TOP
Jumpa 10 Km Dari Tempat Jatuh Sungai
Kuala Lipis – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Tanjung Sekawin, Kuala Lanar, dekat sini, ketika menjala ikan bersama rakannya Sabtu lalu, ditemui pagi tadi.
Mayat Marzuki Mat, 34, yang berasal dari Taman Sri Maulana, dekat Pekan dan bekerja di kantin Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, ditemui lengkap berpakaian kira-kira 10 pagi.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mayat mangsa ditemui oleh sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis, kira-kira 10 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
“Pasukan penyelamat tidak menghadapi sebarang masalah untuk membawa naik mayat mangsa yang ditemui masih lengkap berpakaian sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.
Menurutnya, susulan penemuan mayat mangsa, polis sudah menutup bilik gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan mengesahkan kejadian itu tidak membabitkan sebarang unsur jenayah sebaliknya mengklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.
Dalam kejadian Sabtu lalu itu, Marzuki dilaporkan terjatuh ketika menjala ikan bersama rakannya di kawasan berkenaan pada 7.35 malam. – myMetro Online
TOP
Kastam Berdepan 2 Ancaman Utama, Ekonomi & Jenayah
KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kini berdepan dengan dua ancaman utama iaitu ekonomi dan jenayah yang membabitkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.
Pengarah JKDM Sabah, Datuk Dr Janathan Kandok berkata ancaman ekonomi melibatkan masalah penyelewengan dan penyeludupan barangan manakala ancaman jenayah pula membabitkan peruntukan mengikut Akta Dadah Berbahaya selain kemasukan barang larangan yang memudaratkan keselamatan rakyat.
Beliau turut menegaskan bahawa JKDM adalah satu-satunya agensi kerajaan yang bukan sekadar berperanan mengutip cukai, tetapi mempertahankan ketenteraman negara daripada sebarang ancaman keselamatan.
“Malah, JKDM juga bertindak menjaga sempadan negara bagi mengelak penyeludupan unggas atau flora dan fauna yang membawa penyakit, kerosakan tanaman dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis serah terima tugas iaitu Yunos Tahir dilantik sebagai Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan dan Madrim Tasan dilantik Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkuat kuasa hari ini.
Katanya JKDM Sabah kini mempunyai lima timbalan pengarah bagi mengukuh dan memantapkan fungsi jabatan itu terdiri daripada Bahagian Perkastaman, Perkhidmatan Teknik, Penguatkuasaan, Pematuhan dan GST.
Pada majlis itu, Janathan menerima Komputer Riba 1Malaysia daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). – BERNAMA
TOP
JPNP Jumpa Ibu Bapa Pelajar Kena Buli
KUANTAN – Jabatan Pendidikan negeri akan mengadakan pertemuan dengan ibu bapa seorang pelajar tingkatan tiga yang didakwa dibuli sekumpulan pelajar senior sebuah sekolah berasrama di Muadzam Shah, minggu lepas.
Pengarahnya, Rosdi Ismail berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan lengkap berhubung insiden berkenaan bagi mengenal pasti punca kejadian sebelum membuat tindakan susulan terhadap mereka yang terlibat.
“Berdasarkan maklumat awal yang saya terima, hanya empat pelajar senior yang terbabit dengan kejadian itu.
“Bagaimanapun, pihak kami memandang serius kejadian ini dan tidak bertolak-ansur dengan sebarang aktiviti buli membabitkan pelajar di negeri ini,
“ katanya ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Dalam kejadian minggu lalu, pelajar berkenaan mendakwa dibelasah 14 pelajar senior yang tidak berpuas hati dengan tindakannya menulis satu komen di laman sosial Twitter 18 Ogos lepas.
Difahamkan dia turut dipukul seorang pelajar tingkatan lima menggunakan tin biskut hingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Muadzam Shah bagi mendapatkan rawatan. – BERNAMA
TOP
Singkatkan Operasi Kaunter, Guna Perkhidmatan `Online’
KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) mengumumkan waktu operasi kaunter syarikat itu akan disingkatkan dari pukul 8 pagi hingga 5 petang kepada 9 pagi hingga 4.30 petang berkuasa 1 September ini.
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred berkata, perkhidmatan kaunter hujung minggu Syabas iaitu pada hari Sabtu dari pukul 9 pagi hingga 12 tengahari turut dibatalkan.
Kata beliau, keputusan itu dibuat kerana Syabas telah membangunkan pelbagai saluran alternatif untuk kemudahan pengguna berurusan termasuk pembayaran bil secara dalam talian atau aduan menerusi talian bebas tol.
“Dengan pelbagai saluran alternatif yang telah diwujudkan bagi memberikan `perkhidmatan Syabas di jari pengguna’, pengguna mampu mengurangkan keperluan untuk melakukan urusan bekalan air di kaunter perkhidmatan Syabas.
“Oleh demikian, Syabas ingin memaklumkan bahawa berkuatkuasa 1 September 2014, waktu kaunter perkhidmatan Syabas di 10 pejabat-pejabat wilayah Syabas beroperasi akan dipinda ke waktu baharu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Priscilla memberi contoh `perkhidmatan Syabas di jari pengguna’ seperti perbankan secara `online’, perbankan telefon, Mesin Juruwang Automatik (ATM), auto-debit, kad kredit, mesin deposit tunai, pembayaran secara tunai, cek, bank deraf dan Portal Perkhidmatan Pengguna Atas Talian.
Jelasnya, dengan kerjasama institusi perbankan serta syarikat-syarikat lain, pelbagai saluran interaktif menggunakan teknologi talian dan internet yang telah dibangunkan didapati berkesan dalam memberi kemudahan kepada pengguna untuk berurusan dengan Syabas di mana dan pada bila-bila masa.
Justeru, katanya, Syabas mengesyorkan kepada seluruh pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya agar lebih aktif menggunakan saluran-saluran alternatif yang disediakan itu kerana lebih mudah dan menjimatkan masa.
“Para pengguna juga disarankan untuk melayari laman web Syabass di www.syabas.com.my untuk mendapatkan senarai ejen-ejen kutipan dan kiosks rasmi yang sah berdaftar dengan pihak Syabas serta aplikasi-aplikasi lain yang boleh digunakan bagi urusan berkenaan,” katanya. – mynewshub.my
TOP
Diskaun Tol Merdeka 10% Lebuh Raya Shah Alam
KUALA LUMPUR – Orang ramai yang menggunakan Lebuh Raya Shah Alam (LSA) pada 31 Ogos ini akan menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus.
Kesas Sdn. Bhd. (Kesas) dalam satu kenyataan media memberitahu, pemberian diskaun tol itu bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57.
“Diskaun tol untuk kenderaan kelas 1 ini berkuatkuasa dari pukul 12.01 pagi hingga 11.59 malam pada 31 Ogos 2014.
“Diskaun ini membolekan pengguna LSA menikmati kadar tol sebanyak RM1.80 berbanding kadar biasa RM2,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, pemberian diskaun tol itu sebagai menyahut saranan kerajaan dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut diminta menghubungi talian 03-5633 7188 atau melayari laman web www.kesas.com.my. – mynewshub.my
TOP
Teerasil Pemain Pertama Thailand Beraksi Dalam Liga Sepanyol
BANGKOK – Penyerang bola sepak, Teerasil Dangda muncul pemain pertama dari Thailand untuk beraksi dalam Liga Sepanyol apabila dia hadir selaku pemain gantian ketika Almeria seri 1-1 menentang Espanyol, semalam.
Pemain berusia 26 tahun itu bersama kelab berkenaan atas pinjaman semusim daripada kelab Liga Perdana Thailand, Muangthong United. Dia kini berhajat mahu mendapatkan perpindahan tetap ke kelab Sepanyol itu yang nyaris tersingkir ke liga bawah, musim lalu ketika menyudahkan cabaran dengan hanya satu mata daripada zon bahaya.
“Saya sudah pun gembira apabila dinamakan pemain gantian untuk perlawanan ini.
Saya amat teruja apabila dapat beraksi atas gelanggang di sini. Sukar untuk menerangkan kegembiraan saya ketika ini,” kata Teerasil kepada media Thailand, semalam.
Sebelum ini, Teerasil mewakili juara Sepanyol, Atletico Madrid untuk satu tempoh singkat, tahun lalu tetapi tidak beraksi dalam pasukan utama.
Dia turut menjalani ujian pemilihan bersama Manchester City pada 2007 ketika kelab itu dimiliki Thaksin Shinawatra. Dia tidak dapat memenuhi hajat itu kerana gagal mendapat permit kerja.
Teerasil – tonggak pasukan kebangsaan Thailand – berkata adalah terlalu awal untuk menyebut sama ada dia akan mendapat perpindahan tetap ke Almeria. – Reuters
TOP
Puspakom Periksa Percuma 4,000 Kenderaan
KUALA LUMPUR – Lebih 4,000 kenderaan menjalani pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Berkomputer Sdn. Bhd. (Puspakom) yang diberi secara percuma kepada orang ramai bersempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mohammed Shukor Ismail berkata, pemeriksaan percuma dari 9 hingga 26 Julai di semua cawangan Puspakom itu turut disediakan di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Dengkil dan Ayer Keroh.
“Pemeriksaan percuma ini bukan sahaja merupakan tanggungjawab sosial syarikat, tetapi juga bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap kepentingan memeriksa kenderaan mereka,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohammed Shukor berkata, pemeriksaan percuma itu juga membantu orang ramai memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik semasa pemanduan pada musim perayaan ini.
Malah, katanya, laporan pemeriksaan yang dikeluarkan kepada orang ramai selepas pemeriksaan percuma itu boleh digunakan sebagai rujukan di bengkel memperbaiki kenderaan. – mynewshub.my
TOP
AirAsia Kembali Promosi Tempat Duduk Percuma
KUALA LUMPUR – AirAsia kini kembali dengan promosi tempat duduk percuma bagi semua destinasinya dan AirAsia X.
Tawaran berkenaan melibatkan tiga juta tempat duduk untuk tempahan serta-merta mulai hari ini hingga 31 Ogos 2014.
Promosi ini dibuka untuk penerbangan ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa dari serendah RM229 bagi tempoh perjalanan dari 1 Mac hingga 25 Oktober, 2015.
Program ‘BIG Loyalty’ AirAsia juga mengadakan kempen khas untuk pemegang kad dalam tempoh ini. BIG Shots dapat menebus tempat duduk percuma dari mata sifar bagi perjalanan sehala. – BERNAMA
TOP
Selatan Thailand Selamat Untuk Pelancong
PATTANI (Selatan Thailand) – Industri pelancongan yang kian suram di beberapa wilayah di selatan Thailand angkara pertelingkahan berdarah sejak beberapa tahun lalu diharap kembali pulih dan dikunjungi semula pelancong terutama dari Malaysia.
Ketua Penerangan Lima Wilayah Sempadan Thailand, Samphan Musodi berkata walaupun agak sukar untuk memastikan bila pergolakan itu akan berakhir namun yang pasti keadaan itu sebenarnya tidak membahayakan pelancong yang datang.
“Kami menerima anda (pelancong) dengan senang hati dan ingin memberitahu anda bahawa anda sangat selamat untuk berada di wilayah ini.
“Bantulah kami untuk pulihkan semula industri pelancongan dan dengan itu anda dapat membantu rakyat kami yang terbabit secara langsung dalam industri ini,” katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir program Persahabatan Media Malaysia-Thailand yang diadakan di Yala dan wilayah ini sejak Rabu sehingga Jumaat lepas.
Hadir sama pada program itu ialah Setiausaha Kelab Wartawan Akhbar Selatan Thailand Abdul Karim Ramansiriwong yang juga Presiden Kelab Wartawan Yala, Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) Azran Fitri Abdul Rahim, Presiden Kelab Media Perlis Shahidi Shahidan dan Presiden Kelab Stringer Wilayah Utara (KSWU) Che Saad Noordin.
Pada program itu wartawan Malaysia telah dibawa berkunjung ke beberapa lokasi menarik sekitar Yala dan wilayah ini termasuk melawat masjid tertua di Kampung Langa dan perusahaan industri desa di sini.
Masjid Najmudin yang kini berusia hampir 400 tahun dalam proses naik taraf di Kampung Langa dan di situ tersimpannya sebuah al-Quran tulisan tangan yang dianggarkan berusia hampir 1,000 tahun.
Menariknya pelan masjid lamanya telah direka oleh seorang sami Buddha dan dibangunkan bersama masyarakat Islam dan Buddha di kampung berkenaan yang dihuni lebih 52 peratus penduduk Islam.
Samphan berkata mereka yang terbabit dalam industri desa menerusi program “One Tambun One Product” (Satu Kampung Satu Produk) itu benar-benar mengharapkan kedatangan pelancong untuk membeli produk yang dihasilkan mereka.
“Seperti di kampung ini mereka mengusahakan produk yang diperbuat daripada pisang yang mana pekerja terdiri daripada penduduk kampung dan mengharapkan kedatangan pelancong untuk sumber pendapatan mereka,” katanya.
Mengulas keadaan keselamatan di sini yang disifatkan banyak pihak sebagai berbahaya, Samphan berkata perkara itu hanya pandangan semata-mata dan memberi jaminan keselamatan pelancong tetap diutamakan.
“Apa yang berlaku, ia (pergolakan) tidak menyasarkan sama sekali pelancong dan jika dilihat terdapat ramai anggota pasukan keselamatan yang meronda dan berkawal semata-mata untuk memastikan kawalan berada pada tahap terbaik,” katanya.
Beliau juga mengharapkan kerjasama media Malaysia dapat menguar-uarkan keadaan sebenar di wilayah selatan Thailand itu dan melaporkan dalam akhbar masing-masing.
Pada program itu wartawan Malaysia turut diraikan Gabenor Wilayah Yala, Deirath Simsiri di kediaman rasminya di Yala.
Sementara itu, Abdul Karim berharap situasi sebenar keadaan di wilayah itu dapat dijelaskan oleh media di Malaysia dan media di selatan Thailand bersedia pada bila-bila masa membantu media Malaysia dalam bentuk pertukaran berita yang lebih jelas.
“Kami media di selatan Thailand ini sangat mengharapkan kerjasama media Malaysia dan sebarang maklumat mengenai keadaan sebenar di sini kami boleh membantu agar media Malaysia mendapat gambaran sebenar,” katanya. – BERNAMA
TOP
Bagiam, Subramaniam Angkat Sumpah Senator
KUALA LUMPUR – Pengerusi MIC Bahagian Petaling Jaya Selatan, V. Subramaniam dan Ketua Wanita MIC Selangor, S. Bagiam Ayem Perumal hari ini mengangkat sumpah sebagai senator bagi penggal kedua.
Upacara angkat sumpah dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Bangunan Parlimen di sini.
Pelantikan semula Subramaniam, 59, dan Bagiam, 55, sebagai anggota Dewan Negara adalah untuk tempoh tiga tahun. Kedua-duanya pertama kali dilantik sebagai senator pada Ogos 2011.
Selain menjadi Ketua Wanita MIC Selangor, Bagiam merupakan Pengerusi Persatuan Pembangunan Kebajikan Wanita Selangor.
Subramaniam yang menjadi anggota MIC sejak 1977 pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Awam dan Keselamatan MIC dari 1989 hingga 1994.
Dalam ucapannya, Abu Zahar mengingatkan setiap anggota Parlimen supaya menghindari sikap perkauman atau menyentuh isu-isu agama semata-mata untuk politik murahan kerana ia boleh mengancam keharmonian rakyat dan keselamatan negara.
Kedua-dua senator itu ketika ditemui pemberita berkata mereka akan memikul tanggungjawab dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara. – BERNAMA
TOP
Oppo Neo 5 Dengan Sokongan 4G LTE Berharga RM598
Oppo yang terkenal dengan beberapa peranti berspesifikasi tinggi mereka kini menambah sebuah peranti baru dengan spesifikasi rendah, iaitu Oppo Neo 5.
Menariknya, peranti ini hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE, dan ditawarkan pada harga RM598. Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin bersaiz 4.5-inci dengan resolusi 854×480 pixel, cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan 4GB (dengan sokongan kad-SD sehingga 32GB), dan bateri berkapasiti 1900mAh.
Ia turut menggunakan kamera hadapan 2-megapixel, dan kamera belakang 5-megapixel. Telefon ini turut dilengkapi dengan ColorOS berasaskan Android 4.3 padanya. Mungkin Oppo Neo 5 ini merupakan telefon pintar dengan sokongan LTE termurah yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan Oppo Neo 5 ini daripada para pengedar rasmi Oppo seluruh negara bermula hari ini.
Sumber: GSMARENA
Oleh: hzqahmd

MH370: Pegawai Bank & Suami Diarah Lantik Peguam
KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen hari ini memberi tempoh sebulan kepada seorang pegawai bank dan suaminya untuk melantik peguam berhubung kes memindah dan mengeluarkan wang berjumlah RM85,180 daripada akaun milik empat mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370, antara Mei dan Julai lepas.
Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Nur Shila Kanan, 33, dan suaminya Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, untuk mereka melantik peguam.
Norsharidah kemudian menetapkan 25 Sept ini untuk sebutan semula kes itu selepas ia disebut di hadapannya hari ini.
Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya masih belum menyerahkan sebarang dokumen kepada tertuduh atau mana-mana peguam yang akan mewakili mereka.
Pada 20 Ogos lepas, Nur Shila dan Basheer Ahmad Maula, masing-masing berdepan 12 dan empat pertuduhan, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.
Pasangan itu dibebaskan dengan ikat jamin RM12,000 setiap seorang.
Nur Shila menghadapi empat pertuduhan memindahkan wang milik rakyat Malaysia Hue Pui Heng berjumlah RM40,000 ke akaun rakyat China, Tian Jun Wei manakala RM35,000 lagi dipindahkan ke akaun Ali Faran Khan.
Dia didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM150,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Nur Shila turut berdepan tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu borang permohonan baharu kad debit atas nama Tian dan dua borang pindahan tempatan akaun simpanan atas nama Ju Kun, wargan China dan Tan Size Hiang, seorang pramugara.
Dia juga didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu Borang Permohonan Perkhidmatan Perbankan Internet atas nama Judy Margaret Lai untuk mendapatkan ‘Security Device’ bagi mengaktifkan perkhidmatan perbankan internet.
Bagi keempat-empat kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Nur Shila juga menghadapi dua pertuduhan menipu penyelia bank, Nor Aini Derus@Mat Rose dan Mohd Fazli Mokhtar untuk mempercayai permohonan baharu kad debit bagi akaun simpanan Tian dan Lai telah dibuat oleh pemohon sendiri.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Nur Shila juga didakwa terhadap dua pertuduhan mencuri wang berjumlah RM2,530 daripada akaun Ju Kun dan Tan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Dia mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan alternatif iaitu mencuri wang milik empat mangsa yang sama.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di bank HSBC tempat dia bekerja di cawangan Lebuh Ampang, di sini antara 14 Mei dan 8 Julai lepas.
Basheer Ahmad Maula pula berdepan empat pertuduhan menggunakan kad debit dan kad ATM akaun simpanan Tian untuk mengeluarkan wang berjumlah RM7,650 dalam empat transaksi berasingan.
Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997.
Tertuduh juga didakwa bagi empat pertuduhan alternatif iaitu mencuri wang sama daripada akaun simpanan yang sama mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di ATM HSBC Amanah Ampang Point, Ampang di sini antara 10.02 pagi 15 Mei lepas dan 11.28 malam 29 Jun lepas. – BERNAMA
TOP
Pasukan Khas Tangani Kes Jenayah Di Kelantan
KOTA BAHARU – Polis Kelantan akan mewujudkan pasukan khas bagi menangani kes kecurian kenderaan, lumba haram dan dadah yang semakin berleluasa di negeri ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata pasukan itu akan dilancarkan minggu ini berikutan peningkatan ketara kes berkenaan.
“Kita mendapati 60 peratus kes jenayah melibatkan kes curi kenderaan. Selain itu, kes lumba haram juga ada pada setiap minggu selain tangkapan melibatkan dadah juga meningkat.
“Jadi, kita ingin membanteras kegiatan jenayah demi menjaga keamanan negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Datuk Rosli Abdul Rahman, yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, kini sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan.
Mazlan berkata tumpuan utama pasukan khas ini adalah di beberapa kawasan di sekitar Kota Baharu dan daerah lain yang dikenal pasti.
“Kita telah kenal pasti beberapa kawasan yang menjadi tempat lumba haram di sekitar Kota Baharu dan tindakan segera akan diambil bagi memastikan remaja tidak terlibat. Kita akan cari siapa penganjur,” katanya.
Selain itu, Mazlan berkata penilaian terhadap pasukan khas berkenaan akan dibuat setiap enam bulan. – BERNAMA
TOP
Golongan Bumiputera Jangan Gelojoh Jual Tanah
KUANTAN – Golongan bumiputera khususnya kaum Melayu digesa agar tidak terlalu gelojoh menjual tanah yang dimiliki bagi memastikan pemilikan tanah golongan berkenaan tidak jatuh ke tangan pihak luar.
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pemilikan tanah bagi golongan bumiputera penting bagi menjamin masa depan generasi akan datang dan mengelak golongan berkenaan ‘mengemis’ di tanah sendiri.
“Orang kita kalau ada benda semua nak jual. Ada tanah, sikit-sikit nak jual. Baru dapat kelulusan (pejabat tanah) hari ini, esok dah nak jual.
“Walaupun kita ada tanah yang tidak dibangunkan jangan jual,” katanya pada Majlis Jamuan Hari Raya Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Ishak Muhamad, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani dan barisan exco kerajaan negeri.
Adnan dalam pada itu berkata kaum bumiputera khususnya umat Islam perlu mengambil iktibar kejadian yang menimpa rakyat Palestin yang kini dizalimi dan dihalau dari tanah sendiri oleh kerajaan Israel akibat kesilapan generasi terdahulu.
Katanya penderitaan yang dialami penduduk Islam di Gaza Palestin juga berlaku akibat tiadanya perpaduan dalam kalangan umat Islam yang kini dilihat berpecah belah.
“Semangat perpaduan juga perlu terus dipupuk dan tidak berpecah belah agar kejadian sama tidak menimpa umat Islam di negara ini,” katanya.
Pada majlis berkenaan Adnan turut melancarkan Tabung Hari Pahlawan dan penyerahan bendera untuk kempen Kibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57. – BERNAMA
TOP
2 Rakyat Palestin Terbunuh Dalam Serangan Udara
BANDARAYA GAZA – Serangan udara Israel di Gaza malam tadi mengakibatkan dua rakyat Palestin terbunuh, menjadikan jumlah kematian dalam peperangan tujuh minggu itu meningkat kepada 2,122.
Jurucakap bagi tentera rejim Israel, berkata pesawat perang melakukan 16 serangan. Tiada roket ditembak ke arah wilayah Israel dari Semenanjung Gaza sejak 9 malam waktu tempatan malam tadi.
Dua masjid di Beit Hanun, di utara Semenanjung Gaza, dan di bandaraya Gaza musnah dalam serangan itu, kata saksi. – AFP
TOP
Maut Tercampak Dari Van Di Ayer Keroh
Alor Gajah – Seorang lelaki terbunuh selepas van Nissan Vanette dipandu hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), di Gangsa, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, mangsa Ding Cheng Hooi, 46, mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan badan selepas tercampak dari kenderaan itu.
Kemalangan dipercayai berlaku selepas kenderaan itu hilang kawalan akibat masalah teknikal sebelum terbalik beberapa kali dan terpelosok ke dalam longkang diri kiri jalan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan kejadian dan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – myMetro Online
TOP
Maria Farida – ‘Artis Baru Tak Hormat Pengurusan Masa’
SIAPA sangka pelakon Maria Farida pernah meninggalkan lokasi penggambaran gara-gara tidak tahan menunggu artis-artis baru yang lambat tiba.
Memetik luahannya menerusi Rotikaya, dia berkata, sebahagian artis baru tidak hormat kepada pengurusan masa dan tidak menghormati krew-krew serta artis-artis yang bekerja bersama mereka.
Akibatnya, babak mereka terpaksa ditangguhkan dan ini menjejaskan masa pelakon lain untuk menunggu babak seterusnya.
Dek kerana itu jugalah, Maria lebih selesa bekerja dengan produksi yang tidak bermasalah selain lebih selektif dalam memilih naskah yang ditawarkan.
Kami setuju 100 peratus dengan apa yang dikatakan oleh pelakon berpengalaman itu.
Sepatutnya sebagai artis baru, mereka perlu berusaha menunjukkan tahap disiplin yang terbaik bagi memastikan nama mereka menjadi pilihan para pengarah di masa akan datang.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Polis Tahan 20 GRO Rakyat Asing Di George Town
GEORGE TOWN – Dua puluh wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam operasi polis di sebuah pusat hiburan di Jalan Madras di sini malam tadi.
Ketua Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang DSP Mohd Yusri Othman berkata mereka yang ditahan dalam operasi dua jam bermula 10 malam itu ialah 18 rakyat China dan masing-masing seorang wanita Myanmar dan Vietnam.
“Ini serbuan kali ketiga di premis itu tahun ini dan polis turut menahan seorang lelaki disyaki penjaga premis berusia 60 tahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata 19 daripada wanita itu didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan seorang lagi gagal menunjukkan dokumen
perjalanan yang sah.
Wanita berumur antara 17 dan 32 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut, katanya. – BERNAMA
TOP
Kabel USB Yang Mengecas Sehingga 3 Peranti Sekaligus
Dengan perkembangan pesat kepelbagaian peranti mudah-alih dan peranti boleh-pakai, salah satu masalah yang sering dihadapi adalah had untuk mengecas sesuatu peranti disebabkan kekurangan plug.
Perkara ini cuba diatasi oleh Samsung dengan sebuah aksesori baru mereka yang menawarkan kabel pengecasan ke sehingga 3 peranti pada sesuatu masa. Dinamakan sebagai Samsung Multi-Charging Wall Charger, ia boleh mengecas sehingga tiga peranti berasaskan mikro-USB pada masa yang sama dimana ia membahagikan 2A ke semua peranti.
Sekiranya anda menghubungkan tiga peranti, maka ia akan menerima pengecasan sebanyak 667mA untuk setiap peranti, dan meningkat kepada 1A sekiranya hanya dua peranti dihubungkan, serta kepada 2A apabila hanya satu peranti dihubungkan. Perkara ini sekaligus akan memudahkan pengguna untuk mengecas peranti, walaupun mungkin mengambil masa sedikit lama berbanding kebiasaan. Kabel ini ditawarkan sebagai aksesori tambahan, berharga sebanyak USD39.99 (RM127) di Amerika Syarikat, ia tidak diketahui lagi sama ada kabel ini akan memasuki pasaran tempatan ataupun sebaliknya.
Sumber: engadjet

Anwar Tolak Tawaran Perlindungan Di Luar Negara Elak Dipenjara
KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan telah menolak beberapa tawaran daripada pemimpin negara asing untuk perlindungan khas menjelang prosiding akhir rayuan kes liwat IInya pada Oktober depan.
Jika rayuan Anwar ditolak, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan meringkuk semula di dalam penjara.
Pada Mac lepas, Anwar telah disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tetapi kesnya itu kini menunggu peringkat akhir rayuan pada 28 dan 29 Oktober di Mahkamah Persekutuan.
Seorang pembantu politik yang enggan namanya didedahkan menurut laporan The Star, enggan mengulas lanjut tetapi memaklumkan bahawa tawaran yang diterima Anwar benar-benar berlaku.
Sebelum ini, Anwar dipetik laman web The Star mengatakan bahawa beliau mengakui telah menerima tawaran tersebut bagi mengelakkan dirinya dipenjarakan.
“Saya sudah bertemu beberapa pemimpin luar negara yang menasihati saya supaya keluar daripada negara ini untuk mengelakkan dipenjara.
“Pada umur saya, mereka tidak boleh membayangkan saya terpaksa meringkuk di sebalik tirai besi,” kata Anwar ketik berucap pada hari terakhir Kongres PKR semalam.
Anwar bagaimanapun berkata, beliau akan tetap berada di Malaysia kerana yakin keputusan Mahkamah Persekutuan akan menyebelahi dirinya.
Anwar sebelum ini pernah dipenjarakan selama enam tahun kerana kesalahan sama dan juga kesalahan salah guna kuasa pada 1998 termasuk beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Khalid Nafi Penyelesaian Hutang Banknya Mencurigakan
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan penyelesaian pinjaman peribadi RM66 juta Bank Islam dilakukan dalam keadaan mencurigakan.
Khalid ketika menjelaskannya kepada kakitangan kerajaan Selangor berkata, semua penyelesaian tersebut dibuat dengan telus.
“Tiada apa-apa manfaat yang diberikan kepada sesiapa pun dalam penyelesaian tersebut.
“Saya sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.
“Saya rasa biarlah proses undang-undang berjalan untuk membersihkan nama baik saya,” katanya ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam hari ini.
Katanya, mana-mana pihak yang masih curiga boleh mengemukakan aduan kepada Bank Negara dan membuat semakan audit.
Khalid berkata, tindakannya mendiamkan diri tentang isu pinjaman Bank Islam kerana mahu menjaga kerahsiaan bank dan enggan melanggar undang-undang dibawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).
Katanya, mana-mana pihak yang bekerja dalam industri pelaburan semestinya tahu bahawa rahsia bank tidak boleh diberikan kepada umum kerana ada undang-undang yang memberi kuasa kepada bank menangkap mereka yang mendedahkan rahsia.
“Jika simpan duit atau buat pinjaman dalam bank, ia mesti dirahsiakan kalau tidak akan menyusahkan orang yang simpan duit dalam bank,” katanya.
Katanya, tohmahan ini secara tidak langsung mencalarkan reputasi kerajaan negeri Selangor.
“Saya percaya kalangan penjawat awam turut mengikuti situasi perjalanan politik kerajaan negeri Selangor sejak beberapa bulan ini.
“Terlalu banyak tohmahan yang dilemparkan, termasuklah isu pinjaman peribadi saya.
“Walaupun saya tidak suka mencampuri urusan peribadi dengan kerja, tohmahan ke atas saya ini turut mencalar corak gerak kerja kerajaan Selangor,” katanya.
Isu pinjaman Bank Islam dijadikan peluru bagi PKR mendesak Khalid segera berundur daripada jawatan menteri besar dengan segera selepas tokoh korporat itu enggan menurut arahan parti supaya berbuat demikian.
Mahkamah Rayuan pada Mac 2010 memutuskan Khalid tidak perlu membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam selepas mengenepikan rumusan penghakiman bank tersebut terhadapnya kerana gagal menyelesaikan kemudahan pinjaman Islam itu. – The Malaysian Insider
TOP
Maut Dipatuk ‘Kepala Tedung’ Di China
Guangzhou – Seorang chef mati dipatuk ular tedung 20 minit selepas kepala reptilia berkenaan dipisahkan dari badannya untuk dimasak.
Dalam kejadian itu, tukang masak berasal dari Foshan, Peng Fan dilaporkan sedang menyiang seekor ular tedung. Restoran berkenaan memang dikenali ramai kerana menyediakan hidangan istimewa menggunakan daging ular tedung Indochina.
Media semalam melaporkan, Peng bercadang membuang kepala ular itu ke dalam tong sampah apabila dia dipatuk. Sumber berkata, badan ular itu biasanya dimasak sup manakala kepalanya dibuang begitu saja. Ia adalah hidangan popular di Guangdong dan banyak ditawarkan di restoran mewah wilayah berkenaan.
Pelanggan restoran itu, Lin Sun, 44, berkata, dia datang bersama isterinya ke restoran berkenaan untuk meraikan hari lahir apabila tiba-tiba suasana menjadi kecoh.
“Kami tidak mengetahui apa yang berlaku, tetapi dapat mendengar jeritan dari dapur. “Kami nampak pekerja restoran menghubungi doktor. “Apabila bantuan perubatan tiba, dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Selepas mendengar berita itu, dia dan isterinya segera meninggalkan restoran berkenaan. Mangsa patukan ular tedung Indochina biasanya mengalami sesak nafas kerana toksik dalam bisa ular melumpuhkan sistem pernafasan.
Jurucakap polis berkata, ia adalah kes luar biasa tetapi dikategorikan sebagai kemalangan.
“Tiada apa yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan Peng. “Sepatutnya vaksin antibisa boleh membantu, namun ia tidak sempat diberikan. Ia memang tragik,” katanya.
Pakar ular, Yang Hong-chang berkata, menyatakan semua reptilia boleh hidup sehingga satu jam selepas terputus sebahagian atau keseluruhan badannya.
“Memang ada kemungkinan ular itu masih hidup walaupun kepala dan badannya sudah terpisah. “Apabila kepala ular dipotong, sistem badannya terhenti namun masih ada tindak balas boleh berlaku dan ia mampu mematuk,” katanya. – Agensi
TOP
Pas Tak Akan ‘Sign’ Akuan Bersumpah Sokong Dr. Wan Azizah
Seramai 13 lagi ADUN PAS di Selangor tidak akan menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail walaupun menyokong pencalonannya sebagai menteri besar baru Selangor.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hanya memberikan kenyataan ringkas sewaktu ditanya tentang perkara itu pada sidang media pagi ini.
“Nak tandatangan atau tidak? Tak,” jawabnya ketika ditanya wartawan.
Jelasnya sebelum itu, soal SD itu “tidak dibangkitkan” dalam mesyuarat anggota jawatankuasa Pusat PAS pagi ini.
“Tak berbangkit itu maknanya taklah,” katanya lagi.
Sebelum ini PAS mencadangkan dua nama kepada Pakatan Rakyat bagi menggantikan Menteri Besar sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Selain Wan Azizah, PAS turut mencadangkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baru.
Bagaimanapun, Pakatan akhirnya hanya menghantar nama Wan Azizah kepada pihak istana.
Sebelum ini, ADUN PAS Hulu Kelang Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) menandatangani SD menyokong Wan Azizah ketika parti itu masih lagi menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar.
Bagaimanapun, Saari Sungib kemudiannya menjelaskan bahawa kehadirannya di sidang media bersama Wan Azizah itu, bukan untuk menyokong presiden PKR itu sebagai menteri besar Selangor, sebaliknya bertujuan menolak Khalid,
Sementara itu, dalam sidang media tengah hari ini, Mustafa turut membacakan kenyataan iringannya tentang pelantikan menteri besar Selangor.
“Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untik menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor,” katanya. – Malaysiakini.com
TOP
MH17: Jangan Lupakan Jasa Besar Ustaz, Ustazah JAKIM Kita
DI SEBALIK ketibaan jenazah-jenazah mangsa MH17, ramai yang terlupa tentang sekumpulan ‘wira yang tidak didendang’ ini.
Mereka adalah para ustaz dan pegawai JAKIM yang terlibat memandi, mengkafan serta menyembahyangkan jenazah-jenazah mangsa beragama Islam ini di Belanda. Mereka diterbangkan khas dari Kuala Lumpur sebaik saja insiden itu diketahui. Walaupun berdepan mayat lama (hampir sebulan) dan kemungkinan ada mayat yang tidak sempurna, di tangan para ustaz dan ustazah inilah kesemua mayat itu diuruskan mengikut hukum syarak hingga membolehkan ia disemadikan di bumi Malaysia. Sesungguhnya besar jasa ustaz dan ustazah ini. Walaupun kisah mereka tidak banyak mendapat liputan, namun kami di Mynewshub.my secara peribadi sangat kagum dan terkesan dengan kesungguhan mereka. Marilah kita berdoa agar para pegawai JAKIM yang terlibat ini dilimpahi rahmat dan mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat.
Terima kasih JAKIM, terima kasih ustaz, terima kasih ustazah. Andalah ‘unsung heroes’ kami! – Mynewshub.my

Siasatan Nahas MH17 Mungkin Ambil Masa – Hishammuddin
Siasatan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine mungkin akan memakan masa lama kerana ia membabitkan pasukan siasatan antarabangsa.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata setakat ini pasukan penyiasat masih berusaha untuk mengumpul semua bukti yang ada.
Namun begitu, penerimaan masuk pasukan penyiasat Malaysia baru-baru ini untuk terlibat sama dalam siasatan tersebut dilihat sebagai satu usaha awal mencari jalan penyelesaian dan keadilan kepada keluarga mangsa.
“Penerimaan Malaysia dalam pasukan penyiasat antarabangsa merupakan langkah pertama kita untuk memberikan keadilan kepada keluarga mangsa,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno bahagian Bagan di Butterworth, Pulau Pinang semalam.
Beliau berkata pihak kerajaan telah komited kepada keluarga mangsa nahas MH17 untuk mengheret pihak bertanggungjawab dalam tragedi nahas itu ke muka pengadilan.
Dalam pada itu, Hishammuddin menggesa Umno negeri supaya bangkit dengan penuh semangat menghadapi ujian demi bangsa, agama dan negara.
Beliau berkata Umno negeri, yang kini diuji kerana ‘hilang’ kuasa pentadbiran sejak tujuh tahun lepas, tidak harus terus lesu, sebaliknya tampil yakin menempuh cabaran.
“Kita perlu yakin kepada diri dan satu hari nanti, Umno dan Barisan Nasional (BN) pasti akan bangkit kembali di sini dan tidak mustahil kita akan rampas kembali negeri ini,” katanya.
Mengambil contoh dirinya, Hishammuddin berkata beliau diuji apabila diminta memimpin Pergerakan Pemuda Umno yang menghadapi pepecahan serius ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Tun memberi masa enam bulan untuk saya memulihkan Pemuda dan mengikut perjanjian ketika itu, jika gagal, saya harus meletak jawatan.
“Alhamdulillah, akhirnya dugaan itu berjaya diharungi dan Pemuda kembali diterima,” katanya. – MYNEWSHUB.MY
TOP
VIDEO: Iklan Merdeka Petronas 2014 Imbas Kenangan Lama
SABAN tahun, Petronas tidak pernah ketinggalan untuk menyiarkan iklan khas sempena sambutan kemerdekaan negara yang diraikan pada setiap 31 Ogos.
Kali ini, syarikat itu mengetengahkan iklan berdurasi 3:28 minit yang bertajuk ‘A Walk Through Time’.
Sejujurnya, penulis merasakan iklan ini jauh lebih unik dan menarik daripada iklan tahun lalu.
Ia berkisar mengenai perjalanan dua kanak-kanak lelaki yang merentasi tempoh 57 tahun negara selepas mengecapi kemerdekaan.
Tidak dapat dinafikan iklan ini sememangnya membawa kita mengimbas suasana ketika kegemilangan filem P.Ramlee, kewujudan bas mini dan juga kemenangan negara meraih Piala Thomas suatu ketika dahulu.
Secara mudahnya, iklan ini mengajak kita untuk mengimbau kembali pencapaian negara sehingga berada di tahap sekarang.
Diharapkan mesej yang disampaikan dapat memupuk rasa bangga dan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Kenyataan MP Ampang, Zuraida Sombong Dan Bongkak
BERLAGAK betul Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan kenyataannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) mampu menyapu bersih seratus peratus kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor jika dibubarkan.
Zuraida dengan nada bongkak, seperti biasa menyalahkan UMNO sebagai punca pembubaran DUN di negeri Selangor. Beliau mendakwa kononnya UMNO akan kehilangan semua kerusi DUN mereka jika pilihan raya negeri diadakan.
Beliau juga yakin seluruh rakyat Selangor akan tetap menyokong PR walaupun sebenarnya yang punca perebutan kerusi Menteri Besar Selangor itu ialah PKR sendiri.
“Kenapa nak bubar? Isu bubar tidak mungkin (berlaku) dan satu perkara yang mengarut. Dan perkara ini memalukan rakyat negeri Selangor dan meningkatkan kemarahan rakyat Selangor.
“Dan kalau nak pilihan raya negeri, UMNO perlu bersedia untuk 56-0 (kerusi DUN).
“Sekiranya terjadi (pilihan raya negeri), rakyat akan memberontak dan UMNO akan sifar di Selangor,” katanya dengan nada yang cukup sombong di hadapan perwakilan Wanita PKR ketika Kongres parti itu.
Bagaimanapun di hadapan seluruh penonton, Zuraida berkata mustahil untuk Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenana membubarkan DUN Selangor kerana Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mendapat sokongan majoriti Ahli DUN.
Pelbagai pihak yang sudah muak dengan permainan politik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melaksanakan strategi Langkah Kajang sebelum ini semata-mata mahu menjadi Menteri Besar Selangor.
Kini mereka kebanyaknnya mahu Sultan Selangor memilih untuk membubarkan DUN Selangor bagi memberikan mandat sekali lagi kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri ekoran kemelut yang dicetuskan secara sengaja oleh PKR ini. – MYNEWSHUB.MY
TOP
KEMASKINI: Kes Pasangan Separuh Bogel Di Ipoh…
EH, apa kes pasangan ini sampai nak berjalan separuh bogel di tengah-tengah bandar ni?
Gambar yang dikongsikan menerusi Facebook Wikipedia Rakyat ini dikatakan dirakam di Ipoh, Perak. Tidak dapat dipastikan sama ada ia dilakukan untuk tujuan suka-suka atau mempunyai tujuan tertentu.
Apapun, ia tidak manis untuk dilakukan di khalayak ramai terutamanya di negara ini.
Kalau nak buat sekalipun, pilihlah tempat yang lebih tertutup.
Nanti tak pasal-pasal ada yang langgar tiang lampu gara-gara terlalu leka ‘cuci mata’…
**KEMASKINI**
Hasil carian kami di laman sosial telah menemukan jawapan kepada tujuan pasangan ini ‘bersiar-siar’ dalam keadaan separuh bogel.
Rupa-rupanya, mereka sedang menjalani penggambaran untuk perkahwinan.
Ia dinyatakan menerusi akaun Facebook milik Boii Amani Hashim dan turut disertakan dengan satu lagi gambar yang lebih jelas.
Apapun alasannya, kami tetap kurang bersetuju dengan lokasi yang dipilih bagi menjayakan sesi bergambar tersebut yang boleh disifatkan kurang sopan untuk dipertontonkan kepada umum.

Peminat Gigih Mahu Jodohkan Fahrin Ahmad Dengan Anaknya
TERASA bagai drama pula apabila membaca kisah pelakon kacak Fahrin Ahmad menerusi Berita Harian, hari ini.
Alkisahnya, seorang makcik yang berasal dari Terengganu sanggup bertemunya beberapa kali semata-mata mahu menjodohkan pelakon itu dengan anaknya.
Antaranya termasuklah di Perlis ketika Fahrin menjadi hos sukan SUKMA, di Jom Heboh Kelantan dan juga di Terengganu semasa rakaman sebuah program.
Menurutnya, makcik itu sanggup menunggunya selama lima jam dan beratur panjang sewaktu program Jom Heboh tersebut semata-mata mahu bertanya adakah dia sudah berkahwin atau belum.
Terharu dengan usaha wanita itu, Fahrin bagaimanapun sedar ia agak mustahil untuk ditunaikan.
“Dalam ada yang memandang saya negatif dengan pelbagai tanggapan dek cinta lalu (dengan beberapa artis), ada juga yang berminat menjadikan saya calon menantu mereka. Wanita berusia itu sedikit sebanyak memberi kepercayaan untuk saya meneruskan kehidupan.
“Sejujurnya anak kepada wanita itu ada berinteraksi dengan saya menerusi telefon bimbit. Anaknya sudah ada pilihan sendiri dan tidak mahu ibunya terus-terusan cuba menjodohkannya dengan saya. Saya faham situasi anaknya itu,” jelasnya.
Pada masa yang sama, Fahrin berkata, dia sebenarnya tidak tertekan soal jodoh.
“Saya percaya jodoh saya itu ada dan saya sering bersangka baik soal takdir. Ibu saya sendiri setiap kali habis berborak dengannya terutama di corong telefon, ibu selalu doakan saya untuk dipercepatkan jodoh. Pendek kata, kalau minta doa daripada ibu, memang doa bab jodoh yang dimintanya,” tambahnya.
Memang kuat sungguh aura si Fahrin ini sehingga ramai ibu yang memasang angan untuk bermenantukannya.
Agaknya, kalau Fahrin menerima ‘pinangan’ makcik tersebut, kami yakin dia akan menjadi menantu yang paling disayangi, tak gitu?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Pemandu Teksi Mahu Kerajaan Ambil Tindakan Ke Atas ‘Uber’
Kemunculan syarikat perkhidmatan pengangkutan antarabangsa, Uber yang beroperasi secara ‘online’ untuk membawa pelanggan ke destinasi dituju, telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemandu teksi kerana pendapatan mereka terjejas.
Mereka kini menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan ke atas syarikat Uber kerana mengganggu periuk nasi mereka khususnya di Lembah Klang.
Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GABUNGAN) berkata, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu segera mengatasi isu itu.
“Syarikat ini bergerak licik kerana tidak mempunyai lesen perniagaan dan pejabat di Malaysia tetapi ia beroperasi di seluruh dunia secara online di internet dan menggunakan aplikasi telefon pintar.
“Yang membimbangkan perkhidmatan ‘Uber’ tidak mempunyai permit teksi yang dikeluarkan SPAD dan dipercayai pemandunya tidak mempunyai lesen memandu kenderaan awam (PSV)
“Ini membahayakan penumpang sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini seperti kejadian jenayah dan kemalangan jalan raya,” kata Timbalan Presiden GABUNGAN Datuk Mohd Alias Abdul.
Syarikat antarabangsa itu melancarkan perkhidmatannya di Lembah Klang, Malaysia pada tahun lepas hanya menerusi ‘online’.
Tinjauan yang dibuat oleh media tempatan mendapati Uber juga menyediakan perkhidmatan menempah perkhidmatan melalui Facebook dan Twitter.
Uber mengenakan caj sebanyak RM2 untuk setiap kilometer, dengan caj permulaan RM7, serta caj minimum sebanyak RM13.
Antara destinasinya di Lembah Klang ialah Kuala Lumpur (KL) ke Putrajaya dikenakan caj (RM68), KL ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) (RM270 untuk perkhidmatan premium dan RM80 untuk perkhidmatan bajet) dan KL ke Genting Highlands, Pahang, RM150.
Jenis kereta digunakan bergantung sama ada pelanggan mahukan perkhidmatan premium atau bajet.
Mohd Alias berkata perkhidmatan pengangkutan Uber menjejas pendapatan pemandu teksi kerana Uber mengenakan kadar tambang agak rendah berdasarkan bacaan jarak perjalanan dan tempoh masa perkhidmatan.
Uber mampu berbuat demikian kerana ia tidak menanggung pelbagai kos seperti pemandu teksi lain termasuk untuk pemeriksaan berkala (dua kali setahun) terhadap teksi di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn Bhd (Puspakom), katanya.
Pengarah Eksekutif Sunlight Radio Taxi Service Sdn Bhd, Ab Jalil Maarof berkata setiap kenderaan teksi tempatan perlu mematuhi semua syarat ketat perkhidmatan teksi demi keselamatan penumpang.
“Pemandu teksi juga wajib mempunyai lesen PSV dikeluarkan JPJ,” katanya.
Beliau mendakwa Perkhidmatan Uber menggunakan kereta persendirian yang tidak diperiksa oleh Puspakom dan pemandunya mungkin tidak terlatih dan ini membahayakan penumpang.
Setiausaha Kehormat Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya Berhad, Mohd Salleh Mat Zin berkata perkhidmatan Uber itu melantik beberapa syarikat tempatan bagi mengendalikan perkhidmatan untuk mereka.
“Hasil siasatan, kami dapati Uber menggunakan kenderaan persendirian bagi mengangkut penumpang,” katanya.
Beliau berkata pengusaha teksi tempatan menanggung kos insurans teksi empat kali lebih besar dari kenderaan persendirian.
Ini untuk kepentingan penumpang jika berlaku kemalangan, katanya. – MYNEWSHUB.M
TOP
Isu MB: Khalid Menghadap Sultan Selangor Pada Selasa
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kemelut jawatan menteri besar negeri itu pada petang Selasa.
Khalid berkata, pertemuan antara beliau dengan Sultan Selangor dijadual berlangsung pada pukul 2.30 petang.
"Jumpa esok (Selasa) petang... 2.30 petang," katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Negeri Selangor di sini, Isnin.
Beliau dikatakan memohon menghadap Baginda untuk meminta nasihat berkenaan jawatan yang masih disandang sebagai menteri besar.
Jelasnya, sidang media berhubung pertemuan tersebut akan diadakan pada pukul 4.30 petang itu.
TOP
Rampasan Dadah Paling Besar Di Myanmar
Yangon – Pihak berkuasa menahan 15 lelaki dan mematahkan cubaan menyeludup dadah terbesar dalam sejarah Myanmar.
Pegawai kanan skuad antidadah Myanmar, Myint Oo berkata tentera laut negara itu memintas sebuah kapal mencurigakan di Kawthaung.
Katanya, kapal berkenaan dalam perjalanan menuju Thailand.
“Selepas diperiksa, kami menemui 2.4 juta pil ekstasi di dalamnya,” katanya.
Nilai dadah dianggar RM63.2 juta.
Myint berkata, kejayaan itu yang terbesar dalam sejarah Myanmar. Julai lalu, pihak berkuasa merampas heroin bernilai RM7.2 juta di bandar Tachilek, wilayah Shan berhampiran sempadan Myanmar dan Thailand. – Agensi
TOP
Bekas MB Perak Didakwa Fitnah Najib
IPOH – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi kerana memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini pada pada 23 April 2012.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dikenakan denda.
Mohammad Nizar bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas tuduhan berkenaan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud di hadapan hakim, Madihah Harullah manakala tertuduh diwakili 12 peguam diketuai Hatim Musa.
Mahkamah kemudian menetapkan 26 September ini sebagai tarikh sebutan semula ke berkenaan manakala tertuduh diperintahkan membayar wang jaminan sebanyak RM4,000 sehingga tarikh sebutan semula kes berlangsung. - BH Online
TOP
Pencuri Pakaian Dalam Diberkas Di Bentong
BENTONG – Kekeliruan dan kegelisahan seorang suri rumah di Kampung Perting, di sini, yang sering kehilangan pakaian dalam yang disidai di ampaian belakang rumahnya akhirnya terjawab.
Semalam, sekitar jam 1 pagi, seorang lelaki berjaya ditangkap suri rumah terbabit bersama suami dan rakan-rakannya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika kejadian, mangsa dan suami yang sedang menonton televisyen dikejutkan dengan bunyi seperti ada orang di belakang rumah mereka.
Tambahnya, mangsa dan suami kemudiannya melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di belakang rumah.
“Melalui CCTV terbabit, mangsa dan suaminya melihat kelibat seorang lelaki menaiki basikal telah mengambil sebatang kayu dan kemudiannya mencuri pakaian dalam milik mangsa yang disidai di ampaian.
“Mangsa dan suami kemudiannya bertindak pergi ke arah belakang rumah dan sebaik menyedari kehadiran mereka, suspek bertindak melarikan diri,” katanya.
Tambahnya, suami mangsa kemudiannya telah mengejar suspek bersama rakan-rakannya dan berjaya menahan suspek di Taman Harmoni.
“Sebaik sahaja suspek berjaya ditahan, suami mangsa telah meminta suspek memulangkan sebungkus plastik berwarna merah yang mengandungi pakaian dalam milik mangsa.
“Suspek kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 378 Kanun Keseksaan,” katanya.
Difahamkan kejadian kehilangan pakaian dalam milik mangsa terbabit telah kerap kali berlaku sehingga menyebabkan mangsa dan suami bertindak memasang CCTV di belakang rumah mereka. – Sinar Harian Online
TOP
Kopi Najis Gajah Bernilai RM221 Secawan
BANGKOK – Orang ramai yang ingin menikmati keenakan kopi yang menggunakan biji-biji kopi daripada najis gajah perlu membayar pada harga AS$70 (RM221) secawan.
Pengasas kopi jenama Black Ivory itu, Blake Dinkin, 44, berkata, dia telah menemui kaedah terbaik untuk menghasilkan kopi paling enak secara semula jadi menggunakan gajah-gajah yang dipelihara di kawasan Tiga Segi Emas Thailand di Chiang Rai.
“Kaedah ini dapat mengurangkan manis kopi selain mengekalkan rasanya. Saya inginkan pengguna menikmati rasa kopi yang sebenar, tidak pahit serta ada aroma bunga dan coklat.
“Gajah itu membantu membuangkan rasa manis dalam biji kopi secara semula jadi,” kata Dinkin sambil memberitahu, biji kopi berkenaan hanya boleh didapati di hotel-hotel mewah di seluruh Asia dan negara timur tengah.
Kopi tersebut bagaimanapun tidak dapat menandingi kopi luwak yang dihasilkan menerusi najis musang di Indonesia kerana berharga AS$100 (RM316) secawan. – Agensi
TOP
Ditangkap Khalwat Kali Kedua Dalam Kereta
Gambar Hiasan
KUALA TERENGGANU – Tidak pernah serik, walaupun sebelum ini iaitu pada 20 Februari lalu, mereka pernah ditangkap khalwat di dalam kereta, namun sepasang kekasih ini dilihat masih belum insaf apabila mengulangi perbuatan sama selepas ditangkap dalam keadaan berbogel di tempat duduk belakang dalam sebuah kereta, 30 April lalu. Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral mereka menerima pembalasan apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga minggu serta denda RM4,700 dan sembilan bulan penjara lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan. Namun, difahamkan, kedua-dua mereka, Alwafi Embong, 27, yang bekerja sebagai mekanik dan pasangannya, Zamiratul Akma Mohamad, 25, seorang penasihat kecantikan terpaksa memilih untuk meringkuk di penjara selama sembilan bulan tiga minggu kerana gagal membayar denda. Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan iaitu khalwat dan cuba melakukan persetubuhan luar nikah. Bagi pertuduhan pertama, Alwafi yang berasal dari Tok Jiring di sini, dan Zamiratul yang berasal dari Kuala Telemong, Hulu Terengganu didakwa mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana melakukan khalwat. Alwafi ditemui sedang tidur di tempat duduk belakang sebuah kereta, manakala pasangannya tidur di tempat duduk penumpang hadapan ketika serbuan dilakukan sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu jam 3.45 pagi pada 20 Februari lalu, di kawasan parkir KFC Batu Buruk di sini. Ketika kejadian, pasukan penguat kuasa yang menerima maklumat awam mendapati sebuah kereta diletakkan di kawasan parkir itu dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua mereka yang tiada sebarang hubungan suami isteri atau mahram, berada di dalam kenderaan tersebut. Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh yang sudah bernikah empat hari lalu (21 Ogos 2014) masing-masing dikenakan hukuman denda RM2,400 atau empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan. Mengikut pertuduhan kedua, pasangan berkenaan ditemui dalam keadaan berbogel di tempat duduk belakang sebuah kereta, di hadapan sebuah rumah di Tok Jiring, kira-kira jam 1.50 pagi pada 30 April lalu. Siasatan lanjut mendapati mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram dan didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah. Bagi kesalahan itu, kedua-dua mereka masing-masing dikenakan hukuman tiga minggu penjara dan denda RM2,300 atau tambahan lima bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof, manakala tertuduh tidak diwakili peguam syarie. – Sinar Harian

Kes Pukul Bongkar Tanam Janin Berusia 5 Bulan
GOMBAK – Seorang ibu tergamak menggugurkan kandungan berusia lima bulan dan menanam janin itu di kebun sayur berhampiran rumahnya di Pangsapuri Julia Kampung Bendahara Selayang, di sini, selain merahsiakannya selama dua minggu.
Wanita berusia 24 tahun itu mengaku memakan ubat dibeli di sebuah klinik di sekitar Selayang untuk menggugurkan kandungannya dengan alasan tidak mahu anak dikandung dijangkiti penyakit batuk kering.
Bagaimanapun perbuatan kejinya terbongkar selepas disiasat polis berikutan laporan dibuat abang wanita itu, kelmarin.
Menurut sumber, laporan polis itu sebenarnya menjurus kepada kes wanita itu dipukul dan dikurung suaminya di dalam rumah.
“Hasil soal siasat membawa kepada maklumat mengejutkan sebelum polis menemui janin yang ditanam di kebun pisang berhampiran rumah suspek,” katanya. – myMetro Online
TOP
Jokowi Berbicara Tentang Demokrasi Baharu Di Indonesia
Jokowi bergambar bersama penulis, Wong Chun Wai di pejabatnya di Jakarta. -foto AZMAN GHANI/The Star
JAKARTA: Joko Widodo, orang yang bakal menjadi Presiden Indonesia mempunyai arahan untuk pegawai-pegawainya iaitu memendekkan majlis-majlis yang memakan masa, ucapan panjang dan protokol, di mana ia telah menjadi satu tanda yang ditinggalkan golongan elit politik Indonesia sejak sekian lama. "Apabila saya tiba di Jakarta, saya disediakan dengan pegawai-pegawai keselamatan yang tidak terkira banyaknya tetapi saya telah mengurangkan bilangannya kepada empat. Saya benci dengan protokol. Saya tidak mahu diuruskan dengan protokol. Saya tidak mahu ia menimbulkan kesukaran bagi rakyat untuk mendekati saya," katanya. Beliau juga tidak mengambil berat rombongan pemimpin dan pegawai-pegawai politik, berterus terang mengatakan bahawa mereka perlu melakukan kerja-kerja mereka. "Ini adalah satu era kepimpinan horizontal (mendatar); ini adalah demokrasi baharu di Indonesia," katanya berulang kali untuk menggambarkan hubungan kerja yang menghubungkan seluruh masyarakat dengan organisasi tanpa sempadan, bukannya hubungan menegak yang menggalakkan feudalisme. Ahli politik populis yang lebih popular sebagai Jokowi menikmati status 'megastar' di Jakarta di mana beliau benar-benar menjadi tumpuan di mana sahaja beliau pergi, terutama semasa 'blusukan' atau tinjauan mesra ke kawasan setinggan yang terletak di tebing sungai. "Ia membolehkan saya memahami masalah rakyat. Ia juga membantu mereka memahami bahawa saya bekerja untuk memperbaiki kehidupan mereka," katanya sambil menambah bahawa beliau seronok mendengar dan bercakap dengan rakyat. Beliau telah membuat lawatan mengejut ke kampung-kampung, adakalanya di tengah malam, membuat kejutan terhadap penduduk kampung, tetapi memberi kesan segera apabila berita lawatan itu dengan cepat merebak ke kampung-kampung lain. Jokowi, 53, gemar memberitahu orang ramai bahawa bapanya adalah seorang pengumpul kayu kecil-kecilan dan keluarganya tinggal di pondok di tebing sungai yang sering mengalami banjir. "Saya tahu bagaimana menjadi msikin. Membantu golongan miskin, terutamanya dalam keperluan kesihatan dan pendidikan mereka, akan menjadi keutamaan saya," kata presiden pilihan rakyat yang akan menduduki pejabatnya pada Oktober ini. Beliau juga bercakap mengenai keluarga-keluarga yang perlu beratur setiap hari untuk mengambil air dari satu-satunya perigi yang dikongsi bersama. Menurut 'Inside Indonesia', Jokowi dilahirkan di Solo (Surakarta), Jawa Tengah, pada tahun 1961 dan merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Keluarganya berusaha membantunya melalui persekolahan dan akhirnya lulus dengan ijazah dalam bidang perhutanan dari Universiti Gadja Mada di Yogyakarta, pada tahun 1986. Jokowi menyertai perkhidmatan perhutanan dengan perusahaan di Aceh sebelum kembali ke Solo pada tahun 1989 untuk bekerja dengan bapa saudaranya dan mempelajari selok-belok perniagaan perabot bermula daripada reka bentuk sehinggalah penghantaran. Kemudian beliau membuka cawangannya sendiri dengan menjalankan perniagaan perabot kecil-kecilan. "Saya tahu ramai orang mempunyai harapan yang tinggi terhadap saya. Satu-satunya cara untuk memenuhi harapan ini adalah dengan menggulung lengan baju saya dan terus bekerja keras," katanya. Prestasi beliau sebagai Datuk Bandar Solo, sebuah bandar di Jawa Tengah, mendapat perhatian dengan keupayaannya untuk menyelesaikan isu-isu seperti banjir, jalan-jalan yang kotor dan kawasan penduduk miskin. Menjelang 2012, beliau dipilih sebagai Gabenor Jakarta, menjadikan beliau sebagai pesaing untuk jawatan presiden.

Brek Kecemasan Punca Segmen Konkrit Jatuh - MRT Corp
PETALING JAYA: 12 segmen konkrit yang terjatuh dari sebuah treler di Cheras pada awal pagi Ahad berpunca daripada pemandu yang menekan brek kecemasan, kata MRT Corp.
Dalam kenyataannya, treler 51 tan itu tidak dapat mengelak daripada melanggar kereta di hadapannya dalam kejadian pukul 11 pagi semalam, berhampiran bulatan di Taman Billion.
"Akibat kemalangan itu, 12 segmen konkrit lapisan terowong jatuh dari treler ke jalan raya. Lori itu membawa 16 segmen konkrit," katanya.
Menurut kenyataan itu, material yang jatuh tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada sesiapa atau kerosakan, kecuali kereta di hadapan treler itu.
Operasi untuk mengalihkan konkrit di atas jalan raya dilakukan segera dengan lorong menghala ke bulatan Taman Billion dibuka semula kepada semua lalu lintas pada jam 1.30 petang.
MRT Corp mengulangi bahawa bahan yang terjatuh tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada sesiapa.
MRT Corp berkata treler berkenaan dimilki kontraktor pengangkutan untuk projek MRT, Pakej Kerja Bawah Tanah Projek MRT MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd dan telah mengangkut segmen lapisan terowong ke Pudu.
Katanya, maklumat bahawa pemandu treler berusia 23 tahun meninggalkan tempat kemalangan itu adalah tidak benar.
Pemandu berkenaan terus berada di situ bersama penyelia tapak dalam operasi untuk mengalihkan segmen yang jatuh.
Dia juga telah melalui kursus induksi untuk mengangkut segmen yang telah dijalankan oleh MMC Gamuda terhadap semua pemandu lori.
Lokasi itu kemudian mengalami banjir kilat akibat hujan yang amat lebat bermula kira-kira pukul 3 petang.
TOP
Durian Di Agrobazaar Singapura Kukuh Hubungan Diplomasi Dua Negara
Lee Hsien Loong (kiri) dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
PETALING JAYA: Malaysia akan memenuhi keinginan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong untuk menikmati raja buah-buahan, Rabu ini. Hsien Loong akan dihidangkan dengan durian 'musang king' oleh rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perasmian Agrobazaar Malaysia di Sultan Gate, Singapura. Dikenali sebagai penggemar durian, beliau akan dihidangkan dengan buah-buahan setiap kali beliau berada di Malaysia untuk lawatan kerja. Semasa lawatan terakhirnya pada April untuk rundingan tahunan pemimpin, beliau bersungguh-sungguh bercakap tentang 'musang king' pada sidang akhbar bersama dengan Najib. Agrobazaar merupakan idea yang diilhamkan Najib ketika membentangkan Bajet 2014, dan Singapura akan menjadi tuan rumah agrobazaar Malaysia yang pertama di luar negara. Inisiatif ini disokong oleh Fama, sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani. Singapura merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia bagi buah-buahan dan produk buah-buahan, dengan eksport tahunan bernilai RM300 juta disumbangkan oleh tembikai dan durian. Pengarah Fama Datuk Ahmad Ishak berkata selain menjual buah-buahan tempatan, rumah kedai dengan keluasan 464 meter persegi itu turut mempunyai restoran yang menjual goreng pisang, cempedak goreng dan menawarkan Kopie Satu, kopi gourmet yang dibangunkan oleh Fama. Ia mula beroperasi pada bulan Julai dan mempunyai sebuah 'bilik durian' yang diletakkan dengan durian-durian sejuk. Ahmad berkata beliau menjangkakan jualan daripada agrobazaar dapat mencapai RM5 juta setiap tahun. "Sebelum ini kami tidak mempunyai tempat tetap untuk menjual buah-buahan, selain daripada mengambil bahagian dalam beberapa acara yang dianjurkan. Tetapi sekarang, agrobazaar itu juga akan menjadi platform untuk mempromosikan buah-buahan lain di republik itu." Pegawai-pegawai dari Malaysia berkata lawatan Najib itu akan membolehkan kedua-dua pemimpin menyentuh asas dan mengemaskini mengenai isu-isu yang memberi kesan kepada kedua-dua negara. "Hubungan dua hala adalah baik, tetapi isu-isu tertentu baru-baru ini telah mencipta banyak reaksi kedua-dua belah pihak. "Tetapi ia tidak menghentikan pemimpin daripada berinteraksi. Singapura masih merupakan salah satu pelabur dan rakan perdagangan terbesar," kata seorang pegawai. Isu-isu terkini yang berbangkit antara kedua-dua negara termasuk mengenai pelbagai bayaran masuk kenderaan di kedua-dua belah pihak.

Kalah PRU-13, PKR Diingatkan Tidak Salahkan PAS Terengganu
Satiful Bahri Mamat
KUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu mengingatkan PKR supaya tidak menjadikan pihaknya sebagai kambing hitam ekoran kekalahan PKR di beberapa kerusi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat sebaliknya menasihatkan PKR Terengganu supaya menyelesaikan masalah dalaman mereka dan memperkuatkan jentera parti mereka di peringkat akar umbi. "Jangan hanya sekadar nak bertanding, tapi gunakan jentera PAS, sepatutnya masing-masing perlu memperkemaskan jentera parti masing-masing untuk menghadapi pilihan raya. "Kadang-kadang cabang sahaja yang ada, ranting tak ada pun, jadi inilah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh PKR Terengganu," katanya dalam sidang media di sini Ahad. Beliau mengulas dakwaan wakil PKR Terengganu, Azlan Che Mat dalam kongres PKR di Kuala Lumpur pada Sabtu, yang mendakwa PKR "dibuli" PAS Terengganu dalam PRU13 kerana PAS turut menghantar pencalonannya di kerusi yang ditandingi PKR.

Di Maria Milik Man United Dalam Tempoh 24 Jam?
PEMAIN tengah Real Madrid, Angel di Maria bakal menjadi milik Manchester United dalam tempoh 24 jam menerusi yuran perpindahan sebanyak £63.9 juta, lapor Mirror Sport.
Pemain tengah Argentina itu bakal melengkapkan perpindahan ke United dengan menandatangani kontrak selama lima tahun dan menerima gaji sebanyak £190,000 seminggu.
Bintang berusia 26 tahun itu dijangka tiba di Manchester pada Isnin untuk menjalani ujian perubatan sebelum menandatangani kontrak.
Di Maria dijangka diberikan jersi nombor 7 yang pernah disarung oleh tiga lagenda kelab berkenaan iaitu George Best, Eric Cantona dan David Beckham.
Menerusi pembelian tersebut, United bakal membuat pendaftaran secepat mungkin bagi membolehkan Di Maria membantu kelab itu ketika bertemu Burnley pada Sabtu ini.
Dengan pembelanjaan sebanyak £63.9 juta untuk Di Maria, ia menjadikan United sebagai kelab bola sepak Eropah yang mengeluarkan perbelanjaan tertinggi pada musim ini.
Termasuk pembelian Di Maria, United telah membelanjakan sebanyak £170 juta dalam mendapatkan Juan Mata (£37.5 juta), Ander Herrera (£28.8 juta), Luke Shaw (£27 juta) dan Marcos Rojo (£16juta).
TOP
Anggota Polis Cekik Lelaki Kulit Hitam Hingga Mati
NEW YORK – Polis melaporkan tiada tangkapan dibuat ketika beribu-ribu orang menunjuk perasaan secara aman di sini kerana membantah perbuatan seorang anggota polis mencekik seorang lelaki kulit hitam tidak bersenjata sehingga mati.
Lebih 25,000 warga kota berarak di beberapa batang jalan di sini kelmarin untuk meluahkan perasaan sedih dan marah mereka berhubung kejadian tersebut.
Mangsa, Eric Garner yang merupakan seorang bapa kepada anak orang enam ditahan kerana menjual rokok kontra.
Bekas Gabenor Negeri New York, David Paterson merupakan antara warga kota yang berarak menuju ke perhimpunan tersebut yang diadakan berhampiran jeti feri Pulau Staten di sini.
Kematian Garner diklasifikasikan sebagai kes bunuh selepas dia direbahkan oleh seorang anggota polis kulit putih menggunakan teknik mencekik leher suspek yang sebelum ini diharamkan oleh pihak berkuasa. – Agensi
TOP
Iran Perkenal Peluru Berpandu Baharu
TEHERAN – Iran memperkenalkan generasi baharu peluru berpandu marin jarak pendek dan beberapa pesawat kawalan jauh atau dron semalam.
Agensi berita rasmi IRNA melaporkan, peluru berpandu tersebut, Ghadir yang memiliki jarak 100 kilometer, direka untuk memusnahkan sasaran marin.
IRNA tidak melaporkan jarak satu lagi peluru berpandu buatan Iran, Nasr-e Basir tetapi menyatakan peluru ‘beroperasi secara senyap’.
Persenjataan generasi baharu itu dirasmikan oleh Presiden Iran, Hassan Rouhani pada satu majlis di sini.
Dalam ucapannya yang disiarkan stesen televisyen Iran, Rouhani mengulas pendirian sebelum ini bahawa negara itu tidak merancang untuk membina senjata nuklear.
“Namun, kami juga tidak akan leka terhadap ancaman dan komplot musuh Iran,” katanya.
Pada majlis itu, Iran turut memperkenalkan dua dron baharu iaitu Karrar-4 dan Mohajer-4.
Karrar-4 berupaya terbang pada altitud tinggi manakala dron kedua boleh digunakan untuk menghasilkan peta bagi tujuan awam atau ketenteraan. – Agensi
TOP
Congo Sahkan Kes Pertama Ebola
Pihak berkuasa di Republik Demokratik Congo berkata, mereka telah mengenal pasti kes Ebola di utara-barat negara tersebut, lapor BBC.
Kes di negara tersebut adalah yang pertama dilaporkan di luar Afrika Barat sejak wabak itu bermula.
Setakat ini 1,427 orang telah meninggal dunia akibat virus itu. Jumlah kes Ebola kini mencecah 2,615. - SiakapKeli.com
TOP
Pelajar Tingkatan 3 Dibelasah Kerana Komen Twitter
NINIE menunjukkan gambar kesan jahitan di bahagian kepala anak serta laporan polis.
Kuantan: Hanya kerana menulis komen di akaun Twitter, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Muadzam Shah, Rompin terpaksa menanggung azab apabila mendakwa dia ditumbuk dan ditendang bertubi-tubi oleh lebih 14 pelajar senior yang tidak berpuas hati dengan tindakannya itu. Difahamkan, mangsa berusia 15 tahun itu menulis komen berbunyi ‘Aku tak heran kalau result SPM jatuh’ yang dikatakan ditujukan kepada pelajar senior terbabit hingga mengundang rasa tidak puas mereka. Tidak cukup mangsa dibelasah tanpa belas kasihan, seorang daripada pelajar senior terbabit dikatakan menghayun tin biskut ke kepala mangsa hingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Muadzam Shah, Rompin untuk mendapatkan rawatan. Akibatnya, mangsa Hafiz Iskandar Abdul Rashid, 15, dari Kampung Seri Damai di sini, bukan saja mengalami lebam seluruh anggota badan, malah menerima lapan jahitan di kepala. Susulan kejadian itu, keluarga mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan Rabu lalu, selain pelajar malang itu turut ditukarkan ke sekolah lain kerana trauma. Ibu saudara mangsa, Ninie Ariffin, 25, berkata, kejadian itu berlaku pada Isnin lalu ketika anak saudaranya berada di bilik asrama sekolah berkenaan sebelum dia dipanggil seorang pelajar tingkatan lima ke bilik lain. “Apabila tiba di bilik berkenaan, dia (Hafiz) mendapati ramai pelajar tingkatan lima berada di situ dan mereka menyoal mengenai komen yang dibuat sebelum kumpulan pelajar terbabit menumbuk dan menendangnya tanpa belas kasihan. “Seorang daripada pelajar terbabit kemudian mengambil tin biskut lalu menghayun ke kepala Hafiz menyebabkan bahagian kanan kepala anak saudara saya berdarah. “Mereka turut mengugut Hafiz supaya tidak mengadu kejadian itu kepada sesiapa atau mereka akan melakukan sesuatu terhadapnya selain akan mencarinya sehingga ke rumah,” katanya, semalam. Ninie berkata, walaupun anak saudaranya sudah ditukarkan ke sekolah lain, mangsa masih trauma dengan kejadian menimpanya. “Hafiz memaklumkan itu bukan kejadian pertama dia dibuli pelajar senior, namun dia tidak pernah melaporkan kejadian sebelum ini. “Kami kecewa apabila pihak sekolah tidak memandang serius mengenai perkara ini dan mereka pada mulanya seolah mahu menyembunyikan kejadian sebenar,” katanya. Menurutnya, keluarganya berharap pembuli terbabit dikenakan tindakan setimpal dan meminta pihak sekolah lebih peka dengan kejadian buli. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya, ketika dihubungi semalam, berkata, pihaknya sudah melakukan tangkapan selepas laporan dibuat oleh mangsa dan pelajar terbabit ditahan reman selama sehari untuk membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan. “Kes ini masih dalam siasatan lanjut,” katanya. Harian Metro cuba mendapatkan komen daripada Pengarah Pendidikan Pahang, Rosdi Ismail, mengenai kejadian itu, namun tidak berjaya kerana beliau enggan menjawab panggilan telefon yang dibuat.

Gempa bumi 7 magnitud gegar Peru
LIMA: Gempa bumi kuat berukuran 7 magnitud menggegar kawasan tengah Peru, kata Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS), hari ini.
Jurucakap Agensi Bomba Peru, Mario Casareto berkata, tiada laporan kerosakan atau kecederaan.
Katanya, pihak berkuasa masih memantau keadaan termasuk kawasan Ayacucho yang menjadi pusat gempa berkenaan.
Sementara itu, USGS berkata, laporan awal menyebut pusat gempa ialah kira-kira 42 kilometer timur-timur laut kawasan Tambo dan kira-kira 471 kilometer tenggara ibu negara Lima dan pada kedalaman 58 kilometer.
Media tempatan pula melaporkan, gempa turut dirasai di sebahagian Lima dan banyak bandar utama di tenggara Peru termasuk Cuzco dan Arequipa. - AP
TOP
EPL: Saya masih tak puas hati kelibat Man United - van Gaal
SUNDERLAND: Louis van Gaal bangkit menuntut satu kemajuan drastik daripada Manchester United selepas akur permulaan musim baharu cukup memeritkan pandangannya.
Anak didiknya mengelak untuk menyamai pencapaian terburuk pada pembukaan musim sejak 1992 apabila berjaya mengutip satu mata ketika seri 1-1 dengan Sunderland, awal pagi ini.
"Segala-galanya adalah mengenai keyakinan diri ketika ini," kata van Gaal.
"Dalam pra-musim, keyakinan kami lebih baik daripada apa dilihat ketika ini. Kami bekerja keras untuk meningkatkan tahap kemajuan dan jika kami menang perlawanan berikut baharu lagi keyakinan dapat kembali."
Pengendali berasal dari Belanda itu menambah: 'Pemain ini kecewa kerana kami fikir mampu menang hari ini (Ahad). Kami hanya dapat membawa pulang satu mata dan ini tidak cukup untuk United."
Apa pun, United mendahului di Stadium of Light dengan gol daripada Juan Mata pada minit ke-17 tapi pemain Sunderland, Jack Rodwell menyamakan kedudukan.
Mengenai perpindahan bintang Argentina, Angel di Maria, pengurus berkenaan enggan menyebut apa-apa tapi berharap sesuatu positif akan berlaku untuk menguatkan kembali cabaran pasukan.
"Saya tidak dapat berkata apa-apa pasal perpindahan ketika ini. Apabila perpindahan itu beres baharu kita boleh cakap sesuatu.
"Sekarang anda perlu tunggu dan lihat. Saya tak mahu cakap apa-apa ketika ini," katanya.
Sementara itu, pengurus Sunderland, Gus Poyet bangga dengan pencapaian pemain selepas berjaya mengutip mata kedua dalam kempen kali ini.
"Kami adalah paskan terbaik untuk satu tempoh yang lama dalam perlawanan ini. Tapi ia masih satu mata berharga ketika menentang satu pasukan seperti Manchester United.
"Tapi saya percaya mereka mampu mendapat tempat empat teratas musim ini," katanya. - AFP
TOP
Bekas Pengerusi MIC meninggal dunia
Seremban: Bekas Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Datuk T Rajagopalu, 63, meninggal dunia akibat sakit jantung di Pusat Perubatan Mawar Renal di sini, awal pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia dan Kampung Baharu negeri, L Manickam, berkata mendiang disahkan meninggal dunia pada jam 4 pagi.
Katanya, mendiang yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak tiga hari lalu selepas diserang sakit jantung.
TOP
La Liga: Messi ledak dua gol bantu Barcelona benam Elche
BARCELONA: Lionel Messi tidak banyak mensia-siakan masa apabila meledak dua kali membantu Barcelona menewaskan Elche 3-0 untuk memulakan musim baharau kempen La Liga dengan nota ceria.
Ia juga satu perkhabaran baik buat jurulatih baharu, Luis Enrique yang berdepan tugasan berat memburu trofi utama selepas kelab berkenaan gagal musim lalu di bawah bimbingan Gerardo Martino.
Usaha pemain muda, Munir El Haddadi terkena palang dan begitu juga Andres Iniesta sebelum Messi memecahkan kebuntuan itu dengan gol pertama pada minit ke-42.
Barca bertambah perit apabila Javier Mascherano dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Garry Rodrigues seminit kemudian tetapi Munir yang hadir menggantikan Neymar menolak masuk gol kedua pada minit ke-46.
Messi - masih kecewa dengan kempen Piala Dunia selepas tewas 0-1 kepada Jerman dalam final, Julai lalu - berjaya mendapatkan gol kedua pada minit ke-63 dan gol ketiga pasukan pada malam itu.
"Saya sentiasa sudah berkata Messi adalah pemain terbaik dunia dalam apa juga aspek anda mahu melihat," kata Enrique.
"Jika Messi mahu menjadi pemain pertahanan dia akan menjadi pertahanan terbaik dunia." - AFP
TOP
Keputusan Liga Perdana Inggeris, Malam Ahad
BERIKUT adalah keputusan terkini perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam Ahad:
Hull City 1 - 1 Stoke City
Tottenham Hotspur 4 - 0 Queens Park Rangers
Sunderland 1 - 1 Manchester United
- mstar

Konsert Wiz Khalifa Dicemari Kes Pembunuhan
Wiz Khalifa
MENGEJUTKAN apabila pembunuhan telah berlaku ketika Wiz Khalifa sedang mengadakan persembahan konsertnya di Shoreline Amphitheatre, California, Amerika Syarikat, Jumaat lalu. Menurut laporan US MAgazine, seorang saksi telah melihat pergaduhan antara dua lelaki di belakang pentas di mana ketika itu Wiz sedang rancak membuat persembahan. Bagaimanapun, selepas beberapa minit lelaki berkenaan bertengkar, salah seorang daripada mereka menembak mati mangsa sebanyak lima kali. Kejadian tersebut membuatkan Wiz terpaksa ke balai polis berdekatan lokasi berkenaan bagi memberi keterangan kejadian tersebut kerana difahamkan Wiz mengenali suspek yang membunuh itu. Sehingga kini, kes masih lagi dalam siasatan.- mstar

Kim Hyun Joong Pukul Kekasih
Kim Hyun Joong bertindak kasar terhadap kekasihnya.
DUA tahun menjalinkan hubungan cinta, Kim Hyun Joong tidak pernah mempunyai masalah dengan kekasihnya. Namun sejak beberapa bulan lalu, menurut laporan Soompi, hubungan cinta itu mula goyah dan mereka kerap bertengkar. Lebih teruk lagi, pertelingkahan mereka menjadi serius apabila Hyun Joong mengasari kekasihnya itu dengan menampar wajah wanita tersebut. "Hyun Joong telah mengasari kekasihnya. Malah wanita itu ditendang dan dipukul sehingga menyebabkan kecederaan di wajah, dada, lengan dan bahagian belakang badan. "Dia terpaksa ditahan di hospital selama dua minggu gara-gara tindakan kasar Hyun Joon," kata sumber. Sementara itu, syarikat pengurusan aktor itu, KeyEast Entertainment terkejut dengan berita tersebut kerana tidak tahu dia sudah pun mempunyai kekasih.- mstar

Tottenham Belasah QPR 4-0
Aksi Nacer Chadli (kiri) ketika melakukan jaringan pembukaan buat pasukannya, Tottenham Hotspur. Foto AFP
TOTTENHAM Hotspur mencatatkan kemenangan yang begitu cemelang apabila membelasah Queens Park Rangers (QPR) dengan jaringan 4-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam Ahad. Jaringan pembukaan ditunjukkan oleh Nacer Chadli pada minit ke-12 dalam perlawanan di White Hart Lane, utara London. Chadli sekali lagi membawa mata buat Totteham pada minit ke-37. Dua lagi jaringan dilakukan menerusi aksi cemerlang Eric Dier dan Emmanuel Adebayor, masing-masing pada minit ke-30 dan 65.- mstar

Stoke City Dan Hull City Terikat Seri 1-1
Shawcross (tengah) membuat jaringan tunggal buat Stoke City ketika menentang Hull City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium KC, Hull, malam Ahad. Foto AP
HULL City gagal memanfaat kelebihan bermain di tempat sendiri apabila hanya mampu meraih seri dengan Stoke City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Stadium KC di Kingston, Hull pada malam Ahad. Pasukan tuan rumah meraih jaringan pada minit ke-42 menerusi aksi pemain Nikica Jelavic. Sementara itu, Ryan Shawcross akhirnya berjaya menyelamatkan maruah Stoke City apabila melakukan jaringan tunggal pada minit ke-83.- mstar

Zizan Razak Jelaskan Fotografi Pra Perkahwinan Di Jepun
PETALING JAYA: Pelawak Zizan Razak mengambil pendekatan untuk tidak mengulas berhubung dakwaan dia bersama kekasihnya, Emma Maembong telah menjalani sesi fotografi pra perkahwinan di Jepun baru-baru ini.
Zizan berkata, dia berpendirian demikian kerana menyifatkan perkara itu terlalu peribadi untuk didedahkan kepada umum.
"Perkara itu (sesi fotografi pra perkahwinan) satu benda yang sangat peribadi buat saya.
"Jadi tak perlulah saya bercerita lanjut. Dah sampai masanya nanti baru saya kongsikan berita gembira ini," katanya kepada mStar Online.
Baru-baru ini Zizan ke Jepun bersama Emma bagi menjalani penggambaran program pelancongan di negara itu.
Kunjungan ke negara matahari terbit itu dikatakan turut membuatkan mereka mengambil kesempatan merakamkan foto pra perkahwinan.
Difahamkan pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun depan.
Bagaimanapun, Zizan menafikan mereka berkahwin pada bulan tersebut.
"Tarikh itu (Januari) adalah kata orang. Sebetulnya tarikh perkahwinan kami masih lagi dalam perbincangan.
"Nantilah apabila sudah hampir tarikhnya, kami akan berkongsi berita gembira ini. Sekarang ini, semuanya dalam perancangan lagi," tuturnya.- mstar
TOP
Sakit Saraf Lydiawati Angkara Khianat Orang
Lydiawati mendapat tahu dirinya dikhianati orang selepas berubat dengan beberapa ustaz.
PETALING JAYA: Pelakon Lydiawati memberitahu salah satu punya penyakit saraf dan reumatik yang dialaminya selama ini adalah disebabkan perbuatan khianat seseorang. Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Saimon, 48, berkata, dia menyedari perkara itu selepas bertemu dengan beberapa orang ustaz yang memaklumkan perkara berkenaan. "Itulah, orang kata, nak percaya susah, tak percaya pun susah. Selepas berubat oleh beberapa ustaz, mereka cakap benda yang sama bahawa penyakit saya adalah kerana khianat orang. "Dan difahamkan orang yang 'mengenakan' saya itu adalah teman rapat saya. Entahlah... Apa-apapun sekiranya ada orang yang berniat jahat, saya berserah kepada Allah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Ahad. Pada Mei lalu, Lydiawati dilaporkan diserang penyakit saraf dan reumatik selepas berasa kebas dan bisa pada bahagian kiri kaki dan tangan sehingga menyukarkan pergerakannya. Bagaimanapun Lydiawati memutuskan untuk tidak menjalani sebarang rawatan hospital selepas mendapati kos rawatan yang perlu dibayar agak mahal. Dalam pada itu, Lydiawati berkata, ini merupakan kali kedua dia mengelami perbuatan khianat seperti itu selepas kejadian disantau pada tahun 1997. "Harap-harap penyakit saya sekarang ini tidak seperti dulu. Saya pernah kena santau angin sampaikan badan saya kecut dari dalam. Alhamdulillah selepas empat bulan dirawat, barulah sihat," ujarnya. Sementara itu, Lydiawati berkata, dia bersyukur apabila salah seorang peminatnya menawarkan bantuan membiayai kos rawatan penyakitnya itu. "Alhamdulillah, selain menerima pelbagai ubat-ubatan, saya juga didatangi seorang hamba Allah yang juga merupakan peminat saya dan ingin membiayai rawatan penyakit saya ini. "InsyaAllah, tidak lama lagi saya akan menjalani rawatan sepenuhnya di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang. "Sekarang ini, saya ikhtiar saja apa-apa rawatan. Moga ia dapat mengurangkan kesakitan saya ini," tuturnya. Dalam perkembangan lain, Lydiawati kini sedang menjalani penggambaran Menghitung Rahmat Tuhan terbitan Zeel Production. Selain itu, pelakon itu juga bakal muncul menerusi filem biografi yang mengangkat kisah Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma berjudul Saloma. Ia bakal ditayangkan menerusi saluran Astro First Eksklusif pada 28 Ogos ini.- mstar

Enot Jawab Dituduh Pura-Pura Sakit
Enot terkejut apabila dituduh sengaja mengada-adakan cerita mengenai penyakitnya.
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Enot berasa kesal apabila ada pihak menuduhnya sengaja berpura-pura sedang bertarung dengan kanser usus yang kritikal. Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 36, berkata, dia terkejut dengan tuduhan itu apabila ada pihak berkata kansernya berada pada tahap empat sedangkan ia baru pada tahap dua. "Sejak bila pula kanser saya di tahap empat? Sakit kanser usus saya ini sebenarnya di tahap dua! Pelik, apabila berkongsi sakit, orang pertikaikan. Sedangkan selama ini saya tidak pernah meminta bantuan daripada sesiapa pun. "Saya usaha dan cari semangat sendiri untuk meneruskan hidup selain perlu bekerja demi menampung kehidupan bersama anak-anak. "Apabila tuduhan ini timbul, saya anggap mereka mahu lihat saya mati terus agaknya," kata Enot dengan nada kesal kepada mStar Online yang dihubungi di sini pada Ahad. Sebuah akhbar mingguan menerusi ruangan pojok melaporkan seorang artis dikatakan menipu kononnya dia sedang sakit kanser tahap empat dan perkara itu menjadi tanda tanya kepada rakan-rakan baiknya apabila artis berkenaan masih dilihat sihat dan mampu bekerja. Keadaan itu membuatkan rakan-rakan baiknya itu mula menjauhkan diri daripada artis itu kerana tidak tahan dengan sikapnya yang suka menipu. Lebih pelik lagi, rakan-rakan artis itu turut mempertikaikan sebab-sebab dia enggan mendapatkan rawatan di hospital, sebaliknya lebih percayakan rawatan tradisional. Sementara itu, Enot berkata, sepatutnya keputusan enggan menerima rawatan di hospital perlu dihormati kerana dia mempunyai sebab-sebab tertentu berbuat demikian. "Memang saya tidak mahu terima rawatan di hospital. Ini kerana saya tidak mahu sakit lebih teruk, terlantar di hospital dan akhirnya pergi begitu sahaja. "Siapa yang nak bagi makan minum kepada anak-anak? Nak harapkan bekas suami, tak makanlah mereka. "Kerana itu saya mengambil inisiatif untuk mengambil ubat-ubatan tradisional dan sementara itu bolehlah saya berniaga. Tak kisahlah apa orang nak kata, saya masih kuat pun kerana anak-anak. Orang luar tidak tahu pun penderitaan yang saya lalui," ujarnya. Dalam pada itu, Enot mengakui, sejak dia sakit, teman-teman baiknya semakin menjauhkan diri daripadanya dan dia terpaksa menerima hakikat itu. Malah dia bersyukur, tanpa bantuan daripada sesiapa pun, kudratnya masih kuat untuk menguruskan perniagaan kek selain menjahit manik pada tuala dan pakaian. "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah memberikan saya kudrat untuk melakukan pelbagai jenis kerja selain berlakon. "Selain itu, kesihatan saya pun sedikit pulih selepas mengambil sejenis makanan tambahan daripada cendawan kultur. Biarlah dengan apa yang orang nak kata, yang penting saya ada cara tersendiri untuk menjaga diri," tegasnya. Pelakon yang dikenali menerusi drama Mat Despatch itu pernah berkahwin dengan Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 dan bercerai pada Mac tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai dua orang anak iaitu Andriana Balqis, 13, dan Ariana Qaseh Qistina yang berusia tujuh tahun.- mstar

Masa Depan Man United Kian Kabur
Permulaan Manchester United di bawah bimbingan Louis van Gaal terus kabur dengan keputusan seri 1-1 dalam Liga Perdana menentang Sunderland.
Perlawanan kelihatan cerah untuk The Reds apabila Juan Mata menjaringkan gol pertama perlawanan seawal minit ke 17.
Tetapi nasib sekali lagi menimpa The Reds apabila Jack Rodwell menjaringkan gol penyamaan pada minit 30 menerusi tandukan hasil dari sepakan sudut Seb Larsson.
Tiada sebarang gol dihasilkan pada separuh masa kedua - SiakapKeli.com
TOP
MH17: Mohd Sadiq Tahan Sebak Usung Keranda Bapa Saudara Pupu
Anggota tentera termasuk Mohd Sadiq mengusung keranda jenazah Mohd Ghafar sebaik tiba di KLIA, Ahad.
SEPANG: Lans Koperal Mohd Sadiq Zakariah mengagahkan diri menahan sebak mengusung jenazah bapa saudara pupunya, penyelia penerbangan kabin Mohd Ghafar Abu Bakar kerana tidak mahu 'mencacatkan' perjalanan istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17. Mohd Sadiq berulang kali mengingatkan diri bahawa kegagalan menahan diri akan menghilangan kepercayaan kepadanya, memandangkan beliau sendiri membuat permohonan supaya dibenarkan untuk mengusung Mohd Ghafar. "Sejak diberitahu bahawa pak cik salah seorang yang meninggal, saya memasang niat untuk mengusung jenazahnya. "Bagaimana saya boleh biarkan orang lain mengusung, sedangkan peluang ada di hadapan saya untuk berbuat demikian," katanya kepada Bernama semasa ditemui selepas istiadat itu di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, Ahad. Anggota tentera daripada Unit Istiadat 1 Regimen Askar Melayu Diraja itu berkata ia juga merupakan jasa terakhir yang boleh disumbangkan kepada keluarga arwah, meskipun beliau tidak begitu rapat dengan Mohd Ghafar. Tambahnya Mohd Ghafar bersaudara dengan ibunya Bariyah Othman, dan pernah bersekolah agama dengan bapanya Zakariah Abd Rahim dan juga rakan sekolah bapa saudaranya Khabir Othman. "Begitu banyak hubungan kami. Jadi saya harap biarkan saya mewakili keluarga menjalankan sebahagian tanggungjawab menguruskan arwah," katanya. Beliau menambah sejak semalam telah memikirkan bagaimanakah perasaannya apabila mengusung jenazah Mohd Ghafar, sedangkan beliau sendiri berasa sedih apabila mengusung jenazah yang tidak dikenalinya. Pada Hari Perkabungan Negara Jumaat lepas, Mohd Sadiq bertugas mengusung keranda Foo Ming Lee. Mohd Ghafar antara seorang daripada jenazah mangsa tragedi MH17 yang dibawa pulang dari Amsterdam pagi ini, dan diberikan istiadat penghormatan tentera sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Indah, dekat sini. Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine. - mstar

Kongres PKR: Wan Azizah Boleh Jadi MB Tanpa Sokongan PAS
SHAH ALAM: Cita-cita Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadikan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu boleh dilaksanakan walaupun tanpa sokongan PAS.
Naib Presiden PKR yang baharu, Mohd Rafizi Ramli berkata, Dr Wan Azizah sudah mempunyai sokongan majoriti mudah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.
"Walaupun tanpa surat sokongan PAS, kita mempunyai majoriti yang jelas," katanya merujuk kepada baki 13 wakil rakyat PAS Selangor yang belum menandatangani Surat Akuan Bersumpah (SD) bagi menyokong Dr Wan Azizah.
Hingga kini Pakatan Rakyat Selangor mempersembahkan 30 SD kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyatakan pendirian supaya penyandang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan.
Tiga puluh SD yang dipersembahkan sebelum ini ditandatangani 13 wakil rakyat PKR, 15 daripada DAP dan dua lagi daripada PAS.
Selain itu, Rafizi yang juga bekas Pengarah Strategi PKR ketika 'Langkah Kajang' dimulakan untuk menggulingkan Khalid memberi peringatakan kepada ahli parti supaya bersiap-sedia jika pilihan raya negeri Selangor terpaksa diadakan.
Katanya, ahli PKR tidak boleh memandang ringan kemungkinan itu kerana perkara tersebut boleh berlaku jika Khalid tetap berdegil untuk tidak melepaskan jawatannya.
"Tapi saya nak ingatkan Tan Sri Khalid supaya jangan sabotaj rakyat dengan membubarkan DUN (Dewan Undangan Negeri). Undurlah dengan baik.
"Bagaimanapun, kita sebagai anggota parti perlu bersedia dari sekarang jika pilihan raya negeri diadakan," katanya.- mstar
TOP
MH17: Mangsa Warga Malaysia Ke-31 Dikenal Pasti
Datuk Seri Liow Tiong Lai
SEPANG: Satu lagi mangsa terbaharu warga Malaysia dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dikenal pasti dan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 31, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ahad. Beliau berkata kerajaan sedang mengatur untuk membawa balik kumpulan ketiga jenazah mangsa MH17 pada 30 Ogos. "Kami akan terus mengemas kini maklumat kepada orang awam untuk ketibaan jenazah dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi bagi kumpulan kedua MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini Ahad. Ditanya sama ada usaha membawa pulang kesemua mangsa warga Malaysia boleh dilakukan sebelum Hari Malaysia pada 16 September, Liow berkata ia masih tidak dapat disahkan lagi kerana perlu mendapat pelepasan daripada pihak Belanda. "Kita masih tidak boleh mengesahkan lagi. Kita tidak tahu sama ada pihak Belanda boleh mengenal pasti kesemua jenazah," katanya. Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas. Pada Ahad, kumpulan kedua melibatkan tiga mangsa tragedi tiba di tanah air, dan dua daripadanya diberi penghormatan dalam istiadat ringkas namun penuh penghormatan. Bagaimanapun satu jenazah yang dibawa balik hari ini tidak mengikuti istiadat penghormatan atas permintaan keluarga yang mahukan privasi. Liow berkata kerajaan menghormati permintaan waris dan keluarga yang mahukan privasi dan tidak terlibat dalam istiadat penghormatan. "Kami sedar terdapat keluarga yang mahukan privasi...Apa yang kami aturkan adalah mengikut permintaan keluarga," katanya. Liow berkata kos pengurusan membawa pulang jenazah warga Malaysia dibiayai Malaysia Airlines. Pesawat MH17, dengan 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 warga Malaysia, terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh di zon bergolak itu namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.- mstar

Gambar Sekitar Istiadat Penghormatan Jenazah Mangsa Tragedi MH17
Kakitangan MAS memberikan penghormatan ketika kenderaan jenazah rakan mereka, Mohd Ghafar Abu Bakar dibawa keluar untuk dikebumikan pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, KLIA, Ahad.
BERIKUT gambar-gambar sekitar istiadat penghormatan kumpulan kedua jenazah mangsa tragedi MH17 yang diadakan pagi Ahad.
Istiadat penghormatan untuk kumpulan pertama jenazah telah diadakan pada Jumaat. -foto THE STAR, BERNAMA
Anggota tentera mengusung keranda jenazah Penyelia Penerbangan Kabin MAS Mohd Ghafar Abu Bakar.
Kakitangan Malaysia Airlines (MAS) tiba di Kompleks Bunga Raya.
Kakitangan MAS tidak dapat menahan sebak ketika jenazah mangsa tragedi MH17 tiba.
Waris Penyelia Penerbangan Kabin MAS, Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar, tidak dapat menahan kesedihan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai turut hadir.
Anggota tentera bertafakur selama seminit sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.
Pramugari MAS bersama salah seorang ahli keluarga mangsa nahas MH17.
Pramugari MAS menenangkan salah seorang ahli keluarga mangsa.

Keluarga Berazam Penuhi Impian Ketua Pramugari MH17
Don Shahidan dan isterinya Zalela Anwar melawat pusara Dora Shahila di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
PETALING JAYA: Keluarga ketua pramugari MH17 Dora Shahila Kassim berazam menjadikan impiannya satu kenyataan atau dengan erti kata lain 'meneruskan kehidupan untuk mencapai cita-cita'. Abang Dora Shahila, Don Shahidan Kassim, 48, berkata impian adiknya ialah memastikan anak tunggalnya Nur Diyana Yazeera, 15, berjaya dalam hidup. "Nur Diyana sudah saya anggap seperti anak sendiri dan pendidikannya adalah sangat penting untuk Dora Shahila. Keluarga kami akan melakukan yang terbaik untuk menyokong Nur Diyana, sama ada dari segi emosi atau akademik supaya dia boleh membuatkan ibunya berbangga," katanya sebelum menyedekahkan doa untuk Dora Shahila, 47, di tanah perkuburan Bukit Kiara, Sabtu. Beliau berkata ahli keluarga menyedari bahawa mereka perlu meneruskan kehidupan tetapi mengaku ia adalah sangat sukar, terutama bagi Nur Diyana, ibunya Hasnah Mohd Yusof, 71, dan anak lelakinya yang berusia 22 tahun. Ketiga-tiga mereka menjalani kaunseling di Hospital Selayang. Untuk mengatasi rasa sedih kehilangan, ahli keluarga sentiasa berkongsi cerita tentang Dora Shahila. "Kami duduk bersama dan ketawa mengenang kembali saat-saat indah, percutian dan jenaka, kerana dengan bercakap tentang dirinya, kami rasa seperti dia masih bersama kami. Kenangan bersamanya akan sentiasa dalam ingatan," katanya. "Kami banyak berdoa dan ia telah banyak membantu kami berdepan saat-saat sukar ini. Kami juga berdoa untuk keluarga MH17 dan MH370 lain." Beliau berkata hari perkabungan negara mampu memberikan kelegaan kepada ahli keluarga kerana akhirnya Dora Shahila dapat disemadikan dengan sempurna dan selamat. Perpaduan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat yang berkumpul untuk meratapi mangsa sangat menyentuh hati, katanya. "Keprihatinan dan kasih sayang yang ditunjukkan begitu bermakna dan kami mengucapkan terima kasih kepada anda semua ikhlas dari hati kami," katanya.- mstar

Prinsip Dasar Luar Malaysia Sokong Apa Yang Betul - Najib
Najib Razak
KUALA LUMPUR: Dasar luar Malaysia adalah berdasarkan prinsip iaitu menyokong apa yang betul dan menolak apa yang tidak betul. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berdasarkan prinsip itu, Malaysia dengan itu tidak terbeban untuk memilih antara Amerika Syarikat (AS) dan China. "Ia bukan semudah memilih kelab bola sepak, misalnya Manchester United...ini berseloroh sahaja. Kita tidak boleh memutuskan atau membuat pilihan dengan melihat kepada kekuatan kedua-dua negara ini," katanya. Najib berkata demikian semasa ditanya negara mana patut dipilih Malaysia antara AS dan China pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia 2014, anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire (UKEC), di sini Ahad. Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata Amerika Syarikat mempunyai kekuatan seperti pasaran luas, teknologi, inovasi, beberapa institusi pendidikan terbaik di dunia dan juga sebagai kuasa besar dan "hyper power". Najib berkata, China juga merupakan sebahagian penting di Asia dan negara itu merupakan rakan perdagangan terbesar negara dengan perdagangan dua hala berjumlah US$100 bilion, dengan Malaysia menyasarkan untuk mencapai US$160 bilion dalam lima tahun akan datang. "Jadi, kenapa kita perlu berdepan Amerika Syarikat, pada masa yang sama kita ada China?," katanya dan menurutnya Malaysia mempunyai dasar luar yang amat bebas. Katanya, jika Malaysia sebagai contohnya bergantung kepada Amerika Syarikat, negara tidak akan dapat berurusan dengan (Alexander) Borodai (pemimpin puak pemisah) bagi mengeluarkan jenazah mangsa pesawat Malaysia Airlines MH17 dari tapak nahas di timur Ukraine. "Jika kita bergantung kepada AS, saya tidak akan melawat Gaza, misalnya. Saya telah bertemu pemimpin Hamas. Inilah apa yang saya maksudkan sebagai dasar luar berprinsip dan pada masa yang sama adalah pragmatik," katanya. Perdana Menteri berkata dasar luar seumpama itu akan membuahkan lebih banyak faedah dan hasil positif. Terdahulu dalam ucapannya, Najib mengimbas semula waktu beliau belajar di luar negara dan menjadi 'duta' Malaysia bagi menjawab soalan tentang negara, budaya dan rakyatnya. Katanya, daripada situ beliau belajar secara mendalam berhubung perbezaan kebudayaan, perspektif dan cara dalam melakukan sesuatu. "Dan saya cuba membawa balik pengetahuan itu ke tanah air dan menggunakan apa yang telah saya pelajari itu dalam kehidupan saya sendiri dan kerjaya saya dan saya harap anda akan lakukan perkara sama kerana pengetahuan dan pengalaman yang anda bawa balik akan membantu mencorakkan Malaysia pada masa depan," katanya. Tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April tahun depan, Najib berkata beliau sedar terdapat pihak tidak bersetuju dengan dasar itu dan itu merupakan perkara biasa. "Sejak Program Transformasi Ekonomi bermula, ekonomi kita terus bertambah kukuh. Pendapatan isi rumah 24 peratus lebih tinggi daripada pada 2009. - mstar

MH17: Usaha Sedang Dijalankan Percepat Urusan Bawa Pulang Jenazah
Dr Wee (kiri) bersama ibu Chong Yee Pheng, Yee Swee Yeng, 72.
IPOH: Butiran mangsa MH17 warga Malaysia yang akan dibawa pulang akan diumumkan apabila semuanya telah dimuktamadkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong. "Usaha sedang diambil untuk mempercepatkan urusan membawa pulang semua mangsa," kata Dr Wee selepas memberi penghormatan terakhir kepada pramugari Chong Yee Pheng di rumahnya di First Garden, di sini, pagi Ahad. Yee Pheng adalah antara 43 rakyat Malaysia yang terkorban ketika penerbangan MH17 yang berlepas dari Lapangan Terbang Schipol Amsterdam, ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang ditembak jatuh di Ukraine. Dia adalah antara 20 jenazah dalam kumpulan pertama yang dibawa pulang pada Jumaat lepas. Selain memberi penghormatan terakhir kepada beliau, Dr Wee berkata beliau juga mahu melihat apa lagi yang boleh dilakukan untuk membantu keluarga dalam masa yang sukar ini. Kumpulan kedua mangsa yang dibawa pulang melibatkan tiga mangsa, tiba Ahad, tetapi hanya dua daripada mangsa diberi istiadat ketenteraan.- mstar

Ahli Keluarga, Rakan Lancar Kempen Rungkai Misteri MH370
KUALA LUMPUR: Pelajar fizik di China, Jimmy Wang tidak mempunyai kepentingan dalam dunia penerbangan sehinggalah penerbangan MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac dengan bapanya Wang Lijun, 58 tahun berada di dalam pesawat tersebut.
Wang, 31, kini menghabiskan masanya di China dengan membaca blog-blog penerbangan berkaitan ciri-ciri teknikal Boeing 777, bertukar-tukar hasil cariannya dengan rakan-rakan dan waris MH370 yang lain.
Dia adalah salah seorang daripada beratus-ratus saudara yang terdesak untuk mengetahui nasib orang tersayang mereka dan menyalurkan kesedihan mereka merentas sempadan dengan media sosial yang ada, tetapi setakat ini kempen berhubung misteri penerbangan terbesar yang berlaku mereka masih belum berhasil.
Wang telah meninggalkan pengajiannya di Sweden untuk bersama ibunya yang bersedih.
"Saya tidak boleh hidup dalam persoalan sepanjang hayat saya," kata Wang melalui Skype, dari rumahnya di bandar Anyang.
Menerusi laman mikro-blogging Cina, Weibo - 153 warga China berada di dalam penerbangan MH370, sebuah kumpulan di Facebook dan Skype mengadakan pertemuan dengan berpuluh-puluh orang, dengan para peserta bertukar-tukar hasil, membincangkan teori terkini dan cadangan untuk tindakan kumpulan.
Kumpulan itu, yang menggelarkan diri Voice370 dengan kira-kira 300 ahli, menerima dan berbahas nasihat daripada pakar undang-undang, penerbangan dan lain-lain, sama seperti kumpulan yang sama terbentuk selepas bencana Air France pada 2009.
Ketika beberapa mesyuarat bersemuka diadakan, kebanyakan pertukaran hasil carian dijalankan melalui webcam atau e-mel, dengan ahli-ahli melakukan undian strategi.
Ketika melakukannya, mereka mengimbangi zon masa dan halangan bahasa dengan 'mesyuarat' diadakan kebanyakannya dalam bahasa Inggeris, dengan khidmat penterjemah dari China untuk rakyat mereka.
"Ia benar-benar menjadi 'agak komuniti'," kata Sarah Bajc, seorang warga Amerika di mana pasangannya, Philip Wood berada dalam penerbangan tersebut.
"Saya merasakan perlu melakukan segala-galanya yang saya mampu untuk mencari Philip. Kami terhutang budi kepada mereka."
Penerbangan MH370 hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 orang di dalam pesawat.
Tidak ada tanda-tanda ia telah dijumpai walaupun carian yang luas diketuai Australia dilakukan di Lautan Hindi.- mstar
TOP
Suasana Tenang, Sayu Selubungi Upacara Pembakaran Jenazah Dua Mangsa MH17
Gambar mangsa tragedi MH17, mendiang Foo Ming Lee diletakkan bersebelahan kerandanya sebelum upacara pembakaran di Nirvana Memorial Park Shah Alam, di sini. Ahad.
SHAH ALAM: Suasana tenang namun riak kesedihan menyelubungi wajah anggota keluarga dan sahabat handai dua mangsa tragedi pesawat MH17, semasa upacara pembakaran jenazah di Krematorium Taman Peringatan Nirvana, Seksyen 21 di sini, Ahad. Jenazah Foo Ming Lee dan Ng Qing Zheng yang sebelum ini disimpan di Taman Peringatan Sungai Besi sejak Jumaat lepas, tiba di tempat pembakaran berkenaan masing-masing pada pukul 11.30 pagi dan 12.15 tengah hari, diiringi sanak saudara serta sahabat handai. Kedua-dua mereka merupakan kumpulan pertama daripada jenazah 43 rakyat Malaysia yang maut dalam tragedi itu yang dibawa pulang. Bagi sahabat Qing Zheng, Xie Jun Tian, 42, kehilangan jurutera kimia berusia 30 tahun itu pasti dirasai memandangkan beliau seorang anggota alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hua, Klang dekat sini yang aktif. "Beliau sangat aktif dalam kegiatan alumni sekolah kerana biasanya dia yang menguruskan aktiviti persatuan dan sentiasa rajin meluangkan masa untuk rakan-rakan dalam alumni. "Saya sangat sedih dan masih tidak boleh menerima ketiadaan beliau kerana saya masih ingat yang dia berjanji untuk memberi saya hadiah tatkala pulang daripada trip ke Amsterdam," katanya kepada pemberita di sini. Menyifatkan Qing Zheng sebagai sahabat yang sering menceriakan suasana, Xie berkata, pemergiannya diibaratkan satu kehilangan besar kepada alumni sekolah itu berikutan jasanya yang sering menghidupkan aktiviti persatuan tersebut. Mendiang Qing Zheng meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berusia empat tahun. Sementara itu, berikutan rasa sedih atas pemergian Ming Lee, keluarga serta sanak saudara mendiang enggan ditemu bual dan pulang sejurus upacara pembakaran jenazah selesai. Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu.- mstar

Komitmen Berterusan Diperlukan Bagi Jayakan Pelan Pendidikan - Muhyiddin
Muhyiddin (tengah) beramah mesra dengan ahli akademik selepas majlis perjumpaan dan makan tengah hari bersama di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Kedah di Alor, Setar pada Ahad.
ALOR SETAR: Semua warga Kementerian Pendidikan diminta memberikan komitmen berterusan bagi menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang merupakan proses penting ke arah meningkatkan kualiti pendidikan negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sesuatu proses perubahan ke arah kebaikan sememangnya akan mengambil masa yang lama dan ia merupakan cabaran yang harus dilalui. "Ada yang tanya kenapa ambil masa hingga 13 tahun untuk sampai ke kedudukan 1/3 teratas, sekarang 1/3 di bawah dan saya sebutkan ini memang cabaran, kalau tanya saya, hasrat saya kalau boleh esok (berubah). "Tapi saya sedar tak mungkin boleh berlaku (perubahan) kerana proses itu melibatkan banyak perkara, komponen dan aspek. Untuk meningkatkan martabat pendidikan, tak boleh berlaku dalam tempoh segera, mahu atau tidak kena lalui proses ini," beliau berucap pada majlis makan tengah hari bersama warga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah di sini, Ahad. Beliau berkata, sokongan serta penglibatan semua pihak diperlukan bukan sahaja di peringkat kementerian, malahan di negeri, daerah dan paling utama di peringkat sekolah juga perlu menunjukkan komitmen tinggi untuk melaksanakan program serta perancangan. Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata, komitmen yang dipikul itu merupakan amanah yang termaktub dalam pelan yang harus diterjemahkan dalam bentuk hasil yang akan memberikan perubahan besar dari segi kualiti kepada pendidikan negara. "Saya sentiasa mengingatkan pada diri dan rakan-rakan di kementerian, pentingnya pelan itu (agar) dapat difahami dan dihayati atas dasar tangungjawab bersama yang bermula tahun lepas. "Walaupun dalam tempoh singkat (setahun) kita sudah berjaya sempurnakan beberapa inisiatif dan atas komitmen yang ditunjukkan, kita telah menyediakan laporan tahunan bertulis lengkap, laporan pertama dibentangkan di khalayak (laporan tahun pertama-2013)," katanya. Beliau berkata, setiap warga pendidikan juga perlu bersifat ikhlas dan jujur terhadap diri sendiri kerana di hadapan mereka adalah satu tanggungjawab, demi kepentingan agama, bangsa dan negara. "Tidak ada bangsa akan maju tanpa ilmu dan pendidikan. Komitmen adalah amanah dan tanggungjawab dan kita akan terus bekerjasama dengan ikhlas, jika ada isu atau permasalahan, cari jalan untuk selesaikan," katanya.- mstar

Presiden Ukraine Janji Peruntuk AS$3 Bilion Untuk Senjata Baharu Tentera
Petro Poroshenko (kiri) ketika menyanyikan lagu kebangsaan Ukraine di Dataran Kemerdekaan di Kiev pada Ahad. Foto EPA
KIEV: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko pada Ahad berjanji untuk membelanjakan kira-kira AS$3 bilion (RM9.48 bilion) bagi membekalkan senjata baharu untuk operasi ketenteraan negara itu untuk beberapa tahun akan datang. "Kira merancang untuk memperuntukkan lebih AS$3 bilion untuk membekalkan kelengkapan senjata dari 2015 hingga 2017," kata Poroshenko ketika berucap pada perarakan Hari Kemerdekaan di Kiev. - AFP

Video: Remaja Bergambar Selfie Di Puncak Bangunan Pencakar Langit
DANIEL Lau dan rakan-rakannya memutuskan untuk memanjat puncak bangunan pencakar langit untuk mengambil gambar selfie, seperti yang anda sering lakukan.
Trend ini menjadi amat popular terutama di Rusia di mana mereka yang 'berani mati' telah memanjat bangunan-bangunan ikonik untuk mengambil gambar selfie dan melakukan aksi ekstrim menarik. Golongan pencari keseronokan melampau ini juga membawa pisang sebagai makanan ringan sebelum kembali ke bawah.- mstar

Rogol Anak Untuk Kaya
HARARE: Seorang lelaki mengejutkan mahkamah apabila mengaku merogol anaknya sebagai satu cara untuk menjadi kaya.
Lelaki dari Gowe itu berkata, seorang bomoh menasihatinya supaya mengadakan hubungan seks dengan anak perempuannya yang berusia 16 tahun supaya ‘rezeki’ mereka menjadi lebih murah.
Ketika dihadapkan di mahkamah, tertuduh mengaku tidak berasalah kerana menganggap perbuatannya tidak salah, malah dia mengaku tidak memaksa anaknya supaya mengadakan hubungan seks.
Pegawai mahkamah berkata, tertuduh mengaku hubungan itu dilakukan secara sukarela.
Berdasarkan dokumen mahkamah, sejak Oktober 2013, lelaki terbabit membawa anak perempuannya ke kawasan semak sebelum merogol remaja terbabit.
Bagaimanapun perbuatan itu tidak berlaku hanya sekali.
Perbuatannya itu hanya terdedah selepas remaja terbabit hamil dan dia mula memberitahu saudara-mara mengenai apa yang berlaku ke atasnya.
- mstar
TOP
Bayi Lelaki Dijumpai Dalam Beg Kertas Di Tapak Pembinaan
SHAH ALAM: Seorang bayi lelaki dijumpai dalam satu beg kertas yang ditinggalkan di depan pintu utama sebuah projek pembinaan di sini, Ahad.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias berkata, bayi berkulit cerah itu ditemui pekerja tapak pembinaan berkenaan pada kira-kira 11.30 pagi, disyaki baru ditinggalkan berikutan keadaannya yang masih elok.
Beliau berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 11.45 pagi dan tidak menolak kemungkinan bayi berkenaan sengaja diletak di depan pintu utama kerana ia tidak beroperasi serta dikunci setiap Ahad.
"Ketika dijumpai, bayi berada dalam keadaan sempurna, elok dan dibalut dengan sehelai tuala merah... usia bayi itu kita sedang periksa, dan kita hantar bayi itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk pemeriksaan lanjut.
"Dalam pada itu, polis sedang menyiasat dan mencari siapa ibu dan bapa kandung bayi tersebut untuk membantu siasatan," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS).
Azisman juga berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.- mstar
TOP
'Kita Akan Tangkap Muktadil Bersaudara' - Pesuruhjaya Polis Sabah
Muktadil bersaudara.
KOTA KINABALU: Polis mempunyai strategi untuk menangkap tiga penculik dan pembunuh yang berpangkalan di Pulau Tawi-Tawi, yang melarikan diri ke negara mereka di Filipina selepas menceroboh perairan Sabah. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, ketiga-tiga mereka melarikan diri selepas mengelak daripada ditangkap apabila mereka dikesan di Pulau Maiga di perairan Semporna pada kira-kira pukul 5.30 petang Khamis. "Kita mempunyai strategi kita mengenai bagaimana untuk menangkap mereka," katanya ketika dihubungi pada Ahad. "Kita akan tunggu mereka, dan jika mereka kembali, kita akan menangkap mereka," kata Jalaluddin. Pada Sabtu, polis mengenal pasti dua daripada tiga penceroboh itu yang merupakan Muktadil bersaudara iaitu Badong dan Nilson. Mereka dipercayai memasuki Sempoerna sebagai pendatang asing tanpa izin dan mungkin mahu menguji kekuatan pasukan keselamatan yang memintas mereka antara Tanjung Sirangol dan Pulau Maiga. Kumpulan penculik bersaudara itu (di mana bapa mereka yang sudah meninggal dunia merupakan lanun terkenal) dan seorang lagi rakan sejenayah berjaya melarikan diri. Menurut polis, Nilson tinggal di Kg Bangau-Bangau dan dipercayai terlibat dalam kes penculikan membabitkan pelancong warga China, Gao Huayun, 29, dan pekerja warga Filipina, Marcy Darawan, 40, di Singgamata pada 2 April lalu. Pasukan keselamatan melancarkan satu operasi besar-besaran di udara dan perairan untuk memburu mereka berikutan insiden yang berlaku pada Khamis.- mstar

Trafik Sesak Di Cheras, Galang Projek MRT Terjatuh Dari Treler
Tapak projek MRT -Gambar hiasan
PETALING JAYA: Kesesakan lalu lintas yang teruk berlaku pada Ahad pagi berpunca daripada 12 galang konkrit yang terjatuh dari sebuah treler di Jalan Cheras berhampiran jejantas bulatan Bilion. Menurut sumber polis, kejadian itu berlaku pada pukul 11.30 pagi di Batu 5 ½, Jalan Cheras. 12 galang terjatuh apabila pemandu treler membawa 16 galang konkrit untuk projek MRT bawah tanah Pudu, menekan brek kecemasan kerana trafik berhenti secara mengejut. Daripada 12 galang konkrit yang jatuh, 10 daripadanya adalah galang dua tan, manakala dua yang lain adalah galang satu tan. Trafik masih bergerak perlahan walaupun kerja-kerja untuk mengalihkan galang berakhir pada pukul 1.15 tengah hari. Dalam satu kenyataan, MRT Corp berkata syarikat itu akan menyiasat perkara itu dan tindakan akan diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab. Menurut tweet Star Radio Traffic, trafik masih sesak sehingga pukul 2.02 petang walaupun 12 galang yang jatuh telah dialihkan. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Insiden ini berlaku selepas tiga pekerja Bangladesh di tapak projek MRT, Elahi Hossain, Alauddin Mollik dan Mohamad Faruk Khan terbunuh apabila dihempap landasan konkrit.- mstar

Mayat Wanita Reput Ditemui Di Apartment Vista Angkasa
KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita reput, dipercayai telah meninggal dunia dua hingga tiga hari lalu, ditemui di sebuah unit Apartment Vista Angkasa Bukit Kerinchi di sini.
Seorang pengawal keselamatan berkata kali terakhir jirannya melihat pesara berusia 54 tahun itu adalah pada tiga hari lalu di tingkat dua blok apartmen berkenaan.
Dia mendakwa mayat wanita itu kemudian ditemui oleh ahli-ahli keluarganya yang berkunjung ke apartmen itu kira-kira pukul 9.45 malam Sabtu selepas gagal mendengar khabar daripadanya selama tiga hari.
"Tidak berjaya mendapatkan jawapan daripadanya, mereka menghubungi polis.
"Satu bau kuat yang kuat mengisi ruang udara sebaik sahaja mereka masuk ke apartmen.
"Mereka mendapati dia terbaring kaku di dalam bilik tidur," katanya.
Polis meninggalkan tempat kejadian pada tengah malam dan menghantar mayat ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Aida Abdul Hamid berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
"Dia mengalami beberapa penyakit dan tinggal sendirian. Polis menemui ubat di apartmennya," tambah beliau.
Mangsa dipercayai kakak ipar kepada Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.- mstar
TOP
Wanita Ditahan Buang Janin
Lokasi di mana seorang wanita didakwa membuang janin.
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita bertubuh kecil yang didakwa membuang janin di belakang Apartment Julia di Bandar Baru Selayang. Pasukan forensik polis tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 10.50 malam Sabtu. Wanita itu, dikatakan berusia lingkungan 20-an memakai topeng ketika membawa polis ke tapak di mana dia didakwa menanam janin tersebut. Dia dibawa ke balai polis semula untuk membantu siasatan selepas janin itu dijumpai. Seorang penduduk yang tidak mahu dikenali berkata wanita itu telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak berusia di antara dua dan lima tahun. "Dia tinggal bersama suami dan anak-anak di tingkat satu tetapi tidak banyak yang diketahui tentang mereka," tambahnya. Wanita itu dikatakan telah mengambil ubat untuk mendorong keguguran kerana keluarganya tidak mampu untuk menyara anak ketiga. Dipercayai janin telah ditanam selepas berlaku keguguran di bilik mandi kediamannya dua minggu lalu. Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad mengesahkan laporan yang telah dibuat, dan siasatan masih dijalankan.- mstar

Keputusan Grand Prix Belgium
Pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo (tengah) meraikan kemenangannya di GP Belgium di litar Spa-Francorchamps, Belgium, malam Ahad. Pelumba Mercedes, Nico Rosberg (kiri) menduduki tempat kedua manakala Valtteri Bottas di tempat ketiga. Foto AP
BERIKUT adalah keputusan perlumbaan Grand Prix Formula Satu Belgium yang berlangsung malam Ahad:
1. Daniel Ricciardo, Red Bull-Renault, 1:24:36.556 saat
2. Nico Rosberg, Mercedes, +3.383 saat
3. Valtteri Bottas, Williams-Mercedes, +28.032 saat
4. Kimi Raikkonen, Ferrari, +36.815 saat
5. Sebastian Vettel, Red Bull-Renault, +52.196 saat
6. Kevin Magnussen, McLaren-Mercedes, +54.262 saat
7. Jenson Button, McLaren-Mercedes, +54.580 saat
8. Fernando Alonso, Ferrari, +1 minit 01.162 saat
9. Sergio Perez, Force India-Mercedes, +1 minit 04.293 saat
10. Daniil Kvyat, Toro Rosso-Renault, +1minit 05.347 saat

Daniel Ricciardo Juara GP Belgium
Daniel Ricciardo. Foto AFP
PELUMBA Red Bull, Daniel Ricciardo meraih kemenangan ketiganya pada musim ini apabila menamatkan perlumbaan di tempat pertama di Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Belgium pada Ahad. Ricciardo mendahului pencabarnya Nico Rosberg (Mercedes) dengan 3.383 saat dalam perlumbaan di litar Spa-Francorchamps di Spa, Belgium. Pelumba Williams, Valtteri Bottas pula menduduki tempat ketiga, ketinggalan 28.032 saat di belakang. Perlumbaan sepatutnya menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Hamilton dan Rosberg tetapi berakhir apabila Rosberg memintas rakan sepasukannya secara agresif. Ini menyebabkan Hamilton kehilangan kedudukan di hadapan. Di depan, Ricciardo mulai mendekati Rosberg. Pelumba Mercedes itu kemudian hanya mencatatkan kedudukan kedua di akhir perlumbaan. Kejuaraan Ricciardo di GP Belgium selepas kemenangannya di GP Kanada dan GP Hungary, masing-masing pada Jun dan Julai lalu.- mstar

Keputusan Atlet Malaysia Pada Sukan Olimpik Remaja, Ahad
Atlet memanah negara, Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli bersama pasangannya dari Jerman, Freywald Cynthia memenangi pingat perak dalam acara memanah campuran antarabangsa pada temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) di Fangshan di Nanjing, Ahad. Foto BERNAMA
NANJING (China): Berikut keputusan atlet Malaysia pada hari kelapan Temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) edisi kedua di sini, Ahad:
MEMANAH:
Acara Recurve Campuran Antarabangsa.
EMAS: Moreno Luis Gabriel (PHI)/Li Jiaman (CHI)
PERAK: MUHAMAD ZARIF SYAHIIR ZOLKIFLI (MAS)/Freywald Cynthia (GER)
GANGSA: Peters Eric (CAN)/Tuokkola Mirjam (FIN)

Arsenal Tidak Bermasalah Bawa Masuk Khedira
Sami Khedira
ARSENAL tidak berdepan masalah untuk menandatangani perjanjian dengan Sami Khedira selepas pengurus Real Madrid Carlo Ancelotti mengesahkan bahawa pemain itu telah diberitahu bahawa dia boleh meninggalkan kelab. 'The Gunners' telah cuba mendapatkan khidmat Khedira sepanjang musim panas dan laporan semalam mencadangkan bahawa mereka bersedia untuk membuat tawaran £12 juta untuk menandatangani perjanjian dengannya. Tiada lagi tawaran yang dibuat, tetapi Arsene Wenger telah diberi lampu hijau untuk mendapatkan pemain-pemainnya dengan Madrid mengakui bahawa pemain antarabangsa dari Jerman itu bebas untuk mencari kelab baru. Chelsea juga telah dikaitkan dengan pemain berusia 27 tahun itu, tetapi pada masa ini tidak mempunyai ruang untuk seorang lagi pemain asing dalam skuad mereka.- mstar

Tragedi Satukan Kita Kerana Disini Lahirnya Sebuah Cinta...
Rakyat Malaysia bersatu dalam sukan bolasepak dengan bertafakur seminit sebelum perlawanan antara Pahang dan Felda United bagi memberi penghormatan kepada mangsa tragedi MH17 di Stadium Darul Makmur di sini pada Sabtu.
HANYA beberapa hari lagi negara bakal menyambut kemerderkaan ke-57. Namun dalam usia matang ini, agak menyedihkan apabila masih ada di kalangan rakyat yang memilih aura negatif dalam menilai segala hal.
Adalah nyata, tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 meruntun jiwa, 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. Al-fatihah dan takziah kepada 298 penumpang dan kru pesawat malang itu.
Tetapi, sesuatu yang mendukacitakan apabila Hari Perkabungan Negara yang baharu dilalui pada Jumaat ketika menerima 20 jenazah mangsa insiden itu dan seterusnya pada Ahad dengan ketibaan dua lagi jenazah, tiba-tiba ada pula suara-suara jelek yang mempertikaikan istiadat yang dirancang kerajaan itu.
Apakah perlu untuk berbuat demikian tatkala si ibu dan bapa kehilangan anak, isteri dan suami kini tiada lagi pasangan untuk bersama tika sakit, suka duka, dan si anak yang kini tiada lagi tempat bermanja kerana insan bergelar ibu, mama, mak, umi, papa, ayah, abah, daddy, babah itu pergi buat selama-lamanya.
Tambah jelek, apabila kritikan itu dengan lantang disuarakan di pentas politik sebuah parti pembangkang yang sedang gigih bersidang di Shah Alam, Selangor dengan tanggapan bahawa kerajaan mengamalkan sikap 'dua darjat' apabila melakukan sambutan secara berlebihan.
Fahamilah seketika jauh di sudut hati insan-insan yang menerima dugaan hebat ini. Jika ada di kalangan yang terkorban itu saudara mara dan kenalan kalian, bagaimana?
Yang pasti, bukan majoriti pembangkang berpendirian negatif sebegitu kerana masih ada yang bertafakur ketika van jenazah bergerak membawa mangsa MH17 untuk perjalanan akhir di alam nyata sebelum disemadikan. Untuk itu, terima kasih diucapkan.
Malahan, 30 juta rakyat Malaysia, menanti kepulangan setiap penumpang dan kru MH17 walaupun tiada pertalian darah, sebaliknya sama-sama bersatu menghadapi dugaan ini. Jadi, biarkan sahaja sipolan itu terus berkokok, sedangkan jutaan yang lain memberi takbik kepada usaha yang dilakukan.
Mungkin catatan ini penuh emosi, tetapi untuk membandingkan dengan insiden pencerobohan Lahad Datu apabila anggota pertahanan negara tewas di tangan pengganas, adalah berbeza situasinya.
Anggota tentera sememangnya bertugas untuk mempertahankan negara dan ketika insiden itu kerajaan turut memperingati jasa yang dicurahkan setiap seorang yang terkorban dalam insiden itu.
Malahan, pemimpin negara sendiri menemui ahli keluarga terbabit sebagai tanda penghormatan negara dan keranda setiap jenazah turut dibaluti Jalur Gemilang, selain majlis demi majlis, kutipan tabung bantuan dan sumbangan dihulurkan untuk memastikan ahli keluarga pejuang negara itu tidak terabai.
Tetapi, berkecainya MH17 bukan ketika kru atau penumpangnya bersedia menghadapi musuh, sebaliknya masing-masing membayangkan suasana indahnya kampung halaman apabila dapat menyambut 1 Syawal bersama keluarga tersayang, ada yang pulang selepas penat bertugas di perantauan dan saat kepulangan mereka pula amat dinanti-nantikan.
Bayangkan, apabila diulit mimpi saat bahagia itu, ketika mereka menghitung waktu untuk mengagih-agihkan ole-ole untuk setiap yang tersayang di tanah air, tiba-tiba semuanya gelap, hancur segala-galanya.
Walaupun dalangnya belum dihadapkan ke muka keadilan, namun perjuangan ke arah itu mesti diteruskan untuk memastikan hak setiap yang terkorban itu dituntut, begitu juga bagi ahli keluarga yang kini terpaksa meneruskan kehidupan dengan penuh keperitan akibat kehilangan insan tersayang.
Pastinya, setiap rakyat akan menerima tempias, kesan daripada tragedi demi tragedi yang menimpa negara. Walau apa keadaannya, bangkitlah, bersatulah demi anak cucu kita.
Jika sambutan kemerdekaan negara tahun lalu dipenuhi dengan luahan rasa dan penghormatan kepada pasukan keselamatan yang bertungkus lumus mempertahankan negara di Lahad Datu. Kali ini, tragedi MH17 dan pastinya tidak dilupakan MH370 yang entah bila akan mencapai titik nokhtahnya tentu banyak mempengaruhi sambutan ulang tahun ke-57 negara.
'Disini Lahirnya Sebuah Cinta' - memang benar, kerana dengan berputiknya cinta, sayang, rindu, kasih itulah setiap rakyat tanpa mengira usia dan latar belakang akan terus menghargai kehidupan di bumi bertuah bernama Malaysia ini.

Real Minta £60 Juta Untuk Di Maria, Kini Semuanya Bergantung Kepada United
Angel Di Maria
MANCHESTER United semakin hampir untuk memperolehi khidmat pemain sayap Real Madrid dan Argentina, Angel Di Maria jika mereka setuju membayar harga £60 juta yang diminta oleh juara Eropah itu. Jika ini menjadi nyata ia bakal mencatatkan rekod baru perpindahan British. Rekod sebelum ini dipegang oleh Fernando Torres apabila Chelsea membayar £50 juta kepada Liverpool pada Januari 2011. Portal berita Britain, Mail Online melaporkan pada Ahad, United juga telah bersetuju untuk membayar Di Maria gaji sehingga £200,000 seminggu sebagai insentif ekoran kegagalan United untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Sebagai tambahan kepada insentif tersebut, terdapat juga tawaran sehingga £8 juta dalam bentuk bonus dan sebagainya, lapor Mail Online. Portal itu menyebut yang Di Maria pada asasnya bersetuju untuk berpindah ke Old Trafford dan kini hanya menantikan persetujuan ke atas jumlah perpindahan yang perlu dibayar oleh United kepada Real Madrid sahaja. Pemain berusia 26 tahun itu disifatkan oleh jurulatih United, Louis van Gaal sebagai pemain sayap terbaik dunia dan hakikat ini turut diakui oleh pengkritik sukan dan bolasepak dunia. Di Maria pada Khamis lalu enggan menandatangani perlanjutan kontraknya dengan Real dan ini mencetuskan spekulasi yang dia mahu berpindah ke kelab lain ekoran kedatangan Toni Kroos dari Real Madrid dan penjaring gol terbanyak Piala Dunia, James Rodriguez dari Monaco. Menurut Mail Online, Louis van Gaal telah memperuntukkan jersi nombor 7 kepada Di Maria iaitu nombor ikonik yang sebelum ini dipakai oleh bintang-bintang ternama dan berpengaruh United seperti Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano Ronaldo.- mstar

MH17: Urusan Bawa Keluar Satu Lagi Jenazah Bermula Isnin
Antara 20 jenazah yang dibawa keluar dari pesawat khas dalam Istiadat Penghormatan Jenazah Mangsa Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Jumaat lalu.
THE HAGUE: Urusan membawa keluar satu lagi jenazah warga Malaysia mangsa tragedi MH17 dari Kem Perubatan Tentera Hilversum dekat sini, akan bermula Isnin. Sumber berkata, jenazah lelaki Islam itu dikenal pasti identitinya pada Jumaat lepas, namun proses membawa keluar hanya akan bermula Isnin kerana urusan pentadbiran dan formaliti tidak dijalankan pada hujung minggu. "Kita akan cuba melalui proses membawa keluar pada Isnin. Kebiasaannya proses mengambil masa beberapa hari kerana banyak prosedur dan dokumentasi perlu dilakukan," katanya kepada Bernama. Menurut Prosedur Operasi Standard (SOP), sebaik sahaja dikenal pasti jenazah adalah milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum, jenazah kemudian perlu melalui lima proses penting. Ini antaranya melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar. Selesainya proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage di sini, kira-kira 90km dari Hilversum untuk menjalani pengurusan jenazah mengikut kepercayaan agama masing-masing. Sumber itu turut tidak menolak kemungkinan ada beberapa lagi jenazah akan diuruskan untuk dibawa balik serentak dengan jenazah lelaki itu bagi kumpulan ketiga namun enggan mengulas lanjut. Sementara itu, seorang anggota keluarga kepada jenazah lelaki itu yang enggan dikenali berkata, pihaknya bersyukur kerana jenazah anggota keluarga mereka telah dikenal pasti dan berharap dapat membawa pulang secepat mungkin. Pada Jumaat, kumpulan pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas dan pada Ahad, kumpulan kedua melibatkan tiga mangsa tragedi itu tiba di tanah air. Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai lepas. Ia dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.- mstar

PRK Pengkalan Kubor: AMK Intai Peluang
Nik Nazmi Nik Ahmad.
SHAH ALAM: Angkatan Muda Keadilan (AMK) mula mengintai peluang untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada pilihan raya kecil kawasan itu nanti. Ketua AMK yang baharu, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mempertimbangkan permintaan sayap itu untuk memikul tanggungjawab sebagai calon. "Wujud permintaan supaya AMK diberi tanggungjawab bertanding di sana. Kita sedia memikul peranan itu," katanya pada sidang media selepas berakhirnya Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad. Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar daripada Barisan Nasional (BN) meninggal dunia akibat kanser pada 20 Ogos lalu. Noor Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian tumpat mempertahankan kerusi DUN Pangkalan Kubor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu dengan majoriti 1,736 undi. Beliau yang memperoleh 10,174 undi menewaskan dua lagi lawannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim yang mendapat 8,438 undi serta seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi. Mengulas mengenai permintaan PAS supaya PKR mengembalikan kerusi DUN Pengkalan Kubor kepada rakan sekutu mereka itu, Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia bagaimanapun berharap agar perebutan itu diselesaikan dengan cara yang baik. "Cantik kalau PKR bertanding di situ kerana empat lagi DUN dan kerusi Parlimennya diwakili wakil rakyat PAS," katanya. Kerusi DUN Pengkalan Kubor berada dalam kawasan Parlimen Tumpat yang diwakili Datuk Kamaruddin Jaafar daripada PAS. Empat lagi DUN yang kini diwakili wakil rakyat PAS ialah, Kelabora, Pasir Pekan, Wakaf Baru dan Kijang.- mstar

Kemelut AMK Selesai, Exco Ikrar Sokong Nik Nazmi
Dr Afif Bahardin.
SHAH ALAM: Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada Ahad sebulat suara berikrar menyatakan sokongan terhadap kepimpinan ketuanya yang baharu, Nik Nazmi Nik Ahmad. Sokongan itu dizahirkan dua hari selepas Nik Nazmi dimalukan oleh exconya sendiri yang bertindak keluar dewan selepas beliau diumumkan menang jawatan ketua sayap PKR itu. Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata, beliau memuji tindakan pantas Nik Nazmi yang berjaya menyelesaikan masalah dalaman AMK dengan pantas. "Saya dan semua exco ingin menzahirkan kepercayaan kami kepada kepimpinan Nik Nazmi untuk memimpin AMK ke tahap yang lebih baik dan cemerlang," katanya pada sidang media selepas berakhirnya Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad. Jumaat lalu, 16 Exco AMK bertindak keluar dewan persidangan sejurus Nik Nazmi diumumkan menang jawatan Ketua AMK. Kumpulan berkenaan mendakwa tindakan itu sebagai tanda protes terhadap keputusan pemilihan yang tidak memihak kepada seorang lagi calon Ketua AMK, Amirudin Shari. Pada pemilihan AMK baru-baru ini Nik Nazmi mengalahkan Amirudin dengan majoriti 250 undi. Nik Nazmi memperoleh 4,509 undi sementara Amirudin mendapat 4,259 undi. Sementara itu Nik Nazmi pada sidang media yang sama berkata, beliau dan exconya bersetuju supaya isu yang dibangkitkan berkaitan pemilihan baru-baru ini akan dibincangkan mengikut saluran dalaman parti.- mstar

Jururawat Maut Kemalangan Seminggu Sebelum Kahwin
MUAR – Seorang jururawat yang bakal mendirikan rumahtangga pada 30 Ogos ini terbunuh apabila kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan di Pagoh, Ahad.
Kemalangan itu berlaku ketika Amirah Abdul Rahim, 25, dalam perjalanan dari rumahnya di Rengit, Batu Pahat menuju ke tempat kerjanya di Klinik Kesihatan Bukit Gambir, Ledang, kira-kira 7 pagi.
Ketua Polis Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri. Sementara itu bapa mangsa, Abdul Rahim Sobri, 48, berkata dia sedih dengan nasib yang menimpa anaknya yang meninggal dunia ketika majlis perkahwinannya bakal dilangsungkan hujung minggu depan. “Saya tahu (anak meninggal dunia) apabila tiba di lokasi kejadian melihat satu jasad terbujur kaku ditutup dengan kain,” katanya. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambi, Rengit petang ini. – BERNAMA

Guan Eng Sahut Cabaran Mandian Ais ALS
Lim disambahi sebaldi air berisi ais oleh isterinya, Betty Chew bagi menyahut cabaran mandian ais ALS. Foto youtube oleh RisingOneChannel
GEORGE TOWN: Lebih 100 orang menyaksikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyahut cabaran mandian ais dalam satu majlis di Lebuh Pantai di sini. Lim tersenyum apabila disimbahi sebaldi air sejuk berisi ais oleh isterinya, Betty Chew. Mendapat sokongan orang ramai, Chew dilihat begitu gembira apabila suaminya menyahut cabaran mandian ais. Cabaran itu sudah pun meraih sumbangan lebih AS$62.5 juta (RM187.5 juta) di Amerika Syarikat (AS) sahaja untuk Persatuan Amyotropic Lateral Sclerolis (ALS) . "Ia sejuk. Saya fikir isteri saya adalah orang yang paling gembira pagi ini," kata Lim. K.K. Wong, penyampai radio sebuah stesen berbahasa Cina 988 pada minggu lepas mencalonkan Lim untuk cabaran mandian ais.
Wong menghadiri majlis Lim menyahut cabaran mandian ais. Cabaran itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai ALS dan menggalakkan sumbangan kepada Persatuan ALS bagi memperuntukkan dana untuk penyelidikan. ALS adalah sejenis penyakit yang mengganggu urat saraf dalam otak dan saraf tunjang. Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh yang boleh mengakibatkan kematian. Minggu lalu, Lim menyumbangkan AS$100 (RM317.37) kepada Persatuan ALS, dan mencalonkan Ketua Pengarang China Press, Teoh Yang Khoon dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz untuk cabaran itu. Kedua-dua menyahut cabaran berkenaan.- mstar

Kerajaan Terima Dengan Terbuka Teguran Dr Mahathir - Muhyiddin
Muhyiddin berucap pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Permatang Pauh di Permatang Pauh, Ahad. Foto BERNAMA
PERMATANG PAUH: Kerajaan menerima dengan terbuka semua teguran dan isu yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, apa sahaja yang disebut oleh bekas perdana menteri itu dilihat sebagai satu teguran dan nasihat untuk memperbaiki kesilapan dan menjadi lebih baik. "Kita terima ini adalah nasihat daripada bekas pemimpin kita yang amat kita hormati, dan oleh itu apa sahaja yang disebut oleh beliau itu kita berikan perhatian dan kita ucapkan terima kasih di atas teguran-teguran yang telah pun beliau buat terhadap pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) dan juga isu-isu yang telah dibangkitkan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Permatang Pauh di sini, Ahad. Dr Mahathir menerusi blognya www.chedet.cc berkata beliau terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Najib kerana melihat dasar dan tindakan beliau tidak berkesan. Dr Mahathir berkata berdasarkan situasi semasa dalam negara, kepimpinan Najib perlu diperbaiki, justeru itu beliau terpaksa mengambil pendekatan menarik balik sokongannya supaya Najib mempelajari sesuatu. Muhyiddin berkata, sebahagian besar daripada apa yang berlaku dalam kerajaan adalah hasil daripada perbincangan bersama sebelum ia diputuskan oleh perdana menteri atau kerajaan. "Sebagai timbalan perdana menteri, saya dapati Datuk Seri Najib mengamalkan sikap terbuka, bersedia terima komen dan pandangan-pandangan," katanya sambil menyatakan turut terkesan dengan kritikan Dr Mahathir kerana dasar-dasar kerajaan digubal secara bersama. Sambil memberi contoh penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang memberi implikasi besar dalam soal keselamatan, Muhyiddin berkata, terdapat teguran Dr Mahathir yang memerlukan kerajaan menilai semula langkah-langkah yang diambil dan memperbaiki keadaan. "Proses penambahbaikan sedang berjalan, baik daripada soal pelan ekonomi, transformasi, hal berkaitan kaum dan sokongan masyarakat kepada kerajaan, semuanya kita nilai bukan sahaja oleh kerajaan tetapi juga oleh parti. "Saya sebagai timbalan presiden Umno mengambil perhatian tentang perkara itu...jadi kita harap Tun akan terus bersama-sama dengan kita memberikan pandangan yang membina," katanya. Sehubungan itu, beliau berharap perdana menteri diberi ruang dan peluang untuk terus menerajui negara kerana cabaran yang dihadapi kini adalah lebih besar dan perlu ditangani bersama. "Keadaan pada masa ini telah banyak berubah dan kerajaan perlu lebih prihatin dengan pandangan masyarakat yang kini lebih terdedah kepada media sosial dan berasa bebas untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka...oleh itu sokongan setiap pemimpin terdahulu adalah amat dihargai," katanya. Muhyiddin percaya Dr Mahathir terlalu sayangkan Umno dan Barisan Nasional dan mahu parti terus unggul dan mempertahankan kedudukan kerajaan pada pilihan raya umum akan datang. Ditanya sama ada terdapat pihak yang mengambil kesempatan daripada teguran Dr Mahathir untuk melaga-lagakan kepimpinan kerajaan, Timbalan Perdana Menteri berkata: "Pastinya bila dah ada teguran Tun semua orang pandang serius...jadi pastinya ada reaksi tapi harapan kita supaya ia tidak akan menjadi satu perkara yang boleh memecahbelahkan". Beliau berkata, teguran yang dibuat oleh Dr Mahathir itu mungkin memberi hikmah yang boleh mengukuhkan parti supaya Umno terus kukuh dan dihormati.- mstar

Gambar Selfie Mengejutkan Diambil Pesakit Leukemia
Kathryn Cartwrigh yang berjuang melawan penyakit kanser bertindak mengambil gambar selfie. Foto Birmingham Mail
KATHRYN Cartwright, 23, sedang berjuang melawan penyakit leukemia dan mempunyai 20 peratus peluang untuk hidup, mengambil keputusan mengambil gambar selfie bagi menunjukkan kekuatannya. Ia merupakan satu gambar yang mengejutkan, menunjukkan tentang perjuangan yang dihadapi oleh pesakit kanser di usia muda. Dia yang menjadi lemah akibat penyakit itu, terjatuh tersembam dari kerusi rodanya menyebabkan dia mempunyai kesan lebam di muka. Daripada dia mengasihani diri sendiri, sebaliknya dia mengambil gambar selfie dan menyiarkannya di Internet. Dia menulis perkataan "F**k cancer" (f**k kanser) menggunakan celaknya bagi 'menyuarakan' perasaannya terhadap penyakit itu. Bercakap kepada Birmingham Mail, Kathryn berkata: "Saya tidak mahu membiarkan kanser memusnahkan hidup saya." "Saya bosan menganggu kehidupan orang lain, semua kesan sampingan (penyakit), berjumpa dengan orang baharu diagnosis (penyakit itu) dengan banyak soalan dan melihat Margot Martini yang berusia 21 bulan dari Staffordshire yang bertarung nyawa akibat penyakit ini. "Ia hanya membuatkan saya begitu marah. Itu sebabnya saya katakan f**k kanser. "Ia mungkin menyebabkan saya akan mati tetapi sehingga ia berlaku nanti, saya akan meneruskan kehidupan saya. Saya mahu menjalani apa yang saya mahu lakukan. "Dan saya cuba untuk orang ramai tampil membantu menjadi penderma supaya orang lain tidak berhadapan dengan situasi yang saya hadapi ini," katanya. - mirror.co.uk- mstar

Kongres PKR: Sikap Tak Peduli Punca Khalid Disingkir - Anwar
Khalid Ibrahim
SHAH ALAM: Sikap tidak peduli Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap kebajikan partinya sendiri dan rakyat Selangor merupakan punca mengapa Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menggulingkan beliau sebagai menteri besar. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun beliau menyokong dasar penjimatan dan ketelusan yang diamalkan Khalid, menteri besar itu seharusnya lebih terbuka dalam soal kebajikan rakyat. "Tetapi dermalah sikit. Bukan soal kontrak, bukan soal jawatan yang dituntut. "Saya tak setuju kalau parti nak minta kontrak...saya tak setuju dan saya beritahu secara terbuka pada kongres yang lalu bahawa saya sokong Tan Sri Khalid yang ikut peraturan dan tidak mudah meluluskan (peruntukan) hanya kerana kepentingan parti," katanya ketika menyampaikan Ucapan Amanat Ketua Umum pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad. Menjelaskan lanjut Anwar berkata, sikap tidak peduli Khalid terhadap rungutan yang dibangkitkan rakyat menjadi isu utama mengapa beliau perlu digugurkan. "Macam pembinaan projek Kidex (Lebuhraya Kinrara Damansara)...puluhan ribu bantah. Panggillah dan dengar (rungutan rakyat). Itu sahaja permintaan rakyat. "Dalam menjawab soal Selangor, saya tekankan isu kepedulian. Kalau dah ada peruntukan dari Marris (Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya) daripada kerajaan Persekutuan, gunakanlah," katanya. Khalid berhadapan tekanan daripada pelbagai pihak, termasuk Anwar yang mendesak supaya beliau turun dari kedudukannnya kerana kerap membelakangkan parti dalam membuat sebarang keputusan berhubung pentadbiran negeri Selangor. Kemarahan PKR terhadap Khalid dilihat semakin memuncak apabila beliau akhirnya dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lalu selepas ingkar perintah parti untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dan memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai penggantinya.- mstar

Kongres PKR: Anwar Akui Sistem Pemilihan "Selerak-Barak"
Anwar ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR Ke-10, Ahad.
SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kaedah pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dirombak semula kerana sistem sedia ada didapati tidak praktikal hingga menimbulkan pelbagai masalah. Menurut Ketua Umum PKR itu, beliau sendiri pada mulanya tidak bersetuju dengan sistem 'satu ahli, satu undi' yang digunapakai sejak dua pemilihan yang lalu. "Saya antara orang yang kurang setuju dengan proses ini, pemilihan ini (sistem)...saya tidak setuju. Tetapi bila diputuskan, ya kita teruskan. "Memanglah selerak-barak, sebab kita mengambil keputusan yang dari segi ideanya sistem demokrasi itu memang baik tetapi pelaksanaannya tidak upaya kita laksanakan dengan berkesan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Amanat Ketua Umum pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad. Justeru katanya Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sedia bertanggungjawab terhadap semua masalah yang timbul berkaitan pemilihan parti. "Jadi saya terima, bukan kelemahan JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat), kelemahan pimpinan keseluruhannya dalam menangani langkah pemilihan pimpinan parti baru-baru ini. "Dan pastinya dalam peringkat segera kita harus cadang rombak semula supaya ia demokratik tetapi praktikal untuk dliaksanakan," katanya. Pemilihan PKR yang berlangsung sejak April lalu dan hanya berakhir pada awal bulan ini merupakan yang proses pemilihan paling panjang pernah dikendalikan PKR. Sepanjang proses itu berlangsung, pelbagai masalah dilaporkan berlaku, termasuk insiden keganasan serta dakwaan rasuah membabitkan calon peringkat tertinggi parti. Sementara itu, Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul ketika ditemui tetap mempertahankan sistem 'satu ahli, satu undi' yang digunakan PKR. Mengakui wujud kelemahan dari segi perlaksanaannya, Johari bagaimanapun mahu sistem itu diteruskan pada pemilihan akan datang. "Saya akan pertahankan sistem ini kerana ia baik. Cumanya (perlu fikir) bagaimana kita boleh perbaiki proses, yang pasti sistem itu adalah yang terbaik kerana anggota terlibat secara langsung. "Bagi kami sekurang-kurangnya tiga bulan untuk turun ke bawah tanya pendapat mereka, dan kita akan persembahkan kepada parti. "Bergantung kepada keadaan, kalau sekiranya terpaksa ubah semula semuanya, memang akan kita ubah. Tetapi bagi kita lihat dulu macam mana keadaannya sekarang ini," katanya.- mstar

Rahimmah Ibu Penyayang, Baik Hati - Anak
Hipo-Litoner sebak seketika pada sidang media bersama anaknya, Anne Rahimah bagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan dan kerajaan negeri Perak yang menguruskan kepulangan dan pengkebumian jenazah isterinya, Allahyarhamah Noor Rahimmah.
IPOH: "Pemergiannya amat dirasai kerana dia seorang ibu dan nenek yang sangat baik hati, penyayang dan pandai memasak," luah Anne Rahimmah Tournier, anak mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17, Allahyarham Noor Rahimmah Mohd Nor, 67. Anne, 29, yang bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di Geneva, Switzerland, berkata, anak beliau, Alice Iman Tournier yang berusia tiga tahun memanggil ibunya dengan panggilan 'Ummi'. "Ia adalah sesuatu yang amat penting bagi kami. Masakan beliau yang mengajar saya dan ayah untuk memakan makanan pedas. Beliau sangat pandai memasak. Arwah mengasuh anak perempuan saya. Cucunya menganggap beliau sebagai ibu kedua," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Ahad. Menceritakan kenangan manis bersama Allahyarham, Anne berkata, walaupun begitu lama tinggal di Geneva, ibunya masih menggunakan bahasa ibunda ketika berkomunikasi dengan anaknya dan juga berkesempatan mengajar cucunya bahasa tersebut. "Saya boleh bercakap dalam bahasa Melayu tapi sikit-sikit. Saya akan cuba melakukan perkara yang sama sebab saya juga mempunyai darah kacukan Melayu," katanya. Anne bersyukur kerana jasad ibunya ditemui dan majlis pengebumian di Ipoh, Perak berjalan lancar. Arwah pernah berpesan dia mahu jasadnya dikebumikan di rumah keluarganya di Kampung Melayu Rizab, Tambun di sini, kata Anne. "Kami tahu bahawa arwah akan pergi ke Ipoh, beliau suka sangat dan dari awal lagi kami tahu arwah mahu pergi ke Ipoh," katanya. Anne berkata, beliau dijangka pulang ke Switzerland pada Selasa ini dan kemungkinan akan tinggal di sini beberapa hari lagi untuk mengenali keluarga ibunya dengan lebih rapat. "Masih banyak lagi perkara yang perlu diuruskan. Saya juga mahu menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga dan saudara-mara di sini," katanya sambil menambah adiknya Johan, 26, akan datang ke sini untuk menziarahi pusara ibunya dalam masa terdekat. Sementara itu, suami Allahyarham, Hippolyte Tournier, 72, yang merupakan pesara di sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva berkata, beliau mengenali Rahimmah ketika sama-sama bertugas di PBB dan melangsungkan perkahwinan pada 1985. "Saya mengahwini beliau dan datang melawat keluarganya pada 1985, saya baharu berkahwin dengannya di Geneva dan arwah membawa saya berjumpa datuknya, yang merupakan imam masjid dan saya khuatir reaksi beliau terhadap saya. "Tetapi saya tidak boleh lupakan melihat kegembiraannya, beliau amat mesra dan amat mengalu-alukan. Ia benar-benar mengharukan saya dan sangat istimewa bagi saya," katanya. Beliau berasa amat bertuah mempunyai isteri seperti Rahimmah kerana sikap setianya terhadap keluarga. Tournier yang berasal dari Uruguay, juga melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan negeri Perak di atas istiadat penghormatan jenazah yang berlangsung Jumaat lepas. "Kami sangat bersyukur dengan layanan yang diberi kepada kami dengan penuh keprihatinan. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan dan menerima kami dengan penuh kebaikan dan terbuka. Seluruh negara bersama kami, bersedih kehilangan orang tersayang," katanya. Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine. Rahimmah antara 43 rakyat Malaysia yang terbunuh dalam insiden itu.- mstar

Anak Bongsu Allahyarham Mohd Ghafar Pitam Ketika Ayahnya Dikebumikan
Ahli keluarga kepada penyelia penerbangan kabin pesawat MH17, Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar termasuk Afi Hazim (empat dari kiri) menabur bunga ke atas pusara Allahyarham selepas dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Ampang Satu, Taman Kosas di sini,Ahad.
KUALA LUMPUR: Suasana sungguh pilu apabila anak bongsu penyelia penerbangan kabin Malaysia Airlines (MAS) Mohd Ghafar Abu Bakar, pitam ketika jenazah ayahnya dikebumikan pada Ahad. Afi Hazim, 14, yang juga orang kurang upaya (OKU) terpaksa dipapah keluar oleh anggota keluarganya ke ambulans yang disediakan bagi menstabilkan keadaannya.
Jenazah Allahyarham Mohd Ghafar,54, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Ampang Satu, Taman Kosas di sini. Allahyarham meninggalkan seorang isteri Normi Abdullah, 54, dan tiga anak - Sa'imah Baizura, 29, Ammar Syarif dan Afi Hazim. Sementara itu, rakan dan juga jiran Allahyarham, Mohamed Subri Mat Zin, 50, berkata, rakannya itu sering menyatakan hasrat untuk berhenti dan mencari pekerjaan lain. "Arwah selalu menyatakan bahawa dia nak berhenti kerja dan mahu mencari pekerjaan lain sebab mahu menumpukan perhatian kepada keluarga dan mendalami ilmu agama," katanya kepada Bernama. Seorang lagi rakan Allahyarham, Ferri Anugerah Makmur, 52, berkata Allahyarham semasa hayatnya cukup mementingkan agama dalam segala hal dan disifatkan seorang yang layak dijadikan contoh kepada masyarakat. "Arwah Ghafar merupakan lambang kedamaian dunia kerana sepanjang hayatnya, beliau merupakan seorang ayah, suami, sahabat, anak dan rakyat Malaysia yang baik budinya dan luhur hatinya. "Beliau cukup taat dengan agama Islam dan dirinya sentiasa berada dalam keadaan wuduk (air sembahyang)," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengebumian jenazah Allahyarham Mohd Ghafar selesai. Rakan sekerja Allahyarham, Syed Hamzah Syed Hussein, 50, pula melahirkan rasa terkilan kerana pernah menolak pelwaan Allahyarham untuk menunaikan solat terawih bersama-sama. "Pada 16 Julai lalu, semasa kami di Kuala Lumpur sebelum masing-masing berlepas ke London dan Amsterdam, Allahyarham ada mengajak saya untuk menunaikan solat terawih bersama. "Namun saya menolak kerana takut (terlepas penerbangan) dan saya rasa sungguh sedih kerana tidak menunaikan hasratnya itu," katanya. Kata Syed Hamzah, Allahyarham sempat mengirimkan WhatsApp ucapan 'Selamat Hari Raya' dengan gambar songkok. Antara yang hadir pada upacara pengebumian Allahyarham ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari. Lebih 1,000 orang termasuk anggota keluarga dan kakitangan MAS hadir memberikan penghormatan terakhir dan menyiram air ke pusara Allahyarham. Pengebumian selesai pada 12.10 tengah hari dan talkin dibacakan oleh Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam, Mohd Hata Ahmad. Penerbangan komersial MH19 yang membawa kumpulan kedua terdiri tiga jenazah mangsa nahas MH17 termasuk Mohd Ghafar dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.45 pagi ini. Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine. - mstar

Pihak Pertikai Istiadat Penghormatan Jenazah MH17 Ada Agenda Tertentu - Hishammuddin
Hishammuddin (kanan) beramah mesra dengan Perwakilan Pergerakan Pemuda semasa hadir pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ipoh Timur 2014 di Bangunan Umno Negeri Perak di sini,Ahad.
IPOH: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan pihak yang menuduh kononnya kerajaan menidakkan jasa perwira Lahad Datu dengan mengadakan istiadat penghormatan dan perkabungan negara bagi mangsa tragedi MH17, mempunyai agenda tertentu. Beliau berkata, pihak berkenaan juga dilihat bersikap mengadu-domba dan rakus dengan mempertikaikan istiadat tersebut serta tidak mempunyai sifat pertimbangan perikemanusiaan. "Keluarga perwira Lahad Datu tahu apa yang kerajaan lakukan untuk membela dan memberi penghomatan kepada mereka yang terkorban...(tuduhan itu) tidak serius sangat tetapi ia cuba melaga-lagakan mengenai layanan kerajaan terhadap perwira Lahad Datu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Umno Bahagian Ipoh Timor di sini, Ahad. Pingat Kedaulatan Negara diwujudkan khas untuk perwira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lepas yang direka khas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya. "Bagaimana kita menguruskan jenazah perwira yang terkorban, (wakil) kerajaan turun berjumpa keluarga mereka yang ketika itu diselubungi kesedihan, saya sendiri juga berbuat demikian," katanya. Beliau berkata, kerajaan juga terus meningkatkan kawalan keselamatan dan pemantauan di perairan pantai timur Sabah termasuk Lahad Datu bagi memastikan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu tidak berulang. Hishammuddin menegaskan perbuatan mempertikaikan usaha kerajaan dalam memberi penghormatan sama ada kepada mangsa tragedi pesawat MH17 dan perwira Lahad Datu perlu dihentikan. "Kalau kita tidak beri penjelasan, ia akan terbawa-bawa dalam media sosial. Mereka tidak tahu apa yang berlaku. Akhirnya perkara baik yang kita lakukan, yang diiktiraf dunia pada Jumaat lepas akan tenggelam," katanya. Menurutnya daripada maklum balas yang diterima termasuk media antarabangsa dan kedutaan-kedutaan negara luar, istiadat penghormatan dan perkabungan negara telah dilaksanakan dengan berjaya dan penuh tertib. "Ia tidak terlalu ringkas, tetapi ia cukup sempurna," katanya. Berhubung kenyataan pemimpin PKR yang menyifatkan anggota tentera terlibat dalam istiadat penghormatan Jumaat lepas seperti hamba abdi, Hishammuddin berkata sebenarnya anggota berkenaan merasakan telah diberi penghormatan untuk menyempurnakan upacara itu. Beliau berkata, setiap anggota tentera terlibat yang ditemuinya menyatakan penglibatan mereka dalam istiadat itu adalah satu penghormatan. "Itu satu kenyataan yang dilihat boleh mencetuskan kemarahan daripada pihak tentera...suara seorang, dua ini jangan diendahkan, mungkin ada kekosongan dalam jiwa mereka sendiri, mereka ini tidak akan menentukan maruah anggota tentera Malaysia," tegasnya. Portal berita semalam melaporkan perwakilan PKR dari Perak Laksamana (B) Imran Abdul Hamid mempertikaikan penggunaan anggota tentera untuk istiadat penghormatan jenazah mangsa pesawat MH17 dan menurutnya tentera yang gugur mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tidak pula diberikan penghormatan yang sebegitu gah. Ketika membahaskan usul pada Kongres Nasional PKR Ke-10 di Shah Alam, Selangor, Imran yang juga anggota Parlimen Lumut berkata, pihak tentera digunakan secara "berlebih-lebih" seperti hamba abdi dalam upacara perkabungan seluruh negara Jumaat lepas. Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine. - mstar

Kongres PKR: Wan Azizah 'Berat Hati' Jadi MB
Wan Azizah Wan Ismail
SHAH ALAM: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan bahawa beliau sebenarnya 'berat hati' untuk memikul tanggungjawab sebagai menteri besar Selangor yang baharu. Pendedahan itu dibuat ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang berusaha mendapatkan sokongan penuh sekutunya iaitu PAS mengenai keupayaan Presiden parti itu. Bagaimanapun, menurut Dr Wan Azizah, beliau terpaksa meneruskan rancangan partinya untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas dasar perjuangan. "Bila saya ditanya nak sangat ke jawatan ini (menteri besar) apabila bertanding di (DUN) Kajang, terus terang saya katakan bahawa bukanlah niat dan keinginan di hati. "Tapi nama saya dikemukakan, jadi sebagai seorang pejuang saya terima. Kalau inilah amanah yang diberikan, saya terima walaupun hati berat. "Bukan ini (jawatan) yang saya inginkan, bukan ini yang saya cari tapi saya cari redha Allah," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad. Dr Wan Azizah menghadapi laluan sukar untuk diangkat sebagai menteri besar Selangor terutama keraguan yang ditimbulkan PAS berhubung keupayaannya untuk memimpin sebuah kerajaan negeri. Menerusi mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu, parti akhirnya menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua menteri besar Selangor yang baharu, selain Dr Wan Azizah. - mstar

'Ulama' Mesir Halalkan Lelaki Intai Perempuan
KAHERAH: Seorang ‘ulama’ Mesir mengeluarkan fatwa menghalalkan lelaki mengintai wanita di bilik mandi.
Dalam kenyataannya di stesen televisyen al-Arabiya, Usamah Al-Qawsi berkata, jika seseorang lelaki benar-benar jujur dan mahu menikahi wanita terbabit, mereka boleh menyorok dan mengintai bakal isteri itu secara diam-diam.
“Perbuatan itu boleh diterima asalkan niatnya suci,” katanya.
‘Fatwa’ Usamah itu kononnya dibuat berdasarkan kisah seorang sahabat Rasulullah.
Kata Usamah, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, jika seseorang lelaki dapat melihat sesuatu yang akan membuatnya mahu menikahi seseorang perempuan, ia boleh dibenarkan.
Bagaimanapun kenyataan itu segera dikecam ulama serta kerajaan.
Menteri Agama Mesir, Mohammad Mukhtar berkata, sangat tidak boleh diterima jika lelaki mengintai wanita di bilik mandi walaupun tujuan akhirnya adalah untuk menikahi wanita tersebut.
“Di mana kemuliaan dan kewarasan Usamah membenarkan amalan mengintai wanita di bilik mandi?” katanya.
Mukhtar berkata, Islam melarang seseorang wanita menunjukkan aurat masing-masing kecuali untuk suami dan mahram.
Lelaki juga diharamkan melihat aurat wanita.
“Islam mengajar supaya umatnya bersopan.
“Jika fatwa Usamah diterima, apakah akan berlaku kepada anak-anak anda semua?” katanya. - mStar
TOP
Felda Perlu Menjadi Sebuah Kuasa Besar Ekonomi
JASIN – Felda perlu mengorak langkah untuk menjadi sebuah kuasa besar ekonomi dalam usaha menjana keuntungan yang lebih besar kepada golongan peneroka, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, Felda yang kini giat melaksanakan fasa kedua pembangunannya selepas mengecapi pelbagai kejayaan pada fasa pertama hasil keringat peneroka terdahulu.
“Kita buka buku baharu, strategi baharu untuk jadikan Felda satu komuniti yang hebat, kita letak FGV (Felda Global Venture) kita senaraikan saham di pasaran, kita dapat raih sumber modal tambahan.
“Jadikan Felda sebuah economic powerhouse atau sebuah badan ekonomi gagah perkasa, inilah intipati kita, ini strategi fasa kedua kita,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan dan Majlis Hari Raya 2014 di Stadium Jasin di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad serta kira-kira 25,000 peneroka Felda dari seluruh negara.
Najib berkata, usaha mengembangkan Felda penting kerana generasi kedua Felda tidak boleh hanya bergantung harap terhadap apa yang telah diperolehi generasi pertama.
“Sebuah keluarga Felda secara purata mempunyai enam orang anak tetapi kalau generasi kedua bergantung pada tanah 10 ekar sahaja, kita akan terkebelakang dan tidak maju ke hadapan,” katanya.
Beliau berkata, peneroka juga perlu berfikiran terbuka serta memandang jauh dan tidak tertumpu kepada hal berkaitan di tanah rancangan masing-masing sahaja.
Menurutnya, peneroka dan industri komoditi, terutama minyak sawit mempunyai kaitan dengan situasi semasa di seluruh dunia.
“Kalau kita tarik buah (sawit), banting tulang usahakan tanah 10 ekar, kalau strategi tidak betul, kita tidak dapat jual minyak sawit kita di pasaran dunia dan peneroka tidak dapat hasil berpatutan,” katanya.
Najib berkata, Felda akan terus memberikan bonus dan dividen kepada peneroka setiap tahun dan bukan melaksanakan pemberian ini secara ‘one-off’.
Katanya, ramai beranggapan peneroka Felda merupakan anak emas, bagaimanapun apa yang diberikan kerajaan kepada peneroka Felda adalah suatu penghargaan kepada peneroka yang berkorban ketika waktu sukar penubuhannya.
“Seperti kita bercucuk tanam, kita baja, usahakan dalam 10 hingga 30 tahun kita raih hasilnya,” katanya. – BERNAMA
TOP
DUN Pengkalan Kubor Ukur Kerjasama Pakatan
KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor bakal menjadi medan orang ramai dalam menilai semula prestasi kerjasama pakatan pembangkang yang tercalar dengan isu jawatan Menteri Besar Selangor.
Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar berkata, PRK itu juga menjadi medan terbaik untuk pakatan pembangkang menilai semula `mood’ orang ramai terhadap pakatan pembangkang berikutan isu tersebut.
“Kami berpandangan, PRK itu adalah satu medan penting untuk memulihkan kembali imej pakatan di mata rakyat khususnya seterusnya meyakinkan mereka untuk terus bersama pakatan.
“Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga boleh mengambil kesempatan bagi menzahirkan parti itu kukuh dan sudah pulih daripada konflik serta tidak mempunyai perpecahan seperti yang digambarkan oleh pihak-pihak tertentu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Fakhrulrazi berkata, pakatan pembangkang perlu menjadikan PRK DUN sebagai gambaran kepada rakyat bahawa kerjasama mereka masih utuh dan segala konflik yang timbul boleh diselesaikan secara musyawarah.
Justeru, katanya, Jabatan Pilihanraya DPPM Perak bersedia untuk mengerah tenaga bagi membantu gerak kerja pilihan raya walaupun kerusi tersebut ditandingi oleh PKR.
TOP
SPRM Cari Empat Individu Bantu Siasatan Kes
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat individu bagi membantu siasatan kes yang sedang dikendalikan oleh suruhanjaya tersebut.
SPRM dalam satu kenyataan media memberitahu, dua daripada individu berkenaan diperlukan bagi membantu satu siasatan membabitkan kes sensitif dan berkepentingan awam.
“Individu sedang dikesan membabitkan kes sensitif itu ialah Engku Fauzi Engku Najid, 37, yang beralamat terakhir di Taman Seri Menegun, Kampung Jawa, Klang, Selangor dan Mohd. Faizi Azizi Zulkri, 29, dengan alamat terakhir di Kampong Pulau Hilir, Kota Bharu, Kelantan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dua individu itu diminta menghubungi talian 019-573 9483,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, dua lagi individu yang sedang dicari merupakan saksi yang diperlukan bagi memberi keterangan dalam prosiding mahkamah.
Kata kenyataan itu, mereka ialah Mohamad Zar Abdul Wahab, 32, yang beralamat terakhir di Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam dan Mohd. Farhan Mohd. Khadri, 34, alamat terakhir di Mentari Court Apartment Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor.
“Mereka yang mempunyai maklumat mengenai dua saksi seperti butiran di bawah diminta menghubungi talian 03-8890 0632 atau 019-2136001,” kata kenyataan itu.
TOP
Umno Bahagian Perlu Giat Daftarkan Anggota
BATU PAHAT – Semua Umno Bahagian diminta terus giat mendaftarkan anggota mereka yang layak mengundi sebagai pemilih selaras dengan usaha untuk menguatkan parti sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ini adalah kerana masih terdapat 460,000 anggota Umno yang layak menjadi pengundi tetapi belum berdaftar sebagai pemilih.
“Sebelum PRU13, kita dapati hampir 600,000 ahli Umno tidak berdaftar (sebagai pengundi walaupun layak mengundi) dan kita berjaya gerakkan 200,000 lebih ahli untuk berdaftar sebagai pengundi.
“Masih ramai lagi ahli Umno yang layak mengundi tetapi tidak berdaftar sebagai pengundi. Selain itu, kita juga galakkan pertambahan ahli baharu Umno,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sri Gading yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan di Dewan Orang Ramai Parit Raja, di sini hari ini.
Dijangka mereka yang layak mendaftar sebagai pengundi baharu pada PRU14 adalah seramai enam juta orang, katanya.
“Kita sasarkan lebih daripada separuh jumlah itu mendaftar bukan sahaja sebagai ahli Umno tetapi juga berdaftar menjadi pengundi,” kata Mohd Shafie.
Buat masa ini, satu daripada syarat untuk menjadi anggota Umno adalah mendaftar menjadi pengundi bagi mereka yang layak mengundi, katanya dan menurutnya buat masa ini jumlah anggota Umno seluruh negara adalah 3.5 juta.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata parti komponen BN perlu sentiasa mengadakan kerjasama baik yang bukan sahaja boleh menawan malah menguatkan sokongan daripada rakyat.
“Yang penting, kita selalu berkhidmat untuk selesaikan masalah rakyat dan jangan menimbulkan masalah kepada mereka. Menyelesaikan masalah rakyat antara komponen yang cukup penting dalam kita meraih sokongan daripada rakyat,” kata beliau.
Terdahulu, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, mengumumkan projek rumah kedai dua tingkat di Pekan Parit Yani di sini atas tanah seluas 0.8 hektar dengan kos RM3 juta yang akan dibangunkan MARA pada tahun ini.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Sri Gading Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan menyampaikan sumbangan perwakilan sebanyak RM2,373 untuk Tabung Kemanusiaan Palestin kepada wakil Media Prima Yusri Sahat. – BERNAMA
TOP
Media Beri Kerjasama Baik Dalam Liputan Istiadat
UNGUN – Semua media di negara ini memberi kerjasama yang baik dalam liputan istiadat menghormati jenazah mangsa tragedi Malaysia Airlines penerbangan MH17, yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang berpuas hati dengan laporan media itu, berkata yang penting adalah untuk menggerakkan hati rakyat dari segi fizikal, di mana kalau diminta berhenti, mereka memberhentikan kenderaan atau berhenti berjalan di tempat yang sibuk.
“Yang lebih penting bukan soal memberhentikan tubuh badan kita tetapi menggerakkan hati dan ketika mereka berhenti saya percaya bahawa kita dapat lihat keikhlasan seluruh rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui semasa melawat bekas Editor Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Ali Mamat yang terlantar uzur di kediamannya di sini, hari ini.
Ahmad Shabery berkata beliau menerima beribu-ribu gambar yang dihantar melalui #MH17 bahawa hati ini digerakkan melalui kerjasama semua media sama ada elektronik dan media cetak serta penyampaian dari mulut ke mulut.
“Saya ucap terima kasih termasuk juga kepada parti pembangkang yang menyebut perkara itu dalam acara-acaranya dan tidak menjadikan isu ini sebagai suatu bahan kontroversi yang boleh dipolitikkan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Rozita Che Wan Mahu Tempah Baju Bersalin Daripada Pereka?
KALAU sebut nama Rozita Che Wan atau Che Ta, pasti anda sudah membayangkan keanggunan pelakon itu setiap kali wajahnya terpampang di media cetak mahupun elektronik.
Malah di akaun sosialnya sekalipun, jarang sekali dia dilihat berpenampilan selekeh ataupun terlalu ringkas.
Justeru, tidak hairanlah jika Che Ta sanggup menempah pakaian bersalin daripada pereka lantaran bayi yang bakal dilahirkannya nanti sudah mendapat hak penyiaran eksklusif Astro.
Perkara itu dinyatakannya secara berseloroh menerusi laporan Media Hiburan.
“Terfikir juga nak tempah baju dengan pereka. Kebetulan akan dirakam, jadi perlu nampak menarik,” guraunya.
Apapun, sama ada ia benar-benar gurauan atau tidak, kami yakin Che Ta akan tetap dilihat bergaya pada hari kelahiran bayinya nanti.
Yalah, tak boleh bayang pula kalau Che Ta hanya memakai T-shirt dan kain batik. Tak glamorlah kan?
Cuma kami tak pasti adakah dia akan tetap mengenakan bulu mata palsu pada hari tersebut ataupun tidak…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
JPJ Laksana MyLesen Bersepadu Tahun Depan
BALIK PULAU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan program MyLesen secara bersepadu mulai tahun depan bagi memudahkan golongan muda terutama pelajar sekolah berumur 16 tahun ke atas mendapatkan lesen.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Datuk Yusoff Ayob berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pengendali institut memandu di seluruh negara di samping mempertimbangkan pemberian diskaun kepada calon terlibat.
“Modul kurikulum dan prosedur pengambil lesen sama sahaja seperti yang lama tetapi akan ada penambahbaikan dalam beberapa aspek pembelajaran praktikal dan teori,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Program 1Komuniti 1JPJ (SKSJ) di Sungai Pinang yang disempurnakan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya di sini hari ini.
Beliau berkata program MyLesen itu telah dijalankan selama tiga bulan di setiap negeri bermula April lepas sebagai projek perintis.
Katanya program sedemikian dirangka bertujuan melesenkan 3.5 juta penunggang motosikal yang tidak memiliki lesen memandu di seluruh negara dalam tempoh lima tahun.
Dalam pada itu Yusoff berkata sejak SKSJ dilancarkan pada 2009, JPJ telah mengeluarkan lesen B2 kepada 67,606 peserta berumur 45 tahun ke atas di seluruh negara dan 1,483 penerima adalah dari Pulau Pinang.
Beliau berkata tiada istilah ‘tangkap muat’ dalam pemberian markah lulus kepada golongan itu kerana proses pembelajaran dilakukan secara terperinci dengan penekanan diberi kepada aspek penyampaian lisan dan praktikal.
“(SKSJ) ini bukan lesen kelas kedua. Kadar lulus tinggi kerana peserta sebenarnya telah mahir dan berpengalaman menunggang motosikal…cuma tiada pengesahan kelayakan, kerana itu JPJ bantu supaya keselamatan mereka lebih terjamin selepas dapat lesen dan perlindungan insurans,” katanya. – BERNAMA
TOP
Nabila Huda Kunci Mulut Mengenai Kehidupan Peribadi
SEBELUM ini kami pernah melaporkan yang pelakon Nabila Huda sudah mengurangkan gambar bersifat peribadi di Instagramnya.
Rupa-rupanya, bukan setakat gambar, sebaliknya dia juga dikhabarkan tidak lagi mahu mengeluarkan kenyataan yang berkaitan dengan kehidupan peribadinya.
Menerusi Sinar Harian, Nabila mengelak daripada menjawab sebarang pertanyaan berkaitan dirinya terutama yang melibatkan kontroversi yang pernah timbul antara dia dan bapanya, Amy Search tidak lama dulu.
Bukan itu sahaja, pelakon itu memilih untuk tidak berbicara mengenai teman lelakinya yang terbaru.
Hanya ungkapan ‘Alhamdulillah’ sahaja yang keluar dari bibirnya bagi menggambarkan kehidupannya kini.
Apapun, mungkin Nabila sudah berfikir semasak-masaknya selepas pelbagai kontroversi yang menimpa dirinya sebelum ini sehingga hampir memusnahkan hubungan kekeluargaannya.
Bagaimanapun, jika ini cara yang terbaik, kami yakin ramai peminat yang akan menyokong pendiriannya itu.
TOP
Kejohanan Dunia BWF 2014 Pentas Terbaik Chong Wei
COPENHAGEN (Denmark) – Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 yang bermula esok di Ballerup Super Arena, di sini merupakan medan terbaik untuk Datuk Lee Chong Wei meraih kejuaraan sulungnya sebelum bersara daripada arena badminton.
Hampir kesemua kejuaraan sudah berada dalam kabinet kemenangan jaguh badminton negara berusia 31 tahun itu melainkan tiga kejohanan – Sukan Asia, Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia – yang masih belum dimenanginya.
Peluang terbaik perseorangan lelaki nombor satu dunia itu meraih kejuaraan dunia hadir pada 2011 di London, England dan 2013 di Guangzhou, China namun impian berkenaan tidak kesampaian selepas disekat musuh tradisinya yang juga bekas pemain nombor dua dunia, Lin Dan dari China.
Chong Wei kalah kepada Lin Dan dalam aksi tiga set pada 2011 manakala dua
tahun kemudian, kekejangan otot yang dialami ketika bertemu pemain yang sama pada set penentuan ketika permainan terikat 1-1, meleburkan harapannya bagi meraih kejuaraan dunia yang pertama.
Ketiadaan Lin Dan yang tidak layak beraksi tahun ini kerana berada di tangga tercorot ranking dunia, sewajarnya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Chong Wei yang baru sahaja pulih daripada kecederaan pangkal paha dialaminya pada Kejohanan Siri Super Terbuka Indonesia, awal tahun ini.
Chong Wei yang masih bergelut untuk pulih daripada kecederaan itu jelas tidak mahu terburu-buru dalam mengintai terus slot ke final, sebaliknya mahu memberikan fokus dalam setiap perlawanan yang dihadapinya.
Anak jati Pulau Pinang itu yang mula menyertai Kejohanan Dunia pada edisi 2005 di Amerika Syarikat turut mengakui walaupun laluan di atas kertas nampak mudah, beliau tidak akan memandang rendah setiap lawannya yang dianggap boleh melakar kejutan.
“Saya tidak beraksi hampir dua bulan dalam mana-mana kejohanan kompetitif berikutan kecederaan (pangkal paha) yang sama alami, jadi perlawanan peringkat awal adalah penting untuk saya mendapat rentak awal dalam kejohanan ini.
“Walaupun saya belum pulih sepenuhnya namun sasaran saya untuk memenangi kejuaraan dunia yang pertama tidak pernah berubah. Ini merupakan peluang terbaik saya dan saya akan berusaha untuk meraihnya,” kata Chong Wei ketika ditemui pemberita di venue kejohanan pada Sabtu.
Undian yang dijalankan pada 11 Ogos lepas di Kuala Lumpur jelas memperlihatkan sandaran utama negara itu tidak berdepan masalah untuk sekurang-kurangnya mara ke peringkat suku akhir edisi ke-21 kejohanan itu.
Sekiranya mara ke suku akhir, beliau dijangka berdepan pilihan ke-12, Wang Zhengming dari China atau Kento Momota dari Jepun yang diundi selaku pilihan ke-13.
Berbanding Chong Wei, tiada banyak sandaran yang diletakkan kepada seorang lagi perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng yang diletakkan selaku pilihan ke-16 dengan semifinalis Sukan Komanwel 2014, Rajiv Ouseph dari England menantinya pada pusingan pertama.
Dalam pada itu, kehadiran semula Koo Kien Kiat yang keluar daripada persaraannya, baru-baru ini bagi membantu Tan Boon Heong dalam beregu lelaki turut menjadi persoalan mengenai kemampuan mereka yang saling bertukar pasangan sejak beberapa tahun lepas.
Beregu yang bersilih ganti pasangan itu pernah melangkah ke final pada edisi 2010 di Paris, Perancis namun kalah kepada bekas beregu nombor satu dunia dan juara Olimpik, Cai Yun/Fu Haifeng dari China.
Selain tiga pemain ini, cabaran Malaysia pada kejohanan ini turut disandarkan kepada 10 wakil negara yang lain.
Mereka ialah Goh V Shem/Lim Khim Wah dan Hoon Thien How/Tan Wee Kiong, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong (beregu lelaki); Tee Jing Yi dan Sannatasah Saniru (perseorangan wanita); Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei, Ng Hui Lin/Ng Hui Ern,
Lee Meng Yean/Lim Yin Loo dan Amelia Alicia Anscelly/Fie Cho Soong (beregu wanita) serta Tan Aik Quan/Lai Pei Jing dalam acara beregu campuran.
Ini merupakan kali keempat Denmark dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Badminton Dunia selepas 1983, 1991 dan 1999.
Untuk rekod, Malaysia tidak pernah memenangi mana-mana gelaran dalam Kejohanan Badminton Dunia yang mula diperkenalkan pada 1977 di Malmo, Sweden. – BERNAMA
TOP
Selfie Terhebat Di M’sia, Kalau Menang Dapat Pergi London!
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Pertubuhan Patriotik Kibar Malaysia (PPKM) kini sedang menjalankan satu kempen menarik sempena bulan kemerdekaan ke-57 negara.
Kempen berkenaan dinamakan sebagai Kempen Kibar Malaysia (KibarMY) merupakan satu kempen yang membabitkan seluruh negara bertujuan menaikkan semangat patriotik rakyat Malaysia.
“Kempen ini dijalankan sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia iaitu sepanjang Ogos dan September setiap tahun.
“Tanpa mengira latar belakang, KibarMY mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama mempamerkan bendera Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing sebagai tanda cintakan tanah air dan perpaduan sejagat,” menurut pengenalan yang ada di laman web KibarMY.
Anda mesti teruja untuk sertai peraduan “Berselfie Sambil Beramal” yang turut diadakan bersama-sama KibarMY dengan menawarkan hadiah utama Pakej Percutian Ke London untuk pemenang yang bertuah.
Sebelum menyertai pertandingan berkenaan, anda perlu membeli pelekat kenderaan KibarMY di kedai terpilih termasuk semua stesen minyak Mesra Petronas dan lekatkan ia di mana-mana bahagian pada kenderaan anda.
Kemudian rakam gambar Selfie anda bersama pelekat itu dan kenderaan anda dan muatnaik gambar berkenaan di laman sosial KibarMY di Instagram, Twitter, Facebook ataupun laman web dengan hashtag @KibarMalaysia #KibarMY
Jika menang, selain pakej percutian ke London, anda berpeluang memenangi iPhone 5S, Samsung Galaxy S5, wang tunai dan juga pakej-pakej percutian ke pulau pilihan di Malaysia.
Peserta juga perlu mengisikan borang peraduan yang terdapat dalam akhbar Harian Metro beserta bukti pembelian pelekat berkenaan.
Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman Facebook di Kibar Malaysia - klik.
MYNEWSHUB.MY

DUN Selangor Jangka Dibubar – Siap Sedia Pilihan Raya Negeri
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan mempersembahkan cadangan agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan bagi membuka laluan kepada pilihan raya peringkat negeri diadakan segera.
Perkara itu dijangka akan menjadi topik utama beliau dalam pertemuan dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam tempoh terdekat ini
Sumber memberitahu Mynewshub, andai mendapat perkenaan, beliau akan mengumumkan dengan pantas berhubung perkara berkenaan.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengetahui mengenai niat Khalid telah mengeluarkan amaran kepada beliau agar tidak meneruskan rancangan berkenaan.
Peringatan itu disampaikan melalui Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini.
“Saya mengingatkan kepada Tan Sri Khalid walau baki-baki integriti yang baik itu sebaiknya uruskanlah peralihan ini dan hormati suara rakyat, jangan berani sabotaj rakyat dengan bubarkan dewan.
“Saudara perlu bersara dengan baik, berbulan-bulan kita cuba menutup perkara ini sehinggalah dirumuskan ke biro politik, jadi tanggungjawab Khalid adalah menghormati mandat yang telah diberi setahun yang lalu.
“Yang sudah tu sudahlah, bersara, hutang pun dah habis bayar, bersaralah baik baik, jangan susahkan rakyat,” katanya ketika berucap dalam sesi penggulungan sempena Kongres Nasional PKR ke-10 di Shah Alam.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan turut menjelaskan, walaupun Pas belum memberi surat sokongan meskipun keputusan telah dicapai dalam Majlis Pakatan Rakyat, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara jelas telah meraih 30 majoriti ADUN sekaligus layak dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu.
“Tambah lagi, Dr Wan Azizah walaupun tanpa surat daripada Pas, mempunyai majoriti yang jelas, kita ada 30 majoriti.
“Kalau ikut kes perlembagaan di Perak, jelas majoriti empat itu cukup tubuhkan kerajaan dan memilih seorang menteri besar baru,”
“Jadi janganlah Tan Sri Khalid menidakkan Perlembagaan dan suara rakyat.
“Supaya semua dapat diselesaikan dengan baik, supaya Dr Wan Azizah boleh menjadi Menteri Besar dan terus menumpukan kepada perkara yang nak dilaksanakan di Selangor,” katanya lagi.
Khalid dijangka bertemu Sultan Selangor paling cepat esok atau tarikh lain yang akan ditentukan oleh pihak istana.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan menamakan isterinya sendiri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal mengisi tempat Khalid.
Bagi tujuan membukan laluan kepada Wan Azizah, Khalid telah dimalukan dan kemudian dipecat dari PKR.
Tindakan kuku besi Anwar amat kurang disenangi banyak pihak termasuk dalam PKR sendiri sehingga Rafizi hari ini meminta ahli-ahli yang tidak berpuas hati agar meninggalkan parti itu. -MYNEWSHUB
TOP
Adenan Teruskan Dengan Kerajaan BN Plus
KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata beliau akan terus dengan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) Plus sehingga pilihan raya negeri 2016.
Semasa berlangsungnya mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selama lebih dua jam di sini hari ini, beliau memaklumkan anggota parti bahawa beliau akan terus dengan kerajaan negeri BN Plus.
Adenan berkata dalam mesyuarat itu juga, mereka membincangkan isu berkaitan persediaan untuk menghadapi pilihan raya negeri akan datang.
“Masalah yang dibangkitkan rakyat turut dibincangkan dan dihuraikan dengan panjang lebar tentang cara terbaik untuk menyelesaikannya,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu di ibu pejabat PBB di sini hari ini.
Sementara itu pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2014 PBB Sarawak yang diadakan di ibu pejabat parti selepas mesyuarat itu, Adenan yang juga Presiden PBB menggesa semua pemimpin dan anggota parti supaya bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya negeri.
Beliau berkata PBB memenangi kesemua 35 kerusi yang dipertandingkan semasa pilihan raya negeri lepas.- BERNAMA
TOP
Lelaki Myanmar Ditemui Mati Berlumuran Darah
BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki rakyat Myanmar ditemui mati berlumuran darah di lorong belakang sebuah hotel di Kampung Baru di sini semalam.
Jurucakap polis berkata dalam kejadian pukul 10 malam itu, mangsa, 28, dilapor terlibat dalam pergaduhan dengan sekumpulan pekerja asing di asramanya yang terletak di tingkat tiga bangunan rumah kedai berkenaan.
“Dia dipercayai ditolak jatuh ketika berlaku pergelutan antara mangsa dengan sekumpulan warga asing yang tinggal di asrama sama,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata sehubungan itu, polis menahan dua rakyat Nepal dan seorang rakyat Myanmar berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun bagi membantu siasatan kes itu.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat kecederaan di kepala dan dalaman badan.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kami sedang mengesan beberapa rakan mangsa bagi membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Muhamad Zarif Lengkapkan 3 Pingat Negara Di YOG 2014
NANJING (China) – Pemanah pelapis negara, Muhamad Zarif Syahiir Zolkifli berjaya melengkapkan sasaran tiga pingat di temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) selepas meraih pingat perak dalam acara recurve campuran antarabangsa di Lapangan Memanah Fangshan, dekat sini.
Pada aksi final hari ini, Muhamad Zarif dengan gandingan Freywald Cynthia dari Jerman tewas 0-6 kepada pasangan emas Luis Gabriel (Filipina)/Li Jiaman dari China.
Pingat gangsa bagi acara tersebut menjadi milik gandingan Peters Eric (Kanada)/Tuokkola Mirjam (Finland) selepas mereka mengalahkan gandingan Martens Rick (Belgium)/Romero Regina (Guatemala) dengan mata 6-2.
Walaupun Majlis Sukan Negara (MSN) mahupun Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak meletakkan sebarang sasaran pingat, namun ketua kontinjen Wong Pei Tty optimis atlet negara mampu membawa pulang sekurang-kurangnya tiga pingat.
Pingat emas pertama negara sebelum ini disumbang oleh pemain badminton Cheam June Wei dalam acara beregu campuran antarabangsa manakala pingat perak oleh penerjun wanita Loh Zhiayi dalam acara 10m platform individu.
Muhamad Zarif, 16, berkata beliau rasa bangga dan gembira dengan kejayaan tersebut kerana menjadi antara penyumbang pingat untuk negara.
“Pada awalnya saya tidak jangka dapat menang pingat kerana tidak berani meletakkan sebarang sasaran pingat di YOG 2014,” katanya kepada Bernama di sini.
Katanya beliau agak takut pada pusingan separuh akhir apabila mendapat tentang hebat daripada pasangan Martens Rick(Belgium)/Romero Regina (Guatemala) namun kembali mendapat keyakinan apabila mara ke final.
“Saya tidak mendapat tekanan bila beraksi di final kerana pingat sudah pasti akan menjadi milik Malaysia,” katanya.
Muhamad Zarif berharap dapat mengekalkan momentum apabila beraksi daslam acara recurve individu lelaki, Selasa ini.
Sementara itu, Wong berkata beliau gembira dengan kejayaan tersebut namun masih menaruh harapan bahawa lebih banyak pingat lagi mampu dikutip oleh atlet negara.
“Pemburuan pingat negara masih belum selesai dan kita harap atlet negara terus berusaha untuk buktikan kemampuan mereka masing-masing,”katanya. – BERNAMA
TOP
Tangani Isu Tafakur Dengan Ilmu Dan Hikmah
Kontroversi isu bertafakur (moment of silence) yang berlaku ketika ini berkaitan Istiadat Penghormatan Jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 perlu ditangani dengan ilmu dan hikmah.
Ulama Muda UMNO Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata isu berkaitan amalan itu ada berlaku kekhilafan dalam kalangan ahli ilmu sejak zaman berzaman.
“Walaupun saya cenderung kepada larangan hal tersebut, namun ia tidak bererti saya menghina institusi Majlis Fatwa Kebangsaan atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang memiliki kuasa penuh.
“Isu ini terbuka kepada perbahasan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Fathul Bari, semalam selepas Solat Jumaat di Masjid ‘Amr bin Al ‘Ash di Kaherah, Mesir beliau menemui khatib di masjid itu yang juga ilmuan besar Mesir berkaitan isu itu.
“Saya menemui khatib yang juga ilmuan besar di Mesir iaitu Syeikh Dr Ismail Daftar, beliau sendiri menyatakan perlu ada usaha untuk menukar ritual yang kita amalkan untuk menyambut jenazah mangsa MH17,” katanya.
Fathur Bari berkata Syeikh Dr Ismail berbicara berkenaan hal itu dengan penuh sopan tanpa merendah-rendahkan pihak kerajaan Malaysia.
“Kata beliau, sesuatu ritual yang dijadikan budaya bukan mudah untuk diubah, namun berusahalah.
“Demikian ilmuan Islam berbicara, MasyaAllah,” katanya.
Ada pihak di laman sosial Facebook mempersoalkan tindakan dan cara kerajaan dalam merangka cara sambutan jenazah mangsa MH17 yang dibuat dengan didakwa menyerupai budaya orang bukan Islam dalam berkabung.
Antara unsur yang dipertikaikan ialah bertafakur selama seminit dan pemakaian pakaian berwarna suram seperti hitam. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Mayat Mendiang Chong Yee Pheng Selamat Disemadi
IPOH – Hujan renyai-renyai mengiringi upacara pengebumian mayat mendiang Chong Yee Pheng, 40, kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, di tanah perkuburan Paradise Memorial Park, Tanjung Rambutan dekat sini pada 3.15 petang.
Kira-Kira 300 orang hadir dan suasana bertambah pilu sebaik van jenazah yang membawa mayat mendiang tiba pada 2.52 petang dari kediaman keluarganya di Taman Pertama 4 di sini dengan diiringi dua kereta peronda dan tiga motosikal berkuasa tinggi polis.
Sebelum disemadi, mayat mendiang disembahyangkan mengikut tradisi agama Kristian oleh Paderi Linda Chan dari Gereja Holy Trinity Lutheran Taman Pertama.
Di kemuncak upacara, anggota keluarga terdekat, kenalan dan rakan sekerja mendedikasikan lagu berunsur kerohanian kepada mendiang selain menghadiahkan patung beruang mainan dan bunga-bungaan.
Pada ketika ini, mereka dilihat sukar menahan rasa sebak dan menitiskan air mata.
Terdahulu, pada kira-kira 11.30 pagi di rumah keluarga mendiang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong hadir untuk memberi penghormatan terakhir.
Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Naib Presiden MCA Datin Paduka Chiew Mei Fun.
Wee, yang ditemui pemberita selepas itu, berkata pihaknya berdukacita dengan nasib menimpa mendiang serta keluarganya dan MCA sedia menghulurkan apa jua bantuan yang diperlukan.
“Di saat mereka bersedih, penting untuk kami menawarkan pertolongan,” katanya.
Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai lepas.
Ia dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab. – BERNAMA
TOP
MH370: Malaysia, Australia Meterai MoU – Liow
KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia dan Australia akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama mereka dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau akan berada di Australia dari esok untuk menghadiri beberapa mesyuarat, diikuti dengan mesyuarat tiga pihak bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss, dan juga rakan sejawatannya dari China.
Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau mengulangi janji kerajaan untuk meneruskan misi mencari pesawat MH370 yang hilang daripada imbasan radar pada awal pagi 8 Mac semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.
“Ketika kami berusaha keras untuk keluarga mangsa MH17, saya juga ingin memberi jaminan kepada waris penumpang (dan anak kapal) MH370 yang kami tetap berpegang pada janji kami untuk meneruskan misi mencari pesawat ini.
“Saya ulangi bahawa MH370 kekal menjadi keutamaan kami dan kerajaan Malaysia akan meneruskan pencarian ini,” katanya.
Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi, yang menjadi kawasan tumpuan misi mencari ketika ini, selepas operasi serupa di Laut China Selatan dan Laut Andaman gagal menemukan sebarang objek yang ada kaitan dengan pesawat itu.
Sementara itu, Liow sekali lagi mengucapkan simpati dan takziah kepada waris dan anggota keluarga mangsa MH17.
Sebanyak 23 daripada 43 mangsa warga Malaysia yang terkorban dalam nahas itu telah dibawa pulang ke tanah air dari Belanda setakat ini, dengan kumpulan ketiga jenazah mangsa dijangka tiba di tanah air pada 30 Ogos.
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment