TOP
Bayi Merdeka Akhiri Penantian Selama 6 tahun
KUALA LUMPUR – Tanggal keramat ketika negara menyambut ulang tahun ke-57 kemerdekaan turut menjadi hari bersejarah buat Ida Fikriah Ismail, 36, yang selamat melahirkan bayi sulung selepas enam tahun berkahwin.
Ida Fikriah berkata beliau dan suami, Mohd Zamzuri Khoshim, 37, amat gembira dengan kehadiran bayi lelaki seberat 2.90 kilogram itu pada 9.46 pagi tadi selain bersyukur kelahiran secara normal itu dipermudah.
“Saya berasa teruja dan gembira tidak terkata, setelah bertahun kami menanti kehadiran seorang anak, akhirnya doa kami untuk memiliki zuriat dimakbulkan,” katanya kepada Bernama di KPJ Ampang Puteri.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam KPJ Ampang Puteri Roslin Amran berkata dua lagi bayi perempuan dilahirkan di hospital berkenaan setakat tengah hari ini dengan kelahiran pertama pada 7.08 pagi.
Sejumlah 52 bayi merdeka iaitu 21 perempuan dan 31 lelaki dilahirkan di enam hospital kerajaan serta swasta sekitar Lembah Klang bermula selepas detik 12 tengah malam tadi hingga 2 petang ini.
Bayi merdeka pertama ialah bayi lelaki yang dilahirkan tepat pukul 12 tengah malam tadi di Hospital Kuala Lumpur.
Bayi seberat 3.08 kilogram itu antara 18 kelahiran yang direkod di hospital berkenaan, yang turut mencatat kelahiran paling tinggi.
Di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pula, sejumlah tiga bayi dilahirkan, kesemuanya lelaki, dengan kelahiran pertama pada 7.20 pagi.
Sementara itu, Hospital Ampang mencatat 15 kelahiran iaitu 11 perempuan dan empat lelaki dengan bayi pertama dilahirkan pada 12.28 pagi.
Di Hospital Selayang, sejumlah 12 bayi dilahirkan iaitu 10 lelaki dan dua perempuan manakala KPJ Tawakkal Specialist Hospital merekodkan kelahiran seorang bayi perempuan.
TERENGGANU pula merekodkan kelahiran 19 bayi di empat hospital kerajaan iaitu sembilan lelaki dan 10 perempuan setakat pukul 12 tengah hari ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata daripada jumlah itu, lapan bayi lelaki dan lima perempuan dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Beliau berkata Hospital Kemaman merekodkan empat kelahiran bayi diikuti Hospital Dungun dan Besut masing-masing dengan satu kelahiran.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri Toh Puan Halina Zakaria meluangkan masa kira-kira 30 minit menziarahi bayi merdeka di HSNZ.
Bagi Sharah Salleh, 34, tiada perkataan yang mampu diungkap bagi menggambarkan kegembiraan beliau dan suaminya apabila kelahiran anak ketiga mereka berkongsi tarikh keramat sambutan kemerdekaan negara.
“Saya dijangka bersalin pada 8 Sept ini, dan saya tak sangka akan melahirkan anak lebih awal dari tempoh yang dijangkakan, dan saya turut berbangga anak saya dilahirkan sebagai anak merdeka,” katanya ketika ditemui di wad bersalin HSNZ. – BERNAMA
TOP
Azlee Khairi Rancang Nikah Di Kampung Halaman
RASANYA ramai yang dah tahu pelakon pujaan ramai yang dikenali dengan drama Love You Mr. Arrogant (LYMA), Azlee Khairi kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pengurus peribadinya, seorang wanita kelahiran Brunei, Dayang Norlelawati Puteh, 31.
Azlee, 25, juga pernah memberikan kenyataan kepada pihak media bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini.
Malah aktor ini juga merancang untuk melangsungkan pernikahan secara kecil-kecilan di kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak.
“Persiapan kahwin memang kami sudah lakukan sedikit demi sedikit. Ada masa saja, kami akan buat persiapan. Tarikh kahwin memang seperti diketahui sebelum ini sekitar hujung tahun. Ia mungkin boleh jadi bulan September, Oktober, November atau Disember.
“Tarikh nikah memang belum dapat ditetapkan dek komitmen seni saya. Jadi persiapan kahwin, mana sempat kami pulun buat. Rancangnya kami nak bernikah di Kuala Kangsar, kampung saya. Itu pun sekadar majlis kecil-kecilan.
“Ada kesempatan dan rezeki lebih, kami rancang adakan majlis resepsi di ibu kota selain negara kelahiran bakal isteri saya iaitu di Brunei. Semua kena tengok keadaan. Apa yang penting, biar selesai urusan wajib seperti nikah dulu,” katanya memetik laporan akhbar Berita Harian, baru-baru ini.
Sebelum ini, Azlee pernah bercinta dengan rakan artis, Zarina AF dan juga sering kali dikaitkan bercinta dengan heroin drama LYMA, Zara Zya berikutan keserasian mereka yang sangat ngam sehingga ada peminat mencadangkan kedua-duanya bercinta di alam realiti. – MYNEWSHUB.MY
Azlee dan kekasih
Azlee dan kekasih
TOP
Luahan Hati Ibu Gadis ‘Liar’: Orang Hanya Pandai Mengata
TAHUN lalu jika anda masih ingat video pasangan kekasih yang juga budak sekolah beraksi romantis di sebuah taman memang hangat diperkatakan di laman-laman sosial.
Walaupun kisah ini sudah lama berlalu, mungkin boleh dijadikan pedoman buat para ibu bapa di luar sana, agar sentiasa mengawasi pergaulan dan pergerakkan anak-anak yang semakin meningkat dewasa.
Sejak video itu tersebar, ibu kepada gadis dalam video tersebut mengakui agak tertekan dengan tohmahan orang di luar sana yang membuat dakwaan anaknya sebagai seorang gadis liar.
Memetik laporan Harian Metro sebelum ini , si ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Rohani, 36, berkata dia tahu hubungan anaknya yang berusia belasan tahun itu dengan lelaki dalam video tersebut namun tidak menjangkakan mereka akan bertindak sejauh itu.
“Saya memang tahu mereka berkawan rapat, tapi tak sangka pula sampai merakam video berpeluk dan bercium dan dimuat naik pula ke Internet.
“Orang hanya pandai mengata, tuduh saya tak tahu jaga anak dan macam-macam lagi. Hakikatnya, saya dan suami sudah jalankan tanggungjawab kami dan anak saya bukan gadis liar yang boleh keluar rumah sesuka hati.
“Kalau perkara sama berlaku pada mereka (orang yagn mengata), mungkin baru mereka tahu apa yang saya dan suami rasakan sekaragn. Saya merayu, fahamilah situasi kami dan janganlah tuduh kami yang bukan-bukan,” katanya.
Hmm, tak tahu nak cakap macam mana, budak zaman sekarang memang ada yang nampak baik depan ibu bapa, tapi bila kat belakang mereka, terus bertukar personaliti, bak kat orang pijak semut tak matilah depan ibu bapa.
Tapi, apa-apa pun memang sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa memantau pergaulan anak-anak agar mereka tidak hanyut dek nafsu serta terpengaruh budaya-budaya kuning dan tak elok yang semakin melanda remaja Malaysia pada masa kini.
Buat adik-adik di luar sana, sekiranya mahu melakukan suatu perkara yang boleh menconteng arang ke muka kedua ibu bapa, ingatlah wajah-wajah mereka yang telah bersusah payah membesarkan anda, takkah mereka malu sekiranya perbuatan ‘terkutuk’ anak dijadikan modal oleh orang luar untuk menghina mereka?
Fikir-fikirkanlah.. – MYNEWSHUB.MY
Fikir-fikirkanlah.. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Atilia Nikah Hari Ini, Akhiri Zaman Janda
TAHNIAH diucapkan buat penyanyi bersuara merdu, Atilia Haron yang khabarnya sudah kembali bergelar isteri, hari ini apabila selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya yang dikenali sebagai Adam.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Atilia menerusi laman Instagramnya, sebentar tadi dengan memuat naik gambar pelamin untuk majlis bahagianya itu.
Menurut Atilia lagi, majlis tersebut hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekatnya sahaja bagi meraikan pasangan raja sehari itu.
Sebelum ini, Atilia, 40, pernah mendirikan rumah tangga dengan Ariff Johan Abdul Jalil namun disahkan bercerai pada 2009 selepas 10 tahun berkongsi hidup.
Tahniah buat Atilia dan pasangan, semoga ikatan yang dibina akan berkekalan sehingga ke Jannah!
– MYNEWSHUB.MY
– MYNEWSHUB.MY
TOP
Atlet Zaman Sekarang Lebih Bertuah
Oleh Karina Imran & Farhanah Azmi
KUALA LUMPUR – Golongan atlet sekarang bertuah kerana memiliki banyak kelebihan jika dibandingkan dengan apa yang perlu dilalui oleh atlet pada zaman sebelum Merdeka dan awal Merdeka. Dengan dorongan tinggi kerajaan, Kementerian Belia dan Sukan serta persatuan sukan, golongan atlet di Malaysia pada masa ini disifatkan antara yang paling beruntung kerana banyak kemudahan disediakan. Rata-rata golongan ahli sukan veteran negara menyifatkan perkembangan dunia sukan begitu menyerlah sehingga bidang sukan sudah menjadi satu profesion berbanding status amatur pada era 60 hingga 90-an. Tokoh boling negara Holloway Cheah berkata atlet sekarang beruntung kerana aspek sains sukan diberi penekanan selain kemudahan latihan yang serba lengkap serta bimbingan jurulatih bertauliah. Beliau berkata atlet perlu bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan untuk mencungkil dan membentuk barisan atlet yang mampu menggalas cabaran negara di persada antarabangsa. “Semasa saya mula menceburi dalam sukan boling, ia tidaklah mudah. Saya terpaksa bekerja dahulu dan tiada jurulatih tetap dan kami perlu berlatih sendiri. Peralatan sukan pun kena beli sendiri,” katanya kepada Bernama. Menurut Cheah atlet pada masa ini perlu menterjemahkan segala kemudahan yang diperoleh dengan membawa pulang kejayaan atau merangkul pingat emas untuk negara daripada temasya sukan antarabangsa. Mengimbau kembali zaman kegemilangannya, Cheah, jurulatih berusia 72 tahun itu berkata adalah agak sukar untuk beliau melupakan saat meraih pingat ketika pertama kali beraksi di Sukan Asia di Bangkok pada 1978. “Bila lagu ‘Negaraku’ dan bendera Malaysia dinaikkan, perasaan ketika itu sangat sukar digambarkan. Saya sungguh bangga. Sehingga kini masih boleh membayangkannya. Saya juga menyimpan keratan akhbar mengenai berita kemenangan saya itu,” katanya. Bagaimanapun, rasa megah meraih pingat emas itu tidak dapat disamakan dengan perasaan bangga apabila menjadi antara saksi kepada detik bersejarah negara ketika Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan keramat ‘Merdeka’ di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. “Masa itu saya berusia 15 tahun. Saya bersama-sama beberapa rakan ke Stadium Merdeka. Semua orang datang dengan perasaan gembira. Bila Tunku Abdul Rahman laung ‘Merdeka, Merdeka, Merdeka’…kami sama-sama melaungkannya. Rasa bangga tidak terhingga…itu detik bersejarah negara,” kata Cheah, yang dilahirkan pada 1942. Dalam perkembangan lain, semangat patriotik membuatkan pemain skuasy Mohd Azlan Iskandar menerima pelawaan untuk kembali semula mewakili negara pada Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan, dari 19 Sept hingga 4 Okt ini. Pemain itu bersara daripada pertandingan kompetitif sejak dua tahun lepas tetapi jauh di sudut hati kecilnya, masih bersemangat untuk mewakili negara. “Ia adalah suatu kebanggaan kepada diri saya apabila dapat kembali mewakili negara dan lebih membanggakan jika saya memenangi pingat untuk Malaysia,” katanya. Menurut Mohd Azlan, walaupun beliau adalah generasi yang lahir selepas Merdeka, namun semangat patriotisme dan memahami pengertian mengenai kemerdekaan negara telah tertanam dalam jiwanya sejak kecil lagi. Pemain berdarah kacukan berusia 32 tahun itu menjadi pemain profesional pada 2000 dan ahli Persatuan Skuasy Profesional (PSA). Sepanjang kariernya, pemain berasal dari Sarawak itu telah beraksi dalam 24 perlawanan akhir Jelajah Dunia PSA dan memenangi 14 gelaran Jelajah Tour, termasuk tiga kejuaraan Terbuka Malaysia pada 2004, 2007 dan 2010. Beliau mencapai kedudukan terbaik dalam ranking dunia iaitu kedudukan ke-10 pada Mac 2011 dan juga adalah pemenang pingat emas Sukan Asia di Guangzhou, China pada 2010. Bagi badang negara Mohd Hafifi Mansor, 24, pula, tanggal 31 Ogos memang memberikan pengertian bermakna bagi dirinya dan menjadi rutin baginya untuk keluar menyaksikan perarakan Hari Merdeka pada setiap tahun. “Memang aktiviti wajib bagi saya untuk tengok perarakan Hari Merdeka disebabkan ayah saya lahir pada tahun 1957, tahun Malaysia merdeka. Jadi, arwah ayah memang sangat menghargai Hari Merdeka. “Walaupun ayah sudah tiada, saya masih mencari peluang untuk turut serta menyaksikan perarakan, sama ada secara langsung atau menerusi televisyen,” katanya pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland. - BERNAMA

Agak-Agak Gambar Selfie KJ Ni Boleh Menang Gi London Tak?
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin boleh dikatakan sering mendekati golongan anak-anak muda dan belia menerusi medium media sosial dan beliau pun merupakan di antara pengguna Twitter yang aktif.
Jadi, untuk menunjukkan semangat kecintaannya kepada Malaysia, Khairy telah bergambar selfie di samping sticker @kibarmalaysia yang mana merupakan satu peraduan yang telah dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Patriotik Kibar Malaysia (PPKM) yang mana gambar selfie terbaik bakal memenangi peraduan tersebut.
Hadiah utamanya pula bukan calang-calang kerana anda berpeluang melancong ke London sekiranya gambar selfie anda yang terbaik di antara semua yang menyertainya.
Hadiah harian juga bukan kurang hebatnya…
Selain itu, anda juga sebenarnya beramal jika menyertai peraduan tersebut…
Walaupun mungkin tujuan KJ adalah untuk mempromosikan peraduan tersebut kepada pengikut di media sosialnya, tak mustahil gambar beliau boleh memenanginya kalau pihak penganjur beranggapan gambarnya yang paling terbaik.
Agak-agak anda, ada peluang tak gambar KJ menang peraduan ni? Hehe.. – MYNEWSHUB.MY
Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman Facebook di Kibar Malaysia – klik atau layari laman web Kibar Malaysia di sini – klik
TOP
Anifah Lobi Sokongan Bagi Kerusi UNSC Penggal 2015-2016
KUALA LUMPUR – Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan memanfaatkan kehadiran beliau pada Persidangan Antarabangsa mengenai Negara Kepulauan Kecil Membangun (SIDS) ketiga di Samoa untuk melobi sokongan terhadap Malaysia bagi menduduki kerusi tidak tetap dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) bagi penggal 2015-2016.
Dalam kenyataan di sini hari ini, Kementerian Luar berkata dalam kunjungan beliau mulai esok hingga 4 Sept, Anifah diiringi para pegawai kanan kementerian itu.
Katanya penyertaan Anifah dalam persidangan itu adalah berasaskan semangat kerjasama Selatan-Selatan dan bagi mempamerkan komitmen Malaysia terhadap usaha Kuala Lumpur meningkatkan hubungan dengan SIDS.
“Pertemuan antara menteri berkenaan dan rakan sejawatan beliau juga akan memungkinkan wujudnya pertukaran pendapat tentang isu dua hala, serantau dan antarabangsa demi kepentingan bersama, di samping membuat kenyataan pada sidang pleno,” kata kenyataan itu.
Persidangan itu, yang bertemakan ‘Pembangunan Lestari Negara Kepulauan Kecil Membangun melalui Perkongsian Tulen dan Berkekalan’, akan disertai 52 SIDS dan negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah serta pertubuhan antarabangsa.
Ia merupakan forum untuk menyemak dan mengkaji semula hasil semua persidangan utama dan sidang kemuncak PBB dalam bidang ekonomi, sosial dan alam sekitar, termasuk Program Tindakan Barbados bagi Pembangunan Lestari SIDS dan Strategi Mauritius bagi Pelaksanaan Program Tindakan Seterusnya untuk Pembangunan Lestari SIDS, yang diterima pakai pada 2005 dan meliputi tempoh 2005-2015.
“Ia merupakan satu-satunya strategi pembangunan global bagi menangani masalah pembangunan global dan menetapkan prinsip asas serta tindakan khusus yang perlu diambil di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa bagi menyokong pembangunan lestari SIDS.
“Persidangan tahun ini penting bagi menilai kemajuan yang dicapai dalam menangani kelemahan SIDS melalui pelaksanaan strategi terbabit,” kata kenyataan itu. – BERNAMA
TOP
Kerana ‘Cinta’ Awal Pagi Sanggup Ke Dataran Merdeka
KUALA LUMPUR – Seawal 6.30 pagi suri rumah ini menaiki motosikal bersama suami dan seorang anak lelakinya bergerak ke Dataran Merdeka,
di sini, kira-kira 20 kilometer dari rumahnya di Ampang.
“Ini kali pertama saya datang sini, saya nak tunjuk kepada anak lelaki saya ini macam mana kemerdekaan negara disambut,” kata Siti Maadiah Abdul Manaf, 36.
Beliau kemudiannya ditinggalkan berdua bersama anaknya yang berusia lima tahun oleh suaminya yang bekerja pada hari ini, menarik perhatian bahawa cinta kepada negara tidak perlu hanya disebabkan negara ini aman pada masa kini, namun perlu diingat negara ini mempunyai jasa yang tinggi kepada setiap rakyat.
“Ya betul Malaysia juga tak ada konflik yang besar, ekonomi pun stabil, tetapi cinta kepada negara perlu lebih mendalam, dan ia saya percaya ada di dalam hati setiap orang, tengoklah berapa orang yang sanggup datang ke sini sejak awal pagi,” katanya kepada Bernama.
Sambutan dengan tema “Malaysia…Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” di Dataran Merdeka itu bermula pukul 8 pagi dan tamat kira-kira pukul 10.30 pagi.
Kira-kira 400,000 orang terdiri daripada rakyat tempatan dan pelancong luar menyaksikan sambutan kemerdekaan kali ini dan mereka hadir sejak 6 pagi dengan penuh bersemangat sambil mengibarkan bendera, walaupun kebanyakannya hanya berdiri sepanjang sambutan.
Sementara itu, seorang warga emas, Ariffin Saad, 63, yang hadir bersama keluarga berkata tema yang dipilih tahun ini, tepat pada masanya ketika negara diuji dengan pelbagai dugaan termasuk kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan tragedi MH17.
“Ia sedikit sebanyak menyentuh hati saya terutama sekali selepas pelbagai dugaan yang terjadi. Saya harap tema ini dan sambutan hari ini, dapat melahirkan semangat cintakan negara kepada semua,” katanya.
Bagi seorang doktor, S.Darshini, 28, tema sambutan tahun ini yang disifatkannya mengangkat perasaan cinta membawa maksud yang sangat mendalam.
“Tema tahun ni sangat unik sebab unsur cinta yang diterapkan bagi saya bukan sahaja cinta terhadap negara, malah rasa cinta rakyat Malaysia yang berbilang kaum antara satu sama lain,” katanya.
Seorang pekerja swasta pula, Alvin Wee, 27, berkata sambutan kemerdekaan kali ini dengan tema yang unik menyuntik semangat luar biasa buat dirinya.
“Tema kali ini mengenai cinta, mengajak kita mencintai sesama kaum kerana kita semua rakyat Malaysia dan di sini lahirnya cinta,” katanya yang hadir bersama pasangannya.
Sementara itu, bagi pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Muhd Shafik Sihat, 18, peluang menyertai perbarisan Hari Kemerdekaaan di Dataran Merdeka merupakan satu penghormatan baginya, dan mengajar dirinya untuk menjadi lebih patriotik.
Bagi seorang lagi pelatih, Nur Syafilah Abd Kahhar, 18, selain kagum dengan penyertaan masyarakat berbilang kaum dalam sambutan berkenaan, turut menarik perhatian bahawa para pelatih PLKN juga sentiasa diberi penekanan terhadap penyemaian semangat patriotisme dan modul berasaskan kenegaraan semasa latihan.
Bagi pelancong Jerman, Frederike Beck, 23, yang baru tiba di Malaysia bersama empat rakannya semalam, kagum melihat sambutan itu yang dihadiri
pelbagai kaum hari ini.
“Ia sungguh mengagumkan dan saya benar-benar menikmati persembahan itu,” katanya. – BERNAMA
TOP
Pakai Pelekat Jalur Gemilang Tunjuk Patriotisme
KUALA LUMPUR – Pelbagai cara boleh digunakan untuk menyatakan semangat patriotisme mengikut kemahuan seseorang individu, antaranya dengan melekatkan pelekat Jalur Gemilang pada muka.
Anak muda Nur Izzati Ayuni, 14, berasa pemakaian pelekat Jalur Gemilang merupakan satu daripada cara untuk menzahirkan semangat patriotisme dan cinta kepada negara.
“Saya sangat gembira dan teruja untuk turut serta dalam sambutan Hari Kemerdekaan di sini bersama-sama dengan rakyat negara ini,” katanya kepada Bernama pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 di Dataran Merdeka, di sini hari ini.
Pelajar tingkatan dua SMK Desa Perdana, Kuala Lumpur itu tidak pernah melepaskan peluang untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka sejak beberapa tahun lalu.
“Saya akan datang ke dataran setiap tahun dengan ibu bapa saya untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan. Tetapi tahun ini ibu bapa saya memberi kebenaran untuk datang bersama rakan-rakan saya,” katanya.
Menurut Nur Izzati lagi, setiap satu pelekat Jalur Gemilang itu boleh dibeli dengan harga serendah RM1 di sekitar Dataran Merdeka dan boleh dilekatkan pada bahagian anggota badan seperti muka dan tangan.
‘Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’, menjadi tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 negara pada tahun ini. – BERNAMA
TOP
Gangguan Bekalan Air Di N.Sembilan Pada 2-3 September
SEREMBAN – Beberapa kawasan di Port Dickson, Seremban, Rembau, Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air dari Selasa hingga Rabu ini berikutan kerja-kerja penambahbaikan loji rawatan air, pengalihan paip dan penyelenggaraan injap.
Penolong Pengurus Unit Komunikasi Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail berkata penutupan bekalan air selama 24 jam mulai pukul 8 pagi Selasa ini di Port Dickson melibatkan kawasan Bukit Palong, Bukit Pelandok hingga Tanah Merah, Pekan Port Dickson hingga ke Lukut, Spring Hill, Pekan Port Dickson hingga ke Batu 4 Jalan Pantai dan Sua Betong ke Air Kuning.
“Di Seremban (gangguan air) melibatkan Taman (Tmn) Cempaka, Kampung (Kg) Linsum, Bandar Eka, Tmn Delima, Siliau, Kg Sri Sendayan, Kg Sega, Tmn Kristal, Tmn Seri Damai, Rumah Rakyat Kuala Sawah.
Kawasan lain yang turut terlibat ialah Pekan Rantau, Kg Ulu Lalang, Rumah Rakyat Ulu Lalang, Kg Kanchong, Taman Pinggiran Senawang, Batu 11 Ladang Tampin, Rumah Rakyat Linsum, Kg Solok, Kg Landas Kombok, Kg. Baru Ulu Lalang dan sekitar kawasan Rantau, katanya.
“Manakala di Rembau ia melibatkan Estet Hentian Tinggi, Taman Chembong Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau (di Chembong), Sekolah (Sek) Teknik Chembong, Halal Park, Highway Pedas (Tol Plaza), Jalan Merbau 9, Kg Minching A, Taman Pinggiran Pedas Perdana, Jalan Mungkal, Jalan Tok Nara, Jalan Ampang Batu, Jalan Mungkal Tobek,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Selain itu Jalan Tok Menteri di Rembau, Jalan Tok Samad, Jalan Tanjung Semut, Taman Pedas Indah, Kg Sungai (Sg) Ibor dan Minching Lama, Minching Baru, Kg Anak Air Kundur, Sek Kebangsaan (Keb) Pedas, Institut Latihan Perindustrian Pedas, Seberang Batu 1&2, Kg Sg Batu, Pedas Batu 1,2&3, Kg Sg Lalah, Sek Keb Kundur dan Kg Datuk Keramat dan Jalan Bunga Raya juga terlibat.
Di Kuala Pilah, gangguan air melibatkan Kg Sikai, Gunung Pasir, Kg Bemban,Kg Senaling, Kg Batu 1 Jalan Tampin, Kg Seri Pilah, Kg Batang Pilah, Kg Cheriau, Tmn Bahagia Delima, Kg Gachong, Kg Batu 46, Kg Pilah Tengah, Kg Tanah Melintang, Kg Bukit, Kg Bukit Temensu dan Kg Temeris.
Di Jempol pula melibatkan seluruh kawasan Bahau, Air Hitam, seluruh kawasan Lui (Lui Barat,Timur, Selatan & Sg Lui), Felda Serting Hilir, Serting Hilir, Serting Hulu, Serting Tengah, Ladang Geddes, Serampang Indah, Kg Sampo & Getco, Bayai, Batu Kikir, Sg Sebaling, Rompin, seluruh Mahsan dan Pekan Jelai.
Sementara, di Jelebu penutupan bekalan air selama 24 jam mulai pukul 10 pagi melibatkan seluruh kawasan Kuala Klawang, Mukim Petaseh, Mukim Pradong, Mukim Glami Lemi, Mukim Ulu Klawang dan Mukim Ulu Triang.
Norzita berkata langkah kontingensi akan dilaksanakan sekiranya gangguan melebihi 24 jam, selepas tempoh penutupan.
Katanya bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat tetapi beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pemulihan yang lebih lama.
Katanya kerja-kerja yang dijalankan ini merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan.
Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. – BERNAMA
TOP
Nurul Izzah Persoal Erti Kemerdekaan Negara
KUALA LUMPUR – Apa makna kemerdekaan jika masih ramai lagi rakyat miskin merempat di jalanan dan beban hutang isi rumah bertambah saban hari, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar.
Beliau mendakwa, Malaysia yang telah 57 tahun merdeka masih di takuk negara ekonomi kelas pertengahan sejak tahun 1992.
“Kemerdekaan yang kita sambut selama 57 tahun ini menjadi kurang bermakna dan hambar jika rakyat kebanyakan masih sengsara dan hidup hanya menjadi hamba hutang dan kos sara hidup yang tinggi,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Nurul Izzah turut mendakwa meskipun negara telah lama merdeka tetapi ada pihak masih melaungkan tragedi 13 Mei untuk menakut-nakutkan rakyat.
Dakwanya, dalam pada kemerdekaan dilaungkan tindakan represif menangani perbezaan pendapat dan suara-suara kritikal daripada rakyat masih berlaku.
“Akta Hasutan 1948 peninggalan penjajah British digunakan bukan sahaja untuk mengekang suara-suara mahasiswa malah untuk membunuh karier politik pimpinan pembangkang,” dakwanya.
Justeru, beliau meminta Akta Hasutan 1948 segera digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional atas faktor menjaga kestabilan negara dan menjaga tata tertib kebebasan bersuara.
TOP
Wan Azizah: Merdeka Bukan Hanya Bebas Penjajahan
KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendakwa erti kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan dan mengibar Jalur Gemilang.
Beliau mendakwa, kemerdekaan sebenar adalah kebebasan hati dan jiwa, kebebasan diri dan keluarga daripada belenggu pemikiran yang perkauman dan sempit serta mempunyai kebebasan ekonomi.
“Rakyat mesti dipupuk untuk melahirkan jiwa merdeka dengan memerdekakan sepenuhnya jiwa daripada cengkaman dan kezaliman,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Justeru, Wan Azizah mendakwa PKR komited untuk membina sebuah negara yang memerdekakan rakyat daripada tekanan kehidupan.
Dakwanya, langkah itu dengan menyediakan prasarana ekonomi yang baik agar sumber kekayaan negara dapat dikongsi tanpa mengira bangsa dan agama.
“Kita (PKR) berharap mampu membawa negara ke landasan yang betul, memelihara maruah negara, kedaulatan negara dengan ekonomi yang kukuh,” dakwanya lagi.
TOP
Google Sambut Hari Kemerdekaan Malaysia Dengan Doodle Khas
KUALA LUMPUR – Ketika seluruh rakyat Malaysia bergembira menyambut ulang tahun ke-57 kemerdekaan negara mereka hari ini, enjin carian gergasi Google mempunyai cara tersendiri untuk turut meraikannya iaitu dengan memperkenalkan doodle ‘Merdeka’.
Ia merupakan gabungan kelopak Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinesis), bunga kebangsaan Malaysia, yang disusun indah bagi membentuk perkataan ‘Google’.
Menurut Google, doodle khas itu adalah hasil ciptaan pelukis-arkitek Malaysia berusia 27 tahun, Hong Yi, yang menggunakan Merah sebagai moniker.
“Amat teruja sekali menunjukkan kepada anda hasil seni saya untuk Google hari ini, yang saya cipta bagi menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia hari ini!Lawatilah google.com.my, anda akan dapat melihatnya!
“Ini adalah versi awal yang saya tunjuk kepada mereka dan kami jadikannya lebih ringkas. Ciptaannya berasaskan kelopak Bunga Raya – Bunga Raya adalah Bunga Kebangsaan Malaysia, oleh itu, saya rasa amat berbesar hati apabila menjadi sebahagian daripada projek ini. Selamat Hari Merdeka, Malaysia,” tulis wanita berasal dari Sabah iu dalam akaun Instagramnya www.instagram.com/redhongyi.
Tulisan itu juga terkandung dalam blog rasminya dan karya Hong Yi ini disiarkan media seluruh dunia, termasuk Huffington Post, Wall Street Journal, ABC, CNN, NBC dan Daily Mail.
Lebih 14,000 orang menyertai perbarisan ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-57 di Dataran Merdeka di sini hari ini, yang bertemakan “Malaysia: Di Sini Lahirnya sebuah Cinta” bagi menzahirkan cinta mereka terhadap negara. – BERNAMA
TOP
Video: Sanggup Makan Pasta Di Lantai Demi Promosi Produk
SEORANG pengurus kanan penjenamaan produk dari Kanada, Ravi Dalchand sanggup menjamah pasta di lantai demi membuktikan keberkesanan produk vakum pembersih yang dipasarkan oleh syarikatnya.
Tindakannya yang membuat demonstrasi di kawasan stesen kereta api mendapat tumpuan pengguna pengangkutan awam tersebut malah ada yang ‘jijik’ melihatnya tergamak mengutip dan memakan pasta yang sengaja ditaburkan di lantai.
Tujuan Ravi adalah untuk membuktikan bahawa produk terbaharu mereka sangat berkesan menanggalkan kotoran di lantai sehinggakan dia tidak ragu-ragu makan di situ.
Malah, dia dengan selamba boleh ambil sekeping roti yang kemudiannya dicecah pula dengan sos pasta yang dimakannya tadi.
Jom saksikan!- MYNEWSHUB.MY
Jom saksikan!- MYNEWSHUB.MY
TOP
2 Pengguna Twitter Lempar Kenyataan Biadap Terhadap PDRM
KUALA LUMPUR – Dua pengguna laman sosial Twitter dikesan mengeluarkan kenyataan biadap terhadap polis, seorang daripadanya menggelar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai ‘anjing Barisan Nasional’.
Sehubungan itu, Khalid mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengenal pasti individu tidak bertanggungjawab di sebalik dua akaun Twitter berkenaan untuk dikenakan tindakan.
“PCIRC@PDRMsia sila ambil tindakan terhadap orang biadap ini yang menggelar IGP ‘Anjing BN’,” kata Khalid dalam catatan di laman Twitternya hari ini.
Akaun yang menghina Khalid itu menggunakan akaun Twitter Nasrul Omar.
Pada satu lagi akaun Twitter atas nama Viktor Wong, tertera mesej mencemuh berikut: “Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless@KBAB51. Henrich Himmler of Malaysia”.
Merujuk kepada akaun Twitter kedua itu, Khalid berkata: “PCIRC@PDRMsia, juga kesan seorang lagi yang biadap ini untuk diambil tindakan.”
Heinrich Himmler merupakan antara individu paling digeruni di bawah pemerintahan Nazi di Jerman. – BERNAMA
TOP
INFO ISLAM- Hukum Mengeluarkan Air Mani Di Luar Rahim
Soalan : Saya dan suami saya merancang keluarga dengan kaedah mengeluarkan air mani di luar rahim. Apakah ini tidak dianggap menolak kurniaan Allah, atau membunuh benih yang boleh menjadi anak?.
Jawapan:
Perbuatan mengeluarkan air mani diluar rahim ketika melakukan persetubuhan dinamakan ‘azal. Ia biasanya dilakukan untuk mengelakkan dari mengandung. Hal ini berlaku sejak zaman Nabi s.a.w. Ini seperti kata seorang sahabah yang terkenal Jabir bin ‘Abd Allah:
ÙƒُÙ†َّا Ù†َعْزِÙ„ُ عَÙ„َÙ‰ عَÙ‡ْدِ النَّبِÙŠِّ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ ÙˆَالْÙ‚ُرْآنُ ÙŠَÙ†ْزِÙ„ُ
“Kami melakukan ‘azal pada zaman Nabi s.a.w. dan Al-Quran sedang turun” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maksud Jabir mereka melakukan perkara tersebut pada zaman Nabi s.a.w iaitu masa al-Quran masih diturunkan tetapi mereka tidak pun dilarang oleh al-Quran.
Maka dengan ini mengeluarkan air mani di luar rahim untuk mengelakkan mengandung adalah diharuskan.
Sama dalam hal ini pil perancang untuk mengelakkan mengandung.
Namun oleh kerana wujudnya hadith Muslim yang menamakan ‘azal sebagai al-wa`d al-khafi iaitu membunuh anak secara senyap, maka kebanyakan ulama memakruhkan perbuatan ini.
Di samping itu, hadith yang lain riwayat Muslim juga menyatakan bahawa seseorang yang cuba melakukan ‘azal jika Allah kehendaki tetap akan mendapat anak. Ini mungkin kerana dia tidak dapat mengawal pancutan air mani sebelum dia mencabutnya.
Perlu diingatkan, oleh kerana perbuatan ini boleh menyebabkan isteri hilang kelazatan persetubuhan, atau tidak sampai kemuncak kelazatannya (climax), maka suami yang ingin melakukannya hendaklah mendapat keizinan isteri.
Ini kerana persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri. Demi keadilan dan hak isteri, maka izinnya perlunya perlu diminta. Inilah pendapat yang paling kuat kebanyakan ulama.
Sehingga al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (wafat 463H) berkata: “Tiada khilaf di kalangan ulama bahawa tidak boleh dilakukan ‘azal dengan isteri yang merdeka melainkan setelah mendapat keizinannya.
Ini kerana persetubuhan adalah daripada haknya” (Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 10/385, Beirut: Dar al-Fikr).
Di samping perlu difahami, adapun hasrat mencegah kehamilan jika sebabkan bimbang kepapaan, atau kekurangan rezeki, atau kurang kemewahan adalah diharamkan kerana ianya menyamai perbuatan musyrikin dan tidak meyakini rezeki Allah.
Jika disebabkan keadaan tertentu yang mendesak seperti kesihatan atau kesibukan maka ia diizinkan. Namun jika digunakan pencegah kehamilan secara berterusan tanpa sebab adalah diharamkan oleh para ulama.
Ini jika dibiarkan akan mengurangkan jumlah umat Islam. Dinasihatkan agar kita memperbanyakkan zuriat, kerana ianya menambahkan kekuatan dan
Petikan: http://acaiputra.blogspot.com

Kazakhstan: Sertai Kempen Menentang Senjata Nuklear
ASTANA (Kazakhstan) – Kazakhstan, yang penduduknya mengalami penderitaan amat dahsyat kerana menjadi mangsa penggunaan senjata nuklear selama 40 tahun, mengajak masyarakat antarabangsa menyertai kempennya membebaskan dunia daripada senjata itu.
Sejajar dengan itu, Kazakhstan melancarkan ‘ATOM Project’, pendidikan dan petisyen secara dalam talian sebagai kempen menentang ujian dan penggunaan senjata nukelar pada 29 Ogos 2012. ATOM adalah singkatan bagi “Abolish Testing, Our Mission” (Menghapuskan Ujian adalah Misi Kami).
Duta Kehormat ATOM Project Karipbek Kuyukov berkata projek itu merupakan inisiatif penting dan menjadi peringatan kepada masyarakat manusia agar sentiasa berjaga-jaga dan menentang ujian serta penggunaan senjata nuklear.
“Kita perlu mendidik manusia tentang isu ini serta menyedarkan mereka tentang kesan buruk daripada ujian dan senjata nuklear…di samping memastikan apa yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki pada 1945, tidak berulang,” katanya di luar acara Kongres Sedunia Pakar Fizik Antarabangsa bagi Mencegah Perang Nuklear Ke-21 di sini.
Kuyukov adalah seorang daripada berpuluh ribu manusia yang menerima akibat buruk daripada tindakan Soviet Union melakukan ujian senjata nuklear di Timur Kazakhstan dari 1949 hingga 1989.
Beliau dilahirkan pada 1968 di sebuah kampung bernama Egindybulak di wilayah Karaganda, kira-kira 90km dari tapak ujian nuklear Semipalatinsk (kini dikenali sebagai Semey). Kuyukov dilahirkan dengan tidak mempunyai tangan.
Kuyukov berkata beliau berkempen menentang senjata nuklear sepanjang hayatnya kerana senjata dahsyat itu turut membawa penderitaan kepada keluarganya.
“Banyak orang dalam hidup saya meninggal dunia akibat radiasi daripada ujian nuklear.
“Saya dilahirkan di zon ujian nuklear. Walaupun saya dilahirkan dengan tidak mempunyai tangan, tetapi saya memiliki semangat dan kekuatan untuk menyeru dunia supaya menghentikan program pembangunan senjata nuklear,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan Saintifik Kebangsaan Kazakhstan Dr Abay K. Baigenzhin berkata negaranya merupakan antara peserta paling aktif dalam pergerakan menentang senjata nuklear.
Katanya Kazakhstan mengambil langkah yang belum pernah dilakukan mana-mana negara iaitu menyerahkan senjata nukelar secara sukarela apabila ia mencapai kemerdekaan daripada Soviet Union pada 1991 untuk dijadikan teladan oleh seluruh dunia.
Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev mengeluarkan perintah agar poligon ujian nuklear Semipalatinsk ditutup pada 29 Ogos 1991. Susulan itu, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan 29 Ogos sebagai Hari Antarabangsa Menentang Nuklear, yang kini disambut setiap tahun.
Dr Abay berkata mereka melalui pengalaman yang mengerikan dan menemui kesimpulan bukan sahaja dari segi teori, tetapi juga melihat sendiri penderitaan dan tragedi yang menimpa beribu-ribu manusia tidak bersalah daripada beberapa generasi.
“Tanpa sebarang sebab, manusia dijadikan tebusan. Mereka menjadi mangsa kepada cita-cita gila ahli politik apabila senjata nuklear dijadikan alat perlindungan yang sebenarnya, langsung tidak masuk akal. Kami yakin, hakikat ini lama kelamaan akan disedari bukan sahaja di Kazakhstan,” katanya.
Lebih 500 wakil dari 44 negara menyertai kongres itu, yang bertemakan “Daripada Pengharaman Ujian Nukelar kepada Dunia Bebas Senjata Nuklear: Pelucutan Senjata, Keamanan dan Kesihatan Sejagat pada Abad Ke-21″.
Ia bermula dengan kongres untuk pelajar selama dua hari pada Isnin, manakala acara utama kongres dunia IPPNW selama tiga hari bermula pada Rabu. Semalam, peserta kongres itu melakukan tinjuan khas sepanjang hari di Semey dan bandar Kurchatov, yang menjadi tapak ujian nuklear.
Bersempena sambutan Hari Antarabansga Menentang Nuklear pada 29 Ogos, wakil daripada 17 negara mengambil bahagian dalam satu acara khas iaitu sambutan ulang tahun ke-25 penubuhan Pergerakan Antinuklear Antarabangsa (IAM) “Nevada-Semey” di Semey pada Jumaat. – BERNAMA
TOP
Pemain Luar Tonggak Kekuatan Pasukan Piala Malaysia
KUCHING – Pasukan yang bercita-cita menjuarai kejohanan Piala Malaysia perlu menggunakan sebanyak mungkin pemain luar, di samping sedikit nasib yang menyebelahi mereka, kata ketua jurulatih Sarawak Robert Alberts.
Jurulatih dari Belanda itu berkata demikian bagi mengulas pencapaian lemah pasukannya musim ini kerana tidak dapat menggunakan sepenuhnya khidmat kesemua empat pemain importnya apabila penyerang dari Bosnia-Herzegovina Muamer Salibasic dan pemain Lubnan Hassan El Mohamed, mengalami kecederaan.
Musim lepas, Sarawak mara hingga ke separuh akhir kejohanan Piala Malaysia, tetapi musim ini ia menduduki tangga paling bawah dalam Kumpulan B setelah seri 1-1 dengan Perak malam tadi.
“Kami kehilangan khidmat Muamer sejak bermulanya musim ini lagi. Dia menjadi pemangkin bagi pasukan dari bilik enjin, yang menghantar bola kepada penyerang,” katanya.
Alberts berkata beliau tidak menggantikan Muamer ketika pintu perpindahan dibuka kerana doktor memberi jaminan pemain itu akaa dapat beraksi kembali.
“Kalaulah kami ada pemain berkaliber seprti Muamer dan Gabor (Gypes) serta Ryan (Griffiths), tentu kami mencatat prestasi lebih baik dalam kejohanan Piala Malaysia musim ini,” katanya.
Menurut beliau pasukan Sarawak kehilangan daya sambungan kerana tiada pemain tempatan yang mampu menghantar bola seperti Muamer kepada penyerang untuk membuat jaringan.
Mengenai keputusan seri dengan Perak, Alberts berkata keputusan itu tidak sepatutnya berlaku.
“Saya rasa kami sepatutnya menang perlawanan itu kerana kami menguasai permainan dan mendapat beberapa peluang baik untuk menjaringkan gol, tapi pemain kami tidak memanfaatkannya,” kata Alberts.
Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada dua peluang keemasan yang terlepas begitu sahaja apabila rembatan Akhmal Rizan dan Lot Ali Hassan di depan pintu gol Perak yang ternganga luas, tersasar.
Ditanya sama ada gol jaringan Perak pada minit ke-17 merupakan hasil daripada ‘off-side’, Alberts berkata: “Kalau mengikut video, begitulah, tapi dari sudut lain, mungkin bukan off-side, itupun kalaulah penjaga garisan berada di kedudukan sepatutnya.”
Alberts bagaimanapun berkata gol penyamaan itu mengecewakan pemain Sarawak kerana bantahan mereka tidak dipedulikan pengadil. – BERNAMA
TOP
TH Anjur Tahlil, Doa Selamat Merdeka Di Madinah
MADINAH – Tabung Haji menganjurkan majlis tahlil dan doa selamat bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 di sini pada Sabtu malam.
Majlis yang diadakan di Maktab Zon Satu di Hotel Al-Haram selepas solat Isyak dipimpin Mohd Hishammuddin Mansor dan turut dihadiri Pengarah Operasi Madinah yang juga Naib Konsul Jeneral Tabung Haji di Jeddah, Zawawi Bostam.
Turut menyertai majlis itu ialah Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah Tabung Haji, Datuk Che Mat Che Ali, yang juga bekas pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pengurus Operasi Perubatan di Madinah, Dr Amin Sah Ahmad.
Lebih 50 petugas dan jemaah haji menghadiri majlis itu yang dimulakan dengan bacaan Yasin, diikuti bacaan doa supaya Malaysia memperoleh kesejahteraan dan keselamatan, dan rakyat berbilang kaum hidup dalam harmoni serta dijauhi daripada bencana serta musibah.
Sementara itu, Che Mat berkata, rakyat Malaysia tetap setia dan cintakan negara walaupun berada di luar negara.
“Kasih dan sayang terhadap negara adalah sebahagian daripada iman,” katanya kepada media Malaysia, di sini.
Beliau berkata, rakyat Malaysia walaupun di mana berada perlu bersama-sama mendoakan kesejahteraan negara daripada dilanda bencana dan musibah.
“Apatah lagi akhir-akhir ini diuji Allah SWT dengan pelbagai ujian. Semoga barakah musim haji tahun ini, dan moga semua jemaah haji sama-sama mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan keselamatan negara,” katanya. – BERNAMA
TOP
10 Sekeluarga Berpakaian Celoreng Merdeka
KUALA KRAI – Sebuah keluarga tampil dengan cara tersendiri untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 di padang Batalion Ketiga Rejimen 506 Askar Wataniah Kem Sungai Durian di sini, hari ini, dengan memakai pakaian celoreng tentera.
Adnan Ab Malik, 48, yang berasal dari Kok Lanas, Kota Baharu hadir bersama isterinya Salmizan Hussin, 34, dan 10 anaknya yang berusia 17 hingga 2 tahun dengan membawa Jalur Gemilang serta memakai pakaian tentera.
Beliau berkata idea untuk berpakaian seperti tentera itu hadir dua minggu sebelum sambutan Hari Kemerdekaan.
“Saya terfikir untuk berpakaian begini dah lama, jadi saya buat persiapan dengan membeli pakaian terlebih dahulu.
“Jadi saya pergi beli kesemua pakaian ini di Rantau Panjang tanpa pengetahuan anak dan isteri,” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 Peringkat Negeri Kelantan, di sini, hari ini.
Pada majlis berkenaan, Adnan turut menerima anugerah khas Keluarga Mithali Semangat Merdeka.
Adnan, pekerja Majlis Perbandaran Ketereh berkata beliau membelanjakan sebanyak RM500 untuk membeli kesemua pakaian berkenaan.
“Saya dan isteri serta anak bertolak dari rumah ke Kuala Krai seawal pukul 7 pagi untuk menghadiri sambutan tersebut, memang setiap kali sambutan hari kemerdekaan kami hadir untuk meraikannya,” katanya.
Adnan berkata tindakannya berpakaian tentera itu adalah untuk menyemai semangat cintakan negara kepada anak-anaknya dan mahukan mereka menghargai kemerdekaan negara kerana ia merupakan satu nikmat.
Lebih 2,000 orang hadir menyaksikan perarakan dan perbarisan sempena Hari Kemerdekaan peringkat negeri Kelantan yang disertai 53 kontinjen dari seluruh negeri. – BERNAMA
TOP
OKU Bukan Alasan Tak Sertai Perbarisan Hari Kemerdekaan
IPOH – Meskipun dikenali sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU), semangat cintakan negara jelas tergambar dalam kalangan anggota Persatuan Pemulihan Dalam Komuniti Buntong (PPDKB) yang mengambil bahagian dalam perarakan Hari Kemerdekaan Ke-57, di sini hari ini.
Setiausaha PPDKB, S. Sarapathy berkata persatuan itu telah menyertai perarakan Hari Kemerdekaan sejak tahun 2006 lagi.
Katanya, perarakan kali ini di Dewan Bandaran, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab disertai seramai 60 orang yang terdiri daripada golongan dewasa berkerusi roda termasuk beberapa sukarelawan yang mengambil bahagian pada kali ini.
“Kami telah berkumpul di sini sejak pukul 7 pagi tadi. Kami menyertai raptai sama seperti kontinjen-kontinjen yang lain.
Kami tidak mahu dipandang lemah dan cuba untuk melakukan yang terbaik seperti tahun-tahun sebelum ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Kata S. Sarapathy lagi, pada tahun ini, seramai enam orang kanak-kanak kelainan upaya yang berumur antara lima hingga 12 tahun turut mengambil bahagian dalam perarakan itu.
Bagaimanapun, perarakan kali ini dijalankan secara sederhana kerana Perak masih dalam suasana berkabung di atas kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah dan memperingati mangsa nahas tragedi penerbangan MH17 Malaysia Airlines, katanya.
PPDKB telah ditubuhkan sejak 1999 di tujuh lokasi iaitu Buntong, Lahat, Falim, Menglembu, Jelapang, Silibin dan Manjoi bagi menyediakan kemudahan pemulihan kepada golongan OKU.
Pada majlis sambutan itu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim turut berangkat untuk bersama-sama rakyat meraikan sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan negara yang ke 57. Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Pada pagi ini, sebanyak 101 kontinjen daripada jabatan dan agensi kerajaan, sekolah, institut pengajian tinggi, pasukan beruniform dan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai perarakan itu.
Acara pagi ini turut dimeriahkan dengan nyanyian koir dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet, Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent. – BERNAMA
TOP
Bangunan Di Paris Runtuh, Kanak – Kanak Maut
PARIS – Sebuah bangunan empat tingkat di pinggiran Paris runtuh selepas digegarkan satu letupan pagi ini, menyebabkan seorang kanak-kanak terbunuh, menurut seorang jurucakap penyelamat.
“Kami sedang mencari mangsa lain yang mungkin terperangkap dalam runtuhan itu,” katanya. – Reuters
TOP
Sabrina Ali Enggan Ulas Lanjut Konflik Rumah Tangga
Desas-desus rumah tangga pelakon Sabrina Ali dan suaminya Syed Amirul Syed Ahmad retak menanti belah sudah lama berkompang dan beberapa bulan lalu timbul dakwaan mahligai dibina sebenarnya bernoktah.
Bagaimanapun, ibu kepada Ariyana, 7, Syed Aryan Khan, 3, dan Syed Adrian Khan, 18 bulan, ini tidak pernah membuka mulut apabila diasak pertanyaan mengenai perkara itu.
Sikapnya membuat–kan ramai terus berteka-teki sejauh mana kebenaran khabar angin itu. Namun baru-baru ini, buat kali pertama bintang filem Khurafat ini sedia berkongsi apa yang tersimpan kemas selama ini.
Meskipun sekadar ‘permukaan’, ia cukup untuk menjawab persoalan selama ini. Di sebalik senyuman, ada duka cuba disembunyi.
Sepanjang temubual, dia tenang menyusun bicara. Sesekali kesedihan yang bersarang di tangkai hati gagal disorok dan turut terserlah di matanya yang berkaca.
“Tidak banyak yang boleh saya kongsi kerana ia terlalu peribadi. Banyak hati perlu dijaga, tersilap kata, pasti ada yang terguris.
“Saya pun tak tahu di mana kedudukan saya (menghela nafas panjang). Sukar untuk jelaskan. Cuma sekarang saya tidak harap–kan apa-apa lagi. Andai jodoh kami panjang, semua akan kembali okay dan jika tertulis sebaliknya, saya reda,” katanya.
Sebagai isteri dan ibu, dia berusaha sehabis daya menyelamatkan rumah tangga dibina empat tahun lalu. Ini perkahwinan kedua Sabrina. Pelbagai ikhtiar dilakukan supaya tidak menyesal di kemudian hari.
Katanya, walau lelah, dia tidak pernah berhenti berdoa semoga kemelut ini segera berakhir. Bukan dalam soal jodoh saja, dalam segala aspek kehidupan juga kena usaha dan ikhtiar.
“Saya sedar kalau bukan rezeki kita, nak buat macam mana. Saya wanita, kuasa dan keputusan di tangan dia (suami). Bohonglah kalau saya cakap tak sedih. Dugaan ini terlalu berat, tetapi saya kena kuat demi anak.
“Lagipun, saya percaya Tuhan hanya bagi ujian pada mereka yang mampu hadapi. Ada dugaan bermakna Allah sayang kita, Dia tidak mahu kita leka. Selepas apa yang berlaku, saya makin kuat dan lebih dekat dengan-Nya.
“Saban hari saya cuba perbaiki diri dan kehidupan. Saya dah lalui macam-macam dugaan sebelum ini dan anggap apa yang berlaku itu ada sebab dan hikmah,” katanya.
Kata Sabrina, dia perlu kembali mencari rezeki demi membesarkan tiga cahaya mata. Justeru, dia nekad aktif berlakon dan harap diberi peluang untuk muncul di layar kaca dan lebar.
“Saya tidak boleh lagi berpeluk tubuh kerana anak perlu didahulukan. Sebelum ini saya ada muncul di TV tetapi sesekali saja. Kali terakhir menerusi drama rantaian Kifarah.
“Soal watak saya tidak kisah, selagi bersesuaian, saya terima. Saya pernah jayakan macam-macam watak, termasuk antagonis dan komedi. Malah, orang tahu saya suka watak pelik dan mengarut, itu kelebihan saya.
“Jadi, kecil atau besar watak saya tidak kisah kerana yang penting, penonton ingat,” katanya.
Mengenai watak ibu, Sabrina, 32, menegaskan, dia tidak ada masalah melakonkan karakter itu, namun biar kena pada tempatnya dan tampak realistik.
“Perkara ini sering diabai segelintir produksi. Maaf andai ada yang tersinggung tapi jika mahu yakinkan penonton, watak dibawa kena realistik.
“Sebelum ini saya pernah bawa watak ibu kepada pelakon yang usianya lebih kurang saya, tetapi saya disolek tua supaya nampak realisitik.
“Saya okay dan tak ada masalah, tetapi tak logiklah kalau nak saya tampil seperti sekarang dan watak anak pula dilakonkan pelakon usia 20-an. Nampak seperti adik kakak, bukan ibu anak seperti dimahukan skrip.
“Jika ada tawaran ibu dan apa yang dipersembahkan itu logik, saya pasti terima. Misalnya jika anak saya menuntut di sekolah rendah, kenapa pula nak tolak, sedangkan saya ada anak usia tujuh tahun.
“Kalau watak anak usia 12 tahun, okay saja dan tak ada apa yang perlu dipertikai kerana normal wanita berkahwin pada usia 18 tahun ke atas,” katanya. - myMetro online
TOP
‘Baju Kurung Merdeka’ Pembakar Semangat Sambut Kemerdekaan
ALOR SETAR – Semangat patriotisme tinggi bagi merayakan ulang tahun kemerdekaan ke-57 membuatkan Atikah Abd Kader, 42, dari Kampung Lubok Labi, Kuala Nerang sanggup menempuh perjalanan hampir satu jam untuk turut sama menyambut kemerdekaan di Dataran Tunku di sini hari ini.
Atikah berkata semangat membara untuk turut sama meraikan kemerdekaan semakin berkobar-kobar kerana tahun ini dia menyediakan ‘Baju Kurung Merdeka’ buat anaknya, Sofia Huriah Salehudin, yang dilahirkan sebagai ‘Anak Merdeka’ untuk menyambut hari kelahirannya yang ke-10.
“Anak akak lahir pada 31 Ogos jadi setiap tahun akak akan bawa Sofia dan anak-anak yang lain untuk datang menyambut kemerdekaan di dataran. Tapi tahun ini lebih bermakna kerana akak sediakan baju kurung berserta tudung yang diperbuat daripada bendera Malaysia untuknya sebagai hadiah hari lahirnya.
“Tahun ini akak merancang untuk sediakan baju Merdeka kepada semua ahli keluarga tetapi memandangkan harga bendera yang mahal akak hanya mampu tempah baju lengkap untuk Sofia dan baju kurung buat akak. Mungkin tahun hadapan kami lapan beranak akan pakai baju Merdeka yang sama,” katanya kepada pemberita di sini hari.
Beliau berkata sejak tahun lepas lagi dia telah menempah baju kurung Merdeka itu dari adiknya yang duduk berhampiran rumahnya dan untuk menyiapkan baju itu sebanyak lima bendera besar Malaysia digunakan dengan kos anggaran kurang daripada RM100.
“Ada kawan-kawan akak yang ketawakan idea akak untuk memakai baju yang diperbuat daripada bendera ini tetapi sedikit pun akak tidak malu malah perasaan bangga dan semangat yang tinggi timbul dalam diri akak dan anak kerana dapat mengenakan pakaian ini. Tambah pula Sofia merupakan ‘Anak Merdeka’ jadi tidak timbul rasa malu dalam diri,” katanya.
Sementara itu, Wahyu Maisarah Nordin, 10, dari Sekolah Kebangsaan Sanglang, Ayer Hitam turut mengenakan pakaian yang diperbuat daripada bendera yang dibuat khas oleh kakaknya Nor Wahyuni Nordin, 23 sempena kemerdekaan pada tahun ini.
“Pihak sekolah ada membuat pertandingan baju kemerdekaan tahun ini jadi saya ambil kesempatan untuk memakai pakaian ini untuk menyambut kemerdekaan.
Perasaan malu tidak timbul dalam diri saya malah saya bangga kerana dapat memakai Jalur Gemilang ini,” katanya.
Sambutan kemerdekaan di Kedah bermula pada pukul 7.30 pagi dengan disertai 101 kontinjen dari pelbagai agensi yang melibatkan lebih 4,000 orang masuk berarak di Dataran Tuanku di hadapan Pekan Rabu. Majlis yang turut dihadiri lebih 5,000 orang awam itu tamat pada pukul 10.30 pagi. – BERNAMA
TOP
Pendaki Malaysia Kibar Jalur Gemilang Di Puncak Gunung Ararat
KUALA TERENGGANU – Tatkala Jalur Gemilang berkibar megah di seluruh pelosok negara, sekumpulan pendaki Malaysia pula merakamkan detik bersejarah setelah berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Ararat di Turki, pada Jumaat lalu.
Rombongan ekspedisi itu disertai lapan pendaki diiringi tiga kru jurulatih diketuai Pengerusi Persatuan Kembara Negara Datuk Khalid Yunus.
Khalid ketika dihubungi Bernama melalui akaun Facebook berkata mereka mengambil masa 10 jam untuk sampai ke puncak gunung setinggi 5,137 meter itu.
“Ahamdulillah, misi pendakian kali ini mencatat kejayaan apabila kesemua pendaki berjaya ke puncak dengan selamat.
“Paling istimewa apabila kami berjaya mengibarkan Jalur Gemilang dua hari sebelum detik bersejarah buat negara yang menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-57,” katanya.
Ia sebahagian daripada latihan buat peserta yang akan mendaki puncak tertinggi dunia di Gunung Everest pada Mac tahun depan.
Sementara itu, ketua jurulatih misi kali ini, Mohd Rafi Kori berkata pihaknya memilih gunung Ararat kerana ia sesuai untuk latihan altitud tinggi dan pendakian bersalji yang mempunyai ciri persamaan dengan gunung Everest.
“Latihan seterusnya ialah mendaki Gunung Aconcagua di Argentina setinggi 6,962 meter pada Disember atau Januari tahun depan sebelum misi Everest bermula pada Mac, selain itu latihan mendaki gunung-gunung di dalam negara tetap diteruskan setiap bulan termasuk pendakian Gunung Kinabalu,” katanya.– BERNAMA
TOP
Rampasan Dadah Paling Besar Di Myanmar
Yangon – Pihak berkuasa menahan 15 lelaki dan mematahkan cubaan menyeludup dadah terbesar dalam sejarah Myanmar.
Pegawai kanan skuad antidadah Myanmar, Myint Oo berkata tentera laut negara itu memintas sebuah kapal mencurigakan di Kawthaung.
Katanya, kapal berkenaan dalam perjalanan menuju Thailand.
“Selepas diperiksa, kami menemui 2.4 juta pil ekstasi di dalamnya,” katanya.
Nilai dadah dianggar RM63.2 juta.
Myint berkata, kejayaan itu yang terbesar dalam sejarah Myanmar. Julai lalu, pihak berkuasa merampas heroin bernilai RM7.2 juta di bandar Tachilek, wilayah Shan berhampiran sempadan Myanmar dan Thailand. – Agensi
TOP
Tersekat Mahu Keluar Dari Mesin Kiosk ATM
GANGZHOU - CHINA. Seorang lelaki mabuk di China menerima padah selepas sebahagian tubuhnya tersekat ketika dia cuba merangkak keluar dari kios mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
Jurucakap bomba di wilayah Zhejiang, Hsin Ke memberitahu, maklumat diterima selepas orang awam bertindak membuat aduan selepas mendapati mangsa dikenali sebagai Cheng Kao pengsan berhampiran kios terbabit.
"Usaha mengeluarkan Kao sukar kerana dia masih mabuk dan gagal mendengar arahan dengan jelas. Kami terpaksa memecahkan panel kaca sebagai jalan terakhir," jelasnya.
Difahamkan, Kao mengambil keputusan keluar dari ruang pengudaraan kecil di bawah panel kaca itu selepas gagal membuka pintu kios tersebut akibat tersaah memasukkan nombor pin.
Sementara itu menurut laporan Daily Mail, pihak berkuasa memaklumkan, lelaki malang terbabit perlu membayar ganti rugi membaik pulih kios ATM tersebut.
Awal tahun lalu, seorang lelaki di wilayah Sichuan terpaksa menahan kesakitan selama enam jam selepas tangannya tersekat ketika dia cuba untuk mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh di dalam lubang tandas. - Sinar Harian
TOP
400,000 Pengunjung Banjiri Sambutan Kemerdekaan Ke-57
KUALA LUMPUR – Kira-kira 400,000 pengunjung membanjiri Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya pada sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-57, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Ahmad Shabery berkata acara sambutan kali ini mengetengahkan beberapa unsur baharu seperti watak animasi popular Malaysia Upin dan Ipin sebagai tarikan utama kepada orang ramai.
“Ia menjadikan (sambutan) kemerdekaan bukan lagi ibu bapa membawa anak-anaknya, (tetapi) saya difahamkan anak-anak yang membawa ibu bapa ke padang kali ini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri acara itu di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Mengulas mengenai tema kesederhanaan yang dibawa pada kali ini berikutan tragedi menyedihkan menimpa negara yang melibatkan pesawat Malaysia Airlines, Ahmad Shabery berkata rakyat mesti terus bersemangat kental dalam menghadapi apa jua cabaran yang mendatang.
“Ia adalah kesederhanaan tetapi tidak bermaksud kesederhanaan dari segi semangat. Semangat mesti kuat, semangat mesti dikentalkan dan kita tak melakukan secara keterlaluan tetapi ia penuh dengan makna.
“Lahirnya sebuah cinta hingga kita cinta pada semua termasuk mereka yang kehilangan segala-galanya daripada tragedi ini (MH370 dan MH17),” katanya.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata walaupun negara masih bersedih dengan tragedi penerbangan MH370 dan MH17 Malaysia Airlines, namun semangat rakyat masih kuat untuk menghadapi sebarang cabaran.
“Tak kurang kemeriahan dan semangat rakyat Malaysia (diterjemahkan) dengan (mereka) keluar beramai-ramai ke Dataran Merdeka memang terserlah sekali,” katanya.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sambutan kali ini sederhana tetapi cukup untuk menyuntik semangat membina ketahanan bagi menghadapi pelbagai cabaran.
“Kita gunakan sambutan kemerdekaan ini untuk membina kekuatan dalaman kita untuk menangkis segala ancaman dari luar yang cuba menghuru-harakan negara kita,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, sambutan kali ini amat berjaya hasil kerjasama kukuh daripada segenap lapisan masyarakat.
“Amanat Perdana Menteri malam tadi, melalui perpaduan dan solidariti, kita yakin negara kita mampu mencapai pelbagai kejayaan yang boleh kita wariskan kepada generasi akan datang,” katanya. – BERNAMA
TOP
Lima Lelaki Ditahan Ekoran Rusuhan Di Stadium Sarawak
KUCHING – Lima lelaki termasuk empat remaja ditahan kerana disyaki terlibat bertindak agresif merusuh di Stadium Negeri di Petra Jaya di sini sehingga mencederakan lima anggota polis dan merosakkan tujuh kenderaan rasmi mereka malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching (Operasi), Supt Fauzilan Abdul Aziz mengesahkan penangkapan itu hari ini yang membabitkan empat remaja berumur di antara 17 dan 18 tahun, serta seorang lelaki berumur 20 tahun.
Menurutnya kejadian bermula kira-kira pukul 11 malam tadi selepas selesainya perlawanan bola sepak Piala Malaysia di antara pasukan Sarawak dan Perak di stadium itu.
Kira-kira 2,000 orang penonton memasuki padang perlawanan sebelum mereka membakar suar dan mercun, selain melontar objek ke arah anggota polis yang bertugas namun dapat dileraikan dalam tempoh 30 minit selepas itu.
Bagaimanapun, situasi tegang timbul kembali di luar stadium apabila sekumpulan lelaki bertindak merosakkan sebuah trak, tiga unit kereta jenis Perodua Kancil, sebuah kereta jenis Proton Waja dan sebuah van jenis Toyota yang kesemuanya milik Polis.
Perusuh-perusuh yang terlibat seterusnya membakar sebuah kenderaan pacuan empat roda Polis jenis Perodua Kembara sehingga rosak keseluruhannya. – BERNAMA
TOP
Lisa Surihani Pernah Hamil Tapi Gugur
Walaupun sudah hampir 3 tahun berumah tangga, sudah pasti pasangan selebriti sejoli, Yusry dan Lisa Surihani mengidamkan kehadiran orang baru dalam rumah tangga mereka.
Namun, sampai sekarang mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata. Lisa sebelum ini juga pernah meminta peminat mendoakan supaya dia dan Yusra cepat dikurniakan anak.
Satu laman akhbar tempatan, Kosmo! baru-baru ini mengatakan yang Lisa sebenarnya pernah hamil tapi keguguran di dalam satu ruangan gosip akhbar tersebut.
Perkara ini memang tidak diketahui umum kerana Lisa sendiri merahsiakannya dari media dan juga laman sosialnya. Tapi, kata penulis gosip tersebut, seorang rakannya mengatakan Lisa pernah hamil.
Mungkin Lisa sebenarnya menunggu masa untuk menghebahkan berita gembira itu kepada peminat selepas hamil. Apapun Lisa, jangan bersedih, mungkin tiada rezeki lagi. Kami mendoakan anda cepat mendapat cahaya mata - SiakapKeli.com
TOP
Ozlyn: Kami Bukan Nak Menunjuk
MINGGU lalu pelakon Ozlynn dikritik hebat apabila memuat naik gambar suaminya Johan (Raja Lawak) bersama anak-anak mereka sedang mengerjakan solat, menerusi laman sosial Instagram miliknya bersama Johan.
Gambar tersebut telah disalah erti segelintir pihak yang mengatakan mereka hendak menunjuk-nunjuk, sehingga menimbulkan perbalahan di antara peminat dan 'hatters' mereka.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Ozlynn berkata, dia tidak ambil pusing terhadap sebarang kritikan negatif.
"Apa sahaja komen baik positif atau negatif daripada pengikut Intagram, kami mengambil pendekatan untuk tidak melayaninya kerana ia hanya akan mencetuskan kontroversi.
"Pada kami, sekurang-kurang kami berjaya tunjukkan contoh yang baik pada pengikut-pengikut dan tidak salah berkongsi benda yang baik," katanya yang ditemui ketika majlis sidang media Tribute P. Ramlee, di Menara KL baru-baru ini.
Ozlynn yang kini hamil tujuh bulan mengakui pada awalnya, laman Instagram milik mereka itu 'diprivasikan', namun apabila ramai peminat ingin mengikuti perkembangan, mereka membuka sekatan itu.
“Bila Instagram tu tak lagi 'private', kami perlu bersedia berhadapan dengan apa sahaja kritikan apabila kongsi aktiviti atau perkara peribadi yang kami muat naik," katanya meminta agar hak peribadinya lebih dihormatinya. - Sinar Harian
TOP
Penuntut IPTA disyaki pasangan lesbian ditahan
Johor Bahru: Dua penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) berusia awal 20an disyaki pasangan lesbian ditangkap pihak berkuasa selepas penemuan alat perangsang seks bentuk kemaluan lelaki dalam serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Johor Jaya Johor, awal pagi tadi.
Dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira 2 pagi itu, dua penuntut terbabit yang menuntut di Pulau Pinang dan Pasir Gudang, di sini mendakwa alat berkenaan baru dibeli secara dalam talian (online).
Ketika ditahan keduanya berada dalam keadaaan terpinga-pinga dan mendakwa alat sulit berkenaan baru sampai selain belum lagi 'merasainya'.
Namun akibat ketakutan dan risau selepas disoal oleh pegawai peguatkuasa, salah seorang daripadanya mengakui, dia mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur untuk bertemu kakaknya yang juga berperanan sebagai 'suami' atas ranjang.
Mereka ditahan di bawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana melakukan muhasaqah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau keduanya sekali.
Dalam operasi yang turut dijalankan di sekitar Ulu Tiram, Taman Desa Cemerlang itu, tujuh pasangan lain berjaya ditangkap termasuk guru tahfiz, pengurus sebuah syarikat swasta, jururawat dan anggota tentera.
Operasi yang bermula sejak 11 malam itu selesai kira-kira 3.30 pagi tadi. - myMetro
TOP
Dua Rakan Maut Nahas Pagi Merdeka
JOHOR BAHRU – Kegembiraan dua rakan menyambut hari kemerdekaan berakhir tragedi apabila terbunuh dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kereta dalam kejadian di Kilometer 1.3 Lebuh Raya Utara Selatan, di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Tan Teck Meng, 25, dan Lim Boon Hui, 18, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami manakala dua lagi rakan mereka yang menaiki kereta sama cedera. – BH Online
TOP
AS Serang IS, Gugur Bantuan Kepada Penduduk Amirli
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara ke atas pejuang Negara Islam (IS) berhampiran bandar Amirli, Iraq, menurut Pentagon.
Pada masa sama, tentera AS menggugurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk bandar di utara Iraq itu. – Agensi
TOP
Chelsea Mengganas, Manchester City Merana
LIVERPOOL, England – Chelsea mempamerkan sentuhan serangan yang baru ditemui dalam kemenangan 6-3 ke atas Everton pada hari Manchester City kehilangan sentuhan dan mengalami kekalahan mengejutkan dalam usaha mempertahankan gelaran juara Liga Perdana Inggeris.
Kekalahan 1-0 City kepada Stoke di laman sendiri diburukkan lagi dengan kemenangan besar pesaingnya di Goodison Park di mana penyerang Sepanyol, Diego Costa menjaringkan gol pada minit pertama dan terakhir permainan untuk meneruskan kecemerlangan kariernya di Chelsea.
Penyerang paling mahal dalam liga Inggeris, Angel Di Maria, bermula baik untuk Manchester United tetapi keputusan seri 0-0 dengan pasukan baharu naik ke Liga Perdana Inggeris, Burnley meletakkan pasukan Louis van Gaal dengan hanya dua mata daripada tiga perlawanan biarpun membelanjakan 130 juta pound (AS$215 juta) pada musim panas ini.
Chelsea pula tiada masalah meraih kemenangan ketiga, menjadikan pendahuluan awal liga bersama Swansea, hanya dipisahkan dengan perbezaan gol. – AFP
TOP
Ahli PPS Kena Tahan Lepas Berbaris
GEORGETOWN - Tidak kurang 250 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) telah ditahan polis sejurus selepas mereka menamatkan perbarisan sempena sambutan hari Merdeka Pulau Pinang lebih kurang jam 10.15 pagi tadi.
Mereka ditahan di Balai Polis Lebuh Panta dan akan dibawa ke IPD Timur Laut untuk diambil keterangan. Beberapa Adun DAP dilihat turut berada di hadapan balai polis berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan penahanan itu dan menambah, mereka akan disiasat di bawah Akta Pertubuhan 1966- SiakapKeli.com
Kredit gambar : AgendaDaily

Perarakan Hari Kebangsaan Ke-57 Di Dataran Merdeka Bermula
KUALA LUMPUR – Perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-57 di Dataran Merdeka di sini hari ini bermula tepat 8.15 pagi tadi.
Acara didahului dengan pemeriksaan kawalan kehormat oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, diikuti nyanyian lagu Negaraku, bacaan ikrar dan nyanyian koir. Serentak dengan nyanyian lagu Negaraku, 14 das tembakan meriam yang menandakan 14 negeri dalam Malaysia, dilepaskan oleh Rejimen Artileri Diraja. Hadirin turut diminta untuk bertafakur selama seminit sebagai memperingati jasa dan pengorbanan perwira terdahulu sebelum perarakan bermula. Ribuan warga kota mula berkumpul di Dataran Merdeka seawal jam 7 pagi tadi bagi menyaksikan perarakan itu. Pelbagai acara disusun pada sambutan kali ini termasuk perbarisan pasukan keselamatan, pertunjukan aset keselamatan dan pertahanan negara serta formasi bendera yang membabitkan 14,220 peserta. Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba kira-kira jam 7.45 pagi tadi bagi bersama-sama rakyat menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan ke-57. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman pula tiba pada jam 7.15 pagi tadi. Beberapa jalan utama juga mula ditutup termasuk Jalan Raja Laut, Jalan Kinabalu, Jalan Tun Perak bagi memudahkan pergerakan pengunjung selain persediaan pasukan perarakan untuk mengambil tempat. – BH Online

TMJ Puji Usaha FAM Tingkat Mutu Pengadilan
KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuji langkah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membawa wakil Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) untuk melatih pengadil tempatan.
Tunku Ismail berkata, langkah tersebut menunjukkan perancangan dan usaha Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mempertingkatkan mutu pengadilan bola sepak di negara ini.
“Ucapan tahniah diucapkan kepada Presiden FAM yang telah membuat perancangan dan usaha baginda untuk membawa pengadil UEFA bagi memberi latihan, tunjuk ajar serta analisis berguna kepada barisan pengadil tanah air demi mempertingkatkan mutu pengadilan.
“Langkah baik tersebut adalah sesuatu yang perlu disokong dan sangat dialu-alukan untuk pembangunan bola sepak tempatan,” katanya seperti disiarkan laman Facebook Johor Southern Tigers.
Media pada 27 Ogos lalu melaporkan FAM mendapatkan bantuan seorang bekas pengadil bertaraf antarabangsa yang kini merupakan pengerusi pembangunan pengadil di UEFA untuk melatih pengadil tempatan.
Ia sejajar dengan hasrat negara memiliki pengadil pada Piala Dunia 2018 di Rusia.
TOP
Rakyat Malaysia Bersatu Pamerkan Kecintaan Negara
KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia dari segenap lapisan dan kaum bangkit cekal daripada kedukaan tragedi MH17 mempamerkan semangat patriotisme tinggi merayakan ulang tahun kemerdekaan ke-57 di Dataran Merdeka di sini.
Mereka bersama-sama menyatukan semangat dengan lebih 14,000 peserta perbarisan dalam mempamerkan rasa cinta kepada negara, memperingati detik bendera British “Union Jack” diturunkan dan digantikan dengan kibaran bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai “Jalur Gemilang”.
Semangat kesatuan itu ditunjukkan melalui perbarisan kawad oleh sejumlah kontinjen termasuk daripada jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta serta para anggota pasukan keselamatan yang melangkah gagah dalam acara perbarisan selain persembahan padang yang penuh berwarna warni.
Acara perbarisan sambutan kemerdekaan itu bermula tepat pukul 8.05 pagi, yang ditandakan dengan bunyi detikan jam besar di Bangunan Sultan Abdul Samad, sebanyak lapan kali, sejurus keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
Pada masa yang sama, kedengaran deruan helikopter di ruang udara di atas Dataran Merdeka apabila lima buah helikopter iaitu dua EC 725 AP milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dua pesawat Augusta 109 milik Tentera Darat Malaysia (TDM), sebuah Fennec milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuat lintas hormat semasa ketibaan Seri Paduka berdua.
Turut menyaksikan perbarisan yang diisi dengan persembahan yang memukau selama dua jam itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, barisan anggota kabinet dan ketua-ketua perwakilan asing.
Sebelum acara perbarisan bermula, Tuanku Abdul Halim berkenan memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan Utama yang dibarisi 107 pegawai dan anggota Batalion Pertama Regimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi, yang diketuai Mejar Ameiza Mohd Ashhari.
Tembakan meriam sebanyak 14 das pula mengiringi acara menaikkan Jalur Gemilang berlangsung dengan iringan nyanyian lagu Negaraku.
Dentuman meriam 14 das itu adalah simbolik kepada 14 buah negeri dan wilayah persekutuan. Acara tembakan meriam itu dilaksanakan para anggota dari 41 Bateri Istiadat, Rejimen Artileri Diraja.
Antara yang ketara pada acara sambutan ini ialah penyertaan ribuan golongan muda dalam persembahan acara padang membentuk pelbagai formasi menarik termasuk logo sambutan Hari Kemerdekaan, Jalur Gemilang dan peta Malaysia.
Tanggungjawab berat seperti mengetuai bacaan ikrar dan tugas membawa Jalur Gemilang gergasi turut diberikan kepada anak-anak muda.
Acara bacaan ikrar oleh sekumpulan 57 pembaca ikrar pada pagi ini diketuai oleh pelajar Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, Ahmad Amsyar Ahmad Afendi, disusuli dengan laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali.
Persembahan oleh sejumlah 2,280 peserta teres koir serta 2,240 peserta persembahan padang turut mewarnai sambutan perayaan itu dan mereka membentuk formasi unik seperti perkataan dan logo-logo berkaitan kontinjen yang menyertai perbarisan di hadapan Tuanku Abdul Halim dan dif kehormat yang lain.
Sepanjang berlangsungnya majlis, sebuah zeppelin dengan imej Bapa Kemerdekaan Malaysia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berlegar-legar di ruang udara Dataran Merdeka beserta empat buah dron.
Zeppelin itu dipasang dengan kamera berteknologi tinggi yang memancarkan visual pandangan dari udara terus kepada skrin gergasi yang dipasang di Dataran Merdeka untuk tatapan pengunjung dan disalurkan terus ke stesyen televisyen yang terlibat dalam siaran langsung acara itu. – BERNAMA
TOP
Ibu Terkejut Terima Bil RM36,666 Anak Main Game Online Clash of Clans
LONDON 30 Ogos - Seorang ibu terkejut apabila menerima bil telefon berjumlah 7,000 pound (RM36,666) ekoran anaknya yang berusia 12 tahun bermain permainan video online popular, Clash of Clans menggunakan telefon bimbitnya.
Portal Mail Online melaporkan, Theresa Cox berkata, anak lelakinya, James tidak mengetahui bahawa permainan video itu mengenakan caj harian sebanyak 240 pound (RM1257.14).
Wanita itu berkata, dia tidak mampu membayar bil tersebut dan mungkin terpaksa menjual keretanya bagi melunaskan hutang berkenaan.
"Saya mungkin terpaksa menjual kereta saya untuk melunaskan bil ini namun saya memerlukan kereta itu untuk bekerja.
"Saya tidak sangka kejadian ini boleh berlaku. Anak saya membeli dua aplikasi permainan video Clash of Clans pada harga 5.98 pound (RM 31.32) dan syarikat telekomunikasi pula mengenakan caj pada kadar 240 pound (RM1257.14) sehari bagi membolehkan dia terus bermain permainan itu," jelas Cox.
Cox berkata, dia juga tidak diberikan sebarang maklumat mengenai pembelian tersebut menyebabkan tidak sedar dengan apa yang berlaku.
Sementara itu, James memberitahu, dia berasa keliru dengan apa yang berlaku dan tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara tersebut.
Bagaimanapun, Cox tidak menyalahkan anaknya atas kesalahan tersebut dengan menyatakan, James nampak bersemangat ketika bermain permainan video di dalam telefon bimbitnya. - Utusan
TOP
Rusia tuntut data kotak hitam MH17 didedah
MOSCOW - Rusia menuntut penjelasan mengapa pasukan penyiasatan antarabangsa masih belum menyiarkan data kotak hitam pesawat Malaysia MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, kata seorang menteri pertahanan dalam satu wawancara yang disiarkan semalam.
Moscow menyalahkan Ukraine berhubung tragedi itu yang mengorbankan semua penumpang dan kru pesawat MH17.
Barat pula mempercayai dakwaan Ukraine bahawa pesawat jenis Boeing 777 itu ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak pro-Rusia menggunakan sebuah peluru berpandu darat ke udara.
"Tragedi MH17 mencetuskan lebih banyak persoalan. Namun, sejak kebelakangan ini, tidak ramai orang yang bercakap mengenainya," kata Timbalan Menteri Pertahanan, Anatoly Antonov kepada agensi berita RIA.
"Kenapa data kotak hitam yang mengandungi perbualan antara pegawai kawalan trafik udara dengan juruterbang MH17 tidak disiarkan? Mengapa data itu tidak dibentangkan oleh pasukan penyiasat antarabangsa? Siapa yang tidak mahu ia didedahkan berlaku," katanya.
Ketika ini, Belanda mengetuai siasatan berhubung nahas berkenaan.
Sebanyak 195 rakyat Belanda menaiki pesawat berkenaan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.
Tragedi pada 17 Julai lalu itu mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa yang kemudian melonjak apabila pemberontak pro-Rusia menghalang pasukan penyiasat daripada memasuki lokasi nahas bagi mencari mayat mangsa dan memeriksa bangkai pesawat.
Menurut Antonov, Rusia percaya sebuah jet pejuang jenis Su-25 milik Ukraine berada dekat pesawat MH17 ketika nahas berlaku. - Reuters
TOP
Gelaran Juara Hadiah Merdeka Terbaik Bagi Chong Wei, Malaysia
JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei semakin hampir dengan impiannya memburu gelaran juara pada Kejohanan Badminton Dunia selepas mengesahkan slot final semalam.
Tampil dengan aksi agresif di Arena Ballerup Super di Copenhagen, Denmark, Chong Wei mudah mencatatkan kemenangan straight set ke atas pemain tuan rumah, Victor Axelsen 21-9, 21-7 dalam tempoh 33 minit.
Andai menang pada aksi final hari ini, ia akan menjadi hadiah terbaik Chong Wei kepada seluruh rakyat Malaysia yang akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-57.
"Sehingga kini setiap perlawanan berjalan dengan baik. Jadi saya boleh berehat sekarang dan bersedia untuk perlawanan esok (hari ini).
"Rakyat Malaysia turut menyaksikan perlawanan itu dan sudah pasti tekanan yang lebih berat di bahu saya nanti tetapi saya tidak akan memikirkan tentangnya kerana saya mahu membawa pulang hadiah yang besar untuk negara saya," kata Chong Wei.
Sementara itu, jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berharap Chong Wei akan terus memberikan tumpuan, sekali gus mengejar impiannya untuk bergelar juara dunia buat kali pertama.
"Ini kali ketiga berturut-turut Chong Wei mara ke final selepas edisi 2011 dan 2013. Pada 2012 tidak ada kerana ketika itu dia beraksi pada Sukan Olimpik, jadi sudah dua kali dia gagal.
"Saya berharap kali ini kegagalan itu tidak akan berulang lagi. Sebenarnya tiada lagi pesanan saya kepada dia kerana apa yang penting sekarang adalah fokus," kata Seu Bock.
Mengenai kecederaan paha yang menyaksikan Chong Wei menarik diri pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, Seu Bock berharap kesakitan yang dialami pemain No. 1 dunia itu tidak kembali pada saat-saat genting.
"Setakat ini memang dia tidak mengadu apa-apa mengenai kesakitan itu. Mungkin kesakitan itu masih ada atau juga mungkin tidak ada.
"Kalau ada pun saya percaya dia akan melupakannya kerana apa yang saya lihat (keadaannya) semakin lama semakin bagus," tambah Seu Bock.
Untuk rekod, Chong Wei tewas kepada bintang handalan China yang juga juara dunia lima kali, Lin Dan pada aksi final edisi 2011 di London.
Pada aksi final edisi 2013 di Guangzhou, China, Chong Wei juga tumbang kepada Lin Dan apabila dia terpaksa menarik diri selepas mengalami kekejangan otot paha ketika ketinggalan 17-20 pada set ketiga. - Kosmo!
TOP
Rumah Guan Eng Dilempar Molotov Cocktail
PULAU PINANG 31 Ogos - Kediaman Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pin Horn dekat sini, dilempar bom buatan sendiri dalam kejadian kira- kira pukul 11.45 malam tadi.
Difahamkan, ketika kejadian, Guan Eng dan ahli keluarganya berada di dalam rumah namun tiada yang cedera kerana bom molotov cocktail itu meletup di kawasan tempat letak kereta.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, penelitian terhadap kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki menaiki motosikal berhenti di hadapan rumah Guan Eng dan bertindak melempar bahan letupan itu sebelum melarikan diri. - UTUSAN ONLINE

Piala Malaysia: Kecoh di Petra Jaya, penyokong merusuh
Sebuah kereta peronda polis dibakar peyokong sarawak kerana tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan. Gambar :Utusan
KUCHING, 31 Ogos - Kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Piala Malaysia setelah seri dengan Perak 1-1, penyokong pasukan Sarawak bertindak merusuh di Stadium Negeri Petra Jaya di sini malam tadi sekaligus mencemar kemeriahan negara yang sedang menyambut Hari Merdeka yang ke 57.
Keadaan huru-hara di Stadium Negeri semalam , Gambar, Harian Metro
Seorang penyokong di tahan , Gambar - Harian Metro
Rusuhan mula tercetus setelah perlawanan berakhir apabila penyokong Sarawak seperti hilang kewarasan dengan membaling botol minuman ke padang sambil memarahi Persatuan Bolasepak Sarawak. Polis terpaksa menembak gas pemedih mata untuk mengawal keadaan yang huru-hara. Pihak polis cuba mengawal keadaan dengan membawa kesemua penyokong ke luar stadium namun tindakan itu telah menyebabkan mereka marah dan mereka kemudian memecahkan pintu utama Stadium Negeri Petra Jaya. Pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata setelah amaran supaya bertenang tidak diendahkan oleh penyokong tersebut. Beberapa penyokong pengsan kerana terperangkap di dalam kawasan yang dipenuhi gas pemedih mata - SiakapKeli.com

Chen Long Mahu Ranap Impian Chong Wei
COPENHAGEN – Pemain nombor dua dunia Chen Long bertekad akan memberi kejutan kepada jaguh negara Datuk Lee Chong Wei pada final acara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 di sini, Ahad.
Biarpun terpaksa mengharungi dua perlawanan sengit sebelum ini, pemain China berusia 25 tahun itu yakin dapat merangkul gelaran sulungnya pada kejohanan edisi ke-21 di sini.
“Saya akan cuba mengalahkan dia (Chong Wei) tetapi secara peribadi, saya percaya Chong Wei bukan pemain yang tidak boleh dikalahkan kerana saya pernah menentangnya beberapa kali sebelum ini,” kata Chen Long melalui seorang jurubahasa di sini, Sabtu.
Pada saingan separuh akhir, Chen Long dipaksa mengerah keringat sebelum mengesahkan slot ke final dengan mengatasi pemain Indonesia, Tommy Sugiarto, 22-16 dan 22-20 dalam pertarungan selama 71 minit.
Sebagai rekod, Chong Wei memiliki rekod 9-8 ke atas Chen Long.
Dalam pertemuan terakhir, Chong Wei menang 21-13 dan 21-17 ke atas pemain itu pada final Terbuka India di New Delhi, April lepas.
Dalam pada itu, Tommy berbangga dengan kejayaan mara sehingga ke separuh akhir walaupun menyasarkan dapat melangkah ke final pada kejohanan kali ini.
Katanya, kecederaan yang dialami pada pangkal paha pada pertengahan set kedua nyata membataskan pergerakannya, sekali gus memberikan peluang kepada Chen Long untuk memenangi perlawanan.
“Saya juga tidak mahu kalah tapi saya terpaksa terima hakikat pihak lawan lebih bagus.
“Saya cuma berusaha menggunakan tempo perlawanan untuk mendapatkan mata tapi keadaan saya tidak begitu mengizinkan pada set kedua,” kata Tommy yang mengintai pingat pada Sukan Asia 2014 di Korea Selatan bermula 19 Sept ini.
Sementara itu, Pengarah Berprestasi Tinggi Badminton Indonesia, Rexy Mainaky melihat Chong Wei lebih berpeluang untuk meraih kejuaraan dunia berdasarkan persembahan konsisten yang dipamerkannya sejak awal kejohanan.
“Chong Wei tahu mengawal rentak permainannya dengan bagus sekali ditambah dengan kelajuan beliau ketika beraksi dalam gelanggang.
“Jika ini beliau boleh praktikkan pada aksi esok, saya lihat beliau ada peluang cerah untuk muncul juara,” kata Rexy yang pernah menjadi jurulatih beregu di Malaysia.
Terdahulu, Chong Wei mara ke final selepas mudah mengalahkan pemain Denmark, Viktor Axelsen dengan keputusan 21-9 dan 21-7 pada separuh akhir. – BERNAMA
TOP
Israel 'main wayang'
TEL AVIV - ISRAEL. Israel dilihat cuba memujuk beberapa pemimpin Palestin supaya mengusir Hamas dari wilayah itu.
Berdamai dengan Israel atau berpisah dengan Hamas', itu cadangan diusulkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas jika mahu memastikan Gaza terus aman.
Netanyahu berkata, Operasi Perlindungan Sempadan 'mungkin' boleh memulihkan hubungan diplomatik di rantau ini, tetapi usaha itu perlu mengetepikan hubungan dengan Hamas.
"Jika beliau memilih untuk berdamai, beliau perlu memutuskan hubungan diplomatik dengan Hamas kerana Hamas selama ini merancang untuk menjatuhkannya,” dakwaan beliau dalam satu wawancara di stesen tv tempatan.
Apabila ditanya sama ada dakwaan itu semata-mata satu pujukan, Netanyahu berkata, Israel mahu melihat perdamaian dan bekerjasama dengan Palestin.
Bagaimanapun menurut agensi, pemimpin Hamas Khaled Meshaal berkata, peperangan dengan Israel bukan konflik terakhir, sebaliknya ia adalah satu usaha ke arah mencapai matlamat pergerakan itu.
“Kami tahu Israel kuat dan dibantu masyarakat antarabangsa. Kami tidak akan berkompromi dengan Netanyahu,” katanya di dalam satu sidang akhbar di Doha, semalam.
TOP
ISIL tawar geran perkahwinan
BAGHDAD - IRAQ. Pemimpin kerajaan Negara Islam (IS) di Iraq Abu Bakr al-Baghdadi yang sebelum ini mengaku dirinya sebagai 'Khalifah' menawarkan geran perkahwinan kepada ahli-ahlinya yang bernaung di bawah gerakan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL).
Kumpulan Hak Asasi Manusia bagi Syria dan Iraq dalam satu kenyataan melaporkan, geran itu meliputi pemilikan rumah dan wang sagu hati AS$1,200 (RM3,800).
"Julai lalu, kerajaan IS menawarkan perkahwinan menerusi biro perkahwinan kepada mana-mana wanita bujang atau janda yang ingin berkahwin dengan ahli kumpulan itu di Syria dan Iraq," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, mana-mana wanita berminat berkahwin dengan ahli ISIL dikehendaki memberikan butiran peribadi termasuk alamat rumah.
Difahamkan, pejabat kumpulan itu beroperasi dari al-Bab iaitu sebuah bandar di wilayah Aleppo, utara Syria.
Jun lalu, puluhan gadis di Baiji terpaksa melarikan diri selepas ISIL kerap menjadikan mereka mangsa penculikan.
Kumpulan itu juga selalu melakukan bancian untuk mengetahui jumlah isi rumah terutama wanita menurut laporan Al Arabiya.
TOP
Marah Ganggunya Menonton Kartun, Budak Potong Tali Keselamatan Pekerja yang Sedang Menggerudi
Guizhou (China): Seorang kanak-kanak yang berang dengan bunyi bising yang mengganggu rancangan kartun ditontoni bertindak memotong tali abah-abah digunakan seorang pekerja rencam yang sedang melakukan pembaikpulihan.
Liu Mai sedang menggunakan gerudi pada tembok apartmen berkenaan di tingkat lapan dan terkejut apabila melihat Tang Chu, 10, menggunakan pisau untuk memotong abah-abah digunakannya di beberapa aras di atasnya.
“Saya sedang memasang lampu keselamatan dan tiba-tiba terasa abah-abah digunakan bergerak.
“Alangkah terkejut saya apabila melihat budak itu memotongnya. Saya menjerit namun tidak dihiraukannya... Memang pengalaman itu terlalu ngeri,” katanya.
Dia terpaksa mengharungi detik cemas selama 40 minit dengan hanya satu tali sementara rakan sekerja berusaha menariknya ke tempat selamat.
Jurucakap bomba berkata, kanak-kanak itu tidak berfikir panjang kerana berang apabila tidak dapat mendengar rancangan kartun kegemarannya di televisyen.
Bapanya Tang Peng berkata anaknya sudah memohon maaf atas kejadian itu selain menggantikan abah-abah mangsa.
“Saya juga duduk berbincang dengan anak saya itu dan memberitahunya betapa teruk sikapnya sehingga membahayakan nyawa seseorang,” katanya. - Agensi
TOP
'Sayalah pemilik no plat MH370'
Alor Gajah: Teka-teki mengenai siapa pemilik sebenar nombor pendaftaran kenderaan MH370 terjawab apabila ia sebenarnya ‘harta’ seorang warga emas dari Melaka.
Sebelum ini, gambar sebuah kereta Proton Wira menggunakan nombor plat berkenaan menjadi ‘viral’ dan tersebar di laman sosial, tetapi sebenarnya ia hasil teknik pengubahsuaian gambar.
Gambar itu tersebar berikutan tragedi pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Semakan Metro Ahad mendapati nombor plat berkenaan yang didaftar pada sebuah motosikal Honda C70 adalah milik pesara tentera, Othman Ahmad, 68.
“Bertahun-tahun motosikal ini hanya terbiar di dalam bengkel anak sebelum tiba-tiba muncul seorang lelaki dari Merlimau, Jasin mahu membeli motosikal berkenaan dengan harga RM500.
“Ketika itu saya tidak sedar nombor pendaftaran motosikal berkenaan sama dengan kod pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang. Apabila anak sulung beritahu, baru saya tersedar dan tidak mahu menjualnya lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ramuan China Besar, Masjid Tanah, di sini, baru-baru ini.
Othman berkata, tidak lama selepas itu seorang lelaki mendakwa dari Mersing, Johor datang menawarkan harga sama untuk membeli motosikalnya.
Katanya, dia sekali lagi menolak kerana nombor pendaftaran MH370 ada sejarahnya yang tersendiri.
“Nombor pendaftaran MH370 menjadi satu sejarah dan hanya saya menggunakan nombor pendaftaran itu. Saya turut bersimpati dengan mangsa serta ahli keluarga penumpang serta anak kapal pesawat yang sehingga kini belum ditemui,” katanya.
Othman yang pernah bertugas di Markas 5 Briged Kem Lok Kawi, Sabah berkata, dia membeli motosikal itu pada 1979 di Masjid Tanah dan dibawa ke Sabah sebelum berkahwin dan berpindah semula ke kampungnya di Kampung Ramuan China Besar. “Ketika itu (1979), menunggang motosikal ini cukup bergaya kerana harga kereta waktu itu mahal, jarang orang lain dapat menggunakannya, tetapi saya dapat milikinya dan dijaga elok hinggalah saya bersara,” katanya. Othman berkata, dia sanggup menjual motosikal itu dengan nombor pendaftaran sekali jika sesuai harganya kerana berhasrat menderma sebahagian wang jualan kepada badan kebajikan dan masjid. “Motosikal itu sudah lama rosak. Selepas berbincang dengan keluarga, daripada terbiar dan tersadai, apa salahnya saya jual jika kena dengan harganya. “Jika ada yang sanggup beli dengan harga berpatutan, saya akan jual kerana berhasrat menderma sebahagian hasil jualan kepada badan kebajikan dan masjid, manakala selebihnya untuk kegunaan sendiri,” katanya yang mempunyai enam anak berusia 20 hingga 41 tahun. Othman berkata, motosikal itu tidak pernah terbabit dengan kemalangan dan dia masih menyimpan geran motosikal itu dengan baik. “Selama ini tidak terlintas pun akan dikenali kerana motosikal ini orang lain tidak pernah pandang pun tetapi selepas pesawat MH370 hilang, ramai mencari siapa pemilik kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran MH370. “Saya dimaklumkan ada yang sanggup meminta bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengesan pemilik nombor kenderaan MH370 ini sebelum mereka dapat cari saya,” katanya yang kini menternak lebih 200 kambing serta ayam kampung. Rakan Othman, Sazali Puteh, 56, berkata, mungkin ada pihak tertentu akan mengambil kesempatan berikutan nombor pendaftaran MH370 menjadi perhatian. “Saya harap Othman berhati-hati dengan pihak yang ambil kesempatan dengan apa dimiliki dan pastikan individu membelinya (motosikal) ikhlas dan jujur,” katanya. - myMetro online

Apo Kahumbo, Suspek Dalang Kes Culik Ditembak Mati Dalam 'Operasi Hitam'
KOTA KINABALU: Apo Kahumbo, suspek dalang kes culik rentas sempadan ditembak mati oleh pasukan keselamatan Filipina dalam tempoh 72 jam dia ditahan dalam satu operasi hitam yang dilakukan untuk mengelakkannya meloloskan diri.
Suspek berusia 44 tahun itu terbunuh ketika dia cuba melarikan diri selepas dikawal ketat semasa tiba di sebuah mahkamah di pekan Bongao, wilayah Tawi-Tawi, Selatan Filipina.
Ketua Polis Tawi Tawi, Kolonel Joey Salido mengesahkan pada Sabtu bahawa Mobin Sahibudin Hailil atau Apo Kahumbo ditembak mati oleh polis Filipina pada Jumaat.
Beliau berkata siasatan akan dilakukan terhadap insiden tembakan yang dilepaskan terhadap Kahumbo.
Kahumbo ditahan kerana didakwa memiliki sepucuk pistol Colt.45, enam butir peluru dan bom tangan di sebuah pusat pemeriksaan bergerak di Kampung Sanga Sanga di wilayah Tawi Tawi pada Selasa lalu.
TOP
Costa Jaring Dua Gol Ketika Chelsea Benam Everton
PENYERANG, Diego Costa menjaringkan dua gol untuk Chelsea ketika menewaskan Everton 6-3 di Goodison Park, awal pagi Ahad.
Costa yang pada mulanya dibayangkan oleh pengurus Jose Mourinho untuk memanaskan bangku simpanan kerana didakwa kurang cergas, menyumbat masuk hantaran pemain tengah Cesc Fabregas seawal minit pertama.
Dua minit kemudian, Branislav Ivanovic terus meletakkan Chelsea didepan.
Everton bangkit sebelum perlawanan memasuki babak kemudian menerusi jaringan Kevin Mirallas.
Saingan tampak sengit selepas minit ke-66 apabila empat gol dijaringkan dalam tempoh 12 minit.
Chelsea terus berada di depan sebelum Costa melengkapkan gol keenam Chelsea pada minit ke-90.
Pasukan kendalian pengurus Jose Mourinho itu kini menduduki takhta liga dengan mengutip sembilan mata.
Barisan pemain:
Everton: Howard, Baines, Distin, Jagielka, Coleman, Barry, McCarthy, McGeady, Naismith, Mirallas, Lukaku. Pemain gantian: Joel, Gibson, Besic, Osman, Stones, Alcaraz, Eto'o.
Chelsea: Courtois, Azpilicueta, Terry, Cahill, Ivanovic, Matic, Fabregas, Ramires, Willian, Hazard, Costa. Pemain gantian: Cech, Luis, Zouma, Drogba, Mikel, Schurrle, Salah.
TOP
Artis Baharu Perlu Terlibat Program Merdeka - Amy (Search)
KUALA LUMPUR: Penyanyi Amy Search menyarankan agar lebih ramai artis baharu terutama golongan muda melibatkan diri dengan program-program sempena hari kemerdekaan.
Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 56, berkata, pengaruh yang ada pada artis boleh memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan untuk menghargai nilai kemerdekaan yang dikecapi selama 57 tahun ini.
"Golongan artis muda seperti acuh tak acuh dengan program kemerdekaan sedangkan mereka tidak sedar jika tidak kerana kemerdekaan ini kita tidak berada di sini seperti hari ini.
"Sebagai artis sepatutnya kita perlu menjadi contoh dan tarik semula masyarakat terutama golongan muda untuk menanam semangat menyambut bulan kemerdekaan ini," ujarnya ketika ditemui selepas program Ops Gerak Merdeka, di PPR Kampung Baru Air Panas, di sini, Sabtu.
Program Ops Gerak Merdeka telah dijalankan selama tiga hari bermula pada Khamis lalu beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Turut menjayakan program tersebut ialah anak sulung penyanyi itu iaitu Nabila Huda, isteri Amy iaitu, Norhasniza Hassan atau Norish dan Nora Danish. Acara yang bermula pada pukul 8 pagi itu menerima sambutan yang mengalakkan apabila penyanyi tersebut menyerahkan pelbagai jenis bendera dan Jalur Gemilang kepada penduduk kawasan tersebut. Dalam pada itu, Amy berkata, program itu dijalankan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap semangat kibarkan Jalur Gemilang. Sementara itu, katanya, sebagai seorang rakyat Malaysia yang lahir setahun selepas kemerdekaan, dia turut melalui perjalanan negara ini menjadi sebuah negara yang semakin membangun. - mStar online

Amanat Merdeka Satu Amanah Rakyat
KUALA LUMPUR – Amanat Merdeka yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjadi satu amanah yang perlu dilaksana sebaik mungkin oleh rakyat demi kesejahteraan dan pembangunan negara.
Rata-Rata mereka percaya setiap individu harus memainkan peranan untuk merealisasikan tanggungjawab masing-masing untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengutamakan solidariti dalam kalangan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye berkata semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat harus diperkukuh dalam memastikan keamanan dan kedamaian negara.
“Sebagai warganegara, kita juga harus berpegang teguh kepada konsep 1Malaysia dan kesederhanaan kerana itu juga merupakan salah satu cara kita memainkan peranan sebagai rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas perutusan Hari Kebangsaan ke-57.
Dalam perutusan itu, perdana menteri menggariskan tiga Amanat Merdeka dalam mengukuhkan solidariti rakyat, memupuk keyakinan rakyat dan mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera untuk generasi akan datang.
Naib Presiden Persatuan Pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Lee Haozhe dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Ahmad Muzammil Idris pula melihat pemimpin muda mampu merealisasi amanat yang disampaikan Perdana Menteri menerusi aktiviti universiti.
Lee dan Ahmad Muzammil juga bersetuju sebagai pemimpin pelajar di institusi pengajian tinggi, mereka bertanggungjawab mencipta suatu platform bagi membolehkan semua pelajar bersama-sama tanpa mengira bangsa serta agama.
“Perpaduan perlu dipupuk di menara gading lagi,” kata Ahmad Muzammil.
Sementara itu, ikon fesyen Malaysia Tengku Muhammad Azwan Shah atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok berkata fesyen mampu mengubah mentaliti individu kerana ia merupakan satu seni.
“Saya sendiri berikan banyak elemen kepada anak muda tentang fesyen… Ia merupakan satu seni, melalui seni ini juga ia sekali gus mampu mengubah mentaliti dan cara pemikiran anak-anak muda ini,” katanya.
Penggiat seni Norman Abdul Halim pula percaya adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk merealisasikan amanat Perdana Menteri dalam cara yang dilihat sesuai oleh mereka.
Katanya, beliau sebagai penggiat industri kreatif boleh menzahirkan rasa cinta kepada negara serta memupuk solidariti menerusi karya seperti lagu dan produk animasi.
Penyanyi dan penulis lagu Amanda Amani pula melihat amanat Perdana Menteri sebagai perkara yang sedang direalisasi rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian mereka.
Baginya, solidariti antara semua lapisan rakyat paling ketara tahun ini ketika negara diuji pelbagai peristiwa malang terutama yang membabitkan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 dan MH17.
Sementara itu, penyerang skuad Harimau Malaya Mohd Safee Mohd Sali berkata sebagai ahli sukan yang membawa nama negara pada setiap perlawanan, semangat solidariti dan kebersamaan sentiasa tersemat dalam diri setiap pemain.
“Apa yang Perdana Menteri amanahkan kepada semua rakyat Malaysia sebentar tadi sudah lama kami, para atlit, tanamkan dalam diri ketika berjuang di atas padang manakala segala perkembangan dalam negara turut kami ikuti sepanjang masa,” katanya. – BERNAMA
TOP
Ambang Merdeka Disambut Sederhana Tapi Penuh Semangat
KUALA LUMPUR – Kedatangan Ambang Merdeka di sekitar ibu kota disambut secara sederhana susulan tragedi pesawat MH370 dan MH17, namun semangat patriotik orang ramai yang berkumpul berhampiran Dataran Merdeka, lokasi tradisi sambutan berkenaan sebelum ini, tetap menyerlah.
Ketiadaan sambutan rasmi Ambang Merdeka di situ termasuk acara hiburan dan bunga api tidak menghalang orang ramai berkumpul bagi menantikan detik 12 malam menandakan ketibaan 31 Ogos, hari kemerdekaan Malaysia.
Dataran Merdeka ditutup untuk persiapan menyambut Hari Kebangsaan ke-57 esok
Penjawat awam, Ahmad Asyraf Rahim, 27, berkata beliau tetap melihat keterujaan orang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menantikan detik 12 malam.
Bagi warga kota K. Suraj, 27, beliau bangga melihat anggota masyarakat tetap datang ke sekitar Dataran Merdeka untuk menyambut Ambang Merdeka walaupun dalam senario berbeza.
Dalam pada itu, program ‘Memori Chow Kit Road’ yang memuatkan persembahan lagu-lagu patriotik oleh artis tempatan mewarnai suasana di sekitar lokasi beli-belah Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Turut disiarkan secara langsung melalui skrin gergasi ialah perutusan Hari Kebangsaan ke-57 yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Tunku Abdul Rahman di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang di sini.
Selain itu, penganjur turut mengajak pengunjung yang hadir untuk bertafakur memperingati mereka yang terkorban dalam nahas MH17 pada 17 Julai lepas dan MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
Di Menara Berkembar Petronas (KLCC), warga tempatan disertai pelancong asing untuk bersama-sama mengira detik 12 malam di perkarangan bangunan ikonik itu.
Di KUALA TERENGGANU, kira-kira 10,000 orang membanjiri Kompleks Sukan Stadium Tertutup Gong Badak bagi menyambut Ambang Merdeka.
Tepat jam 12 tengah malam berkumandang laungan ‘Merdeka’ oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman serta barisan Exco kerajaan negeri dan orang ramai diiringi lagu kebangsaan Negaraku.
Di BUTTERWORTH, kira-kira 5,000 orang hadir pada sambutan Ambang Merdeka di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pantai Bersih.
Terdahulu, lebih 1,000 jemaah menghadiri program sempena Ambang Merdeka di Masjid Madani, Bandar Perda yang diisi dengan program solat berjemaah, tahlil dan tazkirah.
Di SHAH ALAM, ribuan pengunjung menyertai program sama peringkat negeri Selangor yang turut dihadiri Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – BERNAMA
TOP
Wanita Iraq jadi hamba seks kumpulan IS
BEIRUT 31 Ogos - Berpuluh orang wanita dari kabilah Yazidi yang diculik kumpulan militan Negara Islam (IS) di Iraq telah dibawa ke Syria, sekali gus dipaksa menukar agama dan dijual untuk dikahwini dengan anggota militan IS, kata sebuah kumpulan pemantau semalam.
Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, pihaknya mengesahkan bahawa seramai 27 orang wanita Yazidi dijual dengan harga antara AS$1,000 (RM3,200) setiap seorang kepada anggota militan IS.
Katanya lagi, dia menyedari bahawa seramai 300 wanita Yazidi diculik dan dibawa ke Syria oleh kumpulan militan itu, namun dia mencatatkan bahawa hanya seramai 27 wanita sahaja telah dijual untuk berkahwin. - AFP
TOP
11 Terkorban Akibat Pengebom Berani Mati
Gambar Hiasan
BAGHDAD 31 Ogos - Seorang pengebom berani mati bertindak meletupkan sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan dan mengorbankan 11 orang serta mencederakan 30 orang yang lain di sebuah bandar di selatan Baghdad semalam. Sumber perubatan dan polis berkata, penyerang itu menghampiri satu kawasan utama di pintu masuk utara bandar Yusifiya selain terletak 15 kilometer dari pusat bandar. "Pengebom itu memandu keretanya ke dalam pusat pemeriksaan dan meletupkan kereta tersebut di tengah-tengah kesesakan kenderaan yang sedang berbaris untuk diperiksa," kata pegawai. - REUTERS

David Beckham Cedera Jatuh Motosikal Antik
SUAMI Victoria Beckham iaitu David Beckham dilaporkan terlibat dengan kemalangan kecil sehingga mengalami cedera ringan di tangan sebelah kanan.
David dikhabarkan terjatuh daripada motosikal yang merupakan salah sebuah daripada koleksi kendeaan antiknya.
Kecederaan tersebut dirakam melalui kamera media ketika dia baharu sahaja sampai di sebuah lapangan terbang bersama anak-anaknya.
Seperti dipetik Daily Mail, biarpun mengalami kecederaan di tangan kanannya, dia masih mendukung anak bungsunya Harper Seven Beckham.
TOP
Roh Kanak-Kanak Perempuan Dirakam Di Rumah Agam
SEORANG pelancong yang mengunjungi sebuah rumah agam berhantu yang terkenal di Ireland percaya dia mungkin merakamkan gambar roh seorang kanak-kanak perempuan.
Thomas Beavis, 21, dari Lewisham, mengesan bayangan tersebut menerusi melihat gambar di dalam kameranya sewaktu dalam perjalanan balik dari Loftus Hall di Wexford.
Dia mengambil gambar ibunya bersama rakan-rakan semasa kunjungan itu tetapi terakam roh seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Anne Tottenham dan wajah menakutkan seorang perempuan tua berhampiran tingkap.
"Saya terkejut apabila terlihat gambar bayangan itu. Kami merasa sedikit gelisah sepanjang lawatan itu tetapi apabila saya menunjukkan gambar itu kepada rakan-rakan saya mereka tergamam. "Saya juga memfokuskan di bahagian tingkap untuk melihat gambar kanak-kanak perempuan itu. Saya mengambil sedikit masa untuk menunjukkan gambar itu kepada yang lain kerana tidak pasti dengan apa yang saya lihat," katanya. Beberapa laporan mendakwa keluarga Tottenham berpindah ke rumah agam itu sekitar tahun 1766. Namun, anak bongsunya, Anne, jatuh sakit selepas terkena gangguan makhluk halus. Dia dipulaukan keluarga dan dikunci di dalam sebuah bilik di rumah agam itu sehingga meninggal dunia.- mstar

Raifal, Peluru Dirampas Daripada Suspek Pengedar Dadah
Kenderaan jenis Proton Wira yang dinaiki suspek.
ALOR SETAR: Polis berjaya merampas selaras raifal, beratus peluru dan lapan peket syabu daripada seorang suspek yang disyaki pengedar dadah di Kuala Muda pada Jumaat. Suspek yang menaiki kereta Proton Wira akhirnya berjaya dihentikan oleh sebuah kereta peronda MPV polis di Jalan Hospital. Difahamkan anggota polis yang mengejar kenderaan itu turut melepaskan tembakan kearah kereta suspek ketika lelaki itu cuba melarikan diri. Dia akhirnya ditahan di luar Ibu Pejabat Daerah Kuala Muda kira-kira pukul 8 malam. Polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 8 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1957. Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim dijangka mengadakan sidang akhbar berhubung insiden itu di ibu pejabat polis negeri ke kira-kira pukul 3 petang Sabtu.- mstar

Senapang Rampasan Tertera 'Made In The Philippines'
KOTA KINABALU: Selaras senapang yang dirampas dari Kampung Sri Jaya, Simunul di Semporna selepas satu pertempuran pada 2 Mac tahun lepas, tertera perkataan "Made in the Philippines" (Buatan Filipina), demikian Mahkamah Tinggi di sini diberitahu pada Jumaat.
Ketika mengenal pasti senapang M16 itu, anggota Cawangan Khas Sabah (SB) Sarjan Mohd Mustafa Kamal Ngah menunjukkan perkataan tertera pada badan senjata itu, yang ditemuinya kira-kira 3 petang pada 3 Mac tahun lepas di dalam sebuah bot di bawah sebuah rumah di mana beliau terperangkap hampir 22 jam.
Turut berada di dalam bot itu ialah mayat seorang lelaki yang ditembak mati, katanya.
Ketika ditanya Timbalan Pegawai Raya Ishak Mohd Yusoff sama ada senapang yang ditunjukkan di dalam mahkamah itu adalah senjata sama yang ditemuinya pada hari itu, Mohd Mustafa Kamal mengakuinya dengan menunjuk sandang hijau pada senapang itu dan dua tali kain hitam yang diikat pada popor senjata itu.
Beliau juga berkata senapang itu tidak mempunyai magazin atau peluru di dalamnya ketika beliau merampasnya.- mstar
TOP
CEO, Pengarah Syarikat Dihukum Penjara Tipu Pengurus Jualan RM150,000
KUALA LUMPUR: Seorang ketua pegawai eksekutif syarikat rangkaian peruncitan dihukum penjara dua tahun dan dua sebatan, manakala pengarahnya dihukum penjara 20 bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah menipu seorang pengurus jualan RM150,000.
Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kopais Konsortium (M) Sdn Bhd Mohd Syawaludin Siran, 38, dan pengarahnya, Rosinah Ahad, 26, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mahkamah memerintahkan Syawaludin dan Rosinah menjalani hukuman penjara itu bermula Jumaat.
Bagaimanapun Norsharidah membenarkan permohonan peguam Mohd Zawahid Ya yang mewakili kedua-dua tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman itu tetapi menaikkan wang jaminan daripada RM10,000 kepada RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
Dalam penghakimannya, Norsharidah berkata pembelaan kedua-dua tertuduh hanya bersifat penafian semata-mata dan difikirkan kemudian.
Syawaludin dan Rosinah didakwa bersama-sama menipu Noorzita Baharudin, 48, yang merupakan pengurus jualan Medicoptic Supplies Sdn Bhd dengan memperdayanya untuk mempercayai bahawa mereka boleh menjual pelan perniagaan kedai serbaneka 24 jam Station Rakyat di Plaza Usahawan Crystal Ville, Taman Danau Kota, Setapak.
Perbuatan itu mendorong Noorzita menyerahkan deposit membeli pelan perniagaan itu melalui tiga keping cek yang berjumlah RM150,000 ke dalam akaun Maybank syarikat Kopais.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Wangsa Delima 1A, KLSC 3, Wangsa Maju di sini antara 7 Januari hingga 7 Mei 2013.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin.- mstar
TOP
Tragedi MH370, MH17 Gamit Seluruh Rakyat Malaysia Bersatu - Muhyiddin
Muhyiddin Yassin (kiri) bersama Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) ketika hadir pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) Ahad lalu.
KUALA LUMPUR: Tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan nahas pesawat MH17 ditembak jatuh telah memanggil seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk bersatu mengharungi detik-detik sukar yang melanda negara. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semangat sebegini tidak akan lahir sekiranya rakyat Malaysia tidak mempunyai jati diri dan semangat patriotisme yang tinggi untuk berdiri bersama-sama ketika negara berdepan tragedi yang cukup dahsyat itu. Beliau menarik perhatian bahawa cabaran mengekalkan perpaduan dan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum di negara ini bukan sesuatu yang mudah. "Namun, kita sudah melakukannya dengan cukup cemerlang dan berjaya sejak 57 tahun lalu atas nama 1Malaysia," katanya dalam perutusan sempena Hari Kemerdekaan ke-57 yang disambut pada Ahad. Dari kaca mata Muhyiddin, rakyat Malaysia bersatu dalam perbezaan,bersama-sama meraikan dalam kepelbagaian, saling menghormati dalam percanggahan dan menghapus rasa syak wasangka serta curiga dalam perhubungan. Timbalan perdana menteri berkata rakyat Malaysia harus berbangga kerana dalam tempoh lima dekad ini, negara berjaya mengharungi pelbagai cabaran untuk menjadi sebuah negara bangsa yang maju dan bersatu padu. "Percayalah, jika semangat kebersamaan ini kita teruskan, satu tempoh lebih panjang dapat kita harungi bersama atas semangat dan patriotisme anak Malaysia,"kata Muhyiddin. Menurutnya bertoleransi dan menerima perbezaan adalah resipi utama kejayaan Malaysia membina sebuah negara bangsa yang didiami masyarakat majmuk. Dalam pada itu, katanya rakyat Malaysia perlu sentiasa menyemat disanubari bahawa kemerdekaan negara yang dikecapi hari ini bukan sepenuhnya milik mereka sebaliknya satu amanah yang perlu diwariskan kepada generasi muda. "Kita bukan hanya memegang janji pejuang kemerdekaan tanah air silam untuk mempertahan keamanan negara tetapi turut bertanggungjawab untuk memberi makna sebenar kemerdekaan negara untuk dinikmati pula oleh generasi akan datang,"katanya. Muhyiddin berkata sudah semestinya rakyat Malaysia tidak mahu anak cucu mereka mewarisi sebuah negara Malaysia yang porak peranda. "Kerana sama seperti pejuang kemerdekaan tanah air silam, sama seperti kita hari ini, dan sama seperti generasi negara akan datang, di sinilah iaitu disebuah negara yang bernama Malaysia inilah Lahirnya Sebuah Cinta," katanya. 'Malaysia...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' merupakan tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. Muhyiddin berkata daripada sebuah negara miskin ketika merdeka pada 1957, Malaysia hari ini berada dalam kelompok negara berpendapatan sederhana tinggi dan sedang bergerak ke arah menjadi negara maju dalam tempoh enam tahun akan datang. Dalam berkongsi kejayaan Malaysia, beliau berkata pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 6.4 peratus pada suku kedua 2014 adalah yang terbaik dalam kalangan rantau Asean merangkumi 10 negara Asia Tenggara. Timbalan Perdana Menteri berkata kadar pengangguran dalam negara juga berjaya dikekalkan pada kadar yang rendah iaitu 2.8 peratus. Menurutnya ini semua menunjukkan program transformasi ekonomi yang dilaksana kerajaan telah membuahkan hasil. "Jika pencapaian yang memberangsangkan ini berterusan untuk tahun-tahun akan datang, insya-Allah Malaysia pasti menjadi sebuah negara maju pada 2020," kata beliau.- mstar

Mara Tidak Lagi Guna Khidmat Ejen Penuntut Luar Negara - Annuar Musa
KUALA KANGSAR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak lagi akan menggunakan khidmat ejen kecuali yang dilantik secara rasmi dan dipersetujui oleh pihak universiti untuk menguruskan penuntut di luar negara, kata Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa.
Terdapat pelbagai masalah timbul ekoran penggunaan ejen dan sehubungan itu semua pegawai MARA di luar negara diminta mengadakan hubungan langsung dengan pihak universiti sementara ibu bapa dan pelajar diminta menghubungi pihak MARA secara terus.
"Saya tidak nampak, MARA sebagai agensi yang besar, yang menaja ramai pelajar perlu menggunakan pihak ketiga. Kita seharusnya berhubung terus dengan universiti di mana kita hantar pelajar setiap tahun.
Mengapa mesti pakai ejen?" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kuala Kangsar pada Sabtu.
Katanya, sesetengah ejen didapati tidak bertanggungjawab dan lambat membayar kepada pihak universiti. Terdapat ejen yang membuat janji terutama kepada pelajar persendirian di Rusia dan Mesir dengan mengatakan kononya MARA akan memberi tajaan kepada mereka pada tahun kedua pengajian dan ia menimbulkan masalah apabila ada ibu bapa tidak mampu membiayai pengajian pada tahun berikutnya, kata beliau.
"Saya dah bawa perkara ini ke dalam mesyuarat bersama Perdana Menteri semalam (Jumaat). Kita akan cuba membantu pelajar ini. Buat masa ini memang pelajar persendirian terutama di Mesir kita tidak ada penajaan untuk mereka yang sendiri memilih ke sana. Kita menggalakkan mereka, terutama dalam keadaan politik tidak menentu dinegara itu, untuk pulang dan mengikuti kursus dalam negara," katanya.
Annuar berkata MARA sedang mendapatkan laporan terperinci termasuk jumlah pelajar persendirian untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu kerana pihaknya memahami yuran pengajian dalam negara lebih tinggi berbanding di Mesir.
MARA akan berusaha untuk mendapatkan dana dan sekiranya ia diluluskan maka pertimbangan membiayai penuntut persendirian tahun kedua dan ke atas yang berada di luar negara terutama di Mesir akan diberikan tetapi mengikut kecemerlangan peperiksaan pada tahun pertama pengajian, katanya.
Selain itu katanya anggapan MARA sewajarnya memberi penajaan kepada pelajar persendirian tidak boleh diguna pakai memandangkan agensi itu tidak mahu berlaku pertindihan dengan pemberian Skim Pelajar Cemerlang kepada penuntut yang terpilih berdasarkan prestasi cemerlang di sekolah.
Pada masa ini, terdapat 11,000 pelajar tajaan MARA di luar negara dan bagi tahun ini pembiayaan kepada hampir 2,000 penuntut termasuk yang mengikut pengajian pasca siswazah telah diluluskan, katanya.
"Mereka yang mengikuti program ke luar negara akan mengikuti program Bina Negara sebelum pergi dan semasa berada di sana sekurang-kurangnya sekali supaya mereka memahami misi negara.
Mereka dibiayai oleh masyarakat dengan dana yang besar. Mereka harus ingat itu duit rakyat, jadi bertanggungjawablah kepada masyarakat," katanya.
Seorang penuntut perubatan di United Kingdom ditaja sebanyak RM1.4 juta, kejuruteraan sebanyak RM800,000 dan program sosial hampir RM600,000, katanya.- mstar
TOP
Pelaksanaan Sistem Transaksi Elektronik Ditangguh - Fadillah
Kementerian Kerja Raya telah bersetuju untuk menagguhkan sistem pelaksanaan elektronik 100 peratus di plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.
PETALING JAYA: Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Mohd Yusof mengesahkan penangguhan pelaksanaan transaksi 100 peratus elektronik dua plaza tol utama di Lebuh Raya Persekutuan dibuat selepas menimbangkan banyak faktor terutamanya kepentingan pengguna lebuh raya utama berkenaan. Beliau berkata pihak kementerian telah mengarahkan pemegang konsesi, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) supaya menangguhkan pelaksanaan transaksi elektronik ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak. "Selepas mendengar maklum balas dalam mesyuarat yang diadakan dengan Umno Selangor dan PLUS, pihak kementerian melihat ada asasanya untuk membuat penangguhan ini. "Kita faham hasrat PLUS melaksanakan transaksi elektronik ini bagi memudahkan pergerakan trafik terutamanya lori yang menggunakan laluan di plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau. Justeru, saya telah mengarahkan agar pihak PLUS memberikan penerangan yang menyeluruh terlebih dahulu sebelum melaksanakan sistem berkenaan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Sabtu.
Fadillah Mohd Yusof.
Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, pihak PLUS juga menyusun pelbagai program dengan menggalakkan penggunaan kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go sebelum transaksi elektronik berkuatkuasa secara menyeluruh. "Pada ketika ini, berdasarkan maklumat yang diperolehi, hampir 70 peratus pengguna yang menggunakan Lebuh Raya Persekutuan telah menggunakan transaksi elektronik. Penangguhan ini bersifat sementara dan sebaik sahaja sesi penerangan selesai, kita akan maklumkan tindakan selanjutnya," katanya. Pada Khamis, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menggesa Kementerian Kerja Raya menangguhkan pelaksanaan transaksi elektronik 100 peratus plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau yang sepatutnya berkuatkuasa 1 September ini. Beliau dilaporkan berkata, penangguhan tersebut wajar dibuat kerana pengguna tidak mendapat maklumat yang jelas mengenai kepentingan pelaksanaan transaksi elektronik 100 peratus di plaza tol tersebut. Sementara itu, Lembaga Lebuh Raya (LLM) dalam satu kenyataan melaporkan penangguhan tersebut dibuat bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengguna di dua plaza tol membiasakan diri dengan penggunaan kad transaksi elektronik terlebih dahulu sebelum sistem berkenaan dikuatkuasakan. LLM berkata tujuan peralihan daripada transaksi tunai kepada elektronik ini juga dibuat bagi memudahkan syarikat konsesi melaksanakan program rebat atau diskaun yang hanya boleh didapati bagi mereka yang menggunakan transaksi elektronik sekaligus dapat mengurangkan beban pengguna lebuh raya.- mstar

Isu MB Selangor: Rafizi Dianggap Gelojoh, Bongkak, Melampau
Suhaimi Shafiei
PETALING JAYA: Saranan Rafizi Ramli supaya wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya di Selangor menolak pencalonan sebagai menteri besar mendapat reaksi negatif apabila beliau disifatkan sebagai seorang yang gelojoh, bongkak dan mempunyai agenda peribadi dalam isu berkenaan. Malah, Rafizi turut diberi amaran supaya menghentikan segera sikap tergopoh-gapahnya kerana 'Wayang Langkah Kajang' sudah melabuhkan tirai apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan. Rasa tidak puas hati dan terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden PKR itu diluahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Suhaimi Shafiei yang menganggap Rafizi cuba memaksa semua pihak mengikut pandangannya. "Kenyataan Rafizi sebulan dua ini banyak merosakkan hubungan dalam Pakatan Rakyat dan kini dia melebarkan lagi retak yang sedia ada. "Caranya memberi gambaran bahawa hanya pendapat beliau seorang sahaja yang betul dan layak memberi pendapat. "Siapa Rafizi yang hendak menyuruh saya membuat itu dan ini?," katanya menerusi kenyataan media pada Jumaat. Suhaimi yang kesal dengan tindakan Rafizi itu juga mahu supaya kepemimpinan tertinggi PKR menegur cara Ahli Parlimen Pandan itu yang dianggapnya melampau. Beliau berpendapat, kenyataan Rafizi itu menghina Adun Pakatan Rakyat Selangor khususnya dan lebih memburukkan keadaan ia dikemukakan menerusi media. "Cabaran beliau (mengarah Adun PKR tarik diri) menghina kami, seolah-olah kami tidak ada pendirian. "Jika beliau mempunyai cadangan yang difikirkan baik, bawalah ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat untuk kita bincangkan dan buat keputusan," katanya. Tambah Suhaimi lagi, hakikat sebenar semua Adun sudah menandatangani Surat Akuan Sumpah (SD) menyatakan sokongan kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dalam kenyataannya, Rafizi menggesa Adun parti itu menolak pencalonan sebagai menteri besar Selangor bagi membuktikan kesetiaan kepada parti dan perpaduan dalam menentang parti lawan. Beliau memuji tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menolak cadangan PAS agar beliau dinamakan sebagai pengganti Khalid. Terdahulu, PKR menegaskan tetap akan menghantar nama Presidennya sebagai calon tunggal untuk jawatan tersebut kepada Istana Selangor.- mstar

Lelaki Maut Selepas Kereta Rempuh Tiang Lampu Di Tokai
ALOR SETAR: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu terbabas dan melanggar tiang lampu di Batu 10 3/4 Jalan Kubang Jelai, Tokai, Pendang pada kira-kira 12.30 tengah malam Jumaat.
Mohd Hafiz Mohd Isa, 31, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dikepala dan badan selepas tercampak berhampiran tali air kira-kira 10 meter daripada kereta.
Bapanya, Mohd Isa Mat Idris, 68, berkata anak kedua daripada tiga beradik itu keluar dari rumah mereka di Taman Setia, Pendang pada kira-kira 11.45 malam untuk makan.
"Polis datang ke rumah kira-kira pukul 4 pagi tadi dan memberitahu anak saya ditimpa kemalangan," kata Mat Isa kepada pemberita di rumahnya pada Sabtu.
Mangsa, yang menjadi pembantu peniaga gerai ayam, meninggalkan seorang isteri, Nurul Hafizah Jamaluddin, 31, yang dikahwini pada Disember tahun lepas.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga untuk dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Batu 9, Buluh Lima petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Pendang Deputi Supritendan Abdul Aziz Ahmad, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- mstar
TOP
26 Nelayan Asing Diselamatkan Di Laut China Selatan
KEMAMAN: Seramai 26 nelayan asing diselamatkan kapal pembekal pelantar, MV Vanessa milik Sapura Kencana Energy, setelah sembilan jam hanyut di tengah Laut China Selatan pada Khamis lepas.
Kesemua nelayan itu yang terdiri daripada tiga warga Thailand termasuk tekong bot, 20 warga Myanmar dan tiga warga Vietnam menggunakan pelampung dantong kosong untuk menyelamatkan diri apabila bot mereka yang bocor, karam berhampiran Pelantar Minyak Puteri, kira-kira 156 batu dari Timur Kota Bharu.
Ketua Penguatkuasa Pengkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kemaman Leftenan Komander Nang Rong berkata ketika kejadian, bot nelayan asing yang berdaftar di Thailand itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke negaranya dengan membawa hasil tangkapan.
"Pihak kami mendapat panggilan kecemasan pada 2 petang dari pusat kawalan yang mengatakan bot itu karam. Kejadian berlaku kira-kira dua batu nautika dari pelantar itu.
"Kejadian itu disedari MV Vanessa milik Sapura Kencana Energy yang dalam perjalanan ke pelantar minyak Puteri. Semua nelayan itu kemudian dibawa ke Pelabuhan Bekalan Kemaman (KSB)," katanya kepada pemberita.
Nang berkata nelayan berusia antara 18 tahun dan 44 tahun itu berada perairan negara ini untuk menangkap ikan beberapa hari lepas.
Kesemua nelayan itu dirujuk ke Jabatan Imigresan untuk proses dokumentasi dan akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing, katanya.- mstar
TOP
BNM Dapatkan Maklum Balas Orang Ramai Mengenai Skim Ombudsman Kewangan
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung kertas konsepnya mengenai Skim Ombudsman Kewangan (FOS).
Dalam kenyataan pada Jumaat, BNM berkata, kertas konsep itu bertujuan memperkukuh saluran bantuan penyelesaian pengguna kewangan, selaras dengan saranan yang digariskan dalam Pelan Sektor Kewangan.
"Aspek utama rangka kerja FOS yang dicadangkan termasuklah mengguna pakai prinsip-prinsip bagi FOS, iaitu kebebasan, keadilan dan kesaksamaan, kemudahan akses, kebertanggungjawaban, ketelusan dan keberkesanan," katanya.
BNM berkata, ia juga mahu pengaturan tadbir urus yang lebih mantap dari segi keanggotaan dalam Lembaga Pengarah, yang hendaklah terdiri daripada ahli lembaga pengarah yang bebas, serta peruntukan untuk penilaian bebas secara berkala ke atas operasi FOS bagi menilai kecekapan dan keberkesanannya.
Aspek lain ialah keahlian FOS yang diperluas untuk merangkumi broker insurans dan takaful serta penasihat kewangan, selain institusi berlesen yang sedia ada, katanya.
Bank pusat itu berkata ia juga mahu skop pertikaian dan award yang dikendalikan oleh FOS diperluas dan struktur fi lebih baik yang lebih mencerminkan penggunaan perkhidmatan FOS.
"Selaras dengan pengaturan semasa yang diterima pakai oleh Biro Pengantaraan Kewangan (FMB), penyedia perkhidmatan kewangan akan terus terikat dengan keputusan ombudsman sekiranya keputusan tersebut dipersetujui oleh pengadu.
"Bagaimanapun, pengadu boleh menolak keputusan ombudsman dan mengambil tindakan undang-undang sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan terhadap pertikaian itu," kata BNM.
Kertas konsep ini boleh dimuat turun dari laman sesawang bank di www.bnm.gov.my.
Tarikh akhir penghantaran maklum balas dan pandangan ialah pada 29 September 2014.
Semua maklum balas boleh dihantar ke alamat yang dinyatakan dalam kertas konsep ini atau melalui e-mel kepada communication- mstar
TOP
Penganalisis Nasihati Pemegang Saham Minoriti MAS Terima Tawaran Khazanah
Azman Mokhtar menunjukkan dokumen pelan pemulihan MAS pada sidang media khas, Jumaat.
KUALA LUMPUR: Penganalisis tempatan menasihati pemegang saham minoriti Sistem Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) supaya menerima cadangan modal berpilih dan pembayaran balik 27 peratus saham yang ditawarkan oleh Khazanah Nasional Bhd. Dalam satu nota pada Jumaat, Affin Investment Bank Research berkata, tawaran harga penswastaan sebanyak 27 sen yang menggambarkan 1.3 kali nisbah harga berbanding nilai buku itu, seharusnya menarik kepada pemegang saham. "Kami menjangka operasi penerbangan MAS terus mengalami kerugian disebabkan oleh persaingan yang lebih sengit serta sentimen negatif terhadap syarikat itu berikutan tragedi MH370 dan MH17," katanya. Alliance DBS Research berkata harga tawaran itu merupakan peluang menarik diri yang tepat pada masanya, memandangkan momentum perolehan MAS yang lemah dan panggilan tunai yang akan dibuat tidak lama lagi. Ia berkata, MAS perlu memikirkan semula strategi perniagaannya untuk memulihkan operasinya. Sementara itu, Hong Leong Investment Bank Research mengekal saranan 'jual' bagi saham-saham MAS dengan harga sasaran yang serupa seperti tawaran Khazanah. "Kami percaya rancangan penambahan kapasiti MAS akan dikaji di bawah program penstrukturan semula yang bakal dilaksanakan," katanya. Ketiga-tiga firma penyelidikan itu berkata kerugian bersih suku kedua MAS adalah seperti yang diunjurkan dan menjangkakan data-data kendalian yang lebih lemah dalam enam bulan kedua tahun ini. Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia semalam, MAS melaporkan penyusutan pendapatannya sebanyak lima peratus kepada RM3.59 bilion daripada RM3.78 bilion sebelumnya disebabkan penyusutan hasil dan faktor tempat duduk berikutan tragedi MH370. Khazanah, yang memiliki 69.4 peratus kepentingan MAS dijangka mengumumkan hari ini rancangannya untuk menswastakan syarikat penerbangan yang bermasalah itu di bawah satu cadangan penstrukturan semula. Cabang pelaburan strategik kerajaan Malaysia itu mengumumkan bulan ini bahawa ia akan membeli 30.4 peratus kepentingan dalam MAS yang belum dimilikinya, di bawah cadangan belian balik saham pada harga 27 sen sesaham, yang akan melibatkan kos berjumlah RM1.38 bilion untuk memulakan proses penstrukturan semula itu. - mstar

CIMB Lantik Tengku Zafrul Sebagai Pemangku Ketua Eksekutif
Tengku Datuk Zafrul
KUALA LUMPUR: Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz, bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Bank Bhd, telah dilantik sebagai pemangku Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd, berkuat kuasa 1 September. Ketua Eksekutif kumpulan sekarang ini, Datuk Seri Nazir Razak akan menjadi Pengerusi CIMB Group, menggantikan Tan Sri Md Nor Md Yusof, yang akan bersara pada tarikh yang sama. Pengumuman pelan peralihan kepimpinan itu telah dibuat pada 3 Julai, 2014. Penganalisis tempatan berpendapat, peralihan kepimpinan dalam CIMB Group tidak mungkin memberi kesan ke atas operasi kumpulan itu dalam masa terdekat.

Terbuka Hong Kong: Nicol Bertemu Nour El Tayeb Di Pentas Akhir
Nicol (kanan) menewaskan pemain Amerika Syarikat pada aksi separuh akhir Terbuka Hong Kong, Sabtu.
KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David hampir merangkul kejohanan Terbuka Hong Kong buat kali kesembilan apabila layak ke akhir kejohanan di gelanggang kaca Pusat Skuasy Hong Kong pada Sabtu. Pilihan utama kejohanan ini mengambil masa 25 minit untuk mengatasi Amanda Sobhy dari Amerika Syarikat 11-8, 11-4 dan 11-2 di separuh akhir, demikian menurut laman web kejohanan www.hksquashopen.com. Nicol menang Terbuka Hong Kong pada 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011,2012 dan 2013. Beliau akan bertemu Nour El Tayeb dari Mesir pada Ahad yang telah mengalahkan pemain nombor dua dunia Laura Massaro dari England 11-9,10-12,11-2,12-10 dalam masa 47 minit.- mstar

Keputusan Separuh Akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF
BERIKUT keputusan perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 di Ballerup Super Arena , Sabtu.
Beregu Lelaki:
[12] Ko Sung Hyun/Shin Baek Cheol (KOR) mn [5] Kim Ki Jung/Kim Sa Rang (KOR) (Ko dan Shin menang selepas lawan memberi laluan)
Beregu Wanita:
[5] Tian Qing/Zhao Yunlei (CHN) mn [16] Lee So Hee/Shin Seung Chan (KOR) 21-13, 21-10
[4] Wang Xiaoli/Yu Yang (CHN) mn [7] Reika Kakiiwa/Miyuki Maeda (JPN) 21-8,21-13
Perseorangan Wanita:
[1] Li Xuerui (CHN) mn [16] Minatsu Mitani (JPN) 21-8, 21-14
Perseorangan Lelaki:
[1] LEE CHONG WEI (MAS) mn [14] Viktor Axelsen (DEN) 21-9, 21-7

Burnley Hantar United Pulang Tanpa Jaringan
Di Maria (tengah) dikawal rapi pemain-pemain Burnley.
BURNLEY FC mengikat Manchester United seri tanpa jaringan pada perlawanan di Turf Moor dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu.
United berkunjung ke Burnley dengan harapan untuk menang selepas gagal meraih tiga mata penuh pada dua aksi sebelum ini, namun gagal mempamerkan rentak menarik walaupun dibarisi dengan pemain termahal dalam sejarah liga bola sepak Inggeris iaitu Angel Di Maria.
Manakala Burnley yang turun dengan aksi teratur cuba mengasak pasukan tetamu mereka itu dan memperolehi peluang hampir menjaringkan gol melalui David Jones pada minit ketiga namun hantaran tersebut terkena palang.
Di Maria mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri dan cuba mencuri ruang yang ada, namun setiap pergerakannya diekori pemain-pemain tuan rumah.
Aksi Di Maria berakhir pada minit ke-70 apabila digantikan dengan Anderson.
Permainan seimbang namun Burnley yang diurus oleh Sean Dyche lebih banyak mencipta peluang berbanding anak buah Louis Van Gaal.
United sekadar mengutip dua mata dalam tiga perlawanan setakat ini yang dianggap sebagai aksi terburuk selepas zaman pengurusan Ron Atkinson yang mana hanya mengutip satu daripada tiga perlawanan pada tahun 1981/82.
Selain itu, pemain antarabangsa Argentina yang baharu dibeli United, Marcos Rojo masih belum tiba kerana menghadapi masalah permit.
Manakala kelibat Chris Smalling juga tidak kelihatan pada aksi ini kerana mengalami kecederaan di pangkal paha.
SENARAI PEMAIN:
Burnley: Heaton; Trippier, Duff, Shackell (c), Mee; Arfield, Jones, Marney, Taylor; Ings, Jutkiewicz. (simpanan) Gilks, Ward, Reid, Long, Wallace, Sordell, Barnes.
Man United: De Gea, Jones, Evans, Blackett, Valencia, Young, Fletcher, Di Maria, Mata, Rooney, van Persie. (simpanan):Januzaj, Hernandez, Welbeck, James, M. Keane, Anderson, Amos

Skil 'Rabona' Iringi Penampilan Pertama Di Maria
ANGEL di Maria bakal tampil buat pertama kali sebagai pemain Manchester United dalam perlawanan bertemu Burnley di Turf Moor pada Sabtu selepas dibeli pada harga £60 juta dari Real Madrid, Isnin lalu.
Pemain Argentina itu dijangka dapat membantu melonjakkan semual United selepas memulakan sepak mula pada perlawanan kali ini. Pemain termahal Liga Perdana Inggeris musim ini dikenali dengan skil 'rabona' dan dilapor bakal menggunakan gaya sama pada perlawanan itu.
Berikutan itu Sportsmail memberi gambaran bagaimana Di Maria melakukan 'rabona' ketika bersama Real Madrid sebelum ini.

Daley Blind Pemain Baharu Man United
DALEY Blind kini bersedia untuk menyertai Manchester United dari Ajax dengan yuran perpindahan sebanyak £14 juta, lapor media Belanda.
Kedua-dua kelab itu kini dikatakan telah mencapai kata sepakat mengenai yuran perpindahan dan menunggu pemain terbabit menandatangani terma peribadi sebagai formaliti.
United sebelum ini telah dikaitkan dengan pertahanan Belanda itu untuk mengisi posisi penting selepas dimalukan pada perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris.
Perpindahan itu juga berlaku selepas beberapa hari Pengarah Ajax, Marc Overmars berkata, kelabnya tidak akan menjual pemain terbabit pada harga murah.
Blind merupakan seorang pemain yang mampu beraksi sebagai pertahanan kiri dan pemain tengah (pertahanan) selain membantu Louis van Gaal dalam sangan Piala Dunia lalu.
TOP
Roy Keane Pujuk Cleverly Ke Aston Villa
LAGENDA Manchester United, yang merupakan penolong pengurus Aston Villa ketika ini, Roy Keane dilaporkan telah menemui Tom Cleverly di Birmingham selepas Villa memerima tawaran pemain terbabit.
Pemain tengah United itu juga telah menaikkan jumlah perpindahan kepada £7 untuk ke Villa selepas berbincang dengan Keane.
Bagaimanapun, Villa perlu menggunakan Keane untuk memujuk Cleverly menyertai mereka secepat mungkin sebelum tingkap perpindahan ditutup pada Isnin.
Cleverly perlu mendapat jaminan supaya diberi peranan sebagai pemain utama dengan kelab baharu kerana bakal menerima gaji lebih rendah.
Pemain berusia 25 tahun itu merupakan ejen bebas dan hanya mempunyai kontrak selama setahun bersama United.
Cleverly disarankan untuk berpindah ke kelab lain oleh pengurusnya Louis van Gaal selepas gagal memberikan aksi memberangsangkan.
TOP
Kejohanan Dunia: Chong Wei Semakin Hampiri Gelaran Dunia Pertama
COPENHAGEN: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei semakin menghampiri gelaran dunia pertamanya selepas berjaya menempah slot ke final Kejohanan Dunia 2014 yang berlangsung pada Sabtu.
Pada saingan separuh akhir di Ballerup Super Arena, Chong Wei diberi tekanan hebat oleh bintang muda tuan rumah, Viktor Axelsen namun beliau berjaya mengimbangi keadaan tersebut.
Perseorangan lelaki nombor satu dunia ini yang mendapat rentak permainan pada set kedua, tidak menoleh ke belakang lagi sebelum menutup aksi dengan kemenangan 21-9 dan 21-7 dalam masa 34 minit.
Kemenangan tersebut membolehkan Chong Wei membuat penampilan final buat kali ketiga selepas edisi 2011 di England dan 2013 di China.
Beliau gagal meraih gelaran dunia selepas disekat oleh musuh tradisinya, Lin Dan dari China pada 2011 manakala kekejangan otot yang dialami pada set penentuan berdepan pemain sama, dua tahun kemudian menyebabkannya terus kempunan.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan menentang Axelsen, Chong Wei berkata beliau tidak menyangka mempunyai keyakinan luar biasa menentang pemain itu yang mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri.
"Sebelum datang ke kejohanan, saya belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan (pangkal paha). Layak ke final untuk kali ketiga adalah satu kejutan.
"Saya turut memberikan semangat kepada diri sendiri bahawa saya boleh lakukannya dan fokus perlawanan demi perlawanan. Saya sudah layak ke final dan akan cuba berikan persembahan terbaik," katanya.
Anak jati Pulau Pinang ini menjelaskan, sekiranya menang pada aksi final pada Ahad, beliau menyifatkan ia merupakan hadiah hari Kemerdekaan Negara ke-57 yang paling bermakna sepanjang kariernya selaku pemain badminton.
Axelsen pula berkata beliau sudah mencuba yang terbaik untuk menumpaskan Chong Wei tetapi ternyata pemain Malaysia itu terlalu kuat buatnya.
"Saya sedikit kecewa dengan kekalahan ini, tetapi Chong Wei bermain sangat baik. Beliau bermain pantas berbanding saya. Saya cuba bermain baik tetapi tidak menjadi," kata pemain berusia 20 tahun ini.
Beliau merasakan Chong Wei mempunyai peluang besar menjulang kejuaraan.
Dalam pada itu, jurulatih perseorangan lelaki negara, Tey Seu Bock yakin Chong Wei mampu meneruskan momentum kemenangan pada aksi final walaupun sedar bakal berdepan saingan sengit sama ada pilihan kedua Chen Long dari China atau pilihan kelima Tommy Sugiarto dari Indonesia.
Kedua-dua pemain berkenaan akan bertemu pada satu lagi aksi separuh akhir, lewat Sabtu untuk menentukan aksi ke final.
"Sejak beberapa hari lepas, saya lihat momentum permainan beliau (Chong Wei) agak tinggi tetapi final esok agak berbeza kerana beliau akan beraksi buat kali ketiga.
"Saya harap beliau tidak fikir kekalahan pada dua edisi lepas, sebaliknya lihat ke hadapan. Apa yang beliau perlu buat pada aksi final adalah kekal fokus dan nikmati permainannya," kata Tey.
TOP
Abdul Khalid Keluar Kenyataan Rabu Ini
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor pada Rabu ini.
"Saya tak boleh komen dan saya hanya akan keluarkan kenyataan mengenainya Rabu ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Buku peringkat Negeri Selangor pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukannya sebagai Menteri Besar, setelah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kelak memperoleh nama calon Menteri Besar Selangor yang baharu daripada pakatan pembangkang.
Abdul Khalid diminta meletak jawatan setelah didakwa kehilangan undi daripada 30 anggota Dewan Undangan Negeri Selangor termasuk dua daripada PAS.
Berikutan itu pada Selasa lepas, beliau telah menyatakan hasrat kepada Sultan Selangor untuk melepas jawatan tersebut.
Bagaimanapun Sultan Sharafuddin menangguhkan untuk menerima peletakan jawatannya sehingga pelantikan Menteri Besar baharu dibuat, dengan menitahkan PAS, DAP dan PKR masing-masing mempersembahkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu selewat-lewatnya 3 September ini.
TOP
Perutusan Biadap Kit Siang Sempena Merdeka
KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang membuat kenyataan biadap bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 esok apabila mempersoalkan sama ada Malaysia telah benar-benar merdeka.
Beliau mendakwa, negara ini belum benar-benar merdeka kerana pendekatan pecah dan perintah warisan penjajah British masih diamalkan di negara ini.
“Malaysia masih menggunakan undang-undang British untuk menafikan hak bersuara dan berpendapat dan pelbagai lagi undang-undang yang menindas.
“Penindasan ini seperti yang boleh dilihat daripada beberapa pendakwaan terpilih dan berniat jahat terhadap pemimpin pakatan dalam masa sepuluh hari lalu,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Kit Siang mengkritik pelbagai iklan kemerdekaan yang disiarkan media kerana didakwa bertujuan melalaikan rakyat dengan ilusi kemerdekaan dan kebebasan.
Beliau mendakwa, Iklan terbabit cuba menampilkan kehidupan yang seakan sebuah lakonan sedangkan rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan dan rasa saling tidak senang antara satu sama lain disebabkan perbezaan warna kulit dan budaya.
“Setelah 57 tahun Merdeka, Malaysia masih lagi merangkak dalam usahanya membina sebuah masyarakat yang harmonis tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik,” dakwanya. – mynewshub.my
TOP
PM: Penjawat Awam Jangan Kritik Kerajaan Membuta-Tuli
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat nilai iaitu kesetiaan, dedikasi, kompetensi dan integriti yang perlu dimiliki penjawat awam sebagai tulang belakang pembangunan negara.
Beliau berkata nilai-nilai itu perlu ada bagi melakukan transformasi segera sejajar dengan tuntutan untuk menzahirkan aspirasi kerajaan.
Berucap merasmikan merasmikan pameran “MY Story: Transforming The Nation” di Galeri Petronas pada Sabtu, beliau berkata empat nilai itu akan menjadi tonggak serta panduan kepada penjawat awam dalam menggalas amanah dan tanggungjawab melaksanakan gagasan dan hasrat kerajaan.
Najib menegaskan kesetiaan yang diperkatakan beliau ialah yang lahir daripada prinsip, bukan kesetiaan membuta tuli selain keperluan menyokong kerajaan semasa yang diberi mandat memerintah.
“Anda tidak perkecilkan kerajaan. Anda tidak menulis (secara negatif) dalam e-mel atau blog atau twit. Anda perlu kekal teguh dan setia. Sekiranya tidak betul, yang mana tidak betul boleh tegur. Ada cara untuk kita buat teguran,” kata beliau.
Mengenai soal dedikasi, Najib berkata beliau kagum dengan penjawat awam di zaman dahulu yang sentiasa mempunyai semangat dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab serta sanggup turun padang dan bekerja tanpa mengira masa atau hari bercuti.
“Siang malam tidak kira masa, Ahad pun turun padang, tidak merungut, tidak tunjuk muka masam. Itulah dedikasi sejati. Buat sesuatu yang luar daripada biasa dan bersedia bekerja lebih masa, tidak terikat kepada rutin 9 pagi ke 5 petang atau 8 pagi ke 4 petang,” katanya.
Mengenai kompetensi, Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam kini perlu menjadi komunikator yang baik dan bersedia berdepan dengan pihak media bagi menerangkan dasar dan aspirasi kerajaan.
“Ia berbeza daripada dahulu kerana kalau dahulu, penjawat awam boleh duduk di pejabat dan bersorok di belakang meja. Era 2014 adalah lebih mencabar daripada era dulu,” kata Najib.
Perdana menteri turut mengingatkan penjawat awam supaya terus mengekalkan integriti yang amat penting ketika menjalankan tanggungjawab dan tugas untuk memberi perkhidmatan terbaik.
Pameran ‘MY Story: Transforming the Nation’ anjuran Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD Alumni) mengetengahkan perspektif sejarah mengenai peranan perkhidmatan awam berhubung kelahiran dan transformasi negara Malaysia.
Pameran itu yang diadakan di Galeri Petronas, KLCC, berlangsung sehingga 16Sept ini pada setiap Selasa hingga Ahad dari 10 pagi hingga 8 malam.
TOP
Perutusan Hari Kebangsaan Ke-57 oleh Perdana Menteri
1. Alhamdulillah, segala puji dan rasa syukur, dirafakkan ke hadrat
Allah S.W.T., lantaran dengan kehendak dan keredhaan-Nya jua, kita
sekali lagi, tidak kira di mana ceruk mahupun rantau tanahair bertuah
ini, masih terpelihara dalam keadaan aman, untuk menyambut ulangtahun
kemerdekaan.
2. Tidak seperti tahun-tahun yang sudah, di mana perutusan selalunya dibuat secara rakaman dan kemudian dipancar ke kaca-kaca televisyen, malam ini, saya memilih untuk berucap secara langsung kepada ratusan hadirin di ambang merdeka ini, sebagai menzahirkan semangat patriotik dan obor perjuangan negara bangsa, dari mata ke mata, hati ke hati, khususnya kepada saudara dan saudari sebagai sebahagian rakyat Malaysia yang berada di sini.
3. Hakikatnya, setiap kemerdekaan itu bermula dengan sebuah perjuangan murni dan pengorbanan yang tiada tandingnya, termasuklah daripada pihak Raja-Raja Melayu dan istana, para pemimpin politik dan rakyat keseluruhan.
4. Dalam hal ini, jika dihimbau sejarah silam negara, kita telah dijajah selama empat setengah kurun, bermula daripada kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511 hingga kepada pentadbiran Inggeris. Semenjak itulah, penjajah datang silih berganti, mengaut hasil dan menindas masyarakat peribumi, sehingga menyinsingnya fajar kemerdekaan, pada 31 Ogos 1957.
5. Mengenang sejarah, setiap orang perlu beringat bahawa negara ini berasal sebagai Persekutuan Tanah Melayu. kemudiannya, bergabung dengan Sabah dan Sarawak.
6. Merujuk episod ini, kita mendengar desas-desus serta suara-suara tidak menyenangkan, yang mempersoal mengapakah tarikh pembentukan Malaysia tidak pula sama dengan tanggal kemerdekaan, kenapa 16 September, sedangkan Semenanjung 31 Ogos?
7. Dalam perkara ini, kita perlulah mengkaji apakah sebenarnya yang telah diusahakan oleh sebuah Suruhanraya khas yang bertanggungjawab untuk mengadakan pungutan suara terhadap penduduk di Sabah dan Sarawak dalam proses penubuhan Malaysia ketika itu.
8. Untuk pengetahuan ramai, kelewatan tarikh tersebut telah berlaku di atas sebab teknikal, kerana, pihak Suruhanjaya Cobbold perlu menunggu pengesahan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan majoriti persetujuan melalui referendum sebelum memuktamadkan laporannya. Justeru, tarikh 16 September telah ditetapkan sebagai pembentukan hari Malaysia.
Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,
9. Bertolak dari situ, tahun ini, kita meraikan sambutan kemerdekaan kali ke-57, sekaligus tahun ke-51 Sabah dan Sarawak bersama-sama kita sebagai sebuah Malaysia. Dirgahayu Malaysia, Dirgahayu Malaysia!
Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,
10. Sememangnya lagi, kita bersyukur kerana kebersatuan bersejarah antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dipisahkan oleh Laut China Selatan itu, telah mengukir jutaan rahmat dan ingin ditegaskan cinta kasih serta tali persaudaraan seluruh rakyat Malaysia bertitik tolak dari Arau Perlis, membawa hingga ke Semporna Sabah dan ke penghujung Ulu Lachau Sarawak, tidak mungkin dapat dipisahkan, bahkan InsyaAllah, akan kekal utuh ibarat rambut bersimpul mati.
Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,
11. Justeru, sebaik sahaja selesai dan rampungnya Pilihanraya Umum ke-13 tahun lalu, sebagai perlambangan atau simbolis mandat baharu yang Kerajaan terima, tanpa berlengah-lengah lagi saya melantik sejumlah besar Menteri dan Timbalan Menteri di kalangan pimpinan dari Sabah dan Sarawak sebagai satu penghormatan terhadap sokongan padu saudara dan saudari kita di sana terhadap Kerajaan Barisan Nasional.
12. Kini lebih setahun telah pun berlalu, keanggotaan para wakil rakyat Sabah dan Sarawak dalam Kerajaan menjadi perhitungan penting, dalam mengorak halatuju selanjutnya Malaysia yang tercinta.
13. Ini turut saya pertegaskan dalam ucapan-ucapan utama saya sepanjang setahun lebih yang lalu bahawa Kerajaan yang mentadbir pada hari ini mempunyai tanggungjawab cukup besar demi mendahulukan kepentingan rakyat terutamanya masyarakat Melayu dan Bumiputera, Islam mahupun bukan Islam yang mewakili lebih 70 peratus rakyat Malaysia menjelang tahun 2020.
14. Makanya, sekali apapun yang cuba digoyahkan oleh pihak pembangkang, seandai apapun yang mereka ingin mengadu-dombakan, tidak kira tohmahan apa yang dilemparkan, agenda memperkasakan pembelaan rakyat akan tatap dipertahankan.
Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,
15. Menghimbau lipatan tawarikh pra-merdeka, ramai pihak merasa sangsi akan ehwal kemampuan kita dengan kepelbagaian yang begitu rencam untuk merdeka dan memilih jalan sendiri. Namun ternyata kemajmukan masyarakat ini telah kita jadikan sebagai aset meniti kemakmuran sehinggakan bukan sahaja setakat menerima dan saling wujud antara satu sama lain, hatta meraikannya ke peringkat tertinggi sebagai ramuan kejayaan.
Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,
16. Kita mengatur sebanyak-banyak kepada Tuhan, negara ini telah berjaya berhadapan dengan seribu liku dan pancaroba yang penuh tantangan. Sepanjang tempoh itu, telah terpancar wajah kemerdekaan hakiki, yang jika dilihat dari segala sudut, merangkumi aspek merdeka hati, merdeka jiwa, merdeka semangat dan merdeka meraikan kemajmukan. Sehinggalah kita mampu meniti batas dan permatang kesejahteraan dengan jayanya menurut acuan sendiri. Tahniah Rakyat Malaysia!
Tahniah Rakyat Malaysia!
17. Umpamanya, sewaktu negara mencapai kemerdekaan, kadar kemiskinan adalah pada tahap lebih 60 peratus. Kemudiannya, ia menyusut kepada 1.7 peratus pada tahun 2012, di mana kemiskinan tegar kini hampir disifarkan kesemuanya.
18. Apabila saya mengambil alih tampuk pemerintahan dan pentadbiran negara pada tahun 2009, diperkenalkan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, berlandaskan pula Dasar Transformasi Nasional atau DTN. Kerangkanya merangkumkan keseluruhan agenda besar transformasi negara, yang dimulai dengan Program Transformasi Kerajaan atau GTP, Program Transformasi Ekonomi atau ETP, Program Transformasi Politik atau PTP, Program Transformasi Komuniti atau CTP, Program Transformasi Sosial atau STP dan Program Transformasi Fiskal atau FTP.
19. Hasilnya, dalam tempoh 5 tahun ini, kita telah meraih pelbagai kejayaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang mana saya telah digariskan dalam pelbagai ucapan dan laporan.
20. Mutakhir ini, ekonomi negara sekarang telah menunjukkan trend yang memberangsangkan dalam tempoh suku kedua 2014 dengan mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK sebanyak 6.4 peratus, berbanding 4.5 peratus bagi tempoh yang sama pada tahun 2013, iaitu rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sejak suku keempat 2012. Ini menjadikan pencapaian kita sebagai yang paling tinggi di kalangan negara-negara ASEAN bagi separuh tahun pertama 2014.
21. Kesimpulannya, kita telah berjalan jauh dan didewasakan oleh waktu daripada sebuah negara pertanian, hanya sekitar 6 dekad yang lalu kepada sebuah negara membangun kini sedang mendepani kelok untuk mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi yang dijangka lebih awal dari waktunya.
Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,
22. Apa yang mustahak, kita tidak boleh sesekali alpa, semua yang dikecapi pada hari ini tidak berlaku dengan semena-mena atau dengan sendirinya. Semuanya diperoleh berkat usaha para pemimpin lampau dan bapa-bapa pendahulu hinggalah ke era Kerajaan yang ada hari ini.
23. Sebenarnya, dalam ikhtiar kita menjadi bangsa mulia lagi berjaya, apa saja musibah dan gelora yang menduga, sewajarnya kita jadikan sebagai cabaran. Sebagaimana mafhum pengertian firman Allah SWT bahawa, Tuhan tidak memberi dugaan, kepada sesuatu pihak yang tidak tertanggung oleh mereka. Terbukti, Malaysia mampu menempuh dan mengatasinya dengan cara, pendekatan serta santun kita tersendiri.
24. Kita turut berupaya keluar daripada pelbagai kemelut dan menangani cabaran yang melanda dengan jaya antaranya, peristiwa darurat, menghapuskan serangan gerila Komunis Malaya, tragedi hitam 13 Mei 1969, penyusunan semula masyarakat dan ekonomi negara, sehingga dihormati sebagai negara Islam moden dan progresif lagi dicontohi oleh negara-negara lain di dunia.
25. Berkait itu juga, masihkah kita ingat peristiwa hitam pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada tahun lepas? Insiden yang telah mengorbankan nyawa para perajurit tanahair? Syukur kepada Allah, kesemua serangan itu berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan kita di sana, yang sekarang ini di bawah penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah atau ESSCOM.
26. Sehubungan itu, kita berasa tidak senang dan hairan dengan sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dan menangguk di air keruh, mempertikaikan pula pengiktirafan Kerajaan kepada para perajurit dan anggota keselamatan.
27. Apa yang ingin pihak Kerajaan jelaskan, usahlah diperbanding-bandingkan, tentang penghormatan tertentu yang diberikan kepada mangsa tragedi MH17 bahawa kononnya kenapakah istiadat tertinggi sedemikian tidak diwajarkan juga kepada para perajurit dan anggota keselamatan dalam peristiwa Lahad Datu.
28. Tentunya hasutan tersebut adalah memesongkan dengan niat yang tidak baik. Jelasnya, sekali lagi saya menegaskan bahawa jasa para wira negara ini akan sentiasa disanjung tinggi dan mendapat tempat utama dalam kenangan bakti yang telah dicurahkan.
Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,
29. Sudah menjadi lumrah dan kelaziman manusia serta kejadian hidup, musim hujan kepanasan, musim panas kehujanan. Sekalipun tahun ini beberapa tragedi di luar jangkaan telah berlaku, merentap dan menyentap perasaan kita, namun, kita semua harus tabah serta cekal dalam menempuh perjalanan yang jauh lebih mencabar ini.
30. Makanya, kita perlu menghadapinya dengan tenang dan tabah serta berusaha sedaya mungkin bagi menguruskan krisis yang terjadi.
31. Bahawa 2014, tahun yang sangat menguji kita, apabila dikejutkan dengan tragedi tidak terduga, misteri kehilangan pesawat MH370 dan peristiwa tragik pesawat MH17 yang terhempas di kawasan Timur Ukraine. Kedua-dua pesawat itu, milik syarikat penerbangan negara atau MAS.
32. Masih segar dalam ingatan saya ketika itu, bagaimana kita berhadapan dengan waktu-waktu mencabar dan rumit tersebut. Sehinggalah saya berjaya berunding, mencapai tiga persetujuan dengan pihak pemisah, yang menguasai kawasan kejadian tersebut antaranya:
Pertama: Membawa keluar semua mayat mangsa MH17, dari kawasan nahas.
Kedua: Memperolehi dua kotak hitam yang hanya diserahkan kepada Kerajaan Malaysia.
33. Tambahan pula, ketika menghadapi saat-saat kritikal dan mencemaskan itu, semua perundingan telah dilakukan dengan berhati-hati, termasuklah seperti yang telah saya sebutkan dalam bahasa Inggerisnya bahawa, sometimes we must work quietly in the service of a better outcome … yakni, adakalanya kita mesti bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik, terutama ketika berhubung dengan ketua kumpulan pemisah, bagi memastikan mangsa-mangsa dapat dibawa pulang serta diberi penghormatan untuk disemadikan dengan sempurna.
Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,
34. Makanya, pada hemat saya, setiap ujian yang ditakdirkan menimpa kita sebagai sebuah negara bangsa, sebetulnya tidak lain dan tidak bukan, dalam titian masa, menjadi persediaan serta menguji ketahanan kita sebagai bekal pedoman menuju destinasi Malaysia yang maju hingga ke puncak jaya.
35. Ehwalnya, dua peristiwa tragik ini diharapkan akan berlaku perubahan penting dalam industri penerbangan dunia. Keadaan ini di luar kebiasaan dan jarang berlaku. Saya mengerti, ini adalah tahun sukar bagi syarikat penerbangan MAS.
36. Justeru, untuk terus beroperasi, kita tidak banyak pilihan, melainkan melakukan penstrukturan semula secara komprehensif terhadap MAS. Oleh itu, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya dapat memberikan sokongan atas 12 Pelan Pemulihan MAS seperti yang telah diumumkan.
37. Jelasnya, semoga semua kenangan pahit dan manis yang kita lalui bersama sebagai sebuah negara bangsa, tersimpan kukuh dalam lipatan khutub khanah tanahair.
38. Hakikatnya kita memang perlukan kepada sebuah syarikat penerbangan negara yang ampuh, berdaya saing, dengan mengambil ketetapan-ketetapan komersial tanpa mengorbankan kebajikan warga kerja serta berdaya maju.
39. Moga-moga berkat sokongan semua pihak, dalam beberapa tahun ini, InsyaAllah kita mahu terus melihat Malaysia Airlines System terbang tinggi dan megah di angkasaraya.
Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,
40. Marilah kita selami dan tanamkan semangat patriotisme dengan mencintai tanahair. Sesungguhnya, lambaian kemerdekaan mengundang dan melukiskan pelbagai pemaknaan dan pengertian buat kita semua sebagai warga merdeka.
41. Marilah juga semarakkan kemerdekaan ini dengan mengibar dan menaikkan Jalur Gemilang di seluruh negara. Pastinya, kita semua sangat mengerti akan nilai dan betapa bangganya apabila melihat panji negara berkibar gemilang.
Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,
42. Ya memang benar memang benar ramai yang khabarkan kepada saya bahawa kita adalah negara kecil, namun berjiwa besar. Justeru, bagi merealisasikan impian itu, saya ingin utarakan 3 amanat penting merdeka, demi kesimbungan negara bangsa supaya terus gagah bersaing di persada antarabangsa iaitu:
43. Amanat Merdeka Pertama: Mengukuhkan solidariti rakyat Malaysia dalam menghadapi pahit getir cabaran, berdepan dengan dugaan, termasuk kebersatuan dalam kesedihan.
44. Sebagai contoh dalam istiadat penghormatan bagi 20 kumpulan pertama jenazah tragedi MH17, pada 22 Ogos minggu lepas dan diikuti oleh jenazah-jenazah mangsa yang lain secara berperingkat-peringkat, adalah Istiadat Penghormatan Tertinggi Negara yang tiada pernah diberi kepada orang awam.
45. Selain itu, kita dapat saksikan, begitu sugul rakyat Malaysia berkongsi duka nestapa. Kita bertafakur serentak selama satu minit di seluruh negara sebagai solidariti dan semangat kebersatuan demi membina satu Negara, 1Malaysia.
46. Pokoknya, saudara dan saudari, kita telah tunjukkan kebersatuan itu sewaktu Hari Berkabung di seluruh negara tempohari, dan kita akan teruskan semangat kebersamaan di kala senang mahupun tatkala dalam kesusahan, selamanya.
47. Amanat Merdeka Kedua: Memupuk keyakinan bahawa kita mampu mencapai apa jua cita-cita sebagai sebuah negara bangsa jika wujudnya kebersatuan. Maksudnya, masa depan yang cerah akan menjadi milik semua, jika kita mempunyai ikhtiar-ikhtiar yang mantap dan hidup saling ganding-bergandingan, demi sebuah hasrat yang murni itu.
48. Sememangnya, mentadbir sesebuah negara adalah satu urusan yang kompleks dan bukanlah seperti sebuah organisasi biasa. Sebagai pucuk pimpinan kepada Kerajaan yang mentadbir hari ini, saya dan sahabat-sahabat akan terus membuat keputusan demi keputusan yang terbaik untuk rakyat Malaysia berlandaskan keperluan, tuntutan dan kemampuan Kerajaan.
49. Amanat Merdeka Ketiga: Mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera. Maknanya, walau apa dugaan melanda, walau apa ujian melintang, kita akan terus mara dan melangkah ke depan, membina sebuah Malaysia yang permai bagi masa depan anak-anak cucu kita. Pucuk pangkalnya marilah sama-sama berusaha gigih menggapai kejayaan demi generasi dan keturunan hari muka untuk untuk tempoh 50 tahun atau lebih dari itu,100 tahun akan datang.
Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,
50. Akhir kalam, saya mengajak saudara dan saudari khusunya yang hadir pada malam ini, berdirilah,berdirilah, dan bersama-sama saya, letakkan telapak tangan kanan di dada sebelah kiri, sebagai simbolis bertempatnya hati dan perasaan. Katakanlah,Katakanlah, bahawa, di sinilah lahirnya sebuah cinta, di sini tersemainya cita-cita yang luhur dan murni demi pertiwi, dan di sinilah kita pastikan ia terus menguntum dan mengharum di sanubari satu semangat patriotik yang marak menyala dan menjulang tinggi. Sesungguhnya jua kita semua adalah penyambung warisan
51. Ayuhlah,Ayuhlah,Ayuhlah,kita laungkan kata-kata keramat MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA,
Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ada Lobi Sokongan Mahu Sabah Keluar Malaysia – TPM
Usaha pihak tertentu mendapatkan sokongan untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia sebagai satu hasutan kerana bertentangan dengan Perlembagaan negeri dan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang kini berada di Sabah berkata hasutan tersebut tidak boleh dibiarkan dan tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka.
“Perbuatan ini boleh menjejaskan semangat kerjasama antara kerajaan Pusat dan negeri, selain mengancam perpaduan sedia ada.
“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya ketika merasmikan Festival Gasing dan Tamu Besar (GATA) Sipitang, Sabtu.
Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Ahli Parlimen Sipitang yang juga Pengerusi Penganjur GATA Sipitang 2014, Datuk Sapawi Ahmad.
Sebelum ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan pernah meluahkan kekesalan yang sama berkaitan hasutan menggunakan media sosial bertujuan membawa Sabah keluar dari Malaysia.
Menurutnya, perbuatan membuat kenyataan yang mempunyai elemen berbau hasutan sedemikian amat berbahaya dan boleh mengancam keselamatan negara serta perlu dibanteras segera sebelum menjadi lebih serius.
“Sejak kebelakangan ini, saya dapati banyak ‘posting’ di Facebook yang agak keterlaluan, yang boleh dianggap sebagai kegiatan subversif atau melanggar Akta Hasutan, terutama yang ada kaitan dengan perbuatan membakar semangat atau mengajak rakyat untuk mengeluarkan Sabah daripada Malaysia atau Persekutuan.
“Kita kena ingat bahawa sejarah sudah terpahat bahawa Persekutuan Malaysia ini telah dipersetujui oleh pejuang kemerdekaan kita terdahulu dan saya kira tidak betul dan tidak harus ia dirungkai semula sehingga menyebabkan kita berpecah,” katanya.
Abdul Rahman berkata masa depan Sabah ialah dalam Malaysia dan pihak yang mempunyai masalah harus mennyelesaikannya mengikut saluran undang-undang, bukan memilih jalan menghasut rakyat kerana tindakan sedemikian tidak akan menyelesaikan apa-apa.
Beliau berkata semua pihak harus menerima hakikat majoriti rakyat Sabah masih menyokong BN untuk menerajui kerajaan dan menganggap mereka yang cuba mengeruhkan suasana aman yang dinikmati penduduk Malaysia berbilang kaum, etnik dan agama di negeri ini adalah mereka yang kecewa dalam pilihan raya.
Katanya, pihak yang memilih untuk berbuat demikian adalah tidak rasional serta kurang bijak mencari penyelesaian masalah sedangkan ruang perbincangan dan rundingan sentiasa terbuka sama ada di peringkat negeri atau persekutuan.
TOP
IBADAT HAJI: Daripada 70,000 Rayuan, 23 Ribu Telah Diluluskan
Tabung Haji (TH) menerima sebanyak 70,000 rayuan seluruh negara daripada bakal jemaah untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu pada tahun ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Beliau berkata daripada jumlah itu, kira-kira 23,000 permohonan telah diluluskan.
“Sekarang ini kita sedang dalam proses menghantar kira-kira 23,000 jemaah ini dan selepas selesai semua urusan, insya-Allah kita akan kaji dan lihat balik kelayakan untuk menunaikan haji
“Ini kerana sekarang ini, kalau daftar tahun ini, kena tunggu 60 tahun lagi baru boleh pergi haji sebab ramai lagi yang telah mendaftar,” kata Abdul Azeez pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Setiu, Sabtu.
Beliau berkata:”Mungkin selepas ini kita akan lihat balik syarat untuk pergi haji untuk kali kedua. Mungkin mereka perlu tunggu lagi 10 tahun bukannya lima tahun macam sekarang,” katanya.
Hadir sama pada majlis itu Ketua UMNO Bahagian Setiu, Mat Jidin Shafee merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Ketua Pemuda Bahagian, Iskandar Jaafar, Ketua Pergerakan Wanita Setiu, Wan Nasiah Wan Majid dan Ketua Pergerakan Puteri, Nur Fuzilawati Mohd Yusof.
Abdul Azeez berkata TH akan melihat faktor umur dan kesihatan pemohon dengan mengutamakan individu lebih berusia berbanding mereka yang masih muda.
Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata beliau menyambut baik cadangan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, melalui Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU), yang menetapkan harga penunjuk aras bagi pakej umrah sebanyak RM4,900 berkuat kuasa serta-merta Khamis lepas.
“Idea untuk menyelaras dan meminimumkan harga pakej umrah memang satu inisiatif yang baik bagi mengelak berlaku kes penipuan dan saya menyokong tindakan ini sebab ia juga memudahkan orang ramai,” katanya.
MKSU, yang dipengerusikan Mohamed Nazri, ditubuh bagi menangani isu penipuan pakej umrah dan dianggotai 13 orang termasuk daripada Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Polis Diraja Malaysia.
Kes terbaru penipuan pakej umrah membabitkan 121 jemaah umrah Malaysia yang terkandas di Madinah pada 1 Jun lepas setelah berlepas ke Makkah pada 21 Mei.
Dalam perkembangan lain, Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) itu, yang mengetuai misi kemanusiaan Malaysia ke Gaza berkata sejumlah 100 orang kanak-kanak dari Gaza, Palestin akan dibawa ke negara ini untuk menerima rawatan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.
“Kita akan bawa masuk mereka untuk mendapatkan rawatan yang mana mereka ini telah dibedil, ada yang sudah tiada kaki, tiada tangan dan kita akan beri mereka rawatan dan kita akan gunakan duit sumbangan orang ramai untuk membantu mereka.
“Sekarang ini kita dalam proses persiapan dan perundingan manakala Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin Datuk Ku Jaafar Ku Shaari sedang mengusahakan hal ini dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telahpun bersetuju untuk kita bawa balik kanak-kanak ini,” katanya.
Pada majlis itu, UMNO Bahagian Setiu menyerahkan RM7,3515.25 untuk Tabung Gaza Palestin. –BERNAMA
TOP
Kuota Pelajar Jurusan Perubatan Ditetapkan MMC
JOHOR BAHARU – Kuota pengambilan pelajar perubatan keuniversiti tempatan tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.
“Proses pengambilan pelajar juga masih belum selesai dan sedang berjalan.Tidak timbul isu pelajar perubatan yang berkelayakan tidak mendapat tempat di universiti tempatan,” katanya.
Beliau berkata mereka yang gagal mendapat tempat boleh membuat rayuan diperingkat Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di Jabatan Pengajian Tinggi (UPU) serta universiti.
Idris berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pulai pada Sabtu.
Beliau diminta mengulas dakwaan pemimpin pembangkang berhubung kesukaran pelajar mendapat tempat di fakulti perubatan universiti tempatan walaupun memiliki keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Katanya, sesi pengambilan kedua bagi kemasukan pelajar ke universiti akan dilakukan September ini dan selepas itu, pelajar yang tidak mendapat tempat boleh membuat rayuan terus ke universiti terbabit. - mStar Online