rancangan realiti AF 2014. "Pihak TV3 tawarkan program ini sebelum anak saya lahir lagi kira-kira Julai Lalu. Ketika kontroversi yang mengatakan saya merajuk itu pun sebenarnya saya sudah terima tawaran ini. "Tetapi saya tidak boleh beritahu kepada media tentang itu. Jadi sekarang saya lega bila semuanya sudah terjawab bila saya akan mengendalikan rancangan Mentor Legend," ujarnya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Awal berkata, dia gembira apabila tugas sebagai pengacara rancangan tersebut diserahkan sendiri oleh pengacara Mentor lalu iaitu Ally Iskandar. Jelasnya, pemilihannya sebagai pengacara kali ini dibuat oleh pihak stesen televisyen tersebut dan tiada istilah merampas tugasan Ally Iskandar yang mengendalikan rancangan itu selama enam musim sebelum ini. "Mula-mula takut juga dikatakan merampas tugas Ally sebab dia sudah jadi pengacara Mentor selama enam musim. Namun bila saya jumpa Ally dia menerimanya dengan hati terbuka," ujarnya. Rancangan Mentor Legend yang akan menyaksikan enam penyanyi iaitu Dayang Nurfaizah, Ajai, Mas Idayu, Ella, Zainal Abidin dan Amy Search mendidik protege yang telah dipilih dalam satu sesi ujibakat. Pentas utama Mentor Legend akan bermula pada 30 November ini di Sri Pentas 2, Shah Alam. Selain Awal, Zuan Azmi dan Shiha Mentor turut menjadi pengacara bersama dan Jurnal Mentor Legend.- mstar online

Keputusan Liga Perdana Inggeris, Malam Ahad
BERIKUT adalah keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris, malam Ahad:
Crystal Palace 3 - 1 Liverpool
- mstar online
Crystal Palace 3 - 1 Liverpool
- mstar online
TOP
Malaysia, Myanmar Raih Satu Mata Pada Aksi Pembukaan Kumpulan B
Pemain Malaysia, Kunanlan Subramaniam,16 cuba mengambil bola dari dirampas pemain Myanmar pada perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 menentang Myanmar di Stadium Jalan Besar di Singapura, Ahad. Foto BERNAMA
SINGAPURA: Malaysia mempamerkan aksi mengecewakan selepas seri tanpa jaringan menentang Myanmar pada aksi pembukaan kumpulan B Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar, di sini, Ahad. Keputusan berkenaan menyaksikan kedua-dua pasukan mengutip satu mata. Keadaan hujan sebelum perlawanan nyata tidak menganggu rentak kedua-dua pasukan dan mereka saling berbalas serangan sebaik sahaja pengadil, Kurbanov Charymurat dari Turkmenistan meniupkan wisel permainan. Malaysia seharusnya berada di hadapan seawal minit kelima, namun jaringan Mohd Amri Yahyah hasil hantaran rakan sepasukan, dibatalkan oleh Kurbanov selepas penyerang Johor Darul Ta'zim itu dikatakan berada dalam kedudukan ofsaid oleh penjaga garisan. Skuad negara kemudian terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-34 selepas pemain tengah, Gary Steven Robbar diperintahkan keluar padang oleh Kurbanov kerana mengutip kad kuning kedua. Kekurangan seorang pemain bagaimanapun gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh jentera serangan Myanmar bagi mencari gol pendahuluan dan keputusan tersebut kekal sehingga berakhirnya separuh masa perlawanan. Bersambung babak kedua, Myanmar dilihat lebih banyak menguasai perlawanan dengan serangan bertali arus ke kubu Malaysia namun dipatahkan oleh barisan pertahanan negara diketuai pemain veteran, Muhammad Shukor Adan. Penjaga gol skuad negara, Khairul Fahmi Che Mat menjadi wira negara selepas banyak menyelamatkan percubaan berbahaya pasukan Myanmar yang mendapat sokongan lebih 5,000 penyokong setia mereka yang menyaksikan perlawanan itu. Kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol pendahuluan namun keputusan seri 0-0 kekal sehingga berakhirnya perlawanan itu. Tuan rumah bersama, Singapura yang merupakan juara bertahan, bakal memulakan kempen mereka berdepan juara tiga kali, Thailand di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub, lewat Ahad. Pada aksi kedua kumpulan Rabu ini, Malaysia akan menentang Thailand di venue yang sama manakala Myanmar menghadapi tugas getir berdepan Singapura pada aksi kedua kumpulan di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub.- mstar online

La Liga: Real Madrid Catat 14 Kemenangan Berturut-Turut
REAL Madrid terus menggungguli carta La Liga apabila menang 4-0 ketika menentang Eibar pada awal pagi Ahad.
Kejayaan itu sekaligus menyaksikan Madrid mencatat rekod kemenangan sebanyak 14 kali berturut-turut.
Ia turut menjadikan pasukan itu kekal di tangga teratas La Liga Sepanyol untuk tempoh seminggu.
Kemenangan Madrid itu juga merupakan kejayaan Cristiano Ronaldo kerana mencatat rekod jaringan sebanyak 20 gol sehingga November.
Ronaldo menyumbat dua gol ketika Madrid menentang Eibar.
Sementara dua gol lagi dijaringkan Karim Benzema dan James Rodriguez.- mstar online
TOP
AEC: Malaysia Dijangka Mampu Tarik Pelaburan RM200 Bilion
Hamim Samuri
TANGKAK: Malaysia dijangka mampu menarik kira-kira 10 peratus atau RM200 bilion daripada nilai keseluruhan pelaburan di negara-negara Asean dengan pelaksanaan Komuniti Ekonomi Asean (AEC) pada tahun depan. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir Hamim Samuri berkata, ini akan menjadi satu trend positif yang berterusan kepada negara. "Dengan perlaksanaan AEC yang dipersetujui ada 2007 itu juga, Malaysia akan menikmati pasaran seramai 620 juta penduduk di negara-negara Asean bagi pelbagai jenis produk yang dihasilkannya," katanya. Hamin berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia di sini, Ahad. Menurutnya, di bawah AEC kemudahan eksport dan import diseragamkan dengan sistem percukaian dipermudahkan bagi membolehkan dagangan dijalankan dalam kalangan negara Asean. Justeru katanya, pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta pihak swasta di negara ini perlu meningkatkan daya saing agar mampu menarik pelabur dan menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Menurut beliau, ini dapat dicapai melalui Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S dalam kalangan jabatan dan agensi kerajaan serta pihak swasta. "Dengan kecekapan yang terbina melalui amalan ini akan mewujudkan suasana yang positif di organisasi masing-masing sehingga membawa kepada situasi menang-menang yang boleh menambat hati pelabur kelak," kata Hamim. Sebanyak 12 organisasi telah mengambil bahagian dalam Projek Perkongsian Amalan Terbaik QE/5S yang melibatkan program latihan, bimbingan dan tunjuk ajar sistematik dari April hingga Oktober lalu. Objektif projek itu adalah bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi menumpukan kepada penghapusan atau pengurangan pembaziran melalui proses amalan tersebut.- mstar online

Bina Darulaman Beli Tanah Bernilai RM202 Juta Di Kedah
ALOR SETAR: Bina Darulaman Bhd (BDB) akan membeli beberapa bidang tanah bernilai RM202 juta di beberapa daerah di negeri ini untuk meningkatkan simpanan tanahnya.
Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff berkata, pembelian tanah dengan keluasan 467.4 hektar itu telah mendapat persetujuan semua pemegang saham BDB.
"Simpanan tanah kita hanya tinggal kira-kira 300 hektar. Pasaran hartanah perlu sentiasa ada stok untuk projek-projek pembangunan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa BDB di sini, Ahad.
Izham berkata, lokasi tanah berkenaan ialah di Langkawi seluas 91.6 hektar, Hosba dekat Jitra (79.8 hektar), Pokok Sena (51.5 hektar), Sungai Lalang di Sungai Petani (93.1 hektar) dan Sungai Ular di Kulim (151.4 hektar).
"Tanah-tanah ini akan dibangunkan untuk pelbagai jenis pembangunan dan boleh dikatakan sebahagian besarnya untuk perumahan dan bagi tanah seperti di Langkawi, kita bercadang untuk bangunkan pembangunan berkonsep eko-pelancongan.
"Pembangunan hartanah menjadi penyumbang utama kepada hasil dan pendapatan kumpulan sebelum ini, ia dijangka kekal dalam aliran meningkat dengan cadangan pengambilan tanah ini," katanya.- mstar online
TOP
GST: Fasa Terbaik Beli Hartanah
KUALA LUMPUR: Fasa selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan adalah masa yang baik untuk membeli hartanah, demikian menurut wakil IQI Holdings Sdn Bhd, Alexander Woo.
"Apabila GST dilaksanakan, ramai pembeli akan melepaskan unit mereka dan keadaan ini akan mewujudkan situasi 'pasaran pembeli'," katanya.
Beliau merupakan penceramah pertama Star Property Fair 2014.
Star Property Fair 2014 berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu.
Selain itu menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) REI Group, Dr Daniele Gambero, Bajet 2015 membuka lebih banyak peluang pembangunan hartanah yang akan memberi tumpuan kepada kestabilan ekonomi dan kemampanan negara.
"Pertumbuhan infrastruktur akan meningkatkan lagi sektor pembangunan hartanah dan nilainya dijangka meningkat sama ada dua atau tiga kali ganda dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.
Bagi Pengarah Urusan Kumpulan First International Sdn Bhd, Datuk Abdul Razak Abdul Ghani, dua sebab utama untuk melabur dalam bidang hartanah ialah untuk mendapatkan peningkatan modal dan baki pendapatan selepas cukai.
Ketika ceramahnya, Abdul Razak berkata, unit simpanan peribadi dan tempat letak kereta merupakan pilihan pelaburan popular masyarakat United Kingdom.
Ia kerana dua aset berkenaan dilihat mudah untuk diuruskan selain memberi hasil yang tinggi dalam jangka masa panjang.
Sementara itu UEM Sunrise yang bertindak sebagai pemaju utama Nusajaya kini mempromosikan empat pembangunan iaitu Bayu Angkasa dan Ophiria serta Harbour Estuari dan Almas.
Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise, Siti Mariam Mohd Desa berkata, syarikat itu juga akan membangunkan projek EduCity yang turut akan membawa kepada pembinaan beberapa institusi pengajian seperti Southampton University, Reading University dan Newcastle University serta Raffles University Iskandar and Marlborough College.
"Ibu bapa di seluruh Asia yang mendaftar anak-anak mereka di kolej-kolej dan universiti ini. Ia pastinya akan meningkatkan permintaan kediaman," katanya.- mstar online
TOP
Kenaikan Niaga Hadapan Emas Dijangka Terhad
KUALA LUMPUR: Sentimen berhati-hati dijangka menyelubungi pasaran emas minggu depan dengan kenaikan kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal terhad.
Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ahmad Danial Zainudin menjangka peniaga memberi reaksi negatif kepada ulasan Ketua Bank Pusat Eropah Mario Draghi bahawa bank itu akan mengeluarkan lebih banyak rangsangan monetari ke ekonomi zon Eropah.
"Ini akan menyebabkan mata wang euro menjadi lebih rendah berbanding dolar AS dan kelaknya mengimbangi permintaan terhadap emas kerana ia berharga dalam dolar," katanya kepada Bernama.
Bagi minggu yang baru berakhir ini, Ahmad Danial berkata kenaikan pasaran emas tempatan kebanyakannya disebabkan aktiviti belian menampung kekurangan.
"Permintaan terhadap emas fizikal dari China semakin pulih, yang membantu meningkatkan harga emas mingguan," katanya.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, November 2014 naik 81 mata kepada RM128.15 segram manakala Disember 2014, Januari 2015 dan Februari 2015 meningkat 79 mata setiap satu masing-masing kepada RM128.55, RM128.85 dan RM129.15 segram.
Jumlah dagangan meningkat kepada 1,247 lot bernilai RM16.162 juta daripada 1,130 lot bernilai RM14.10 juta pada minggu sebelumnya.
Kepentingan terbuka pada Jumaat meningkat kepada 2,083 kontrak daripada 2,023 kontrak sebelumnya. - mstar online
TOP
BSN Sumbang 14 Van Jenazah
KUALA NERUS: Bank Simpanan Nasional (BSN) menyumbang 14 van jenazah untuk 14 masjid di seluruh negara melibatkan perbelanjaan RM1.67 juta tahun ini.
Pengarah BSN negeri Terengganu Albar Tahar berkata kesemua masjid yang menerima sumbangan van jenazah itu dipilih berdasarkan kriteria tertentu yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pengurusan zakat bank itu.
"Sumbangan itu adalah merupakan pelaksanaan fardu kifayah BSN kepada masjid-masjid yang terpilih di seluruh negara sepanjang tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan van jenazah Masjid Gong Kijang/Gong Sentol yang disempurnakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong di sini, Sabtu.
Albar berkata BSN sangat menyokong program yang menyumbang kepada pembangunan sosial masyarakat dan penyerahan van itu merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan melalui peruntukan wang zakat daripada operasi Skim Perbankan Islam (SPI) BSN.
"Kami di BSN bukan sahaja menawarkan perkhidmatan kewangan kepada segenap lapisan komuniti, tetapi juga komited untuk membantu komuniti dan asnaf-asnaf yang memerlukan bantuan.
"Pengagihan van-van jenazah itu adalah merupakan satu daripada tanggungjawab yang dipraktikkan BSN untuk menyempurnakan fardu kifayah dalam pengurusan jenazah umat Islam," kata Albar.
Beliau berkata BSN menyumbang van jenazah untuk kegunaan masjid di seluruh negara sejak 2010 dan tahun ini merupakan tahun yang kelima program itu dilaksanakan.
Katanya, BSN berharap dapat meneruskan program berkenaan sebagai sebahagian daripada sumbangan yang dapat diberikan kepada masyarakat di negara ini.- mstar online
TOP
Darulaman Realty Perkenal Pembangunan Hartanah Konsep Gaya Hidup
SUNGAI PETANI: Darulaman Realty Sdn Bhd (DRSB), unit pembangunan hartanah syarikat Bina Darulaman Bhd (BDB), mensyasarkan jualan kediamannya meningkat 20 peratus apabila memperkenalkan kediaman berkonsepkan gaya hidup.
Usaha itu dimulakan dengan projek Darulaman Perdana Sungai Petani yang dibangunkan di kawasan seluas 168.8 hektar di sini.
Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff berkata, pemasaran DRSB tidak lagi tertumpu kepada penjualan produk semata-mata, sebaliknya pelanggan ditawarkan pakej pembangunan yang mempunyai ciri gaya hidup setempat.
Katanya, konsep itu diyakini mampu merangsang jualan sejajar dengan masyarakat hari ini yang mengutamakan gaya hidup berbanding produk.
"Darulaman Perdana akan menjadi testimoni pertama dan selari dengan slogan "Darulaman Perdana: Kehidupan Terbaik Dalam Gaya.
"Semua pembangunan hartanah akan datang berasaskan gaya hidup persekitaran dengan adanya taman permainan, kawasan rekreasi, trek joging di sekeliling tasik, masjid dan rumah kelab," katanya kepada pemberita di majlis perasmian Karnival Darulaman Realty dan pelancaran Darulaman Perdana di oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Projek Darulaman Perdana merupakan projek pembangunan hartanah ketiga yang dilaksanakan DRSB selepas Bandar Darulaman di Jitra dan Darulaman Utama Kuala Ketil dekat Baling.
Izham berkata, DRSB yang diasaskan pada 1981 adalah pemaju hartanah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kedah yang dipertanggungjawab membangunkan Bandar Darulaman di Jitra sebagai Bandar Satelit Alor Setar.
"Setakat ini 80 peratus misi tersebut telah selesai membabitkan pembinaan 5,775 unit kediaman bercampur.
"Pada 1995, DRSB membangunkan bandar Kuala Ketil dan misi itu sempurna dengan pembinaan 2,339 kediaman di Darulaman Utama Kuala Ketil," katanya.- mstar online
TOP
Pemimpin Abu Sayyaf Dikait Penculikan Dua Warga Jerman Terbunuh
Gambar didedahkan pada 24 September lalu menunjukkan dua warga Jerman yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf. Foto AFP
MANILA: Seorang sub-pemimpin kumpulan Abu Sayyaf yang dikaitkan dengan penculikan dua warga Jerman baru-baru ini, maut dalam insiden tembak-menembak dengan pasukan keselamatan di Sulu, petang Sabtu. Komander Pasukan Petugas Bersama Sulu, Kolonel Allan Arrojado berkata, Sihata Muallom Asmad, yang juga dikenali sebagai "Sihata Latip," "Ka Tatang" dan "Tatang" cuba melawan dengan melepaskan tembakan kepada anggota tentera dan polis yang cuba menahannya. Tentera berkata, seorang tentera turut terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam pertempuran yang berlaku pada kira-kira pukul 4.45 petang di Barangay Duyan Kaha di Parang, Sulu. "Dia (Asmad) bukan pemimpin kumpulan itu dalam penculikan warga Jerman, yang melakukannya adalah Hatib Sawadjaan. Kumpulan dia yang mengawal warga Jerman itu," kata Arrojado dalam pesanan teks kepada INQUIRER.net. Asmad, dikehendaki kerana beberapa siri penculikan, termasuk melibatkan 10 pekerja di Perladangan Golden Harvest di Lantawan, Basilan. Dia turut dilaporkan terlibat dalam penculikan seramai 21 orang dari pusat menyelam di Pulau Sipadan, Sabah di Malaysia pada 2000. - Philippines Inquirer/ANN

Israel Tembak Mati Rakyat Palestin, Korban Pertama Selepas Gencatan Senjata
Gambar fail menunjukkan insiden letupan bom daripada serangan udara tentera Israel di sebuah rumah di Bandar Gaza pada 23 Ogos lalu. Foto AFP
BANDAR GAZA (Wilayah Palestin): Tentera Israel menembak mati seorang petani rakyat Palestin dekat sempadan di utara Gaza pada Ahad. Insiden itu menjadikan ia sebagai korban pertama sejak gencatan senjata yang menamatkan perang yang berlangsung selama 50 hari di wilayah itu. Jurucakap khidmat kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Fadel Mohammed Halawa, 32. Beliau berkata, mangsa ditembak dari arah belakang. - AFP- mstar online

Boko Haram Bunuh 48 Pembekal Ikan Di Nigeria
Boko Haram. Gambar fail AFP
KANO (Nigeria): Kumpulan lelaki bersenjata Boko Haram membunuh 48 pembekal ikan di negeri Borno di Nigeria, dekat sempadan Chad, kata ketua persatuan penjual ikan kepada AFP pada Ahad. "Sekumpulan pejuang Boko Haram menyekat laluan yang menghubungkan Nigeria dan Chad dekat perkampungan nelayan di Doran Bagan dekat pesisir Tasik Chad pada Khamis. "Mereka membunuh sekumpulan 48 pembekal ikan yang ketika itu dalam perjalanan ke Chad untuk membeli ikan," kata Abubakar Gamandi. - AFP- mstar online

Konvensyen DAP P Pinang Dikejutkan Oleh Kritikan Perwakilan
Guan Eng berucap merasmikan Konvensyen DAP Pulau Pinang di Dewan Ng Yam Huat, Bukit Mertajam, Ahad.
BUKIT MERTAJAM: Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di sini, pada Ahad dikejutkan oleh seorang perwakilan yang secara terbuka dalam perbahasannya mengkritik parti tersebut. Perwakilan dari Chai Leng Park, Seberang Perai, Shamsher Singh Thind mempertikaikan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang membeli kereta mewah sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri bagi menggantikan kereta terdahulu yang masih elok. Katanya, Lim yang juga setiausaha agung parti itu telah mengkritik kerajaan negeri Terengganu yang membeli kereta Mercedes serupa pada 2008 tetapi beliau telah melakukan perkara sama dalam pentadbirannya. "Saudara Guan Eng sendiri membeli kereta Mercedes Benz, Apa sudah jadi?," katanya ketika sesi perbahasan. Keberanian Shamser Singh mempersoal isu berkaitan kerajaan negeri di hadapan Guan Eng menyebabkan lebih 309 orang perwakilan lain tergamam. Shamser Singh, pensyarah undang-undang di sebuah institusi pengajian tinggi di sini, turut mempersoalkan kelebihan kuasa Guan Eng yang kebal daripada tindakan penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). "MPPP sungguh beria-ia menunda kereta orang awam termasuk kereta pelajar kolej, tetapi MPPP buat bodoh apabila kereta Ketua Menteri diletakkan secara salah," katanya. Namun, persoalan itu dijawab oleh Guan Eng dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, yang berkata akan memberi arahan kepada MPPP untuk memberi saman kepada pemandunya. Guan Eng turut menyalahkan media yang didakwanya sering memperbesarkan isu kecil serta melaporkan berita berat sebelah mengenai dirinya. "Apabila saya bercakap mengenai perkara yang lebih mustahak, media langsung tidak laporkan. Tetapi isu mengenai kereta saya, ia menjadi begitu besar," katanya. - mstar online

PAU 2014: Jangan Emosi Bahas Isu Sekolah Vernakular - Hishammuddin
Hishammuddin bergambar bersama peguam-peguam pada program santai dengan peguam muda Bonafide Friends of UMNO anjuran Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Ahad.
KUALA LUMPUR: Jurucakap yang bakal berbahas pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 diminta tidak beremosi ketika membahaskan isu mengenai sekolah vernakular, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Naib Presiden Umno itu berkata, mereka yang akan berbahas mengenai isu sekolah vernakular perlu berada di bumi nyata dengan mengutamakan soal perpaduan dalam perbahasan mereka. "Pendidikan pelbagai aliran dapat menyatupadukan kita dan tidak ada satu perkara yang boleh selesaikan masalah kita. Saya berkeyakinan jurucakap kita matang kerana ini bukan perkara yang baru," katanya. Beliau bercakap pada sidang media selepas menghadiri majlis diskusi bersama Bona Fide Friends of Umno (BFF) anjuran Biro Perlembagaan dan Perundangan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Hishammuddin ditanya kemungkinan isu sekolah vernakular dibahaskan anggota-anggota perwakilan Umno, yang akan bersidang di PWTC selama lima hari mulai Selasa ini. Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata isu sekolah vernakular perlu dibincangkan secara rasional dan realistik. "Kita mahu anak kita dididik tanpa sentimen perkauman dan keagamaan yang menebal sehingga usaha mewujudkan bangsa yang bersatu padu tidak kesampaian. Itu harapan saya dan sama ada jurucakap dapat terjemahkannya, Wallahualam," katanya. Mengenai perbuatan "Cah Keting" yang didakwa antara sebab pemimpin muda Umno sukar pergi jauh dalam parti, Hishammuddin berkata mereka sepatutnya pandai 'membawa diri'. "Bukannya tentang latar belakang mereka, tetapi mesti pandai bawa diri," katanya.- mstar online

Bomba Arah Lombang Arang Batu Ditutup Sementara
Anggota Bomba dan Penyelamat Sarawak keluar dari pintu masuk lombong arang batu yang meletup di Selantik, Pantu dekat Sri Aman, Sabtu.
KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengarahkan supaya lombong arang batu di Pantu dekat Sri Aman khususnya kawasan terowong yang meletup pagi semalam ditutup buat sementara waktu bermula tengah malam Sabtu. Ketua Balai Bomba Sri Aman, Ranger Moos berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) telah mengenal pasti kebocoron gas serta jenis gas yang terdapat di dalam terowong itu. "Pada pukul 8.30 malam tadi (Sabtu), seramai lima anggota Hazmat telah masuk ke dalam terowong berkenaan hingga jarak 260 meter dan berjaya mengesan gas metana yang sudah tersebar sehingga jarak tersebut," katanya kepada Bernama. Beliau berkata berikutan penemuan itu, arahan penutupan sementara telah dikeluarkan. "Berikutan arahan itu juga, tidak ada lagi pekerja yang bertugas menjaga pam air yang mengeluarkan air dari dalam terowong ke luar. Apabila pam air tidak beroperasi, terowong akan dipenuhi air yang dapat membantu memulihkan keadaan terowong," katanya. Ranger berkata, pihaknya turut menunggu kehadiran jurutera syarikat lombong itu bagi mengesahkan keselamatan struktur terowong untuk dimasuki.- mstar online

Banjir Di Kelantan, Terengganu Makin Pulih
Anggota Bomba dan Penyelamat membuat rondaan untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan Taman Desa Tanjung Damai yang masih digenangi air banjir di Kuala Nerus, Terengganu. --fotoBERNAMA
KOTA BAHARU: Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih apabila jumlah mangsa yang dipindahkan berkurangan. Di Kelantan, paras air di semua sungai utama semakin surut dan menghampiri paras normal manakala mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Pasir Puteh hanya 25 orang setakat 9 pagi Ahad. Menurut portal rasmi kerajaan negeri, mereka terdiri daripada lima buah keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja. Cuaca di Kelantan pada sebelah pagi ini diramalkan baik dan hujan diramalkan pada sebelah petang. Sementara itu di Terengganu, keadaan banjir juga semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir berada di pusat pemindahan pada pagi ini berkurangan kepada 1,303 orang berbanding 1,521 orang pada Sabtu. Menurut portal Majlis Keselamatan Negera (MKN) Terengganu, daripada jumlah itu, 1,286 orang di daerah Kuala Terengganu melibatkan 324 keluarga dan 17 orang daripada enam keluarga di Marang. Katanya di Kuala Terengganu dua buah pusat pemindahan masih beroperasi iaitu di Sekolah Kompleks Gong Badak menempatkan seramai 1,213 orang dan Sekolah Kebangsaan Tok Jiring membabitkan 73 orang. Menurut portal itu, banjir di daerah Dungun telah surut dan semua pusat pemindahan di daerah berkenaan telah ditutup semalam. Sementara itu paras air di semua sungai utama di Terengganu berada pada paras normal.- mstar online

Abam (Bocey) Cari Isteri Guna Paku Pontianak
PETALING JAYA: Pelawak Abam (Bocey) menggunakan paku ajaib sebagai inisiatif mencari seorang isteri daripada kalangan hantu pontianak dalam sebuah telefilem komedi berjudulTerpaku Pontianak.
Abam bakal memainkan watak sebagai Salman Al-Farisi yang berhadapan dengan kesukaran mendapat jodoh kerana tabiat buruknya yang kerap terkentut sehingga sering ditinggalkan teman wanita.
Setelah berputus asa Salman pulang ke kampung bagi mencari jodoh dengan cara tradisional.
Salman mendapat bantuan daripada pakciknya Safuan yang memberi sebatang paku ajaib iaitu Paku Pontianak.
Kemudian, Salman memulakan pencarian pontianak untuk dipaku dan dijadikan isteri. Perkara tersebut telah menimbulkan kemarahan kaum pontianak.
Sebagai balasan pontianak telah menganggu Salman dan keluarganya sebagai amaran.
Telefilem ini dibarisi pelakon seperti Abam Bocey, Nur Risteena Munim, Hairi Safwan dan Razak Ahmad bakal menemui penonton menerusi slot Skrin Di 9 pada 24 November ini, pukul 8.30 malam di TV9.
- mstar online
TOP
Selena Gomez Cerita Hubungan Asmara Dengan Justin Bieber Dalam Lagu Baharu
PENYANYI Selena Gomez bakal melancarkan album terbaharunya berjudul For You dalam masa terdekat ini.
Namun, segelintir pemerhati hiburan di Hollywood mendapati perkara yang janggal terhadap salah satu single dalam album tersebut berjudul Do It.
Menurut mereka, lagu tersebut menceritakan tentang hubungan cinta penyanyi itu dengan bekas kekasihnya Justin Bieber.
Seperti dipetik Hollywood Life, ia banyak menceritakan tentang dua pasangan yang saling menggoda untuk melakukan hubungan asmara.
Bagaimanapun, hingga kini Selena belum memberi sebarang kenyataan tentang perkara tersebut.- mstar online
TOP
Struktur Tiang LRT Di Lebuhraya Persekutuan Selamat - Prasarana
KUALA LUMPUR: Struktur tiang laluan Projek Penyambungan Jajaran LRT di Lebuhraya Persekutuan adalah selamat dan stabil walaupun khabar angin disebarkan dalam media sosial kononnya ia tidak stabil, kata Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).
Prasarana berkata, pihaknya membawa turun kren gantri yang didapati senget petang Sabtu dan ini menyebabkan lalu lintas di Lebuh raya Persekutuan dilencongkan untuk sementara.
"Jurucakap projek berkata kontraktok projek yang menjalankan kerja-kerja persediaan bagi mengangkat galang kotak bersegmen, yang disepatutnya dijalankan lewat petang semalam, mendapati struktur tiang pada kren gantri senget pada tengah hari.
"Keputusan dibuat untuk membawa turun kren pengangkut itu bagi keselamatan orang ramai dan lalu lintas dilencongkan sementara untuk membolehkan kerja-kerja membawa turun kren dijalankan," kata Prasarana dalam kenyataan pada Ahad.
Menurutnya lalu lintas di Lebuh raya Persekutuan kembali seperti biasa kira-kira 8 malam Ahad.
Sementara itu, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) juga menjelaskan bahawa insiden itu tidak ada kaitan dengan projek MRT.
Dalam kenyataan di sini, (MRT Corp) berkata insiden itu secara khilaf dikaitkan dengan Projek Mass Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT) Jajaran Sungai Buloh-Kajang.- mstar online
TOP
Pengapungan Terkawal Bantu Rakyat Tangani Beban Ekonomi - Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah
GUA MUSANG: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menyokong langkah kerajaan memansuhkan subsidi minyak dan membuat penetapan harga runcit untuk Petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember ini. Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata, langkah kerajaan itu diharapkan dapat membantu rakyat menangani bebanan ekonomi berikutan kenaikan harga barangan. Katanya, dengan pemansuhan subsidi itu kerajaan dapat mengambil langkah mengawal keadaan ekonomi negara. "Ini adalah masa terbaik bagi kerajaan untuk memansuhkan subsidi minyak kerana harga pasaran minyak mentah dunia juga jatuh ke paras AS$80 (RM268.40) setong," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan dengan Peneroka di Dewan Orang Ramai di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil di sini, Ahad. Tengku Razaleigh berkata, kerajaan sebenarnya telah menunjukkan sikap prihatin terhadap rakyat dengan pemansuhan subsidi itu yang boleh digunakan untuk keperluan rakyat. Sehubungan itu beliau menasihatkan rakyat negara ini supaya berjimat cermat dalam perbelanjaan harian kerana banyak lagi dugaan akan dihadapi terutama menghadapi tekanan ekonomi dunia yang tidak menentu. "Kita boleh mengambil ingatan juga terhadap bahan komuniti yang kita usahakan setiap hari termasuk sawit dan getah yang harganya jatuh begitu rendah sekarang ini hingga boleh menyebabkan tekanan perbelanjaan kepada mereka. "Ini semua bukan salah kerajaan kita, tetapi ia sebenarnya ada kaitan dengan pengurangan permintaan bahan itu daripada negara luar termasuk juga Amerika Syarikat yang mengambil sikap mengurangkan import minyak sawit dari Malaysia," katanya.- mstar online

Pertandingan Bantu Artis Lama Jadi Lebih Baik-Dayang Nurfaizah
Dayang tidak fikir tentang ketelusan Anugerah Juara Lagu yang sering diperkatakan segelintir artis lama.
PETALING JAYA: Penyanyi Dayang Nurfaizah melihat sesebuah pertandingan yang disertai adalah sebagai salah satu cara untuk memperbaiki dirinya menjadi lebih baik. Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 32, berkata, biarpun sebagai artis berpengalaman dia tidak mahu menjadi terlalu selesa dengan hanya melakukan persembahan pentas. "Bagi saya pertandingan menjadikan seorang artis itu menjadi lebih baik dan boleh memperbaiki diri mereka untuk terus maju. "Jika hanya buat persembahan biasa sahaja ia hanya menjadikan saya terlalu selesa dan malas. Apabila ada persaingan dalam pertandingan kita akan lebih banyak berfikir untuk jadi terbaik," ujarnya kepada mStar Online. Dayang berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pendapat segelintir artis berpengalaman yang sudah tidak mahu menyertai sebarang pertandingan melibatkan artis-artis baharu. Dayang turut bersaing dalam malam minggu kedua Separuh Akhir Muzik Muzik 29 yang diadakan di Sri Pentas 2, Shah Alam, malam Jumaat. Lagu nyanyian Dayang berjudul Di Pintu Syurga turut diumum sebagai lagu terbaik pada malam tersebut mengalahkan 11 buah lagu yang bertanding pada malam tersebut. Jelas Dayang, dia menganggap persaingan dengan artis-artis baharu merupakan perkara yang sihat bagi menjadikan dirinya masih releven. Katanya, kesemua artis-artis baharu mempunyai bakat dan kehebatan mereka tersendiri. "Semua artis baru bagus-bagus dan mempunyai kehebatan mereka sendiri. Saya rasa ia merupakan perkembangan yang sihat untuk bersaingan dengan mereka. "Pada awalnya memang agak gementar juga untuk bersaing dengan mereka kerana saya rasa sudah tidak releven lagi, tetapi saya juga tidak mahu mengalah dan cuba beri yang terbaik," ujarnya. Sementara itu, mengulas tentang ketelusan penjurian Anugerah Juara Lagu yang sering dipertikaikan segelintir artis, Dayang berkata, dia tidak memikirkan tentang hal tersebut. Jelasnya, dia hanya bertanggungjawab untuk menyampaikan lagu yang diamanahkan oleh komposer dan penulis lirik dengan baik. Lagu Di Pintu Syurga dicipta oleh Tam Spider dan lirik oleh Iman Imran.

F1: Abu Dhabi Saksi Hamilton Rangkul Gelaran Dunia Kali Kedua
Hamilton dinobatkan sebagai juara dunia selepas menguasai perlumbaan di Abu Dhabi, Ahad.
PELUMBA Mercedes Hamilton mengesahkan gelaran juara dunia buat kali kedua pada perlumbaan akhir Grand Prix Abu Dhabi, Ahad malam. Hamilton mencatat kemenangan ke-11 daripada 19 perlumbaan musim ini dengan mengumpul 334 mata. Pelumba berusia 29 tahun itu meraih gelaran dunia buat kali pertama ketika bersama pasukan McLaren pada tahun 2008. Hamilton turut mencatat rekod sebagai pelumba Britain pertama yang merangkul pelbagai gelaran selepas Jackie Stewart 1971. Rakan sepasukannya yang juga pencabar terdekat, Nico Rosberg berada di belakang Hamilton dengan mencatat 317 mata keseluruhan walaupun pada aksi akhir ini dia hanya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-14. Rosberg gagal mengejar Hamilton selepas kehilangan kuasa enjin pada lap ke-25 selepas memulakan saingan di petak pertama. Sementara itu pelumba Brazil Felipe Massa menamatkan perlumbaan menamatkan perlumbaan di tangga kedua untuk pasukan Williams, dan rakan sepasukan dari Finland, Valtteri Bottas ketiga.- mstar online

Karyawan Filem, LPF Perlu Saling Lebih Memahami
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra dengan para pengunjung Karnival 60 Tahun Lembaga Penapis Filem Malaysia selepas merasmikan karnival dua hari itu di pusat beli belah Alamanda di sini hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA – Persefahaman di antara karyawan filem dan Lembaga Penapis Filem (LPF) perlu ditingkatkan supaya kedua-dua pihak dapat bekerjasama dengan lebih berkesan. Menegaskan demikian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata untuk itu karyawan seni hendaklah menyedari bahawa LPF mempunyai garis panduan yang perlu dipatuhi (dalam melakukan penapisan filem). “Pada waktu yang sama LPF harus tahu susah-payah para pengeluar filem menghasilkan karya masing-masing dan (LPF) tidak sewenang-wenangnya memotong babak,” katanya. Ahmad Zahid bercakap pada sidang media selepas merasmikan Karnival 60 Tahun LPF di sini, hari ini. Beliau menjelaskan karnival itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya penonton filem bahawa LPF ada tanggungjawab dari segi sosial, agama dan perundangan dalam meluluskan tayangan sesebuah produksi kreatif. Ahmad Zahid berkata kajian semula mengenai garis panduan penapisan filem adalah berdasarkan keperluan dan situasi semasa. Ditanya mengenai filem ‘The New Village’ yang ditangguh tayangannya pada Julai 2013, beliau menjelaskan setakat ini LPF belum buat keputusan muktamad mengenai perkara itu. “Tapi kajian LPF mendapati memang ada unsur-unsur tersembunyi dalam dialog yang pada hemat mereka tidak sesuai untuk dipertontonkan,” katanya. Laporan media sebelum ini menyebut ‘The New Village’ mengandungi unsur-unsur yang memperjuangkan komunis. KDN kini meneliti semula kandungan filem itu, kata Ahmad Zahid. Berhubung filem yang ditayangkan di Youtube, beliau berkata, KDN akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk bangunkan ‘firewall’ bagi menentukan garis panduan LPF dipatuhi. – BERNAMA

Mangsa Banjir Menurun Kepada 366 Orang Di Terengganu
KUALA TERENGGANU – Cuaca yang semakin baik di Terengganu membolehkan lebih ramai mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing hari ini.
Sehingga petang ini, hanya 353 orang masih berada di tiga pusat pemindahan di Terengganu berbanding 1,303 orang pagi tadi.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu di Kuala Terengganu, masih ada 336 orang di tempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Tok Jiring (60 orang) dan Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak (276 orang).
Seramai 17 orang lagi di daerah Marang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh. – BERNAMA
TOP
KTI Ugut Adakan Demonstrasi Bantah Pembinaan Insinerator
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator (KTI) menggugut mahu mengadakan demonstrasi ke atas Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
‘
Ahli Jawatankuasa KTI, Lai Yak Guan mendakwa, pihaknya telah banyak kali menghantar surat kepada KPKT untuk mengadakan dialog bersama dengan penduduk tempatan tetapi tidak dihiraukan Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
“Ahli KTI juga menyerah surat rasmi kepada wakil Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Seri Arfah Abdul Razak semasa aktiviti Hari Kitar Semula Kebangsaan yang diadakan di Taman Tasik Seri Serdang pada Sabtu lalu tetapi Menteri tidak pernah memberi sebarang balasan setakat ini.
“Jika Abdul Rahman terus mengabaikan suara yang membantah projek loji pembakaran, KTI akan mengadakan demonstrasi,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Yak Guan mendakwa, KTI sedang mendapatkan sokongan pertubuhan antarabangsa dan bertemu Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Terhadap Kesihatan, Dainius PÅ«ras mengenai isu itu baru-baru ini.
Beliau turut mendakwa penyelaras media KTI sedang menuju ke Filipina untuk bertemu dengan pegawai tempatan GAIA (Global Anti-Incinerator Alliance) kerana negara itu telah meluluskan Akta Udara Bersih pada tahun 1999 yang melarang sebarang loji pembakaran dibina di Filipina.
“Kami juga akan menghubungi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mendapatkan maklumat menganai kesan kesihatan yang diakibatkan oleh loji pembakaran,” dakwanya.-mynewsub
TOP
Seorang Anggota FRU Seremban Maut Dalam Kemalangan
SEREMBAN: Seorang anggota Pasukan Simpanan Perkutuan (FRU) Negeri Sembilan maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Pilah di Ampangan dekat sini hari ini. - Foto BERNAMA
SEREMBAN – Seorang anggota polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Seremban maut dalam kemalangan di Jalan Seremban–Kuala Pilah berhampiran Pasaraya Giant Ampangan, di sini awal hari ini. Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhammad Zaki Harun berkata dalam kejadian pada kira-kira pukul 8.30 pagi itu, Lans Koperal Rostam Elias, 32, sedang menunggang motosikalnya dari arah Seremban ke Kuala Pilah. “Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sehingga ke bahu jalan,” katanya di sini. Katanya mangsa yang mengalami cedera parah di badan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat. – BERNAMA

Baihakki Kembali Sarung Jersi Harimau Selatan
KUALA LUMPUR – Pemain pertahanan Singapura, Baihakki Khaizan kembali menyarung jersi pasukan bola sepak Johor dalam aksi Liga Malaysia pada musim hadapan.
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bagaimanapun memaklumkan, Baihakki akan bersama pasukan Johor Darul Takzim (JDT) II berbanding mewakili JDT pada musim lalu.
“Pemain pertahanan tinggi lampai, Baihakki akan beraksi dalam pasukan JDTII bagi musim 2015 untuk memperkukuhkan pasukan.
“Penampilan beliau juga bertujuan berkongsi pengalaman serta memberi tunjuk ajar kepada pemain muda dalam pasukan JDTII.
“Semoga kehadiran beliau bersama Shahril Ishak serta pemain-pemain senior yang lain dapat membantu pemain-pemain muda Johor mempertingkatkan corak permainan serta tahap profesionalisma,” kata kenyataan itu hari ini.
PBNJ sebelum ini terpaksa melepaskan kontrak Baihakki bersama JDT buat sementara waktu untuk memberi peluang kepada pemain itu beraksi bersama pasukan Singapura bagi perlawanan antarabangsa.
Baihakki terpaksa dilepaskan Johor DT apabila mereka mengikat pemain import baru Marcos Antonio yang pernah beraksi dengan FC Nuremberg dalam kancah Bundesliga Jerman.-mynewsub
TOP
Tiga Beranak Maut Dalam Kemalangan Di Pekan
PEKAN – Tiga beranak terbunuh selepas kereta Proton Exora mereka terbabas lalu berpusing dan melanggar tembok jambatan Sungai Api-Api sebelum terbalik di Km 26, Jalan Pekan-Nenasi dekat Pekan tengah hari semalam.
Mereka dikenali sebagai Nor Azian Abdul Razak, 26, yang mati di tempat kemalangan, anaknya Mohd Amar Zikri Amir, 2 tahun dan Nor Damia Az-zahra, 1 tahun.
Mohd Amar meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Pekan pada pukul 11 malam tadi sementara Nor Damia Az-zahra meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada pukul 1.30 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata mereka dari Kampug Baru Nenasi dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Kuala Pahang.
Beliau berkata kereta itu dipandu bapa Nor Azian, Abdul Razak Hussin, 66, yang turut disertai isterinya Bibi Nordin, 64, yang kedua-duanya hanya cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pekan. – BERNAMA
TOP
Pertandingan Reka Tugu Peringatan Untuk Ditegak Di Jalan TAR
KUALA LUMPUR: Para peserta bergotong royong membersihkan kawasan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman pada program Pembersihan Seharian di Jalan Tuanku Abdul Rahman anjuran Batu Road Retailers Association (BARRA) di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Persatuan Peruncit Batu Road (Barra) akan menganjurkan pertandingan mereka tugu peringatan untuk ditegakkan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini. Presidennya Datuk VK Liew berkata pertandingan akan diadakan bulan depan dengan penyertaannya dibuka kepada semua rakyat Malaysia. “Tugu itu sebagai memperingati Yang di-Pertuan Agong pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad yang nama baginda banyak orang tersalah anggap dengan perdana menteri pertama (Tunku Abdul Rahman Putra). “Kita juga perlu mendidik generasi muda kita untuk menghargai sejarah kita,” katanya di sini hari ini. Persatuan itu menganjurkan program membersihkan Jalan TAR dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), peniaga, pemborong dan badan bukan kerajaan. Liew berkata tugu itu juga sebagai tarikan pelancong. Beliau berkata DBKL telah bersetuju dengan pembinaan tugu itu yang akan menentukan lokasinya. – BERNAMA

JPJ Kedah Keluarkan 149 Saman Lampu Strobe Dan HID
ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengeluarkan 149 saman atas kesalahan pemilik kenderaan menggunakan lampu ‘High-Intensity Discharge’ (HID) dan lampu ‘Strobe’ dalam operasi khas dilancarkan sejak 1 Nov lepas.
Pengarah JPJ negeri, Mohd Fadhil Hassan berkata daripada jumlah itu sebanyak 115 kes bagi kesalahan berkaitan lampu ‘Strobe’ dan 34 bagi kes lampu HID, selepas pemeriksaan terhadap 25,336 kenderaan sehingga semalam.
Beliau berkata pihaknya turut memberi notis advokasi terhadap 287 pemilik kenderaan atas kesalahan cermin gelap sebelum tindakan diambil terhadap kesalahan itu pada 1 Mei tahun depan, jika kesalahan terus dilakukan.
Katanya menerusi operasi khas itu juga pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 924 saman bagi kesalahan tiada lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh.
“Kesalahan tiada cukai jalan dan cukai jalan tamat tempoh pula merekodkan 575 saman dan tiada insuran pelindungan pula sebanyak 526 kes,” katanya ketika ditemui pada Perasmian Lelongan Awam Kenderaan di JPJ Kedah di sini hari ini.
Mohd Fadhil berkata pada lelongan awam itu sebanyak 88 buah kenderaan dilelong iaitu 61 buah motosikal, 19 buah kereta, lima buah van, sebuah lori, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah traktor.
Beliau berkata acara lelongan tersebut disertai oleh 174 pembida. – BERNAMA
TOP
Penggondolan Cerun Bukit Semakin Berleluasa – BN Pulau Pinang
GEORGETOWN – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mahu kerajaan negeri pimpinan DAP memandang serius aktiviti penggondolan cerun bukit yang didakwa semakin berleluasa di negeri ini.
Setiausaha BN negeri, Datuk Omar Faudzar, berkata jika kerajaan negeri gagal menguatkuasakan undang-undang pembangunan di lereng bukit, ia terdedah kepada kemungkinan berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh yang membahayakan penduduk sekitar.
“Musim tengkujuh yang sedang melanda negara pada ketika ini menyaksikan taburan hujan yang lebih daripada kadar biasa dan akan mendatangkan kesan kepada pergerakan tanah pada lereng bukit yang sudah ditarah.
“Kami (BN) juga tidak menolak kemungkinan tragedi di Cameron Highlands, Pahang dan tragedi Highland Tower di Hulu Klang, Selangor akan berlaku di negeri ini berdasarkan kepada keadaan kebanyakan cerun bukit (telah ditarah) di Pulau Pinang pada ketika ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya tinjauan dan semakan BN Pulau Pinang terhadap cerun bukit di negeri ini mendapati banyak cerun bukit diratakan bagi tujuan pembangunan hartanah mewah dan kes pencerobohan tanah di cerun bukit bagi tujuan pertanian.
Omar berkata antara kawasan yang berisiko berlaku tanah runtuh ialah Bukit Gambir, Bukit Bendera, Paya Terubong, Relau dan Sungai Ara di bahagian pulau manakala di Seberang Prai pula bukit banyak ditarah untuk kerja kuari di kawasan Berapit dan Penanti.
“Perbincangan pimpinan BN Pulau Pinang dengan pakar geologis tempatan baru-baru ini berhubung pembangunan cerun bukit di negeri ini mendapati kepadatan tanah kawasan berbukit di Pulau Pinang kini tidak lagi normal dan hanya menunggu tempoh untuk berlakunya pergerakan tanah secara besar-besaran,” katanya.
Katanya pihaknya bimbang pergerakan tanah di cerun bukit akan mendatangkan hakisan tanah dan membawa kepada bencana tanah runtuh serta banjir kilat.
“Kes berkenaan pernah berlaku di Paya Terubong pada tahun 1990-an dan kerajaan negeri sekarang ini perlu mengambil iktibar atas insiden itu,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya berharap kerajaan negeri menghentikan dasar mesra pemaju yang tidak munasabah dalam isu pembangunan cerun bukit di Pulau Pinang yang jelas membahayakan nyawa rakyat Pulau Mutiara.
“Saya percaya, wakil rakyat Pakatan Rakyat bersama kami dalam perkara ini menentang tindakan kerajaan negeri yang lembap mengatasi masalah cerun bukitdigondol di Pulau Pinang,” katanya. – BERNAMA
TOP
Pendaftaran GST Meningkat Kepada 159,470 Pada 22 Nov
KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 159,470 pada 22 Nov, meningkat 745 daripada hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Bilangan syarikat mendaftar bagi GST yang akan dilaksanakan pada 1 April tahun depan, kini mengatasi sasaran kerajaan pada 140,000 menjelang akhir tahun.
Bagaimanapun, syarikat-syarikat yang masih belum mendaftar mempunyai masa sehingga 31 Dis, 2014, untuk berbuat demikian.
Perniagaan dengan perolehan jualan tahunan kurang daripada RM500,000 digalakkan mendaftar bagi GST, sekiranya perolehan mereka melebihi RM500,000 di masa depan.
Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan Datuk Mat Noor Nawi menasihatkan syarikat-syarikat tersebut mendaftar secara suka rela dengan Jabatan Kastam. – BERNAMA
TOP
Pemuda PAS Mohon Sumbangan Kewangan Untuk Mangsa Banjir
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memohon orang ramai menghulurkan bantuan kewangan kepada parti itu untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Terengganu.
Ketuanya, Suhaizan Kayat berkata, DPPM memerlukan sumbangan kewangan mencukupi bagi memberi bantuan barangan keperluan kepada kira-kira 1,200 keluarga yang sedang terjejas.
“Barangan yang diperlukan ialah beras 5 kilogram (kg) sebanyak 1,200 kampit, Gula 1kg (2,400 pek), gandum 1kg (1,200 pek), minyak masak 1kg (1,200 pek), biskut (1,200 pek), sardin (1,200 tin),
teh uncang (1,200 pek) dan beehon juga 1,200 pek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suhaizan berkata, sumbangan itu boleh diberikan kepada DPPM melalui Tabung Kemanusiaan Pemuda PAS Malaysia.-mynewsub
TOP
Melayu Di KL Berhadapan Cabaran Jurang Ekonomi
KUALA LUMPUR – Jurang ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan cabaran besar dihadapi orang Melayu, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Katanya berdasarkan statistik, orang Melayu masih jauh di belakang bangsa lain dalam segala hak pemilikan dan perniagaan di ibu negara.
“Soalnya siapa hendak kita persalahkan? Apabila lesen diberi, dipajakkan atau dijual. Hartanah diberi begitulah juga jadinya,” katanya semasa berucap pada Konvensyen Umno Wilayah Persekutuan yang dirasmikan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini hari ini.
Tengku Adnan berkata 200 tahun dahulu orang Melayu pernah memiliki hampir 100 peratus tanah di Kuala Lumpur, namun jumlah itu kini berkurangan menjadi hanya 21.7 peratus, ekoran sikap orang Melayu sendiri yang menggadai dan menjual tanah kepada bangsa lain.
Selain itu, katanya orang Melayu di Kuala Lumpur juga secara purata menerima gaji antara RM2,000 hingga RM3,000 sahaja sebulan dan menyumbang kepada statistik atau peratusan golongan miskin bandar.
Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata statistik pemilikan rumah juga menunjukkan orang Melayu masih rendah berbanding bangsa lain.
“Bayangkanlah, harga rumah di ibu kota paling rendah kira-kira RM300,000 sedangkan kemampuan untuk Melayu bandar sekitar di bawah RM150,000 sahaja.
“Statistik individu yang memohon rumah sewa dan beli daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula berjumlah lebih 42,000 orang, dengan 90 peratus terdiri daripada golongan Melayu,” katanya.
Beliau berkata realiti itulah yang terpaksa dihadapi orang Melayu di Kuala Lumpur, ditambah dengan kos sara hidup yang menambah bebanan hidup sehingga ada dalam kalangan mereka terpaksa merempat.
Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno, berkata anggota Umno Wilayah Persekutuan perlu memainkan peranan membantu dan memastikan segala jurang dan kesempitan hidup orang Melayu di bandar dapat ditangani.
“Umno Wilayah Persekutuan tidak mahu melihat ada bangsa kita yang hidup merempat dan melarat … sabaliknya azam Umno Wilayah Persekutuan amat teguh untuk membawa Melayu bandar keluar daripada garis kemiskinan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Pemimpin Umno Perlu Ada Dua ‘K’ – Najib
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap dan merasmikan Konvokesyen UMNO Wilayah Persekutuan di Dewan Tun Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Pemimpin Umno semua peringkat perlu mempunyai formula dua ‘K’ iaitu “knowledge” atau ilmu dan kemahiran dalam usaha menarik kembali sokongan masyarakat bandar. Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, formula politik ‘K’ itu sangat penting kerana masyarakat bandar adalah golongan yang terdidik dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai isu. “Bila dalam bandar, orang lebih terdidik. Kepimpinan kita juga mesti lebih berkemahiran, terpelajar … baru boleh pengaruhi mereka yang ada dalam kawasan kita. “Saya bukan mahu menidakkan sesiapa, tetapi katakanlah ketua cawangan kita seorang tukang kebun, bolehkah dia diiktiraf sebagai pemimpin kawasan? “Jawapannya jelas, dalam konteks tertentu kita amat perlukan dia, tetapi dalam konteks pengaruh orang terpelajar, kita kena letak orang yang lebih berintelektual sebagai pemimpin,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Umno Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Selain itu, Perdana Menteri turut menekankan aspek ‘Politik Y’ iaitu membuka lebih ruang kepada generasi muda terlibat dalam Umno. Najib juga bersetuju dengan lima anjakan agenda yang digariskan Umno Wilayah Persekutuan pada konvensyen itu untuk memperkukuh perjuangan dan pada masa yang sama menjuarai semula hati penduduk di kota. Katanya segala kerangka strategi baharu itu perlu direalisasikan selepas konvensyen berkenaan yang mencerminkan kesediaan Umno Wilayah berubah di setiap peringkat. Beliau juga sekali lagi mengajak anggota Umno untuk bermuhasabah diri dan melihat punca kemerosotan sokongan serta pengaruh khususnya daripada kalangan penduduk bandar. Katanya parti itu masih tidak berjaya menawan kembali hati rakyat di bandar kerana kebanyakan anggotanya hanya menumpukan kepada urusan dalaman parti sehingga gagal bersikap adil dan saksama terhadap rakyat secara keseluruhan. “Kita mesti berlaku adil dan mesti inklusif, kita mesti sayang kepada Umno. Ini nilai asas. Lihat Umno bukan alat untuk diri, bukan batu loncatan, tetapi sebagai institusi yang menjamin masa depan orang Melayu dan negara,” katanya. Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata lima anjakan itu adalah memperkukuh agama Islam, memantapkan Barisan Nasional, melahirkan lebih banyak idea segar, meningkatkan jurang ekonomi bandar, dan menjadi lebih prihatin kepada masalah rakyat. – BERNAMA

JDTII Ambil Khidmat Pemain Piala Presiden
KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengumumkan seorang pemain muda skuad Piala Presiden negeri itu akan diserap ke pasukan utama Johor Darul Takzim (JDT) II untuk musim depan.
PBNJ dalam satu kenyatan memberitahu, pemain tersebut, Hasbullah Abu Bakar dalam pasukan Piala Presiden sebelum ini bermain di posisi tengah.
“Seorang lagi pemain skuad B-21 / Piala Presiden yang bermain di posisi tengah akan diserap masuk ke pasukan JDT II untuk musim 2015 bagi persedian pemain-pemain muda Johor untuk beraksi bersama pasukan utama JDT,” kata kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu, PBNJ berharap Hasbullah dapat bermain dengan baik bersama pasukan JDTII, menjaga disiplin dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengamalkan permainan secara bijak.
TOP
Tiga Pelajar Cedera Insiden Tembakan Di Universiti Florida
TIGA pelajar cedera dalam kejadian tembakan yang berlaku di sebuah perpustakaan di Universiti Florida, Khamis lalu.
Selain tiga pelajar itu, beratus lagi pelajar yang berada dalam perpustakaan ketika insiden itu berlaku hanya mampu melindungi diri dengan bersembunyi di celah-celah rak buku.
Pihak polis bagaimanapun bertindak pantas dengan menembak mati si penembak ketika dia berada di luar perpustakaan selepas suspek enggan menyerah diri malah menembak pula salah seorang pegawai polis yang bertugas.
Suspek dikenal pasti sebagai Myron May, seorang lepasan universiti terbabit pada 2005 dan kini pihak berkuasa sedang menyiasat motif sebenar kejadian tersebut.
Sehubungan itu, pihak universiti telah membatalkan semua kelas dan peperiksaan pada hari kejadian dan telah menawarkan sesi khidmat kaunseling terhadap pelajar yang trauma dengan insiden itu. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Tiga Pemain Import Kedah Tiba Malam Esok
KUALA LUMPUR – Tiga pemain import pasukan Kedah akan tiba di di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas, Kedah malam esok.
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memberitahu, kehadiran tiga pemain import itu disahkan oleh jurulatih Tan Cheng Hoe.
“Tiga pemain import yang dimaklumkan sebelum ini akan tiba pada 24 November 2014 di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas.
“Mereka ialah Keith M Nah, Lawrence Olum dan Chidi Edeh yang dijangka tiba pada pukul 8:10 malam esok ,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, kesemua pemain import skuad hijau kuning terebut akan diikat oleh KFA untuk saingan Liga Premier 2015.
Justeru, penyokong Kedah dijemput meraikan kehadiran pemain import Kedah terbabit.
“Seorang lagi pemain tengah dari Jepun dijangka tiba minggu pertama Disember ini. Kedah akan memulakan latihan pra-musim petang ini di Stadium Darul Aman,” kata kenyataan itu.
TOP
BR1M Subsidi Fokus Kepada Golongan Sasar
KUALA LUMPUR – Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah satu bentuk subsidi yang lebih fokus dan terarah untuk golongan sasar berbanding pemberian subsidi pukal seperti subsidi bahan api.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam satu wawancara khas dengan akhbar Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini, berkata pemberian bantuan itu membantu kerajaan dalam mengagihkan bantuan kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan.
“Tetapi subsidi sebenarnya banyak membazir dan kita tahu apabila dilakukan BR1M, ini lebih fokus pada golongan sasar. Maknanya subsidi masih ada juga dan minyak itu adalah subsidi.
“BR1M juga adalah subsidi tetapi lebih fokus dan terarah berbanding subsidi pukal. Itu yang saya nak kurangkan untuk elakkan pembaziran,” katanya menjawab soalan pengarang akhbar itu mengenai kritikan tokoh seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mengenai pemberian BR1M.
BR1M ialah polisi yang disasarkan untuk membantu keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan memberikan wang tunai RM500 dan ia diagihkan kepada 4.2 juta isi rumah pada awal tahun 2012.
Akhbar itu memetik Najib, yang juga Presiden Umno sebagai berkata, kerajaan bersikap terbuka dan sedia mengkaji semula pemberian BR1M jika bantuan itu didapati tidak bagus.
“Saya bersikap terbuka dalam soal ini, tetapi ke mana saya pergi pun, orang ramai kata mereka mahukan BR1M malah mereka mahu ditambah lagi jumlahnya.
“Itu reaksi orang dan BR1M ini dibuat bukan kerana mahu beli undi tetapi kerana kita naikkan harga minyak,” katanya.
Menurut laporan akhbar itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan apabila kerajaan mengurangkan subsidi minyak dan harga minyak naik, BR1M menjadi instrumen untuk kurangkan beban rakyat, menjadikan hasil yang diterima kerajaan melalui pengurangan subsidi itu diagihkan kembali kepada rakyat.
Akhbar itu juga melaporkan BR1M bukanlah bukanlah satu dasar yang berterusan dengan memetik Najib sebagai berkata: “Satu hari nanti, bila pendapatan rakyat bertambah, mereka sudah tidak perlukan BR1M lagi.” – BERNAMA
TOP
Ramai Pakar ‘Mi Segera’ Bahas Subsidi Petrol – KJ
KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan pihak yang mengkritik dan berhujah tentang keburukan pelaksanaan sistem pengapungan terkawal ke atas harga minyak sebagai pakar `mi segera’.
Beliau menegaskan ramai tidak faham kaedah sebenar pengiraan harga petrol di pasaran menyebabkan timbul pelbagai teori tidak tepat mengenai keputusan terbaharu kerajaan berhubung pemberian subsidi petrol.
Jelas Khairy Jamaluddin, pakar `mi segera’ membahaskan tentang harga minyak dunia tetapi dengan cuma merujuk harga minyak mentah sedangkan petrol dipasaran adalah minyak telah diproses, ditapis, diangkut, diedar, diniaga dan sebagainya.
Berikut penjelasan Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda UMNO melalui akaun Facebook beliau hari ini:
“SAYA nak ambil sedikit masa untuk menjelaskan tentang harga petrol. Ramai yang tidak memahami cara bagaimana harga petrol dikira. Ini menimbulkan keadaan dimana ramai pakar ekonomi mee segara tiba-tiba muncul dengan teori tersendiri.
Contoh pakar mi segera seperti gambar dibawah. Dengan penuh keyakinan beliau kata “ini fakta…” Saya juga yakin ramai yang mebaca post tersebut dan terus share secara membuta tuli tanpa sebarang usul periksa. “Mesti Mamat ni betul.” “Logik juga dia tulis.”
Apa yang beliau tulis itu salah sebab harga minyak dunia itu yang diambil sebagai contoh adalah harga minyak mentah. Untuk pengetahuan semua, petrol yang kita guna untuk kenderaan kita bukan minyak mentah. Itu minyak yang sudah diproses, ditapis, diangkut, diedar, diniaga dll. Jadi fakta dibawah tidak betul. Kalau beliau konfiden dengan ‘fakta’ beliau, saya sarankan beliau mengisi kenderaannya dengan minyak mentah. Tengok jauh mana boleh jalan.
Mungkin disini ada yang nak tulis, “OK lah KJ. Jangan sembang je bro. Tunjuk lah cara nak kira petrol ni.”
Baik.
Harga petrol di Malaysia dikira mengikut formula yang dikenali sebagai Automatic Pricing Mechanism atau APM.
Harga rujukan bagi kiraan APM adalah Mean of Platts Singapore (MOPS). Ini merupakan harga minyak yang sudah diproses. (Makulumat lanjut tentang MOPS boleh di-Google).
Harga MOPS dicampur pula dengan beberapa kos lain:
- Kos operasi (9.58 sen/liter)
- Margin syarikat minyak (5 sen/liter)
- Margin dealer stesen minyak (12.19 sen/liter)
- ‘Alpha’ yakni perbezaan MOPS dengan harga pembelian sebenar (5 sen/liter)
Jadi dengan mudah:
MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 12.19 sen + 5 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia
Satu lagi gambar dibawah menunjukkan penjelasan yang sama dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri atau KPDNKK.
Di sini ada pula yang nak menyampuk, “Sudah lah bro. Harga minyak naik lettew. Bangang barang naik.”
Kerajaan pun telah mengumumkan penarikan subsidi petrol pada 1 Disember. Ramai kutuk. “Kerajaan ale utoo” bagai.
Yang kutuk ini tidak pantau harga pasaran minyak.
Kita guna formula diatas.
Purata harga MOPS untuk RON95 dari 1 hingga 19 November adalah 195.15 sen. Campur dengan kos lain diatas = 226.88 sen atau kurang lebih RM2.27. Maksudnya, bila kita apungkan harga petrol pada 1 Disember dan tren penurunan harga pasaran minyak berterusan, ada kemunkinan besar harga petrol RON95 turun. Subsidi dijimat, harga pun boleh turun. Kesimpulannya, semak semua ‘fakta’ dulu. Jangan cepat share. Think first.”-mynewsub

Tengku Abdullah Ucap Tahniah Kepada Chin Aun
KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengucapkan tahniah kepada legenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Aun yang diabadikan dalam ‘Hall of Fame’ Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
‘Tahniah Dato Soh Chin Aun, Malaysia bangga dengan anda,” tweet Tengku Abdullah, yang juga Tengku Mahkota Pahang.
Chin Aun, 65, juga dikenali sebagai ‘Towkay’, mengemudi barisan pertahanan negara bersama Datuk Santokh Singh pada era kegemilangan negara pada tahun 70-an hingga awal 80-an.
Pemain berasal dari Alor Gajah, Melaka itu merupakan rakan seangkatan Allahyarhaman Datuk Mokhtar Dahari dan mendiang R. Arumugam.
Chin Aun menikmati karier sebagai pemain yang berjaya selama dua dekad dan kemudian mencurahkan khidmatnya dalam dunia bola sepak dalam pelbagai kapasiti.
Pada tahun 1971, Chin Aun yang baru berusia 21 tahun menjadi ketua pasukan termuda dalam kelayakan Sukan Olimpik 1971 di Seoul, Korea Selatan dan merupakan salah seorang pemain yang mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik Munich 1972.
Beliau juga menjadi ketua pasukan semasa pusingan kelayakan Sukan Olimpik Moscow 1980.
Chin Aun mewakili Persatuan Bola Sepak Selangor (Selangor FA) pada peringkat kelab dari 1970 hingga 1980 sebelum berpindah ke Melaka FA dari 1981 hingga 1983 sebelum mengumumkan persaraannya daripada aktiviti bola sepak pada 1985.
Selain Chin Aun, legenda lain yang diabadikan oleh AFC ialah Homayoun Behzadi (Iran), Yasuhiko Okudera (Jepun), Sun Wen (China), Hong Myung-bo (Korea Selatan), Ali Daei (Iran), Sami Al Jaber (Arab Saudi), Baichung Bhutia (India), Harry Kewell (Australia).
Homare Sawa, yang menjadi ketua pasukan skuad wanita Jepun, ‘Nadeshiko Japan’, yang menjulang Piala Dunia FIFA pada 2011 di Jerman, turut diberi penghormatan ole AFC dalam Hall of Fame AFC.
AFC mengumumkan senarai penuh peserta dalam Hall of Fame, Jumaat lepas.- BERNAMA
TOP
Ambil Pendekatan Sederhana Tangani Isu Hubungan Kaum
KUALA LUMPUR – Umno sebagai parti tunjang kepada Barisan Nasional (BN), perlu mengambil pendekatan bersederhana dalam menangani isu-isu berkaitan hubungan kaum di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden Umno itu berkata ini termasuk dalam berdepan dengan golongan ekstrem dan rasis, yang dikhuatiri akan mengguris perasaan orang Melayu serta menimbulkan ketegangan antara masyarakat majmuk di negara ini.
“Saya menekankan kesederhanaan atau wasatiyah sebagai satu prinsip supaya dalam apa jua tindakan kita perlu bersederhana, seimbang dan juga lebih menjurus kepada kecemerlangan.
“Bukan bererti kita bersederhana dalam bekerja atau berusaha tetapi mesti mencapai kecemerlangan. Konsep ini yang saya cuba bawa,” katanya dalam wawancara khas dengan Mingguan Malaysia yang disiarkan akhbar itu hari ini.
Perdana Menteri berkata pendekatan lain menangani isu-isu antara kaum ialah Umno harus kekal sebagai sebuah parti yang ‘centrist’ (kelompok tengah) yang tidak keterlaluan atau ekstrem.
Najib menarik perhatian bahawa Umno juga bersetuju menggubal perlembagaan yang merupakan cerminan kepada kontrak sosial, sebagai kompromi kepada kepelbagaian kaum di negara ini.
“Kita sudah mula langkah itu bersandarkan kepada prinsip wasatiyah sejak dahulu. Cuma kita tidak gunakan istilah wasatiyah. Namun, sejak mula UMNO ditubuhkan telah ditetapkan negara ini berlandaskan pada perlembagaan yang bersifat sederhana sehingga sekarang.
“Saya tidak fikir kita perlu alih haluan atau landasan kerana ini telah ditentukan sejak dahulu lagi,” jelas Najib.
Menyentuh aspek sokongan kaum Cina, Najib yang juga Pengerusi BN berkata ada sedikit perubahan positif, tetapi masih belum sampai ke tahap yang diharapkan.
Mengambil isu sekolah Cina sebagai contoh, beliau berkata adalah mustahil untuk mendapatkan kembali sokongan kaum itu sekiranya ada suara dalaman yang mahukannya ditutup.
Najib berkata dalam sistem demokrasi terbuka, penting bagi BN untuk membuat keputusan secara kolektif yang akhirnya akan membawa manfaat kepada semua parti komponen.
“Kalau langkah kita menyebabkan sokongan kepada Umno dan BN menurun, tentu sekali apa yang kita lakukan tidak memberi faedah kepada kita. Orang putih kata lose, lose tapi kita win, win. Jangan kita lose, lose. Kalau kita lose, lose nanti hendak masuk pilihan raya, kita akan berhadapan dengan kesukaran,” katanya.
Mengenai soal perpaduan melalui pendidikan dan langkah ke arah sekolah satu aliran, Najib berkata sesuatu keputusan yang dibuat haruslah tidak mendatangkan mudarat kepada negara, sama ada dari segi hubungan kaum hatta dalam BN sendiri.
Bagaimanapun, Perdana Menteri mahu sekolah Cina meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan yang merupakan alat perpaduan, yang boleh membantu ke arah memupuk persefahaman antara kaum.
“Saya sedar ini bukan satu keadaan yang ideal, tetapi sudah kita warisi. Tidak boleh rombak balik apa yang telah diputuskan sewaktu Malaysia merdeka,” katanya. – BERNAMA
TOP
Pendayung Solo Tamat Misi Keliling Semenanjung
LANGKAWI: Pendayung solo, Nadzeri Mustafa, 50, selamat tiba setelah berjaya menamatkan misinya untuk mengelilingi semenanjung Malaysia sejauh 2,000 km berakhir di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
LANGKAWI – Pendayung solo, Nadzeri Mustafa dari Kedah berjaya menamatkan misinya mengelilingi Semenanjung Malaysia pada jarak 2,000 kilometer hari ini. Nadzeri, 50, dari Changlun berkata beliau terpaksa mengharungi cabaran laut bergelora dan ribut kencang selama 65 hari yang bermula dari Pengkalan Kubor, Kelantan sejak 20 September lepas. “Namun, saya berbangga menamatkan cabaran berdayung kenu secara solo lima hari lebih awal dari sasaran selama 70 hari,” katanya pada sidang media selepas menamatkan cabaran itu di Jeti Pelancongan Langkawi di sini hari ini. Beliau selamat tiba pada kira-kira pukul 10.15 pagi tadi selepas berdayung dari Kuala Perlis ke Kuah, Langkawi. Ketibaannya disambut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid; anggota Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad; dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif 1 Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Dr Yusof Ismail. Nadzeri berkata, sepanjang ekspedisinya beliau menghadapi cabaran dan kenangan manis termasuk lapan kali dilanda ribut – tiga daripadanya di pantai timur dan lima di pantai Barat di samping dapat melihat beberapa ekor penyu dan ikan lumba-lumba. “Tanpa penaja dan alat-alat pelayaran saya bertekad untuk meneruskan cabaran itu bagi mencapai cita-cita ini,” katanya. Katanya, beliau mengunjungi 11 buah negeri semasa misi itu. Mengenai masa depannya, beliau merancang beberapa program untuk mendayung secara solo mengelilingi Semenanjung di samping Sabah dan Sarawak pada tahun hadapan. Beliau juga akan berdayung kenu dari Malaysia Ke Gaza, Palestin sejauh 16,000 kilometer sempena Tahun Melawat Kedah 2016. Mohd Rawi berkata, beliau bangga dengan pengorbanan anak kelahiran Kedah itu dan kerajaan negeri sedia membantu Nadzeri untuk memudahkan beliau melaksanakan misinya di masa hadapan. – BERNAMA

Kejam!! Bapa Tergamak Bagi Anak Telan 104 Kapsul Kokain
Seorang individu lelaki ditahan akibat sanggup mempertaruhkan nyawa anaknya sendiri untuk dijadikan keldai dadah apabila menyuruh mangsa menelan 104 kapsul berisi kokain.
Namun, tembelang lelaki itu pecah jua setelah anaknya yang baru pulang ke rumah ibunya, mengadu sakit perut lalu dimasukkan ke wad.
Setelah menjalani pemeriksaan, doktor menemui kapsul tersebut yang setiap satunya berisi bahan terlarang seberat antara 500 – 600 gram di dalam usus kanak-kanak malang itu.
Lantas, polis menawarkan sejumlah wang bernilai AS$ 9,000 kepada individu yang berjaya memberi maklumat tentang suspek. Tidak lama kemudian, si bapa, Fernando Mancilla Aguilar, berjaya ditahan di bandar Cali yang terletak di barat Columbia dan bakal berhadapan dengan dakwaan cuba membunuh dan penyeludupan dadah. Siasatan mendapati, kanak-kanak tersebut bakal diterbangkan ke negara Eropah, berkemungkinan Sepanyol dengan membawa bersama kapsul-kapsul tersebut. - MYNEWSHUB.CC

Tips Memilih Cincin Buat Bakal Raja Sehari
AKTIVITI pada bulan November dan Disember setiap tahun kebiasaannya akan padat dan penuh dengan menghadiri undangan majlis perkahwinan sanak-saudara dan rakan taulan.
Buat pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, tahniah diucapkan dan selamat melangkah ke satu fasa hidup yang baru bersama pasangan masing-masing.
Antara persiapan yang perlu diberi perhatian bakal raja sehari adalah pemilihan cincin yang sesuai untuk hari penyatuan dua jiwa.
Di bawah kami kongsikan tip-tip dan panduan untuk memilih cincin perkahwinan yang ideal untuk hari bahagia anda.
1. Cincin belah rotan yang lebar dan bercorak membuatkan jari anda kelihatan lebih pendek. Seeloknya pilih cincin gelung halus kecil agar jari nampak lebih runcing.
2. Lebih menarik, pakai hanya satu cincin di jari manis pada sebelah tangan pada satu masa. Paling banyak dua cincin pada sebelah tangan sahaja supaya penampilan kelihatan kemas dan anggun.
3. Pilih reka bentuk cincin yang mudah untuk disuai padan dengan barang kemas yang ada dalam simpanan.
4. Perbezaan antara cincin buatan tangan dengan buatan mesin adalah harganya. Buatan tangan lebih mahal namun boleh diubahsuai tanpa menjejaskan rekaan, manakala sebarang ubahsuai pada cincin buatan mesin boleh dilihat jelas, namun ia lebih berkilat dan kemasannya juga lebih cantik.
5. Set barang kemas bertatah batu permata lebih sesuai untuk majlis pertunangan sementara set barang kemas bertatah berlian adalah untuk majlis pernikahan.
6. Wanita berkulit hitam manis lebih menawan memakai warna emas yang agak pudar (matte) dan koleksi emas berona merah jambu.
7. Kulit sawo matang pula lebih terserlah dengan emas putih dan emas kemerah-merahan. Yang berkulit gelap lebih anggun dengan barang kemas rona emas kuning. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: majalah Eternity

11 Mangsa Letupan Lombong Arang Batu Masih Kritikal
KUCHING – Sebelas orang mangsa letupan dalam terowong lombong arang batu di Selantik, Pantu, Sri Aman, dekat sini, masih berada dalam keadaan kritikal di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Mereka menghadapi kesukaran bernafas dan terpaksa menggunakan alat bantuan penafasan.
Seorang petugas HUS berkata, mereka yang stabil itu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi sementara enam yang lain di Wad Kuning dan seorang di Wad Hijau.
Selain HUS, mangsa lain yang kurang kritikal ditempatkan di Hospital Sri Aman dan lima lagi di dua hospital swasta.
Kebanyakan pekerja yang cedera adalah warga asing dari Korea Utara, Indonesia, Myanmar, China dan Bangladesh.
Dalam kejadian pagi semalam, tiga pekerja warga asing turut maut.
Sebanyak 119 pekerja bekerja di lombong yang beroperasi sejak lapan tahun lalu itu.
Dua tahun lepas, sebuah lombong arang batu di Abok turut meletup dan mengorbankan empat warga China. – BERNAMA
TOP
Bisnes Belai Rambut, Peluk Pelanggan Dapat Sambutan Hangat
MENURUT satu kajian, pelukan merupakan salah satu cara berkesan menghilangkan stres selain membuat seseorang individu lebih panjang umur.
Namun, tak semua insan bernasib baik bertemu pasangan untuk memeluk mereka. Hal ini mendorong seorang wanita di Oregon, Amerika Syarikat, Samantha Hess membuka sebuah kedai yang menawarkan perkhidmatan memeluk pelanggan dengan mengenakan kadar bayaran tertentu.
Menurut Samantha, sejak memulakan perniagaannya minggu lalu, dia telah menerima lebih 10,000 permintaan daripada pelanggan.
“Perniagaan ini menerima sambutan menggalakkan di mana minggu ini sahaja saya sudah menerima 10,000 email bertanyakan perkhidmatan yang ditawarkan,” katanya.
Menurut Samantha, pelanggan hanya perlu membayar USD$60 (RM201) bagi sesi pelukan selama satu jam, yang mana ianya merangkumi sesi berpegangan tangan dan belaian manja rambut pelanggan, tak lebih daripada itu. Premis bisnesnya juga mengamalkan polisi tidak mendedahkan nama pelanggan selain semua sesi akan direkodkan untuk mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku. Pelanggan turut digalakkan memakai baju tidur atau pijama sepanjang sesi berlangsung. - MYNEWSHUB.CC

Video: Jom Saksikan Proses Sembelihan Halal Di New York..
Meskipun golongan Muslim merupakan minoriti di New York, tidaklah begitu sukar mencari makanan halal di sana.
Telah tersedia lebih daripada 300 gerai dan restoran halal seperti dilaporkan oleh Halalfocus, sebuah laman yang memberi info tentang makanan halal di dunia. Jadi bagaimanakah daging halal diperolehi di tempat yang majoriti penduduknya bukan muslim seperti New York? Atas sikap ingin tahu seorang jurnalis, Dawn O’ Porter singgah ke gerai jalanan The Halal Guys yang terkenal di New York sebelum ke pusat Islam dan seterusnya melawat ke rumah sembelihan yang membekalkan daging halal untuk penduduk sekitar kota metropolitan itu. Di sana, Dawn telah diberi penerangan bahawa prosedur daging halal di tempat tersebut tidak terhad kepada proses sembelihan sahaja, ia termasuk menjaga haiwan dengan baik sebelum ia disembelih. Selepas lawatannya itu, Dawn merasakan bahawa orang ramai juga perlu tahu bagaimana bekalan daging halal diproses sebelum ia dimasak dan dihidangkan supaya mereka tidak membazirkannya begitu sahaja. Ikuti pengalaman menarik Dawn di bawah !
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Kekasih Terbaru.. Remy Ishak Pilih Ahli Perniagaan?
PASTINYA perkhabaran ini mampu meremukkan hati sebilangan peminat setia pelakon macho Remy Ishak.
Ini kerana pelakon berbadan sasa itu dikatakan semakin rapat dengan seorang wanita yang bergelar ahli perniagaan.
Remy malah mengakui dia kini dalam proses mengenali hati budi Pengarah Urusan Roistz Labels, Roszaliza Yusof yang juga rakan kongsinya dalam menganjurkan sebuah acara, baru-baru ini.
“Saya tak mahu cakap lebih, bimbang tidak jadi nanti, susah juga lagipun kami masih lagi di tahap berkawan. Dia seorang yang matang dan saya selesa berkawan dengannya. Kami kini baru lebih kurang tiga bulan mengenali dan cuba melangkah ke peringkat yang lebih serius,” katanya memetik laporan Malaysian Digest.
Selepas putus cinta dengan heroin gandingannya dalam drama Nur Kasih, Tiz Zaqyah, nama Remy sering dikaitkan dengan ramai selebriti wanita antaranya Maya Karin dan terbaharu, Nad Zainal.
Pengakuan ini bagaimanapun sedikit sebanyak mampu melenyapkan gosip cinta yang melanda pelakon kelahiran Melaka ini. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Walau Terjatuh, KD Tetap Unggul Di Pentas Konsert
Walaupun menghadapi beberapa ‘dugaan’ di sepanjang durasi lebih dua jam, namun diva pop Indonesia itu berjaya menzahirkan aura dan memuaskan segenap penonton dengan persembahan memukau!
Gemersik alunan vokal Kris Dayanti dan ditambah dengan komunikasi yang jitu bersama audiens merupakan elemen yang menjulang wanita itu pada malam tersebut.
Bukan itu sahaja, beberapa persalinan mewah ‘haute couture’ yang disarungkan ke tubuh beliau berjaya mencengkam mata hadirin lantas menampakkan sisi figura yang lebih mesra disapa KD itu sebagai penyanyi bercitarasa tinggi!
‘Repertoire’ dimulakan KD dengan segmen perkenalan sebelum menjemput anak sulungnya, Aurel Hermansyah untuk sama-sama berduet dalam gubahan medley beberapa lagu. Walaupun masih hijau dalam nyanyian, Aurel dilihat tidak kekok berada di pentas bersama ibunya sambil mengimbau perjalanan mereka sedari kecil sehinggalah anaknya itu berusia 16 tahun.
KD meneruskan kehangatan di Plenary Hall, KLCC dengan membuat ‘tribute’ kepada seniman lagenda negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan menyanyikan lagu Getaran Jiwa. Selain P. Ramlee, ikon jazz tanahair, Datuk Sheila Majid juga dipilih KD apabila figura itu menyanyikan lagu popular beliau, Sinaran. Bukan itu sahaja, KD sempat menghulurkan mikrofon buat Sheila Majid untuk sama-sama menyanyi. Selain dari anaknya sendiri, KD juga menjemput penyanyi Hafiz Suip sebagai tetamu undangan dalam konsertnya itu dan berpadu suara dalam lagu Ombak Rindu dan Cinta.
Namun sayangnya, vokal Hafiz tidak berada pada ‘par’ kebiasaaan, mungkin kerana kondisi kurang sihat. Walau bagaimanapun, paduan suara dua bintang itu tetap menghiburkan penonton apabila seluruh dewan bergema dengan tepukan. Selain itu, penyanyi nombor satu Malaysia yang juga sahabat baik KD, Datuk Siti Nurhaliza, sempat mengalunkan beberapa rangkap lirik apabila beliau berlari ke arah Siti ketika mengalunkan lagu duet mereka, Jika Kau Tak Datang.
Malang memang tidak berbau! Pada suatu ketika, KD yang baru tampil di atas pentas selepas menyalin busana, terjatuh kerana tidak dapat menyeimbangkan tubuhnya. Namun dia bingkas bangun dan terus kembali melontarkan vokalnya tanpa sebarang masalah. Tamat lagu, dia sempat bergurau kepada penonton, “Kamu ketawa saya terjatuh tadi? Tak baik ketawa atas penderitaan orang lain.”
Namun, gangguan teknikal pada separuh awal persembahan sehingga menundakan konsert lebih 10 minit menganggu ‘mood’ penonton. Tetapi KD kembali menghangatkan pentas dan mengembalikan tenaga dengan aksi mesra, lenggok tarian, vokal gemersik dan interaksi bersama hadirin selepas itu. Paling penting, figura itu berjaya menyoroti kariernya yang mula berkembang di Malaysia bermula pada 1998 dengan nyanyian lagu-lagu popularnya seperti Menghitung Hari, Cobalah Untuk Setia, Aku Wanita Biasa dan single terbarunya, Bertubi-tubi. – MYNEWSHUB.CC

Umno, BN Mesti Lambangkan Masa Depan Negara
KUALA LUMPUR – Umno dan Barisan Nasional (BN) mesti digambarkan sebagai parti yang melambangkan masa depan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Beliau berkata Umno dan BN perlu menjadi satu parti yang moden, progresif, inklusif dan adil tetapi tidak lari daripada perjuangan asas.
“Keadilan itu merupakan prinsip Islam. Segala-gala yang kita buat, yang pokok ialah keadilan. Berlaku adil kepada orang Islam dan di samping itu adil kepada orang bukan Islam,” katanya dalam wawancara khas dengan akhbar Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini.
Dalam wawancara itu yang diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2014, Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata beliau melihat ada kelunturan nilai dalam parti itu yang boleh dianggap sebagai perubahan generasi.
Katanya jika dahulu, orang Melayu miskin kebendaan tetapi kaya semangat tetapi hari ini mereka kaya dengan kebendaan tetapi miskin semangat perjuangan.
“Kalau kita tidak pulihkan semangat perjuangan, amat sukar bagi kita untuk menggerakkan Umno sebagai sebuah parti politik yang benar-benar dinamik serta boleh menampilkan sesuatu imej yang mampu menyakinkan orang,” katanya.
Najib berkata pemimpin-pemimpin parti komponen BN juga perlu melakukan transformasi kepada parti mereka bagi menarik sokongan rakyat.
“Mereka juga patut melakukan transformasi kepada parti mereka dan sekurang-kurangnya dalam MCA sudah ada kepimpinan baharu yang sedang berusaha ke arah itu,” katanya.- BERNAMA
TOP
WhatsApp Kini Benarkan Lebih Dari Satu Pentadbir Group
WhatsApp agak aktif menambah beberapa fungsi baru akhir-akhir ini.
Terkini melalui kemaskini terbaharu mereka membawakan sokongan untuk menambah pentadbir lain ke WhatsApp Group.
Untuk menambah pentadbir (Admin) di WhatsApp Group, pentadbir sedia ada hanya perlu tap pada nama yang ingin ditambah pada senarai ahli Groups, seterusnya memilih untuk menambah mereka sebagai pentadbir.
Penambahbaikan ini sekaligus memudahkan lagi pengurusan sesuatu Group oleh pengguna.
Sumber: Whatsapp
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
Penambahbaikan ini sekaligus memudahkan lagi pengurusan sesuatu Group oleh pengguna.
Sumber: Whatsapp
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
TOP
BB Bakal Hadir Dengan Peranti Skrin Sentuh Penuh Baru
BlackBerry Classic sedia mempunyai papan kekunci fizikal, tetapi bagaimana pula dengan peminat yang inginkan peranti skrin sentuh sepenuhnya?
Menurut desas-desus terbaru, BlackBerry dikatakan akan memperkenalkan sebuah peranti baru dengan skrin sentuh sepenuhnya, dan dikenali dengan nama kod “Rio”.
Telefon pintar ini hanya dijangka akan diperkenalkan sekitar pada tahun 2015 kelak.
Spesifikasi untuknya masih tidak diketahui lagi buat masa ini, dan perkara ini juga mungkin kerana pihak BlackBerry lebih memfokuskan kepada BlackBerry Classic akhir-akhir ini.
Sebelum ini, pihak BlackBerry telah hadir dengan beberapa peranti dengan skrin sentuh sepenuhnya, termasuk BlackBerry Z10, BlackBerry Z30 dan juga BlackBerry Z3.
Jadi, mungkinkah pengenalan beberapa peranti baru oleh BlackBerry ini bakal membolehkan mereka menarik semula pengguna ke platform mereka?
Sumber: N4BB
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
Jadi, mungkinkah pengenalan beberapa peranti baru oleh BlackBerry ini bakal membolehkan mereka menarik semula pengguna ke platform mereka?
Sumber: N4BB
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
TOP
Amarah Adnan.. Mahu Saman Utusan RM15 Juta!
Susulan penerbitan sebuah artikel menerusi kolum Awang Selamat yang didakwa menghina, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bertindak menyaman akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia.
Perkhabaran itu didedahkan sendiri akhbar tempatan tersebut menerusi ruangan sama, hari ini.
“Awang sudah menerima surat tuntutan guaman daripada Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob berhubung tulisan ‘Hebat Sangatkah Adnan’.
Sekadar makluman, tidak molek komen lebih kerana bakal jadi kes mahkamah.”
Surat tuntutan guaman bertarikh 18 November tersebut dihantar menerusi syarikat guaman Manjeet Sigh Dhillon dengan jumlah tuntutan sebanyak RM 15 juta.
Mengikut kronologi isu bermula apabila Utusan menyiarkan artikel mengenai kebanjiran lebih 30,000 pendatang asing tanpa izin, terutama warga Bangladesh di Cameron Highland.
Adnan kemudiannya membidas artikel tersebut dengan berkata penulisan itu agenda media untuk menjatuhkan pemimpin selain digunakan sebagai strategi melariskan jualan bagi mengelakkan syarikat mengalami kerugian dan ditutup.
Kenyataan tersebut lantas mendapat reaksi kembali daripada akhbar lidah rasmi UMNO itu menerusi artikel bertajuk, ‘Hebat Sangatkah Adnan?’.
Dalam artikel di ruangan ‘Bisik-Bisik Awang Selamat’ itu, penulis mengungkapkan, “Awang seperti tidak percaya ada pemimpin bertaraf menteri besar yang berfikir seperti itu. Inilah masalahnya kalau sudah lama sangat sandang jawatan dan terleka dalam zon selesa sehingga takut dengan bayang-bayang sendiri. Ulat pun disangka ular. ”
Awang Selamat turut menulis, “Adnan rakus menuding jari terhadap media. Awang selalu mendapat maklum balas termasuk daripada wartawan banyak organisasi media tentang cara beliau yang kelihatan angkuh. Tidak boleh menerima teguran – mudah melenting.”
Selain mendakwa survival politik Adnan bergantung pada Sultan Pahang, penulis pojok terlibat menasihati Adnan agar tidak menjadi liabiliti dalam UMNO dan berundur. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Melayu Bakal Jadi Red Indians Jika DAP Berkuasa – Tun Hamid
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menyeru agar parti politik UMNO dan PAS agar bergabung bagi menggagalkan hasrat DAP untuk menerajui kerusi pemerintahan di Putrajaya.
Memetik laporan portal Malaysiakini, beliau berkata, jika ia menjadi kenyataan, maka masyarakat Islam bakal menerima nasib sama seperti masyarakat Red Indians di Amerika Syarikat yang dipinggirkan.
“Masalah orang Melayu sekarang bukan sekadar pemansuhan ISA dan Akta Hasutan. Masalahnya adalah orang Melayu menghadapi ancaman akan menjadi Red Indians di tanah air sendiri,” ujarnya dalam Konvensyen Perpaduan Nasional.
Justeru, Hamid mencadangkan kerjasama dua parti besar itu agar ‘hak Melayu dan Islam’ tidak diganggu gugat oleh DAP.
“PAS dan Umno perlulah berfikir untuk bercantum, bergabung atau bekerjasama, sekurang-kurangnya di peringkat kerajaan Persekutuan untuk mempertahankan kerajaan Persekutuan daripada jatuh kepada PKR dan DAP.
PAS mesti sedar bahawa perjuangan asal mereka adalah untuk Melayu dan Islam – bahawa jika Pakatan Rakyat berkuasa DAP akan menjadi parti dominan, bukan PKR atau PAS.”
Tambah beliau, DAP bukanlah parti yang akan membela nasib orang Melayu, malah PRK mahupun PAS tidak mampu untuk mengawal cita-cita DAP seperti UMNO mengawal MCA dan Gerakan. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Jentayu Perlu Tunjuk Kemampuan Sebelum Selamat MAS
KUALA LUMPUR — Seorang Ahli Parlimen UMNO meminta sebuah syarikat yang hanya baru berusia tiga bulan yang mahu menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) “menunjukkan terlebih dahulu wang mereka dan siapa penyokong kewangan mereka” sebelum cadangan tersebut boleh diambil kira dengan serius.
Datuk Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa, yang meragui cadangan dibuat oleh Jentayu Danaraksa itu, juga membangkitkan persoalan lain tentang status tidak lengkap pelan Jentayu yang diketahui setakat ini yang nampaknya tidak jelas dengan pelan 12 perkara yang diumumkan Khazanah Nasional untuk menyusun semula dan memulihkan MAS.
“Anda nak dapatkan duit itu dari mana? Tunjukkan wang anda. Jika anda kata anda ada penyokong, siapa penyokong anda,” katanya kepada Bernama.
Datuk Johari Abdul Ghani
Johari berkata beliau menentang cadangan Jentayu itu yang mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri untuk memanfaatkan perniagaan pajakan pesawat dan mengambil alih perniagaan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) MAS yang mengaut keuntungan serta syarikat sekutunya, Firefly. Pengarah Urusan Jentayu Feriz Omar berkata cadangan itu adalah untuk melengkapkan pelan Khazanah dan syarikat itu bersedia melabur “lebih banyak” daripada peruntukan RM6 bilion oleh Khazanah, yang memiliki MAS. “Sekiranya MAS boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang boleh menyediakan kertas kerja, saya bimbang masalah yang dihadapi MAS semasa ia diswastakan kepada seorang tokoh korporat akan berulang. Kita tidak akan mengulangi kesilapan yang sama,” katanya yang menyebut tentang kegagalan penswastaan pada 1994. Johari, yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata adalah satu tindakan yang salah bagi sesiapa sahaja untuk hanya memilih unit MAS yang meraih keuntungan kerana mengendalikan syarikat penerbangan itu merupakan satu portfolio kendiri. Keunikan MAS adalah ia memiliki segalanya dan pengurusannya perlu melihat keadaan secara keseluruhan, dan “usahawan yang tiba-tiba sahaja muncul” tidak boleh semudah itu memilih hanya yang menguntungkan dan tidak mengambil kira komponen lain. “Ini tidak boleh dilakukan. Anda boleh dapatkan kemudahan dengan syarat anda ada banyak pilihan. Tetapi sekiranya tiada pilihan, anda tidak melakukannya dan anda harus mengekalkannya,” kata Johari, yang juga seorang tokoh korporat terkenal. Beliau berkata sebuah syarikat penerbangan seperti MAS harus mengekalkan unit MRO kerana ia penting bagi latihan dan latihan semula untuk meningkatkan kemahiran pekerja, sambil menambah MAS tidak boleh melupuskan MRO kerana ia adalah sebuah organisasi pemangkin. Menjelas lebih lanjut mengenai pelan Jentayu, beliau berkata: “Sesiapa sahaja boleh kemukakan tawaran. MAS harus menulis surat kepada mereka dan menanyakan siapa penyokong kewangan anda dan bagaimana anda mendapatkan wang anda, apa pelan dan konsep perniagaan anda dan bagaimana anda menangani kejatuhan saham pasaran. “Cadangan ini nampak baik di atas kertas tetapi saya tidak melihat sesiapa di antara mereka yang boleh dipercayai untuk mengumpulkan wang sebanyak itu. “Apabila saya baca laporan akhbar mereka mahu mendapatkan wang daripada orang asing, kita tidak akan serahkan syarikat penerbangan ini kepada orang asing. Matlamatnya adalah untuk mengekalkannya dalam Malaysia dan sebuah syarikat yang dikuasai orang Malaysia.” Johari berkata ramai orang asing yang memiliki wang yang banyak dan malahan boleh melabur RM6 bilion, yang bersamaan dengan hanya US$2 bilion. Prasarana yang telah dikumpul MAS selama ini bernilai lebih besar daripada itu, dan kerajaan telahpun menyuntik RM17 bilion ke dalam syarikat penerbangan itu, katanya. Khazanah menerima kelulusan pemegang saham minoriti untuk menswastakan MAS dan ini akan menggerakkan pelannya yang diumumkan pada 29 Ogos untuk memulihkan syarikat penerbangan itu. Mengikut pelan itu, Khanazah akan menyuntik RM6 bilion ke dalam MAS dan menswastakannya, menghentikan 6,000 pekerja, mengurangkan saiz syarikat, merundingkan semula kontrak dan menubuhkan syarikat baharu untuk mengambil alih operasi pada 1 Julai tahun depan. – BERNAMA

Karnival Upin Ipin Dapat Maklum Balas Negatif Ibu Bapa?
DAH start cuti sekolah, maka banyaklah agenda telah direncanakan ibu bapa untuk mengisi masa cuti anak-anak mereka.
Antaranya, mengunjungi Karnival Upin Ipin yang diadakan bermula Jumaat lalu sampai hari ini di Dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ia dikatakan mendapat sambutan mengalakkan daripada ibu bapa yang membawa anak mereka ke karnival tersebut. Namun yang tak sedapnya, karnival ini telah menerima rungutan sebilangan besar pengunjung yang tidak puas hati dengan perjalanan acara yang disifatkan tidak mesra pengunjung. Antaranya pengunjung yang juga seorang bapa, Amirul Naim meluahkan kekecewaannya di laman Facebook Upin & Ipin sendiri mengenai beberapa permasalahan ketika berkunjung ke sana, semalam. Menurutnya, pihak penganjur sepatutnya mengadakan karnival ini di venue lebih luas dan selesa memandangkan kebanyakan ibu bapa yang datang membawa stroller anak yang dah pasti mengambil ruang sepanjang majlis itu berlangsung, di dewan PICC yang disifatkannya agak kecil dan sempit. Amirul Naim berpendapat pihak penganjur seharusnya maklum satu karnival percuma pastinya mencatat jumlah pengunjung ramai justeru mereka seharusnya lebih peka dengan meletakkan sebuah projektor di luar dewan agar ibu bapa tak perlu susah payah mendukung anak sepanjang pertunjukan watak animasi berlangsung.
Dan yang lebih menambahkan ‘kebengangan’ bapa muda ini adalah kehadiran pengunjung yang terlampau sesak di PICC disebabkan karnival ini turut diadakan serentak pada minggu sama dengan majlis graduasi Universiti Mahsa yang merangkumi 5000 tetamu dan juga persidangan korporat melibatkan 3000 peserta. Hah, padanlah sesak semacam PICC tu! Diharapkan pihak penganjur dapat mengambil serba sedikit teguran yang diberikan ini secara positif agar dapat memperbaiki lagi penganjuran karnival ini pada masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC

Kalau Harga Minyak Dunia Naik Rakyat Rugi? Ini Penjelasan PM..
Langkah drastik kerajaan mengapungkan harga bahan bakar RON95 dan Diesel yang diumumkan beberapa hari lalu menimbulkan seribu satu pertanyaan masyarakat.
Apa yang dilihat, pelaksanaan berkuatkuasa 1 Disember tersebut adalah baik untuk kewangan individu, namun ianya akan jadi beban andai harga minyak tiba-tiba mencanak naik.
Ditemui selepas merasmikan MAHA 2014 di Serdang, Sabtu lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan penjelasan berhubung keraguan tersebut.
Ujarnya, tujuan utama kerajaan mengumumkan tindakan pengapungan tersebut adalah untuk memberi faedah kepada rakyat setelah harga minyak mentah dunia berlegar di sekitar USD 80 setong. “Jadi bila ia menurun kita boleh buat pengubahsuaian dengan lebih cepat. Iaitu pada 1 haribulan tiap-tiap bulan kita akan buat pengubahsuaian mengikut pasaran harga dunia dalam bulan yang lalu. Dengan cara itu kita boleh beri manfaat kepada pengguna dan rakyat dengan cara yang lebih pantas lagi. Keduanya dengan cara ini kita boleh memindah subsidi yang kita jimat dalam bentuk peruntukan yang lebih untuk pembangunan sosio-ekonomi. Kita boleh tambah peruntukan utk pembangunan luar bandar, pendidikan, kesihatan dan semua yang melibatkan sektor-sektor berkaitan kesejahteraan rakyat. Cuba bayangkan kalau kita boleh jimat antara RM10 ke RM20 billion setahun sudah tentu kita boleh tambah peruntukan dalam sektor-sektor yg lebih penting,” petik kenyataan beliau yang disiarkan portal AgendaDaily. Selain itu Najib berkata, situasi ini juga diambil bagi mendidik rakyat bahawa penurunan mahupun kenaikan harga minyak bukanlah berpunca daripada kerajaan. “Jadi jangan kerajaan dipersalahkan waktu harga naik sebab di luar kawalan mana-mana kerajaan sekalipun. Ini harga pasaran sedunia. Jadi bila kita didik pasal ini rakyat akan faham. Yang jadi masalahnya apabila kita buat perubahan harga minyak selama ini kerajaan dipersalahkan.” Namun demikian jika harga minyak kembali naik, kerajaan kata Najib, memiliki strategi lain bagi mengurangkan beban yang ditanggung rakyat. “Sebaliknya kalau harga terus melambung naik dan rakyat menerima tekanan, kerajaan ada cara-cara lain nak tolong rakyat. Maknanya bukan kita hapus subsidi sama sekali. Tidak.” - MYNEWSHUB.CC

Video: Mungkin Ini Merupakan Penjaga Gol ‘Terhebat’ Di Dunia
Selain kecekapan, kekebalan dan tuah juga perlu ada pada seorang penjaga gawang bola sepak.
Tanpa mereka, mudah-mudah aje pihak lawan dapat lakukan sepakan gol. Melalui Video parodi yang dikongsikan ini, ia merupakan sebuah babak sepakan penalti dan aksi ‘menyelamat bola’ dari sepakan pihak lawan yang paling hebat dalam sejarah! Nak kesian pun ada dan pada masa yang sama nak gelak pun ada. Apa pun syabas kepada Scott Sterling dan pasukan beliau. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya gagal mengaum
PEMAIN Malaysia, Afif Amiruddin (kanan) kecewa selepas gagal menjaringkan gol ketika bertemu Myanmar pada perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura hari ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
SINGAPURA: Harimau Malaya sekadar memperoleh satu mata pada aksi pertama kumpulan B, Piala AFF Suzuki selepas terikat 0-0 dengan Myanmar, sebentar tadi. Beraksi dengan 10 pemain selepas Gary Steven Robbat dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-33, Skuad kendalian Dollah Salleh itu terpaksa bertungkus lumus mengekang asakan bertubi Myanmar. Amri Yahyah membuka peluang pertama buat negara untuk mencipta jaringan pada minit ke-41 menerusi sepakan percuma, namun berjaya dipatahkan penjaga gol Myanmar, Thu. Thu sekali lagi beraksi cemerlang pada minit akhir perlawanan separuh masa pertama selepas berjaya menepis keluar bola hasil sepakan percuma oleh Mahali Jasuli. Minit ke-66, penjaga gol negara, Khairul Fahmi pula berjaya menepis kemas bola hasil rembatan jarak dekat penyerang lawan sekali gus menyelamatkan gawang gol negara daripada dibolosi. Malaysia akan meneruskan aksi peringkat kumpulan B, selepas ini bertemu Thailand, pada Rabu serta Singapura, Sabtu ini. - BH Online

(4 Gambar) KIA Sorento Edisi Wolverine Yang Sangat Garang
Watak-watak Marvel sememangnya diminati ramai lebih-lebih lagi sekarang ini dengan pelbagai filem yang mengetengahkan watak-watak Marvel seperti Hulk, Iron Man, Thor dari filem Avenger dan lain-lain watak kegemaran termasuklah dalam filem X-Men yang paling popular adalah Wolvering.
SebuaH syarikat pengeluar kereta KIA sebelum ini telah mengeluarkan KIA Optima edisi Justice League yang sememangnya mencairkan hati peminat-peminat Marvel.
Tidak sudah di situ sahaja, terkini juga keluaran dari syarikat yang sama tetapi tema kali ini lebih garang, iaitu Kia Sorento edisi Wolverine.
Menurut sebuah portal kereta Paultan, ianya sebuah Sorento edisi 2016 yang diubahsuai sempena pengeluaran BluRay filem X Men Days of Future Past.
Kereta yang berwarna hitam dan bersama corak-corak serta termasuk elemen terpenting iaitu kuku Wolvering sebagai. - Siakapkeli.com.my

DC Comics Saman Valencia Kerana Logo Batman
DC Comics, sebuah syarikat penerbitan komik Amerika bertindak menyaman kelab bola sepak Valencia CF kerana menggunakan logo seakan-akan logo Batman.
DC Comics bertindak sedemikian setelah melihat rekaan logo baru kelab Valencia yang berwarna hitam penuh seakan-akan logo Batman digunakan.
Walaupun tindakan DC Comics ini dilihat keterlaluan oleh sesetengah pihak, perbuatan menyaman syarikat lain atas kesalahan hak cipta adalah perkara biasa, sebagai contoh, tindakan syarikat Apple menyaman Samsung kerana rekaan tablet yang hampir sama.
Logo kelawar telah digunakan oleh Valencia pada 1919, sejak ia mula ditubuhkan lagi, 20 tahun sebelum watak Batman diwujudkan. - Siakapkeli.com.my

Video:Guru Didakwa Memaksa Pelajar Terjun Ke Dalam Kolam Renang Sehingga Menyebabkan Kecederaan
California: Seorang guru pendidikan jasmani di Sekolah Bersepadu Daerah Stockton, telah didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang pelajar perempuan 14 tahun selepas memaksa pelajar itu terjun ke dalam kolam semasa kelas Pendidikan Jasmani
Beliau yang sedang bercuti terkejut apa videonya memaksa pelajar tersebut dengan kasar telah dirakam oleh pelajar lain telah dimuat naik ke internet. Denny Peterson, telah yang sudah 10 tahun bekerja di sekolah tersebut dilihat sedang memaksa seorang pelajar dengan kasar di dalam satu rakaman video yang berdurasi 95 saat. Dalam video itu beliau dilihat menggunakan sepenuh kekuatanya untuk menarik gadis tersebut ke dalam kolam renang di Sekolah Tinggi Edison.
Menurut Gilbert Somera, peguam yang mewakili gadis tersebut berkata. "Tindakan yang dilakukan di dalam kelas tersebut adalah sesuatu yang menjijikkan dan keji kerana menarik seorang remaja perempuan dengan begitu kasar sekali walaupun gadis itu berkali-kali merayu dengan berkata 'jangan jatuhkan saya ke bawah,' " Peterson yang bercuti bergaji selama sebulan itu telah menerima sebarang kemungkinan didakwa kerana perbuatannya itu. Beliau yang akan mulakan tugas pada hari khamis ini bagaimanapun telah di gantung kerja oleh pihak sekolah sehingga kes tersebut selesai. Dalam kejadian itu gadis tersebut telah dipaksa dengan kasar kerana tidak mahu terjun dalam kolam untuk mengelakan rambutnya rosak kerana beliau mempunyai majlis penting pada hari yang sama. Somera berkata guru tersebut mempunyai pelbagai cara lain untuk menghukumnya tetapi bukan dengan kekerasan yang boleh membawa kecederaan.Siakapkeli.com.my

Berhati-hati Jika Terima Panggilan Ahli Keluarga Ditangkap Kerana Dadah - Polis
Kuala Lumpur - Polis memberi amaran kepada orang awam supaya berhati-hati sekiranya mendapat panggilan yang mendakwa ahli keluarga ditangkap kerana terlibat dalam masalah dadah kerana ia mungkin satu penipuan.
Panggilan itu dipercayai dibuat oleh sebuah kumpulan yang menyamar sebagai polis yang kemudiannya akan meminta mangsa membayar sejumlah duit untuk melepaskan ahli keluarga yang konon-kononnya berada di bawah tahanan.
Ketua Polis Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata apabila berhadapan dengan situasi(menerima panggilan) seperti itu, mangsa dinasihat mendapatkan pengesahan daripada polis dengan melawat balai polis berhampiran.
"Jangan panik, cuba hubungi ahli keluarga tersebut sebelum mengambil apa-apa tindakan selanjutnya", nasihatnya lagi.
Menurut Yahaya lagi, kumpulan itu membuat panggilan melalui internet kepada mangsa dan menggunakan perisian komputer dan gajet khas untuk membuat penipuan itu.
Sejak Januari lalu, enam kes yang sama dilaporkan kepada polis dan kerugian dianggarkan sebanyak RM 48,000. - Siakapkeli.com.my
TOP
Taylor Swift dan Harry Styles Dilihat Kembali Bersama
HUBUNGAN cinta selebriti Harry Styles dan Taylor Swift sudah lama berakhir, namun baru-baru ini khabar angin memberitahu pasangan ini kembali bercinta semula.
Bagaimanapun, kedua-dua selebriti ini belum mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang perkara itu.
Sumber memberitahu pasangan ini kelihatan bersama-sama menonton sebuah konsert pada Rabu lalu di Paladium on Sunset Blvd, Los Angeles.
"Saya dibawah dan melihat kedua-dua mereka di barisan VIP, mereka berpakaian hitam dan kelihatan mesra. Namun kemesraan itu seperti teman biasa sahaja," ujar sumber tersebut. - mStar Online
TOP
Kerang Naik Di Pantai Terengganu
Dungun: Bagaikan pesta itulah suasana yang dapat digambarkan berlaku di pantai Rusila, Pantai Sura Tanjung Marang dan Pantai Rhu Muda, Dungun dimana hari ini dipenuhi oleh penduduk sekitar untuk mengutip kerang di mana berlaku kerang naik darat.
Diaanggarkan puluhan ribu kerang telah naik ke pantai-pantai tersebut pada pukul 2 petang tadi yang di percayai di pukul ombak ke darat. Seorang pengunjung yang di temui berkata, "Saya memperoleh kira-kira 20 kilogram kerang dan ada antara penduduk yang mempeoleh lebih daripada 50 kilogram," katanya kyng di petik dari harian metro. Mohamad Shafeeq Mohamad Nasir, 19, dari Dungun pula berkata, walaupun tempat beliau mengutip kerang di Pantai Sura tidak sebanyak seperti di Pantai Rhu beliau tetapa dapat mengumpul 5 kg. "Saya dapati kerang naik di pantai ini dalam jarak 500 meter saja di depan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan tidaklah banyak sebagaimana yang dilaporkan di Marang," katanya.- Siakapkeli.com.my

Lelaki disyaki gian cabul anak diberkas
Dua beradik nekad lapor polis, kecewa perbuatan ayah tidak mampu dibendung ibu
SERIAN: Tidak tahan sering dicabul bapa kandung, dua beradik perempuan nekad membuat laporan polis selepas ibu mereka sendiri tidak mampu menghalang tabiat buruk suaminya itu.
Menurut sumber, insiden berlaku di sebuah kampung di sini apabila mangsa yang masing-masing berusia 17 dan 18 tahun sering menjadi mangsa cabul bapa mereka yang berusia 60 tahun sejak awal tahun lepas.
Difahamkan, suspek akan meramas payudara dan alat sulit kedua-dua anak gadisnya itu setiap kali bersua dengan mereka tanpa mengira waktu dan tempat.
“Malah, di hadapan isterinya sendiri (ibu mangsa), dia (suspek) masih boleh melakukan perbuatan terkutuk itu dan hanya diperhatikan sahaja kerana kesemua mereka takutkan suspek.
“Tidak tahan sering diperlakukan sedemikian dan kecewa apabila ibu mereka sendiri juga tidak dapat mempertahankan mereka, dua adik-beradik tersebut nekad untuk melaporkannya kepada pihak polis,” kata sumber.
Berpandukan laporan yang dibuat adik-beradik terbabit, pihak polis berjaya menahan suspek di rumahnya sekitar petang semalam dan siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan.
Ketua Polis Daerah DSP Chung Aik Peng semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan menurutnya suspek akan direman selama beberapa hari untuk siasatan lanjut.
“Dia (suspek) telah ditahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan akan direman bermula hari ini (semalam) ,” kata Chung.
TOP
Nenek Buta Hidup Sendirian
Foto Sinar Harian
SAYU hati sepasukan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tatkala menjejakkan kaki mereka di perkampungan Orang Asli Kuala Mu, di sini baru-baru ini apabila bertemu seorang nenek buta yang hidup dalam kedaifan. Apatah lagi, di kala mata mereka menyaksikan nenek itu sedang sibuk mengais saki baki beras dalam guni kosong untuk dimakan. Hanya setelah yakin guni itu benar-benar kosong, dengan mata yang gelap gelita serta tangan tiada bertenaga, dia meletakkan guni itu ke tepi. Bertambah pilu apabila melihat tangan si nenek teraba-raba mencari cawan, sedangkan cawan yang dicapai kosong apabila diteguk. Penduduk setempat yang ditemui memaklumkan, usia nenek itu sudah mencecah 100 tahun dan hidupnya sebatang kara serta hanya mengharap ihsan jiran tetangga. Kata penduduk itu lagi, dengan mata yang tidak dapat melihat sejak beberapa tahun lalu, kehidupan nenek itu sangat mencabar. Siapa sangka ALLAH menemukan pasukan NGO terbabit dengan nenek tua itu untuk merawat hati mereka dengan sinar keinsafan dan kesyukuran di Kuala Mu, Sungai Siput, Perak. Untuk itu, bagi mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah berhubung dengan penganjur kembara ‘Xtreme Amal 4x4’ di page rasmi Muslim Volunteer Malaysia di laman Facebook dan Instagram. - Sinar Harian

Bomba Selamat 18 Ekor Kucing Dari Banjir
KUALA NERUS, TERENGGANU – Walaupun dalam keadaan kelam kabut menyelamatkan penduduk Taman Desa Tanjung Damai yang terjejas teruk akibat banjir, Jabatan Bomba dan Penyelamat turut sempat menyelamatkan 18 ekor kucing milik salah seorang penduduk di kawasan tersebut yang terperangkap di rumah tuannya.
Rumah tuan kucing-kucing terbabit, Rosnorlia Ibrahim, 41, dinaiki air secara mendadak sebelum pasukan bomba membantu memindahkan mangsa bersama kesemua kucing peliharaannya. Pasukan bomba bagaimanapun berdepan kesukaran kerana kucing-kucing tersebut bertindak agresif mencakar anggota terlibat sehingga ada yang mengalami kecederaan.
Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai JBPM Terengganu, sememangnya tugas penyelamat untuk memindahkan mangsa banjir dan harta benda mereka termasuklah haiwan peliharaan - Siakapkeli.com.my

Sintok Kedah Dilanda Banjir Kilat
SINTOK: Hujan lebat semalam telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Sintok telah dinaiki air sehingga paras lutut menyebabkan 25 orang penduduk di Kampung baru Sintok terpaksa di pindahkan berikutan air telah melimpah masuk kedalam rumah kediaman.
Selain itu kawasan kampung tersebut air juga talah naik menenggelamkan lebuhraya membuatkan kenderaan terpaksa berpatah balik mencari jalan altenatif.
Menurut kenyataan Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kubang Pasu, Kamalruzaman Kasa, kira-kira 25 mangsa sudah dipindahkan ke rumah saudara mara mereka berhampiran berikutan banjir kilat tersebut.
"Sehingga ini, tiada pusat pemindahan dibuka dan air kembali surut kira-kira 11 malam tadi, " katanya ketika dihubungi. - Siakapkeli.com.my

200 nelayan ditahan Indonesia dipercayai warga asing - KPN
KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. - Effendy Rashi
KUALA LUMPUR: Semua 200 nelayan yang dilaporkan ditahan di perairan Indonesia beberapa hari lalu dipercayai rakyat asing yang cuba menyusup masuk ke Malaysia, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Khalid berkata, identiti sebenar dan status kerakyatan nelayan terbabit tidak dapat disahkan kerana mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri. "Mereka juga tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia dan dipercayai rakyat asing yang cuba menyusup masuk ke Malaysia melalui perairan Indonesia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - BH Online

Keinginan Seks Wanita Lebih Kompleks Dari Apa Yang Lelaki Fikirkan
Kajian terbaru yang dijalankan di Michigan bersama enam buah klinik terkemukan seluruh Amerika Syarikat dan tiga ribu orang wanita yang mengalami monopaus, mendapati tahap tertosteron yang tinggi dan kehadiran semua hormon pembiakan yang tinggi tetap tidak berjaya memainkan peranan untuk meningkatkan ransangan seks untuk wanita yang telah mengalami monopaus.
Walaupun testosteron adalah hormon seks utama bagi lelaki tetapi wanita juga mempunya jumlah testosteron walaupun kecil yang dihasilkan oleh ovari. Penyelidik juga ingin mengetahui apa yang menyebabkan kesan yang boleh meningkatkan ransangan seks wanita yang sudah monopaus.
''Walaupun tahap testosteron dan hormon pembiakan lain telah dikaitkan dengan perasaan wanita keinginan seks, kajian berskala besar kami mencadangkan faktor psikososial mempengaruhi banyak aspek fungsi seksual,'' kata John Randolph Universiti Sekolah Perubatan Michigan, yang mengetuai kajian itu yang jugak ketua Jurnal Klinikal Endokrinologi & Metabolisme.
'Emosi kesejahteraan dan kualiti hubungan intim beliau Seorang wanita adalah penyumbang penting yang baik untuk kesihatan seksual.'
Penyelidik meneliti data daripada 3302 wanita yang terlibat dalam kajian ini berterusan Kesihatan Wanita di seluruh Negara (SWAN) untuk menganalisis hubungan antara hormon pembiakan dan fungsi seksual semasa peralihan menopaus itu.
Dalam kajian itu para peserta wanita ditanya mengenai keinginan mereka untuk melakukan seks dan aktiviti seksual. Mereka kebanyakkannya tertarik apabila tahap testosteron berada di tahap tinggi dan hormon ransangan lain termasuk Dehydroepiandrosterone sulfat (DHEAS), yang badan boleh ditukar kepada testosteron atau satu bentuk estrogen dipanggil estradiol, dan folikel-merangsang hormon (FSH).
Para penyelidik mendapati wanita yang secara semulajadi mempunyai keinginan seks yang lebih tinggi kepada tahap testosteron dan berasa keinginan seksual lebih kerap daripada wanita dengan tahap yang rendah tahap tertosteron.
Hormon testosteron ialah sejenis hormon steroid daripada kumpulan androgen. Dalam mamalia dan manusia, hormon ini lazimnya dihasilkan oleh testis jantan/lelaki dan ovari betina/perempuan. Secara purata, lelaki dewasa menghasilkan antara 40 hingga 60 kali lebih banyak hormon ini berbanding perempuan. Ia merupakan steroid anabolik. Ia merupakan hormon seks utama lelaki. Ia membantu dalam menghasilkan sperma dan juga merangsangkan perkembangan ciri seks sekunder pada seorang lelaki seperti pembentukan otot yang kasar, misai serta perubahan suara.- Siakapkeli.com.my
TOP
H5N8: Belanda musnahkan 8,000 itik
AMSTERDAM: Pihak berkuasa kesihatan memusnahkan 8,000 itik bagi mengelak kemungkinan penularan wabak selesema burung yang sudah menjangkiti tiga ladang ternakan dalam masa seminggu di Belanda, antara pengeksport utama unggas dan telur.
Menurut satu kenyataan kerajaan, itik berkenaan sedang dimusnahkan di bandar Barneveld sebagai langkah berjaga-jaga kerana pihak berkuasa mahu menghapuskan segala risiko virus H5N8 tersebar ke tiga daripada 12 negeri sejak Ahad lalu.
Operasi pengosongan di ladang ternakan itik di Barneveld itu akan meningkatkan bilangan haiwan yang dimusnahkan sejak jangkitan pertama dikesan pada 211,000 unggas Ahad lalu.
"Adalah perlu melakukan segala-galanya bagi mengelak penularan wabak seperti pada 2003 apabila 30 juta ayam dimusnahkan," menurut kenyataan itu. - Reuters
TOP
Tiga Lagi Individu Ditahan Kerana Disyaki Terlibat Aktiviti Keganasan
KUALA LUMPUR: Tiga lagi individu termasuk dua orang wanita, ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.
Suspek wanita berkenaan berusia 34 tahun, yang mana suaminya telah pun didakwa kerana menyokong Kumpulan Negara Islam (IS), seorang lagi suspek berusia 28 tahun dan seorang lagi lelaki berusia 33 tahun ditahan dalam serbuan yang diadkaan di Selangor dan Kuala Lumpur pada Jumaat.
"Kami percaya mereka menggunakan Facebook untuk menghantar dana untuk IS dan menghantar rakyat Malaysia ke Syria.
"Mereka juga dipercayai menggunakan media sosial untuk berhubung dengan anggota IS," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu.
Beliau berkata kesemua suspek ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman.
"Mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan, Kesalamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma)," katanya. - mStar online
TOP
Anak Tinggal Emak di Tepi Jalan
KUALA NERANG - Seorang ibu tunggal dari Anak Bukit sedih dengan tindakan anaknya yang sanggup meninggalkannya di tepi jalan rumah adiknya di Kampung Padang Nyior, dekat sini, semalam.
Wanita ibu tunggal, hanya mahu dikenali sebagai Milah, 74, berkata, apabila sampai di rumah adiknya itu, anaknya mengeluarkan beg pakaian serta barangannya dari kereta dan terus beredar.
"Saya sedih kerana mereka buang saya macam anak kucing di tepi jalan. Saya sudah 20 tahun tak jumpa dengan adik. Nasib baik rumah itu milik adik saya sendiri.
"Jika tidak, tak tahulah ke mana saya nak pergi.
"Sepatutnya mereka perlu berjumpa dengan adik saya dan memaklumkan tujuan mereka menghantar saya ke rumah itu,” katanya ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap.
Menurutnya, dia pernah tinggal bersama anak bongsunya itu kira-kira tiga bulan lalu, namun kehadirannya itu kurang disenangi.
"Saya tak tahu di mana lagi saya nak tinggal kerana empat-empat anak tak mahu saya tinggal dengan mereka. Ada yang terima, tetapi menantu pula tak suka," katanya.
Sementara itu, adik Milah, Sulaiman, 71, berkata, dia kecewa dengan sikap anak saudaranya yang membuang ibu mereka di tepi jalan.
“Saya terkejut dengan kedatangan Milah. Selepas mendengar rintihannya, saya terharu dan tetap akan menjaganya kerana dia adalah dari darah daging saya.
“Atas permintaan kakak saya, saya akan hantar dia ke pondok untuk belajar agama di Bukit Pinang,” katanya. - Sinar Harian
TOP
MLM 2014:Kelainan Yang Dibawa Jalor Membolehkan '#Jalor ' Top 6 Trending Worldwide
KUALA LUMPUR: Keberanian kumpulan Jalor yang berani mengetengahkan perbagai kelainan dan semalam muncul dalam Maharaja Lawak Mega 2014 dengan memakai kostum kuda membuatkan #jalor kini top 6 Trending Worldwide.
Kumpulan yang diangotai oleh Rahim, Joey dan Along telah menjadi perbualan hangat di tweeter dengan orang ramai telah bercerita tentang mereka dengan menggunakan #jalor. Idea-idea yang baru cuba diketengahkan telah menarik ramai orang meminati mereka dan ramai berharap mereka terus konsisten sehingga final. Semalam semasa persembahan Dewan Teater Selangor ternyata gamat dengan gelak tawa penonton apabila mereka menggunakan kostum kuda dimana menimbulkan watak Wak Doyok yang dibawa oleh Along dan Chris Tucker yang dibawa Joey. Kehebatan dan keunika ini telah membolehkan Jalor berada di kedudukan pertama MLM 2014 dua minggu berturut-turut. Rahim sewaktu MLM 2013 telah menganggotai kumpulan Sepahtu ternyata tindakan tidak salah tetapi berbaloi apabila menyertai kumpulan Jalor. Maharajala Lawak Mega 2014 bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam pada setiap Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (135).- Siakapkeli.com.my Sumber Murai.com.my

Makanan Mini Teramat Comel Yang Pasti Membuatkan Anda Teruja Untuk Membelinya
Sungguh menarik apabila melihat makanan-makanan hiasan mini ini yang membuatkan kita pasti rasa untuk membelinya dan sememangnya makanan hiasan mini ini betul-betul dijual,
Pelbagai taktik perniagaan yang digunakan sekarang untuk menarik perhatian kita supaya membeli sesuatu produk. Tapi bagi admin apa yang di buat oleh syarikat Sucre Sucre Miniatures ini amat menarik dan admin pun rasa macam nak beli makanan hiasan ini. Syarikat yang dimiliki oleh Chelsea Brest telah mengeluarkan makanan hiasan mini dan unik ini telah berjaya menarik perhatian ramai pelanggannya dengan pelbagai jenis bentuk rekaan rantai, subang, cincin, loket rantai, hiasan dinding peti ais dan pelbagai lagi. Syarikat Sucre Sucre Miniatures yang berpengkalan di California ini membuat perniagaan secara dalam talian dan membuat perhantaran ke seluruh dunia. Mari kita lihat lagi gambar-gambar menarik
Cantikkan, walaupun nampak seperti boleh dimakan sebenarnya semua produk-produk mini comel ini diperbuat daripada tanah liat, polimer dan logam perak. Jangan nanti anda semua beli pergi makan pula, tidak pasal-pasal patah gigi.- Siakapkeli.com.my

Gambar : Sekitar Perkahwinan Syarif Sleeq Dan Malaque Mahdaly
Singapura - Salah seorang penyanyi kumpulan Sleeq, Syarif, 25, telah sah menjadi suami kepada Malaque Mahdaly, 25, pada jam 10.30 pagi Sabtu.
Macam biasalah, sebut sahaja perkahwinan artis, tentu ramai yang nak tahu apa tema yang digunakan oleh mereka untuk menghiasi perkahwinan mereka.
Tema yang digunakan oleh Sleeq adalah Arab dan direka khas oleh seorang pereka fesyen yang terkenal di Singapura, Lulu Alhadad. Saksikan kemeriahan majlis perkahwinan mereka. - Siakapkeli.com.my

Petani Tidak Akan Terkesan Dari Pemansuhan Subsidi Kerana Pakai Kapchai - Najib
SERDANG, 22 Nov - Kenaikan harga minyak berikutan keputusan kerajaan untuk memansuhkan subsidi tidak akan memberi kesan kepada petani di Malaysia.
Ini kerana petani Malaysia tidak memiliki kenderaan mewah sebaliknya menunggang motosikal yang enjinnya berkapasiti rendah, atau kapchai menurut Perdana Menteri, DS Najib.
"Ianya satu pembaziran untuk memberi subsidi minyak kerana anda semua menggunakan kapchai, betul?".
"Mereka disini (kawasan bandar) memiliki kereta mewah seperti Mercedes, yang mana memerlukan 75 litre minyak untuk penuh", katanya ketika melancarkan Maha Expo 2014, pameran pertanian, di sini hari ini.
Menjelaskan kerajaan akan menyalurkan peruntukan lebih besar kepada sektor pertanian, Najib berkata ia akan berlaku sekiranya mekanisma baru - pemansuhan subsidi bahan api - akan dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan.
Harga terkini bagi RON95 adalah RM2.30 seliter manakala diesel pula adalah RM2.20 seliter. - Siakapkeli.com.my
TOP
Gempa di barat China ragut dua nyawa, 54 cedera
Xinhua, penduduk keluar dari bangunan kediaman dan pejabat apabila gempa melanda di barat China, hari ini. - Foto AP
BEIJING: Gempa kuat melanda kawasan pergunungan di barat China yang kurang penduduk, menyebabkan sekurang-kurangnya dua maut manakala 54 lagi cedera, termasuk rumah kediaman yang ranap. Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berukuran 5.9 magnitud itu berpusat di 30 kilometer dari bandar Kangding di Wilayah Sichuan. Pusat Seismologi China bagaimanapun meletakkan ukuran gempa pada 6.3 magnitud. Pejabat Penerangan Kerajaan Wilayah Sichuan berkata, angka kematian akibat gempa meningkat kepada dua dengan 54 orang cedera setakat pagi ini. Mereka yang terkorban termasuk seorang wanita berusia lewat 70-an apabila rangka tingkap rumah menimpanya, demikian menurut agensi berita Xinhua dan stesen penyiaran CCTV dengan memetik Dr Chen Yunbing, di Hospital Ganzi. Seorang pegawai bertugas di Daerah Kangding yang dikenali sebagai Xia, berkata gegaran gempa hanya beberapa saat dan susulan itu pihaknya mendapat banyak aduan mengenai bangunan yang rosak dan retak. - AP

Tiga Pelajar Cedera Dalam Kejadian Tembakan Dalam Perpustakaan Universiti Florida
Satu kejadian tembakan telah berlaku di sebuah perpustakaan di Universiti Florida pada Khamis lalu. Menurut laporan akhbar, tiga pelajar telah cedera dalam kejadian itu.
Selain itu beratus-ratus pelajar lain hanya mampu melindungi diri daripada terkena tembakan di celah-celah rak buku.
Pihak polis bagaimanapun bertindak pantas dengan menembak mati si penembak ketika dia berada di luar perpustakaan selepas suspek enggan menyerah diri malah menembak pula salah seorang pegawai polis yang bertugas.
Suspek yang ketika itu berada di luar perpustakaan dan enggan menyerah diri telah ditembak mati oleh pihak polis. Suspek yang bernama Myron May, adalah lepasan universiti terbabit pada tahun 2005. Motif kejadian itu masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.
Pihak universiti tersebut telahpun membatalkan semua kelas serta peperiksaan pada hari kejadian dan selain itu telah menawarkan sesi khidmat kaunseling kepada pelajar yang trauma akibat daripada kejadian itu. - Siakapkeli.com.my
TOP
Wanita Tunisia Dinobat Ratu Cantik Muslimah Sedunia
Keanggunan dan keikhlasan Fatma Ben menyuarakan mengenai penderitaan rakyat Palestin menarik perhatian juri.
YOGYAKARTA: Mesej pembebasan Palestin yang disuarakan peserta Tunisia membawa tuah apabila berjaya menewaskan 17 wakil negara lain, sekali gus memenangi pertandingan ratu cantik khusus untuk wanita Muslimah di Indonesia, Sabtu. Berbeza dengan pertandingan ratu cantik barat, semua peserta pertandingan itu wajib memakai tudung dan mereka bukan sahaja dinilai berdasarkan penampilan, malah pengadil menilai kebolehan mereka membaca al-Quran dan pandangan mengenai Islam dalam dunia moden. Penyertaan 18 finalis, termasuk yang bekerjaya sebagai doktor dan saintis komputer itu menampilkan gaya sopan dan sedap mata memandang. Kali ini, Fatma Ben Guefrache yang juga saintis komputer diumumkan sebagai pemenang dan berjaya membawa pulang hadiah seperti jam tangan emas, dinar emas dan pakej umrah. "Semoga Allah membantu saya dalam misi ini dan membebaskan Palestin. Tolonglah untuk sama-sama membebaskan rakyat Palestin dan Syria," kata wanita berusia 25 tahun itu dalam nada sebak. Acara peringkat akhir ratu cantik Muslimah itu diadakan dengan latar belakang tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Kuil Prambanan di sini, bagi menandakan bahawa umat Islam menghormati penganut agama lain. Pada awal pertandingan ini, beberapa cabaran dilalui termasuk membabitkan peserta Singapura yang terpaksa berhenti kerja kerana majikan tidak membenarkan dia menyertai pertandingan tersebut serta masalah visa yang menyebabkan tujuh finalis terpaksa membatalkan penyertaan. "Kami mahu mereka memahami segalanya mengenai cara hidup Islam, termasuk pemakanan, pakaian dan cara menjalani kehidupan," kata seorang penganjur, Jameyah Sheriff. Anugerah Muslimah Sedunia kali pertama dijayakan padda 2013 apabila penganjurannya bagi membantah acara Ratu Cantik Dunia yang berlangsung pada masa sama di Bali. - mStar online

Letupan Gas Bocor Gegarkan London
Letupan akibat kebocoran gas di Hotel Hyatt Regency Churchill di London mengakibatkan kira-kira 14 orang cedera.
LONDON – Letupan di bahagian bawah tanah dipercayai berpunca akibat kebocoran gas beratus-ratus pelanggang Hotel Hyatt Regency Churchill di sini dikerahkan supaya meninggalkan bangunan itu, lewat malam Sabtu. Pasukan perkhidmatan kecemasan yang bergegas ke tempat kejadian memaklumkan, sekurang-kurangnya 14 mengalami kecederaan. Portal berita Wall Street Journal melaporkan, kesemua mangsa dibawa ke hospital selepas letupan berkenaan menyebabkan kerosakan teruk di bahagian bawah tanah dan tingkat bawah. “Kira-kira 400 orang dibawa keluar dari hotel di Berkeley Mews itu selepas letupan menyebabkan kerosakan besar pada tingkat bawah bangunan itu,” demikian menurut pasukan bomba di bandar raya ini. Susulan kejadian itu, pelanggan yang tidak mengalami sebarang kecederaaan ditempatkan di hotel berhampiran. Menurut laporan itu, enam jentera bomba bersama 35 anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengendalikan situasi tersebut dan punca sebenar kejadian masih lagi disiasat. Ketika ini, pihak bomba juga sedang menilai kerosakan yang dialami bangunan berkenaan. - mStar online

Lionel Messi Perbaharui Rekod Jaringan La Liga
MADRID – Lionel Messi memperbaharui rekod jaringan Telmo Zarra selama 59 tahun sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah La Liga selepas menyumbang hatrik untuk Barcelona menentang Sevilla, awal pagi tadi.
Penyerang sensasi Argentina itu mencipta gol pembukaan menerusi tendangan percuma sekali gus menyamai rekod 251 gol oleh Zarra dalam 289 kali penampilannya pada La Liga.
Messi kemudian mudah menguis masuk bola hantaran Neymar untuk memperbaharui rekod jaringannya itu sebelum gol ketiganya menerusi sepakan rendah.
Ia sekali gus menyaksikan rakan sepasukannya terus meluru ke arah Messi dan melambungkannya ke udara bagi meraikan rekod yang dicipta di hadapan lebih 78,000 penyokong Barca di Camp Nou.
Penyerang lagenda Basque, Zarra menjaringkan gol ke-251 untuk Athletic Bilbao sepanjang 15 tahun kerjayanya dari 1940 hingga 1955. – AFP
TOP
United Tundukkan Arsenal 2-1, Kembali 4 Teratas Liga
PENYERANG Manchester United (MU), Wayne Rooney (kiri) bersaing dengan pemain tengah Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain dalam aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. - Foto AFP
LONDON – Wayne Rooney mencipta kejayaan manis Manchester United untuk kembali di persada empat teratas Liga Perdana Inggeris apabila membantu kemenangan 2-1 ke atas Arsenal di Emirates Stadium, awal pagi tadi. Selepas membantu England, kapten United itu melakar gol kemenangan pada minit ke-85 dengan menguis masuk gol menewaskan penjaga gawang gantian Arsenal, Emiliano Martinez. Terdahulu, United membuka tirai jaringan menerusi gol sendiri oleh Kieran Gibbs pada minit ke-56 selepas ledakan kencang Antonio Valencia terkena kaki pertahanan kiri Arsenal itu. Bola yang mengelirukan itu cuba ditampan penjaga gol Wojciech Szczesny namun dia mendapat kecederaan dan terpaksa dikeluarkan. Selepas kedudukan 2-0 berpihak kepada United, Arsenal cuba bangkit dengan memasukkan Olivier Giroud pada lewat separuh masa kedua. Kemunculannya bagaimanapun menyengat apabila tendangan lencongnya menggegarkan jaring pada minit ke-90. Kemenangan United itu adalah kejayaan di tempat lawan yang pertama sejak 5 April lalu. Ini bermakna kedudukan di tempat keempat liga itu menyaksikan skuad bimbingan Louis van Gaal kini kembali dalam persaingan untuk ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan dengan perbezaan 13 mata daripada pendahulu liga, Chelsea. – AFP

Suasana Sedih Selepas Isteri Ezat Exist Ungkapkan Kata Cinta Di Luar Mahkamah
" I LOVE YOU SO MUCH", itulah kata-kata pertama keluar dari mulut Nor Azeana Ramli selepas melihat kelibat suami tersayang tiba Ezat Exist tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Selayang untuk didakwa kerana memiliki syabu 0.30 gram ketika ditahan berhampiran dengan Selayang Mall minggu lepas.
Suasana tersebut telah menyebakan suasana yang sedih di perkarangan mahkamah tersebut. Azeana sebelum itu sudah menunggu kehadiran Ezad lebih dari satu jam untuk melihat suami tercintanya itu. Selain perkataan itu beliau juga turut berpesan kepasa suaminya itu "Take Care B" sebelum Ezat dibawa masuk kedalam mahkamah. Ezad Sebelum ini bagaimanapun mengaku tidak bersalah memiliki dadah tersebut dan meminta untuk dibicarakan dan beliau ditahan reman selama empat hari untuk tujuan sisasatan. Dalam perintah tahanan reman semalam, Ezad atau nama sebenarnya Mohd. Rohaizad Mohamad Lazim, 35, direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan tuduhan kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram. Beliau akan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.- Siakapkeli.com.my

Maut jatuh Dari Tingkat 11
KUALA LUMPUR: Pagi tadi penduduk kondominium Prima Setapak 2, Gombak terkejut apabila menjumpai sebujur mayat wanita yang berlumuran darah dia atas sebuah kereta proton wira.
Mangsa dipercayai telah terjatuh dari tingkat 11 bagunan kondominium berkenaan telah di jumpai pada pukul 6.30 pagi oleh pengawal keselamatan kondo tersebut yang sedang membuat rondaan dan terus emngubungi pihak polis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan awal polis mendapati bahawa penduduk kondominuim berkenaan tidak seorangpun mengenali mangsa.
"Hasil siasatan di unit rumah berkenaan mendapati, jeriji besi dan pintu rumah itu terbuka serta kosong. Pemeriksaan lanjut anggota forensik menemui peralatan menghisap dadah.
"Pihak polis masih menyiasat identiti sebenar mangsa yang dipercayai warga asing berdasarkan tiada kesan suntikan BCG pada lengan mangsa.,"katanya ketika dihubungi.
Menurut Asmadi, siasatan teliti sedang djalankan dan pihaknya berusaha mengesan pemilik unit serta penyewa untuk membantu dalam siasatan selanjutnya.-Siakapkeli.com.my
TOP
Budak lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh di kebun getah
Shariqal Sidek, 3 tahun, yang ditemui mati berhampiran Sekoalh Menengah St John, Beaufort, petang tadi. - Foto NSTP
BEAUFORT: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang hilang ketika bermain di kawasan kebun getah di Kampung Selagon di sini, pagi kelmarin, ditemui mati dipercayai dibunuh. Mayat Mohd Shariqal Sidek, ditemui pada jam 2.15 petang tadi berhampiran Sekolah Menengah St John di sini, kira-kira tujuh kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang. Difahamkan, penemuan mayat kanak-kanak itu susulan soal siasat dijalankan oleh polis terhadap seorang suspek yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat. Dalam kejadian pagi kelmarin, Mohd Shariqal dikatakan kali terakhir dilihat bermain bersama dua abangnya di kawasan berhampiran kebun getah tidak jauh dari rumahnya di Kampung Selagon. Ahli keluarga yang menyedari kehilangannya kira-kira jam 7 pagi, meminta bantuan jiran untuk mencari mangsa sebelum membuat laporan polis. Berikutan itu, polis menjalankan operasi mencari kanak-kanak itu dengan bantuan bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung. - BH Online

Ikan Keli Bewarna Keemasan Berjaya Ditangkap Dengan Bubu
SARATOK: Seorang penduduk Apai Rickey tesemalam telah tertangkap seekor ikan keli yang pelik dengan bubunya. Seekor ikan itu pelik kerana ia bewarna emas seperti seekor ikan emas.
Beliau yang terkejut dengan penemuan itu berkata selama usianya sudah menjangkau 50 tahun ini kali pertama beliau menjumpai ikan keli seperti itu sejak beliau masih kecil. Penemuan itu telah berjaya menarik perhatian penghuni rumah panjang Buchai terletak 30 kilometer dari pekan Saratok. “Semua penghuni warga emas di rumah panjang kami mengaku tidak pernah melihat keli sedemikian rupa. Ia terperangkap dalam bubu yang saya letak di paya belakang rumah panjang kami,” kata Apai Rickey. MMenurut beliau juga paya tempat beliau menahan bubu itu dipanggil Sungai Rarong adalah satu tempat biasa bagi penduduk di situ menahan bubu dan orang lain yang menahan bubu di kawasan itu tidak pernah menjumpai ikan keli seperti itu. “Berpuluh-puluh ekor ikan keli, haruan, toman serta beberapa jenis ikan air tawar lain di paya ini.Menggunakan kaedah bubu duduk ini berumpankan biji sawit dan ubi, saya memperoleh banyak hasil. “Tetapi seminggu lepas, sewaktu saya memeriksa bubu duduk yang di paya ini, saya terkejut terlihat seekor ikan berwarna keemas-emasan terperangkap dalam bubu bersama dua ekor keli lain,”. Pada awalnya beliau amat takut untuk mengambi ikan tersebut kerana takut perkara pelik terjadi tetapi cuba memberanikan diri membawa ikan itu baik kerumah panjang. “Rata-rata warga emas di sini sependapat, inilah kali pertama dalam hidup mereka melihat ikan keli seakan-akan ikan emas. Mereka menyarankan saya memeliharanya kerana mungkin ada hikmah tersembunyi di sebalik penemuan ini,” katanya. Ikan keli sebesar lengan kanak-kanak itu telah dipeliharanya atas nasihat ayahnya dan diletakakn di dalam tong berhampiran bilik air rumahnya. “Saya memberi makanan biasa seperti biji kelapa sawit, cacing serta serangga. Dan, ikan keli ini menjadi tumpuan sebab ramai yang datang melihat,” jelasnya. Menurut beliau selepas ramai mengetahui tentang ikan itu ada ramai pihak telah datang ke rumahnya untuk membeli dengan harga yang tinggi tetapi ditolak olehnya. “Kami sekeluarga tidak pasti sama ada akan terus memelihara, melepaskan atau sebaliknya,” kata Apai Rickey dengan tidak pasti.-Siakapkeli.com.my

Anak Paksa Ayah Beli iPhone 6 Dan Samsung Note 4 Untuk Diberi Kepada Kekasih
Sebak admin membaca satu kisah yang menjadi viral yang dibincangkan di laman sosial kisah seorang remaja yang berumur 15 memaksa ayahnya membeli sebuah iPhone 6 untuk diberi kepada kekasihnya dan memaksa ayahnya membeli Samsung Note 4 untuknya sedangkan ayahnya adalah seorang yang bergaji bawah RM 1000.
Baru umur 15 tahun dah melakukan perkara macam itu kepada orang tuanya bayangkan apabila besar nanti bagaimana yang dilakukan kepada ayahnya.
Berikut adalah perkongsian seorang pekerja di kedai telefon yang melihat perkara itu.
Semalam, aku dapat seorang customer, seorang anak dan ayahnya datang. Ayah dia sakit kaki, macam tak berdaya nak berjalan. Aku pun berikan layanan.
Aku: Assalamualaikum pakcik, kami ada set handphone, laptop dengan barangan rumah. Ada tiga cara bayaran, cash, kad kredit dan ansuran mudah.
Ayah: Kalau ansuran mudah macam mana cara dia?
Aku: Kalau ansuran mudah, sediakan penyata gaji, salinan kad pengenalan dan penyata bank. Kalau malas nak pergi bank buat penyata bank, bagi je nombor akaun, saya buatkan penyata bank. Pakcik nak apa, saya kirakan sekali bayaran bulanannya. Paling maksimum bayaran boleh sampai tiga tahun saja.
Anak: Okay bang, berapa eh sebulan untuk iPhone 6 128GB dengan Samsung Note 4?
Aku: *terus ambil kalkulator kira*
Okay, kalau dua handphone, RM296 untuk sebulan selama 3 tahun.
(Sambil tersenyum aku tengok, muka pakcik itu yang macam resah. Aku tahu pakcik tu orang susah).
Anak: Okay, ayah jadi eh? Boleh eh?
Ayah: (Hanya mampu mengangguk mengikut kehendak anak dia)
Aku: Beli handphone sampai dua, satu siapa punya? Umur adik berapa?
Anak: Yang Samsung Note 4 itu saya punya, yang iPhone 6 128GB tu saya nak hadiahkan kepada makwe saya bang. Minggu depan hari lahir dia. Umur 15.
Aku: (Mengucap dalam hati, sambil geleng kepala. Ya Allah, macam ni sekali anak dia buat kat ayah dia? Ayah dia yang bayar bulan-bulan, senang-senang je anak bagi kat makwe dia).
Ayah dia terus keluarkan dokumen, aku tengok penyata gaji ayah dia sebulan cuma RM950.
Aku: Okay pakcik, nanti saya proses. Dalam masa seminggu akan dapat jawapan lulus ke tak.
Ayah: Okay, baik dik. Terima kasih. (Dengan wajah seperti pasrah dengan kehendak anak dia)
Aku: Sama-sama pakcik. Datang lagi.
(Aku senyum dengan rasa bersalah tengok keadaan ayah dia yang kaki tempang berjalan keluar). Ya Allah macam nak menangis tengok.
Subhanallah...kuatkanlah dirimua engkau wahai si ayah moga tempatmu di sana nanti dikalangan orang-orang beriman.- Siakapkeli.com.my
TOP
Scha al-Yahya & Awal Nafi Tuduhan Cuba Eksploitasi Anaknya
Sebelum ini pasangan suami isteri Scha al-Yahya dan Awal Ashaari telah mendaftarkan akaun instagram bagi anak sulungnya Lara Alana. Akaun tersebut sehingga kini telah bejaya mengumpul sebanyak 280,000 pengikut.
Seperti biasalah apabila sesuatu akaun itu sudah terkenal maka timbullah beberapa itu lebih-lebih lagi ia melibatkan selebriti.
Terkini tindakan pasangan itu telah menerima kritikan ramai. Pasangan itu didakwa sengaja meraih publisiti tidak kurang juga yang berkata pasangan itu cuba mengekploitasi Lara Alana.
Bagaimanapun mereka telah bersuara bagi mengulas perkara itu, “Macam mana boleh timbul saya dan Awal cuba cari publisiti dan mengeksploitasi Lara sedangkan pengikut kami lebih ramai? Untuk pengetahuan semua, Instagram dan Facebook Lara adalah jurnal untuk kami berkongsi perkembangan anak kami dengan peminat” memetik laporan portal RotiKaya.
Tambahnya lagi, “Ramai juga selebriti buka akaun laman sosial untuk anak mereka, bahkan yang bukan artis lebih ramai berbuat sedemikian. Bagi saya, apa yang kami buat tidak salah selagi gambar yang dikongsi benda elok dan bagus. Jadi kenapa pula ia perlu dipertikai dan jadi isu?”
Susulan daripada tomahan itu, pasangan tersebut telah meluahkan perasaan sedih. Mana tidaknya apabila ada pihak yang dengki selain itu memandang perkara yang tidak elok sahaja kepada mereka.
“Yang suka mengutuk, biarlah mereka dengan dunia mereka. Yang penting saya dan Awal gembira dengan kurniaan Allah terhadap kami. Benda sebegini tak perlu dilayan. Lagipun, ramai sayang Lara dan selalu mendoakan kami,” luahan mereka dalam kekecewaan.
Perkara ini sebenarnya tidak menghairankan kami (Siakapkeli) apabila kita membuka akaun bagi memperkenalkan anak kita kepada orang ramai. Sesiapa sahaja pasti akan bersohor kerana itu anak sendiri cuma orang lain tidak berbuat sedemikian kerana tiada populariti. - Siakapkeli.com.my
TOP
10 Negara Paling Mahal Untuk Beli Kereta. Adakah Malaysia Tersenarai?
Harga sesebuah kereta bagi setiap negara adalah dijual pada harga berbeza-beza diatas beberapa faktor termasuklah cukai.
Menurut laporan sebuah portal, Jalopnik yang mana sebuah laman web yang popular telah menyenaraikan senarai 10 negara yang paling mahal untuk membeli kereta. Perbandingan itu dibuat terhadap jenis kereta Toyota Prius dan Scion FR-S di negara America Syarikat dan negara-negara lain. Berdasarkan kenyataan yang dipetik oleh laman web tersebut, penilaian bagi menempatkan kedudukan negara-negara dalam senarai adalah bersarkan pendapat-pendapat dari rakyat-rakyat negara tersebut termasuk warga asing. Harga kereta yang dijual di negara-negara ini adalah berkali-kali ganda dengan harga yang dijual di Amerika. Lebih mengejutkan kami adalah Malaysia juga tersenarai. - Siakapkeli.com.my
10 - CUBA
9 - NORTH KOREA
8 - ST. KITTS AND NEVI
7 - UNITED KINGDOM
6 - BRAZIL
5 - CHINA
4 - NICARAGUA
3 - INDONESIA
2 - MALAYSIA
1 - SINGAPURA

Pulau Kapal Perang Yang Tinggal Kenangan
Pulau Hashima yang dari jauh dilihat seperti sebuah kapal perang yang sedang berlabuh di tengah laut seolah-olah penuh dengan anak kapal yang sedang menunggu arahan tapi hakikatnya 'kapal' ini sebenarnya kosong tanpa manusia.
Pulau ini juga dikenali sebagai Gunkanjima bermaksud kapal perang ini pada asalnya adalah kediaman untuk pekerja-pekerja lombong arang batu.
Ia teah ditemui pada tahun 1187 telah mula didiami oeh 5250 orang yang dibangunkan oleh syarikat Mitsubishi Corporation untuk melombong arang batu kerana zaman itu arang batu mempunyai permintaan yang amat tinggi sebagai bahan bakar untuk kenderaan. Pada tahun 1959 pulau tersebut telah mencapai kegemilangannya dimana ramai orang tertumpu disitu untuk bekerja dan Mitsubishi Corporation terpaksa membina penempatan dengan bagunan-bagunan kediaman yang tinggi untuk menampung penduduk yang semakin bertambah
Selain perumahan pulau tersebut turut dilengkapi dengan hospital, panggung wayang, restoran dan bar untuk penduduk pulau ini seolah-olah sebuah bandar atas kapal. Bagaimanapun zaman kegemilangan pulau tersebut mula muram apabila selepas perang dunia kedua permintaan terhadap arang batu mulai kurang kerana penemuan petroleum telah menggantikan penggunaan arang batu. Akhirnya penduduk pulau tersebut mula berpindah ke daratan untuk mencari peluang pekerjaan baru dan kini terbiar tanpa berpenghuni dan dikatakan teah menjadi sebuah pulau yang berhantu.
Pulau kini sudah tidak terurus dan kelihatan seperti sebuah bandar berhantu dan amat menyeramkan dengan bagunan yang mula buruk dan runtuh manakala tumbuhan liar mula tumbuh.- Siakapkeli.com.my

10 Reka Bentuk Sushi Kreatif
Sushi merupakan makanan tradisional Jepun yang terkenal bukan setakat di negara tersebut, malah seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Jika anda penggemar Sushi, anda pasti sudah tahu bagaimana Sushi boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Tetapi selain boleh didpati dalam bentuk yang menyelerakan, Sushi juga boleh didapati dalam bentuk yang comel dan sukar untuk dimakan.
Disini kami kumpulkan beberapa bentuk Sushi yang kreatif dan comel untuk anda - Siakapkeli.com.my
#1 - Sushi Panda
#2 - Sushi Minions
#3 - Sushi Burung Hantu
#4 - Sushi Bumi
#5 - Sushi Makhluk Asing (errrr)
#6 - Sushi Beruang
#7 - Sushi Anjing laut
#8 - Sushi Hello Kitty
#9 - Sushi Anak Ayam
#10 - Sushi Likes

Intan Nafi Putus Dengan Kamal Adli Sebab Ada Lelaki Lain
UMUM mengetahui hubungan di antara pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli telah pun berakhir baru-baru ini.
Namun, baik kedua-duanya enggan mendedahkan punca sebenar yang menyebabkan hubungan mereka putus di tengah jalan. Walau bagaimanapun, terdapat dakwaan mengatakan Intan yang meminta hubungan mereka diputuskan kerana sudah mempunyai lelaki lain ketika masih berhubungan dengan Kamal.
Intan bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut, dengan mengatakan dia masih lagi solo dan kawan lelaki yang dimaksudkan itu adalah kawannya sendiri yang turut sama terlibat dalam bidang seni. “Jangan salah faham, kawan saya sekadar mengusik. Kebetulan dia pun orang seni juga, jadi memang kami selalu bergurau sesama sendiri. Saya nak jadikan ‘bahan’ dan tidak ada apa-apa maksud. “Orang yang diperkatakan itu kawan saya, tak lebih daripada itu. Kami dah lama kenal dan selalu berkumpul dengan kawan lain. “Buat masa ini saya masih sendiri dan belum terbuka hati untuk bercinta. Insya-Allah, kalau ada nanti saya akan kongsi. Setakat ini belum lagi dan saya harap jangan diperbesarkan perkara yang tiada,” katanya memetik laporan Metro Ahad. Intan, 32, turut menyatakan fokusnya kini lebih terarah kepada kerjaya dan keluarganya dan enggan perkara remeh sebegini menganggu fokusnya itu. – MYNEWSHUB.CC

Penjaga Rumah Pam Air Ditemui Mati Lemas
IPOH – Seorang penjaga rumah pam air yang dilaporkan terjatuh bersama-sama motosikalnya ke dalam parit di Ladang Sungai Erong, Ulu Bernam dekat Teluk Intan malam tadi, ditemui mati lemas hari ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, Tuan Soh Tuan Lah berkata mayat T. Rajendran, 54, ditemui seorang pekerja estet kira-kira 1.5 kilometer dari tempat dia dipercayai jatuh pada pukul 7.15 pagi ini.
Pihak bomba menerima laporan berhubung kejadian itu pada 8.59 malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat digerakkan, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Tuan Soh berkata operasi itu turut disertai anggota Pasukan Menyelamat Dalam Air (PPDA) Ipoh dan Kuala Kangsar dan Unit Anjing Pengesan (K9). – BERNAMA
TOP
Hujah Akhir Kes Saman RM2 Juta Hadi Awang 7 Disember
KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 7 Disember depan untuk penghujahan akhir kes saman RM2 juta terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tarikh berkenaan ditetapkan selepas saksi Mohd Shamsul Mat Amin (plaintif) dari akhbar KOSMO yang sepatutnya memberi keterangan hari ini gagal hadir.
Peguam Abdul Hadi (defendan), Asmuni Awi, berkata kegagalan saksi plaintif hadir pada perbicaraan hari ini kerana masalah teknikal, menyebabkan prosiding kes terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh lain.
“Bagaimanapun, sekiranya saksi plaintif tidak juga hadir pada 7 Disember nanti, prosiding kes akan diteruskan dengan penghujahan akhir diikuti dengan keputusan kes,” katanya.
Pekarangan mahkamah mula dipenuhi penyokong Abdul Hadi sejak jam 8 pagi bagi mengikuti perbicaraan kes itu, bagaimanapun beliau tidak hadir.
Mahkamah Tinggi di sini, sebelum ini memerintahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu membayar ganti rugi RM2 juta kepada bekas calon Bukit Besi, Mohd Shamsul, berhubung kes saman fitnahnya terhadap Ketua Angkatan Muda PKR Dungun itu.
Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul (plaintif) pada 5 Disember tahun lalu.
Mohd Shamsul memfailkan saman itu bagi membersihkan namanya susulan ceramah Abdul Hadi di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.
Beliau mendakwa ceramah itu mengaitkan calon PKR dengan pil kuda sekali gus menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon PKR dan ahli perniagaan. – BH Online
TOP
Ezad Exist Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Miliki Syabu
BEKAS vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim mengaku tak bersalah di atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu di Mahkamah Majistret Selayang, semalam.
Memetik Buletin Utama, Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim didakwa memiliki satu paket plastik lutsinar berisi syabu dengan anggaran berat 0.3 gram.
Ezad ditangkap memiliki syabu ketika berada di Kompleks Selayang Mall, Selayang Utama pada jam 1.30 tengah hari, Rabu lalu hasil laporan daripada orang awam.
Bagi pertuduhan itu, Ezad didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pihak mahkamah telah menetapkan 23 Disember ini bagi sebutan semula kes dan Ezad dibenarkan diikat jamin sebanyak RM2,200 dengan seorang penjamin. – MYNEWSHUB.CC

Laporan Fenomena Perubahan Iklim Perlu Lebih Berkesan
KUALA LUMPUR – Menanam kesedaran tentang fenomena perubahan iklim dan kesannya kepada orang ramai memerlukan laporan lebih berkesan.
Ia memerlukan laporan yang tidak terlalu bersifat teknikal dan berbentuk amaran untuk mengaitkan kesan buruknya kepada kehidupan mereka.
Seperti kata Ketua Pegawai Eksekutif TVE Asia Pacific, Nalaka Gunawardene, membuat berita berbentuk amaran tidak akan mendapat perhatian orang ramai kerana mereka sudah mangli dengan maklumat seumpama ini yang biasa diperoleh di mana-mana sahaja.
“Tajuk besar seperti lapisan ozon semakin menipis dan kandungan karbon semakin meningkat tidak lagi berkesan sebaliknya akan menimbulkan kekeliruan dan panik kepada orang ramai tanpa menimbulkan kesedaran tentang gejala perubahan iklim sama sekali.
“Wartawan perlu mengaitkan perubahan iklim kepada kehidupan masyarakat dengan membuat berita yang dekat kepada mereka seperti banjir dan kemarau yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa, harta benda dan sumber kewangan, atau menggunakan metafora untuk mengaitkanya dengan benda kesukaan ramai seperti bola sepak,” katanya.
Beliau ditemui semasa seminar mengenai membina keupayaan media membuat liputan perubahan iklim di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (Iptar) di sini baru-baru ini.
Gunawardene berkata orang ramai kini tidak lagi tertarik dengan laporan mengenai isu iklim kerana sama ada mereka kurang berminat, laporannya yang kompleks dan kekurangan fakta dalam pemberitaan.
“Apa yang perlu kita lakukan ialah membuat laporan mudah di mana orang ramai boleh faham,” katanya.
Wartawan alam sekitar Harry Surjadi pula berkata dalam menimbulkan kesedaran orang ramai, istilah pemanasan global mempunyai kesan lebih baik daripada penggunaan istilah perubahan iklim, walaupun kedua-duanya mempunyai makna sama.
“Daripada pengalaman saya, ini berlaku kerana orang boleh dikaitkan dengan pemanasan global kerana mereka boleh merasai keadaan persekitaran yang semakin panas. Dari sini kita tahu pemilihan perkataan adalah penting agar orang ramai boleh merasai pengalaman mereka dengan berita yang dilaporkan,” katanya.
Surjadi yang juga pengasas Persatuan Wartawan Alam Sekitar Indonesia berkata berita mengenai orang ramai mengkritik antara satu sama dalam isu pemanasan global juga tidak akan berhasil kerana lebih banyak berita berhubung penyelesaian diperlukan bagi menyedarkan orang ramai.
“Bilangan wartawan alam sekitar yang semakin berkurangan turut membimbangkan kerana kita memerlukan lebih banyak wartawan untuk bercakap mengenai isu ini,” katanya.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Young Asia Television, Hilmy Ahamed, wartawan perlu memperbaiki cara mereka melapor berita perubahan cuaca dan sentiasa meneroka cara baharu untuk melapor bagi menarik minat audiens.
“Menyiarkan isu perubahan iklim bukan untuk mendapatkan rating, ia merupakan tanggungjawab sosial,” kata beliau. – BERNAMA
TOP
Gambar: Ular Sebesar Anakonda Ditangkap Di Kota Tinggi
Beberapa keping gambar beserta kapsyen ular sawa sebesar anakonda berjaya ditangkap di Kota Tinggi, Johor kini berlegar di laman sosial.
Bermacam-macam versi cerita di sebalik penangkapan ular tersebut muncul termasuklah kononnya ia ditangkap ketika pergi memancing, ditemui pekerja ladang Indonesia di Kluang dan paling lawak, dikaitkan dengan pakar motivasi terkenal Dr Azizan.
Pemeriksaan kami kemudiannya menemukan Facebook individu sebenar yang bertanggungjawab menangkap ular sawa besar ini iaitu Mohd Hafizzi Ismail.
Ular berkenaan ditangkap Hafizzi di sebuah estet di Kota Tinggi, Johor. Gambar ini mula dimuatnaik Hafizzi sejak 17 November lalu selepas ular tersebut ditangkap pada sebelah paginya sebagai perkongsian dengan rakan-rakan di laman sosial.
Ular sawa berperut besar dipercayai sedang kekenyangan selepas membaham mangsa ini, ditangkap Hafizzi ketika berendam di parit dan segera diserahkan kepada Perhilitan. - MYNEWSHUB.CC Oleh: REM RAMZI Sumber Gambar: Facebook Mohd Hafizzi Ismail

Mangsa Banjir Di Pasir Puteh Kekal 25 Orang
Foto Hiasan
KOTA BHARU – Paras air di semua sungai utama di Kelantan semakin surut dan menghampiri paras normal manakala mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Pasir Puteh hanya 25 orang setakat 9 pagi ini. Menurut portal rasmi kerajaan negeri, mereka terdiri daripada lima buah keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja. Cuaca di Kelantan pada sebelah pagi ini diramalkan baik dan hujan diramalkan pada sebelah petang. Di TERENGGANU, keadaan banjir juga semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir berada di pusat pemindahan pada pagi ini berkurangan kepada 1,303 orang berbanding 1,521 orang semalam. Menurut portal Majlis Keselamatan Negera (MKN) Terengganu, daripada jumlah itu, 1,286 orang di daerah Kuala Terengganu melibatkan 324 keluarga dan 17 orang daripada enam keluarga di Marang. Katanya di Kuala Terengganu dua buah pusat pemindahan masih beroperasi iaitu di Sekolah Kompleks Gong Badak menempatkan seramai 1,213 orang dan Sekolah Kebangsaan Tok Jiring membabitkan 73 orang. Menurut portal itu, banjir di daerah Dungun telah surut dan semua pusat pemindahan di daerah berkenaan telah ditutup semalam. Sementara itu paras air di semua sungai utama di Terengganu berada pada paras normal. – BERNAMA

7 Rumah Musnah, 30 Cedera Akibat Gempa Di Tengah Jepun
SEBAHAGIAN rumah yang musnah akibat gempa bumi yang melanda Bandar Hakuba, Nagano, Tokyo hari ini. - Foto REUTERS
TOKYO – Gempa kuat yang melanda kawasan pergunungan di tengah Jepun yang pernah menjadi tuan rumah Olimpik Musim Sejuk pada 1998, memusnahkan lebih tujuh kediaman di kawasan peranginan ski serta sekurang-kurangnya 30 lagi cedera. Gempa berukuran 6.8 magnitud melanda Bandar Nagano jam 10 malam semalam (waktu tempatan) di kedalaman 10 kilometer, demikian menurut Agensi Meteorologi Jepun. Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berukuran 6.2 magnitud itu bagaimanapun tidak menyebabkan tsunami kerana ia berlaku di tanah besar. Pemilik restoran di Habuka, Ryo Nishino, memberitahu stesen penyiaran NHK bahawa dia begitu takut kerana ini kali pertama melalui saat gegaran gempa di bandar peranginan ski yang terletak di barat Nagano itu. “Ia bergoncang dengan kuat. Keadaan di pusat percutian ini menjadi kelam-kabut,” katanya. Sementara itu, Pihak Berkuasa Nuklear Jepun berkata setakat ini tiga loji tenaga nuklear di sekitar kawasan gempa berkenaan tidak terjejas. Menurut Agensi Pengurusan Bencana Persekutuan Jepun, seramai 13 orang setakat ini dilaporkan cedera dengan sekurang-kurangnya dua mendapat kecederaan serius. – AFP
TOKYO – Gempa kuat yang melanda kawasan pergunungan di tengah Jepun yang pernah menjadi tuan rumah Olimpik Musim Sejuk pada 1998, memusnahkan lebih tujuh kediaman di kawasan peranginan ski serta sekurang-kurangnya 30 lagi cedera. Gempa berukuran 6.8 magnitud melanda Bandar Nagano jam 10 malam semalam (waktu tempatan) di kedalaman 10 kilometer, demikian menurut Agensi Meteorologi Jepun. Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berukuran 6.2 magnitud itu bagaimanapun tidak menyebabkan tsunami kerana ia berlaku di tanah besar. Pemilik restoran di Habuka, Ryo Nishino, memberitahu stesen penyiaran NHK bahawa dia begitu takut kerana ini kali pertama melalui saat gegaran gempa di bandar peranginan ski yang terletak di barat Nagano itu. “Ia bergoncang dengan kuat. Keadaan di pusat percutian ini menjadi kelam-kabut,” katanya. Sementara itu, Pihak Berkuasa Nuklear Jepun berkata setakat ini tiga loji tenaga nuklear di sekitar kawasan gempa berkenaan tidak terjejas. Menurut Agensi Pengurusan Bencana Persekutuan Jepun, seramai 13 orang setakat ini dilaporkan cedera dengan sekurang-kurangnya dua mendapat kecederaan serius. – AFP
TOP
Letupan Gas Bocor Gegarkan London
Letupan akibat kebocoran gas di Hotel Hyatt Regency Churchill di London mengakibatkan kira-kira 14 orang cedera.
LONDON – Letupan di bahagian bawah tanah dipercayai berpunca akibat kebocoran gas beratus-ratus pelanggang Hotel Hyatt Regency Churchill di sini dikerahkan supaya meninggalkan bangunan itu, lewat malam Sabtu. Pasukan perkhidmatan kecemasan yang bergegas ke tempat kejadian memaklumkan, sekurang-kurangnya 14 mengalami kecederaan. Portal berita Wall Street Journal melaporkan, kesemua mangsa dibawa ke hospital selepas letupan berkenaan menyebabkan kerosakan teruk di bahagian bawah tanah dan tingkat bawah. “Kira-kira 400 orang dibawa keluar dari hotel di Berkeley Mews itu selepas letupan menyebabkan kerosakan besar pada tingkat bawah bangunan itu,” demikian menurut pasukan bomba di bandar raya ini. Susulan kejadian itu, pelanggan yang tidak mengalami sebarang kecederaaan ditempatkan di hotel berhampiran. Menurut laporan itu, enam jentera bomba bersama 35 anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengendalikan situasi tersebut dan punca sebenar kejadian masih lagi disiasat. Ketika ini, pihak bomba juga sedang menilai kerosakan yang dialami bangunan berkenaan. - mStar

Juliana Evans: Emma Maembong Tak Perlu Takut Dengan Saya
SEBELUM melanjutkan pengajian ijazah di Amerika Syarikat, Juliana Evans pernah dikaitkan bercinta dengan pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak.
Namun, masing-masing menafikan perkara tersebut dengan mengatakan hubungan mereka hanya berlandaskan sebagai rakan artis.
Dan kini, Zizan pun sudah menemui buah hatinya sendiri yang juga seorang pelakon yang semakin mekar namanya, Emma Maembong.
Lantas, ada cakap-cakap mengatakan yang Juliana dan Emma pernah bergaduh ketika Emma berkunjung ke negara Uncle Sam, beberapa bulan lalu. Terkejut dengan dakwaan itu, Juliana, 25, menafikan perkhabaran tersebut, “siapa kata kami bergaduh? Saya tak jumpa dia pun sebaliknya hanya meluangkan masa dengan kawan-kawan yang kebetulan ada di sana seperti Afdal, Marina dan Kaka. Jadi, hanya orang-orang yang berada di sana sahaja yang tahu cerita sebenar,” katanya memetik Media Hiburan. Selain itu, Juliana juga berharap peminat tidak mempertikaikan kepulangannya ke Malaysia selepas menamatkan pengajian di Amerika. “Jangan pertikaikan tujuan saya pulang ke Malaysia. Jujurnya, saya gembira sebab dia sudah punya pasangan. Kalau boleh jangan ungkit lagi cerita lama. Saya tidak mahu dikatakan perosak kepada hubungan mereka kelak. Dan Emma, tak perlu takut dengan saya,” katanya. Kenapa pula Juliana bercakap begitu kepada Emma, mungkinkah Emma berasa tergugat dengan kepulangan Juliana? Tapi, tak mungkin rasanya kalau dari dulu Juliana ada hati kat Zizan, mungkin dari dulu lagi mereka dah berpasangan kan. Apa-apa pun welcome back to Jue dan semoga kepulangannya dapat memeriahkan lagi industri lakonan dan sedikit sebanyak dia boleh memanfaatkan pengajian seninya di sana untuk diaplikasikan di negara kita. - MYNEWSHUB.CC

Cub Prix: Alor Setar Jadi Litar Pusingan Akhir 2014
SELEPAS dua tahun, Alor Setar kembali ke kalendar Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bagi musim 2014 ini yang dijadualkan akan berlangsung di Taman Jubli Emas, Alor Setar, Kedah pada 28 dan 29 November.
Kali terakhir Kedah berada dalam kalendar Cub Prix adalah pada tahun 2011 dimana menyaksikan Elly Idzlianizar Ilias muncul juara kategori utama CP130 ketika perlumbaan berlangsung di Stadium Darul Aman. Kedah juga bukan negeri asing bagi peminat Cub Prix di mana Langkawi pernah menjadi tuan rumah pada tahun 1995 manakala Sungai Petani menjadi hos untuk dua tahun berturut-turut pada tahun 1998 dan 1999.
Memasuki perlumbaan terakhir bagi musim 2014, kemenangan di pusingan kesembilan di Jempol telah mengesahkan kedudukan Mohd Zaqhwan Zaidi dari pasukan Givi Honda Yuzy Racing selaku juara keseluruhan CP130 setelah selesa di tangga teratas dengan 161 mata.
Persaingan kali ini tertumpu kepada perebutan gelaran naib juara keseluruhan dan tempat ketiga diantara pelumba rookie musim 2014, Ahmad Afif Amran dan rakan sepasukan PETRONAS Yamaha-CKJ, Mohd Affendi Rosli serta Norizman Ismil (Harian-Metro Y-TEQ SCK Honda Racing).
Keputusan serupa bagi kategori CP115 di mana gelaran juara keseluruhan telahpun menjadi milik pelumba Motul Yamaha YY Pang selepas Izzat Zaidi Salehan berjaya memenangi perlumbaan di Jempol dan mengumpul 178 mata termasuk lima gelaran juara pusingan mengatasi rakan sepasukan, Zaidy Mohd Zaifaizal di kedudukan keedua dengan 148 mata.
Pertembungan menarik diantara Tengku Amirul Haffirudin dan Mohd Amirul Ariff Musa bakal menentukan siapa yang akan berada di tangga ketiga keseluruhan setelah kedua-duanya hanya dibezakan dengan 12 mata ketika ini.
Sekalipun telah dinobatkan selaku juara keseluruhan Wira seawal pusingan kelapan di Kangar, Khairul Idham Pawi (Kozi Yam Honda Racing) dijangkakan akan terus memberikan aksi terbaik di Alor Setar bagi meraih kemenangan kesembilan dari 10 pusingan pada musim ini manakala Saiful Azhary Muhamad yang turut mengesahkan kedudukan selaku juara keseluruhan Cabaran Honda Future akan cuba meraih satu lagi keputusan juara pusingan disamping berusaha untuk meraih kedudukan podium apabila turut beraksi dalam kelas Wira.
Perlumbaan hujung minggu akan datang bakal menyaksikan persaingan sengit diantara Mohd Imran Zulkafli dan Mohd Hafiz Amirudin untuk merebut gelaran keseluruhan kategori Pro-Am Cup dengan perbezaan hanya sembilan mata ketika ini manakala hanya tiga mata membezakan kedudukan diantara pendahulu Mohd Afizi Supaat dan Mohd Irfan Rosnizam di dalam kategori Super Siri Yamaha 135 PETRONAS.
TOP
Kenny Rogers Roasters Bolot ‘Anugerah CSR Francais Terbaik’
KUALA LUMPUR – Kenny Rogers Roasters (KRR) memenangi ‘Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat Francais Terbaik’ pada Anugerah Francais Malaysia 2014.
Anugerah berprestij itu menawarkan kepada francais peluang terbaik untuk diiktiraf sebagai penggiat francais utama tahun ini menerusi pelbagai kategori, dengan KRR membezakan diri mereka daripada pesaing lain menerusi pembabitan berterusan mewujudkan masyarakat Malaysia yang lebih holistik.
Ia dilakukan menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh KRR Community Chest Campaign yang dibentuk pada 2005 bagi membantu golongan kurang bernasib baik, kata KRR dalam satu kenyataan hari ini.
Pengurus Besar Kanan Berjaya Roasters Malaysia Sdn Bhd, Lee Siew Weng berkata: “Kami sangat berbangga diiktiraf dalam bidang ini kerana sejak ditubuhkan di Malaysia 20 tahun lalu, kami sentiasa komited menyediakan hidangan berkhasiat dengan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami.”
Sebelum ini, KRR menerima Anugerah Superbrands 2013 dalam Kategori Pilihan Malaysia, Anugerah Putra Brand 2013 dan Anugerah BrandLaureate bagi empat tahun berturut-turut. – BERNAMA
TOP
Foto: Fesyen Selebriti Di Majlis Festival Fesyen Islamik 2014
SEJUK mata memandang bila melihat gaya dan fesyen selebriti tanah air ketika menjayakan undangan di Festival Fesyen Islamik 2014 (IFF2014) yang diadakan di ibu kota, baru-baru ini.
Antara selebriti berhijab yang hadir pada majlis itu ialah Ummi Nazeera, Fara Fauzana, Eja, Noraliah Lee, Noryn Aziz dan Mizz Nina yang tampil bergaya menggunakan label pereka-pereka fesyen terkenal tanah air. Yang menarik perhatian pada majlis tersebut ialah pelakon Vanidah Imran yang tampak manis bertudung. Tak tahulah kalau ini merupakan imej terbaharu Vanidah atau pun dia sekadar menghormati majlis yang diadakan. Tapi, kalau betul Vanidah dah berhijab, Alhamdulillah, semoga istiqamah dalam perubahannya. Jom saksikan fesyen-fesyen menarik yang digayakan mereka sepanjang majlis itu berlangsung!
– MYNEWSHUB.CC

PM Jepun Bubar Parlimen, Buat Pilihan Raya Mengejut
Tanpa apa-apa khabar, Shinzo Abe mengumumkan pembubaran Dewan Rendah Parlimen Jepun hari ini, sekaligus mengadakan pilihan raya umum mengejut pada bulan depan.
Menurut akhbar Berita Harian, tindakan tersebut diputuskan agar beliau mendapat mandat baru terhadap kerjayanya yang dihimpit dengan beberapa isu sebelum ini.
Walaupun parti pemerintah, Parti Liberal Demokratik (LDP) dijangka kehilangan beberapa kerusi, namun ramai menjangkakan ia akan terus mengemudi kerajaan Jepun melalui 480 kerusi yang dipertandingkan.
Pilihan raya dijangka diadakan pada 14 Disember depan selepas Abe menangguhkan kenaikan cukai jualan yang telah dirancang disebabkan oleh kedudukan ekonomi Jepun semakin merosot.
Menurut pakar, pilihan raya tersebut merupakan strategi Abe untuk mendapatkan mandat rakyat terhadap dasar pemulihan ekonomi yang dirancangnya, dikenali sebagai Abenomics, selain penangguhan perlaksanaan cukai dari 8 peratus ke 10 peratus.
Ujarnya selepas pengumuman pembubaran, “Perjuangan sudah bermula. Kita akan berjuang habis-habisan agar kita dapat kembali untuk memikul tanggungjawab bagi menjadikan Jepun sebuah negara yang menyinar di pentas dunia.”
Walau bagaimanapun, sesetengah pihak tetap bingung dengan tindakan Abe yang baru sahaja menduduki kerusi perdana menteri selama dua tahun untuk penggal ini. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Kekukuhan ASEAN Suatu Keperluan Strategik
KUALA LUMPUR – Malaysia sentiasa tekal dalam memperjuangkan idea bahawa kejayaan dan kekukuhan Asean bukan sahaja penting dari segi ekonomi, tetapi juga merupakan suatu keperluan strategik.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sejak penubuhannya, Malaysia tidak pernah terlibat dengan konflik besar dengan mana-mana negara anggota Asean.
“Kami percaya, Asean yang kukuh mempunyai pengaruh kestabilan di rantau ini. Sebenarnya, kini banyak negara menyedari tentang kepentingan Asean dan mula untuk mendampinginya,” kata beliau.
Hishammuddin berkata demikian dalam ucapannya bertajuk “Seni Bina Keselamatan Serantau: Status Semasa dan Prospek” pada Forum Xiangshan Ke-5 anjuran Persatuan Sains Ketenteraan China di Beijing, China hari ini.
Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama melalui e-mel.
Hishammuddin berkata kesemua 10 negara anggota Asean perlu dan akan sentiasa sepakat tentang beberapa isu pertahanan utama dan tidak akan berpecah dari segi arah tuju.
Katanya kini terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan satu saluran komunikasi jelas antara negara anggota Asean dan “”kuasa-kuasa yang ingin berdamping dengan kami”.
“Kuasa besar perlu memahami kami secara jujur. Mereka perlu memberi keutamaan kepada keselamatan rantau ini secara menyeluruh, bukan hanya berfikir mengikut garis kedaulatan,” katanya.
Hishammuddin berkata memandangkan imbangan wajaran strategik dan ekonomi dunia kini condong ke arah Asia, maka satu seni bina keselamatan serantau yang kukuh dan mampu menampung semua pemegang kepentingan serta hasrat yang semakin berkobar-kobar, perlu diwujudkan untuk menjadikan Asean kuat dan berjaya.
Ini kerana hubungan yang diiringi oleh persaingan strategik dan ketidaktentuan akan meningkatkan risiko berlaku pergeseran dan konflik, yang boleh memberi kesan buruk terhadap ekonomi global, katanya.
Mengenai isu Laut China Selatan, Hishammuddin berkata seperti kebanyakan negara Asia Tenggara lain, beliau juga bimbang mengenainya.
“Retorik berapi-rapi dan perbuatan saling menuduh tidak memberi manfaat kepada mana-mana negara.
“Isu ini memerlukan penyelesaian berlandaskan sikap saling menghormati dan saling mempercayai. Ia akan mengambil banyak masa, namun saya yakin, berkat kesabaran, kebijaksanaan bersama dan keberanian, kita akan berjaya menemui jalan untuk mencapai kemajuan,” katanya.
Mengenai forum itu, beliau berkata ia boleh muncul sebagai forum peringkat tertinggi mengenai isu pertahanan dan keselamatan kontemporari. – BERNAMA
TOP
Tiada Arahan Untuk TNB Putuskan Bekalan Elektrik Di Terengganu
KUALA NERANG – Kerajaan tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak terutama Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memutuskan bekalan elektrik di lima daerah di Terengganu yang terjejas akibat banjir teruk sejak lima hari lepas.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata laporan di media sosial yang mengatakan seluruh daerah Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Besut dan Setiu terputus bekalan elektrik kerana banjir, adalah tidak benar.
Katanya TNB belum berhasrat untuk memotong bekalan elektrik di semua daerah terlibat dan jika pemotongan mahu dilakukan di kawasan banjir, ia akan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sebagai langkah keselamatan.
“Menjadi amalan biasa bagi TNB…akan terus memutuskan bekalan elektrik di sekitar kawasan banjir yang berisiko tinggi dan boleh membahayakan keselamatan awam, namun ia bersifat sementara serta tidak melibatkan seluruh daerah yang dilanda banjir itu.
Kawasan yang banjir teruk dan premis rumah tu tenggelam selalunya TNB akan tutup bekalan elektrik tu sebab takut bahaya arus elektrik tu dalam kawasan air,” katanya.
“Kalau nak kata tutup semua tu tak betullah sebab dia tutup di kawasan yang berbahaya kepada masyarakat,” kata Mahdzir ketika ditemui di Felda Lubuk Merbau dekat sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai menghubungi TNB jika premis atau rumah mereka dilanda banjir bagi membolehkan bekalan elektrik diputuskan sementara bagi menjaga keselamatan mereka.
Sehingga pukul 2 petang tadi, mangsa banjir di Terengganu telah meningkat kepada 5,572 orang. – BERNAMA
TOP
MCA Akan Rancakkan Semula Projek Langkawi
SERDANG – Projek Langkawi yang dilancarkan oleh MCA pada b1993 akan dirancakkan semula dan diberi nafas baharu dengan menerapkan beberapa modul yang dilihat mampu menjadi platform bagi memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu.
Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata parti itu akan memperluaskan peranan projek berkenaan dan sekali gus melihat kesesuaian melaksanakannya di kampung-kampung baharu.
“Kami juga telah meminta kerjasama daripada Dewan Bahasa dan Pustaka dalam mencari kaedah terbaik bagi merealisasikan visi ini,” katanya.
MCA melaksanakan Projek Langkawi antara lain bagi meningkatkan tahap
pendidikan penduduk di luar bandar.
Wee yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pesta Buku Dunia Cina ke-16 di Pusat Pameran Antarabangsa The Mines di sini hari ini.
Wee berkata tidak ada ibu bapa di negara ini yang mahu anak mereka gagal menguasai Bahasa Melayu memandangkan subjek itu penting dan wajib lulus sebelum menamatkan persekolahan.
“Justeru, usaha memartabatkan Bahasa Melayu amat penting dan perlu sentiasa diperhebat kerana ia adalah bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan utama di negara ini,” tegasnya.
Wee berkata pameran yang dirasmikan itu merupakan pesta buku terbesar di Malaysia yang tahun lalu berjaya menarik kira-kira 440,000 pengunjung.
“Pameran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan bahan bacaan dalam tulisan Cina, bagi mengisi ruang dan masa pada musim cuti sekolah. Ini sekali gus dapat menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat,” katanya.
Pameran itu akan berlangsung sehingga 30 Nov ini. – BERNAMA
TOP
Macam Kembar Pula Nora Danish & Qi Razali Ini!
Kehangat cinta antara Nora Danish dan Nedim rasanya semua sedia maklum, begitu juga kisah cinta selebriti bernama Qi Razali dan Nelydia.
Artikel ini sebenarnya bukanlah mahu menimbulkan bibit-bibit cemburu pada pasangan masing-masing, cuma kami tertarik melihat wajah Nora Danish dan Qi Razali yang bila digandingkan bersama nampak seperti kembar pula. Buktinya, apabila Nora Danish baru-baru ini memuat naik gambar selfienya bersama Qi di laman Instagramnya. Lihatlah…rupa mereka seolah-olah ada pertalian hubungan abang dengan adik kan?
Foto tersebut juga mendapat reaksi daripada peminat-peminat mereka yang memuji mereka amat bersesuaian menjadi pasangan yang sedondon gitew!
Sebelum ini pun, rasanya memang tidak pun pernah melihat lakonan gandingan Qi dan Nora. Kalau ada pun, filem Bencinta tetapi Qi hanyalah berlakon watak sampingan sahaja. Makanya, idak leee perasan wajah mereka berdua ini iras-iras, ye dak? Bagaimanapun, dalam ribuan yang memuji mereka ini ada pulak yang gusar dan khuatir takut-takut pasangan selebriti kesayangan merajuk dan terasa hati dengan gambar selfie tersebut.
Alahai adik-adik, muka sama tidak lah membawa maksud apa-apa kan? Cubanya kami kagum melihat raut wajah mereka yang iras-iras ala-ala kembar lelaki dan perempuan gayanya. Udahlee....jangan dok risau ye, sebenarnya Nora dan Qi bergambar bersama kerana mereka sedang menjalani penggambaran untuk sebuah filem berjudul Suamiku Jatuh Dari Langit. Wah, nama tajuk filem je dah ada unsur-unsur dramatik gitew, ini yang tak sabar ni! – MYNEWSHUB.CC

Petani Perlu Guna Teknologi, Sertai Rantaian Makanan Dunia – PM
SERDANG – Datuk Seri Najib Razak menyarankan petani di negara ini menggunakan teknologi dan inovasi serta menyertai sebahagian rantaian bekalan makanan global bagi menepis persepsi bahawa pertanian adalah bidang yang kotor dan berpendapatan rendah.
Najib dan isterinya menaiki motosikal lama semasa melawat ruang pameran selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) di MAEPS pada Sabtu.
Perdana Menteri berkata, golongan terbabit harus berani mencuba teknologi baharu pertanian supaya dapat meningkatkan hasil, sekali gus memastikan bekalan makanan mencukupi dan menjamin kualiti produk yang dipasarkan. “Orang asyik memandang pertanian adalah satu bidang yang kotor dan berpendapatan rendah. Ini bukan persepsi tapi ini realiti…realitinya kalau kita tidak menggunakan teknologi dan kalau kita tak jadi sebahagian daripada rantaian bekalan makanan. “Tapi kalau kita berjaya menggunakan teknologi moden dan jadi sebahagian daripada rantaian bekalan makanan global maka bidang pertanian sangat besar potensinya,” katanya ketika berucap merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agrikultur (MAHA 2014) di MAEPS di sini, sebentar tadi. – BH Online

REZEKI!! Pesta Kutip Kerang Terdampar Di Pantai Marang
MARANG – Ratusan penduduk berpesta mengutip ribuan kerang yang terdampar di sepanjang pantai di sini berikutan banjir dan musim tengkujuh.
Mereka yang menyifatkan ia sebagai satu fenomena luar biasa mengutipnya menggunakkan tangan dan jala.
Kerang ditemui terdampar pada sebelah petang di sepanjang Pantai Rusila hingga Rhu Dua termasuk Pantai Pulau Kekabu.
Abdullah Ali, 49, percaya kerang yang biasanya membiak di muara sungai dan kawasan laut cetek dibawa arus sebelum terdampar di kawasan pantai.
“Kita amat terkejut melihat lambakan kerang yang begitu banyak terdampar. Tentunya kerang-kerang ini datang dari sekitar muara dua buah sungai yang terletak Kuala Ibai dan Pekan Marang,” katanya yang turut berada di kawasan pantai.
Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri, Mohd Zaid Mohd Nor berkata pihaknya turut menerima laporan mengenai fenomena itu. - BERNAMA
TOP
Dua Lelaki Ditahan Conteng Tren SMRT
SINGAPURA – Gara-gara perbuatan vandalisme, polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan dalam kes yang melibatkan tren SMRT di Depoh Bishan di sini.
Suspek, kedua-duanya berumur 21 tahun, dikesan berada di Malaysia, hasil bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP).
Kedua-dua suspek kemudian diekstradisi ke Singapura pada Jumaat pagi, dan akan dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu bagi pertuduhan melakukan vandalisme dan menceroboh kawasan larangan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Tan Chye Hee mengucapkan terima kasih kepada PDRM dan RTP atas bantuan mereka sehingga tertangkapnya kedua-dua suspek.
Pada 8 November lalu, kira-kira 6.40 pagi, polis dimaklumkan gerabak sebuah tren SMRT yang diletakkan di Depoh Bishan telah diconteng menggunakan cat semburan. – BERNAMA
TOP
Karya Klasik Perlu Disebar Menerusi Teknologi Digital
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (tengah) bergambar bersama para pemenang Hadiah Sastera Perdana pada majlis penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2014 di sini, malam tadi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR -Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan supaya hasil karya klasik disebarluaskan kepada masyarakat dengan pendekatan kreatif menggunakan teknologi multimedia dan digital. Timbalan Perdana Menteri berkata, penyebaran secara itu akan menjadikan hasil karya lebih menarik dan menyegarkan. Ia juga, kata beliau, dapat menarik minat masyarakat daripada pelbagai kaum dan peringkat umur untuk membaca dan menghayatinya. “Keupayaan mengenal dan memahami ini akan membantu dalam pembentukan jati diri bangsa Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, malam tadi. Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr Madinah Mohamad; dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Awang Sariyan. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, penulisan karya ilmiah dalam bahasa Melayu harus diberi pengiktirafan yang tinggi setaraf Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Beliau berkata, usaha DBP memberi hadiah karya ilmiah dalam bidang sains dan teknologi yang disampaikannya pada majlis pelancaran bulan bahasa peringkat kebangsaan pada bulan lepas, adalah usaha awal yang baik. Timbalan Perdana Menteri berkata, karya sastera yang baik terletak pada penggunaan bahasanya yang baik dan mampu menyampaikan kisah, pesan, falsafah dan kebijaksanaan kepada pembaca. Ahli bahasa dan ahli persuratan, kata beliau, saling memerlukan dalam pembinaan tamadun bangsa dan tamadun bangsa hanya dapat dibangunkan dengan menggunakan bahasa sendiri. Sehubungan itu, Muhyiddin berkata jasa dan sumbangan tokoh dan ahli bahasa wajar diberi penghargaan dan pengiktirafan tinggi. “Saya menyarankan agar Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan pemberian anugerah bahasa kepada tokoh bahasa negara setaraf, yang sama tarafnya dengan dengan Anugerah Sastera Negara,” katanya. – BERNAMA

Pos Malaysia Anjur Pameran Filateli Terbesar Dunia
KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad akan menganjurkan pameran filateli terbesar di dunia bersempena Pameran Setem Remaja Dunia Malaysia 2014 (KLwyse) dari 1 hingga 6 Disember ini.
Pos Malaysia, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan pameran KLwyse adalah yang pertama seumpamanya dianjur di Malaysia dan akan memperlihat kehadiran lebih 300 peserta dari seluruh dunia untuk mempamerkan koleksi setem mereka.
Pameran yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur akan mempamerkan sebanyak 700 bingkai setem kompetitif dan bukan kompetitif dari lebih 30 negara.
Antara negara yang mengambil bahagian ialah Malaysia, Bangladesh, Lithuania, Azerbaijan, Namibia, Burundi, Afrika Selatan, Kepulauan Solomon, Uganda, Maldives, India, Amerika Syarikat, Kanada dan Korea Selatan.
KLwyse diadakan untuk menghidupkan kembali minat ahli filateli bagi mengambil bahagian dalam acara filateli antarabangsa serta menunjuk dan mendidik orang ramai terutama generasi muda tentang nilai sejarah, budaya dan pengetahuan melalui filateli.
Selain itu, ia juga bermatlamat untuk mempromosi dan menggalakkan filateli sebagai hobi serta memupuk dan mengeratkan hubungan serta kerjasama antara ahli filateli antarabangsa dan pentadbir pos seluruh dunia.
Beberapa tarikan lain juga bakal diselitkan antaranya ‘Court of Honour’ yang menampilkan koleksi terpilih pemenang pingat emas acara Setem Sedunia serta setem daripada arkib Pos Malaysia.
Bersempena pameran itu, Pos Malaysia juga melancarkan enam set setem lembaran mini khas yang bertemakan ‘Bangunan Warisan’, ’160 tahun penggunaan setem pos di Malaysia’, ‘Flora’, ‘Fauna’, ‘Tarian Kebudayaan’ dan ‘Cerita Legenda Melayu’.
Bagi memeriahkan suasana, pengunjung boleh menyertai aktiviti lukisan ‘doodle’, pertandingan lukisan setem mega dan berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah. – BERNAMA
TOP
Najib Hadiri Majlis Makan Malam Amal Formula E
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan pemandu-pemandu Formula E ketika hadir di Majlis Formula E Gala Dinner di sini, malam ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menghadiri majlis makan malam amal gala yang diadakan bersempena Kejohanan Formula E (ePrix) di Putrajaya esok. Najib diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor ke majlis separa rasmi berprestij itu. Fokus utama majlis makan malam amal itu adalah acara lelongan langsung yang menawarkan memorabilia unik Formula E, termasuk baju pemandu yang menjuarai perlumbaan, tayar dan stereng. Perlumbaan Formula E adalah kejohanan baharu FIA melibatkan kereta elektrik sepenuhnya yang berlangsung di litar jalanan di 10 bandar raya utama di seluruh dunia. Putrajaya dengan litar jalanan sepanjang 2.56km akan menjadi venue kedua ePrix selepas acara itu diadakan di Beijing, China pada 13 Sept. Antara pemandu terkenal yang disenaraikan dalam perlumbaan esok ialah bekas pemandu Formula 1 Jarno Trulli, Jaime Alguersuari, Sebastien Buemi, Lucas di Grassi, Brunno Senna dan Nick Heidfeld. – BERNAMA

Paras Air Sungai Golok Di Rantau Panjang Menurun
RANTAU PANJANG: Kelihatan orang ramai bagaikan tidak menghiraukan keselamatan diri apabila masih menggunakan perkhidmatan bot penambang untuk ke negara jiran tanpa memakai jaket keselamatan meskipun arus air deras dan paras air Sungai Golok meningkat pada musim tengkujuh ketika tinjauan fotoBERNAMA di Pengkalan Haram Gergaji di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU – Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas masih berada di paras bahaya walaupun dicatat surut sedikit. Menurut portal rasmi kerajaan negeri, bacaan air di sungai itu pada pukul 9 malam berada pada paras bahaya iaitu 9.04 meter berbanding 9.11 meter pada pukul 2 petang tadi. Sungai lain masih belum mencecah paras amaran dan tiada jalan utama ditutup. Tiada hujan di Kelantan hari ini. Sementara itu jumlah mangsa banjir di tiga pusat pemindahan di Kota Baharu dan Pasir Puteh kekal 130 orang. Sebanyak 77 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Mulong dan 28 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tiong di sini manakala di Pasir Puteh, 25 orang masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja. – BERNAMA

Banjir: Calon Temu Duga SPA Dibenar Tukar Tarikh
PUTRAJAYA – Calon yang telah dijadual untuk menghadiri temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di negeri terlibat banjir dibenarkan menukar tarikh temu duga mereka.
SPA, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan calon berkelayakan ijazah dan diploma boleh menghubungi SPA pada waktu bekerja di talian utama 03-88856000 atau menghubungi Bahagian Pengambilan di talian 03-88806482/03-88856346 atau menerusi e-mel kepada hasiah@spa.gov.my
Manakala calon berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia, sijil dan separa perubatan diminta menghubungi Bahagian Pengambilan Khas di talian 03-88856393/ 03-88856266 atau e-mel syafikah@spa.gov.my
Mereka juga boleh menghantar permohonan pertukaran tarikh temu duga kepada radziah@spa.gov.my. – BERNAMA
TOP
Anuar Manan Ketuai TSG Ke Jelajah Sharjah UAE
KUALA TERENGGANU – Dua pelumba berpengalaman akan mengetuai Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) ke Jelajah Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jelajah Malaysia sebelum menutup tirai kalendar 2014.
Pegawai Operasi TSG Nasirudin Wan Idrus berkata Anuar Manan akan mengetuai TSG ke Jelajah Sharjah manakala Mohd Harris Salleh mengetuai pasukan untuk Jelajah Malaysia.
“Jelajah Sharjah akan diadakan selama seminggu bermula 28 Nov manakala Jelajah Malaysia pada 13 hingga 17 Disember,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Menurut Nasiruddin, TSG menamakan lima pelumba untuk Jelajah Sharjah iaitu Mohd Harris Salleh, Adiq Hussaini Othman, Yusrizal Yusof, Shahrul Mat Amin dan Mohd Saiful Anuar Aziz selain Anuar.
Beliau berkata Jelajah Sharjah merupakan kejohanan bertaraf 2.2 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
Nasirudin berkata senarai nama untuk Jelajah Malaysia masih belum dimuktamadkan.
Dalam pada itu, katanya TSG akan menghantar 10 pelumba untuk menyertai perlumbaan Lekas Highway Challenge 2014 di Kuala Lumpur selama sehari esok.
Menurutnya, ketika ini kedudukan semasa TSG berada di ranking ke-11 Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Asia UCI daripada 78 pasukan termasuk dari Eropah, Amerika Syarikat, Australia, Afrika dan Asia.
Dalam Asia, TSG berada di ranking ke-4 daripada 38 pasukan, katanya. – BERNAMA
TOP
Pendaftaran GST Meningkat Kepada 158,725 Setakat 21 Nov
KUALA LUMPUR – Jumlah syarikat yang mendaftar untuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) sehingga 21 November ialah 158,725, bertambah 2,210 berbanding sehari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Jumlah syarikat yang mendaftar untuk GST yang akan dilaksanakan mulai 1 April tahun depan itu telah melepasi sasaran kerajaan, iaitu 140,000 pada akhir tahun ini.
Syarikat yang belum mendaftar diberi tempoh sehingga 31 Disember untuk berbuat demikian.
Perniagaan dengan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 turut digesa mendaftar untuk GST kerana ia mungkin melepasi RM500,000 pada masa depan.
Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan, Datuk Mat Noor Nawi menasihatkan syarikat terbabit mendaftar secara sukarela dengan JKDM. – BERNAMA
TOP
Yang Di-Pertuan Agong Bangga Kejayaan UiTM
SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menganugerahkan Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor kepada penuntut jurusan Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam, Mohammad Azril Izuan Ramlan pada majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke- 81, di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM di sini hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah melahirkan rasa bangga baginda terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila universiti itu terpilih menjadi penganjur bersama dalam Simposium Ekonomi Global (GES) baru-baru ini. Tuanku Abdul Halim bertitah pengiktirafan kerajaan Malaysia kepada UiTM untuk berkolaborasi dengan negara Jerman menganjurkan simposium ekonomi utama dunia pada Sept lepas, bukan sahaja menaikkan imej UiTM bahkan meletakkan universiti tersebut di peta dunia. “Beta yakin UiTM mampu membina masa depan yang lebih gemilang dengan penghormatan yang diberikan kepada UiTM baru-baru ini apabila menjadi penganjur bersama Simposium Ekonomi Global (GES). “Ia mengiktiraf UiTM dalam menganjurkan acara antarabangsa. Tahniah UiTM,” titah Seri Paduka pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-81, di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) di kampus induk UiTM di sini, hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Seri Paduka bertitah baginda mahu seluruh warga UiTM meneruskan usaha membawa universiti itu di barisan hadapan dalam meniti arus pemodenan global pendidikan pada masa kini. Baginda turut bertitah graduan UiTM perlu manfaatkan ruang dan peluang yang telah diberikan agar dapat mencipta kejayaan pada masa hadapan. “Sebagai Canselor, beta amat berbangga dengan pencapaian UiTM. Beta difahamkan pada tahun ini UiTM tersenarai di kedudukan 651 hingga 700 oleh badan penilai dunia (QS Ranking International) dan di kedudukan 601 hingga 650 oleh Times Higher Education World University Ranking. “Pengiktirafan ini menunjukkan bahawa lonjakan kejayaan UiTM dalam memastikan kembara akademik UiTM adalah setanding dengan universiti terkemuka lain di dunia,” titah baginda. Sementara itu, penerima pingat Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor kerana memperoleh pencapaian cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum, Muhammad Azril Izuan Ramlan, menyifatkan anugerah itu istimewa dan sebagai hadiah kepada keluarga serta tenaga pengajarnya. Anak kelahiran Rawang, Selangor yang berusia 24 tahun itu berkata minat terhadap jurusan Komunikasi Massa turut membantunya untuk cemerlang dalam akademik. “Saya memang minat bidang Komunikasi ini, kerana minat ia agak mudah untuk saya mempelajari segala subjek yang diajar oleh tenaga pengajar. “Atas sebab itu, saya menerima tawaran bekerja di Plus Malaysia Berhad (Plus) sebagai Eksekutif Komunikasi Strategik selepas selesai menjalani latihan amali di syarikat itu Sept tahun lepas,” katanya yang telah setahun bekerja di Plus. Sebanyak 31,532 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada majlis konvokesyen UiTM kali ini. – BERNAMA

Pemain Terbaik Siri Jelajah AirAsia-QPR Akan Kembali Ke QPR
KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Airasia berhad, Datuk Kamarudin Meranun (enam, kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Queens Park Ranger (QPR) in the Community Trust, Andy Evans (tiga, kiri) menyaksikan sesi latihan bolasepak bersama anak-anak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena program Airasia - QPR Coaching Clinic Tour 2014 di Kompleks Sukan Kementerian Pertahanan (Kementah) di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Program Siri Penjelajahan Klinik Latihan AirAsia-Queens Park Rangers (QPR) beri peluang kepada pemain terbaik dalam kalangan anak perajurit Angkatan Tentera Malaysia ke Akademi QPR di London. Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad Datuk Kamarudin Meranun berkata enam jurulatih daripada QPR Trust Team akan memilih seorang pemain terbaik daripada keseluruhan, 65 pemain. “Program hari ini kita bawa jurulatih daripada QPR ke Malaysia dan melatih anak-anak ATM yang berbakat dalam bidang bola sepak supaya kita dapat mengetengahkan bakat mereka yang berminat. Ia juga bagi memberi peluang kepada mereka melihat cara QPR melatih pemain profesional di England. “Mereka diajar cara-cara bermain dengan teknik yang betul serta cara memanaskan badan yang lebih tepat sebelum mula bermain, supaya permainan mereka jadi lebih mantap,” katanya kepada pemberita semasa sesi klinik latihan di Kompleks Sukan Kementerian Pertahanan (Kementah), di sini hari ini. Beliau berkata pihaknya sebelum ini sudah menyelesaikan siri jelajah ke China serta Thailand dan akan mengadakan program serupa di Kota Kinabalu, Sabah. Kamarudin berkata mereka akan memilih seorang pemain terbaik dari setiap klinik latihan yang dianjurkan untuk dibawa ke London bagi tujuan pendedahan peringkat awal. Sementara itu, Pengarah College Football Academy Danny Edwards berkata QPR mahu kanak-kanak itu memenuhi impian mereka menjadi pemain bola sepak pada masa depan. “Apa yang kita cari…kita cuba memberi inspirasi kepada pemain muda. Kami mahu mereka mencapai impian masing-masing, berpeluang untuk bermain bola sepak dengan jurulatih Liga Perdana, bermain dengan pemain akademi. “Sekarang mereka tahu kami sedang mencari seorang pemain untuk dibawa ke London, mereka sukar mempercayainya. Peluang ini bagi mereka sukar dipercayai. Kami mencari seorang pemain terbaik,” katanya. – BERNAMA

Kerajaan Komited Sokong Industri Animasi Tempatan
PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bermesra bersama kanak-kanak di hadapan rumah Opah Upin Ipin yang dibina khusus di perasmian karnival Upin Ipin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA – Kerajaan komited untuk memberi sokongan kepada industri animasi tempatan kerana ia bidang yang begitu mendapat tempat di hati rakyat selain berupaya mengharumkan nama negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata sokongan itu bukan sahaja dalam bentuk peruntukan, malahan penumpuan terhadap latihan untuk modal insan yang memerlukan kepakaran dan pengalaman dan aspek teknologi. Tahun ini sahaja sebanyak RM100 juta diperuntukkan untuk membangunkan industri kreatif termasuk bidang animasi, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Upin dan Ipin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. “Animasi begitu mendapat tempat di hati rakyat kerana orang ramai sentiasa menunggu sesuatu yang baharu untuk disaksikan. “Dalam dunia akan datang, apabila televisyen mempunyai pelbagai saluran dan saluran bertambah, ia memerlukan kandungan. Siapa yang dapat mengisi kandungan itu, ia mempunyai pelbagai kelebihan,” katanya. Ahmad Shabery berkata industri animasi juga merupakan industri masa depan yang tidak akan terjejas akibat kemelesetan ekonomi, sekali gus mampu menjadi sokongan kepada industri lain. Bagaimanapun, katanya, usaha membangunkan industri kreatif bukan sahaja perlu dimainkan kerajaan, tetapi juga swasta supaya ia terus setanding dengan animasi luar negara. Mengenai animasi saudara kembar Upin dan Ipin, Ahmad Shabery berkata ia antara kreativiti rakyat tempatan yang menaikkan nama negara kerana dikenali sehingga ke negara jiran seperti Indonesia, serta di Jepun dan Amerika Syarikat. “Saya rasa berbangga dan terharu melihat sokongan rakyat terhadap satu hasil karya harta intelek yang dilahirkan anak tempatan,” katanya. Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Shabery melahirkan rasa terharunya melihat ibu bapa sanggup membawa anak-anak berjalan jauh akibat ketiadaan tempat letak kereta kerana terlalu ramai pengunjung, semata-mata untuk memberi sokongan kepada animasi Upin dan Ipin. “Ramai terpaksa berjalan kaki … ternyata sambutan dan tarikan Upin, Ipin amat luar biasa sekali,” katanya. Karnival tiga hari anjuran Les’Copaque Production dengan kerjasama Multimedia Development Corporation yang bermula semalam, menampilkan pelbagai program menarik. Antara yang menjadi tarikan ialah persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan, persembahan Upin & Ipin live 3D show, pameran teknologi baharu seperti persembahan tarian robot, selain penampilan istimewa Ultraman yang dibawa dari Jepun serta jualan produk animasi berkenaan. – BERNAMA

4,530 Pelajar Seluruh Negara Terima Zakat Daripada TH
BALING – Seramai 4,530 pelajar dari 194 sekolah terpilih di seluruh negara menerima agihan zakat daripada Lembaga Tabung Haji (TH) bernilai RM2.3 juta tahun ini.
Menerusi Projek Iqra, setiap pelajar dari keluarga termiskin menerima sumbangan persekolahan sebanyak RM500, kata Pengerusi TH Datuk Seri Abd Azeez Abd Rahim.
“Sumbangan itu bertujuan meringankan beban keluarga mereka untuk berhadapan dengan musim persekolahan pada Januari 2015,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan zakat 2014 Projek Iqra’ bagi peringkat negeri Kedah di sini, hari ini.
Pada majlis itu, seramai 540 pelajar dari 45 sekolah di negeri ini menerima sumbangan itu yang berjumlah RM270,000.
Abd Azeez yang juga Anggota Parlimen Baling berkata pemilihan pelajar bagi sumbangan itu dilakukan secara telus dan dapat membantu pelajar yang dipilih.
Beliau berharap waris dan pelajar yang menerima sumbangan itu dapat memanfaatkan bantuan itu merangkumi perkakasan sekolah bernilai RM200 dan wang tunai RM300.
Sementara itu, Abd Azeez yang juga Pengerusi Biro Kebajikan Umno berkata pihaknya akan memastikan bantuan dapat disalurkan terus kepada mangsa banjir di negeri-negeri di Pantai Timur.
“Biro Kebajikan Umno sudah diarahkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk memastikan tiada mangsa banjir yang tercicir daripada menerima bantuan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Najib: Formula E Promosikan M’sia Di Persada Antarabangsa
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat paddock permulaan sebelum bermulanya Perlumbaan Formula E 2014 di Dataran Putrajaya sini hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Kejohanan FIA Formula E terus diadakan di Malaysia agar dapat menjadi sukan bermotor berkuasa elektrik yang popular di samping mempromosikan negara di persada antarabangsa. Menyifatkan penganjuran julung kali kejohanan Formula E di Malaysia itu sebagai amat berjaya, beliau berkata kejohanan itu telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelumba dan peminat sukan bermotor tempatan dan luar negara. “Harapan saya ialah kita dapat teruskan agar ia mendapat sambutan sebab ia mengambil masa beberapa tahun supaya ia menjadi lebih mantap dan popular,” katanya kepada Bernama selepas menyaksikan perlumbaan di litar jalanan Putrajaya di sini hari ini. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada juara pusingan kedua Kejohanan FIA Formula E 2014/2015, Sam Bird dari Britain. Hadir sama menyaksikan perlumbaan itu termasuk bekas perdana menteri, Tunc Dr Mahathir Mohamad, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa. Najib berkata berdasarkan maklum balas dan reaksi daripada pelumba, mereka menyatakan rasa puas hati dengan litar perlumbaan di Putrajaya itu. “Mereka kata ia (trek) adalah antara yang terbaik,” ,” katanya yang sebelum itu telah di bawa bertemu dengan para pelumba sebelum perlumbaan. “Pemenang pun berkata perlumbaan di sini agak menarik,” katanya. Perdana Menteri juga melahirkan rasa gembira apabila kejohanan itu mendapat sambutan apabila kira-kira 91,000 rakyat tempatan dan luar negara hadir menyaksikan perlumbaan tersebut. Beliau berkata kejohanan antarabangsa itu turut mendapat liputan meluas daripada 120 stesen televisyen di seluruh dunia. “Dengan ini, ia dapat mempamerkan Malaysia dan Putrajaya khususnya kepada masyarakat antarabangsa,” katanya. Perlumbaan Formula E adalah kejohanan baharu FIA melibatkan kereta elektrik sepenuhnya yang berlangsung di litar jalanan di 10 bandar raya utama di seluruh dunia termasuk Beijing, Berlin, London dan Miami. Putrajaya dengan litar jalanan sepanjang 2.56km adalah venue kedua kejohanan selepas Beijing, China pada 13 Sept lepas. Sebanyak 20 pelumba bertaraf antarabangsa daripada 10 pasukan bersaing menggunakan kereta berkuasa elektrik. Sementara itu, Dr Mahathir berharap Malaysia terus menganjurkan Formula E kerana ia dapat mempromosikan Malaysia di peringkat antarbangsa. “Kejohanan ini adalah sesuatu acara yang amat baik. Orang ramai boleh melihat Putrajaya dan meningkatkan minat pelancong untuk datang ke Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Sistem ITIS Sistem Zaman Dinasour – DAP
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng mendakwa Integrated Transport Information System (ITIS) yang diguna pakai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ibarat teknologi zaman dinosaur.
Beliau mendakwa, sistem ITIS yang gagal berfungsi seperti sepatutnya tetapi penggunaanya menelan belanja sehingga RM565.74 juta sehingga tahun lalu.
“Hentikan sahaja sistem ini yang nampaknya sudah tidak boleh dibantu lagi memandangkan ia menggunakan teknologi zaman purba dan perkakasan zaman dinosaur,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Lip Eng mendakwa, sistem ITIS itu hanya dapat menyiarkan ucapan perayaan selain memaklumkan kesesakan jalan raya apabila pemandu sudahpun berada di jalan tersebut.
Beliau turut berharap ada pihak membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tersebut supaya pihak bertanggungjawab diatas kegagalan peranan sistem itu dikenakan tindakan.-mynewsub
TOP
Gambar Kereta Guan Eng Parkir Secara Haram Jadi Viral
Kereta Lim dilihat dipakir di lorong basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.
GEORGETOWN – Kereta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi mendapat perhatian oleh pengguna media sosial. Kali ini kenderaan rasmi Lim itu dilihat dipakir di lorong basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara. Laporan mengenai kesalahan meletakkan kenderaan di lokasi larangan itu dibuat di laman Facebook Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Watch. Gambar yang menunjukkan Mercedes-Benz S300 yang diletakkan di luar depoh itu menjadi viral dan mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial.
Difahamkan gambar itu diambil ketika Lim menghadiri majlis pelancaran program Urban Xchange yang merupakan festival seni jalanan antarabangsa pertama di Malaysia pada Jumaat lalu. Pengadu juga mendakwa pegawai penguatkuasa MPPP tidak mengambil sebarang tindakan apabila mereka melihat kenderaan Lim itu dipakir di kawasan berkenaan. Pada Julai lalu, kereta rasmi ketua menteri itu turut menjadi bahan berita apabila gambar kenderaan itu yang dipakir di zon larangan pakir di sebuah pusat beli-belah di Jalan Datuk Keramat di sini dimuat naik ke Facebook. Beliau bagaimanapun menafikan keretanya diletakkan secara haram dan berkata pengurusan gedung beli-belah itu memberitahu pemandunya bahawa beliau dibenarkan meletakkan kenderaannya di situ. Pada Ogos tahun lalu, Lim turut menjadi sasaran pengguna media sosial apabila gambar-gambar kereta rasminya yang dipakir secara haram di Campbell Street dimuat naik ke Facebook. – mStar

AMK Bantah Kaedah Pengapungan Terkawal Harga
KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menghasut orang ramai supaya membantah keputusan kerajaan menggunakan mekanisme pengapungan terkawal bagi menentukan harga runcit petrol RON95 dan diesel mulai 1 Disember ini.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, langkah itu kononnya keputusan yang tidak bertanggungjawab kerana rakyat akan dibebankan dengan kenaikan harga barangan secara berganda.
“Meskipun bersetuju bahawa pemulihan kedudukan kewangan negara perlu dilaksanakan, AMK berpendapat komitmen dan keutamaan kerajaan perlu jelas.
“Oleh kerana itu, AMK mengajak orang ramai mempersoal komitmen dan pilihan keutamaan yang diambil oleh kerajaan pada masa kini,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Nik Nazmi turut meminta kerajaan memaklumkan mekanisme penentuan harga minyak, jumlah bayaran yang diberikan oleh Petronas kepada kerajaan mengikut tahun sejak ia mula ditubuhkan dan ke manakah ia digunakan.
Beliau turut mempersoalkan keputusan itu dilaksanakan pada waktu banyak isu rasuah dan ketirisan masih terus berleluasa.
“Ketika banyak persoalan lain berkaitan perbelanjaan besar kerajaan tidak dijelaskan dengan baik, memangsakan rakyat menunjukkan kelemahan kerajaan,” dakwanya.-mynewsub
TOP
K’jaan Pusat Ambil Alih Pembersihan Tandas Awam PBT
PORT DICKSON – Kerajaan pusat akan mengambil alih aktiviti pembersihan tandas awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mulai 2016 bagi memastikan ia bersih dan selesa pada setiap masa, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau berkata pengambilalihan itu selaras dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) dan seiring dengan Pelan Tindakan Transformasi PBT yang sedang dibangunkan kementerian.
“Kementerian saya akan berbincang dengan pihak berkuasa negeri dan PBT yang sedia menerima pakai akta tersebut, berhubung pelaksanaan langkah baharu ini yang dijangka berkuat kuasa pada 2016,” katanya dalam kenyataan diedarkan kepada media pada majlis pelancaran sambutan Hari Tandas Sedunia 2014 peringkat kebangsaan di sini, hari ini.
Beliau berkata bagi negeri-negeri yang belum menerima Akta 672, dinasihat memperuntukkan sejumlah bajet bagi tindakan menyelenggara dan membaik pulih tandas awam di kawasan masing-masing.
Katanya kementerian juga akan membuat semakan semula bagi terma rujukan projek-projek untuk memperlihatkan kesungguhan menangani isu kebersihan tandas awam.
“Garis panduan dan SOP (Prosedur Operasi Standard) pembersihan tandas awam akan disemak dan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.
Sementara itu, dalam teks ucapan beliau pada majlis itu yang dibacakan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Arpah Abdul Razak, Abdul Rahman berkata setiap tahun kementerian memperuntukkan sekurang-kurangnya RM5 juta untuk menaik taraf atau membina tandas baharu di PBT seluruh negara.
Katanya pada tahun ini sebanyak RM26.5 juta diagihkan kepada PBT bagi memperbaiki dan menaik taraf tandas awam di seluruh negara menerusi program ‘My Beautiful Malaysia (My BM)’.
“Namun pada keseluruhannya tandas kita masih kotor, menjijikkan dan banyak yang tidak selamat digunakan. Sinki yang bocor, mangkuk tandas yang pecah, pintu tandas yang tidak boleh dikunci adalah antara mimpi ngeri tandas di negara
ini.
“Vandalisme tandas awam begitu berleluasa iaitu tandas dengan sengaja dikotorkan, peralatannya dicuri, dinding diconteng dan pintu dipecahkan. Keadaan ini bukan sahaja menjejas imej dan nama baik negara dalam kalangan pelancong
asing, tetapi ia tidak baik untuk kesihatan dan keselesaan kita sendiri,” katanya.
Justeru, katanya pelaksanaan peraturan baharu itu diharap membantu dalam menyediakan tandas awam yang bermutu dan bersih, serta menjadi kebanggaan rakyat dan pelancong.
Pada majlis itu, 12 kategori pemenang pertandingan ‘Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia’ menerima hadiah masing-masing. – BERNAMA
TOP
Komunikasi Konvensional Dan Media Baharu Perlu Seiring
KUALA LUMPUR – Kaedah komunikasi secara konvensional masih relevan dipraktikkan meskipun dunia kini lebih tertumpu kepada media baharu, kata Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Katanya kaedah komunikasi bersemuka lebih berkesan khususnya untuk menjelaskan sesuatu perkara selain mengubah persepsi terhadap sesuatu isu dalam kalangan masyarakat.
Mengakui penggunaan media baharu, khususnya laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan blog membantu menyebar maklumat dan mempromosi program atau aktiviti dengan lebih pantas, beliau berkata komunikasi bersemuka tidak kurang pentingnya.
“Bagi menambahkan keberkesanan, masih perlu amalan budaya turun padang kerana selain lebih mesra dan dekat dengan masyarakat, kita dapat mengetahui pandangan serta permasalahan rakyat secara terus,” katanya pada sesi “Hyperconnectivity: Realiti Baru Untuk Pemimpin Masa Depan” pada Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2014 (Pemanas 2014) di sini hari ini.
Katanya kaedah turun padang lebih bersifat santai memandangkan golongan muda lebih tertarik kepada aktiviti tanpa protokol malah menjadikan komunikasi dua hala lebih berkesan.
“Generasi muda kurang suka kepada aktiviti berprotokol. Jadi saya (Puteri) guna pendekatan seumpama itu selain menggunakan media baharu untuk berkongsi dan sebar maklumat sahih sahaja,” katanya.
Mas Ermieyati, yang juga anggota Parlimen Masjid Tanah, berkata semua pihak khususnya pemimpin Barisan Nasional (BN) mesti bertindak pantas memberi penjelasan mengenai sesuatu isu sebelum masyarakat dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.
Senada dengan Mas Ermieyati, blogger Datuk Ahirudin Atan turut bersetuju bahawa penjelasan segera adalah langkah terbaik bagi menyekat penyebaran maklumat tidak tepat.
“Kita perlu guna setiap ruang dan peluang yang ada bagi memberi respons terhadap sebarang maklumat tidak tepat. Jangan lambat bagi respons kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk menerima maklumat melalui media baharu,” katanya yang merupakan seorang daripada lima panel pada sesi itu.
Sementara itu, Presiden Aktivis Belia Tanahair Azrinizam Ibrahim mengingatkan agar masyarakat tidak terlalu cepat membuat kesimpulan berkaitan sesuatu isu yang diperoleh di media sosial tanpa mengkaji sumber maklumat terlebih dahulu.
Katanya penulis di media sosial juga perlu berhati-hati dan tahu etika kewartawanan sebelum menulis sesuatu maklumat bagi mengelakkan penyebaran maklumat tidak tepat. – BERNAMA
TOP
Klinik Sementara Di Pusat Pemindahan Banjir
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan akan menempatkan klinik sementara di pusat pemindahan yang mempunyai lebih 1,000 mangsa banjir bagi kemudahan mereka, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. Beliau berkata selain itu turut disediakan klinik bergerak menggunakan bot atau kenderaan pacuan empat roda yang akan melakukan rondaan berjadual untuk memberi bantuan segera kepada mereka yang memerlukan. Petugas kesihatan terlibat juga akan memberi khidmat nasihat dari segi kebersihan persekitaran dan amalan pemakanan kepada mangsa banjir, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Syoknya Balik Pulau di sini hari ini. Beliau menasihatkan mangsa banjir agar mengikut arahan dikeluarkan pegawai kesihatan dari semasa ke semasa bagi mengelak jangkitan penyakit terutamanya wabak bawaan air dan makanan tercemar. “Adalah penting sentiasa minum, memasak dan mandi menggunakan air bersih bagi mengelak penularan taun yang disebabkan bakteria yang terdapat di dalam air kotor,” katanya. Hilmi turut mengingatkan ibu bapa memastikan anak-anak mereka tidak mandi atau bermain air banjir kerana ia dikhuatiri bercampur dengan najis berpunca dari tangki septik yang melimpah. Terdahulu beliau melepaskan 500 pelatih dari 10 buah institusi dan kolej latihan perubatan di wilayah Utara untuk menjelajah 20 kampung di sekitar Parlimen Balik Pulau bagi mempromosi gaya hidup sihat kepada penduduk kampung. Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata mereka terdiri daripada pelatih pergigian, jururawat, farmasi dan pembantu perubatan akan turut menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan kepada penduduk sebagai langkah awal menangani penyakit tidak berjangkit. – BERNAMA

Penyelidik Wanita UniMAP Raih Anugerah Khas Di China
KUALA LUMPUR:Penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Dr Norhafiza Muhammad memberikan penerangan kepada wakil industri berkenaan hasil penyelidikan beliau yang telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa selepas meraih tiga anugerah khas pada "8th International Exhibition of Invention (IEIK) 2014" di Kunshan, China semalam. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Dr Norhafiza Muhammad mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa apabila meraih tiga anugerah khas pada “8th International Exhibition of Invention (IEIK)” di Kunshan, China. UniMAP dalam kenyataan hari ini berkata Norhafiza, penerima anugerah Felo Kebangsaan untuk wanita L’Oreal Malaysia pada 30 Okt lepas, telah merangkul anugerah khas di IEIK menerusi produk ciptaannya ‘Smoothed Particle Hydrodynamics’ iaitu aplikasi pemesinan mikro laser. Ciptaan inovatif beliau mendapat pengiktirafan daripada tiga negara iaitu menrusi Association of Polish Inventors and Rationalizer (Poland), Korea University Invention Association (Korea Selatan) dan Indonesian Invention and Innovation Promotion Association. Norhafiza, pensyarah di Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan dan Penyelidik Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) UniMAP berkata kejayaan itu memberi semangat kepadanya untuk menghasilkan penyelidikan yang lebih baik dan memberi manfaat kepada masyarakat. “Alhamdulillah, kajian saya ini yang melibatkan penstrukturan permukaan jaringan logam menerusi penggunaan laser adalah bertujuan untuk menyelamatkan lebih ramai nyawa pesakit jantung, yang jumlahnya semakin meningkat di Malaysia. “Fungsi utama penstrukturan ini adalah untuk memudahkan proses endotiliasisasi pada jaringan logam dan ia akan menghasilkan tindakbalas bersesuaian pada tisu biologikal dengan peningkatan prestasi jantung yang lebih baik,” katanya. Sebanyak 32 negara dari seluruh dunia menyertai pameran itu termasuk tuan rumah, China. Selain itu, UniMAP turut menerima pelbagai anugerah khas IEIK 2014 menerusi menerusi ciptaan produk “Agriglass: From Agricultural Waste to Glass and Ceramic Product” oleh Noorina Hidayu Jamil, ‘GSM Temperature Alert System’ oleh Mohd Khairul Fadzly Abu Bakar dan hasil penyelidikan Amarul Talip iaitu PDIgi dan IGate. Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin yang bersyukur dengan kejayaan penyelidik universiti itu berkata pihaknya akan terus memberi komitmen sepenuhnya dalam bidang penyelidikan dan inovasi selaras dengan sasaran UniMAP untuk menjadi antara 500 univeristi terbaik di dunia berdasarkan penarafan agensi penarafan universiti dunia, Quacquarelli Symonds (QS). – BERNAMA

Tetapkan KPI Bagi Selesai Kes Cerai, Nafkah, Mutaah
GURUN – Jabatan Agama Islam di negeri-negeri perlu menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) dalam penyelesaian kes tertangguh melibatkan penceraian, pemberian nafkah dan pembayaran mutaah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ini kerana ada kes yang dibicarakan di Mahkamah Syariah negeri tidak dapat diselesaikan dengan cepat sehingga tertangguh lebih dua tahun.
Beliau berkata, menerusi peruntukan undang-undang dan enakmen sedia ada, hakim Mahkamah Syariah boleh mengambil tindakan keras dengan menjatuhkan hukuman penjara kepada suami yang gagal membayar nafkah kepada anak.
“Seperti di Wilayah Persekutuan, saya telah meletakkan KPI untuk Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) untuk selesaikan kes tertangguh, dan dalam tempoh dua tahun, kita berjaya selesaikan semua kes yang tertangguh.
“Sekarang kita beri tumpuan kepada penyelesaian kes pemberian nafkah dan pembayaran mutaah kepada isteri,” katanya kepada pemberita selepas perasmian perlumbaan ‘Mountain Bike Gunung Jerai Challenge 2014′ di sini, hari ini.
Jamil Khir yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, hakim dan peguam syariah mencukupi untuk menyelesaikan kes tertangguh malah, ada beberapa Mahkamah Syariah mengambil inisiatif bersidang pada hari minggu dan waktu malam.
Menurutnya penyelesaian kes penceraian dan nafkah perlu diutamakan oleh Jabatan Agama Islam negeri berbanding meminda enakmen dan akta di bawah negeri masing-masing.
“Kuasa meminda Akta Syariah adalah bidang kuasa negeri-negeri dan kita setuju sekiranya akta dan enakmen dipinda mengikut kesesuaian masa kini. Tetapi soal penguatkuasaan adalah lebih penting,” katanya. – BERNAMA
TOP
Pinjaman 110 Peratus Untuk Pembeli Rumah PR1MA
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tawaran pinjaman sebanyak 110 peratus akan dipanjangkan kepada pembeli rumah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) daripada institusi-institusi kewangan terpilih.
Perdana Menteri berkata ini sebagai kelangsungan daripada usaha kerajaan bagi membantu rakyat berkaitan projek perumahan itu.
“Pembiayaan ini supaya semua pembeli mampu memiliki rumah, manakala 10 peratus lebihan pembiayaan adalah bagi menampung kos tambahan seperti guaman dan insurans.
“Juga, Skim Pembiayaan Sewa-Beli atau ‘rent-to-own’ turut ditawarkan sebagai bantuan kepada golongan pertengahan memiliki rumah,” katanya dalam entri terbaru beliau di blog Najib.razak.com malam ini.
Najib dalam pembentangan Bajet 2015 bertemakan ‘Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat’ di Parlimen pada Oktober lepas mengumumkan kerajaan akan menangani isu pemilikan rumah dengan harga berpatutan melalui pembinaan 80,000 unit rumah di bawah PR1MA dengan peruntukan RM1.3 bilion.
Langkah itu, katanya bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah dan had kelayakan pendapatan isi rumah juga dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM10,000.
Dalam pembentangan itu, Najib berkata Skim Pembiayaan Sewa Beli akan diperkenalkan khusus kepada individu yang tidak berupaya mendapat pembiayaan daripada bank.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan menyasarkan pembinaan 500,000 unit rumah PR1MA dalam masa lima tahun, dan setakat ini, program PR1MA telah meliputi kesemua negeri dalam Malaysia kecuali Labuan.
Antara komuniti PR1MA yang dalam perancangan ialah di Wilayah Selatan, Utara, Sabah dan Sarawak membabitkan rumah berharga dari RM118,000 ke RM335,000.
Kawasan itu termasuklah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur (RM275,000); Tebrau, Johor (RM180,000); Kuala Ketil, Kedah (RM215,000); Sandakan, Sabah (RM280,000) dan Kuching, Sarawak (RM235,000).
Najib menarik perhatian langkah-langkah permohonan untuk rumah PR1MA amat mudah dan menggesa kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan supaya mendaftarkan permohonan dengan mengunjungi laman rasmi www.pr1ma.my.
Pemohon boleh mengetahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan serta langkah mudah untuk memohon melalui infografik yang disertakan di dalam blog itu. – BERNAMA
TOP
PNS Rai 100 Kanak-Kanak Berkhatan Di Alor Setar
ALOR SETAR: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (kiri) menyiramkan 100 kanak-kanak yang menyertai Majlis Berkhatan Beramai-ramai anjuran Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di Sekolah Kebangsaan Mergong di sini hari ini. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR – Sempena musim cuti sekolah ini, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) meraikan 100 kanak-kanak yang akan menyertai majlis Berkhatan Beramai-ramai, di Sekolah Kebangsaan Mergong di sini, hari ini. Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. Ahmad Bashah berkata PNS, yang merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), mengambil inisiatif mengadakan majlis itu sebagai projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka. “Majlis berkhatan yang dinamakan sebagai program “Jom Masuk Jawi” ini merupakan program CSR kedua PNS di Kedah selepas Langkawi. Saya lihat program ini dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. “Saya lihat kanak-kanak ini telah bersedia dan bersemangat untuk menjalani proses berkhatan,” katanya kepada pemberita di SK Mergong hari ini. Ahmad Bashah berkata PNS menyediakan pelbagai barangan kepada kanak-kanak berusia antara tujuh dan 12 tahun yang turut serta dalam program itu, selain menyumbangkan RM30,000 kepada SK Mergong untuk penyelenggaraan sekolah bagi menyediakan persekitaran yang selesa kepada murid-murid sekolah. “PNS membawa beberapa doktor dan pegawai perubatan untuk memastikan proses berkhatan berjalan dengan lancar. Kanak-kanak ini turut diberi baju Melayu, kain pelekat dan tilam secara percuma,” katanya. Katanya beliau berharap agar agensi-agensi lain terutamanya di bawah KPDNKK untuk memperbanyakkan program-program berbentuk CSR bagi membantu golongan tidak bernasib baik. Sementara itu, Pengarah Urusan PNS Datuk Syed Kamarulzaman Datuk Syed Zainol Khodki Shahabudin berkata PNS telah melakukan lima program CSR berlainan di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Kedah. “Program kali ini kita tumpukan pada golongan berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan bagi meringankan beban kerana ia secara percuma,” katanya. Seorang peserta program khatan, Fikri Faizal, 7, dari SK Datuk Kumbar di sini berkata beliau tidak takut berkhatan bersama rakan-rakan yang lain. Pasangan kembar, Mohammad Adil Rahim Asgal dan Mohammad Aidil Rahman Asgal, 12, dari SK Seri Amar Diraja di sini berkata mereka sedikit gentar untuk menjalani proses berkhatan tetapi pada masa sama lega kerana dapat menjalani proses itu bersama-sama. – BERNAMA

Siasatan Punca Letupan Lombong Arang Batu Belum Dapat Dilakukan
SRI AMAN – Kerja-kerja menyiasat punca sebenar kejadian letupan lombong arang batu di Pantu, dekat sini masih belum dapat dilakukan setakat 6.30 petang tadi.
Ketua Balai Bomba Sri Aman, Ranger Moos berkata ini kerana pasukan operasi dan forensik kebakaran Bomba perlu mendapatkan pengesahan keselamatan daripada Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) sebelum boleh memasuki terowong lombong berkenaan.
“Hazmat perlu terlebih dahulu masuk ke dalam terowong berkenaan bagi memastikan tiada sebarang kebocoron gas atau menentukan jenis gas yang bocor di dalam terowong, selain memastikan keadaan selamat untuk dimasuki sebelum pasukan forensik dapat melakukan kerja-kerja siasatan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, hari ini.
Ranger berkata selain itu, pihaknya perlu mendapatkan pengesahan daripada jurutera syarikat lombong arang batu berkenaan sama ada struktur terowong terjejas atau tidak disebabkan letupan yang berlaku itu.
“Hazmat dijangka tiba di lokasi petang ini. Jadi, buat sementara waktu pasukan operasi bomba akan memantau lokasi kejadian dan sesiapa pun tidak dibenarkan masuk ke dalam terowong itu,” katanya.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati bomba masih mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu daripada penyelia lombong berkenaan.
Turut berada di lokasi kejadian ialah pegawai-pegawai Jabatan Kesihatan Sarawak.
Ranger berkata bomba dimaklumkan oleh penyelia berkenaan bahawa terdapat terdapat 119 pekerja termasuk warga China (15), Myanmar (29), Indonesia (19), Bangladesh (10) dan Korea Utara (46) yang bekerja di lombong berkenaan.
“Penyelia juga mengesahkan ketika kejadian, hanya 27 orang pekerja yang masuk ke dalam terowong lombong berkenaan,” katanya.
Menurutnya siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada percikan api kipas angin yang rosak dan seterusnya menyebabkan kebakaran gas dan letupan di terowong itu.
“Ketika kejadian, 27 pekerja itu berada pada jarak 450 meter di dalam terowong,” katanya.
Terowong berkenaan adalah sepanjang 700 meter. – BERNAMA
TOP
Skuad Harimau Malaya ‘Wajib’ Raih 3 Mata Awal
SINGAPURA: Skuad Harimau Malaya menjalani latihan bagi persiapan untuk menghadapi perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 menentang Myanmar di Stadium Jalan Besar di sini hari ini. - Foto BERNAMA
SINGAPURA – Pengendali skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh menuntut anak didiknya supaya mengutip tiga mata penuh ke atas Myanmar pada aksi pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar, di sini, esok. Jurulatih kelahiran Melaka itu berkata, walaupun Myanmar bukan pasukan pilihan, pemain tidak seharusnya mengambil mudah pertemuan menentang pasukan kendalian Radojko Avramovic itu yang mampu melakar kejutan pada edisi ke-10 kejohanan bola sepak rantau Asia Tenggara itu. “Saya lihat pemain agak serius. Kita pun ada buat tayangan video (beberapa perlawanan melibatkan Myanmar) sebentar tadi dan maklum balas para pemain cukup bagus. “Kita kena menang perlawanan esok untuk kembalikan semula semangat para pemain. Kalau menang esok, Insya-Allah, saya percaya ia dapat mengubah moral pemain apabila menentang Thailand nanti,” katanya. Dollah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan skuad negara di venue berkenaan, hari ini. Bekas pengendali kelab PDRM itu turut meminta barisan pertahanan negara untuk ‘merantai’ pergerakan beberapa tonggak utama Myanmar seperti Kyi Lin, Kyaw Zayar Win dan Kyaw Ko Ko yang mampu menghadirkan ancaman besar kepada kubu skuad negara. Berkongsi pandangan yang sama adalah pengurus skuad kebangsaan, Datuk Sudarsono Osman yang menyifatkan perlawanan pembukaan esok bakal menjadi penentu hala tuju skuad negara dalam kejohanan kali ini. “Kalau kita tengok, para pemain sudah nampak bersedia dan mereka tahu tugas (getir) yang menanti mereka dan saya berdoa mereka akan bangkit pada waktu yang diperlukan “Kemenangan esok akan menyuntik semangat pemain selepas beberapa kekalahan sebelum ini,” kata Sudarsono yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Sementara itu, pemain veteran negara, Mohd Shukor Adan menyeru rakan sepasukan untuk memberikan tentangan terbaik kepada Myanmar walaupun pasukan berkenaan tidak diletakkan sebarang harapan. “Saya harap kita memberikan persembahan yang terbaik seperti apa yang terjadi pada 2010 di mana kita muncul juara Piala AFF Suzuki buat kali pertama,” kata kapten kelab Felda United FC itu. Sementara itu, Avramovic berharap anak buahnya dapat memberi saingan yang terpuji dan meraih keputusan baik walaupun pencapaian antara kedua-dua pasukan itu sebelum ini lebih memihak kepada Malaysia. Jurulatih dari Serbia berusia 64 tahun itu, yang lebih mesra dipanggil ‘Raddy’, juga mahu menandingi pencapaian Singapura dan Thailand walaupun ia tugas yang sukar. “Malaysia menang sekali pada 2010, Singapura menang empat kali dan Thailand tiga kali…jadi kami akan cuba sampai ke tahap mereka. “Sudah pasti kami mahu menang semua perlawanan dalam kumpulan tetapi melihat lawanan kami, ia agak suka untuk memperoleh keputusan positif tetapi berharap pemain akan menunjukkan aksi terbaik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pengurusan pasukan. Malaysia bakal berdepan Thailand pada aksi kedua kumpulan di venue yang sama manakala Singapura menentang Myanmar di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub dan kedua-dua perlawanan akan berlangsung Rabu ini. – BERNAMA

Dollah Tempuh Detik Sukar Saingan Piala AFF Suzuki 2014
SINGAPURA – Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 yang bermula hari ini dengan aksi kumpulan A di Vietnam bakal menjadi medan pertarungan bagi lapan pasukan memburu kejuaraan bola sepak terunggul rantau Asia Tenggara ini.
Malaysia, yang muncul juara pada 2010, berdepan laluan penuh ranjau selepas diundi bersama Myanmar, juara tiga kali, Thailand, serta tuan rumah bersama, Singapura dalam saingan kumpulan B yang diadakan di dua venue berbeza iaitu Stadium Jalan Besar dan Stadium Nasional di Singapore Sports Hub.
Skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh memulakan cabaran menentang Myanmar, esok diikuti pertemuan menentang Thailand, selang tiga hari kemudian (26 Nov) dan kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di padang rumput tiruan di Stadium Jalan Besar.
Malaysia akan menamatkan aksi pusingan awal menentang Singapura di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub pada 29 Nov ini.
Ramai pemerhati serta peminat bola sepak negara meragui kemampuan skuad Harimau Malaya untuk sekurang-kurangnya melepasi peringkat kumpulan selepas mempamerkan aksi buruk dalam beberapa perlawanan persahabatan.
Skuad Harimau Malaya hanya menang sekali daripada lima pertemuan iaitu 4-1 ke atas Kemboja 14 Ogos lepas di Stadium Shah Alam.
Empat kekalahan yang dicatatkan adalah menentang Tajikistan (4-1); Indonesia (2-0); skuad Bawah 23 (B-23) Syria (3-0) selain diaibkan Vietnam dengan keputusan 3-1 di tempat lawan, baru-baru ini.
Keputusan berkenaan jelas membimbangkan peminat bola sepak tempatan yang begitu dahagakan kejayaan selepas kali terakhir Malaysia muncul juara pada 2010 di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum ini dipetik sebagai berkata, baginda turut melahirkan kebimbangan mengenai persembahan ala yo-yo skuad negara tapi masih menaruh harapan mereka akan bangkit semula pada kejohanan kali ini.
Kehilangan dua tonggak utama akibat kecederaan iaitu pemain sayap, R. Gopinathan daripada pasukan Pahang selain pertahanan kanan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak jelas menambah perit kepada Dollah yang mempunyai pilihan pemain yang agak terhad.
Dollah, yang ditemui pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan hari ini, mengambil pendirian positif untuk terus kekal fokus mempersiapkan pasukan menghadapi saingan getir pada kali ini.
“Saya baru sahaja mengambil pasukan ini hampir empat bulan…jadi saya harap peminat dapat bersabar kerana kita hanya mempunyai masa yang agak singkat untuk mempersiapkan pasukan.
“Saya harap peminat dapat terus memberikan sokongan moral kepada para pemain supaya mereka dapat mempamerkan aksi terbaik pada kejohanan kali ini,” jelas Dollah.
Singapura dan Thailand pula dikatakan dua calon pilihan daripada kumpulan B untuk menempah slot ke peringkat separuh akhir berdasarkan persembahan cemerlang dalam beberapa aksi persahabatan, sebelum ini.
Thailand, yang berada pada ranking ke-165 dunia, misalannya, melakar kejutan selepas menundukkan New Zealand yang berada pada kedudukan ke-131 dunia dengan kemenangan 2-0 di laman sendiri, 18 Nov lepas manakala Singapura mencatat dua kemenangan berturut-turut iaitu 2-0 ke atas Laos (13 Nov) dan 4-2 ke atas Kemboja, empat hari kemudian.
Singapura muncul juara kejohanan terbanyak, iaitu empat kali pada 1998, 2004, 2007 dan 2012 diikuti Thailand sebanyak tiga kali pada 1996, 2000 dan 2002. – BERNAMA
TOP
Pellegrini Yakin Man City Ada Ramuan Buru Gelaran
MANCHESTER – Manuel Pellegrini kekal yakin Manchester City mampu mencabar untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun berada lapan mata di belakang pendahulu, Chelsea.
Anak didik yang bermula hambar pada awal musim ini dalam usaha mempertahankan mahkota kejuaraan akan menentang Swansea, esok (Sabtu).
Sejak liga dihentikan untuk perlawanan antarabangsa, Man City hanya menang sekali daripada jumlah enam perlawanan terakhir dalam semua kejohanan.
Apa pun, Pellegrini masih bernada yakin pasukannya boleh memberi cabaran dalam EPL dan kejohanan tempatan dan Liga Juara-Juara.
“Ini bukan masanya untuk menganalisis apa yang berlaku musim ini,” kata pengurus City itu.
“Masih da banyak perlawanan lagi dalam EPL dan Liga Juara-Juara.
“Kami ada 27 perlawanan untuk beraksi dan banyak mata untuk dikutip. Kita akan lihat pada akhir nanti siapa pasukan terbaik tahun ini.” – AFP
TOP
Pertemuan Menentang Myanmar Penentu Nasib Harimau Malaya
SEPANG – Kemenangan pada pertemuan dengan Myanmar amat penting dalam menentukan kemaraan skuad Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF Suzuki 2014 bagi Kumpulan B.
Kapten skuad kebangsaan, Mohd Shukor Adan berkata sebagai pasukan ‘underdog’, skuad negara tidak mempunyai tekanan namun tiga mata pertama menentang Myanmar merupakan tonik terbaik serta penentu nasib pasukan kebangsaan dalam saingan kumpulan.
Berbaki dua hari lagi sebelum perlawanan, Shukor mengakui Harimau Malaya tidak mempunyai banyak masa untuk menyusun strategi baharu tetapi beliau yakin dengan keazaman yang tinggi, mampu mendorong skuad kebangsaan mencatat kemenangan dari setiap perlawanan.
Malaysia dijadualkan menentang Myanmar bagi perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Ahad ini sebelum bertemu Thailand dan Singapura masing-masing pada 26 Nov dan 29 Nov.
“Kami akan bermain habis-habisan dan pasukan negara juga tidak boleh memandang rendah dengan kehebatan pasukan Myanmar. Berbaki dua hari lagi, pemain perlu memberikan konsentrasi dalam perlawanan.
“Kalau pasukan menang ia merupakan titik-tolak untuk perlawanan berikutnya. Kedua-dua pasukan (Malaysia dan Myanmar) mempunyai tekanan yang sama tetapi kita berharap pasukan negara boleh mengawal tekanan di atas padang nanti,” kata Mohd Shukor kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, di sini hari ini.
Singapura menjulang kejuaraan Piala AFF sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1998, 2004, 2007, 2012; Thailand (1996, 2000, 2002); Malaysia (2010) manakala Myanmar belum pernah muncul juara pada kejohanan dwitahunan itu.
Beliau berkata walaupun skuad kebangsaan bukan pasukan pilihan namun beliau mengingatkan rakan-rakanya agar tidak terlalu selesa kerana misi penting ialah mara ke final.
“Terima kasih kepada jurulatih (Dollah Salleh) kerana terus memberikan sokongan kepada pasukan dan kami akan mempamerkan aksi yang terbaik menjelang perlawanan sebenar nanti,” katanya. – BERNAMA
TOP
Chong Wei Yakin Dapat Bersihkan Nama
BANGKOK – Datuk Lee Chong Wei yakin dia dapat membersihkan namanya selepas digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Pemain nombor satu dunia itu terus mempertahankan dia tidak bersalah selepas gagal dalam ujian doping, awal bulan ini dan akan menunggu keputusan Jawatankuasa Panel Pendengaran badan induk itu, bulan depan.
“Saya amat yakin sekali bahawa kes ini bukan salah saya,” kata Chong Wei kepada wartawan di sidang akhbar, hari ini menjelang perlawanan pertunjukan di Thailand.
“Saya harus menguatkan diri. Ramai menghantar mesej minta saya kekal kuat. Saya mahu mendengar satu keputusan baik bulan depan.”
Chong Wei yang memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik 2008 dan 2012 berdepan hukuman penggantungan dua tahun jika dia gagal dalam rayuannya.
Jaguh kebangsaan itu juga akan dilucutkan kemenangan pingat perak dalam Kejohanan Dunia di Copenhagen, Ogos lalu – lokasi dia gagal dalam ujian pertama.
Pemain berusia 32 tahun itu sudah memenangi 55 gelaran secara global serta pingat perak Olimpik dalam kerjaya badminton sehingga kini. – REUTERS
TOP
Jijik…Warga Emas 91 Tahun Dirogol Remaja 17 Tahun
LANARKSHIRE – Seorang remaja berusia 17 tahun, Kriss Strachan mengejutkan penduduk di Bellshill selepas dia mengaku merogol seorang warga emas berusia 91 tahun hingga menyebabkan wanita itu mengalami trauma berpanjangan.
Strachan menyerah diri kepada polis atas arahan ibunya. Dia kemudiannya dibuang keluarga dan ibunya juga tidak mahu lagi mempunyai hubungan dengan Strachan kerana malu akibat perbuatan menjijikkan itu.
Sebelum kejadian, Strachan telah minum minuman keras bersama rakannya di dalam satu parti, sebelum dia memasuki rumah wanita itu yang juga jirannya dan meminta untuk melakukan hubungan seks.
Ketika kejadian, mangsa sedang tidur. Dia cuba melawan dan berjaya mencakar wajah remaja itu. Wanita bagaimanapun gagal melawan.
Selepas merogol wanita itu, dia pulang ke rumah. Manakala wanita itu mengadu kepada jirannya bahawa dia telah dirogol dan polis dipanggil ke rumahnya.
“Saya berasa diri saya sangat kotor dan saya berbisik kepada pegawai polis yang datang bahawa saya rasa seperti mahu mati,’’ katanya mangsa ketika memberi keterangan di mahkamah.
Mangsa yang menetap di rumah berkenaan sejak 40 tahun, kini menjadi terlalu takut dan berpindah ke rumah anak perempuannya.
Sementara nasib Strachan pula akan ditentukan oleh mahkamah bulan depan.-mynewsub
TOP
Perdana Menteri Saman Tony Pua Fitnah 1MDB
KISAH 1Malaysia Development Berhad nampaknya semakin panas selepas beberapa pemimpin pembangkang sejak akhir-akhir ini cuba menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat berhubung ketelusan agensi pelaburan kerajaan itu yang kononnya tidak telus mendedahkan aktiviti perniagaan mereka sehingga mencetuskan persepsi kurang baik oleh orang awam.
Isu-isu strategik bisnes seperti terbitan bon pada kadar faedah tinggi, paras hutang, pembelian aset melebihi harga sepatutnya, layanan istimewa diterima 1MDB dan perbelanjaan tinggi untuk memenangi projek tertentu antara beberapa contoh ketara permainan pembangkang yang berjaya manipulasi secara keterlaluan selain menimbulkan tanggapan serong kepada kerajaan.
Ini memaksa Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan bekerja keras menangkis dakyah tohmahan pihak pembangkang menerusi pelbagai platform malah beliau nyaris dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) dan 80A kerana tuduhan mengelirukan ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Mujur usul yang dibawa Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas berpuas hati dengan pembetulan pada kekeliruan kenyataan Ahmad di samping tindakan proaktif Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin mengadakan sidang akhbar awal minggu ini bagi membuat penjelasan lebih terperinci.
Namun pembangkang nampaknya berterusan menyerang 1MDB malah ada kala tuduhan dilemparkan itu bukan pun fakta sebaliknya andaian tidak benar atau dengan kata lain berbaur fitnah semata-mata mahu menjuarai isu agensi pelaburan tersebut dan mengelirukan tindakan 1MDB membuat pelaburan di pusat pesisir kewangan antarabangsa ternama, Cayman Island.
Barang kali sudah hilang sabar dengan sikap keterlaluan pembangkang, semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan bersedia menyaman Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua jika pemimpin itu tidak memohon maaf ekoran siri fitnah ke atas 1MDB dalam tempoh 14 hari sebelum tindakan undang-undang dilaksanakan.
Perkara tersebut didedahkan menerusi laman Twitter milik seseorang yang menggunakan nama Sir Azri dan mesej itu turut disiarkan portal berita politik tanah air, Agenda Daily lewat petang Jumaat sekali gus menerima banyak maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Ketua Pemuda UMNO.
Dalam reaksinya beliau membidas tweet Ambiga Sreenevasan yang diketahui pemimpin sebuah badan bukan kerajaan kerana cuba mempertikai hak Najib menyaman Tony kononnya sebagai zalim dan menindas kebebasan bersuara walhal ujar Khairy Jamaluddin, adakah kerana jawatan Perdana Menteri maka Najib tiada hak membersihkan namanya sendiri.
Nampaknya isu 1MDB semakin hangat dan jika benar Perdana Menteri serius menggunakan saluran perundangan ekoran fitnah wakil rakyat terbabit, baharulah namanya buku bertemu ruas kerana apabila dibawa ke mahkamah kelak, segala-galanya akan terbongkar termasuk dari sumber mana Tony mendapat cerita buruk pasal 1MDB. Kita nanti-nantikanlah.-mynewsub
TOP
Piala AFF – Dollah Tak Pandang Rendah Kemampuan Myanmar
Jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh
JURULATIH skuad Harimau Malaya Dollah Salleh tidak memandang rendah keupayaan Myanmar, yang menjadi lawan pertama skuad negara pada aksi pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura esok.Pengendali kelahiran Melaka itu mengakui jentera serangan Myanmar, yang diketuai Kyaw Ko Ko, mampu memberi ancaman kepada skuad negara dan menuntut barisan pertahanan bekerja keras mengekang asakan penyerang kelab Yangon United FC itu.”Saya dan (penolong jurulatih) Mohd Reduan Abdullah ke Laos baru-baru ini bagi melihat sendiri keupayaan pasukan bertanding (pada pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki) dan saya akui Myanmar sebuah pasukan yang agak hebat. “Bagi saya, kekuatan mereka di bahagian serangan dan saya nampak beliau (Kyaw Ko Ko) adalah tonggak utama pasukan Myanmar. Saya akan ingatkan pertahanan kita supaya awasi pemain ini,” katanya selepas sesi latihan terakhir skuad negara di padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil. Dollah turut mengakui pemain masih cuba menyesuaikan diri dengan aksi di padang rumput tiruan bagi menghadapi dua perlawanan awal kumpulan B termasuk aksi kedua menentang Thailand pada 26 Nov di Stadium Jalan Besar. “Pemain masih menyesuaikan diri dengan padang (tiruan) dan saya lihat ada peningkatan dalam kalangan pemain. Myanmar dan Thailand juga akan menghadapi perkara yang sama (beraksi di atas padang rumput tiruan) di Stadium Jalan Besar,” katanya. Malaysia hanya akan beraksi di padang rumput biasa di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub menentang Singapura pada 29 Nov ini. Sementara itu, pemain veteran negara Mohd Shukor Adan menggesa rakan sepasukan mengutip tiga mata penuh dalam dua aksi awal menentang Myanmar dan Thailand bagi mencerahkan peluang skuad negara ke separuh akhir. “Yang penting perlawanan menentang Myanmar dulu di mana kita perlu mencuri mata bagi menaikkan semangat untuk berdepan lawan seterusnya. Dalam bola sepak, apa-apa boleh berlaku, jadi yang penting pemain memberi fokus sepenuhnya,” kata kapten kelab Felda United FC itu. Berkongsi pandangan sama pemain tengah Harimau Muda A, Gary Steven Robbat berkata pemain begitu bersemangat bagi menghadapi edisi ke-10 kejohanan bola sepak membabitkan negara Asia Tenggara itu. Pemain kelahiran Kedah itu turut mengakui persaingan sengit merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan negara, terutama di bahagian tengah, dan beliau bertekad menampilkan aksi terbaik jika diberi kepercayaan oleh jurulatih jika disenaraikan. Skuad Harimau Malaya berlepas ke Singapura kelmarin sebagai persiapan awal menghadapi kejohanan bola sepak dwitahunan itu. – BERNAMA

Mangsa Banjir Di Terengganu Mula Pulang Ke Rumah
MANGSA banjir di negeri Terengganu sudah mula beransur-ansur pulang ke rumah masing-masing kerana paras air banjir makin surut sejak semalam.
Rumah mereka bagaimanapun, mengalami banyak kerosakan kerana dimasuki air tambahan pula, mereka gagal menyelamatkan pelbagai peralatan rumah antaranya perabot, peti sejuk dan mesin basuh.
Memetik laman web Astro Awani, penduduk Rumah Awam Kos Rendah Bukit Payong menyifatkan bencana banjir kali ini berlaku di luar jangkaan mereka hingga menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian besar.
“Ha, ni kita balik nak tengok rumah lah ni… kerugian ada dalam tiga hingga lima ribu. Barang-barang kita tak alih belaka,” kata mangsa banjir, Mohd Yusri Affendy Yahya.
Bagi mangsa lain, Sarina Mohd Sarip, mereka tahu pastinya perabot di rumah mengalami kerosakan kerana berendam dalam air banjir selama berhari-hari.
“Habis lah rosak, masuk air kan. Sudah berendam berapa hari dah. Tahun dulu, empat almari, empat gerobok saya buang… beli pula yang baru. Sekarang ni pula, masuk pula air… jadi barang saya banyak rosak begitu sahaja,” katanya.
Laporan itu menyebut, ada penduduk yang sudah pun cuba menyelamatkan barang-barang mereka di tempat yang tinggi tetapi hujan lebat berlarutan tetap menyebabkan barang-barang berkenaan rosak.
“Kerosakan semua sekali… peti ais, perabot habis semua. Air makin naik sebab hujan tak berhenti-henti,” kata mangsa yang lain, Fauziah Sharaie. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Lepas Papan Selaju, Kasut Ikat Tali Automatik Dari ‘Masa Depan’ Direka
Ketika di bangku sekolah dahulu, kami pasti ada yang tidak menyukai kasut sekolah bertali kerana kadang kala ia melecehkan.
Oleh sebab itulah, penulis hanya membeli kasut jenama Bata tanpa tali kerana ia bukan sahaja lebih mudah digunakan malah senang dicuci. Sebagai seorang pelajar yang pemalas, penulis tidak nampak logik membeli kasut bertali. Jika sebelum ini artikel mengenai Hoverboard merupakan inspirasi dari filem Back to The Future 2, haa kali ini kasut automatik Nike Mag (kasut dengan pengikat tali automatik) yang dipakai oleh Michael J Fox dalam filem tersebut pula menjadi inspirasi rekaan ini. Dinamakan Powerlace, ia merupakan kasut yang terikat secara automatik apabila anda menyarungkannya.
Sistem Powerlace tidak menggunakan sebarang bateri, spring ataupun gear untuk menggerakkan mekanisma mengikat tali. Sebaliknya ia dilakukan dengan menggunakan berat badan pemakai sendiri. Pelapik pada bahagian tumit kasut akan bergerak ke bawah dan menarik tali kasut apabila kasut dipakai. Untuk membukanya pula terdapat tuil pada belakang kasut yang melepas sistem pengunci tali kasut. Kasut Powerlace sedang mengumpul dana untuk penghasilan secara meluas di Kickstarter. Tahun 2014 memang tahun yang menarik bagi peminat filem Back To The Future 2 nampaknya! Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Ditahan Kerana Aksi Seks Mereka Buat Jalan Sesak!!
Alahai…kesian sungguh melihat nasib pasangan kekasih ini gara-gara ditahan pihak polis kerana menjadi punca menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Tertanya-tanya juga adakah mereka ditahan kerana bergaduh di khalayak ramai? Rupa-rupanya mereka dikatakan sedang sibuk bersenggama di dalam kereta hingga menyebabkan orang ramai memberhentikan kereta kerana ingin melihat aksi seks mereka. Alahai, tergelak pula tatkala mendengar kisah punca mereka ditahan. Kelly M. Knutson, 24, dan Logan P. Jackson, 33, ditahan ketika melakukan seks berdekatan hubungan seks berdekatan Brick House Strip Club di Springfield, Oregon. Menurut pasangan ini, ketika mereka sedang bersenggama, mereka sendiri tidak sedar akan kewujudan beberapa kereta yang sedang melihat aksi mereka di lokasi tersebut sehinggalah seorang pegawai polis mengetuk tingkap mereka.
Bagaimanapun, pasangan ini gagal membuktikan yang mereka tidak bersalah berhubung kesesakan lalu lintas tersebut. Pihak berkuasa terpaksa mendakwa pasangan ini kerana berkelakuan tidak sopan dan senonoh hingga berlakunya kesesakan lalu lintas. – MYNEWSHUB.CC

Filem Jokowi Ditunda, Kesan Daripada Kenaikan Harga Minyak
JAKARTA – Filem ‘Jokowi Adalah Kita,’ yang mengisahkan kehidupan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) ditunda tayangannya, kesan daripada kenaikan harga minyak di negara itu baru-baru ini.
Filem itu yang menceritakan mengenai perjuangan Jokowi sepanjang menjadi gabenor Jakarta hingga sebelum memenangi pilihan raya presiden sebelum ini dijadual mula ditayangkan 20 November lalu.
Penerbit K2K Production KK Dheeraj mengambil keputusan menunda tayangan filem berkenaan selepas dicadangkan oleh kumpulan penyokong Jokowi, BARA JP, atas alasan keadaan tidak sesuai.
“Penayangannya ditunda. Kenaikan harga minyak itu menyebabkan keadaan politik menjadi panas. Kita tunggu masa yang kondusif,” kata Dheeraj.
Menurutnya,langkah itu diambil walaupun filem ‘Jokowi Adalah Kita’ membawa mesej yang positif.
“Kenaikan harga minyak mencetuskan rasa tidak puas hati dan di sesetengah tempat, berlaku keganasan,” katanya.
Dia mengaku tindakan itu diambil selepas disyor oleh BARA JP.
“Kumpulan itu mahu masyarakat menonton filem terbabit. Mereka bimbang ramai yang memulaukannya selepas Jokowi mengumumkan kenaikan harga minyak,” katanya. – Agensi
TOP
Beg Beroda Bakal Diharamkan Di Venice Kerana Bunyi Bising!!
VENICE – Sejak bertahun-tahun, Venice terpaksa bergelut dengan peningkatan paras air yang boleh mengancam keindahan seni bina bangunannya, namun kini ia berdepan satu lagi ancaman baru iaitu beg bagasi beroda.
Disebabkan bunyi beg berkenaan ketika ia ditarik, maka pihak berkuasa bandar telah membuat peraturan baru iaitu sesiapa yang ditangkap menggunakan beg beroda akan didenda hingga 500 euro.
Ini kerana bunyi bising dari roda beg tersebut dikatakan menyebabkan ketidakselesaan yang serius.
Pada masa sama, pihak berkuasa juga bimbang dengan lantai marmar dan baru bersejarah sepanjang jalan berkenaan.
Peraturan itu adalah idea Pesuruhjaya Bandar , Victor Zapparlorto, demikian menurut akhbar Il Messaggero.
Langkah berkenaan dijangka berkuatkuasa pada bulan Mei 2015. Ia bakal menyebabkan 22 juta pengunjung ke bandar berkenaan setiap tahun `pening kepala’ memikirkan cara membawa barang selepas tarikh berkenaan.
Sementara bagi penduduk tempatan pula, ia merupakan satu kelegaan kerana mereka terpaksa menahan bunyi bising ketika beg beroda itu diseret melepasi tingkap rumah mereka.-mynewsub
TOP
13 Pelajar Sesat Di Gunung Datuk Ditemui Selamat
REMBAU – Tiga belas pelajar Fakulti Sains Sukan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Seremban yang sesat di Gunung Datuk, pada Jumaat dijumpai dalam keadaan selamat
Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Norazam Khamis berkata kesemua mangsa yang berumur dalam lingkungan 20 ke 23 tahun terdiri daripada tujuh pelajar lelaki dan enam pelajar wanita ditemui dalam keadaan lemah oleh pasukan mencari dan menyelamat pada 10.20 malam.
“Mangsa dijumpai dari ketinggian kira-kira 500 meter dari paras laut dari tapak kaki gunung itu.
Mangsa berjaya dibawa turun oleh anggota pasukan mencaridan menyelamat pada 1.15 pagi,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Katanya beberapa orang mangsa mengalami kecederaan di kaki dan kesemuanya kelihatan keletihan.
Katanya kesemua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut.
Mangsa dipercayai sesat selepas dikatakan mendaki gunung tersebut sejak7.30 pagi Jumaat.
Difahamkan, mangsa menghubungi renjer hutan pada 2 petang kerana sesat dan pihak renjer kemudian turut menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) bagi operasi mencari dan menyelamat.
“Kumpulan pelajar terbabit sentiasa menghubungi pihak berkuasa dan memaklumkan mereka semua dalam keadaan selamat dan lokasi mereka berada iaitu dilaluan Gunung Gagak berjaya dikenal pasti.
“Operasi menyelamat kemudian giat dijalankan bagi membawa semua pelajar terbabit turun dengan selamat,” katanya.
Operasi mencari kesemua mangsa bermula pada 5 petang serta turut dibantu lebih 30 kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Perhutanan, polis dan penduduk kampung berdekatan.
Sementara itu, Norazam meminta orang ramai supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa iaitu anggota renjer sebelum mendaki, namun sebaik-baiknya aktiviti ini dihentikan berikutan musim hujan pada ketika ini.
“Saya harap orang ramai dapat menunggu masa yang sesuai bagi menyertai aktiviti pendakian di sini iaitu sehingga keadaan cuaca kembali baik kerana hujan lebat menyebabkan keadaan laluan jalan di gunung ini licin selain kemungkinan lain seperti kejadian pokok tumbang akibat petir,” katanya. – BERNAMA
TOP
Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat Kepada 155 Orang
Foto Hiasan
KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di tiga pusat pemindahan di sini dan Pasir Puteh meningkat kepada 155 orang pagi ini berbanding 130 orang semalam. Menurut portal rasmi kerajaan negeri, 96 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong dan 34 mangsa ditempatkan di SK Tiong di daerah ini manakala di Pasir Puteh pula, 25 orang ditempatkan di SK Wakaf Raja. Bacaan air di Sungai Golok di Rantau Panjang pada 8 pagi ini menurun sedikit daripada paras amaran iaitu daripada 9.05 meter malam tadi kepada 8.79 meter (bahaya 9 meter). Sungai lain masih belum mencecah paras amaran dan tiada jalan utama ditutup. Cuaca di Kelantan pagi ini cerah dan tiada hujan. – BERNAMA

Penapis Dibenarkan Dalam Gambar Lesen Memandu
UTAH – Bekas pelakon filem lucah, Jessica Steinhauser atau nama glamornya, Asia Lemmon dibenarkan memakai penapis di kepalanya dalam gambar untuk lesen memandu.
Asia, memakai penapis spageti itu dengan alasan ia merupakan lambang keahliannya dalam kumpulan gereja Flying Spaghetti Monster.
Dia yang pernah menjadi pelakon filem lucah pada era 2000, dibenarkan memakai peralatan dapur itu di Hurricane.
Asia juga seorang atheis iaitu individu yang tidak mempunyai agama dan tidak percaya kepada Tuhan.
Dalam pada itu, pengasas gereja berkenaan, Bobby Henderson, berkata dia bertuah kerana Asia menjadi anggota kumpulan itu.
“Saya yakin 100 peratus Asia melakukannya untuk tujuan yang baik,’’ katanya.
Flying Spaghetti Monster pertama kali digambarkan dalam sekeping surat berbentuk sindiran yang ditulis oleh Henderson pada 2005 kepada Lembaga Pengarah Pendidikan Kansas bagi membantah tindakan lembaga itu membenarkan pengajaran rekabentuk pintar sebagai alternatif kepada evolusi dalam kelas sains sekolah.
Henderson kemudiannya menubuhkan Flying Spaghetti Monster dan mempunyai ramai pengikut.
Sementara itu pihak berkuasa Utah berkata, selagi muka individu terbabit dapat dilihat dengan jelas, maka terpulang kepada individu tersebut untuk memakai penapis itu atau sebaliknya.-mynewsub
TOP
Dana Subsidi Minyak Diguna Bangunkan Sosioekonomi – Najib
Penggunaan mekanisme pengapungan terkawal bagi menentukan harga runcit petrol RON95 dan diesel mulai 1 Disember ini membolehkan kerajaan menyalurkan dana yang sebelum ini dibelanjakan untuk menampung subsidi bahan bakar itu untuk pembangunan sosioekonomi negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelaksanaan langkah itu menjimatkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi minyak di antara RM10 bilion hingga RM20 bilion setahun.
Menurut Najib, langkah pengapungan terkawal itu bukan saja dapat mengurangkan subsidi yang diberikan kerajaan malah ia dapat membantu golongan sasar termasuk peladang, penternak dan nelayan dalam sektor pertanian negara.
“Tahun lepas kita punya subsidi minyak RM24 bilion, katakan tahun ini kita boleh jimat RM10 bilion hingga RM20 bilion, kita boleh gunakan duit itu untuk pembangunan sosio ekonomi rakyat.
“Kita peruntukan RM6 bilion setahun untuk bidang pertanian tahun depan, cuba bayangkan kalau kita boleh jimat RM10 hingga RM20 bilion subsidi… RM6 bilion itu boleh jadi RM10 bilion.
“Rugi kalau kita subsidi minyak, tuan-tuan (petani) bawak kapcai… orang di sini pakai Mercedes, kereta besar sekali isi minyak 75 liter… kapcai 7 liter saja, siapa yang untung? Orang kaya yang untung,” katanya dipetik laman web bnbbc.my.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2014 di MAEPS, Sabtu. – MYNEWSHUB.CC
TOP
BN Perlu Kekalkan Pendekatan Sederhana – Adenan
KUCHING – Pendekatan sederhana serta persefahaman antara semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu dikekalkan kerana ia adalah faktor utama BN terus berjaya mentadbir negara sejak merdeka, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.
Beliau berkata ini berikutan sejak kebelakangan ini ada gerakan ekstrem yang boleh mengganggu perpaduan yang dilihat kurang sesuai dengan masyarakat pelbagai kaum, budaya dan agama di negara ini.
“Sebagai orang lama, saya berpandangan bahawa ada bahayanya dalam fanatisme, dan ekstremisme di kedua-dua pihak dan ada kalanya kesederhanaan terperangkap di tengah-tengah.
“BN atau sebelum ini Perikatan berjaya memerintah negara disebabkan kita mengambil pendekatan sederhana, bukan pendekatan ekstremisme. Inilah yang menyelamatkan kita selama bertahun-tahun.
“Saya tidak gemar orang menggunakan perkataan ‘pendatang’ ka apa ka. Kami tidak bercakap begitu di Sarawak, kita semua rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada Program Pemukiman Pemuda BN Malaysia 2014, di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Pemuda BN Malaysia Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Pemuda BN Sarawak Datuk Seri Fadillah Yusof.
Program dihadiri 350 anggota pergerakan itu daripada 13 parti komponen BN dan wakil daripada tiga pertubuhan bukan kerajaan, diadakan di sini bermula semalam sehingga 23 Nov.
Justeru, Adenan berkata menjadi tanggungjawab mereka yang mengambil pendekatan sederhana untuk menyuarakan apa yang dirasakan tidak benar.
“Kita adalah majoriti… majoriti tidak boleh berdiam diri tetapi ada kalanya begitu la orang kita, diam saja,” katanya.
Sementara itu, Khairy mahukan semua anggota Pemuda BN Malaysia mula mendekati pengundi-pengundi muda kerana mereka adalah penentu masa depan negara.
“Itu tanggungjawab Pemuda BN untuk pastikan mereka (pengundi muda) didampingi dan diyakini. Kita kena yakinkan anak-anak muda ini BN adalah parti terbaik kepada negara,” katanya.
Khairy berkata selain itu kepelbagaian dalam BN yang mempunyai 13 parti komponen, merupakan antara asas kepada kejayaan yang dikecapi selama ini.
“Kita berjaya menguruskan 13 parti dengan begitu baik. Parti lawan kita hanya ada tiga tetapi dah nak hancur.
“Kita kena pastikan kepelbagaian ini menjadi aset, kejayaan BN selama ini adalah kerana dapat mewakili dan membawa harapan seluruh rakyat Malaysia (menerusi 13 parti komponen) dan harapan itu mudah-mudahan dapat dijayakan dalam program pemukiman ini,” katanya. – BERNAMA
TOP
Rafizi Tetap Nak Demo Isu Minyak.. Tak Ada Modal Baru Ler Tu!
Rafizi Ramli
Dah namanya pembangkang, maka kerjanya adalah membangkang. Itulah yang boleh dikatakan terhadap kenyataan terbaharu Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang tetap berkeras mahu menganjurkan demo disebabkan penghapusan subsidi minyak. Dari aspek pengguna, pengumuman Kerajaan pada hari ini bahawa harga Ron95 dan diesel akan menggunakan kaedah pengapungan terkawal (managed float) bermula 1 Disember 2014 sepatutnya diambil dari sudut ‘win-win situation’. Malah kaedah sama yang digunapakai terhadap harga Ron97 sejak Julai 2010 menyaksikan penurunan harga 20 sen berikutan turunnya harga minyak mentah dunia, bermula kelmarin. Sebaliknya, puak pembangkang termasuk Rafizi yang gemar berteriak ‘kalau dah naik harga, tak mungkin Kerajaan turunkan semula harga’ tetap memutar modal ‘hapus subsidi’ untuk menghasut rakyat memberontak. Nah, menerusi kaedah managed float inilah masanya, harga minyak diadili dengan lebih adil di mana jika harga minyak mentah dunia turun tapi harga minyak di negara ini tak ikut turun, maka rakyat berhak marah. Nak macam mana lagi? Orang yang tak pandai ekonomi pun boleh congak, mengapa Jokowi yang belum pun panas punggung menduduki kerusi presiden di negara seberang sanggup ambil keputusan tak popular apabila potong subsidi sekaligus membuat harga minyak di negara itu naik. Bayangkan, cara rakyat Indonesia hambur kemarahan di sana lagilah dahsyat tapi Jokowi sanggup hadapi kerana berapa banyak nilai pendapatan negara dapat dijimatkan menerusi cara ini. Fikirkanlah.. subsidi minyak memang beri kelebihan besar pada pemilik kereta, namun lebihan dana yang dapat negara jimatkan daripada pemansuhan subsidi ini boleh beri manfaat lebih luas pada rakyat jelata lain yang lebih susah, entahkan nak naik kereta sendiri cuma satu angan-angan buat mereka. Justeru jika anda rasa mahu memilih untuk pentingkan diri sendiri, silakan bersama Rafizi berdemo pada 31 Disember ini, kononnya menuntut supaya subsidi minyak dikembalikan pada rakyat. Pada masa sama cuba fikir dalam-dalam, ada kemungkinan tak keputusan teruskan demo ini sebenarnya ada kena mengena dengan ketandusan modal politik si Rafizi untuk buat anda semua terlupa tentang ‘kejayaannya’ menghuru-harakan parti sendiri, baru-baru ini! - MYNEWSHUB.CC

Boleh Berbahas Isu Melayu, Jangan Sakiti Kaum Lain
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee
Para perwakilan UMNO yang berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 bebas membangkitkan isu berkaitan orang Melayu tetapi diingatkan jangan membangkitkan perkara yang boleh melukai perasaan kaum lain. Ketua Bahagian UMNO Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata para perwakilan dilarang daripada membangkitkan isu sedemikian dalam persidangan itu yang bakal berlangsung dari 25 hingga 29 November ini. Kenyataan Syed Ali itu dibuat berlandaskan kepada peringatan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu perwakilan UMNO tidak menyentuh isu berbaur perkauman dan keagamaan. “Beliau bersikap adil apabila mengingatkan perwakilan yang mereka boleh berbahas tetapi jangan sampai menyakitkan hati orang lain,” katanya yang dipetik laman portan Malaysiakini. Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO Wilayah Persekutuan berkata, peringatan sedemikian biasa diberikan kepada para perwakilan parti pada setiap kali Perhimpunan Agung. Syed Ali berkata, persidangan tahunan UMNO itu merupakan medan paling ideal untuk mendapatkan pendapat dan suara dari peringkat akar umbi parti khususnya dalam isu berkaitan orang Melayu dan Islam. “Yang itu kita boleh bahaskan kerana ini adalah parti orang Melayu dan ini adalah perhimpunan agung Umno. “Kalau kita tak bahaskan perkara ini pada perhimpunan agung Umno, bila lagi kita hendak bincangkan?” kata Syed Ali. Pada 11 November lepas, Pengerusi Jawatankuasa Usul Majlis Kerta Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebanyak 755 usul telah diterima daripada 191 Bahagian UMNO seluruh negara untuk perhimpunan itu. Daripada jumlah itu, 638 usul adalah untuk rujukan dan 117 usul tanpa bahas serta tiada usul yang dikemukakan ditolak pada tahun ini. – MYNEWSHUB.CC

Penyamun ‘Bodoh’ Berpakaian Wanita Tersalah Curi Barang
Inilah yang dinamakan ada akal tapi letak kat lutut.
Ini kerana memilih jalan hidup menjadi perompak yang akhirnya memakan diri sendiri. Usaha sekumpulan penyamun ‘bodoh’ yang menyamun di sebuah bank hingga sanggup berpakaian wanita ternyata sia-sia apabila mereka tersalah mencuri komputer yang disangkakan peti besi yang mengandungi wang tunai. Kejadian yang berlaku di sebuah bank di bandar Al Ain Abu Dhabi ini nyata mengejutkan pihak berkuasa apabila penyamun tersebut hanya mengambil komputer. Bagaimanapun, pihak polis berjaya menahan tiga suspek lelaki warga Bangladesh yang dikatakan berkait rapat dengan insiden tersebut. Menurut Ketua Polis Al Ain, Brigadier Hamad Ajlan Al Amimi berkata, tiga lelaki itu yang dikenal pasti sebagai Habib, 31, Mohammed M, 31, dan Mohammed G, 34, ditahan hampir 10 jam selepas memasuki bank itu dengan memakai abaya serta niqab. “Tiga lelaki bodoh itu mencuri komputer yang mengandungi nama semua pelanggan bank semata-mata kerana menyangka ia peti besi. Akibatnya, mereka menunggu masa untuk dibicarakan,” kata Hamad. Ingatlah pesanan, “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga”. – MYNEWSHUB.CC

Subsidi Petrol Perlu Dimansuhkan Berperingkat – Dr M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, proses memansuhkan subsidi petrol RON95 yang dilaksanakan bulan depan sepatutnya dijalankan secara berperingkat-peringkat. Bagaimanapun, pada asasnya Dr Mahathir bersetuju dengan langkah itu. Beliau berkata pengurangan subsidi minyak oleh kerajaan ke atas bahan api itu perlu dilakukan sedikit demi sedikit agar tidak membebankan rakyat. “Saya ingat kalau subsidi sekarang ini berkurangan bukan mana pun sebab harga minyak murah. Apabila harga minyak murah, tidak perlulah banyak subsidi. “Jadi kalau kita nak kurangkan subsidi boleh lah tapi buat secara beransur-ansur, sedikit demi sedikit,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas majlis Konvokesyen Ke-11 Kolej Universiti MAHSA di Putrajaya hari ini. Selain, bebanan buat rakyat langkah itu yang dibuat mendadak kemungkinan akan mempengaruhi keadaan ekonomi. “Secara umumnya, saya bersetuju dengan pengurangan subsidi. Apapun kita buat secara berperingkat-peringkat. Pengurangan sepatutnya sedikit demi sedikit sehingga dihapuskan sebab dia boleh mempengaruhi keadaan ekonomi,” katanya seperti dipetik laman web Astro Awani. Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek mengumumkan penetapan harga runcit petro RON95 dan Diesel dibuat mengikut sistem pengapungan terkawal berkuatkuasa 1 Disember depan. Mulai tarikh itu juga, tiada lagi subsidi bagi kedua-dua bahan bakar itu memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam. - MYNEWSHUB.CC

Foto Hanis Zalikha Dulu Persis Kak Limah Pulak!
Alahai…terkejut tatkala melihat foto wajah selebriti kesayangan rakyat Malaysia, Hanis Zalikha yang dimuat naik baru-baru ini oleh ibunya, Nani Rostam di Instagram.
Lain benar, wajah selebriti popular ini kan? Persis kak Limah dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah pula! Kah..kah..kah
Iyelah, lihat sahaja wajahnya Hanis Zalikha yang pelik dan agak kelakar dimekapkan dan digayakan sebegini. Ditambah pula dengan braces di giginya dan gaya rambutnya yang popular pada zaman 90-an. Nama pun, gambar dulu-dulu…memanglah lain fesyen dan gayanya kan! Hah, kini Hanis Zalikha tidak lagi seperti dahulu! Penampilannya kini persis seorang model jelita. Lihat sahaja rezeki yang mencurah-curah pada selebriti ini hingga mampu terpilih menjadi duta produk kecantikkan.
Namun dalam kemuncak kehidupannya, ada pula mulut-mulut celupar yang mendakwa kononnya Hanis melakukan suntikan botox la, melakukan pembedahan lah dan bermacam-macam lagi. Mendengar dakwaan seperti ini, siapa lagi kalau tidak terkesan dan terasa kalau bukan ibu kandung Hanis sendiri.
Sebenarnya foto ini dimuat naik oleh ibu Hanis, Nani Rostam dalam akaun Instagramnya bertujuan meluahkan perasaan kecewanya terhadap dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa anak kesayangannya ini kononnya membuat pembedahan untuk cantik. Menurut Ibu Hanis, fitnah yang dilemparkan kepada anaknya itu dianggap melampau hingga menyebabkan orang ramai mempercayai fitnah tidak benar itu. Bila ditenung-tenung, sememangnya wajah Hanis tidak lah jauh beza, cuma gaya mekap yang digunakan sangatlah tidak sesuai hingga menjadikan wajah ayu asli Hanis menjadi hodoh pula. Ala bila difikir-fikirkan dalam dunia moden ni pelbagai ubat kecantikan boleh didapati di pasaran. Lihat sahaja Elfira Loy yang dahulu pendek kini anggun menjadi seorang remaja yang tinggi lampai hanya dengan memakan produk ubat tinggi. Biarlah Hanis, orang cantik memang sentiasa ada suka mendengki! – MYNEWSHUB.CC

Buat Majlis Perceraian Selepas Tahu Kahwin Suami Orang
Pasangan suami isteri lengkap berpakaian moden pengantin memotong kek sebagai tanda simbolik mereka sudah bercerai secara rasmi pada satu majlis perceraian di China baru-baru ini.
BEIJING – Biasa kita dengar ialah majlis pertunangan dan majlis perkahwinan dibuat secara besar-besaran meraikan pasangan bercinta diikat dan kemudian disatukan namun bagaimana pula majlis perceraian disambut besar-besaran untuk yang mahu berpisah. Seorang isteri di China mungkin mencipta sejarah tersendiri yang pasti tidak tergamak dilakukan oleh golongan Hawa lain di seluruh dunia apabila sanggup menganjurkan majlis perceraian penuh istimewa bagi meraikan perpisahan dia dengan suaminya itu. Akhbar tempatan berbahasa Inggeris terkenal di sini China Daily hari ini melaporkan, wanita tidak didedahkan identitinya itu melakukan upacara secara penuh gilang-gemilang tersebut di bandar raya Wenzhou, wilayah Zhejiang, timur China baru-baru ini. Sambil memakai gaun pengantin berwarna putih krim manakala suaminya lengkap sut tuxedo gelap, pasangan itu melafazkan perceraian sebelum disusuli upacara bertukar-tukar cincin, membuka penutup sebiji botol minuman keras dan memotong kek perpisahan. Majlis serba ringkas itu turut disaksikan tiga orang rakan mereka dan akhbar tersebut mendedahkan, wanita berkenaan tidak tahu yang dia berkahwin dengan suami orang sejak zaman percintaan lagi lantas berasa amat kecewa apabila dipermainkan lelaki itu. Katanya, dia hanya tahu mengenai cerita sebenar apabila dibongkar sendiri oleh isteri lelaki tersebut dan pasangan itu diminta bercerai apabila suaminya diberi kata dua oleh ‘madunya’ sama ada mahu memilih dia atau wanita yang pertama berkenaan. Lelaki itu akhirnya memilih isteri pertamanya dan bersetuju meninggalkan wanita tersebut dengan mengadakan upacara khas perceraian kerana pasangan berkenaan mungkin tidak setuju dengan konsep poligami selain tentu berasa ditipu hidup-hidup. – Agensi
Seorang rakan kepada pasangan tersebut memimpin ikrar ‘perpisahan’ pada majlis perceraian yang diadakan penuh meriah di China baru-baru ini.

MAS Menang Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik pada 2013
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) dan Malaysia Airlines (MAS) masing-masing memenangi Anugerah Khidmat Cemerlang dan Syarikat Penerbangan Terbaik (penumpang) pada Anugerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2013, malam tadi.
MASkargo pula memenangi Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik Tahunan (Kargo).
Dunkin Donuts di Bangunan Terminal Utama KLIA memenangi anugerah F&B Outlet terbaik – peratus pertumbuhan jualan tertinggi manakala secara keseluruhannya F&B Premis terbaik tahunan dimenangi Bangunan Terminal Utama KLIA Jonker Walk.
Premis perkhidmatan terbaik dimenangi Celcom Axiata Berhad, di bangunan terminal utama KLIA.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abd Aziz Kaprawi yang menyampaikan anugerah kepada para pemenang dalam ucapannya bagi pihak Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kerajaan memperuntukkan lebih RM1 bilion untuk mempromosi dan menyokong pertumbuhan industri pengangkutan.
Bagi 2015, kira-kira RM210 juta diperuntukkan untuk meningkatkan landasan Lapangan Terbang Lahad Datu bagi membolehkan pesawat berkapasiti lebih tinggi mendarat, selain meningkatkan kualiti perkhidmatan penerbangan luar bandar di Sabah dan Sarawak menerusi penyelenggaraan dan pajakan pesawat baharu, katanya.
Sementara itu, Pengerusi Malaysia Airports Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata Malaysia Airports menjangkakan pertumbuhan trafik penumpang tahun ini rendah berbanding unjuran awal tahun ini.
“Seperti yang kita ketahui, industri ini melalui dua insiden malang. Susulan itu, pasaran perjalanan ke Malaysia, terutama dari China dan Eropah teruk terjejas. Ini memberi kesan ke atas hasil dan keuntungan tahun ini,” katanya.
Anugerah KLIA, yang diperkenal pada 2006 dianjurkan untuk memberi penghargaan kepada rakan Malaysia Airports yang mencatat prestasi luar biasa.
Anugerah itu merupakan platform ideal untuk Malaysia Airports memberi penghargaan kepada rakannya yang mencatat prestasi dan perkhidmatan cemerlang.
Pemenang dipilih berasaskan pencapaian dalam sektor seperti pergerakan penumpang, faktor pertumbuhan, prestasi jualan, perakuan antarabangsa selain prestasi perkhidmatan.
Pemenang lain KLIA Awards 2013 termasuk Korean Air bagi Syarikat Penerbangan Asing (kargo), Indonesia AirAsia untuk Syarikat Penerbangan Asing (penumpang).
Syarikat penerbangan Terbaik – (penumpang), AirAsia untuk syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dan Turkish Airline bagi syarikat penerbangan asing baharu terbaik. – BERNAMA
TOP
UMNO Perlu Kuasai Kesalinghubungan Digital
KUALA LUMPUR – Umno perlu menguasai aspek ‘hyperconnectivity’ atau kesalinghubungan digital untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam landskap baharu politik Malaysia, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata aspek itu adalah cabaran besar kepada kepimpinan setiap peringkat parti kerana pengguasaan teknologi baharu seperti media sosial akan memberikan anjakan paradigma minda kepada parti dan menarik lebih ramai penyertaan golongan muda.
“Bila disebut hyperconnectivity, bermakna segala-galanya berpandukan kepada digital iaitu internet yang menyebabkan kita saling berhubung, termasuklah dalam mengendalikan kerajaan dan berpolitik.
“Inilah yang menjadi cabaran Umno dan cabaran dunia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Persidangan yang dihadiri kira-kira 250 mahasiswa dari dalam dan luar negara itu diadakan sempena Persidangan Agung Umno 2014 yang akan berlangsung dari 25 hingga 29 Nov ini.
Ahmad Shabery berkata ‘hyperconnectivity’ telah mengubah cara komunikasi antara parti-parti politik dengan masyarakat, justeru adalah penting untuk Umno berhubung melalui media sosial.
“Kalau dahulu, kita kena dapatkan dewan, sediakan makan minum dan mesyuarat untuk bertemu rakyat, kini, dengan menghantar satu mesej melalui Twitter atau posting di Facebook, akan menarik dan dikongsi beribu-ribu pandangan.
“Hyperconnectivity menjadikan lebih orang ‘menjerit’ mendapat perhatian. Mereka (dalam laman sosial) ‘menjerit’ untuk meraih perhatian. Perkara kecil menjadi besar, dan perkara besar menjadi semakin besar,” kata beliau.
Ahmad Shabery berkata seni pidato perlu turut dikekalkan meskipun teknologi aplikasi Whatsapp digunakan sepanjang persidangan Umno kali ini.
Mengenai persidangan mahasiswa itu, beliau berkata ia adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan muda untuk bertukar pandangan dan melahirkan pelbagai idea bernas bagi menerajui transformasi negara. – BERNAMA
TOP
Guna Apungan Terkawal Jika Harga Minyak Mentah AS$80 Ke Bawah
KUALA LUMPUR – Kaedah pengapungan terkawal dijangka diguna pakai bagi penetapan harga petrol RON95 dan diesel setiap bulan selagi harga minyak dunia berada pada paras AS$80 setong ke bawah.
Penurunan harga minyak dunia sekarang ini sudah sampai tahap bawah garisan subsidi RM2.30 seliter RON95, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Sehingga semalam, harga kontrak hadapan minyak West Texas berada pada paras AS$76.28 setong bagi penghantaran Januari tahun depan manakala minyak mentah Brent North pada AS$79.64 setong bagi penghantaran sama.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan memutuskan mulai 1 Dis ini, penetapan harga runcit untuk petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal.
Harga purata RON95 dari 1 Nov hingga 19 Nov berasaskan Mekanisme Harga Automatik (APM), turun kepada RM2.27 seliter yang mana ia lebih rendah berbanding harga runcit RM2.30 seliter ketika ini.
Ditanya sama ada kaedah pengapungan terkawal ini akan dihentikan sekiranya harga minyak dunia meningkat semula, Ahmad berkata kaedah ini akan berlangsung buat seketika.
Namun sekiranya harga minyak dunia meningkat melepasi AS$80 setong, Ahmad berpendapat rasionalisasi subsidi perlu dilakukan.
Ahmad berkata rasionalisasi subsidi itu tidak bermaksud berbalik semula kepada kaedah pemberian subsidi bahan api menyeluruh sedia ada tetapi ia lebih bersasar.
“Ia kemungkinan termasuk memperkenalkan kaedah pemberian subsidi berdasarkan jumlah pendapatan,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata kaedah pengapungan terkawal bagi RON95 ini memberi kebaikan kepada kerajaan kerana ia tidak lagi menanggung subsidi.
“Peruntukan subsidi itu boleh diserah semula kepada rakyat,” katanya.
Menurutnya, pada tahun lepas kerajaan telah menanggung subsidi purata 74 sen seliter setahun bagi RON95 dan diesel 76 sen seliter setahun, bagi kira-kira 23 juta kenderaan.
“Jumlah subsidi bahan api pada tahun lepas adalah RM23.5 bilion atau kira-kira RM2 bilion sebulan. Pada tahun ini subsidi bahan api berkurangan sekitar RM19 bilion.
“Ia berkurang dalam dua bulan terakhir tahun ini berikutan harga minyak mentah dunia yang menurun. Harga minyak mentah dunia berada pada AS$100 hingga AS$120 setong sejak sekian lama,” katanya.
Beliau juga berharap peniaga, pemborong dan pengilang bertanggungjawab untuk menurunkan harga barang seiring penurunan harga bahan api.
“Kerajaan tidak harus terus dipersalahkan kerana mengakibatkan kenaikan harga barang sedangkan pihak yang harus dipertanggungjawabkan adalah peniaga, pemborong dan pengilang ini,” katanya. - BERNAMA
TOP
Ameng, Artis Pertama Bakal Rakam Lagu Di Penjara
Penyanyi kumpulan Spring, Ameng bermain gitar di dalam Penjara Kluang sambil diperhatian seorang pengawal penjara.
Penyanyi kumpulan Spring, Ameng yang sedang menjalani hukuman penjara seakan tidak percaya apabila pihak penjara memberi kebenaran merakamkan suaranya seratus peratus di dalam Penjara Kluang di Johor. Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 46, menyangkakan kerjayanya sebagai penyanyi sudah berakhir ketika menjalani hukuman tetapi berita berkenaan benar-benar menggembirakannya. Dia dihukum penjara tiga tahun lalu selama lapan tahun dan 10 kali sebatan atas tiga pertuduhan dan dijangkakan akan dibebaskan pada 14 Julai 2016. Pada 2011, Ameng didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua. Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya. Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari 2011. Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan. Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamine (syabu) seberat 0.22 gram. Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis syabu, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Februari 2011. “Lebih setahun saya bermuram kerana tidak dapat menerima ujian yang menimpa diri, tetapi lama kelamaan barulah saya dapat ‘memujuk’ hari selepas aktif dengan pelbagai program pemulihan penjara yang banyak menekankan aspek kerohanian. “Saya menyertai semua program banduan termasuk pertandingan mencipta puisi, lagu dan nasyid serta sudah beberapa kali memenangi pertandingan itu. “Bermula dari situlah saya fikir untuk mencipta lagu dan tidak menyangka hasrat itu disambut baik pihak Jabatan Penjara dan rakan artis,” memetik laporan Harian Metro. Dengan sebuah gitar yang hanya dibenar digunakan dua jam seminggu, dia mula mencari irama yang sesuai di sebalik penjara tempat dia melunaskan hukumannya itu. – MYNEWSHUB.CC

Apa Kes?? Inspektor Buat Laporan Lepas Zina Pelacur
Rasanya gambar perihal laporan polis bermacam-macam versi di laman sosial sememangnya amat popular hingga sering kali menjadi modal orang ramai untuk terkekeh-kekeh ketawa membaca laporan yang adakala mempunyai unsur-unsur humor.
Hari ini heboh tersebar pula laman-laman sosial berkenaan sebuah laporan polis yang diadukan oleh seorang Inspektor polis sendiri kerana duit miliknya telah dicuri. Bagaimanapun, ramai yang tidak sangka inspektor tersebut dengan berani membuat laporan dan mengaku yang kejadian itu terjadi selepas dia bersetubuh dengan seorang pelacur di sebuah kedai spa berdekatan Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Menurut inspektor ini, wangnya berjumlah RM1550 telah dicuri oleh pelacur yang dilanggan ketika dia keluar untuk membasuh kemaluannya di bilik air. Alamak, kita yang membacanya pun terus rasa malu dan geli! Ramai juga pengguna laman sosial, Facebook meluahkan rasa terperanjat membaca laporan polis ini kerana masing-masing tidak menyangka inspektor tersebut berani mengaku keaiban diri sendiri. Lebih parah dan sedih, apabila mengetahui inspektor tersebut adalah orang melayu dan Islam sendiri. Apa lagi, beribu-ribu kutukan pengguna sosial mempersoalkan ‘kebodohan’ lelaki tersebut. Tidak kurang juga yang marah apabila melihat larangan agama Islam ini seolah-olah diperkotak-katikkan. Jika benar perkara ini berlaku, moga inspektor ini dapat segera bertaubat dan mengambil insiden ini sebagai pengajaran. – MYNEWSHUB.CC

Kisah Di Sebalik Tangisan Fynn Jamal Untuk Arjuna Beta
Anugerah Juara Lagu pada tahun ini dijangkakan mencatat persaingan sengit. Lihat sahaja barisan penyanyi dan komposer yang berentap untuk menempah tiket akhir kelak, semua hebat-hebat belaka.
Kelmarin, pertandingan peringkat semi final menyaksikan persembahan penuh tangisan oleh Fynn Jamal hingga sesiapa sahaja yang mendengar lagu Arjuna Beta turut berasa syahdunya. Meskipun ramai tahu anak Fynn sendiri adalah subjek lagu tersebut, namun ada juga belum maklum kisah di sebaliknya.
Sebenarnya Arjuna Beta ini mengisahkan kasih sayang dan pesanan Fynn kepada buah hatinya yang paling mahal iaitu Arjuna.
Ketika lirik lagu ini digubah Fynn, Arjuna sedang bergelut dengan sakit jantung pada usia seawal 1 bulan.
Sesetengah kita mungkin masih ingat, kisah Arjuna pernah jadi viral apabila Fynn memerlukan dana sebesar RM35,000 bagi menyelamatkan nyawanya dengan lakukan pembedahan jantung. Berkat sokongan dan doa ramai orang kini Arjuna sudah sihat, semakin besar dan ‘handsome’, malah mempunyai ramai peminat sendiri yang mengikuti perkembangannya menerusi laman sosial Fynn Jamal terutama Instagram. Bagi peminat tegar Fynn Jamal sendiri pasti tahu, figura ini seorang yang mudah mengalirkan air mata. Justeru ketika mempersembahkan Arjuna Beta kelmarin, imbauan lampau terhadap dugaan hidup dan sokongan sekeliling yang diterima satu ketika dahulu tentu telah menyentuh hati Fynn hingga tidak dapat menahan tangis. Apa yang pasti, tangisan itu tidak dibuat-buat dan semoga naskah jujur Fynn akan terus bercambah menemui peminatnya selepas ini tidak kiralah Arjuna Beta menang atau pun tidak di pentas lumba lagu. - MYNEWSHUB.CC

Noh Omar Kekal Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor
TANJONG KARANG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi mandat kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar untuk terus memimpin Umno Selangor, walaupun beliau menerima kritikan daripada pelbagai pihak.
Noh berkata perkara itu dinyatakan oleh Najib selaku Presiden Umno dalam pertemuan antara mereka berdua pada 18 Nov lepas. “(Dalam pertemuan itu) saya maklumkan kepada Perdana Menteri, saya dengan ikhlas tiada halangan sekiranya beliau (Najib) ingin membuat pertukaran kepimpinan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor kerana bagi saya kedudukan saya tidak penting tetapi yang penting ialah Umno dan BN Selangor. “Perdana Menteri bagaimanapun meminta saya teruskan kepimpinan (Umno dan BN) di Selangor dan beliau akan menilai prestasi saya dari semasa ke semasa,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Berkhatan Beramai-ramai Parlimen Tanjong Karang di sini, hari ini. Noh berkata dalam pertemuan itu Najib turut memberi garis panduan yang boleh membantu menaikkan semula imej Umno Selangor seperti memberi tumpuan lebih kepada generasi muda dan sentiasa turun padang untuk mendekati rakyat. Menurut Noh, beliau juga akan membawa masuk budaya Umno Tanjong Karang ke dalam Umno Selangor, iaitu bahagian tersebut merupakan satu-satunya bahagian yang menjadi kubu kuat Umno di negeri itu. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, Noh berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Tanjong Karang sementara Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Sulaiman Abdul Razak dan Adun Sungai Burong Datuk Shamsuddin Lias turut kekal di kawasan masing-masing. “Di Tanjong Karang, kita amalkan perpaduan, bekerja sebagai satu pasukan dan menerima hanya satu arahan. Saya yakin ramai anggota Umno di Selangor boleh bekerja bersama-sama saya,” katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang. Noh dalam pada itu menafikan dakwaan bahawa muka baharu tidak diberi peluang dan ruang dalam Umno Selangor. Beliau berkata daripada 22 bahagian di negeri itu, hanya satu ketua bahagian tidak dicabar dalam pemilihan parti, sementara bagi Wanita terdapat sembilan muka baharu, Pemuda terdapat 19 muka baharu dan Puteri mempunyai 17 muka baharu. Kepimpinan Umno Selangor sebelum ini menerima kritikan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurut beliau perlu berundur selepas mengalami kekalahan pada PRU12 dan PRU13. – BERNAMA

Tiga Suspek Ditahan PDRM Disyaki Terlibat Aktiviti IS Di Syria
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
Tiga suspek, dua wanita dan seorang lelaki berjaya ditahan Cawangan Khas Bahagian Memerangi Keganasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tengah malam tadi disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas di Syria. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan media hari ini berkata, kesemua suspek adalah rakyat Malaysia dan berumur antara 28 hingga 34 tahun. “Seorang daripada suspek tersebut yang berusia 34 tahun adalah isteri kepada individu yang telah dituduh pada 11 November 2014 atas kesalahan menghasut, menggalak atau memperolehi harta bagi pelakuan tindakan keganasan. “Sementara seorang lagi suspek wanita yang berusia 28 tahun bekerja sebagai “Pengurus Acara” di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan berkenaan.
Menurut Khalid, suspek lelaki berusia 33 tahun dan bekerja sebagai seorang Penolong Eksekutif di sebuah Badan Berkanun. “Kesemua mereka disyaki terlibat dalam mengendalikan beberapa Facebook yang ada kaitan dengan aktiviti kumpulan pengganas Islamic State (IS) di Syria. “Mereka juga disyaki terlibat dalam aktiviti pengumpulan dana yang ada kaitan dengan aktiviti penghantaran rakyat Malaysia ke Syria untuk menyertai kumpulan IS,” kata Khalid. Beliau berkata kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Bab 6A – Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). – MYNEWSHUB.CC

Dynas Mokhtar Bercinta Dengan Model Muda, Benarkah?
Umum mengetahui perihal rumah tangga, aktres jelita, Dynas Mokhtar bersama bekas suaminya, Hafizy Hafiz yang hanya mampu bertahan separuh jalan.
Dia yang sudah bermula menjalani kehidupan solo selepas berpisah, pastinya tidak lari daripada gosip perkhabaran yang kononnya aktres ini telah menjalankan hubungan dengan seorang lelaki muda. Lelaki yang dikontroversikan itu merupakan seorang model kacak dan pemenang pertandingan HIMbyHatta iaitu Ahmad Aidit Noh.
Bila mendengar perkhabaran hubungan mereka, rasanya tidak ada yang salah lagi-lagi Dynas sudah tidak terikat dengan mana-mana lelaki.
Bagaimanapun, Dynas menjelaskan yang mereka tidak bercinta dan sering bertemu untuk berurusan semata-mata kerana Aidit adalah model kepada butik milik aktres ini. Menurut petikan Media Hiburan Online, Dynas memberitahu “Apa yang boleh saya katakan, kami hanya berkawan dan tidak sampai ke tahap bercinta.Perkenalan kami bermula apabila Aidit banyak menjadi model untuk butik saya. “Tambahan pula, dia banyak bertanya tentang selok-belok pernigaan kerana dia ingin memulakan jenamanya sendiri. Dia terlalu muda untuk saya, biarlah saya mencari lelaki yang lebih matang,” jelas Dynas ketika ditemui di majlis perlantikannya sebagai duta untuk rangkaian produk kesihatan, PhytoScience di Garden Theatre, The Garden Mall. Dalam masa itu, Dynas turut akui kehidupannya kini sedang sibuk dengan penggambaran drama dan aktiviti yang tidak berkesempatan dilakukan dahulu. “Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan saya. Sekarang, anak-anak pun sudah besar dan inilah peluang untuk saya menghabiskan masa untuk diri sendiri. Malah, saya berkesempatan membuat perkara yang tidak sempat saya buat dulu seperti mengambil lesen menyelam dan lain-lain,” ujar Dynas lagi. Dia juga sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri berjudul ‘Fullhouse’ yang bakal ditayangkan di Astro Ceria. Apa pun pilihan Dynas, moga dia bahagia bersama jejaka hatinya. - MYNEWSHUB.CC

Kalau Kisah Ni benar… Anak Camni Boleh Ke Diharap Di Hari Tua?
Kalau dibaca kisah ini (lihat gambar bawah sekali) dari mula sampai habis, memang sedih la dengan sikap tidak prihatin seorang anak terhadap bapanya.
Namun, bukan takda anak-anak camni… ramai aje.
Sikap pentingkan diri yang begitu menebal dan bodoh pun boleh tahan, maka kesusahan hidup orang tua dalam mencari rezeki langsung tidak dipedulikan. Anak seperti ini… mampukah mereka menjadi tongkat dan cahaya kepada orang tua mereka di hari tua? Pandangan peribadi penulis rasanya memang takdalah. Kalau demi telefon bimbit dan makwe dah tak nampak susah senang orang tua… parah la. Namun, dari satu sudut… mungkin bapa budak ini pun ada salah jugak. Camna pakcik didik anak? Kenapa diberikan kemewahan yang melampau lebih-lebih lagi dengan gaji pakcik yang sudah semestinya cukup-cukup makan. Kalau pakcik ni tegas… rasanya anak dia takkan berani nak mintak macam tu sekali. Namun tak tahulah… kita tidak berada di tempat pakcik itu kan… Banyak yang boleh ditafsirkan andai kisah ini benar… Yang pasti takda apa yang positif baik dari sikap si anak mahupun sikap si ayah.
-mynewsub

3 Maut, 26 Cedera Letupan Lombong Arang Batu Di Sarawak
SERIAN: Anggota Bomba dan Penyelamat Sarawak memasuki pintu masuk lombong arang batu yang meletup di Selantik, Pantu dekat Sri Aman hari ini, kira-kira 130km dari sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUCHING – Tiga yang maut dalam kejadian letupan di lombong arang batu di Selantik, Pantu dekat Sri Aman hari ini, kira-kira 130km dari sini, dikenal pasti sebagai warganegara asing manakala jumlah yang cedera meningkat kepada 26 orang berbanding 11 orang sebelum ini. Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Mohamad, berkata tiga yang maut dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu dikenal pasti sebagai warganegara Indonesia, Korea Utara dan Myanmar. “Bagaimanapun, butiran lanjut berkenaan identiti mangsa-mangsa yang mati ini masih belum diperolehi sepenuhnya,” katanya semasa dihubungi Bernama hari ini.
KUCHING: Mayat dua dari tiga pelombong yang maut dalam kejadian letupan di lombong arang batu di Selantik, Pantu dekat Sri Aman hari ini, kira-kira 130km dari sini, dikenal pasti sebagai warganegara asing manakala jumlah yang cedera meningkat kepada 26 orang berbanding 11 orang sebelum ini. – Foto BERNAMA
Menurutnya siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada percikan api kipas angin yang rosak dan seterusnya menyebabkan kebakaran gas dan letupan di dalam sebuah terowong lombong itu yang sedalam kira-kira 69 meter. “Semasa kejadian itu, 29 orang pekerja yang berada di dalam terowong itu telah bergegas keluar untuk menyelamatkan diri di samping membantu rakan sekerja mereka yang mengalami kecederaan serius,” katanya. Mat Jusoh berkata mayat ketiga-tiga mangsa yang terkorban dalam kejadian itu telah dibawa ke Hospital Sri Aman untuk dibedah siasat sementara 16 orang daripada mereka yang tercedera turut dirawat di hospital sama. Mangsa lain yang cedera telah dirujuk ke Klinik Desa Pantu dan Hospital Daerah Serian, kira-kira 60km dari sini, katanya. Menurutnya lombong arang batu berkenaan yang terletak tiga kilometer dari jalan utama Sri Aman-Kuching telah beroperasi sejak lapan tahun lepas. “Kini terdapat 119 orang pekerja warga China, Myanmar, Indonesia, Bangladesh dan Korea Utara yang bekerja di lombong berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Lagi Anak Biadap, Gadis Ini Pulak Marah Bapanya Depan Orang
Gambar viral menunjukkan gadis (berpakaian ungu) dikatakan memarahi bapanya yang sedang mengepam angin kerana tidak tahu cara mengepam. Memang kurang ajar.
Semalam baru sahaja Mynewshub.cc memaparkan kisah seorang anak lelaki yang mahukan bapanya membelikan telefon pintar untuk dirinya dan aweknya biarpun bapanya tidak berkemampuan. Hari ini, di laman sosial Twitter, dikongsikan pula gambar seorang gadis memarahai bapanya sendiri di hadapan orang ramai hanya kerana bapanya tidak tahu mengepam angin ke dalam tayar. Janganlah, koleksi anak kurang ajar dengan mak bapak ni bertambah ikut musim pula ya kerana ia boleh menjejaskan institusi keluarga dan melahirkan banyak remaja biadap.
Menurut pengguna twitter, bapa gadis berkenaan sedang mengepam tayar dan berpakaian segak untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya itu. Penulis pasti, bapanya bukan tidak tahu cara mengepam angin tetapi pam berkenaan mempunyai masalah dan si anak mungkin sudah tidak boleh menahan sabar. “Dia memarahi bapanya di depan orang ramai hanya kerana tak tau pamkan angin. “Bapanya berpakaian segak untuk menghadiri konvokesyen anaknya,” kata pengguna berkenaan. Bagaimanapun, tiada kisah lanjut berkenaan gambar berkenaan yang hanya dirakamkan daripada dalam sebuah kereta. Jika benar, memang tak patut anaknya yang memakai kereta jenis Peugeot bersikap sebegitu dengan bapanya sendiri.
Ada pengguna di laman sosial Facebook pula mengatakan mengapa kebetulan pemilik kereta jenama Peugeot bersikap agak kurang ajar mengambil kira cerita seorang pemilik kereta sama yang memarahi seorang warga emas kerana melanggarnya tidak lama dahulu. – MYNEWSHUB.CC

COMEL!! Scha Kongsi Gambar Lara Alana Kini 4 Bulan!!
Pelakon Scha Al-Yahya hari ini berkongsi gambar bayi comelnya Lara Alana yang hari ini sudah pun berumur empat bulan.
Gambar comel bayi perempuan itu dikongsikan Scha di laman Instagram miliknya dan menampakkan jelas wajah Lara mirip wajah suaminya Awal Ashaari. Lara dilahirkan Scha pada 22 Julai lepas seberat 3.17kg di Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur. Para peminat Scha begitu gembira melihat wajah terkini cahayamata pasangan artis itu.
Jangan tak tau, baru usia empat bulan pun, si Lara ni sudah pun memiliki sebuah kereta BMW miliknya sendiri. Bukanlah kereta betul, tetapi ialah adalah kereta permainan BMW yang direka khas untuk kanak-kanak dihadiahkan oleh rakan Awal. Pada 2 November lepas, dilaporkan di media bahawa akaun Instagram yang diwujudkan khas untuk Lara telah pun memiliki pengikut mencecah 169,000 orang pada masa itu. – MYNEWSHUB.CC

PM Arah Polis Dan Tentera ‘Gempur’ Cameron Highlands
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sidang media selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) di MAEPS di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
SERDANG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) yang “bersarang” di Cameron Highlands pada malam hari. Perdana Menteri berkata langkah itu diambil susulan perbincangannya dengan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, berdasarkan laporan bahawa kegiatan itu sering dilakukan oleh PATI pada waktu malam. “Saya sudah mengarahkan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain) untuk menghantar anggota masing-masing supaya pada waktu malam kita akan membuat rondaan yang lebih menyeluruh dan kalau ada kegiatan yang menyalahi undang-undang kita akan ambil tindakan,” katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2014, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di sini pada Sabtu. Berhubung kebanjiran PATI di kawasan tanah tinggi itu, beliau berkata, penguatkuasaan lebih tegas dan berkesan akan dijalankan melalui kerjasama antara kerajaan negeri Pahang dan kerajaan pusat. Najib berkata, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Banjir Kilat di Cameron Highlands akan melawat kawasan tanah tinggi itu Isnin ini bersama-sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. “Saya berharap hasil lawatan dan perbincangan bersama itu, kita akan membuat tindakan yang lebih berkesan dan kelemahan-kelemahan dari segi penguatkuasaan selama ini akan berubah kepada satu bentuk penguatkuasaan lebih serius dan berkesan lagi,” katanya. Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 Nov lepas, mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet. - BERNAMA

Video : Alasan Wanita Ini Kuruskan Badan Buat Air Mata Menitis
Bentuk badan yang kurus dan mengiurkan sememangnya menjadi idaman pada setiap wanita.
Lagi-lagi bila saiz dan berat badan kita bakal menjadi perbualan dan ejekan saudara dan rakan taulan yang sibuk menjadi ‘hakim tidak bertauliah’ dalam hidup kita.
Pastinya diri akan dibelenggu dengan perasan rendah diri dan kecil hati hingga adakala membahayakan diri sendiri.
Tidak hairanlah, lambakan produk pelangsing yang laris dijual bagai ‘goreng pisang’! Dan lebih parah, ada yang sanggup membunuh diri.
Dalam banyak-banyak versi kisah menurunkan berat badan, kisah ini paling menyentuh hati!
Jom kita tonton….
Kisah wanita ini untuk kurus bukanlah disebabkan inginkan bentuk badan yang cantik, bukan juga untuk memuaskan hati orang tercinta dan bukan gara-gara penyakit yang dihadapi tetapi demi pergorbanan kasih seorang ibu kepada anaknya yang sedang sakit tenat. Sebenarnya cerita ini diinspirasikan daripada kisah pengorbanan seorang ibu bernama Wang Shuan Li yang terpaksa menurunkan berat badan kerana buah pinggangnya tidak sesuai bagi untuk didermakan kepada anaknya yang sedang menderita sakit buah pinggang. Dengan waktu yang suntuk, ibu ini diminta menurunkan berat badannya sekurang-kurangnya 20 kg dalam masa tiga bulan dan barulah pembedahan dapat dijalankan. Lebih mengharukan, ibu ini berjaya menurunkan berat badannya meskipun waktu yang diberi amat terhad. Kasih ibu sememangnya tiada tolak bandingan, selagi ada hargailah sebaik mungkin. – MYNEWSHUB.CC

Demi Upin & Ipin, Mak Bapak Sanggup Daki Bukit Ke PICC
Ibu bapa membawa anak mereka mendaki bukit menuju ke PICC di Putrajaya kerana terpaksa meletakkan kenderaan jauh ekoran sambutan viral Karnival Upin & Ipin PICC 2014.
Penangan Upin dan Ipin, jalan raya di sekitar Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini sesak teruk ekoran kebanjiran ibu bapa yang membawa anak mereka menghadiri Karnival Upin Ipin yang diadakan di sana bermula semalam.
Memetik sumber rakan wartawan di laman sosial Facebook, kereta pengunjung juga terpaksa diparkir jauh dari lokasi PICC ekoran jumlah pengunjung yang ramai.
JAUH… Lokasi kereta pengunjung Karnival Upin & Ipin 2014 di PICC, Putrajaya yang jauh kerana pengunjung terlalu ramai.
SESAK.. Suasana kesesakan lalulintas menghala ke PICC di Putrajaya untuk Karnival Upin & Ipin 2014 yang berlangsung sejak semalam sehingga esok.
Sememangnya diketahui, watak kartun animasi Malaysia Upin dan Ipin memang popular di Malaysia dan juga di rantau Asean khususnya Indonesia. Fenomena yang dicetuskan oleh watak pasangan kembar yang comel ini sememangnya menakjubkan sehingga watak mereka berjaya mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan apabila ibu bapa membawa anak-anak mereka menghadiri program yang melibatkan Upin dan Ipin. Karnival kali ini di PICC diadakan dengan kerjasama syarikat Jepun iaitu Tsuburaya yang turut menampilkan watak terbaru superhero Ultraman di karnival itu yang sudah tentu menambah lagi bilangan pengunjung. Ia juga akan menampilkan 13 maskot dari watak animasi Upin dan Ipin dan Pada Zaman Dahulu serta ada penampilan dari watak animasi baru Puteri di PICC.
Karnival Upin dan Ipin 2014 PICC dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebentar tadi. Ia berlangsung selama tiga hari bermula semalam sehingga esok. Menurut laman web Upin dan Ipin di www.upindanipin.com.my, pelbagai program menarik diaturt sepanjang karnival bermula pada pukul 9 pagi hingga 9 malam. – MYNEWSHUB.CC

6 Gerai Di Medan Selera Di Alor Setar Musnah Dalam Kebakaran
Foto Hiasan
ALOR SETAR – Enam buah gerai makan di sebuah medan selera berhampiran Pasar Besar di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi. Sehubungan itu, polis sedang mengesan suspek yang dipercayai menyebabkan kebakaran itu dan dalam masa sama akan menyiasat sama ada kejadian itu berkait dengan penemuan cebisan al-Quran yang ditemui dibakar di kawasan medan selera yang sama pada Khamis lalu. Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata kejadian berlaku pada pukul 1.52 pagi tadi dan disedari anggota polis yang sedang membuat rondaan mencegah jenayah di sekitar kawasan tersebut. “Anggota polis yang membuat rondaan telah melihat kebakaran yang berlaku di kawasan medan selera tersebut sebelum memaklumkan kepada pihak bomba mengenai kejadian tersebut. Pemilik gerai dinasihatkan membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Zakaria berkata pihaknya masih belum mengetahui punca kebakaran kerana tiada saksi yang berada di tempat kejadian semasa kebakaran itu berlaku. “Kita masih belum mengetahui punca kebakaran tetapi kita minta pihak bomba jalankan siasatan dan sekarang menunggu laporan forensik daripada bomba untuk mengetahui punca sebenar kebakaran. Kita telah kenal pasti suspek dan akan jalankan tangkapan segera untuk membantu menyelesaikan kes ini,” katanya. Beliau meminta masyarakat supaya tidak membuat spekulasi dan bertindak sendiri kerana bimbang akan berlaku pergaduhan, dan pihak polis tidak memandang ringan kes itu, malah akan teruskan siasatan untuk selesaikan kes itu secepat mungkin. Sementara itu, Zakaria berkata lelaki yang ditahan berhubung kes cebisan al-Quran yang dibakar pada Khamis lalu masih berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi menjalani rawatan berikutan dipercayai mempunyai masalah mental. “Lelaki yang ditahan itu sedang dalam rawatan di HSB dan memang mempunyai rekod rawatan berkaitan sakit mental. Jadi kita akan siasat lebih lanjut untuk pastikan sama ada dia membakar cebisan al-Quran secara sengaja atau tidak,” katanya. Seorang daripada peniaga di medan selera itu, Goh Wing Keng, 53, yang telah berniaga di medan selera tersebut selama lebih 20 tahun berkata dia terkejut apabila mendapati gerainya terbakar ketika hendak membuka gerainya pada pagi tadi. “Pagi tadi masa hendak buka gerai berniaga saya terkejut apabila tengok gerai saya sudah terbakar dan sedih kerana tidak dapat berniaga. Saya sudah buat laporan polis,” katanya. Seorang lagi peniaga, Poh Tan Cheng, 72, pula berkata dia menerima panggilan sekitar pukul 5 pagi daripada rakannya yang memaklumkan bahawa gerainya terbakar sebelum bergegas ke tempat kejadian. “Saya terkejut tengok gerai musnah dan sedih sangat kerana saya sudah lama berniaga mi di sini dan sekarang saya terpaksa menghentikan jualan sementara. Saya sudah buat laporan polis dan saya harap siasatan dapat dijalankan dengan segera,” katanya. – BERNAMA

RON95 Mungkin 3 Sen Lebih Murah Pada RM2.27/Liter Mulai Dis
PETALING JAYA – Harga petrol RON95 mungkin tiga sen lebih murah pada RM2.27 seliter bermula 1 Dis, sekiranya harga purata minyak mentah dunia berada sekitar US$80 setong sepanjang November (US$1=RM3.35).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna boleh mengharapkan harga bahan api yang lebih murah memandangkan penurunan harga minyak mentah dunia sekarang dijangka berterusan sehingga dua tahun lagi.
“Tetapi sekiranya harga minyak dunia meningkat semula, sistem pengapungan terkawal akan turut mengikut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan 50 pelajar animasi di bawah program ‘Peneraju Skil Iltizam’ di sini, hari ini.
Kerajaan, pada 1 Dis, akan menghapuskan subsidi bagi petrol RON95 dan diesel dan menggantikannya dengan sistem pengapungan terkawal.
Ini berikutan harga bahan api global yang lebih rendah daripada harga pam bagi RON95 dan diesel. Harga RON97 ditentukan oleh sistem pengapungan terkawal sejak Julai 2010.
Sementara itu, program ‘Peneraju Skil Iltizam’ yang diuruskan oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, diwujudkan bagi memberikan peluang kedua kepada mereka yang cenderung meminati kemahiran vokasional daripada pencapaian akademik.
Program enam bulan itu adalah bagi menampung permintaan industri. Objektif utama adalah melahirkan pekerja Bumiputera berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan industri kreatif.
Terdahulu dalam ucapannya, Wahid berkata banyak peluang menanti dalam industri animasi dan ia sedang berkembang pesat.
Menurutnya, mengikut Laporan Industri Animasi Gobal 2014, saiz industri bernilai US$222 bilion pada 2013, dan dikuasai oleh Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, China, Perancis, Britain, Korea dan Jerman. – BERNAMA
TOP
Pengapungan Terkawal RON95 Beri Faedah Kepada Rakyat
SERDANG – Pengguna dan rakyat akan mendapat faedah terus daripada penjimatan subsidi melalui pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal bagi menentukan harga runcit petrol RON95 dan diesel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata penjimatan subsidi itu juga membolehkan kerajaan menambah peruntukan bagi pembangunan sosio ekonomi negara.
“Cuba bayangkan kalau kita boleh jimat antara RM10 bilion hingga RM20 bilion setahun, sudah tentu kita boleh tambah peruntukan dalam sektor yang kita anggap penting dalam konteks pembangunan sosio ekonomi negara.
“Bidang pertanian, pembangunan luar bandar, pendidikan dan kesihatan antara yang boleh kita tambah peruntukan, ini semua yang melibatkan sektor yang ada kaitan langsung dengan kesejahteraan rakyat.
“(Selain itu) kerajaan melaksanakan pengapungan terkawal ini untuk memberi faedah terus dalam keadaan harga minyak dunia semakin menurun, jadi bila semakin menurun, kita boleh buat pengubahsuaian mengikut harga pasaran minyak sedunia,” katanya.
Najib berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2014, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di sini, hari ini.
Kaedah pengapungan terkawal itu yang akan dilaksanakan pada 1 Dis ini adalah sama seperti pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010.
Berikutan itu, bermula pada tarikh tersebut tiada lagi subsidi bagi kedua-dua bahan bakar itu memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kaedah itu juga dapat mendidik rakyat bahawa kenaikan mahupun penurunan harga minyak di negara ini bukan tertakluk kepada kuasa kerajaan tetapi bergantung kepada harga pasaran dunia.
“Jadi jangan kerajaan dipersalahkan waktu harga naik, sebab ini di luar kawalan mana-mana kerajaan sekalipun, ia bergantung kepada harga pasaran sedunia,” katanya.
Beliau berkata subsidi minyak mempunyai banyak ketirisan dan menyebabkan kerajaan rugi berbilion ringgit setahun antaranya kerana aktiviti penyeludupan yang berleluasa.
“Minyak ini subsidi pukal, jadi orang kaya dapat lebih faedah daripada yang berpendapatan rendah, penyeludupan juga berleluasa, lepas tu pelancong yang datang beli minyak dengan kita, jadi subsidi minyak ini banyak ketirisan dan kerugian,” katanya.
Menurut beliau, selain subsidi minyak, kerajaan ada cara lain untuk menolong rakyat dan kaedah pengapungan terkawal itu tidak bermakna kerajaan menghapuskan pemberian subsidi sama sekali.
“Sebab itu subsidi bersasar lebih besar manfaatnya, maknanya kita tak hapuskan bantuan kepada rakyat melalui subsidi dalam bentuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, insentif kepada nelayan, perumahan rakyat (dan) pendidikan,” katanya. – BERNAMA
MestiQQ Adalah perusahaan judi online KELAS DUNIA ber-grade A
ReplyDeleteSudah saatnya Pencinta POKER Bergabung bersama kami dengan Pemain - Pemain RATING-A
Hanya dengan MINIMAL DEPOSIT RP. 10.000 anda sudah bisa bermain di semua games.
Kini terdapat 8 permainan yang hanya menggunakan 1 User ID & hanya dalam 1 website.
( POKER, DOMINO99, ADU-Q, BANDAR POKER, BANDARQ, CAPSA SUSUN, SAKONG ONLINE, BANDAR66 )
PROSES DEPOSIT DAN WITHDRAWAL CEPAT Dan AMAN TIDAK LEBIH DARI 2 MENIT.
100% tanpa robot, 100% Player VS Player.
Live Chat Online 24 Jam Dan Dilayani Oleh Customer Service Profesional.
Segera DAFTARKAN diri anda dan Coba keberuntungan anda bersama MestiQQ
** Register/Pendaftaran : WWW-MestiQQ-POKER
Jadilah Milionare Sekarang Juga Hanya di MestiQQ ^^
Untuk Informasi lebih lanjut silahkan Hubungi Customer Service kami :
BBM : 2C2EC3A3
WA: +855966531715
SKYPE : mestiqqcom@gmail.com