TOP
50,000 Anak Ayam Rentung Ladang Ternakan Terbakar
TANJUNG MALIM – Lebih 50,000 anak ayam rentung dalam satu kebakaran membabitkan ladang ternakan ayam di Kampung Kelawar di sini, hari ini, mengakibatkan kerugian mencecah RM2 juta.
Kebakaran dilaporkan berlaku pada jam 7.30 pagi membabitkan reban ternakan berukuran 40 meter x 135 meter.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim, Rahim Shaari berkata, ketika pihaknya tiba di lokasi kejadian, kebakaran sudah pun marak dan membakar satu daripada tiga reban dengan 80 peratus daripadanya terbakar.
“Ketika itu api sedang marak dan jentera bertindak mengawal kebakaran bagi mengelakkan ia merebak ke dua lagi reban yang terletak berhampiran,” katanya ketika dihubungi BH. - BH Online
TOP
22 Terbunuh Pertempuran Di Lapangan Terbang Tripoli
TRIPOLI – Kerajaan interim Libya berkata, serangan pemberontak untuk mengawal lapangan terbang antarabangsa di ibu negara Tripoli, meragut 22 nyawa.
Dalam kenyataan awal pagi tadi, katanya kumpulan bersenjata mensasarkan orang awam dan membahayakan nyawa ribuan penduduk tempatan dan menyebabkan beratus-ratus keluarga berpindah.
Libya diheret ke kancah peperangan saudara sejak pemberontakan pada 2011 untuk menggulingkan Muammar Gadhafi. – AP
TOP
KD Mutiara Sertai ‘Op Search MH370′ Di Lautan Hindi
KUALA LUMPUR – Kapal Hidrografi KD Mutiara milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan berlepas ke Lautan Hindi, esok, bagi menyertai misi mencari dan mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli berkata kapal itu buat pertama kali menyertai ‘Op Search MH370′ di sana. Beliau berkata dalam misi kali ini KD Mutiara menggunakan peralatan sonar canggih yang berkeupayaan mengesan objek sejauh 7,000 meter di dasar laut.
“Tetapi untuk misi ini, jarak pengesanan hanya diperlukan sekitar 4,000 hingga 5,000 meter kedalaman dasar laut sahaja,” katanya kepada Bernama.
Katanya, peralatan berkenaan secara teknikal diguna untuk melakukan kerja ukur batimatri ke dalam laut bagi mendapatkan data gambaran atau membuat pemetaan permukaan dasar laut bagi mengenal pasti sebarang objek yang dikesan.
“Hasil data kerja ukur batimatri tersebut kemudiannya akan diproses dan dianalisis,” katanya.
Menurut Mohamad Roslan, KD Mutiara dijangka berada di selatan Lautan Hindi untuk tempoh yang belum ditentukan bergantung kepada hasil kejayaan kerja ukur batimatri itu nanti.
“Operasi ini akan turut disertai sebuah lagi kapal tambahan TLDM Bunga Mas 6 yang telah berada di Australia bersama dua buah kapal dari China dan sebuah dari Australia,” katanya.
Beliau berharap dengan bermula misi mencari dan mengesan menggunakan peralatan sonar itu dapat menemui petunjuk baharu pesawat MH370.
“Menggunakan ukuran batimatri saya berharap keputusannya memberi impak positif dan dapat mengenal pasti lokasi sebenar MH370 berada,” katanya.
Ditanya mengenai penglibatan pakar dan anggota TLDM dalam misi itu esok, Mohamad Roslan berkata perkara itu masih diperincikan lagi.
“Di samping mereka, doktor dan ustaz juga akan terbabit sama dalam misi di Lautan Hindi itu,” katanya.
Mohamad Roslam akan menyempurnakan majlis pelepasan kapal TLDM, KD Mutiara ke Lautan Hindi esok di Jeti Operasi Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada jam 8.15 pagi.
KD Mutiara ditauliahkan pada 18 Disember 1977 dan dibina di Butterworth, Pulau Pinang oleh syarikat Hong Leong Lurssen dan didalamnya terdapat Skuadron 36 Hidrografi. – BERNAMA
TOP
Ahli Perniagaan Disamun Manakala Rakan Dirogol
BUTTERWORTH – Seorang ahli perniagaan diserang sekumpulan empat lelaki manakala rakan wanitanya diculik dan dirogol ketika sedang berehat di hentian Jambatan Pulau Pinang hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Nasir Salleh berkata dalam kejadian 3.30 pagi itu, lelaki yang berumur 46 tahun itu bersama seorang kawan wanita warga asing yang berumur 22 tahun, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Seberang Perai, diserang kumpulan berkenaan ketika berehat di hentian jambatan itu.
Katanya, suspek yang pada mulanya ingin menanya jalan menyerang mangsa lelaki sebelum menyamun dan menculik kawan wanita bersama-sama kereta Hyundai Elantra milik mangsa.
“Suspek membawa kereta mangsa ke kawasan terpencil di Sungai Dua yang mangsa mendakwa dirogol tiga suspek berkenaan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Tambahnya, suspek juga melarikan dompet, telefon bimbit, wang tunai lebih kurang RM1,000 dan peralatan berharga milik mangsa.
Nasir berkata selepas beberapa jam, mangsa wanita itu ditinggalkan suspek di sebuah stesen minyak di Sungai Dua sebelum kereta yang dilarikan dijumpai di kawasan Sungai Puyu, Butterworth.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapat pemeriksaan perubatan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Mak Mandin sini.
Nasir berkata siasatan awal polis mendapati keempat-empat suspek berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.
“Kami sedang menjalankan siasatan dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Gunakan Kuasa Pengguna Boikot Produk Israel - PPIM
PUTRAJAYA – Pengguna di Malaysia boleh memberi tekanan kepada ekonomi Israel dengan bertindak memboikot barangan yang dikaitkan dengan negara berkenaan secara besar-besaran.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata sudah tiba masanya pengguna beralih kepada produk alternatif atau tempatan memandangkan tindakan memboikot sukar dilakukan berikutan permintaan yang tinggi terhadap produk mereka di Malaysia.
“Ini adalah masa yang sesuai untuk menggunakan produk alternatif atau produk tempatan untuk memberi mesej protes yang tegas terhadap kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin,” katanya pada Ahad.
Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) tempatan baru-baru ini supaya memboikot barangan dan produk berhubung kait dengan Israel bagi mengurangkan kekejaman dan kerakusan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Nadzim berkata pengguna di Malaysia boleh memulakan tindakan boikot itu tetapi ia mesti mendapat sokongan yang kuat daripada orang ramai demi memastikan misi untuk melemahkan ekonomi Israel dapat dilakukan.
“Pengguna tempatan harus mencontohi rakyat di negara Korea dan Jepun apabila mereka mengutamakan produk dan barangan tempatan dari semua aspek antaranya dari segi penggunaan bahasa kebangsaan, kenderaan dan pelbagai perkara lain,” katanya.
Sehubungan itu, pengguna tempatan khususnya generasi muda tanpa mengira agama dan bangsa harus mempunyai kesedaran betapa pentingnya tindakan boikot itu sebagai isyarat protes terhadap Israel agar menghentikan kekejaman mereka ke atas rakyat Palestin, katanya.
Bekas Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Muhammad Shaani Abdullah berkata usaha untuk memboikot barangan yang dikaitkan dengan Israel adalah seumpama berjihad (berjuang) di medan peperangan tetapi bezanya ia tidak membabitkan senjata.
“Tindakan boikot oleh pengguna ini mampu memberi impak maksimum dalam memberi tekanan kepada Israel dengan cara melemahkan ekonomi mereka.
“Bagaimanapun, ia merupakan cabaran untuk dilaksanakan di Malaysia kerana produk-produk berkaitan Israel ini sangat popular dan digemari oleh pengguna tempatan khususnya generasi muda,” katanya.
Tindakan boikot itu hanya akan berjaya sepenuhnya sekiranya ia mendapat sambutan yang baik daripada pengguna di seluruh negara, katanya. – mStar Online
TOP
Liverpool Tewaskan AC Milan, Bertemu MU Di Final
LIVERPOOL bakal bertemu Manchester United dalam perlawanan akhir Piala Juara Antarabangsa pada Isnin selepas berjaya menewaskan AC Milan 2-0 pada Ahad.
Gol hasil jaringan Joe Allen dan Suso meletakkan skuad Brendan Rodgers sebagai kelab kedua daripada Liga Perdana Inggeris ke final.
Liverpool merupakan kelab yang disebut bakal beraksi di final selepas berjaya menewaskan Manchester City 5-4 menerusi penalti pada Jumaat.
Big crowd: Kolo Toure lead the team out in Charlotte on Saturday
Liverpool memperolehi kemenangan selesa selepas berjaya menguasai perlawanan dihadapan 70,000 di Stadium Bank Of America.
Dalam saingan pemanas badan itu, Rodgers menggunakan khidmat 21 pemain untuk memastikan pasukannya layak ke final dan bakal menguji skuad kendalian Louis van Gaal.
Penjaring gol, Allen yang bermain di posisi tengah berjaya mempamerkan aksi cemerlang sekaligus memikat Rodgers untuk memilihnya sebagai pemain utama.
Relaxed: Already in the final, Brendan Rodgers was able to give Steven Gerrard a rest
Dalam perlawanan itu Liverpool membariskan Mignolet, Kelly (Johnson 60), Toure (Sakho 60), Coates (Skrtel 60), Robinson Enrique 60), Lucas (Gerrard 60), Henderson (Suso 46), Allen (Can 60), Lambert (Peterson 60), Ibe (Coutinho 60) dan Sterling (Coady 46).
AC Milan pula diperkuat dengan Abbiati (Gabriel 46), Abate (Zapate 80), Bonera, Rami (Mexes 66), De Sciglio, Essien (Cristante 66), Muntari (Poli 80), Saponara, Niang, Pazzini (Balotelli 46) dan El Shaarway (Honda 66).
TOP
Bolt Yakin Boleh Berlari Sehingga Kejohanan Dunia 2017
GLASGOW – Juara enam Sukan Olimpik, Usain Bolt berulang kali meluahkan niatnya untuk terus beraksi sehingga Kejohanan Dunia 2017 selepas memenangi pingat emas acara berganti-ganti Sukan Komanwel pada Sabtu.
Lelaki terpantas dunia itu sebelum ini merancang untuk bersara selepas Olimpik 2016 di Rio de Janeiro Sukan Olimpik tetapi memberitahu dia boleh menangguhkan perancangan itu setahun lagi.
“Saya selalu berkata bahawa selepas Rio saya mahu bersara tetapi mereka terus mengatakan saya perlu berlari lagi sehingga 2017, jadi saya fikir saya boleh melakukan itu dan ia akan menjadi kejohanan terakhir saya,” kata Bolt.
Bolt berkata demikian kepada pemberita selepas memberi pingat emas pertama kepada Jamaica dalam acara 4×100 meter.
“Sesi latihan tidak begitu mudah jadi saya sangat gembira kerana dapat melakukan apa yang saya mahu dalam sukan ini,” katanya.
Bolt,27, merupakan juara dunia lapan kali dan memegang rekod dunia acara 100 dan 200 meter.
Pada Sukan Olimpik di London 2012, dia memenangi tiga pingat emas, dan dalam tempoh tiga tahun dia berfikir untuk bersara serta sudah berunding dengan bekas pemegang rekod Olimpik 400m dan dunia.
“Saya bertanya kepada Michael Johnson mengapa dia bersara ketika berada di puncak prestasi dan dia memberitahu tidak ada ada apa-apa lagi untuk dicapai.
“Saya fikir apabila anda telah mencapai segalanya, kamu hanya perlu bersara,” ujar Bolt. – REUTERS
TOP
MH17: Doakan Keselamatan Pasukan M’sia Siasat Lokasi Nahas
KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan petugas pasukan keselamatan negara dalam menjalankan siasatan di lokasi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas di Donetsk, timur Ukraine.
“Saya mohon para sahabat dan rakyat Malaysia keseluruhannya agar mendoakan kami dari KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) supaya selamat menjalankan tugas siasatan di lokasi kejadian di Ukraine.
“Dan semoga kami selamat kembali setelah selamat menjalankan tugas. Kami pohon doa restu agar semua berpihak kepada kami,” katanya dalam rakaman video di Kiev, Ukraine, semalam.
Rakaman video itu telah dihantar kepada Bernama di sini, hari ini.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika menghantar pasukan PDRM yang diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berlepas dengan keretapi dari Kiev ke Kharkiv, sejauh 500 kilometer pada Sabtu, sebelum meneruskan perjalanan ke Soledar, kira-kira 100 kilometer dari lokasi nahas.
Khalid yang mengetuai 68 anggota polis dari pelbagai unit berlepas ke Ukraine pada Rabu lepas untuk bersama pasukan keselamatan antarabangsa, termasuk Belanda dan Australia, bagi melakukan siasatan lanjut mengenai nahas penerbangan MH17, yang jatuh terhempas pada 17 Julai lalu.
Pasukan Siasatan Khas MH17 Malaysia terdiri daripada pegawai forensik PDRM, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan pegawai perubatan.
Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh.
Khalid sebelum ini dilaporkan berkata pasukan itu juga akan mengawal lokasi nahas dan mengumpul bahan bukti termasuk barangan peribadi milik mangsa, serpihan bahagian pesawat dan cebisan tulang mangsa.
Sementara itu, Reuters melaporkan pada Sabtu bahawa serangan berhampiran kawasan MH17 terhempas bulan lepas memaksa pakar-pakar antarabangsa untuk menghentikan usaha mencari mangsa di satu bahagian lokasi kemalangan.
Bagaimanapun, gencatan senjata tempatan telah membolehkan mereka untuk bekerja tanpa halangan di bahagian utama lokasi itu, menurut Reuters.
Reuters juga berkata bahawa pakar-pakar antarabangsa yang bekerja dengan bantuan anjing pengesan telah menemui lebih banyak tinggalan mayat dan barangan peribadi pulih, untuk diuji. – BERNAMA
TOP
Serangan Pemberontak Di Xinjiang Ragut 96 Nyawa
BEIJING – Serangan ke atas sebuah balai polis dan pejabat kerajaan di wilayah Xinjiang pada akhir Julai lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 37 orang awam dan 59 pemberontak terbunuh, lapor media tempatan hari ini.
Menurut agensi berita Xinhua, penyerang yang bersenjatakan pisau dan kapak menyerbu balai polis dan pejabat kerajaan di bandar Elixku dan kemudian menyerang bandar berdekatan di Huangdi pada 28 Julai lalu.
Sekurang-kurangnya 13 orang awam cedera dan 215 penyerang ditangkap.
Laporan awal sebelum ini menyebut hanya berpuluh orang maut dalam serangan itu. – REUTERS
TOP
Anzalna Nasir Terbang Ke London, Sambut Raya Dengan Keluarga
Aidilfitri lebih bermakna jika diraikan bersama ibu bapa menyebabkan pelakon Anzalna Nasir, 27, terbang ke London untuk menyambut lebaran bersama.
Bapanya, Prof Madya Dr Md Nasir Ibrahim melanjutkan pengajian pasca lanjutan kedoktoran falsafah dan menetap di sana bersama ibunya. Mereka dijadual pulang ke tanah air tahun depan.
Perasaan gembira jelas kedengaran pada nada suaranya ketika dihubungi beberapa hari sebelum Aidilfitri. Katanya, persiapan awal dibuat bagi membawa bekalan apa yang patut. Paling utama, dia dapat meraikan hari kemenangan di samping ibu bapa juga ahli keluarga lain.
“Hendak diikutkan, memang menyambut hari raya di negara orang bukan asing bagi keluarga kami memandangkan sebelum ini kami menetap lama di Australia kerana ayah menyambung pengajiannya.
“Macam mana pun, perasaan teruja itu tetap ada kerana dapat merasai suasana Aidilfitri di tempat berbeza. Lebih penting bagi saya, walaupun jauh, kami sekeluarga dapat juga berkumpul,” katanya. - myMetro online
TOP
Tiada Penularan Penyakit Ebola Di Malaysia
KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Subramaniam berkata setakat ini tiada laporan mengenai penularan Penyakit Virus Ebola (EVD) di negara ini dan pemantauan mengenainya sedang dijalankan.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan telah memperkukuhkan aktiviti kesiapsiagaan dan respons terutama di pintu masuk antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menghadapi penularan EVD.
Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Kebangsaan (CPRC) sedang memantau dan menyelaras aktiviti kesiapsiagaan dan respons dalam menghadapi penyakit Ebola, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Subramamaniam berkata selain itu, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mempunyai makmal yang berkeupayaan untuk mengesan virus Ebola sementara hospital kerajaan di seluruh negara mempunyai kemudahan untuk merawat penyakit tersebut.
Beliau berkata demikian mengenai penyakit Ebola yang merupakan penyakit demam berdarah yang mencatat kadar kematian tinggi dan boleh menjangkiti manusia dan juga haiwan primat seperti monyet yang kini dikesan di tiga kawasan Afrika Barat iaitu Sierra Leone, Liberia dan Guinea.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1 Ogos lepas, sehingga 27 Julai lepas sebanyak 1,323 kes dikesan termasuk 729 kematian disebabkan Ebola di Sierra Leone, Liberia dan Guinea di Afrika Barat.
Dr Subramaniam berkata selain memperketatkan pengesanan dan kawalan di pintu-pintu masuk antarabangsa terutama di KLIA, pihaknya juga telah berkerjasama rapat dengan beberapa kementerian dan agensi kerajaan yang lain termasuk Kementerian Pelajaran, Kementerian Luar dan Jabatan Imigresen untuk memastikan mereka melakukan saringan ke atas pelawat yang tiba.
Beliau berkata Kementerian Pelajaran telah dinasihati untuk menyaring pelajar asing yang pulang ke negara Afrika yang berwabak EVD
Sementara Kementerian Luar diminta untuk menasihati rakyat Malaysia yang berada negara Afrika yang terlibat mengenai EVD, serta rakyat Malaysia yang akan ke negara-negara tersebut.
“Semua langkah-langkah pencegahan dan kawalan ini bermula selepas pemakluman oleh pihak WHO berkaitan kejadian ini dalam bulan Mac tahun ini,” katanya.
Dr Subramaniam berkata di Malaysia, Ebola adalah satu daripada penyakit yang perlu dinotifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (PCID) 1988.
“Kementerian Kesihatan akan terus memantau perkembangan penyakit ini melalui maklumat yang diperoleh daripada WHO dan sebarang perkembangan terkini mengenainya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya. – BERNAMA
TOP
Raket buatan Malaysia guna nama Perang Badar dan Taming Sari untuk saingi jenama antarabangsa
KUALA LUMPUR: Sekalipun raket berjenama antarabangsa sering menjadi pilihan pemain badminton, ini tidak mematah semangat seorang usahawan tempatan untuk terus mengetengahkan raket buatan Malaysia di pasaran.
Wan Zahrin Wan Abdullah yang mula menghasilkan raket tempatan dengan jenama 'Wan Sport' (WS) pada tahun 2008, yakin satu hari nanti produknya akan dapat menyaingi produk berjenama antarabangsa.
Di peringkat permulaan, beliau merancang memasarkan produknya menerusi pasaraya Mydin di seluruh negara.
"Sebelum ini saya ambil order raket dari jenama lain. Dari situ saya mula belajar macam mana nak menghasilkan raket tempatan dan timbul idea untuk melakukan inovasi mengikut citarasa tempatan.
"Kami ada perancangan untuk menjadi pembekal raket di pasar raya tempatan.
"Sebagai permulaan, pada tahun depan kami akan memasarkan raket Wan Sport di Mydin," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata terdapat 35 model raket keluaran syarikatnya di kedainya di Teluk Air Tawar, di sini dan diberi nama mengikut tarikh keluaran.
Wan Zahrin berkata raket-raket itu dihasilkan di kilang di Sungai Bakap, dekat sini dan setiap pengeluaran adalah berkala dengan 1,000 raket dihasilkan bagi setiap pengeluaran.
Antara nama ialah WS An Najwa, WS As Sabil, WS Ad Deen, WS Trisya, WS Al Badar, WS Taming Sari, WS Titanium, WS Nano Tech, WS Nano Ray, WS Smash Power dan WS 1Malaysia.
"Model WS An Najwa diberi bersempena nama anak saya.
"WS Al Badar pula bagi mengenang sejarah perang Badar. Nama ini diharap dapat mencetus semangat juang pemain sebagaimana ditunjukkan Nabi Muhammad S.A.W. semasa perang Badar.
"WS 1Malaysia diberikan sempena Hari Kemerdekaan negara," katanya.
Katanya, raket itu dijual dengan harga antara RM36 dan RM253 setiap satu.
Menurut beliau, pelanggannya selain daripada kalangan orang ramai ialah sekolah-sekolah di Perlis, Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor.
"Walaupun untuk membina jenama dan meyakinkan pelanggan agak sukar tapi tanpa mencuba kita tidak tahu kemampuan kita.
"Memang saingan cukup hebat tapi sedikit demi sedikit orang akan mula tahu kewujudan produk kita.
"Harapan saya satu hari nanti raket jenama Wan Sport menjadi kegunaan utama pelajar sekolah seterusnya berkembang menjadi kegunaan pemain badminton negara," katanya.- Astro Awani
TOP
Impian Bercuti Musnah, CCTV Di Bilik Mandi
KUALA LUMPUR – Rancangan lima sekeluarga untuk bercuti akhirnya terbantut gara-gara menjumpai kamera tersembunyi di bilik air tempat penginapan mereka.
Keluarga tersebut bercuti pendek ke Ipoh sempena cuti Hari Raya dan menyewa sebuah homestay di sana.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, salah seorang ahli keluarga memberitahu, mereka bergilir-gilir untuk mandi.
“Dia adalah orang yang terakhir mandi. Ketika hendak menanggalkan pakaian, pandangannya tertarik kepada satu lubang di atas siling,” kata Lim.
“Dia dengan cepat kembali memakai pakaiannya dan mendapatkan kerusi untuk memeriksa lubang tersebut,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Lim berkata, lelaki berusia 31 tahun itu menyedari bahawa ia adalah satu kamera CCTV (kamera litar tertutup). Dia terus menelefon polis, dan apabila mereka sampai pengurus homestay itu diarahkan agar tidak mengunci semua bilik, jelas Lim.
“Mereka menemui sebuah bilik kecil dengan sebuah komputer di dalamnya, yang merakam rakaman dari kamera”.
Lim berkata, rakaman dalam komputer itu terkandung video teman wanita lelaki tersebut yang sedang mandi.
Pengurus mendakwa bahawa kamera diletakkan di bilik mandi untuk memeriksa kecurian.
“Apabila lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, dia berkata pegawai penyiasat tidak mengambil kenyataan, sebaliknya meminta lelaki tersebut menyelesaikan kes ini dengan pemilik homestay.
“Kes ini diklasifikasikan sebagai kes sivil oleh pegawai penyiasat itu,” kata Lim.
Selepas tidak mendapat apa-apa maklum balas dari pihak berkuasa, salah seorang ghali keluarga itu mendapatkan pertolongan Lim.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata beliau mengambil perhatian kes ini sudah melihatnya. – mStar Online
TOP
Misi Kemanusiaan Ke Gaza Bergerak Rabu, Mengikut Jadual
KUALA LUMPUR – Kumpulan pertama misi kemanusiaan ke Gaza anjuran Biro Kebajikan Umno akan bergerak Rabu ini mengikut jadual seperti ditetapkan setakat ini.
Kumpulan enam orang itu antara lain akan membuat persediaan dan analisis awal bagi menentukan keadaan sepanjang perjalanan dan sewaktu di Gaza adalah selamat dan lancar.
Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kumpulan kedua yang dijadual bergerak pada 12 Ogos, akan bergantung kepada analisis kumpulan pertama berkenaan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup kursus dan latihan dua hari mengenai risiko pengurusan keselamatan dan kontigensi di sini, Ahad.
Sebanyak 65 peserta terdiri daripada doktor, media dan sukarelawan akan menyertai misi berkenaan dengan objektifnya di antara lain adalah bagi menyampaikan bantuan 40 tan metrik ubat-ubatan dan makanan.
Abdul Azeez yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) berkata kemungkinan anggota misi akan dibahagi kepada dua kumpulan, dengan satu kumpulan akan memasuki Gaza dan satu lagi akan ditempatkan di Mesir.
“Ini bagi memastikan antara lain komunikasi antara kumpulan di Gaza dan Malaysia lancar melalui kumpulan yang akan bersedia di Mesir,” katanya.
Sementara itu, Duta Palestin di Malaysia Dr Anwar al-Agha berkata keadaan di Gaza masih belum tenang setakat ini.
“Sebentar tadi semasa duduk di sini, saya mendapat berita bahawa 11 lagi orang mati syahid berdekatan Rafah,” katanya.
Bagaimanapun, beliau percaya kumpulan misi berkenaan yang majoriti anggotanya pernah memasuki Gaza sebelum ini telah membuat persiapan rapi dan memberi jaminan mereka akan mendapat kerjasama dan diterima baik masyarakat Palestin secara menyeluruh.
Dr Anwar yang berasal daripada Khan Younis, Palestin akan turut serta dalam misi berkenaan dan membantu dari segi koordinasi di dalam Gaza. – BERNAMA
TOP
Pemilik Restoran Siap Sedia Hadapi Krisis Air
KUALA LUMPUR – Pemilik restoran di sekitar Lembah Klang kini bersiap sedia menghadapi musim kemarau ekoran fenomen El Nino yang dijangka melanda negara dalam masa terdekat.
Tinjauan di beberapa lokasi di sekitar ibu negara mendapati kebanyakan pemilik restoran telah melengkapkan restoran mereka dengan beberapa tangki simpanan dan tong air.
Bagi Pengarah Urusan Chinese Muslim Food Paradise Mohd Ma Xu, beliau menambah beberapa tangki simpanan air di restorannya selepas serik dengan kekurangan bekalan yang berlaku ketika pelan catuan diumumkan kerajaan negeri Selangor awal tahun ini.
“Ia sebagai persiapan menghadapi El Nino, namun saya menjangkakan operasi restoran akan berjalan seperti sediakala walaupun mungkin mengalami gangguan bekalan.
“Lagi pun Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) memberi notis awal sebelum melakukan catuan air di kawasan ini,” katanya.
Pengurus Pemasaran dan Jualan Istana Bambu Restoran, Zeeta Mohamad Yunus berkata pihaknya yang turut bersiap sedia, melihat masalah tersebut akan memberi rezeki bertambah kepada pemilik restoran kerana banyak pelanggan dijangka datang berikutan tidak mahu memasak di rumah.
“Selalunya apabila berlaku krisis bekalan air, orang ramai malas memasak kerana nak jimatkan air, sukar untuk membasuh pinggan mangkuk. Oleh itu mereka memilih untuk makan di kedai.
“Bagi kami pengusaha restoran, krisis bekalan air tidak menjadi masalah utama memandangkan persediaan telah dibuat lebih awal dengan menyediakan lebih banyak tangki mengikut jadual pelan catuan yang dikeluarkan Syabas,” katanya.
Namun pemilik BBQ Land and Steamboat Buffet Kuang, Azri Zainal Abidin berkata restorannya kerugian hampir RM2,000 sehari ketika krisis bekalan awal tahun ini kerana tidak melakukan persediaan awal bagi menghadapi catuan.
“Ketika catuan lepas, bekalan air di restoran saya hanya mampu bertahan selama dua hari berikutan kekurangan tempat simpanan air dan menyebabkan saya kerugian hampir RM2,000 setiap hari kerana terpaksa menutup operasi,” katanya.
Beliau berkata pada masa itu, beliau hanya menggunakan tiga tong air yang boleh menyimpan kira-kira 1,200 liter air yang mampu bertahan selama dua hari.
“Masuk hari ketiga atau keempat dan catuan masih berjalan, saya terpaksa tutup kedai,” katanya yang kini lebih bersedia.
Azri berkata jika catuan dibuat, diharap Syabas lebih bersistematik dalam agihan serta mengikut jadual yang ditetapkan.
“Ini kerana ada hari yang Syabas cakap bekalan telah disambung, namun apabila pili dibuka, air tiada ataupun airnya sangat kotor sehingga tidak boleh digunakan.
“Saya berharap perkara sama tidak akan berulang kerana ia hanya akan menyusahkan pemilik restoran seperti saya,” katanya.
Azri berharap Perjanjian Dasar Induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor yang ditandatangani Jumaat lalu akan berjalan lancar.
Beliau juga menyambut baik kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri tidak akan melaksanakan catuan air dalam masa terdekat walaupun menyedari paras air di empangan di negeri itu semakin menurun. – BERNAMA
TOP
Jangan Ingat Boleh Terlepas – Bukit Aman
Kuala Lumpur – Tindakan masih boleh diambil terhadap seorang lelaki yang mengeluarkan kata-kata hinaan di laman sosial Facebook (FB) kerana tidak berpuas hati apabila bacaan ayat al-Quran menerusi pembesar suara pada awal pagi mengganggu tidurnya, walaupun dia sudah memohon maaf dan memadamkan status itu.
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datin Asmawati Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung perkara itu.
“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenalpasti pemilik akaun FB berkenaan.
“Jika didapati bersalah dia boleh dikenakan tindakan sewajarnya.
“Walaupun dia sudah memohon maaf namun tindakan sewajarnya akan tetap dikenakan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Lelaki itu dipercayai memuat naik status berkenaan menerusi akaun FB di bawah nama Kelvin Yip kerana tidak berpuas hati ayat suci dibaca pada sekitar jam 6.45 pagi.
Menerusi status itu, lelaki terbabit meminta umat Islam membaca doa kepada Allah tanpa menggunakan pembesar suara kerana merasakan ia menjengkelkan.
Kenyataan lelaki itu menimbulkan kemarahan pengguna laman sosial beragama Islam sehingga mengecam perbuatan yang dianggap mengganggu sensitiviti masyarakat.
Selepas status itu menjadi viral di Internet, lelaki terbabit kemudian meminta maaf terhadap orang ramai menerusi akaun FB miliknya dan memadamkan status itu.
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan hari ini menyarankan agar tindakan setimpal dikenakan ke atas lelaki itu.
“Lelaki itu masih perlu dikenakan tindakan walau pun sudah meminta maaf atas tindakannya memuat naik status berbaur hinaan di FB yang turut menimbulkan kemarahan masyarakat.
“Lelaki yang menggunakan nama Kelvin Yip di FB itu masih boleh didakwa untuk memberi pengajaran,” katanya.
Dalam kenyataannya itu, Khairy turut membandingkan kes terbabit dengan kejadian membabitkan Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, atau dikenali sebagai Kiki, yang tetap didakwa di mahkamah walau pun sudah meminta maaf atas perbuatan khianat ke atas seorang warga emas dalam kemalangan jalan raya.
“Kiki minta maaf tapi kena dakwa (dan sememangnya patut). Yang ini pun kena dakwa. Kasi ajar sikit, biar muktamad. Bertindak tegas dan cepat pada siapa saja tak kira kaum,” katanya di laman FB.
Mahkamah Seksyen Kuantan pada 22 Julai lalu memerintahkan Siti Fairrah menjalankan khidmat masyarakat selama 240 jam dan membayar denda RM5,000 selepas mengaku salah atas kesalahan khianat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Kiki mengaku bersalah mengetuk bahagian depan bonet dan cermin depan kereta milik Sim Hiak Hong, 68, dengan menggunakan pengunci stereng kereta sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM500. – Harian Metro
TOP
69 Maut, 180 Melecur Kilang Alat Ganti Automatif Meletup
BEIJING – Letupan di kilang alat ganti automatif General Motors di timur China membunuh sekurang-kurangnya 69 orang dan mencederakan lebih 180 yang lain, dengan sebahagian besarnya melecur teruk, lapor media tempatan hari ini.
Ia adalah bencana paling tragik di China sejak kebakaran di sebuah kilang pembekal ayam yang meragut 119 nyawa pada Jun tahun lalu.
Letupan awal pagi semalam berlaku apabila lebih 200 pekerja berada di kilang berkenaan, yang terletak di zon perindustrian di bandar Kunshan, wilayah Jiangsu, kira-kira 1,000 kilometer di tenggara Beijing.
Stesen penyiar, CCTV menunjukkan rakaman kepulan asal hitam tebal menjulang dari kilang, sementara laman web agensi berita itu memaparkan mangsa yang cedera atau terkorban diangkat ke dalam trak dengan tubuh mereka terbakar atau melecur teruk.
Beberapa mangsa yang terselamat duduk di atas platform kayu kargo di jalan raya di luar kilang dan ada di antara mereka dibawa masuk ke dalam van ambulans.
Letupan itu berlaku pada jam 7.37 pagi di bahagian bengkel tayar di kilang berkenaan.
Leboh 120 mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital di Kunshan dan bandar berhampiran di Suzhou.
Pakar perubatan dari hospital Shanghai tiba di Kunshan untuk membantu, lapor agensi berita Xinhua. – AP
TOP
Perintah Berkurung Di 6 Daerah Di ESSZONE Dilanjutkan
LAHAD DATU – Perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan sehingga tempoh yang akan ditentukan kelak.
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid Harun, berkata keputusan itu dibuat susulan perbincangan dengan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Katanya, penguatkuasaan itu tetap membabitkan larangan bagi aktiviti perkapalan, menangkap ikan dan menyelam di perairan enam daerah terbabit iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kanak, Semporna dan Tawau.
Ia dikuatkuasakan mulai jam 6 petang hingga 6 pagi.
Perintah berkurung itu sebelum ini dilaksanakan selama dua minggu sejak 19 Julai lalu dan berakhir jam 6 pagi tadi. - BH Online
TOP
Bayi 1 Bulan Dirogol Dan Dipukul Separuh Mati
Polis cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang boleh menimbulkan huru-hara apabila seorang bayi berusia sebulan didakwa telah dirogol dan dipukul separuh mati.
Mesej dalam Facebook mendedahkan rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang malam bagi berdoa untuk keselamatan bayi berkenaan berhampiran kediamannya yang dipercayai mangsa paling teruk kes penderaan kanak-kanak di Britain.
Bayi itu mengalami kecederaan teruk termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru, lebam di seluruh tubuh dan semua tulang rusuknya patah.
Seorang lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung kejadian itu. Namun, mereka dibebaskan atas ikat jamin polis sementara menunggu siasatan lanjut.
Satu kumpulan menulis dalam Facebook memaksa pihak polis penjarakan penjahat yang merogol dan memukul bayi berusia sebulan di Gravesend serta nama pasangan berkenaan didedahkan.
Bayi malang tersebut kini menunjukkan tanda-tanda semakin pulih selepas dipindahkan ke sebuah hospital di London. - KatakComel.my
TOP
Galaxy Mega 6.3 Selamatkan Nyawa Lelaki Dari Sepucuk Pistol
Cina - Samsung kini boleh mempromosikan telefon mereka dengan ciri yang baru - sekarang telefon mereka boleh menjadi perisai peluru.
Satu berita dari laman web Cina, AppleDaily telah melaporkan bagaimana seorang lelaki terselamat apabila peluru yang ditembak kearahnya terkena telefon Galaxy Mega 6.3 beliau.
Lelaki berkenaan, yang terlibat dalam pergaduhan tersebut dikatakan mengambil dompet si penembak yang terjatuh, lalu berjenaka bahawa mahu membeli bir menggunakan duit dalam dompet tersebut.
Penembak tersebut terus mengeluarkan pistol lalu menembak kearah dada lelaki berkenaan. Nasib baik peluru terkena telefon Galaxy Mega yang berada di poket baju beliau dan menyekat peluru dari masuk ke dalam badannya.
Boleh dilihat dari gambar dibawah, bagaimana keadaan telefon yang ditembak. Memang lelaki tersebut bernasib baik. Samsung nampaknya boleh mempromosikan telefon mereka mempunyai ciri kalis peluru sekarang. - SiakapKeli.com

Rujuk Jemaah Menteri Sebelum Boikot - Tok Pa
Kota Bharu: Sebarang keputusan menolak dan memboikot penggunaan produk atau barangan yang dikeluarkan Israel perlu dirujuk kepada Jemaah Menteri terlebih dulu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tidak dinafikan ada syarikat multinasional yang beroperasi di negara ini menggunakan komponen dihasilkan Israel.
“Perkara itu memerlukan penelitian serta perbincangan secara terperinci dan kerajaan kini memperhalusinya sebelum mengeluarkan kenyataan kerana ia akan memberi kesan pada masa depan.
“Sebelum kita membuat keputusan, perlu ada pertemuan dengan pihak berkenaan kerana ia membabitkan syarikat multinasional, selain perlu dirujuk Jemaah Menteri,” katanya selepas merasmikan Seminar Pembangunan Islam Kelantan di sini, semalam. - Sinar Harian
TOP
Lebih Banyak Cebisan Daging Mangsa MH17 Ditemui
SYDNEY – Perdana Menteri Australia, Tony Abbott semalam menyambut baik penemuan lebih banyak cebisan daging mangsa-mangsa sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dipercayai jatuh ditembak di lokasi nahas dekat kampung Grabovo, timur Ukraine.
Bagaimanapun, Abbott memberitahu, masa seminggu lagi diperlukan untuk menyelesaikan tugasan mengutip cebisan daging mangsa-mangsa pesawat MH17 itu.
Seramai 38 warga Australia termasuk kanak-kanak merupakan antara 298 orang dan kru pesawat MH17 yang terkorban pada 17 Julai lalu.
Pesawat MAS itu dipercayai ditembak jatuh dengan menggunakan sebuah peluru berpandu ketika ia dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur.
Usaha-usaha untuk mengutip cebisan daging mangsa-mangsa MH17 itu terjejas ekoran pertempuran antara askar-askar Ukraine dengan kumpulan pemisah pro-Rusia.
Namun, satu misi yang diketuai polis Belanda berjaya memasuki kawasan lokasi nahas kelmarin.
“Saya boleh melaporkan bahawa lebih banyak cebisan daging dan barang-barang peribadi yang ditemui. Semua cebisan dan barang itu akan dihantar ke Kharkiv untuk dibawa ke Belanda dan akhirnya dihantar balik (kepada waris keluarga),” kata Abbott.
Abbott yang menghantar ratusan anggota polis Australia dan beberapa pegawai lain ke lokasi nahas itu menyatakan situasi di Ukraine adalah berbahaya menyebabkan tugas-tugas menyiasat dan mencari cebisan daging mangsa-mangsa MH17 itu terpaksa menempuh pelbagai kesukaran.
“Ia merupakan proses yang perlahan dan panjang,” katanya kepada pemberita di Sydney.
Setakat ini lebih 220 keranda yang mengandungi mayat mangsa-mangsa MH17 telah dihantar ke Belanda untuk dikenal pasti.
Amerika Syarikat menyatakan kumpulan pemisah pro-Rusia dipercayai menembak jatuh pesawat MAS itu dengan menggunakan peluru berpandu yang dibekalkan Rusia.
Namun, Rusia dan kumpulan pemisah itu menyatakan, sebuah pesawat pejuang Ukraine mungkin menembak jatuh pesawat tersebut. – AFP
TOP
Remaja Lelaki Dituduh Bunuh Ibu Tunggal
KOTA TINGGI – Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan membunuh ibu tunggal di FELDA Lok Heng Barat, pada 22 Julai lalu.
Tertuduh yang berusia 15 tahun itu didakwa membunuh Jariah Abu Bakar, 62, di sebuah rumah bernombor 1213, Blok 9 FELDA Lok Heng Barat, di sini pada pukul 12 tengah hari.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Penolong Pendaftar, Hairul Azhar Muhamad dan tertuduh hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Hairul Azhar kemudian menetapkan 8 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendengar laporan perubatan dan bedah siasat. – BH Online
TOP
Perjanjian Air Tidak Terbatal Walaupun MB Bertukar
KUALA LUMPUR – Pemeteraian Perjanjian Dasar Induk penstrukturan semula industri bekalan air di Selangor tidak boleh dibatalkan sewenang-wenangnya meskipun berlaku pertukaran Menteri Besar di negeri itu.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed, berkata perjanjian itu telah melalui proses yang sah melibatkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Beliau yakin ia bukan dibuat atas dasar individu memandangkan hala tuju pemeteraian perjanjian itu juga jelas untuk menyelesaikan isu bekalan air yang berlarutan sejak 2008 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Jika misalnya berlaku pertukaran Menteri Besar dan perjanjian itu ingin ditarik balik, akan ada implikasi dari segi undang-undang kerana ia adalah satu perjanjian yang sah.
“Dalam perjanjian itu pasti ada syarat-syarat jelas jika terdapat mana-mana pihak ingin menarik diri, tindakan boleh dikenakan atau perlu membayar ganti rugi,” katanya kepada Bernama.
Pada Jumaat lalu, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor telah menandatangani Perjanjian Dasar Induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air dan penyelesaian jangka panjang isu air di negeri itu.
Kerajaan Persekutuan diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili manakala kerajaan Selangor diwakili Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Perjanjian itu adalah lanjutan kepada perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 26 Februari lepas berkaitan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) dan Sistem Agihan.
Mengulas mengenai pemilihan tarikh pemeteraian perjanjian itu di tengah-tengah kemelut perebutan jawatan Menteri Besar di Selangor, Ahmad Martadha berkata ia bukanlah ditandatangani dalam keadaan terburu-buru.
“Soal pertukaran Menteri Besar di Selangor tidak ada kaitan dengan perjanjian itu kerana perbincangan mengenai penyelesaian isu air di negeri itu telah lama dibuat antara kedua-dua pihak.
“Kita perlu ingat bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri ada pejabat dan pegawai undang-undang mereka, jadi perjanjian yang penting untuk kesejahteraan rakyat tidak akan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa,” katanya.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia S. Piarapakaran berkata semua halangan terhadap penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Lembah Klang telah dapat diselesaikan menerusi pemeteraian perjanjian itu.
“Perjanjian ini penting dalam memastikan penstrukturan semula industri perkhidmatan air berjalan lancar dan sempurna, tambahan Selangor adalah sebuah zon pesat membangun dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi,” katanya.
Bagaimanapun, Piarapakaran menyarankan beberapa langkah harus dilaksanakan bagi menangani kekurangan air di Selangor untuk jangka masa pendek dan sederhana sebelum hasil perjanjian dapat dirasai pada 2017.
Antaranya ialah dengan memperkenalkan sistem prarawatan untuk mengurangkan kandungan ammonia dalam air mentah bagi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Tampoi dan LRA Batu 11 Cheras.
Piarapakaran berkata melalui sistem itu, kandungan ammonia boleh dikawal dalam kuantiti boleh dirawat oleh kedua-dua LRA berkenaan, selain daripada kos pelaburan yang lebih berpatutan tanpa risiko tambahan.
Katanya, pemantauan empangan Sungai Selangor juga perlu diperketatkan dan pada masa yang sama tahap kritikal empangan dinaikkan kepada aras 50 peratus.
Beliau berkata tahap kritikal semasa ditetapkan kerajaan Selangor adalah pada aras 30 peratus dan ia tidak bersesuaian memandangkan empangan itu membekalkan keperluan air mentah hampir 60 peratus di Selangor dan Kuala Lumpur.
“Apabila aras air di empangan lebih rendah daripada 30 peratus, kualiti air mentah juga akan terjejas. Jika berlaku gangguan atau perubahan kepada taburan hujan, fungsi empangan akan lebih terjejas seperti situasi sekarang,” katanya.
Alternatif lain yang boleh dilaksanakan termasuklah menambah kolam takungan berdekatan LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2, SSP3 dan Bukit Tampoi bagi meningkatkan kuantiti air mentah di samping mengurangkan kehilangan air mentah dalam pengaliran semasa musim kering, katanya. – BERNAMA
TOP
Man United tundukkan Real Madrid 3-1
ANN ARBOR (Michigan) – Asley Young meledak dua jaringan pada separuh masa pertama untuk membantu kemenangan 3-1 Manchester United ke atas Real Madrid di hadapan jumlah terbesar penonton dalam aksi bola sepak di Amerika Syarikat, awal pagi tadi.
United kekal rekod tanpa kalahnya dalam Kejohanan Piala Juara Antarabangsa tahun ini, dan kemenangan itu membawa United ke final menerusi kendalian pengurus baharunya, Louis van Gaal.
Javier Hernandez pula meledak gol ketiga pada separuh masa kedua.
Jumlah penonton yang dicatat di Stadium Michigan itu ialah 109,318, mengatasi rekod sebelum ini iaitu 101,799, di Rose Bowl bagi aksi final Sukan Olimpik pada 1984.
Gareth Bale pula menjaringkan gol untuk Real Madrid, namun juara Eropah itu gagal mencatat kemenangan untuk tiga perlawanan dalam kejohanan itu.
Cristiano Ronaldo, yang menjadi Pemain Terbaik Dunia tahun ini hanya beraksi sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua. – AP
TOP
Awi Rafael Tubuh Kumpulan Girl Republik
PETALING JAYA – Penyanyi Awi Rafael kini mengembangkan sayap seninya sebagai penerbit dengan menubuhkan sebuah kumpulan penyanyi wanita bernama Girl Republik.
Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 28, berkata, kumpulan tersebut dianggotai oleh bekas juara Mentor iaitu Pija, Maisara serta seorang model dari Singapura bernama Sarah Anne yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Awi sendiri iaitu Warner Music Malaysia.
“Saya nampak ketiga-tiga mereka boleh pergi jauh dengan gaya vokal tersendiri yang mereka ada.
“Memandangkan industri tempatan kurang penyanyi berkumpulan wanita, saya yakin Girl Republik mampu memberikan kelainan buat penggemar-penggemar muzik tempatan,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Awi, Pija, Maisara dan Sarah Anne turut mempunyai pakej yang lengkap dimana mereka bukan sahaja hebat dalam nyanyian, tetapi juga memiliki rupa paras yang cantik.
Dalam pada itu, sebagai buah tangan sulung daripada Girl Republik, kumpulan itu bakal muncul dengan single lagu pertama mereka iaitu Kau Lelaki Ego, ciptaan Awi tidak lama lagi.
Sementara itu, penyanyi yang popular dengan lagu Kalau Aku Kaya itu pula bakal membuat persiapan untuk mengadakan persembahan di Singapura pada 30 Ogos depan.
“Alhamdulillah, saya suka dengan peringkat kerjaya saya sekarang ini dimana saya akan sibuk tanpa henti. Bermula daripada menghasilkan lagu untuk orang, diri sendiri serta gigih memenuhi undangan persembahan nyanyian.
“Di Singapura pula, ia merupakan satu persembahan berskala besar yang saya perlu buat banyak persiapan tertentu. InsyaAllah moga semuanya berjalan lancar,” ujarnya. – mStar Online
TOP
Amy (Search) Restu Hubungan Cinta Nabila Huda
PETALING JAYA – Penyanyi rock negara Amy (Search) sudah merestui hubungan cinta anaknya, Nabila Huda dengan kekasih walaupun pernah meluahkan rasa kurang berkenan terhadap lelaki itu.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menyifatkan lelaki tersebut (yang enggan didedahkan identiti) seorang yang bertanggungjawab kerana sanggup berdepan dengannya memohon maaf atas kesilapan dahulu, selain turut menjernihkan hubungannya dengan Nabila.
“Sebenarnya saya tidak pernah menyekat mana-mana lelaki yang ingin berkawan dengan Nabila kerana itu pilihannya.
“Walaupun pernah marah dengan kekasih Nabila, tetapi jauh di sudut hati, saya tidak berdendam.
“Cuma saya bersyukur kerana dia seorang yang bertanggungjawab, berani berdepan dengan saya dan kerana dia juga hubungan saya dan Nabila, Alhamdulillah, kembali jernih,” katanya kepada mStar Online.
Terdahulu, hubungan Amy dan Nabila dikatakan renggang gara-gara penyanyi itu menegur anaknya di laman Instagram dengan nada yang kasar berhubung gambar aktres itu bermesra dengan kekasihnya ketika bercuti di luar negara.
Dalam pada itu, Nabila juga dikatakan sudah lama tidak bertemu bapanya itu dan tidak beraya bersama mahupun di sebelah ibu, sebaliknya pelakon berbakat besar itu mengambil kesempatan bercuti dan beraya di negara jiran, Singapura.
Bagaimanapun, pada sambutan Hari Raya pertama Isnin lalu, Amy telah berkongsi gambar dia sekeluarga di Instagram dengan meletakkan status syukur kerana akhirnya dia dan Nabila sudah berbaik semula.
Sementara itu, kata Amy, walaupun pelbagai dugaan yang dilalui dalam keluarganya, dia yakin setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.
“Apa yang telah berlaku sebelum ini menjadi satu pengajaran buat saya mahupun Nabila. Alhamdulillah, moga kebahagiaan ini kekal akhir hayat,” tuturnya. -mStar Online
TOP
KL Zombi Gegarkan PiFan 2014 Di Korea Selatan
PETALING JAYA – Filem terbitan Grand Brilliance iaitu KL Zombie menerima pujian yang bagus selepas ditayangkan buat pertama kalinya di Pesta Filem Antarabangsa Puchon (PiFan 2014), di Korea Selatan.
Acara tersebut telah pun berlangsung pada 17 hingga 27 Julai lalu.
Menurut penerbitnya, Tengku Iesta Tengku Alaudin, ia merupakan satu penghargaan apabila pihak PiFan 2014 menjemput grand Brilliance menayangkan KL Zombie dan lebih terharu apabila filem tersebut mendapat respons yang positif.
“Kami benar-benar teruja apabila KL Zombi menerima tayangan antarabangsa perdananya di Korea Selatan di festival yang penuh berprestij ini.
“Tidak sangka ia mendapat penerimaan yang cukup positif daripada pihak antarabangsa. Kejayaan ini menjadi inspirasi kepada kami untuk terus berusaha dalam kategori filem ini,” katanya kepada mStar Online.
KL Zombie telah ditayangkan pada 29 Ogos tahun lalu.Menerusi acara PiFan 2014, ia berada di bawah kategori Pawagam Dunia Hebat yang menayangkan filem seram, sci-fi, ngeri, aksi, dan fantasi dari pelbagai negara.
Filem itu mengisahkan wargakota Malaysia yang bakal ditimpa malapetaka apabila serangan penyakit zombi merebak ke seluruh bandar Kuala Lumpur, mengakibatkan huru-hara dan kemusnahan masyarakat.
Namun, Nipis, yang sebelum ini seorang yang malas telah membuat keputusan untuk menyelamatkan negara bersama beberapa orang lain bagi menghapuskan ancaman serangan zombi.
KL Zombi juga merupakan sebuah adaptasi ke layar skrin daripada buku novel siri Fixi, berjudul Zombijaya yang ditulis oleh penulis terkenal, Amir Muhammad.
Filem arahan Woo Ming Jin itu dibintangi oleh Zizan Razak, Siti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Usop Wilcha. – mStar Online
TOP
Peniaga Maut Ketika Cuci Kolam Ikan
BACHOK – Seorang peniaga kedai makan maut akibat terkena renjatan elektrik ketika membersihkan kolam ikan miliknya di Taman Mahkota Pantai Irama, jam 1.15 petang semalam.
Mayat mangsa, Wan Mohd Hadi Wan Mahmud, 40, ditemui oleh isterinya, Ruzila Che Ajid, 35, dalam keadaan terbaring di tempat kejadian.
Menurut Ruzila, sebelum kejadian suaminya memberitahu mahu membersihkan kolam ikan tersebut dan aktiviti berkenaan sememangnya menjadi rutin mangsa selang dua atau tiga hari dalam seminggu.
“Ketika kejadian saya berada lebih kurang 10 meter dari kolam yang suami saya bersihkan dan sedang mencucuk sate.
“Kemudian saya dengar bunyi sesuatu jatuh ke dalam air tetapi tidak mengesyaki itu suami saya dan tidak mempedulikannya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.
Ibu kepada lima anak itu bagaimanapun dia terus bergegas ke kolam berkenaan setelah salah seorang anaknya memberitahu suaminya tidur dalam kolam tersebut.
“Saya cuba tarik suami saya keluar dari kolam tetapi gagal kerana kaki saya terkena renjatan elektrik. Saya bersyukur kerana saya sempat menutup suis pam selepas itu,” katanya.
Tambah Ruzila, kebiasaannya suaminya akan menutup suis pam oksigen kolam tersebut sebelum mencuci, tetapi mungkin kali ini dia terlupa setelah melihat semua ikan sudah mati dan kemungkinan terdapat wayar rosak.
Katanya, kolam itu dibina sendiri oleh mangsa sejak enam tahun lalu dan dia gemar mencari ikan sungai untuk diletakkan dalam kolam berkenaan untuk dijadikan lauk.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Abdul Hamid Che Ahmad mengesahkan kes itu dan mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut.
“Tiada kecederaan didapati pada badannya dan mayat mangsa dihantar ke HRPZ II untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya,” katanya.
Mangsa dikebumikan malam tadi di Tanah Perkuburan Kampung Pantai Melawi. - Sinar Harian Online
TOP
Bertolak Ansur Dan Hormatilah Agama Lain – Subramaniam
PETALING JAYA – Masyarakat Malaysia perlu terus hidup secara bertolak ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain bagi menjaga dan menikmati keharmonian negara yang dikecapi selama ini.
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata Malaysia yang dikenali dunia dengan masyarakat majmuknya, akan musnah dalam sekelip mata jika sentimen berkaitan agama dan kaum tidak dijaga.
“Tindakan tidak menghormati agama lain mampu meruntuhkan perpaduan dan kestabilan negara, Perlembagaan sudah pun menjelaskan masyarakat berbilang kaum boleh hidup secara aman dalam satu negara”, katanya.
Dr Subramaniman yang juga Menteri Kesihatan berkata demikian semasa berucap dalam majlis mengumpul dana bagi membina bangunan Persatuan Yogi Ramsurat Kumar di Wisma Peladang di sini, hari ini.
Menurutnya semua kaum perlu mendukung prinsip Rukun Negara selain menghormati undang-undang serta mengamalkan nilai positif bagi mengekalkan perpaduan kaum yang terjalin selama ini.
Pada majlis itu beliau turut memberi sumbangan sebanyak RM20,000 bagi pembinaan bangunan baharu persatuan tersebut. – mStar Online
TOP
Akibat Mabuk, Tetak Abang Sehingga Maut
Kota Belud – Akibat mabuk, seorang adik tergamak menetak abangnya dengan parang sehingga maut dalam kejadian di Kampung Tiong Kamburoan, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa, Lojimin Makking, 35, maut selepas mengalami pendarahan teruk akibat cedera di beberapa anggota badan termasuk tangan kanan yang hampir putus.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bersama suspek yang berusia 29 tahun bersama-sama minum minuman keras sehingga mabuk, sebelum pulang ke rumah mereka.
Sumber berkata, sebaik tiba di rumah, suspek ke dapur untuk minum, disusuli mangsa dari arah belakang.
Bagaimanapun, katanya, mangsa tiba-tiba memarahi suspek termasuk menendang pintu dan kerusi, selain cuba memukul suspek tanpa diketahui puncanya.
“Suspek yang mengelak daripada terkena pukulan sebelum ternampak parang dan mengambilnya.
RUMAH yang menjadi lokasi pergaduhan dan pembunuhan di Kampung Tiong Kamburoan.
“Suspek menetak mangsa di bahagian belakang badan dan tangan kanan sebelum mangsa meninggal dunia akibat pendarahan teruk dan tangan kanannya hampir putus,” katanya.
Menurutnya, ketika kejadian hanya dua beradik itu berada di dalam rumah. Katanya, suspek yang panik berlari keluar dari rumah bagi mendapatkan bantuan jiran sebelum ahli keluarganya pulang ke rumah.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Belud Asisten Superintendan Hassan Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa pada jam 4 pagi semalam, iaitu selepas hampir tujuh jam insiden berlaku.
Katanya, ahli keluarga mangsa dipercayai panik sehingga lewat membuat laporan polis.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui mayat seorang lelaki di ruang tamu rumah itu selepas dialihkan dari dapur oleh ahli keluarga yang lain.
“Polis turut menahan suspek yang juga adik lelaki kepada mangsa di rumah itu. Mayat mangsa di dibawa ke Hospital Kota Marudu untuk dibedah siasat,” katanya.
Hassan berkata, suspek akan direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. - myMetro Online
TOP
‘Pondan’ Rogol Wanita Hamil Di China
Shanghai – Seorang lelaki yang berpakaian perempuan ditahan kerana disyaki merogol dua wanita termasuk yang hamil ketika kejadian di rumah mereka dalam serangan yang berlaku dengan jarak 11 tahun.
Dalam kedua-dua kes, lelaki terbabit buruh binaan bernama Wang, 50-an, berpakaian seperti wanita sebelum mengikat mangsa dan memperkosa mereka.
Ketika ditahan Mei lalu, polis menemui pakaian wanita termasuk pakaian dalam serta rambut palsu di rumah Wang.
Wang yang mengakui gemar berpakaian seperti wanita berkata dia membeli pakaian berkenaan manakala ada yang dicuri dari ampaian.
Malah dia memberitahu pasukan penyiasat dia lebih mudah mendapat mangsa kerana wanita mudah percaya kepada wanita lain.
Wang ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita hamil April lalu di Daerah Songjiang namun ketika siasatan dijalankan dia berjaya dikaitkan dengan satu lagi kes serupa di Daerah Baoshan pada 2003.
Dalam kejadian di Songjiang, Wang yang memakai rambut palsu hitam, topi dan kot wanita memasuki rumah mangsa selepas wanita itu membiarkan pintunya terbuka ketika mengambil segelas air.
Wanita itu merayu tidak diapa-apakan kerana mengandung empat bulan, namun diikat, ditutup matanya sebelum dipukul dan dirogol.
Wang turut merompak wang serta telefon bimbit mangsa sebelum ditahan di sebuah lokasi pembinaan di bandar Dongjing.
Sementara itu, dalam kejadian pada 2003 pula Wang dipercayai mengekori seorang wanita ke rumahnya sambil memakai pakaian perempuan.
Dia kemudian menyerang wanita terbabit dan mengambil wang serta beberapa gambar selepas merogolnya. – Agensi
TOP
Kanak-Kanak Malang Maut Jika Makan Roti
Baltimore (Amerika Syarikat) – Kebanyakan kanak-kanak tidak akan berfikir dua kali sebelum menerima manisan serta gula-gula. Namun bagi Evan Grimes ia boleh membawa maut.
Kanak-kanak malang berusia 18 bulan ini mempunyai terlalu banyak alahan sehingga hanya mampu makan 11 jenis makanan selain terpaksa sering memakai sarung tangan untuk menghalangnya menggaru badannya sehingga berdarah disebabkan ruam yang sentiasa memenuhi tubuhnya.
Asid sitrik bahan yang biasa ditemui dalam minuman ringan, gula-gula dan roti boleh mengakibatkannya menjadi buta atau maut jika EpiPen (pen suntikan Epinefrin) tidak digunakan segera.
Jadi untuk mengelak nyawanya diletakkan dalam bahaya, ibunya Toya, 28, berjaya menyenaraikan hanya 11 makanan ‘selamat’ untuk anaknya itu.
Toya pertama kali merasakan sesuatu tidak kena dengan anaknya ketika Evan baru berusia dua bulan selepas kulit di sekitar matanya melepuh akibat jangkitan kuman.
Bayi itu diberikan steroid untuk meredakan kesakitannya, namun Evan terus mengalami masalah kulit teruk yang menyakitkannya sehingga kulit wajahnya nampak seperti melecur dan nipis.
“Ketika mula melihat tanda-tanda alahan padanya saya memakaikan sarung tangan bayi untuk menghalangnya daripada menggaru.
“Namun disebabkan terlalu gatal dia menggosok wajahnya menggunakan tangannya yang bersarung sehingga semakin melarat.
“Saya begitu risau dan tidak tahu apa punca alahannya menyebabkan dia sering gatal-gatal dan melepuh. Katil bayinya sentiasa dipenuhi darah,” katanya.
Menurutnya, seorang pakar dermatologi mencadangkan kemungkinan Evan alah terhadap asid sitrik berdasarkan pemerhatian terhadap pemakanannya.
Namun doktor enggan membuat ujian alahan terhadap Evan kerana mendakwa usianya terlalu muda.
“Saya merayu mereka membuat ujian kerana jelas anak saya merana. Dia menangis dan badannya berlumuran berdarah hampir setiap hari namun mereka enggan melayan permintaan itu,” katanya.
“Saya rasa tidak berdaya, kasihan melihat anak menderita seperti itu,” katanya.
Namun keadaan menjadi lebih baik selepas seorang pakar kulit yang tidak sampai hati melihat keadaan Evan bersetuju membuat ujian alahan ketika bayi itu berusia 15 bulan.
“Dia menangis apabila melihat keadaan Evan dan terus mengarahkan ujian darah dibuat,” katanya.
Hasilnya, Evan didapati mempunyai 46 alahan termasuk terhadap asid sitrik, kentang, kekacang, produk tenusu dan gandum seterusnya dia dirujuk kepada pakar dermatologi dan pakar pemakanan.
Kini Toya berjaya menyenaraikan 11 makanan ‘selamat’ untuk anaknya itu yang antaranya termasuk ayam belanda, kacang panjang, lobak merah, epal, anggur, pear dan sayuran hijau. – Agensi
TOP
Kongres AS Salur Bantuan RM722.7 juta Kepada Israel
WASHINGTON – Kongres Amerika Syarikat (AS) kelmarin menyegerakan bantuan berjumlah AS$225 juta (RM722.7 juta) bagi menyokong sistem pertahanan peluru berpandu Israel yang dikenali sebagai Iron Dome.
Kelulusan Dewan Perwakilan tersebut dibuat sebelum persidangan dewan ditangguhkan sempena cuti musim panas selama lima minggu.
Bantuan berkenaan akan digunakan untuk menambah bekalan peluru sistem pertahanan yang dikenali sebagai Iron Dome yang berjaya menembak jatuh berpuluh-puluh roket yang dilancarkan para pejuang Hamas sejak pertempuran tercetus lebih tiga minggu lalu.
Kongres meluluskan bantuan tersebut, dua hari selepas Pentagon mengumumkan penghantaran bekalan peluru kepada Israel.
Bantuan tersebut kini perlu ditandatangani oleh Presiden AS, Barack Obama untuk disahkan. – AP
TOP
Setuju Tukang Masak Tempatan
GEORGETOWN - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyokong cadangan Kerajaan Pulau Pinang menguatkuasakan larangan menggunakan pekerja asing sebagai tukang masak utama dalam perniagaan gerai makan bagi melindungi warisan makanan.
Beliau berkata cadangan itu disambut baik Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk mengekalkan keunikan dan keaslian makanan tempatan sebagai tarikan pelancong tempatan atau luar negara.
“Ramai pelancong datang ke Pulau Pinang khususnya untuk menikmati makanan tempatan di gerai-gerai penjaja kerana keaslian rasa tempatan. Kita tidak boleh mengharapkan keaslian itu, jika ia sediakan seorang tukang masak asing.
“Bagaimanakah, mahu menikmati makanan Pulau Pinang, jika tukang masak warga asing memasak makanan tempatan. Saya sendiri datang ke Pulau Pinang untuk mencari nasi kandar, penang asam laksa, keow teow basah yang mempunyai rasa yang asli tersendiri yang mana hanya boleh dihasilkan dengan ‘air tangan’ tukang masak tempatan sahaja,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kerusi Unik di Tapak Warisan Georgetown, sempena pelancaran Festival Georgetown, semalam.
Hadir sama, Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Beliau berkata tukang masak tempatan perlu berasa bangga dengan kemahiran tersendiri yang ada pada mereka.
“Oleh itu, saya minta ramai anak muda dan remaja perlu mengambil peluang menceburi bidang masakan makanan tempatan dengan standard yang sedia dengan rasa yang asli yang mana dapat mengekalkan warisan, pada masa akan datang,” katanya.
Sebelum ini, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) melakukan penyelidikan terdapat lebih 119 pekerja asing bekerja sebagai tukang masak di 68 pusat penjaja makanan di negeri ini.
Susulan itu, Guan Eng berkata, Pulau Pinang terkenal dengan makanan penjaja dan semua makanannya perlu mempunyai rasa tempatan manakala tukang masak asing dengan rasa masakan negara masing-masing.
“Ia tidak menepati tujuan meluluskan lesen penjaja kepada penduduk tempatan jika penjaja mengupah pekerja asing sebagai tukang masak utama mereka,” katanya.
Beliau juga mengingatkan penjaja untuk mengupah pekerja asing hanya sebagai pembantu dan pelayan dan bukan sebagai tukang masak utama.
“Kami akan mengambil kira keperluan orang ramai sebelum melaksanakan larangan itu, “ katanya.
Lebih 68 pusat penjaja makanan diperiksa dalam penyelidikan itu, dengan majoriti gerai penjaja dikendalikan oleh pekerja asing di Bayan Baru, Relau, Jelutong dan Tanjung Tokong.
Untuk itu, kerajaan negeri mengambil inisiatif mengumpul pandangan orang awam mengenai isu tukang masak warga asing menyediakan makanan tempatan melalui soal selidik sehingga 31 Ogos ini.
Seramai, 50 pegawai MPPP ditugaskan mengumpul pandangan di lokasi strategik yang menjadi tumpuan pelancongan tempatan dan luar. - Sinar Harian
TOP
Emas milik Pallikal. AFP Amalaha ditarik
Glasgow: Pingat emas atlet angkat berat remaja Nigeria, Chika Amalaha (gambar) yang dimenanginya dalam acara 53 kilogram (kg) wanita ditarik balik selepas disahkan gagal ujian dadah, umum Persekutuan Sukan Komanwel (CGF).
Amalaha yang baharu berusia 16 tahun muncul atlet wanita termuda yang memenangi emas dalam acara angkat berat ketika mengangkat bebanan 196kg untuk mengatasi Dika Toua dari Papua New Guinea.
Langgar peraturan
Bagaimanapun, empat hari selepas dia memenangi acara itu pada 25 Julai lalu, CGF mengumumkan dia digantung buat sementara, selepas sampel A pada ujian yang dilakukan menemui bahan terlarang, amiloride dan hydrochlorothiazide. CGF dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata: “Persekutuan Sukan Komanwel mendapati atlet Nigeria, Chika Amalaha melanggar peraturan anti- doping dan dia digantung daripada Sukan Komanwel di Glasgow kali ini. “Hasilnya, Amalaha hilang kelayakan untuk acara yang disertainya dan keputusan yang dicatat pada pertandingan kali ini turut dibatalkan. “Pingat emas untuk acara ini dimenangi oleh Toua, manakala dua atlet India, Santoshi Matsa dan Swati Singh masing-masing memenangi pingat perak dan gangsa.” - Berita Harian

Padah Terlalu Harapkan Chong Wei
“Sebagai bekas pemain dan jurulatih, saya memang kecewa apabila kita gagal mengekalkan pingat emas acara perseorangan badminton yang dimenangi enam kali berturut-turut pada Sukan Komanwel,” kata jurulatih perseorangan skuad negara, Rashid Sidek.
“Kita terlalu mengharapkan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei untuk meraih emas. Kalau Chong Wei tidak ada, pemain kita tidak boleh buat apaapa, mereka tidak boleh pikul tanggungjawab yang diberikan,” katanya ketika di sini, semalam.
Rashid mengulas kegagalan Chong Wei Feng dan Liew Daren melangkah ke separuh akhir acara perseorangan badminton di Arena Emirates, semalam, sekali gus meleburkan rekod penguasaan Malaysia sebagai pemenang pingat emas acara itu pada Sukan Komanwel enam kali berturut-turut sejak tahun 1990.
Kedua-dua pemain terbabit juga gagal membuktikan diri mereka paling layak menjadi pengganti Chong Wei. - Berita Harian
TOP
Dirompak Mat Rempit Selepas Kemalangan
SERDANG - Dirompak mat rempit selepas terbabit dalam kemalangan. Itu yang dialami bekas ahli kumpulan X-Factor, James Vernon Budge atau nama Islamnya Hafiz di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) di sini, kira-kira jam 3 pagi, semalam.
Menceritakan kejadian itu, rakan Hafiz yang dikenali sebagai Siew Mei berkata, Hafiz dalam perjalanan dari Pahang selepas menemui isterinya yang baru keguguran anak pertama.
"Hafiz tidak menyedari bagaimana kenderaan yang dinaikinya terbabas kerana ia berlaku begitu pantas.
“Dalam pada dia menanggung kesakitan akibat kemalangan, dia dirompak pula,” katanya.
Menurutnya, mujur orang awam yang menyedari kemalangan tersebut bertindak membantu Hafiz.
“Keadaan Hafiz kini stabil. Dia mengalami kecederaan di bahagian mata akibat terkena serpihan kaca dan kecederaan di dada. Akibat kecederaan itu, dia sudah menjalani pembedahan dan dijangka keluar hospital beberapa hari lagi,” katanya.
Hafiz yang memeluk Islam pada 2000 mengalami kerugian RM2,500.- Sinar Harian
TOP
Jika saya disingkir, Selangor milik BN – Khalid
“Saya beri amaran kepada Pakatan Rakyat (PR) jika saya disingkirkan, negeri Selangor akan balik kepada Barisan Nasional.
“Saya tidak akan undur diri. Tetapi saya minta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kemukakan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) jika itu yang mereka mahu,” kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tanpa berselindung atau mungkin sudah muak dengan karenah ahli dan pemimpin parti, Menteri Besar Selangor itu menjelaskan masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sudah tidak boleh disorok lagi dan sangat memalukan.
“Saya tidak mahu bercakap banyak mengenai masalah tetapi apa yang berlaku sepatutnya tidak berlaku. Amatkah memalukan bila orang luar melihat perangai ahli PKR.
“Terus terang saya nyatakan di sini, bukan ugutan tetapi jika saya dipaksa meletak jawatan dengan cara ini, saya amat yakin Selangor akan dirampas oleh BN dengan mudah nanti,” tegasnya.
Selangor terus bergolak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 apabila ada pihak dalam PKR tidak setuju khidmat Khalid disambung walaupun mendapat sokongan penuh Pas dan DAP.
Malah kekecohan dalam pemilihan PKR yang belum selesai hingga hari ini turut memburukkan Abdul Khalid dan parti itu sendiri di mata umum. -- Malaysia Gazette
TOP
Kekayaan Mark Zuckerberg Melampaui Pengasas Google
Kekayaan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, semakin meningkat tinggi. Malah kekayaan Zuckerberg kini lebih besar jika dibandingkan dengan dua pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin.
Memetik laman Mashable, Jumaat (1/8/2014), kekayaan Zuckerberg mengalami peningkatan dalam beberapa bulan terakhir kerana harga saham Facebook yang terus merangkak naik. Dengan ini, Zuckerberg mencapai tonggak baru dengan nilai kekayaan US$ 33,3 billion.
Dengan jumlah itu, dia kini lebih kaya daripada Page dan Brin. Menurut Billionaires Index Bloomberg, Page memiliki kekayaan sebesar US$ 33,2 miliar dan Brin US$ 32,9 miliar.
Raksasa laman sosial itu memiliki seramai 1,32 billion pengguna aktif bulanan dan 829 juta pengguna aktif setiap hari. Jumlah ini masing-masing naik dari 819 juta dan 699 juta pada tahun sebelumnya.
Pendapatan Facebook juga mengalami peningkatan hampir US$ 2,91 billion pada akhir Jun 2014. Pendapatn terbesar berasal dari penjualan iklan.
Pendapatan Facebook naik lebih dari 60 peratus dari suku yang sama pada tahun lalu. Jumlah pendapatan iklan mencapai US$ 2,68 billion , tumbuh 67 peratus dari tahun ke tahun. Iklan mobile menyumbang sebanyak 62 peratus dalam pendapatan iklan. - SiakapKeli.com
TOP
Isu Kelvin Yip : Polis Akan Bertindak
Kuala Lumpur, 3 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan sekali gus akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook yang menggunakan identiti Kelvin Yip kerana memaparkan kenyataan yang nyata menyinggung sensitiviti umat Islam di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis kini menyiasat akaun Facebook terbabit bagi mengesan pemiliknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Kita tidak akan berdiam diri atas kesalahan undang-undang ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Utusan Malaysia
TOP
Pengantin Bakar Bendera Kahwin Di Majlis Perkahwinan
JASIN – Sepasang pengantin mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka dengan memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin.
Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya berkerjaya sebagai arkitek, bertindak melakukan perkara itu kerana amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.
Mohd Hilmi berkata, sebagai seorang Islam, secara keras membantah tindakan tidak berperikemanusiaan itu.
“Kami kesal dan berasa sedih apabila melihat kekejaman ini dan seluruh umat Islam perlu membantah sekeras-kerasnya mengeji tindakan Israel,” katanya.
Norfadhilah berkata, biarpun sekadar tanda protes memijak bendera Israel namun, selayaknya Israel mendapat penghinaan.
“Selayaknya mereka dihina dan tidak sepatutnya menzalimi orang ternyata tidak bersalah,” katanya.
Pada majlis persandingan kira-kira jam 2 petang semalam, kedua-dua pasangan mempelai itu berarak memasuki halaman kediaman di Kampung Umbai sebelum memijak dan membakar bendera Israel.
Terdahulu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman itu untuk dipijak hampir 3,000 tetamu yang menghadiri majlis.
Tindakan memijak bendera sebagai simbolik menjelaskan Israel hanya layak diletakkan di bawah telapak kaki umat Islam selain membangkitkan rasa marah terhadap kekejaman rejim terbabit. - Sinar Harian
TOP
2,319 Saman Dikeluarkan Guna Lorong Kecemasan
Kuala Lumpur: Sebanyak 195 kematian dicatat di seluruh negara sepanjang 12 hari Ops Selamat dilaksanakan, membabitkan 178 kes kemalangan.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fuad Latiff, berkata sepanjang tempoh itu, 15,122 kemalangan dilaporkan berlaku di lebuh raya, Jalan Persekutuan, jalan bandaran dan pelbagai jalan lain.
“Sejak 12 hari dilaksanakan (Ops Selamat), 195 kematian dilaporkan dengan 32 kematian (16 peratus) berlaku di kawasan Ops Selamat.
“Baki 163 kematian (84 peratus) berlaku di luar kawasan operasi dengan penunggang motosikal paling ramai maut iaitu 112 kematian, diikuti mereka yang menaiki motokar sebanyak 48 kematian,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Fuad berkata, daripada 167,456 saman yang dikeluarkan, 2,319 saman dikenakan ke atas pesalah trafik yang menggunakan lorong kecemasan dan 1,316 saman atas kesalahan memotong garisan berkembar.
“Saman maksimum RM300 dikenakan ke atas pemandu yang melakukan kesalahan memotong di lorong kecemasan. “Jika pesalah trafik itu ditahan ketika melakukan kesalahan, mereka perlu membayar saman serta- merta,” katanya.
Sementara itu, Fuad berkata, seramai 20,081 orang awam membuat laporan sebagai pemberitahuan akan meninggalkan rumah masing-masing untuk bercuti Aidilfitri dengan mengisi borang Maklumat Balik Kampung bagi memudahkan polis membuat rondaan dan pemantauan.
“Sepanjang Ops Selamat, 44,669 rumah dipantau oleh anggota kami yang melakukan rondaan berkala untuk memastikan tiada kejadian jenayah seperti pecah rumah,” katanya. - Berita Harian
TOP
Rakyat M'sia Muatnaik Gambar Tanda Sokong Israel Di Facebook?
Tak disangka, dalam seluruh rakyat Malaysia berfikiran waras mengecam tindakan israel, ada juga yang pendek akalnya.
Mereka-mereka yang pendek akal ini memuat naik gambar di laman Facebook WZO untuk menunjukkan sokongan kepada israel. Bukan seorang, tetapi beberapa orang juga yang dilihat berasal dari Malaysia.
Yang paling terang sekali, gadis dibawah ini yang dengan beraninya memuat naik gambar mukanya beserta kertas yang bertulis " Together we win, !#@$# - From Malaysia" berserta dengan lambang bintang zionis. Gadis berkenaan mentag gambarnya dengan #penang, yang mungkin menunjukkan dia berasal dari penang.
Yang lain hanya berani memuat naik gambar pasport Malaysia bersama dengan slogan together-gather tersebut. Mungkin juga gadis dalam gambar tadi cuba mencari publisiti murahan. Wallahu’alam
- SiakapKeli.com

Air Selangor Kena Sabotaj Lagi
BESTARI JAYA - Enam pam di bawah pengawasan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi aliran masuk Sungai Selangor ke Kolam Hang Tuah, di sini didakwa disabotaj awal pagi semalam.
Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, enam pam power-pack terbabit didakwa dipotong individu tidak bertanggungjawab sekitar jam 1 pagi dan kejadian ini dianggap serius kerana ia boleh menjejaskan bekalan air rakyat Selangor.
“Saya menerima SMS memaklumkan perkara itu sekitar 2.30 pagi semalam. Melalui pemerhatian saya tiada barang yang bernilai pada pendawaian tersebut yang menarik perhatian untuk dipotong dan saya merasakan ada unsur sabotaj pada sistem pengepaman kita.
“Kita bernasib baik kerana dawai yang dipotong itu untuk pam air dari sungai masuk ke kolam dan ini tidak mengganggu pengeluaran air dar kolam ke sungai yang sedang kita laksanakan sekarang ini.
“Bagaimanapun, kita memandang serius perkara ini dan kita tidak mahu ia berterusan kerana sebelum ini juga pengepaman kita pernah disabotaj dan perkara seperti ini merugikan kita,” katanya ketika ditemui melawat lokasi kejadian, semalam.
Hadir sama, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Mohd Khairi Selamat.
Sehubungan itu katanya, pada mesyuarat jawatankuasa air minggu depan akan memberi penekanan terhadap perbincangan isu keselamatan dan kebajikan operator yang bertugas di lokasi pam.
Cadang tingkat keselamatan
Beliau berkata, perkara itu antara lain turut membincangkan sama ada kepentingan menambah jumlah pasukan keselamatan, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk mengawal. “Buat masa ini, kita tempatkan dua anggota Rela di setiap pam kita di mana jumlah keseluruhan 28 pam dan di Bestari Jaya terdapat 24 pam. “Apabila berlaku perkara seperti ini, kita mungkin untuk mempertimbangkan penambahan jumlah operator atau anggota Rela supaya setiap masa ada pengawasan dan meminta kerjasama pegawai daerah untuk menjadualkan semula,” katanya. Ahmad Yunus berkata, kerajaan negeri akan membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan dalam pada itu meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil membantu siasatan. “Kita bimbang keselamatan operator kita jika masalah ini kerap berulang. Dalam usaha kita menuju kepada sistem infrastruktur kelas pertama tetapi sistem atau pemikiran masih berada pada kelas yang ketiga. Kejadian ini menunjukkan mereka yang terlibat tiada rasa tanggungjawab ke atas usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk mengatasi isu air pada masa ini,” katanya.
Jamin tiada catuan air
Sementara itu, beliau memberi jaminan tiada catuan air dalam masa terdekat dan minggu hadapan kerajaan negeri akan meningkatkan kapasiti pengepaman kepada 800 juta liter sehari (JLH). Beliau menambah, paras Sungai Selangor dijangka mencukupi hingga tiga minggu dan setakat ini kerajaan negeri meneruskan usaha mengepam keluar air daripada kolam ke sungai dengan kapasiti 400 hingga 500 JLH. “Setakat ini keputusan masih sama iaitu tiada catuan air dan sentiasa memantau kolam-kolam kita manakala pembenihan awan dilakukan dua kali sehari. “Kita laksanakan pembenihan awan seluruh negeri dan bukan hanya tertumpu di Sungai Selangor malah di Sungai Langat, Sungai Klang yang menjadi sumber air mentah untuk dirawat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang membuat kenyataan Abdul Khalid berpura-pura tidak tahu air di Selangor berada pada tahap darurat dan mencadangkan catuan dan penjimatan air perlu dilakukan segera sebelum Selangor kehabisan bekalan air.
MB gesa polis siasat
Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui laman Facebooknya menggesa pihak berkuasa segera melakukan siasatan sabotaj bekalan air di Selangor, “Bekalan air sekali lagi disabotaj awal pagi tadi. Mohon pihak Polis Diraja Malaysia lakukan siasatan segera dan hentikan perbuatan khianat ini,” katanya. Sabotaj ini bukan kali pertama berlaku dan sebelum ini, sekumpulan samseng menghalau operator yang bertugas di projek HORAS, laporan polis telah dibuat pada 27 Julai lalu. - Sinar Harian

MH17 : Hanya 62 Mayat Berada Dalam Keadaan Sempurna
Hanya 62 mayat yang ditemui di lokasi nahas pesawat MH17 masih berada dalam keadaan sempurna.
Itu yang dimaklumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu.
Beliau percaya bahagian mayat yang masih belum ditemui masih berselerakan di sekitar kawasan nahas.
“Bahagian mayat itu bertaburan di sekitar kawasan seluas 15 kilometer persegi, banyak kerja yang perlu dilakukan.
“Kita benar-benar berharap dapat sampai di lokasi kejadian dan memohon bantuan penduduk tempatan untuk mengenalpasti di mana bahagian mayat yang belum ditemui berada,” katanya kepada Astro AWANI dalam satu wawancara eksklusif dari Kiev.
Meskipun yakin dengan hasil siasatan yang dijalankan dengan bantuan pakar, Khalid berkata beliau tidak tahu selama namakah siasatan akan dapat dilengkapkan.
Katanya adalah cukup dikesali pasukan penyiasat tidak dapat tiba seawal mungkin di lokasi berikutan situasi keselamatan dan prosedur sedia ada.
“Setiap negara ada undang-undang dan sistem masing-masing. Kita tiada pilihan. Kita harus menghormati undang-undang dan sistem yang ada di setiap negara yang terlibat,” katanya.
Khalid turut mengakui kawasan nahas telah terbiar untuk satu tempoh yang lama dan ada kemungkinan bahan bukti telah diubah.
Walau bagaimanapun, pasukan penyiasat harus terus ke lokasi dengan segera dan menyiasat apa sahaja sisa nahas yang masih ada, tambahnya.
Pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang sedang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pro Rusia di Donetsk ke Timur Ukraine ketika dalam perjalanan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu. - Astro Awani
TOP
Gambar ‘selfie’ Tentera Russia Cetus Kontroversi
Moscow: Beberapa gambar yang dirakamkan seorang askar Russia mencetuskan kontroversi apabila didapati ia mungkin diambil di Ukraine, walaupun Moscow menafikan bahawa tenteranya campur tangan di kawasan konflik sempadan negara itu.
Alexander Sotkin, 24, seorang askar Russia dan biasa berkongsi gambar di Instagram barubaru ini memuat naik satu siri imej ‘selfie’ beliau yang berpakaian seragam tentera. Ketika gambar terbabit tidak menunjukkan apaapa, data geolokasi aplikasi menunjukkan bahawa sebilangan gambar terbabit diambil di Ukraine.
Gambar yang dikongsi di Instagram boleh dikesan menerusi geotag di mana lokasi gambar dirakamkan akan disiarkan bersama gambar terbabit.
Satu siri imej terdahulu menunjukkan lokasi Sotkin adalah di kampung Voloshino, selatan Russia tempat tentera itu berpangkalan. Tetapi dua gambar yang dikirimkan pada 5 dan 6 Julai menunjukkan ia adalah 10 kilometer dari sempadan Ukraine. Pertama kali dilaporkan halaman berita Amerika Syarikat, BuzzFeed, dua ‘selfie’ terbabit menunjukkan bukti bahawa tentera Russia itu merentasi sempadan Ukraine walaupun ia dinafikan oleh Kremlin. - Berita Harian

Ronaldo tidak nafi pulang ke Old Trafford
Cristiano Ronaldo tidak menolak akan pulang ke pangkuan Manchester United.
Pemain berusia 29 tahun, yang meninggalkan Old Trafford pada 2009, pernah dikaitkan untuk kembali bersama United musim lalu sebelum menandatangani perjanjian jangka panjang baru dengan Real Madrid.
Dia kini diikat beraksi di Bernabeu sehingga 2018, yang mana usianya bakal menjangkau usia 33 tahun ketika berakhirnya termaberkenaan. Namun ketika disoal menjelang pertemuan Real dengan United di Michigan awal pagi tadi sama ada dia akan kembali menyertai bekas kelab lamanya itu, penyerang Portugal itu tidak menolak kemungkinan ia akan berlaku.
Kelab kegemaran
“Sudah tentu, ia adalah kelab kegemaran saya, Manchester, semua orang tahu apabila saya bercakap mengenai Real saya juga akan bercakap tentang United, saya suka beraksi di sana.
“Sudah tentu, ia adalah kelab kegemaran saya, Manchester, semua orang tahu apabila saya bercakap mengenai Real saya juga akan bercakap tentang United, saya suka beraksi di sana.
TOP
Hamas Ajak Hizbullah Bergabung Tenaga Hancur Israel
Gaza - Kumpulan Hamas meminta Hizbullah dari Lebanon untuk bergabung tenaga untuk memerangi militan Israel, demi menghalang serangan dari zionis yang telah dilancarkan selama 23 hari.
"Kami berharap barisan hadapan Lebanon bergabung dengan barisan kami melawan Israel," ujar Hamas Abu Marzouk kepada RIA Novosti, yang dimuat Al-Arabiya, Khamis (31/7/2014)
Menurutnya, pasukan Lebanon sangat bernilai bagi mereka. Hizbullah dinilai memiliki kekuatan yang boleh menghancurkan Israel.
"Tak ada yang boleh mematahkan kekuatan Lebanon," jelas Marzouk.
Bantuan dari Hizbullah sebelumnya telah ditawarkan oleh pemimpin, Hassan Nasrallah. Dia mengatakan pihaknya siap sedia membantu Hamas yang mempertahankan tanah kelahiran mereka dari gempuran Israel.
"Hizbullah dan kumpulan Lebanon lainnya berdiri di samping rakyat Palestin dan membantu Hamas mengatur strategi, juga berusaha menyelesaikan konflik," ujar Nasrallah, 22 Julai.
Dia menegaskan pihaknya optimis untuk menjadi "tembok pertahanan" bagi Hamas dan menghancurkan Israel. Keyakinan itu lantaran keberhasilan Hizbullah menghadapi Israel pada tahun 2005. - SiakapKeli.com
TOP
Pemandu Myvi Sombong, Hina Penunggang Motosikal…
HA, jangan ingat pengguna kereta Peugeot 208 seperti Kiki saja yang punya sifat riak dalam diri.
Orang yang pakai Myvi pun boleh ada perasaan megah dan memandang rendah terhadap insan lain yang hanya menaiki motosikal.
Perkara ini diceritakan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Manaf Zul, baru-baru ini:
Kisah Pemandu Myvi Yang Sombong, Hina Penunggang Motosikal
“Kereta yang hampir melangar aku tadi. Semasa berada di lorong membelok ke kanan, tiba2 kereta ini bergerak terus dan tidak membelok kejalan yang sepatutnya mngikut arah jalan yang betul. Semasa kereta ini bergerak, hampir melangar kaki aku tapi sempat mengelak dengan mengangkat kaki dan tampan tangan aku dengan tepuk pada cermin tepi sebelah belakang kereta depa ini untuk beritahu mereka yang aku kat sebelah tapi dengan selamber saja dia gerak terus tanpa hiraukan aku yang hampir jatuh. Lepas tu depa berhenti kat depan aku pun pi.. Aku tanya, “Kenapa jalan terus sepatutnya jalan tu membelok kekanan?” Dengan selamber juga dia jawab, ” Kau tak ada otak ka tepuk kereta aku. Ikut aku la nak jalan terus bleh jalan ja jalan tu.” Aku pun cakap anak panah tunjuk belok kekanan bukan jalan terus. Klu langar aku mcm mna.. Minah keberet ni jawab balik: “Klu langar kau pun, aku bleh bayar la kau bodo. Yang kau tepuk kereta aku kenapa , dah la kau tu pakai motor ja. Dah la mcm kiki..” Aku cakap balik, “Kiki lagi baik pada angpa. Klu tak puas hati buat repot polis..” Minah ni pun cakap: “Aku jalan betul la kau nak main ngan polis plak ek tguu sini aku col polis.” Tgu punya tgu tak tepon pun polis. Aduih minah klu dah salah tu salah la. Minah ni pun cakap lagi, tggu aku ambik gambar masuk fb dengan you tube.. Aku pun buat jari pease masa dia ambik gambaq aku hahah.. Ni meroyan mcm naik insing mcm dia betul haha..zaman sekarang klu bertudung tu belum tentu beradab… Dah la bawa kereta sambil main telefon. Mujur aku tahan tangan aku kat kereta depa ni tadi td tdak dia bt tak tau jlan ja..ayat minah keberet ni yang paling menarik!!! (KLU LANGAR KAU PUN AKU BLEH BAYAR LA DAH LA KAU NAIK MOTOR JA) Aduyaii….tapi naik kereta Myvi ja kihkihkihkih.” Apa yang cuba kami sampaikan menerusi kisah ini bukanlah mengenai siapa yang bersalah atau kereta jenis apa yang dinaiki oleh gadis-gadis itu, sebaliknya lebih kepada adab sesama manusia. Kalau bawa Myvi pun boleh sombong begini, tak tahulah kalau bawa kereta lain yang lebih mahal… Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Stacy Dan Akim Berpakaian Sedondon, Sambut Raya Bersama
SEHINGGA ke hari ini, penyanyi Akim Ahmad tidak pernah mengaku yang dia dan Stacy merupakan pasangan bercinta.
Jika ditanya, jawapannya lebih kepada jawapan selamat iaitu, ‘senang berkawan’.
Tetapi, kalau dilihat pada gambar raya yang dimuatnaik Stacy di akaun Instagramnya, mungkin kita sudah boleh membuat kesimpulan bahawa sememangnya ada sesuatu yang istimewa antara kedua-duanya.
Kalau sudah berpakaian sedondon, apa maknanya ya?
Turut dilihat bersama, anak angkat Stacy iaitu Bella Deluna Valentina. Sekali tengok dah macam keluarga bahagia pula kan? Kalau betul berpacaran, tahniah kami ucapkan dan diharapkan hubungan itu akan terus mekar hingga ke jinjang pelamin… Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Pengguna Temui Cebisan Sarung Tangan Getah Dalam Sos Cili…
MUNGKIN bendasing yang dijumpai dalam sos cili oleh seorang pengguna tidak seteruk yang pernah dilaporkan sebelum ini, tapi ia tetap mengundang mudarat.
Memetik maklumat dari Facebook Oh!Media, ia merupakan cebisan sarung tangan getah yang tertinggal di dalam botol sos tersebut.
Menurut pengadunya, kehadiran bendasing itu hanya disedari selepas sos cili tersebut hampir habis dimakan. Hai..nasib baiklah sarung tangan getah! Bayangkan kalau kondom, memang naya dibuatnya… Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

GAMBAR: Fasha Sandha Raikan Syawal Bersama Keluarga
DALAM keghairahan kita menyaksikan gambar para selebriti menyambut Aidilfitri ini, hampir terlupa pula kami dengan pelakon yang kini sedang sarat mengandung, Fasha Sandha.
Menerusi akaun Instagramnya, Fasha telah memuatnaik beberapa gambarnya menyambut hari raya bersama keluarga tercinta.
Biarpun tampak cukup berisi, pelakon itu tetap cantik biarpun hanya mengenakan solekan tipis.
Apapun, jom layan gambar-gambar raya Fasha!
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Apapun, jom layan gambar-gambar raya Fasha!
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Gaza: Laporan Berita Singapura Yang menyokong Israel
Telah diketahui, negara jiran Malaysia, Singapura merupakan sekutu kuat negara Israel di Asia.
Tahukah anda, di Singapura ada ditempatkan pejabat ejen risikan negara zionis itu, Mossad ?
Itu mencerminkan hubungan baik antara kedua negara itu sehingga Singapura juga digelar Israel Asia Tenggara kerana memiliki sikap yang hampir sama. Oleh kerana itu, laporan berita dari Singapura berkaitan serangan yang dilancarkan Israel ke atas Palestin telah disampaikan dengan cara yang agak pelik. Dalam satu laporan berita berkaitan serangan, berita dari sebuah stesen televisyen di negara itu memaklumkan bahawa negara Singapura amat prihatin dan menyifatkan ‘serangan’ terhadap Israel oleh Palestin perlu segera dihentikan. “Israel perlu menahan diri, elak kematian orang awam,” menurut perkataan tertera di paparan grafik laporan berkenaan. Kebanyakan masyarakat dunia ketika ini jelas dengan keadaan yang berlaku bahawa Israel yang merampas sebahagian tanah milik Palestin untuk mewujudkan negara Yahudi kini menyerang negara Israel ekoran kerakusan dan kekejaman mereka ke atas Islam. Apa yang berlaku sekarang sebenarnya, negara Islam Palestin sedang berhadapan dugaan hebat mempertahankan bumi mereka daripada pencerobohan Israel dan juga mempertahankan Islam daripada terus dihina dengan kejam. Kebebasan rakyat Palestin yang tidak berdosa disekat dengan pembinaan tembok besi mengelilingi Semenanjung Gaza bagi kononnya mengelakkan serangan dari Palestin tetapi sebaliknya bagi memudahkan mereka membunuh penduduk Islam Palestin. Tidak cukup dengan pejuang Hamas yang menjadi mangsa serangan, wanita dan kanak-kanak juga turut terkorban dalam keadaan menyayat hati daripada serangan udara yang dilaksanakan bertubi-tubi itu. Dilaporkan media antarabangsa, sehingga kini angka kematian warga Palestin sudah pun dikatakan mencecah lebih 700 orang sejak serangan dilancarkan awal minggu ini. Sudah menjadi tanggunjawab Singapura yang menjadi sekutu kuat kuasa jahat dunia itu untuk memberikan laporan berita yang menyebelahi rejim Zionis itu. Dikhabarkan kini, pihak Israel sedang mengumpulkan kira-kira 40,000 askar dan kereta perisai bagi melaksanakan peringkat seterusnya serangan iaitu serangan darat. – MYNEWSHUB.MY Oleh : KUMBANG WIRA

Singapura Halang Isyarat Satelit TV1 Siar Kekejaman Israel?
PASTI anda masih ingat kisah laporan berita dari stesen televisyen Singapura yang menyiarkan isu serangan tentera Zionis terhadap Palestin dengan cara yang agak ‘berbeza’.
Mereka dilihat lebih bersimpati dengan Israel yang dianggap menjadi ‘mangsa’ Palestin.
Terbaru, menerusi ‘screeshoot’ status Facebook yang mula viral di laman sosial, televisyen Singapura dikatakan kerap terputus isyarat satelit yang menghubungkannya dengan saluran TV1.
Peliknya, ia berlaku setiap kali saluran tersebut menyiarkan perkembangan mengenai serangan Israel ke atas Gaza.
Bagaimanapun, ia tidak berlaku jika isu tersebut tidak membabitkan kekejaman tentera Zionis itu.
Hmm, setakat ini kami tak berani untuk mengesahkan kesahihan perkara ini.
Tapi, kalau mengikut pengamatan kami selama ini, Singapura memang merupakan sekutu kuat Zionis dan tidak mustahil kerajaan negara itu mahu menutup kekejaman yang dilakukan oleh kuasa jahat dunia itu di mata rakyatnya.
Tak gitu?
Singapura Halang Isyarat Satelit TV1 Siar Kekejaman Israel? Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Singapura Halang Isyarat Satelit TV1 Siar Kekejaman Israel? Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Sengal…Julia Perez ‘Bergomol’ Dengan Anjing Di Bulan Syawal
KALAU tiada kontroversi, bukan Julia Perez namanya!
Aktres negara seberang yang kerap tampil dengan pakaian dan gaya seksi itu mencetuskan satu lagi isu panas apabila memuatnaik gambarnya bersama anjing di akaun Instagramnya. Jika anda keliru dengan status agamanya, biar kami maklumkan yang Julia merupakan seorang penganut agama Islam dan pernah menunaikan umrah sebelum ini.
Sengal...Julia Perez 'Bergomol' Dengan Anjing Di Bulan Syawal Bagi kami, tidak salah untuk menyayangi binatang, namun menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan adalah haram kecuali untuk tujuan pemburuan atau keselamatan. Apatah lagi Julia bergambar dengan aksi yang kurang ‘enak’ untuk dilihat umum terutama di bulan Syawal ini. Ternyata tindakan itu mengundang kritikan oleh kebanyakan pengikut di akaun sosialnya itu yang jelas tidak bersetuju dengan perlakuan aktres itu. Apapun, mungkin ini satu lagi isu yang sengaja ditimbulkan oleh Julia bagi menaikkan namanya walaupun dengan cara ‘kotor’.

Buah Pic Pakai Celana, Laris Di Pasaran
Nanjing – Seorang penjual buah mempunyai cara tersendiri untuk melarikan buah pic yang dijualnya iaitu dengan memakaikan buah berkenaan celana dalam wanita.
Menurut Yao Yuan, dia mendapat idea berkenaan selepas mendapati terdapat persamaan antara buah pic dengan punggung wanita.
“Buah pic dan punggung wanita kelihatan sama, jadi saya berpendapat apa salahnya jika saya mencuba.
“Ia bukannya sesuatu yang dilakukan oleh orang lain,’’ katanya.
Yuan telah mengupah sebuah syarikat membuat celana dalam wanita untuk menghasilkan celana kecil dan kemudian meletakkannya pada buah pic berkenaan.
“Syarikat yang membekalkan celana ini juga menghasilkan seluar dalam untuk pekerja terkenal di seluruh dunia,’’ katanya.
Jelasnya, bukan sesuatu yang memalukan untuk menjual buah pic berkenaan malah dia mendapat permintaan daripada seorang pelanggan yang mahu sembilan buah pic dengan diletakkan celana berenda dan rantai serta kunci.
TOP
Kanak-Kanak Malang, Maut Jatuh Dalam Air Gula Mendidih
New Delhi – Menyayat hati. Kematian seorang kanak-kanak yang berusia tiga tahun, Dev memang mengharukan. Apa tidaknya, akibat kecuaian pihak lain, dia menjadi mangsa.
Dev meninggal dunia selepas terlepas dari dukungan ibunya dan terjatuh ke dalam air gula yang sedang mendidih, selepas ibunya dilanggar oleh sebuah beca.
Ketika kejadian, mereka berada di luar sebuah kedai. Pada waktu itu, pemilik kedai terbabit sedang memanaskan gula dan Dev terjatuh ke dalam air gula yang menggelegakkan itu.
Manakala pemandu beca itu melarikan diri dan tidak dapat dikesan kerana nombor pendaftaran becanya tidak didaftarkan dengan pihak berkuasa.
Menurut ibunya, Pinky, selepas anaknya terjatuh dalam air gula itu, dia menjerit namun tiada siapa yang datang menolong.
Pinky juga mengalami kecederaan di kedua tangannya selepas dia cuba menarik anaknya daripada air gula yang sedang panas itu.
Mereka dibawa ke hospital namun Dev meninggal dunia.
Pinky kini bercadang menyaman pemilik kedai berkenaan kerana memasak air gula di luar kedai, tanpa sebarang pengawasan atau menutupnya.
Sementara orang ramai pula berkumpul di depan balai polis, bagi menuntut supaya hukuman diambil ke atas penarik beca berkenaan.
TOP
Tu Diaaaa….Balik Kampung Beraya Naik Helikopter!
Pergh!!!! Dahsyat sungguh kalau apa yang dikhabarkan ini benar .. sebab tidak sanggup berasak-asak dengan kesesakan lalulintas di jalanraya, maka ambil jalan alternatif dengan menaiki helikopter balik kampung untuk berhariya.
Dari satu sudut kira perlu diberikan tabik spring sebab berusaha bersungguh untuk beraya dengan kedua ibu bapanya di kampung .. HENDAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH. Lokasi di Segamat Johor. – omakkau.blogspot.com

Baju Raya Paling HAVOC…Baju Kebaya + Baju Melayu, KEBAYU!
MEMANG ‘havoc’ betul baju raya abang kita ni.
Tak pernah dibuat orang!
Baju rayanya ada gabungan baju kebaya dengan baju Melayu gitu….kelass kau Jah.
Entah manalah dia dapat idea buat baju macam ni…tak mengapalah janji dia bahagia.
Mana tau akan datang Jakell nak guna konsep ni…letak pula Aaron Aziz jadi duta produk, mesti terlajak laris!
(sumber gambar blogserius.blogspot.com)

PDRM Minta Orang Ramai Jangan Percaya Maklumat Palsu
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan kononnya terdapat sindiket menjual pemegang kunci yang boleh menjejaki pembeli untuk mereka melakukan jenayah ke atas pembeli terbabit.
PDRM dalam satu kenyataan media memberitahu, dakwaan itu kini tersebar secara meluas melalui media sosial terutama aplikasi whatsapp.
“Orang ramai dinasihati supaya tidak mempercayai maklumat berhubung dakwaan penjualan pemegang kunci oleh sindiket di tempat awam yang mempunyai peranti pengesan bagi membolehkan mangsa dijejaki oleh penjenayah tanpa disedari,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, pihak polis tidak menerima sebarang laporan berhubung jenayah seperti itu setakat ini.
Namun, PDRM tetap menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling untuk mengelakkan daripada berlaku jenayah.
Jelas kenyataan itu, orang ramai perlu menutup ruang dan peluang kepada penjenayah untuk mengambil kesempatan ke atas mereka. – mynewshub.my
TOP
Abdul Khalid Terus Dibidas Ahli Parlimen PR
KLANG – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sedang berdepan isu pertukarannya sebagai Menteri Besar Selangor, kini dibidas pula ahli Parlimen dalam pakatan pembangkang yang menyifatkan keputusannya untuk tidak melaksanakan catuan air kedua di negeri ini sebagai “kurang bijak”.
Anggota jawatankuasa DAP Selangor Charles Santiago yang juga Ahli Parlimen Klang mendakwa krisis air di negeri ini kini telah mencapai tahap darurat, dan tindakan Abdul Khalid itu dilihat semata-mata mahu menyelamatkan kelangsungan politiknya.
Baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada 20 Julai lepas telah menerima cadangan untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.
Charles mendakwa paras empangan utama iaitu Empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus sumber air kepada seluruh rakyat negeri itu boleh menurun sehingga ke paras 30 peratus selewat-lewatnya minggu depan dan dilihat sebagai tahap kritikal.
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus Hairi ketika dihubungi Bernama berkata paras
air semasa empangan utama tersebut belum mencapai tahap kritikal.
“Setakat hari ini, paras empangan Sungai Selangor berada pada tahap 33 peratus dan kadar ini menurut Lembaga Urus Air Selangor, tidak termasuk peratusan mendapan seperti lumpur dan sebagainya.
“Seperti yang dinyatakan menteri besar, memang belum ada cadangan untuk catuan kerana paras air sekarang masih mampu menampung keperluan semasa rakyat namun dinasihatkan semua pihak dapat terus menjimatkan air,” katanya.
Sementara itu, Dr Ahmad Yunus dalam satu kenyataan berkata terdapat pihak-pihak tertentu cuba mensabotaj usaha kerajaan negeri bagi menyediakan bekalan air kepada rakyat negeri ini.
Tindakan mensabotaj yang berlaku untuk kali kedua di kolam Hang Tuah, Bestari Jaya dekat sini kira-kira pukul 2.30 pagi semalam apabila pasukan yang bertugas di tempat pengepaman air menemui enam ‘powerpack’ pam yang berfungsi menyalurkan air ke kolam dirosakkan.
Pada Ahad lepas, insiden yang sama berlaku mengakibatkan operasi mengepamair dari Sistem Penambahan Luar Sungai Hibrid (Horas) ke sungai terganggu selama lima jam dan mengakibatkan pengeluaran air sebanyak 70 juta liter padu tergendala.
Katanya semua kabel yang dipasang pada pam-pam berkenaan juga dipotong namun ia tidak menggugat pengalihan bekalan air mentah ke loji rawatan air.
“Tindakan pantas pasukan yang ditugaskan di tempat pengepaman air dengan mengambil langkah-langkah perlu, berjaya memastikan kerosakan tersebut tidak berlarutan bagi mengatasi perbuatan khianat berkenaan,” katanya.
Dr Ahmad Yunus berkata, satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden itu. – BERNAMA
TOP
Nicol, Wee Wern Kalah Kepada Pasangan England
GLASGOW – Malaysia kalah kepada England dalam acara beregu wanita peringkat suku akhir Sukan Komanwel ke-20 di sini pada Khamis.
Datuk Nicol Ann dan pasangannya Low Wee Wern kalah 11-10 dan 11-8 kepada pasangan Alison Waters dan Emma Beddoes.
“Ia perlawanan sengit. Set pertama adalah sama kuat, tetapi kami kalah. Saya harap saya dapat lakukan lebih baik untuk Malaysia dengan memberi satu lagi pingat dalam acara beregu,” kata Nicol yang memenangi pingat emas dalam acara perseorangan.
Selepas Sukan Komanwel, Nicol akan kembali ke Amsterdam untuk meneruskan latihan sebagai persediaan menghadapi beberapa kejohanan termasuk Terbuka Malaysia dan Sukan Asia.
Nicol dan Wee Wern layak ke suku akhir selepas mengalahkan pasangan Sri Lanka Mihiliya Methasarani-Nadhindhi Udangawa 11-2 and 11-2 di pusingan awal peringkat kumpulan.
Pasangan England akan berhadapan rakan senagara mereka dan pilihan utama Laura Massaro-Jenny di separuh akhir.
Laura dan Jenny sebelum itu mengalahkan pasangan Australia dan pilihan ketujuh kejohanan Lisa Camilleri-Donna Urquhart 11-7 dan 11-4. – BERNAMA
TOP
HTC Memperkenalkan J Butterfly Di Jepun, Rekaan Kalis Air
Pembawa HTC di Jepun, KDDI telah mengumumkan selain daripada keluarga peranti HTC One, mereka juga turut mempunyai keluarga peranti Butterfly yang menawarkan peranti berspesifikasi tinggi.
Baru-baru ini, mereka telah memperkenalkan versi terbarunya di Jepun, dan mengekalkan nama HTC J Butterfly seperti tahun lepas.
HTC J Butterfly hadir dengan spesifikasi lebih kurang menyerupai HTC One M8, iaitu hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p, cip pemprosesan Snapdragon 801, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel Duo, dan kamera hadapan 5-megapixel.
Peranti ini turut hadir dengan sokongan kalis air, disamping menyokong rangkaian 4G LTE. Ketika pengenalan HTC One M8, salah satu perkara yang dikritik ramai adalah penggunaan Ultrapixel pada kamera belakang dengan sensor kecil, dan nampaknya pihak HTC mengatasi perkara tersebut dengan menggunakan sensor 13-megapixel pada bahagian belakang HTC J Butterfly, disamping mengekalkan sokongan HTC Duo Ultrapixel. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah variasi antarabangsa akan diperkenalkan. Sebelum ini, ia mengambil masa sekitar satu dua bulan sebelum versi antarabangsa diperkenalkan selepas pengenalan HTC J Butterfly di Jepun. Sumber: KDDI / Engadjet Oleh: hzqahmd

Nasib Malang Bayi Kembar, Dipisahkan Kerana Sindrom Down
BANGKOK – Seorang ibu tumpang di Thailand, Pattharamon Janbua, 21, kini terpaksa bergelut mendapatkan wang sebanyak RM80,000 selepas salah seorang bayi kembar yang dilahirkannya untuk pasangan dari Australia menghidap penyakit jantung berlubang.
Pasangan berkenaan hanya mengambil bayi kembar yang sihat iaitu seorang bayi perempuan manakala pasangan kembar berkenaan, iaitu seorang bayi lelaki ditinggalkan dengan Pattharamon kerana dia menghidap sindrom Down.
Bayi lelaki itu kini berada dalam keadaan kritikal.
Pasangan dari Australia itu mengetahui bahawa salah seorang bayi kembar itu menghidap sindrom Down ketika dia berada dalam kandungan pada usia empat bulan.
Mereka kemudiannya meminta Pattharamon menggugurkannya namun Pattharamon enggan berbuat demikian kerana takut dosa.
“Saya ingin mengingatkan wanita Thailand supaya jangan terlibat dalam perniagaan menjadi ibu tumpang ini. Jangan hanya fikirkan wang sahaja, kerana jika sesuatu berlaku kepada bayi itu, mereka akan meninggalkannya begitu sahaja,’’ kata Pattharamon.
Dia menjadi ibu tumpang kerana keluarganya mengalami masalah kewangan dan ia diatur oleh sebuah agensi.
Pasangan dari Australia itu tidak boleh mendapatkan anak lalu mereka mendapatkan khidmat Pattharamon yang berasal dari wilayah Chonburi.
TOP
Elak Perbuatan Keruhkan Perpaduan Kaum
KANGAR – Rakyat diminta bertenang dan menghentikan perbuatan yang boleh mendatangkan syak wasangka atau mengeruhkan perpaduan antara kaum supaya negara mampu menghadapi sebarang ancaman luar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Malaysia yang diasaskan melalui perpaduan kaum hanya boleh bertahan sekiranya rakyat terus saling hormat menghormati.
“Kita telah melalui pengalaman pahit peristiwa 13 Mei dan sekarang dilanda dua tragedi membabitkan pesawat MAS (Malaysia Airlines). Rakyat harus berdiri teguh di belakang kerajaan dalam menghadapi tragedi ini.
“Negara kita akan berada dalam keadaan berbahaya jika perpaduan kaum tidak lagi dihormati,” kata Shahidan kepada pemberita pada kenduri sempena Hari Raya di Dewan 1Malaysia di Simpang Empat, dekat sini, hari ini.
Katanya kerajaan berusaha membendung rakyat khususnya ahli politik supaya mengawal percakapan namun masih terdapat segelintir tidak menghiraukan nasihat dan cuba menimbulkan ketegangan antara kaum.
“Dalam isu perkauman yang mencetuskan pergaduhan, tiada menang dan kalah tetapi hanya kepuasan sementara malah merugikan semua pihak.
“Setiap kita wajib buktikan kesetiaan kepada negara ini tanpa berbelah bagi. Nikmat kesenangan yang dibina atas asas perpaduan tiada ada gantinya jika dirobohkan. Oleh itu jangan suburkan sifat kebencian antara kaum,” kata Shahidan.
Menurutnya umat Islam diajar supaya mengukuhkan perpaduan untuk hidup dalam keadaan selamat dan al-Quran juga menyeru kepada perpaduan. – BERNAMA
TOP
Awie Tetap Teruja Sambut Raya Tanpa Kehadiran Isteri
TERNYATA ‘ketiadaan’ isteri pada sambutan Aidilfitri kali ini tidak menjadi penghalang buat penyanyi rock Awie untuk meraikannya dengan gembira bersama kelima-lima anaknya.
Biarpun segala persiapan diuruskan oleh penyanyi itu secara sendirian, Awie menerusi Astro Gempak memberitahu kesemuanya berjaya disiapkan dengan lengkap.
“Saya memang lebihkan anak-anak kerana mereka yang paling seronok setiap kali hari raya.
“Biarpun sederhana, asalkan anak-anak saya gembira. Mereka juga teruja mahu beraya bersama nenek mereka di Cheras. “Juadah raya semua ibu yang sediakan…Kuih muih…rendang…semua air tangan ibu saya…,” katanya. Awie dan isterinya kini tinggal berasingan sementara kes pukul yang melibatkan keduanya masih dalam proses perbicaraan di mahkamah. Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Ibu Pulang Dompet Mengandungi RM3212 Sebagai Contoh Kepada Anak
FARGO, ND (AP) - Seorang ibu tunggal di Fargo berkata, dia berharap dapat menjadi contoh untuk anak perempuannya yang berusia 7 tahun ketika dia mengembalikan dompet yang mengandungi $ 1000 (RM3212) ketika bertugas.
Sadie Hill dan anak perempuannya, Adalee, mendapati terdapat dompet di tempat letak kereta. Hill berkata dia bekerja dua pekerjaan untuk menyara hidup dan memerlukan wang, tetapi mengetahui perkara yang betul untuk dilakukan.
"Satu-satunya pilihan adalah untuk mengembalikannya," katanya. "Tetapi, saya menelefon ibu saya dan saya berkata, 'Ibu tahu, Tuhan benar-benar menguji saya hari ini.'"
Hill dan anak perempuannya melihat kad pengenalan dalam dompet serta lesen memandu dan terus ke rumah J. Pat Wigginton untuk mengembalikan dompet. Dia memberikan mereka hadiah $ 20 tetapi kemudian berkata mahu menambah lagi.
"Penghargaan itu untuk kejujuran mereka, dan saya tidak dapat mengetahui nama mereka," katanya. "Ibu ini seperti tidak mempunyai kerja yang besar tetapi perkara yang ditunjukkan kepada anak perempuannya adalah sesuatu yang betul untuk dilakukan - SiakapKeli.com
TOP
Beregu Campuran, Perseorangan Wanita Terkandas
GLASGOW - Peluang skuad badminton membantu kontinjen negara meraih tujuh pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2014 semakin tipis apabila pasangan beregu campuran dan perseorangan wanita negara gagal ke final.
Chan Peng Soon-Lai Peng Jing kalah kepada pasangan England, Chris Langridge-Heather Oliver dengan 15-21, 22-20 dan 13-21 manakala Tee Jing Yi tewas kepada Kirsty Gilmour dari Scotland, 13-21 dan 19-21 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung pada Sabtu.
Peng Soon-Pei Jing akan bertemu pasangan tuan rumah Robert Blair-Imogien Bankier pada penentuan pingat gangsa pada 5 petang ini waktu tempatan (12 tengah malam waktu Malaysia).
Jing Yi pula akan bertemu P V Sindhu dari India pada perlawanan penentuan pingat gangsa 6 petang waktu tempatan (1 pagi waktu Malaysia).
Harapan skuad badminton negara untuk menambah kilauan emas kini dipikul oleh pasangan beregu lelaki Tan Wee Kiong-Goh V Shem yang sedang bertarung dalam perlawanan separuh akhir.
Malaysia setakat ini mengumpul empat pingat emas melalui atlet angkat berat, Mohd. Hafifi Mansor disusuli kejayaan Datuk Nicol Ann David (acara perseorangan skuasy), badminton berpasukan campuran dan atlet terjun negara, Ooi Tze Liang dalam acara 3m papan anjal individu lelaki. - Bernama
TOP
Hutan Simpan Kuala Langat Utara Terbakar
PUTRAJAYA 2 Ogos - Sebahagian kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara, Kuala Langat seluas 2.4 hektar di sini terbakar sebelum dapat dikawal oleh anggota bomba lewat petang ini.
Penguasa Kanan Bomba II, Ketua Zon Selangor Selatan, Azmi Sadon berkata, kebakaran yang jaraknya kira-kira 1.4 kilometer dari Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) pada pukul 4.30 petang itu dipercayai berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka di kawasan berhampiran.
“Bagaimanapun, kebakaran itu terkawal kerana berlaku di kawasan yang api tidak mudah merebak.
“Sebanyak dua jentera dari balai bomba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Cyberjaya ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Azmi berkata, pihaknya akan terus memantau kawasan itu bagi memastikan kebakaran dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya. - UTUSAN ONLINE
TOP
Minta Bas & Teksi Dikecuali Dari Bayar Tol Di CIQ
JOHOR BAHRU – Anggota Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mencadangkan agar perkhidmatan teksi dan bas dikecuali daripada membayar tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, di sini.
Beliau berkata, ia bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik dari Johor Baharu ke Singapura selain mengurangkan kesesakan akibat kemasukan kenderaan persendirian dari kedua-dua arah Tambak Johor.
“Saya melihat pelaksanaan tol dan kadarnya bukan merupakan satu masalah, tetapi pengguna perlu diberi perkhidmatan dan penyelesaian alternatif yang perlu diteliti. Perlu diperkasa dari segi perkhidmatan pengangkutan awam,” katanya.
Beliau diminta mengulas kekecohan yang berlaku di CIQ itu semalam yang dikatakan berpunca daripada pemandu bas kilang yang enggan membayar tol.
Beliau berkata, fungsi CIQ perlu dilihat bukan sahaja sebagai pintu masuk ke negara ini tetapi sebagai terminal pengangkutan bersepadu. – BERNAMA
TOP
GAMBAR: Pameran 1,000 Coli Di Pulau Pinang
Seorang artis seni visual berhasrat meningkatkan kedudukan wanita dalam masyarakat melalui karyanya yang menampilkan keazaman, kegigihan dan keyakinan mereka dalam melayari bahtera kehidupan.
Bagi merealisasikan hasrat itu, Louise Low Seok Loo, 30, memanfaatkan daya kreativitinya melalui penggunaan 1,000 bra pelbagai warna sebagai karya seni untuk dipamerkan selama sebulan bersempena Festival Georgetown, yang dirasmikan semalam.
Pada mulanya, Louise, yang tergolong dalam senarai 10 artis seni visual wanita paling terkenal di Malaysia, berharap dapat menarik perhatian orang ramai terhadap misinya itu dengan mempamerkan seni bra pada kereta, motosikal, basikal, beca dan motosikal penjaja.
“Malangnya, ia merupakan suatu kesalahan memandu kenderaan berhias, tanpa permit khas. Saya akan mematuhi prosedur yang ditetapkan dan berusaha mendapatkan permit daripada polis,” kata artis kelahiran Kuala Lumpur ini kepada Bernama di sini hari ini.
Karya unik Louise itu kini dipamerkan di Hin Bus Depot Art Centre.
Louise berkata matlamatnya ialah untuk meneroka kepekaan serta pandangan lazim orang ramai terhadap bra, sambil mewujudkan standard baharu dalam memperagakan karya seni di Malaysia dan memperkenalkan seni kontemporari dalam pelbagai bentuk. “Melalui pertentangan yang amat ketara ini, saya rasa ia akan mencabar praanggapan masyarakat umum tentang wanita. Ia juga mempersoalkan kedudukan sterotaip wanita dan mendorong mereka supaya memikirkan kembali peranan masing-masing dalam masyarakat,” katanya. Beliau berkata, karya yang mengambil masa kira-kira sebulan untuk disiapkan itu, juga mampu mendidik masyarakat, khususnya generasi muda Cina, tentang kepercayaan karut. Dalam budaya masyarakat Cina, pakaian dalam wanita dipercayai boleh membawa ‘sial’ sekiranya dipamerkan dengan sesuka hati. Oktober lepas, Louise memperkenalkan karyanya bertajuk ‘Fatal Attraction-The Bra Shark’ bersempena kempen untuk menghentikan keganasan terhadap wanita. – BERNAMA

SILA BACA: Nak Boikot ATAU Memilih Untuk Tidak Boikot
Begitu banyak soalan yang datang kepada saya dan kedengaran di sana sini berkenaan hukum membeli barangan halal yang dikeluarkan oleh syarikat Yahudi khususnya dan bukan Islam umumnya. Ia menjadi satu persoalan yang semakin hangat disebabkan sikap Yahudi yang berterusan menyerang negara umat Islam. Demikian juga Amerika.
Saya ada terbaca kempen dari orang awam dan beberapa ilmuan yang mewarwarkan hukum haram jika membeli barangan dari syarikat yang dimiliki oleh Yahudi sepenuhnya atau salah seorang pemilik syarikat tersebut adalah Yahudi.
Syarikat Yahudi semua haram kita berjual beli?Akibatnya timbul kempen memboikot syarikat-syarikat tertentu dan boikot yang disebarkan melalui email dan internet. Syarikat seperti McDonald, Kentucky Fried Chickhen, TESCO dan lain-lain syarikat yang dikatakan dimiliki oleh Amerika, Yahudi atau mempunyai hubungan dengan mereka secara langsung atau tidak langsung adalah syarikat yang kerap dijadikan bahan utama.
Tidak terkecuali juga beberapa buah syarikat yang dimiliki oleh bukan Islam seperti Maxis dan lain-lain. Saya juga pernah membaca dan mendengar ada yang berusaha menimbulkan semangat berkobar-kobar sehingga berkata bahawa sesiapa yang membeli dan menggunakan khidmat syarikat-syarikat ini maka samalah seperti membantu agama mereka, membunuh umat Islam dan banyak lagi. Adakah ini benar dari sudut pandangan Islam?.
Saya berharap tulisan ringkas saya ini dapat menjelaskan keadaan dan ia adalah berdasarkan pandangan beberapa nas dan pandangan ulama kontemporari. Saya tidak berhasrat untuk menulis panjang dan tulisan ini bukanlah sebuah kajian ilmiah bertaraf univeristi. Ia hanya jawapan yang diringkas dan dipermudahkan bagi bacaan orang awam sahaja. Saya juga tiada sebarang kepentingan dalam semua syarikat yang disebutkan namanya di atas dan yang lainnya, tulisan ini adalah dibuat atas dasar penyebaran ilmu Islam di atas landasan ilmu sahaja.
Asas Hukum
Pertamanya, elok kiranya saya cuba menjelaskan hukum berjual beli dengan orang Yahudi atau dengan mana-mana syarikat yang dimiliki oleh individu Yahudi. Bagi mendapatkan kejelasan dalam isu ini, fakta berikut perlu difahami sebaiknya:-
a) Allah SWT menghalalkan umat Islam memakan sembelihan ahli kitab yang di antara mereka adalah Yahudi. Ini bermakna berurusan dengan Yahudi dan barangan yang dihasilkannya selagi menepati kehendak Allah adalah diharuskan.
b) Allah SWT juga menghalalkan lelaki Islam untuk berkahwin dengan wanita Ahli Kitab yang suci dan baik dengan syarat ia bertujuan kebaikan kepada wanita tersebut. Perihal halal berkahwin dan makan sembelihan ahli Kitab termasuk Yahudi ini disebut dengan jelas dalam ayat berikut : -
الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ حِلٌّ لَّكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلُّ لَّهُمْ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ إِذَا آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ وَلاَ مُتَّخِذِي أَخْدَانٍ
Ertinya : “Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengawini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik..” ( Al-Maidah : 5 )
Jika perkahwinan dibenarkan, sudah tentu jual beli lebih lagi akan termasuk dalam kategori dibenarkan oleh Islam (selagi mana menurut syarat jual beli Islam).
c) Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-
أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ
Ertinya : “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)
Imam Bukhari menamakan bab yang mengandungi hadith ini dengan nama
بَاب الشِّرَاءِ وَالْبَيْعِ مَعَ الْمُشْرِكِينَ وَأَهْلِ الْحَرْبِ
Ertinya : Bab berjual beli dengan kafir musyrikin dan musuh perang.
Kemudian Imam Ibn Hajar Al-Asqolani pula dalam huraiannya menyatakan :-
واستدل به على جواز بيع السلاح من الكافر
Ertinya : Dan dalil ini dijadikan dalil bagi keharusan MEMBELI senjata dari orang kafir. ( Fath Al-Bari, Ibn Hajar, 5/142 )
Ini adalah kerana apabila Nabi Muhammad SAW mencagarkan baju besi baginda yang hanya digunakan untuk berperang, ini membuktikan hukum berjual beli dengan bukan Islam termasuk Yahudi adalah harus selagi mana cara aqad dan urusniaganya bertepatan dengan kehendak Islam. Hadis ini boleh dikatakan hujjah terkuat bagi membenarkan umat Islam membeli barangan keperluan dari Yahudi hatta makanan dengan cara berhutang sekalipun.
Ijma ( Sepakat ) Keharusan
Manakala Imam An-Nawawi pula ketika mensyarahkan hadith yang sama menyatakan :-
فيه جواز معاملة أهل الذمة والحكم بثبوت املاكهم على مافي أيديهم …وبه قال الشافعي ومالك وأبو حنيفة وأحمد والعلماء كافة
Ertinya : hadith ini menunjukkan harusnya berurusan dengan ahli Zimmah ( kafir yang bukan tentera yang berperang dengan Islam) dan hukum ini membawa erti sabitnya pemilikan barangan itu oleh mereka…dan demikian ini adalah pandangan Imam As-Syafie, Imam Malik dan Abu Hanifah serta Imam Ahmad dan seluruh ulama” ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 11/40 )
Imam An-Nawawi menyambung :
وأما اشتراء النبي الطعام من اليهودي ورهنه عنده دون الصحابة فقيل فعله بيانا لجواز ذلك وقيل لأنه لم يكن هناك طعام فاضل عن حاجة صاحبه الا عنده وقيل لأن الصحابة لا يأخذون رهنه صلى الله عليه وسلم ولا يقبضون منه الثمن فعدل إلى معاملة اليهودي لئلا يضيق على أحد من أصحابه
Ertinya : Nabi membeli makanan dari Yahudi serta mencagarkan baju besinya dan tidak dilakukan kepada sahabat adalah dikatakan sebagai tanda keharusan melakukan demikian (berurusan dengan Yahudi dan bukan Islam walaupun terdapat orang Islam), sebahagian ulama yang lain pula mengatakan (nabi tidak beli dari sahabat) kerana mereka tiada makanan lebihan untuk dijual kepada nabi, ada juga yang mengatakan para sahabat tidak menerima cagaran Nabi serta tidak mahu menerima sebarang bayaran dari Nabi sehingga menyebabkan Nabi berurusan (kerana tidak mahu menyusahkan sahabatnya) dengan Yahudi agar tidak memberatkan sahabatnya. ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 11/40)
وقد أجمع المسلمون على جواز معاملة أهل الذمة وغيرهم من الكفار إذا لم يتحقق تحريم ما معه لكن لا يجوز للمسلم أن يبيع أهل الحرب سلاحا وآلة حرب ولا يستعينون به في اقامة دينهم.
Telah ijma’ atau sepakat seluruh umat islam keharusan urusan dengan ahli zimmah dan lain-lain orang kafir selagi mana (urusniaga itu) tidak jatuh dalam perkara haram. Tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka ” ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 11/40)
Justeru, telah ijma’ berkenaan keharusan membeli dan menjual samada kepada Yahudi, Nasrani (Kristian), Buddha, Hindu dan lain-lain selagi mana mereka tidak terlibat secara langsung (dan rasmi) memerangi Islam, transaksi pula dilakukan bertepatan dengan Islam. Di samping hujah-hujah yang sohih di atas ia juga disokong lagi oleh sebuah hadis dhoif iaitu :-
روى الخلال بإسناده عن عطاء قال نهى رسول الله عن مشاركة اليهودي والنصراني إلا أن يكون البيع والشراء بيد المسلم
Ertinya : Diriwayatkan oleh al-Khallal dengan sanadnya dari Ato’ berkata : Rasulullah SAW melarang dari bermusharakah dengan Yahudi dan nasrani kecuali jika jual belinya ditangan orang Islam ( menuruti Shariah)” ( Al-kafi fi Fiqh al-Hanbali, 2/257 ; Al-Mubdi’ , Ibn Mufleh, 5/4; Ibn Qayyim : Dhoif sanadnya kerana mursal : Ahkam Ahli Zimmah, 1/556 )
d) Para sahabat juga berurusan jual beli dengan orang kafir termasuk Yahudi. Bukan Nabi Muhammad SAW sahaja yang berurusan demikian, malah para sahabat baginda lebih kerap melakukannya dimana mereka juga terbabit dalam jual beli dengan Yahudi, Nasrani, Musyrik dan lain-lain. Sebagai bukti adalah firman Allah :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberikan kekayaan kepadamu dari karunia-Nya
Ayat ini secara langsung memberikan kefahaman kepada kita bahawa para sahabat Nabi sebelum Allah SWT melarang orang kafir dari memasuki masjidil haram, mereka kerap dan cukup banyak berurusan samada jual atau beli dari si kafir dan yahudi.
Ini disebutkan oleh Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya :-
وكان المسلمون لما منعوا المشركين من الموسم وهم كانوا يجلبون الأطعمة والتجارات , قذف الشيطان في قلوبهم الخوف من الفقر وقالوا : من أين نعيش . فوعدهم الله أن يغنيهم من فضله .
Ertinya : Orang-orang Islam apabila Allah melarang orang Musryik dari masuk (berniaga) pada musim perniagan sedangkan mereka dulu lah yang membawa makanan dan pernigaaan, maka syaitan mulai melontarkan dalam hati umat Islam takut dan bimbang mereka akan jatuh faqir, ( kerana tiada pelanggan dan pembekal), sehingga ada antara mereka berkata : ” Bagaimana kami nak hidup” , tatkala itu Allah SWT menjanjikan kepada mereka kurniaan rezeki dari sisiNya” ( Al-Jami’ Li Ahkami Quran, 8/106 )
Imam Fakhruddin Ar-Razi pula menegaskan :
وحملوا الطعام إلى مكة وكفاهم الله الحاجة إلى مبايعة الكفار
Ertinya : Orang-orang Islam dari Jeddah, Sana’a dan Hunain itu membawa makanan ke Mekah (untuk dijual) dan Allah SWT mencukupkan mereka dengan jual beli dengan orang Kafir” ( Tafsir Al-Kabir, Ar-Razi, 16/22 )
Hasilnya, jelas bahawa para sahabat juga berurusniaga dengan orang kafir. Nabi SAW juga masih hidup tatkala itu dan membiarkan urusan itu tanpa sebarang larangan dan tegahan. Malah setelah kafir dikeluarkan dari masjidil haram, para sahabat masih berniaga dengan mereka di sebelah luar, bukti terjelas adalah tindakan Nabi SAW sendiri membeli makanan dari Yahudi, Nabi juga wafat dalam keadaan hutangnya belum selesai dengan Yahudi ini. Isu hutang Nabi ini dibincang panjang lebar oleh ulama silam. Saya tidak berhasrat mengulasnya di sini.
Saya kira kumpulan dalil dan huraian ringkas di atas sudah cukup untuk kita mendapat kefahaman hukum berkaitan ursniaga dengan Yahudi, syarikat yang dimiliki Yahudi atau lain-lain agama.
Agenda Boikot bagaimana?
Tidak dinafikan sama sekali bahawa umat Islam perlu melakukan sesuatu jika Yahudi atau lain-lainnya melakukan suatu jenayah dan kebiadapan terhadap Islam. Benar, umat Islam perlu bersatu padu dan bergabung kekuatan bagi memberikan pengajaran kepada mana-mana pihak yang memulakan kejahatan terhadap Islam. Saya juga tidak mahu melemahkan semangat kempen ini, cuma orang ramai perlu tahu antara hukum dan keutamaan. Jangan nanti jika ada di antara kita yang melihat rakan terlibat dengan mana-mana syarikat tadi lalu dituduhnya kafir, munafiq, pembantu Yahudi dan lain-lain.
Menurut para ulama kontemporari, cara yang dikira aman di zaman ini adalah dengan melakukan pemboikotan dari membeli barangan semua syarikat di bawah telunjuk mereka. Justeru, ia adalah salah satu cara yang paling berkesan buat orang awam islam di seluruh dunia.
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyatakan bahawa boikot seperti ini adalah bertujuan memberikan tekanan kepada pengusaha dan peniaga yang seangkatan dengan para penyerang agar mereka sendiri mendesak kerajaan mereka kepada keamanan selain mereka akan membenci tindakan kerajaan dan rakan seagama mereka yang melakukan kejahatan terhadap Islam.
Ia juga dijangka dapat memberikan kesan ekonomi yang buruk kepada negara mereka sekaligus membantutkan hasrat mereka untuk meneruskan kejahatan dan serangan terhadap Islam.
Walaubagaimanapun, adakah perlu kita menjadikan seluruh Yahudi di seluruh dunia tanpa mengira mereka membantu serangan atau tidak secara umum?. Atau bagaimana?
Menurut pendapat spontan saya, kita perlu membezakan di antara hukum dan keutamaan (afdhaliyah). Secara mudahnya, hukum berurusan dengan mereka sentaisa halal selagi mereka tidak terlibat secara langsung dengan peperangan, cuma yang afdhalnya tidak berurusan tatkala Islam sedang diserang oleh bangsa mereka. Bagi memahami hal ini, perkara berikut perlu dilihat :-
1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menrut syarat jual beli Islam.
2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan ‘direct’ kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.
3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-
a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam. Ia adalah kerana Allah SWT memerintahkan umat Islam agar mentaati pemerintah dalam hal ehwal yang tidak bercanggah dengan Islam. Peirntah ini tercatat di dalam Al-Quran. Hal ini dapat dilihat dalam tindakan Khalifah Umar al-Khattab yang mengarahkan seorang sahabat agar menceraikan isterinya dari kalangan Ahli Kitab dari negara Rome atas dasar ‘maslahat’ iaitu untuk menjaga kepentingan wanita Muslimat di ketika itu. Tatkala itu, perkara harus tadi sudah menjadi larangan sementara waktu disebabkan arahan pimpinan Islam (Nizam Al-Usrah Fil Islam, Dr Uqlah)
Malangnya di ketika tiadanya seorang khalifah yang bertanggung jawab bagi seluruh umat islam, adalah sukar untuk menggunakan peruntukan kewajiban ini. Sekadar fatwa ulama besar seperti Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi masih tidak mampu menjadikan hukum boikot sebagai wajib buat setiap individu umat Islam. Ia masih berada dalam lingkungan ‘afdhal’ atau ‘elok’ sahaja dan tidak wajib untuk boikot dan tidak haram untuk terus berurusniaga.
Tiada Khalifah Islam
Di waktu tiadanya khalifah tertinggi Islam, menurut Prof. Dr Syeikh Muhammad ‘Uqlah El-Ibrahim (Prof Fiqh di Jordan), tugas ‘ulil amri’ itu jatuh kepada kerajaan umat Islam di negara masing-masing. Jika demikian, Sultan, Perdana Menteri atau JAKIM adalah wakil urusan tersebut di Malaysia, maka sekiranya ada di antara pihak ini menyatakan keperluan boikot secara rasmi, tatkala itu adalah wajib ke atas setiap individu umat Islam di malaysia untuk memboikotnya. Jika tidak, adalah sukar didapati sebarang nas yang khusus lagi tepat cara pendalilannya bagi menjatuhkan hukuman wajib ke atas setiap umat Islam secara individu.
Justeru, di ketika tiadanya arahan rasmi dari kepimpinan sesebuah negara umat Islam, tindakan melakukan boikot tersebut adalah tergolong dari tindakan yang ‘digalakkan’ sahaja serta mendapat pahala sudah tentu bagi sesiapa yang melakukannya dengan niat yang betul. Iaitu mengutamakan barangan buatan umat Islam dan peniaga Islam disamping ‘mendenda’ syarikat milik Yahudi. Bagaimanapun, dari sudut hukum adalah tidak haram makan di McDonald, KFC dan membeli barangan harian dari mana-mana kedai dan pasaraya milik bukan Islam selagi mana barangan itu mempunyai tanda ‘Halal’ JAKIM dan yang diiktiraf serta belum tamat tempohya.
Dalil keutamaan ini antaranya adalah :-
جَاهِدُوا الْمُشْرِكِينَ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَأَلْسِنَتِكُم
Ertinya : “Berjihadlah kamu menentang orang musryikin itu dengan harta kamu, dan diri kamu serta lidah kamu” ( Riwayat Abu Daud, no 2504, 3/10 ; Albani : Sohih )
Perbezaan & Perkembangan Baru
Cuma, di zaman kewujudan jemaah-jemaah Islam yang pelbagai di dalam negara Malaysia, pada hemat saya, sekiranya anda seorang yang komit dan telah memberikan satu ‘bai’ah’ atau janji setia dengan kepimpinan persatuan anda seperti ABIM, JIM, PAS, TABLIGH, HIZB TAHRIR, PPIM atau lainnya, dan mereka mewajibkan ahli mereka agar boikot. Tatkala itu mungkin boleh diperbincangkan hukumnya samada telah menjadi wajib ke atas ahli mereka atau tidak. Saya tidak berhasrat untuk membincangkannya di sini kerana ia akan memanjangkan tulisan ini. Mungkin ia lebih elok ditulis oleh tokoh-tokoh pimpinan persatuan dan jemaah tadi sendiri.
b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.
Ia seperti yang dilakukan oleh Starbuck dan lain-lain. Dan pendedahan ini mestilah jelas dan bukannya khabar angin tanpa hitam putih. Tatkala itu ia sudah termasuk alam hukum menjual senjata kepada tentera musuh yang menyerang Islam yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitab al-Majmu sebagai haram secara sepakat ulama.
Syarat Sebelum Sebaran
Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-
أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu’alam.
Kesimpulan umum :
Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : -
a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia) serta tempoh lesen masih hidup,
b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,
c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,
d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.
Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.
Digalakkan juga umat Islam mengutamakan sayarikat Islam dan barangan keluaran Islam bagi membantu peningkatan ekonomi umat Islam. Ia juga adalah salah satu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Saudi. Wallahu’alam.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Pas Nafi Tarik Diri Daripada Pakatan Rakyat
KUALA LUMPUR – Pas hari ini menafikan telah mengeluarkan sepucuk surat rasmi kononnya parti itu menarik diri daripada Pakatan Rakyat, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, surat layang itu, yang menggunakan kepala surat rasmi Pas, dan kononnya ditandatangani Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, adalah permainan jahat pihak tertentu untuk terus memecah belahkan komponen dalam Pakatan Rakyat.
“Saya ingin menegaskan bahawa pendirian Pas sehingga hari ini masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Dan pendirian itu tidak pernah berubah setakat hari ini.
“Jadi saya menyifatkan apa yang berlaku sekarang ini berhubung penyebaran surat dalam alam siber adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab untuk cuba memecahbelahkan Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata, taktik seperti itu merupakan lumrah dalam permainan politik sekarang dan beliau tidak menganggap tindakan penyebaran surat palsu itu akan memberi kesan kepada keutuhan parti mahupun Pakatan Rakyat sendiri.
Surat palsu itu, bertarikh 1 Ogos 2014, mendakwa kononnya mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pas Pusat telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat, kononnya akibat perbuatan DAP yang tidak menghormati rakan komponennya.
Selain meminta kesemua anggota parti menghormati keputusan itu, surat itu turut menegaskan bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Barisan Nasional dalam memperjuangkan agenda Negara Islam dan pelaksanaan hudud.
Mengulas lanjut, Salahudin berkata, surat itu dipercayai sengaja disebarkan pihak tertentu ekoran hubungan yang agak dingin antara kedua-dua parti itu, berpunca daripada krisis pertukaran Menteri Besar Selangor.
“Saya rasa memang yang penting bagi mereka yang ingin melihat perpecahan itu, mereka akan cuba untuk melihat Pas sebagai puncanya…permainan itu saya cukup faham,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan terdapat sebilangan pemimpin kanan Pas, termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menganggap keputusan PKR untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak wajar.
Hubungan dingin parti dalam Pakatan Rakyat turut diburukkan lagi dengan penyebaran sedutan perbualan kontroversi dalam kumpulan Whatsapps di kalangan anggota Jawatankuasa Pas Pusat apabila Dr Mohd Zuhdi Marzuki didakwa telah membentangkan senario sekiranya Pas keluar daripada Pakatan Rakyat. – BERNAMA
TOP
Imej Peluru Berpandu Israel, Ceritakan Kezaliman Zionis
Gaza – Sekeping gambar menceritakan segala-galanya. Gambar ini menunjukkan bagaimana rakyat Palestin yang merupakan orang awam dalam ketakutan selepas peluru berpandu Israel membedil mereka.
Beberapa saat selepas peluru itu dilancarkan , ia menyebabkan sebuah apartment hancur.
Tidak cukup dengan peluru berpandu itu, zionis kemudiannya menggunakan jet pejuang F-16 bagi memastikan bangunan apartment itu hancur menjadi debu.
Hanya beberapa minit sebelum itu, salah seorang penghuni flat itu, Bashir al-Ramlawi, 58, disuruh melarikan diri selepas zionis menghubungi anak lelakinya dan memberi amaran mengenai serangan itu.
Kini penduduk di situ terpaksa menjadi gelandangan dan tidak mempunyai tempat tinggal lagi.
“Saya tidak tahu kenapa ia mensasarkan rumah saya. Kini kami hilang tempat tinggal, tidak tahu lagi kemana nak dituju,’’ katanya.
Imej tersebut dirakamkan minggu ini di bandar Gaza, yang tidak henti-henti dihujani peluru zionis, sejak konflik di kawasan itu bermula tiga minggu lalu.
TOP
Tuduhan Media Israel Terhadap Malaysia Tidak Berasas
KUALA LUMPUR – Hamas menafi sekeras-kerasnya laporan media Israel bahawa anggotanya mendapat latihan mengenai cara melakukan serangan melalui payung terjun di Malaysia.
Katanya tuduhan tidak berasas itu direka perisik Israel untuk menjejaskan perpaduan dan sokongan masyarakat antarabangsa yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin yang sedang menghadapi jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai oleh regim Zionis.
“Israel mencipta tuduhan itu sebagai cubaan untuk mengalih perhatian daripada penyembelihan dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tenteranya terhadap orang awam, kanak-kanak, wanita dan golongan tua di Palestin,” kata Hamas melalui kenyataan yang tersiar dalam laman sesawang rasminya httP://bit.ly/1sekj3.
Kenyataan dalam bahasa Arab itu diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM).
Ketika mengulas laporan berita itu semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia tidak pernah menjalin sebarang kerjasama ketenteraan dengan Hamas atau pihak lain di Palestin.
Dalam kenyataan pada Jumaat, beliau berkata Malaysia dan Palestin hanya menjalin hubungan dan kerjasama dalam bidang diplomatik, perdagangan dan kebudayaan.
“Malaysia juga memberi sokongan besar kepada rakyat Palestin dari segi moral dan melalui bantuan kemanusiaan. Rakyat Malaysia memberi sokongan padu berikutan hubungan yang terjalin sejak sekian lama antara pemimpin Malaysia dan Palestin.
“Inilah yang mungkin menyebabkan Israel tidak berpuas hati,” katanya.
Akhbar dalam talian The Jerusalem Post baru-baru ini memetik seorang anggota Hamas yang ditahan sebagai berkata Malaysia menjadi tempat latihan bagi anggota pasukan itu untuk melakukan penyeludupan dan serangan dari sempadan dengan menggunakan payung terjun.
Laporan itu juga memetik tahanan yang didakwa sebagai anggota Hamas itu memberitahu Agensi Keselamatan Israel (Shin Bet) bahawa mereka juga mengikuti latihan tentang cara menculik anggota tentera sebagai persiapan untuk menentang Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di Gaza. – BERNAMA
TOP
Penuntut UNITEN Lemas Di Teluk Cempedak
KUANTAN – Seorang pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) kampus Muadzam Shah lemas ketika berkelah di Pantai Teluk Cempedak di sini sementara rakannya dilaporkan cedera petang tadi.
V. Saravanan, 18, dari Cheras, Selangor ditemui lemas oleh pengawal pantai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Anuar Hassan berkata mayat mangsa dilapor ditemui pada pukul 2.30 petang berhampiran lokasi mangsa dilaporkan tenggelam.
Mayat mangsa di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk dibedah siasat.
Rakannya yang cedera akibat terkena batu, D. Dinesh, 18, dirawat di hospital yang sama.
Anggota JPAM yang menemui mayat mangsa, Mustaqim Ariff berkata beliau dan rakannya Mohd Amin Morad sebelum itu telah memberi amaran kepada mangsa supaya tidak mandi di situ kerana ia berbahaya dan curam.
“Bagaimanapun kedua-duanya terus mandi sehingga seorang daripadanya menjerit meminta tolong kerana rakannya telah lemas dan akhirnya hilang di bawa arus
“Orang ramai yang melihat kejadian tersebut memaklumkan kepada kami dan kami bergegas turun ke laut untuk menyelamatkan mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia selepas ditemui 10 minit kemudian,” katanya. – BERNAMA
TOP
Leher Diacu Golok Sebelum Barang Kemas Dilarikan
BESUT – Seorang warga emas disamun barang kemas bernilai kira-kira RM30,000 di rumahnya di Kampung Gelam Mas, Kampung Raja di sini semalam
Karimah Mohd Noor, 61, kehilangan dua utas gelang permata berlian, sebentuk cincin berlian dan emas serta sepasang subang emas kepada tiga orang penyamun.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noorzainy Mohd Noor berkata kejadian berlaku kira-kira 5.40 petang apabila mangsa didatangani tiga individu termasuk dua wanita yang berpura-pura mahu menyewa sebuah bilik.
“Dua daripada suspek kemudiannya dibawa melihat bilik yang mahu disewakan sementara seorang suspek menunggu di luar rumah.
“Ketika mangsa leka menunjukkan bilik tersebut, tiba-tiba seorang suspek mengeluarkan sebilah golok dan mengacu di tengkuknya dan mengarahkan mangsa menanggalkan barang kemas yang dipakainya,” katanya kepada pemberita hari ini.
Noorzainy berkata kesemua suspek kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta.
Sementara itu dalam kes berasingan, seorang petani berumur 27 tahun cedera akibat dilibas dengan parang oleh seorang suspek di Kampung Padang Bual, Hulu Besut awal pagi tadi.
Ketika itu mangsa sedang bermain karom dengan rakan-rakannya di sebuah kedai runcit kira-kira pukul 1 pagi.
Noorzainy berkata mangsa telah menegur suspek yang sebelum itu telah dilihat mengangggu beberapa penduduk kampung, tetapi suspek terus mengeluarkan parang dan melibas mangsa. – BERNAMA
TOP
Denggi Ragut Tujuh Nyawa Di Kelantan
KOTA BHARU – Kes demam denggi di Kelantan semakin membimbangkan setelah tujuh kematian dicatatkan dalam tempoh Januari hingga Julai lalu berbanding 2013 yang tidak merekodkan kes kematian.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, dalam tempoh tujuh bulan itu, 5,367 kes dicatatkan berbanding 756 kes dalam tempoh yang sama pada 2013.
“Ini menunjukkan peningkatan yang agak tinggi iaitu sebanyak 575 peratus berbanding 2013,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata jajahan Kota Bharu merupakan penyumbang tertinggi kepada kes demam denggi iaitu 79 peratus diikuti Tumpat (10.2 peratus), Bachok (3.6 peratus) dan Tanah Merah (1.7 peratus).
Ahmad Razin berkata 295 lokaliti kes dicatatkan dan daripada jumlah tersebut 39 lokaliti telah dikesan sebagai bintik panas.
“Sebagai contoh, Taman Peradang di sini merupakan sebuah lokaliti kes melibatkan 1,484 penduduk.
“Daripada jumlah penduduk itu, sebanyak 128 orang atau 8.6 peratus telah disahkan menghidap demam denggi dalam tempoh Januari hingga Julai,” katanya.
Beliau meminta agar masyarakat mengambil berat isu kesihatan dengan sentiasa memastikan kawasan sekeliling rumah dibersihkan secara berkala.
“Masyarakat perlu memastikan bahawa aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk aedes dilakukan setiap hari termasuklah melakukan kerja-kerja pembersihan sehingga 200 meter daripada kediaman masing-masing,” katanya. – BERNAMA
TOP
Mahu Barangan Peribadi Mangsa Jika Tiada Mayat Ditemui
SEBUYAU (Sarawak) – Waris mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine mahukan barangan milik mangsa jika mayat mereka tidak dapat dibawa pulang.
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang bertindak menjaga kebajikan para waris berkata itu merupakan permintaan terbaharu yang disampaikan mereka kepada pihaknya.
“Keluarga mangsa telah berpesan, kalau tidak ada mayat atau cebisan mayat untuk dibawa balik, baju mangsa atau barangan peribadi yang lain pun sudah memadai.
“Bagi mereka itu tanda kenangan, bukti mangsa telah ditemui,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri di sini Sabtu. – BERNAMA
TOP
Graduan IPT Dituduh Merogol Pelajar Sekolah
SEREMBAN - Seorang graduan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah rumah, dalam kejadian Julai lalu.
Tertuduh, Ahmad Hasbullah Hazli, 24, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim N. Kanageswari.
Mengikut pertuduhan, Ahmad Hasbullah didapati merogol pelajar perempuan berumur 15 tahun berkenaan di sebuah rumah di Taman Alamanda, Senawang.
Kesalahan dilakukan 22 Julai lalu, antara jam 12.30 tengah malam dan 4 pagi.
Berikutan itu, dia boleh dihukum di bawah Sesyen 376 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah, boleh hukuman penjara tidak kurang dari lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta boleh dikenakan tidak kurang dari 10 sebatan.
Pegawai Pendakwa, E. So Phon kemudiannya mencadangkan wang jaminan RM3,000 ditawarkan.
Terdahulu tertuduh yang diwakili peguam, A.Krishnaveni memohon dikenakan hukuman ringan kerana baru tamat pengajian dalam bidang elektrikal di sebuah IPT.
Malah, bapanya juga tidak bekerja dan mempunyai masalah kesihatan, manakala ibunya pula hanya bekerja sebagai kerani.
Mahkamah kemudiannya menetapkan wang jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin dan 3 September depan sebagai tarikh pengurusan kes. - Sinar Harian
TOP
Lelaki Rebah Di Medan Selera
SEGAMAT – Seorang warga emas rebah sebelum meninggal dunia di medan selera di Jalan Abdullah, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.30 petang kelmarin, mangsa yang dikenali sebagai Wong, 73, dipercayai mengalami kegagalan pada jantungnya.
Mangsa dipercayai baharu selesai menjamu selera di salah sebuah kedai makan di kawasan berkenaan.
Saksi, Mohd Azahar, 30, berkata, mangsa yang ketika itu hendak menaiki motosikal tiba-tiba pengsan.
Menurutnya, orang ramai mengangkat mangsa masuk ke dalam medan selera berkenaan kembali.
“Ketika diangkat, saya melihat mangsa seperti masih bernafas lagi dan orang awam yang berada di kawasan kejadian menghubungi ambulans untuk bantuan kecemasan.
“Kira-kira lima minit selepas diangkat, mangsa meninggal dunia,” katanya.
Mangsa dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga. - Sinar Harian
TOP
Semua Penerjun Negara Layak Ke Akhir
KESEMUA penerjun Malaysia dalam acara 3m papan anjal individu wanita layak ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada Sabtu petang.
Mereka ialah Ng Yan Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Cheong Jun Hoong. Pada pusingan kelayakan yang berlangsung pada sebelah pagi, Yan Yee menjadi peserta terbaik Malaysia selepas menamatkan saingan di tempat kelima dengan mengumpul 310.95 mata.
Sementara Nur Dhabitah di tempat ketujuh dengan 292.35 mata dan Jun Hoong di tempat ke-12 dengan 257.15 mata.
Dalam peringkat kelayakan acara 10m platform individu lelaki pula, Ooi Tze Liang dan Chew Yiwei masing-masing menamatkan saingan di kedudukan kelima dan kesembilan untuk meneruskan saingan pada peringkat akhir.
Tze Liang, pemenang pingat emas acara 3m papan anjal individu lelaki, mengumpul 419.50 mata manakala Yiwei pula mengumpul 367.15 mata.
Acara akhir 3m papan anjal wanita akan berlangsung pada pukul 6.05 petang (1.05 pagi waktu Malaysia) dan acara 10m platform individu lelaki berlangsung pukul 7.30 malam (2.30 pagi waktu Malaysia). - Bernama
TOP
Obama Kecam Tindakan Rusia Beri Sokongan Kepada Pemberontak
KIROVSKE, Ukraine 2 Ogos - Presiden Barack Obama menyuarakan kebimbangan beliau terhadap pemimpin Rusia ekoran sokongan Moscow yang terus meningkat kepada pemberontak di Ukraine, ketika pasukan antarabangsa mengumpulkan lebih banyak serpihan mayat mangsa pesawat MH17 di tempat pesawat itu ditembak jatuh.
Dalam satu perbualan telefon dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Jumaat lalu, Obama juga melahirkan “harapannya supaya satu penyelesaian diplomatik dicapai bagi krisis itu (di Ukraine)", kata White House.
“Saya rasa kita telah melakukan segala-gala yang termampu untuk menyokong kerajaan Ukraine dan menghalang Rusia daripada terus campur tangan lebih jauh di wilayah Ukraine," kata Obama pada sidang akhbar di Washington. - AFP
TOP
Kanak-kanak bersuara kutuk kezaliman Israel
KUALA LUMPUR - Kekejaman rejim Zionis bukan hanya dikritik hebat oleh golongan belia dan dewasa, malah kanak-kanak turut menyuarakan bantahan melalui perhimpunan yang berlangsung di Dataran Merdeka.
Padang dataran hari ini dibanjiri ratusan kanak-kanak di samping ibu bapa masing-masing sambil memegang poster dan sepanduk.
Tanpa mempedulikan terik matahari dan dahaga, mereka setia berhimpun sehingga ke upacara penutup.
Bagi Solehin al Muhammadi, 9, dia hanya mampu berdoa agar kesemua rakyat Palestin dilindungi dari serangan tentera Israel
Dia yang merupakan kelahiran Palestin turut mengutuk keras serangan yang dilancarkan Israel ke atas Gaza.
"Apa yang dilakukan oleh mereka (Israel) tidak baik, ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa terbunuh," katanya.
Mohd Amri Nasir, 9, sanggup mengikut bapanya hanya untuk berhimpun menyokong penentangan terhadap Israel.
Menurutnya, apa yang telah dilakukan oleh rejim Zionis disifatkan sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan.
"Israel telah menyerang Gaza selama berhari-hari, sudah ramai yang terkorban dalam serangan itu. Israel sepatutnya berhenti dari terus menyerang penduduk di Gaza," katanya kepada Sinar Harian Online.
Nur Amira Shuhada Mohd Zamri, 10, melahirkan rasa tidak puas hati dengan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel.
Walaupun masih kecil, dia tahu erti penderitaan dan kesusahan yang telah dilalui setiap penduduk di Gaza.
"Seperti Malaysia, Palestin juga berhak untuk hidup aman tanpa perlu berperang untuk mempertahankan negara mereka dari kuasa luar. Kita kena terus sokong Palestin untuk terus pertahankan negara mereka," katanya - Sinar Harian
TOP
Dipenjara 15 Tahun Akibat Hina Raja Thai di Facebook
Bangkok: Seorang pemuzik Thailand dipenjarakan 15 tahun kerana menghina keluarga diraja, kata pegawai mahkamah semalam, dalam sabitan terbaharu menurut undang-undang kontroversi Lelaki berusia 28 tahun itu didapati bersalah menyiarkan mesej menghina monarki di laman Facebook antara 2010 dan 2011, kata pegawai mahkamah di wilayah Ubon Ratchathani, tanpa memberikan butiran lanjut.
Raja Bhumibol Adulyadej, 86, dimuliakan ramai rakyat Thai dan dilindungi undangundang diraja yang tegas.
Menurut undang-undang itu sesiapa yang disabitkan bersalah menghina raja, ratu, pemangku raja atau waris berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun bagi setiap tuduhan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas pemuzik itu selama tiga tahun bagi enam tuduhan dan empat bulan bagi setiap 12 tuduhan melanggar akta jenayah komputer. Namun selepas mengaku salah kepada semua tuduhan, hukumannya dikurang kepada 15 tahun penjara.
“Suspek berulang kali mengaku salah dan dalam kes ini hakim menjatuhkan hukuman minimum bagi kedua-dua tuduhan,” kata pegawai mahkamah. - Berita Harian
TOP
Saya yang cadang Wan Azizah jadi MB - Syed Husin
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali memberitahu, cadangan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu diberikan olehnya kepada biro politik PKR.
Dalam laman Tweeternya, Dr Syed Ali turut mengakui nama Wan Azizah itu diberikan bukan sahaja untuk jawatan MB Selangor tetapi sudah diberikan untuk menjadi calon PKR untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang berlangsung pada 23 Mac lepas.
Pada Sabtu, empat pemimpin cabang PKR iaitu R Sivarasa (Subang), William Leong (Selayang), Yew Boon Lye (Klang) dan David Cheong (Kuala Langat) menyatakan sokongan kepada Wan Azizah yang dianggap paling layak menjadi menteri besar.
Mereka turut meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur dari jawatan tersebut bagi menghormati keputusan parti.
Keempat-empat mereka juga meminta anggota PKR menyokong keputusan Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai lalu yang menamakan Wan Azizah sebagai calon untuk jawatan itu.
Sebelum ini, Wan Azizah turut membayangkan kesediaan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor sekali gus menggantikan Abdul Khalid.
Azizah berkata, ia adalah satu tanggungjawab yang besar dan amanah yang perlu dijaga.- Astro Awani
TOP
Jangan Bagi Warga Asing Masak Makanan Penjaja P. Pinang!
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyokong cadangan kerajaan Pulau Pinang melarang penjaja mengupah warga asing sebagai tukang masak dalam perniagaan gerai makanan di negeri itu.
“Kita melarang makanan di gerai-gerai utama di sini dimasak oleh warga asing yang tidak tahu rasa sebenar makanan tersebut.
“Orang ramai datang ke Pulau Pinang kerana makanan popularnya. Kita tidak boleh bergantung kepada penjenamaan sahaja, ia tidak akan sama,” katanya.
Nazri berkata, penduduk tempatan harus berbangga dengan makanan di Pulau Pinang dan menggalakkan generasi muda untuk mendalami cara masakan makanan tersebut bagi mengekalkan standardnya.
Beliau turut memberi jaminan Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri tersebut untuk mempromosikan pelancongan di Pulau Mutiara.
“Pulau Mutiara adalah permata, mahkota pelancongan Malaysia seperti yang kita ketahui,” kata Nazri selepas melawat Lebuh Armenian sempena Festival Goerge Town (GTF) di sini Sabtu. – mStar online
TOP
Zirafah Atas Treler Mati Terhantuk Kepala di Jambatan
JOHANNESBURG - Sebuah organisasi hak asasi haiwan Afrika Selatan merancang untuk menyaman orang yang bertanggungjawab ke atas kematian seekor zirafah yang hancur kepalanya di atas jambatan kerana ia telah dibawa dalam treler di salah satu lebuh raya yang paling sibuk di Afrika.
Saksi melaporkan melihat dua zirafah dalam treler terbuka dipandu di lebuh raya Johannesburg N1 pada hari Khamis sebelum kepalanya terkena jambatan.
"Lihatlah bagaimana rendah jambatan dan bagaimana tingginya zirafah. Siapa fikir zirafah boleh lepas?" Persatuan Kebangsaan Afrika Selatan bagi Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan (NSPCA) berkata mereka akan meminta untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab.
"Kami amat mengambil berat tentang cara ia diangkut. Sudah agak pasti ada kecuaian," kata Pengurus NSPCA Rick Allen.
Kejadian itu telah menyebabkan kemarahan di Afrika Selatan. Allen berkata adalah bernasib baik zirafah yang lain terselamat. "Kami telah digelar ia 'Lucky'," katanya. - SiakapKeli.com
TOP
Malaysia Berisiko Kena Sekatan Ekonomi - Pakar
SHAH ALAM – Tidak mustahil sekiranya Malaysia dikenakan sekatan ekonomi kerana kelantangannya menentang tindakan kejam rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, kemungkinan itu mungkin berlaku dalam usaha Israel melumpuhkan ekonomi negara yang menyokong Palestin.
“Kegawatan ekonomi seperti yang berlaku pada 1997, 1998 dan 2008 boleh berulang. Harga bahan api, getah dan kelapa sawit akan naik mendadak dan kejatuhan ringgit boleh jejas ekonomi negara.
“Keterbukaan ekonomi Malaysia yang membuka ruang syarikat luar untuk melabur juga berisiko (terjejas) sekiranya negara luar (yang menganggap Malaysia sebagai penyokong pengganas) menarik balik pelaburan mereka di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, langkah berjaga-jaga tetap perlu diambil, kerana negara-negara Barat terutama yang menguasai ekonomi dunia mungkin mengambil kesempatan ke atas Malaysia pada bila-bila masa.
Media Israel kelmarin memetik agensi keselamatan negara itu, Shin Bet yang menuduh kononnya Malaysia dijadikan tempat latihan pejuang Hamas, sekali gus cuba melibatkan Malaysia dengan konflik itu.
Israel cuba pusing cerita
Kerajaan Hamas, yang dilantik rakyat Gaza untuk mentadbir wilayah itu melalui pilihan raya secara demokratik pada 2006 dilabel secara rasmi sebagai pengganas oleh beberapa kuasa Barat, menyebabkan ia tidak diiktiraf sebagai kerajaan dan diharamkan mempunyai sebarang hubungan politik atau ekonomi dengan negara-negara tersebut. Mengulas dakwaan media Israel mengenai Malaysia, Amir Hussin berkata Israel sedang membohongi diri mereka sendiri sedangkan rejim itu tahu pendirian tegas Malaysia dalam isu kemanusiaan. "Ini adalah cubaan mereka untuk menjatuhkan negara kita. Negara luar sewajarnya menimbangkan laporan berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan ke atas Malaysia,” katanya. Sementara itu, Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohamad Abu Bakar juga tidak menolak kemungkinan berlakunya sekatan ekonomi terhadap Malaysia atas dakwaan menyokong 'keganasan' dan pejuang Hamas. “Dunia tahu pendirian Malaysia yang sejak dahulu lantang menentang kezaliman Israel dan sentiasa membantu dan menghantar misi kemanusiaan ke Gaza. Selama ini Malaysia membela nasib rakyat dan penderitaan yang dialami penduduk Palestin. “Hamas pula sebuah badan ditubuhkan untuk mentadbir Genting Gaza yang didiami penduduk Palestin. Secara tidak langsung, Malaysia dianggap menyokong Hamas, walaupun sebenarnya agenda utama Malaysia adalah membela mereka yang menderita di bumi Gaza,” katanya. - Sinar Harian

Lelaki Bakar Diri Sebelum Ceroboh Bangunan Kerajaan
China - Seorang lelaki berusia 55 tahun, dikenali sebagai Zhao telah bertindak membakar diri, lalu menceroboh masuk ke dalam bangunan kerajaan Wilayah Hunan, dipercayai cuba untuk membunuh diri.
Dia dikatakan menuang petrol keseluruh badannya sebelum menyalakan api kemudian meceroboh bangunan di situ. Bagaimanapun, kakitangan bangunan tersebut berjaya memadamkan kebakaran di tubuhnya. Motif sebenar tindakan lelaki berkenaan masih lagi dalam siasatan - SiakapKeli.com

Penyelam Aquaria KLCC Menyelam Dengan Baju Melayu Pada Hari Raya
Pekerja Aquaria KLCC ini mempunyai cara tersendiri untuk meraikan Aidilfitri walaupun mereka terpaksa bekerja di hari lebaran.
Gambar yang dikongsi oleh Oh!Media melalui Facebooknya menunjukkan pekerja yang bertugas sebagai penyelam menjalankan tugasnya menggunakan baju Melayu dan yang lebih menakjubkan, baju Melayunya lengkap bersamping.
Ini mungkin merupakan satu pengalaman yang akan diingat sampai bila-bila oleh pelawat yang datang melawat pada masa berkenaan. Tapi pujian harus diberikan kepada penyelam berkenaan kerana berjaya menjadi lain daripada yang lain. - SiakapKeli.com

Gambar Sambutan Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak Gaza
Satu perhimpunan yang dinamakan 'Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak Gaza' telah berlangsung di Dataran Merdeka pada hari ini.
Perhimpunan yang bertujuan untuk menyatakan sokongan terhadap penduduk Gaza itu telah dianjurkan oleh Viva Palestin dan juga Aqsa Syarif. Selain dari memberi sokongan, perhimpunan itu juga dijalankan bagi mengecam tindakan Zionis menyerang warga Palestin yang tidak bersalah.
Gambar-gambar perhimpunan telah dimuat naik oleh Aqsa Syarif di laman facebooknya. Diamati gambar-gambar tersebut, dapat dilihat kelibat-kelibat selebriti tempatan yang menyertai perhimpunan tersebut antaranya Faizal Tahir, Heliza Helimi, Afdlin Shauki dan Amin Idris.
Selain dari umat Islam, dapat juga dilihat rakyat Malaysia yang beragama Kristian muncul bagi menyertakan kecaman mereka terhadap kekejaman Zionis. CCU Majlis Pemuda Gereja-gereja Kristian, Dessony Tuzan dapat dilihat menyertai perhimpunan terbabit.
Banyak gambar yang dikepilkan oleh Aqsa Syarif di laman Facebooknya, tapi berikut disertakan beberapa gambar di perhimpunan tadi

Mesyuarat Khas Terima Jenazah 1-2 Minggu Lagi
BATU PAHAT – Satu mesyuarat khas bagi menyelaras persiapan menerima ketibaan jenazah mangsa nahas pesawat Malaysian Airlines (MAS) Penerbangan MH17 bakal diadakan dalam seminggu dua lagi.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata mesyuarat itu akan dihadiri semua wakil kementerian terlibat bagi melancarkan proses penerimaan jenazah-jenazah tragedi MH17 itu.
Ia bakal melibatkan beberapa kementerian dan agensi kerajaan termasuk kementeriannya, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, polis dan tentera, kata beliau.
“Seminggu lagi, pihak kementerian (akan adakan mesyuarat) mengenai persiapan.
“Kerajaan akan membuat persiapan untuk menyambut jenazah-jenazah tersebut dengan penghormatan daripada kerajaan,” katanya kepada pemberita ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Seri Gading di Kampung Parit Jelutong, Parit Raja, dekat sini Sabtu.
Abdul Aziz berkata beliau dimaklumkan jenazah-jenazah ini akan dibawa pulang secara serentak dan dihantar ke kampung masing-masing untuk disemadikan.
Beliau berkata kos penghantaran pulang (sehingga ke kampung halaman) akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
“Kita akan menyambut (jenazah-jenazah) ini secara terhormat. Kita mahu melahirkan kesedihan kita atas tragedi tersebut kerana ini tragedi pertama di mana pesawat kebangsaan kita ditembak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata Abdul Aziz.
Sementara itu, kerajaan dilaporkan akan mengumumkan tarikh penghantaran pulang jenazah dalam tempoh dua minggu.
Ini adalah antara keputusan yang dicapai semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Netherlands baru-baru ini.
Berikutan penetapan tempoh itu, perdana menteri turut mengumumkan hari berkabung negara selama sehari, yang pertama kali upacara seumpamanya diadakan, sebaik sahaja mayat mangsa nahas itu tiba di tanah air nanti. – BERNAMA
TOP
Isu MB: Anwar Akui Punca Pakatan Berbalah
Keghairahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melantik Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu diakui menjadi punca perbalahan antara tiga sekutu Pakatan Rakyat (PR).
Mengakui perkembangan tersebut, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, ketiga-tiga komponen PR iaitu PKR-PAS-DAP tetap berikrar untuk mengukuhkan kerjasama politik antara mereka.
“Pakatan Rakyat bertegas bahawa kami beriltizam meneruskan perjuangan ini dengan mengukuhkan persefahaman dan setiakawan koalisi politik dalam kerangka Dasar-Dasar Bersama kami.
“Kami juga komited untuk mendepani isu-isu berbangkit mutakhir ini secara kolektif, berani, berprinsip dengan berteraskan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama, demi memenuhi amanah dan menggalas tanggungjawab yang telah diberikan Rakyat,” katanya pada Sabtu.
Beliau berkata demikian menerusi kenyataan bersama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Sejak akhir-akhir ini isu kepimpinan di Selangor membabitkan komplot menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar mencetuskan perbalahan terbuka antara sekutu PR.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila Abdul Hadi secara terbuka menolak cadangan untuk melantik Dr Wan Azizah bagi menggantikan Abdul Khalid.
Kenyataan Abdul Hadi itu disokong oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila turut mempersoalkan motif utama PKR melakukan perubahan kepimpinan di Selangor. – mStar online
TOP
Israel Terus Bedil Gaza Berikutan Kehilangan Seorang Askarnya
GAZA CITY: Israel terus membedil Rafah, bandar selatan Gaza dengan pasukan tentera mempertingkatkan usaha mencari seorang askarnya yang dipercayai ditangkap pejuang Hamas ketika serangan memasuki hari ke-26 hari ini.
Tentera Israel berkata, mereka percaya askarnya itu ditangkap dalam serbuan Hamas kira-kira sejam selepas gencatan senjata dilaksanakan, pagi semalam.
Tentera Hamas bagaimanapun menafikan askar Israel berkenaan, Lefternan Kedua Hadar Goldin, kini dalam tahanan mereka.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon serta beberapa pemimpin dunia pula menuntut agar askar Israel berkenaan dibebaskan dengan segera.
Sekurang-kurangnya 35 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan di sekitar bandar Rafah, sejak awal pagi tadi, demikian menurut Pegawai Kesihatan Palestin, Ashraf al-Kidra.
Beliau berkata, kawasan utama Hospital Rafah kini dikosongkan berikutan bedilan roket Israel.
Di tempat lain di sekitar Gaza, lebih 150 serangan udara termasuk satu ke atas Islamic University di Gaza City: AP
No comments:
Post a Comment