TOP
6,400 OKU Bekerja & Berdaftar Nikmati Elaun Pekerja Cacat
KUALA LUMPUR – Seramai 6,400 Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima Elaun Pekerja Cacat (EPC) sebanyak RM300 sebulan, setakat Jun lalu.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata elaun yang diberi kepada OKU berpendapatan kurang RM1,200 sebulan itu bertujuan menarik minat golongan itu untuk bekerja.
“Selain itu, OKU yang bekerja juga layak mendapat pelepasan cukai sebanyak RM15,000,” katanya pada perasmian Seminar Sokongan Pekerjaan Untuk OKU di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia, Mohd Sahar Darusman.
Menurut Riot, program lain yang dilaksanakan untuk OKU termasuk Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU (SBGP-OKU) dan Sistem Penggajian OKU (SPOKU).
“Sepanjang pelaksanaan SBGP-OKU sejak 2007, ia telah membantu 850 usahawan OKU dan 714 OKU lain telah digajikan di bawah mereka.
“Bagi program SPOKU pula, sejak 2005 hingga kini terdapat 8,053 OKU dan 2,329 majikan telah berdaftar, dengan 3,445 jawatan kosong telah ditawarkan,” kata Riot.
Menurutnya, kini terdapat kira-kira 250,000 OKU berumur antara 15 hingga 64 tahun mewakili 0.83 peratus daripada populasi penduduk di negara ini.
akan 25 faedah yang boleh dinikmati golongan OKU berdaftar meliputi akses kepada kesihatan, bantuan pendidikan, kemudahan pengangkutan awam dan peluang pekerjaan. – BERNAMA
TOP
Video Promo LG G3 Stylus Yang Sangat Kreatif
LG pada tahun ini telah memperkenalkan LG G3 yang mana merupakan telefon pintar flagship mereka, sebelum turut hadir dengan variasi bersaiz mini mereka yang dinamakan LG G3 Beat.
Kini, dengan IFA 2014 yang menjelang tiba, pihak LG secara rasminya telah pun mengumumkan peranti terbaru mereka yang mana turut hadir dengan sokongan stylus.
Peranti baru ini kelak dilihat akan dinamakan sebagai LG G3 Stylus, dan membawakan saiz skrin yang lebih besar berbanding kedua-dua yang sebelumnya. LG G3 Stylus menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan qHD, cip pemprosesan empat-teras 1.3GHz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan terbina 8GB yang boleh diperluaskan dengan slot mikro-SD, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 1.3-megapixel.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak LG akan mengumumkannya secara rasmi.
Berkemungkinan kita akan dapat melihat ia diperkenalkan sekitar pengenalan Galaxy Note 4 oleh Samsung kelak. Apa pun, satu yang pasti adalah dimana pihak LG seperti telah melupakan pasaran Malaysia untuk peranti mudah-alih mereka, dan tidak diketahui adakah mereka akan menawarkannya di Malaysia. Sehingga kini, pelbagai peranti LG tidak dipasarkan di Malaysia, termasuk LG G2 dan G Flex yang diperkenalkan pada tahun lepas.
Sumber: Engadjet
Oleh: hzqahmd

Video: Iklan Merdeka Maxis Yang Cute!
MENJELANG sambutan ulang tahun ke-57 hari kemerdekaan negara yang bakal disambut Ahad ini, pelbagai syarikat besar dan dikenali mula mengeluarkan iklan-iklan yang menyelitkan semangat kemerdekaan rakyat Malaysia.
Antaranya Maxis tidak ketinggalan tampil dengan iklan mereka yang boleh dikatakan agak cute dan lucu di mana jalan ceritanya berkisarkan keramahan rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum dalam ‘greet’ seseorang individu itu.
Perkara terbabit menimbulkan kepelikan kepada seorang lelaki kulit putih yang mungkin bekerja dan menetap di sini.
Akhirnya dia mengerti keramahan rakyat Malaysia sememangnya satu perkara yang sangat unik di sini yang mana menjadikan kita sebagai rakyat majmuk yang saling hidup harmoni di antara satu sama lain.
Jom saksikan! – MYNEWSHUB.MY
Jom saksikan! – MYNEWSHUB.MY
TOP
Lelaki Mengamuk Maut Ditembak Di Sabah
Tawau – Seorang lelaki dipercayai kurang siuman mati ditembak selepas mengamuk sehingga seorang anggota polis cedera ditetak lelaki berkenaan dalam kejadian di Kampung Andrassy, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 11.10 pagi itu, suspek berusia 30-an dipercayai mati di lokasi kejadian selepas terkena tembakan.
Sebelum itu, suspek dikatakan tiba-tiba mengamuk sehingga menyebabkan pekerja di ladang sawit berhampiran kampung itu menghubungi polis.
Sepasukan polis yang tiba di lokasi cuba menenangkan keadaan sebelum suspek menyerang mereka dan melibas seorang anggota menggunakan sabit sehingga cedera di lengan kanan.
Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Besar Tawau dan dilaporkan stabil.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan. – myMetro Online
TOP
Khalid Samad KENA LUDAH Di Luar Mahkamah
Ketika mahu meninggalkan kompleks mahkamah selepas diikat dijamin, anggota parlimen PAS Khalid Samad disekat sekumpulan pemuda Melayu yang tidak puas hati dengannya.
Bercakap kepada Malaysiakini, katanya, mereka mengeluarkan kata-kata kecaman padanya.
Malah, menurutnya, seorang daripada mereka tampil meludahnya.
“Ketika saya mahu meninggalkan (kompleks mahkamah), seorang lelaki Melayu datang kepada saya dan tanya sama ada saya Khalid Samad, anggota parlimen Shah Alam. Lepas saya kata ‘ya’, dia ludah saya.
“Dan kemudian, datang lagi sepuluh orang dan menghina saya, gelar saya pengkhianat Melayu.
“Ketika kami bergerak menuju kereta, mereka mula bertempik dan berkelakuan liar. Tetapi mereka tidak sentuh saya,” katanya.
Beberapa orang lagi turut menyaksikan insiden itu.
Khalid hari ini didakwa atas tuduhan menghasut atas kenyataannya yang menggesa agar kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dihapuskan.
Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bawah Akta Hasutan dan mengaku tidak bersalah.
TOP
Penggambaran Separuh Bogel, Polis Akan Siasat
Susulan daripada kes penggambaran perkahwinan dengan gaya separuh bogel di Ipoh yang berlaku semalam, kini pihak polis mengatakan akan menyiasat perkara berkenaan.
Menurut polis, pihaknya kini menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil iaitu berkelakuan aib.
Dalam laporan Mynewshub.my semalam, gambar sesi penggambaran itu telah pun tersebar secara meluas di internet.
Daripada pengamatan penulis, memang pasangan ini tidak peka dalam soal memilih kawasan untuk bergambar kerana ia jelas dilakukan di kawasan tumpuan umum iaitu di tepi jalan raya.
Eloklah polis siasat, dan diambil tindakan kepada pihak yang terlalu kreatif dan liberal sehingga menyangkakan orang lain di Malaysia boleh tutup mata dengan perangai sebegitu.
Perlu diketahui, Malaysa merupakan sebuah negara yang memartabatkan agama Islam sebagai agama Persekutuan yang mana turut dianuti dan diamalkan secara majoriti oleh rakyatnya.
Perlakuan memalukan seperti ini semestinya tidak boleh dikompromi. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Khalid Ibrahim Menghadap Sultan Selangor
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat memasuki pekarangan Istana Bukit Kayangan tepat jam 2.20 petang ini untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Kenderaan yang membawa baginda dilihat tiba lima minit lebih awal sebelum Abdul Khalid.
Sementara wakil media sudah berkampung sejak jam 12 tengah hari tadi lagi di pintu pagar utama istana bagi membuat liputan kemelut politik jawatan menteri besar di negeri ini.
Sementara itu, sidang media menteri besar yang dijadualkan jam 4 petang di Bilik Gerakan Negeri, Tingkat 22, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) ditangguhkan ke 5.30 petang ini. - Sinar Harian Online
TOP
Dasar Hati Kering.. Janin Dibuang Bersama Sisa Sampah KFC
Allahuakbar.. tak habis-habis lagi kisah buang bayi di negara tercinta kita ini.
Apa yang menyedihkan sudahlah bayi tak berdosa ini tidak dikebumikan dengan betul malah dibuang pula di lokasi kotor yang silap hari bulan tempat anjing mencari makanan.
Terbaru satu janin ditemui dalam plastik sampah hitam di Bahau, Negeri Sembilan.
Ada yang menyatakan lokasi lebih tepat adalah tong sampah di belakang sebuah restoran makanan segera namun kesahihannya tak dapat dipastikan. Apa yang nyata ini adalah satu perbuatan hina lagi terkutuk. Menjelang 31 Ogos ini, diharapkan pihak berkenaan memantau aktiviti anak muda pada malam cuti umum kelak agar sembilan bulan dari sekarang tak ada kejadian janin dalam plastik sampah seperti ini ditemui lagi.
- MYNEWSHUB
Oleh: REM RAMZI

Laporan Psikiatrik Rizalman Sudah Siap – Panglima ATM
Penilaian psikiatrik terhadap bekas atase tentera Muhammad Rizalman Ismail telahpun siap, kata Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini.
Mengenai bila dia akan dihantar ke New Zealand, Zulkifeli berkata ia bergantung kepada Wisma Putra dan Jabatan Peguam Negara, dan kedua-dua negara (Malaysia dan New Zealand).
Ada prosedur tertentu yang perlu diikuti, katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai status proses ekstradisi Rizalman.
Rizalman menghadapi tuduhan pecah rumah dan menyerang dengan niat merogol terhadap seorang wanita New Zealand, Tania Billingsley, pada 9 Mei.
Pada masa itu, Rizalman merupakan atase tentera di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington.
TOP
Muzik Video Wrecking Ball Dinobat Video Terbaik MTV VMA 2014
WALAUPUN sebelum ini muzik video Wrecking Ball nyanyian Miley Cyrus mendapat kritikan hebat daripada kebanyakan peminatnya di seluruh dunia namun kelainan yang diterapkan dalam video tersebut telah berjaya menobatkannya sebagai Video Terbaik dalam Anugerah Video Muzik MTV 2014 (MTV VMAs 2014) yang berlangsung di California, Amerika, semalam.
Memenangi kategori utama yang dipertandingkan, Miley telah mewakilkan seorang gelandangan bernama Jesse untuk menerima trofi tersebut daripada penyampainya, Jimmy Fallon.
Selain Miley, Katy Perry juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi anugerah Video Muzik Penyanyi Wanita Terbaik menerusi lagunya Dark Horse bergandingan dengan Juicy J.
Manakala bagi kategori penyanyi lelaki pula, ianya dimenangi oleh penyanyi British, Ed Sheeran menerusi lagu Sing yang menampilkan Pharrell Wiliams.
Di bawah ini merupakan senarai pemenang penuh MTV VMA 2014 untuk makluman anda. – MYNEWSHUB.MY
Oleh: JULIANA JOHAR
Senarai Pemenang MTV VMAs 2014
Video Terbaik 2014
• Iggy Azalea ft. Charli XCX – Fancy
• Beyonce ft. JAY Z – Drunk In Love
• Pharrell Williams – Happy
• Sia – Chandelier
• Miley Cyrus – Wrecking Ball (PEMENANG)
Video Lelaki Terbaik
• Pharrell Williams – Happy
• John Legend – All Of Me
• Ed Sheeran ft. Pharrell – Sing (PEMENANG)
• Sam Smith – Stay With Me
• Eminem ft. Rihanna – Monster
Video Wanita Terbaik
• Iggy Azalea ft. Charli XCX – Fancy
• Beyonce – Partition
• Lorde – Royals
• Ariana Grande ft. Iggy Azalea – Problem
• Katy Perry ft. Juicy J – Dark Horse (PEMENANG)
Video Hip Hop Terbaik
• Eminem – Bezerk
• Drake ft. Majid Jordan -
• Hold On (We’re Going Home) (PEMENANG)
• Childish Gambino – 3005
• Kanye West - Black Skinhead
• Wiz Khalifa – We Dem Boyz
Video Pop Terbaik
• Pharrell Williams – Happy
• Iggy Azalea ft. Charli XCX – Fancy
• Jason Derulo ft. 2 Chainz – Talk Dirty
• Ariana Grande ft. Iggy Azalea – Problem (PEMENANG)
• Avicii ft. Aloe Blacc – Wake Me Up
Video Rock Terbaik
• Imagine Dragons – Demons
• Arctic Monkeys – Do I Wanna Know
• The Black Keys – Fever
• Lorde – Royals (PEMENANG)
• Linkin Park – Until It’s Gone
Artis Harapan MTV
• Sam Smith – Stay With Me
• 5 Seconds of Summer – She Looks So Perfect
• Charli XCX – Boom Clap
• Schoolboy Q – Man Of The Year
• Fifth Harmony – Miss Movin On (PEMENANG)
Kolaborasi Terbaik
• Beyonce ft. JAY Z – Drunk In Love (PEMENANG)
• Ariana Grande ft. Iggy Azalea – Problem
• Pitbull ft. Ke$ha – Timber
• Chris Brown ft. Lil Wayne and Tyga – Loyal
• Eminem ft. Rihanna – Monster
• Katy Perry ft. Juicy J – Dark Horse
Video Lirik Terbaik
• 5 Seconds of Summer- Don’t Stop (PEMENANG)
• Austin Mahone ft. Pitbull – Mmm Yeah
• Ariana Grande ft. Iggy Azalea- Problem
• Demi Lovato – Really Don’t Care
• Katy Perry – Birthday
Anugerah Clubland MTV
• DJ Snake & Lil Jon – Turn Down For What
• Zedd ft. Hayley Williams – Stay the Night (PEMENANG)
• Calvin Harris – Summer
• Martin Garrix – Animal
• Disclosure – Grab Her!
Video Dengan Mesej Sosial Terbaik
• Angel Haze ft. SIA – Battle Cry
• Avicii – Hey Brother
• Beyonce – Pretty Hurts (PEMENANG)
• J. Cole ft. TLC – Crooked Smile
• Kelly Rowland – Dirty Laundry
• David Guetta f/ Mikky Ekko – One Voice Sinematografi Terbaik
• 30 Seconds to Mars – City of Angels
• Beyonce – Pretty Hurts (PEMENANG)
• Arcade Fire – Afterlife
• Gesaffelstein – Hate or Glory
• Lana Del Rey – West Coast
Suntingan Terbaik
• Eminem – Rap God (PEMENANG)
• MGMT – Your Life is a Lie
• Zedd ft. Hayley Williams -Stay the Night
• Beyonce – Pretty Hurts
• Fitz and The Tantrums – The Walker
Koreografi Terbaik
• Sia – Chandelier (PEMENANG)
• Beyonce – Partition
• Usher – Good Kisser
• Michael Jackson f/Justin Timberlake – Love Never Felt So Good
• Jason Derulo f/2Chainz – Talk Dirty
• KIESZA – Hideaway
Arahan Terbaik
• DJ Snake & Lil Jon – Turn Down For What (PEMENANG)
• OK Go – The Writing’s On the Wall
• Miley Cyrus – Wrecking Ball
• Beyonce – Pretty Hurts
• Eminem ft. Rihanna – The Monster”
Seni Arahan Terbaik
• DJ Snake & Lil Jon – Turn Down For What
• Iggy Azalea ft. Charli XCX – Fancy
• Eminem – Rap God
• Arcade Fire – Reflektor (PEMENANG)
• Tyler, The Creator – Tamale
Kesan Visual Terbaik
• DJ Snake & Lil Jon – Turn Down For What
• OK Go – The Writing’s On the Wall (PEMENANG)
• Disclosure – Grab Her!
• Eminem – Rap God
• Jack White – Lazaretto

Apple Menawarkan Program Gantian Bateri iPhone 5
Tidak dapat dinafikan bahawa prestasi untuk menyimpan cas bateri sesebuah telefon pintar akan semakin menurun jika semakin lama ia digunakan.
Melihat kepada permasalahan ini, Apple telah mengambil langkah awal dengan permasalahan bateri pada peranti iPhone 5 yang sering dilaporkan oleh pengguna.
Apple telah mengesahkan yang mana peratusan kecil unit iPhone 5 yang digunakan pengguna mungkin mempunyai masalah bateri.
Dimana iPhone 5 yang terlibat akan mempunyai jangka masa bertahan bateri yang amat pendek dan memerlukan pengguna mengecasnya dengan lebih kerap.
Menurut Apple, unit-unit iPhone 5 yang terlibat adalah unit yang dilancarkan dan dijual antara September 2012 hingga Januari 2013 lepas.
Untuk menyemak sama ada peranti anda terlibat ataupun sebaliknya, pihak Apple menyediakan sebuah halaman khusus dimana membolehkan anda memasukkan nombor siri, dan melihat sama ada iPhone 5 anda tersenarai dalam program gantian semula ini ataupun sebaliknya.
Program ini akan dimulakan oleh Apple bermula 29 Ogos ini, dan pengguna mungkin perlu membawanya ke pengedar Apple untuk menggantikan ia semula.
Sebelum ini, pihak Apple turut mengadakan program gantian untuk butang kuasa iPhone 5 yang turut dilihat mempunyai masalahnya tersendiri.
Rujuk: Gantian Semula Bateri iPhone 5
TOP
Wang Simpanan Habis Dimakan Anai-Anai
China – Seorang wanita yang menyimpan wang di dalam almari sejak berdekad-dekad lalu kerana tidak percayakan bank akhirnya kecewa apabila mendapati wang berkenaan habis dimakan anai-anai.
Pada mulanya Cai Hou, 70, menyangka wangnya yang berjumlah 10,000 yuan itu dicuri.
Tetapi selepas mendapati ada anai-anai berhampiran wang berkenaan barulah dia menyedari bahawa wangnya itu sudah dirosakkan seranga terbabit.
“Saya begitu kecewa. Selama ini saya tidak pernah percayakan bank dan berpendapat adalah lebih selamat jika menyimpannya dalam almari,’’ katanya.
Keluarga Cai bagaimanapun berjaya menyelamatkan 1,950 yuan sahaja selepas mereka menyambung semula wang kertas yang koyak itu.
Baki wang yang lain, habis dimakan anai-anai dan menjadi cebisan kecil.
Wang sebanyak 1,950 yuan itu kini disimpan di dalam bank dengan akaun dibuka atas nama Cai Hou. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Rama-Rama Terbang Dalam Kepala Lelaki Ini Selama 3 Hari
Buckinghamshire – Rob Fielding, 43, sedang asyik membaca buku di atas katilnya apabila secara tiba-tiba seekor rama-rama terbang dan memasuki telinganya.
Rama-rama sepanjang satu sentimeter itu tidak duduk diam sebaliknya ia terbang dalam lubang telinga Rob, menyebabkan Rob akan melompat setiap kali serangga itu bergerak.
Ketika serangga itu memasuki telinganya, dia membiarkannya dengan harapan ia akan keluar sendiri, tetapi malangnya ia berada di situ selama tiga hari.
Akhirnya, isteri Rob membawa suaminya menemui doktor dan jururawat di situ terkejut apabila mereka dimaklumkan mengenai punca keadaan Rob itu.
“Salah seorang daripada mereka menggunakan lampu untuk melihat ke dalam telinga saya dan mereka dapat melihat kakinya sedang bergerak,’’ kata Rob sebelum dia dirujuk ke bahagian telinga, hidung dan tekak.
Doktor mengambil masa selama sejam dalam pembedahan mengeluarkan rama-rama itu dan menggunakan penyepit sepanjang dua sentimeter. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Wanita Meninggal Sebab Doktor Lupa Beritahu Dia Hidap Kanser
New Zealand – Seorang doktor terpaksa memohon maaf kepada sebuah keluarga selepas dia terlupa memaklumkan kepada pesakitnya bahawa wanita itu menghidap kanser payu dara.
Sebaliknya doktor berkenaan hanya memaklumkan kepada wanita itu bahawa tendon di bahagian bahunya terkoyak ketika dia mendapatkan rawatan kerana kesakitan di bahagian bahu.
Wanita itu hanya diberikan suntikan steroid dan diminta kembali ke hospital jika sakit di bahunya kembali sakit. Dia kemudiannya meninggal dunia.
Mengikut rekod, wanita itu pernah menjalani rawatan kanser pada 2003, dan mengunjungi doktor tersebut pada 2009 kerana mengadu sakit bahu.
Doktor terbabit yang mengetahui bahawa wanita itu merupakan bekas pesakit kanser, hanya merujuknya kepada x-ray, yang kemudiannya mendedahkan tendonnya koyak, dan kemungkinan disebabkan kanser kembali merebak.
Dalam inkuiri yang dilakukan, doktor itu mengaku terlupa memaklumkan kemungkinan barah itu merebak.
Doktor tersebut kini dirujuk ke bahagian perundangan untuk tindakan susulan. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Video Pelanggan Chilli’s Marah, Pengurusan Mohon Maaf
Pengunjung di restoran Chilli’s di pusat membeli-belah 1Utama kelmarin dikejutkan dengan rasa tidak puas hati seorang pelanggan yang dikatakan telah diminta keluar oleh pengurus restoran berkenaan kerana dia dan keluarganya membawa makanan yang diperolehi dari luar restoran.
Lelaki itu dengan nada betul-betul tidak puas hati telah bangun dan mendedahkan apa yang dilakukan oleh pengurus restoran iaitu seorang wanita kepada semua pelanggan di dalam restoran pada ketika itu.
Menurut lelaki itu, bapanya seorang pesakit yang pernah diserang angin ahmar dan memerlukan diet khas yang tidak boleh disediakan oleh pihak restoran.
Oleh itu, keluarga lelaki itu terpaksa membawa masuk makanan dari luar hanya untuk bapanya dan ahli keluarga yang lain turut memesan menu dari Chilli’s dengan kuantiti yang banyak.
“Saya beritahu kepada pengurus bahawa makanan dari luar itu adalah untuk ayah saya sahaja, yang terpaksa menggunakan kerusi roda tetapi dia cakap, sila tinggalkan restoran ini dan kami tidak akan melayan keluarga saya. “Saya telah pesan empat menu utama dari restoran Chilli’s bersama menu pembuka selera yang banyak, saya membantu perniagaan mereka (Chilli’s) dan tetap pihak pengurus menghalau kami,” kata lelak dalam video selama 1.17 minit yang tersebar di internet sejak semalam. Ekoran itu, Pengarah Kawasan Chilli’s (Malaysia) Nicholas Ngai memetik laporan laman web Astro Awani telah membuat penjelasan dan memohon maaf kepada pelanggan berkenaan dan menurutnya masalah itu sudah pun diselesaikan. “Kami akui insiden berkenaan berlaku pada hari Ahad di Chili’s One Utama. Kami telah menghubungi pelanggan berkenaan dalam jam 1 tengah hari tadi. Permohonan maaf telahpun diterima. “Kami memang mempunyai polisi dimana makanan luar tidak dibenarkan. Kejadian berlaku apabila pihak pengurus restoran ingin memberitahu pelanggan tentang polisi ini. Ini mungkin masalah komunikasi dan kami telah memohon maaf,” kata Ngai. Bagaimanapun Ngai enggan mengulas lebih lanjut tentang video yang kini sudah menjadi viral itu. Beliau juga memahami akan keperluan bapa pelanggan berkenaan yang mempunyai keperluan diet yang khusus. “Pada masa akan datang, kami akan memasak dan memenuhi permintaan bapanya jika dapur kami mempunyai bahan-bahan yang diperlukan,” tambah Ngai. – MYNEWSHUB.MY

Lagi Berita Mengenai iPhone 6, 4.7 Dan 5.5 Inci
Setakat ini, kebanyakan gambar yang tertiris adalah gambar iPhone 6 4.7 inci dan jarang kita lihat gambar mengenai model 5.5 inci telefon pintar tersebut.
Namun kali ini sebuah gambar yang menunjukkan apa yang dipercayai bahagian badan iPhone 6 5.5 inci diletakan di sebelah badan iPhone 6 4.7 inci bagi tujuan perbandingan.
Gambar yang dipetik daripada laman web BestTechInfo dikatakan diambil terus dari pembekal komponen Apple.
Secara kasarnya, ia kelihatan seperti versi iPhone 6 yang lebih besar dan dari gambar tersebut, kedua-duanya kelihatan sangat nipis.
Seperti yang sedia maklum, khabar angin sebelum ini meletakkan ketebalan model 4.7 inci pada 7mm manakala model 5.5 inci pula hanya setebal 6.7 mm.
Sama-samalah kita tunggu pelancaranya pada 9 September ini.
Sumber: BestTechInfo
Oleh: hzqahmd
TOP
Menteri Luar Russia Tuduh Siasatan MH17 ‘Kurang Telus’
Kerajaan Russia menuduh pasukan penyiasat antarabangsa kini kurang telus kerana dikatakan gagal mendedahkan maklumat berkaitan siasatan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine bulan lepas.
Menteri Luarnya Sergei Lavrov mempersoalkan mengapa rakaman kotak hitam pesawat masih tidak didedahkan kepada umum dan Lavrov membuat tanggapan kini orang ramai telah ‘hilang minat’ ke atas siasatan tersebut.
Beliau berkata, pasukan penyiasatan Belanda yang mengetuai siasatan telah memaklumkan awal bulan ini bahawa mereka akan mendedahkan laporan awal siasatan dalam masa beberapa minggu lagi.
“Tiada siapa memberitahu kita apa-apa (sebab) yang masuk akal tentang mengapa rakaman kotak hitam tidak boleh didedahkan sepenuhnya,” kata Lavrov pada taklimat menerusi satu siaran televisyen di Moscow, Russia.
Lavrov turut mempersoalkan mengapa Ukraine belum memberikan rakaman perbualan antara kawalan trafik udara dengan pesawat MH17 di Lapangan Terbang berdekatan Dnepropetrovsk.
Menurut beliau, pihak Russia telah pun menghubungi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang mewujudkan petugas berhubung nahas pesawat itu, tetapi setakat ini tiada apa-apa yang didedahkan.
Lavrov merasakan bahawa siasatan gagal mencari bukti penglibatan Rusia dalam kejadian penembakan pesawat itu bulan lepas kerana ia terbang di ruang udara wilayah yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine.
Beliau berkata, mereka yang dahulunya ‘kecoh’ membuat tuduhan terhadap Rusia dan pemberontak, kini senyap.
Pencarian mangsa di lokasi kemalangan telah ditangguh sejak awal Ogos atas faktor keselamatan kerana pihak penyiasat tidak dapat meneruskan pencarian di lokasi yang terlibat dengan pertempuran itu.
Pada 17 Julai lalu, pesawat MH17 telah ditembak jatuh di daerah bergolak Donetsk ketika pesawat tersebut dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membunuh 298 penumpang dan anak kapal.
Kotak hitam pesawat telah dihantar ke Farnborough di Britain untuk diperiksa Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB). – MYNEWSHUB.MY
TOP
Akhirnya.. Scha Dedah Gambar Baby Lara Bersama Rakan Artis
Seperti diketahui umum, pasangan ibu bapa baru Awal Ashaari dan Scha Al Yahya masih belum mendedahkan wajah bayi perempuan mereka kepada umum.
Walaupun diminta ramai peminat yang teringin melihat wajah bayi dikenali sebagai Lara yang dilahirkan 22 Julai lalu, nampaknya Awal dan Scha berkeras tidak mahu dedahkan wajah bayi mereka buat masa ini.
Seharusnya pendirian ini dihormati kerana dalam Islam pun ada sebab musabab mengapa wajah bayi tidak sesuai didedahkan secara terbuka.
Maka gambar anak mereka hanya dipos secara samar-samar di laman instagram Scha dan Awal.
Begitu pun semalam, Scha telah mula memuat naik gambar Baby Lara bersama artis yang berkunjung ke rumah mereka.
Walau pun wajah bayi masih tidak diambil dari dekat kecomelannya masih terserlah dengan rambut yang kelihatan lebat.
Malah ada satu gambar ketika Lisa Surihani, Yusri dan ibunya bermesra bersama Baby Lara, wajah bayi agak jelas kelihatan.
Dan lihat sajalah wajah Lisa dan Yusri yang begitu teruja ketika menatap wajah Baby Lara di bawah, tentu dia secomel ibu bapanya…
Apa pun didoakan semoga Lisa dan Yusri akan turut mendapat rezeki menimang cahaya mata tidak lama lagi.
- MYNEWSHUB.MY

Anak Nora Danish Dan Erra Fazira Dikritik Gara-Gara Berpeluk Sakan
Bukan sahaja selebriti yang mendapat perhatian peminat mereka, sebaliknya anak-anak selebriti turut tidak ketinggalan sama menjadi tumpuan mereka-mereka di luar sana.
Terbaharu, anak Nora Danish dan Erra Fazira dikritik sebahagian besar peminat gara-gar gambar mereka berpeluk sakan disiarkan di laman instagram.
Anak Nora, Putra Rayqal Ramli dan anak Erra Fazira, Engku Aleesya sekarang dilihat selalu bersama kerana menemani ibu masing-masing menjalani latihan teater Bahayanya Wanita yang dipersembahkan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-bar ini.
Tapi, bagi penulis, tak salah rasanya kalau budak-budak beraksi macam ni, lagipun mereka belum akil baligh lagi, takkan perkara macam ini pun jadi isu. Hmm, pelik-peliklah peminat tempatan ni, ada je yang tak kena di mata dorang kan..- MYNEWSHUB.MY

TERBONGKAR… Anwar Ibrahim Ke Israel Pada 20 Ogos?
BENARKAH Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi ke ibu negara Israel, Tel Aviv pada 20 Ogos lepas?
Ini kerana tiket penerbangan Royal Jordanian dengan nama beliau kini tersebar merata di media sosial.
Andai benar, untuk tujuan apa beliau ke sana kerana kita tak dengar pun Anwar pergi membawa bantuan perubatan atau kewangan untuk masyarakat Islam Gaza?
Mengetahui sikap Anwar, mustahil la kalau hendak kata beliau buat kerja di belakang tabir dan tak mahu publisiti kalau benar ke negara haram yahudi itu atas niat murni membantu masyarakat Islam di sana.
Menurut beberapa laman blog politik, Anwar dikatakan telah pergi ke Istanbul, Turki pada hari sama untuk menghadiri Perhimpunan Kesatuan Ulama’ Sedunia yang menyaksikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Naib Ketua kesatuan berkenaan.
Menurut sumber dalaman PKR, Anwar memberitahu kononnya beliau telah mempengaruhi ulamak terkenal Yusof Qardawi dan pemergiannya ke Istanbul adalah untuk memastikan Abdul Hadi benar-benar dilantik ke jawatan itu.
Dengar katanya, Anwar hanya berada di Turki selama beberapa jam sahaja sebelum menaiki pesawat dengan tiket berkenaan ke Tel Aviv pada hari berkenaan.
Sebab itulah, Kongres Nasional PKR tidak dirasmikan oleh Anwar sebaliknya dibuka oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
Pendedahan ini sudah pun berlegar-legar di laman sosial dengan sangat hebat dan pelbagai pihak mula mempersoalkan akan kesahihan tiket berkenaan yang memaparkan dengan jelas nama Anwar.
Menerusi laman blog Masterdedah pula, pada tahun 2012, Anwar pernah sekali pergi ke Turki dan kemudian dipercayai lesap selama enam jam antara pukul 3.05 petang hingga pukul 9.05 malam pada 4 Februari 2012.
Dalam aturcara yang dikeluarkan Anwar, beliau berkata beliau pergi menunaikan umrah dengan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah pada waktu itu.
Menurut laman blog sama, semakan dibuat tidak ada satu pun pesawat yang berlepas dari Tukri pada pukul 8 malam (4 Februari 2012) ke Mekah dan sampai pada pukul 2 petang. Jadi Anwar ke mana?
Beberapa kemungkinan didedahkan oleh laman blog itu dengan memaparkan beberapa penerbangan yang mungkin digunakan oleh Anwar untuk ke Tel Aviv, Israel.
ESB-IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05
IST – TLV by Private Flight.
ESB – IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05
IST – TLV by Turkish Airlines TA 2175. Depart 00.55. Arrival 0.305 – and boarding to Mecca (Jeddah) from Tel Aviv, thru transit at Amman (AMM) with
TLV – AMM by Royal Jordanian RJ343. Depart 09.50. Arrival 12.05.
IST-ESB by Domestic flihgt TA2170. Depart 18.00. arrival 19.00
Menurut laporan berkenaan, ada kemungkinan Anwar menghabiskan masa enam jam di Israel di antara pukul 3 petang hingga pukul 9.05 malam.
Kemudian, Anwar yang juga Ketua Pembangkang balik semula untuk menyampaikan ucapan di Turki pada Kongres Pendidikan Islam Sedunia pada waktu itu.
Beberapa laman blog, melaporan perjalanan sama pada 2012 digunakan oleh Anwar untuk ke Israel pada 20 Ogos lepas.
Sehingga kini, 26 Ogos Anwar masih belum memberikan sebarang penjelasan menafikan perkara ini dan jika beliau terus berdiam diri, rakyat akan beranggapan seperti memang benar Anwar sudah ke Israel.
Kita berharap Anwar akan segera memberikan penjelasan menafikannya.
– MYNEWSHUB.MY
Oleh : KUMBANG WIRA

Cerita Sebenar Cincin Tersekat Di Kemaluan Pemuda
Ahad lalu kami ada siarkan cerita tentang khidmat khas Jabatan Bomba dan Penyelamat memotong cincin yang tersangkut di kemaluan seorang lelaki di Kelantan.
Kini, cerita sebenar dan gambar cincin yang tersangkut itu telah tersebar di alam maya. Rupa-rupanya cincin yang dimaksudkan adalah gelung besi penyambung atau bearing kenderaan. Mengikut pengakuannya kepada akhbar Sinar Harian, pemuda yang terlibat dalam kejadian gempar lagi memalukan ini menyatakan dia melakukan perbuatan tersebut untuk suka-suka sahaja sekitar jam 5 petang, Sabtu lalu di rumahnya yang terletak di Kampung Dewa Beta. Bagaimana pun keadaan menjadi ‘tak terkawal’ apabila bearing tersebut tidak dapat dikeluarkan walau selepas puas berusaha sendirian hingga mengakibatkan kemaluannya membengkak. Selepas menahan sakit selama 11 jam, akhirnya pemuda itu mengalah dan meminta bantuan bapanya lantas dia dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) jam 3 pagi, Ahad. Malang sekali doktor pun tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengeluarkan bearing tersebut kerana kemaluannya membengkak hingga terpaksa meminta bantuan unit kecemasan bomba (Emergency Medical Rescue Team EMRS). Mujurlah bearing itu berjaya dikeluarkan selepas dilakukan penuh hati-hati untuk mengelakkan kecederaan pada alat sulitnya.
Kami percaya, pemuda terlibat telah mendapat pengajaran berguna daripada kejadian ini dan diharapkan kaum lelaki di luar sana pun belajar sesuatu daripadanya iaitu jangan cuba-cuba letakkan sesuatu yang bukan pada tempatnya kalau tak mahu ditimpa susah! - MYNEWSHUB.MY

SEGERA: Khalid Samad Didakwa Atas Tuduhan Menghasut
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad tidak mengaku bersalah terhadap dakwaan menghasut hari ini berhubung kenyataannya tentang Sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), menjadikannya ahli politik pembangkang ketiga yang didakwa kerana menghasut dan memfitnah sejak 7 hari lalu.
Pada 19 Ogos, Naib Presiden PKR N Surendran didakwa selepas mengeluarkan kenyataan mengenai perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sementara bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa semalam kerana memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ceramahnya dua tahun lalu.
Turut hadir untuk menyokong Khalid di mahkamah hari ini ialah bekas Pengerusi Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sert Ahli Jawatankuasa PAS Dr Hatta Ramli.
Khalid pada 26 Jun menggesa Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Enakmen No 3, 1952) dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2003 dikaji semula.
Beliau membuat gesaan itu selepas Mais gagal mematuhi keputusan Jabatan Peguam Negara memulangkan semula Bible versi Iban dan Bahasa Melayu yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) daripada Persatuan Bible Malaysia.
Pada 15 Julai, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata Khalid biadap kerana mempersoalkan kedudukannya sebagai ketua agama Islam di negeri ini.
“Ahli Parlimen Shah Alam itu tidak sepatutnya mempersoalkan kuasa eksekutif Mais dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat memansuhkan kuasa eksekutifnya.
“Saya sedih dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini,” kata baginda.
Berikutan itu, Khalid berkata, beliau meminta maaf kepada Sultan jika kenyataannya itu difahami sebagai mencabar kuasa baginda.
Khalid bagaimanapun berkata beliau berpegang kepada pendiriannya yang Selangor perlu mengkaji semula kuasa eksekutif Mais, sambil menambah bukan niatnya mencabar kuasa Sultan, tetapi hendak melindungi institusi diraja itu daripada sebarang kritikan sekiranya Mais silap dalam menjalankan tugasnya.
TOP
Pemandu Bas Maut, 2 Penumpang Cedera Nahas Di Gopeng
KAMPAR – Seorang pemandu bas ekspres maut manakala dua penumpang cedera dalam kemalangan bas berkenaan dengan sebuah treler di Kilometer 304 Lebuh raya Utara Selatan dekat Gopeng, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.
Dalam kejadian itu, pemandu bas Mansor Shaari, 54, meninggal dunia di tempat kejadian selepas bas dipandunya melanggar treler yang sedang bergerak di lorong kiri lebuh raya itu.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati bas yang dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh itu didapati hilang kawalan dan melanggar belakang treler berkenaan.
Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala kesemua penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan.
Beliau berkata, keadaan lebuh raya ketika kejadian agak licin berikutan hujan. – BH Online
TOP
Lelaki Ditahan Bersama Sebuah Jengkaut Curi
KUCHING – Satu pasukan tentera yang meronda di pos kawalan sempadan di Serikin, sekitar 50 kilometer dari sini, menahan seorang lelaki dan merampas sebuah jentera jengkaut kira-kira lapan jam selepas jentera itu dilaporkan dicuri, semalam.
Markas Pemerintahan Wilayah Timur dalam kenyataan hari ini berkata, lelaki berumur 33 tahun itu ditahan oleh pasukan daripada Kompeni B, batalion ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Kapten Shafuddin Ismail semasa membuat rondaan.
Menurutnya, lelaki bersama jentera jengkaut yang dianggar bernilai RM250,000 itu ditahan pada 4 petang semalam, kira-kira 500 meter dari pos kawalan, dan siasatan mendapati jentera itu dilaporkan dicuri di kawasan Batu Kawa, di sini pada 8.15 pagi.
“Suspek bersama jentera itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Bau untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan yang disebarkan kepada media menerusi perkhidmatan WhatsApp itu. – BERNAMA
TOP
MH17: Hanya Tambi Jiee ‘Pulang’ Sabtu Ini
Kuching: Ahli keluarga arwah Tambi Jiee, 48, dan Ariza Ghazalee, 46, yang terkorban dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 sudah dimaklumkan mengenai kepulangan satu lagi jenazah ahli keluarga mereka, Sabtu ini.
Perkara itu dinyatakan Drahman Jiee, 60, selepas kakitangan MAS memaklumkan jenazah adiknya Tambi disahkan akan dibawa pulang manakala jenazah tiga anak saudaranya, Muhammad Afzar, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13, masih dalam proses pengecaman.
“Kami sudah menerima maklumat ini (pengecaman Tambi), tapi masih menunggu pengesahan rasmi (kerajaan),” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Menurutnya, keluarganya menerima pengesahan itu petang kelmarin melalui kakitangan MAS yang datang ke kediaman keluarga mereka.
“Syukur...kami hanya perlu menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan dan berharap jenazah Tambi dapat dibawa pulang dan dikebumikan bersebelahan pusara isteri dan anaknya. “Kami sentiasa bersabar menanti dengan penuh harapan dan semoga kepulangan tiga lagi jenazah anak arwah juga akan dipermudahkan nanti,” katanya. - myMetro online

Pelan Menyelamat MAS Tuntut Amanah Pekerja
KUALA LUMPUR – Pelan menyelamat Malaysia Airlines (MAS) yang akan diumumkan oleh Khazanah Nasional Berhad pada hujung bulan ini sukar mencapai matlamatnya tanpa kesetiaan dan amanah oleh para pekerja dan kesatuan sekerjanya, kata seorang ahli akademik.
Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, Timbalan Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad di Universiti Utara Malaysia, berkata apa yang perlu dilakukan sekarang ialah semua pihak, tidak kira daripada peringkat atasan atau bawahan hendaklah bersama-sama berganding bahu dengan niat memulihkan semula MAS sebagai syarikat penerbangan yang unggul.
“Kalau pekerjanya tidak dapat menjayakan misi dan visi kehendak pengurusan, MAS tidak akan pergi ke mana-mana. Begitu juga dengan keadaan MAS ketika ini apabila sudah didampar, dibentangkan polisi dan visi yang baharu, para pekerjanya harus setia dan amanah dalam menjayakan matlamat ini,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata dalam keadaan MAS kini dilanda kegawatan kewangan yang teruk, ini bukanlah masanya untuk para pekerja bertanya apakah boleh dilakukan syarikat itu untuk mereka tetapi sebaliknya, sebagai pekerja apakah sumbangan dan pengorbanan mereka untuk mengeluarkan MS daripada kepompong masalah kewangannya.
Dr Ahmad Zaharuddin memberi contoh yang pernah berlaku di Singapura, apabila Singapore Airlines menghadapi masalah kewangan, purata pekerjanya bersetuju untuk menerima potongan gaji dan ramai di antara mereka sendiri yang berkorban dengan mengatakan sanggup meninggalkan syarikat penerbangan itu kerana masalah utama ialah masalah kewangan.
“Jadi untuk menyelamatkan syarikat tersebut, dana harus diminimumkan pengeluarannya. Antara cara lain ialah seperti mana yang dilakukan oleh Singapore Airlines dengan memotong gaji. Adakah para pekerja di setiap peringkat pengurusan dan juga di bawah Kesatuan Sekerja MAS sanggup berkorban sebegitu kerana sayangkan MAS,” tanya beliau.
Dr Ahmad Zaharuddin juga meminta para pengkritik pelan pemulihan MAS supaya sama-sama berfikir dan duduk semeja berbincang dengan pihak-pihak yang berkepentingan kerana katanya, memang senang mengkritik tetapi apakah idea-idea yang mereka berikan itu boleh membantu ataupun menjahanamkan.
Beliau tidak bersetuju dengan pandangan bahawa oleh kerana MAS telah menghadapi masalah kewangan selama berpuluh tahun, negara tidak perlu lagi menanggung kerugiannya atau lebih baik ditutup.
“Saya tidak bersetuju, yang penting sekarang ini adalah bagaimana kita menarik rambut daripada tepung, rambut tidak terputus, tepung tidak berselerak. Kita perlukan para kakitangan, kerana mereka adalah pendukung kepada MAS, kita perlukan pengurusan MAS, kerana mereka juga yang akan menjayakan misi ini,” katanya.
MAS mencatat kerugian sebanyak RM1.3 bilion bagi tahun kewangan 2013 dan RM400 juta pada suku pertama 2014. MAS dijangka mencatatkan kerugian berterusan pada suku kedua 2014 susulan pembatalan tiket penerbangan serta tempahan ekoran insiden MH370 dan MH17.
Investment Bank dalam nota kajiannya menyatakan, penswastaan MAS adalah cara terbaik bagi menyusun semula operasi dan memperbaiki kedudukan syarikat.
Meskipun MAS berdepan dengan krisis kewangan dan masalah imej ekoran tragedi MH370 and MH17, pemegang saham utamanya, Khazanah Nasional Bhd pada awal Ogos lalu telah mengambil langkah berani apabila mengumumkan untuk mengambil alih MAS.
Menurut Dr Ahmad Zaharuddin, walaupun para penganalisis menyatakan langkah penswastaan boleh menyelamatkan MAS, sehingga kini tiada pihak ketiga selain Khazanah Nasional yang tampil untuk ‘membeli’ MAS.
“Secara realistik, adakah pihak ketiga mahu membeli MAS dalam keadaan sedia ada? Kerugian tahun demi tahun, tenaga kerja yang berlebihan dan kontrak yang berat sebelah merupakan masalah-masalah utama yang membebankan MAS,” katanya.
“Cuba fikir, kalau Khazanah tidak tampil, bolehkah MAS terus beroperasi? Dan sekiranya perbalahan dalaman MAS menyebabkan Khazanah menarik diri, apa akan jadi kepada syarikat penerbangan ini?,” tanya beliau.
Mengenai pelbagai tuntutan dan syarat yang dibuat oleh kesatuan sekerja MAS terhadap syarikat itu, beliau berkata mereka perlu bersikap bertanggungjawab dan tidak harus menjadi batu penghalang kepada pelan pemulihan itu.
“Semua rakyat tidak mahu MAS ditutup, kita sayangkan MAS. Jika tidak ada MAS, tidak adalah Kesatuan Sekerja MAS,” katanya. – BERNAMA
TOP
Majlis Solat Hajat Sederhana Tapi Dihadiri Lebih 5,000 Orang
Shah Alam: Kira-kira 4,000 jemaah hadir sempena majlis Solat Hajat Selamatkan Selangor dan Menjunjung Titah Duli Tuanku di Sekolah Menengah Kebanhsaan Seksyen 7, di sini, malam tadi.
Majlis yang dianjurkan Ikatan Kebajikan Dakwah Selangor (IKDAS) itu turut mendapat kerjasama UMNO Selangor, bertujuan mendoakan negeri ini terus kekal aman.
Ketua Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, program bertujuan mendoakan kesejahteraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta seluruh warga Selangor.
"Walaupun ada sedikit kesulitan untuk mengadakan program yang berunsurkan keagamaan ini tetapi ia tetap berjalan dengan lancar.
"Dengan apa yang berlaku ini, kita semua perlu mengambil iktibar, bila berlakunya pecah belah disebabkan politik, nak adakan program keagamaan pun susah serta ada pihak yang membantah," katanya. - myMetro online
TOP
Bank Negara Pantau Tahap Keperluan Rizab Bank
KUALA LUMPUR – Sebarang pelarasan Keperluan Rizab Berkanun (SRI) akan dilaksanakan jika terdapat perubahan kecairan asas dalam sistem kewangan negara, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Beliau berkata, ketika ini bank pusat masih mampu menguruskan kecairan menerusi operasi pasaran terbuka.
Katanya, Malaysia mempunyai kaedah yang menyeluruh dalam memastikan kestabilan sistem kewangan negara.
Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada Bank Negara akan melaksanakan pelarasan SRI bagi menjamin kestabilan sistem kewangan negara.
Zeti ditemui selepas merasmikan pameran Kenali Nusantara: Wang Yang Membentuk Rantau Ini di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Zeti berkata, Kenali Nusantara adalah pameran koleksi mata wang pertama seumpamanya yang diadakan di Bank Negara.
“Pameran itu meninjau sejarah mata wang sejak zaman silam dan menggalakkan kita untuk melihat juga pada masa depan.
“Perubahan yang sudah berlaku sejak dua ribu tahun lalu sangat meluas termasuk pengenalan wang kertas dan berakhirnya penggunaan siling logam berharga,” katanya.
“Masa depan adalah tanpa penggunaan tunai. Cek sudah tentu akan lebih cepat untuk digunakan lagi,” katanya.
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menjawab soalan media selepas melawat pameran Kenali Nusantara: Wang Yang Membentuk Rantau Ini di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia di sini hari ini. – Foto Mohd Yusni Ariffin
Berikutan abad ke-21 mungkin menandakan berakhirnya penggunaan nota wang fizikal, melihat kembali kepada sejarah menjadi sangat penting.
Dengan melihat di sebalik wang dan menganalisa peranannya, adalah jelas bahawa dunia sudah lama beroperasi dalam persekitaran globalisasi dan bagaimana pemikiran sempit tidak akan membantu kepada pembangunan ekonomi, tambahnya.
Zeti berkata, sesungguhnya pameran itu menzahirkan bahawa globalisasi dan penyepaduan ekonomi sejak wujud sejak zaman dahulu. – BH Online
TOP
Kes Denggi Di Perak Meningkat 217% Jan-Ogos Tahun Ini
IPOH – Kes demam denggi di negeri Perak meningkat 217 peratus atau 2,506 kes bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini berbanding
tempoh yang sama tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata sebanyak 3,657 kes denggi dilapor bagi tempoh itu berbanding 1,151 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
“Sehingga 23 Ogos lepas lapan kematian dicatatkan, manakala tiada kematian dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lepas,” katanya ketika menjawab soalan A.
Sivanesan (DAP-Sungkai) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
Beliau berkata 1,683 kompaun dikeluarkan berhubung pembiakan Aedes dan 11 daripadanya dikenakan tindakan mahkamah.
“Kawasan yang dipercayai merupakan hotspot denggi adalah tempat pembuangan sampah iaitu 29.8 dan premis kosong yang terbiar 19.9 peratus,” katanya.
Dr Mah berkata jawatankuasa khas ditubuhkan di peringkat negeri untuk menggerakkan agensi dan masyarakat awam dalam menjalankan pencegahan dan kawalan denggi pada setiap minggu sehingga Oktober ini.
“Jawatankuasa ini dipengerusikan saya sendiri, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan dianggotai Jabatan Kesihatan, Jabatan Kerja Raya, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Sukarelawan Malaysia, Lembaga Air Perak, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Penerangan dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata tempoh maklum balas yang
ditetapkan Lembaga Air Perak (LAP) berhubung aduan kebocoran paip atau kerosakan diterima melalui saluran pihak ketiga adalah dalam tempoh lima hari bekerja.
“Saluran pihak ketiga itu melibatkan Pejabat Menteri Besar, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Pejabat Setiausaha Negeri Perak dan Biro
Pengaduan Awam,” katanya ketika menjawab soalan Leong Cheok Seng (DAP-Malim Nawar).
Bagaimanapun, tempoh maklum balas akan dilakukan secara serta-merta bagi aduan kebocoran paip yang diterima terus daripada pelanggan kepada LAP.
ta bagi tempoh Januari sehingga Jun tahun ini, sebanyak 9,411 aduan diterima berhubung tempoh maklum balas memperbaiki paip bocor atau kerosakan pada paip dan kesemuanya berjaya diselesaikan dalam tempoh itu. – BERNAMA
TOP
Man United setuju bayar RM298 juta ikat Di Maria
LONDON: Manchester United bersetuju dengan rekod perpindahan Britain berjumlah STG59.7 juta (RM298 juta) untuk mendapatkan pemain tengah Argentina, Angel Di Maria dari Real Madrid, menurut media di Britain, hari ini.
Beberapa media, termasuk BBC Sports melaporkan bahawa United akhirnya bersetuju dengan perjanjian mendapatkan Di Maria selepas rundingan beberapa hari dengan kelab Sepanyol itu.
Pemain berusia 26 tahun itu dikatakan dilihat tiba di kem latihan United, semalam ketika dia bersedia untuk meletakkan tanda tangan dengan nilai kontrak yang bakal melihatnya menerima gaji mingguan sekitar STG200,000 (RM1 juta).
Perpindahan Di Maria dijangka dibereskan hari ini dan ia akan memecahkan rekod perpindahan terdahulu Britain iaitu STG50 juta (RM250 juta) yang dibayar Chelsea untuk menandatangani penyerang Sepanyol, Fernando Torres dari Liverpool pada 2011.
Andai perpindahan itu beres seperti dijadualkan, Di Maria mungkin akan membuat kemunculan pertama untuk United menentang Burnley, Sabtu ini ketika Louis van Gaal mahu memantapkan pasukan yang masih tanpa kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris. - AFP
TOP
Chong Wei teruskan kemaraan di kejohanan dunia
COPENHAGEN: Walaupun masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan pangkal paha, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mempamerkan aksi kelas tersendiri pada Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 yang berlangsung di sini.
Dalam aksi pembukaan di Ballerup Super Arena, di sini pada Isnin, perseorangan lelaki nombor satu dunia itu hanya mengambil masa 45 minit untuk mengalahkan pemain muda Korea Selatan, Lee Dong Keun dengan kemenangan 21-11 dan 21-12.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan berkenaan, Chong Wei menjelaskan, beliau berpuas hati dengan corak permainannya yang disifatkannya normal walaupun tidak berada pada prestasi terbaik.
"Saya cuba beri persembahan yang terbaik walaupun hampir dua bulan tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan kompetitif. Mungkin tidak sepenuhnya tapi saya masuk gelanggang dan terus melupakan kecederaan yang saya alami," katanya.
Anak jati Pulau Pinang itu berkata beliau mengamalkan corak permainan agresif pada perlawanan tersebut kerana menganggap kesemua perlawanan dalam Kejohanan Dunia adalah penting dalam usahanya memburu gelaran sulung.
Menyentuh aksi pusingan kedua Rabu ini, Chong Wei berkata beliau menghormati lawannya, Dieter Domke walaupun pemain tinggi lampai dari Jerman itu pernah kalah dua kali kepadanya sebelum ini.
"Yang penting bagi saya adalah tidak memandang rendah mana-mana lawan yang saya hadapi dan kekal fokus," katanya.
Domke terpaksa berhempas pulas sebelum mencatatkan kemenangan 26-24, 13-21, dan 21-18 ke atas pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014, Kashyap Parupalli dari India dalam satu lagi perlawanan pusingan awal.
Seorang lagi wakil negara, Chong Wei Feng yang diletakkan selaku pilihan ke-16 akan bertemu semifinalis Sukan Komanwel 2014, Rajiv Ouseph dari England pada pusingan awal hari ini. - BERNAMA
TOP
2 maut, 20 cedera serangan terbaru Israel di Gaza
GAZA: Israel melancarkan serangan udara awal hari ini menyebabkan dua penduduk Palestin terbunuh dan 20 lagi cedera selain memusnahkan pangsapuri dan bangunan pejabat.
Pegawai Palestin berkata, 70 keluarga tinggal dalam bangunan 13 tingkat itu yang turut menempatkan pejabat dan kompleks beli-belah.
Ratusan mereka yang tinggal di bangunan yang dibom tentera Israel itu terpaksa dipindahkan bagi memastikan mereka selamat daripada bangunan yang hampir runtuh.
Pegawai Perubatan Palestin berkata, 2,125 orang yang kebanyakannya orang awam termasuk lebih 490 kanak-kanak terbunuh di Gaza sejak 8 Julai apabila Israel melancarkan serangan ofensif terhadap Gaza sebagai membalas serangan roket Hamas ke wilayahnya. - REUTERS
TOP
Derita Berjirankan Ladang Babi
“SAMPAI bila?”
Itulah persoalan yang bermain di fikiran penduduk di kampung-kampung berhampiran pusat penternakan babi Kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah. Ini kerana isu ladang babi yang sering didakwa menjadi punca utama berlakunya pencemaran terutama di Sungai Tuang bukanlah suatu permasalahan baharu. Malah, isu berkenaan sudah berulang kali ditimbulkan penduduk kampung berhampiran, terutama di Kampung Telok Gong dan Pengkalan Balak yang bukan sahaja terpaksa berdepan masalah pencemaran Sungai Tuang tetapi juga pencemaran bau dari kandang babi di sekitar kawasan Paya Mengkuang. Sudah tidak tertahan menghidu bau busuk. Tekak loya... itulah ditanggung penduduk. Semuanya berpunca daripada kumbahan dari ladang babi berhampiran. Tindakan segelintir penternak yang dikatakan gagal mewujudkan sistem kumbahan efektif di ladang mereka turut menyumbang kepada masalah sehingga berlanjutan sebegini lama. Sebelum ini, kerajaan negeri pernah bertindak apabila mengarahkan pemilik ladang babi di Kampung Paya Mengkuang agar mengurangkan jumlah ternakan mereka dalam usaha menangani masalah pencemaran air dan bau di kawasan berkenaan. Malah, Ahli Parlimen ketika itu, Datuk Abu Seman Yusop pernah memberi amaran kepada mana-mana pemilik yang ingkar bahawa ladang mereka akan dimusnahkan kerajaan negeri. Walaupun difahamkan ramai pemilik ladang yang akur dengan arahan itu, namun usaha ini seolah-olah tidak menyelesaikan masalah dihadapi apabila pencemaran air dan udara di kawasan berkenaan masih terus berlaku. Isu kandang babi ini sekali lagi timbul apabila berlakunya wabak Ensefalitis Jepun (JE) di Pulau Pinang baru-baru ini, sekali gus membuatkan orang ramai tertanya-tanya sejauh manakah selamatnya puluhan kandang babi di Paya Mengkuang. Persoalannya adalah, mengapa setelah sekian lama isu pencemaran air dan udara ini ditimbulkan penduduk kampung, masih belum ada sebarang penyelesaian konkrit dilakukan. Salah satu sebab yang dilihat menjadi punca masalah ini berlanjutan adalah kerana ketiadaan undang-undang khas untuk mencegah perbuatan segelintir penternak ini membuang sisa kumbahan ke dalam Sungai Tuang.
Perlu undang-undang baharu
Bagaimanapun, kemelut ini dijangka dapat diatasi apabila Kaedah-kaedah Pelesenan Menternak Babi Negeri Melaka 2013 mula dikuatkuasakan awal tahun depan. Kaedah-kaedah Pelesenan Menternak Babi Negeri Melaka 2013 ini merupakan satu usaha kerajaan negeri dalam menambah baik serta memberi lebih kuasa di bawah Enakmen Menternak Babi 1980 dalam menangani permasalahan sebegini dan mengelaknya daripada berlanjutan. Ini kerana, antara lain, kaedah berkenaan memerlukan penternak mengikut syarat serta spesifikasi penternakan yang digariskan. Ini termasuklah sistem pengurusan ladang dan kumbahan yang teratur, serta kebersihan ladang dan pengawalan pencemaran alam sekitar. Buat masa ini, pemantauan secara berkala yang dijalankan kerajaan negeri menerusi Jabatan Veterinar Melaka lebih menjurus kepada memastikan penternak tidak memelihara haiwan berkenaan melebihi jumlah sedia ada, iaitu dianggarkan kira-kira 48,000 ekor. Isu pencemaran dari ladang babi ini dilihat bukan sahaja membabitkan penduduk sekitar, namun turut boleh menjejaskan imej Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan memandang terdapat beberapa tarikan pelancong berhampiran Kampung Paya Mengkuang, termasuk Pengkalan Balak. Malahan, sebelum ini pernah timbul kebimbangan orang ramai bahawa air Sungai Tuang yang dicemari najis babi itu berkemungkinan akan turut menjejaskan kawasan pantai Pengkalan Balak. Ternyata setelah sekian lama berhadapan masalah ini, penduduk kampung berhampiran mengharapkan perundangan baharu yang akan berkuat kuasa tahun depan akan dapat menamatkan penderitaan mereka. Hanya masa yang akan menentukannya. - Sinar Harian

Mahkamah Arah Ukur Kemaluan Pesalah
Leer (Jerman) – Seorang lelaki yang dituduh menunjukkan kemaluannya kepada seorang gadis belasan tahun memberitahu mahkamah, kemaluannya itu terlalu kecil untuk membolehkan seseorang melihatnya.
Lelaki berusia 54 tahun yang hanya dikenali sebagai Herbert O didakwa mempamerkan kemaluannya kepada gadis itu ketika dia menghantar bungkusan kepada mangsa, Ogos tahun lalu.
Gadis itu bersama ibunya membuat laporan polis terhadap Herbert yang berasal dari Leer, Jerman.
Herbet, dalam perbicaraannya semalam memberitahu mahkamah, kemaluannya terlalu kecil untuk dilihat gadis itu, malah turut meminta isterinya memberi kenyataan di mahkamah.
“Maaf sayang, kemaluan awak terlalu pendek untuk terjuntai dari seluar,” kata isterinya kepada mahkamah di Leer.
Peguam bela, Lutz Winkler meminta hakim Ulrike Andrees mengukur organ sulit tertuduh bagi mengesahkan dakwaan itu.
Andress bagaimanapun menolak, sebaliknya mengarahkan pejabat koroner di Oldenburg mengukurnya.
“Saya akur jika si isteri sendiri mendedahkan perkara itu,” kata Andrees.
Winkler mahu memastikan anak guamnya bebas daripada tuduhan itu dan menolak hukuman denda untuk menyelesaikan kes berkenaan, Mahkamah mungkin perlu menanti beberapa bulan untuk mencapai keputusan.
“Ini kes pertama seumpamanya di mahkamah,” kata pegawai mahkamah Norbert Bruns. – Agensi
TOP
Telur Burung Gajah Terbesar Di Dunia Bernilai RM262,000
LONDON – Sebutir telur burung paling besar di dunia dijangka dijual pada harga £50,000 (RM262,174) pada satu acara lelongan yang berlangsung di Billingshurst di West Sussex dekat sini hari ini.
Telur berkenaan berasal daripada spesies burung gajah yang hidup di Madagascar sebelum ia pupus 200 tahun dahulu.
Telur sepanjang 30.48 sentimeter itu sangat besar sehingga boleh memuatkan sebanyak tujuh biji telur burung unta dan 100 biji telur ayam.
Rumah lelongan Summers Place Auctions percaya telur berkenaan boleh dijual antara £30,000 (RM157,318) hingga £50,000 (RM262,174) sebiji.
Kurator di Summers Place Auctions, Errol Fuller berkata, pakar telah mengesahkan telur berkenaan adalah yang paling besar di dunia dan tiada haiwan lain yang dapat menandinginya. – Agensi
TOP
Suspek samun lima wanita diburu
BESUT - Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan berusaha memburu suspek terlibat menyamun lima wanita termasuk empat warga emas dalam tempoh dua jam di beberapa kampung di Besut pada 18 Ogos lalu.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Asisten Superintendan Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, siasatan awal mendapati dua suspek terlibat dalam kejadian membabitkan mangsa dari lima kampung.
Bagaimanapun kata Wan Abdul Aziz, polis belum mengenal pasti suspek terbabit namun siasatan lanjut dan usaha memburu suspek sedang giat dilakukan termasuk mengadakan kerjasama dengan polis dari kontinjen lain.
“Siasatan membabitkan pelbagai sudut termasuk kereta yang digunakan suspek dan beberapa beberapa petunjuk lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis sambutan Aidilfitri IPD Besut di sini kelmarin.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negeri, Senior Komisioner Datuk Hashim Abd Jalil dan pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Asisten Superintendan Noor Halim Nordin.
Wan Abdul Aziz berkata, suspek setakat ini dikesan melakukan kegiatan jenayah tersebut di Besut sahaja dan tidak ada kes dilaporkan di daerah lain.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar segera menghubungi polis sekiranya mendapati ada individu atau orang yang mencurigakan di kawasan masing-masing.
Sinar Harian pada 20 Ogos lalu melaporkan polis menubuhkan satu pasukan khas untuk memburu suspek berkenaan yang menyamun barang kemas lima wanita dalam tempoh tidak sampai dua jam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, pasukan yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah sedang memburu suspek yang dipercayai masih bebas selepas menyamun mangsa di lima lokasi, iaitu Kampung Renek, Alor Keladi, Kubang Depu, Alor Selinsing dan Kampung Tok Has.
Empat mangsa adalah warga emas berusia 58 hingga 80 tahun dan seorang lagi wanita hamil berusia 41 tahun yang membabitkan kerugian keseluruhan dianggarkan RM50,000. - Sinar Online
TOP
Jokowi Bingung Pilih Mercedes Benz Atau Kekal Kijang
Jakarta – Bakal presiden ketujuh Indonesia Joko Widodo (Jokowi) masih bingung memilih kenderaan rasminya sesuai dengan posisinya sebagai ketua kerajaan.
Sebelum ini Gabenor Jakarta itu dilaporkan lebih selesa menaiki Kijang Innova walaupun kerajaan sudah menyediakan kereta kalis peluru keluaran Mercedes Benz.
Ketika menghadiri majlis pernikahan anak seorang pegawai kanan kerajaan tempatan Jakarta Ahad lalu, Jokowi masih menaiki Kijang Innova kegemarannya.
Bagaimanapun, di belakang kereta Mercedes Benz Siri 600 kalis peluru itu tetap mengikuti.
Kereta itu sama kelas dengan kenderaan rasmi diguna Presiden Susilo Bambang Yudhoyono ketika ini.
Ketika meninggalkan kediaman rasmi Gabenor Jakarta, Jokowi dikawal ketat Pasukan Keselamatan Presiden (Paspampres) yang mulai berkhidmat sejak Jumat minggu lalu.
Kata Jokowi, dia masih belum memutuskan jenis kenderaan akan digunakan selepas bergelar presiden nanti walaupun kini sesekali dia mula menaiki Mercedes Benz kerana memudahkan pelaksanaan tugas anggota Paspampres.
“Saya masih mencuba bagaimana keselesaan menggunakan Mercedes dan Kijang.
Jika saya berhenti di pasar, bagaimana pula keadaannya dan kenderaan apa yang lebih sesuai,” katanya. – Agensi
TOP
Lima maut, lima hilang dalam banjir kilat di Korea Selatan
SEOUL: Lima orang terbunuh dan lima lain hilang berikutan hujan lebat dan banjir kilat di bahagian selatan negara ini.
Seorang maut apabila bas yang dinaikinya dibawa arus banjir kilat ke sebuah terusan yang dilimpahi air di bandaraya Changwon semalam, kata Agensi Pengurusan Kecemasan Nasional.
Empat penumpang lain dalam bas terbabit hilang, termasuk pemandunya. Gambar televisyen menunjukkan bas berkenaan ditarik dalam air berlumpur, dan terbalik sebelum tersangkut di bawah sebuah jambatan.
Anggota penyelamat terpaksa memecahkan cermin tingkap bas dan menarik keluar mayat seorang wanita berusia 19 tahun, dan masih mencari mangsa lain yang masih hilang.
Sementara itu dalam kejadian hujan lebat di Busan, empat orang lagi juga didapati maut. Mangsa termasuk dua orang yang terperangkap dan lemas di dalam kereta ketika mereka memandu melalui terowong bawah tanah yang ditenggelami air di Busan.
Seorang jurutera juga hilang selepas beliau ke bahagian bawah tanah bangunan yang dilanda banjir bagi memeriksa litar kuasa elektrik.
Sebuah loji tenaga nuklear di wilayah Gijang terpaksa menghentikan operasi manakala hujan lebat menyebabkan perkhidmatan kereta api bawah tanah di Busan mengalami gangguan.
Gambar televisyen juga menunjukkan air berwarna coklat mengalir turun tangga dan ekskalator ke stesen kereta api bawah tanah, dan menenggelami landasan kereta api.
Bandar raya ini ditenggelami sehingga 20 sentimeter air berikutan hujan selama tiga jam semalam. - AFP
TOP
Pramugari Bertudung Mampu Lonjak Imej MAS
KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan melaksanakan pengambilalihan MAS melalui Khazanah Nasional Bhd untuk proses transformasi syarikat penerbangan negara itu disokong Pemuda Umno.
Namun, Exco Pemuda Umno, Dazma Shah Daud berkata, pengurusan baharu MAS perlu buat beberapa perubahan polisi untuk buktikan transformasi itu.
“Kami mencadangkan pengurusan MAS memberi kelonggaran atau mewajibkan pramugari beragama Islam memakai tudung dan mengenakan seragam yang menutup aurat.
“Isu ini bukan perkara baharu, malahan ia mendapat desakan daripada kebanyakan rakyat negara ini yang mahu melihat MAS lebih menekankan aspek Islamik dalam kalangan kakitangan mereka,” katanya yang juga Pengerusi Biro Pekerja Muda.
Katanya, usul itu akan dibawa dalam Mesyuarat Exco Pemuda Umno, hari ini.
Dazma berkata, pengurusan MAS tidak perlu gusar tentang persepsi penumpang luar negara atau bukan Islam kerana masyarakat global kini sudah terbuka menerima pemakaian tudung dan uniform yang lebih sempurna.
Malah kata beliau, imej dan integriti MAS akan lebih melonjak terutamanya dalam kalangan penumpang negara Islam serta akan dihormati oleh masyarakat antarabangsa.
“Imej bertudung tidak lagi menjadi imej tabu kerana pemakaian mengikut syariat Islam itu sudah mampu diterima majoriti masyarakat global.
“Jangan rasa takut perniagaan terjejas kerana kita kena yakin dengan ketentuan ALLAH SWT kalau kita mengikut suruhan-Nya,” katanya.
Beliau berkata, sudah banyak syarikat penerbangan seperi Royal Brunei Airlines, Saudi Airlines dan Iran Air mewajibkan pramugari mereka memakai tudung dan ia terbukti tidak menjejaskan reputasi syarikat penerbangan tersebut.
“Tiba masanya pengurusan baharu MAS meneliti dan mengkaji kembali polisi pemakaian uniform dalam kalangan kru penerbangan mereka.
“Pemuda Umno pasti majoriti rakyat negara ini akan memberi sokongan sepenuhnya jika kakitangan MAS berpakaian menutup aurat dan lebih sopan,” - Sinar Harian
TOP
Ada Hutang Dengan LHDN? Maaf, Anda Tak Boleh Ke Luar Negara.
PUTRAJAYA – Kenneth Chin, seorang warga Malaysia kerap terbang ke Australia dalam tempoh 5 tahun lepas.
Ia merupakan perjalanan yang biasa dilakukannya dalam tempoh lima tahun lalu sehinggalah pasportnya dihalang ketika melalui sistem palang automatik di KLIA 2 pada 15 Ogos lepas.
Selepas melakukan pemeriksaan di kaunter, didapati dia kini telah disenaraihitamkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Dia merupakan antara ribuan rakyat Malaysia yang perlu membayar cukai sebelum dibenarkan untuk ke luar negara.
LHDN kini giat memburu pengelak cukai. Malah mereka terhutang serendah RM200 juga akan dihalang dari meninggalkan negara sebelum melangsaikan hutang mereka.
Tahun ini sahaja LHDN telah berjaya mengutip RM8.37 juta (RM8,378,871.48) daripada mereka yang ingin terbang ke luar negara.
LHDN turut bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi membolehkan mereka menyenarai hitam mereka yang ingin terbang tapi belum membayar hutang cukai.
“Sama ada meninggalkan Malaysia untuk bercuti, urusan perniagaan atau migrasi, perintah halangan keluar dari negara akan digunapakai kepada semua pesalah cukai,” kata pengarah komunikasi korporat LHDN, Nor Azirah Mohd Said kepada The Star.
Kuasa untuk mengeluarkan suatu perintah pemberhentian, atau untuk menyenaraihitamkan individu yang ingkar membayar cukai daripada meninggalkan negara ini tertakluk di bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53).
Undang-undang yang membolehkan LHDN menguatkuasakannya wujud sejak 1967 tetapi penguatkuasaan secara aktif hanya dilakukan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Nor Azirah memberi jaminan bahawa pesalah cukai tidak akan ditahan di pusat pemeriksaan imigresen tetapi jika pesalah itu mahu meneruskan perjalanannya, dia perlu membayar semua hutangnya terlebih dahulu. - SiakapKeli.com, Sumber : The Star Online
Sesiapa yang ingin mengetahui status kawalan imegresen boleh menyemak di http://sspi2.imi.gov.my/
TOP
Anwar: Saya tak tawar jawatan TPM
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman seperti yang didakwa menteri itu dalam satu sidang media bersama bekas Setiausaha Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton di Washington, enam tahun lalu.
Anwar sebaliknya berkata, Anifah ada membuat panggilan telefon kepadanya dan menunjukkan hasrat menyertai pakatan pembangkang jika mempunyai pengaruh cukup untuk menyertainya.
Penasihat PKR itu berkata demikian ketika perbicaraan kes samannya berjumlah RM100 juta terhadap Anifah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
Dalam keterangannya Anwar berkata, ramai menteri Kabinet ketika itu tidak berpuas hati dengan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang tidak menawarkannya jawatan menteri, sebaliknya hanya menawarkan jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan.
Beliau menjelaskan, tiada sebarang pertemuan dengan Anifah sebaliknya menteri itu menghubunginya ketika di Hong Kong memaklumkan telah mendengar ramai ahli BN di Sabah mahu menyertai pakatan pembangkang.
“Saya tidak menawarkan beliau jawatan itu (Timbalan Perdana Menteri). Mana mungkin urusan seperti ini ditawarkan melalui panggilan telefon,” katanya ketika ditanya peguamnya, Razlan Hadri Zulkifli.
Anwar berkata, ramai ahli Parlimen BN tidak berpuas hati dengan Abdullah, yang kemudiannya mencetuskan rancangan 16 September, di mana mereka mahu menyelamatkan kedudukan masing-masing.
Sementara itu, ketika disoal balas peguam Tan Seri Muhamad Shafee Abdullah berhubung panggilan telefon tersebut, Anwar berkata beliau ada berbual dengan Anifah bagaimanapun menafikan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya jika Pakatan merampas Sabah dan Sarawak.
Anwar berkata, perbualan itu hanya berkisar keluarga dan anak-anak kerana mereka berdua adalah kawan baik.
Perbicaraan di hadapan Hakim Siti Khadijah S. Hassan Badjenid akan disambung esok.
Dalam saman yang difailkan pada Mei 2009, Anwar mendakwa Anifah mengaitkan namanya dalam tawaran Kabinet semasa sidang media di AS bersama Clinton.
Kes ditetapkan untuk perbicaraan selepas Mahkamah Rayuan pada 25 Januari lalu memerintahkan kes itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Anwar menghidupkan semula saman sivil beliau terhadap Anifah atas kapasiti peribadi menteri itu.
Pada 27 Mei 2009, Anwar menyaman Anifah atas kapasiti peribadi dan rasmi dan Kerajaan Malaysia atas dakwaan memfitnahnya dalam sidang akhbar. - Sinar Harian
TOP
EPL: Manchester City Benam Liverpool 3-1
MANCHESTER – Manchester City menewaskan Liverpool 3-1 dalam saingan Liga perdana Inggeris (EPL), awal pagi Selasa.
Dua gol Manchester City diledakkan Stevan Jovetic sementara satu gol lagi hasil sumbangan Sergio Aguero.
Bagaimanapun Liverpool mendapat gol saguhati hasil jaringan sendiri pemain lawan, Pablo Zabaleta pada minit ke-83.
TOP
Chris Brown Sasaran Tembakan Di Kelab Malam
LOS ANGELES – Penyanyi R&B, Chris Brown dikatakan menjadi sasaran penembak di sebuah kelab malam, 10AK di Hollywood Barat, lapor akhbar MailOnline semalam.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 25 tahun itu terselamat ketika menjadi pengacara pada parti pra-Anugerah Muzik Video MTV.
Namun dalam kejadian itu, tiga orang tercedera termasuk seorang penerbit muzik, Suge Knight, 49.
Knight terkena dua das tembakan dan cedera di bahagian perut dan lengan.
Dia kemudian dibawa ke hospital Cedars Sinai untuk menjalani pembedahan ekoran cedera parah.
Sementara itu, model dan pelakon, Tyson Beckford dan ahli kumpulan Black Eyed Peas, Apple De Ap yang turut berada dalam majlis itu berkata, mereka mendengar empat das tembakan sekitar pukul 1.30 pagi semalam.
Turut hadir dalam majlis itu ialah penyanyi terkenal, Justin Bieber serta penyanyi rap, The Game atau nama sebenarnya Jayceon Terrell Taylor.
“Ia amat mengecewakan kerana kami sebagai satu masyarakat tidak boleh bergembira tanpa sebarang pergaduhan,” kata Brown dalam akaun Twitternya.
Polis bagaimanapun dikatakan telah berjaya menahan seorang lelaki bersenjata selain menutup jalan-jalan di sekitar kelab malam itu dan menyoal siasat beberapa pengunjung. – AGENSI
TOP
Presiden Ukraine Umum Pembubaran Parlimen
KIEV – Presiden Ukraine Petro Poroshenko semalam membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum awal diadakan pada 26 Oktiber hadapan ketika negaranya terus menghadapi pemberontakan pro-Russia di timur.
“Saya memutuskan untuk menamatkan kuasa Verkhovna Rada (Parlimen Ukraine) lebih awal,”
‘Parlimen baharu akan dipilih pada 26 Oktober 2014,” menurut laman webnya.
Pembubaran Parlimen Ukraine sememangnya dijangka selepas tumbangnya gabungan parti memerintah lebih sebulan lalu. Pada 1 Ogos lalu, Poroshenko berjanji akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh beberapa bulan akan datang dan bukannya pada 2017.
Beliau juga mendakwa terdapat beberapa ahli Parlimen yang menyokong pemberontakan pro-Russia di timur negara berkenaan, di mana lebih 2,200 orang terbunuh dalam tempoh empat bulan lalu.
“Barisan ahli Parlimen yang ada sekarang menyokong (bekas pemimpin yang disingkir Viktor) Yanukovych,” kata Poroshenko. Beliau juga menuduh ahli Parlimen meluluskan undang-undang ‘diktatorial’ di bawah bekas presiden yang disokong Moscow itu.
Pengumuman itu dibuat beberapa jam sebelum perbincangan di antara beliau dengan Presiden Russia, Vladimir Putin di Minsk hari ini, di mana kedua-duanya dijangka cuba mencari jalan untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi mereka.
Beliau juga mendakwa kebanyakan ahli Parlimen di negara berkenaan bersubahat secara tidak langsung dengan memberi sokongan kepada militan pemisah di timur Ukraine.
“Pilihan raya mengejut adalah sebahagian daripada rancangan perdamaian saya,” kata beliau. – AFP
TOP
Lelaki Simpan Kuku Yang Dipotong Sejak 1978
LOUISIANA – Seorang lelaki dari Lafayette di sini telah mengumpul kuku kaki dan jarinya yang dipotong sejak Februari 1978 dan menyimpannya dalam sebuah balang kaca sebagai koleksi kesayangan, lapor portal The Huffington Post, baru-baru ini.
Lelaki itu, Richard Gibson, 58, yang juga seorang pelabur minyak pada mulanya hanya menyimpan kukunya yang dipotong dalam kotak rawatan kuku dan tidak membuang ke dalam tong sampah seperti orang lain.
“Saya mula menyimpannya sedikit demi sedikit untuk melihat berapa lama masa yang diambil untuk ia memenuhi kotak,” katanya yang mengambil masa selama dua tahun mengumpul kuku dalam kotak rawatan kuku sebelum memindahkannya dalam balang kaca.
Menurut Gibson, bekas isterinya selalu memaksanya menyembunyikan balang kaca itu di tempat lain jika ada tetamu datang ke rumahnya.
Koleksi kuku milik Gibson pernah disiarkan dalam rancangan popular Ripley’s Believe It Or Not yang menghimpunkan lebih 70,000 fakta pelik lain melibatkan individu seluruh dunia. – AGENSI
TOP
Novelis Menang Kes Saman Fitnah Terhadap Pembantunya
Antara salah satu novel oleh Siti Rosmizah Semail.
KUALA LUMPUR: Seorang novelis menang dalam kes saman terhadap bekas pembantu peribadinya berhubung kenyataan fitnah yang dimuat naik dalam laman Facebook. Ini berikutan Mahkamah Tinggi Sivil pada 4 Ogos lepas membenarkan permohonan Siti Rosmizah Semail, 42, untuk mendapatkan penghakiman ingkar terhadap defendan Asmaliyana Ahmad, 24, yang juga adik iparnya. Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan novelis yang juga seorang peguam itu berikutan defendan gagal memasukkan kehadiran dalam tempoh yang ditetapkan selepas saman itu difailkan. Pada Isnin mahkamah mendengar keterangan Siti Rosmizah yang telah menulis tujuh buah novel berhubung jumlah ganti rugi yang akan ditaksirkan oleh mahkamah. Dalam keterangannya, Siti Rosmizah yang menulis novel berbentuk kemasyarakatan dan fiksyen, berkata akibat kenyataan fitnah itu penjualan novelnya yang sebelum itu hampir mencecah 100,000 unit telah terjejas. Hakim menetapkan 29 September ini untuk memutuskan jumlah ganti rugi yang akan diberikan kepada plaintif. Pada 18 Disember tahun lepas, Siti Rosmizah memfailkan saman berjumlah RM3 juta terhadap Asmaliyana atas dakwaan menyiarkan lebih kurang 19 kenyataan fitnah dilaman Facebooknya (defendan) antara 21 April tahun lepas dan 24 Julai tahun sama. Dalam pernyataan tuntutannya, beliau yang pernah menerima anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009, berkata akibat daripada kenyataan fitnah itu reputasinya sebagai peguam dan kedudukannya sebagai penulis novel yang dihormati juga terjejas. Wanita itu mendakwa beliau juga kehilangan pendapatan kerana kehilangan jemputan oleh institusi-institusi penerbitan yang lain untuk memberi taklimat berkaitan penulisan novel. Sehubungan itu beliau menuntut ganti rugi am RM1.5 juta, ganti rugi teruk RM1.5 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai olehmahkamah. - mstar

MH17: Enam Jenazah Rakyat Malaysia Dibawa Keluar Dari Hilversum Dalam Tempoh 48 Jam
Waris Jenazah mangsa tragedi MH17 kelihatan keluar dari Rumah Mayat Monuta Ineeme, S-Gravanhage. Jenazah yang tiba dari Hilversum kini menunggu urusan persiapan dokumentasi untuk kumpulan ketiga
THE HAGUE: Sekurang-kurangnya enam lagi jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dijangka dibawa keluar dari Pusat Perubatan Tentera di Hilversum, dalam tempoh 48 jam bermula Isnin, untuk pengurusan jenazah dan penghantaran pulang.
Menurut sumber, enam jenazah itu telah dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia selepas menjalani Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti identifikasi dana utopsi baru-baru ini.
"Kebiasaannya, rumah mayat yang telah dilantik akan dipanggil pihak berkuasa Pusat Perubatan Tentera bagi membawa keluar mana-mana jenazah untuk urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing," katanya kepada Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Isnin.
Beliau berkata pihaknya berharap kesemua enam jenazah itu dapat diuruskan dan dibawa balik ke tanah air dalam minggu ini.
SOP menetapkan sebaik sahaja jenazah dikenal pasti sebagai milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum, jenazah berkenaan kemudian perlu melalui lima proses penting.
Ia melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar.
Selepas selesai proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage di sini, kira-kira 90 kilometer dari Hilversum untuk menjalani urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing.
Dalam pada itu, tinjauan Bernama di rumah mayat itu mendapati ada anggota keluarga satu daripada jenazah itu yang hadir untuk berbincang mengenai upacara pengurusan jenazah.
Keluarga itu yang hadir dengan wakil MAS pada kira-kira 11 pagi kelihatan tenang dan bertanyakan beberapa soalan mengenai proses perjalanan upacara dengan pegawai rumah mayat itu sebelum beredar sejam kemudian.
Kumpulan pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang ke tanah air dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas pada Jumaat lepas disusuli kumpulan kedua dengan tiga jenazah pada Ahad.
Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lepas. - mstar
TOP
Berjuang Tanpa Mengira Kaum - Rasammah Bhupalan
PETALING JAYA: Penglibatan Datuk Rasammah Bhupalan dalam memperjuangkan semangat kemerdekaan mula berputik apabila beliau menyertai rejimen Jhansi Rani, sebuah sayap wanita dalam pergerakan menentang British oleh tentera Nasionalis India di bawah kepimpinan Netaji Subash Chandra Bose semasa Perang Dunia Kedua di Myanmar.
Semangat berkobar-kobar untuk menikmati kebebasan itu sentiasa membara sehingga era untuk memerdekakan Tanah Melayu dari British pada awal 1950-an.
Beliau yang dilahirkan pada 1 Mei 1927 di Ipoh, Perak, tidak menyertai mana-mana pertubuhan politik atau persatuan sebelum merdeka, namun peranannya ketika itu membangkitkan semangat perjuangan antara kaum.
Pun begitu, Rasammah memulakan fasa perjuangannya apabila menjadi guru pada 1955 di Methodist Girl School, Pulau Pinang.
Pengaruhnya dalam pendidikan memudahkan gerakan untuk memupuk semangat menuntut kemerdekaan semua kaum termasuk Melayu, Cina dan India.
''Semua hak adalah sama. Kebebasan tidak seharusnya bersifat perkauman kerana ia milik setiap rakyat,'' katanya yang merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik.
Bagaimanapun katanya, tidak ramai berbicara mengenai kebebasan sewaktu zaman pemerintahan penjajah kerana takut jadi buruan lebih-lebih lagi di zaman penaklukan Jepun.
Namun sebahagiannya mula merasai betapa penting kebebasan itu sehingga menjadi topik perbualan utama pada pra-kemerdekaan sekitar tahun 1949.
Perjuangan itu diteruskan sehingga kini kerana baginya, beliau tidak mahu pengorbanan dan jasa Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman ditelan arus pemodenan.
''Semangat 1Malaysia itu sudah dapat dilihat dari zaman Tunku lagi dan saya percaya persefahaman dan menghormati adalah kekuatan sebenar dalam perpaduan.
''Justeru, pemerintahan hari ini perlu mempunyai perundangan lebih kukuh, amalan demokrasi lebih adil, kejujuran lebih telus dan kebebasan bersuara lebih berani.
''Kejujuran mengatasi segalanya dan kebenaran adalah suatu kebebasan tidak kira mana-mana kaum, pemerintah dan zaman apa sekalipun, itulah kuncinya,'' ujarnya lagi.
Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Guru Kaum Wanita dan berjuang untuk memberi hak sama rata terutama kadar upah kepada kaum wanita.
Antara penglibatan lain adalah dalam Persatuan Mencegah Dadah Kebangsaan (Pemadam) dan Pertubuhan Majlis Kebangsaan Wanita (NCWO).- mstar
TOP
Pampasan Perkeso Dibayar Kepada Waris MH17
Datuk Seri Richard Riot
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membuat pembayaran pampasan kepada 15 anak kapal penerbangan MH17 pada Isnin menerusi ahli keluarga dan waris masing-masing, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot. Katanya, waris akan menerima purata pencen bulanan sebanyak RM2,700, berdasarkan pengiraan gaji terakhir mangsa dan sumbangan bulanan Perkeso.- mstar

Cuaca Buruk, Penerbangan AirAsia Dari KL-Alor Setar Dilencong Ke P.Pinang
BAYAN LEPAS: AirAsia mengesahkan bahawa penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kedah, pada Isnin telah dialihkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kerana cuaca buruk.
Wakil AirAsia Penang Kenneth Tan berkata lencongan itu disebabkan oleh jerebu, yang menjadikan ia berbahaya untuk pesawat terbang.
"Pesawat itu kemudian dialihkan ke Pulau Pinang pada pukul 8.30 pagi dan terbang semula pada pukul 9.40 pagi," katanya.
Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Ariff Jaffar juga mengesahkan lencongan telah dibuat.- mstar
TOP
PAS Terbuka Bincang Kerusi Pengkalan Kubor Dengan PKR
Mustafa Ali
KUALA LUMPUR: PAS bersikap terbuka untuk membincangkan mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya tidak memilih parti yang bertanding kerana kemenangan Pakatan Rakyat merupakan kepentingan utama. "Apa-apa tentang PRK, PKR perlu bincang dengan PAS. "Biasanya dalam pilihan raya kita hanya mahu menang dan kemenangan menjadi salah satu faktor (dipertimbang)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Isnin. Menurut Mustafa PAS sentiasa terbuka untuk berbincang mengenai perkara ini dengan PKR demi mencari kata sepakat. Beliau yang sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa PAS tidak akan bertanding di Pengkalan Kubor berkata, parti itu tetap akan mengikut keputusan bersama yang telah dipersetujui sekutunya. "Dalam kaedah biasa, parti yang bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan bertanding dalam PRK. "Tapi tak semestinya terikat macam itu jika ada keputusan baharu dibuat berdasarkan faktor-faktor 'winability' (boleh menang)," katanya. Pakatan Rakyat sebelum ini bersetuju meletakkan calon PKR di DUN Pengkalan Kubor sejak dua Pilihanraya Umum 2008, namun terdapat gesaan supaya PKR melepaskan kerusi kawasan itu dan menyerahkannya kepada PAS kerana parti itu gagal merampas semula kawasan tersebut sejak dua penggal lalu. Tidak cukup dengan itu, bekas calon PKR DUN Pengkalan Kubor, Saharun Ibrahim pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu mendakwa partinya perlu memastikan tiada unsur sabotaj oleh rakan sekutu berlaku kali ini. Hal ini kerana katanya, dia sendiri telah mengalami beberapa kesulitan pada PRU lalu angkara sabotaj rakan sekutu. Dalam pada itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dijangka mengadakan mesyuarat khas bersama pimpinan PKR Kelantan bagi mendapatkan maklum balas mengenai situasi terkini di DUN Pengkalan Kubor, Isnin. Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar (BN) meninggal dunia akibat kanser. Noor Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian Tumpat mempertahankan kerusi DUN Pangkalan Kubor pada PRU-13 dengan majoriti 1,736 undi. Noor Zahidi menewaskan dua lagi lawannya daripada PKR, Saharun Ibrahim yang mendapat 8,438 undi serta seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi.- mstar

Khalid Mahu Tinggalkan Legasi Penstrukturan Air
Abdul Khalid Ibrahim.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin memberi bayangan bahawa beliau mahu meninggalkan legasinya dengan penstrukturan semula industri air di negeri itu. Khalid berkata, mengenai kejayaan kerajaan negeri, beliau tidak boleh melupakan usaha dalam penstrukturan semula berkenaan di mana mencapai kata sepakat bersama Kerajaan Persekutuan. “Saya amat berharap legasi yang saya tinggalkan adalah termasuk mengembalikan aset air kembali kepada rakyat,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Negeri Selangor di sini, Isnin. Melalui memorandum persefaham (MoU) yang ditandatangani pada 26 Februari lalu, Kerajaan Selangor mengeluarkan kebenaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk merancang pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2). Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor pada 1 Ogos lalu menandatangani Perjanjian Dasar Induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air dan penyelesaian jangka panjang isu air di Selangor. Perjanjian tersebut merupakan lanjutan kepada MoU yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 26 Februari lepas berkaitan pembinaan LRAL2. - mstar

Nizar Mengaku Tidak Bersalah Fitnah Najib
IPOH: Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada Isnin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dua tahun lepas.
Ketua Pembangkang Perak dan Anggota Dewan Undangan Negeri Changkat Jering itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.
Mohammad Nizar, 57, yang beralamat di Sungai Rokam di sini dituduh memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.
Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Perak didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan tersebut akan merosakkan nama baik Najib.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud memohon supaya mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun peguam Asmuni Awi yang mewakili Mohammad Nizar memohon supaya anak guamnya tidak dikenakan sebarang jaminan kerana sebagai ketua pembangkang negeri Perak beliau akan memberi kerjasama kepada pihak pendakwaan.
"Jika permohonan ini ditolak saya memohon supaya jaminan dikurangkan sebanyak 10 peratus daripada jumlah yang ditetapkan oleh mahkamah," katanya.
Masri kemudian bangun dan menyatakan jaminan dipohon pihak pendakwaan adalah satu jumlah yang wajar.
Hakim Madihah kemudian menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 26 Sept.
Mohammad Nizar diwakili 11 peguam iaitu Asmuni, Aminuddin Zulkipli, Mohd Fitri Asmuni, M. Kulasegaran, Nga Hock Cheh, N. Selvam, A. Sivanesan, Mohammad Hanifa Maidin, Leong Cheok Keng, Mohammad Zamri Ibrahim dan Chan Sook Ching.
Pihak pendakwaan diwakili Masri yang juga Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak dan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab. - mstar
TOP
Najib Gembira Dengan Kualiti Dan Keluasan Idea Cadangan Bajet 2015
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau gembira dengan kualiti dan keluasan idea yang disalurkan orang ramai melalui laman web mikro #Bajet2015, yang penyertaannya berakhir pada Isnin.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata ia menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia tanpa mengira usia boleh bekerjasama dengan kerajaan untuk merangka dasar-dasar inklusif yang membawa manfaat kepada semua.
"Idea, kebimbangan serta keperluan anda sentiasa diutamakan dalam usaha kita merangka sebuah bajet nasional yang inklusif, seimbang dan bertanggungjawab," katanya menerusi blog www.1malaysia.com, Isnin.
Kempen cadangan bajet 2015, yang bermula sejak 11 Ogos lepas, bertujuan mengajak rakyat berkongsi pandangan dan idea menerusi perbincangan atas talian di laman web mikro #Bajet2015.
Perdana Menteri berkata sambutan baik terhadap kempen itu, yang memasuki tahun keenam, membuktikan kerajaan sentiasa terbuka dengan menjemput rakyat turut serta dalam usaha memperkukuhkan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat selaras dengan penekanan yang diberikan pentadbirannya bahawa era 'kerajaan lebih mengetahui' sudah lama berakhir.
Najib menarik perhatian bahawa Malaysia kini semakin hampir ke destinasi menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi dengan ekonomi negara terus menunjukkan pertumbuhan yang kukuh, seiring taraf kehidupan yang semakin meningkat.
Beliau bagaimanapun mengingatkan bahawa keadaan itu bukan bererti negara tidak akan menghadapi halangan sepanjang perjalanan. Namun, katanya dengan cara bekerja bersama-sama, Malaysia mampu mencapai apa yang disasarkan, membolehkan setiap orang berkongsi manfaat dari kejayaan itu.
"Kita bukan sahaja mampu mencapai ekonomi berpendapatan tinggi, kita juga boleh mencapai ekonomi berkualiti tinggi – iaitu apabila setiap orang berkongsi manfaat pertumbuhan ekonomi.
"Jika kita terus bersatu, kita mampu capai impian yang kita kongsi bersama,"katanya.
Sambil menghargai setiap cadangan itu, Najib menzahirkan keyakinan bahawa dengan saranan yang diberikan rakyat, beliau percaya Bajet 2015 mampu terus merangsang pertumbuhan, memperbaiki kedudukan fiskal negara dan seterusnya meningkatkan taraf kehidupan masyarakat.
Perdana Menteri dijangka membentangkan Bajet 2015 di Parlimen pada 10 Oktober depan. - mstar
TOP
Raja Bhumibol Perakui Jeneral Prayut Sebagai PM Baru Thailand
PM Baru Thailand, Prayut Chan-O-Cha.
BANGKOK: Panglima Angkatan Tentera Thailand, Jeneral Prayut Chan-O-Cha telah disahkan sebagai perdana menteri negara itu yang baru setelah pelantikannya diperkenan oleh Raja Bhumibol Adulyadej. Jeneral Prayut Chan-O-Cha, 60, yang merampas kuasa pada 22 Mei lalu selepas menyaksikan perbalahan antara parti-parti politik gagal membawa keamanan dan kestabilan, telah dipilih tanpa dicabar sebagai perdana menteri minggu lalu oleh Dewan Rakyat yang dianggotai oleh majoriti pemimpin-pemimpin tertinggi tentera selepas rampasan kuasa itu. Selepas secara rasmi menerima perkenan diraja, Prayut - yang memakai pakaian seragam rasmi putih - melutut dan tunduk di hadapan potret Raja Bhumibol Adulyadej sebagai simbol penghormatan. Raja Bhumibol adalah raja paling lama memerintah yang masih hidup di muka bumi ini. "Raja Bhumibol telah dengan rasminya berkenan untuk menerima pelantikan saya sebagai perdana menteri dan ini adalah satu penghormatan kepada saya dan juga keluarga saya. Saya dengan ini berikrar akan bekerja dengan penuh kejujuran dan seikhlas hati untuk masa depan rakyat Thailand," katanya selepas majlis tersebut. Beliau juga akan terus kekal sebagai panglima junta tentera buat masa ini sehingga keadaan benar-benar stabil. Junta tentera itu dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Untuk Keamanan dan Perintah. Prayut dijangka membentuk kabinet barunya September nanti. Majlis yang diketuai Prayut itu menegaskan yang mereka terpaksa bertindak merampas kuasa selepas menyaksikan suasana dalam negara menjadi huru-hara kerana ketidakstabilan politik dan juga selepas 30 orang terbunuh akibat keganasan sekaligus melumpuhkan kerajaan, ekonomi serta pentadbiran awam. Ekoran rampasan kuasa tersebut, majlis berkenaan menegaskan yang pilihan raya umum hanya akan diadakan semula selepas Oktober 2015.- mstar

Kerajaan Perancis Rombak Kabinet Kali Kedua Dalam 5 Bulan
PM Perancsi, Manuel Valls
PARIS: Perancis kini dilanda ketidaktentuan politik selepas Presiden Francois Hollande mengarahkan perdana menterinya supaya membentuk kabinet dan kerajaan baru. Ia adalah perintah pembentukan kabinet baru yang kedua dalam tempoh lima bulan yang menyaksikan kerajaan sosialis itu bergelut dengan kelembapan ekonomi dan ketidakpastian tentang cara untuk mengurangkan pengangguran. Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri, Manuel Valls telah mengemukakan surat perletakan jawatan semua anggota kabinetnya - bagi membolehkannya membentuk sebuah kerajaan baru menjelang Selasa. "Ketua negara (presiden) telah mengarahkan perdana menteri agar membentuk sebuah kerajaan yang konsisten dengan arah tuju yang beliau (presiden) sendiri telah tentukan untuk negara ini," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh istana presiden pada Isnin. Hollande tidak menyatakan sebab mengapa arahan tersebut dikeluarkan tetapi adalah dipercayai ia dilakukan setelah Menteri Ekonomi, Arnaud Montebourg mencemuh arah tuju pelan ekonomi Perancis yang baru serta mengkritik sikap Jerman sekaligus mencetuskan kemarahan kerajaan. Montebourg menyatakan demikian dalam satu temuramah dengan akhbar berpengaruh, Le Monde yang disiarkan Sabtu lalu. Tidak cukup dengan itu, dalam satu ucapan yang disampaikannya pada Ahad pula, Montebourg menegaskan yang beliau telah meminta Hollande dan Valls melakukan rombakan besar-besaran ke atas polisi ekonomi negara itu. "Memandangkan betapa seriusnya situasi ekonomi negara kita sekarang, maka menteri ekonomi bertanggungjawab untuk menawarkan jalan keluar alternatif," ujarnya. Arahan terbaru ini telah mendorong parti berhaluan kanan yang diketuai oleh Marine Le Pen mendesak agar Dewan Rakyat dibubarkan bagi memperolehi mandat baru daripada rakyat. Sementara belum lagi jelas sama ada Montebourg akan terus dikekalkan dalam kabinet baru nanti, para pemerhati politik melihat rombakan kabinet itu adalah untuk mengenepikan beliau. Valls yang telah pun berikrar yang beliau tidak lagi akan bertoleransi dengan mana-mana anggota kabinet yang menentang arus, telah mengadakan pertemuan dengan semua menterinya sebelum mengemukakan surat pembubaran kerajaannya. Menteri ekonomi berusia 51 tahun itu bukanlah seorang yang asing dalam kontrovesi. Sebelum ini beliau mengkritik Jerman kerana menjadi punca penutupan begitu banyak kilang di Perancis. Montebourg menjadi menteri ekonomi pada April dan sering kali bertelagah Menteri Kewangan, Michel Sapin. Ketika beliau menyandang jawatan menteri perindustrian, Montebourg pernah melabel CEO syarikat pengeluaran tayar, Titan sebagai "ektremis" selepas dia (CEO berkenaan) mengkritik para pekerja Perancis sebagai pemalas. Beliau juga berbalah dengan syarikat keluli ArcelorMittal kerana menutup kilang besi negara itu. Hollande dan Valls percaya, rancangan mereka untuk mengurangkan cukai perniagaan sehingga 40 bilion euro (AS$55 billion) sebagai 'pertukaran' kepada aku janji daripada syarikat-syarikat gergasi yang mereka akan menawarkan 500,000 peluang pekerjaan baru dalam tempoh tiga tahun akan mampu mengatasi kegawatan ekonomi negara tersebut. Menurut rancangan Hollande, pemotongan daripada kutipan cukai itu boleh di ofset dengan mengurangkan sehingga 50 bilion euro dalam perbelanjaan kerajaan tetapi rancangan itu mendapat tentangan daripada pemimpin-pemimpin parti termasuklah Montebourg yang percaya bahawa fokus harus ditumpukan kepada pengurangan cukai pendapatan untuk mengembalikan kuasa berbelanja konsumer.- mstar

Bank Islam Peruntuk RM4.7 Juta Bina, Baik Pulih Rumah
JOHOR BAHARU: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah membina dan membaik pulih 174 buah rumah di seluruh negara menerusi peruntukan RM4.7 juta dana zakat sejak tahun 2008 sehingga kini.
Pengurus Besar Hubungan Strategik BIMB Datuk Wan Ismail Wan Yusoh berkata daripada keseluruhan 174 rumah itu, 36 adalah di Kelantan yang melibatkan kos RM1.07 juta, Terengganu (37 rumah, RM1.1 juta), Kedah (31 rumah, RM771,500).
Pahang (23 rumah, RM568,000), Perak (18 rumah, RM410,000), Johor (22 rumah, RM527,000), Sarawak (enam rumah, RM216,000) dan Negeri Sembilan (sebuah rumah, RM36,200).
Bercakap kepada pemberita pada majlis penyerahan Rumah BIMB Negeri Johor, di sini, Isnin, beliau berkata daripada 22 di Johor itu, enam merupakan pembinaan rumah baharu manakala 16 lagi merupakan baik pulih rumah yang melibatkan kawasan di Batu Pahat, Muar, Segamat, Pontian, Kota Tinggi, Gelang Patah serta Mersing.
Katanya, kos pembinaan rumah baharu adalah sebanyak RM40,000 dengan menggunakan kaedah 'fast track wall' hasil kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) manakala kos baik pulih pula sebanyak RM15,000 hingga RM20,000.
Menurut Wan Ismail, BIMB beriltizam untuk terus menyumbang kepada kebajikan masyarakat dan membantu dalam mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini selaras dengan misi untuk menjadi sebuah badan korporat yang prihatin dan bertanggungjawab.
Pada majlis berkenaan BIMB turut menyerahkan bayaran zakat perniagaan sebanyak RM400,000 kepada MAIJ menerusi Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor Abd Mutalib Abd Rahim dan disaksikan Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut. - mstar
TOP
Pameran Produk, Budaya Malaysia Di Qingdao Tarik 500,000 Pelawat
BEIJING: Pameran Produk dan Budaya Malaysia selama 10 hari di Bandaraya Qingdao di wilayah Shandong, timur China berjaya menarik kira-kira 500,000 pelawat.
Acara yang diadakan pada 6 hingga 15 Ogos itu bertujuan menawarkan pengalaman lebih baik mengenai budaya, produk dan perkhidmatan Malaysia kepada penduduk di bandar raya berkenaan, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dalam satu kenyataan, Selasa.
Menurutnya, sebagai sebahagian daripada Program Dapur Malaysia (PDM), acara itu bukan sahaja menyepadukan pelbagai bidang jenama Malaysia seperti makanan, pelancongan, pendidikan dan pertanian, tetapi juga memperkenalkan pelbagai jenama Malaysia kepada China dan menggalakkan perdagangan di antara kedua-dua negara.
Duta Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin, menyifatkan makanan sebagai elemen penting PDM yang berjaya memperkenalkan Malaysia dan budayanya kepada penduduk China.
"Kami menggunakan makanan bagi mempereratkan hubungan di antara Malaysia dan China. Rakan di China akan mengetahui negara dan budaya kita dengan lebih baik apabila mereka merasai keenakan makanan Malaysia," katanya ketika majlis perasmian pameran itu.
Pameran Produk dan Budaya Malaysia dianjur secara bersama oleh Matrade dan Qingdao Parkson Group.
Kaunselor Perdagangan Matrade di Beijing, Shawn Sim Kok Aun; Pengarah China Parkson Retail Group wilayah Shandong, Louis Chai; Pengurus Besar Serantau China Parkson Retail Group, Wang Xing Tang dan Pengurus Exhibitor-Regal Plus (Beijing) Company Limited, Loh Wee Ken, turut hadir di majlis berkenaan.
Program Dapur Malaysia adalah inisiatif global kerajaan Malaysia yang bertujuan mempromosi restoran Malaysia di seberang laut dengan mewujudkan permintaan untuk masakan Malaysia.
Ini dapat dilakukan melalui program promosi bersepadu, holistik serta pelbagai serampang dengan kerjasama pengusaha restoran.
Selain Beijing, Qingdao adalah destinasi kedua PDM di China.- mstar
TOP
11 Terbunuh Angkara Pengebom Berani Mati Di Iraq
Ini adalah insiden letupan bom kereta yang berlaku di Baghdad, 7 Ogos lalu, mengorbankan 50 orang awam. Nilai nyawa di Iraq kini tidak berharga lagi.
BAGHDAD: Seorang pengebom berani mati telah meletupkan dirinya di hadapan khalayak penganut fahaman Syiah yang sedang menunaikan solat di timur bandar ini mengorbankan 11 orang. Kejadian itu turut mencederakan 32 orang yang lain. Ia berlaku tiga hari selepas seorang anggota militia Syiah menembak mati 70 pengikut sunah waljamaah di sebuah masjid dekat timur laut bandar ini.- mstar

MH17: Rusia Persoal Kenapa Bukti Dari Kotak Hitam Masih Tidak Diumumkan
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov
MOSCOW: Rusia pada Isnin mempertikaikan kenapakah hasil siasatan ke atas kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 masih belum didedahkan kepada umum sekaligus mendakwa bahawa itu sudah cukup menunjukkan yang masyarakat antarabangsa sudah hilang minat ke atas siasatannya. Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov sebaliknya menuduh pasukan penyiasat antarabangsa tidak telus di dalam siasatan mereka. Katanya, seluruh dunia ingin mengetahui kandungan rakaman kotak hitam pesawat tersebut tetapi sehingga sekarang tidak ada siapa yang tahu apa yang telah terjadi kepada kotak hitam tersebut. Pesawat MAS Boeing 777 itu meletup di ruang udara Timur Ukraine pada 17 Julai lalu, dipercayai terkena tembakan peluru berpandu puak pemisah Ukraine pro-Rusia mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapalnya. Kotak hitam itu yang diserahkan oleh puak pemisah berkenaan kepada wakil pihak berkuasa Malaysia dan antarabangsa yang tiba di tempat kejadian beberapa hari selepas itu kini berada di Farnborough, Britain untuk disiasat oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain. "Malangnya tidak ada siapa yang memaklumkan kepada kita mengenai sebab mengapa kandungan kotak hitam itu tidak boleh didedahkan kepada umum keseluruhannya," tegas Lavrov dalam satu program televisyen di sini. Beliau juga bertanya mengapa Ukraine masih merahsiakan rakaman perbualan di antara pihak kawalan udara di Dnepropetrovsk daripada pengetahuan umum. Lavrov juga berkata yang Rusia telah menghubungi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, iaitu agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang telah membentuk sebuah badan petugas khas untuk mengemukakan syor-syor berikutan kejadian nahas tersebut, tetapi sehingga sekarang tiada ketelusan berhubung perkara itu yang dapat dilihat oleh mereka. Beliau berpendapat, siasatan itu gagal untuk mencari bukti bagi mensabitkan Rusia di atas kemalangan tersebut.- mstar

Iran Ikrar Akan Terus Bekalkan Hamas Dengan Roket
Ayatollah Ali Khamenei
TAHERAN: Kerajaan Iran berikrar yang mereka akan terus membekalkan senjata serta roket kepada Hamas bagi menentang Israel sebagai langkah membalas dendam ekoran tindakan Israel mengintip negara itu menggunakan pesawat drone. Pesawat tanpa pemandu itu yang digunakan untuk merakam gambar telah ditembak jatuh oleh tentera Iran. Iran, yang sehingga ke hari ini tidak mengiktiraf kewujudan Israel, mengesahkan yang mereka sebelum ini bertanggungjawab membekalkan teknologi membuat roket dan roket kepada Hamas. Sejak 8 Julai lalu, Hamas tanpa henti telah mensasarkan tidak kurang dari 3,000 roket ke arah wilayah Israel sekaligus mencetuskan tindak balas yang serupa daripada Israel. "Kini kami akan mempercepatkan lagi bekalan roket kepada Hamas dan pejuang-pejuang jihad menentang keganasan Israel," kata Jeneral Amir-Ali Hajizadeh, komander angkatan udara kepada pasukan elit Iran, Pengawal Revolusi. Bulan lalu, pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei menggesa negara-negara Islam membantu Hamas dengan bekalan senjata untuk membantu mereka mempertahankan diri daripada tindakan pembunuhan beramai-ramai oleh regim Israel ke atas penduduk awam Gaza. Jumlah kematian di Gaza dalam tempoh lebih sebulan ini telah meningkat kepada 2,124 orang manakala Israel pula 68 orang, kebanyakannya tentera. Iran mendakwa bahawa mereka telah menembak jatuh pesawat drone Israel "Hermes" yang kalis radar di kawasan sekitar Pusat Uranium Natanz di tengah Iran.- mstar

MH17: Khidmat Kaunseling Terus Diberikan Kepada Keluarga Mangsa
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memberikan khidmat kaunseling kepada waris dan keluarga 24 penumpang dan anak kapal mangsa tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH17, yang jenazah mereka telah dibawa pulang ke tanah air pada Jumaat dan Ahad.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata mereka boleh menghubungi kaunselor yang disediakan kementerian pada bila-bila masa.
"Ketika ini, mereka (keluarga) mungkin masih sibuk dengan saudara mara datang melawat, tetapi selepas beberapa hari mereka mungkin akan sebak semula dan mereka boleh hubungi kaunselor kita.
"Mereka boleh luahkan perasaan atau apa-apa sahaja kemusykilan termasuk mengenai persekolahan anak-anak dan kewangan. Kami akan rujuk kepada kementerian dan agensi berkenaan jika perlu," katanya.
Beliau memberitahu demikian kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Dalam Radar terbitan Radio24 dengan topik 'Wanita Pendukung Aspirasi Negara' sempena Hari Wanita 2014 yang disambut pada Isnin, di Wisma Bernama.
Setakat semalam (Ahad), 24 mangsa MH17 telah dibawa pulang ke Malaysia dengan dua daripadanya tidak didedahkan identiti atas permintaan keluarga.
Dua puluh jenazah dibawa pulang dari Amsterdam pada 22 Ogos, satu jenazah pada Sabtu (23 Ogos) dan tiga lagi jenazah dibawa pulang pada Ahad.
Rohani berkata kerajaan juga turut memberi kaunseling kepada waris dan keluarga penumpang dan anak kapal MH370.
"Saya dan kaunselor masih berhubung dengan waris penumpang dan anak kapal MH370 walaupun amat sukar untuk saya menjawab apabila diajukan soalan bila pesawat itu akan ditemui," katanya.
Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal,ditembak jatuh ketika di Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Sebanyak 43 individu termasuk 15 anak kapal MH17 merupakan rakyat Malaysia.
Pesawat MH370, yang dalam penerbangan ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal, pula hilang daripada radar sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac lalu.
Sebanyak 38 penumpang dan 12 anak kapal MH370 merupakan warga Malaysia.
Usaha pencarian MH370 membabitkan beberapa buah negara masih diteruskan. - mstar
TOP
Mahkamah Diberitahu Ada Perbualan Antara Anwar Dan Anifah
Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Isnin diberitahu bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ada berbual di telefon dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengenai isu pembentukan kerajaan baharu 16 September dan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM). Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Anifah semasa pemeriksaan balas, mencadangkan kepada Anwar bahawa beliau telah menawarkan jawatan TPM kepada Anifah ketika beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 2008. Anwar, 67, mengakui beliau berbual dengan Anifah pada masa itu tetapi perbualan mereka adalah berkisar hal keluarga. "Perbualan itu adalah mengenai hal keluarga kerana kami (beliau dan Anifah) adalah rakan baik sejak sekian lama. Saya tidak menawarkan jawatan TPM," kata Anwar. Ketika Muhammad Shafee mencadangkan bahawa Anwar telah menawarkan jawatan TPM kepada Anifah kerana ia perkara penting, Anwar berkata: "Saya tidak boleh melakukan kesilapan yang cuai. Tidak mungkin saya membuat tawaran kepada seseorang dalam perbualan 10 minit." Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, menganggap defendan sebagai "sangat berani" dan berkata adalah tidak munasabah untuknya membuat tawaran dalam satu panggilan telefon. Beliau juga berkata tidak ada pertemuan antara beliau dan Anifah tetapi Anifah ada menghubunginya ketika beliau berada di luar negara. "Beliau (Anifah) menyatakan ada mendengar sekumpulan besar dari Sabah mahu menyertai pembangkang dan beliau mahu saya mengesahkan nama dan bilangannya. "Beliau berkata jika saya tahu bilangannya, beliau berminat menyertai saya. Saya tidak membuat sebarang tawaran kepadanya, dan sudah pasti tidak mempertimbangkan beliau untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri," kata Anwar. Pada 27 Mei, 2009, Anwar yang menyaman Anifah atas kapasitinya secara peribadi dan rasmi serta Kerajaan, mendakwa beliau telah difitnah dalam sidang media Anifah bersama-sama Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu Hillary Clinton. Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata dakwaan Anifah adalah tidak berasas dan amat cuai dan telah dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing. Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi teruk dan teladan, kos dan reliflain difikirkan sesuai oleh mahkamah. Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S.Hassan Badjenid bersambung pada Rabu ini.- mstar

Nabil Ahmad Jelaskan Isu Disingkir Dari Meletop
Nabil terkejut dikatakan disingkir daripada program Meletop.
PETALING JAYA: Pelawak Nabil Ahmad menyifatkan gosip dia bakal disingkirkan sebagai pengacara program hiburan Meletop dalam masa terdekat ini adalah mengarut. Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 30, terkejut dengan berita tersebut sedangkan dia baru saja menandatangani perjanjian bagi menyambung kontrak selama dua tahun bagi mengendalikan program berkenaan. "Siapalah yang buat gosip macam ini, apa salahnya tanya saya dahulu? "Terkejut saya apabila membaca gosip tersebut. Saya terus bertanyakan pihak produksi Meletop adakah ia benar sedangkan saya baru saja menyambung kontrak dengan mereka. "Pihak produksi pun terkejut dengan berita itu kerana apa yang dinyatakan dalam gosip itu adalah salah dan tidak benar," tegasnya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin. Minggu lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan Nabil bakal disingkirkan daripada Meletop oleh pihak produksi memandangkan pengacara gandingannya, Neelofa mahu menarik diri mengendalikan program berkenaan. Meletop disiarkan pada setiap Selasa, pukul 10 malam di saluran Astro Ria.
Nabil dan Neelofa dalam program Meletop.
Laporan tersebut turut menyatakan tempat Nabil akan digantikan dengan pelawak popular, Zizan Razak. Perkara itu membuatkan Nabil berasa hati dengan keputusan yang dibuat pihak produksi kerana ia dilakukan tanpa melakukan perbincangan dengannya. Dalam pada itu, Nabil berkata, sehingga kini gosip mengatakan Neelofa bakal menarik diri juga tidak diketahuinya kerana dia bersama pengacara wanita itu masih lagi menjalankan tugas masing-masing seperti biasa. "Saya ada dengar juga mengatakan Neelofa mahu tarik diri. Tetapi sehingga kini pihak produksi tak cakap apa-apa lagi. Peliklah, macam-macam spekulasi pula yang muncul. "Apa-apapun, saya percayakan pada rezeki. Jika pihak produksi masih lagi mahu saya terus mengendalikan Meletop, itu rezeki. Dan jika mereka enggan menggunakan khidmat saya pun tidak apa. Yang penting biarlah segala urusan dibuat dengan betul," ujarnya. Sementara itu, Nabil berkongsi berita gembira bahawa dia bakal menimang anak kedua tidak lama lagi. Kata pelawak itu, isterinya, Nazirah Ayub, 26, kini sedang hamil dua bulan dan berita itu membuatkan dia lebih bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki agar lebih stabil pada masa akan datang. Nabil dan Nazirah turut mempunyai seorang anak bernama Naira Mikayla yang berusia dua tahun.- mstar

Alyph (Sleeq) Mohon Maaf Pegang Tangan Tunang
Foto Alyph dan Azzah mendapat kritikan gara-gara wanita itu memegang lengan Alyph.
PETALING JAYA: Penyanyi Alyph (Sleeq) memohon maaf jika gambarnya berpegangan tangan bersama tunang, Azzah Fariha Samat, 27, mengundang rasa kurang selesa kepada mana-mana pihak yang melihatnya. Alyph atau nama sebenarnya Alif Abdullah, 25, berkata, gambar tersebut sepatutnya tidak perlu dijadikan isu namun dia tetap menghormati setiap pandangan yang diberikan oleh masyarakat sekeliling. "Maafkan saya jika ada yang tidak berkenan dengan gambar itu. Tetapi saya hormati segala komen dan kritikan yang diberikan kerana saya faham, media sosial adalah satu platform bebas untuk sesiapa pun yang ingin komen. "Apa-apa pun terima kasih atas kritikan itu. Dan jujurnya saya tidak terasa hati pun dengan segala komen negatif yang diberi. Cuma terkejut sedikit sahaja pada mulanya," katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsAapp di sini pada Isnin. Minggu lalu, segelintir peminat Alyph telah mengkritiknya selain dia memuat naik foto bersama tunang di Facebook dengan berpegangan tangan Antara komen mengatakan mereka tidak sepatutnya mengambil gambar berpegangan tangan meskipun sudah bertunang kerana mereka masih belum menjadi suami-isteri yang sah. Sementara itu, ditanya pula mengenai persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada 13 September depan di Gardens By The Bay Singapore, Alyph berkata, kesemuanya sudah hampir selesai diuruskan. "Alhamdulillah, persiapan perkahwinan kami sudah hampir siap. Segala dokumen yang perlu dibuat juga sudah selesai. "Tinggal tunggu masa saja. Berdebar juga, doakan segalanya berjalan dengan lancar," tuturnya. Dalam pada itu, seorang lagi ahli Sleeq iaitu Ahmad Syarif, 25, bakal melangsungkan perkahwinannya pada November depan.- mstar

Sejoli & Adnan Sempit 3, Pencalonan Terbanyak Anugerah Lawak Warna 2014
Antara artis yang terlibat dalam Anugerah Lawak Warna 2014.
KUALA LUMPUR: Dua buah filem komedi iaitu Sejoli dan Adnan Sempit 3 akan berentap dalam Anugerah Lawak Warna 2014 selepas mendapat pencalonan tertinggi pada acara itu yang diumumkan di Hotel Istana, di sini, pada Isnin. Kedua-dua filem itu masing-masing menerima 6 pencalonan daripada 18 kategori yang dipertandingkan. Kedua-dua filem itu turut berentap menerusi kategori utama iaitu Pelakon Komedi Wanita Terbaik yang mempertaruhkan Maya Karin (Sejoli), Yana Samsudin dan Intan Ladyana (Adnan Sempit 3) dan Pelakon Komedi Lelaki Terbaik melibatkan Shaheizy Sam (Adnan Sempit 3), Bront Palarea dan Azad Jazmin (Sejoli). Filem tersebut juga turut tersenarai untuk kategori Filem Komedi Terbaik, Skrip Komedi Filem Terbaik, Pengarah Komedi Terbaik dan Lakon Layar Komedi Terbaik. Anugerah Lawak Warna 2014 akan berlangsung pada 19 September depan di Teater Selangor, Shah Alam dan akan dikendalikan oleh Datuk AC Mizal sebagai pengacara. Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, penghakiman awal telah berlangsung dalam keadaan yang rumit kerana penyertaan luar biasa yang diterima. "Pihak kami mendapat penyertaan yang terlalu banyak sehingga sukar untuk membuat pemilihan yang terbaik bagi mencalonkan mereka sebagai finalis. "Seperti yang dijangkakan, penjurian awal berlangsung dalam keadaan yang sangat rumit," katanya pada sidang media Anugerah Lawak Warna di Hotel Istana, di sini pada Isnin.
Nizam Sani (kiri) dan AC Mizal
Anugerah Terbaik akan dinilai oleh juri profesional yang terdiri daripada pengarah filem, pelakon dan professor. Bagaimanapun bagi mendapat keputusan yang adil, tiada pihak daripada syarikat penyiar yang menjadi juri pada anugerah tersebut. Anugerah Lawak Warna 2013 terbahagi kepada 15 kategori anugerah terbaik, empat anugerah popular dan satu anugerah Khas Juri. Anugerah Popular mempertanding empat kategori iaitu Artis Lawak Lelaki Paling Popular, Artis Lawak Wanita Paling Popular dan Segmen Komedi Radio Paling Popular bagi memberi peluang kepada para peminat untuk memilih para pemenang menerusi undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Selain filem, anugerah ini juga turut mempertandingkan rancangan-rancangan komedi termasuklah drama yang disiarkan di semua saluran tetevisyen negara ini. Sebanyak sembilan kategori rancangan dan drama televisyen dipertandingkan.
Undian dibuka bermula 23 Julai lalu sehingga 15 Ogos lalu.
Anugerah Lawak Warna 2014 akan bersiaran secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dan serentak dengan Astro Mustika HD (saluran 134) dalam pakej Mustika.
Senarai kategori yang pertandingkan Dalam Anugerah Warna 2014
KATEGORI TERBAIK
1. FILEM KOMEDI TERBAIK
Sejoli
Bikers Kental
Adnan Sempit 3
Kami Histeria
Hantu Tok Mudim
2. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM)
Bront Palarea (Sejoli)
Azad Jazmin (Sejoli)
Zizan Razak (Bikers Kental)
Shaheizy Sam (Adnan Sempit 3)
Sofi Jikan (Hantu Tok Mudim)
3. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (FILEM)
Maya Karin (Sejoli)
Nur fazura (Kami Histeria)
Yana Samsudin ( Adnan Sempit3)
Diana Danielle (Kami Histeria)
Intan Ladyana (Adnan Sempit3)
4. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (TV)
Shuib Sepah (Bini Aku Hantu Langsuir)
Kazar Saisi (Bila Joyah Dan Goyah)
Sharol Shiro (Atan & Atoi)
Hairie Safwan (Bini Aku Hantu Langsuir)
Ajak Shiro (Yem Rempit)
5. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV)
Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)
Jihan Musa (Jihan Tak Nak Balik Raya)
Nadiya Nissa (Pengancam Perkahwinan)
Fazlina Ahmad Daud (Awang Senandung)
Khatijah Tan (Atan & Atoi)
6. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BERSIRI)
Maharaja Lawak Mega 2013
Superspontan 2013
Sembang Teh Tarik
Bintang Mencari Bintang Final
Kan Da Kena Siri 2
7. SIRI TV KOMEDI TERBAIK (BERSIRI)
Oh My English April Fool
Osman Baku Musim 2
Yem Rempit
Projek Memikat Suami
Benci Vs Cinta
8. SIRI KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI)
Karoot Komedia Raya
Warna Raya
Fuyo Raya Zizan
Kaunter Kaboom Raya
Lari Lari Raya
9. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI)
Bini Aku Hantu Langsuir
Bila Joyah Dah Goyah
Jihan Tak Nak Balik Raya
Oh My English Hello America
Kampung Semarah Padi
Pengancam Perkahwinan
10. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (FILEM)
Sejoli
Hantu Tok Mudim
Kami Histeria
Adnan Sempit 3
Bikers Kental
11. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (TV)
Bini Aku Hantu Langsuir
Oh My English - Hello America
Jihan Tak Nak Balik Raya
Pengancam Perkahwinan
Bila Joyah Dah Goyah
12. SKRIP KOMEDI WANITA TERBAIK
Bini Aku Hantu Langsuir
Oh My English - Hello America
Jihan Tak Nak Balik Raya
Pengancam Perkahwinan
Bila Joyah Dah Goyah
13. SKRIP KOMEDI TERBAIK FILEM
Sejoli
Kami Histeria
Hantu Tok Mudim
Bikers Kental
Adnan Sempit 3
14. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (TV)
Bini Aku Hantu Langsuir - Jamal Khan
Oh My English - Hello America - Shamyl Othman
Jihan Tak Nak Balik Raya - Kye Fariz
Pengancam Perkahwinan - Tam Suhaimi
Bila Joyah Dah Goyah - Nazir Jamaluddin
15. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (FILEM)
Sejoli - Osman Ali
Kami Histeria - Shamyl Othman
Hantu Tok Mudim - Waan Hafiz
Bikers Kental - Helmy Yusof
Adnan Sempit 3 - Ismail Bob Hasim
KATEGORI POPULAR
1. ARTIS LAWAK LELAKI PALING POPULAR
Jepp (Sepah)
Johan
Zizan Razak
Achey
Nabil Ahmad
2. ARTIS LAWAK WANITA PALING POPULAR
Tiz Zaqyah
Didie Alias
Jihan Muse
Sharifah Sakinah
Noorkhiriah
3. SEGMEN KOMEDI RADIO PALING POPULAR
Johara Pagi Era - Spontan Era
Johara Pagi Era - Gosip Mosip Mak Jemah
Johara Pagi Era - Sketsa Johara
Sinar Pagi - Drama Ke Laut
Hot FM - AM Krew bersama Dr. R
- mstar

Jennifer Lopez Tak Serik Kahwin Lagi
BIARPUN baharu sahaja putus cinta penyanyi dan pelakon Hollywood Jennifer Lopez mengakui tidak pernah serik untuk membina sekali rumah tangga.
Dalam sebuah wawancara Chelsea Lately, penyanyi lagu On The Floor ini berkata dia merancang untuk bernikah kali keempat.
"Saya ingin berkahwin lagi, saya bukan wanita yang suka terlalu lama hidup sendirian.
"Buat masa ini saya ada dekat dengan seorang lelaki, biarpun belum bercakap secara serius tentang hal perkahwinan, namun saya sudah memikirkan tentang masa depan," ujarnya.
Bagaimanapun, Jenifer enggan mendedahkan kepada umum lelaki yang sedang rapat dengannya ketika ini.- mstar
TOP
Cinta Kamal Adli & Intan Ladyana Hancur Akhirnya
Kamal Adli dan Intan Ladyana sebelum ini dianggap sebagai 'loving couple'.
KUALA LUMPUR: Hubungan pasangan pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli yang dibina sejak enam tahun lalu akhirnya bernokhtah apabila kedua-dua mereka putus cinta. Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 32, berkata, keputusan tersebut diambil atas persetujuan bersama yang dilakukan pada akhir Ramadan lalu. "Saya dan Kamal sudah tidak lagi mempunyai sebarang hubungan istimewa. Keputusan ini sudah lama kami fikirkan, tetapi sekarang baru dapat dibuat. "Kalau boleh jangan tanya saya punca perpisahan kami ini, biarlah ia menjadi cerita peribadi kami. Saya anggap ini semua tiada jodoh untuk kami bersama," jelasnya ketika ditemui semasa sidang akhbar Anugerah Lawak Warna di Hotel Istana di sini, pada Isnin. Intan berkata, biarpun hubungan tersebut sudah berakhir, ia tidak menghalang untuk mereka berhubung sebagai rakan biasa.
Apakan daya... sudah tiada jodoh antara mereka.
Pelakon yang popular menerusi filem Adnan Sempit itu menjelaskan, dia tidak keberatan sekiranya digandingkan bersama-sama dalam lakonan dan akan bertindak secara profesional. "Kalau diikutkan saya kini berasa lega setelah berterus terang mengenai hubungan kami. Selepas ini saya akan lebih fokus kepada kerjaya dalam bidang lakonan," ujarnya. Sementara itu, Kamal, 28, yang dihubungi mStar Online terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Intan itu. Malah aktor itu enggan memberi komen mengenai perkara tersebut dan meminta semua pihak supaya memberi ruang kepada mereka berdua. "Saya tak mahu komen panjang. Biarkan keadaan sejuk dahulu. "Dan berikan saya dan Intan ruang dan masa sebelum saya mengeluarkan sebarang kenyataan. Harap anda faham,” pintanya.- mstar

Waris Jenazah mangsa tragedi MH17 kelihatan keluar dari Rumah Mayat Monuta Ineeme, S-Gravanhage. Jenazah yang tiba dari Hilversum kini menunggu urusan persiapan dokumentasi untuk kumpulan ketiga yang akan dibawa pulang ke tanah air sebaik urusan berkenaan selesai. Foto:BERNAMA
THE HAGUE: Sekurang-kurangnya enam lagi jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dijangka dibawa keluar dari Pusat Perubatan Tentera di Hilversum, dalam tempoh 48 jam bermula Isnin, untuk pengurusan jenazah dan penghantaran pulang. Menurut sumber, enam jenazah itu telah dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia selepas menjalani Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti identifikasi dana utopsi baru-baru ini. "Kebiasaannya, rumah mayat yang telah dilantik akan dipanggil pihak berkuasa Pusat Perubatan Tentera bagi membawa keluar mana-mana jenazah untuk urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing," katanya kepada Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Isnin. Beliau berkata pihaknya berharap kesemua enam jenazah itu dapat diuruskan dan dibawa balik ke tanah air dalam minggu ini. SOP menetapkan sebaik sahaja jenazah dikenal pasti sebagai milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum, jenazah berkenaan kemudian perlu melalui lima proses penting. Ia melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar. Selepas selesai proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage di sini, kira-kira 90 kilometer dari Hilversum untuk menjalani urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing. Dalam pada itu, tinjauan Bernama di rumah mayat itu mendapati ada anggota keluarga satu daripada jenazah itu yang hadir untuk berbincang mengenai upacara pengurusan jenazah. Keluarga itu yang hadir dengan wakil MAS pada kira-kira 11 pagi kelihatan tenang dan bertanyakan beberapa soalan mengenai proses perjalanan upacara dengan pegawai rumah mayat itu sebelum beredar sejam kemudian. Kumpulan pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang ke tanah air dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas pada Jumaat lepas disusuli kumpulan kedua dengan tiga jenazah pada Ahad. Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lepas. - mstar

Kuala Lumpur Diiktiraf Sebagai Bandar Raya Tenaga Dunia
KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur diiktiraf sebagai Bandar Raya Tenaga Dunia oleh World Energy Cities Partnership (WECP).
Pengiktirafan itu diberikan kepada Kuala Lumpur oleh WECP pada Mesyuarat Agung Tahunannya di Stavanger Sabtu lepas.
WECP, yang dibentuk pada 1995, merupakan sebuah organisasi bukan keuntungan bagi bandar raya tenaga utama dunia yang diiktiraf seluruh dunia sebagai ibukota tenaga antarabangsa.
Presiden WECP dan Datuk Bandar Stavanger di Norway, Christine SagenHelgo berkata dalam satu kenyataan pada Isnin bahawa beliau melihat Kuala Lumpur sebagai bandar raya penting di Asia Pasifik yang menyumbang kepada ekonomi serantau dan dijangka memainkan peranan utama dalam pembangunan berterusan sektor tenaga.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib hadir di majlis itu bagi menerima pengiktirafan tersebut.
Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Malaysian Petroleum ResourcesCorporation (MPRC), Dr Shahreen Madros.
Ahmad Phesal berkata beliau berharap dapat mengukuhkan lagi sumbangan Kuala Lumpur kepada WECP.
"Ia adalah dengan tanggungjawab besar dan kebanggaan kita menerima perkongsian penting ini," katanya.
Sementara itu, Shahreen berkata perkongsian tersebut membuka peluang bagi pembangunan bersama dalam pelbagai bahagian strategik termasuk minyak dan gas kerana ia merupakan teraju utama ekonomi Malaysia.
"Sejajar dengan strategi kerajaan untuk mengekal, mengembang danmem pelbagaikan keupayaan tenaga kita, Kuala Lumpur sebagai bandar raya rakan kongsi boleh memanfaatkan rangkaian seluruh dunia sumber dan perkhidmatan sokongan industri WECP.
"Ini merupakan satu daripada asas binaan bagi Malaysia dalam meletakkan dirinya sebagai hab minyak dan gas serantau," katanya. - mstar
TOP
Republik Congo Dakwa Kesan Jangkitan Terbaru Ebola
Republik Congo melaporkan bahawa ada jangkitan Ebola terbaru di utara negaranya, mencetuskan kebimbangan virus maut itu telah pun tersebar jauh dari barat Afrika.
Menurut jurucakap kerajaan semalam, dua orang di bandar Gera diuji positif dijangkiti Ebola.
Kini, sebuah makmal dan stesen kuarantin sedang diwujudkan di bandar itu yang terletak kira-kira 1,207 km dari ibu negara Kinshasa.
Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kenyataannya berkata Congo mengesan jangkitan melalui ujian yang dilakukan mereka sendiri dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iitu kini sedang menjalankan ujiannya sendiri.
Ujian yang dilakukan di Congo menunjukkan jangkitan terbaru ini berbeza daripada virus yang telah meragut nyawa hampir 1,500 orang di barat Afrika di negara Gunea, Sierra Leone, Liberia dan Nigeria.
Pakar perubatan kini sudah pun mengatakan bahawa jangkitan yang tersebar di barat Afrika merupakan yang paling buruk dalam sejarah penyakit Ebola.
Kali pertama Ebola dikesan ialah pada tahun 1976 di Sudan dan Congo, namanya diambil dari nama sebatang sungai.
Congo sebelum ini memiliki sejarah enam penyebaran jangkitan di kawasan pantai negara itu, menurut WHO. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Mahu Sumbang RM5,000 Kepada Keluarga Mohd Ghafar
MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka akan menghulurkan sumbangan RM5,000 kepada keluarga Penyelia Penerbangan Kabin Malaysia Airlines (MAS) Mohd Ghafar Abu Bakar yang terkorban dalam tragedi penerbangan MH17 di Ukraine bulan lepas.
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata walaupun nilai sumbangan kecil, namun ia diharap dapat meringankan beban keluarga Allahyarham berkaitan urusan harian.
“Kerajaan negeri akan menziarah keluarga Allahyarham Mohd Ghafar dalam waktu terdekat ini bagi merakamkan rasa simpati kami kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini, pada Isnin.
Jenazah Mohd Ghafar, 54, yang tiba dari Amsterdam pagi semalam, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Ampang Satu, Taman Kosas pada petangnya.
Allahyarham meninggalkan isteri Normi Abdullah, 54, dan tiga anak, Sa’imah Baizura, 29; Ammar Syarif dan Afi Hazim, 15, yang juga anak kurang upaya (OKU).
Mohd Ghafar adalah antara 298 penumpang dan anak kapal MH17, yang ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine, ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lepas.
Sementara itu, Idris berkata masyarakat khususnya golongan muda perlu memahami erti sebenar kemerdekaan dan pengorbanan nenek moyang yang berusaha membebaskan Malaysia daripada penjajahan.
“Jika kita tidak menyambut kemerdekaan, kita khuatir pada masa depan, anak-anak tidak lagi menghayati erti sebenar kemerdekaan…kita akan hilang segalanya termasuk harga diri, maruah dan kebebasan sejati,” katanya.
Beliau berkata elemen penjajahan bentuk baru seperti ekonomi, sosial dan pemikiran perlu diberi perhatian agar semangat kemerdekaan terus kekal di hati setiap rakyat negara ini terutamanya golongan muda.
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 50,000 jalur gemilang diedarkan di seluruh negeri itu sepanjang sambutan bulan kemerdekaan. – BERNAMA
TOP
Isteri Kedua Bade Mengandung, Tak Mahu ‘Kongsi’ Anak?
SEBENTAR tadi kami kongsikan cerita mengenai perihal rumahtangga pasangan pengarah, Erma Fatima dan Bade Azmi yang dikatakan sedang bergolak.
Kali ini, kami mengesan satu lagi cerita panas menerusi ruangan komen di ‘page’ hiburan Rotikaya.
Khabarnya, isteri baru Bade yang dikenali sebagai Aida itu sudah pun mengandung.
Namun, apa yang kurang enaknya, dia dikatakan meletakkan ‘caption’ dalam Instagramnya yang menggambarkan dia tidak mahu ‘berkongsi’ anak itu dengan orang lain.
Justeru, ada yang menganggap ia ditujukan kepada Erma Fatima.
Bagaimanapun, sejauh mana kesahihahnya tidak dapat kami pastikan kerana akaun tersebut disetkan untuk tatapan pihak tertentu sahaja. Tapi kalau benar sekalipun, mungkin Erma tak kisah pun bab-bab ‘berkongsi’ ini kerana dia sudah punyai ramai anak yang boleh membahagiakannya walaupun bukan dari darah dagingnya sendiri… Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Nick Cannon Mahu Tinggalkan Mariah Kerana ‘Masalah Mental’?
KALAU sudah namanya perkahwinan artis Hollywood, amat jarang sekali ia dapat bertahan untuk tempoh yang lama, apatah lagi untuk selama-lamanya.
Penyanyi, Mariah Carey dan suaminya, Nick Cannon adalah antara pasangan yang bakal menambah senarai artis yang bercerai tidak lama lagi.
Jika sebelum ini, ia lebih kepada khabar angin dan disampaikan oleh sumber terdekat, kali ini perkara tersebut disahkan sendiri oleh Cannon.
Dia sendiri mengakui mereka sudah tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu.
Media pernah melaporkan pergolakan itu berpunca akibat kecurangan Cannon.
Bagaimanapun, menerusi blog Perez Hilton, dia dikatakan mahu meninggalkan Mariah kerana ‘masalah mental’ penyanyi itu.
Cannon dikatakan bimbang keselamatan anak-anaknya dan mahu membawa mereka keluar daripada ‘kekecohan’ yang berlaku di rumah.
Hai, kalau dah tak suka, macam-macam alasan yang keluar kan…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Tak Mahu Tangan Kotor Ketika Makan Makanan Bergoreng?
Berdasarkan gambar mungkin anda merasakan ia merupakan satu ciptaan yang pelik dan aneh tetapi ianya sangat praktikal.
Dipanggil Finger Nap, sarung tangan sanitari plastik untuk jari anda.
Finger Nap digunakan untuk membantu anda makan makanan ringan seperti burger, donut, pizza dan apa-apa jenis makanan berminyak supaya jari anda bebas daripada kotoran.
Bagi individu “clumsy” atau makan bersepah sehingga secara tidak sengaja boleh jatuh ke siku, ini adalah satu konsep yang cukup sempurna.
Sarung jejari ini diperbuat daripada plastik biodegradable, iaitu bahan yang tidak mencemarkan alam semula jadi dan merupakan produk yang sangat mesra alam.
Adakah anda rasa kita perlukan Finger Nap di Malaysia?
Sumber: huffingtonpost.com

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Mendiang Rajagopalu
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga bekas Pengerusi MIC Negeri Sembilan Datuk T. Rajagopalu yang meninggal dunia hari ini.
Rajagopalu, 63, meninggal dunia di Hospital Mawar, Seremban pada pukul 3.27 pagi akibat serangan jantung.
“Takziah kepada keluarga mendiang Datuk T Rajagopalu. Jasa dan bakti beliau tidak akan dilupakan,” kata Najib dalam catatan di laman Twitter beliau. Mendiang juga adalah bekas Setiausaha Agung MIC Kebangsaan, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram Padang dan Port Dickson serta bekas anggota Exco kerajaan Negeri Sembilan dan peguam. – BERNAMA

Beribu Pekerja MAS Bakal Diberhentikan, CEO Ditukar?
Malaysian Airline System Bhd sedang mempertimbangkannya langkah pengurangan kerja, semakan semula arahan pesawat dan menggantikan ketua pegawai eksekutifnya selepas kesan negatif dua tragedi melibatkan pesawatnya tahun ini.
Bloomberg, memetik pihak yang mengetahui rancangan itu, melaporkan, syarikat induknya Khazanah Nasional Bhd akan membincangkan cadangan itu esok.
Ini, menurut laporan itu lagi, termasuk menamatkan beberapa laluan penerbangan, kata sumber yang enggan identitinya diketahui kerana perbincangan itu berlangsung secara tertutup.
Syarikat penerbangan itu mungkin terpaksa menggugurkan 3,000 hingga 4,000 pekerja, menurut sumber yang lain.
Semakan Bloomberg mendapati ia mempunyai seramai 19,577 pekerja setakat penghujung tahun lalu.
TOP
Rashid Yakin Wei Feng Temui Kembali Rentak Permainan
COPENHAGEN – Ketua jurulatih perseorangan badminton negara, Rashid Sidek yakin Chong Wei Feng bakal menemui semula rentak permainannya pada Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 yang bermula di Ballerup Super Arena, di sini, hari ini.
Beliau berkata pemain perseorangan lelaki kedua negara itu sudah menyedari kesilapan dilakukannya ketika tewas mengejut kepada wakil India, R.M.V Gurusaidutt pada saingan suku akhir temasya Sukan Komanwel 2014 di Scotland, baru-baru ini.
“Saya harapkan beliau dapat berikan persembahan terbaik…buat masa ini, saya berpuas hati dengan keadaan (prestasi) semasa beliau…beliau banyak berlatih bersama (jaguh perseorangan lelaki negara) Datuk Lee Chong Wei yang turut memberikan galakan dan motivasi.
“Nampaknya keyakinan Wei Feng semakin bertambah menjelang kejohanan kali ini,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Rashid menegaskan walaupun banyak pihak yang meletakkan sasaran kepada Chong Wei untuk muncul juara, beliau yakin Wei Feng mempunyai keazaman yang sama untuk mempamerkan persembahan terbaik pada edisi ke-21 kejohanan.
Wei Feng bakal turun pada aksi pusingan pertama berdepan pemain England, Rajiv Ouseph pada Selasa.
Dalam pada itu, Rashid menjelaskan beliau sudah melupakan segala pergeseran yang berlaku sebelum ini antara beliau dan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berikutan persembahan hambar perseorangan ketiga negara, Liew Daren pada Sukan Komanwel.
Beliau sebaliknya fokus dalam membantu skuad badminton negara meraih kejayaan walaupun sedar ia bukanlah satu tugas yang mudah.
“Niat saya adalah bantu pasukan raih kemenangan pada kejohanan ini dan saya akan cuba sebaik mungkin beri motivasi dan galakan bagaimana mahu hadapi lawan masing-masing,” kata Rashid. – BERNAMA
TOP
PSM `Belasah’ PKR Isu MB Selangor!
KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggangap cara pakatan pembangkang menangani krisis jawatan Menteri Besar Selangor sebagai mendukacitakan dan memalukan.
Pengerusinya, Dr. Nasir Hashim berkata, PSM turut berpendapat cara Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengaturkan “Kajang Move” dan memilih bakal Menteri Besar Selangor tanpa terlebih dahulu berbincang dengan parti lain dalam pakatan pembangkang punca kepada konflik itu.
“Sepatutnya tiga parti yang membentuk kerajaan di Selangor ini bermesyuarat terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan terbuka bersifat tikam menikam dan menjadikan proses membuat keputusan begitu sukar sekali.
“PSM juga berpendapat cara PKR mengaturkan “Kajang Move” dan memilih bakal Menteri Besar tanpa terlebih dahulu berbincang dengan rakan-rakan dalam pakatan turut menyumbangkan kepada kemelut krisis Menteri Besar Selangor,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Nasir turut menegaskan, PSM berpendapat Langkah Kajang yang dihebohkan oleh PKR sebagai satu langkah menghindar rampasan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) tidak masuk akal dan jelas cuma usaha menyelesaikan pergelutan kuasa dalam PKR.
Malah, katanya, kepimpinan pakatan pembangkang harus bertanggungjawab atas segala dakwaan yang dikemukakan ke atas Menteri Besar Selangor kerana mereka yang memilih Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memegang jawatan itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.
Tambahnya, exco juga harus bertanggungjawab atas segala keputusan yang telah diambil bersama (Abdul Khalid) dan tidak boleh sewenang-wenangnya mencuci tangan.
“Mereka seharusnya lebih bertanggungjawab dan bukan sekadar melepaskan diri bercerita mengikut selera dan kehendak waktu,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, PSM tetap mahu sebarang tuduhan ke atas Abdul Khalid dilakukan secara profesional dan tindakan diambil melalui proses perundangan, bukan melalui kerenah politik.
“Sememangnya tidak profesional tindakan menyebarkan tuduhan rasuah terhadap Menteri Besar secara terbuka dan baru selepas itu memberikan surat tunjuk sebab.
“Ini mengambarkan suatu proses yang tidak baik kepada cara pemerintahan pakatan yang hendak ke Putrajaya dan menjadi alternative kepada BN,” katanya. – mynewshub.my
TOP
Jangan Sebarangan Nak Pakai ‘Cincin Zakar’, Boleh ROSAK Terus!
SEMALAM kita dikejutkan dengan berita bagaimana pihak bomba terpaksa memotong cincin yang melekat di alat sulit seorang mangsa di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu jam 7.25 pagi tadi.
Sebenarnya ada banyak peralatan berbentuk gelang dan cincin untuk ditambat kepada zakar yang kononnya dapat memberi tenaga, kekuatan dan kesihatan zakar.
Semua peralatan itu dijual dengan harga mahal. Ada juga peralatan sama yang dikatakan mengandungi azimat atau jampi serapah, kononnya membuatkan zakar ‘gagah’.
Di samping itu kita terdengar mengenai musibah yang berlaku kepada beberapa orang yang menggunakan cincin besi untuk menambat pangkal zakar dengan tujuan membesarkan zakar.
Persoalannya, benarkah cincin dan gelang untuk zakar benar-benar memberi manfaat seperti digembar-gemburkan itu?
Mereka yang menjadi ejen alat berkenaan sudah tentu memberi pelbagai testimoni dan ada juga yang menunjukkan gambar ‘zakar mereka’ yang pulih dan baik akibat penggunaan cincin berkenaan.
Menurut Pakar Sakit Tuan, Dr. Ismail Tamby, itu sebenarnya hanya tipu helah dan taktik untuk mencari wang ringgit dengan senang.
Mereka sanggup menjual maruah dan memberi derita kepada yang orang membeli alat itu.
Individu yang terdesak akan membeli tanpa usul periksa dan kemudian mengalami masalah.
Untuk makluman pembaca, cincin dan gelang yang keras apabila ditambat kepada pangkal zakar ketika zakar separa tegang akan menahan darah.
Jika kebetulan zakar membesar dan cincin atau gelang itu tertambat serta sukar ditanggalkan, ia memberi masalah kepada perjalanan darah ke dalam zakar.
Apabila perjalanan darah tersekat, tisu dalaman akan mati dan zakar akan rosak selama-lamanya.
Jika cincin yang elastik dan yang mudah mengembang digunakan, cincin itu mengembang serta tidak memberi tekanan jika tiada benda keras dalamnya.
Maka cincin itu boleh digunakan jika mahu kekalkan ereksi untuk jangka masa lama atau memantapkan ereksi yang kurang tegang kepada lebih tegang.
Namun cincin dan gelang itu perlu diuji dan bukan sekadar dibuat dan dijual.
Jika penambat cincin itu ketara, ia boleh menekan tisu zakar dan mengakibatkan keradangan serta kemunculan parutan jika digunakan untuk jangkamasa lama atau digunakan kerap.
TOP
GAMBAR : Gaya…. Kanak-Kanak Indonesia Merokok
Di Indonesia, 30 peratus kanak-kanak dikatakan mengaku telah mula menghisap rokok sebelum usia mereka mencapai 10 tahun. Di negara itu juga, dikatakan rakyatnya lebih daripada separuh menghisap rokok.
Majoriti pula daripada kumpulan yang menghisap rokok di Indonesia pula memilih untuk menghisap rokok kretek iaitu rokok yang dihasilkan secara sembunyi dan di seludup untuk dijual. Statistik kematian di Indonesia pula merekodkan lebih 300,000 orang meninggal dunia kerana penyakit dan komplikasi berkaitan rokok. Masalahnya ialah, kerajaan Republik Indonesia tidak mengenakan sebarang sekatan penjualannya kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Di laman web seorang jurugambar Michellesiu, dikongsikan rangkaian foto yang dirakamkannya yang menggambarkan dengan jelas betapa teruknya masalah perokok dalam kalangan kanak-kanak bawah umur di negara itu. Ada yang dilihat merokok dengan memakai baju sekolah dan gaya mereka tidak ubah seperti orang dewasa.
Di peringkat global, Indonesia menduduki tangga ke-4 bagi negara dengan statistik jualan rokok tertinggi dengan 168 bilion rokok dihisap. Michelle menamakan rangkaian gambar-gambar itu dengan nama Malboro Boys yang memang unik dan menyedihkan. Di Malaysia, kerajaan mengenakan cukai yang tinggi kepada rokok dan juga mengharamkan penjualan bahan berbahaya berkenaan kepada kanak-kanak. – MYNEWSHUB.MY

Tandas Tersumbat.. Lepas Tu, Jumpa Tengkorak
Masalah tandas tersumbat yang dialami satu keluarga di Kelantan rupa-rupanya membawa kepada penemuan satu tengkorak dan serpihan tulang manusia di rumah mereka.
Kesemua objek itu ditemui di dalam sebuah tangki kumbahan sedalam lapan meter di rumah mereka Pintu Geng, Kota Bharu, hari ini.
Kejadian yang berlaku pada pukul 9.30 pagi itu disedari selepas kerja menyedut sisa kumbahan yang dilakukan sebuah syarikat selesai, memetik laporan Harian Metro. “Saya memanggil mereka menyedut sisa kumbahan itu selepas tandas di rumah tersumbat sejak beberapa hari lalu. “Tidak lama kemudian, pekerja syarikat yang menjalankan kerja menyedut sisa kumbahan itu memaklumkan menemui tengkorak dan tulang manusia di dalam tangki sebelum saya terus menghubungi polis untuk siasatan lanjut,” katanya. – MYNEWSHUB.MY

Rita Rudaini Failkan Tuntutan Mutaah RM300,000 Terhadap Aidil
JIKA sebelum ini Rita Rudaini memfailkan tuntutan nafkah tertunggak lebih RM100,000 terhadap bekas suaminya, AidIl Zafuan, kali ini dia memfailkan pula tuntutan mutaah sebanyak RM400,000.
Tuntutan itu dibacakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini, memetik laporan Harian Metro.
Untuk makluman, mutaah ialah pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut berdasarkan syarak.
Pasangan yang bercerai pada 5 September tahun lalu itu telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.
Aidil bagaimanapun sudah mendirikan rumahtangga buat kali kedua pada Mac tahun ini dan isterinya, Zarema Zainal kini sedang mengandung.
Sebutan semula akan diadakan pada 11 September nanti.
Biarpun belum ada keputusan daripada pihak mahkamah, jumlah tuntutan itu mungkin cukup besar buat Aidil.
Apapun, kita tunggu saja kenyataan daripada kedua-dua pihak itu nanti.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
VIDEO: Memori ‘Chow Kit Road’ Akan Diteruskan 29-31 Ogos Ini
PUTRAJAYA – Konsert Chow Kit Road 2.0 yang dijadual diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 29 hingga 31 Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 akan dikenali sebagai Memori Chow Kit Road.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ini kerana perkataan ‘konsert’ akan memberikan konotasi berbeza dan dikhuatiri akan mengganggu sensitiviti masyarakat dalam keadaan rakyat masih berkabung walaupun tempoh berkabung secara rasmi telahpun berakhir.
“Lagu-lagu semuanya sudah kita tapis balik. Lagunya bersifat balada, perlahan, patriotik dan ada juga lagu-lagu bersifat keagamaan…kita akan pantau sebab kita mahu ia menjadi acara berterusan pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kod QR ‘Buku Kuiz Mega: Penguasaan Lengkap Fakta-Fakta Kenegaraan’ sempena Program Kem Kepimpinan Nusantara 2014 di sini hari ini.
Sebelum ini, terdapat pihak yang meminta konsert itu dihentikan kerana negara masih bersedih dengan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai dan kehilangan MH370 sejak 8 Mac lepas.
Ahmad Shabery berkata acara itu sememangnya ada dalam perancangan asal semasa memilih tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini iaitu “Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” yang dipilih daripada salah sebuah lagu Allahyarham Sudirman Arshad.
Beliau berkata nama Memori Chow Kit Road dipilih bagi mengenang kembali konsert yang diadakan oleh penyanyi tersohor itu di Chow Kit Road secara percuma, yang secara tidak langsung menyatukan rakyat bawahan.
“Sudirman adalah seorang penyanyi yang memberi impak kepada rakyat Malaysia.
Beliau bukan saja menyanyikan lagu-lagu bersifat pop dan hiburan tetapi juga menaikkan semangat melalui lagu-lagu patriotik seperti Tanggal 31 Ogos dan Warisan,” katanya.
Sementara itu, ditanya tentang tempoh bertafakur sebagai tanda penghormatan terhadap mangsa tragedi MH17, Ahmad Shabery berkata selain Hari Perkabungan Negara Jumaat lalu, arahan itu hanya terpakai di Kompleks Bunga Raya LapanganTerbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) iaitu tempat jenazah diterima.
“Kita tidak lagi menyuruh seluruh negara bertafakur setiap kali jenazah dibawa pulang. Itu hanya simbolik. Kita bersimpati sepanjang masa,” katanya.
Berhubung buku terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu, Ahmad Shabery berkata ia merupakan satu daripada inisiatif bagi mengingatkan kembali rakyat di negara ini berhubung fakta-fakta penting mengenai negara ini.
Buku itu akan diedarkan ke seluruh negara, malah boleh diperoleh dengan mengimbas kod QR di laman web Jasa iaitu www.jasa.gov.my, katanya. – BERNAMA
Buku itu akan diedarkan ke seluruh negara, malah boleh diperoleh dengan mengimbas kod QR di laman web Jasa iaitu www.jasa.gov.my, katanya. – BERNAMA
TOP
AMETIS Projek Perumahan Berkonsepkan Mesra Alam
SHAH ALAM – Projek perumahan AMETIS yang terletak di Subang Bestari menerapkan konsep perumahan mewah berkonsepkan mesra alam terbaharu.
Konsep perumahan Semi-D mewah itu merupakan salah satu daripada inisiatif syarikat Worlwide Holdings tersebut dalam usaha mengekalkan konsep mesra alam dan kehijauan dalam projek pembangunan hartanah yang dijalankan.
Menurut Pengurus Jualan dan Pemasarannya, Rozeeda Abdul Rahman, AMETIS menawarkan sistem ‘rainwater harvesting’ yang mana air tadahan hujan terssebut boleh digunakan semula untuk tujuan berkebun serta menyiram tanaman yang terdapat di halaman rumah.
Selain itu, ‘solar heater’ turut disediakan di kebanyakan bilik dalam kediaman tersebut yang mana sekali gus dapat mengurangkan penggunaan tenaga secara berlebihan.
Pelbagai kemudahan fasiliti yang terdapat di sekitarnya juga menjadikan AMETIS antara projek perumahan yang mendapat perhatian penduduk di sekitar Lembah Klang.
“Antara kemudahan yang ada di sini ialah sekolah, surau, pengangkutan awam yang senang didapati, sekolah swasta, taman rekreasi serta akses lebuhraya yang mudah,” katanya ketika ditemui MYNEWSHUB.MY di pejabat WHB, Seksyen 7, di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, AMETIS menawarkan 20 unit kediaman Semi-D yang mana ia sudah 40 peratus dijual dan pihak mereka mensasarkan semua unit habis dijual menjelang hujung tahun ini.
Harga yang ditawarkan bagi setiap unit AMETIS adalah dari RM1.7 juta hingga RM2.3 juta.
“AMETIS turut menawarkan tahap keselamatan tinggi, di mana kawasan ini akan dijaga sepenuhnya oleh pos pengawal yang berjaga sepanjang masa selain sistem penggera yang dipasang di situ,” katanya lagi.
Sementara itu, WHB akan melancarkan beberapa projek pembangunan hartanah perindustrian di sekitar Shah Alam dan Kapar, Selangor yang mana nilai pelaburan pembangunan dianggarkan mencecah RM3.26 bilion bagi tempoh lima tahun akan datang. – MYNEWSHUB.MY
Oleh: JULIANA JOHAR
Foto/Video: RIZA RAZAK

Sturridge-Balotteli Sama Penting Lonjak Liverpool – Rodgers
LIVERPOOL – Brendan Rodgers melabelkan Mario Balotelli dan Daniel Sturridge mampu menjelmakan diri masing-masing sebagai ‘gandingan pemusnah’ musim ini.
Pengurus Liverpool tidak menyembunyikan hasratnya untuk melihat dua pemain ini mengulangi ledakan padu seperti mana ditonjolkan Luis Suarez dan Sturridge, musim lalu.
Kehadiran Balotelli harus mencipta satu ancaman baru dengan perpindahannya dari AC Milan bernilai STG16 juta (RM80 juta) yang dijangka diketahui dalam tempoh 24 jam lagi.
“Saya sudah berkata secara berulang kali Daniel adalah satu bakat besar. Tapi kami memerlukan lebih daripada satu bakat di kelab. Dia pemain penting untuk kami dan hakikat itu akan kekal,” kata Rodgers.
“Jika anda pemain ternama dan anda melihat kepada kehadiran seorang lagi pemain ternama, anda akan tertanya pada diri “dia dapat bantu kami.”
“Ingat, kita juga akan melalui tempoh kecederaan pada bila-bila masa dan Daniel pernah tercedera beberapa minggu sebelum ini. Jadi saya harus pastikan saya ada pemain gantian jika kedua-dua pemain ini tidak dapat beraksi pada masa yang sama.”
Rodgers terus memberi jaminan kuat kepada Sturridge dia tetap aset pasukan sejak bicara mengenai perpindahan Balotelli menjadi hangat sejak hampir seminggu lalu.
Dia menambah Liverpool menghargai sumbangan penyerang England itu membantu pasukan layak ke Liga juara-Juara dan percaya Sturridge-Balotelli boleh membuka episod baru kepada kelab untuk cuba menawan semula Eropah. – Mail Online
TOP
Polis Tumpas 3 Geng Samun, Curi Kereta
SEPANG – Polis Sepang menumpaskan tiga geng samun dan curi kenderaan serta menahan 18 suspek termasuk dua wanita sepanjang Ogos ini, kata Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Mohd Yusof Awang.
Beliau berkata ketiga-tiga geng itu bukan hanya melakukan kegiatan jenayah di daerah Sepang malah di kawasan berhampiran seperti Putrajaya, Kuala Langat, Kuala Lumpur, Klang serta Port Dickson, Negeri Sembilan.
Geng pertama dikenali sebagai ‘Boy Hotel’ terdiri daripada empat lelaki berumur antara 25 hingga 41 diberkas di sebuah hotel bajet di Dengkil pada 8 Ogos lepas kira-kira pukul 11 pagi, katanya.
“Mereka digelarkan ‘Boy Hotel’ kerana mereka akan menyewa di sesebuah hotel bajet untuk satu masa jika hendak melakukan samun atau pecah rumah di kawasan itu,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau berkata semasa serbuan kesemua suspek sedang berehat dan polis merampas beberapa barang yang digunakan untuk menyamun dan memecah rumah serta beberapa barangan hasil samun.
Katanya dengan tertangkapnya semua suspek yang turut positif dadah itu, beliau percaya polis telah menyelesaikan enam kes di Sepang, dua di Nilai dan satu kes masing-masing di Kuala Langat dan Putrajaya.
Tangkapan kedua ke atas Geng ‘Palani’ diambil sempena nama bengkel yang menjadi tempat kereta curi ditukar nombor casis enjin di Dengkil, polis menahan tujuk suspek termasuk seorang wanita berumur antara 28 sehingga 40 tahun dalam dua serbuan berasingan di Dengkil.
“Pada 15 Ogos kira-kira 11.30 malam polis menahan dua suspek termasuk seorang wanita di sebuah restoran di Dengkil dan menemui serangkai kunci kereta dan sebuah kereta Perodua Viva.
Serbuan kedua empat hari selepasnya kira-kira pukul 4 petang, lima lelaki ditahan di bengkel tersebut dan polis merampas tiga buah kereta iaitu dua buah Proton Waja di mana sebuah darinya dilaporkan hilang di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan sebuah Perodua Myvi,” katanya.
Mengenai kes ketiga, beliau berkata tujuh suspek termasuk seorang wanita berumur antara 24 hingga 30 tahun dari geng ‘Lembu Pachitan’ di tahan pada tiga serbuan berasingan pada 12, 14 serta 18 Ogos masing-masing di Sungai Nipah Port Dickson, Kampung Pachitan Port Dickson dan di Klang.
Mohd Yusof berkata mereka melakukan kegiatan mencuri kenderaan dan polis turut merampas lima buah kereta iaitu Proton Satria, Naza Citra, Proton Wira serta dua buah Proton Waja dipercayai dicuri. – BERNAMA
TOP
MH17: 24 Jenazah Sudah Dibawa Pulang Ke Tanah Air
PUTRAJAYA – Dua puluh empat mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah dibawa pulang ke Malaysia sehingga semalam dengan dua daripadanya tidak didedahkan identiti atas permintaan keluarga.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata 20 jenazah tiba di Malaysia pada 22 Ogos, satu jenazah pada Sabtu (23 Ogos) dan tiga semalam.
Pada Jumaat, kumpulan pertama 20 jenazah membabitkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas dan diberi penghormatan mengikut adat istiadat tentera di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang.
Semalam, jenazah penyelia penerbangan kabin MAS, Mohd Ghafar Abu Bakar dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah, Ng Shi Ing turut diberi penghormatan dalam istiadat serupa.
Bercakap dalam sidang media selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini, Rohani berkata kerajaan perlu menghormati permintaan mana-mana waris yang mahu identiti mangsa dan kepulangan jenazah dirahsiakan.
“Syukur kerana urusan istiadat penghormatan dan pengebumian jenazah berjalan lancar dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak khususnya anggota keluarga,” katanya.
Rohani berkata kebanyakan kaum keluarga menerima nasihat supaya keranda mangsa tidak dibuka.
“Emosi keluarga juga semakin baik. Kaunseling juga masih diberikan kepada yang memerlukan termasuk kepada waris mangsa yang telah dikebumikan,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya pada perhimpunan itu, Rohani berkata sebagai kementerian yang bertanggungjawab menguruskan anggota keluarga, mereka perlu bijak mengendalikan keadaan.
“Tugas untuk bertanya satu persatu waris, bagaimana jenazah hendak diuruskan, di mana hendak dikebumikan, nak terlibat istiadat atau tidak. Pelbagai persoalan bertalu-talu yang kita tidak dapat jawab, tapi kita bersungguh-sungguh membantu,” katanya.
Mengakui dirinya seorang yang mudah mengalirkan air mata, apa lagi apabila perlu berdepan dengan anggota keluarga mangsa, beliau tetap komited meneruskan tugas supaya proses menyampaikan berita itu dapat dijalankan dengan baik.
Rohani berkata sijil kematian kru dan penumpang bagi jenazah yang dibawa pulang ke Malaysia, telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara.
Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai. Ia ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Sebanyak 43 rakyat Malaysia terbunuh dalam insiden itu. – BERNAMA
TOP
Erma Fatima – ‘Saya Akan Cuba Bertahan Selagi Terdaya’
Semenjak berita pernikahan kedua suaminya, Bade Hj, Azmi dengan wanita bernama Aida Abdul menjadi perhatian ramai beberapa bulan lalu, nampaknya ada sahaja khabar angin tentang status rumahtangga Erma Fatima yang timbul. Semua orang nampak lebih tahu.
Hari ini menerusi laporan Berita Harian, Erma Fatima menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya kini sudah berpisah dengan suaminya selepas dikatakan sudah nekad memfailkan perceraiannya di mahkamah baru baru ini.
“Saya masih isteri kepadanya. Kehidupan saya seperti biasa. Seperti saya tekankan sebelum ini, kehidupan Bade dan wanita itu tak ada kena mengena dengan saya. Jadi tiada isu yang perlu dibangkitkan lagi,“ ujar Erma Fatima ketika disoal tentang isu ini.
Namun, Erma Fatima turut berkata yang beliau menyerahkan hubungan yang ada kini kepada ketentuan Tuhan dan akan cuba untuk bertahan selama mungkin.
“Saat ini hanya Tuhan saja yang menentukan segala-galanya. Saya akan cuba bertahan selagi terdaya. Tapi andai Tuhan sudah tentukan kami tidak bersama, bermakna Bade bukan untuk saya,“ tambahnya lagi. - RotiKaya
TOP
”Apa Akan Jadi Jika PKR Tadbir Malaysia?” – Dr. Asri
Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membangkitkan persoalan situasi yang akan berlaku sekiranya PKR yang kini sedang berhadapan krisis menteri besar Selangor mentadbir Malaysia.
Melalui laman sosial Facebook DrMAZA.com miliknya, Asri yang kini berada di London berkata, pertanyaan berkenaan adalah persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat biasa.
“Saya di London sudah hampir tiga minggu. Saya hanya ikuti perkembangan politik dari Internet.
“Maaf, saya hanya tertanya diri saya: jika PKR yang seperti dalam keadaan sekarang menguasai negara apa akan terjadi?”, kata Asri, di laman media sosial itu awal pagi tadi.
Beliau kemudiannya berkata, pengikut PKR tidak seharusnya marah dengan pertanyaan beliau, memandangkan ia adalah hak demokrasi setiap rakyat di negara ini.
“Maaf ahli-ahli PKR ini soalan yang melintas dalam fikiran seorang rakyat marhaen.
“Jangan marah. Kita negara demokrasi, hak rakyat untuk berfikir dan bertanya,” katanya.
Status Facebook berkenaan setakat ini menerima 9,473 ‘Likes’ dengan lebih 1,100 komen dan 425 perkongsian.
Selangor kini berhadapan krisis untuk menukar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana dikatakan sering membelakangkan parti dalam membuat keputusan.
PKR memutuskan untuk menggantikan beliau dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Wan Azizah dikatakan menerima sokongan majoriti 30 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PKR dan DAP, dengan dua lagi Adun PAS yang menandatangani Akuan Bersumpah (SD).
Khalid yang kini merupakan menteri besar dari blok Bebas mentadbir Selangor bersama empat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS.
Beliau dijangka bertemu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar selepas PAS menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah untuk menjadi menteri besar.
Parti Islam itu sebelum ini menamakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali selain Dr Wan Azizah, untuk menjadi menteri besar, namun Azmin menolak pencalonan tersebut. – The Malaysian Insider.
TOP
Wanita Vietnam Didenda RM2,000 Kerana Mencuri
KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda RM2,000 ke atas seorang wanita warga Vietnam yang hari ini mengaku bersalah mencuri dompet mengandungi wang RM1,500, minggu lepas.
Lanh Thi Dua, 46 didakwa melakukakan kesalahan itu dengan cara menyeluk saku beg milik Low Choy Ping, 43 di pasar pagi di OUG, Jalan Hujan Rahmat, Brickfields pada pukul 9.15 pagi, 17 Ogos lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya dan jika merupakan kesalahan kedua tertuduh, dia boleh dikenakan hukuman sebat.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara selama empat bulan jika gagal membayar denda itu dan tertuduh membayar denda berkenaan.
Peguam Vincent Chew Zixian yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan tertuduh telah insaf atas perbuatannya.
Di mahkamah sama, seorang tukang cuci warga Bangladesh turut didenda RM2,000 selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menceroboh masuk rumah rakan sekerjanya.
Jubayer Ahmad Jone, 25 dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman Azam Mohd Bakar beralamat Block D, Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai Sungai Besi, Cheras pada 12.10 tengah malam, 13 Ogos lepas.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga lima ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.
Erry Shahriman turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara selama empat bulan jika gagal membayar denda itu dan Jubayer membayar denda berkenaan.
Peguam Ahmad Ridza Mohd Noh yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan atas alasan tertuduh tidak berniat untuk mencuri atau mencederakan penghuni rumah itu.
Mengikut fakta kes, Azam yang ketika itu tiada di rumah, telah menerima panggilan telefon dari anaknya yang menyatakan ternampak seorang lelaki seperti menunggu di depan rumah mereka.
Azam yang berasa tidak sedap hati, terus pulang ke rumah dan mendapati tertuduh yang tidak berbaju sedang cuba mengumpil pintu bilik isterinya yang dikunci dari dalam. – BERNAMA
TOP
Eina Azman Bakal Akhiri Zaman Bujang Ahad Ini
KUALA LUMPUR: Eina Azman, 19, yang pernah dilanda kontroversi cinta tidak kesampaian dengan seorang pelakon, bakal melangsungkan pernikahan pada malam 31 Ogos ini di Hotel Grand Hyatt, di sini.
Eina memilih jejaka berketurunan Sikh berusia 35 tahun yang dicintainya sejak setahun lalu.
Menurut Eina, bakal suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden atau lebih mesra dengan nama Datuk Gmix, sudah berminat mendalami agama Islam sebelum mengenalinya lagi.
Bahkan ramai kawannya terdiri daripada kalangan orang Melayu.
"Ibu Eina pun banyak menolongnya untuk terus mendalami agama Islam. Dia sudah pandai baca Al-Fatihah dan surah lain. Sebelum ini pun, agama tidak pernah menjadi penghalang hubungan kami apatah lagi dia memang benar-benar mahu mendekati agama Islam.
"Apa yang lebih penting dalam hubungan kami ialah restu dari keluarga masing-masing. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan termasuklah urusan kahwin ini," kata Eina yang ditemui BH Online ketika berkunjung ke Balai Berita hari ini bagi menyerahkan kad kahwinnya.
Menurut Eina, biarpun berbeza usia 16 tahun, beliau tidak melihat itu sebagai satu masalah besar dalam pertalian mereka.
Baginya semua berbalik kepada soal jodoh dan katanya, mereka tidak mahu bercinta lama-lama.
"Eina berharap dengan berkahwin ini segala kontroversi yang pernah terpalit dalam kerjaya seni akan hilang. Eina nak bersih daripada segala kontroversi.
"Tapi itu tak bererti Eina akan berhenti berlakon. Bahkan bakal suami pun tak menghalang. Sekurang-kurang apabila sudah berumah tangga, ada orang yang boleh jaga Eina. Selepas kahwin pun Eina kena tahu batas.
"Harap perkahwinan ini akan melenyapkan segala fitnah," kata pemilik kepada nama sebenar Cik Ainur Syakina Azman itu.
Eina memberitahu, beliau juga sudah langkah bendul tiga kakaknya yang masih belum berkahwin.
"Eina anak bongsu daripada lima beradik. Lepas ini, Eina akan mengikut jejak abang sulung," katanya yang akan muncul dengan drama 13 episod, Selamat Pengantin Madu untuk slot Lestary TV3 mulai 3 September ini di samping pelakon Fasha Sandha, Aiman Hakim Redza, Dilla Ahmad, Marrisa Yasmin dan Falisha Crossley.
Pada majlis pernikahannya Ahad ini, Eina memilih tema Bollywood. Majlis persandingan akan diadakan hujung tahun ini. - BH Online
TOP
Video Dua Wanita Bertengkar Kerana Kemalangan
Kemalangan di jalan raya adalah sesuatu yang biasa berlaku. Kalau kemalangan dengan jenis yang rilek dan mudah 'nego' tak apa la. Tapi kalau kemalangan dengan jenis yang suka cari gaduh, memang panjang la ceritanya.
Di laman sosial, kini tersebar rakaman video dua orang wanita bertengar dek kerana kemalangan kecil. Kejadian berlaku di stesen minyak Shell di Bandar Tasik Selatan.
Secara ringkasnya, wanita yang menaiki Myvi ingin mengajak wanita yang terlibat untuk membuat laporan polis tentang kemalangan itu. Walau bagaimanpun, wanita tersebut enggan dan meminta ganti rugi.
Kerana enggan membayar, kereta Myvi kepunyaan wanita bertudung itu di tendang. Selain itu, empunya Myvi turut dimaki hamun.
Entah apalah sebabnya tak boleh setel slow-slow. - SiakapKeli.com
Entah apalah sebabnya tak boleh setel slow-slow. - SiakapKeli.com
TOP
Polis Sabah Tahan ‘Along’ Berumur 18 Tahun
KOTA KINABALU – Polis Sabah menahan seorang remaja lelaki yang disyaki terlibat dengan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen atau Along.
Ketua jabatan itu Supt Saiman Kasran berkata lelaki berusia 18 tahun dan berasal dari Johor Baharu itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu pejabat Polis Penampang pada Jumaat lepas.
“Turut dirampas daripada suspek sebuah kereta dan beberapa dokumen yang disyaki digunakan dalam kegiatan tersebut untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Saiman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang (APPW) 1951 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak lebih RM1,000,000 atau hukuman penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya dan sekiranya kesalahan berulang boleh dikenakan sebatan.
Beliau berkata polis menerima aduan daripada seorang kontraktor lelaki berusia 37 tahun yang mendakwa dirinya diganggu oleh ‘Along’ berhubung pinjaman wang yang dibuatnya sejak Mei lepas.
“Menurut aduan pada 19 Ogos lepas, pengadu mendakwa meskipun banyak hutang telah dijelaskan olehnya tetapi ‘Along’ tersebut masih lagi datang menagih
hutang daripadanya,” katanya.
Saiman berkata polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kegiatan Along supaya menyalurkannya kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di talian 088-454690 atau mana-mana balai polis.
Sementara itu, katanya polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan yang dikehendaki polis iaitu Amar Izzudin Abdul Majid, 25, yang beralamat di Blok A 18-06, Regalia Residence, Jalan Sultan Ismail, 50400, Kuala Lumpur.
Beliau berkata lelaki itu yang memperkenalkan diri sebagai ‘Ku Iskandar Ku Fais’ disiasat berhubung beberapa kes penipuan pelaburan emas daripada institusi kewangan di Kudat yang membawa pulangan wang lumayan.
Katanya, setakat ini, terdapat lima kes yang sama dilaporkan di Kudat dengan nilai kerugian sebanyak RM26,400 dam suspek dipercayai masih berada di Kota Kinabalu atau Kudat.
Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Haslina Hasan (H/P 0195507373 atau Balai Polis Kudat 088-612222 dengan segera, katanya. – BERNAMA
TOP
Wanita ‘Melepas’ Di Stesen MRT Bukan Warga Cina, Tapi Singapura
Baru-baru ini heboh tentang insiden seorang wanita yang membuang air besar di Stesen MRT Hooland Village di Singapura pada 13 Ogos lalu.
Ramai yang menuduh warga China yang bekerja di situ melakukan perkara jijik itu.
Tetapi, hal ini telah diungkapkan setelah polis mengesahkan wanita berkenaan bukan warga China tapi warga Singapura sendiri.
Wanita itu yang berumur 34 tahun melakukan perkara tersebut pada 1.40 petang tapi setiba pihak polis, dia sudah tiada.
Naib Presiden Komunikasi Korporat MRT berkata, pihaknya telah membersihkan kawasan tersebut setelah menerima aduan.
Katanya lagi " Dia mungkin mengalami masalah mental" - SiakapKeli.com

“Banyak Staf Nak Letak Jawatan, Tapi Peratusannya Masih Rendah”
SHAH ALAM – Kadar peletakan jawatan di Syarikat Penerbangan Pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang kurang daripada lima peratus adalah angka peratusan yang rendah.
Menurut sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, pihaknya mengakui telah menerima banyak permohonan peletakan jawatan dari kakitangannya selepas tragedi yang menimpa pesawat penerbangan MH17, namun setelah bantuan kaunseling diberikan kepada kakitangan berkenaan, bilangan permohonan peletakan jawatan yang diterima telah berkurangan.
“Berikutan kejadian MH17, terdapat permintaan mendadak dari anak-anak kapal pesawat MAS untuk meletak jawatan.
“Ramai kakitangan menjadikan tekanan dari keluarga sebagai alasan untuk meletak jawatan kerana MH17 dan MH370 tragedi, tetapi bilangan itu menurun kepada tahap yang boleh diterima dan rutin yang dijangkakan,” katanya.
Ditanya mengenai laporan sesetengah media luar dan tempatan yang mendakwa seramai 200 kakitangan MAS telah meletakkan jawatan susulan tragedi yang menimpa ke atas dua pesawat milik syarikat tersebut, pihak MAS berkata, angka tersebut merupakan angka tersebut direkodkan sejak awal tahun ini dan bukannya sejak insiden MH370 bermula.
"Jumlah peletakan jawatan anak kapal Malaysia Airlines adalah berjumlah sebanyak 186. Namun ia merupakan rekod dari Januari sehingga Julai 2014,” katanya lagi.
Detik hitam bagi syarikat penerbangan itu bermula sejak 8 Mac lalu apabila ditimpa insiden membabitkan kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang bersama anak kapal dari Kuala Lumpur menuju Beijing dilapor lenyap dari radar dan tidak dapat dikesan hingga ke hari ini.
Belum pun reda dengan kemelut yang melanda, syarikat tersebut sekali lagi terpaksa berhadapan dengan tragedi hitam membabitkan pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan krew penerbangan disahkan ditembak jatuh berhampiran sempadan Ukraine ketika menuju ke Kuala Lumpur dan mengorbankan kesemua nyawa di atas penerbangan tersebut.
Tegas pihak MAS, sebagai majikan, pihaknya bertanggungjawab dalam memberikan sokongan dari segi emosi kepada semua anak-anak kapal sejak tragedi MH370.
“MAS telah mengadakan solat khas sebagai sokongan rohani untuk kakitangan dalam menghadapi tempoh yang sukar ini.
“Minggu lalu, satu ceramah khas diberikan kepada 'Wacana Eksklusif - MH370 dan MH17 dari perspektif Islam untuk semua kakitangan Muslim bagi membantu mereka menghadapi situasi ini,” jelasnya.
TOP
Pegawai SB Nampak Mayat Rakannya Setelah ‘Mengintai’
Seorang pegawai Cawangan Khas Bukit Aman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini beliau ternampak mayat tiga anggota polis ketika mengintai dari tingkap untuk meninjau keadaan di luar selepas berlaku satu pertempuran di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna tahun lepas.
ASP Azra Nursaffree Ramli berkata ketika itu, beliau terperangkap di dalam sebuah rumah bernombor 25 di kampung air berkenaan bersama dua rakan setugas serta dua orang lain (seorang wanita tua dan anak perempuannya) selama hampir 15 jam sebelum mengambil keputusan untuk memeriksa sama ada keadaan di luar kembali tenang.
Pada 3 Mac tahun lepas, katanya beliau mengintai dari tingkap bertentang dengan rumah bernombor 27 di mana beliau nampak kilauan cahaya, dipercayai daripada tembakan berulang kali yang dilepaskan mulai kira-kira 7.30 malam sebelumnya, dan ternampak mayat rakannya yang dalam keadaan mengerikan kira-kira 10 meter dari situ.
“Satu berada di atas beranda (rumah bernombor 27), yang saya percaya adalah Sarjan Baharin Hamid, dengan keadan kepalanya cedera teruk.
“Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam keadaan tertiarap di mana kedua-dua tangannya ke belakang dan tanpa kepala, dan seorang lagi anggota PGA terapung di atas air di bawah rumah nombor 27 dengan kepalanya dalam keadaan cedera teruk,” katanya.
Azra Nursaffree berkata beliau juga ternampak dua mayat penceroboh, satu terapung di dalam air di bawah rumah bernombor 27 dan satu lagi di depannya.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar sama ada beliau menghubungi Bukit Aman setelah ternampak mayat itu, saksi berkenaan berkata: “Ya”.
Pegawai itu juga memberitahu mahkamah bahawa beliau dan dua lagi anggota polis, yang terperangkap di dalam rumah itu, diselamatkan pada kira-kira 6 petang dan dibawa ke Hospital Semporna.
Katanya wanita dan anak perempuanya itu juga diselamatkan tetapi beliau tidak tahu mereka dibawa ke mana.
Terdahulu, mahkamah ditangguhkan seketika bagi membolehkan saksi berkenaan bertenang selepas menjadi emosional ketika menjawab soalan yang diajukan kepadanya.
Azra Nursaffree tergagap-gagap ketika menceritakan kembali tentang bunyi tembakan yang didengarnya pada 2 Mac tahun lepas apabila Allahyarham Baharin berlari ke rumah bernombor 27 dari rumah bernombor 25 untuk menangkap seorang individu dikenali sebagai ‘Imam Tua’, yang dipercayai telibat dalam pencerobohan di Lahad Datu pada Februari tahun lepas.
Ini mendorong Hakim Stephen Chung bertanya saksi itu sama ada beliau berkeadan baik dan selepas itu Mohd Dusuki memohon penangguhan untuk seketika.
Tiga puluh tertuduh, terdiri daripada 27 rakyat Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan dalm kes ini, dengan sesetengah mereka menghadapi tuduhan menjadi anggota sebuh kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, mencari anggota untuk sebuah kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota sebuah kumpulan pengganas.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas.
Perbicaraan di Jabatan Penjara Sabah ini bersambung esok. – BERNAMA
TOP
Tabung Pendidikan 1 Billion UiTM Kumpul Dana RM400,000
KUALA LUMPUR – Tabung Pendidikan 1 Bilion yang dikelolakan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk membantu pendidikan Bumiputera, berjaya mengumpul dana berjumlah hampir RM400,000, sehingga kini.
Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Tabung Pendidikan 1 Bilion Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata berdasarkan jumlah memberangsangkan itu, pihaknya optimis sasaran untuk mengumpul dana berjumlah RM1 bilion dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat.
“Hampir RM400,000 telah berjaya dikumpul dalam tempoh tujuh bulan sejak ia ditubuhkan pada Februari termasuk RM152,000 sumbangan alumni UiTM yang berkhidmat di Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan ‘Tabung Pendidikan 1 Bilion’ Alumni UiTM di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Pada majlis itu, Persatuan Alumni UiTM turut memperkenalkan tali leher dan selendang khas untuk anggotanya.
Tabung berkenaan akan mengumpul dana daripada alumni UiTM untu memajukan bidang pendidikan keseluruhan dalam bentuk biasiswa, bantuan kebajikan, menaja program penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Dana itu juga akan diberi kepada pelajar bumiputera yang memerlukan bantuan pendidikan dan tidak tertumpu kepada pelajar UiTM sahaja.
Sementara itu, Idris yang juga penaung tabung berkenaan ketika berucap pada majlis itu berkata sasaran itu tidak mustahil dicapai jika semua alumni UiTM menyumbang.
“Kita mempunyai lebih 500,000 alumni UiTM yang mampu menyumbang. Jika purata setiap alumni menyumbang RM2,000, saya percaya kita akan mencapai sasaran (RM1 bilion) pada hujung tahun ini,” katanya. – BERNAMA
TOP
Peniaga Pasar Malam Didakwa Guna Dokumen Palsu
IPOH – Seorang peniaga pasar malam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan projek.
Mohd. Razie Tius Abdullah, 35, didakwa melakukan kesalahan itu di Syarikat Suukee Distributors Sdn. Bhd. di No. 2A, First Floor, Medan Bendahara 2 di sini antara 24 Februari dan 10 Jun lepas.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menggunakan surat palsu kononnya milik Jabatan Perhutanan Perak bertajuk ’Tawaran Kelulusan Projek Pembangunan Rakyat (Orang Asli) Cadangan Pembalakan bagi Mengusahakan Pertanian Berkelompok Tanah Risda di Hutan Simpan Korbu, Kuala Kangsar’.
Pertuduhan kedua, dia dituduh menggunakan surat palsu milik Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Perak bertajuk ’Arahan Bagi Membuat Papan Tanda untuk Kelulusan Pembalakan bagi Projek Pembangunan Rakyat Orang Asli. Cadangan Pembalakan bagi mengusahakan Pertanian Berkelompok Tanah Risda di Hutan Simpan Korbu, Kuala Kangsar’.
Tuduhan ketiga pula, lelaki itu didakwa menggunakan geran hak milik tanah palsu bernombor 92401-JKPTG/LKTN milik Pejabat Tanah dan Galian Perak. – BERNAMA
TOP
Cara atur Langkah Kajang wujudkan kemelut S'gor
Parti Sosialis Malaysia (PSM) sesungguhnya yakin DYMM sultan Selangor akan, dengan kebijaksanaan baginda, menyanjung dan terus akur kepada perlembagaan negeri yang berpaksikan amalan demokrasi dan melantik menteri besar baru daripada parti yang mempunyai majoriti jelas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kelayakan sama ada seorang calon itu sesuai memegang jawatan menteri besar seharusnya diserahkan kepada parti yang memiliki majoriti jelas dalam DUN.
Amalan demokrasi di Malaysia akan diperkasakan hanya jika semua pihak yang terlibat menghormati sistem Raja Berlembagaan yang menghadkan kuasa Raja kepada tugasan-tugasan tertentu .
Andaikata tidak ada majoriti jelas, satu persidangan khas DUN harus dipanggil untuk memilih menteri besar baru.
Dan jika DUN gagal menyelesaikan kemelut ini, maka satu pilihan raya negeri harus dipanggil untuk membolehkan rakyat mengundi parti dan seterusnya menteri besar dipilih secara amalan biasa.
Jawatankuasa Pusat PSM yang bermesyuarat pada 22 Ogos lalu berpendapat cara Pakatan Rakyat menangani krisis menteri besar amat mendukacitakan dan memalukan.
Tikam menikam
Sepatutnya tiga parti yang membentuk kerajaan di Selangor ini bermesyuarat terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan terbuka bersifat tikam menikam dan menjadikan proses membuat keputusan begitu sukar sekali. PSM juga berpendapat cara PKR mengaturkan “Langkah Kajang” dan memilih bakal MB tanpa terlebih dahulu berbincang dengan rakan-rakan dalam PR turut menyumbangkan kepada kemelut krisis Menteri Besar Selangor. "Langkah Kajang” yang dihebohkan pada awalnya sebagai satu langkah menghindar rampasan kuasa daripada BN juga nampaknya tidak masuk akal dan ia semakin jelas sebagai usaha menyelesaikan pergelutan kuasa dalam PKR. PSM juga berpendapat Tan Sri Khalid Ibrahim seharusnya undur dan letak jawatan memandangkan beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti. Namun kami juga berpendapat walaupun Khalid menjadi fokus utama, tetapi kepimpinan Pakatan juga harus bertanggungjawab atas calon-calon dan tingkah laku mereka. Khalid ialah pilihan Pakatan sebagai calon menteri besar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan jika ia pilihan salah maka Pakatan harus bertanggungjawab. 'Tuduh dulu baru minta tunjuk sebab' PSM juga berharap sebarang tuduhan ke atas Khalid dilakukan secara profesional dan tindakan diambil melalui proses perundangan dan bukan melalui kerenah “politik”. Sememangnya tidak profesional tindakan menyebarkan tuduhan rasuah terhadap menteri besar secara terbuka dan baru selepas itu memberikan surat tunjuk sebab. Ini menggambarkan proses tidak baik kepada cara pemerintahan Pakatan yang hendak ke Putrajaya dan menjadi alternatif kepada BN. Exco juga harus bertanggungjawab atas segala keputusan yang telah diambil bersama dan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mencuci tangan. Mereka seharusnya lebih bertanggungjawab dan bukan sekadar melepaskan diri bercerita mengikut selera dan kehendak waktu. Proses menewaskan BN di Selangor adalah keputusan berani oleh rakyat yang memilih kerajaan Pakatan. Namun kepercayaan dan keyakinan ini tidak seharusnya dikhianati atas isu politik dalaman mahupun isu rebutan kuasa. - Malaysiankini.com

No comments:
Post a Comment