TOP
GAMBAR: Masih Hidup Walau Parang Terpacak Di Kepala!
NGERI.. itulah yang dapat dikatakan terhadap kejadian malang menimpa seorang lelaki apabila parang panjang melayang lalu terpacak tepat menembusi kepalanya di Jerantut, Pahang.
GAMBAR: Parang Panjang Terpacak Di Kepala Lelaki Di Jerantut
Parang panjang tersebut dikatakan melayang tepat ke kepala mangsa apabila hulunya tercabut secara tiba-tiba ketika dihayun oleh rakannya yang sedang menebas di kawasan berhampiran. Kejadian berlaku di Felda Sungai Retang, Jerantut.
Berdasarkan gambar x-ray, hanya sipi sahaja sahaja lagi untuk jadi penyebab mangsa maut di hujung mata parang namun ternyata, nyawanya masih panjang. - MYNEWSHUB.CC

Sisa Kondom, Katil Berselerak Ditinggal Pelacur Ketika Diserbu
Sisa kondom terpakai, alat pelincir dan katil yang tidak terurus terus ditinggalkan pelacur dan penjaga sebuah premis pelacuran yang diserbu pihak berkuasa di Kepong malam tadi.
Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) yang dilaksanakan merupakan edisi ke-5 bagi membanteras kegiatan judi haram, rumah urut tanpa lesen dan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Biarpun premis diserbu itu gelap bagaimanapun, pihak berkuasa menemui sisa-sisa kondom terpakai dibuang di dalam tong sampah di dalam bilik khas dibina untuk tujuan pelacuran.
Bilik kecil itu hanya menempatkan ruang mandi dengan tilam angin, sebuah katil dan cermin di tepi katil dipercayai digunakan untuk kegunaan pelanggan mendapatkan khidmat seks.
Di premis itu, pihak berkuasa terpaksa menggunakan mesin pemotong besi untuk membuka pintu besi di tingkat bawah untuk masuk ke dalam premis dan melakukan pemeriksaan.
Pemeriksaan lanjut mendapati tiada pelacur atau penjaga premis urut berkenaan di lokasi dipercayai telah melarikan diri. Ekoran premis berkenaan didapati memberikan khidmat seks, dinding pembahagi premis telah dipecahkan pihak berkuasa bagi menyukarkan pemilik premis berkenaan memulakan semula perniagaan sekaligus melumpuhkan aktiviti pelacuran di kawasan itu. Terdahulu, ada pelayan warga asing ditahan di sebuah premis hiburan kerana didapati tidak memiliki permit menduduki negara ini yang sah untuk tindakan selanjutnya dari pihak imigresen.
Operasi kali ini melibatkan 13 buah agensi kerajaan secara bersepadu demi membanteras habis-habisan kegiatan tidak bermoral di sekitar Kuala Lumpur. Ia dibahagikan kepada tiga kumpulan di tiga kawasan Parlimen iaitu Segambut, Kepong dan Seputeh. Ia diketuai oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan dibantu oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Turut membantu ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Pada operasi malam ini juga tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir untuk menjadi pemerhati kepada operasi berkenaan iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan Persatuan Alumni Fakulti Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM). - MYNEWSHUB.CC

Kenali Siapa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
Hujah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjadi faktor penting dalam menentukan nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Adakah Muhammad Shafee akan mengemukakan penemuan baharu berbanding pasukan peguambela yang hanya mengemukakan hujah dan fakta lama?
Para peguam Anwar telah berpeluang memberi hujah terhebat mereka, ia suatu perbicaraan yang sangat panjang, banyak perkara diulang-ulang, tiada penemuan baharu dan ramai peguam pemerhati menyatakan ia adalah tanda aras yang sukar kepada pasukan Anwar.
Tambahan pula, ramai pengamal undang-undang sangat terkejut dengan keputusan ketua pasukan peguam Anwar, Sulaiman Abdullah untuk menarik diri.
Anwar sangat gerun dengan Muhammad Shafee, bukan sahaja kerana mereka seangkatan, sangat kenal-mengenali berpuluh-puluh tahun, malah tiada satu pun helah Anwar yang tidak difahami Muhammad Shafee.
“Saya lebih kenal Anwar berbanding Tun Dr Mahathir,” demikian kata Muhammad Shafee.
Jika anda mahu menggunakan perkhidmatan Muhammad Shafee — apakah anda sanggup bangun subuh buta jika dipanggil, bersedia untuk terkejut jika yang mengetuk pintu rumah anda bukan posmen Muhammad Shafee tetapi beliau sendiri, dan adakah anda sanggup menerima panggilan telefon di kala anda sedang lena diulit mimpi?
Adakah anda sanggup datang ke pejabatnya pada subuh jantan sekiranya dipanggil? Guaman adalah dirinya dalam dirinya.
Anda tidak akan menerima sehelai kertas pun daripada Muhammad Shafee melalui orang ketiga. Beliau akan membuatnya sendiri dari A hingga Z. Sampai ke tahap itu integriti dan sekuriti diamalkannya.
Maka tiada siapa mampu mencuba beliau jauh sekali merasuahnya, jika sesiapa mencuba pasti kecewa. Anwar tahu hal ini, kerana itu Anwar berusaha membatalkan Muhammad Shafee daripada menjadi pendakwa raya.
10 ribu patah perkataan yang dilontarkan oleh peguam-peguam termahal Anwar, tidak akan sama dengan 100 patah perkataan dikeluarkan Muhammad Shafee.
Kita tidak bercakap siapa salah siapa betul, itu hak peguam-peguam kedua belah pihak, dan hakim-hakim untuk menentukan selepas selesai semua hujah masing-masing.
Asasnya ialah keadilan mesti ditegakkan, sama ada kepada Anwar atau kepada Saiful Bukhari Azlan.
Kerajaan tidak ada apa-apa kepentingan dalam isu ini, ia kes Anwar dengan bekas pembantunya, Saiful.
Ia bukan soal siapa kalah siapa menang, rakyat dan negara mesti kekal aman, damai dan harmoni selepas selesai perbicaraan ini. Kita perlu ada muka yang baharu.
Kalah atau menang adalah di luar kuasa kita sebagai hambaNya tetapi Insya Allah berkat ketulusan Muhammad Shafee menentang yang mungkar, kemenangan akan memihak pada yang benar. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Cikgu Tak Prihatin, Buat Budak Berpenyakit Ganjil Menangis
Menghidap penyakit ganjil dan boleh membawa maut bukanlah kehendak kanak-kanak ini namun pastinya dia terpaksa akur akan takdir yang menimpa dirinya.
Ashanti Elliot Smith, baru berusia 11 dan kini menghidap sejenis penyakit penuaan yang jarang berlaku dipanggil Hutchinson Gilford Progeria, selain turut menghidap penyakit alopecia.
Kekurangan yang menimpa dirinya tidak mematahkan semangat Ashanti untuk hidup seperti manusia lain termasuk menimba ilmu di sekolah. Namun amat mendukacitakan, Ashanti dimalukan apabila seorang guru mengarahkan dia membuang rambut palsunya hingga menyebabkan kanak-kanak ini menangis teresak-esak dan terus meninggalkan sekolah. Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di West Sussex membuat jiwa kecil kanak-kanak itu patah dan sedih.
Menurut ibunya, Phoebe Smith, 29, anaknya memberitahu cikgu menyuruhnya membuka rambut palsu berwarna merah jambu kerana ia boleh memberi pengaruh kepada rakan-rakan lain untuk mewarnakan rambut. Smith yang kesal akan kejadian itu berkata walaupun rambut palsu itu berwarna merah jambu pastinya anak-anak lain akan memahami melihat dirinya yang sakit.
Lebih menyedihkan apabila diberitahu rambut palsu itu sebenarnya didermakan oleh seorang teman kerana keluarga Ashanti tidak mampu membeli rambut palsu asli rambut manusia. Kisah Ashanti sangat menyayat hati dan mendapat perhatian media lagi-lagi kini ayahnya sedang dipenjarakan kerana mencuri wang yang disumbangkan kepada Ashanti oleh satu pertubuhan amal untuk memenuhi keinginan hayatnya berenang dengan ikan lumba-lumba di Florida. Bagaimanapun, sekolah Oakmeeds Community College di Burgess Hill tidak mengeluarkan sebarang komen mengenai kejadian ini. – MYNEWSHUB.CC

Seksi!! GRO Warga Asing Antara Ditahan Ops BAH Edisi 5
Beberapa wanita dipercayai warga asing berpakaian mencolok mata dan dipercayai menjadi GRO ditahan malam tadi dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) edisi ke-5 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Selain mereka, dua orang lelaki dipercayai tonto menerima padah apabila turut ditahan dalam operasi berkenaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas.
Biarpun tiada akta untuk mendakwa mereka, kedua-dua lelaki itu ditahan dan diminta melakukan ujian air kencing kerana disyaki mengambil dadah.
Dua lelaki dipercayai tonto yang ditahan mengelak dari gambar mereka dirakam
Mereka berdua dibebaskan dan alat komunikasi seperti ‘walkie-talkie’ turut dipulangkan selepas ujian air kencing didapati negatif. Sementara itu, seramai 78 orang ditahan dengan 31 daripada mereka merupakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan 47 lagi didapati positif dadah dalam operasi berkenaan. Dalam laporan dikeluarkan Kementerian Wilayah Persekutuan yang mengetuai operasi, sebanyak lapan premis judi haram telah diserbu dan sebanyak 57 unit CPU, 56 unit monitor, lima modem dan satu mesin judi dirampas.
Operasi edisi ke-5 malam tadi dilakukan di tiga kawasan Parlimen di Kuala Lumpur iaitu Kepong, Segambut dan Seputeh melibatkan 13 agensi dan 450 anggota. Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata operasi malam tadi turut diikuti oleh wakil dari tiga pemerhati iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan Persatuan Alumni Fakulti Sukan dan Rekreasi UiTM. “Orang awam dan juga pemimpin masyarakat ada menghantar surat kepada kami (kementerian) supaya diadakan operasi di kawasan masing-masing. “Kerana itulah kita memerlukan maklumat untuk bantu kita buat serbuan,” katanya ketika ditemui pemberita ketika meninjau operasi berkenaan malam tadi. Beliau memaklumkan dalam empat edisi operasi lepas, pihak berkuasa telah merampas barangan bernilai RM5.24 juta yang terdiri daripada komputer, modem, televisyen, router internet dan mesin judi. Dalam operasi berkenaan mereka yang ditahan dibawa ke padang kawad, Jabatan Direktorat Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menjalani ujian air kencing dan diperiksa dokumen perjalanan.
Agensi Anti Dadah Kebangsaan menjalankan ujian air kencing manakala Jabatan Imigresen membantu menguruskan tahanan PATI. Organisasi lain yang terlibat adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). – MYNEWSHUB.CC

Wanita Didakwa Beri Sokongan Kepada Militan IS
UMMI Kalsom Bahak, 25, (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Sepang hari ini selepas didakwa atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan militan Negara Islam (IS) pada 5 Oktober lalu. - Foto Mohd Fadli Hamzah
SEPANG – Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan militan Negara Islam (IS) pada 5 Oktober lalu. Ummi Kalsom Bahak, 25, dia didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J kanun yang sama. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shahruddin Wan Ladin dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Hakim Aizatul Akmal Maharani menetapkan 20 November ini untuk sebutan semula kes. – BH Online

Perhatian, Inilah Cara Betul Pecahkan Jerawat Di Wajah!
Jerawat sememangnya masalah utama pada wajah hingga boleh menimbulkan rasa tidak yakin pada diri untuk berhadapan dengan orang ramai.
Rata-rata manusia mengaku tidak dapat menahan diri apabila melihat ‘raksasa’ itu tumbuh dan bermaharajalela pada wajah hingga sanggup menahan sakit memicitnya semahu mungkin dengan harapan ia tersingkir. Ini ada sebuah video seseorang sedang memicit jerawatnya, alahai kalau tengok geli dan jijik pula!
Kita pula yang terasa sakit ketika nanah itu membuak-buak keluar apatah lagi jika pernah mengalaminya.. Ramai tidak menyangka sebenarnya dengan memicit jerawat, ia membawa kesan lebih buruk hingga seorang doktor mendedahkan bahawa ramai yang mengalami kerosakan tisu kulit dan jangkitan bakteria gara-gara tabiat ini. Dr Mehmet Oz, mendedahkan hal ini ketika program Oprah Winfrey dan turut memberi tip sebenar bagi menyingkirkan masalah jerawat. Menurutnya, anda boleh menggunakan tusukan jarum dan bukan dengan memicit mengunakan tangan tetapi sebelum itu, jarum perlu dibersihkan dengan alkohol.
“Letakkan jarum selari dengan kulit jerawat dan tusuk kulit dari satu sisi ke sisi lain dan terus koyakkannya,” kata Dr. Oz.
Dr Oz menjelaskan teknik yang selari ini hanya akan memberi kesan pada bahagian tengah jerawat dan meninggalkan kulit sihat di kawasan sekeliling. Bagaimanapun, anda tetap perlu menjaga kebersihan wajah dan jika perlu, ambil makanan kesihatan tambahan bagi menyerlahkan lagi kesihatan kulit. – MYNEWSHUB.CC

Hafiz Suip Bakal Gamatkan Konsert Krisdayanti
KUALA LUMPUR – Konsert artis dari Indonesia iaitu Krisdayanti di negara ini pada 22 November depan akan menjadi lebih bermakna selepas penyanyi Hafiz Suip bersedia untuk terlibat dalam acara itu.
Krisdayanti, 39, mengakui, penyanyi yang berusia 24 tahun itu turut mempunyai keistimewaan tersendiri dan tentunya gandingan mereka berdua akan merancakkan lagi persembahan itu nanti,” ujarnya.
Kris berkata demikian kepada pemberita pada majlis sidang media kali kedua, konsert Krisdayanti Live in KL 2014 di sini pada Khamis.
Persembahan itu akan diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pukul 8 malam. Ia dibawakan oleh One Drops Perfumes sebagai penaja utama.
Hadir sama dalam sidang media berkenaan ialah Penagrah Eksekutif Kumpulan One Drop, Zetty Ismail.
Dalam pada itu Kris berkata, disebabkan sudah lama tidak mengadakan konsert di Malaysia, dia tidak menafikan perasaan gentar dan tentunya telah siap melakukan latihan bagi memastikan persembahan itu nanti berjaya.
Tambah beliau, lebih menarik lagi pada konsert itu nanti dia akan turut berduet dengan anaknya, Aurel.
“Saya percaya anak saya dan Hafiz akan mempunyai stamina yang luar biasa selain saya akan tampilkan beberapa kejutan dan bakal memperagakan lebih 10 persalinan untuk konsert ini,” ujarnya.
Sementara itu Zetty berkata, penjualan tiket untuk persembahan itu amat memberangsangkan dan ia adalah bukti Krisdayanti masih mempunyai pengaruh.
Katanya, sebagai peneraju minyak wangi tanpa alkohol di negara ini, sudah tentu pihaknya mahu menjadikan konsert itu sebagai sejarah dan penonton akan mendapat kepuasan berganda menyaksikannya.
Tiket-tiket bagi menyaksikan persembahan itu masih dijual dengan harga RM1,088, RM888, RM528, RM428, RM328, RM188 dan RM98.
Ia boleh dibeli dengan menghubunmgi talian 03-9222-8811 atau melalui laman web Ticket Charge di www.ticketcharge.com.my – mStar Online
TOP
Pengasuh Wajib Ada Sijil Kursus Asuhan - Mas Ermieyati
Mas Ermieyati Shamsudin.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu mewajibkan semua pengasuh sama ada yang berdaftar atau tidak dengan jabatan itu supaya memperoleh sijil penyertaan kursus asuhan kanak-kanak bagi membendung kes penderaan yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini. Ketua Pergerakan Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin berkata, langkah mewajibkan kursus tersebut perlu untuk mendidik pengasuh mengenai cara-cara pengurusan dan penjagaan kanak-kanak dengan betul. Malah, katanya, usaha itu turut membolehkan tindakan undang-undang secara khusus diambil terhadap pengasuh yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, menerusi kursus seumpama itu, ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak-anak kepada pengasuh persendirian akan berasa lebih terjamin dan selamat. “Kursus itu tidak perlu lama, mungkin untuk tempoh sebulan hingga tiga bulan. Sekarang telah banyak persatuan yang menganjurkan kursus asuhan termasuk di bawah Program Permata Kanak-Kanak. “Kursus itu amat praktikal untuk pengasuh yang mengasuh kanak-kanak secara persendirian iaitu tidak memiliki taska atau pusat penjagaan berdaftar seperti mengasuh kanak-kanak di rumah sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis. Beliau mengulas insiden terbaharu membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang kedua-dua tangan serta kakinya diikat oleh pengasuh di Butterworth, Pulau Pinang pada Rabu. Mas Ermieyati berkata, beliau bukan sahaja kesal dengan insiden tersebut malah sedih melihat kanak-kanak sering menjadi mangsa kepada segelintir pihak yang hanya mementingkan keuntungan sehingga mengetepikan sikap perikemanusiaan. “Mana-mana ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka, perlu memastikan pengasuh itu mempunyai sijil dan ibu bapa juga harus memainkan peranan dengan membuat pilihan tepat supaya tidak menyesal di kemudian hari,” katanya. - mstar

Akta Perubatan Tradisional, Komplementari Dilaksana Tahun Depan
Dr S. Subramaniam.
PETALING JAYA: Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari, yang diluluskan Parlimen tahun lepas, akan dilaksanakan pada pertengahan tahun depan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada Khamis. Akta itu, katanya, bertujuan mengawal amalan perubatan tradisional dan komplementari bertepatan dengan standard serta garis panduan antarabangsa selain memastikan hanya pengamal tulen sahaja yang menawarkan khidmat mereka kepada orang ramai. "Akta ini untuk memastikan pengamal perawatan tradisional hanyalah mereka yang mengikuti latihan yang diiktiraf dan ini akan memberi keyakinan kepada orang ramai untuk menggunakan rawatan tradisional," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Perubatan Tradisional dan Komplementari Antarabangsa ke-8 di sini, Khamis. Subramaniam berkata pengamal perubatan yang gagal mendaftar dan mematuhi undang-undang serta peraturan akan berdepan denda sehingga RM30,000. Bagaimanapun, beliau berkata kementeriannya masih di peringkat menyediakan peraturan dan pengamal perubatan masih boleh meneruskan khidmat mereka seperti biasa. Subramaniam berkata kementeriannya sedang mengadakan perbincangan dengan pengamal perubatan berhubung pelaksanaan undang-undang baharu itu dan sebahagian besar daripada mereka bersetuju untuk mematuhinya. Ketika ini terdapat 12,235 pengamal perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia. Dalam perkembangan lain, Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak memberi kelonggaran kepada mana-mana syarikat yang menggunakan alat perubatan yang tidak mendapat kelulusan KKM. "Kami tidak menyokong mana-mana pihak yang tidak mematuhi syarat atau standard dan piawaian yang telah ditetapkan oleh kementerian. Kami akan lihat isu ini secara terbuka dan akan ambil tindakan sewajarnya," katanya. Beliau berkata demikian bagi menolak dakwaan kononnya kementerian itu berat sebelah dalam memberi kebenaran kepada sebahagian daripada syarikat swasta untuk menggunakan alat perubatan yang belum diluluskannya.- mstar

Hospital Besut Dinaik Taraf Hospital Berpakar Akhir Tahun Ini
BESUT: Hospital Daerah Besut akan dinaik taraf sebagai hospital berpakar selepas Hospital Daerah Kemaman dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjelang akhir tahun ini.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Mohamad Omar berkata UniSZA telah bersetuju untuk menghantar pakar perubatan khususnya dalam bidang kanak-kanak dan ibu bersalin yang sesuai dengan kemudahan yang terdapat di hospital berkenaan.
Katanya Hospital Daerah Besut yang dilengkapi dewan bedah serba lengkap itu telah lama dirancang untuk dinaikkan sebagai hospital berpakar tetapi terpaksa ditangguh kerana Jabatan Kesihatan Terengganu mengalami kekurangan doktor pakar dari kalangan anak tempatan.
"Rancangan untuk menaiktaraf Hospital Daerah Besut tergendala kerana kebanyakan doktor pakar yang ada telah berpindah ke negeri asal menyebabkan usaha untuk menghantar mereka ke hospital tersebut terpaksa tertangguh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan Hospital Daerah Besut di perkarangan hospital berkenaan di sini, Khamis.
Menurutnya usaha menaik taraf Hospital daerah Besut terpaksa ditangguh sehinggalah UniSZA menawarkan doktor pakar mereka untuk berkhidmat di hospital berkenaan sebelum akhir tahun ini.
Sehubungan dengan itu beliau meminta lebih ramai doktor yang berkhidmat di hospital-hospital negeri itu supaya menyambung pelajaran dalam bidang kepakaran masing-masing supaya usaha untuk menaik taraf hospital-hospital daerah sebagai hospital berpakar di negeri itu tercapai.
Terdahulu ketika berucap merasmikan karnival kesihatan terdahulu, Dr Mohamad meminta penduduk Terengganu supaya meningkatkan kesedaran masing-masing terhadap penjagaan kesihatan supaya sesuai dengan usaha menjadikan negara ke arah sebuah negara maju pada tahun 2020.
Katanya untuk itu rakyat perlu tahu menjaga dan mengekalkan kesihatan dengan selalu membuat pemeriksaan kesihatan melalui usaha sendiri dan bukan kerana dipaksa. - mstar
TOP
Adun Sarawak Digesa Tolak Persempadanan Semula
Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kawasan ketika ini.
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sarawak digesa menolak cadangan persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu. Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baharu, Sim Tze Tzin mendakwa, persempadanan semula itu bakal menyaksikan pertambahan jumlah kerusi DUN kepada 82 berbanding hanya 71 kerusi sebelum ini. "Saya ingin menyeru Adun Sarawak baik dari Pakatan Rakyat atau BN (Barisan Nasional) untuk menolak sebarang penambahan kerusi DUN. Penambahan kerusi akan mengurangkan suara Adun. "Semakin ramai Adun, semakin hebat persaingan untuk meminta peruntukan untuk kawasan masing-masing khususnya dari kawasan luar bandar dan pedalaman," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Khamis. Menurut beliau, Draf Rang Undang-Undang persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sarawak akan dibentangkan apabila DUN negeri itu bersidang antara 11 hingga 19 November ini. Bagaimanapun gesaan Tze Tzin yang juga Ahli Parlimen PKR kawasan Bayan Baru itu dilihat bertentangan dengan pendirian parti sekutunya dalam Pakatan Rakyat. Sebelum ini dilaporkan bahawa Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee berkata, Sarawak sememangnya memerlukan lebih banyak kawasan Parlimen dan DUN baharu untuk pentadbiran dijalankan dengan baik dan lancar. Katanya, walaupun penduduk Sarawak tinggal bertaburan dan jauh dari bandar, perkara ini perlu dikaji semula untuk memenuhi keperluan penduduk tersebut agar mereka dapat menunaikan hak sebagai pemilih. Sarawak mempunyai 31 Kawasan Parlimen dan 71 kawasan DUN. Mengulas lanjut Tze Tzin turut mempersoalkan rasional Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan penambahan kerusi dalam jumlah yang banyak. "Penambahan 11 kerusi atau sebanyak 15.5 peratus adalah drastik dan mengejutkan. Selama ini umum menganggap SPR hanya akan menambah paling banyak enam kerusi DUN Sarawak. "SPR harus menjawab apakah rasional penambahan mendadak kerusi tersebut. Jika gagal menjawab persoalan tersebut, rakyat akan menganggap SPR diperalatkan oleh BN," katanya. - mstar

Rayuan Saari, Hasnul Ditentukan 2 November Ini
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.
PETALING JAYA: Keputusan rayuan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang digantung keahliaan selama setahun oleh Jawatankuasa PAS pusat akan diketahui 2 November ini. Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, Majlis Syura Ulama akan mengadakan mesyuarat pada Ahad ini bagi menentukan nasib dua Adun berkenaan. "Surat rayuan daripada kedua-dua Adun berkenaan telah saya terima pada Isnin. Oleh itu, mesyuarat Majlis Syura pada 2 November ini akan menentukan sama ada rayuan yang dikemukakan oleh mereka akan diterima atau sebaliknya. "Mesyuarat akan dipengerusikan sendiri oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Pejabat PAS pusat, Jalan Raja Laut, pada pukul 5 petang," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis. Ditanya sama ada kedua-dua Adun berkenaan akan dipanggil, Nik Muhammad Zawawi berkata: "Tidak.. Majlis Syura Ulama tidak akan panggil mereka. Sebaliknya mesyuarat pada hari tersebut akan membuat keputusan terhadap rayuan yang dikemukakan." Sementara itu, Saari ketika dihubungi berkata, beliau telah mengemukakan rayuan pada Isnin lalu dan kini terserah kepada Majlis Syura Ulama untuk membuat keputusan. "Saya tunggu maklum balas daripada Majlis Syura Ulama baru saya boleh ulas lanjut, semuanya terserah kepada mereka," katanya. Pada 11 Oktober lalu, Jawankuasa PAS pusat membuat keputusan menggantung keahliaan Saari dan Hasnul selama setahun berkuat kuasa tarikh sama. Bagaimanapun, kedua-dua Adun berkenaan diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan secara bertulis dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penggantungan dibuat kepada Majlis Syura Ulama parti mengikut fasal fasal 83 (4) (5) Perlembagaan PAS pindaan 2011. Pada 29 September lalu, Saari dan Hasnul dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung tindakan mereka menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk jawatan menteri besar Selangor. Tindakan kedua-dua Adun itu dianggap bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas pada 7 Ogos lalu yang memutuskan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh digugurkan daripada jawatan menteri besar selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkannya disingkirkan. - mstar

Tiada Tanah Mendap Di KLIA2
KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan berlakunya mendapan tanah di kawasan memakir dan landasan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB), sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan keadaan semua landasan di KLIA2 selamat untuk digunakan.
"Untuk mekluman Yang Berhormat, tidak pernah sesekali berlaku tanah tenggelam atau mendapan di landasan 3 di KLIA2," katanya menerusi jawapan bertulis kepada Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) di Dewan Rakyat pada Khamis.
Selain itu, Tiong Lai berkata, MAHB sudah menjangkakan mengenai isu tanah tenggelam atau mendapan di tempat memakir pesawat KLIA2 semasa pembinaannya.
"Keselamatan operasi dan penerbangan di KLIA2 tidak terjejas akibat mendapan dan takungan air tersebut.
"Pihak MAHB telah menjalankan kajian secara komprehensif yang membolehkan MAHB mengenal pasti dan melaksanakan tindakan berterusan yang paling bersesuaian dan praktikal," katanya.
Tambah Tiong Lai lagi, MAHB telah melakukan kerja pembaikan segera termasuk penampalan, pembaikan retakan dan pengambusan lubang.
"Selain itu, kerja menurap dan pembetulan permukaan tempat memakin pesawat bagi mengatasi masalah takungan air serta pembinaan 'slab' bawah tanah untuk mengurangkan impak 'differential settlement," kataya. - mstar
TOP
Esszone Lebih Selamat Daripada KL - Shahidan
Shahidan diberi penerangan mengenai kawalan keselamatan di Esszone ketika melakukan lawatan di perairan Sabah baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan kawasan Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) lebih selamat berbanding Kuala Lumpur. Katanya, semua pihak perlu yakin dengan tahap keselamatan di kawasan perairan timur Sabah berdasarkan kawalan keselamatan yang ketat. "Saya rasa di kawasan Esszone ini kita bergerak dalam keadaan yang kita sentiasa diperhatikan oleh pasukan keselamatan. "Malah (berbanding) di Kuala Lumpur ini, saya rasa Esszone lebih selamat kerana kita diperhatikan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Putatan, Datuk Makin @ Marcus Majigoh di Dewan Rakyat pada Khamis. Selain itu, menurut Shahidan, Esszone disahkan selamat termasuk bagi tujuan perlancongan. Malah, menurut beliau, perintah berkurung di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang dikuatkuasakan sejak Julai lalu turut tidak menjejaskan sektor ekonomi khususnya perlancongan dan perikanan. "Kawasan Esszone yang dikendalikan oleh Esscom ini adalah kawasan yang selamat, dan saya pergi tiap-tiap minggu ke Sabah untuk melihat sendiri keadaan keselamatan di sana. "Saya juga masuk ke kawasan yang dikatakan tidak selamat dan InsyaAllah selamat," katanya. Tambah beliau, kawalan keselamatan di Esszone juga turut mendapat reaksi positif oleh pelancong dari luar negara. "Baru-baru ini saya pergi ke Sabah dan sempat berborak dengan seorang pelancong. "Saya tanya kenapa dia masih ke sini, dia jawab di kawasan itu mereka dapat kawalan keselamatan yang baik. Nak pergi tengok penyu pun ada anggota keselamatan memerhatikan mereka," katanya. - mstar

Kita Tak Masuk Campur - Muhyiddin
Insiden pada Isnin malam yang mendorong pengurusan UM membuat laporan polis.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan tidak akan campur tangan dalam siasatan yang dikendalikan Universiti Malaya berikutan insiden kekecohan yang berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ceramah, pada Isnin malam. "Kita tidak masuk campur dengan proses pengajaran dan pembelajaran di universiti atau program serta majlis yang dianjurkan, termasuk insiden sedemikian (perhimpunan pada malam Isnin)," kata Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata kementerian berkenaan tidak pernah campur tangan operasi harian universiti awam. "Saya dimaklumkan UM sedang meneliti perkara itu dan jika didapati adanya perlakuan yang melanggar peraturan dan undang-undang universiti, terpulang kepada UM untuk mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita pada Khamis. Pada Isnin, penuntut dan orang awam merempuh pagar kampus universiti itu untuk menghadiri acara yang dihadiri ketua pembangkang. Susulan itu, laporan polis dibuat pihak UM pada pagi Selasa, mengenai adanya tindakan menceroboh. Apabila ditanya sama ada kerajaan akan mempertimbangkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 berikutan insiden itu, Muhyiddin berkata, peraturan sedia ada sudah memadai untuk menangani isu berkenaan. "Terpulang kepada pihak universiti untuk menentukan bagaimana untuk mengguna pakai peraturan sedia ada," katanya. Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan kohort terkini sekolah berprestasi tinggi pada majlis khas di mana 13 sekolah dianugerahkan status berkenaan. - mstar

Kaji Harga Bahan Api Ikut Pasaran Semasa Dunia
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengkaji semula harga petrol dan diesel sekiranya berlaku penurunan harga pasaran bahan api dunia.
"Kalau memang harga minyak (antarabangsa) kurang daripada USD80 (setong), tentu kerajaan akan menilai dan membuat keputusan yang sewajarnya," kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis.
Bagaimanapun menurut Tee Yong, pada masa ini penjualan harga minyak di pasaran tempatan tidak mengikut harga minyak dunia berikutan subsidi ke atas bahan api itu.
"Dari segi harga minyak, sebenarnya harga minyak kita tidak mengikut harga antarabangsa kerana selama ini kerajaan memperuntukkan subsidi.
"Memang terdapat penurunan harga minyak antarabangsa, tetapi adakah trend ini akan berlarutan?" katanya.
Terdahulu beliau menjawab soalan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mempersoalkan mengenai harga minyak semasa berikutan penuruhan harga minyak dunia.
Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel berikutan pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.
Sehubungan itu, harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter. - mstar
TOP
Balak Haram: SPRM Masuk Jabatan Hutan, Pejabat Tanah
Hisham Nordin
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan kelemahan syarat dan prosedur dalam sistem penyampaian Jabatan Perhutanan dan pejabat tanah di Sarawak sebagai langkah pencegahan bagi mengelak kegiatan pembalakan haram berleluasan di negeri berkenaan. Langkah itu dilaksanakan susulan Ops Tukul bagi membanteras kegiatan pembalakan haram di Sarawak baru-baru ini di mana hasilnya sembilan pembalak haram didakwa kerana menyogok anggota pelbagai agensi penguatkuasaan bagi melindungi kegiatan mereka. Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Rasuah, Datuk Hisham Nordin berkata, penahanan anggota penguat kuasa dan penjawat awam yang terbabit dalam kegiatan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan tidak hanya berakhir dengan tindakan undang-undang, sebaliknya tumpuan kini diberikan terhadap aspek pencegahan. Beliau berkata, Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM kini mula meneliti kelemahan setiap prosedur dan syarat di agensi berkenaan untuk penambahbaikan. "Ia tidak dilakukan selepas siasatan selesai, sebaliknya ketika siasatan masih berlangsung dengan matlamat untuk memperbaiki sistem penyampaian bagi mengekang kegiatan rasuah di peringkat akar umbi. "Aspek pencegahan ini penting kerana ada kes yang tidak boleh dihadapkan ke mahkamah, sebaliknya perlu perubahan prosedur dan peraturan," katanya kepada mStar Online pada Khamis.
Menerusi Ops Tukul itu, antara 400 hingga 500 kayu balak haram dirampas, selain lapan jentolak dan beberapa lagi mesin serta peralatan yang keseluruhannya bernilai RM1.7 juta. Jika sabit kesalahan, Seksyen 17(b) Akta SPRM memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi. Hisham berkata, aspek pencegahan perlu diberi perhatian kerana ia dapat meningkatkan keberkesanan sesebuah agensi atau jabatan awam. "Jumlah kerugian yang dialami akibat kegiatan rasuah tidak akan diperoleh semula dan hanya menerusi tindakan pencegahan perlakuan sama dapat dibendung. "Sebab itu, dalam operasi yang dijalankan jangan hanya melihat bilangan yang ditahan, sebaliknya lihat juga nilai wang yang dijimatkan," katanya sambil menambah Ops Tukul yang menyelamatkan RM100 juta akibat kegiatan pembalakan haram di Sarawak. - mstar

Pembalakan Haram: SPRM Cadang Hukuman Lebih Berat
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan supaya pembalak haram dikenakan hukuman lebih berat termasuk dihukum sebat bagi membolehkan isu ini ditangani habis-habisan dan efektif.
"Setakat denda sahaja tidak mencukupi. Kalau hukuman penjara tidak mencukupi juga, mungkin kita boleh mengkaji hukuman sebat... bergantung kepada kesesuaian dengan kesalahan yang dilakukan," kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Sri Mohd Shukri Abdull.
Mohd Shukri menambah: "Paling penting, hukuman mesti ada elemen 'deterent'."
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Ikrar Integriti dan Pelancaran Kempen Tanpa Hadiah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di sini, Khamis.
Baru-baru ini, SPRM melancarkan Ops Tukul yang membawa kepada penahanan pembalak haram di mana sembilan pembalak haram telah dituduh sejak minggu lalu.
Ops Tukul dilancarkan SPRM bermula 20 Oktober lalu bagi membanteras aktiviti rasuah yang mengakibatkan berleluasanya pembalakan haram.
Beliau berkata, Jabatan Perhutanan perlu menilai semula sistem dan prosedur yang sedia ada serta memperketatkan undang-undang.
"Kalau ada masalah kelemahan undang-undang atau kekangan prosedur, mohon atasi perkara tersebut secepat mungkin. Kalau pegawai tidak mencukupi, kita kena selesaikan isu tersebut.
"Hal ini sebab saya banyak menerima maklum balas berkenaan pelaksanaan penguatkuasaan di mana kawasan adalah luas dan pegawai tidak mencukupi. Pihak berkenaan haruslah memperluas kuasa mereka kerana ini adalah pelaburan untuk menyelamatkan harta sendiri," katanya.
Mengulas mengenai Ops Tukul, beliau berkata, inisiatif penguatkuasaan yang dijalankan SPRM telah menyelamatkan hasil khazanah kerajaan negeri Sarawak sebanyak RM100 juta akibat aktiviti pembalakan haram.
"SPRM telah mengambil tempoh sembilan bulan untuk mengumpul maklumat di Sarawak. Kalau Jabatan Perhutanan berdepan dengan halangan dan kekangan untuk mendapatkan bukti yang mencukupi, SPRM sedia membantu.
"Biasanya, apabila balak dibawa ke pusat pengumpulan balak atau 'log pond', memang sukar untuk mengenal pasti dari kawasan mana balak itu berasal. Untuk itu, kita boleh gunakan 'remote sensing', kepakaran forensik dan DNA unuk mengatasi kekangan itu," jelas Mohd Shukri.
Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Zoal Azha Yusof menyambut baik kerjasama strategik bersama SPRM dalam menangani pembalakan haram dan pencurian pasir.
"Pematuhan kepada Ikrar Integriti serta kempen tanpa hadiah merupakan antara tindakan seterusnya bagi kita. Kita tidak akan berkompromi dengan gejala rasuah dalam apa-apa aspek perhutanan dan alam sekitar," tegasnya - mstar
TOP
Bunuh Pensyarah Dan Bapa: Tiga Bekas Pelajar Ke Tali Gantung
Tiga bekas pelajar sebuah kolej antarabangsa, Mohamad Zul Sharil Suhaimi, Mohamad Sharafe Matt Noh dan Azizi Aizat Ibarahim dibawa keluar oleh anggota polis selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati, oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Khamis. Mereka didapati bersalah kerana membunuh pensyarah Zara Eleena,23, dan bapanya Omar Peter Abdullah,56, dua tahun lalu.
SHAH ALAM: Tiga bekas penuntut Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, Khamis selepas didapati bersalah membunuh pensyarah mereka, Zara Eleena dan bapanya Omar Peter Abdullah, dua tahun lepas. Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu selepas berpuas hati pembelaan Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22, Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, dan Azizi Aizat Ibrahim, 22, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Mohamad Zul Shahril, Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat didakwa membunuh Zara Eleena, 23, seorang kelainan upaya (OKU) dan pensyarah Bahasa Inggeris di KTAC, antara 1.30 pagi dan 2.30 pagi pada 9 Mac 2012. Mereka juga didakwa membunuh bapa pensyarah itu, Omar Peter, 56, pesara syarikat kewangan antara 11.30 malam, 8 Mac 2012 dan 1.30 pagi keesokannya. Mereka dituduh melakukan pembunuhan itu di rumah dua beranak itu di No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Dalam keputusan pada akhir kes pendakwaan sebelum ini, mahkamah melepas dan membebaskan seorang lagi tertuduh, Muhamad Safwan Muhamad, 22, daripada kedua-dua pertuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya. Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Halim berkata selepas meneliti keterangan kesemua saksi, beliau mendapati pembunuhan itu penuh dengan motif di mana tertuduh pertama, Mohamad Zul Shahril, adalah perancang utama kejadian itu yang berpunca daripada kehilangan barang kemas milik ibu Zara Eleena. "Berdasarkan keterangan ibu mangsa (Normaliah Mahmood), adalah jelas bahawa barang kemas yang telah diambil oleh tertuduh pertama ialah motif utama tertuduh pertama mengajak tertuduh lain untuk membunuh (kedua-dua mangsa) yang membawa kepada perancangan serta persediaan membunuh kedua-dua mangsa. "Saya mendapati keterangan saksi-saksi pendakwaan lebih diyakini dan wajar berbanding pembelaan ketiga-tiga tertuduh yang lebih menjurus kepada penafian semata-mata berhubung penglibatan mereka dalam kes ini ," katanya. Abdul Halim seterusnya berkata ketiga-tiga tertuduh telah bertindak dalam keadaan penuh sedar dan mengetahui kesan perbuatan mereka. Beliau juga mendapati penafian ketiga-tiga tertuduh semasa memberi keterangan tidak berupaya membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, malah keterangan saksi pendakwaan adalah konsisten. "Kedua-dua mangsa telah menemui ajal dalam keadaan penuh terseksa dan menyedihkan...apa dosa mereka hingga mereka perlu dibunuh sebegitu rupa? Tertuduh pertama (Mohamad Zul Shahril) ialah teman lelaki mangsa (Zara Eleena) walaupun dinafikan oleh tertuduh dan hakikat ini tidak dapat dinafikan apabila dibuktikan oleh ibu Zara Eleena yang pernah jumpa surat Zara Eleena terhadap tertuduh. "Kenapa tertuduh tergamak bunuh mangsa? Setiap perbuatan zalim atau baik dijanjikan balasan, dan maka kini tibalah masa bagi kamu bertiga untuk terima balasan perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan kepada kedua-dua mangsa. "Hanya satu sahaja hukuman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ini dan saya perintahkan ketiga-tiga tertuduh digantung di leher sampai mati," katanya. Sejurus prosiding berakhir, ketiga-tiga tertuduh dilihat memeluk anggota keluarga masing-masing sambil menangis dan ketika Mohamad Zul Shahril memeluk ibunya, wanita itu pitam sehingga terpaksa dipapah anggota keluarganya. Normaliah dan bapa saudara Zara Eleena, Dr Mohd Shah Mahmood, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah bersyukur kerana keadilan berpihak kepada keluarga mereka. Seramai 32 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar sementara kesemua tertuduh diwakili peguam Muhammad Adhwa Azfar Muhammad Tajuddin, Rusli Zain dan Abdul Halem Mohamad Husin. - mstar

Hari Ketiga Prosiding, Di Mana Penyokong Anwar, Saiful?
Penyokong-penyokong Anwar sedang membaca Yasin di luar mahkamah pada Khamis.
PUTRAJAYA: Suasana di luar Istana Kehakiman di sini, Khamis, lengang tanpa kehadiran penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak seperti hari pertama dan kedua prosiding yang menyaksikan hampir 1,000 penyokong ketua pembangkang itu berhimpun, kawasan luar bangunan Mahkamah Persekutuan pada hari ketiga prosiding hanya dipenuhi pihak media yang hadir sejak pukul 7 pagi. Sehingga pukul 11 pagi, kehadiran penyokong Anwar bolehlah dikatakan sebagai hanya 'beberapa kerat' sahaja dan ia adalah sesuatu yang mengejutkan. Malah, Anwar yang sebelum ini sering muncul di luar mahkamah untuk bertemu penyokongnya sebelum proses pendengaran rayuannya bermula, tidak langsung dilihat kelibatnya pada pagi Khamis. Bagaimanapun difahamkan bahawa ahli politik itu telah memasuki kamar mahkamah pada pukul 9.10 pagi. Tidak sekadar 'tandus' penyokong, perkarangan Istana Kehakiman juga ketandusan pemimpin-pemimpin tertinggi parti itu. Yang dapat dilihat hanyalah sasterawan negara Datuk A.Samad Said yang memasuki bangunan mahkamah pada pukul 10.30 pagi dan sekumpulan kecil penyokong yang membaca surah Yasin memohon keputusan memihak kepada Anwar. Keadaan yang sama berlaku di sebelah kiri mahkamah tempat di mana penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan berhimpun sejak dua hari lepas. Hanya segelintir sahaja penyokongnya dilihat berlegar-legar di kawasan tersebut. Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 26 Jun 2008. Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.- mstar

Wujud Kolej Komuniti Di Kuala Selangor - Irmohizam
Irmohizam (jubah putih depan di tengah barisan depan) selesai majlis solat hajat bersama calon SPM kawasan Parlimen Kuala Selangor, baru-baru ini.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Selangor menggesa kerajaan mempertimbangkan saranan untuk mewujudkan kolej komuniti di kawasan berkenaan untuk manfaat generasi muda negara. Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, perkara yang mampu membawa hasil positif untuk rakyat itu wajar mendapat perhatian Kementerian Pendidikan. "Kolej komuniti adalah antara contoh peluang pendidikan yang disediakan kerajaan kepada generasi muda negara," katanya ketika berucap merasmikan majlis solat hajat dan bacaan Yassin Perdana baru-baru ini. Menjelang Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang akan bermula Isnin ini, kira-kira 700 calon SPM di kawasan Parlimen Kuala Selangor menghadiri majlis berkenaan. Pada majlis itu, Irmohizam juga turut menyampaikan sumbangan bekas pensil kepada 2,336 calon SPM di kawasan berkenaan. Irmohizam dalam ucapam perasmiannya menasihatkan pelajar mengenai pentingnya mengejar kecemerlangan melalui pendidikan. "Malahan, warga Kuala Selangor seharusnya tidak melepaskan peluang untuk merebut tempat di institusi pengajian tinggi di sini seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam," katanya. - mstar

Majlis Peguam Kekal Ketetapan Larang Bekas Hakim
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia (MPM) pada Jumaat mengekalkan pendiriannya yang melarang bekas hakim untuk muncul di mahkamah mewakili anak guam mereka seperti dinyatakan dalam resolusi badan itu 15 Mac lepas.
Presidennya, Christopher Leong berkata, walaupun terdapat kebimbangan badan itu dalam isu ini, yang telah dinyatakan di mahkamah, namun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa pada masa ini tidak ada apa-apa dalam undang-undang yang melarang hakim bersara daripada muncul sebagai peguam di mahkamah.
"Majlis juga menyatakan isu-isu baru-baru ini atau kontroversi membabitkan kepatutan atau pelantikan dan kemunculan ketua pasukan pendakwa dalam kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sekali lagi, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa tidak ada yang tidak tepat dalam dalam hal ini," katanya dalam kenyataan di sini, lewat malam Khamis.
Beliau berkata: "Walaupun atas sebab-sebab yang berbeza, isu bersama dan kebimbangan Majlis Peguam berkaitan kedua-dua pelantikan dan kemunculan pendakwa utama dan peguam utama (bekas hakim) bagi Anwar dalam rayuan itu keadilan mungkin tidak dapat dilakukan atau mungkin dilihat tidak dilaksanakan."
Bagaimanapun, Leong berkata, Majlis Peguam tidak akan mengulas lanjut kerana pendengarwn kes rayuan masih berjalan di Mahkamah Persekutuan.
Mesyuarat 15 Mac badan itu menerima usul bahawa hakim bersara dari mahkamah yang lebih tinggi perlu dilarang atau dihalang dari segi undang-undang untuk bertindak sebagai peguam di mahkamah.
Pada Khamis, ketua pasukan pendakwaan dalam kes rayuan Anwar, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu pemberita bahawa tiada sesiapa boleh menghalang bekas hakim bertindak sebagai peguam dan ia adalah pilihan mereka untuk berbuat demikian.
Pada 3 Julai, 2013, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata hakim-hakim bersara bebas untuk muncul di mahkamah mewakili anak guam mereka dan tidak kira siapa yang muncul di mahkamah, pihak kehakiman akan menentukan kes berasaskan merit.
Beliau menegaskan bahawa badan kehakiman tidak boleh menghalang bekas hakim daripada menjalankan tugas guaman dan tidak harus menyekat hak mereka untuk berbuat demikian.
Kontroversi timbul selepas bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pembelaan dalam kes rayuan Anwar terhadap sabitan kes liwat.
Anwar, selaku Ketua Pembangkang, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun, 2008.
Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar, 67, atas kesalahan tersebut.
Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar di akhir kes pembelaan.
Mahkamah Persekutuan sedang mendengar rayuan itu sejak Selasa lepas. - mstar
TOP
Azeez Rahim Nafi Permata Negara Untuk Rosmah, Tian Chua Buat Kecoh
KUALA LUMPUR: Program Permata Negara (Permata) bukan diwujudkan khusus untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebaliknya penubuhan pusat itu sejajar dengan keperluan alternatif terhadap pendidikan awal kanak-kanak., tegas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
"Isteri kepada mana-mana pemimpin kebiasaannya mempunyai minat terhadap sesuatu perkara.
"Tanpa disengajakan, isteri kepada perdana menteri kita sangat berminat dengan kerja-kerja sukarela terutamanya dengan pendidikan awal kanak-kanak," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang bertanya sama ada penubuhan Permata adalah sebagai 'tailor made' untuk menaikkan nama Rosmah.
Bagaimanapun Tian berkali-kali cuba mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat apabila menyifatkan bahawa program Permata adalah 'tailor made' untuk isteri Perdana Menteri.
Kenyataan Tian turut disokong oleh beberapa wakil rakyat pembangkang termasuk Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang).
Tidak berpuas hati dengan sikap wakil rakyat pembangkang itu, Abdul Azeez sebaliknya menyifatkan mereka sebagai 'busuk hati' kerana menyerang isteri perdana menteri ekoran kerja amalnya itu.
Program Permata yang dinaungi Rosmah adalah sebuah agensi yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Permata menawarkan pendekatan alternatif dalam bidang asuhan dan didikan awal khusus untuk kanak-kanak di bawah umur empat tahun.
Menerusi Bajet 2015, kerajaan memperuntukan sebanyak RM711 juta bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak yang turut diagihkan untuk Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, Permata dan Tabika Perpaduan. - mstar
TOP
Kes Liwat II: Hari Keempat, Giliran Muhammad Shafee Sangkal Hujah
Muhammad Shafee ditemuramah pihak media sebaik prosiding hari ketiga selesai pada Khamis.
PUTRAJAYA: Pendengaran rayuan terakhir kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan, di mana tiba giliran pasukan pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyangkal hujah yang dikemukakan pihak pembelaan. Prosiding yang masuk hari keempat ini bermula pada pukul 9 pagi dan dijangka berakhir pada pukul 4 petang. Difahamkan, Anwar tiba di Mahkamah Persekutuan kira-kira pukul 8.55 pagi. Turut kelihatan memasuki kamar prosiding ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang tiba pada pukul 8.30 pagi. Sama seperti prosiding yang dijalankan pada Khamis, suasana di luar Istana Kehakiman, di sini, pada Jumaat juga lengang dengan hanya beberapa kumpulan kecil penyokong. Situasi ini nyata berbeza dengan suasana pada hari pertama dan kedua prosiding di mana penyokong Anwar memenuhi pekarangan bangunan Mahkamah Persekutuan sejak awal pagi. Selain bersorak memberikan sokongan kepada ketua pembangkang, beberapa program seperti pidato, bacaan puisi dan persembahan nyanyian turut diadakan. Sementara itu, Muhammad Shafee yang memohon kepada ketua panel lima hakim, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria untuk berhujah pada Jumaat, bermula dengan membentangkan fakta kes. Pada Khamis, beliau yang akan menyampaikan hujah berseorangan memohon penangguhan kerana memerlukan masa lebih untuk memperhalusi alasan baharu yang dikemukakan pihak pembelaan dalam petisyen rayuan. Sehingga Khamis, beliau berkata, pihak pendakwaan sudah menyiapkan 85 peratus daripada penghujahannya dan perlu menyediakan 15 peratus lagi bagi alasan baharu tersebut. Selama tiga hari prosiding yang bermula Selasa, mahkamah telah mendengar penghujahan daripada peguam bela utama Anwar Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, serta peguam N Surendran, Sangeet Kaur Deo dan Ramkarpal Singh. Pada Selasa, Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa pasukan pembelaan mengemukakan 46 alasan dalam petisyen rayuan yang baharu. Pada 24 April, Anwar memfailkan petisyen rayuan yang memberi 35 alasan kenapa Mahkamah Persekutuan perlu membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat, sejam sebelum berakhir tempoh yang disyaratkan beliau berbuat demikian. Anwar, 67, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. - mstar

Hapus Judi Haram Dalam Seminggu - Polis
SEPANG: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yakin dapat membasmi operasi perjudian haram dalam masa seminggu iaitu tempoh yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, keyakinan itu berdasarkan serbuan selama empat hari oleh pasukan itu.
"Kami akan pertingkatkan usaha," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis.
Beliau berkata dalam tempoh empat hari bermula Ahad lalu, polis menyerbu 3,665 premis, menangkap 364 orang dan merampas 3,015 mesin judi.
"Jika anda membandingkan jumlah serbuan dan tangkapan antara Januari dan September tahun lalu untuk tempoh yang sama, terdapat peningkatan yang ketara," katanya.
Sebanyak 65,361 serbuan dengan 26,121 tangkapan dibuat tahun ini berbanding 57,399 dan 19,079 tangkapan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Ia merupakan peningkatan sebanyak 11.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Mohmad berkata, jumlah mereka yang didakwa di mahkamah kerana perjudian haram juga meningkat tahun ini.
"Tahun lepas kita dakwa 2,534 daripada 5,860 kes manakala 2,945 kes adalah dalam proses untuk didakwa.
"Tahun ini daripada 6,817 kes, kami telah dakwa 1,719 dan 4,440 masih dalam proses untuk didakwa," katanya.
Selain itu Mohmad memberi amaran bahawa polis tidak akan bertolak ansur dengan apa-apa jenayah termasuk perjudian haram.
Rabu lalu, Khalid berkata polis dan Jabatan Peguam Negara sedang berusaha untuk merangka undang-undang bagi memerangi perjudian dalam talian secara haram. - mstar
TOP
Tanah Runtuh: Hampir 200 Dipercayai Terkorban
Pasukan mencari dan menyelamat cuba mengesan kedudukan mangsa yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan tanah.
COLOMBO: Hampir 200 rakyat Sri Lanka hilang berikutan kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur di kawasan tengah negara itu berikutan hujan lebat yang melanda sejak beberapa hari lalu. Malahan, pasukan mencari dan menyelamat juga dikatakan berhadapan situasi sukar untuk mengesan semua mangsa di kawasan seluas kira-kira 3.5 kilometer (km) itu. Pusat Pengurusan Bencana memaklumkan angka itu selepas kira-kira 500 askar dan sukarelawan menyambung semula usaha mencari mangsa yang hilang. Jurucakap tentera Sri Lanka, Brigedier Jeneral Jayanath Jayaweera berkata, operasi mencari dan menyelamat di kawasan Meeriyabedda, Koslanda yang terletak sekitar 200 km dari sini itu disambung semula walaupun cuaca buruk. “Risiko lebih banyak tanah runtuh dan kesukaran untuk sampai ke kawasan bencana menyukarkan operasi menyelamat,” katanya. Setakat ini, sekurang-kurangnya 14 orang disahkan terkorban dalam bencana itu. Dalam perkembangan sama, Presiden Mahinda Rajapakse melawat lokasi bencana dan meluangkan masa menemui sebilangan keluarga yang kini tinggal di beberapa penempatan sementara. Hujan lebat itu menyebabkan tanah runtuh di kawasan bencana seluas sekitar 3.5 kilometer, manakala banjir lumpur menenggelamkan sejumlah 150 buah rumah pekerja ladang teh di kawasan sekitarnya. - mstar

CEO Apple Tim Cook Bangga Jadi Gay
Tim Cook
WASHINGTON: Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook mengaku sebagai seorang pengamal seks songsang dan berkata hasrat untuk memperjuangkan hak sama rata adalah falsafah peribadi dan perniagaannya. Menurutnya, kecenderungan seksnya tidak pernah menjadi rahsia di syarikatnya. "Biar saya jelaskan, Saya bangga menjadi gay dan saya anggap ia adalah hadiah kepada saya," kata Cook dalam satu kenyataan kepada Bloomberg BusinessWeek. "Saya bernasib baik untuk bekerja di sebuah syarikat yang sukakan kreativiti dan inovasi serta menerima perbezaan. Tidak semua orang bernasib baik," katanya. Cook mengambil alih pengurusan Apple pada 2011 selepas kematian bekas CEO, Steve Jobs. - mstar

SPAD Serah Cadangan Naik Tambang Bas Ekspres
KOTA BARU: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan kepada kerajaan permintaan pengusaha bas ekspres untuk menaikkan tambang bas sehingga 30 peratus.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata permintaan pengusaha bas itu wajar berikutan peningkatan kos yang ditanggung dan menyerahkan kepada kerajaan untuk menimbangkannya.
"Kami fikir permohonan itu munasabah oleh kerana keperluan yang mendesak. Kita sudah membuat syor kepada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran penjenamaan semula pakaian seragam pemandu bas ekspres Mutiara di sini, Khamis.
Syed Hamid berkata SPAD cuma menunggu keputusan muktamad daripada kerajaan untuk mengumumkannya kepada pengusaha bas ekspres.
"Saya harap kerajaan akan membuat keputusan secepat mungkin. Saya fikir apa yang pasti diteliti kerajaan tentulah tidak membebankan rakyat selain mengelak timbul masalah lain," katanya.
Syed Hamid juga berkata pengusaha dan pengendali bas ekspres Pantai Timur yang beroperasi di Hentian Putra Kuala Lumpur sudah diarah berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan berkuatkuasa 1 Disember ini.
Katanya TBS mempunyai kapasti yang mencukupi untuk menampung keperluan jumlah bas Pantai Timur selain mempunyai pelbagai kemudahan serta mampu memberi keselesaan kepada pengguna.
Syed Hamid berkata SPAD juga menggalakkan kerjasama dan penglibatan syarikat persendirian untuk membina terminal di lokasi yang sesuai di negeri masing-masing. - mstar
TOP
Pengasuh Wajib Ada Sijil Kursus Asuhan - Mas Ermieyati
Mas Ermieyati Shamsudin.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu mewajibkan semua pengasuh sama ada yang berdaftar atau tidak dengan jabatan itu supaya memperoleh sijil penyertaan kursus asuhan kanak-kanak bagi membendung kes penderaan yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini. Ketua Pergerakan Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin berkata, langkah mewajibkan kursus tersebut perlu untuk mendidik pengasuh mengenai cara-cara pengurusan dan penjagaan kanak-kanak dengan betul. Malah, katanya, usaha itu turut membolehkan tindakan undang-undang secara khusus diambil terhadap pengasuh yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, menerusi kursus seumpama itu, ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak-anak kepada pengasuh persendirian akan berasa lebih terjamin dan selamat. “Kursus itu tidak perlu lama, mungkin untuk tempoh sebulan hingga tiga bulan. Sekarang telah banyak persatuan yang menganjurkan kursus asuhan termasuk di bawah Program Permata Kanak-Kanak. “Kursus itu amat praktikal untuk pengasuh yang mengasuh kanak-kanak secara persendirian iaitu tidak memiliki taska atau pusat penjagaan berdaftar seperti mengasuh kanak-kanak di rumah sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis. Beliau mengulas insiden terbaharu membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang kedua-dua tangan serta kakinya diikat oleh pengasuh di Butterworth, Pulau Pinang pada Rabu. Mas Ermieyati berkata, beliau bukan sahaja kesal dengan insiden tersebut malah sedih melihat kanak-kanak sering menjadi mangsa kepada segelintir pihak yang hanya mementingkan keuntungan sehingga mengetepikan sikap perikemanusiaan. “Mana-mana ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka, perlu memastikan pengasuh itu mempunyai sijil dan ibu bapa juga harus memainkan peranan dengan membuat pilihan tepat supaya tidak menyesal di kemudian hari,” katanya. - mstar
KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu mewajibkan semua pengasuh sama ada yang berdaftar atau tidak dengan jabatan itu supaya memperoleh sijil penyertaan kursus asuhan kanak-kanak bagi membendung kes penderaan yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini. Ketua Pergerakan Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin berkata, langkah mewajibkan kursus tersebut perlu untuk mendidik pengasuh mengenai cara-cara pengurusan dan penjagaan kanak-kanak dengan betul. Malah, katanya, usaha itu turut membolehkan tindakan undang-undang secara khusus diambil terhadap pengasuh yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, menerusi kursus seumpama itu, ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak-anak kepada pengasuh persendirian akan berasa lebih terjamin dan selamat. “Kursus itu tidak perlu lama, mungkin untuk tempoh sebulan hingga tiga bulan. Sekarang telah banyak persatuan yang menganjurkan kursus asuhan termasuk di bawah Program Permata Kanak-Kanak. “Kursus itu amat praktikal untuk pengasuh yang mengasuh kanak-kanak secara persendirian iaitu tidak memiliki taska atau pusat penjagaan berdaftar seperti mengasuh kanak-kanak di rumah sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis. Beliau mengulas insiden terbaharu membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang kedua-dua tangan serta kakinya diikat oleh pengasuh di Butterworth, Pulau Pinang pada Rabu. Mas Ermieyati berkata, beliau bukan sahaja kesal dengan insiden tersebut malah sedih melihat kanak-kanak sering menjadi mangsa kepada segelintir pihak yang hanya mementingkan keuntungan sehingga mengetepikan sikap perikemanusiaan. “Mana-mana ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka, perlu memastikan pengasuh itu mempunyai sijil dan ibu bapa juga harus memainkan peranan dengan membuat pilihan tepat supaya tidak menyesal di kemudian hari,” katanya. - mstar
TOP
Pasukan Khas Bukit Aman Siasat Suspek Kes Culik
Jalaluddin Abdul Rahman.
KOTA KINABALU: Pasukan khas dari Bukit Aman sedang menyoal siasat suspek yang ditahan selepas seorang individu disyaki bersubahat dengan penculikan untuk wang tebusan (KFR) ditembak di Semporna pada 26 Oktober lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pasukan itu akan melakukan siasatan dengan lebih lanjut mengenai penglibatan mereka yang ditahan dan hubungan dengan kumpulan penculik terbabit. Beliau berkata demikian selepas Wahab Atab @ Botak, lelaki berusia 34 tahun dari Kampung Balimbang Semporna menyerah diri kepada polis pada 27 Oktober lalu selepas dinamakan sebagai salah seorang daripada enam individu dikehendaki bagi membantu siasatan membabitkan jenayah rentas sempadan. Awal bulan ini, polis menahan tiga individu yang dipercayai bersubahat dengan kumpulan penculikan itu manakala pada Sabtu polis menembak mati seorang lelaki yang disyaki menceroboh perairan Pulau Bangau-Bangau di Semporna dengan menaiki bot laju. Ini berikutan penahanan seramai tujuh lelaki dan dua wanita di sekitar Semporna. Sementara itu, polis Sabah mengadakan latihan menguji keupayaan dan kecekapan selama dua hari sejak Rabu di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZone). Jalaluddin berkata latihan itu, yang dikenali sebagai Ops Gempar, dijalankan sebagai persediaan menghadapi sebarang ancaman di 10 daerah terlibat di pantai timur Sabah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna and Tawau. "Mungkin penduduk di sekitar ESSZone agak terkejut dengan kehadiran banyak kenderaan polis dan sekatan jalan raya. Itu hanya latihan," katanya. Jalaluddin berkata latihan itu perlu bagi memastikan polis negeri sentiasa bersiapsedia dan cepat dalam menangani sebarang ancaman di ESSZone seperti kegiatan pencerobohan dan rompakan.- mstar

Raul Sertai New York Cosmos
Raul.
NEW YORK: Legenda Sepanyol, Raul yang juga penjaring terbanyak Real Madrid sepanjang zaman menandatangani kontrak dengan New York Cosmos pada Khamis. Raul, 37, yang kekal selaku penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Eropah dengan 71 gol akan menyertai Cosmos untuk kempen Liga Bola Sepak Amerika Utara, April tahun depan. Malah pada masa sama, Raul akan berkhidmat sebagai penasihat teknikal pasukan akademi remaja kelab itu. Cosmos pada satu ketika dilabel sebagai kelab terkemuka dunia dan pernah dibintangi legenda dunia seperti Pele dan Franz Beckenbauer pada era 70-an. Raul menyertai Real pada 1994 ketika berusia 17 tahun dan menghabiskan kerjaya bersama kelab gergasi Sepanyol itu selama 16 musim. Beliau berjaya menjaringkan 323 gol untuk kelab Los Blancos itu serta enam gelaran La Liga, empat Piala Super Sepanyol dan tiga trofi Liga Juara-Juara. Raul pernah menyarung jersi Schalke 04 selama dua tahun selepas meninggalkan Real pada 2010. - mstar

Tidak Boleh Berniaga Jika Tidak Bertudung
Gambar hiasan.
KOTA BARU: Jika tidak bertudung, anda tidak boleh terlibat dengan aktiviti perniagaan. Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan mencetuskan satu lagi kontroversi dengan memberi amaran bahawa mereka akan menguatkuasakan kod pakaian Islam kepada kumpulan yang terlibat dalam perniagaan. PBT Kelantan memulakan Operasi Gempur Aurat iaitu mengenakan denda maksimum RM500 terhadap peniaga dan pekerja wanita yang tidak menutup rambut mereka dan memakai pakaian ketat. Keputusan itu berlaku untuk wanita yang bekerja di pasar basah, pasar raya, pasar raya besar, kedai makanan dan pusat-pusat komersial lain yang memerlukan lesen operasi daripada PBT. Pengusaha bukan Islam juga berisiko didenda jika pekerja mereka yang beragama Islam tidak mematuhi peraturan pemakaian seperti jika majikan mengarahkan pekerjanya untuk memakai pakaian seragam ketat dan berlengan pendek. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB), Nor Azariza Mohd Alawi berkata tindakan keras itu adalah tindak balas kepada aduan orang ramai. "Peraturan pakaian ini adalah salah satu syarat untuk mendapatkan permit perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya. Tambah Nor Azariza, peraturan itu hanya dikenakan ke atas orang-orang 'berinteraksi' dengan orang ramai. Sejak Ops Gempur Aurat dimulakan pada September lalu, 34 pesalah telah didenda. Beliau berkata tindakan keras di Kota Baru itu akan berakhir pada Disember depan. Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB, Ropein Hassan berkata, permohonan untuk melonggarkan syarat itu tidak akan dilayan kerana kod pakaian itu ditetapkan dengan jelas dalam permit perniagaan. Beliau berkata pihaknya juga telah mewajibkan peniaga, termasuk bukan Islam untuk menghadiri kursus tentang cara-cara untuk menjalankan perniagaan dari perspektif Islam. "Kami telah mengambil inisiatif untuk mendidik mereka terlebih dahulu sebelum menguatkuasakan undang-undang kecil ini (pada pakaian)," katanya. Beliau berkata seramai 3,000 peniaga telah mengambil bahagian dalam kursus itu dengan masih terdapat lebih 10,000 senarai menunggu. Pada November 2012, PBT Kelantan mengejutkan banyak pihak apabila menguatkuasakan sekatan ke atas tukang gunting rambut untuk memberi khidmat kepada pelanggan berlainan jantina. - mstar

Dewi Liana (Mentor) Dikecam Sertai Ratu Cantik Kerana Disangka Muslim
Dewi bakal ke London untuk menyertai pertandingan Miss World 2014. - Foto Miss World 2014.
PETALING JAYA: Bekas peserta Mentor, Dewi Liana Seriesta kesal apabila segelintir pihak masih mempertikaikan penyertaannya dalam pertandingan ratu cantik, Miss Malaysia World 2014 kerana dia disangka wanita beragama Islam. Dewi, 25, yang merupakan protege kepada penyanyi Liza Hanim dalam program realiti Mentor musim pertama itu berkata, dia sudah menjelaskan tentang status agama itu sejak memasuki pertandingan realiti terbitan TV3 empat tahun lalu. "Ketika memenangi pertandingan Miss Malaysia World 2014 pada Jun lalu, ramai yang mempertikaikan penglibatan saya dalam pertandingan itu. "Saya faham wanita beragama Islam tidak dibenarkan menyertai pertandingan itu dan saya juga sudah jelaskan kepada mereka bahawa saya beragama Kristian sejak kecil lagi," ujarnya kepada mStar Online. Tambah Dewi, perkara tersebut menjadi kekeliruan apabila nama yang diberikan oleh ibu bapanya itu seperti nama yang digunakan oleh kebanyakan orang Melayu. Bagaimanapun dia tidak mempunyai sebarang masalah dan menganggap ia sebagai sesuatu yang unik. "Bapa saya berasal dari Indonesia dan berketurunan Cina, manakala ibu saya dari Sarawak sebab itu nama saya tiada binti seperti nama orang Islam. "Saya memang tiada sebarang masalah dengan nama ini dan saya anggap ia sebagai unik, cuma ramai yang keliru tentang agama sahaja," katanya. Dalam pada itu, Dewi berkata, dia layak ke pertandingan Miss World 2014 yang akan dipertandingan di London penghujung tahun ini. Dewi merupakan antara 130 peserta di serata dunia yang bakal merebut gelaran ratu cantik itu. "Selepas memenangi Miss Malaysia World 2014, saya layak untuk bertanding bagi mewakili Malaysia di Miss World 2014 di London Disember depan. Saya akan bertolak November ini dan kami akan dinilai selama sebulan untuk diangkat sebagai Miss World 2014," katanya. Sementara itu dalam bidang nyanyian Dewi masih aktif memenuhi undangan selepas tamatnya program Mentor musim pertama lalu. Malah, dia baharu sahaja berjaya memenangi lima kategori utama pada pertandingan ‘World Championships of Performing Arts’ (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat, Julai lepas. "Saya tidak tinggalkan bidang nyanyian, selepas Mentor saya banyak tawaran persembahan untuk majlis korporat dan Julai lalu saya mengikuti pertandingan WCOPA di Los Angeles. "Saya memenangi juara keseluruhan dengan meraih lima pingat dalam beberapa kategori dipertandingakan," ujarnya. - mstar

Enggan Dedah Penyumbang Punca Mekanisme Pantau Dana Politik Gagal
Hisham Nordin
PETALING JAYA: Keengganan parti politik mendedahkan penyumbang dana terutama menjelang kempen pilihan raya adalah antara faktor cadangan mewujudkan mekanisme memantau sumber kewangannya masih gagal direalisasikan. Mekanisme pemantauan yang menetapkan semua dana dimasukkan ke akaun parti, mengemukakan resit rasmi itu bagi memastikan tidak berlaku salah guna kuasa, malahan mengelak pemimpin politik dituduh terbabit dalam perlakuan rasuah. Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mencegah Rasuah, Datuk Hisham Nordin berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima, kurangnya kerjasama parti politik dalam hal ini juga kerana bimbang berdepan masalah dengan penyumbang dana terbabit. "Situasi semakin sukar apabila ada penyumbang dana yang menyalurkan peruntukan kepada lebih daripada satu parti malah parti pemerintah dan juga pembangkang turut mendapat manfaat daripada penyumbang sama. "Dalam hal ini, penyumbang bertindak bijak kerana mereka mahu memastikan hayat mereka panjang," katanya kepada mStar Online. Hisham berkata, berbeza dengan negara barat di mana identiti penyumbang dana didedahkan dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada operasi syarikat atau individu berkenaan. "Apabila tiba masa mengemukakan permohonan tender sesuatu projek, walaupun syarikat penyumbang dana politik itu terbabit tetapi penilaian dibuat secara profesional iaitu mengikut keupayaan dan kekuatan syarikat bukan kerana jasanya menyalurkan sumber kewangan kepada parti politik tertentu. "Oleh itu, tanggapan bahawa hayat politik sebagai talian hayat berniaga tidak harus dibiarkan berterusan kerana selagi dana politik yang juga ibu segala rasuah tidak dibanteras, selagi itulah negara akan dibelenggu masalah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan," katanya. Beliau berkata, pihaknya menyarankan pemantauan untuk dana politik ini selepas berbincang dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selain pengalaman dan meneliti laporan serta aduan yang diterima suruhanjaya itu. Bagaimanapun, katanya, sehingga kini, cadangan ini masih gagal dilaksanakan hingga timbul saranan supaya mewajibkan parti politik mengisytiharkan sumber dana politk masing-masing dengan mewujudkan peruntukan undang-undang baharu. - mstar

Beg Pakaian Disyaki Berisi Bahan Letupan Diletupkan UPB
Pegawai polis sedang memeriksa beg yang pada mulanya disyaki mengandungi bahan letupan di Jalan Medan Tuanku di sini Khamis malam. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah mengesahkan tiada bahan letupan yang ditemui di dalam sebuah beg hitam tersebut yang sengaja ditinggalkan sejak pagi tadi di hadapan sebuah bank. Polis hanya menemui beberapa helai seluar jeans dan pakaian. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebuah beg pakaian yang dipercayai mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di bawah jejantas di hadapan sebuah bank di Jalan Medan Tunku 1 di sini, diletupkan Unit Pemusnah Bom (UPB), sebentar tadi. Bahan letupan itu diletupkan sebanyak dua kali iaitu kira-kira pukul 7.40 malam dan lima minit kemudian. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah mengesahkan bahan letupan itu diletakkan didalam sebuah bagasi berwarna kelabu. Beg yang dimusnahkan UPB itu dipercayai ditinggalkan seorang individu kira-kira pukul 4 petang Khamis. Difahamkan polis masih lagi mengawal ketat lokasi kejadian. - mstar

Yusof Haslam Tunggu 23 Tahun Terbitkan Drama 'Bercakap Dengan Jin'
Antara tenaga yang terlibat dalam Bercakap Dengan Jin.
KUALA LUMPUR: Impian penerbit filem Skop Production iaitu Datuk Yusof Haslam untuk mengadaptasi novel seram yang popular sekitar tahun 1980an iaitu Bercakap Dengan Jin tercapai apabila Astro berbesar hati untuk menayangkannya di saluran Mustika HD. Yusof berkata, sebelum ini beliau pernah untuk menerbitkan naskhah tersebut untuk dijual di sebuah stesen televisyen namun gagal kerana ketika itu cerita-cerita seram tidak digalakkan untuk tayangan umum. "Akhirnya impian saya untuk jayakan adaptasi novel seram popular pada tahun 1980an ini tercapai juga. "Dulu memang ada usaha untuk terbitkannya tetapi ketika itu cerita-cerita seram sebegini tidak begitu digalakkan oleh kerajaan," ujarnya kepada mStar Online. Yusof berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama seram bersiri Bercakap Dengan Jin di Restoran Serai, KL Life Centre, di sini, Khamis. Drama 13 episod ini bakal disiarkan pada setiap Selasa, pukul 10 malam di Mustika HD (saluran 134) dan Astro Bella (saluran 133) bermula 4 November ini.
Yusof Haslam
Sementara itu, Yusof berkata, cabaran utamanya adalah berhadapan dengan tahap kesihatan pelakon veteran Datuk Rahim Razali yang terpaksa menjalani penggambaran 14 hari tanpa henti. Tambah Yusof, disebabkan perkara tersebut juga pelakon berusia 75 tahun itu jatuh sakit akibat terlalu penat. "Saya rasa bersalah dengan Datuk Rahim Razali yang jatuh sakit ketika penggambaran sehingga dia terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. "Alhamdulillah dia sihat dan boleh menyambung penggambaran tersebut, kalau tidak pening juga saya untuk mencari penggantinya," ujar Yusof. Selain itu katanya, cabaran daripada segi penggunaan imej janaan komputer (CGI) untuk beberapa babak dalam drama tersebut memerlukan kos agak tinggi. Drama arahan Londo Zawawi dan C. Kumaresan ini menceritakan kisah benar yang dilalui oleh penulis iaitu Tamar Jalis tentang pengalaman datuknya iaitu seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak. Selain Rahim, pelakon laij yang turut membintangi drama ini ialah Pekin Ibrahim, A.Galak dan Oktavia Manrose. - mstar

Hubungan Nichkhun & Tiffany Dilaporkan Putus
Nichkhun (kiri) dan Tiffany
BEBERAPA agensi berita hiburan di Korea Selatan dan China membuat spekulasi kononnya hubungan Nichkhun (2PM) dan Tiffany (SNSD) sudah berantakan. Pada Rabu lalu, satu laporan yang memetik agensi media China telah diterbitkan bagi mendedahkan masalah yang berlaku mengenai pasangan itu. Menurut laporan media Sina, spekulasi itu terjadi apabila Nichkhun mengemaskini akaun Twitter miliknya dengan menulis tajuk lagu Frank Sinatra iaitu Strangers In The Night. Dalam status itu dia menyebut, Love was just a glance away, warm embracing dance away. Lirik itu membawa maksud, sebuah cinta sedih dan ia turut diakui oleh pengikut-pengikut laman sosial artis itu. Pada masa ini, Nichkhun sibuk dengan program realiti Cina iaitu Brave Heart. Kedua-dua pasangan itu mengejutkan peminat masing-masing apabila pada April lalu mereka mengaku telah menjalinkan hubungan selama empat bulan. – www.koreaboo.com - mstar

Sandra Bullock Bantu Pelakon Tambahan Rebah
Sandra Bullock
AKTRES Sandra Bullock, 50, mengenepikan popularitinya apabila sanggup memberi bantuan kecemasan kepada seorang pelakon tambahan yang tiba-tiba rebah di set penggambaran filem barunya, 'Our Brand is Crisis'. Dalam kejadian Ahad lalu itu, Sandra menjadi individu pertama menghulurkan bantuan kepada pelakon tambahan tersebut dengan memberikannya air sebelum pasukan keselamatan dikejarkan ke tempat kejadian. Menurut laporan TMZ, wanita yang rebah itu dipercayai menghidap sejenis penyakit dikenali strok haba dan dibawa ke sebuah hospital di New Orleans berdekatan dengan lokasi penggambaran filem berkenaan. Akibat insiden itu, beberapa pihak mula mempersoalkan kemudahan tindakan pantas kecemasan yang tidak diberi perhatian oleh pihak produksi. - mstar

UM Kenal Pasti 9 Mahasiswanya Terlibat Perhimpunan Haram
KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) telah mengenal pasti sembilan pelajarnya yang disyaki menghadiri perhimpunan haram sempena pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan pada 27 Oktober lepas di Dataran Dewan Tunku Canselor.
Ketua Unit Media dan Korporat UM, Izzad Zalman Abd Kader berkata, antara sembilan pelajar itu termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol.
Menurutnya, UM telah mengenal pasti Fahmi di dalam perhimpunan itu dan dia berada di barisan hadapan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
"Fahmi merupakan pelajar tahun akhir daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dia bersama lapan mahasiswa yang lain akan dibawa ke Lembaga Tatatertib dalam masa terdekat berdasarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta mengikut Perlembagaan Universiti," katanya ketika dihubungi Bernama.
Jelasnya, jumlah sebenar bilangan pelajar UM yang didapati terlibat belum dapat dipastikan namun rakaman CCTV itu telah dikongsi bersama institusi pengajian yang lain untuk proses pengecaman.
"Pelajar UM yang dikenal pasti akan disiasat oleh UM sendiri manakala selebihnya oleh institusi terlibat,"katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata suspek yang terlibat dalam perhimpunan itu kini sedang dikenal pasti berdasarkan bukti rakaman CCTV serta video.
Dalam insiden 27 Oktober lepas, kira-kira 300 belia termasuk beberapa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) merempuh masuk pintu pagar UM pada 9.20 malam untuk acara pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan berlangsung di Dataran Dewan Tunku Canselor.
Program itu tidak mendapat kebenaran UM dan pihak keselamatan universiti itu mengunci pintu pagar utama universiti. - mstar
TOP
ATM Beli Pemain Piala Dunia
KUALA LUMPUR: Seorang pemain kebangsaan Honduras yang beraksi pada Piala Dunia 2014 di Brazil bakal memperkuatkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) tahun depan.
Selain pemain Honduras, yang tidak didedahkan namanya, ketua jurulatih ATM, B. Sathianathan berkata mereka turut mendapatkan khidmat bekas pemain pertahanan import Kelantan, Obinna Nwaneri.
Beliau berkata dua pemain import itu sudah melaporkan diri manakala dua lagi pemain import baharu akan tiba pada pertengahan bulan depan selepas pasukan 'The Gladiators' itu menggugurkan empat pemain import yang sedia ada.
Mereka ialah dua pemain dari Argentina, Bruno Sebastian Martelotto dan Juan Manuel, Marlon Alex James (St Vincent & the Grenadives) dan Spase Dilevski dari Australia.
Selain pemain import, kami juga akan mendapatkan khidmat enam pemain baharu tempatan bagi memantapkan pasukan, katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT) di Kementerian Pertahanan, di sini, Khamis.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dilantik sebagai Presiden PBAT yang baharu selepas Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memutuskan untuk melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 2010 atas sebab-sebab tertentu.
Sathianathan berkata skuad kendaliannya akan beraksi dalam 18 perlawanan pramusim termasuk tiga perlawanan menentang kelab Liga Perdana Thailand di Bangkok, bulan depan sebagai persediaan awal menghadapi saingan Liga-M 2015.
Dalam pada itu, Zulkifeli melahirkan rasa bangga dengan kejayaan ATM yang berjaya meraih pelbagai kejuaraan sepanjang menerajui kelab bola sepak itu termasuk muncul juara Liga Perdana dan naib juara Piala Malaysia pada 2012.
Beliau turut yakin Raja Mohamed Affandi dapat meneruskan tradisi kecemerlangan pasukan itu, musim depan.
"Saya sudah pegang jawatan ini selama empat tahun, jadi cukuplah...Beri peluang kepada Panglima Tentera Darat untuk menerajui PBAT dan saya akan memberi sokongan penuh kepada presiden yang baharu," kata Zulkifeli.
Raja Mohamed Affandi pula yakin dapat memacu ATM untuk bersaing dengan pasukan lain dalam kancah Liga-M walaupun mengakui cabaran yang bakal dilalui, musim 2015 adalah sengit.
Sebagai rekod, pasukan ATM sekadar menduduki tangga ke-10 daripada 12 pasukan dalam Liga Super musim ini selain terkandas seawal pusingan pertama Piala FA 2014.
Mereka turut menamatkan cabaran di peringkat kumpulan pertandingan Piala Malaysia 2014.- mstar
TOP
Man United, Arsenal Bersaing Dapatkan Bintang Schalke
MANCHESTER United dilaporkan bersedia untuk menandatangani bintang Schalke, Julian Draxler pada Januari tahun depan.
Draxler yang merupakan antara pemain tengah kreatif di Eropah sebelum ini dilapor akan menyertai Arsenal.
Bagaimanapun Daily Star melaporkan, United kini telah bersedia untuk menandatangani pemain berusia 21 tahun itu sekaligus memenangi persaingan dengan Arsenal.
Bagaimanapun Schalke difahamkan sedia melepaskan Draxler sekiranya mendapat tawaran sebanyak £37 juta. Jumlah itu dikatakan terlalu tinggi untuk Arsenal dan United yang dilaporkan akan membeli Radamel Falcao pada harga £44 juta selepas tempoh pinjaman selama setahun tamat.- mstar

Shahidan Tarik Diri Bertanding Presiden KOM
KUALA LUMPUR: Bekas presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim pada Khamis membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan presiden pada pemilihan badan induk olahraga itu, Sabtu ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata beliau membuat keputusan itu setelah meneliti beban tugasnya sebagai anggota kabinet kerajaan dan juga Anggota Parlimen Arau.
Shahidan, yang juga Penasihat Persatuan Olahraga Perlis (POPs) dan pernah menerajui KOM dari 2006 sehingga 2012, menjelaskan beliau akan memberikan sokongan padu kepada bekas timbalannya, Datuk Karim Ibrahim bagi merebut jawatan presiden pada pemilihan itu nanti.
"Insya-Allah, negeri Perlis dan beberapa ahli gabungan lain akan memberikan sokongan padu kepada Karim dan saya yakin beliau akan memenangi jawatan tersebut," katanya pada sidang media di pejabatnya di bangunan Parlimen, Khamis.
Dalam pada itu, Karim yang turut hadir, melahirkan rasa gembira dengan sokongan tersebut sambil berjanji akan melakukan perubahan dalam program pembangunan olahraga negara sekiranya dipilih menjadi presiden baharu.
"Beliau (Shahidan) merupakan individu terbaik yang pernah menerajui KOM memandangkan majoriti atlet dan jurulatih negara senang bekerja dengan beliau, sebelum ini.
"Saya turut berharap agar ahli gabungan dapat mengundi calon yang mereka rasakan terbaik untuk masa depan KOM pada pemilihan kali ini," kata Karim yang merupakan Presiden Persatuan Olahraga Perak (POP).
Penarikan diri Shahidan itu menyaksikan pertandingan dua penjuru bagi jawatan Presiden antara Karim dan Timbalan Presiden KOM, Datuk Wan Hisham Wan Salleh.
Sebelum ini, penyandang presiden Datuk Zainal Abidin Ahmad mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 2012.
Sebanyak 42 perwakilan daripada 14 ahli gabungan KOM (setiap ahli gabungan mempunyai tiga wakil) akan membuat undian bagi memilih barisan kepimpinan baharu bagi penggal 2014-2016.- mstar
TOP
AirAsia Dapat Kebenaran SC Terbit Sukuk
KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk menerbitkan Program Sukuk Mudarabahnya.
Kelulusan itu diberikan dengan syarat ia mematuhi keperluan ditetapkan dalam pelaksanaan Program Sukuk Mudharabah sebagaimana disyaratkan di bawah garis panduan suruhanjaya itu, kata AirAsia dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.
"Hasil daripada Program Sukuk Mudharabah itu akan digunakan untuk tujuan patuh Syariah termasuk pembiayaan perbelanjaan modal diperlukan oleh AirAsia dan pembiayaan semula kemudahan perbankan diberikan kepada penerbit," kata syarikat penerbangan tambang rendah itu.
Ia memberi mandat kepada AmInvestment Bank Bhd sebagai penasihat, penyelaras dan pengurus utama dan ejen kemudahan untuk program sukuk itu.- mstar
TOP
Mida Tarik Lebih Banyak Syarikat Pembungkusan IC
KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) merancang untuk menarik lebih banyak syarikat reka bentuk litar bersepadu (IC) tempatan dan asing yang menumpukan kepada pengeluaran pembungkusan IC, berikutan potensi positifnya dalam pasaran global.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Phang Ah Tong berkata di bawah sasaran lima tahun MIDA yang berakhir pada 2015, lembaga itu menetapkan untuk membawa masuk 50 syarikat sedemikian untuk menjalankan perniagaan di Malaysia.
Ketika ini, terdapat lebih 50 syarikat di Malaysia mengeluarkan pembungkusan IC dan peranti semikonduktor.
Phang berkata inisiatif kerajaan untuk meningkatkan industri elektronik dan elektrik (E&E) melalui projek permulaan, yang digariskan dalam Program Transformasi Ekonomi, akan turut membantu mendorong perniagaan pembungkusan IC.
Beliau berkata peranti semikonduktor menjadi penyumbang penting kepada pengeluaran dan pekerjaan dalam industri E&E di Malaysia, dengan sektor pembungkusan IC menjadi satu daripada kluster utama dalam industri semikonduktor.
"Industri ini akan terus memacu industri teknologi tinggi di Malaysia," katanya kepada Bernama, menyatakan Malaysia antara tapak utama dunia bagi pembungkusan, pengujian dan pemasangan semikonduktor dan mikroelektronik," katanya di luar Seminar Asas Pembungkusan IC 2014 di sini, Khamis.
Seminar dua hari itu dihadiri kira-kira 100 profesional pembungkusan semikonduktor tempatan dan antarabangsa.
Asia Tenggara menyumbang lebih 27 peratus daripada pembungkusan semikonduktor global, dengan Malaysia membentuk 10 peratus daripada pemasangan semikonduktor global, pembungkusan dan pengeluaran ujian.
Phang berkata pertumbuhan sektor E&E Malaysia dijangka kukuh pada tahun-tahun akan datang, memerlukan penyediaan tenaga kerja mahir, dari segi jumlah dan kemahiran yang sesuai.
Bagaimanapun, katanya, cabaran utama industri itu ialah kekurangan modal insan yang sesuai.
Evolusi terhadap semikonduktor yang lebih kecil, dengan inisiatif hijau dan usaha pengurangan kos, turut membawa banyak perubahan kepada bahan-bahan pembungkusan, yang memerlukan penyelesaian bahan yang inovatif.- mstar
TOP
MTDC Meterai MoU Di Dubai
KUALA LUMPUR: Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) menyediakan kemungkinan lebih banyak peluang kerjasama kepada syarikat tempatan di Timur Tengah dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU).
MoU itu dengan FATHIMA Group of Companies yang berpangkalan di Dubai dan ditandatangani semasa Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) 2014 baru-baru ini, disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Norhalim Yunus dalam kenyataan berkata kedua-dua pihak komited untuk bekerjasama dalam beberapa bidang termasuk perkongsian ilmu, pembinaan kapasiti, program pembangunan perniagaan dan keusahawanan.
"Sejak dua dekad lalu, kami bukan hanya merapatkan jurang antara makmal dan pasaran.
"Kami turut memudahkan pewujudan ekosistem yang sesuai bagi pengkomersilan berkembang, dengan mengguna pakai mekanisme yang berkesan melalui suntikan dana awam," katanya.
Tiga buah syarikat yang menerima dana daripada MTDC memeterai MoU dengan FATHIMA Group, membolehkan mereka meneroka peluang dan mengembangkan perniagaan mereka di negara-negara Teluk.
Syarikat tersebut ialah MIFF Marketing (M) Sdn Bhd yang menyediakan Perkhidmatan Pembersihan Hijau Islam (GIC), Bioalpha Holdings Bhd, syarikat makanan tambahan dan herba bersepadu, dan Euro-Circuit Technology Sdn Bhd, syarikat pengeluaran khusus penyahgris berasaskan air.
MTDC, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd ditubuhkan pada 1992, menggalakkan penggunaan teknologi oleh syarikat-syarikat tempatan melalui pengkomersilan penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan atau pemerolehan teknologi asing.
Ia kini menjadi peserta utama dalam pengkomersilan dan pengurusan dana kerajaan.
Ketika ini, MTDC menguruskan lima dana berjumlah RM1.8 bilion, khususnya Dana Pengkomersilan R&D, Dana Pemerolehan Teknologi, Dana Permulaan Perniagaan, Dana Pertumbuhan Perniagaan dan Dana Pengembangan Bumiputera.- mstar
TOP
Persaingan Makin Sengit, Pendapatan Samsung Menjunam
Samsung Galaxy S5 menerima saingan sengit daripada jenama telefon pintar berkuasa sederhana dan separa sederhana khususnya daripada produk Lenovo yang dihasilkan oleh China.
SEOUL: Samsung pada Khamis melaporkan keuntungan yang menguncup - yang pertama dalam tempoh tiga tahun - sebahagian besarnya disebabkan unit telefon pintarnya menerima saingan sengit daripada iPhone6 dan produk dari China dan Taiwan seperti Lenovo, Asus dan Oppo. Keuntungan bersih yang dicatatkan oleh syarikat elektronik Korea Selatan itu ialah Won4.22 trilion (AS$4 bilion) dari Julai sehingga September tahun ini. Jumlah ini walaupun masih tinggi tetapi memperlihatkan kejatuhan sehingga 48.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Ia juga adalah yang terendah sejak 2011. Manakala keuntungan operasi turut memperlihatkan kejatuhan sehingga 60 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu kepada Won4.06 trilion. Jumlah jualan pula mencatatkan kejatuhan sebanyak 20 peratus kepada Won47.4 trilion, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Samsung. Unit mobil firma elektronik terbesar dunia itu mencatatkan keuntungan operasi sekadar Won1.75 trilion iaitu satu kejatuhan angka yang mendadak berbanding Won6.7 trilion yang diperolehinya setahun yang lalu. Samsung mempunyai pelbagai unit produk tetapi unit mobilnya merupakan penjana pendapatan dan keuntungan yang paling besar sejak telefon pintar menguasai pasaran. Hanya enam bulan yang lalu, keuntungan operasi unit mobil Samsung menyumbang 76 peratus daripada keuntungan operasi keseluruhan firma berkenaan tetapi kini jumlah tersebut menguncup hanya kepada 43 peratus sahaja. "Harga purata jualan runcit telefon pintar telah menunjukkan kejatuhan ekoran pertambahan di pasaran telefon pintar berkuasa sederhana dan rendah serta persaingan sengit daripada jenama-jenama lain," jelas Samsung. Samsung memperkenalkan produk terbarunya Galaxy S pada April tetapi sambutan luar biasa yang diterima oleh pesaing terdekatnya iaitu iPhone6 baru-baru ini telah menjejaskan jualannya secara keseluruhan. Kini pasaran yang dikuasainya selama ini semakin diambilalih oleh segmen telefon pintar sederhana dan separa sederhana yang dikeluarkan oleh China. Samsung menyaksikan kejatuhan penguasaan pasaran globalnya kepada 25.2 peratus pada suku kedua tahun ini daripada 32.6 peratus penguasaan pasarannya setahun yang lalu. Sebaliknya, dua gergasi dari China iaitu Huawei dan Lenovo Xiaomi menyaksikan penguasaan pasaran mereka meningkat kepada 17.3 peratus tahun ini berbanding 11.4 peratus tahun lalu. Jelas Samsung pasaran mobil mereka kekal sebagaia bahagian yang berhadapan dengan ketidaktentuan pada masa hadapan. Naib Presiden Kanan Unit Mobil Samsung, Kim Hyun-Joon berkata, mereka tidak mempunyai pilihan melainkan merombak secara dramatik produksi segmen sederhana dan separa sederhana. "Struktur perniagaan Unit Mobil memerlukan perubahan drastik untuk menangani persaingan sengit sektor sederhana dan separa sederhana," ujarnya. Tetapi para penganalisa melihat sebaliknya. "Samsung sebenarnya berhadapan dengan kesukaran untuk menembusi pasaran China yang besar kerana China sendiri sudah mampu menghasilkan produk mereka sendiri yang setara dengan Samsung bagi segmen sederhana dan separa sederhana," kata Lee Min-Hee, seorang penganalisa di IM Investment and Securities. Produk Lenovo telah menyingkirkan Samsung sebagai produk paling laris di China dalam segmen telefon pintar dengan penguasaan pasaran sebanyak 14 peratus berbanding Samsung pada kadar 12 peratus pada suku kedua tahun ini. Salah satu daripada perbezaan paling ketara ialah pada harganya. Produk telefon pintar Lenovo paling murah boleh diperolehi pada harga AS$100 manakala Siri Galaxy Samsung sekitar AS$500. Ini sudah memadai untuk menjadi daya penarik bagi sebuah negara sepertimana China.- mstar

Dua Lelaki Ditembak Mati Disyaki Anggota Pemberontak Sulu
KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang ditembak mati oleh polis di Penampang Baru, Sabah pada Khamis dipercayai anggota pemberontak tentera Sulu, lapor Bernama.
Sebelum ini, kedua-dua individu itu disyaki perompak bersenjata yang terlibat dengan insiden berbalas tembakan dengan polis kira-kira pukul 4 petang.
Seorang wanita turut ditahan dalam insiden itu.
Keadaan di Penampang Baru kembali normal pada pukul 9.15 malam dan laluan yang dikepung dibuka untuk orang ramai.
Terdahulu, polis mengekori kedua-dua suspek sebelum menahan mereka di hadapan beberapa bangunan kedai untuk pemeriksaan.
Beberapa saksi memberitahu terdengar bunyi tembakan selama seminit menyebabkan orang ramai bertempiaran lari meninggalkan lokasi itu.- mstar
TOP
Bunuh Pensyarah Dan Bapa: Tiga Bekas Pelajar Ke Tali Gantung
Tiga bekas pelajar sebuah kolej antarabangsa, Mohamad Zul Sharil Suhaimi, Mohamad Sharafe Matt Noh dan Azizi Aizat Ibarahim dibawa keluar oleh anggota polis selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati, oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Khamis. Mereka didapati bersalah kerana membunuh pensyarah Zara Eleena,23, dan bapanya Omar Peter Abdullah,56, dua tahun lalu.
SHAH ALAM: Tiga bekas penuntut Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, Khamis selepas didapati bersalah membunuh pensyarah mereka, Zara Eleena dan bapanya Omar Peter Abdullah, dua tahun lepas. Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu selepas berpuas hati pembelaan Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22, Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, dan Azizi Aizat Ibrahim, 22, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Mohamad Zul Shahril, Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat didakwa membunuh Zara Eleena, 23, seorang kelainan upaya (OKU) dan pensyarah Bahasa Inggeris di KTAC, antara 1.30 pagi dan 2.30 pagi pada 9 Mac 2012. Mereka juga didakwa membunuh bapa pensyarah itu, Omar Peter, 56, pesara syarikat kewangan antara 11.30 malam, 8 Mac 2012 dan 1.30 pagi keesokannya. Mereka dituduh melakukan pembunuhan itu di rumah dua beranak itu di No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Dalam keputusan pada akhir kes pendakwaan sebelum ini, mahkamah melepas dan membebaskan seorang lagi tertuduh, Muhamad Safwan Muhamad, 22, daripada kedua-dua pertuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya. Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Halim berkata selepas meneliti keterangan kesemua saksi, beliau mendapati pembunuhan itu penuh dengan motif di mana tertuduh pertama, Mohamad Zul Shahril, adalah perancang utama kejadian itu yang berpunca daripada kehilangan barang kemas milik ibu Zara Eleena. "Berdasarkan keterangan ibu mangsa (Normaliah Mahmood), adalah jelas bahawa barang kemas yang telah diambil oleh tertuduh pertama ialah motif utama tertuduh pertama mengajak tertuduh lain untuk membunuh (kedua-dua mangsa) yang membawa kepada perancangan serta persediaan membunuh kedua-dua mangsa. "Saya mendapati keterangan saksi-saksi pendakwaan lebih diyakini dan wajar berbanding pembelaan ketiga-tiga tertuduh yang lebih menjurus kepada penafian semata-mata berhubung penglibatan mereka dalam kes ini ," katanya. Abdul Halim seterusnya berkata ketiga-tiga tertuduh telah bertindak dalam keadaan penuh sedar dan mengetahui kesan perbuatan mereka. Beliau juga mendapati penafian ketiga-tiga tertuduh semasa memberi keterangan tidak berupaya membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, malah keterangan saksi pendakwaan adalah konsisten. "Kedua-dua mangsa telah menemui ajal dalam keadaan penuh terseksa dan menyedihkan...apa dosa mereka hingga mereka perlu dibunuh sebegitu rupa? Tertuduh pertama (Mohamad Zul Shahril) ialah teman lelaki mangsa (Zara Eleena) walaupun dinafikan oleh tertuduh dan hakikat ini tidak dapat dinafikan apabila dibuktikan oleh ibu Zara Eleena yang pernah jumpa surat Zara Eleena terhadap tertuduh. "Kenapa tertuduh tergamak bunuh mangsa? Setiap perbuatan zalim atau baik dijanjikan balasan, dan maka kini tibalah masa bagi kamu bertiga untuk terima balasan perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan kepada kedua-dua mangsa. "Hanya satu sahaja hukuman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ini dan saya perintahkan ketiga-tiga tertuduh digantung di leher sampai mati," katanya. Sejurus prosiding berakhir, ketiga-tiga tertuduh dilihat memeluk anggota keluarga masing-masing sambil menangis dan ketika Mohamad Zul Shahril memeluk ibunya, wanita itu pitam sehingga terpaksa dipapah anggota keluarganya. Normaliah dan bapa saudara Zara Eleena, Dr Mohd Shah Mahmood, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah bersyukur kerana keadilan berpihak kepada keluarga mereka. Seramai 32 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar sementara kesemua tertuduh diwakili peguam Muhammad Adhwa Azfar Muhammad Tajuddin, Rusli Zain dan Abdul Halem Mohamad Husin.- mstar

Pelanggaran Bot: Seorang Mangsa Warga Tempatan
Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Nasir Adam menunjukkan data lokasi sebuah "tuck boat" dengan tujuh anak kapal yang dilanggar sebuah kapal tangki di perairan Kuantan berhampiran Pelabuhan Kuantan pada Khamis.
KUANTAN: Seorang warga Malaysia dikenal pasti antara enam anak kapal bot tunda YTC M5 yang masih hilang selepas berlanggar dengan sebuah kapal dagang dalam kejadian kira-kira 9.1 batu nautika dari Tanjung Gelang berhampiran pelabuhan Kuantan di sini, Khamis. Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Datuk Nasir Adam berkata lima lagi mangsa ialah warga Indonesia dan kesemua mereka yang terlibat dalam insiden kira-kira jam 5 pagi itu berumur lingkungan 20 hingga 30-an. Beliau memberitahu sidang media di sini operasi mencari dan menyelamat bermula jam 12 tengah hari sejurus selepas mendapat maklumat daripada polis kira-kira jam 11.15 pagi. "Ia kemudian turut disertai pasukan Polis Marin bersama lima anggota penyelam, Jabatan Laut dan Tentera Laut Diraja Malaysia dan antara aset yang terlibat ialah tiga buah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, tiga buah bot dan sebuah pesawat bombardier rescue 103 yang diterbangkan dari Kerteh, Terengganu," katanya. Dalam operasi itu, katanya beberapa peralatan dipercayai milik bot tunda tersebut iaitu empat jaket keselamatan, empat set tali tunda, serpihan kayu dan tompokan minyak ditemui kira-kira 4.2 batu nautika dari lokasi kejadian pada jam 1.35 tengah hari Khamis. Nasir berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada seorang anak kapal yang selamat dikenali sebagai Martin Sembiring, 30, warganegara Indonesia berhubung kejadian itu. "Menurut mangsa ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju ke Kuala Pahang dan dia sempat terjun keluar dari bot tunda sebelum dirempuh kapal dagang yang tidak kenal pasti itu manakala anak kapal yang lain berada di dalam kabin," katanya. Nasir berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan daripada kapal dagang terbabit. "Apa yang dikesalkan kapal terlibat bertindak menghilangkan diri selepas melanggar bot tunda itu. Sepatutnya mereka membantu mangsa-mangsa ini. "Bagaimanapun kita akan menyiasat identiti kapal dagang itu untuk tindakan selanjutnya," katanya.- mstar
KUANTAN: Seorang warga Malaysia dikenal pasti antara enam anak kapal bot tunda YTC M5 yang masih hilang selepas berlanggar dengan sebuah kapal dagang dalam kejadian kira-kira 9.1 batu nautika dari Tanjung Gelang berhampiran pelabuhan Kuantan di sini, Khamis. Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Datuk Nasir Adam berkata lima lagi mangsa ialah warga Indonesia dan kesemua mereka yang terlibat dalam insiden kira-kira jam 5 pagi itu berumur lingkungan 20 hingga 30-an. Beliau memberitahu sidang media di sini operasi mencari dan menyelamat bermula jam 12 tengah hari sejurus selepas mendapat maklumat daripada polis kira-kira jam 11.15 pagi. "Ia kemudian turut disertai pasukan Polis Marin bersama lima anggota penyelam, Jabatan Laut dan Tentera Laut Diraja Malaysia dan antara aset yang terlibat ialah tiga buah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, tiga buah bot dan sebuah pesawat bombardier rescue 103 yang diterbangkan dari Kerteh, Terengganu," katanya. Dalam operasi itu, katanya beberapa peralatan dipercayai milik bot tunda tersebut iaitu empat jaket keselamatan, empat set tali tunda, serpihan kayu dan tompokan minyak ditemui kira-kira 4.2 batu nautika dari lokasi kejadian pada jam 1.35 tengah hari Khamis. Nasir berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada seorang anak kapal yang selamat dikenali sebagai Martin Sembiring, 30, warganegara Indonesia berhubung kejadian itu. "Menurut mangsa ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju ke Kuala Pahang dan dia sempat terjun keluar dari bot tunda sebelum dirempuh kapal dagang yang tidak kenal pasti itu manakala anak kapal yang lain berada di dalam kabin," katanya. Nasir berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan daripada kapal dagang terbabit. "Apa yang dikesalkan kapal terlibat bertindak menghilangkan diri selepas melanggar bot tunda itu. Sepatutnya mereka membantu mangsa-mangsa ini. "Bagaimanapun kita akan menyiasat identiti kapal dagang itu untuk tindakan selanjutnya," katanya.- mstar
TOP
Pasukan Khas Bukit Aman Siasat Suspek Kes Culik
Jalaluddin Abdul Rahman.
KOTA KINABALU: Pasukan khas dari Bukit Aman sedang menyoal siasat suspek yang ditahan selepas seorang individu disyaki bersubahat dengan penculikan untuk wang tebusan (KFR) ditembak di Semporna pada 26 Oktober lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pasukan itu akan melakukan siasatan dengan lebih lanjut mengenai penglibatan mereka yang ditahan dan hubungan dengan kumpulan penculik terbabit. Beliau berkata demikian selepas Wahab Atab @ Botak, lelaki berusia 34 tahun dari Kampung Balimbang Semporna menyerah diri kepada polis pada 27 Oktober lalu selepas dinamakan sebagai salah seorang daripada enam individu dikehendaki bagi membantu siasatan membabitkan jenayah rentas sempadan. Awal bulan ini, polis menahan tiga individu yang dipercayai bersubahat dengan kumpulan penculikan itu manakala pada Sabtu polis menembak mati seorang lelaki yang disyaki menceroboh perairan Pulau Bangau-Bangau di Semporna dengan menaiki bot laju. Ini berikutan penahanan seramai tujuh lelaki dan dua wanita di sekitar Semporna. Sementara itu, polis Sabah mengadakan latihan menguji keupayaan dan kecekapan selama dua hari sejak Rabu di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZone). Jalaluddin berkata latihan itu, yang dikenali sebagai Ops Gempar, dijalankan sebagai persediaan menghadapi sebarang ancaman di 10 daerah terlibat di pantai timur Sabah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna and Tawau. "Mungkin penduduk di sekitar ESSZone agak terkejut dengan kehadiran banyak kenderaan polis dan sekatan jalan raya. Itu hanya latihan," katanya. Jalaluddin berkata latihan itu perlu bagi memastikan polis negeri sentiasa bersiapsedia dan cepat dalam menangani sebarang ancaman di ESSZone seperti kegiatan pencerobohan dan rompakan.- mstar
KOTA KINABALU: Pasukan khas dari Bukit Aman sedang menyoal siasat suspek yang ditahan selepas seorang individu disyaki bersubahat dengan penculikan untuk wang tebusan (KFR) ditembak di Semporna pada 26 Oktober lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pasukan itu akan melakukan siasatan dengan lebih lanjut mengenai penglibatan mereka yang ditahan dan hubungan dengan kumpulan penculik terbabit. Beliau berkata demikian selepas Wahab Atab @ Botak, lelaki berusia 34 tahun dari Kampung Balimbang Semporna menyerah diri kepada polis pada 27 Oktober lalu selepas dinamakan sebagai salah seorang daripada enam individu dikehendaki bagi membantu siasatan membabitkan jenayah rentas sempadan. Awal bulan ini, polis menahan tiga individu yang dipercayai bersubahat dengan kumpulan penculikan itu manakala pada Sabtu polis menembak mati seorang lelaki yang disyaki menceroboh perairan Pulau Bangau-Bangau di Semporna dengan menaiki bot laju. Ini berikutan penahanan seramai tujuh lelaki dan dua wanita di sekitar Semporna. Sementara itu, polis Sabah mengadakan latihan menguji keupayaan dan kecekapan selama dua hari sejak Rabu di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZone). Jalaluddin berkata latihan itu, yang dikenali sebagai Ops Gempar, dijalankan sebagai persediaan menghadapi sebarang ancaman di 10 daerah terlibat di pantai timur Sabah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna and Tawau. "Mungkin penduduk di sekitar ESSZone agak terkejut dengan kehadiran banyak kenderaan polis dan sekatan jalan raya. Itu hanya latihan," katanya. Jalaluddin berkata latihan itu perlu bagi memastikan polis negeri sentiasa bersiapsedia dan cepat dalam menangani sebarang ancaman di ESSZone seperti kegiatan pencerobohan dan rompakan.- mstar
TOP
Hutang Disokong Oleh Aset Kukuh - 1MDB
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata semua hutangnya disokong oleh aset kukuh, yang berjumlah RM44.67 bilion sehingga tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013.
Syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu berkata jumlahnya "melebihi nilai jumlah hutangnya sebanyak RM37 bilion bagi tempoh sama".
"Kami tidak pernah terlepas jadual pembayarannya, kami juga tidak berhasrat untuk berbuat demikian," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.
Ia menyatakan perniagaan hartanahnya dengan projek-projek seperti Tun Razak Exchange dan projek berkembarnya Bandar Malaysia akan membawa kepada kemasukan modal ke negara ini.
"Memandangkan kami terus meningkatkan nilai aset hartanah kami, membolehkan kami meneruskan pengewangan (menukarkan aset ke dalam bentuk wang), dengan dana yang dijana digunakan untuk memacu pertumbuhan masa depan dan mengurangkan paras hutang kami," katanya.
Mengenai perbincangan berhubung jumlah yang dibayar oleh 1MDB bagi aset hartanah dan tenaga, syarikat itu berkata ia hanya membeli aset yang mempunyai nilai menarik untuk perniagaan tersebut.
"Kami mengambil pandangan jangka panjang dan mempertimbang sinergi yang lebih luas bagi kumpulan, serta kesan ekonomi dan sosial kepada negara, apabila kami menilai aset dan membuat unjuran ke atas pulangan ekonomi," kata 1MDB.
Ia membeli beberapa aset tenaga sejak 2012, sejajar dengan matlamat strategik kerajaan untuk memastikan keselamatan tenaga Malaysia.
Berhubung jumlah yang dibayar bagi tanah yang menjadi tumpuan utama di Air Itam, Pulau Pinang, 1MDB berkata harga yang dibayar sepadan dengan nilai keseluruhan tanah itu.
"Harga yang dibayar oleh pemaju lain untuk membeli tanah di kawasan berhampiran iaitu lebih RM200 satu kaki persegi, jauh lebih tinggi daripada jumlah yang kami bayar," katanya.
1MDB berkata saiz tanah yang dibeli itu membolehkan mereka membina hampir 10,000 rumah mampu milik dan selebihnya akan digunakan bagi tujuan pembangunan lain untuk menjana nilai yang besar.
Mengenai dakwaan 1MDB menerima layanan istimewa bagi tender untuk projek tenaga, katanya Konsortium 1MDB-Mitsui memenangi bidaan secara adil seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
"Sebarang pemberian tender berdasarkan beberapa pertimbangan untuk memastikan bekalan tenaga dengan kos yang cekap dan selamat kepada pengguna," katanya.
1MDB berkata ia juga tidak berjaya dalam tender lain seperti bidaan loji berkuasa gas di Prai dan loji berkuasa arang batu 1000-megawat, walaupun menawarkan harga bidaan paling rendah bagi bidaan Prai itu. - mstar
TOP
Kes Liwat II: Misteri DNA Lelaki Y
Anwar Ibrahim bersama peguamnya, N. Surendran (kanan).
PUTRAJAYA: Pembelaan hari ketiga perbicaraan rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan lebih merujuk kepada beberapa isu sampel DNA yang dicemari Lelaki Y. Peguam Ramkarpal Singh berkata, kemungkinan ada lagi penyumbang kepada sampel DNA itu. Tambah beliau, ahli kimia tidak melaporkannya walaupun jumlah yang ditemui mencukupi untuk membuat laporan berdasarkan garis panduan Jabatan Kimia. "Ini adalah isyarat kecemasan, boleh saya tujukan kepada semua ahli sains," jelas Ramkarpal ketika menggulung hujahnya. Katanya, Mahkamah Rayuan sendiri terlalai kerana tidak mengambil kira pihak pendakwaan yang tidak mempunyai hujah dalam bantahan terhadap pencemaran itu. Pada Rabu, pembelaan berhujah bahawa profil DNA Lelaki Y dalam kes Liwat II bukan milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Peguam Sangeet Kaur Deo berkata, tiada keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan liwat pada identiti Lelaki Y. Beliau berhujah bahawa profil DNA diperolehi dari tiga barang- berus gigi, tuala Good Morning dan sebotol air mineral - yang dirampas dari Anwar selepas beliau ditahan semalaman di sel Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur. Sangeet berkata, dalam kes pendakwaan, DNA yang ditemui pada barang-barang dari sel itu sepadan dengan DNA yang ditemui di dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan. "Namun tidak ada bukti DNA itu milik siapa. Jadi mereka meletakkan Lelaki Y. Persoalannya siapakah Lelaki Y itu?" katanya yang menolak dan menganggap mustahil Lelaki Y itu dikaitkan dengan Anwar. Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Anwar atas kesalahan meliwat Mohd Saiful atas alasan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti mengenai integriti sampel DNA yang diambil daripada Saiful Bukhari. Mahkamah telah memutuskan bahawa sampel itu boleh terjejas sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis. Pada 7 Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi dan mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful Bukhari. Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hakim perbicaraan itu terkhilaf apabila meragui integriti sampel berdasarkan keterangan dua pakar saksi yang dipanggil oleh pihak pembelaan. Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan itu yang didakwa dilakukan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.40 petang pada 26 Jun 2008. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Dan ini kes liwat kedua terhadap Anwar.- mstar

Ada Hikmah Disebalik Keguguran Ellie Suriaty
Raih Anugerah Penagrah Harapan bakar semangat Ellie Suriaty.
PETALING JAYA: Pengarah filem Penanggal, Ellie Suriaty menganggap rezeki kerana kemenangannya meraih anugerah Pengarah Harapan pada Malam Perasmian, Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26) merupakan hikmah disebalik keguguran yang dialami ketika penggambaran filem tersebut. Ellie berkata, dia tidak pernah menyesali kejadian yang berlaku penghujung tahun 2011 itu kerana menganggap ia hanya sebagai ujian yang diberikan oleh Allah. "Saya tidak terlalu bersedih atas kejadian tersebut kerana filem Penanggal ini saya buat tentang filem seram dengan berunsur ketuhanan jadi saya anggap ia sebagai ujian daripada Allah. "Saya tahu Allah ambil anak saya dan letakkannya di syurga dan sekarang ini hikmah yang Allah gantikan kepada saya," ujarnya ketika ditemui selepas acara itu di Hotel Empire Subang, di sini, malam Rabu.
Ellie menerima trofi daripada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari (tengah). Turut kelihatan Pemangku Ketua Pengarah Finas, Dr Megat Al-Imran Yasin (kiri) dan Pengerusi Finas, Datuk Md. Afendi Hamdan
Dalam pada itu, Ellie berkata, kejayaan tersebut memberi semangat kepadanya untuk mengarah lebih banyak lagi filem jika diberi kepercayaan pihak penerbit. Dia juga dalam perancangan untuk menghasilkan sekali lagi filem genre seram seperti Penanggal. "Sudah tentu semangat saya membuak-buak untuk berkarya dengan lebih baik lagi, saya harap orang tidka muak untuk tonton filem seram saya sekali lagi. "Walaupun cerita hantu tetapi ada mesej berat yang saya ingin sampaikan dan bukannya hanya hantu semata-mata," ujarnya. Sementara itu, Ellie turut mengakui penglibatan Allahyarham Datuk Sharifah Aini dalam filem itu memberi aura dan kelebihan terhadap karya berkenaan. Katanya, Allahyarham merupakan seorang yang mudah memberikan kerjasama dalam pembikinan filem tersebut. "Saya beritahu penerbit untuk ambil Allahyarham kerana saya mahu pinjam kekuatan aura gelaran Sharifah yang ada pada dia. "Selepas itu saya sendiri berjumpa dengan dia dan memberitahu tentang tawaran itu. Alhamdulillah, dia terima dan memberi kerjasama yang sangat baik," katanya. Selain memenangi Pengarah Harapan, filem tersebut turut membolot anugerah Penataan Seni Terbaik melalui Nazrul Asraff.- mstar

Dua Lelaki Disyaki Perompak Ditembak Mati
Polis mengepung lokasi suspek dilihat berada di Penampang Baru.
KOTA KINABALU: Tindakan pantas polis mengepung kawasan Penampang Baru menyaksikan dua lelaki disyaki perompak ditembak mati dan seorang wanita ditahan selepas insiden berbalas tembakan dengan polis kira-kira 6 kilometer dari sini pada Khamis. Namun, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman tidak akan mendedahkan maklumat terperinci mengenai insiden itu dalam sidang media kerana siasatan sedang dijalankan. Difahamkan polis telah mengekori lelaki terbabit sebelum menahan mereka di hadapan beberapa rumah kedai dalam insiden kira-kira pukul 4 petang itu. Saksi berkata, mereka terdengar beberapa bunyi das tembakan selama seminit menyebabkan orang ramai bertempiaran lari. Sumber berkata, dua lelaki yang maut itu mungkin terlibat dengan insiden rompakan di sekitar ibu negeri itu dan Penampang baru-baru ini. Awal hari ini, Jalaluddin berkata, dua individu membantu polis dalam kes cubaan merompak di Penampang pada Isnin.- mstar

Wanita Sempat Beritahu Ditikam Kekasih Sebelum Maut
KOTA KINABALU: Ungkapan terakhir seorang wanita sebelum menghembuskan nafas terakhir membantu menyelesaikan kes pembunuhan terhadap dirinya dengan kejam.
Mayat Hamida Laka, 29, ditemui di sebuah ladang kira-kira pukul 3.30 petang di Kampung Mesilau, Kundasang, selepas mangsa sempat memberitahu abangnya bahawa dia ditikam oleh teman lelakinya.
Mangsa meninggal dunia dua jam kemudian dengan beberapa kesan tikaman di dada dan belakang.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan kira-kira pukul 6.40 petang selepas keluarga Hamida membuat laporan polis.
"Lelaki tersebut menafikan dia melakukan jenayah itu.
"Difahamkan motif kejadian didorong oleh sikap cemburu," katanya.
Hamida disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 5.10 petang dan mayatnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk bedah siasat.- mstar
TOP
Badan Peguam Jelaskan Isu Berkaitan Resolusi Ke Atas Bekas Hakim
KUALA LUMPUR: Badan Peguam Malaysia menegaskan, pendirian mereka berhubung bekas hakim kembali beramal sebagai peguam dan menghadiri prosiding mahkamah adalah sama sepertimana resolusi yang diputuskan pada mesyuarat agung mereka yang ke-68, 15 Mac lalu, demikian kata presidennya,Christopher Leong pada lewat Khamis.
Dalam resolusi tersebut, para peguam memutuskan bahawa bekas-bekas hakim dari mahkamah yang lebih tinggi (Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) haruslah dilarang atau dikawal oleh undang-undang daripada bertindak sebagai peguam di mahkamah.
Dan untuk mencapai objektif tersebut, mesyuarat agung Badan Peguam Malaysia meminta Majlis Peguam Malaysia mengemukakan syor kepada Pejabat Peguam Negara agar satu pindaan ke atas Akta Profesion Guaman 1976 dibuat dengan segera di parlimen.
Majlis Peguam juga dipertanggungjawabkan untuk memberi penerangan kepada awam mengapa Badan Peguam Malaysia mengemukakan syor sedemikian.
Leong membuat penjelasan sedemikian selepas sekumpulan peguam telah mempertikaikan mengapakah Badan Peguam Malaysia tidak mengeluarkan sebarang reaksi atau respon di atas kehadiran bekas hakim persekutuan, Datuk Gopal Sri Ram muncul di mahkamah mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya yang sedang berlangsung sekarang sedangkan kata mereka, satu resolusi telah dicapai dalam mesyuarat agung badan tersebut Mac lalu yang memutuskan untuk tidak membenarkan bekas hakim muncul di mahkamah sebagai peguam lagi.
Dalam hal ini, Leong menegaskan yang Badan Peguam memandang pelbagai komen berhubung keputusan yang dicapai dalam resolusi berkenaan dengan penuh teliti dan serius.
Namun katanya, pendirian badan berkenaan tidak berubah dan masih berpegang kepada resolusi yang dicapai.
Kata Leong, resolusi berkenaan dengan jelas dan nyata menyatakan apa yang telah dicapai dan diputuskan oleh para peguam.
Berdasarkan edaran resolusi itu kepada pihak media, ia dengan jelas menyatakan bahawa keputusan tersebut perlu dibawa terlebih dahulu oleh Majlis Peguam kepada pengetahuan Pejabat Peguam Negara agar satu pindaan ke atas Akta Profesion Guaman dapat dibuat di parlimen bagi melaksanakannya.
Ini bermakna, sehingga satu pindaan dibuat di parlimen ke atas akta berkenaan, resolusi tersebut hanyalah sekadar resolusi yang belum lagi dikuatkuasakan sebagai undang-undang.
Dalam konteks ini, Badan Peguam Malaysia menjelaskan bahawa Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa buat masa ini, tidak terdapat mana-mana peruntukkan di dalam undang-undang yang boleh menghalang mana-mana bekas hakim daripada muncul sebagai peguambela dan peguamcara di mahkamah.
Dan kata Leong, Badan Peguam Malaysia juga turut mengambil kira keputusan Mahkamah Persekutuan yang melihat pelantikan seorang peguam terkemuka sebagai pendakwaraya kanan dalam kes Anwar tidak melanggari mana-mana peruntukkan dalam undang-undang.
Bagaimanapun untuk sebab-sebab yang berbeza, isu dan keperihatinan utama Badan Peguam Malaysia ke atas kedua-dua perkara tersebut ialah terdapatnya kebarangkalian yang keadilan tidak akan dapat ditegakkan atau dilihat sebagai tidak dapat ditegakkan oleh undang-undang.
Selain daripada itu, jelas Leong, Badan Peguam Malaysia tidak berhasrat untuk membuat apa-apa komen berhubung isu ini selagi kes berkenaan masih berjalan di mahkamah.- mstar
TOP
6 Dikhuatiri Hilang Kapal Dagang Langgar Bot Tunda
Operasi mencari enam lagi anak kapal yang masih hilang giat dijalankan.
KUANTAN: Enam anak kapal sebuah bot tunda dikhuatiri hilang selepas sebuah kapal dagang melanggar bot dinaiki mereka di perairan Kuantan kira-kira 9.1 batu nautika dari Tanjung Gelang, di sini, awal pagi Khamis. Kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu dipercayai berlaku semasa tujuh anak kapal berada di dalam bot tunda tersebut sebelum dirempuh kapal berkenaan. Menurut Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim, Datuk Nasir Adam, seorang daripada mereka berjaya diselamatkan sebuah bot nelayan yang kebetulan melalui kawasan itu manakala enam lagi masih hilang. Mangsa yang terselamat dikenali sebagai Martin Sembiring, 30, dari Indonesia. Katanya, bot tunda jenis YTC M5 itu dinaiki lima warga Indonesia dan seorang warga tempatan dan difahamkan kapal dagang yang melanggar bot mereka itu beredar daripada lokasi kejadian. "Satu laporan polis telah dibuat dan operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan," katanya pada sidang media di sini, petang Khamis. Operasi mencari dan menyelamat diketuai APMM dengan dibantu polis serta bomba kini sedang giat dijalankan.- mstar

KUALA LUMPUR: Sebuah beg pakaian yang dipercayai mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di bawah jejantas di hadapan sebuah bank di Jalan Medan Tunku 1 di sini, diletupkan Unit Pemusnah Bom (UPB), sebentar tadi.
Bahan letupan itu diletupkan sebanyak dua kali iaitu kira-kira pukul 7.40 malam dan lima minit kemudian.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah mengesahkan bahan letupan itu diletakkan didalam sebuah bagasi berwarna kelabu.
Beg yang dimusnahkan UPB itu dipercayai ditinggalkan seorang individu kira-kira pukul 4 petang Khamis.
Difahamkan polis masih lagi mengawal ketat lokasi kejadian. - mstar
TOP
Janda Ditahan Terbabit Kes Penipuan Bernilai RM16,500
KANGAR – Seorang janda yang juga bekas banduan berusia 32 tahun ditangkap di sini Ahad lalu selepas terbabit dalam lima kes penipuan membabitkan kerugian RM16,500.
Suspek didakwa memperdayakan beberapa mangsa untuk menyerahkan barang kemas dan telefon bimbit mereka dalam kejadian sekitar Julai hingga Oktober tahun ini.
Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron, berkata sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial menahan suspek dalam satu serbuan di sebuah rumah di Padang Siding, Arau, pada 26 Oktober lalu.
Zull Aznam berkata, semua barang rampasan ditemui di rumah berkenaan pada tubuh suspek dan kedai pajak gadai.
“Suspek sebelum ini pernah ditahan dan dipenjarakan lebih kurang dua tahun atas kesalahan yang sama namun dia mengulangi kegiatannya selepas dibebaskan April lalu.
“Suspek direman mulai 27 Oktober sehingga 30 Oktober dan reman itu akan disambung untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi. – BH Online
TOP
UN DPA Dedah Rancangan Jahat Israel
PKPIM menyatakan kekesalan terhadap sikap dan tindakan para pemimpin Israel yang terus-menerus melakukan pencerobohan secara sistematik dan terancang ke atas bumi Palestin. Bukan sekadar itu sahaja, Israel kini sedang merencanakan usaha merampas Masjid al-Aqsa iaitu Tanah Suci ketiga umat Islam, dan juga merupakan tapak warisan peradaban antara tertua di dunia.
Kami merujuk kenyataan Jeffrey Feltman, Ketua Jabatan Perhubungan Politik Pertubuhan Bangsa Bersatu (United Nation Department of Political Affair – UN DPA) semalam yang menggesa Israel menghentikan rancangannya untuk membina 1000 lagi penempatan baharu di Timur Jerusalem. Menurut beliau, pembinaan penempatan baharu ini adalah pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa dan kontradik dengan pelan “two-states solution”.
Dalam masa yang sama, usaha penggalian bawah tanah di dalam kompleks Masjid al-Aqsa sedang giat dijalankan oleh pihak Israel. Beberapa insiden pencerobohan golongan ekstrimis agama Yahudi ke dalam kawasan Masjid al-Aqsa juga semakin kerap berlaku. Lebih mengecewakan apabila pencerobohan ini direstui oleh pimpinan Israel dan disokong oleh pihak bersenjata Israel.
PKPIM mengutuk keras tindakan dan sikap angkuh para pimpinan Israel yang sesuka hati mencabuli undang-undang dunia. Sememangnya Israel terkenal dengan kesombongannya dan sewenang-wenangnya memperlakukan Palestin. Luka di hati masyarakat dunia masih belum sembuh pasca peristiwa serangan Israel ke atas Gaza beberapa bulan yang lalu, kini Israel mencipta onar lagi.
Pencerobohan seperti ini bukanlah kali pertama berlaku dalam sejarah Palestin. Pada tahun 1994, di Bandar Al-Khalil (Hebron), Masjid Ibrahimi telah dicerobohi oleh seorang pelampau Yahudi yang masuk ke masjid dan melepaskan tembakan rambang sehingga menyebabkan kematian puluhan jemaah yang sedang bersolat, manakala ratusan yang lain turut cedera. Apa yang berlaku kini, Masjid Ibrahimi di Bandar al-Khalil dibahagi kepada dua bahagian; satu bahagian untuk umat Islam, dan satu lagi untuk umat Yahudi.
Ini tidak dapat diterima akal. Orang Yahudi punya tempat ibadat yang tersendiri, mengapa menceroboh tempat ibadat penganut agama lain? Jelas, ini pencabulan terhadap prinsip dan hak kebebasan beragama yang sewajarnya dihormati secara bersama oleh seluruh penduduk dunia.
Justeru, PKPIM menyeru masyarakat Malaysia khususnya dan masyarakat dunia amnya, untuk bersama-sama bersatu menyelamatkan Masjid al-Aqsa dan mempertahankan hak kaum tertindas. Penjajahan Israel ke atas Palestin adalah tidak sah di sisi undang-undang, dan Kuasa Besar dunia hanya mendiamkan diri sahaja atas kezaliman nyata yang dilakukan. Justeru, kita sebagai rakyat dan penduduk dunia yang akan menghakimi Israel!
PKPIM dan seluruh badan gabungan kami juga menyatakan sokongan padu terhadap NGO Malaysia yang dibentuk untuk kempen Selamatkan al-Quds yang terdiri daripada pertubuhan antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Permuafakatan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM), Aqsa Syarif, Aman Palestin, Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) dan lain-lain. NGO ini telah mengeluarkan kenyataan media mereka semalam dalam sidang media yang berlangsung di Wisma Bernama.
Dengan ini, PKPIM sekali lagi menyatakan sikap dan pendirian kami menolak sebarang usaha pembinaan penempatan haram Israel dalam kawasan Jerusalem. Kami juga menolak dan membantah tindakan pencerobohan golongan yahudi ke dalam kawasan Masjidil Aqsa dan usaha keji mereka melakukan penggalian bawah tanah di kawasan tersebut yang bakal merosakkan struktur tapak warisan peradaban dunia ini.
PKPIM sekali lagi menyeru masyarakat Malaysia menyokong usaha dan kempen menyelamatkan Masjid al-Aqsa dan mengenakan tekanan global terhadap Israel dan sekutu kuat mereka. Sekiranya sebahagian masyarakat Eropah dan Amerika Latin berusaha memberi tekanan dan memperjuangkan nasib rakyat Palestin, apakah kita masih terus berdiam diri?
Sesungguhnya perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan adalah tugas kita bersama. Palestin akan dibebaskan suatu hari nanti. – HARAKAHDAILY 30/10/2014
TOP
Tikaman Tunggu Azan Maghrib Di Sabah
Kota Kinabalu – Hajat seorang lelaki warga asing untuk menghirup segelas Milo terbantut apabila ditikam dengan gunting oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di sebuah restoran di Api-Api Centre, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.50 petang, mangsa yang tidak dikenali berusia 50-an, cedera di belakang badan sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan, mangsa yang minum seorang diri dengan berpakaian jubah dan berserban dikatakan baru memesan minuman panas di restoran berkenaan sementara menunggu azan Maghrib.
Ketika menunggu pesanan air tiba, salah seorang pelayan terdengar bunyi kerusi jatuh sebelum meninjau ke arah ruang makan.
Pelayan terbabit terkejut melihat mangsa terduduk di atas lantai dalam keadaan belakang jubahnya berlumuran darah.
Pada masa sama, individu yang menikam mangsa dipercayai sudah melarikan diri.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. – myMetro Online
TOP
Anggota Polis Kemaruk Cium Kaki Wanita
Houston – Seorang anggota polis ditahan selepas dia didakwa menawar untuk melepaskan seorang wanita yang didakwa melakukan kesalahan sekiranya dia dibenar mencium kaki wanita itu.
Patrick Quinn, 26, dilapor menahan kereta wanita itu pada Ogos lalu kerana insurans kenderaan itu tamat tempoh.
Quinn memberitahu wanita itu dia terbau ganja di dalam kereta berkenaan. Wanita itu menafikannya.
Anggota polis itu kemudian melakukan pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut sementara wanita itu menunggu di dalam kereta peronda.
Quinn didakwa memberitahu wanita itu mengenai kegemarannya mencium kaki wanita dan menawar melepaskannya jika dia dibenar mencium kakinya.
Dia juga memberitahu mangsa mengenai keinginan menjilat kaki itu, menurut penolong pendakwa raya Daniel Werlinger.
Wanita itu menanggalkan kasutnya tetapi Quinn mengubah fikiran.
“Dia memberinya satu lagi pilihan. Memandangkan wanita itu memakai skirt, Quinn menawar melepaskannya jika dia memberi seluar dalamnya,” kata Werlinger.
Dia melepaskan wanita itu tanpa mencium atau menjilat kaki wanita berkenaan.
Wanita itu membuat laporan polis dan penyiasat mengenal pasti Quinn menerusi kesan jari pada kad insurans mangsa.- Agensi
TOP
Peniaga Bogelkan Pencuri Di Khalayak Ramai
Zhejiang – Seorang wanita hampir ditelanjangkan di khalayak ramai selepas baju dan colinya ditanggalkan oleh seorang peniaga yang menangkapnya mencuri.
Peniaga berkenaan dirakam bertindak demikian oleh orang ramai di bandar Wenzhou di wilayah Zhejiang, timur China, semalam, selepas dia menangkap wanita berkenaan, Yu Chung, 28, mencuri pakaian di kedainya.
Pemilik kedai Mei Hsueh, 39, yang berang dengan perbuatan Yu, memberitahu polis, dia menanggalkan baju dan coli Yu kerana mahu mengajar dan menghalang dia melarikan diri.
“Pencuri ini cuba mencuri pakaian saya. Kerana itu saya mengambil pakaiannya pula supaya dia akan berfikir dua kali sebelum mengulangi perbuatan itu.
“Saya juga mahu menjadikan kejadian ini pengajaran kepada semua pencuri lain,” kata Mei.
Pemilik kedai itu mulanya menarik pakaian Yu sebelum menanggalkan colinya dan mencampakkannya ke jalan raya.
Satu gambar dirakam menunjukkan wanita muda itu jatuh ke lantai sambil memaut kaki peniaga itu dan merayu colinya dikembalikan supaya dia boleh menutup dirinya daripada orang ramai.
Jurucakap polis Chi Tuan berkata, Yu ditahan dan akan didakwa dengan tuduhan mencuri sementara tiada tindakan diambil terhadap Mei. – Agensi
TOP
Blog atau Forum yang Menjana Pendapatan Turut Kena GST Mulai 1 April 2015
Sebelum ini Siakapkeli ada menyiarkan berkenaan perniagaan online seperti di laman sosial Facebook perlu mempamerkan lesen perniagaan. Perkara tersebut mungkin untuk memudahkan pihak kerajaan untuk memungut cukai GST.
Terkini menurut maklumat yang pihak Siakapkeli terima, Kesemua pemilik blog, website, dan juga forum yang mana menjana pendapatan melalui platform tersebut juga turut dikenakan GST.
Bagaimanapun platform online yang tidak menjana pendapatan pula terkecuali dalam perkara ini. Seperti yang kita tahu dengan perlaksaan GST yang menggantikan cukai sedia ada.
GST yang berkonsepkan cukai secara menyeluruh dan adil yang mana sebarang perniagaan termasuk secara online juga tidak akan terkecuali. - Siakapkeli.com
TOP
Lelaki Kudung Mengaku Rogol Anak Saudara
KOTA BHARU - Seorang lelaki kudung tangan kanan mengaku salah atas tuduhan merogol anak saudaranya, di mahkamah sesyen, di sini, sebentar tadi.
Penganggur berusia 56 tahun tersebut mengaku dituduh merogol remaja yang ketika itu berusia 16 tahun di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Dabong, Kuala Krai.
Kejadian berlaku pada jam 2 pagi hingga 4 pagi, Julai, tahun lalu.
Hakim, Mohd Yusoff Yunus menetapkan 10 November depan untuk fakta dan hukuman. Jaminan tidak dibenarkan.
Dalam perkembangan lain, seorang penoreh getah juga dari Dabong, Kuala Krai mengaku tidak salah, dua kali merogol anak kandungnya ketika mangsa berusia 15 dan 17 tahun.
Kejadian pertama berlaku di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Slow Pak Long, pada jam 1 pagi, September 2011, manakala kejadian kedua, di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Serasa Sri Mahligai, pada jam 12 tengah malam, 27 Mei lalu.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 2 Disember depan, sementara tertuduh tidak dibenarkan jaminan kerana tinggal serumah dengan mangsa. - Sinar Harian
TOP
Video : Polis Trafik Dilanggar Kereta Di Jalan Semantan
Kuala Lumpur, 30 Okt - Hari ini, satu video yang merakamkan kejadian seorang polis trafik yang sedang bertugas dirempuh oleh sebuah kereta perdana di Jalan Semantan, Kuala Lumpur, semalam telah dimuat naik di laman Youtube.
Mengikut video tersebut, polis tersebut dilihat berhenti di tengah jalan bagi memberhentikan trafik. Namun setelah beberapa saat polis tersebut dilihat berada di tengah jalan, sebuah kereta perdana datang merempuhnya dari bahagian sisi belakang.
Akibat rempuhan itu, polis tersebut bersama motornya tercampak beberapa meter dari tempat kejadian. Selepas kejadian, anggota polis trafik dan juga orang awam membantu mangsa
Jika dilihat pada saat kejadian, boleh dilihat kesan tayar akibat brek di atas jalan kerana pemandu tersebut cuba brek secara mengejut. - SiakapKeli.com

CEO Apple : Saya Bangga Menjadi Gay
CEO kepada syarikat gergasi, Apple, hari ini mengesahkan statusnya sebagai gay di dalam satu ruangan pendapat yang disiarkan oleh Businessweek.
"Walaupun saya tidak pernah menafikan seksualiti saya, saya belum mengakuinya secara terbuka, sehingga kini," tulis Cook. "Jadi, saya ingin menjelaskan: Saya bangga menjadi gay, dan saya anggap menjadi gay di antara hadiah yang paling besar tuhan telah berikan kepada saya."
Menurut Cook, dia berharap agar pengakuannya ini dapat membantu orang lain yang mempunyai sifat seksualiti sama sepertinya untuk mengekspresskan diri mereka masing-masing. - SiakapKeli.com
TOP
Video Ini Pasti Akan Mengubah Persepsi Anda
Masalah gelandangan di Amerika Syarikat semakin teruk sejak masalah ekonomi dunia melanda pada tahun 2010.
Ramai penduduknya telah menjadi gelandangan apabila rumah mereka dirampas bank setelah mereka gagal membayar wang sewaan.
Apa yang pasti, bukan kehendak mereka untuk dijadikan sebegini dan mungkin anda patut bersyukur dengan limpah kurnian rezeki yang anda miliki sekarang.
Sebuah video berdurasi 3.27 minit yang dibawakan oleh OckTV ini pasti akan membuatkan persepsi anda berubah mengenai apa itu sifat ‘kemanusian’. Melalui video tersebut, sekumpulan lelaki telah membuat kajian bagi mengetahui apa akan terjadi sekiranya seorang lelaki biasa meminta makanan kepada orang awam. Hasilnya memang sangat mengejutkan kerana rata-rata masyarakat tidak memberikan sedikit makanan pun kepada mereka. Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila mereka meminta makanan kepada golongan gelandangan. Hasilnya memang sangat membuka mata kita, bayangkan..golongan miskin kota dan warga tidak berumah ini pula yang menghulurkan makanan lalu berkongsi bersama peminta tersebut. Mungkin bagi kita, pertolongan lelaki berhati murni ini tidaklah seberapa, tetapi bagi gelandangan itu mungkin ianya sangat bermakna buatnya, sehingga menitiskan air mata. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

PBB Diminta Desak Israel Henti Pembinaan Di Baitulmaqdis
Mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) di Geneva semalam membincang perancangan Israel untuk membina lebih banyak rumah baharu di kawasan pendudukan Palestin. - Foto AP
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – Palestin menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mendesak Israel agar membatalkan segera hasratnya untuk membina lebih banyak rumah di kawasan pendudukan Yahudi, pada mesyuarat tergempar bagi meredakan ketegangan di timur Baitulmaqdis. Majlis keselamatan 15 anggota itu mengadakan pertemuan semalam atas permintaan Jordan selepas Israel mengumumkan rancangannya Isnin lalu untuk membina 1,000 rumah baharu di timur Baitulmaqdis – di kawasan yang dianggap oleh rakyat Palestin sebagai ibu negara masa depan mereka. “Israel sebagai pihak yang menceroboh, mesti didesak supaya menghentikan dengan serta-merta dan sepenuhnya semua aktiviti haram pendudukannya di seluruh wilayah Palestin, termasuk di timur Baitulmaqdis,” kata Duta Palestin, Riyad Mansour pada mesyuarat itu. Mesyuarat berkenaan tidak merumuskan sebarang resolusi ataupun mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya yang mengutuk Israel. Namun Israel tetap diberikan kecaman oleh beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, yang mahukan tindakan sebelah pihaknya dihentikan termasuk perluasan kawasan pendudukan. “Tindakan untuk memperluaskan aktiviti pendudukan akan hanya meningkatkan ketegangan yang sudah cukup tegang,” kata wakil Amerika Syarikat, David Pressman. Duta Britain, Mark Lyall Grant memberi amaran bahawa pembinaan rumah Yahudi yang sedang dilakukan di wilayah Palestin menyebabkan sukar bagi rakan Israel mempertahankannya daripada tuduhan yang ia tidak serius untuk mencapai perdamaian. – AFP

Newcastle Tempah Pertembungan Dengan Tottenham
PEMAIN tengah Newcastle United, Rolando Aarons (dua dari kanan) berlaga dengan pertahanan Manchester City, Bacary Sagna (kanan) dalam aksi perlawanan Piala Liga Inggeris, awal pagi tadi. - Foto AFP
LONDON – Newcastle United menambah derita Manchester City dengan kemenangan 2-0 di laman lawan, Etihad, awal pagi tadi sekali gus menyingkirkan penyandang juara itu dalam kempen Piala Liga Inggeris, musim ini. Penyerang muda, Rolando Aarons meletakkan skuad bimbingan Alan Pardew itu di depan seawal minit keenam sebelum pemain gantian, Moussa Sissoko menambah gol kedua perlawanan ketika perlawanan berbaki 14 minit yang membawa Newcastle ke suku akhir. “Ia persembahan yang menakjubkan daripada Newcastle malam ini. Semua yang kami mahukan daripada perlawanan ini terhasil,” kata Pardew yang menempah perlawanan suku akhir menentang kelab London, Tottenham Hotspur. Kekalahan menyaksikan City, yang kehilangan pemain tengah, David Silva terpaksa dipapah keluar akibat kecederaan gagal mencatat kemenangan daripada tiga perlawanan dalam semua perlawanan menjelang pertembungan tetangga menentang Manchester United, Ahad ini. “Kami tidak bermain dengan cukup baik,” kata pengurus Man City, Manuel Pellegrini kepada Sky Sports. “Kami melepaskan dua gol mudah dan tidak menggunakan peluang kami untuk menjaringkan gol.” Dalam satu lagi perlawanan, pemain Southampton, Graziano Pelle menambah jumlah jaringannya kepada sembilan musim ini ketika pelawat menewaskan Stoke City 3-2 di Stadium Britannia dan menempah tiket perlawanan menentang kelab di divisyen tiga liga, Sheffield United. Pemain kelahiran Itali itu meletakkan Southampton menerusi jaringan cantik daripada jarak 23 meter seawal minit keenam untuk jaringan pembukaan sebelum Shane Long meletakkan pelawat 2-0 di depan. Steven Nzonzi kembali merapatkan jurang buat Stoke pada babak kedua perlawanan diikuti jaringan Mame Biram Diouf yang menyamakan kedudukan pada minit ke-82 sebelum Pelle mengesahkan kemenangan Southampton ketika perlawanan berbaki dua minit untuk membawa skuad Ronald Koeman itu ke pertembungan lapan terakhir. Dalam pada itu, jaringan pada babak kedua oleh Erik Lamela dan Harry Kane memberikan Tottenham kemenangan 2-0 ke atas kelab divisyen dua, Brighton and Hove Albion. Liverpool yang menewaskan Swansea City 2-1 pada Selasa akan bertemu Bournemouth di suku akhir manakala Chelsea bertemu kelab Liga Kejuaraaan, Derby County. – AFP

Puluhan Ribu Orang Berarak Bantah Cukai Internet Di Hungary
BUDAPEST – Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan berarak di ibu kota Hungary di sini kelmarin kerana membantah rancangan kerajaan mengenakan cukai ke atas penggunaan internet bermula 2015.
Protes kedua sejak tiga lalu itu turut membayangkan perasaan tidak puas hati rakyat terutamanya golongan belia terhadap dasar Perdana Menteri Viktor Orban untuk meluaskan kuasa kerajaan sehingga menjejaskan sektor swasta.
Beberapa pemimpin penunjuk perasaan ketika berucap di luar Kementerian Ekonomi, menggesa Orban membatalkan rancangan untuk memaksa pembekal perkhidmatan internet membayar cukai bulanan sebanyak 700 forint (RM9.45) untuk pelanggan individu dan 5,000 forint (RM67.50) bagi entiti perniagaan.
Mereka mendakwa, cukai tersebut tidak akan diserap oleh pembekal internet seperti yang didakwa oleh kerajaan.
“Jumlah cukai internet yang ideal bukannya 700 atau 5,000 forint tetapi sifar,” kata seorang usahawan internet tempatan, Zsolt Varady ketika berucap di hadapan penunjuk perasaan di sini kelmarin.
Media Hungary melaporkan, protes tersebut disertai antara 35,000 hingga 40,000 orang.
Kerajaan Hungary mengumumkan rancangan tersebut minggu lalu tanpa berunding dengan pemain industri di negara itu mahu pun berbincang bersama anggota Parlimen parti politik pimpinannya, Fidesz.
Antara alasan yang diberikan kerajaan Hungary untuk melaksanakan cukai internet termasuk menggunakan hasil baharu itu untuk meningkatkan akses internet di kawasan pedalaman.
Mengulas cukai kontroversi itu, jurucakap Suruhanjaya Digital Kesatuan Eropah, Neelie Kroes berkata, rancangan Orban itu “pada dasarnya tidak bagus” dan boleh merencatkan pertumbuhan ekonomi. – AP
TOP
Keputusan Mendakwa Seseorang Tidak Dilakukan Sesuka Hati
PUTRAJAYA – Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini menegaskan beliau tidak membuat keputusan untuk melakukan pendakwaan secara sendiri dan “sesuka hati” tetapi berlandaskan undang-undang.
Katanya kuasa pendakwaan dijalankan secara berkira dengan mengambil kira laporan polis yang dibuat dan budi bicara yang meletakkan hak pada Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
“Keputusan pendakwaan dibuat secara bersama. Saya tidak ambil keputusan sendiri. Saya tidak boleh tuduh orang sesuka hati. Sama ada orang suka atau tidak ia bukan isu. Tetapi ia berlandaskan undang-undang,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Peguam Negara di sini.
Bercakap kepada Bernama selepas perhimpunan bulanan itu, Abdul Gani berkata beliau bersedia untuk disoal siasat sekiranya terdapat sebarang aduan rasmi dan bukti bahawa beliau menyalahgunakan kuasa dalam kes pendakwaan.
Beliau berkata mereka yang tidak berpuas hati boleh membuat laporan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Jika benar-benar saya ada salah guna kuasa, boleh laporkan. Saya tiada masalah,” kata Abdul Gani.
Dalam laporan media sebelum ini, Abdul Gani dikritik kerana didakwa diskriminasi, silap dan gagal dalam perjalanan budi bicara pendakwaan serta berlaku pertambahan dalam pertuduhan membabitkan Akta Hasutan 1948.
Bagi mengekalkan Jabatan Peguam Negara sebagai jabatan yang telus, Abdul Gani berkata tindakan tegas akan dikenakan ke atas pegawainya yang didapati terlibat dalam sebarang kesalahan undang-undang dan menimbulkan isu yang negatif.
“Kita tidak menunggu masa yang lama untuk mengambil tindakan. Apabila sesuatu isu timbul, kita akan keluarkan dulu pegawai itu dari tempatnya berkhidmat. Bersalah atau tidak itu perkara kedua, kita tidak tunggu keadaan jadi bertambah buruk. Dalam tempoh dua bulan sahaja kita akan ambil tindakan buang kerja atau tahan gaji,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai bentuk tindakan yang akan diambil bagi mencerminkan ketegasan jabatan terbabit terhadap kakitangannya.
Pada 2009, seorang Timbalan Pendakwa Raya Md Azar Irwan Mohd Arifin didakwa atas kesalahan meminda minit arahan kertas siasatan terhadap tiga suspek kes dadah. – BERNAMA
TOP
12,100 Orang Daftar Sebagai Pengikrar Penderma Organ
YAN – Seramai 12,100 orang di Kedah mendaftarkan diri sebagai pengikrar penderma organ sejak kempen itu dilancarkan pada Oktober 2010.
Ketua Penolong Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan Kedah Dr Norida Md Hanafiah berkata sejak Januari hingga September lepas, pihaknya juga mengumpul 971 orang pelbagai kaum yang bersedia menderma organ mereka selepas meninggal dunia.
Beliau berkata pihaknya akan mengadakan pameran bergerak di beberapa tempat seperti di Taman Jubli, Sungai Petani awal bulan depan berkaitan pendermaan organ bagi membolehkan masyarakat lebih memahami program itu.
“Kempen seperti itu mampu mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap pendermaan organ yang akan membantu pesakit lain yang memerlukan untuk meneruskan kehidupan mereka,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Kesedaran Derma Organ Peringkat Negeri 2014 di Hospital Yan di sini hari ini.
Sehingga September tahun ini, katanya seramai 18,418 pesakit di seluruh negara menunggu giliran untuk menerima organ baharu sedangkan jumlah penderma organ hanyalah 40 orang sahaja.
Norida berkata seramai tiga penderma tisu organ direkodkan pada tahun lepas dan bagi sembilan bulan pertama tahun ini, seramai tiga penderma organ dan lima penderma tisu organ direkodkan.
Beliau berharap orang ramai mendapatkan maklumat terperinci berkaitan pendermaan organ sekaligus menambah pengikrar penderma organ pada masa depan. – BERNAMA
TOP
Tidak Perlu Pinda AUKU Tangani Isu Pencerobohan Haram
TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan replika cek kepada pelajar dan guru dari SK Kampong Raja sempena majlis Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi KOHORT 5 di Bahagian Teknologi Pendidikan Bukit Kiara di sini, hari ini. - Foto Yazit Razali
KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) memandangkan peruntukan undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk menangani isu pencerobohan haram di Universiti Malaya (UM). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata isu itu boleh ditangani pihak universiti tanpa perlu penambahan atau pindaan kepada akta sedia ada. “Lagipun, ini adalah urusan universiti. Pihak kementerian tidak pernah campur tangan dalam urusan pentadbiran universiti, baik dari segi kegiatan, proses pembelajaran dan sebagainya termasuk apa yang berlaku di UM baru-baru ini,” katanya. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian sebagai mengulas insiden membabitkan 300 belia termasuk beberapa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang merempuh masuk pintu pagar UM pada Isnin malam untuk menghadiri ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya dijadual berlangsung di dewan universiti itu. Program itu tidak mendapat kebenaran UM dan pihak keselamatan universiti itu mengunci pintu pagar utama universiti. Pihak UM sudah membuat laporan polis berhubung insiden itu dan sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap pelajar terbabit mengikut AUKU dan perlembagaan universiti itu. Muhyiddin berkata, beliau sudah dimaklumkan bahawa perkara itu sedang diperhalusi pihak pentadbiran universiti, Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar. Katanya, tanggungjawab menangani isu itu terserah kepada kebijaksanaan pentadbiran universiti itu untuk mengguna pakai peruntukan AUKU berdasarkan fakta-fakta yang ada. “Kalau terbukti kesalahan dari segi peraturan universiti di bawah AUKU atau undang-undang lain seperi Kanun Jenayah ataupun undang-undang keselamatan, maka terserah kepada pihak pentadbiran universiti untuk mengambil tindakan yang sesuai,” katanya. “Kalau sesiapa masuk tanpa kebenaran tanpa membuat apa-apa pun, ia adalah satu kesalahan kerana kawasan kampus universiti adalah kawasan persendirian. Apatah lagi, jika melakukan kesalahan-kesalahan yang saya lihat melalui gambar media berbentuk keganasan,” katanya. – BERNAMA

Najib Umum Pembukaan Agro Bazaar Di Dubai
DUBAI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan pembukaan Agro Bazaar di Dubai oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
“Kita perlu berada dekat dengan pasaran untuk menjana peratusan pendapatan yang lebih tinggi. Lebih dekat kita dengan pasaran, lebih banyak faedah yang kita dapat,” kata beliau semasa pelancaran Malaysian Agrofood Festival dan majlis perjumpaan 300 rakyat Malaysia, di sini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, mendekatkan diri dengan rantaian bekalan global merupakan sebahagian daripada sasaran strategi kerajaan.
“Dalam menggerakkan rantaian nilai sektor pertanian, FAMA dijangka membuka lebih banyak Agro bazaar di luar negara, termasuk di Hong Kong,” kata Najib.
Dengan sasaran untuk mempromosikan buah-buahan dan produk asas tani premium Malaysia, agro bazaar pertama dibuka di Singapura pada Ogos, katanya.
Menurut beliau, durian ‘Musang King’ premium benar-benar dilayan seperti ‘raja’ di Singapura.
“Durian itu disimpan dalam bilik berhawa dingin sepanjang masa. Ia dijual pada harga S$26 sekilogram. Dan selepas penukaran (ke dalam ringgit Malaysia), anda tidak akan dapat harga yang sama di mana-mana di Malaysia,” kata beliau.
Semasa tempoh tujuh bulan pertama 2014, eksport buah-buahan meningkat sebanyak 44.7 peratus kepada RM298.8 juta.
Turut hadir di majlis yang diadakan di Arena, Jumeirah Beach Hotel itu ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Ismail Sabri Yaakob.
Terdahulu, Ismail berkata Agro bazaar Dubai, pusat sehenti bagi buah-buahan dan produk asas tani Malaysia akan memulakan perniagaan dalam suku ketiga tahun depan.
Agro bazaar Dubai juga akan menjadi hab dagangan dan pengedaran serta pintu masuk bagi buah-buahan dan produk asas tani Malaysia ke negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), katanya.
Terdapat kira-kira 6,000 rakyat Malaysia tinggal dan bekerja di UAE, bilangan paling ramai di negara itu diikuti Arab Saudi.
Kebanyakan mereka terlibat dalam sektor penerbangan, minyak dan gas serta perbankan Islam.
Najib berada di Dubai sempena menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-10 (WIEF) yang bermula pada 28 Okt di Madinat Jumeirah.
WIEF dianjurkan oleh Yayasan WIEF secara kerjasama dengan Dubai Chamber of Commerce and Industry.
Beliau dijadualkan pulang pada Khamis.
Ini merupakan kunjungan kedua Najib ke UAE selepas melawat ibu kota Abu Dhabi itu pada Mei. – BERNAMA
TOP
Perintah Berkurung Di Esszone Tidak Jejas Ekonomi
KUALA LUMPUR – Perintah berkurung di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone) sejak Julai lepas tidak menjejaskan aktiviti perikanan dan pelancongan di kawasan berkenaan, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata jumlah ketibaan pelancong asing terus menunjukkan peningkatan sejak permulaan perintah berkurung berbanding sebelum perintah itu dikeluarkan.
Mengulas lanjut, beliau berkata perangkaan data di pusat-pusat peranginan di kawasan itu menunjukkan peningkatan ketibaan dan tempahan di kalangan pelancong asing mulai minggu pertama Oktober sehingga Disember depan.
Katanya para nelayan juga dibenarkan keluar menangkap ikan pada waktu berkurung dengan syarat memohon permit daripada Ketua Polis Daerah.
“Sebanyak 1,697 permit telah dikeluarkan sejak 19 Julai hingga 9 Okt,” katanya menjawab soalan Datuk Linda Tsen Thau Lin (BN-Batu Sapi) yang ingin tahu impak perintah berkurung di kawasan Esscom ke atas ekonomi di Pantai Timur Sabah.
Shahidan berkata perintah berkurung yang dilaksanakan bukan untuk menyusahkan rakyat, sebaliknya untuk meningkatkan kawalan keselamatan dan memudahkan pemantauan sebarang pergerakan di luar kebiasaan.
Katanya di samping mengawal ancaman luar, pasukan keselamatan di ESSZone juga memberi perhatian kepada jenayah dalaman di kawasan itu.
Perintah berkurung yang dikuatkuasakan di perairan enam daerah di ESSZone iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau kini dilanjutkan sehingga 6 Nov bermula 7 malam hingga 5 pagi. – BERNAMA
TOP
Kerajaan Teliti Semula Akta Kesatuan Sekerja
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneliti semula draf pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 sebelum dibentang di Parlimen bagi memastikan ia relevan dengan situasi semasa.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, meskipun draf awal pindaan akta itu telah siap namun ia perlu mengambil kira cadangan pindaan Akta Perhubungan Perusahaan yang dijanaka dibentang tidak lama lagi, serta beberapa isu yang dibangkitkan dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
“Kementerian akan meneliti semula draf bagi memastikan ia selaras dengan pindaan akta itu dan kehendak TPPA serta relevan dengan situasi semasa.
“Cadangan pindaan yang siap kelak akan dipapar dalam laman web untuk mendapatkan maklum balas, sebelum dibentang ke pihak kesatuan serta majikan, dan seterusnya dibawa ke Parlimen,” katanya pada sesi soal jawab pada Sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) tentang langkah-langkah kerajaan menambah baik Akta Kesatuan Sekerja.
Ismail berkata sebelum pindaan dibuat, kementerian mengadakan beberapa siri perbincangan untuk menyemak dan meneliti peruntukan-peruntukan dalam akta terbabit yang perlu dikaji semula. – BERNAMA
TOP
Parti Sekular Raih Lebih Sokongan Dalam Pilihan Raya Tunisia
Penyokong Parti Nida Tunis (Panggilan Tunisia) meraikan kemenangan dalam pilihan raya Parlimen di Tunis semalam. - Foto AP
TUNIS – Parti sekular Nida Tunis memperoleh lebih banyak kerusi dalam pilihan raya Parlimen Tunisia, Ahad lalu, mengatasi parti Islam Ennahda. Suruhanjaya Pilihan Raya ISIE memberitahu satu sidang akhbar, Nida Tunis menang 85 daripada 217 kerusi Parlime, diikuti Ennahda memperoleh 69 kerusi. Bagaimanapun, tiada satu pun daripada dua parti berkenaan dijangka menang majoriti jelas, menyebabkan berlaku tawar-menawar antara ahli politik menjelang pengumuman penuh keputusan pilihan raya itu. Ennahda adalah parti dominan dalam politik Tunisia sejak revolusi 2011, dipuji kerana menerima keputusan itu dengan tenang. Ennahda, yang memimpin negara Afrika Utara itu berikutan revolusi berkenaan, mengucapkan tahniah kepada Nida Tunis kerana berjaya menjadi parti terbesar di Parlimen pertama yang dipilih selepas revolusi. Parti itu menyeru ahlinya supaya meraikan demokrasi dan beratus-ratus penyokongnya berhimpun di pekarangan luar ibu pejabatnya di Tunis walaupun tidak menang besar dalam pilihan raya. “Kami gembira kerana Ennahda mampu membawa Tunisia ke peringkat ini berikutan revolusi beberapa tahun lalu,” kata Abdelhamid Jelassi, Koordinator Nasional parti berkenaan. Rakyat Tunisia berharap pilihan raya itu dan pilihan raya presiden pada 23 November depan akan memberi kestabilan kepada negara berkenaan, hampir empat tahun selepas revolusi 2011 yang menggulingkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali. – AFP

Lelaki Dituduh Simpan Pistol Di Kuantan
KUANTAN – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini semalam terhadap pertuduhan memiliki sepucuk pistol bersama peluru tanpa lesen.
Mazakri Mamat, 32, didakwa memiliki pistol jenis Magnum.22 USA sebutir peluru hidup dan sebutir kerongsong peluru yang di simpan di dalam biliknya di sebuah rumah di di Lorong Balok Makmur 13, Taman Balok Makmur di sini.
Bagi kesalahan memiliki pistol, dia didakwa mengikut Seksyen 8 akta senjata api (penalti lebih berat) 1971 yang boleh dihukum sehingga 14 tahun dan boleh disebat tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan memiliki peluru, Mazakri didakwa bawah seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Melalui kertas pertuduhan, Mazakri melakukan kesalahan itu kira-kira jam 8.30 malam dengan menyimpan satu kotak hitam yang mengandungi pistol dan peluru di dalam almari baju dalam bilik tidur. – Sinar Harian Online
TOP
Pendaftaran GST Meningkat Kepada 112,610 Pada 29 Okt
KUALA LUMPUR – Jumlah syarikat yang mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sebanyak 112,610 pada 29 Okt, peningkatan 2,488 daripada hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata data terbaharu tersebut menunjukkan pertambahan berterusan jumlah syarikat yang mendaftar untuk GST dengan tarikh akhir 31 Dis.
Kerajaan menyasar mendapatkan 140,000 syarikat mendaftar bagi struktur cukai baharu itu yang akan dilaksanakan mulai 1 April, 2015. – BERNAMA
TOP
22 Sekolah Tahfiz Di KL Terima Peruntukan RM1.155 Juta
PUTRAJAYA – Sebanyak 22 sekolah tahfiz di Kuala Lumpur menerima bantuan kewangan Pakej Rangsangan Khas Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM1.155 juta daripada Kementerian Pendidikan untuk tujuan pembangunan dan menaik taraf.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyerahkan peruntukan itu kepada wakil-wakil sekolah tahfiz berkenaan pada satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8(1) di sini, hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu, Tengku Adnan berkata proses menaik taraf infrastruktur di sekolah berkenaan akan dimulakan tahun depan.
Terdahulu, Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan menghias bilik darjah melibatkan 23 sekolah rendah dan menengah di Putrajaya sempena Bulan Kemerdekaan 2014. – BERNAMA
TOP
K’jaan P.Pinang Terus Pertahan Kesahihan PPS
GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang akan terus mempertahankan kesahihan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sehingga jelas terbukti pasukan itu adalah haram oleh mahkamah, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Beliau berkata jika benar pasukan yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri itu adalah pertubuhan haram, mengapa Peguam Negara dan polis mengambil masa yang lama untuk mensabitkan PPS ke mahkamah.
“Lanjutan tempoh jaminan terhadap 157 anggota PPS yang ditahan pada 31 Ogos lepas menunjukkan bahawa peguam negara dan pihak berkuasa berkenaan tidak ada bukti yang kukuh semasa menangkap anggota PPS. Ini adalah kali kedua, tempoh jaminan dilanjutkan oleh polis.
“Saya ingin menjelaskan bahawa tindakan menangkap mereka adalah sesuatu yang tidak berasas langsung,” katanya pada sidang akbar di sini hari ini.
Semalam, polis melanjutkan tempoh jaminan 157 anggota PPS yang berakhir semalam sehingga 1 Dis ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata lanjutan tempoh itu adalah kali kedua selepas kali pertama surat jaminan selama 30 hari dikeluarkan 30 Sept lepas.
Lim berkata pihaknya juga bersedia untuk mengemukakan bukti di mahkamah dan menunggu sehingga 1 Dis ini untuk tindakan selanjutnya.
Pada 31 Ogos lepas, 154 anggota PPS ditahan kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
Ia disusuli penahanan exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar yang merupakan pengerusi PPS, Phee Boon Poh, pada hari yang sama dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer sehari selepas itu manakala Timbalan Pengerusi PPS merangkap Anggota Parlimen Tanjong Ng Wei Aik pada 4 Sept. – BERNAMA
TOP
Polis Sabah Terus Komited Banteras Perjudian Haram
KOTA KINABALU – Polis Sabah terus komited dalam mempertingkatkan usaha membanteras kegiatan perjudian haram di seluruh negeri, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman hari ini.
Katanya, polis negeri telah melancarkan 1,955 serbuan sejak Januari hingga 15 Okt lepas berbanding 1,843 serbuan bagi tempoh yang sama tahun lepas.
“Seramai 581 orang, yang terdiri daripada 470 lelaki dan 111 wanita, ditangkap dari Januari hingga 15 Okt lepas berbanding 546 orang, yang terdiri daripada 462 lelaki dan 84 wanita, bagi tempoh sama tahun lepas.
“Dalam serbuan tahun ini, polis Sabah juga telah merampas 4,825 unit komputer termasuk komputer riba dengan anggaran nilai RM4.83 juta berbanding 2,649 unit dengan anggaran nilai RM2.65 juta tahun lepas,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Jumlah wang tunai dirampas turut meningkat dalam serbuan tersebut kepada RM96,200 berbanding RM49,437 yang dirampas dalam tempoh sama tahun lepas, katanya.
Menurutnya, tindakan diambil mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda RM10,000 hingga RM100,000 bagi setiap mesin judi dirampas dan penjara tidak melebihi lima tahun, jika sabit kesalahan.
Jalaluddin berkata polis Sabah turut bekerjasama dengan Sabah Electricity Sdn Bhd yang bertindak memotong bekalan elektrik premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian haram.
“Sebanyak 16 premis di seluruh Sabah telah dipotong bekalan elektrik setelah polis membuat permohonan,” katanya.
Beliau turut mengingatkan 36 kelab perjudian berlesen dan 52 pusat hiburan keluarga berlesen di seluruh negeri supaya mematuhi peraturan lesen yang ditetapkan.
“Kelab perjudian hanya untuk ahli kelab, manakala pusat hiburan keluarga tidak boleh mengubah suai mana-mana mesin hiburan kepada alat perjudian,” katanya.
Jalaluddin meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan perjudian haram dengan menghubungi bilik gerakan polis kontinjen Sabah di talian 088-454851. – BERNAMA
TOP
Mendapan Tak Jejas Keselamatan KLIA2 – Liow Tiong Lai
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, kejadian mendapan yang berlaku di KLIA2 tidak merisikokan keselamatan penumpang pesawat yang menggunakan lapangan tersebut.
Memetik sumber berita dari The Rakyat Post, ujarnya, sejak dari permulaan pembinaan KLIA2, mendapan dan takungan air sudah dijangkakan akan terjadi.
“Tanah tenggelam ataupun mendapan (yang menyebabkan takungan air) di apron KLIA2 yang disebabkan ‘differential settlement’ adalah dijangkakan dan telah diambil kira semasa pembinaan KLIA2.”
“Keselamatan operasi dan penerbangan di KLIA2 tidak terjejas akibat mendapan dan takungan air tersebut,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee dalam sidang dewan rakyat di Parlimen.
Pua sebelum itu mengajukan soalan tentang kos pembinaan KLIA2 dan langkah Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) untuk mengatasi kejadian mendapan dan takungan air yang sering berlaku di apron dan landasannya.
Menjawab soalan pertama, menurut Liow, kos total pembinaan KLIA2 berjumlah RM 4 billion. Bagi soalan kedua pula, jawab beliau, kementeriannya sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan ia selamat untuk digunakan. “Tidak pernah sesekali berlaku tanah tenggelam ataupun mendapan di ‘runway 3′ di KLIA2. MAHB sentiasa memantau keadaan di semua ‘runway’ untuk memastikan keselamatan penerbangan.” Semalam, Pua membuat kemas kini di akaun Facebooknya dengan memuat naik rakaman dari Youtube menunjukkan beberapa pekerja sedang membuang air yang sedang bertakung di permukaan landasan KLIA2. - MYNEWSHUB.CC

Guru Wanita Dikhuatiri Lemas Di Sungai Muda
SUNGAI PETANI – Seorang guru wanita dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Muda berdekatan Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil dekat sini.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa, Siti Hajar Bakar, 48, yang dikatakan terjatuh ke dalam sungai berkenaan pagi semalam masih dijalankan setelah usaha yang dilakukan sejak petang semalam oleh anggota penyelamat tidak menemui mangsa.
Timbalan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani Rosdi Ismail berkata kawasan operasi pada hari ini diperluaskan bagaimanapun keadaan air sungai yang keruh serta deras melambatkan kerja-kerja mencari.
Beliau berkata lapan anggota unit Skuba terbabit dalam operasi itu dengan dibantu tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Petani.
Turut membantu dalam operasi itu anggota polis, Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk tempatan serta kaum keluarga mangsa, katanya di sini hari ini.
Anggota Bomba terpaksa menggunakan bot sepanjang operasi kerana keadaan Sungai Muda yang dalam dan berarus deras.
Beberapa penduduk kampung mendakwa melihat seorang wanita mundar-mandir di atas jambatan Syed Omar berhampiran Kampung Pantai Cicar kira-kira 7 pagi semalam.
Rosdi berkata pihaknya mendapat petunjuk mangsa terjatuh ke dalam Sungai Muda kerana ada kesan tapak kaki di atas paip besar di jambatan itu serta penemuan sebelah selipar yang disahkan milik mangsa.
“Operasi mencari dan menyelamat dilakukan awalnya di dua kawasan berdekatan termasuk kawasan semak dan ladang kelapa sawit berdekatan tempat kejadian dan dalam sungai di mana mangsa dipercayai terjatuh,” katanya.
Mangsa yang tinggal di kawasan perumahan Taman Petani Jaya di sini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang di sini, datang ke kawasan kejadian dengan memandu kereta dan meletakkan kenderaannya di tepi jalan raya berdekatan Kampung Pantai Cicar. – BERNAMA
TOP
TM Perluas HSBB Di Bandar Seri Alam
JOHOR BAHRU – Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini memeterai perjanjian kerjasama dengan Seri Alam Properties Sdn Bhd bagi meluaskan infrastruktur rangkaian dan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di fasa baharu pembangunan perumahan di Bandar Seri Alam, dekat sini.
Naib Presiden TM Negeri Johor, Azhar Omar berkata, kerjasama itu adalah lanjutan kepada perjanjian perkhidmatan yang telah ditandatangani bersama pemaju perumahan itu pada Februari 2011.
Perjanjian kerjasama itu membabitkan penyediaan kemudahan internet jalur lebar berkelajuan 5Mbps, talian telefon tetap serta saluran HyppTV secara percuma selama dua tahun kepada pembeli rumah kediaman berkenaan.
Azhar berkata, pihaknya memahami keperluan pengguna untuk memiliki kemudahan internet yang berkualiti serta kediaman sendiri yang serba lengkap di kawasan strategik negeri ini.
“Kerjasama yang terjalin ini pasti memberikan faedah bukan saja kepada pihak TM dan pemaju perumahan tetapi juga pembeli kediaman yang secara langsungnya menjadi pelanggan TM secara percuma,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian itu, hari ini.
Katanya, sehingga September tahun ini, TM Bhd mempunyai lebih 50,000 pelanggan HSBB di negeri ini dan angka itu dijangka meningkat dengan adanya projek perumahan baru seperti itu.
Buat masa ini, Azhar berkata, TM mempunyai 10 rangkaian liputan kawasan HSBB iaitu di Tampoi, Skudai, Pelangi, Pandan, Kulaijaya, Bandaraya Johor Bahru, Pasir Gudang, Gelang Patah dan Permas.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengarah Unit Sains, Teknologi dan ICT Negeri Johor, Mohd Johari Tarmidi dan Pengarah Eksekutif Seri Alam Properties Freddie Lee.
Sementara itu, Lee berkata, kerjasama berkenaan selari dengan usaha syarikat itu untuk menyediakan perumahan dengan konsep rumah pintar di projek fasa 5B4 Emerald Residenz yang dijangka siap pada penghujung tahun depan.
“Menerusi kerjasama ini, kami yakin misi untuk menyediakan bukan saja kediaman selesa, tetapi juga gaya hidup berkualiti kepada pembeli dapat direalisasikan,” katanya sambil menambah perkhidmatan HSBB itu bakal memberi nilai tambah kepada pembeli. – BERNAMA
TOP
Kes Rasuah Pengarah Kastam Perak, KL Disebut Semula 19 Dis
SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 19 Dis ini untuk sebutan semula kes Pengarah Kastam Perak Datuk Mohd Nasir Said dan Pengarah Kastam Kuala Lumpur Datuk Mohd Isa Endot yang menghadapi tuduhan rasuah membabitkan penyeludupan arak tanpa cukai.
Hakim Datuk Noradidah Ahmad menetapkan tarikh itu selepas sebutan kes kedua-dua pengarah itu di hadapannya hari ini.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, yang mengendalikan pendakwaan, memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula selepas 10 Nov ini.
Ini kerana terdapat beberapa tertuduh lagi yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pada tarikh itu (10 Nov), pihaknya akan memohon untuk memindahkan kes mereka ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, katanya.
Selain Mohd Nasir dan Mohd Isa, Noradidah menetapkan tarikh sebutan sama iaitu 19 Dis terhadap 29 individu lain yang turut didakwa terhadap kesalahan itu.
Pada prosiding sama, peguam Syed Ismat Syed Muhamad yang mewakili Mohd Isa, mengemukakan bantahan berhubung pertuduhan yang dikemukakan terhadap anak guamnya.
“Kami memohon agar pihak pendakwaan kemukakan butiran lengkap dalam pertuduhan (identiti saksi). Jika butiran tidak lengkap, ia akan memprejudiskan anak guam kami yang perlu menyediakan pembelaan kelak,” katanya.
Muhammad Saifuddin berkata mengikut Seksyen 20 Akta Perlindungan Saksi 2009, pihaknya dibenarkan untuk tidak mendedahkan identiti individu yang berada bawah program perlindungan saksi.
Noradidah kemudian menetapkan 4 Dis ini untuk mendengar hujahan berhubungan bantahan itu.
Pada 23 Okt lepas, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes Mohd Nasir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Mohd Nasir, 58, mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM80,000 berhubung tindakan individu dan syarikat membawa masuk arak tanpa cukai.
Ia adalah sebagai dorongan untuk tertuduh tidak mengambil tindakan atau menggunakan pengaruhnya agar tiada sebarang tindakan diambil terhadap dua individu dan syarikat yang mempunyai kepentingan bagi kesalahan mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.
Mohd Nasir, yang ketika itu Pengarah Kastam Melaka, didakwa melakukan kesalahan berkenaan pada Oktober 2012 serta antara Januari dan Julai 2014 di Pasaraya Tesco Taman Midah, Cheras dekat sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000 bergantung mana lebih tinggi.
Mohd Isa pula mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM8,000 sebagai bayaran bulanan dan wang perlindungan bagi melicinkan semua urusan Kastam sebuah syarikat.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabatnya di Aras 5, Blok C, Wisma Kastam Kelana Jaya antara Mei dan Ogos lepas. – BERNAMA
TOP
Mayat Lelaki Dengan Kesan Kelar, Tikaman Ditemui
BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan kelar di leher dan tikaman di dada di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok di sini, malam tadi.
Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan terlentang di tepi jalan oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada 11.55 malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata lelaki itu, dalam lingkungan 20-an, memakai kemeja-T dan baju sejuk berwarna hitam, berseluar denim biru, berselipar dan memakai topi keledar.
“Hasil pemeriksaan ke atas mayat itu menemui beberapa kesan kelaran di leher, tikaman di dada, luka di lengan kiri dan kesan tikaman di belakang badan,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada lelaki itu dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Mazlan berkata polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan itu.
“Kawasan mayat itu ditemui jauh daripada perumahan dan di sepanjang jalan itu tiada lampu jalan,” katanya.
Polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau rakan, atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA
TOP
Petron-JAS Meterai MoU Pulihara Alam Sekitar
PETRON Malaysia hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk bersama-sama mempromosikan kesedaran alam sekitar melalui pelbagai aktiviti.
Ketua Loji Penapisan Petron Port Dickson Fadzilah Mohd Tahir berkata pemeteraian MoU ini selari dengan tema ulang tahun ke-50 Loji Penapisan Petron Port Dickson, yang bertumpu kepada nilai keselamatan, ketenteraman, kesihatan dan perlindungan alam sekitar.
“Rancangan pemuliharaan alam sekitar ini akan berterusan sepanjang tahun di mana kami dan JAS akan bersama-sama mendidik komuniti masyarakat terutamanya di kawasan di mana Petron beroperasi,” katanya selepas menandatangani MoU itu di Port Dickson hari ini.
MoU berkenaan ditandatangani oleh Fadzilah bagi pihak Petron Malaysia dan Ketua Pengarah JAS Negeri Sembilan Charanpal Singh Karpal Singh bagi pihak JAS.
Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson Datuk Ab. Khalid Mat. Terdahulu, warga kerja Petron Malaysia bersama-sama lebih 100 pelajar sekolah rendah di daerah ini telah membersihkan persisiran pantai di Bagan Pinang.
Mereka juga turut mengendapkan kira-kira 300 bola lumpur ke dalam pantai itu.
“Kegiatan ini merupakan satu manifestasi usaha kemampanan kami kerana pembersihan ini sejajar dengan usaha organisasi yang berterusan mengurangkan kesan penggunaan karbon, penjimatan tenaga dan pengurusan bahan buangan.
“Dengan memupuk konsep penjagaan alam sekitar pada peringkat awal usia di samping melakukan tindakan yang mudah tetapi bermakna, mereka mampu menjadi pemangkin untuk mendatangkan perubahan positif dalam mewujudkan masyarakat sihat dan selamat,” kata Fadzilah. – BERNAMA
TOP
Cadangan Kenaikan Tambang Bas Ekspres Diserah Kepada K’jaan
KOTA BAHARU – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan kepada kerajaan permintaan pengusaha bas ekspres untuk menaikkan tambang bas sehingga 30 peratus.
Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata permintaan pengusaha bas itu wajar berikutan peningkatan kos yang ditanggung dan menyerahkan kepada kerajaan untuk menimbangkannya.
“Kami fikir permohonan itu munasabah oleh kerana keperluan yang mendesak.
Kita sudah membuat syor kepada kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran penjenamaan semula pakaian seragam pemandu bas ekspres Mutiara di sini, hari ini.
Syed Hamid berkata SPAD cuma menunggu keputusan muktamad daripada kerajaan untuk mengumumkannya kepada pengusaha bas ekspres.
“Saya harap kerajaan akan membuat keputusan secepat mungkin. Saya fikir apa yang pasti diteliti kerajaan tentulah tidak membebankan rakyat selain mengelak timbul masalah lain,” katanya.
Syed Hamid juga berkata pengusaha dan pengendali bas ekspres Pantai Timur yang beroperasi di Hentian Putra Kuala Lumpur sudah diarah berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan berkuatkuasa 1 Disember ini.
Katanya TBS mempunyai kapasti yang mencukupi untuk menampung keperluan jumlah bas Pantai Timur selain mempunyai pelbagai kemudahan serta mampu memberi keselesaan kepada pengguna.
Syed Hamid berkata SPAD juga menggalakkan kerjasama dan penglibatan syarikat persendirian untuk membina terminal di lokasi yang sesuai di negeri
masing-masing. – BERNAMA
TOP
Balak Haram: SPRM Cadang Hukuman Lebih Berat
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan agar pembalak-pembalak haram dikenakan hukuman lebih berat termasuk ‘hukuman sebat’ bagi membolehkan isu ini ditangani habis-habisan dan efektif.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, paling penting, hukuman mesti ada elemen ‘deterent’.
“Setakat denda sahaja tidak mencukupi. Kalau hukuman penjara tidak mencukupi juga, mungkin kita boleh mengkaji hukuman sebat… bergantung kepada kesesuaian dengan kesalahan yang dilakukan,” kata.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Ikrar Integriti dan Pelancaran Kempen Tanpa Hadiah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di sini, hari ini.
Baru-baru ini, SPRM melancarkan Ops Tukul yang membawa kepada penahanan pembalak-pembalak haram. Sembilan pembalak haram telah dituduh sejak minggu lalu.
Ops Tukul dilancarkan SPRM bermula 20 Oktober lalu bagi membanteras aktiviti rasuah yang mengakibatkan berleluasanya pembalakan haram.
Beliau berkata, Jabatan Perhutanan perlu menilai semula sistem dan prosedur yang sedia ada serta memperketatkan undang-undang.
“Kalau ada masalah kelemahan undang-undang atau kekangan prosedur, mohon atasi perkara tersebut secepat mungkin. Kalau pegawai tidak mencukupi, kita kena selesaikan isu tersebut.
“Hal ini sebab saya banyak menerima maklum balas berkenaan pelaksanaan penguatkuasaan di mana kawasan adalah luas dan pegawai tidak mencukupi.
Pihak-pihak berkenaan haruslah memperluas kuasa mereka kerana ini adalah pelaburan untuk menyelamatkan harta sendiri,” katanya.
Mengulas mengenai Ops Tukul, beliau berkata, inisiatif penguatkuasaan yang dijalankan oleh SPRM telah menyelamatkan hasil khazanah kerajaan negeri Sarawak sebanyak RM100 juta akibat aktiviti pembalakan haram.
“SPRM telah mengambil tempoh sembilan bulan untuk mengumpul maklumat di Sarawak.
“Kalau Jabatan Perhutanan berdepan dengan halangan dan kekangan untuk mendapatkan bukti yang mencukupi, SPRM sedia membantu.
“Biasanya, apabila balak dibawa ke pusat pengumpulan balak atau ‘log pond’, memang sukar untuk mengenal pasti dari kawasan mana balak itu berasal. Untuk itu, kita boleh gunakan ‘remote sensing’, kepakaran forensik dan DNA untuk mengatasi kekangan itu,” jelas Datuk Sri Mohd Shukri.
Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Zoal Azha Yusof menyambut baik kerjasama strategik bersama SPRM dalam menangani pembalakan haram dan pencurian pasir.
“Pematuhan kepada Ikrar Integriti serta kempen tanpa hadiah merupakan antara tindakan seterusnya bagi kita. Kita tidak akan berkompromi dengan gejala rasuah dalam apa-apa aspek perhutanan dan alam sekitar,” tegasnya. – BERNAMA
TOP
Kerajaan Peruntuk RM975.37 Juta, Ganti Paip Usang
KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM975.37 juta bagi menampung kerja-kerja penggantian paip air yang sudah usang dan mengalami kebocoran di seluruh negara.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili berkata berdasarkan data 0Malaysia Water Industry Guide 2014, terdapat 43,390km paip daripada jenis asbestos cement berada dalam keadaan usang di seluruh negara.
“Anggaran peruntukan yang diperlukan untuk menggantikan kesemua paip ini ialah RM11 bilion. Bagaimanapun jumlah itu terlalu besar untuk ditampung melalui bajet pembangunan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Nga ingin tahu mengenai rancangan kerajaan untuk menggantikan paip air usang dan bocor bagi mengatasi masalah kebocoran air yang menyebabkan peningkatan kadar air tidak berhasil (NRW).
Sehubungan itu, Ongkili berkata kerajaan memperkenalkan skim penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negara supaya operator air mendapat pembiayaan bagi pembangunan infrastruktur bekalan air termasuk penggantian paip usang melalui Pengurusan Aset Air Berhad.
Menteri itu berkata selain kebocoran terhadap paip-paip usang terdapat beberapa faktor penyumbang yang lain kepada peningkatan kadar NRW termasuk akibat kerja-kerja penyambungan paip retikulasi yang tidak sempurna, meter uzur atau rosak, kecurian dan penyelenggaraan sistem bekalan air yang kurang baik. – BERNAMA
TOP
Awas Gewe Kelate!! MPKB Lancar Ops Gempur Aurat
Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) telah melancarkan ‘Operasi Gempur Aurat’ bertujuan menangani isu membuka aurat di ibu negeri Kelantan itu, khasnya melibatkan peniaga.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita MPKB Nor Azariza Mohd Alawi berkata operasi itu sudah mula dijalankan sejak September dan akan berlangsung hingga hujung tahun ini.
Ia dilancarkan berikutan ramai pihak dikesan leka dengan peraturan yang pernah dikeluarkan sebelum ini.
“Ia bukan perkara baharu, malah pekeliling di bawah Arahan Mematuhi Etika Berpakaian sudah dikeluarkan sebelum ini, namun bila kita lihat ada peniaga yang bagaikan leka dan mula mengabaikan peraturan tersebut, penguatkuasaan semula perlu dilakukan.
“Operasi Gempur Aurat dan kompaun maksimum RM500 yang dikenakan kepada peniaga yang melanggar arahan ini, diharap akan menjadi pengajaran, sekali gus mengingatkan mereka kewajipan menutup aurat,” katanya memetik laporan akhbar Sinar Harian.
Beliau berkata operasi itu sudah dilaksanakan secara menyeluruh di kawasan menjadi kunjungan orang ramai seperti di pasar raya dan pasar malam.
Bagi Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB, Ropein Hassan pula, beliau berkata sejak operasi itu diadakan, sebanyak 34 kompaun telah dikeluarkan MPKB ke atas peniaga yang gagak mematuhi peraturan ditetapkan.
Menurutnya, tidak timbul isu tidak tahu kerana segala peraturan dan syarat sudah dijelaskan sebelum peniaga mendapatkan lesen perniagaan daripada MPKB-BRI.
“Penghujung 2013, semua peniaga diwajibkan menghadiri kursus perniagaan mengikut perspektif Islam yang diadakan secara berperingkat-bagi memaklumkan kepada mereka mengenai Undang-Undang Kecil MPKB,” katanya.
Sehingga kini lebih 3,000 peniaga telah mengikuti kursus berkenaan dan kira-kira 10,000 dalam proses serta sedang menunggu giliran. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Kanak-Kanak Hidap Penyakit Pelik, Tak Lapar Dan Dahaga
Mungkin sesetengah individu terutama yang menjaga bentuk badan mengimpikan rasa kenyang agar keinginan menjamah makanan dapat dikurangkan, tetapi bagaimana pula kalau ia berkekalan?
Kejadian ini berlaku terhadap Landon Jones yang berusia 12 tahun. Semenjak 14 Oktober tahun lalu, Landon telah kehilangan rasa lapar mahupun dahaga.
Mengimbas kembali kejadian, malam sebelumnya, Landon menikmati hidangan pizza dan ais krim sebelum tidur. Keesokkan harinya, dia terus tiada keinginan untuk menikmati makanan lagi sehingga ke hari ini.
Akibatnya, dia yang dulu merupakan seorang kanak-kanak aktif, kini menjadi pasif dan tidak energetik.
Setahun telah berlalu, kedua ibu bapanya masih keliru dan tertanya-tanya apa yang terjadi kepada anak lelaki mereka. “Landon selalu tersenyum dan sangat bertenaga, selalu meminta untuk menunggang basikal dan ingin ke taman permainan,” kata bapanya. “Namun pada 14 Oktober tahun lalu, apabila dia terjaga dari tidur, semuanya berubah sekelip mata. Dia kehilangan rasa lapar dan dahaga.” Pakar kanak-kanak yang ditemui memberinya antibiotik, namun ia tidak memberi kesan langsung. Dia juga dibawa menemui pakar dari daerah lain, antaranya Cedar Rapids, Des Moines, Madison malahan klinik terkenal di Minnesota iaitu Klinik Mayo. Menurut pakar saraf kanak-kanak di situ, Dr Marc Petterson, kes yang menimpa Landon mungkin pertama seumpamanya di dunia. Namun, ada yang berpendapat, Landon mungkin menghadapi kegagalan hypothalamus, bahagian di otak yang berfungsi untuk memaklumkan rasa lapar dahaga, haba badan, tekanan darah dan kitaran tidur. “Mereka boleh melakukan ujian darah malah segala jenis ujian terhadap seluruh bahagian di tubuh badan, dan ia akan sembuh seperti sediakala. Namun, mereka tidak boleh melakukan ujian terhadap hypothalamus,” ujar bapa Landon.
Namun, ujar bapanya, penyakit yang menimpa anaknya kini mungkin disebabkan oleh rawatan sawan yang dibuat tiga tahun lalu. Untuk merawat penyakit tersebut, Landon diberi dos dadah jenis ‘Depakote’ selama setahun. Kini, doktor-doktor sedang membuat kajian tentang kemungkinan tersebut walaupun dadah jenis itu sebenarnya meningkatkan keinginan untuk makan.
Akibat kehilangan rasa lapar, susuk tubuh Landon semakin susut dan dia mudah berasa letih. Selain itu, dia juga lebih memilih untuk baring dan tidur daripada aktif seperti dahulu. - MYNEWSHUB.CC

Ibu Mahu Ganti Tempat Anak Yang Dipenjara Kerana Hina Jokowi
Kerana kasihkan anak, seorang ibu sanggup sukarela menggantikan anaknya yang sedang dipenjara kerana menghina Presiden Indonesia yang baharu Joko Widodo.
Jika dibenarkan pihak berkuasa, wanita itu Mursidah, 49, mahu menggantikan anaknya Muhamad Arsyad, 23, kerana anaknya itu merupakan tulang belakang kepada keluarga mereka.
“Bapak presiden, saya mohon maaf atas tindakan anak saya. Tolonglah bebaskan dia. Jika perlu, tukar saja saya dengan dia,” katanya.
Dia turut menunjukkan kad pengenalan diri anaknya, Muhamad Arsyad.
Kediaman keluarga Muhamad Arsyad yang serba daif di Ciracas, Jakarta Timur.
Anaknya itu ditahan polis Indonesia sejak 23 Oktober lalu kerana status yang dimuatnaik di laman Facebook didapati menghina Joko atau lebih dikenali sebagai Jokowi. Antara lain, dia memuat naik gambar lucah dan mengaitkannya dengan presiden ketujuh Indonesia itu. Menurut peguam anaknya, Muhamad yang hanya bekerja sebagai tukang cucuk sate mungkin terikut-ikut dengan kehangatan pilihan raya presiden ketika itu. Wanita itu berkata, sejak anaknya ditahan, tiada lagi sesiapa dalam keluarga bekerja sebagai pencari nafkah tambahan pula dua adik Muhamad masih bersekolah iaitu Riskiyah, 13 dan Apriana, 10. “Mereka kini makan nasi cuma berlauk kicap,” katanya. Mursidah cuma bekerja sebagai pengupas bawang di Pasar Kramat Jati, manakala suaminya, Saprudin, 50, adalah buruh binaan. – MYNEWSHUB.CC

Go Girl – Alat Menyamai Fungsi Zakar Untuk Wanita Kencing Berdiri
Tak tahulah sama ada wanita di negara ini akan menerima atau meluat dengan ciptaan yang dinamakan sebagai Go Girl yang dilancarkan di Amerika Syarikat sejak 2009.
Ia bertujuan memudahkan wanita untuk kencing sambil berdiri yakni satu ‘kelebihan’ yang selama ini hanya dimiliki oleh kaum lelaki.
Pengeluar produk berkenaan mendakwa, Go Girl sesuai untuk wanita yang melakukan aktiviti lasak seperti memanjat gunung atau berkhemah di luar. Ia juga sesuai digunakan di tandas yang mungkin terlalu kotor dan wanita tak lalu hendak duduk, dakwa pengeluar berkenaan. Bersaiz kecil, alat berkenaan dikatakan mudah untuk dibawa ke mana-mana dan boleh diletakan dalam poket sekali pun. Ia boleh dibasuh dan digunakan semula. Antara kelebihan Go Girl menurut pengeluarnya ialah pengguna hanya perlu membuka zip seluar sahaja (tak pakai seluar dalam kot) berbanding keperluan menanggalkan seluruh seluar.
Harga dalam talian bagi produk itu bermula dari harga 13 Dollar AS satu. – MYNEWSHUB

Gambar Tiz Zaqyah Seksi Dan Cantik Masa Tidur
Kalau dah cantik… masa tidur pun mengayukan…
Penulis memang dulu minat tengok minah ni… terutama kalau dia senyum…perghhh
Apa pun… ni gambar dia tengah tidur ni entah sape la yang gi upload kan…
Dengar kata kawanya punya keje… masa tu dia kepenatan akibat pengambaran…
Dia sendiri tidak memuat gambar tersebut kerana tidak ada di mana-mana akaun sosial rasminya…
Pun begitu… like i said… tetap cun…walaupun tengah tido.
Sumber: MYMediaHUB
Sumber: MYMediaHUB
TOP
Mesir Haramkan Kumpulan Pendesak Pro-Morsi
Perdana Menteri Mesir, Ibrahim Mehleb. - Foto REUTERS
KAHERAH – Mesir hari ini mengharamkan sebuah kumpulan pendesak yang mahu mengembalikan kepemimpinan Mohamed Morsi dari Ikhwanul Muslimin yang digulingkan oleh tentera tahun lalu. Perdana Menteri, Ibrahim Mehleb mengeluarkan arahan supaya pergerakan terbabit dan sayap politiknya, Parti Pembebasan dibubarkan, berikutan keputusan mahkamah sebelum ini terhadap pertubuhan berkenaan. Pakatan berkenaan, yang dianggotai Ikhwanul Muslimin dan kumpulan lain, ditubuhkan selepas pihak tentera diketuai Abdel Fattah al-Sisi menggulingkan Morsi pada Julai 2013 berikutan bantahan terhadap pemerintahannya. Sejak itu pihak berkuasa Mesir melancarkan gerakan terhadap Ikhwanul Muslimin dan mengharamkan pertubuhan politik Mesir paling lama itu. – REUTERS

Op Dadu: 364 Individu Ditahan Sejak Empat Hari
SEPANG – Sebanyak 364 individu ditahan dalam 3,665 serbuan Op Dadu di seluruh negara sejak ia dilancar empat hari lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata polis turut merampas 3,015 mesin judi berkomputer dalam operasi berkenaan.
“Tindakan berterusan dengan mengadakan operasi bersepadu bersama pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan dan Tenaga Nasional Berhad menunjukkan polis serius menangani aktiviti berkenaan,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA)di sini, hari ini.
Isnin lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan menggempur habis-habisan kegiatan perjudian haram di seluruh negara dalam menghapuskan jenayah itu hingga ke peringkat akar umbi.
Katanya, arahan melancarkan ‘peperangan’ terhadap pengusaha mesin judi dikeluarkan kepada semua ketua polis negeri.
Khalid juga memberi tempoh seminggu kepada semua ketua polis negeri menyelesaikan isu mesin judi.
Sehubungan itu, Mohmad turut memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang terlibat dan bersekongkol dengan kegiatan haram itu.
“Polis yakin tempoh operasi yang masih berbaki dua hari dapat digunakan sebaik mungkin untuk membanteras mesin perjudian haram di seluruh negara,” tegasnya. – BERNAMA
TOP
Kafe Kenakan Harga Berbeza Ikut Budi Bicara Pelanggan
SEBUAH kafe di Australia, Seven Mile Beach menggunakan cara yang unik dalam usaha untuk menanam nilai-nilai murni dalam diri masyarakat yang semakin pupus dari hari ke sehari.
Mereka meletakkan papan tanda di hadapan kedai mengatakan hanya sebanyak $4.00 akan dikenakan sekiranya pelanggan mengemukakan pesanan dengan berkata, “good morning, a coffe please”, $4.50 jika pelanggan mengungkapkan frasa “a coffee please” dan $5.00 untuk mereka yang hanya mengungkapkan “a coffee”.
Tujuan utama pemiliknya, Kev Chilver dan Kylie Pickett berbuat demikian adalah untuk menggalakkan sikap berbudi bahasa yang semakin terhakis di kalangan masyarakat masa kini.
Mereka mengaplikasikan cara pemasaran sebegitu ketika salah seorang pekerja pernah melihat papan tanda seperti itu di sebuah kafe lain yang sekali gus memberi idea kepada pasangan suami isteri ini untuk mempratikkannya pula di premis perniagaan mereka. – MYNEWSHUB.CC

Enam Anak Kapal Bot Tunda Hilang Di Perairan Kuantan
Seramai enam anak kapal sebuah bot tunda dipercayai hilang ketika ini selepas sebuah kapal dagang melanggar bot yang mereka naiki di perairan Kuantan kira-kira 9.1 batu nautika dari Tanjung Gelang di Kuantan, awal pagi tadi.
Kejadian berlaku pada pukul 5 pagi, dipercayai semasa tujuh anak kapal berada dalam bot tunda sebelum dirempuh kapal berkenaan.
Seorang daripada mereka berjaya diselamatkan sebuah bot nelayan yang secara kebetulan melalui kawasan itu dan baki enam masih gagal ditemui.
Memetik laporan Mstar Online, kesemua anak kapal terbabit dipercayai warga asing dan difahamkan kapal dagang yang melanggar bot itu sudah beredar daripada lokasi kejadian.
Kini operasi mencari dan menyelamat diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang giat dijalankan.
Difahamkan pihak APMM mengadakan sidang media pada pukul 3.30 petang tadi untuk perkembangan lanjut kes itu tetapi sehingga kini nasib kesemua enam yang hilang masih belum diketahui. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Kes Liwat: Pendakwa Akan Sanggah Hujah Pembela Esok
PUTRAJAYA – Esok, pihak pendakwaan akan menyanggah hujah pihak pembelaan dalam rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadapnya atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata oleh kerana pihak pembelaaan menambah alasan baharu dalam rayuan itu, maka pasukan pendakwaan memerlukan masa untuk meneliti penghujahan yang begitu panjang.
“Saya akan bermula dengan membentangkan fakta kes. Saya seorang sahaja yang akan membentangkan penghujahan,” katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Persekutuan di sini hari ini selepas prosiding rayuan itu ditangguh.
Beliau berkata hanya baru-baru ini pihak pendakwaan menerima penghujahan itu, termasuk alasan baharu yang ditambah dalam petisyen rayuan daripada pihak pembelaan.
Katanya pihak pendakwaan sudah menyiapkan 85 peratus daripada penghujahannya dan perlu menyediakan 15 peratus lagi bagi alasan baharu yang ditimbulkan pihak pembelaan.
Pasukan pembelaan mengakhiri penghujahannya hari ini setelah tiga hari berhujah di hadapan panel lima anggota yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Mahkamah telah mendengar penghujahan daripada peguam bela utama Anwar Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, serta peguam N. Surendran, Sangeet Kaur Deo dan Ramkarpal Singh.
Pada Selasa, Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa pasukan pembelaan mengemukakan 46 alasan dalam petisyen rayuan yang baharu.
Pada 24 April, Anwar memfailkan petisyen rayuan yang memberi 35 alasan kenapa Mahkamah Persekutuan perlu membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat, sejam sebelum berakhir tempoh yang disyaratkan beliau berbuat demikian.
Anwar, 67, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. – BERNAMA
TOP
Tepung Gandum Guna Bahan Penyebab Kanser? Ini Jawapannya..
Antara perkembangan sihat dalam kalangan kaum ibu pada zaman ini adalah kesedaran mengambil tahu tentang kandungan makanan dan bahan masakan untuk keluarga.
Bagi umat Islam pula, status halal kini menjadi aspek penting ketika memilih produk dan tempat makan.
Tak hairanlah apabila bahan kimia berbahaya didakwa dikesan dalam sesuatu produk atau jenama tertentu dikatakan tidak halal, tersebar di laman sosial, maka ia boleh memberi kesan pada jualan produk berkenaan.
Terbaharu 27 Oktober lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan tentang benzoil peroksida yang digunakan dalam tepung boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser.
Dakwaan dalam laporan tersebut dibuat oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM).
Sedikit sebanyak laporan ini sudah tentu menggusarkan pengguna malah diakui, isu bahan peluntur bahaya diguna untuk menjadikan warna tepung gandum putih melepak ini sudah lama bertebaran di laman sosial.
Bagaimana pun usah terlalu khuatir kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan akhbar bertarikh 28 Oktober 2014 telah menafikan perkara ini.
Dalam laporan penafian tersebut, diterangkan bahawa benzoil peroksida adalah kondisioner makanan yang dibenarkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (PPM 1985) untuk digunakan dalam tepung pada tahap tidak melebihi 50 mg/kg.
Codex Alimentarius Commission (CAC), badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Joint FAO/WHO Food Standards Programme pula membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 75 mg/kg.
Di samping itu, penambahan benzoil peroksida dalam tepung gandum telah dibenarkan di Singapura, Jepun dan Amerika Syarikat manakala Australia New Zealand Food Standards Code membenarkan ia digunakan dalam semua makanan.
KKM turut mengesahkan, setakat ini bukti saintifik turut menyangkal dakwaan bahawa benzoil peroksida berbahaya kepada kesihatan.
Diharapkan pengesahan jelas daripada KKM ini dapat menghilangkan was-was terhadap keselamatan menggunakan tepung gandum selepas ini, sekaligus membolehkan para suami dan anak-anak merasa makan kuih jemput-jemput semula.
Lepas ini jika anda ada rasa ragu-ragu dengan tahap kesihatan produk tertentu di pasaran, maka jangan berlengah untuk minta KKM siasat kesahihannya dengan memaklumkan kepada mereka melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat, mahu pun laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).
Tahniah buat KKM atas respon berkaitan isu peluntur tepung gandum yang kononnya boleh menyebabkan kanser kerana isu ini sebenarnya dah lama jadi persoalan dalam masyarakat. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Nasib Hanez Suraya Ibarat Jatuh Ditimpa Tangga
Baru hendak kembali bertatih dalam industri seni tempatan setelah sekian lama digam stesen televisyen tempatan, kini sekali lagi Hanez Suraya dihimpit isu baru.
Baru-baru ini, Hanez ada berkongsikan berita gembira kepada para peminatnya yang dia telah ditawarkan memegang satu watak dalam sebuah telefilem diberi judul ‘Cikgu Timah Sekolah Bandar’.
Namun demikian, hasratnya untuk menjayakan telefilem tersebut tidak kesampaian apabila dikhabarkan, Hanez telah dikeluarkan daripada senarai produksi tersebut. Alahai, kesiannya.
Lagi parah, Hanez sendiri telah menguar-uarkan berita gembira itu kepada umum di laman instagramnya, namun sebaliknya dia tidak dapat berlakon dan tempatnya diisi dengan pelakon lain.
Memetik kenyataan Hanez di salah sebuah akhbar tempatan, “Sebenarnya saya dah mula berlakon telefilem itu. Tapi saya sempat ikut satu hari sahaja. Malam pada hari pertama penggambaran itu saya dimaklumkan watak saya digantikan dengan orang lain.”
“Mereka ada jelaskan sebabnya kenapa saya ditukar kepada orang lain. Cuma tak perlulah saya panjangkan isu ini. Saya anggap ia bukan rezeki saya,” katanya.
Nampaknya, para penerbit masih tidak berani mempertaruhkan Hanez dalam produk mereka, mungkin juga di atas permintaan stesen TV sendiri yang tidak mahu merisikokan slot yang diberi.
Yelah, bak kata orang kuat Media Prima, Ahmad Izham Omar, iklan yang mengisi setiap slot itu merupakan penjana utama stesen TV, maka mereka perlu menjaga ‘rating penontonan’.
Buat Hanez, semoga anda terus tabah dan bersabar. Kalau ada rezeki, tak ke mana! – MYNEWSHUB.CC
TOP
Bunuh Pensyarah, 3 Penuntut Kolej Dihukum Gantung
TIGA bekas pelajar sebuah kolej antarabangsa Mohamad Zul Shahril Suhaimi, Mohamad Sharafe Matt Noh dan Azizi Aizat Ibrahim dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini selepas didapati membunuh pensyarah Zara Eleena, 23, dan bapanya Omar Peter Abdullah, 56, dua tahun lalu. FOTO Roslin Mat Tahir
Shah Alam – Tiga sahabat bekas penuntut kolej dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahakamah Tinggi di sini, pagi ini selepas didapati bersalah membunuh seorang pensyarah dan bapanya dua tahun lalu. Hakim Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Zul Shahril, 22, Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, dan Azizi Aizat Ibrahim, 22, selepas mendapati pembelaan mereka hanya bersifat penafian semata-mata. Suasana mahkamah menjadi sayu apabila ibu tertuduh pertama pitam selepas memeluk anaknya yang sedang dibawa keluar. Ibu dan isteri mangsa Normaliah Mahmood, 53, bagaimanapun kelihatan keluar dari kamar mahkamah sebelum keputusan dibacakan berikutan tidak sanggup mendengar penghakiman dibacakan. Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan membunuh pensyarah Bahasa Inggeris Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) Zara Eleena, 23, dan bapanya Omar Peter Abdullah, 56, di rumah nombor 28 Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, antara jam 1.30 dan 2.30 pagi 9 Mac 2012. – myMetro Online

PasMa Semakin Membiak Dalam Kalangan Ahli PAS
Ketidaksefahaman dalam kalangan pemimpin Parti Islam Semalaysia (PAS) dilihat semakin meruncing apabila larangan Majlis Syura Ulama PAS untuk ahlinya menyertai pertubuhan tersebut ibarat ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’.
Menurut laporan The Malaysian Insider, kini, pertubuhan tersebut sedang berkembang biak dalam PAS dengan penubuhan cawangan di setiap negeri.
Selain itu, perlantikan pemimpin juga dilakukan pada setiap cawangan dan terdapat perancangan untuk membuka pejabat tetap bagi menguruskan hal ehwal pertubuhan tersebut. Malah, kakitangan sepenuh masa juga akan diambil!
Walaupun mendapat tentangan paling hebat di Terengganu, negeri asal Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun menurut sumber, setiap daerah telah melantik pemimpin PasMa. Tidak terkecuali, di negeri Kedah. Percanggahan dalam majlis tertinggi PAS bermula apabila Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Salleh mengeluarkan kenyataan melarang ahli PAS dari menyertai PasMa yang dipercayai mempunyai agenda tersendiri. Namun kenyataan tersebut ditempelak pemimpin yang menjadi tulang belakang PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi dengan jawapan, Majlis Syura Ulama tiada hak untuk menghalang ahlinya dari menyertai pertubuhan tersebut. Namun, dalam kenyataan yang disiarkan Sinar Harian 27 Oktober lalu, beliau berkata, sasaran PasMa kini lebih luas kerana inginkan penyertaan dari ahli Pakatan Rakyat dan tidak tertumpu hanya dalam PAS. “Kita tiada masalah jika PAS enggan membenarkan ahlinya terlibat. Bukan kita yang rugi tetapi mereka kerana peluang ini sepatutnya digunakan untuk mendekatkan diri dengan penyokong.”
AJK PAS Pusat, Khalid Samad yang juga ahli parlimen Shah Alam akan menyertai program PasMa pada 8 November ini di Ipoh. Dr Dzkefly Ahmad, bekas ahli parlimen Kuala Selangor pula akan menyertai program di Temerloh 15 November hadapan bersama Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, bekas pemimpin PAS yang telah dilantik mengepalai PasMa Pahang. Salahudin Ayub yang juga Naib Presiden PAS berkata, parti itu tidak mempunyai hak menghalang mana-mana ahlinya dari menyertai pertubuhan bukan kerajaan NGO. “Namun, Majlis Syura telah mengeluarkan arahan atau mungkin disebut sebagai nasihat melarang untuk ahli menyertainya. Maka keadaan ini mungkin mencetuskan keraguan dan keresahan ahli-ahli PAS.” “Oleh itu, elok diadakan diskusi antara kedua-dua pihak bagi mencari jalan penyelesaian,” ujar beliau dalam kenyataan yang disiarkan Sinar Harian. – MYNEWSHUB

DAP Didakwa Punca Penularan Fitnah Di FB
KUALA LUMPUR – DAP didakwa menjadi punca kepada penularan budaya menyebar fitnah di laman sosial seperti Facebook (FB) hingga menggugat ketenteraman awam di negara ini.
Menurut seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tiong King Sing, aktiviti fitnah di FB oleh parti politik pembangkang itu semakin berleluasa ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
Dakwaan King Sing itu bagaimanapun mengundang kemarahan beberapa wakil rakyat DAP ketika persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.
“Bila DAP ajar? Bila DAP ajar? Tarik balik kenyataan itu. Ini penyerang siber Umno yang ajar,” kata Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke.
Terdahulu, ketika mengajukan soalan tambahan, King Sing berkata, DAP memulakan perang siber demi kepentingan politik pembangkang.
“Rakyat selalu guna Facebook untuk tulis macam-macam, kutuk macam-macam. Tapi siapa mula ini cerita? DAP ajar,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bintulu.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, kerajaan memandang serius mengenai penularan budaya menyebar fitnah, penghinaan terhadap agama dan kaum oleh individu tidak bertanggungjawab di media sosial seperti FB.
Katanya, pelbagai langkah pencegahan diambil kementeriannya khususnya melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bagi membendung budaya itu.
Malah beliau turut bersetuju supaya tindakan tegas diambil oleh kementerian dan pihak berkuasa terlibat.
“Pengguna laman media sosial mesti bertanggungjawab. Tapi jika ia digunakan untuk mengguris perasaan pihak lain dan didapati menyalahi undang-undang…kita patut ambil tindakan sewajarnya,” katanya. – mStar Online
TOP
Selebriti Yang Kelihatan Lebih Tua Bila Berjambang
BAGI golongan hipsters, membela jambang merupakan antara trend terbaharu yang perlu diikuti untuk kelihatan cool.
Namun, tahukah anda menerusi sebuah kajian yang dijalankan di negara Barat, individu yang membela jambang berpotensi menyebabkan muka mereka kelihatan sehingga 10 tahun lebih tua daripada usia sebenar.
Kajian dan hasil tinjauan yang dibuat pusat transplan rambut, Crown Clinic menunjukkan gambar selebriti lelaki popular Hollywood ketika mereka berjambang dan ketika wajah mereka licin bersih tanpa jambang kepada 300 panel terpilih yang perlu meneka usia sebenar selebriti tersebut.
Rata-rata mengatakan wajah selebriti yang dinilai itu lebih kelihatan muda dan menarik tanpa sebarang jambang menghiasi wajah mereka.
Ini merupakan hasil survey yang dijalankan oleh mereka!
David Beckham, 39 tahun.
Ramai mengatakan Beckham seperti baru berusia 35 tahun dengan berjambang tipis jika dibandingkan dengan jambang lebat, yang mana usianya kelihatan seperti 40 tahun. Brad Pitt, 50 tahun.
Bila wajah Brad Pitt bersih licin, dia kelihatan lima tahun lagi muda dari usia sebenar, sebaliknya jika berjambang penuh dia kelihatan lebih berusia dari umur sebenar. Robert Pattinson, 28 tahun.
Tanpa jambang, Pattinson seperti berusia 25 tahun, manakala bila berjambang wajahnya kelihatan tak lari daripada usia sebenarnya, 28 tahun. George Clooney, 53 tahun.
Tanpa jambang, dia kelihatan lima tahun lagi muda dari usia sebenar iaitu 48 tahun. – MYNEWSHUB.CC

Awas.. Syabas Sedang Buat Operasi ‘Potong Air’ Jika Bil Tertunggak
KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menasihatkan pengguna supaya segera menjelaskan bayaran bil tertunggak bagi mengelak bekalan air mereka dipotong.
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS Priscilla Alfred berkata operasi bil tertunggak kini dijalankan di Kuala Lumpur, Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Sepang sehingga 30 Nov ini.
Beliau berkata jika pemotongan dibuat, pengguna akan dikenakan caj pemotongan RM35 dan caj penyambungan semula RM35 sebelum penyambungan semula dilakukan.
“Caj yang dikenakan itu bukan denda atau penalti, sebaliknya caj tetap perkhidmatan untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan air,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Caj itu diwartakan oleh kerajaan Selangor di bawah Enakmen Pembekalan Air 1997, iaitu Kaedah-kaedah Bekalan Air (Bayaran) Selangor 2006 dan masih diguna pakai sehingga kini.
Pengguna yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.
Selain itu, pengguna juga boleh mendaftar masuk di Twitter dan Facebook SYABAS. – BERNAMA
TOP
Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Terjerut Buaian Di Jempol
MAYAT mangsa dibawa dari Hospital Jempol ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematiannya.
Jempol – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui mati terjerut pada tali buaian di rumah datuknya di FELDA Lui Muda, dekat sini, petang semalam. Difahamkan dalam kejadian jam 3.40 petang itu mangsa bermain dengan buaian berkenaan di bahagian dapur. Ketika kejadian hanya mangsa Isma Umairah Radzuan dan bapa saudaranya berusia 21 tahun berada di rumah manakala datuk dan neneknya berada di luar atas urusan tertentu. Menurut sumber, bapa saudara mangsa yang meninjau di dapur selepas pelik kerana kanak-kanak itu senyap tidak seperti kebiasaannya ketika bermain. Katanya, sebelum ini mangsa dikatakan kerap bermain di buaian berkenaan. “Bapa saudara mangsa segera memotong tali buaian itu sebelum membawa kanak-kanak itu ke Klinik Kesihatan Lui Muda. “Namun, doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Jempol,” katanya. Sumber itu berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk bedah siasat. ketua Polis Daerah Superintendan Hamzah Alias dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – myMetro Online

Teletubbies Kuning Ditangkap Pecah Rumah, Curi Makanan
Penghujung bulan Oktober merupakan masa untuk perayaan Holloween, maka suasana berubah secara total kerana kebanyakan masyarakat mengenakan pelbagai kostum menarik bagi meraikannya.
Mengambil kesempatan tersebut, seorang pencuri yang memakai kostum Teletubbies kuning memecah masuk rumah seorang temannya. Namun peliknya, dia berbuat demikian hanya untuk mencuri makanan!
Menurut portal Huffington Post, kes ini berlaku di Penslyvania apabila polis menangkap seorang lelaki kerana dipercayai melakukan jenayah berkenaan lalu mencuri hidangan makanan Cina di dalam peti sejuk.
Walau bagaimanapun, pemilik rumah tersebut menolak untuk mendakwa lelaki tersebut atas tuduhan memecah masuk rumah.
Kes kecurian dan pecah rumah sering dilaporkan setiap kali tiba musim perayaan Holloween kerana kebanyakan individu menggunakan kostum dan parti sebagai kelebihan buat mereka untuk melakukan aktiviti tersebut. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Demi Politik, Ayat Al-Quran Sanggup Disalah Tafsir Ikut Hati
Dalam era politik masa kini, segelintir pihak mencuba pelbagai cara untuk menarik sokongan orang ramai hingga sanggup membuat tafsiran salah kepada ayat-ayat suci Al-Quran.
Ada sekumpulan manusia yang berpayungkan perjuangan pembangkang dikesan membuat tafsiran salah melibatkan Surah Al-Kaafiruun yang menjurus kepada perbezaan orang Islam dan orang Kafir diterjemahkan mengikut fahaman politik dari segi parti dan perjuangan.
Surah dengan enam ayat itu menjelaskan tentang tekad umat Islam untuk tidak mengikut apa yang disembah oleh orang kafir dan tidak mengikut apa yang dipercayai oleh mereka.
Laman sosial Facebook menjadi medan penyebaran tafsiran salah ini, dengan menjurus perbezaan antara ahli bukan UMNO dan ahli UMNO. Menurut laman Facebook yang jelas tidak berpihak kepada UMNO itu :- “Katakanlah wahai kaum Muslimin!! “Hai orang-orang UMNO! Kami tidak akan menyokong dasar yang kamu dokong dan kamu tidak mahu sokong dasar Islam yang kami dokong.. dan kami tidak akan bersubahat atas apa yang kamu buat.. dan kamu pula tidak mahu laksanakan atas apa yang Islam perintahkan.. Bagi kamu jalan kamu dan bagi kami jalan kami,” menurut laman Facebook itu.
Perbuatan keji ini jelas menghina ayat Al-Quran yang sebenarnya menjelaskan tentang perbezaan fahaman AGAMA dan bukan fahaman POLITIK dalam kalangan umat Islam. Tuduhan bahawa UMNO tidak menyokong Islam seperti didakwa dalam posting berkenaan juga memperlihatkan fitnah apabila UMNO memberikan perhatian kepada agama Islam begitu utama sesuai dengan keadaannya di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai Agama Persekutuan. Peruntukan agama Islam di dalam Perlembagaan membolehkan kerajaan menguruskan pembangunan dan hal ehwal Islam secara langsung melalui kerajaan, bukan seperti negara-negara lain yang tidak meletakkan agama dalam perlembagaan mereka. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu forum di Pengkalan Kubor, Kelantan pada 20 September lepas berkata peruntukan itu membolehkan Malaysia melakukan apa yang diperlukan berkaitan Islam dengan menggunakan peruntukan kerajaan persekutuan kepada negeri-negeri di seluruh negara. Dr Asyraf mengambil contoh negara Turki, yang biarpun majoriti penduduknya beragama Islam tetapi di dalam Perlembagaan Turki tiada peruntukan agama hinggakan satu masa dahulu Turki diisytiharkan di dalam Perlembagaannya sebagai negara sekular. Menurut beliau, negara sekular bermaksud kerajaan dan Islam tidak diletakkan di dalam satu sistem pentadbiran tetapi diasingkan. – MYNEWSHUB.CC

Surat Luahan Hati Seorang Ayah Buat Anwar Ibrahim
Semangat kebangkitan politik yang bermula di institusi pengajian tinggi adalah perkara biasa di dunia, termasuk di negara ini.
Maklumlah, saat ini para mahasiswa sedang melalui usia darah panas justeru ramai yang berkobar-kobar mahu mengubah apa sahaja perkara yang dirasakan tidak kena buat mereka.
Namun, jika semangat ini dicurahkan pada perjuangan yang salah atau menggunakan jalan yang salah, hingga akhirnya ditahan atau pengajian tergadai maka malanglah nasib mahasiswa tersebut kerana tanggung jawab wahid mereka sepatutnya adalah menuntut ilmu dahulu.
Begitu pun semalang-malang nasib mahasiswa terbabit, lebih pedih lagi hati ibu bapa yang mengasuh dan membesarkan mereka selama ini dengan harapan si anak akhirnya berjaya mengubah nasib diri dan keluarga.
Bagi kami, inilah kepedihan yang dapat dirasa saat membaca surat di bawah.
Surat didakwa ditulis seorang ayah bekerja sebagai petani yang kini viral di laman maya ini, ditujukan kepada Pemimpin pembangkang yang sedang menghitung nasib di Istana Keadilan, Anwar Ibrahim.
Dalam surat ini si bapa melahirkan perasaan terkilannya kerana perjuangan peribadi Anwar telah mengheret anaknya yang dipanggil Osman dalam insiden rempuh pagar di Universiti Malaya tempoh hari.
Tindakan anaknya menggusarkan bapa ini kerana matlamat utama dia menghantar Osman ke sana adalah menuntut ilmu untuk mengubah nasib keluarga yang miskin seterusnya membantu adik-adiknya yang masih bersekolah.
Berikut kandungan surat tersebut:
Daripada Hj Yusof
Kg Parit 1
Tarikh 28 Okt 2014
Kepada : Khas untuk Sdra Anwar Ibrahim dan keluarga
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh
Saya sebagai ayah kepada Osman, Pelajar tahun I Jurusan Undang-undang di UM amat kesal di atas situasi di UM malam semalam. Kekesalan dan kesedihan ini disebabkan anak saya dibabitkan dengan soal peribadi saudara dan keluarga. Ia tidak langsung membabitkan keluarga terutamanya anak saya.
Saya bekerja bertungkus lumus siang malam untuk mencari wang dan nafkah bagi membiayai pelajaran anak saya, agar anak saya menjadi seorang yang terpelajar dan seterusnya merubah kehidupan keluarga petani. Osman adalah anak sulung dari lapan beradik yang turut bersekolah rendah dan menengah. Jika Osman gagal di dalam pelajarannya, ia tidak akan dapat merubah keluarga ini.
Sdra Anwar, apakah sdra menyelami betapa pahitnya menjadi bapa kepada sebuah keluarga yang miskin. Anak saya dihantar ke UM bukan untuk terlibat politik sdra tetapi untuk menjadikan keluarga ini lebih terjamin masa hadapan. Sdra pun tidak pernah memberi bantuan apatah lagi mahu melawat keluarga ini.
Saya berjanji dan bersumpah tidak akan merelakan perbuatan sdra sampai bila-bila.
Dari segi lain, kami pasti Osman dan mana-mana penuntut IPT apatah lagi Universiti Malaya adalah mereka yang terpilih kerana mempunyai fikiran cerdas.
Justeru, seharusnya Osman dan mahasiswa lain yang mempunyai semangat sepertinya berfikir dalam-dalam sebelum menyertai sesuatu perjuangan yang boleh menggadai masa depan mereka dan keluarga pada masa akan datang.
Bukanlah bermakna semua perjuangan itu salah tetapi caranya jangan sampai silap.
Berfikirlah, sebelum anda memperjuangkan hak orang lain, adakah hak insan paling layak anda perjuangkan seperti ibu bapa sudah dilunaskan terlebih dahulu?
– MYNEWSHUB.CC

VIDEO: Pekerja Taska Ini Bagi Makan Ubat Atau Nak Membunuh?
Apa sudah jadi wahai kaum wanita, dimanakah nilai-nilai kelembutan mu wahai perempuan yang suatu hari nanti akan bergelar ibu?
Menerusi sebuah video dikongsikan seorang pengirim kepada Mynewshub, ini merupakan bukti satu lagi kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di sebuah taska yang tidak didedahkan. Apa yang pasti, perbuatan ini tak kurang kejamnya seperti apa yang telah berlaku terhadap bayi dalam artikel sebelum ini.
Mungkin perbuatan ini dilakukan si pelaku yang elok bertudung ini atas dasar mahu memberikan anak kecil ubat, namun ia kelihatan jauh melampaui batas apabila hidung kanak-kanak tersebut ditekup, badannya ditampar dan dijerkah dengan kasar. Sudahlah bayi itu sakit sampai perlu diberikan ubat, diperlakukan pula seperti ini… dimanakah sifat perikemanusian dan kasihkan kanak-kanak? Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Hari Ke-3 Perhimpunan Rayuan Anwar, Penyokong Mula Lengang
PUTRAJAYA – Perhimpunan hari ketiga di hadapan Istana Kehakiman oleh penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat sambutan berbanding Rabu.
Setakat pukul 9 pagi, tidak sampai 50 orang berkumpul di kawasan itu berbanding hampir 400 orang semalam sehingga cuba mencetuskan provokasi terhadap anggota polis yang berkawal.
Anwar yang merupakan Penasihat PKR juga tidak kelihatan berada di situ seperti sebelum ini, yang akan bertemu penyokongnya dahulu sebelum memasuki bangunan tersebut.
Malah hanya pengamal media yang memenuhi kawasan berkenaan sejak pagi serta polis masih berkawal seperti biasa.
Sementara itu, kawasan di tepi Istana Kehakiman di sini dipasang pita kuning bagi menghalang penjaja berniaga di kawasan itu yang mula berniaga sejak semalam.
Turut diletakkan ‘Notis dilarang menjaja tindakan kompaun dan sitaan UUK3 Akta Kerajaan Tempatan’.
Semalam, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat memberi amaran kepada penjaja yang membuka gerai makanan dan minuman tanpa kebenaran PPj di situ supaya menghentikannya sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang.
Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan terakhir Anwar, 67, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. – BERNAMA
TOP
GAMBAR : Lelaki Ini Dirompak Dan Ditikam Di Pipi
Kes rompakan ini berlaku di Jalan Muara Tuang, Kuching, Sarawak pada Selasa lepas melibatkan mangsa seorang lelaki dan tiga orang suspek.
Gambar mangsa yang berlumuran darah dimuatnaik ke laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia (MCAC) hari ini. Mangsa pada mulanya yang memandu terpaksa berhenti di tepi jalan berkenaan kerana keretanya mengalami kerosakan. Ketika dia sedang menunggu bantuan, tiga orang suspek tersedar mereka ada peluang untuk merompak mangsa. Mereka dikatakan mengeluarkan pisau dan meminta mangsa menyerahkan dompetnya. Lelaki malang itu cuba berunding dengan perompak berkenaan dan merayu agar mereka memulangkan semula kad pengenalannya sehingga menyebabkan seorang perompak hilang sabar lantas menikam pipi lelaki itu dengan sebilah pisau. Tikaman itu membuatkan mangsa cedera dan berlumuran darah di bahagian pipi. Seorang lelaki yang terlihat kejadian itu berhenti untuk memberikan bantuan kepada mangsa yang cedera. Dia dilihat mengeluarkan sehelai baju putih dan meletakkan di muka mangsa bagi menghentikan pengeluaran darah. Saksi kemudiannya meminta bantuan dan menghantar mangsa ke hospital terdekat. – MYNEWSHUB.CC

Bendera Johor Terbalik: Perbadanan Putrajaya Sila Prihatin
Kejadian berlaku di Putrajaya apabila bendera negeri Johor dikibarkan secara terbalik.
Mynewshub yakin ia mesti berlaku akibat kecuaian dan tidak mungkin sebab lain.
Kesilapan itu diketengahkan oleh pihak Johor Media Social melalui akaun twitter mereka. Pihak berkuasa tempatan di pusat pentadbiran negara itu adalah Perbadanan Putrajaya, justeru perbadanan itu hendaklah segere memperbetulkan kesilapan itu dan pastikan ia tidak lagi berulang. Kedudukan bendera ini ada banyak hubung kait dengan soal maruah. Itulah sebabnya dalam peperangan zaman dahulu kala pembawa panji dan bendera mesti memastikan bendera pasukan mereka tegak berkibar dalam apa jua keadaan. Kalau bendera jatuh ke bumi umpama jatuh la maruah pasukan mereka. Kesilapan seperti ini jangan dijadikan amalan terutama pada zaman sekarang di masa sesiapa sahaja boleh menyebarkan sesuatu dengan pantas.-MYNEWSHUB

Ada Individu Menyamar Remy Ishak, Burukkan Rita Rudaini
MENJADI selebriti memang tak dapat lari daripada pelbagai kisah kurang enak yang melanda.
Terbaharu Remy Ishak menjadi mangsa akaun laman sosial palsu apabila ada individu tidak bertanggung jawab menggunakan namanya dalam sebuah profil Facebook.
Yang lebih mengejutkan individu itu mengeluarkan kenyataan seolah-olah memburuk-burukkan pelakon Rita Rudaini yang seperti kita ketahui berdepan dengan kes mahkamah mengenai isu tuntutan nafkah anak hasil perkahwinan dengan bekas suami, Aidil Zafuan Abd Radzak.
Bagi mengelakkan salah faham, Remy telah memuat naik status di laman Twitternya, mengatakan tidak pernah mempunyai akaun Facebook.
Jadi, buat peminat di luar sana, jangan mudah terpedaya kerana ada sahaja manusia yang gemar menggunakan nama selebriti-selebriti popular untuk kepentingan mereka sendiri. – MYNEWSHUB.CC

10 Permainan Paling Popular Bagi Budak Sekolah Rendah 90-an
Apabila kita mengimbas kembali kenangan di zaman sekolah, pasti ada kenangan tersendiri bersama kawan-kawan yang menyeronokkan.
Di sini, kami senaraikan beberapa aktiviti dan permainan yang kami mahu budak-budak zaman sekarang tahu, zaman 90-an lebih menarik dari zaman sekarang yang dibanjiri pelbagai peranti pintar seperti tablet, ipad dan phablet.
Hanya orang yang melaluinya faham bertapa meriahnya permainan zaman kanak-kanak dulu. Ah, kami rindu kawan-kawan sepermainan!
1. Permainan titik titik (the dots game)
Permainan ini cukup popular satu ketika dahulu kerana ia sangat kreatif. Seperti biasa buku matematiklah yang menjadi mangsa kami kalau terasa nak berentap dengan kawan-kawan. Cara permainannya sangat mudah, apa yang anda perlukan adalah buku kotak-kotak dan dua batang pen berlainan warna. Jika anda dapat mengepung titik lawan tanpa skip satu titik pun, maka anda dikira pemenang.
2. Permainan Tekan Pemadam
Selalunya pemadam yang berbentuk empat segi dan leper akan digunakan. Permainan tekan pemadam ini memerlukan dua pemain. Caranya, tekan pemadam milik sendiri sehingga pemadam kepunyaan kita berjaya menindih pemadam milik kawan.
3. Digimon
Siapa memiliki peranti ini masa tu, anda secara ajaibnya digelar orang paling “hensem” dan popular di sekolah.
4. Tamiya
Masihkah anda ingat siaran animasi Dash Yonkuro? Kami pasti akan menonton terlebih dahulu sebelum bermain permainan ini yang merupakan satu trend ketika itu. Longkang yang panjang dijadikan trek litar perlumbaan. Permainan ini biasanya melibatkan dua ke lima orang.
5. Kad Pokemon
Kad pokemon juga pernah menjadi trend ketika itu.
6. Yoyo
Walaupun komputer lebih menyeronokkan, tetapi yang pasti kita lagi banyak main yo-yo!
7. Gasing
Permainan yang akan dimain sewaktu rehat tengahari di sekolah dan sangat terkenal sebagai aktiviti penduduk kampung di sebelah pantai timur.
8. Permainan Tutup Botol
Biasa dimainkan selepas habis kelas atau sewaktu menunggu bas sekolah. Permainan menggunakan tutup botol ini antara permainan ‘mudah alih’ yang sangat terkenal. Permainan ini memerlukan lima biji penutup botol dan anda hanya perlu selerakkannya untuk memulakan permainan.
9. Batu Seremban
Tak lupa juga untuk perempuan, batu seremban kan.
10. Origami Kapal Angkasa
Kreativiti kami ketika kecil tidak terbatas dan origami kapal angkasa ini sememangnya jadi kegemaran. Jika dilihat kapal di atas ini, ia adalah asas kepada kapal kami suatu ketika dulu. Kerja-kerja modifikasi seperti mewarnakan kapal angkasa kadang-kadang turut dilakukan supaya nampak lebih ‘gempak’.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Dear brother and sister,
ReplyDeleteI am Myanmar who working in Malaysia more than 10 years and I would like to explain about SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION. Therefore, recently I stayed at Sasanarakkha Buddhist Sanctuary (SBS), Taiping, Perak. I am very close with Ven. U Nandiya Maha Thero.
My monk Ven. U Nandiya is very good heart and compassion to everyone in the world, also I heard when he stayed at Kuala Lumpur Buddhist Temple, he lends donation money to President of Temple (Datuk Yip Kum Fook, MCA Gombak) with amount RM20,000.00 only and he said that money belong to Myanmar society in Malaysia.
On the other hand, my monk said, also many things happened when he stayed there because committees always disturbing, I am very sadly about that matter, why committees are very poor and crooks. Others Temple, people come to Temple to respected Buddha and Monks, also give red packet to monks. Why this Temple, monks must give money to committees, this is opposite.
If anyone receive or read this message, please inform to DATUK YIP KUM FOOK to return that amount to my monk as soon as possible.
My monk contact place:
Ven. U Nandiya
Sasana Daja Buddhist Temple
49 Bombay Street, Lidcombe NSW 2141.
Tel: (02) 9649-8124
With kindness
KO KO NAING
Taiping, Perak, Malaysia
We will take action to help you…Master
Ok my son is lawyer