TOP
Tidak Perlu Mesyuarat Kedua Majlis Pakatan – Anwar
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) tidak perlu mengadakan mesyuarat kedua Majlis Presiden Pakatan bagi memilih calon Menteri Besar (MB) Selangor.
Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, mesyuarat itu tidak perlu walaupun masih mempunyai tempoh untuk berbuat demikian sebelum senarai calon dikemukakan kepada Sultan Selangor, 3 September ini.
Mengikut Anwar, mesyuarat pada 17 Ogos lalu sudah sebulat suara memilih Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal MB.
Selain itu, katanya, nasihat perundangan dan mekanisme berhubung isu itu turut dibincangkan sebelum keputusan muktamad dibuat, justeru ia perlu dihormati atas semangat pakatan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas prosiding kes saman RM100 juta terhadap bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar, berhubung penyiaran satu artikel dalam sebuah akhbar enam tahun lalu, di Mahkamah Tinggi di sini. - BH Online
TOP
Peserta Sukan Bogel Dihukum Sebulan Penjara, Denda RM5,000
GEORGETOWN – Mahkamah Majistret Balik Pulau menjatuhkan hukuman sebulan penjara dan denda RM5,000 terhadap enam peserta Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang di Teluk Kampi, di sini.
Majistret Muhammad Najib Ismail menetapkan hukuman itu selepas enam daripada sepuluh individu mengaku bersalah dalam sesi pendakwaan hari ini.
Semua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 294 akta sama.
Terdahulu, Muhammad Najib menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 16 Oktober ini terhadap empat tertuduh yang tidak mengaku salah.
Enam yang mengaku salah ialah Loh Kok Hong, Mu Wai Peng, Justin Ang Ji Heng, Yam Kam Hoong, Liord Loo Joo Hong dan R Nandakumar.
Empat yang lain ialah Chew Tok Hwa, Chan Chia Weng, Teh Guan Hoon dan Kong Meng Leong.
Pendakwaan dikendalikan oleh Datuk Razali Che Ani dan Edward Chan. – BH Online
TOP
MH17: Istiadat Penghormatan 2 Sept Dijangka Libatkan 9 Jenazah
PUTRAJAYA – Istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 2 Sept dijangka melibatkan sembilan jenazah termasuk dua warga asing, kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
“Setakat ini, sembilan jenazah yang berkemungkinan besar akan tiba pada 2 Sept dan ia tertakluk kepada beberapa faktor. Ada faktor tertentu yang akan menyebabkan angka ini berubah.
“Kami percaya pada 1 Sept, kita dapat pastikan berapa,” katanya pada sidang media selepas mempegerusikan mesyuarat jawatankuasa koordinasi istiadat penghormatan itu di Bangunan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di sini Khamis.
Beliau berkata persediaan sedang dilakukan bagi menerima sembilan mangsa tragedi itu termasuk lima jenazah dalam keranda dan empat abu dalam kendi dari Amsterdam, Belanda sebelum dikebumikan dan disemadikan.
Satu daripada sembilan jenazah itu ialah kanak-kanak, katanya.
Zulkifeli berkata dua warga asing itu merupakan suami kepada mangsa MH17 warga Malaysia setelah mendapat kelulusan daripada negara asal untuk mereka dikebumikan di Malaysia bersama isteri masing-masing.
Pada istiadat penghormatan berkenaan, dua warga asing itu, termasuk satu dalam kendi akan dilitupi dengan bendera negara asal mereka, katanya.
Zulkifeli berkata tiga pesawat iaitu dua EC725 dan sebuah Charlie 130 bakal digembleng untuk membawa empat jenazah ke Teluk Intan, Perak; Bukit Mertajam dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang manakala empat lagi akan dibawa menggunakan kenderaan jenazah ke sekitar Lembah Klang dan satu lagi ke Seremban.
Beliau berkata mesyuarat berkaitan penghormatan jenazah akan diadakan pada 1 Sept yang dipengerusikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan disertai menteri-menteri berkenaan di Kompleks Bunga Raya, KLIA.
Sehingga kini, 24 jenazah mangsa tragedi warga Malaysia telah dibawa pulang. Dua daripadanya tidak didedahkan identiti atas permintaan keluarga.
Kumpulan pertama 20 jenazah dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas pada 22 Ogos, diikuti satu keesokannya dan tiga lagi pada Ahad lepas.
Pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines itu yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lalu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab. – BERNAMA
TOP
Pengawal Keselamatan Lepas Tembakan Secara Tidak Sengaja
KUANTAN – Seorang pengawal keselamatan melepaskan tembakan secara tidak sengaja di sebuah bank di Raub semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Raub, Ab Rahim Ab Razak berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.30 petang yang bunyi tembakan tersebut yang datang dari bahagian belakang pejabat bank didengari seorang pegawai bank.
Pegawai itu kemudiannya pergi memeriksa dan menemui pengawal keselamatan yang berusia 50-an itu berada dalam keadaan terkejut di stor berhampiran tandas.
“Ketika disoal, pengawal itu memaklumkan pump gun yang dipegangnya meletup dengan sendiri. Pegawai bank tersebut kemudiannya membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan.
Pengawal keselamatan terbabit telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk siasatan lanjut sementara senjata berkenaan dirampas. – BERNAMA
TOP
Bayi Maut Kereta Dipandu Bapa Terbabas
GUA MUSANG – Seorang bayi perempuan berusia setahun maut apabila kereta yang dipandu bapanya terbabas akibat berselisih dengan lori di Km 68, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat sini pagi tadi.
Wan Nur Areen Sofia Mohd Faizal, meninggal dunia di Hospital Gua Musang kira-kira pukul 3 pagi, dua jam selepas kemalangan itu.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah berkata bapa mangsa Mohd Faizal Anuar, 26, ibunya Wan Nor Amizan Wan Zaidi, 25, dan kakaknya Wan Nur Arina Shaiya, 3, cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Mereka dari Klang, Selangor dalam perjalanan pulang ke Kampung Kedai Buluh, Kota Baharu. – BERNAMA
TOP
GAMBAR: Terselamat Walaupun Kereta Dihempap Lori Simen.
Jika dilihat pada gambar-gambar dalam dimuat naikkan ini pasti semua orang menyangka yang pemandu serta penumpang kereta itu sudah maut. Apa tidaknya jika dilihat mereka telah ditindih sebuah lori bancuh simen yang bertan tan beratnya.
Bagaimanapun umur kedua-dua wanita yang terlibat dalam kemalangan di Hangzhou, Wilayah Zhejiang di Timur China itu masih panjang.
Menurut laporan Asiantown, pertembungan antara lori simen dan kereta tersebut adalah dari arah yang bertentangan.
Kedua-dua mangsa dalam kereta telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat walaupun penumpang telah tersepit dalam kenderaan tersebut.
Berikut merupakan beberapa keping gambar kejadian berkenaan.

Sharifah Sakinah Tak Mahu Kekasih Disindir Di Tempat Kerja
Kuala Lumpur: “Yelah...memang (bercinta) dengan dia, cuma tak nak kecoh-kecoh sangat,” jelas pelakon komedi Sharifah Sakinah yang mendedahkan sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang juruterbang dikenali sebagai Aliff.
Sakinah atau nama penuhnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, berkata, dia terpaksa membuka mulut apabila hubungan dirahsiakan sejak awal tahun ini mula menimbulkan spekulasi kebelakangan ini.
“Saya malas nak kecoh-kecoh sebab dia tak suka sangat. Tapi, sekarang orang dah mula bercakap, terpaksalah mengiyakan.
“Cuma dia tak mahu terlalu mencanangkan hubungan ini demi privasinya dan tak nak orang meluat pula,” katanya ketika dihubungi di sini, petang semalam.
Sekeping gambar lelaki dari arah tepi yang memakai pakaian seragam juruterbang dimuat naik Sakinah dalam Instagram beberapa hari lalu menimbulkan teka-teki kepada banyak pihak.
Peminat pelakon ini mula membuat spekulasi mengenai identiti lelaki itu.
Sumber Harian Metro pula mengesahkan lelaki berusia 26 tahun itu teman lelaki Sakinah sejak awal tahun ini.
Ironinya, ujar Sakinah, dia sudah banyak kali memuat naik gambar mereka bersama rakan lain sebelum ini, tetapi ia tidak berjaya dihidu mana-mana pihak.
Katanya, hanya disebabkan gambar terbaru itu, pelbagai spekulasi timbul seraya memaksanya mendedahkan perkara sebenar.
Sakinah berkata, bagaimanapun dia berharap keterbukaannya mendedahkan hubungan itu tidak disensasikan demi menghormati privasi kekasihnya.
“Saya tak ada masalah berkongsi cuma tak bolehlah terlalu banyak sebab dia tak nak diganggu atau disindir di tempat kerja,” katanya.
Katanya, dia berharap hubungan itu sampai ke peringkat lebih serius jika ditakdirkan mereka mempunyai jodoh.
“Sebelum ini saya dah malas nak fikir (mengenai kekasih). Apabila kenal dia menerusi seorang kawan, kami jalan saja.
“Saya mencari lelaki yang boleh membimbing dan dia ada semua (kriteria) itu.
“Tapi, buat masa ini, kita tak bercakap mengenai kahwin lagi,” katanya yang akan muncul dalam program Super Spontan 2014, malam Jumaat ini. - myMetro online
TOP
Sari Yanti Bahagia Dengan Kehidupannya Sekarang
Kuala Lumpur – Sudah lama pelakon Sari Yanti menjadi buruan media. Suka atau tidak, dia yang mula popular menerusi drama rantaian Kisah Kaisara itu harus berhadapan dengan media kerana berita rumah tangganya bergolak sudah tersebar.
Sari didakwa telah memfailkan penceraian pada 25 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah, Seremban, Negeri Sembilan. Ia kemudian diikuti dengan Eddy ‘menyerang balas’ memfailkan nusyuz pada 20 Mac tahun yang sama di Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya, Selangor.
Bagaimanapun, sehingga kini, status rumah tangga mereka tidak diketahui.
Namun, dalam tempoh pencarian tersebut, Sari memilih bungkam. Panggilan telefon tidak dijawab, mesej pesanan ringkas (SMS) juga tidak dibalas. Dia mengelak.
Bagaimanapun, kelibatnya yang hadir pada majlis sidang akhbar pengumuman Top 5 Anugerah Lawak Warna 2014 yang berlangsung di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini sedikit mengejutkan pihak media.
Memandangkan kelibat pelakon berkenaan sudah berada di hadapan mata, pihak media yang hadir bersemuka dengannya dan tentulah butir bicara yang dilontarkan tentang perkembangan terbaharu mengenai kehidupannya sekarang.
Malah, jika sebelum ini memang sukar mendapatkan sebarang respons daripadanya, situasi itu berubah saat kami bertemu.
Sesuatu yang wajar dipuji apabila Sari tidak mengelak untuk ditemu bual media, meskipun sudah dapat menjangkakan soalan-soalan yang akan ditujukan kepadanya.
“Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan sekarang,” itulah jawapan pertama yang diucapkan oleh Sari apabila dia ditembak dengan pertanyaan mengenai kisah rumah tangganya.
Mengambil pendekatan untuk berdiam diri daripada memberikan sebarang ulasan berkaitan perkara berkenaan, pelakon berusia 30 tahun itu sekadar melemparkan senyuman manis apabila terus diajukan soalan yang sama.
“Buat masa ini saya memang tidak akan memberikan sebarang komen tentang kisah rumah tangga saya. Lagipun tiada apa yang dapat saya komen atau ulas apabila membabitkan kisah peribadi.
“Saya cuma boleh cakap kini kehidupan saya bahagia dengan kedua-dua anak yang semakin membesar. Itu sahaja komen daripada saya,” ujar ibu kepada dua orang anak iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al Haq, 2, itu mohon dimengerti.
Sementara itu, ketika ditanya tentang dirinya yang jarang muncul dalam acara-acara hiburan, Sari memberitahu, sejak kemunculannya dalam bidang lakonan sejak tujuh tahun lalu, dia tidak akan hadir ke sesebuah acara sekiranya tidak ada produk yang sedang dipromosikan atau berkaitan dengan dirinya.
Ujarnya, mengapa dia meluangkan masa untuk hadir ke majlis sidang akhbar berkenaan adalah kerana telemovie sulung terbitan syarikatnya, Pengancam Perkahwinan tercalon dalam lima kategori.
“Kehadiran saya ini sebenarnya lebih untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan artis yang turut tercalon dalam anugerah ini. Sudah tentu saya turut berkongsi rasa bangga kerana ia merupakan kali pertama syarikat saya iaitu Mediaglo Production menerbitkan telemovie dan ia tercalon dalam lima terbaik,” jelasnya.
Suka-suka
Bercerita lebih lanjut mengenai pencalonan telemovie Pengancam Perkahwinan dalam Anugerah Lawak Warna 2014 yang bakal berlangsung pada 19 September ini di Teater Selangor, Shah Alam, Sari mengakui, dia agak terkejut apabila tercalon dalam lima kategori. Menurutnya, ia merupakan satu pencapaian yang tidak dijangka sama sekali buat dirinya dan rakan-rakan lain seperti Tam Suhaimi, Kilafairy, Farish Aziz, Intan Ladyana dan Nadia Nisaa yang sama-sama terbabit dalam penerbitan telemovie berkenaan. “Sebenarnya kami menerbitkan Pengancam Perkahwinan secara suka-suka sahaja. Pada mulanya Tam menunjukkan sebuah skrip yang dihasilkannya dan menerusi perbincangan akhirnya kami sepakat untuk menerbitkannya. “Selain itu, saya sendiri tidak sangka telemovie ini mendapat maklum balas yang positif daripada penonton. Malah, ia turut ditayang berulang kali di saluran Astro,” ujarnya. Lebih membanggakan, Pengancam Perkahwinan tercalon dalam lima kategori iaitu Pelakon Komedi Wanita Terbaik TV (Nadia Nisaa), Rancangan Komedi TV Terbaik Bukan Bersiri, Lakon Layar Komedi Terbaik TV, Skrip Komedi TV Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik TV. Ujar Sari, walaupun Pengancam Perkahwinan mendapat sambutan baik daripada penonton, ketika ini dia masih belum merancang untuk menerbitkan produk terbaharu lantaran kesibukan jadual masing-masing.
Tidak galak
“Sekarang ini saya dan rakan-rakan lain sibuk dengan jadual penggambaran masing-masing. Rasanya jika ada projek seterusnya mungkin saya akan menerbitkan Pengancam Perkahwinan dalam bentuk drama bersiri pula,” ujarnya. Beralih kepada perkembangan peribadinya, Sari yang mengaku bahagia bersama dua anak lelakinya memberitahu, dia lebih senang memberi fokus terhadap mereka jika tidak bekerja. Ditanya adakah dia terbuka untuk menerima tawaran berlakon atau iklan komersial buat anak-anaknya, Sari menolak. Tidak seperti kebanyakan ibu bapa yang tidak kisah untuk membenarkan anak masing-masing tampil di kaca televisyen atau layar perak, pelakon itu menegaskan, dia tidak menggalakkan anak-anaknya berlakon. “Sebenarnya saya berasa cukup kasihan apabila melihat kanak-kanak ini berlakon sehingga berasa penat. Lagipun agak sukar membahagikan masa antara lakonan dan persekolahan. “Namun begitu, ia bukan bermakna saya tidak menggalakkan mereka berlakon memandangkan pada usia sekarang ini rasanya masih belum sesuai lagi. Malah, berlakon iklan juga mereka tidak pernah buat,” ujarnya yang mengakui ada penerbit yang menawarkan kedua-dua anaknya itu berlakon. Ketika ditanya mengenai perkembangan karier lakonannya pula, Sari memberitahu, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Menantu Mak Upih dan kini terbabit dengan telemovie berjudul Milik Kita.

Rasuah: Pegawai Polis Didenda RM5,000 Terima Suapan
IPOH – Seorang pegawai polis dikenakan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menerima suapan RM300 dua tahun lepas.
Hakim Madihah Harullah menjatuhkan hukuman itu terhadap ASP Shuib Abdul Samad @ Zainul dan memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.
Tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar didakwa menerima suapan itu dengan tiada balasan daripada Tan Tiong An.
Shuib mengetahui mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kuala Kangsar yang mana Tan ditahan pada 12 Jun 2012 kerana disyaki penagih dadah.
Dia melakukan kesalahan itu di Restoran Dila Tomyam, No 5 Gerai MPKK Medan Selera, Stesen Keretapi, Jalan Raja Idris dekat Kuala Kangsar, pukul 1.20 petang pada 5 Julai 2012.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Ashok Athimulan.
Shuib yang telah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 29 tahun, ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana tidak dikenakan hukuman penjara.
“Jika diberi peluang saya akan bekerja sebagai anggota polis hingga pencen dan saya akan berkhidmat dengan sebaik mungkin,” katanya. – BERNAMA
TOP
Gempar: Bayi Meninggal Kerana Tali Pusat Dibiar Berulat?
Tersebarnya sekeping gambar yang menunjukkan tali pusat bayi yang kelihatan hitam dan berulat di laman Facebook.
Kisahnya,
Maaf ye, saya bukan nak mengaibkan sesiapa. Tetapi saya nak kita semua sedar, inilah akibatnya kalau kita suka-suka dan tak ikut arahan doktor.
Saya dapat picture ini dari kakak ipar saya. Katanya, bayi ini baru saja meninggal disebabkan tali pusat bayi ini berulat kerana taruk ubat tradisional pada pusat bayi ini.
Saya nak ingatkan pada kawan-kawan dan untuk diri saya juga, jangan terlalu memandai kalau tidak pasti kesannya. Baik kita dengar nasihat doktor dan ubat yang disarankan sahaja untuk digunakan.
Jangan pakar macam ni terjadi pada anak-anak kita. Nauzubillah. Kasihan si kecil.
Bagaimanapun, rata-rata netizen menunding jari pada ibu bayi berkenaan kerana tidak mahir menjaga anaknya.
Kebiasaannya bagi wanita yang baru pertama kali bersalin, pasti akan meminta ibu sendiri atau ibu mertua membantu menjaga bayi yang baru lahir. Meskipun orang tua-tua mempunyai petua yang mujarab, lebih baik rujuk segala permasalahan mengenai bayi di hospital atau klinik bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku.
Sumber: mymediahubonline.blogspot.com

Gambar Gadis Berselfie Dalam 'Traffic Jam' Jadi Viral
Kalau sebelum ni semua sibuk berselfie di bangunan-bangunan tinggi, si gadis comel molek ni ada cara tersendiri untuk selfie. Selfie di dalam 'traffic jam'!
Gambar ini telah menjadi viral di laman sosial terutama Facebook dan Twitter dan mendapat pelbagai komen dari netizen. Ada yang mengatakan ia perkara biasa dan tak kurang juga yang mengatakannya berbahaya.
Umm..nasib baik gadis ni comel, kalau tak, entah viral, entah tidak. - SiakapKeli.com

VIDEO: Budak Dibuli Beramai-Ramai Dalam Ladang Di Johor
Kes buli adalah kes yang biasa kita dengar. Banyak faktor yang menyebabkan kes buli terjadi dan antaranya adalah bila yang dibuli tidak digemari oleh sekumpulan kanak-kanak.
Di Johor, satu kumpulan remaja dilihat beraksi bagaikan gangster dalam video yang dimuat naik oleh satu sumber yang tidak diketahui. Video ini telah tersebar meluas di laman sosial.
Dipercayai, seorang remaja, telah diganyang oleh kumpulan remaja terbabit dan tidak mampu melawan apbila di belasah dan di tendang.
Tak tahu apa kesalahan yang dibuat oleh remaja terbabit, tetapi apa yang penulis dengar, salah seorang dari pembuli tersebut berkata "Kau balik, kalau kau mengadu dekat mak ayah kau, siap kau".
Haiya!! pergi upload video buat apa, kantoi jugak. Kurang cerdik la pembuli ni. Kepada mak ayah pembuli ni, sila nasihatkan anak-anak anda supaya bermoral sedikit- SiakapKeli.com
Haiya!! pergi upload video buat apa, kantoi jugak. Kurang cerdik la pembuli ni. Kepada mak ayah pembuli ni, sila nasihatkan anak-anak anda supaya bermoral sedikit- SiakapKeli.com
TOP
Datuk Ramli MS dan Alyah Dah Setahun Kahwin!
PUCHONG: Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengunjungi kediaman mewah komposer ternama Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, di sini awal pagi ini, dipercayai bagi menyiasat status hubungan beliau dengan penyanyi Alyah.
Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu dikatakan mendapati mereka sudah berkahwin.
Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.
Wartawan BH yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu.
Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.
Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.
Katanya, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.
Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.
Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.
Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.
Perkembangan ini dijangka menamatkan teka teki mengenai status mereka selepas sebelum ini masing-masing enggan mengesahkan desas desus mereka telah berkahwin. - BH Online
TOP
Krisis MB Selangor: PAS Tidak Akan Hantar Nama, Jawatan MB Hanya Untuk PKR
Mustafa Ali
SHAH ALAM: PAS akan menghantar lebih daripada satu nama untuk dipertimbangkan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, walau bagaimanapun, jawatan menteri besar adalah milik PKR, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. "PAS akan menghormati perjanjian dengan Pakatan Rakyat bahawa jawatan menteri besar akan diberikan kepada ahli PKR," kata Mustafa selepas mengadakan mesyuarat di ibu pejabat PAS Selangor di sini, Rabu. "Jawatan itu adalah milik PKR. Nama-nama akan dikemukakan oleh pimpinan PAS pusat. "Kami akan mengemukakan lebih daripada satu nama daripada PKR kepada Sultan," kata Mustafa. "Saya memberi jaminan bahawa tidak akan ada nama daripada PAS," katanya. Sultan telah memberikan PAS, DAP dan PKR sehingga 3 September untuk mengemukakan lebih ramai nama calon untuk jawatan menteri besar. Dalam surat dari istana yang dikeluarkan pada Rabu, parti-parti komponen Pakatan telah diarahkan untuk mengemukakan lebih banyak nama sebelum 3 September, walaupun PKR dan DAP bertegas hanya akan menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Surat tersebut yang dialamatkan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Dr Wan Azizah meminta tiga parti itu menamakan lebih daripada dua nama bagi setiap parti untuk jawatan menteri besar. - mstar

Malaysia Tandatangani MoU Dengan Australia Berhubung Usaha Carian MH370
Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama Warren Truss.
CANBERRA: Malaysia telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan Australia untuk mengukuhkan kerjasama dalam usaha mencari pesawat penerbangan MH370 yang hilang. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengetuai delegasi Malaysia di sini menandatangani M0U dengan Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss pada Khamis. "MoU ini ditandatangani untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dan komitmen untuk mencari pesawat tersebut," kata Liow. Beliau menyatakan dengan jelas bahawa MH370 kekal menjadi keutamaan bagi kerajaan Malaysia. "Meneruskan carian kekal sebagai fokus kami. "Kami telah mengekalkan tekad dalam usaha mencari pesawat," katanya. Truss juga menandatangani MoU dengan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berhubung ahli keluarga dan waris pnumpang dan anak kapal yang berada dalam penerbangan MH370. Pesawat MAS, penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang dari skrin radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di Laut China Selatan. Ia dijadualkan tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi pada hari yang sama. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat mengumumkan bahawa pesawat berakhir di Lautan Hindi. - mstar

Kemuka Hanya Satu Nama, PKR & DAP Didakwa Beri 'Kata Dua' Kepada Sultan
DAP dan PKR bertegas hanya akan mengemukakan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.
PETALING JAYA: Adalah 'biadab' apabila DAP dan PKR bertegas hanya akan mengemukakan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar walaupun Sultan Selangor menitahkan supaya lebih banyak nama dihantar. Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, dengan berbuat demikian, kedua-dua parti telah memberi kata dua terhadap Sultan. "Walaupun mereka keberatan terhadap titah Sultan, mereka boleh memilih untuk meluahkan dengan cara yang lebih halus yang membolehkan mereka mendapat ruang untuk berunding dengan Sultan. "Sebaliknya mereka mencabar dan memberikan kata dua kepada Sultan, yang mana ia adalah biadap dan satu langkah politik yang kurang bijak yang hanya akan memburukkan lagi keadaan," kata Mustafa. Beliau berkata terdapat banyak contoh di mana parti-parti politik perlu mendapatkan kerjasama Sultan bagi menyelesaikan isu-isu yang melibatkan pelantikan menteri besar. Beliau berkata menteri besar yang pelantikannya berdepan isu dari segi mendapatkan perkenan Sultan termasuklah Menteri Besar Perak, Tan Sri Mohd Ghazali Jawi (1974), Negeri Sembilan - Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (1999), Pahang- Datuk Abdul Rahim Abu Bakar (1991), Perlis-Tan Sri Shahidan Kassim (2008) dan Terengganu-Idris Jusoh (2008). "Semua kes ini menunjukkan bahawa anda perlu bertindak dengan kebijaksanaan politik kerana kita mempunyai sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa dan peranannya tidak boleh diabaikan," kata Mustafa. Peguam Datuk Salehuddin Saidin berkata, Sultan Selangor mempunyai hak untuk meminta lebih daripada satu nama. "Ia adalah dalam kuasa dan budi bicara Sultan untuk meminta lebih nama (dan melantik sesiapa di antara mereka) selagi Adun mendapat sokongan majoriti dalam badan perundangan," katanya. Peguam Syahredzan Johan bagaimanapun percaya bahawa kuasa dan budi bicara Sultan untuk melantik menteri besar adalah terhad. "Dalam keadaan di mana Sultan tidak pasti sama ada calon mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan, kuasa Diraja yang boleh menggunakan budi bicara boleh digunakan untuk menetapkan siapa yang diyakini. "Bagaimanapun, 30 akuan berkanun oleh wakil rakyat yang menyokong Dr Wan Azizah adalah mencukupi untuk membuktikan bahawa beliau adalah orang yang mendapat sokongan majoriti," katanya. Syahredzan berkata secara teori, kebuntuan antara DAP, PKR dan istana boleh membawa kepada krisis perlembagaan jika tidak dapat diselesaikan. "Walau bagaimanapun, lambat laun saya berfikir bahawa Sultan akan melakukan apa yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan, jadi saya tidak melihat ini bertukar menjadi krisis perlembagaan." Profesor Undang-undang Universiti Malaya Gurdial Singh Nijar berkata tidak ada peruntukan dalam undang-undang negeri yang memerlukan pencalonan lebih daripada dua calon untuk jawatan itu. Bagaimanapun, beliau berkata, Sultan boleh menggunakan budi bicara dan meminta lebih banyak nama diberikan. - mstar

Hidup Semula Selepas Dua Jam 'Mati'
Goncalves hidup semula selepas dua jam disahkan meninggal dunia.
SALVADOR (BRAZIL): Selepas dua jam disahkan meninggal dunia akibat masalah pernafasan dan kegagalan organ berfungsi, 'mayat' lelaki berkenaan tiba-tiba bergerak. Insiden itu berlaku ketika adik lelaki berkenaan memasuki bilik mayat sebuah hospital di sini untuk membuat persiapan upacara pengebumian abangnya, Valdelucio Goncalves. Adik Goncalves, Walterio terkejut ketika mendekati beg mayat abangnya dan ia didapati bergerak, seolah-olah abangnya bernafas. “Saya terus memanggil jururawat yang kemudian membuka beg itu dan mendapati abang saya masih hidup,” katanya. Terdahulu, keluarganya dimaklumkan mengenai kematian lelaki berusia 54 tahun itu sebelum mayatnya dihantar ke bilik mayat hospital di Salvador, timur laut Brazil. - mstar

Sukan Bogel: Enam Mengaku Bersalah, Empat Minta Dibicarakan
BALIK PULAU: Enam peserta acara sukan bogel di pantai Teluk Kampi mengaku bersalah manakala empat lagi mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret di sini pada Khamis.
10 tertuduh didakwa menyebabkan gangguan awam dengan berbogel di pantai Teluk Kampi di antara pukul 3 petang hingga 6 petang pada 30 Mei.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 294 (A) Kanun Keseksaan.
Majistret Mohd Najib Ismail menetapkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
Beliau menetapkan 16 Oktober untuk sebutan kes. - mstar
TOP
Pemecatan Khalid: Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Beri Penjelasan Kepada ROS
Kee Kwong menunjukkan kenyataan akhbar mengenai pemecatan Khalid sebagai ahli seumur hidup PKR, baru-baru ini.
PUTRAJAYA: Pengerusi Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Tan Kee Kwong tiba di pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) di sini, kira-kira pukul 11 pagi Khamis. Beliau hadir untuk memberi penjelasan kepada ROS berhubung pemecatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, 9 Ogos lalu. Kee Kwong yang ditemui pemberita bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan hanya akan memberi kenyataannya selepas selesai pertemuan itu nanti. Terdahulu, beliau memberitahu telah menerima surat daripada ROS pada Selasa lalu yang memintanya untuk hadir ke pejabat badan itu pada 21 Ogos lalu. Namun, pertemuan itu ditangguhkan ke hari ini (Khamis). Menurutnya, beliau diminta menyediakan laporan mengenai tarikh Khalid dipecat, komposisi Lembaga Disiplin PKR dan buku kehadiran ahli jawatankuasa pusat PKR yang hadir semasa keputusan pemecatan dibuat. - mstar

Mandi Berahi ‘Main Buih Dan Seks’ Di Rumah Urut
Di rumah anda pasti tidak ada sebuah bilik mandi dilengkapi dengan tilam getah dan dipasang televisyen berskrin rata LCD di bahagian atas.
Itulah keadaan sebuah bilik mandi di dalam sebuah pusat urut yang terdapat di Danau Desa di Seputeh, Kuala Lumpur. Rekaan bilik mandi itu memang mencurigakan dengan alat kelengkapan mandi yang boleh menghasilkan buih yang banyak berada di atas lantai ruang kecil berkenaan. Bilik mandi itu ditemui pihak berkuasa dalam satu Operasi Bersepadu Membanteras Aktiviti Haram di sekitar Kuala Lumpur melibatkan enam kawasan Parlimen. Ketika diserbu, pusat urut yang menempatkan bilik mandi berkenaan didapati berkunci dan gelap di bahagian luar bagaimanapun di bahagian dalam premis terasa penghawa dingin berfungsi dan lampu dinyalakan. Pihak berkuasa dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kemudiannya terpaksa memecahkan pintu kaca ke premis itu menggunakan besi dan premis itu didapati sudah pun dikosongkan. Selain DBKL, operasi berkenaan turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Daripada pemeriksaan, dipercayai penjaga premis dan tukang urut telah berjaya melarikan diri sebelum premis mereka diserbu. Menurut pihak berkuasa, bilik mandi berkenaan digunakan pemilik premis berkenaan menyediakan perkhidmatan seks berserta mandi buih di atas tilam secara bogel di antara tukang urut dan pelanggan. Tidak diketahui, kegunaan televisyen LCD berkenaan tetapi menurut pihak berkuasa, ia digunakan untuk menonton DVD dan mungkin juga menonton filem lucah.
Dalam operasi berkenaan, premis itu telah dikenalpasti tidak hanya menyediakan perkhidmatan urut tetapi merupakan sebuah pusat pelacuran. Para pelanggan boleh pula melihat aksi mereka bersama tukang urut melalui dua cermin yang dipasang saling bertentangan betul-betul tinggi sedikit dari paras lantai. Pemeriksaan lanjut juga mendapati bilik-bilik kecil yang ada di dalam pusat urut itu kelihatan berselerak seperti baru sahaja ditinggalkan secara tergesa-gesa. Pakaian dalam yang dilengkapi manik berkelipan turut kelihatan di dalam satu bilik di dalam pusat urut itu dipercayai untuk menambah keghairahan kepada pelanggan.
Pusat urut merupakan satu antara 127 buah pusat yang diserbu dalam operasi berkenaan yang melibatkan hampir 1,000 anggota bermula pukul 9 malam tadi hingga pukul 7 pagi ini. Selain pusat urut, pihak berkuasa turut menjalankan pemeriksaan kepada 177 buah kafe siber bagi membanteras aktiviti perjudian haram. – MYNEWSHUB.MY

Kanak-Kanak Mati Didera Kerana Biskut
Riyadh – Seorang wanita mendera anak tirinya yang berusia lapan tahun hingga mati semata-mata kerana biskut.
Polis menahan wanita berkenaan, Kolthoum, selepas doktor mengesahkan anak tirinya, Roua, mati kerana cedera terus akibat didera.
Abang Roua, Ahmed, 11, juga dipukul wanita itu selepas mencuri biskut tetapi dia berjaya diselamatkan selepas dikejarkan ke hospital.
Di hospital, Ahmed berkata, dia dan adiknya mengambil beberapa keping biskut disebabkan tidak boleh tidur kerana lapar.
Keesokannya, ibu tiri mereka menyerbu bilik mereka selepas mendapati biskut itu hilang.
Wanita itu mengarahkan kedua-dua beradik itu mengelilingi kawasan belakang rumah tanpa memakai kasut ketika panas terik.
Ahmed dan Roua kemudian diarah berdiri satu kaki tetapi kanak-kanak perempuan itu tidak berdaya lalu rebah. – Agensi
TOP
HTC Mengumumkan Telefon 64-bit Android Pertama Di Dunia
HTC, melalui laporan The Next Web mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan apa yang didakwa telefon pintar android pertama dunia yang dilengkapi pemproses octa core 64 bit di Berlin minggu hadapan.
Dibawah portfolio keluarga Desire mereka, iaitu HTC Desire 510. Peranti ini menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 410, sekaligus membawakan beberapa ciri-ciri menarik bersama-sama dengannya.
Melalui Snapdragon 410, ia menyertakan sokongan 32-bit dan juga 64-bit, dimana kelebihan utama pemprosesan 64-bit adalah keupayaan untuk menangani lebih daripada 4GB RAM yang terdapat pada peranti pintar biasa.
Ia turut menyertakan sokongan rangkaian LTE, dan hadir dengan sokongan Qualcomm Quick Charge.
Selain daripada itu, peranti berspesifikasi rendah daripada HTC ini turut menyertakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan resolusi 480×854 pixel, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan sebesar 8GB, kamera belakang 5-megapixel, dan kamera hadapan VGA.
Pihak HTC turut sama hadir pada peranti ini adalah beberapa ciri-ciri khusus daripada Sense, termasuk sokongan BlinkFeed.
Harga jualannya tidak diumumkan lagi, dan peranti ini dijangka akan dipasarkan di rantau Eropah dan Asia tidak lama lagi.
Sumber: The Next Web
Oleh: hzqahmd
Sumber: The Next Web
Oleh: hzqahmd
TOP
Jangan Lalai Dan Leka Dengan Keamanan Negara
MERSING – Anggota komando Rejimen Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diingatkan agar tidak lalai dan leka dengan keamanan yang dikecapi negara ketika ini, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Baginda yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas bertitah, perubahan lanskap geostrategik serantau dan global yang kian kompleks ketika ini boleh mengancam keselamatan negara secara tidak langsung.
“Ancaman keselamatan ini bukan sahaja mengugat ketenteraman awam, malahan turut mengancam keutuhan wilayah dan kedaulatan negara. Situasi ini boleh bertukar bila-bila masa dan ia menguji tahap kesiapsigaan serta sistem keselamatan dan pertahanan negara.”
“Oleh itu saya menyeru saudara sekalian supaya sentiasa bersedia,” titah baginda dalam teks ucapannya yang dibacakan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim pada sambutan ulang tahun ke-49 Rejimen Gerak Khas di Kem Iskandar hari ini.
Sultan Johor juga bertitah mahukan usaha pemodenan Rejimen Gerak Khas dengan pelbagai peralatan moden diteruskan walaupun berdepan beberapa kekangan.
Ini kerana menurut baginda, Rejimen Gerak Khas merupakan sebuah angkatan yang mempunyai nilai yang amat strategik kepada pertahanan negara.
“Saya mengharapkan kepimpinan tertinggi Tentera Darat meneruskan usaha pembangunan Rejimen ini. Janganlah dianaktirikan Rejimen ini. Rejimen ini perlu dilengkapkan dengan peralatan moden setanding dengan negara-negara jiran,” titah baginda.
Modal insan, aset dan doktrin Rejimen Gerak Khas menurut baginda perlu berada di tahap pengoperasian tertinggi demi menjamin kesiapsiagaan dan kemampuan tempurnya.
Baginda juga menasihatkan kepimpinan dan anggota Rejimen Gerak Khas supaya tidak terlalu asyik dengan kegemilangan lampau, sebaliknya terus membangunkan keupayaan dan memperkasa imej serta meningkatkan keyakinan rakyat.
Menurut Sultan Johor, sebagai anggota Gerak Khas, tanggungjawab mereka adalah besar dengan setiap langkah diperhatikan oleh masyarakat.
Kepada pemimpin dan pemerintah Rejimen Gerak Khas pula, titah baginda, mereka perlu memantau segala perkembangan sekitar dengan lebih teliti dan mencari kaedah terbaik dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan organisasi.
“Saudara diingatkan jangan takut membuat perubahan atau membuat keputusan. Saudara harus yakin dengan apa yang diputuskan atau dilakukan demi kepentingan Gerak Khas,” titah baginda. – BERNAMA
TOP
Penumpang MAS Dakwa Gambarnya Disalah Guna Portal OZ
Pemenang program Masterchef UK 2014, Catherine Chin Wan Ping Coombes mengecam tindakan sebuah portal Australia yang menyiarkan laporan palsu berhubung gambarnya yang dikongsikan di Twitter.
Catherine berkongsikan gambarnya menaiki pesawat MAS, penerbangan dari London ke Kuala Lumpur, yang kelihatan banyak kerusi kosong dalam kelas perniagaan yang dinaikinya.
Portal itu didakwa membuat laporan palsu mengatakan insiden MH17 yang ditembak jatuh 17 Julai lalu telah memberi tamparan hebat kepada MAS berikutan penumpang sudah tidak lagi memilih MAS untuk menuju ke destinasi masing-masing.
Catherine ke ibu negara ditemani suaminya, warga British bersama anak perempuan mereka dibenarkan masuk terlebih dahulu kerana mengikut polisi penerbangan, keluarga yang bersama anak kecil akan diberi keutamaan untuk masuk dahulu sebelum penumpang lain.
“Bangun pagi dengan gambar ini terpampang di media! Sesiapa yang pernah naik kapal terbang pasti mengetahui mereka akan membenarkan penumpang dengan anak kecil naik pesawat terlebih dahulu, penerbangan yang saya naik tidak kosong, sebaliknya ia memang penuh dengan penumpang,” bidas Catherine yang merupakan anak kelahiran Ipoh, Perak ini. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Kanak-Kanak Tertembak Jurulatih Dengan Mesingan Sub
LOS ANGELES – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang sedang belajar menggunakan mesingan sub tertembak jurulatihnya dengan tidak sengaja di sebuah pusat menembak di sini, sekali gus sekali lagi mencetuskan kebimbangan mengenai kawalan senjata api di Amerika Syarikat.
Tragedi itu berlaku Isnin lalu di pusat peranginan Last Stop di Arizona, di mana kanak-kanak perempuan berkenaan dibawa oleh ibu bapanya untuk menjalani latihan menembak, kata pejabat sherif.
Kanak-kanak terbabit berjaya mengawal senjata gred ketenteraan dalam mod ‘satu tembakan’ di pusat menembak ‘Bullets and Burgers’ itu.
Masalah timbul apabila mod senjata berkenaan diubah kepada automatik dan jurulatih Charles Vacca, 39, tertembak ketika dia sedang menunjukkan kanak-kanak terbabit cara untuk menggunakan senjata itu.
Akibatnya, jurulatih berkenaan terkena tembakan yang tidak disengajakan,” kata Pejabat Sherif Mohave.
Vacca meninggal dunia di hospital kemudian. – AFP
TOP
Jet Pejuang AS F-15 Terhempas Di Virginia
WASHINGTON – Sebuah jet pejuang Amerika Syarikat (AS) F-15C, pada Rabu terhempas di hutan Virginia dan tidak jelas sama ada juruterbangnya berjaya menyelamatkan diri sebelum pesawat terhempas, kata pegawai.
Pesawat itu merupakan sebahagian daripada Sayap Pejuang Keselamatan Udara Nasional ke 104 dari Westfield, Massachusetts, kata jurucakap Pentagon, Leftenan Kolonel Tom Crosson.
Jet tersebut terhempas kira-kira pukul 9 pagi (1300 GMT) di kawasan luar bandar berhampiran bandar Deerfield di George Washington dan Hutan Negara Jefferson, kata Jenny McNeal dari pejabat County Sheriff Augusta.
Krew penyelamat bergegas ke lokasi kemalangan, di mana kepulan asap di awan jelas kelihatan dari jauh, katanya. – AFP
TOP
Budak Leher Panjang Bakal Jalani Pembedahan
Beijing – Kesengsaraan yang dialami oleh seorang remaja berusia 15 tahun kerana memiliki leher panjang, bakal berakhir apabila pembedahan akan diadakan bagi membetulkan semula lehernya itu.
Fu Wengui, mengalami keadaan itu sejak berusia enam tahun.
Sejak itu dia mengalami kesakitan serta sukar berjalan.
Keadaan itu menjadikan dia sebagai tumpuan setiap kali Fu muncul di khalayak ramai.
Pembedahan yang akan dilaluinya itu akan mengurangkan saiz lehernya dan kos rawatan itu ditanggung oleh satu badan amal.
“Saya cuma berharap dapat memiliki leher seperti orang normal yang lain,’’ katanya.
TOP
Budak Terselamat Meskipun Ditanam Hidup-Hidup
India – Baru berusia tujuh tahun namun bagi budak perempuan ini, Tanu, dia sudah melalui pengalaman yang menakutkan.
Dia ditanam hidup-hidup di dalam ladang tebu, dipercayai oleh ibu saudaranya.
Namun nasib baik tangisan Tanu, yang ketika itu sedang menggorek tanah telah didengari oleh seorang lelaki, Alok Kumar, yang kemudiannya bergegas ke kawasan tersebut.
Menurut Alok, dia terkejut apabila mendapati seorang budak perempuan sedang menggali tanah untuk mencari jalan keluar.
Alok kemudiannya terus menggali tanah itu dan membawa budak tersebut ke balai polis.
Terdapat tanda-tanda kesan jerut di leher Tanu dan selepas sedar, dia memberitahu bahawa dia menetap di sebuah kampung bersama ibunya, Renu.
Tanu juga memaklumkan dia telah dibawa keluar oleh sepasang suami isteri yang juga ibu dan bapa saudaranya dan mereka kemudiannya cuba mencekiknya.
“Pasangan suami isteri itu membawa Tanu untuk menetap dengan mereka selama beberapa hari sebelum mencekik dan menanamnya di kawasan ladang tebu itu,’’ kata polis.
Siasatan polis di rumah Tanu juga mendapati ibunya sudah menghilangkan diri dan rumah mereka juga dikunci.
Pada masa sama, berita mengenai Tanu yang disiarkan melalui televisyen berjaya menemukan dia semula dengan neneknya, Rajrani yang menetap di Lucknow.
“Renu kembali ke rumah saya selepas beberapa bulan berkahwin dan menetap bersama kami. Namun sejak 15 hari lalu, Renu telah membawa Tanu keluar dari rumah ini tanpa memberitahu kami apa-apa pun,’’ kata Rajrani.
Polis kini sedang mengesan Renu.
TOP
AirAsiaGo Unjur Perolehan Meningkat Lebih 50% Tahun Ini
KUALA LUMPUR – AirAsiaGo kini agresif meningkatkan aktiviti perniagaannya dalam usaha untuk menambah pendapatannya lebih 50 peratus tahun ini dan mengekalkan momentumnya menuju tahun 2015.
Portal pelancongan dalam talian itu juga berhasrat untuk melabur semula dalam operasi web dan pemasarannya untuk menguasai kira-kira 15 peratus daripada bahagian pasaran perjalanan dalam talian di Asia Tenggara menjelang 2017.
Bagaimanapun, portal ini enggan menyatakan sebarang angka.
Bagi memenuhi sasaran ini, Pengurus Besar AirAsiaGo Darren Goh Boon Yew berkata syarikat akan memanfaatkan tempat jualan yang berbeza, yang dijangka berkembang pada tahap dan skala berbeza, berdasarkan kematangan pasaran, penembusan dalam talian dan pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan.
“Pasaran-pasaran matang seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia dijangka mengalami perkembangan yang lebih perlahan, manakala Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun dijangka lebih cepat,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual e-mel.
Satu pertiga daripada perniagaan AirAsiaGo adalah dari Malaysia, katanya.
Goh berkata sasaran yang lebih tinggi akan disokong oleh web mudah alih, permintaan perjalanan yang lebih tinggi dan pelancaran laluan baru AirAsia.
Portal ini juga dijangka memperkenalkan web mudah alihnya pada suku keempat tahun ini, yang akan melihat penukaran lebih 45 peratus apabila ia memindah semua laman pada tahun depan.
Portal perjalanan itu juga menyasarkan pelancong percutian milenium Asia memandangkan Gen Y sering mencari dan bergantung kepada maklumat yang ada di web, amat berminat dengan media sosial, teknologi tinggi dan lebih suka perjalanan ke destinasi global pada kos rendah.
“Pelancong milenium, yang dilahirkan selepas tahun 1980, sangat mementingkan jenama tetapi tidak setia, memberi tumpuan kepada harga, kemudahan dan ulasan daripada rakan-rakan.
“Rangkaian sosial memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi keputusan pembelian, oleh itu ia adalah penting untuk memberi perhatian kepada bagaimana pelancong menggunakan pelbagai platform media sosial,” katanya.
Berdasarkan alasan berkenaan, beliau menyatakan perniagaan AirAsiaGo dijangka meningkat pada separuh kedua tahun ini.
Semasa ditanya mengenai prestasi industri penerbangan, Goh berkata, perjalanan dan industri pelancongan akan terus menunjukkan perkembangan kukuh pada separuh kedua 2014.
“Tragedi MH17 dan MH370 baru-baru telah memberi kesan yang mendalam, bukan sahaja Malaysia, tetapi seluruh dunia. Kehilangan tragis daripada bencana baru-baru ini akan kekal di hati kita selama bertahun-tahun. Pelancongan dan perjalanan udara boleh memberi kesan dalam jangka pendek, tetapi akan pulih kemudian,” katanya.
AirAsiaGo, diuruskan oleh AAE Travel Pte Ltd, usaha sama 50-50 antara syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd dan Expedia Inc, syarikat pelancongan dalam talian.
AirAsiaGo menyumbang 20 peratus kepada keuntungan AAE Travel dan dijangka berkembang sebanyak lima peratus setahun. – BERNAMA
TOP
Lelaki Masih Hidup Selepas Kepala Tertusuk Pancang Besi
BEIJING – Seorang lelaki masih hidup walaupun kepalanya ditembusi pancang besi yang terjatuh ketika dia mengubah suai rumahnya di wilayah Guangxi baru-baru ini, lapor MailOnline kelmarin.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ho, 50, tertusuk besi sepanjang lebih setengah meter di bahagian kanan dahi dan menembusi rahang kirinya baru-baru ini.
Ketika kejadian, Ho sedang mengubah suai rumahnya apabila tertusuk pancang besi tersebut.
Beberapa doktor yang merawat lelaki itu berkata, mereka terkejut melihat mangsa bukan sahaja masih hidup tetapi berada dalam keadaan sedar ketika di bawa ke sebuah hospital di wilayah ini.
Doktor-doktor terpaksa memanggil pasukan bomba untuk memotong sebahagian besi itu sebelum membuat satu pembedahan rumit bagi mengeluarkan objek daripada kepala mangsa.
Seorang doktor berkata, Ho bernasib baik kerana besi itu tidak mengenai otak atau organ penting lain yang mungkin boleh menyebabkan mangsa mati.
“Keadaan pesakit kini semakin baik dan dia mungkin dibenarkan keluar dari hospital tidak lama lagi,” katanya. – Agensi
TOP
Polis Tersilap Serbu Kapal Raja Maghribi
MADRID – Sepanyol terpaksa memohon maaf kepada Pemerintah Maghribi, Raja Mohammed VI selepas beberapa anggota polis cuba menyerbu kapal layarnya, lapor akhbar MailOnline semalam.
Insiden memalukan itu berlaku baru-baru ini apabila polis Sepanyol tersilap menyangka baginda seorang penyeludup dadah.
Pada hari kejadian, Raja Mohammed VI sedang menikmati pelayaran selama sehari dekat perairan bandar Ceuta di Sepanyol apabila beberapa bot polis mengejar kapal layarnya.
Pasukan polis itu kemudian menyoal beberapa pengawal baginda yang berada di dalam dua bot pengiring.
Tindakan polis itu mencetuskan kemarahan raja berkenaan.
“Anda tahu saya siapa,” soal Raja Mohammed VI kepada polis seperti yang dipetik akhbar Sepanyol, El Mundo.
Apabila seorang anggota polis berkenaan memberitahu mereka tidak mengenalinya, Raja Mohammed VI menanggalkan topi dan cermin mata hitamnya.
Menurut akhbar Telegraph, baginda turut menghubungi Raja Sepanyol, Felipe VI untuk mengadu kejadian tersebut.
Ketua negara Sepanyol itu kemudian menghantar seorang pegawai tinggi untuk menemui Raja Mohammed VI dan memohon maaf. – Agensi
TOP
Ayda Jebat punca perbalahan Zul- Gayatri?
NAMA pelakon berusia 22 tahun ini menjadi bualan sejak memainkan peranan sebagai Armel Aisya menerusi Rindu Awak 200%.
Pun begitu bukan kerana lakonannya sahaja yang menjadi sebutan sebaliknya hubungannya bersama aktor Zul Ariffin yang merupakan teraju utama drama itu.
Kontroversi tercetus kerana empunya nama Ayda Jebat ini dilihat terlalu mesra bersama pelakon kacak sepanjang mereka berlakon bersama sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat seni tempatan.
Gambar-gambar mesra mereka boleh dilihat di laman sosial Instagram dan Twitter milik Ayda yang kini mendapat perhatian ramai.
Kerana itu, peminat mereka menyuarakan hasrat melihat Ayda dan Zul menjadi pasangan kekasih sebenar bukan lakonan sahaja.
Gara-gara hubungan mesra tersebut juga, pelakon kelahiran Melaka ini dikatakan menjadi punca perbalahan antara Zul dan kekasihnya, penerbit filem astro shaw, Gayatri Su-Lin Pillai.
Berbicara mengenai perkara ini, Ayda memberitahu, dia tidak pernah terlibat dalam hubungan cinta Zul dan Gayatri.
Baginya, hubungan mesra bersama Zul sekadar di dalam lakonan semata-mata.
"Nak kata saya punca mereka berbalah atau bertengkar rasanya tidak betul, sebab saya dan Zul tiada sebarang hubungan.
"Saya sendiri tidak pernah tanya atau ambil tahu mengenai hubungan mereka. Saya tiada masa nak menyibuk hal peribadi orang lain," kata Ayda rapat dengan Zul demi untuk memastikan lakonan mereka menjadi sahaja.
Luah perasaan di Twitter
Dalam pada itu, timbul ura-ura Ayda, Zul dan Gayatri meluahkan perasaan di Twitter mengenai hubungan mereka.
Menurut Ayda, dia tidak tahu menahu sesi luahan perasaan yang dikatakan itu. - Sinar Harian

30 Minit Untuk Chong Wei Mara Ke Pusingan Ketiga
COPENHAGEN – Datuk Lee Chong Wei memperagakan aksi pemanas badan untuk melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 di sini, Rabu.
Pemain nombor satu dunia itu hanya mengambil masa 30 minit untuk menyingkirkan pemain bukan pilihan berusia 26 tahun, Dieter Domke, dari Jerman dengan keputusan 21-12 dan 21-9.
Chong Wei, yang memburu gelaran sulung pada kejohanan dunia, akan menentang pemain Ireland, Scott Evans, pada pusingan ketiga esok.
Evans, pemain nombor 49 dunia, menempah tiket ke pusingan ketiga selepas mengalahkan pemain Austria, David Obernosterer, 21-7 dan 21-18.
Chong Wei dijangka tidak menghadapi masalah untuk melangkah ke suku akhir dan dijangka akan berdepan dengan pilihan keenam, Zhengming Wang dari China.
Zhengming turut melepasi pusingan kedua dengan mengetepikan pemain Czech, Petr Koukai, 21-15, 19-21, 21-7 untuk berdepan dengan pemain Hong Hong, Nan Wei.
Selepas saingan hari ini, Chong Wei berkata beliau tidak memandang rendah lawannya yang mempunyai ranking lebih rendah dan sebalik menganggap kesemua pencabarnya mampu memberi tentangan sengit pada kejohanan ini.
“Bagi saya, semua lawan adalah kuat macam pemain Korea Selatan (Lee Dong Keun) pada pusingan pertama. Orang cakap saya boleh menang ke atas pemain lain, namun saya anggap mereka mampu berikan cabaran,” katanya.
Selepas tidak beraksi selama dua bulan ekoran kecederaan pangkal paha, Chong Wei berkata beliau mahu mendapat semula rentak permainan dengan cepat.
Mengenai pertemuan dengan Evans, katanya, beliau tidak memandang rendah kemampuan pemain itu walaupun menang kesemua tiga pertemuan sebelum ini.
“Persembahan saya juga belum mencapai tahap terbaik seperti yang ditunjukkan sebelum ini…Mahu angkat bulu tangkis pun agak takut dan saya harap lebih berani pada aksi selepas ini,” kata anak jati Pulau Pinang itu. – BERNAMA
TOP
5 Maut Dalam Letupan Tangki Gas Di Hospital Madinah
MADINAH – Lima orang iaitu seorang rakyat Arab Saudi dan empat rakyat asing maut dalam letupan tangki gas masak di Hospital ‘National Guard’ Putera Muhammad di sini semalam.
Letupan itu berlaku ketika kerja penyelenggaraan dan ujian teknikal dilakukan di tangki petroleum cecair utama di zon perkhidmatan dalam kawasan hospital, lapor Agensi Berita Saudi.
Tangki gas itu meletup pada kira-kira jam 9.15 pagi. Ia mengakibatkan kebakaran besar yang merebak ke bangunan yang menempatkan tangki berkenaan serta kawasan sekitarnya.
Menurut kenyataan Jabatan Pertahanan Awam, beberapa kenderaan di kawasan terbabit turut musnah dalam kebakaran tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
Bangunan utama hospital dan peralatannya tidak terjejas dan pesakit juga selamat. Kebakaran dipadam dan hospital berkenaan berfungsi seperti biasa. Satu siasatan dilakukan bagi mencari punca kejadian.
Sumber berkata pihak pentadbiran hospital membawa keluar semua kakitangan kerana bimbang berlakunya kebocoran gas. – Agensi
TOP
Boateng pertahan aksi anak buah
KALAU dinilai secara keseluruhan, bukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetapi Kelantan yang sepatutnya memenangi pertemuan pada saingan Kumpulan C kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam kelmarin.
Namun situasi itu tidak berlaku, sebaliknya Kelantan pula yang terpaksa menelan kepahitan apabila kecundang 1-2 di tangan The Gladiators meskipun anak didik George Boateng menguasai hampir keseluruhan perlawanan tersebut.
Boateng bagaimanapun tampil mempertahankan prestasi pasukannya dengan memberitahu barisan pemainnya sudah mempamerkan aksi terbaik, namun nasib tidak memihak mereka apabila deretan peluang terhidang gagal menghasilkan jaringan.
Menurutnya, anak buahnya tidak wajar dipersalahkan di atas kekalahan tersebut memandangkan faktor nasib turut membantu skuad kendalian B Satiananthan meraih tiga mata pertama dalam perlawanan itu.
“Inilah bola sepak. Saya tidak mahu berfikiran negatif kerana pemain saya melakukan sesuatu di luar jangkaan, aksi mereka sungguh menakjubkan dalam tempoh 90 minit itu. Anda boleh lihat sendiri mereka bekerja keras untuk memenangi perlawanan ini.
“Kami mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol, sehingga tidak terkira jumlahnya. Kami sepatutnya memenangi Piala Malaysia jika aksi pada malam ini ialah perlawanan akhir,” katanya pada sidang media sejurus perlawanan.
Penyerang Kelantan, Francis Forkey Doe meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-42, namun kelebihan itu dipadamkan ATM pada penghujung perlawanan menerusi jaringan Juan Manuel Arostegui (minit ke-77) dan Hairuddin Omar (minit ke-86).
Jurulatih kelahiran Ghana itu, turut memberi kredit kepada penjaga gol ATM, Syed Adney Syed Hussien yang beraksi cemerlang malam kelmarin, apabila menggagalkan beberapa percubaan berbahaya pemainnya dalam perlawanan itu.
“Kesudahannya, kami kehilangan mata penting hanya kerana ATM menjaringkan gol menerusi situasi bola mati, selebihnya mereka tidak mempunyai apa-apa (percubaan berbahaya) pun dalam perlawanan ini,” katanya.
Biarpun tewas, namun pengendali berusia 39 tahun itu, masih belum mahu menekan ‘butang panik’ sebaliknya memberitahu, beliau tetap optimis pasukannya masih berpeluang untuk mengisi salah satu slot ke suku akhir.
“Selepas ini, kami akan bertemu Pulau Pinang sementara Johor Darul Ta’zim (JDT) pula berdepan ATM. Dua perlawanan ini cukup menarik tetapi saya ingin jelaskan, kami akan terus fokus untuk mengalahkan Pulau Pinang dan JDT di Kota Bharu, nanti,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Tok Gajah kembali bangkit
SETELAH mengalami kekalahan mengejut di halaman sendiri minggu lalu, jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan berasa lega apabila anak-anak buahnya kembali mengukir kemenangan dengan menewaskan Felda United 2-0 di Stadium Selayang kelmarin.
Katanya, sekalipun beraksi di gelanggang lawan, tetapi pemain tidak menunjukkan tekanan sebaliknya berjaya menggerakkan jentera pasukan dengan baik apabila mencipta banyak peluang jaringan.
“Cabaran menentang Felda bukan suatu tugas mudah, apa lagi mereka dalam usaha meraih kemenangan berganda dan sebab itu pemain sudah diingatkan lebih berhati-hati serta bijak memanfaatkan peluang jaringan.
“Saya amat puas hati dengan persembahan malam ini (kelmarin). Pemain kembali dengan aksi baik selepas tewas tiga hari yang lepas kepada pasukan yang sama. Alhamdulillah, dengan memperagakan aksi kemas dan mantap, kita berjaya mendapatkan tiga mata berharga.
“Syabas juga kepada pemain kerana merealisasikan sasaran ditetapkan kerana kemenangan amat penting untuk membolehkan pasukan mara ke suku akhir," katanya ketika ditemui selepas perlawanan tamat.
Mengulas satu slot suku akhir bakal menjadi milik skuad Tok Gajah, Zainal bagaimanapun enggan mendabik dada sebaliknya berharap momentum kemenangan ini dapat diteruskan pada aksi berikutnya untuk membolehkan pasukan mengukuhkan cengkaman dalam Kumpulan A.
"Baki dua perlawanan selepas ini penting, meskipun kita sudah selangkah ke suku akhir, tapi bagi saya peluang tetap seimbang dan pemain tidak boleh ambil mudah kerana semua pasukan akan berjuang berhabis-habisan untuk mengumpul mata.
"Jadi, saya harap pemain akan mengekalkan prestasi yang sama dan jangan leka dengan kemenangan yang diraih," katanya lagi.
Pahang yang kini memimpin Kumpulan A dengan mengumpul sembilan mata akan menanti kunjungan Lions XII di Stadium Darul Makmur Jumaat ini. - Sinar Harian
TOP
Operasi Bersepadu : 52 Ditahan Positif Dadah
Seramai 79 orang ditahan dalam Operasi Bersepadu Membanteras Aktiviti Haram malam tadi di sekitar Kuala Lumpur atas kesalahan menagih dadah.
68 orang daripadanya adalah suspek lelaki manalaka selebihnya seramai 11 orang suspek wanita. Tiga orang wanita dan 24 orang lelaki yang ditahan dan menjalani ujian air kencing di Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didapati negatif dadah dan mereka dibebaskan. Setelah menjalani ujian, suspek yang gagal ujian air kencing dan didapati positif dadah ialah lapan wanita dan 44 orang lelaki. Daripada jumlah itu, 33 orang didapati positif dadah jenis Opiat atau candu, 16 positif Methamphetamine (Syabu) dan 3 lagi positif dadah jenis Kanabis atau ganja.
Selain membanteras penagihan dadah, operasi berkenaan yang bermula pada pukul 9 malam tadi hingga 7 pagi ini turut memberi fokus kepada penangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Jabatan Imigeresen berjaya menahan 33 orang PATI dan kesemua mereka turut dibawa ke Jabatan Pengkuatkuasan sebaik ditangkap. Operasi malam tadi disertai hampir 1,000 orang anggota dengan diketuai Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Imigresen, DBKL, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Agensi lain yang terlibat ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM), Suruhanjaya Tenaga dan Telekom Malaysia. Di sebuah premis urut di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras pihak JAWI menahan tiga orang wanita dan seorang lelaki kerana disyaki berkhalwat selepas kesemua mereka ditemui berada dalam keadaan mencurigakan di dalam premis berkenaan. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikhsan operasi malam tadi menyerbu 177 buah kafe siber dan 127 pusat urut yang dikenalpasti melakukan pelbagai kesalahan. Daripada kesemua serbuan, tiga premis telah disita, dua ditutup dan 23 buah premis telah dikosongkan. Operasi bersepadu berkenaan dijalankan di enam kawasan Parlimen di seluruh Wilayah Persekutuan iaitu Wangsa Maju, Setiawangsa, Seputeh, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Cheras. Ia dijalankan oleh Task Force khas kementerian yang telah diwujudkan paa 16 April lepas oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Operasi malam tadi merupakan operasi kali ke-3 yang dijalankan selepas edisi pertama pada 16 dan 17 Julai lepas manakala edisi kedua pada 24 Julai lalu. “Operasi akan dilaksanakan berterusan bagi memastikan pusat-pusat internet dan rumah urut tanpa lesen yang menjalankan aktiviti haram dan perjudian dapat dilumpuhkan sepenuhnya,” katanya. – MYNEWSHUB.MY

Ops Bersepadu Banteras Aktiviti Haram Di KL Malam Tadi
Satu Operasi Bersepadu Membanteras Aktiviti Haram telah diadakan di Kuala Lumpur tengah malam tadi di sekitar kawasan ibu negara bagi membanteras kegiatan tidak bermoral.
Operasi hari ini melibatkan enam agensi dengan diketuai oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan dibantu oleh Majli Keselamatan Negara (MKN), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Baki agensi ialah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI), RELA, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan; Datuk Seri Adnan Md Ikhsan jumlah kekuatan anggota yang terlibat dalam operasi berkenaan berjumlah hampir 1,000 orang dengan serbuan disasarkan kepada enam kawasan Parlimen di ibu negara. Beliau berkata kawasan yang menjadi tumpuan ialah Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Bandar Tun Razak, Seputeh dan Lembah Pantai. “Tumpuan diberikan pertamanya kepada masalah kafe siber yang masih berlarutan, ia belum lagi reda. Operasi melibatkan 177 kafe siber yang telah dikenalpasti sebelum ini. “Jumlah keseluruhan kafe siber hampir 300 dan 127 buah untuk premis urut yang dijalankan serentak,” katanya. Beliau ditemui pemberita ketika meninjau operasi di sekitar kawasan Taman Danau Desa. Operasi bermula pada kira-kira pukul 9 malam dan dijadualkan berakhir pada pukul 7 pagi tadi. Dalam operasi berkenaan di kawasan sama, satu premis urut yang diserbu dilihat turut digunakan sebagai tempat pelacuran kerana pihak berkuasa menemui sebuah bilik air dilengkapi tilam dan televisyen LCD. Pihak berkuasa terpaksa menggunakan alat pemotong kunci untuk membuka pintu premis urut yang dikunci bagi mengelakkan kehadiran pihak berkuasa. Bilik air berkenaan yang bersaiz kecil turut dilengkapi dengan cermin di kedua-dua sisinya dipercayai digunakan untuk perkhidmatan mandi buih diberikan kepada pelanggan. Sebuah premis urut kaki lagi turut diberikan peringatan oleh JAWI apabila premis itu yang dilihat mirip premis milik bangsa Cina tetapi menggunakan jam dinding dengan tulisan kalimah Allah dan Nabi Muhammad SAW.
Apabila diperiksa, di belakang premis berkenaan turut diletakkan Tokong cina yang besar. Ketika pihak berkuasa berada di dalam premis, seorang wanita bertudung tiba dan mendakwa dirinya pemilik bersama premis berkenaan dengan seorang lelaki berbangsa Cina. Wanita itu mendakwa tokong berkenaan diletakkan untuk memudahkan pekerjanya yang kebanyakannya berbangsa Cina. – MYNEWSHUB.MY

Badminton: Perubahan Tidak Tepat – Joo-Bong
SINGAPURA – Ketua jurulatih badminton kebangsaan Jepun, Park Joo-bong menegaskan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sepatutnya memperuntukkan lebih masa untuk menguji sistem pemarkahan baharu yang dicadangkan badan induk itu.
Malah katanya, mereka juga perlu memberikan lebih peluang kepada pemain-pemain terbaik dunia untuk merasainya terlebih dulu.
BWF pada November depan akan memutuskan sama ada untuk menggunakan atau tidak format pemarkahan baharu – lima set dengan 11 mata atau kekal kepada sistem lama 21 mata dalam tiga set.
Sistem baharu yang dicadangkan diharap dalam memendekkan perlawanan dan menambah keseronokan namun ketika ini masih berada dalam proses ujian dan digunakan pada kejohanan berstatus rendah.
“Masanya tidak tepat. Mereka sepatutnya sudah melakukan percubaan lebih awal dan memberi peluang kepada semua orang untuk merasainya,” kata Joo-bong kepada wartawan di Copenhagen, lokasi Kejuaraan Dunia sedang berlangsung ketika ini.
Kejuaraan Dunia masih menggunakan format pemarkahan lama.
“Pemain-pemain terbaik tidak mempunyai peluang untuk mencuba format pemarkahan baharu ini. Melainkan sekiranya mereka mengambil bahagian dalam kejohanan Grand Prix Emas atau kejohanan satelit.
“Jika tidak, mereka tidak akan merasainya. Adalah sesuatu yang menyedihkan juga apabila pemain-pemain terbaik ini tidak berkata sesuatu mengenainya.
“Jika mereka menggunakan format baru ini, pemain terbaik hanya akan merasainya pada Mac tahun depan.
“Ini kerana musim baru Siri Super hanya akan dimulakan pada Mac selepas BWF memutuskan untuk memberikan rehat selama dua bulan,” kata pemenang pingat emas Olimpik itu yang bimbang perubahan terbabit akan memberi kesan memudaratkan. – REUTERS
TOP
Kelantan Mulakan Pembinaan Lebuh Raya
KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan hari ini memulakan projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat sepanjang 30.5 kilometer dari Bukit Tiu, Machang ke Dusun Damar, Kuala Krai.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata projek itu yang kosnya sebanyak RM854 juta dijangka siap pada Disember 2017.
“Projek lebuh raya ini telah dirasmikan oleh Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Mei 2012 dan kerajaan negeri komited untuk meneruskan projek ini bagi memberi keselesaan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian masuk tapak Projek Lebuh Raya Rakyat di sini, hari ini.
Katanya, kerajaan Kelantan juga sedang menyelesaikan urusan berkaitan pengambilan tanah persendirian secara berperingkat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960.
“Sebagai permulaan, kerajaan negeri akan mula menjalankan kerja-kerja pembinaan di tanah kerajaan sepanjang 4 kilometer terlebih dahulu,” katnya.
Ahmad berkata, kerajaan negeri juga akan terus berunding dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan kelancaran proses pembinaan lebuh raya itu.
“Lebuh raya ini akan dihubungkan dengan projek Lebuh Raya Wakaf Che Yeh-Kadok yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan apabila disiapkan dalam jangka masa ditetapkan,” katanya.
Lebuh raya itu akan dilengkapi dengan lapan jambatan, empat persimpangan bertingkat dan dua kawasan rehat dan rawat.
Mengulas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata parti itu masih dalam persiapan awal dan belum membuat keputusan berhubung calon.
“PAS hanya berbincang persiapan awal seperti mengumpulkan maklumat berhubung pertambahan pengundi dan strategi yang patut digunakan dalam pilihan raya nanti,” katanya.
Pilihan raya kecil itu diadakan kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.
Pada pilihan raya umum tahun lalu, Noor Zahidi yang mewakili Barisan Nasional (BN) mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA
TOP
Media Barat Cuba Menyerang MAS dengan gambar Pesawat yang Kosong Ini
Setelah dua tragedi besar melanda syarikat penerbangan Malaysia MAS baru-baru ini, pelbagai andaian dibuat terhadap reputasi syarikat penerbangan itu. Memang tidak dinafikan, reputasi MAS sedikit tergugat, tetapi tidaklah seteruk yang diwar-warkan oleh media, terutamanya media barat.
Dua gambar yang menunjukkan gambar penerbangan MAS yang menunjukkan kabin kosong dijadikan sumber bagi media terutamanya dari barat untuk membuat cerita bahawa reputasi MAS telah tergugat..
Berita dari mashable.com "MAS bakar $2Juta Sehari, sedangkan pesawat semakin kosong", menjadi popular dan viral di internet.
Tetapi, pemilik asal gambar telah menceritakan keadaan sebenar setelah terkejut gambarnya telah masuk di dalam media.
Petikan dari deskripsi gambar beliau berbunyi " Terkejut kerana gambar ini berada di dalam media!. Sesiapa yang pernah naik kapal terbang tahu, keluarga yang ada anak kecil dibenarkan naik dahulu. Kapal terbang itu tidak kosong, sebaliknya ia penuh. Ianya sedih apabila pujian atas layanan(gambar) yang saya berikan digunakan untuk menyerang syarikat penerbangan yang sedang menghadapi saat getir. Kita sepatutnya memberikan semangat."
Mengenai gambar kedua pula, seorang pengguna yang berada di dalam pesawat yang sama turut menceritakan keadaan sebenar.
Keadaan pesawat tidaklah sekosong yang disangkakan. Leanne Marotta, yang menggunakan nama twitter @lee0173 yang turut menceritakan keadaan sebenar. Beliau mengambil gambar lelaki diatas iaitu sepupunya yang menaiki pesawat yang sama.
Menurut Leanne, memang kurang penumpang pada waktu itu. Tetapi setelah dia menanyakan seorang lelaki kenapa tempat 'check-in' kosong. Lelaki itu menjawab, "kerana sekarang masih di awal pagi(5:30 pagi)", dan dia menganggarkan lebih kurang 60 orang menaiki kapal terbang yang sama.
Nampaknya, jelas dan nyata usaha pihak tidak bertanggung jawab yang membuat spekulasi hanya kerana dua gambar ini. Spekulasi tentang reputasi buruk MAS ini telah dilaporkan di beberapa laman berita barat seperti mashable.com, Yahoo Singapore News, New York Daily News, Metro UK dan juga beberapa laman berita tempatan.
Jelas sekali usaha mereka untuk menjatuhkan imej MAS dan Malaysia - SiakapKeli.com

PAS akan kemuka calon PKR jadi MB Selangor
SHAH ALAM: PAS Selangor membuat keputusan untuk tidak akan mencalonkan wakil rakyat parti itu, sebagai Menteri Besar Selangor. Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali, berkata parti itu sebaliknya akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR untuk jawatan berkenaan.
"Keputusan untuk tidak letakkan calon PAS adalah muktamad. Ini kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini.
"Kita berpendapat adalah tidak wajar untuk kita calonkan wakil daripada PAS untuk jawatan ini," katanya selepas mesyuarat tertutup bersama PAS Selangor di pejabat perhubungan negeri, di sini malam tadi.
Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Iskandar Abdul Samad.
Ditanya siapakah yang akan dicalonkan PAS Mustafa berkata: "Kita tidak boleh beritahu nama yang dibincangkan, tunggulah nanti."
Mesyuarat itu diadakan berikutan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu PAS, DAP dan PKR, masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar yang baharu untuk pertimbangan dan perkenan baginda. - BH Online
TOP
Kematian Paul Walker Punca Ibu Bapa Bercerai
KEMATIAN pelakon Holywood Paul Walker pada November tahun lalu dikatakan menjadi penyebab ibu dan bapanya membuat keputusan bercerai.
Seperti dilaporkan Contact Music, ibu artis itu, Cheryl Walker telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Paul Walker III setelah hampir 30 tahun hidup bersama.
Ibunya turut menuntut harta sepencarian bersama suaminya itu.
Bagaimanapun belum ada sebarang alasan jelas punca sebenar perpisahan tersebut dan kemalangan yang menimpa bintang ini dilihat menjadi salah satu sebab kukuh perpisah berkenaan terjadi.
Paul meninggal dunia pada 30 November lalu dalam sebuah kemalangan maut.
Mendiang meninggalkan seorang anak perempuan bernama Meadow Walker yang berusia 15 tahun. - mStar
TOP
Kim Woo Bin Cedera Di Lokasi Penggambaran
PELAKON Kim Woo Bin dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian lutut kirinya semasa sedang menjalani penggambaran filem terbaharunya berjudul Twenty.
Soompi melaporkan Woo Bin dibawa ke Hospital Universiti Jungbuk di Jeonju dan doktor mengesahkan ligamennya terkoyak manakala tulang rawan pelakon itu retak.
Woo Bin bagaimanapun terpaksa ditahan selama beberapa hari di wad bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Biarpun kecederaannya tidak serius namun ia tetap berbahaya kerana ia mampu mempengaruhi kemampuan seseorang itu berjalan dengan baik," kata wakil syarikat pengurusannya kepada media.
Perlu menjalani rawatan fisioterapi, Woo Bin membatalkan beberapa aktivitinya termasuk Festival Filem Jeonju selain penggambaran Twenty ditangguhkan buat sementara waktu. - mStar
TOP
Gosip Putus Tunang Dugaan Paling Buruk Farhan
Nur Farhan dan tunangnya
KUALA LUMPUR: Penyanyi Nur Farhan Azizan menganggap dugaan paling buruk sepanjang tempoh dua tahun setengah pertunangannya dengan Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, ketika hubungan itu dikhabarkan putus. Farhan, 30, berkata, perkara tersebut terjadi ketika dia dan Ahmad Rashadan berhadapan dengan masalah dan ramai pihak cuba masuk campur dalam hal tersebut. "Ada satu ketika khabar angin mengatakan kami sudah putus ia mungkin ketika saya dilihat pergi ke mana-mana majlis secara bersendirian hingga menyebabkan orang sekeliling beranggapan begitu. "Pada ketika itu juga hubungan kami memang bermasalah masalah dan kami dalam usaha memperbaiki hubungan tersebut. Namun banyak pihak yang campur tangan sehingga keluar cerita-cerita tidak benar," ujarnya ketika ditemui pada sidang media mengumumkan perkahwinannya di Restoran Anggun Fusion, di Plaza Damas, di sini, Rabu. Pasangan ini bakal bernikah di Masjid Sultan Mizan Putrajaya, pada 10 Oktober depan. Manakala, majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam di Dewan Sri Endon dengan bertemakan Melayu Klasik. Farhan berkata, keputusan mendirikan rumah tangga dibuat setelah kedua-dua mereka bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami-suami isteri. Katanya, dia tidak mahu ianya dijalankan secara tergesa-gesa bagi memuaskan hati orang sekeliling. "Kami ambil masa lama untuk tempoh bertunang ini, ia agar kami benar-benar dapat memastikan kami berdua bersedia untuk memikul tanggungjawab berat itu. "Kami tidak mahu berkahwin kerana desakan keluarga atau orang di sekeliling, biar semua itu terjadi atas rasa kesedian kami sendiri," katanya. Dalam pada itu, Ahmad Rashadan pula berkata, sepanjang tempoh perkenalan hampir lapan tahun itu, pelbagai dugaan dan rintangan lain yang turut dihadapi bersama. Malah katanya, perkara yang dianggap sebagai dugaan itu sebenarnya menguatkan lagi kasih sayang mereka. "Kami tidak menganggap masalah itu sebagai satu masalah sebaliknya kami sentiasa mencari penyelesaian dengan baik. "Dugaan semasa bercinta pula ketika saya belajar di United Kingdom membuatkan kami terpisah selama tiga tahun dan berhubung hanya melalui e-mel," ujarnya. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012, namun mereka mengumumkan penangguhan rancangan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada akhir tahun lalu atas alasan sibuk dengan kerjaya masing-masing.- mstar

Keputusan Liga Juara-Juara
BERIKUT adalah keputusan perlawanan Liga Juara-Juara:
Malmo FF 3 - 0 Red Bull Salzburg
Ludogorets 1 - 0 Steaua Bucharest
Arsenal 1 - 0 Besiktas
Bayer Leverkusen 4 - 0 FC Copenhagen
Athletic Club 3 - 1 Napoli
- mstar
Malmo FF 3 - 0 Red Bull Salzburg
Ludogorets 1 - 0 Steaua Bucharest
Arsenal 1 - 0 Besiktas
Bayer Leverkusen 4 - 0 FC Copenhagen
Athletic Club 3 - 1 Napoli
- mstar
TOP
Keputusan Pusingan Kedua Kejohanan Badminton Dunia
Beregu lelaki negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong mengasak pasangan dari China Junhui Li dan Yuchen Liu pada Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 padaRabu. Beregu negara menang 21-14 dan 21-18. Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong digandingkan semula untuk kejohanan ini dan merupakan gandingan terakhir mereka di pentas antarabangsa. -fotoBERNAMA
BERIKUT keputusan pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia.
Perseorangan Lelaki:
Hu Yun (HKG) mn Ville Lang (FIN) 17-21, 21-15, 21-17
Son Wan Ho (KOR) mn Sattawat Pongnairat (USA) 21-6, 21-12
Wang Zhengming (CHN) mn Petr Koukal (CZE) 21-15, 19-21, 21-7
Hans-Kristian Vittinghus (DEN) mn Yuhan Tan (BEL) 21-18, 21-15
Beregu Lelaki:
Takeshi Kamura/Keigo Sonoda (JPN) mn Chris Adcock/Andrew Ellis (ENG) 18-21, 21-17, 21-15
KIEN KEAT KOO/TAN BOON HEONG (MAS) mn Li Junhui/Liu Yuchen (CHN) 21-14,21-18
Manu Attri/Sumeeth Reddy B (IND) mn Hirokatsu Hashimoto/Noriyasu Hirata (JPN) 21-19, 21-19
Perseorangan Wanita:
Wang Yihan (CHN) mn Anna Thea Madsen (DEN) 21-13, 21-13
P. V. Sindhu (IND) mn Olga Golovanova (RUS) 21-12, 21-17
Bae Yeon Ju (KOR) mn Karin Schnaase (GER) 21-18, 21-14
Beregu Wanita:
Tian Qing/Zhao Yunlei (CHN) mn Jwala Gutt/Ashwini Ponnappa (IND) 21-16, 21-8
Luo Ying/Luo Yu (CHN) mn LEE MENG YEAN/YIN LOO LIM (MAS) 21-7, 21-15

15 Warga Australia Terbunuh Di Iraq & Syria
Pengarah Agensi Perisikan Australia, David Irvine.
SYDNEY: Lima belas warganegara Australia termasuk dua orang yang bertindak sebagai pengebom berani mati dipercayai telah terkorban ketika berperang bersama kumpulan jihad di Syria dan Iraq. Maklumat ini didedahkan oleh Ketua Agensi Perisikan Australia, David Irvine pada Rabu. Canberra telah menyatakan kebimbangan mereka akan jumlah warganegaranya yang beragama Islam melibatkan diri dalam mengisytiharkan jihad menentang tentera Syria dan Iraq dalam usaha mereka untuk membentuk sebuah negara Islam. Salah seorang warganya yang dikenali sebagai Khaled Sharrouf, mencetuskan kontroversi apabila imej anak lelakinya yang dibesarkan di sini muncul dalam laman Twitter sambil memegang kepada seorang tentera Syria yang terkorban. "Kami dapati jumlah pejuang warganegara asing yang datang ke Syria dan Iraq untuk berjuang atas nama jihad semakin hari semakin bertambah dan ini termasuklah jumlah warganegara Asutralia yang juga semakin meningkat," jelas Irvine. Berdasarkan data yang ada pada agensi itu, adalah dianggarkan lebih kurang 60 orang warga Australia kini berada bersama kumpulan jihad di Syria dan Iraq. Mereka sama ada menyertai Jahabat-al-Nusra atau Kumpulan Negara Islam Syria/Iraq, kata Irvine. "Daripada jumlah itu, kami menerima maklumat bahawa 15 warga Australia telah terbunuh dalam pertempuran dengan tentera kerajaan di Syria dan Iraq. Dan dua daripadanya adalah pengebom berani mati," jelas Irvine. Mereka dapati, terdapat lebih 100 orang lagi yang bersimpati dan memberi sokongan kepada kumpulan ini dari dalam Australia sendiri. Irvine berkata, agensinya kini bimbang, mereka yang pergi berjuang di medan perang ini suatu hari nanti akan kembali ke Australia dengan latarbelakang dan pengetahuan pernah menggunakan senjata dan membuat bom. "Ia akan menjadi satu ancaman kepada masyarakat sivil," ujarnya. Oleh itu kerajaan Australia kini merancang untuk memperkenalkan undang-undang baru yang membolehkan pihak berkuasa menahan dengan mudah mereka yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan termasuklah memperkenalkan undang-undang yang boleh menghalang warganya daripada mengembara ke negara yang terlibat dengan konflik tanpa alasan yang kukuh. Perdana Menteri Australia, Tony Abbott memberitahu parlimen pada Rabu bahawa satu unit pencegahan pengganas telah pun dibentuk di dua buah lapangan terbang antarabangsanya iaitu Sydney dan Melbourne dan mereka berjaya memberkas seorang suspek militan baru-baru ini. "Unit yang sama akan beroperasi di semua lapangan terbang antarabangsa Australia tidak lama lagi," kata Abbott.- mstar

PM Perancis Bentuk Kabinet Baru
PM Perancis, Manuel Valls.
PARIS: Selepas sehari setengah bergelut menyusun kabinetnya semula, Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls mengumumkan pelantikan menteri ekonominya yang baru iaitu seorang yang pro-presiden bagi membantu membawa negara mereka keluar dari kemelut ekonomi dan tahap pengangguran tertinggi dalam sejarah. Emmanuel Macron, bekas seorang eksekutif bank pelaburan telah diberikan tugas baru sebagai menteri ekonomi dalam kerajaan pimpinan Parti Sosialis Perancis. Presiden François Hollande pada Isnin mengarahkan Valls melakukan rombakan kabinet bagi membolehkan mereka melantik seorang menteri ekonomi baru yang senada dan sekata dengan polisi yang parti itu ingin laksanakan dalam tempoh tiga tahun dari sekarang. Rancangannya itu ditentang oleh beberapa anggota kabinet Valls yang diketuai oleh menteri ekonomi sebelum ini iaitu Arnaud Montebourg yang mencemuh arah tuju pelan ekonomi Perancis yang baru serta mengkritik sikap Jerman sekaligus mencetuskan kemarahan kerajaan. Montebourg menyatakan demikian dalam satu temuramah dengan akhbar berpengaruh, Le Monde yang disiarkan Sabtu lalu. Tidak cukup dengan itu, dalam satu ucapan yang disampaikannya pada Ahad pula, Montebourg menegaskan yang beliau telah meminta Hollande dan Valls melakukan rombakan besar-besaran ke atas polisi ekonomi negara itu. Hollande menganggap tindak-tanduk Montebourg itu sebagai tidak senada dengan polisi yang ingin dilaksanakannya untuk Perancis. Hollande dan Valls percaya, rancangan mereka untuk mengurangkan cukai perniagaan sehingga 40 bilion euro (AS$55 billion) sebagai 'pertukaran' kepada aku janji daripada syarikat-syarikat gergasi yang mereka akan menawarkan 500,000 peluang pekerjaan baru dalam tempoh tiga tahun akan mampu mengatasi kegawatan ekonomi negara tersebut. Menurut rancangan Hollande, pemotongan daripada kutipan cukai itu boleh di ofset dengan mengurangkan sehingga 50 bilion euro dalam perbelanjaan kerajaan tetapi rancangan itu mendapat tentangan daripada pemimpin-pemimpin parti termasuklah Montebourg yang percaya bahawa fokus harus ditumpukan kepada pengurangan cukai pendapatan untuk mengembalikan kuasa berbelanja konsumer. Dalam kabinet barunya itu, Valls turut mengumumkan yang Menteri Kewangan, Michel Sapin, seorang penyokong kuat polisi Hollande, dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia akaun awam. Pelantikan Macron dan tanggungjawab baru yang diberikan kepada Sapin dengan jelas sekali menunjukkan yang Hollande, mahu anggota kabinet kerajaannya terdiri daripada mereka yang selari dengan gagasan ekonomi yang ingin dilaksanakannya. Hollande yang melantik Valls sebagai perdana menteri lima bulan yang lalu mahukan sebuah kabinet yang jelas akan hala tuju ekonominya dan juga kepaduan. Valls sebelum ini telah berjanji kepada Hollande yang beliau akan memastikan rancangan ekonomi tiga tahun mereka akan dapat dilaksanakan tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana anggota dalam kabinetnya. Selain Montebourg, turut disingkirkan dari kabinet ialah dua lagi 'pemberontak' dalam Kerajaan Sosialis itu ialah Menteri Pendidikan, Benoit Hamon dan Menteri Kebudayaan, Aurélie Filipetti. Tempat Hamon diambil alih oleh ahli politik muda wanita, Najat Vallaud-Belkacem, 36, juga seorang penyokong kuat Hollande yang dahulunya mengetuai Kementerian Wanita, Belia dan Sukan. Valls turut mengekalkan seorang pemimpin Parti Sosialis yang berhaluan kiri, Christiane Taubira, sebagai menteri undang-undang.- mstar

Gaza Rai Gencatan Senjata Jangka Panjang
Sebahagian rakyat Palestin yang meraikan kemenangan selepas persetujuan dicapai antara Israeal dan Hamas untuk mengadakan gencatan senjata jangka panjang di Gaza. Foto AFP
RAKYAT Palestin meraikan kemenangan mereka di Gaza apabila satu pertujuan dicapai antara Isarel dan Hamas untuk mengadakan gencatan senjata jangka panjang. Berita gembira itu mengakhiri pergolakan berdarah selama tujuh minggu yang menyebabkan jumlah kematian paling tinggi dalam tempoh sedekad. Persetujuan itu bermula pada pukul 1600 GMT, melibatkan pemberhentian segera ke atas keganasan di Gaza, yang berlaku sejak 8 Julai lalu dan dikatakan menyebabkan 2,143 rakyat Palestin terbunuh dan 69 di pihak Israel.
Seorang rakyat Palestin mengibarkan bendara negaranya dan bendera Hamas dalam suasana percikan bunga api di udara. Foto AFP
Rakyat Palestin berkata, ia merupakan gencatan senjata yang tetap, manakala seorang pegawai kanan Israel menyifatkan ia sebagai "tanpa syarat dan tanpa had masa". Washington memberikan sokongan penuh kepada perjanjian itu. "Kami amat menyokong pengumuman mengenai gencatan senjata itu," kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jen Psaki. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon menyuarakan harapan bahawa gencatan senjata di Gaza akan menyediakan pentasi bagi perbincangan mengenai perjanjian damai peringkat akhir antara Israel-Palestin.
Rakyat Palestin berhimpun di jalan-jalan bagi meraikan kemenangan mereka. Foto AFP
Di Gaza, ribuan membanjiri jalan-jalan bagi meraikan kemenangan itu, dan beberapa tembakan dilepaskan ke udara, yang dilakukan di kalangan pejuang Hamas bersenjata. Sementara itu di masjid-masjid, mereka menggunakan pembesar suara bagi memaklumkan kesyukuran dan memuji kebesaran Allah berikutan perang yang berlanjutan selama tujuh minggu itu berakhir. "Terima kasih Allah kerana perang ini sudah berakhir. Saya tidak percaya saya masih hidup bersama anak-anak saya," kata Maha Khaled, 32, kepada AFP. "Ia merupakan peperangan yang amat kejam. Saya tidak pernah jangka kami akan dapat melihat semula keamanan," katanya.- mstar

Halam Saad Gagal Dalam Kes Rayuan Saman RM1.8 Bilion
Tan Sri Halim Saad
PUTRAJAYA: Hartawan Tan Sri Halim Saad gagal dalam rayuannya untuk mengembalikan semula saman RM1.8 bilion yang difailkan terhadap Khazanah Nasional Berhad dan dua yang lain berhubung penyelesaian untuk melepaskan pegangan dalam Renong Berhad. Tiga anggota panel Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim sebulat suara menolak rayuan Halim yang difailkan dalam usaha untuk menukar keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan samannya terhadap tiga responden. "Kami dapati kesimpulan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi bahawa dakwaan plaintif (Halim) jelas tidak mapan atas alasan tempoh had masa telah ditetapkan dan persetujuan dan penyelesaian, adalah betul," katanya. Hakim Zaharah yang bersidang dengan Hakim Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Varghese George Varughese, memerintahkan Halim untuk membayar kos perundangan RM25,000 kepada Khazanah dan RM25,000 lagi kepada bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan kerajaan. Pada 31 Oktober, 2013, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah membenarkan permohonan yang dibawa oleh Khazanah, Nor Mohamed Yakcop dan kerajaan untuk membatalkan saman Halim memandangkan ia (saman itu) difailkan selepas tempoh had masa enam bulan berakhir seperti yang ditetapkan mengikut Akta Had Masa 1953. Bekas pengerusi eksekutif Renong Bhd itu memfailkan saman terhadap Khazanah, Nor Mohamad Yakcop dan kerajaan pada 17 April 2013 bagi menuntut semula pampasan lebih RM1.8 bilion kerana menjual kepentingannya dalam syarikat. Dalam pernyataan tuntutan, Halim berkata pada 2001 beliau memiliki 372,000,000 saham berjumlah hampir 16 peratus daripada modal terbitan dan berbayar Renong, menjadikan beliau pemegang saham individu terbesar Renong. Beliau berkata pada November 2002, Nor Mohamed dilantik sebagai pengarah Khazanah dan pada bila-bila masa yang penting, Renong memegang kepentingan besar dalam modal terbitan dan berbayar sebuah syarikat dikenali sebagai United Engineers (M) Bhd (UEM). Halim mendakwa beliau dipujuk oleh Nor Mohamed selaku wakil kerajaan agar beliau menerima tawaran itu dan melepaskan Renong dan UEM. Beliau menuntut RM1.3 bilion, ganti rugi am bagi pelanggaran pemilikan Renong, serta RM508 juta bagi nilai modal berbayar Kualiti Alam Sdn Bhd untuk penyelesaian kerugian yang dialaminya untuk menyelamatkan Kumpulan Fleet dan ganti rugi bagi salah nyata fraud.- mstar

Pengarah Syarikat Didakwa Cederakan Pembantu Rumah
Lee Poh diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pulau Pinang kerana mencederakan pembantu rumahnya.
GEORGE TOWN: Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencederakan seorang pembantu rumah di kediamannya di Air Itam, di sini minggu lepas. Lim Lee Poh, 44, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Koay Lay Kheng, 22, dengan menyimbah air panas terhadap pembantu rumahnya itu di pangsapuri 9E, Jalan Bukit Bendera, Air Itam pada pukul 4.30 pagi, 20 Ogos lepas. Lee Poh dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Oktober ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan Koay. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Roslina Idris, manakala Lee Poh diwakili peguam R Puran. Pada 24 Ogos lepas, media melaporkan wanita itu mendakwa disimbah air panas oleh majikannya menyebabkan beberapa bahagian badannya melecur. Wanita itu dikatakan hanya dapat keluar rumah untuk mendapatkan rawatan dengan bantuan orang awam selepas majikannya pergi bercuti Sabtu lepas. Majikan terbabit dikatakan marah kerana mangsa tidak mengemas rumah dengan baik sebelum menyimbahnya dengan air panas.- mstar

Kes Bunuh Rakan Senegara: Empat Warga Myanmar Berdepan Hukuman Mati
KULAIJAYA: Empat warga Myanmar berhadapan dengan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana membunuh rakan mereka yang mayatnya dikerat kepada lima bahagian bulan lepas.
Mereka yang dituduh dikenali sebagai Haji Ismail, 30, Mohd Hassan Ali, 29, Myo Myint, 28, dan Shaib Othman, 18.
Kesemua mereka didakwa bersama-sama membunuh Thet Lwin, 28, di rumah tidak bernombor MLO 621-1, Kampung Sri Paya, Kelapa Sawit antara 9 malam 29 Julai lepas hingga 11.20 pagi 1 Ogos lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Asmah Ariffin di hadapan Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal, namun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.
Ahmad Farid menetapkan 24 September ini untuk sebutan semula kes serta melantik jurubahasa bagi warga Myanmar itu.
Pada 1 Ogos lepas, seorang pekerja Projek Penyelenggaran Lebuhraya (Propel) menemui mayat mangsa dalam dua beg plastik hitam di kawasan parit di KM 24.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan.
Kira-kira 24 jam selepas mayat mangsa itu ditemui, polis telah menahan empat lelaki warga Myanmar terbabit.- mstar
TOP
Model Separuh Bogel Didenda RM400
Kah Wai (kiri) dan Jo Yee berjalan keluar dari mahkamah selepas membayar denda RM400.
IPOH: Dua model yang terlibat dalam sesi fotografi separuh bogel di sini Isnin lalu didenda RM400 di Mahkamah Majistret. Majistret Haslinda A Raof yang menjatuhkan hukuman itu pada Rabu selepas kedua-dua model sambilan itu mengaku bersalah kerana menimbulkan kegusaran awam di lampu isyarat di depan sebuah sebuah bank di Jalan Sultan Yussuf di sini pada 25 Ogos lalu. Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 268 dan disabitkan di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan, dan dibacakan bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama. Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery berkata, Low hanya memakai seluar hitam dan kasut tanpa sebarang kemeja, manakala How memakai pakaian dalam warna putih.
Orang awam mengambil gambar pasangan pengantin separuh bogel di Jalan Sultan Yussuf. Foto ini diambil daripada pengguna Facebook, Huang Xiao Lung.
"Aksi mereka menarik perhatian awam dan beberapa gambar mereka diambil dan disebarkan menerusi media sosial," katanya. "Negara ini merupakan masyarakat berbilang kaum dan tindakan mereka tidak boleh diterima," tambahnya. Peguam yang mewakili kedua-duanya, Andrew Soong berkata, mereka akan memohon maaf kepada orang ramai yang tersinggung dengan tindakan itu. "Mereka juga bekerjasama dengan polis, mengaku salah dan menjimatkan masa mahkamah. "Tambahan pula, semua gambar di media sosial tidak dimuat naik oleh mereka dan mereka tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian," katanya. Kedua-dua mereka membayar denda.- mstar

"Saya Bangga Jadi Anak Malaysia" - Suara Majoriti Remaja
KUALA LUMPUR: "Saya bangga menjadi anak Malaysia", begitulah suara majoriti remaja yang menyertai raptai perarakan sempena Hari Kemerdekaan ke-57 yang bakal disambut Ahad ini.
"Selepas rakyat Malaysia merdeka, kita ada kebebasan untuk diri sendiri tanpa dikawal oleh orang lain (penjajah) dan kita harus bersatu padu untuk mengekalkan kebebasan ini," kata Meshalini, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Muda, Shah Alam yang menyertai acara raptai itu di Dataran Merdeka di sini, Rabu.
Sri Mathi Balakrishnan, 16, pula berkata kemerdekaan melambangkan keharmonian di antara kaum di Malaysia yang wujud buat sekian lamanya.
"Saya bangga menjadi anak Malaysia, walaupun berbza kaum, kita masih boleh bertutur dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris selain bercampur gaul dengan pelbagai kaum," katanya kepada Bernama.
Seramai 2,250 pelajar bersama guru dari 57 sekolah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menyertai acara raptai itu, yang bermula 7.30 pagi dan berakhir 3 petang tadi.
Pelajar berusia antara 13 dan 16 tahun itu menjalani latihan sejak 6 Ogos lepas.
Bagi Maisara Hadija, 14, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam, kemerdekaan bermakna kebebasan untuk rakyat Malaysia dalam melakukan apa sahaja namun ada batasannya.
"Contohnya dengan laman sosial di mana kita boleh menyuarakan pendapat, tetapi jangan disalahgunakan kebebasan itu," katanya.
Lee Ming Yao, 15, pula seronok menyertai program perarakan tahun ini kerana ia adalah platform untuk menunjukkan semangat patriotismenya kepada negara.
"Saya gembira terlibat dalam perarakan ini dan berbangga dapat menyertai program ini untuk menunjukkan rasa penghargaan dan cinta terhadap Malaysia," katanya.
Michael Kong, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Klang Utama, Klang juga seronok diberi peluang menyertai perarakan itu walaupun terpaksa berdepan dengan cuaca panas.
"Memang seronok dapat sertai acara ini sebab dapat menjalinkan hubungan yang rapat dengan rakan-rakan pelbagai kaum selain berbakti kepada Malaysia," katanya.
Sementara itu, pelancong asing turut menyaksikan raptai itu dan kagum melihat semangat yang ditonjolkan remaja negara bagi meraikan hari Kemerdekaan.
"Saya kagum dengan renaja ini yang komited melakukan aksi masing-masing dengan penuh semangat patriotisme," kata Helen Gardiner, 60, dari Australia.
Gerard Hollister, 45, dari London, England beliau mahu menyaksikan perarakan kemerdekaan pada Ahad ini kerana telah dimaklumkan bahawa ia unik dan amat istimewa.- mstar
TOP
Kemerdekaan Dikecapi Sejak 57 Tahun Perlu Dipertahankan
KINABATANGAN: Kepimpinan enam Perdana Menteri dalam membangunkan negara sehingga mampu mengekalkan kemerdekaan yang dikecapi sejak 57 tahun lalu perlu dipertahankan sampai bila-bila.
Menegaskan demikian, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata tugas mempertahankan kedaulatan negara bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata sebaliknya seluruh rakyat perlu berganding bahu bagi memastikan nikmat kemerdekaan negara terus kekal.
Katanya, sungguhpun negara dibebani pelbagai dugaan termasuk mendapat ancaman dalang dalam negara, rakyat seharusnya memberi kerjasama kepada kerajaan secara berterusan agar perpaduan dan keamanan negara terus kekal.
"Dalam mengekalkan perpaduan dan keamanan negara, golongan belia juga perlu menerapkan semangat patriotisme dalam diri masing-masing," katanya pada Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kinabatangan di sini, Rabu.
Sebanyak 57 kenderaan daripada pelbagai agensi kerajaan dan perseorangan menyertai konvoi tersebut.- mstar
TOP
PRK Pengkalan Kubor: PAS Mahu Tanding
Mohd Amar Abdullah
GUA MUSANG: Walaupun kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini, rakan pakatannya PAS berhasrat untuk bertanding kerusi DUN itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerana yakin mampu mencapai kemenangan. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerusi itu, yang diberi kepada PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-13, hanyalah sebagai pinjaman sahaja dan PAS boleh kembali mempertahan kerusi itu berikutan ada sokongan kuat dari akar umbi. "Kerusi itu memang milik PAS sebelum ini, tetapi atas dasar pakatan kita beri pinjam kepada PKR untuk bertanding menentang BN dalam PRU-13 lalu," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kota Sejahtera Chiku di sini, Rabu. Turut hadir, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah dan Ketua Jajahan Gua Musang Nazran Mohamad. Mohd Amar berkata, hasrat PAS itu akan dibincangkan dengan PKR. "Kita lihat ada peluang untuk kita menang...soal calon belum dibincangkan lagi setakat ini," katanya. Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu kerana kanser hati. Allahyarham Noor Zahidi merupakan Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno Bahagian Tumpat selama empat penggal. Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.- mstar

Syarikat Jepun Malaysia Jalin Usaha Sama Hasilkan Penerbitan Animasi
TOKYO: Syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC), Creatvtoon Studios Sdn Bhd (Creatvtoon) dari Malaysia dan pembekal kandungan kreatif terkemuka Jepun P.I.C.S. Co Ltd (P.I.C.S.) menjalin usaha sama untuk menghasilkan kandungan kreatif dan menerbitkan siri animasi.
Memorandum Persefahaman (MoU) bagi usaha sama itu ditandatangani di sini oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif P.I.C.S. Shinichiro Nakaso dan Pengasas/Pengarah Creatvtoon, Ayie Ibrahim.
Ketika berucap pada majlis tersebut, Shinichiro berkata usaha sama itu bertujuan menggabungkan kepakaran kedua-dua syarikat bagi menghasilkan kandungan kreatif yang menggunakan bahan cerita dari Malaysia dan Jepun.
"Saya harap usaha sama ini dapat dijadikan batu asas oleh syarikat penerbitan animasi Malaysia untuk meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa," kata Ayie.
Creatvtoon, syarikat penerbitan animasi 2D yang diasaskan Ayie pada 2010 terlibat dalam bidang animasi, kandungan kreatif dan latihan
Syarikat ini pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Animasi 2D Terbaik dan Pengarah Animasi Terbaik dalam Anugerah Karyawan Animasi Malaysia pada 2011.
Projek terbaharu syarikat tersebut ialah siri animasi Zerohero yang akan disiarkan pada 2015.
Sementara itu P.I.C.S. yang asalnya sebuah jabatan di bawah MTV Jepun, mula bergerak sebagai entiti bebas pada tahun 2000 dengan penglibatan aktif dalam bidang penerbitan iklan filem dan televisyen, video muzik, filem web, video konsert, drama televisyen dan filem cereka.
Syarikat itu kini menjadi sebahagian syarikat penerbitan filem Imagica Robot Holdings yang turut menyediakan kandungan kreatif untuk studio penerbitan di Iskandar Malaysia, Johor.
Usaha sama kedua-dua syarikat tersebut dalam bidang animasi ini adalah hasil inisiatif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), di bawah Dasar Industri Kreatif Malaysia.
"Usaha sama Creatvtoon dan P.I.C.S. adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk membantu syarikat Malaysia menghasilkan kandungan kreatif yang bermutu tinggi sejajar dengan matlamat Dasar Industri Kreatif Malaysia," kata Kamil Othman, Naib Presiden Multimedia Kreatif MDeC yang turut hadir pada majlis tersebut.- mstar
TOP
Penyanyi Farhan Nikah 10 Oktober
Farhan bersama tunangnya.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Nur Farhan Azizan akhirnya membuat pengumuman rasmi bakal bernikah dengan Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 10 Oktober depan. Farhan, 30, berkata, keputusan memilih tarikh itu kerana menganggap ia adalah masa paling sesuai selepas dua tahun mereka mengikat tali pertunangan. "Kami memilih 10 Oktober depan untuk mendirikan rumah tangga kerana kami benar-benar sudah bersedia selepas dua tahun bertunang. "Alhamdulillah kami berjaya menempuhi lapan tahun hubungan percintaan ini dengan pelbagai dugaan," katanya pada sidang media yang diadakan di Restoran Anggun Fusion, Plaza Damas, di sini, Rabu. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012.
Ahmad Rashadan adalah pengarah pengurusan bisnes di sebuah syarikat swasta. Dalam pada itu, Farhan berkata majlis akad nikah akan diadakan pada sebelah pagi, manakala majlis resepsi akan dijalankan sebelah malam di Dewan Seri Endon, Putrajaya. Pada majlis tersebut Farhan bakal menggayakan busana rekaan pereka fesyen Calvin Thoo dan memilih konsep Melayu Klasik bagi pelamin yang ditaja oleh Nas The Great Idea. "Dalam tempoh yang agak singkat selepas membuat keputusan untuk berkahwin, kami banyak dibantu oleh beberapa pihak yang tampil ingin menaja perkahwinan kami. "Baju, pelamin, video dan audio telah mendapat tajaan daripada pelbagai pihak yang bermurah hati yang melancarkan perjalanan majlis kami nanti," ujarnya.- mstar

Calon MB: PAS Bermesyuarat Malam Rabu Tentukan Calon
SHAH ALAM: PAS Selangor akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustapa Ali (Setiausaha Agung PAS) untuk membincangkan mengenai calon bagi jawatan menteri besar Selangor, pada malam Rabu.
Pesuruhjayanya, Iskandar Abdul Samad bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi pertemuan tersebut.
"Satu pertemuan dengan Mustafa Ali akan dibuat malam ini (Rabu). Maaf saya tak boleh beritahu di mana... kita belun putuskan... tunggu selepas mesyuarat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada PAS sudah menamakan calon untuk jawatan menteri besar Selangor yang baharu.
Iskandar berkata, keputusan terakhir mengenai calon menteri besar berada pada PAS Pusat yang akan bermesyuarat mengenai perkara ini dalam masa terdekat.
"Perkara ini akan dibincangkan di peringkat pusat dan mereka akan minta pandangan daripada kami (PAS Selangor).
"Kesemuanya akan ditentukan oleh PAS Pusat nanti. Setakat ini mereka belum bermesyuarat," katanya selepas mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), petang Rabu.- mstar
TOP
MH17: Jenazah Kumpulan Ketiga Rakyat Malaysia Belum Tiba Di Rumah Mayat
Suasana Rumah Mayat Monuta Innemee, S-Gravanhage lenggang pada Rabu.
Wartawan dan Jurofoto Bernama yang menunggu bermula jam 11 pagi hingga 2.30 petang waktu Belanda mendapati jenazah MH17 masih belum tiba dari Hilversum.
THE HAGUE: Jenazah kumpulan ketiga rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 belum tiba di Rumah Mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage di sini Rabu. Sumber berkata, jenazah berkenaan masih berada di Pusat Perubatan Tentera di Hilversum, kira-kira 90 kilometer (km) dari rumah mayat itu berikutan proses dokumentasi masih dilakukan. Duta Besar Malaysia di Belanda, Datuk Dr Fauziah Mohamad Taib ketika dihubungi berkata, pihaknya optimis jenazah itu, yang telah dikenal pasti identitinya, akan tiba di rumah mayat itu pada Khamis. Difahamkan hanya satu jenazah bukan Islam daripada kumpulan ketiga itu telah selesai menjalani upacara pembakaran di rumah mayat itu baru-baru ini. Sebelum ini, media melaporkan jenazah rakyat Malaysia itu akan tiba pada Isnin dan Selasa di Rumah Mayat Monuta Innemee untuk diurus mulai Rabu sebelum dihantar pulang pada Jumaat. Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang ke tanah air dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas lepas disusuli kumpulan kedua dengan tiga jenazah pada Ahad. Mayat seorang lagi mangsa dihantar pulang pada Sabtu namun ia tidak diuar-uarkan atas permintaan keluarganya. Ia menjadikan jumlah jenazah rakyat Malaysia mangsa nahas MH17 yang telah dibawa pulang ke tanah air sebanyak 24. Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lepas. Seramai 43 orang daripada mangsa adalah rakyat Malaysia.- mstar

Isu MB: Khalid Dakwa PKR, DAP Keluarkan Kenyataan Tidak Tepat
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengeluarkan kenyataan media tidak tepat bahawa kedua-dua perti itu telah mengusulkan satu nama sebagai calon menteri besar negeri itu kepada Sultan Selangor pada 2008 dan 2013.
"Cerita itu tidak dilaporkan secara tepat. Bukan satu nama dikemukakan," katanya.
Beliau membuat pendedahan itu ketika diminta mengulas kenyataan bersama PKR dan DAP yang menyifatkan tindakan mengemukakan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon tunggal untuk menggantikan Khalid sejajar dengan konvensi yang diamalkan dalam pelantikan menteri besar sebelum ini.
Hal ini kerana jelas Khalid, terdapat lebih daripada satu nama dihantar oleh kedua-dua parti pada 2008 dan 2013 menerusi permohonon berasingan.
"Permohonan berasingan (mengenai calon menteri besar) dikemukakan oleh PKR dan DAP pada 2008 dan 2013," katanya.
Terdahulu, PKR dan DAP tetap bertegas akan mengemukakan nama Wan Azizah untuk dipertimbangkan Sultan Selangor walaupun Tuanku menitahkan setiap parti dalam Pakatan Rakyat untuk mencadangkan tidak lebih dua nama calon menteri besar.
Ketika ditanya mengenai tindakan PKR dan DAP yang mengingkari titah Sultan Selangor, Khalid berkata, beliau enggan mengulas mengenainya.
"Saya tak boleh buat apa-apa kerana itu terpulang. Apa-apa keputusan mengenainya akan dibuat oleh pejabat Istana," katanya.
Sementara itu, Khalid berkata surat memaklumkan titah Sultan Selangor mengenai cadangan untuk menghantar lebih daripada dua nama bagi jawatan menteri besar sudah dihantar kepada ketiga-tiga parti pada Rabu.
"Saya dimaklumkan surat sudah dihantar hari ini Rabu. Saya harap Istana tak hantar salinan surat itu kepada saya," katanya dalam nada berseloroh.- mstar
TOP
Al-Shabaab: Pergerakan Tiga Warga Somalia Dipantau Rapi
Warga Somalia berusia 34 tahun dipercayai anggota kumpulan pengganas Al-Shabaab ditangkap Mei lalu.
PETALING JAYA: Pergerakan tiga warga Somalia yang disyaki terbabit dalam kegiatan kumpulan pengganas Al-Shabaab masih dipantau rapi. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pemeriksaan yang dilakukan mendapati ketiga-tiga yang dikenal pasti itu masih berada dalam negara ini. Malah, katanya, hasil pemantauan pihak keselamatan, jumlah warganegara berkenaan yang terbabit dalam kegiatan itu juga belum bertambah. "Belum ada maklumat terkini mengenai penambahan warga Somalia dalam aktiviti pengganas di negara dan hanya satu tangkapan dibuat pada Mei lalu. "Segala pergerakan mereka bertiga terus dipantau sehinggalah cukup bukti untuk mengambil tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu. Menurut Dr Wan Junaidi, walaupun mereka bertiga ini menjadi perhatian, pihak berkuasa tidak boleh mengambil tindakan sewenang-wenangnya. "Mereka dipercayai masuk ke negara ini menggunakan visa pelajar. Sehingga kini mereka tidak melakukan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang negara," jelas beliau. Pada 6 Mei lalu, seorang lelaki warga Somalia yang disyaki anggota kumpulan pengganas Al-Shabaab, ditahan dalam operasi khas polis di Selangor Suspek berusia 34 tahun itu turut berada dalam senarai nama dikehendaki polis antarabangsa (Interpol) kerana pembabitan dalam kegiatan pengganas. Dalam operasi tersebut, tiada senjata dirampas dan polis masih menyiasat cara suspek masuk dan sekiranya terdapat anggota lain daripada kumpulan tersebut di negara ini. Suspek ditangkap kerana disyaki merancang untuk merekrut warga Somalia di negara ini yang kebanyakannya menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) menyertai kegiatan pengganas. Al-Shabaab yang berpangkalan di Somalia pernah menyertai kumpulan pengganas, Al-Qaeda pada 2012 dengan bermatlamat menegakkan undang-undang syariah atau negara Islam di beberapa negara miskin. Sehingga kini, Al-Shabaab dianggarkan mempunyai keahlian antara 4,000 hingga 6,000 orang.- mstar

MH17: Lapan Lagi Jenazah Dibawa Pulang, Selasa Ini - Muhyiddin
Lapan lagi jenazah mangsa tragedi MH17 bakal dibawa pulang akan turut diberi penghormatan negara.
KUALA LUMPUR: Lapan lagi jenazah - tujuh rakyat Malaysia, seorang warga Belanda mangsa tragedi MH17 akan dibawa pulang ke tanah air Selasa ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, istiadat penghormatan jenazah akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada hari yang sama. Ketika ini, lapan jenazah berkenaan sedang melalui proses dokumentasi di Amsterdam, katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu. Maklumat terperinci lapan jenazah itu akan dimaklumkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang dijadualkan Isnin ini, katanya. "Kepulangan tujuh lagi jenazah warga tempatan itu bermakna kesemua 31 jenazah rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti sebelum ini telah dan akan dibawa pulang ke tanah air," katanya. Setakat ini, 24 jenazah rakyat Malaysia telah dibawa pulang ke tanah air sejak Jumaat lepas. Muhyiddin berkata, pihak kerajaan berharap agar semua pihak termasuk media dapat menghormati kesedihan yang dirasai keluarga mangsa tragedi MH17 seterusnya menjaga privasi dan sensitiviti mereka. Pada Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah warga Malaysia yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas. Satu lagi jenazah tiba pada Sabtu lepas, manakala tiga jenazah tiba keesokannya. Dalam perkembangan sama, Muhyiddin turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berusaha untuk memastikan pasukan penyiasat dan pihak keselamatan Malaysia dibenarkan kembali memasuki kawasan nahas bagi menjalankan tugasan yang belum selesai khususnya dalam mencari mayat yang masih belum ditemui. "Dalam menangani tragedi ini, kerajaan Malaysia amat konsisten bahawa pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat mesti dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang sekeras-kerasnya," katanya. Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai. Sebanyak 43 daripada mereka adalah warga Malaysia. Laporan media sebelum ini melaporkan jenazah warga Belanda itu dibawa ke Malaysia atas permintaan keluarga mangsa yang mahukan jenazah itu disemadikan di negara ini. - mstar

Wan Azizah Layak, Bukan Sebab Beliau Isteri Saya - Anwar
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai calon tunggal bagi jawatan menteri besar Selangor yang baharu bukan disebabkan beliau merupakan isteri kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya Anwar sendiri berkata, pemilihan Dr Wan Azizah dibuat kerana beliau merupakan Presiden PKR dan mempunyai kelayakan bagi jawatan tersebut.
"Beliau mempunyai rekod sebagai bekas Ketua Pembangkang dalam Parlimen Malaysia," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, Rabu.
Katanya lagi PKR dan DAP mengakui fakta bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah meminta lebih daripada dua nama bagi calon menteri besar.
"Saya rasa ia telah dijelaskan dengan sewajarnya menerusi kenyataan oleh PKR dan DAP," katanya
Anwar berkata pada masa lalu, PAS, PKR dan DAP mengemukakan hanya satu nama kepada istana untuk dipertimbangkan.
Jadi beliau berkata itulah sebabnya kali ini PKR dan DAP turut hanya mengemukakan satu nama untuk dipersetujui.
Kepada soalan sama ada beliau takut PAS mengemukakan nama lain selain Dr Wan Azizah, beliau berkata persetujuan dalam Pakatan Rakyat jelas bahawa jawatan itu adalah hak PKR.
"Satu-satunya perkara yang boleh saya katakan ialah kita perlu menghormati keputusan itu dalam semangat pakatan dan PAS turut mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan," katanya.
Mengenai persoalan mengapa kenyataan bersama PKR dan DAP bagi menyokong Dr Wan Azizah tidak ditandatangani oleh PAS, Anwar berkata beliau berharap perkara itu akan diselesaikan.- mstar
TOP
Sejumlah Bahan Letupan Ditemui Disembunyikan Di Rumah Pam Raub
Anggota Polis dari unit pencegahan persenjataan melakukan siasatan awal terhadap penemuan bahan letupan dan alat peletup di salah sebuah stor konkrit di Rumah Pam, Bukit Kolam Air, di sini lewat petang Rabu.
RAUB: Sejumlah bahan letupan dan alat peletup ditemui disembunyikan dalam empat kotak di salah sebuah stor konkrit di Rumah Pam, Bukit Kolam Air, dekat sini, Selasa. Bahan letupan yang terdiri daripada sejumlah 600 dinamit yang masih aktif, beberapa gulungan wayar pengecas sepanjang 1700 meter, dan satu kotak berisi detonator itu, ditemui oleh seorang pekerja penyelenggaraan Perbadanan Air Pahang (Paip) ketika melakukan kerja-kerja pembersihan. Stor itu terletak bersebelahan sebuah stor lain di atas bukit, di kawasan berpagar penyelenggaraan Paip dan dipercayai tertutup dengan semak samun selama ini menyebabkan kewujudan binaan itu tidak disedari. Menurut pekerja berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Aziz, beliau yang terkejut dengan penemuan itu kemudian segera memaklumkan kepada penyelianya sebelum membuat laporan polis kira-kira jam 11 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub. Bertindak dari laporan berkenaan sepasukan anggota polis dari unit Pemusnah bom IPD Raub melakukan pemeriksaan terhadap stor tersebut dan menemui peralatan dan bahan letupan itu yang dipercayai telah lama ditinggalkan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Zakaria Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan berkenaan. Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati, kawasan untuk menaiki tempat kejadian dikawal ketat oleh pihak polis dan media dilarang daripada mendekati kawasan itu. Pasukan polis kemudian kelihatan membawa keluar alat letupan tersebut yang diisi dalam beberapa kotak ke dalam trak peronda polis sebelum meninggalkan kawasan tersebut kira-kira pukul 5.30 petang Rabu.- mstar

Krisis Selangor: 3 September Tarikh Akhir Serah Nama Calon MB
PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberikan tempoh kepada Pakatan Rakyat sehingga 3 September ini untuk mengemukakan nama bagi jawatan menteri besar.
Menerusi surat daripada istana yang dikeluarkan pada Rabu kepada PAS, PKR dan DAP, Pakatan Rakyat diarahkan untuk memberikan lebih banyak nama selewat-lewatnya 3 September ini, walaupun PKR dan DAP berkeras untuk hanya mengemukakan nama Presiden PKR.
Surat yang dialamatkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta ketiga-tiga parti itu mengemukakan lebih daripada dua nama bagi jawatan menteri besar.
"Kami menerima surat itu hari ini dan saya telah memaklumkan kepada presiden parti mengenainya," kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.- mstar
TOP
PM Ucap Tahniah Kepada Saintis M’sia Menang Anugerah
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada dua saintis Malaysia atas kejayaan mereka menggondol dua kategori anugerah Sains dan Teknologi Asean di Indonesia, semalam.
Prof Madya Ir Dr Sharifah Rafidah Wan Alwi dari Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memenangi anugerah Saintis dan Ahli Teknologi Muda Asean (AYSTA), manakala Profesor Dr Harith Ahmad dari Jabatan Fizik, Universiti Malaya (UM) pula berjaya memenangi anugerah Saintis dan Ahli Teknologi Cemerlang Asean (AOSTA).
“Syabas kepada Profesor Madya Ir Dr Sharifah Rafidah dan Profesor Dr Harith Ahmad yang memenangi anugerah Sains dan Teknologi Asean,” kata Najib dalam catatannya di laman Twitter. Najib turut memuat naik pautan berita dihasilkan Bernama mengenai majlis itu. Masing-masing saintis itu menerima US$10,000 (RM31,461) dan US$15,000 (RM47,191) pada satu majlis penyampaian anugerah malam semalam bersempena mesyuarat tidak rasmi peringkat Menteri Asean ke-8 mengenai Sains dan Teknologi. Anugerah berprestij itu diadakan setiap tiga tahun sekali bersempena Minggu Sains dan Teknologi Asean yang sudah memasuki edisi ke-9. – BERNAMA

Najib Tiba Di Singapura, Lancar Agrobazar Pertama M’sia
SINGAPURA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja sehari bagi merasmikan pembukaan outlet Agrobazar pertama Malaysia di seberang laut.
Najib yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada 5.15 petang.
Turut hadir menyambut beliau ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Datuk Husni Zai Yaacob dan isteri Datin Norshiha Hasbullah.
Sebelum itu, Kementerian Luar Singapura (MFA) dalam satu kenyataan berkata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah dijemput oleh Najib untuk turut sama merasmikan pembukaan bazar itu pada sebelah petang.
MFA berkata berikutan pelancaran Agrobazar itu, Lee dan isterinya, Najib serta Rosmah akan melawat Hab Sukan Singapura yang baru siap dan menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Lee.
Semasa Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura di Kuala Lumpur pada 7 April, 2014, Najib mengumumkan Agrobazar itu merupakan inisiatif Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).
Agrobazaar itu terletak di Lots 37, 39, 41 dan 43 Sultan Gate dan akan mempromosikan pilihan buah-buahan segar dan produk berasaskan pertanian dari Malaysia. – BERNAMA
TOP
Gencatan Senjata Dianggap Kemenangan Besar Pembela Gaza
KUALA LUMPUR – Suasana pagi Rabu ini begitu indah bagi Mohamad Alherbawi dan dia berbual dengan penuh bersemangat.
Sejak subuh lagi, pengarah media Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) berpejabat di Kuala Lumpur ini sibuk menghantar mesej kepada semua kenalannya melalui telefon bimbit.
“Gencatan senjata berkekalan baru sahaja berkuat kuasa di Gaza sebentar tadi (7 malam waktu Palestin dan 12 tengah malam waktu Malaysia), yang menamatkan satu peperangan dahsyat selama 50 hari di Gaza,” katanya dalam mesej kepada Bernama.
Sejak tentera Israel mula melancarkan serangan kejamnya di semenanjung Gaza pada 8 Julai, lebih 2,000 nyawa melayang, 10,800 orang cedera, 15,700 rumah musnah, 29 hospital dan 221 sekolah dibedil.
Mohamad berkata walaupun dilanda kemusnahan teruk, masyarakat Palestin di sini amat gembira kerana gencatan senjata tercapai juga akhirnya.
“Biar apapun yang mereka lakukan, Israel gagal mencapai sebarang objektifnya melalui perang itu, kekentalan semangat rakyat kami di Gaza dan keberanian kami dalam menentang mereka, berjaya menamatkan apa yang dikenali sebagai ‘kekuatan tentera Israel yang tidak boleh dipatahkan’ untuk selama-lamanya,” kata beliau.
Menurut Mohamad, pengunduran tentera Israel dan kegagalan mereka dalam perang itu, dirayakan rakyat Palestin dengan memenuhi jalan raya di Gaza dan pemandu kenderaan membunyikan hon, manakala bunyi tembakan kedengaran di sana sini sebagai tanda meraikan suatu kemenangan.
Kegembiraan luar biasa itu dikongsi netizen di seluruh dunia, yang memberi komen mereka melalui media sosial.
Dalam laman Twitternya, @kundisanwai menulis ‘Gaza membara sejak empat jam lepas, tapi kali ini dengan sambutan, bukan letupan.’
Gencatan senjata itu bagaimanapun mengejutkan banyak pihak kerana mereka sukar mempercayai bahawa Hamas dari Palestin dan Israel akhirnya bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata jangka panjang.
@Farah_Gazan menulis: ‘Bolekah sesiapa percaya bahawa perang sudah berakhir?’
Sementara itu, pengerusi lembaga pengarah PCOM Muslim Imran percaya kemenangan yang dicapai itu merupakan satu langkah ke arah pembebasan semua tanah Palestin.
“Kami ucap terima kasih kepada semua warga dunia yang berdiri teguh bersama Gaza ketika perang dulu. Usaha dan keprihatinan anda amat bermakna bagi kami,” katanya.
Reuters hari ini melaporkan para pegawai Palestin dan Mesir sebagai berkata perjanjian berkenaan, yang usahakan di Kaherah, menyeru agar permusuhan segera ditamatkan, sekatan di sempadan Gaza, Israel dan Mesir segera ditarik balik dan zon tangkapan ikan di Laut Mediterranean diperluaskan.
Agensi berita itu juga melaporkan bahawa dalam peringkat kedua gencatan senjata itu yang akan bermula sebulan kemudian, Israel dan Palestin akan berbincang tentang pembinaan sebuah pelabuhan laut di Gaza dan pembebasan pejuang Hamas yang dipenjarakan Israel di Tebing Barat yang diduduki, mungkin sebagai pertukaran bagi mayat dua askar Israel yang dipercayai disimpan Hamas.
Gencatan senjata itu juga akan membuka jalan kepada penghantaran bantuan kemanusiaan daripada orang awam dari luar Gaza. – BERNAMA
TOP
10 Bandar Berwarna-Warni Serata Dunia Wajib Dilawati
Bandar-bandar yang berwarna-warni di serata dunia adalah daya tarikan untuk pelawat, pelancong dan juga jurugambar. Walaubagaimanapun, bukan senang untuk melihat bandar-bandar yang penuh berwarna-warni. Tapi situasi ini tidak mustahil jika anda berkunjung ke beberapa bandar yang kami paparkan. Kami percaya, kunjungan ke bandar ini membantu menceriakan hari anda!
1. Riomaggiore, Itali
Salah satu bandar yang kaya dengan warna adalah Riomaggiore. Kebanyakan bangunan-bangunan yang terdiri dari batu pasir ini dicat dengan pelbagai warna sehingga menjadi lokasi pelancong untuk bergambar tanpa mencari latar-belakang yang menarik.
2. Willemstad, Netherlands Antilles
Willemstad adalah bandar utama dari Curacao yang terletak di sebelah selatan pulau. Seni bina kolonial Belanda Willemstad terlihat indah dan bersatu dengan perairan Caribbean. Pusat sejarah kota terdiri daripada dua bahagian iaitu Punda dan Otrobanda. Bangunan beli belah dan bersejarah dengan warna-warna cerah dan pelbagai ini membuat para pelancong ingin berjalan kaki menikmati pemandangan bandar yang unik.
3. La Boca, Buenos Aires, Argentina
Bandar La Boca merupakan kawasan kejiranan yang diwujudkan oleh kemasukan pendatang dari Itali dan kebanyakan reka bentuk bangunan meniru gaya kota raya tepi laut Genos dari segi seni bina yang banyak dipengaruhi oleh Eropah.
4. Wroclaw, Poland
Bandar Wroclaw merupakan salah satu bandar yang paling indah di Poland. Seperti sebahagian besar negara di Eropah, bandar ini mempunyai hubungan kuat dengan Katolik Rom. Di sebabkan itu, terdapat banyak gereja yang berwarna-warni menghiasi bandar ini.
5. Longyearbyen, Svalbard, Norway
Bayangkan apabila sebuah bandar terletak berdekatan dengan pulau artik yang sejuk berais, bandar yang penuh warna-warni memang sangat dihargai! Setiap rumah dan bangunan yang penuh warna berlatarbelakangkan salji membuatkan pengunjung tidak mahu berganjak.
6. Nyhavn, Copenhagen, Denmark
Kawasan yang wujud sejak abad ke-17 ini terletak indah sepanjang laluan berair bersebelahan bangunan berwarna-warni. Kebanyakan pelancong tidak menolak untuk menikmati kapal kayu yang dipandu perlahan untuk menikmati bangunan bar dan restoran yang indah sepanjang perairan.
7. Guanajuato, Mexico
Ditemui pada tahun 1554, Guanajuota merupakan bandar kecil tetapi kaya dengan arkitektur kolonial Sepanyol. Guanajuota membawa maksud bukit katak kerana katak merupakan simbol kebijaksanaan manakala bangunan yang berwarna hijau mempunyai banyak maksud tersurat dan tersirat bagi penduduk tempatan.
8. Lima, Peru
Bandar Lima merupakan bandar yang sangat sibuk. Bandar ini bukan saja merupakan perpaduan unik antara budaya tempatan dan asing tetapi turut terkenal dengan gaya seni bina yang berbeza-beza. Spanich baroque, French neoclassicism dan bangunan art nouveau menjadikan bandar ini sebuah arena yang penuh warna dan kesenian.
9. Jodhpur, India
Di tengah padang gurun Thar yang tandus terletak kota Jodhpur ini terkenal dengan gelaran Bandar Biru. Digelar Bandar Biru kerana setiap bangunan rumah yang terletak di dalam benteng diwarnai dengan warna biru. Apabila dilihat dari atas bandar ini kelihatan seperti titik biru di tengah-tengah gurun Thar. Namun, masih belum diketahui mengapa penduduk di Jodhpur mewarnai rumah mereka dengan warna biru. Ada pendapat mengatakan ia berkaitan dengan sistem kasta yang ada di India.
10. Stockholm, Sweden
Bandar Stockholm merupakan salah satu ibukota terindah di dunia, dibina di atas 14 pulau yang dihubungkan oleh 57 jambatan. Bandar ini berdiri pada abad ke 12 yang telah lama menjadi salah satu pusat budaya, politik dan ekonomi Sweden. Bangunan yang indah, udara segar, pemandangan hijau dan dikelilingi air merupakan ‘pakej menarik’ dari kota Stockholm.
Sumber Majalah Libur

Tinggalkan Pas Kalau Tak Sokong Pakatan Rakyat – Khalid Samad
Anggota jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad mencabar anggota parti yang tidak setuju dengan pembabitan dengan Pakatan Rakyat agar keluar parti.
Katanya, langkah itu lebih baik berbanding terus membangkitkan masalah dalaman parti memandangkan kerjasama dalam Pakatan sudahpun diputuskan oleh PAS.
“Tahalluf siyasi (kerjasama politik) adalah keputusan muktamar PAS. Saya gesa mereka yang tidak mahu melaksanakannya agar masuk Umno atau BN atau bergerak sendiri. Tinggalkan PAS dan buatlah apa yang anda mahu,” katanya.
Bercakap dalam sidang media hari ini, Khalid berkata anggota berkenaan tidak harus membangkitkan masalah sehingga PAS melencong dari tujuannya.
MP Shah Alam itu enggan menamakan individu yang dimaksudkannya namun menggambarkan bahawa beberapa pihak dalam PAS berpendapat bahawa gabungan tersebut tidak bermakna jika tidak memberi keuntungan kepada Islam.
Katanya, individu itu juga membangkitkan bahawa sekutu parti tersebut hanya meminta bantuan PAS semasa pilihan raya atau demonstrasi besar.
Beliau menjelaskan, PAS sebenarnya mendapat keuntungan dari hubungan tersebut atas kedudukan politik yang diperolehi – dari tahap ketua kampung sehingga anggota exco.
Ini menyebabkan PAS lebih mudah didekati orang awam berbanding sebelum ini.
Tambahnya, “keuntungan pada Islam” tidak semestinya bermaksud Islam atau sesuatu kumpulan etnik menjadi lebih dominan.
Sebaliknya, keuntungan itu lebih kepada usaha membawa keadilan dan kelebihan Islam kepada semua. – Malaysiakini.com
TOP
GAMBAR : Kereta ‘Selamba’ Parking Dalam Mydin Jasin
Walaupun tidak menyediakan perkhidmatan pandu lalu (drive thru) medan selera pasar raya Mydin Jasin, Melaka semalam diterjah sebuah kereta jenis Honda City.
Akibatnya kerusi meja bertaburan dilanggar kereta jenis Honda City berwarna putih tersebut.
Selepas diperiksa insiden tersebut berlaku gara-gara pemandu tersilap masuk gear hingga kereta meluru ke depan tanpa dapat dikawal.
Sesungguhnya kejadian ini amat memalukan bagi seorang pemandu yang mempunyai lesen sah bukan lesen terbang.
Justeru nasihat kami, hati-hatilah memandu dan amalkan sikap tenang sejak awal pemanduan untuk elak perkara seperti ini menimpa anda.
- MYNEWSHUB.MY

Anwar: Kerusi MB Selangor Milik PKR
KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik parti itu dan ini harus dihormati parti lain dalam konteks semangat Pakatan Rakyat.
“Ia adalah kerusi dan keputusan PKR dan ia harus dihormati dalam semangat Pakatan Rakyat,” katanya ketika ditanya sama ada beliau bimbang PAS akan mengemukakan nama lain sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Anwar berkata PAS juga turut serta dalam proses membuat keputusan ketika mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos lepas.
“Kita tidak pernah mempersoalkan isu berhubung calon PAS untuk menjadi Menteri Besar Perak, Kedah atau Kelantan tetapi apa yang lebih penting dalam pemikiran saya ialah semua itu sudah dipertimbangkan sebelum mesyuarat dan diputuskan pada 17 Ogos,” katanya.
Anwar berkata demikian di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sebelum prosiding perbicaraan kes samannya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Semalam Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar setiap parti dalam Pakatan Rakyat masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu. – BERNAMA
TOP
Khalid Nafi Beliau Calon Tunggal MB Selepas PRU 2008/2013
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan beliau adalah satu-satunya calon yang dicadangkan untuk menyandang jawatan Menteri Besar Selangor selepas pilihan raya umum 2008 dan 2013.
Katanya nama calon lain juga dikemukakan kepada Istana Selangor untuk jawatan itu.
“Lebih daripada satu nama dikemukakan dari semasa ke semasa kepada Istana (untuk jawatan menteri besar),” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan PKR dan DAP bahawa hanya satu nama dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas pilihan raya umum 2008 dan 2013 untuk jawatan menteri besar.
Dua parti itu bertegas untuk hanya mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi mengisi jawatan itu dan mendakwa mengikut kelaziman, hanya satu nama dikemukakan bagi tujuan itu.
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad pada sidang akhbar sama berkata PAS akan mengadakan mesyuarat dengan Setiausaha Agung parti itu Datuk Mustafa Ali malam ini sebelum memberi ulasan tentang pendirian parti dalam isu menteri besar Selangor.
Sebelum ini, majlis presiden Pakatan Rakyat mengumumkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk menggantikan Abdul Khalid, yang dipecat daripada PKR kerana mengingkari arahan parti dan diminta melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.
Semalam, Abdul Khalid mempersembahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar kepada Sultan Selangor, tetapi baginda menangguhkan menerima permohonan itu sehinggalah menteri besar baharu dipilih.
Baginda juga menitahkan kepada PAS, PKR dan DAP supaya masing-masing mempersembahkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar untuk pertimbangan istana. – BERNAMA
TOP
VIDEO: Stres Dibuang Kerja, Pemandu Pusing Lampu Isyarat
Bila tertekan manusia kadang-kadang bertindak di luar batasan normal.
Itulah yang berlaku pada seorang pemuda di Terengganu yang membawa kereta berpusing-pusing di satu persimpangan lampu isyarat hingga mengejutkan pemandu lain, Isnin lalu.
Mungkin tak tahu mana nak dituju pemandu itu berpusing sebanyak tiga kali di Jalan Sultan Omar dalam keadaan bumper kereta sudah rabak hingga dihon bertalu-talu kenderaan lain.
Difahamkan sebelum bertindak gila di lampu isyarat tersebut pemandu sama baru sahaja cabut lari selepas melanggar sebuah kereta Suzuki Swift di hadapan Grand Continental Kuala Terengganu gara-gara memasuki laluan bertentangan.
Selepas ditahan penyiasatan polis mendapati insiden ini berlaku kerana pemandu Vios berusia 23 tahun terbabit terlalu tertekan selepas diberhentikan kerja di Johor Bahru.
Hm, kesian memang kesian tapi bila sampai bahayakan nyawa orang lain macam ini rasanya eloklah pemandu tersebut duduk rumah sahaja daripada keluar ketika tertekan. - MYNEWSHUB.MY
Hm, kesian memang kesian tapi bila sampai bahayakan nyawa orang lain macam ini rasanya eloklah pemandu tersebut duduk rumah sahaja daripada keluar ketika tertekan. - MYNEWSHUB.MY
TOP
Gambar: Penumpang MAS Semakin ‘Nazak’ Sejak Tragedi MH17?
TIDAK dapat dinafikan kejadian kehilangan pesawat MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine telah memberi kesan buruk terhadap imej Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Walaupun MAS tidak sepatutnya dipersalahkan atas perkara ini, ternyata penumpang-penumpang MAS dilihat semakin berkurangan.
Dan yang terbaharu terdapat gambar menunjukkan hanya beberapa penumpang sahaja yang ada dalam penerbangan Malaysia ke London, baru-baru ini.
Jika hal ini berlarutan mungkin MAS perlu mengambil tindakan drastik bagi mengatasi perkara ini daripada terus berlaku.
Buat rakyat Malaysia, di kala MAS sedang mengalami kegawatan ini, teruskan menyokong MAS dengan menjadikannya sebagai syarikat penerbangan pilihan anda untuk terbang ke mana-mana destinasi yang ingin dituju. – MYNEWSHUB.MY

Lapan Makanan Efektif Buang Lemak Di Perut
Tampil kelihatan langsing dan menawan memang menjadi impian kebanyakan orang di luar sana lebih-lebih lagi buat kaum wanita.
Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan tubuh yang diidamkan antaranya dengan menjaga makan, melakukan senaman dan sering melakukan rutin kecergasan di gim.
Ada juga cara mudah untuk mendapatkan hasil tubuh badan menawan dengan hanya melakukan tips-tips di bawah ini. Selamat mencuba!
1. Teh Hijau
Teh ini merupakna antara teh herba yang amat bagus untuk mengecilkan perut sekali gus mengurangkan masalah radang di dalam tubuh. Kandungan flavanoid yang besifat anti inflamasi dan semula jadi itu dikatakan mampu membakar lemak degil yang terkumpul di bahagian perut.
2. Sumber Makanan Omega 3
Menerusi satu kajian menunjukkan bahawa individu yang mengamalkan diet menggunakan bahan asid lemak omega 3 yang tinggi berupaya mengecilkan perut sekali gus menjadikan ia kelihatan lebih rata. Antara makanan yang dicadangkan ialah kacang walnut dan ikan.
3. Bawang Putih
Pasti ramai yang masih belum tahu bahawa bawang putih mampu bertindak sebagai bahan antibiotik semula jadi. Ini kerana apabila paras gula terkawal maka proses pembakaran lemak di perut dapat distabilkan. Bawang putih juga berfungsi untuk meningkatkan tahap metabolisme.
4. Daun Pudina
Daun pudina berupaya membakar lemak di bahagian perut. Ini kerana kandungan bahan semula jadi di dalamnya yang mampu melarutkan lemak seterusnya meningkatkan sistem metabolisme tubuh.
5. Kulit Kayu Manis
Kulit kayu manis memang terbukti agen pembakar lemak yang paling efektif. Cuma tambahkan sedikit kulit kayu manis dalam makanan atau minuman yang akan diambil.
6. Tembikai
Buah tembikai mengandungi 82 peratus air di mana ia mampu membuatkan seseorang berasa kenyang dengan cepat. Secara tidak langsung, cara ini dikatakan mampu menghindarkan diri daripada keinginan untuk sentiasa mengunyah.
7. Epal
Bahan kalium yang terdapat dalam epal memang membantu membuatkan seseorang itu cepat kenyang dan sekali gus dapat mengelakkan makan berlebihan untuk mengurangkan lemak di bahagian perut.
8. Pisang
Kaya dengan pelbagai vitamin, pisang juga merupakan buah-buahan yang mampu membuatkan seseorang sentiasa dalam keadaan kenyang selain ianya juga boleh meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan anda. – MYNEWSHUB.MY
Oleh: AUDREY LEE
Sumber: Mingguan Wanita

TV3 Dikecam Tak Peka Dengan Pesanan Sharifah Aini
PADA 6 Julai lalu, kami pernah menyiarkan artikel mengenai Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang bertajuk “Pesanan Sharifah Aini – ‘Jangan Keluarkan Gambar Tak Berhijab’”.
Ia berkaitan dengan kenyataan beliau yang memohon agar stesen televisyen dan rakan media supaya tidak lagi mengeluarkan gambar lamanya yang tidak berhijab.
Katanya:
“Saya ada permintaan kepada stesen TV, kepada kawan-kawan di media. Kalau nak keluarkan gambar-gambar, tolonglah jangan keluarkan yang dulu yang tak berhijab. Kesian kat kita semua. Kami semua dah ‘move on’. Kita tak kata kita baik, tapi kita nak jadi baik. Kita nak dekat dengan Allah. Setiap hari kita mencari keredhaan Allah,”
Bagaimanapun, Isnin lalu, program Majalah 3 menerusi saluran TV3 telah menyiarkan sebuah laporan khas mengenai perjalanan hidup biduanita negara itu.
Laporan tersebut telah memaparkan temubual bersama insan-insan yang rapat dengan Allahyarhamah dan juga rakaman serta gambar lama beliau yang pada ketika itu masih belum berhijab.
Ia sekaligus menimbulkan kemarahan ramai dan disuarakan menerusi Facebook rasmi TV3.
Kami yakin pihak Majalah 3 tidak berniat untuk mengaibkan Allahyarhamah, sebaliknya mahu memberikan penghormatan kepadanya. Namun, ada benarnya apa yang dikatakan oleh orang ramai itu. Sebagai sebuah stesen televisyen ternama, mereka sepatutnya lebih peka dengan perkara yang berkaitan dengan Allahyarhamah agar tidak menimbulkan kontroversi seperti ini. Apapun, diharapkan agar ia tidak berpanjangan dan seterusnya dijadikan pengajaran oleh media cetak dan elektronik yang lain… Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

GAMBAR: Bomba Bantu Wanita Bersalin Dalam Kereta
DARIPADA sebesar-besar tugas memadamkan kebakaran, hinggalah sekecil-kecilnya seperti menyelamatkan kucing.
Itulah keistimewaan mereka yang bertugas dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Terbaru menerusi Facebook rasmi jabatan tersebut, anggota bomba di Sabah sempat membantu seorang wanita yang bersalin dalam kereta di tepi jalan.
Kebetulan sebuah ambulans yang datang dari Kota Belud lalu di tempat kejadian dan mereka terus menahannya.
Berikut antara gambar yang telah dikongsikan:
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Banjir Kilat Di K.Kinabalu, Penampang Akibat Hujan Lebat
KOTA KINABALU – Hujan lebat lebih dua jam sekitar bandar raya ini dan Penampang, mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.
Dalam kejadian bermula sekitar jam 3 petang tadi, beberapa jalan utama di ibu negeri tidak dapat dilalui akibat digenangi banjir, selain disebabkan pokok tumbang.
Antara jalan digenangi banjir kilat ialah Jalan Sulaman di hadapan 1Borneo, Jalan Lok Kawi dan Jalan Kolombong, selain pokok tumbang dilaporkan di Jalan Tuaran berhampiran Likas.
Setakat ini, bomba tidak menerima laporan berkaitan sebarang kecederaan, namun beberapa kenderaan mengalami kerosakan akibat terkandas ketika melalui jalan yang digenangi banjir kilat. – BH Online
TOP
42 Pekerja Nepal Ditahan Dipercayai Merusuh Di Kulaijaya
JOHOR BAHRU – Polis menahan 42 pekerja rakyat Nepal yang dipercayai merusuh dan membakar sebahagian bangunan kilang membuat komponen pemacu cakera keras di Taman Perindustrian Kelapa Sawit dekat Kulaijaya, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Deputi Superintendan Mohd Idris Samsuri berkata, kesemua pekerja itu ditahan antara pukul 8.30 malam tadi hingga pukul 8 pagi ini di sekitar kawasan kilang tersebut.
“Mereka akan membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, kilang itu memberhentikan operasi sementara hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Dalam kejadian itu, kira-kira 800 pekerja asing mengadakan mogok bermula pukul 9 pagi termasuk membakar kereta milik seorang pengurus kilang dan merosakkan bangunan kilang berkenaan.
Tindakan didakwa dilakukan berikutan rasa tidak puas hati terhadap majikan yang dikatakan mengabaikan kebajikan mereka.
Sebanyak 75 anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan 50 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya dikerah ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.
Keadaan pada awalnya berakhir dengan baik selepas kedua-dua pihak mengadakan rundingan, bagaimanapun ia bertukar ganas apabila sebahagian daripada mereka bertindak membakar sebuah daripada empat blok kilang malam tadi. – BERNAMA
TOP
Kastam Gagalkan Penyeludupan 155,000 Bungkus Rokok Putih
JOHOR BHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor berjaya menggagalkan penyeludupan masuk 155,000 bungkus rokok putih selepas menahan seorang pemandu lori di FELDA Tenggaroh, dekat Mersing, dua hari lalu.
Pengarah Kastam Johor, Datuk Ramli Johari, berkata lelaki berusia 40-an yang sedang memandu lori berkenaan menghala ke jalan utama Kota Tinggi-Mersing ditahan pada kira-kira jam 1.45 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota kastam.
“Pemeriksaan di dalam lori itu menemukan rokok satu jenama yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1.9 juta termasuk duti dan cukai,” katanya kepada pemberita di Menara Kastam, di sini, hari ini.
Ramli berkata, rokok yang dipercayai dari negara jiran itu dibawa masuk menggunakan laluan tidak sah di tepi pantai sebelum diangkut menggunakan lori terbabit.
Beliau berkata, lelaki tempatan itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Dalam perkembangan lain, Ramli meminta individu dan syarikat yang menjalankan perniagaan di negeri ini supaya membuat pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum 30 September walaupun tarikh pendaftaran berakhir 31 Disember.
Beliau berkata, pendaftaran lebih awal itu membolehkan pihak kastam melatih individu dan syarikat tentang GST sebelum pelaksanaannya dikuatkuasakan 1 April depan.
Katanya, pendaftaran terbabit sudah bermula 1 Jun lalu dan setakat ini hanya 2,400 individu dan syarikat di negeri ini tampil berdaftar.
“Kami menasihatkan mereka supaya tidak membuat pendaftaran pada saat akhir kerana mereka yang berdaftar selepas 1 Januari akan dikenakan penalti. Kastam turut menyediakan kiosk di pejabat kastam di Larkin, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Gelang Patah untuk pendaftaran berkenaan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Polis Panggil Dua Pemimpin PKR Kes Akta Hasutan
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Naib Presiden PKR Rafizi Ramli akan dipanggil polis hari ini dalam siasatan di bawah Akta Hasutan berikutan kenyataan yang disiarkan menerusi The Edge Malaysia bertajuk 'Will Rafizi Quit If Selangor Is Not Toppled?".
Perkara itu turut disahkan Pengarah Guaman PKR, Latheefa Koya dengan berkata Rafizi telah dipanggil untuk hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, 3 petang ini.
“Beliau akan disiasat berhubung temubualnya mengenai isu Selangor, dan selepas ini berkemungkinan besar Rafizi akan didakwa di bawah Akta Hasutan.
“Bukan Rafizi sahaja, malah hari ini Khalid Samad juga didakwa di bawah akta yang sama," katanya yang dipetik KeadilanDaily.
Jelasnya, petang ini Rafizi akan ditemani peguam Lawyers for Liberty (LFL) Eric Paulsen.
Sementara itu, turut dipanggil bagi siasatan di bawah Akta Hasutan ialah N Surendran yang membuat kenyataan mendakwa pertuduhan liwat-2 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan konspirasi politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Di Ipoh, ADUN Seri Delima (DAP) RSN Rayer juga didakwa di Mahkamah Sesyen George Town di bawah akta sama ekoran membuat dua kenyataan berbaur hasutan dengan menyebut 'UMNO Celaka' ketika persidangan DUN negeri dan ketika kempen PRK Bukit Gelugor, Mei lalu.- RakyatNews.my
TOP
MERDEKA: Di Rumah Inilah Tunku Berurusan…
Kunjungan ke Rumah Merdeka peninggalan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra di belakang Hotel Royale, Jalan Putera, Kedah berupaya mengembalikan nostalgia kepada perjuangan Tunku dalam memperoleh kemerdekaan negara.
Kini Rumah Merdeka diambil alih Arkib Negara dengan mengekalkan keadaan asalnya.
Rumah ini dinamakan Rumah Merdeka kerana di sini juga urusan untuk mendapatkan kemerdekaan dilakukan oleh Tunku bersama rakan-rakannya.
Rumah ini turut mencatat sejarah apabila pada 1966, Tunku menerima Misi Muhibah dari Jakarta yang diketuai Laksamana Muda Laut O.B Sjaaf untuk berbincang yang akhirnya membawa kepada penamatan Konfrontasi Malaysia-Indonesia.
Bagi Mohd Azrul Mohd Razak, 29, meninjau Memori Tunku Abdul Rahman di rumah ini membawa pengertian sejarah negara paling bermakna.
“Rumah Merdeka milik Bapa Kemerdekaan ini mempunyai banyak kenangan dan sejarah penting yang dapat dilihat oleh generasi muda pada hari ini. Sangat merugikan jika kita yang menggelar diri sebagai anak merdeka, tapi tidak pernah menjejak kaki ke sini.
“Maklumat yang terdapat dalam rumah ini membuktikan kesusahan dan kegigihan pemimpin terdahulu dalam memastikan negara bebas daripada cengkaman penjajah demi memastikan seluruh rakyat hidup dengan aman dan harmoni,” katanya.
Pelajar Kolej Poly-Tech Mara, Salman Sazali, 19, mendapati terlalu banyak sejarah penting berlaku di Rumah Merdeka terutama berkaitan perbincangan antara Tunku dengan pemimpin pelbagai kaum yang lain untuk mencapai kemerdekaan.
“Kita dapat lihat tempat Tunku berjumpa dengan pemimpin lain berbincang tentang dasar kerajaan dan untuk memenangi pilihan raya pertama,” katanya.
Muhammad Zaquan Mohamad Zamri, 19, pula berkata sempena kemerdekaan negara ke-57 yang akan disambut Ahad ini, generasi muda perlu mengambil peluang untuk menyelami dan merungkai cerita di sebalik usaha memerdekakan negara.
“Dengan berkunjung ke Rumah Merdeka, kita boleh melihat dengan lebih dekat hasil tinggalan perjuangan kemerdekaan Tunku Abdul Rahman untuk rakyat,” katanya. – BERNAMA
TOP
Mayat Lelaki Ditemui Dalam Longkang Di Ampang
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui mati di dalam sebuah longkang besar berhampiran Pangsapuri Seri Nilam, Bandar Baru Ampang dengan kesan kecederaan di belakang kepalanya pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Mohd Nazri Nawawi berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Azlan Hamzah, 29, berasal dari Sarawak yang dipercayai terjatuh ke dalam longkang sedalam dua meter itu.
Beliau berkata mayat ditemui pada pukul 9 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan.
“Mangsa dipercayai mengalami kesan hentakan berdasarkan kesan kecederaan di kepala dengan kesan rambutnya di bucu longkang berkenaaan adalah berpadanan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat. – BERNAMA
TOP
Anuar Zain Tampil Dengan Imej Bermisai, Nampak Lebih Matang
KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2014: Mungkin cukup asing buat peminat penyanyi lelaki kesayangan ramai Anuar Zain melihat artis itu dengan imej bermisai dan berjanggut.
Namun itulah imej terbaru yang diketengahkan Anuar Zain sejak lebih dua bulan lalu.
Malah menerusi foto yang dimuat naik di laman instagram beberapa rakan artis dan juga peminat penyanyi berkenaan, Anuar Zain nampaknya cukup selesa dengan imej berkenaan, apatah lagi langsung tidak segan untuk dirakamkan sebagai kenangan abadi.
Malah menerusi foto yang dimuat naik di laman instagram beberapa rakan artis dan juga peminat penyanyi berkenaan, Anuar Zain nampaknya cukup selesa dengan imej berkenaan, apatah lagi langsung tidak segan untuk dirakamkan sebagai kenangan abadi. Pihak pengurusan Anuar Zain ketika dihubungi berkata, imej berkenaan bukanlah baru dalam hidup penyanyi itu bagaimanapun sedar ia merupakan tarikan terbaru buatnya. “Sebenarnya Anuar Zain pernah berimej misai dan berjanggut sebelum ini. Memang ramai yang tak perasan, tapi itulah hakikatnya. Ini bukanlah kali pertama untuk Anuar Zain berimej seperti itu. “Bagi pihak kami, ia adalah perkara biasa untuk golongan lelaki. Ada kalanya dia suka bermisai dan ada kalanya tidak,” kata Nana mewakili pihak pengurusan Anuar Zain. Nana turut menambah, imej berkenaan sudah mula menjadi penampilan Anuar Zain sejak sebelum Ramadhan lalu dan sejak itu ramai peminat yang telah memberikan maklum balas positif berkenaan imej barunya itu. Sementara itu Anuar Zain turut memberi kenyataan berhubung imej terbarunya itu yang menganggap ianya hanyalah sebagai perubahan baru dalam penampilannya agar tampak berbeza. “Hanya untuk suka-suka mencuba penampilan yang berbeza. Kalau asyik sama tentu saja membosankan,” katanya ringkas. Terbaru, Anuar Zain akan bercuti ke Jordan dengan peminat pada November ini menerusi pakej percutian Magical Jordan With Anuar Zain. - Murai.com.my

Guan Eng Pertahan Penubuhan Pasukan Peronda Sukarela
GEORGETOWN – Kerajaan negeri mempertahankan penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) walaupun ia didapati tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata penubuhan PPS di bawah kuasa kerajaan negeri adalah sah sama seperti penubuhan Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK).
“Kami akan mempertahankan penubuhan dan tuduhan yang dikaitkan dengan PPS,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata PPS ditubuhkan empat tahun lepas bagi membantu mencegah jenayah dan membantu pihak berkuasa ketika berlaku bencana.
Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan bahawa PPS dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar sebagai pertubuhan di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Lim berkata anggota PPS berkerja secara sukarela dan terdiri daripada semua lapisan masyarakat.
Sementara itu Pengerusi PPS, Phee Boon Poh berkata pasukan yang ditubuhkan sejak 2011 itu dengan dana kerajaan negeri dan mempunyai keanggotaan lebih 10,000 orang banyak menyumbang jasa dalam mengawal jenayah.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri turut menafikan anggota PPS mempunyai kaitan dengan aktiviti gengster.
“Penubuhan PPS adalah untuk membantu rakyat dan saya percaya anggota PPS tidak terlibat dengan aktiviti gengster kerana tanggungjawab mereka adalah untuk mencegah jenayah,” katanya.
Isu PPS mula diperkatakan apabila seorang aktivis sosial mendakwa dipukul anggota pasukan itu kerana mengkritik kerajaan negeri melalui Facebook. – BERNAMA
TOP
AirAsia India Tawar Tambang Serendah RM31
AIRASIA India menawarkan tambang sehala termasuk semua dari serendah 600 rupee (RM31.28) bagi perjalanan dari Bengaluru ke Chennai, Kochi dan Goa; dan 1,900 rupee dari Bengaluru ke Jaipur dan Chandigarh.
Tawaran ini juga dibuat bagi penerbangan antarabangsa AirAsia ke Kuala Lumpur, Malaysia dan Bangkok, Thailand, demikian diumumkan oleh syarikat penerbangan itu hari ini.
Ia berkata tambang sehala termasuk semua ini boleh didapati dari 2,599 rupee bagi perjalanan dari Kochi, Kerala dan Tiruchirappalli, Tamil Nadu ke Kuala Lumpur; 3,999 rupee dari Bengaluru, Karnataka, Chennai, Tamil Nadu dan Kolkata, Bengal Barat ke Kuala Lumpur; dan 3,199 rupee dari Chennai ke Bangkok, katanya dalam satu kenyataan.
“Tawaran besar-besaran ini diperkenalkan sebagai tanda muhibah bagi penumpang kami dan kami mempelawa mereka untuk mendapatkan perkhidmatan luar biasa kami ini pada harga yang amat rendah. Memang menjadi usaha berterusan kami untuk menjadikan perjalanan udara sesuatu yang tidak mustahil bagi setiap warga India," kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia India, Mittu Chandilya.
Pelanggan boleh menempah tiket melalui laman sesawang www.airasia.com mula hari ini hingga 31 Ogos, 2014, bagi tempoh perjalanan dari 1 Mac hingga 24 Oktober, 2015. - Bernama
TOP
Felixia Yeap Marah Dengan Tajuk Akhbar Harian Metro
Felixia Yeap nampaknya begitu marah dengan tindakan Harian Metro yang mengeluarkan satu berita yang bertajuk "Tolonglah Jaga Maruah".
Isi pati berita tersebut menceritakan tentang statusnya yang berkaitan dengan kes satu pasangan model berpakaian separuh bogel di Ipoh, Perak baru-baru ini.
Berikut adalah antara petikan artikel tersebut:
Tapi, Harian Metro sememangnya terkenal dengan 'tagline' yang berbahaya dan berbisa. Tapi perkara tersebut juga sepatutnya diperiksa berkali-kali kerana ia mungkin mengeluarkan fitnah kerana sesetengah pembaca hanya membaca tajuk - SiakapKeli.com

Rosmah Dianugerah Darjah Tertinggi Suku Minangkabau
PADANG (SUMATERA BARAT) – Kesungguhan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor memartabatkan suku Minangkabau mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerah darjah tertinggi wanita suku itu.
Rosmah menerima ‘Darjah Kebesaran Kerabat Yang DiPertuan Gadih Minang’ yang membawa gelaran Puan Puti Reno, membawa maksud puteri tertinggi dalam kerabat Minangkabau.
Penganugerahan yang berlangsung di Istana Adityawarman itu dilakukan dengan penuh istiadat Minangkabau yang dihadiri pewaris kerabat Minangkabau termasuk Raja Alam Pagaruyung Sutan Mohamad Taufik.
Sebagai simbolik penganugerahan, Rosmah dipakaikan selendang seorang daripada pewaris wanita Istana Pagaruyung dan bagi kesesuaian majlis Rosmah turut berpakaian Minangkabau, lengkap dengan tengkuluk yang biasanya dipakai oleh kerabat diraja zaman silam.
Ketika ditemui pemberita selepas acara tersebut, Rosmah berkata beliau amat terharu dan gembira dengan penerimaan serta anugerah yang diberikan apatah lagi ia bagaikan pulang ke kampung halaman kerana ibu bapanya berketurunan Minangkabau.
Ibu bapa Rosmah berasal daripada Sari Lama yang terletak di salah satu daerah di Sumatera Barat.
“Saya berasa gembira kerana diterima dan diberi gelaran sebagai salah seorang keluarga diraja di Pagaruyung. Saya juga terharu kerana walaupun saya tidak pernah datang ke tanah Minangkabau, saya dapat menjiwai bahawa inilah tempat asal nenek moyang saya.
“Saya rasa seperti pulang ke kampung tetapi ini bukanlah bermakna saya melupakan Malaysia. Saya rasa ini merupakan detik permulaan pada diri saya dan ia pengalaman baru,” katanya.
Beliau berharap dengan anugerah dan kekeluargaan yang terjalin, hubungan antara Indonesia dan Malaysia akan bertambah kukuh dan erat.
“Saya berharap kita tidaklah besar-besarkan perkara atau perselisihan faham. Yang mustahaknya kita harus mencari kesamaan antara satu sama lain kerana kita adalah serumpun.
“Kita berdoa bersama supaya dengan penghormatan yang diberikan kepada saya hari ini, akan membawa satu lembaran baru atau kita dapat lihat lebih lagi keakraban dan persahabatan,” katanya.
Sementara itu, Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata anugerah itu menjadi satu sejarah kerana Rosmah merupakan satu-satunya wanita dari negara luar yang menerima darjah sedemikian.
Beliau juga berharap penganugerahan itu akan merancakkan lagi hubungan antara kedua negara dan memberi impak positif dalam pelbagai sudut terutama budaya dan adat.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Terdahulu, wakil Lembaga Adat Minangkabau Padang berkata, anugerah itu dikurniakan kepada Rosmah kerana kebaikan dan kesungguhan beliau memartabatkan budaya Minangkabau di Malaysia. – BERNAMA
TOP
Azizah Dicalon MB Selangor Atas Kapasiti Presiden Parti
KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor adalah atas kapasiti isterinya itu sebagai Presiden PKR.
Anwar yang juga Ketua Umum parti itu menegaskan bahawa keputusan pencalonan Dr Wan Azizah adalah keputusan PKR dan ia harus dihormati parti lain dalam konteks semangat Pakatan Rakyat kerana kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik parti itu.
Ketika ditanya sama ada beliau bimbang PAS akan mengemukakan nama lain sebagai calon menteri besar berikutan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam supaya PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama daripada setiap parti sebagai calon menteri besar, Anwar menegaskan bahawa mereka harus menghormati keputusan yang telah dibuat.
“Kita tidak pernah mempersoalkan isu berhubung calon PAS untuk menjadi Menteri Besar Perak, Kedah atau Kelantan tetapi apa yang lebih penting dalam pemikiran saya ialah semua itu sudah dipertimbangkan sebelum mesyuarat dan diputuskan pada 17 Ogos lepas,” katanya.
Anwar mengulas demikian kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sebelum prosiding perbicaraan kes samannya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Anwar berkata PAS turut serta dalam proses membuat keputusan dalam mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos lepas yang dihadiri timbalan presidennya, setiausaha agung, wakil Wanita serta Pemuda PAS untuk mencalonkan Dr Wan Azizah.
Semalam Sultan Selangor menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.
Anwar juga berkata beliau terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang meminta rakyat Selangor menilai secara rasional perkembangan politik di Selangor.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata ‘nepotisme terbuka’ sedang berlaku di negeri Selangor apabila wakil rakyat yang sihat disuruh meletak jawatan dan digantikan dengan isteri sendiri dan pilihan raya kecil diadakan dan selepas itu isteri berkenaan dicalonkan untuk menjadi menteri besar pula. – BERNAMA
TOP
Mayat Bayi Lelaki Baru Lahir Ditemui Di Menggatal
KOTA KINABALU – Mayat bayi lelaki dipercayai baru lahir ditemui di pusat pelupusan sampah Kayu Madang, Menggatal dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata seorang pekerja pusat pelupusan sampah menemui mayat bayi itu kira-kira pukul 8.05 pagi.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa adalah bayi lelaki cukup sifat. Mangsa ditemui telah mati dan dibuang begitu sahaja tanpa dibalut.
“Terdapat kesan kebiruan di bahagian kepala mangsa, manakala tali pusatnya dipotong lurus. Bayi itu disyaki mati dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Chandra berkata punca kematian masih belum dikenal pasti dan mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah sisasat.
Menurutnya, polis hanya mengambil keterangan pekerja yang menemui mayat berkenaan dan setakat ini tiada tangkapan dilakukan. – BERNAMA
TOP
Pengarah Syarikat Didakwa Cederakan Pembantu Rumah
GEORGETOWN – Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang pembantu rumah di kediamannya di Air Itam, di sini minggu lepas.
Lim Lee Poh, 44, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Koay Lay Kheng, 22, dengan menyimbah air panas terhadap pembantu rumahnya itu di pangsapuri 9E, Jalan Bukit Bendera, Air Itam pada pukul 4.30 pagi, 20 Ogos lepas.
Lim dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Okt ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan Koay.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Roslina Idris manakala Lim diwakili peguam R.Puran.
Pada 24 Ogos lepas, media melaporkan wanita itu mendakwa disimbah air panas oleh majikannya menyebabkan beberapa bahagian badannya melecur.
Wanita itu dikatakan hanya dapat keluar rumah untuk mendapatkan rawatan dengan bantuan orang awam selepas majikannya pergi bercuti Sabtu lepas.
Majikan terbabit dikatakan marah kerana mangsa tidak mengemas rumah dengan baik sebelum menyimbahnya dengan air panas. – BERNAMA
TOP
MH17: Kisah Mencabar Dr. Zahari Kenal Pasti Mayat Dari Malaysia…
THE HAGUE — Proses mengenal pasti identiti baki mayat warga Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 kini memasuki fasa sukar dan mencabar.
Anggota Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17 Datuk Dr Zahari Noh berkata kes itu semakin rumit kerana pakar forensik kini hanya boleh bergantung kepada DNA sahaja yang prosesnya mengambil masa panjang.
“Kini di fasa DNA, proses semakin lebih terperinci. Jika wujud padanan cap jari atau DNA, kes boleh diteruskan untuk pengesahan identiti.
“Ia ambil masa lama, boleh juga sekejap. Ada kes terpaksa dikaji semula. Ada yang (ambil masa) satu hari sahaja sudah selesai proses identifikasinya.
“Pakar kini tidak boleh lagi bergantung kepada padanan seperti cap jari tangan atau gigi seperti pengecaman dan identifikasi jenazah lain sebelum ini,” katanya di sini.
Beliau yang juga Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang berkata demikian dalam temu bual bersama Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Pakar forensik itu adalah satu-satunya wakil Malaysia dalam Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17 yang ditempatkan di Pusat Perubatan Tentera di Hilversum dekat sini.
Dr Zahari menjelaskan dalam menentukan identiti jenazah, ia perlu melalui proses seperti pengumpulan anggota badan, bedah siasat dan rekonsiliasi (yang melibatkan gabungan pengumpulan anggota badan dan bedah siasat menggunakan teknik padanan cap jari, DNA serta patologi).
Katanya selesai sahaja proses tersebut, mana-mana kes yang telah dikenal pasti identiti jenazah itu akan dibentangkan ke lembaga.
Jelasnya, antara tugasnya adalah meneliti setiap kes yang dibentangkan dalam mesyuarat yang diadakan tiga kali seminggu; Isnin, Rabu dan Jumaat untuk tujuan pengenalpastian dan pengesahan identiti.
“Ada tujuh orang di dalam lembaga itu dari pelbagai bidang seperti pendakwa raya dan dari negara lain termasuk Belanda dan United Kingdom.
“Tugas kami adalah bersidang, semak setiap kes, buat presentasi. Bila semua sudah setuju, baru sahkan identiti mana-mana jenazah.
“Apabila ada jenazah Malaysia telah dikenal pasti dan disahkan, saya akan memaklumkan kepada Kedutaan Malaysia di sini yang kemudian akan memaklumkan kepada keluarga dan lain-lain lagi,” katanya.
Dr Zahari menarik perhatian, sebaik sahaja jenazah dikenal pasti, pelbagai proses dokumentasi pula diperlukan untuk membawa keluar jenazah ke Rumah Mayat Monuta.
Mengikut Prosedur Operasi Standard, sebaik sahaja dikenal pasti jenazah adalah milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum, jenazah kemudian perlu melalui lima proses penting.
Ini antaranya melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar.
Selesainya proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage di sini, kira-kira 90km dari Hilversum untuk menjalani urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing.
Ditanya mengenai rungutan sesetengah pihak mengenai kenapa semua jenazah tidak dibawa keluar secara serentak, beliau berkata setiap proses identifikasi memerlukan masa dan perlu mengharungi pelbagai fasa.
“Umum perlu faham, ada 298 kes dan setiap kali bersidang, cuma 20 kes sahaja dibentangkan. Dari situ, tidak semua yang dikenal pasti adalah warganegara Malaysia.
“Prosedur disini seperti identifikasi dan autopsi adalah berbeza. Kecepatan proses pengenalpastian mana-mana jenazah bergantung kepada selesainya fasa rekonsiliasi,” katanya.
Tegas Dr Zahari, mana-mana kes jenazah sama ada lengkap atau sebaliknya yang telah selesai melalui proses rekonsiliasi akan dibawa ke lembaga mengikut giliran dan secara rawak.
“Tidak semestinya setiap kali kami bermesyuarat, akan ada kes yang dibentangkan melibatkan jenazah Malaysia.
“Kita tidak tahu mayat dari negara mana yang datang atau kes apa dibentangkan. Malah ada beberapa kes yang ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya sambil menambah terdapat 180 dari 298 mayat telah dikenal pasti ketika ini.
Dr Zahari yang telah berkhidmat hampir 27 tahun dalam bidang kesihatan termasuk forensik ini berkata adalah menjadi keinginan dan harapan untuk mengenal pasti dan menemui kesemua mayat warga negara Malaysia dalam kadar segera.
“Walau berdepan kerumitan, saya sering berdoa agar setiap kali mesyuarat, akan ada jenazah dari Malaysia dan dikeluarkan secepat mungkin, barulah lapang dada saya.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan sebanyak 31 jenazah rakyat Malaysia telah dikenal pasti.
Pada Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas dan pada Ahad kumpulan kedua melibatkan tiga mangsa tragedi itu tiba di tanah air.
Satu lagi jenazah tiba pada Sabtu lepas.
Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai lepas.
Pesawat itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. – BERNAMA
TOP
Kereta Terbakar Atas Jambatan TAHMS
GEORGETOWN – Sebuah kereta Perodua Alza milik seorang pekerja kilang di Batu Maung dekat sini terbakar selepas merempuh pembahagi jalan di Km3.6 Jambatan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini.
Pemilik kenderaan itu, Hazratun Nirmi Farez, 33, cedera ringan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang Supt Ibrahim Abu Bakar berkata ketika kejadian wanita berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu Kawan selepas bekerja.
“Kemalangan itu berlaku ketika hujan lebat dan tidak melibatkan kenderaan lain. Mangsa sempat keluar menyelamatkan diri selepas keretanya terbakar,” katanya ketika dihubungi di sini.
Sementara itu, jurucakap bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap berkata pihaknya menerima laporan pada pukul 7.59 pagi dan ketika bomba tiba di tempat kejadian, kereta itu telah musnah hampir 100 peratus. – BERNAMA
TOP
Pipi Murid Berbekas Ditampar Cikgu
Georgetown: Seorang bapa kesal dengan tindakan guru yang didakwa menampar anak lelakinya hingga meninggalkan bekas di pipi kanan di sebuah sekolah di Tanjong Tokong, di sini, semalam.
Bapa mangsa, Jahurin Abdul Karim, 31, berkata, kejadian itu disedari isterinya ketika mengambil mangsa pulang dari sekolah dengan keadaan pipi yang berbekas disyaki akibat dikasari.
Katanya, selepas beberapa kali disoal, anaknya memberitahu bahawa dia ditampar guru kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
Berikutan kejadian, Jahurin berkata, isterinya telah membuat laporan polis.
Berikutan laporan itu, Jahurin telah mengadakan pertemuan dengan guru wanita yang mengajar Bahasa Inggeris di sekolah anaknya itu di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Timur Laut, pagi tadi. - Harian Metro
TOP
MB Selangor: Istana Bagi Masa Seminggu Untuk Serah Nama
Istana Selangor memberi ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat (PR) tempoh seminggu bagi mengemukakan sekurang-kurangnya dua nama calon untuk jawatan menteri besar, kata setiausaha sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini.
Beliau berkata, surat itu dihantar kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Mereka perlu membalas sebelum 3 September.
PKR dan DAP sebelum ini mencalonkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Dr Wan Azizah untuk jawatan itu.
Pada Ogos 14, 29 Adun termasuk dua daripada PAS menandatangani akuan bersumpah yang menyatakan sokongan terhadap Dr Wan Azizah.
PAS dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 17 Ogos, mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai pilihan pertama dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai pilihan kedua.
Bagaimanapun pada mesyuarat Majlis Presiden PR pada hari yang sama, Azmin menarik diri daripada pencalonan.
Jawatankuasa Pusat PAS pada Selasa, bagaimanapun, menyerahkan keputusan memilih menteri besar yang baru kepada Sultan. – 27 Ogos, 2014. - The Malaysian Insider
TOP
Kumpulan Pertama 450 Jemaah Haji M’sia Tiba Di Madinah
MADINAH – Kumpulan pertama 450 jemaah haji Malaysia bagi musim 1435 Hijrah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohamad Bin Abdulaziz di sini pada 9 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) Rabu.
Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 5.30 pagi waktu Malaysia.
Ketibaan mereka di Maktab Zon di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick disambut Pengerusi Muassassah Adila, Sheikh Dr Ahmad Yusof Hawala serta Konsul Jeneral Malaysia di Arab Saudi Mohd Khalid Abdul Razak.
Muassassah Adila ialah badan yang mengendalikan jemaah haji di Madinah.
Turut hadir Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Arab Saudi Alauddin Mohd Nor dan Timbalan Ketua Rombongan Haji Musim 1435 Hijrah Nurrinanuwat Shamsuddin.
Seramai 22,320 jemaah haji Malaysia akan mengerjakan ibadah haji tahun ini. Mereka dijadual tiba dengan 39 penerbangan bermula Rabu.
Sementara itu, seramai 279 jemaah haji kumpulan kedua yang berlepas dari KLIA pada 9.05 pagi waktu Malaysia tiba tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz di sini ada 12.45 tengah hari tadi.
Mereka turut ditempatkan di Maktab Zon Dua di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick.
Kumpulan ketiga 279 jemaah haji Malaysia dijangka tiba di sini pada 5.50 petang waktu tempatan dan mereka akan turut ditempatkan di hotel sama.
Sementara itu, Sheikh Dr Ahmad Yusof mengalu-alukan kedatangan jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci dan berharap mereka dapat menunaikan ibadah dengan baik dan memperoleh haji mabrur.
Di KUALA LUMPUR, Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji (TH) Anis Zuhani berkata seramai 1,008 jemaah yang terdiri daripada kumpulan pertama, kedua dan ketiga telah berlepas ke Madinah hari ini. – BERNAMA
TOP
Kastam KL Sasar 40,000 Individu, Syarikat Daftar GST
PETALING JAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyasar sebanyak 40,000 individu yang menjalankan perniagaan dan syarikat mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sehingga 30 September ini.
Pengarahnya, Datuk Mohd Isa Endot, berkata pendaftaran awal itu bertujuan membolehkan syarikat perniagaan di sekitar Kuala Lumpur diberikan pendedahan dan latihan komprehensif berkaitan pelaksanaan GST pada 1 April 2015.
“Pendaftaran ini dibuka sejak 1 Jun lalu dan setakat ini bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur saja sebanyak 4,313 individu dan syarikat membuat pendaftaran,” katanya kepada pemberita selepas taklimat majlis Pendaftaran GST secara serentak di JKDM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Pada sesi pendaftaran hari ini, sekurang-kurangnya 300 syarikat perniagaan hadir untuk membuat pendaftaran secara serentak.
Mohd Isa berkata, bagi menggalakkan pendaftaran awal dalam kalangan individu dan syarikat perniagaan, JDKM Kuala Lumpur melaksanakan pendaftaran beramai-ramai secara serentak yang bermula sejak 25 Ogos lalu.
“Walaupun tanggungjawab mendaftar GST adalah terhadap peniaga namun kami mengambil langkah proaktif ini dengan mendekati peniaga melalui persatuan mereka untuk mempercepatkan proses pendaftaran GST dan membantu mereka untuk membuat pendaftaran secara dalam talian,” katanya.
Beliau berkata, pendaftaran beramai-ramai secara serentak ini akan diteruskan sepanjang minggu ini dengan kerjasama pelbagai persatuan perniagaan di sekitar Kuala Lumpur.
Katanya, langkah ini menunjukkan hasil positif dengan jumlah pendaftaran meningkat sebanyak 30 peratus berbanding minggu sebelumnya.
“Melalui pendaftaran secara serentak ini, kita terima pendaftaran secara purata sehari dalam 200 hingga 300 pendaftaran.
“Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan syarikat perniagaan masih gagal untuk membuat pendaftaran kerana tidak tahu cara yang betul untuk membuat pendaftaran… ada juga yang beranggapan jika telah mendaftar sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), mereka tidak perlu membuat pendaftaran GST,” kata Mohd Isa.
Katanya, bagi Kuala Lumpur, JKDM sudah mengeluarkan sebanyak 67,000 surat pemberitahuan kepada syarikat perniagaan untuk membuat pendaftaran wajib.
JKDM menyasar sebanyak 123,000 syarikat membuat pendaftaran bagi GST di seluruh negara dan sehingga hari ini sebanyak 19,396 syarikat berbuat demikian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2014, mengumumkan pelaksanaan GST pada enam peratus untuk menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak 16 peratus. – BERNAMA
TOP
Surirumah Diikat Dan Diperkosa Oleh Anak Saudara
Seorang suri rumah berusia 44 tahun telah diperkosa oleh anak saudaranya sendiri berumuh 18 tahun di Kinabatangan, Sabah, baru-baru ini.
Menurut laporan The Star mangsa telah diletakkan parang di leher mangsa sebelum diikat dan kemudiannya dirogol oleh anak saudaranya.
Suspek dikatakan telah datang ke rumah mangsa ketika mangsa sednag menonton televisyen di rumahnya.
Menurut Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superitendan A Sahak telah mengesahkan bahwa wanita itu kemudiannya membuatkan laporan polis dan pemeriksaan kesihatan di hospital daerah.
Bagaimanapun suspek telah ditahan tidak jauh daripada rumah mangsa. Kes ini disiasat di bawah seksyen 376 atas kesalahan merogol, katanya. - SiakapKeli.com
TOP
2 Remaja Ragut Pelancong Jepun Ditahan Di Kota Kinabalu
KOTA KINABALU – Orang awam membantu menahan dua remaja yang meragut seorang pelancong wanita dari Jepun di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 14 dan 16 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri diberkas tidak jauh dari lokasi kejadian di hentian teksi Warisan Square.
Beliau berkata polis menerima laporan dari mangsa kira-kira 8.30 malam bahawa beg tangannya yang berisi wang tunai dan dokumen telah diragut.
“Dengan bantuan orang awam, kedua-dua suspek berjaya ditangkap dan diserahkan kepada anggota polis di Pondok Polis Warisan Square,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA
TOP
Misteri ‘Kehilangan’ Aliff Aziz Terjawab, Kini Di Singapura
KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz, 23, terjawab apabila ibunya sendiri, S Hafiza Basharahil dihubungi BH Online sebentar tadi menerusi laman sosial Facebook.
Baru-baru ini dikhabarkan Aliff menghilangkan diri di lokasi penggambaran sebuah drama sehingga menjejaskan jadual seninya.
Malah bertebaran cerita yang Aliff mempunyai masalah kewangan hingga mahu meminjam wang dengan pihak produksi.
Ikuti jawapan ibu beliau.
"Aliff memang di Singapura ketika ini. Sejak hari raya lagi dia sudah balik ke sini. Keadaannya baik-baik saja di sini. Dia ada di sini kerana ada urusan peribadi. Insya-Allah dia akan pulang dalam masa terdekat ke Kuala Lumpur.
"Makcik harap kiranya dapat diberikan masa dan privasi buat dirinya ketika ini. Tiada apa-apa pun yang nak diuar-uarkan. Insya-Allah nanti kalau dia balik KL and dia okey, makcik akan suruh dia hubungi Zaidi (merujuk kepada penulis)," katanya.
Mengenai gambar di Instagram miliknya di bawah nama @aliffaziz91 yang dipadamkan kesemuanya, ibunya berkata, mungkin dia tak mahu aktif buat seketika.
"Apa yang lebih penting dia sihat dan berada dengan kami keluarganya," katanya.
TOP
Kelantan Mulakan Pembinaan Lebuh Raya
KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan hari ini memulakan projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat sepanjang 30.5 kilometer dari Bukit Tiu, Machang ke Dusun Damar, Kuala Krai.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata projek itu yang kosnya sebanyak RM854 juta dijangka siap pada Disember 2017.
“Projek lebuh raya ini telah dirasmikan oleh Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Mei 2012 dan kerajaan negeri komited untuk meneruskan projek ini bagi memberi keselesaan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian masuk tapak Projek Lebuh Raya Rakyat di sini, hari ini.
Katanya, kerajaan Kelantan juga sedang menyelesaikan urusan berkaitan pengambilan tanah persendirian secara berperingkat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960.
“Sebagai permulaan, kerajaan negeri akan mula menjalankan kerja-kerja pembinaan di tanah kerajaan sepanjang 4 kilometer terlebih dahulu,” katnya.
Ahmad berkata, kerajaan negeri juga akan terus berunding dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan kelancaran proses pembinaan lebuh raya itu.
“Lebuh raya ini akan dihubungkan dengan projek Lebuh Raya Wakaf Che Yeh-Kadok yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan apabila disiapkan dalam jangka masa ditetapkan,” katanya.
Lebuh raya itu akan dilengkapi dengan lapan jambatan, empat persimpangan bertingkat dan dua kawasan rehat dan rawat.
Mengulas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata parti itu masih dalam persiapan awal dan belum membuat keputusan berhubung calon.
“PAS hanya berbincang persiapan awal seperti mengumpulkan maklumat berhubung pertambahan pengundi dan strategi yang patut digunakan dalam pilihan raya nanti,” katanya.
Pilihan raya kecil itu diadakan kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.
Pada pilihan raya umum tahun lalu, Noor Zahidi yang mewakili Barisan Nasional (BN) mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment