TOP
PAS Selangor Akur Titah Sultan Selangor
KUALA LUMPUR – PAS Selangor akur dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya parti itu, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing menghantar dua nama calon Menteri Besar yang baharu untuk dipertimbangkan oleh baginda.
Ketua Penerangan PAS negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, PAS Selangor turut menjunjung titah Sultan Sharafuddin yang memperkenan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meneruskan urus tadbir kerajaan negeri sehingga Menteri Besar yang baharu dilantik.
“PAS Selangor menjunjung tinggi titah Sultan Selangor agar setiap parti PAS, PKR dan DAP menamakan lebih dari dua nama daripada pakatan untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Zaidy melahirkan keyakinan PKR dan DAP akan dapat bersama-sama dengan PAS dalam mempersetujui calon Menteri Besar yang mahu dipersembahkan kepada Sultan Selangor.
Tambah beliau, PAS Selangor yakin pimpinan tertinggi pakatan dapat duduk semeja dan bersepakat tentang calon yang layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.
“Kemelut Menteri Selangor sudah sampai kepada episod penyudah yang bakal menggembirakan semua pihak khususnya seluruh rakyat Selangor dan rakyat Malaysia amnya,” dakwa beliau.
TOP
10 Bandar Berwarna-Warni Serata Dunia Wajib Dilawati
Bandar-bandar yang berwarna-warni di serata dunia adalah daya tarikan untuk pelawat, pelancong dan juga jurugambar. Walaubagaimanapun, bukan senang untuk melihat bandar-bandar yang penuh berwarna-warni. Tapi situasi ini tidak mustahil jika anda berkunjung ke beberapa bandar yang kami paparkan. Kami percaya, kunjungan ke bandar ini membantu menceriakan hari anda!
1. Riomaggiore, Itali
Salah satu bandar yang kaya dengan warna adalah Riomaggiore. Kebanyakan bangunan-bangunan yang terdiri dari batu pasir ini dicat dengan pelbagai warna sehingga menjadi lokasi pelancong untuk bergambar tanpa mencari latar-belakang yang menarik.
2. Willemstad, Netherlands Antilles
Willemstad adalah bandar utama dari Curacao yang terletak di sebelah selatan pulau. Seni bina kolonial Belanda Willemstad terlihat indah dan bersatu dengan perairan Caribbean. Pusat sejarah kota terdiri daripada dua bahagian iaitu Punda dan Otrobanda. Bangunan beli belah dan bersejarah dengan warna-warna cerah dan pelbagai ini membuat para pelancong ingin berjalan kaki menikmati pemandangan bandar yang unik.
3. La Boca, Buenos Aires, Argentina
Bandar La Boca merupakan kawasan kejiranan yang diwujudkan oleh kemasukan pendatang dari Itali dan kebanyakan reka bentuk bangunan meniru gaya kota raya tepi laut Genos dari segi seni bina yang banyak dipengaruhi oleh Eropah.
4. Wroclaw, Poland
Bandar Wroclaw merupakan salah satu bandar yang paling indah di Poland. Seperti sebahagian besar negara di Eropah, bandar ini mempunyai hubungan kuat dengan Katolik Rom. Di sebabkan itu, terdapat banyak gereja yang berwarna-warni menghiasi bandar ini.
5. Longyearbyen, Svalbard, Norway
Bayangkan apabila sebuah bandar terletak berdekatan dengan pulau artik yang sejuk berais, bandar yang penuh warna-warni memang sangat dihargai! Setiap rumah dan bangunan yang penuh warna berlatarbelakangkan salji membuatkan pengunjung tidak mahu berganjak.
6. Nyhavn, Copenhagen, Denmark
Kawasan yang wujud sejak abad ke-17 ini terletak indah sepanjang laluan berair bersebelahan bangunan berwarna-warni. Kebanyakan pelancong tidak menolak untuk menikmati kapal kayu yang dipandu perlahan untuk menikmati bangunan bar dan restoran yang indah sepanjang perairan.
7. Guanajuato, Mexico
Ditemui pada tahun 1554, Guanajuota merupakan bandar kecil tetapi kaya dengan arkitektur kolonial Sepanyol. Guanajuota membawa maksud bukit katak kerana katak merupakan simbol kebijaksanaan manakala bangunan yang berwarna hijau mempunyai banyak maksud tersurat dan tersirat bagi penduduk tempatan.
8. Lima, Peru
Bandar Lima merupakan bandar yang sangat sibuk. Bandar ini bukan saja merupakan perpaduan unik antara budaya tempatan dan asing tetapi turut terkenal dengan gaya seni bina yang berbeza-beza. Spanich baroque, French neoclassicism dan bangunan art nouveau menjadikan bandar ini sebuah arena yang penuh warna dan kesenian.
9. Jodhpur, India
Di tengah padang gurun Thar yang tandus terletak kota Jodhpur ini terkenal dengan gelaran Bandar Biru. Digelar Bandar Biru kerana setiap bangunan rumah yang terletak di dalam benteng diwarnai dengan warna biru. Apabila dilihat dari atas bandar ini kelihatan seperti titik biru di tengah-tengah gurun Thar. Namun, masih belum diketahui mengapa penduduk di Jodhpur mewarnai rumah mereka dengan warna biru. Ada pendapat mengatakan ia berkaitan dengan sistem kasta yang ada di India.
10. Stockholm, Sweden
Bandar Stockholm merupakan salah satu ibukota terindah di dunia, dibina di atas 14 pulau yang dihubungkan oleh 57 jambatan. Bandar ini berdiri pada abad ke 12 yang telah lama menjadi salah satu pusat budaya, politik dan ekonomi Sweden. Bangunan yang indah, udara segar, pemandangan hijau dan dikelilingi air merupakan ‘pakej menarik’ dari kota Stockholm.
Sumber Majalah Libur

Wartawan AS Kembali Selepas Diculik Di Syria
WASHINGTON – Wartawan yang ditahan selama hampir dua tahun oleh militan berkaitan Al-Qaeda di Syria kembali ke Amerik Syarikat semalam, dua hari selepas Qatar merundingi pembebasannya.
Peter Theo Curtis, 45, ditemukan semula dengan ibunya Nancy Curtis di Lapangan Terbang Antarabangsa Boston Logan, selepas terbang dari Tel Aviv ke Newark, New Jersey.
“Saya begitu terharu dan sedih bila ditemui ramai orang – mereka yang tidak dikenali di dalam pesawat, atendan penerbangan dan paling istimewa anggota keluarga saya sendiri, yang mengucapkan selamat kembali,” kata Curtis.
Tambahnya, beliau juga terhutang budi dengan pegawai Amerika Syarikat yang berusaha untuk kesnya dan ingin menyatakan penghargaan kepada kerajaan Qatar kerana masuk campur bagi pihaknya.
Keluarga Curtis berkata kerajaan Qatar berkali-kali menegaskan bahawa pembebasan itu tidak diperoleh dengan bayaran wang tunai, berikutan perbahasan mengenai dasar Amerika yang enggan membayar wang tebusan kepada pengganas.
Washington berpegang teguh pada pendirian tidak membayar wang tebusan atas alasan tindakan itu akan hanya membahayakan rakyatnya di seluruh dunia.
Wartawan bebas dan penulis itu dibebaskan Ahad lalu, kurang seminggu selepas video ngeri menunjukkan pembunuhan seorang tebusan AS, wartawan James Foley oleh satu lagi pergerakan berlainan.
“Saya lega anak saya kini sedang berdiri bersebelahan saya. Namun ia adalah sesuatu yang menyedihkan kerana apa yang berlaku minggu lalu. Saya turut bersimpati dengan keluarga lain yang turut ditimpa kesedihan ini.
“Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada orang awam dan semua pihak di seluruh dunia yang membantu membawa pulang Theo,” kata Nancy Curtis.”
Curtis ditawan sejurus sebelum masuk ke Syria pada Oktober 2012 dan ditahan oleh kumpulan serpihan Al-Qaeda yang dikenali sebagai Barisan Al-Nusra, menurut keluarganya. – AFP
TOP
Tema Hari Merdeka Ke-57 Bawa Maksud Mendalam
KUALA LUMPUR – ‘Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’, yang menjadi tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57, benar-benar menyentuh hati dengan membawa maksud mendalam.
Apa yang cuba ditonjolkan kali ini dalam menzahirkan patriotisme ialah ia bermula dengan hati, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
“Daripada hati, kita menggerakkan perbuatan kita dan ‘Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ melihat soal bagaimana secara mendalam kita kasih dan sayang kepada negara kita,” katanya.
Beliau berkata tema itu tidak bersifat politik tetapi suatu perasaan universal yang memberikan kebebasan kepada orang ramai menzahirkan perasaan cinta kepada negara.
“Ada orang kata saya sayang negara ini kerana ada nasi lemak, teh tarik…ada orang sayang kerana tempatnya indah, cuacanya baik dan ada yang lain pula mungkin kerana keamanan yang kita peroleh, sukar dicari di tempat lain,” katanya.
Setelah memikirkan kaedah untuk membawa rakyat menghayati erti kemerdekaan kali ini dengan tidak menggunakan perkataan atau konsep baharu, maka bait lagu “Warisan” nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad dipilih sebagai tema.
“Sebenarnya bermula tahun lepas, kita mengambil tema daripada lagu… tahun lepas ‘Tanah Tumpah Darah Ku’ daripada lagu Negaraku,” katanya.
Lagu “Warisan” ciptaan Syed Haron Ahmad itu dipilih kerana ia sebuah lagu popular yang syahdu dan menusuk jiwa.
“Dan ia tidak menjadi tema-tema cinta biasa yang didendangkan oleh anak-anak muda tetapi lagu ini adalah evergreen yang sepanjang masa digemari oleh orang ramai.
“Apatah lagi Allahyarham Sudirman merupakan ikon yang menjadi pujaan dan boleh diterima oleh orang ramai pada suatu masa dahulu,” kata Ahmad Shabery yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57.
Allahyarham juga telah menyanyikan lagu-lagu bersifat patriotik seperti ‘Tanggal 31 Ogos’ dan ‘Tegakkan Bendera Kita’ selain daripada Warisan.
Bagi menjelmakan rasa cinta kepada negara yang diperjuangkan oleh penyanyi itu, acara “Memori Chow Kit” akan diadakan selama tiga malam pada 29, 30 dan 31 Ogos ini yang menampilkan lagu-lagu bersifat patriotik.
Tempat itu dipilih bagi mengingati konsert percuma yang pernah diadakan oleh Allahyarham Sudirman dan dihadiri puluhan ribu orang terutama para peminatnya yang tidak berpendapatan tinggi.
Tema sambutan itu telah diumumkan Ahmad Shabery pada 24 Jun lepas tetapi peristiwa yang menyusul membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) – lambang yang menjulang nama negara di angkasa — memberikan makna besar kepada perasaan cinta.
Solidariti rakyat dalam tragedi pesawat MAS Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai menunjukkan bagaimana mereka turut merasai kesedihan sanak saudara dan sahabat handai yang kehilangan orang yang disayangi.
“Segala-galanya kita lihat berkisar bagaimana kita menghargai mereka dengan orang yang mereka cintai…cinta yang mendalam sekali, ibu kepada anak, anak kepada ibu, kawan kepada kawan
“Penghormatan yang diberikan kepada mereka yang kehilangan orang yang disayangi menunjukkan negara memberikan nilai yang tinggi kepada warganegara kita apabila berlakunya tragedi seperti ini,
“Ia begitu tragis sekali apabila pesawat kita ditembak dan kita menjadi mangsa dalam kancah geopolitik pihak yang bersengketa..ini semua menjadi manifestasi yang telah kita tunjukkan,” katanya.
Dalam soal MH17, beliau berkata perjuangan negara belum selesai dengan keupayaan membawa jenazah warganegara Malaysia pulang ke tanah air walaupun ia telah melalui jalan yang sangat sukar.
“Kita tidak berhenti setakat itu sahaja kerana kita akan pergi ke arena antarabangsa dengan cara terbaik untuk menuntut keadilan…untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya.
Ahmad Shabery berharap sambutan kemerdekaan ini dapat menunjukkan manifestasi bahawa walau apa pun yang berlaku, rakyat akan tetap bersatu
mengharungi apa jua cabaran.
“Kita berada dalam kemurungan tetapi tidak bermakna kita tidak boleh melangkah, memandang ke depan dengan tabah.
“Sebagai negara kecil, kita kena tunjukkan bahawa kita tidak boleh diperkotak-katikkan dalam apa keadaan sekalipun.
“Kita mesti tunjukkan bahawa rakyat bersatu dan bersama-sama merayakan sambutan ini, sekurang-kurangnya ini memberi kekuatan kepada mereka yang berada di barisan hadapan,” katanya.
Ahmad Shabery berkata antara ikon yang menjadi tarikan utama sambutan di Dataran Merdeka nanti ialah watak animasi Upin dan Ipin.
“Orang mungkin hairan kenapa karekter animasi ini menjadi ikon…Upin dan Ipin kini menjadi satu aset negara yang sudah menembusi pasaran antarabangsa sebagai harta intelek yang patut kita banggakan.
“Kita bukan sahaja bangga dengan Proton dan hasil industri kita tetapi juga hasil daripada industri kreatif yang dilahirkan oleh negara kita,” katanya.
Menurutnya, Upin dan Ipin akan menjadi pengacara pada hari tersebut dan dipaparkan pada skrin besar di dataran bersejarah itu.
“Dahulu orang menganggap pergi untuk menyaksikan perarakan adalah kerja ibu bapa membawa anak-anaknya.
“Sekarang ini, kita mahu anak-anak pula yang mengajak ibu bapa kerana hendak berjumpa dengan Upin dan Ipin,” katanya. – BERNAMA
TOP
MH17: 5 Jenazah, 2 Abu Mayat Akan Sampai 2 September
PUTRAJAYA – Lima jenazah dan dua abu mayat mangsa tragedi MH17 akan dibawa pulang pada 2 September depan dan bukan Sabtu ini seperti dijadualkan sebelum ini, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong. – BERNAMA
TOP
Kaunter JPN Tutup Pukul 5 Petang Mulai 29 Hingga 31 Ogos
KUALA LUMPUR – Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara akan ditutup pada pukul 5 petang bermula 29 hingga 31 Ogos ini.
JPN dalam satu kenyataan media memberitahu, langkah itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan sistem kerangka utama JPN.
“Semua kaunter ibu pejabat JPN di seluruh negara termasuk cawangan JPN di UTC akan ditutup bermula pukul 5 petang pada tarikh tersebut.
“Kerja-kerja penyelenggaraan itu bertujuan meningkatkan capaian terhadap sistem urusniaga utama yang beroperasi hampir 24 jam sehari,” kata kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu, JPN memaklumkan capaian terhadap sistem hos JPN akan mengalami gangguan dan semua urusniaga transaksi tidak dapat dijalankan.
Jelas kenyataan itu, gangguan perkhidmatan itu termasuk MyEG dan MyIdentity.
Orang ramai yang mahu mendapat maklumat lanjut diminta menghubungi talian 03-888 7067/7071/7077/8203 atau emel kepada pro@jpn.gov.my/
TOP
MH17: Proses Kenal Pasti Baki Mayat Masuk Fasa Mencabar
THE HAGUE – Proses mengenal pasti identiti baki mayat warga Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 kini memasuki fasa sukar dan mencabar.
Anggota Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17 Datuk Dr Zahari Noh berkata kes itu semakin rumit kerana pakar forensik kini hanya boleh bergantung kepada DNA sahaja yang prosesnya mengambil masa panjang.
“Kini di fasa DNA, proses semakin lebih terperinci. Jika wujud padanan cap jari atau DNA, kes boleh diteruskan untuk pengesahan identiti.
“Ia ambil masa lama, boleh juga sekejap. Ada kes terpaksa dikaji semula. Ada yang (ambil masa) satu hari sahaja sudah selesai proses identifikasinya.
“Pakar kini tidak boleh lagi bergantung kepada padanan seperti cap jari tangan atau gigi seperti pengecaman dan identifikasi jenazah lain sebelum ini,” katanya di sini.
Beliau yang juga Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang berkata demikian dalam temu bual bersama Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Pakar forensik itu adalah satu-satunya wakil Malaysia dalam Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17 yang ditempatkan di Pusat Perubatan Tentera di Hilversum dekat sini.
Dr Zahari menjelaskan dalam menentukan identiti jenazah, ia perlu melalui proses seperti pengumpulan anggota badan, bedah siasat dan rekonsiliasi (yang melibatkan gabungan pengumpulan anggota badan dan bedah siasat menggunakan teknik padanan cap jari, DNA serta patologi).
Katanya selesai sahaja proses tersebut, mana-mana kes yang telah dikenal pasti identiti jenazah itu akan dibentangkan ke lembaga.
Jelasnya, antara tugasnya adalah meneliti setiap kes yang dibentangkan dalam mesyuarat yang diadakan tiga kali seminggu; Isnin, Rabu dan Jumaat untuk tujuan pengenalpastian dan pengesahan identiti.
“Ada tujuh orang di dalam lembaga itu dari pelbagai bidang seperti pendakwa raya dan dari negara lain termasuk Belanda dan United Kingdom.
“Tugas kami adalah bersidang, semak setiap kes, buat presentasi. Bila semua sudah setuju, baru sahkan identiti mana-mana jenazah.
“Apabila ada jenazah Malaysia telah dikenal pasti dan disahkan, saya akan memaklumkan kepada Kedutaan Malaysia di sini yang kemudian akan memaklumkan kepada keluarga dan lain-lain lagi,” katanya.
Dr Zahari menarik perhatian, sebaik sahaja jenazah dikenal pasti, pelbagai proses dokumentasi pula diperlukan untuk membawa keluar jenazah ke Rumah Mayat Monuta.
Mengikut Prosedur Operasi Standard, sebaik sahaja dikenal pasti jenazah adalah milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum, jenazah kemudian perlu melalui lima proses penting.
Ini antaranya melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar.
Selesainya proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage di sini, kira-kira 90km dari Hilversum untuk menjalani urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing.
Ditanya mengenai rungutan sesetengah pihak mengenai kenapa semua jenazah tidak dibawa keluar secara serentak, beliau berkata setiap proses identifikasi memerlukan masa dan perlu mengharungi pelbagai fasa.
“Umum perlu faham, ada 298 kes dan setiap kali bersidang, cuma 20 kes sahaja dibentangkan. Dari situ, tidak semua yang dikenal pasti adalah warganegara Malaysia.
“Prosedur disini seperti identifikasi dan autopsi adalah berbeza. Kecepatan proses pengenalpastian mana-mana jenazah bergantung kepada selesainya fasa rekonsiliasi,” katanya.
Tegas Dr Zahari, mana-mana kes jenazah sama ada lengkap atau sebaliknya yang telah selesai melalui proses rekonsiliasi akan dibawa ke lembaga mengikut giliran dan secara rawak.
“Tidak semestinya setiap kali kami bermesyuarat, akan ada kes yang dibentangkan melibatkan jenazah Malaysia.
“Kita tidak tahu mayat dari negara mana yang datang atau kes apa dibentangkan. Malah ada beberapa kes yang ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya sambil menambah terdapat 180 dari 298 mayat telah dikenal pasti ketika ini.
Dr Zahari yang telah berkhidmat hampir 27 tahun dalam bidang kesihatan termasuk forensik ini berkata adalah menjadi keinginan dan harapan untuk mengenal pasti dan menemui kesemua mayat warga negara Malaysia dalam kadar segera.
“Walau berdepan kerumitan, saya sering berdoa agar setiap kali mesyuarat, akan ada jenazah dari Malaysia dan dikeluarkan secepat mungkin, barulah lapang dada saya.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan sebanyak 31 jenazah rakyat Malaysia telah dikenal pasti.
Pada Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas dan pada Ahad kumpulan kedua melibatkan tiga mangsa tragedi itu tiba di tanah air.
Satu lagi jenazah tiba pada Sabtu lepas.
Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai lepas.
Ia dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. – BERNAMA
TOP
Pakatan Rakyat Terus Berbalah Isu MB Selangor
KUALA LUMPUR – Krisis jawatan Menteri Besar Selangor yang menyebabkan perbalahan besar antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dengan PAS memasuki episod baharu hari ini.
Ia berikutan pengumuman PAS hari ini untuk mempersembahkan tidak kurang dari dua nama kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon Menteri Besar yang baru.
Pendirian PAS itu bercanggah dengan keputusan PKR dan DAP yang tetap mahu menghantar satu nama sahaja sebagai calon Menteri Besar Selangor iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Pendirian PAS itu dibuat Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini yang turut menegaskan, PAS akan menghantar tidak kurang daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar kerana menjunjung titah Sultan Selangor.
“PAS menghormati titah Tuanku dan kita akan menghantar tidak kurang dari dua nama,” kata beliau kepada media pembangkang hari ini.
Mustafa turut menegaskan, PAS akan membuat keputusan mengenai dua calon yang akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor itu selepas menerima surat pemakluman rasmi daripada Istana.
Sebelum ini perbalahan besar berlaku antara PAS dengan DAP dan PKR berikutan keengganan PAS menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baharu hingga menyebabkan DAP mengugut mahu meninggalkan pakatan pembangkang.
TOP
Grand Saga Edar 1,500 Kad Touch N’ Go Percuma
KUALA LUMPUR – Syarikat konsesi lebuhraya, Grand Saga Sdn. Bhd. (Grand Saga) akan mengedarkan sebanyak 1,500 kad Touch N’ Go secara percuma kepada orang ramai pada 29 Ogos ini.
Grand Saga dalam satu kenyataan media memberitahu, kad Touch N’ Go bernilai keseluruhan RM10,500 itu akan diedarkan kepada pengguna lebuhraya Cheras-Kajang di sini.
“Pemberian kad Touch N’ Go percuma ini di plaza tol adalah bersempena sambutan hari kemerdekaan negara ke-57,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, kad Touch N’ Go percuma dengan kos RM10 itu diedarkan kepada orang ramai dengan nilai tambah pada kad tersebut sebanyak RM2.
Tambah kenyataan itu, pemberian itu juga secara tidak langsung dapat menggalakkkan orang ramai menggunakan sistem tol elektronik dan mengurangkan kesesakan di plaza tol.
TOP
Sikap PKR, DAP Buat Rakyat Bertambah Meluat – DPPM
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana tetap berkeras cuma mahu mencalonkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Ketua DPPM, Suhaizan Kayat berkata, sikap PKR dan DAP yang enggan menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya menghantar nama lebih dua calon untuk jawatan itu membuat rakyat bertambah meluat kepada kedua-dua parti berkenaan.
“Jika PKR dan DAP mahu meneruskan hasrat menghantar hanya satu nama, maka krisis ini akan berlarutan panjang. Rakyat akan bertambah meluat… Ia masa terbaik untuk pakatan kembali duduk semeja untuk mencapai persefahaman yang mungkin gagal dicapai sebelum ini..,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Tedahulu, Suhaizan dalam satu kenyataan berasingan mahu mencadangkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Sultan Selangor semalam menitahkan parti PAS, PKR dan DAP masing-masing mengemukakan dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Ia selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang memperuntukkan Sultan Selangor kuasa budi bicara mutlak dalam pelantikan seorang Menteri Besar, yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Sultan Sharafuddin menyampaikan titah berkenaan selepas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini untuk menyembah maklum peletakan jawatannya.
TOP
SEGERA: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Meninggal Dunia
DULU wajahnya sering menghiasi kaca televisyen bila dijemput sebagai panelis dalam Forum Hal Ehwal Islam di RTM.
Syarahan dan kuliah agamanya yang bersahaja berjaya memikat jutaan umat Islam di negara ini.
Hari ini, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Al-Fadhil Ustaz Datuk Hashim Yahya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di ibu negara sebentar tadi.
Marilah sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah agar orh Allayarham ulama besar kita ini dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
Al-Fatihah… – Mynewshub.my
TOP
” Nepotisme Terbuka Sedang Berlaku Di Selangor ” – PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Selangor menilai secara rasional perkembangan politik di Selangor terutama ‘nepotisme terbuka’ yang sedang berlaku di negeri itu.
Katanya, wakil rakyat yang sihat disuruh meletak jawatan dan digantikan dengan isteri sendiri dan satu pilihan raya kecil diadakan dan selepas itu isteri sendiri dicalonkan untuk menjadi menteri besar.
“Cuba bayangkan, kalau dalam BN kita angkat isteri menjadi menteri besar, kita akan dituduh nepotisme terbuka tetapi ini sedang berlaku di Selangor,” katanya di majlis mesra Aidilfitri UMNO Peringkat Selangor yang dihadiri lebih 10,000 orang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) di Dengkil malam tadi.
Beliau menyerahkan kepada rakyat Selangor cuba fikirkan apa yang baik dan patut lakukan berasaskan pertimbangan masuk akal dan rasional dan pertimbangan ini menyelamatkan negeri dan negara kita secara keseluruhan.
“Pertimbangan bermotif sesuatu seperti ada udang ‘galah’ di sebalik batu akan merugikan rakyat,” katanya.
Turut hadir Pengerusi Badan Penghubungan Umno Selangor dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar.
Dalam pada itu, Najib berkata kerajaan pusat melahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersetuju menandatangani perjanjian mengenai Projek Loji Rawatan Air Langat 2 untuk dilaksanakan bagi menjamin bekalan air berterusan kepada rakyat negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Beliau berkata walaupun perjanjian itu sepatutnya ditandatangani tiga tahun dulu tetapi politik telah mengatasi pertimbangan rasional Abdul Khalid.
“Menteri Besar Selangor sudah sedar bahawa keputusan kerajaan pusat sebelum ini adalah benar dan tepat, tanpa Langat 2 tiada jaminan bekalan air,” katanya.
Najib bersama hadirin bertafakur selama seminit untuk memberi penghormatan kepada penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu dan juga MH370 yang hilang sejak Mac 8.
Di majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan kepada jemaah haji di Parlimen Sepang yang bakal menunaikan haji. – bnbbc.my
TOP
” Tolong Jangan Sebut BOM Bila Naik Pesawat “
SUBANG JAYA – Banyak perkataan yang anda boleh dikatakan ketika menaiki pesawat tetapi “bom” bukanlah salah satu daripadanya.
Seorang penumpang ketika menaiki pesawat Malindo Air bagi penerbangan OD1158 ke Pulau Pinang pada pukul 3.40 petang Selasa, penat menunggu dalam barisan untuk diperiksa pas masuk penerbangannya di pintu masuk pesawat dan mengeluarkan kenyataan, “Kenapa perlu periksa? Saya tidak ada bom.”
Perkataan itu mencetuskan ancaman keselamatan apabila syarikat penerbangan itu terpaksa memindahkan 37 penumpang dari pesawat jenis ATR600, ke kawasan pengasingan dan mendapatkan skuad bom untuk melakukan pemeriksaan bagi mengesan bahan letupan itu.
Para penumpang terpaksa berdiri di bahagian tarmac landasan dari pukul 4 petang hingga 8 malam, sementara polis membuat pemeriksaan terhadap setiap seorang mereka.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim berkata, polis kemudiannya membenarkan para penumpang menaiki penerbangan lain ke Pulau Pinang pada pukul 9.30 malam. Dua penumpang lain membuat keputusan untuk menaiki penerbangan lain pada Rabu.
“Ketika kakitangan sedang memeriksa pas masuk penerbangan penumpang sebelum memasuki pesawat itu, salah seorang daripada mereka menjerit dengan mempersoalkan kenapa perlu untuk diperiksa, dan memberitahu bahawa dia tidak mempunyai bom.
“Selepas kesemua penumpang duduk, kru kabin memaklumkan kepada kapten dan pusat kawalan. Mereka mendapat arahan untuk tidak menerbangkan pesawat itu dan membuat laporan polis.
“Ia merupakan perkataan yang sensitif, oleh itu kita terpaksa mendapatkan unit anjing pengesan (K9) dan unit pengesan bom untuk meneliti ancaman itu,” katanya.
Azmi berkata, kesemua penumpang yang dibawa keluar dari pesawat itu, yang kemudiannya dibawa ke kawasan pengasingan di landasan.
Beliau berkata, siasatan itu mendedahkan “ancaman bom” itu tidak lebih sekadar daripada perkataan yang terlepas daripada penumpang yang gelisah, dan polis memberikan lampu hijau kepada penumpang untuk berlepas pada pukul 7.30 malam.
“Jangan gunakan perkataan-perkataan seperti bom di pesawat,” tegas memberi amaran.
Seorang penumpang, yang hanya mahu dikenali sebagai John, berkata penumpang tidak dimaklumkan mengenai mengapa mereka perlu dipindah keluar dari pesawat itu dan diperiksa oleh pihak berkuasa.
“Mereka membuatkan kami berdiri di luar di landasan di tengah panas selama beberapa jam,” kata John yang menghadiri pameran pada minggu lalu.
Seorang lagi penumpang, peguam yang hanya mahu dikenali sebagai Naga merasakan pihak berkuasa bertindak keterlaluan terhadap perkataan ‘bom;.
Sementara itu, Malindo Air berkata, para penumpang dikuarantikan sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan, dan menyediakan makanan untuk mereka ketika pemeriksaan dijalankan.
“Kami ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa keadaan tersebut telah diuruskan secara profesional oleh pihak berkuasa dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Malindo Air mengambil serius terhadap ancaman seperti itu demi kesejahteraan dan keselamatan penumpang kami,” katanya dalam satu kenyataan. – mstar.com.my
TOP
Video: Pengawal Istana Buckingham Kantoi Jelir Lidah
PENGAWAL keselamatan yang berkawal di Istana Buckingham, United Kingdom sememangnya menjadi tarikan kebanyakan pelancong untuk mengabadikan gambar mereka bersama-sama pengawal yang bertugas.
Dalam skop kerja mereka, pengawal tersebut diminta tidak menunjukkan sebarang ekspresi muka walaupun sering kali diusik pelancong yang gemar mengacau mereka.
Mereka perlu sentiasa fokus dengan muka ‘serius’ ketika menjalankan tugas walau dalam keadaan apa sekali pun.
Namun, baru-baru ini menerusi rakaman video seorang pelancong, seorang pengawal telah kantoi membuat ekspresi muka malah dia juga sempat mengeluarkan lidah ke arah si perakam.
Pihak istana yang bertanggungjawab telah sedia maklum dengan perkara tersebut dan akan menyiasat kesahihan video itu sama ada ianya asli ataupun hanya sekadar ‘prank‘.
– MYNEWSHUB.MY

Gambar Wanita Bertudung ‘Gedabak’ Dalam WHI Jadi Viral
Serius, ramai rakan kami meluahkan rasa terkejut ketika menonton program Wanita Hari Ini semalam.
Semua gara-gara melihat gaya tudung seorang jemputan di studio yang hadir bagi mempromosikan butiknya di program tersebut.
Bukan apa, tudung dikenakan wanita tersebut boleh dikatakan terlalu besar jika dibandingkan dengan saiz kepala muslimah biasa yang bertudung. Hinggakan ada yang nakal membuat lawak bahawa ia menyamai watak Queen Amidala dalam filem Star Wars!
Susulan itu, gambar wanita berkenaan mulai tersebar dan menjadi viral di laman-laman sosial.
Perkara ini nyata sampai ke pengetahuan wanita tersebut yang dikenali sebagai Aimi.
Nyata, dia amat bengang hingga mempertimbangkan mahu menyaman individu yang memperolokkan dirinya.
Berikut pula komen Aimi di laman Facebook
Sebenarnya, gaya tudung begini memang stail kegemaran Aimi sejak dahulu dan mereka yang rapat dengannya sudah lama tahu.
Dari satu segi betul juga kata Aimi menerusi status Facebook di bawah ini iaitu jika kita berpakaian untuk kepuasan diri sendiri mengapa mahu pedulikan cakap-cakap orang?
Pada pandangan kami cara pemakaian tudung dalam kalangan muslimah di negara ini yang ranggi dan mengikut trend semasa atau lebih dikenali sebagai hijabista adalah bagus tapi kenyataannya, tak semua sesuai dan boleh diterima untuk tatapan umum.
Dalam Islam sendiri terdapat garis panduan jika niatnya benar-benar mahu menutup aurat termasuk tudung wajib labuh menutup dada dan tidak dipasang sanggul tinggi.
Jadi hati-hatilah dalam keterujaan mahu berfesyen ya – jangan sampai matlamat utama tudung sudah lari maksudnya.
– MYNEWSHUB.MY
Oleh: REM RAMZI

Pemuda PAS Cadang Nik Nazmi Jadi Menteri Besar Selangor
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mahu mencadangkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Ketua DPPM, Suhaizan Kayat berkata, Nik Nazmi merupakan tokoh muda yang mempunyai daya kepimpinan menarik dan mampu menarik sokongan anak muda kepada pakatan pembangkang.
“Saya melihat kemelut krisis Menteri Besar Selangor memasuki satu fasa baru yang menarik. Pihak istana mencadangkan pakatan mengemukakan lebih dari dua nama sebagai cadangan. Kelihatannya pakatan masih bergelut mencapai kesepakatan.
“Justeru mengapa tidak satu nama baru dicadang untuk mengimbang keadaan ini untuk dipersembahkan juga kepada Sultan Selangor. Saya suka mencadangkan rakan sejawat saya Nik Nazmi sebagai salah seorang calon Menteri Besar Selangor,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Suhaizan berkata, Nik Nazmi layak untuk jawatan itu kerana pernah menjadi setiausaha politik Menteri Besar Selangor dan mempunyai pendedahan pentadbiran negeri yang baik.
“Pakatan harus berani mengemukakan calon muda seperti Nik Nazmi,” tegasnya.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menitahkan parti PAS, PKR dan DAP masing-masing mengemukakan dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Ia selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang memperuntukkan Sultan Selangor kuasa budi bicara mutlak dalam pelantikan seorang Menteri Besar, yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Sultan Sharafuddin menyampaikan titah berkenaan selepas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini untuk menyembah maklum peletakan jawatannya.
TOP
256 Jemaah Program Khas Haji PM – Yayasan 1MDB Ke Madinah
SEPANG – Kumpulan pertama sebanyak 256 imam dan pengerusi jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK) menerusi Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berlepas ke Madinah pagi ini bagi menunaikan haji.
Penerbangan KT 2 menerusi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH8000 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 9 pagi dan dijangka tiba di Madinah pada pukul 12.50 tengah hari waktu tempatan (5 petang waktu Malaysia).
Menurut Pengerusi Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1MDB Datuk Jailani Ngah, bagi program tahun ini sebanyak 1,000 jemaah telah dipilih dari seluruh negara.
“Untuk tahun ini terdapat tiga penerbangan dan pagi ini adalah yang pertama, sementara yang kedua pada awal pagi esok dan yang ketiga pada awal pagi Jumaat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata jemaah akan berada di Madinah dan Mekah selama 45 hari untuk menunaikan ibadah umrah serta haji dan penerbangan pertama yang akan kembali ke tanah air ialah pada 11 Okt.
Seorang jemaah Muhammad Ismail Sajiman, 29, Imam Masjid Kampung Murni Jaya, Kulaijaya, Johor, bersyukur dan gembira kerana dapat menunaikan fardu haji di usia yang masih muda.
“Terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan atas keprihatinan kepada kami imam dan ketua kampung semoga Allah membalas jasa baik mereka semua,” katanya.
Perasaan yang sama turut dikongsi Imam Masjid Ikhwanul Islam, Kuching, Abdul Talib Mahadi, 52, yang bersyukur dan amat terharu dengan peluang yang diberikan kepadanya.
“Sepatutnya ikut kuota, saya akan tunaikan haji pada tahun 2037 tetapi disebabkan rezeki, saya berpeluang tunaikan haji lebih awal dan terima kasih kepada kerajaan,” katanya.
Bapa kepada empat orang anak ini berkata beliau akan turut mendoakan kesejahteraan rakyat dan negara supaya mendapat rahmat serta keberkatan dari yang maha esa.
Bagi Ketua Kampung di Kapit, Sarawak, Abang Hamzah Abang Bolhasan, 63, turut bersyukur kerana impiannya selama ini untuk menunaikan fardu haji akhirnya tercapai. – BERNAMA
TOP
PANASSSS…Wanita Malaysia Sertai ‘Jihad Seks’ Di Timur Tengah?
Wanita Malaysia dipercayai menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual, kata pegawai kanan risikan kepada The Malaysian Insider.
Pihak berkuasa mengesahkan tiga wanita Malaysia pergi ke Timur Tengah untuk menyertai pasukan Isis.
Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.
Konsep itu berasal daripada fahaman Wahhabi sekitar 2013, yang menyeru penyokong wanita Sunni untuk tampil melakukan jihad seks dan menyemarakkan moral pejuang terhadap regim Bashar al Assad di Syria.
“Wanita ini dipercayai menawarkan diri mereka untuk melakukan hubungan intim kepada pejuang Isis yang cuba memperkenalkan peraturan Islam di Timur Tengah.
“Konsep ini mungkin kelihatan kontroversi tetapi ia semakin berkembang apabila sesetengah wanita Islam di sini bersimpati dengan kepayahan Isis,” kata seorang pegawai risikan kepada The Malaysian Insider.
Enggan didedahkan identitinya, pegawai itu berkata seorang wanita Malaysia berlepas ke Timur Tengah pada Disember tahun lalu.
“Wanita itu, berusia 30-an, pergi ke Turki sebelum bertemu dengan orang tengah yang membantunya melengkapkan perjalanan ke Syria melalui jalan darat.
“Seorang lagi wanita Malaysia berusia 40-an dipercayai bekerjasama dengan pasukan Isis pada April tahun ini,” kata sumber.
Pegawai risikan berkata, bukan wanita Malaysia saja yang melakukan jihad seksual kerana ada juga wanita Islam lain terbabit.
“Pertukaran risikan dengan beberapa negara mendedahkan wanita Islam Sunni dari Australia dan United Kingdom juga menyertai Isis,” katanya.
Pegawai risikan berkata, Isis mengeluarkan dekri atau edik pada Jun tahun ini menawarkan pengerahan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual.
“Sebaik saja selepas bandar Mosul di Iraq ditawan pasukan Isis, orang ramai diarahkan menghantar wanita tidak berkahwin berjihad untuk seks,” dedah pegawai risikan.
“Dalam pengisytiharannya, Isis mengancam untuk melaksanakan undang-undang syariah terhadap mereka yang gagal mematuhi edik atau dekri itu,” kata pegawai berkenaan.
Pegawai risikan berkata, rakan sejawatannya di Britain mendedahkan lebih 600 umat Islam British dipercayai berjuang untuk Isis.
“Jumlah itu termasuk wanita Islam British yang bukan berjuang di barisan hadapan, tetapi masih terbabit dengan melakukan jihad seksual.
“Pegawai risikan Australia mendedahkan lebih 100 wanita Islam Australia berada di Syria berjuang di smaping Isis,” kata pegawai risikan itu.
Walaupun Putrajaya pada awalnya mendedahkan kira-kira 30 rakyat Malaysia berlepas ke Timur Tengah berjuang untuk Isis, tetapi angka itu dipercayai sebenarnya lebih tinggi.
“Pemeriksaan yang dilakukan dengan rakan sejawatan kami di luar negara mendedahkan mungkin jumlah rakyat Malaysia di Timur Tengah mencecah 50 orang,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Setakat ini, 3 rakyat Malaysia dilaporkan maut di Syria ketika berperang menentang pasukan Presiden Syria Bashar Al-Assad.
Mat Soh, 53, dilaporkan terbunuh selepas dilanggar lori tangki ketika pertarungan sengit antara Isis dengan pasukan Syria minggu lalu.
Pada Jun, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, mati selepas insiden bunuh diri yang menyebabkan lebih 20 askar Iraq maut di pangkalan mereka di Al-Anbar.
Identiti rakyat Malaysia ketiga yang maut dalam satu insiden masih belum disahkan oleh pihak berkuasa di sini.
Sejak konflik di Syria meletus pada Mac 2011, lebih 190,000 kematian dilaporkan setakat ini, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Kejadian pembunuhan paling mengerikan ialah pada 20 Ogos ketika Isis melancarkan satu rakaman menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan berjihad, bercakap dengan loghat selatan Inggeris, memenggal kepada seorang wartawan dan jurugambar warganegara Amerika, James Foley.
Foley ditangkap di Syria pada penghujung 2012. Rakaman video itu menunjukkan beliau dibunuh di kawasan padang pasir.
Video bertajuk ‘Pesanan kepada Amerika’ itu dimuat naik di YouTube sebagai amaran kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berhubung serangan terhadap militan di Iraq.
Sebelum dibunuh, wartawan berusia 40 tahun itu dipaksa membaca satu kenyataan yang menyalahkan Amerika atas kematiannya. – The Malaysian Insider
TOP
Abby Abadi Buat Laporan Polis…Apa Kes?
SEJAK perceraiannya dengan Muhammad Noor Farhan, agak kurang cerita panas yang didengar mengenai pelakon Abby Abadi.
Dia kini dilihat lebih fokus kepada aktiviti keagamaan menerusi akaun Instagramnya.
Bagaimanapun semalam, Abby telah memuatnaik satu gambar dengan ‘caption’:
“Buat yg berkenaan, laporan Polis telah dibuat…. Sy terpaksa kerana tidak mendapat kerjasama dr dot dot dot…. Siapa? Biarlah Sy rahsiakan dulu buat masa ini yer…. Sy bagi ruang & peluang sebaiknya utk selesaikan dgn Sy je….. ‘dia itu’ buat mcm tiada apa2 yg berlalu.. cal tak berangkat, msg tak berbalas.
“Sy tiada cara lain. Tindakan Undang2 yg terbaik. Harap yg berkenaan beri perhatian yer……….. Janji bulan puasa nk selesaikan… tiada. Bulan raya janji lagi… tiada juga. Sudahnya……… Maafkan Sy. Masih ada peluang lagi ni… Cal atau msg Sy dengan kadar segera yer……”
Biarpun dia tidak menyatakan punca laporan polis itu dibuat, ada pengikutnya yang memberikan komen berikut:
Hmm, masalah kereta ke?
Pada masa yang sama, ramai yang mengaitkan perkara itu dengan bekas suaminya itu.
Apapun, kami tidak mahu sewenang-wenangnya membuat kesimpulan selagi Abby sendiri tidak memberikan kenyataan yang jelas mengenainya.
Tunggu dan lihat saja nanti…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Peminat Terkejut Aaron Aziz Tunjuk Gambar Seluar Dalam!
Terkejut besar peminat yang mengikuti akaun Instagram Aaron Aziz semalam apabila pelakon tersohor itu memuat naik gambar sehelai seluar dalam.
Maklumlah selama ini Aaron dikenali sebagai artis yang biasa berkongsi gambarnya bersama keluarga, promosi iklan dan lakonan terbaru atau majlis yang dihadiri sahaja.
Tup-tup terselit gambar seluar dalam putih di atas, dah tentu objek ini mengejutkan semua orang hingga rata-rata peminat membuat andaian bahawa akaun Instagram tersebut telah digodam pihak tertentu.
Tak kurang juga ada yang faham bahawa gambar tersebut memang dimuat naik Aaron untuk memerli individu tertentu yang tertinggal seluar dalamnya dan suka bersikap bermuka-muka berdasarkan kapsyen dibuat namun ia dianggap satu tindakan yang boleh mencetus kontroversi.
Apa pun, bagi kami kalau setakat gambar seluar dalam begini tak perlulah kita bersikap taboo sangat kot.
Lainlah kalau Aaron kongsi gambar dia memakai seluar dalam sahaja, ha yang itu memang bakal mencetus kontroversi tak ingat punya. - MYNEWSHUB.MY

Apabila Pokok Jadi Pilihan Untuk Tampal Papan Iklan…
TAK tahulah kami apa yang menarik sangat dengan pokok ini hingga ada individu yang sanggup menampal papan iklan hingga ke bahagian atasnya.
Setakat ini, iklan ‘lori sewa’ mendahului iklan-iklan lain dari segi ketinggiannya.
Bukan setakat pokok, tiang lampu yang berada di sebelahnya juga turut menjadi ‘mangsa’ deretan papan iklan. Tidak diketahui di mana lokasi kawasan ini, namun pemandangan ini sememangnya menyakitkan mata yang memandang. Diharap ada tindakan daripada pihak berwajib bagi menyekat aktiviti menampal iklan di kawasan yang tidak sepatutnya seperti ini.
Jangan sampai pokok ini dikatakan ‘berbuah iklan’ sudah…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
(Kredit foto: Facebook DTR)

Dua Model Separuh Bogel Di Ipoh Mengaku Salah
IPOH – Dua model yang berpakaian menjolok mata ketika sesi fotografi di lampu isyarat Jalan Sultan Yusof di sini kelmarin, mengaku salah di Mahkamah Majistret sebentar tadi.
Model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan model wanita, How Jo Yee, 21 didakwa secara bersama menimbulkan kegusaran awam di lampu isyarat berkenaan yang juga di depan sebuah bank pada jam 9 pagi, 25 Ogos lalu.
Majistret Haslinda A Raof menjatuhi hukuman denda RM400 setiap seorang atau penjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Andrew Soong. – BH Online
TOP
Bekas Pemain Chelsea Samuel Eto’o Sertai Everton
Samuel Eto'o kini menjadi pemain Everton.
BEKAS pemain Chelsea dan pemain terbaik Afrika sebanyak empat kali, Samuel Eto'o telah menyertai Everton dengan kontrak selama dua tahun dan kini berkemungkinan akan diturunkan menentang bekas kelabnya itu dalam perlawanan liga Sabtu ini. Pemain berusia 33 tahun itu sebelum ini dikaitkan dengan banyak kelab termasuklah Liverpool tetapi tidak ada satu pun yang bersedia menawarkannya kontrak melebihi setahun sepertimana yang ditawarkan Everton. Kebanyakan kelab dalam liga perdana mempunyai polisi untuk tidak menawarkan kontrak melebihi setahun kepada mana-mana pemain yang telah berusia lebih daripada 30 tahun. Ramai yang tidak menyaksa Eto'o akan menyertai pasukan Roberto Martínez tetapi tawaran yang diterimanya adalah terlalu bagus untuk ditolak. Dia dikatakan menerima bayaran gaji sebanyak £75,000 seminggu. Eto’o, yang merupakan pemenang Piala Eropah tiga kali, bersama Barcelona (dua) dan kemudian Internazionale, berjaya menjaringkan 12 gol dalam 34 perlawanan untuk Chelsea musim lalu tetapi tidak ditawarkan perlanjutan kontrak musim ini. Oleh yang demikian dia menjadi ejen bebas dan Martínez membawanya ke Everton tanpa perlu membayar wang perpindahan kepada Chelsea. Everton memerlukan penyerang ekstra kerana mereka akan beraksi dalam Liga Europa musim ini. Mereka telah pun membeli Romelu Lukaku juga daripada Chelsea manakala seorang lagi penyerang, Arouna Koné masih dibelenggu kecederaan lutut. - mstar

Angel Di Maria Kini Sah Pemain Man Utd Dengan Harga Perpindahan Ke-6 Tertinggi Dunia
Angel Di Maria diperkenalkan kepada media dengan memakai jersi baru United.
> Angel di Maria kini disahkan sebagai pemain Manchester United
> Pemain tengah Argentina itu menandantangani kontrak lima tahun
> Perpindahan dari Real Madrid itu memecah rekod perpindahan British
> Juga menjadi pemain keenam termahal dunia
> United bayar Real Madrid £59.7 juta untuk dapatkannya
> Jumlah itu boleh meningkat kepada £70 juta berdasarkan prestasi semasa
> Di Maria akan menerima gaji £200,000 seminggu
> Kini pemain dengan gaji kedua tertinggi selepas Wayne Rooney
PEMAIN tengah Real Madrid dan Argentina, Ángel di María kini disahkan sebagai pemain Manchester United selepas kelab itu memeteraikan perjanjian dengan juara Eropah itu untuk membelinya pada harga rekod £59.7 juta sekaligus menjadikannya pemain termahal dalam sejarah perpindahan ke kelab Inggeris serta yang keenam termahal di dunia.
Jumlah itu mengatasi £50 juta yang Chelsea bayar Liverpool untuk dapatkan Fernando Torres pada Januari 2011.
United kini telah membelanjakan £130.7 juta untuk membawa masuk Luke Shaw (£27 juta), Ander Herrera (£28 juta) dan £16 juta untuk Marcos Rojo.
Di Maria yang kini berusia 26 tahun telah menandantangani kontrak lima tahun bersama United dan akan dibayar gaji mingguan sebanyak £200,000 - menjadikannya pemain kedua dengan bayaran tertinggi di kelab tersebut selepas Wayne Rooney.
Dalam pada itu, United juga sedang berusaha untuk membawa masuk pemain Juventus, Arturo Vidal, pemain Milan, Nigel de Jong dan pemain pertahanan Ajax Amsterdam dan Belanda, Daley Blind, untuk melengkapkan pasukan mereka yang sedang tenat dan rapuh di bahagian pertahanan.
Awal pagi ini mereka dibelasah dan dimalukan 0-4 oleh pasukan liga bawah, MK Dons dalam perlawanan Piala Capital One.
Pengurus United, Louis van Gaal hanya mempunyai tempoh masa sehingga 1 September untuk membetulkan apa jua kelemahan yang ada sebelum pintu perpindahan ditutup.
Sementara itu, United juga sedang berusaha keras untuk mendapatkan permit kerja Di María bagi membolehkannya diturunkan dalam perlawanan liga menentang Burnley, Sabtu ini.
Van Gaal, hanya mampu mengutip satu mata daripada enam mata dalam dua perlawanan permulaan liga. - mstar

Apo Kahumbo Suspek Dalang Kes Culik Dikait Abu Sayyaf Ditahan
Apo Kahumbo.
KOTA KINABALU: Seorang ketua kumpulan terkenal, dipercayai salah seorang dalang di sebalik beberapa insiden penculikan rentas sempadan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf ditahan di selatan Filipina. Lelaki itu, dikenali sebagai Apo Kahumbo yang menjalankan operasi dari Pulau Tawi-Tawi merupakan individu yang dikehendaki oleh kedua-dua polis Filipina dan Malaysia sejak beberapa tahun. Dia bersama kumpulan lelaki bersenjatanya turut mempunyai kaitan dengan satu lagi kumpulan penculik terkenal, yang diketuai oleh Muktadil bersaudara, yang dikenal pasti oleh polis Malaysia sebagai bertanggungjawab terhadap kes penculikan di Sabah, baru-baru ini. Polis Kebangsaan Filipina Tawi Tawi, Kol Joey Salido memberitahu The Star bahawa Kahumbo ditahan pada awal Selasa dalam satu operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi keselamatan di salah sebuah pulau di Tawi Tawi, kira-kira kurang setengah jam menerusi perjalanan menggunakan bot dari pantai timur Sabah. Pegawai keselamatan, berkata Kol Salido, yang sedang mengenal pasti latar belakang lelaki berkenaan, termasuk asalnya, umur dan lelaki bersenjata di dalam kumpulannya. Beliau berkata, Kahumbo ditahan oleh pasukan keselamatan Filipinan di wilayah Bongao di Tawi Tawi. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai bagaimana dan di mana sebenarnya Kahumbo ditahan, selain menyatakan bahawa individu itu dikehendaki untuk disoal siasat. "Kita turut mahu mengesahkan sama ada dia bertanggungjawab terhadap beberapa kes penculikan di Filipina dan Sabah, atau tidak," katanya, sambil menambah bahawa Kahumbo akan didakwa di mahkamah sekiranya terdapat bukti kukuh. Menurut sumber risikan dari Malaysia, Kahumbo turut dikenali sebagai Mubin Halil. Sumber itu berkata, Kahumbo mungkin turut bertanggungjawab terhadap serangan terbaharu di Pulau Mabul, apabila kumpulan lelaki bersenjata Filipina menembak mati Polis Marin, Koperal Abdul Rajah Jamuan, 32, dan menculik rakannya, Konstabel Zakiah Aleip, 26, dari Mabul Water Bungalows Resort pada 12 Julai. Menurut sumber, Kahumbo merupakan salah seorang dalang yang bertanggungjawab terhadap beberapa kes penculikan di Semporna, Lahad Datu dan Kunak sejak awal tahun ini. Sumber risikan Filipina berpangkalan di Bandar Zamboanga berkata, Kahumbo merupakan seorang anggota Abu Sayyaf berpangkalan di Tawi Tawi di mana mangsa culik biasanya akan dibawa ke kubu kuat Abu Sayyaf di Pulau Jolo. Mereka percaya Kahumbo memimpin sebuah kumpulan yang dianggotai lapan lelaki bersenjata, yang hanya dikenal pasti sebagai Amilbangsa, Roslam, Tamsi, Seahorse, Abrasar, Adunay, Nikson dan Darwin. "Kahumbo merupakan kumpulan berasaskan puak. Kebanyakan anggota mereka adalah saudara-mara," kata sumber itu. - mstar

6 Pegawai Polis Dipenjara Kerana Cuba Bunuh Presiden Ecuador
Presiden Ecuador, Rafael Correa. Foto AFP
QUITO: Hakim Ecuador menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap enam pegawai polis yang cuba membunuh Presiden negara itu, Rafael Correa semasa pemberontakan berlaku pada 2010. Konflik berdarah itu mengakibatkan 10 orang terbunuh dan 274 cedera. Ia berlaku apabila satu pemberontakan polis yang berpunca daripada potongan bonus di mana sekumpulan pegawai polis yang mengadakan protes itu mengepung Correa selama 12 jam di dalam sebuah hospital ketika pemimpin itu mahu mendapatkan perlindungan. Insiden itu menyebabkan pengawal peribadinya terbunuh. Kenderaan berperisainya turut diserang tetapi beliau berjaya diselamatkan oleh unit penyelamat elit. Kesemua pegawai polis disabitkan bersalah pada Ogos. Sehingga kini, seramai 40 orang disabitkan bersalah terlibat dalam pemberontakan itu. Ketika konflik berlaku, Correa menjadi pemimpin melalui parti sosialis sejak 2007, mempersalahkan pemberontakan para penyokong Lucio Gutierrez, seorang bekas kolonel tentera yang merupakan presiden negara itu dari 2003 hingga 2005, dan mendakwa bahawa polis yang melakukan pemberontakan mahu mengadakan rampasan kuasa. - AFP

Azwan Ali – ‘Tidak Berselfie Ketika Negara Sedang Bertafakur’
KALAU sudah namanya Azwan Ali, manalah dia kenal erti ‘mengalah’.
Susulan kritikan yang diterimanya daripada pelakon Sharnaaz Ahmad mengenai perbuatan ‘selfie’ pada Hari Berkabung Malaysia sebelum ini, dia yang terkenal dengan kelantangannya memberi penjelasan menerusi Murai.com:
“Dia tu siapa? Dia ingat aku selfie masa tengah bertafakur ke? Tolong sikit kalau tak tahu apa-apa jangan cuba nak memandai-mandai, sah-sah aku selfie sebelum bertafakur, aku ada dekat dataran pada pukul 9 pagi ok! Sebelum bertafakur aku selfie untuk kenang-kenangan, yang dia sibuk apahal! katanya dihubungi Murai.
“Aku dalam industri hiburan sudah 22 tahun, yang dia baru setahun jagung, lagipun aku tahu bila waktu yang sesuai nak berselfie, ramai yang ‘naik hantu’ sebab keliru dengan ‘caption’ gambar itu, hakikatnya aku tidak berselfie ketika negara sedang bertafakur.
“Ini Azwan Ali, memang aku ‘no bother’ dengan komen-komen yang cuba jatuhkan nama aku, sudah biasa, yang penting peminat-peminat yang menyokong aku tahu diri aku yang sebenar.”
Hah, tu dia…!
Menganggap Sharnaaz terlalu mentah untuk memberi komen kepadanya, Azwan turut berkata dia sudah menanyakan pendapat ulama mengenai gamber tersebut.
Menurutnya, kalau niat ikhlas, biarlah Allah S.W.T yang menilainya dan bukannya manusia.
Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Azwan itu, tapi kadang-kadang tak salah untuk kita berfikir dan muhasabah diri dengan kritikan yang diterima.
Sebabnya, ini bukan kali pertama dia dikritik kerana kegilaannya berselfie termasuklah ketika menunaikan umrah sebelum ini.
Fikir-fikirkan ya…
Oleh: ELZA /MYNEWSHUB.MY
Sebabnya, ini bukan kali pertama dia dikritik kerana kegilaannya berselfie termasuklah ketika menunaikan umrah sebelum ini.
Fikir-fikirkan ya…
Oleh: ELZA /MYNEWSHUB.MY
TOP
Rayer Mengaku Tidak Bersalah Atas 2 Tuduhan Menghasut
GEORGETOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Georgetown hari ini atas dua pertuduhan menyebut kata-kata menghasut ketika perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan ceramah di Jalan Delima, Island Glades, Jelutong di sini, Mei lalu.
Rayer yang diwakili tiga orang peguam iaitu Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo dan S Raveentharan membuat kedua-dua pengakuan itu di hadapan dua hakim berasingan, Hakim Zulhazmi Abdullah dan Hakim Zaharah Hussein.
Kedua-dua hakim turut membebaskan Rayer dengan jaminan RM6,000 dan menetapkan 17 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Turut kelihatan di pekarangan mahkamah, Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan beberapa orang ADUN DAP. – BH Online
TOP
Remaja Dijel 6 Bulan Curi Loket RM30,000
KOTA BHARU – Seorang remaja berusia 19 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, terhadap tuduhan memiliki barangan curi iaitu loket permata hijau bertatah berlian bernilai RM30,000, Ogos tahun lalu.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nik Habri Muhamad selepas tertuduh, Muhammad Amizull Mohd Yaakob mengaku bersalah terhadap pertuduhan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki sebutir loket permata hijau bertatah berlian bernilai RM30,000 milik Che Gayah Omar, 59, di rumahnya di Kampung Bukit Akar, Selising, Pasir Puteh pada jam 11.20 malam, 29 Ogos 2013.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, mangsa membuat laporan polis pada 28 Ogos tahun lalu, selepas mendapati barang kemas kepunyaannya hilang di dalam bilik rumahnya hilang.
Terdahulu, tertuduh memohon hukuman ringan kerana sudah insaf dengan kesalahannya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamed mengendalikan pendakwaan meminta hukuman sewajarnya dikenakan kerana tertuduh masih muda dan sebagai pengajaran. – Harian Metro
TOP
Lawatan Najib Ke Singapura Tingkat Hubungan Baik
SINGAPURA – Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan perasmian Agro Bazar Malaysia di Singapura menandakan hubungan baik antara Singapura dan Malaysia, kata Kementerian Luar Singapura.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, ia turut memperkukuh komitmen kedua-dua negara dalam mengeratkan hubungan kerjasama dalam semangat setiakwan, hormat-menghormati dan faedah bersama.
Najib akan berada di Singapura hari ini untuk merasmikan Agro Bazar Malaysia.
Pada 7 April 2014, semasa Permukiman Pemimpin Malaysia-Singapura di Kuala Lumpur, beliau mengumumkan bazar tersebut merupakan inisiatif Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).
Bazar yang terletak di Lot 37, 39, 41 dan 43 Sultan Gate akan mempamerkan buah-buahan segar dan produk pertanian daripada Malaysia.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah dijemput oleh Najib untuk turut bersama merasmikan pembukaan bazar tersebut.
Berikutan pelancaran itu, Lee dan isteri, Najib serta Datin Seri Rosmah Mansor akan turut melawat Hab Sukan Singapura yang baru siap di samping menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Lee. – BERNAMA
TOP
Tabung Haji Prihatin Keperluan Jemaah
MADINAH – Tabung Haji dalam usahanya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah haji telah menyediakan pelbagai persiapan bagi memastikan perjalanan mereka untuk mengerjakan haji berjalan lancar.
Timbalan Ketua Rombongan Haji musim ini, Nurrinanuwar Shamsuddin berkata, kumpulan pertama jemaah haji seramai 413 orang yang berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi Rabu waktu Malaysia turut diiringi oleh petugas Tabung Haji bagi memastikan mereka dalam keadaan yang baik.
Malah maklumat terakhir mengenai kesihatan atau masalah jemaah haji yang berlepas di KLIA telah disalurkan ke dalam sistem maklumat bersepadu Tabung Haji bagi pihak di Madinah bersiap sedia untuk menyediakan keperluan yang dimaklumkan, katanya kepada pemberita Malaysia di sini Selasa.
Beliau sebelum itu menghadiri majlis sembahyang hajat dan doa selamat sempena musim Haji 1435 Hijrah bersama para petugas Tabung Haji yang dihadiri lebih 100 orang di ibupejabat Tabung Haji di bangunan Dar Siba di sini.
Nurrinanuwar berkata, pihaknya di sini akan menyediakan kerusi roda dan bantuan paramedik bagi memastikan jemaah haji yang kurang sihat dapat diberi bantuan sewajarnya.
Kumpulan pertama jemaah haji itu dijangka mendarat di Lapangan Terbang Prince Mohammad Bin Abdulaziz di sini pada pukul 9 pagi waktu tempatan, dan dijangka tiba di Maktab Zon Dua Tabung Haji di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick pada 11 pagi, katanya.
Beliau berharap jemaah haji akan menjaga kesihatan memandangkan cuaca di Madinah kini telah mencecah 50 darjah celsius dan mengikut segala nasihat yang telah disampaikan oleh Tabung Haji kepada mereka.
Beliau berkata, kedudukan tempat penginapan jemaah haji di Madinah yang begitu hampir dengan Masjid Nabawi serta tempat makan dan kedai-kedai diharap dapat memudahkan jemaah haji mengerjakan ibadah dengan sebaik-baiknya.
Tabung Haji akan memastikan kesemua 22,320 jemaah haji tahun ini akan dapat mengerjakan haji mereka dengan sebaik mungkin, termasuk berwukuf di Arafah, katanya.
Beliau berkata, Tabung Haji setiap tahun akan mengenalpasti jemaah warga emas yang memerlukan bantuan terutama di Arafah dan akan menyediakan seorang petugas bagi setiap warga emas yang dikenalpasti memerlukannya. – BERNAMA
TOP
Gagal Kawal Tekanan Punca Fei Weng Tersingkir Awal
COPENHAGEN – Kegagalan menahan asakan lawan dan mengawal tekanan menjadi punca Chong Wei Feng ‘bungkus awal’ pada Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 yang berlangsung di Ballerup Super Arena, di sini, awal pagi tadi.
Perseorangan lelaki kedua negara itu bermula cemerlang pada set pertama dengan mata 21-17, sebelum kecundang 22-24 dan 16-21 kepada lawan dari England, Rajiv Ouseph di pusingan kedua.
Pemain kidal itu mengakui, dia agak gugup ketika ketinggalan pada set ketiga sehingga menyebabkan pihak lawan mengutip mata mudah untuk meraih kemenangan.
“Saya tidak beraksi baik ketika sedang mendahului lawan pada set ketiga sebelum lawan berjaya mengurangkan jurang mata dengan saya.
Mungkin saya hilang fokus selain banyak memberi tekanan kepada diri sendiri…saya akui perlawanan pertamanya biasanya agak sukar bagi saya dalam mana-mana kejohanan”” katanya. – BERNAMA
TOP
Saya Tak Terkejut Manchester United Kalah – van Gaal
LONDON – Pengurus Manchester United, Louis van Gaal menegaskan dia ‘tidak terkejut’ dengan satu lagi saat aib pasukannya apabila dibelasah MK Dons 4-0 dalam saingan Piala Liga, awal pagi ini.
United kecundang dalam pusingan kedua untuk memeritkan lagi suasana di kem pasukan yang masih lagi memburu kemenangan pertama, musim ini.
“Saya tak terkejut. Ini kerana saya tahu apa yang akan berlaku,” kata van Gaal.
“Satu pasukan baru tidak boleh dibina dalam tempoh sebulan.”
“Saya juga beranggapan Milton Keynes bermain dengan baik, agresif dan mereka ada tuah sedikit dengan jaringan mereka.”
Van Gaal kini beranggapan kehadiran bintang Argentina, Angel Di Maria mungkin akan menjadi satu opsyen baru, terutama beroperasi di bahagian sayap – satu sistem yang sudah diujinya pada tiga perlawanan lalu.
Namun, bekas pemain Real Madrid berusia 26 tahun itu lebih kerap berfungsi di bahagian tengah beberapa musim lalu.
“Saya bawa masuk Di Maria kerana dia dapat bermain bahagian dalam dan di bahagian sayap. Ia menguntungkan kita,” kata pengurus dari Belanda itu. – BBC Sport
TOP
Ice Bucket Challenge Bertukar Jadi Mimpi Ngeri
SEPANYOL – Kegiatan amal Ice Bucket Challenge yang diadakan bagi menyedarkan orang ramai mengenai penyakit gangguan saraf atau Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) rupa-rupanya menjadi mimpi ngeri bagi seorang lelaki.
Ini kerana, lelaki itu mengalami kecederaan selepas rakan-rakannya menggunakan sebuah pesawat ringan bagi menggugurkan kira-kira 400 gelen air ke atasnya.
Dia kemudiannya dibawa ke hospital kerana bimbang mengalami kecederaan dalaman namun mujurlah doktor mengesahkan lelaki pertengahan usia itu hanya mengalami cedera ringan.
Menurut ketua Skydive Empuriabrava, Rolf Kuratle, mangsa dikejutkan dengan rakannya yang memang seorang juruterbang apabila mereka mengatur untuk melakukan aksi Ice Bucket Challenge ini dengan cara lain.
“Rakannya memandu pesawat itu yang digunakan untuk memadamkan kebakaran hutan, dan telah menggugurkannya air ke atas rakan mereka,’’ katanya.
Ice Bucket Challenge bermula di Amerika Syarikat dan telah tersebar di media sosial. Ia kini berjaya mengumpul £37 juta untuk ALS.
Selebriti dunia turut terlibat dalam cabaran Ice Bucket Challenge ini.
TOP
Wanita Bunuh Harimau Hanya Dengan Penyodok
INDIA – Seorang wanita warga emas yang berusia 54 tahun menunjukkan keberanian luar biasa apabila dia berjaya membunuh harimau bintang yang menyerangnya, hanya dengan menggunakan penyodok.
Kejadian berlaku ketika Kamla Devi berjalan pulang dari ladang ke rumahnya.
Dia terpaksa bertarung selama sejam bagi menyelamatkan diri dan berjalan pulang kira-kira setengah batu dalam keadaan cedera sebelum mendapat pertolongan.
Kamla mengalami kecederaan dengan luka yang dalam di bahagian kepala dan kaki serta menerima lebih 100 jahitan.
Selain itu, tangan kanannya juga patah. Kamla bagaimanapun berada dalam keadaan stabil.
Sementara harimau itu pula ditemui mati berhampiran kampung Kamla iaitu Koti Bodna di Rudarprayag.
Dalam pada itu, pakar hidupan liar, Lakhpat Rawat terkejut dengan kejadian yang menimpa Kamla dan bagaimana dia melawan binatang tersebut.
“Biasanya harimau akan berundur apabila mendapati lawannya lebih kuat dan ia mengambil masa dalam beberapa minut sahaja.
“Namun dalam kejadian ini, harimau itu menyerang hampir sejam. Mungkin disebabkan kecederaan yang dialami oleh wanita itu menyebabkan harimau tersebut mahu membunuhnya,’’ katanya.
TOP
Kempen Amal Pegang Payu Dara Pelakon Lucah
TOKYO – Kalau dah namanya pelakon lucah, apa yang yang dilakukan tetap akan melibatkan aksi lucah, meskipun bagi tujuan amal.
Meskipun ia merupakan perbuatan tidak bermoral dan tidak wajar sama sekali dilakukan, namun bagi sembilan pelakon lucah wanita ini, mereka akan melakukan aktiviti amal digelar `Boob Aid’ yang akan membenarkan orang ramai menyentuh dan meramas buah dada mereka. Boob Aid yang akan dianjurkan pada hari Sabtu ini bertujuan mengutip derma bagi kempen Aids.
Orang ramai diberi tempoh selama 24 jam untuk memegang buah dada mereka dan aksi itu akan disiarkan secara langsung dalam siaran kabel dewasa.
“Saya memang menantikan aksi di mana orang ramai akan memegang buah dada saya.
“Tetapi saya amat gembira jika mereka lebih sopan ketika memegangnya,’’ kata salah seorang pelakon lucah itu, Rina Serina yang akan turut mengambil bahagian.
Aktiviti `amal’ itu akan bermula pada pukul 8 malam dan disokong oleh Yayasan Cegah Aids Jepun.
Bukanlah lebih baik jika mereka menderma wang sahaja berbanding aksi lucah tersebut yang bakal menggalakkan lagi budaya terpesong ini .

Tiga Maut Helikopter PBB Terhempas Di Selatan Sudan
JUBA, selatan Sudan – Tiga orang terbunuh dan seorang cedera apabila sebuah helikopter kargo Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhempas di zon peperangan negeri Unity di Selatan Sudan.
Misi PBB berkata ia sudah menghantar pasukan menyelamat ke kawasan terbabit, kira-kira 10 kilometer di utara bandar minyak Bentiu, salah sebuah kawasan paling teruk terjejas dalam perang sivil selama lapan bulan.
Misi PBB itu menyatakan kebimbangan dengan nasib kru di dalam helikopter Mi-8 terbabit, yang selalunya membawa antara tiga hingga lima orang.
“Misi ini hilang perhubungan dengan helikopter itu, yang dalam penerbangan rutin dari Wau ke Bentiu pada kira-kira jam 11.30 pagi (7.30 malam Malaysia),” kata misi PBB di Selatan Sudan (UNMISS) dalam satu kenyataan.
Jurucakap pemberontak Lul Ruai Koang, yang bercakap di Ethiopia, enggan mengulas sama ada helikopter berkenaan ditembak jatuh. – AFP
TOP
Tak Mahu Kontrak Ditarik Balik, Dynas Tangguhkan Penceraian?
WALAUPUN pelakon Dynas Mokhtar tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kisah rumah tangganya yang hangat diperkatakan suatu ketika dulu, namun rata-rata mengatakan pelakon cantik ini sudah pun bercerai dengan suaminya,
Namun menerusi artikel Metro Ahad baru-baru ini, Dynas dikatakan terpaksa menangguhkan penceraiannya kerana tidak mahu kontraknya dengan sebuah produk ditarik balik memandangkan dirinya diikat kerana imejnya sebagai seorang isteri dan ibu yang melambangkan produk yang diwakilinya.
Menurut laporan itu lagi, disebabkan hal itu, Dynas dan suaminya sepakat menyelesaikan masalah antara mereka apabila kontrak itu tamat. Demi mengelak kontrak itu ditarik balik, terpaksalah mereka merahsiakan apa juga yang berlaku daripada pengetahuan umum.
Padanlah Dynas langsung tidak mahu mengulas lanjut mengenai kisah rumah tangganya sebelum ini, rupa-rupanya ada sebab dia berbuat demikian.
Walaupun begitu, kami disini sentiasa mendoakan kesejahteraan pelakon ini sekeluarga agar kebahagiaan yang dikecapi kini kekal buat selama-lamanya.- MYNEWSHUB.MY

AirAsia India Taja Pasukan Kriket Milik Bersama Preity Zinta
NEW DELHI – Syarikt tambang murah AirAsia India telah menandatangani penajaan dengan pasukan kriket Kings XI Punjab yang turut dimiliki aktres Bollywood Preity Zinta bagi kejohanan liga juara T20 2014 bermula 13 Sept 2014.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mittu Chandilya berkata pihaknya membuat perkongsian dengan pasukan itu kerana kriket merupakan sukan digemari di India selain pasukan itu mempunyai masa depan yang cerah.
Ketua Pegawai Operasi Kings XI Punjab, Fraser Castellino pula berkata mereka mengalu-alukan penglibatan AirAsia dengan kelab itu.
“Kedua-dua jenama ini mempunyai sinergi yang sama dan syarikat penerbangan ini dapat menampung kejohanan T20. Dengan penglibatan ini, beserta sokongan peminat dan rakan kongsi yang lain, kami bakal mengharungi kejohanan dengan penuh keterujaan dan semangat tinggi,” katanya. – BERNAMA
TOP
Belanda Umum Upacara Pengebumian Negara 10 November
AMSTERDAM – Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte mengumumkan upacara pengebumian negara bagi mangsa yang terbunuh dalam nahas pesawat MH17 akan diadakan pada 10 November ini.
Rutte membuat pengumuman itu selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan ratusan ahli keluarga dan waris mangsa tragedi berkenaan hari ini.
Semua 298 penumpang dan anak kapal dalam pesawat berkenaan terbunuh apabila pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) itu dilaporkan ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
Ketika kejadian pesawat sedang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam.
Mangsa tragedi termasuk 195 rakyat Belanda.
Rutte berkata, upacara pengebumian akan diadakan di Pusat Konvensyen Amsterdam dengan ‘penganjuran yang penuh berhati-hati’ dengan dihadiri bersama ahli keluarga dan waris mangsa.
Kerajaan Belanda minggu lalu berkata, setakat ini, 173 mayat mangsa nahas itu sudah dikenal pasti identiti mereka. – AP
TOP
Liberia Pecat Menteri Yang Enggan Pulang Memerangi Ebola
MONROVIA – Presiden Liberia Ellen Johnson Sirleaf memecat menteri dan pegawai kanan kerajaan yang ingkar arahan supaya kembali ke negara Afrika barat itu untuk turut serta mengetuai usaha memerangi wabak Ebola.
Pemimpin Liberia itu mengarahkan menterinya yang berada di luar negara supaya kembali dalam tempoh seminggu sebagai sebahagian daripada pengumuman darurat pada 6 Ogos lalu dan memberi amaran bahawa langkah luar biasa diperlukan “bagi terus menjamin kehidupan di negara ini”.
Sirleaf mengarahkan agar semua pegawai yang memegang jawatan menteri atau setaraf, pengarah urusan, timbalan/penolong pengarah, pesuruhajaya dan lain-lain, yang melanggar arahan akan diberhentikan, katanya dalam satu kenyataan.
Ia tidak menyatakan berapa ramai menteri yang terbabit atau siapa yang dipecat.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikrar akan melipatgandakan usaha terhadap virus tropikal yang boleh membawa maut itu, yang menjangkiti lebih 2,600 orang dan mengakibatkan 1,427 orang maut sejak awal tahun ini. – AFP
TOP
Lelaki Tertinggi Di Dunia Meninggal Dunia
LONDON – Lelaki yang dipercayai paling tinggi di dunia meninggal dunia semalam pada usia 44 tahun.
Leonid Stadnyk, yang dikatakan terlalu ‘pemalu’ sehingga enggan diukur untuk membolehkannya direkodkan dalam buku rekod dunia Guinness dipercayai 21 inci lebih tinggi daripada bekas pemain bola sepak England Peter Crouch.
Petani yang berasal dari perkampungan Podoliansty, Ukraine, dilaporkan meninggal dunia disebabkan pendarahan otak akibat masalah kesihatan berlanjutan.
Stadnyk pernah dilaporkan berkata: “Pada saya, ketinggian luar biasa ini satu sumpahan, hukuman daripada Tuhan. Ia bukannya sesuatu yang patut dibanggakan.
“Saya tidak tahu apa dosa dilakukan sehingga dihukum sebegini. Sepanjang hidup ini saya hanya mahu menjalani kehidupan normal seperti orang lain.
“Saya tidak mahu terkenal disebabkan ketinggian luar biasa ini dan tidak ingin direkodkan dalam buku rekod Guinness,” katanya.
Malah, dia juga tidak pernah berkahwin kerana bimbang membawa kesusahan kepada pasangannya.
Stadnyk mula menunjukkan ketinggian luar biasa pada usia 12 tahun apabila ketumbuhan tidak berbahaya dalam otaknya mengakibatkan badannya mengeluarkan hormon pembesaran berlebihan.
Pada satu masa, keadaan dihidapinya itu yang dikenali sebagai ‘giganticism’ menyebabkan dia membesar hampir satu kaki setiap tiga tahun.
Dia juga memakai kasut bersaiz 27 (mengikut ukuran United Kingdom) disebabkan kakinya berukuran hampir 18 inci manakala tapak tangannya mempunyai ukur lilit lebih sekaki.
Jurucakap Guinness berkata, pihaknya memutuskan untuk menyenaraikan warga China Xi Shin sebagai lelaki tertinggi dunia pada ketinggian hampir 7 kaki 9 inci disebabkan keengganan Stadnyk memberikan kerjasama.- Agensi
TOP
Israel-Hamas Setuju Gencatan Senjata Terbaharu
SEMENANJUNG GAZA – Israel dan Hamas hari ini mengumumkan mereka mempersetujui gencatan senjata terbaharu bagi mengakhiri peperangan tujuh minggu di Gaza yang sudah meragut nyawa lebih 2,200 orang yang kebanyakannya penduduk Palestin.
Gencatan senjata itu berkuatkuasa jam 7 malam waktu tempatan Gaza (1600 GMT), namun keganasan masih dilaporkan berlaku sehingga minit terakhir gencatan dimulakan.
Di Israel, serangan mortar yang ditembak dari Gaza dilaporkan membunuh seorang lelaki dan dua pagi parah.
Di Gaza, polis melaporkan serangan udara Israel menyebabkan satu bangunan tujuh tingkat runtuh di Pekan Beit Lahiya, iaitu bangunan tertinggi keenam diserang sejak minggu lalu.
Letupan roket Israel masih kedengaran di Gaza biarpun selepas pengumuman gencatan senjata dibuat. – AP
TOP
Rodgers: Masih Awal Lagi
AKSI Liverpool dalam dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) masih belum meyakinkan walaupun sudah berbelanja besar musim ini.
Bagi pengendali The Reds, Branden Rodgres, dia mengakui langkah pasukannya agak perlahan namun yakin akan kembali bangkit seiringan dengan penyatuan pemain baharu dan lama.
“Masih terlalu awal untuk melihat kemampuan skuad ini. Kami akan melangkah dengan lebih baik selepas ini.
“Kami masih mempunyai pemain lama dan jika pemain baharu hadir, mereka perlukan masa untuk menyesuaikan diri,” katanya.
Reds sebelum ini terpaksa berhempas pulas untuk menang 2-1 mengatasi Southampton.
Bagaimanapun, Reds yang diperkuatkan dengan sembilan pemain baharu gagal menandingi kehebatan juara musim lalu, Manchester City apabila tewas 3-1 di Stadium Etihad, awal pagi semalam.
Rickie Lambert, Emre Can dan Lazar Markovic antara pemain baharu yang sudah diturunkan dalam dua perlawanan, namun Adam Lallana masih belum beraksi kerana berdepan dengan masalah kecederaan.
Benteng pertahanan Reds juga dinilai rapuh kerana mudah melepaskan gol termasuk kesilapan Alberto Moreno yang membenarkan Stevan Jovetic meledakkan gol pendahuluan buat City.
“Saya dapat lihat Moreno sudah memperlihatkan kualitinya sebagai pemain pertahanan. Kami akan memperbaiki segala kekurangan termasuk mengasah bakatnya,” kata Rodgers. - Sinar Harian
TOP
'Bukan minta Wan Azizah jadi imam'
SHAH ALAM - PKR tetap konsisten mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon pilihan Menteri Besar Selangor walaupun ada pihak mempertikaikan kewibawaan Presiden PKR itu memimpin negeri ini.
Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tiada sebab atau halangan kepada Adun Kajang itu untuk memimpin Selangor sekiranya Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor diambil kira.
“Mengapa tidak, kita bukan hendak minta Dr Wan Azizah jadi imam sembahyang, tapi kita hendak jadikan beliau sebagai pemimpin kerajaan di bawah struktur Raja Berperlembagaan.
“Jika dilihat sejarah pemimpin wanita sebelum ini pun, bukanlah sesuatu yang pelik. Pas pernah memiliki Ahli Parlimen wanita pertama iaitu Khadijah Sidek, kemudian muncul
Tan Sri Rafidah Aziz (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Marina Yusof pula pernah ditonjolkan oleh Umno sebagai bakal menjawat Perdana Menteri sebelum memasuki Semangat 46 dan PKR,” katanya.
Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia berkata, beliau tidak melihat ada isu dari sudut pentadbiran kerana ramai pengurus syarikat besar adalah wanita.- Sinar Harian
TOP
Hadiah Astro Kepada Pelanggan Tanda Minta Maaf
Berikutan gangguan perkhidmatan astro baru-baru ini, pihak astro telah meminta maaf dan mengeluarkan kenyataan bahawa gangguan itu disebabkan kebakaran.
Akibat dari gangguan itu, pihak Astro telah mendapat kritikan ramai. Tapi sebagai tanda meminta maaf dan penghargaan kepada pengguna, pihak Astro telah membuka kesemua salurannya(kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) secara percuma bermula 29 Ogos, 6 Petang sehingga 1 September, 12 malam kepada pelanggan di semenanjung.
Berikut adalah kenyataan dari Astro.
Pelanggan Astro yang dihargai,
Kami amat meminta maaf atas gangguan perkhidmatan yang berlaku pada pukul 6 petang, 24 Ogos 2014, yang telah menjejaskan siaran 78 saluran termasuk sistem telefon pusat panggilan kami. Gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh sebuah kebakaran di premis kami di Bukit Jalil.
Pihak Bomba telah segera dimaklumkan. Keselamatan kakitangan kami menjadi keutamaan, oleh itu premis tersebut telah dikosongkan. Api berjaya dipadamkan pada pukul 6.30 petang dan kakitangan bertugas hanya dibenarkan memasuki semula premis setelah dibenarkan oleh pihak Bomba pada pukul 7.30 malam.
Keutamaan kami serta-merta adalah untuk mengembalikan siaran saluran-saluran yang terjejas, diikuti dengan operasi pusat panggilan kami. Saluran TV bersiaran semula secara berperingkat, bermula 8.30 malam dan kesemua saluran bersiaran semula pada pukul 11.00 malam. AOTG dan IPTV turut kembali seperti biasa tidak lama selepas itu. Pusat panggilan kami kembali beroperasi pada pukul 8.45 malam.
Kami bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Insiden ini sedang disiasat dan tindakan yang wajar akan diambil.
Sekali lagi, kami memohon maaf kepada semua pelanggan atas gangguan perkhidmatan yang dialami. Terima kasih atas kesabaran semua dan sebagai tanda penghargaan, kami akan membuka kesemua saluran untuk dinikmati oleh para pelanggan (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) di sepanjang hujung minggu ini iaitu dari Jumaat 29 Ogos, 6.00 petang sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam.

Manchester United Dimalukan MK Dons 0-4
MANCHESTER United membuat kejutan di pentas Piala Liga pusingan kedua apabila pasukan di bawah bimbingan Louis van Gaal dimalukan oleh kelab MK Dons dengan keputusan 0-4.
Bermain di tempat MK Dons di Stadium MK di Milton Keynes, utara London pada awal pagi Rabu, Manchester United sebenarnya tampil mendominasi pada awal babak pertanan. Tekanan demi tekanan mereka melancarkan serangan kepada pertahanan pasukan lawan.
Bagaimanapun, MK Dons sedikit demi sedikit mampu keluar dari tekanan untuk membalas serangan. Hasilnya, pada minit ke-25, William Grigg memberikan jaringan pembukaan sebagai tuan rumah pada minit ke-25.
Manchester United cuba untuk bangkit dan menerusi peluang keemasan yang diperoleh Danny Welbeck pada minit ke-60, tetapi tendangannya tersasar dari sasaran.
MK Dons dapat memanfaatkan kelengahan Red Devil untuk begitu asyik melancarkan serangan. Pada minit ke63, MK Dons mengutip jaringan kedua menerusi aksi Grigg sekali lagi.
Memasuki minit ke-70, pasukan tuan rumah terus mendahului dengan mata 3-0. Jaringan ketiga buat MK Dons dilakukan oleh Benik Afobe.
Manchester United berusaha untuk mengejar mata dari terus ketinggalan dengan baki masa yang ada. Malangnya, usaha mereka tidak mencapai sasaran.
Sebaliknya, MK Dons terus menutup perlawanan dengan empat mata menerusi jaringan keempat yang dibuat oleh Afobe pada minit ke-84.
MK Dons: Martin; Baldock, Lewington, Kay, McFadzean; Alli, Potter; Bowditch, Reeves, Carruthers; Grigg
Manchester United: De Gea; M.Keane, Evans, Vermijl; James, Powell, Janko, Anderson; Kagawa; Chicharito, Welbeck - mStar
TOP
Bakar Rumah Kerana Telefon Samsung Gagal Dibaiki
Rumah yang terbakar kerana kejadian
KUCHING - Disebabkan hanya telefon pintar samsung gagal dibaiki, seorang pemuda berusia 27 tahun bertindak memakar rumah pusaka peninggalan arwah ibunya. Kejadian berlaku di Kampung Lereng Bukit, Miri kelmarin. Akibat dari kejadian yang tak masuk akal itu, 20 penghuni di dalam rumah berkenaan kini tinggal sehelai sepinggang, lapor Kosmo!. Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 9.00 malam itu, sebuah kereta Perdua Kancik dan sebuah Toyota Wish milik penyewa turut terbakar. Seekor kucing pula nyaris mati rentung. Awang Chek, 63, bapa kepada pemuda yang bertindak ganas itu berkata, sebelum kebakaran, dia dan anak bongsunya itu pergi ke kedai telefon untuk membaiki telefon Samsung anakya yang rosak malangnya telefon tersebut tidak dapat dibaiki. "Anak saya hampa dan semasa dalam perjalanan pulang menunggang motosikal, dia sangat marah dengan mengeluarkan kata-kata ugutan termasuk mahu membakar rumah." - SiakapKeli.com

Bas Ekspres Rempuh Treler
KAMPAR – “Saya tak tahu bila kemalangan berlaku, sedar-sedar badan dah tergolek di lantai bas,” kata pemandu kedua sebuah bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 304.1 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara berhampiran Gua Tempurung, semalam.
Dalam kejadian jam 5.55 pagi itu, bas membawa sembilan penumpang dari Johor ke Kamunting, Taiping itu dikatakan hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum merempuh belakang sebuah treler membawa muatan seramik.
Insiden menyebabkan pemandu bas, Mansor Shaari, 54, maut di tempat kejadian akibat tersepit, bagaimanapun sembilan penumpang lain terselamat dan hanya cedera ringan.
Wan Afzan Mizan, 35, ketika ditemui di unit kecemasan dan trauma Hospital Kampar berkata, ketika nahas berlaku, dia berada di bahagian belakang bas untuk lelap seketika.
Menurutnya, kebanyakan penumpang ketika itu, tidur kerana kepenatan menempuh perjalanan panjang.
“Tahu-tahu saja badan saya sudah tergolek di lantai bas, ada beberapa penumpang yang panik dan mula menangis bila nahas berlaku,” katanya yang mengalami luka di beberapa anggota badan.
Bas berkenaan berlepas dari Johor jam 11 malam sebelum menurunkan penumpang di Kuala Lumpur. Kesemua baki penumpang itu dijadualkan dihantar ke perhentian akhir di Kamunting, Taiping kira-kira jam 8 pagi.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, rempuhan kuat menyebabkan bahagian hadapan bas remuk teruk.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, semua yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan,” katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan faktor cuaca dan keadaan jalan licin akibat hujan menyebabkan nahas berlaku.
“Buat masa ini tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, rakan sekerja mangsa maut, Shahiran Pakechil, 47, memaklumkan, sebelum memulakan perjalanan, mereka sempat berbual panjang, namun Allahyarham menolak ajakan minum bersama kerana mengadu sakit gigi.
“Kami sempat berbual-bual, tak sangka hari ni dia dah tak ada, semalam (kelmarin) arwah nampak ceria sahaja, macam biasa, terasa macam mimpi,” katanya.
Shahiran berkata, arwah seorang pesara tentera sudah berkhidmat selama14 tahun sebagai pemandu bas dans eorang yang tegas dan mementingkan peraturan terutama ketika bertugas.
Adik mangsa, Shahrizal, 38, berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halaman di Alor Setar, Kedah.
“Isteri dan empat anaknya ada di Perlis, tapi setiap kali cuti, mereka akan pulang ke kampung di Kedah, kali terakhir kami bertemu pada Selasa minggu lalu ketika mereka pulang ke kampung,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Penerbangan Pesawat Malindo Air Tergendala Angkara Ancaman Bom
KUALA LUMPUR: Penerbangan sebuah pesawat Malindo Air ke Pulau Pinang dengan membawa 37 penumpang dan anak kapal tergendala selama beberapa jam berikutan ancaman bom sebelum berlepas dari lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.
Syarikat itu, dalam satu kenyataan, berkata kapten penerbangan dimaklumkan mengenai kemungkinan ancaman bom semasa menaiki pesawat dan sebagai prosedur operasi standard, syarikat penerbangan itu memaklumkan menara kawalan dan pihak berkuasa.
Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Malindo Raja Saadi Raja Amrin berkata pesawat itu yang dijadual berlepas ke Pulau Pinang pada 3.40 petang, telah dibawa ke satu kawasan terpencil untuk menurunkan penumpang dengan selamat dan mereka dikuarantin sebagai sebahagian daripada prosedur keselamatan.
"Unit Pemusnah Bom menjalankan usaha mencari secara menyeluruh dalam pesawat dan bagasi penumpang dan memberi pelepasan bahawa pesawat itu selamat," kata Raja Sa'adi dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata penumpang termasuk seorang bayi dihidangkan makanan dan mereka dipindahkan untuk menaiki pesawat lain yang berlepas ke Pulau Pinang pada 9.30 malam.
Sambil memberi jaminan bahawa keadaan itu ditangani secara profesional, Malindo Air menegaskan bahawa syarikat itu memandang serius ancaman ke atas keselamatan penumpang.
Di SUBANG, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim berkata, penerbangan pesawat itu terpaksa ditangguhkan selepas seorang penumpang lelaki mengeluarkan perkataan 'bom' kepada petugas Malindo Air semasa proses pemeriksaan pas pelepasan.
"Semasa pemeriksaan, lelaki itu menunjukkan pas pelepasan sambil mengatakan "kenapa nak periksa sekali lagi, bukan ada bom pun".
"Ketika itu, petugas penerbangan itu tidak berbuat apa-apa malah hanya memaklumkan insiden itu kepada pegawai atasan beberapa minit sebelum penerbangan," katanya kepada pemberita di Balai Pelepasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, hari ini.
Beliau berkata, juruterbang pesawat berkenaan kemudian memaklumkan maklumat itu kepada pusat kawalan sebelum menangguhkan penerbangan itu.
Azmi berkata kemungkinan lelaki itu tidak sedar perkataan 'bom' adalah satu perkataan yang sangat sensitif dalam industri penerbangan yang melibatkan keselamatan penumpang serta anak kapal.
"Sejurus menerima maklumat itu, Unit Anjing (K9) dan Unit Bom telah tiba dan menjalankan pemeriksaaan dalam pesawat berkenaan, namun tidak menemui apa-apa.
"Pegawai Malindo berkenaan juga diminta untuk mengecam penumpang yang berkata bom, namun beliau gagal mengecam. Dia tak ingat," katanya.
Walaupun begitu, pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, katanya. - Astro Awani
TOP
Ezany Teruskan Permohonan Nusyuz
PELAKON Ezany Nizariff, 41, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling bahawa dia ingin meneruskan permohonan nusyuz iaitu perintah kembali taat terhadap isterinya, Lizda Nuryanti Abidin, 32, yang bertindak keluar dari rumah kelamin mereka di Seri Kembangan di sini pada 17 Julai lalu.
Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani@ Mohd Zohri Mohd Nizariff, memaklumkan hasrat itu di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar dalam prosiding kes berkenaan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 3 September ini, bagi sebutan kes nusyuz terbabit serentak dengan permohonan cerai cara baik yang dibuat Lizda Nuryanti.
Selain itu, mahkamah mengarahkan Ezany membawa peguam yang dilantik pada hari berkenaan.
Sebelum ini, Ezany tidak bersetuju terhadap permohonan cerai secara baik dibuat isterinya ketika sebutan kes cerai mereka, awal bulan ini kerana pelakon itu telah mengemukakan permohonan nusyuz terhadap Lizda Nuryanti pada 22 Julai lalu.
Permohonan nusyuz tersebut dibuatnya mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Ezany yang juga pengusaha belacan, berkahwin dengan Lizda Nuryanti pada 1 Julai 2007 dan dikurniakan dua anak.
Dia yang ditemui media di luar mahkamah memberitahu, pihaknya telah memfailkan permohonan hadanah iaitu penjagaan kekal ke atas kedua-dua anak mereka dan disebut di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini.
Ezany tiba di mahkamah pada jam 9.30 pagi ditemani sepupunya manakala Lizda Nuryanti tidak hadir. - Sinar Harian
TOP
Singapura beli 16 pesawat penggempur secara sulit
GAMBAR fail pesawat F-15SG.
Singapura: Republik ini dilapor membeli secara senyap 16 lagi pesawat F-15SG (versi pesawat F-15E khusus untuk Singapura) untuk menjadikan jumlah kapal terbang penggempur miliknya itu kepada 40. Pembelian itu didedahkan dalam satu artikel yang disiarkan majalan Jane’s Defence baru-baru ini. Sebuah akhbar Internet Singapura melaporkan, Singapura pada mulanya membeli 24 pesawat berkenaan dan jika artikel itu sahih, ini bermakna tambahan 16 pesawat itu dibuat tanpa pengetahuan umum atau perbahasan Parlimen. Menurut artikel itu, Kementerian Pertahanan tidak mengesah atau menafikan laporan berkenaan, bermakna ia sahih. Artikel itu menyatakan, pembelian itu dibuat secara sulit kerana ‘ia keputusan strategik untuk membuat negara jiran berteka-teki.’ - Agensi

Pesawat Terpaksa Mendarat Kerana Penumpang Bergaduh
NEW YORK - Sebuah pesawat milik syarikat United Airlines terpaksa membuat pendaratan luar biasa selepas dua penumpang penerbangan berkenaan bergaduh kerana berebut ruangan tempat duduk.
Kejadian tersebut berlaku pada Ahad lalu selepas seorang penumpang lelaki menghalang seorang wanita di hadapannya daripada menurun penyandar tempat duduk kerana dia sedang menggunakan komputer riba.
Ketika kejadian pesawat itu dalam penerbangan domestik dari Newark, New Jersey ke Denver, Amerika Syarikat.
Seorang pramugari kemudiannya meminta lelaki itu membenarkan wanita tersebut menurunkan penyandar tempat duduknya tetapi lelaki berkenaan tetap enggan.
Wanita tersebut yang tidak berpuas hati terus bangun dan membaling lelaki itu dengan cawan berisi air.
Pergaduhan yang tercetus antara kedua-dua penumpang yang berusia 40-an itu menyebabkan pesawat berkenaan terpaksa mendarat di Chicago.
Kedua-dua penumpang itu tidak ditahan pihak berkuasa tetapi mereka tidak dibenarkan meneruskan perjalanan semula. - AP
TOP
Israel Dan Palestin Setuju Perang Tujuh Minggu Ditamatkan
Rakyat Palestin bergembira setelah pengumuman gencatan senjata panjang dibuat.
Gaza , 27 Ogos(AP) -Israel dan Hamas pada Selasa, 27 Ogos, telah mengumumkan bahawa mereka bersetuju dengan gencatan senjata jangka panjang selepas pertempuran selama tujuh minggu yang mengorbankan lebih 2,200 orang, majoritinya rakyat Palestin.
Gencatan senjata panjang tersebut menandakan perang tujuh minggu tersebut telah tamat.
Gencatan senjata berkuat kuasa serta merta pada jam 1600 GMT, tetapi keganasan berterusan sehingga saat-saat akhir.
Di Israel, peluru mortar dilancarkan dari Gaza telah membunuh seorang lelaki dan dua cedera parah, kata pihak berkuasa.
Di Gaza, polis melaporkan bahawa serangan udara Israel telah meruntuhkan sebuah bangunan tujuh tingkat di bandar Beit Lahiya. Letupan dari serangan udara Israel boleh didengar di Gaza selepas pengumuman gencatan senjata itu dibuat.
Di Gaza, perayaan besar-besaran dibuat selepas 19:00. Takbir yang biasanya dikhaskan untuk perayaan Orang Islam boleh didengar dari pembesar suara masjid.
Sebelum itu, pegawai-pegawai dari Hamas, kumpulan utama yang memerangi Israel, telah berkata gencatan senjata itu termasuk perjanjian Israel untuk meringankan sekatan ke atas Gaza bagi membolehkan bekalan bantuan dan bahan binaan dibawa ke wilayah perang yang rosak teruk - SiakapKeli.com
TOP
Respon Maxis dan Digi Berkenaan Video Merdeka Hampir Serupa
Baru-baru ini, Maxis dan Digi masing-masing telah mengeluarkan video bersempena dengan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Apa yang menarik adalah, kedua-dua video mempunyai tema yang sama! Dan juga pada hari yang sama.
Maxis mengeluarkan video yang bertajuk "It's Ok, We are Family", manakala Digi pula mengeluarkan video bertajuk "We are Family".
Kedua-video ini menyampaikan mesej rakyat Malaysia yang memanggil sesama mereka dengan panggilan yang sepatutnya hanya untuk ahli keluarga seperti "Aunty", "Macha", "Taiko","Abang" dan lain-lain.
Video dari Maxis : It's Ok, We are Family
Video dari Digi : We are Family
Setelah itu, mereka masing-masing memberi respon terhadap perkara yang tak disengajakan itu melalui Facebook masing-masing.
Secara ringkasnya, kedua-dua gergasi telekomunikasi ini memberikan respon yang positif dan berkata kita adalah keluarga dan keluarga memikirkan perkara yang sama.
Secara tak sengaja ketidak sengajaan ini membawa erti mendalam kepada mereka. Walaupun berlainan, tapi kita tetap satu..We are Family
- SiakapKeli.com

Post by Siakap Keli.

Shell Umum Penemuan Gas Di Telaga Marjoram-1
KUALA LUMPUR: Shell pada Selasa mengumumkan satu lagi kejayaan penerokaan di Malaysia dengan penemuan gas di telaga laut dalamnya, Marjoram-1.
"Strategi kami untuk meluaskan kawasan kegiatan kami melalui penerokaan termaju di segi teknologi menghasilkan kejayaan besar di kawasan laut dalam di Malaysia," kata Pengarah Antarabangsa Huluan Shell Andrew Brown.
"Kami mempunyai sejarah yang lama di rantau ini. Penemuan sumber gas asli baharu tahun ini menjamin kami mampu menyediakan sumber tenaga pilihan yang menjimatkan, boleh diharapkan dan bersih untuk masa depan," tambah beliau.
Telaga Marjoram-1 terletak 180 kilometer di luar pantai Malaysia dalam Blok SK318, sedalam 800 meter. Awal tahun ini, Shell mengumumkan penemuan gas di Rosmari-1, juga dalam blok sama.
Blok SK318 dikendalikan oleh Shell dengan kepentingan 85 peratus dan baki 15 peratus dipegang oleh Petronas Carigali Sdn Bhd.- mstar
TOP
Usahawan Wanita Tidak Boleh Leka
PADANG (SUMATERA BARAT): Usahawan wanita di Malaysia dan Indonesia perlu memanfaatkan kekuatan masing-masing bagi membina empayar perniagaan dan tidak boleh terus leka dan kekal dalam zon selesa, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Rosmah berkata dalam keadaan dunia yang semakin tidak mengenal batas sempadan antara negara di mana perdagangan dan pelaburan bersifat global, usahawan wanita perlu terus memperhebatkan jalinan perdagangan.
"Kita sedia maklum bahawa selama ini Malaysia dan Indonesia telah menjalin hubungan perdagangan tradisional antara Sumatera Barat dan Malaysia. Untuk itu saya berpandangan bahawa kini tidak lagi mencukupi sekadar kita hanya mengharapkan hubungan ini terus berpaksi kepada faktor tradisional semata-mata.
"Marilah kita mengatur langkah yang lebih pragmatik dan saling menguntungkan agar selepas ini wujud satu jalur perdagangan yang lebih rasmi antara dua negara," katanya ketika berucap di majlis perasmian jalinan perniagaan di antara usahawan wanita Malaysia dan Indonesia pada Selasa.
Rosmah berkata wanita kini membentuk satu pertiga daripada golongan yang menyertai perniagaan di seluruh dunia. Di Malaysia, industri kecil dan sederhana (IKS) merangkumi 99 peratus daripada segala jenis bentuk perniagaan.
"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 peratus ataupun 83,000 dimiliki oleh usahawan wanita dan wanita juga merupakan peneraju dan penggerak pertumbuhan ekonomi dengan 40 hingga 50 peratus melibatkan diri dalam perniagaan IKS yang merangkumi sektor perdagangan, perkhidmatan penjagaan kesihatan, hiburan dan rekreasi serta perkhidmatan teknikal," katanya.
Rosmah turut melahirkan keyakinannya bahawa semakin luas penyertaan wanita dalam perniagaan, semakin rancak pertumbuhan ekonomi sekali gus menjadikan negara Malaysia dan Indonesia lebih berdaya saing.
"Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai program dengan kerjasama pihak swasta untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam keusahawanan hingga ke peringkat antarabangsa," katanya.
Selain itu, katanya, pendedahan dan penganjuran program pembangunan di peringkat antarabangsa mampu membuka minda, memberi pendedahan dan mengenal pasti peluang yang tersedia.
Beliau juga berkata pendedahan sedemikian penting untuk menunjukkan kepada dunia bahawa wanita Asean adalah pragmatik dan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan global.
Menyentuh jaringan perniagaaan Malaysia dan Indonesia, Rosmah berkata kedua-dua negara mempunyai potensi untuk memperluaskan jaringan itu melibatkan negara anggota Asean yang lain bagi menggalakkan integrasi serta mempelbagaikan sumber berdasarkan keistimewaan dan keunikan tersendiri setiap negara anggota Asean.
"Dalam konteks Malaysia-Indonesia, saya percaya bahawa kita adalah serumpun yang mempunyai banyak persamaan dari segi budaya, bahasa dan cara hidup yang memudahkan kita berinteraksi dan bekerjasama.
"Saya berharap kerjasama dan inisiatif sebegini tidak akan berhenti di sini tetapi ia akan berterusan terutamanya dalan usaha pembangunan ekonomi dan juga sosio-budaya kedua-dua negara," katanya.
Rosmah juga berkata apabila usahawan telah bersedia dari segi fizikal dan mental, mereka mampu merealisasikan sebarang peluang yang ada untuk dijadikan asas perniagaan dan menjana kekayaan.
Mengakhiri ucapannya dan bersempena dengan persidangan Asean yang akan diadakan tahun depan di Kuala Lumpur, Rosmah mempelawa usahawan dari Indonesia untuk menyertai Persidangan dan Pameran IKS Asean yang akan berlangsung pada 26 hingga 28 Mei 2015.
Katanya program tersebut bakal menjadi platform terbaik untuk usahawan mempamerkan perniagaan mereka.- mstar
TOP
Kurang Pengalaman Punca Tan, Lai Pulang Awal
Tan dan Lai membalas hantaran pasangan lawan dari England, Chris Adcock dan Gabrielle Adcock pada Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 di Copenhagen, Denmark pada Selasa. - fotoBERNAMA
COPENHAGEN, (Denmark): Cetek pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa selain gagal mengekang pihak lawan menjadi punca kekalahan beregu campuran negara, Tan Aik Quan dan Lai Pei Jing pada Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 di Denmark. Wakil tunggal negara dalam acara beregu campuran itu kalah 16-21 dan 9-21 kepada pilihan keempat yang merupakan pasangan suami isteri, Chris dan Gabrielle Adcock dari England pada pusingan kedua di Ballerup Super Arena pada Isnin. "Pasangan lawan berjaya menghidu corak permainan kami sehingga menyebabkan kami banyak keciciran mata kepada mereka (Chris dan Gabriella)," kata Lai kepada pemberita selepas perlawanan berkenaan. Pemain kelahiran Pahang itu mengakui, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya kesilapan memberikan mata mudah sehingga membenarkan pihak lawan memenangi perlawanan. "Kita agak berkobar-kobar untuk membalas dendam atas kekalahan pada Sukan Komanwel 2014 namun segala perancangan kami sudah dapat dibaca...Masalah nyata yang saya lihat ialah kita gagal mematikan segala gerakan sehingga membenarkan mereka meraih kemenangan dalam perlawanan ini," kata pemain berusia 22 tahun itu. Dalam pada itu, Lai berkata, mereka akan beraksi pada Kejohanan Grand Prix Emas Indonesia Masters 2014 dari 9 hingga 14 Sept di Palembang, Indonesia namun tidak meletakkan sebarang sasaran khusus. Pada aksi pusingan awal pada Isnin, Tan dan Lai mengalahkan beregu Hong Kong, Chan Yun Lung dan Ying Suet Tse dengan keputusan 21-14 dan 21-17. - mstar

Balotelli Pilih Jersi 45 Liverpool, Dedah Sebab
MARIO Balotelli sekali lagi memilih untuk menyarung jersi nombor 45 kerana angka itu dikatakan membawa tuah bagi dirinya.
Pemain berusia 24 tahun itu berhijrah dari AC Milan ke Liverpool menerusi perpindahan sensasi bernilai £16 juta pada Isnin untuk menjadi pemain kesembilan dibeli oleh Brendan Rodgers.
Ditanya kepada Balotelli kenapa milih jersi nombor 45, dia memberitahu, kerana angka itu berada dibadannya ketika mewakili Inter Milan, Manchester City dan AC Milan.
Jersi nombor 45 Balotelli ketika beraksi untuk Inter Milan.
"Ketika mula bermain untuk Inter Milan pada usia muda, saya diberikan jersi nombor 45 kerana pemain muda hanya dibenarkan menyarung jersi bermula nombor 36 hingga 50.
Jersi nombor 45 Balotelli ketika beraksi untuk Manchester City.
"Saya ambil angka 45 kerana sering berjenaka dengan berkata jika empat ditambah lima ia bererti sembilan - jersi penyerang yang akan menjaringkan gol.
"Nombor itu memberikan saya tuah sebab itu saya selalu mahukannya," ujarnya.
Jersi nombor 45 Balotelli ketika beraksi untuk AC Milan.
- mstar

Angel Di Maria Milik Man United, Bakal Beraksi Pada Sabtu
ANGEL di Maria yang dikaitkan bakal beraksi bersama Manchester United akhirnya tiba di kem latihan kelab tersebut, Carrington pada Isnin.
Ketibaan pemain tengah Real Madrid itu bakal memecah rekod pemindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini apabila dia diumum secara rasmi menjadi milik United dengan yuran pemindahan sebanyak lebih £59.7 juta.
Kumpulan pegawai dari United dilapor telah mengadakan perbincangan dengan pihak Real Madrid pada Ahad sebelum ia disambung ke Isnin bagi menurunkan yuran pemindahan sebanyak £75 juta yang diminta kelab gergasi Sepanyol itu.
Bayaran tambahan kepada Madrid akan dibuat oleh United jika pemain itu mempamerkan aksi memberangsangkan serta mempunyai prospek memenangi anugerah Ballon D'or.
Bagaimanapun United berharap dapat memperkenalkan Di Maria secara rasmi pada Selasa sebelum membuat pendaftaran bagi membolehkan pemain terbabit beraksi pada Sabtu ini.
Pemain Argentina dilihat bersama peminatnya di Lapangan Terbang Madrid pada petang Isnin sebelum berlepas ke Manchester menerusi jet peribadi untuk menemui pengendali United, Louis van Gaal.

Piala Malaysia: JDT Mara Ke Suku Akhir
Pemain JDT, Jorge Pereyra Diaz berjaya memperdayakan penjaga gol Pulau Pinang G.Jeevanantham untuk gol pertama JDT pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Johor Baru, malam Selasa. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) menempah tiket awal ke suku akhir Piala Malaysia 2014 apabila mengukuhkan kedudukannya dalam Kumpulan C dengan pungutan 10 mata. Juara Liga Super 2014 itu mencatat kemenangan bergaya dengan membelasah Pulau Pinang 5-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di Johor malam Selasa. Pemain import, Jorge Pereyra Diaz dari Argentina, membuka jaringan seawal minit ketiga buat JDT sebelum seorang lagi pemain import, Luciano Figueroa meledakkan gol kedua selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-29. Mohd Amri Yahyah memberi kedudukan selesa buat JDT selepas menjaringkan gol ketiga pada minit ke-38. Bersambung babak kedua, Figueroa menambah tekanan kepada pasukan Pulau Pinang dengan jaringan keempat pada minit ke-54 dan Harris Harun mengesahkan kemenangan JDT dengan jaringan kelima pada minit ke-83. Kelantan pula tewas 1-2 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perlawanan Kumpulan C di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu malam Selasa. 'The Red Warriors' membuka jaringan pertama menerusi pemain import, Francis Forkey Doe pada minit ke-42 namun ATM menyamakan kedudukan menerusi jaringan pemain import, Juan Manuel Arostegui pada minit ke-78. Hairuddin Omar mengesahkan kemenangan ATM dengan jaringan kedua pada minit ke-89. Pahang pula merampas kedudukan carta Kumpulan A selepas menewaskan Felda United 2-0 menerusi jaringan pertama oleh R. Gopinathan pada minit ke-65 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Pemain import Dickson Nwakaeme mengesahkan kemenangan pasukan 'Tok Gajah' apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan. Di Stadium Jalan Besar, Singapura menyaksikan pasukan Lions XII dan Johor Darul Ta'zim II (JDTII) terikat seri 2-2 dalam satu lagi saingan Kumpulan A. Pasukan kelab Singapura, Lions XII membuka jaringan seawal minit pertama oleh Hafiz Abu Sujad sebelum JDTII menambah tekanan pasukan tuan rumah dengan dua gol oleh Yusof Zainal Abidin Yusoff Zainal, minit ke-10 dan Mohd Akmal Ishak pada minit ke-65. Faris Ramli menyamakan kedudukan dengan jaringan kedua buat Lions XII selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-84.- mstar

Juventus Mahukan Chicarito
Chicarito kini menjadi sasaran Juventus.
JUVENTUS telah membuat pertanyaan rasmi kepada Manchester United sama ada mereka mahu menjual penyerang Mexico, Javier Hernandez selepas rundingan dengan Arsenal untuk meminjam Lukas Podolski gagal dimeteraikan. Louis van Gaal sebelum ini telah menyatakan yang United bersedia mendengar sebarang tawaran untuk Hernandez yang lebih dikenali dengan panggilan Chicarito selepas mereka hampir pasti akan memperolehi khidmat Angel di Maria dari Real Madrid. Van Gaal juga secara terbuka menegaskan yang gandingan pilihannya ialah Wayne Rooney dan Robin van Persie. Tetapi pada masa yang sama, Van Gaal boleh menggunakan minat Juventus ke atas Hernandez untuk memancing Arturo Vidal sebagai pertukaran. Podolski pada mulanya kelihatan pasti untuk berpindah ke Turin tetapi dengan berita terbaru yang Olivier Giroud berkemungkinan besar akan direhatkan selama tiga bulan selepas disahkan patah kaki bermakna, Arsene Wenger terpaksa bergantung harap kepada penyerang simpanan Jerman itu. Theo Walcott dan Yaya Sanogo juga masih dibelenggu kecederaan sekaligus meletakkan penyerang Chile, Alexis Sanchez sebagai satu-satunya pemain hadapan berkaliber yang boleh diharapkan untuk mengetuai barisan serangan Arsenal.- mstar

Keputusan Piala Malaysia
Pemain Johor Darul Takzim (JDT) Luciano Gabriel Figueroa berjaya menewaskan penjaga gol Pulau Pinang G.Jeevanantham untuk gol kedua JDT hasil tendangan penalti pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin di Johor Baru, malam Selasa. -fotoBERNAMA
BERIKUT adalah keputusan perlawanan Piala Malaysia yang berlangsung malam Selasa:
(Kumpulan A)
FELDA United 0 - 2 Pahang
Gol: PHG - R Gopinanthan (m66) Dickson Nwakaeme (m90+1)
Lions XII 2 - 2 JDT II
Gol: LNS - Hafiz Sujad (m1) Faris Ramli (m82), JDT2 - Yusof Zainal Abidin (m9), Akmal Ishak (m56)
(Kumpulan C)
JDT 5-0 Pulau Pinang
Gol: Jorge Pereyra Diaz (m3), Luciano Figueroa (m28/54) Amri Yahyah (m39) Hariss Harun (m83)
Kelantan 1 -2 ATM
Gol: KEL - Francis Forkey Doe (m43), ATM - Juan Arostegui (m78) Hairuddin Omar (m87)

Didie Alias Akui Hubungan Dengan Enot Renggang
Didie Alias bersama anaknya yang diberi nama Muhammad Dayyan kini berusia 2 bulan.
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Didie Alias mengakui hubungan baiknya dengan pelawak Enot agak renggang sejak akhir-akhir ini berikutan kedua-duanya mempunyai komitmen masing-masing. Bagaimanapun, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, dia masih mengambil tahu tentang keadaan semasa teman rapatnya yang kini sedang bertarung dengan penyakit kanser usus. "Saya akui mungkin kurang ambil tahu mengenai Enot kerana saya baru sahaja selesai bersalin dan dalam pantang, manakala dia sibuk dengan berniaga di bulan Ramadan lalu. "Kali terakhir kami berjumpa masa hari pertama saya melahirkan anak iaitu pada Jun lalu. Masa Hari Raya pun tak sempat jumpa lagi sebab saya balik ke kampung, namun bagitu saya masih bertanya tentang keadaan dia terutama keadaan kesihatan dia," ujarnya kepada mStar Online.
Enot mengakui terasa hati apabila ramai teman baik mula menjauhkan diri.
Didie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Enot di mStar Online pada Isnin lalu bahawa teman-teman rapatnya mula menjauhkan diri dan mengelak daripada berkawan dengannya. Ia berikutan laporan di ruangan pojok di akhbar mingguan lalu yang mendakwa ramai rakan baik yang tidak tahan dengan sikap Enot yang tidak bercakap benar terutama hal berkaitan penyakit tersebut. Dalam pada itu, Didie berkata, kemungkinan keadaan kesihatan Enot yang sedang berhadapan penyakit kritikal itu membuatkannya mudah berkecil hati dan sering berfikiran negatif.
"Saya baru tahu tentang dia berkecil hati dengan saya, selepas baca berita di mStar Online. Dia tidak berapa sihat dan perlukan rehat. "Saya faham orang yang mempunyai masalah penyakit kritikal ini sering berfikiran bukan-bukan," ujarnya. Sementara itu, mengulas tentang dakwaan yang mengatakan pelawak itu berpura-pura sakit, Didie berkata, perkara tersebut hanya Enot dan Allah sahaja yang lebih tahu. Katanya, dia hanya mendoakan yang terbaik dan berharap pelawak itu terus tabah menghadapi dugaan yang mendatang. "Sakit itu hanya dia dan Allah sahaja yang tahu kebenarannya, mungkin juga dia melindungi penyakit yang sedang dihadapi untuk membuatkan orang gembira. "Saya mendoakan kesihatan dia semakin baik dan pergilah mendapatkan rawatan doktor kerana dia pun kadang-kadang ada degilnya," katanya. - mstar

Jepp (Sepahtu) Luah Perasaan Sering Difitnah
Jepp (Sepahtu)
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak Jep (Sepahtu) kesal apabila dia sering menjadi sasaran pihak-pihak tertentu yang cuba mengaitkannya dengan pelbagai tuduhan seolah-olah mahu menghancurkan kerjaya seninya. Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, bagaimanapun berkata, dia sentiasa cuba bersikap positif tentang perkara itu selain menganggap ia asam garam kerjaya dalam dunia artis. "Saya sendiri tidak tahu siapa yang sebarkan pelbagai cerita tidak benar mengenai saya atau ia sekadar direka oleh pihak tertentu. "Sebab itu kadang-kadang bila wartawan menelefon, saya tidak jawab panggilan itu kerana dakwaan yang timbul bukan daripada saya. "Jadi mengapa saya perlu jawab tentang perkara yang saya sendiri tidak tahu," katanya kepada mStar Online. Jep ditemui pada majlis pelancaran Siri Jelajah Malaysia Super Lawak FC di Publika Solaris Dutamas di sini, Selasa. Pelawak itu berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar mingguan baru-baru ini yang mendakwa dia dipulaukan oleh rakan-rakan artis lain ekoran sikapnya yang dikatakan sudah berubah.
Jepp mengakui kurang bergaul dengan pelawak lain di luar waktu kerja.
Dalam pada itu, Jep menegaskan dia tidak pernah bermusuhan dengan mana-mana pihak sepanjang terlibat dalam bidang seni. Malah kata Jep, dia juga tidak menjalinkan hubungan akrab dengan rakan pelawak lain dan hanya bertemu sekiranya terlibat dalam program sama sahaja. "Saya akui memang saya tidak berkawan rapat dengan mana-mana pelawak kerana saya ada kehidupan sendiri dan bukannya kerana dipulaukan ataupun bersikap sombong. "Bagi saya melawak adalah kerjaya dan saya bukan pelawak apabila turun dari pentas malah saya juga seorang manusia biasa yang ada kehidupannya sendiri seperti orang lain," katanya Sementara itu, Jep mengakui gosip dan kontroversi mengenai dirinya banyak tersebar selepas kemenangannya dalam beberapa majlis anugerah baru-baru ini. "Saya tidak tahu kenapa selepas menang beberapa anugerah semakin banyak gosip yang timbul tentang diri saya biarpun saya jarang berada di Kuala Lumpur kerana pulang ke kampung jika tiada rakaman sebarang program. "Itu pun ada orang masih menabur pelbagai fitnah terhadap saya. Itu yang buat saya pelik," jelasnya.- mstar

Raja Azrey Tetap Guna Gelaran 'Datuk Naning'
Raja Azrey sedia dikritik sekiranya gelrana Datuk yang diterima mengundang persoalan.
PETALING JAYA: Pelakon Raja Azrey tetap akan menggunakan gelaran Datuk yang diterimanya daripada puak adat pepatih Naning walaupun perkara itu tidak diiktiraf di negara ini. Raja Azrey berkata, ini berikutan dia merasakan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menghargai puak berkenaan yang mengiktiraf jasanya selepas menghasilkan teater Lagenda Dol Said yang mengisahkan tentang sejarah pahlawan Melaka baru-baru ini. "Sebenarnya saya enggan menceritakan perkara ini kerana ia akan mengundang persoalan dan kontroversi kepada semua pihak. "Saya faham pertikaian itu berpunca kerana mereka keliru dan tidak faham apakah tujuan pengiktirafan itu diberi. "Apa-apapun, saya akan menggunakan gelaran Datuk bagi tujuan tertentu seperti kerja-kerja rasmi," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa. Baru-baru ini, sebuah poster teater 3 Kali Sayang yang bakal dipentaskan pada 30 Ogos ini di Auditorium MPAJ Pandan Indah telah dikeluarkan untuk tujuan promosi. Bagaimanapun nama Datuk Raja Azrey sebagai penulis skrip dan pengarah yang dipaparkan pada poster berkenaan mengundang pertanyaan semua pihak tentang penerimaan gelaran tersebut.
Sementara itu, Raja Azrey menambah, majlis pengurniaan darjah kebesaran itu belum lagi dilaknsakan. Bagaimanapun dia sudah boleh menggunakan gelaran tersebut selepas menerima surat rasmi daripada puak Naning pada empat bulan lalu. Dalam pada itu, pengarah teater itu sedia menerima kritikan daripada masyarakat yang tidak mengiktiraf gelaran tersebut. "Bagi saya senang sahaja. Saya menerima pengiktirafan ini sebagai tanda menghargai pihak sana (puak Naning). "Jika ada yang mempertikaikannya, tidak apa, saya tidak kisah. Dan jika siapa-siapa yang mahu tahu kebenarannya, silalah ke Istana Nan Panjang yang terletak di Simpang Empat, Melaka," ujarnya. Terdahulu, kontroversi isu 'Datuk Naning' tercetus apabila pelakon komedi Pian (Cecupak), Boy Iman dan penyanyi Nash dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M) yang membawa gelaran Datuk pada Mei lalu. Majlis pengurniaan darjah kebesaran itu dilakukan semperna hari keputeraan Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Undang Naning Ke-21, Datuk Nordin Abd Jalil yang diadakan di A Famosa Resort, Melaka. Sementara itu The Star pada 27 Jun 2013 melaporkan, anugerah yang diberikan oleh ketua-ketua wilayah dan pemimpin-pemimpin tradisional mana-mana negeri tidak diiktiraf di negara ini melainkan kurniaan Yang di- Pertuan Agong dan ketua-ketua kerjaaan negeri. Akhbar Utusan Malaysia pada 30 Mei 2011 turut memetik kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menjelaskan anugerah dan gelaran yang disampaikan oleh kumpulan berkenaan adalah tidak sah dan tidak diiktiraf oleh kerajaan kerana hanya Yang Dipertua Negeri sahaja yang mempunyai hak mengurniakan sebarang darjah kebesaran. Pihak berkenaan pula mendakwa anugerah itu adalah sah dalam adat pepatih Naning dan tidak menyalahi undang-undang selain tiada kaitan dengan kerajaan negeri mahupun persekutuan.- mstar

Robin Williams Lelong Motosikal Sebelum Meninggal
MENDIANG pelakon Robin Williams sempat mendermakan sebuah motosikal miliknya berserta topi Night at the Museum yang ditandatangani untuk dilelong secara amal.
Motosikal tersebut berjaya dilelong dengan harga RM63,000 dalam satu acara lelongan berkenaan.
Dia melakukan kerja amal itu beberapa minggu sebelum meninggal dunia bagi memberi bantuan kepada dua orang pelajar yang yang tidak berkemampuan membayar yuran pengajian mereka.
Seperti dipetik PageSix, Robin bukan sahaja mendermakan sebuah motosikalnya, malah dia juga pengumpul motorsikal antik.
Dikhabarkan, dia memiliki 100 buah motorsikal yang kebanyakan sudah didermakan kepada beberapa pihak badan amal.- mstar
TOP
Breaking Bad Menang Besar Anugerah Emmy 2014
Breaking Bad menggondol enam trofi pada Anugerah Emmy Ke-66
DRAMA bersiri Breaking Bad menyaksikan kemenangan besar apabila menerima tofi menerusi kategori Drama Terbaik pada Anugerah Emmy ke-66 yang berlangsung di Los Angeles pada pagi Selasa.
Selain Drama Terbaik, aktor utama siri itu iaitu Bryan Cranston menerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik manakala Aaron Paul menggondol gelaran Pelakon Pembantu Terbaik kali ketiga.
Secara keseluruhannya Breaking Bad memenangi enam trofi pada acara tersebut menumpaskan pencabar lain seperti True Detective dan The Normal Heart.
Juliana Margulies
Manakala bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama dimenangi oleh Julianna Margulies menerusi penampilannya dalam The Good Wife dan Anna Gunn pula menerima trofi kedua menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
Dalam pada itu, drama bersiri Modern Family pula menyaksikan kemenangan kali kelima menerusi kategori Drama Komedi Terbaik.
Barisan pelakon Modern Family
Senarai Penuh Anugerah Emmy 2014:
1. Outstanding Drama Series
Breaking Bad
2. Outstanding Comedy Series
Modern Family
3. Outstanding Lead Actor in a Drama Series
Bryan Cranston (Breaking Bad)
4. Outstanding Lead Actress in a Drama Series
Julianna Margulies (The Good Wife)
5. Outstanding Lead Actor in a Comedy Series
Jim Parsons (The Big Bang Theory)
6. Outstanding Lead Actress in a Comedy Series
Julia Louis-Dreyfus (Veep)
7. Outstanding Supporting Actor in a Drama Series
Aaron Paul (Breaking Bad)
8. Outstanding Supporting Actress in a Drama Series
Anna Gunn (Breaking Bad)
9. Outstanding Supporting Actress in a Comedy Series
Allison Janney (Mom)
10. Outstanding Supporting Actor in a Comedy Series
Ty Burrell (Modern Family)
11. Outstanding Miniseries
Fargo
12. Outstanding Television Movie
The Normal Heart
13. Outstanding Lead Actor in a Miniseries or a Movie
Benedict Cumberbatch (Sherlock: His Last Vow)
14. Outstanding Lead Actress in a Miniseries or a Movie
Jessica Lange (American Horror Story: Coven)
15. Outstanding Supporting Actor in a Miniseries or a Movie
Martin Freeman (Sherlock: His Last Vow)
16. Outstanding Supporting Actress in a Miniseries or a Movie
Kathy Bates (American Horror Story: Coven)
17. Outstanding Variety Series
The Colbert Report (Comedy Central)
18. Outstanding Reality-Competition Program
The Amazing Race
19. Outstanding Structured Reality Program
Shark Tank
20. Outstanding Unstructured Reality Program
Deadliest Catch
21. Outstanding Host For A Reality Or Reality-Competition Program
Jane Lynch
22. Outstanding Variety Special
AFI Life Achievement Award: A Tribute To Mel Brooks
23. Outstanding Guest Actor in a Drama Series
Joe Morton (Scandal)
24. Outstanding Guest Actress in a Drama Series
Allison Janney (Masters of Sex)
25. Outstanding Guest Actor in a Comedy Series
Jimmy Fallon (Saturday Night Live)
26. Outstanding Guest Actress in a Comedy Series
Uzo Aduba (Orange is the New Black) - mstar

Malaysia Kekal Destinasi No.1 Bagi Pekerja Migran Nepal
KATHMANDU: Malaysia kekal menjadi negara nombor satu yang menarik minat pekerja migran Nepal diikuti oleh Qatar, dari segi jumlah, sepanjang tahun lepas, kata Jabatan Tenaga Kerja Nepal.
"Sebelum ini Malaysia dan negara-negara Teluk merupakan destinasi utama bagi pekerja Nepal dalam tahun fiskal 2013-14," kata Jabatan Tenaga Kerja dalam kenyataan akhbar.
Tahun fiskal baru Nepal bermula pertengahan Julai.
Jabatan itu meluluskan 214,270 permohonan untuk bekerja di Malaysia sepanjang tahun lepas, iaitu 36.7 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, kata jabatan itu.
Malaysia menyerap 40.6 peratus daripada jumlah pekerja migran Nepal bekerja di seberang laut sepanjang tahun lepas manakala kerajaan Nepal meluluskan 156,770 permohonan pekerja untuk bekerja di Malaysia dalam tahun fiskal sebelum ini (2012-13).
Sejumlah 527,814 pekerja Nepal mendapat kebenaran bekerja di seberang laut semasa tahun fiskal 2013-14 dengan Malaysia menjadi negara utama. Qatar menjadi destinasi utama kedua bagi pekerja migran Nepal.
Sejumlah 125,170 pekerja mendapat kebenaran kerajaan untuk pergi ke Qatar sebagai pekerja igran, iaitu 37.6 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, kata kenyataan itu.
Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Kuwait, masing-masing adalah destinasi utama yang ketiga, keempat dan kelima bagi pekerja migran Nepal. Bahrain, Oman, Korea Selatan, Jepun dan Lubnan adalah negara-negara lain yang menyerap sejumlah besar pekerja migran Nepal sepanjang tahun lepas.
Kiriman wang daripada pekerja migran Nepal di seberang laut menjadi sumber utama pendapatan mata wang asing. Menurut Nepal Rastra Bank, bank pusat Nepal, negara itu menerima purata 1.49 bilion Rupee Nepal (US$14.9 juta) sebagai pendapatan kiriman wang setiap hari dan Rs543.29 bilion (US$5.43 bilion) setiap tahun dalam tahun fiskal 2013/14.
Kiriman wang meningkat di Nepal berikutan jumlah pekerja Nepal meninggalkan negara itu untuk mendapatkan pekerjaan di seberang laut meningkat dengan ketara, kata bank pusat itu dalam laporan ekonomi mikro yang dikeluarkan baru-baru ini.- mstar
TOP
Sebuah Lagi Kereta Meletup Di Baghdad Korbankan 10 Orang Awam
Insiden letupan bom yang terbaru di Baghdad ini pada Selasa, mengorbankan 10 orang awam.
BAGHDAD: Bandar ini suatu ketika dahulu di era kegemilangannya menjadi pusat rujukan ilmu dunia tetapi kini apa yang tinggal ialah letupan demi letupan yang mengorbankan begitu banyak nyawa yang tidak bersalah. Kini yang terbaru, sebuah kereta yang sarat dengan bom diletupkan di satu persimpangan yang sibuk di sini mengorbankan sekurang-kurangnya 10 nyawa. Insiden yang berlaku di kawasan Jadida di timur bandar ini turut mencederakan 33 orang. Boleh dikatakan, tidak ada tempat yang selamat lagi di sini kerana letupan berlaku di mana-mana sahaja termasuk di masjid, pasar, kafe, kedai runcit dan di tepi jalan yang sibuk. Hanya semalam, sebuah masjid Syiah menjadi mangsa serangan bom mengorbankan 11 orang yang sedang bersembahyang. Nyawa sudah tidak ada harga dan bernilai lagi di sini.- mstar

Berpuluh Mayat Pelarian Afrika Terdampar Di Pantai Libya
Mayat pendatang asing warga Afrika ditemui terdampar di tepi pantai al-Qarboli, 30 batu timur Tripoli, Libya. -Foto EPA.
MAYAT sekumpulan pendatang asing warga Afrika ditemui terdampar akibat lemas di pantai kira-kira 30 kilometer timur Tripoli. Kejadian itu berlaku selepas lebih 200 pekerja asing dikhuatiri lemas apabila sebuah bot yang mereka naiki tenggelam lebih kurang sebatu dari pantai Libya ketika mereka cuba menyeberangi tanah besar Eropah.
Menurut pengawal pantai tempatan, kapal kecil yang dipenuhi lelaki, wanita dan kanak-kanak karam lewat Jumaat lalu. Abdel-Latif Ibrahim berkata, lebih 16 orang berjaya diselamatkan termasuk lima kanak-kanak.
Pengawal pantai Libya cuba mengangkat mayat mangsa yang ditemui, dipercayai lebih 200 tenggelam selepas bot kecil yang mereka naiki untuk menyeberangi tanah besar Eropah karam. Jurucakap pengawal pantai Libya Abdellatif Mohammed Ibrahim berkata: "Beberapa batu daripada pantai, mereka menemui mayat dalam bot kayu yang dinaiki sebahagian daripada 200 pendatang asing tersebut.
"Kami berjaya menyelamatkan 16 orang dan menemui 15 mayat. Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan kerana 170 orang masih lagi hilang." Beliau menambah: "Difahamkan antara mereka adalah warga Somali dan Eritreans serta rakyat negara lain. Bayi berusia 18 bulan antara yang terkorban dalam kejadian malang itu. Sekurang-kurangnya, 3,500 pendatang asing dengan 19 mayat berjaya ditemui sejak Jumaat. Kapal Sirio dari Itali berjaya menemui 18 mayat sementara 73 orang diselamatkan menggunakan rakit. - mstar

Polis Rampas Pil Kuda Bernilai Hampir RM1 Juta
Pil kuda jenis 'yaba' antara yang dirampas mencecah RM1 juta.
KOTA BAHARU: Polis berjaya membanteras sindiket pengedaran dadah yang dikenali sebagai 'sindiket kuning' berikutan rampasan sejumlah pil kuda jenis 'yaba' yang dianggarkan mencecah hampir RM1 juta, dua hari lepas. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam tiga serbuan hampir serentak kira-kira 3 petang itu, pasukan itu juga menahan empat lelaki, seorang perempuan dan seorang kanak-kanak berumur dua tahun. "Sebanyak 39,817 biji pil yaba yang dianggarkan seberat 4.3 kilogram telah dirampas daripada sindiket itu dengan nilai keseluruhan mencecah RM1 juta. "Kesemua yang ditahan itu berumur antara 24 hingga 34 tahun dalam tiga serbuan serta turut merampas sejumlah wang tunai bernilai RM509,623 termasuk matawang Baht (Thailand)," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, Selasa. Mazlan berkata, rampasan dan tangkapan itu adalah operasi bersama pasukan STING (Special Tactikal Intelligence Narcotics Group) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan. Katanya, dalam rampasan pertama itu polis menahan dua lelaki dan seorang wanita yang merupakan salah seorang isteri suspek bersama seorang kanak-kanak lelaki di kawasan meletak kenderaan di sebuah pusat membeli belah di bandar ini. "Di situ, kita merampas keseluruhan dadah berkenaan yang diletak dalam sebuah beg di dalam sebuah kenderaan," katanya. Beliau berkata pada masa yang hampir sama, polis menahan seorang lelaki di Ketereh dan seorang lagi lelaki di Bunut Susu serta merampas semua wang tunai berkenaan termasuk barangan kemas dan beberapa buah kenderaan. Katanya, sindiket berkenaan aktif menjalankan kegiatan itu sejak awal tahun dan dadah berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Thailand. "Salah seorang lelaki yang ditahan itu dipercayai ketua kumpulan berkenaan dengan salah seorang daripada mereka turut positif dadah," katanya. Kesemua tahanan direman sejak dua hari lalu sehingga Sabtu dan akan dituduh mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatorim jika sabit kesalahan. Menurutnya, polis juga sedang menyiasat sama ada terdapat saki baki kumpulan itu yang lazimnya menggunakan kenderaan kuning.- mstar

Kerusi MB Semakin Jauh Dari Capaian Wan Azizah
Wan Azizah Wan Ismail.
KUALA LUMPUR: Titah Sultan Selangor yang mahukan Pakatan Rakyat mengemukakan lebih banyak nama calon menteri besar dilihat oleh penganalisis politik seolah-olah kerusi nombor satu di Selangor itu semakin jauh dari capaian Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sehubungan itu, Pakatan Rakyat perlu membaca perkembangan itu sebagai suatu isyarat tersirat berhubung jawatan yang menghangatkan landskap politik tanah air khususnya di Selangor itu. Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata daripada titah itu, PKR perlu meneliti semula pelan asal yang mahu menobatkan Dr Wan Azizah sebagai ketua eksekutif di negeri yang terkaya di negara ini. Sekiranya PKR enggan berganjak daripada pelan asal mereka, kemungkinan parti itu perlu berhadapan dengan cabaran yang lebih getir iaitu pembubaran Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri. Sultan Selangor hari ini menitahkan PAS, PKR dan DAP masing-masing mengemukakan lebih dua nama calon menteri besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebgai menteri besar (MB). "Berdasarkan titah itu, kita mungkin melihat pelan B daripada PR. Jika mereka bertegas dengan calon asal (Wan Azizah), Sultan mungkin menitahkan pilihan raya negeri dan adakah berbaloi untuk mereka mengambil risiko itu dalam keadaan rakyat jemu dengan krisis berpanjangan ini?," katanya. Azmi juga tidak menolak kemungkinan Menteri Besar Selangor yang baharu datang daripada PAS, memandangkan parti itu kini 'terpaksa' menamakan lebih dua calon, meskipun mempunyai 'perjanjian gentleman' dalam PR, supaya kerusi nombor satu negeri itu diberikan kepada PKR. Ditanya sama ada pelantikan menteri besar daripada PAS akan 'meretakkan' hubungan PAS-PKR yang semakin rapuh ekoran krisis kerusi MB, Azmi menjelaskan bahawa PKR seharusnya bertindak matang dan terbuka dalam menerima titah Sultan. "PAS tidak melanggar 'gentleman agreement' kerana ia adalah titah Sultan untuk setiap parti itu menamakan lebih dua calon dan tidak ada salahnya jika seorang MB dilantik daripada parti itu. "PKR juga kena terima kerana mereka perlu ingat bahawa rancangan menyingkirkan Abdul Khalid bermula daripada Langkah Kajang yang kini bukan sahaja gagal, namun nampaknya telah memakan diri," katanya. Azmi juga tidak menyifatkan tindakan Abdul Khalid ingin meletakkan jawatan sebagai mengalah, namun melihatnya sebagai tindakan terpuji yang 'mengenepikan ego demi kelangsungan pentadbiran Selangor dan kepentingan rakyat'. Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata Abdul Khalid adalah 'mangsa politik' kerana tidak disabitkan kesalahan yang menyebabkan MB hilang kelayakan selain pemecatannya daripada mengangggotai parti juga masih belum 'sahih mengikut undang-undang'. Beliau juga berpendapat krisis ini mungkin akan menyebabkan Abdul Khalid 'hilang minat dan keyakinan' terhadap politik, memandangkan beliau menghadapi 'episod gelap' dalam karier politiknya. "Kita maklum Abdul Khalid jadi MB kerana mahu berkhidmat kepada masyarakat dan insiden ini mungkin akan menyebabkan beliau terkilan atau tidak berpuas hati kerana apa yang diimpikan beliau tidak boleh dilaksanakan akibat campur tangan pihak lain," katanya. Ditanya sama ada kemelut kerusi MB Selangor akan selesai dalam tempoh terdekat dengan titah Sultan meminta lebih dua nama masing-masing daripada PAS, PKR dan DAP, Ahmad Marthada secara peribadi berpendapat krisis itu tidak akan selesai sepenuhnya. "Sesetengah pihak nampak ia satu isyarat Sultan seolah-olah tidak mahu Wan Azizah, sedangkan PKR begitu mendesak. Jadi saya berasakan akan berlaku krisis antara PAS dan sekutunya PKR, apatah lagi PAS masih berdolak-dalik mengenai sokongan kepada Wan Azizah," katanya. Sementara itu, penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar berkata PR perlu sedar mereka tidak boleh terlalu bertegas mahu Wan Azizah menjawat jawatan menteri besar kerana Sultan berada di kedudukan yang lebih tinggi dalam tradisi pelantikan MB di negara ini. "Kita perlu ingat bahawa penolakan calon sebagai MB pernah berlaku di Malaysia pada 2008 di Terengganu apabila nama yang dicalonkan parti politik tidak dipersetujui Sultan, yang terus melantik individu lain sebagai MB," katanya. Justeru itu, Chandra melihat Sultan Selangor masih lagi bertoleransi dalam kemelut ini dan usaha itu seharusnya dihargai agar kepercayaan itu terus ada agar urusan pentadbiran berjalan lancar. - mstar

Nik Aziz Harap Keputusan Sultan Selangor Beri Manfaat Kepada Semua Pihak
Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengharapkan keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada Selasa dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. Bekas Menteri Besar Kelantan itu dalam reaksi ringkasnya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini turut berharap mudah-mudahan keputusan itu dapat memberikan manfaat di dunia dan di akhirat. "Berdoalah kepada Allah sebanyaknya mudah-mudahan keputusan yang dibuat Istana itu dapat memberi manfaat dunia dan akhirat, InsyaAllah," katanya. Sultan Selangor pada Selasa menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan. Baginda membuat keputusan itu setelah menerima menghadap Abdul Khalid yang menyembah hasrat meletak jawatan sebagai Menteri Besar di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam. Keputusan baginda itu mahu memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar dan teratur. Selain itu Sultan Selangor juga menitahkan agar setiap parti dalam Pakatan Rakyat masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu.- mstar

Kementerian Kesihatan Cadang Kerajaan Perkenal Dasar Mengenai Obesiti
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mahu mencadangkan kepada kerajaan supaya memperkenalkan satu dasar yang boleh mengurangkan peningkatan obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata dasar sedemikian wajar diwujudkan berikutan kadar obesiti semakin meningkat dalam kalangan rakyat.
"Semakin ramai rakyat Malaysia menjadi gemuk dengan kadar prevalens obesiti dalam kalangan dewasa berusia 18 tahun dan ke atas meningkat daripada 4.4 peratus pada 1996 kepada 15.1 peratus pada 2011.
"Kadar prevalens bagi hiperkolesterolamia dalam kalangan dewasa berusia 18 tahun dan ke atas adalah 20.7 peratus pada 2006 dan bertambah kepada 32.7 peratus pada 2011," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kongres Perubatan Malaysia-Singapura Ke-48 di sini, Selasa.
Sebagai langkah menggalakkan rakyat kurang mengambil gula, beliau berkata kerajaan telah memansuhkan subsidi bahan makanan itu baru-baru ini.- mstar
TOP
Azhar Kekal CEO MRT Corp Hingga Siasatan Runtuhan Selesai
Azhar Abdul Hamid.
PETALING JAYA: Lembaga Pengarah Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) berkata hanya akan mempertimbangkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Datuk Azhar Abdul Hamid sebaik sahaja siasatan terhadap insiden runtuhan di tapak MRT Kota Damansara selesai dan didedahkan kepada umum. Menurut lembaga pengarah MRT Corp, Azhar akan terus menerajui syarikat tersebut kerana projek MRT di Lembah Klang menunjukkan prestasi memberangsangkan dibawah pemantauannya. "Pihak lembaga pengarah telah menilai prestasi beliau (Azhar) sejak beliau dilantik pada September 2011. "Pihak lembaga pengarah mendapati MRT Corp berada pada landasan yang tepat seperti yang dibuktikan dalam projek MRT Lembah Klang, mencapai kemajuan yang baik dengan mencapai tahap 50% siap, lebih awal daripada dijadualkan. "Pihak lembaga pengarah juga mendapati pengurusan kewangan projek membanggakan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa selepas satu mesyuarat membincangkan mengenai perkara itu. Lembaga pengarah syarikat itu juga berjanji untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap insiden runtuhan tersebut seperti yang diarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Siasatan akan membantu dalam menentukan pihak yang bertanggungjawab dalam insiden itu. Tindakan sewajarnya akan dikenakan mengikut undang-undang sebaik sahaja pihak bertanggungjawab dikenal pasti," menurut kenyataan itu. Tiga pekerja warga Bangladesh maut tertimbus apabila blok konkrit di tapak projek MRT Kota Damansara runtuh, malam Isnin lalu. Azhar menghantar surat peletakan jawatannya pada Selasa, sehari selepas insiden runtuhan itu. Punca insiden runtuhan itu sedang disiasat dan dijangka akan selesai pada bulan depan. Mesyuarat lembaga pengarah itu dipengerusikan oleh Pengerusi MRT Corp, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan dihadiri oleh ahli-ahlinya, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff, Datuk Seri Shahril Mokhtar, Datuk Che Mokhtar Che Ali dan Azhar.- mstar

Risiko Denggi, Enam Tapak Pembinaan Projek HKL Diarah Tutup
Fadillah (dua, kiri) memeriksa kabel di tapak projek letak kereta bertingkat ketika lawatan ke tapak projek seliaan JRK, bagi menaik taraf Hospital Kuala Lumpur di Jalan Pahang, Kuala Lumpur pada Selasa.-fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Enam tapak pembinaan di kawasan projek menaik taraf Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini diarah menghentikan kerja-kerja pembinaan selama tujuh hari bermula Rabu berikutan berisiko menjadi sarang pembiakan jentik-jentik yang boleh membawa wabak denggi. Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan mengeluarkan arahan henti kerja kepada kontraktor berkenaan, Johawki Sdn Bhd, dan meminta syarikat itu menjalankan kerja-kerja pembersihan di tapak binaan itu. "Dalam tempoh tujuh hari itu, kontraktor itu perlu membersihkan tapak berkenaan dan semua kerja-kerja pembinaan perlu dihentikan sementara waktu," katanya dalam sidang media selepas memerikasa dan meninjau tapak projek naik taraf HKL itu, Selasa. Pemeriksaan secara bersepadu itu yang melibatkan Lembaga Pembangunan Indsutri Pembinaan Malaysia (CIDB), Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Imigresen, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Lembaga Arkitek, Lembaga Jurutera, dan Lembaga Juruukur Bahan antara lain bertujuan memastikan pematuhan peraturan berkaitan pembinaan. Pihak berkenaan turut melakukan operasi Pemeriksaan Pencegahan Aedes di Tapak Bina bersama Jabatan Kesihatan dan CIDB di seluruh negara dan sudah memeriksa 304 tapak bagi tempoh Mac hingga Ogos tahun ini. Fadillah berkata kementerian menyedari tapak pembinaan adalah antara kawasan yang sering menyumbang kepada masalah denggi. Justeru itu, katanya operasi penguatkuasaan terutama di kawasan titik panas pembiakan aedes seperti di Selangor, Kuala Lumpur dan Kelantan akan dipergiatkan. Projek menaik taraf HKL fasa dua itu bermula Mei tahun lepas dan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion bagi menjadikan HKL sebagai hospital primer. Ia dijangka siap sepenuhnya pada 2017. Kerja-kerja menaik taraf fasa satu yang melibatkan pengubahsuaian lobi utama, wad 26 dan wad 27 telah siap pada Julai 2012.- mstar

Empat Kakitangan Utama Projek MRT Letak Jawatan
KUALA LUMPUR: Rakan Kongsi Pelaksanaan Projek (RKPP) untuk Aliran Transit Massa Lembah Kelang bagi Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) telah mengumumkan peletakan jawatan empat kakitangan utama yang bekerja untuk projek berkenaan.
MMC-Gamuda Bhd, dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, Pengarah Projek RKPP (Laluan SBK), Ian Thomas telah memutuskan beliau tidak akan menyambung kontrak perkhidmatannya.
Selain itu, tiga pegawai kanan RKPP, iaitu Pengurus Projek, Ismail Hassan, Jurutera Residen Kanan Perunding Penyeliaan, AECOM, David Douglas, dan Jurutera Residen Perunding Penyeliaan, AECOM, Norrizan Ismail, juga telah meletak jawatan.
Peletakan jawatan mereka disampaikan kepada pemilik projek, MRT Corp, dalam sepucuk surat bertarikh 22 Ogos lepas.
Surat itu menyatakan satu cadangan pengganti untuk jawatan pengarah projek akan dikemukakan dalam masa terdekat, kata kenyataan berkenaan.- mstar
TOP
Tidak Akan Kembali Terajui MAS - Idris Jala
Idris Jala.
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala pada Selasa mengulangi bahawa beliau tidak akan mengambil alih jawatan ketua pegawai eksekutif Malaysia Airlines (MAS). Idris mengetuai syarikat penerbangan negara itu antara 2005 dan 2009 sebelum meneraju Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang memantau program transformasi ekonomi kerajaan. "Saya akan meneruskan peranan saya sekarang dan saya tidak akan ke sana (MAS), bagi saya tugas saya ialah mengetuai Pemandu," katanya ketika ditanya oleh pemberita selepas menghadiri Dialog Pemimpin Perniagaan kedua, di sini. Idris juga menegaskan beliau akan meneruskan tanggungjawab sekarang sehingga penggal beliau tamat pada September 2015. "Saya memberi tumpuan kepada tugas saya dalam Pemandu. Saya ada banyak kerja hendak dilaksana," katanya. Idris dilapor sebagai antara calon berpotensi bagi mengetuai syarikat penerbangan negara yang sedang menghadapi masalah itu. Seorang lagi calon ialah Datuk Seri Jamaludin Ibrahim yang kini mengetuai Axiata Group Bhd, syarikat telco milik Khazanah Nasional Bhd. Khazanah yang pada masa ini memiliki 69 peratus kepentingan dalam MAS dan akan memperoleh pemilikan 100 peratus menerusi penswastaan, dikatakan sedang meneliti beberapa calon untuk jawatan utama dalam MAS yang disusun semula. Idris yang memainkan peranan penting dalam rancangan pemulihan MAS sebelum ini, dilantik sebagai senator pada September 2012.- mstar

Pemuda Umno Sokong Pramugari MAS Tutup Aurat
Khairy Jamaluddin.
KUALA LUMPUR: Pemuda Umno pada Selasa menyambut baik cadangan supaya pekerja wanita syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) memakai pakaian yang menutup aurat ketika bertugas. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata cadangan tersebut sepatutnya dikemukakan kepada pihak pengurusan MAS untuk tindakan selanjutnya. "Kita menyambut baik cadangan supaya pekerja wanita MAS memakai pakaian yang menutup aurat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Menara Dato Onn pada Rabu. Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Exco Pemuda Umno, Dazma Shah Daud agar, pengurusan baharu MAS memberi kelonggaran atau mewajibkan pramugari beragama Islam memakai tudung dan menutup aurat. Sebelum ini, Dazma Shah dilaporkan berkata, sudah banyak syarikat penerbangan seperti Royal Brunei Airlines, Saudi Airlines dan Iran Air mewajibkan pramugari mereka memakai tudung dan ia terbukti tidak menjejaskan reputasi syarikat penerbangan tersebut. Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, sayap Pemuda Umno akan mengadakan kempen derma darah untuk rakyat Palestin di Gaza. Beliau berkata, kempen tersebut akan diadakan di seluruh negara dan tarikhnya akan diberitahu kemudian. "Bekalan darah yang kita perolehi daripada kempen ini akan dihantar ke Gaza selepas mendapat kebenaran untuk masuk ke Palestin," katanya. - mstar

Pageview mStar Kini Cecah Lebih 4 Juta
PETALING JAYA: Selepas empat bulan tampil dengan wajah baharu, portal berita mStar Online kini berjaya mencapai lebih empat juta pageview.
Leanne Goh
Capaian berkenaan adalah lebih tinggi berbanding ketika Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Lonjakan angka pembaca portal ini juga dibantu melalui penggunaan media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram. Bagi meraikan kejayaan itu, satu majlis ringkas diadakan di Bilik Berita mStar Online pada Selasa. Hadir sama ialah Pengarah Urusan Kumpulan The Star dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Wong Chun Wai, Pemangku Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Leanne Goh Lee Yen dan Eksekutif Editor, Rozaid A Rahman. Wajah baharu mStar Online mula dilancarkan pada 9 Mac lalu, manakala majlis pelancaran rasmi poltal ini telah diadakan pada 17 April.- mstar

Cinta Kamal Adli & Intan Ladyana Hancur Akhirnya
Cinta Kamal Adli & Intan Ladyana Hancur Akhirnya
- mstar
- mstar
TOP
Hanya Wan Azizah Calon MB Selangor - PKR, DAP
Wan Azizah Wan Ismail.
PETALING JAYA: PKR dan DAP tetap bertegas dengan keputusan mereka untuk hanya menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu. Keputusan itu bagaimanapun bercanggah dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang meminta setiap parti dalam Pakatan Rakyat menamakan tidak lebih daripada dua nama bagi jawatan tersebut. Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan tidak disertai oleh sekutu mereka, PAS. Kedua-dua parti itu berkata, Sultan Selangor pada tahun lalu menerima Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon tunggal Pakatan Rakyat untuk jawatan Menteri Besar walaupun menitahkan mereka untuk mencalonkan lebih daripada satu nama. "Oleh itu, PKR dan DAP menjunjung titah Tuanku dan akan mempersembahkan pencalonan Wan Azizah untuk dipertimbangkan sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat pada tahun lalu memandangkan beliau mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). "Justeru, PKR dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara Tuanku untuk menerima pencalonan tersebut," kata mereka menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Selasa. Terdahulu, Sultan Sharafuddin menitahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah supaya lebih daripada dua nama dicadangkan itu bertujuan memudahkan baginda menentukan calon yang berkelayakan untuk dilantik ke jawatan eksekutif berkenaan. "Sebagaimana yang diperuntukan di bawah Perkara LI (1), Perkara LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Duli Yang Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan seorang menteri besar yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri," katanya. Selain itu, Mohamad Bani mengesahkan bahawa Sultan Sharafuddin menerima menghadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menyembah maklum memohon perkenan untuk meletak jawatan. Bagaimanapun, Sultan Selangor menangguhkan penerimaan perletakkan jawatan itu sehingga pelantikan menteri besar Selangor yang baharu ditentukan.- mstar

Azmin Calon MB: Cara PAS Pusat Tepat
PETALING JAYA: Keputusan PAS Pusat sebelum ini yang menamakan dua calon, selain Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti menteri besar Selangor adalah tepat.
Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, parti itu akur dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua nama calon menteri besar yang baharu.
"Pandangan tuan guru Presiden PAS adalah sangat konsisten dengan titah tuanku sultan dan kita yakin rakyat di negeri Selangor juga menyambut baik titah tuanku itu.
"Sejajar dengan itu, PAS Selangor yakin cadangan calon menteri besar yang akan diserahkan oleh setiap parti politik adalah yang dapat diterima oleh istana kelak," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Terdahulu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor bagi memohon perkenan baginda untuk beliau meletak jawatan sebagai menteri besar.
Bagaimanapun baginda menitahkan untuk menangguhkan permohonan perletakan jawatan Khalid sehingga proses mencari calon penggantinya selesai.
Pada 17 Ogos lalu mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua menteri besar Selangor, selain Dr Wan Azizah.
Bagaimanapun mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat pada hari yang sama tetap memutuskan supaya hanya satu nama iaitu Dr Wan Azizah dikemukakan kepada istana Selangor untuk dipertimbangkan.- mstar
TOP
Krisis Selangor: Khalid Nafi Sultan Tolak Wan Azizah
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai penggantinya.
"Tidak ada. Tuanku hanya meminta tiap-tiap parti dari PAS, PKR dan DAP menghantar tidak lebih daripada dua nama untuk dipilih sebagai menteri besar baharu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Bangunan SUK di sini, selepas pertemuan dengan Sultan Selangor di Istana Alam Shah Klang, petang Selasa.
Jelas Khalid, ini bagi memudahkan Sultan Sharafuddin untuk menentukan calon yang berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik calon yang layak.
"Ini sejajar dengan konvensi yang diamalkan secara berterusan dalam pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini," katanya.
Khalid berkata, pejabat istana akan menulis surat kepada setiap pemimpin Pakatan Rakyat untuk memaklumkan mengenai permintaan sultan berhubung senarai calon menteri besar yang baharu.
"Surat akan dihantar kepada mereka untuk memaklumkan perkara ini dan tarikh akhir untuk menghantar senarai nama tersebut turut dinyatakan di dalam surat itu nanti," katanya.
Sementara itu, Khalid turut menegaskan pertemuan tersebut juga tidak menyentuh mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Tidak ada keperluan untuk berbuat demikian. Setakat ini kita cuba selesaikan (kemelut ini)," katanya.- mstar
TOP
Pemuda Umno Calonkan Ketua Pemuda Tumpat, Rosidi Mahmud
KUALA LUMPUR: Pemuda Umno sepakat untuk mencadangkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Tumpat, Rosidi Mahmud Kamaruddin sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, sehubungan itu nama Rosidi telah dikemukakan dalam mesyuarat pengurusan parti Rabu lalu.
"Nama Rosidi telah disenarai pendek dan diserahkan kepada parti.
"Peluang untuk menang 50-50. Pecahan undi Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar menang dengan majoriti 1, 700 undi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Menara Datuk Onn pada Rabu.
Ditanya mengenai khabar angin bahawa Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali dicalonkan pada PRK Pengkalan Kubor, Khairy memberitahu, perkara tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat kerana presiden Perkasa itu tidak terdiri daripada ahli Umno.
Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Noor Zahidi meninggal dunia akibat penyakit kanser di China pada 20 Ogos lalu.- mstar
TOP
Visa 5 Tahun Untuk Ekspatriat Mulai Disember
KUALA LUMPUR – Permohonan bagi Visa Berbilang Kemasukan selama Lima Tahun kepada pengunjung perniagaan, pelabur dan pengurus dana di Bahagian Perkhidmatan Ekspatriat akan dibuka mulai Disember ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata langkah itu adalah bagi menyokong pergerakan kumpulan pelabur berkenaan, termasuklah yang datang dari luar ASEAN seperti China dan India.
“Bagi merealisasikan sepenuhnya potensi integrasi serantau, kita bukan saja perlu menyokong aliran modal kewangan, malah pergerakan modal insan.
“Pergerakan pengunjung perniagaan, pelabur serta profesional mahir yang lebih bebas adalah kunci untuk menyokong pelaburan serta perdagangan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sesi Dialog Bersama Pemimpin Perniagaan di sini, sebentar tadi.
Jun lalu Perdana Menteri melancarkan Bahagian Perkhidmatan Ekspatriat, Jabatan Imigresen sejajar komitmen Malaysia untuk memudahkan pergerakan profesional mahir. – BH Online- mstar
TOP
Aplikasi Interaktif Kemerdekaan ‘Citra Merdeka 57′ Dilancar
PUTRAJAYA – Aplikasi mudah alih yang memuatkan sejarah kemerdekaan negara yang dikenali sebagai “Citra Merdeka 57″ diperkenalkan hari
ini.
Dibangunkan dengan kerjasama Multimedia Development Corp (MDeC), Universti Malaysia Kelantan dan Arkib Negara, aplikasi yang dilancarkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sini, boleh dimuat turun melalui platform Android secara percuma tidak lama lagi.
“Ini merupakan pertama kali kemerdekaan itu dipersembahkan dalam bentuk aplikasi mudah alih untuk menerangkan secara mudah mengenai sejarah kemerdekaan negara kita,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran di sini hari ini.
Beliau berkata aplikasi itu mempunyai kemampuan untuk dikembangkan maklumat dan kandungannya seperti jadual dan lokasi sambutan kemerdekaan setiap tahun.
“Sebagai contoh acara pameran aset tentera, kita mungkin boleh dapatkan koordinat lokasi bagi acara itu atau cara bagaimana mahu ke sana jika menggunakan kenderaan awam,” katanya.
Mengenai acara Memori Chow Kit Road bersempena sambutan kemerdekaan tahun ini, Ahmad Shabery berkata acara berjalan secara terkawal mengikut garis panduan yang diberikan.
“Semua persembahan akan disesuaikan mengikut keadaan sekarang dan lagu-lagu yang akan dipersembahkan akan berkisar mengenai kesatuan yang menghidupkan semangat kemerdekaan,” katanya.
Sementara itu, Pas menganjurkan Konvoi Jelajah Merdeka bermula 16 Ogos sehingga 30 Ogos ini di beberapa negeri di Semenanjung bagi menyemarakkan rasa cinta kepada negara.
Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2014 Pas, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata konvoi itu akan menziarahi kubur-kubur pejuang terdahulu antaranya Tok Janggut, Mat Kilau dan Datuk Bahaman yang kian dilupakan jasanya.
Dalam konvoi itu, 10 peserta utama konvoi bermotosikal kuasa tinggi memulakan penjelajahan dari negeri-negeri di Pantai Timur seterusnya ke Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.
Bercakap kepada pemberita selepas melepaskan peserta-peserta konvoi utama yang singgah ke Putrajaya di Dataran Putra di sini hari ini, Muhammad berkata konvoi itu akan berakhir di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada malam 30 Ogos untuk meraikan malam ambang merdeka.
“Peserta konvoi utama ini akan disambut peserta bermotosikal di setiap negeri yang mereka singgah, menjadikan kira-kira 1,000 peserta akan terlibat dalam konvoi berkenaan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Apa Pendirian Anwar PAS Larang Lelaki Tonton Bola Jaring Wanita?
KUALA LUMPUR – Pemuda Gerakan menggesa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian beliau berhubung langkah kerajaan PAS Kelantan melarang lelaki menonton perlawanan bola jaring wanita di negeri itu.
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak sepatutnya berdiam diri berhubung isu tersebut.
“Kami menggesa Anwar membuat pendirian berhubung perkara ini kerana sebagai ketua (pembangkang), beliau sepatutnya menyelesaikan semua isu yang timbul dan bukan sekadar berdiam diri,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, Kelantan bakal mengadakan kejohanan bola jaring hanya untuk penonton wanita di semua 14 kawasan Parlimennya bulan hadapan.
Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Kelantan Dr Ramli Mamat dilaporkan berkata, kejohanan itu bakal dilangsungkan dalam gelanggang tertutup.
Ramli dipetik berkata, peserta kejohanan yang bakal berlangsung dari 6 September hingga 25 Oktober dikehendaki memakai pakaian longgar sepanjang pertandingan.
Keng Liang berkata, perbuatan kerajaan PAS Kelantan itu menunjukkan satu lagi tingkahlaku parti itu yang sering memaksa orang lain supaya mengikut telunjuk mereka dan pihaknya mengutuk langkah tersebut.
Beliau melahirkan kebimbangan kerajaan PAS Kelantan akan melakukan larangan serupa ke atas sukan-sukan lain termasuk di negeri-negeri pakatan pembangkang yang lain selepas ini.
Tegasnya, polisi baharu kerajaan PAS Kelantan itu tidak wajar, tiada justifikasi dan tidak boleh diterima dalam dunia moden kecuali di negara yang dikuasai oleh Taliban.
“Larangan itu hanya menjadikan negara kita sebagai bahan jenaka di peringkat antarabangsa,” katanya. – mynewshub.my- mstar
TOP
MH17 Beri Kesan Kepada Emosi Kakitangan
PETALING JAYA – Insiden yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 diakui memberi impak terutama dari segi emosi kepada kakitangan syarikat penerbangan kebangsaan itu.
Ketua Komunikasi Strategik MAS Datuk Najmuddin Abdullah berkata bagi memastikan emosi kakitangan yang terjejas tidak memberi kesan kepada tugasan harian, pihaknya mengambil inisiatif dengan turun padang menghampiri mereka.
“Kita (MAS) pergi ke setiap jabatan dan bahagian untuk bertanya khabar dengan kakitangan selain beri penerangan kepada mereka tentang insiden itu serta keadaan syarikat secara amnya,” kata Najmuddin kepada pemberita selepas majlis bacaan Yassin, tahlil dan solat hajat untuk memperingati mangsa tragedi MH17 di sini, hari ini.
Majlis yang diadakan di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra itu dihadiri kira-kira 500 kakitangan MAS dari pelbagai jabatan selain orang awam.
Selain itu, Najmuddin yang juga Naib Presiden Kanan berkata, pihaknya akan terus memberi sokongan dan bantuan kepada keluarga mangsa nahas pesawat MH17 kerana ia merupakan tanggungjawab syarikat.
Pada masa sama, Najmuddin berharap lebih ramai mangsa warganegara Malaysia yang terlibat dalam nahas MH17 dapat dikenal pasti dan dibawa pulang ke tanah air.
Setakat ini 24 jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 telah dibawa pulang ke Malaysia sehingga semalam dan dua daripadanya tidak didedahkan identiti atas permintaan keluarga.
Sementara itu, pramugara MAS Azerol Hafizi, 26, berkata ketika ditemui berkata tragedi MAS merupakan satu insiden yang mengejutkan seluruh dunia, namun ia perlu diterima sebagai ketentuan takdir.
Ditanya adakah insiden itu ‘menakutkannya” untuk terus berkhidmat di awan biru, Azerol berkata nahas itu langsung tidak melemahkan semangatnya untuk terus berkhidmat selagi diperlukan kerana percaya semua yang berlaku adalah ketentuan Ilahi.
Seorang lagi kakitangan MAS yang hanya mahu dikenali sebagai Ina berkata, selaku penjaga kebajikan kepada keluarga mangsa, insiden malang itu pastinya tidak dapat dilupakan sepanjang hayatnya.
“Dari hari pertama insiden, memang sedih sangat sebab kita tahu nasib malang yang menimpa rakan sejawatan dan penumpang lain. Lepas itu, kita dah dengan sepenuh hati memastikan keluarga mangsa dapat jagaan yang sepatutnya,” katanya sambil menitiskan air mata.
Terdahulu, Imam Muda Hafiz atau Mohammad Hafiz Abdul Khodir dalam tazkirahnya berkata nahas MH17 bukan hanya dugaan buat keluarga mangsa, sebaliknya ia satu ujian yang menuntut umat Islam di seluruh dunia menilai semula diri dan perlakuan masing-masing.
“Bagi umat Islam, kita perlu ingat bahawa setiap musibah yang menimpa kita itu sebenarnya tanda Allah sayangkan kita, Dia nak kita sentiasa membetulkan kesalahan diri,” katanya.
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine. – BERNAMA
TOP
SEGERA: Lapangan Terbang SAAS Terima Ancaman Bom
Dikhabarkan ketika ini di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang dikejutkan dengan ancaman bom di dalam sebuah pesawat.
Laman twitter Agenda Daily memaklumkan, semua pesawat sudah pun diturunkan dan pesawat yang masih tidak diketahui jenis dan syarikat penerbangannya ditempatkan dihujung landasan, menurut kata bomba.
“Ketika ini, Unit Pemusnah Bom sedang melakukan kerja mengesan jika wujud bom berkenaan,” menurut tweet berkenaan.
Sehingga kini masih tiada maklumat terkini diperolehi berkenaan berita berkenaan. LAPORAN LANJUT MENYUSUL. – MYNEWSHUB.MY
Sehingga kini masih tiada maklumat terkini diperolehi berkenaan berita berkenaan. LAPORAN LANJUT MENYUSUL. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) Pertubuhan Tak Sah
JABATAN Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mengesahkan Pertubuhan Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, PPS dikenal pasti sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).
Sebelum ini, dua lelaki berusia 30-an telah ditahan polis selepas dakwaan seorang aktivits sosial berusia 51 tahun, mengatakan dirinya dipukul sekumpulan lelaki yang merupakan anggota PPS dalam satu majlis makan malam di sebuah tokong Cina di Air Itam, Georgetown, Pulau Pinang, baru-baru ini. Akibat kejadian tersebut, lelaki yang juga seorang peniaga itu mendakwa mengalami lebam di mata dan sakit di belakang badan. – MYNEWSHUB.MY

Remaja Tawar Tubuh Semata-mata Nak Pakai Samsung Note 3
Hari ini dapat dilihat budak-budak sekolah kadang-kadang menggunakan telefon bimbit yang jauh lebih mahal dan terkini daripada golongan bekerjaya.
Kadang-kadang terdetik juga, kalau pun kaya sampai begitu sekali ibu bapa sekarang memanjakan anak.
Fenomena ini mendatangkan pengaruh tidak baik apabila berlaku sikap berlumba-lumba mahu menunjuk siapa punya gadjet paling terkini dalam kalangan remaja.
Bagi yang tidak mampu tapi tak mahu berusaha dan memilih jalan mudah, maka jadilah kes seperti remaja di atas.
Demi sebuah telefon bimbit Samsung Note 3, tubuh sanggup dijadikan cagaran. Begitu murahnya nilai harga diri budak-budak zaman sekarang, kita yang tengok ni pun naik takut. Tak hairanlah makin banyak kes buang bayi berlaku manakala rumah pemulihan semakin hari semakin sesak.. – MYNEWSHUB.MY

Pengantin ‘Separuh Bogel’ Itu Dah Biasa Bergambar Seksi!
Habis kecoh satu negara dibuatnya gara-gara tersebarnya gambar penggambaran perkahwinan separuh bogel yang dilakukan di Ipoh, baru-baru ini.
Susulan itu pihak polis kini menyiasat kes berkenaan di bawah seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil iaitu berkelakuan aib.
Jika tujuan pasangan ini melakukan penggambaran demi untuk kelainan dan mendapat perhatian ternyata mereka amat berjaya.
Malah identiti mereka turut dijejak hingga akaun Facebook pengantin perempuan akhirnya ditemui.
Berdasarkan gambar di Facebook wanita tersebut, terbukti dia memang seorang yang gemar berpakaian mencolok mata dan berkongsi aksi seksi untuk tatapan umum.
Lihatlah saja gambar-gambar di bawah ini..
Begitu pun selepas didakwa atas kesalahan berkelakuan aib, diharapkan pengantin separuh bogel ini akhirnya sedar bahawa perlakuan bebas ada batasnya di negara yang mementingkan adab ketimuran dan menegakkan Islam sebagai agama rasmi seperti Malaysia.
- MYNEWSHUB.MY

Casing Ultrasonik Galaxy Note 4 Bagi Golongan Istimewa
SamMobile melaporkan bahawa Samsung sedang membangunkan casing ultrasonik untuk telefon pintar terbarunya, Galaxy Note 4 bagi membantu mereka yang mempunyai masalah penglihatan untuk bergerak.
Casing tersebut berfungsi dengan mengeluarkan gelombang ultrasonik (yang tidak dapat didengar manusia) untuk mengesan objek di hadapan pengguna dan memberi maklum balas kepada pengguna.
Prosedur penggunaan casing tersebut masih belum diterangkan secara terperinci tetapi mungkin casing ultrasonik ini seakan sama seperti casing ultrasonik yang dibangunkan untuk Galaxy Core Advance, peranti akan serta merta bergetar atau bunyi suara akan dikeluarkan bagi tujuan amaran.
Casing ultrasonik Galaxy Core Advance mempunyai serampang yang menonjol dari telefon pintar bersaiz 4.7 inci itu.
Jika difikirkan, tidak ramai pengguna yang ingin menambahkan aksesori sebegini pada telefon pintar Note 4 yang telahpun mencapai saiz 5.7 inci, dengan anggapan sarung ultrasonik baru itu mempunyai bentuk yang sama. Bagi kami, ini sememangnya sangat bagus untuk golongan kurang upaya dan secara tidak langsung, casing peranti tersebut dapat meringankan beban pengguna yang istimewa ini.
Sumber: SamMobile
Sumber: hzqahmd

Jamaludin Nafi Tinggalkan Axiata Untuk Terajui MAS
KUALA LUMPUR – Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Axiata Group Bhd, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim menafikan beliau akan dilantik menerajui Penerbangan Malaysia (MAS).
Jamaludin berkata, beliau ada pekerjaan yang lebih baik di Axiata dan kini sibuk mengendalikan syarikat itu.
“Saya terkejut nama saya disebut sebagai calon CEO MAS. Saya rasa ada calon lain yang lebih baik,” katanya ditemui selepas Sesi Dialog Pemimpin Perniagaan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini hari ini.
Selain Jamaludin, satu nama lagi yang disebut-sebut bakal dipilih menerajui entiti MAS yang disusun semula nanti ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.
Bagaimanapun, Idris yang juga CEO PEMANDU sudah membuat penafian berhubung laporan itu dalam tweetnya Khamis lalu.
Ketika ditemui hari ini, Idris berkata, beliau masih seorang Menteri ketika ini dan tidak didekati mana-mana pihak (berhubung pelantikan sebagai CEO MAS).
Pada 8 Ogos lalu, Khazanah mengumumkan tawaran pembayaran balik modal dengan membeli balik semua saham pemegang saham minoriti pada harga 27 sen seunit.
Khazanah akan mengumumkan program lengkap penyusunan semula itu Jumaat ini.
Penyusunan semula menyeluruh MAS dibuat selepas syarikat penerbangan nasional itu mencatat kerugian tiga tahun berturut-turut.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, kerugian MAS berjumlah RM1.17 bilion, RM432.59 (2012) dan RM2.52 bilion (2011).
MAS menangguhkan pengumuman keputusan kewangan suku kedua minggu lalu kepada Khamis ini.
Syarikat penerbangan itu dijangka mencatat keputusan kewangan lebih buruk berikutan tragedi berganda membabitkan pesawat MH370 dan MH17. – BH Online
TOP
VIDEO : “Dia Orang Tak Nak Saya Dah… ” – MB Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keinginan beliau meletakkan jawatan adalah kerana mereka yang sebelum ini memerlukannya kini tidak memerlukan khidmatnya lagi.
Bercakap dalam sidang media petang tadi, ketika ditanya wartawan apakah yang mendorong meletakkan jawatan, Abdul Khalid hanya menjawabnya dengan berseloroh.
“Dia orang tak nak saya dah,” katanya disambut ketawa orang ramai yang hadir pada sidang media itu.
Ketika ditanya adakah beliau bersedia menerima jawatan Menteri Besar sekiranya ditawarkan sekali lagi oleh parti dalam Pakatan Rakyat (PR), Abdul Khalid berkata tidak dan beliau lega kini sudah dilepaskan dari tugas itu.
“Tidak, tidak, saya gembira kerana kini saya sudah dilepaskan dari tugas itu,” katanya.
Abdul Khalid mengadakan sidang media berkenaan selepas menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di Shah Alam pada pukul 2.30 petang tadi.
Pada pertemuan dengan baginda, Abdul Khalid telah memaklumkan hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar tetapi Sultan meminta beliau menangguhkan peletakan jawatan sehingga Menteri Besar yang baru ditentukan.
Selepas pertemuan itu juga, Sultan Sharafuddin menitahkan supaya kesemua parti di dalam Pakatan Rakyat (PR) memberikan sekurang-kurangnya dua nama untuk dipertimbangkan baginda untuk dilantik sebagai Menteri Besar. – MYNEWSHUB.MY

800 Pekerja Asing Mogok, Merusuh Di Kulai Dakwa Diabai
Sebuah kereta pengurus kilang diterbalik dan dibakar dalam satu kejadian mogok oleh kira-kira 800 pekerja asing kilang membuat komponen pemacu cakera keras di Taman Perindustrian Kelapa Sawit, Kulai, Johor Selasa.
Kejadian dikatakan bermula pukul 9 pagi menyebabkan bahagian depan pejabat pengurusan kilang itu rosak kerana dibaling objek keras.
Tindakan mogok itu didakwa dilancarkan berikutan rasa tidak puashati pekerja terhadap majikan yang dikatakan mengabaikan kebajikan mereka.
Seorang pekerja warga Nepal, Kishor Rai, 23, yang sudah bekerja selama lima tahun berkata, tindakan mereka itu dilakukan kerana pekerja warga asing itu sudah tidak dapat bertahan dengan penindasan terhadap mereka.
“Mereka (pihak pengurusan) sering memukul kami walaupun hanya melakukan kesalahan kecil tanpa memberi teguran atau berbincang terlebih dahulu,” kata warga Nepal itu ketika ditemui di tempat kejadian.
Selain itu, beliau mendakwa gaji bulanan mereka sering dipotong dan elaun kerja lebih masa tidak dibayar mengikut jumlah sepatutnya.
Gaji dipotong untuk kemudahan hostel pekerja sedangkan sebelum ini ianya dijanjikan secara percuma untuk pekerja.
Kishor berkata, pelbagai aduan telah dikemukakan namun penindasan masih berterusan dan mereka berharap majikan bersikap lebih prihatin terhadap mereka selepas kejadian itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Deputi Supt Mohad Idris Samsuri mengesahkan kejadian dan tiada kecederaan dilaporkan berlaku.
“Belum ada sebarang tangkapan dibuat dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya dan menambah kata pihak pengurusan kilang akan mengadakan perbincangan bersama wakil pekerja dan pihak kedutaan Nepal.
Beliau ebrkata seramai 75 anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan 50 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya dikerah ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.
–BERNAMA
TOP
Perodua Axia Terima Tempahan 6,000 Unit Dalam Tempoh 10 Hari
KUANTAN – Perodua Axia, kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Malaysia yang dibuka untuk tempahan di semua pusat jualan Perodua mulai 15 Ogos lepas, menerima tempahan sebanyak 6,000 unit sehingga Ahad lepas.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata syarikat tidak meletakkan sasaran bagi jumlah tempahan yang dibuat oleh pengguna sebelum pelancaran rasmi model berkenaan.
“Bagaimanapun, kami amat teruja dengan sambutan menggalakkan daripada pengguna walaupun (Axia) belum dilancarkan dan pengguna belum melihat kenderaan itu.
“Apa yang saya boleh janjikan, (model baharu itu) akan memberi satu kejutan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Automotif Kenderaan Teknologi Hijau anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini hari ini.
Turut hadir Naib Canselor UMP Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim.
Aminar berkata model tersebut akan dilancarkan pada bulan depan dan Perodua menyasarkan jualan sebanyak 8,000 unit sebulan selepas pelancarannya.
Axia merupakan kereta Perodua yang paling cekap tenaga dan berpotensi melalui perjalanan sehingga 21.6 kilometer seliter. Ia juga luas, dilengkapi ciri-ciri unik Malaysia dan kos pemilikan keseluruhan yang rendah.
Perodua Axia berharga antara RM24,900 dan RM45,300 di Semenanjung Malaysia. – BERNAMA
TOP
Najib Ajak Warga Felda Lakukan Transformasi Minda
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak warga Felda melakukan transformasi minda untuk memastikan Felda terus kekal bersaing dalam era globalisasi.
Beliau berkata kini warga Felda mencecah hampir 1.5 juta di seluruh negara, maka adalah penting untuk memastikan sumbangan Felda terus meningkat sejajar dengan perkembangan semasa.
“Banyak negara nak buat seperti yang dilakukan Felda tetapi tidak berjaya maka bolehlah dikatakan bahawa revolusi dari segi pembahagian tanah yang berjaya di dunia ialah melalui konsep pembangunan Felda.
“Sejak 58 tahun sehingga kini Felda terus berkembang dan kini warganya mencecah 1.5 juta. Itulah kisah Felda…jadi kini ada cabaran baharu iaitu
transformasi minda dalam era globalisasi selain merangka strategi-strategi baharu,” katanya pada Majlis Aidilfitri dan Salam Perantauan Warga Felda di sini.
Hadir pada majlis itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Perdana menteri berkata antara strategi baharu itu ialah sebagaimana yang diumumkan pada sambutan Hari Peneroka ke-58, Ahad lepas iaitu menjadikan Felda sebagai ‘kuasa ekonomi’.
Selain itu, katanya, kerajaan juga akan terus berusaha merangka strategi baharu yang lain untuk membantu kejayaan Felda.
“Misalnya esok saya dan menteri pertanian dan industri asas tani akan ke Singapura untuk pelancaran Agro Bazar untuk membuka outlet menjual buah-buahan dan produk hasil keluaran luar bandar di negara itu kerana harga di sana jauh lebih tinggi….itulah antara strategi baharu kita, ” katanya.
Sementara itu Najib berkata pihak Seranta Felda pula perlu mengumpulkan semua pangkalan data warga Felda untuk memudahkan usaha meningkatkan lagi peranan warganya terutama dalam kalangan anak-anak Felda.
“Mereka yang tiada atau sudah keluar daripada Felda perlu dikumpulkan data mereka. Misalnya di Lembah Klang terdapat lebih 50,000 warga Felda, supaya dengan cara itu kita akan senantiasa dapat berhubung,” katanya.
Pada majlis itu perdana menteri turut menyampaikan watikah pelantikan kepada pengerusi-pengerusi Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF).
GAPROF adalah cetusan idea perdana menteri sebagai wadah untuk menggembleng idea-idea segar dan bernas yang boleh dimanfaatkan kepimpinan dan pengurusan Felda dalam merangka tindakan yang progresif. – BERNAMA
TOP
Kerajaan Berusaha kenal Pasti 12 Lagi Mangsa MH17
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengenal pasti 12 lagi mangsa nahas tragedi pesawat MH17 secepat mungkin selain akan memasuki semula kawasan pencarian di timur Ukraine bagi tujuan itu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata 12 mangsa yang belum dikenal pasti lagi itu termasuk nenek tiri beliau dan juga nenek tiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bagi pencarian pesawat MH370 pula, beliau berkata kerajaan membuat keputusan untuk mengecilkan kawasan pencarian. – BH Online
TOP
5 Polis Suspek Kes Jual Kereta Curi, Dihantar Ke N.Sembilan
KUALA LUMPUR – Lima anggota polis yang dipercayai cuba menjual kereta hasil samun daripada seorang warga Indonesia akan dihantar ke Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata berdasarkan semakan maklumat yang diperoleh, pihaknya mendapati kecurian kenderaan itu dilaporkan di negeri itu.
“Siasatan awal akan dijalankan di Kuala Lumpur…kita akan hantar kesemua suspek ke Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Zinin di sini pada Selasa.
Media pada Selasa melaporkan lima anggota polis ditahan selepas dipercayai cuba menjual sebuah kereta mewah yang disamun daripada seorang lelaki warga Indonesia, yang disyaki terbabit dalam jenayah pecah rumah dan curi kenderaan.
Anggota polis itu yang berusia lingkungan 20-an dan bertugas di Cawangan Khas serta Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ditangkap di tempat berasingan kelmarin dan semalam.
Sementara itu, Tajuddin berkata kompleks baharu IPD Cheras berkeluasan 22,043 meter persegi itu dibina awal Disember 2010 dan siap sepenuhnya 31 Mac tahun lepas.
Tambahnya, bangunan setinggi tiga tingkat itu beroperasi sepenuhnya awal Januari lepas. – BERNAMA
TOP
MH370: Kapal Bunga MAS 6 Pulang Daripada Operasi Mencari
LUMUT – Kapal auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Bunga Mas 6 (BM6) yang menyertai misi bantuan logistik bagi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi sejak 8 Mac lepas, selamat kembali ke tanah air.
Kepulangan kapal itu disambut Panglima Armada Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli serta anggota keluarga anak kapal di Jeti Operasi Pangkalan TLDM Lumut di sini, pada 9 pagi tadi.
Pegawai pemerintah BM6 Komander J. Kuharaj berkata selain faktor keluasan dan kedalaman, keadaan cuaca yang tidak menentu serta ombak ganas antara cabaran paling getir yang dihadapi anak kapal.
“Kami sedar cabaran yang ditempuh. Namun, bagi saya dan anak kapal, semua cabaran itu harus dihadapi kerana tugas utama kami adalah mencari pesawat MH370 dalam apa jua keadaan,” katanya ketika ditemui pemberita di jeti berkenaan hari ini.
Beliau tidak menafikan beberapa anggota anak kapal BM6 kurang bersemangat apabila berdepan pelbagai cabaran pada peringkat awal operasi namun, selepas beberapa hari, semangat mereka kembali pulih dengan moral yang tinggi demi negara dan meneruskan misi bantuan itu.
BM6 diketuai oleh Kuharaj dengan 25 anak kapal terdiri petugas syarikat perkapalan Malaysian International Shipping Corporation (MISC) yang diserap ke dalam Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM).
Turut serta dalam misi bantuan berkenaan adalah seorang anggota dan pegawai perubatan daripada pasukan Tentera Darat.
BM6 merupakan kapal TLDM kelapan yang menyertai pasukan antarabangsa dari pelbagai negara untuk mencari pesawat malang itu.
Kapal sokongan itu yang memulakan pelayaran pada 16 April lepas dan selesai menjalani misi bantuan selama 134 hari.
Operasi BM6 dikendalikan sepenuhnya oleh PSSTLDM melalui perkongsian strategik antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi awam dalam kejadian yang melibatkan kepentingan negara.
Pendekatan ini memberi pendedahan yang amat berguna kepada anggota PSSTLDM dalam melaksanakan misi bantuan berkenaan.
Pengoperasian BM6 dalam misi bantuan berkenaan merupakan penugasan penting dalam mendokong konsep pertahanan menyeluruh sejak BM6 ditransformasikan sebagai kapal auxiliary TLDM.
Selain BM6, KD Lekiu antara kapal TLDM yang turut berada di selatan Lautan Hindi bagi tujuan pencarian pesawat MH370.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. – BERNAMA
TOP
Trend Demam Denggi Di 5 Negeri Mulai Menurun
KUALA LUMPUR – Trend demam denggi di Selangor, Kelantan, Putrajaya dan di sini mulai menurun bulan ini dan Kementerian Kesihatan mensasarkan kawalan wabak itu dapat diselesaikan dalam tempoh dua bulan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebelum ini keempat-empat negeri dan wilayah itu menunjukkan kadar kes yang tinggi bagi tempoh Jun dan Julai.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kesihatan Mental Kuala Lumpur kali ke-9 di sini hari ini, beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai kadar penurunan itu serta jumlah kes yang tinggi bagi Jun dan Julai di keempat-empat negeri dan wilayah tersebut.
Dalam perkembangan lain, Noor Hisham turut mengingatkan jemaah haji Malaysia musim ini untuk meningkatkan penjagaan kebersihan dan mengelak daripada bersentuhan secara langsung dengan individu yang tidak sihat atau haiwan semasa di tanah suci bagi mengelak dijangkiti Virus Ebola (EVD).
“Kita mengingatkan jemaah supaya meningkatkan penjagaan kebersihan, contohnya jika demam sediakan perlindungan seperti topeng pernafasan atau ada sesetengah yang ke tanah suci mereka pergi melawat unta dan sebagainya, jadi elakkan sentuhan langsung,” katanya. – BERNAMA
TOP
Polis Rampas Pil Kuda Bernilai Hampir RM1 Juta
KOTA BAHARU – Polis berjaya membanteras sindiket pengedaran dadah yang dikenali sebagai ‘sindiket kuning’ berikutan rampasan sejumlah pil kuda jenis ‘yaba’ yang dianggarkan mencecah hampir RM1 juta, dua hari lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam tiga serbuan hampir serentak kira-kira 3 petang itu, pasukan itu juga menahan empat lelaki, seorang perempuan dan seorang kanak-kanak berumur dua tahun.
“Sebanyak 39,817 biji pil yaba yang dianggarkan seberat 4.3 kilogram telah dirampas daripada sindiket itu dengan nilai keseluruhan mencecah RM1 juta.
“Kesemua yang ditahan itu berumur antara 24 hingga 34 tahun dalam tiga serbuan serta turut merampas sejumlah wang tunai bernilai RM509,623 termasuk matawang Baht (Thailand),” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.
Mazlan berkata rampasan dan tangkapan itu adalah operasi bersama pasukan STING (Special Tactikal Intelligence Narcotics Group) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan.
Katanya, dalam rampasan pertama itu polis menahan dua lelaki dan seorang wanita yang merupakan salah seorang isteri suspek bersama seorang kanak kanak lelaki di kawasan meletak kenderaan di sebuah pusat membeli belah di bandar ini.
“Di situ, kita merampas keseluruhan dadah berkenaan yang diletak dalam sebuah beg di dalam sebuah kenderaan,” katanya.
Beliau berkata pada masa yang hampir sama, polis menahan seorang lelaki di Ketereh dan seorang lagi lelaki di Bunut Susu serta merampas semua wang tunai berkenaan termasuk barangan kemas dan beberapa buah kenderaan.
Katanya, sindiket berkenaan aktif menjalankan kegiatan itu sejak awal tahun dan dadah berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Thailand.
“Salah seorang lelaki yang ditahan itu dipercayai ketua kumpulan berkenaan dengan salah seorang daripada mereka turut positif dadah,” katanya.
Kesemua tahanan direman sejak dua hari lalu sehingga Sabtu dan akan dituduh mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatorim jika sabit kesalahan.
Menurutnya polis juga sedang menyiasat sama ada terdapat saki baki kumpulan itu yang lazimnya menggunakan kenderaan kuning. – BERNAMA
TOP
SPRM: Bekas Pemain Bola Antara 8 Yang Ditahan
DUNGUN – Dua bekas pemain bola sepak antara lapan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Terengganu tahun ini, bagi membantu siasatan atas kesalahan memberi dan menerima suapan serta memberi kenyataan palsu.
Pengarahnya Zainal Adam berkata turut ditahan seorang penjawat awam dan seorang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan kesemua yang ditahan berusia antara 22 dan 52 tahun.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan satu kes melibatkan PATI telah di hadapkan ke mahkamah.
“Tahun lepas kita berjaya menahan 11 individu atas kesalahan membabitkan kesalahan memberi dan menerima suapan,” katanya yang ditemui pada Pertandingan Menembak anjuran SPRM Terengganu 2014 bersama Ketua-Ketua Jabatan, Swasta dan Media di Pulapol Zon Timur di sini hari ini.
Katanya bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini 274 maklumat berkaitan rasuah diterima berbanding 268 pada tahun lepas.
Zainal berkata bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini pihaknya membuka 76 kes kertas siasatan berbanding 21 kes tahun lepas.
“Berdasarkan statistik pada tahun ini menunjukkan sedikit peningkatan iaitu berdasarkan maklumat yang diterima dan kertas siasatan yang dibuka berbanding tahun lepas ekoran dasar strategi yang kita wujudkan iaitu program merakyatkan SPRM awal tahun ini,” katanya. – BERNAMA
TOP
SEGERA: Khalid Nak Letak Jawatan, Sultan Minta Tangguh
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguh permohonan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk meletak jawatan sementara menunggu perlantikkan menteri besar yang baharu.
Berita itu telah dimaklumkan sendiri oleh Abdul Khalid kepada pemberita dalam sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Terdahulu, Abdul Khalid menyembah maklum untuk meletak jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Bukit Kayangan kira-kira jam 2.20 di sini petang tadi.
Abdul Khalid berkata, beliau akur dengan pilihan menteri besar baharu yang akan diputuskan oleh Sultan Selangor kelak.
“Sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Perkara L1, Perkara LIII (2) (a), (4) dan LV (2) (a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Duli Yang Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan Menteri Besar bagi Kerajaan Negeri Selangor yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri," ujarnya.
Tambah Abdul Khalid, Sultan Selangor turut bertitah agar Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu.
"Sehubungan dengan itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan agar setiap pemimpin Pas, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi memudahkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk menentukan calon yang berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai menteri besar....." Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid ketika ditanya mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau berkata ; "tiada sebarang perbincangan dengan Sultan Selangor mengenai pembubaran Dewan Undangan. Abdul Khalid sebelum ini ketika menghadap Sultan Selangor telah diperkenan untuk terus mentadbir negeri tersebut meskipun wujud desakan daripada pihak PR yang ingin melantik presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Sri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baharu. Abdul Khalid dipecat sebagai ahli PKR oleh Lembaga Disiplin PKR awal pada 9 Ogos dan menjadi Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bebas atas alasan keengganan beliau untuk akur dengan perlantikan Wan Azizah sebagai menteri besar baharu. - Malaysian Digest

Saman Khalid Ibrahim Ke Atas SPRM Selesai Luar Mahkamah
Prosiding saman melibatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke atas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan kerajaan diselesaikan di luar mahkamah hari ini.
Abdul Khalid memfailkan saman terhadap kedua-dua pihak itu kerana didakwa membayangkan seolah-olah beliau telah menyalahgunakan kedudukan atas kapasiti peribadinya dan sebagai penjawat awam, menurut laporan Bernama.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng merekodkan penyelesaian itu di dalam kamar yang dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom, yang mewakili Abu Kassim dan kerajaan.
Peguam Abduk Khalid K Muralidharan turut hadir.
Zureen Elina memaklumkan kepada wartawan bahawa kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan perkara itu dan SPRM telah menyiarkan penjelasan terhadap video temubual yang didakwa itu di dalam laman web mereka.
“Oleh itu Abdul Khalid menghentikan samannya,” kata Zureen Elina sambil berkata mahkamah tidak menetapkan sebarang kos perundangan.
Menurut laman web SPRM, penjelasan itu disiarkan pada 22 Ogos yang antara lain menyebut “Penerbitan rakaman video tersebut di dalam laman web rasmi SPRM adalah amat dikesali dan tidak bermaksud untuk menjatuhkan kredibiliti Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pemimpin”.
Plaintif (Abdul Khalid) dan Abu Kassim (defendan) tidak hadir di mahkamah. Kes itu masih belum memasuki prosiding perbicaraan.
Pada 24 Dis 2013, Abdul Khalid memfailkan saman yang mendakwa defendan pada 4 April tahun lepas menemu bual seorang bernama Airos Shahidin Manaf dan memuat naik video temu bual itu dalam portal web rasmi SPRM dan YouTube.
Dalam kenyataan tuntutannya, Abdul Khalid menyatakan bahawa temu bual itu kemudian dimuat turun, disalin, dicetak dan disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan dan asing.
Abdul Khalid berpendapat bahawa perkataan yang digunakan dalam artikel itu membayangkan beliau bersalah mengamalkan rasuah, tidak boleh dipercayai dan tidak layak menjadi seorang ahli politik.
Beliau juga berkata defendan gagal mengesahkan kebenaran dakwaan-dakwaan itu dan menambah kata bahawa artikel itu menjatuhkan maruahnya sebagai anggota Parlimen Bandar Tun Razak dan anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang.
Beliau menuntut ganti rugi dan/atau ganti rugi am serta ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan daripada Abu Kassim dan kerajaan.
TOP
Pemilik Rumah Dakwa Ditipu Pegawai Khas Menteri
Seorang pemilik rumah meluahkan perasaan kecewa dan tidak puas hatinya di sebuah forum tempatan akan tindakan seorang pegawai khas Timbalan Menteri Kewangan, Admad Maslan, menjadikan rumah sewanya rosak teruk. Tindakan pasangan itu menyebabkan si pemilik mengalami kerugian beribu ringgit bagi menampung kos membaikpulih rumahnya.
Baca luahan hati pemilik rumah sewa di bawah:
Kisahnya macam ni,
Saya ada sewakan rumah pada sepasang suami isteri. Si suami dikenali dengan nama Abg Li, si isteri pula, Kak Su.
Katanya si suami kerja dengan Jabatan Kewangan sebagai Assistant Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Haji Ahmad Bin Maslan. Pastu sewa semua bayar cantik. Sampai la awal bulan ni, dia orang tak bayar sewa rumah.
Bila call, dijawab. Katanya dah nak keluar sebab rumah dimasuki pencuri. Bila ditanya, katanya dah buat laporan polis. Saya pun percaya, sebab sebelum ni ok jer. Rumah pun dijaga dengan baik.
Katanya sekarang ada di Kuala Lumpur sebab buat kimoterapi ayahnya yang menghidap kanser tiap-tiap 2 minggu.
Lepas tu, bila saya pergi jenguk keadaan rumah sewa, rumah penuh dengan semak. Ada jiran bagitau, dia kaki kencing. Habis duit orang dalam Taman tu kena tipu. Katanya buat duit muka beli kereta murah dalam RM93,000 juga total semua.
Sekarang bil elektrik tertunggak RM600 lebih. Bil air dan Indah Water semua dekat RM900. Rumah rosak teruk. Nak repair je dah cecah kos RM2000.
Masa dia orang sewa, ada sikit perabot disediakan seperti peti sejuk, kipas angin, tong gas. Tapi, habis semua kena angkut. Dengar kata, orang dekat-dekat situ juga yang datang angkut iaitu kawan kepada si penyewa ni. Bila ditanya, dia kata tak ambil.
Masalah sekarang, saya percaya kat orang tu sebab dia kata nak bayar semua. Saya baru dapat tahu dia yang tipu orang.
Rumah dah start repair.. tapi saya sempat tangkap gambar masa sebelum rumah dibaikpulih.
Ini no. phone last dan sekarang. Saya call berbunyi, cuma tak angkat.
018-3863514 (bini dia)
018-2714030 (suami)
Saya ada sertakan gambar isteri dia dengan keadaan rumah serta lesen niaga dia. Kad yang kelentong pun ada. Entah yer entah tidak. Ikut alamat opis pada kad macam ni:
KAPT(B) ROSSLI BIN DATO'HARUN
P.A TO AB HALIM TUH BIN HAJI RAHMAT
OFFICER TO YB DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MAZLAN
DEPUTY MINISTER OF FINANCE MALAYSIA
H/P 011-2805 4255
37TH FLOOR DATO ONN TOWER
PUTRA WORLD TRADE CENTRE
JALAN TUN ISMAIL
50480 KUALA LUMPUR
TEL 03-4043 6433
Yang satu lagi:
LEVEL 11,CENTER BLOCK
MINISTRY OF FINANCE COMPLEX
FEDERAL GOVERMENT ADMINISTRATIVE CENTRE
PERSIARAN PERDANA,PRESINT 2
62592 PUTRAJAYA
TEL 03-8883100
Lepas tu alamat lesen niaga. Sebab masa dia sewa, dia buat jual baja.
LOT 591 KG CHUBADAK,
SENTUL DALAM, BANDAR BARU SENTUL,
51000 KUALA LUMPUR
Sumber: My Media Hub Online

Haji Hadi Bertengkar Dengan Hanipa Maidin Malam Tadi?
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.
Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.
Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.
Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.
AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan. Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.
Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.
“Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama,” kata Hadi, menurut sebaran itu. AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR. AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?” Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno. “Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan,” kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider. Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu. Antara kandungannya, kata Azmin, adalah mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubor. Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Hadi berkeras dalam mesyuarat itu yang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh dicalonkan sebagai menteri besar Selangor kerana dia wanita dan kerana dia juga tidak layak. Tindakan Hadi ini jauh berbeza dari sikapnya dalam mesyuarat 17 Ogos lepas apabila beliau sendiri yang mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar Selangor. Pencalonan Azmin pula ditolak oleh 13 Adun PAS Selangor yang masih tinggal selepas dua dari mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah. Ekoran tindakan dua Adun PAS itu, Khalid hilang peluang untuk kekal sebagai menteri besar kerana bilangan penentang beliau membentuk majoriti iaitu 30 dari 56 kerusi dalam DUN Selangor. Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) berpecah dari kelompok PAS apabila mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah atas dasar untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat. Dalam sidang media selepas mesyuarat AJK PAS Pusat semalam, Mustafa berkata, mesyuarat mengambil keputusan menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor melantik menteri besar yang baru.

MASwings Gantung Penerbangan Ke Puerto Princesa
KOTA KINABALU – MASwings, syarikat penerbangan komuniti, akan menggantung perkhidmatan tiga kali seminggunya dari Kota Kinabalu ke Puerto Princesa berkuat kuasa 1 Sept ini sehingga diberitahu kelak.
MASwings dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan untuk menggantung penerbangan tersebut merupakan sebahagian daripada penyusunan semula rangkaiannya yang membolehkan ia memberi tumpuan meningkatkan laluan domestiknya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Ritzerwan Rashid, berkata MASwings memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan di Sabah dan Sarawak dengan menghubungkan kampung-kampung di pedalaman dengan bandar utama dan dari situ, menyambung laluan ke Semenanjung Malaysia dan antarabangsa.
“Ada banyak potensi untuk MASwings memanfaatkan dan memberi sumbangan kepada pasaran domestik. Buat masa sekarang kami telah mengoptimumkan sumber dan fokus kepada pasaran domestik kami,” katanya.
Pelanggan boleh menghubungi pusat panggilan 24 jam syarikat itu di talian 1 300 88 3000 untuk maklumat lanjut. – BERNAMA
TOP
Kelvin Ong Kini Menjawat Jawatan Penting Istana
Dalam diam-diam bekas pembaca berita TV3, Kelvin Ong, telah menjawat jawatan sebagai Pembantu Khas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Kelvin juga dilaporkan telah memeluk Islam setelah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita Islam, Zetty Juyanty A. Rahim.
Tak sangka betul Kelvin Ong, atau dengan nama Islamnya Zahir Kelvin Ong menjadi antara orang terpenting dalam istana Selangor. Kini dia sudah pasti semakan sibuk lebih-lebih lagi dengan kemelut yang melanda negeri Selangor sekarang.

Jangan Bincang Penstrukturan MAS Menerusi Media!
KUALA LUMPUR – Cadangan penstrukturan semula Malaysia Airlines (MAS) mesti dilaksana dalam etika perniagaan dengan isu pekerja diselesaikan secara baik, kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam.
“Jangan bincang secara terbuka,” katanya, menambah berdasarkan pengalaman beliau isu berhubung pekerja akan bertambah kusut sekiranya dibincang secara terbuka.
Musa berkata Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU) harus terlibat dalam pelan penstrukturan itu, namun sebarang rundingan harus diadakan tanpa pengetahuan media.
Beliau juga menasihatkan agar satu pasukan ditubuhkan bagi mengendalikan isu pekerja tersebut sehingga beroleh penyelesaian.
“Pasukan itu harus mengusulkan satu cadangan yang adil untuk kesatuan. Saya tahu bercakap lebih mudah daripada melakukannya tetapi jika anda membayar mereka dan mengadakan perjanjian pemberhentian yang memuaskan mengikut perkhidmatan masing-masing, isu ini boleh diselesaikan.
“Jika apa yang anda bayar itu kelihatan terlalu banyak, ini masih berbaloi kerana pada akhirnya anda akan membuat keuntungan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai Forum Ekonomi Islam Dunia ke-10, di sini Selasa.
Dubai akan menjadi tuan rumah forum selama tiga hari itu bermula 28 Okt ini. Antara tuan rumah sebelum ini ialah Kuala Lumpur, Islamabad, Kuwait, Jakarta, Astana dan London. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment