TOP
Arsenal 3-3 Anderlecht: Wenger Kecewa, Runsing
PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger kecewa dan runsing dengan aksi anak didiknya apabila gagal mengutip tiga mata penuh walaupun berjaya mengatasi Anderlecht 3-0 pada 60 minit pertama saingan Liga Juara-juara Eropah, awal pagi Rabu.
Dalam saingan kumpulan D itu, Arsenal hanya mampu mengutip satu mata apabila sekadar seri 3-3 di Stadium Emirates.
Turun sebagai tuan rumah, Arsenal bermula garang dengan mempamerkan aksi seperti sebuah pasukan yang mampu menjuarai Liga Juara-juara Eropah.
Peluang diberikan penalti pada minit ke-25 berjaya disempurnakan oleh Mikel Arteta, sebelum Alexis Sanchez menggandakan jaringan pada minit ke-29.
Bagaikan belum puas dengan jaringan tersebut, Alex Oxlade-Chamberlain pula tampil sebagai hero dengan menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-58.
Keputusan yang memberikan keselesaan kepada penyokong dan pemain Arsenal itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila Anderlecht mula mempamerkan kebangkitan. Bekas pemain Portsmouth, Anthony Vanden Borre berjaya mendapatkan gol pertama buat pasukan pelawat pada minit ke-61 sebelum Anderlecht dihadiahkan penalti dan disempurnakan pemain sama. Ketika permainan berada di penghujungnya, Aleksandar Mitrovic menjadi dalang dengan menyekat kegembiraan Arsenal apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-90. Sementara itu, Wenger yang jelas kecewa dengan keputusan tersebut menyifatkan kegagalan berkenaan berpunca daripada barisan pertahanan. "Ia merupakan persembahan buruk daripada pertahanan. Kami telah menang 3-0, tetapi akhirnya hanya seri 3-3. Kami telah dihukum oleh sikap," katanya. - mstar

Keputusan Liga Juara-Juara
Penyerang Real Madrid, Christiano Ronaldo (kiri) cuba mengelecek bola daripada pemain pertahanan Liverpool Martin Skrtel ketika perlawanan Liga Juara-Juara di Stadium Santiago Bernabeu stadium di Madrid awal pagi Rabu. -Foto AFP.
BERIKUT keputusan perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara:
Kumpulan A
Juventus (ITA) 3 Olympiakos (GRE) 2
Malmo (SWE) 0 Atletico Madrid (ESP) 2
Kumpulan B
Basel (SUI) 4 Ludogorets Razgrad (BUL) 0
Real Madrid (ESP) 1 Liverpool (ENG) 0
Kumpulan C
Zenit St. Petersburg (RUS) 1 Bayer Leverkusen (GER) 2
Benfica (POR) 1 Monaco (FRA) 0
Kumpulan D
Arsenal (ENG) 3 Anderlecht (BEL) 3
Borussia Dortmund (GER) 4 Galatasaray (TUR) 1
- mstar

Keputusan Tribunal Timbang Tara Berpihak Kepada Malaysia
SINGAPURA: Keputusan oleh Mahkamah Tetap Timbang tara baru-baru ini ke atas isu berkaitan tuntutan pembangunan mengikut Keputusan Perjanjian (POA) ke atas sebidang tanah bekas milik Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Singapura, memihak kepada Malaysia, kata rakan Pengurusan Pengetahuan ZICOlaw Paul Subramaniam.
Beliau berkata perjanjian pertukaran tanah itu bertujuan memecah kebuntuan mengenai pemindahan Stesen Tanjung Pagar di Singapura, milik KTM, ke Woodlands.
Subramaniam berkata Perdana Menteri Datuk Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong pada tahun 2010, bersetuju bahawa tapak Tanjung Pagar dan tanah KTM di Kranji, Woodlands dan Bukit Timah di Singapura ditukarkan dengan tanah di Ophir-Rocher dan Marina South, juga di Singapura.
Kawasan Kranji, Woodlands dan Bukit Timah akan dimajukan oleh sebuah syarikat, M+S Pte Ltd, syarikat usaha sama 60:40 antara Khazanah Nasional Bhd dari Malaysia dan Temasik Holdings Singapura.
"Perjanjian antara kedua-dua perdana menteri itu terkandung dalam POA. Bagaimanapun, pertikaian muncul membabitkan tafsiran POA iaitu sama ada Singapura boleh mengenakan caj pembangunan tanah standard ke atas tiga tapak yang dianggarkan sebanyak SG$1.4 bilion," kata Subramaniam kepada Bernama.
Isu itu dirujuk kepada Mahkamah Tetap Timbang tara susulan persetujuan antara pihak-pihak yang terlibat.
Pada 30 Okt, Mahkamah Tetap Timbang tara bersetuju dengan tafsiran Malaysia terhadap POA dan memutuskan bahawa Malaysia tidak perlu membayar semua atau sebarang caj pembangunan untuk kawasan Kranji, Woodlands dan Bukit Timah kepada Singapura.
"Ini merupakan kejayaan Malaysia, namun yang lebih penting, ia membolehkan pembangunan yang tertangguh akibat perbezaan tafsiran ke atas POA antara Malaysia dan Singapura, diteruskan.
"Seperti yang telah dinyatakan, pembangunan itu akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara melalui syarikat usaha sama Khazanah Nasional dan Temasik Holdings, M+S Pte Ltd," kata Subramaniam.
ZICOlaw Knowledge menyediakan penerbitan terkini mengenai perubahan kawal aturan undang-undang, analisis perbandingan undang-undang dan maklumat mengenai perspektif perniagaan di Asean.
ZICOlaw ialah rangkaian bersepadu perundangan bebas dan penyedia perkhidmatan profesional yang berkaitan, di rantau ini, dengan operasi di Australia, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, dan Vietnam. - mstar
TOP
PDRM, CNB Singapura Gagal Cubaan Seludup Dadah RM5.2 Juta
Noor Rashid (dua dari kiri) bersama Mohd Mokhtar (kiri) melihat dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Johor, Rabu.
JOHOR BAHARU: Polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk dan mengedar dadah bernilai RM5.2 juta di negeri ini termasuk yang dibawa menggunakan kontena menerusi Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, di sini. Kejayaan itu adalah hasil penahanan tiga lelaki dalam beberapa serbuan di bandar raya ini Selasa, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim. Beliau berkata, serbuan terhadap dua lelaki tempatan dan seorang lelaki rakyat Singapura itu dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dengan kerjasama Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura, bermula pukul 6 pagi. "Daripada ketiga-tiga lelaki terbabit, polis merampas sejumlah 63,500 pil psikotropik dan 81 liter cecair disyaki dadah. "Ekoran daripada penahanan itu, polis kemudian berjaya mengesan sebuah kontena di pelabuhan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu. Hadir sama Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Pengarah Biro Narkotik Pusat Singapura Ng Ser Song. Noor Rashid berkata, polis kemudian memeriksa 360 kampit guni yang diisytihar mengandungi serbuk soda (soda ash) di dalam kontena tersebut dan menemui tiga kampit guni daripadanya yang mengandungi 150 kilogram ketamin dan 484 gram syabu. Beliau berkata, sehubungan itu, polis merampas dua kereta jenis Proton Exora dan Wira daripada ketiga-tiga lelaki yang berumur 41 tahun hingga 54 tahun itu. Katanya, kesemua mereka kini direman selama seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. "Hasil siasatan mendapati kontena itu dibawa masuk dari Karachi, Pakistan melalui pelabuhan berkenaan dan diisytiharkan membawa serbuk soda untuk kegunaan membuat barangan kaca dan cermin. - mstar

MH17: Malaysia Bakal Sertai Pasukan Penyiasat
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyambut ketibaan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte di perkarangan Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada Rabu. Beliau diraikan dalam Istiadat Sambutan Rasmi dan kemudian memeriksa barisan kawalan kehormat terdiri daripada 106 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dalam lawatan sehari ke Malaysia. -Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Malaysia akan dilantik sebagai ahli penuh dalam kumpulan penyiasat mengenai MH17 yang akan diketuai oleh Belanda, Perdana Menteri Malaysia dan Belanda mengumumkan perkara tersebut pada Rabu. Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatnya dari Belanda, Mark Rutte yang kini berada dalam rangka lawatan sehari di negara ini berkata kedua-dua negara menyedari kepentingan Malaysia dalam pasukan penyiasat tersebut. "Saya ingin menyatakan seramai 43 orang yang meninggal dunia dalam nahas MH17 merupakan rakyat Malaysia, jadi adalah satu perkara yang sangat logik untuk Malaysia terlibat (dalam penyiasatan tersebut)," kata Rutte dalam sidang media bersama yang diadakan di sini. Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Duta Malaysia di Belanda mengenai mengapa Malaysia masih tidak terlibat dalam pasukan penyiasat mengenai nahas MH17. Najib turut memberikan ulasan mengenai kenyataan Rutte, sambil berkata beliau menjangkakan 'perkembangan yang lebih bermakna' dalam tempoh beberapa hari dengan penglibatan Malaysia dalam pasukan penyiasat berkenaan. - mstar

Pistol Tiruan Buatan Israel Dirampas
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan (tengah) memeriksa sepucuk pistol tiruan jenis Desert Eagle 50AE buatan Israel dalam satu serbuan di sebuah rumah di Batu 6 1/2 Simpang Empat, Alor Setar pada Ahad.
ALOR SETAR: Polis Daerah Kota Setar merampas sepucuk pistol tiruan jenis Desert Eangle 50AE buatan Israel Military Industries Ltd di sebuah rumah di Batu 6 1/2 Simpang Empat dekat sini Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu, pihaknya turut menahan seorang penganggur berusia 32 tahun. Beliau berkata hasil maklumat awam, pihaknya menemui pistol tersebut, peluru plastik dan gas pistol yang disorok dalam bilik utama rumah tersebut. Katanya hasil siasatan awal mendapati suspek membeli pistol itu di Thailand dengan harga RM1,000 kononnya untuk menembak musang yang sering berkeliaran di rumahnya. "Kita sedang menyiasat motif suspek memiliki pistol tersebut kerana pistol tersebut boleh membunuh sekiranya menggunakan peluru besi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini, Rabu. Adzaman berkata suspek kini direman bermula Ahad lepas sehingga Khamis ini bagi membantu siastan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960. Sementara itu, polis melumpuhkan kegiatan mencuri motosikal berikutan penahanan 11 suspek berusia antara 16 hingga 23 tahun dalam serbuan berasingan pada 19 Okt lepas di bawah Ops Lejang. Beliau berkata dua suspek berusia 16 dan 19 tahun dikesan mencuri sebuah motosikal di Stadium Darul Aman ketika perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Kedah dengan Pahang, kira-kira pukul 9 malam. Katanya selepas tertangkapnya dua suspek tersebut, pihaknya turut menahan sembilan lagi suspek berusia 17 hingga 23 tahun di sekitar sini pada 19 dan 20 Okt. "Dengan tertangkapnya 11 suspek itu, kita berjaya selesaikan satu kes pecah bengkel, dua kecurian kereta, satu kes pecah sekolah dan tujuh kes kecurian motosikal," katanya. Beliau berkata kesemua suspek direman sejak 20 Okt sehingga Khamis ini bagi membantu siastan. - mstar

Pemain Man United dan Pasangan Derma £210,000 Untuk Unicef
BARISAN pemain dan pegawai Manchester United menyumbangkan sebanyak £210,000 untuk aktiviti amal sempena majlis makan malam Gala Unicef kali ke-15 pada Selasa.
Pada makan malam yang turut tertumpu di Madrid dan London itu, Louis van Gaal dan anak didiknya berkumpul di Old Trafford untuk mengumpul dan memberikan sumbangan mereka kepada organisasi kanak-kanak sedunia itu.
Pemain dan pegawai United yang hadir bersama pasangan masing-masing turut bergambar sebelum majlis dimulakan.
Andres Lindegaard hadir bersama isterinya Misse (kiri) dan Chris Smalling dengan temanya Sam Cooke.
Darren Fletcher dan isteri Haley (kiri) manakala kanan ialah Daley Blind dan temanya Candy Rae.
Angel Di Maria dan isteri, Jorgelina bersama pasangan Tyler Blackett dan teman wanitanya Naomi Thomas.
Sir Bobby Charlton dan isterinya Lady Norma (kiri) manakala kanan ialah pasangan Louis van Gaal dan isterinya Truss.
Turut hadir pada majlis yang dihoskan oleh penyampai sukan Mike Bushell itu ialah selebriti seperti Robin Windsor, Chris Bisson dan ahli kumpulan rock indie, The Enemy.
Satu aktiviti lelongan turut diadakan bagi mengumpul dana bagi membiayai usaha Unicef dalam melindungi kanak-kanak di seluruh dunia.
Radamel Falcao dan pasangan, Lorelei Taron manakala Robin van Persie bersama isteri Bouchra.
Phil Jones dan pasangan, Kaya Hall manakala Jonny Evans (kiri) bersama isterinya Helen.

Van Gaal Arah United Dapatkan Ron Vlaar
PENGENDALI Manchester United, Louis van Gaal dilaporkan telah memberi 'lampu hijau' kepada kelab itu untuk memulakan urusan mendapatkan pertahanan Aston Villa, Ron Vlaar.
Krisis kecederaan barisan pemain pertahanan United sejak awal musim memaksa jurulatih kelahiran Belanda itu mendapatkan pertahanan baharu terutamanya pada tingkap pemindahan pemain Januari akan datang.
Menurut The Mirror, Van Gaal telah mensasarkan Vlaar yang juga pemain Belanda sebagai calon terbaik untuk menggantikan Marcos Rojo dan Jonny Evan.
Kedua-dua pemain pertahanan tengah itu mengalami kecederaan dengan Rojo akan berehat selama tiga bulan selepas bahunya terkehel ketika menentang Manchester City.
Kontrak Vlaar dengan Aston villa dijangka tamat pada hujung musim ini dan perkara itu memaksa kelab berkenaan perlu menjualnya pada harga rendah. Berdasarkan laporan terbaharu, Arsenal yang dihimpit masalah pertahanan juga dijangka bersaing dengan United untuk mendapatkan Vlaar. - mstar

Kastam KLIA Patahkan Cubaan Seludup Dadah, Wang Asing
SEPANG: Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki warga Filipina untuk menyeludup 3.5 Kilogram dadah jenis methamphetamine pada Selasa minggu lalu.
Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, suspek berusia 30-an itu tiba di KLIA dari Hong Kong pada hari tersebut dengan membawa sebuah bagasi dan kotak kertas.
Menurutnya, setelah imbasan dilakukan pada kotak tersebut, anggota Kastam merasa curiga terhadap kandungannya dan setelah dibuka ia berisi sebuah pemanas air.
"Hasil pemeriksaan di dalam pemanas air itu, kita telah menemui satu bungkusan serbuk putih dipercayai methamphetamine bernilai RM655,000.
"Berikutan itu, suspek telah direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media KLIA di sini, Rabu.
Selain itu, Khazali menambah, pada hari sama, pihaknya turut berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk mata wang asing menerusi kiriman bungkusan dari Amerika Syarikat. Menurutnya, curiga dengan bungkusan yang dikirim menerusi kargo Penerbangan Malaysia (MAS), penguatkuasa Kastam telah membuat penyerahan kepada pengirim yang terdiri daripada dua lelaki warga Afrika di Puchong dekat sini. "Selepas mereka menerima bungkusan berkenaan, kedua-dua suspek berusia 20-an telah ditahan dan pemeriksaan terhadap bungkusan itu menemui dua patung Teddy Bear. "Di dalam patung itu, terdapat bungkusan berisi mata wang AS$97,500 (RM320,701). Pemeriksaan lanjut mendapati ia merupakan mata wang asli untuk diperdagangkan," jelas Khazali. Beliau berkata, sehubungan itu, kedua-dua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 135 (1)(E) Akta Kastam 1967. - mstar

PPS Diminta Patuh Arahan KDN - Polis
Anggota PPS menyertai perbarisan pada sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lalu di Pulau Pinang.
GEORGE TOWN:Semua anggota pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) perlu mematuhi arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengisytiharkan pertubuhan itu menyalahi undang-undang. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, berikutan itu, polis meminta anggota PPS menyerahkan semua kelengkapan dan peralatan mereka seperti vest dan baju dengan logo PPS kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam kadar segera. "Jika gagal berbuat demikian polis boleh ambil tindakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Bacaan Ikrar Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, Rabu. Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dalam kenyataan pada Selasa berkata, Menteri Dalam Negeri mengisytiharkan PPS Pulau Pinang sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966. PPS yang ditubuhkan kerajaan negeri pimpinan DAP lima tahun lepas dilaporkan mempunyai 296 kumpulan yang beroperasi di bawah 40 kawasan dengan memperoleh sumber kewangan daripada kerajaan negeri. Sementara itu, Abdul Rahim berkata, Pejabat Peguam Negara masih membuat penelitian berhubung kertas siasatan penahanan 157 anggota PPS Pulau Pinang pada 31 Ogos lepas. "Kami masih menunggu arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya iaitu sama ada mendakwa mereka atau sebaliknya," katanya. Pada 31 Ogos lepas, 155 anggota PPS, termasuk pengerusinya, Phee Boon Poh yang juga anggota Exco kerajaan negeri, ditahan kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer ditahan sehari selepas itu, manakala Timbalan Pengerusi PPS merangkap Anggota Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik ditahan pada 4 September. - mstar

Ibu Remaja OKU Terbiar di Nilai Mengaku Bersalah
Muhammad Firdaus yang kini mendapat rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar semakin pulih.
SEREMBAN: Seorang ibu berusia 40 tahun yang didakwa atas dua tuduhan dengan sengaja mengabaikan anaknya yang merupakan seorang remaja terencat akal lelaki berusia 15 tahun di sebuah flat di Nilai pada 20 Jun lalu hari ini menukar pengakuannya kepada bersalah. Sebelum ini Lolanopita Sadi mengaku tidak bersalah terhadap tertuduhan yang dikemukakan ke atasnya di mahkamah yang sama pada 27 Jun lalu.
Lolanopita Sadi.
Suspek yang memakai tudung dan baju berwarna ungu muda, turut diiringi oleh wanita yang tidak dikenali hanya mengangguk kepalanya dan mengakui bersalah sebaik sahaja jurubahasa selesai membaca kedua-dua pertuduhan terhadapnya. Bagi pertuduhan pertama, Lolapita dituduh dengan sengaja mengabaikan Muhammd Firdaus Dullah yang boleh menyebabkan kecederaan emosi dan fizikal pada Januari dan 21 Jun dalam sebuah bilik di flat Taman Semarak, Nilai. Dia didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, jika didapati bersalah dia boleh dikenakan denda maksimum RM20,00 atau penjara 10 tahun, atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan kedua, dia didakwa dengan sengaja membiarkan Muhammad Firdaus tanpa pengawasan yang munasabah di rumah yang sama pada 26 Jun pukul 2.30 pagi. Suspek didakwa di bawah Seksyen 33(c) akta yang sama, jika didapati bersalah dia boleh dikenakan denda hingga RM5,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali. Hakim Kamarudin Kamsun menetapkan 17 November untuk menetapkan bentuk hukuman yang akan dikenakan. - mstar

Rozana Diminta Kemukakan Bukti Pernikahannya Dengan Awie Tidak Didaftarkan
Rozana (kiri) turut ditemani kakaknya iaitu aktres Haliza Misbun. Foto RAJA FAISAL HISHAN
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu mengarahkan isteri kepada penyanyi Awie iaitu Rozana Misbun mengemukakan akuan bersumpah sebagai bukti berhubung dakwaannya mengatakan perkahwinan mereka tidak didaftarkan di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain menetapkan tarikh 26 November ini untuk Rozana menyerahkan akuan bersumpah berhubung perkara itu daripada pegawai jabatan agama berkenaan. "Apabila pihak Rozana menyatakan tiada sebarang pendaftaran pernikahan dibuat, maka kenyataan secara sumpah daripada pegawai terbabit perlu dibuat bagi mengesahkan kedudukan tersebut. "Sekiranya pihak lain (Awie) berhasrat membuat soal balas, maka sepina akan dikeluarkan. Barulah ia boleh dijadikan rujukan. Saya tidak mahu kes ini menimbulkan perkara yang tidak tepat," hujahnya. Dakwaan bahawa perkahwinan itu tidak pernah didaftarkan muncul selepas Rozana meragui permohonan Awie yang turut melampirkan bersama surat nikah mereka ketika mengemukakan permohonan hak jagaaan anak (hadanah) secara ex-parte.
Awie bersama wakil peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.
Rozana seterusnya menyiasat perkara itu sebelum pihak JAIPP mengeluarkan surat menyatakan tiada pendaftaran dibuat oleh Awie berhubung pernikahan mereka. Mahkamah menetapkan 26 November depan untuk Rozana memasukkan afidavit berhubung akuan bersumpah tersebut, manakala 18 Disember untuk pihak Awie melakukan soal balas. Sementara itu, bagi kes hak jagaan anak, pihak mahkamah menetapkan tarikh 27 November untuk pendengaran permohonan itu. Penyanyi yang popular dengan lagu Tragedi Oktober itu turut hadir bersama wakil peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005 dan memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4. Penyanyi itu turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12. Terdahulu pada 18 September lalu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengarahkan Awie membayar kos guaman sebanyak RM900 kepada Rozana selepas bantahannya berhubung permohonan Rozana bagi mengenepikan perintah hak jagaan anak secara sebelah pihak yang diperolehnya ditolak. Dalam kejadian lain Awie telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun 2013. Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. - mstar

PTPTN: Data Peribadi Lebih 500,000 Peminjam Degil Disenarai CCRIS
KUALA LUMPUR: Bermula Januari 2015, seramai 173,985 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal melunaskan bayaran pinjaman membabitkan tunggakan sebanyak RM1.23 bilion akan disenaraikan dalam Sistem Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Jumlah itu adalah kumpulan pertama daripada keseluruhannya 558,475 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik pembiayaan yang mencecah RM4.3 bilion sehingga 30 September lalu.
Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, peminjam terawal yang disenaraikan dalam CCRIS itu membabitkan mereka yang gagal menjelaskan bayaran dalam tempoh tiga tahun (bermula 2010 dan sebelumnya) daripada tarikh yang ditetapkan untuk berbuat demikian
"Langkah yang akan dilaksanakan ini bertujuan mendisiplinkan peminjam supaya lebih bertanggungjawab menjelaskan pinjaman.
"Penguatkuasaan sistem ini juga bagi menyediakan peruntukan pinjaman pendidikan berjumlah RM5 bilion setiap tahun kepada peminjam baharu," katanya pada sidang media pengumuman pelaksanaan penyenaraian peminjam PTPTN di dalam CCRIS di sini, Rabu.
Jelasnya, keputusan tersebut merupakan langkah terbaik buat masa ini memandangkan pelbagai ruang dan peluang telah diberikan kepada peminjam ini supaya melunaskan pinjaman mereka.
"Ia keputusan yang terpaksa kita ambil... adalah tidak adil bagi pemohon baharu jika hak mereka dinafikan dan kita masih beri ruang dan peluang kepada peminjam yang berdegil melunaskan pinjaman mereka," katanya.
Shamsul Anuar berkata, sehingga 30 September lalu, jumlah keseluruhan bayaran balik pinjaman pendidikan yang diterima adalah RM5.41 bilion membabitkan 996, 610 peminjam.
Beliau berkata, CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam, sebaliknya berfungsi sebagai rujukan rekod kredit.
"CCRIS adalah sistem yang mengumpul maklumat mengenai individu yang membuat pinjaman daripada institusi kewangan dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan lain.
"Maklumat yang diperoleh untuk membentuk pandangan mengenai sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka," katanya.
Beliau berkata, maklumat di dalam CCRIS merangkumi data pengenalan diri peminjam seperti nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir serta maklumat berkaitan pinjaman peminjam.
"Dengan penyenaraian butiran peminjam, institusi kewangan akan mempunyai maklumat kredit yang lebih menyeluruh semasa membuat pertimbangan permohonan kredit," katanya.
Shamsul yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, dengan pelaksanaan sistem ini, peminjam tegar khususnya akan lebih bertanggungjawab untuk memastikan komitmen bayaran bulanan mereka dibuat secara konsisten.
"Kegagalan mereka berbuat demikian boleh menjejaskan tahap kepercayaan kredit peminjam PTPTN tersebut. Sekiranya rekod pembayaran baik dan konsisten, laporan kredit CCRIS akan membantu mereka dalam memohon kelulusan pinjaman baharu," katanya.
Justeru, beliau menasihatkan peminjam yang masih belum membuat bayaran balik untuk hadir ke mana-mana 25 cawangan PTPTN di seluruh negara bagi berbincang mengenai kaedah pembayaran balik selewat-lewatnya 31 Disember ini.
Katanya, PTPTN menyediakan tiga pilihan pembayaran balik pinjaman iaitu memberikan diskaun 20 peratus kepada peminjam yang membuat penyelesaian penuh sekali gus, penjadualan semula pinjaman dengan penyelesaian secara ansuran dalam tempoh 12 bulan dan mendapat rebat 10 peratus serta penstrukturan semula hutang dengan amaun ansuran berasaskan kemampuan tidak melebihi umur 60 tahun.
"Kita tidaklah kejam. Bagi mereka yang tidak berkemampuan, mereka boleh datang berunding dengan kita. Kita akan cari penyelesaian terbaik bagi mengelakkan mereka disenaraikan dalam CCRIS," katanya. - mstar
TOP
Fatwa Haram SIS: Pemuda PAS Sokong Mais
Muhammad Khalil Abdul Hadi
PETALING JAYA: Pendirian dan tindakan Sisters In Islam (SIS) selama ini mewajarkan ia diharamkan serta merta tanpa kompromi, demikian kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP), Muhammad Khalil Abdul Hadi. Malahan, DPP juga menganggap ketegasan terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu perlu kerana kedegilannya telah mencetus pelbagai polemik fahaman dan pegangan umat Islam di negara ini. Sehubungan itu, katanya, Pemuda PAS berdiri bersama dengan keputusan pihak Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang mewartakan fatwa pengharaman SIS Julai lalu. "DPP kesal, SIS bersikap mencabar pihak berkuasa agama negara ini dan kontradik dengan keterbukaan yang diperjuangkan sendiri apabila gagal menjawab atau menjelaskan segala dakwaan atas mereka terutama berkaitan kesesatan pegangan SIS. "SIS hanya berselindung dan beralasan dengan kebebasan bersuara dan hak memberikan pandangan," katanya dalam kenyataannya pada Rabu. Ia susulan tindakan SIS yang memfailkan semakan kehakiman kerana tidak berpuas hati dengan fatwa Mais terhadap pengharaman itu dengan alasan mereka tidak menentang sebarang undang-undang sebaliknya hanya menggunakan hak kebebasan sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan. Muhammad Khalil menegaskan, bertunjangkan isu feminisme yang diperjuangkan, SIS semakin berani menyanggah asas Islam pegangan masyarakat negara ini iaitulah mensepakati pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. "Selain mempermain-main dan menyindir usaha penegasan syariat Islam kepada masyarakat Muslim negara ini seperti isu tudung wanita di Kelantan dan mencabar fatwa pengharamannya kerana berpegang kepada pluralisme dan liberalisme agama," katanya. - mstar

Jenazah Pelajar Maut Ketika Maraton Dikebumi
HULU TERENGGANU: Jenazah pelajar yang hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang dan ditemui meninggal dunia kemudiannya, selamat dikebumikan awal pagi Rabu.
Jenazah Ahmad Rafikin Azman, 16, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dikebumikan kira-kira pukul 1.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara di Kuala Berang di sini.
Suasana pilu menyelubungi semasa pengkebumian diadakan.
Terdahulu jenazah dimandi dan dikafan di Hospital Hulu Terengganu sebelum disembahyangkan di Masjid Jalan Pusara yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Ahmad Rafikin
Ahmad Rafikin dilaporkan hilang Sabtu lalu setelah tidak menamatkan perlumbaan Maraton Gunung Gajah Terom sebelum bapanya Azman Othman membuat laporan polis pada hari yang sama. Mayat pelajar Tingkatan Empat itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 3.30 petang semalam di celah batu tidak jauh dari trek perlumbaan. Walaupun merasa sedih, namun Azman bersyukur kerana anaknya dapat ditemui walaupun bukan dalam keadaan yang diharapkannya. "Kami sekeluarga bersyukur dapat kembali anak kami dan apa yang terjadi, kami redha dengan takdir Ilahi. Terima kasih pada semua pihak yang terlibat sepanjang empat hari pencarian sehingga semuanya selesai dengan selamat," katanya kepada pemberita selepas majlis pengkebumian jenazah anak bongsunya dari tiga beradik itu. - mstar

JIPS Tubuh 24 Pasukan Khas Pantau Premis Judi
KUALA LUMPUR: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) menubuhkan 24 pasukan khas di seluruh negara bagi memantau dan memeriksa premis mesin judi yang telah diserbu tetapi dikatakan masih beroperasi.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Zubaidah Md Ismail berkata ia berikutan terdapat premis mesin judi haram yang masih beroperasi walaupun telah diserbu dan diarah tutup sebelum ini.
Katanya lagi, pihaknya mengaku ada menerima aduan dan maklumat mengenai segelintir pegawai dan anggota polis yang bersubahat dengan sindiket perjudian bagaimanapun siasatan akan dijalankan bagi memastikan kesahihan maklumat.
"Hasil pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan pasukan khas itu akan ditulis dalam satu bentuk laporan.
Laporan itu akan diserahkan kepada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar dan beliau sendiri akan memutuskan bentuk tindakan yang akan dikenakan kepada ketua polis negeri, daerah mahupun balai kerana gagal mengawal kegiatan judi haram di kawasan mereka," katanya kepada pemberita di Bukit Aman, di sini, Rabu.
Bagaimanapun, pegawai dan anggota polis tidak perlu khuatir dengan langkah yang diambil JIPS sebaliknya ia bertujuan bagi membersihkan nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari terlibat dengan kegiatan judi haram, kata Zubaidah.
Katanya, sejak Januari hingga Oktober lepas, pihaknya menerima 57 aduan dan 13 maklumat berhubung dengan kegiatan mesin perjudian dan perjudian terbuka di seluruh negara.
Tambahnya, JIPS akan memastikan semua warga PDRM mematuhi arahan, prosedur dan undang-undang yang terpakai dalam menangani kegiatan judi haram itu.
"Antara langkah yang diambil adalah memastikan ketua-ketua polis dan pesuruhjaya polis negeri dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas kegiatan mesin judi haram yang beroperasi di kontinjen masing-masing.
Mengesyorkan KPN untuk mengambil tindakan tegas, menjalankan semakan dari semasa ke semasa ke atas laporan-laporan polis yang dibuat terhadap serbuan mesin judi haram dan mewujudkan Hotline 1800-880-222 bagi memudahkan anggota masyarakat mengemukakan aduan, maklumat atau laporan," katanya.
Beliau berkata PDRM amat komited dalam membanteras aktiviti judi haram demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
"PDRM mengharapkan anggota masyarakat akan terus memberikan kerjasama dengan berkongsi maklumat tentang sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan usaha murni ini," katanya. - mstar
TOP
Fiza Halim Nyaris Dibuli Pemandu Teksi
Fiza bersama suaminya Adam (AF2)
PETALING JAYA: Pelakon Fiza Halim melalui satu detik ngeri apabila nyaris dibuli pemandu teksi di lebuhraya Selayang-Kepong dekat sini minggu lalu. Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, berkata, semasa melalui jalan berkenaan bersama seorang anak saudaranya, tiba-tiba muncul sebuah teksi yang berhenti secara mengejut lalu menghalang kereta dipandunya. "Seorang pemandu teksi berlaku kurang ajar ditengah jalan, sudahlah membawa teksi seperti orang gila, selepas itu dia boleh halang kereta saya dengan berhenti secara tiba-tiba. "Kalau ada lori datang daripada belakang memang kena langar jawabnya kereta saya. Pemandu teksi itu kemudian keluar dan marah-marah, dia fikir saya seorang sahaja dalam kereta itu. "Nasib baik ada anak buah saya yang berbadan besar keluar untuk selesaikan perkara itu, terus dia kecut perut," ujarnya kepada mStar Online di sini pada Selasa. Fiza juga berkata, disebabkan perangai seorang pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab itu, ia telah memberi persepsi buruk terhadap perkhidmatan pemandu teksi lain. "Tolonglah jangan jadi pembuli jalan raya terutamanya kepada kaum wanita. Saya akan laporkan perkara ini ke pihak yang berkenaan. "Disebabkan seorang pemandu teksi berperangai sebegini akan menyebabkan orang beri persepsi buruk kepada semua pemandu teksi lain," katanya yang tertanya-tanya apakah kesalahannya sehingga terjadinya insiden sedemikian. Sementara itu, suaminya penyanyi Adam (AF) berkata, dia bersyukur isterinya tidak diapa-apakan dalam kejadian tersebut. Adam berkata, dia tidak berada ditempat kejadian ketika itu kerana menyelesaikan perkara lain. "Alhamdulillah dia tidak diapa-apakan, dia ada beritahu saya dan menceritakan hal tersebut. Saya hanya nasihatkan dia supaya bersabar dan lebih berhati-hati selepas ini terutama jika keluar bersendirian. "Setakat ini, kami tidak ambil apa-apa tindakan lagi, cuma saya harap tiada lagi kejadian sebegini berlaku," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Azmin Cadang Mufti & Mais Adakan Pertemuan Dengan SIS
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Azmin Ali pada Rabu mengemukakan cadangan agar Mufti Selangor, Dato Seri Mohd Tamyes Abd Wahid dan pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan pertemuan dengan Sisters In Islam (SIS) bagi menyelesaikan kontroversi berhubung fatwa terhadap badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan.
Azmin berkata, pertemuan mufti dan Mais dengan SIS perlu untuk mengelak kekeliruan dan salah faham mengenai isu SIS yang memohon semakan kehakiman mengenai fatwa Mais dan beliau mengemukakan cadangan itu setelah diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Selepas membaca kenyataan SIS di media, saya telah menghubungi Mufti Selangor untuk mendapat penjelasan mengenai isu tersebut.
"Isu ini kemudiannya dibincangkan di Mesyuarat Dewan Diraja Selangor yang kebetulan berlangsung pada 3 November 2014 untuk mendapatkan penjelasan langsung daripada Mufti Selangor dan Pengerusi Mais.
"Daripada penjelasan yang diberikan Mufti Selangor dan Mais pada Mesyuarat Dewan Diraja Selangor, saya telah mencadangkan, dengan perkenan Tuanku Sultan, supaya Mufti Selangor dan Mais mengadakan dengan SIS untuk mengelak kekeliruan dan salah faham,” kata Azmin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Azmin turut mengingatkan orang ramai bahawa beliau bukan Ahli Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Pejabat Menteri Besar juga tidak mempunyai kuasa dalam hal berkaitan fatwa.
"Saya benar-benar berharap dengan konsultasi dan pertemuan yang dijalankan tanpa prasangka, akan membantu untuk membawa suasana harmoni sepertimana yang dianjurkan oleh Islam," katanya.
Jumaat lalu, SIS menfailkan semakan kehakiman berhubung isu fatwa yang dikeluarkan oleh Mais yang mengisytiharkan kumpulan berkenaan sebagai haram kerana terlibat dengan aktiviti liberalisme, pluralisme agama dan mereka menyebarkan ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam.
SIS menamakan Mais, Jawatakuasa Fatwa Selangor dan kerajaan negeri sebagai responden dalam semakan kehakiman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Azmin sebelum ini dilaporkan berkata keputusan telah dibuat dan fatwa yang telah diputuskan itu perlu dihormati oleh semua pihak, kenyataan tersebut bagaimanapun mengundang kemarahan dikalangan pemimpin SIS dan beberapa NGO yang lain. - mstar
TOP
Suspek Pukul Isteri Hingga Mati Ditahan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang melarikan diri selepas dipercayai memukul hingga mati isterinya telah diberkas di sebuah rumah di Persiaran Bekor, Buntong dekat Ipoh malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata suspek berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira 11.30 malam oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Bukit Aman.
"Dengan penangkapan itu, kita percaya telah berjaya menyelesaikan kes tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.
Kejadian berlaku Sabtu lepas apabila seorang suri rumah ditemui mati dengan kesan lebam di muka dan badan dipercayai akibat dipukul di sebuah rumah di Taman Puchong Utama, Bukit Puchong, Selangor.
Sebelum kejadian, suspek dilapor telah menghantar kedua-dua anak lelakinya yang masing-masing berusia enam tahun dan dua bulan ke rumah ibunya yang terletak berhampiran.- mstar
TOP
Macau Scam: Laporan Kerugian Mangsa Cecah RM83 Juta
PETALING JAYA: Mangsa penipuan telefon 'Macau Scam' mencatatkan kerugian berjumlah lebih daripada RM83 juta sejak tiga tahun lalu.
Biarpun pihak polis telah memberikan nasihat dan amaran, masih ramai lagi masyarakat di luar sana masih menjadi mangsa penipuan sindiket berkenaan.
Mereka sering menggunakan taktik dengan menyamar sebagai pegawai dari Bank Negara atau pegawai polis ketika mendekati mangsa yang berpotensi untuk ditipu.
Mereka menggunakan pelbagai tipu helah hingga menyebabkan mangsa terpedaya dan memindahkan wang mereka ke dalam akaun yang lain bagi mengelakkan daripada kegiatan mereka terbongkar.
Mangsa terbaru, Koh Choon Song, 62, yang berasal dari Sitiwan, mengalami kerugian sebanyak RM9,700 dalam tempoh 13 minit selepas menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya seorang pegawai Bank Negara dan meminta mangsa menyelesaikan hutang kad kreditnya berjumlah RM4,770.
Koh memaklumkan kepada lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Lee, bahawa dia tidak mempunyai kad kredit, sebaliknya pemanggil berkenaan mendesak Koh agar memberikan maklumat peribadinya.
Koh mendakwa Lee meminta dia memindahkan semua wang simpannya ke dalam akaun seorang pegawai bank bernama 'Datuk Muhammad Aiman Poh' yang dikatakan boleh melindungi wang berkenaan.
Koh yang juga seorang penjual ikan telah melakukan seperti yang diarahkan oleh Lee namun sebaik sahaja dia cuba menelefon semula individu bernama Lee itu talian telefon tersebut tidak dapat dihubungi.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC), Datuk Hamza Taib berkata, taktik yang sering digunakan oleh sindiket berkenaan ialah memberitahu mangsa bahawa akaun atau kad kredit mereka telah digunakan tanpa kebenaran atau telah dicuri oleh sindiket yang melakukan jenayah.
"Mangsa yang bimbang dengan keadaan tersebut sering tertipu dengan muslihat berkenaan dan akhirnya mereka akan memindahkan duit ke dalam akaun sindiket berkenaan," katanya kepada The Star.
Pada 2012, sebanyak 821 kes, melibatkan kerugian berjumlah RM22.4 juta dilaporkan. Tahun lalu, sebanyak 967 kes dilaporkan melibatkan kerugian berjumlah RM25.8 juta.
Hingga bulan Ogos tahun ini, sebanyak 885 kes melibatkan kerugian berjumlah RM26.8 juta telah dilaporkan.
Hamza berkata, jenayah melibatkan Macau Scam ini sangat membimbangkan.
Jika dibuat perbandingan seramai 123 individu ditahan tahun lalu dan 355 individu ditahan pada 2012.
Dalam perkembangan berkaitan, Hamza berkata JSJK telah memaklumkan kepada Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis ( PCIRC) supaya sentiasa memantau kandungan dan maklumat di Internet terutamanya di media sosial.
Selain itu, beliau berkata kempen kesedaran seperti ceramah mengenai beberapa penipuan online serta jenayah siber turut diadakan melalui media dan pelajar, pertubuhan bukan kerajaan serta agensi kerajaan merupakan khalayak sasaran mereka.
Mengulas mengenai khdimat pesanan ringkas yang turut dilengkapi dengan nombor akaun daripada penipuan online, Hamza berkata mangsa sendiri mungkin telah memberikan nombor akaun berkenaan.
Mengenai penipuan yang dikenali sebagai Afrika Scam, beliau berkata ahli sindiket selalunya akan menjadi 'teman' kepada mangsa sebelum melakukan penipuan.
Hamza berkata, sebanyak 967 kes dilaporkan pada 2012 melibatkan kerugian berjumlah RM40.9 juta. Sebanyak 1,225 kes dilaporkan tahun lalu. - mstar
TOP
Masih Ada Harapan Untuk Chong Wei
Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bercakap kepada ahli keluarganya sebelum di balai berlepas KLIA beliau berlepas ke Oslo, Norway pada Isnin. - Foto ROHAIZAT MD DARUS/ The STAR.
KUALA LUMPU: Bukan semuanya suram dan kelam bagi pemain nombor 1 Dunia, Datuk Lee Chong Wei. Ada kemungkinan beliau hanya akan dikenakan tindakan yang ringan hanya kerana dia gagal dalam ujian doping di Kejohanan Badminton Dunia, Copenhagen, Denmark. Pemain berusia 32 tahun, yang kini berada di Oslo, Norway sudah pasti berada dalam keadaan cemas sementara menantikan keputusan Sampel B beliau yang akan diuji pada Rabu. Chong Wei berlepas ke ibu negara Norway, pada Isnin. Pemain badminton kebangsaan itu didapati positif mengandungi sejenis bahan kimia, dexamethasone, di Copenhagen pada Ogos. Walaupun kemungkinan keputusan sampel A dan Sampel B, agak jarang berlaku. Namun sekiranya keputusan sample B Chong Wei, negatif, beliau akan bebas daripada tuduhan doping. Jika, Sampel B masih diuji positif, Chong Wei masih mempunyai kes yang kuat untuk didebatkan, hal ini kerana dexamethasone merupakan bahan bukan untuk meningkatkan prestasi atlet, sebaliknya bahan itu merupakan sejenis steroid untuk rawatan perubatan dengan kesan anti-radang yang kebiasaannya digunakan dalam rawatan pemulihan atlet. Di bawah Peraturan Anti-Doping Persekutuan Badminton Dunia (Badminton World Federation), klausa 10:4, menyatakan bahawa seorang atlet boleh merayu daripada penggantungan selama dua tahun yang dikenakan sekiranya dia dapat membuktikan bahawa bahan larangan tersebut telah diberikan selama beliau menjalani proses pemulihan. Ia menyatakan bahawa "seorang pemain atau individu boleh menetapkan bagaimana bahan kimia yang memasuki tubuh badan badan mereka atau zat daripada bahan tersebut tidak bertujuan untuk meningkatkan prestasi sukan atlet berkenaan atau penggunaan bahan meningkatkan prestasi, tempoh ketidakupayaan atlet tersebut sepanjang tempoh pemulihan seperti yang termaktub dalam perkara 10.2 hendaklah digantikan dengan perkara berikut." "Secara minimum, hanya teguran akan diberikan tanpa pengecualian daripada menyertai sebarang kejohanan pada masa hadapan dan hukuman maksimum yang boleh dikenakan ialah atlet berkenaan dilarang daripada menyertai sebarang kejohanan." Sumber menjelaskan ada kemungkinan Chong Wei akan dibebaskan dengan hanya diberikan amaran sekiranya pakar perubatan dapat membuktikan bagaimana bahan kimia yang berada dalam tubuh atlet berkenaan memberi kesan kepada proses pemulihan mereka ketika sesi pendengaran. Jika Sampel B disahkan positif, BWF akan mengadakan sesi pendengaran bagi atlet berkenaan dan tarikhnya akan ditentukan kemudian. Tiga ahli panel akan dilantik oleh badan dunia berkenaan akan memberikan platform kepada atlet supaya mengemukakan rayuan, dan sudah pasti Chong Wei akan merayu agar hukuman dapat dikurang ke tahap yang paling minimum sebelum panel berkenaan memutuskan sama ada atlet berkenaan bersalah atau tidak. - mstar

Berniaga Bantu Golongan Miskin Bandar Tambah Pendapatan
KUALA LUMPUR: Golongan miskin bandar iaitu mereka yang bekerja di bandar dengan pendapatan RM3,000 ke bawah digalakkan membuka perniagaan sendiri dan melakukan kerja sampingan bagi menambah pendapatan keluarga dan meningkatkan taraf hidup mereka.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata inisiatif itu dapat membantu golongan itu memperoleh wang tambahan selepas terjejas dengan kos sara hidup di bandar yang semakin meningkat.
"Golongan (miskin bandar) ini perlu lebih produktif dengan melakukan kerja 'part time' selepas tamat waktu kerja seperti berniaga di pasar malam, menghasilkan karya buku atau menjahit," katanya kepada Bernama selepas Ditemubual dalam rancangan Ruang Bicara di Bernama TV, pada Selasa malam.
Jelasnya golongan tersebut juga tidak seharusnya bergantung kepada gaji bulanan dan bantuan yang diberikan kerajaan sebaliknya perlu berusaha meningkatkan kemahiran yang boleh menambah pendapatan mereka.
"Kini, sudah tiba masanya orang ramai menukar pemikiran dengan tidak bergantung kepada 'makan gaji' sahaja. Mereka perlu ada kesungguhan untuk melakukan perubahan kepada diri sendiri," katanya.
Sementara itu, anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani berkata usaha yang dilaksanakan kerajaan dalam membantu golongan miskin bandar juga perlu diambil kira.
Beliau berkata kerajaan terus komited untuk mengubah nasib golongan miskin bandar dengan menilai semula kemudahan dan bantuan yang diberikan supaya tidak ada satu pun kumpulan yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
"Untuk membantu pemilikan rumah dalam kalangan penduduk miskin bandar, kerajaan telah mengumumkan Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi membangunkan projek-projek perumahan dan pemilikan rumah PR1MA ditentukan dengan adil melalui undian terbuka.
"Difahamkan juga projek perumahan ini akan dibina di kawasan berhampiran stesen Aliran Transit Massa, Transit Aliran Ringan bagi memudahkan pergerakan mereka menggunakan pengangkutan awam dengan kos lebih rendah," katanya.
Bagaimanapun jelas beliau, individu yang dikategorikan miskin bandar itu sendiri harus bijak dalam menguruskan kewangan mereka dan terus berusaha menambah pendapatan sampingan. - mstar
TOP
Sharnaaz Komen Watak Lelaki 'Sotong' Tidak Menjadi
Sharnaaz melakonkan watak lelaki lembut menerusi drama Suamiku Encik Sotong.
PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan watak lelaki lembut yang dilakonkannya menerusi drama bersiri Suamiku Encik Sotong bukanlah satu kegagalan walaupun banyak pihak mempersoalkan karakter itu yang dianggap tidak menjadi. Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, dia telah melakonkan watak tersebut sebaik mungkin namun mengakui terdapat sedikit kelemahan yang perlu diperbetulkan. "Pada mulanya, saya menerima tawaran melibatkan diri dalam drama itu adalah kerana skripnya yang bagus selain watak lelaki lembut sebagai Farish yang belum pernah saya bawa. "Dan saya melakonkan watak itu selembut yang mungkin disertakan dengan sedikit komedi tetapi diakui, pada tiga episod pertama, lakonan saya dilihat sedikit malu-malu," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa. Suamiku Encik Sotong merupakan drama terbitan Global Station Sdn Bhd yang diadaptasi daripada novel karya Syikin Zainal.
Salah satu babak drama Suamiku Encik Sotong.
Drama yang sudah pun memasuki episod kedua itu ditayangkan pada setiap Isnin, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan tayangan serentak di Astro Maya HD. Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia tidak berkecil hati dengan sebarang komen berbetuk kritikan terhadap lakonannya itu memandangkan ia merupakan watak lembut yang pertama dilakonkannya. "Saya terbuka dengan setiap komen yang diberi kerana ia sedikit sebanyak membantu saya mengasah bakat untuk watak seperti itu. "Cuma janganlah mengharapkan terlalu tinggi kerana saya tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak melainkan memberi komitmen 100 peratus terhadap watak yang dibawa itu," ujarnya. Dalam pada itu, pelakon yang mula popular menerusi drama Dottie itu bersyukur apabila Suamiku Encik Sotong mendapat rating tinggi iaitu sebanyak 1.3 juta tontonan pada episod pertama ia disiarkan. "Saya gembira apabila ia mendapat respons yang sangat baik pada episod pertama. Saya harap rating tontonan itu dapat meningkat setiap minggu," tuturnya. Selain Sharnaaz, Suamiku Encik Sotong turut dibintangi Amyra Rosli dan Amar Baharin. - mstar

Hanya Anak Penerima BR1M Akan Terima Pinjaman Penuh PTPTN
PETALING JAYA: Hanya pelajar yang ibu bapa mereka merupakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan menerima pinjaman penuh daripada Perdananan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana badan itu telah mula menguatkuasakan syarat berkenaan.
Langkah tersebut telah berkuat kuasa Sabtu lalu, ia menyaksikan pengurangan sebanyak 5 peratus bagi pinjaman di institusi pendidikan tinggi awam dan pengurangan sebanyak 15 peratus di institusi pendidikan swasta.
Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata sejak Sabtu, hanya BR1M digunakan sebagai sistem tapisan yang akan menentukan sama ada seseorang pelajar itu akan menerima jumlah pinjaman maksimum daripada badan berkenaan.
"Sekiranya jumlah pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi RM8,000 maka anak mereka akan memperoleh 75 peratus daripada jumlah pinjaman keseluruhan.
"Bagi mereka yang mempunyai pendapatan melebihi jumlah berkenaan, anak mereka hanya akan menerima pinjaman tidak lebih daripada 50 peratus jumlah keseluruhan pinjaman," katanya dalam satu temu bual pada Selasa.
Jumlah pinjaman keseluruhan bagi kursus diploma di universiti tempatan kini dikurangkan daripada RM5,000 kepada RM4,750 sementara pinjaman bagi kursus ijazah pula dikurangkan daripada RM6,500 kepada RM6,180.
Bagi kursus diploma di kolej swasta pula jumlah keseluruhan pinjaman dikurangkan daripada RM8,000 kepada RM6,800.
Dalam pekeliling bertarikh 29 Oktober yang diedarkan kepada universiti tempatan dan institusi pengajian tinggi swasta, Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Agos Cholan berkata pengurangan nilai pinjaman tersebut tidak akan memberi kesan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan kerana yuran mereka agak tinggi.
Shamsul berkata dengan kekangan yang dihadapi, PTPTN tidak mempunyai pilihan lain sama ada untuk mengurangkan jumlah pelajar yang menerima pinjaman sebanyak 50,000 atau mengurangkan jumlah pinjaman sedia ada.
"PTPTN memilih pilihan kedua agar bilangan pelajar yang menerima pinjaman akan kekal sama," katanya. - mstar
TOP
13 Kad Jemputan Kahwin Yang Unik dan Kreatif
Kad kawin adalah satu kemestian bagi sesiapa saja yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak kiralah perkahwinan pertama ke,kedua ke tiga ke atau ke empat. uhuhuhu.
Awal tahun 2000 kad-kad wangi menjadi pilihan masyarakat itu pun untuk kawan-kawan terdekat je kalau kawan-kawan biasa atau pun jiran-jiran kad a4 kaler kerat 2 tu jer
Sekarang banyak kad kahwin yang menyerupai bermacam-macam benda seperti tiket kapal terbang,sampul pos laju,pasport antarabangsa dan macam-macam lagi.Silap-silap nak pergi luar negara tersilap bawak kad kenduri, kan dah satu hal..
Di bawah pula adalah kad kawin yang menyerupai buku latihan di sekolah.
Disini kami ingin berkongsikan kad-kad kahwin yang memang pelik dan membuatkan anda rasa sayang nak buang walaupun dah lepas tarikh majlis tersebut.
-Siakapkeli.com.my

Video Kek Hari Jadi yang Mampu Membuatkan Penonton Menangis
Sudah menjadi satu kemestian bagi masyarakat sekarang perlu menyambut hari jadi. Tapi pernahkan
terjadi kepada anda yang membawa anak-anak untuk membeli kek dan anak anda menginginkan kek yang mahal tapi anda tidak cukup duit.Tiba-tiba ada seorang budiman datang tolong bayarkan tanpa meminta balasan? ditambah lagi orang tersebut anda tidak kenal.
Video yang akan di kongsikan ini pasti akan membuat anda rasa sedih,terharu dan jugak mungkin mengalirkan air mata.
Video ini menyampaikan mesej sesuatu yang baik pasti akan di balas dengan baik dan tolonglah seseorang yang dalam kesusahan tanpa mengharapakan balasan. ─ Siakapkeli.com.my
Video ini menyampaikan mesej sesuatu yang baik pasti akan di balas dengan baik dan tolonglah seseorang yang dalam kesusahan tanpa mengharapakan balasan. ─ Siakapkeli.com.my
TOP
(Video & Gambar) Nathan Shields: Raja Pancake
Nathan bersama pancake berbentuk wajahnya
Nathan Shields pada asalnya sekadar suka-suka membuat pancake untuk anaknya Gryphon dan Alice, Pada awalnya dia hanya membuat pancake untuk menarik perhatian anak-anaknya dan beliau saja-saja memuatnaik ke dalam blognya.Tanpa di sangka tuahnya bermula di situ apabila ramai yang memberi maklum balas dan sangat tertarik dengan karyanya.
Sejak dari itu seni pancake telah manjadi aktiviti mingguan nathan dan semakin banyak seninya yang susah dan amat menarik sekali.Seninya mula menjadi perhatian apabila Huffington Pos mula menulis tentangnya berkali-kali dan akhirnya menarik perhatian buzzfeed.com, Daily Mirror dan pelbagai syarikat pernebitan yang lain.
Pancake yang paling menjadi tumpuan dan mendapat tontonan paling tinggi di youtube adalah PANCAKE APES! yang memaparkan wajah jenis-jenis monyet selepas anaknya meminta membuat pancake berwajah monyet.Yang tidak kurang habat jugak adalah video BEATLES pancake dimana beliau melakar wajah-wajah ahli kumpulan beatles dimana kedua-dua video ini mendapat tontonan sehingga 800ribu orang.- Siakapkeli.com.my
lagi gambar karyanya
video aksi nathan

(Video & Gambar) Keunikan Gunung Berapi Ijen mengeluarkan lava Biru
Seperti yang kita ketahui yang lava gunung berapi mesti kebiasaannya adalah warna merah panas.Tetapi berlainan pula dengan larva kawah gunung Ijen yang terletak di jawa timur Indonesia,Gunung ini mengeluarkan larva yang amat cantik sekali berwarna biru.
Apabila larva mengalir ia seolah-olah seperti sungai yang di penuhi lampu biru dan permandangan ini paling popular bagi pengunjung di sini mengalahkan aktiviti melihat matahari terbit di Bangyuwangi bersebelahan dengan kawan Ijen.Tetapi harus di ingat Gunung Ijen adalah gunung berapi yang masih aktif.Gunung ini pernah meletus pada tahun tahun 1796, 1817, 1913 dan 1936.
Gunung Ijen dikelilingi oleh beberapa gunung berapi lain, ia menghasilkan tasik semula jadi yang berasid biru terbesar di dunia. Larva biru ini terhasil di sebabkan oleh kandungan sulfur yang tinggi dan tasiknya menjadi sumber rezeki bagi penduduk sekitar kerana tasik ini merupakan lombong sulfur yang menghasilkan 160-200 kilogram sulfur setiap hari.
Pada waktu siang, gunung ini kelihatan seperti gunung berapi yang lain tapi pada waktu malam baru akan menampakkan nyalaan api biru dari asid sulfurik yang boleh mencapai setinggi lima meter.
Waktu yang sesuai untuk melawat Gunung Ijen adalah pada musim kemarau iaitu pada bulan julai dan september ini kerana pada musim hujan jalan pendakian adalah amat berbahaya kerana terlalu licin. Gunung ini berketinggian 2443m dari paras laut. -Siakapkeli.com.my
Lagi gambar-gambar menarik
Video kecantikan Gunung Ijen

Warga Emas Nyaris Dihempap Bumbung Akibat Ribut
Butterworth: Ribut kuat yang menimpa Butterworh nyaris menyebabkan seorang warga emas dan anak perempuannya dihempap bumbung dapur yang runtuk di kediaman mereka di Bagan Ajam jam 3 petang hari ini.
Md Noor Nordin, 84, dikatakan baru selesai mengambil wuduk manakala anak perempuannya Jasmin Md Noor, 32, baru selesai makan tengah hari ketika kejadian.
"Kami bernasib baik kerana sudah beredar dari ruang dapur sebelum bumbung itu runtuh.
"Kejadian dipercayai berpunca akibat angin kencang selain sebahagian kayu bumbung yang sudah reput," kata Jasmin.
Kejadian ribut kuat itu dikatakan membabitkan dua rumah. Tetapi tinjauan oleh Harian Metro mendapati angin kuat tersebut juga turut menerbangkan khemah para peniaga yang berniaga di Tapak Nelayan Bagan Ajam.- Siakapkeli
TOP
Video:Marco Reus Tolak pelukan Lewandowski
Marco Reus adalah seorang permain lincah yang kerap dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich,Liverpool,arsenal,manchester united dan real madrid.Tetapi apabila melihat reaksinya semalam menunjukkan beliau tidak lagi berminat untuk bermain di Bayern bersama dengan bekas rakan sepasukannya Lewandoski.
Jaringan Reus pada minit ke-31 telah membuatakn BVB berada di depan seketika.Namun pada minit ke-72 Lewandoski menjaringkan gol penyamaan dan amat tidak dijangka dia meraikan gol keatas bekas kelabnya itu.Apabila wisel penamat di bunyikan bukan susuatu yang di inginkan Reus apabila di dakap oleh Lewandoski.
Dalam perlawanan musuh tradisi ini bayern telah berjaya mengatasi BVB dengan jaringan 2-1 selepas Arjen Robben menyempurnakan sepakan penalti pada minit akhir perlawanan. Ramai peminat bola sepak menganggap tidakkan Lewandoski keterlaluan kerana meraikan gol terhadap bekas kelabnya dan ramai perminat bola mempertahankan tindakan Reus itu. Walaupun sentiasa dikaitkan dengan perpindahan yang besar namun Reus masih lagi setia dengan kelab BVB yang telah menaikkan namanya dalam arena bola sepak antarabangsa.-Siakapkeli.com.my

Video Bergocoh: Mek Kelate Gangster
Nampaknya bukan sahaja kaum lelaki yang terikut-ikut dengan pengaruh filem-filem gangster yang semakin banyak menghiasi kaca televisyen dan panggung tanah air.
Baru-baru ini, satu video telah dimuatnaik ke laman Youtube yang mana menunjukkan seorang gadis dari Kelantan telah dipukul oleh beberapa orang 'mek kelate' yang lain. Aksi mereka di dalam ini lebih dari aksi tarik menarik rambut yang biasa kita tengok. Siap ada scene terajang pakai lutut lagi!!
Kami tidak pasti sebab sebenar kejadian ini berlaku tetapi yang pasti, melalui percakapan mereka di dalam video itu, geng-geng si pemukul ni berang kerana yang dipukul tidak menjaga mulut.
Yang menjadi tanda soalnya, kenapa perlu sampai tumbuk-menumbuk, sambil menceritakan dengan bangganya perkara-perkara maksiat yang mereka lakukan? Dan yang lebih menghairankan, ada dalam kalangan pemukul ini bertudung rapi, tapi turut memukul gadis malang itu. Kepada ibu bapa kanak-kanak girang ni, diharap menasihati anak-anak masing-masing. Tidak salah kalau nak menasihat tapi biarlah kena pada cara. - Siakapkeli

Wajah Puteri baru Rozita Che wan iras Zain semasa kecil
Seperti yang di ketahui Rozita Che Wan atau Che Ta telah selamat melahirkan seoragn puteri yang comel SINI beberapa hari lepas.Rata-rata peminat Che Ta memuji tentang kecomelan anaknya dan menjadi viral yang hangat.
Diatas adalah sekeping gambar yang menunjukkan puteri baru pasangan ini serta seiras wajah Zain Saidin semasa kecil.
Gambar dibawah ini pula gambar diambil di Instagaram milik Shasha Saidin iaitu kakak kepada zain. Menerusi foto tersebut, Sasha menulis kapsyen "Ladies and Gentleman...Introducing to you...Princess
Sayang & Princess Love. On the left is me and cute lil baby on the right is my gorgeous beautiful adorable new niece...Good job @therealzainsaidin & @rozitachewan1."-siakapkeli

Harga Rokok Naik Lagi Mulai Tengah Malam Ini!
Kepada perokok-perokok di Malaysia (yang menghisap rokok mainstream) diharap dapat menenangkan diri dengan berita kenaikan rokok bermula pada tengah malam ini.
Jika sebelum ini rokok pernah naik sekejap sebanyak RM 1.00, tetapi turun balik beberapa hari kemudian, kini kenaikannya lebih dari itu.
Harga rokok berjenama Dunhill, Benson&Hedges, Kent, Lucky Strike, Rothmans, Pall Mall dan juga Peter akan dinaikkan sebanyak RM1.50 bermula pada 5 November(tengah malam ini).
Menurut dari notis yang dikeluarkan oleh syarikat rokok berkenaan, kenaikan ini susulan dari duti cukai eksais oleh kerajaan bermula pada 1 November.
Berikut adalah lampiran notis tersebut.
Berikut pula adalah beberapa gambar yang diupload oleh netizens yang menunjukkan lampiran original yang telah diterima oleh peruncit-peruncit.
Ramailah yang beratur kat kedai runcit beli rokok malam ni.. - Siakapkeli.com.my

Tiada Air Dan Elektrik, Penyokong Anwar Dakwa Disabotaj
PUTRAJAYA 4 NOV: Orang ramai yang berada di hadapan Istana Kehakiman di Putrajaya bagi memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim terpaksa mengambil wuduk dengan menggunakan air mineral kerana tiada bekalan air dan elektrik di tandas awam berhadapan Istana Kehakiman di Putrajaya.
Ketiadaan elektrik dan air itu didakwa angkara sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Menurut Mantan Pensyarah UIA, Dr Badrul Amin Baharom, perkara tersebut adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan.
“Ini kemudahan awam yang merupakan hak rakyat, apakah kita tidak berhak menggunakan kemudahan awam yang dibangunkan menggunakan wang rakyat.", katanya memetik laporan dari keadilan daily.
“Kalau benar memang sengaja ditutup, ini salahguna kuasa yang sengaja mahu tunjuk sifat kuku besi,” tegasnya lagi.
Menurut Ahmad Akhir Pakwan Chik, salah seorang penyokong yang hadir, dia berasa kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku.
“Ini sesuatu yang menyedihkan, kalau konsert yang melalaikan kerajaan sanggup sediakan semua kemudahan, tapi bila rakyat tuntut keadilan mereka ambil tindakan susahkan rakyat,” katanya - Siakapkeli.com.my
TOP
Treler terbabas kedalam curam di Lebuhraya Elite korbankan Dua nyawa
SERDANG: Dua maut dalam kemalangan di Kilometer 12.7 Lebuhraya Elite dari arah Putrajaya menghala ke USJ, dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian yang berlaku 4.30 pagi tadi, treler yang dinaiki kedua- dua mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan sebelum terbabas ke dalam curam di tepi lebuh raya.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd Rusni Ali ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.45 pagi sebelum mengerahkan 13 anggota ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.
Katanya, kejadian berlaku selepas pemandu treler dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok dan merempuh penghadang jalan sebelum terbabas.
"Operasi mengambil masa agak lama bagi mengeluarkan mangsa tersepit dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia," katanya.
Mayat ke dua-dua mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.-Siakapkeli.com.my
TOP
Nora Danish Sahut Cabaran Berlakon Kena Rogol
Siapa tidak kenal dengan pelakon kecik molek yang jelita bernama Nora Danish ini.Ramai lelaki di luar sana tergilakan Nora karana kecantikannya.Walaupun sudah mempunyai anak Nora masih sesuai berlakon walaupun untuk watak budak sekolah.Nora yang selalu di landa kontroversi bagaimanapun bijak mengendalikannya dengan baik.
Sebelum ini Nora telah di landa kontroversi dengan lakonannya dalam babak filem pengantin malam dan luahan isteri Farid Kamil iaitu pelakon Diana Danielle meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman sosial melihat gambar mesra Farid dan Nora untuk promosi filem tersebut.
Tentu ramai tertanya-tanya apakah persediaan Nora untuk menghadapi situasi apa apabila berani menyahut watak di rogol dalam filem baru lakonannya iaitu filem Anak Jantan.
Kata Nora, tiada masalah bekerja dengan Farid kerana masing-masing tahu had-had tertentu yang perlu dihormati.
"Saya hormat semua artis. Kalau lihat sesi fotografi bersama baru-baru ini, sudah tidak ada adegan bersentuhan.
"Kalau ada lagi, saya cuba ambil langkah untuk mengelak. Perkara boleh elak, tak ada masalah pun," katanya.
Dalam Anak Jantan, lakonan Nora mendapat perhatian apabila kali pertama berganding dengan Bront Palarae.
Apatah lagi dalam filem itu, Nora melakonkan watak digoda dan dirogol Bront yang memegang watak antagonis bernama Somchai.
Filem lakonannya kali ini lebih mencabar apabila terdapat babak Bront dilihat seolah menjilat leher Nora secara paksa sehingga mana-mana penonton yang melihatnya akan berasa tidak senang atau pun gerun,
Nora mengakui babak tersebut amat mencabar apatah lagi berlakon dengan Bront yang di ketahui hebat lakonannya dan berjanji memberi persebahan menarik dalam setiap lakonannya. "Sebelum adegan itu berlaku, Bront sudah beritahu saya apa yang dia akan buat dan tanya adakah saya selesa dengan cara itu atau tidak. "Pada awal, gugup juga tapi bila saya faham situasi, saya okay dan tiada masalah," katanya. Selain berlakon di rogol secara rakus cabaran lain turut di rasai oleh Nora ialah terpaksa bercakap bahasa utara kerana Nora bukan menggunakan dialek utara dalam kehidupan hariannya. "Pada mulanya takut juga sebab kena cakap utara. Bila sampai set penggambaran, barulah saya belajar cakap loghat utara. Beberapa orang kru produksi dan Farid sendiri banyak membantu dari segi penggunaan ayat yang betul," katanya Siakapkeli.com.my

Video : "Mesej Saya Jika Anda Nampak Sampah" - Azmin Ali
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali telah berjanji untuk menjadikan Petaling Jaya bebas sampah dalam tempoh tiga bulan, sampaikan memberikan nombor telefon bimbitnya bagi orang ramai membuat aduan terus kepadanya.
Azmin berkata beliau telah mengarahkan majlis bandar untuk membersihkan semua tompokan sampah di bandar dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
"Saya telah mengarahkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang Jaya juga. Saya telah memberikan mereka masa tiga bulan, sehingga Disember 2014, saya mahu semua sampah ini dikutip dan diselesaikan",katannya.
"Saya mahu Petaling Jaya menjadi kawasan paling bersih di dalam Selangor", tambahnya lagi.
Azmin yang telah menjadi Menteri Besar Selangor pada bulan September lepas berkata, dia melihat isu sampah di Selangor secara serius dan tidak mahu melihat sampah bertaburan di merata-rata.
"Jika anda ternampak sampah yang tidak dikutip, anda boleh mesej kepada saya. Ini adalah nombor saya : 012-2052020", katanya
"Kamu hantar saya mesej. Saya serius tentang perkara ini, saya tidak akan bertoleransi tentang hal ini. Saya mahu pihak berkuasa tempatan untuk membersihkan setiap jalan dan tanah di kawasan kita," tambahnya lagi. - Siakapkeli

Bidang Sains Pertanian: UPM Disenarai Ke-54 Terbaik Dunia
KUALA LUMPUR – Universiti Putra Malaysia (UPM) disenaraikan pada kedudukan ke-54 terbaik di dunia dalam bidang Sains Pertanian dalam penarafan Kedudukan Universiti Terbaik Global oleh US News and World Report yang diterbitkan baru-baru ini.
UPM dalam kenyataan berkata universiti itu turut disenaraikan sebagai universiti terbaik di rantau Asia Tenggara dan ketujuh terbaik Asia dalam bidang Sains Pertanian. Penarafan baharu itu memfokuskan kepada penyelidikan keseluruhan institusi, reputasi global dan serantau serta prestasi penyelidikan yang menggunakan indikator penerbitan, staf akademik dan bilangan graduan doktor falsafah (PhD).
“Terdapat lapan indikator utama untuk penarafan subjek termasuk reputasi penyelidikan global, reputasi penyelidikan serantau, penerbitan dan kerjasama antarabangsa.
Sementara itu, Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan berkata, kejayaan itu merupakan pencapaian terbaik UPM dalam bidang Sains Pertanian dan sekali gus melonjakkan reputasi akademik UPM pada peringkat global.
“Pertanian merupakan niche area atau bidang kebitaraan UPM dan semua komuniti UPM menzahirkan rasa bangga di atas pencapaian cemerlang ini kerana kesungguhan dan komitmen dalam memartabatkan ilmu pertanian telah meletakkan UPM antara yang terbaik di dunia,” katanya.
UPM juga mengekalkan pencapaian terbaiknya dalam QS World University Ranking apabila dua tahun berturut-turut berada dalam kumpulan 100 universiti terbaik dunia dalam bidang pertanian dan perhutanan serta pendidikan. – BERNAMA
TOP
Wabak Ebola Menular Pantas Di Sierra Leone
ASHINGTON – Wabak demam Ebola merebak sembilan kali ganda lebih pantas di beberapa bahagian di Sierra Leone berbanding dua bulan lalu, menurut laporan Inisiatif Tadbir Urus Afrika (AGI) kelmarin.
Walaupun kes baharu semakin menurun di Liberia, namun wabak Ebola terus merebak dengan begitu cepat di beberapa bahagian di Sierra Leone, menurut laporan AGI itu.
Secara purata, sejumlah 12 kes baharu direkodkan dalam sehari di kawasan pedalaman sekitar ibu kota Sierra Leone, Freetown akhir bulan lalu berbanding 1.3 kes sehari awal September lepas, sekali gus peningkatan sebanyak sembilan kali ganda.
Jangkitan virus itu turut merebak dengan cepat di Freetown dengan purata enam kes Ebola dicatat dalam sehari, meningkat enam kali ganda berbanding dua bulan lepas.
Analisis tersebut dibuat berdasarkan purata jangkitan untuk setiap tempoh tiga hari yang direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Sierra Leone.
Laporan itu didedahkan selepas wakil Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyambut baik pengurangan jangkitan di beberapa kawasan yang terjejas wabak Ebola.
AGI yang merupakan sebuah pertubuhan sokongan yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair memberitahu, walaupun berlaku perubahan tetapi krisis Ebola masih belum reda.
“Kerajaan Sierra Leone berusaha keras untuk menangani jangkitan Ebola dengan mempercepatkan akses rawatan dan melakukan pengebumian secara tertib serta selamat,” kata Ketua AGI, Nick Thompson.
Dalam pada itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kira-kira 5,000 orang telah mati akibat wabak tersebut dengan lebih 13,000 jangkitan direkodkan tetapi angka jangkitan dan kematian dipercayai jauh lebih tinggi. – Agensi
TOP
Iraq Sahkan IS Bunuh 322 Penduduk Sunnah
BAGHDAD – Kerajaan Iraq kelmarin mengesahkan kumpulan militan Negara Islam (IS) telah membunuh seramai 322 penduduk daripada satu puak di wilayah barat Anbar sebelum mayat mangsa dibuang ke dalam sebuah telaga.
Seorang ketua puak Albu Nimr berkata, pembunuhan secara sistematik itu turut melibatkan berpuluh-puluh wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa dan berterusan sehingga kelmarin.
Kejadian pembunuhan beramai-ramai itu disifatkan sebagai yang paling kejam sejak kumpulan berkenaan melancarkan serangan bagi mewujudkan kerajaan Islam di Iraq dan Syria.
Puak Albu Nimr yang berfahaman Sunnah berjuang sejak beberapa minggu lalu bagi mempertahankan kampung Zauiyat Albu Nimr daripada ditawan IS tetapi mereka tewas selepas kekurangan bekalan senjata, makanan dan minyak pada minggu lalu.
“Jumlah mangsa daripada puak Albu Nimr yang dibunuh oleh IS adalah seramai 322 orang.
“Kami juga menjumpai kira-kira 50 mayat wanita dan kanak-kanak yang dibuang ke dalam sebuah perigi,” kata Kementerian Hak Asasi Iraq.
Seorang pemimpin puak berkenaan, Sheikh Naeem al-Ga’oud memberitahu bahawa mereka telah meminta bantuan kerajaan Iraq supaya membekalkan pejuangnya senjata tetapi tiada sebarang tindakan diambil.
Stesen televisyen di Iraq kelmarin melaporkan, Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengarahkan tentera udara menyerang beberapa kedudukan militan IS di bandar Hit sebagai tindak balas terhadap pembunuhan tersebut.
Bagaimanapun, beberapa pegawai kerajaan dan penduduk awam di bandar itu memberitahu bahawa mereka tidak mendengar atau melihat sebarang serangan udara dilancarkan. – Reuters
TOP
Jet Pejuang Termahal AS Berjaya Ujian Mendarat
JET pejuang Amerika, F-35 mengadakan pendaratan pertama di kapal induk hari ini dengan pegawai menyifatkan ia satu lembaran baru dalam penghasilan pesawat perang berteknologi tinggi. - Foto EPA
WASHINGTON – Jet pejuang Amerika, F-35 mengadakan pendaratan pertama di kapal induk hari ini dengan pegawai menyifatkan ia satu lembaran baru dalam penghasilan pesawat perang berteknologi tinggi. F-35 Joint Strike Fighter dihasilkan menerusi program persenjataan paling mahal dalam sejarah Amerika dengan diselubungi pelbagai masalah teknikal dan peningkatan kos, namun Pentagon menganggap kejayaannya mendarat di laut sebagai satu titik-tolak paling diperlukan. Penerbangan ujian oleh Joint Strike Fighter itu berjaya mendarat di kapal induk USS Nimitz di perairan San Diego, dengan juruterbang berjaya mengawal dan mendaratkan pesawat dengan selamat menggunakan sistem penarik ekor, demikian menurut Tentera Laut AS dalam satu kenyataan. Pesawat berkenaan mempunyai varian – model biasa, model kedua dengan pendaratan pendek dan pelepasan vertikal atau menegak, manakala model ketiga iaitu F-35C yang direka khas untuk kegunaan dari kapal induk. “Hari ini adalah petanda kejayaan pembangunan F-35C,” kata juruterbang ujiannya, Komander Tony Wilson. Ujian penerbangan di laut itu akan berlanjutan kira-kira dua minggu dan Tentera Laut AS berharap pesawat boleh dihantar ke kapal induk perangnya menjelang 2018. “Kami yakin menerusi program ujian ini banyak yang boleh dipelajari lagi bagi memastikan pesawat F-35 lebih berkesan sebagai salah satu platform persenjataan,” kata ” Lt Jeneral Chris Bogdan, ketua program F-35 dalam satu kenyataan. Pentagon bercadang membelanjakan AS$391.2 bilion untuk pembangunan 2,443 unit pesawat F-35 yang dikeluarkan oleh firma pertahanan gergasi, Lockheed Martin. Pesawat berkenaan akan menjadi tulang belakang kepada kekuatan ketenteraan untuk masa depan Amerika bagi memastikan dominasi tentera AS di ruang angkasa dengan dibantu oleh teknologi radar. Namun program itu berdepan pelbagai masalah dengan yang terbaru Jun lalu apabila enjinnya terbakar secara misteri dan insiden itu membawa kepada pembatalan F-35 muncul dalam pertunjukan udara berprestij Farnborough di Britain. – AFP

Kejadian Ulama Ditembak Di Sydney Dikaitkan Dengan IS
ANGGOTA polis mencari bukti di di pinggir bandar Greenacre selepas seorang ulama Syiah ditembak di luar sebuah pusat Islam di Sydney. Gambar kecil, Rasoul Al Mousawi. - Foto ihsan abc.net.au
CANBERRA – Kes seorang ulama Syiah yang ditembak di luar sebuah pusat Islam di Sydney mungkin dipengaruhi pergerakan Negara Islam (IS), kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott hari ini. Dalam kejadian itu, Rasoul Al Mousawi, 47, ditembak dengan senapang patah di muka dan bahu oleh penembak di luar Pusat Husainiyah Nabi Akram di pinggir bandar Greenacre awal pagi semalam. Polis berkata, kecederaan yang dialaminya bagaimanapun tidak mengancam nyawa mangsa. Seorang saksi yang enggan dinamakan, memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) suspek terbabit yang memandu kereta beberapa kali di tempat kejadian sebelum melepaskan tembakan itu, sambil melaungkan ungkapan ‘IS hidup selama-lamanya’ dan ‘Anjing Syiah’. Abbott mengesahkan bahawa pihak berkuasa mengesyaki pergerakan IS bertanggungjawab di sebalik kejadian berkenaan. “Nampaknya terdapat ajaran salah ISIL berhubung kematian mempengaruhi kejadian di Sydney dalam tempoh 24 jam lalu. “Perkara paling penting bagi kita semua adalah untuk menolak ajaran salah berhubung kematian ini dan seperti dikatakan rakan saya, Perdana Menteri Malaysia, Najib (Razak) yang berupa Muslim yang soleh, ajaran salah berhubung kematian oleh ISIL adalah bertentangan dengan Tuhan, bertentangan dengan Islam dan bertentangan dengan nilai kemanusiaan,” katanya. Kerajaan negara itu juga menyalahkan pergerakan IS atas keganasan di bandar raya Melbourne pada September lalu di mana suspek pengganas berusia 18 tahun ditembak mati selepas menikam dua anggota polis. Baru-baru ini pasukan antikeganasan melakukan serbuan dari rumah ke rumah di Sydney, Melbourne dan Brisbane iaitu tiga bandar raya terbesar di Australia dalam beberapa bulan lalu dan mendakwa beberapa orang atas kesalahan berkaitan keganasan. – AP

SPR Sebuah Badan Bebas Dan Berani – Shahidan
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sebuah badan bebas dan berani.
Beliau turut menafikan dakwaan Anthony Loke (DAP-Seremban) kononnya SPR takut untuk melantik semula Penolong Pendaftar wakil parti politik kerana wujud agenda politik.
“Tindakan SPR itu kerana mahu menyelaraskan semula (tugas-tugas) Penolong Pendaftar,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Anthony, kemudian bangun dan mempertahankan dakwaannya bahawa SPR tidak sepatutnya menamatkan perkhidmatan itu kerana parti pembangkang sudah membantu menambahkan bilangan pemilih.
Shahidan, bagaimanapun berkata SPR kini sedang mengemaskini tugas-tugas Penolong Pendaftar.
“Kita hanya tangguhkan wakil parti politik tetapi badan bukan kerajaan dan pihak lain masih diteruskan. Harap bersabar,” katanya.- BERNAMA
TOP
Pegawai Polis Tarik Balik Saman Selepas Peniaga Mohon Maaf
SHAH ALAM – Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Sabah, ACP Carleel Mohd Effendi, menarik balik tuntutan saman terhadap seorang peniaga yang didakwa memfitnah beliau dalam sepucuk surat, lapan tahun lepas.
Carleel, 57, selaku plaintif, mengambil tindakan itu selepas defendan, Tan Kim Kee, 60, memohon maaf secara terbuka di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Lim Chong Fong, di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Permohonan maaf itu dibacakan oleh peguam defendan, M Manoharan.
Selain itu, defendan juga menarik balik semua tuduhan fitnah terhadap plaintif yang diwakili peguam, Datuk M Selva.
Manoharan, ketika membaca kenyataan itu, berkata anak guamnya telah menyesal dan memberi jaminan tidak akan mengulangi perbuatannya itu.
Tan yang berasal dari Klang juga bersetuju membayar pampasan berjumlah RM500 yang dibayar kepada pertubuhan kebajikan dipilih oleh Carleel iaitu Masjid Nur Islam di Kota Kinabalu, Sabah.
Mahkamah sebelum ini menetap selama tiga hari bermula hari ini untuk mendengar kes saman RM2 juta yang difailkan oleh Carleel pada 24 Ogos 2006 atas tindakan defendan mengedar surat berunsur fitnah pada 10 April 2006.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif yang ketika itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor, mendakwa Tan dengan niat jahat telah membuat tuduhan kononnya beliau telah menyalahgunakan kuasanya dalam penyiasatan satu kes penipuan di Klang.
Surat terhadap Carleel itu telah dihantar kepada Ketua JSJK Selangor, Datuk Hairuddin Mohamed dan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Mohd Bakri Omar.
Perbuatan Tan itu menyebabkan plaintif, ketika itu berpangkat Superintendan, telah disiasat oleh Lembaga Disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Selain menuntut ganti rugi, pegawai polis itu juga menuntut supaya Tan mengeluarkan iklan di akhbar New Straits Times (NSTP), The Star dan Sin Chew Daily secara tanpa syarat untuk memohon maaf serta menarik balik tuduhan itu. – BERNAMA
TOP
Tol Batu Tiga & Sg Rasau Hapus Lorong TUNAI Mulai 22 November
Bermula pada pukul 12 tengah hari, 22 November depan, Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau akan menghentikan lorong tunai bagi pengguna dan hanya mengaktifkan pembayaran secara elektronik.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), para pengguna yang menggunakan perkhidmatan di kedua-dua laluan tersebut perlu membuat pembayaran melalui kad Plusmiles, Touch n Go dan SmartTag sahaja.
Bagi melancarkan perlaksaan sistem tersebut, pihaknya turut menyediakan 1 juta kad Plusmiles pada harga promosi iaitu RM 5.
Ia boleh dibeli di lorong tambah nilai mahupun Pusat Khidmat Pelanggan yang beroperasi di kedua-dua plaza tol itu.
Selain itu juga, 100,000 unit SmartTag juga dijual pada harga promosi RM 99, kurang RM 21 daripada harga asalnya, RM 120. Ia ditawarkan kepada pengguna yang menambah nilai kad sekurang-kurangnya RM 30.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perlaksanaan mahupun promosi yang ditawarkan, orang ramai bolehlah menghubungi hotline Pusat Trafik LLM 1-800-88-7752 atau Plus 1-800-88-0000. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Buka Semula Kes Ibrahim Ali – Joseph Kurup
Lanjutan kenyataan dari Datuk Ibrahim Ali untuk membakar kitab Bible dalam Bahasa Melayu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup menggesa agar peguam negara membuka semula kes tersebut.
Kata beliau, gesaan itu patut diperincikan kerana ia melibatkan usaha dalam menangani isu hasutan dan kebencian agama yang semakin berleluasa sejak beberapa tahun kebelakangan.
Memetik kenyataannya yang disiarkan portal The Malaysian Insider, “Saya menggesa peguam negara membuka dan mengkaji semula kes Ibrahim bagi memastikan kelangsungan perpaduan kita.”
Katanya lagi dalam sesi di Dewan Rakyat, “Kita sentiasa mendengar suara rakyat dan langkah berkenaan sebagai cara membolehkan kita menangani kebangkitan pendapat agama yang tidak bertoleransi dan memuaskan hati rakyat.”
Kata Joseph, kes itu patut diserahkan kepada badan kehakiman untuk memutuskan sama ada Presiden Perkasa itu bersalah atau tidak.
“Kita mahu kes itu dibuka dan dinilai semua. Sama ada disabitkan salah atau tidak, itu lain kira.”
Joseph mengeluarkan kenyataan tersebut bagi menjawab pertanyaan yang dilontarkan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin tentang kewajaran kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap Ibrahim.
Tahun lalu, Ibrahim membuat kenyataan menyeru orang ramai membakar Bible dan ia mendapat reaksi negatif dari penganut Kristian termasuk ahli politik yang mengkritik Putrajaya kerana berat sebelah dalam penggunaan Akta Hasutan.
Kes berlanjutan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri turut dikecam apabila mengeluarkan kenyataan yang Ibrahim tidak bersalah kerana hanya mahu mempertahankan Islam.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail kemudiannya mempertahankan kenyataan itu dengan menyeru agar ia dilihat dari konteks yang lebih menyeluruh.
Kata Abdul Ghani, kenyataan tersebut dibuat bagi merujuk tindakan mengedar Bible kepada pelajar Islam di SMK Jelutong, Pulau Pinang. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Israel Lulus Bina 500 Rumah Baharu Di Timur Baitulmaqdis
BAITULMAQDIS – Jawatankuasa kerajaan Israel semalam meluluskan pembinaan 500 rumah baharu di timur Baitulmaqdis, iaitu kawasan pendudukan di bumi Palestin.
Kelulusan peringkat awal jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri itu bagi pembinaan rumah baharu di Ramat Sclomo, di Tebing Barat, adalah langkah yang tidak diiktiraf oleh negara lain.
Minggu lalu, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengarahkan supaya diteruskan rancangan untuk membina 600 unit rumah di Ramat Shlomo dan 400 lain di Har Homa di timur Baitulmaqdis.
Pegawai Palestin dan masyarakat antarabangsa menyatakan bantahan mereka dan menganggap langkah Israel itu sebagai halangan utama dalam usaha mencari perdamaian di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza serta menjadikan timur Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.
Seorang pegawai Israel berkata pihaknya berharap perkara itu tidak tidak dihebohkan ketika ia masih di peringkat perancangan dan perundangan, sebelum memulakan pembinaan.
Katanya, jumlah rumah di Ramat Shlomo dikurangkan atas sebab alam sekitar.
Di Washington, jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki berkata laporan itu bercanggah dengan matlamat Israel untuk mencari perdamaian. – REUTERS
TOP
Didenda RM8,000 Kerana Rasuah Polis
JOHOR BAHRU – Seorang bapa kepada empat orang anak didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam selepas mengaku salah memberi rasuah RM300 kepada seorang pegawai polis, Jun lalu.
Zurainee Basar, 40, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan, dia boleh dihukum penjara enam bulan.
Mengikut kertas pertuduhan, Zurainee didakwa memberikan satu suapan iaitu wang tunai kepada Mohd Nadzir Gulam Kadir yang bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah (2) di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan.
Suapan itu bertujuan sebagai balasan agar pegawai berkenaan tidak mengambil tindakan ke atas dirinya kerana disyaki memiliki dadah berbahaya di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kesalahan itu dilakukan di Nipon Laser Karaoke OK Lounge, Jalan Permas 10/7, Bandar Baru Permas Jaya, Masai, di sini, kira-kira jam 2.45 pagi, 15 Jun lalu.
Zurainee yang kini membantu adiknya menjalankan perniagaan didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman satu perempat daripada lima tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Raya SPRM, Ridzuan Abd Malik manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam. – Sinar Harian Online
TOP
Si Bapa Seksa Perogol Hingga Mati Di India
New Delhi – Seorang bapa didakwa mempelawa lelaki yang merogol anak perempuannya untuk makan malam di rumah mereka sebelum menyeksanya hingga mati.
Lelaki berkenaan mengajak perogol berusia 45 tahun itu makan pada Jumaat lalu, sebelum mengikatnya pada kerusi dan membakar kemaluannya.
Si bapa yang berumur 36 tahun itu kemudian mencekik mangsa hingga mati dalam tindakan yang dilihat memang sengaja dirancang sejak anak perempuannya berusia 14 tahun diperkosa dua bulan lalu.
Kejadian berlaku di kawasan Khajuri Khas, timur laut Delhi.
Selepas membunuh perogol terbabit, si bapa pergi ke balai polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu dengan menceritakan secara terperinci bagaimana ia mendera mangsa.
Lelaki itu ditahan dan akan didakwa atas tuduhan membunuh.
Menurutnya, dia bertindak membunuh perogol berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan siasatan polis berkait dengan kes anaknya. – Agensi
TOP
Pembinaan Hotel Di Perlis Sokong Industri Pelancongan
KUALA PERLIS – Kerajaan Perlis sedang berusaha keras menarik pelabur untuk membina sekurang-kurangnya tiga buah hotel di Kuala Perlis dan Kangar bagi memenuhi permintaan khususnya pelancong.
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata sasaran itu berdasarkan potensi kehadiran pelancong sejajar perancangan kerajaan negeri memajukan sektor sukan pelancongan air di laut dan darat.
Katanya program pertama ialah Karnival Pesta Air Perlis di Kuala Perlis dan Sukan Air Daratan di Empangan Timah Tasoh pada bulan April serta Mac tahun depan.
“Program-program ini akan disenaraikan dalam kalendar pelancongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia 2015 dan dilaksana dengan sokongan agensi-agensi kerajaan pusat bersempena sambutan keputeraan Raja Perlis setiap tahun,” katanya kepada pemberita di sini.
Azlan ditemui selepas membuat pelancaran simbolik Pesta Air Tradisional Kuala Perlis 2014 di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Perlis di sini semalam.
Beliau berkata antara acara di laut ialah lumba perahu panjang, luncur angin, perahu layar kecil, kayak, kenu dan skuter air manakala di Empangan Timah Tasoh melibatkan acara yang menggunakan peralatan tidak bermotor.
Acara sukan rakyat seperti memanjat tiang licin, pukul bantal, menangkap itik, menjala ikan, timbang bola atas perahu, berenang dan menyelam paling lama akan diadakan bagi memeriahkan program tersebut, kata Azlan.
Beliau berkata kerajaan negeri juga akan terus merayu kerajaan pusat supaya membina satu landasan sekurang-kurangnya untuk kapal terbang kecil mendarat bagi menyokong strategi pembangunan negeri.
Mengenai Pesta Air Tradisional Kuala Perlis pada 15 dan 16 Nov ini di Kompleks LKIM Kuala Perlis, beliau berkata program itu kali terakhir diadakan pada 2009, terhenti kerana ketiadaan peruntukan.
Katanya program ini membabitkan nelayan di Kuala Perlis dan dibiayai sepenuhnya oleh Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia negeri Perlis dan kerajaan negeri akan menjadikannya acara tahunan selepas ini.
Sebanyak 25 pasukan mewakili 25 kampung dalam kawasan Kuala Perlis mengambil bahagian membabitkan pertandingan perahu 12 dan 14 pendayung di samping sukan rakyat yang menyediakan hadiah wang tunai kepada pemenang, kata Azlan. – BERNAMA
TOP
Kajian Semula Persempadanan Kebaikan Untuk Rakyat
KUALA LUMPUR – Usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dun amat dialu-alukan oleh ahli Parlimen daripada pelbagai parti.
Mereka berpendapat, tindakan SPR itu amat perlu diadakan secepat mungkin bagi kebaikan rakyat jelata mendapat perkhidmatan yang sewajarnya.
Bagi Ahli Parlimen Shah Alam (Pas), Khalid Abdul Samad menyifatkan persempadanan semula dapat memastikan pentadbiran sesebuah kawasan itu dijalankan dengan lebih efisien.
Beliau berkata, persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dun amat perlu bagi memastikan wakil rakyat dapat menjalankan tanggunggjawab dengan lebih baik dan adil.
“Saya setuju (dengan persempadanan semula) supaya populasi (dalam satu-satu kawasan Parlimen dan Dun) tidak begitu besar.
“Kalau sampai ada kawasan yang mempunyai 140,000 pengundi, memang terlalu ramai dan tidak adil bagi ahli Parlimen itu berbanding kawasan Parlimen yang hanya mempunyai 80,000 pengundi.
Khalid menambah, persempadanan itu mesti dijalankan dengan mengambil kira pelbagai aspek yang lain bagi memastikan pilihan raya yang diadakan lebih adil.
Sementara itu, Adun Sri Muda (PKR), Shuhaimi Shafiei berkata, memang wajar persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dun dilaksanakan pada masa ini.
“Ini adalah kerana bilangan pengundi telah meningkat dan sudah pasti sekiranya kawasan populasi itu dipecahkan, wakil rakyat di kawasan itu boleh menjalankan tugasnya dengan lebih efisien,” katanya.
Bagaimanapun beliau berharap SPR dapat laksanakan tugasnya dengan adil dan saksama.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2)(ii), persempadanan semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya akan dibuat dalam tempoh tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya urusan persempadanan terdahulu.
Kali terakhir persempadanan semula dilakukan pada 2003 dan ia sepatutnya diadakan semula pada 2011 namun ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada PRU13.
Bagi Ahli Parlimen Setiawangsa (BN), Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, selain faktor kepadatan penduduk di sesebuah kawasan, kewajaran persempadanan semula juga perlu dilihat dari segi keluasan sesebuah kawasan.
“Sebagai contoh di Sarawak, saya melihat keperluan untuk menambah kerusi adalah wajar kerana kawasan Sarawak teramat besar walaupun penduduknya tidak begitu ramai tetapi kalau kita lihat, ada wakil rakyat yang kawasannya sebesar negeri Pahang.
“Apa jua untuk melaksanakan persempadanan semula, ia melihat kepada asas keperluan setempat, contohnya jumlah penduduk yang sudah tinggi, dan kesesuaian kawasan itu,” katanya.
Sementara itu, Adun Semenyih (BN), Datuk Johan Abd Aziz menyatakan harapannya agar ahli Dewan Rakyat mempersetujui syor kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya yang akan dibentangkan di Parlimen kelak.
“Kita ketepikan fahaman politik, perkara ini tidak seharusnya dipolitikkan kerana persempadanan semula telah termaktub di dalam perlembagaan, jadi ia adalah tanggungjawab kita untuk laksanakan demi kepentingan rakyat,” katanya. – BERNAMA
TOP
AMK Bantah PTPTN Kurangkan Pembiayaan
KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) membantah rancangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mahu memotong pembiayaan kepada pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, pemotongan sebanyak lima peratus untuk pembiayaan pelajar IPTA dan 15 peratus IPTS itu tidak wajar dalam keadaan rakyat berhadapan tekanan kewangan. ]
“Ini membuktikan bahawa dasar pembiayaan pendidikan telah gagal. Pembaziran dan ketirisan melampau dibiarkan begitu sahaja sementara akses kepada pendidikan menjadi mangsa.
“Pendidikan tinggi bukan keistimewaan atau kemewahan. Pendidikan tinggi semakin hari menjadi kepentingan awam,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Nik Nazmi berkata, rancangan itu akan memusnahkan impian golongan muda yang ingin melanjutkan pelajaran terutama golongan berpendapatan rendah.
Katanya, penstrukturan semula perlu dilakukan ke atas IPTS kerana banyak kolej-kolej tidal berkualiti hidup semata-semata atas pembiayaan PTPTN tetapi gagal memberikan pendidikan berkualiti dan membebankan generasi muda dengan hutang.
Media sebelum ini melaporkan jumlah pembiayaan baharu PTPTN untuk pelajar IPTA dan IPTS dikurangkan mulai 1 November lalu.
Penyelarasan itu dibuat berikutan kekangan dana PTPTN bagi menampung penambahan 50,000 peminjam baharu untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) bermula November ini. – mynewshub.cc
TOP
Kuching Kini Bebas Aktiviti Judi Siber Haram
KUCHING – Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad hari ini mengisytiharkan Kuching kini bebas daripada aktiviti perjudian siber haram.
Katanya, kesemua premis perjudian haram di kawasan bandar raya Kuching Selatan dan Utara sudah ditutup berikutan serbuan dan tindakan yang diambil pihak polis secara besar-besaran selama seminggu lalu.
“Hari ini saya boleh beri jaminan kegiatan perjudian siber haram adalah sifar di bandar raya Kuching Selatan dan Utara tetapi kemungkinan ada mesin-mesin yang ada di dalam premis terbabit,” katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis daerah Kuching di sini, hari ini.
Beliau menjelaskan pihak polis tidak dapat merampas kesemua mesin perjudian terbabit disebabkan pihaknya memerlukan waran geledah daripada mahkamah untuk menggeledah dan merampas mesin-mesin berkenaan.
Katanya, pihak polis sedang bekerjasama dengan majlis berkuasa tempatan untuk mendapatkan waran geledah daripada mahkamah supaya tindakan menggeledah dan menyita mesin perjudian terbabit boleh dilakukan dengan segera.
Bagaimanapun, katanya pihak polis kini memantau pusat perjudian terbabit untuk memastikan ia tidak beroperasi semula dan meminta kerjasama orang ramai supaya memaklumkan kepada pihak polis sekiranya mereka mempunyai maklumat tentang premis yang beroperasi semula agar tindakan segera dapat dilakukan.
Menurut Roslan, pihaknya membuat 175 serbuan dengan 247 tangkapan serta merampas 2,122 unit mesin perjudian siber dan wang rampasan sebanyak RM20,722.
Selain itu, katanya polis Kuching turut membuat 11 tangkapan berkaitan perjudian semasa bola sepak Piala Dunia sepanjang Jun lalu.
Pada sidang media sama, Roslan turut memaklumkan polis daerah Kuching melakukan 1,319 tangkapan membabitkan pelbagai kesalahan jenayah berbanding 1,155 tangkapan yang dilakukan sepanjang tahun lepas.
Katanya, jumlah tangkapan itu tidak termasuk mereka yang ditangkap kerana kesalahan narkotik dan jenayah komersial.
Roslan berkata kadar jenayah indeks di bandar raya ini turut menunjukkan penurunan sebanyak 17.41 peratus.
Katanya pada tahun lalu pihaknya merekodkan 2,286 kes bagi tempoh Jan hingga Okt berbanding 1,888 kes bagi tempoh yang sama tahun ini.
“Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan penurunan kes yang dicatatkan, iaitu sebanyak 17.41 peratus walaupun KPI yang ditetapkan adalah lima peratus, tetapi sasaran kita adalah jenayah sifar,” tambahnya.
Sehubungan itu, Roslan menyatakan rasa kesal terhadap tanggapan segelintir pihak yang mengatakan kadar jenayah di bandar raya itu meningkat, sambil
menyifatkan mereka sengaja membutakan mata sedangkan pelbagai usaha dilakukan pihak polis untuk memerangi jenayah.
Terdahulu Roslan menyampaikan pingat kenaikan pangkat dan surat penghargaan kepada 110 anggota polis berpangkat konstabel hingga ke sarjan serta surat penghargaan kepada empat orang yang membantu pihak polis membanteras jenayah. – BERNAMA
TOP
Proton, Honda Bincang Peluang Kerjasama
KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd (Proton Holdings) dan Honda Motor Co, Ltd (Honda Motor) kini mengadakan beberapa siri perbincangan bagi meneroka peluang kerjasama dalam bidang peningkatan teknologi, pengenalan barisan produk baharu, perkongsian platform dan kemudahan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerjasama itu turut menandakan potensi kerjasama strategik jangka panjang, yang melibatkan lebih ramai jurutera Proton dan pembekal automatif tempatan serta merangkumi kerjasama teknikal yang lebih menyeluruh, bermatlamatkan kepuasan pelanggan.
“Selaras dengan hasrat Proton untuk menghasilkan model-model baharu yang berkualiti tinggi dan berteknologi terkini, siri perbincangan itu antara lain akan menyentuh program perkongsian model, yang merupakan kaedah yang dilaksanakan dalam industri automatif pada masa ini.
“Kaedah pembangunan model baharu ini dijangka dapat membantu Proton untuk menjimatkan pelaburan dan tempoh pembangunnya bagi sesebuah model baharu,” katanya ketika menjawab soalan Dr Che Rosli Che Mat (BN-Hulu Langat) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Che Rosli bertanyakan sama ada Proton akan bekerjasama dengan Honda sebagai rakan kongsi dalam mengeluarkan kereta model baharu memandangkan Proton Perdana merupakan 100 peratus Honda Accord.
Mustapa berkata Proton telah memulakan pengeluaran model Proton Perdana pada Januari 1995 dan menghentikannya pada 2010, antara lain disebabkan penggunaan teknologi lama yang sudah melebihi 30 tahun, tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan terkini, dan kesukaran untuk mendapatkan bekalan alat ganti kerana Jepun telah lama menghentikan pengeluaran model ini.
“Untuk memenuhi pasaran segmen D, Proton kini memperkenal model Proton Perdana baharu. Bagi fasa pertama (Disember 2013-2015), model Perdana ini diperkenalkan untuk kegunaan Kerajaan sahaja,” katanya.
Bagi pasaran awam pula, Mustapa berkata model Perdana akan diperkenal pada 2016.
Beliau berkata perjanjian kerjasama antara Proton dan Honda dimeterai pada 29 Oktokber 2012, disusuli Perjanjian Khusus berkaitan model gantian Proton Perdana.
“Berdasarkan perjanjian ini, aktiviti-aktiviti pembangunan Proton Perdana baharu adalah berasaskan model Honda Accord,” katanya.
Sehingga kini, Proton telah mengeluarkan 1,000 unit Proton Perdana bagi varian 2000cc dan 700 unit bagi varian 2400 cc. Varian 2400cc adalah untuk kegunaan Menteri, Kerajaan tempatan dan pegawai JUSA A ke atas.
Kepada soalan tambahan Che Rosli sama ada Proton boleh mengekalkan harga rendah dan berpatutan, Mustapa berkata kerajaan tidak campur tangan dalam urusan harga memandangkan Proton merupakan syarikat automatif swasta yang dimiliki oleh DRB-HICOM.
Bagaimanapun, beliau berkata kementerian akan sentiasa memantau walaupun Proton mempunyai hak mutlak untuk menentukan harga pasaran.
Kepada soalan tambahan Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), Mustapa berkata Malaysia mempunyai jenama kereta buatan sendiri iaitu Proton Iriz, dengan enjin dicipta sendiri oleh rakyat Malaysia.
“Proton mengambil pendekatan bekerjasama dengan Honda kerana ini merupakan kaedah perniagaan yang murah. Sekiranya Proton ingin mereka bentuk atau membangun kereta sendiri mulai peringkat awal hingga akhir, ia akan melibatkan tidak kurang US$500 juta hingga US$2 bilion.
“Ini akan mengambil masa yang lama dan melibatkan kos yang tinggi. Jadi, adalah lebih murah untuk mengadaptasi teknologi dan kemudahan syarikat automatif antarabangsa seperti Honda,” kata Mustapa. – BERNAMA
TOP
Vaksin Denggi Di Pasaran Tahun Depan
KUALA LUMPUR – Vaksin denggi pertama di dunia kini dalam proses pengeluaran, dan akan berada di pasaran pada separuh kedua 2015, menurut Sanofi Pasteur, syarikat multinasional yang memberi tumpuan kepada penghasilan vaksin.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata kajian klinikal peringkat akhir kedua menunjukkan 95.5 peratus perlindungan terhadap demam denggi teruk dan pengurangan risiko kemasukan ke dalam wad sebanyak 80.3 peratus.
Sanofi Pasteur, iaitu bahagian vaksin di Sanofi, mengumumkan keputusan terperinci kajian keberkesanan klinikal Fasa III yang bersejarah itu di Amerika Latin dalam The New England Journal of Medicine.
Pengeluar ubat dari Perancis itu berkata keberkesanan menyeluruh terhadap sebarang simptom demam denggi adalah 60.8 peratus terhadap kanak-kanak dan remaja sembilan hingga 16 tahun yang diberi tiga dos vaksin itu.
Kajian itu dijalankan meliputi lebih 31,000 peserta di 10 negara endemik di Amerika Latin dan Asia, termasuk Malaysia.
Denggi adalah penyakit endemik di lebih 100 negara, mengancam hampir separuh penduduk dunia. Seorang pesakit dimasukkan ke hospital akibat denggi pada setiap minit.
Sanofi mengambil masa sejak 20 tahun lepas untuk membangunkan vaksin yang mendahului bakal pesaingnya selama beberapa tahun. – BERNAMA
TOP
Empat Anggota Polis Didakwa Minta Rasuah
KUALA LUMPUR – Empat anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan meminta rasuah sebagai dorongan untuk melepaskan seorang lelaki yang ditahan kerana kesalahan dadah.
Kesemua tertuduh iaitu Inspektor K. Ravindran, 33, Koperal Mahzan Hakim Mohamad Zain, 31, Lans Koperal Faizal Miza Zakariah, 30, dan Konstabel Jasli Jahirin, 24, bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Sentul.
Mengikut pertuduhan, Ravindran didakwa meminta suapan iaitu wang tunai RM40,000 daripada seorang peniaga Dhalgit Singh Mahinder Singh, 31, melalui panggilan ke telefon bimbit milik K. Manimaran sebagai dorongan untuk melepaskan Manimaran, yang ditangkap atas kesalahan menyimpan dadah.
Ravindran didakwa melakukan kesalahan itu antara 8.15 malam dan 10.15 malam pada 4 Jun 2013 di Kepong mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 (berdasarkan mana lebih tinggi), jika sabit kesalahan.
Dia juga didakwa bersama-sama tiga tertuduh lain iaitu Mahzan Hakim, Faizal Miza dan Jasli cuba memperoleh rasuah daripada individu sama di bahu jalan berhadapan Restoran McDonald’s Kepong antara 1.30 pagi dan 2 pagi pada 5 Jun 2013.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 17(a) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 (berdasarkan mana lebih tinggi), jika sabit kesalahan.
Hakim Allaudeen Ismail membenarkan Ravindran diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua kes manakala tertuduh lain RM10,000 dan menetapkan 11 Dis untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kasim manakala peguam Geethan Ram Vincent mewakili kesemua tertuduh. – BERNAMA
TOP
Selepas 13 Tahun, WTC Kembali Beroperasi
13 tahun lalu pada tanggal 11 September 2001, seluruh dunia digemparkan dengan serangan pengganas terhadap salah satu mercu tanda di Manhattan, New York, iaitu World Trade Centre.
Kini dikenali sebagai One World Trade Centre, bangunan pencakar langit setinggi 104 tingkat itu mula beroperasi kembali pada Isnin lepas.
Menurut laporan dan BBC News, bangunan yang menelan kos pembinaan sebanyak USD 3.8 billion itu, menempatkan kakitangan sebuah syarikat penerbitan gergasi, Conde Nast seramai 3,400 orang.
Turut dikenali sebagai ‘The Freedom Tower’, sebanyak 60 peratus ruang dalaman telah disewakan kepada beberapa syarikat.
OWTC mengambil masa lapan tahun untuk disiapkan di atas tapak runtuhan WTC yang mengorbankan 2700 nyawa dalam tragedi tersebut. dan ia merupakan bangunan tertinggi di Amerika Syarikat ketika ini iaitu 541 meter. Ia turut dilengkapi dengan memorial tapak bangunan asal dan sebuah muzium dan dijangka dibuka kepada umum tahun ini. – MYNEWSHUB.CC

Wartawan Wanita Bernama Disamun Depan Rumah
KUALA LUMPUR – Seorang wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) disamun dua lelaki bersenjatakan parang di hadapan rumahnya di Subang Jaya, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, Azzah Mohamad @ Md Som, 28, yang bertugas di Meja Antarabangsa, berkata beliau baru pulang dari tempat kerja dan meletakkan keretanya jenis Proton Inspira di tepi jalan di hadapan rumahnya di Jalan USJ 3/3M, Subang Jaya.
Azzah berkata sebaik keluar daripada kereta dan ingin mengambil beg melalui pintu sebelah kiri, beliau didatangi seorang lelaki memakai topi keledar dari arah belakang dan mengacukan parang ke mukanya.
“Lelaki itu berulang kali meminta saya menyerahkan telefon bimbit saya jenis Samsung S4 dan beg tangan, dan setelah menyerahkan telefon dan beg itu, dia minta pula kunci kereta, tetapi saya enggan menyerahkannya.
“Saya bernasib baik kerana ketika itu sebuah kereta jenis Proton Wira yang dinaiki sepasang suami isteri berhenti kerana terlihat kejadian, menyebabkan lelaki itu melarikan diri bersama seorang lelaki yang sedang menunggu dengan sebuah motosikal di tepi jalan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Azzah berkata sebelum melarikan diri, lelaki itu sempat membaling sebuah beg galas yang didapati mengandungi sejenis topi, yang dipercayai sebagai taktik agar suspek tidak dikejar.
“Pasangan suami isteri yang berhenti itu menenangkan saya dan menghantar saya masuk ke rumah,” katanya sambil menambah, di dalam beg tangannya ada dompet berisi wang RM410, kad pengenalan, lesen memandu dan lain-lain, perakam suara, powerbank, kad pekerja dan pas media.
Beliau berkata semasa kejadian hanya adik perempuannya berumur 27 tahun berada di dalam rumah.
Azzah membuat laporan polis di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.
“Saya bersyukur kerana tidak cedera dan mereka tidak dapat melarikan kereta, saya masih trauma dengan kejadian ini,” katanya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu yang disiasat di bawah kes samun berkumpulan menggunakan senjata. – BERNAMA
TOP
Polis Tahan 2 Beradik Disyaki Tikam Bapa Tiri
KETUA Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Nor Hashim Mohamed (tengah) menunjukkan senjata yang digunakan suspek kes pukul bapa tiri pada sidang media di IPD Nusajaya. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
NUSAJAYA – Polis menahan dua beradik selepas disyaki memukul dan menikam bapa tiri mereka dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Selesa Jaya, di sini, malam semalam. Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, mangsa bekerja sebagai jurukimpal berusia lewat 30-an parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) . Beliau berkata, polis bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima laporan isteri mangsa dan berjaya menahan kedua dua suspek yang berusia 30 dan 32 tahun itu. Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya, di sini, sebentar tadi. – BH Online

Pendaftaran GST Meningkat Kepada 120,354 Sehingga 3 Nov
KUALA LUMPUR – Jumlah syarikat yang berdaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 120,354 sehingga 3 Nov, peningkatan sebanyak 1,829 berbanding hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam.
Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata data terkini menunjukkan peningkatan berterusan bilangan syarikat berdaftar untuk GST sebelum tarikh akhir pada 31 Dis.
Kerajaan menyasarkan mendaftarkan 140,000 syarikat dalam struktur percukaian baharu itu yang akan dilaksanakan pada 1 April, 2015. – BERNAMA
TOP
MPAJ Buru Pesalah Letak Kereta Mulai 29 November
KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan memulakan `operasi’ memburu orang ramai yang gagal membayar kompaun letak kereta selepas 29 November ini.
Pemangku Yang Dipertua MPAJ, Abdul Hamid Hussain berkata, , MPAJ akan mengambil tindakan mahkamah termasuk mendapatkan waran tangkap ke atas pesalah terbabit.
“Tindakan ini perlu diambil memandangkan orang ramai tidak memandang serius terhadap kompaun yang dikenakan oleh MPAJ.
“Sehubungan itu pemilik-pemilik kenderaan yang mempunyai tunggakan kompaun digesa menjelaskan tunggakan kompaun mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Abdul Hamid bagaimanapun memaklumkan, MPAJ akan menawarkan pengurangan kompaun RM30 bagi setiap kompaun letak kereta bermula 1 November ini terlebih dahulu.
Menurutnya, tawaran kompaun itu bertujuan memberi kesempatan kepada orang ramai menjelaskan kompaun letak kereta yang bernilai RM1.5 juta pada tahun lalu.
Kata beliau, semakan dan bayaran kompaun boleh dibuat di ibu pejabat, kaunter bergerak dan pejabat-pejabat cawangan MPAJ.
Tambah beliau, bayaran kompaun boleh juga dilakukan secara dalam talian melalui alamat laman web http://icomm.mpaj.gov.my. – mynewshub.cc
TOP
KDN Seru Masyarakat Banteras Kegiatan PPS
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengingatkan tiada mana-mana pihak boleh menggunakan nama, simbol, lambang atau logo Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) yang diharamkan pada 3 November lalu.
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff berkata, PPS telah diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.
“Pasukan PPS merupakan pertubuhan yang menjalankan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam dalam negara ini.
“Saya menyeru masyarakat memberi kerjasama dalam membantu usaha kerajaan membanteras aktiviti PPS yang dianggap bercanggah dengan undang-undang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mohamad Khalid berkata, sejajar dengan pengharaman itu juga segala akaun, aset, harta pasukan PPS akan diserahkan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia.
Tambah beliau, tiada mana-mana individu boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil PPS lagi.
Tegasnya, mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti PPS akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].
KDN sebelum ini mengarahkan kerajaan DAP Pulau Pinang membubarkan segera PPS kerana badan itu merupakan sebuah organisasi haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
PPS turut didakwa menyalah guna status sukarelawan pertubuhan itu untuk menjalankan kerja-kerja seperti polis dengan menahan dan menangkap orang ramai di Pulau Pinang. – mynewshub.cc
TOP
AirAsia Lancar Perkhidmatan Wi-Fi Dalam Pesawat
KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad (AirAsia) melancarkan perkhidmatan Wi-Fi dalam pesawat dikenali sebagai `roKKi Chats’ bermula hari ini.
AirAsia dalam satu kenyataan media memberitahu, perkhidmatan baharu itu membolehkan penumpangnya menggunakan applikasi internet semasa penerbangan.
“Setiap token `roKKi Chats’ akan ditawarkan pada harga RM8 bagi penggunaan data sehingga 3MB bagi applikasi WeChat, WhatsApp dan LINE.
“AirAsia disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai syarikat penerbangan pertama menawarkan perkhidmatan Wi-Fi dalam pesawat di Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, penumpang AirAsia hari ini boleh menggunakan kemudahan Wi-Fi itu pada harga pengenalan RM5 setiap token berbanding harga asal RM8.
Kata kenyataan itu, sebanyak 90 token disediakan dalam setiap pesawat dan penumpang hanya perlu mengaktifkan WiFi dengan memasukkan token ID.
Jelas kenyataan itu, penumpang boleh mengenal pasti sama ada penerbangan mereka terdapat perkhidmatan Wi-Fi ini melalui penanda dalam pesawat.
Tambah kenyataan itu, token itu boleh diguna pakai oleh hampir kesemua jenis tablet dan telefon pintar. Setiap token hanya boleh digunakan bagi satu peranti sahaja. – mynewshub.cc
TOP
Honda Menampilkan Huruf R Dalam Kempen Yang Sangat Menarik
Nampaknya Honda merupakan juara di internet pada minggu lepas dimana Video kreatif bertajuk “The Other Side” yang menarik ini menampilkan model Civic baru dan Civic Type R Konsep.
Pada dasarnya, video “The Other Side” menunjukkan seorang ayah yang menjalani aktiviti rutinnya, iaitu mengambil anak perempuannya dari sekolah.
Jika anda tekan “R” semasa menonton video tersebut, video bapa yang mengambil anak di sekolah tadi akan diganti dengan sebuah video alternatif.
Tiba-tiba si ayah tadi kini berada dalam Civic Type R dan tidak berada di sekolah. Sebaliknya dia terlibat dalam sesuatu seperti kes jenayah pada waktu malam. Kreatif! KLIK DI SINI untuk menonton video tersebut, dan KLIK HURUF R untuk melihat skrinnya berubah. Selebihnya, anda sendiri fikirkan, kerana kami tidak mahu merosakkan perasaan teruja anda. Selamat mencuba! Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Malaysia Ulangi Sokongan Padu Kepada Palestin
KUALA LUMPUR – Malaysia mengulangi sokongan padunya terhadap usaha mengembalikan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan berpemerintahan sendiri, hak untuk mengecapi kemerdekaan dan kedaulatan serta hak untuk kembali ke kampung halaman sendiri.
Wakil tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hussein Haniff berkata Kuala Lumpur sentiasa percaya kepada penyelesaian melalui kewujudan dua negara dengan menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat, selamat dan aman.
“Apabila bercakap tentang keadilan, kedaulatan undang-undang dan keabsahan, kami percaya bahawa penyelesaian melalui kewujudan dua negara merupakan satu-satunya cara untuk mencapainya,” kata beliau.
Hussein berkata demikian ketika berucap mengenai Agenda Perkara 69: Hak Manusia untuk Menentukan Nasib Sendiri pada Sidang Ke-69 Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung Bangsa Bersatu di New York semalam. Salinan teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama hari ini.
Kata beliau pengumuman Israel mengenai perluasan penempatan haram di Tebing Barat, termasuk di Baitulmuqqadis Timur, bererti rakyat Palestin akan diusir secara paksa.
Hussein berkata masyarakat antarabangsa telah gagal menghalang tindakan Israel mencabul undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Resolusi PBB dan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa secara terang-terangan dan dengan sewenang-wenangnya.
“Ketika jawatankuasa ini berusaha mencari penyelesaian untuk mengakhiri kekebalan terhadap salah laku berkaitan pelbagai isu, termasuk pencabulan dan penyelewengan hak asasi manusia, tindakan Israel yang secara terang-terangan melanggar peraturan, terus dibiarkan berlaku,” katanya.
Sejajar dengan itu, beliau menyeru masyarakat antarabangsa supaya berganding bahu untuk memikul tanggungjawab dan mematuhi rangka kerja yang ditetapkan untuk menamatkan pendudukan Israel. – BERNAMA
TOP
MARA Tidak Mampu Taja Semua Pelajar – Annuar
KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak mampu menaja semua pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di luar negara.
Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa berkata, Mara kebiasaannya menaja pelajar terpilih di bawah skim pelajar cemerlang (SPC).
Justeru, beliau menyifatkan pihak yang mempersoalkan mengapa Mara tidak menaja pelajar di negara tertentu keliru tentang tajaan Mara.
“Banyak yang masih keliru soal tajaan belajar. Kerajaan termasuk Mara memang ada menaja pelajar ke Indonesia termasuk Bandung
“Malah Mara ada pejabat di Jakarta untuk menguruskan pelajar tajaannya. Namun tidak bermakna Mara mesti menaja semua pelajar yang memilih belajar di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekecewaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kerana ada pelajar Malaysia yang menuntut di beberapa universiti di Bandung tidak mendapat tajaan Mara.
Menurut Ibrahim Ali, pelajar yang menuntut dalam bidang pergigian, perubatan dan farmasi sewajarnya mendapat tajaan kerana mereka layak serta menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) yang diiktiraf.
Annuar bagaimanapun mengakui Mara ada menaja pelajar sendirian di luar negara tetapi selepas setahun mereka di sana dan mencatat keputusan cemerlang.
Namun, katanya, tajaan itu tetap bergantung kepada peruntukan Mara yang terbatas maka agensi itu tidak dapat menampung kesemua pelajar terbabit.
Justeru, beliau berharap isu tajaan Mara itu difahami dalam perspektif yang betul kerana Mara akan terus membantu berdasarkan kemampuan kewangan. – mynewshub.cc
TOP
81 Penjawat Awam Bersalah Langgar Tatatertib
KUALA LUMPUR – Sebanyak 81 pegawai perkhidmatan awam didapati bersalah di bawah tindakan punitif yang melibatkan kesalahan tatatertib dan surcaj sejak 2012 sehingga 3 Oktober lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata antara hukuman yang dijatuhkan kepada pegawai yang didapati bersalah adalah seorang pegawai dibuang kerja, 29 pegawai dikenakan surcaj manakala 12 pegawai dikenakan surcaj dan amaran dengan nilai keseluruhan berjumlah RM86,767.85.
“Surcaj dikutip secara terus daripada pegawai melalui pemotongan emolumen dan hukuman amaran menyebabkan pegawai berkenaan tidak dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 12 bulan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Wira Othman Abdul (BN-Pendang) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Othman ingin tahu berapakah jumlah tindakan dan jenis tindakan yang telah diambil ke atas kakitangan kerajaan yang melakukan kesalahan seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.
Dalam pada itu Shahidan memberitahu seorang pegawai telah dijatuhkan dua hukuman serentak iaitu amaran ditangguhkan pergerakan gaji maksimum 12 bulan dan tidak dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 30 bulan. Katanya dua pegawai pula dijatuhkan hukuman tangguh pergerakan gaji maksimum 12 bulan di samping tidak dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 30 bulan.
Selain itu, Shahidan berkata dua pegawai dijatuhkan hukuman denda iaitu pemotongan maksimum tujuh hari emolumen di samping tidak dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 18 bulan.
“Manakala 34 pegawai lagi dijatuhkan hukumam amaran menyebabkan mereka tidak dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 12 bulan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Polis Kedah Rampas 53 Mesin Judi Sebulan
ALOR SETAR – Polis Kedah akan terus memerangi aktiviti mesin judi haram di negeri ini dalam usaha membendung kegiatan itu daripada terus berleluasa.
Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata sepanjang Oktober lepas, pihaknya melancarkan serbuan ke atas premis yang menjalankan kegiatan perjudian haram dan merampas 53 mesin judi.
“Dalam tempoh sebulan, kita melancarkan 87 serbuan ke atas premis yang menjalankan kegiatan mesin perjudian yang melibatkan 40 tangkapan, 53 rampasan mesin yang melibatkan wang rampasan sebanyak RM982.
“Selain itu, kita juga mengambil tindakan bagi membanteras kegiatan loteri awam tanpa lesen dalam tempoh sama yang melibatkan 54 serbuan, 43 tangkapan dan wang rampasan bernilai RM3,301,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata polis juga berjaya menahan 20 wanita warga asing dalam operasi ‘Ops Noda’ yang dijalankan sepanjang bulan lepas dalam 11 serbuan di sekitar Kedah.
“Bagi ‘Ops Noda’ 11 serbuan telah dijalankan dengan 32 tangkapan melibatkan 20 wanita warga asing iaitu 17 Thailand, dua Myanmar satu Vietnam.
“Kesemua mereka akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963,” katanya. – BERNAMA
TOP
Bilionair Bertegas Tempat Tinggal Keluarga Di KL, Bukan England
UALA LUMPUR: Bekas Ratu Cantik Malaysia, Pauline Chai Siew Phin ketika hadir ke mahkamah berhubung permohonan penceraian bersama jutawan Tan Sri Khoo Kay Peng di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur adalah tempat tinggal sebenar saya, kata Tan Sri Khoo Kay Peng kepada Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar permohonan perceraian yang difailkannya tahun lepas. Jutawan berusia 74 tahun itu berkata beliau tidak pernah menukar tempat tinggal dan sebagai sebuah keluarga, mereka tinggal di sini, bukan di United Kingdom atau Australia. Kata Khoo, isterinya Puan Sri Pauline Chai Siew Phin, 67, Miss Malaysia/International 1969, dan lima anak mereka, selalunya menyambut musim perayaan di luar negara, tetapi tetap pulang ke Malaysia. “Kuala Lumpurlah tempat tinggal kami, tempat tinggal sebenarnya. Pusat perniagaan saya juga terletak di bandar raya ini,” katanya dalam pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Cyrus Das. Khoo berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Yeoh Wee Siam mengenai permohonannya untuk mengetepikan keperluan menghadap badan pendamai sebelum bercerai dan untuk menentukan isu awal sama ada mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa mendengar petisyen perceraiannya. Khoo, yang juga pengerusi bukan eksekutif jenama fesyen antarabangsa Laura Ashley, memberitahu mahkamah bahawa keluarganya, termasuk lima anak mereka, tidak tinggal di England. Kata Khoo ketika beliau dan Chai, yang berasal dari Ipoh, berkahwin pada 1970, isterinya itu datang ke rumahnya di Kuala Lumpur dengan hanya membawa dua beg “pakaian lama” dan “itu saja”. Jutawan itu berkata keluarganya tidak tinggal bersama di rumah pasangan itu di kawasan mewah Rossway Park di England. Terdahulu, beliau berkata Chai adalah seorang wanita cerewet dan panas baran serta suka meninggikan suara hanya kerana “hal-hal kecil”. Beliau juga mendakwa seorang daripada anak lelaki mereka menggelarkan Chai wanita “otak tak seimbang”, manakala anak perempuan mereka pula mengadu kepadanya bahawa Chai memanggilnya “gemuk dan hodoh”. “Dia wanita yang sangat banyak kerenah. Dia sangat panas baran. Dia akan menjerit dan memekik hanya kerana perkara kecil,” katanya. Khoo berkata ada kalanya, Chai serta anak mereka tidak bertegur sapa berbulan-bulan lamanya dan Chai tidak menghormati atau memandang tinggi kepada ahli perniagaan. “Pada fikirannya, semua ahli perniagaan tidak jujur,” katanya. Dalam prosiding itu, Khoo juga menafikan Chai sentiasa mempunyai hubungan baik dengan anak-anak mereka, sebaliknya kadangkala hubungan mereka seperti musuh serta tidak bercakap antara satu sama lain. Khoo berkata lima anak mereka, berusia antara 28 dan 43 tahun, tinggal di tempat berasingan di Kanada, Singapura dan United Kingdom. “Perangai dan perilakunya (Chai) telah berubah. Sekarang baru saya tahu siapa sebenarnya orang ini (Chai), setelah 43 tahun berkahwin,” katanya. Pada Februari tahun lepas, Chai memfailkan petisyen perceraian di sebuah mahkamah di London dan menuntut penyelesaian £500 juta (lebih kurang RM2.75 bilion). Khoo, yang juga pengerusi syarikat pegangan pelaburan antarabangsa, Malayan United Industries Bhd dan kini tinggal di Ampang, Kuala Lumpur, memfailkan petisyen perceraian itu di sebuah mahkamah Malaysia tahun lepas. Perbicaraan bersambung pada Khamis. – BERNAMA

Pernahkah Anda Mendengar Alunan ‘Bongo’ Ini?
Gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut suka hati.
Tolong jangan ketawa dahulu kerana setiap bunyi yang dihasilkan mempunyai nilai seninya yang tersendiri.
Bunyi-bunyian yang dihasilkan ini hanya boleh dilakukan jika individu tersebut mempunyai lemak yang berlebihan seperti subjek di atas. Tapi bagi lelaki ini, bila perut beliau di gendang, irama merdu pula yang keluar. Selamat menikmati pentang anda! Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Beijing Haramkan Bakar Barang Mayat
Pemandangan di Dataran Tiananmen, Beijing yang berjerebu teruk dijangka kembali pulih menjelang sidang kemuncak APEC tidak lama lagi.
BEIJING – Pihak berkuasa China mula mengharamkan segala jenis pembakaran terbuka termasuk ritual tradisi pembakaran barangan mayat menjelang persidangan kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Beijing pada 10 dan 11 November ini. Tindakan bermula 1 November sehingga 15 November depan sebagai langkah drastik ekoran kadar pencemaran udara yang amat serius di ibu negara China itu malah mencecah 16 kali ganda lebih tinggi daripada had ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pemerintah turut mengehadkan jumlah kemasukan kereta ke bandar, menutup operasi kilang dan memberi cuti enam hari kepada kakitangan awam manakala wilayah berjiran Hebei juga mengarahkan penggantungan sementara lebih 2,000 kilang dan 2,500 tapak pembinaan. Ini kali kedua China berbuat demikian selepas melakukan perkara sama ketika Sukan Olimpik 2008 dan ia juga susulan aduan ramai pelari acara tahunan Marathon Antarabangsa Beijing pada 19 Oktober lalu terpaksa berlari memakai topeng dalam suasana jerebu teruk. Akhbar harian milik pemerintah, China Daily melaporkan pada 4 November, tindakan tersebut mula berjaya membersihkan suasana langit di Beijing yang kembali cerah berlatar belakang awan biru berbanding sebelum itu gelap mendung berasap. - Agensi

Premis Judi: Pemuda PAS Puji Pendirian PDRM
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memuji pendirian Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu memastikan semua premis perjudian tanpa lesen di ibu Negara ditutup.
Naib Ketuanya, Mohd. Farkhan Md Zain berkata, beliau berharap langkah polis Johor tidak lagi memberi sokongan ke atas pembaharuan lesen pusat hiburan keluarga yang menyalahi syarat lesen akan dilaksanakan polis di seluruh negara.
Beliau turut berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghentikan pemberian atau pembaharuan lesen terhadap aktiviti-aktiviti tidak bermoral terutama yang berselindung disebalik pusat hiburan keluarga.
“DBKL mesti mempunyai matlamat dan iltizam yang kukuh untuk memastikan ibu negara dibersihkan daripada anasir-anasir jenayah termasuk jenayah Syariah. Kita mahu Kuala Lumpur mempunyai identiti yang tersendiri bagi mencerminkan sebuah negara yang sejahtera.
“Kami juga berharap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melipatgandakan usaha bagi memerangi jenayah ini sepertimana yang termaktub dalam Seksyen 18, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Farkhan berkata, beliau yakin aktiviti perjudian di Kuala Lumpur boleh dikurangkan sedikit demi sedikit melalui usaha tersebut dan seterusnya dapat membantu menghindari aktiviti yang merosakkan itu. – mynewshub.cc
TOP
Puteri UMNO Sokong Operasi Gempur Aurat
KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri UMNO menegur MCA supaya lebih sensitif terhadap sebarang isu yang melibatkan agama Islam di negara ini.
Ketuanya, Mas Ermieyati Samsuddin berkata, MCA sepatutnya memahami sensitiviti sebelum memberi reaksi mengenai operasi gempur aurat kerajaan Kelantan.
“Puteri menyokong usaha kerajaan Kelantan yang melaksanakan undang-undang tersebut dan ia seharusnya dihormati oleh pelbagai pihak.
“MCA perlu lebih sensitif dan sebagai pendokong aspirasi rakyat mereka juga harus adil kepada semua masyarakat dan agama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mas Ermieyati berkata, MCA sepatutnya menumpukan kepada untuk menarik sokongan kaum Cina sebagai persediaan Pilihan Raya Umum Ke-14.
Menurutnya, beliau bimbang kekeliruan rakyat mengenai isu itu akan menjejaskan hubungan baik antara masyarakat dalam negara.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini tidak bersetuju dengan operasi gempur aurat yang dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan.
Beliau berpendapat operasi itu akan menjejaskan golongan peniaga terutama peniaga Cina di Kelantan. - mynewshub.cc
TOP
Jawatankuasa Audit Bebas Siasat Air Bertakung Di KLIA2
KUALA LUMPUR – Satu jawatankuasa audit bebas telah dibentuk bagi menyiasat masalah air bertakung di tempat letak pesawat lapangan terbang antarabangsa baru itu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, jawatankuasa itu akan menyiasat perkara tersebut secara menyeluruh.
“Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah ditugaskan untuk melengkapkan inkuiri ini dengan penuh bertanggungjawab.
“Keselamatan penumpang dan operasi penerbangan sentiasa menjadi keutamaan Kementerian Pengangkutan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tiong Lai dalam pada itu menjelaskan masalah air bertakung itu telah disalah anggap sebagai banjir di KLIA.
Menurutnya, tanggapan itu tidak tepat kerana KLIA2 tidak pernah mengalami masalah banjir yang boleh menjejaskan operasinya.
Beliau turut menjelaskan jawapan bertulis beliau kepada Dewan Rakyat pada 15 Oktober lalu telah diputar belit oleh parti tidak bertanggungjawab.
“Dalam jawapan itu saya memaklumkan masalah air bertakung itu memang dijangkakan dalam fasa pembinaan,” katanya.
Pemimpin pembangkang, Tony Pua sebelum ini mempersoal kewibawaan pengurusan MAHB dan KLIA2 kerana gagal menyelesaikan masalah retakan dan tanah mendap di landasan, jalan rayap dan tempat letak pesawat.
Dakwa belia, isu tanah mendap telah menjadi ‘jenaka antarabangsa’ kerana perkara ini tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi di lapangan terbang yang menggunakan teknologi tinggi.
“Saya membangkitkan perkara ini kerana melihat satu video di Youtube semalam bertajuk ‘Berlaku banjir di KLIA2’ yang menunjukkan terdapat pekerja lapangan terbang sedang menimba air di kawasan landasan yang telah dinaiki air,” dakwa Tony. – mynewshub.cc
TOP
Wanita Dipenjara Tonton Lelaki Main Bola Lancar Mogok Lapar
Ghoncheh Ghavami kini menjadi simbol perjuangan wanita Iran untuk menikmati kebebasan menonton perlawanan sukan melibatkan pemain lelaki.
TEHERAN – Seorang wanita Iran kerakyatan British, Ghoncheh Ghavami, yang dihukum penjara kerana menyaksikan satu perlawanan bola tampar lelaki antara pasukan Iran dan Itali di Stadium Azadi pada 20 Jun, kini melancarkan mogok lapar sejak 1 November lalu. Menurut abang wanita itu, Imam Ghavami, adiknya melancarkan mogok sebagai membantah kelewatan hakim mahkamah melaksanakan tarikh sebenar hukuman penjara setahun selepas mendapati Ghoncheh, 25 tahun, bersalah dan membiarkan mangsa terus dipenjara tanpa had. “Kes ini terbiar begitu sahaja. Saya tidak faham kenapa hakim enggan mewartakan tarikh penjara selepas menjatuhi hukuman bersalah. Mereka tiada asas perundangan untuk terus menahan adik saya,” kata Imam ketika diubungi agensi berita asing menerusi telefon. Ghoncheh, graduan undang-undang di London ditahan polis pada 20 Jun lalu kerana didakwa cuba menonton perlawanan tersebut yang mengharamkan penonton dan wartawan wanita masuk ke stadium sehingga mencetuskan protes awam sebelum dibebaskan kemudian. Beliau bagaimanapun ditahan semula beberapa hari selepas itu ketika datang di sebuah balai polis bagi menuntut beberapa barangan peribadi miliknya yang dirampas dekat stadium tersebut tetapi atas tuduhan menyebarkan propaganda antirejim pemerintah Iran. Tuduhan sedemikian lazim digunakan pihak berkuasa Iran, namun pegawai mahkamah tempatan mendakwa Ghoncheh terpaksa ditahan atas sebab keselamatan yang tiada kena-mengena langsung dengan acara sukan antarabangsa itu. – Agensi

Pahang Menang Bola, Pak Majid Jalan Kaki Keliling Semenanjung
KUANTAN – Selepas mencipta sejarah berjalan kaki secara solo sejauh 280 kilometer dari Kuantan ke Stadium Shah Alam, Selangor setelah Pahang menamatkan penantian 21 tahun menjulang Piala Malaysia tahun lepas, seorang bekas pengawal keselamatan melakukan perkara serupa tahun ini.
Hari ini, dua hari selepas skuad Tok Gajah menjuarai piala berprestij itu buat kali kedua-dua berturut-turut, Abdul Majid Abdul Hamid, 58, atau Pak Majid sekali lagi membuat kejutan bagi menunaikan nazarnya untuk berjalan kaki mengelilingi Semenanjung Malaysia.
Memulakan langkah tepat 9.30 pagi dari Stadium Darul Makmur di sini, beliau yang ditemui selepas sejam berjalan kaki, berharap usaha yang cuba dilakukannya itu akan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
“Apa yang saya lakukan bukan mencari glamor atau apa-apa imbuhan tetapi sebagai peminat setia Pahang atas kejayaan pasukan itu merangkul Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut,” katanya yang berbekalkan beberapa helai pakaian serta membawa bendera Pahang dan Malaysia dalam perjalanan itu.
Abdul Majid berkata, beliau tidak terganggu jika ada pihak yang mengkritik usaha tersendiri yang dilakukannya itu, sebagai tanda sokongan kepada skuad Tok Gajah.
“Saya rasa gembira dan tidak menyangka, dalam tempoh satu jam berjalan kaki, ramai penduduk memberi sokongan termasuk membunyikan hon kenderaan dan berhenti mengambil gambar kenangan bersama saya,” katanya.
Beliau berkata, kejayaan yang dicipta sebelum ini, mendorong beliau untuk sekali lagi menunaikan nazarnya itu, kali ini.
Abdul Majid berkata, beliau akan memulakan perjalanan menuju ke Keratong, Rompin menggunakan laluan Kuantan-Segamat dan memasuki Melaka sebelum melalui destinasi lain dan dijangka menamatkan perjalanan itu dalam masa dua bulan di Stadium Darul Makmur.
Seorang peminat pasukan Pahang, Rosli Rozak, 38, berkata beliau kagum dengan usaha yang dilakukan Pak Majid itu dan menganggapnya sesuatu yang luar biasa berikutan faktor umur beliau sekarang.
Pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lepas, Pahang menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas masa tambahan. – BERNAMA
TOP
Terjun Bangunan Kerana Sangka Tak Dapat Kerja
Zhengzhou – Seorang wanita mati selepas terjun dari tingkat 17 sebuah bangunan, setelah menyangka dia gagal dalam temuduga untuk bekerja di sebuah kilang di Henan, meskipun keputusan temuduga itu belum diputuskan lagi.
Hu Tai, 27, terjun dari ketinggian 200 kaki bangunan terbabit. Dia berbuat demikian selepas pengurusan kilang memaklumkan bahawa mereka akan menghubunginya dalam masa beberapa hari lagi bagi memaklumkan keputusan temuduga tersebut.
Menurut saksi, sebaik keluar dari bilik temuduga, dia berjalan meluru ke bilik menunggu, kemudian membuka tingkap dan terus terjun.
Polis berkata, Hu, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun, meninggal dunia serta merta selepas terjatuh di atas batu konkrit.
Hu sanggup merempuh perjalanan sejauh 100 batu dari Ayang, semata-mata untuk menghadiri temuduga berkenaan.
Malah dia turut membawa bersama semua barangnya yang ditinggalkan di lobi bangunan dengan harapan akan terus mendapatkan pekerjaan.
“Dia kelihatan sangat cemas semasa temuduga dan memaklumkan dia amat memerlukan pekerjaan ini,’’ kata seorang saksi.
Temuduga tersebut turut dihadiri oleh 20 calon yang lain.
TOP
Guna topeng Gas Selamatkan Lelaki Tidak Mandi 5 Tahun
Jerman – Sekumpulan anggota bomba terpaksa memakai topeng gas ketika menyelamatkan seorang lelaki gemuk seberat 158 kilogram yang tidak mandi selama lima tahun dan mengalami masalah pernafasan di pangsapurinya.
Pada mulanya jiran-jiran di kawasan berkenaan menyangka pangsapuri mereka mengalami kebocoran gas selepas melihat anggota bomba memasuki rumah lelaki tersebut.
Namun mereka akhirnya mengetahui bahawa anggota bomba tersebut terpaksa memakai topeng gas itu kerana tidak tahan dengan bau busuk dari dalam rumah lelaki terbabit.
Lelaki itu boleh bangun akibat gemuk dan selama lima tahun dia tidak mandi serta membersihkan badan.
Dia hanya mendapatkan makanan dengan memesan melalui tempahan dan dihantar ke rumahnya.Ketika ditemui dia terlantar dalam longgokan sampah sarap.
“Rumahnya dipenuhi dengan sampah sarap sehingga ke paras lutut. Sampah daripada kotak pizza yang reput serta makanan dan tin lama…serta kutu yang memenuhi kawasan berkenaan.
“Baunya tidak dapat dijelaskan sama sekali,’’ kata salah seorang ahli bomba terbabit.
Lelaki gemuk itu juga terpaksa diangkat dengan menggunakan kren.
Akibat bau yang busuk itu, ahli bomba terbabit terpaksa membersihkan peralatan yang mereka gunakan dengan menggunakan air dari pili bomba di kawasan sekeliling.
TOP
Video: Pelajar Kena Buli Dibelasah Ala Tomoi Di Asrama
Sama ada ini kejadian raging atau pergaduhan disebabkan sesuatu perkara tak dapat dipastikan, tapi yang nyata perbuatan buli di asrama negara ini rupa-rupanya masih ada.
Inilah yang terbongkar menerusi sebuah video yang kini viral di laman sosial.
Paling melampau, pelajar yang dibuli dalam rakaman ini dibelasah beramai-ramai terutama oleh salah seorang pelajar yang memakai singlet hitam. Dengan lagak ala-ala Wong Fei-hung kemain lagi pelajar bersinglet hitam tersebut membelasah beberapa pelajar lain yang langsung tak melawan, barangkali kerana geng si singlet hitam pun ramai di situ. Diharapkan dengan penyebaran video ini, pelajar terlibat dapat dikenalpasti dan diberi hukuman yang setimpal. Kita tidak mahu budaya raging kembali popular di asrama dan sekolah sebagai mana pernah berlaku satu masa dulu. Paling ditakuti, kejadian pelajar maut gara-gara raging yang sudah lama tak kedengaran kembali dilaporkan. - MYNEWSHUB.CC

Video: Pencuri Motor Dipaksa Jalan Itik Sampai Ke Balai Polis!
Video viral menunjukkan seorang remaja dipaksa jalan itik ke balai polis selepas ditangkap cuba mencuri motor di Tumpat, Kelantan.
Antara sakit dipukul dengan mendapat malu yang teramat; mana lebih berkesan untuk dijadikan pengajaran? Jika diberi pilihan, seorang remaja berusia 18 tahun di Kampung Palekbang, Tumpat, Kelantan mungkin lebih rela dibelasah daripada mendapat aib sebegini agaknya.
Gara-gara kantoi ditangkap orang kampung cuba mencuri motosikal sekitar jam 6 pagi kelmarin, remaja ini diarahkan berjalan itik sampai ke balai polis. Difahamkan, cubaan mencuri motosikal oleh remaja ini bersama seorang lagi rakannya yang sempat melarikan diri disedari pemilik selepas terdengar bunyi rantai kenderaan ditarik. Sebaik tuan rumah membuka pintu untuk memeriksa, kelihatan remaja tersebut dan rakannya sedang berada dalam garaj menyimpan motosikal. Mereka segera berlari ke kereta untuk menyelamatkan diri namun tidak berjaya kerana kereta tak dapat dihidupkan. Ketika inilah remaja terbabit berjaya diberkas sementara rakannya sempat melarikan diri. Selepas beberapa kilometer berjalan itik, akhirnya remaja tersebut sampai di Balai Polis Palekbang kira-kira jam 7.20 pagi di mana dia diserahkan orang kampung kepada pihak berkuasa bersama sebuah kereta Proton Wira. Peh, tak terbayang rasanya betapa tebal kulit muka remaja ini dan lenguhnya kaki semasa kena jalan itu kan. Harap-harap hukuman ini cukup untuk jadi pengajaran berguna agar remaja terbabit serik untuk mencuri lepas ini. - MYNEWSHUB.CC

Labah-Labah Hidup Ditemui Dalam Telinga Penyanyi, Katie Melua
Katie Melua
Kisah serangga masuk dalam telinga manusia bukanlah cerita pelik namun ia sememangnya jarang berlaku. Namun siapa sangka, pengalaman mengerikan ini dilalui oleh penyanyi terkenal UK, Katie Melua. Menceritakan pengalaman ‘unik’ dilaluinya, penyanyi Nine Million Bicycles ini berkata dia sering terdengar bunyi berdesing di telinga selama seminggu sebelum berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan. Selain bunyi berdesing, tiada sebarang kesakitan atau keganjilan dirasakan. Namun alangkah terperanjatnya Melua apabila dimaklumkan, bunyi itu berpunca daripada seekor labah-labah yang sudah seminggu menghuni dalam telinganya. Fikir punya fikir bagaimana serangga berkaki lapan itu boleh masuk dalam telinga, Melua akhirnya menyalahkan monitor telinga lama yang sering dipakainya ketika menaiki pesawat.
Kemungkinan besar kata Melua, labah-labah terdapat dalam monitor telinga ini lalu apabila ia dipakai, labah-labah berkenaan merangkak masuk lalu duduk diam-diam dalam telinganya selama seminggu sebelum dikeluarkan oleh doktor.
Kata Melua, doktor yang mengeluarkan labah-labah tersebut mengakui, dia sendiri agak terkejut kerana ini adalah kali pertama dia menemui serangga yang sudah seminggu tinggal dalam telinga namun masih hidup ketika dikeluarkan.
Terbaharu jurucakap Melua menyatakan, labah-labah tersebut kini sudah dilepaskan di taman yang terletak di rumah penyanyi tersebut. Apa yang menarik, kesemua pengalamannya bersama labah-labah dikongsikan Melua menerusi laman Instagram beserta gambar dan cerita di sebaliknya. – MYNEWSHUB.CC

Ujian Doping Sample B Ikon Sukan Negara Diketahui Minggu Depan
PETALING JAYA – Keputusan ujian doping sampel B ikon sukan negara bakal diketahui selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata 99 peratus keputusan sampel B akan menyamai sampel A, namun atlet berkenaan masih mempunyai peluang satu peratus seperti yang pernah terjadi kepada bekas pemain badminton negara, Sairul Amar Ayob sebagai kajian kes yang memungkinkan perkara itu.
Sairul diuji positif dexamethasone, iaitu bahan terlarang yang sama didakwa digunakan oleh ikon sukan negara itu, ketika ujian rawak dalam perlawanan separuh akhir Terbuka Belanda pada 2006.
“Kita tidak akan tahu (keputusannya) dengan segera kerana prosedur selepas sampel B diuji esok, hasilnya akan diserahkan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan selepas beberapa prosedur, baru mereka membuat pengumuman,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pusat kecergasan WiO dan Zac&Zibbo Your Family Wellness Centre di Citta Mall, Subang dekat sini hari ini.
Atlet tersohor negara itu didakwa positif ujian doping bagi sampel A yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark pada Ogos lepas.
Media tempatan hari ini melaporkan pemain negara itu telah berlepas ke Norway malam tadi, bagi menyaksikan sendiri proses membuka botol untuk ujian sampel B di sebuah makmal di negara berkenaan.
Beliau ditemani Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dan Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh.
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata Human Voyage yang dipimpin Datuk Malik Mydin dipilih sebagai penganjur baharu perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015.
Beliau berkata kerajaan hanya memperuntukkan RM10 juta bagi penganjuran perlumbaan tersebut, berbanding sebanyak RM20 juta sebelum ini.
“Saya buat macam ini sebab saya mahu jimatkan kos, penganjuran LTdL setiap tahun antara RM19 dan RM20 juta, jadi baki RM10 juta lagi, saya mahu beri tumpuan kepada pembangunan sukan lain,” katanya. – BERNAMA
TOP
Tiket Piala AFF Mula Dijual Di Pejabat SingPost, Hari Ini
Stadium Nasional di Kallang, Singapura venue Piala Suzuki AFF yang bakal digunakan untuk beberapa perlawanan.
SINGAPURA – Peminat Harimau Malaya berpeluang membeli tiket perlawanan untuk Piala Suzuki Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) di 62 buah pejabat pos Singapore Post (SingPost) bermula 4 November dengan tiket paling murah berharga S$18 (kira-kira RM46). Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Singapura (FAS), Zainudin Nordin dalam kenyataan media, tiket turut boleh diperoleh menerusi laman web Sports Hub, pejabat Stadium Tertutup Singapura dan tempahan menerusi telefon 6333 5000 atau 3158 7888 dari Singapura.
Tiket dibahagi kepada 4 kategori daripada serendah S$18 untuk tiket individu kategori 4 sehingga paling mahal S$48 (RM124) untuk individu kategori 1. Harga berkenaan tidak termasuk diskaun 15 peratus dan kadar konsesi untuk rakyat Singapura. Ini merupakan kali pertama Singapura akan beraksi di Stadium Nasional yang baharu diubah suai untuk temasya Sukan SEA XXVIII tahun depan sempena jubli emas ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-50 Singapura pada 2015, selain venue sedia ada di Stadium Jalan Besar. Republik tersebut dijadual menentang Thailand, Myanmar dan Malaysia di Stadium Nasional yang terkenal dengan sejarah slogan ‘Sorakan Kallang’ masing-masing pada 23, 26 dan 29 November manakala sepak mula perlawanan ditetapkan pukul 8 malam. Manakala tiket di Stadium Jalan Besar diputuskan pada harga S$18 untuk tempat duduk biasa dan S$26 (kira-kira RM67) untuk grandstand melibatkan Malaysia-Myanmar (23 November), Malaysia-Thailand (26 November) dan Myanmar-Thailand (29 November). - MYNEWSHUB.CC

Padang Bola Jana Kuasa Elektrik Daripada Hentakan Kaki
Juara Piala Dunia sekarang adalah milik Jerman tetapi negara yang paling dikaitkan dengan sukan bola sepak ialah Brazil.
Negara Amerika Selatan ini telah memenangi Piala Dunia sebanyak lima kali sejak kejuaraan ini diperkenalkan pada 1930. Para pemain legenda juga kebanyakannya berasal dari sana.
Sungguhpun begitu adalah memalukan jika dilihat dari segi kemudahan padang bola sepak di sana apatah lagi dengan prasarana yang begitu terhad.
Penduduk rumah setinggan di Brazil masih lagi bermain bola sepak di atas jalan raya.
Melihat pada pemasalahan ini, syarikat petroleum Shell telah bekerjasama dengan sebuah syarikat teknologi London, Pavegen System, untuk membina padang bola sepak pertama yang menjana tenaga elektrik daripada pemain bola sepak yang bermain di atasnya.
Padang bola yang terletak di sebuah kawasan setinggan di Rio de Janiero ini mengumpul derapan kaki pemain untuk menjana tenaga kinetik seterusnya diubah kepada tenaga elektrik. Teknologi yang dibangunkan oleh Pavegen ini telah digunakan pada tiga terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London.
Menggunakan sistem gabus yang berputar apabila dipijak, tenaga elektrik dijana menggunakan dinamo dan ia kemudian disimpan untuk menghidupkan lampu limpah yang diletak sekeliling padang. Selain mengumpulkan tenaga kinetik daripada pemain bola sepak, padang ini juga menggunakan panel solar bagi memenuhi keperluan tenaga seharian. Sebuah teknik menjana bekalan elektrik yang sangat kreatif bukan? Pada pandangan penulis, sudah tiba masanya Malaysia ikut sama menggunakan teknologi ini bagi mengurangkan kos kesan kenaikan elektrik yang akan dilaksanakan pada Januari tahun depan. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Anda Pasti Teruja Dengan Permainan Video Alaf Baru Ini
Pernahkah anda merasakan bagaimana perasaan dan situasi dalam adegan tembak-menembak?
Berada di dalam ketakutan menunggu masa untuk ditembak oleh pihak lawan adalah sesuatu yang tidak boleh diduga.
Itulah perasaan setiap individu dalam permainan seperti Paint Ball dan Laser Tag yang kian mendapat tempat di hati masyarakat disebabkan permainan ini yang berteraskan strategi serta memerlukan semangat kesukanan dikalangan pemain.
Kini, konsep permainan yang sama ini bakal diadaptasikan ke alam maya.
Permainan video yang membuatkan kami sangat teruja ini bergelar father.io, hanya menggunakan peranti pintar dan ia boleh dimainkan di lokasi terbuka seperti sekitar bandaraya. Permainan video yang menggunakan teknologi augmented reality yang dibangunkan oleh Proxy42 Inc ini bakal dilancarkan tidak lama lagi. Jom saksikan teaser permainan video “Counter Strike” alaf baru ini. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Sony SmartBand Talk Masuki Pasaran Malaysia, Dijual RM579
Di persidangan IFA 2014 yang lepas, Sony memperkenalkan beberapa peranti baru di mana mereka telah memulakan pelancaran beberapa produk tersebut secara berperingkat di Malaysia.
Selepas memperkenalkan telefon pintar dan tablet, kini Sony melancarkan SmartBand Talk SWR30 bagi pasaran tempatan.
Peranti boleh pakai yang memantau kecergasan ini membawakan skrin berasaskan E-Ink, membolehkan anda melihat notifikasi dan masa selain menyertakan mikrofon dan speaker terbina bagi memudahkan pengguna menjawab panggilan. SmartBand Talk turut dilengkapi sokongan kalis air bertaraf IP68 dan menggunakan ruangan mikro-USB untuk pengecasan. Untuk menggunakannya, pengguna memerlukan peranti yang menggunakan sistem Android 4.4 KitKat keatas dan aplikasi Lifelog yang dipasang pada peranti mereka. Di Malaysia, SmartBand Talk dijual pada harga saranan RM579. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

MIMOS: Rekaan Jam Pintar Pertama Buatan Tempatan
Peranti boleh pakai seperti jam tangan pintar agak popular pada tahun ini, dan pihak MIMOS tidak ketinggalan dengan konsep idea mereka.
Peranti ini hanya sekadar rekaan industri tetapi ciri operasi telah diambil-kira dalam rekaan.
Bagaimana pun tidak diketahui sama ada rekaan ini akan dikomersialkan dalam produk sebenar ataupun sebaliknya. Sebelum ini, MIMOS antara yang terawal hadir dengan tablet PC, tetapi ia tidak dipasarkan dengan meluas, selain hanya menggunakan sistem operasi Windows XP ketika itu.
Mungkinkah ini merupakan titik tolak permulaan peranti jam tangan pintar buatan Malaysia? Syabas Mimos! Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Bomba Pindah Pesakit 290kg Di Rawang
Rawang – Sepasukan enam anggota bomba bertungkus lumus membantu memindahkan seorang pesakit lelaki seberat 290 kilogram dari tingkat sembilan wad Hospital Selayang, di sini.
Dalam operasi jam 6.03 petang semalam, pihak hospital mendapatkan bantuan anggota bomba dan penyelamat berikutan menghadapi masalah bagi memindahkan pesakit mengalami obesiti itu.
Difahamkan pesakit berusia 40-an itu yang mengalami penyakit bengkak kaki cuba dipindahkan dari Hospital Selayang ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan susulan.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, operasi khas itu diketuai Komander Operasi Mohd Mazwi Mohamed Noor bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang.
Menurutnya, lelaki yang mengalami masalah kesihatan dibantu anggota bomba untuk turun dari tingkat atas wad hospital menggunakan katil.
Menurutnya, proses memindahkan pesakit itu berjalan lancar dan selesai tidak sampai 30 minit. - myMetro Online
TOP
Wanita Ditangkap, Lakukan Seks Dengan Anjing
Brisbane – Muka cantik tapi siapa sangka, wanita ini, Jenna Louise Driscoll mempunyai perangai tidak senonoh. Driscoll mempunyai tabiat seks yang pelik dan menjijikkan iaitu melakukan seks dengan anjing.
Perbuatan jelik itu kemudiannya dirakamkan dalam telefon bimbitnya.
Ia terbongkar apabila polis menemui rakaman tersebut.
Sebelum itu Driscoll , 25, disiasat kerana mengedar dadah dan selepas polis meneliti telefon bimbitnya, mereka terkejut melihat perbuatan terkutuk itu.
Polis menemui tiga rakaman video aksi seks dengan anjing tersebut dalam telefonnya.
Pihak berkuasa juga mendapati sms dalam telefonnya menunjukkan dia menjual ganja dan pada satu-satu masa, Driscoll pernah mendapat bayaran sebanyak £630.
Menurut jirannya, dia sudah menetap di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.
Susulan itu Discoll didakwa di mahkamah Brisbane dan dibenarkan ikat jamin.
Pihak berkuasa kini berusaha memindahkan anjing terbabit daripada perlakuan buruk pemiliknya itu.
TOP
Maktab Mahmud Padang Terap Nafi Pelajarnya Terlibat Video Kes Buli
KUALA NERANG: Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Maktab Mahmud Padang Terap, Mohd Zulqurnain Mohd Yusof menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung klip video kes buli yang didakwa berlaku di asrama sekolah tersebut ketika ditemui di asrama lelaki sekolah itu di sini hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA NERANG – Maktab Mahmud Padang Terap di sini menafikan pelajarnya terlibat dalam kes buli di asrama sekolah itu yang rakaman videonya tersebar luas dalam laman sosial Facebook. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah itu, Mohd Zulqurnain Mohd Yusof berkata pihaknya telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Nerang hari ini untuk membersihkan imej sekolah serta pelajarnya. Katanya beliau menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang memaklumkan mengenai video tersebut kira-kira pukul 9.30 pagi, yang mendakwa kejadian buli berlaku di asrama sekolah itu. Sementara itu Ketua Ketua Polis Daerah Daerah Padang Terap, DSP Ahmad Nasir Jaafar berkata hasil pemantauan anggotanya menunjukkan keadaan bilik asrama yang menempatkan 140 pelajar lelaki itu tidak sama dengan yang ditunjukkan dalam klip video itu. Katanya terdapat banyak perbezaan antara bilik asrama tersebut dengan yang ada dalam video tersebut, warna cadar dan selimut, kedudukan katil, dan warna dinding. “Kita boleh katakan kes buli seperti dalam video itu tidak berlaku di Maktab Mahmud Padang Terap,” katanya. – BERNAMA

Ngeri!! Sanggup Kelar Kepala Budak Konon Dakwa Ajaran Islam
Amat mengerikan dan pelik apabila sebuah portal barat melaporkan kononnya ini adalah salah satu upacara wajib Islam bagi mengingati peristiwa kematian cucu Rasulullah s.a.w.
Upacara ini melibatkan kanak-kanak kecil yang dikhendaki mengkelar kepalanya hingga luka menggunakan pisau tajam.
Ini berikutan menjadi tradisi bagi penduduk Islam Syiah pada hari Asyura dan mereka mendakwa luka tersebut bagi menghapuskan dosa-dosa mereka.
Lebih mengerikan beribu-ribu muslim Syiah termasuk kanak-kanak dipaksa oleh ibu bapa mereka melakukan upacara ini dengan mengkelar badan mereka mengunakan alatan tajam seperti rantai pisau.
Upacara yang didakwa ritual keagamaan ini diadakan semasa perarakan bagi menyambut hari Asyura di Mumbai, India. Untuk makluman anda, upacara ini turut boleh dilihat di beberapa negara lain yang mempercayai fahaman Syiah seperti di India, Iraq, Lubnan dan Afghanistan. Anda lihatlah sendiri gambar-gambar ini!
Paling menyedihkan, ada agama lain yang tidak mengetahui ajaran Islam sebenar mengutuk perbuatan yang didakwa oleh mereka sebagai gila dan tidak wajar hingga sanggup melukakan kanak-kanak lain. Moga fahaman seperti ini dapat dibenteras agar tidak menodai kesucian agama Islam. – MYNEWSHUB.CC

Ki-moon Sebut Austria Jadi Australia
Ban Ki-moon melambai tangan bersama-sama Conchita Wurst yang datang melawat ibu pejabat PBB di Vienna, Austria.
VIENNA – Mungkin kerana berasa amat gugup dapat berdiri di sisi penyanyi pondan terkenal Eropah, Conchita Wurst, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon tersilap menyebut nama negara Austria menjadi Australia. Kejadian memalukan pada 3 November itu berlaku ketika Wurst, 25 tahun, mengunjungi pemimpin badan dunia tersebut dan melawat ibu pejabat PBB di sini bagi mempromosikan hak kesamarataan golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender). Dia sempat menyampaikan beberapa buah lagu popular di hadapan ratusan petugas PBB itu sebelum kemudian Ki-moon bergegas pula menghadiri persidangan kemuncak 32 buah negara terkepung tanpa laut yang julung kali dianjurkan pemerintah Austria. Di situ beliau tersasul merujuk negara tengah benua Eropah itu menjadi Australia apabila berkata: “”Saya berterima kasih khasnya Presiden Heinz Fischer dan kerajaan Australia,” sebelum membuat pembetulan sejurus menyedari ramai hadirin terpinga-pinga. Pada sidang akhbar selepas perasmian persidangan itu, Ki-moon memohon maaf dan berkata: “Sebenarnya tidak ada seekor kangaru pun di Austria. Ada kala kesilapan boleh berlaku dan saya berharap anda semua faham keadaad tersebut.” – Agensi

Budak Wisel Usir, Malukan Orang Buang Air Besar Merata
NEW DELHI – Kerajaan negeri Madhya Pradesh di India dilaporkan bakal melengkapkan kanak-kanak sebagai peronda dengan ‘senjata khas’ iaitu wisel bagi mengusir penduduk yang sengaja buang air besar secara terbuka di tempat awam di negeri itu tidak lama lagi.
Agensi berita rasmi Press Trust of India melaporkan, Pesuruhjaya Divisyen Wilayah Indore, Sanjay Dubey sebagai berkata, usaha itu bertujuan bagi memalukan pelaku tersebut yang gemar buang kumbahan najis mereka di tempat terbuka daripada menggunakan tandas.
“Kanak-kanak di wilayah ini akan diajar cara betul guna wisel bagi mengejutkan penduduk sekitar jika terserempak orang yang buang air besar di luar rumah, sekali gus mengaibkan pelaku untuk prihatin menjaga kebersihan kawasan mereka,” kata Dubey.
Pegawai tempatan melaporkan, penduduk negeri tengah India itu memang suka membuang najis di kawasan awam sehingga menyebabkan Perdana Menteri, Narendra Modi malu dan berikrar untuk memastikan setiap rumah di negara itu wajib ada tandas sendiri.
Pemimpin tersebut memetik laporan Dana Bantuan Kanak-Kanak Antarabangsa (UNICEF) menganggarkan hampir 594 juta atau kira-kira separuh penduduk India membuang air besar di tempat terbuka dan memberi imej buruk tahap kebersihan penduduk negara itu.
Ia juga melibatkan nasib 300 juta wanita dan kanak-kanak perempuan golongan miskin yang dilaporkan terpaksa membuang hajat di tempat terbuka pada waktu malam sunyi sehingga mengakibatkan banyak kes serangan seksual terhadap mereka. – AFP/CNA
TOP
Isteri Kemuka Dokumen Forensik Untuk Dakwa Awie
Hari ini, pihak pendakwa mengemukakan dokumen forensik di Mahkamah Majistret Ampang bagi menyokong pendakwaan terhadap vokalis Wings, Awie atas tuduhan mencederakan isterinya, Rozana Misbun, awal Jun lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene menyerahkan dokumen tersebut kepada majistret, Ayuni Izzaty Sulaiman.
Prosiding tersebut turut dihadiri Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar bin Othman. Dia diwakili peguam Hazman Harun dan Aimizaizul Amran.
Mengikut pertuduhan, Awie, 46 tahun didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya pada 2 Jun lalu kira-kira pada pukul 1.30 petang di alamat No.9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana, Hulu Kelang.
Jika disabitkan dengan dakwaan tersebut, Awie boleh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Majistret menetapkan tarikh 13 dan 14 Januari hadapan untuk perbicaraan kes berkenaan.
Terdahulu, pada 18 September lepas, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengarahkan beliau membayar kos guaman sebanyak RM 900 kepada isterinya.
Ia berikutan bantahannya terhadap permohonan Rozana bagi mengetepikan perintah hak jagaan anak secara sebelah yang diperolehnya, ditolak. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Pelajar Rakam & Sebar Video Seks Bersama Cikgunya Di WhatsApp
Malu bukan kepalang seorang guru sekolah wanita apabila video seks berdurasi 23 minit dirinya bersama pelajar lelaki berusia 16 tahun, tersebar menerusi WhatsApp hingga akhirnya jatuh ke tangan sebuah portal lucah di Argentina.
Video seks itu dirakam secara rahsia mengunakan telefon bimbit oleh pelajar lelaki tersebut yang kemudian menyebarkannya kepada kawan-kawan.
Lucita Sandoval, 26, hanya perasan pelajarnya itu melakukan rakaman ketika mereka berdua sedang mengadakan hubungan seks.
Bagaimanapun, pelajar lelaki itu berjanji akan menghapuskan video seks tersebut namun ternyata perkara sebaliknya berlaku. Video tersebut memaparkan pelajar berusia 16 tahun tersebut kelihatan bangga dapat melakukan hubungan seks bersama cikgunya, malah sempat tersenyum pada kamera dan menunjukkan jari ‘thumbs up’ sebelum meniduri Lucita. Sebelum ini, Lucita turut mempunyai rekod menjalin hubungan cinta dengan pelajar ketika bertugas di sebuah sekolah di bandar Santiago del Estero.
Ekoran kes ini, Lucita yang merupakan guru Bahasa Inggeris berdepan tindakan tataterbit dan digantung kerja.
Kes ini heboh diperkatakan di media massa namun ada pihak tertentu mengatakan itu bukanlah Lucita Sandoval, justeru kes masih disiasat. – MYNEWSHUB.CC

Setengah Juta Suami Kerap Dipukul Isteri Di Arab Saudi
Riyadh – Lebih setengah juta lelaki Saudi mendakwa sering dipukul isteri masing-masing tetapi tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Laporan mengenainya didedahkan oleh Pusat Nasihat Sosial Waei yang berpangkalan di Riyadh.
“Kami menerima 557,000 aduan daripada lelaki Saudi yang mendakwa dipukul oleh isteri masing-masing,” kata pengurus pusat Sheikh Adel Al Mutawa.
Katanya, kelmarin saja sebanyak enam aduan baru dibuat.
Dia berkata, kebanyakan lelaki itu enggan nama mereka didedahkan, sebaliknya mahu kes itu dirahsiakan.
“Mereka tidak mahu membawa kes itu ke mahkamah kerana malu,” katanya. – Agensi
TOP
Sebaran Gambar Pontianak Di Hospital Banting Cetus Ketakutan
Makhluk kononnya pontianak dikatakan sedang berlegar-legar di pintu Mula tersebar di laman sosial. keluar hospital. Makhluk kononnya pontianak dikatakan sedang berlegar-legar di pintu Mula tersebar di laman sosial. keluar hospital.
BANTING – Imej lembaga kononnya didakwa menyerupai pontianak di Hospital Banting yang dirakamkan oleh pihak tertentu kini mula tersebar di laman sosial Facebook (FB) sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat. Meskipun ada pihak menganggap ia sebagai tahyul, namun tanggapan ramai dalam kalangan masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus juga tidak boleh diketepikan. Bekas Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Abd Samad Maharudin berkata, beliau percaya keadaan itu wujud. Namun katanya, masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh sehingga menakut-nakutkan pelanggan hospital. Beliau yang pernah menjadi Pegawai Khas kepada bekas Menteri Besar, Datuk Harun Idris memaklumkan, pada asalnya tapak kawasan Hospital Banting dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat merupakan kawasan ladang getah dan kelapa sawit. Justeru katanya, kewujudan makhluk halus di kawasan-kawasan berkenaan tidak dapat dinafikan. Bagaimanapun, beliau tetap menegaskan bahawa hal tersebut tidak wajar dijadikan isu utama kerana bimbang ia disalah tafsir, sedangkan yang Maha Berkuasa adalah ALLAH SWT.
Berhenti sebar gambar
“Masa tu, kawasan tersebut adalah milik sebuah syarikat swasta yang mengusahakan ladang getah dan kemudian di jadikan ladang kelapa sawit. Selepas pembinaan bangunan hospital dilakukan, tidak pula pernah dengar ada jelmaan makhluk halus. Cuma… jika betullah seperti yang kecoh sekarang ni, saya cuma anggap itu sebagai petunjuk dari ALLAH, untuk manusia beringat-ingat. “Lagipun hospital… biasalah. Hospital kan tempat banyak berlaku insiden ngeri macam pesakit mati kemalangan, mati dibunuh, mati bunuh diri, atau pun mati sakit. Itu perkara biasa, tapi janganlah pula ia dijadikan satu kebimbangan yang tidak sepatutnya kepada masyarakat. “Mengenai gambar-gambar (pontianak) tu, boleh jadi ia telah diedit. Bagi saya mudah saja, selagi ia tak kacau masyarakat biarkanlah. Tapi jika ada gangguan, pihak pengurusan hospital perlu ikhtiar melakukan sesuatu,” katanya yang mahukan masyarakat berhenti menyebarkan foto berkaitan makhluk halus berkenaan di laman sosial ataupun menerusi lain-lain medium. Abd Samad berkata, beliau mahu masyarakat memanfaatkan kemudahan yang ada dengan baik dan tidak mencetuskan keadaan yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat. “Saya yakin masyarakat boleh buat pertimbangan yang wajar akan situasi yang berlaku ini,” katanya yang juga merupakan bekas Adun Morib sekitar tahun 1995.
Bukan rakaman CCTV hospital
Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Banting, Abdul Razak Khasbullah berkata, beliau belum pernah menerima aduan daripada pihak pengurusan hospital atau aduan awam mengenai sebaran gambar tersebut. Bagaimanapun, beliau memaklumkan telah bertemu dengan pengarah hospital berhubung hal berkenaan dan merumuskan kejadian itu tidak pernah berlaku di dalam wad apatah lagi ia hanya sebuah rakaman melalui telefon bimbit dan bukannya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik hospital. “Bagi saya senang, dalam Islam kita tak boleh meragui kewujudan makhluk-makhluk berkenaan. Cuma, apa yang perlu diberi perhatian adalah pihak yang mengirimkan gambar-gambar berkenaan agar berhenti menyebarkannya jika hanya nak menakut-nakutkan orang ramai. “Paling penting kejadian itu pun bukan boleh dilihat oleh semua orang… hanya insan-insan terpilih sahaja yang boleh nampak. Jadi tak perlulah nak sebarkan gambar-gambar seumpama itu. Ini penting bagi mengelakkan keraguan dan kebimbangan di kalangan masyarakat,” katanya yang turut memaklumkan hospital tersebut telah dibina sejak tahun 1974.
Simpan buat koleksi peribadi
Sementara itu, seorang orang awam, Adenan Yusop, 50, berkata, dia tidak pernah melihat atau terdengar khabar angin mengenai sebaran gambar menyerupai pontianak itu walaupun percaya kewujudan makhluk halus. “Pihak yang dapat rakam gambar ‘benda’ tu tak payahlah nak sebar-sebarkannya… bagi takut orang ramai buat apa. Nanti orang yang sakit takut nak datang hospital, bukankah dah bagi masalah tu. “Apa lebih elok, pihak tu simpan sendiri semua gambar pontianak tu jadi koleksi peribadi. Lagipun, kejadian makhluk halus ni tak boleh dibuat main-main… jika benarlah ada, hal ni perlu diambil serius… bukannya memutar belitkan maklumat,” katanya. - Sinar harian Online

'Anu’ Bernanah Gara-Gara Penyepit Rambut Dalam Kemaluan
CONTOH sepit rambut yang ditemui di dalam kemaluan mangsa.
Alor Gajah – Malang buat seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun apabila terpaksa menanggung derita hampir sebulan selepas kemaluannya berair dan bernanah akibat dimasuki penyepit rambut. Kejadian disedari ibu mangsa yang berusia 35 tahun apabila mendapati anak tunggalnya mengadu sakit setiap kali hendak membuang air kecil dan dibawa ke Hospital Alor Gajah, di sini, untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk tindakan lanjut. Pemeriksaan perubatan dilakukan di Hospital Melaka, Jumaat lalu, merungkai permasalahan itu apabila menemui satu penyepit rambut di dalam kemaluan kanak-kanak terbabit. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata, kejadian dipercayai berlaku hampir sebulan lalu apabila ibu mangsa yang bekerja sendiri mendapati kemaluan anaknya kerap berair. Menurutnya, tidak sedap hati dengan perkara itu, ibu mangsa membawa anaknya ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan, namun pihak hospital tidak menemui sebarang penyakit pelik yang mencurigakan. - myMetro Online

Bakal Ibu Maut Bersama Kandungan Kembar
Jempol – Seorang wanita sarat mengandung tujuh bulan maut selepas kereta dipandunya terbabas di jalan besar FELDA Palong 14,15 dan 16, dekat sini, jam 5.55 petang semalam.
Difahamkan ketika kejadian mangsa Siti Nurnazira Amran, 23, dari FELDA Palong 13, yang mengandung anak kembar dua dalam perjalanan pulang dari pekan Bahau ke rumah selepas membeli barang keperluan untuk perkahwinan abang kandungnya bulan depan.
Ketika tiba di tempat kejadian, kereta Proton Wira dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.
Menurut sumber, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Palong 9 (KKP9), akibat kecederaan parah di badan dan kandungannya juga gagal diselamatkan.
Begitupun, kata sumber anak lelaki mangsa berusia sembilan bulan dan bakal kakak iparnya yang turut berada di dalam kereta hanya cedera ringan.
“Mayat Siti Nurnazira dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat manakala dua mangsa lagi dirawat sebagai pesakit luar di KKP9.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias dihubungi mengesahkan kejadian dan punca nahas sedang disiasat. – myMetro Online
TOP
Kanak-Kanak Maut Dibaham Harimau Sarkas
Chongqing – Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun mati dibaham seekor harimau sarkas selepas dia memasuki kandang haiwan itu di sebuah taman tema di sini.
Kanak-kanak berkenaan dikatakan menyusup masuk ke kandang berkenaan tanpa pengetahuan keluarganya ketika mereka mengunjung taman tema berkenaan.
Dia cedera parah akibat dibaham dan disahkan mati di hospital, lapor akhbar China News.
Jurucakap taman berkenaan semalam berkata, pihaknya bersetuju membayar pampasan kepada keluarga berkenaan dan berikrar untuk meningkatkan lagi langkah keselamatan bagi mengelak kejadian berulang.
Beberapa minggu lalu, seorang budak lelaki hilang sebelah tangan selepas dibaham seekor beruang setelah ia melompat masuk ke kandang haiwan itu untuk memberinya makan di sebuah zoo di Henan. – Agensi
TOP
Hotel Barbie Dapat Sambutan, Ditempah Hingga Tahun Depan
Populariti patung Barbie tidak perlu diperkenalkan lagi, malah permainan ini jadi kegilaan kanak-kanak perempuan seluruh dunia.
Kehidupan ala-ala Barbie menjadi impian bukan sahaja pada kanak-kanak malah ada kes wanita dewasa sanggup melakukan pembedahan plastik agar wajahnya persis patung idaman itu.
Kini, sebuah hotel di Argentina iaitu Hilton Buenos Aires bakal merealisasikan impian untuk memasuki dunia fantasi Barbie.
Bilik hotel ini dipenuhi dengan warna merah jambu, dengan segala aksesori dan perabot sebiji seakan-akan rumah permainan Barbie.
Hotel ini berjaya mempromosikan bilik penginapan Barbie hingga begitu ramai yang tertarik dan mahu merasai sendiri pengalaman menginap di sini. Peminat Barbie diberikan pilihan menginap di bilik ‘Dreamhouse Barbie‘, yang pertama seumpamanya di dunia dengan bayaran RM600 semalam hingga RM1500 semalam pada waktu puncak. Lebih menarik, bilik Barbie turut dihubungkan dengan bilik biasa khas untuk ibu bapa yang mahukan privasi.
Baru sahaja dibuka September lalu, bilik Barbie hotel ini telah ditempah sepenuhnya hingga awal 2015. – MYNEWSHUB.CC

Senjata Laser Baru China Tembak Hangus Drone AS
BEIJING – Saintis China dilaporkan berjaya membangunkan sejenis senjata canggih yang mampu menembak laser secara paling tepat sehingga jarak 2 kilometer termasuk ke atas pesawat kecil tanpa juruterbang atau drone milik tentera Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita rasmi Xinhua baru-baru ini melaporkan, sistem teknologi terbaharu itu dibangunkan Akademi Kejuruteraan Fizik China serta berupaya menembak jatuh drone seawal 5 saat sebaik pesawat saiz ultra mini tersebut dikesan dan terus dikunci sasaran.
Xinhua turut menunjukkan beberapa imej bangkai drone hangus terbakar hasil tembakan senjata rahsia China itu serta dikatakan efektif jika pesawat peninjau tersebut terbang pada ketinggian 500 meter dari bumi dan terbang dalam kelajuan 180 kilometer sejam.
Yi Jinsong, pengurus Jiuyuan Hi-Tech Equipment Corp., salah sebuah firma di bawah akademi itu berkata, senjata tersebut boleh dipasang pada apa-apa jenis kenderaan dan ia berjaya menembak jatuh lebih 30 buah drone dengan kadar kejayaan 100 peratus.
“Biasanya tugas memintas drone tentera musuh atau pengganas dilakukan askar penembak tepat di darat atau helikopter tentera udara namun ia kurang berkesan malah sering berlaku kesilapan sekali gus membazirkan wang dan tenaga,” kata Jinsong. - AFP / CNA
TOP
Panglima Navy Seals Marah, Bekas Komando Bocor Rahsia
No Easy Day antara beberapa judul buku memoir tulisan bekas anggota komando Navy Seals yang berada di pasaran
WASHINGTON DC – Panglima pasukan elit tentera laut Amerika Syarikat, Navy Seals melahirkan rasa marah apabila mendapati trend bekas anggota komando mereka membocorkan rahsia organisasi tersebut menerusi penerbitan buku memoir diri. Laksamana Brian Losey, ketua pemerintah perang khas Navy Seals berkata, beliau berang sebaik diberitahu ada lagi mantan anggota elit itu mendedahkan operasi pasukan tersebut terutama misi membunuh pemimpin utama al-Qaeda, Osama Laden di Pakistan tahun lalu. “Etika kita ialah tidak mengiklankan cara kerja apatah lagi mencari nama atas setiap tindakan,” tegas beliau mengulas penerbitan terbaharu buku No Easy Day tulisan bekas anggota Navy Seals, Matt Bissonnett yang menggunakan nama pena Mark Owen. Dalam sepucuk surat yang diterima agensi berita AFP pada 3 November lalu, Losey memberi amaran, akan mengambil tindakan tegas termasuk di bawah undang-undang ke atas bekas anggota yang ingkar dengan sumpah kerahsiaan pasukan khas tersebut. Beliau juga kesal apabila stesen Fox News enggan membatalkan dokumentari The Man Who Killed Usama Bin Laden yang dijadual disiarkan pada 11 dan 12 November ini malah tidak menghubungi Jabatan Pertahanan AS bagi mendapatkan keizinan penerbitan itu. Navy Seals merupakan antara pasukan elit tentera yang paling disegani di dunia, dengan kejayaan terbesar membunuh Osama Laden pada 2011.-mynewsub

Tian Chua Rancang Perhimpunan Besar Jika Anwar Ke Penjara
Salah seorang pemimpin pembangkang, Tian Chua mengeluarkan kenyataan mahu mengadakan satu perhimpunan besar-besaran di Dataran Merdeka, hujung minggu ini.
Menurut laporan The Malaysian Insider, ugutan tersebut dilontarkan Tian Chua di depan para penyokong Anwar yang hadir di Istana Kehakiman hari ini, andai keputusan rayuan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memihak pada mereka.
“Kalau petang ini berani mereka hukum Anwar, hari Sabtu Ahad yang akan datang, kita himpun di Dataran Merdeka.”
Ahli Parlimen Batu yang juga Naib Presiden PRK itu berkata, walaupun kemungkinan Anwar akan berhadapan dengan keputusan yang tidak memihak padanya, namun sokongan kepadanya tetap utuh.
Perbicaraan rayuan kes liwat II dijangka berlanjutan sehingga esok kerana pihak pembela akan mengemukakan hujah balas pada sesi yang bersambung waktu petang.
Tak habis-habis dengan demonstrasi jalanan!
Adakah ini sahaja jalan mudah yang akan diambil sesetengah pihak bagi mendapatkan perhatian? Fikir-fikirkanlah. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Fast And Furious 7 Kembalikan Babak Lumba Race Wars
Sudah pasti ramai kaki wayang yang ternanti-nanti sambungan filem blockbuster Fast and Furious, lebih-lebih lagi peminat sukan kereta.
Kini hampir pasti, Fast and Furious 7 akan memasuki panggung dengan barisan pelakon-pelakon asal filem ini sejak mula, termasuklah mendiang Paul Walker, 3 April tahun hadapan.
Filem yang dah pasti mencatat kutipan pecah panggung ini bakal tampil dengan kisah adik kepada Owen Shaw, Ian Shaw ingin membalas dendam ke atas kematian abangnya.
Antara aspek paling menarik tentang filem kali ini adalah dengan kemunculan semula adegan lumba haram di bandaraya Los Angeles yang digelar Race Wars.
Adegan Race Wars dalam Fast and Furious 7 ini telah disahkan oleh pelakon utamanya sendiri, Vin Diesel yang lebih dikenali sebagai Dominic Toretto dalam filem tersebut. Diesel yang turut gembira dengan adegan ini, malah memuat naik gambar-gambar Race Wars dari filem ke laman Facebook miliknya. Pelakon aksi lasak ini berkata, dia amat berterima kasih kepada produksi filem kerana memberi peluang untuk Fast and Furious kali ini mengembalikan semula nadi adegan filem asalnya. Sumber: Facebook Vin Diesel Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Kejutan ‘Klise’ AF, Pelajar Tersingkir Bertanding Di Konsert Akhir
Seperti biasa, program realiti Akademi Fantasia (AF) tidak pernah lari dengan kejutan pada setiap musim.
Namun menepati agakan orang ramai, musim kali ini akan terus menampilkan seorang pelajar bertuah yang sudah tersingkir di konsert mingguan namun menerusi AF Serap, berpeluang menjadi finalis pada konsert akhir.
Rezeki memihak kepada Adeline Joyce Masidah atau lebih dikenali sebagai Adel, yang sebelum ini tersingkir pada minggu ketujuh.
Keputusan ini diumumkan secara rasmi oleh pengetua AF 2014 Dato’ Hattan sebaik sahaja selepas berlakunya penyingkiran Azwan, Ahad lalu. Memetik Murai.com, Hattan berkata pemilihan Adel berdasarkan prestasinya yang sentiasa konsisten selain persembahan memukau. “Bukan senang nak buat pilihan, tujuh orang yang tersingkir semuanya hebat belaka… Pemilihan Adel dibuat atas persetujuan tenaga pengajar dan pihak fakulti. “Kami memilih setelah meneliti kesemua prestasi dan persembahan mereka dari minggu ke minggu,” kata Hattan. Akhirnya, kini tinggal lima pelajar sahaja iaitu Firman, Ewal, Adel, Nuha dan Aman yang bakal merentap menunjukkan kehebatan bakal masing-masing di pentas akhir AF 2014.
Siapakah yang bakal merangkul gelaran juara Akademi Fantasia musim ini? Jangan lupa saksikan jawapannya ahad ini! - MYNEWSHUB.CC

Kisah Remaja Malang Yang Dibuang Ibu Sendiri Ke Siberia
Apa hukuman paling ekstrem yang boleh dikenakan ibu bapa terhadap anak jika melakukan kesalahan? Teguran, bebelan, tidak memberi wang saku dan tidak boleh keluar rumah antara yang biasa dilakukan.
Namun tidak buat seorang ibu, Natalia Roberts yang bertindak luar biasa apabila mendenda anak perempuannya, Sofia Petrova dengan menghantar gadis itu ke Siberia.
Sofia kini sudah tiga tahun di sana dan masih gagal pulang ke Amerika Syarikat walaupun telah memohon maaf berkali-kali terhadap ibunya.
Sofia diperdaya ibu dan bapa tirinya untuk ke Siberia, konon untuk berjumpa bapa kandungnya yang tidak pernah dikenali selama ini sahaja. Namun, ketika menjejak kaki di Bandar Novosibirsk, barulah Sofia tersedar dia ditipu kerana ibunya memberikan tiket penerbangan sehala sahaja. Ibu Sofia berkata, ia merupakan hukuman atas sikap teruknya suka ponteng sekolah, lari dari rumah dan mencuri wang. Maka dia akan tinggal bersama bapanya sehinggalah dia mengubah sikap buruk. Tambah malang, Sofia tidak mempunyai sesiapa pun untuk membantunya. Walaupun dilahirkan di Siberia dan memiliki passport Rusia, Sofia sudah biasa dibesarkan di Amerika. Ibarat jatuh di timpa tangga, rupa-rupanya bapa kandung Sofia pula seorang pemabuk yang selalu mendera dan memukulnya. Dia yang tidak memiliki wang, dipaksa berkerja di motel berdekatan bagi menampung perbelanjaan. “Saya hendak pulang ke rumah. Saya mahu tinggal bersama Mak. Saya mohon sekali lagi, tolong benarkan saya kembali. Hanya awak sahaja yang saya ada di dunia ini. Saya perlukan awak,” rayu Sofia dalam sepucuk surat yang dihantar kepada ibunya. Namun demikian, Natalia masih belum memaafkan anaknya, lantas tidak mengendahkan rayuan Sofia. Sofia yang terlalu tertekan, pernah lari ke rumah perlindungan bagi mendapatkan bantuan selain cuba membunuh diri. Rakan-rakan Sofia di Amerika cuba menghulurkan bantuan dengan mengaturkan kempen dan protes, tetapi tetap gagal untuk membantunya pulang. Media tempatan yang dapat menghidup kisah ini, kemudian mula mendedahkannya dan sebuah akaun Facebook dibuka buat Sofia memuat naik keadaan semasanya.
Tuah sedikit memihak pada Sofia apabila dengan bantuan rakan-rakan, dia berjaya mengesan bekas teman lelaki ibunya, Farid Soulimani yang telah membesarkannya seperti anak sendiri ketika kecil. Namun, ketika berumur 13 tahun, dia terputus hubungan dengan lelaki tersebut selepas Soulimani berpisah dengan ibunya. Apabila Soulimani mendapat tahu nasib malang Sofia, dia yang tinggal di Amerika terus mengaturkan perjalanan buat Sofia bertemu keluarganya di Morocco. Dia turut pulang bertemu Sofia selepas itu. “Ini bukan keluarga yang baru, saya mengenali nenek (ibu Soulimani) ketika masih kecil,” ujar Sofia. Kini, setelah berumur 18 tahun, Sofia berpindah ke Casablanca dan menggunakan nama Farid di belakang namanya. Dia juga mengambil kelas bahasa Perancis untuk menyesuaikan diri dengan komuniti, serta dalam proses melengkapkan dokumen rasmi untuk menetap terus di Morocco. Sofia mendedahkan, dia bercadang untuk menulis sebuah buku yang menceritakan pengalamannya selama tiga tahun bergelumang kepayahan, dan mendedahkan rahsia yang tidak diketahui umum. “Ia akan menceritakan secara terperinci tentang hubungan saya dengan ibu, bapa kandung dan lelaki yang pernah hadir dalam hidup saya. Masyarakat mungkin tahu kisah saya, namun sebahagian kecil sahaja.”
Perancangan menulis buku ini ternyata menaikkan kemarahan ibu Sofia di Amerika. “Saya mengucapkan selamat maju jaya dan memaafkan awak walaupun telah membawa keperitan dalam hidup saya sekeluarga,” kata Natalia kepada anaknya itu. Sofia yang nekad tidak akan memohon maaf berkata, “Saya juga tidak meminta awak memaafkan diri sendiri. Kesalahan yang pernah saya lakukan tidak sama dengan penderitaan yang terpaksa saya tanggung selama tiga tahun.” Namun demikian, Sofia mengaku masih berharap dapat pulang ke Amerika Syarikat suatu hari nanti untuk berjumpa kembali adik perempuannya. – MYNEWSHUB.CC

Bahaya Daripada Rokok, Singapura Haramkan Shisha
Seorang remaja lelaki leka menghisap rokok shisha di sebuah restoran Asia Barat di Arab Street, Singapura.
SINGAPURA – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dijangka mengharamkan shisha di republik itu termasuk pengimportan dan penjualan rokok tradisional masyarakat Arab itu bermula akhir bulan ini, lapor stesen tempatan Channel NewsAsia pada 4 November. Setiausaha Parlimen MOH, Profesor Madya Dr. Muhammad Faishal Ibrahim ketika menjawab soalan sidang parlimen Selasa berkata, shisha jauh lebih bahaya daripada rokok biasa ekoran peningkatan mendadak penghisap shisha dalam kalangan remaja Singapura. Bancian Kesihatan Kebangsaan mendapati kira-kira lapan peratus belia berusia 18 hingga 29 tahun menghisap shisha manakala laporan terbaharu Kajian Kesihatan Penuntut oleh MOH menunjukkan berlaku peningkatan sembilan peratus pelajar ketagih merokok shisha. “Bagaimanapun, ketika proses peralihan, lesen pengimport tembakau dan penjual shisha yang sedia ada masih diteruskan sehingga tempoh akhir lesen mereka tamat menjelang 31 Julai 2016 bagi tujuan menghabiskan stok lama,” tegas Dr. Muhammad Faishal. Pemerintah republik itu mengharamkan larangan merokok di tempat awam sejak 1970 dan peraturan itu diperluaskan ke pelbagai premis terbuka termasuk kelab malam dan pengangkutan awam dengan hukuman denda maksimum S$1,000 (kira-kira RM2,580.). – Agensi

TERKINI: Pelajar Hilang Di Hutan Lipur Sekayu Ditemui Mati
Gambar New Straits Times
HULU TERENGGANU – Pelajar Tingkatan Empat yang hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang di sini sejak Sabtu lepas ditemui mati oleh sukarelawan mencari dan menyelamat. Ahmad Rafikin Azman, 16, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu ditemui oleh anggota penyelamat sekitar 3.30 petang di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan. Timbalan Ketua Polis Hulu Terengganu, ASP Rosli Amir ketika ditemui Bernama hanya memberi kenyataan ringkas berkenaan penemuan mangsa yang hilang sejak tiga hari lepas. “Mangsa selamat dibawa turun kira-kira 6.40 petang tadi dan ditemui oleh pasukan penyelamat di celah batu. Dia dihantar ke Rumah Mayat Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat,” katanya. Dalam keadaan hujan lebat, operasi membawa turun mangsa memakan masa hampir tiga jam berikutan cuaca yang buruk dan laluan yang licin. Sementara itu, suasana pilu menyelubungi khemah operasi mencari dan menyelamat apabila anggota keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak dan ada antara mereka pengsan sejurus mendapat berita sedih itu. Ahmad Rafikin dilaporkan hilang setelah tidak menamatkan perlumbaan maraton Gunung Gajah Terom dan bapanya Azman Othman, 50, membuat laporan polis kira-kira pukul 6 petang Sabtu. Azman sebelum itu memaklumkan kepada pihak penganjur bahawa beliau tidak menemui Ahmad Rafikin yang sepatutnya diambilnya kira-kira 3 petang selepas acara itu. Operasi mencari dan menyelamat yang membabitkan anggota pasukan bomba dan penyelamat, polis, Rela, tentera serta penduduk kampung turut disertai anggota keluarga mangsa. – BERNAMA

PANAS .. Akhirnya Erra Fazira Akui Dah Ada Teman Mesra
Hubungan cinta selebriti jelita bernama Erra Fazira ini sentiasa digali dan dikorek oleh media-media hiburan kerana ramai ingin mengetahui siapakah jejaka bertuah yang menjadi pilihan hatinya selepas kegagalan rumahtangga dengan Engku Emran.
Ada yang meneka, diva popular ini sudah menemui pengganti dan lelaki tersebut merupakan orang kenamaan di Malaysia.
Bagaimanapun, gosip konon pilihannya merupakan orang kenamaan atau VVIP ditolak sekeras-kerasnya oleh Erra namun pada masa sama, mengakui sedang berkawan rapat dengan seseorang.
“Sejujurnya, jika ditanya tentang soal berkawan, ya, saya akui memang sedang rapat dengan seseorang. Namun, apabila ada cerita mengatakan lelaki tersebut adalah golongan atasan, itu tidak benar sama sekali. “Pada saya, jika berkawan, saya tidak menjalinkan sesuatu hubungan itu berdasarkan nama, pangkat atau harta. Saya lebih selesa memilih untuk berkawan dengan orang biasa.” Bagaimanapun, bila ditanya lebih lanjut mengenai lelaki tersebut Erra memilih untuk berahsia dan enggan mendedahkan identitinya. Menurutnya, dia sudah muak mendengar segala gosip dan khabar angin yang mengaitkan dirinya justeru memilih untuk berdiam diri.
Walau siapa pun yang dipilih Erra, semoga kali ini dia mendapat kebahagian yang diimpikan. – MYNEWSHUB.CC

VIDEO: Anwar Bicara Di Dalam, Penyokong Kat Luar Sibuk Gaduh
Demo, gaduh dan Pakatan Rakyat berpisah tiada – itulah boleh dikatakan terhadap insiden terbaru tengah hari tadi, apabila penyokong Anwar Ibrahim bergaduh sesama sendiri.
Mynewshub yang berada di tempat kejadian, menyaksikan insiden mula dicetus oleh sekumpulan penyokong India yang cuba merempuh pagar penghadang di Istana Kehakiman.
Tindakan ini segera dihalang oleh pihak berkuasa dan dirakam lensa banyak media. Apabila dihalang, kumpulan ini bersorak dalam bahasa Tamil, menyuruh supaya pagar dibuka.
Dalam kekecohan, tiba-tiba muncul kumpulan Melayu penyokong Anwar diketuai seorang lelaki, menjerit dalam loghat Penang supaya mereka menghentikan perbuatan tersebut.
“Rempuh-rempuh pagar semua, kami mai cara aman jangan dok buat sial kat sini. Blah dari pagar boleh dak? Kami mai cara aman jangan buat gila la..” jerkah lelaki tersebut.
Tergamam apabila ditempelak geng sendiri, kumpulan India yang cuba merempuh pagar mengalih perhatian daripada melakukan provokasi terhadap anggota keselamatan kepada menjerit, mencabar lelaki Penang tersebut agar datang semula ke situ.
Sebenarnya Mynewshub yang berada di Istana Kehakiman sejak hari pertama prosiding rayuan Liwat II ini berlangsung, perasan lelaki Penang tersebut antara muka familiar di situ. Justeru pasti dia terganggu apabila tiba-tiba ada penyokong Anwar yang baru hari ini nampak muka, tapi sudah mahu buat kacau tanpa sebab kukuh. Manusia yang bertamadun tentu tahu, mahkamah antara institusi terhormat dan tidak boleh dibuat sesuka hati apatah lagi mahu merempuh masuk beramai-ramai begitu. Paling malang, manusia yang jadi punca pergaduhan sesama kumpulan penyokong ini iaitu Anwar Ibrahim, masih mampu berjoget riang sambil menyanyikan lagu Reformasi, petang tadi. Mungkin Anwar tak tahu dirinya punya fasal – ada orang nak terkoyak anak tekak berteriak, dua bangsa nyaris bergaduh dan institusi kehakiman telah dicemari penyokongnya yang dijemput entah dari mana untuk datang memenuhi Istana Kehakiman hari ini. - REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC VIDEO: RIZA RAZAK

Pelaksanaan GST Tidak Akan Ditangguhkan, Kata PM
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan mengikut jadual pada 1 April, 2015.
Beliau juga menjangkakan bilangan syarikat yang berdaftar untuk CBP, yang kini sebanyak 120,000, akan meningkat kepada 200,000 syarikat menjelang akhir tahun.
Dalam ucaptamanya pada Persidangan Akauntan Antarabangsa Institut Akauntan Malaysia (MIA) di sini, beliau menggesa badan perakaunan profesional itu memastikan GST dilaksanakan dengan jayanya.
Najib berkata sebagai badan yang diurus dengan baik, dihormati dan kukuh seperti MIA, ia mampu memain peranan penting dalam melaksanakan GST.
“Saya menggesa MIA memberikan segala sokongan kepada perniagaan di Malaysia, dalam kedudukan anda yang unik dan peluang-peluang yang ada, untuk memastikan syarikat-syarikat Malaysia berdaftar dan GST sedia dilaksanakan.
“Kami yakin badan perakaunan profesional, bertindak atas kepentingan umum, mesti memain peranan aktif – dan kumpulan industri dan kerajaan perlu bekerja bersama-sama dalam memastikan peraturan yang berkesan dan cekap,” katanya.
Najib sebelum itu menggesa penggiat industri, daripada syarikat multinasional sehinggalah pengawal atur, supaya bersama-sama kerajaan membangunkan dan mengukuhkan kedudukan selain kapasiti profesional perakaunan.
Beliau berkata Pelan Transformasi Ekonomi negara yang mahu menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, menjangkakan permintaan kukuh untuk akauntan profesional.
“Kami sudah meneruskan dasar untuk membangunkan profesional dengan menerima pakai standard yang diterima antarabangsa dan menyokong akauntan dengan rangka kerja kawal aturan yang dibangunkan dengan baik.
Sementara itu, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata firma perakaunan perlu mampu menangani cabaran ekonomi dunia yang saling berkait rapat.
“Di negara seperti Malaysia, dengan pertumbuhan dan reformasi bersasarnya membuka ekonomi, akauntan juga perlu menyediakan perniagaan kita untuk bersaing dalam pasaran global.
“Apabila syarikat kita meneroka keluar ke peringkat global, mereka akan memerlukan profesional kelas dunia,” kata Najib. – BERNAMA
TOP
Hari 6: Tiba-Tiba Anwar Ada Ramai Penyokong India..!!
Masuk hari keenam perbicaraan rayuan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim, suasana kembali ‘meriah’ dengan gegak gempita suara penyokong yang hadir di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.
Sebelum ini, suasana agak reda jika dibandingkan pada awal perbicaraan, namun kerana jangkaan keputusan bakal diumumkan pada hari ini, maka berpusu-pusulah baik penyokong Anwar, mahu pun Saiful.
Menerusi video yang dirakam Mynewshub di Istana Kehakiman, para penyokong Anwar yang menyarungkan baju bertulis ‘Rakyat Hakim Negara’, hadir lebih awal sejak pagi dan kelihatan bersemangat melaungkan kata-kata sokongan kepada pemimpin pembangkang tersebut.
Antara mereka, adalah segerombolan masyarakat berketurunan India yang tidak dapat dipastikan dari cabang PKR mana. Bilangan mereka yang ramai membenarkan telahan bahawa kehadiran pada hari ini dibawa khas pihak Anwar bagi menunjukkan sokongan yang kononnya berbilang kaum terhadap beliau.
Berdasarkan pemerhatian terdapat pihak didapati menyediakan bungkusan makanan dan minuman untuk diedarkan kepada mereka bagi mengalas perut.. jadi tenaga untuk terus bersorak tak surut kot?
Dalam pada itu, menjelang tengah hari, penyokong Saiful Bukhari Azlan mula kelihatan di perkarangan Istana Kehakiman.
Optimis dengan keputusan mahkamah yang akan memihak Saiful, para penyokong ini melaungkan ungkapan ‘tangkap Anwar’ dan ‘hukum Anwar’. Turut kelihatan sepanduk tertulis ‘PKR, Anwar, Jangan Cabar Mahkamah’, ‘Keadilan Untuk Saiful, ‘Kami Mahu Keadilan’, ‘Anwar, Rakyat Bukan Keldai Kamu’ dan ‘Hormat Keputusan Mahkamah’ “Kita semakin panas semakin kuat. Tangkap Anwar, hukum Anwar,” ujar salah seorang mereka. Mereka juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dipaparkan media semalam tentang wang sogokan RM 30 yang diterima untuk hadir di situ. – MYNEWSHUB.CC GAMBAR/VIDEO: RIZA RAZAK

Jokowi Lancar ‘BRIM Versi Indonesia’
JAKARTA – Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra disebut Jokowi pada Isnin melancarkan dua jenis kad sosial khusus untuk golongan miskin yang membolehkan isirumah terbabit mendapat perkhidmatan tertentu tanpa dikenakan apa-apa bayaran.
Kad dikenali sebagai Kartu Keluarga Sejahtera dan Kartu Indonesia Sehat itu menyerupai konsep Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bakal memudahkan kelompok miskin menerima buku sekolah dan pakaian seragam selain rawatan perubatan secara percuma.
Ribuan penduduk berbaris panjang untuk mendapatkan dua kad pintar itu di lima buah pejabat pos sekitar Jakarta.
Program fasa pertama melibatkan sejuta keluarga miskin sebelum diperluaskan ke seluruh negara meliputi 15 juta isirumah berpendapatan amat rendah.
Program bantuan kewangan khas pemerintah itu adalah sebahagian daripada janji Jokowi semasa kempen pemilihan jawatan presiden awal tahun ini dan ia membabitkan bajet sebanyak 6.2 trilion rupiah (kira-kira RM1.7 bilion).
Langkah itu juga bagi membendung kemarahan rakyat susulan tindakan Jokowi yang bakal menaikkan harga petrol dan diesel hampir 50 peratus.
Selain itu, beliau memperkenalkan kad kebajikan yang boleh ditebus tunai sebanyak 206,000 rupiah (kira-kira RM57) Januari ini.
Timbalan Setiausaha Pasukan Kebangsaan Pembasmian Kemiskinan, Bambang Widianto berkata, kad kesihatan itu akan membantu 86.4 juta orang miskin dan pemerintah berharap dapat menurunkan kadar kemiskinan sehingga 30 peratus di seluruh negara. – Agensi
TOP
Putus Sudah Kasih Sayang.. Hanez Suraya & Romie
KUALA LUMPUR – Tiada lagi cinta seterusnya mengharapkan hubungan yang pernah mekar ke jenjang pelamin.
Barangkali hasrat dan doa sesetengah pihak yang mahu melihat hubungan Hanez Suraya dengan Romie Razin Adilha bernoktah seakan dimakbulkan.
Hubungan mereka menurut pelakon putih gebu itu hanya bertahan hampir 10 bulan. Industri hiburan pernah kecoh apabila Hanez menjalin cinta dengan Romie di saat lelaki itu sedang berdepan dengan masalah rumah tangga. Natijahnya ketika itu Hanez terus dikecam dan dihentam sekali gus dianggap sebagai perampas dan perosak rumah tangga orang. Ketika dihubungi sebentar tadi, Hanez berkata, dia enggan menoleh ke belakang lagi dan apa yang terjadi menjadi iktibar buat empunya diri. “Keputusan untuk berpisah ini sudah lama dilakukan. Cuma hanya ketika saat ini baru saya sendiri bersedia untuk berkongsinya. Kami berpisah secara baik. Bukan nak kata serik dengan apa yang terjadi tetapi sebagai manusia biasa semua yang berlaku menjadi pengalaman berharga. “Benar cinta itu buta. Saya juga seperti manusia lain yang ingin mengejar bahagia tetapi lupa untuk menjaga perihal lain. Ini bahagian hidup saya dan saya reda dengan suratan yang tertulis,” katanya. Seboleh-bolehnya Hanez memohon jasa baik semua yang di luar sana termasuk rakan media supaya tidak lagi mengaitkan dirinya dengan lelaki yang pernah hadir mencuri kamar hatinya. “Kalau boleh andai cerita saya ditulis selepas ini, jangan kaitkan saya dengan dia lagi. Masalah rumah tangganya juga jangan babitkan saya lagi,” katanya yang memohon pengertian ramai pihak. Mengenai kerjaya lakonan, biar pernah bertebaran kononnya diboikot pihak tertentu, Hanez pasrah dengan apa yang terjadi. Malah baru-baru ini, namanya digugurkan dari sebuah telefilem. “Saya bersyukur kerana ramai yang menghubungi saya memberi sokongan moral dari belakang. Mereka suruh saya tenang dulu dengan apa yang terjadi,” katanya yang memberitahu masih boleh meneruskan kehidupan saat ini. – BH Online

Tawar Tiket Penerbangan FREE Jika Sama Nama Dengan Ex GF
Seorang lelaki yang baharu putus cinta membuat tawaran istimewa, mahu memberi tiket pelancongan percuma ke destinasi seluruh dunia kepada seorang wanita, dengan syarat mempunyai nama sama seperti bekas teman wanitanya dan mempunyai pasport Kanada.
Jordan Axani mengiklankan tawaran ini di laman web Reddit, memberitahu tiket penerbangan telah dibelinya sejak Mac tahun lepas setelah dia dan teman wanita, Elizabeth Gallagher merancang bercuti bersama namun tidak jadi kenyataan apabila hubungan mereka berakhir baru-baru ini.
Bekas teman wanita Jordan iaitu Elizabeth Gallagher Antara destinasi yang sudah dibeli tiketnya oleh Jordan untuk memenuhi rancangan melancong selama 18 hari adalah Itali, Perancis, Thailand dan India. Jordan yang mengakui membuat tawaran pelik berkata, dia mencuba cara ini kerana tidak mahu membazir wang yang sudah dikeluarkan untuk membeli tiket, apatah lagi bekas teman wanitanya tetap tidak mahu meneruskan impian mereka sebelum ini. Menurut Jordan, tiket destinasi pelancongan yang bermula perjalanannya pada 21 Desember bulan depan tidak boleh ditukar nama orang lain kerana tarikh yang terlalu hampir.
Jordan sempat menulis dalam tawarannya, dia tidak mengharap sebarang balasan dan tidak mempunyai niat tidak baik terhadap wanita bernama Elizabeth Gallagher. Selain itu dia menjelaskan, hanya tiket penerbangan sahaja diberikan secara percuma manakala hotel dan makanan perlulah ditanggung sendiri. Tambah Jordan, wanita tersebut juga tidak akan terikat dengannya dan mereka akan membuat hal masing-masing. - MYNEWSHUB.CC

Teknologi ‘Set Net’ Tidak Beri Persaingan Kepada Nelayan
KUALA LUMPUR – Teknologi penangkapan ikan ‘Set Net’ dari Taiwan, yang bakal digunakan di perairan Sarawak, Sabah dan Labuan, tidak akan memberi persaingan kepada nelayan tempatan termasuk nelayan pukat jerut.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata teknologi baharu itu akan hanya digunakan di persekitaran Pulau Layang-layang manakala kawasan operasi pukat jerut ialah di Venon Bank dan Luconia Shelf.
“Ia bagi menguji kesesuaian teknologi moden ini dengan perairan di negara ini khususnya perairan Pulau Layang-layang. Spesies ikan utama yang
disasarkan ialah ikan bernilai tinggi seperti ikan tuna, jenahak dan cermin,” katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) pada sesi soal jawab Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Ahmad Fauzi bertanya sama ada teknologi ‘Set Net’ dari Taiwan boleh mengganggu pendapatan nelayan tempatan di situ yang sekian lama menggunakan pukat jerut bagi menangkap ikan di kawasan perairan itu dan sama ada teknologi itu bakal disalur kepada nelayan tempatan untuk menggantikan pukat jerut.
Tajuddin berkata teknologi penangkapan ikan baharu itu merupakan kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan Syarikat Next Pearl (M) Sdn Bhd dan National Taiwan Ocean University.
Jika teknologi itu sesuai digunakan di perairan Malaysia, katanya kerajaan menerusi kementerian akan memperluaskan penggunaannya kepada pengusaha dan nelayan tempatan yang berminat dan berpotensi.
“Syarikat ini akan membekalkan teknologi, sangkar, makanan ikan kepada nelayan-nelayan yang akan menjadi vendor dan syarikat ini akan membeli ikan ikan itu,” katanya.
Tajuddin berharap projek itu dapat meningkatkan pengeluaran ikan marin khususnya di perairan Sabah dan Sarawak yang mempunyai kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) seluas 250,000 kilometer persegi.
“Hasil kajian oleh penyelidik Jabatan Perikanan Malaysia mendapati potensi sumber ikan pelagik di perairan itu adalah sebanyak 340,000 tan metrik dan sumber tuna 25,000 tan metrik.
“Namun, kadar tangkapan pada masa ini adalah masing-masing 25,000 tan metrik dan 3,000 tan metrik setahun,” katanya.
Dalam pada itu, Tajuddin berkata projek itu akan meliputi pembangunan sangkar hatceri dan nurseri, sangkar ternakan ikan, penyelidikan dan pembangunan, latihan kepada pelajar universiti dan ekopelancongan. – BERNAMA
TOP
Rekod Baru Dunia Berjalan Atas Tali Dengan Mata Tertutup
SEORANG artis lagak ngeri, Nik Wallenda mencatat rekod dunia apabila berjaya menamatkan cabaran berjalan di atas tali nipis merentasi Chicago River sambil matanya ditutup dari ketinggian 500 kaki di udara.
Tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan, Wallenda berjaya menamatkan ‘penggembaraannya’ dalam masa 6 minit 52 saat tanpa mengalami sebarang kesukaran dan kecederaan.
Kejayaannya itu disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen Discovery Channel, yang mana menyiarkannya 10 saat ‘delay’ sekiranya terjadi sebarang perkara buruk sepanjang cabaran tersebut.
Ini kerana cabaran ekstrem ini pernah juga dilakukan oleh mendiang datuknya, Karl, yang terjatuh ketika melakukan perkara sama pada 1978.
Berikutan kejayaannya itu, nama Wallenda kini disenaraikan dalam Guiness World Records dalam kategori individu yang berjalan di atas tali dengan ketinggian yang paling tinggi dalam keadaan mata yang tertutup. – MYNEWSHUB.CC
TOP
‘Ritual Semut’ Suku Kaum Asli Amazon Yang Pergh! Menyakitkan
Satere Mawe, adalah suku kaum asli di hutan Amazon Brazil yang mengamalkan adat pelik lagi menyakitkan.
Ia adalah membiarkan diri digigit oleh semut Paraponera (dipanggil semut peluru atau bullet ant) yang merupakan adat warisan turun temurun mereka.
Ritual ini dilakukan sebagai syarat utama untuk melayakkan seseorang remaja lelaki dalam suku kaum itu diterima umum sebagai lelaki matang dan dewasa.
Melalui sebuah video yang dikongsikan, seorang pemuda bernama Hamish melakukan eksperimentasi ke atas dirinya bagi menguji betapa sakitnya pengalaman digigit oleh semut peluru ini. Tangan individu tersebut akan disarungkan dengan sejenis sarung tangan khas yang dianyam. Di dalam sarung tangan itu serta di celah-celah barisan anyamanlah, akan diletakkan beratus ekor semut peluru.
Mereka yang kental dan kuat semangat untuk menjadi lelaki terpaksa bertahan disengat semut tersebut. Hamish sendiri, dipaksa bertarung dengan kesakitan akibat gigitan semut-semut peluru itu sekurang-kurangnya selama 10 minit di mana dalam tempoh itu dia tidak boleh mengaduh apatah lagi menitiskan air mata. “Sakitnya memang luar biasa. Ianya sama seperti kita memasukkan tangan ke dalam api,” ujar Hamish. Walau bagaimanapun, kesakitan sebenar bukanlah ketika memakai sarung tangan itu. Sebaliknya rasa sakit akan lebih terasa apabila sarung tangan dibuka. Melalui video tersebut, anda boleh lihat sendiri reaksi Hamish yang melopong kesakitan seperti tangan telah dibakar hidup-hidup. Bisa yang mengalir ke dalam setiap urat tangan akan mula memberikan kesan. Bagi kaum Satere Mawe, simbolik di sebalik adat ini adalah mendidik anak lelaki suku tersebut supaya menjadi orang dewasa yang mampu melindungi keluarga dan berani menghadapi pelbagai dugaan dalam kehidupan. Sumber: whyevolutionistrue Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB

Video: Dirakam Sedang Kencing Ketika Siaran Langsung Berita
Ketika tayangan program siaran langsung ke udara, bermacam-macam perkara tidak diduga boleh berlaku.
Meskipun dirancang begitu rapi namun siapa mampu menolak ketentuan takdir. Kadang-kala perkara sebeginilah yang boleh mengundang tawa penonton rancangan berita yang sepatutnya sebuah program serius.
Ini yang berlaku di saluran berita NBC Nightly, apabila peramal cuaca dirakam sedang membuang air kecil ketika siaran sedang berlangsung.
Ketika insiden itu, pembaca berita, Lester Holt berkata, “Kita bawakan laporan kaji cuaca bersama peramal cuaca, Mike Seidel yang kini berada di Sugar Mountain, North Carolina. Hi Mike?” Mike Seidel yang dilihat seakan tidak sedar panggilan dari balai berita untuk mendengar laporan cuaca daripadanya nyata tergamam apabila menjawab pertanyaan dengan berkata ‘mengapa?’. Holt yang melihat insiden itu turut terkejut dan berkerut wajahnya melihat kelakuan peramal cuaca tersebut.
Bagaimanapun, bagi menyelamatkan situasi tersebut Holt segera memotong dan berkata “Nampaknya, Mike masih lagi belum bersedia”. Malangnya, sudah terlambat untuk ‘cover line’ sebab penonton sudah pun terlihat apa yang sepatutnya tidak dilihat mereka dilakukan oleh pembaca berita cuaca pada hari itu! Kini rakaman kejadian pada 1 November lepas ini mencetuskan kontroversi dan menjadi viral di Youtube. – MYNEWSHUB.CC

Rakyat China Bunuh Diri, Elak Peraturan Mayat Mesti Dibakar
Dua kakitangan awam di Guangdong, China didapati membeli mayat daripada pencuri semata-mata untuk memenuhi tuntutan minimum jumlah mayat yang dibakar, mengikut kuota ditetapkan kerajaan China.
Mayat-mayat ini diperoleh pencuri selepas menggali tanah perkuburan.
Difahamkan, lebih 20 mayat telah dikeluarkan dari tanah perkuburan oleh pencuri yang menjalankan kerja jahat ini pada waktu malam, lapor agensi berita Xinhua.
Kedua-dua pegawai tempatan yang ditahan dikenali hanya dengan nama He dan Dong.
Mereka memberitahu pihak polis, mayat-mayat itu dibeli untuk memenuhi kuota jumlah mayat yang perlu dibakar di daerah itu, mengikut ketetapan oleh kerajaan.
Dong membayar 3,000 Yuan (RM1,617.99) satu mayat untuk 10 mayat. Manakala He pula membayar separuh harga Dong tetapi tidak diketahui jumlah mayat yang dibelinya.
China mempunyai sejarah yang terkenal dalam aspek menghormati nenek moyang dan banyak kepercayaan tradisional di sana mengatakan bahawa badan yang lengkap perlu untuk kehidupan selepas mati yang tenang.
Oleh itu, pengebumian merupakan pilihan utama keluarga di China untuk ahli keluarga mereka yang meninggal dunia termasuk membina kubur sebagai tanda.
Bagaimanapun, kerajaan China telah melancarkan kempen menggalakkan pembakaran mayat bagi menjimatkan tanah untuk digunakan sebagai projek pertanian dan pembangunan.
Oleh itu pihak berkuasa memperkenalkan kuota minimum jumlah mayat yang mesti dibakar di sesuatu daerah.
Hal ini membuatkan terdapat rakyat China yang bertindak mengebumikan ahli keluarga secara rahsia untuk mengelak daripada peraturan itu.
Lebih menyayat hati, enam warga tua di wilayah timur Anhui dilaporkan media tempatan pada Mei telah membunuh diri untuk memastikan mereka mati sebelum peraturan pembakaran mayat dikuatkuasakan sepenuhnya.
Kegiatan mencuri mayat untuk memenuhi kuota terbongkar sejak Jun lepas apabila seorang lelaki di Beiliu dalam kawasan Guangxi yang terletak bersebelahan Guangdong di selatan China, membuat laporan bahawa mayat datuknya dicuri. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Kit Siang Gembira Pelajar UM Rempuh Pagar?
KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang seolah-olah memuji tindakan ratusan pelajar Universiti Malaya (UM) merempuh pintu utama universiti berkenaan pada 27 Oktober lalu bagi mengadakan program “40 tahun: Dari UM ke penjara”.
Beliau mendakwa, program hari itu dapat membentuk pemimpin generasi baharu yang berfikiran kritikal sekali gus membolehkan Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa dalam era sains dan teknologi.
“Pihak pentadbiran UM sepatutnya menggunakan kesedaran pelajar disebabkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengembalikan kegiatan aktivitis pelajar.
“Adalah satu tragedi apabila UM sangat obses untuk menghukum pelajar yang menyertai program itu,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Media sebelum ini melaporkan UM memulakan prosiding tatatertib terhadap pemimpin pelajar kerana mengadakan perhimpunan haram bersama Anwar di universiti itu.
Mereka dikehendaki menghadiri perbicaraan tatatertib di universiti pada 7 November ini dengan ketua mereka, Fahmi Zainol dikenakan sebanyak sembilan pertuduhan.
Meskipun dihalang UM, ratusan peserta perhimpunan itu menyerbu pintu utama universiti berkenaan bagi membolehkan Anwar memasuki universiti berkenaan untuk menyampaikan ucapan.
Program “40 tahun: Dari UM ke penjara” itu diisytiharkan haram oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof. Datuk Dr. Rohana Yusof kerana mencemar imej universiti. – mynewshub.cc
TOP
GAMBAR: Kenali Peserta Ratu Cantik Pondan 2014
Pertandingan ratu cantik selalunya disertai oleh kaum wanita ‘sejati’ sahaja namun, ada sebuah pertandingan ratu cantik yang gilang gemilang khusus bagi golongan transgender.
Sama seperti pertandingan ratu cantik biasa, ia kononnya bagi memberi peluang kepada golongan ini memperlihatkan kecantikan luaran dan dalaman mereka.
Acara ini sudah menjadi acara tahunan dan dikenali sebagai Miss International Queen. Pertandingan ini disertai pondan-pondan cantik dari seluruh dunia termasuk Malaysia.
Pemenang 2013, Marcelo Ohio dari Brazil (tengah) bersama sebahagian peserta tahun ini.
Syarat pertandingan, peserta dibenarkan terdiri daripada maknyah yang sudah atau belum melakukan pembedahan jantina tetapi mereka mestilah asalnya dilahirkan sebagai lelaki. Hadiah utama ditawarkan adalah wang tunai USD12,500 dan apa sahaja jenis pembedahan idaman mereka tak kiralah untuk ‘mengganti anu’ mahupun pembedahan kosmetik untuk kecantikan. Tahun ini, Miss International Queen yang sudah masuk ke tahun 10 penganjurannya sudah pun bermula dengan keputusan akhir akan diumumkan 7 November ini di Tiffany’s Show Theatre, Pattaya, Thailand. Seramai 25 finalis dari 21 negara bertanding pada tahun ini dan di bawah sebahagian daripada rupa peserta pertandingan ratu cantik paling berprestij dalam kalangan transgender bagi 2014…
Memang cantik betul wajah-wajah peserta ini selepas dilakukan ‘pembaikian’ hormon, sampaikan sesetengahnya sukar nak perasan jantina sebenarnya adalah lelaki. Sebagai wanita sejati, kakak sendiri amat makan hati melihat mereka-mereka ini! Hahaha… - MYNEWSHUB.CC

Buku Sifir Yang Menggamit Memori Pelajar Tahun 90-An
Adakah anda masih kenal dengan buku ini?
Nama sahaja Cambridge tetapi ia bukanlah sebuah kamus.
Bagi pelajar di era kami, ia pasti menggamit kenangan sewaktu di sekolah menengah dahulu.
Sebenarnya, buku ini merupakan sebuah buku penting yang perlu dibawa semasa peperiksaan matematik Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 sebelum kalkulator diperkenalkan dalam silibus sekolah menengah. Pelajar perlu merujuk buku ini untuk mendapatkan rumus bagi jenis soalan matematik seperti nilai sin, kos dan tan sebelum berjaya menyelesaikan masalah matematik. Dalam erti kata lain, kepakaran diperlukan untuk menelaah buku ini bagi mencari jawapan. Sangat berbeza dengan pelajar sekarang, mereka hanya perlu menekan fungsi yang terdapat pada kalkulator. Walau bagaimanapun, selamat menduduki peperiksaan SPM kami ucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 5 yang dimulakan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu pada hari ini, semoga berjaya! Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Pelajar Dipatuk Ular Ambil SPM Di Katil Hospital
BESUT – Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dipatuk ular di jari kaki kiri Sabtu lepas tetap menduduki peperiksaan itu pada Isnin biarpun dia kini dirawat di wad Hospital Daerah Besut.
Norhafisah Shariff, 17, Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut dilihat tenang menduduki peperiksaan hari ini sambil ditemani pengawas peperiksaan Azmiruddin Hassan dari SMK Nasiruddin Shah, Alor Lintang Besut.
Bercakap kepada Bernama, beliau yang memakai baju hospital berwarna hijau ketika ditemui selepas tamat menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu Satu berkata dia tetap bertekad untuk mengambil peperiksaan kerana tidak mahu ketinggalan menduduki SPM.
“Saya sebenarnya tak nak ketinggalan hanya kerana saya dipatuk ular. Saya sudah buat persediaan sejak 6 bulan dulu bagi menghadapi SPM ini, takkan hendak dibiar begitu saja,” katanya yang akan mengambil kertas seni visual pada sebelah petang nanti.
Pengetua SMK Kuala Besut, Wan Kamaruddin Wan Nor ketika ditemui berkata ketika kejadian, pelajarnya itu yang berasal dari Pulau Perhentian sedang menunggu bot di jeti pulau itu untuk pulang ke asrama sekolah sebelum dilaporkan dipatuk seekor ular kapak.
“Dia telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Besut sebelum segera dirujuk ke Hospital Daerah Besut di Jerteh. Alhamdulillah, dia tidak apa-apa dan masih bersemangat mengambil peperiksaan,” katanya.
Wan Kamaruddin berkata meskipun Norhafisah menyatakan terkilan tidak dapat bersama 261 lagi rakan-rakan sekolahnya menduduki peperiksaan SPM, namun beliau redha dengan insiden dipatuk ular itu dan menyimpan tekad untuk berjaya sekaligus membanggakan keluarganya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Ab Halim Hassan yang melakukan tinjauan perjalanan SPM di sekolah-sekolah Besut berkata terdapat dua lagi calon dari Besut mengambil peperiksaan di wad hospital. – BERNAMA
TOP
Mahasiswa Keadilan Dakwa UM Tidak Hormat Perlembagaan
KUALA LUMPUR – Kumpulan pelajar pro-pembangkang, Mahasiswa Keadilan menyelar tindakan Universiti Malaya (UM) mengenakan prosiding tatatertib terhadap sembilan pelajar universiti berkenaan kerana terlibat dalam program “Pidato Dato’ Seri Anwar Ibrahim : 40 tahun dari UM ke Penjara” pada 27 Oktober lalu.
Jurucakap Mahasiswa Keadilan, Haziq Farhan mendakwa, pelajar terbabit ialah Fahmi Zainol, Adam Fistival Wilfrid, Safwan Shamsuddin, Nur Syamimi Munirah, Haw Yu Hong, Abraham Au, Khairol Najib Hashimm, Khairul Anwar manakala seorang lagi belum dikenal pasti.
“Pentadbiran UM telah mengeluarkan surat pertuduhan di bawah Kaedah-kaedah UM (Tatatertib Pelajar 1999) terhadap sembilan mahasiswa UM yang mengambil bahagian dalam program “Pidato Dato’ Seri Anwar Ibrahim : 40 tahun dari UM ke Penjara” pada 27 Oktober 2014 di Dataran Dewan Tunku Canselor UM.
“Mahasiswa Keadilan mengutuk sekeras-kerasnya pendakwaan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran UM kepada sembilan mahasiswa tersebut. Pendakwaan ini jelas biadab dan tidak menghormati hak kebebasan akademik dan kebebasan bersuara mahasiswa,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Haziq mendakwa, undang-undang universiti itu telah digunakan oleh pengurusan UM dengan niat jahat untuk menghukum mana-mana pelajar yang tidak sealiran dengan fahaman politik pihak pentadbiran universiti.
Dakwanya, pelajar terbabit didakwa semata-mata kerana mengambil bahagian dalam program pidato oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau mendakwa, tindakan itu tidak secocok dengan pendekatan universiti terkemuka dunia mengalu-alukan syarahan oleh Ketua Pembangkang di negara masing-masing.
“Sepatutnya pihak pentadbiran UM dari awal lagi memberi kebenaran dan ruang untuk program pidato tersebut diadakan. Namun apa yang telah berlaku di UM adalah sebaliknya.
“Mahasiswa Keadilan mendesak supaya pertuduhan ini digugurkan atas semangat hak kebebasan asasi yang telah dijamin oleh Perlembagaan,” dakwanya.
Media sebelum ini melaporkan UM memulakan prosiding tatatertib terhadap pemimpin pelajar kerana mengadakan perhimpunan bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka dikehendaki menghadiri perbicaraan tatatertib di universiti pada 7 November ini dengan ketua mereka, Fahmi Zainol dikenakan sebanyak 9 pertuduhan.
Meskipun dihalang UM, ratusan peserta perhimpunan itu menyerbu pintu utama universiti berkenaan bagi membolehkan Anwar memasuki universiti berkenaan untuk menyampaikan ucapan.
Program “40 tahun: Dari UM ke penjara” itu diisytiharkan haram oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof. Datuk Dr. Rohana Yusof kerana mencemar imej universiti. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Wajah Gadis Tercantik Di Sekolah Berubah Gara-Gara Telefon Bimbit
Peribahasa ‘malang tidak berbau’ sering dikaitkan dengan kemalangan. Oleh sebab itu kita disarankan berhati-hati di jalan raya.
Namun, segelintir pemandu yang tidak beringat sering alpa keselamatan diri dengan dengan sibuk bermain telefon bimbit meskipun ketika sedang memandu. Sedangkan, risiko perbuatan ini diketahui semua orang.
Kini pemandu bukan bukan setakat menggunakan telefon bimbit untuk mengangkat panggilan sahaja malah ada yang sambil memandu sambil balas Whatapps dan paling mengecewakan.. siap berselfie ketika memandu!
Bagi pemandu dengan tabiat begini, video di atas mungkin boleh jadi pengajaran berguna. Bermula sebagai gadis cantik yang amat popular di sekolah, gadis ini kehilangan segalanya gara-gara kemalangan ketika menggunakan telefon bimbit.
Kini dia adalah gadis buta sebelah mata, tidak ada deria rasa dan separa pekak.
Semuanya berpunca apabila Liz Marks, membalas mesej seorang rakan ketika sedang memandu. Menurut Liz, membalas mesej ketika memandu adalah perkara biasa baginya, sama seperti kebanyakan pemandu lain yang turut melakukannya namun kemalangan dialami mengajarnya padah perbuatan tersebut. Jadi, adakah anda masih berani melakukan tabiat ini? - MYNEWSHUB.CC

Ebola: Singapura Kuatkuasa Visa Bagi Negara Afrika
SUKARELAWAN memeriksa suhu seorang lelaki sebelum memasuki Grand Cape Mount di Liberia. Pihak berkuasa berkata sebanyak 20 kes kematian akibat wabak Ebola di kawasan itu. - Foto Reuters
SINGAPURA – Warga Guinea, Liberia dan Sierra Leone memerlukan visa untuk masuk ke Singapura sebagai langkah mencegah penularan wabak Ebola mulai Rabu ini. Ketiga-tiga negara Afrika Barat itu adalah yang paling teruk dilanda Ebola yang kini sudah mengorbankan lebih 4,900 orang. Kementerian Kesihatan Singapura berkata, peraturan visa itu bagi warga ketiga-tiga negara terbabit, yang kini tidak memerlukan visa untuk mengunjungi Singapura, akan berkuat kuasa Rabu. “Peraturan visa akan membolehkan kawalan kemasukan lebih baik bagi warga dari negara berkenaan serta memudahkan pihak berkuasa mengesan mereka yang mempunyai perhubungan dengan pesakit,” kata kementerian berkenaan dalam satu kenyataan. “Sebagai tambahan, ia akan membolehkan Singapura memaklumkan warga negara terbabit ketika proses permohonan visa mengenai peringatan Ebola dan tindakan yang perlu diambil sekiranya mereka menunjukkan simptom ketika dalam perjalanan atau berada di Singapura,” tambah kenyataan itu. Langkah baharu itu memperlengkapkan tindakan lain yang sudah pun diambil, termasuk mengukur suhu badan penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Changi dan mengisi kad pengisytiharan kesihatan yang mengandungi maklumat perhubungan pelawat ketika di Singapura. Mereka yang didapati demam akan dibawa dengan ambulans ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Pengunjung yang sihat tetapi dikenal pasti kemungkinan mempunyai pendedahan kepada virus Ebola akan dikuarantin atau diletakkan di bawah pemantauan bergantung pada tahap risikonya. – AFP

IS Dakwa Kuasai Telaga Minyak Di Wilayah Homs
Kepulan asap hitam tebal di ruang udara bandar Kobani yang dilihat dari pekan Suruc berdekatan sempadan Turki semalam. - Foto AFP
BEIRUT – Militan Negara Islam (IS) di Syria mendakwa menguasai telaga minyak di wilayah Homs, iaitu telaga kedua dalam tempoh seminggu selepas bertempur dengan tentera kerajaan. Menurut laman sesawang jihad SITE, kumpulan Sunnah itu memuat naik 18 gambar di laman sosial bagi menunjukkan bendera IS dinaikkan di telaga minyak Jahar selain kenderaan dan senjata api yang dirampas. Bagaimanapun Reuters tidak dapat mengesahkan sama ada kejadian itu adalah atas alasan sekatan keselamatan. Militan IS itu yang kini menguasai satu pertiga daripada Syria dan sebahagian besar kawasan di Iraq serta mengisytiharkan pemerintahan ‘Khalifah’ di wilayah yang dikuasainya, merampas telaga minyak Sha’ar pada 30 Oktober lalu. “Selepas Sha’ar dan kawasan di sekelilingnya menjadi sebahagian daripada pemerintahan ‘Khalifah’, kami akan terus mara dan menawan lebih banyak kawasan,” kata IS dalam mesejnya. Tambahnya: “Semalam ia melipatgandakan penguasaannya di kawasan perkampungan Jahar dan syarikat mengepam gas manakala hampir sembilan kawasan disokong dengan senjata berat seperti kereta kebal, kenderaan perisai dan pelbagai kaliber mesingan.” Laporan itu menyatakan IS merampas dua kereta kebal, tujuh kenderaan pacuan empat roda dan beberapa mesingan. Pakatan diketuai Amerika Syarikat melancarkan serangan udara terhadap IS sejak September lalu. Amerika Syarikat menyatakan ia tidak melakukan sebarang koordinasi dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad bagi menentang kumpulan militan itu. – REUTERS

Majoriti Rakyat Dijangka Fahami Implikasi GST Tahun Depan
KUALA LUMPUR – Kebanyakan anggota masyarakat dijangka memahami implikasi cukai barang dan perkhidmatan (GST) menjelang pelaksanaannya pada April tahun depan.
Setiausaha Bahagian, Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi, Kementerian Kewangan Datuk S. Kumaran berkata terdapat banyak saluran komunikasi untuk membantu mereka memahami GST.
“Ada beberapa isu dalam kalangan komuniti perniagaan berhubung bagaimana mereka boleh memenuhi syarat-syarat GST dan kebimbangan rakyat pula sama ada GST akan meningkatkan kos sara hidup,” katanya di luar taklimat CBP untuk organisasi media dan badan bukan kerajaan, di sini hari ini.
Kumaran berkata pada peringkat awal pelaksanaan, kos sara hidup akan meningkat satu hingga dua peratus namun kadar tersebut berkurangan selepas itu.
Dalam persekitaran GST, beliau berkata golongan berada akan membayar lebih banyak cukai kerana mereka menggunakan lebih banyak barang dan perkhidmatan berbanding mereka yang berpendapatan rendah.
Bagi golongan ini kebanyakan barangan dan perkhidmatan yang diguna berkadar sifar atau mereka tidak perlu membayar GST, katanya. – BERNAMA
TOP
Hanya 38 Daripada 737 Ladang Ternakan Babi Patuhi Piawaian
PUTRAJAYA – Hanya 38 daripada 737 ladang ternakan babi di negara ini memenuhi piawaian ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata pengusaha ladang yang gagal mematuhi piawaian masih diberi peluang sebelum langkah penguatkuasaan bermula pada 2016.
“Sebagaimana yang termaktub dalam konsep ‘Modern Pig Farming’, empat kriteria perlu dipatuhi oleh semua ladang ternakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan kementerian di sini hari ini.
Empat kriteria itu adalah kandang tertutup; sistem pengurusan sisa kumbahan sifar; jarak minimum 200 meter dari rumah kediaman, sekolah, klinik, tempat ibadat serta kemudahan awam; dan mengamalkan Amalan Penternakan Baik.
Ismail Sabri berkata jika selepas tempoh diberi pengusaha ladang masih gagal mematuhi peraturan, tindakan mengikut Enakmen Kawalan Ternakan Babi akan dikenakan.
Pada majlis itu, beliau turut melancarkan sisipan khas Agroprenuer Muda terbitan akhbar KOSMO.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata kementerian akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet untuk menubuhkan Lembaga Ruminan, bertujuan memajukan dan meningkatkan lagi penghasilan daging serta produk daging.
“Kajian teliti dan mendalam akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum ia dikemukakan kepada Kabinet, Jabatan Veterinar telah diarah untuk membuat kertas kerja mengenainya,” katanya.
Beliau berkata langkah itu perlu memandangkan peningkatan permintaan produk daging semakin meningkat selain untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import daging. – BERNAMA
TOP
Warga Emas 62 Tahun Ditahan, Suka Curi Kancil & Mini Cooper
Kuala Lumpur – Seorang warga emas dipercayai terbabit dalam kegiatan curi kenderaan sejak dua bulan lalu tumpas selepas dia ditahan di kawasan perumahan di Pantai Dalam, di sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, suspek berusia 62 tahun diberkas selepas disyaki mencuri 13 kereta jenis Perodua Kancil dan Mini Cooper.
“Siasatan polis mendapati suspek mempunyai 13 rekod lampau bersabit jenayah curi kenderaan dan dadah. Yang terkini dia baru sahaja dibebaskan pada bulan Julai lalu sebelum kembali melakukan jenayah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini, hari ini.
Muhammad Azlee berkata, suspek dipercayai bergerak secara solo dengan menggunakan modus operandi mencuri kenderaan yang diletakkan di tepi jalan di kawasan perumahan sebelum mengumpil pintu kenderaan dan menghidupkan enjin kereta melalui kunci pendua.
Beliau berkata, dengan penahanan suspek polis berjaya menyelesaikan 13 kes curi kenderaan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan sejak dua bulan lalu.
- myMetro Online
TOP
VIDEO: Nenek Guna Kasih Sayang, Cara Terbaik Bagi Bayi Makan
Pasti ada ibu bapa yang mahu meniru aksi nenek ini memberi makan seorang bayi yang mungkin cucunya sendiri kerana cara yang digunakan untuk menarik perhatian si kecil amatlah kreatif.
Video ini viral di laman sosial Facebook selepas beberapa video yang dimuatnaik sebelum ini, menunjukkan kekejaman pengasuh memaksa bayi makan dengan disuap secara paksa.
Bagaimanapun, bagi nenek ini, layanan dengan penuh kasih sayang yang diberi amat berbeza dengan layanan dek kerana kerja semata-mata.
Nenek kreatif ini mengikat telefon pintar di kepalanya sambil memainkan video nyanyian “Alif.. Ba.. Ta..” untuk menarik perhatian si kecil agar menghabiskan makanan. Jika layanan diberikan benar-benar ikhlas dan penuh kasih sayang, pasti tak perlu memaksa si kecil makan tanpa perlu paksaan seperti beberapa video sebelum ini. Lihat saja kaki si kecil yang tergedik-gedik suka apabila neneknya menyuapkan makanan sambil menonton video kegemarannya. Untuk nenek ini, kami tabik spring!! – MYNEWSHUB.CC

PTPTN Kurangkan Jumlah Pembiayaan IPTA Dan IPTS
KUALA LUMPUR – Jumlah pembiayaan baharu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dikurangkan lima peratus dan 15 peratus untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mulai 1 Nov.
Ketua Pegawai Pemasaran dan Perhubungan Strategik PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata bagaimanapun, jumlah pembiayaan pelajar ijazah Sarjana Muda Perubatan di IPTS dikekalkan dan tidak mengalami sebarang pengurangan kerana yuran pengajiannya yang tinggi.
Katanya penyelarasan itu dibuat berikutan kekangan dana PTPTN bagi menampung penambahan 50,000 peminjam baharu untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) bermula November ini.
“Satu daripada punca kekangan dana PTPTN adalah peminjam liat untuk membayar balik pinjaman mereka selepas tamat pengajian.
“Bagaimanapun, pelaksanaan penyelarasan ini telah dinyatakan dalam pekeliling PTPTN Bilangan 1 tahun 2014 yang telah dimaklumkan kepada semua IPTA dan IPTS di seluruh negara pada 29 Okt lalu,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
Mastura juga berkata, pihaknya telah melaksanakan kaedah penggunaan data Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai kaedah tapisan bagi menentukan kelayakan jumlah pembiayaan bagi semua peminjam baharu.
“Jika data peminjam atau ibu bapa disenaraikan sebagai penerima BR1M, mereka akan menerima pembiayaan maksimum PTPTN.
“Bagi bukan penerima BR1M, sebanyak 75 peratus pembiayaan akan diberikan kepada keluarga yang pendapatannya tidak melebihi RM8,000 dan 50 peratus untuk pendapatan bulanan keluarga pelajar melebihi RM8,000,” katanya.
Katanya dalam usaha memastikan kelestarian PTPTN, kempen-kempen kesedaran, insentif bayaran balik dan tindakan penguatkuasaan telah dijalankan secara berterusan bagi meningkatkan prestasi bayaran balik pembiayaan.
“Selain itu, tindakan pengurangan perbelanjaan juga perlu dilaksanakan oleh PTPTN berasaskan kedudukan kewangan semasa,” katanya. – BERNAMA
TOP
Ayah Mangsa Rogol Jemput Makan Sebelum Bakar Alat Sulit Perogol
Seorang perogol mati dalam keadaan amat mengerikan, dibunuh oleh bapa kepada seorang gadis yang menjadi mangsa lelaki tersebut.
Dalam kejadian itu, ayah gadis tersebut, 36 tahun menjemput perogol yang berusia 45 tahun ke rumahnya konon untuk makan malam bersama sebelum menyeksanya sampai mati.
Perogol tersebut dikatakan diikat pada kerusi dan alat sulitnya dibakar menggunakan penyepit panas sebelum dicekik hingga mati.
Insiden yang berlaku jumaat lepas di Delhi ini sebenarnya sudah lama dirancang oleh ayah gadis malang tersebut, yang marah dan risaukan nasib anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun selepas dirogol oleh lelaki itu kira-kira dua bulan lepas.
Bagaimanapun, ayah gadis malang itu kemudiannya pergi ke balai polis dan membuat pengakuan telah membunuh dan menyeksa perogol itu hingga mati. Kini ditahan atas dakwaan membunuh, ayah gadis tersebut mengaku tidak membuat laporan polis mengenai insiden anaknya dirogol gara-gara tidak mahu anaknya dikutuk oleh penduduk setempat. – MYNEWSHUB.CC

Cliff House: Rumah Konsep Yang Sangat ‘Cool’
Jika anda impikan mempunyai kediaman di atas lautan, mungkin rumah konsep di pantai barat daya Australia ini boleh memenuhi hasrat anda.
Binaannya yang kelihatan berbahaya dengan hanya berpaut pada tepi tebing terletak beberapa meter sahaja di atas paras laut.
Konsep kediaman yang dinamakan sebagai Cliff House ini dibina menegak pada lereng tebing dan berpaut pada palang sokongan yang dipasak pada tebing berkenaan.
Idea Cliff House ini diilhamkan oleh pakar seni bina rumah pasang siap, Modscape Concept yang mendapat inspirasi melalui bentuk teritip yang melekat pada badan kapal.
Rumah konsep Cliff House yang kelihatan tergantung hampir sepenuhnya membuatkan ia seperti tebing tambahan pada lanskap berkenaan.
Rumah lima tingkat itu dibina daripada model pasang siap yang disusun secara menegak.
Setiap bilik akan dibina di atas satu sama lain secara bertingkat dan dilengkapi alang besi yang dipasak pada tebing.
Penghuni rumah berkenaan akan memasuki kediaman mereka melalui tingkat atas yang separas dengan tebing dan kemudiannya menggunakan lif atau tangga untuk pergi ke bilik tidur, ruang tamu atau dapur.
Tingkat paling bawah dalam kediaman Cliff House terdiri daripada ruangan terbuka yang seolah-olah terapung di atas air memberikannya sentuhan yang menakjubkan (atau mungkin juga menakutkan) pada ruangan terbuka kediaman itu serta pemandangan laut yang indah dan menarik.
Sumber: modscape
Oleh: hzqahmd

23 Mangsa Banjir Di Kerian Masih Di Pusat Pemindahan
IPOH – Seramai 23 mangsa banjir dari empat kampung di daerah Kerian masih berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Bagan Serai, kira-kira 110km dari sini, hari ini.
Mangsa banjir terdiri daripada sembilan keluarga itu dari Kampung Beriah, Kampung Parit Simpang Empat, Kampung Parit Simpang Lima dan Kampung Matang Tengah dipindahkan ke ke pusat itu, Jumaat lepas.
Ketua Penolong Pegawai Daerah Kerian (Tanah), Muhamad Ghopran Yeop Hamzah, berkata walaupun air semakin surut di beberapa kawasan di daerah itu namun mangsa banjir di pusat berkenaan masih belum lagi dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menasihatkan supaya mangsa tidak kembali ke rumah masing-masing berikutan paras air sungai di Hulu Selama, Kedah dan Selama, Perak masih meningkat.
Katanya, jalan yang menghubungkan Alor Pongsu-Selama di Kilometer 13 hingga 17 ditutup untuk kenderaan ringan kerana dinaiki air setinggi 0.5 meter.
Sementara itu, di Teluk Intan, pusat pemindahan di surau Kampung Ata Duri di Langkap ditutup petang semalam selepas semua 14 mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. – BERNAMA
TOP
Pegawai Polis Tarik Balik Saman Selepas Peniaga Mohon Maaf
SHAH ALAM – Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Sabah, ACP Carleel Mohd Effendi, menarik balik tuntutan saman terhadap seorang peniaga yang didakwa memfitnah beliau dalam sepucuk surat, lapan tahun lepas.
Carleel, 57, selaku plaintif, mengambil tindakan itu selepas defendan, Tan Kim Kee, 60, memohon maaf secara terbuka di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Lim Chong Fong, di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Permohonan maaf itu dibacakan oleh peguam defendan, M Manoharan.
Selain itu, defendan juga menarik balik semua tuduhan fitnah terhadap plaintif yang diwakili peguam, Datuk M Selva.
Manoharan, ketika membaca kenyataan itu, berkata anak guamnya telah menyesal dan memberi jaminan tidak akan mengulangi perbuatannya itu.
Tan yang berasal dari Klang juga bersetuju membayar pampasan berjumlah RM500 yang dibayar kepada pertubuhan kebajikan dipilih oleh Carleel iaitu Masjid Nur Islam di Kota Kinabalu, Sabah.
Mahkamah sebelum ini menetap selama tiga hari bermula hari ini untuk mendengar kes saman RM2 juta yang difailkan oleh Carleel pada 24 Ogos 2006 atas tindakan defendan mengedar surat berunsur fitnah pada 10 April 2006.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif yang ketika itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor, mendakwa Tan dengan niat jahat telah membuat tuduhan kononnya beliau telah menyalahgunakan kuasanya dalam penyiasatan satu kes penipuan di Klang.
Surat terhadap Carleel itu telah dihantar kepada Ketua JSJK Selangor, Datuk Hairuddin Mohamed dan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Mohd Bakri Omar.
Perbuatan Tan itu menyebabkan plaintif, ketika itu berpangkat Superintendan, telah disiasat oleh Lembaga Disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Selain menuntut ganti rugi, pegawai polis itu juga menuntut supaya Tan mengeluarkan iklan di akhbar New Straits Times (NSTP), The Star dan Sin Chew Daily secara tanpa syarat untuk memohon maaf serta menarik balik tuduhan itu. – BERNAMA
TOP
Kastam, JPJ Kongsi Maklumat Pesalah Trafik
LABUAN – Jabatam Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bertukar maklumat mengenai kenderaan berpendaftaran Labuan dengan saman, kompaun dan cukai tertunggak.
Sistem dalam talian berusia lima bulan, e-Vehicle akan digunakan untuk mengesan pengguna kenderaan dan mereka yang mengelak membayar cukai daripada meninggalkan pulau bebas cukai itu.
Sistem itu dengan maklumat lengkap pengenalan pemilik kenderaan kini digunakan dalam memantau pergerakan kenderaan di luar Labuan.
Pengarah Kastam Labuan Wasimin Daiman berkata sistem itu terbukti berkesan dalam mengesan kenderaan yang telah dibawa ke Sabah, Sarawak ataupun semenanjung melebihi tempoh 90 hari yang dibenarkan dalam setahun.
“Sekarang, kami mahu mengadakan kerjasama rapat dengan JPJ dalam perkongsian maklumat kenderaan berpendaftaran Labuan dengan duti eksais tertunggak dan daripada JPJ untuk menyalurkan maklumat kenderaan yang terdapat saman dan kompaun tertunggak,” katanya kepada Bernama hari ini.
Ketua JPJ Labuan Ilias Abdullah berkata kerjasama itu tepat pada masanya dan telah dibincangkan dalam mesyuarat sebelumnya dan akan dibawa dalam mesyuarat seterusnya di Sarawak sebelum hujung tahun ini.
“Kerjasama ini membolehkan kami mengurangkan jumlah pesalah trafik yang menyeleweng, mengelak daripada membayar tunggakan kepada kerajaan. Kami tidak melihat masalah dalam kerjasama dan perkongsian maklumat,” katanya. – BERNAMA
TOP
Laluan Jalan Imbi Ke Jalan Hang Tuah Dibuka Semula
KUALA LUMPUR – Laluan trafik dari Jalan Imbi ke Jalan Hang Tuah dibuka semula kepada lalu lintas hari ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata laluan tiga lorong itu dibuka pada 2.20 petang tadi selepas kerja-kerja penurapan jalan selesai Rabu lepas.
“Sebelum ini, laluan dua lorong dari Jalan Hang Tuah ke Jalan Imbi dibuka kepada lalu lintas pada 29 Sept lepas,” katanya kepada pemberita selepas melawat kerja-kerja pembaikan kawasan mendapan tanah dan runtuhan laluan bawah Jalan Pudu di sini, hari ini.
Pada 2 Julai lepas, sebahagian struktur terowong bawah tanah di simpang empat Jalan Imbi runtuh sedalam lima meter setelah berlaku mendapan tanah, yang dipercayai berpunca daripada paip air bawah tanah pecah.
Sementara itu, kerja-kerja pembinaan struktur konkrit bertetulang yang giat dijalankan di laluan pusingan-u dari Cheras ke Jalan Pudu dan Jalan Changkat Thambi Dollah dijangka siap Rabu ini manakala baki kerja-kerja pembinaan struktur konkrit bertetulang akan siap pada 17 Nov ini.
Ahmad Phesal berkata baki kerja-kerja turapan jalan di atas laluan bawah Jalan Pudu akan dilakukan setelah kedua-dua pembinaan struktur
konkrit bagi kedua-dua laluan pusingan-u itu siap sepenuhnya sebelum 10 Dis depan. – BERNAMA
TOP
Penyokong Saiful Bukhari Pesan “Anwar, Jangan Tinggal Solat”
Hari kelima prosiding kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, memperlihatkan ada kain rentang menarik dibawa penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan ke perkarangan Istana Kehakiman di Putrajaya.
“Majikan yang baik, tidak akan meliwat pekerja bawahannya” dan “Pesan untuk Anwar: Jangan tinggal solat” merupakan dua kain rentang yang mencuri tumpuan, dibawa oleh penyokong Mohd Saiful.
Kata-kata yang tertulis di atas kain rentang itu merupakan teguran sarkastik perbuatan Anwar yang didakwa meliwat Saiful pada 2008 dan kemudiannya memberikan nsaihat kepada pembantunya itu agar tidak meninggalkan sembahyang. Anwar dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Selepas ditangguhkan Jumaat lepas, hari ini Ketua Pasukan Pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyambung hujahnya untuk mengekalkan sabitan Mahkamah Rayuan 7 Mac lepas dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Anwar. Prosiding didengar di hadapan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria. Empat lagi hakim dalam panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali. – MYNEWSHUB.CC

Anwar Ibrahim TAK SETUJU Sisters In Islam Diharamkan
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan tindakan mengharamkan badan bukan kerajaan (NGO) Sisters in Islam dan mengatakan pihak berkuasa agama seharusnya membenarkan perbezaan pandangan.
Anwar berkata, walaupun Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berhak untuk tidak bersetuju dengan SIS akan tetapi NGO itu tidak seharusnya diharamkan.
“Pendirian saya adalah seharusnya rakyat bersetuju untuk tidak bersetuju dan terus mengadakan perbincangan dan forum,” kata Anwar kepada pemberita selepas memberikan ucapan di majlis makan malam persidangan demokrat Islam (Muslim democrats’ conference) di Petaling Jaya, 2 November. “Tentang fatwa, saya ada keraguan. Mereka boleh tidak bersetuju akan tetapi saya rasa mereka tidak seharusnya mengharamkan perbincangan.” Anwar turut mempertahankan pendirian Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengenai fatwa tentang SIS dan berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu hanya mengatakan beliau menghormati fatwa tersebut. Azmin memberitahu pemberita pada majlis sama Majlis Agama Islam Selangor (Mais) akan bertemu dengan SIS berhubung fatwa mengharamkan NGO itu. Azmin berkata, pertemuan tersebut membenarkan Mais mendengar penjelasan SIS mengenai organisasi mereka. SIS minggu lalu memfailkan semakan kehakiman dan menamakan tiga responden, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Mais dan kerajaan Selangor kerana menuduh mereka mempromosikan liberalisme agama dan pluralisme yang bercanggah dengan Islam. Fatwa Selangor pada Julai 2014 menggazetkan SIS dan mana-maana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman “liberalisme” dan “pluralisme” agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Selain itu, mana-mana terbitan yang berunsur pemikiran fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah diharamkan dan boleh dirampas. Fatwa itu juga mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak. Manakala individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam, menurut fatwa tersebut. Pengarah Eksekutif SIS Ratna Othman berkata, pihaknya juga mahu mahkamah mengiktiraf NGO itu terjamin kedudukannya mengikut Perlembagaan. “SIS mahu jaminan supaya hak kami perlu dihormati mengikut Perlembagaan Persekutuan,” katanya. Fatwa itu digazetkan mengikut Bahagian III Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. – THE MALAYSIAN INSIDER

Hadiri Pengebumian Ayah Selepas Kertas Pertama SPM
SEREMBAN – Walaupun baru kematian bapanya petang semalam, seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini tetap bersemangat menduduki peperiksaan bagi menunaikan permintaan bapanya yang mahu dia berjaya.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan (SMK Seri Ampangan) Nur Diyana Abdul Rahman, 17, berkata, dia membawa semangat yang ditiupkan bapanya kepada dirinya untuk meneruskan perjuangan dalam pelajaran.
“Saya amat bersedih dengan pemergian ayah. Saya akan belajar rajin-rajin untuk menunaikan permintaan ayah yang ingin melihat saya menjadi seorang chef.
“Lagipun ramai saudara-mara yang datang memberi kata-kata perangsang kepada saya dan itulah antara sumber kekuatan saya,” katanya ketika ditemui di Masjid At-Taqwa, Paroi hari ini.
Anak bongsu dari empat beradik ini berkata, antara kenangan yang tidak dapat dilupakan adalah arwah bapanya amat suka dengan sambal ikan bilis yang dimasaknya.
Nur Diyana, sebaik sahaja selesai menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Satu, telah dihantar gurunya untuk menghadiri pengebumian bapanya pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Paroi.
Dia kemudiannya kembali ke sekolah untuk menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Dua, pada sebelah petang.
Abdul Rahman Kadir, 53, meninggal dunia kira-kira 2.55 pagi tadi kerana sakit jantung di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Allahyarham yang bekerja sendiri meninggalkan isteri Nurazal Majlis, 49, dan empat anak.
Sementara itu Pengetua SMK Seri Ampangan Mohd Sazali Sam berkata, pihak sekolah akan membantu Nur Diyana dengan memberi kata-kata perangsang dan suntikan motivasi untuknya menduduki peperiksaan.
“Saya telah menasihati Nur Diyana, yang pergi tetap akan pergi. Kita yang masih hidup perlu teruskan hidup.
“Para guru di sekolah ini turut memberi kata-kata perangsang untuk Nur Diyana di samping melancarkan derma kilat untuknya,” katanya.
Sebanyak 267 calon SMK Seri Ampangan menduduki peperiksaan yang turut disertai 27 calon persendirian. - BERNAMA
TOP
Mantain ‘Meletop’ Lepas Bersalin, Rozita Che Wan Mengaku Bersolek
Sebaik sahaja berita Rozita Che Wan (Che Ta) selamat melahirkan bayi seterusnya gambar pelakon jelita ini dan bayinya dikongsikan, ia mula menjadi sensasi dan disebarkan di laman-laman sosial.
Rata-rata memuji kecomelan wajah bayi perempuan Che Ta dan Zain Saidin.
Selain itu, ramai juga yang terpegun melihat keadaan wajah dan rambut Che Ta yang maintain meletop seperti biasa.. siap dengan bulu mata palsu yang tidak pernah ditinggalkan. Sedangkan ibu yang baru melahirkan, biasanya kelihatan agak pucat dan letih selepas kehilangan banyak darah.
Sampaikan, ada yang memberi komen bahawa Che Ta memanglah nampak cantik.. dah dia bersolek siap-siap sebelum masuk bilik bersalin! Eh, kalau iye pun, apa salahnya? Malah, perkara ini diakui sendiri oleh Che Ta kepada Media Hiburan Online. Che Ta menjelaskan, bersolek sebelum bersalin adalah tabiatnya malah dilakukan ketika melahirkan dua anak lelaki terdahulu. Akuinya lagi, bersiap untuk memastikan diri sentiasa kelihatan cantik adalah kegemarannya terutama jika mahu ke mana-mana: “Memang saya bersolek dan bersiap. Bukan sebab nak masuk TV, tapi ketika melahirkan dua anak sebelum ini pun saya buat perkara sama. Malah, kalau ke mana-mana sekali pun, saya pasti akan bersiap.” Che Ta turut meluahkan perasaan gembira atas kelahiran bayi perempuannya kerana sebelum ini dia memang memasang impian untuk memiliki seorang anak perempuan. “Lahir sahaja anak dan ketika melihat wajahnya, saya rasa bersyukur dan gembira. Impian untuk memiliki anak perempuan dimakbulkan.” Dalam pada itu menurut salah seorang rakan akrab Che Ta iaitu jurugambar fesyen Annas Easkey, Che Ta pernah memberitahunya: “Nanti anak kami, kami nak gayakan cecomel, meletop macam kami” – kellas statement itew!
Tak sabar pula nak lihat gaya anak dara Che Ta nanti, pasti persis model seperti ibunya. Che Ta selamat melahirkan bayi pertama hasil perkahwinannya dengan Zain Saidin, Sabtu lalu. – MYNEWSHUB.CC

AC Mizal, Isteri Jadi Duta Produk Pelangsingan Badan
KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal berjaya menurunkan berat badan sebanyak lapan kilogram (kg) dalam masa sebulan sejak mengambil produk pelangsingan badan, L’rose.
AC berkata sejak menggunakan produk keluaran bumiputra tersebut berat badannya semakin menurun dan disebabkan yakin dengan keberkesanannya, selebriti popular ini dan isteri, Datin Emylia Rosnaida kini dilantik sebagai duta produk L’rose.
“Sebelum menjadi duta, saya sendiri telah cuba dan hasilnya dalam sebulan berat badan saya turun dalam lapan kg dan sekarang setelah hampir dua bulan, berat badan saya dari 95 kg turun ke 83 kg,” katanya ketika ditemui Mynewshub pada majlis pelancaran produk dan pengenalan duta L’ rose, di Hotel Royal Chulan, di sini, hari ini.
AC menyatakan, produk ini tidak menggunakan sebarang bahan kimia serta mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menerusi perjanjian yang dimeterai, AC dan Emylia mengikat kontrak selama tiga tahun dengan syarikat pengeluar RMZ Health & Beauty Products Marketing.
Sementara itu, Emylia berkata dia kehilangan berat lapan kilogram hanya dalam masa sebulan mencuba produk yang menggunakan 100 peratus herba semulajadi seperti teh hijau, halia merah, acai berry, garcinia cambogia, gymnema sylvestre dan dandellion ini.
“Yang menariknya, produk ini tiada sebarang kesan sampingan kerana semua ramuannya berasaskan herba semulajadi,” ujarnya.
Produk L’rose boleh didapati menerusi stokis-stokis jualan mereka di Selangor, Johor dan Melaka dengan harga RM150 sekotak. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Tragis.. Bakal Bapa Bunuh Bayi Sendiri Di Majlis ‘Baby Shower’
Keriangan untuk menimang cahaya mata diragut serta merta apabila anak yang bakal lahir mati di tangan bapanya sendiri.
Tambah menyayat hati, kejadian berlaku pada hari majlis ‘baby shower’ diadakan bagi menyambut kelahiran bakal bayi tersebut.
Bapa yang bertanggung jawab menjadi ‘pembunuh’ bayi dan ibunya adalah Daniel Dutfield, 24, yang dijatuhi hukuman penjara 4 tahun setengah kerana memandu dalam keadaan mabuk hingga berlaku kemalangan yang meragut nyawa tunangnya, Jessica Fenner, 22, dan anak mereka yang sedang dikandungkan.
Bayi perempuan dalam kandungan yang dijangka lahir dalam masa tiga minggu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital manakala Jessica mati keesokan harinya.
Daniel yang memandu kereta Ford Focus ketika kejadian mengaku bersalah dan menangis ketika hukuman dijatuhkan.
Insiden berlaku 5 Julai lalu di Morden, Surrey, Britain apabila Daniel yang sedang memandu dalam keadaan mabuk terlanggar Jessica yang kebetulan meninggalkan sebentar majlis baby shower yang berlangsung untuk keluar mencari Daniel. Hakim Warwick McKinnon berkata, “Insiden ini benar-benar tragis. Semua orang setuju ini adalah kemalangan yang tidak disengajakan namun kamu memandu di kawasan perumahan dalam keadaan bahaya. “Dan paling menyedihkan, kamu membunuh orang yang kamu cintai.”
Daniel turut didenda dan digantung lesen memandunya selama tujuh tahun. - MYNEWSHUB.CC Oleh: FARAH RADZI

Wajarkah Sokongan Asing Untuk Anwar Ibrahim?
*Kami paparkan artikel THE MALAYSIAN INSIDER di bawah yang kami rasakan, ada benarnya. Sesuai untuk renungan penyokong kerajaan mahu pun juak Anwar Ibrahim agar sentiasa ingat walau apa ideologi politik kita; jangan lupa bahawa di mana kaki dipijak di situ jua langit dijunjung!
………………..
Tidak kira apa pun ideologi politik kita, Malaysia adalah negara untuk kita semua. Segala perjuangan dan penat lelah yang kita lalui adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik. Perjuangan setiap rakyat Malaysia bukan sahaja bersifat politikal tetapi juga untuk kesejahteraan sosial, kebajikan dan kebolehupayaan rakyat untuk hidup dengan selesa. Sifat patriotik dan sayangkan negara tidak tertakluk kepada satu parti sahaja. Ianya bukanlah hak ekslusif kepada mereka yang menyokong parti pemerintah sahaja. Tetapi ianya adalah hak semua rakyat Malaysia. Kita semua perlu menyintai Malaysia tanpa berbelah bagi dan tanpa mengira latar belakang kita. Malaysia adalah hak milik kita semua sebagai rakyat dan kita junjung kedaulatan negara ini. Kebanyakan kita percaya kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan di mahkamah ada kaitannya dengan perjuangan beliau sebagai ahli politik. Kes ini disensasikan media arus perdana sehinggakan fakta kes dikaburi dengan propaganda dan retorik politik yang dihasilkan pihak tertentu. Bagi yang benar-benar mengenali dan memahami perjuangan Anwar, kita tahu apa yang dianjurkan media arus perdana itu adalah tidak benar. Majoriti rakyat Malaysia juga faham dan sedar akan situasi ini. Maka bangkitlah rakyat Malaysia menyuarakan pendapat dan buah fikiran mereka. Perjuangan untuk menegakkan keadilan ini bukanlah berpaksikan Anwar semata-mata, tetapi ianya juga untuk semua rakyat Malaysia yang pernah dan kemungkinan akan dizalimi pihak yang memegang kuasa. Namun begitu, kita semua perlu sedar, ini adalah hak kita. Hak kita sebagai rakyat dan hak kita sebagai manusia yang bergelar bangsa Malaysia. Ianya hak yang ekslusif kepada kita, dan ianya tidak boleh diberikan sewenang-wenangnya kepada pihak yang tiada kena mengena dengan negara kita. Agak dangkal sekiranya kita berfikir dengan sokongan asing kita akan dapat mencapai matlamat kita. Negara ini dibina atas hasil titik peluh rakyat, kejayaan dan kegagalan kita biarlah ditangan rakyatnya sendiri. Bukannya disebabkan campurtangan asing baik dari kerajaan negara luar ataupun individu berpengaruh di luar negara. Penulis melihat, dalam keghairahan kita untuk mencari sokongan kita lupa yang kita tentang adalah pihak pemerintah dan bukannya negara kita sendiri. Pemerintah negara boleh ditukar ganti, namun negara kita Malaysia hanyalah satu. Tambahan pula, sokongan luar yang kita raikan itu bukanlah datang dari orang yang benar-benar bersih, baik dan mengamalkan cara hidup yang baik. Ini boleh mendatangkan imej buruk terhadap perjuangan kita. Baru-baru ini di laman Facebook Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memaparkan dengan bangganya perjuangan kita disokong bekas Presiden Filipina, Mr Joseph Estrada. Bukanlah saya ingin mengkritik, tetapi buat apa dipaparkan sokongan daripada salah seorang pemimpin paling korup dalam sejarah Asia Tenggara jika perjuangan yang kita junjung ini adalah perjuangan yang suci. Kata-kata sokongan yang diberikan Joseph Estrada untuk Anwar tidaklah bermakna langsung. Buat apa berbangga dengan orang yang disenaraikan dalam tangga ke 10 pemipin paling korup dunia Global Transparency Watch pada 2004. Kalau mahu sokongan pemimpin yang korup, tidak perlu pergi jauh-jauh, ramai bekas-bekas pemimpin Umno boleh mengeluarkan kenyataan, dan mereka adalah lebih baik daripada Joseph Estrada yang pernah mengarahkan pembunuhan orang Islam di Moro pada 1998. Penulis rasakan juga sokongan kita sebagai rakyat Malaysia ini kadang-kadang dipandang rendah apabila para pemimpin lebih gemar memuja muji media dan sokongan antarabangsa. Apakah pengorbanan rakyat untuk menegakkan keadilan murah harganya berbanding sokongan daripada Turki, Australia, Filipina dan lain-lain lagi negara di dunia? Walaupun tersedak sekalipun, kita wajib menghalang campur tangan asing di dalam urusan negara ini. Ini hal dalam “rumah” kita, mengapa kita mahu orang lain masuk campur dan mungkin memacakkan agenda meraka di dalam “rumah” kita. Kita menentang kerajaan bukan kerana dia kerajaan Malaysia, kita menentang kerajaan kerana kita rakyat yang rasakan kita boleh mendapat kerajaan yang lebih baik dari sekarang. Pihak luar negara tidak perlu campur hal dalaman negara kita. Saya berharap rakyat dan pemimpin perjuangan sebenar di Malaysia faham akan realiti ini. Dan kita harus sentiasa ingat dan mengingatkan kepada semua rakan-rakan seperjuangan kita kita berjuang bukan untuk seorang atau hanya sekumpulan, kita berjuang atas dasar keinginan kita untuk melihat Malaysia menjadi negara yang lebih baik. Kerajaan pemerintah boleh penjarakan sesiapa sahaja di bumi Malaysia selagi mereka berkuasa, namun hakikatnya kita bukanlah memperjuangan individu. Kita berjuang untuk idea Malaysia boleh menjadi lebih maju dan lebih baik.
Kerajaan boleh memenjarakan idea, tetapi kerajaan tidak boleh memenjarakan idea yang difahami dan diikuti setiap rakyat Malaysia.
– THE MALAYSIAN INSIDER
Oleh : Ahmad Soffian Ahmad Shariff

Chef Riz Pinang Kakak Emma Maembong Esok
PETALING JAYA – Hampir dua tahun hidup menduda, akhirnya chef selebriti terkenal Chef Riz membuat keputusan menikahi kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong, dijadualkan pada Disember ini.
Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, berkata, majlis meminang kekasihnya itu akan dilakukan pada Selasa (esok).
“Insya-Allah, esok saya akan menghantar rombongan merisik dan meminang Shikin. Kami merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini iaitu Disember.
“Kami buat majlis secara sederhana sahaja kerana ini perkahwinan kedua saya. Kemungkinan kami hanya buat majlis nikah sahaja dan bersanding pada tahun hadapan,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Chef Wan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip dia dan pasangannya bakal berkahwin dalam masa terdekat.
Sementara itu katanya, keputusan untuk mengadakan majlis meminang dan pernikahan bukan dibuat secara tergesa-gesa sebaliknya mencari masa lapang ayahnya, Chef Wan dan ayah kekasihnya Ismail Embong.
“Ia bukan tergesa-gesa atau ada sebab tertentu tetapi kerana saya tunggu masa Chef Wan yang selalu sibuk dan masa ayah Shikin untuk kami datang meminang. Sepatutnya kami rancang pada bulan April lalu, namun banyak sangat kekangan dan terpaksa ditangguhkan sehingga Disember.
“Kalau ikutkan saya yang sudah status duda ini boleh sahaja datang meminang sendiri, tetapi fikir balik lebih elok saya ikut adat dan kena tunggu masa yang sesuai,” ujarnya.
Sementara itu, Chef Riz berkata, dia ingin majlis tersebut berlangsung secara sederhana tanpa sebarang liputan media.
Katanya, kegagalan perkahwinan lalu menyebabkan dia serik untuk berkongsi hal peribadi kepada umum.
“Saya mahu majlis perkahwinan berlangsung secara sederhana dan dihadiri keluarga sahaja kerana peristiwa perkahwinan lalu banyak memberi pengajaran pada saya,” ujarnya.
Pasangan ini dilaporkan bercinta sejak dua tahun lalu. Shikin berumur 31 tahun.
Sebelum ini Chef Riz pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia pada 11 Disember 2011 namun hubungan itu tidak kekal lama apabila kedua-duanya berpisah pada November 2012. – mStar Online
No comments:
Post a Comment