TOP
Gates Sahut Cabaran Zuckenberg Curah Air Sejuk Atas Kepala
Mark Zuckenberg telah mencabar Bill Gates untuk mencurahkan air sejuk di atas kepala bagi kempen kesedaran ALS.
Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) adalah salah satu jenis penyakit yang tergolong dalam penyakit saraf atau Motor Neuron Disease (MND).
Sebelum ini, Mark Zuckenberg telah dicabar oleh governor New Jersey, Chris Christie. Setelah itu, Mark Zuckenberg telah mencabar Bill Gates untuk berbuat benda yang sama.
Lebih menarik, Bill Gates siap melakarkan plan untuk mecurahkan ais ke atas kepalanya. Berbeza dengan orang lain yang hanya mencurahkan ais dengan menggunakan besen.
Saksikan bagaimana Bill Gates menyahut cabaran ini
- SiakapKeli.com
Post by Bill Gates.
- SiakapKeli.com
TOP
Gambar Pelajar UITM Puncak Alam Maut Terjatuh Tingkat 4
Gambar Mohd Ilyas Saifullah Bin Md Azhari pelajar UITM Puncak Alam maut terjatuh tingkat 4 bangunan Asrama. Insiden dipercayai berlaku pada jam 8.20 malam 15 Ogos 2014 apabila mangsa yang dilaporkan tertinggal kunci rumah cuba memanjat ikut tingkap sebelum tergelincir dari Tingkat 4 bangunan terbabit.
Mangsa yang merupakan seorang pelajar Asasi Sains UITM Puncak Alam meninggal dunia serta merta akibat pendarahan yang teruk dibahagian kepala. Berita mengenai insiden tersebut turut disahkan menerusi laman sosial Twitter Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UITM Shah Alam.
Gambar Pelajar UITM Puncak Alam Maut Terjatuh Tingkat 4 Asrama
Sumber: Melvister.com
Gambar Pelajar UITM Puncak Alam Maut Terjatuh Tingkat 4 Asrama
Sumber: Melvister.com
TOP
Kerajaan Tetap Teruskan Misi Pencarian Pesawat MH370
PONTIAN – Kerajaan akan tetap meneruskan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sekalipun tumpuan seluruh negara kini terhadap tragedi pesawat MH17, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Menurutnya, seluruh dunia kini memberi tumpuan terhadap Malaysia berhubung tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine bulan lepas, namun itu tidak bermakna usaha pencarian MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas dihentikan.
Malah katanya, beliau akan berlepas ke Australia hujung bulan ini bagi memastikan misi pencarian MH370 berjalan lancar.
“Saya masih menunggu pengesahan daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengenai kedudukan terkini kapal KD Mutiara dan Bunga Mas 5 sebelum saya berlepas ke Perth.
“Saya ingin memberi semangat kepada anggota kita selain sebagai isyarat kepada ahli keluarga mangsa bahawa dalam kesibukan mengenai MH17, kita tidak lupa terhadap pencarian MH370 yang masih diteruskan,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tanjong Piai di sini, hari ini.
Penerbangan MH370 ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada radar pada 8 Mac, sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Analisis data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di selatan Lautan Hindi, di barat Perth.
Mengenai mangsa nahas MH17, Hishammuddin berkata, kerajaan sudah bersedia untuk menyambut ketibaan 16 jenazah dari Amsterdam, Belanda yang dijangka tiba di tanah air 22 Ogos ini.
Katanya, lima helikopter Nuri dan dua pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan digunakan bagi membawa jenazah ke kampung halaman masing-masing untuk disemadikan termasuk dua jenazah daripada Johor.
“Selepas upacara penghormatan di Kuala Lumpur, jenazah dari Pagoh, Muar dan Segamat akan dibawa menaiki helikopter Nuri ke kampung masing-masing.
“Saya berharap, semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan fahaman politik dapat memberi penghormatan secara tertib terhadap mangsa,” katanya.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.. – BERNAMA
TOP
EPL: Rooney Sudah Sedia Galas Tugas Kapten
LONDON – Bintang England, Wayne Rooney percaya dia sudah bersedia memegang tanggungjawab diamanahkan jurulatih, Louis van Gaal kepadanya selaku kapten di Manchester United.
Van Gaal melantik Rooney sebagai kapten United dan akan memakai lilitan kapten itu pada perlawanan pembukaan musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Swansea di Old Trafford, malam ini.
Sebelum diberi tanggungjawab terbabit, van Gaal mengingatkan Rooney untuk menjadi contoh ikutan kepada rakan sepasukannya dan juga peminat United di dalam dan luar padang.
“Ia adalah tugas yang besar dan saya mengetahui mengenai tanggungjawab yang dibawa. Saya merasa saya sudah berada pada tahap dalam karier untuk melakukannya dan bersedia.
“Saya sudah bercakap dengan jurulatih dan dia memutuskan ia adalah keputusan yang betul untuk saya menggalas tanggungjawab ini dan saya gembira dengannya. Ia adalah kebanggaan buat saya.
“Saya akan melakukan tugas saya dengan sebaik yang mungkin dan berharap pasukan akan mencapai kejayaan,” kata Rooney.
Belajar daripada Terry dan Gerrard
Sejak 10 tahun bersama United, bekas penyerang Everton itu pernah beberapa kali beraksi selaku kapten namun inilah kali pertama dia diberikan tanggungjawab penuh seperti dipegang rakan sepasukannya di England, John Terry (Chelsea) dan Steven Gerrard (Liverpool).
“Saya pernah bermain bersama kapten yang hebat untuk kelab dan negara jadi saya akan menggunakan sedikit sebanyak apa yang saya belajar daripada mereka untuk tugas ini dan cuba membiasakan diri.
“Saya akan cuba untuk membimbing rakan sepasukan saya di atas padang dengan kerja keras, penuh dedikasi dan itulah yang kami benar-benar mahu lakukannya. Kami mahu menunjukkan kepada peminat yang kami mahu mencatat kemenangan.”
Dalam pada itu, Robin van Persie yang juga kapten kebangsaan Belanda ketika Piala Dunia, Brazil diberi tanggungjawab selaku naib kapten di United. – AFP
TOP
Guan Eng Sifatkan Khalid Pentingkan Diri
GEORGETOWN – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan jawatan Menteri Besar Selangor sebagai tindakan amat mementingkan diri sendiri.
Beliau berkata Abdul Khalid perlu melepaskan jawatannya kerana mendakwa menteri besar itu telah hilang sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.
“Berdasarkan prinsip demokrasi dan perlembagaan, apabila anda hilang sokongan majoriti, saya fikir anda perlu undur diri…Tan Sri Abdul Khalid perlu undur diri, ia semudah itu.
“Dan kerana beliau masih pertahankan jawatan menteri besar, saya fikir tindakan itu pentingkan diri sendiri,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Merdeka Raya, di sini hari ini.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata sebagai sekutu PKR dalam pakatan pembangkang, DAP menghormati keputusan PKR untuk melantik menteri besar yang baharu dan menyokong pencalonan presidan PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Abdul Khalid.
Mengulas kenyataan Abdul Khalid yang tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk selesaikan krisis kepimpinan negeri itu, Lim berkata tindakan itu berlawanan dengan semangat demokrasi dan menyalahi perlembagaan negeri. – BERNAMA
TOP
Kerajaan Cadang Perkenal Sistem Penarafan Bintang Untuk Taska
TANJUNG MALIM – Kerajaan bercadang memperkenalkan sistem penarafan bintang kepada 3,309 Taska yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata cadangan itu kini dalam peringkat perbincangan dan akan dimasukkan dalam bajet 2015.
Katanya, penarafan bintang itu bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan membolehkan rakyat memilih pusat jagaan kanak-kanak yang berkualiti.
“Satu panel akan ditubuhkan bagi menilai dan memberikan penarafan bintang itu yang terdiri daripada ibu bapa, orang awam dan institusi maklumat perkembangan kanak-kanak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Taska Peringkat Kebangsaan 2014 dan program sambutan “Jom! Raya @ Taska” di Kompleks Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini, hari ini. Turut hadir Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Zakaria Kasa dan Pengarah NCDRC Prof Dr Sopia Md Yassin.
Rohani berkata selain itu, penarafan bintang juga dapat memberi promosi dan galakan kepada pengusaha Taska selain bagi mengatasi isu berkaitan keselamatan dan penderaan kanak-kanak di Taska.
“Jika Taska itu bagus, ia akan diberi penarafan dan merit yang baik dan jika tidak bagus atau berlakunya sesuatu kes, merit dan bintang yang diberi akan ditarik,” katanya.
Inisiatif itu juga dicadangkan berikutan kes kematian terbaru seorang bayi perempuan berusia setahun dua bulan, Nurain Damia Mohamad Naqiuddin pada 13 Ogos, yang didakwa didera oleh pengasuh di Petaling Jaya, Selangor, katanya.
Terdahulu itu, Rohani berkata kementeriannya memohon bajet berjumlah RM16.5 juta bagi pemberian intensif kepada pengusaha Taska dan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Taska.
“Penambahan peruntukan itu bagi mengurangkan beban sekali gus menggalakkan ibu bapa menghantar anak mereka ke Taska berdaftar,” katanya.
Rohani berkata sehingga kini terdapat 3,309 Taska berdaftar di seluruh negara dengan jumlah pengasuh seramai 12,999 orang yang menjaga 63,604 kanak-kanak.
Kerajaan telah memberikan subsidi yuran pengasuhan tahun ini kepada 3,501 kanak-kanak bernilai RM9.9 juta dan Bantuan Khas 2014 kepada 12,171 kanak-kanak melibatkan RM1.2 juta, katanya.
Sementara itu di KUCHING, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri menggesa pengusaha Taska termasuk yang beroperasi di rumah yang masih belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat agar segera berbuat demikian.
Ini bagi membolehkan mereka mendapat bantuan dan insentif daripada kerajaan, katanya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2014 di sini sempena Sambutan hari Taska 2014.
Beliau juga menyarankan penganjuran program seperti konvensyen, seminar, simposium dan persidangan bagi memastikan Taska mempunyai kredibiliti dan kebolehpercayaan yang tinggi dari segi pengasuhan dan perkhidmatan. – BERNAMA
TOP
Lee Yin Yin Tak Gentar Hadapi Pemain Nombor 2 Dunia Esok
NANJING – Pemain perseorangan wanita pelapis badminton negara di temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014), Lee Yin Yin tidak gentar biarpun akan berdepan pemain nombor dua dunia Jiao He Bing dari China pada saingan awal kumpulan ‘H’ esok di Institut Sukan Gimnasium Nanjing.
Malaysia melalui jalan sukar apabila berada dalam kumpulan H bersama-sama pasukan tuan rumah iaitu China, Austria dan Slovenia.
Lee, 17, berkata beliau telah bersedia untuk menghadapi Jiao kerana baginya tiada istilah menyerah kalah sebelum tamat perlawanan.
“Saya akan cuba sedaya upaya mengumpul mata awal esok bagi mendapat kedudukan selesa untuk mengusai perlawanan, jika tidak peluang untuk raih mata adalah sukar,” katanya kepada Bernama hari ini.
Pemain ranking ke-17 remaja dunia itu berkata beliau telah bersedia sepenuhnya untuk turun padang esok setelah menjalani latihan persiapan rapi di bawah bimbingan jurulatih remaja negara, Zhou Kejian yang berasal dari China.
Lee berkata sasaran peribadinya adalah untuk mara sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir kejohanan.
“Saya fikir kami tidak mempunyai masalah untuk melangkah ke separuh akhir kerana kejohanan ini adalah acara berkumpulan, apa yang penting adalah saya dan rakan sepasukan, Cheam Jun Wei (perseorangan lelaki) meraih mata awal,” katanya.
Lee yang akan turut beraksi dalam acara beregu campuran di kejohanan tersebut berkata beliau memasang impian untuk menjadi penyumbang pingat emas pertama negara pada satu hari nanti.
“Saya perlu lakukan secara bersungguh-sungguh bermula hari ini jika ingin pergi jauh dan akan menjadikan pengalaman beraksi di YOG 2014 sebagai bekalan yang paling berharga sebelum bersedia untuk menghadapi cabaran lebih besar di peringkat sukan Olimpik satu hari nanti,” katanya.
Menceritakan bagaimana beliau terjebak dengan sukan badminton, Lee berkata beliau pada mulanya tidak pernah terfikir untuk menceburi sukan badminton, namun mula jatuh cinta dengan sukan tersebut lapan tahun lepas.
“Secara kebetulan ketika pertama kali bermain badminton dengan rakan-rakan saya berkenalan dengan jurulatih bernama Alex Du dan beliau telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sehingga mampu mencapai tahap ini”.
Lee yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini berkata beliau tetap membawa buku pelajaran ke Nanjing dan akan mengulang kaji pelajaran apabila mempunyai masa .
Malaysia hanya menghantar dua atlet bagi acara badminton pada edisi kali ini iaitu Lee dan Cheam yang masing-masing beraksi dalam acara perseorangan wanita, perseorangan lelaki dan beregu campuran. – BERNAMA
TOP
UMNO Kedah Kecam Tindakan Surendran Hina Mahkamah
SUNGAI PETANI – UMNO Kedah mengecam tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran yang menghina mahkamah termasuk menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melalui laman sosial.
Perkara itu dinyatakan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, susulan kenyataan Surendran melalui saluran laman sosial yang menuduh mahkamah mengikut telunjuk Najib yang kononnya mengarahkan institusi penghakiman itu mempercepatkan kes pendakwaan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru, Mukhriz yang juga Pengerusi BN negeri, meminta semua pihak termasuk setiap UMNO bahagian di negeri ini membuat laporan polis berhubung tindakan tidak bertanggungjawab Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai itu.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan perasmian mesyuarat UMNO bahagian Merbok, di sini, sebentar tadi. – BH Online
TOP
Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M Berlepas Ke Gaza
KAHERAH – Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bertolak ke Gaza melalui sempadan Rafah pada 9 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) Sabtu, selepas waktu asal ditunda.
Misi yang turut disertai Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) seramai 83 peserta itu adalah bagi menyampaikan bekalan makanan dan perubatan kepada mangsa serangan Israel di Gaza.
Presiden KP1M Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengetuai misi itu berkata keputusan menunda waktu asal diambil selepas mengambil kira faktor keselamatan dan logistik.
Beliau yang juga Pengerusi Biro Kebajikan Umno berkata pihaknya sebelum ini perlu menungggu surat kelulusan bertulis daripada pihak kerajaan Mesir terlebih dahulu sebelum berlepas.
“Sebelum ini kelulusan hanya dibuat secara lisan. Jadi kita dinasihatkan untuk mendapatkan jaminan bertulis terlebih dahulu,” katanya semasa sesi taklimat kepada peserta di sini, Jumaat malam.
Misi bantuan kemanusiaan itu sebelum ini bercadang bertolak pukul 12.30 pagi waktu tempatan, Sabtu dan menjangkakan tiba di sempadan Rafah pukul 6 pagi waktu tempatan.
Dari segi logistik, Abdul Azeez berkata sehingga petang Jumaat, bekalan makanan dan perubatan kira-kira 10 tan metrik untuk dibawa ke Gaza masih terkandas di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah .
“Tapi, kita dah dapat semua kelulusan untuk keluarkan barang-barang kita hari ini, tetapi Kastam pula dah tutup. Jadi kita dah buat arrangement, dan expect dapat keluarkan semua untuk dimuatkan dalam kontena, awal pagi Sabtu sebelum kita bertolak,” katanya.
Justeru, katanya selepas perbincangan diadakan, keputusan dibuat untuk misi bergerak hanya selepas bekalan makanan dan perubatan berkenaan dikeluarkan serta surat kelulusan bertulis diterima, awal pagi Sabtu.
Abdul Azeez berkata hasil perbincangan turut mencadangkan tempoh pulang ke Malaysia dilanjutkan daripada 19 Ogos sebelum ini ke 22 Ogos, supaya lebih banyak masa dapat diluang di wilayah bergolak Gaza dan objektif misi dapat dicapai.
Misi bantuan kemanusiaan itu merancang untuk mengagihkan sebanyak 5,000 kotak bekalan makanan untuk 25,000 warga Palestin serta menyampaikan bantuan perubatan kepada mangsa serangan Israel di Gaza.
Hampir 2,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan tanpa henti Israel di Semenanjung Gaza sejak 8 Julai lalu.
Rabu malam, agensi berita antarabangsa melaporkan, pihak Israel dan Palestin setuju melanjutkan tempoh gencatan senjata selama lima hari. – BERNAMA
TOP
Sekuriti Facebook Sekat Laman Facebook Sokong Al-Qassam
Akaun Facebook rasmi 'We Are All Al Qassam(WAAAQ) telah disekat oleh sekuriti Facebook. Penyekatan itu difahamkan dilakukan tanpa sebarang amaran atau notis.
Aman Palestin telah menghebahkan perkara tersebut melalui Laman rasmi Aman Palestin. Selain dari auakn WAAAQ, akaun milik admin yang mengedalikan WAAAQ juga turut dipadam.
Laman WAAAQ telah mendapat lebih seratus ribu likes dalam masa yang singkat menunjukkan betapa kukuhnya sokongan rakyat Malaysia terhadap kumpulkan Al-Qassam memerangi rejim kejam, Zionis. - SiakapKeli.com
TOP
Kerajaan jamin pencarian MH370 tetap diteruskan
PONTIAN: Kerajaan memberi jaminan usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak lima bulan lalu akan tetap diteruskan, meskipun fokus negara kini terhadap tragedi MH17.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau sendiri akan pergi ke Australia hujung bulan ini bagi memastikan proses pencarian pesawat malang itu berjalan lancar.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjung Piai 2014, di sini tadi. - Berita Harian
TOP
Rakyat Israel Hentam Netanyahu
TEL AVIV - Dek kerana tidak berpuas hati dengan cara Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengendalikan pertempuran di Gaza, kira-kira 10,000 penduduk Israel mengadakan protes di Tel Aviv.
Memetik laporan Reuters, menurut rakyat Israel pertempuran yang tercetus sekian lama itu masih gagal diselesaikan oleh Netanyahu.
Dalam protes tersebut, kebanyakan penunjuk perasaan itu dibawa menggunakan bas dari pelbagai lokasi di Israel yang paling banyak diserang roket Hamas termasuk golongan dari kawasan perniagaan yang terbabit.
Gencatan senjata diadakan dua kali berturut-turut sejak Isnin yang dijangka berakhir pada 19 Ogos ini berjaya menghentikan tembakan untuk sementara waktu.
Namun, penunjuk perasaan bimbang pertempuran berlaku lagi sebaik gencatan senjata berakhir, malah menganggap tentera Israel sepatutnya menghapuskan tempat simpanan senjata Hamas di Gaza.
Ada antara mereka turut mendakwa rasa tertipu dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang sebelum ini menjanjikan peperangan itu boleh menjamin keamanan di selatan Israel, selain menghapuskan terowong bawah tanah digunakan Hamas.
Bagaimanapun, Netanyahu tidak dikritik secara peribadi sebaliknya ramai mengucapkan terima kasih kerana usahanya melawan Hamas.
Namun demonstrasi itu kritikan paling lantang setakat ini terhadap cara kerajaan Israel sejak pertempuran bermula pada 8 Julai lalu. - Sinar Harian
TOP
Wanita Rugi RM348,050 Ditipu Rakan Facebook
MIRI – Seorang kerani pentadbiran mendakwa kerugian RM348,050 akibat diperdaya seorang rakan lelaki yang dikenali melalui Facebook sejak Januari 2014.
Wanita berumur 52 tahun itu membuat laporan polis pada pukul 4.08 petang semalam mendakwa telah membuat 13 transaksi di pelbagai bank secara beransur-ansur, kata Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee.
Beliau berkata polis akan mendapatkan penyata bank milik mangsa dan meminta bantuan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur untuk menyiasat kes itu.
“Jangan mudah percaya kenalan melalui Facebook, lebih-lebih lagi yang menjanjikan memberi pulangan keuntungan tinggi serta lumayan, ini modus operandi menipu,” katanya kepada Bernama hari ini.
Gan berkata, wanita itu berkata rakan lelaki yang mendakwa warga Britain memaklumkan akan menghantar 120,000 pound (RM632,400) yang diwarisi daripada bapanya, secara pos ke Malaysia dan wang itu kononnya untuk menjalani kehidupan bersama-sama dengan mangsa.
Katanya pada 10 Julai lepas seorang wanita yang mendakwa warga Britain menghubungi mangsa dan memberitahu wang itu telah sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
Gan berkata, wanita tersebut meminta mangsa membayar yuran pos sebanyak RM6,450 dan mangsa telah mendeposit wang tersebut dalam akaun bank yang diberikan wanita itu.
Beliau berkata, mangsa sekali lagi dihubungi wanita berkenaan untuk menambah bayaran dengan mendakwa untuk tujuan bayaran yuran peguam bagi mendapatkan sijil untuk membolehkan mendapatkan wang berjumlah RM632,400 itu.
“Mangsa dihubungi lelaki tersebut pada 18 Julai lepas dan mendakwa telah tiba di Kuala Lumpur serta meminta mangsa membuat pembayaran cukai (bagi mendapatkan wang itu),” katanya.
Wanita itu membuat laporan polis selepas menyedari dirinya telah ditipu, katanya.
Gan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. – BERNAMA
TOP
Wajah Tan Hong Ming Dan Umi Qazrina Sekarang
Masih ingatkah lagi anda tentang iklan yang mengisahkan 'percintaan' antara Tan Hong Ming dan juga Umi Qazrina sempena kemerdekaan yang ke-50 tujuh tahun lalu?
Iklan tersebut menceritakan bagaimana dua orang kanak-kanak tersebut yang berbeza bangsa tapi mempunyai perasaan ingin berkawan antara satu sama lain.
Iklan tersebut telah berjaya memenangi anugerah emas bagi Festival Iklan Antarabangsa Cannes Lions pada 2008. Tapi setelah 7 tahun berlalu, kini mereka berdua dah pun dewasa. Nak tahu macam mana rupa mereka sekarang? Lihat gambar di bawah - SiakapKeli.com

Lima Dikhuatiri Hilang Di Bukit Wawasan Ditemui
PETALING JAYA – Lima individu yang dikhuatiri hilang ketika beriadah Bukit Wawasan di Puchong kini sudah ditemui.
Kumpulan penjalan kaki itu dilaporkan hilang kira-kira pukul 9 malam Jumaat.
Anggota Bomba dan Penyelamat berkata, kumpulan itu yang terdiri daripada tiga lelaki dalam lingkungan 30-an, dan dua orang perempuan yang berumur 30 dan 52, ditemui selamat di Saujana Puchong pada kira-kira pukul 5 pagi Sabtu.
Antara mereka yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat itu terdiri daripada 12 anggota bomba dan empat pegawai polis. - mStar- mstar
TOP
Guna Warna Untuk Bezakan Tiga Kembar
SOUTH WALES – Kerana mempunyai rupa paras dan bentuk badan yang sama, tiga orang kembar, Ffion, Maddison dan Paige sukar dikenalpasti oleh ibu bapa mereka, Karen dan Ian Gilbert.
Oleh kerana itu, Karen dan Ian mengambil inisiatif mewarnakan kuku anak mereka dengan warna berbeza supaya dapat membezakan anak-anaknya.
Tiga warna yang digunakan adalah warna biru untuk Ffion, Maddison (hijau) dan Paige (ungu).
“Kami susah untuk membezakan mereka bertiga kerana mereka dilahirkan tanpa sebarang tanda lahir, mempunyai wajah dan perangai yang sama.
Sebelum ini, Karen dan Ian cuba untuk menggunakan gelang bagi membezakan anak-anak mereka tapi kebiasaannya gelang tersebut akan putus pada keesokan harinya - SiakapKeli.com
TOP
Pele Akan Berkahwin Kali Ketiga
LONDON: Pele mengumumkan akan berkahwin sekali lagi dengan wanita yang berusia 30 lebih muda darinya.
Bekas pemain treble Piala Dunia,73, ini akan menjadikan Marcia Cibele Aoki,41, sebagai isteri ketiganya.
Beliau menganggap Marcia yang berdarah campuran Brazil dan Jepun sebagai 'keghairahan terakhir dalam hidup saya".
Pele atau nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento mula berpacaran dengan ahli perniagaan wanita ini semenjak 2010.
Sebelum ini Pele mempunyai anak kembar Joshua dan Celeste bersama isteri keduanya yang merupakan seorang penyanyi, Assiria Nascimento dan tiga anak Edinho,Jennifer serta Kelly bersama isteri pertamanya, Rosimeri Cholbi.- mstar
TOP
Badminton: V Shem-Khim Wah Dipisahkan Selepas Kejohanan Dunia
Khim Wah (kiri) dan V Shem akan dipisahkan selepas kejohanan dunia ini.
KUALA LUMPUR: Pasangan beregu badminton negara yang menjuarai Terbuka Malaysia baru-baru ini, Goh V Shem-Lim Khim Wah akan dipisahkan selepas Kejohanan Dunia di Conpehagen,Denmark pada 25 hingga 31 Ogos ini. Seperti dijangka, V Shem akan kembali dengan pasangan lamanya, Tan Wee Kiong. V Shem-Wee Kiong mempamerkan aksi mantap ketika saingan akhir Piala Thomas di New Delhi Mei lalu. Malah mereka turut menghadiahkan pingat emas ketika beraksi pada Sukan Komanwel di Glasgow baru-baru ini. Manakala Khim Wah akan digandingkan dengan juara dunia remaja dua kali, Ow Yao Han dan mereka dijangka akan beraksi dalam semua kejohanan Terbuka selepas Kejuaraan Dunia nanti. Hoon Thien akan kekal berpasangan dengan Tan Boon Heong. Menurut jurulatih beregu negara, Pang Chen Chang: "Ya, kami telah membuat perubahan. Kami membuat keputusan untuk memisahkan V Shem dan Khim Wah. "Khim Wah akan bergandingan dengan Yao Han." Buat masa ini, Chen Chang berharap semua pemain akan memberi fokus untuk kejohanan dunia nanti. Dalam aksi beregu, Malaysia akan diwakili oleh tiga pasangan -Thien How/Wee Kiong, Khim Wah/V Shem dan Koo Kein Keat/Boon Heong.- mstar

Robin Williams Tidur 18 Jam Sebelum Ditemui Mati
Robin Williams ditemui mati di kediamannya pada Selasa lalu.
PELAKON Robin Williams dilaporkan menghabiskan waktunya dengan tidur selama 18 jam sehari beberapa minggu sebelum ditemui mati di rumahnya di California dipercayai akibat bunuh diri Portal Daily Mail melaporkan mendiang yang berusia 63, turut menolak untuk menjamah sebarang makanan yang diberikan kepadanya kecuali dalam keadaan tertentu sahaja. Sehingga ke akhir hayatnya, Williams dipercayai menghabiskan masa dengan mengurung dirinya di dalam bilik gelap sehingga menghembuskan nafas terakhir. "Robin mengalami tekanan yang teruk dan menghabiskan waktunya dengan tidur malah biliknya juga dipasang dengan tirai berwarna hitam kerana dia enggan cahaya matahari memasuki ke dalam biliknya," kata sumber terdekat pelakon itu. Menurut laporan media Amerika Syarikat, pelakon veteran itu menghadapi masalah kemurungan sejak sekian lama biarpun tampil ceria dalam karya lakonannya. Menjadi salah seorang penghibur paling dicintai di AS ketika generasinya, Williams sangat terkenal menerusi filem seperti Mrs. Doubtfire dan Jumanji.- mstar

Sultan Selangor Titah Tidak Buat Sebarang Keputusan Sehingga 27 Ogos - Abdul Khalid
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan beliau supaya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman mengenai jawatan menteri besar sehingga baginda pulang ke tanah air pada 27 Ogos ini.
Khalid berkata beliau telah berkomunikasi dengan baginda berhubung perkembangan terbaru politik Selangor termasuk sentimen dalam kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun).
"Tuanku Sultan telah menitahkan yang baginda berpuas hati bahawa saya mempunyai sokongan majoriti anggota Dewan ketika saya menyembah taklimat pada Isnin lepas (11 Ogos).
"Seterusnya, Tuanku Sultan telah menitahkan supaya saya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan menteri besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos ini untuk saya menghadap baginda," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Khalid juga menasihatkan pihak berkenaan yang mendakwa beliau telah mengelirukan Sultan Selangor supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan.
Pada Khamis, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah WanIsmail mengumumkan beliau mendapat sokongan majoriti daripada 30 Adun Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) untuk mengambil alih jawatan menteri besar.
Justeru itu, Dr Wan Azizah berkata beliau telah mengutus surat kepada Sultan Selangor untuk mendapatkan pandangan baginda sekiranya ada keperluan bagi Speaker memanggil sidang DUN untuk memuktamadkan proses pertukaran menteri besar.
Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang, turut menasihati Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti.
Dalam reaksi segeranya, Khalid berkata dakwaan presiden PKR itu perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di DUN Selangor sebagaimana termaktub mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.- mstar
TOP
Wanita Ditemui Mati Dengan Kesan Tembakan Di Dada
KUANTAN: Seorang wanita ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian dada dalam sebuah bilik di rumahnya dekat Taman Sentosa,Raub pada Jumaat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang Datuk Zakaria Ahmad berkata wanita berusia 42 tahun itu ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah oleh ibunya pada 5.45 petang sebelum menghubungi polis.
"Pemeriksaan awal polis menemui sepucuk senapang patah serta kelongsong peluru berhampiran mangsa, dan senjata itu merupakan milik bapa mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata polis percaya mangsa terkena tembakan yang dilepaskannya sendiri namun siasatan lanjut masih dijalankan.
Ketika kejadian, mangsa bersendirian kerana ibu bapa serta suaminya tiada dirumah.
Katanya, rumah mangsa juga tidak mempunyai sebarang kesan dipecah masuk dan tiada barang dilapor hilang.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat.- mstar
TOP
Krisis MB Selangor: Beberapa Kumpulan Lancar Kempen Reben Hitam
PETALING JAYA: Beberapa kumpulan telah melancarkan kempen Reben Hitam dalam usaha untuk memaksa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengosongkan kerusinya.
Jurucakap kempen 'Kembalikan Selangorku', Faisal Mustaffa memberitahu Keadilan Daily bahawa inisiatif itu adalah satu cara untuk menunjukkan Khalid bahawa beliau "sedang mengabaikan suara-suara rakyat yang memilih pentadbiran Selangor semasa dalam GE13."“
Kempen ini akan dilaksanakan sehingga Ahad ini bermula Pusat Khidmat Adun Pelabuhan Klang dan SUK Selangor pada Jumaat.
Pada hari Sabtu, kempen ini akan dijalankan di pusat perkhidmatan bagi Adun Cempaka Iskandar Abdul Samad, dan pada hari Ahad, di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Beliau menggesa rakyat memakai reben hitam untuk memberi tekanan kepada Khalid untuk kembali pentadbiran Selangor kepada Pakatan Rakyat.- mstar
TOP
PPDNKK Melaka Patahkan Cubaan Seludup Diesel Bersubsidi
MELAKA: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Melaka mematahkan cubaan menyeludup minyak diesel bersubsidi bernilai RM46,628 dalam Ops Titik berikutan penahanan sebuah lori tangki dan feri penumpang di Jeti Parameswara, Bandar Hilir pada Jumaat.
Timbalan Pengarahnya Jamil Buang berkata dalam serbuan bersepadu melibatkan 11 penguatkuasa PPDNKK Melaka dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia itu, pihaknya turut menahan empat lelaki termasuk seorang pemandu lori tangki berusia antara 24 tahun dan 50-an.
Beliau berkata ketika serbuan pada 8 pagi itu, 8,100 liter daripada 19,110liter diesel yang dibawa lori tangki berkenaan telah dipindahkan ke dalam feri menggunakan saluran paip khas yang dibina di jeti berkenaan.
"Ketika serbuan, pemandu lori berusia 24 tahun dan tiga penjaga feri berusia30 hingga 50-an yang sedang leka memindahkan diesel berkenaan tidak sempat melarikan diri," katanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati lori tangki berkenaan milik sebuah syarikat pemborong diesel berdaftar namun menjalankan pemindahan bahan bakar berkenaan tanpa lesen di jeti berkenaan.
Katanya serbuan dilakukan hasil daripada maklumat awam dan risikan selama dua minggu bagi mengesan aktiviti pemindahan diesel bersubsidi dengan menggunakan feri yang berlabuh di jeti berkenaan.
Jamil berkata minyak tersebut, dipercayai dijual kepada pengusaha feri dan bot yang lain.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana tidak mematuhi syarat lesen yang memperuntukkan denda sehingga RM250,000 dan penjara tiga tahun jika sabit kesalahan.- mstar
TOP
Dua Anggota Keselamatan Maut Letupan Bom Di Narathiwat Dan Yala
Unit Pemusnah Bom Thailand memeriksa motosikal yang dilekatkkan bom di Narathiwat.
YALA: Dua anggota pasukan keselamatan Thailand maut manakala empat lagi cedera dalam dua kejadian letupan bom di selatan Thailand pada Jumaat. Dalam kejadian pertama di Yala pada 10 pagi, seorang anggota polis maut manakala seorang lagi cedera parah apabila sebutir bom buatan sendiri seberat 15 kilogram diletupkan ketika empat anggota pasukan keselamatan itu melakukan rondaan dengan menunggang dua motosikal di Jalan Yaha-Kabang. Timbalan Ketua Polis Wilayah Yala Kolonel Banlue Shuvet berkata bom itu dipasang dalam kotak besi yang diletak di tepi jalan di Kampung Bendang Dama, daerah Kabang. Insiden kedua, yang berlaku di Narathiwat, pula menyaksikan seorang anggota renjer maut manakala tiga lagi cedera apabila bom dipasang pada sebuah motosikal yang diletak di tepi jalan diletupkan ketika kesemua mangsa, yang menaiki sebuah trak, melalui Jalan Takbai-Narathiwat di Kampung Banmai dalam daerah Muang. Ketua Polis Daerah Muang Narathiwat Kolonel Somporn Meesuk berkata motosikal yang dipasang bom itu dilaporkan dicuri pada 13 Julai lepas di daerah Takbai.- mstar

MH17: Keluarga Reda Jenazah Nur Shazana Dikebumi Di Putrajaya
Mohamed Salleh Samsudin dan isteri, Sharom Ibrahim ditemuramah oleh para media di majlis tahlil anaknya, Nur Shazana Mohamed Salleh yang diadakan bersama Wanita Umno negeri di kediamannya pada Jumaat. Foto: BERNAMA
GEORGE TOWN: Keluarga Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, pramugari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine bulan lepas reda jika jenazahnya dikebumi di tanah perkuburanPutrajaya. Bapanya, Mohamed Salleh Samsuddin, 54, berkata mereka sekeluarga telah punberbincang dan bersedia jika jenazah Nur Shazana turut dikebumi bersama-sama mangsa lain di Putrajaya. "Sebelum ini saya tidak bersetuju jenazah anak saya dikebumikan di Putrajaya memandangkan ramai saudara-mara di sini. "Tetapi selepas berbincang, kami (mengambil pendirian) terbuka berhubung perkara itu dan ia merupakan satu penghormatan,"kata Mohamed Salleh pada majlis tahlil dan bacaan Yasin anjuran Pergerakan Wanita Umno Pulau Pinang dikediamannya di Bukit Gedung pada Jumaat. Nur Shazana adalah antara 15 anak kapal pesawat MH17 yang membawa 280 penumpang ketika terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai lepas. Pesawat berkenaan, yang dalam penjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur,dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu. Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya bercadang mengebumikan mangsa nahas MH17 di Putrajaya, bagaimanapun, keputusan itu bergantung kepada kebenaran daripada keluarga dan waris mangsa terbabit. Dalam pada itu, Mohamed Salleh berkata mayat Nur Shazana sudah dikenal pastidan keluarganya kini berada dalam keadaan siap sedia untuk berlepas ke Amsterdam pada bila-bila masa bagi mengiringi kepulangan jenazah Allahyarham ke tanah air. Bagaimanapun, beliau tidak tahu bila jenazah Nur Shazana akan dibawa pulang dan pihak MAS sering menghubunginya untuk memaklumkan perkembangan semasa. "Dalam sehari tu, pihak MAS call dua tiga kali untuk kemas kini. MAS banyak memberi bantuan bukan sahaja bantuan tenaga malah kaunseling serta menjaga kebajikan kami. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MAS," katanya. Mohamed Salleh turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas usaha beliau membawa pulang kesemua jenazah mangsa nahas MH17. Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan melakukan siasatan menyeluruh berhubung insiden berkenaan dan mengembalikan keyakinan rakyat serta masyarakat luar terhadap Malaysia. Sementara itu, Ketua Wanita Umno Pulau Pinang Norliza Abdul Rahim berkata pihaknya turut bersedih dan bersimpati dengan tragedi yang menimpa keluarga NurShazana. "Insya-Allah, Allah tempatkan beliau bersama roh orang beriman. Itu harapan kami. "Kami sentiasa mendoakan agar jenazah segera kembali ke tanah air dan disemadikan dengan aman," katanya.- mstar

Ejen Penghantaran Pelajar Ke Luar Negara Pecah Amanah
Chan Voon Jiun dihadapkan ke mahkamah atas lima pertuduhan pecah amanah membabitkan wang pembiayaan pelajar.
IPOH: Seorang ejen penghantaran pelajar ke luar negara dihadapkan di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan pecah amanah membabitkan wang pembiayaan pelajar berjumlah RM78,888 dua tahun lepas Chan Voon Jiun, 50, mengaku tidak bersalah ketika kesemua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Rushan Lutfi Mohamed. Rushan Lutfi membenarkan Chan diikat jamin sebanyak RM35,000 dengan lima penjamin dan menetapkan 25 September ini untuk sebutan kes serta mengarahkan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah. Dia didakwa mengambil wang berjumlah antara RM12,800 dan RM18,800 bagi menguruskan visa, pemeriksaan kesihatan serta pendaftaran kemasukan pelajar ketiga kolej di Australia, namun tidak berbuat demikian. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di syarikat miliknya, E Eagle Enterprise, di No 24-A, Persiaran Greentown Business Centre di sini antara 21 Februari dan 17 Oktober 2012 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat serta didenda, jika sabit kesalahan. Kes dikendali Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Isa manakala peguam Mohamed Yazzer Azzad Zainuddin mewakili Chan.- mstar

'Penanggal' & 'Sembunyi:Amukan Azazil' Pencalonan Tertinggi FFM26
Antara mereka yang terlibat dalam FFM26 kali ini. Foto: Shaari Che Mat
KUALA LUMPUR: Dua buah filem iaitu Penanggal dan Sembunyi: Amukan Azazil akan berentap dalam Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM26) apabila mendapat pencalonan terbanyak pada acara itu kali ini yang diumumkan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Jumaat malam.
Penanggal terbitan Astro Shaw menerima 15 pencalonan, manakala filem Sembunyi: Amukan Azazil terbitan Primework Studio pula memperoleh 12 pencalonan daripada 24 kategori yang dipertandingkan.
Dalam majlis tersebut turut mengumumkan penangguhan malam kemuncak FFM26 yang dirancang pada 20 September depan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian sebagai menghormati insiden pesawat MH370 dan MH17.
Kedua-dua filem itu turut berentap menerusi kategori utama iaitu Pelakon Wanita Terbaik yang mempertaruhkan Ummi Nazeera (Penanggal) dan Diana Danielle (Sembunyi : Amukan Azazil). Filem tersebut juga turut tersenarai untuk kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik masing-masing iaitu Ellie Suriaty (Penanggal) dan Kabir Bhatia (Sembunyi: Amukan Azazil). Pengumuman lima terbaik pencalonan FFM26 pada tahun ini dibuat oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Md Afendi Hamdan yang diadakan di agensi itu pada Jumaat.
Azri Iskandar turut dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik.
Sementara itu Md Afendi berkata, pada tahun ini pihaknya menerima penyertaan sebanyak 112 buah karya merangkumi 24 kategori yang dipertandingkan termasuk kategori Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik.
Karya-karya yang layak berbanding adalah filem-filem yang telah ditayangkan dari Oktober 2012 sehingga Disember 2013. “Untuk memastikan ketelusan, kesemua keputusan akhir oleh pihak juri telah dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara untuk pengiraan skor dan pengesahan muktamad,” katanya. FFM26 kali ini bertemakan Transformasi Sinema Malaysia yang begitu signifikan kepada usaha kerajaan dalam membangunkan industri perfileman.
Berikut ialah senarai 24 kategori pencalonan akhir FFM26:
Filem Terbaik
1. Skop Productions/ Primework Studios : KL Gangster
2. Primeworks Studios KIL
3. Astro Show/ Primework Studio: Penanggal
4. Primework Studio : Rock Oo
5. Primework Studio : Sembunyi : Amikan Azazil
Pelakon Wanita Terbaik
1. Kalpana : Dhusrajanam
2. Sharifah Amani: Psiko Pencuri Hati
3. Diana Danielle: Sembunyi: Amukan Azazil
4.Ummi Nazeera: Penanggal
5.Lisa Surihani: Istanbul Aku Datang
Pelakon Lelaki Terbaik
1. Azry Iskandar : Penanggal
2. Syed Hussein : Psiko Pencuri Hati
3. Faizal Hussien : Longkai
4. Bront Palarae : Psiko Pencuri Hati
5. Rusdy Ramli : Tanda Putera
Pengarah Terbaik
1. Khabir Bhatia : Sembunyi : Amukan Azazil
2. Syamsul Yusof : KL Gangster 2
3. Ellie Suriaty : Penanggal
4. Mamat Khalid: Rock Oo
5. Nik Amir Mustapha : KIL
Cerita Asal Terbaik
1. Ellie Suriaty Omar : Penanggal
2. Fadzil Zahari : Tokan
3. Amin Shakib : Psiko Pencuri Hati
4. Kabir Bhatia : Sembunyi: Amukan Azazil
5. Mamat Khalid: Rock Oo
Senematografi Terbaik
1. Haris Hue Abdullah : Istanbul Aku Datang
2. S.Y Chong : KIL
3. Raja Mukhtiz : Penanggal
4. Filus Ghazali : Tanda Putera
5. Norhanishan Muhammad : Sembunyi : Amukan Azazil
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
1.Ruminah Sidek : Kolumpo
2.Normah Damanhuri : Penanggal
3.Anne James: KIL
4.Umie Aida : Sembunyi: Amukan Azazil
5.Nell Ng: Kolumpo
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
1. Azad Jazmin : Kolumpo
2. Datuk Rosyam Nor: KL Ganster 2
3. Zizan Nin: Tanda Putera
4. Sharnaaz Ahmad: Juvana
Lakon Layar Terbaik
1.Alfie Pallermo: Sembunyi: Amukan Azazil
2.Nik Amir Mustafa: KIL
3.Ellie Suriaty : Penanggal
4.Syamsul Yusof: KL Gangster
5.Mamat Khalid: Rock Oo
Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik
1. Asia Tropical Films : The Golden Couple
2. Tayangan Unggul : The Collector
3. Asia Tropical Films
4. Genius Parade5. Double Vision/ Astro Shaw/ Passion Entertainment
Filem Pendek Terbaik
1. Reservoir Production
2. Nazri Mohd Annuar
3. Diffan Sina Norman
4. Thumbs Up Team
5. Yu Chee Boon
Poster Terbaik
1. KIL
2. War of The Worlds: Goliath
3. Bencinta4. Balada Pencinta
5. Kolumpo
Kesan Khas Terbaik
1. Tanda Putera
2. Ular
3. Husin, Mon & Jin Pakai Toncet
4. Lemak Kampung Santan
5. Penanggal
Pereka Kostum / Terbaik Busana Terbaik
1. Tanda Putera
2. Rock Oo
3. Sembunyi: Amukan Azazil
4. Kara King
5. Penanggal
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
1. Ahmad Ashraff Fahmy: Lemak Kampung Santan
2. Putri Balqis: 1 Lawan 1
3. Rykarl Iskandar: Ajiboy
4. Nur Adrianna: Bencinta
5. Farrah Nadiah: Bisikan Syaitan
Pelakon Harapan Wanita
1. Cristina Suzanne: KIL
2. Uqasha Senrose: Paku Pontianak
3. Nelydia Senrose: Cinderella
4. Nadia Aqilah: Zaiton Ceritaku
5. Siti Saleha: Kerat 14
Pelakon Harapan Lelaki
1. Ahya U: Tanda Putera
2. Shukri Yahaya: Ular
3. Karl Shafek: Zaiton Ceritaku
4. Syazwan Zulkifly: Juvana
5. Zul Ariffin: Penanggal
Pengarah Harapan
1. Nam Ron: Psiko Pencuri Hati
2. Syed Hussein: Langgar
3. Ellie Suriaty: Penanggal
4. Nik Amir Mustapha: KIL
5. Esma Daniel: Zaiton Ceritaku
Lagu Tema Asal Terbaik
1. Aku Datang: Istanbul Aku Datang
2. Tokan: Tokan
3. Puisi Sang Dewi: Lemak Kampung Santan
4. Tanda: Tanda Putera
5. Tika: Rock OoPenataan
Bunyi Terbaik
1. Rock Oo
2. KL Gangster 2
3. Penanggal
4. KIL
5. Sembunyi: Amukan Azazil
Penataan Seni Terbaik
1. Rock Oo
2. Tanda Putera
3. Penanggal
4. KIL5. Sembunyi: Amukan Azazil
Skor Muzik Asal Terbaik
1. Sembunyi: Amukan Azazil
2. Tokan
3. Tanda Putera
4. Papermoon
5. KL Gangster 2
Penyunting Terbaik
1. KL Gangster 2
2. KIL
3. Penanggal
4. Istanbul Aku Datang
5. Sembunyi: Amukan Azazil
Filem Animasi Terbaik
1. Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisam (UMK)
2. Thumbs Up Team
3. El VideographicsSent from my iPhone
- mstar

Rakyat Berdoa Untuk Kesejahteraan Malaysia
Muhyiddin Yassin menunaikan solat hajat Pray For Malaysia Malam Cinta Rasul sempena sambutan hari kemerdekaan ke-57 dan ulang tahun ke-40 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Dataran Merdeka, Jumaat. Turut kelihatan Tengku Adnan Mansor dan Ahmad Shabery Cheek. Foto: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dataran Merdeka menjadi titik tumpu program 'Doa Untuk Malaysia' Jumaat malam bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang turut menjadi tanda solidariti rakyat Malaysia ketika negara dijengah musibah. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri kabinet menyertai lautan manusia di dataran bersejarah itu dalam menadah tangan memanjatkan doa kepada Ilahi. Antara kandungan doa itu ialah agar Allah melindungi nikmat perpaduan yang dikecapi selain memohon kesejahteraan dan keamanan buat negara. Sementara itu, rakyat Malaysia penganut agama Hindu dan pengikut Sikh turut berdoa mengikut kepercayaan di rumah ibadat masing-masing. Bagi penganut Buddha dan Kristian, majlis serupa dijadual berlangsung pada Ahad. Menyentuh tragedi kehilangan pesawat MH370 dan nahas MH17 di Ukraine yang mengorbankan 298 nyawa, peserta program di Dataran Merdeka berdoa supaya musibah seumpama itu adalah yang terakhir dalam lipatan sejarah negara. Mereka turut mendoakan agar penduduk bumi Gaza, yang menjadi mangsa kezaliman rejim zionis Israel, diberi kekuatan supaya mereka akhirnya dapat menikmati kemerdekaan seperti rakyat Malaysia. Turut didoa Malaysia selamat daripada segala wabak penyakit, apa juga bentuk bahaya dan kekacauan. Pada program yang disiar secara langsung di kaca televisyen itu, Muhyiddin disertai isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman selain Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusuf dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Program itu anjuran bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Yayasan Pendidikan Cheras dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Program bermula sejak 6.30 petang dengan bacaan zikir, tazkirah, solat Maghrib, bacaan Yasin dan tahlil. Muhyiddin menunaikan solat Isyak dan Hajat di tengah padang Dataran Merdeka bersama-sama jemaah lain dengan diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Ia disusuli bacaan doa untuk negara yang diketuai Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan Zakariah Isa. Selain tragedi MH370 pada 8 Mac dan nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, Malaysia sebelum ini turut diduga dengan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah. Majlis malam ini turut diwarnai dengan selawat dan qasidah pimpinan ulama terkenal Indonesia Habib Syech Abdul Qadir Assegaf diikuti tausiyah Cinta Rasul oleh Sayyid Ahmad Muhammad al-Maliki al-Hasani. Ia menjadi acara pembuka tirai kepada program kemerdekaan lain yang dirancang sepanjang bulan Ogos. - mstar

Rakyat Bertafakur Secara Serentak Pada 22 Ogos Ini
LANGKAWI: Rakyat di negara ini akan bertafakur secara serentak selama beberapa minit sebagai tanda menghormati jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dijadual tiba di tanah air pada 22 Ogos ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata semasa bertafakur secara serentak itu, semua kegiatan akan dihentikan sejurus ketibaan jenazah warga Malaysia itu dari Amsterdam, Netherlands.
"Inilah julung-julung kalinya rakyat Malaysia bertafakur serentak di seluruh negara...adalah diharapkan ia berjaya menunjukkan penyatuan dan perpaduan rakyat pelbagai bangsa terhadap tragedi yang menimpa negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di Padang Matsirat pada Jumaat.
Beliau berkata masa untuk bertafakur itu akan diumumkan menerusi siaran langsung oleh stesen-stesen televisyen yang membuat liputan istiadat upacara ketibaan jenazah itu bermula 10 pagi Jumaat depan.
Menurutnya istidat penghormatan jenazah tragedi itu akan diselaraskan oleh Kementerian Pertahanan dan melibatkan 10 kementerian lain.
Hishammuddin berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijangka berangkat ke istidat itu, yang akan turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dua jenis aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu lima pesawat C130 dan lima helikopter Nuri kemudian akan menghantar jenazah ke negeri masing-masing bagi upacara pengebumian.
"Kerajaan-kerajaan negeri akan mengambil alih urusan pengebumian jenazah-jenazah itu apabila tiba di negeri masing-masing dan mengadakan istiadat mengikut kepercayaan agama masing-masing," katanya.
Sebanyak 16 jenazah termasuk enam yang beragama Islam akan tiba di LapanganTerbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 22 Ogos ini. - mstar
TOP
Khalid Tak Tolak Kemungkinan Bubar DUN Selangor
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.
Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.
"Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri, Sabtu malam.
Abdul Khalid enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau berbincang dengan empat anggota exco kerajaan negeri daripada PAS untuk membubarkan DUN pada November ini.
Pada Khamis, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan majoriti 30 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu.
Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang, mendakwa 30 Adun termasuk Saari dan Hasnul menyatakan hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid sebagai menteri besar.
Kedudukan terkini DUN Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), Barisan Nasional (12) dan Bebas (1). - mstar
TOP
PAS Selangor Serah Kepada Pusat Ambil Tindakan Terhadap Saari, Hasnul
SHAH ALAM: PAS Selangor menyerahkan kepada kepimpinan pusat parti untuk mengambil tindakan disiplin terhadap dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang membelakangkan parti itu apabila menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.
Setiausaha PAS negeri Mohd Khairuddin Othman berkata kepimpinan PAS Selangor dan kesemua 13 Adun PAS di negeri itu telah membawa laporan dan aduan kepada pucuk pimpinan parti mengenai Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin yang tidak mematuhi arahan supaya menarik balik sokongan terhadap Dr Wan Azizah.
"Kita telah bertemu Tuan Guru Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) serta Setiausaha Agung (Datuk Mustafa Ali)...kita kemukakan fakta dan aduan (mengenai perkara ini).
"Kita telah membawa aduan negeri dan kita serahkan sepenuhnya kepada PAS Pusat untuk tindakan disiplin selanjutnya (terhadap Saari dan hasnul)," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mohd Khairuddin berkata semalam, pihaknya telah mengarahkan kepimpinan partidi peringkat kawasan untuk bertemu dan memberi peluang kepada Saari dan Hasnul untuk memberi penjelasan mengenai tindakan mereka.
Difahamkan, tindakan kedua-dua Adun berkenaan gagal bersama wakil rakyat lain seolah-olah memboikot pertemuan dengan Hadi, sekali gus menggambarkan pendirian peribadi mereka.
Pada Khamis, Hasnul dan Saari menyertai sidang media bersama Dr Wan Azizah bagi menyatakan sokongan kepada beliau sebagai menteri besar baharu Selangor untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Susulan tindakan kedua-dua Adun itu, PAS Selangor memberi tempoh 24 jam kepada mereka untuk menarik balik sokongan mereka terhadap Dr Wan Azizah atau bakal berdepan tindakan disiplin.
Mustafa pula dilaporkan berkata kedua-dua Adun itu bertindak bersendirian dan bukan atas kapasiti parti.
Beliau memberi jaminan untuk menyiasat perkara itu dan meminta kedua-dua Adun berkenaan memberikan penjelasan.- mstar
TOP
Adun PAS Morib Kekal Sokong Wan Azizah
Hasnul (kiri) dan Saari dikecam kerana menyokong Dr Wan Azizah untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
PETALING JAYA: Walaupun dikecam kerana bertindak membelakangi parti, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kawasan Morib, Hasnul Baharuddin tidak berganjak dengan pendiriannya supaya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diangkat sebagai menteri besar Selangor yang baharu. Pendiriannya itu sekali gus menolak saranan PAS Selangor supaya beliau dan seorang lagi Adun PAS kawasan Hulu Kelang, Saari Sungib menarik balik keputusan mereka dalam tempoh 24 jam. "Saya tegas dengan keputusan dan pendirian sebelum ini. Saya tak akan tarik balik. Inilah keputusan muktamad saya," katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat. Pada Khamis, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman memberi tempoh 24 jam kepada Hasnul dan Saari supaya menarik balik pendirian mereka dan patuh kepada arahan parti supaya menyokong kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar sedia ada. Gesaan itu berikutan pendirian kedua-duanya yang sedia meninggalkan parti dan menjadi wakil rakyat bebas jika pimpinan PAS menolak Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar yang baharu. Mengulas lanjut, Hasnul sebaliknya berkata, PAS Selangor tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap mereka. "Kesalahan yang dilakukan tidaklah begitu besar. Malah PAS Selangor tidak mempunyai locus standi untuk mengambil tindakan. "Saya serah kepada PAS Pusat untuk tindakan lanjut berhubung pendirian saya ini," katanya. Sementara itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Saari berhubung gesaan PAS Selangor supaya beliau menarik balik pendiriannya masih gagal.- mstar

Alberto Moreno Didakwa Anak Alonso-Gerrard
WAJAH pemain baharu Liverpool, Alberto Moreno dijadikan kisah skandal lucu oleh media England dengan mengaitkan dia sebagai anak hasil hubungan Xabi Alonso dengan Steven Gerrard.
Dakwaan itu tersebar gara-gara wajah pemain pertahanan terbabit yang seiras Alonso dan Gerrard. Dakwaan yang menjadi viral itu dikuatkan dengan gambar Alonso dan Gerrard yang dirakam bercium ketika Liverpool memenangi Piala Liga Juara-juara Eropah pada 2005. (gambar bawah) Disebabkan keistimewaan Moreno sebagai 'anak' kepada dua pemain terbabit juga, Liverpool didakwa sanggup membelanjakan sebanyak £12 untuk mendapatkannya. Bekas pemain Sevilla berusia 22 tahun itu merupakan pelaburan baharu Liverpool dalam usaha mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris.- mstar

Pegawai Bank, Suami Ditahan Dipercayai Keluar Wang Penumpang MH370
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bank dan suaminya yang dipercayai terbabit dalam kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun milik penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 ditahan, Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd Ghani berkata, pegawai bank itu yang bekerja di bank berkenaan sejak 10 tahun lalu ditahan di rumahnya di Ampang kira-kira 4 petang.
"Suaminya yang berusia 33 tahun turut ditahan di bengkel kereta di Ampang ketika membaiki keretanya. Polis percaya suaminya mungkin turut terlibat.
"Polis masih belum mendapat rakaman kamera litar tertutup (cctv) daripada pihak bank. Ia akan mengambil masa sedikit," katanya kepada Bernama dan menambah kedua-dua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Kedua-dua mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Izany menasihati keluarga penumpang MH370 yang pesawat itu masih belum ditemui supaya meneliti kenyataan akaun bank penumpang.
"Keluarga mereka boleh periksa kenyataan bank penumpang. Kita minta mereka berwaspada," katanya.
Rabu lepas media melaporkan sebanyak RM110,643 milik empat penumpang pesawat MH370 lesap daripada akaun bank dipercayai dipindahkan oleh kakitangan bank tanpa kebenaran.
Siasatan mendapati wang dari akaun milik penumpang dipindahkan ke akaun penumpang lain melalui perbankan Internet melibatkan jumlah keseluruhan RM110,643.
Akaun berkenaan masing-masing milik dua penumpang warga China, seorang penumpang warga Malaysia dan akaun serang pramugara.
Kejadian disedari pada 18 Julai lepas oleh seorang petugas bank yang mengesan beberapa transaksi pengeluaran dan pemindahan secara mencurigakan dari empat akaun berkenaan.
Pasangan suami isteri itu ditahan reman sehingga Ahad ini. - mstar
TOP
Dua Lelaki Mati Dalam Kereta Di R&R Juru
ANGGOTA forensik memeriksa kereta mangsa selepas dimaklumkan orang awam mendapati dua orang lelaki melayu dan cina berumur 30 an tidak sedarkan diri sejak pukul 7.30 malam tadi. FOTO Amir Irsyad Omar
Juru: Dua lelaki ditemui mati di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di sebuah stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru (arah selatan), malam tadi. Difahamkan, kejadian disedari orang awam kira-kira jam 7.30 malam selepas melihat kedua-dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dan enjin kenderaan itu masih hidup sebelum memaklumkan kepada pekerja stesen minyak berkenaan. Pekerja stesen minyak berkenaan yang pada mulanya menyangka kedua-dua lelaki itu tidur cuba mengejutkan mereka dan menghubungi polis selepas kedua-duanya tidak memberikan reaksi. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kedua-dua lelaki itu ditemui mati di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan. "Berdasarkan siasatan awal tiada unsur jenayah ditemui dan kes mengklasifikasikan sebagai mati mengejut. "Mayat lelaki yang berasal dari Kedah dan Melaka itu di bawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat," katanya. - Harian Metro

Tukang Urut Dirogol Dalam Hotel
Kerana percayakan pelanggan lelakinya, seorang wanita yang bekerja sebagai tukang urut dirogol disebuah hotel di Subang Jaya.
Kejadian berlaku pada Ahad lepas itu terjadi setelah seorang lelaki meminta dia datang ke sebuah hotel untuk menggunakan khidmat urut.
Dipercayai kedua-dua mereka ini saling mengenali kerana suspek pernah mendapatkan khidmat urut daripada mangsa sebelum ini.
Mangsa diurut setelah sesi urutan selesai, lapor Nanyang Siang Pau. Mangsa juga diberikan RM300 sebagai upah mengurut.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya,, suspek kini sedang diburu polis untuk tujuan siasatan. - SiakapKeli.com
TOP
Ini dah berapa lama tak cuci kepala ni
TOP
Dirompak selepas keluar daripada kenderaan.
Dirompak selepas keluar daripada kenderaan. Berhati-hatilah semua.
Kejadian berlaku di Kepong Menjalara.
Kejadian berlaku di Kepong Menjalara.
Post by Wikipedia Rakyat.
TOP
Penyanyi lagu Dil To Pagal Hai yang sebenar.
TOP
Pokcik hebat
TOP
Aidil Zafuan Mengamuk Bila Peminat Hina Isterinya
KISAH Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan sudah lama berlalu biarpun masih ada perkara yang belum diselesaikan.
Tapi, masih ada individu yang mahu mengungkit kisah tersebut biarpun Aidil telahpun mendirikan rumahtangga dengan isterinya kini, Zarema Zainal.
Akibatnya, Aidil telah mengamuk di ruangan Instagram Zarema gara-gara komen seorang wanita yang dianggap menghina isterinya itu.
Hai, sudah-sudahlah tu…
Baik Aidil mahupun Rita, masing-masing sudah bahagia dengan kehidupan kini.
Biarlah mereka menyelesaikan baki masalah yang tinggal sesama mereka.
Sebaiknya kita sebagai orang luar, doakanlah yang terbaik dan jaga rumahtangga kita sendiri, tak gitu?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY (Sumber: Media Malaya)

Zeti: Paras Hutang Fiskal Malaysia Tak Membimbangkan
KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia melihat penambahbaikan dalam paras hutang fiskal negara kerana hutang luar kerajaan masih rendah manakala aliran hutang domestik menyederhana, kata Gabenornya Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
“Hutang kerajaan telah berkurangan kepada 53 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar berbanding 55 peratus sebelumnya. Semua ini merupakan petanda positif, jadi kita tidak bimbang dengan prospek negatif ke atas Malaysia oleh Fitch Rating’s,” katanya pada sidang akhbar mengenai prestasi suku kedua KDNK negara di sini, hari ini.
Mengenai hutang isi rumah, Zeti berkata ia menyederhana bagi enam suku berturut-turut hasil daripada langkah-langkah berhemat makro dan mikro bank pusat itu.
Apabila ditanya sama ada bank itu akan memperkenalkan lebih banyak langkah-langkah di masa depan, beliau berkata: “Jika kami terlalu ketat ia akan membawa kepada pelarasan berlebihan.
“Bagi suku ini, pertumbuhan hutang isi rumah menyederhana kepada 10.3 peratus, menurun pada kadar yang kami berpuas hati dengannya.”
Mengenai kesan negatif peraturan pembiayaan baharu bank pusat itu bagi jualan hartanah, beliau berkata ini merupakan petanda yang dialu-alukan kerana ia mahu memastikan kemampuan membeli rumah.
Beliau berkata permintaan hartanah akan mula meningkat semula sebaik sahaja kemampuan membeli semakin bertambah baik.
Di masa depan, Zeti berkata bank pusat itu akan terus memantau semua perkembangan ekonomi dan kewangan yang memberi kesan kepada peralihan global dalam mudah tunai, seperti ketegangan geopolitik dan pelarasan dasar yang dibuat oleh ekonomi-ekonomi maju.
Beliau berkata di dalam negara, sektor kewangan dinilai kukuh dan berdaya tahan dalam menyokong aktiviti ekonomi domestik.
“Mengenai kadar dasar semalaman, kami akan mengkajinya dalam mesyuarat dasar monetari kami bagi melihat risiko-risiko kepada inflasi dan kami juga akan memantau keadaan untuk mengesan sebarang ketidakseimbangan kewangan yang tidak stabil.
“Bagaimanapun, kadar semasa pada 3.25 peratus masih menyokong pertumbuhan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Exco PAS Kekal Kerana Parti, Bukan Kerana Khalid Ibrahim
ANGGOTA Exco Negeri Selangor dari parti PAS kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri bukan disebabkan faktor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi kerana menuruti arahan parti yang menyokong Abdul Khalid.
Bagi mereka sendiri yang terdiri daripada empat orang kesemuanya, mereka sendiri tidak pasti bilakah saatnya mereka akan berhenti daripada terus berkhidmat sebagai Exco kerana semuanya bergantung kepada parti.
“Kita (kekal) sehingga bila tak tahu, boleh jadi sehingga habis penggal iaitu pada pilihan raya umum akan datang atau sehingga parti minta kita berhenti,” kata seorang daripada mereka, Sallehen Mukhyi.
Memetik laporan daripada portal Malaysiakini, beliau berkata demikian ketika ditemui di Lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, tengah hari tadi.
“Bagi kita soal Khalid bukan faktor. Bila parti minta untuk terus bekerja maka kita bekerja,” katanya menurut laporan Malaysiakini.
Sallehen berkata, mereka komited meneruskan tugas sehingga Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat dan menetapkan pendirian berhubung krisis di Selangor pada Ahad ini.
“Apa-apa pun ia bergantung kepada keputusan pada 17 haribulan ini,” katanya.
Sallehen adalah satu daripada empat orang exco PAS yang memilih untuk kekal dalam pentadbiran Selangor selepas Khalid dipecat dari PKR. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Azlee Senario Bakal Dibedah Kali Kedua September Depan
SUSULAN kisah pelawak, Azlee Senario yang terpaksa menjalani pembedahan membuang batu dalam hempedu pada Hari Raya ketiga yang lalu, dia kini sedang beransur pulih dan sedang mempersiapkan diri untuk menjalani pembedahan kedua, September depan.
Pembedahan kedua itu terpaksa dilakukan bagi membuang keseluruhan bahagian hempedu itu kerana dikhuatiri masih terdapat batu yang mungkin akan merebak ke bahagian lain, memetik mStar Online.
Menurut Azlee, sebelum ini dia menyangka yang dirinya hanya terkena gastrik, namun keadaannya tidak pulih-pulih.
Pertemuan dengan pakar di hospital akhirnya merungkai masalah kesihatannya itu.
Pada masa yang sama, Azlee meluahkan kebimbangannya mengenai pembedahan kedua itu kerana ia lebih besar dan doktor akan menebuk pusat serta kedua-dua bahagian tepi perutnya bagi mengeluarkan hempedu itu.
Apapun, kami yakin ramai peminat di luar sana yang mendoakan agar segalanya dipermudahkan untuk pelawak ini.
Semoga dengan pembedahan seterusnya ini, Azlee akan kembali sihat dan dapat beraksi semula di kaca TV.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Sedih.. Kucing Tak Mahu Berganjak Dari Kubur Tuannya
Hanya mereka yang menyukai kucing akan faham betapa istimewanya hubungan antara binatang kesayangan Nabi Muhammad ini dengan manusia yang menjaganya.
Sebagai contoh adalah rakaman gambar menyentuh hati yang kini giat dikongsikan di laman sosial bagaimana seekor kucing setia menemani tuannya meskipun selepas mereka dipisahkan oleh kematian.
Daripada gambar dirakamkan, dapat dilihat kucing ini kelihatan sedih menyentuh pusara tuannya ketika talkin dibacakan dan tidak berganjak meninggalkan kawasan kubur meskipun selepas semua orang beredar.
Berdasarkan komen diberikan, ada yang berkata arwah bukanlah pemilik kucing ini tetapi mempunyai tabiat gemar memberi makan dan menolong kucing terbiar dan kucing ini mungkin salah seekor daripadanya. Apa pun dari sini dapat dilihat, binatang pun tahu erti kasih sayang dan menghargai manusia yang berjasa padanya. Malah kisah kesetiaan kucing hingga tidak tergamak meninggalkan pasangan yang mati bukanlah perkara luar biasa dan pernah kami siarkan sebelum ini.
– MYNEWSHUB.MY

Misteri Tiada Cermin Dalam Tandas Sebuah Mall Di Seremban
Nak diikutkan memang pelik bunyinya tapi sebuah pusat beli belah besar yang boleh dikira baru dibuka di Seremban dikhabarkan tidak meletakkan cermin di dalam tandasnya.
Dengar khabar ada cerita mistik di sebalik tindakan ini iaitu mengelak gangguan yang gemar muncul jika terdapat cermin dalam tandas.
Mengikut cerita yang kini tersebar di laman sosial, kisah seram di tandas pusat beli belah ini bukan rahsia lagi malah ia pernah disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina.
Selain tandas, pengunjung juga didakwa mengalami gangguan aneh ketika menonton wayang termasuk kaki tiba-tiba ditarik atau rambut terasa seperti diusik.
Benarkah dakwaan ini atau ia sekadar untuk menjejaskan pusat beli belah yang terbengkalai selama 10 tahun sebelum beroperasi ini?
Hanya mereka yang pernah mengalami pengalaman seram di sini dapat memberikan kepastian. - MYNEWSHUB.MY

MB: Wan Azizah Bakal Digantikan ADUN Ijok?
HARI ini ada cakap-cakap dari sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mungkin digugurkan sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Sumber dalaman itu menyebut Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok-PKR Dr Idris Ahmad sebagai calon Menteri Besar yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Cakap-cakap itu sudah pun tersebar luas di laman sosial Facebook hari ini. Tindakan itu dilakukan Anwar untuk cuba menarik kembali keyakinan PAS ke dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Anwar dilaporjan cukup risau apabila PAS keluar dari PR memandangkan jentera PAS yang ramai dan pasti melemahkan PKR jika PAS keluar.
“Dr Idris sebelum ini telah menjadi sebut-sebutan dari PAS,” kata sumber berkenaan.
Dengan berita terbaru ini, berkemungkinan hayat Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor akan berakhir tidak lama lagi jika PAS kembali menyokong idea PKR untuk menukar Menteri Besar.
Menurut sumber dalam itu, pengumuman nama baru itu akan dibuat Anwar dalam masa terdekat.
Semalam, Dr Wan Azizah telah mengadakan satu sidang media di Subang Jaya mengumumkan bahawa PR sudah pun memiliki sokongan 30 orang ADUN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ditambah sokongan dua ADUN PAS iaitu ADUN Morib Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Klang Saari Sungib.
Dalam nada yakin semalam, Dr Wan Azizah tetap yakin bahawa hanya nama beliau akan berjaya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sepertimana kehendak parti yang dicanangkan sejak beliau memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Kajang sebelum ini. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Video: Kanak-Kanak Komen Jujur Pasal Makanan Mewah
Kaviar atau telur ikan mentah, pasta dakwat sotong dan ‘edible gold’ merupakan antara makanan mewah yang kerap kali dihidangkan di restoran-restoran mewah di seluruh dunia.
Selalu mendapat perhatian hangat daripada pelanggan bercitarasa tinggi, kali ini video di bawah ini menunjukkan pula respons sekumpulan kanak-kanak mengenai makanan-makanan mewah itu.
Ada yang dengan jujur tidak mengemari makanan yang dihidangkan, ada juga yang suka.
Namun, rata-ratanya tidak menyukai apa yang dihidangkan kepada mereka.
Memang comel tengok respons masing-masing! – MYNEWSHUB.MY
Memang comel tengok respons masing-masing! – MYNEWSHUB.MY
TOP
VIDEO: Pandangan Ustaz Kenapa Wan Azizah Tak Boleh Jadi MB
Nampaknya dalam isu Menteri Besar Selangor yang sedang hangat menjadi topik perbualan politik sekarang, parti PAS dilihat tidak sependapat dengan rakan Pakatan Rakyat lain iaitu PKR dan DAP.
Pada pandangan kami pendirian PAS ini kerana parti tersebut tidak hanya mengambil kira strategi politik semata-mata tetapi turut menimbangkan hukum agama Islam dalam hal ini.
Bagi yang kurang faham apa kaitan antara Islam dengan pemimpin Selangor yang baharu, saksikan video disampaikan oleh penceramah bebas Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan di bawah.
Dah dengar?
Maka jelaslah, tindakan mahu meletakkan Datuk Seri Wan Azizah sebagai MB dibuat secara semberono oleh PKR demi kepentingan Anwar Ibrahim semata-mata tanpa berbincang dengan PAS. Hal ini kerana jika mereka bincang dahulu tentu ada wakil pemimpin PAS yang akan memperdengarkan sabda Rasulullah yang berbunyi: “Tidak akan berjaya sampai bila-bila satu kaum yang melantik wanita menerajui urusan mereka”.
- REM RAMZI / MYNEWSHUB.MY
Post by Abd Rahman Saad.

Pengacara Lelaki Mana Yang Jalin Hubungan Songsang Ni?
Pengacara lelaki mana yang sudah berkahwin tapi tergamak menjalinkan hubungan songsang dengan kekasih gelapnya itu?
Menerusi laporan sebuah akhbar tempatan, wartawan hiburan itu menceritakan perihal seorang pengacara lelaki yang menjalinkan hubungan cinta terlarang dengan rakan kepada wartawan tersebut.
Yang lebih mengejutkan, pengacara itu dikatakan membawa kekasihnya datang bermalam di rumah ketika isterinya tiada di rumah dan pulang ke kampung.
Menerusi klu yang diberikan, pengacara tersebut dikatakan seorang yang sangat terkenal dengan kata-kata pujangga dalam penyampaiannya.
Hmm, agak-agak anda siapa pengacara lelaki yang dimaksudkan itu ya? - MYNEWSHUB.MY
Oleh: AUDREY LEE
Foto: sumber forum cari
Oleh: AUDREY LEE
Foto: sumber forum cari
TOP
Rakyat Singapura Marah Insiden Wanita Berak Di Tempat Awam
Rabu lalu, masyarakat Singapura hangat memperkatakan tentang gambar seorang wanita pendatang asing dari China membuang air besar di tempat awam secara selamba yang menjadi viral di laman siber.
Rata-rata berasa marah dengan insiden ini dan menyifatkan mereka sudah muak dengan perangai pendatang asing China yang gemar berkelakuan tidak beradab dan mencemarkan keindahan negara mereka.
Rungutan rakyat ini nampaknya diambil serius oleh Kerajaan Singapura yang segera mengadakan mesyuarat bagi membincangkan cara penyelesaian.
Hasilnya satu sidang media diadakan semalam bagi mengumumkan hukuman baru jika membuang air kecil mahu pun besar di tempat awam sekitar Singapura berkuat kuasa mulai hari ini (15 Ogos 2014) iaitu:
1) Denda $1000 (RM2537) jika ditangkap buang air di khalayak ramai.
2) Penjara 12 bulan atau lebih dan 6 sebatan bagi kesalahan kali kedua.
3) Pesalah akan dihantar menjalani Corrective Training di mana mereka dikehendaki mencuci tandas awam di tempat paling sibuk di Singapura selama sebulan. Jika tidak memuaskan, tempoh cuci tandas awam ini akan dilanjutkan.
4) Orang ramai digalakkan merakam pesalah yang membuang air di tempat awam dan bakal menerima voucer bernilai $100 sebagai penghargaan selepas pesalah berjaya diberkas.
Hai, macam-macam kan?
Mujurlah berak merata-rata bukan salah satu masalah yang perlu diselesaikan Malaysia berkaitan isu pendatang asing di negara ini. - MYNEWSHUB.MY
Oleh: REM RAMZI
(Sumber - All Singapore Stuff)

Sumber Istana: Gosip Neelofa Kahwin Kerabat Tidak Benar
Tak semena-mena gosip mengatakan pelakon dan pengacara jelita, Neelofa Mohd Noor bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang kerabat diraja mula tersebar sejak awal minggu lalu.
Perkara ini dikesan selepas cerita tersebut ditulis dalam kebanyakan portal-portal hiburan tempatan.
Namun, menerusi Astro Awani, perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana sumber dalaman istana dari sebuah negeri di Pantai Timur menafikan desas-desus tersebut.
Sumber yang enggan dikenali itu berkata, “saya menafikan sekeras-kerasnya spekulasi tersebut. Saya berharap tiada pihak yang akan terus menggembar-gemburkan cerita ini kerana ia tidak benar”.
“Kalau cerita ini betul, pasti pihak istana akan mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan kedudukan sebenar. Tetapi hingga sekarang tiada kenyataan dikeluarkan, bermakna cerita itu tidak benar,” kata sumber itu lagi.
Namun, Neelofa ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut, aktres itu mengatakan dia hanya akan memberi kenyataannya pada September depan untuk berlaku adil kepada semua pihak media yang lain.
Adakah dengan kenyataan Neelofa itu bermaksud dia bakal dirisik pada bulan hadapan?
Hmm, kita tunggu dan lihat apakah pengumuman yang mahu diwar-warkan Neelofa itu kelak. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Sedap Mulut Aje Org Kedah Dgn Penang Nak Tentukan MB Selangor
Wah… kalau dah gila kuasa, tak tahu batas sempadan nooo… macam haraammmmm.
Penulis bukan anti orang Kedah atau Penang… tapi anti ada dua orang dari negeri tu yang sekarang duk sibuk nak tentukan siapa Menteri Besar kat negeri penulis. Selamba aje Wan Jijah (Kedah) dan Anwar Ibrahim atau Bang Non (Penang) nak terajang keluar anak jati Selangor dan sama-sama pass baton untuk jadi MB baru. Hello… siapa kauorang dua nak jadi hero heroin ni? Ingat Selangor ni bapak Bang Non punya ke? Selamba suka hati aje nak datang alihkan anak Selangor dari jawatan itu. Semua tahu Anwar yang putuskan benda ni … kalau Anwar tak nak tak jadilah kan… Cuba tengok kat bawah tu… mantan Mufti Perlis pun dah bersuara sindir Bang Non. Memanglah undang-undang tubuh negeri tidak menghalang, tetapi itu bukan alasan untuk lantik bini sendiri asal Kedah untuk jadi MB. Hormat la sikit orang-orang Selangor bro! Gua tak boleh la perempuan boneka pada Kedah nak datang mengarah-arah orang kat negeri gua. Kalau hendak sangat ganti, carilah anak Selangor jugak boleh tak?
Oleh: AK-47

Kenyataan Husam Yang Jelas Membelakangkan Pendirian PAS
Tidakkah kenyataan ini nyata membelakangkan kenytaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul AM, Datuk Nik Aziz Nik Mat? Taksub dengan Anwar sehingga kehendak parti sendiri dipermainkan.
Kenyataan Husam seperti yang tersiar dalam Facebook beliau:
Tan Sri Khalid Ibrahim Cukup Memperalatkan PAS
Saya memerhatikan pergolakan Selangor sambil mendisiplinkan diri dengan membisu sekian lama. Diharapkan ia tidak menambahkan kekeruhan sedia ada sekalipun sekian ramai awak-awak telah mengharu birukan lagi keadaan dengan komen-komen yang sesetengahnya tidak bertanggung jawab, bahkan mencederakan nama baik PAS.
Tikus lebih mudah merosakkan labu kerana menghancurkan lebih mudah dari membina.
Namun begitu, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai seorang insan gentleman dan berakhlak mulia mesti tahu batas beliau boleh menumpang PAS. Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat. Presiden PAS telah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu telah berlalu.
Perkembangan lain telah berlaku selepas episod itu. Di mana PAS tidak wajar timbul tenggelam bersekali Tan Sri Khalid dan menggorbankan prinsipnya yang lebih besar, nama baiknya, akhlak politik yang dipegangnya dan amanah atas nama PAkatan rakyat yang ia perolehi dari rakyat Selangor.
Tan Sri telah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan Pakatan Rakyat, ia bukan mewakili PR lagi.
Tan Sri sedar sepenuhnya hal ini ?
Kerajaan Selangor adalah kerajaan Pakatan Rakyat. Bukan kerajaan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagaimana seorang ADUN bukan anggota PR boleh terus menjadi MB Pakatan Rakyat?
Tan Sri memecat exconya dari PKR dan DAP. Juga mengambil pelbagai langkah politik lain lagi yang ikut memalitkan PAS tetapi PAs tidak pernah tahu mengenainya.
Tindakan ini boleh memecah belahkan Pakatan kerana seakan menunjukkan PAS terus mendokong MB yang sudah hilang legitimasi.
Ia merosakkan PAS dan Tan Sri tidak berhak berbuat demikian kepada PAS.
Untuk memecat Exco dari PKR dan DAP dan mengekalkan PAS, ia mesti dibincangkan lebih dahulu dengan PAS (Jawatankuasa PAS Pusat) dan mendapat persetujuan gabungan yang lain.
Setahu saya, PAS Pusat tidak pernah bermesyuarat dalam tempoh ini untuk memutuskan kedudukan itu.
Saya selaku salah seorang Naib Presiden tidak pernah dimaklumkan oleh mana-mana pihak tentang hal ini. Setahu saya, PAS Pusat juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa untuk memutuskan perkara ini.
Dengan ini, Tan Sri telah melibatkan PAS untuk survival Tan Sri sebagai MB dengan cara yang menjejaskan nama baik PAS di mata rakyat Selangor. Ini sangat tidak wajar.
Bagaimana Tan Sri boleh kekal sebagai MB dengan tidak melepaskan jawatan secara bermaruah pada hari sama Tan Sri dipecat sebagai ahli PKR? Sultan menitahkan untuk Tan Sri kekal adalah kebijaksanaan baginda tetapi Tan Sri mempunyai pilihan untuk menolak perkenan itu atas pilihan Tan Sri sendiri.
Apa lagi bertindak seakan Tan Sri masih berkuasa penuh pada hal asas legitimasi Tan Sri sudah runtuh. Untuk kekal sebagai MB, Tan Sri tidak boleh mencaturkan 15 ADUN PAS untuk menggenapkan cukup bilang bagi pembentukan kerajaan Selangor PAS + UMNO + TSKI + lompat parti DAP/PKR.
Itu sangat tidak bermoral. Itu meniru gaya UMNO di Perak. Perbuatan terkutuk dan ditolak oleh amalan demokrasi yang mulia. Memasukkan perkongsian kuasa PAS dan UMNO melanggar banyak prinsip yang dipegang oleh PAS selama ini.
UMNO adalah lawan PAS dan tidak ada mana-mana kuasa dalam PAS boleh mengizinkan PAS berkongsi kuasa dengan UMNO tanpa melalui kelulusan Muktamar Agung PAS.
Ia tidak mungkin dilakukan dalam jangka masa Tan Sri membilang jumlah ADUN untuk mengekalkan Tan Sri sebagai MB sekarang. Tan Sri sudah tidak mempunyai cukup bilang sekarang.
Jika itu dilakukan oleh PAS, bermakna PAS menerima hubungan ‘sodomy’. 15 ADUN PAS dipilih oleh rakyat Selangor atas tiket kerja sama Pakatan Rakyat. UMNO ditolak oleh majoriti rakyat Selangor kecuali di 12 dun. Kedudukan UMNO adalah sebagai pembangkang dan PAS adalah sebahagian dari Kerajaan Selangor.
Membawa UMNO dari pembangkang dan duduk sebagai kerajaan bersama PAS dengan menolak dua lagi parti gabungan yang telah dipilih secara sah oleh rakyat adalah perbuatan terkutuk yang tidak dizinkan oleh Islam.
Islam tidak mengizinkan pengkhianatan. Islam tidak mengizinkan pecah amanah. Dalam hal ini, amanah majoriti pengundi Selangor memilih Pakatan sebagai kerajaan dan menolak UMNO.
Tan Sri sebagai tokoh korporat yang biasa dengan angka tentu tahu, sekalipun 15 ADUN PAS campur 12 ADUN UMNO campur Tan Sri, ia hanya berjumlah 28 ADUN dari 56 jumlah ADUN.
50:50. Ia tidak membolehkan Tan Sri mendapat simple majority dari awal, sekalipun jika PAS dan UMNO sanggup bersekongkol untuk mendaulatkan seorang insan bernama Khalid Ibrahim lebih dari segala-galanya.
Sementalah PAS dan UMNO kedua-duanya, secara pendirian parti yang rasmi, tidak pernah memberikan persetujuan itu sehingga hari ini. Hari Jumaat yang mulia – 15 Ogos 2014 – hari ini.
Jika Tan Sri mengharapkan YB Rodziah dan YB Teng yang disebut-sebut kononnya akan bersama Tan Sri sehingga Tan Sri melewatkan pemecatan YB Rodziah berbanding yang lain, namun mereka telah mengambil pendirian insan bermaruah dan pendekar terbilang kerana kekal bersama parti masing-masing.
Syabas! Saya amat bangga dengan mereka dan ia telah memberikan hiburan bagi hati yang gundah di tengah kecenderungan menggunakan ‘jual beli kuda taruhan’ .
Kentalnya YB Rodziah menolak tawaran kekal dalam Exco sekalipun berkereta besar dan bergaji lumayan adalah satu tamparan yang patut menyedarkan Tan Sri pada saat itu juga.
Legitimasi Tan Sri sebagai MB sudah berakhir.
Harapan mendapatkan sekurang-kurangnya seorang ADUN untuk mendapatkan simple majority sudah tertutup.
Apa lagi bila dua ADUN PAS mengambil langkah bersendiri mereka menolak Tan Sri sebagai MB secara terbuka.
Sekalipun jika jarum jam boleh berpatah ke belakang, saya akan menasihatkan mereka untuk terlebih dahulu mendapat restu parti. Itu yang terbaik.
Tetapi tindakan mereka telah meletakkan usaha pihak mana jua untuk mewujudkan sebuah kerajaan gabungan PAS+UMNO+TSKI+lompat gagal dan mustahil.
Tan Sri tahu ini.
Lantas, apa lagi yang ditunggu?
Tidakkah mulia untuk Tan Sri bermaruah melepaskan jawatan MB?
Atau Tan Sri kini berfikir untuk membubarkan DUN?
Bukankah tindakan itu akan menyusahkan Tuanku Sultan Selangor?
Kenapa tidak pada tarikh Tan Sri mengadap Sultan Selangor baru ini Tan Sri mencadangkan DUN di bubarkan?
Jika kerana Tan Sri gagal mendapatkan cukup bilang Sultan Selangor mengambil langkah membubarkan DUN, ia pada hemat saya, akan mencemarkan istitusi diraja.
Model Perak di mana tokoh yang mendapat sokongan majoriti dilantik tanpa pembubaran DUN dan tanpa sidang DUN hendaklah menjadi cermin. PAS telah mengalami pengalaman yang pahit bila MB Kelantan yang dilantik atas tiket PAS dan hendak ditukar oleh PAS, antara lain bukan kerana kesalahan jenayah rasuah tetapi semata-mata kerana gagal mengikut semangat dan arahan parti, telah mencetuskan krisis disebabkan UMNO melanggar konvensyen urusan parti lain tidak boleh dicampuri oelh parti gabungan yang lain.
Malangnya UMNO melanggar konvensyen itu. Lama PAS mengutuk tindakan jahat UMNO. Dari dulu hingga kini. Ia tercatat dalam dokumen rasmi PAS, ucapan pemimpinnya dan tesis para mahasiswa.
Oleh itu, TAN SRI harus tidak mengheret PAS dalam krisis TAN SRI. Parti TAN SRI berhak menukar TAN SRI dengan calon lain.
PAS boleh memberikan pandangan tetapi harus akur prerogative itu adalah hak PKR.
Itulah yang berlaku di Kedah semasa ada pandangan YAB Ustaz Azizan wajar ditukar sebagai MB.
PKR tidak menjamah urusan itu.
Jika Tan Sri berterusan mengheret PAS, seakan TAN SRI mahu PAS dilihat melanggar konvensyen yang ia telah junjung sejak ia kehilangan kuasa di Kelantan 1978. Jika budi PAS yang telah menunjukkan setia kawan bersama TAN SRI dihargai, janganlah PAS diseret lebih jauh.
Meletakkan jawatan adalah langkah terhormat. Ia bukan akhir sebuah karier politik.
Bertindak secara tidak bermaruah itulah sebenarnya akhir sebuah karier politik. Dan hitamnya rekod kehidupan.
Pada hari Jumaat yang berkat ini, kita memohon panduan Allah swt.
Husam Musa
Naib Presiden PAS
15 Ogos 2014.

UMNO Ketawa Rakyat Menangis -Apa Sebab Heret UMNO?
Kepada minah ah beng yang pegang poster tu, pertama sekali UMNO tak terlibat dalam pergaduhan di Selangor.
Itu pergaduhan yang dimulakan sesama sendiri antara PKR, DAP dan PAS.
Apasal nak sabitkan UMNO pulak? Pelik betul tengok…
Keduanya, rakyat di Selangor bukan miss ah beng dan kaum sebangsa miss ah beng aje yang tinggal. Gua punya orang Selangor, rakyat negeri itu jugak… tak menangis pun tengok apa yang jadi.
Sebaliknya gua rasa bersyukur kerana sikap sebenar antara PAS, DAP dan PKR sudah diperlihatkan oleh Allah SWT sebelum pilihan raya umum akan datang.
Yang menangis mungkin Cina DAP la kot… agenda makin lemah.
Bila apa-apa aje guna perkataan rakyat… macamlah semua orang sokong kau. Rakyat tu luas maknanya…ok?
(Sejak bila bahasa Cina jadi bahasa rasmi kat Malaysia?)
(Ini tunjuk perasaan anti parti komunis China ke? Apa yang mamat baju putih tu pegang?)
Kredit Gambar: Blog The Unspinners

VIDEO: Lelaki Lintang-Pukang Berenang Akibat Dikejar Buaya
TAK dapat dibayangkan paniknya kami kalau berhadapan dengan situasi seperti lelaki dalam rakaman ini.
Kelam-kabut dia berenang ke darat akibat dikejar oleh seekor buaya.
Mujurlah ada individu yang membantunya dengan mencampakkan objek dari tempat tinggi, sekaligus mengalihkan perhatian buaya tersebut.
Apapun, kami tabik dengan kepantasan lelaki berkenaan berenang ke daratan. Memang laju…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Post by Wikipedia Rakyat.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Dua Suspek Video Sukan Bogel P Pinang Serah Diri Pada Polis
DUA orang lelaki dipercayai peserta dalam rakaman program Sukan Bogel Pulau Pinang 2014 menyerah diri di Ibu Pejabat Daerah Polis Barat Daya bagi membantu siasatan kes berkaitan video berkenaan.
Suspek yang berusia 34 tahun merupakan warga Malaysia dan seorang lagi suspek berusia 41 tahun merupakan warga Singapura ditahan sejurus tiba.
Ketua Polis Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kedua-duanya ditahan reman masing-masing sehingga Ahad dan Isnin depan, memetik laporan laman Astro Awani.
Abdul Rahim berkata, suspek warga Singapura merupakan jurugambar sambilan menyerah diri kelmarin manakala warga tempatan yang merupakan seorang peniaga di ibu negara menyerah diri semalam.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis serah terima tugas melibatkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan ACP Shafien Mamat di Nibong Tebal, hari ini.
Video berkenaan yang menunjukkan enam lelaki dan enam wanita berada di sebuah pantai rahsia iaitu di Pantai Teluk Kampi menyertai pelbagai jenis program sukan dalam keadaan bogel.
Mereka juga mengadakan program melukis, di atas badan masing-masing di sebuah pondok yang terdapat di pantai berkenaan.
Dalam siasatan polis, Abdul Rahim berkata pihak mendapati sembilan peserta program berkenan turut mengadakan satu lagi aktiviti berbogel di sebuah homestay di Bukit Genting, Balik Pulau sehari selepas program di Teluk Kampi.
“Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, sembilan peserta mengadakan satu pesta bogel di sebuah dusun durian di sebuah homestar antara 31 Mei dan 1 Jun.
“Beberapa orang daripada mereka turut menyertai satu festival berbogel antarabangsa di Pattaya, Thailand yang bermula 6 Jun lepas,” kata Abdul Rahim.
Selain itu, polis sebelum ini telah mengenalpasti kewarganegaraan 15 peserta iaitu tujuh warganegara Malaysia, empat Singapura, dua Myanmar dan satu masing-masing dari India dan Filipina. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Skuad Memanah Risau Keadaan Cuaca Di Nanjing
NANJING – Keadaan cuaca tidak menentu dengan hujan dan tiupan angin di Lapangan Memanah Fangshan menimbulkan kerisauan skuad memanah negara yang akan memulakan aksi awal temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) pada 22 Ogos ini.
Jurulatih skuad memanah pelapis negara, Wan Mohd Khalmizan Wan Aziz berkata hujan dan keadaan angin yang tidak menentu pasti akan memberi cabaran hebat kepada pemanah negara kerana ketepatan dalam melakukan pemanahan bergantung dengan keadaan cuaca dan juga tiupan angin pada hari kejohanan nanti.
“Cuaca dan keadaan angin adalah satu daripada faktor yang menentukan ketepatan dalam melakukan pemanahan namun kejayaan dalam pertandingan bergantung kepada kemahiran dan penguasan teknik bagi seseorang pemanah.
“Bagaimanapun kita mempunyai perancangan tersendiri dan bersedia untuk menghadapi kemungkinan itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Bekas pemanah kebangsaan itu berkata beliau yakin bahawa anak didiknya Mohamad Zarif Shahiir Zolkifli bijak membuat keputusan apabila turun beraksi nanti.
Wan Mohd Khalmizan berkata untuk layak ke pusingan berikutnya, Mohamad Zarif perlu mengatasi pemanah dari negara Korea Selatan dan Taiwan yang sudah pasti akan memberi cabaran hebat kepada pemanah negara sejak dari awal pertandingan.
Sementara itu, wakil tunggal negara dalam acara memanah, Mohamad Zarif berkata beliau turut risau dengan keadaan cuaca di Nanjing yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi ketepatan dalam melakukan pemanahan pada hari kejohanan nanti.
“Saya akan cuba melakukan panahan terbaik pada Jumaat nanti bagi memastikan layak ke pusingan berikutnya dan sasaran peribadi saya adalah sekurang-kurangnya layak ke pusingan suku akhir,” katanya.
Mohamad Zarif, 16, berkata beliau mengakui agak takut kerana menjadi peserta tunggal negara bagi acara memanah namun ia bukan alasan bagi beliau untuk mengalah sebelum kejohanan bermula.
“Saya tidak berani untuk meletakkan sasaran pingat namun akan cuba yang terbaik bagi layak masuk ke perlawanan pusingan suku akhir nanti,” katanya.
Pemanah kelahiran Terengganu itu layak ke YOG 2014 setelah berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan pemanah terbaik di Kejohanan Memanah Dunia Remaja 2014 di Wuxi, China pada Oktober tahun lepas.
Selain sukan memanah, Malaysia turut mengambil bahagian dalam acara akuatik (renang dan terjun), badminton, gimnastik (artistik dan gimrama), golf, olahraga, menembak, pelayaran, taekwondo, dan ekuestrian. – BERNAMA
TOP
Lebih 75 Peratus Stesen Petron Dijenama Semula
KOTA KINABALU - Lebih 75 peratus daripada 560 buah stesen Petron di seluruh negara kini dijenamakan semula, termasuk 28 stesen minyak di Sabah.
Ketua Perdagangan Runcit Petron Malaysia, Faridah Ali berkata, menerusi penjenamaan semula itu pihaknya akan terus memberikan produk minyak dan servis yang terbaik kepada pelanggan.
“Sempena penjenamaan semula dan naik taraf stesen Petron, stesen kami mengadakan karnival sebagai tanda menghargai pelanggan.
“Sambutan ini diadakan sempena pengenalan Petron di Sabah dan mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang telah menyokong kami, selain peluang bagi pengusaha stesen menjalin ikatan yang lebih kukuh dengan pelanggan mereka,” katanya ketika melancarkan Hari Penghargaan Pelanggan di stesen minyak Petron Ulam North, di sini, hari ini.
Faridah berkata, karnival Petron Extravaganza Ria Hari Pelanggan Petron yang diadakan pertama kalinya di Sabah itu menawarkan pelbagai aktiviti selain mencuba produk Petron, iaitu Blaze 97, Blaze 95, Diesel Max dan minyak pelincir.
Beliau berharap karnival selama dua hari berakhir esok itu dapat mengeratkan lagi hubungan antara pengusaha stesen dengan pelanggan serta masyarakat.
“Selain membekalkan minyak berkualiti, kami menyediakan pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung seperti program khidmat masyarakat ‘Go-To Safety Points’ (GTSP) di mana Petron bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia untuk membantu membanteras jenayah dan mengutamakan keselamatan,” katanya.
Beliau berkata, program GTSP turut dilaksanakan di stesen di Sabah bagi meyakinkan pelanggan dan masyarakat umum agar merasa lebih selamat dengan kehadiran polis.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Faridah berkata, pihaknya akan menganjurkan program seumpama itu secara berperingkat selaras penjenamaan semula stesen Petron di beberapa negeri lain.
“Terdapat dua atau tiga stesen Petron dibuka tahun ini. Di Sabah kita mempunyai 50 stesen minyak, termasuk 28 dijenama semula dan sekarang kita tengah menjenamakan semula stesen di persekitaran Sandakan,” katanya.
Faridah turut menyampaikan sumbangan sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada lima buah rumah kebajikan di sekitar Kota Kinabalu dan sebuah organisasi perubatan selain sumbangan wang tunai, beras, minyak masak dan mata ganjaran Petron Miles.
Pada majlis sama, Faridah diiringi Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri, Herdiansah Abdul Karim menghadiahkan topi keledar dan jaket keselamatan kepada penunggang motosikal sebagai usaha berterusan menggalakkan keselamatan jalan raya. – BERNAMA
TOP
Hotel Felda Residence Sasar 25,000 Pelancong Tahun Ini
KUALA TERENGGANU – Hotel bertaraf tiga bintang, Felda Residence Kuala Terengganu menyasarkan seramai 25,000 pengunjung dari dalam dan luar negara menginap di hotel itu tahun ini.
Pengurus Kanan Felda Residence, Azhar Sanusi berkata, 70 peratus daripada sasaran itu ialah pelancong domestik manakala selebihnya pelancong asing.
“Kita jangka jumlah pelancong yang akan menginap di hotel ini tahun ini bertambah 1,000 orang berbanding tahun lepas 24,000 orang.
“Ini berikutan pelbagai promosi telah kita lakukan selain beberapa tarikan dalam kalendar pelancongan oleh pihak pelancongan Terengganu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis sambutan hari raya anjuran hotel berkenaan di sini, hari ini.
Turut diraikan seramai 50 orang anak-anak yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU) dari Taman Sinar Harapan, Bukit Besar di sini.
Beliau optimis dengan peningkatan sasaran pelancong itu kerana ia berdekatan dengan Pulau Warisan di Kampung Cina, Taman Tamadun Islam (TTI) serta Pasar Payang.
Azhar berkata, pelancong luar negara yang paling ramai menginap di hotel itu tahun lepas ialah dari Arab Saudi, China dan juga Singapura.
Menurutnya, kebanyakan pelancong menjadikan Hotel Felda Residence sebagai persinggahan sebelum mereka ke pulau peranginan, terutama Pulau Redang.
Hotel Felda Residence Kuala Terengganu yang mempunyai 180 bilik dengan kos pembinaan RM30 juta merupakan anak syarikat Felda Travel.
Ia mula dibina pada 2007 dan beroperasi hujung 2008 yang mempunyai ketinggian 20 tingkat, merupakan hotel tertinggi di bandar ini setakat ini.
Sebanyak 44 buah bilik di hotel itu menghadap ke Sungai Terengganu manakala 56 bilik lagi menghadap ke bandar Kuala Terengganu.
Beliau berkata, sempena bulan kemerdekaan, hotel itu menawarkan harga promosi serendah RM180 satu bilik. – BERNAMA
TOP
Laporan Awal Kotak Hitam Diumum September Ini
KAMPAR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laporan awal data kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine 17 Julai lepas dijangka diumumkan pasukan siasatan antarabangsa diketuai Belanda pada awal September ini.
Beliau berkata pasukan siasatan antarabangsa telah membuat laporan dan akan menyerahkannya kepada negara-negara berkaitan.
Pasukan siasatan masih menjalankan siasatan di tapak lokasi nahas dan tidak boleh mendedahkan kandungannya buat masa ini, katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Konvokesyen Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampus Perak di sini hari ini.
Liow berkata pasukan siasatan telah memperoleh suara rakaman daripada kokpit serta kandungan data penerbangan selain mengadakan mesyuarat mengenai laporan awal kotak hitam.
"Semua rakaman daripada kotak hitam itu sempurna, tidak dirosakkan, tidak dicemari dan boleh dibaca dengan jelas," katanya.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.
Mengenai istiadat penghormatan jenazah tragedi itu pada 22 Ogos ini, Liow berkata jenazah akan dibawa pesawat khas Boeing 747 dari Amsterdam yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10 pagi.
"Keluarga mangsa diharap bersabar, kuatkan semangat...kerajaan bersama mereka. Kita semua dalam kesedihan, itu yang kerajaan umumkan Hari Berkabung (pada 22 Ogos) kerana ia adalah tragedi negara," katanya.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 22 Ogos sebagai Hari Berkabung Negara berikutan ketibaan jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat MH17. - Astro Awani
TOP
Lebih 50 Orang Hilang Tempat Tinggal Kebakaran Di Tawau
TAWAU – Lebih 50 orang hilang tempat tinggal selepas 12 rumah di Kampung Baru, Pasir Putih, di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi itu, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan apabila semua penghuni sempat menyelamatkan diri.
Bagaimanapun, sebahagian besar penghuni gagal menyelamatkan barangan berharga dan dokumen penting apabila api marak dengan cepat berikutan kedudukan rumah yang rapat.
Sepasukan anggota bomba yang tiba di lokasi beberapa minit selepas itu berjaya mengawal api daripada merebak. – Berita Harian
TOP
KDNK Malaysia Lebihi 5.5 Peratus Dalam 2014 – Zeti
KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menjangka pertumbuhan ekonomi negara melebihi 5.5 peratus bagi tahun ini ekoran prestasi kukuh yang dicatatkan dalam enam bulan pertama 2014, kata Gabenor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Beliau berkata Malaysia mencatatkan prestasi kukuh dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus bagi enam bulan pertama 2014, berbanding 4.4 peratus yang dicatatkan dalam tempoh yang sama setahun lalu.
Angka-angka unjuran rasmi bagi KDNK akan diumumkan dalam Bajet 2015 yang akan datang, kata Zeti dalam satu sidang akhbar tentang prestasi KDNK negara dalam suku kedua, di sini hari ini.
Pada mulanya, BNM mengunjurkan pertumbuhan KDNK tahun ini sebanyak 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.
Tentang prestasi suku kedua, beliau berkata keputusan yang dicapai didorong oleh angka-angka positif daripada sektor pembinaan, perkilangan, perkhidmatan, pertanian dan perlombongan.
Sementara itu, kata Zeti, kadar inflasi dijangka kekal pada tiga peratus hingga empat peratus tahun ini, berikutan pertumbuhan KDNK yang stabil dalam suku kedua iaitu sebanyak empat peratus.
Bagaimanapun, bagi 2015, kadar inflasi dijangka meningkat buat sementara disebabkan oleh beberapa pelarasan harga ekoran pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus pada 1 April, katanya.
“Tetapi kadar ini akan turun dan stabil dalam 2016 ke angka purata inflasi jangka panjang tiga peratus,” kata Zeti.
Ditanya tentang unjuran KDNK tahun depan selepas pelaksanaan GST, beliau berkata bank pusat itu akan hanya mengumumkannya setelah kerajaan mengeluarkan senarai penuh item kadar sifar di bawah GST dalam Bajet 2015 Oktober ini.
“Pelarasan harga ini tiada kemungkinan memberi kesan besar ke atas KDNK,” katanya. – BERNAMA
TOP
Penganggur Mengaku Tak Bersalah Ugut Bekas KPN
MELAKA – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mengugut bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, 71, menerusi sepucuk surat pada hujung Jun lalu.
P M Selvarajoo, 58, dari Bukit Baru, di sini, didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan PK9, Kawasan Perindustrian Krubong, di sini, kira-kira pukul 7 pagi, 28 Jun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.
Majistret Nurul Ezwaney Husin membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 18 Sept untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurfarhana Ahmad manakalatertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA
TOP
OKU Berpeluang Ikuti Latihan Di Lebih 1,000 Pusat Latihan
MARAN – Lebih 1,000 pusat latihan termasuk 600 buah milik kerajaan di seluruh negara menyediakan pelbagai latihan kemahiran kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) termasuk yang cacat penglihatan dalam usaha membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih terjamin.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Mutalib berkata latihan itu juga dapat membantu kerajaan melahirkan tenaga kerja terlatih dari kalangan golongan tersebut sekali gus memenuhi keperluan pasaran kerja negara.
“Terdapat lebih 7,000 orang ibu tunggal, OKU dan pelatih lain sedang mengikut pelbagai kursus serta latihan kemahiran di pusat-pusat tersebut pada masa kini.
“Yang amat dibanggakan sejak peluang latihan itu turut diberikan kepada golongan tersebut, kita telah berjaya melahirkan ramai tenaga kerja yang terlatih daripada golongan OKU dengan hampir 78 peratus daripadanya telah memperoleh peluang pekerjaan termasuk berniaga sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Aidilfitri OKU Daerah Maran di Kompleks Perumahan Sinar Penyayang di sini hari ini.
Katanya, golongan OKU yang berminat untuk mendapatkan latihan, perlu mendaftar terlebih dahulu dengan kementerian bagi tujuan saringan sebelum mereka yang terpilih ditempatkan di pusat latihan dengan kursus yang bersesuaian.
Ismail yang juga Anggota Parlimen Maran berkata, kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan golongan OKU dan memberi jaminan akan terus membela nasib golongan berkenaan.
Menurutnya, ia termasuk menyalurkan geran bantuan dan peralatan kepada mereka yang berminat menjalankan perniagaan supaya mereka mampu hidup dan berdikari untuk membina masa depan yang lebih baik.
“Kerajaan ada menyediakan dana khas di bawah Skim Galakan Bantuan Perniagaan (SGBP) untuk golongan OKU dan sejak 15 tahun lalu hampir RM30 juta sudah dibelanjakan bagi membantu golongan terbabit dalam perniagaan,” katanya. – BERNAMA
TOP
MPM Gesa Amerika Syarikat Henti Sokong Israel
KUALA LUMPUR – Majlis Pendekar Malaysia (MPM) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Kedutaan Amerika di sini bagi mengutuk tindakan negara itu menyokong Israel.
Presiden MPM Tan Sri Omardin Mauju berkata memorandum dua muka surat itu ditujukan kepada Presiden Barack Obama bagi menuntut Amerika Syarikat supaya berhenti memberi sokongan ketenteraan dan kewangan kepada Israel.
“Kami semua bersatu dalam memberitahu Amerika Syarikat bahawa rakyat Malaysia menentang Israel dan kekejaman yang dilakukannya terhadap rakyat Palestin,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada seorang pegawai kedutaan Amerika Syarikat di sini.
Omardin juga menggesa semua rakyat Malaysia supaya memulau produk yang mempunyai kaitan dengan Israel dan meminta mereka melakukan sesuatu bagi membantu perjuangan rakyat Palestin.
Kira-kira 30 anggota MPM berkumpul di hadapan bangunan kedutaan itu di Jalan Tun Razak di sini pada 2.30 petang sambil membawa sepanduk mengandungi mesej yang menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Serangan Israel di Gaza sejak 8 Julai lepas menyebabkan hampir 2,000 rakyat Palestin, yang kebanyakannya orang awam, terbunuh. – BERNAMA
TOP
Kanak-Kanak Maut Dilanggar Selepas Berjemaah Di Masjid
MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut dilanggar sebuah kenderaan selepas selesai berjemaah di Masjid Kampung Gelam, Tanjung Kling semalam.
Mangsa dikatakan sedang melintas jalan untuk membeli minuman.
Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supt Razali Abu Bakar berkata kejadian berlaku kira-kira 8.30 malam apabila Muhammad Anas Amir, 7, dirempuh sebuah kenderaan yang datang dari arah Klebang menuju Tanjung Kling.
“Rempuhan mengakibatkan mangsa tercampak di tepi jalan dan maut di lokasi kejadian. Kenderaan yang melanggar mangsa masih belum dikenal pasti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mayat kanak-kanak tersebut dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.
Razali meminta orang ramai yang melihat kejadian itu tampil memberi maklumat.
Sementara itu bapa mangsa, Amir Omar, 51, berkata ketika itu beliau masih berada di dalam masjid membawa Yassin selepas selesai solat Maghrib.
Beliau berkata anaknya bersungguh-sungguh mahu mengikutnya menunaikan solat dan bersiap-siap lebih awal.
“Satu ketika dia duduk di sebelah saya. Saya hanya menyedari ketiadaan Anas selepas seorang rakannya memaklumkan dia terbabit dalam kemalangan di hadapan masjid.
“Pada awalnya saya sangka dia hanya terbabit kemalangan biasa, namun saya terkejut apabila melihat jasadnya di tepi jalan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Cadang 30% Calon PRU Daripada Golongan Muda
KOTA BHARU – Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mencadangkan 30 peratus calon pilihan raya umum akan datang terdiri daripada golongan muda berusia bawah 40 tahun.
Beliau berkata kini tidak sampai empat peratus calon yang menang peringkat Parlimen pada pilihan raya umum lepas, berusia bawah 40 tahun.
“Kita harap pucuk pimpinan parti boleh mempertimbangkannya supaya calon pilihan raya umum terdiri daripada golongan muda sama ada lelaki dan wanita yang berusia bawah 40 tahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno bahagian Kota Baharu di sini, hari ini.
Khairy berkata langkah tersebut sebagai memberi peluang kepada golongan muda yang terdiri daripada pelbagai bidang kerjaya termasuk profesional menjadi pemimpin pelapis yang cemerlang pada masa depan.
“Perkaderan sudah ada banyak peningkatan, sudah ada ramai pemimpin baharu berumur 20an dari golongan profesional dan pemimpin mahasiswa ramai bersama kita, beri platform kepada mereka untuk menjadi pemimpin pelapis,” katanya.
Beliau berkata usaha meramaikan pemimpin muda daripada pelbagai latar belakang kerjaya yang semakin rancak sekarang memberi isyarat kepada rakyat bahawa Umno sedang berubah dengan barisan pemimpin pelapis baharu.
“Dalam kalangan jawatankuasa pusat Pemuda, saya sedang mencari pemimpin yang boleh mengambil alih tugas supaya peralihan bagi pemimpin yang melepasi had umur 40 tahun akan berjalan lancar,” katanya.
Terdahulu semasa berucap, Khairy menekankan Umno Kelantan perlu memperkukuhkan perpaduan bagi membolehkan Barisan Nasional kembali memerintah negeri ini pada pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA
TOP
Harga Rasmi Perodua Axia 2014 Dan Tempahan Online
Harga rasmi perodua Axia 2014 dan tempahan secara online. Pihak perodua akan membuka tempahan model baharu Perodua Axia bermula pada 15 Ogos 2014 yang dijual pada harga serendah RM24,900. Tempahan juga boleh dibuat menerusi bilik pameran Perodua yang berdekatan dengan kediaman anda pada harga tempahan sebanyak RM250 dan RM300 bergantung kepada varian.
Tempahan awal ini juga membolehkan pengguna memiliki Perodua Axia sebaik sahaja tarikh pelancaran model baharu tersebut. Untuk info, Kereta Perodua Axia dicipta untuk menggantikan perodua Viva dan penjimatan bahan api sejauh 21.6KM per Liter. Tempahan Perodua Axia 2014 Online Tempahan juga boleh dibuat menerusi laman sesawang perodua http://www.perodua.com.my mulai 15 Ogos 2014. Harga Rasmi Perodua Axia 2014 PERODUA Axia ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance.
Gambar Rasmi Perodua Axia 2014

3 Rakan Didakwa Tipu Lelaki Babitkan Wang Tunai RM747,000
IPOH – Tiga rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tujuh pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan wang berjumlah RM747,000 bulan lepas.
N. Narendran, 34, Meor Asri Ariffin, 43, dan A.S. Robert, 47, didakwa menipu Zain Mohamed Ismail, 55, kononnya untuk pelaburan perniagaan bekalan ubat dan alat pakai buang untuk Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
Tindakan tertuduh mendorong mangsa mendepositkan wang berjumlah antara RM68,000 dan RM170,000 ke dalam akaun CIMB atas nama Mesna Medical Supplies.
Ketujuh-tujuh kesalahan itu didakwa dilakukan di Bank CIMB, Jalan Kampar di sini antara 25 Jun dan 2 Julai lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab membenarkan mereka diikat jamin RM20,000 setiap seorang dan memerintahkan tertuduh melapor diri pada 15 hari bulan setiap bulan di balai polis berhampiran.
Mahkamah menetapkan kes disebut semula 24 Sept ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Kavitha manakala tertuduh masing-masing diwakili peguam Nurul Azira Abdul Aziz, E.P. Seeralasittan dan Jaswant Singh. – BERNAMA
TOP
Lelaki Maut Diserang Lebah Di Johor
Johor - Seorang lelaki maut kerana diserang oleh kawanan lebah di Kilang Sawit Lock Heng, Bandaar Penawar dekat sini pada pukul 12.24 tengahhari tadi, lapor laman Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.
Mangsa yang telah dikeluarkan oleh anggota bomba disahkan meninggal oleh juru medik yang bertugas. Mayat telah diserahkan kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
NGO Mahu Sultan Selangor Jangan Campuri Isu MB
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah diminta agar tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Sekretariat Badan Bukan Kerajaan (NGO) Teo Beng Hock Trust For Democracy, Faisal Mustaffa berkata, sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai pemilihan pucuk pimpinan negeri itu tidak seharusnya menerima campurtangan dari Sultan Selangor.
"Kita mohon agar Sultan Selangor untuk tidak mencampuri urusan pentadbiran dan keputusan mengenai pemilihan pucuk pimpinan kerajaan negeri," katanya pada sidang media 'Kembalikan Selangorku' A Black Ribbon Campaign di sini, hari ini.
Beliau yang juga Koordinator kempen tersebut turut mendesak agar Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim meletakkan jawatan selepas memberhentikan lima exco negeri itu.
"Kami terkejut dengan pemecatan lima orang exco negeri Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang dibuat oleh beliau (Khalid Ibrahim).
"Keputusan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim itu tidak demokratik ia betul-betul menghina pengundi di Selangor," ujarnya.
Dalam pada itu Faisal turut berkempen agar semua pengundi memakai reben hitam dan ditampal disetiap banggunan kerajaan dan pusat khidmat kerajaan negeri sebagai tanda untuk mengembalikan kerajaan Selangor kepada PR.
Sumber: rakyatnews.my
TOP
Ayah Dato` Jalaluddin Hassan Di Masukkkan Ke IJN
Ayah kepada pelakon terkenal Dato` Jalaluddin Hassan, 60, atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Hassan Azhari, 86, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 7 Ogos lalu selepas mengadu sakit dada dan sukar bernafas.
Menurut Dato` Jalaluddin, doktor di IJN menjelaskan ayahnya perlu menjalani pembedahan, bagaimanapun tidak dapat dilakukan dalam waktu terdekat kerana tekanan darah dalam badan ayahnya di tahap rendah.
“Doktor menyuruh ayah saya berehat dahulu di IJN, buat masa sekarang saya sendiri belum pasti tarikh yang sesuai untuk ayah saya menjalani pembedahan kerana doktor masih lagi membuat pemeriksaan yang selanjutnya, “ katanya dihubungi Murai.
Dalam pada itu, Dato` Jalaluddin berkata walaupun ayahnya kurang sihat tetapi beliau ceria dan sentiasa melayani tetamu yang datang serta berbual mesra.
“Tetamu yang datang tidak putus-putus melawat ayah saya, namun saya nasihatkan agar lebihkan rehat tetapi itulah ayah saya, seorang yang peramah dan melayan tetamu dengan baik sekali,” ujarnya. – Murai
TOP
Tiada Cuti Umum Sempena Hari Berkabung Negara
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 22 Ogos (Jumaat) sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine.
Beliau berkata satu istiadat penghormatan jenazah tragedi itu akan diadakan pada hari tersebut di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan ketibaan 16 jenazah tragedi itu termasuk seorang bukan warga negara Malaysia.
Katanya jenazah itu akan dibawa melalui sebuah pesawat khas dari Amsterdam yang dijangka tiba di KLIA pada 10 pagi.
"Upacara penghormatan untuk jenazah dibuat secara tertib, sesuai dengan penghormatan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi pesawat MH17.
Muhyiddin berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijangka berangkat ke istiadat tersebut, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jemaah menteri, menteri besar dan ketua menteri serta keluarga mangsa.
Muhyiddin berkata tiada cuti umum sempena hari berkabung negara tersebut. Pada upacara itu, setiap jenazah akan diusung pegawai istiadat dari Angkatan Tentera Malaysia dan dibawa menaiki 16 kereta jenazah dan diberi penghormatan mengikut agama masing-masing serta bertafakur.
Katanya sembilan daripada 15 jenazah warga Malaysia itu bukan beragama Islam. Identiti jenazah hanya akan diumumkan pada upacara tersebut.
Muhyiddin berkata beberapa jenazah akan dibawa ke kampung halaman dan akan diiringi waris.
Setakat ini, beliau berkata pesawat Nuri akan menerbangkan tiga jenazah ke beberapa negeri di Semenanjung manakala sebuah pesawat Charlie akan menerbangkan satu jenazah ke Sarawak.
Katanya, terdapat permintaan bagi dua daripada jenazah mangsa menjalani proses pembakaran di Belanda sebelum diterbangkan ke tanah air.
Beliau berkata jenazah seorang warganegara Belanda juga akan dibawa ke Malaysia untuk disemadikan kerana terdapat permintaan dan menurutnya mangsa dipercayaiasalnya warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga Belanda.
Muhyiddin berkata setakat ini, 24 jenazah warga negara Malaysia mangsa tragedi MH17 telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa di Amsterdam, iaitu 14 penumpang dan 10 anak kapal.
Beliau berkata jenazah selebihnya yang sudah dikenal pasti itu belum melalui proses lengkap dan akan dihantar pulang secara berperingkat.
"Bukan kita tidak boleh bawa sekali (semua sekali) tetapi pihak di sana (Belanda) beri kata putus bila masa sesuai boleh dibawa pulang.
"Bagi jenazah yang berbaki, kita masih menunggu isyarat daripada Belanda dan sedang dipantau oleh Kementerian Pengangkutan dan MAS. Selepas 22 Ogos ini, kemungkinan selang beberapa hari ada penerbangan supaya waris tidak tunggu lama," kata Muhyiddin.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan mengadakan upacara penghormatan jenazah bagi mangsa lain yang tiba kemudiannya tetapi upacara itu akan diadakan secara lebih ringkas.
Beliau berkata tiada tempoh tertentu ditetapkan untuk pencarian semua mangsa rakyat Malaysia kerana usaha masih diteruskan bagi memasuki lokasi nahas di Ukraine yang merupakan kawasan pertempuran.
"Kita belum selesai lagi. Pihak-pihak di sana (Belanda) masih menjalankan proses forensik dan DNA. Biarlah tunggu sehingga semuanya selesai," katanya.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu. - Bernama
TOP
Video Lelaki Rakam Bawah Skirt Wanita Dalam Komuter
Oleh kerana keadaan komuter yang padat, lelaki berbaju kuning ini selamba sahaja merekod video bawah skirt seorang perempuan yang berdiri membelakanginya.
Tetapi, perbuatannya itu telah terkantoi setelah seorang penumpang lain merakam aksi dia ketika melakukan perbuatan terkutuk itu.
Memang keji betul sikap lelaki berbaju kuning ini. Para wanita yang menaiki komuter, silalah berhati-hati. Kalau boleh, janganlah pakai skirt pendek jika nak naik komuter - SiakapKeli.com
Post by Wikipedia Rakyat.
TOP
Ahmad Shabery Turun Padang Edar Jalur Gemilang
KUALA LUMPUR – Dalam usaha mempertingkat semangat patriotik dalam kalangan rakyat bersempena sambutan bulan kemerdekaan 2014, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini turun padang untuk mengedarkan Jalur Gemilang di sini.
Dalam acara bersempena sambutan kemerdekaan ke-57 berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu, beliau mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai dan premis perniagaan selain melekatkannya pada badan deretan teksi yang menunggu pelanggan.
Beliau turut memacak bendera kebangsaan itu di depan kompleks beli-belah yang terletak di kawasan tarikan pengunjung rakyat tempatan dan warga asing berkenaan.
“Memasang bendera di kediaman dan premis perniagaan masing-masing merupakan manifestasi paling mudah untuk menunjukkan kebanggaan dan rasa cinta kita kepada negara,” katanya kepada pemberita.
Aktiviti lain bersempena program itu ialah nyanyian lagu patriotik oleh kumpulan penghibur jalanan. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment