TOP
DAP Bertegas Mahu Dr. Wan Azizah Jadi MB Selangor
KLANG – Ketika PAS menarik kembali sokongan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar Selangor, DAP berkeras dengan pendiriannya menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti.
Pada Ahad, PAS telah menarik balik sokongannya terhadap Khalid dan mencalonkan Dr Wan Azizah dan Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali menggantikan Khalid bagi menyelesaikan masalah dan kebuntuan yang melanda negeri ini.
Bendahari DAP Selangor Ng Sze Han berkata DAP dan PKR telah pun menandatangani perisytiharan beberapa hari lalu bagi Dr Wan Azizah menggantikan Khalid sebagai menteri besar.
“Pendirian kami adalah amat jelas iaitu supaya Dr Wan Azizah mengambil alih dan deklarasi ini juga ditandatangani oleh Azmin Ali sendiri,” katanya.
Mengenai kemungkinan untuk Khalid kekal sebagai menteri besar sehingga November iaitu ketika DUN bersidang, Ng berkata adalah salah dari segi moral jika Khalid terus memegang jawatannya.
“Walaupun kami akan sentiasa mematuhi arahan istana mengenai perkara ini, bagaimanapun jelas sekali beliau (Khalid) perlu berundur kerana tidak ada seorang pun di dalam Pakatan Rakyat menyokong beliau,” katanya.
Dr Xavier Jayakumar (PKR) juga menggesa untuk Khalid berundur.
Adun Seri Andalas itu menggesa Khalid untuk membuat kenyataan yang menyatakan bahawa beliau kini hanyalah menteri besar sementara sehingga Sultan kembali ke negara ini pada 27 Ogos.
“Dari segi moral, beliau harus berundur, kerana beliau kini tidak ada alasan memandangkan PAS telah membuat keputusan untuk tidak menyokong beliau,” katanya.
Mengenai keputusan PAS menarik balik sokongannya terhadap Khalid, Dr Xavier berkata ia sepatutnya telah dilakukan lebih awal.
“Keputusan itu patut dibuat beberapa hari yang lalu kerana ia sekurang-kurangnya menyelamatkan kita daripada drama-drama baru-baru ini,” katanya.
Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman, dalam satu kenyataan, berkata parti itu akan terus bekerjasama dengan mana-mana calon yang dilantik oleh Istana.
“PAS Selangor akan menjunjung perintah Sultan Selangor dalam perkara ini,” katanya dan menggesa rakan-rakan anggota parti menghormati dan mematuhi keputusan yang dibuat oleh PAS untuk tidak menyokong Khalid sebagai menteri besar.
Ketua Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata beliau akan menunggu keputusan pemimpin partinya sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai perkara itu.
Umno sebelum ini berkata semua 12 wakil rakyat Selangor menyokong Khalid sebagai MB. – mStar Online
TOP
PAS Siasat 2 ADUN Sokong Wan Azizah
KUALA LUMPUR – PAS hari ini memutuskan menyiasat dua Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN) yang sebelum ini menyatakan sokongan terbuka kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti itu di sini, tengahari tadi.
Ditanya bentuk hukuman yang bakal dikenakan, beliau berkata ia masih dalam pertimbangan siasatan oleh lembaga disiplin parti.
Kertas siasatan terhadap dua ADUN berkenaan, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin juga sudah diserahkan kepada kepemimpinan PAS Pusat kelmarin oleh PAS Selangor.
PAS Selangor pada Khamis lalu memberi tempoh 24 jam kepada Saari yang juga ADUN Hulu Kelang serta Hasnul yang juga ADUN Morib, menarik balik pendirian berhubung tindakan dilakukan itu yang dianggap ‘mendahului dan membelakangkan’ keputusan parti.
Namun, sehingga kini, dua ADUN berkenaan dilaporkan masih kekal dengan pendirian asal, namun seakan ‘disembunyikan’ dan diarah ‘senyap’ daripada membuat sebarang kenyataan kepada media.
Saari dan Hasnul yang ditemui pada sidang media bersama Presiden PKR itu sebelum ini, mengakui tidak merujuk pucuk pimpinan PAS dalam membuat keputusan menyokong Dr Wan Azizah, dan sedia berhadapan tindakan dibuang parti atau sebarang tindakan disiplin. - BH Online
TOP
MH17: 24 Daripada 43 Mayat Rakyat Malaysia Dikenal Pasti
KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa telah berjaya mengenal pasti 24 daripada 43 mayat rakyat Malaysia yang berada di atas pesawat penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lalu.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, 19 lagi mangsa masih tidak dapat ditemui atau belum dapat dikeluarkan dari lokasi kemalangan di Donestk.
“Forensik di Belanda telah mengesahkan bahawa 24 mayat telah dikenal pasti tetapi hanya 16, termasuk seorang warganegara Belanda (kelahiran Malaysia), telah sedia untuk dibawa balik ke Malaysia,” katanya.
Ujian DNA terhadap mangsa-mangsa lain masih dilakukan di lapan lapan agensi berkaitan di Amsterdam, menurut sumber.
Malaysia telah mengumumkan bahawa 22 Ogos merupakan hari berkabung kebangsaan untuk mangsa MH17, hari di mana mayat 15 rakyat Malaysia dibawa pulang.
Mayat seorang mangsa rakyat Belanda juga akan berada dalam penerbangan memandangkan waris dan saudara terdekat telah meminta supaya mayat dikebumikan di Malaysia.
“Keluarga mangsa akan diterbangkan dengan pesawat komersial dari Amsterdam lebih awal, manakala mayat akan diterbangkan dengan penerbangan khas, Boeing 747 MAS, pada 21 Ogos. Mayat dijangka tiba pada pukul 10 pagi, 22 Ogos, “kata Hishammuddin.
“Yang di-Pertuan Agong dan menteri-menteri Kabinet akan berada di sana untuk memberi penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa. Kemudian mayat akan dipecahkan kepada dua kumpulan, yang pertama akan dikebumikan di Wilayah Persekutuan,” katanya.
Kumpulan kedua akan diterbangkan oleh dua pesawat tentera C-130 dan lima helikopter Nuri ke negeri-negeri masing-masing untuk dikebumikan,” kata Hishammuddin.
Hishammuddin berkata kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pagi Ahad bahawa pemimpin-pemimpin negari masing-masing dijangka menyambut ketibaan mayat sebaik tiba sahaja ketibaan.
Setiap kapal terbang hanya akan membawa satu mayat, “kata Hishammuddin.
Beliau berkata mayat rakyat Malaysia yang masih berada di Belanda dan yang belum dikenal pasti akan dibawa pulang kemudian, tetapi masih akan diberikan penghormatan penuh.
“Upacara yang sama akan dilakukan. Mungkin ia tidak disiarkan secara langsung atau mempunyai liputan antarabangsa. Mungkin Yang Dipertuan Agong tidak akan hadir tetapi mereka akan diberi penghormatan yang sama. Semuanya telah dirancang,” katanya.
Hishamuddin menggesa negara untuk mengenepikan perbezaan dan bersatu pada 22 Ogos untuk memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa yang dibawa pulang. - mStar Online
TOP
Penganjur, Peserta Pesta Sukan Bogel Direman 3 Hari
GEORGETOWN – Dua penganjur dan tiga peserta Pesta Sukan Bogel 2014 di Teluk Bahang direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Mereka yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita itu dibawa polis ke Mahkamah Majistret, di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi.
Dua penganjur berkenaan adalah seorang wanita, Chew Tok Hwa dan seorang lelaki dikenali sebagai Albert Yam.
Tok Hwa ditahan selepas tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD), Balik Pulau, untuk memberi keterangan jam 10.30 pagi semalam manakala Yam pula ditahan kira-kira jam 6 petang.
Tiga lagi peserta turut menyerah diri di IPDBD, semalam. - BH Online
TOP
Mayat Nenek Tiri Hishammuddin Tidak Termasuk Yang Dikenalpasti
PONTIAN: Mayat nenek tiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menjadi mangsa nahas MH17 tidak termasuk di kalangan 15 mayat yang akan tiba Jumaat ini.
"Mayat nenek tiri saya Siti Amirah tidak termasuk di kalangan 15 mayat rakyat Malaysia yang akan dibawa pulang pada Jumaat," kata Hishammuddin, sambil menambah enam daripadanya adalah beragama Islam manakala sembilan yang lain adalah bukan Islam.
Puan Sri Siti Amirah Kusuma, 83, adalah antara 298 penumpang dan anak kapal di atas penerbangan MH17 yang maut apabila pesawat MAS itu ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Siti Amirah pernah berkahwin dengan Tan Sri Mohammad Noah Omar sebagai isteri kedua. Noah, yang meninggal dunia pada tahun 1990, adalah datuk kepada Hishammuddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hishammuddin berkata, mayat mangsa Belanda juga akan berada dalam penerbangan tersebut kerana saudara terdekat telah meminta si mati untuk dikebumikan di Malaysia.
Dunia, katanya, akan menyaksikan Malaysia sebagai negara yang memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa MH17 sebaik sahaja mayat-mayat tiba dari Belanda.
"Semua rakyat Malaysia perlu menunjukkan solidariti mereka dengan memberikan penghormatan kepada mangsa-mangsa pada hari itu. Kami ingin memberi jaminan kepada keluarga mangsa bahawa mereka tidak keseorangan dan rakyat Malaysia turut sama bersedih dengan mereka," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.
Hishammuddin, yang juga naib presiden Umno, sebelum ini telah membuka mesyuarat Umno bahagian Tanjung Piai di Kolej Matrikulasi Teknikal Pontian di sini.
Beliau juga melahirkan harapan supaya semua rakyat Malaysia bertafakur selama satu minit semasa ketibaan keranda di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 10 pagi Jumaat ini.
Setelah upacara selesai, mayat akan diterbangkan dengan dua pesawat Charlie TUDM ke Kuching dan lima helikopter Nuri ke negeri-negeri lain di Semenanjung. - mStar
TOP
Khalid Terima Dengan Hati Terbuka Keputusan Pas
“Saya menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Sa-Islam Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.
Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.
Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini.
Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor.
Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.
Insya’Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT. ”
TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.
Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini.
Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor.
Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.
Insya’Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT. ”
TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
TOP
Warga Thai Disiasat Tipu Jualan Telefon Bimbit Secara Online
KANGAR – Seorang warga Thai ditahan kerana dipercayai membuat penipuan penjualan telefon bimbit secara dalam talian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontinjen Perlis, Supt Tengku Zailan Tengku Ahmad Shah berkata suspek didakwa mengiklankan penjualan itu menerusi Facebook.
Bagaimanapun kes itu masih disiasat lanjut, katanya.
Beliau berkata lelaki tersebut adalah antara tujuh yang diberkas dalam Ops Cantas Khas yang dilancarkan 11 Ogos lalu hingga malam tadi.
Mereka yang berumur antara 20-an hingga 40-an didapati melakuan jenayah samun, komersial dan narkotik.
Dalam operasi lima hari itu sebanyak 378 orang, 256 motosikal, 280 kereta dan 90 bas, lori dan van diperiksa dengan 31 saman trafik dikeluarkan, 1,761 DVD haram dirampas serta beberapa gram heroin dan syabu, katanya. – BERNAMA
TOP
Kalau Kit Siang Tak Biasa Protokol Istana, Saya Boleh Tolong - Khalid
PETALING JAYA – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa ahli politik lain memohon menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapatkan penjelasan berhubung krisis politik semasa di negeri ini.
Khalid berkata, dakwaan bahawa beliau berbohong kepada Sultan Selangor menyebabkan krisis berkaitan jawatan menteri besar diheret ke Istana Selangor.
Katanya, berdasarkan penjelasannya, Sultan Selangor berpuas hati bahawa beliau ‘mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri’ ketika menghadap Tuanku pada 11 Ogos lalu.
“Sudah dijelaskan bahawa Sultan Sharafuddin Idris Shah berpuas hati bahawa saya mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Selangor ketika saya pergi menghadap baginda pada Isnin, 11 Ogos 2014.
“Saya menegaskan sekali lagi jika mereka – termasuk YB Lim Kit Siang yang percaya bahawa saya telah berbohong kepada Sultan Selangor berhubung perkara ini, dialu-alukan untuk mendapatkan penjelasan daripada baginda Sultan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Khalid turut mempelawa Kit Siang untuk membantu beliau dan ahli politik lain merangka surat memohon menghadap Sultan Selangor jika mereka tidak arif tentang protokol.
“Sekiranya YB Lim tidak biasa dengan protokol berkaitan, saya boleh membantu merangka surat kepada Sultan Selangor dan hanya memerlukan tandatangan beliau.
“Ahli-ahli politik lain juga adalah dialu-alukan untuk menggunakannya,” katanya.
Beliau menambah, ketika beliau menghadap Sultan Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Morib dan Hulu Kelang masih setia kepada PAS.
“Adalah tidak logik untuk mencadangkan bahawa keputusan yang dibuat selepas itu dianggap sebagai fakta sebelum ia diumumkan,” katanya. – mStar Online
TOP
Berita Palsu Pekerja MCD Dipukul Di Kuala Kangsar Perak
Berita palsu dua pekerja MCD dipukul di Kuala Kangsar Perak. Menerusi laman sosial, satu berita fitnah yang tersebar adalah penyebaran foto yang kononnya dua pekerja MCD dibelasah dengan teruk oleh orang awam gara-gara bekerja di Restoran MCD.
Pihak Polis Perak dalam satu kenyataan menafikan dakwaan tersebut dan tiada kejadian sebegini berlaku di Kuala Kangsar mahupun di daerah lain di dalam negeri Perak. Orang ramai diminta untuk tidak terus menyebarkan maklumat yang tidak sahih. Melvister
TOP
Kastam Tidak Lantik Orang Tengah Urus Lelongan Kereta
KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menasihati orang ramai agar tidak terperdaya dengan pihak yang mengaku menjadi perunding kepada urusan lelongan kereta mewah yang dirampas jabatan itu.
Penolong Ketua Pengarah KDRM (Penguatkuasaan), Datuk Hassan Ibrahim berkata pihaknya hanya membuka lelongan awam menerusi laman web rasmi jabatan.
“Lelongan tidak dilaksanakan menerusi khidmat orang tengah, khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun aplikasi Whatsapp,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata terdapat pihak yang telah menyebarkan iklan palsu menerusi Whatsapp mengenai lelongan awam kastam iaitu ‘Car from port, all cars are seized from the Custom officer’.
Iklan itu mendakwa mereka merupakan pihak yang menggendali lelongan dan orang ramai yang berminat membelinya perlu membuat bayaran secara tunai.
Hassan berkata harga kereta yang ditawarkan menerusi iklan itu seperti BMW M3 dan Volkswagen Polo adalah pada kadar yang tidak munasabah.
“KDRM hanya melelong kereta secara tender dan tidak ada istilah orang tengah untuk membantu menguruskan lelongan kereta yang dirampas,” katanya.
Beliau berkata lelongan dibuat mengikut bidaan tertinggi dengan pembida perlu meletakkan deposit sekurang-kurangnya 10 peratus dari harga kenderaan yang dibida dan sekiranya pembidaan gagal, wang deposit akan dikembalikan. – BERNAMA
TOP
Suri Rumah Maut Tercampak Dari Kereta Di Setiu
SETIU – Seorang suri rumah maut selepas tercampak keluar dari kereta dalam kemalangan di Kilometer 43.5 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Sungai Tong di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamad berkata, kejadian kira-kira 5.30 petang itu menyebabkan Che Minah Che Soh, 52, maut ditempat kejadian.
Beliau berkata, kejadian berlaku selepas kereta yang dipandu suaminya Ab Manaf Husin, 57, dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu dan masuk ke laluan bertentangan.
“Mereka datang dari arah Kota Bharu menghala Kuala Terengganu dan terbabas di selekoh berkenaan. Ia menyebabkan mangsa yang duduk di bahagian penumpang tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Suami mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA
TOP
PAS Akur Jika Wan Azizah Dapat Perkenan Sultan Selangor
KUALA LUMPUR – PAS akan tunduk kepada kemahuan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baharu sekiranya Presiden PKR itu mendapat perkenan Sultan Selangor.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, setakat ini, PAS Pusat mahu Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali turut dicadangkan sebagai salah seorang calon menteri besar.
“Ada dua nama, kalau sultan pilih beliau (Dr Wan Azizah)…beliaulah,” katanya ringkas pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di sini, Ahad.
Pada mesyuarat itu, PAS sebulat suara memutuskan supaya Azmin dan Dr Wan Azizah dipertimbangkan sebagai calon menteri besar menggantikan penyandang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ditanya mengapa PAS mahu Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dipilih, Mustafa sebaliknya bertanya kepada wartawan mengapa parti itu tidak boleh berbuat demikian.
“Mengada tidak? Mengapa? Ini prerogatif kami (PAS)” soalnya. – mStar Online
TOP
MH17: 2 Lagi Mayat Warga Malaysia Dikenal Pasti
THE HAGUE – BELANDA. Pihak berkuasa Belanda mengenal pasti dua lagi mayat warga Malaysia bukan beragama Islam, menjadikan setakat ini 26 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang disahkan identiti mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong berkata perkembangan terbaharu itu telah dimaklumkan kerajaan Belanda kepada Kedutaan Malaysia dan MAS.
“Saya dimaklumkan mengenai perkara itu dalam perjumpaan dengan Duta Besar kita di Belanda Datuk Dr Fauziah Mohamad Taib dan Naib Presiden Perkhidmatan Operasi MAS Datuk Baharom Mohd Yatim pada Sabtu.
“Perkara ini telah dimaklumkan kepada keluarga. Proses dokumentasi kini sedang dijalankan dan akan disiapkan secepat mungkin sebelum upacara sembahyang atau pembakaran mayat dilakukan,” kata Dr Ka Siong kepada Bernama lewat Sabtu.
“Juga untuk makluman, kedua-dua kerajaan sedang berusaha keras bagi memastikan dua mayat ini dapat dihantar pulang segera,” katanya.
Pada 14 Ogos lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata 24 jenazah rakyat mangsa tragedi MH17 telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa Belanda, iaitu 14 penumpang dan 10 anak kapal.
Beliau turut berkata, 16 jenazah mangsa nahas yang berlaku 17 Julai itu, termasuk seorang bukan warga Malaysia, akan dihantar pulang ke Kuala Lumpur dengan sebuah pesawat khas yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10 pagi, Jumaat ini.
Tarikh itu juga diumum sebagai hari berkabung negara dan satu istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi itu akan diadakan pada hari berkenaan di Kompleks Bunga Raya, KLIA.
Dalam pada itu, Ka Siong yang sebelum ini telah dilantik untuk menguruskan proses pengurusan mayat rakyat Malaysia beragama Buddha, berkata pihaknya menjangkakan untuk mengumpul semua abu dan mayat bukan Islam pada Khamis untuk proses penghantaran pulang ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, perbincangan berterusan dengan kerajaan Belanda sentiasa diadakan dan dikemas kini bagi memastikan segala prosedur operasi standard dan dokumentasi dilakukan dengan betul dan lancar.
Mengulas kehadiran pelbagai ketua agama bukan Islam yang dibawa khas dari Malaysia untuk upacara pengurusan mayat dalam konteks keagamaan, Wee berkata pihaknya berpuas hati dengan sambutan baik yang diberikan untuk penyempurnaan upacara berkaitan.
“Kita tidak tahu bila lagi akan ada mayat bukan Islam untuk diletakkan di bawah mereka selepas ini dan oleh itu kita akan terus berbincang dan bekerjasama untuk memastikan upacara ini terus berjalan lancar.
“Kita juga dapat sambutan yang sangat baik daripada persatuan Buddha di sini untuk sukarela adakan sendiri atau menyertai upacara pengurusan mayat,” tambahnya.
Dilapor Ketua Agama Buddha Sing Han, Ketua Agama Tao Daozhang Tan Boon Sin, Ketua Agama Hindu S. Mohanshan dan Ketua Agama Sikh Sardar Harcharan Singh diterbangkan khas dari Malaysia sejak beberapa hari lepas untuk upacara pengurusan mayat bukan Islam.
Penerbangan MH17 milik Malaysia Airlines yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia, dipercayai akibat ditembak jatuh. - BERNAMA
TOP
Perlu Kreatif Pelbagaikan Hiasan Jalur Gemilang
ALOR SETAR – Rakyat Kedah diminta lebih kreatif ketika menghiasi premis perniagaan dan kediaman mereka dengan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-57.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Datuk Mohd Tajudin Abdullah berkata, dengan kreativiti tersendiri, ia mampu menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam diri mereka.
Katanya, rakyat juga boleh mempelbagaikan kreativiti yang unik seperti mencipta sesuatu replika yang dihiasi Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara ini yang aman dan makmur ini.
Beliau turut menyeru rakyat untuk berkorban dengan mengeluarkan peruntukan sendiri membeli Jalur Gemilang bagi menghiasai premis mereka.
“Mereka tak perlu bergantung kepada kerajaan sahaja untuk mendapatkan Jalur Gemilang secara percuma. Mereka perlu mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan dalam usaha menarik perhatian orang lain turut bersama mengibarkannya,” katanya. – BERNAMA
TOP
Krisis MB Selangor Pengajaran Buat Semua
KUALA LUMPUR – Kemelut politik di Selangor selama beberapa bulan harus menjadi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata ‘drama panjang’ di Selangor menarik untuk ditonton, namun sebagai akibat, rakyat di negeri ini yang benar-benar merasai penderitaannya.
“Ini hanya sebuah negeri di negara ini, dan mereka (Pakatan Rakyat) sedang dalam proses merebut kuasa.
“Ini adalah memalukan. Mereka tidak dapat menyelesaikannya dan ia telah berlarutan sekian lama,” kata Muhyiddin dalam ucapan pembukaannya di Persidangan Perhimpunan Agung Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) ke-38 di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Beliau berkata walaupun pembangkang mempunyai orang yang berkelayakan, namun masih tidak mampu menyelesaikan pergolakan yang melanda negeri ini untuk tempoh beberapa bulan.
Muhyiddin berkata krisis seperti ini adalah satu pengajaran kepada semua orang termasuk Barisan Nasional (BN).
“Inilah sebabnya mengapa kita mahu menjadi lebih baik, kita mahu menyelesaikan masalah-masalah rakyat,” katanya.
Merujuk kepada krisis air Selangor, Muhyiddin berkata kerajaan Persekutuan bertindak untuk membantu menyelesaikan masalah ini dengan menandatangani memorandum persefahaman bagi projek Langat 2.
“Itulah yang dikatakan Kerajaan, untuk membantu rakyat,” kata Muhyiddin yang juga timbalan presiden BN.
Muhyiddin juga menggesa ahli Kimma tampil dengan “faktor wow” yang akan mengubah persepsi rakyat terhadap BN.
Beliau berkata, empat tahun akan datang akan menjadi lebih mencabar, oleh itu penting untuk setiap parti komponen dalam BN dan juga parti-parti sekutu bekerjasama dan mendapat sokongan rakyat. – The Star Online
TOP
Saifuddin: Keputusan Pas Tanda Mereka Setuju Wan Azizah
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, beliau berpendapat keputusan PAS hari ini menandakan mereka bersetuju presiden partinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.
Saifuddin berkata, ini kerana parti itu kini terikat dengan keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 21 Julai lalu yang hanya menamakan seorang calon.
“Sekarang ini PKR terikat dengan keputusan mesyuarat pada 21 Julai, iaitu mesyuarat MPP yang menamakan Wan Azizah. Dengan satu nama yang PAS angkat, (ia) satu perkembangan baru dan belum ada konsensus Pakatan.
“Saya cuma boleh kata keputusan PAS hari ini beri konsensus bahawa PAS bersetuju (dengan nama) Wan Azizah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Dalam mesyuarat jawatankuasa pusat yang dinantikan-nantikan pagi ini, PAS mencalonkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai pengganti Khalid di samping nama sedia ada Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
Parti itu juga memutuskan empat exconya di Selangor akan tetap kekal dalam kabinet Khalid buat masa ini dan mereka tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor daripada PKR.
Selain itu, ketika ditanya berhubung pencalonan ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai nama baru menteri besar, Saifuddin enggan mengulas.
Bagaimanapun, beliau berharap dengan mesyuarat Pakatan Rakyat yang akan diadakan petang ini dapat memilih satu nama untuk dipersembah kepada sultan Selangor.
“Mengenai Azmin saya tak nak ulas. Yang penting kita nak dapat konsensus. Hari ini (secara) rasmi PAS setuju Wan Azizah sebagai (calon) menteri besar. Jadi kita capai bahawa Wan Azizahlah.
“Saya harap mesyuarat petang ini akan dapat capai kata sepakat untuk angkat satu nama iaitu Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor kepada Sultan,” katanya lagi.
TOP
Kerja Elok Pakai Tudung Tapi Tunjuk Jari Tengah
Sesetengah manusia, jika tidak puas hati atau ada selisih faham sedikit sahaja cepat sangat melenting dan mula menjadi kurang sopan.
Satu kes seperti ini telah berlaku di sebuah kedai arked permainan video di sebuah pasaraya terkemuka yang mana pekerja arked itu sendiri yang berlaku kurang sopan dengan menunjukkan jari tengah kepada pelanggan.
Mengulas cerita yang disebarkan oleh pelanggan terbabit, kejadian ini berlaku setelah rakannya meminta token ganti setelah satu token telah dimasukkan ke satu mesin yang rosak. Pekerja disitu kemudiannya meminta mereka membeli token baru.
Rakannya itu menolak untuk membeli token baru kerana merasa itu bukan salahnya. Kemudian, pekerja disitu membenarkan rakannya bermain satu permainan secara percuma dan perkara ini dipersetujui oleh kedua pihak.
Tetapi, dua pekerja dalam gambar itu mula mengekori rakannya dan mengeluarkan kata-kata mengejek.
Rakannya mengeluarkan telefon bagi mengambil gambar untuk membuat aduan kepada pihak atasan. Tetapi kerana panas dengan tindakan tersebut, pekerja berkenaan mengangkat jari tengah mereka tanda tidak puas hati.
Rasanya perbuatan mengangkat jari tengah itu sememangnya kurang ajar. Lagi-lagi kepada pelanggan. Bertudung pula tu. Kalau bekerja tapi nak tunjuk isyarat-isyarat sedemikian, sejenis pekerjaan saja yang sesuai...rasanya pembaca sendiri pun boleh agak.. - SiakapKeli.com
Rasanya perbuatan mengangkat jari tengah itu sememangnya kurang ajar. Lagi-lagi kepada pelanggan. Bertudung pula tu. Kalau bekerja tapi nak tunjuk isyarat-isyarat sedemikian, sejenis pekerjaan saja yang sesuai...rasanya pembaca sendiri pun boleh agak.. - SiakapKeli.com
TOP
Murid 10 Tahun Tulis Surat Suruh Israel Henti Serang Palestin
Teknologi ada kebaikan dan keburukannya. Jika sekiranya kanak-kanak yang menggunakannya, mereka lebih terdedah kepada benda negatif.
Tapi jika mereka pandai memanfaatkan teknologi, sudah tentu mereka akan lebih 'up to date' dengan kejadian semasa.
Satu contoh seperti kes adik Aqeef yang dilihat begitu pandai memanfaatkan teknologi untuk mengetahui keadaan semasa di Gaza. Mungkin kehendak kerja sekolahnya adalah untuk menulis surat kepada Israel supaya berhenti menyerang Palestin.
Adik Aqeef yang berusia 10 tahun telah menulis mengapa Israel harus berhenti menyerang israel. Walaupun bahasanya tidak seberapa tepat, tapi dia berjaya memberikan lima sebab kenapa Israel perlu berhenti menyerang Palestin.
Berikut adalah sebab yang diberikan oleh adik Aqeef :
Anak-anak Israel pernah belajar di sekolah Palestin
Palestin adalah jiran kepada Israel.
Israel pernah dibantu dan diberi perlindungan oleh negara Palestin
Palestin negara miskin untuk membalasa serangan senjata canggih
Palestin tidak sanggup membiarkan salah satu masjid suci bagi umat Islam diceroboh.
Sungguh tajam pemikiran adik Aqeef ni. Rasanya kebanyakan kanak-kanak seumur dengan Aqeef ni masih lagi melayan cerita 'Frozen'. Syabas adik Aqeef - SiakapKeli.com
Tapi jika mereka pandai memanfaatkan teknologi, sudah tentu mereka akan lebih 'up to date' dengan kejadian semasa.
Satu contoh seperti kes adik Aqeef yang dilihat begitu pandai memanfaatkan teknologi untuk mengetahui keadaan semasa di Gaza. Mungkin kehendak kerja sekolahnya adalah untuk menulis surat kepada Israel supaya berhenti menyerang Palestin.
Adik Aqeef yang berusia 10 tahun telah menulis mengapa Israel harus berhenti menyerang israel. Walaupun bahasanya tidak seberapa tepat, tapi dia berjaya memberikan lima sebab kenapa Israel perlu berhenti menyerang Palestin.
Berikut adalah sebab yang diberikan oleh adik Aqeef :
Anak-anak Israel pernah belajar di sekolah Palestin
Palestin adalah jiran kepada Israel.
Israel pernah dibantu dan diberi perlindungan oleh negara Palestin
Palestin negara miskin untuk membalasa serangan senjata canggih
Palestin tidak sanggup membiarkan salah satu masjid suci bagi umat Islam diceroboh.
Sungguh tajam pemikiran adik Aqeef ni. Rasanya kebanyakan kanak-kanak seumur dengan Aqeef ni masih lagi melayan cerita 'Frozen'. Syabas adik Aqeef - SiakapKeli.com
TOP
PAS kekal dalam Pakatan, serah 2 nama calon MB, Wan Azizah dan Azmin
PAS hari ini memutuskan untuk kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bersetuju dengan pilihan PKR untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diangkat menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Parti Islam itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.
"PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor.
"Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Khalid. Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Dr Wan Azizah dan Azmin," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di Ibu Pejabat PAS hari ini.
Dua nama itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung petang ini.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut berkata, 4 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS dalam pentadbiran Selangor akan kekal.
"Empat Exco PAS di Selangor akan terus berada dalam kerajaan negeri untuk memastikan khidmat kepada rakyat tidak terjejas," katanya, ketika membacakan kenyataan yang ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mat Sabu berkata, keputusan mesyuarat yang tamat jam 11.30 pagi itu dibuat tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.
Ketika ditanya, keputusan PAS hari ini seakan membuat pusingan U daripada keputusan awal mereka, Mat Sabu berkata: "Persetujuan tersebut sebulat suara dan tidak timbul soal berkenaan."
Beliau berkata, segala keputusan atau pendirian mana-mana sayap parti itu sebelum ini, termasuk Majlis Syura, tidak lagi terpakai.
"Itu tidak berbangkit sebab Khalid sudah dipecat partinya," katanya.
"Beliau kena pecat, kita tahaluf dengan parti bukan individu," kata Mat Sabu.
Antara pemimpin tertinggi PAS turut dilihat hadir mesyuarat berkenaan adalah Ketua Penerangan, Datuk Mahfuz Omar; Naib Presiden, Salahudin Ayub; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad.
Beliau turut mengulangi pendirian akan menyiasat tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor – Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) – yang menghadiri sidang media Dr Wan Azizah pada Khamis menyuarakan sokongan majoriti 30 Adun kepadanya, daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dijangka akan mengadakan sidang media di Subang Jaya jam 6.30 petang ini bagi menyatakan keputusan mereka ekoran perkembangan terbaru dari PAS. – 17 Ogos, 2014.
TOP
Kencing Atas Mayat Pejuang Taliban, Askar A.S Ditemui Mati
CAROLINA UTARA – AMERIKA SYARIKAT. Bekas penembak tepat yang menimbulkan kontroversi selepas membuang air kecil pada mayat pejuang Taliban, ditemui mati Jumaat lalu.
Koperal Robert Richards, 28, ditemui mati oleh isterinya di rumah mereka di Jacksonville.
Peguam Richards, Guy Womack memberitahu, tidak terdapat sebarang unsur jenayah atau bunuh diri dalam kes kematian askar AS berkenaan.
Punca kematian mungkin disebabkan perubahan ubat-ubatan yang diambil oleh Richards.
Richards diturunkan pangkat setelah video menunjukkan beliau membuang air kecil pada tiga mayat pejuang Taliban dimuat naik ke YouTube.
Video yang dirakam pada 2012 tersebut dikecam masyarakat antarabangsa dan menaikkan kemarahan di Timur Tengah. – SINAR HARIAN
TOP
Keluhan Peminjam PTPTN: Dah Dua Tahun Bayar Tapi Hutang Makin Naik
Baru-baru ini, seorang peminjam PTPTN telah menyuarakan luahan hatinya yang menyifatkan hutang PTPTN sebagai hutang sampai mati.
Kisah ini telah disesertakan gambar yang menunjukkan transaksi pembayaran hutang PTPTNnya pada tahun 2014.
Menurut si peminja, dia meminjam sebanyak RM24,000 dan sudah dua tahun dia membuat pembayaran balik. Tetapi yang mengejutkan, apabila dia memeriksa baki pada tahun ini, bakinya hutangnya semakin bertambah kepada RM24,748.
Menurut kenyataan si peminjam, jumlah bayaran dan jadual bayaran adalah mengikut apa yang dikeluarkan oleh PTPTN sendiri.
Tak tahulah jika ini berpunca dari masalah teknikal atau sistem. Cuma, jika dibiarkan begini, kesianlah si peminjam. Takkanlah nak berhutang sampai mati pula kan?. Harap pihak yang bertanggungjawab, silakanlah bertanggungjawab atas perkara ini - SiakapKeli.com
Tak tahulah jika ini berpunca dari masalah teknikal atau sistem. Cuma, jika dibiarkan begini, kesianlah si peminjam. Takkanlah nak berhutang sampai mati pula kan?. Harap pihak yang bertanggungjawab, silakanlah bertanggungjawab atas perkara ini - SiakapKeli.com
TOP
Khalid Bakal Tubuh Parti Baru - Faekah
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal menubuhkan sebuah parti politik baru bagi berdepan segala kemungkinan dalam kemelut penyingkirannya sebagai menteri besar Selangor.
Bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin juga menafikan bahawa Khalid berhajat untuk kekal sebagai menteri besar, sebaliknya segala urusan peralihan perlu berpandukan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
“Khalid bakal menubuhkan parti baru. Saya rasa lebih baik kita tunggu dan lihat apa tindakan beliau selanjutnya.
“Pendirian Khalid yang kini cuba digambarkan kononnya beliau dalam apa cara sekalipun mahu mempertahankan jawatan MB, itu adalah gambaran jahat.
“Tidak tepat mengatakan Khalid begitu kerana beliau sudah beberapa kali menyatakan pelantikan dan pemecatan menteri besar hendaklah dilakukan secara teratur, tertib dan berhemah,” katanya dalam satu wawancara yang diterbitkan Berita Harian hari ini.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengadakan mesyuarat hari ini bagi menyatakan pendirian sama ada mahu terus mengekalkan Khalid sebagai menteri besar atau menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baru.
Majlis Syura PAS yang bermesyuarat tempoh hari mahu Khalid dikekalkan kerana tiada apa-apa bukti yang disabitkan Khalid melakukan penyelewengan dalam tugasnya sebagai menteri besar. – Berita Harian
TOP
Gambar : Ashraf Gembira Bercuti Bersama Kedua Isteri
Tindakan Ashraf Muslim yang berkahwin kali kedua secara rahsia dalam masa yang singkat selepas berkahwin dengan isteri pertamanya dikecam oleh orang ramai.
Walaubagaiman pun, nampaknya apa yang dilakukan Ashraf nampaknya membawa kebahagiaan kepada ketiga-tiga pihak.
Buktinya, kedua-dua isteri Ashraf kini lebih akrab selepas kelahiran cahaya mata pertama Ashraf bersama Wan Sakinah. Dan yang terbaru, Ashraf membawa kedua-dua isteri dan anaknya bercuti di Bandung, Indonesia.
Dalam gambar yang dimuatnaik, jelas mereka kini kelihatan bahagia dan dapat menerima hakikat terbabit. Kami berharap agar kebahagian ini kekal sehingga ke akhirnya. Tahniah buat Ashraf kerana menjadi suami yang cemerlang - SiakapKeli.com
Dalam gambar yang dimuatnaik, jelas mereka kini kelihatan bahagia dan dapat menerima hakikat terbabit. Kami berharap agar kebahagian ini kekal sehingga ke akhirnya. Tahniah buat Ashraf kerana menjadi suami yang cemerlang - SiakapKeli.com
TOP
Adi Fashla Retak Bahu Kiri Kemalangan
BENTONG: Penyampai radio Era, Adi Fashla Jurami, 36, retak bahu kiri selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 47 Lebuhraya Karak arah Kuantan, dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal berkuasa tinggi terbabas sebelum melanggar penghadang jalan.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor, berkata Adi Fashla dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas ke kiri jalan.
Menurut Mansor, mangsa dikejarkan ke Hospital Bentong bagi mendapatkan rawatan. - BH Online
TOP
Video: Aksi Lompatan ‘Parkour’ Paling Hebat
Parkour bererti bergerak atau berpindah tempat dari point A ke point B secepat mungkin menggunakan fizikal sekaligus diimbangi oleh kemampuan tubuh manusia itu sendiri.
Sebenarnya Parkour sudah ada sejak dulu sebelum manusia mengenal kata “Parkour” itu sendiri. Lihat saja aksi stun pelakon antarabangsa Jackie Chan, kebanyakan babak di dalam filemnya merupakan aksi terjunan yang sangat bahaya dan profesional. Menurut video yang dikongsikan ini seorang atlit sukan parkour, Ethan Swanson, 24, melakukan terjunan dari Bumbung bangunan A, seterusnya meluncur sejauh 18 kaki sebelum mendarat di permukaan B yang bertangga. Ia sememangnya sangat mustahil dilakukan jika tidak mempunyai pengalaman dan semangat yang ‘berani mati’. Ethan merakam lompatannya dengan mengenakan kamera ‘GoPro’ dan aksi yang dipaparkan ini sememangnya profesional.
Adik-adik jangan pula meniru aksi ni ya! Saksikan.
Sebenarnya Parkour sudah ada sejak dulu sebelum manusia mengenal kata “Parkour” itu sendiri. Lihat saja aksi stun pelakon antarabangsa Jackie Chan, kebanyakan babak di dalam filemnya merupakan aksi terjunan yang sangat bahaya dan profesional. Menurut video yang dikongsikan ini seorang atlit sukan parkour, Ethan Swanson, 24, melakukan terjunan dari Bumbung bangunan A, seterusnya meluncur sejauh 18 kaki sebelum mendarat di permukaan B yang bertangga. Ia sememangnya sangat mustahil dilakukan jika tidak mempunyai pengalaman dan semangat yang ‘berani mati’. Ethan merakam lompatannya dengan mengenakan kamera ‘GoPro’ dan aksi yang dipaparkan ini sememangnya profesional.
Adik-adik jangan pula meniru aksi ni ya! Saksikan.
TOP
3 Lagi Peserta Pesta Sukan Bogel Serah Diri
GEORGETOWN – Tiga lagi peserta pesta sukan bogel ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya hari ini.
Mereka dikenali sebagai Chew Tok Hwa, 57, Carmen Chan, 27, dan Justin Ang Ji Keng, 24.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kesemua rakyat tempatan itu akan ditahan reman bagi membantu siasatan kes yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi, Teluk Bahang yang terletak dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang baru-baru ini.
“Mereka yang terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki telah menyerah diri pukul 10.30 pagi tadi dan polis akan mendapatkan perintah reman di mahkamah esok,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata polis mengenal pasti kesemua 15 peserta terbabit yang terdiri daripada tujuh warga tempatan, empat dari Singapura, dua Myanmar dan masing-masing seorang dari India dan Filipina.
Abdul Rahim berkata dengan penahanan individu terbabit, kini hanya tinggal tiga lagi warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam pesta itu belum menyerah diri.
Semalam dua lelaki terdiri daripada rakyat tempatan dan Singapura berusia 34 dan 41 tahun masing-masing direman sehingga 17 dan 18 Ogos bagi membantu siasatan selepas menyerah diri di balai polis yang sama.
Pesta sukan bogel itu mula diperkatakan apabila video selama lima minit 52 saat bertajuk ‘Pesta Bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang’ tersebar secara meluas di laman sosial yang memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan, menari serta mengadakan acara sukaneka dalam keadaan bogel di pantai berkenaan. – BERNAMA
TOP
TPM Lontar Cabaran Kepada UMNO Bahagian Kemuka Idea Luar Biasa
KOTA TINGGI – Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melontar cabaran kepada semua bahagian parti untuk mengemukakan idea yang luar biasa sebagai usaha memastikan perjuangan parti terus relevan dan diterima rakyat negara ini.
Serius dengan cabaran itu, beliau menawarkan hadiah wang tunai RM10, 000 kepada bahagian yang berjaya memberikan idea yang mempunyai faktor ‘wow’.
“Setiap bahagian perlu menubuhkan jawatankuasa khas bagi memikirkan secara serius idea idea yang mempunyai fakto wow itu.
“Satu jawatankuasa akan ditubuhkan di peringkat Majlis Tertinggi bagi menilai sama ada idea itu mempunyai faktor Wow dan boleh dilaksanakan,” katanya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri memberitahu demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kota Tinggi di sini.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Bahagian Kota Tinggi Datuk Daeng Malek Daeng A Rahman dan
Muhyiddin berkata Umno mahukan idea-idea baharu kerana rakyat masa kini meletakkan jangkaan yang sangat tinggi terhadap parti dan kerajaan.
Ditanya mengapa idea itu diperlukan sekarang, Muhyiddin berkata banyak yang telah dibuat oleh kerajaan seperti pembangunan ekonomi dan sebagainya namun, ia dilihat seperti tidak mempunyai nilai yang besar oleh rakyat.
“Mereka iktiraf (pembangunan) tetapi (ia) dilihat sebagai perkara biasa,” katanya.
Mengakui negara mempunyai masalah dan isu tertentu seperti negara-negara lain, beliau berkata “setidak-tidaknya kerajaan masih dapat mewujudkan negara yang stabil, harmoni, mempunyai pertumbuhan dan peluang pekerjaan”. – BERNAMA
TOP
Remaja Disyaki Bunuh Ibu Ketawa Dan Senyum Ketika Siasatan
SUSULAN penemuan mayat pelancong wanita warga Amerika Syarikat dalam beg pakaian di pulau peranginan terkenal Bali, Indonesia beberapa hari lalu, anak perempuan serta teman lelaki gadis itu kini ditahan untuk siasatan.
Namun, mengejutkan apabila Heather Mack, 19, ketawa dan tersenyum ketika disoal-siasat pihak polis, memetik laporan 9news.com. Dia dan kekasihnya, Tommy Schaefer, 21, juga enggan memberikan kerjasama kepada pegawai penyiasat di Nusa Dua, Bali iaitu tempat di mana kedua-duanya ditahan.
Remaja Disyaki Bunuh Ibu Ketawa Dan Senyum Ketika Siasatan Mereka disyaki terlibat dalam pembunuhan Sheila von Wiese-Mack, 62, yang ditemui dengan kesan luka di kepala, dipercayai diserang. Laporan turut menyebut, Heather dan Sheila kerap bermasalah kerana sikap remaja itu yang sering berubah-ubah. Dia dikatakan boleh menjadi seorang yang lemah-lembut pada satu-satu masa, namun berubah menjadi kejam dalam masa yang singkat.
Setakat ini, peguam Heather, Michael Elkin menjelaskan remaja itu belum disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah, namun perlu ditahan untuk siasatan. Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Namun, mengejutkan apabila Heather Mack, 19, ketawa dan tersenyum ketika disoal-siasat pihak polis, memetik laporan 9news.com. Dia dan kekasihnya, Tommy Schaefer, 21, juga enggan memberikan kerjasama kepada pegawai penyiasat di Nusa Dua, Bali iaitu tempat di mana kedua-duanya ditahan.
Remaja Disyaki Bunuh Ibu Ketawa Dan Senyum Ketika Siasatan Mereka disyaki terlibat dalam pembunuhan Sheila von Wiese-Mack, 62, yang ditemui dengan kesan luka di kepala, dipercayai diserang. Laporan turut menyebut, Heather dan Sheila kerap bermasalah kerana sikap remaja itu yang sering berubah-ubah. Dia dikatakan boleh menjadi seorang yang lemah-lembut pada satu-satu masa, namun berubah menjadi kejam dalam masa yang singkat.
Setakat ini, peguam Heather, Michael Elkin menjelaskan remaja itu belum disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah, namun perlu ditahan untuk siasatan. Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Krisis Selangor Berpunca Daripada Anwar
PUTRAJAYA – Pergolakan politik dan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor tidak akan berkesudahan walaupun pilihan raya baharu diadakan dalam masa terdekat, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau menyifatkan krisis politik di negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu sebagai ‘sandiwara’ dan berpunca daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa mencuba untuk menjadi Perdana Menteri negara ini.
“Boleh ada pilihan raya baharu, tetapi saya tak fikir ia akan selesaikan masalah selagi Anwar tak jadi Perdana Menteri (PM).
“Kalau bagi dia (Anwar) jadi PM satu bulan, saya ingat dia (Anwar) puas hati, tapi dia (Anwar) tak akan lepas (jawatan PM),” katanya apabila diminta mengulas krisis politik di Selangor.
Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri diskusi bertajuk ‘Evolusi Identiti Anak Muda Malaysia’ anjuran Akademi Belia di Perdana Leadership Foundation, hari ini.
Selangor menghadapi krisis kepimpinan apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR)memecat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah enggan mematuhi arahan parti supaya meletak jawatan dan memberi laluan kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikannya.
Mengulas lanjut, Tun Mahathir berkata Abdul Khalid mempunyai hak untuk memilih sesebuah parti politik.
“Dalam demokrasi kita bebas masuk parti, bebas keluar parti. Khalid ini dulu orang Umno. Dia masuk Pakatan, Keadilan (PKR). Sekarang ini dia (Abdul Khalid) tidak setuju dengan PKR, itu dia punya hak,” kata beliau. – BERNAMA
TOP
Zul Ariffin Masih Berpacaran Dengan Gayatri Su-Lin Pillai
MENTANG-MENTANGLAH populariti pelakon Zul Ariffin tiba-tiba mencanak naik gara-gara drama bersiri ‘Rindu Awak 200%’, ramai yang mula ‘menjodohkan’ dia dengan heroinnya, Ayda Jebat.
Ha, jangan lupa ya!
Pelakon kacak ini masih lagi berpacaran dengan penerbit filem terkenal, Gayatri Su-Lin Pillai.
Gambar di atas merupakan bukti hubungan mereka masih utuh sejak tahun 2012 lagi. Sebelum ini, ada yang tertanya-tanya apakah perkembangan hubungan cinta Zul dan Gayatri lantaran tiada langsung gambar mereka bersama dalam akaun Instagram Zul. Kalau dilihat, lebih banyak gambarnya bersama Ayda berbanding kekasihnya sendiri. Apapun, kami yakin kalau ditanya, pasti jawapannya ‘untuk promosi drama’. Sesekali, apa salahnya letak gambar bersama kekasih sebenar, betul tak?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
(Kredit foto: Rotikaya)
Pelakon kacak ini masih lagi berpacaran dengan penerbit filem terkenal, Gayatri Su-Lin Pillai.
Gambar di atas merupakan bukti hubungan mereka masih utuh sejak tahun 2012 lagi. Sebelum ini, ada yang tertanya-tanya apakah perkembangan hubungan cinta Zul dan Gayatri lantaran tiada langsung gambar mereka bersama dalam akaun Instagram Zul. Kalau dilihat, lebih banyak gambarnya bersama Ayda berbanding kekasihnya sendiri. Apapun, kami yakin kalau ditanya, pasti jawapannya ‘untuk promosi drama’. Sesekali, apa salahnya letak gambar bersama kekasih sebenar, betul tak?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
(Kredit foto: Rotikaya)
TOP
Kisah Potret ‘Menangis’ Lukisan Banduan Akhir Penjara Pudu
SEBUT sahaja Penjara Pudu, pasti pelbagai kisah seram yang pernah diceritakan sebelum ini berlegar-legar di minda.
Tidak dapat dinafikan penjara yang dibina pada zaman penjajahan British pada tahun 1891 itu menyimpan rahsianya yang tersendiri.
Meskipun sudah dirobohkan pada tahun 2010, kisah misteri yang menyelubungi penjara tersebut akan terus diceritakan.
Salah satunya ialah mengenai potret ‘menangis’ yang dilukis oleh seorang banduan di sebuah bilik akhir penjara itu.
Menurut bekas penghuni penjara itu yang dikenali sebagai Nasyitah, pelukisnya sedang menunggu untuk dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada ketika itu.
Peliknya, lampu di bilik itu akan terpadam jika dihidupkan dan pada ketika itu, potret tersebut akan kelihatan bercahaya seolah-olah ‘hidup’.
Ia dikatakan akan menangis apabila hari penggantungan seseorang banduan hampir tiba.
Sejauh mana kebenarannya, tidak dapat kami pastikan lantaran bangunan itu kini sudah pun lenyap. Wallahu a’lam…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
(Sumber: Oomedia@Network)
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
(Sumber: Oomedia@Network)
TOP
(Gambar) Zizan Ketika Di Zaman Persekolahan
Inilah dia rupa Zizan sewaktu zaman persekolahan, wajah beliau sudah cukup membuat kita semua ketawa apatah lagi sewaktu dia membuat lawak diatas pentas.
Dilahirkan pada 15 April 1984 dan berasal dari Dungun, Terengganu, Zizan merupakan anak bongsu daripada dua beradik.
Mari kita lihat gelagat dan kenangan Zizan Raja Lawak ketika dibangku sekolah menengah dahulu.
Gambar ini diambil ketika Zizan Mungkin berada di tingkatan 5.
Oleh: hzqahmd
Oleh: hzqahmd
TOP
Seludup 1.7kg Kokain Dalam Payudara
Madrid – Seorang wanita ditahan di lapangan terbang bandar raya ini selepas mengaku menyembunyikan dadah bernilai £70,000 (RM369,000) dalam payudaranya.
Wanita warga Venezuela berusia 43 tahun itu menggunakan dua beg plastik mengandungi 1.7 kilogram kokain sebagai implan payu dara untuk memperdaya kastam di lapangan terbang di ibu negara Sepanyol ini.
Dia mulanya ditahan pegawai kastam kerana kelihatan cemas.
Bagaimanapun, pemeriksaan yang dijalankan tidak menemui apa-apa pada bagasinya.
Wanita itu baru saja tiba dengan penerbangan dari Bogota, Colombia apabila pegawai menahannya kerana curiga dengan tingkah lakunya ketika berada di kaunter kastam.
Walaupun tidak ada apa yang ditemui dalam bagasinya, pegawai mengarahkannya menjalani pemeriksaan tubuh.
DUA implan payudara yang digunakan untuk menyeludup kokain sebanyak 1.7 kilogram oleh seorang wanita Venezuela.
Langkah pegawai wanita yang meraba suspek mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada payudaranya.
Dia serta-merta mengaku membawa implan kokain, menurut kenyataan polis Sepanyol.
Wanita itu kemudian dikejarkan ke hospital untuk mengeluarkan implan dari kedua-dua payudaranya, mengandungi kokain seberat 1.7 kilogram.
Polis Sepanyol melakukan pemeriksaan ketat terhadap penumpang yang tiba dengan ‘penerbangan panas’ dari Amerika Latin. – Agensi
TOP
41 Telefon Bimbit Simpan 1 Gram Emas
LONDON – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu laporan mengenai sisa elektronik menyatakan, sebanyak 1 gram emas digunakan dalam pembuatan 41 buah telefon bimbit, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) kelmarin.
Pada bulan lalu, perkara serupa dinyatakan oleh Pesuruhjaya Eropah Tentang Alam Sekitar, Janez Potocnik.
“Terdapat emas dalam sisa buangan (telefon bimbit),” katanya ketika berucap membentangkan sasaran program kitar semula Kesatuan Eropah (EU).
“Sebanyak 1 tan bijih diperlukan untuk mendapatkan hanya 1 gram emas tetapi jumlah sama boleh diperoleh dengan mengitar semula 41 buah telefon bimbit,” tambahnya.
Ketika diminta mengulas laporan PBB dan EU tersebut, firma teknologi di Brussels, Umicore dalam satu temu bual bersama BBC berkata, jumlah 1 gram emas itu terkandung dalam cuma 35 buah telefon bimbit.
Berdasarkan harga pasaran semasa, sebuah telefon bimbit mengandungi emas bernilai sekitar AS$1.67 (RM5.30).
Kesedaran itu mendorong Potocnik untuk menggesa program kitar semula lebih efektif melibatkan 600 juta tan bahan boleh diguna yang terkandung dalam sisa buangan di Eropah.
“Kami mencadangkan untuk menjadikan EU sebagai masyarakat tanpa pembaziran,” katanya.
Mengulas isu sama seorang pakar Britain, Dave Holwell memberitahu, kira-kira 2,700 tan emas dihasilkan pada setiap tahun di seluruh dunia atau sekitar 7.4 tan sehari.
“Kita boleh mendapat jumlah sama dengan mengitar semula 300 juta telefon bimbit,” katanya. – Agensi
TOP
Lelaki Telan Wang Tunai RM327,000
Teluk Montego Seorang lelaki warga Venezuela ditangkap kerana cuba menyeludup wang tunai berjumlah AS$103,500 (RM327,000) dari Jamaica selepas dia menelan lebih 80 bungkusan plastik mengandungi wang berkenaan.
Eddy Alberio Mancipe Ortega, 41, ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Sangster di Teluk Montego ketika hendak berlepas ke Trinidad.
Ortega mengaku kepada polis bahawa dia menghabiskan masa dua hari untuk menelan bungkusan plastik berkenaan.
Menurut akhbar The Gleaner, dia dihukum penjara tiga bulan oleh pihak berkuasa Jamaica.
Kerana dia sudah ditahan sejak lapan bulan lalu, Ortega diusir ke negara asalnya serta-merta.
Sehubungan itu, Jamaica kini meningkatkan pemeriksaan terhadap mereka yang meninggalkan negara itu.
Ketua Bahagian Siasatan Kewangan Justin Felice berkata, ini kali pertama pihaknya menemui wang tunai diseludup dari Jamaica dengan cara itu.
“Ia menggambarkan bagaimana orang akan menjadi kreatif untu mengelak dikesan pihak berkuasa yang cuba memerangi pengubahan wang haram,” katanya. – Agensi
TOP
Perompak Barang Kemas Antarabangsa Bolos Ke M’sia
KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang merompak dua cincin bernilai RM1.4 juta dalam tempoh satu jam dari dua kedai barang kemas di sini adalah pencuri permata yang dikehendaki di peringkat antarabangsa.
Pengurus Keselamatan Barang Kemas Antarabangsa, Martin Winckel berkata lelaki terbabit yang dipercayai berasal dari Taiwan juga telah melakukan dua rompakan barang kemas bernilai RM697,601 di kedai barang kemas mewah di London dan Antwerp tahun lepas.
Mereka juga terbabit dalam lima percubaan kecurian lain, menggunakan modus operandi yang sama di London dan Hamburg antara September 2013 dan Julai 2014.
Poster kedua-dua lelaki yang dikehendaki itu telah diedarkan peniaga barang kemas dan ejen insurans Eropah sejak Julai. Perniagaan di Asia tidak dimaklumkan.
“Ketua kepada kumpulan yang terdiri daripada dua ahli ini dikenali sebagai Meng, berumur 46. Dia biasanya bekerja dengan seorang rakan sejenayah yang berbeza. Dia telah terlibat dalam 14 kes lain di Eropah Tengah sejak 2012. Barang kemas yang paling mahal yang pernah dicuri bernilai AS$1.5 juta (RM4.73 juta) di Bahrain pada 22 November 2013,” kata Winckel kepada The Star.
Beliau berkata, suspek yang lain masih belum dikenal pasti.
Kerugian rompakan membabitkan Meng dianggarkan berjumlah RM6.34 juta.
“Mereka adalah profesional yang diupah mencuri untuk sindiket yang menjual barang kemas pada harga yang lebih rendah di China dan Rusia. Sindiket itu akan memotong atau mengubah lima hingga 10 peratus daripada permata supaya pendaftaran atau tanda tidak dapat dikesan, “katanya.
Polis Dang Wangi berkata mereka menyedari tentang pasangan antarabangsa yang terkenal itu tetapi berkata ini adalah kali pertama dilaporkan mereka menjalankan kegiatan di Malaysia. – mStar Online
TOP
Sumpahan Moyes
SUMPAHAN David Moyes berterusan di Old Trafford apabila pengurus baharu, Louis van Gaal gagal mengembalikan kecemerlangan Manchester United di gelanggang sendiri pada aksi sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2014/15.
Aksi sumbang United yang tewas kepada Swansea City malam tadi mencetuskan panik kepada penyokong setia United sekali gus mempersoalkan kewibawaan terhadap pengurus yang berjaya membantu pasukan kebangsaan Belanda meraih tempat ketiga Piala Dunia Brazil.
Dalam perlawanan tersebut, United dimalukan 1-2 di hadapan 75,339 penyokong sendiri.
Ia merupakan kekalahan pertama United kepada Swansea di laman sendiri dalam era bola sepak moden.
The Red Devils yang menjulang trofi Juara-Juara Antarabangsa baru-baru ini seakan terbuai-buai dengan kejayaan itu apabila gagal menyerap asakan bertali arus The Swans.
Pasukan pelawat mengejutkan United pada minit ke-28 menerusi Ki Sung-Yong, namun kapten baharu The Red Devils, Wayne Rooney menyamakan kedudukan m-53.
Bagaimanapun Gylfi Sigurdhsson memastikan mata penuh milik The Swans apabila jaringannya m-72 meranapkan impian United memulakan kempen musim ini dengan penuh bergaya di bawah pengurus baharu. - Sinar Harian
TOP
Dua Beradik Nekad Lawan Dua Peragut
GUA MUSANG - Dua beradik nekad melawan dua lelaki dalam kejadian ragut di Jalan Kampung Tiong, di sini, baru-baru ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 petang itu, Syarhidatul Fitria Wahid, 24, yang menunggang motosikal ketika kejadian hanya cedera ringan akibat ditindih motosikal manakala adik perempuannya, Nurusyafi Ismayanti, 22, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Dua lelaki yang menunggang motosikal lesap setelah berjaya meragut beg tangan Syarhidatul Fitria yang mengandungi wang tunai RM1,350.
Menurutnya, dia bersama adiknya sedar diekori dua lelaki terbabit dan memang sudah mengesyaki bakal berdepan dengan kejadian tidak diingini.
Syarhidatul Fitria berkata, ketika melalui Jalan Kampung Tiong untuk pulang ke rumahnya di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, dua lelaki terbabit menghampiri mereka.
“Saya minta adik perempuan menumbuk dua lelaki itu kerana kami berdua tidak mahu mudah menyerah kalah, malangnya motosikal yang saya tunggang terbalik sebelum mereka melarikan beg tangan.
“Dalam keadaan paha saya ditindih motosikal terbalik itu, saya cuba bangun untuk mengejar dua penjenayah, tetapi gagal kerana mereka hilang sekelip mata,” katanya.
Syarhidatul Fitria yang bekerja di sebuah syarikat barangan elektrik di Jalan Persiaranraya Bandar ini berkata, wang tunai tersebut sebahagian besarnya milik syarikat berkenaan kerana dia baru sahaja menerimanya daripada jurujual barangan elektrik terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan masih dilakukan. - Sinar Harian
TOP
IS Lakukan Pembunuhan Beramai-Ramai
IRBIL – Militan Negara Islam (IS) didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai di kampung Kocho, utara Iraq dengan menghapuskan 80 penduduk etnik minoriti agama Yazidi.
Beberapa pegawai berkata, kekejaman itu berlaku selepas IS melancarkan serangan terhadap puak minoriti dalam wilayah Nineveh dengan menyebabkan beribu-ribu orang melarikan diri.
“Kami mempunyai maklumat berbilang sumber di wilayah itu selain hasil risikan yang memberitahu bahawa satu konvoi militan IS memasuki kampung itut kelmarin,” kata seorang pegawai kanan Iraq, Hoshyar Zebari.
“Mereka membalas dendam terhadap penduduk kampung yang terdiri daripada puak Yazidi,” kata Zebari.
IS menganggap etnik Yazidi sebagai kafir kerana menyembah api.
Sementara itu beberapa serangan udara dilancarkan di kawasan empangan terbesar di Iraq semalam sebagai usaha mengusir militan IS yang menawan binaan tersebut awal bulan ini.
Siri serangan udara itu dilancarkan selepas laporan militan IS membunuh 80 penduduk minoriti agama Yazidi itu tersebar.
Penduduk yang tinggal di sekitar Empangan Mosul memberitahu agensi berita Associated Press bahawa kawasan itu menjadi sasaran serangan udara.
Namun, masih tidak dapat dipastikan sama ada serangan tersebut dilancarkan oleh tentera udara Iraq atau Amerika Syarikat (AS).
Pada minggu lalu AS melancarkan serangan udara untuk menyekat kemaraan IS di utara Iraq.
Militan-militan IS merampas empangan di Sungai Tigris itu pada 7 Ogos lalu.
Penduduk setempat menyatakan, sejumlah militan IS terbunuh dalam serangan tersebut. – Agensi
TOP
Banjir Di Nepal: 54 Mati, 142 Dilaporkan Hilang
KATMANDU – Banjir dan tanah runtuh di barat Nepal mengorbankan sekurang-kurangnya 54 orang dan 142 dilaporkan hilang ketika hujan berterusan sejak tiga hari lalu, kata pegawai hari ini.
Pegawai polis Kesh Bahadur Shahi berkata, sebanyak 10 daerah dilanda banjir apabila anggota penyelamat menemui 54 mayat.
Katanya, angka kematian dijangka terus meningkat.
Hujan sejak Khamis lalu di kawasan berkenaan, iaitu kira-kira 400 kilometer barat ibu negara, Katmandu.
Lebuh raya dan jalan raya sama ada ditenggelami air atau disekat akibat tanah runtuh di daerah
berkenaan sehingga menyukarkan anggota penyelamat untuk sampai ke perkampungan terpencil.
Shahi berkata, beribu-ribu penduduk di perkampungan terpencil kini terkandas dan tanah ladang dihanyutkan manakala rumah dinaiki air sehingga memaksa penduduk mencari perlindungan di tempat tinggi.
Cuaca buruk turut menjejaskan usaha helikopter penyelamat untuk sampai ke kawasan yang terjejas. – AP
TOP
Usah Tertipu Dengan Pengutip Derma
BADAN badan bukan kerajaan (NGO) Aqsa Syarif tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menjalankan sebarang aktiviti mengutip derma bagi tabung kemanusiaan Gaza.
Pengerusinya, Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, pihaknya hanya menjalankan kutipan menerusi derma terus ke nombor akaun tabung Gaza serta kempen yang dijalankan.
Menurutnya, sebarang kempen oleh Aqsa Syarif akan dianggotai sekurang-kurangnya 10 sukarelawan dan sepanjang kempen dijalankan, mereka mendapat kebenaran pihak berkuasa dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
“Kami tidak membenarkan sukarelawan untuk mengutip derma di kedai-kedai makan mahupun di hadapan bank-bank. Sekiranya perkara berkenaan berlaku diharapkan orang ramai membuat laporan terus kepada pihak polis supaya siasatan dapat dijalankan.
“Sebelum ini, kami pernah mengadakan kerjasama dengan beberapa syarikat dengan kami mendapat kebenaran untuk meletakkan tabung di premis mereka. Namun pada tabung berkenaan, kami telah meletakkan butiran lengkap mengenai agensi kami supaya orang ramai
dapat menghubungi kami untuk mendapat maklumat lanjut,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Al-I’tisam Relief Program, Mohd Shah Sapiei berkata, pihaknya tidak pernah meletakkan tabung derma mereka di kawasan komersil seperti kedai, bank dan pejabat
“Kami menggunakan media sosial seperti Facebook untuk memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan. Selain itu kutipan derma akan dilakukan semasa kempen kami.
“Masyarakat perlu mempunyai sikap sangsi sewaktu menderma, kerana sikap itu akan menyebabkan masyarakat ingin tahu tentang badan berkenaan.
"Sebagai contoh, soalan yang boleh diajukan kepada pengutip derma adalah siapa pengerusi bagi agensi berkenaan? Bagaimana duit yang dikutip disalurkan kepada golongan sasar?,” katanya.
Beliau mengakui, soal ketelusan agensi kemanusiaan dalam mengumpul dana sering kali dibangkitkan masyarakat.
“Setiap maklumat berkenaan wang yang disalurkan dan projek dilakukan hasil kutipan derma disimpan sebagai bukti NGO menjalankan tugas dan kami memantau ke mana setiap sen wang sumbangan disalurkan.
“Kami mempunyai NGO di Palestin yang bertanggungjawab menyalurkan wang untuk sebarang tujuan bantuan kemanusiaan. Sebagai contoh sekiranya ingin membina sekolah di Gaza, kita akan ke sana dan memastikan setiap projek yang dijalankan mengikut spesifikasi yang ditetapkan tanpa ada ketirisan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Media Aman Palestin, Anas Abdul Wahab berkata, isu penipuan dalam mengumpul dana kemanusiaan untuk Palestin oleh individu dan kumpulan yang tidak berdaftar perlu dipandang serius.
“Masyarakat perlu berjaga-jaga sekiranya wujud individu tidak bertanggungjawab membawa tabung derma ke premis kerana pihak Aman Palestin tidak mengarahkan anggotanya untuk mendapatkan derma dengan cara begitu, " katanya. - Sinar Harian
TOP
Anak Ikan Mangsa Pukat Tunda
KUALA TERENGGANU - Statistik Jabatan Perikanan mendapati purata 180,000 tan metrik ikan baja atau anak ikan ditangkap dalam masa setahun oleh nelayan yang menggunakan pukat tunda.
Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, penangkapan ikan baja itu berlaku disebabkan faktor pencerobohan nelayan pukat tunda ke kawasan Zon A iaitu dari 0 hingga lima batu nautika dari pantai.
Menurutnya, kawasan berkenaan sebelum ini hanya dikhaskan untuk nelayan yang menggunakan peralatan tradisional.
“Sememangnya penggunaan pukat tunda sangat efisien dari segi menangkap ikan berkelas komersial yang mana hampir 50 peratus atau lebih 700,000 tan metrik jumlah pendaratan ikan yang direkodkan adalah hasil pukat tunda.
“Namun, kita agak kesal sebab sekitar 25 peratus daripada hasil ikan pukat tunda merupakan ikan baja atau anak ikan yang tak sempat membesar dan anak ikan ini kalau dibiarkan dua hingga tiga bulan lagi boleh membesar dan memberi hasil yang menguntungkan,”
katanya pada sidang media sempena Majlis Interaksi Bersama Nelayan Komersial Zon B dan Zon C di sini.
Hadir sama, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Abdul Khalil Abdul Karim.
Ahamad Sabkhi berkata, pihaknya kesal dengan tindakan nelayan pukat tunda yang mengambil jalan mudah dengan menceroboh kawasan Zon A untuk mendapat hasil banyak.
“Setiap tahun kita dapati lebih daripada 600 bot nelayan yang menggunakan pukat tunda menceroboh kawasan Zon A dan perkara ini kalau dibiarkan dan tidak diatasi segera, negara kita akan kekurangan sumber ikan pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata, bagi mengatasi masalah kekurangan sumber pada masa akan datang, pihaknya akan memperkenalkan pengezonan semula kawasan penangkapan ikan bagi nelayan di kawasan Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung.
“Di Pantai Barat kita dah laksanakan pada 1 Jun lalu dan di Pantai Timur pengezonan semula ini akan dikuatkuasakan pada 1 Jan tahun depan.
“Melalui pengezonan semula ini, kita harap ia dapat membantu menambah sumber ikan negara sebab kita ada zon khusus untuk kawasan konservasi untuk 100 peratus perlindungan dan pemuliharaan,” katanya.
Dalam pada itu, Ahamad Sabki berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan polis marin bagi menangani masalah pencerobohan nelayan pukat tunda di zon tidak dibenarkan. - Sinar Harian
TOP
Tragedi Tak Luntur Semangat Rakyat
HULU TERENGGANU - 2014 menyaksikan negara diuji dengan pelbagai isu tempatan dan antarabangsa, namun dugaan itu tidak melunturkan semangat rakyat untuk kekal bersatu serta maju dalam sebuah negara merdeka.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, bertepatan dengan tema kemerdekaan tahun ini ‘Malaysia,
Di sini Lahirnya Sebuah Cinta’, ia diharap dapat menyemarakkan lagi perpaduan dan rasa kecintaan pada tanah air.
“Kita akui pelbagai dugaan dihadapi negara sepanjang tahun ini termasuk pencerobohan dan penculikan di Sabah, tragedi kehilangan pesawat MH370 dan terbaru nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine.
“Cabaran dan ujian tersebut tidak akan melunturkan semangat rakyat untuk terus kekal bersatu serta hidup penuh perpaduan," katanya kepada pemberita selepas Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Parlimen Hulu Terengganu, semalam.
Jailani berkata, sebagai menzahirkan semangat merdeka dan cintakan negara, beliau berharap orang ramai dapat turut sama mengibarkan Jalur Gemilang.
"Rakyat Malaysia cukup bertuah kerana masih dapat hidup harmoni dalam sebuah negara yang mempunyai kestabilan politik dan ekonomi," katanya.
Beliau berkata, kementeriannya akan terus melaksanakan program semarak kemerdekaan untuk menyemai dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan generasi baharu walaupun selepas sambutan Hari Kemerdekaan.
Program di Dataran Kuala Berang itu turut membabitkan 57 Proton Exora bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57, selain dimeriahkan dengan pameran daripada pelbagai jabatan termasuk Rejimen 512 Askar Wataniah Kem Padang Midin.
Terdahulu, Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu diiringi Ketua Puteri Umno Hulu Terengganu, Rozita Ismail mengagihkan Jalur Gemilang di pasar pagi (Hari Giliran) Kuala Berang. - Sinar Harian
TOP
Boikot Lemahkan Ekonomi Yahudi
PASIR PUTEH - Selain doa dan derma yang dihantar terus kepada rakyat Palestin, umat Islam boleh membantu umat Islam yang teraniaya di bumi Gaza dengan memboikot unsur yang memberi kekuatan kepada Yahudi.
Presiden Cakna Palestin, Wan Mohd Sharafi Wan Mustaffa berkata, boikot mungkin tidak mampu menjadikan ekonomi Yahudi merudum dalam waktu singkat, tetapi tetap memberi kesan buruk sekiranya dilakukan secara berterusan.
Katanya, umat Islam mesti lakukan sesuatu supaya tidak menjadi individu yang membantu Yahudi menindas umat Islam Palestin.
“Kita lihat sendiri bagaimana Yahudi bertindak kejam terhadap umat Islam Palestin sehingga rakyat negara itu terperangkap apabila pintu Rafah sebagai perangkap.
“Selain berdepan kekejaman Yahudi, umat Islam juga berdepan pemimpin Arab sendiri yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Hamas,” katanya pada Program Bantah Kezaliman Zionis yang disertai kira-kira 200 penduduk berhampiran Masjid Ibrahimi di sini, kelmarin.
Turut hadir pada program anjuran Pakatan Rakyat Pasir Puteh, Pengerusi Cakna Palestin, Nazri Deraman; Pengarah Program, Zainuddin Awang Hamat; Ketua Muslimat Pas Pasir Puteh, Nor Asilah Mohamed Zain; Wakil rakyat Palestin, Dr Mahmoud Abu Marzuk dan Pengerusi Royalti Pasir Puteh, Zarir Yaakob.
Wan Mohd Sharafi berkata, Cakna Palestin turut mengadakan program konvoi membabitkan 200 motosikal berkuasa tinggi dari Kota Bharu ke Kuala Krai, Tanah Merah dan Rantau Panjang, kelmarin, bagi mengutip derma dan menyampaikan mesej kepada masyarakat mengenai kekejaman Yahudi.
Katanya, boikot mesti dilaksanakan secara tersusun dan berhemah bagi mengelak pihak tidak terbabit menjadi mangsa.
Menurutnya, serentak dengan itu, usahawan Melayu mesti bersatu dalam menyediakan produk alternatif untuk umat Islam yang dilihat membantu menguatkan ekonomi.
“Umat Islam di negara ini perlu bersatu bagi membela umat Islam yang tidak berdosa di Palestin daripada terus dizalimi rejim Zionis, penglibatan semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi kekuatan kepada gerakan bantahan ini,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Panggil 'Ayah' Sebelum Tembak
MARANG - Seorang penternak lembu warga emas nyaris maut selepas cuba ditembak lelaki tidak dikenali dipercayai menggunakan senapang patah di rumahnya di Batu Penunggul, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa, Salleh Ahmad atau lebih dikenal sebagai ‘Tok ki Salleh’ oleh penduduk setempat tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun satu das tembakan menembusi pintu rumahnya.
Menurut mangsa, dia bernasib baik kerana ketika kejadian berada di dalam bilik air dan hanya menghulurkan tangan untuk membuka pintu rumah selepas terdengar orang memanggilnya dari luar.
Sebelum itu, katanya, suspek yang dipercayai tiba di rumahnya menaiki motosikal memanggilnya dengan nama ayah dalam nada kasar.
"Tok ki sedang buang air besar, bila dengar orang panggil, Tok ki bangun untuk buka pintu rumah, tapi Tok ki tak keluar bilik air, hanya tangan saja keluar buka pintu sebab bilik air dengan pintu rumah terletak bersebelahan. Bila buka saja pintu, tiba-tiba dengar bunyi letupan," katanya.
Salleh berkata, kerana panik, dia yang tidak berpakaian hanya mendiamkan diri di dalam bilik air sehingga terdengar bunyi motosikal keluar dari kawasan rumahnya.
Katanya, suspek tidak masuk ke dalam rumah dan dia juga sempat mengintai melalui celah lubang dari dalam bilik air untuk melihat keadaan selepas mendengar bunyi motosikal keluar dari kawasan rumahnya.
“Selepas keadaan benar-benar selamat, baru Tok ki keluar dan terus hubungi ahli keluarga terdekat, rakan dan polis untuk maklumkan kejadian,” katanya.
Kata Salleh, hasil pemeriksaan dia mendapati terdapat kesan tembakan menembusi bahagian pintu rumahnya yang turut menyebabkan tingkap di bahagian tempat tidur pecah termasuk kesan lubang pada bahagian dinding.
Menurutnya, kejadian itu merupakan yang kedua menimpanya, namun enggan mengulas mengenai kejadian pertama dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.
Salleh mengakui tidak mengetahui punca kejadian itu berlaku.
Sinar Harian sebelum ini juga pernah menyiarkan laporan warga emas itu disamun dua lelaki di rumah yang sama, pada 26 Mei tahun lalu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi, semalam, mengesahkan menerima laporan dan menurutnya kes sedang disiasat.
“Kita sudah hantar pasukan forensik untuk membuat pemeriksaan di tempat kejadian, malah kita juga sudah menahan dua suspek untuk membantu siasatan awal pagi tadi (semalam),” katanya. - Sinar Harian
TOP
Israel Guna Visual Mesir Label Sebagai Gaza
TEL AVIV - Tentera Israel menggunakan visual bandar Beni Suef di Mesir dan kemudiannya melabelkannya sebagai bandar Gaza untuk satu program khas.
Laman web berita tempatan Walad El-Balad melaporkan, visual empat minit tersebar di Facebook itu dibuat oleh tentera Israel pada Julai lalu.
"Visual asalnya berjudul The Street’s Anger in Beni Suef over Gaza’s Shelling and its Hopes to Solve the Crisis disadur oleh tentera Israel dan kemudiannya ditukarkan kepada What Happens Behind Public Bui," menurut laporan itu.
Program khas dibuat oleh tentera Israel itu turut memuatkan temu ramah penduduk yang yang kononnya adalah penduduk Gaza.
Temu ramah itu kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Hebrew bahawa penduduk Gaza menyelar kekejaman kumpulan Hamas dan Briged al-Qassam.
Memetik laporan Al Ahram, keseluruhan visual itu diberi kepada media Arab Avichay Adraee untuk disebarkan ke laman Facebook rasmi agensi berita berkenaan. - Sinar Harian
TOP
Murid Dipaksa Derma Darah
BEIJING - CHINA. Polis menahan tujuh individu di barat laut China selepas didakwa terlibat dalam sindiket memaksa kanak-kanak sekolah untuk menderma darah di wilayah Gansu.
Jurucakap biro keselamatan awam di Liangzhou daerah Wuwei berkata, sindiket itu akan membawa kanak-kanak terbabit ke Institut Produk Biologi yang merupakan pusat pengeluar produk darah terbesar di daerah terbabit.
"Mereka memaksa murid dan pelajar untuk pergi ke pusat itu bagi menderma darah. Sekurang-kurangnya lapan murid dan pelajar berumur antara 10 dan 16 terpaksa berbuat demikian sekali sebulan bagi tempoh tujuh bulan.
"Sindiket itu kemudiannya akan mendapat bayaran sekitar 6,250 yuan (RM 3,200) dari pusat berkenaan," katanya dipetik Xinhua.
Menurutnya, suspek menggunakan kad pengenalan palsu ketika mendaftarkan penderma.
Kegiatan itu terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ibu bapa mereka.
Difahamkan, hanya penderma berumur 18 hingga 55 tahun sahaja dibenarkan untuk menderma darah di China. - Sinar Harian
TOP
Warga Emas Dipukul, Dibogelkan Penyamun
Rawang - Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila dipukul dan dibogelkan sebelum disamun sewaktu bersenam sekitar jam 6 pagi berdekatan kawasan kediamannya di Bandar Country Homes, dekat sini.
Mangsa, Chen Hun Loong, 67, berkata, dia cedera di kepala dan menerima 10 jahitan selepas dipukul menggunakan besi sebanyak tiga kali.
Menceritakan kejadian, Hun Loong menjalankan rutin hariannya seperti biasa dengan berjalan bersendirian sebagai senaman ringan hanya beberapa meter dari rumahnya sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal.
“Saya perasan ada motor berhenti dan terus memukul saya hingga terjatuh Mereka tanggal seluar untuk ambil wang.
“Mereka tidak pakai helmet tapi saya tak dapat cam mereka sebab hari masih gelap, kejadian juga berlaku terlalu pantas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Anak mangsa, Cindy Chen, 47, berkata, dia terkejut apabila ayahnya pulang dengan keadaan kepala berdarah pada hari kejadian.
“Tiada orang yang membantunya dan pulang dalam keadaan cedera menyebabkan kami tidak lagi benarkan dia keluar berjalan sendirian.
“Penjenayah sekarang semakin ganas selain merompak mereka juga gunakan kekerasan jika melawan,” katanya.
Cindy berkata, penjenayah terbabit melarikan seluar mangsa bersama wang tunai RM20.
Selang beberapa minit selepas itu, seorang wanita, Chia Leng Long, 59, turut disamun dipercayai penjenayah yang sama namun bernasib baik tidak dicederakan.
“Mereka ragut beg kain ada wang tunai RM300 di dalamnya untuk mulakan perniagaan kedai makan.
“Saya ketika itu berjalan kaki ke gerai sekitar jam 6.15 pagi dari lorong 1/16. Kejadian berlaku di 1/8 beberapa meter dari kawasan rumah saya,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Country Homes, Soong Beng Khoon meminta mangsa membuat laporan polis untuk memberi gambaran sebenar kejadian jenayah yang berlaku di kawasan tersebut.
“Banyak kes tidak dilaporkan kerana prosedurnya yang lama dan masalah komunikasi, tapi perkara itu perlu diambil serius kerana penting untuk pihak polis mengetahui statistik jenayah di sini.
“Kekerapan berlaku jenayah di sini sangat membimbangkan. Saya harap jumlah anggota polis dapat ditingkatkan dan berusaha menangani masalah jenayah untuk membuang persepsi negatif kepada institusi itu,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Puak Sunni Mahu Kekang ISIL
BAGHDAD -IRAQ. Kumpulan puak Sunni di Iraq berikrar membantu bakal Perdana Menteri Haider al-Abadi dalam usaha mengekang tindakan ganas Kumpulan negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) yang kini makin ganas di negara itu.
Kenyataan itu disuarakan selepas Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki didesak melepaskan jawatannya itu secepat mungkin.
Pemimpin puak Sunni paling berpengaruh, Ali Hatem Suleiman berkata, beliau bersedia bekerja sama dengan Haidar untuk merangka pentadbiran baharu termasuk memberi hak kepada puak Sunni yang sebelum ini menguasai Iraq ketika era Saddam Hussein.
"Kami bersedia bergabung dengan Amerika Syarikat dan tentera kerajaan untuk bertempur dengan ISIL. ISIL makin ganas selepas menguasai Mosul," katanya dipetik Agensi
Menurutnya, kegagalan tentera melawan ISIL disebabkan ramai askar dan polis berpaling tadah dengan menyertai kumpulan itu kerana tidak berpuas hati dengan Nouri.
Sementara itu, Ahli Parlimen Yazidi, Hoshiyar Zebari melaporkan, ISIL membunuh lebih 80 orang di sebuah kampung di utara negara itu.
"Mereka membuat kecoh di kampung itu kira-kira sejam sebelum membunuh dan menculik penduduk," katanya. - Sinar Harian
TOP
Air Asia Lancar Ujian Khidmat Wifi Dalam Pesawat
SHAH ALAM - AirAsia mengadakan ujian percubaan memperkenalkan wifi dalam pesawat sebagai persediaan sebelum melancarkannya pada penghujung tahun ini.
Pada peringkat pengujian, sambungan wifi ini dibuka untuk ujian bagi aplikasi Line, WhatsApp dan WeChat ke atas semua kod penerbangan AK, dan akan diperkenalkan di semua kumpulan AirAsia lain.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Air Asia, Tony Fernandes berkata, beliau bangga dengan pencapaian AirAsia memperkenalkan kemudahan berkenaan.
“Peralatan wifi yang diperkenalkan pada awalnya lebih mahal, tapi kami ambil inisiatif sendiri menyediakannya dengan nilai berpatutan. Ia mengambil masa lima tahun untuk capai pada kedudukan ini.
“Perkhidmatan wifi dalam pesawat akan menjadi yang pertama di dunia dengan harga berpatutan. Sebagai inisiatif untuk memulakan perkhidmatan ini, AirAsia menganggarkan kos RM60 bagi setiap penumpang,” katanya menerusi satu kenyataan.
Menurutnya, bagi tempoh dua bulan dari sekarang, AirAsia akan memilih 60 penumpang setiap pesawat menyertai ujian yang dilakukan secara percuma. - Sinar Harian
TOP
Warga Singapura Diserang Guna Tukul Di JB
Dua orang warga Singapura dilaporkan telah menjadi mangsa rompakan bersenjata di sebuah stesen minyak di Johor Bharu. Seorang dilaporkan cedera parah dalam kejadian tersebut.
Seorang dari dua perompak dipercayai mempunyai senjata api dan seorang lagi menggunakan tukul besi. Mangsa, seorang bapa cedera teruk kerana perompak terbabit memukul kepala beliau menggunakan tukul besi terbabit.
Menerusi laman Facebook, anak lelakinya, Afiq Asmuni berkata, dia dan bapanya kini berada dalam keadaan baik , tapi masih trauma berikutan kejadian tersebut. - SiakapKeli.com
TOP
60 Ketua UMNO Bahagian Sokong Cadangan Tindakan Terhadap Individu Hina Agama
PADANG RENGAS: Seramai 60 ketua UMNO bahagian di seluruh negara menyokong cadangan Pergerakan Pemuda UMNO supaya tindakan tegas, adil dan cepat diambil terhadap individu yang menghina, memperlekeh serta mempersenda Islam atau agama lain yang dianuti rakyat negara ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata semua ketua bahagian itu mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dua hari lepas bagi menyatakan rasa tidak puas hati rakyat kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan.
"Perkara ini turut menjadi usul dan mendapat sokongan kepimpinan UMNO bahagian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Padang Rengas pada Sabtu.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas Mohd Ariff Abdul Majid dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Padang Rengas Suzmaniza Sulaiman.
Khairy berkata perkara itu telah dibangkitkan dua kali dalam mesyuarat Kabinet kerana individu yang tidak bertanggungjawab itu mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan dalam persidangan Dewan Rakyat, melalui ceramah atau kenyataan secara terbuka.
Sementara itu, Mohamed Nazri berkata UMNO Bahagian Padang Rengas menyokong cadangan itu dan meminta pihak berkuasa supaya tidak memandang remeh perkara itu. - Astro Awani
TOP
Nama Sulung Anak Scha & Awal Dikritik!
SUDAH menjadi lumrah sebagai anak seni dari awal pembabitan sehinggalah sisi peribadi seseorang selebriti itu pasti menjadi tumpuan.
Sama ada kisah suka ataupun duka, keduanya bagaikan tidak boleh lari daripada menjadi bualan mereka.
Terbaru, selebriti popular yang baru sahaja menimang cahaya mata menjadi buah mulut dan mangsa 'hatters' di laman-laman sosial.
Keputusan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya merahsiakan wajah puteri sulung mereka serta menamakan bayi itu sebagai 'Lara' mendapat kritikan segelintir peminat seni.
Kata mereka, nama Lara memang sedap didengar namun membawa maksud yang kurang baik iaitu berduka atau sengsara mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sebaliknya pula bagi Bahasa Latin, Ukraine dan Rusia, ada peminat yang memberitahu, maksud Lara membawa erti terkenal, perlindungan dan anggun.
Apa pun kita tunggu sahaja nama penuh anak Scha dan Awal yang digelar 'Baby Lara' itu. Apa sekali namanya, sama-sama kita doakan Lara menjadi anak yang baik dan sempurna akhlak agamanya serta dibesarkan dengan baik oleh bapa dan ibunya. - Sinar Harian
TOP
Pasangan Bergaduh Teruk Gara-Gara Loan RM100,000
Tak tahu apa nak jadi. Disebabkan hutang RM100,000 satu pasangan suami isteri bergaduh sakan. Seorang pengguna Facebook telah memuatnaik gambar screenshot mengenai pergaduhan tersebut.
Yang paling teruk, siap cakap pasal cerai-cerai lagi. Tapi yang lelaki tampak lebih tenang berbanding si perempuan. Bawak-bawak la berbincang ye..jangan la buat keputusan ikot emosi sangat. - SiakapKeli.com
Yang paling teruk, siap cakap pasal cerai-cerai lagi. Tapi yang lelaki tampak lebih tenang berbanding si perempuan. Bawak-bawak la berbincang ye..jangan la buat keputusan ikot emosi sangat. - SiakapKeli.com
TOP
Israel Guna 2.5 Juta Peluru, Puluhan Ribu Roket Bedil Gaza
GAZA: Sekurang-kurangnya 2.5 juta butir peluru dan puluhan ribu roket digunakan oleh tentera zionis Israel semasa menyuerang Semenanjung Gaza sejak 7 Julai lalu.
Perkara itu didedahkan seorang pegawai tentera Israel Yedioth Ahronoth pada Khamis lalu.
Beliau berkata, Israel telah membekalkan lebih 4.8 juta peluru , 43,000 peluru meriam dan 39,000 peluru roket, dan sekurang-kurangnya 60 peratus daripadanya telah digunakan dalam serangan tentera di Gaza.
Sementara itu kenderaan perisai Israel, termasuk kereta kebal, meriam dan jentolak telah menggunakan sekitar 11 juta liter bahan api, manakala jet pejuang menggunakan kira-kira 50 juta liter.
Jumlah ini adalah dua kali ganda jumlah yang digunakan dalam serangan ke atas Gaza pada 2012, dan kos untuk semua itu dianggar USD1 bilion. -HARAKAHDAILY
TOP
Isu MB S’gor: Keputusan PAS Esok, Umum Atau Tidak
TEMERLOH: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu meminta semua pihak menunggu sehingga esok berhubung pendirian parti itu terhadap kemelut itu Menteri Besar Selangor.
Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada PAS perlu mengumumkan atau tidak siapakah yang dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor ekoran krisis yang berlaku kini.
“Tunggu esok, perlu umum atau tidak, itu hal rumahtangga PAS,” ujarnya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2014 di padang awam Taman Temerloh Jaya, di sini hari ini.
Turut serta pada sidang media itu ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibahim Tuan Man dan Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Mohamad pada sidang media itu enggan menjawab beberapa andaian mengenai kemelut Menteri Besar Selangor selepas PKR memecat keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu pada 9 Ogos lalu.
Ekoran pemecatan itu, PKR telah memilih presiden parti yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid untuk jawatan Menteri Besar Selangor.
Lajnah Politik PAS Pusat yang mesyuarat Khamis lepas bagaimanapun tidak menyentuh langsung soal calon menteri besar.
Ditanya adakah penolakan PAS terhadap Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon menteri besar atas faktor jantina, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikannya.
“Bukan sebab jantina. Kita dah maklum kepada PKR…kenapa kita tu… tapi saya tak akan dedah,” katanya. - HARAKAHDAILY
TOP
Hati-hati Muat Naik Gambar, Pemangsa Jilboobs Mencari Mangsa
Trend Jilboobs atau bertudung, tapi nampak bentuk dada baru-baru ini telah diharamkan oleh Ulama Indonesia.
Tetapi itu tidak menghalang satu page facebook yang mana adminnya dipercayai warga Indonesia memuatnaik gambar wanita yang memakai trend Jilboobs ini yang biasanya dari Indonesia dan Malaysia.
Yang teruknya, wajah wanita-wanita itu langsung tidak dicensoredkan sekaligus mengaibkan wanita-wanita dalam gambar itu. Jadi kepada wanita-wanita sekalian, terutamnya dari Malaysia, berhati-hatilah ketika memuatnaik gambar ke laman sosial. Nanti tak pasal-pasal jadi mangsa dan tambah dosa automatik - SiakapKeli.com
Yang teruknya, wajah wanita-wanita itu langsung tidak dicensoredkan sekaligus mengaibkan wanita-wanita dalam gambar itu. Jadi kepada wanita-wanita sekalian, terutamnya dari Malaysia, berhati-hatilah ketika memuatnaik gambar ke laman sosial. Nanti tak pasal-pasal jadi mangsa dan tambah dosa automatik - SiakapKeli.com
TOP
Wanita Bunuh Diri Setelah Bertengkar Dengan Suami
Melalui laman Facebook Daily Traffic Report, satu kes bunuh diri telah dilaporkan berlaku di Aparment Cammelia, Kajang, semalam..
Wanita berkenaan ialah seorang suri rumah, Nurhasyaiwany Razid, 28, dikatakan telah terjun dari kediamannya setelah bertengkar dengan suami, Azmi Abd Rahman.
Ketika kejadian itu berlaku, Azmi sedang berada di bilik untuk mengemas pakaian. Sebaik sahaja mengetahui tentang kejadian, dia bergegas turun kebawah.
Wanita berkenaan meninggal di tempat kejadian dipercayai kerana cedera parah di kepala. Mayatnya telah dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat. - SiakapKeli.com
Wanita berkenaan meninggal di tempat kejadian dipercayai kerana cedera parah di kepala. Mayatnya telah dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat. - SiakapKeli.com
TOP
MHC Buat Penilaian Sebelum Pilih Jurulatih Baharu
KUANTAN – Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tidak akan terburu-buru untuk melantik ketua jurulatih baharu skuad hoki kebangsaan sebaliknya akan melakukan penilaian daripada pelbagai faktor sebelum melakukannya.
Presiden MHC Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah buat sementara iniMHC akan memberikan peluang kepada penolong jurulatih hoki negara Arul Selvaraj untuk membuktikan kemampuannya pada aksi Sukan Asia yang akan berlangsung September ini.
“Kita tidak akan mengambil keputusan secara tergesa-gesa dalam soal memilih ketua jurulatih baharu untuk skuad hoki negara, banyak faktor yang perlu perlu dinilai.
“Kita bersedia menimbang calon dari kalangan jurulatih dalam dan luar negara,” titah baginda kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan anak bekas pemain bola sepak Pahang, Ahmad Yunus Aliff di Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah pada Sabtu.
Bagaimanapun dalam masa yang sama baginda menyeru pemain hoki negara supaya menunjukkan komitmen dan mutu permainan yang terbaik kerana tidak guna mempunyai jurulatih yang baik jika mereka terus mempamerkan aksi permainan yang mengecewakan.
“Kalau kita pilih jurulatih yang bagus, pemain pula tidak mahu bermain, tidak mengubah sikap dan tidak ada stamina, tidak ada gunanya juga,” titah baginda.
Tengku Abudllah turut menyuarakan rasa kecewa dengan prestasi hambar dan kemelut pelbagai isu yang melanda skuad hoki kebangsaan sejak kebelakangan ini.
Ia bermula dengan isu peletakan jawatan Paul Revington pada Januari lalu, pretasi buruk skuad hoki negara dalam saingan Piala Dunia di Belanda Jun lalu serta kegagalan skuad bimbingan jurulatih kebangsaan, Muhammad Dharma RajAbdullah mempamer aksi menarik pada Sukan Komanwel di Glasgow.
“Persembahan mereka tidak seperti saya jangkakan… saya sedia menerima kritikan dan harap mereka boleh tampil dengan aksi lebih baik selepas ini kerana kita turun (bermain) bukan untuk kalah.
“Tidak guna saya bercakap banyak sebagai Presiden MHC jika sikap mereka masih sama. Lagi kurang saya bercakap, lagi bagus,” titah baginda.
Mengenai tindakan bekas pemain hoki kebangsaan Mohd Faizal Shaari yang enggan mewakili negara, Tengku Abdullah berkata surat tunjuk sebab akan dihantar kepada pemain berkenaan.
Setakat ini titah baginda, MHC belum lagi memanggil pemain kelahiranTerengganu itu untuk memberi keterangan dan ia dijangka akan dilakukan selepas pemain itu selesai mewakili Terengganu dalam saingan Piala Tun Razak yang bermula pada Jumaat di Stadium Hoki Indera Mahkota.
“Apa saja keputusan diambil selepas ini, dia kena akur dan pihak Jawatankuasa Disiplin akan mengeluarkan surat tunjuk sebab tidak lama lagi,” titah baginda. – BERNAMA
TOP
BSN Taja Aktiviti Enam Sekolah Di Kelantan
KOTA BHARU – Enam sekolah di Kelantan masing-masing bakal menerima dana berjumlah RM10,000 daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai inisiatif menjalankan aktiviti jualan amal.
Pengarah BSN Kelantan Mohd Azian Abu Samah berkata wang itu akan diguna untuk menganjurkan karnival dan pertandingan bakat serta mewarna.
“BSN akan menaja RM5,000 untuk pihak sekolah melaksanakan karnival itu sementara RM5,000 lagi sebagai hadiah wang tunai pertandingan bakat dan mewarna yang akan dimasukkan ke dalam akaun BSN pemenang,” katanya selepas merasmikan program Karnival Sekolah BSN 2014 yang julung kali diadakan di sini hari ini.
Beliau berkata BSN melaksanakan aktiviti itu sebagai tanggungjawab sosial bagi memperkasa tabiat menyimpan dalam kalangan pelajar melalui Kelab Penyimpan BSN, Kelab Penabung Muda (KPM) dan pertandingan simpanan pelajar BSN melalui Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP).
Katanya, KPM dan SGSP merupakan platform terbaik untuk pelajar menyimpan wang kerana selain memberi pulangan dalam bentuk dividen, ia memiliki keistimewaan seperti insurans dan hadiah pertandingan yang lumayan.
“Kami di BSN sentiasa memberi penekanan untuk mendidik anak-anak memahami kepentingan menyimpan dan berjimat-cermat,” katanya.
Antara sekolah terpilih termasuk Sekolah Kebangsaan Che Deris, Sekolah Kebangsaan Kamil 3 dan Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.
Karnival itu akan berlangsung sehingga 30 Nov dengan penglibatan 78 sekolah pelbagai aliran di seluruh negara iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dengan kelulusan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia.
SGSP adalah satu pertandingan menyimpan khusus untuk pelajar sekolah manakala KPM merupakan kelab simpanan untuk kanak-kanak seawal usia tujuh tahun sehingga 18 tahun melalui simpanan minimum RM150.
Antara kemudahan dan keistimewaan untuk ahli KPM ialah aktiviti perkhemahan, kursus kepimpinan, klinik sukan dan seminar pendidikan selain perlindungan insurans kemalangan berkelompok 24 jam serta belanja pengurusan pengebumian sebanyak RM3,000. – BERNAMA
TOP
MAS Perlu Muncul Sebagai Entiti Lebih Mantap Untuk Bersaing
KUALA LUMPUR – Sekarang adalah masa yang sesuai untuk Malaysia Airlines (MAS) menstrategi, menstruktur dan menyusun semula syarikat itu menerusi penyahsenaraian dan pengambilalihan sepenuhnya syarikat penerbangan yang sedang ‘sakit’ itu oleh Khazanah Nasional Bhd.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz bagaimanapun berkata, Khazanah Nasional tidak dapat mengembalikan kedudukan MAS untuk mencatat keuntungan dengan cepat selepas penyusunan semula itu memandangkan wujud ketidaktentuan dalam pasaran antarabangsa selain persaingan sengit dalam industri penerbangan.
Beliau berkata, objektifnya adalah untuk mewujudkan syarikat yang lebih kukuh, entiti yang lebih mantap yang memenuhi jangkaan industri yang penuh dengan persaingan sengit.
Kelebihan bagi cabang pelaburan kerajaan itu dengan menguasai 100 peratus MAS ialah ia mempunyai kebebasan dalam memulihkan MAS secara menyeluruh, intensif dan meluas.
“Ini perlu dilakukan tanpa kawal aturan dan peraturan lain, jika ia masih sebuah syarikat senaraian awam, langkah yang penting memandangkan pada pendapat saya MAS mesti kekal menjadi kebanggaan negara.
“Kita mesti membawanya ke tahap yang membolehkan kita berbangga terhadap MAS sebagai syarikat penerbangan. Kita sudah terbiasa dengannya, terutama generasi saya,” kata Rafidah kepada BERNAMA ketika mengulas mengenai perkembangan terkini MAS.
Khazanah Nasional dijangka membayar 27 sen sesaham atau RM1.38 bilion untuk mengambil alih baki 30.6 peratus saham yang tidak dimilikinya dalam MAS
Ditanya mengenai harga yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti itu, Rafidah enggan mengulas, namun berkata Khazanah Nasional sudah semestinya menjalankan penyelidikan ke atas nilai yang ditawarkannya dan orang ramai tidak perlu memperkatakannya.
Rafidah yang juga Pengerusi AirAsia X Bhd berkata, rancangan untuk menyahsenarai dan membeli semula saham MAS adalah langkah pertama yang besar dan penting.
Penyusunan semula perlu dilakukan secara menyeluruh supaya ia boleh disepadukan dalam entiti yang memberi perkhidmatan bukan saja kepada rakyat Malaysia, malah kepada dunia.
Bagaimanapun, pemulihan dari segi kewangan tidak dijamin sepenuhnya memandangkan industri penerbangan sangat kompetitif seperti yang dibuktikan oleh syarikat penerbangan tambang rendah yang menembusi industri itu secara besar-besaran, katanya.
Ini diburukkan lagi oleh ketidaktentuan kos disebabkan oleh peningkatan kos bahan api jet.
Berdasarkan senario ini, beliau berkata ia menjadi lebih mudah untuk memahami dan menerima hakikat jika MAS rugi berdasarkan faktor pasaran dan bukan disebabkan kelemahannya sendiri.
MAS mencatat kerugian bersih sebanyak RM433 juta dalam suku pertama tahun ini, 59 peratus lebih daripada RM279 juta kerugian yang dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Selain kerugian kewangan, syarikat penerbangan nasional itu juga mengalami dua tamparan hebat apabila MH370 Boeing 777 hilang pada 8 Mac dan MH17 B777 lain ditembak jatuh di zon perang di timur Ukraine pada 17 Julai.
Rafidah berkata, bidang yang perlu diteliti bagi mencergaskan semula MAS termasuk struktur kewangan, pengurusan organisasi selain strategi perniagaannya.
Mengenai cadangan MAS menjalankan operasi syarikat penerbangan kos rendah, beliau berkata: “Langkah itu tidak bagus untuk MAS, kerana anda boleh serahkan penerbangan kos rendah kepada operator kos rendah. MAS perlu kekal sebagai model syarikat penerbangan legasi, dan mengkaji semula semua perniagaan yang dijalankan, selain perniagaan terasnya, bagi meningkatkan keuntungan.”
Beliau berkata, MAS juga perlu melihat hubungan antara perniagaan teras dengan perniagaan lain yang dijalankannya bagi menilai sama ada sebahagian operasinya perlu disumberluarkan atau dibubarkan.
Beralih kepada kesatuan sekerja MAS, Rafidah berkata tiada apa yang salah mengenainya namun mungkin kesatuan perlu memahami kedudukan MAS dan arah tujunya.
“Kesatuan perlu menerima apa sahaja perubahan yang perlu dilakukan (untuk mencatat keuntungan) kerana tindakan itu sangat penting,” katanya.
Beliau berkata, urusan yang menjangkaui kawalan MAS seperti peningkatan kos bahan api dan caj lapangan terbang tidak boleh dipertikaikan.
“Apa yang dalam kawalan kita, kita boleh kawal, dan kita tambah untuk membantu untuk memulihkan dan mengekalkan pertumbuhan hasil dan keuntungan.
“Tiada siapa harus menjangkakan MAS mencatat keuntungan sebaik saja ia disusun semula memandangkan industri penerbangan tidak memperoleh keuntungan segera.
“Jangan mengharapkan Khazanah Nasional dapat memulihkan MAS secara itu, kerana MAS bukan kilang,” katanya sambil menekankan bahawa industri penerbangan sangat kompetitif, sama ada ia syarikat penerbangan legasi atau syarikat penerbangan kos rendah.
“Inovasi perlu dilakukan dengan betul, yang membabitkan penstrukturan dan penyusunan semula, sama ada lebih kukuh di peringkat atasan atau terlalu ramai pekerja. Kita perlu kukuhkannya untuk melihat kemungkinan menyumber luar perkhidmatan, sama ada berkesan dari segi kos untuk menggabungkannya atau mengurusnya sendiri,” katanya. – BERNAMA
TOP
Pendidikan Teknikal, Vokasional Bukan Lagi Laluan Kedua
JOHOR BAHRU – Dalam era globalisasi dan K-ekonomi, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) bukan lagi laluan kedua tetapi perlu dilihat sebagai laluan pertama kepada pelajar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata ini kerana bidang teknikal dan vokasional mempunyai prospek kebolehpasaran yang tinggi selepas pelajar menamatkan pengajian.
“Saya ingin mengesyorkan dan menggalakkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf untuk mengambil peluang melanjutkan pengajian mereka dalam bidang TEVT di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dan tiga buah Politeknik Premier,” katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian pada majlis penutupan Karnival Pengajian Tinggi Negara Tahun 2014 kali ke-10 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini, hari ini.
Katanya MTUN terdiri daripada Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Muhyiddin berkata kesemua universiti bernaung di bawah MTUN menawarkan pelbagai bidang pengajian teknikal dan vokasional pada peringkat diploma dan ijazah pertama.
Katanya syarat kemasukan ke tiga buah Politeknik Premier iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Ibrahim Sultan (PiS) adalah setanding dengan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Timbalan Perdana Menteri percaya langkah mengarus perdana dan meluaskan akses kepada TEVT dapat menambah bilangan dan peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi di negara ini.
“Ini adalah usaha kementerian untuk meningkatkan “kemahiran tinggi- pendapatan tinggi” dalam kalangan graduan,” katanya.
Selain Universiti Teknikal dan Politeknik, katanya pelajar turut berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional di Kolej Komuniti, Kolej Vokasional dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Beliau berkata pengajian di pusat-pusat terbabit ditawarkan pada peringkat sijil, sijil lanjutan, diploma dan diploma lanjutan.
Muhyiddin berkata sebagai negara yang pesat membangun, pendidikan amat kritikal bagi Malaysia dan kerajaan amat komited untuk melakukan inovasi menyeluruh untuk mencapai kecemerlangan di persada dunia.
Berhubung karnival itu, beliau berkata sejak dianjurkan setiap tahun bermula 2005 sehingga tahun ini, ia telah mencatat dua juta pengunjung.
Bilangan kehadiran yang tinggi itu, katanya menggambarkan kesungguhan dan minat dalam kalangan pengunjung untuk mendapatkan maklumat secara langsung tentang peluang-peluang melanjutkan pengajian. – BERNAMA
TOP
Lebih Banyak Syarikat Daftar GST, Kesedaran Meningkat
KUALA LUMPUR – Semakin banyak syarikat tampil mendaftar untuk melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST), menandakan tahap kesedaran semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.
Beliau berkata setakat semalam, pihaknya menerima 12,500 permohonan pendaftaran, meningkat daripada 10,000 permohonan dua hari lepas.
“Ini menunjukkan semakin banyak syarikat menyedari manfaat GST dan mereka tidak mahu melepaskan peluang itu,” katanya kepada pemberita pada pelancaran Buku Garis Panduan GST untuk Perniagaan dan Seminar Kesedaran GST, di sini hari ini.
Dianjurkan oleh Sekretariat bagi Memperkasa Usahawan India (SEED) di bawah Jabatan Perdana Menteri, seminar disertai kira-kira 1,200 usahawan India dan segelintir usahawan Melayu serta Cina.
Seminar itu disusuli pendaftaran GST yang dibantu oleh sekretariat penganjur.
Chua berkata walaupun 95 peratus daripada 38,000 syarikat kaum India di Malaysia merupakan perniagaan mikro (dengan perolehan tahunan kurang daripada RM300,000), mereka tetap berminat untuk mendaftar dengan GST kerana menyedari kelebihan yang akan diperoleh.
“Apabila tiba 1 April 2015, iaitu tarikh pelaksanaan GST, syarikat besar tidak akan mahu berurus niaga dengan perniagaan kecil yang tidak mendaftar untuk GST kerana mereka tidak boleh membuat tuntutan semula cukai.
“Lama-kelamaan ini akan menyebabkan perniagaan kecil dan sederhana tidak dapat bersaing dari segi struktur harga,” katanya.
Beliau turut menggesa Jabatan Kastam meneruskan penganjuran seminar bagi meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan syarikat mengenai GST.
Kerajaan menyasarkan semua perniagaan dengan perolehan RM500,000 akan mendaftar untuk GST menjelang hujung September ini. – BERNAMA
TOP
Almy Nadia Dah Ada Perubahan Fizikal
Berita kehamilan pelakon Almy Nadia telah tersebar di segenap media. Terbaru, menerusi gambar yang telah dikongsi oleh Facebook Rotikaya, sudah ada perubahan pada fizikal Almy.
Jelas menerusi gambar tersebut, sudah ada tanda-tanda 'baby pump' ketika dia sedang bercuti bersama suami, Fizz Fairuz di Singapura.
Harap agar yang kat dalam perut tu sentiasa sihat-sihat, dan ibunya juga perlu lah menjaga kesihatan. - SiakapKeli.com
TOP
Jangan Pinggirkan Cili Tempatan
TELOK PANGLIMA GARANG - “Saya harap kerajaan dapat mengurangkan import cili dari luar negara tetapi menggerakkan usahawan cili tempatan untuk meningkatkan pengeluaran cili negara." Demikian luahan seorang petani, Ahmad Khairul Abdullah, 39, yang mengusahakan sebidang tanah seluas satu ekar untuk tanaman cili.
Menurutnya, dia yang sudah mengusahakan penanaman cili sejak lapan tahun lalu beranggapan bidang pertanian perlu dilakukan secara bersungguh jika mahu berjaya
namun keyakinan dan percaya bahawa pertanian itu adalah satu perniagaan perlu dipegang kuat.
“Memanglah kadang kala kita rugi, tapi jika konsisten sudah pasti keuntungannya berlipat kali ganda.
“Namun, semua itu perlu ada usaha dan keyakinan yang tinggi jika tak memanglah susah nak berjaya,” katanya.
Khairul berkata, dia mempunyai sasaran 5,000 beg untuk sekali tuaian dan akan tolak kepada peraih dengan harga RM3.50 hingga RM4.00 sekilogram namun kadangkala di pasar raya dijual dengan harga mencecah RM10 sekilogram atau lebih.
Katanya, keadaan itu sebenarnya perlu diberi perhatian, lebih - lebih lagi apabila cili yang dijual itu merupakan dari luar negara.
Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan berkata, beliau membuat lawatan ke kawasan pertanian cili di Kuala Langat adalah untuk membuka mata belia-belia di Malaysia terutamanya di kalangan kaum India supaya dapat menceburkan diri dalam bidang pertanian.
Katanya, tidak dinafikan permohonan belia-belia tersebut menjadikan pertanian satu perniagaan amatlah kurang namun kerajaan berusaha mencari jalan untuk menggalakkan golongan tersebut supaya aktif.
“Buat masa ini kita masih mengumpulkan lebih ramai lagi peserta yang mahu menceburi bidang ini termasuklah pada 20 Ogos nanti di mana 91 ekar tanah bakal menjalankan aktiviti tanaman cili bagi remaja - remaja India yang terpilih.
“Dalam jangka masa tiga bulan, produk mereka bakal dipasarkan mengikut pemintaan,” katanya.
Saravanan berkata, beliau yakin galakan kepada generasi muda mengenai kelebihan bertani kian rancak dijalankan cumanya ia memerlukan sokongan daripada semua pihak termasuk keluarga.
Katanya, bayangkan mereka ini sudah menjalankan perniagaan kecil-kecilan dalam bidang pertanian sudah pasti mereka mahu pasarkan mengikut pasaran semasa. - Sinar Harian
TOP
Heliza Helmi Artis AF Paling Ramai Pengikut Di Instagram
KUALA LUMPUR: Baru saja diumumkan Dafi sebagai paling ramai pengikut Instagram di kalangan artis kelahiran Akademi Fantasia (AF), giliran Heliza Helmi pula pantas meninggalkan Dafi di belakangnya.
Artis AF musim lima itu mempunyai 221,000 pengikut manakala Dafi seramai 164,000 pengikut.
Ditanya perihal ini kepada gadis bertudung itu, beliau sendiri tidak tahu kenapa ramai yang mengikuti perkembangannya di Instagram.
"Saya pun kurang pasti kenapa ramai yang ikuti perkembangan saya di Instagram. Apapun saya bersyukur sangat jika ada yang suka saya di Instagram.
"Bagi saya media sosial ini memberikan ini satu platform yang bermanfaat untuk kebaikan saya dan orang ramai.
"Kebiasaannya apa yang saya kongsikan di laman sosial seperti aktiviti seharian dan saya terbabit dengan program motivasi, perundingan imej, forum, usrah, kata-kata yang memberikan inspirasi, aktiviti kemasyarakatan, keluarga, perniagaan, kembara dan kerjaya seni," katanya kepada BH Online.
Kini Heliza antara artis yang aktif melakukan kerja amal dan tanggung jawab sosial dengan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Aman Palestin bagi isu Gaza selain Muslim Care.
"Saya juga terbabit dengan latihan berkaitan pembentukan imej, motivasi dan forum. Saya juga sedang menyiapkan album berunsur dakwah. antara lagu yang dah siap Jom Zikir dan La tahzan. Saya juga tengah membikin album dengan Salima Habibi berkisar Nabi Muhammad S.A.W.
"Saya juga menjual produk air mineral Jom Minum dan siapa yang berminat boleh hubungi 03-90811234," katanya. - Berita Harian
TOP
Niat Nak Topi Percuma Tapi Disaman
SABAK BERNAM – Keseronokan pelajar memperoleh topi keledar percuma daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akhirnya memakan diri apabila mereka disaman Bahagian Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam atas dua kesalahan, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, sebanyak 18 saman dikeluarkan atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu dan tidak memakai topi keledar.
Sebelum ditahan, pelajar terbabit dipercayai memberhentikan motosikal untuk mendapatkan topi keledar percuma, tanpa menyedari kempen itu turut disertai pegawai dan anggota polis trafik.
“Kesemua mereka yang ditahan itu berumur antara 13 hingga 17 tahun dan masih memakai uniform sekolah di Jalan Sekolah Pasir Panjang, Sekinchan,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, kempen keselamatan jalan raya anjuran JKJR Selangor dengan kerjasama Polis Trafik IPD Sabak Bernam itu diadakan kira-kira jam 1 tengah hari.
“Polis memandang serius kesalahan pelajar sekolah menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak mengutamakan keselamatan seperti memakai topi keledar untuk pergi dan pulang ke sekolah,” katanya.
Noor Mushar berkata, polis mengingatkan ibu bapa pelajar supaya memastikan anak-anak mereka yang menunggang motosikal ke sekolah memiliki lesen memandu dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan mereka disaman.
“Menunggang motosikal tanpa lesen adalah satu kesalahan dari segi undang-undang. Sebelum beri kebenaran anak-anak menunggang motosikal, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka memiliki lesen memandu,” katanya.
Menurutnya, polis akan terus menjalankan operasi berterusan melibatkan pelajar sekolah agar mereka mematuhi peraturan jalan raya sekali gus menjadikan mereka pemandu berhemah pada masa depan. - Sinar Harian
TOP
Ramai Pertikai Kemampuan Wan Azizah Sebagai MB Selangor
KUALA LUMPUR: Mampukah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan tugas, tanggungjawab serta amanah sebagai Menteri Besar Selangor?
Persoalan ini disuarakan penganalisis dan pemerhati politik yang sangsi dengan keupayaan Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang itu untuk memikul tugas menerajui Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa Dr Wan Azizah pernah mempermainkan kepercayaan rakyat apabila presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 26 Ogos 2008.
"Dalam pentadbiran parti (PKR) itu sendiri, corak kepimpinan parti beliau dipengaruhi 'pihak ketiga' dan bukan ideanya," kata Tun Faisal ketika ditemui selepas wawancara Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini, baru-baru ini.
Oleh itu, katanya rakyat, terutamanya warga Selangor, perlu berfikir secara matang dalam menilai kemelut politik yang melanda negeri itu, termasuk perebutan jawatan menteri besar.
Beliau berpendapat Abdul Khalid lebih berkemampuan mentadbir Selangor berdasarkan rekod pentadbirannya sejak lebih lima tahun lepas, lebih-lebih lagi apabila kini beliau terus mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menduduki jawatan itu.
"Berbanding Abdul Khalid, Dr Wan Azizah tiada langsung pengalaman mentadbir," katanya.
Beliau berkata, Abdul Khalid juga seorang pemimpin yang lebih mengutamakan rakyat daripada parti dan perkara ini terbukti dalam isu air di Selangor apabila bersetuju bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2).
Projek LRAL 2 yang merupakan langkah kerajaan Persekutuan untuk selesaikan masalah kekurangan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah tertangguh sejak 2008.
Sementara itu, anggota Panel Pemikir JASA, Lokman Noor Adam sependapat dengan Tun Faisal bahawa Abdul Khalid adalah pemimpin yang komited dalam menjaga kepentingan rakyat berbanding kepentingan parti.
"Isu air di Selangor misalnya, telah menonjolkan Tan Sri Khalid sebagai pemimpin yang lebih mengutamakan rakyat berbanding parti," katanya.
"Beliau adalah seorang yang berani untuk melanggar arahan parti bila mana kepentingan rakyat diperjudikan," katanya.
Senada dengan pandangan itu, Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, urusan mentadbir sebuah negeri lebih kompleks berbanding mentadbir sebuah parti.
Katanya, sebagai negeri yang pesat membangun, Selangor memerlukan seorang pentadbir yang mahir dan berpengalaman luas dalam pelbagai aspek, termasuk kewangan, organisasi dan kemanusiaan.
"Pentadbiran sesebuah negeri membabitkan perancangan yang teliti kerana ada aspek pembangunan, belanjawan dan hubungan dengan pelabur luar.
"Malahan, kalau diteliti sejarah politik Dr Wan Azizah, beliau sendiri bukan sukarela berada dalam politik, sebaliknya menjadi calon atas faktor yang tidak dapat dielakkan, bukan atas kemampuan atau kemahuan sendiri, jadi bagaimana pula beliau mahu mentadbir sesuatu yang lebih besar (negeri)?," soalnya.
Ahmad Marthada bagaimanapun menegaskan gender tidak sesekali menjadi persoalan dalam krisis ini kerana seseorang pemimpin itu dipilih berlandaskan kemampuan dan kebijaksanaannya.
Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugam Pandian pula berkata, kemampuan Dr Wan Azizah menerajui Selangor sebagai Menteri Besar bukan saja diragui pihak lain, malah rakan sekutu PKR sendiri iaitu PAS.
"Berdasarkan kepada keterangan Dr Wan Azizah sebelum ini, beliau sendiri mengakui belum bersedia untuk tadbir Selangor, apatah lagi banyak isu perlu ditangani.
"Barangkali, itu juga menjadi halangan kepada PAS untuk menolak Dr Wan Azizah. Lebih baik mengekalkan calon sedia ada atau calon lain yang dirasakan mampu menjalankan tanggungjawab menteri besar dengan lebih berkesan," katanya.
Isnin lalu, Sultan Sharafuddin memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar selepas dipecat sebagai anggota PKR. - BERNAMA
TOP
Raja Perlis Nasihati Jemaah Haji Sentiasa Bersabar
ARAU – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menasihati bakal jemaah haji supaya sentiasa bersabar menghadapi dugaan sepanjang berada di tanah suci untuk menunaikan fardu haji.
Baginda bertitah, kehadiran jutaan jemaah di Makkah dari seluruh dunia pasti mengundang pelbagai dugaan dalam menghadapi karenah dan perangai manusia yang pelbagai.
“Dugaan-dugaan ini boleh berlaku di mana sahaja, dalam masjid atau luar masjid. Dalam apa jua keadaan kita hendaklah bersabar menerima dan menganggapnya sebagai ujian Allah S.W.T,” titah baginda.
Tuanku Syed Sirajauddin bertitah demikian ketika merasmikan kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Perlis 2014 di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Pauh, dekat sini malam tadi.
Turut berangkat, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Khairi Hassan mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, Speaker Dewan Undangan Negeri, Hamdan Bahari dan Pengarah Tabung Haji (TH) Perlis, Mohamad Khairi Dasemin.
Tuanku Syed Sirajauddin yakin jemaah haji akan dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna sekiranya dapat menghadapi segala dugaan dengan penuh tawaduk selain sentiasa bertolak ansur dengan jemaah lain.
“Bakal jemaah Perlis terutama warga emas, beta ingin menasihatkan agar banyak minum air supaya segar kerana cuaca di Kota Makkah agak panas,” titah baginda sambil mengingatkan warga emas supaya tidak keluar berseorangan semasa berada di tanah suci.
Terdahulu, Ketua Pegawai Pelaburan TH, Abdul Kadir Sahlan dalam ucapannya berkata, sebanyak 340 orang rakyat Perlis terpilih untuk menunaikan fardu haji tahun ini.
Katanya, tahun ini TH membelanjakan RM130 juta untuk menampung subsidi jemaah haji negara ini untuk menunaikan fardu haji di samping RM4 juta untuk menganjurkan kursus haji. – BERNAMA
TOP
Virus Ebola Ambil Enam Bulan Untuk Dikawal – MSF
GENEVA – Virus Ebola merebak dengan pantas berbanding keupayaan pihak berkuasa untuk mengendalikannya dan mungkin perlu mengambil masa enam bulan bagi mengawalnya, kata pasukan perubatan sukarela, MSF.
Amaran itu muncul sehari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata, anggaran skala virus yang dibuat adalah kurang dan “langkah luar biasa” diperlukan untuk mengawal penyakit berbahaya itu.
Angka terbaharu yang diumumkan agensi kesihatan UN terbabit menunjukkan jumlah kematian berpunca daripada virus Ebola dalam tempoh empat dekad meningkat kepada 1,145 orang membabitkan empat negara di Afrika Barat iaitu Guinea, Liberia, Nigeria dan Sierra Leone.
“Ia merebak dengan pantas dan bergerak dengan cepat berbanding keupayaan kita untuk mengawalnya,” kata ketua Doctors without Borders atau dikenali sebagai MSF, Joanne Liu. – AFP
TOP
TPM Sertai Lebih 10,000 Umat Islam Pada Malam Cinta Rasul
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai lebih 10,000 umat Islam menghadiri Majlis ‘Doa Untuk Malaysia’ dan ‘Malam Cinta Rasul’ di Dataran Merdeka, di sini, malam ini.
Acara dimulai dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti bacaan yassin, solat Isyak, solat hajat dan diakhiri dengan bacaan selawat.
Selain itu, alunan qasidah turut bergema di Dataran Merdeka dengan dipimpin oleh pendakwah antarabangsa dari Indonesia, Habib Syech Abdul Qadir Asseqqaf bersama kumpulan Inteam, Al Mawlid dan Anak Warisan Kasih.
Yang turut memeriahkan lagi program keagamaan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. – Berita Harian
TOP
Kami Tidak Biayai Konflik ─ McDonald's
PETALING JAYA: McDonald's Malaysia menegaskan bahawa mereka tidak menyokong kumpulan politik atau konflik agama di mana-mana bahagian di seluruh dunia.
Sehubungan itu McDonald's menggesa supaya rakyat Malaysia menghentikan gangguan terhadap pekerjanya.
Golden Arches Restaurants Sdn Bhd, yang menguruskan rangkaian McDonald's di Malaysia sebelum ini dilaporkan bahawa pekerjanya diancam, diserang dan diganggu berikutan gesaan supaya memboikot restoran berkenaan.
"Dakwaan mengenai sebab mereka memboikot restoran ini adalah tidak berasas. Kebanyakkannya dibuat atas kepercayaan sendiri walaupun kami sudah menjelaskan bahawa McDonald's Malaysia tidak membiayai perang.
"Situasi kini sampai ke tahap membahayakan pekerja kami," kata Pengarah Urusan Golden Arches Restaurants, Stephen Chew dalam satu temu bual dengan The Star baru-baru ini.
Tambah beliau orang ramai dikelirukan dengan maklumat yang tidak tepat hingga menyebabkan rakyat Malaysia bermusuh sesama sendiri.
Mengenai dakwaan bahawa Perbadanan McDonald's membiayai Tabung Perpaduan Yahudi (JUF), yang seterusnya membiayai peperangan di Gaza, Chew menjelaskan bahawa walaupun McDonald's adalah jenama Amerika, ia tidak pernah membiayai apa-apa isu politik.
TOP
Isu Selangor: PAS Boleh Bantu Selesai Krisis
PETALING JAYA: Istana Selangor telah menghantar mesej kepada kepimpinan PAS mengenai kemungkinan wakil rakyat parti Islam itu untuk memegang jawatan Menteri Besar.
Sumber kerajaan negeri berkata, permintaan yang disampaikan melalui orang tengah itu dipercayai bertanya sama ada PAS bersedia untuk menamakan seorang calon Menteri Besar jika krisis berhubung jawatan tertinggi tidak diselesaikan segera.
"Mesej ini telah diserahkan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang," kata sumber itu.
Abdul Hadi yang juga Presiden PAS turut dimaklumkan bahawa istana menolak pilihan PKR yang menamakan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.
Mesej ini telah disampaikan kepada Abdul Hadi pada hari Khamis lalu dan difahamkan PAS masih belum memberi maklum balas kepada permintaan istana itu.
Difahamkan bahawa Sultan Sharafudin Idris Shah amat terganggu dengan kemelut politik di Selangor tanpa penyelesaian yang jelas dan memberi kesan terhadap kebajikan dan kemajuan rakyat Selangor.
Kemelut politik Selangor makin berpanjangan berikutan keengganan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk berundur sebagai Menteri Besar.
Lebih merumitkan bahawa PKR tetap berkeras untuk menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi jawatan Menteri Besar.
Sehubungan itu pihak istana dipercayai akan beralih kepada PAS sebagai jalan penyelesaian jika PKR gagal menyelesaikan isu partinya sendiri.
Sebelum ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata partinya menghormati persetujuan bahawa jawatan Menteri Besar adalah hak PKR.
Walau bagaimanapun, parti itu masih belum bersetuju supaya Dr Wan Azizah dilantik ke jawatan itu.
Mustafa mengesahkan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimaklumkan mengapa PAS tidak menyokong isterinya itu.
Bagaimanapun satu keputusan perlu dibuat esok apabila Jawatankuasa PAS Pusat mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara itu.
Difahamkan bahawa parti itu kini menjurus ke arah untuk mencadangkan nama lain dari PKR - mungkin Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali atau wakil rakyat Ijok, Dr Idris Ahmad.
Cadangan nama itu akan dibentangkan kepada istana bersama-sama dengan Dr Wan Azizah.
TOP
Arul Yakin Dapat Mengembalikan Maruah Skuad Hoki
KUALA LUMPUR – Tempoh singkat untuk menyediakan skuad ke Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan, bulan depan tidak melemahkan semangat ketua jurulatih baharu skuad hoki negara, Arul Selvaraj yang yakin beliau dapat menebus maruah pasukan Malaysia yang tercalar.
Menerima cabaran itu dengan penuh tenang, keutamaan jurulatih berusia 40 tahun itu ketika ini adalah usaha membangkitkan semangat juang dan menyatukan emosi para pemain dengan perlawanan.
“Setiap orang ada emosi berlainan tetapi bila pemain sudah turun padang, mereka harus satukan emosi mereka dan inilah yang akan membakar semangat mereka,” katanya.
Biarpun tanggungjawab diserahkan kepadanya adalah singkat singkat dengan sasaran membawa pasukan ke pentas final, Arul tidak menganggap tugas membimbing skuad kebangsaan sebagai kerja yang berat.
Arul dilantik sebagai ketua jurulatih sementara selepas Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) merehatkan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berikutan prestasi hambar skuad negara pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Scotland dan juga Piala Dunia di The Hague, Belanda, baru-baru ini.
Arul, yang sebelum ini menjadi pembantu kepada ketua jurulatih dari Afrika Selatan, Paul Revington, berkata pengalamannya dengan skuad senior sebelum ini membolehkan beliau menerima cabaran ini dengan penuh tenang.
Selepas Revington meninggalkan pasukan senior awal tahun ini, MHC melantik Dhaarma Raj sebagai ketua jurulatih manakala Arul diberi tanggungjawab membimbing skuad ‘Projek 2016′.
“Saya mengenali 19 daripada 20 pemain, jadi ia akan melancarkan sedikit kerja saya. Saya tahu tahap kekuatan mereka dan mereka mengenali cara saya.”
Dalam sejarah Sukan Asia, skuad hoki negara belum pernah meraih pingat emas dan pencapaian terbaik ialah pingat perak pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China apabila Malaysia tewas 2-0 kepada Pakistan di final. – BERNAMA
TOP
BMW Malaysia Lancar X3 CKD Baharu
CYBERJAYA – BMW Group Malaysia memperkenalkan model baharu X3 pemasangan tempatan (CKD) yang didatangkan dalam dua varian, X3 xDrive20i dan X3 xDrive20d yang masing-masing dijual pada RM328,800 dan RM348,800 seunit.
Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Gerhard Pils, berkata model itu dipasang di kemudahan milik kumpulan di Kulim, Kedah, akan menokok pilihan rangkaian kenderaan CKD BMW kepada pengguna tempatan.
Sejak diperkenalkan pada 2003, BMW X3 sudah mengukuhkan tapaknya sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan ciri pemanduan dan keselesaan seperti sebuah kereta sekali gus diterima meluas warga Malaysia.
“Kedudukan X3 terus mengukuh sejak itu hinggalah kami memutuskan untuk memasangnya di Kulim pada Januari 2013.
“Sejak itu kami sudah menjual 500 unit BMW X3 xDrive20i dan BMW X3 xDrive20d di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengikut Pils, X3 baharu itu adalah model pertama BMW yang menggunakan enjin diesel BMW TwinPower Turbo yang bukan sahaja menghasilkan lebih kuasa, tetapi menjimatkan minyak dengan ketara.
Enjin diesel generasi baharu pada X3 xDrive20d yang dipadankan dengan kotak gear lapan kelajuan, menghasilkan kuasa 190bhp dan 400Nm tork sekali gus membolehkannya memecut ke 100 km sejam dalam 8.1 saat.
Model ini hanya menggunakan 5.2 liter setiap 100 kilometer.
BMW X3 xDrive20i pula dipadankan dengan enjin petrol empat selinder 2.0 liter yang menghasilkan kuasa maksimum 184bhp, memecut sifar ke 100 km sejam dalam 8.2 saat dan menggunakan 7.2 liter bagi setiap 100 kilometer.
X3 baharu ini didatangkan dengan pilihan warna Alpine White, Black Sapphire dan Mineral Grey manakala X3 xDrive20i turut ditawarkan dengan warna eksklusif Space Grey dan Sparkling Brown. – Berita Harian
TOP
Empat Dikhuatiri Hilang Di Bukit Wawasan
KUALA LUMPUR – Empat individu dikhuatiri hilang semasa menjalankan aktiviti riadah di Bukit Wawasan, Puchong malam tadi.
Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Puchong Sehat Bedol berkata mereka dilapor hilang pada kira-kira 9 malam.
“Kesemua mereka gagal dikesan dan usaha mencari masih dijalankan,” kata Sehat, yang juga komander operasi mencari dan menyelamat bagi kes itu, ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata usaha mencari membabitkan tujuh anggota dari Balai Bomba Puchong. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment