TOP
Kanak-kanak ini baru berusia 8 tahun
Kanak-kanak ini baru berusia 8 tahun. Satu aset yang besar.
Agak-agak ada tak kanak-kanak yang berumur 8 tahun di Malaysia ada skill bola sepak macam ni?
Agak-agak ada tak kanak-kanak yang berumur 8 tahun di Malaysia ada skill bola sepak macam ni?
Post by Wikipedia Rakyat.
TOP
Siapa cakap kucing tak suka dengan air?
Siapa cakap kucing tak suka dengan air? Tengok kucing ni, okay je. Santai~
Post by Wikipedia Rakyat.
TOP
Ebola: Presiden Liberia Isytihar Darurat
Monrovia – Presiden Liberia, Ellen Johnson Sirleaf malam tadi mengisytiharkan darurat selepas wabak maut Ebola semakin merebak.
Beliau mengumumkan perintah darurat itu selama 90 hari dan dekri tersebut akan dibentangkan ke Parlimen hari ini.
Kira-kira 300 penduduk telah disahkan dijangkiti virus Ebola sejak ia mula dikesan pada awal tahun ini dan hampir separuh disahkan maut.
“Ancaman itu terus meningkat,” tegas Sirleaf.
Angka rasmi Pertubuhan Kesihatan Sedunia mencatatkan sejumlah 932 kes kematian dicatatkan sejak awal tahun ini dengan 1,711 kes.
Wabak itu dilaporkan di Guinea, Liberia dan Sierra Leone. – AFP
TOP
Video Lelaki Cina Buang 'Sisa' Tersebar
Warga China sememangnya terkenal dengan sikap mereka yang jijik membuang najis merata-rata.
Terbaru, satu video telah di sebar menunjukkan seorang penduduk China dengan selambanya membuang najis kumbahannya di depan khayalak ramai.
Walaupun disekitar kawasan terbabit ramai orang yang lalu lalang dan kereta beredar, lelaki itu tidak mempedulikan semua itu.
Hai, manusia sekarang ni, semakin tinggi teknologinya, semakin jahil jadinya - SiakapKeli.com
Post by Wikipedia Rakyat.
Hai, manusia sekarang ni, semakin tinggi teknologinya, semakin jahil jadinya - SiakapKeli.com
TOP
Lelaki Disyaki Penghidap Virus Ebola Maut Di Arab Saudi
Arab Saudi - Seorang lelaki warga negara Arab Saudi yang disyaki telah dijangkiti virus Ebola semasa lawatan perniagaan ke Afrika meninggal dunia awal hari ini. Beliau telah dimasukkan ke hospital Jeddah dua hari lebih awal sebelum gejala demam berdarah, lapor Al-Jazeera.
Lelaki itu baru sahaja pulang dari lawatan ke Sierra Leone. Kementerian Kesihatan Saudi berkata beliau akan dikebumikan mengikut amalan Islam dan garis panduan antarabangsa untuk pesakit Ebola. Kementerian Kesihatan lagi berkata bahawa mereka sedang berhubung dengan keluarga mangsa dan sedang membuat pemerhatian jika terdapat tanda awal gejala tersebut pada orang-orang yang terdekat dengan mangsa. Kerajaan Saudi juga telah menggantung visa haji dari negara-negara Afrika Barat Kepada sesiapa yang menunaikan haji atau umrah, sila berhati-hati ketika melaksanakan ibadah. Berikut adalah tanda-tanda menghidap gejala Ebola dan langkah-langkah yang perlu diambil supaya tidak terjangkit - SiakapKeli.com

7 Tahun Kahwin, Baru Tahu Suami Adalah Adik Kandung
Brazil – Seorang wanita terkejut setelah pertemuan semula dengan ibunya yang hilang sejak dia berumur setahun, bukannya membawa berita gembira, tapi berita yang memeranjatkan.
Adriana,39, diberitahu oleh ibunya bahawa suaminya, Leandro,37 adalah adik lelakinya sendiri.
Perkara ini berlaku apabila kedua-dua beradik ini ditinggalkan ibu mereka dan kedua-duanya dibesarkan oleh keluarga yang berbeza.
Adriana dan Leandro, yang telah berkahwin selama 7 tahun kini telah memiliki seorang cahaya mati perempuan yang berusia enam tahun.
Namun pada masa sama, kedua-dua mereka juga cuba mencari ibu mereka yang dikenali sebagai Maria. Walaupun mereka tahu nama ibu mereka adalah sama, mereka menganggap itu adalah kebetulan.
“Hanya kematian yang akan memisahkan kami. Selama ini saya ingat ia sesuatu yang melucukan apabila nama ibu kami sama dan menyifatkan ia sebagai kebetulan sahaja,’’ lapornya kepada media - SiakapKeli.com.
TOP
Boikot Sampai Meludah-ludah, Perbuatan Melampau..
Perbuatan memboikot barangan israel adalah dengan tidak membeli barangan buatan mereka. Konsep boikot ini amatlah mudah.
Tetapi ada segelintir rakyat Malaysia yang mungkin terlalu obses dengan konsep boikot ini sehingga bersikap biadap terhadap pekerja restoran yang bekerja di restoran-restoran yang diboikot.
Terbaru, menerusi status Shazwan Sazali, yang dikongsi di laman Facebook Friends of BN, dia bertindak memeberi teguran terhadap satu individu yang meluduh pekerja Starbucks kerana mahu menunjukkab protest terhadap produk israel itu. yang diludah tu orang Malaysia juga, bukannya orang Israel. Walaupun orang tu orang Israel sekalipun, agama Islam tak ajar ludah-meludah kat sesama manusia ni. - SiakapKeli.com

Lelaki Ditemui Mati Dalam Alat Bancuh Lori Simen
Segamat: Seorang lelaki, Yeung Soi Meng berusia 56 tahun pekerja sebuah syarikat pembacuh simen di temui mati dalam keadaan terduduk di dalam alat pembacuh lori simen dalam kejadian di Jalan Batu 8, Buloh Kasap di Batu Anam, Segamat, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Segamat, Penolong Penguasa Bomba Eva Saifon Kamarun berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.12 petang dari salah seorang kakitangan sebuah syarikat pembekal simen segera di Jalan Buloh Kasap arah Batu Anam mengatakan salah seorang kakitangannya tidak sedarkan diri ketika melakukan kerja kimpalan di dalam sebuah alat pembancuh sebuah lori simen di tapak lokasi operasi syarikat itu.
"Sebuah jentera bomba bersama dengan lima anggota bergegas dan tiba di loaksi kejadian kira-kira 15 minit kemudian dan mendapati lelaki berkenaan tidak sedarkan diri.
Katanya, dua anggota bomba kemudiannya memasuki ke dalam alat pembacuh simen itu dan bertindak mengeluarkannya sebelum memberikan bantuan pernafasan namun pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu sudah meninggal dunia.
Dipercayai mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas ketika melakukan kerja kimpalan di dalam alat pembacuh simen berkenaan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - myMetro
TOP
Exco Negeri Perlu Letak Jawatan Jika Khalid Gagal Sebagai MB
PETALING JAYA – Ahli Majlis Eksekutif Selangor (Exco) perlu bersuara atau meletak jawatan sebagai tanda protes jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal dalam menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar dalam tempoh enam tahun, kata penasihat Suaram, Kua Kia Soong.
Kua mempersoalkan mengapa ahli-ahli exco negeri memilih untuk berdiam diri selama ini apabila mereka melahirkan tanggungjawab yang sama terhadap keputusan yang dibuat menteri besar.
“Setakat ini, dalam kontroversi MB Selangor, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di luar kepimpinan negeri telah membuat tuduhan terhadap Khalid.
“Sebenarnya, orang yang bertanggungjawab kepada pengundi Selangor adalah ahli-ahli exco yang telah menjadi sebahagian daripada Kabinet Khalid selama ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Kua berkata setakat ini hanya Exco DAP negeri Teng Chang Kim telah tampil untuk mempertahankan Khalid, manakala yang lain memilih untuk berdiam diri.
“Jika tindakan berdiam diri dari seluruh kabinet negeri tidak ditafsirkan sebagai kebenaran, maka mereka telah kehilangan hak mereka. Anda tidak boleh mendapat dan menikmati’bahagian’ anda. Anda tidak boleh menikmati gaji dan elaun daripada menteri tetapi bersikap tidak endah apabila ia menjadi tanggungjawab bersama untuk ditanggung,” jelas beliau.
Beliau juga berkata, slogan ‘Reformasi’ Pakatan Rakyat untuk pengembalian semula tadbir urus yang baik dengan menggabungkan ketelusan, demokrasi, akauntabiliti dan penyertaan awam digunakan untuk pentadbiran Selangor.
“Jadi sekarang, mari kita dengar suara exco negeri. Adakah Khalid menghidupkan prinsip-prinsip ini dalam tempoh enam tahun sebagai MB? Jika tidak, mengapa tidak anda (ahli exco) bersuara atau meletakkan jawatan sebagai tanda protes?,” katanya. – The Star Online
TOP
Sheera Iskandar Sudah Bertudung
KUALA LUMPUR: Selain Neelofa, Umie Aida, Ana Dahlia, Nas Adila serta bekas personaliti TV3, Haizi Rani dan penyampai radio ERA FM, Ira Mohd Amin, anak kepada pelakon lama, Aznah Hamid iaitu Sheera Iskandar turut mengambil keberkatan Ramadan lalu untuk berhijab.
Di laman Instagram, pelakon berusia 29 tahun itu juga tak menyembunyikan hakikat imej barunya itu.
Cuma ketika dihubunginya petang tadi, beliau agak segan untuk berkongsi mengenai penghijrahannya itu.
“Ia tuntutan wajib bagi saya. Semoga Tuhan terus tetapkan hati saya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Saya mohon sentiasa dipermudahkan semua ini. Saya buat benda ini bukan sebab kerana orang lain tetapi atas kerelaan diri sendiri. Sebelum ini pun saya banyak berlakon cerita mengenakan tudung,” katanya ringkas.
Dalam perkembangan lain, Sheera masih terus menerima lakonan. Malahan biarpun sudah bertudung, tawaran yang datang tetap seperti biasa. Cuma hingga saat ini, ramai yang melihat popularitinya masih pada tahap biasa. Sheera mula berlakon sejak usia empat tahun lagi.
“Terpulang kalau ada yang cakap saya tak menyerlah tetapi saya tetap bersyukur kerana rezeki itu masih menyebelahi diri. Saya masih ada peminat yang menyapa kalau keluar di khalayak ramai. Ada yang kenal saya. Macam baru-baru ini impak drama Walau Sedetik Cuma yang sudah habis siarannya di TV Al Hijrah cukup mengesankan.
“Drama itu terbitan Zeel Production milik Fadzil Teh. Saya bergandingan dengan Zul Ariffin. Saya bertudung dalam cerita berkenaan dan Alhamdulillah ramai yang memuji karakter yang saya bawakan,” katanya.
Sheera sempat ditanyakan mengenai kisah peribadinya. Beberapa episod cintanya turut berakhir tanpa penamat yang indah.
“Buat masa sekarang saya masih solo. Tak dinafikan di usia sekarang, pada suatu ketika, timbul tekanan bila lagi nak menamatkan zaman bujang. Tapi apabila sudah lama, saya percaya setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Mungkin belum sampai waktunya untuk saya menamatkan zaman solo. Nak kahwin ini pun kita berharap ia berpanjangan. Kahwin bukan untuk sehari dua,” katanya. - Berita Harian
TOP
Masyarakat Siam Kutuk Tindakan Hina Agong
ALOR SETAR - Masyarakat Siam di negeri ini mengutuk tindakan pemilik laman sosial Facebook Chandra Lawan Tetap Lawan menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan menggesa agar polis segera menyiasat kes itu.
Anggota Dewan Negara Mewakili Masyarakat Siam, Senator Datuk Boon Som Inong berkata tindakan itu adalah sangat biadap dan menggambarkan bahawa pemilik laman sosial itu sangat jahil serta cetek pemikirannya.
"Sekarang sudah tidak ada akta ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), orang ambil kesempatan buat macam-macam. Saya harap akan ada akta seumpama ini bagi mengawal perkara ini daripada berlaku kerana ia boleh menimbulkan huru hara," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini, hari ini.
Beliau yang mewakili Dewan Perniagaan Bumiputera Siam Malaysia dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masyarakat Siam berkata, perbuatan itu juga bertentangan dengan prinsip Rukun Negara dan tidak patut dilakukan kepada sesiapa pun terutama institusi diraja.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata polis telah menerima lebih 15 laporan terhadap pemilik akaun Facebook berkenaan sehingga tengah hari ini.
Nashir berkata kes berkenaan kini sedang disiasat pihaknya di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948.
Dalam perkembangan sama, Parti Gerakan Kedah turut menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan secara terperinci berkaitan isu penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Presidennya, Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata, isu berkenaan adalah sangat serius dan perlu diambil tindakan segera kerana ia boleh mengundang kepada masalah perkauman.
"Ini semua telah menimbulkan perselisihan faham di antara kaum, mengancam keamanan dan keharmonian negara," katanya.
Katanya kes-kes berkaitan konflik perkauman dan agama kebelakangan ini mungkin bertujuan menghasut sentimen perkauman di antara kaum bagi menimbulkan kekacauan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar semua rakyat tidak mudah terpedaya dengan kenyataan-kenyataan dan niat jahat individu tertentu di laman sosial dan bersama-sama menentang isu perkauman. - Bernama
TOP
Lagi Pesta Sukan Bogel Bakal Diadakan Di Pulau Pinang
Tak habis lagi isu video Sukan Bogel Pulau Pinang baru-baru ini disiasat, satu lagi pesta yang sama dihebohkan akan diadakan di pulau yang sama pada hujung tahun ini.
Poster hebahan tentang program tersebut menunjukkan program itu akan diadakan 15 Disember tahun ini bersama-sama dengan tema Tahun Melawat Pulau Pinang di Teluk Kampi.
Ternyata Teluk Kampi kini menjadi sasaran mereka yang tidak ada nilai kesopanan dalam diri. Perkara ini difahamkan telah dikhabarkan oleh beberapa pemimpin PAS negeri Pulau Pinang. Sebelum ini, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi turut mendedahkan tentang satu lagi pesta bogel bakal diadakan hujung tahun ini. Apa nak jadi dengan Malaysia sekarang ni.. - SiakapKeli.com

Polis rampas rokok seludup RM22,780
Georgetown: Seorang lelaki ditahan kerana memiliki rokok seludup pelbagai jenama yang disimpan di kedai runcit miliknya di Bukit Mertajam, dekat sini, pagi tadi.
Ketua Bahagian Risik dan Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Deputi Superintendan Rosli Sufian berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan jam 10 pagi.
Menurutnya, sejumlah 2,260 rokok seludup bernilai RM22,780 berjaya dirampas.
"Siasatan awal mendapati suspek aktif menjual rokok seludup berkenaan hampir setahun lalu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(d) Akta Kastam 1957," katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini. - myMetro
TOP
PM, Isteri Mohon Batal Saman
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan untuk membatalkan saman yang difailkan keluarga penyiasat persendirian, mendiang P Balasubramaniam, yang menuntut ganti rugi mendakwa mereka terpaksa hidup dalam buangan di India.
Permohonan itu dikemukakan melalui peguamnya di mahkamah tinggi di sini, semalam di hadapan pendaftar Morfauzani Mohd Nordin.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 21 Ogos ini untuk pengurusan kes.
Dalam permohonan itu, perdana menteri dan isteri memohon tuntutan terpinda yang dikemukakan plaintif-plaintif bertarikh 23 Jun dibatalkan.
Najib dan Rosmah menyatakan kesemua plaintif tidak ada kuasa tindakan terhadap mereka, selain tuntutan itu mengaibkan, remeh atau menyusahkan, dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.
Najib turut memohon kebenaran agar mahkamah memberikan kebenaran kepada Rosmah untuk memfailkan pembelaan, sementara menunggu pendengaran permohonan diputuskan.
Turut dituntut, kos permohonan dan kos berbangkit serta lain-lain relif yang ditetapkan mahkamah.
Najib dan Rosmah mengemukakan permohonan itu atas alasan plaintif tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk memulakan atau meneruskan tuntutan.
Pada 23 Jun lalu, Santamil Selvi dan tiga anaknya memfailkan saman dan pernyataan tuntutan terpinda terhadap Najib, Rosmah dan lapan yang lain dengan mendakwa mereka berkonspirasi menyebabkan keluarga itu berpindah ke negara lain.
Mereka memfailkan saman sebanyak RM1 juta sebagai ganti rugi kehilangan pendapatan dengan mendakwa mereka terpaksa hidup dalam buangan di India akibat penarikan balik akuan berkanun. - Sinar Harian
TOP
"Tolong Jangan Doakan Kami Ditimpa Bala"
TELUK BAHANG - Penduduk di sini kesal kerana ada yang mendoakan supaya kawasan mereka ditimpa bala ekoran isu pesta sukan bogel di situ.
Rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi dan memberikan komen mereka di dalam laman sosial.
Antara komen paling popular ialah mengaitkan kemungkinan turunnya bala seperti tsunami di Teluk Bahang.
Penduduk, Nor Ariffin Mohammad, 43, berkata, tidak dinafikan kawasan berkenaan pernah ditimpa kejadian Tsunami.
“Namun seeloknya janganlah orang ramai doakan kami sekali lagi ditimpa bencana sama, sebaiknya kita doakan perkara yang baik-baik.
“Kami sebagai penduduk sendiri memang tidak mahu ia terjadi tetapi ia di luar pengetahuan orang kampung,” katanya.
Sekiranya acara berbogel itu diketahui penduduk kampung di situ berkemungkinan ada yang sudah membawa parang dan mengamuk.
Sementara itu, nelayan Zabidi Ali berkata, orang kampung pasti akan mengamuk jika dapat tahu ada acara berbogel.
“Ini kawasan kami, kenapa hendak buat perkara tak menentu? Kita tidak mahulah disebabkan perbuatan tidak senonoh mereka, kami pula kena tempias,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Kubur Misteri Belakang Rumah
IPOH - Sepasang suami isteri terkejut selepas menemui sebuah kubur kecil dan kelengkapan pengurusan jenazah di belakang rumah mereka d Jalan Raja, Kampung Manjoi di sini pagi semalam.
Noriasha Ahmad, 56, berkata, kelmarin, suaminya, Ahmad Tohar Kulup, 56, bertanyakan kepadanya sama ada dia ada menanam sebarang tanaman selepas melihat bonggol tanah menyerupai kubur di belakang rumah mereka.
“Dia (Suami) ingat ia adalah tanaman yang baru ditanam ataupun sampah ditimbus dengan tanah kerana ditutup buluh serta rimbunan daun.
“Hairan dengan apa yang diberitahu itu, saya memeriksa belakang rumah jam 8 pagi tadi (semalam) untuk melihat," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semalam.
Noriasha berkata, dia terkejut apabila menemui timbunan tanah menyerupai kubur dan sebungkus plastik hitam berisi kapas serta kapur disebelahnya.
Katanya, bimbang dengan penemuannya itu, dia segera menghubungi polis.
“Polis yang bergegas datang dan mengorek tanah sedalam dua meter hanya menemui kelengkapan pengurusan jenazah. Mujur tiada mayat manusia yang ditemui,” katanya.
Menurutnya, dia khuatir ada pihak yang cuba melakukan perbuatan khuarafat seperti pemujaan dan mengamalkan ilmu hitam.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 9.15 pagi semalam dan hanya menemui kelengkapan pengurusan jenazah dan tiada mayat dijumpai.
“Pihak kami masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti siapakah dalang perbuatan tersebut,” katanya.
Mengulas mengenai insiden itu, penceramah, Mohammad Kazim Elias berkata, penemuan kubur bersama kelengkapan mayat itu berkemungkinan antara kaedah untuk membuang saka dan amalan ilmu hitam.
“Lazimnya perkara khurafat seperti itu dilakukan waris terdekat pemilik saka bertujuan membuang saka supaya tidak diganggu pada masa hadapan.
“Namun dalam kejadian tersebut, penghuni rumah tidak perlu bimbang kerana peralatan ditemui itu bukan milik mereka.
“Justeru, penghuni rumah berkenaan disarankan mengamalkan ayat al-Quran seperti surah al-Baqarah untuk mengelak gangguan,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Tikus Punca Pesawat Dipaksa Mendarat
NEW DELHI -INDIA. Pesawat Air India yang sedang dalam perjalanan ke Calcutta dipaksa mendarat selepas seorang anak kapal menyedari kehadiran seekor tikus di dalam kabin.
Media The Times of India melaporkan, serangan tikus di dalam pesawat boleh mengakibatkan bencana jika ia mula menggigit wayar elektrik.
"Jika perkara itu berlaku, juruterbang tidak akan dapat mengawal mana-mana sistem di atas kapal dan boleh meyebabkan nahas yang akan membahayakan nyawa semua penumpang,"menurut akhbar tersebut memetik seorang pegawai syarikat penerbangan sebagai berkata. - Sinar Harian
TOP
Benzema lanjut kontrak bersama Real Madrid
MADRID: Penyerang Perancis, Karim Benzema mengakhiri spekulasi mengenai masa depannya selepas menandatangani kontrak baru bersama gergasi Sepanyol, Real Madrid.
Kenyataan itu diumumkan juara Eropah itu, awal pagi tadi.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Real: “Real Madrid mengumumkan melanjutkan kontrak Karim Benzema bersama kelab ini sehingga 30 Jun 2019, untuk lima musim lagi.”
Kontrak sedia ada Benzema dijadualkan tamat pada musim panas depan.
Penyerang berusia 26 tahun yang beraksi bersama Perancis di Piala Dunia Brazil berhijrah ke ibu kota Sepanyol itu dari Lyon pada 2009. - AFP
TOP
Pekerja TNB menyamar Ketua Balai kena tahan
Kota Bharu: Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menyamar Ketua Balai Polis Bachok, ditahan selepas cuba mengganggu seorang wanita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Isnin lalu.
Suspek berusia 26 tahun yang bekerja di TNB Manjung, Perak, sebelum itu dilihat mengejar seorang wanita di HRPZII pada jam 11.55 pagi.
Perbuatan lelaki terbabit ditegur oleh pengawal keselamatan di hospital berkenaan.
Sumber berkata, suspek kemudian mengeluarkan kad yang mempunyai lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mendakwa dirinya Ketua Balai Polis Bachok.
“Suspek kemudian merampas dompet serta telefon bimbit milik pengawal keselamatan tanpa sebab munasabah sambil mengamuk mahu menahan lelaki itu untuk pemeriksaan ujian air kencing.
“Kejadian itu disedari anggota polis yang bertugas di HRPZ II dan mendekati suspek sambil meminta dia mengeluarkan kad pengenalan diri.
“Sebaik menyerahkan kad itu, suspek terus melarikan diri sebelum ditahan berdekatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Katanya, semakan mendapati suspek tiada kes jenayah lampau. - Berita Harian
TOP
Labur RM600 Juta Bina Kilang Enjin
NEGERI SEMBILAN menerima pelaburan baharu berjumlah RM600 juta daripada Daihatsu Motor Company (Daihatsu) dan rakan kerjasamanya, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) yang akan membina sebuah kilang pengeluaran enjin di Sendayan.
Kilang yang akan dibina di atas tapak seluas 35 ekar itu merupakan pelaburan kedua Daihatsu di Sendayan selepas kilang transmisi automatik elektronik Akashi Kikai Industry Malaysia Sdn Bhd (Akashi Kikai).
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berbesar hati apabila menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin; Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, Yasumitsu Morita dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, kelmarin.
“Mereka menyatakan hasrat untuk melabur di Sendayan dengan membina sebuah kilang bagi pengeluaran enjin yang satu-satunya akan beroperasi di luar Jepun.
“Selain itu mereka turut memohon untuk mendapatkan kelulusan daripada kerajaan negeri bagi membolehkan menjalankan pembangunan. Kita bersedia memberi apa juga komitmen,” katanya selepas Majlis Pelancaran Program Startegi Lautan Biru (NBOS) Pentadbiran Kerajaan Negeri Bahagian Kesihatan, peringkat Negeri di Padang Awam Kampung Jijan, dekat sini.
Menurutnya, dengan terbinanya kilang enjin baharu itu nanti, ia merupakan satu-satunya kilang yang akan membangunkan 100 peratus komponen di negara ini termasuk dari segi mengeluarkan dan menjual enjin-enjin automotif dan juga mereka bentuk serta mengeluarkan peralatan atau alat ganti enjin, selepas Proton.
“Mereka menjangkakan enjin pertama akan dikeluarkan pada Mei 2016,” katanya. - Sinar Harian
TOP
KNM dapat kontrak RM4.259 bilion daripada PETRONAS
KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh KNM Group Bhd, KNM Process Systems Sdn Bhd, sudah menerima surat anugerah daripada anak syarikat PETRONAS, PRPC Refinery and Cracker Sdn Bhd, untuk kontrak bernilai RM4.259 billion.
Penerimaan kontrak itu menjadikan KNM antara saham paling aktif diniagakan di Bursa Malaysia hari ini. Menjelang jam 11.03 pagi, saham KNM diniagakan pada RM1.08 sen naik empat sen dengan sejumlah 24.6 juta saham bertukar tangan.
Hong Leong Investment Bank memilih KNM sebagai antara pemain utama yang akan mendapat manfaat daripada projek RAPID PETRONAS di Pengerang Johor, justeru meletakkan harga sasaran KNM pada RM1.35 seunit. - Berita Harian
TOP
Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Dadah
Alor Setar: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 3.3 kilogram dianggarkan bernilai kira-kira RM632, 510 di Unit Pemeriksaan Penumpang Laluan Bas/Pejalan Kaki Kompleks Imigresen, Bukit Kayu Hitam, di sini, kelmarin.
Pengarah JKDM Kedah Datuk Abd Aziz Abdul Latif berkata, pihaknya menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 32 tahun kira-kira jam 2.30 petang kelmarin selepas disyaki membawa dua bagasi dalam keadaan mencurigakan ketika melalui lorong pemeriksaan berkenaan.
"Imbasan terhadap bagasi berwarna coklat itu berjaya mengesan imej mencurigakan. Kes kemudian diserahkan kepada Pejabat Kastam Narkotik Bukit Kayu Hitam untuk pemeriksaan lanjut menggunakan anjing pengesan dadah sebelum dirujuk ke Pejabat Kastam Narkotik Alor Setar bagi melakukan pemeriksaan terperinci.
"Hasil pemeriksaan terhadap bagasi itu kita berjaya menemui sebuah lagi bagasi kecil berwarna hitam yang masing-masing mempunyai satu bungkusan kertas bersalut pita pelekat putih mengandungi hablur kristal putih disyaki dadah jenis Syabu pada bahagian dasar bagasi berkenaan.
"Pemeriksaan lanjut terhadap bagasi kecil hitam juga menemui empat pasang kasut wanita mengandungi bungkusan-bungkusan kecil plastik lutsinar turut mengandungi hablur kristal putih yang disorokkan pada bahagian tapak kasut berkenaan," katanya.
Katanya, lelaki terbabit direman selama tujuh hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah berbahaya. - Harian Metro
TOP
China Haramkan Lelaki Berjambang Naik Bas
BEIJING - CHINA. Pihak berkuasa Karamay di wilayah Xinjiang, China telah mengharamkan penduduk berjambang atau berpakaian Muslim menaiki bas awam dan mereka yang mengingkari arahan akan ditahan.
Menurut laporan media Karamay Daily, mereka yang memakai niqab, hijab, burka atau sebarang pakaian yang mempunyai simbol bintang dan bulan sabit dilarang mengambil bas tempatan untuk ke mana-mana di sekitar bandar.
Jurucakap Kongres Uyghur Dunia (WUC) Dilxat Reaxit berkata, pengharaman tersebut mendorong kemarahan kumpulan hak asasi manusia luar negara dan menyifatkan sekatan ke atas kebebasan agama dan budaya masyarakat minoriti Islam Uighur telah mencetuskan
ketegangan.
"Sekatan yang dikenakan oleh Karamay adalah langkah diskriminasi biasa yang menambahkan lagi ketegangan antara Uighur dan Beijing,"katanya dipetik Channel News Asia
Difahamkan, keputusan terbabit dikeluarkan sehari selepas ketua masjid terbesar di China yang dilantik kerajaan terbunuh selepas mengimamkan solat subuh di bandar Kashgar.
Ramadan lalu, kerajaan China menguatkuasakan larangan berpuasa ke atas pelajar dan kakitangan kerajaan selain telah menggalakkan penduduk tempatan di wilayah terbabit tidak memakai tudung. - Sinar Harian
TOP
Pengikut Instagram Nora Danish Cecah 1 Juta
Hebat sungguh Nora Danish ni sehingga dapat mengumpul pengikut di laman Instagram sampai 1 juta.
Nora Danish sememangnnya terkenal dengan kontroversi rumahtangganya satu ketika dulu sehiggalah kepada kisah percintaannya dengan Nedim sekarang.
Tapi mungkin disebabkan kontroversi itu, dia dapat mengumpul sehingga sejuta pengikut.
Sempena dengan itu, Nora Danish telah memuatnaik gambar beserta dengan ucapan terima kasih buat peminatnya.
Semoga Nora Danish terus maju kedepan didalam bidang pekerjaannya mahupun kehidupannya sehari-hari - SiakapKeli.com
Semoga Nora Danish terus maju kedepan didalam bidang pekerjaannya mahupun kehidupannya sehari-hari - SiakapKeli.com
TOP
Mayat Pesakit Ebola Dibiar Mereput Tengah Jalan
Liberia – Wabak Ebola yang kini semakin menular di negara itu membuatkan penduduk mengheret dan meninggalkan sahaja mayat pesakit penyakit berkenaan mereput di atas jalan. Ini kerana ahli keluarga bimbang penyakit tersebut tersebar dalam kalangan mereka.
Minggu lepas, kerajaan negara Liberia telah mengumumkan satu langkah untuk mengawal wabak penyakit itu dengan menutup sekolah, dan melaksanakan kuarantin bagi semua anggota keluarga pesakit Ebola.
Langkah itu bagaimanapun menyebabkan penduduk membiarkan pesakit mereput di tengah jalan supaya mereka tidak dikuaranti dan dilakukan secara sembunyi-sembunyi supaya tidak dikesan oleh pihak kerajaan.
Tindakan penduduk itu ditentang oleh pihak berkuasa kerana ia akan menyebabkan kemungkinan penyakit itu untuk tersebar lebih luas apabila mereka menyentuh mayat ketika mengheret mereka ke tengah jalan. - SiakapKeli.com
TOP
Budak 5 Tahun Menjadi Selebriti Express Selepas Wawancara TV
Kanak-kanak bernama Noah Ritter ini baru berusia lima tahun, tapi nampaknya dia memiliki potensi yang besar untuk menjadi selebriti. Ini dapat dilihat apabila dia di wawancara secara rambang dalam satu majlis oleh TV WNEP.
Dalam video berdurasi 1 minit 33 saat itu Noah terlihat sangat petah berbicara dengan pemberia TV WNEP, Sofia Ojeda pada hari pembukaan pameran Wayne County Fair, baru-baru ini.
Berlagak sebagai seorang pemberita, Noah dengan sigap memegang mikrofon yang diberikan oleh Ojeda dengan berkata: "Acara ini sangat menyenangkan dan saya belum pernah masuk televisyen secara live. Saya juga jarang menonton berita kerana setiap kali kakak saya memberi remote televisyen, saya hanya menonton Powerball."
Kehebatan kanak-kanak berambut merah ini terlihat apabila dia sangat bersemangat untuk memberi pandangannya serta tahap keyakinannya ketika memegang mikrofon dan berbicara seperti seorang pemberita profesional.
Ditanya adalah dia gementar masuk ke siaran langsung televisyen, Noah menjawab "Yeah,. Saya takut setengah mati dan sangat gementar," ujar Noah dengan wajah yang bersahaja.
Loghatnya yang lucu turut mengundang perhatian para pengguna YouTube. semenjak berita ini dimuatnaik, video ini sudah ditonton lebih dari 3 juta pengguna, sejak Isnin, 4 Ogos 2014 - SiakapKeli.com
Loghatnya yang lucu turut mengundang perhatian para pengguna YouTube. semenjak berita ini dimuatnaik, video ini sudah ditonton lebih dari 3 juta pengguna, sejak Isnin, 4 Ogos 2014 - SiakapKeli.com
TOP
Gadis Kembiri Pak Cik Dipuji Polis
New Delhi: Seorang remaja perempuan mendapat pujian polis India kerana keberanian memotong kemaluan bapa saudara yang cuba merogolnya.
Kejadian dilaporkan akhbar Independent itu berlaku di wilayah Madhepura di negeri Bihar.
Remaja berusia kira-kira 17 tahun terbabit pertama kali dirogol bapa saudaranya pada 1 Julai lalu selepas dibawa ibunya untuk ‘berubat’ dengan lelaki berkenaan yang juga dikenali penduduk setempat sebagai dukun.
Mangsa yang didakwa mengalami gangguan makhluk halus dibawa bapa saudaranya ke sebuah bilik sebelum diikat tangan serta mulutnya untuk dirogol.
Keesokan hari, bapa saudaranya itu datang melawat mangsa dan meminta dia datang sekali lagi ke rumah berkenaan kononnya untuk dipulihkan.
Bagaimanapun kali ini remaja terbabit datang dengan persediaan lebih - dia membawa alat perakam dan pisau bagi membolehkannya merakamkan perbualan dengan lelaki itu yang sekali lagi didapati cuba merogolnya.
Bersedia dengan serangan seksual baru, remaja perempuan terbabit melawan dan nekad memotong kemaluan bapa saudaranya ketika sekali lagi cuba dirogol.
Ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap remaja terbabit, pegawai kanan polis tempatan berkata, tiada sebab untuk itu.
“Sepatutnya dia dipuji kerana berani,” katanya.- Agensi
TOP
Dakwaan Pesawat AK5671 Terhempas Adalah Palsu - Air Asia
KUALA LUMPUR: Ketua Komunikasi Air Asia Aziz Laikar berkata 'berita' berkenaan sebuah pesawat Air Asia terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur adalah palsu dan menggesa pengguna supaya berhenti menyebarkan khabar angin.
"Khabar angin itu tidak benar. Kami menggalakkan orang ramai untuk mengabaikan apa-apa mesej Whatsapp atau mesej SMS yang mereka terima mengenai khabar angin itu dan berhenti berkongsi berita berkenaan, "katanya kepada Astro AWANI.
Pengguna Media sosial telah sibuk menceritakan hal berkenaan sejak tengah hari bahawa penerbangan Air Asia AK5671 dari Kuching telah terhempas di lapangan terbang hari ini.
Mesej tersebut tersebar dengan gambar sebuah kapal terbang mainan yang terbalik.
Dikepilkan dibawah adalah komen-komen pengguna mengenai perkara tersebut.
Siapalah yang tak bertanggungjawab menyebar berita-berita sebegini. - SiakapKeli.com

PKR Kecam Edaran Surat Palsu Tawaran Lepas Jawatan
SHAH ALAM - PKR mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan surat palsu yang kononnya dikeluarkan oleh Jawatankuasa Disiplin dan ditandatangani Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, sedangkan perkara itu tidak berlaku.
Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata Saifuddin yang dihubunginya telah mengesahkan surat yang dikeluarkan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai 'Penyelesaian Langkah Kajang' itu tidak benar sama sekali.
"Saya telah menghubungi Datuk Saifuddin dan mendapat pengesahan bahawa beliau tidak mengeluarkan surat tersebut.
"Malah nombor rujukan yang digunakan juga adalah nombor rujukan palsu dan Datuk Saifuddin tidak menandatangani surat jawatankuasa tersebut," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
Surat palsu yang bertarikh 5 Ogos 2014 itu menggunakan kepala surat pejabat setiausaha agung PKR mengenai beberapa penyelesaian secara aman terhadap krisis jawatan menteri besar Selangor.
Surat itu juga menyebut tawaran itu telah diputuskan oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah melakukan perbincangan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada Isnin lalu (4 Ogos).
Antara tawaran tersebut ialah Abdul Khalid akan dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penstrukturan Air antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.
Jika Abdul Khalid melepaskan jawatan menteri besar, beliau dijanjikan dengan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun bulanan RM50,000 serta kemudahan setaraf menteri besar. Lebih mengejutkan apabila salah laku politik dan masalah kewangan Abdul Khalid juga turut ditutup dan dijanjikan tiada laporan dan penyiasatan ke atasnya. Dalam pada itu, Fahmi menyifatkan penyebaran surat palsu itu sebagai berniat jahat dan cuba mengeruhkan keadaan dalam usaha PKR melakukan peralihan kerusi menteri besar. "Tindakan itu berusaha untuk menimbulkan syak wasangka dan ingin merosakkan usaha menyelesaikan masalah di Selangor dengan baik dan tertib," katanya lagi. - Sinar Harian

Bintang Jerman Mula Jadi Buruan Liverpool, Man United
LONDON – Marco Reus mungkin menyertai Liverpool atau Manchester United pada harga £19.8 juta (RM99 juta) selepas butiran klausa pelepasan dalam kontrak pemain berkenaan terbocor, hari ini.
Pemain sayap skuad kebangsaan Jerman yang dinilai tinggi ketika ini kini diburu kelab ternama Eropah selepas dua musim penuh kejayaan bersama Borussia Dortmund dalam Bundesliga.
Liverpool berminat ketika ini tetapi dipercayai Reus mungkin dapat menarik yuran perpindahan hampir £30 juta (RM150 juta) yang mungkin menyentap hajat The Reds itu.
Musuh Dortmund, Bayern Munich dan gergasi Sepanyol, Real Madrid juga sudah dikaitkan dengan pemain berusia 25 tahun itu tetapi perkembangan yang sudah terbocor ketika ini menyemarakkan kesungguhan Liverpool dan musuh tradisi, United.
Pengurus baru Red Devils, Louis van Gaal masih mencari pemain bertaraf dunia dalam pasaran perpindahan ketika ini sebelum liga Inggeris pertama untuknya bermula.
Reus menyertai Dortmund pada 2012 dari Borussia Monchengladbach.Dia menjaringkan 21 gol daripada 39 perlawanan untuk Dortmund, musim lalu tetapi tidak dapat bersama meraih kejayaan Jerman menjulang Piala Dunia gara-gara menanggung kecederaan. – BBC Sport
TOP
Siasatan MH17 Sudah Capai Tahap 50 Peratus
SEPANG – Siasatan berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 sehingga kini sudah mencapai tahap 50 peratus berdasarkan bahan bukti yang diperoleh di kawasan insiden serta keterangan saksi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata selain barangan peribadi, pasukan penyiasat antarabangsa telah pun menemui kokpit pesawat di kawasan ladang penternakan ayam berdekatan lokasi nahas.
“Siasatan awal mendapati terdapat kesan tembakan pada kokpit berkenaan namun pasukan penyiasatan antarabangsa mungkin mengambil masa tiga minggu lagi untuk mengeluarkan serpihan pesawat itu dari lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita sejurus tiba dari Ukraine di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Beliau berkata buat masa ini juga hasil siasatan masih belum menemui baki mayat mangsa, oleh itu siasatan diperluaskan di kawasan tasik berdekatan lokasi nahas bagi mencari mayat mangsa yang belum ditemui.
Justeru itu, katanya, pasukan penyelam terdiri daripada sepuluh orang dari negara Belanda, Australia dan Malaysia akan menjalankan operasi di tasik berkenaan.
“Operasi mencari di tasik telah bermula pada pukul 7.30 pagi tadi waktu tempatan, namun belum menemui sebarang bukti mahupun mayat mangsa,” katanya.
Setakat ini, 62 lagi mayat mangsa belum ditemui sejak pesawat MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia, pada 17 Julai lepas.
Ahmad Zahid berkata pasukan penyiasat antarabangsa hanya diberikan masa sejam setengah untuk berada di lokasi nahas dan zon siasatan telah diperluaskan daripada empat zon kepada enam zon.
“Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga telah cuba memasuki lokasi nahas tetapi cuma dibenarkan berada sejam setengah dan berada di dalam lingkungan 20 kilometer sahaja,” katanya.
Sehingga kini terdapat 87 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditempatkan di Soledar, Ukraine bagi meneruskan misi sisatan.
Mengenai sama ada jenazah akan dibawa pulang secara berperingkat atau serentak, beliau menjelaskan perkara itu bergantung kepada keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal – dipercayai ditembak jatuh namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.
Sebanyak 43 warganegara Malaysia adalah antara penumpang dan anak kapal dalam pesawat malang tersebut. – BERNAMA
TOP
Proton Tawar Rebat Raya Sehingga RM8,000
KUALA LUMPUR – Proton menawarkan rebat bernilai sehingga RM8,000 bagi model-model terpilih semasa promosi Aidilfitri selama tiga hari di semua bilik pameran Proton di seluruh negara, bermula Jumaat ini.
Proton dalam satu kenyataan hari ini berkata pelanggan boleh mendapatkan servis penyenggaraan kereta berjadual percuma sehingga tiga tahun dan kadar faedah serendah 2.65 peratus semasa tempoh promosi itu.
Model-model terpilih itu juga disertakan dengan jaminan sehingga lima tahun, tertakluk kepada terma dan syarat.
“Pemilik kereta Proton yang ada sekarang juga boleh menikmati pemeriksaan 20 mata percuma semasa tempoh tiga hari itu dan berjimat sehingga 45 peratus bagi penukaran minyak enjin,” kata syarikat itu. – BERNAMA
TOP
Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Koordinasi Urus Jenazah MH17
KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Koordinasi bagi menyambut dan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah-jenazah warga Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
Menteri Pertahana, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Jawatankuasa Koordinasi itu akan dinaungi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dianggotai seramai 10 menteri terlibat.
“Manakala, saya selaku Menteri Pertahanan dipertanggungjawabkan mengkoordinasi Jawatankuasa Koordinasi tersebut. Mesyuarat pertama jawatankuasa koordinasi ini akan diadakan pada esok di Kementerian Pertahanan dan akan dipengerusikan oleh saya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Hishammuddin berkata, mesyuarat koordinasi esok akan melibatkan penyertaan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Turut terlibat adalah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong,
Menurut beliau, beberapa agensi lain akan turut hadir ke mesyuarat koordinasi tersebut antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).
Jelasnya, mesyuarat itu akan membincangkan secara terperinci persediaan upacara menyambut dan menerima jenazah tersebut, selain taklimat dan penerangan lanjut berkaitan tugas dan tanggungjawab setiap kementerian dan agensi yang terlibat.
Kata beliau, semua cadangan dan pandangan daripada mesyuarat koordinasi esok akan dibentang kepada Timbalan Perdana Menteri pada mesyuarat khas yang dijangka diadakan pada minggu hadapan.
TOP
Ramainya ‘Ahli Nujum’ Bila Tengok Gambar Keluarga Ashraf Muslim
RAMAI sungguh ‘ahli nujum’ tak bertauliah yang ‘bijak’ memberikan komen negatif berdasarkan gambar yang dimuatnaik oleh isteri kedua pelakon Ashraf Muslim, Wan Sakinah menerusi akaun Instagramnya.
Kononnya, Ashraf dilihat melebihkan isteri keduanya berbanding isteri pertama iaitu Noor Dayana, menerusi ruang komen di Facebook Rotikaya.
Bagi menambahkan rencah, wajah Dayana dikatakan seolah-olah dalam keadaan sedih dan kurang ceria.
Agak lucu bila kedudukan tubuh Ashraf dan Dayana serta warna pakaian menjadi simbolik berlakunya ketidakadilan dalam rumah tangga mereka.
Ramainya 'Ahli Nujum' Bila Tengok Gambar Keluarga Ashraf Muslim
Ramainya 'Ahli Nujum' Bila Tengok Gambar Keluarga Ashraf Muslim
Aduhai, hebat sungguh tukang komen ini ya!
Jangan sampai anda pula yang jadi pemusnah rumah tangga mereka ya.
Nanti kena menjawab pula di akhirat sana…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Mengapa Baru Sekarang Pertikai Integriti MB Selangor?
KUALA LUMPUR - Mengapa baru sekarang masalah integriti pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibangkitkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR)?.
Presiden Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (DPCKLS), Tan Yew Sing berkata, persoalan itu perlu diajukan kepada pimpinan PKR memandangkan isu pertukaran Menteri Besar Selangor sedang mengelirukan orang ramai.
Beliau turut mempersoalkan sama ada kaedah seperti itu memang menjadi amalan PKR untuk mengugat seseorang dalam parti itu supaya meletakkan jawatan.
“DPCKLS ingin mengemukakan pertanyaan tentang pendakwaan masalah integriti Menteri Besar Selangor oleh PKR. Bilakah mereka mula mengesyaki intergriti Menteri Besar? Mengapa sampai hari ini isu ini baru dibangkitkan?
“DPCKLS berpendapat jika Menteri Besar Selangor terbabit dalam masalah ketelusan seperti yang dikatakan oleh Datuk Saifuddin Nasution, maka hal ini bukan hanya masalah PKR sahaja malah melibatkan kepentingan awam,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Justeru, kata Yew Sing, Menteri Besar Selangor wajar diberi peluang memberi penerangan kepada rakyat mengenai tuduhan itu dan PKR pula perlu melaporkan perkara itu kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)
Beliau bagaimanapun menegaskan, jika PKR memang berniat untuk menukar calon, maka Menteri Besar sepatutnya menghormati keputusan tersebut dan meletakan jawatannya.
Jelasnya, tindakan itu bukan bermaksud Menteri Besar bermasalah, tetapi ia adalah keputusan yang dibuat oleh parti selepas mengambil kira faktor-faktor yang subjektif dan objektif.
“Walaupun suara anggota parti adalah penting, tetapi jika suara rakyat juga dapat dipertimbangkan semasa membuat keputusan, ia bukan sahaja dapat meredakan pertikaian rakyat dan ia juga dapat memenangi sokongan daripada rakyat,” katanya.
Namun, beliau menyeru Abdul Khalid supaya tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor atau mengadakan pilihanraya Dewan Undangan Negeri semula kerana membazir dan menyusahkan rakyat.
TOP
Gesa PKR Lapor SPRM Salah Laku MB Selangor
KUALA LUMPUR – Pemuda Gerakan memberi tempoh selama dua hari kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyerahkan semua bukti yang kononnya dimiliki parti itu berhubung salah guna kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, pihaknya akan membuat laporan polis mengenai perkara itu jika PKR tidak menyerahkan bukti itu kepada SPRM kerana tuduhan yang dibuat ke atas Abdul Khalid itu sesuatu perkara yang amat serius.
“PKR masih enggan membuat laporan kepada SPRM mengenai perkara itu dan mendedahkan segala bukti tersebut. Pemuda Gerakan mendesak PKR melaporkan perkara itu kepada SPRM sebelum pukul 4 petang pada 8 Ogos ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Keng Liang berkata, Pemuda Gerakan percaya tuduhan yang dibuat oleh pimpinan PKR ke atas Menteri Besar Selangor itu perkara yang melibatkan kepentingan awam maka kebenaran mengenainya perlu didedahkan.
TOP
Chong Wei Mahu Liew Daren Kaji Program Latihannya
KUALA LUMPUR – Pemain badminton nombor satu negara dan dunia Datuk Lee Chong Wei mahu Liew Daren kaji semula program latihannya sehingga membolehkannya meraih pingat emas pada Terbuka Perancis 2012.
Chong Wei berkata sebagai seorang juara, sudah tentu Liew mengalami sedikit tekanan untuk mengekalkan kedudukan dan prestasinya serta keadaan itu telah mengganggu prestasinya kini.
“Saya berlatih bersama dia…jadi saya nampak dia tertekan dan tidak boleh keluar daripada perasaan itu. Ia benar-benar sukar. Lepas kalah, dia tertekan tapi saya pesan kepada Liew supaya pandang ke depan.
“Saya harap dia dapat bangkit semula selepas beberapa kekalahan dan prestasi buruk yang dipamerkannya,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan oleh Samsung di sini hari ini.
Chong Wei berkata beliau yakin Liew mahukan kejuaraan namun prestasi tidak memberangsangkan dipamerkan pemain itu pada Sukan Komanwel adalah berpunca daripada masalah keyakinan.
Ditanya mengenai kemarahan yang ditunjukkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong terhadap prestasi buruk Liew, Chong Wei berkata Zolkples sentiasa memantau prestasi atlet.
“Datuk Zolkples sentiasa menyaksikan setiap perlawanan yang disertai Liew, jadi dia tahu sejauh mana prestasi Liew. Masalah Liew ialah dia tidak punya kemahuan yang cukup tinggi.
“Bagi saya walaupun kalah, semangat untuk melawan kekalahan itu kena ada. Sekurang-kurangnya dia kena tunjukkan kesungguhan ketika di gelanggang,” katanya.
Berhubung kecederaan pergelangan tangan dialaminya sehingga menyebabkan beliau terpaksa menarik diri ke Sukan Komanwel, Chong Wei berkata beliau masih belum pulih sepenuhnya.
Katanya beliau baharu sahaja menjalani latihan sejak seminggu lepas sebagai persediaan ke Kejohanan Badminton Dunia 2014 di Copenhagen, Denmark yang dijadualkan 25 hingga 31 Ogos ini.
“Sukan Asia dan World Championship sudah dekat jadi saya kena pastikan kecederaan ini pulih sepenuhnya. Setiap hari saya masih buat pemulihan selepas latihan untuk pastikan ia tidak semakin teruk.
“Kecederaan sejak tahun 2012 ini amat sukar bagi saya, saya kena sentiasa berjaga-jaga dan ia masih lagi sakit. Lagipun saya kena berhati-hati sehingga Sukan Olimpik 2016,” katanya.
Chong Wei berkata beliau tidak merasa tertekan dengan sasaran yang diletakkan MSN kepadanya kerana baginya menjadi tanggungjawab beliau menyahut cabaran berkenaan.
Beliau berharap dapat meraih pingat emas bagi acara perseorangan pada Kejohanan Badminton Dunia dan penampilan terakhirnya di Sukan Asia pada
September ini. – BERNAMA
TOP
VIDEO: Padan Muka…Akibat Buat-Buat Pekak Apabila Kena Hon!
USAI menonton video ini, dapat kami simpulkan bahawa tidak semua pemandu yang melanggar pejalan kaki itu bersalah.
Melihat kepada situasi rakaman ini, orang ramai di sebuah lokasi yang tidak diketahui dilihat memenuhi ruang jalan sekaligus menghalang lalu lintas.
Ia menyebabkan kenderaan yang mahu melalui jalan tersebut tersekat dan mereka dilihat tidak mengendahkan kereta yang sudah membunyikan hon.
Sebaliknya, mereka suba membuat provokasi terhadap pemandu kereta tersebut.
Akibatnya? Saksikan sendiri…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Post by Wikipedia Rakyat.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Angkasa Lancar Tabung Palestin-Angkasa
MELAKA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) hari ini melancarkan Tabung Palestin-Angkasa dengan sasaran kutipan sebanyak RM8 juta.
Presidennya Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata tabung tersebut menyasarkan kutipan minimum RM1 bagi setiap ahli koperasi di bawah naungan Angkasa.
Beliau berkata sehingga hari ini, Angkasa menaungi kira-kira 11,300 koperasi di seluruh negara yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan keanggotaan kira-kira 8 juta orang.
“Angkasa amat prihatin dengan penderitaan dan kesengsaraan yang dihadapi rakyat Palestin dan pelancaran Tabung Palestin-Angkasa ini diharap dapat meringankan beban dan penderitaan mereka,” katanya pada majlis rumah terbuka Hari Raya Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Melaka di sini, hari ini.
Katanya kutipan itu akan dilakukan secara terus oleh setiap wakil koperasi masing-masing untuk diserahkan kepada Angkasa negeri sebelum dikumpulkan Angkasa
pusat.
Abdul Fattah berkata sumbangan itu kemudian akan disalurkan kepada penduduk Gaza secara berperingkat melalui duta Palestin Ke Malaysia dalam masa terdekat.
Terdahulu, beliau menerima sumbangan hasil kutipan tabung berkenaan berjumlah RM608 daripada Koperasi Pekerja-Pekerja Melayu Melaka Bhd (KPPMMB) dan Koperasi Kakitangan Kemas Melaka.
KPPMB diwakili pengerusinya Muslim Md Shah menyerahkan kutipan berjumlah RM309 manakala RM299 sumbangan Koperasi Kakitangan Kemas Melaka disampaikan pengerusinya, Ramli Maarof.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata sehingga 31 Dis tahun lepas, Angkasa mempunyai modal syer/yuran anggota koperasi seluruh negara berjumlah RM12.81 bilion dengan jumlah aset bernilai RM107.9 bilion dan perolehan sebanyak RM32.97 bilion. – BERNAMA
TOP
Lebih 2.4j Kenderaan Guna JSAHMS Sejak Dibuka
BATU KAWAN – Sebanyak 2,401,243 kenderaan menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) sejak ia dibuka kepada orang ramai Mac lepas sehingga 31 Julai, kata Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Datuk Ir Dr Ismail Mohamed Taib.
Beliau berkata sepanjang tempoh sama, pihaknya mengutip tol lebih RM8 juta.
“Pada dasarnya, kami berbangga dengan jumlah pengguna yang menggunakan JSAHMS kerana ia telah mencapai 50 peratus pengguna dan 60 peratus jumlah kutipan tol daripada sasaran awal.
“Selain itu, kami turut menyasarkan 20,000 pengguna jambatan dalam masa sehari memandangkan jumlah terkini yang dicapai ialah 12,000 kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar pertandingan fotografi JSAHMS, di sini hari ini.
Jambatan terpanjang di Asia Tenggara itu dibangunkan kerajaan persekutuan dengan kos keseluruhan kira-kira RM4.5 bilion yang menghubungkan kawasan Batu Kawan di bahagian Seberang Prai dengan Batu Maung di bahagian pulau.
Ismail berkata setakat ini pihaknya tidak bercadang memberikan diskaun tol 20 peratus kepada penduduk Pulau Pinang yang menggunakan JSAHMS seperti yang ditawarkan Jambatan Pulau Pinang. – BERNAMA
TOP
Gereja Simpan Rangka Manusia Guna Beg IKEA???
Agak gila apabila mengetahui di sebuah gereja iaitu Kläckeberga di Sweden, ada beg membeli-belah Ikea digunakan untuk mengisi tulang dan rangka manusia.
Kita semua tahu, beg berkenaan bersaiz besar dan boleh menyimpan apa sahaja barangan yang dibeli dari pusat beli-belah Ikea mahupun jadi beg simpanan barang-barang di rumah.
Tetapi ia agak melampau jika digunakan sebagai tempat menyimpan rangka manusia.
Melalui laporan di laman web The Huffington Post, tulang yang disimpan di dalam beg Ikea itu ditemui oleh seorang penulis Kicki Karlen ketika melawat gereja berkenaan.
Ketika itu, Kicki sedang melihat-lihat di dalam kawasan runtuhan di gereja berkenaan yang ingin diubahsuai untuk buku terbaru tulisnnya sehinggalah dia menemui tulang-tulang berkenaan. Pada pendapat penulis itu ia adalah satu perbuatan yang memalukan dan tidak menghormati roh tulang rangka milik orang yang telah meninggal dunia itu. “Apa perasaan anda jika tulang dan rangka di dalam beg Ikea berkenaan ialah milik nenek atau datuk anda?” kata Kicki dalam terjemahan oleh USA Today. Menurut laporan media tempatan, tulang rangka itu telah disimpan di dalam beg itu sejak 2009 dan ia merupakan sebahagian proses mengubahsuai gereja itu. Rangka-rangka itu sepatutnya dikebumikan semula di lokasi lain. Pakar Arkeologi Ludvig Papmehl-Dufay yang turut menyertai proses mengubahsuai gereja lama itu berkata rangka itu ada yang sudah pun mencapai lebih 500 tahun. – MYNEWSHUB.MY

Lenovo Vibe Z2 Pro, Jangka Hayat Bateri Paling Baik
Syarikat gergasi gajet terkenal dari China, Lenovo yang dikatakan bakal menjadi anak syarikat Motorola, baru sahaja mengesahkan flagship terbarunya – Vibe Z2 Pro.
Buat pertama kalinya Lenovo mengeluarkan peranti bersaiz 6 inci dengan resolusi 2560 x 1440 pixel dan merupakan antara telefon pintar dengan skrin 2k terbaru di pasaran pada masa kini.
Melengkapkan peranti ini adalah cip pemprosesan qualcomm snapdragon 801 chipset (MSM8974AC) dengan 2.5GHz quad-core Krait 400 CPU, 3GB RAM, Adreno 330 GPU. Untuk bahagian belakang, ia menyertakan kamera 16-megapixel dan juga kamera hadapan 5-megapixel.
Apa yang menariknya ialah kadar kuasa baterinya menjangkau sebanyak 4,000 mAh, bersamaan hampir dua kali ganda jangka hayat peranti keluaran Apple iPhone.
Dengan kadar saiznya sahaja anda pasti tidak menjangkakan kadar kemampuan baterinya lebih tinggi berbanding Samsung Galaxy Note 3 yang menggunakan 3,200 mAh dan HTC One Max sebanyak 3,300 mAh.
Ia didatangkan dengan warna titanium, emas dan hitam sebagai pilihan warna dan boleh didapati di pasaran sekitar September.
Sumber: ENGADGET
Sumber: ENGADGET
TOP
Samsung Galaxy Note 4 Bakal Hadir Dengan Sensor UV
Laporan terbaru daripada SamMobile mendakwa bahawa generasi terbaru phablet Samsung Galaxy Note 4 akan diumumkan kira-kira sebulan dari sekarang iaitu pada 3 September, beberapa hari sebelum bermulanya IFA 2013.
Samsung Galaxy Note 4 ini dikatakan akan hadir dengan spesifikasi yang lebih baik daripada Galaxy S5 dan mungkin akan dilengkapi dengan skrin paparan OLED berukuran 5.7-inci dengan reka bentuk yang berasakan panel besi.
Selain itu, Galaxy Note 4 juga dikatakan akan menjadi telefon pintar pertama yang hadir dengan sensor ultraviolet yang mampu merakam kadar pendedahan UV.
“Teknologi Sensor UV ini digunakan bagi mengetahui kadar radiasi sinaran ultraviolet (UV) yang tededah kepada pengguna dan memberikan infomasi akan tahap indeks UV di sesuatu tempat. Untuk menggunakan ia, anda hanya perlu mengekalkan peranti anda kepada sudut lebih 60 darjah ketinggian ke arah matahari pada sensor belakangnya,” jelas SamMobile.
Spesifikasi phablet ini adalah pemproses Qualcomm Snapdragon 805, 3GB RAM, menyokong LTE dan kapasiti bateri yang lebih besar daripada Galaxy Note 3.
Bercakap mengenai harga dan tarikh penawaran model ini di Malaysia, Samsung Galaxy Note 4 dijangka akan dilancarkan beberapa minggu selepas diumumkan dengan harga RM 2399.
Sumber: SamMobile
TOP
Pandalela Berbangga Dengan Prestasi Atlet Junior
KUALA LUMPUR – Ratu terjun negara Pandelela Rinong merasa lebih bermotivasi dan berbangga dengan pencapian atlet junior negara seperti Nur Dhabitah Sabri.
“Saya berterima kasih kepada jurulatih saya kerana melakukan tugas terbaik di Glasgow sementara junior saya (Nur Dhabitah) turut meningkat….Cheong Jun Hoong, dia kembali kepada prestasi asal, saya berhasrat untuk bertanding bersamanya.
“Bagi acara (terjun) berirama, saya rasa Leong Mun Yee dan saya mempunyai peluang menyertainya bersama. Saya berasa bermotivasi kerana banyak cabaran perlu dilalui,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Kempen Sukan Asia Samsung di sini hari ini.
Pandelela meraih pingat perak dalam acara 10m platform pada Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland.
Beliau buat pertama kali bergandingan dengan Nur Dhabitah dalam acara 10m platform seirama di Glasgow dan mereka berjaya meraih pingat gangsa.
Mengenai kecederaan lutut yang dialaminya sebelum ke Sukan Komanwel, Pandelela berharap ia tidak mengganggu sesi latihannya untuk ke Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan.
“Saya risau kalau buat latihan bagi papan anjal akan membuatkan kecederaan saya makin teruk. Jadi kita akan tahu sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu ini sama ada kecederaan ini akan memberi kesan kepada saya atau tidak.
“Jika ia bertambah baik, saya boleh sertai acara papan anjal dengan baik. Sekarang memang kecederaan tidak pulih sepenuhnya lagi tapi ia semakin baik dan jika semuanya berjalan lancar saya akan pergi buat latihan ke China dalam masa terdekat,” katanya. – BERNAMA
TOP
Seloka Untuk Mereka Yang Dalam Pesta Bogel Di Pulau Pinang
NAMPAKNYA ramai yang terkejut bagaimana boleh ada sekumpulan manusia yang perangainya lebih hodoh dan teruk dari binatang apabila boleh sesuka hati berbogel beramai-ramai di Pulau Pinang baru-baru ini.
Yang pasti, ada seramai 15 peserta dilihat di dalam video yang bertajuk “Penang NUDE Sport Games” (Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang) di mana tujuh rakyat Malaysia, manakala empat lagi dari Singapura.
Mereka yang lain adalah seorang dari Filipina, dua dari Myanmar, dan seorang dari India.
Apapun tindakan bangang kumpulan manusia turut dikecam di media sosial…antaranya pengguna Facebook ini. Beliau memilih untuk ‘berseloka’ bagi menggambarkan situasi yang berlaku;

Kasihan…’Haters’ Gelar Nora Danish Pendatang Myanmar
KASIHAN kami mendengar nasib pelakon comel Nora Danish yang tidak putus-putus dilempar dengan pelbagai cacian olehpara ‘haters’nya.
Terbaru menerusi Murai.com, ada pihak yang menggelarkan Nora sebagai pendatang Myanmar hanya kerana ibunya berdarah Myanmar.
Untuk makluman semua, ayah pelakon itu berketurunan Arab dan bekerja sebagai seorang jurutera.
Entah apa salahnya jika Nora berketurunan Arab-Myanmar kerana keluarga mereka menetap secara sah di sini sejak dulu lagi sekaligus merupakan warganegara Malaysia.
Bersabar sajalah ya Nora. Kalau orang dah tak suka, perkara remeh pun sanggup dijadikan isu besar, tak gitu?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Roti Gardenia Naik Harga 10 Sen, 18 Ogos Ini
Sengaja kami kongsikan berita ini kerana tahu, ramai juga peminat roti Gardenia yang kecil ini terutama golongan pelajar yang menjadikannya pengalas perut.
Untuk pengetahuan bermula 18 Ogos ini roti Delicia Cream Rolls Gardenia perisa vanila, jagung, butterscotch, cokelat dan strawberi ini akan dinaikkan harga sebanyak 10 sen menjadikan harga barunya 80 sen.
Begitu pun kami percaya harga tersebut masih munasabah dan berbaloi dengan rasa roti ini yang lazat.
Untuk pengetahuan salah seorang pemegang saham syarikat Gardenia adalah tokoh korporat Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. – MYNEWSHUB.MY

VIDEO: Hal Kecik Je … Habis Keling, Islam, Melayu Semua Keluar
Bila kemarahan dibiarkan menguasai akal fikiran berlakulah kejadian yang tidak sepatutnya.
Inilah yang dapat digambarkan dalam rakaman di bawah apabila makcik berbaju hitam terlalu bengang bila keretanya dilanggar dari belakang lalu dia bertindak keluar dari kereta, meluru kepada pemandu di belakang lantas menunjukkan jari tengah dan mula memaki hamun.
Kejadian dikatakan berlaku pada 1 Ogos lalu sekitar jam 5.45 petang di laluan menuju Kastam Singapura di Woodlands.
Sebenarnya kita faham sesiapa pun akan naik angin bila kereta dilanggar dari belakang namun silapnya makcik ini bila dia bertindak tidak sepatutnya untuk menyelesaikan masalah apatah lagi memaki hamun sampai tahap menghina kaum tertentu.
Tambah memburukkan keadaan bila gadis bertudung yang menaiki keretanya turut bertindak gangster dengan menendang kereta yang melanggar. Dari sudut lain kami berpendapat sikap cool pemandu yang memuat naik rakaman ini sememangnya wajar dipuji namun dia juga sebenarnya ada kesilapan iaitu melanggar kereta wanita yang dihonnya tetapi selepas itu tidak berusaha untuk memadamkan kemarahan makcik tersebut dengan meminta maaf. Tidak kira apa pun alasannya, dia tidak sepatutnya mengekori kereta hadapan terlalu hampir. - MYNEWSHUB.MY

Cut & Paste… Mengapa Starbucks Dan Astro Tak Diboikot?
(Sumber Facebook – Barisan Nasional Vs Pakatan Rakyat)
Tuan puan sedar tak, franchise McD di malaysia ni milik penuh org Melayu?..cina langsung x boleh masuk…sbb tu cina sebar citer guna alasan Gaza utk kasi lingkup bisnes Melayu…pizza hut n kfc juga milik Melayu di Malaysia ni.Setiap tahun kami sumbang ratusan juta ringgit utk misi bantuan kemanusiaan ke seluruh dunia utk org Islam. Semua pekerja adalah anak2 Melayu.
2)..Cuba fikir…kenapa tiada cadangan suruh boikot starbucks, kenny rogers ker..burger king ker…tu pun product Israel dan US….sebabnya tokey pemilik franchise di Malaysia dimiliki oleh org cina.
3)..Jangan jadi lagi mcm isu coklat cadbury milik Syed Mokhtar Bukhary di mana Melayu diperalat utk sabotaj bisnes Melayu. Sampai bila Melayu nak jadi alat kpd org cina, india dan kapir.
4)..Fikir2kan… Jadilah bangsa yg berfikiran luas dan terbuka serta matang. Bukan bangsa yg emosional, seperti pak turut yang mudah diperkotak katik. Its something to ponder. Double check dgn ROC untuk kepastian supaya tidak tersilap sasaran. Nanti cina dan india gelak puas kat Melayu di Tanah Melayu ….Wallahua’lam.
Takdo pulak org nak boikot starbuck dan Astro. Mengapa?…
(BACA – Orang Sibuk Boikot Israel, Tapi Astro Bagi Kontrak Lumayan?)
(BACA – Ah Beng Berbogel Di Pulau Pinang, Sukan Bogel Katanya…)

Jelajah Ke Bulan Dan Planet Marikh Dengan Google Maps
Adakah anda teringin menjelajahi permukaan planet Marikh dan Bulan?
Kini Google Maps yang terkenal dengan sistem navigasinya bagi memudahkan kita melawati pelbagai lokasi di pelbagai negara dengan mudah terus melalui pelayar web telah selangkah kehadapan dengan memperkenalkan lawatan maya ke Planet Marikh dan juga bulan.
Penawaran lawatan maya ini boleh dikatakan langkah awal Google dalam memudahkan pengguna untuk melayari dan mengetahui keadaan di planet lain di angkasa, disamping pada masa yang sama memupuk minat orang ramai dalam mengetahui pelbagai perkara berkaitan dengan angkasa. Mungkin dengan tahun demi tahun, tidak mustahil untuk kita melihat pihak Google memperkenalkan sokongan Street View di luar bumi.

Lawati: Bulan di Google Maps
Lawati: Marikh di Google Maps
Oleh: hzqahmd
TOP
‘Ulat Tiket’ Curi Penumpang Di Luar Pudu Sentral?
Seorang pengguna Facebook mempertikaikan urusan jual beli tiket bas yang rancak dilakukan di satu kawasan di luar Terminal Bas Pudu Sentral (dulu dikenali sebagai Puduraya), Kuala Lumpur.
Jualan tiket bas yang dibuat di luar kaunter dan premis Pudu Sentral ini dipercayai dilakukan ulat tiket kerana harga dikenakan boleh mencecah sekali ganda daripada harga biasa tiket ke destinasi sama. Jika dahulu ulat tiket memang banyak berkeliaran dalam Puduraya namun setelah diberi wajah baru dan ditukar nama kepada Pudu Sentral, mereka tak ada ‘can’ lagi berbuat demikian kerana pemasangan banyak CCTV di premis ini untuk memantau keselamatan pelawat dan penumpang. Sekiranya benar berlaku urus niaga tiket haram di luar Pudu Sentral, maka pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera demi kepentingan pengguna. Manakala pengguna pula, janganlah menyokong aktiviti yang merugikan anda ini. Apa salahnya berjalan sikit ke depan, masuk Pudu Sentral dan beli daripada kaunter yang sah-sah dipantau harganya. - MYNEWSHUB.MY

Gambar Punggung Nak Meletop Artis Wanita Pada Hari Raya
Ni artis mana ni? Katanya bergelar datin…
Gambar dimuat naik sempena raya katanya…
Punggung, kaki semua nampak jelas… mesti banyak publisiti murahan kan… Artis yang cipta nama cara murah ni sebenarnya tidak akan kekal lama pun…MYNEWSHUB
Punggung, kaki semua nampak jelas… mesti banyak publisiti murahan kan… Artis yang cipta nama cara murah ni sebenarnya tidak akan kekal lama pun…MYNEWSHUB
TOP
Kemenangan Berterusan Najib Tun Razak…
Tidak ramai yang menyangkakan bahawa perkembangan politik tanah air akan berkembang seperti ini 15 bulan selepas pilihanraya umum yang diadakan pada tahun lepas.
Sekali lagi BN dinafikan majoriti 2/3 di dalam parlimen, dan mengalami kekurangan 7 kerusi dari apa yang dimenangi pada tahun 2008. MCA pula hanya berjaya untuk memenangi 7 kerusi walaupun UMNO nampaknya telah berjaya menambah kerusi dari 79 kerusi (PRU-12) kepada 88 kerusi (PRU-13).
Ini adalah pertama kali Mohd Najib telah mengetuai UMNO dan BN dalam pilihanraya sebagai presiden parti. Pakatan memenangi lebih banyak kerusi dari apa yang dimenangi 5 tahun yang lepas. BN pula gagal untuk menawan semula Negeri Selangor dan ini meletakkan tekanan yang hebat kepada presiden gabungan parti politik itu.
Ada spekulasi yang mengatakan bahawa Najib akan menerima nasib yang sama seperti Perdana Menteri Malaysia yang sebelumnya.
Para konservatif di dalam parti UMNO telah mempersoalkan kewibawaan Najib sekiranya beliau terus mengetuai parti tersebut di dalam pilihanraya akan datang.
Mengikut kata pujangga “Politik adalah seni dimana yang mustahil boleh jadi tidak mustahil”. Atas kebijaksanaan Datuk Seri Najib menghadapi apa jua cabaran dan dugaan yang melanda, termasuk apa yang sedang berlaku kepada parti pembangkang, beliau telah berjaya mengukuhkan kedudukannya di dalam parti beliau sendiri.
Najib bukan bernasib baik tetapi atas kesabaran dan kebijaksanaan beliau, nampaknya beliau berjaya mengubah nasib politiknya sendiri.
Selain dari bersikap diplomatik, kesabaran adalah salah satu karakter hebat yang dimiliki oleh Perdana Menteri Malaysia. Abdullah telah melepaskan jawatannya apabila kegagalan BN pada pilihanraya 2008, ia mempercepatkan Najib untuk memegang tampuk pemerintahan. Tetapi Naijb telah menunggu dengan sabar, dan berjaya menggantikan Abdullah tanpa menyakiti hati bekas Perdana Menteri tersebut.
Inilah perbezaan Najib dan Anwar. Anwar telah menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau tidak sabar untuk menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Najib telah diberi tekanan dari pelbagai pihak di dalam dan di luar partinya. Pertama sekali, apabila Pakatan Rakyat telah telah menjalankan perhimpunan “Blackout” diseluruh negara untuk membantah keputusan PRU-13.
Seterusnya, apabila parti UMNO melaksanakan format baru dalam pemilihannya pada bulan Oktober yang lepas, ada kerisauan dimana Najib akan dicabar. Najib telah dapat mencapai satu konsesnsus dikalangan orang-orang lama di dalam parti dimana beliau telah memperkenalkan model ekonomi bumiputera. Hasilnya, jentera dan orang-orang Najib berjaya menghadapi pemilihan dengan tenang.
Selepas itu, Najib telah menganjurkan langkah rasionalisasi, bagi meningkatkan harga minyak pada September yang lepas dan peningkatan tariff elektrik pada awal tahun ini.
Najib terpaksa berhati-hati kali ini kerana tekanan yang diterimanya amat berat dan kontroversi agama dalam keadaan genting, namun kebanyakkannya telahpun hilang di dalam perhatian orang awam. Pada Januari tahun ini, bekas Menteri Penerangan Zainudin Maidin secara terbuka telah menyatakan pendapatnya bahawa Tun Mahathir perlu kembali ke Putrajaya.
Dalam menghadapi tekanan ini, Najib dengan berhati-hati membentangkan agenda pembaharuannya, dan mengekalkan beberapa kerusi kementerian untuk MCA & Gerakan dalam penyusunan mula kabinet pada bulan Jun.
Ada khabar angin yang mengatakan bahawa Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum penyusunan semula kabinet. Muhyidin Yassin telah menolak khabar angin ini dan menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai salah faham dengan Perdana Menteri.
Menyelesaikan krisis di Terengganu merupakan satu permulaan, dan tindakan besar yang dilaksanakan oleh Najib adalah semasa krisis MH17 yang ditembak di Timur Ukrain. Ini ditambahkan lagi dengan perpecahan daripada kalangan ahli Pakatan tentang isu MB Selangor.
Najib telah berjaya menyelesaikan masalah diplomatik dimana tiada kuasa lain di dunia termasuk USA mampu menyelesaikannya. Ini adalah kerana Najib dengan sendirinya telah berjaya mendapatkan mayat para mangsa MH17 dan kotak hitam yang dijumpai di Ukrain tanpa sebarang masalah.
Perpecahan Pakatan yang telah kehilangan arah nampaknya mengurangkan tekanan dari bahu Najib. Jika keadaan berterusan sebegini, BN tidak akan mempunyai masalah untuk mendapatkan 2/3 majoriti pada pilihanraya akan datang. BN hanya perlukan 5%-10% undi kembali kepada mereka.
Antara faktor yang baik dapat dilihat adalah apabila sesuatu kecelakaan berlaku dan perkembangan dalam senario global, ianya telah menonjolkan ramai orang-orang yang berkelayakan dan berkaliber di dalam kerajaan.
Pada perutusan Hari Raya yang lepas sekali lagi Najib menggunakan slogan “1Malaysia” 27 Julai 2014 yang lalu. Ini menunjukkan bahawa keyakinan beliau semakin bertambah.
LIM SUE GOAN
Sin Chew Daily / Pandangan

Tarian Nakal Seksi Tarik Tumpuan Dunia Pada Pelari Ini
Atlet Australia, Sally Pearson diketahui merangkul pingat emas dalam acara larian 100m berpagar wanita pada Sukan Komanwel ke-20 Glasgow 2014 pada 1 Ogos lepas.
Beliau merupakan atlet lumba lari terkenal dunia dan kemenangan pingat emas di Glasgow, Scotland itu merupakan pingat emas keempat dalam kejohanan besar.
Bagaimanapun dalam acara itu, kebanyakan penonton tidak terlalu memberi perhatian kepada beliau sebaliknya memberi tumpuan kepada pelari yang menduduki tempat kelima iaitu Michelle Jenneke. Michelle baru sahaja berusia 21 tahun dan turut dilihat sebagai bakal pengganti kepada Sally yang juga atlet senegaranya tetapi peminat sukan ada sebab berbeza kenapa mereka meminati Michelle. Pada acara World Junior Championship 2012 (Kejohanan Remaja Dunia 2012) di Barcelona, beliau telah mempersembahkan tarian yang agak seksi dan ceria sebelum memulakan perlumbaan pada ketika itu.
Tarian itu diperlihatkan Michelle pada saringan kedua, pusingan pertama di mana beliau memenangi saringan itu dengan catatan masa 13.52 saat. Sejak itu, tarian pendek Michelle menjadi viral seluruh dunia maya. Apabila para peminatnya mengetahui, Michelle berjaya layak ke acara 100m berpagar di Sukan Komanwel, mereka sudah bersidap sedia menantikan tarian berkenaan pada setiap kali turun beraksi di balapan. Pada aksi akhir Michelle hanya menduduki tempat kelima di belakang Sally. Stesen televisyen sukan Australia Fox Sports, menulis artikel berkaitan keputusan 100m berpagar wanita itu dengan tajuk “Tarian Jenneke Di Tempat Kelima Dan Sally Juara”. Michelle dikenali sebagai seorang atlet yang ceria dan seksi. Di laman Instagram beliau, banyak dimuatnaikkan dengan gambarnya memakai bikini dan juga gambar-gambar saat percutiannya di seluruh dunia.

Lebih Kurang Camnilah Apa Yang Sedang Berlaku Di Selangor…
Anwar nak bini dia jadi Menteri Besar… Tan Sri Khalid lak… apasal aku nak bagi jawatan best ni tak tentu pasal…aku keje ok aje selama ni kan… Wan Aizah memang tak faham apa-apa dan setuju jadi boneka… Azmin lak nak sangat jawatan tu tapi kena cover malu … suruh orang dia edar kenyataan berasingan pada satu sidang media hari ini agar pertimbangkan dia jugak untuk jawatan tu… pada masa yang sama- Janji Bukan Umno nampaknya Azmin dah tukar kepada Janji Bukan Khalid… apa hal sekali pun tak mau Khalid kekal MB… Rafizi seperti biasa tunjuk bodoh sombong… buat kenyataan tahap lembu… Saifuddin Nasution nak main saman menyaman dengan Khalid… pasal tak mau undur jawatan MB… Bekas Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen PAS Temerloh, Nasrudin Hassan sokong Khalid secara terbuka, tibai Guang Eng… ‘Pakatan Tak Bantai Guan Eng Isu Terowong RM4.63B’ – katanya… Mana boleh ditegur… Pejabat Guan Eng petang ni jugak keluar kenyataan Kecam Nasaruddin balik – antara tu malam tadi AKTIVIS pembangkang, Hishamuddin Rais boleh lak kata bekas setiausaha Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin sebagai ‘anak dara tua yang kurang seks’…kau pun tak kahwin samdol…kau anak teruna kurang seks pulak ke? PKR gaduh sama PKR…PAS gaduh PKR…DAP gaduh sama PAS…PAS sama PAS pun gaduh…DAP tetap bersatu dalam parti sendiri… (Melayu buta sila ambil perhatian sikit) …sekarang aku yang tulis benda ni pun dah keliru…sape lawan sape kawan? Ini macam kalau perintah negara sah huru-hara dan hancur kot silap hari Malaysiaku tercinta ni! Satu negeri pun entah sape lawan sape tah sekarang ni…dah la Selangor tu negeri aku… huwaaaaa! (Akhir kata…aku pun tak berapa faham apa tengah berlaku… jadi apa yang aku nak cerita banyak kat kau orang kan… yang aku nampak.. sekumpulan ahli politik yang dahulunya dihormati kini sudah berubah gila kuasa…baik baca cita ‘penampakan’ buah dada Hanis Zalikha kat Mynewshub…)
Oleh: Ak-47
Oleh: Ak-47
TOP
Inikah Perodua Axia 2014…Model Ganti Viva?
NAMPAKNYA model kereta baru keluaran Perodua sudah mula ‘ditayangkan’ untuk tujuan promosi di jalan raya.
Biarpun tidak secara jelas, ramai yang menjangkakan ia merupakan model pengganti model Viva yang sudah tujuh tahun berada di pasaran.
Menerusi laman web Berita Semasa, model yang dinamakan Perodua Axia itu akan dibuka untuk tempahan sekitar hujung tahun ini.
Dilihat mengambil inspirasi model Daihatsu Ayla, harga Perodua Axia ini dijangkakan antara RM30,000 hingga RM43,000.
Bagi penggemar kereta bersaiz kompak dan mampu milik, mungkin model terbaru Perodua ini merupakan pilihan terbaik untuk anda.
Inikah Perodua Axia 2014 Yang Bakal Dipasarkan Hujung Tahun Ini?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Sebanyak 226 Mayat Nahas MH17 Telah Diperiksa
KUALA LUMPUR – Sebanyak 226 keranda mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Kem Tentera Hilversum di Amsterdam, Belanda telah dibuka dan diperiksa bagi pemeriksaan post mortem setakat semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri. Dr. S.Subramaniam berkata, seramai 24 pegawai pasukan `Disaster Victim Identification’ (DVI) dari Malaysia iaitu dari Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, polis dan Jabatan Kimia terlibat dalam pemeriksaan itu.
“Lebih 600 fail post mortem telah dibuka bagi lebih dari 150 `complete bodies’ dan lebih 300 `incomplete bodies’ yang telah selesai pemeriksan post-mortem.
“Satu keranda yang baru tiba di Kem Tentera Hilversum pada 4 Ogos lalu sedang dalam proses pemeriksaan post-mortem,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Subramaniam berkata, buat masa ini pasukan DVI Malaysia bersama pasukan DVI antarabangsa berada dalam fasa pemadanan data pemeriksaan antemortem dan post mortem (reconciliation) bagi tujuan pengesahan secara positif identiti mangsa.
“Kementerian Kesihatan akan terus bekerjasama dengan pasukan antarabangsa bagi melaksanakan proses DVI ini dan seterusnya pengesahan identiti mangsa secara positif,” katanya.
TOP
Pejabat Guan Eng Kecam Nasrudin Hassan
KUALA LUMPUR – Ibarat retak menanti belah, nampak gaya kerjasama pakatan pembangkang yang terbentuk di antara PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sejak beberapa pilihan raya umum yang lalu semakin lemah dan rapuh.
Semuanya gara-gara keputusan PKR Selangor mahu melantik Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
DAP menyokong langkah itu bagaimanapun PAS membantah keputusan berkenaan menyebabkan kedua-dua parti tersebut kini saling berbalah, kutuk-mengutuk dan memburuk-burukkan sesama sendiri.
Perbalahan dalaman pakatan pembangkang itu bertambah `kronik’ apabila Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan media hari ini mengecam Ahli Parlimen PAS Temerloh, Nasrudin Hassan.
DAP mendakwa Nasrudin memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu projek terowong bawah laut di Pulau Pinang hanya kerana tidak berpuas hati dengan pendirian DAP berhubung isu pertukaran Menteri Besar Selangor tersebut.
Pegawai Khas Guan Eng, Nor Diana Mohd. Zabidi mendakwa, Nasrudin menggunakan taktik kotor UMNO untuk membuat fitnah-fitnah jahat ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini.
“Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang terkejut dengan serangan tanpa provokasi Ahli Parlimen PAS Temerloh ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang.
“Ketua Menteri akan menjawab tuduhan tanpa asas tersebut dalam satu sidang akhbar esok pada pukul 12 tengahari di Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 28, Komtar, Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Nasruddin sebelum ini dilaporkan berkata, beliau hairan kerana Tan Sri Khalid Ibrahim “dibantai teruk” berhubung projek lebuh raya Kidex, tidak seperti reaksi ke atas projek terowong bawah laut di Pulau Pinang.
Sedangkan, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion di negeri dipimpin DAP itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.
“Tindakan Guan Eng ini tidak langsung di kecam oleh pimpinan pakatan seperti mana Abdul Khalid dikecam dan didesak meletakkan jawatan,” kata Nasruddin.
TOP
Gambar Hanis Zalikha Dikecam peminat
AGAK jarang sebenarnya gaya dan pemakaian pengacara dan pelakon Hanis Zalikha dikecam oleh peminat.
Ini kerana, dia tidak terlalu kerap memakai pakaian yang mencolok mata seperti yang dilakukan oleh sesetengah selebriti wanita.
Bagaimanapun, menerusi beberapa portal hiburan, satu gambar Hanis bersama pelakon Hairul Azreen tiba-tiba menjadi panas gara-gara baju putih tanpa lengan yang dipakainya.
Gambar yang dimuatkan di Instagram itu juga dilihat menampakkan bentuk pakaian dalam yang dipakainya.
Ia sekaligus mengundang kritikan daripada para peminat yang menyifatkan Hanis semakin seksi sejak popularitinya meningkat.
Gambar Hanis Zalikha Pakai Baju Seksi Dikecam Peminat Menerusi tinjauan kami di akaun Instagramnya, gambar tersebut sudahpun dipadamkan. Harapnya selepas ini Hanis akan lebih berhati-hati dalam berpakaian kerana statusnya bukan sahaja sebagai selebriti, tetapi juga blogger yang diminati ramai dan menjadi contoh kepada remaja di luar sana. Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Karkurma Ada Unsur Seks Tapi Tak Mengghairahkan – Raja Azmi
Selepas filem, kini penerbit kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman melancarkan karya terbarunya iaitu sebuah novel bertajuk Karkuma yang tidak kurang kontroversinya.
Novel berkenaan dikatakan memaparkan kisah yang mempertahankan elemen seperti agama, cinta dan seks.
Menurut beliau, anda unsur agama, cinta dan seksual tidak digarap dalam sesebuah karya, novel yang ditulis boleh dianggap sebagai masakan kurang rencah.
Oleh sebab itu, Raja Azmi terus menyelitkan ketiga-tiga elemen berkenaan yang diterbitkan oleh syarikat Merpati Jingga.
Beliau sebelum ini juga pernah menulis novel yang ada unsur seks iaitu Cinta 200 ela yang diharamkan penjualannya.
Dengan Karkuma, beliau sudah bersedia dikecam sekali lagi.
“Memang ada elemen seks dalam novel itu, tetapi tidak terperinci seperti novel Cinta 200 ela. Elemen seks hanya dalam bentuk pantun yang dipetik daripada kisah benar masyarakat dulu kala di Bali.
“Jika itu boleh mengundang kecaman masyarakat, saya tidak tahu hendak kata apa. Cuma nasihat saya, baca dulu novel berkenaan sebelum mengecam. Apa yang boleh saya katakan, buku ini lebih sopan dan tidak mengghairahkan seperti Cinta 200 ela yang lebih terperinci kisah seksnya.
“Bagaimanapun, jika buku ini mencetuskan kontroversi, saya terima. Selama berada dalam industri, saya sudah lali dengan kontroversi. Bukan saya yang mencari semua itu, tetapi kontroversi yang mencari saya,” katanya yang mengambil hampir lima tahun untuk menghasilkan novel Karkuma.
Menurut penerbit itu, Karkuma dihasilkan beliau dengan sepenuh jiwanya. Malah, katanya, beliau menulis Karkuma dengan hati yang ikhlas berbanding novel pertama, Black Widow. Menurut laporan Berita Harian, Raja Azmi mengakui, ketika menghasilkan Black Widow, beliau hanya mahu mengejar glamor. Ini kerana ketika itu, beliau bersuamikan pemain badminton hebat, Datuk Jalani Sidek. Malah, katanya, Karkuma boleh dianggap novel yang matang. Biarpun terpaksa menempuhi halangan dalam menyiapkan novel berkenaan, Raja Azmi mengakui dirinya puas. “Saya mula menulis Karkuma pada 2010. Bagaimanapun, ia terhenti separuh jalan rentetan dugaan yang saya hadapi. Ini termasuk isu tangkap khalwat yang membantutkan proses penulisan novel ini hingga saya berhenti menulis hampir setahun. “Tahun 2011 dan 2012 adalah fasa yang sangat mencabar dalam hidup saya. Selain isu tangkap khalwat, saya berdepan dengan episod perceraian bersama Jailani. Semua itu membantutkan usaha saya untuk menyiapkan novel ini,” katanya. Raja Azmi berkata, Karkuma cukup dekat dengan kisah hidupnya. Menurutnya, biarpun jalan cerita mungkin tidak menggambarkan sepenuhnya perjalanan hidupnya, namun jiwanya menebal dalam novel berkenaan. Karkuma mengisahkan seorang pemuda yang boleh berbicara dengan tumbuh-tumbuhan. Pemuda itu jatuh cinta dengan seorang wanita yang turut diidamkan jejaka lain iaitu Jemang. Konflik ini membawa kepada tindakan Jemang yang cuba menghapuskan Karkuma menggunakan kuasa jin.
Tambah Raja Azmi lagi, hampir 80 peratus novel ini ditulis pada waktu malam. Berkongsi pengalaman menghasilkan novel itu, Raja Azmi berkata, apabila membabitkan babak bersama jin, beliau terketar-ketar dan bulu romanya meremang hingga berhenti menulis. – MYNEWSHUB.MY

Bunuh Diri Bersama Nota "Tidak Tahan Tekanan Kerja" Di Sabah
Gambar Hiasan
Mayat seorang lelaki bersama nota bertulis "tidak tahan tekanan kerja" ditemui di tingkat lima tempat letak kereta di sebuah bangunan di Sandakan hari ini. Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata mayat Chang Fui Leong, 45, dijumpai pada pukul 2.50 pagi dan siasatan lanjut mendapati mangsa dipercayai terjun dari tingkat 10 bangunan berkenaan. Katanya, semakan pada kamera litar tertutup (CCTV) bangunan tersebut mendapati mangsa yang berjalan seorang diri ke tingkat 10 tidak menunjukkan detik-detik ketika mangsa bertindak terjun. Pemeriksaan menemui sekeping nota dalam tulisan Cina pada poket seluar mangsa berbunyi "Saya tidak tahan tekanan kerja, saya bunuh diri, tolong hubungi kawan saya dan adik saya," kata Rowell. Menurut Rowell mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent di Sandakan untuk bedah siasat dan keluarga mangsa telah dimaklumkan berhubung kejadian. Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Bernama, 6 Ogos, 2014.

Menteri Pertanian, Ismail Sabri Pun Turut Sama Boikot
KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub hari ini membatalkan penggunaan kad kredit sebuah bank asing sebagai tanda protes terhadap bank berkenaan yang menutup akaun pertubuhan yang menyokong perjuangan rakyat Palestin baru-baru ini.
Ismail dalam akaun instagramnya @ismailsabri60 memuat naik gambar beliau menggunting kad kredit berkenaan bersama sekeping lagi gambar surat pemberitahuan bahawa beliau mahu membatalkan akaun itu berkuat kuasa serta-merta.
"(Ini) Protes terhadap bank itu yang menutup akaun pertubuhan yang menyokong perjuangan rakyat Palestin...saya sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ditindas Israel," katanya dalam kapsyen yang dimuat naik bersama-sama gambar tersebut.
Tindakan Ismail Sabri itu mendapat banyak komen positif daripada pengikutnya yang rata-rata memuji tindakannya selain status berkenaan juga telah dikongsi ke beberapa laman sosial lain antaranya Twitter dan Facebook. - Bernama
TOP
McDonald Diboikot, Ramly Burger Jadi Pilihan Masyarakat
Setelah beberapa ketika diboikot, McDonald kini telah mengalami kemerosotan mahu dari segi jualan mahupun sokongan pengguna.
Kini, syarikat tempatan Ramly, yang terkenal dengan daging burgernya, menjadi semakin popular di Malaysia. Ternyata hasil dari pemboikotan tersebut mendatangkan kebaikan terhadap syarikat tempatan. Hal ini boleh dilihat apabila di laman sosial Facebook, ramai pengguna memuat naik gambar mereka menjamu selera dengan burger jenama tempatan itu diikuti dengan hashtag #ramly. Ada juga status yang mengatakan gerai Ramly diserang sehingga pelanggan terpaksa beratur untuk membeli burger.
Jika hendak dibandingkan dari segi harga dan keenakan, sudah tentu burger Ramly ini menang. Ramly burger ini menjadi pilihan gerai-gerai kecil yang menjual burger di Malaysia dan harga yang dijual juga adalah murah .Kepada syarikat Ramly, inilah masa untuk menyinar dan memberikan hidangan terbaik kepada rakyat Malaysia.

Pesakit Ebola Dibungkus Untuk Dihantar Ke Hospital
seorang warga Amerika Syarikat yang dijangkiti virus Ebola telah diterbangkan ke negaranya dengan pakaian 'Biohazard' yang diubahsuai supaya tidak tersebar ketika proses pemindahan.
Nancy Writebol yang berusia 59 tahun itu dibawa ke Hospital University Georgia untuk rawatan lanjut. Disana, Writebol akan dirawat bersama-sama seorang lagi pesakit Dr Kent Brantly yang terkena penyakit tersebut semasa merawat pesakitnya.
Pembungkusan itu perlu dibuat kerana untuk mengelakkan penyebaran virus Ebola yang kini belum lagi dapat dapat ditemukan penawar. Penyakit berjangkit itu dikatakan telah membunuh 90 peratus dari mangsanya. Kini korban virus yang tersebut adalah seramai 932 orang. - SiakapKeli.com

Video - Sidang Media PKR Kecoh, Berbeza Calon MB
Sebentar tadi, Parti Keadilan Rakayat Negeri Selangor telah megadakan sidang media untuk menjelaskan kemelut yang berlaku di negeri Selangor pada ketika ini.
Difahamkan, sidang media tersebut menjadi kecoh apabila dua kenyataan berbeza telah diberikan kepada wartawan yang hadir.
Dr Wan Azizah telah dipersetujui untuk dipilih menggantikan Abdul Khalid oleh Majilis Pimpinan Pusat.
“Walaupun beberapa pimpinan Selangor ada membangkitkan cadangan untuk menamakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor, namun kami akur dengan keputusan sebulat suara Majlis Pimpinan Pusat untuk menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.
“Oleh yang demikian, kami menggesa agar semua anggota PKR bersama merapatkan saf serta bersatu dalam menyokong Presiden PKR yang juga ADUN Kajang sebagai calon Menteri Besar,” menurut kenyataan media awal.
Tetapi, keadaan menjadi kecoh apabila ada pihak yang tiba-tiba menyatakan nama Azmin Ali wajar dipertimbangkan sebagai calon MB Selangor. “Tokoh pertama yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-11 (1999) Azmin, mempunyai kelayakan yang wajar dipertimbangkan. “Selain berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan di peringkat Persekutuan selama 15 tahun bersama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau juga merupakan ADUN yang paling berpengalaman dalam PKR,” menurut kenyataan kedua itu.
Kedua-dua kenyataan ini telah menimbulkan kekecohan di sidang media PKR berkenaan. Bagaimanapun satu kenyataan media telah dilakukan bagi mencerahkan salah faham tersebut.
- SiakapKeli.com

Dah puas Buli, Siar Pula Gambar Mangsa Di Facebook
Seorang lelaki bukan setakat dibuli, malah diaibkan pula apabila gambar ketika dia die dibuli telah dimuat naik ke laman sosial Facebook.
Melihat kepada gambar yang dimuat naik, lelaki tersebut dibogelkan, dicederakan serta di perlakukan seperti tiang.
Walau bagaimanapun, pemilik akaun Facebook yang memuat naik gambar tersebut didapati telah memadamkan akaunya setelah kecaman yang dihadapinya dari orang ramai. Tapi dengan teknologi yang ada, mesti ada cara untuk menjejaki pembuli yang sememangnya kurang ajar ni.
Harap ada tindakan dari pihak berkuasa dan hukuman yang setimpal diberikan kepada pembuli fizikal dan emosi ini. Kepada individu yang dibuli, dinasihatkan agar membuat saman malu terhadap individu yang membuli anda - SiakapKeli.com

Yahudi 'Cerdik' Kutuk Uniform Askar Malaysia
Nampaknya ada salah faham berlaku dalam kalangan Zionis-zionis sekalian.
Mengikut gambar yang disebarkan dalam forum, mungkin terjadi satu perdebatan diantara orang melayu yang bernama Mohamad Azlan dan juga seorang yang bernama Rabbi Burns yang jelas-jelas merupakan seorang Yahudi.
Rabbi Burns dalam gambar terbabit telah menanyakan Mohammad Azlan "Kenapa askar korang pakai baju "orang perempuan". Dalam gambar tersebut juga, seorang yang bernama Bob Knot telah komen askar Melayu sebagai "Penakut". Ini jelas menunjukkan mereka ni tidak tahu apa-apa pasal Malaysia dan adat resam kita. Wahai Yahudi, itu adalah SAMPIN, bukannya skirt. Dan itu bukannya pakaian askar pakai untuk pergi perang. Nampaknya orang Yahudi ni tidak lah sepandai macam yang kita sangkakan. Ada juga kebodohannya - SiakapKeli.com

Nik Aziz Tetap Pertahan Khalid Sebagai MB Selangor
KOTA BHARU – Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini sekali lagi mempertahankan kenyataannya agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.
Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata tidak ada sebab baginya untuk mengubah pendirian berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor itu.
“Saya cakap sekali sahaja, bukan dua kali. Anda boleh ‘check’ (periksa) kenyataan saya dahulu,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini.
Beliau yang kelihatan sedikit uzur menasihatkan pihak lain yang menuduh Abdul Khalid terbabit dengan salah laku semasa memegang jawatan itu agar tidak berterusan memburukkan Menteri Besar itu.
“Sebarang tuduhan sesama sendiri boleh membawa kesan yang tidak baik. Tidak elok untuk membuka keaiban orang lain,” katanya.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Saifuddin Nasution baru-baru ini mendakwa Abdul Khalid perlu ditukar kerana terdapat masalah keraguan integriti susulan isu penyelesaian hutang Abdul Khalid dengan sebuah bank. - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment