TOP
Nabila Huda Minta Restu Ayah Untuk Berkahwin?
KUALA KUMPUR 18 OGOS 2014 - Dengar cerita, pelakon terkenal Nabila Huda atau lebih dikenali sebagai Abil dikatakan sedang merancang untuk berkahwin dengan seorang jejaka dan juga pengurus sebuah restoran di ibu negara.
Wahhh, kalau berita ini benar Alhamdulilah, apa yang difahamkan Murai Batu segala perbincangan dan mohon restu telah pun dibincangkan bersama ayahnya tersayang iaitu Amy Search di Johor Bahru.
Kalau pembaca Murai Batu ingat di awal-awal Bulan Syawal tempoh hari, Abil telah berbaik semula dengan ayahnya di kampung dan pada masa itulah perbincangan dan keinginan Abil dibincangkan termasuk dengan keluarga terdekat.
Bak kata pepapatah air dicincang tak akan putus, kasih seorang anak kepada ayah memang tidak berbelah bagi. Tapi tak tahulah Murai Batu dengar-dengar saja cerita Abil untuk berkahwin. Apa-apa pun kena tanya empunya badan kann???
Nabila Huda sebelum ini pernah berkahwin pada bulan Disember 2008 dengan bekas suaminya , Zaidi Zailani. Hasil perkahwinannya itu Abil telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata bernama Keisha Lalila.
Bagi Murai Batu, kalau itu jodoh Abil, Murai Batu turut gembira dan mendoakan kehidupan lebih bahagia dan aman sentosa. - murai.com.my
TOP
Tiada Program Hiburan Di Radio, Televisyen Jumaat Ini
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Bendera Malaysia hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh negara dan semua acara berunsur hiburan hendaklah ditangguhkan semasa Hari Perkabungan Negara pada Jumaat ini.
Menurut kenyataan media Jabatan Perdana Menteri (JPM), semua pihak diminta memakai pakaian berwarna suram dan tidak berwarna terang/garang pada hari perkabungan sempena ketibaan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 ke tanah air.
Pada hari berkenaan juga, semua rancangan hiburan di semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan al-Quran dan program berunsur keagamaan.
"Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung (dalam majlis sambutan ketibaan jenazah), mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih), manakala pegawai dan petugas wanita perlu memakai selendang berwarna hitam," kenyataan itu menyebut.
Peraturan hari perkabungan yang ditetapkan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa JPM perlu dipatuhi di semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta, stesen radio dan televisyen serta orang ramai.
Hari Perkabungan Negara diisytiharkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 yang bertujuan menzahirkan rasa dukacita seluruh rakyat Malaysia di atas tragedi itu.
Majlis sambutan ketibaan jenazah akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh di Ukraine. - BERNAMA
TOP
Kelisa Diremukkan Kerana Tak Buang Pelekat McDonalds?
Sebelum ini kecoh kes kereta dirosakkan disebabkan oleh pelekat makanan segera McDonalds yang dilekatkan di cermin kereta.
Nampaknya, perbuatan itu masih lagi berlarutan. Terbaru, sebuah kereta Kelisa telah dirosakkan oleh kerana terdapat pelekat tersebut dicermin hadapan kereta terbabit.
Memetik laporan dari Wanista, kereta itu sengaja diremukkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan pemilik kelisa ini mengalami kerugian teruk.
Memang tidak salah memboikot, tapi jangan lah sampai merosakkan harta orang dan membahayakan nyawa yang lain. Kalau nak boikot, boikot lah produk kerana tujuan utama boikot adalah nak melumpuhkan ekonomi Israel - SiakapKeli.com

Gayatri Akui Cemburu Zul Ariffin Bersama Ayda
KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2014 - Penerbit filem, Gayatri Su-Lin Pillai akui wujud rasa cemburu apabila melihat kemesraan kekasihnya, Zul Ariffin bersama pelakon Ayda Jebat dalam drama Rindu Awak 200% yang sedang hangat ditayangkan di TV3.
Gayatri berkata rasa cemburu itu penting dalam setiap perhubungan cinta, namun dia akui ianya masih terkawal kerana memahami apa yang dilakukan sebahagian daripada tuntutan kerja sebagai seorang pelakon.
"Saya gembira untuk Zul kerana setelah bekerja keras dan fokus dalam bidang lakonan akhirnya dia sudah berada di tahap yang membanggakan.
"Saya akui mengikuti dan menonton drama tersebut dan saya rasa setiap pasangan perlu ada rasa cemburu kepada kekasih mereka lebih-lebih lagi melihat kekasihnya bersama wanita lain.
"Tapi kita perlu tahu apa yang dilakukan hanya untuk ditonton sebagai sebahagian tuntutan babak dalam drama tersebut dan saya sendiri memahaminya," katanya kepadamurai.com.my.
Gayatri ditemui ketika majlis pelancaran Festival Filem Malaysia ke 26 yang diadakan di Studio 1, Finas baru - baru ini.
Penerbit filem Astro Shaw itu diminta mengulas selepas ramai peminat drama bersiri yang diadaptasi dari novel itu menyukai gandingan Zul dan Ayda dan mahu mereka bersatu walapun dalam dunia realiti.
Rindu Awak 200 % masih lagi ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3. - murai.com.my
TOP
Lelaki Akui Adakan Hubungan Seks Dengan Lebih 100 Mayat
SEORANG pekerja rumah mayat di Ohio mengakui yang dia sudah mengadakan hubungan seks dengan lebih 100 mayat wanita.
Kenneth Douglas mendedahkan perkara itu sewaktu perbicaraan yang berlangsung di mahkamah, baru-baru ini. Perbuatannya terbongkar pada tahun 2008 apabila air maninya ditemui pada salah seorang wanita yang menjadi mangsa bunuh. Menerusi laporan WCPO, isteri Douglas pernah melaporkan perbuatan keji tertuduh kepada pengurus rumah mayat itu, namun tidak diendahkan.<
Perkara itu diketahuinya sewaktu dia mahu menjemput suaminya pulang kerja. Setakat ini, tiga keluarga wanita yang menjadi mangsa nafsu jijik Douglas sudah memfailkan saman ke atas rumah mayat itu.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

GAMBAR : Bas Sekolah Di India, Kesian Murid-Murid Yang Naik
Di Malaysia, murid dihantar ke sekolah dengan menggunakan kemudahan yang elok serta selesa iaitu dengan bas yang berbentuk bas mini dan ada juga bas yang lengkap dengan penghawa dingin.
Bagaimanapun, perjalanan yang sama mungkin amat berbeza sama sekali bagi murid sekolah di India kerana bas sekolah mereka dikuasakan oleh tenaga manusia dengan cara berkayuh. Tidak diketahui apa nama panggilan bagi kenderaan ini, tetapi ia adalah mungkin dieja sebegini bas-sikal.
Ia berbentuk seperti kotak barangan yang ada lubang-lubang untuk tingkap dan ia dicantumkan dengan sebuah basikal untuk dikayuh. Bayangkanlah bagaimana agaknya suasana anak-anak untuk ke sekolah yang pastinya tidak selesa dengan keadaan bas-sikal itu yang sempit dan kecil. Daripada gambar-gambar yang dipaparkan di laman perkongsian gambar Oobject.com, bas-bas itu berkhidmat di sekitar kawasan New Delhi untuk menghantar kanak-kanak ke sekolah.
Pastinya mereka yang bekerja mengayuh kenderaan ini untuk menghantar pelanggan iaitu murid-murid berkenaan ke sekolah terdiri daripada mereka yang mempunyai kekuatan kaki yang kuat untuk mengayuh bas-sikal itu ke destinasinya. – Mynewshub.my, 18 Ogos 2014.

Khalid Akur Nasihat Sultan Menemuinya Bila Pulang Ke M’sia
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menghormati dan akur nasihat Sultan Selangor supaya beliau menghadap selepas baginda kembali ke tanah air.
“Sehingga itu, saya dan barisan exco akan menjalankan tugas seperti biasa bagi menjamin pentadbiran serta pengurusan negeri berjalan lancar dan baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Khalid menyeru semua pihak terutama pemimpin politik menghormati titah baginda dan menghindar membuat kenyataan yang boleh mengundang tanggapan negatif terhadap baginda.
Sebelum ini, Istana Selangor menyatakan bahawa Khalid Ibrahim telah membuat permohonan untuk menghadap Sultan Selangor di luar negara.
Bagaimanapun Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata Baginda menitahkan agar Khalid menunggu di Selangor sehingga baginda pulang.
Spekulasi tersebar bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal berlepas ke Budapest, Hungary, untuk bertemu Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Negeri Selangor.
Satu mesej teks ringkas (SMS) disebarkan di kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat berkenaan hal ini.
SMS tersebut turut menyatakan Khalid menghadap Sultan untuk mendapat perkenan pembubaran Dewan Negeri, membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri.
“Dapat maklumat semalam Khalid akan meminta Sultan membubarkan DUN (Dewan Negeri Selangor).
“Mungkin Khalid akan ke Budapest bertemu DYMM (Sultan),” kata mesej yang dilihat Malaysiakini itu.
Bagaimanapun Setiausaha Akhbar Khalid Arfa’eza Abdul Aziz menafikan spekulasi tersebut.
Beliau menyatakan Khalid akan meneruskan kerja seperti biasa sehingga Sultan kembali dari luar negara 27 Ogos depan. – Malaysiakini.com
TOP
Bot Karam: Pelancong Minum Air Kencing Untuk Hidup
BEBERAPA pelancong terpaksa berenang selama enam jam dan minum air kencing untuk terus hidup selepas sebuah bot karam di Indonesia, malam Sabtu.
Dua warga Britain dimasukkan ke hospital manakala 15 orang lagi masih hilang.
Sebuah bot yang membawa sekumpulan pelancong dalam perjalanan dari Lombok ke Kepulauan Komodo di selatan Indonesia dekat Bali sebelum karam kira-kira pukul 7 petang waktu tempatan, malam Sabtu.
Seramai 10 penumpang yang dipercayai warganegara New Zealand, Sepanyol, Perancis, Jerman, Belanda dan Britain berjaya diselamatkan.
Mereka berenang selama beberapa jam sebelum tiba di sebuah pulau terpencil.
Sekumpulan pelancong itu dilaporkan bermalam di sana dan terpaksa minum air kencing untuk menghilangkan dahaga.
Seorang jurucakap Kementerian Luar berkata: ‘Kami mengetahui dua warganegara Britain dimasukkan ke hospital selepas tragedi bot karam di Barat Nusa Tenggara, Timur Indonesia pada Sabtu. Kami sedang menyediakan bantuan konsular.
“Kami turut berhubung dengan pihak berkuasa mengenai tragedi itu dan bersedia menawarkan bantuan konsular kepada mana-mana warga Britain yang terlibat”.
TOP
Empire Rock 2014 Ditangguhkan Hormat Jenazah Mangsa MH17
PETALING JAYA: Penganjuran Festival Empire Rock 2014 yang dijadualkan berlangsung di Matic, Jalan Ampang Kuala Lumpur pada 23 Ogos (Sabtu) ini ditunda bagi menghormati jenazah mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dijangka tiba sehari sebelumnya.
Pengarah Urusan Langkah Karya Production, Hazmimi Johar berkata, penundaan itu sebagai tanda simpati dan sedih terhadap kejadian menimpa mangsa dan ahli keluarga terlibat selain sama-sama ingin berkabung pada hari berkenaan yang diisytiharkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
"Pihak seketeriat festival berkenaan sebulat suara bersetuju menangguhkan penganjuran acara itu kerana menghormati Hari Berkabung Negara yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri.
"Semua rakyat Malaysia bersedih atas kejadian menimpa pesawat MH17 dan kami sebagai penganjur merasakan tarikh berkenaan adalah tidak sesuai untuk mengadakan sebarang acara hiburan pada hari tersebut," katanya kepada mStar Online.
Penganjuran Festival Empire Rock 2014 bertujuan menghimpunkan kumpulan muzik terbaik dari era 80-an hingga 90-an dalam membangkitkan semula kegemilangan genre tersebut dikalangan peminat terutamanya generasi muda itu bagaimanapun akan diteruskan pada 27 September dilokasi sama.
Antara kumpulan rock yang dijangka akan mengadakan persembahan pada acara itu adalah Samudera, Junction, Sofea, Sejati dan Putera.
Dalam pada itu, Hazmimi berkata, pihaknya juga akan menggabungkan festival berkenaan dengan penganjuran Karnival Pray For Gaza sebagai salah satu inisiatif bagi mengumpulkan dana untuk membantu rakyat Palestin yang dizalimi pihak Zionis.
Menerusi karnival itu juga, pengunjung yang hadir dapat menghulurkan sumbangan selain menyatakan solidariti rakyat Malaysia terhadap pembebasan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.
"Ini ada peluang yang cukup baik untuk rakyat Malaysia khususnya peminat muzik rock bersama-sama menyatakan sokongan mereka terhadap Gaza dan atas dasar itu juga kami menukar festival ini menjadi lebih sesuatu yang bermakna.
"Kutipan yang disumbangkan pengunjung itu nanti akan disampaikan kepada pihak Aman Palestin untuk diserahkan kepada masyarakat di Gaza," katanya.
Sementara itu, Hazmimi berkata, Karnival Pray For Gaza akan diadakan pada hari sama bermula pukul 10 pagi manakala Festival Empire Rock 2014 berlangsung pada pukul 4.30 petang.
Antara acara yang bakal diadakan adalah Battle of the Band, sesi karaoke, info terkini mengenai Gaza yang disampaikan oleh Duta Aman Malaysia, peraduan dan sesi artis bersama peminat.
"Kami juga turut mengalu-alukan kedatangan semua aktivis pembebasan Palestin, penggiat kumpulan rock, rakan artis, peminat dan pihak media bagi sama-sama menyatakan sokongan terhadap Gaza dalam pada itu. - mStar
TOP
Kibar Bendera Separuh Tiang Pada Hari Perkabungan Negara
KUALA LUMPUR – Bendera Malaysia hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh negara dan semua acara berunsur hiburan hendaklah ditangguhkan semasa Hari Perkabungan Negara pada Jumaat ini.
Menurut kenyataan media Jabatan Perdana Menteri (JPM), semua pihak diminta memakai pakaian berwarna suram dan tidak berwarna terang/garang pada hari perkabungan sempena ketibaan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 ke tanah air.
Pada hari berkenaan juga, semua rancangan hiburan di semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan al-Quran dan program berunsur keagamaan.
“Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung (dalam majlis sambutan ketibaan jenazah), mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih), manakala pegawai dan petugas wanita perlu memakai selendang berwarna hitam,” kenyataan itu menyebut.
Peraturan hari perkabungan yang ditetapkan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa JPM itu perlu dipatuhi di semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta, stesen radio dan televisyen serta orang ramai.
Hari Perkabungan Negara diisytiharkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 yang bertujuan menzahirkan rasa dukacita seluruh rakyat Malaysia di atas tragedi itu.
Majlis sambutan ketibaan jenazah akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh di Ukraine. – BERNAMA
TOP
Kes Kencing Tikus Meningkat Di Pahang
KUANTAN – Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis di Pahang meningkat dari tahun 2011 hingga 2013, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Pahang, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata kes yang dicatat di seluruh negeri tahun lepas ialah 277 berbanding 163 pada 2012 dan 135 pada tahun sebelumnya.
Beliau berkata antara daerah yang mencatat kes tertinggi ialah Kuantan, Jerantut, Lipis, Pekan, Maran dan Temerloh.
Kes kematian yang berpunca daripada penyakit tersebut juga meningkat tahun lepas iaitu lima kes berbanding sifar pada tahun sebelumnya dan satu kes pada 2011, katanya menjawab soalan Lee Chin Chen (DAP-Ketari) di persidangan Dewan Undangan Negeri.
“Kerajaan negeri mengambil pelbagai tindakan bagi mengelak penyakit Leptospirosis dari terus merebak, antaranya melalui aktiviti pendidikan kesihatan yang dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan dan hospital,” katanya.
Norol Azali berkata kerajaan negeri turut mengeluarkan garis panduan mngenai pengurusan pusat rekreasi sungai dan air terjun bagi mengelak sebarang penyakit berjangkit bawaan air.
“Jabatan Kesihatan Negeri juga telah mengadakan kursus pengurusan Leptospirosis kepada anggota kesihatan dan perubatan yang terlibat dalam pengendalian penyakit bagi meningkatkan kefahaman mengenainya,” katanya. – BERNAMA
TOP
Exco Majlis Belia Malaysia Maut Dilanggar Lori
KUANTAN – Seorang anggota Exco Majlis Belia Malaysia maut dilanggar lori kontena di hadapan pondok bas berhampiran Universiti Malaysia Pahang (UMP), kira-kira tiga kilometer dari Plaza Tol Gambang malam tadi.
Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, DSP Mohd Noor Yusof Ali kejadian berlaku kira-kira pukul 7.50 malam ketika Abu Qassim Nor Azmi, 28, turun dari sebuah bas ekspres.
“Setelah turun mangsa berjalan menuju ke kereta yang ditunggu isterinya, yang diletakkan di belakang bas tersebut, di sebelah kiri jalan menghala ke Kuantan.
“Setelah selesai memasukkan barang dan begnya ke dalam bonet, mangsa berjalan ke pintu bahagian pemandu untuk memandu. Namun semasa membuka pintu untuk masuk ke dalam kereta, mangsa dilanggar dari belakang oleh lori kontena berkenaan,” katanya.
Beliau berkata akibat rempuhan itu, mangsa yang juga Ahli Majlis Perundingan Belia Negara meninggal di tempat kejadian.
Mohd Noor berkata sehingga kini pemandu lori terbabit belum membuat laporan polis dan dia sedang dikesan.
Beliau berkata pihak polis akan membuat semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di Tol Gambang bagi mengenal pasti lori berkenaan. – BERNAMA
TOP
Affin Holdings catat peningkatan 12 peratus
AFFIN Holdings Berhad (Affin) mencatatkan peningkatan dalam pendapatan sebanyak RM1,669.3 juta bagi setengah tahun berakhir pada 30 Jun lalu, peningkatan 12.0% berbanding RM1,489.9 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.
Affin dalam satu kenyataan media memberitahu, keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBT) kumpulan bagi suku kedua tahun kewangan 2014 adalah sebanyak RM162.0 juta, manakala keuntungan selepas cukai (PAT) adalah pada RM115.0 juta.
"Bagi tempoh enam bulan pertama tahun kewangan ini, kumpulan telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM347.8 juta manakala PAT adalah RM257.7 juta," menurut kenyataan itu. - Sinar Harian
TOP
Beribu-Ribu Penduduk Jepun Simbah Air
TOKYO – Beribu-ribu penduduk menyaksikan satu festival musim panas yang berlangsung berhampiran sebuah kuil di pinggir bandar ini semalam.
Pada festival itu, beribu-ribu peserta berbaris di sebatang jalan menuju ke Kuil Tomioka Hachimangu yang terletak di pinggir bandar Tokyo.
Para pembawa binaan yang mempunyai kaitan dengan legenda Hachiman iaitu seorang pahlawan Samurai itu berarak dengan memakai pakaian tradisi.
Mereka kemudian akan disimbah air oleh orang ramai.
Festival tahunan itu merupakan antara acara popular di Tokyo dan disambut selama beberapa hari pada setiap musim panas. – AGENSI
TOP
Banduan Rakam Aksi Bolos Diri Di Brazil
BRASILIA – Beberapa banduan yang melarikan diri melalui satu terowong dari sebuah penjara merakamkan aksi mereka menerusi telefon bimbit, lapor stesen penyiaran, Sky News kelmarin. Mereka kemudian memuat naik video itu di internet.
Seorang pegawai polis berkata, pengawal-pengawal penjara yang bertugas tidak memeriksa bilik-bilik banduan itu sejak dua bulan lalu.
Banduan-banduan itu kemudian melarikan diri ekoran kegagalan pengawal penjara memeriksa bilik-bilik yang dihuni mereka.
Seramai 13 banduan di Brazil berjaya melarikan dari sebuah penjara di Rio Verde, Goias.
Justeru, pengawal penjara itu digantung tugas kerana tidak mendengar bunyi bising ekoran rancangan banduan dari bawah tanah itu.
Seorang timbalan ketua polis di Rio Verde, Jaqueline Camargo Machado mengaku bilik-bilik banduan itu tidak diperiksa untuk sementara waktu.
“Banduan- banduan itu menggali sebuah terowong untuk memudahkan mereka melarikan diri,” katanya.
Sebuah rakaman kamera litar tertutup menunjukkan terdapat beberapa lelaki melarikan diri.
Setakat ini, pihak polis berjaya mengesan dua orang banduan. – AGENSI
TOP
Zahirkan Semangat Patriotik – Najib
PUTRAJAYA – Lebih 5,000 penjawat awam menghadiri Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2014 di Dataran Putrajaya di sini, sebentar tadi.
Majlis dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; serta barisan menteri dan timbalan menteri Kabinet.
Ketika berucap melancarkan majlis itu, Perdana Menteri berkata, sikap patriotisme tidak boleh hanya disimpan dalam hati, tetapi perlu dizahirkan untuk menunjukkan semangat juang dan sedia berkorban untuk bangsa dan negara.
Katanya, walaupun Malaysia masih bersedih dengan tragedi yang menimpa termasuk MH370 dan MH17, namun negara terus mempunyai komitmen dan kekuatan serta azam untuk terus melangkah ke hadapan. - BH Online
TOP
Mulut Pemain Machester United Kena Berak Dek Burung
Kekalahan mengejut Machester United kepada Swanse, 1-2 di laman sendiri tempoh hari memang agak mengejutkan.
Tetapi, buat pemain Ashley Young, ia bukan sahaja mengejutkan malah juga satu perlawanan yang memalukan bagi dirinya.
Video rakaman perlawanan tersebut sempat merakam dirinya yang sedang marah-marah, kemudian tiba-tiba ada tahi burung yang jatuh tempat kedalam mulut beliau.
Kejadian itu memang memalukan Ashley Young, dan kini ia menjadi bahan lawak bagi media di sana - SiakapKeli.com
TOP
Menantu Setan Keroyok Mentua
Sibu: Sifat kebinatangan menguasai nafsu seorang menantu apabila sanggup memperkosa ibu mentua yang juga warga emas dengan menutup mulutnya menggunakan kain dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Jeriah, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 4 petang, mangsa berusia 69 tahun bukan saja diperkosa, malah dibiarkan menanggung kesakitan sebaik perbuatan terkutuk itu dilakukan di rumahnya.
Sumber berkata, sebelum kejadian mangsa berseorangan di rumah sambil berkemban sebelum suspek berusia 42 tahun secara tiba-tiba muncul di hadapan pintu.
“Suspek terus memasuki rumah dan menutup pintu serta cuba merogol ibu mentuanya. Sebelum itu, suspek menolak mangsa ke lantai lalu menyelak kain batik dipakainya.
“Wanita terbabit cuba melawan sambil menjerit sekuat hati, namun kudrat yang ada tidak mampu menghalang menantu yang kemudian merogolnya.
“Suspek turut menyumbat mulut mangsa dengan kain bagi mengelak jeritannya didengari jiran,” katanya ketika ditemui, semalam. - Harian Metro
“Suspek turut menyumbat mulut mangsa dengan kain bagi mengelak jeritannya didengari jiran,” katanya ketika ditemui, semalam. - Harian Metro
TOP
Terserah Kepada Sultan Selangor, Kata Haji Hadi
SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada Sultan Selangor sama ada memperkenan atau sebaliknya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Musyidul Am Pas, Abdul Hadi berkata, parti boleh mengemukakan sesiapa sahaja sebagai calon bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, namun keputusan akhir tetap berada di tangan Sultan.
Ujarnya lagi, Pas menerima apa sahaja keputusan Sultan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).
“Tapi kita berharap perkara seperti itu tidak berlaku,” katanya.
Abdul Hadi bertemu dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini bagi menjelaskan keputusan yang dibuat mesyuarat Pas Pusat semalam.
Dalam mesyuarat lebih sejam itu, Pas Pusat yang sebelum ini menyokong kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat pusingan U dengan bersetuju Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dicalonkan untuk menjadi menteri besar yang baharu.
PKR bagaimanapun memutuskan hanya Wan Azizah akan dicalonkan bagi menggantikan Abdul Khalid bagi jawatan itu. – Sinar Harian Online
TOP
ISU MB Selangor: Nik Aziz Terima Keputusan PAS Pusat
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pas Pusat yang mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Keputusan dibuat setelah beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa Ali di sini, hari ini.
“Saya sudah diberi penjelasan, apa yang penting Pakatan Rakyat kekal,” katanya kepada pemberita.
Pas Pusat dalam satu keputusan yang sudah dijangka semalam membuat pusingan U apabila turut bersetuju supaya Abdul Khalid berundur daripada jawatan menteri besar.
Pas bagaimanapun menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai seorang lagi calon untuk menggantikan Abdul Khalid.
Namun, PKR pada sidang media berasingan petang semalam memutuskan, hanya Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi menggantikan Adun Pelabuhan Klang itu. – Sinar Harian Online
TOP
Sembunyi Dadah Bawah Tilam Di Klang
KLANG – Tindakan sekumpulan lelaki dan wanita menyembunyikan dadah disyaki ganja di bawah tilam hanya sia-sia apabila perbuatan mereka berjaya dihidu polis ketika serbuan polis ke sebuah hotel di Taman Bayu Perdana, di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam serbuan sekitar jam 12.35 pagi itu, mereka yang disyaki terlibat dalam aktiviti jual beli dadah itu bertindak menginap di hotel berkenaan bagi menyembunyikan aktiviti daripada pengetahuan pihak berkuasa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Goh Lee Fook berkata, kesemua mereka dikatakan baru tiba di hotel itu dipercayai untuk meneruskan aktiviti berkenaan.
“Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan lanjut termasuk menjalani ujian saringan air kencing,” katanya.
Menurutnya, dua remaja lelaki turut ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti curi dan jual beli motosikal haram di salah sebuah pusat internet di Bandar Bukit Tinggi 2 di sini.
“Polis berjaya mengesan aktiviti mereka menerusi telefon bimbit milik salah seorang remaja berkenaan.
“Terdapat beberapa SMS antara remaja itu dengan pihak lain dan berkemungkinan mereka dalam usaha untuk mencuri motosikal di kawasan pusat internet itu,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan pengakuan, lelaki itu berada di bawah pengaruh dadah.
“Kedua-duanya yang sebelum itu berlegar-legar di kawasan pusat internet itu digari dan dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita ketika serbuan menerusi Ops Cantas Khas Bersepadu Klang Selatan.
Menerusi Ops Cantas yang bermula jam 10.30 malam hingga jam 5.30 pagi itu, beberapa lokasi diserbu membabitkan tempat berkumpul penjenayah, pub dan hotel bajet.
Lee Fook berkata, polis turut menjejaki 182 orang yang dicari membabitkan pelbagai kes.
“Pemeriksaan yang dijalankan polis melibatkan seramai 98 orang.
“Sejumlah 14 orang termasuk seorang Pati ditahan kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah.
“Lapan daripadanya membabitkan kes dadah dan selebihnya lain-lain kes,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, sebanyak 54 kenderaan turut diperiksa membabitkan 45 motosikal, lapan kereta dan sebuah van.
“Sebanyak 17 daripadanya disaman kerana melanggar kesalahan trafik.
“Malah kita turut mengenakan saman ke atas sebuah pusat internet yang menjalankan operasi lebih masa,” katanya.
Tambahnya, ops ini bertujuan mendidik orang awam agar mematuhi undang-undang termasuk mencegah aktiviti jenayah di kawasan Klang Selatan. – Sinar Harian Online
TOP
Peniaga Rusia 5 Kali Gagal Bunuh Isteri
Moscow – Seorang peniaga Russia yang tidak mahu berkongsi kekayaan dengan isterinya, menanggung kerugian lebih besar selepas ditipu lima pembunuh upahan palsu sebelum ditangkap.
Sebuah mahkamah di Moscow mengesahkan, Konstantin Monastyrsky, 47, dihukum penjara lapan setengah tahun selepas didapati bersalah cuba membunuh isterinya.
Menurut akhbar Moskovsky Komsomolets, Monastyrsky mendakwa isterinya kaki botol, tetapi tidak mahu menceraikannya kerana akan menyebabkan dia terpaksa menyerah separuh hartanya.
Monastyrsky sebaliknya merancang membunuh isterinya dan menemui seorang lelaki yang mendakwa dirinya pembunuh upahan.
Dia membayar 200,000 ruble (RM17,500) kepada lelaki itu.
Bagaimanapun, apabila tidak ada apa-apa berlaku, Monastyrsky menemui lelaki berkenaan semula sebelum menyedari dia pemabuk dan sudah menghabiskan semua wang terbabit untuk membeli arak.
Dalam pengakuannya kepada polis, Monastyrsky berkata, ia cubaan kelimanya untuk membunuh isterinya dan menghabiskan antara 100,000 hingga 500,000 ruble untuk setiap cubaan.
Kisahnya berakhir dengan isterinya menguasai semua hartanya. – AFP
TOP
Hijrah Melly Goeslaw
SEJAK akhir-akhir ini, sudah banyak kali kita diperdengarkan dengan kisah penghijrahan golongan artis yang memilih untuk lebih mendekati agama Islam.
Perkara yang sama turut berlaku pada komposer popular Indonesia, Mellyana Goeslaw Hoed, 40 atau Melly Goeslaw yang turut mengambil keputusan besar dalam hidupnya untuk tampil berhijab.
“Sebenarnya hasrat mahu berhijab mula timbul sejak dua tahun lalu. Semuanya bermula setelah saya pulang dari menunaikan ibadah umrah buat kali pertama tiga tahun lalu.
“Tidak tahu mengapa, hati saya ketika itu agak berat dan takut memikirkan adakah selepas berhijab saya masih boleh menyanyi dan bagaimana pula dengan penerimaan orang lain terhadap penampilan baru saya.
“Sehinggalah tiga bulan lalu, selepas pulang dari umrah kali ke dua, saya nekad berhijab kerana terselit rasa malu dalam diri kerana sebelum ini saya tidak percaya dengan apa yang sudah digariskan oleh Allah,” jelasnya ketika di temui pada majlis sidang media telenovela eksklusif Astro Prima, Cinta Ibadah baru-baru ini.
Berkongsi lebih lanjut mengenai penghijrahannya, Melly yakin perubahan itu memang sudah tertulis buat dirinya.
“Saya benar-benar yakin dengan ketentuan-Nya. Bagaimana sekalipun keadaan saya, saya tidak perlu takut dengan masalah rezeki kerana ia memang sudah diatur oleh-Nya.
“Dari situlah bermulanya penghijrahan saya memakai hijab dan mudah-mudahan saya terus istiqamah,” ujarnya.
Belajar dari Rossa
Bersyukur penghijrahannya diterima baik, isteri kepada penulis lagu, Anto Hoed ini memberitahu biarpun penampilannya kini berbeza, namun itu tidak bermakna seluruh kehidupannya turut berubah. “Saya masih sama seperti yang dulu dan dalam penghijrahan ini, saya tidak berubah secara drastik. Alhamdulillah, perubahan ini membuatkan saya lebih tenang. “Saya gembira kerana selain suami dan anak-anak, peminat dan teman-teman dapat menerima saya seadanya walaupun pada awalnya mereka agak kekok untuk mendekati saya,” katanya. Pada masa yang sama, Melly turut mendedahkan perubahannya itu juga turut didorong oleh insan yang berada di sekelilingnya. “Untuk berubah saya tidak meminta pandangan sesiapa kerana memang niat untuk berhijab sudah ada. Tambahan pula suami telah berhijrah terlebih dahulu. Jadi ia juga membuka hati saya. “Salah seorang yang mendorong saya dalam perubahan ini juga adalah Rossa. Dia gembira melihat perubahan saya dan dia juga berhasrat untuk segera menyusul,” katanya. Menyentuh mengenai imej terbaharunya, Melly tidak meletakkan hijab sebagai penghalang untuknya tampil bergaya dengan fesyen tersendiri. “Dari segi fesyen bagi saya memang tidak ada masalah. Walaupun sudah berhijab saya masih selesa bereksperimen dengan gaya yang tersendiri. “Berhijab tidak menghalang saya untuk mencuba asalkan ia tidak melanggar batasan,” jawabnya.
Hijrah dalam muzik
Tidak hanya meletakkan penghijrahannya melalui imej penampilan, Melly juga berhasrat mahu menghasilkan muzik yang lebih bersesuaian dengan dirinya kini. “Setakat ini perjalanan karier muzik saya masih berjalan seperti biasa. Tapi untuk menghargai penampilan saya sekarang dan juga wanita-wanita Muslim yang lain, saya mahu hasilkan muzik yang lebih bersesuaian. “Kali ini juga saya perlu lebih berhati-hati dari segi penulisan lirik kerana sebelum ini saya juga terkenal dengan lirik yang agak ‘gila-gila’,” katanya sambil tertawa. Selain itu, pelantun ‘Cinta’ ini juga merancang untuk menghasilkan album dengan konsep yang bersesuaian. “Sekarang kami masih lagi dalam proses perbincangan untuk mencari konsep dan format yang lebih sesuai dengan penampilan saya dan pada masa yang sama muzik itu juga bertepatan dengan peredaran muzik sekarang. “Saya perlu fikirkan formula seperti apa yang boleh diterima oleh peminat yang usia dan juga anak remaja yang tidak mengenali saya,” bicaranya.
Cinta Ibadah
Beralih pada perkembangan terbaharunya, Melly turut terlibat dengan projek penghasilan telenovela pertama Astro, Cinta Ibadah dengan menghasilkan runut bunyi. “Saya ditawarkan untuk terlibat dengan projek ini lebih kurang lima bulan lalu. Selepas baca sendiri skrip Cinta Ibadah, saya memang tertarik dengan jalan ceritanya. Saya tertarik dengan kekuasaan cinta yang sangat luar biasa dari seorang perempuan yang ditonjolkan dalam jalan cerita ini menjadikan ia drama yang berbeza. “Jadi saya setuju hasilkan sebuah lagu khas untuk drama ini. Saya harap ia sedikit sebanyak membantu,” katanya.

Penggal kepala puak minoriti di Syria
Kumpulan ISIL meningkatkan serangan di Syria.
DAMSYIK - SYRIA. Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria mendedahkan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) yang beroperasi di Syria memenggal lebih 700 kepala penduduk awam terdiri daripada kelompok minoriti Sheitat sejak dua minggu lalu.
Menurut laporan itu, ISIL melakukan pembunuhan beramai-ramai di beberapa buah kampung didiami oleh puak al-Sheitat di Ghranji, wilayah Deir Ezzor.
"Ramai penduduk puak itu dipancung selepas mereka ditangkap. Dianggarkan 100 mangsa yang terkorban dari puak itu adalah mereka yang terlibat dengan peperangan menentang rejim Presiden Bashar al-Assad," katanya dalam dalam laporan Al Arabiy.
Menurutnya, kini penduduk kelompok minoriti itu terpaksa menjadi pelarian selepas meninggalkan kampung masing-masing untuk mendapatkan perlindungan di kem pelarian yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
TOP
Terlalu Banyak Tindik Dilarang Memasuki Dubai
Dubai – Pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai semalam melarang lelaki warga Jerman, Rolf Buchholz, memasuki negara itu, sebaliknya mengarahnya menaiki pesawat untuk pulang dari tempat dia berlepas.
Menurut laporan akhbar Emarat Al Youm, Rolf dihantar semula ke Turki.
Sumber yang dipetik laporan itu menyatakan, muka lelaki itu penuh dengan tindikan, berlubang dan juga mempunyai dua ‘tanduk’ pada dahinya.
“Orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai ketakutan melihat penampilannya,” menurut laporan itu.
Buchholz dikatakan datang ke Dubai untuk muncul di satu pertunjukan kelab malam yang mempamerkan orang paling ganjil di dunia.
Dia hadir sebagai orang paling banyak lubang pada muka, telinga dan anggota tubuh lain – 453 semuanya.
Menurut laporan media, Buchhoz, pengatur cara komputer, menjalani pembedahan plastik besar-besaran untuk mendapatkan penampilan sedemikian.
Dia diiktiraf oleh Buku Rekod Guinness pada 2012 selaku lelaki paling banyak bertindik di dunia.- Agensi
TOP
Telefon Bimbit Milik Menteri Luar Australia Digodam
CANBERRA – Telefon bimbit milik Menteri Luar Australia, Julie Bishop didakwa digodam oleh pihak tertentu ketika beliau sedang memantau rundingan penting berhubung tragedi sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh pada 17 Julai lalu, lapor akhbar The Herald Sun semalam.
Menurut akhbar tersebut, para pegawai perisikan Australia mengambil telefon bimbit milik Bishop sebaik sahaja beliau pulang daripada lawatan selama dua minggu ke Amerika Syarikat, Ukraine dan Belanda.
Beliau membuat lawatan ke negara-negara tersebut bagi memeterai perjanjian untuk membawa masuk pasukan polis Australia ke lokasi nahas.
Agensi perisikan Australia dipercayai sudah mengetahui lokasi negara pihak yang bertanggungjawab menggodam telefon bimbit Bishop.
Bishop enggan memberi komen berhubung laporan berkenaan dan difahamkan pegawai perisikan sudah menukar telefon bimbit milik beliau.
Bagaimanapun, semua komunikasi sensitif beliau dengan menteri kabinet dan para pegawai perisikan serta pertahanan termasuklah pihak polis dibuat melalui rangkaian yang selamat.
Pesawat MH17 yang membawa seramai 298 penumpang termasuk 38 rakyat Australia terhempas timur Ukraine dipercayai selepas ditembak dengan menggunakan peluru berpandu darat ke udara. – AGENSI
TOP
Israel Beri Amaran
BAITULMAQDIS - ISRAEL. Israel memberi amaran awal sebarang perjanjian gencatan senjata jangka panjang akan ditolak jika delegasi Israel tidak diberi jaminan keselamatan tahap tertinggi sepanjang berada di Kaherah.
Rundingan gencatan senjata di Mesir sebelum ini dihentikan seketika kerana berada dalam tempoh gencatan senjata lima hari.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata, delegasi beliau di Kaherah perlu diberi jaminan keselamatan termasuk kandungan perjanjian yang perlu memenuhi segala permintaan Israel terutama jaminan keselamatan penduduk di Tel Aviv.
“Kami hanya akan bersetuju jika ada jawapan yang jelas berhubung keperluan dan jaminan keselamatan di Israel," katanya dalam laporan Time of Israel.
Sementara itu, Israel membangunkan satu sistem sokongan baharu Iron Spade yang boleh mengesan kewujudan terowong milik Hamas.
Jurucakap tentera berkata, sistem ini dibangunkan oleh konsortium Elbit Systems iaitu pemaju aset ketenteraan terbesar milik Israel.
"Kami lakukan persediaan awal dan teliti untuk memusnahkan terowong binaan Brided Al-Qassam jika serangan perlu diteruskan selepas mendapat persetujuan perdana menteri," katanya. - Sinar Harian
TOP
Rumah YB disimbah cat
KUALA LANGAT – Rumah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, di Bandar Sungai Mas, di sini, disimbah cat.
Menurutnya, kejadian jam 10.28 malam kelmarin itu disedari anak kelimanya.
“Ketika itu saya menghadiri majlis rumah terbuka di Permatang Pasir. Saya bergegas pulang selepas dihubungi anak,” katanya, semalam.
Beliau berkata, sebaik sampai di rumah, beliau mendapati terdapat dua tompokan cat berwarna merah.
“Laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat,” katanya.
Setakat ini beliau tidak menerima apa-apa ugutan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abdul Razak, ketika dihubungi berkata, polis sedang menyiasat untuk mengetahui punca kejadian itu dan sedang menjejak mereka yang melakukannya.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat,” katanya. ─ Sinar Harian Online
TOP
Rita Rudaini Geram Aidil Tak Bagi Belanja Raya Anak-Anak
Kisah tentang Rita Rudaini dan juga bekas suaminya, Aidil sememangnya sudah diketahui ramai. Terbaru, Rita meluahkan perasaan marah dan kecewanya kepaeda Aidil.
Ini kerana Aidil dikatakan tidak memberi sebarang perbelanjaan untuk anak-anaknya sempena sambutan hari raya yang lalu. Menurut Rita lagi, Aidil hanya menghantar SMS untuk bertanya khabar, itupun setelah sekian lama. Oleh kerana itu, dia malas membalas SMS bekas suaminya itu. Ujar Rita lagi, dia sering menangis mengenangkan nasib anak-anaknya. - SiakapKeli.com

Inspektor Polis Kantoi Seludup Vellfire Masuk Thailand
Bukit Kayu Hitam: Tindakan seorang pegawai polis membawa isteri dan anaknya untuk mengaburi pihak berkuasa tidak berhasil selepas dia ditahan ketika cuba menyeludup keluar kereta mewah Toyota Vellfire di sempadan Malaysia-Thailand di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, pegawai polis berpangkat inspektor berusia 40-an itu dipercayai membawa isteri serta anaknya bagi mengelak ditahan pihak berkuasa dalam usahanya membawa masuk kereta curi berkenaan ke Thailand.
Difahamkan, suspek bertugas di Jabatan Logistik Bukit Aman bersama isterinya berusia 30-an serta anak perempuannya berusia lima tahun itu ditahan dalam cubaan keempat mereka menyeludup keluar kereta curi.
Sumber berkata, suspek ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam di sekatan jalan raya UPP selepas menerima risikan.
“Suspek mengaku cuba membawa masuk kereta curi ke negara jiran, malah menggunakan nombor pendaftaran palsu pada kereta itu sebelum ditahan di kilometer 1.3 Jalan Bukit Kayu Hitam, di sini.
“Ketika ditahan suspek membawa beg pakaian dirinya serta keluarga di dalam kereta dipercayai untuk bermalam di negara jiran sebelum pulang ke tanah air.
“Kami tidak pasti sama ada suspek beroperasi sendirian di dalam sindiket itu atau mengambil upah membawa masuk kereta daripada sindiket lain,” katanya, di sini semalam.
Menurut sumber, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana masih dalam siasatan.
“Kereta dipandu suspek dilaporkan hilang pada 3 Oktober 2012 di Subang Jaya, Selangor.
“Kami akan mendapatkan kerjasama daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bagi tindakan lanjut,” katanya. - myMetro
TOP
Nora Danish Mengamuk Kat Legoland
Pelakon terkenal, Nora Danish telah mengamuk di Hotel Legoland apabila dia dan rakan-rakanya terperangkap di dalam lif selama hampir sejam.
“Selama ten minutes my sister, Nadya yang berada dalam lift itu tekan button merah baru ada orang jawab. Can you imagine??? They went for a break katanya dan tiada ganti yang jaga dan monitor? Mereka kata dah banyak kali terjadi kes sebegini!”
“Perkara ini tidak boleh dibuat mainan kerana dibuatnya orang didalam itu sesak nafas? Budak kecil?
Orang tua? Dah la lift dia bising dengan lagu dan juga lampu berkelip. Memang pening la sesiapa yang stuck dalam lif, bila suruh hentikan lagu dan lampu kerana risau memeningkan my pregnant friend adn my sister yang asthma itu, mereka kata tidak boleh” “Bodoh! Lego Hotel adalah hotel paling bahaya dan paling teruk pernah saya pergi. Bayangkan kalau ada kebakaran mmg tiada siapa yg datang selamatkan. Semua lembab,” luah Nora Danish. - KatakComel.my

Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17
Peraturan hari berkabung Malaysia pada 22 ogos 2014 sempena memperingati tragedi MH17. Pada hari tersebut, mayat mangsa nahas MH17 warga Malaysia akan tiba di tanah air (KLIA) lebih kurang pada jam 10 pagi menggunakan pesawat khas dari Amsterdam. Majlis penuh istiadat sebagai menghormati jenazah MH17 akan bertempat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Terdahulu, penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.
Tujuan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014<br /> Tarikh 22 Ogos 2014 dipilij sebagai Hari Berkabung Negara ekoran tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada 17 Julai 2014 di wilayah Donestk, timur Ukraine. Pada hari tersebut kerajaan turut menerima 16 daripada 24 jenazah warga Malaysia termasuk seorang warga Belanda tragedi MH17 yang diterbangkan khas dari Amsterdam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17
Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan;
Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan;
Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang. Bagi yang berugama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih)/selendang hitam; dan
Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.
Sumber: Melvister.com

Khalid hampir pasti hilang jawatan MB
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hampir pasti hilang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor berikutan sokongan majoriti Adun negeri itu kini memihak kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, calon yang mendapat sokongan majoriti dalam Dun akan menjadi menteri besar.
Dalam situasi itu, beliau berpendapat, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan melihat kepada sokongan majoriti Dun.
“Sama ada Dr Wan Azizah akan diperkenan oleh Sultan Selangor, itu terpulang kepada baginda. Namun, Dr Wan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti lebih dua pertiga Dun seperti yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
“Malah, nama yang dicadangkan PR juga cuma satu. Melainkan PR meletakkan beberapa nama lain, barulah baginda (kemungkinan) memilih (calon lain),” katanya.
Semalam, PR bersetuju sebulat suara untuk mencadangkan Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon bagi menggantikan Abdul Khalid selepas Pas mengumumkan pendirian akhir mereka.
Sokongan tersebut sekali gus menjadikan Abdul Khalid yang kini ahli parti Bebas hanya bergantung kepada sokongan 12 Adun Umno, berbanding 43 Adun PR.
Namun, Mohd Azizuddin berkata, Abdul Khalid masih mempunyai hak sebagai menteri besar untuk menasihati Sultan Selangor membubarkan Dun.
“Tetapi, ia masih tertakluk kepada perkenan baginda. Dalam keadaan sekarang, saya tidak melihat pembubaran Dun dan mengadakan pilihan raya negeri merupakan pilihan terbaik kerana sudah ada calon menteri besar yang dapat sokongan,” katanya. ─ Sinar Online
TOP
Azmin akur, beri laluan pada Azizah
SUBANG JAYA - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali akur dengan keputusan parti yang mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor baharu bagi menggantikan penyandangnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurutnya dalam sidang akhbar hari ini, beliau menghargai keputusan Pas meletakkan namanya dan Wan Azizah sebagai calon bagi jawatan tersebut.
"Selaku Timbalan Presiden parti, saya patuh kepada keputusan yang dibuat oleh parti melalui perbincangan dengan rakan-rakan pimpinan PKR untuk mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu seperti yang dipersetujui melalui Akuan Bersumpah yang telah dikemukakan dan dipersembahkan kepada pihak istana," katanya.
Hasil Mesyuarat Pimpinan Pas Peringkat Pusat yang berlangsung selama 90 minit pada hari ini mendedahkan dua nama, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu.
Keputusan tersebut telah meletakan kedudukan Wan Azizah dan Azmin dalam satu posisi bagi merebut jawatan Menteri Besar Selangor menggantikan Abdul Khalid.
Beliau yang mewakili PKR turut berkata pihaknya menghargai keputusan Pas untuk terus bersatu dalam perikatan Pakatan Rakyat.
"Saya cukup menghargai dan berterima kasih kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden Pas dan seluruh pimpinan Pas yang mencalonkan saya dan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.
"Saya juga mewakili PKR menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Pas untuk kekal dan komited dengan Pakatan Rakyat," katanya lagi. - Sinar Harian
TOP
Erra Doa Jodoh Yang Baik Untuk Bekas Suami
KUALA LUMPUR – Ketika ini selepas gosip mengaitkan Erra dengan Shahir, bertebaran pula cerita yang mahu menyaksikan Primadona Filem Melayu itu menjalinkan hubungan dengan Awie selepas rakan hero Sembilunya itu berdepan dengan masalah rumah tangga.
Ia sesuatu yang tak mustahil terjadi. Malah selepas digandingkan semula bersama di pentas teater di Istana Budaya menerusi projek Suara Kita, Erra dan Awie seterusnya akan bergandingan di layar perak menerusi Warna Cinta Impian terbitan Touch Tronics Entertainment Sdn Bhd.
Bagaimana pun temubual yang sempat dilakukan bersama Erra ini bukan bertujuan untuk bertanyakan mengenai kebarangkalian beliau mungkin kembali bercinta dengan Awie tetapi mengenai bekas suaminya, Engku Emran yang sudah bertemu pengganti.
“Hubungan dengan bekas suami masih baik. Semuanya berjalan lancar dan topik utama semestinya mengenai perihal anak. Kami masih berkomunikasi seperti biasa. Komunikasi itu boleh saya katakan lebih baik daripada sebelum ini. Saya tumpang gembira dengan beliau yang kini sudah terisi hatinya. Beliau pun sangat terbuka dan kami ada bercakap mengenal hal itu. Doa saya yang baik untuknya,” katanya.
Erra hari ini (16 Ogos) terbabit dengan pementasan teater Bahayanya Wanita yang pernah dipentaskan di Istana Budaya dan dipentaskan semula di Singapura. Teater arahan Erma Fatima itu turut mengekalkan pelakon lama seperti Umie Aida, Nora Danish, Zizan Razak, Ziela Jalil dan turut menampilkan Raja Ema. – BH Online
TOP
Lelaki Orang Asli Mati Tersangkut Di Pokok Petai
Kampar – Seorang lelaki orang Asli ditemui maut selepas terjatuh dan tersangkut di atas dahan pokok petai dalam kejadian di Taman Seri Emas, di sini, 4.30 petang semalam.
Mangsa, Jony Pandak, 29, dipercayai tersilap langkah lalu terjatuh dan tersangkut pada dahan pokok ketika sedang mengutip petai di pokok setinggi 10 meter berkenaan.
Jurucakap Bomba Negeri berkata, pihaknya yang menerima maklumat berhubung perkara itu segera bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, anggota bomba yang tiba ditempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri ketika diturunkan.
“Pasukan perubatan yang bergegas ke tempat kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
“Jarak daripada jalan utama ke lokasi kira-kira 3 kilometer dan hanya boleh dilalui jalan denai,”katanya.
Beliau berkata, anggota penyelamat terpaksa menggunakan tali dan stretcher untuk menurunkan mangsa lalu dibawa ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut. - myMetro Online
TOP
Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 10
GEORGETOWN – Mayat seorang lelaki ditemui berlumuran darah dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di Jalan Lengkuk Mahsuri di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mayat Cheah Tor Pin, 46, ditemui berhampiran lif tingkat bawah pangsapuri berkenaan oleh beberapa penghuni selepas terdengar dentuman kuat.
Difahamkan, lelaki itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di perumahan berkenaan dan memulakan tugas sejak seminggu lalu.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 39, terdengar bunyi kuat ketika berada di rumahnya di tingkat satu.
“Selepas mendengar dentuman kuat itu saya bergegas turun dan terkejut melihat mayat seorang lelaki yang lengkap beruniform dalam keadaan kepalanya berlumuran darah.
“Beberapa penghuni pangsapuri kemudian mula memenuhi kawasan itu dan mereka turut menghubungi polis serta ambulans,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Difahamkan, mangsa dikatakan mempunyai masalah mental dan ketika polis menjalankan siasatan turut menemui ubat yang dipercayai pil penenang jiwa dalam poket seluarnya.
Kasut yang dipercayai milik mangsa turut ditemui di kaki lima tingkat 10 bangunan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut tanpa kejadian jenayah. - Sinar Harian Online
TOP
Pekerja Ladang Kelapa Sawit Bebas Tuduhan Bunuh Anak
KUANTAN – Seorang pekerja ladang kelapa sawit dibebaskan daripada tuduhan membunuh anak kandungnya di sebuah rumah di Felda Sungai Panching Selatan, di sini dua tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas mendapati tertuduh Mohd Aswadey Ismail, 31, tidak waras ketika melakukan jenayah berkenaan dan tidak mengetahui ia satu kesalahan.
Mahkamah memerintahkan Mohd Aswadey dirujuk ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk menerima rawatan dan dibebaskan mengikut perkenan dan diberi pengampunan daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Mohd Aswadey didakwa membunuh anak kandungnya berusia 11 bulan di antara 9.30 malam hingga 10.30 malam di rumah bernombor 146, Felda Sungai Panching Selatan, di sini, pada 16 Nov 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Khalmizah Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Syed Azimal Syed Abu Bakar. – BERNAMA
TOP
Lebih 50 NGO Buat Laporan Polis Desak Tindakan Ke Atas N Surendran
Surendran
KUALA LUMPUR: Lebih 50 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), termasuk Umno bahagian di beberapa negeri membuat laporan polis, Ahad bagi mendesak tindakan undang-undang diambil ke atas Anggota Parlimen Padang Serai, N Surendran berhubung kenyataannya yang disifatkan menghina sistem perundangan negara. Di ALOR SETAR, 50 NGO dan beberapa Umno bahagian membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Setar. Pengerusi Persatuan Sahabat Perdana Menteri Negeri Kedah, Datuk Ghazali Ibrahim berkata, semua pihak mendesak agar tindakan tegas diambil terhadap Surendran yang dilihat bertujuan menghasut orang ramai. "Kita lihat tayangan video itu cenderung untuk menghasut orang ramai agar meragui sistem kehakiman di negara ini serta membuat tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya selepas membuat laporan polis. Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan berkata, pihak berkuasa perlu menyiasat kes itu dengan teliti dan mengambil tindakan tegas terhadap Surendran yang dianggap melampau kerana sering mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dan tidak berasas. Di SUNGAI PETANI, enam laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda, Ahad bagi mendesak agar tindakan serupa diambil ke atas Surendran. Antara yang tampil membuat laporan polis termasuklah Pemuda Umno negeri Kedah, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kuala Muda, Umno Bahagian Merbok, dan Belia 4B Merbok. Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Pemuda Umno Kedah menyifatkan kenyataan yang dibuat menerusi video di laman sosial YouTube sebagai satu penghinaan secara nyata terhadap mahkamah. Katanya, justeru mereka menggesa tindakan segera diambil agar Surendran dibawa ke muka pengadilan, katanya kepada pemberita. Shaiful Hazizy berkata, Pemuda Umno Kedah turut mempertikai sikap berat sebelah yang dimainkan pembangkang yang mana memuji sistem kehakiman dan perundangan sekiranya keadaan berpihak kepada mereka. Di JASIN, Ketua Umno bahagian Jasin, Datuk Ahmad Hamzah menggesa polis menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap Surendran kerana dengan sengaja menghina institusi kehakiman negara. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat satu laporan polis berhubung isu berkenaan di Balai Polis Merlimau. Laporan polis yang dibuat kira-kira 10.30 pagi tadi turut disertai beberapa kepimpinan Umno Jasin termasuk anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Datuk Hasan Abdul Rahman dan Adun Merlimau Roslan Ahmad.- mstar

Sukan Bogel: Peserta Singapura Mohon Maaf, Tampil Di Balai Bantu Siasatan
GEORGE TOWN: Seorang lagi peserta acara sukan bogel tampil untuk membantu dalam siasatan selepas lima peserta lain menyerah diri.
Pemegang status penduduk tetap (PR) Singapura, Albert Yam Kam Hoong menyerah diri di ibu pejabat polis daerah Balik Pulau pada petang Sabtu.
Kam Hoong, yang namanya telah dikreditkan dalam video 'Sukan Bogel Pulau Pinang 2014' sebelum ini telah menghantar surat meminta maaf kepada kerajaan negeri melalui emel.
Kandungan surat tersebut adalah seperti berikut: "Kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kami ingin memohon maaf kerana mengadakan acara alam sekitar di Pulau Pinang, yang mencetuskan kekecohan di seluruh Malaysia.
"Kami akan memastikan bahawa kami tidak akan melakukannya sekali lagi dan diharapkan permohonan maaf yang tidak terhingga kerana salah laku kami yang dilakukan di Teluk Kampi, Pulau Pinang dan memalukan negara, diterima.
"Kami mempunyai sepenuh rasa hormat terhadap undang-undang di Malaysia. Yang ikhlas, Albert Yam Kam Hoong dan 'naturist'.
Ketua Polis Daerah Balik Pulau Superintendan Lai Fah Hin berkata mereka sedang berusaha untuk mendapatkan perintah reman untuk Yam dalam masa terdekat.
Dalam perkembangan berkaitan, perintah reman telah diperolehi terhadap empat rakyat Malaysia berusia antara 24 dan 57 tahun dan seorang warga Singapura berusia 30 tahun di Mahkamah Majistret George Town, Ahad.
Mereka akan ditahan selama tiga hari sehingga 19 Ogos bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, peserta acara sukan bogel boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dikenakan denda, atau kedua-duanya.- mstar
TOP
Dakwaan Di Youtube: Bung Mokhtar Buat Laporan Polis Terhadap Surendran
Bung Mokhtar
KOTA KINABALU: Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ahli Parlimen Padang Serai N.Surendran kerana didakwa membayangkan perdana menteri telah mempengaruhi mahkamah dalam menetapkan tarikh untuk kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin membuat laporan polis di balai polis daerah Kinabantangan terhadap Surendran yang didakwa membuat dakwaan tersebut dalam video di YouTube. "Dia dilihat mempersoalkan keputusan mahkamah dan membayangkan bahawa perdana menteri telah menetapkan tarikh (sabitan liwat rayuan Anwar) dalam usahanya untuk melemparkan imej buruk kepada perdana menteri," kata Bung Mokhtar. Dalam laporannya pada Sabtu, Bung menonjolkan petikan-petikan yang didakwa oleh Surendran yang juga merupapan peguam Anwar. "Kenyataan sedemikian oleh Surendran dalam video itu bukan sahaja satu pembohongan tetapi juga bertujuan memalukan perdana menteri, Malaysia dan integriti sistem kehakiman kita," kata Bung Mokthar sambil menambah ia secara tersirat menunjukkan bahawa Najib telah menyalahgunakan kuasanya. Bung Mokthar juga membuat dua laporan terhadap S. Krishnan dan Hassan Karim, yang didakwa menyiarkan kenyataan melalui Twitter bahawa Sultan Selangor telah bersikap berat sebelah terhadap masalah menteri besar yang melanda Selangor. "Saya mahu polis menyiasat posting fitnah ini," kata beliau.- mstar

15 Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Di Indonesia
JAKARTA: Seramai 15 orang hilang dalam satu kejadian bot karam di kepulauan timur Indonesia pada Ahad, kata pegawai pasukan mencari dan menyelamat.
Beliau berkata, 15 orang yang hilang terdiri daripada 10 pelancong asing dan lima rakyat Indonesia.
"Sebuah bot pelancong yang membawa 25 orang karam dalam perjalanannya dari pulau Lombok ke pulau Komodo," kata pegawai, Budiawan.
Beliau menambah, seramai 10 warga asing diselamatkan. - AFP
TOP
97 Maut Akibat Tanah Runtuh, Banjir Di Nepal
Sebahagian penduduk kampung Motipur di daerah Dang, timur Nepal, melihat kawasan kediaman mereka yang musnah akibat banjir. Foto EPA
KATHMANDU: Pasukan penyelamat menemui 12 lagi mayat yang tertimbus di dalam lumpur akibat tanah runtuh dan banjir di Nepal, menjadikan jumlah kematian setakat ini meningkat kepada 97 orang. Sementara itu, pasukan tentera berusaha untuk memindahkan kira-kira 20,000 orang yang terkandas di kawasan terjejas teruk akibat bencana itu selepas cuaca bertambah baik pada Ahad. - AFP

Australia Ambil 4,400 Pelarian Dari Syria, Iraq
Antara keluarga pelarian Iraq yang berada di kem Newroz di wilayah Al-Hassakah, timur laut Syria. Foto AFP
SYDNEY: Australia akan menawarkan pengambilan kira-kira 4,400 pelarian di Iraq dan Syria, kata Menteri Imigresennya, Scott Morrison pada Ahad. Beliau berkata, penempatan itu diwujudkan sebagai usaha untuk menghentikan kemasukan bot-bot pencari suaka secara haram ke negara itu. Australia berkata, ia akan menolak sebarang kemasukan pelarian yang tiba menggunakan bot yang tidak dibenarkan, sebaliknya akan menghantar mereka berkenaan ke Papua New Guinea dan Nauru di kepulauan Pasifik. "Dasar kerajaan di bawah Operasi Sempadan Berdaulat, bukan sahaja menyelamatkan kehidupan di laut, tetapi turut membenarkan lebih banyak tempat menjadi sebahagian program kemanusiaan untuk mereka di dunia ini yang terdesak memerlukan perlindungan," katanya. Menteri itu berkata, Australia akan menempatkan minimum 2,200 Iraq, termasuk etnik dan agama minoriti yang mahu keluar mendapatkan perlindungan dari keganasan yang berlaku di utara negara itu. "Kerajaan juga komited menyediakan tempat minimum untuk 2,200 pelarian Syria, termasuk mereka yang hidup dalam kemelut di negara-negara seperti Lubnan," tambahnya. Australia menerima 13,750 orang ke dalam program kemanusiaan pelariannya setiap tahun. Tahun lepas, Australia mengambil lebih 1,000 pelarian dari Syria, lebih 2,000 dari Iraq, 2,754 dari Afghanistan dan lebih 1,800 dari Myanmar. - AFP

Israel Tak Setuju Gencatan Senjata Tanpa Penuhi Keperluan Keselamatan
Benjamin Netanyahu. Foto AFP
BAITULMUQADDIS: Israel tidak akan bersetuju terhadap mana-mana gencatan senjata jangka panjang dengan Hamas pada rundingan tidak langsung di Kaherah melainkan keperluan keselamatan dipenuhi, kata Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu pada Ahad. "Hanya jika ada jawapan yang jelas dengan keperluan keselamatan Israel, barulah kita akan bersetuju untuk mencapai persefahaman," katanya pada pembukaan mesyuarat kabinet mingguan di Baitulmuqaddis. - AFP

Muhammad Nama Paling Popular Di England, Wales
Muhammad mendahului senarai nama paling popular di England. Gambar Hiasan.
MUHAMMAD disenaraikan sebagai nama paling popular untuk bayi lelaki di England dan Wales tahun lalu, menurut undian statistik nasional (ONS) yang dikeluarkan Sabtu. Berdasarkan senarai rasmi kaji selidik yang dijalankan itu, Oliver mendahului senarai dengan 6,949 undian. Bagaimanapun, perbezaan ejaan Muhammad sama ada Mohammed atau Mohammad yang maksudnya tetap sama itu membolehkan ia digabungkan dan terus menggungguli senarai dengan mencatatkan undian keseluruhannya berjumlah 7,445. Berdasarkan kaji selidik itu, Oliver menggantikan kedudukan Harry sebagai nama kedua popular untuk bayi lelaki, manakala George jatuh ke tangga ke-10. Bagi bayi perempuan pula, Amelia terus kekal menjadi pilihan ramai untuk tahun ke tiga berturut-turut, mengatasi Olivia dan Emily. Kedudukan bandaraya London yang didiami penduduk pelbagai budaya dan agama serta barat menjadi lokasi di mana bayi bernama Muhammad paling ramai, manakala bayi dinamakan Oliver pula paling ramai di tenggara, barat daya dan Wales. Tahun lalu juga menyaksikan nama George tersenarai antara 10 nama paling popular berikutan kelahiran anak sulung Duke dan Duches Of Cambridge, Putera George pada Julai. Bagaimanapun, nama kerabat diraja seperti William, Harry dan George tetap tersenarai antara yang paling popular untuk menamakan bayi lelaki.- mstar

Kes Mayat Disumbat Dalam Beg Di Bali: Pasangan Amerika Dituduh Bunuh
Heather dan pasangannya dikatakan merancang pembunuhan ibunya yang berusia 62 tahun di Bali.
BALI: Pasangan Heather Mack dan Tommy Schaefer didakwa pada Jumaat atas tuduhan membunuh oleh polis Indonesia selepas ditahan sejak Rabu lalu. Heather, 19, dan Schaefer, 21, didakwa membunuh ibu Heather, Sheila von Wiese-Mack sebelum menyumbat mayat wanita terbabit ke dalam beg pakaian dan menyembunyikannya dalam teksi yang diletakkan di pekarangan Hotel St. Regis di pulau peranginan itu. Menurut Timbalan Ketua Polis Bali, Brig Jen Gusti Ngurah Raharja Subyakta, pertuduhan adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada saksi dan bukti di tempat kejadian. Polis memaklumkan, pasangan berkenaan meletakkan bagasi berisi mayat wanita berusia 62 tahun itu di dalam sebuah teksi sebelum memberitahu kononnya perlu masuk semula ke hotel untuk mendaftar keluar. Kedua-duanya yang berasal dari Chicago, Amerika Syarikat itu kemudian melarikan diri melalui pintu belakang. Siasatan polis mendapati, rakaman CCTV di hotel berkenaan menunjukkan mangsa dan anak perempuannya bertengkar di lobi hotel Isnin lalu, ketika Scheafer tiba untuk menyertai mereka di Bali. Hasil laporan bedah siasat ke atas mangsa menunjukkan, ada kesan pergelutan yang berlaku sebelum mangsa mati. - mstar

Lelaki Kena Tampar Beronani Tepi Jalan
Satu kejadian yang sangat menjijikan telah berlaku berdekatan Apartment Ixora, Melaka. Seorang pengguna Twitter telah melaporkan dia melihat seorang lelaki telah beronani di tepi jalan, berhadapan apartmentnya. Tanpa sebarang 'cover' lelaki itu bertindak sedemikian mungkin beranggapan ada orang yang suka melihat perbuatannya.
Kejadian berlaku di Apartment Ixora yang berada berdekatan dengan MMU Melaka. Menurut pengguna twitter itu, dia telah menghubungi pihak polis dan lelaki itu telah ditampar tiga kali oleh polis tersebut serta sudah dibawa ke balai.
Komennya lagi di status berkenaan, perkara sedemikian rupa, yang lebih teruk pernah berlaku dikawasan berdekatan, iaitu kisah seorang lelaki tiba-tiba berbuat aksi yang sama di sebelah kawannya ketika di perhentian bas.
Kepada penduduk yang menetap di kawasan terbabit atau berdekatan dengannya, silalah berhati-hati dengan orang-orang yang sebegini. Jika ada ternampak apa-apa yang mencurigakan, hubungi pihak berkuasa dengan segera - SiakapKeli.com

Hanya 3 Peserta Misi Kemanusiaan Dibenar Teruskan Perjalanan Ke Rafah
Pasukan sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) memohon doa semoga misi ini berjaya supaya bantuan dapat disalurkan kepada rakyat Gaza. Foto Abu Aqif Studio
QANTARA (Mesir): Pihak tentera Mesir hanya membenarkan tiga sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza meneruskan perjalanan ke sempadan Rafah. Perkembangan itu berlaku apabila konvoi misi berkenaan disekat berhampiran Terusan Suez di sini, kira-kira 160 kilometer dari Kaherah. Tiga individu itu ialah Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al-Agha. Ketiga-tiga mereka dibawa untuk menyeberangi Terusan Suez sebelum meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta perisai milik tentera Mesir pada 2.30 petang waktu tempatan (7.30 malam waktu Malaysia). 78 sukarelawan lain termasuk anggota Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) tidak dibenarkan berbuat demikian atas faktor keselamatan. Arahan itu diberikan komander pos kawalan tentera di sini selepas kira-kira lima jam konvoi berkenaan terkandas dan perbincangan diadakan. Misi itu merancang untuk mengagihkan 5,000 kotak bekalan makanan kepada 25,000 warga Palestin serta menyampaikan bantuan perubatan kepada mangsa serangan Israel di Gaza. Hampir 2,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 8 Julai lalu. Pasukan sukarelawan Malaysia yang dianggotai 83 peserta itu bertolak dari Kaherah pada Sabtu pagi namun terpaksa bermalam di Ismailia disebabkan masalah urusan kargo, sebelum bergerak semula dengan 81 peserta ke sempadan Rafah pada pagi Ahad. Kecuali tiga wakil yang dibenar meneruskan perjalanan, baki peserta misi itu terpaksa berpatah balik ke Kaherah. Peserta misi berkurangan kepada 81 orang pada Ahad selepas seorang doktor yang mengalami masalah kesihatan dinasihati berehat di Ismailia dengan ditemani seorang lagi doktor. Abdul Azeez berkata walaupun kecewa, beliau tetap berterima kasih kepada kerajaan Mesir yang membenarkan Malaysia menjadi negara pertama menghulurkan bantuan kemanusiaan ke wilayah bergolak Gaza melalui pintu sempadan Rafah. "Tak ada satu negara pun yang dibenarkan masuk setakat ini. Jadi, dapat masuk tiga orang pun, Alhamdulillah," katanya. Selain tiga peserta misi itu, sebuah lori kontena membawa bekalan bantuan makanan dan perubatan turut dibenar meneruskan perjalanan ke Rafah. "Ada satu lagi lori 10 tan, Insya-Allah, rakan-rakan yang tidak pergi akan uruskan semua bekalan ubatan dan makanan (di Kaherah) untuk dihantar lagi," kata Abdul Azeez. Beliau menjelaskan mereka hanya akan dihantar pihak tentera Mesir sehingga ke pintu sempadan Rafah dan pihak kerajaan Palestin, yang dihubungi Dr Anwar, dijangka menyambut mereka. "Saya dan Ku Jaafar cadang berada di sini (Gaza) sampai selesai kerja, kita akan pergi ke tempat pemindahan, hospital dan kawasan nelayan. Kami jangka keluar (dari Gaza) pada 22 Ogos," katanya. Dr Anwar, yang menitiskan air mata kerana kecewa dengan perkembangan terbaharu itu, berkata beliau bagaimanapun bersyukur kerana bekalan bantuan telah dibenarkan untuk dibawa masuk ke Gaza. Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada ketiga-tiga wakil itu, anggota-anggota misi yang lain bertolak ke Kaherah.- mstar

Nik Aziz Jumpa Abdul Hadi Berhubung Krisis Politik Selangor
Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengadakan pertemuan dengan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan berhubung keputusan parti pada Ahad mengenai krisis politik di Selangor. Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau akan membuat kenyataan setelah pertemuan berkenaan yang dijangka berlangsung di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darulnaim pada Isnin. "Saya tidak boleh sebut (komen) selagi presiden (PAS) tidak beri penjelasan kepada saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka di sini, Ahad. PAS pada Ahad membuat pendirian yang mengelirukan apabila mengumumkan tidak lagi menyokong kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Selain itu, mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di Kuala Lumpur itu turut mencalonkan dua nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamad Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid. Tindakan itu bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini yang memberi sokongan penuh kepada Abdul Khalid untuk kekal sebagai menteri besar.- mstar

Krisis MB Selangor: Azmin Tarik Diri
SUBANG JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak keputusan PAS untuk mencalonkan Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua menteri besar Selangor.
Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu berikutan pendirian Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR untuk kekal menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal yang dicadangkan PKR sebelum ini.
"Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan parti (PKR) untuk menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu Selangor.
"Maka dengan ini Pakatan Rakyat akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan ini kepada Tuanku Sultan Selangor," katanya pada sidang media di sini, Ahad.
Azmin muncul sebagai calon kedua menteri besar Selangor selepas Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat pada Ahad memutuskan supaya beliau turut dipertimbangkan sebagai calon berpotensi.
Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, parti itu akur dengan keputusan untuk hanya menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar.
"Setelah bermesyuarat, YB Azmin patuhi partinya. Jadi kita akan teruskan (sokong Dr Wan Azizah)," katanya ringkas.- mstar
TOP
Pencalonan Anugerah Diraja Kewangan Islam Meningkat 25%
KUALA LUMPUR – Pencalonan Anugerah Diraja Bagi Kewangan Islam pada tahun ini meningkat 25 peratus sejak ia diperkenalkan oleh Initiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) pada tahun 2010.
MIFC dalam satu kenyataan memberitahu, sebanyak 33 peratus terbabit dari Timur Tengah, Asia Tenggara (29 peratus), Eropah (19 peratus), Asia Selatan (10 peratus), Amerika Utara (7 peratus) dan Afrika (2 peratus).
“Anugerah ini mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada penggiat kewangan Islam dengan pencapaian dan inovasi cemerlang yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi global dan kemajuan sosial masyarakat di seluruh dunia.
“Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah Diraja bagi Kewangan Islam akan diadakan di Malaysia pada 2 September 2014 bersempena Forum Kewangan Islam Global 2014 (GIFF 2014). Anugerah tersebut yang diadakan setiap dua tahun diterajui oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti di bawah inisiatif MIFC,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, penal juri antarabangsa bebas yang terdiri daripada tujuh ahli dan dipengerusikan oleh bekas Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia, Tun Musa Hitam akan memilih individu yang layak bagi anugerah tersebut.
Kata kenyataan itu, panel juri terdiri daripada pemimpin pemikir dan pakar industri dalam kewangan Islam dari pelbagai pelusuk rantau Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.
Jelas kenyataan itu, kriteria pemilihan memberi tumpuan kepada aspek kualitatif dan kuantitatif sumbangan cemerlang setiap calon kepada kewangan Islam di peringkat global.
“Ia termasuk usaha inovasi dan perintisan kewangan, kepimpinan terbilang, penerimaan dan pengiktirafan oleh pihak industri serta inspirasi dan pengaruh terhadap kemajuan masa depan dan pembangunan kewangan Islam,” kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, penerima Anugerah Diraja Bagi Kewangan Islam 2014 akan menerima medalion, sijil pengiktirafan dan wang tunai sebanyak US$250,000.
TOP
Keputusan SPM Ulangan 20 Ogos 2014
KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ulangan akan diumumkan pada 20 Ogos ini.
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memberitahu, seramai 12,726 calon menduduki peperiksaan itu kali ini.
“Calon akan dimaklumkan keputusan melalui pos atau calon boleh mendapatkan keputusan mereka dengan menghubungi Jabatan Pendidikan negeri,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, calon terbabit boleh juga menggunakan perkhidmatan semakan keputusan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Kata kenyataan itu, calon cuma perlu menaip SPMU jarakkan taip RESULT jarakkan taip nombor MyKad dan hantar kepada 15888.
Jelas kenyataan itu, perkhidmatan SMS itu akan diaktifikan dari pukul 10 pagi pada 20 Ogos ini hingga pukul 11.59 malam pada 26 Ogos 2014.
TOP
Sony Smartwatch 3: Pengecasan Jam Pintar Tanpa Wayar
Pihak Sony akan menggumumkan jam pintar generasi ketiganya yang bakal diumumkan pada acara IFA 2914 yang bakal diadakan pada bulan September ini.
Antara fungsi yang diperkatakan adalah sokongan pengecasan tanpa wayar, sekaligus memudahkan proses anda mengecas jam tangan pintar tersebut.
Sony sedia memaklumkan sebelum ini yang mana mereka tidak akan hadir dengan peranti berasaskan Android Wear dalam masa terdekat.
Smartwatch 3 ini dijangka akan kekal menggunakan platform operasi daripada pihak Sony tersendiri, sama seperti jam tangan pintar mereka sebelum ini. Disamping itu, Sony Smartwatch 3 ini dikatakan akan turut dilengkapi dengan sokongan WiFi, membolehkan anda menghubungkan ia terus ke perkhidmatan atas-talian tanpa perlu melalui telefon seperti sebelumnya. Dengan acara IFA 2014 yang bakal diadakan dalam beberapa minggu sahaja lagi, sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh Sony melalui kemaskini untuk keluarga jam tangan pintar mereka. Oleh: hzqahmd

Jangan Berselindung Dibelakang Sultan – DAP
KUALA LUMPUR – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh selama-lamanya berselindung dibelakang Sultan Selangor, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Beliau mendakwa, Abdul Khalid berselindung dibelakang Sultan Selangor apabila meminta pihak yang mendakwa beliau mengelirukan baginda supaya menulis terus kepada Sultan Selangor untuk mendapatkan penjelasan.
“Abdul Khalid tidak boleh bersembunyi di sebalik Sultan Selangor tetapi perlu tampil ke hadapan sebagai pemimpin politik yang jujur, mulia dan bertanggungjawab.
“Beliau perlu menjelaskan mengapa sengaja mengelirukan baginda pada 11 Ogos lalu bahawa beliau masih mendapat majoriti di Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) untuk menjadi Menteri Besar,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Dakwa pemimpin veteran DAP itu, adalah tidak wajar untuk Abdul Khalid melepaskan tanggungjawab itu dan meminta mereka yang menuduh beliau mengelirukan Sultan Selangor supaya menulis kepada baginda untuk mendapat penjelasan.
Dakwanya lagi, perkara utama bukantentang Sultan Selangor berpuas hati dengan penjelasan Abdul Khalid tentang isu itu tetapi mengapa Abdul Khalid mempersembahkan perkara tidak benar kepada Sultan Selangor.
Abdul Khalid semalam bagaimanapun menegaskan, Sultan Selangor menasihatkan beliau supaya tidak membuat sebarang kenyataan sehingga baginda pulang pada 27 Ogos ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang mendakwa beliau telah mengelirukan Sultan Selangor supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan.
TOP
Dyana Sofya Puji Jabatan Imigresen
KUALA LUMPUR – Ahli DAP Melayu, Dyana Sofya Mohd Daud. memuji kecekapan perkhidmatan Jabatan Imigresen Perak.
Beliau dalam satu kenyataan memberitahu melakukan lawatan ke pejabat imigresen Hilir Perak semalam.
Dyana Sofya dalam lawatan itu mengambil kesempatan memperbaharui pasport yang siap hanya dalam tempoh 30 minit. Turut bersama beliau dalam lawatan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu. “Perkhidmatan yang sangat efisien dan sikap mesra kakitangan amat dipuji’, kata Terence. Dyana Sofya dicalonkan oleh DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada Mei lalu. Beliau bagaimanapun tewas kepada calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Kiong dengan majoriti 238 undi.

PLUS Tambah Lorong Elektronik Di Tol Batu Tiga, Sungai Rasau
KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menambah lorong elektronik di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau bermula 19 Ogos ini untuk meningkatkan kelancaran trafik di kedua-dua plaza tol terbabit.
PLUS berkata, berikutan keputusan itu, satu lorong tunai di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau bagi kedua-dua arah akan diubah kepada lorong elektronik bermula pada tarikh tersebut
Justeru, PLUS menasihatkan supaya orang ramai beralih kepada sistem pembayaran tol elektronik iaitu menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG untuk perjalanan yang lebih lancar di plaza tol berkenaan.
PLUS dalam pada itu memaklumkan kerja-kerja bagi Projek Pelebaran Lorong Keempat di beberapa laluan utama di lebuh raya ukendaliannya sedang memasuki fasa akhir.
Jelas kenyataan itu, Projek Pelebaran Lorong Keempat itu melibatkan laluan Rawang-Sungai Buloh, Shah Alam-Sungai Buloh, Bukit Lanjan-Jalan Duta dan Persimpangan Nilai Utara-Port Dickson.
Kata kenyataan itu, PLUS akan menjalankan kerja-kerja penurapan lapisan terakhir jalan secara berperingkat di laluan-laluan terlibat mulai 18 Ogos ini hingga Disember 2014.
Sehubungan itu, PLUS akan menutup beberapa lorong secara berperingkat dari semasa ke semasa bagi membolehkan kerja-kerja iu dijalankan.
“Peringkat 1 penutupan lorong secara berperingkat akan dijalankan di KM14 hingga KM9 di antara Subang ke Shah Alam, di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) bermula 18 Ogos ini,” kata kenyataan itu.
TOP
VIDEO: Ini Bukan Rakaman Tutorial Solekan Biasa…
VIDEO ini mungkin kelihatan seperti rakaman tutorial solekan biasa.
Tapi, kami sarankan anda untuk menonton sehingga ke penghujungnya.
Pasti anda akan terhibur… terhibur yang anda sendiri tidak akan terduga mengapa begitu sekali menariknya….
Selesai?
Video ini telah mengejutkan ramai pihak sehingga ada yang tertanya-tanya adakah gadis tersebut benar-benar dirasuk sehingga cedera sebegitu rupa?
Bagaimanapun, hasil carian di internet, kami telah menemui jawapannya.
Ia hanyalah lakonan oleh seorang gadis bernama Nakia Secrest dan dia sendiri memberitahunya menerusi akaun Twitternya.
Ceh…!

Iklan Ini Mampu Membuatkan Air Mata Anda Mengalir…
JIKA sebelum ini, kami kagum dengan iklan keluaran syarikat produksi negara Thailand yang datang dengan pelbagai versi dan mesej yang cukup unik.
Tapi, kali ini kami sarankan anda menonton iklan China yang berkisarkan mengenai kasih seorang ibu ini.
Kami berani jamin mata anda akan terkebil-kebil umpama menahan kepedihan akibat memotong bawang.
Sangat menyedihkan…
Sangat menyedihkan…
TOP
Nasib Berubah Selepas Muat Naik Klip Video Nyanyian
IRELAND – Nasib seorang wanita berubah sekelip mata selepas video dia menyanyi ketika menjadi pengapit pengantin, telah dimuat naik ke dalam internet oleh aktres Michelle Rodriguez, yang juga pelakon filem Fast and Furious.
Sejak klip itu dimuat naik dalam Instagram milik Rodriguez, Sarah Lane, 26, kini menjadi internet sensasi dan klip nyanyinya itu telah dikongsi oleh aktres berkenaan yang memiliki 800,000 pengikut.
Lane menyanyikan lagi `What’s Up’ oleh kumpulan 4 Non Blondes pada majlis perkahwinan berkenaan rakan baiknya iaitu Tonya Meli yang juga rakan Rodriguez.
Sejak klip nyanyinya itu tersebar, Lane telah ditawarkan sebagai penyanyi.
“Saya tidak tahu langsung mengenai perkara ini sehingga seorang rakan memberitahu bahawa saya kini berada dalam Instagram milik Rodriguez.
“Rodriguez memang seorang yang baik dan rakan kepada pengantin,’’ katanya.
Namun Lane yang membesar bersama pengantin di Pen-y-fai, berkata, dia sentiasa mengelak daripada gambarnya dirakamkan ketika dia menyanyi selama ini.
TOP
RELA Disaran Kekalkan Tahap Disiplin Yang Tinggi
BAU – Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) disaran supaya mengekalkan tahap disiplin yang tinggi untuk menjaga imej jabatan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim, berkata beliau tidak lagi mahu mendengar aduan tentang anggota RELA menghadapi masalah disiplin termasuk cara memakai pakaian seragam.
Beliau berkata, cara betul memakai pakaian seragam ialah antara ciri disiplin yang perlu dijaga oleh anggota RELA.
“Cara betul memakai pakaian seragam bukan saja untuk menjaga nama baik jabatan tetapi juga untuk menghormati tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita,” katanya ketika melancarkan Pusat Khidmat Masyarakat RELA di Kampung Segong, Singai, dekat sini, hari ini.
Beliau juga meminta anggota RELA supaya berada dalam keadaan siap siaga untuk membantu jabatan lain mengekalkan keamanan dan ketenteraman di negara ini.
Beliau berkata, pada masa ini ada tiga juta anggota RELA di seluruh negara termasuk 250,000 di Sarawak, dan jumlah anggotanya adalah jauh lebih ramai daripada jabatan lain yang mempunyai kuasa.
“Ini bermakna RELA boleh membantu usaha pihak berkuasa untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman,” katanya.
Pasukan polis termasuk anggota polis bantuan hanya mempunyai 150,000 anggota dan pasukan itu saja ditugaskan untuk menjaga hampir 30 juta penduduk di negara ini.
“Kami memilih calon terbaik untuk menjadi anggota RELA dan anda sebagai anggota RELA mesti menunjukkan keupayaan dengan membantu pihak berkuasa menjaga keselamatan rakyat dan negara,” katanya. – BERNAMA
TOP
Kertas Siasatan Kes Pindah, Keluar Wang Akaun Mangsa MH370 Siap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menerima cenderamata dari Ketua Umno Bahagian Padang Rengas, merangkap Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) semasa hadir dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Padang Rengas 2014 di SMK Tun Perak di sini,Ahad.
PADANG RENGAS: Kertas siasatan berhubung kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun mangsa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang membabitkan seorang pegawai bank dan suaminya, telah siap dan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh terdekat. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan segera perlu diambil terhadap pasangan suami isteri itu kerana perbuatan yang dilakukan adalah tidak bertanggungjawab dan tidak beretika. "Sebab itu polis mengambil tindakan segera dan menangkap pegawai bank berkenaan yang telah membolosi akaun bank. Kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut agar ia menjadi pengajaran kepada mana-mana (pegawai) institusi kewangan untuk tidak mengambil kesempatan dalam kesempitan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Padang Rengas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Perak di sini, Ahad. Ahmad Zahid berkata pegawai bank tidak sepatutnya melakukan perkara sedemikian kerana perbuatan itu telah melanggar etika kerja sebagai individu yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga akaun pelanggan. "Pada pendapat saya pihak bank juga perlu bertanggungjawab dalam kes ini dengan membayar pampasan dan tuntutan insurans kepada keluarga mangsa kerana perbuatan itu tidak amanah dan tidak berintegriti," katanya. Pegawai bank itu ditahan pada Khamis lepas di rumahnya di Ampang kira-kira pukul 4 petang manakala suaminya ditahan di bengkel kereta di Ampang ketika membaiki keretanya. Rabu lepas media melaporkan sebanyak RM110,643 milik empat penumpang pesawat MH370 lesap daripada akaun bank dipercayai dipindahkan ke akaun penumpang lain melalui perbankan internet oleh kakitangan bank tanpa kebenaran. Akaun berkenaan masing-masing milik dua penumpang warga China, seorang penumpang warga Malaysia dan akaun seorang pramugara. Kejadian disedari pada 18 Julai lepas oleh seorang petugas bank yang mengesan beberapa transaksi pengeluaran dan pemindahan secara mencurigakan daripada empat akaun berkenaan. - mStar Online

PAS Lebih Pentingkan Pakatan Berbanding Khalid
KUALA LUMPUR – PAS tidak menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor kerana beliau telah digugurkan sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bukan lagi ahli pakatan pembangkang.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat berkata, kerjasama PAS dalam pakatan pembangkang adalah dengan PKR dan DAP, bukan dengan Menteri Besar itu.
“PAS pernah menyokong Tan Sri Khalid sebelum ini berdasarkan pendirian PAS dalam berhadapan Langkah Kajang. Pada ketika itu pandangan PAS kedudukan Menteri Besar tidak berbangkit.
“Namun sokongan tersebut bertukar setelah Tan Sri Khalid digugurkan sebagai ahli PKR dan tidak lagi menjadi ahli PR. Tahluf syiasi PAS adalah dengan PKR bukannya dengan Tan Sri Khalid,” katanya melalui akaun Facebook hari ini.
Suhaizan seterusnya berkata, PAS menegaskan komitmennya terhadap pakatan pembangkang dengan tidak menuntut jawatan Menteri Besar Selangor kerana menghormati semangat setiakawan bersama PKR dan DAP.
Justeru, katanya, DPPM mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana berjaya mengemudi mesyuarat AJK PAS Pusat hari ini sehingga membuahkan keputusan itu.
“Keputusan berjaya dicapai dengan persetujuan semua ahli mesyuarat tanpa sebarang bangkangan,” dakwanya.
PAS hari ini memutuskan untuk kekal dalam pakatan pembangkang dan bersetuju dengan pilihan PKR untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid.
Parti itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi Menteri Besar negeri itu. – mynewshub.my
TOP
Angkasa Bakal Wujud Konsortium Koperasi Kariah Masjid
BENTONG – Sebuah konsortium koperasi kariah masjid akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi mengukuhkan perniagaan serta ekonomi koperasi kariah masjid.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata penubuhanya telah diluluskan awatankuasa bahagian perkhidmatan syariah Angkasa yang bermesyuarat baru-baru ini.
Beliau berkata dengan penubuhan konsortium tersebut, koperasi kariah masjid akan bersatu di bawah satu payung serta dapat menjalankan perniagaan dengan lebih baik dan terjamin.
“Penubuhan koperasi secara tidak langsung dapat mengelakkan koperasi daripada bersaing sesama sendiri selain mempastikan produk keluaran koperasi mendapat pasaran luar dan dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat penubuhan koperasi kariah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di sini Ahad.
Beliau berharap dengan penubuhan konsortium tersebut, kerajaan dapat meluluskan lebih banyak permit perniagaan termasuk permit import (AP) kepada konsortium terbabit.
Abdul Fattah berkata dengan adanya AP, ia boleh menjamin pendapatan koperasi sekali gus meluaskan kegiatan pemasaran dalam dan luar negara termasuk mengimport daging sejuk beku dan ternakan pada musim perayaan.
Terdahulu ketika merasmikan mesyuarat penubuhan koperasi tersebut, beliau memberitahu sebanyak 6,500 buah masjid dan surau dikenali pasti layak menubuhkan koperasi.
Daripada bilangan itu, hampir 300 buah masjid dan surau telah menubuhkan koperasi dengan lebih 1,000 anggota, katanya. – BERNAMA
TOP
Wanita UMNO Pulau Pinang Perlu Bersatu – Azizah
GEORGE TOWN – Wanita Umno Pulau Pinang perlu bersatu dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kembali negeri itu daripada pemerintahan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Naib Ketua Wanita Umno Datuk Azizah Mohd Dun berkata Umno dan Barisan Nasional hanya mempunyai tiga tahun lebih sebelum berhadapan pilihan umum ke-14 dan tempoh itu amat penting untuk mengatur strategi.
“Sekarang ini tiada masa untuk hasad dengki jika kita terus mahu memerintah kerana yang lebih besar ialah perjuangan untuk memastikan generasi kita berjaya.
“Paling penting dan utama ialah perpaduan dalam parti. Selagi perpaduan tidak dicapai kita tidak akan memperoleh kejayaan,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan pergerakan Wanita Umno Bahagian Bayan Baru di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, Wanita Umno juga perlu lebih kerap turun padang kerana rakyat memerlukan ‘sentuhan kasih’ dalam membela kebajikan mereka.
Bercakap kepada pemberita selepas perasmian persidangan itu, Azizah berkata perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini perlu dipupuk dari peringkat sekolah bagi memastikan generasi akan datang terus bersatu demi kejayaan negara.
“Sememangnya perpaduan bermula daripada keluarga dan dibawa ke sekolah, tadika, tabika, sekolah rendah dan menengah.
“Amat cantik jika anak-anak kita tanpa mengira kaum boleh bersama-sama dalam sekolah yang sama, dalam aliran yang sama…dan jika kita yakin kita rakyat Malaysia dalam negara yang berdaulat kita mesti tahu bahasa kita,” katanya.
Sementara itu persidangan wanita Umno bahagian itu meluluskan dua usul tanpa bahas iaitu menambah satu kerusi wanita untuk jawatan naib presiden Umno daripada jumlah tiga kerusi sedia ada dan kerusi itu akan dipertandingkan pada perhimpunan agung Umno.
Usul kedua ialah menambah satu lagi jawatan naib ketua bahagian untuk dipertandingkan oleh wanita pada pemilihan bahagian-bahagian. – BERNAMA
TOP
Sultan Selangor Dihina Di Twitter Gara-Gara ‘Emo’ Isu MB
Gara-gara kes perebutan kerusi Menteri Besar Selangor yang sedang hangat diperkatakan sekarang, ramailah penganalisis politik tak bertauliah sibuk hendak mengulas pendapat masing-masing.
Begitu pun ada antara penyokong Pakatan Rakyat didapati melampaui batas apabila mengeluarkan beberapa kenyataan berunsur penghinaan kepada sultan di laman sosial miliknya.
Antara tweet dibuat oleh pemilik akaun ‘Hassan Karim’ itu adalah:
Susulan itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Selangor (Perkasa Selangor) telah membuat satu laporan polis berkaitan perkara ini pada 15 Ogos lalu.
Nasihat kami kot iye pun teruja dengan pendapat peribadi, hati-hatilah jika mahu berkongsikannya di laman siber yang boleh dibaca ramai orang.
Jangan ingat di laman sosial anda boleh muntahkan pendapat sewenang-wenangnya seperti di kedai kopi! - MYNEWSHUB.MY

Azmin Terkejut Turut Dicalon Jadi MB, Serah Pada Pimpinan
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali hari ini terkejut apabila parti PAS menamakan beliau sebagai calon kedua bagi menggantikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di negeri Selangor.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa berkata pencalonan itu memang mengejutkan namun, beliau menyerahkannya kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.
“Bagi saya, apa yang lebih penting ialah PAS telah menunjukkan bahawa ia masih komited ke arah Pakatan dan berhasrat untuk bergerak ke hadapan dengan perjuangan bersama kita pada masa akan datang,” katanya dalam laporan MStar Online.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa PAS Pusat, khususnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong keputusan Pakatan Rakyat (PR).
PKR sebelum ini menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal bagi menggantikan Abdul Khalid dengan PAS dan DAP menyatakan pendirian masing-masing ini melalui kenyataan di media.
Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS kedua-duanya menolak Dr Wan Azizah sebagai calon.
Pada Khamis, Dr Wan Azizah mendakwa beliau harus menjadi MB Selangor selepas berjaya meraih sokongan 30 daripada 56 wakil rakyat PR.
Dua daripada mereka adalah dari PAS iaidu ADUN Morib dan ADUN Hulu Klang, manakala semua 15 wakil rakyat DAP dan 13 wakil rakyat PKR termasuk Azmin turut menyatakan sokongan terhadap Dr wan Azizah.
Pada Selasa, Khalid memecat enam Exco PKR dan DAP dan mengekalkan empat Exco PAS untuk membantu beliau mentadbir negeri ini.
“Elok kita tunggu mesyuarat semua pemimpin Pakatan Rakyat yang akan bertemu hari ini, biar Majlis Pimpinan Pusat buat keputusan dulu, baru saya komen,” katanya dalam laporan The Malaysian Insider (TMI) pula.
Pihak media meminta reaksinya selepas pencalonan namanya pada mesyuarat pagi tadi selepas kira-kira sejam setengah berbincang.
PR kini dalam usaha untuk menggugurkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar selepas beliau dipecat dari PKR minggu lepas oleh Lembaga Disiplin parti itu.
Majlis Pimpinan Pusat berkenaan akan mengadakan sidang media pada petang ini pada pukul 6.30 petang untuk memaklumkan keputusan mesyuarat berkenaan. – MYNEWSHUB.MY, 17 Ogos 2014
TOP
MH17: Orang Ramai Diberi Peluang Beri Penghormatan Pada Jenazah
Jasad 16 mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang akan tiba di Malaysia pada 22 Ogos ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan sebelum diserahkan kepada keluarga dan waris masing-masing supaya orang ramai berpeluang memberi penghormatan terakhir.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, jasad itu akan dibahagikan kepada dua kumpulan bagi peluang orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada mangsa nahas.
“”Keluarga mangsa akan diterbangkan dengan pesawat komersial dari Amsterdam lebih awal, manakala mayat akan diterbangkan dengan penerbangan khas, Boeing 747 MAS, pada 21 Ogos. Mayat dijangka tiba pada pukul 10 pagi, 22 Ogos, “kata Hishammuddin.
“Yang di-Pertuan Agong dan menteri-menteri Kabinet akan berada di sana untuk memberi penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa. Kemudian mayat akan dipecahkan kepada dua kumpulan, yang pertama akan dikebumikan di Wilayah Persekutuan,” katanya.
Kumpulan kedua akan diterbangkan oleh dua pesawat tentera C-130 dan lima helikopter Nuri ke negeri-negeri masing-masing untuk dikebumikan,” kata Hishammuddin.
Hishammuddin berkata kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pagi Ahad bahawa pemimpin-pemimpin negari masing-masing dijangka menyambut ketibaan mayat sebaik tiba sahaja ketibaan.
Setiap kapal terbang hanya akan membawa satu mayat, “kata Hishammuddin.
Beliau berkata mayat rakyat Malaysia yang masih berada di Belanda dan yang belum dikenal pasti akan dibawa pulang kemudian, tetapi masih akan diberikan penghormatan penuh.
“Upacara yang sama akan dilakukan. Mungkin ia tidak disiarkan secara langsung atau mempunyai liputan antarabangsa. Mungkin Yang Dipertuan Agong tidak akan hadir tetapi mereka akan diberi penghormatan yang sama. Semuanya telah dirancang,” katanya.
Hishamuddin menggesa negara untuk mengenepikan perbezaan dan bersatu pada 22 Ogos untuk memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa yang dibawa pulang.
TOP
Reman Suami Isteri Curi Wang Mangsa MH370 Dilanjutkan
Warga Pakistan ini diburu sebagai suspek kes curi wang mangsa nahas MH370.
KUALA LUMPUR – Tempoh tahanan reman seorang pegawai bank wanita dan suaminya dilanjutkan ke Rabu ini bagi membantu siasatan kes memindahkan dan mengeluarkan wang dari akaun empat mangsa tragedi penerbangan Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang masih hilang. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, SAC Zainuddin Ahmad, berkata tempoh reman pasangan itu, yang ditahan sejak 14 Ogos, sepatutnya berakhir hari ini. “Kertas siasatan kes ini dijangka siap sepenuhnya pada minggu hadapan,” katanya ketika dihubungi hari ini. Pegawai bank wanita itu, 33, ditahan di rumahnya di Ampang manakala suaminya yang juga berusia 33 tahun ditahan di sebuah bengkel di Ampang setelah pihak bank membuat laporan polis mengenai transaksi sejumlah RM110,643 milik empat penumpang pesawat MH370 tanpa mendapat kebenaran mana-mana pihak. Akaun berkenaan masing-masing milik dua penumpang warga China, seorang penumpang warga Malaysia dan akaun seorang pramugara. Siasatan polis mendapati daripada jumlah RM110,643 itu, sebanyak RM35,000 telah dipindahkan ke akaun kelima menerusi perbankan internet. Zainuddin berkata, polis masih mencari seorang lelaki wargan Pakistan yang dikenali sebagai Ali Farran bagi membantu siasatan kes itu. “Siasatan polis mendapati Ali Farran adalah kenalan suami pegawai bank itu,” katanya. Beliau berkata, Ali Farran juga didapati telah tinggal melebihi tempoh masa yang dibenarkan di negara ini. “Dia telah berpindah dari alamat terakhirnya di Kampung Pandan sejak 31 Julai lepas dan difahamkan sudah berhenti kerja sejak enam bulan lepas,” katanya. Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.41 tengah malam. Gerakan mencari pesawat itu yang membabitkan pelbagai negara, bermula di Laut China Selatan sebelum diperluas ke Selat Melaka dan akhirnya di selatan Lautan Hindi. - BERNAMA
TOP
Jabatan Peguam Negara, Wisma Putra Kaji Cari Keadilan MH17
TAPAH – Jabatan Peguam Negara dan Wisma Putra sedang meneliti aspek perundangan untuk mendapatkan keadilan buat keluarga mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh MH17 akan dibawa ke muka pengadilan.
“Peguam Negara sedang meneliti perkara itu secara mendalam dan Wisma Putra mengkajinya dari aspek antarabangsa.
“Kita tidak akan duduk diam dan kita akan mendapatkan keadilan buat kesemua mereka yang menaiki MH17,” katanya.
“Tidak kira mahkamah mana kita akan pergi, sama ada di Malaysia, Ukraine atau di Mahkamah Keadilan Antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Tapah di Dewan Merdeka di sini, Ahad.
Beliau menambah, keutamaan pada masa ini adalah mendapatkan mayat-mayat mangsa nahas untuk dibawa pulang ke Malaysia dengan selamat.
Hishammuddin turut memberi jaminan kepada keluarga mangsa nahas MH370 bahawa operasi mencari pesawat itu tidak dilupakan.
“Walaupun tumpuan kita pada masa ini adalah MH17, operasi mencari (MH370) masih berjalan. Kita bekerjasama rapat dengan Kerajaan China dan Australia,” katanya. - mStar Online
TOP
Pemberontak Pro-Rusia Tembak Jatuh Jet Pejuang Ukraine
KIEV – Puak pemisah pro-Rusia menembak jatuh sebuah jet pejuang Ukraine di kawasan konflik di timur Ukraine pada Ahad, kata jurucakap tentera kepada AFP.
“Pesawat MiG-29 ditembak jatuh pagi ini di kawasan Luganks dalam perjalanannya bertugas untuk menentang sekumpulan besar pengganas,” kata jurucakap tentera, Leonid Matyukin.
Beliau menambah, juruterbang berjaya menyelamatkan diri menggunakan payung terjun, dan diselamatkan oleh pasukan tentera Ukraine. – AFP
TOP
Ikut Pelan Saya Satu Ketika Dulu, MAS Ada Masa Depan – Idris
PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Idris Jala yakin Malaysia Airlines (MAS) mempunyai masa depan – jika
syarikat penerbangan negara itu dapat menangani kemelut semasa.
Beliau berkata pengurusan MAS perlu mengikut Pelan Transformasi Perniagaan (BTP2), yang dilancarkan semasa beliau berkhidmat dengan syarikat penerbangan tersebut pada 2008.
BTP2 mengandungi proses yang terperinci, langkah demi langkah bagi syarikat penerbangan itu untuk terus bertahan.
“Ketika saya bersama MAS, persoalannya ialah apa yang kita perlu lakukan untuk masa depannya. (Dalam BTP2) Saya menjangkakan bahawa menjelang 2012, senario kes terburuk ialah MAS rugi antara RM650 juta hingga RM1 bilion atau lebih, dan itu yang berlaku.
“Jika kita dapat mengubah atau melakukan sesuatu yang luar biasa dan mengikut semua langkah-langkah (disenaraikan dalam BTP2), saya menjangkakan MAS dapat menjana keuntungan sehingga RM1.5 bilion,” kata Idris sebagai anggota panel pada sesi ‘Pemimpin Baharu pada Abad Ke-21′ pada Persidangan Kepimpinan Asia 2014 di sini hari ini.
Persidangan sehari itu bertemakan,”Kepimpinan dan Inovasi pada Abad Ke-21″, dianjurkan oleh Sunway Education Group, Yayasan Jeffrey Cheah, Centre for Asia Leadership Initiatives dan Asia Leadership Trek dengan sokongan Harvard University Asia Centre.
Inisiatif BTP2 ialah mengubah MAS kepada syarikat penerbangan dengan lima bintang dan menerima proses lima langkah dengan jelas, termasuk mengekalkan perkhidmatan lima bintang, mengurangkan kos, menawarkan harga yang kompetitif dan meluaskan rangkaian dengan memperkenalkan laluan baharu, berasaskan permintaan.
Idris menyertai MAS sebagai ketua pegawai eksekutif pada 1 Sept, 2005 dan ketika itu syarikat penerbangan tersebut mencatatkan kerugian sebanyak RM1.3 bilion. Bagaimanapun, sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, MAS mencatat keuntungan bersih sekurang-kurangnya RM851 juta hanya dalam tempoh dua tahun.
“Semasa saya menyertai MAS, kami hanya mempunyai wang bagi tempoh dua setengah bulan. Kami tidak mempunyai wang untuk membayar gaji dan juga bahan api.
“Sesetengah mungkin ingat bahawa kami menjual bangunan ibu pejabat kami dengan nilai RM130 juta untuk memberi kami cukup tunai untuk beroperasi bagi tempoh 20 hari,” katanya ketika mengingati MAS meningkat dari era kejatuhannya.
Idris kemudian menyertai Kabinet pada 2009.
Beliau turut menasihati peserta persidangan untuk bertanyakan kepada diri mereka perubahan yang mereka boleh lakukan dalam bidang masing-masing, sentiasa menetapkan penanda aras yang tinggi dan menanganinya.
“Latar belakang saya adalah dalam bidang minyak dan gas (23 tahun dalam Shell). Apabila saya menyertai industri penerbangan, saya menunjukkan kepada mereka pelan saya dan tanya jika mereka yakin bahawa kita boleh berjaya, dan jika ia berbaloi untuk mencuba. Jawapannya ialah, tidak mungkin.
“Tetapi kami telah mencapai apa yang mustahil kepada orang lain,” katanya. – BERNAMA
TOP
MH17: Jenazah Enam Penumpang Pertama MH17 Elok, Cukup Sifat
Amsterdam – “Keadaan enam jenazah pertama penumpang MH17 yang dimandikan kami sebelum ini masih elok dan cukup sifat anggota tubuh,” ujar Imam Besar Masjid Putrajaya, Abdul Manaf Mat yang ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam.
Dia yang turut bertanggungjawab mengimamkan solat jenazah itu Rabu lalu, mengakui proses memandikan semua jenazah itu berjalan lancar sama seperti jenazah biasa diuruskan di tanah air.
“Walaupun mungkin ada anggota tubuh jenazah yang terpisah namun pasukan forensik di Hilversum sudah menyambungnya semula.
“Ramai menyangka jasad enam jenazah itu sudah hancur berkecai dah sukar untuk urusan dimandi serta dikafankan. Namun perkara itu tidak benar sama sekali,” katanya yang dibantu sekumpulan lapan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat).
Menurutnya, mereka dipecahkan kepada dua kumpulan membabitkan kumpulan lelaki dan wanita bagi menjalankan tugas memandi serta mengkafankan jenazah mengikut jantina. “Terdapat tiga jenazah lelaki dan tiga jenazah wanita beragama Islam yang juga penumpang pesawat MH17 diuruskan kami. “Proses dijalankan dengan teliti. Jenazah yang selesai dimandikan kemudian diletakkan di atas plastik dan kain kafan sebelum dipindahkan ke dalam keranda. “Kami perlu gunakan plastik berikutan jenazah ini akan melalui perjalanan jauh untuk dibawa pulang ke tanah air. “Proses memandikan dan mengkafankan jenazah mangsa ini selesai sepenuhnya dalam tempoh kurang satu jam,” katanya. Dia berkata bagi mangsa wanita itu, jenazah dipakaikan baju dan telekung sama seperti proses biasa dilakukan. Menurutnya jenazah semua mangsa itu kemudian disolaykan dengan disertai semua ahli keluarga, penuntut Malaysia di Belanda dan kakitangan kedutaan Malaysia. “Setakat ini kami sudah jalankan tiga dari empat fardu kifayah utama iaitu memandikan, memakaikan kafan dan menyembahyangkan jenazah itu. Ia hanya tinggal untuk dikebumikan. “Bagaimanapun, terpulang kepada ahli keluarga mangsa di tanah air sekiranya mereka mahu melakukan solat jenazah sekali lagi di Malaysia sebelum dikebumikan,” katanya yang masih tidak pulang ke tanah air sejak 18 Julai lalu kerana bertugas di Ukraine dan Belanda.

Terengganu Bina Jalan Hubung Kawasan Industri & LPT2
KEMAMAN – Kerajaan negeri merancang untuk menyediakan sistem pengangkutan jalan raya yang menghubungkan jalan utama ke kawasan perindustrian dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya dan Kemudahan Awam Negeri, Rosli Othman berkata kerajaan negeri memberi tumpuan kepada jalan yang menghubungkan kawasan industri baharu seperti di Bukit Kor, Marang, Ajil, Hulu Terengganu dan kawasan industri baharu yang lain.
“Kita juga merancang untuk menyediakan sistem jalan raya yang menghubungkan jalan negeri dengan LPT2 bagi melancarkan perjalanan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata selain itu kerajaan negeri turut memberi tumpuan untuk melebarkan jalan Kuala Terengganau-Kelantan melalui Jambatan Manir dari dua lorong menjadi empat lorong mulai tahun depan.
“Jalan dan jambatan berkenaan akan dinaik taraf di bawah Rancangan Malaysia ke-10 yang dianggarkan menelan belanja RM300 juta,” katanya.
Rosli berkata dua buah jambatan jenis ‘angkat’ yang menghubungkan Seberang Takir dengan Kuala Terengganu dan Teluk Pasu dengan Losong akan turut dibina.
Katanya dengan pembesaran jalan dan pembinaan jambatan, kesesakan trafik yang berlaku di Bandaraya Kuala Terengganu dapat diatasi. – BERNAMA
TOP
Terdesak Ke UK Secara Haram, 1 Maut, 34 Ditemui Dalam Kontena
TILBURY (United Kingdom) – Seorang lelaki dijumpai mati dan 34 lain masih hidup dalam kontena kapal selepas kakitangan di sebuah pelabuhan di Britain terdengar bunyi ketukan dan jeritan daripada dalam.
Lelaki, wanita dan kanak-kanak itu, dipercayai dari India, dijumpai di dalam sebuah kontena di Pelabuhan Tilbury di timur London, dalam kapal dari pelabuhan Zeebrugge, Belgium.
Semua mereka yang terselamat dibawa ke hospital berdekatan; dua serius tetapi tidak berada dalam keadaan yang mengancam nyawa, sementara yang lain mengalami dehidrasi dan suhu badan terlalu rendah yang mencapai tahap bahaya.
Polis akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan berikutan kejadian itu. Polis Essex juga melancarkan siasatan pembunuhan kerana terdapat mangsa maut dalam kejadian itu.
Polis sudah menggeledah 30 daripada 64 kontena dalam kapal P and O itu yang tiba semalam, bagi memeriksa sama ada terdapat mangsa lain, kata kata Superintendan Polis Trevor Roe.
Syarikat P and O Ferries berkata kontena berkenaan tiba di Dermaga Zeebrugge di Belgium kira-kira sejam sebelum ia dimuatkan ke dalam feri.
Dua jam kemudian, kapal itu memulakan perjalanan selama lapan jam semalaman. Kapal itu membawa 64 kontena, 72 treler dan lima trak dan pemandu.
Lelaki yang maut itu disahkan mati di tempat kejadian oleh pasukan perubatan di Tilbury.
“Ia memerlukan siasatan pembunuhan dari pandangan polis,” kata Roe.
Tambahnya, ia adalah isu kemanusiaan dan kebajikan mangsa diutamakan. Pasukan penyiasat juga kini menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan mangsa terselamat dan akan menunggu sehingga mereka pulih untuk menemubual mereka dengan bantuan juru bahasa. Katanya, penyiasatan akan menjurus kepada kumpulan atau sesiapa sahaja yang mungkin terbabit dalam konspirasi ini yang membawa mangsa ke negara ini dengan cara demikian. “Adalah jelas bahawa kita perlu membawa mereka ke muka pengadilan,” kata ahli parlimen tempatan, Stephen Metcalfe. “Hakikatnya ialah begitu ramai orang melakukan perjalanan jauh dan dalam keadaan terdesak untuk masuk ke UK – sama ada dengan sendiri atau dianjurkan oleh pihak lain dan situasi ini amat menyedihkan,” katanya kepada BBC. BBC juga memetik Pasukan Sempadan UK sebagai berkata pada 2012-2013, terdapat lebih 11,000 cubaan untuk menyeberangi English Channel secara haram. Pada 2000, 58 pendatang haram warga China mati akibat sesak nafas berikutan saluran udara ke kontena di mana mereka ditempatkan ditutup dalam perjalanan ke pelabuhan Dover di selatan England. Pada Julai tahun lalu, polis Britain menahan dua orang selepas 15 pencari perlindungan dijumpai tersembunyi di dalam sebuah lori tangki di atas sebuah feri di Dover. Awal bulan ini, 16 orang, dipercayai dari Ethiopia, dijumpai dalam unit sejuk beku sebuah trak di luar London. Mereka ditahan kerana disyaki memasuki secara haram. Pada Jun lalu, lapan pendatang haram, semuanya warga Afghan, diselamatkan di English Channel apabila bot mereka rosak. – AFP

Peserta Brunei Meninggal Dunia Ketika Sertai 'Kuching Marathon'
KUCHING – Seorang peserta Kuching Marathon meninggal dunia selepas diserang sakit jantung ketika berlari.
Peserta terbabit, Abdul Aziz Japar, 54 tahun rebah ketika baru menghabiskan jarak 2 kilometer, di Jalan Muhibbah, dekat sini. Beliau yang berasal dari Brunei Darussalam menyertai acara santai 5 kilometer dan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, Deputi Superintendan Amihizam Abdul Shukor mengesahkan kejadian itu. – BH Online

” Saya Belum Terima Sebarang Surat Dari Guan Eng “
TEMERLOH – Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan belum menerima sebarang surat atau notis daripada peguam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berikutan kenyataannya mengenai projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang diberi kepada sebuah syarikat secara rundingan terus.
Menurutnya, beliau juga bersedia jika Guan Eng meneruskan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Kenyataan ini saya sudah jelaskan sebelum ini, saya tidak akan memohon maaf kepadanya kerana saya tidak menganggap kenyataan itu satu fitnah,” katanya kepada media selepas majlis sambutan kemerdekaan anjuran Pas Pusat di sini, semalam.
Sambutan tersebut disempurnakan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, Pengarah Program Peringkat Pusat Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan Pesuruhjaya Pas Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Nasrudin yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, pendirian beliau itu disebabkan kenyataan berkenaan bukan ditujukan kepada Guan Eng tetapi berkaitan dengan pergolakan di Selangor.
“Saya sudah jelaskan panjang lebar mengenai isu ini di Facebook, saya tidak mempunyai niat menuduh sesiapa, saya juga tidak menganggap kenyataan itu sebagai fitnah,” katanya.
Nasrudin berkata, sehingga kini beliau tidak pernah berhubung dengan Guan Eng mengenai isu tersebut secara terus sebaliknya ketegangan itu hanya melalui media.
Sementara itu, Mohamad Sabu berkata, ketegangan membabitkan Nasrudin dan Guan Eng itu isu peribadi dan biasa berlaku.
“Itu bukan isu parti, itu isu individu, di Malaysia tidak sah kalau tidak ada saman menyaman ini. Kita akan lihat (isu ini) dari semasa ke semasa,” katanya. – Sinar Harian Online
TOP
Budak 11 Tahun Atasi IQ Einstein, Hawking
LONDON – Seorang budak lelaki Britain, Boffin Ramarni Wilfred, 11, memperoleh markah tertinggi dalam satu ujian kecerdasan minda (IQ) sekali gus mengatasi IQ dua saintis ternama Stephen Hawking dan pengasas Microsoft, Bill Gates.
Markah yang diperoleh Boffin turut mengatasi kecerdasan saintis legenda, Albert Einstein.
Ujian Q itu diadakan oleh Mensa iaitu sebuah pertubuhan global dianggotai oleh mereka yang mempunyai IQ tinggi.
Boffin dikesan memiliki IQ tinggi apabila dia sudah boleh membaca ensiklopedia ketika masih bergelar anak kecil.
Dia memperoleh markah sebanyak 162 dalam ujian IQ Mensa berbanding Hawking dan Gates yang masing-masing mendapat 160 markah.
Semasa berusia 10 tahun, Boffin yang masih berada di sekolah rendah telah menulis esei falsafah untuk Universiti Oxford.
“Namun, dia masih seperti kanak-kanak lain. Anak saya gemar menonton saluran Disney dan membaca komik.” kata ibunya, Anthea, 37 yang inginkan anaknya membesar sama seperti kanak-kanak lain.
Menurut Pengarah Eksekutif Mensa, John Stevenage, markah yang diperoleh Ramarni sangat baik dan menunjukkan dia mempunyai potensi yang hebat.
Ramarni yang kini berada di sekolah menengah berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Oxford dan bercita-cita untuk menjadi pakar astrofizik. – Agensi
TOP
KJ Tawar Baju 'Malaysian Heroes' Percuma Minggu Depan
Berita baik!! Khairy Jamaluddin membuat tawaran baju Malaysian Heroes percuma bagi sesiapa yang terserempak dengannya pada minggu depan.Minggu depan tu jika tidak silap, bermula esoklah, hari isnin, 18/8
Tetapi untuk mendapatkan baju tersebut ada syaratnya. KJ memberitahu melalui laman Twitternya, jika sesiapa yang terserempak dengannya, dan melakukan 'Push Up' sebanyak 20 kali, dia akan memberikan sehelai jersi Malaysian Heroes secara percuma.
Semangat sungguh KJ ni memperagakan kempennya yang diberi nama #FitMalaysia. Ini adalah satu peluang bagi mereka yang nak dapatkan baju Malaysian Heroes ni - SiakapKeli.com

Pakatan Rakyat Hanya Mahu Wan Azizah Sebagai Calon MB
SUBANG: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini memutuskan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kekal sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Perkara itu diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sebentar tadi yang turut di hadiri Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Susulan keputusan itu, Anwar berkata pimpinan pakatan itu akan meneruskan proses menyembahmaklum ketetapan yang dicapai kepada baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam masa terdekat.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali yang hadir pada sidang media itu memaklumkan beliau patuh kepada keputusan parti menyokong Wan Azizah biarpun dicadangkan PAS sebagai calon kedua, pagi tadi.- BH Online
No comments:
Post a Comment