TOP
Solidariti Rakyat Malaysia Berkabung Sangat Luar Biasa
KOTA BARU – Solidariti seluruh rakyat negara ini yang sama-sama bertafakur selama seminit sebagai menghormati mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada Jumaat disifatkan sebagai ‘sangat mengagumkan dan sungguh luar biasa’.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata semangat itu membuktikan rakyat negara ini tetap bersatu dalam kehibaan pada Hari Perkabungan Negara itu.
“Saya menerima beratus-ratus gambar yang dirakamkan ketika kita bertafakur selama seminit itu di seluruh negara. Ia merupakan manifestasi kepada kesedaran rakyat Malaysia untuk menunjukkan simpati dan sokongan kita kepada keluarga mangsa.
“Tiada ayat atau perkataan yang dapat saya gambarkan betapa besarnya hati kita atas sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia. Ia amat berjaya sekali dan ia begitu mengagumkan dan sungguh luar biasa sekali,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kota Baru di sini, Sabtu.
Ahmad Shabery juga melahirkan rasa puas hatinya dengan laporan media tempatan berhubung istiadat menghormati jenazah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Jumaat yang disifatkannya sebagai liputan yang begitu menyeluruh.
“Saya puas hati dengan laporan media dan kerjasama media terutama ketika menguar-uarkan waktu berkabung dan menguar-uarkan tentang waktu bertafakur. Itu adalah waktu perkara yang memerlukan kerjasama semua dan penglibatan menyeluruh.
“Akhirnya dengan kerjasama semua media dan semua pihak ia boleh dilaksanakan begitu jaya sekali,” katanya.
Kelihatan beberapa kakitangan awam menitiskan air mata semasa bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah mangsa tragedi MH17 di perkarangan Wisma Sri Pahang, di Kuantan pada Jumaat.
Ahmad Shabery dalam pada itu mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk memberi peringatan kepada dua buah stesen radio tempatan yang dilihat tidak sensitif terhadap istiadat itu.
Katanya dua stesen radio itu akan juga diminta memberikan sebab kenapa tidak bersama-sama rakyat dan kerajaan dalam suasana hiba itu.
“Stesen itu dianggap berdegil dan masih memainkan lagu-lagu yang tidak sepatutnya dimainkan pada masa itu. Kita minta seminit sahaja tetapi seminit itu dianggap tidak boleh dilakukan. Jadi ini juga kita perlu tahu apakah puncanya,” katanya.
Ketika diminta mengulas segelintir golongan tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan berita tidak tepat dan mempertikaikan langkah kerajaan untuk bertafakur itu Ahmad Shabery berkata ia tidak menggambarkan keseluruhannya.
Beliau juga meminta media agar menghormati privasi keluarga mangsa nahas pesawat itu kerana khuatir berita itu akan dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.
Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal telah ditembak jatuh namun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Sebanyak 43 orang termasuk penumpang dan anak kapal merupakan warga Malaysia dan daripada jumlah itu, 20 mayat telah dibawa pulang ke tanah air untuk disemadikan. – mStar Online
TOP
EPL: Kehadiran Van Persie Tingkat Semangat United
MANCHESTER – Kehadiran semula Robin van Persie dalam kesebelasan utama Manchester United memberi kelegaan buat pengurus, Louis van Gaal menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Sunderland di laman lawan, esok.
Begitupun, Van Gaal yang mengharapkan kebangkitan selepas kekalahan 2-1 pada aksi pembuka tirai kepada Swansea terus dihimpit masalah kecederaan terbaru pemain tengah, Ander Herrera yang cedera buku lali mengikuti jejak Michael Carrick, Marouane Fellaini dan Jesse Lingard.
Jonny Evans, Luke Shaw dan Antonio Valencia juga dijangka bakal terlepas kunjungan ke Stadium of Light itu namun kebimbangan Van Gaal hilang apabila peledak utamanya yang diberi rehat tambahan selepas kempen Piala Dunia, Brazil kembali cergas untuk diturunkan.
“Robin bersedia untuk bermain jadi ia kelebihan yang besar untuk pasukan kami jadi saya amat gembira dia kini boleh diturunkan,” kata Van Gaal. “Secara teori, ia pasti menjadi gandingan yang amat baik (bersama Rooney).
“Mereka boleh menjaringkan banyak gol dan saya harap mereka mampu membuktikannya,” kata Van Gaal yang mengharap peminat United mampu bersabar selepas kekalahan kepada Swansea dan menggelar dirinya sebagai ‘Devil’ selepas diangkat sebagai wira ketika ketibaannya, dua minggu lalu.
Perlawanan menentang Sunderland menjadi penampilan pertama buat Van Persie di EPL sejak kekalahan 3-0 kepada Liverpool pada Mac lalu.
“Sebagai atlet, kamu tahu kamu boleh tewas perlawanan. Saya fikir pemain-pemain sudah menderita tahun lalu dan mereka bertindak balas dengan baik. Pada kempen pra-musim di Amerika Syarikat, mereka menewaskan pasukan yang baik namun saya bersetuju dengan media yang kami perlu menang perlawanan di laman sendiri menentang Swansea,” kata Van Gaal.
“Saya tahu kami perlu menang dengan pantas. Setiap perlawanan dalam EPL amat sukar, kamu perlu menang dan ia bukan mudah. Sunderland akan melakukan apasa saja, dengan sokongan peminat di tempat sendiri, ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Namun kami perlu menang dan kami akan melakukan apa saja,” kata pengurus kelahiran Belanda itu. – AFP
TOP
Kerajaan Kaji Cadangan Iktiraf Koperasi Sebagai PKS
KUALA PILAH – Kerajaan sedia mengkaji cadangan mengiktiraf koperasi sebagai sebuah entiti yang didefinisikan sebagai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi membolehkan koperasi menikmati pakej insentif dan keistimewaan setaraf dengan sektor PKS.
Langkah ini sejajar dengan perkembangan aktiviti ekonomi koperasi berteraskan perniagaan sederhana kecil yang perlu disokong bagi meningkatkan daya saing mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Hari Koperasi Negara 2014 di sini Sabtu.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan.
Hari Koperasi Negara bertema ‘Memperkukuh Kerjasama Memperkasa Ekonomi’ menyaksikan lebih 10,000 ahli koperasi seluruh negara dan pengunjung memenuhi Stadium Mini di sini.
Muhyiddin turut menyeru Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengadakan kajian semula pencapaian Dasar Koperasi Negara 2011-2012 sejajar dengan kehendak persekitaran pasaran yang sentiasa dinamik.
“Kajian semula ini perlulah mengambil kira perancangan dan pelaksanaan projek dan program pembangunan koperasi secara lebih agresif, inklusif dan komprehensif.
“Ini termasuklah merancang peruntukan secukupnya dan menambah baik pakej insentif bagi memberi ruang dan peluang yang saksama untuk koperasi menceburi pelbagai bidang perniagaan baharu dan meningkatkan rantaian nilai sedia ada,” kata Muhyiddin.
Beliau turut berharap SKM dapat mengkaji semula Akta Koperasi 1993, dan peraturan-peraturan berkaitan, untuk memperkukuhkan kerangka perundangan yang lebih menyeluruh dan berkesan.
“SKM dan lain-lain agensi perlu bekerjasama dalam proses kaji semula ini agar dapat menyokong peranan koperasi dalam aktiviti komersial,” katanya, dan menambah kerajaan sedia mempertimbangkan permohonan SKM untuk mendapatkan peruntukan dana tambahan sebanyak RM500 juta setahun.
Mengulas perkembangan sektor koperasi di negara ini, Muhyiddin berkata kerajaan yakin sektor berkenaan akan terus memainkan peranan sebagai satu daripada peneraju utama kemakmuran ekonomi negara.
Beliau berkata kerajaan berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat dengan penubuhan lebih 10,000 koperasi dengan keanggotaan melebihi tujuh juta serta menjana pendapatan melebihi RM10 bilion.
“Sehubungan itu, saya berharap KPDNKK dapat mengkaji cadangan Menteri Besar Negeri Sembilan untuk menggabungkan koperasi-koperasi sedia ada menjadi sebuah badan korporat seperti syarikat Felda Global Ventures Bhd.
“Saya yakin melalui penggabungan ini dengan jumlah ahli dan dana terkumpul, dapat menjana 10-20 kali ganda nilai tambah di masa-masa akan datang, ” kata Muhyiddin.
Beliau berkata kerajaan yakin sektor koperasi di Malaysia mampu bersaing di peringkat serantau dan antarabangsa.
“Aktiviti komersial sektor koperasi negara mempunyai potensi besar untuk diperluaskan lagi ke peringkat global, khususnya ke negara-negara Asean, selaras dengan pembentukan Komuniti Ekonomi Asean pada tahun hadapan,” kata beliau.
Muhyiddin kemudian menyampaikan 11 anugerah koperasi, antaranya Anugerah Tokoh Koperasi kepada Raja Tan Sri Muhammad Alias Tengku Mohd Ali dan Anugerah Perdana kepada Koperasi Bank Persatuan Malaysia Bhd, masing-masing menerima RM50,000, sijil dan piala.
Beliau turut menyaksikan pemeteraian dan pertukaran tiga Memorandum Persefahaman iaitu antara KPDNKK dengan Koperasi Polis Diraja Malaysia Bhd, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan SKM serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan SKM. – BERNAMA
TOP
MH17: Wakil PKR Tuduh Tentera Dilayan Bagai ‘Hamba Abdi’
Perwakilan dari Perak Laksamana (B) Imran Abdul Hamid hari ini mempertikaikan penggunaan anggota tentera untuk istiadat penghormatan jenazah mangsa pesawat MH17.
Katanya, tentera yang gugur mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tidak pula diberikan penghormatan yang sebegitu gah.
Imran yang juga MP Lumut juga berkata, pihak tentera digunakan secara “berlebih-lebih” dalam upacara perkabungan seluruh negara semalam.
“Apabila kita lihat, kematian sepuluh perwira kita disambut secara ala kadar berbanding dengan (sambutan) kematian MH17 yang diatur begitu rapi.
“Yang jadi mangsa (adalah) warga tentera (yang diperlakukan) macam hamba abdi untuk menguruskannya.
“Bukan kita tak puas hati tetapi kita tengok terlebih-lebih untuk meraikan mangsa MH17.
“Bukan kita tak bersimpati tetapi mengapa sampai begitu sekali.
“Sedangkan, pejuang kita mati di Lubnan dan Lahad Datu pun tidak ada sambutan yang sebegitu,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden PKR hari ini di kongres parti itu hari ini.
Beliau juga mendesak kerajaan menjelaskan rasional di sebalik penggunaan tentera dalam sambutan itu.
“Inilah yang kita minta kerajaan bagi penjelasan,” katanya
Semalam, seluruh negara bertafakur selama seminit tepat pada jam 10.54 pagi bagi memberi penghormatan kepada 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat itu.
Dinamakan Hari Perkabungan Negara, jenazah yang tiba di Kuala Lumpur dengan sebuah pesawat khas dari Belanda, diberikan penghormatan menurut istiadat ketenteraan.
Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong juga berkenan mencemar protokol dengan memberi tunduk hormat kepada jenazah yang melintas di hadapan mereka.
Pesawat angkatan tentera C130 juga diguna untuk menerbangkan dua jenazah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan tiga lagi ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh.
Selain itu, helikopter EC725 digunakan untuk menerbangkan jenazah dua lagi mangsa ke Pagoh dan Segamat, Johor. – Malaysiakini.com
TOP
PKR Terengganu Dakwa Sering Dibuli, Dihinjak Pas Negeri
Seorang perwakilan tidak dapat menahan kesedihannya kerana didakwa “dibuli” oleh sekutu mereka, PAS di Terengganu sehingga tidak mampu memenangi kesemua kerusi yang ditandingi dalam pilihan raya umum lalu.
Wakil negeri itu, Azlan Che Mat dengan nada sayu berkata, PKR Terengganu amat kecewa kerana PAS turut merampas kerusi yang berpotensi untuk dimenangi mereka dan enggan memberi kerjasama semasa kempen pilihan raya.
“Kami menangis, kerana di dalam PRU yang lepas, kami dimomok, dihinjak-hinjak. Alhamdulillah, walaupun kita diinjak-injak oleh parti Umno kita menang satu kerusi.
“(Tapi) yang kita cukup sedih, cukup menangis, kita diinjak-injak oleh rakan kita PAS Terengganu,” katanya dalam perbahasan untuk menyokong Usul Antarabangsa di Kongres Nasional PKR ke 10 hari ini.
Beliau seterusnya berharap agar presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta timbalannnya, Azmin Ali dapat membantu memulihkan kerjasama Pakatan di negeri itu.
“Saya minta jangan takut kepada PAS Terengganu, bukan PAS Pusat. Saya minta YB presiden, tolonglah, tolong Terengganu.
“Kami nak kembalikan semula kemenangan dari tangan Umno untuk Pakatan rakyat tapi kami melihat PAS Terengganu masih tidak bersedia untuk bersama Pakatan Rakyat,” kata beliau.
“Saya ucap taniah kerana dia (Azmin) menang, sebab itu saya minta dia tolong, datang ke Terengganu buat pembetulan balik, atau bantu bentuk satu sekretariat Pakatan Rakyat Terengganu,” kata beliau.
Dalam pilihan raya tersebut, PKR pada asalnya diberi peluang bertanding di enam kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen.
Walaubagaimanapun, PAS tetap meletakkan calon mereka di kerusi PKR sehingga berlaku pertindihan calon Pakatan di DUN Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.
Selain kerusi parlimen Kemaman, tiga lagi kerusi DUN yang ditandingi PKR ialah Permaisuri, Bandar dan Telemong.
PKR tewas di semua kerusi DUN dan parlimen kecuali di DUN Bandar yang ditandingi oleh Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail. – Malaysiakini.com
TOP
Tak Muncul Perbicaraan, Mahkamah Lucut Jaminan Alvin
Ibu kepada blogger seks, Alvin Tan Jye Yee memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa dia tidak mengetahui lokasi anaknya selepas tertuduh gagal menyerahkan pasport untuk kali ketiga.
“Saya merinduinya,” kata All Kim Lian, 57.
Menurut Kim Lian, dia cuba menghubungi dan meninggalkan mesej kepada anak lelakinya tetapi tidak jawapan.
“Saya menunggu kepulangannya tetapi saya tidak tahu lokai dia. Saya sudah tua dan tidak tahu banyak perkara.
“Saya harap mahkamah tidak akan mengambil wang saya (wang hak jaminan RM20,000),” katanya dihadapan Hakim Abdul Rashid Daud di sini, Jumaat.
Kim Lian berkata demikian ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Yong Anne Nee mengapa wang jaminan terhadap tertuduh tidak boleh dilucutkan selepas Alvin gagal hadir ke mahkamah.
Seorang lagi penjamin, Loo Ching Ching, 44, berkata usahanya untuk menghubungi Alvin menerusi telefon dan mesej juga tidak berhasil.
Terdahulu, Yong memohon mahkamah melucutkan hak jaminan terhadap Alvin secara keseluruhan memandangkan kedua-dua penjamin gagal memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah sebanyak dua kali dan menyerahkan jaminan itu kepada kerajaan atau Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, peguam Chong Joo Tian berkata, penjamin terbabit hanya gagal memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah, namun mematuhi syarat tambahan lain iaitu melaporkan diri sebulan sekali ke balai polis.
Selepas mendengar penjelasan dan hujahan kedua-dua pihak, Abdul Rashid tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.
Bagaimanapun, mahkamah bersetuju untuk hanya melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 daripada RM30,000.
Beliau turut menetapkan 3 Oktober depan untuk sebutan semula kes itu.
Alvin dan teman wanitanya, Vivian Lee atau Lee May Ling, 25, didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook ‘Alvin and Vivian-Alvivi’ di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers mengikut Akta Hasutan 1948.
Mengikut pertuduhan, ia mengandungi gambar dan komen bertajuk ‘Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!)’ yang mengandungi logo halal.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 11 dan 12 Julai tahun lalu di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini. – mstar.com.my
TOP
Fokus Terhadap Penyatuan UMNO, Tambah Ahli
MARANG – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mahu semua anggota Umno fokus terhadap usaha penyatuan anggota sedia ada dan penambahan anggota baharu bagi memastikan parti itu kekal menjadi parti pemerintah di negara ini pada masa depan.
Beliau berkata antara usaha yang perlu diberi perhatian ketika ini ialah membesarkan parti melalui proses menambah anggota yang berkualiti, seterusnya menjadi pengundi menjelang PRU14.
“Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk menurunkan kuasa memproses permohonan keanggotaan parti itu kepada semua Badan Perhubungan Umno Negeri bagi memantapkan lagi urusan penambahan anggota menjelang PRU-14.
“Malah, petunjuk prestasi utama (KPI) yang diberi kepada ketiga-tiga sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri di kesemua 191 bahagian menetapkan sasaran empat juta anggota baharu menjelang PRU14,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Marang di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu (BPUNT) Datuk Jailani Johari dan Ketua Umno Bahagian Marang A Latiff Awang.
Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, sebagai sebuah parti yang membela dan memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan meletakkan agama Islam pada landasan yang sewajarnya, tidak ada sebab untuk parti itu dipinggirkan.
“Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan sumbangan Umno selama ini terhadap kemajuan yang dikecapi negara ketika ini kerana ia adalah usaha keras Umno selama berpuluh tahun, bukannya Pas, PKR atau DAP.
Ahli Parlimen Semporna itu turut menasihatkan perwakilan Umno di Marang agar terus bersatu memberi sokongan kepada pemimpin negara sekarang iaitu Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Semua maklum kritikan bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Perdana Menteri, namun sebagai insan biasa, tentulah beliau tidak lari dari kesilapan.
“Umno begitu sayang dan hormat kepada Tun Mahathir namun, kesetiaan sebagai ‘makmum’ harus diberi kepada ‘imam’ kita ketika ini iaitu Datuk Seri Najib,” katanya. – BERNAMA
TOP
Kerajaan Negeri Kaji Modul Pengajian Pondok Moden
HULU TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu kini sedang mengkaji modul yang bersesuaian untuk melaksanakan kelas pengajian pondok moden yang akan dilaksanakan pada pertengahan tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, perlaksanaan pondok moden ini akan dilaksanakan bersesuaian dengan pengajian agama berteraskan mazhab Shafie.
“Sistem pendidikan yang akan dilaksanakan dalam pengajian pondok moden masih berlandaskan sistem pendidikan di Malaysia yang mana pengajian al-Quran dan Bahasa Arab diutamakan dalam modul ini.
“Kini kita sedang dalam proses mengkaji dan menyiapkan modul yang akan digunakan dalam pengajian pondok moden yang mana modul yang akan diterapkan mengandungi asas-asas agama, fardu ain, ilmu fiqh dan perkara yang berkaitan dengan ilmu wahyu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Konvoi Amal Merdeka dan Majlis Beramah Mesra bersama Penghuni Rumah Orang Miskin (POM) di Kampung Machang, Ajil di sini.
Ghazali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil berkata pengajian itu terbuka kepada individu yang berminat untuk mendalami ilmu agama tanpa mengira peringkat umur.
Katanya modul ini akan dilaksanakan berteraskan kepada kurikulum dan kokurikulum yang mana ia akan diselarikan dengan pengajian agama berdasarkan mazhab Shafie.
“Kami akan membuat pemantauan terhadap konsep yang digunakan di beberapa buah pondok di dalam dan luar negara sebelum konsep itu diadun dan digunakan dalam pengajian pondok moden ini,” katanya.
Ghazali berkata kerajaan negeri juga mengalu-alukan rakyat yang ingin mewakafkan tanah mereka untuk dijadikan tapak pembinaan pondok moden berkenaan.
“Rakyat hanya perlu menawarkan tanah mereka untuk dijadikan tapak pembinaan pondok moden ini dan kita akan menilai tanah berkenaan bersesuaian atau tidak dan sehingga kini sudah ada beberapa individu yang bermurah hati menawarkan tanah mereka di beberapa daerah seperti Kemaman dan Kuala Terengganu,” katanya.
Sempena Program Konvoi Amal Merdeka, 150 ahli kelab Gabungan Kelab Honda Terengganu membabitkan 70 kereta Honda berkonvoi dari bandar Kuala Berang ke kampung itu untuk menjalankan beberapa aktiviti bersama masyarakat.
Program berkenaan anjuran Jabatan Penerangan daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Pejabat Dewan Undangan Negeri Ajil, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Gabungan Kelab Honda Terengganu. – BERNAMA
TOP
Cara orang Vietnam mengubati orang yang overdose heroin
TOP
Sesi bermain dengan ketam bertukar tragedi.
TOP
Hantu di Cinema?
TOP
Siapa yang salah Motor atau teksi
TOP
Hans Isaac Akui Sunyi Walaupun Mempunyai Segala-Galanya
Dia memiliki segalanya, kekayaan, kemasyhuran, wajah yang kacak dan digilai peminat wanitanya namun Hans Isaac mengakui dirinya tetap berada sunyi tanpa kehadiran teman istimewa di sisinya.
Mempunyai sejarah percintaan dengan selebriti cantik seperti Elaine Daly, Erra Fazira dan Neelofa namun semuanya berakhir di tengah jalan.
Hans memetik Gua berkata, “apa yang boleh saya katakan adalah wang sama sekali tidak menjamin kegembiraan kerana walaupun kini saya ada segalanya tetapi kadang kala timbul rasa kesunyian itu”.
Rasanya tak susah kalau Hans nak cari kekasih, yela orang dah kacak, petik jari je 10 yang mari! Tak gitu?
Cumanya, mungkin Hans kini lebih berhati-hati dalam mencari teman hidup kerana mahu hubungannya kali ini berakhir ke jinjang pelaminan. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Fius Terbakar Punca Kereta Api Bukit Bendera Tergendala
GEORGE TOWN – Fius punca bekalan elektrik utama terbakar akibat disambar petir malam Jumaat menyebabkan pergerakan kereta api Bukit Bendera tergendala seketika sehingga pagi Sabtu.
Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera Dr Lawrence Khoo berkata berlaku kerosakan yang agak serius pada bahagian berkenaan menyebabkan bekalan tenaga elektrik tidak dapat disalur kepada koc kereta api furnikular itu.
“Beberapa kabel power line yang menghubungkan sistem bekalan tenaga juga dikesan terbakar pada 7.30 pagi tadi, namun kerosakan berjaya dibaiki sepenuhnya 9.30 pagi ini (Sabtu),” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata masalah itu di luar jangkaan dan tiada penumpang terlibat kerana operasi kereta api belum dimulakan sehingga keadaan dipastikan selamat.
Khoo berkata hujan lebat disusuli kilat petir melanda bandar ini antara 10 malam hingga 11 malam tadi turut menyebabkan berlaku gangguan elektrik di beberapa buah rumah sekitar Bukit Bendera. – BERNAMA
TOP
SABAH: 925 Pati Ditahan, 400 Setinggan Dirobohkan
LAHAD DATU – Sejumlah 925 orang dipercayai pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam Op Gasak 26 yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Kampung Air Lahad Datu, di sini hari ini.
Komander Esscom, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, daripada jumlah itu, 243 adalah lelaki dewasa, 331 wanita dewasa, 164 kanak-kanak lelaki dan 187 kanak-kanak perempuan.
Beliau berkata kesemua mereka dibawa ke Dewan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu untuk tapisan dan pengesahan dokumentasi pihak Jabatan Imigresen.
“Kebanyakan mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan yang sah atau memiliki dokumen yang meragukan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Op Gasak 26 termasuk operasi meroboh rumah setinggan di kampung berkenaan.
Turut hadir Timbalan Komander Esscom Brig Jen Subari Tomo, Pengarah Maritim Esscom Laksamana Pertama Maritim M Karunanithi, Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah Ahmad dan Pegawai Daerah Lahad Datu Iman Ali.
Abdul Rashid berkata dalam operasi yang bermula 2.30 pagi dan berakhir sekitar 10 pagi itu, pihaknya mengenal pasti 400 rumah setinggan di perkampungan air itu yang bakal diroboh.
Beliau berkata operasi bersepadu itu membabitkan pelbagai jabatan dan agensi keselamatan, termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pertahanan Awam dan Pejabat Daerah Lahad Datu.
Katanya operasi itu merupakan yang terbesar pernah dibuat selepas penstrukturan semula Esscom yang berkuat kuasa 15 Julai lepas.
Penstrukturan semula itu menyaksikan pewujudan dua komponen utama iaitu pengurusan keselamatan dan pertahanan serta penguatkuasaan dan tindakan awam.
Ketika mengumumkan penstrukturan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Abdul Rashid yang memegang jawatan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam ESSCom pada ketika itu dilantik sebagai Komander Esscom untuk komponen pengurusan keselamatan dan pertahanan.
Mengenai Op Gasak 26, Abdul Rashid berkata operasi itu membuktikan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk membersihkan Zon Selamat Timur Sabah
(Esszone) daripada PATI.
“Kita akan meneruskan operasi seumpama ini dari semasa ke semasa di kawasan Esszone,” katanya.
Beliau turut menasihati pemimpin masyarakat peringkat akar umbi, khususnya ketua kampung supaya tidak bersekongkol dan melindungi Pati di kawasan masing-masing.
“Kita tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak termasuk ketua kampung yang didapati bersubahat…kalau ada yang didapati bersekongkol atau melindungi saya akan laporkan perkara ini kepada Ketua Menteri Sabah (selaku Pengerusi Jawatankuasa Esszone) untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – BERNAMA
TOP
Tiada Nama Lain Untuk Jawatan MB Selangor – Anwar
SHAH ALAM – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan menamakan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor oleh Pakatan Rakyat, masih kekal dan tidak berubah.
Ketua Pembangkang itu berkata, tidak timbul isu berbangkit berhubung kononnya ada seorang lagi calon dinamakan sekiranya Wan Azizah tidak mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mengisi jawatan itu.
“Setakat ini keputusan (menamakan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor) kekal seperti yang dibuat minggu (Ahad) lalu. Ada yang bertanya berkenaan hal tanda tangan (akuan bersumpah), ia tak berbangkit langsung dan apa-apa langkah (peraturan) baru selain keputusan minggu lalu akan dirujuk kepada PAS,” katanya.
Anwar berkata, mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat dihadiri wakil PAS, DAP dan PKR semalam adalah berkaitan hal undang-undang berhubung pertukaran jawatan Menteri Besar sedia ada, tidak langsung ada perbincangan mengenai nama baru atau perubahan keputusan.
Timbul dakwaan semalam kononnya mesyuarat itu ada menyentuh berkenaan kemungkinan menamakan calon baru selain Wan Azizah.
Ditanya mengenai bila pimpinan Pakatan Rakyat itu akan mengadap Sultan Selangor bagi memaklumkan mengenai perkembangan semasa jawatan Menteri Besar itu, Anwar berkata ia terpulang kepada baginda. - BH Online
TOP
BN Mampu Pertahan Kerusi DUN Pengkalan Kubor
MUAR – Barisan Nasional (BN) yakin dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan, meskipun terpaksa berhadapan cabaran daripada PAS, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata walaupun DUN Pengkalan Kubor adalah kubu kuat parti namun BN tidak boleh ambil mudah, sebaliknya perlu bekerja keras untuk mempertahankan kerusi itu.
“Kita tahu kawasan itu bukan mudah tetapi terbukti kawasan ini memang telah diwakili calon kita. Kita akan mengambil peluang ini untuk jelaskan dasar-dasar perjuangan UMNO dan BN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Pagoh, dekat sini hari ini.
Beliau turut memuji keperibadian penyandang kerusi DUN Pengkalan Kubor, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang semasa hayatnya sentiasa berpijak di bumi nyata, bekerja keras dan sering memberi perkhidmatan cemerlang dari segi pembangunan ekonomi, sosial dan pendidikan kepada pengundi tanpa mengira latar belakang mereka.
Allahyarham Noor Zahidi, 57, yang menjadi ADUN Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua UMNO Bahagian Tumpat selama empat penggal, meninggal dunia akibat kanser hati pada jam 5.45 pagi, Rabu lepas ketika menjalani rawatan di sebuah hospital di Guangzhou, China.
Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, turut membayangkan BN akan menurunkan calon muda untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor kali ini.
“Kita sudah kenal pasti ramai tokoh muda berwibawa yang boleh diketengahkan. Saya harap ini dapat diputuskan dalam tempoh bila tarikh pengumuman calon itu diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya,” kata Muhyiddin.
Ketika ditanya sama ada kemelut yang menyelubungi pakatan pembangkang bakal memberikan kelebihan kepada BN, beliau berkata pengundi sentiasa peka mengenai isu seperti ini.
“Semuanya akan menjadi pertimbangan buat pengundi seperti juga contoh kemelut krisis politik di negeri Selangor…pertembungan dan perbezaan pendapat yang agak ketara antara komponen pakatan pembangkang, baik PAS, DAP dan PKR,” kata Muhyiddin.
BN, katanya, boleh mengambil iktibar daripadanya untuk memberi penjelasan kepada pengundi tentang apa yang berlaku, sekali gus menerangkan kepada pengundi bagaimana BN berjuang untuk rakyat dan menguruskan hal negara.
Kira-kira 20,000 orang hadir memeriahkan majlis sambutan Aidilfitri kali ini. Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. – BERNAMA
TOP
Awek ‘Mulut Puaka’ Hina Mangsa Nahas MH17 Di Facebook
Jika pagi tadi kami ada siarkan tentang seorang gadis mempertikaikan bacaan al-fatihah kepada mangsa nahas MH17, yang ini pun tak kurang biadab malah lagi kurang ajar.
Individu di sebalik akaun Facebook Amoyy Mongek bukan sahaja mempertikaikan bacaan al-fatihah malah menunjukkan sikap buruk sangkanya yang melampau apabila mengandaikan mayat dalam keranda mungkin cuma anak patung.
Walaupun dikritik kerana status tersebut ia tidak menghalang individu ini memuat naik status baru hari ini yang mempertikaikan pula penghormatan diterima mangsa MH17 yang dikatakannya cuma orang awam.
Kerajaan Malaysia dan orang yang menghormati tragedi MH17 turut dikritik oleh manusia bermulut lancang ini.
Tinjauan kami mendapati akaun menggunakan gambar wanita cantik ini sudah lama mencetuskan kontroversi dengan status-status panas termasuk berbaur lucah dan mempunyai ramai pengikut.
Secara logik mustahil pula seorang perempuan begitu berani bercakap tentang seks secara terbuka dan mendedahkan gambarnya seperti ini tapi sekiranya betul maka inilah namanya harap muka je lawa tapi mulut macam puaka.
Tapi sekiranya ini satu lagi akaun palsu maka diharap SKMM dapat bertindak secepat mungkin kerana ia sudah boleh dikira jenayah siber. - MYNEWSHUB.MY

VIDEO: Isteri SERANG Suami Ada Hubungan Dengan Warga China
SEORANG isteri menyerang teman wanita suaminya di Singapura baru-baru ini.
Pergaduhan besar itu berlaku kerana si suami dikatakan sudah empat tahun menjalinkan asmara dengan wanita rakyat China terbabit tanpa pengetahuannya.
Lebih menyakitkan hati, perempuan warga China itu dikatakan telah berjaya memujuk lelaki itu untuk menyerahkan segala wang simpanan dan hartanya untuk keluarga wanita tersebut di negara komunis itu.
Nak tahu apa yang terjadi, lihatlah video dibawah!
TOP
Wan Azizah Puji & Kritik Pentadbiran Khalid Ibrahim
SHAH ALAM – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memuji pentadbiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah memperuntukkan dana negeri bagi melaksanakan pelbagai program ekonomi di Selangor.
Bagaimanapun beliau tetap mempertikaikan Abdul Khalid yang dilihat perlu memberi perhatian terhadap isu berkaitan ‘sampah dan jalan raya’.
“Sungguhpun kita berbangga dengan pencapaian (Abdul Khalid) ini, kita juga harus prihatin bahawa isu-isu rakyat perlu diutamakan termasuk isu berkaitan sampah dan jalan raya.
“Jika kemudahan asas untuk rakyat negeri diabaikan, wang simpanan tidaklah begitu beri makna,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden di Kongres Nasional PKR ke-10 di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata pentadbiran Selangor di bawah Abdul Khalid sering dikritik berikutan tidak melaksanakan pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur walaupun kerajaan negeri mempunyai rizab tunai yang besar.
Beliau berkata, projek berkaitan infrastuktur perlu dilaksanakan supaya rakyat Selangor mendapat manfaat daripada dana kerajaan negeri.
Pada 4 Ogos lepas, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail telah menulis surat kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bagi memberi penjelasan mengapa PKR mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu menggantikan Abdul Khalid.
Dalam surat itu, antara alasan diberikan untuk menolak kepemimpinan Abdul Khalid kerana masalah sampah yang masih belum selesai dan kecenderungan beliau untuk menyimpan geran peruntukan sebagai hasil terkumpul kerajaan sehingga memberi kesan kepada kualiti jalan raya di negeri itu. – BERNAMA
TOP
Zalif Sidek: Saya Tahu Dia Tunang Orang…
Pelakon Zalif Sidek mengakui wanita yang kini dikatakan rapat dengannya adalah tunangan orang.
Sebelum ini, MYNEWSHUB.MY ada menulis mengenai kenyataan Zalif yang mengatakan dia kini sedang dalam proses mengenali hati budi wanita tersebut.
Tup-tup mengaku yang wanita tersebut merupakan tunangan orang.
Hai, beraninya Zalif kacau tunangan orang.
Ini merupakan kenyataan Zalif yang dipetik menerusi sebuah akhbar tempatan ketika ditanya mengenai status wanita terbabit.
“Saya sudah mengenalinya sejak 10 tahun yang lalu dan ingin saya nyatakan bahawa saya tahu yang dia merupakan tunang orang.
“Shahirah banyak meluahkan perasaan kepada saya tentang masalahnya dengan tunangnya dan perbincangan kami tidak lebih daripada itu,” katanya.
Kalau tak mahu apa-apa masalah di kemudian hari, lebih baik Zalif jarakkan dirinya dengan Shahirah, kang tak pasal-pasal dek kerana Zalif, pasangan yang sudah bertunang itu bergaduh pulak. – MYNEWSHUB.MY
TOP
VIDEO: Kerapu Telan Jerung 4 Kaki Sekali Ngap Saja!
Bagi kaki pancing laut dalam dapat menaikkan jerung berukuran 4 kaki adalah satu pencapaian yang boleh dikira membanggakan.
Begitu juga dengan seorang pemancing di Florida apabila mendapati seekor jerung terkena mata pancingnya, tapi ketika dia sibuk bergelut menaikkan ikan tersebut berlaku satu insiden yang amat mengejutkan.
Seperti kisah seram serangan makhluk ganas di lautan, pada mulanya dapat dilihat bayang-bayang gelap muncul di permukaan berhampiran jerung yang sedang meronta di mata kail. Tidak lama kemudian secara tiba-tiba satu makhluk melonjak keluar dari air lalu merentap jerung tersebut ke dalam mulutnya lalu hilang sekelip mata.
Bayangkan, hanya dengan sekali ngap sahaja jerung empat kaki yang dianggap antara karnivor ditakuti di laut selamat masuk dalam perut seekor kerapu! – MYNEWSHUB.MY

VIDEO: Awek Seksi Goda Pemancing Di Kolam Udang
KEPADA isteri-isteri, hati-hati kalau suami anda kaki pancing.
Ini kerana sudah ada trend di kalangan pengusaha kolam untuk menyediakan perkhidmatan gadis seksi bagi menarik pelanggan mereka.
Di Taiwan, disebabkan saingat sengit di antara pengusaha kolam pancing, ada taukeh yang memilih untuk menyediakan perkhidmatan awek seksi yang akan ‘melentukkan’ tubuh mungil mereka kepada para pelanggan.
Yang kelakarnya, disebabkan terlalu obses dengan hobi itu, ramai juga kaki pancing ‘buat bodoh’ saja biarpun si awek dah macam ‘nak telan’ mereka.
Malah ada yang hulur wang kepada awek-awek seksi ini agar ‘duduk jauh-jauh’ dari tempat mereka memancing.
Itu kisah di Taiwan, agak-agak di sini ada tak kolam pancing macam tu?
Bukan nak pergi, sajalah nak tanya, larikkkkkkkkkkkkkkkk…… – Mynewshub.my
Bukan nak pergi, sajalah nak tanya, larikkkkkkkkkkkkkkkk…… – Mynewshub.my
TOP
Sanggup Berhabisan, Obses Kerana Mahu Rupa Seperti Kartun
London – Geram dan cemburu melihat imej karikaturnya yang dilukis ketika berusia 15 tahun, seorang wanita, Krystina Butel memutuskan untuk kelihatan seperti karikatur berkenaan.
Untuk itu, dia sanggup menghabiskan wang sebanyak £130,000 untuk pembedahan plastik, semata-mata mahu mengubah diri untuk menjadi seperti lukisan dalam gambar tersebut.
Dia menjalani lima pembedahan membesarkan payu dara, menyuntik bibir, botox, memutihkan gigi dan solekan separuh kekal.
Kini dia masih belum puas dan bertekad untuk melakukan lagi pembedahan termasuk membesarkan lagi payudara, menanam implan di punggung dan implan di bibir.
“Selama bertahun-tahun saya menghabiskan wang untuk kelihatan menarik agar saya kelihatan seperti kartun berkenaan.
“Kartun itu menunjukkan rupa sebenar yang saya inginkan dan saya tahu saya semakin hampir dengannya,’’ katanya.
Dia bekerja di sebuah salon selepas meninggalkan alam persekolahan pada usia 14 tahun dan di situ dia mula mempelajari cara-cara menyambung rambut dan solekan.
TOP
Suami Isteri Ditahan, Rantai Kaki Anak Usia 10 Tahun
Mexico – Tindakan tidak berperikemanusiaan sepasang suami isteri, yang merantai anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun kerana tidak berkelakuan baik, akhirnya menerima padah selepas mereka ditangkap polis.
Alejandro Hernandez, 44, yang merupakan seorang tukang kayu dan isteri, Beatriz Enriquez, 34, mengaku berbuat demikian dengan merantai buku lali anaknya, Alvar, dan mendakwa berbuat demikian kerana tidak dapat mengawal anaknya.
Alvar juga diletakkan di tempat yang teruk.
Menurut Enriquez, anaknya itu sering membuat masalah di sekolah dan rumah serta tidak boleh duduk diam.
“Kami bukan manusia kejam dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Ia adalah jalan terakhir.
“Kami sayangkan anak kami dan tidak mahu dia sakit, ia untuk kebaikannya juga,’’ katanya ketika memberikan alasan.
Polis menangkap mereka selepas mendapat laporan mengenai kejadian itu daripada salah seorang pelanggan Alejandro.
Pihak berkuasa turut membawa Alvar bersama dua lagi adiknya ke rumah kebajikan.
Dalam pada itu jiran mereka memberitahu tindakan yang dilakukan pasangan suami isteri itu tidak mengejutkan kerana lelaki itu pernah memukul anaknya dengan kayu dan mereka juga saling menjerit antara satu sama lain, setiap hari.
TOP
Abu Mayat Karamjit Ditabur Dalam Laut Di P.Klang
PELABUHAN KLANG – Abu mayat Karamjit Singh Karnail Singh, seorang daripada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dalam nahas pesawat malang milik Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, ditabur dalam laut di sini hari ini.
Kedua-dua anak lelakinya, Amarpal Singh, 22, dan Melvinderjit Singh, 21, diiringi lebih 20 anggota keluarga dan sahabat handai ketika melakukan upacara itu pada kira-kira 11.40 pagi.
Abang mendiang iaitu Dr Rajindar Singh, 65, berkata keluarganya mengucapkan terima kasih terhadap cara pihak berkuasa menguruskan jasad Karamjit.
“Saya terharu dengan tugasan cemerlang yang dilakukan kerajaan, terutama anggota polis dan tentera, dalam mengendali jasad adik saya sejak ia dibawa ke KLIA semalam.
“Kami turut menjumpai gelang sikh yang dipakai mendiang Karamjit dari celah-celah abu mayat yang kami kutip,” katanya kepada Bernama di jeti Pulau Ketam di sini.
Karamjit, 54, adalah antara 20 mangsa nahas MH17 yang jenazahnya tiba di KLIA semalam.
Pekerja ExxonMobil itu merupakan seorang daripada 43 penumpang dan anak kapal rakyat Malaysia yang berada dalam pesawat MAS berkenaan ketika ia terhempas di Donestk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai lepas.
Pesawat itu, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, ditembak jatuh ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Terdahulu, anggota keluarga Karamjit melakukan upacara keagamaan terakhir untuk mendiang di Taman Peringatan Nirvana di Seksyen 21, Shah Alam pada kira-kira 9.30 pagi sebelum membawa abu mayatnya ke Pelabuhan Klang. – BERNAMA
TOP
MH17: 2 Jenazah Lagi Diberi Penghormatan Negara Esok
KUALA LUMPUR – Jenazah dua lagi mangsa tragedi MH17 yang dijangka tiba pada pukul 8.30 pagi, Ahad di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan turut diberi penghormatan sama seperti kumpulan pertama, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Mereka adalah jenazah Ketua Pramugara Penerbangan Malaysia (MAS), Mohd Ghafar Abu Bakar dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah, Ng Shi Ing.
“Jenazah mereka dijangka diterbangkan menggunakan pesawat komersil MH19 dan sebaik tiba akan turut diberi penghormatan yang sama seperti kumpulan pertama yang terdiri daripada 11 penumpang dan sembilan anak kapal,” katanya kepada pemberita di sini.
Pesawat yang membawa jenazah rakyat Malaysia itu berlepas pada pukul 12 tengah hari pada Sabtu melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Schiphol, Belanda.
Pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 pada Jumaat, pesawat khas Boeing 747-F yang membawa 20 jenazah itu selamat mendarat di KLIA pukul 9.54 pagi.
Sempena Hari Perkabungan Negara itu, rakyat di seluruh negara turut bertafakur selama seminit pada 10.54 pagi selepas semua jenazah mangsa pesawat MH17 diletakkan di dalam 20 kenderaan jenazah. – mStar Online
TOP
Sedihnya.. Abderrahman Tidur Berselimutkan Uniform Bapa
Pada usia 9 bulan Abderrahman mungkin tidak mengerti apa-apa tapi kami pasti hatinya tertanya-tanya ke mana menghilang kelibat bapa yang selama ini memanjakannya cuma tak pandai diluahkan.
Abderrahman yang merupakan anak pembantu juru terbang MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi merupakan antara waris mangsa yang paling mendapat perhatian ketika upacara penghormatan terakhir semalam.
Dapat dilihat, seorang rakan sekerja yang mendukung anak kesayangan allahyarham Ahmad Hakimi turut menangis tersedu-sedu ketika solat jenazah kerana tidak dapat menahan perasaan pilu.
Namun bagi kami gambar paling mengundang sebak adalah Abderrahman tidur sambil diselimutkan dengan uniform bapanya yang mendapat banyak perkongsian di Twitter.
Bagi masyarakat Melayu kita tentu maklum amalan menyelimutkan anak dengan pakaian ini biasanya dilakukan seorang ibu bagi mengelak anak kecil demam kerana terlalu merindukan bapanya yang jauh.
Memang berat dugaan buat semua waris mangsa MH17. Didoakan semoga mereka tabah menerima ketentuan ini sebagai takdir Ilahi. - MYNEWSHUB.MY

Polis Bakal Guna Motosikal Elektrik Oktober Ini
HULU LANGAT – Polis bakal menggunakan 30 motosikal elektrik awal Oktober depan di sekitar ibu kota untuk mengurangkan kos penggunaan bahan api.
Pengarah Jabatan Logistik Polis Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah berkata selain motosikal elektrik, polis juga bercadang untuk menggunakan kereta peronda hibrid di seluruh negara.
“Penggunaan enjin hibrid itu dijangka dapat menjimatkan 35 peratus daripada kos penggunaan bahan api, selain dapat memelihara alam sekitar dan mengurangkan kadar pelepasan karbon sehingga 30 peratus daripada penggunaan biasa,” katanya.
Bagaimanapun, penggunaan kedua-dua kenderaan itu masih dalam peringkat kajian.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program ‘My Hijau Youth Camp’ anjuran bersama Polis Diraja Malaysia, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Malaysian Green Technology Corporation, di sini hari ini.
Program selama tiga hari itu dihadiri 75 pelajar sekolah menengah dalam kalangan anggota keluarga polis serta kadet-kadet polis, bertujuan mendidik kepentingan dan kesedaran memulihara alam sekitar. – BERNAMA
TOP
Vesna Terselamat Walaupun Jatuh Ketinggian 33 Ribu Kaki Di Udara
Mungkin ramai yang tak tahu mengenai kemalangan yang melibatkan pesawat JAT Yugoslav Airlines Flight 367 yang terjadi lebih 40 tahun lalu.
Pesawat tersebut telah terhempas di sebuah perkampungan di Republik Czech selepas kapal terbang tersebut terputus dua dipercayai akibat dibom, yang mana bom tersebut telah diletakkan dalam badan pesawat terlebih dahulu pada 26 Januari 1972. Pesawat yang membawa 28 orang itu telah mengorbankan 27 individu manakala seorang pramugari, Vesna Vulovic merupakan satu-satu mangsa yang terselamat dalam nahas udara tersebut. JAT 367 dalam perjalanan dari Stockholm, Sweden ke Belgrade, Serbia dilaporkan jatuh dari ketinggian 33,000 kaki sama seperti ketinggian MH17 berada ketika ianya ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu. Vesna, 64, telah direkodkan dalam Guinness Book of Record sebagai individu yang terselamat daripada jatuhan yang paling tinggi tanpa sebarang alat keselamatan yang dipasang terhadap dirinya. – MYNEWSHUB.MY
wajah terkini Vesna

GAMBAR: Sharifah Sakinah Tayang Kekasih Baru Di Instagram?
Ok, ini mungkin tak ada kena mengena dengan drama Rindu Awak 200 Peratus yang tengah meletup sekarang tapi Sharifah Sakinah kemungkinan telah memilih seorang pilot sebagai cinta hati barunya.
Seperti diketahui ramai Sharifah Sakinah sebelum ini menjalin hubungan dengan anak Erma Fatima, Ahmad Albab namun putus penghujung tahun lalu.
Selepas itu dia kelihatan rapat dengan seorang pemuda dikenali sebagai Megat tapi Sakinah sudah jelaskan Megat cuma anak angkat ibunya dan trainer kecergasan.
Begitu pun sejak dua menjak ini Sakinah didapati memuat naik beberapa kali gambar dirinya keluar bersama seseorang dengan yang terbaru semalam disertai kapsyen ‘first time sending you to the airport. Be Safe.’
Sebelum ini jejaka berjambang tersebut turut kelihatan dalam gambar Instagram Sakinah di mana mereka sama-sama berhari raya, menghadiri majlis aqiqah Liyana Jasmay dan makan di sebuah lokasi romantik.
Bagi kami ini dah cukup untuk membuktikan hubungan istimewa kembali berputik dalam hidup Sakinah tapi nak cakap lebih-lebih pun artis ni kadang-kadang jawapan mereka walau mesra tapi kami cuma kawan sahaja. Kan? – MYNEWSHUB.MY

Video - MH17 - Kepulangan
TOP
Remaja Terjerumus Dalam Dunia Pelacuran
KOTA BHARU – Akibat keterlanjuran diri bersama teman lelaki serta desakan hidup selepas dihalau keluarga dari rumah, seorang gadis sanggup menjual diri untuk menyara kehidupannya.
Dikenali dengan panggilan Sa, gadis berusia 21 tahun dari Bachok ini berkata, bagi meneruskan kelangsungan hidup, dia terpaksa melakukan kerja itu setelah dijual kepada ‘bapa ayam’ oleh rakan lelaki yang dikenalinya tidak sampai setahun.
Menceritakan detik dia terjerumus dalam kancah terbabit, menurut Sa, dia ingin mendapatkan pekerjaan setelah tidak lagi tinggal bersama kedua ibu bapanya di Bachok selepas dihalau keluar akibat perbalahan adik beradik.
“Kehidupan kami umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Saya adalah anak kelapan daripada sembilan beradik. Kehidupan yang daif memaksa kami untuk mencari pekerjaan sendiri demi mendapatkan sesuap nasi.
“Saya juga terpaksa berhenti sekolah sejak darjah enam lagi dan turut mencari pekerjaan sendiri termasuk bekerja di kedai makan di merata tempat untuk menyara keluarga,” katanya.
Sa ditemui pemberita pada majlis sambutan hari raya bersama penghuni penjara di Blok Wanita Penjara Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.
Hadir dalam majlis terbabit, Pengarahnya, Zawari Abd Rashid serta Timbalan Penguasa Penjara, Rosliza Ishak.
Selepas rakan lelakinya yang baru dikenali terdapat pekerjaan di Kota Bharu, dia teruja namun tidak mengetahui akan bergelumang dalam kancah pelacuran.
Namun segala-galanya terlambat apabila dia telah diserahkan kepada bapa ayam dan bermulalah kehidupannya sebagai ‘kupu-kupu malam’ yang terus membawa dirinya semakin hanyut dengan wang yang mudah diperolehi dari lelaki-lelaki yang melanggannya.
“Memang nampak mudah, apabila saya hanya perlu melayan lelaki yang datang mendapatkan khidmat saya dan selesai tugas, saya dibayar mengikut harga yang ditetapkan.
“Lebih 100 lelaki telah melanggan saya dan setiap malam saya memperoleh RM400 hingga RM500 setiap kali dilanggan dan akan bertambah apabila musim perayaan.
“Saya tidak mampu lari lagi dan terus melakukan kerja terbabit, sehinggalah saya ditangkap khalwat bersama teman lelaki berusia 20 tahun dalam sebuah rumah empat bulan lalu dan atas kesalahan itu saya dipenjarakan,” katanya.
Sa berkata, selepas ditahan dan pemeriksaan kesihatan dilakukan, dia terkejut apabila turut disahkan positif HIV akibat cara hidup lampau yang bergelumang dalam dunia pelacuran.
“Sesungguhnya, saya insaf dan bertaubat kepada ALLAH SWT, semoga segala perlakuan saya selama ini diampunkan dan saya nekad untuk berubah demi untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam jangka masa yang tidak lama.
“Sedih memang sedih. Kadangkala jika tidak mempunyai pedoman mungkin saya akan bunuh diri, namun saya harap selepas dibebaskan Disember ini, saya berjanji dengan teman lelaki untuk berkahwin walaupun berat hati saya untuk menyatakan kepada bakal suami bahawa saya disahkan menghidap HIV,” katanya. - Sinar Harian Online
TOP
NGO Minta JAIPk Terbitkan Senarai Produk Halal
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar) meminta Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menyenaraikan produk-produk yang diberikan status halal untuk pengetahuan umum.
Pengerusinya, Asmuni Awi berkata, langkah itu bagi mengembalikan kepercayaan pengguna terutama beragama Islam tentang status produk yang telah diberikan pengesahan halal oleh pihak berkuasa.
“Penambahan kakitangan bagi tujuan siasatan, penguatkuasaan serta pemantauan perlu juga diberikan perhatian dengan segera.
“Perlu diambil perhatian kelemahan dan ketidakcekapan dalam bertindak adalah menjadi faktor isu berbangkit tentang status produk halal yang berada di pasaran,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Beliau memberi contoh pembatalan status halal terhadap sebuah kilang roti di Ipoh kerana kotor dan pendedahan ujian DNA ke atas sampel tulang haiwan di sebuah kolam ternakan ikan patin di Jalan Ipoh Batu Gajah yang disahkan tulang babi boleh mengurangkan keyakinan orang ramai.
Justeru, Asmuni meminta JAIPk meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) jabatan itu bagi mengelak keraguan setiap produk makanan yang telah diberikan status halal selama ini. – mynewshub.my
TOP
Buang Bayi: Pemuda Dipenjara Setahun
KANGAR – Akibat menyembunyikan dan membuang bayi lelaki yang baru dilahirkan pada 4 Mei lalu, seorang mekanik Muhammad Bukhari Mohamad dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh jatuh hukuman.
Majistret Norhayati Ibrahim turut mengenakan denda sebanyak RM2,000 kepada Muhammad Bukhari, 27, dan penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas meneliti fakta kes, gambar-gambar tempat kejadian serta gambar bedah siasat.
Mengikut pertuduhan kes, tertuduh telah secara rahsia membuang mayat seorang bayi tertentu sama ada bayi tersebut mati sebelum atau selepas atau semasa dilahirkan dengan sengaja menyembunyikan kelahiran bayi tersebut.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 4 Mei 2014 kira-kira jam 4 pagi di Kampung Kuala Tunggang Jalan Padang Siding Pauh, Arau, dekat sini.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran yang boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Muhammad Bukhari yang tidak diwakili peguam merayu supaya hukuman diringankan kerana hanya bekerja sebagai mekanik selain sudah berkahwin dengan wanita tersebut.
Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Unit Pendakwaan, Badius Zaman Ahmad. – Sinar Harian Online
TOP
Biadap! Gadis Pertikai Bacaan Al-Fatihah Untuk Mangsa MH17
Kita bukan tak biasa mengenali atau mendengar manusia bermulut lancang di luar sana tapi sesetengah spesis begini hanya berani bercakap depan kawan-kawan sahaja.
Bagaimanapun seorang gadis membuktikan kebiadapannya berkata-kata kepada ramai orang apabila mempertikaikan bacaan al-fatihah kepada mangsa tragedi MH17 melalui laman sosial.
“Dapat apa kalau al-fatihah untuk MH17? Ada ke Najib bagi duit kat korang. Emm pelik.. dah mati, mati je la. Aduii tak payah nak beriya sangat la weii” – tulis perempuan ini di status WeChat yang kini tersebar.
Astaghfirullah, nak sedekah al-fatihah kepada orang yang dah pergi pun berkira sama ada dapat balasan atau tak?
Cuba kalau esok-esok awak meninggal dunia tak ada orang nak mandi dan kafankan sebab malas nak beriya dan tak dapat upah lumayan. Nak? - MYNEWSHUB.MY
TOP
Stesen Radio Syok Sendiri Bila Kata Lagu David Teo Tak Sedap?
Sudah terang lagi bersuluh, produser Metrowealth David Teo mempunyai isu dengan beberapa pelakon yang disifatkannya bagai kacang lupakan kulit apabila meninggalkan produksinya untuk bergerak sendiri.
Maka tak hairanlah apabila Kacang dijadikan subjek dalam single pertamanya yang dimuat naik di YouTube sejak 24 Jun lalu isu ini dikaitkan walau David menafikannya ada kena mengena.
Bagaimana pun, tak ramai tahu David kini dah bergelar penyanyi atau rapper sebab lagunya ini jarang sekali dikumandangkan di radio.
Hal ini membuatkan David berasa bengang lalu menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap stesen radio tertentu.
Kata David kepada MStar Online, dia pelik mengapa Kacang yang turut menampilkan Fida Ibrahim, Zarul dan Cat Farish dianggap tidak mencapai piawaian dan biasa-biasa sahaja sedangkan ia mendapat tontonan tinggi lebih 100,000 di YouTube.
Justeru David menganggap stesen radio sekarang terlalu syok sendiri dan memutarkan lagu yang diminati mereka sahaja. Tidak hairanlah ramai penggiat muzik berbakat hanya popular di laman sosial sahaja, katanya yang berbelanja RM30,000 untuk menghasilkan Kacang termasuk kos klip video.
Apa yang boleh kami katakan, David mungkin tak tahu bahawa tontonan 100,000 di YouTube belum boleh dikatakan cukup baik sebenarnya. Dan sesiapa, tolonglah kenalkan David kepada Rebecca Black jadi dia faham bahawa terkenal di YouTube bukanlah kayu pengukur bahawa seseorang itu mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Apa pun, jom layan lagu Kacang di atas dan naikkan lagi jumlah tontonan single pertama David Teo ini untuk menggembirakan hatinya. – MYNEWSHUB.MY

Bila Mana Orang India Kecek Kelate
Bila mana kita berbicara mengenai orang bukan Melayu fasih cakap Kelantan, tumpuan kita selalunya kepada masyarakat Cina di negeri itu.
Perkara itu adalah kerana masyarakat Cina adalah kaum kedua terbesar di Kelantan dan lebih mudah ditemui terutama di kawasan bandar.
Jarang sekali kita akan terfikir mengenai kewujudan masyarakat India di negeri berkenaan.
Yelah, jumlah masyarakat India di Kelantan amat kecil, lebih kecil pada jumlah masyarakat berketerunan Siam.
Penulis sendiri secara peribadi belum pernah berkesempatan bertemu masyarakat India dari negeri itu.
Justeru, bila penulis terjumpa video klip di bawah, penulis terasa mahu berkongsi dengan semua pembaca Mynewshub.
Jujur kata, kalau setakat dengar dari jauh, kita akan beranggapan orang Melayu yang sedang bercakap.
Lebih menarik, penulis sejuk hati mendengar kata seperti di Kelantan, kami India Melayu cam adik-beradik… bayangan betapa kukuhnya perpaduan antara kaum kita semua.
Cuma kadang kala akan muncul watak-watak jahat yang cuba menganggu gugat keharmonian kita.
Oleh: AK47 – MYNEWSHUB
Oleh: AK47 – MYNEWSHUB
TOP
PKR Pecat Ketua AMK Kuantan, Gantung Lima Ahli
KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat keahlian Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kuantan, Aidil Haryman Mat Nor dan menggantung keahlian lima anggota parti itu.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, Aidil Haryman dipecat kerana secara terbuka melalui laman sosial Facebook memaparkan gambar beliau membakar bendera parti PKR.
Manakala, lima ahli yang digantung keahlian terbabit kerana menyertai sidang media menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 20 Ogos lalu.
“Aidil Haryman memaparkan gambar beliau membakar bendera parti yang memberi implikasi buruk kepada imej dan kredibiliti parti kepada masyarakat umum. Beliau mengakui tindakan membakar bendera parti dan mencabar agar dipecat. Aidil Haryman dengan ini dipecat daripada PKR.
“Mereka yang digantung keahlian pula ialah Dr. Wan Suhaimi Wan Daud dari Cabang PKR Pasir Mas, Nasiruddin Mohamad (Cabang PKR Sepang), Abdul Rahim Abdul Wahab (Cabang PKR Selayang) dan Rosmah Suly (Cabang PKR Batu),” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Kee Kwong berkata, kelima-lima ahli PKR terbabit digantung keahlian PKR sehingga siasatan ke atas mereka yang dijalankan oleh parti berkenaan selesai.
Menurutnya, kesemua ahli PKR itu didakwa terlibat dalam satu sidang media Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) bersama badan bukan kerajaan (NGO) lain yang mempertahankan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
“Anggota-anggota ini akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan serta-merta sehingga siasatan selesai,” katanya.
Jelas beliau, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR semalam yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Media pada 2 Julai melaporkan Pasmeb menggesa lima pemimpin PKR menutup mulut dan berhenti daripada meminta Abdul Khalid berundur daripada jawatan Menteri Besar Selangor.
Sambil menyifatkan kelima-lima individu itu sebagai ‘budak nakal’ kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Presiden Pasmeb, Mazli Saring dipetik berkata, mereka tidak layak berbuat demikian kerana bukan rakyat Selangor.
Menurut Mazli, lima pemimpin PKR tersebut iaitu Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan merupakan rakyat Terengganu; Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd. Akin berasal dari Melaka; Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid (Perak); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Sahri (Johor) dan ADUN Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafie (Perak). – mynewshub.my
TOP
Pemuda PAS Mahu Kerajaan Sediakan Pejabat Untuk Hadi
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mahu kerajaan Malaysia menyediakan sebuah pejabat khusus untuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di negara ini kerana dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.
Ketua DPPM, Suhaizan Kayat berkata, kerajaan Malaysia perlu menyediakan sebuah institusi dan pejabat untuk Abdul Hadi bagi mencontohi kerajaan Qatar yang menjadikan negaranya sebagai pangkalan dan pejabat kepada tokoh ulama terkemuka, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi.
“Sebagaimana kerajaan Qatar yang menjadikan negaranya sebagai pengkalan dan pejabat kepada Sheikh Qardhawi, begitulah selayaknya kerajaan Malaysia perlu menyediakan sebuah institusi dan pejabat untuk pergerakan Sheikh Abdul Hadi Awang sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Media PAS hari ini melaporkan Presiden PAS dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia. Pelantikan itu dibuat pengerusi kesatuan itu al-Qaradawi yang mengekalkan jawatannya untuk kali keempat berturut-turut.
Dua lagi yang turut dilantik sebagai naib ketua bersama Abdul Hadi adalah Syeikh Raisuni dari Maghribi dan Syeikh Ahmed Al-Khalily Mufti Kesultanan Oman. Pelantikan mereka dipersetujui oleh ulama dunia yang bersidang di Turki semalam.
Mengulas pelantikan itu, Suhaizan berkata, Abdul Hadi sentiasa mempertahankan pendekatan damai dalam menyelesaikan sebarang konflik termasuk masalah di Syria dan Mesir.
Namun, katanya, kadangkala ijtihad Presiden PAS itu dilihat bersendirian malah ramai juga pihak di Malaysia menolak Ijtihad beliau dalam hal tersebut tanpa melihat aspek yang lebih mendalam.
Justeru, katanya, pelantikan Abdul Hadi sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia memberi satu siar harapan yang cerah. – mynewshub.my
TOP
Azwan Ali ‘Menyalak’ Kat Sharnaaz Dalam Twitter
Memang sudah dijangka pasti akan ada jawapan balas daripada Azwan Ali berhubung tindakan Sharnaaz Ahmad yang mengkritik perbuatan berselfienya ketika seluruh negara sedang bertafakur, semalam.
Walaupun tidak ‘mention’ nama Sharnaaz, namun rata-rata pengikutnya dapat mengagak bahawa tweet itu ditujukan buat aktor kelahiran Pulau Pinang itu.
Antara laharan Azwan kepada Sharnaaz adalah, “Ko nak pinang anak orang pun kena ludah? Nak sakan menyalak! Just total ignored!”.
Azwan juga mengatakan dia tidak mengenali artis-artis bertaraf lubang jamban sebaliknya hanya mengenali artis-artis berlevel gred A sahaja.
Tertanya-tanya juga, kalau Azwan tak kisah dengan teguran Sharnaaz, kenapa dia perlu ‘bother’ juga nak menyalak kat Twitter?
Kata ‘why bother, why bother’ tapi macam ambil kisah je dengan kata-kata Sharnaaz. Tak gitu? – MYNEWSHUB.MY
Kata ‘why bother, why bother’ tapi macam ambil kisah je dengan kata-kata Sharnaaz. Tak gitu? – MYNEWSHUB.MY
TOP
Sharnaaz Kritik Gambar Selfie Azwan Ali Ketika Hari Perkabungan
Semalam tepat jam10.54 pagi, semua rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa telah bertafakur seminit secara serentak di seluruh negara.
Ini bagi menghormati istiadat kepulangan 20 jenazah mangsa nahas MH17 yang telah ditembak jatuh pada 17 Julai lalu.
Di saat orang ramai bertafakur, ada juga individu yang sempat mengambil gambar secara selfie suasana tersebut termasuklah selebriti popular, Azwan Ali.
Mungkin niat Azwan sekadar mahu berkongsi gambar tersebut kepada pengikutnya di laman sosial, namun tak semua bersetuju dengan perbuatan selebriti tersebut.
Antaranya aktor Sharnaaz Ahmad yang mengkritik tindakan Azwan yang sempat bermonopod di kala waktu bertafakur dijalankan.
Antara bait-bait kata ‘pedas’ yang ditujukan buat Azwan adalah, “aku tak perlu cakap banyak untuk orang macam ni.. Doa yang baik-baik sudah.. Jangan sampai orang kapan dia nanti dengan monopod sekali..Peringatan pada pe-yelfie dan pe-wefi. Shame on you orang”.
Memang berani sungguh Sharnaaz ‘carut’ Diva AA yang terkenal dengan perkataan trademark ‘why bother, why bother, why bother’ ni kan! – MYNEWSHUB.MY
Memang berani sungguh Sharnaaz ‘carut’ Diva AA yang terkenal dengan perkataan trademark ‘why bother, why bother, why bother’ ni kan! – MYNEWSHUB.MY
TOP
Apek Tua Meninggal Dunia Lepas Terkejut Menang Loteri
Seorang apek tua tidak sempat menggunakan duit hasil kemenangan loteri selepas dirinya disahkan meninggal dunia di Bukit Cina, Melaka, baru-baru ini.
Menurut sumber China Press, lelaki warga emas yang dikenali sebagai Yong itu dilaporkan pengsan dan meninggal dunia selepas mengetahui dirinya memenangi sejumlah wang loteri menerusi sebuah akhbar.
Yong, 62, seorang peniaga gerai mee dikatakan terlampau gembira dengan kemenangannya malah sempat menjerit kegembiraan sebelum rebah ke lantai.
Pekerjanya yang terkejut dengan insiden tersebut telah menelefon pihak ambulans dan parademik mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di kedainya. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Haiwan seperti Obur-Obur terdampar di pantai AS
LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Ribuan makhluk hidupan laut berwarna biru ditemui terdampar di tepi Pantai Barat bermula dari Washington ke California Selatan, lapor akhbar Daily News kelmarin.
Makhluk itu yang kelihatan seperti spesies ubur-ubur tu dikenali sebagai Velella velella.
Pada kebiasaannya ia ditemui di tengah lautan.
Namun, kejadian berkenaan mencetuskan keterujaan dalam kalangan para pengunjung yang melihatnya buat pertama kali.
Ia sebesar tapak tangan dan sering ditemui di dalam lautan.
Menurut Pengerusi Jabatan Biologi di Kolej Semenanjung Monterey di Monterey, Dr. Kevin Raskoff, ubur-ubur itu boleh menyengat manusia.
Namun, katanya, sengatan itu tidak membawa maut. - Agensi
TOP
Mayat Bayi Ditemui Dalam Tali Air Di Langkawi
LANGKAWI – Mayat bayi lelaki dipercayai baru lahir dan masih bertali pusat ditemui dalam tali air di Kampung Titi Cangwang, Mukim Ulu Melaka, di sini, petang semalam.
Mayat bayi itu ditemui tersangkut pada ranting pokok dengan sebahagian badannya tenggelam dalam air, pada jam 6.30 petang oleh orang awam.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harrith Kam Abdullah, berkata ketika ditemui tiada sebarang kesan cedera dikesan pada fizikal bayi yang cukup sifat itu.
“Mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Langkawi, sebelum diuruskan penghantaran ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sembunyi dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. – BH Online
TOP
APMM Tahan Bot Nelayan Di Perairan Langkawi
LANGKAWI – Sebuah bot nelayan milik warga tempatan ditahan selepas dikesan menggajikan awak-awak asing tanpa kebenaran di kawasan Pulau Intan Besar, di sini, pagi semalam.
Bot pukat hanyut kelas A itu ditahan kapal peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 1 (DM1) selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika menuju kawasan penarak, kira-kira jam 5 pagi.
Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah, Kapten (Maritim) Zulkarnain Mohd Omar, berkata bot berkenaan ditahan di kedudukan kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Intan Besar dan hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan menggajikan dua warga Thailand tanpa permit sah di sisi undang-undang.
“Susulan itu, bot pukat hanyut terbabit ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen dengan menggunakan kru warganegara asing tanpa kebenaran Pengarah Perikanan Malaysia.
“Bot dan dua awak-awak warga Thai itu kemudian diserahkan kepada Unit Siasatan DM 1 untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hai ini.
Zulkarnain berkata, pihaknya percaya pengusaha bot nelayan tempatan kini lebih gemar menggaji warga asing berikutan gaji dibayar kepada mereka lebih rendah berbanding mengupah rakyat tempatan sebagai pekerja.
Justeru, katanya, APMM akan mempertingkatkan lagi pemantauan dan rondaan bagi membanteras sepenuhnya aktiviti yang menyalahi undang-undang di laut.
Katanya, orang ramai boleh membantu dengan menyalurkan maklumat awam yang lengkap kepada pihak APMM di talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Daerah Maritim Langkawi 04-9662750. – BH Online
TOP
Junta Thai Cetuskan Kemarahan Saudi
Bangkok – Arab Saudi semalam memanggil pulang diplomat paling kanannya selepas mengetahui abang suspek utama kes pembunuhan ahli perniagaan negara itu pada 1990, Mohammed al-Ruwaili akan dilantik menjadi anggota Parlimen baru Thai.
Ketua kedutaan Saudi Abdalelah Alsheaiby, dipanggil pulang lima hari sebelum pelantikan itu dibuat baru-baru ini.
Jeneral Somjate Boonthanom, bekas senator dan abang kepada Leftenan Jeneral Polis Somkid Boonthanom, defendan dalam kes itu, dilantik sebagai seorang daripada 197 anggota Parlimen oleh junta Thai.
Jurucakap Kementerian Luar, Sek Wannamethee berkata, setakat ini belum ada kenyataan daripada kerajaan Arab Saudi mengenai langkah untuk menurunkan hubungan diplomatik dengan Thailand.
Di samping itu, beliau berharap tindakan memanggil pulang Abdalelah hanya untuk berunding.- Agensi
TOP
70 Militan IS Terbunuh Dalam Pertempuran Di Syria
BEIRUT – Sekurang-kurangnya 70 orang militan Negara Islam (IS) terbunuh semasa mereka bertempur dengan tentera Syria dalam tempoh 48 jam di selatan wilayah Raqa, kata kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia semalam.
Kumpulan itu berkata, IS melancarkan serangan ke atas Lapangan Terbang Tentera Tabqa yang menjadi satu-satunya kubu tentera yang masih bertahan di Raqa pada lewat Selasa lalu.
Penyerang-penyerang tersebut melakukan serangan dengan menggunakan bom kereta tetapi gagal untuk menembusi pertahanan tentera Syria, kata kumpulan yang beribu pejabat di Britain itu.
“Sekurang-kurangnya 70 pejuang IS terbunuh dalam pertempuran selepas diserang dari udara, terkena peluru berpandu Scud dan periuk api,” kata ketua pasukan pemerhati, Rami Abdel Rahman.
Dia berkata, tentera Syria turut menggunakan bom barel bagi menyerang IS dari udara iaitu senjata yang sama bagi menentang militan-militan di kawasan selatan bandar Aleppo. – AFP
TOP
Nora Danish Bengang Akaun FB Digodam
PETALING JAYA – Pelakon Nora Danish mendedahkan akaun Facebook miliknya telah digodam oleh pihak tertentu pada Jumaat.
Nora menerusi laman Instagram Nora memberitahu dia akan membuat satu laporan polis berhubung perkara itu bagi mengenal pasti dalang disebalik kejadian berkenaan.
“Akaun peribadi Facebook saya digodam. Hilang semuanya. Saya akan buat laporan polis,” katanya dalam status berkenaan.
Dalam pada itu, Nora turut menyenaraikan 10 lagi akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya. Jelas Nora, dia berharap peminat tidak akan mengambil perhatian dan tidak tertipu dengan akaun palsu tersebut.
“Kesemua akaun Nora Danish di Facebook ini adalah bukan saya. Sila ambil perhatian, terima kasih,” katanya. Nora mendedahkan mengenai perkara berkenaan menerusi laman Isntagram miliknya pada Jumaat. Sementara itu, peminat aktres itu turut meluahkan rasa kesal dengan kejadian tersebut dan menyifatkan perbuatan pengodam berkenaan sebagai tidak berhati perut. Salah seorang pengikutnya iaitu @norumairahrosli berkata, perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu sengaja mencari publisiti murahan. “Tidak faham dengan orang-orang zaman sekarang. Dah tiada kerja sangat sampai nak godam akaun peribadi sosial media orang lain,” katanya. Manakala @azaamalia pula mempertikaikan tindakan pemilik akaun palsu menggunakan nama selebriti terkenal itu demi kepentingan diri sendiri. “Mereka yang buat begitu hanya ingin menumpang populariti Nora dan orang sebegini adalah parasit,” katanya. Komen lain yang ditinggalkan oleh peminat Nora antara lain menyokong tindakannya untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya daripada terus dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab. - mStar Online

Gol Mandzukic Bantu Atletico Julang Piala Super Sepanyol
GOl tunggal penyerang Mario Mandzukic membolehkan Atletico Madrid menewaskan Real Madrid pada aksi pusingan kedua Piala Super Sepanyol dengan agregat kemenangan 2-1.
Atletico menang 1-0 pada pertemuan kedua di Stadium Vicente Calderon, Madrid, Sepanyol, awal pagi Sabtu.
Pada pusingan pertama, kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Mandzukic melakukan rembatan kencang yang gagal ditampan penjaga gol Real, Iker Casillas selepas memanfaatkan hantaran yang dilakukan oleh pemain tengah Antoine Griezmann.
Pemain Atletico Madrid bergambar bersama trofi Piala Super Sepanyol selepas menewaskan Real Madrid dengan agregat kemenangan 2-1. Atletico bermula cemerlang dengan melakukan dua serangan pada babak pertama.
Pendatang baharu Real, James Rodriguez memulakan permainan di posisi sayap kiri manakala pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo direhatkan dibangku simpanan bersama penjaga gol baharu, Keylor Navas.
Real bangkit untuk memberikan asakan menerusi rembatan Rodriguez pada minit ke-25 tetapi tersasar.
Perlawanan Piala Super Sepanyol merupakan pertembungan yang diadakan sebelum permulaan kempen La Liga diantara juara Liga - Atletico (tahun ini) dan juara Copa del Rey tahun lalu - Real Madrid.
Kali terakhir Atletico menjuarai Piala Super Sepanyol adalah kira-kira 29 tahun yang lalu.
Barisan pemain:
Real Madrid: Casillas, Carvajal, Varane, Ramos, Coentrão (Marcelo 70'), Alonso, Kroos (Ronaldo 46'), Modrić, Rodriguez (Isco 65'), Benzema, Bale
Gol: Tiada
Atlético Madrid: Moya, Juanfran, Miranda, GodÃn, Siqueira, Tiago, Gabi, Koke, Griezmann (Jiménez 73'), Raúl GarcÃa (ÑÃguez 90'), Mandzukic (C. Rodriguez 85')
Gol: Mandzukic (2') - mStar

Kongres PKR Berlangsung Tanpa Pemimpin Utama PAS
SHAH ALAM – Majlis Perasmian Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-10 yang bermula Sabtu berlangsung tanpa sokongan sekutu Pakatan Rakyat (PR) iaitu PAS.
Tanpa kelibat pemimpin utama parti itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meneruskan Ucapan Dasarnya kira-kira pukul 9.50 pagi.
Hanya Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dilihat berada di dewan perasmian kongres berkenaan.
Sementara itu, DAP diwakili Ketua Parlimennya, Lim Kit Siang.
Difahamkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menghadiri majlis perasmian Institut Latihan PAS (ILPAS) yang dirancang lebih awal.
Selain itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kini berada di Sarawak atas urusan rasmi parti.
Ketidakhadiran pimpinan utama PAS termasuk Hadi dilihat mempunyai kaitan dengan konflik dalaman PR antara PKR dan PAS berhubung kerusi menteri besar Selangor.
Krisis politik Selangor membabitkan kerusi panas menteri besar sudah berlarutan sejak ‘Langkah Kajang’ dimulakan pada Mac lalu yang merancang untuk menggantikan Khalid.
Lebih merumitkan keadaan apabila Khalid enggan meletak jawatan walaupun diarahkan PKR untuk tempatnya diambil alih oleh Dr Wan Azizah.
PKR terus berhadapan masalah apabila Hadi turut menyatakan sokongan terbuka supaya Khalid terus kekal sebagai menteri besar, sebelum membuat pusingan U dengan memihak kepada Presiden PKR itu, selain menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. – mStar Online
TOP
Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) Tawar Geran RM 500,000
KUALA LUMPUR - Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb), kini menjangkau siri ketiganya, berazam untuk membantu menjadikan impian usahawan Bumiputera satu realiti.
Dalam satu kenyataan hari ini, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) berkata ia akan membantu individu atau syarikat baharu Bumiputera yang berpotensi mendapatkan geran berjumlah hingga RM500,000 melalui ide perniagaan mereka yang inovatif dan kreatif.
Pengarah Program Koridor Ekonominya, Bestari Abrar Nasiruddin, berkata dalam Siri 3, peserta-peserta mendapat peluang berharga untuk membuat pembentangan di hadapan ahli-ahli panel yang berpengetahuan dan pengalaman, bermula dengan Jerayawara BizPitch.
"Peringkat ini amat penting bagi kami untuk memilih peserta separuh akhir, berikutan permohonan yang sangat banyak dalam talian sebelum ini," katanya.
Beliau berkata berdasarkan piawaian tinggi bagi siri-siri sebelumnya, penanda aras untuk meneruskan pusingan berikutnya dijangka lebih tinggi lagi.
Bestari berkata beliau berharap kemasukan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia dalam senarai sepuluh agensi strategik kerajaan akan memberikan input yang berharga untuk memperkukuh lagi jenama Superb dan menambah baik proses pemilihan dan kualiti peserta.
Sementara itu, Teraju berkata Jerayawara BizPitch akan menyaksikan Superb mengadakan siri jelajah ke Johor Bharu, Kota Kinabalu, Kota Bharu, Sungai Petani, dan Cyberjaya untuk memperkenalkan program itu dan untuk memastikan ia sampai kepada orang ramai.
"Peserta separuh akhir yang terpilih akan melalui latihan intensif selama tiga hari di Cyberjaya dari 22 hingga 24 September.
"Ini bertujuan meningkatkan kemahiran membuat cadangan dan pembentangan perniagaan bagi separuh akhir dan kemungkinan mara ke pusingan akhir yang masing-masing akan diadakan pada 25 dan 27 Sept," katanya. - Bernama
TOP
MH17: 2 Lagi Jenazah Mangsa Nahas Dijangka Tiba Esok
THE HAGUE – Dua lagi jenazah mangsa nahas MH17 warga Malaysia – satu beragama Islam dan satu lagi Buddha – dijangka tiba di tanah air esok (Ahad).
Kedua-dua jenazah akan dibawa oleh pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) pada 12 tengah hari Sabtu dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi Ahad.
Difahamkan kedua-dua jenazah, yang identitinya belum boleh diumum itu, sudah diletak di dalam keranda dan bekas abu mayat serta dipindah ke Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol.
Pihak Kedutaan Malaysia di sini mengesahkan maklumat itu namun enggan mengulas lanjut.
Setakat ini, pihak berkuasa Belanda mengenal pasti 30 mayat rakyat Malaysia mangsa nahas MH17, termasuk 20 yang sudah dibawa pulang ke tanah air hari ini.
Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Selain 43 warga Malaysia, penumpang pesawat itu terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. – BERNAMA
TOP
Sanggup Bogel, Tetapi Marah Gambar Alat Sulit Dirakamkan…..
New York – Sanggup menyertai program realiti Dating Naked, iaitu sebuah rancangan berdating sambil bogel, namun kemudian menyaman penerbit rancangan kerana didakwa melepaskan adegan bergusti hingga menampakkan alat sulitnya.
Itu yang berlaku kepada salah seorang peserta program tidak bermaruah itu, Jessi Ninewitz, yang marahkan penerbit dan mendakwa penerbit rancangan itu, Viacom telah memanupulasi dan mempergunakannya hinggakan gambar alat sulitnya terlepas untuk tayangan.
Dia mendakwa penerbit berjanji akan mengaburkan alat sulitnya dalam adegan bergusti, tetapi dia tidak kisah berbogel dalam program itu.
Dalam adegan itu, Jessi dan pasangannya sedang bermain baling bola dalam keadaan bogel dan kedua-duanya kemudian bergusti di atas pasir di pantai.
Bahagian belakang punggungnya betul-betul mengadap kamera ketika aksi gusti itu dirakamkan.
Jelasnya, selepas sahaja adegan itu disiarkan di TV, dia mendapat banyak komen malah ada gambar itu dimuat naik dalam media sosial.
Selepas rakaman itu tersebar, Jessi berkata, lelaki yang berpacaran dengannya tidak lagi menghubunginya.
Dia kini menuntut saman sebanyak $10 juta dolar.
TOP
Khalid Ibrahim Puji Ketokohan Presiden PAS
SHAH ALAM 23 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang terpilih sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia.
“Tahniah kepada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, yang telah terpilih sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama’ Sedunia.
“Tokoh agama sekaligus ahli politik yang diiktiraf dunia. Moga terus istiqamah dalam perjuangan,” tulis Abdul Khalid di laman Facebooknya.
Abdul Hadi dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, semalam.
Perlantikan itu dibuat Pengerusi Kesatuan itu Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengekalkan jawatannya untuk kali keempat berturut-turut.
Dua lagi yang turut dilantik sebagai Naib Ketua bersama Abdul Hadi adalah Syeikh Raisuni dari Maghribi dan Syeikh Ahmed Al-Khalily Mufti Kesultanan Oman.
Perlantikan mereka dipersetujui oleh ulama dunia yang bersidang di Turki, semalam.
Sementara Presiden Sekretariat Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Samsudin dipilih salah seorang daripada 20 ahli jawatankuasa kesatuan itu. - Ezy @ Selangorku.com
41 TOP
Shaheizy Sam Belajar Cakap Seperti Mamak
PETALING JAYA – Pelakon Shaheizy Sam memberitahu terpaksa belajar bercakap seperti mamak bagi memberi kelainan terhadap lakonannya dalam filem Mamak Cupcake yang bakal ditayangkan bermula 28 Ogos ini.
Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 32, berkata, ia bagi membuatkan penonton percaya dengan watak tersebut kerana wajahnya lebih kemelayuan.
“Watak mamak ini memberi cabaran kepada saya kerana saya terpaksa membuat kajian tentang keseluruhan skrip yang diberi. Saya terpaksa cari di mana logiknya untuk saya menjadi seorang mamak kerana wajah saya Melayu.
“Jadi, saya rasa perlu belajar untuk bercakap seperti seorang mamak, nasib baik pelakon seperti Veerasingam yang menjadi ayah saya dalam filem ini, dan Accapan banyak membantu,” ujarnya.
Turut berlakon dalam filem itu ialah Siti Saleha, Faizal Ismail, Maria Farida, Azad Jasmin, Natasha Hudson dan Nur Risteena.
Tambah Sam, dia juga terpaksa membuat kajian keseluruhan filem itu bagi memastikan ia tidak sama seperti komedi lain.
“Ketika dapat skrip saya fikir macam mana nak beri kelainan dan menjadikan filem ini berbeza daripada filem komedi lain.
“Saya buat kajian bagaimana watak saya boleh berada dalam keluarga mamak, saya tidak mahu penonton melihat saya dan filem ini stereotaip sahaja. Alhamdulillah semua pelakon banyak membantu terutamanya Azad Jasmin,” ujarnya.
Sementara itu, pengarahnya Woo Ming Jin beruntung kerana Shaheizy Sam menyatakan persetujuan untuk membawa watak MJ dalam filem komedi ini.
Katanya, Sam merupakan pelakon pertama yang difikirkannya sesuai untuk menjadi peneraju filem ini.
“Saya sangat gembira bila Sam bersetuju untuk berlakon dalam filem ini. Manakala bagi watak-watak lain, mereka melalui proses sesi pencarian bakat dan menilai sama ada sesuai atau tidak dengan karaktor yang dicari,” katanya.
Tambahnya, filem ini merupakan filem ringan yang sesuai untuk ditonton oleh semua golongan masyarakat dan seisi keluarga.
Filem terbitan Grand Brilliance ini berkisarkan tentang seorang mamak yang bernama Mohamad Jamaludin atau dikenali sebagai MJ (Shaheizy Sam) yang berdepan dengan konflik dalam menentukan matlamat hidupnya.
MJ memilih untuk menceburi bidang pembuatan cupcake sedangkan bapanya mengimpikan untuk dia mengendalikan perniagaan tradisi mereka iaitu kedai mamak.
Filem Mamak Cupcake berdurasi 95 minit ini bakal ditayangkan diseluruh pawagam di Malaysia bermula 28 Ogos ini. - mStar Online
TOP
Siti Saleha Enggan Terima Watak Ibu Tua
PETALING JAYA – Pelakon Siti Saleha menganggap usianya yang masih mudah belum sesuai untuk memegang watak sebagai ibu yang sudah mempunyai cahaya mata berusia lebih daripada lapan tahun.
Siti Saleha, 24, berkata, dia terpaksa menolak tawaran yang mahukan dia melakonkan watak itu kerana dianggap terlalu berat untuk dilakonkan.
“Cukuplah dalam drama pada Ramadan lalu iaitu Ramadan Jangan Pergi di mana saya membawa watak ibu yang sudah mempunyai anak berusia lebih lapan tahun, buat masa ini saya tidak akan ambil watak seperti itu lagi.
“Usia saya baru 24 tahun dan watak sebegitu terlalu tua untuk saya. Kalau watak ibu yang mempunyai bayi seperti cerita Nora Elena itu saya boleh terima lagi,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis tayangan filem Mamak Cupcake, di Cathay Curve, di sini, malam Khamis lalu.
Bagaimanapun, Siti Saleha berkata, dia tidak menyesal membawakan watak ibu dalam drama Ramadan Jangan Pergi yang disiarkan sepanjang Ramadan lalu.
Dia juga menganggap ia sebagai satu cabaran kepadanya dalam membawa pelbagai watak terutama yang tidak pernah dibawakan sebelum ini.
“Saya gembira apabila ramai penonton suka dengan watak ibu yang saya bawa dalam drama itu, saya tidak menyesal kerana ia merupakan pengalaman pertama saya.
“Saya anggap ia sebagai satu cabaran sebagai pelakon tetapi kalau boleh biarlah hanya drama itu sahaja buat masa ini,” katanya.
Sementara itu, Siti Saleha yang turut terlibat dalam filem komedi berjudul Mamak Cupcake terbitan Grand Brilliance ini mengakui selesa bergandingan dengan pelakon lelaki kegemarannya Shaheizy Sam.
Katanya, Sam seorang pelakon lelaki yang sangat berkebolehan dalam membawakan pelbagai watak dengan baik.
“Ini merupakan pertama kali saya berlakon dengan Sam dan saya merupakan salah seorang peminat dia.
“Dia seorang pelakon yang tidak streotaip yang mana boleh bawa semua watak yang diberikan dengan baik sekali,” katanya.
Dalam filem Mamak Cupcake, Siti Saleha memegang watak sebagai Juliana anak kepada Datin Nora (Maria Farida) yang merupakan penganjur kepada pertandingan Cupcake Kebangsaan.
Dia akhirnya jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bernama MJ (Shaheizy Sam) yang turut mengambil bahagian dalam acara pertandingan itu.
Filem Mamak Cupcake akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 28 Ogos ini. - mStar Online
TOP
Roket SpaceX Meletup Selepas Dilancarkan
MCGREGOR, Texas – Sebuah roket SpaceX meletup selepas dilancarkan semasa ujian penerbangan di tapak pembangunan syarikat itu Texas.
Menurut kenyataan SpaceX, tiada seorang pun yang cedera dalam letupan itu.
Jurucakap SpaceX, John Taylor, berkata ujian penerbangan itu membabitkan roket Falcon 9 versi tiga enjin yang boleh diguna semula.
Beliau berkata, “kejanggalan” dikesan pada roket berkenaan dan pemusnahan dilakukan secara automatik.
Katanya, roket berkenaan kekal dalam kawasan penerbangan yang ditetapkan dan seorang wakil Pentadbiran Udara Persekutuan (FAA) hadir pada masa itu. – AP
TOP
Jenazah ADUN Pengkalan Kubor Selamat Dikebumi
TUMPAT – Jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Surau, Pasir Pekan di sini Sabtu malam.
Allahyarham Noor Zahidi, 57, meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China pada 5.45 pagi, Rabu lepas.
Jenazah Noor Zahidi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Guangzhou sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Subang untuk berlepas ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa menggunakan pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia.
Kira-kira 500 orang menyambut ketibaan jenazah termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub dan Speaker DUN Kelantan Abdullah Ya’kub.
Jenazah dibawa ke kediaman Allahyarham di Kampung Surau Pasir Pekan di sini untuk disembahyangkan sebelum dikebumi pada kira-kira 11.50 malam.
Allahyarham merupakan ADUN Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno bahagian Tumpat selama empat penggal
Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon BEBAS Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA
TOP
Takut Dilapor Ponteng, Murid Sembunyi Dalam Hutan
TEMERLOH – Seorang murid tahun enam, yang dikhuatiri hilang dalam kawasan hutan bersebelahan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Lanchang pagi Jumaat, berjaya ditemui pasukan penyelamat pada petang hari sama.
Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, Muhammad Shamil Ikhwan, 12, ditemui pada 6.20 petang, kira-kira satu kilometer dari kawasan dia dilaporkan hilang.
“Murid itu ditemui di ladang kelapa sawit dekat situ dalam keadaan keletihan kerana hampir sembilan jam bersembunyi di situ.
“Bagaimanapun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan namun kita akan membawa dia ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk pemeriksaan,” katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.
Beliau berkata, murid Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang itu dilapor melarikan diri dari sekolahnya pada 9.30 pagi.
Zundin berkata, siasatan awal mendapati mangsa melarikan diri kerana bimbang dimarahi ibu bapa serta gurunya ekoran sering ponteng sekolah dan gagal menyiapkan kerja rumah.
“Menurut murid itu juga, dia terlewat hadir ke sekolah dan kebetulan sekolahnya menganjurkan program solat hajat bersama ibu bapa bersempena peperiksaan UPSR yang bakal diduduki 18 hari lagi.
“Dia yang bimbang gurunya akan mengadu perihal dirinya kepada keluarga kemudian bertindak melarikan diri dari sekolah,” katanya.
Mangsa sebelum itu, katanya, dilihat bersama murid lain mengikuti program solat hajat sebelum berjalan keluar dari sekolah sendirian menuju ke arah hutan berkenaan.
Ekoran itu, beberapa guru keluar mencari Muhammad Shamil di kawasan hutan berkenaan namun gagal menemuinya sebelum bertindak membuat laporan polis.
Beliau berkata, susulan itu, tiga anggota dari Balai Polis Lanchang, lima anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan 15 penduduk kampung melancarkan gerakan mencari mangsa sebelum menemuinya di kawasan hutan berkenaan. – BERNAMA
TOP
Swasta, GLC Bertafakur Untuk Jenazah MH17
KUALA LUMPUR – SIRIM Berhad (SIRIM) antara organisasi yang menyertai Hari Berkabung Negara bagi menghormati kepulangan jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 hari ini.
SIRIM dalam satu kenyataan media memberitahu, pengurusan dan seluruh anggota kerja SIRIM bertafakur dan menghadiahkan bacaan doa kepada semua rakyat Malaysia yang terkorban dalam insiden itu. “Pihak pengurusan kanan SIRIM dan sebahagian anggota kerja berhimpun dalam satu majlis ringkas di Bilik Taklimat, Bangunan 5 di kompleks ibu pejabat SIRIM di sini untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah serentak dengan Istiadat Penerimaan Jenazah Warga Malaysia MH17 yang berlangsung di KLIA. “Bacaan Al-Fatihah disiarkan melalui sistem siar raya ke seluruh kompleks ibu pejabat. Kesedihan juga begitu dirasai sebilangan anggota kerja SIRIM berikutan seorang daripada mangsa tragedi itu, Allahyarham Tambi Jiee pernah berkhidmat dengan SIRIM sebagai Penyelidik dari 2 Januari 1991 sehingga 9 Jun 1997,” kata kenyataan itu hari ini. Sementara itu, Kumpulan AmBank Group turut memaklumkan warga syarikat perbankan itu turut menyertai rakyat Malaysia dalam Hari berkabung Negara hari ini dan bertafakur untuk mangsa.
Menurut kenyataan itu, semua kakitangan AmBank diminta supaya bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah nahas MH17 pada pukul 10.54 pagi. – mynewshub.my

LHDN Beroperasi Di UTC Johor Bermula 25 Ogos
KUALA LUMPUR – Kaunter Perkhidmatan Cukai Pendapatan dan Duti Setem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan beroperasi di di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor bermula 25 Ogos ini.
LHDN dalam satu kenyataan media memberitahu, lokasi kaunter itu di Tingkat 2 – UTC – 05 dan 06, Galleria@Kotaraya, Jalan Trus, Johor Bahru.
“Kaunter LHDN di UTC Johor ini menyediakan perkhidmatan yang terhad iaitu nasihat cukai pendapatan pada setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 10 malam.
“Perkhidmatan lain adalah Duti Setem (penerimaan bayaran hingga pukul 3.30 petang sahaja) pada pukul 8 pagi hingga 5 petang dari hari Ahad hingga Rabu dan 8 pagi hingga 3.30 petang pada hari Khamis,” kata kenyataan itu hari ini.
LHDN memaklumkan, sebanyak enam UTC telah beroperasi di seluruh negara untuk memberi kemudahan kepada rakyat melakukan urusan berkaitan mendapatkan nasihat percukaian dan duti setem.
“Kami berharap operasi UTC yang ke-7 di Johor ini akan terus membantu orang ramai di sekitar daerah berkenaan menyempurnakan urusan berkaitan,” kata kenyataan itu. – mynewshub.my
TOP
VIDEO: Penunggang Motosikal Tergamam Bas Salah Masuk Laluan
SIAPA yang tidak tergamam jika tiba-tiba sebuah bas tiba-tiba masuk secara bertentangan ke laluan jalan yang anda lalui?
Justeru, kami tidak menyalahkan penunggang motosikal dalam rakaman video di Singapura ini biarpun dia memberhentikan motosikalnya di hadapan bas yang sedang bergerak itu.
Kalau diikutkan, pemandu bas itu masih sempat untuk memberhentikan kenderaan itu kerana ia dipandu secara perlahan.
Namun, entah apa yang difikirkannya sehingga dia terus memandu sehingga melanggar penunggang motosikal itu.
Mujurlah dia tidak digilis oleh tayar bas tersebut…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
MH17: Teater Bahayanya Wanita Hari Ini Dibatalkan
Demi menghormati kepulangan 20 jenazah warga Malaysia mangsa MH17 yang dibawa pulang dan disemadikan di tanah air, hari ini pihak produksi teater Bahayanya Wanita telah membatalkan pementasan teater tersebut untuk tayangan malam ini.
Pembatalan tersebut dikongsikan oleh salah seorang pelakonnya iaitu Nora Danish menerusi akaun Instagramnya, pagi tadi.
Teater Bahayanya Wanita turut dibintangi pelakon popular Erra Fazira, Datin Umie Aida dan Zizan Razak. Pementasan tersebut sepatutnya dijadualkan berlangsung dari 20 sehingga 24 Ogos ini bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya. – MYNEWSHUB.MY

MH17: TPM Puas Hati Kelancaran Ketibaan, Pengebumian
Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa puas hati terhadap kelancaran proses ketibaan sehinggalah pengebumian jenazah mangsa-mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17, yang dibawa pulang dari Amsterdam hari ini.
Timbalan perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh menghadiri pengebumian anak tempatan Pagoh, seorang daripada penumpang mangsa tragedi itu, Mohd Ali Mohd Salim, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja di sini.
Beliau menyatakan rasa puas hati terhadap kelicinan proses pengebumian dan persemadian jenazah mangsa MH17 di beberapa tempat lain di seluruh negara.
“Alhamdulillah, upacara pengebumian jenazah Allahyarham telah selesai dan saya juga mendapat maklumat tempat-tempat lain juga berjalan lancar dengan cuaca yang baik, walaupun ia amat menyedihkan tetapi saya lihat waris allahyarham tabah dan menerimanya sebagai ujian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pengebumian Allahyarham Mohd Ali yang dihadiri ribuan penduduk tempatan, yang turut berkongsi kesedihan dengan pemergian beliau.
Mohd Ali, 30, merupakan pelajar kedoktoran di Erasmus Universitiy, Belanda dan dalam penerbangan pulang ke Malaysia untuk menyambut Hari Raya
Aidilfitri apabila pesawat MH17 itu terhempas ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
Sebelum itu, Muhyiddin turut bersama ribuan penduduk tempatan bersembahyang jenazah di Masjid Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh dan di kediaman keluarga Mohd Ali di Kampung Jayor, di sini.
Menurut Muhyiddin, Hari Perkabungan Negara yang diisytihar sebagai penghormatan kepada mangsa tragedi dan 20 jenazah kumpulan pertama dibawa pulang hari ini, memberikan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia seluruh negara yang dapat merasakan peristiwa hari ini amat bermakna dan telah menyatupadukan mereka dalam kesedihan. – Bernama
TOP
MAS Adakan Majlis Tahlil Untuk Mangsa MH17
KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) akan mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk kakitangan syarikat itu yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 dipercayai ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lalu.
MAS dalam satu kenyataan media memberitahu, majlis itu akan diadakan Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya di sini pada 26 Ogos ini.
“Majlis ini memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi penghormatan dan membaca doa untuk mangsa nahas itu. Majlis ini turut melibatkan solat khas untuk MH370,” kata kenyataan itu hari ini.
MAS dalam pada itu memberitahu, sebagai menghormati kepulangan jenazah nahas MH17 hari ini, syarikat itu membekalkan reban hitam kepada kakitangannya sebagai simbolik bersedih terhadap tragedi itu.
Menurut kenyataan itu, semua jabatan dalam MAS bertafakur selama dua minit dan membaca al-Fatihah untuk mangsa pada pukul 10.55 minit pagi ini.
Kata kenyataan itu, MAS turut memberi masa pelepasan untuk kakitangannya di ibu negara dari pukul 10 pagi hingga 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada rakan-rakan mereka yang terkorban dalam tragedi itu. – mynewshub.my
TOP
GAMBAR: ‘Kepulangan’ Jenazah Mangsa MH17
Mynewshub.my berada di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak pagi tadi membuat liputan Istiadat Penghormatan Jenazah Mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine pada 17 Julai lalu.
Seluruh negara hari ini berduka sempena Hari Berkabung Negara yang juga hari jasad mangsa rakyat Malaysia ini pulang kembali untuk disemadikan di tanahair selepas 37 hari berada di luar negara sejak nahas itu berlaku.
Berikut adalah rentetan perjalanan hari kedukaan buat Malaysia ini dalam bentuk foto yang dirakamkan sejak ketibaan jenazah di KLIA sehinggalah selesainya pengebumian dua jenazah iaitu Pembantu Juruterbang Ahmad Hakimi Hanapi, 29, dan Pramugari MAS Nur Shazana Mohamad Salleh.
Kemudian, rentetan gambar seterusnya memaparkan saat-saat jenazah Ahmad Hakimi dan Nur Shazana tiba di Masjid Putra, Putrajaya untuk disolatkan di mana para juruterbang iaitu rakan sejawat Ahmad Hakimi berbaris untuk menyambut jenazah rakan mereka itu.
Selepas itu, ketika jenazah hendak dibawa keluar untuk bergerak ke Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya, bapa Nur Shazana berjalan di hadapan keranda yang membawa jenazah anaknya biarpun terpaksa di bantu oleh ahli-ahli keluarganya.
Mohd Salleh Samsudin biarpun berjalan agak perlahan tetapi beliau terlalu mahu mengiringi anaknya itu pada perjalanan menuju destinasi akhirnya di Putrajaya.
Urusan pengebumian Nur Shazana dan Ahmad Hakimi selesai pada pukul 3.30 petang. Urusan mengebumikan jenazah Ahmad Hakimi terpaksa ditangguhkan seketika dan disambung semula selepas Solat Jumaat.
Berikut ialah gambar-gambar suasana di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, tempat di mana kedua-dua jasad itu disemadikan buat selama-lamanya.
- Mynewshub.my
Oleh : Ibnu K | Foto dan Video : Riza Razak

7 Tips Untuk Kurangkan Bajet Dan Kos Perkahwinan Anda
Majlis perkahwinan sememangnya merupakan majlis penting dalam masyarakat Melayu.
Tidak ada bakal pengantin yang inginkan majlis perkahwinan mereka setakat ‘cukup syarat’ dan ala kadar.
Mungkin ada diantara anda yang inginkan majlis yang indah dan juga nampak mewah tetapi tak mahu menanggung hutang yang tinggi.
Yalah, kalau nak majlis yang gilang gemilang, mestilah kosnya juga gilang gemilang. Jadi bajet perkahwinan itu sangat penting dan biarlah bajet itu mengikut kemampuan.
Kami ingin kongsikan panduan untuk menjimatkan kos perkahwinan anda dan tips ini boleh digunakan dalam segala bentuk majlis perkahwinan, sama ada kecil atau besar.
1. Tetapkan jumlah jemputan
Lebih ramai orang yang anda jemput ke majlis perkahwinan anda, maka lebih besar kos yang perlu dibelanjakan. Cuba untuk membuat senarai jemputan perkahwinan yang terhad kepada rakan-rakan terdekat dan saudara-mara, dan bukan semua orang yang anda pernah temui dalam hidup anda. Bila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
2. Kad tetamu jemputan
Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik. Untuk menjimatkan kos, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam satu kad sahaja. Selain itu, sekarang pun sudah popular dimana bakal pengantin menjemput tetamu melalui Facebook sahaja.
3. Makanan
Semasa mengadakan kenduri kahwin, belanja makanan merupakan antara belanja yang paling banyak menelan kos. Jika anda memilih untuk menempah makanan dari catering, pastikan anda memilih makanan yang sesuai dan tidak keluar dari bajet yang telah anda tetapkan.
Kebanyakan servis katering menyediakan perkhidmatan pakej katering termasuk khemah dan pelamin pada kuantiti tertentu. Contohnya, RM10 sekepala termasuk khemah, meja, kerusi dan pelamin pada kuantiti minimum 500 orang jemputan. Survey harga catering pada sekurang-kurangnya 3 atau 4 tempat dan mengenal pasti apa yang pilihan terbaik yang ada.
Jika anda ingin gotong royong memasak sendiri makanan untuk jemputan, pastikan anda mempunyai cukup “kakitangan” yang terdiri daripada ahli keluarga, kawan-kawan, kawan kepada adik beradik kita atau anda boleh mengupah budak-budak yang tinggal di kampung berhampiran untuk membantu.
Kami syorkan jika anda tidak mahu pening kepala dan tak nak berpenat lelah, gunakan sahaja khidmat katering.
4. Borong Aksesori Perkahwinan
Jika anda memerlukan aksesori perkahwinan, maka belilah dari pemborong peralatan perkahwinan bukan kedai peralatan perkahwinan, anda akan menjimatkan banyak dengan cara ini. Namun sekarang, terdapat banyak pilihan yang boleh didapati melalui internet juga.
5. Jimat Kos Pakaian Pengantin
Pakaian pengantin boleh menjadi sebuah perbelanjaan yang besar, bahkan ia hanya akan digunakan sekali seumur hidup. Maka kita perlu bijak untuk menetapkan kos pakaian kahwin.
Cara yang dapat kita lakukan untuk jimat adalah dengan membeli pakaian kahwin terpakai yang masih dalam keadaan yang baik. Kebiasaannya, pengantin hanya akan menggunakan pakaian kahwin sekali sahaja. Maka pasti pakaian tersebut masih dalam keadaan yang baik semasa kita pinjam.
Cara lain adalah, tanya kawan-kawan dan saudara-mara jika mereka ada pakaian kahwin yang boleh anda pinjam atau sewa. Jangan lupa pastikan pakaian tersebut sesuai dengan saiz tubuh badan anda!
6. Lokasi
Pertimbangkan lokasi yang dipilih. Jika anda ingin mengadakan kenduri di kawasan perumahan anda, pastikan kawasan jalan raya tersebut sesuai untuk diletakkan khemah. Seperti yang dikongsikan dalam point ke-3 sebelum ini, anda boleh berjimat dengan memilih servis katering yang turut menyediakan pakej percuma khemah, meja, kerusi dan pelamin pada harga yang berpatutan.
Namun jika lokasi berhampiran rumah tidak sesuai untuk diadakan majlis kenduri, anda boleh juga sewa dewan yang berdekatan dan sesuai. Anda boleh senaraikan dewan-dewan yang terdapat di sekitar anda seperti dewan masjid, dewan kawasan perumahan, dewan badminton sekolah, dewan serbaguna perumahan, dewan serbaguna universiti dan sebagainya. Apa yang perlu anda lakukan adalah senaraikan dewan yang terdapat berhampiran kawasan anda, kemudian dapatkan nombor telefon ahli jawatankuasa dan tanyakan kos sewa dewan selama sehari. Pilih lokasi dewan yang sesuai menurut dengan anda pada kos yang paling jimat!
7. Checklist
Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini anda juga boleh mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh memantau bajet perkahwinan anda jika ‘terlebih’ atau ‘terkurang’.
Sumber: alhikmah
Oleh: hzqahmd

Demam Berdarah Ragut 13 Nyawa Di Congo
KINSHASA – Demam berdarah yang tidak diketahui puncanya sudah menyebabkan kematian 13 orang di barat laut Republik Demokratik Congo, menurut seorang pegawai Kementerian Kesihatan.
“Semua 13 orang yang maut itu mengalami demam, cirit-birit, muntah dan pada peringkat serius, muntah hitam,” kata Dr Felix Kabange Numbi.
Sehingga kini, kira-kira 80 orang yang pernah bersua dengan mangsa sudah dimasukkan ke hospital. – AFP
TOP
Tanah Runtuh Ragut 39 Nyawa Di Jepun
TOKYO – Beribu-ribu anggota penyelamat menggeledah kediaman yang ranap akibat tanah runtuh di barat Jepun semalam dengan harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup, sehari selepas tembok lumpur meragut sekurang-kurangnya 39 nyawa.
Anggota polis, bomba dan tentera bekerja sepanjang malam untuk mencari tujuh mangsa yang dipercayai masih tertimbus dalam timbunan runtuhan dan lumpur.
Berpuluh-puluh buah rumah tertimbus apabila lereng beberapa buah bukit runtuh selepas hujan lebat turun selama tiga jam di bandar Hiroshima.
Jumlah hujan yang turun kelmarin menyamai taburan hujan untuk tempoh tiga bulan.
Antara mangsa yang masih hilang termasuk seorang pemain pasukan besbal sebuah sekolah tinggi tempatan yang dipercayai tertimbus dalam banjir lumpur tersebut.
“Saya melihat mesej Twitter yang menyatakan dia belum ditemui,” kata seorang remaja dalam satu temu bual bersama stesen televisyen Fuji.
“Kami belajar di sekolah menengah rendah yang sama. Saya mahu dia ditemui segera kerana pastinya dia menderita,” tambah remaja itu.
Menurut stesen berkenaan, operasi mencari di lokasi kejadian berlarutan hingga pagi semalam namun remaja lelaki itu dan bapanya masih belum ditemui.
Antara 39 mangsa yang mati pula termasuk dua adik beradik lelaki masing-masing berusia dua dan 11 tahun yang disahkan terkorban selepas dikeluarkan daripada timbunan lumpur.
Pada Oktober tahun lalu, berpuluh-puluh orang terbunuh apabila hujan lebat yang dibawa ribut taufan menyebabkan kejadian tanah runtuh di Pulau Oshima, selatan bandar raya ini. – AFP
TOP
Rejim Zionis Tingkat Serangan Di Gaza
BANDAR GAZA – Tiga komander Hamas dan empat kanak-kanak antara 15 penduduk Gaza yang terbunuh dalam keganasan Israel selepas tentera rejim Zionis meningkatkan serangan udara dalam konflik yang masuk hari ke-45 semalam.
Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan Palestin, Ashraf al-Qudra berkata, tiga komander Briged Ezzedine al-Qassam merupakan antara tujuh orang yang terbunuh selepas sebutir peluru berpandu Israel mengenai sebuah rumah di bandar Rafah sebelum subuh semalam.
Briged Ezzedine al-Qassam yang merupakan sayap tentera pergerakan Hamas memberitahu, tiga komander Hamas yang terbunuh itu dikenali sebagai Mohammed Abu Shamala, Raed al-Atar dan Mohammed Barhum.
Serangan tersebut berlaku hampir 36 jam selepas satu serangan udara tentera Israel membunuh isteri dan bayi seorang lagi komander Hamas, Mohammed Deif di bandar Gaza kelmarin.
Tidak lama selepas serangan itu, seorang lagi terbunuh dalam satu serangan lain di kem pelarian Nusseirat, tengah Gaza.
Kata Ashraf, pada waktu pagi semalam Israel melancarkan dua lagi serangan yang menyasarkan dua kumpulan penduduk di di Bandar Beit Lahiya dan bandar ini dengan menyebabkan tujuh orang termasuk empat kanak-kanak terkorban.
Serangan di Bandar Beit Lahiya itu membunuh seorang lelaki dan seorang budak lelaki berusia 13 tahun, manakala lima penduduk termasuk tiga kanak-kanak mati di sini.
Seorang lagi penduduk di kem pelarian Nusseirat turut meninggal dunia semalam akibat kecederaan yang dialaminya dalam serangan sebelum ini.
Jumlah korban terbaharu itu menjadikan seramai 2,065 penduduk Palestin terbunuh selepas Israel melancarkan serangan ke wilayah berkenaan lebih sebulan lalu dengan alasan mahu menghentikan bedilan roket oleh pejuang Palestin di Gaza.
Bagi pihak Israel, seramai 16 penduduk Israel yang majoritinya askar terkorban dalam konflik tersebut.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, sejumlah satu pertiga daripada angka korban di Gaza terdiri daripada orang awam. – AFP
TOP
Tak perlu pertikai kelayakan Azizah
SHAH ALAM - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan tiada keperluan untuk mempertikai kelayakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Menurutnya, Wan Azizah berpengalaman memimpin parti itu selama 16 tahun sehingga parti itu menjadi parti yang sehebat naga.
"Sudah tentu Presiden kita layak untuk memegang jawatan MB. Beliau memimpin parti selama 16 tahun dan memastikan PKR ini bukannya parti nyamuk seperti yang disebut dulu. Sekarang parti nyamuk tak jadi nyamuk dah.
"Kita (PKR) jadi naga dah. Alhamdulillah dan ia dipimpin oleh seorang wanita dan beliau juga ketua pembangkang pertama dalam Dewan Rakyat," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas perasmian persidangan Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR, hari ini.
Selain itu, beliau yakin pemerintahan Wan Azizah nanti yang akan dibantu kepimpinan lain akan menjadikan Selangor lebih baik daripada sekarang.
"Jadi, tiada isu tentang kelayakan beliau.
"Selain itu, sudah tentu akan ada kepimpinan lain yang akan membantu beliau bersama-sama memastikan bahawa Selangor ini akan terus mara dengan agenda-agenda perubahan. Jauh lebih baik daripada apa yang ada sekarang," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang juga anak kepada Wan Azizah menyentuh soal ketabahan ibunya itu dalam memimpin parti dan menguruskan enam orang anak ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara.
"Ranjau yang paling sukar di mana beliau mampu menunjukkan kepimpinan ketika ayah dipenjara. Pada waktu yang sama ada enam orang anak. Adik saya yang paling kecil berusia 6 tahun ketika ayah dipenjara.
"Bayangkan selama enam tahun, dia terpaksa menjadi pemimpin parti politik. Bekerjasama dengan dua lagi komponen parti untuk menubuhkan satu pakatan dan menghantar anak-anak ke sekolah.
"Tentunya semua ini memberikan beliau kebolehan untuk 'empatize the average women'. Pada saya sifat empati itu penting dan inilah kualiti yang terpenting buat saya," katanya. - Sinar Harian
TOP
La Liga: Neymar cedera lagi; belum pasti temu Elche
BARCELONA: Penyerang Barcelona, Neymar tercedera lagi apabila terkehel pergelangan kaki dan kini bergelut untuk berdepan Elche dalam perlawanan pertama Liga Sepanyol, Ahad ini.
"Neymar kesakitan di pergelangan kaki kiri selepas menamatkan latihan, hari ini dan ujian menunjukkan pemain ini menanggung kecederaan agak berat," kata kenyataan kelab berkenaan.
Hanya pada Isnin lalu, pemain Brazil itu mendapat 'lampu hijau' daripada staf perubatan untuk kembali beraksi sejak mengalami keretakan pada tulang bahagian vertebra ketika aksi suku akhir Piala Dunia menentang Colombia, awal Julai lalu.
Sebelum ini, Neymar dilaporkan sudah hampir kembali kepada tahap asal apabila beraksi membantu Barca membelasah kelab Mexico, Leon 6-0 dalam perlawanan persahabatan.
Gergasi Sepanyol itu akan memulakan cabaran di tempat sendiri menentang Elche di bawah jurulatih baru, Luis Enrique yang mahu membina semula pasukan yang gagal memenangi sebarang trofi buat pertama kali sejak enam tahun. - REUTERS
TOP
Seorang Kanak-kanak Israel Maut Dalam Serangan
Seorang kanak-kanak Israel berusia empat tahun telah meninggal dunia selepas mortar yang dilancarkan dari Gaza terkena sebuah kereta di selatan negara ini.
Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia sejurus selepas tiba di hospital tempatan.
Jumaat lepas, roket Hamas juga terkena rumah ibadat, mencederakan tiga orang.
Kanak-kanak itu adalah warga Israel keempat terbunuh sejak permulaan konflik bersenjata pada bulan Julai. Angka tersebut sangat kecil jika dibandingkan dengan warga awam Palestin yang terbunuh- SiakapKeli.com
TOP
Penglibatan Rakyat Jayakan Hari Perkabungan Negara
KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata penglibatan seluruh masyarakat dalam menjayakan Hari Perkabungan Negara hari ini adalah sangat luar biasa dan mengagumkan.
Sambil menzahirkan rasa puas hati terhadap peranan dan liputan yang dibuat media, beliau berkata walaupun istiadat memberi penghormatan kepada jenazah mangsa nahas MH17 itu hanya berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), namun ia dapat dirasai dan dihayati rakyat di seluruh negara.
“Walaupun ia berpusat di KLIA tetapi pergerakan kenderaan yang membawa jenazah ke beberapa negeri mendapat penglibatan menyeluruh rakyat dan ia adalah amat luar biasa sekali.
“Ia menggambarkan yang menggerakkanya bukan kenderaan, bukan tangan tetapi yang menggerakkannya ialah hati-hati kita semua yang menunjukkan kita semua amat bersatu hati,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Selepas 37 hari tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 ditembak jatuh di Ukraine, jenazah 20 daripada 43 rakyat Malaysia tiba di tanah air pagi tadi dan diberikan penghormatan mengikut istiadat ketenteraan sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berkenan menyambut ketibaan jenazah disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berhubung cara sambutan bagi menyambut ketibaan jenazah seterusnya dari Amsterdam pada Ahad ini, Ahmad Shabery berkata kaedah sambutan adalah sama kecuali hari tersebut tidak diisytiharkan sebagai hari bergabung seperti hari ini.
Terdahulu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata tiga lagi jenazah warganegara Malaysia mangsa nahas pesawat MH17 mungkin dibawa pulang ke tanah air, Ahad ini.
Menurutnya dua jenazah telah mendapat pelepasan pulang manakala satu lagi masih menunggu pengesahan pihak berkuasa Belanda. – BERNAMA
TOP
Video Instagram Pengubat Rindu Keluarga Hamfazlin Sham
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Video yang dimuat naik menerusi laman sosial Instagram dengan kapsyen "Bismillah..#hatiadasikitgentar" menjadi simpanan anggota keluarga Allahyarhamah Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, 37, pramugari Malaysia Airlines (MAS) yang terlibat dalam nahas pesawat MH17.
Video itu dirakam dan dimuat naik menerusi laman sosial Instagram milik seorang penumpang pesawat MH17, Mohd Ali Mohd Salim sebelum pesawat itu berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lepas dan rakaman itu tersebar luas menerusi laman-laman sosial Internet.
Menurut sepupu Allahyarhamah Hamfazlin Sham, Roziawati Che Abdul Aziz, 32, video dengan durasi 15 saat itu memperlihat kelibat Allahyarhamah Hamfazlin Sham yang sedang menutup ruangan bagasi di dalam perut pesawat.
Roziawati berkata video itu kini disimpan sebagai tatapan setiap kali beliau dan anggota keluarga lain merindui dan ingin melihat wajah Allahyarhamah Hamfazlin Sham yang disifatkan sebagai seorang peramah.
"Walaupun hanya terlihat kelibat Allahyarhamah Hamfazlin sedang menjalankan tugasnya di dalam perut pesawat, tetapi video itu amat bermakna buat saya dan keluarga kerana sekurang-kurangnya kami dapat melihat wajahnya," katanya.
Roziawati berkata demikian kepada Bernama ketika dalam perjalanan menuju ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak, dekat sini untuk upacara pengkebumian jenazah Allahyarhamah Hamfazlin Sham.
Sementara itu, adik bongsu Allahyarhamah Hamfazlin Sham, Hamnelly Sham, 34, berkata video itu menjadi bukti kukuh bahawa kakaknya adalah seorang daripada anak kapal yang terlibat dalam tragedi tersebut. "Pada awal mendengar berita pesawat MH17 terhempas dan semua penumpang termasuk anak kapal terkorban, kami sekeluarga berharap agar Allahyarhamah Hamfazlin Sham tidak terlibat, tetapi setelah melihat video itu, kami menerima takdir bahawa Allah lebih sayangkan dia. "Saya ada menyimpan video itu, meskipun hanya sekejap dapat melihat wajah kakak saya. Itu adalah kali terakhir saya melihat wajah beliau," katanya dalam nada sebak. Jenazah Allahyarhamah Hamfazlin Sham adalah antara 20 jenazah mangsa tragedi nahas MH17 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang melalui penerbangan khas Malaysia Airlines dari Amsterdam pagi tadi. Sehingga kini, 30 jenazah warga Malaysia - termasuk 20 yang dibawa pulang hari ini - telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa Amsterdam. Pesawat MAS MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai dengan mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal. - Bernama

Hadiah ulang tahun yang mengejutkan Nicol
TIADA hadiah istimewa ulang tahun kelahiran buat ratu skuasy negara Datuk Nicol David dalam misi memburu gelaran kesembilan apabila gagal mara ke final Kejohanan Terbuka Malaysia CIMB 2014 di sini hari ini.
Nicol, yang bakal menyambut hari jadinya ke-31, Selasa ini, mengalami kekalahan mengejut kepada pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily, selepas membuka saingan separuh akhir dengan langkah kanan di pusat membeli-belah NU Sentral Mall di sini.
Nicol, selaku pilihan utama dan juga pemain nombor satu dunia, menang set pertama 11-7 sebelum lawannya berusia 25 tahun dari Mesir itu bangkit untuk menang set kedua 11-6.
Walaupun menerima sokongan padu penonton di halaman sendiri, Nicol seolah-olah hilang momentum apabila menyaksikan Raneem terus memungut mata demi mata untuk menang dua set berikutnya dengan 11-8 dan 13-11.
Pada final esok, Raneem akan berdepan dengan rakan senegara berusia 21 tahun, Nour El Tayeb.
Nour, pemain ranking ke-25 dunia, menempah slot final selepas hanya mengambil masa 26 minit untuk menyingkirkan Amanda Sobhy dari Amerika Syarikat dengan 11-9, 11-9 dan 11-3.
"Raneem menampilkan permainan yang amat baik hari ini. Saya fikir jika dia tahu sekiranya tidak memberi tekanan dan tidak bermain dengan baik, saya sudah pasti akan mengawal perlawanan.
"Perlawanan ini memang padat dan dia tidak beri ruang untuk saya meningkatkan tahap permainan. Beliau juga begitu fokus dengan pukulan dan pukulan singkatnya turut menjadi," kata Nicol.
Kekalahan itu merupakan kedua buat pemain kelahiran Pulau Pinang itu di halaman sendiri tahun ini selepas kalah kepada pemain Mesir berusia 18 tahun, Nour El Sherbini pada separuh akhir Kejohanan Dunia di Pulau Pinang, Mac lepas.
Nicol kini akan memberi tumpuan kepada Terbuka Hong Kong bermula Ahad ini sebelum ke Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, bermula 19 Sept ini.
Bagaimanapun, beliau tidak akan menyertai Terbuka China dari 2 hingga 7 Sept ini berikutan kekangan masa untuk persiapan menghadapi Sukan Asia.
Sementara itu dalam final acara lelaki, pilihan utama, Mohamed El Shorbagy dari Mesir berdepan dengan pemain Hong Kong, Max Lee.
Pada saingan separuh akhir, El Shorbagy, yang juga pemain nombor tiga dunia, mengambil masa 47 minit untuk mengalahkan rakan senegara Tarek Momen 11-7, 11-7 dan 11-7.
Max pula terpaksa bertarung selama sejam untuk menempah slot final dengan menewaskan pemain Sepanyol Borja Golan dengan 7-11, 11-7, 11-8 dan 11-7. - Bernama
TOP
MH17: Tangisan Anak Tunggal Di Pusara Ibunya.
Pengebumian ketua pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) Allahyarham Dora Shahila Kassim diiringi tangisan anak tunggalnya, Nurliyana Yazeera Yazli menyebabkan suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di Damansara di sini, Jumaat.
Nurliyana Yazeera, 15, yang menangis sebaik melihat keranda jenazah ibunya diturunkan dari van jenazah sejurus tiba pada kira-kira 2.40 petang, membangkitkan suasana sebak dan pilu pada majlis pengebumian itu yang dihadiri kira-kira 200 orang anggota keluarga dan sahabat handai Allahyarham Dora Shahila.
Pengebumian jenazah ibu tunggal itu disempurnakan pada 3.10 petang. Allahyarham Dora Shahila adalah antara 20 jenazah mangsa tragedi MH17 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang dari Amsterdam pada 9.54 pagi Jumaat. Terdahulu jenazah ibu tunggal berusia 47 tahun itu dibawa ke Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail di Damansara.
Kemudian, kira-kira 3,000 jemaah menunaikan solat ke atas jenazah allahyarham selepas solat Jumaat dengan diimamkan oleh Imam Masjid Al-Taqwa Mohd Ghazali Mohamed Nor. Sementara itu, Don Shahidan Kassim, 48, berkata mereka sekeluarga bersyukur kerana jenazah adik perempuannya dapat diuruskan dengan sempurna. “Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan dan MAS yang membantu membawa pulang jenazah adik saya,” katanya kepada pemberita di sini. Turut hadir pada majlis pengebumian itu ialah penyanyi Datuk Mohd Shukri Sahabuddin atau Hattan yang juga sepupu Allahyarham Dora Shahila. Don Shahidan berkata, Nurliyana Yazeera akan dijaga oleh neneknya, Hasnah Mohd Yusuf, 71. “Saya dan lima beradik yang lain akan turut mengambil tanggungjawab menjaga kebajikan Nurliyana Yazeera,” katanya. Pramugari MAS Hanisah Halmi, 42, pula berkata Allahyarham Dora Shahila merupakan rakan yang baik dan banyak membantu pekerja lain semasa bertugas. “Sebagai ketua pramugari, arwah tidak pernah menunjukkan pangkatnya yang lebih tinggi daripada rakan sekerja lain…beliau seorang sahabat yang baik kepada kami,” katanya. Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas, setelah ditembak jatuh. Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap insiden itu. – mstar.com.my

9 Exco AMK Tinggalkan Dewan, Protes Kemenangan Nik Nazmi
22 OGOS: Tidak sampai 24 jam diangkat secara rasmi sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) baru, Nik Nazmi Nik Ahmad sudah berhadapan dengan cabaran besar apabila ada mula menolak beliau sebagai pemimpin sayap PKR.
Beliau yang menggantikan Shamsul Iskandar Mohd Akin dilihat gagal mendapat sokongan akar umbi apabila barisan exco baru yang dilantik melalui Kongres AMK ke-10 bertindak keluar dari dewan persidangan.
Lebih separuh daripada barisan exco meninggalkan pentas sebelum Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia, Selangor menyampaikan ucapan Penangguhan Kongres AMK.
Nik Azmi dan peguambela beliau N. Surendran di luar mahkamah, selepas dilepaskan pada Selasa.
NIK NAZMI…kepimpinannya mula ditolak
Beberapa pemimpin AMK yang turut ditemui mendakwa apa yang berlaku menunjukkan penolakan dan protes terhadap jawatan yang baru disandang Nik Nazmi.
Paling ketara, timbul kemusykilan berkenaan keputusan yang diperoleh Nik Nazmi di cabang Pensiangan, Sabah.
“Kita rasa ada sedikit kemusykilan di cabang Pensiangan Sabah yang mana ada sedikit penipuan di sana, kita nampak bantahan telah dibuat tetapi tidak diambil kira.
“Sepatutnya dibatalkan tetapi diterima semula kerana untuk memenangkan seseorang, apa yang dibuat ini tanda penolakkan, protes terhadap kepimpinan Nik Nazmi,” kata satu sumber kepada bnbbc.my
Beliau melihat ini sebagai satu cabaran berat buat Nik Nazmi yang baru dilantik apabila adanya tuduhan penipuan daripada ahli-ahli AMK yang hadir hari ini.
“Itu mesej yang jelas kita hantar kepadanya supaya dia tidak boleh buat keputusan tanpa mesyuarat, tanpa persetujuan ahli mesyuarat.
“Saya boleh cakap ini cabaran getir bagi Nik Nazmi dan menyakinkan barisan kepimpinannya.
“Mereka boleh bekerjasama dalam memantapkan AMK cuma mahu memberi mesej,” tambah beliau lagi.
Walau bagaimanapun, Nik Nazmi ketika ditemui para pemberita selepas selesai persidangan enggan memberikan sebarang komen berkenaan insiden ini.
Malah, beliau meminta semua ahli AMK untuk terus bekerja bagi memantapkan barisan kepimpinan PKR bersama barisan kepimpinan baru AMK bagi sesi 2014-2017.
“Saya tidak akan berikan sebarang komen berkenaan keputusan yang melibatkan teknikal. Apa juga keputusan saya terima dan saya sendiri dari AMK Malaysia, kumpulan saya sendiri, Afif (Bahardin) daripada AMK baru, Azmizam (Zamanhuri) daripada Nadi AMK dan saya boleh terima mereka semua di dalam kumpulan saya,” katanya.
Nik Nazmi berjaya mengambil alih tampuk kepimpinan Shamsul melalui pemilihan parti dengan jumlah undi sebanyak 4,509 mengalahkan Amirudin Shaari dengan majoriti 250 undi.
Amirudin memperoleh 4,259 undi manakala pencabar ketiga iaitu Mohd Nazree Yunus mendapat 2,213 undi. -bnbbc.my
TOP
Harap Jenazah Lain Dapat Dibawa Pulang Segera
KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berharap proses membawa pulang kesemua jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat MH17 dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
“Marilah kita bersama-sama berdoa semoga jenazah yang selebihnya dapat dibawa pulang ke tanah air dan kita berharap semua urusan dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri upacara pengkebumian jenazah pramugari Hamfazlin Sham Mohamed Arifin di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak di sini hari ini.
Jenazah Allahyarham adalah antara 20 jenazah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang dengan penerbangan khas Malaysia Airlines dari Amsterdam pagi tadi.
Sempena Hari Perkabungan Negara, Jailani mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarga nahas pesawat dan berharap mereka sentiasa tabah menghadapi dugaan tersebut.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada semua kakitangan daripada semua agensi yang terlibat dalam pengurusan istiadat penghormatan dan menyelesaikan pengkebumian mangsa MH17,” katanya.
Sehingga kini, 30 jenazah warga Malaysia – termasuk 20 yang dibawa pulang hari ini – telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa Amsterdam.
Pesawat MAS MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal. – Bernama
TOP
Anak Mangsa Nahas MH17 Jadi Mangsa Berita Palsu
Kuala Lumpur: Ketika rakyat Malaysia sedang berkabung masih wujud segelitir individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan cerita palsu mengenai keluarga mangsa nahas penerbangan MH17 di laman sosial.
Mangsa terbaru manipulasi laman sosial itu ialah anak kanak-kanak lelaki yang dilaporkan kononnya begitu sedih sehingga mahu membuka bendera Malaysia digunakan untuk menyelubungi keranda pramugari MAS Mastura Mustafa bagi melihat wajah ibunya, tersebar luas di beberapa media sosial termasuk aplikasi WhatsApp. Menurut cerita yang disebarkan ini, anak lelaki tunggal arwah, Muhriz Marzaidi, 10, dikatakan merintih mahu menatap wajah ibunya dan merayu-rayu meminta keranda dibuka walaupun sedikit supaya dapat mencium pipi ibunya.
Namun, beberapa wartawan termasuk Harian Metro yang mengikuti pengebumian dari rumah sehingga ke kubur berkata, insiden itu tidak berlaku dan disyaki rekaan semata-mata. Wartawan Harian Metro Raja Noraina Raja Rahim melaporkan, ketibaan jenazah jam 12.40 tengah hari tadi disambut Muhriz serta bapanya Mohamed Affendi Khairuddin, 43, dan datuknya Mustafa Abdul Samad, 83. Muhriz dilihat menangis sebaik keranda jenazah ibunya yang dibaluti Jalur Gemilang diletakkan dalam masjid berkenaan sementara menunggu solat Jumaat. “Walaupun sebak, Muhriz pergi bersama bapanya dan jemaah lain untuk menunaikan solat jenazah selepas itu. “Tiada pula berlaku insiden Muhriz mahu membuka Jalur Gemilang daripada keranda atau meminta mahu mencium pipi ibunya seperti yang disebarkan pihak tertentu itu,” katanya yang berharap orang ramai merujuk kepada media utama jika mahu mendapatkan perkembangan semasa yang sahih dan boleh dipercayai. Sebaik selesai solat jenazah kira-kira jam 2.30 petang itu, jenazah dibawa dengan penuh penghormatan ke Tanah Perkuburan Islam Taman Paroi Jaya, di Seremban untuk pengebumian. Kira-kira 2,000 jemaah yang hadir menunaikan solat Jumaat dengan dipimpin Imam Eksekutif Masjid At-Taqwa, Ahmad Naim Azlan diikuti solat jenazah. - Harian Metro

Proton Iriz/Airiz Model Kompak Proton Dengan 6 Beg Udara
SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd (Proton) akan melancarkan dalam masa terdekat model kompak pertamanya dengan kod nama PCC.
Proton Compact Car (PCC) dalam segmen B, dihasilkan menerusi dua penekanan utama iaitu tahap keselamatan terbaik dan ekonomi bahan api tetapi ditawarkan pada harga mampu milik.
PCC dibangunkan menerusi platform terkini Proton menggunakan enjin terbaharu VVT bersesaran 1.3 dan 1.6 liter dengan transmisi manual serta automatik ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.
Selain itu, PCC juga akan menggunakan omboh, blok dan injap baharu, pertama seumpamanya bagi model Proton, sekali gus bakal menampilkan model terbaik keluarannya setakat ini. Ketua Pegawai Teknikal Proton, Abdul Rashid Musa, berkata pengenalan model kompak itu yang memberi nilai kepada wang rakyat Malaysia mendapat pengiktirafan lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP) dan Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP). "PCC dilengkapkan dengan enam beg udara dan sistem ABS, EPS dan hill hold assist serta enjin VVT 10 peratus lebih menjimatkan minyak berbanding Campro sebelum ini," katanya dalam taklimat di sini baru-baru ini. PCC menjana 110 kuasa kuda (hp) dan kilas 148 Nm selain mampu mencecah kelajuan lebih 180 kilometer sejam. Enjin VVT (injap pemasa berjujukan) yang digunakan pada PCC adalah permulaan kepada generasi enjin baharu yang akan digunakan pada model akan datang kenderaan Proton bagi menggantikan Campro. PCC juga akan menggunakan stereng kuasa elektrik hidraulik yang menjadikan stereng lebih ringan pada kelajuan rendah dan berat serta seimbang pada kelajuan tinggi. "Harga dan spesifikasi lain akan diumumkan pada pelancaran PCC tidak lama lagi," katanya sambil menambah PCC bukannya model yang menggantikan model Savvy sebaliknya segmen baharu bagi Proton. Mengikut Abdul Rashid, penggunaan teknologi terkini dalam rekaan dan keselamatan pada PCC yang ditawarkan dalam tujuh pilihan warna, adalah sejajar dengan apa yang dimahukan pelanggan Proton. Sementara itu Ketua Reka Bentuk Proton, Azlan Othman, berkata PCC dibangunkan dalam tempoh dua tahun selepas prototaipnya dibangunkan pada tahun 2010. - Berita Harian

Cheam June Wei Sumbang Emas Pertama Negara
PEMAIN badminton negara Cheam June Wei mengukir sejarah dalam temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) apabila berjaya menyumbang pingat emas pertama negara menerusi acara beregu campuran antarabangsa di Pusat Sukan Gimnasium di sini hari ini.
Pemain berusia 17 tahun itu mengakhiri kemarau pingat kontinjen negara apabila beliau dan gandingannya dari Hong Kong, Ng Tsz Yau mengalahkan gandingan Tsuneyama Kanta (Jepun)/Lee Chia Hsin (Taiwan) dalam straight set 21-14 dan 23-21 pada final.
Pingat gangsa diperoleh gandingan Angoda Vidanalage (Sri Langka)/He Bingjiao (China) selepas mengalahkan gandingan Narongrit Mek (Thailand)/Qin Jinjing (China), juga dengan straight set 21-16 dan 21-18.
June Wei yang ternyata gembira dengan kejayaan tersebut berkata kemenangan itu bukan milik peribadi dirinya sebaliknya perlu dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia yang telah banyak memberi sokongan moral kepada kontinjen negara.
"Sudah pasti sebagai rakyat Malaysia, saya cukup bangga dan bertuah kerana dapat membawa pulang pingat emas pertama negara di YOG 2014 dan saya berharap mampu meneruskan kejayaan yang sama pada kejohanan-kejohanan yang berikutnya selepas ini," katanya kepada Bernama.
June Wei mengaku bahawa beliau sedikit kecewa apabila terkandas di peringkat suku akhir dalam acara perseorangan lelaki setelah tewas 22-20, 18-21 dan 12-21 kepada pemain India, Joshi Aditiya, Rabu lepas.
Beliau berjanji akan memperbaiki kelemahan dalam acara individu apabila pulang ke tanah air nanti.
Ditanya sama ada akan memberi tumpuan kepada acara beregu selepas ini, June Wei berkata beliau tidak mungkin akan berbuat demikian dalam masa terdekat ini kerana lebih berminat dengan acara perseorangan.
"Saya tetap akan main dalam acara perseorangan kerana badan saya tidak cukup kuat untuk bermain dalam acara beregu yang lebih memerlukan tenaga," katanya.
June Wei berkata beliau berterima kasih kepada jurulatih untuk YOG 2014, Zhou Kejin yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepadanya selama ini.
"Beliau (Zhou) merupakan seorang jurulatih yang berpengalaman dan bijak memberi arahan mengenai apa yang perlu dan tidak perlu saya lakukan ketika berada dalam gelanggang," katanya,
Sementara itu, ketua kontinjen negara Wong Pei Tty menyifatkan kejayaan tersebut sebagai satu bonus kepada negara memandangkan Majlis Sukan Negara (MSN) tidak meletakkan sebarang sasaran sebelum ini.
"Saya harap atlet negara mampu terus menyumbang pingat pada acara lain selepas ini memandangkan bahawa masih banyak lagi acara yang sedang berlangsung ketika ini," katanya.
Pada edisi sulung Sukan Olimpik Remaja 2010 di Singapura, kontinjen negara berjaya membawa pulang dua pingat perak menerusi srikandi terjun negara, Pandelela Rinong dalam acara terjun 3 meter (m) papan anjal wanita dan juga 10m platform wanita. - Bernama
TOP
Kita Lawan Seorang Dengan Seorang, Ada Berani? - Lelaki Mabuk
KLANG - “Kita lawan seorang dengan seorang, ada berani?,” demikian cabar seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol kepada anggota dan pegawai imigresen dalam operasi di sebuah kelab malam sekitar Ambang Botanic berdekatan GM Klang, Bukit Tinggi 2, di sini, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 30-an yang disyaki pelanggan kelab yang menjadi tumpuan VIP itu berkali-kali menjerit serta membuat bising.
Bagaimanapun setelah beberapa minit dia berjaya ditenangkan beberapa pelanggan lain.
Dalam serbuan yang disertai Jabatan Penguatkuasa MPK, Imigresen Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu, seramai 17 warga asing ditahan, 16 daripadanya adalah wanita warga Vietnam manakala seorang lagi lelaki warga Myanmar.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Ketua Unit Operasi Penguatkuasa Imigresen Selangor, Lailatul Aida Mohd Nasir berkata, kebanyakan yang ditahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah termasuk tinggal lebih masa di negara ini serta langgar syarat pas lawatan mengikut Seksyen 39 (B) Peraturan-peraturan Imigresen.
Dalam pada itu agak mengejutkan apabila serbuan turut mendapati kelab malam berkenaan baru sebulan beroperasi dan tidak mempunyai lesen.
Pengarah Penguatkuasa MPK, Andry Arman Masrom berkata, ia salah sebuah daripada lima pusat hiburan yang disita kerana tidak mempunyai lesen termasuk sebuah pusat urut.
“Ia hasil siasatan kita selama enam bulan dan diambil tindakan mengikut Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan tempat-tempat Hiburan Selangor 1995 Pindaan 2011,” katanya kepada pemberita, semalam.
Dari segi modus operandi, pemilik kelab itu dikatakan memberi tawaran kepada pelanggan yang membuat pesanan air minuman beralkohol untuk memilih mana-mana gadis Vietnam yang siap memakai nombor dengan mengenakan pakaian seragam bertemakan polis dan jabatan kerajaan lain.
Bagaimanapun lebih 50 pelanggan dalam pusat hiburan itu yang rata-ratanya lelaki tempatan sedang mabuk tidak sempat menerima layanan wanita tersebut selepas premis berkenaan diserbu. - Sinar Harian
TOP
Wanita Sertai Pertandingan Selfie Bulu Ketiak On-Line
Beratus-ratus wanita China telah menyertai pertandingan selfie bulu ketiak baru-baru ini yang dianjurkan oleh perkhidmatan mikro-blog Sina Weibo.
Peraduan ini dipanggil "perempuan tidak mencabut bulu ketiak". Ia menggalakkan wanita Cina untuk menghantar gambar bulu ketiak mereka untuk menunjukkan keindahan alam semula jadi dalam diri mereka. Seorang lagi peserta muda, Alice (bukan nama sebenar), berkata dia berbangga dengan bulu ketiak beliau dan menganggap ianya seksi, jadi dia tidak pernah mencukur bulu ketiaknya. "Ia sesuatu yang sihat bagi wanita muda untuk tidak mencukur bulu ketiak", katanya.
Sejak 2012, satu kempen di United Kingdom dipanggil Armpit pada 4 Ogos menggesa wanita untuk menumbuhkan bulu ketiak mereka selama sebulan untuk mengumpul dana untuk organisasi amal Verity, yang membuat penyelidikan dan membantu wanita yang mengalami sindrom ovari polisistik. Salah satu simpton penyakit itu adalah pertumbuhan rambut badan yang berlebihan. - SiakapKeli.com

Perodua Kancil Jadi Rumah Ibu Tunggal Anak Dua
MELAKA: Seorang ibu tunggal terpaksa tidur di dalam kereta Perodua Kancil selama dua minggu kerana tidak mampu membayar sewa rumah.
Siti Hajar Ismail, 35, yang mempunyai dua anak perempuan Siti Zubaidah Zubaidi, 8, dan Siti Zulaikah, 6, terpaksa menghadapi keadaan itu selepas kerjanya sebagai pembantu di sebuah kedai makan di Taman Merdeka di sini telah ditamatkan.
Sebelum ini, Siti Hajar berkata keluarganya tinggal di rumah sepupunya di Tanjung Minyak di sini sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan kerana dia tidak mahu membebankan saudara-maranya. "Saya tidur di dalam kereta yang diletakkan di hadapan rumah kawan saya di Taman Merdeka dan mandi di rumah itu selepas saya letak anak-anak saya tinggal di rumah sepupu saya sekali lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Melaka Barisan Nasional Perkhidmatan di sini Khamis. Siti Hajar berkata dia juga tidak mampu untuk memperbaharui cukai jalan keretanya yang tamat Ogos lalu 8 tetapi terpaksa menggunakannya untuk mencari kerja dan bertemu anak-anaknya.
Akibatnya, dia tidak mampu untuk menghantar Siti Zubaidah, seorang murid di Sekolah Kebangsaan Parit Melana Durian Tunggal, Alor Gajah ke sekolah. Sementara itu, Pengarah Pembela BN Melaka Amir Hamzah Aziz berkata penginapan sementara akan diatur untuk Siti Hajar dan anak perempuannya di asrama Pusat Majlis Agama Islam Melaka di sini. "Mereka boleh mula tinggal di asrama hari ini (semalam) sementara Lembaga Perumahan Melaka mendapatkan sebuah rumah di Kampung Padang di sini untuk mereka tidak lama lagi," katanya. Beliau berkata Siti Hajar juga akan diberi bantuan untuk memulakan perniagaan francais menjual roti di bawah program 1Azam untuk penjanaan pendapatan. Orang ramai yang ingin membantu Siti Hajar boleh menyalurkan sumbangan mereka kepada nombor akaun CIMB bank di 014120020786524. - SiakapKeli.com

Wanita Enggan Makan 14 Tahun Ditahan
New Delhi: Polis India semalam menahan semula seorang wanita yang mogok lapar sejak 14 tahun lalu kerana menentang pencabulan hak asasi, dua hari selepas dia dibebaskan atas arahan mahkamah.
Rakaman yang disiarkan televisyen menunjukkan polis mengheret Sharmila yang digelar Wanita Besi Manipur.
“Sekumpulan polis wanita tiba di kawasan tunjuk perasaan sementara dan menangkapnya.
“Mereka berkata, dia ditangkap kerana enggan makan yang menurut pihak berkuasa sama dengan cubaan membunuh diri,” kata aktivis tempatan Janaki Devi.
Polis berkata, dia akan dibawa ke hospital penjara di Imphal dan dipaksa makan dengan mengguna saluran getah menerusi hidung.
“Kami tidak boleh biarkan dia mati,” kata seorang pegawai kanan polis yang enggan dikenali.
Sharmila mula mogok lapar pada November 2000 selepas menyaksikan tentera membunuh 10 orang di perhentian bas berhampiran kediamannya di Manipur. - AFP
TOP
Ratu Selfie Instagram
Seorang wanita misteri warga Thai yang memuat naik lebih 12,000 gambar selfie ke pelbagai saluran media sosial mungkin boleh ditimbangkan untuk gelaran itu.
Mortao Maotor, nama yang digunakan dalam laman Instagram, memuat naik lebih 200 potret selfie seminggu.
Menurut profilnya, dia berusia 40-an tahun dan pemilik Room of Art, galeri barangan antik di Bangkok serta mempunyai hampir 20,000 pengikut.
Tidak semua gambar yang dimuat naik itu wajahnya kerana dia juga merakam gambar kaki, minuman dan juga makanan.
Dia juga gemar merakam gambar dengan cermin di kamar mandi.
Bagaimanapun tidak ada yang porno dan dia hanya menjawab ulasan yang bersih.- Agensi
TOP
KEMASKINI : Nur Shazana, Hakimi Akhirnya Bersemadi Di Taman Selatan
Selepas mengharungi penerbangan kira-kira 12 jam akhirnya 20 jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, 17 Julai lepas akhirnya kesemua jasad mereka sempurna disemadikan di Malaysia dengan disaksikan keluarga dan rakan-rakan.
Mynewshub.my mengikuti perjalanan terakhir dua jenazah kakitangan MAS iaitu pembantu juruterbang Ahmad Hakimi Hanapi, 29, dan pramugari Nur Shazana Mohamad Salleh, 31, yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya kira-kira pukul 3.30 petang tadi. Terdahulu, pesawat khas MH6129 yang membawa 20 jenazah berkenaan dari Amsterdam, Belanda selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Kompleks Bunga Raya pada pukul 9.54 pagi. Selesai Istiadat Penghormatan Jenazah, Allahyarham Ahmad Hakimi dan Nur Shazana memulakan perjalan di tanahair bergerak ke Masjid Putra, Putrajaya pada pukul 12.32 tengah hari sebelum disolatkan para jemaah dan orang ramai yang hadir.
Kemudian, dua van Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sama membawa jenazah Ahmad Hakimi dan Nur Shazana terus ke Perkuburan Islam Presint 20 untuk dikebumikan. Suasana pilu dan hiba memenuhi ruang perkuburan sebaik jenazah kedua-duanya tiba di situ untuk disempurnakan ditemani kira-kira 1,000 orang ahli keluarga, rakan-rakan, wakil media dan orang ramai yang datang memberikan penghormatan terakhir. Jenazah Nur Shazana paling awal disempurnakan sebelum Solat Jumaat manakala jenazah Ahmad Hakimi dikebumikan selepas itu. Allahyarham Ahmad Hakimi ketika Solat Jumaat dibawa ke sebuah surau berhampiran kawasan perkuburan itu untuk memberikan kemudahan kepada orang ramai memberikan penghormatan terakhir. Majlis pengebumian Nur Shazana dan Ahmad Hakimi turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Wilayah Persekutuan; Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Isteri Ahmad Hakimi, Asmaa Aljuned yang sentiasa mendukung anak kecil mereka Abderrahman yang berusia sembilan bulan tidak dapat menahan sebak apabila dilihat memeluk keranda jenazah suaminya ketika ia diletakkan di dalam surau berkenaan.
Kesedihannya semakin tidak terbendung apabila menyiram air mawar ke pusara suaminya buat kali terakhir sambil mendukung Abderrahman yang sudahpun tertidur keletihan dan masih belum mengetahui apa-apa. Bapa Allahyarham, Hanapi Mohd Noor, 67 selepas selesai urusan pengebumian anaknya berkata keluarganya redha dengan seikhlas mungkin di atas ketentuan Allah dan menyerahkan anaknya itu ke pangkuan Allah SWT.
“Kami memilih lokasi terakhir untuk anak kami ini (Putrajaya) ialah kerana apabila cucu saya Abderrahman Ahmad Hakimi membesar nanti, mudahlah untuk dia menziarahi pusara ayahnya selalu nanti,” kata Hanapi yang turut berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang menguruskan kepulangan jenazah. Untuk jenazah Nur Shazana, bapanya Mohd Salleh Samsudin juga hadir dan mengiringi jenazah anak perempuannya itu sehingga selesai disempurnakan. - Mynewshub.my

ISU MB: Nurul Izzah Puji Emaknya MELAMBUNG TINGGI!
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berpendapat, ibunya yang juga presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mampu menggalas tugas sebagai menteri besar Selangor dengan baik.
Katanya, Wan Azizah berpengalaman menguruskan parti itu ketika bapanya yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam penjara.
Malah, Wan Azizah pada masa itu juga perlu bekerjasama dengan DAP dan PAS semasa dalam Barisan Alternatif.
Oleh yang demikian, beliau yakin ibunya itu mampu menjiwai tanggungjawab sebagai seorang menteri besar, katanya.
“Ranjau paling sukar semasa ayah dipenjara dan ada enam orang anak. Dan adik paling kecil pada masa itu berusia enam tahun.
“Bayangkan ibu terpaksa memimpin sebuah parti politik dan tubuhkan Barisan Alternatif. Pada masa sama menghantar anak ke sekolah.
“Dan tentunya semua ini memberikan beliau kebolehan untuk menjiwai. Sikap menjiwai itu penting. Inilah kualiti terpenting buat saya,
“Yang harus kita ingat, dia (Wan Azizah) tidak berseorangan. Ramai wanita PKR yang bersama harungi suka, duka,” katanya dalam satu sidang media pagi ini.
Beliau ditanya pemberita sekiranya Wan Azizah mampu menjadi menteri besar yang lebih baik daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ditanya lanjut sekiranya beliau yakin Wan Azizah mampu mentadbir Selangor, Nurul Izzah berkata: “Kita tidak mempunyai banyak masa dan memenangi hati pengundi Selangor adalah kepentingan kita,”.
MP Lembah Pantai itu seterusnya ditanya mengenai dakwaan bahawa PAS menolak Wan Azizah sebagai menteri besar atas sebab jantina.
Beliau sekadar menyebut bahawa perbezaan pendapat merupakan perkara biasa yang dihadapi oleh mana-mana parti politik.
Namun, segala keputusan berhubung jawatan tersebut telahpun ditetapkan oleh Pakatan, tegasnya.
“Tentunya dalam mana-mana organisasi, kepelbagaian (pendapat) ini normal, yang mana apa yang penting ialah keputusan mutakhir oleh yang tertinggi yang memutuskan dasar,” katanya.
Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya, Nurul mempertahankan kepimpinan wanita sebagai salah satu penyumbang kepada pembentukan negara.
Dalam ucapan di kongres Wanita PKR sebelumnya, beliau turut mempersoalkan sesetengah pihak yang menggunakan hujah agama bagi menolak wanita menjadi pemimpin.
“Kita hairan mengapa sehingga ke hari ini masih ramai lagi di kalangan masyarakat kita yang masih anggap wanita selaku pemimpin dan ketua itu suatu yang asing dan tabu.
“Lebih-lebih lagi mereka yang menggunakan hujah agama bagi menghalang wanita dari terus memimpin,” katanya.
TOP
Barisan Juruterbang MAS Setia Iringi Jenazah Rakan Ke Pusara
Barisan juruterbang Malaysia Airlines (MAS) begitu hiba tatkala menyambut ketibaan jenazah rakan setugas mereka Pembantu Juruterbang Ahmad Hakimi Hanapi, 29, di Masjid Putra, Putrajaya.
Ketika van jenazah Angkatan Tentera Malaysia tiba di pintu masuk masjid, mereka membuat dua barisan sambil menyaksikan van berkenaan diundurkan yang mengandungi jasad rakan mereka Allahyarham Ahmad Hakimi.
Jenazah Ahmad Hakimi tiba bersama-sama dengan jenazah pramugari Nur Shazana Mohamad Salleh, 31, ke masjid selepas dibawa dari Kompleks Bunga Raya selepas selesai Istiadat Penghormatan Jenazah mangsa nahas pesawat MAS penerbangan MH17.
Pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, dipercayai akibat ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak pro-Russia sehingga mengakibatkan kesemua 298 orang penumpang termasuk anak kapal terbunuh.
Ahmad Hakimi merupakan pembantu juruterbang dalam penerbangan itu daripada Amsterdam, Belanda untuk ke Kuala Lumpur dengan pesawat Boeing 777 ketika kejadian. Bagi rakan-rakan juruterbang pemergian rakan sejawatan mereka itu lebih menghibakan apabila beliau meninggalkan seorang isteri dan seorang anak yang masih berusia sembilan bulan iaitu Abderrahman yang masih tidak mengetahui bahawanya bapanya telah tiada. Jenazah Allahyarham Ahmad Hakimi dan Shazana tiba di Kompleks Bunga Raya dengan menaiki pesawat khas MH6129 selamat mendarat bersama 18 lagi jenazah lain kesemuanya warga Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9.54 pagi hari ini. Kesemua jenazah disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kedua-dua jasad kakitangan MAS itu kemudiannya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya dengan dihadiri kira-kira 1,000 orang ahli keluarga dan rakan-rakan. Rakan juruterbang Allahyarham Ahmad Hakimi kekal setia mengiringi jenazah beliau sehingga selesai dikebumikan kira-kira pukul 3.30 petang selepas Solat Fardhu Jumaat. Selain rakan juruterbang, rakan pramugari yang sejawatan dengan Nur Shazana turut mengiringi jenazahnya bermula dari KLIA sehinggalah selesai disemadikan. – Mynewshub.my

MH17: Kepiluan Menyelubungi Ketibaan 20 Jenazah
KUALA LUMPUR – Jenazah 20 daripada 43 rakyat Malaysia, yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, tiba di tanah air hari ini dengan disambut penuh rasa pilu dan hiba, selepas 37 hari tragedi itu berlaku di Ukraine.
Waris, keluarga, sahabat handai dan rakyat Malaysia umumnya tidak dapat menyembunyikan kesedihan mereka apabila melihat pesawat Boeing 747 MAS muncul dari ruang udara yang diselimuti mendung untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang setelah terbang selama 12 jam dari Amsterdam.
Anggota keluarga, sahabat handai dan rakan setugas mangsa yang hadir di Kompleks Bunga Raya KLIA serta mereka menonton istiadat itu di televisyen, tidak dapat menahan air mata masing-masing apabila melihat keranda dibaluti Jalur Gemilang dibawa keluar satu per satu daripada pesawat itu sebelum ditempatkan di dalam kenderaan jenazah.
Seluruh negara berkongsi detik-detik menyedihkan itu walaupun semua sudah maklum mengenainya setelah kerajaan mengisytiharkan 22 Ogos sebagai Hari Perkabungan Negara bagi memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi itu.
Jenazah 20 rakyat Malaysia yang dibawa pulang ke tanah air dalam 17 keranda dan tiga bekas abu mayat itu diberi penghormatan mengikut adat istiadat tentera – yang julung kali diberikan kepada orang awam dalam sejarah negara ini – dan diurus dengan amat teliti dalam istidat ringkas tetapi penuh hormat.
Turut bersama waris mangsa menyambut kepulangan jenazah anggota keluarga mereka ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta orang kenamaan lain.
Jenazah yang dibawa pulang hari ini terdiri daripada 11 penumpang dan sembilan anak kapal MH17.
Mereka yang dikenal pasti sebagai penumpang ialah Foo Ming Lee, Karamjit Singh Karnail Singh, Ng Qing Zheng, Mabel Anthony Samy, Paul Rajasingam Sivagnanam, Elisabeth Ng Lyeti, Ariza Ghazalee, Muhammad Afif Tambi, Noor Rahimmah Mohd Nor, Mohd Ali Md Salim dan Hasni Hardi Parlan.
Anak kapal pula terdiri daripada Mastura Mustafa, Ahmad Hakimi Hanapi, Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, Nur Shazana Mohamed Salleh, Dora Shahila Kassim, Lee Hui Pin, Angeline Premila Rajandaran, Chong Yee Pheng dan Azrina Yakob.
Keranda pertama yang dibawa keluar daripada pesawat Boeing 747 itu berisi mayat pramugari Mastura Mustafa.
Sejurus selepas urusan meletakkan keranda dan bekas abu mayat ke dalam kenderaan jenazah selesai dilakukan anggota-anggota tentera yang berpakaian istiadat, Malaysia bertafakur selama seminit pada 10.54 bagi menghormati rakyatnya yang terkorban dalam tragedi itu.
Seramai 450 anggota dari 12 Briged Infantri terlibat dalam istiadat di Kompleks Bunga Raya KLIA hari ini, yang disempurnakan dengan penuh adat istiadat ketenteraan.
Setelah selesai istiadat itu, kenderaan jenazah melakukan lintas lalu di hadapan Tuanku Abdul Halim untuk meninggalkan Kompleks Bunga Raya dan menuju ke kampung halaman mangsa, tempat pengurusan jenazah atau masjid, sebelum mereka disemadikan di tanah perkuburan atau melalui upacara lain.
Jenazah Ariza dan anak sulungnya Muhammad Afif, Chong, Azrina, Noor Rahimmah, Mohd Ali dan Hasni Hardi dibawa dengan pesawat C-130 Hercules dan helikopter EC725 Tentera Udara Diraja Malaysia ke Kuching, Ipoh, Taiping, Pagoh dan Segamat.
Jenazah yang lain dibawa melalui jalan raya ke destinasi yang ditetapkan.
Sementara itu, Tuanku Abdul Halim dan Najib menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Putra di Putrajaya, tempat yang sama solat jenazah diadakan untuk pembantu juruterbang Ahmad Hakimi dan pramugari Nur Shazana.
Jenazah Ahmad Hakimi dan Nur Shazana, yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya di Precinct 20, antara jenazah paling awal yang disemadikan.
Pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Pesawat jenis Boeing 777-200 itu ditembak jatuh di negara yang sedang bergolak itu.
Selain rakyat Malaysia, pesawat itu juga membawa penumpang warganegara Netherlands, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.
Mayat-mayat yang dikumpul di Ukraine kemudian diterbangkan ke Netherlands untuk dikenal pasti dan melalui prosedur lain kerana sebahagian besar penumpang pesawat malang itu terdiri daripada warganegara Netherlands. – BERNAMA
TOP
Jenazah 2 Beranak Disemadikan Dalam Satu Liang Lahad
KUCHING – Jenazah dua beranak – Ariza Ghazalee dan Muhammad Afif Tambi – disolatkan di Masjid Jamek Petrajaya sebelum disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Semariang di sini, hari ini.
Ariza , 46, dan anak sulungnya Muhammad Afif, 19, adalah antara 20 jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang dari Amsterdam hari ini.
Jenazah mereka kemudian dibawa pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Kuching dan tiba di Pangkalan Udara TUDM di sini pada 2.22 petang.
Dari pangkalan udara itu, jenazah mereka dibawa sebuah van ke Masjid Jamek Petrajaya di mana kira-kira 1,000 orang menunggu di masjid itu ketika van berkenaan tiba pada 3.25 petang dengan diiringi pasukan polis pengiring.
Dua jenazah itu kemudian ditempatkan di hadapan ruang solat sebelum Imam Besar Masjid Jamek Petrajaya Datuk Joji Suhaili memimpin bacaan
Yaasin, disusuli dengan solat Asar.
Turut berada di masjid itu ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, beberapa anggota Kabinet negeri serta anggota keluarga Ariza dan Muhammad Afif.
Joji kemudian memimpin solat jenazah dan suasana menjadi hening seketika ketika beliau membaca doa buat kedua-dua arwah dalam bahasa
Malaysia.
Adenan, yang ditemui pemberita selepas solat jenazah itu, berkata kesedihan rakyat Malaysia ke atas kehilangan nyawa dalam tragedi itu amat dirasai di seluruh negara.
“Hari ini, seluruh negara bersatu dalam kesedihan,” katanya.
Sementara itu, jenazah dua beranak itu tiba dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Semariang pada 4.53 petang dan disambut kira-kira 5,000 orang.
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg adalah antara mereka yang menghadiri majlis pengebumian itu.
Suasana sayu menyelubungi persekitaran tanah perkuburan itu semasa jenazah kedua-dua beranak itu diusung oleh 16 orang anggota tentera dari 4 Kor Armor DiRaja dari van jenazah jenazah hingga ke liang lahad.
Selepas itu, jenazah Ariza dan Muhammad Afif disemadikan di dalam satu liang lahad dengan bacaan talkin disempurnakan Joji.
Kemudian, Abang Johari yang mewakili kerajaan menyampaikan bendera jalur gemilang yang menyelimuti keranda Ariza dan Muhammad Afif kepada ibu Ariza, Jamilah Noriah Abang Aji Anuar, 72.
Ariza bersama suaminya Tambi Jiee, 49, dan semua anak mereka – Muhammad Afif, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15 dan Muhammad Afruz, 13 – terkorban dalam tragedi pada 17 Julai lepas itu.
Pesawat Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine selepas ditembak jatuh pihak tidak bertanggungjawab. – BERNAMA
TOP
“ALLAH Lebih Sayang Mereka” – Imam Besar Masjid Negara
PUTRAJAYA – Khutbah khas bertajuk ‘Hakikat Luh Mahfuz’, di Masjid Putra di sini sempena Hari Perkabungan Negara hari ini, memberi pengertian besar dalam kehidupan umat Islam yang wajib percaya bahawa setiap kejadian yang berlaku adalah ketetapan daripada Allah SWT.
Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata pemilihan tajuk itu telah dibincangkannya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan kewajaran kandungannya dengan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.
“Sesungguhnya manusia tidak boleh lepas daripada Qada’ dan Qadar Allah SWT dan bagi kita umat Islam, kita kena percaya bahawa Qada dan Qadar Allah SWT sememangnya wujud. Malah, rezeki kita, mati kita semua ditentukan oleh Yang Maha Esa.
“Kalau berlaku apa-apa, bukanlah seharusnya kita patut runsing kerana ini adalah ketetapan Allah SWT dan seharusnya kita kena terimanya dengan hati yang terbuka,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Syaikh Ismail berkata pengertian Luh Mahfuz itu sendiri bermaksud satu ketetapan Allah SWT yang tidak dapat diramal atau diduga oleh manusia.
Sebelum itu, belia mengimamkan solat Jumaat dan solat jenazah ghaib di Masjid Putra di sini.
Turut menunaikan solat itu ialah Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kira-kira 5,000 jemaah.
“Saya berharap waris dapat menerima insiden yang menimpa keluarga mereka dengan hati yang terbuka. Bahawasanya Allah lebih menyayangi mereka (mangsa MH17),” katanya.
Kumpulan pertama 20 jenazah mangsa MH17 itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang dengan sebuah pesawat khas dari Amsterdam pagi tadi sebelum diberi istiadat penghormatan tertinggi negara.
Daripada jumlah itu, 11 jenazah beragama Islam dan 9 lagi bukan beragama Islam.
Penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang termasuk anak kapal telah ditembak jatuh, namun setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu. – BERNAMA
TOP
Mercedes- Benz Labur RM200j Bagi Pengembangan Cat
MERCEDES-Benz Malaysia Sdn Bhd mengembangkan bahagian cat di kilang kereta penumpang unit terurai untuk dipasangnya (CKD) di sini dengan kos RM200 juta.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roland Folger berkata kerja-kerja pembinaan akan bermula pada September 2014.
"Mercedes-Benz Malaysia akan terus melabur bukan sahaja di Pekan tetapi juga dalam perniagaan kami secara keseluruhannya.
"Kami melabur lebih RM250 juta bagi kilang ini sejak 2004, dan kami tidak akan berhenti setakat itu.
"Malaysia merupakan pasaran penting bagi Mercedes-Benz and Daimler dan kami sentiasa mencari peluang bagi meningkatkan operasi kami di sini," kata Folger pada sidang media sempena sambutan ulang tahun ke-10 Mercedes-Benz Malaysia, di sini, hari ini.
Kilang di Pekan itu, satu daripada enam kilang CKD kereta penumpangnya di seluruh dunia, juga merancang mengembangkan barisan pengeluaran, katanya, sambil menambah pengembangan itu masih sedang di peringkat perbincangan dan akan diumumkan apabila tiba masanya kelak.
Ketika ini, kilang itu mengeluarkan 40 kenderaan bagi setiap syif, terdiri daripada 15 E-Class, lima S-Class, dan 20 kenderaan perdagangan termasuk Mitsubishi FUSO yang berada di bawah naungan Mercedes-Benz.
"Kami juga menyasar memasang C-Class dengan potensi unjuran 15 unit setiap syif," kata Folger.
Kilang itu, dengan 1,079 pekerja tempatan dan dua pakar luar, menghasilkan 4,083 kereta penumpang dan 2,892 kenderaan perdagangan tahun lepas.
Folger berkata Mercedes-Benz Malaysia mencatatkan pertumbuhan jualan 11 peratus bagi kereta penumpang dan 14 peratus bagi kenderaan perdagangan dan berharap dapat mengekalkan aliran ini.
Keputusan amat memberangsangkan itu katanya, adalah hasil daripada kejayaan S-Class dan C-Class yang mencatatkan peningkatan jualan 24 peratus dengan 4,536 unit terjual setakat tahun ini.
Beliau menyebut model S400L Hybrid yang telah habis dijual sehingga akhir 2015 sebagai contoh utama potensi pasaran Malaysia.
Mercedes-Benz Malaysia memiliki 58 wakil penjual sah dan 87 pusat jualan yang menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan di seluruh negara.
Majlis sambutan ulang tahun ke-10 itu dihadiri oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lee Chee Leong. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Ekonomi Pantai Timur Datuk Jebasingam Issace John. - Bernama
TOP
Jangan Ambil Mudah PRK Pengkalan Kubor
KOTA BHARU – Umno Kelantan diminta tidak mengambil mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor sekalipun kawasan itu dilihat sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak tiga penggal lepas.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata beliau telah berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkenaan persiapan awal itu bagi memastikan kemenangan kekal berpihak kepada BN.
“Segala persiapan untuk menghadapi PRK Pengkalan Kubor perlu dibuat lebih awal kerana kita tidak boleh mengambil mudah perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Pengkalan Chepa 2014 di sini, pada Jumaat.
Ahmad berkata beliau mewakili Umno merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari Barisan Nasional, yang meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China Rabu lepas.
Jenazah Allahyarham Noor Zahidi dibawa pulang dari Guangzhou hari ini dan dijangka tiba di rumahnya di Pasir Pekan, Tumpat pada Jumaat malam.
“Kami rakamkan ucapan terima kasih di atas jasa-jasa Allahyarham selama ini di peringkat negeri terutamanya kerana Allahyarham merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan.
“Pengganti beliau (Noor Zahidi) ada tanggungjawab yang besar dan buat masa ini mesyuarat berkenaan calon masih belum dibuat,” katanya.
Sebelum ini, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan Mohamad Mahmud berkata pihaknya akan menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor selepas menerima surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi itu daripada Speaker DUN Kelantan Abdullah Ya’kub.
Allahyarham yang menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno Bahagian Tumpat selama empat penggal meninggal dunia pada pukul 5.45 pagi, Rabu.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment