TOP
Erin Malek Hadkan Pergaulan Sejak Bertunang
PETALING JAYA – Pelakon Erin Malek mengakui sejak mengikat tali pertunangan dengan Farriz Fauzy, 30, pada 21 Jun lalu, dia mula membataskan pergaulan dengan orang di sekelilingnya.
Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, berkata, dia berbuat demikian kerana mahu menjaga nama baiknya sebagai tunangan orang selain mahu membuat perubahan dalam menjadi seorang yang lebih matang.
“Ramai yang menganggap keputusan saya ingin berkahwin dibuat terlalu awal kerana kononnya saya belum matang sepenuhnya.
“Tetapi mereka silap. Sejak bertunang, saya lebih memikirkan tentang masa depan.
“Saya juga meletakkan syarat terhadap diri sendiri sebagai contoh mengurangkan lepak pada waktu malam, pandai jaga diri dan yang penting menghadkan pergaulan di sekeliling,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.
Sementara itu, mengenai persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada Oktober depan, Erin bersyukur kerana segala persiapan berjalan dengan lancar dengan bantuan keluarga serta teman-teman baiknya.
Malah kata Erin, sehingga kini dia langsung tidak menyentuh urusan hal-hal persiapan perkahwinan kerana ibunya mahu dia mengakhiri zaman solonya dengan tenang.
“Mak kata saya tidak perlu buat apa-apa pun. Semuanya dia dan teman baik saya yang uruskan. Jadi saya mengambil peluang itu untuk meluangkan masa lebih bersama keluarga sebelum bergelar isteri,” ujarnya.
Ditanya pula, adakah dia dan tunangnya turut melalui dugaan pertunangan yang sering dilalui oleh pasangan bertunang, kata Erin, dia bersyukur kerana perhubungan dengan berjalan seperti biasa dan mereka hanya berbalah pendapat mengenai perihal perkahwinan sahaja. – mStar Online
TOP
Tukun Tiruan: Maritim Serah 5 Kapal
KUALA TERENGGANU – Lima kapal ronda Kelas Sipadan milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) diserahkan kepada Jabatan Taman Laut Malaysia untuk dijadikan tukun tiruan di pulau-pulau terpilih di negara ini.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM, Laksamana Madya Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata lima kapal terbabit ialah KM Siamil, KM Sempadi, KM Bidong, KM Jarak dan KM Ligitan yang bakal ditenggelamkan di Pulau Perhentian dan Pulau Redang, di Terengganu, Pulau Payar, Langkawi dan Mersing, Johor.
Katanya kesemua kapal berkenaan sebelum ini telah digunakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum diserahkan kepada APMM pada 2005 untuk tugas penguatkuasaan.
“Secara keseluruhannya kapal ronda itu telah berada di lautan selama 46 tahun sebelum diserahkan kepada Jabatan Taman Laut Malaysia untuk dijadian tukun tiruan dan kesemua kapal tersebut juga sudah tamat tempoh khidmatnya.
Justeru kita serahkan kapal ini kepada Jabatan Taman Laut Malaysia untuk dimanfaatkan kepada masyarakat khususnya para nelayan tempatan untuk dijadian tukun tiruan,”katanya selepas majlis penyerahan lima kapal itu kepada Jabatan Taman Laut Malaysia di Pejabat APMM Daerah Maritim Kuala Terengganu di sini, hari ini.
Ahmad Puzi berkata projek kerjasama APMM dengan Jabatan Taman Laut Malaysia dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu banyak memberi manfaatnya kepada penduduk tempatan pulau, operator pelancongan dan penyelam scuba.
Beliau berkata langkah yang dilakukan ini juga dapat membantu meningkatkan pendapatan nelayan kerana kapal ini akan berubah menjadi suatu habitat yang sesuai untuk perlindungan, pembiakan dan tempat mencari makanan kepada sebahagian besar spesis ikan dan habitat di laut.
Dalam pada itu Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia Kamarruddin Ibrahim berkata sebelum ini pihaknya telah menerima dua buah kapal APMM untuk dijadikan tukun tiruan di Pulau Tioman, Pahang dan Labuan.
Katanya dengan wujudnya lebih banyak tukun tiruan di dasar laut ia juga dapat menarik pelancong terutama penyelam yang melakukan aktiviti selam scuba di kapal karam di taman laut di negara ini.
“Sebagai contoh, kapal APMM yang dijadikan tukun tiruan kini menjadi tarikan baru di Taman Laut Pulau Tioman apabila berjaya menarik kedatangan pelancong seramai 7,200 orang tahun lalu,” katanya. – BERNAMA
TOP
2 Maut, 4 Parah Kereta Perisai ATM Terbalik Di Sandakan
SANDAKAN – Dua anggota tentera maut manakala empat lagi parah selepas sebuah kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbalik di Jalan Sungai Tiram, Batu 19, dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat yang parah dihantar ke Hospital Duchess of Kent, di sini, untuk rawatan lanjut.
Dua anggota tentera yang maut ialah mohd Hanif Patahur Rahim, 31, dan Ahmad Fikri Mansor, 23.
Mereka bersama anggota yang cedera adalah dari Kem Batu 10 di Kuantan, Pahang yang bertugas di sini mengikut Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mulai 15 Jun lalu hingga 15 September ini.
Difahamkan, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke Kem Sri Kinabatangan selepas menjalankan rondaan keselamatan di sebuah resort di sini. – BH Online
TOP
Wabak Denggi Di Terengganu Membimbangkan
KUALA TERENGGANU – Wabak denggi di Terengganu kini semakin meningkat dan membimbangkan dengan tujuh lokaliti dikenal pasti sebagai berwabak, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Anwa Sulaiman.
Beliau berkata peningkatan mendadak wabak denggi berlaku hampir di semua daerah terutamanya di Kuala Terengganu, Besut, Dungun, Marang dan Hulu Terengganu.
Kawasan berwabak setakat ini, ialah tiga di Kuala Terengganu, tiga di Besut dan satu di Dungun, katanya selepas majlis sambutan pelancaran pengibaran Jalur Gemilang sempena sambutan kemerdekaan peringkat Jabatan Kesihatan negeri di sini hari ini.
Sehingga 16 Ogos lalu, sebanyak 636 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Terengganu iaitu 583 kes denggi biasa dan 53 denggi berdarah.
“Ini adalah peningkatan yang sangat ketara jika dibandingkan hanya 214 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas dan tanpa kes kematian,” katanya.
Menurut Anwa, setakat ini seorang suri rumah berumur 30-an telah meninggal dunia akibat wabak denggi di Terengganu.
Justeru, Anwa berharap masyarakat dapat mengambil tindakan lebih agresif untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes bagi membendung situasi wabak denggi yang semakin membimbangkan.
“Pihak jabatan sangat memerlukan kerjasama orang ramai untuk memusnahkan tempat pembiakaan nyamuk Aedes seperti membersih bekas yang boleh menakung air,” katanya. – BERNAMA
TOP
Pengusaha Restoran Didakwa Tipu Wanita Urusan Jual Kereta
JOHOR BAHARU – Seorang pengusaha restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini terhadap empat pertuduhan menipu seorang wanita membabitkan penjualan kereta Mercedes tujuh tahun lepas.
Bagi pertuduhan pertama, Mohd Amin Hew, 56, didakwa menipu dan memperdaya Tan Sook Fuen dengan mendorong Tan mempercayai Mohd Amin boleh mendapatkan kereta Mercedes jenis E240 tahun 2003 yang dilelong oleh kastam dengan harga murah.
Tan, 52, kemudiannya menyerahkan wang tunai RM15,000 kepada tertuduh di No 9, Jalan Puchong 4, Taman Perling, Johor Baharu, pada 8 malam 16 Jan 2007.
Bagi tuduhan kedua, Mohd Amin didakwa melakukan perbuatan sama terhadap wanita itu sehingga mendorong Tan mendepositkan RM25,000 ke akaun Ambank milik tertuduh, pada 9.45 pagi 18 Jan 2007 di Ambank (M) Bhd cawangan Skudai, Johor Baharu.
Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, tertuduh melakukan kesalahan sama sehingga mendorong Tan mendepositkan RM13,500 dan RM35,000 ke akaun Ambank tertuduh di cawangan bank sama antara 9.12 pagi hingga 9.30 pagi pada 22 Jan 2007.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga sepuluh tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.
Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias membenarkan tertuduh diikat jamin RM17,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 3 Sept untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Farhana Adham manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Asram Zakaria. – BERNAMA
TOP
Teguran Tun M Tak Semestinya Dipersetujui – Hishammuddin
KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhak untuk menegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, namun tidak semestinya pandangan itu dipersetujui.
Menegaskan demikian, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Dr Mahathir dikenali sebagai seorang yang mempunyai pendirian dan pandangan tersendiri serta tidak lokek dalam memberi teguran kepada kepimpinan negara.
Hishammuddin bagaimanapun secara peribadi berpendapat teguran itu seharusnya dinilai dengan melihat prestasi dan cara Najib melaksanakan tanggungjawabnya.
“Sebagai contoh, jika kita mengambil kira apa yang dilakukan Najib dalam insiden MH17, saya tahu tidak ramai pemimpin di luar sana yang mampu lakukan apa yang telah Najib lakukan.
“Sekiranya Najib tidak mengambil pendirian yang berani untuk berdepan dengan pihak pemisah hari itu, tidak mungkin saya dapat berdiri di sini untuk menguruskan jenazah kembali ke tanah air,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri taklimat kepada editor kanan berhubung persiapan istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di sini, Selasa.
Hishammuddin berkata adalah sesuatu yang menyedihkan jika usaha yang dilakukan Najib dalam memastikan keadilan kepada mangsa dan anggota keluarga pesawat MH17 itu gagal dinilai orang ramai.
Pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Mayat mangsa diambil oleh puak pemisah dan Najib mengambil inisiatif untuk berbincang dengan kumpulan itu yang kemudiannya bersetuju untuk memulangkan mayat kepada kerajaan Belanda.
Hishammuddin seterusnya menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk mengaibkan pandangan Dr Mahathir.
Semalam, Dr Mahathir membuat kenyataan menarik balik sokongan kepada Najib kerana mendakwa prestasinya lebih buruk daripada perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Perkara itu dinyatakan di blognya www.chedet.cc dan Dr Mahathir berkata adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menegur kepimpinan negara, kerana sayang kepada bangsa dan negara. – BERNAMA
TOP
Anjing Dipilih Sebagai Wakil Rakyat
Seekor anjing, Duke, telah dipilah oleh penduduk di satu kawasan kejiranan di Cormorant, Minnesota, AS untuk menjadi wakil penduduk atau mayor dikawasa mereka.
Pemilihan yang dibuat melalui undian menunjukkan Duke berjaya mengalahkan pencabarnya kerana penduduk merasa selamat dengan kehadiran anjing tersebut. Menurut mereka tiada gangguan setakat anjing itu datang ke kejiranan mereka.
Duke telah dihias selama lima jam dan dibelikan pakaian baru untuknya memulakan tugas yang diamanahkan kepadanya. - SiakapKeli.com
TOP
Keep Calm And Wear Hijab - Fesyen Songsang
Baru-baru ini, gambar dua gadis memakai baju dengan perkataan "KEEP CALM AND WEAR HIJAB" telah menjadi viral di laman sosial.
Ramai yang mengutuk perbuatan wanita bertudung itu tetapi mengenakan kain terbelah di peha yang menampakkan legging mereka yang mendedahkan bentuk paha. Kalau dah begitu, baik tak payah pakai hijab. Perkara ini seolah-olah menjatuhkan martabaht hijab dalam Islam. Banyak lagi fesyen lain yang lagi elok boleh diperagakan. Kalau pakai hijab semata-mata nak berfesyen baik tak payah - SiakapKeli.com
Ramai yang mengutuk perbuatan wanita bertudung itu tetapi mengenakan kain terbelah di peha yang menampakkan legging mereka yang mendedahkan bentuk paha. Kalau dah begitu, baik tak payah pakai hijab. Perkara ini seolah-olah menjatuhkan martabaht hijab dalam Islam. Banyak lagi fesyen lain yang lagi elok boleh diperagakan. Kalau pakai hijab semata-mata nak berfesyen baik tak payah - SiakapKeli.com
TOP
MRT Runtuh: CEO MRT Corp Letak Jawatan
PETALING JAYA – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Azhar Abdul Hamid meletak jawatan berikutan insiden runtuhan di tapak projek MRT di Kota Damansara pada malam Isnin.
Insiden itu meragut tiga nyawa.
Dalam satu kenyataan, MRT Corp mengesahkan bahawa landasan MRT itu terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah pada pukul 8.30 malam semasa kerja-kerja membina tembok sepanjang landasan itu dijalankan.
Landasan itu dibuat daripada 14 unit galang kotak sepanjang 38 meter seberat 490 tan.
MRT Corp mengesahkan bahawa tiga pekerja yang terperangkap adalah warga Bangladesh iaitu Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik. – mStar Online
TOP
Penyamun Gigit Lengan Polis Di Johor
KOTA TINGGI – Seorang lelaki tidak sempat berjoli apabila dicekup empat jam kemudian selepas menyamun beg tangan seorang wanita dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi tadi.
Suspek ditahan di sebuah kedai 24 jam di bandar Kota Tinggi apabila anggota polis berjaya mengekorinya selepas mengesan lokasi suspek melalui signal telefon bimbit milik mangsa.
Difahamkan suspek turut bergelut dengan anggota polis dan mencederakan pegawai polis dengan menggigit lengan serta cuba merampas pistol bagaimanapun suspek berjaya ditumpaskan.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Low Hang Seng ketika dihubungi mengesahkan seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan manakala kes tersebut diserahkan kepada IPD Johor Bahru Selatan untuk siasatan lanjut. – Sinar Harian Online
TOP
GAMBAR: Hanya Mampu Lihat Kereta Cikgu Hangus Terbakar
Sebuah sekolah menengah di Teluk Panglima Garang menjadi gempar awal pagi tadi apabila sebuah kereta milik guru di sana terbakar secara tiba-tiba.
Mujurlah, guru berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan apabila dia berada di pejabat sekolah ketika kebakaran berlaku.
Difahamkan guru tersebut sememangnya mahu pulang memandu keretanya itu kerana kurang sihat namun memutuskan untuk ke pejabat bagi menyelesaikan urusan dokumentasi terlebih dahulu. Sebaik menyedari kebakaran beberapa pelajar bergegas cuba memadamkan api dan menyelamatkan guru mereka yang disangka berada di dalam kereta Proton Waja tersebut. Namun kereta tersebut akhirnya hangus sama sekali.
Ekoran kejadian mengejutkan ini, sebuah kereta Perodua MyVi yang diparkir berhampiran menggelupas catnya kerana haba kebakaran. - MYNEWSHUB.MY
Mujurlah, guru berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan apabila dia berada di pejabat sekolah ketika kebakaran berlaku.
Difahamkan guru tersebut sememangnya mahu pulang memandu keretanya itu kerana kurang sihat namun memutuskan untuk ke pejabat bagi menyelesaikan urusan dokumentasi terlebih dahulu. Sebaik menyedari kebakaran beberapa pelajar bergegas cuba memadamkan api dan menyelamatkan guru mereka yang disangka berada di dalam kereta Proton Waja tersebut. Namun kereta tersebut akhirnya hangus sama sekali.
Ekoran kejadian mengejutkan ini, sebuah kereta Perodua MyVi yang diparkir berhampiran menggelupas catnya kerana haba kebakaran. - MYNEWSHUB.MY
TOP
Hantu Ju-On Berjaya Dirakam Dalam Gambar?
Apa perasaan anda apabila selepas meneliti gambar yang baru diambil tiba-tiba ada kelibat manusia lain yang tak dikenali dalam gambar tersebut? Tentu terkejut dan seram kan.
Begitulah dialami seseorang yang berkongsikan gambar anak saudaranya di Facebook Oh! Media.
Menurut pengirim, gambar yang diambil jam 11 malam itu amat mengejutkan apabila didapati turut merakam gambar seorang kanak-kanak yang tidak dikenali sedang duduk di kerusi belakang.
Jika dilihat pada gambar, ternyata imej kanak-kanak misteri tersebut kelihatan jelas dengan wajahnya yang pucat. Macam Ju-Onn pun ada kan? Memang seram! - REM RAMZI / MYNEWSHUB.MY
Jika dilihat pada gambar, ternyata imej kanak-kanak misteri tersebut kelihatan jelas dengan wajahnya yang pucat. Macam Ju-Onn pun ada kan? Memang seram! - REM RAMZI / MYNEWSHUB.MY
TOP
Nokia 130: Telefon Dengan Kadar Bateri Bertahan Sebulan
Sama ada anda inginkan telefon mudah alih ‘kedua’ anda atau sebagai ‘telefon kecemasan’ anda dikala bercuti, Nokia 130 sememangnya sebuah peranti yang anda harus miliki.
Nokia 130 dilihat memfokuskan kepada pengguna di negara-negara membangun, disamping bagi mereka yang inginkan telefon kedua pada harga rendah. Ia hadir dengan variasi dwi-SIM, dimana ia turut menyertakan beberapa fungsi menarik termasuk pemain MP3, radio FM, serta sokongan kad SD. Dengan fungsi kad-SD, pengguna boleh menyimpan video dan fail multimedia lain, dan menikmatinya melalui peranti ini walaupun skrin boleh dikatakan agak kecil untuk tujuan tersebut.
Untuk tujuan memainkan lagu, ia dikatakan boleh memainkan sehingga selama 46 jam dengan satu cas penuh. Selain daripada itu, masa bertahan bateri untuk Nokia 130 adalah sehingga 36 hari untuk versi satu SIM, dan sehingga 26 hari untuk versi dwi-SIM. Peranti ini hadir dalam pilihan warna merah, hitam, dan putih, serta menyertakan skrin berwarna bersaiz 1.8-inci. Microsoft dilihat akan terus mengeluarkan peranti pada harga rendah ini memandangkan mereka tidak mempunyai sebarang siri peranti untuk bahagian telefon asas ini. Nokia 130 ini dijangka dijual pada harga €19 (RM81.13), dan akan mula ditawarkan dalam masa beberapa bulan lagi di beberapa negara terpilih.
Sumber: NOKIA
Nokia 130 dilihat memfokuskan kepada pengguna di negara-negara membangun, disamping bagi mereka yang inginkan telefon kedua pada harga rendah. Ia hadir dengan variasi dwi-SIM, dimana ia turut menyertakan beberapa fungsi menarik termasuk pemain MP3, radio FM, serta sokongan kad SD. Dengan fungsi kad-SD, pengguna boleh menyimpan video dan fail multimedia lain, dan menikmatinya melalui peranti ini walaupun skrin boleh dikatakan agak kecil untuk tujuan tersebut.
Untuk tujuan memainkan lagu, ia dikatakan boleh memainkan sehingga selama 46 jam dengan satu cas penuh. Selain daripada itu, masa bertahan bateri untuk Nokia 130 adalah sehingga 36 hari untuk versi satu SIM, dan sehingga 26 hari untuk versi dwi-SIM. Peranti ini hadir dalam pilihan warna merah, hitam, dan putih, serta menyertakan skrin berwarna bersaiz 1.8-inci. Microsoft dilihat akan terus mengeluarkan peranti pada harga rendah ini memandangkan mereka tidak mempunyai sebarang siri peranti untuk bahagian telefon asas ini. Nokia 130 ini dijangka dijual pada harga €19 (RM81.13), dan akan mula ditawarkan dalam masa beberapa bulan lagi di beberapa negara terpilih.
Sumber: NOKIA
TOP
Siti Nurhaliza Bakal Terbit Buku Kisah Hidupnya
Nama Datuk Siti Nurhaliza dalam bidang seni tempatan bukanlah satu nama yang calang-calang orangnya.
Hampir segenap lapisan masyarakat daripada pelbagai peringkat usia dan bangsa mengenali figura hebat ini.
Jadi, buat menghargai sokongan peminatnya yang tidak berbelah bahagi, Siti dikatakan bakal menerbitkan sebuah buku biografi mengenai dirinya yang akan dipasarkan kelak.
Namun, Siti menjelaskan beliau hanya ingin memfokuskan kepada kehidupannya sebelum bergelar penyanyi serta penghibur disegani di seluruh negara.
Memetik Murai, Siti berkata, “memang sudah lama Siti berniat untuk melahirkan buku autobiografi sendiri, tapi masanya belum sesuai. Sekarang ini pun kami masih mengumpul seberapa banyak maklumat untuk melahirkan buku itu”.
“Semuanya masih dalam perancangan dan Siti tak tahu bila ianya akan dilancarkan. InsyaAllah bila semuanya sudah siap, Siti akan beritahu kelak,” katanya.
Siti mahu peminat mendekati peristiwa sebelum dirinya bergelar penyanyi dan ketika di zaman kanak-kanak, kerana baginya itulah yang sebenarnya masyarakat ingin tahu mengenai seseorang insan yang dikupas kisah susur galur hidupnya. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Wanita Terkejut, Jahitan Pembedahan Terbuka
London – Seorang ibu, Clair Bartlett, 34, mengalami pengalaman yang menakutkan apabila kesan jahitan pembedahan di perutnya terbuka seperti zip baju, mengakibatkan luka itu terngaga sepanjang sembilan inci.
Kejadian berlaku selepas beberapa jam Clair dibenarkan pulang ke rumahnya oleh hospital.
Nasibnya bertambah malang apabila dia terpaksa menunggu hingga dua jam sehingga ambulans tiba di rumahnya.
Keadaan itu menyebabkan Clair berada dalam kesakitan yang amat sangat selain darah yang tidak berhenti mengalir.
Melihat keadaan berkenaan, suaminya, Jason tiada pilihan lain kecuali menggunakan pita pelekat untuk melekatkan semula bekas jahitan pembedahan tersebut.
“Ketika itu, Clair baru balik dari hospital dan berada dalam bilik air. Kemudian anak perempuan saya bertanya kepada isteri saya sama ada dua mengetahui bahawa lukanya itu berdarah.
“Clair kemudian menghubungi saya dan memberitahu bahawa lukanya terbuka seperti zip baju. Dalam masa sama anak-anaknya yang lain ketakutan dan berada dalam trauma melihat keadaan ibunya itu,’’ katanya.
Jason kemudiannya menghubungi 999 namun ambulans hanya tiba dua jam selepas panggilan dibuat.
Doktor memaklumkan luka pembedahan itu mengalami jangkitan, menyebabkan ia tidak dapat pulih sepenuhnya.
Pasangan berkenaan kini bercadang mengambil tindakan terhadap pihak hospital di atas kecuaian tersebut.– MYNEWSHUB.MY
TOP
Anjing Jalani Pembedahan Kosmetik, Buang Kulit Hodoh
London – Bukan manusia sahaja yang menjalani pembedahan kosmetik untuk kelihatan cantik, namun kini tabiat berkenaan turut berjangkit kepada anjing peliharaan mereka.
Menurut Royal Veterinary College, jumlah anjing yang menjalani pembedahan kosmetik bagi membuang lebihan kulit telah meningkat 80 peratus dalam tempoh empat tahun.
Bagaimanapun bagi sesetengah anjing, tanpa pembedahan itu, ia boleh menyebabkan binatang itu berisiko menjadi buta atau mati disebabkan laluan pernafasannya tersekat.
Namun kos pembedahan itu menelan perbelanjaan hingga RM10,500 dan kebanyakan pemiliknya anjing itu adalah selebriti termasuk Jonathan Ross, Kelly Brook dan Kelly Osborne.
Menurut pensyarah kanan Royal Veterinary College, Dr Gert ter Haar, beliau melakukan banyak pembedahan itu melibatkan ramai selebriti.
“Saya mengendalikan empat ke lima pembedahan setiap minggu, namun saya hanya melakukannya bagi tujuan perubatan,’’ katanya.
TOP
Pemuda Ini Bangga Mengaku Sudah Murtad Di Twitter!
Setiap manusia diberikan dugaan hidup yang bermacam-macam oleh Yang Maha Esa.
Manusia paling malang adalah mereka yang menjadi sesat kerana tidak tahan menerima dugaan sedangkan ia boleh juga menjadi jalan untuk mereka semakin dekat dengan Allah SWT.
Tambah malang bila si sesat berasakan pegangannya itu adalah betul hingga tidak segan silu memberitahu dunia.
Begitulah lebih kurang tindakan seorang lelaki Melayu yang begitu yakin mengumumkan bahawa dia tidak lagi mempercayai Islam di akaun Twitter miliknya sejak semalam.
Apabila dinasihati dia mengeluarkan hujah penuh emosi dan tetap mempertahankan pendiriannya itu.
Sayang sekali, dia beruntung dilahirkan dalam agama suci tapi akhirnya memilih jalan keluar begini sedangkan ada manusia yang terpaksa berusaha sebelum ditemukan hidayah dapat memeluk agama Islam.
Apatah lagi, pemuda ini mengaku dia bukanlah jahil tentang Islam malah pernah menjadi pendakwah dan mengimamkan solat. Di mana silapnya?
Kami harap semoga masih ada sinar untuknya kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat.
- MYNEWSHUB.MY
Manusia paling malang adalah mereka yang menjadi sesat kerana tidak tahan menerima dugaan sedangkan ia boleh juga menjadi jalan untuk mereka semakin dekat dengan Allah SWT.
Tambah malang bila si sesat berasakan pegangannya itu adalah betul hingga tidak segan silu memberitahu dunia.
Begitulah lebih kurang tindakan seorang lelaki Melayu yang begitu yakin mengumumkan bahawa dia tidak lagi mempercayai Islam di akaun Twitter miliknya sejak semalam.
Apabila dinasihati dia mengeluarkan hujah penuh emosi dan tetap mempertahankan pendiriannya itu.
Sayang sekali, dia beruntung dilahirkan dalam agama suci tapi akhirnya memilih jalan keluar begini sedangkan ada manusia yang terpaksa berusaha sebelum ditemukan hidayah dapat memeluk agama Islam.
Apatah lagi, pemuda ini mengaku dia bukanlah jahil tentang Islam malah pernah menjadi pendakwah dan mengimamkan solat. Di mana silapnya?
Kami harap semoga masih ada sinar untuknya kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat.
- MYNEWSHUB.MY
TOP
Wow.. Raja Ilya Kongsi Gambar SEKSI Maut Di Instagram
Raja Ramilah Begum Raja Mohamad atau Raja Ilya boleh dikatakan pelakon wanita yang kian diminati ramai.
Selain berlakon Raja Ilya juga dikenali sebagai model iklan satu jenama produk kosmetik tempatan. Antara filem dan drama lakonan Raja Ilya adalah Appalam, Patriot, Dahlia, Kalimah Jiwa dan Kata Hati.
Sebenarnya kisah keseksian Raja Ilya bukan baru malah dia pernah diterjah kontroversi gara-gara gambar ‘hangat’ satu ketika dulu.
Ketika hadir sebagai calon top 5 Anugerah Bintang Popular kategori Pelakon TV Wanita Popular 2013 pun, Raja Ilya merupakan antara artis paling seksi pada malam tersebut.
Mungkin selesa dengan imej begini, gambar Ilya dan baju-baju seksinya turut dikongsikan pelakon ini di laman Instagram miliknya.
Kami harap, Ilya ambillah pengajaran daripada kisah silam di mana dia pernah melalui kisah pahit putus tunang gara-gara gambar panas. Lagi pun kalau diteliti, jarang artis wanita yang berpenampilan terlalu seksi akan diangkat menjadi bintang utama drama dan filem. Itu belum masuk bab agama dan adat Melayu.. - MYNEWSHUB.MY
Selain berlakon Raja Ilya juga dikenali sebagai model iklan satu jenama produk kosmetik tempatan. Antara filem dan drama lakonan Raja Ilya adalah Appalam, Patriot, Dahlia, Kalimah Jiwa dan Kata Hati.
Sebenarnya kisah keseksian Raja Ilya bukan baru malah dia pernah diterjah kontroversi gara-gara gambar ‘hangat’ satu ketika dulu.
Ketika hadir sebagai calon top 5 Anugerah Bintang Popular kategori Pelakon TV Wanita Popular 2013 pun, Raja Ilya merupakan antara artis paling seksi pada malam tersebut.
Mungkin selesa dengan imej begini, gambar Ilya dan baju-baju seksinya turut dikongsikan pelakon ini di laman Instagram miliknya.
Kami harap, Ilya ambillah pengajaran daripada kisah silam di mana dia pernah melalui kisah pahit putus tunang gara-gara gambar panas. Lagi pun kalau diteliti, jarang artis wanita yang berpenampilan terlalu seksi akan diangkat menjadi bintang utama drama dan filem. Itu belum masuk bab agama dan adat Melayu.. - MYNEWSHUB.MY
TOP
Tudung Ala Cendawan Melly Goeslow.. Anda Berani Cuba?
Melly Goeslow bukan sahaja dikenali kerana lagu-lagu ciptaannya yang tidak pernah gagal memikat telinga pendengar tetapi juga citarasa fesyennya yang agak ganjil dan eksentrik.
Bagaimana pun selepas mengambil keputusan untuk berhijab sejak Jun lalu, disangkakan Melly akan lebih berpada-pada dalam berfesyen namun sangkaan itu nyata meleset. Tanpa menghiraukan komen orang, Melly tampil dengan aneka tudung ganjil termasuk berzip dan ala cendawan.
Apabila ditanya Melly menyatakan berhijrah memakai tudung tidak bermakna ia harus menyekat kreativiti sebaliknya apa yang penting adalah menutup aurat. Hm, apa sajalah Melly. Yang penting tindakannya menutup aurat harus dipuji dan diharapkan menjadi contoh kepada artis wanita popular lain. - MYNEWSHUB.MY
Bagaimana pun selepas mengambil keputusan untuk berhijab sejak Jun lalu, disangkakan Melly akan lebih berpada-pada dalam berfesyen namun sangkaan itu nyata meleset. Tanpa menghiraukan komen orang, Melly tampil dengan aneka tudung ganjil termasuk berzip dan ala cendawan.
Apabila ditanya Melly menyatakan berhijrah memakai tudung tidak bermakna ia harus menyekat kreativiti sebaliknya apa yang penting adalah menutup aurat. Hm, apa sajalah Melly. Yang penting tindakannya menutup aurat harus dipuji dan diharapkan menjadi contoh kepada artis wanita popular lain. - MYNEWSHUB.MY
TOP
Isu MB: Khalid Mohon Maaf Kepada Rakyat
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa memohon maaf kepada rakyat Selangor khususnya berikutan kemelut politik yang melanda negeri itu.
Khalid membuat permohonan maaf itu secara terbuka ketika berucap pada majlis Persidangan Ikrar Integriti di sini.
“Minta maaf kerana ‘perhatian’ yang diberikan kepada anda.
“Bagi saya itu (perhatian) tak mengapa kerana saya memilih untuk menjadi ahli politik…jadi saya terpaksa menghadapinya.
“Minta maaf kepada anda kerana datang ke sini bukan untuk terlibat dalam keadaan ini…itulah harga sebuah integriti,” katanya.
Beliau turut mengakui rakyat Selangor secara tidak langsung terpaksa berhadapan dengan kemelut politik yang berpanjangan sejak beberapa bulan lalu gara-gara isu jawatan menteri besar.
Perkembangan terbaharu politik Selangor menyaksikan Khalid hilang kepercayaan daripada 43 Ahli Dewan Undangan Nageri (Adun) Pakatan Rakyat.
Jumlah itu membabitkan 15 Adun PAS, DAP (15) dan PKR (13) yang menyatakan pendirian sebulat suara mengisytiharkan sokongan supaya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid.
Selain itu menerusi ucapannya, Khalid turut menyentuh mengenai integriti seorang pemimpin sesebuah pentadbiran atau organisasi.
Katanya perkembangan semasa menyaksikan sesebuah pentadbiran perlu membina kepercayaan dan keyakinan rakyat berhubung integriti.
“Seolah-olah kini menjadi satu permintaan yang semakin meningkat untuk syarikat dan organisasi supaya menjadi lebih bertanggungjawab.
“Permintaan untuk kita meningkatkan tanggungjawab sosial menjadi lebih kuat dari hari ke hari,” katanya.
Selain itu Khalid dilihat seolah-olah mengaitkan isu integriti dengan kemelut politik di Selangor khususnya soal pemimpin dan kepimpinan.
“Rasulullah S.A.W bersabda “di saat amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran.”
“Lalu Sahabat bertanya: “Bagaimana orang tidak berpegang teguh kepada amanah itu, ya Rasulullah?”. Baginda menjawab: “Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran,” demikian menurut Khalid yang dipetik dari sebuah hadis yang dipetik dari Abu Hurairah R.A. – mStar Online
TOP
Penjual Ikan Didakwa Bunuh Pelajar Britain
KUCHING – Seorang penjual ikan berumur 23 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan membunuh dua pelajar perubatan warga Britain awal bulan ini.
Tiada pengakuan dicatatkan daripada Zulkipli Abdullah, yang berdepan dua tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, apabila dibacakan di hadapan Majistret Portia Tham.
Tham memerintahkan kes itu disebut semula pada 19 Sept ini selepas Timbalan Pendakwa Raya Mirza Mohamad berkata pendakwaan sedang menunggu arahan selanjutnya daripada peguam kanan persekutuan.
Zulkipli didakwa membunuh Aidan Brunger, 22, dan Neil Dalton, 23, antara 4.10 pagi hingga 4.15 pagi pada 6 Ogos lepas di Jalan Abell di sini.
Sebelum tuduhan dibacakan, empat lagi suspek yang ditahan bersama tertuduh berkaitan kes pembunuhan itu, dibebaskan dengan bon polis RM20,000 dan seorang penjamin bagi menjamin kehadiran mereka di mahkamah sebagai saksi. – BERNAMA
TOP
MH17: Jenazah 28 Warga Malaysia Dikenal Pasti
KUALA LUMPUR – Dua puluh lapan daripada 43 mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 warga Malaysia telah dikenal pasti setakat hari ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 15 merupakan penumpang manakala 13 yang lain adalah anak kapal.
Jumlah 28 jenazah ini melibatkan 14 orang Islam dan 14 lagi bukan Islam, katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat kepada editor kanan media berhubung persiapan istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
“Untuk Jumaat ini, saya boleh sahkan jenazah yang terlibat adalah 15 (warga Malaysia) campur satu (warga Netherlands) akan dibawa pulang (ke Malaysia).
Tetapi ada kemungkinan bertambah dan ini akan dapat disahkan esok,” katanya. – BERNAMA
TOP
Diplomat Asing Turut Dijemput Hadir Istiadat Penghormatan MH17
PUTRAJAYA – Diplomat asing yang berada di negara ini turut dijemput untuk menghadiri istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi penerbangan MH17 Malaysia Airlines yang akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang Jumaat ini.
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata ia termasuk diplomat dari negara yang rakyat mereka turut menjadi mangsa pesawat yang terhempas di Ukraine 17 Julai lepas itu, seperti Belanda dan Australia.
“Mereka ada datang dan mengucapkan takziah kepada kita. Kita nak juga melihat bukan hanya ucap takziah tetapi juga bersama dalam menyambut ketibaan jenazah,” katanya kepada pemberita selepas acara menaikkan bendera Asean sempena sambutan Hari Asean ke-47 di Wisma Putra di sini hari ini.
Kumpulan pertama jenazah mangsa MH17 dijangka tiba pukul 10 pagi Jumaat, menaiki sebuah pesawat khas dari Amsterdam.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dijangka berangkat ke istiadat berkenaan yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jemaah menteri, menteri besar dan ketua menteri serta keluarga mangsa.
Jumaat ini juga diisytiharkan sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan kumpulan pertama jenazah itu.
Hamzah berkata kedutaan-kedutaan Malaysia di luar negara turut menerima ucapan takziah daripada wakil negara-negara lain. – BERNAMA
TOP
Mayat 2 Lagi Pekerja Bangladesh Dihempap Konkrit Ditemui
PETALING JAYA – Mayat dua lagi pekerja warga Bangladesh yang terperangkap dalam runtuhan konkrit landasan projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara di sini, ditemui tengah hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata mayat Mohamad Faruk Khan dan Mohammad Alauddin Mollik ditemui pihaknya pada 1.35 tengah hari ini.
“Kedua-dua mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Mayat seorang lagi pekerja Bangladesh, Mohammad Elahi Hossain ditemui pasukan mencari pada 2.30 pagi tadi dan telah dibawa ke hospital sama.
Tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh itu maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Kota Damansara pada 8.30 malam tadi.
Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan di laman Twitternya meluahkan rasa terkejut dengan insiden itu dan mahu siasatan penuh dijalankan segera. – BERNAMA
TOP
Daftar Facebook Dengan SKMM Sukar Dilaksana
KUALA LUMPUR – Cadangan pendaftaran pengguna laman sosial Facebook dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dilihat sukar untuk dilaksanakan kerana memerlukan kerjasama secara langsung dengan pengasas laman sosial itu.
Presiden Persatuan Penyedia Kandungan Mudah Alih Malaysia (MMCP) Johary Mustapha berkata sehingga kini belum ada mana-mana negara berjaya berbuat demikian kerana bilangan pemilik akaun Facebook di seluruh dunia kini mencecah 1.3 bilion dan 15 juta daripadanya merupakan pengguna di Malaysia.
“Malaysia memerlukan kerjasama ‘server’ Facebook yang beroperasi di Amerika Syarikat (AS) untuk membolehkan rakyatnya berdaftar dengan SKMM, tetapi secara logiknya adakah ia mampu dilaksanakan?
“Daripada sudut pandangan industri, tidak relevan untuk pengendali laman sosial tersebut memberi pengecualian khas kepada mana-mana pihak bagi tujuan terbabit kerana tindakan itu akan menyusahkan ramai pengguna Facebook,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Beliau mengulas saranan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik agar kerajaan mempertimbang agar pemilik akaun laman Facebook perlu berdaftar dengan SKMM bagi memudahkan urusan mengenal pasti identiti pemilik akaun berkenaan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telahpun mengatakan bahawa setakat ini kementeriannya mendapati tiada keperluan untuk mewajibkan pengguna laman sosial Facebook didaftarkan dalam usaha mengekang aktiviti penyalahgunaan laman siber.
Ahmad Shabery juga telah menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah berhasrat menutup laman soaial Facebook sekalipun terdapat banyak laporan penyalahgunaannya di negara ini.
Sementara itu, Johary turut menyarankan agar pengguna mengamalkan sikap ‘self-censorship’ (saringan sendiri) terhadap sebarang bahan yang dimuat naik dan dikongsi dalam laman maya.
“Pengguna Facebook perlu teliti terlebih dahulu kandungan sesuatu berita dengan mengambil kira pelbagai aspek sebelum dikongsi atau ‘like’ kerana ada di antaranya menghina institusi Raja, agama dan kaum, yang tidak sepatutnya dikongsi sebaiknya padam atau dilaporkan kepada Facebook,” katanya.
Senada dengan pandangan itu ialah jutawan perniagaan internet, Irfan Khairi yang berpendapat peranan untuk menyekat sebarang bahan yang diragui terletak pada pengguna laman sosial itu sendiri.
“Pengguna Facebook juga perlu menyandang tanggungjawab untuk lebih prihatin terhadap penggunaannya, terutama tidak sewenang-wenangnya berkongsi serta menyebarkan berita yang belum sahih, rasis dan boleh menganggu ketenteraman masyarakat berbilang bangsa di Malaysia,” katanya.
Irfan berkata orang ramai juga perlu mengetahui kesalahan yang dilakukan menerusi internet boleh disabitkan dengan undang-undang sedia ada.
“Apa yang tidak boleh dilakukan di luar, maka tidak boleh juga dilakukan di Internet dan mereka yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.
Mengikut Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, individu yang disabitkan kesalahan menyalahgunakan laman sosial boleh didenda tidak kurang daripada RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya. – BERNAMA
TOP
Kisah Makan Berlebihan Dan Obesiti
KUALA LUMPUR – “Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa”, apatah lagi bila selera makan melampau yang dilayan tanpa berfikir panjang akan kesan baik dan buruk.
Tabiat mengambil banyak makanan yang berkalori tinggi akan menjurus kepada obesiti sebelum ia menjadi pintu masuk kepada pelbagai penyakit tidak berjangkit khususnya diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.
Malaysia adalah negara yang tidak terlepas daripada masalah obesiti akibat perubahan gaya hidup masyarakat serta amalan pemakanan yang tidak sihat.
Pakar pemakanan menjelaskan obesiti sebagai suatu keadaan yang terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan antara pengambilan makanan (tenaga) dan penggunaan tenaga (aktiviti fizikal).
Isu obesiti bukan lagi suatu isu baru dan hakikatnya ia dilaporkan meningkat dari tahun ke tahun sekaligus turut menjadi pembunuh utama bagi golongan yang mengalami masalah itu.
OBESITI MASA KINI
Cabaran dalam menangani masalah obesiti di Malaysia kini adalah dari segi mengubah corak pemakanan dan menjelaskan kepentingan gaya hidup aktif yang dapat membantu mengatasi masalah itu dalam kalangan masyarakat. Peringkat awal obesiti boleh berlaku ke atas kanak-kanak dari sekolah rendah lagi, yang mana pengambilan makanan tidak sihat diambil akibat daripada pihak pengusaha kantin yang kurang menitikberatkan kepentingan pengambilan makanan berzat kepada pembesaran pelajar. Sirap, minuman berkarbonat, nugget segera, keropok dan gula-gula adalah menjadi makanan rutin kepada setiap pelajar sekolah rendah terutama yang hanya makan di kantin sekolah tanpa membawa bekal makanan dari rumah. Kesedaran seharusnya timbul dalam kalangan ibu bapa dalam melatih anak untuk mengamalkan pengambilan pemakanan sihat setiap hari seperti menyediakan air kosong, mengurangkan kandungan gula dalam minuman, menyajikan hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran serta melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam.
PENYEBAB OBESITI
Ketidakseimbangan antara pengambilan tenaga dan penggunaan tenaga menyebabkan tenaga berlebihan yang disimpan bertukar menjadi lemak yang memudaratkan tubuh badan. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr. Hamid Jan Jan Mohamed berkata dimensi umum kepada terjadinya obesiti adalah dilihat hasil daripada pengambilan makanan berkalori tinggi seperti makanan segera dan minuman berkarbonat. Berikutan corak kehidupan yang sibuk dan kesuntukan masa untuk menyediakan makanan menyebabkan rakyat Malaysia seperti mana rakyat di negara maju akan memilih makanan segera yang mengandungi kalori tinggi. “Strategi pemasaran kreatif adalah penyebab bagi pengguna terutama kanak-kanak dan remaja terpengaruh untuk membeli makanan segera”, katanya. “Lebih teruk, tabiat pengambilan makanan secara berlebihan menjadi budaya hidup kebanyakan orang dan garis panduan pemakanan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia diabaikan”, jelasnya lagi. Namun masalah berkenaan tidak berakhir di situ sahaja, kerana rata-rata masyarakat Malaysia kini mengamalkan cara hidup moden dan gaya hidup yang kurang aktif. Bagi sesetengah pula beranggapan, “makan sahaja apa yang terasa hendak dimakan, esok lusa amalkan gaya hidup sihat semula, bukan salah pun”. Hakikatnya, sikap sedemikian hanya membawa padah kepada kesihatan dan kecergasan tubuh badan diri sendiri.
PEMAKANAN SIHAT
Paling utama, apa yang dimakan dalam setiap hidangan harian adalah penentu kesihatan bagi setiap individu yang berlainan. Berbaloikah untuk merisikokan tubuh badan yang kita miliki cuma kerana ingin memuaskan nafsu makan yang tiada kesudahannya? Persoalan ini wajar diteliti dengan berbalik kepada panduan anjuran tatacara pemakanan dan kesihatan menurut pandangan Islam, kata Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Norkumala Awang. Lazimnya, elemen kesihatan fizikal, mental dan emosi, spiritual dan persekitaran sosial bersifat saling berkaitan antara satu sama lain sebagai sistem bersepadu yang menyumbang kepada kesihatan seseorang. “Makan secara sederhana sebagaimana yang dianjurkan oleh agama, kerana perut kita ini ada hadnya, selain itu sifat sederhana dan tidak berlebihan dalam hal ehwal makan dapat mengelakkan datangnya gangguan kesihatan kepada tubuh badan,” katanya pada Seminar Daripada Malnutrisi Kepada Obesiti: Menelusuri Tabiat Makan Umat Islam di Malaysia di sini, baru-baru ini. Pemakanan sihat boleh diamalkan dengan mengambil pelbagai makanan dan seimbang dalam status pengambilannya di samping mementingkan unsur keberkatan dalam makanan yang dimakan. Kurang pengetahuan membuatkan ramai yang seringkali salah dalam mengurus kualiti dan kuantiti makanan yang diambil dalam seharian.
MAKANAN SUNNAH DAN KESIHATAN
Sikap peduli, prihatin dan ambil berat membawa seseorang kepada meneliti dengan lebih bagi setiap makanan yang diambil sebagai tenaga harian. Makanan yang halal dan baik adalah diharuskan kerana ia sesuatu yang diperoleh kelazatan dan kebaikan darinya selain merangkumi keberkatan bagi dunia dan akhirat. Pemakanan sunnah merujuk kepada makanan yang dikategorikan sebagai halal dan baik yang mana juga ditunjukkan galakan oleh Rasullulah S.A.W. untuk kita memakannya. “Dalam soal makanan, apa yang penting dan mesti diingati adalah perintah al-Quran agar memastikan ia halal dan baik, kerana penentuan baik buruk makanan ini termasuk dalam bidang kajian ilmu nutrisi, yang kian berkembang pesat dan membawa faedah kepada manusia,” jelas Felo Kanan Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM Asham Ahmad. – BERNAMA
OBESITI MASA KINI
Cabaran dalam menangani masalah obesiti di Malaysia kini adalah dari segi mengubah corak pemakanan dan menjelaskan kepentingan gaya hidup aktif yang dapat membantu mengatasi masalah itu dalam kalangan masyarakat. Peringkat awal obesiti boleh berlaku ke atas kanak-kanak dari sekolah rendah lagi, yang mana pengambilan makanan tidak sihat diambil akibat daripada pihak pengusaha kantin yang kurang menitikberatkan kepentingan pengambilan makanan berzat kepada pembesaran pelajar. Sirap, minuman berkarbonat, nugget segera, keropok dan gula-gula adalah menjadi makanan rutin kepada setiap pelajar sekolah rendah terutama yang hanya makan di kantin sekolah tanpa membawa bekal makanan dari rumah. Kesedaran seharusnya timbul dalam kalangan ibu bapa dalam melatih anak untuk mengamalkan pengambilan pemakanan sihat setiap hari seperti menyediakan air kosong, mengurangkan kandungan gula dalam minuman, menyajikan hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran serta melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam.
PENYEBAB OBESITI
Ketidakseimbangan antara pengambilan tenaga dan penggunaan tenaga menyebabkan tenaga berlebihan yang disimpan bertukar menjadi lemak yang memudaratkan tubuh badan. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr. Hamid Jan Jan Mohamed berkata dimensi umum kepada terjadinya obesiti adalah dilihat hasil daripada pengambilan makanan berkalori tinggi seperti makanan segera dan minuman berkarbonat. Berikutan corak kehidupan yang sibuk dan kesuntukan masa untuk menyediakan makanan menyebabkan rakyat Malaysia seperti mana rakyat di negara maju akan memilih makanan segera yang mengandungi kalori tinggi. “Strategi pemasaran kreatif adalah penyebab bagi pengguna terutama kanak-kanak dan remaja terpengaruh untuk membeli makanan segera”, katanya. “Lebih teruk, tabiat pengambilan makanan secara berlebihan menjadi budaya hidup kebanyakan orang dan garis panduan pemakanan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia diabaikan”, jelasnya lagi. Namun masalah berkenaan tidak berakhir di situ sahaja, kerana rata-rata masyarakat Malaysia kini mengamalkan cara hidup moden dan gaya hidup yang kurang aktif. Bagi sesetengah pula beranggapan, “makan sahaja apa yang terasa hendak dimakan, esok lusa amalkan gaya hidup sihat semula, bukan salah pun”. Hakikatnya, sikap sedemikian hanya membawa padah kepada kesihatan dan kecergasan tubuh badan diri sendiri.
PEMAKANAN SIHAT
Paling utama, apa yang dimakan dalam setiap hidangan harian adalah penentu kesihatan bagi setiap individu yang berlainan. Berbaloikah untuk merisikokan tubuh badan yang kita miliki cuma kerana ingin memuaskan nafsu makan yang tiada kesudahannya? Persoalan ini wajar diteliti dengan berbalik kepada panduan anjuran tatacara pemakanan dan kesihatan menurut pandangan Islam, kata Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Norkumala Awang. Lazimnya, elemen kesihatan fizikal, mental dan emosi, spiritual dan persekitaran sosial bersifat saling berkaitan antara satu sama lain sebagai sistem bersepadu yang menyumbang kepada kesihatan seseorang. “Makan secara sederhana sebagaimana yang dianjurkan oleh agama, kerana perut kita ini ada hadnya, selain itu sifat sederhana dan tidak berlebihan dalam hal ehwal makan dapat mengelakkan datangnya gangguan kesihatan kepada tubuh badan,” katanya pada Seminar Daripada Malnutrisi Kepada Obesiti: Menelusuri Tabiat Makan Umat Islam di Malaysia di sini, baru-baru ini. Pemakanan sihat boleh diamalkan dengan mengambil pelbagai makanan dan seimbang dalam status pengambilannya di samping mementingkan unsur keberkatan dalam makanan yang dimakan. Kurang pengetahuan membuatkan ramai yang seringkali salah dalam mengurus kualiti dan kuantiti makanan yang diambil dalam seharian.
MAKANAN SUNNAH DAN KESIHATAN
Sikap peduli, prihatin dan ambil berat membawa seseorang kepada meneliti dengan lebih bagi setiap makanan yang diambil sebagai tenaga harian. Makanan yang halal dan baik adalah diharuskan kerana ia sesuatu yang diperoleh kelazatan dan kebaikan darinya selain merangkumi keberkatan bagi dunia dan akhirat. Pemakanan sunnah merujuk kepada makanan yang dikategorikan sebagai halal dan baik yang mana juga ditunjukkan galakan oleh Rasullulah S.A.W. untuk kita memakannya. “Dalam soal makanan, apa yang penting dan mesti diingati adalah perintah al-Quran agar memastikan ia halal dan baik, kerana penentuan baik buruk makanan ini termasuk dalam bidang kajian ilmu nutrisi, yang kian berkembang pesat dan membawa faedah kepada manusia,” jelas Felo Kanan Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM Asham Ahmad. – BERNAMA
TOP
Penganggur Dijatuhi Hukuman Gantung Sampai Mati
KOTA BHARU – Seorang penganggur dihukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar 66.2 gram heroin, di Mahkamah Tinggi, di sini sebentar tadi.
Hukuman diputuskan Hakim, Datuk Azman Abdullah terhadap tertuduh Mohamed Hasrool Mohamed Najri, 20, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 66.2 gram itu di sebuah stesen minyak di Mukim Maka, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, pada jam 5.10 petang, 15 Julai 2013.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nordalina Ali manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Ridzuan Awang. – Sinar Harian Online
TOP
Minta Dr Mahathir Hormat Kepimpinan Semasa
BANGI – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya kepada kerajaan tetapi mesti menghormati kepimpinan semasa, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat perlu dihormati oleh semua orang, termasuk Dr Mahathir.
“Ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir menuntut kesetiaan daripada semua orang.
“Saya yakin (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut kesetiaan yang sama,” katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.
Dr Ahmad Zahid berkata, menerima komen negatif dan pendapat yang tidak digemari adalah harga yang terpaksa diayar oleh ahli-ahli politik di media sosial.
“Seorang pemimpin ditakrifkan oleh era beliau. Tidak ada media sosial sebelum ini tetapi sekarang ada banyak.
“Adalah penting untuk memahami bahawa komen-komen negatif itu adalah pendapat peribadi daripada pengguna media sosial termasuk Dr Mahathir,” kata beliau.
Apabila ditanya sama ada terdapat permintaan untuk Najib meletak jawatan dari Umno, Dr Ahmad Zahid berkata, tidak ada permintaan seperti itu dibuat di mana-mana cawangan atau peringkat bahagian.
Pada Isnin, Dr Mahathir menulis dalam blog beliau chedet.cc bahawa beliau telah hilang kepercayaan dalam kerajaan setelah berkali-kali menegur dasar-dasar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang.
Beliau mendakwa pentadbiran Najib telah gagal menjadikan prestasi buruk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai pengajaran dan terus memperkenalkan dasar-dasar yang telah memusnahkan hubungan antara kaum dan ekonomi negara. - mStar Online
TOP
GOSSIP BERKAHWIN: Alyah Tertekan, Ramli MS Kunci Mulut
KUALA LUMPUR – Teka teki mengenai status sebenar penyanyi Alyah yang kononnya sudah bergelar isteri kepada konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli MS terus menjadi tanda tanya. Malah yang terus-terusan menjadi sasaran media ialah Alyah sendiri sedangkan Ramli seperti biasa tetap mendiamkan diri.
“Saya tak pernah secara spesifik cakap akan umumkan semua ini selepas raya. Ia boleh jadi hujung tahun atau awal tahun,” katanya.
Ditanya apakah beliau tertekan kerana empunya diri saja yang asyik bertalu-talu diajukan persoalan ini sedangkan Ramli terus mengunci mulut penyanyi lagu Kisah Hati dan Tak Mungkin Kerna Sayang itu tidak menafikan sesekali terbit rasa tertekan.
“Yang difokus selalunya pada pihak saya dan orang tak berani tanya pihak lagi satu. Nampak macam saya yang terhegeh-hegeh pula. Di mana saya nak letak maruah saya sebagai seorang wanita. Saya agak tergugat dengan hal ini. Cuma saya tak pernah putus memanjangkan doa supaya isu tergantung ini akan berakhir dengan penjelasan nyata. Ia jadi susah apabila satu pihak lagi okay dan satu lagi sebaliknya. Jadi di pihak saya, nak cakap pun susah.
“Jadi apa yang selalu keluar di media sosial mahupun cetak, atau yang sering dikomen orang tempiasnya tetap pada saya. Ada yang cakap kenapa perlu berkawan dengan dia, tapi tak berani nak mengaku. Bayangkan apa yang saya tanggung dan lalui ini. Dalam hati sering tertanya-tanya, dugaan apakah ini? Saya sendiri pernah terdetik, susahnya nak cari kebahagiaan sebagai seorang wanita.
“Bukan tiada yang memberi sokongan, tapi saya memohon pengertian daripada kawan, peminat dan rakan media juga orang di luar sana. Kalau dapat ditunjukkan semua ini seperti semudah melafaz A, B, C… memang senang hidup. Tapi saya tak mampu berbuat demikian dan hanya tabah melaluinya. Saat ini sokongan daripada mereka yang memahami amat dihargai,” katanya.
Bagi Alyah, beliau di pihak perempuan tidak boleh berbuat apa-apa selagi pihak lagi satu tidak mengambil langkah. Malah ketika ini, tiada lelaki lain yang dikaitkan dengan beliau. Hanya Ramli saja yang sering dikaitkan dengannya.
“Kalau saya lelaki barangkali senang untuk memutuskan itu dan ini. Hakikatnya saya hanya seorang wanita. Tapi itu tak bererti saya menyalahkan takdir dilahirkan sebagai wanita. Saya memang tiada pilihan lain selain terus berdiam diri. Saya perlu jaga maruah keluarga. Saya sudah lali dengan semua ini. Saya telan apa saja orang kata,” katanya.
Alyah sebelum ini pernah berkata beliau tidak kisah dengan apa saja tanggapan khalayak mengenai hal yang menyelubungi hidupnya itu.
“Terpulang jika ada yang anggap saya sudah kahwin. Selama ini pun, saya tidak pernah mengaku atau menafikan persoalan yang sentiasa berlegar dalam fikiran ramai.
Ramai yang mengharapkan jawapan pasti, tetapi itu tidak bermakna saya cuba lari daripada kenyataan hidup.
“Saya memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu nanti pada kemudian hari ia jadi bertambah buruk. Selama saya memulakan kerjaya, sudah terlalu banyak perkara buruk yang dilalui. Saya mengambil masa yang lama untuk menyerlah dan berada pada kedudukan sekarang. Jadi, banyak benda yang saya belajar sekali gus berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan lalu.
“Saya berharap semua memahami situasi yang saya lalui. Insya-Allah apabila tiba masanya, semua yang terbuku tanpa perlu dipaksa akan dihuraikan dengan kerelaan. Saya memohon pengertian sepanjang tempoh penantian itu,” katanya.
Menurut Alyah, beliau memberitahu sekiranya sampai waktu, kesemua persoalan akan terungkai. – BH Online
TOP
Brahim’s Bantu Selamatkan MAS 11 Tahun Lalu
PEMBEKAL makanan dalam penerbangan, Brahim’s Holdings Bhd, memain peranan kecil namun penting, dalam usaha menyelamatkan kedudukan kewangan Malaysia Airlines 11 tahun lepas.
Pada masa itu, Brahim’s yang kini mengendalikan penerbangan dapur halal terbesar di dunia, mencuri perhatian apabila mendapat tawaran katering 25 tahun daripada syarikat penerbangan negara itu.
Ada yang mendakwa perjanjian bernilai RM6.25 bilion itu berat sebelah, namun mereka mungkin terlupa kos yang perlu ditanggung oleh Brahim’s.
Brahim’s terpaksa memperoleh pinjaman bank untuk menyediakan RM170 juta dalam bentuk tunai untuk membeli 70 peratus kepentingan ekuiti dalam MAS Catering Sdn Bhd.
Pada masa itu, MAS Catering mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM240 juta, dana pemegang saham yang negatif dan menanggung kerugian RM40 juta setahun untuk operasinya.
Brahim’s juga terpaksa mewarisi semua ‘lejar tidak seimbang’ itu.
“Konsesi 25 tahun diperlukan bagi memastikan pembeli mempunyai masa yang cukup untuk mendapatkan kembali pelaburannya, tidak seperti projek lain yang diselamatkan,” kata Pengerusi Eksekutif Brahim’s, Datuk Ibrahim Ahmad Badawi.
“Menerusi penjualan itu, jelas pembeli memerlukan sedikit jaminan kesinambungan perniagaannya.
“Ia tidak boleh dibandingkan dengan kontrak lain dalam MAS yang secara umumnya akan diperbaharui dalam tempoh dua hingga tiga tahun selepas tamat kontrak,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Hasil kerja keras selama 10 tahun, akhirnya menyaksikan kerugian terkumpul MAS Catering sebanyak RM240 juta, berjaya diselesaikan dan mencatat keuntungan operasi dua tahun lepas.
“Kami mengurangkan pembaziran, pekerja dikurangkan sebanyak satu pertiga kepada kurang daripada 1,200, menambah 12 pelanggan baharu dan menambah pengeluaran hampir dua kali ganda,” kata Ibrahim.
Yang lebih penting, kecekapan meningkat menerusi pelaburan tambahan sebanyak RM57 juta bagi membeli mesin dan peralatan serta sistem kawalan.
Hasilnya, syarikat mencatat keuntungan operasi pada tahun kedua dan menyelesaikan sepenuhnya kerugian terkumpul, katanya.
Selain itu, Ibrahim berkata syarikat itu berjaya membayar sejumlah RM121 juta dividen dan rebat kepada pemegang saham sehingga kini.
Ibrahim berkata Malaysia Airlines terus mengekalkan 30 peratus kepentingan ekuiti dalam MAS Catering yang kini dikenali sebagai Brahim’s Airline Catering Sdn Bhd (BAC).
“Malaysia Airlines mengambil bahagian secara aktif dalam keputusan Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah terhadap BAC. Oleh itu keputusan memilih BAC itu tidak boleh dianggap sebagai berat sebelah,” katanya.
Keuntungan konsesi 25 tahun seperti didakwa oleh banyak pihak juga tidak tepat, katanya.
Margin bersih kami daripada perniagaan ini hanya antara sembilan hingga 12 peratus setahun, dan pada amnya dalam sektor perkhidmatan makanan, margin yangl ebih tinggi bukan sesuatu yang luar biasa walaupun sehingga 20 peratus,” katanya.
Setiap tahun, Ibrahim berkata bil tahunan BAC kepada MAS kira-kira RM260 juta yang merupakan kurang daripada dua peratus kos operasi tahunan Malaysia Airlines.
Pada 8 Ogos, 2014, Khazanah Nasional Bhd, pemegang saham majoriti Malaysia Airlines dengan 69.37 peratus pegangan, mengumumkan ia akan menjadikan MAS syarikat persendirian, dengan langkah pengurusan kos sebagai antara tumpuan utama Khazanah.
Ada pihak mendakwa kontrak jangka panjang Brahim’s perlu ‘dikurangkan’ memandangkan prestasinya baik walaupun Malaysia Airlines mencatat kerugian.
“Jika menggunakan pertimbangan yang sama, pembekal lain Malaysia Airlines juga membuat keuntungan sedangkan syarikat penerbangan itu rugi, yang sebahagiannya disebabkan mereka, dengan bil yang lebih tinggi,” kata Ibrahim.
Ditanya sama ada pengurusan MAS sudah membincangkan kontrak Brahim’s, beliau berkata: “Ada tetapi tidak konklusif.”
Ibrahim berkata Brahim’s merupakan sebuah syarikat yang dinamik yang akan menyesuaikan dirinya dengan perkembangan berkaitan dengan kontrak jangka panjang dengan MAS.
Untuk mengurangkan pergantungan kepada Malaysia Airlines, Brahim’s mengikat kerjasama dengan syarikat penerbangan asing yang lain, dan kini memenuhi keperluan makanan dalam penerbangan kepada lebih 30 syarikat penerbangan.
Brahim’s dilaporkan menandatangani perjanjian dengan enam syarikat penerbangan baharu tahun lepas dan menyasarkan tiga lagi syarikat penerbangan asing selepas menjalin pakatan dengan Lufthansa awal tahun ini.
Ia kini memberi perkhidmatan kepada 35 pelanggan dan syarikat penerbangan antarabangsa, termasuk AirAsia, AirAsia X, Cathay Pacific, China Airlines, Japan Airlines, Korean Air, Thai Airways, Emirates Airliness, Garuda, Indian Airlines, Eva Air dan Pakistan International Airlines.
Ia memenuhi keperluan purata 190 pesawat setiap hari dan menyediakan kira-kira 50,000 hidangan sehari dari dapur halal penerbangan yang besar dan canggih di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Penganalisis menjangkakan pendapatan Brahim’s akan menerima impak jika Malaysia Airlines memutuskan untuk merasionalisasikan laluannya.
Brahim’s menyumber sehingga 75 peratus daripada jualan daripada hidangan dalam penerbangan Malaysia Airlines dan selebihnya daripada bukan pelanggan MAS.
Ibrahim berkata, pendapatan Brahim’s daripada pelanggan bukan MAS berjumlah antara RM80 juta dan RM100 juta. – BERNAMA
TOP
Kerja Pembinaan MRT Kota Damansara Dihentikan Sementara
PETALING JAYA – Kerja pembinaan landasan Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara dihentikan sementara bagi membolehkan proses siasatan nahas runtuhan blok konkrit dijalankan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MRT Corp, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, bagaimanapun berkata projek pembinaan MRT bagi jajaran Sungai Buloh-Kajang secara keseluruhannya masih diteruskan.
“Kontraktor dan pihak berkenaan sedang bekerjasama dengan kami bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung punca kemalangan. Kami kesal kemalangan yang berlaku dan memandang serius perkara ini.
“Buat masa ini kerja-kerja pembinaan di tempat kejadian dihentikan sehingga diberitahu, namun secara keseluruhan kerja pembinaan landasan MRT masih diteruskan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini. – BH Online
TOP
Kastam Sabah Rampas 1.3kg Dadah Bernilai RM265,240
KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah merampas 1,396 gram dadah jenis methamphetamine dengan anggaran nilai RM265,240 di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Pengarah Kastam negeri Datuk Janathan Kandok berkata dalam rampasan yang dilakukan kira-kira 6.30 petang Ahad lepas, dadah di dalam lima bungkusan kecil itu didapati disembunyikan di bahagian bawah periuk nasi elektronik.
“Bungkusan tersebut dibalut dengan kertas karbon berwarna hitam dan pita pelekat lutsinar,” katanya pada sidang media di Wisma Kastam di sini Selasa.
Janathan berkata seorang wanita warganegara China berusia 26 tahun yang sedang dalam perjalanan dari Hong Kong ke Kuala Lumpur ditahan untuk siasatan lanjut.
Katanya suspek tidak mempunyai pekerjaan dan pertama kali masuk ke negara ini menggunakan penerbangan Malaysia Airlines.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. – BERNAMA
TOP
Perintah Berkurung Di ESSZone Dilanjutkan Lagi
LAHAD DATU – Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengumumkan arahan perintah berkurung dilanjutkan, berkuat kuasa Selasa sehingga 2 Sept, dengan perubahan masa dari pukul 7 petang hingga 5 pagi.
Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira semua faktor termasuk keadaan keselamatan terkini di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
“Setelah mendapat laporan daripada semua pihak termasuk Komander Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul Rashid Harun maka saya dengan kuasa yang ada mengisytiharkan perintah berkurung dilanjutkan hari ini dengan sedikit perubahan iaitu dari pukul 7 petang hingga 5 pagi.
“Saya juga telah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara ini dan beliau bersetuju perintah berkurung ini dilanjutkan dari 20 Ogos sehingga 2 Sept,” katanya pada sidang media di sini, Selasa.
Mengikut undang-undang sedia ada, Pesuruhjaya Polis mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perintah berkurung untuk tempoh sehari, manakala Menteri Dalam Negeri boleh mengisytiharkan perintah berkurung selama 14 hari.
Jalaluddin berkata pihaknya berpuas hati dengan perjalanan arahan perintah berkurung yang dikuat kuasa di perairan enam daerah di ESSZone sebelum ini.
“Kerjasama yang telah diberikan oleh masyarakat di sekitar enam daerah itu cukup baik dan saya berharap kerjasama seumpama itu diteruskan demi kebaikan bersama,” katanya.
Jalaluddin berkata sepanjang tempoh fasa II perintah berkurung yang berakhir semalam, 14 nelayan tempatan berusia antara 20-an dan 40-an telah didakwa di mahkamah kerana melangar arahan perintah berkurung mengikut Seksyen 31 (2) Akta Polis 1967.
Katanya, kesemua nelayan itu dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM500.
Sementara itu, Abdul Rashid yang hadir dalam sidang media itu berkata perintah berkurung itu memudahkan pihak keselamatan menjalankan tugas di kawasan perairan terbabit, selain memudahkan pihak keselamatan mengenal pasti bot atau kapal penjenayah atau penceroboh yang cuba memasuki perairan negara.
“Oleh itu saya minta semua masyarakat yang terlibat mematuhi arahan perintah berkurung bagi memastikan keselamatan negara khususnya di Sabah terus terjamin,” katanya.
Arahan perintah berkurung fasa pertama mula berkuat kuasa sejak 19 Julai lepas, iaitu bermula dari 6 petang hingga 6 pagi, susulan insiden serangan kumpulan bersenjata ke atas dua anggota polis marin di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lepas.
Selepas itu, Abdul Rashid telah mengumumkan pelanjutan arahan perintah berkurung fasa II yang berkuat kuasa pada 3 Ogos sehingga Isnin.
Perintah berkurung itu merangkumi enam daerah di ESSZone iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.
Kawasan perintah berkurung tersebut bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121,270 batu nautika persegi. – BERNAMA
TOP
“Dia Nak Rogol…Dia Nak Bunuh Saya”
PUCHONG – “Kak tolong saya…saya hampir nak dirogol…laki tu nak bunuh saya…tolong saya kak.”
Rayu seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah, di tepi jambatan Taman Mas menghubungkan Kampung Seri Aman, Puchong dengan Bandar Saujana Putra di sini, petang semalam.
Wanita Indonesia berusia 32 tahun itu memberitahu kejadian berlaku ketika dia menunggu bas di hentian Taman Putra Perdana untuk pulang ke rumah setelah tamat waktu bekerja jam 3 petang.
Selepas beberapa minit menunggu bas, mangsa yang mahu dikenali sebagai Yusma berkata, tiba-tiba dia didatangi seorang penunggang motosikal yang mempelawa untuk menghantarnya pulang ke rumah.
Mulanya mangsa enggan menerima pelawaan tersebut namun berubah fikiran selepas melihat wajah lelaki itu yang kelihatan baik dan seperti berniat ikhlas.
Yusma berkata, dia bagaimanapun mula rasa risau apabila motosikal dibonceng bukan menghala ke rumahnya sebaliknya ke laluan tak pernah dilaluinya.
“Masa itu saya cuba untuk turun dari motosikal tapi lelaki itu menunggang dengan laju dan hanya berhenti di tepi jambatan yang sunyi. Saya cakap kat dia kalau nak ambil rantai leher ambillah tapi dia bukan saja menyentap barang kemas dipakai tetapi turut menghentak muka dan tangan saya beberapa kali menggunakan topi keledar,” katanya.
Menurut Yusma, lelaki itu tidak terus melepaskannya sebaliknya meluru ke arahnya dan beberapa kali mengatakan hendak merogol dan membunuhnya.
Akibat terlalu takut Yusma berlari untuk menyelamatkan diri namun lelaki itu terus mengejarnya.
“Lelaki itu memukul saya lagi beberapa kali dan cuba untuk merogol saya, ketika itu saya gagahkan diri untuk bangun, menendang kemaluannya menyebabkan dia terjatuh sebelum terus bersembunyi di sebalik kawasan semak.
“Dari celah-celah rimbunan rumput, saya nampak lelaki itu cuba mencari saya namun beredar beberapa minit kemudian,” katanya.
Dia yang mengalami kecederaan serius di muka dan tangan kemudian diselamatkan orang awam yang melalui jalan itu sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. – Sinar Harian
TOP
Projek MRT: Siasatan Penuh Kejadian Runtuhan Konkrit
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu siasatan penuh dijalankan berhubung kejadian runtuhan konkrit landasan di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara di sini Isnin malam.
“Terkejut dan sedih apabila mendengar mengenai kejadian di kawasan tapak kerja MRT. Satu siasatan penuh perlu dijalankan segera bagi memastikan ia tidak berulang lagi,” katanya dalam akaun Twitter.
Tiga pekerja binaan rakyat Bangladesh dikhuatiri maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) pukul 8.30 malam tadi.
Seorang daripada mereka ditemui mati. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, mayat Mohammad Elahi Hossain, 27, ditemui terperangkap di bawah landasan konkrit itu pada pukul 2.30 pagi ini.
Usaha masih diteruskan bagi mencari dua lagi pekerja, Mohamad Faruk Khan dan Mohammad Alauddin Mollik. – BERNAMA
TOP
MH17: Proses Urus Jenazah Masuk Fasa Akhir
THE HAGUE – Persiapan menguruskan jenazah mangsa tragedi MH17 kini memasuki fasa akhir, kira-kira 60 jam lagi sebelum 22 jenazah itu dihantar pulang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, untuk disempurna dan dilengkapkan sebelum diserah kepada waris keluarga.
Ini kerana hanya tinggal beberapa jenazah sahaja lagi daripada jumlah tersebut yang masih perlu melalui proses pengurusan dan dokumentasi di Rumah Mayat Monuta, S-Gravanhage di sini.
Ini termasuk upacara membakar mahupun solat jenazah yang akan dibuat ketua agama masing-masing yang telah dilantik dan semua proses ini dijangka diselesaikan pada Selasa atau selewat-lewatnya petang Rabu.
Selesai proses tersebut, kerajaan Malaysia melalui kedutaan besar di sini akan memohon kelulusan kerajaan Belanda menyerahkan semua jenazah itu untuk dibawa balik.
Pada Khamis pagi, dijangkakan jenazah akan dibawa masuk ke dalam pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) dan akan disusun dalam kedudukan yang sangat tertib bagi menghormati jenazah tersebut sebelum pesawat berlepas pulang kira-kira pukul 2 petang.
Pada Isnin, Dr Fauziah berkata tiada sebarang upacara rasmi bagi penyerahan jenazah kepada kerajaan Malaysia pada Khamis ini.
Katanya, apa yang akan berlaku nanti hanyalah proses biasa mengeluarkan jenazah dari rumah mayat untuk diserahkan kepada kerajaan Malaysia sebelum dibawa ke lapangan terbang untuk dihantar pulang ke tanah air.
Sementara itu, sambil menyifatkan proses tersebut akan terus berjalan lancar sehingga tiba di Kuala Lumpur, Dr Fauziah berkata adalah menjadi harapan dan keinginan kerajaan serta MAS untuk membantu dan memenuhi permintaan waris dalam pengurusan dan penghantaran pulang jenazah itu.
Menurutnya kedutaan juga akan mengibarkan bendera separuh tiang pada Khamis dan berkabung sehingga Jumaat sebagai tanda penghormatan terakhir kepada jenazah.
Beliau yang sudah enam tahun bertugas di negara yang terkenal dengan industri pelancongan itu berkata sokongan masyarakat tempatan dan asing terus dizahirkan setiap hari yang antara lain menguatkan semangat pihaknya dalam menguruskan jenazah tersebut.
Dr Fauziah berkata, sehingga kini ucapan takziah masih diterima melalui e-mel, surat, faks, selain bunga dan di buku takziah dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin antarabangsa dan orang kebiasaan.
“Kami juga bersyukur diberikan pasukan hebat tempatan dan mendapat kerjasama baik kerajaan Belanda dalam menjayakan proses pengurusan dan penghantaran pulang jenazah (kumpulan pertama) ini,” katanya.
Beliau berkata sebaik selesai sahaja proses penghantaran jenazah itu, pihaknya akan terus menunggu perkembangan dari kerajaan Belanda untuk jenazah lain (kumpulan kedua) yang dianggarkan masih 40 peratus lagi belum disempurnakan.
Menurutnya, selain itu, pihaknya akan memberi tumpuan kepada proses siasatan nahas pesawat itu yang dijalankan pakar perundangan Belanda dan Malaysia.
Dilaporkan sebanyak 22 jenazah mangsa tragedi MH17 akan dihantar pulang dari Netherlands pada Khamis dan dijangka tiba di tanah air pada pagi Jumaat seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Hari Perkabungan Negara.
Turut dilaporkan, penghantaran pulang jenazah merangkumi 18 keranda dan empat bekas berisi abu mayat warganegara Malaysia dan seorang bukan warga Malaysia.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lalu. – BERNAMA
TOP
EPL: Chelsea Belasah Ke Atas Burnley 3-1
BURNLEY, England – Diego Costa menjaringkan gol hanya selepas 17 minit beraksi untuk kali pertama manakala Cesc Fabregas dua kali membantu mencipta gol ketika Chelsea memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 3-1 ke atas Burnley.
Pasukan tuan rumah diberikan bayangan kekalahan apabila Scott Arfield meletakkan Burnley di depan pada minit ke-14.
Costa menunjukkan mengapa Chelsea membelanjakan 32 juta pound untuk membawa beliau dari Atletico Madrid apabila menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.
Fabregas kemudian melorongkan bola kepada Andre Schuerrle pada minit ke-21 untuk pemain Jerman itu menjadikan kedudukan 2-1.
Fabregas kemudian menghalakan sepakan sudut pada minit ke-34 untuk Branislav Ivanovic merembat masuk ke gawang. – AP
TOP
Barcelona 6-0 Leon, Penampilan Pertama Suarez
PENYERANG kontroversi, Luis Suarez membuat penampilan pertama bersama Barcelona dalam perlawanan persahabatan menentang kelab Mexico, Leon.
Suarez yang disekat daripada terlibat dalam aktiviti bola sepak kerana mengigit Giorgio Chiellini sebelum ini pada saingan Piala Dunia tampil sebagai pemain gantian pada minit ke-75.
Dalam perlawanan itu, Barcelona berjaya menewaskan Leon 6-0 dengan bantuan penyerang Brazil, Neymar.
Bagaimanapun Suarez juga menyumbang kepada kemenangan apabila berjaya membantu rakan sepasukan menghasil tiga gol dengan perlawanan berbaki 15 minit.
Penampilan pertama Suarez dalam perlawanan itu turut mendapat tepukan gemuruh daripada penyokong.
TOP
Kerajaan Gesa Syarikat Besar Tempatan Sertai PPV
KUALA LUMPUR – Kerajaan mahu lebih banyak syarikat besar tempatan menyertai Program Pembangunan Vendor (PPV) bagi memperkasa ekonomi Bumiputera negara.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata PPV merupakan sistem berstuktur yang tidak berat sebelah, menggalakkan syarikat utama dan vendor bersama-sama memainkan peranan masing-masing dalam mengembangkan perniagaan mereka.
Melalui PPV, syarikat vendor akan diberi bimbingan teknikal, khidmat nasihat bagi mencapai tahap daya saing yang akan membolehkan mereka bersaing dalam pasaran terbuka dan seterusnya di peringkat global.
“Menerusi bimbingan daripada syarikat utama serta bantuan kerajaan, vendor-vendor ini bukan sahaja mampu berjaya dipasaran domestik, malah mampu menembusi pasaran antarabangsa.
“Ada beberapa syarikat utama seperti Axiata dan UEM Group yang mempunyai perniagaan di luar negara, dan ini membuka peluang kepada vendor.
“Ini boleh meningkatkan lagi jumlah eksport dan perdagangan negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani 10 Memorandum Persefahaman (MoU) pelaksanaan PPV di sini Isnin.
Syarikat berkenaan terdiri daripada Telekom Malaysia, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, Chemical Company of Malaysia Bhd, Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (PROTON), Sime Darby Bhd, Celcom Axiata Bhd, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), GO Automobile Manufacturing Sdn Bhd, Malaysia Airports Holdings Bhd dan UEM Group Bhd.
Terdahulu, dalam ucapannya Mustapa berkata program tersebut turut memberi kesan limpahan kepada negara dari segi penggalakan penggunaan produk/perkhidmatan tempatan, meningkatkan daya saing serta aktiviti rantaian perniagaan.
Syarikat Bumiputera juga perlu memastikan keupayaan syarikat ditingkatkan supaya dapat merebut peluang pasaran serantau, sejajar dengan penubuhan Komuniti Ekonomi Asean tahun depan.
PPV bakal ditandatangani lima lagi syarikat utama dalam sektor perkhidmatan, pada hujung tahun ini.
Rundingan bersama kelima-lima syarikat utama itu di jangka dimuktamadkan Oktober ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Miti Datuk Ir Hamim Samuri dan Datuk Lee Chee Leong serta Ketua Setiausaha kemeterian Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria. – BERNAMA
TOP
Nenek Rentung Dalam Kebakaran Di Sandakan
SANDAKAN – Seorang wanita warga tua ditemui rentung selepas terperangkap dalam rumah kayu dua tingkat terletak di atas bukit di Jalan Lintas Utara-Cecily, dekat sini, pagi tadi.
Ketika kejadian jam 6.30 pagi itu, Voon Hoo Hee, 71, tinggal bersama cucunya yang berusia 25 tahun selepas anak serta tiga lagi cucunya keluar bekerja.
Timbalan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Ordine Gilu, berkata bomba menerima panggilan pada jam 6.43 pagi sebelum menghantar 16 anggota ke lokasi bersama tiga jentera.
Katanya, kebakaran hanya dapat dikawal pada jam 8.16 pagi dan mayat mangsa yang rentung ditemui anggota bomba dalam struktur rumah yang musnah. – BH Online
TOP
Penangan Drama: Peminat Suruh Zul, Ayda Kahwin Segera?
Pelakon yang kini semakin menginjak naik namanya dalam industri lakonan tanah air selepas membintangi drama bersiri Rindu Awak 200%, Ayda Jebat memberitahu yang dia ada menerima e-mel daripada peminat-peminatnya yang menyarankannya supaya berkahwin dengan Zul Ariffin dan dia ketawa besar mengenangkan cadangan para peminat itu.
“Saya mendapat beberapa e-mel dari peminat yang menyuruh saya untuk berkahwin dengan Zul Ariffin secara realitinya. Mereka semua terlalu fanatik dan saya tahu chemistry yang kami ada dalam drama tersebut membuatkan drama itu benar-benar menjadi,” katanya ketika ditemui semasa majlis rumah terbuka media hiburan petang kelmarin.
Ayda turut menceritakan bahawa dia senang sekali bekerja bersama Zul Ariffin kerana baginya Zul seorang yang professional dan Ayda sebelum itu juga ada turut mengetahui bahawa Zul memang mempunyai seorang kekasih.
“Dia seorang kawan yang baik dan professional dalam setiap apa yang telah dilakukannya. Siapa yang tak kenal dia memamg anggap yang dia seorang yang serius tetapi sebaliknya. Ya, saya tahu yang dia mempunyai kekasih dan tak pernah pula saya bercakap soal itu ketika penggambaran drama melainkan urusan pekerjaan sahaja,” ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ayda Jebat juga telah ditawarkan untuk menjadi duta kepada produk Aura White yang dikenali sebagai ‘Aura White Bubbly’ yang sesuai digunakan untuk remaja remaja yang berumur 13-25 tahun.
“Saya sungguh teruja sekali untuk bekerjasama dengan mereka & ini merupakan rezeki selepas saya membintangi drama ‘Rindu Awak 200%’. Pemilihan saya untuk menjadi duta kepada produk tersebut adalah kerana mereka menginginkan personaliti remaja yang ada pada diri saya selepas mereka menonton drama tersebut,” terangnya. ─ RoriKaya.com
TOP
Air Dari Sesetengah 'Vending Machine' Ada Bakteria Bahaya- Kajian
Gambar oleh AZHAR MAHFOF / The Star
PETALING JAYA: Air yang dibeli dari 'vending machine' mungkin tidak sebersih yang anda fikirkan. Menurut kajian yang dilakukan oleh The Star bersama Forum Air Malaysia, 29 sampel air telah diambil daripada mesin tersebut di seluruh Lembah Klang - dan hampir semua telah tercemar. Terdapat bakteria berbahaya seperti E. coli, koliform dan Clostridium perfringens - jenis yang sama bakteria terdapat di dalam kumbahan yang tidak dirawat. Koliform dan Clostridium perfringens juga bakteria sama terdapat dalam najis manusia dan haiwan. Bakteria ini boleh menyebabkan kekejangan, cirit-birit dan masalah pencernaan yang lain. Di bawah Akta Keselamatan Air Minuman Malaysia, sepatutnya tidak ada apa-apa kesan koliform atau E. coli dalam air minuman. Kementerian telah meminta keputusan ujian air penuh selepas dimaklumkan oleh The Star. - SiakapKeli.com
PETALING JAYA: Air yang dibeli dari 'vending machine' mungkin tidak sebersih yang anda fikirkan. Menurut kajian yang dilakukan oleh The Star bersama Forum Air Malaysia, 29 sampel air telah diambil daripada mesin tersebut di seluruh Lembah Klang - dan hampir semua telah tercemar. Terdapat bakteria berbahaya seperti E. coli, koliform dan Clostridium perfringens - jenis yang sama bakteria terdapat di dalam kumbahan yang tidak dirawat. Koliform dan Clostridium perfringens juga bakteria sama terdapat dalam najis manusia dan haiwan. Bakteria ini boleh menyebabkan kekejangan, cirit-birit dan masalah pencernaan yang lain. Di bawah Akta Keselamatan Air Minuman Malaysia, sepatutnya tidak ada apa-apa kesan koliform atau E. coli dalam air minuman. Kementerian telah meminta keputusan ujian air penuh selepas dimaklumkan oleh The Star. - SiakapKeli.com
TOP
Dakwaan Bebola Daging Dari Daging Ular Adalah Tidak Benar
Beberapa hari yang lepas, masyarakat dunia heboh mengenai isu bebola daging ular yang dipercayai dari Tahiland yang dikatakan memasuki pasaran Malaysia terutamanya di pantai timur.
Perkara yang telah telah dihebahkan melalui aplikasi Whatsapp itu ternyata palsu setelah disiasat. Gambar ular yang disiat itu bukanlah bertujuan untuk membuat bebola daging tapi untuk mengambil kulit ular tersebut bagi membuat barangan seperti beg tangan dan dompet.
Gambar yang disebar sebenarnya adalah disebuah kilang perusahaan kulit ular, bukannya daging ular, dan diambil dari sumber ini.
Diharap agar selepas ini tiada lagi penyebaran tentang isu bebola daging ular yang palsu ini. - SiakapKeli.com
Diharap agar selepas ini tiada lagi penyebaran tentang isu bebola daging ular yang palsu ini. - SiakapKeli.com
TOP
Saham Skymark Naik Dengan Laporan Akan Dibeli AirAsia
TOKYO – Saham Skymark Airlines naik hari ini selepas satu laporan media menyebut AirAsia mungkin membeli syarikat penerbangan bermasalah itu.
Masalah Skymark semakin meruncing sehingga Airbus membatalkan tempahan pesawat syarikat itu.
Skymark yang tersenarai di Bursa Saham Tokyo, naik 27.77 peratus kepada 230 yen pagi ini, paras kenaikan tertinggi harian, selepas laporan mengenai kemungkinan pembelian itu tersiar dalam akhbar Nikkei.
Laporan itu yang memetik sumber, berkata AirAsia sedang berunding dengan pembiaya Skymark untuk mengambil alih syarikat itu.
Bagaimanapun, Skymark dalam kenyataannya hari ini menjelaskan tidak tahu mengenai kebenaran laporan itu.
AirAsia tidak dapat dihubungi untuk mengulas.
Selepas membatalkan usaha sama dengan All Nippon Airways (ANA) berhubung penubuhan sebuah syarikat penerbangan bajet tahun lalu, AirAsia baru-baru ini mengumumkan kembali ke pasaran Jepun menerusi kerjasama dengan firma e-dagang, Rakuten.
Laporan Nikkei menyebut, AirAsia mungkin menubuhkan sebuah anak syarikat di Jepun dengan kerjasama Rakuten dan membuat tawaran pengambilalihan Skymark bagi mengatasi isu berhubung sekatan pemilikan asing dalam syarikat penerbangan Jepun.
Skymark wujud daripada dasar pemecahan monopoli pada lewat 1990-an yang disasarkan untuk memberi saingan kepada ANA dan Japan Airlines yang mendominasi pasaran.
Bagaimanapun, Skymark berhadapan masalah dan mencatat kerugian besar sebagai pemain baharu dalam sektor penerbangan tambang rendah.
Reputasi syarikat penerbangan itu terus terjejas apabila Airbus minggu lalu membatalkan tempahan AS$2.2 bilion (RM6.9 bilion), mungkin bimbang sukar mendapatkan bayaran.
Saham Skymark sudah jatuh lebih 40 peratus berikutan pembatalan kontrak itu.
Mengikut syarikat itu, Airbus mengugut untuk mengenakan penalti tinggi kerana pembatalan tempahan itu dan menyarankan Skymark bergabung dengan syarikat penerbangan lebih besar, tetapi Skymark menolak cadangan itu.
Laporan Nikkei turut menyebut AirAsia sebagai antara pelanggan utama Airbus, berunding dengan pengeluar pesawat itu untuk mengurangkan penalti pembatalan berkenaan.
Skymark sudah mengumumkan rancangan mengurangkan laluan tidak untung dan membuat pinjaman tambahan untuk terus beroperasi. – AFP
TOP
Bebas Tuduhan Bunuh Rakan Di Hotel Bajet
KUANTAN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang pekerja syarikat pengiklanan daripada tuduhan membunuh rakan sekerjanya, tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu terhadap Lee Seng Kai, 33, selepas berpuas hati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan, Seng Kai, dari Taman Impianku di sini didakwa membunuh Cheng Tien Weng, 37, antara 11 malam, 10 Nov 2011 dan 5 pagi 11 Nov 2011 di sebuah hotel bajet di Jalan Mahkota di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Dalam penghakimannya, Ab Rahman berkata terdapat sebilah pisau, baldi, masing-masing satu botol Coca-Cola dan Carlsberg di atas katil di bilik sewa mangsa yang mempunyai kesan darah, namun darah itu bukan milik mangsa atau tertuduh.
Selain itu katanya, terdapat rambut di atas katil sama, yang juga bukan milik kedua-dua mereka, sekali gus mengaitkan kewujudan orang ketiga di dalam kes berkenaan namun dia gagal dikesan untuk memberi keterangan.
Seng Kai diwakili peguam Bob Arumugam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah. – BERNAMA
TOP
MH17:Waris Ketua Pramugari Dakwa ‘Dipermain’ MAS
Ketika persiapan istiadat penghormatan penerimaan jenazah mangsa nahas MH17 yang dijadual berlangsung Jumaat ini sibuk dilakukan, waris kepada salah seorang mangsa mendakwa mendapat layanan tidak sepatutnya daripada Penerbangan Malaysia (MAS) berhubung urusan membawa pulang jenazah.
Don Shahidan Kassim, abang kepada , Dora Shahila berkata, beberapa kekeliruan dan persoalan timbul walaupun MAS telah mengesahkan bahawa mayat adiknya berjaya dikenal pasti forensik di Belanda dan akan dibawa pulang, Jumaat ini.
“Dua wakil pengurusan MAS telah datang ke rumah saya pada 14 Ogos lalu memberitahu mayat Dora Shahila telah dikenal pasti dan akan tiba di Kompleks Bunga Raya pada Jumaat ini.
“Dalam pertemuan itu mereka menyuruh waris dan ahli keluarga bersedia untuk berlepas ke Amsterdam selewat-lewatnya pada Sabtu (16 Ogos) untuk mengiringi jenazah pulang dan mengenal pasti barang-barang milik mangsa, tetapi sampai sekarang (18 Ogos) kami masih di sini,” katanya kepada mStar Online dalam satu pertemuan di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, Isnin.
Don Shahidan, 47 berkata, selain dua wakil pengurusan MAS, turut hadir adalah wakil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Masjid At Taqwa TTDI, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dua penjaga kebajikan (caregiver) yang ditetapkan MAS untuk keluarga mereka.
Menurutnya, bagaimanapun pada hari mereka sekeluarga dijadual berlepas ke Amsterdam (Sabtu), seluruh ahli keluarganya terkejut apabila ‘caregiver’ MAS memaklumkan bahawa jenazah Dora Shahila mungkin tidak termasuk dalam senarai jenazah yang akan dibawa pulang Jumaat ini.
Katanya, sebagai waris beliau dan ahli keluarga yang lain merasakan mereka berhak untuk bertanya lebih lanjut mengenai situasi itu dan masalah yang mungkin berlaku, tetapi malangnya layanan yang diterima melalui telefon amat mengecewakan.
“Apabila ditanya lebih lanjut mengenai punca berlakunya sedemikian, dua ‘caregiver’ MAS berkenaan tidak dapat memberikan alasan yang konkrit dan hanya mengaitkannya dengan pihak atasan.
“Malah, seorang daripada ‘caregiver’ menyuruh saya menukar dirinya dengan ‘caregiver’ lain jika tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan,” katanya.
Katanya, beliau kesal apabila MAS yang menjadi tempat adiknya berkhidmat selama 29 tahun dilihat seolah-olah mengabaikan kebajikan pekerja dan tidak memikirkan sensitiviti waris pada waktu yang sukar ini.
Beliau berkata, MAS sepatutnya memikirkan tentang persiapan yang perlu dilakukan waris untuk menyambut ketibaan dan menguruskan jenazah, termasuklah mengambil kira faktor ahli keluarga dan sanak saudara mangsa yang tinggal di luar Kuala Lumpur.
Tambahnya, beliau tidak kisah jika MAS mempunyai masalah untuk mengeluarkan tiket penerbangan kepada waris, tetapi meminta supaya syarikat itu membantu memudahkan waris yang mahu mengurusan jenazah dilakukan dengan sempurna.
“Kami rasa dipermainkan. Bagaimana mereka boleh datang ke rumah, memberitahu waris bahawa mayat telah dikenal pasti dan minta kita bersedia tetapi selepas beberapa hari segala-galanya berubah.
“Kalau masih belum pasti atau sah, kenapa datang ke rumah kami. Adakah MAS anggap kematian dan urusan jenazah ini perkara kecil dan boleh dipermainkan? Tidakkah mereka fikir tentang perasaan dan sensitiviti waris, terutama anak mangsa,” katanya merujuk kepada anak tunggal mangsa, Nur Diana Yazira Yezli, 15.
Katanya, apa yang lebih mengejutkan apabila semalam (Isnin) beliau sekali lagi dihubungi wakil MAS yang meminta kepadanya lapan nama yang akan hadir ke istiadat penerimaan jenazah Jumaat ini.
“Sekali lagi saya tanya, adakah apabila dia meminta lapan nama itu bermaksud jenazah adik saya akan tiba pada Jumaat ini?.
“Tetapi mengejutkan apabila orang yang menelefon saya itu tidak dapat memberi kepastian. Kalau tak dapat beri kepastian, kenapa minta lapan nama? Apa kata saudara mara yang sudah ambil cuti dan datang dari jauh untuk beri penghormatan tetapi bila sampai di Kompleks Bunga Raya, jenazahnya tiada,” katanya.
Beliau yang rapat dengan mangsa berkata, seluruh ahli keluarga terutama ibunya sedih apabila keluarga mereka dilayan sedemikian.
Bagaimanapun, beliau tidak pasti adakah waris lain menerima nasib yang sama dengan dengan mereka atau sebaliknya.
“Ini apa yang berlaku kepada kami, waris-waris lain saya tidak tahu tetapi saya dapat tahu terdapat waris yang telah lama berlepas ke Amsterdam dan jumlah mereka agak ramai.
“Kami tertanya-tanya apakah perbezaan Dora dengan krew lain dan apa beza keluarga saya dengan keluarga mangsa lain. Adakah nilai nyawa adik saya berbeza dengan mangsa-mangsa lain,” katanya yang menuntut MAS supaya bersikap adil.
Beliau berkata, tujuan utama mereka mahu pergi ke sana sebagai memenuhi permintaan anak mangsa, selain mengambil barangan peribadi dan mengiringi jenazah pulang ke Malaysia.
“Bukan kami nak pergi jalan-jalan, tapi demi memenuhi permintaan anak tunggal arwah dan memikirkan tiada siapa yang dapat mengecam barang-barang peribadi arwah, kami buat juga persediaan untuk ke sana,” katanya.
Katanya, masa semakin suntuk untuk membuat persiapan dan dalam masa yang sama anak perempuan mangsa mengalami gangguan emosi dan terganggu pelajarannya kerana isu ini.
“Sekiranya berlaku kesilapan teknikal atau kesalahan lain, cuba bagi penjelasan secara baik atau minta maaf.
“Kami bukan nak memburuk atau menyalahkan mana-mana pihak, tetapi kami rasa berhak dapatkan penjelasan,” katanya yang hanya diberi peluang bercakap dan berurusan dengan ‘cargiver’ MAS untuk apa jua urusan.
Beliau berkata, apa yang dilakukan adalah jalan terakhir selepas lama bersabar dan merasakan suara mereka perlu didengari.
Sementara itu, ‘caregiver’ MAS ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara ini.
TOP
Israel-Palestin Lanjut Gencatan Senjata 24 Jam Lagi
BAITULMAQDIS – Gencatan senjata terbaharu di Gaza selama 24 lagi dipersetujui perunding Israel-Palestin, lanjutan daripada gencatan selama lima hari yang berakhir hari ini.
Ia bagi membolehkan rundingan yang ditaja Mesir melanjutkan lagi perbincangan mereka bagi memeterai perdamaian untuk jangka masa panjang.
Berita mengenai lanjutan gencatan senjata itu dimaklumkan Kaherah, hari ini bagi membolehkan pertumpahan darah yang kini sudah mengorbankan lebih 2,000 nyawa rakyat Palestin di Gaza dan 67 di pihak Israel, ditamatkan segera. – AFP
TOP
Seorang Imam Terkejut Ada Arak Dalam Beg
Dammam – Seorang imam sebuah masjid di sini terkejut apabila disoal di lapangan terbang mengenai beberapa botol arak yang ditemui di dalam begnya.
Hassan Abu Wessam, keluarga dan pembantu rumah mereka pulang dari bercuti di Malaysia dan singgah untuk bermalam di sebuah negara Teluk.
Apabila tiba di lapangan terbang Dammam, timur Arab Saudi, pegawai yang memeriksa beg menemui beberapa botol arak.
Hassan berkata, dia tidak tahu menahu mengenai arak yang berada dalam begnya, lapor akhbar Al-Riyadh.
“Apabila pegawai bertanya mengenai arak itu lidah saya kelu tidak dapat berkata apa-apa kerana saya sungguh terkejut. Saya berpaling kepada pembantu rumah dan dari riak mukanya, saya tahu dia yang bertanggungjawab.
“Saya sunggu malu,” kata imam itu.
Hasil siasatan kastam mendapati pembantu rumah itu mengambil beberapa botol minuman jus dan arak dari peti sejuk hotel tempat mereka menginap di negara Teluk dan memasukkannya ke dalam beg tanpa pengetahuan majikannya.
Menurut isteri Hassan, dia menggunakan kad kredit untuk membayar kos penginapan, tetapi tidak menyemak bil itu dengan teliti serta tidak menyedari dia juga membayar minuman yang diambil dari peti sejuk hotel berkenaan. – Agensi
TOP
Anak Jackie Chan Ditangkap Memiliki Dadah
Beijing – Jaycee,32, anak kepada pelakon, Jackie Chan, telah ditangkap bersama kawannya, Kai Ko, bersama 99 gram dadah jenis marijuana di rumahnya.
Dalam tangkapan itu, polis turut mengesahkan kedua-duanya positif dadah. Tangkapan itu berikutan usaha polis untuk membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan selebriti.
Jaycee yang dilahirkan dan dibesarkan di Amerika Syarikat gagal menyerlah seperti bapanya dalam bidang lakonan. Pada 2011, Jackie Chan berkata dia tidak akan mewariskan kekayaannya kepada anaknya kerana mahu dia berdikari.
Jackie Chan akan menderma kekayaan itu kepada badan kebajikan selepas dia meninggal dunia. - SiakapKeli.com
TOP
Anwar Bimbang Azmin Tak Dengar Cakap - Penyokong
SHAH ALAM – Penyokong Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali mempunyai keyakinan tinggi bahawa beliau akhirnya akan dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
Keyakinan ini timbul walaupun ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat bersetuju untuk hanya mencadangkan nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana Selangor sebagai menggantikan penyandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Kami tahu bahawa istana akan menolak Dr Wan Azizah,” kata seorang ketua cabang PKR yang menyokong Azmin.
“Apabila ini berlaku, Pakatan tidak mempunyai pilihan melainkan mencadangkan nama lain dan kami yakin orang itu adalah Azmin.”
Katanya, kepimpinan parti menyedari terdapat kebarangkalian terhadap Azmin yang namanya tidak dicadangkan sekiranya nama Dr Wan Azizah ditolak oleh Sultan Selangor.
“Mereka tahu bahawa dua pertiga daripada PKR mahu Azmin menjadi menteri besar,” kata pemimpin itu yang enggan namanya disiarkan.
“Pada masa itu, parti akan berpecah jika namanya tidak dihantar.”
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak Khalid berkata Azmin mempunyai pengikut yang ramai dalam parti itu.
“Beliau mendapat sokongan yang amat menggalakkan. Buktinya adalah hakikat bahawa beliau telah menewaskan Khalid dalam saingan untuk jawatan timbalan presiden,” katanya.
Katanya, berbeza dengan Azmin, Dr Wan Azizah hanya menjadi presiden PKR kerana suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR berkata parti memutuskan untuk tidak mengemukakan nama Azmin walaupun selepas Sultan enggan menghadap Dr Wan Azizah kerana mereka tidak mahu memalukan beliau.
“Ia dilakukan untuk menjaga air muka, terutamanya selepas pengumuman bahawa 30 wakil rakyat telah menandatangani akuan yang menyatakan sokongan untuk menyokong beliau,” katanya, sambil menambah pengikut Azmin percaya bahawa Sultan kini akan berkenan menghadap beliau tetapi akan meminta nama calon lain dikemukakan.
“Pada itu kita kemudiannya akan mengemukakan nama Azmin,” kata ketua cabang itu lagi, sambil menambah PAS kini menyokong penuh Dr Wan Azizah, bersama-sama dengan DAP kerana mereka memahami keperluan untuk menjaga air muka presiden PKR.
“Apabila namanya ditolak, PAS dan DAP akan mengemukakan nama Azmin,” katanya, dengan mendakwa hanya PKR yang masih belum membuat keputusan muktamad mengenai mengemukakan nama timbalan presiden sebagai calon.
Beliau mendakwa, ramai ahli PKR juga percaya bahawa Anwar bimbang Azmin ‘tidak mendengar cakapnya’ dan ‘mempunyai pendirian sendiri’ jika dia menjadi menteri besar.
“Azmin adalah seorang ahli politik yang matang dan berkebolehan,” katanya.
“Dia akan menghormati Anwar sewajarnya tetapi, sudah tentu dia tidak boleh berunding dengan Anwar dalam setiap keputusan yang perlu dibuat,” katanya.
Saintis politik USM Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata reputasi PKR akan terjejas jika Dr Wan Azizah tidak diterima oleh istana Selangor. – mStar Online
TOP
Angka Kematian Di Gaza Meningkat Kepada 2,016 Orang
BANDAR GAZA – Jumlah kematian akibat peperangan di Semenanjung Gaza meningkat lebih 2,000 orang semalam, kata Kementerian Kesihatan.
Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 2,016 orang terbunuh dalam peperangan dengan Israel itu, manakala 10,196 orang cedera.
Antara yang terkorban ialah 541 golongan kanak-kanak, 250 wanita dan 95 warga emas.
Pada mulanya, jumlah kematian cuma mencatatkan sebanyak 1,980 orang, namun ia meningkat selepas beberapa orang mati semasa dirawat di hospital-hospital di seluruh Gaza, Kaherah dan Baitulmaqdis kerana mengalami cedera parah.
Sementara itu, pasukan perubatan menemui satu mayat yang berada lebih tiga minggu di bawah runtuhan di Shejaiya di timur Bandar Gaza, kata kenyataan itu.
Dalam pada itu perunding Israel dan Palestin masih berusaha di meja rundingan yang dikendalikan oleh Mesir dalam usaha menyambung tempoh gencatan senjata lima hari yang bakal berakhir. – AFP
TOP
Runtuh: Mayat Pekerja MRT Warga Bangladesh Ditemui
PETALING JAYA – Mayat seorang pekerja warga Bangladesh yang terperangkap dalam runtuhan konkrit landasan projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara, ditemui pihak Bomba dan Penyelamat Selangor awal hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata mayat Mohammad Elahi Hossain, 27, ditemui pada pukul 2.30 pagi.
“Operasi mencari dan menyelamat dua lagi pekerja yang terperangkap masih dijalankan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh dikhuatiri maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia di Kota Damansara pada 8.30 malam tadi.
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata pekerja terbabit ialah Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik. – BERNAMA
TOP
Personaliti TV3, Mazidul Beransur Pulih
PETALING JAYA – Personaliti TV3 iaitu Mazidul Akmal Sidek dilaporkan beransur pulih dipercayai akibat serangan strok pada Julai lalu.
Menurut sumber terdekat Mazidul, bekas pengacara 999 itu masih dirawat di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar dekat sini namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai keadaan kesihatannya secara terperinci.
“Apa yang boleh saya beritahu dia semakin sihat dan doakan untuk kesihatannya,” kata ahli keluarga terdekat personaliti itu ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Mazidul sebelum ini dilaporkan tenat akibat serangan strok dan berada dalam keadaan ‘induced coma’ atau koma sementara.
Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak keluarganya berhubung laporan berkenaan.
Sementara itu, usaha mStar Online mendapatkan komen daripada isterinya yang dikenali sebagai Fazlin gagal apabila wanita berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai keadaan suaminya itu.
Bagaimanapun, Fazlin sempat meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa laporan portal dan blog yang memberi gambaran serta persepsi salah terhadap keadaan kesihatan suaminya itu.
“Apa yang dilaporkan semuanya tidak benar dan minta maaf saya tidak dapat menjawab apa-apa soalan mengenai Mazidul kerana mahukan privasi,” ujarnya.
Dalam perkembangan sama, pihak TV3 memaklumkan Mazidul masih diberi cuti dan sedang menerima rawatan di pusat perubatan berkenaan.
“Kami di TV3 berharap Mazidul akan cepat sembuh daripada penyakit tersebut,” kata wakil stesen berkenaan. - mStar Online
TOP
Pekerja Asing Jadi Mangsa Samun Di Kuantan
KUANTAN – Seorang pekerja asing berdepan saat getir selepas diacu sebilah pisau rambo ketika dalam perjalanan pulang ke asramanya selepas tamat waktu bekerja di pasar raya Nirwana di Batu 3 Jalan Gambang, dekat sini, kelmarin.
Ketika kejadian kira-kira jam 8 malam, Aftabudin, 42, berjalan seorang diri melalui Jalan Kurnia Jaya untuk membeli kad prabayar di sebuah kedai berdekatan.
Katanya, sebelum itu dia berjalan bersama seorang rakan sekerja yang dikenali sebagai Kazal tetapi mereka berpisah di pertengahan jalan kerana mahu membeli kad prabayar.
“Kira-kira 1 kilometer dari asrama, dua lelaki menunggang motosikal menarik dan mengacu pisau ke leher saya,” katanya.
Menurut Aftabudin, ketika itu dia panik dan tidak boleh bertindak seorang diri kerana memikirkan keselamatannya.
Katanya, dua lelaki itu dengan kasar memintanya mengeluarkan beg duit dan bertanyakan telefon bimbitnya.
“Saya hanya ada RM50 sahaja dan tidak membawa telefon bimbit. Mereka merampas beg duit dan wang tunai yang ada sebelum memecut motosikal,” katanya yang bimbang keselamatan rakan lain juga.
Katanya, kawasan itu sentiasa menjadi tumpuan pencuri kerana keadaan jalan sunyi terutama waktu malam tetapi ada pekerja pasar raya yang menggunakan laluan itu sebanyak enam kali sehari kerana berulang-alik pada waktu rehat dan keperluan lain.
“Kawasan itu memang selalu berlaku kejadian samun dan kami rasa sudah tidak selamat melalui jalan berkenaan kerana penjenayah berani menggunakan senjata,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Cawangan pasar raya berkenaan, Tee Boon Hee berkata, pekerjanya sudah melaporkan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.
Boon Hee berharap polis mengambil tindakan kepada penjenayah dan kerap melakukan rondaan di lokasi itu kerana keadaan gelap pada waktu malam tetapi menjadi laluan kepada pekerjanya.
“Kami memang mengambil berat mengenai keselamatan pekerja di sini dan tidak mahu mereka menjadi mangsa peragut atau penjenayah.
“Kami percaya penjenayah itu memang menyasarkan pekerja pasar raya ini yang selalu berulang alik dari asrama ke tempat kerja,” katanya.
Katanya, sebelum ini, beliau pernah mendengar beberapa pekerja mengadu mengenai keadaan di kawasan itu dan sudah ramai yang menjadi mangsa tetapi penjenayah berjaya melepaskan diri. – Sinar Harian Online
TOP
Erin Malek Hadkan Pergaulan Sejak Bertunang
PETALING JAYA – Pelakon Erin Malek mengakui sejak mengikat tali pertunangan dengan Farriz Fauzy, 30, pada 21 Jun lalu, dia mula membataskan pergaulan dengan orang di sekelilingnya.
Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, berkata, dia berbuat demikian kerana mahu menjaga nama baiknya sebagai tunangan orang selain mahu membuat perubahan dalam menjadi seorang yang lebih matang.
“Ramai yang menganggap keputusan saya ingin berkahwin dibuat terlalu awal kerana kononnya saya belum matang sepenuhnya.
“Tetapi mereka silap. Sejak bertunang, saya lebih memikirkan tentang masa depan.
“Saya juga meletakkan syarat terhadap diri sendiri sebagai contoh mengurangkan lepak pada waktu malam, pandai jaga diri dan yang penting menghadkan pergaulan di sekeliling,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.
Sementara itu, mengenai persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada Oktober depan, Erin bersyukur kerana segala persiapan berjalan dengan lancar dengan bantuan keluarga serta teman-teman baiknya.
Malah kata Erin, sehingga kini dia langsung tidak menyentuh urusan hal-hal persiapan perkahwinan kerana ibunya mahu dia mengakhiri zaman solonya dengan tenang.
“Mak kata saya tidak perlu buat apa-apa pun. Semuanya dia dan teman baik saya yang uruskan. Jadi saya mengambil peluang itu untuk meluangkan masa lebih bersama keluarga sebelum bergelar isteri,” ujarnya.
Ditanya pula, adakah dia dan tunangnya turut melalui dugaan pertunangan yang sering dilalui oleh pasangan bertunang, kata Erin, dia bersyukur kerana perhubungan dengan berjalan seperti biasa dan mereka hanya berbalah pendapat mengenai perihal perkahwinan sahaja. – mStar Online
TOP
Lelaki Mengaku Salah Rogol Anak Tiri
TEMERLOH – Seorang lelaki berketurunan Orang Asli dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam selepas tertuduh mengaku salah merogol anak tirinya berusia 13 tahun hingga melahirkan bayi.
Hakim Jamaludin Mat menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Muhamad Sani 37, selepas mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak tirinya itu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Paya Sendayan, di sini dua tahun lalu.
Mangsa yang ketika itu berumur 13 tahun melahirkan bayi perempuan pada 11 Februari 2013 jam 3.40 petang di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), di sini.
Bapa kandung mangsa yang tidak berpuas hati membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan meminta siasatan dilakukan ke atas bapa tiri mangsa kerana sewaktu kejadian mangsa tinggal bersama ibu kandung dan bapa tirinya.
Dalam laporan kimia yang diperoleh mendapati tertuduh adalah bapa kepada kandungan yang dilahirkan mangsa dan seterusnya tangkapan ke atasnya dibuat pada 17 Ogos lalu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwaraya Nik Rabiatul Adawiah Saupi. – Sinar Harian Online
TOP
3 Askar Maut, 1 Parah Dalam Nahas Di Kuantan
KUANTAN – Tiga anggota tentera maut manakala seorang lagi parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan di Jalan Tanah Putih, Batu 3 di sini tengah malam tadi.
Menurut Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang, DSP Mohd Noor Yusof Ali, mangsa yang terbunuh ialah Mohd Fahmi Jap, 25, Mohd Ilias Abu Seman, 23, dan Mohd Faizal Zainol, 26.
Rakan mereka yang cedera parah pula ialah Shamzuri Awang, 23, yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Beliau berkata, semua mereka adalah anggota tentera daripada Rejimen Pertama Kor Amor Diraja (1 KAD) dari Kem Batu 10 di sini.
“Kemalangan berlaku kira-kira 11.55 malam tadi, mereka dalam perjalanan ke arah Gambang dari Kuantan.
“Siasatan awal mendapati, sebaik tiba di tempat kejadian kereta jenis Honda yang dipandu Mohd Fahmi terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh sebatang pokok lalu termasuk ke dalam longkang di situ,” katanya kepada dihubungi di sini, hari ini.
Mohd Noor berkata, akibat kejadian itu tiga mangsa mati di tempat kejadian dan seorang mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Mayat semua mangsa kemudian dihantar ke HTAA untuk bedah siasat.
“Semasa kejadian hujan lebat,” katanya. – BERNAMA
TOP
Rendah diri kunci kejayaan City
PENGENDALI Manchester City, Manuel Pellegrini menjelaskan faktor ingin menang dan mempunyai sikap rendah diri menjadi kunci kejayaan The Citizens merekodkan kemenangan pertama mengatasi Newcastle United, 2-0, di St James Park, semalam.
Jelasnya, dua faktor tersebut diterapkan dalam diri setiap pemainnya dan akan diteruskan bagi berdepan misi mengekalkan gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
“Secara peribadi, sangat penting untuk diri saya dan para pemain mempunyai perasaan untuk menang dan bersikap rendah diri.
“Kami memerlukan dua faktor itu jika ingin terus kekal bergelar juara dan kami akan memperbaiki segala kekurangan dalam aksi pertama itu nanti,” katanya.
Dalam aksi itu, David Silva meletakkan City unggul di hadapan pada minit ke-38 sebelum Sergio Aguero yang dimasukkan menggantikan Edin Dzeko melengkapkan jaringan kemenangan dalam masa tambahan.
Biarpun berjaya membawa pulang tiga mata penuh, pengendali berasal dari Chile itu mengakui pasukannya tidak berada dalam kondisi terbaik.
Bagaimanapun katanya, dia tetap berpuas hati selepas anak buahnya berjaya menyerap asakan dan mematahkan percubaan berbisa daripada tuan rumah.
“Sangat penting buat kami untuk memulakan aksi ini dengan merekodkan kemenangan,” katanya. - Sinar Harian
TOP
'Saya tidak popular di Chelsea’
BEKAS penyerang Chelsea, Demba Ba mengakui dirinya tidak pernah menyesal menyertai The Blues sebelum mengambil keputusan menyertai kelab dari Turki, Besiktas.
Sebaliknya Ba, hanya beranggapan bahawa dirinya tidak sesuai untuk beraksi bersama kelab sebesar Chelsea kerana dirinya bukan seorang penyerang yang popular.
“Ketika anda bermain dengan sebuah kelab yang besar, nama anda memainkan peranan yang penting berbanding rekod anda sebelum ini.
“Ia terjadi kepada diri saya ketika di Chelsea tetapi saya tidak pernah menyesal bergabung dengan Chelsea,” katanya.
Sebelum menyertai Chelsea musim lalu, Ba cemerlang membantu Newcastle dengan meledakkan 29 gol sejak 2011.
Namun, ketika di Stamford Bridge, penyerang berusia 29 tahun itu lebih banyak memanaskan bangku simpanan. - Sinar Harian
TOP
Ramsey Mampu Jadi Fabregas
KAPTEN Arsenal, Mikel Arteta menilai rakan sepasukan, Aaron Ramsey mampu menjadi ‘Cesc Fabregas’ baharu di Emirates.
Jelas Arteta, corak permainan yang ditampilkan oleh Ramsey hampir menyamai permainan Fabregas.
“Saya teringat Fabregas ketika di masih di sini. Waktu kemuncaknya, dia menyerang, membuat umpanan dan meledakkan gol pada masa yang penting, sama seperti Ramsey,” katanya.
Ramsey meledakkan gol kemenangan Arsenal pada lewat babak perlawanan menumpaskan Crystal Palace, 2-1.
“Saya dapat rasakan Ramsey kini sudah percaya dengan dirinya. Dia adalah pemain yang penting buat pasukan,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Koo Kien Keat Janji Beri Aksi Terbaik
PEMAIN beregu negara, Koo Kien Keat bertekad memberi persembahan terbaik pada Kejohanan Badminton Dunia 2014 di Denmark bermula 25 Ogos ini.
Walaupun sudah lama tidak mengikuti latihan sejak meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Mac lalu, namun Kien Keat yakin beliau mampu memperagakan aksi terbaik sepanjang kejohanan tersebut.
“Sudah lama atau tidak, itu bukan masalah dan penghalang untuk saya mengusahakan pencapaian terbaik.
"Lagipun, saya tidak mahu memikirkan terlalu jauh kejohanan ini, yang penting saya dapat bermain dengan prestasi yang bagus... itu sudah cukup baik,” katanya ketika dihubungi.
Ketika ditanya adakah beliau tidak meletakkan sasaran pada kejohanan tersebut, Kien Keat berkata, sudah semestinya sebagai seorang pemain ada impian masing-masing.
Bagaimanapun katanya, dengan tahap kecergasan yang tidak berada dalam keadaan baik, beliau tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri sebaliknya hanya menyasarkan memberikan aksi terbaik.
“Bagi saya, kemahuan untuk menang memang ada tetapi dari segi kemampuan pula, kalau dilihat secara fizikal saya memang tidak cergas.
“Saya akui ada sedikit jurang yang perlu dikejar untuk berganding semula dengan Tan Boon Heong terutama dari sudut kecergasan namun keserasian saya dengan dia (Boon Heong) takkan hilang.
“Saya sudah lama bergandingan dengannya, cuma sekarang ini bagi saya, keadaan fizikal saya kurang bagus… saya takut tidak capai prestasi sebelum ini,” katanya.
Kien Keat dan pasangan lamanya, Boon Heong layak secara merit pada Kejohanan Dunia kali ini dan mereka akan tampil selaku beregu pilihan ke-10.
Mereka mendapat bye pada pusingan pertama sebelum dijadualkan bertemu pasangan China, Li Junhui-Liu Yuchen atau Martin Campbell-Patrick Machugh dari Scotland pada pusingan kedua.
Namun, malang buat kem Malaysia kerana Kien Keat-Boon Heong diundi dalam laluan sama dengan satu lagi beregu negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah dan mereka mungkin berentap pada pusingan ketiga.
Mengulas undian kejohanan itu, Kien Keat mengaku ia tidak mudah, tetapi akan berusaha sebaik mungkin untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. - Sinar Harian
TOP
Figueroa Kembali Perkasakan JDT
PENGURUS pasukan merangkap Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojan Hodak, yakin gandingan dua bintang dari Argentina, Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz mampu memantapkan skuad memburu kemenangan kedua menentang Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Larkin, malam ini.
Bagaimanapun, pengendali Harimau Selatan itu mengaku perlu meneliti tahap kecergasan Diaz dalam sesi latihan memandangkan pemain sayap itu melalui perjalanan jauh sekembali dari negara asalnya.
“Diaz tetap diturunkan meskipun bukan sepanjang 90 minit perlawanan, sekurang-kurangnya 45 minit pertama atau terakhir,” katanya.
Beliau memberi jaminan akan menurunkan Figueroa dalam senarai kesebelasan utama selepas digantung satu perlawanan sebelum ini sekali gus optimis anak didiknya mampu beraksi cemerlang.
“Kita bermain agak baik ketika bertemu Kelantan biar pun pertemuan pertama itu mendebarkan, namun kesemua pemain menunjukkan kesungguhan untuk meraih kemenangan berharga.
Justeru, Hodak begitu yakin anak didiknya meneruskan momentum kecemerlangan dan mengutip tiga mata penuh meletakkan Harimau Selatan terus berada di kedudukan selesa dalam kumpulan B.
Bagaimanapun Hodak mengesahkan, beberapa pemain utama tidak dapat disenaraikan ketika menentang skuad The Gladiators termasuk penyerang JDT, Safee Sali akibat kecederaan.
Katanya, Safee terpaksa berehat tiga minggu setelah mengalami kecederaan semasa menentang Kelantan Rabu lalu. - Sinar Harian
TOP
MH17: Dua Jenazah Dijangka Dikebumi Di Taman Selatan
Tanah perkuburan Islam di Taman Selatan, Presint 20 di Putrajaya.
PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya dua jenazah mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20 Putrajaya pada Jumaat ini. Bagaimanapun, hanya satu jenazah yang disahkan akan diurus Perbadanan Putrajaya (PPj) yang bertanggungjawab menyelia dan menguruskan tanah perkuburan yang dikenali sebagai Taman Selatan itu. Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj, Datuk Mohtar Kamirun berkata, jenazah yang disahkan itu merupakan pembantu juruterbang pesawat MH17, Ahmad Hakimi Hanapi, 29. Katanya, Ahmad Hakimi antara 22 jenazah merangkumi 18 keranda dan empat bekas berisi abu mayat warga Malaysia dan seorang bukan warga Malaysia yang akan dihantar pulang dari Belanda pada Khamis ini dan dijangka tiba di tanah air pada pagi Jumaat. "Difahamkan satu jenazah lagi akan turut dikebumikan di Tanah Perkuburan Putrajaya tetapi masih belum disahkan lagi. “Sebarang pengesahan, kita akan tunggu daripada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia),” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin. Dilaporkan keluarga Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, pramugari pesawat MH17 bersedia sekiranya jenazahnya turut dikebumikan bersama mangsa lain di Putrajaya, selepas mengambil pendirian terbuka bahawa ia merupakan satu penghormatan. Ahmad Hakimi dan Nur Shazana merupakan antara 15 anak kapal pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ketika terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu. Mohtar berkata, pihak pengurusan sudah membuat persediaan awal sejak kerajaan memaklumkan untuk membawa pulang jenazah ke tanah air. Tambahnya, segala urusan pengebumian, termasuk penggalian yang menggunakan jentera penggali akan dilakukan bermula Khamis. “Jenazah dijangka tiba pada pukul 10 pagi Jumaat. Kita menjangkakan urusan pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Putrajaya dilakukan pada sebelah petang selepas solat Jumaat,” katanya. Beliau bagaimanapun berkata, solat jenazah masih belum ditetapkan lagi sama ada akan dilakukan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau Majis Putra, kedua-duanya di Putrajaya. Sementara itu, Mohtar berkata, pihaknya mengalu-alukan keluarga mangsa untuk mengebumikan jenazah di Tanah Perkuburan Putrajaya. “Kita secara terbuka membantu untuk mempermudahkan keluarga dari segi urusan pengebumian mangsa nahas MH17 semua agama,” katanya. Tanah Perkuburan Putrajaya di Presint 20 menggabungkan tanah perkuburan orang-orang beragama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian. Sejak dibuka pada 2001, seramai 840 jenazah dikebumikan di tanah perkuburan berkeluasan 68,000 kaki persegi itu. ─ mStar online
PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya dua jenazah mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20 Putrajaya pada Jumaat ini. Bagaimanapun, hanya satu jenazah yang disahkan akan diurus Perbadanan Putrajaya (PPj) yang bertanggungjawab menyelia dan menguruskan tanah perkuburan yang dikenali sebagai Taman Selatan itu. Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj, Datuk Mohtar Kamirun berkata, jenazah yang disahkan itu merupakan pembantu juruterbang pesawat MH17, Ahmad Hakimi Hanapi, 29. Katanya, Ahmad Hakimi antara 22 jenazah merangkumi 18 keranda dan empat bekas berisi abu mayat warga Malaysia dan seorang bukan warga Malaysia yang akan dihantar pulang dari Belanda pada Khamis ini dan dijangka tiba di tanah air pada pagi Jumaat. "Difahamkan satu jenazah lagi akan turut dikebumikan di Tanah Perkuburan Putrajaya tetapi masih belum disahkan lagi. “Sebarang pengesahan, kita akan tunggu daripada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia),” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin. Dilaporkan keluarga Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, pramugari pesawat MH17 bersedia sekiranya jenazahnya turut dikebumikan bersama mangsa lain di Putrajaya, selepas mengambil pendirian terbuka bahawa ia merupakan satu penghormatan. Ahmad Hakimi dan Nur Shazana merupakan antara 15 anak kapal pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ketika terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu. Mohtar berkata, pihak pengurusan sudah membuat persediaan awal sejak kerajaan memaklumkan untuk membawa pulang jenazah ke tanah air. Tambahnya, segala urusan pengebumian, termasuk penggalian yang menggunakan jentera penggali akan dilakukan bermula Khamis. “Jenazah dijangka tiba pada pukul 10 pagi Jumaat. Kita menjangkakan urusan pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Putrajaya dilakukan pada sebelah petang selepas solat Jumaat,” katanya. Beliau bagaimanapun berkata, solat jenazah masih belum ditetapkan lagi sama ada akan dilakukan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau Majis Putra, kedua-duanya di Putrajaya. Sementara itu, Mohtar berkata, pihaknya mengalu-alukan keluarga mangsa untuk mengebumikan jenazah di Tanah Perkuburan Putrajaya. “Kita secara terbuka membantu untuk mempermudahkan keluarga dari segi urusan pengebumian mangsa nahas MH17 semua agama,” katanya. Tanah Perkuburan Putrajaya di Presint 20 menggabungkan tanah perkuburan orang-orang beragama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian. Sejak dibuka pada 2001, seramai 840 jenazah dikebumikan di tanah perkuburan berkeluasan 68,000 kaki persegi itu. ─ mStar online
TOP
Abdul Khalid kekal jawatan presiden FAS, menang tanpa bertanding
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selepas menang tanpa bertanding pada kongres tahunan ke-64 persatuan itu yang berlangsung di Kelab Shah Alam, dekat sini, hari ini.
Beliau menyandang kerusi Presiden FAS sejak 2010 selepas mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
Timbalannya, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad turut mengekalkan jawatan selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAS bagi penggal 2014-2018 yang berlangsung pada kongres itu.
Pada kongres berkenaan, tiga daripada empat Naib Presiden -- Datuk Emran Kadir, Datuk Seri Subahan Kamal dan K Palanisamy mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan yang diadakan.
Bagaimanapun Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikshan tidak mahu mempertahankan jawatannya sebagai salah seorang Naib Presiden dan digantikan oleh Datuk Samin Sarmin.
Enam muka baru turut dilantik menganggotai jawatankuasa eksekutif FAS bersama tujuh muka lama.
Mereka adalah Omar Ali, Noor Hisham Mohd Ghouth, Ariffin Hamid, Datuk P Sugumaran, Abd Rauf Ahmad dan Adanan Sariff manakala tujuh muka lama adalah Bendahari FAS, Datuk S Sivasundaram, Razak Abdul Karim, V Thalayasingam, Mustaza Ahmad, K Santhanaraju, R Sekar Chandra dan Y Suntharasagaran. - BERNAMA
TOP
Remaja Kulit Hitam Ditembak 6 Kali Di Missouri
NEW YORK – Seorang remaja kulit hitam yang tidak bersenjata mati ditembak oleh seorang pegawai polis sekurang-kurangnya enam kali termasuk dua kali pada kepala di Missouri.
Akhbar New York Times melaporkan bahawa bedah siasat yang dilakukan oleh seorang bekas ketua perubatan Bandar New York, Dr. Michael Baden mendapati satu butir peluru menembusi ke dalam tengkorak remaja itu, Michael Brown.
Menurut Baden, kemungkinan kematian remaja berusia 18 tahun itu pada 9 Ogos lalu disebabkan peluru terakhir.
Kematian remaja itu mendorong tunjuk perasaan sejak seminggu lalu bagi membantah tindakan polis menembak mati remaja tersebut di pinggir bandar raya St. Louis, Ferguson.
Seorang pegawai polis berkata, wujud sedikit pertelingkahan antara Brown dan pegawai polis itu sehingga mencetuskan pergaduhan di mana pegawai polis cedera, manakala Brown ditembak.
Sementara itu, beberapa saksi berkata, remaja tersebut telah mengangkat kedua-dua tangannya ke atas apabila pegawai polis itu melepaskan beberapa das tembakan.
Baden memberitahu kepada akhbar itu, Brown turut ditembak empat kali di lengan kanan dan kesemua peluru itu ditembak dari arah hadapan.
Bagaimanapun, akhbar berkenaan berkata, peluru itu tidak kelihatan datang dari jarak dekat kerana tiada sebarang serbuk bedilan kelihatan pada badannya.
Beberapa peluru keluar dan masuk beberapa kali dari tubuh Brown termasuk satu peluru menyebabkan sekurang-kurangnya lima kecederaan.
Tembakan itu menyebabkan mata kanannya hancur kerana menembusi wajahnya selain turut terkena rahang dan kemudian memasuki ke bahagian tulang lehernya.
Dalam pada itu, dua tembakan terakhir di kepalanya menyebabkan dia mati, lapor akhbar tersebut
Baden memberitahu, walaupun Brown dibawa ke hospital dengan segera, dia tidak mungkin akan selamat.
Berikutan tunjuk perasaan bersifat perkauman daripada golongan kulit hitam yang semakin memuncak, pihak berkuasa telah mewujudkan perintah berkurung sejak Ahad lalu bermula tengah malam hingga pukul 5 pagi. – AP
TOP
Militan IS Mula Berundur Dari Empangan Mosul
KAHERAH – Pejuang Kurdish kelmarin berjaya menguasai semula Empangan Mosul daripada kawalan kumpulan militan Negara Islam (IS) selepas dibantu serangan udara tentera Amerika Syarikat (AS), kata seorang pegawai Kurdish.
“Pejuang Kurdish Peshmerga kini menguasai penuh empangan berkenaan,” kata portal berita Alsumaria yang memetik satu sumber pegawai Kurdish yang enggan dikenali.
Pesawat AS terus mengebom posisi pejuang IS di sekitar empangan ketika pejuang Kurdish cuba menawan kedudukan berkenaan.
Pusat Kawalan AS mengesahkan jet pejuang dan dron negara itu melancarkan 14 serangan udara ke arah kedudukan IS berhampiran Empangan Mosul.
Serangan tersebut memusnahkan 10 kenderaan bersenjata, tujuh Humvee, dua kenderaan pembawa anggota dan satu pos kawalan. Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan dilaporkan.
Seseorang ahli Kesatuan Patriotik Kurdistan, Abdel-Bari al-Zebari mengesahkan pengambilalihan oleh Kurdish.
“Pejuang Kurdish Peshmerga kini kembali menguasai empangan melalui laluan lain selepas laluan sebelum ini dipasang dengan periuk api oleh militan IS,” kata al-Zebari kepada penyiar yang berpangkalan di Dubai.
Empangan tersebut dan kompleks diseklilingnya merupakan satu kawasan strategik kerana ia membekalkan tenaga elektrik serta bekalan air di sebahagian besar negara itu.
Kejayaan menawan semula empangan berkenaan merupakan kemenangan besar pertama pejuang Kurdish dan tentera Iraq sejak pertempuran sengit dengan militan IS.
Ia juga secara tidak langsung menaikkan semula moral pejuang Kurdish yang sebelum ini terpaksa berundur selepas militan IS menguasai Mosul.
Awal bulan ini, kumpulan serpihan Al-Qaeda tersebut menawan Empangan Mosul yang merupakan empangan terbesar dan strategik di Iraq yang terletak di Sungai Tigris yang mengalir ke Baghdad.
Terdapat kebimbangan kumpulan militan itu mengebom empangan tersebut sekali gus menyebabkan berlaku banjir di kawasan berdekatan.
Sebelum ini, seorang pegawai pejuang Kurdish dalam satu kenyataan memberitahu, mereka melancarkan serangan darat secara besar-besaran ke arah kedudukan militan IS di utara Iraq dan dibantu serangan udara AS.
Sebuah portal berita Kurdish, Bas News melaporkan, pejuang Kurdish berjaya mengambil alih beberapa kawasan kampung yang kebanyakannya dihuni oleh penduduk Kristian serta beberapa buah bandar lain berhampiran Empangan Mosul.
Laporan itu dibuat sehari selepas serangan udara oleh tentera AS terhadap kedudukan militan IS sekitar Empangan Mosul dan bandar Arbil.
Tentera AS mula melancarkan serangan terhadap kedudukan militan IS di utara Iraq sejak 10 hari lalu kerana bimbang pejuang Kurdish tidak mampu membendung kemaraan kumpulan berkenaan.
Sementara itu, seorang jurucakap tentera Iraq memberitahu bahawa pihaknya dan pejuang Kurdish sedang merancang untuk menawan semula bahagian utara bandar Mosul yang dikuasai IS.
“Kami berazam meneruskan serangan yang dibantu dengan maklumat risikan yang diberikan AS,” kata jurucakap berkenaan.
Militan IS yang beroperasi di Iraq dan Syria menawan sebahagian besar bahagian utara Iraq selepas melancarkan satu serangan kilat pada Jun lalu.
Lebih 200,000 penduduk yang majoriti penganut Yazidi dan Kristian melarikan diri selepas militan berkenaan membunuh penduduk yang menentang mereka. – Agensi
TOP
Perkahwinan Islam-Yahudi Diwarnai Dengan Demonstrasi Bantahan
RISHON LEZION, Israel – Polis Israel kelmarin terpaksa mengadakan sekatan bagi menghalang lebih 200 penunjuk perasaan yang membantah perkahwinan seorang wanita Yahudi dengan lelaki Muslim.
Berpuluh-puluh anggota polis termasuk daripada unit elit terpaksa menahan perarakan masyarakat Yahudi yang melaungkan ‘kematian untuk Arab’ serta cuba merempuh pintu dewan di mana perkahwinan itu berlangsung.
Sebelum itu, peguam kepada pasangan itu, Maral Malka, 23, dan Mahmoud Mansour, 26, kedua-duanya dari Jaffa di Tel Aviv gagal mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang penunjuk perasaan.
Dia cuma mendapat bantuan daripada pihak polis bagi menyekat penunjuk perasaan kira-kira 200 meter daripada menghampiri lokasi perkahwinan pasangan berkenaan yang diadakan di sebuah dewan di Rishon Lezion.
Bantahan itu timbul ekoran ketegangan antara masyarakat Yahudi dan bangsa Arab di Israel yang tercetus lebih dua bulan lalu termasuk dalam isu penculikan dan pembunuhan tiga remaja Israel diikuti kematian seorang remaja Palestin di Baitulmuqaddis. Pasangan berkenaan bagaimanapun memberitahu stesen televisyen Israel, Channel 2 TV bahawa bantahan itu tidak mematahkan semangatnya meneruskan perkahwinan. “Kami menari dan bersuka ria sehingga matahari terbit, kami memilih untuk hidup bersama,” katanya. Malka yang berketurunan Yahudi memeluk Islam sebelum berkahwin dikecam sebagai pengkhianat Yahudi oleh penunjuk perasaan. Bagaimana suatu yang mengejutkan, perkahwinan itu turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan Israel, Yael German dan beliau menyifatkan penunjuk perasaan dan perkahwinan yang berlangsung sebagai ekspresi demokrasi. – Reuters
Bantahan itu timbul ekoran ketegangan antara masyarakat Yahudi dan bangsa Arab di Israel yang tercetus lebih dua bulan lalu termasuk dalam isu penculikan dan pembunuhan tiga remaja Israel diikuti kematian seorang remaja Palestin di Baitulmuqaddis. Pasangan berkenaan bagaimanapun memberitahu stesen televisyen Israel, Channel 2 TV bahawa bantahan itu tidak mematahkan semangatnya meneruskan perkahwinan. “Kami menari dan bersuka ria sehingga matahari terbit, kami memilih untuk hidup bersama,” katanya. Malka yang berketurunan Yahudi memeluk Islam sebelum berkahwin dikecam sebagai pengkhianat Yahudi oleh penunjuk perasaan. Bagaimana suatu yang mengejutkan, perkahwinan itu turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan Israel, Yael German dan beliau menyifatkan penunjuk perasaan dan perkahwinan yang berlangsung sebagai ekspresi demokrasi. – Reuters
TOP
Pelajar Dakwa Dipukul Guru Hingga Pengsan
MARANG - Hanya kerana melambaikan tangan ke arah seorang guru lelaki, pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di Kampung Seberang Marang di sini, pengsan setelah mendakwa tengkuknya dipukul guru berkenaan.
Mangsa, Mohd Firdaus Mohd Paudzi, 16, mendakwa sebelum dipukul, kepalanya turut dihantukkan ke kepala seorang rakan sekelasnya ketika mereka berada di koridor bangunan makmal oleh guru yang mengajar pendidikan jasmani itu.
Kejadian kira-kira jam 8.10 pagi, Khamis lalu itu, mengakibatkan mangsa pengsan di tempat kejadian dan terpaksa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Marang sebelum dimasukkan ke wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
Bapa mangsa, Mohd Pauzi Khalid, 40, berkata, akibat kejadian itu, anaknya mengalami kecederaan di bahagian tengkuk serta kesakitan dalaman di kepala.
Dia kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Marang.
“Anak saya diperlakukan sedemikian dipercayai setelah melambai tangannya ke arah guru terbabit. Mungkin ketika tu, guru tersebut berada dalam keadaan marah.. oleh kerana anak saya mengaku melambaikan tangan kepadanya, dia terus dikasari.
“Selepas tengkuknya dipukul anak saya terus pengsan. Saya hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9 pagi oleh isteri lalu bergegas ke sekolah untuk melihat keadaan anak saya,” katanya.
Menurut bapa kepada lima anak itu, dia boleh menerima kenyataan yang anaknya dihukum jika melakukan kesalahan, tetapi bukan dengan cara sedemikian.
Mohd Pauzi mendakwa, tindakan guru terbabit memukul anaknya tanpa sebab adalah tidak wajar.
“Saya buat laporan polis kerana mahu anak saya mendapat keadilan. Cikgu terbabit juga datang berjumpa saya untuk meminta maaf, namun saya tetap dengan pendirian tak mahu menarik semula laporan dibuat,” katanya.
Sinar Harian turut mengunjungi mangsa di rumahnya di Kampung Alor Tuman di sini, dan dimaklumkan dia hanya akan ke sekolah semula hari ini (esok).
Dia bagaimanapun mengakui masih trauma dengan kejadian tersebut.
Sementara itu, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Marang, Kassim Husin sudah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut namun belum menerima laporan lengkap daripada pihak sekolah. - Sinar Harian
TOP
Makan Telur Separuh Masak Adalah Lebih Menyihatkan
Dari dulu lagi, telur dianggap sebagai sarapan yang tepat untuk memulakan hari. Selain dari kaya dengan nutrisi penting seperti protein, riboflavin dan selenium, telur juga mudah dimasak dengan pelbagai cara.
Sebuah kajian menyebut, pemakanan telur setiap hari dapat mengurangkan kada kolestrol. Ini kerana, kuning telur mempunyai kandungan lesitin yang boleh mengurangkan kadar kolestrol. Sebiji telur mungkin berisi 186 miligram kolestrol, tapi tidak perlu bimbang sekiranya memakannya dengan teratur.
Tapi, bagaimana cara untuk memakan telur supaya semua khasiatnya terjamin? Boldsky, sebuah portal memberita berkata, telur separuh masak adalah bentuk telur yang paling bagus untuk dimakan. Beberapa ahli kesihatan juga ada menyebut kuning telur yang separuh masuk memeliki manfaat kesihatan yang tinggi.
Walaupun begitu, pemakanan telur separuh masak tidak digalakkan kepada wanita hamil dan mereka-mereka yang memiliki kekebalan tubuh yang rendah kerana mereka memerlukan nutrisi yang lebih daripada itu.
American Heart Association mengulas, telur rebus memiliki 6,3 protein yang mendukung fungsi sistem kekebalan tubuh Anda. Tapi kandungan kolesterol dan lemaknya seiringkali menurunkan nilai gizinya. - SiakapKeli.com
TOP
Dah La Mencuri, Kencing Pula Atas Al-Quran
BESUT - Seorang pencuri dikatakan bertindak biadab apabila bukan sahaja melarikan barang berharga di rumah mangsanya tetapi dipercayai turut kencing pada senaskhah al-Quran di dalam rumah mangsa dalam kejadian di Kampung Renek, dekat Jabi, kelmarin.
Mangsa, Che Ahmad Che Will, 52, berkata, dia menyedari rumahnya dipecah masuk apabila pulang dari Kuala Lumpur bersama isteri dan seorang anaknya kira-kira jam 7 petang kelmarin.
Menurutnya, dia sekeluarga meninggalkan rumah pada Jumaat lalu dan terkejut sebaik tiba petang kelmarin apabila mendapati keadaan dalam rumah berselerak dan pintu bilik bahagian dapur terbuka luas.
“Setelah pemeriksaan dibuat saya dapati seunit televisyen bersaiz 31 inci dan satu tabung duit milik anak saya yang mengandungi wang kira-kira RM100 telah hilang.
“Saya syak pencuri pecah masuk ke dalam rumah ketika tiada di rumah dan saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Jertih mengenai kehilangan dua barang tersebut,” katanya.
Che Ahmad berkata lagi, selepas pulang membuat laporan polis, dia sekeluarga terhidu bau hancing air kencing yang semakin kuat baunya pada sebelah malam.
Menurutnya, selepas diperiksa arah dan tempat bau hancing tersebut, dia dapati bau itu datang dari satu rak menempatkan buku termasuk senaskhah al-Quran yang terdapat di dalam bilik anak perempuannya.
“Kami percaya salah seorang daripada suspek telah membuang air kecil di rak buku tersebut menyebabkan ia terkena pada al-Quran berdasarkan terdapat kesan air kencing di situ.
“Bagaimanapun saya tidak pasti sama ada suspek sengaja kencing pada al-Quran itu atau sebalik,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Suarez Kembali Beraksi
PERLAWANAN pra musim merebut trofi Joan Gamper bakal menjadi pentas terbaik Luis Suarez untuk kembali beraksi selepas insiden di Piala Dunia Brazil lalu.
Penyerang Barcelona itu, dibenarkan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk bermain bersama kelabnya bagi peringkat perlawanan persahabatan dan menjalani latihan pada peringkat kelab.
Sebelumnya, pemain yang dibeli dengan harga RM341 juta itu dilarang terlibat sebarang aktiviti bola sepak kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini.
Ini bermakna, peminat setia Blaugrana dapat melihat trio Lionel Messi, Neymar dan Suarez berkumpul pertama kali musim ini.
Pengendalinya, Luis Enrique akan menurunkan Suarez pada pertemuan dengan Leon di Nou Camp (awal pagi tadi).
Sementara itu, Neymar yang masih menjalani pemulihan akibat cedera vertebra, dilaporkan mendapat keizinan untuk turun bermain atas nasihat pasukan medik.
Barca akan memulakan kempen La Liga musim 2014/15 melayan kunjungan Elche, 25 Ogos ini. - Sinar Harian
TOP
Adi Fashla Terkejut Tuduhan Tak Betul Kemalangan Di Bentong
Adi Fashla
PETALING JAYA: Penyampai radio Era FM iaitu Adi Fashla terkejut apabila timbul pelbagai andaian dan tuduhan tidak betul mengenai kejadian kemalangan melibatkannya di Lebuhraya Karak, Bentong pada Ahad lalu. Adi atau nama sebenarnya Adi Fashla Jurami, 36, berkata, ada yang membuat andaian kononnya dia menunggang motosikal berkuasa tinggi iaitu BMW HP4 terlalu laju sehingga melanggar kereta lain dan ada juga mengatakan kejadian itu merupakan balasan buat Adi kerana mengambil cuti sakit pada ketika itu. "Macam-macam versi saya dengar tentang insiden kemalangan semalam (Ahad). Biarlah, yang penting saya dan rakan-rakan tahu kejadian itu. "Sedangkan saya sebenarnya jatuh sendiri ketika melalui selekoh di Kilometer 47 Lebuhraya Karak arah Kuantan dan terus melanggar penghadang jalan. Bukannya melanggar mana-mana kereta pun. "Ketika itu saya mahu ke Taman Rekreasi Lentang, Pahang tetapi lain pula cerita yang didengar kononnya saya ambil cuti sakit kerana mahu menunggang motosikal bersama rakan-rakan," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin. Adi terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 47 Lebuhraya Karak arah Kuantan kira-kira pukul 10 pagi pada Ahad lalu selepas gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas ke kiri jalan. Insiden tersebut membuatkan bahu dan jari pada bahagian kirinya retak teruk. Dia kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Damansara di sini dan dibenarkan keluar wad pada Selasa (hari ini). Sementara itu, Adi berkata, walaupun insiden kemalangan itu amat menyakitkan, namun ia tidak pernah membuatkan dia serik untuk menunggang motosikal yang baharu dibelinya pada Mac lalu. "Setakat ini saya belum serik atau trauma untuk menunggang. Ia sudah menjadi sebahagian daripada hobi saya. Malah saya lebih risaukan motosikal itu kerana ia mungkin rosak teruk. "Cuma apa yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya supaya saya lebih berhati-hati apabila menunggang. Terutamanya selepas hujan kerana waktu itu jalan raya agak licin," ujarnya. ─ mStar online
PETALING JAYA: Penyampai radio Era FM iaitu Adi Fashla terkejut apabila timbul pelbagai andaian dan tuduhan tidak betul mengenai kejadian kemalangan melibatkannya di Lebuhraya Karak, Bentong pada Ahad lalu. Adi atau nama sebenarnya Adi Fashla Jurami, 36, berkata, ada yang membuat andaian kononnya dia menunggang motosikal berkuasa tinggi iaitu BMW HP4 terlalu laju sehingga melanggar kereta lain dan ada juga mengatakan kejadian itu merupakan balasan buat Adi kerana mengambil cuti sakit pada ketika itu. "Macam-macam versi saya dengar tentang insiden kemalangan semalam (Ahad). Biarlah, yang penting saya dan rakan-rakan tahu kejadian itu. "Sedangkan saya sebenarnya jatuh sendiri ketika melalui selekoh di Kilometer 47 Lebuhraya Karak arah Kuantan dan terus melanggar penghadang jalan. Bukannya melanggar mana-mana kereta pun. "Ketika itu saya mahu ke Taman Rekreasi Lentang, Pahang tetapi lain pula cerita yang didengar kononnya saya ambil cuti sakit kerana mahu menunggang motosikal bersama rakan-rakan," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin. Adi terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 47 Lebuhraya Karak arah Kuantan kira-kira pukul 10 pagi pada Ahad lalu selepas gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas ke kiri jalan. Insiden tersebut membuatkan bahu dan jari pada bahagian kirinya retak teruk. Dia kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Damansara di sini dan dibenarkan keluar wad pada Selasa (hari ini). Sementara itu, Adi berkata, walaupun insiden kemalangan itu amat menyakitkan, namun ia tidak pernah membuatkan dia serik untuk menunggang motosikal yang baharu dibelinya pada Mac lalu. "Setakat ini saya belum serik atau trauma untuk menunggang. Ia sudah menjadi sebahagian daripada hobi saya. Malah saya lebih risaukan motosikal itu kerana ia mungkin rosak teruk. "Cuma apa yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya supaya saya lebih berhati-hati apabila menunggang. Terutamanya selepas hujan kerana waktu itu jalan raya agak licin," ujarnya. ─ mStar online
TOP
Penipuan Mesin ATM Di Genting Highlands…
Bagi memenuhi permintaan anda, gambar tertera adalah menunjukkan kedudukan peranti khas yang dipasang penjenayah pada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Genting Highlands yang dikesan baru baru ini.
‘Skimming device’ dipasang dengan memuatkannya pada slot kad menyerupai bentuk asal. Alat ini bertindak menyalin data kad bank pengguna apabila kad dimasukkan. Dalam masa yang sama, peranti dipercayai CCTV yang dipasang di bahagian atas mesin akan merakam nombor pin kad bank seterusnya wang dalam akaun mangsa akan dicuri sebaik sahaja kad ATM dipalsukan. Walaupun pihak polis percaya penjenayah menyasarkan kegiatan mereka di pusat-pusat peranginan atau percutian, namun orang ramai diminta sentiasa berwaspada ketika berurusan di kiosk ATM terutama yang terletak di bahagian luar bank. Lapor segera kepada pihak bank atau polis sekiranya terkesan alat mencurigakan di persekitaran. – Polis Pahang
‘Skimming device’ dipasang dengan memuatkannya pada slot kad menyerupai bentuk asal. Alat ini bertindak menyalin data kad bank pengguna apabila kad dimasukkan. Dalam masa yang sama, peranti dipercayai CCTV yang dipasang di bahagian atas mesin akan merakam nombor pin kad bank seterusnya wang dalam akaun mangsa akan dicuri sebaik sahaja kad ATM dipalsukan. Walaupun pihak polis percaya penjenayah menyasarkan kegiatan mereka di pusat-pusat peranginan atau percutian, namun orang ramai diminta sentiasa berwaspada ketika berurusan di kiosk ATM terutama yang terletak di bahagian luar bank. Lapor segera kepada pihak bank atau polis sekiranya terkesan alat mencurigakan di persekitaran. – Polis Pahang
TOP
SEGERA: 3 Dipercayai Tertimbus Di Tapak Pembinaan MRT
KUALA LUMPUR: Tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh dikhuatiri maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Kota Damansara malam tadi.
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), dalam satu kenyataan, menyatakan pekerja terbabit adalah Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.
"Usaha menyelamat masih berjalan dan pasukan tindakan kecemasan sedang bersedia di tempat kejadian," menurut kenyataan itu.
Sebahagian landasan MRT itu terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah pada pukul 8.30 malam semasa kerja-kerja membina tembok sepanjang landasan itu berjalan. Landasan itu dibuat daripada 14 unit galang kotak sepanjang 38 meter.
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid yang berada di tempat kejadian melahirkan kekesalan atas kejadian itu.
"Walaupun siasatan sedang dijalankan, MRT Corp akan bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden itu. Sebaik sahaja siasatan selesai, tindakan akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat, ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menggunakan kaedah "tunnelling" iaitu mengorek lubang di tepi runtuhan landasan konkrit di tapak itu bagi mengesan kedudukan mangsa yang tertimbus.
Beliau berkata, khidmat anjing pengesan dari unit K9 Bomba turut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat tiga pekerja Bangladesh itu yang dijangka berterusan sehingga awal pagi ini.
"Usaha sedang dijalankan menggunakan kaedah 'tunnelling' kerana konkrit berkenaan terlalu berat dan panjang untuk dialihkan," katanya.
Katanya, semua 14 unit landasan itu adalah seberat 490 tan.─ BERNAMA
TOP
VIDEO: Guru Wanita Diserang Singa Di Kandang Sarkas
KEGEMBIRAAN sekumpulan pelajar menonton persembahan singa di sebuah sarkas di Cusco, Peru hampir bertukar menjadi tragedi apabila haiwan itu bertindak menyerang salah seorang guru mereka.
Menerusi rakaman video, guru wanita itu pada mulanya diminta oleh penjinak singa untuk masuk ke dalam kandang bagi membuktikan yang haiwan itu tidak berbahaya.
Secara tiba-tiba, singa itu menerkam dan mengheret guru tersebut dengan giginya.
Penonton yang ketakutan terus menjerit melihat kejadian itu dan penjinak singa bertindak memukul haiwan itu bertalu-tali dengan kayu.
Mungkin kerana sakit, singa tersebut akhirnya melepaskan guru tersebut.
Mujurlah dia tidak mengalami kecederaan parah dan kini sedang dirawat di hospital.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Penghormatan Kepada Mangsa MH17 Sebelum Perlawanan Liga
SATU sesi penghormatan telah diadakan semalam sebelum perlawanan Liga Perdana Barclays (BPL) musim baru antara Manchester City dan Newcastle United untuk dua orang peminat Newcastle yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
Dua peminat berkenaan Liam Sweeney, 28 dan John Alder, 63, sedang dalam penerbangan ke New Zealand untuk menyaksikan perlawanan pra-musim antara Newcastle ketika pesawat MH17 itu ditembak jatuh. Pesawat MH17 jenis Boeing 777-200 terhempas di timur Ukraine di bahagian Grobovo lokasi yang dikuasai kumpulan pemberontak pemisah pro-Russia. Sebelum sepak mula semalam, kapten kedua-dua pasukan meletakkan bunga di tengah-tengah bulatan di padang dan semua penonton bertafakur selama seminit di Stadium St James Park. Penghormatan itu turut disertai oleh bapa mendiang Liam, Barry. “Sebagai seorang kanak-kanak, saya masih berasa muda walaupun berusia 52 tahun, saya memang teruja untuk berlari di atas padang dengan memakai jersi hitam dan putih di hadapan 52,000 orang. “Saya kini telah melakukannya berbeza, saya ingin membuatkan anak saya bangga bahawa saya akan bertepuk tangan kepada semua orang di sini satu hari nanti. “Biarpun ia bukan satu mimpi indah jadi kenyataan, kematian Liam adalah satu mimpi ngeri, tetapi ia adalah satu saat membanggakan untuk dikenali sebagai bapanya,” katanya memetik laporan laman web Sky News. Menurut pihak pengurusan The Magpies, satu taman peringatan akan diwujudkan bagi penghargaan kepada dua peminat itu. Pengurus Newcastle, Alan Pardew turut mendedikasikan musim baru BPL ini kepada dua peminat setia berkenaan. Pengarah Urusan kelab, Lee Charnley berkata ingatan dan doa mereka sejak tragedi pada 17 Julai itu hanyalah untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa dalam apa juga cara yang boleh. “Ia adalah satu perkara penting untuk tidak hanya mengingati Liam dan John sebelum perlawanan bermula, tetapi ia akan diingati pada setiap tahun mendatang,” katanya.
Keluarga Liam telah mengesahkan awal minggu ini, jasad Liam akan dibawa pulang dari Amsterdam, Belanda. Upcara pengebumian Liam akan diadakan pada Khamis depan. Bagaimanapun, keluarga John Alder masih lagi menunggu keputusan pihak berkuasa di Belanda berkenaan bila jasadnya akan dibawa pulang ke tanahair. – MYNEWSHUB.MY, 18 Ogos 2014
Dua peminat berkenaan Liam Sweeney, 28 dan John Alder, 63, sedang dalam penerbangan ke New Zealand untuk menyaksikan perlawanan pra-musim antara Newcastle ketika pesawat MH17 itu ditembak jatuh. Pesawat MH17 jenis Boeing 777-200 terhempas di timur Ukraine di bahagian Grobovo lokasi yang dikuasai kumpulan pemberontak pemisah pro-Russia. Sebelum sepak mula semalam, kapten kedua-dua pasukan meletakkan bunga di tengah-tengah bulatan di padang dan semua penonton bertafakur selama seminit di Stadium St James Park. Penghormatan itu turut disertai oleh bapa mendiang Liam, Barry. “Sebagai seorang kanak-kanak, saya masih berasa muda walaupun berusia 52 tahun, saya memang teruja untuk berlari di atas padang dengan memakai jersi hitam dan putih di hadapan 52,000 orang. “Saya kini telah melakukannya berbeza, saya ingin membuatkan anak saya bangga bahawa saya akan bertepuk tangan kepada semua orang di sini satu hari nanti. “Biarpun ia bukan satu mimpi indah jadi kenyataan, kematian Liam adalah satu mimpi ngeri, tetapi ia adalah satu saat membanggakan untuk dikenali sebagai bapanya,” katanya memetik laporan laman web Sky News. Menurut pihak pengurusan The Magpies, satu taman peringatan akan diwujudkan bagi penghargaan kepada dua peminat itu. Pengurus Newcastle, Alan Pardew turut mendedikasikan musim baru BPL ini kepada dua peminat setia berkenaan. Pengarah Urusan kelab, Lee Charnley berkata ingatan dan doa mereka sejak tragedi pada 17 Julai itu hanyalah untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa dalam apa juga cara yang boleh. “Ia adalah satu perkara penting untuk tidak hanya mengingati Liam dan John sebelum perlawanan bermula, tetapi ia akan diingati pada setiap tahun mendatang,” katanya.
Keluarga Liam telah mengesahkan awal minggu ini, jasad Liam akan dibawa pulang dari Amsterdam, Belanda. Upcara pengebumian Liam akan diadakan pada Khamis depan. Bagaimanapun, keluarga John Alder masih lagi menunggu keputusan pihak berkuasa di Belanda berkenaan bila jasadnya akan dibawa pulang ke tanahair. – MYNEWSHUB.MY, 18 Ogos 2014
TOP
Penangan #MakeUpTransformation, Memang Kelakar Habis!
Kelakar. Kelakar. Kelakar. Itu je yang kami nak cakap. Kenapa? Sebab dari minggu lepas kami tak habis-habis gelak menyaksikan beberapa gambar make over yang sengal!
Mana taknya, kalau korang ada cita-cita nak jadi selebriti Malaysia dan antarabangsa yang meletop-letop tu, tapi rasa macam hajat tak kesampaian, jangan risau! Dengan #MakeUpTransformation semuanya boleh jadi. Haha.
Memang pecah perut kalau korang tengok tau. Iyalah, tak pernah tercapai dek akal den nengok orang bersusah-payah pakai penyapu semata-mata nak ada bulu mata ala Rozita Che Wan!
Sekarang dah tak perlu rasa rendah diri tau. semua boleh jadi cantik, tampan, segak dan bergaya dengan #MakeUpTransformation. Tak percaya? Korang tengok kat bawah ni.
1. Gaya Pakai Bulu Mata Ala Che Ta. Paling WIN sekali!
2. Kini siapapun boleh jadi ‘First Lady’.
3. Kulit mulus bak Emma Maembong. So sweet kan!
4. Penangan Miley Cyrus ke Panda?
Hahaha. Kelakar kan? Kalau korang nak tahu, ada banyak lagi tau. Nak tengok yang banyak-banyak tu, korang type je #MakeUpTransformation lepas tu, gelak sakan sorang-sorang okay!
Nah, kat bawah ni kami kasi tengok sikit antara yang lawak dan menarik. Enjoy! – Ohbulan
Mana taknya, kalau korang ada cita-cita nak jadi selebriti Malaysia dan antarabangsa yang meletop-letop tu, tapi rasa macam hajat tak kesampaian, jangan risau! Dengan #MakeUpTransformation semuanya boleh jadi. Haha.
Memang pecah perut kalau korang tengok tau. Iyalah, tak pernah tercapai dek akal den nengok orang bersusah-payah pakai penyapu semata-mata nak ada bulu mata ala Rozita Che Wan!
Sekarang dah tak perlu rasa rendah diri tau. semua boleh jadi cantik, tampan, segak dan bergaya dengan #MakeUpTransformation. Tak percaya? Korang tengok kat bawah ni.
1. Gaya Pakai Bulu Mata Ala Che Ta. Paling WIN sekali!
2. Kini siapapun boleh jadi ‘First Lady’.
3. Kulit mulus bak Emma Maembong. So sweet kan!
4. Penangan Miley Cyrus ke Panda?
Hahaha. Kelakar kan? Kalau korang nak tahu, ada banyak lagi tau. Nak tengok yang banyak-banyak tu, korang type je #MakeUpTransformation lepas tu, gelak sakan sorang-sorang okay!
Nah, kat bawah ni kami kasi tengok sikit antara yang lawak dan menarik. Enjoy! – Ohbulan
TOP
‘Saya Hanya Tegur, Bukan Suruh Letak Jawatan’ – Dr. M
KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak berniat meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, sebaliknya hanya memberi teguran terhadap Perdana Menteri dalam catatan terbaru dalam blognya.
“Saya tidak kata dia (Najib) patut letak jawatan, saya cuma tidak setuju dengan sebahagian daripada dasar dia.
“Ia (teguran) itu bukan bersifat peribadi. Orang lain tak tegur dia, jadi saya tegur la,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis, Universiti Utara Malaysia (IEIJS-UUM) di sini hari ini.
Bekas perdana menteri itu dalam catatan blognya hari ini berkata, beliau menegur pentadbiran Najib kerana berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala yang dilakukan oleh mereka adalah baik belaka.
Katanya, hanya apabila ditegur sahaja pemimpin akan sedar kesalahan yang dilakukan dan mungkin memperbetulkannya.
Dr Mahathir berkata beliau menegur menerusi blognya kerana telah berulang kali menegur pentadbiran Najib tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil.
Sementara itu, mengenai penubuhan IEIJS, Dr Mahathir berkata, ia dapat membantu memberi kefahaman dalam bentuk fakta akademik kepada orang Islam dan juga bukan Islam mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Palestin.
“Tidak banyak kajian fakta tentang Baitulmaqdis oleh ulama-ulama Islam. Hasil penubuhan institut ini, saya berharap akan ada kefahaman yang lebih baik tentang apa jua yang berlaku di sana,” katanya. – BERNAMA
TOP
Pejalan Kaki Samseng Yang Patut Dilanggar Saja…
KAMI yakin anda pernah berhadapan dengan perangai pejalan kaki yang memilih untuk melintas jalan ketika lampu isyarat bertukar hijau.
Memang menyirap darah dibuatnya!
Perangai pejalan kaki di Singapura ini adalah antara contoh manusia yang patut dilanggar saja.
Bukan setakat berjalan sambil berborak di telefon, siap hendak cari gaduh pula dengan pemandu kereta.
TOP
Kek Cawan Paling Mahal Di Dunia, RM2,700 Sebiji!
Tak percaya sebiji kek cawan ataupun cupcake ini berharga RM2,700?
Memang berfikir panjanglah kalau nak beli kek cawan ini..
Kek cawan gourmet yang paling mahal di dunia ini dijual di sebuah kedai kek di Kanada iaitu Le Dolci.
Pencuci mulut paling mahal ini diperbuat daripada buttercream coklat yang dihasilkan menggunakan Jamaica Blue Mountain Coffee, salah satu biji kopi paling terbaik di dunia.
Apa yang membuatkannya lebih mahal dan eksklusif lagi ialah kerana kek mini ini dihias dengan mutiara rangup dan ditabur dengan serbuk emas 24 karat.
Kalau dah semahal ini, pastinya kesedapannya memang ‘meletup’!
- MYNEWSHUB.MY
- MYNEWSHUB.MY
TOP
Pemandu Teksi Didakwa Cederakan Pemandu Teksi Warga Emas
KUALA LUMPUR – Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan sengaja mencederakan seorang pemandu teksi warga emas di Sentul, awal minggu lepas.
Shahidan Sa’ari, 37, didakwa menumbuk muka dan kepala How Wan Seng, 62, di hadapan Tokong Cina Jalan Sentul di sini pada 9.10 pagi, 11 Ogos lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Sept untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, Shahidan memohon supaya mhkamah mengurangkan jumlah jaminan terhadapnya atas alasan dia perlu menanggung ibunya yang menghidap sakit jantung selain dirinya yang sedang mendapatkan rawatan kerana menghidap sakit kulit.
Di mahkamah sama, seorang penjaga tempat letak kereta mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Brickfields, di sini awal Jun lepas.
Ahmad Fazli Muzir, 44, bersama dua lagi rakannya yang masih bebas, didakwa melakukan pemerasan terhadap Wong Fook Seng, 27, dengan tujuan mendatangkan ketakutan iaitu kerosakan kepada tapak projek sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM5,000 kepada tertuduh dan dua rakannya itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tapak projek Rumah Pam Pantai Valley Syabas berhampiran stesen LRT Universiti, Brickfields pada 3.40 petang, 4 Jun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda atau sebat, atau mana-mana dua hukuman tersebut jika sabit kesalahan.
Erry Shariman membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Sept untuk sebutan semula kes.
Kedua-dua kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Nom Phot Prackdit. – BERNAMA
TOP
Sedia Timbang Penyertaan GWGF Dalam Koperasi Felda 2
SERDANG – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sedia menimbang penyertaan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) dalam Koperasi Permodalan Felda 2 (KPF 2).
Perdana menteri berkata ini berasaskan minat yang ditunjukkan GWGF dalam sektor koperasi selain yakin penglibatan dan kerjasama gabungan itu akan memberi manfaat besar, khususnya kepada peneroka yang melabur dalam koperasi itu.
“Sedar GWGF ada minat besar mainkan peranan dalam KPF 2 Felda…ia dalam pertimbangan kita.
“Kita sedia timbang idea dan cadangan bernas GWGF. Semoga dengan kerjasama ini komuniti Felda akan lebih maju pada masa akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra Aidilfitri anjuran GWGF di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini Isnin.
KPF 2, koperasi khusus untuk generasi baharu Felda, diluluskan penubuhannya pada 2011 dan bakal menjadi model pembangunan ekonomi generasi baharu yang juga pelengkap kepada Koperasi Permodalan Felda.
Dalam pada itu, Najib berkata GWGF sebagai badan bukan kerajaan merupakan contoh terbaik dalam menjayakan dasar kerajaan membangunkan komuniti luar bandar serta membasmi kemiskinan.
Justeru, beliau meminta GWGF memberi input serta cadangan bernas kepada kerajaan untuk terus meningkatkan pendapatan serta taraf hidup komuniti Felda.
Dalam perkembangan lain, beliau menyambut baik penubuhan sebuah akademi golf di UPM yang disifatkannya sebagai satu langkah tepat untuk mencungkil lebih banyak bakat berpotensi dalam kalangan anak peneroka Felda.
“Generasi pertama Felda tidak pandai main golf, mereka mungkin main guli, gasing atau sepak takraw. Tetapi generasi kedua, mempunyai bakat dan potensi sehingga yang datang dari ceruk Felda boleh menjadi johan golf (pada Kejohanan Golf Tahunan GWGF 2014 semalam),” katanya.
Turut hadir Pengarah Besar Felda Datuk Faizouli Ahmad dan Presiden GWGF Tan Sri Rozali Ismail. – BERNAMA
TOP
Sokong Cadangan Kenakan VEP Terhadap Kenderaan Thailand
KANGAR – Kerajaan Perlis menyokong cadangan untuk mengenakan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) terhadap kenderaan asing dari Thailand yang memasuki Malaysia.
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man yakin sekiranya kutipan VEP dilaksanakan di pintu masuk sempadan Malaysia/Thailand di Padang Besar dan Wang Kelian di Perlis, ia tidak akan menjejaskan kemasukan kenderaan dari negara jiran itu.
“Kesan levi (VEP)itu dijangka tidak lama walaupun kerajaan Thailand mungkin mengambil tindakan sama mengenakan levi terhadap kenderaan Malaysia yang memasuki negara itu,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata hasil levi itu nanti boleh dikembalikan kepada Perlis untuk melaksanakan projek-projek pembangunan.
Kerajaan Negeri Kedah pada Julai lepas mencadangkan VEP dikenakan terhadap kenderaan asing dari Thailand ekoran keputusan kerajaan pusat bersetuju untuk mengenakan VEP ke atas kenderaan asing dari Singapura.
Azlan berkata mengikut rekod tahun 2013, lebih 714,000 kenderaan Thailand memasuki Malaysia melalui Padang Besar dan Wang Kelian berbanding lebih 400,000 kenderaan rakyat negara ini memasuki Thailand di kedua-dua pintu masuk itu.
Beliau juga mencadangkan kepada kerajaan pusat supaya mengehadkan kemasukan kenderaan Thailand yang membawa pelancong ke Malaysia setakat Kangar sahaja dan selepas itu diambil alih oleh pengusaha pengangkutan tempatan.
Katanya pada masa ini kemasukan kenderaan dari Malaysia yang membawa pelancong ke Thailand dihadkan sehingga Hatyai yang kemudian diambil alih
pengusaha pengangkutan negara itu.
“Kita boleh lihat kenderaan-kenderaan Thailand bebas membawa pelancong sehingga Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Baharu. Perkembangan ini tidak membantu syarikat-syarikat pengangkutan tempatan.
“Kerajaan pusat harus memikirkan isu ini yang berlanjutan agak lama tapi saya pasti kesannya terhadap industri pelancongan antara kedua-dua negara hanya sementara,” katanya. – BERNAMA
TOP
Geng Samun Bersenjata Tumpas Di Tanjung Malim
Shah Alam – Sekumpulan penjenayah yang aktif melakukan samun bersenjata sekitar Tanjung Karang, Sungai Buloh dan Tanjung Malim tumpas selepas ditahan sepasukan anggota polis di Kota Malim Prima dekat Tanjung Malim, Perak semalam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Rahim Jaafar, kumpulan penjenayah terbabit aktif melakukan samun sejak dua tahun lalu terutama membabitkan kes samun tepi jalan.
“Semua sembilan ahli kumpulan terbabit termasuk seorang wanita berusia antara 19 hingga 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
“Polis turut merampas tiga motosikal curi, 16 telefon bimbit, dua unit komputer riba serta beberapa barang curi yang lain,” katanya.
Menurutnya seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes samun manakala dua daripada mereka didapati positif dadah dan mereka direman sehingga 24 Ogos ini. – myMetro Online
TOP
Hospital Swasta Diminta Jadi Hospital Rakan Bayi
KOTA BAHARU – Hospital swasta di negara ini diminta melibatkan diri sebagai Hospital Rakan Bayi dengan menyediakan kemudahan infrastruktur sewajarnya demi menjayakan program penyusuan ibu.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata setakat ini hanya 13 daripada 175 hospital swasta diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi berbanding kesemua 127 hospital kerajaan yang telah mendapat pengiktirafan tersebut.
“Menyediakan persekitaran dan anggota yang terlatih dapat membantu ibu memulakan penyusuan susu ibu kepada bayi mereka sebaik selepas kelahiran sehingga bayi tersebut berusia enam bulan,” kata Subramaniam.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2014 Peringkat Kebangsaan di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di sini, Isnin.
Menteri itu berkata selain kemudahan infrastruktur, hospital berkenaan juga perlu melaksanakan kempen penyusuan susu ibu agar ibu tidak memilih susu lain dalam tempoh bayi dilahirkan sehingga berusia enam bulan.
“Sebanyak 95 peratus ibu di Malaysia pada awal kelahiran menyusukan bayi mereka dengan susu ibu.
“Namun, hanya 16 peratus yang kekal menyusukan bayi mereka sehingga berusia enam bulan,” katanya.
Subramaniam berkata susu ibu bukan sahaja makanan terbaik untuk bayi tetapi juga ia dapat melindungi bayi daripada risiko kegemukan dan penyakit tidak berjangkit.
Sementara itu, beliau meminta sektor swasta mengikut langkah sektor awam menyediakan pelbagai kemudahan kepada pekerja mereka untuk menyusukan bayi pada waktu bekerja seperti menyediakan pusat jagaan bayi di tempat kerja.
“Kerajaan juga menggalakkan penyediaan kemudahan kawasan mesra bayi di tempat awam termasuk di pusat membeli belah untuk kemudahan ibu menyusukan bayi mereka,” katanya. – BERNAMA
TOP
Lelaki Ditahan Dengan Senapang Buatan Sendiri
Muar – Seorang lelaki ditahan bersama selaras senapang buatan sendiri di sebuah pondok di Kamping Tengah Sungai Abon, Muar pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, lelaki itu ditahan dalam satu serbuan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai seorang lelaki mencurigakan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki berusia 27 tahun itu menjadikan pondok berkenaan sebagai tempat tinggalnya.
“Polis turut temui dua kelongsong peluru berukuran 40mm, 14 kelongsong peluru 7.62mm dan 14 kelongsong peluru 5.56mm,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Menurut Azman, pihaknya turut menemui alat GPS, empat telefon bimbit, iPad dan tujuh jam tangan.
Katanya, lelaki berkenaan juga didapati positif dadah. – myMetro Online
TOP
Tidak Tunggu Laporan, Siasat Kes Daripada Pelbagai Medium
GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak hanya menjalankan siasatan berdasarkan laporan yang diterima sebaliknya memantau segala bentuk kes berunsur rasuah daripada pelbagai medium.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali berkata sebarang maklumat sama ada melalui laporan media, persidangan Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri atau forum umum akan diteliti secara terperinci untuk melihat kesahihan isu yang diketengahkan.
Beliau berkata ia termasuk laporan ketua audit negara atau pembentangan penyata kewangan yang mempunyai unsur ketirisan dan boleh dikaitkan dengan salah laku rasuah.
“Tapisan terhadap sumber itu dibuat secara halus. Tetapi tidak semestinya semua perlu buka kertas siasatan, tidak boleh cepat buat kesimpulan kerana mungkin maklumat itu hanya dakwaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Amalan Kredibiliti, Masyarakat Berintegriti kepada golongan peniaga dan penjaja kecil di sini hari ini.
Beliau berkata secara purata SPRM menerima 5,000 laporan dalam tempoh setahun daripada pelbagai pihak namun hanya kira-kira 1,000 daripadanya diklasifikasi sebagai rasuah dan dibuka kertas siasatan.
Mustafar berkata baki kes akan dirujuk kepada agensi bersesuaian untuk tindakan lanjut dan 85 peratus daripada kertas siasatan yang dibuka itu menjalani proses pendakwaan di mahkamah.
Dalam pada itu, beliau berkata usaha pencegahan salah laku rasuah yang berpotensi melibatkan golongan itu dilakukan secara proaktif dengan mempromosi Ikrar Integriti Korporat (CIP) bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang adil dan telus.
Sejak CIP diperkenalkan pada 2010, terdapat peningkatan positif dari segi kecekapan pengurusan dan peningkatan penerimaan kontrak oleh badan korporat yang mengadaptasi dasar itu dalam gerak kerja mereka, katanya. – BERNAMA
TOP
Lelaki Dakwa Dipukul Anggota Pasukan Peronda Sukarela
GEORGE TOWN – Seorang aktivis sosial mendakwa dipukul sekumpulan lelaki dipercayai anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS), yang ditubuhkan kerajaan DAP Pulau Pinang, dalam satu majlis makan malam di sebuah tokong Cina di Air Itam di sini malam tadi.
Lelaki berusia 51 tahun itu mendakwa tindakan sekumpulan lima lelaki terbabit adalah kerana tidak suka dengan segala kritikannya terhadap kerajaan negeri melalui laman sosial Facebook.
Akibat kejadian itu, lelaki yang juga seorang peniaga itu mendakwa mengalami lebam di mata dan sakit di belakang badan.
Berikutan itu, polis menahan dua lelaki berusia 30-an di sini kira-kira 3 petang ini bagi membantu siasatan kes itu, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi di sini hari ini.
Kedua-dua lelaki itu juga mempunyai kesan calar di kepala dan tangan, katanya sambil memberitahu siasatan lanjut dijalankan bagi mendapatkan fakta sebenar kejadian itu.
Beliau berkata polis menerima dua laporan berhubung kejadian itu iaitu daripada lelaki berkenaan dan daripada anggota PPS yang membuat laporan hari ini mendakwa dipukul oleh lelaki itu.
Mior Faridalathrash berkata dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, peniaga lelaki berkenaan mendakwa diserang sekumpulan lelaki yang tidak dikenali menggunakan helmet serta ditumbuk dan ditendang.
“Kejadian itu dileraikan oleh orang ramai yang berada di majlis itu dan lima lelaki terbabit melarikan diri,” katanya.
Beliau berkata polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA
TOP
Kerajaan Terus Sokong Program Usahawan DPMM
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi sokongan penuh dalam menjayakan program Pembangunan Usahawan Melayu (PPU) kelolaan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) sebagai usaha untuk memperkasakan ekonomi golongan Bumiputera.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, PPU adalah satu langkah tepat yang dapat membantu memperkasakan peranan DPMM dalam konteks pembangunan ekonomi Bumiputera di negara ini.
“Saya minta DPMM meneruskan kaedah dan pelaksanaan program seumpama ini, saya percaya ia dapat perkasakan pembangunan ekonomi bumiputera,” kata beliau ketika berucap melancarkan Program Pembangunan Usahawan Melayu Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di sini.
Program PPU menyasar penyertaan satu juta usahawan Melayu terutamanya golongan muda di seluruh negara bagi tempoh 2014 hingga 2017, dengan tumpuan kepada beberapa sektor perniagaan.
Antara sektor perniagaan itu termasuklah industri makanan yang telah diproses, peruncitan, restoran, dobi, batik dan kraf tangan serta pelancongan.
Najib, yang juga Menteri Kewangan turut mempelawa DPMM agar menyertai lawatan beliau atau sebarang misi perdagangan Malaysia ke luar negara bagi mengintai peluang perniagaan yang dapat diceburi usahawan Bumiputera.
“Baru-baru ini saya telah jumpa dengan Datuk Syed Ali Al-Attas (Presiden DPMM) minta DPMM bersama saya dalam lawatan ke luar negara atau misi bersama Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri),” kata beliau.
Dalam perkembangan lain, Najib turut memuji proses penentuan kepimpinan DPMM baru-baru ini yang berjalan dengan permuafakatan tanpa sebarang pertikaian.
“Ini satu perkembangan positif dan saya ucapkan tahniah pada semua yang telah berjaya terutama sekali kepada Syed Ali kerana sekali lagi dipilih sebagai presiden DPMM,” kata beliau.
Dalam Mesyuarat Agung DPMM pada 15 Jun lalu, Syed Ali mengekalkan jawatan presiden untuk penggal 2014-2017 selepas menang tanpa bertanding. – BERNAMA
TOP
Polis Marin Tumpas Sindiket Penyeludupan Makanan
TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor menumpaskan sindiket penyeludupan makanan sejuk beku daripada negara jiran di pangkalan haram Hasnah, Pengkalan Kubor di sini semalam.
Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor Asisten Superitendan Mohd Nawi Yunus berkata serbuan yang dilakukan anggotanya pada pukul 8.10 malam itu hasil intipan pihaknya.
“Ketika serbuan dilakukan kelihatan dua orang lelaki sedang memunggah sesuatu dari bot berkenaan ke dalam sebuah kereta Proton Wira di pangkalan haram berkenaan.
“Namun, dua lelaki tersebut melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota PPM dengan menghilangkan diri ke dalam semak berhampiran,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Mohd Nawi berkata hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap kereta itu mendapati pelbagai jenis sosej dengan jumlah berat 280 kilogram, 10 kilogram pencicah, 20 kilogram serbuk roti, 10 kilogram tepung goreng dan 24 paket ayam beku yang setiap satunya seberat dua kilogram.
Katanya kesemua barang yang dirampas bernilai lebih RM8,000 diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk disiasat di bawah Akta Makanan 1983. – BERNAMA
TOP
EPL: Rodgers Kagum Liverpool Menang Tanpa Suarez
LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers berkata dia teruja dengan cara pasukannya menangani situasi tanpa bekas ayam tambatan, Luis Suarez selepas merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Southampton, semalam.
Selepas penyerang Uruguay itu berpindah ke Barcelona sudah terbit persoalan bagaimana The Reds mahu menyambung cabaran tanpa ketiadaannya, khasnya tanpa peledak prolifik.
Apa pun, Liverpool tampak belum berada pada tahap terbaik mereka ketika menumbangkan Southampton di Anfield namun apa yang penting tiga mata berharga menjadi milik mereka.
Anak didik Rodgers menjamin kemenangan mereka hasil jaringan Daniel Sturridge 11 minit sebelum tamat perlawanan selepas Nathaniel Clyne menyamakan kedudukan untuk mengikis gol pembukaan Raheem Sterling pada babak pertama.
“Cita-cita kami di Liverpool harus lebih besar daripada seorang pemain,” kata Rodgers.
“Luis (Suarez) mengirim teks yang cantik pagi ini dengan mengucapkan selamat maju jaya kepada kami semua. Ini satu berita yang hebat. Dia adalah seorang kawan baru di Liverpool. Dia budak hebat, tapi dia sudah pergi. Kami lebih besar daripada seorang pemain sahaja.
“Kami masih mencari seorang lagi penyerang. Segala-galanya kini adalah kemenangan ke atas Southampton dan kami berjaya mendapatkannya.”
Sementara itu, Sturridge berkata Liverpool lebih mantap berbanding musim lalu sekalipun tidak begitu menyerlah ketika menentang Southampton tanpa Suarez.
Apabila ditanya apakah Liverpool lebih baik selepas pengunduran Suarez, Sturridge berkata: “Ya, saya anggap begitu…kami sudah membeli ramai pemain baru.
“Kami harus bergerak ke depan walau pun tanpa Suarez. Dia memang hebat dan kami merinduinya. Tapi kami kena teruskan kerja di sini.” – Agensi
INFO
Pembelian musim panas Liverpool
Nama: Javier Manquillo
Posisi: Pertahanan
Umur: 20 tahun
Nilai: Pinjaman semusim dari Atletico Madrid)
Nama: Divock Origi
Posisi: Penyerang
Umur: 19 tahun
Nilai: STG10 juta (RM50 juta) dari Lille)
Nama: Alberto Moreno
Posisi: Pertahanan
Usia: 22 tahun
Nilai: STG12 juta (RM60 juta) dari Sevilla)
Nama: Rickie Lambert
Posisi: Penyerang
Usia: 32 tahun
Nilai: STG4 juta (RM20 juta) dari Southampton
Nama: Adam Lallana
Posisi: Tengah
Usia: 25 tahun
Nilai: STG25 juta (RM125 juta) dari Southampton
Nama: Emre Can
Posisi: Tengah
Usia: 20
Nilai: STG10 juta (RM50 juta) dari Bayer Leverkusen
Nama: Lazar Markovic
Posisi: Pemain sayap
Usia: 20 tahun
Nilai: STG20 juta (RM100 juta) dari Benfica
Nama: Dejan Lovren, 25,
Posisi: Pertahanan
Usia: 25 tahun
Nilai: STG20 juta (RM100 juta) dari Southampton
INFO
Pembelian musim panas Liverpool
Nama: Javier Manquillo
Posisi: Pertahanan
Umur: 20 tahun
Nilai: Pinjaman semusim dari Atletico Madrid)
Nama: Divock Origi
Posisi: Penyerang
Umur: 19 tahun
Nilai: STG10 juta (RM50 juta) dari Lille)
Nama: Alberto Moreno
Posisi: Pertahanan
Usia: 22 tahun
Nilai: STG12 juta (RM60 juta) dari Sevilla)
Nama: Rickie Lambert
Posisi: Penyerang
Usia: 32 tahun
Nilai: STG4 juta (RM20 juta) dari Southampton
Nama: Adam Lallana
Posisi: Tengah
Usia: 25 tahun
Nilai: STG25 juta (RM125 juta) dari Southampton
Nama: Emre Can
Posisi: Tengah
Usia: 20
Nilai: STG10 juta (RM50 juta) dari Bayer Leverkusen
Nama: Lazar Markovic
Posisi: Pemain sayap
Usia: 20 tahun
Nilai: STG20 juta (RM100 juta) dari Benfica
Nama: Dejan Lovren, 25,
Posisi: Pertahanan
Usia: 25 tahun
Nilai: STG20 juta (RM100 juta) dari Southampton
TOP
Acara Sederhana Sempena Sambutan Kemerdekaan Tahun Ini
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan beberapa acara berbentuk sederhana sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 ini sejajar dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan nahas MH17 milik syarikat penerbangan negara itu.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata pengisian aktiviti sempena kemerdekaan kali ini akan lebih tertumpu ke arah usaha mewujudkan rasa cinta kepada negara dalam kalangan warga kota.
“Kita tidak akan buat acara macam konsert yang besar dan seumpamanya tapi kita lebih menjurus kepada penghayatan dan erti sebenar kemerdekaan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat DBKL 2014 di sini hari ini.
Ahmad Phesal berkata dua tragedi itu tidak akan menenggelamkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia malah ia akan menaikkan lagi rasa cinta kepada negara.
Selain itu, Ahmad Phesal menggesa warga kota, pemilik premis, bangunan kerajaan, hotel, kediaman serta pemilik kenderaan untuk menyemarakkan lagi kempen mengibarkan Jalur Gemilang.
“Kita tidak boleh berkira untuk mengeluarkan sedikit belanja bagi menghiasi kediaman atau pejabat kita dengan Jalur Gemilang,” katanya.
Sempena majlis itu, DBKL mengedarkan lebih 2,000 Jalur Gemilang kepada wakil-wakil badan bukan kerajaan, peniaga, persatuan penduduk dan pemandu teksi.
Antara penerima Jalur Gemilang itu ialah Ketua Pegawai Operasi Coliseum, Terry Kok yang menghargai usaha DBKL dalam memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan.
“Ini membantu menaikkan semangat kita. Setiap orang perlu bersatu dalam menyambut Hari Kemerdekaan negara kita,” katanya. – BERNAMA
TOP
Warga Pakistan Songlap Wang Mangsa MH370 Diburu!
Polis yakin seorang lelaki warga Pakistan yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pengeluaran wang daripada akaun milik tiga penumpang dan seorang anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, masih berada dalam negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata setakat ini tiada petunjuk yang menyatakan lelaki itu melarikan diri ke luar negara.
“Setakat hari ini kita masih berusaha mengesan lelaki itu dan siasatan juga mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam majlis serah terima tugas Ketua Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad dan ACP Rasdi Ramli.
Rasdi dilantik memegang jawatan sebagai Pemangku Ketua Polis Dang Wangi manakala Zainuddin dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Pada Rabu lepas, pengurusan sebuah bank membuat laporan mengenai berlakunya transaksi akaun milik dua penumpang warga China, seorang penumpang warga Malaysia dan akaun seorang pramugara yang melibatkan pengeluaran wang RM110,643 tanpa kebenaran mana-mana pihak.
Siasatan awal polis mendapati daripada jumlah itu, sebanyak RM35,000 dipindahkan ke akaun kelima menerusi perbankan internet.
Berikutan itu, polis menahan seorang pegawai bank dan suaminya masing-masing berusia 33 tahun, pada 14 Ogos lepas dipercayai terbabit memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun mangsa.
Sementara itu dalam kes berasingan, polis masih menunggu maklum balas daripada Polis Antarabangsa (Interpol) di Taiwan bagi mengenal pasti dua lelaki yang dipercayai warganegara Taiwan yang sedang diburu polis.
Kedua-dua lelaki itu dikehendaki bagi membantu siasatan kes kecurian dua bentuk cincin berlian bernilai RM1.5 juta di dua galeri barangan kemas di Starhill, Bukit Bintang baru-baru ini.
“Polis sudah mengenal pasti identiti kedua-dua suspek dipercayai rakyat Taiwan tetapi setakat ini kami belum menerima maklum balas daripada Interpol Taiwan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Hotel Legoland Dah Minta Maaf Secara Peribadi Kepada Nora
KUALA LUMPUR: Hotel Legoland Malaysia Resort memaklumkan pihaknya telah pun memohon maaf kepada pelakon Nora Danish dan keluarganya di atas insiden terperangkap di dalam lif yang menimpa mereka sekeluarga ketika menetap di hotel tersebut.
Menurut Pengurus Perhubungan Legoland Malaysia, Deviga Doreraja, pihaknya telah meminta maaf secara peribadi dengan Nora dan keluarganya sejurus selepas kejadian tersebut, yang berlaku pada Ahad.
Deviga turut menambah dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI, kejadian tersebut berlaku disebabkan masalah teknikal yang melibatkan lif terbabit, yang dikatakan berhenti berfungsi di antara dua tingkat bangunan hotel itu.
Pihak hotel Legoland Malaysia Resort kini sedang bekerjasama dengan pembuat lif, Antah Schindler Sdn. Bhd. untuk mengenal pasti masalah teknikal yang menyebabkan kerosakan lif.
Deviga turut mengesahkan bahawa Pengarah Hotel, turut ada bersama Nora dan keluarganya untuk memastikan semua keperluan dipenuhi, mengikut piawaian antarabangsa hotel.
Ketika ini, pihak Legoland Malaysia sedang menyiasat dengan lebih lanjut mengenai dakwaan yang dibuat Nora dalam akaun media sosialnya.
Pada Ahad, Nora Danish memuat naik gambarnya bersama keluarga di dalam lif di hotel Legoland Malaysia Resort yang dikatakan berhenti berfungsi.
Dalam laman Instagram milik Nora, artis itu menyatakan bahawa dia, kakaknya dan seorang pengawal peribadi terperangkap dalam lif selama satu jam dan cuba menghubungi penjaga lif selama sepuluh minit sebelum dijawab. Menurut Nora lagi, dia marah apabila penjaga lif memberikan alasan bahawa perkara sebegitu selalu berlaku kerana ia sesuatu yang sangat merbahaya. ─ Astro Awani
Dalam laman Instagram milik Nora, artis itu menyatakan bahawa dia, kakaknya dan seorang pengawal peribadi terperangkap dalam lif selama satu jam dan cuba menghubungi penjaga lif selama sepuluh minit sebelum dijawab. Menurut Nora lagi, dia marah apabila penjaga lif memberikan alasan bahawa perkara sebegitu selalu berlaku kerana ia sesuatu yang sangat merbahaya. ─ Astro Awani
TOP
541 Kanak-Kanak Antara Lebih 2,000 Terkorban Di Gaza
BANDARAYA GAZA – Jumlah kematian dalam peperangan di Semenanjung Gaza kini meningkat melebihi 2,000 orang, kata Kementerian Kesihatan.
Sejumlah 2,016 orang terbunuh dan 10,196 cedera. Dalam kalangan mereka yang terkorban, 541 adalah kanak-kanak, 250 wanita dan 95 orang tua, katanya. – AFP
TOP
TM Sasar Perluas Penyelesaian Hiburan Hospitaliti
“Kami sedang berbincang dengan beberapa hotel untuk menyediakan perkhidmatan itu, dan seperti sebelum ini, kami akan bermula dengan sebuah hotel dan akan meluaskannya kepada semua rangkaian hotel di bawah kumpulan,” kata Naib Presiden Eksekutif SME TM, Azizi A Hadi selepas memeterai perjanjian kerjasama dengan Accor Hotels di sini hari ini.
Azizi berkata hingga kini, ada 40 buah hotel menggunakan HES, yang menawarkan pakej maklumat dan hiburan, penyelesaian jalur lebar dalam bangunan, perkhidmatan IPTV TM, HyppTV dan perkhidmatan pusat panggilan, disokong oleh hubungan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi.
Mengenai perjanjian kerjasama itu, TM dijangka menyediakan perkhidmatan itu untuk 10 buah hotel di bawah Accor Hotels di Malaysia.
Perkongsian itu turut menumpukan kepada kerjasama manfaat bersama perkhidmatan dan produk, program kesetiaan, kerjasama korporat, pemasaran dan promosi bersama, serta faedah tambahan untuk pekerja kedua-dua pihak.
“Avangio Hotel di Kota Kinabalu merupakan projek perintis bagi TM dan Accor dan kami berminat untuk meneruskan kerjasama itu berikutan tiada tempoh masa yang spesifik bagi kerjasama itu.
“Kami melihat kerjasama itu sebagai bermanfaat untuk kedua-dua pihak dan perkongsian itu akan berkembang,” kata Azizi.
Mengulas mengenai faedah monetari, beliau berkata kerjasama itu masih di peringkat awal dan kumpulan komunikasi dan maklumat bersepadu yang utama itu perlu mengkaji semula kadar langganan untuk menentukan kesan kepada kumpulan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Accor Malaysia, Indonesia dan Singapura Gerard Guillouet berkata kumpulan itu dijangka mengendalikan 20 hotel di Malaysia menjelang 2016.
“Kami sudah membuka sembilan buah hotel setakat ini, dan 16 buah hotel lagi masih dalam pembinaan,” katanya.
Ditanya mengenai jumlah pelaburan, Guillouet berkata kumpulan itu bertindak sebagai pengendali hotel dan tidak terlibat dalam pelaburan hartanah.
“Kami hanya terlibat dalam platform web, yang menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan berikutan ia boleh didapati dalam 18 bahasa.
“Bagi pelaburan hartanah, ia dikendalikan oleh rakan kongsi tempatan,” katanya sambil menambah kumpulan itu turut berminat untuk meneroka Johor sebagai lokasi hotel yang berpotensi.- BERNAMA
TOP
Penganjur Sukan Bogel P. Pinang Tulis Surat Mohon Maaf
Penganjur bersama sukan bogel di Pulau Pinang menulis surat permohonan maaf kepada kerajaan negeri itu kerana “menimbulkan kekecohan” dan “memalukan” negara ini.
Albert Yam, 45, warganegara Singapura menulis surat itu yang disiarkan dalam harian berbahasa Cina Kwong Wah Jit Poh, lapor New Straits Times Online.
“Ke hadapan kerajaan pulau Pinang, kami mohon maaf kerana menganjurkan acara naturist di Pulau Pinang, yang menyebabkan kekecohan di Malaysia.
“Kami tidak akan lakukannya lagi dan harap dapat terima permohonan maaf ikhlas kami atas salah laku itu yang memalukan negara. Kami sangat menghormati undang-undang di Malaysia, Yang ikhlas, Albert Yam Kam Hoong dan naturists.”
Sementara itu, Bernama melaporkan, lima individu termasuk seorang lelaki Singapura direman tiga hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes terhadap acara di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin dilaporkan berkata rakyat Singapura 30-an itu menyerah diri di ibu pejabat polis daerah Barat Daya pagi semalam.
Sehingga semalam tujuh daripada 15 individu yang disyaki terlibat dalam pesta itu ditahan.
Sukan itu hangat diperkatakan apabila video lima minit 52 saat bertajuk “Pesta Bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang” tersebar di Internet memaparkan sekumpulan individu melukis badan, menari dan mengadakan acara sukan secara berbogel.
TOP
GAMBAR: Pemandu Bengang Makcik ‘Chop’ Tempat Parking
Seorang pemandu bengang setelah menunggu hampir 15 minit untuk meletakkan kenderaanya di sebuah kawasan pangsapuri. Dia bengang kerana seorang makcik tiba-tiba berdiri disebuah kotak parking kosong.
Makcik itu dikatakan berdiri di tengah panas di kotak parking itu bagi membolehkan kereta anaknya parking disitu. Perbuatan ini menghalang pengguna lain meletak kenderaan disitu.
Kejadian itu berlaku di kawasan perumahan di Bedok, Singapura.
” Saya menunggu punyalah lama alih-alih makcik itu datang dan berdiri di kawasan parkir berkenaan.
” Peraturan apakah ini? Sepatutnya makcik itu kenalah hormat pada saya yang sampai lebih awal, tapi dia buat perangai macam ini, yang bagi saya sangat menjengkelkan,” kata pemandu berkenaan.. - SiakapKeli.com
TOP
Baru Batal Perkahwinan, Amyra Rosli Sudah Ada Pengganti Dazrin ?
Pernikahan pelakon Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos lalu telah dibatalkan.
Mengikut Dazrin, pembatalan itu dilakukan kerana kesibukan kerja. Tetapi ramai yang membuat andaian bahawa perkahwinan itu dibatalkan kerana mereka berdua ada masalah dalam perhubungan mereka.
Terbaru, sebuah akhbar tempatan telah mengeluarkan gosip yang mengatakan Amyra dah ada pengganti Dazrin.
Tapi itu sekadar gosip, kalau nak cerita yang sebenar, perlulah tunggu antara dua mereka keluar cerita. Tapi jodoh di tangan tuhan, kalau dah tak ada jodoh, nak buat macam mana kan? - SiakapKeli.com
TOP
PDRM Akan Hantar Batalion PGA Ke Sabah
IPOH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar satu batalion anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ke timur Sabah dalam masa terdekat.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Salleh Mat Rasid, berkata penghantaran itu bagi memperkuat dan mengetatkan kawalan benteng pertahanan di kawasan berkenaan.
“Pengambilan anggota akan dilaksanakan di seluruh Semenanjung dan Sarawak.
“Setakat ini, kita masih lagi menilai sama ada penghantaran itu untuk jangkamasa pendek atau panjang,” katanya kepada pemberita selepas berdialog bersama anggota PGA di Dewan Briged Utara, Markas Briged Utara, Hulu Kinta dekat sini, hari ini. – BH Online
TOP
N Surendran Dijangka Didakwa Esok Di Bawah Akta Hasutan
Naib Presiden PKR, N Surendran dijangka didakwa atas tuduhan hasutan di mahkamah sesyen esok kerana komennya mengenai kes Liwat II membabitkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua biro undang-undang parti itu, Latheefa Koya, berkata Surendran menerima panggilan dari seorang pegawai penyiasat polis, mengatakan bahawa waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya.
"Polis belum lagi mencatatkan sebarang kenyataan dari Surendran, tetapi dia dijadualkan akan didakwa," katanya kepada Malaysiakini petang ini.
Menurut Latheefa lagi, Surendran telah diminta untuk menyediakan wang untuk membayar jaminan dan menyediakan seorang penjamin.
Sementara itu Pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, dalam satu kenyataan hari ini, berkata polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Surendran.
Katanya, Surendran dijangka dihadapkan ke mahkamah Jalan Duta esok, jam 9 pagi di bawah Akta Hasutan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengenai satu konspirasi politik terhadap Anwar yang didakwa melibatkan Datuk Seri Najib Razak.
Awal hari ini, Anwar dalam satu kenyataan akhbar, mendakwa bahawa campur tangan dalam rayuannya terhadap sabitan kes Liwat II dengan mengganggu Surendran. - Malaysiakini
Awal hari ini, Anwar dalam satu kenyataan akhbar, mendakwa bahawa campur tangan dalam rayuannya terhadap sabitan kes Liwat II dengan mengganggu Surendran. - Malaysiakini
TOP
Tiga Murid Dakwa Dipaksa Lakukan Seks Oral Oleh Guru Besar
Bintulu, Sarawak - Sin Chew Daily telah melaporkan satu kes dimana seorang guru besar telah memaksa tiga orang murid sekolah melakukan seks oral sebagai hukuman atas kesalahan disiplin.
Menurut laporan itu lagi, murid yang berusia 11 tahun dari Bintulu itu dipaksa melucut pakaian dan melakukan perbuatan tersebut dalam kejadian enam bulan lepas.
Walaupun mangsa enggan melaksanakan arahan guru terbabit, suspek mengatakan mereka mesti melakukannya kerana ia adalah hukuman.
Hal ini terdedah setelah seorang daripada suspek memberitahu perkara tersebut kepada rakannnya.
Setelah disiasat, mereka mendapat tahu ramai lagi yang menjadi mangsa guru besar sekolah berkenaan.
TOP
Persiapan Istiadat P’hormatan Penerimaan Jenazah Lancar
SEPANG – Persiapan istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, yang ditembak jatuh di Timur Ukraine pada 17 Julai, berjalan lancar.
Seorang pegawai yang terlibat dalam raptai urusan pengendalian jenazah berkata raptai telah diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini untuk melihat pergerakan jenazah ketika tiba pada Jumaat ini.
“Kita akan melihat dari semua sudut yang perlu diperbaiki dan diperkemas untuk memastikan majlis istiadat penghormatan penerimaan jenazah berjalan lancar pada Jumaat ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Kumpulan pertama jenazah mangsa MH17 akan tiba pada Jumaat kira-kira 10 pagi dengan sebuah pesawat khas dari Amsterdam.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dijangka berangkat ke istiadat berkenaan yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jemaah menteri, menteri besar dan ketua menteri serta keluarga mangsa.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Jumaat ini (22 Ogos) sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan kumpulan pertama jenazah mangsa nahas MH17.
Sementara itu, tinjauan Bernama di Kompleks Bunga Raya, KLIA hari ini mendapati raptai yang dijalankan untuk melihat pergerakan jenazah dari kedua-dua pintu kargo pesawat ke van jenazah.
Anggota tentera dilihat mengusung keranda dan bekas abu khas yang ditutup dengan jalur gemilang dari pintu kargo pesawat sebelum ditempatkan dalam van jenazah.
“Kita cuba beberapa senario termasuk menggunakan satu pintu kargo atau kedua-dua pintu kargo ketika ketibaan keranda. Semua ini akan diperkemas lagi,” kata pegawai itu.
Sementara itu, jurucakap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata 300 anggota di bawah naungan 12 Briged Infantri Malaysia akan terlibat dalam istiadat penghormatan penerimaan jenazah.
“Empat helikopter akan menerbangkan jenazah di Semenanjung Malaysia manakala dua pesawat Charlie disediakan untuk menerbangkan jenazah ke Sarawak,” kata jurucakap ATM.
Pada Jumaat lepas, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan kumpulan pertama jenazah yang terdiri daripada 15 rakyat Malaysia dan seorang warga Belanda dalam tragedi pesawat MH17 akan tiba di KLIA.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong pula berkata 22 jenazah termasuk empat bekas berisi abu mayat mangsa dijangka dihantar pulang dari Amsterdam.
Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal itu dipercayai ditembak jatuh, namun sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. – BERNAMA
TOP
Tengku Abdullah Sedia Lepas Jawatan Presiden MHC
KUALA LUMPUR – Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata baginda bersedia melepaskan jawatan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) pada mesyuarat agung tahunan (AGM) akan datang badan sukan itu.
Tengku Abdullah bertitah sudah tiba masanya badan induk sukan itu diterajui oleh pemimpin yang komited dan berpengaruh termasuk dalam urusan mendapatkan dana bagi memajukan sukan hoki negara.
“Saya fikir MHC perlu sedikit rombakan…Saya telahpun buat kenyataan yang saya berhasrat melepaskan jawatan itu.
“Saya ingin menyerahkan tempat itu kepada seseorang yang dapat menaikkan lagi hoki…Kenyataan saya ini tidak perlu dibahaskan. Ini hasrat saya, itu saja,” titah Tengku Mahkota Pahang itu.
Tengku Abdullah bertitah kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Anggota Jawatankuasa Tertinggi MHC di sini hari ini.
Sepanjang dua penggal memimpin sukan hoki, Tengku Abdullah bertitah secara keseluruhan baginda berpuas hati dengan pencapaian pasukan negara walaupun prestasi skuad kebangsaan kurang memuaskan kebelakangan ini.
“Saya berpuas hati dengan pencapaian skuad hoki negara. Namun sudah sampai masanya bagi memberi peluang kepada individu yang boleh berbakti kepada hoki.
Memang ada sedikit tersinggung (susulan prestasi skuad hoki) tetapi bukan bermakna saya tidak berpuas hati.
“Saya sudah melakukan yang terbaik untuk pasukan hoki negara, pencapaian terbaik…jika ada orang nak datang (sebagai presiden MHC), saya kosongkan kerusi itu. Tidak perlu emosi mengenainya,” titah baginda.
Tengku Abdullah bertitah pemilihan kepimpinan baharu MHC akan dilakukan pada AGM 2014-2018 iaitu selepas Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, yang berakhir 4 Oktober.
MHC turut mencalonkan Tengku Abdullah sebagai Presiden Persekutuan Hoki Asia pada pemilihan yang akan diadakan pada 31 Ogos ini. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment