TOP
Polis Sedang Memburu Suspek Kes Samun Dan Rogol
GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang sedang memburu empat lelaki dipercayai suspek kes seorang ahli perniagaan diserang manakala rakan wanitanya diculik dan dirogol ketika sedang berehat di hentian Jambatan Pulau Pinang pada awal pagi Ahad lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Polis Negeri Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan berkata pihak polis juga sedang mendapatkan maklumat tambahan berhubung kes itu.
“Polis sudah ada maklumat dan sedang dapatkan maklumat tambahan, ada banyak perkara yang boleh membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi itu, lelaki yang berumur 46 tahun itu bersama seorang kawan wanita warga asing berumur 22 tahun, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Seberang Perai sebelum diserang kumpulan berkenaan ketika berehat di hentian jambatan itu.
Suspek pada mulanya ingin bertanya berkenaan arah jalan telah menyerang mangsa lelaki sebelum menyamun dan menculik kawan wanita bersama-sama kereta Hyundai Elantra milik mangsa.
Katanya keempat-empat suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun itu turut melarikan dompet, telefon bimbit, wang tunai lebih kurang RM1,000 dan peralatan berharga milik mangsa. – BERNAMA
TOP
53% Banduan Di Penjara Sabah Warga Asing
KOTA KINABALU – Sejumlah 53 peratus daripada 6,000 tahanan dan banduan yang sedang menjalani hukuman atas pelbagai kesalahan di enam penjara di seluruh Sabah adalah warga asing, kata Pengarah Jabatan Penjara Sabah, Ab Basir Mohamad.
Menurut Ab Basir penjara di Sabah kini menampung jumlah tahanan dan banduan melebihi kapasiti iaitu 5,500 orang dan kos makanan harian bagi setiap tahanan ialah RM8.40.
“Sekarang ini, penjara Sabah memang sudah melebihi kapasiti yang ada.
Bagaimanapun, kita masih mampu menguruskan banduan yang ada dalam tahanan kita dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu di sini hari ini.
Justeru kata Ab Basir bagi mengurangkan kesesakan di penjara, pihaknya sudah bersedia untuk melaksanakan program pemindahan banduan warganegara asing untuk meneruskan tempoh hukuman mereka di negara asal sebaik mendapat arahan daripada kerajaan.
Katanya, langkah lain yang diambil dalam mengurangkan kesesakan di penjara Sabah termasuk cadangan pembinaan sebuah penjara di Lahad Datu yang pembinaannya dijangka bermula tahun ini yang boleh menampung kira-kira 1,000 banduan dan tahanan pada satu-satu masa.
Menurut Ab Basir penjara Labuan yang baru beroperasi juga kini menampung kira-kira 400 banduan yang dipindahkan daripada penjara Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu. – BERNAMA
TOP
Pemuda Maut Selepas Motosikal Langgar Tiang Elektrik
KUANTAN – Seorang pemuda terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Kuantan – Sungai Lembing dekat Kampung Kuala Kenau, di sini semalam.
Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, mangsa, Sahlan Mad Deli, 19, dari Kampung Sungai Emas, Sungai Lembing meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya kejadian jam 6.25 petang itu dipercayai berlaku semasa lelaki itu yang menunggang bersendirian dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Sungai Lembing.
Beliau berkata ketika di tempat kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh sebatang tiang elektrik.
Mohamed Fauzi berkata siasatan awal mendapati mangsa yang tidak bekerja itu tidak memliki lesen memandu yang sah.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
TOP
Mila Jirin Sudah Berhijab, Rancang Kahwin Tahun Depan
BUKAN mudah untuk memujuk penyanyi kecil molek, Mila Jirin membuka mulut bercerita mengenai gerangan kekasih hati. Biarpun diasak, Mila tetap mengunci mulut mengenai perihal kekasih yang sudah dikenalinya sejak dia berusia 18 tahun itu.
Bagaimanapun, Kosmo! mendapat tahu bahawa kekasih Mila itu merupakan pengurusnya sendiri yang dikenali dengan nama Isz. Pasangan itu khabarnya telah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama pelantun lagu Aku Lebih Tahu itu selanjutnya.
Kosmo!: Benarkah khabar angin mengatakan Mila bakal mendirikan rumah tangga pada tahun depan?
MILA: Insya-Allah. Memang ada perancangan untuk berkahwin pada tahun depan. Tetapi saya tidak mahu dedahkan siapakah orangnya.
Kenapakah anda sukar untuk mendedahkan mengenai perihal kekasih?
Saya takut bila beritahu nanti, susah untuk kami bergerak melakukan pelbagai urusan.
Benarkah ada dakwaan mengatakan kekasih anda itu sebenarnya pengurus anda sendiri, Isz?
Susah hendak cakap. Sebagai seorang perempuan saya juga tidak mahu cakap lebih-lebih. Saya lebih selesa untuk tidak memberikan jawapan. Dia (kekasih) juga tidak mahu saya dedahkan. Bila sudah dekat tarikh kahwin nanti, kelak kami bercadang untuk dedahkan.
Khabarnya, anda bakal melangsungkan perkahwinan di dewan perkahwinan yang dimiliki Mila sendiri iaitu Kristal Hall di Bukit Jelutong, Shah Alam yang akan dirasmikan 9 Ogos ini. Benarkah?
Saya tidak pasti lagi sama ada untuk mengadakan majlis perkahwinan di dewan tersebut. Ya, memang pada 9 Ogos ini saya akan mengadakan majlis pelancaran dewan tersebut.
Boleh ceritakan bagaimana anda dan kekasih mula berkenalan?
Kami bermula sebagai kawan. Saya sudah kenal dia sebelum jadi artis lagi, ketika umur saya 18 tahun.
Sejak bila kalian mulai serius?
Bila keluarga kedua-dua belah pihak merestui hubungan kami. Mula-mula berkawan. Selepas itu, hubungan kedua-dua keluarga rapat. Daripada situ, hubungan kami lebih serius.
Anda sudah melakukan sebarang persiapan perkahwinan?
Belum lagi. Ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan dahulu sebelum saya memikirkan tentang persiapan perkahwinan. Antaranya, lagu terbaharu saya, Boneka, ciptaan Kunci Demak. Saya juga bakal muncul dengan lagu duet bersama Nubhan, Hampir Jauh, ciptaan Omar K.
Selepas selesai pelancaran lagu dan klip videonya, barulah saya akan fikir tentang kahwin. Saya juga merancang untuk muncul dengan lagu berentak kerohanian dan sesuai dengan penampilan saya yang kini sudah bertudung.
Boleh kongsikan mengenai hijrah anda itu?
Sebenarnya sejak tahun lepas lagi saya sudah berniat untuk bertudung. Bagaimanapun, ia tidak dapat dilaksanakan berikutan komitmen saya sebagai anak seni. Sudah menandatangani banyak kontrak.
Alhamdulillah, akhirnya pada bulan Ramadan saya dibukakan hati untuk bertudung. Sukar untuk saya tafsirkan hanya mampu mengucapkan syukur buat Ilahi.
Bertubi-tubi soalan diajukan peminat tentang penampilan baharu saya. Alhamdulillah, saya juga seperti manusia lain yang inginkan perubahan yang baik dalam kehidupan.
Ada yang tanya, adakah bertudung disebabkan ingin berkahwin? Saya hanya mampu tersenyum kerana itu bukanlah alasannya. Saya bertudung bukan kerana mahu kahwin. Saya juga bertudung bukan disebabkan sesiapa. - Kosmo

Tiga Sahabat Nyaris Maut Diganyang Parang
Port Dickson: Tiga sahabat mendakwa nyaris maut dibelasah sekumpulan lelaki bersenjatakan parang panjang yang dipercayai tidak berpuas hati selepas mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya di Bukit Pelandok, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah malam itu, pemandu kereta Waja, Mohd Shafiq Azman, 24, bersama dua rakan, Mohd Hafizan Jamil, 24, dan Mohd Shahidi Sahar, 24, baru pulang berhari raya di Lenggeng, Nilai, Menurut Mohd Shafiq, sejurus tiba di tempat kejadian di pekan Bukit Pelandok, di sini, seorang kanak-kanak lelaki dilihat tergesa-gesa melintas jalan menyebabkan dia membrek kereta secara mengejut.
“Kanak-kanak itu jatuh dan saya terus turun untuk melihat keadaannya yang luka di siku. Tidak lama selepas itu, kenderaan saya dikerumuni lebih 10 orang dengan dua daripadanya bersenjatakan parang.
“Saya dan rakan cuba berunding secara baik, namun mereka cuba bertindak ganas dengan memukul Hafizan sebelum mengejarnya dengan membawa parang manakala saya dan Shahidi diugut supaya tidak melawan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pachitan, Bukit Pelandok, di sini, semalam. Dalam pertemuan itu, Mohd Shafiq turut menunjukkan keadaan cermin dan bonet kereta yang didakwanya dipecahkan dan diketuk dengan parang oleh kumpulan lelaki itu.
Sementara itu, Hafizan berkata, dia cuba mengalihkan kereta ke tepi dengan menolaknya kerana kunci kereta sudah diambil oleh kumpulan lelaki berkenaan menyebabkan dia dimarahi mereka manakala kereta ditendang di bahagian pintu sehingga kemek.
“Selepas ditumbuk beberapa kali, saya cuba melawan menyebabkan lelaki bersenjatakan parang itu mengejar saya hampir seratus meter sebelum saya menyorok di belakang sebuah kedai.
“Saya kemudian berjaya menghubungi beberapa rakan di kampung dengan telefon bimbit untuk meminta bantuan.
"Nasib baik rakan-rakan ramai yang datang dan baru saya berani keluar dari tempat persembunyian,” katanya.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abd Wahab Harun berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca daripada satu kemalangan kecil membabitkan sebuah kereta dan kanak-kanak yang melintas jalan, namun menimbulkan rasa tidak puas hati sekumpulan lelaki yang berada di tepi jalan itu.
“?Akibat tidak puas hati, mereka merosakkan kereta mangsa dan keadaan kembali kecoh apabila lebih 100 orang kampung keluar dan membawa parang berhampiran Balai Polis Bukit Pelandok. Bagaimanapun, keadaan kembali tenang pada jam 3.30 pagi.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 440(a) Kanun Keseksaan kerana khianat semasa membuat rusuhan,” katanya ketika dihubungi, semalam. - myMetro
TOP
Malaysia jadi tuan rumah Piala Gatka
PERSEKUTUAN Gatka Asia (AGF) yang mengurus dan mempromosi seni pertahanan diri kaum Sikh akan menganjurkan kejohanan Piala Gatka yang pertama di Asia pada Februari depan di Malaysia.
Tarikh sebenar acara itu akan diumumkan selepas mesyuarat bersama Persekutuan Gatka Malaysia, menurut laporan Press Trust of India yang memetik Presiden AGF Surinderpal Singh sebagai berkata.
Menurut laporan itu, Surinderpal berkata demikian pada hari terakhir penganjuran kursus Gatka yang diadakan di Universiti Punjabi di Patiala, Punjab.
Kursus tiga hari itu disertai pengadil, jurulatih dan pegawai teknikal Gatka.
Dalam ucapannya, Surinderpal berkata Persekutuan Gatka Dunia dan AGF menubuhkan lebih daripada 36 persekutuan di negara berbeza dan menganjurkan kejohanan gatka peringkat kebangsaan di Nepal, United Kingdom, Kanada dan Amerika Syarikat.
Piala Gatka bertujuan menggalakkan seni mempertahankan diri tradisional dari Asia selatan, menurut laporan itu. - Bernama
TOP
Pengantin Dari Malaysia Terkenal Dalam Laman Blog Israel
SHAH ALAM – Berita mengenai sepasang pengantin Malaysia yang mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka dengan memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin mendapat liputan sehingga ke negara itu.
Berita tersebut disiarkan menerusi laman blog milik Israel iaitu elderofziyon.blogspot.com dengan judul “Malaysian couple decides to burn Israeli flag on their wedding day “.
Berita itu turut dikongsi oleh laman Facebook Israel iaitu The Israel Project (Tip), perkongsian berita itu mendapat respon daripada penyokong Israel yang marah dengan tindakan itu.
Ada di antaranya mendoakan agar pasangan tersebut mendapat ‘bala bencana’ dek kerana perbuatan itu.
Patrick Gleen Hendry yang dipetik sebagai berkata “semoga kehidupan mereka suami isteri penuh dengan kesengsaraan”. Terdahulu pasangan pengantin yang berasal dari Jasin, Melaka Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya yang bekerja sebagai arkitek bertindak melakukan perkara itu selepas berasa amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis. Pasangan itu memijak dan membakar bendera Israel sebelum memasuki kawasan rumah mereka. Terdahulu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman tersebut untuk dipijak oleh hampir 3,000 tetamu yang menghadiri majlis tersebut. Tindakan memijak bendera itu merupakan simbolik yang menjelaskan Israel selayaknya diletakkan di bawah telapak kaki umat Islam selain membangkitkan perasaan marah terhadap kekejaman rejim tersebut. – SINAR HARIAN

Imigresen tawar ganjaran RM1,500 bantu tangkap tahanan lolos
SEREMBAN: Jabatan Imigresen Malaysia cawangan Negeri Sembilan menawarkan ganjaran RM1,500 kepada orang ramai yang dapat menangkap seorang warga Iraq yang meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen di Lenggeng.
Pengarahnya, Faizal Fazri Othman berkata lelaki berusia 37 tahun itu melarikan diri pada jam 4.20 petang Jumaat lalu dan kali terakhir dikesan di Kampung Dacing Hilir, pada jam 10.45 malam Sabtu lalu.
Imigresen Negeri Sembilan melancarkan gerakan besar-besaran bagi mengesan lelaki itu dengan tumpuan di sekitar Lenggeng dan Mantin, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurut Faizal Fazri lelaki itu ditahan di depot berkenaan sejak Januari lalu selepas selesai menjalani hukuman penjara atas kesalahan imigresen dan dalam proses untuk dihantar pulang ke negara asal.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi jabatan tersebut di talian 06-7627707. - BERNAMA
TOP
Cubaan bunuh: Lelaki Dipenjara 80 Bulan
KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengawal keselamatan dihukum penjara 80 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas tuduhan cubaan membunuh seorang bekas pemandu lori sehari sebelum sambutan Aidilfitri.
Andi Jemain, 52, dituduh melakukan kesalahan itu dengan menikam Mohd Nizam Mohd Zaini, 41, menggunakan sebilah pisau di No 2-9-8C tingkat 3, Jalan Raja Laut, di sini pada 5.30 pagi, 27 Julai lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Hakim Zainol Rashid Hussain memerintahkan hukuman penjara bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu 27 Julai.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Zainol Rashid sempat menasihatkan Andi supaya patuh pada undang-undang dan melapor pada pihak berkuasa jika mempunyai masalah.
Ketika rayuan, Andi yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah bahawa mangsa telah lama mengejek dan mengambil duitnya sesuka hati.
Tertuduh turut merayu, agar mahkamah mengurangkan hukuman terhadapnya kerana perlu menyara lapan orang anak yang masih bersekolah dan berhasrat untuk pulang ke Sarawak selepas selesai menjalani hukuman.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi memohon hukuman setimpal kerana wujud bukti jelas yang menunjukkan tertuduh mempunyai niat cuba membunuh mangsa dengan menikamnya beberapa kali di bahagian leher sebelah kanan dan hanya berhenti apabila terkejut dengan kehadiran polis.
Joy Jothi turut memohon mahkamah menolak alasan tertuduh bahawa punca pergaduhan adalah kerana dia sering diejek oleh mangsa sebelum kejadian. – BERNAMA
TOP
2 Diberkas Ada Akses Ke ‘Penthouse’ Proses Dadah
KUALA LUMPUR – Polis memberkas dua individu susulan pembongkaran makmal dadah di sebuah kondominium di Taman Sungai Besi, Cheras di sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, lelaki warga tempatan berusia 38 tahun dan wanita warga asing berusia 27 tahun terbabit ditahan pada hari yang sama di sebuah unit lain di kondominium tersebut.
“Mereka ditahan kerana mempunyai akses terhadap unit ‘penthouse’ yang dipercayai menjadi makmal memproses dadah jenis syabu dan pil kuda,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Menurut Mohan Singh kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Media melaporkan kegiatan memproses dadah jenis syabu di kediaman mewah itu terbongkar selepas sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak digegaskan ke unit tersebut pada 12.15 tengah hari sejurus menerima panggilan kecemasan.
Penggera kebakaran di penthouse itu berbunyi akibat kepulan asap yang terhasil daripada campuran bahan kimia yang dipercayai untuk menghasilkan syabu di dalam rumah berkenaan.
Mengulas kes itu, Mohan Singh berkata hasil pemeriksaan lanjut di unit penthouse berkenaan, polis menemukan dadah jenis syabu seberat 25.270 kilogram dengan nilai pasaran RM2.5 juta dan sebuah beg berisi pil kuda dianggar bernilai RM1 juta.
“Kita mendapati makmal ini telah beroperasi hampir sebulan dan dipercayai dadah berkenaan untuk dijual di pasaran tempatan.
Mohan Singh berkata pihaknya juga turut merampas dua kereta mewah daripada suspek. – BERNAMA
TOP
100 Saman Buat Pemandu Bas Kilang Halang Lalu Lintas Di CIQ
JOHOR BHARU – Polis mengeluarkan 100 saman kepada pemandu bas kilang yang menghalang lalu lintas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, di sini, 1 Ogos lepas berikutan perlaksanaan kadar tol baharu.
Timbalan Ketua Polis Daerah II Johor Baharu Selatan Supt Mohd Nadzir Ghulam Kadir berkata kesemua mereka yang meletakkan kenderaan di bahu jalan utama terbabit akan disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Mereka ini (pemandu bas kilang) sengaja beredar membawa kunci dan meninggalkan bas sebelum kemudian berkumpul beramai-ramai.
“Perbuatan ini kemudian menimbulkan kesusahan kepada pengguna jalan yang lain dan orang awam sehingga ada yang terpaksa berjalan kaki ke Singapura,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian terbabit.
Mohd Nadzir berkata polis sentiasa memantau keadaan di kompleks CIQ dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL).
“Para pengguna jalan raya sentiasa diingatkan supaya mematuhi peraturan dan mana-mana yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan kadar baharu tol itu diminta supaya tidak menimbulkan kesulitan sebaliknya berunding dengan pihak yang bertanggungjawab bagi mengatasi masalah itu,” katanya.
Sementara itu, tinjauan BERNAMA dari 5 pagi hingga 8 pagi tadi mendapati kenderaan yang memasuki Singapura melalui Tambak Johor dalam keadaan terkawal.
Berlaku sedikit kesesakan biasa ketika waktu puncak iaitu semasa rakyat Malaysia memasuki Singapura untuk bekerja.
Anggota polis trafik daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan turut ditempatkan bagi mengawal kenderaan di beberapa jalan masuk ke CIQ dan bersedia jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
Difahamkan penempatan anggota polis itu dilakukan untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya kejadian mogok pada Jumaat lepas berulang.
Dalam kejadian 1 Ogos lepas, 200 pemandu bas kilang dikatakan enggan memasuki Singapura menyebabkan laluan trafik sesak di CIQ mulai 4 pagi dan berakhir empat jam kemudian.
Tindakan itu menyebabkan ribuan pekerja terpaksa berjalan kaki menyeberang Tambak Johor sebelum menaiki bas penumpang di Woodlands.
Kejadian itu dikatakan berpunca akibat pengumuman LLM berhubung kadar baharu tol arah masuk CIQ itu bagi kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5 masing-masing bernilai RM9.70, RM14.70, RM19.70, RM4.80 dan RM7.80, manakala bagi kadar arah keluar bernilai RM6.80, RM10.20, RM13.60, RM3.40 dan RM5.50 yang bermula 1 Ogos.
Sebelum itu, Singapura juga mengumumkan kenaikan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) dan Permit Kenderaan Barangan (GVP) dari luar ke republik itu berkuat kuasa pada tarikh sama.
VEP dinaikkan daripada S$20 (RM51.37) kepada S$35 (RM89.90) sehari manakala GVP pula S$40 (RM102.74) berbanding S$10 (RM25.68) sebulan. – BERNAMA
TOP
Perlis Akan Rampas Rumah RPA Yang Disewakan
KANGAR – Kerajaan Perlis akan menarik balik rumah yang diberi di bawah rancangan perumahan awam (RPA) jika didapati pemilik menyewakannya kepada pihak lain.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Mat Hassan berkata langkah keras itu dilihat perlu memandangkan operasi baru-baru ini mendapati ramai pemilik RPA berbuat demikian.
“Projek RPA bertujuan memberi kemudahan tempat tinggal kepada rakyat yang tidak memiliki rumah. Jika sudah ada rumah mereka tidak layak memohon dan boleh dianggap menipu sekiranya sudah ada rumah,” katanya pada Isnin.
Menurutnya rumah yang dirampas itu akan diberi kepada penyewa.
Mengenai operasi yang dilaksana oleh Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri terhadap RPA Kampung Sena di sini baru-baru ini, beliau berkata sebanyak 40 unit disewakan termasuk beberapa buah dijadikan stor penyimpanan barang.
“Kerajaan negeri tidak akan membiarkan pemilik asal yang hanya membayar RM124 sebulan mencari keuntungan mudah dengan menyewakan rumah mereka kepada pihak lain,” kata Mat.
Sehubungan itu beliau berkata kerajaan negeri akan menjalankan operasi secara menyeluruh bagi memastikan RPA terbabit didiami oleh pemilik sebenar.
Pada masa yang sama kerajaan negeri juga mengumpulkan maklumat mengenai rakyat miskin yang tidak ada rumah, katanya. – BERNAMA
TOP
Petronas Biayai RM67 Juta Bagi Operasi SAR MH370
KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd akan membiayai RM67 juta bagi penyediaan sonar imbasan dan kapal sokongan marin untuk operasi mencari dan mendapatkan semula (SAR) pesawat MH370 Malaysia Airlines yang hilang.
Syarikat minyak nasional itu dalam satu kenyataan hari ini berkata kelengkapan pencarian dalam air dan kapal sokongan itu akan digunakan bagi pencarian laut dalam.
“Kedua-dua aset itu, yang dibekalkan oleh DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd, akan menyertai pencarian di bawah pendekatan kelengkapan disediakan kerajaan di mana syarikat Malaysia merupakan sebahagian daripada sumber untuk membiayai operasi SAR.
“Sebelum ini, Petronas telah membenarkan penggunaan kapal geo-hazard survey miliknya, MV Teknik Putra, antara 10-16 Mac, 2014, bagi operasi pencarian awal pesawat yang hilang itu di Laut China Selatan,” kata syarikat tersebut.
Kapal itu kini telah kembali melakukan tugas-tugas rutinnya selepas misi tersebut selesai. – BERNAMA
TOP
Lelaki Maut Kereta Dipandu Bertembung Kenderaan Lain
DUNGUN – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang memasuki laluan bertentangan di Jalan Durian Mentangau berhampiran Kampung Delong di sini hari ini.
Dalam kejadian 8.30 pagi itu menyebabkan mangsa Hasnam Daud, 38, yang bekerja sebagai pemasang besi perancah, maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, ketika kejadian mangsa dari arah Kampung Padang Pulut dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Paka.
Katanya, insiden itu dipercayai berlaku setelah SUV jenis Mazda CX5 yang dipandu seorang lelaki yang berusia 32 tahun memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Proton Iswara Aeroback yang dipandu mangsa.
“Susulan kejadian itu, mangsa tersepit di tempat duduknya dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dada sebelum disahkan meninggal di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Enam anggota bomba daripada Balai Bomba Dungun dikerahkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat manakala pemandu SUV terbabit hanya cedera ringan. – BERNAMA
TOP
MH17: J/kuasa Pengurusan Jenazah Bermesyuarat Khamis Ini
BETING MARO (Sarawak) – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk mengenai pengurusan mayat dan jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Khamis ini.
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata mesyuarat itu akan menentukan segala proses pengurusan mayat dan jenazah mangsa nahas itu.
“Mesyuarat berkenaan akan memperincikan semua tuntutan diterima daripada keluarga mangsa berkenaan proses yang akan dilakukan ketika mayat mangsa dibawa pulang serta proses pengebumian yang akan dilakukan,” katanya.
Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Batang Maro di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalannya, Datin Paduka Chiew Mei Fun dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Sabariah Hassan.
Upacara menyambut ketibaan mangsa dan jenazah mangsa nahas MH17 dari negara ini akan dilakukan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
Penerbangan MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal – dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.
Sebanyak 43 warga Malaysia antara penumpang dan anak kapal dalam pesawat itu.
Ketika diminta memperincikan mengenai bayaran pampasan kepada waris terdekat mangsa nahas, Rohani berkata pembayaran secara berperingkat akan mula dibuat pada 8 Ogos ini.
Pagi tadi dalam temu bual dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM), beliau berkata waris terdekat mangsa nahas MH17 dijangka menerima bayaran pampasan awal sebanyak AS$50,000 atau kira-kira RM160,000 dalam jangka masa terdekat. – BERNAMA
TOP
Tiada Lanjutan Masa Pendaftaran Syarikat Untuk GST
KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) tidak akan memberikan lanjutan masa kepada syarikat dan perniagaan yang termaktub di bawah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) untuk mendaftarkan peniagaan mereka, selepas tempoh itu tamat pada 31 Disember ini.
Pengarah GST Kastam Datuk Subromaniam Tholasy, berkata Kastam tidak dapat memberikan lanjutan masa berikutan semua syarikat memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk membuat persediaan sebelum cukai itu dilaksanakan pada 1 April tahun depan.
“Tarikh akhir yang ditetapkan itu bersesuaian kerana mulai Januari hadapan, Kastam boleh membimbing syarikat dan usahawan ini untuk menghadapi GST, dan sudah pasti masa suntuk jika tempoh pendaftaran dilanjutkan,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ditemui pada sidang media berhubung penganjuran taklimat berkaitan GST anjuran Kastam bersama Sekretariat Khas untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED), Jabatan Perdana Menteri, yang akan diadakan pada 16 Ogos ini.
Beliau berkata urusan pendaftaran juga tidak menjadi masalah kerana ia boleh dilakukan secara dalam talian di laman web Kastam, dan syarikat akan menerima nombor GST mereka dalam tempoh kurang dari 24 jam.
“Jika menghadapi masalah, mereka hanya perlu ke pejabat Kastam, dan pegawai kami akan membantu mereka berbuat demikian. Malah, kami juga mengambil bahagian dalam seminar dan taklimat GST supaya peserta yang hadir boleh terus mendaftar,” katanya.
Subromaniam mengingatkan bahawa mengikut Akta GST 2014, kegagalan mendaftarkan syarikat secara sengaja boleh menyebabkan mereka didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan atau boleh dikenakan kompaun sehingga RM15,000.
Beliau juga berkata sejak pendaftaran dibuka bermula 19 Jun lalu, hampir 7,000 daripada 300,000 syarikat yang layak berdaftar, sudah berbuat demikian.-BERNAMA
TOP
Pasangan Dicekup, Bunuh Lelaki Hanya Sebab Bunyikan Hon
Polis sudah menahan sepasang kekasih berusia 21 tahun dan 19 tahun disyaki terbabit pembunuhan seorang kakitangan Kompleks Sukan Nilai, Amir Fazli Suhaimi, 18, yang ditemui tertiarap di sebuah lubang di tapak pembinaan Batu 3, Jalan Labu di sini, semalam.
Sumber polis berkata, pihaknya menahan suspek lelaki berusia 21 tahun yang juga kakitangan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) bersama kekasihnya berusia 19 tahun di Ampangan di sini, kira-kira jam 6 petang semalam.
Katanya, kedua dua suspek bersama tiga yang masih bebas disyaki menyebabkan kematian Amir Fazli yang dihimpit menggunakan motosikal sebelum mangsa terjatuh dan dipercayai dipukul hingga terbunuh di lokasi kejadian. Katanya, pihaknya akan memohon reman kedua dua suspek jam 2 petang ini di Mahkamah Seremban selain memburu tiga lagi suspek yang masih menghilangkan diri. “Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z membunyikan enjin motosikal kepada suspek di sebuah persimpangan lampu isyarat di Senawang sebelum dia dikejar hingga ke Jalan Labu. “Akhirnya mangsa terjatuh daripada motosikal dan dipercayai dipukul hingga terbunuh,” katanya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Harian Metro

Azlee Senario Terlantar Di Hospital Kerana Masalah Hempedu
Pelawak yang juga anggota kumpulan Senario, Azlee kini berada di wad di Hospital Damansara kerana masalah kesihatan.
Azlee atau nama sebenarnya, Mohd Azlee Bin Jaafar yang kini berumur 47 tahun dimasukkan ke wad kerana masalah hempedu.
Ramai juga peminat yang mendoakan dan mengucapkan selamat kepada Azlee Senario. Mari kita doakan agar pelawak legend ini selamat dan cepat sembuh.
Senario kini hanya dianggotai oleh 3 pelawak iaitu Azlee, Wahid dan Lan Pet Pet. Antara bekas ahli senario ialah, Saiful Apek, Shamsul Ghau Ghau dan Yassin.
Sumber: Hotlips Corner
Sumber: Hotlips Corner
TOP
Penjenayah Mati Ditembak Di Taman Medan Pagi Tadi
PETALING JAYA – Seorang penjenayah mati ditembak manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri dalam satu insiden kejar mengejar dengan anggota polis yang berakhir di PJS 3/27, Taman Medan, Petaling Jaya pagi tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 4 pagi tadi selepas pasukan polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah IPD Serdang terserempak dengan sebuah kenderaan pelbagai guna, MPV, dalam keadaan mencurigakan.
Sebaik laporan mengesahkan kenderaan terbabit dilaporkan dicuri pada 31 Julai di Puchong, polis terus mengekori kenderaan terbabit.
Dalam usaha untuk memintas kenderaan itu seorang lelaki yang berada di dalamnya telah bertindak memberhentikan kenderaan sebelum keluar dengan memegang sebilah parang.
Melihatkan suspek bersenjata, pihak polis melepaskan dua das tembakan yang mengenai dadanya. Bagaimanapun seorang lagi rakannya yang turut berada di dalam kenderaan yang sama ketika kejadian berjaya meloloskan diri. Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lagi rakan suspek di Puchong bagi membantu siasatan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata suspek yang ditembak mati berusia dalam lingkungan lewat 20an. Gerakan Ops Tutup sedang dijalankan bagi mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas. - Astro Awani

PKR Buka Pekung MB Selangor, Hutang RM66.67 juta
PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat penerangan secara bertulis kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat berhubung alasan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, nota penjelasan yang merangkumi fakta kes melibatkan masalah intergriti itu Khalid akan diserahkan kepada semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada esok (Selasa).
Nota penjelasan sepanjang lebih 50 muka surat itu didakwa akan mendedahkan secara terperinci mengenai salah guna kuasa oleh Khalid sebagai Menteri Besar.
“Antara yang terkandung dalam nota tersebut adalah fakta kes membabitkan hutang Khalid sebanyak AS$18 juta (RM66.67 juta) dengan Bank Islam Malaysia untuk membeli saham syarikat.
“Turut disenaraikan dalam nota itu adalah penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Khalid kepada Eco World dengan harga yang lebih murah daripada nilai pasaran untuk projek pembinaan rumah pangsa di Sungai Sering, Ukay Perdana,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Isnin. - mStar Online
TOP
Keganasan terus berlaku ketika pasukan penyiasat berusaha mencari cebisan mayat mangsa MH17
KONVOI kakitangan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) melalui jambatan yang rosak di perkampungan Debaltsevo, timur Ukraine, semalam. - Foto AP
DONETSK (Ukraine): Keganasan terbaru berlaku di Donetsk ketika penyiasat polis Belanda dan Australia selesai usaha pada hari ketiga untuk mencari cebisan mayat mangsa 298 orang yang masih belum dijumpai dalam kejadian jet Penerbangan Malaysia yang terhempas kira-kira tiga minggu lalu. Penyiasatan diketuai polis Belanda itu dilakukan sepenuhnya dengan menggunakan anjing pengesan dan ambulans yang mempunyai kelengkapan suhu beku. “Kami sudah mencari di salah satu daripada lima zon kawasan di mana jet berkenaan terhempas,” kata Pieter-Jaap Aalbersberg, ketua misi polis Belanda. Anggota kru pencarian itu berusaha untuk mencari bahagian tubuh badan dan barangan peribadi mangsa yang berselerak di sekitar kawasan 20 kilometer persegi, dan mereka yang terbabit dalam usaha berkenaan menyatakan ia mungkin masa selama tiga minggu lagi. Sejumlah 220 set cebisan mayat sudahpun dibawa ke Belanda untuk menjalani proses pengecaman. Satu lagi pesawat yang membawa cebisan mayat itu akan terbang dari Kharkiv hari ini. Aalbersberg memberitahu wartawan bahawa kereta api yang membawa barangan mangsa kini ditahan di stesen yang dikuasai pemberontak. Sementara itu, laporan agensi menyatakan pertempuran antara pasukan keselamatan kerajaan dan pemberontak pro-Russia mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 orang awam terbunuh di timur Ukraine semalam. Kejadian tembakan di kawasan penduduk di pinggir Donetsk mengakibatkan sekurang-kurangnya enam orang awam terbunuh dan 13 cedera, mangsa terbaru dalam perang sivil selama beberapa bulan yang meragut sekurang-kurangnya 1,150 nyawa. Pihak berkuasa berkata tiga orang maut dan lapan cedera di kawasan kedua terbesar pemisah di Lugansk manakala seorang lagi terbunuh dan 16 cedera di pangkalan hadapan pemberontak di Gorlivka. - AFP

44 terbunuh dalam serangan di selatan Damsyik
PENDUDUK membantu seorang lelaki yang cedera selepas ibu negara Syria dan sekitarnya semalam diserang dalam serangan udara rejim dan bedilan meriam pemberontak di Douma, Damsyik. - Foto Reuters
BEIRUT: Sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh di ibu negara Syria ini dan sekitarnya semalam dalam serangan udara rejim dan bedilan meriam pemberontak. Kira-kira 32 orang maut dalam serangan udara di dua bandar yang dikuasai pemberontak berhampiran Damsyik. Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh di Douma di timur laut ibu negara berkenaan dan 15 lagi di Kfar Batna, di timur, kata ketua Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman. Sementara itu agensi berita rasmi Syria, SANA melaporkan 12 orang terbunuh dalam bedilan meriam pemberontak di selatan Damsyik. “Kira-kira 12 orang termasuk seorang budak perempuan maut dan 23 lain cedera dalam serangan meriam pengganas di daerah Shaghur, Bostan al-Dur dan Dauilaa,” katanya. - AFP

Jerman batal perjanjian melatih askar Russia
BERLIN: Jerman memutuskan untuk membatalkan pembinaan kem latihan yang dilengkapi senjata sepenuhnya bagi melatih pasukan keselamatan Russia berikutan krisis di Ukraine, lapor sebuah akhbar hari ini.
Naib Canselor dan menteri Ekonomi Jerman, Sigmar Gabriel sudah menarik balik kelulusan bagi projek kem latihan itu, yang dihentikan Mac lalu berikutan tindakan Moscow untuk menguasai kawasan Crimea berkenaan di Ukraine.
Akhbar Sueddeutsche Zeitung menyatakan ia sudah melihat ‘dokumen bertulis’ termasuk keputusan untuk membatalkan kontrak bernilai 100 juta euro (RM448 juta) itu. - AFP
TOP
Israel umum gencatan senjata 7 jam di Gaza
ASKAR Israel kembali ke Israel selepas umum gencatan senjata kemanusiaan tujuh jam di Gaza hari ini. - Foto Reuters
BAITULMAQDIS: Israel umum gencatan senjata kemanusiaan tujuh jam di Gaza hari ini. Tentera Israel berkata, pihaknya akan menghentikan tembakan ke atas Semenanjung Gaza bermula jam 10 pagi waktu tempatan. Israel bagaimanapun berkata, gencatan senjata kemanusiaan itu bagaimanapun tidak dikuatkuasakan di mana pasukan tentera Israel masih menjalankan operasi. Semalam, Israel mengundurkan hampir kebanyakan tentera daratnya yang Semenanjung Gaza namun pertempuran dilaporkan masih berlaku di sebahagian kawasan di Gaza. - AFP

MH17: Waris penumpang dijangka terima pampasan AS$50,000 dalam masa terdekat
KUALA LUMPUR: Waris terdekat kepada mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 dijangka menerima bayaran pampasan awal sebanyak AS$50,000 atau kira-kira RM160,000 dalam jangka masa terdekat.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata bayaran pampasan awal itu sediakan oleh pihak MAS.
"Saya difahamkan bayaran kepada waris yang ini dapat dibuat dalam masa terdekat memandangkan kita sudah sedia maklum apa yang berlaku kepada pesawat itu (MH17)," katanya ketika dihubungi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam rancangan Selamat Pagi 1Malaysia yang disiarkan di TV1.
Rohani berkata sebelum ini sebanyak 25 anggota keluarga mangsa tragedi MH17 telah menerima bayaran saguhati AS$5,000 atau kira-kira RM16,000 secara sekali gus daripada pihak MAS untuk membantu dalam soal perbelanjaan harian yang mungkin diperlukan.
Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Menjelas lanjut, Rohani berkata setakat ini 70 peratus daripada waris penumpang warganegara Malaysia telah memaklumkan kepada pihaknya mengenai pengurusan mayat mangsa nahas MH17 apabila ia tiba di tanah air kelak.
"Baki 30 peratus lagi waris penumpang belum membuat sebarang keputusan mengenai pengurusan mayat dan kita tidak akan desak mereka kerana kita tahu kesulitan yang dihadapi.
Selepas beberapa interaksi antara pegawai dengan waris, persoalan serta harapan paling tinggi waris ialah bila agaknya mereka dapat terima mayat anggota keluarga mereka," kata Rohani.
Rohani menambah beliau dimaklumkan oleh pasukan foresik Malaysia di Amsterdam, setakat dua hari lalu beberapa padanan DNA dan mayat mangsa sudah dibuat dan kebanyakannya membabitkan warganegara Belanda.
"Tapi kita tak boleh mengetepikan, kemungkinan dalam masa terdekat ada warga Malaysia yang dapat dikenal pasti. Dan keluarga minta kita maklumkan sebaik sahaja tahu tentang perkara itu," katanya.
- BERNAMA
TOP
Facebook Tapis Imej Penderitaan Gaza
NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Seorang penulis buku Amerika Syarikat (AS) yang menentang kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin, Naomi Wolf, mendedahkan dia diberi amaran oleh Facebook yang akaunnya boleh ditamatkan.
Menurutnya, Facebook turut menjelaskan mereka telah menapis imej-imej yang Naomi muat naik daripada sumbernya di Gaza.
“Kami menerima amaran dari (Facebook), mungkin kerana imej-imej mangsa yang cedera dan maut yang dipaparkan oleh para penyumbang dan wartawan rakyat agak mengerikan,” katanya yang dipetik dari sebuah portal berita alternatif, Countercurrentnews.com kelmarin.
Pihak Facebook bagaimanapun, tidak menjelaskan secara terperinci bahagian mana kemas kini statusnya yang melanggar syarat, sedangkan Naomi mengakui dia pernah melihat banyak imej-imej mengerikan berkaitan Holocaust di Facebook sebelum ini.
Naomi yang merupakan bekas penasihat politik telah menerbitkan antara buku terlaris di AS iaitu ‘The Beauty Myth’.
Keberaniannya dalam melahirkan pandangan dan pendapat terhadap serangan Israel ke atas Gaza menyebabkan dia diminati dan diikuti pelbagai invididu termasuk rakyat tempatan, umat Islam dan orang Yahudi.
TOP
Rakyat Perlu Prihatin Penindasan Tanpa Kira Agama, Negara
KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia perlu prihatin terhadap keganasan dan penindasan masyarakat dunia tanpa mengira agama, bangsa dan negara.
Aktivis sosial Datin Paduka Marina Tun Dr Mahathir berkata keprihatinan terhadap penindasan yang berlaku misalnya di Palestin, Syria dan Sri Lanka perlu wujud berdasarkan hak asasi serta kemanusiaan dan bukannya berdasarkan agama atau bangsa.
“Dari dulu lagi saya menyokong mereka yang ditindas tanpa mengira agama apa dari segi hak asasi manusia. Kebanyakan masyarakat dunia, tidak kira Islam, Kristian atau Yahudi turut menyokong Palestin.
“Tetapi di Malaysia kita suka cakap yang ini untuk orang Islam sahaja, yang ini bukan Islam…perbuatan ini salah sebenarnya dan tidak patut berlaku,” kata Marina kepada pemberita selepas merasmikan kempen ’7 billion acts of goodness’, bahagian Malaysia, di sini, Ahad.
Beliau berkata walaupun apa yang sedang berlaku di Gaza sekarang ini sangat menyedihkan, penindasan yang berlaku di negara-negara lain juga tidak patut dilupakan kerana setiap manusia merupakan ciptaan Tuhan yang sama penting.
Apabila diminta mengulas mengenai insiden pembakaran bendera Israel di sebuah perkahwinan, beliau berkata perkara tersebut tidak patut berlaku di majlis pernikahan.
“Pernikahan merupakan satu acara yang baik…tidak patut dikaitkan dengan keganasan dan sebagainya, kita harus asingkan benda ini. Mereka sepatutnya berdoa untuk keselamatan semua orang yang menghadapi masalah ini,” katanya.
Marina turut menggesa pengguna media sosial memahami sesuatu isu dengan mendalam sebelum melontarkan komen dan pandangan mereka yang mungkin menyakiti atau mengguris emosi orang lain.
Sementara itu, Presiden Brahma Kumaris Malaysia (BKM) R. Lechumanan berkata pelancaran kempen ini di Malaysia dibuat pada masa yang tepat memandangkan masyarakat dunia sedang ditimpa kesedihan, pergolakan, konflik, perang saudara dan penindasan agama.
“Projek ini bertujuan memberi inspirasi, penerangan dan memperkasakan setiap orang untuk turut sama melakukan kebaikan. Disertai sokongan positif semua pihak dan daripada negara lain, diharapkan matlamat ’7 billion acts of goodness’ bagi diri sendiri, orang lain dan alam semula jadi dapat dicapai,” katanya. – mStar Online
TOP
Tentera Zionis Membedil Sekolah Lagi
RAFAH – Tentera Israel membedil sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dijadikan tempat perlindungan penduduk Palestin di Rafah, di selatan Semenanjung Gaza.
Pegawai kesihatan Gaza, Ashraf al-Kidra, berkata sekurang-kurangnya 10 terkorban dan 35 lagi cedera selepas serangan itu.
Pengarah operasi agensi pelarian Palestin PBB di Gaza, Robert Turner, pula berkata siasatan awal menunjukkan letupan berpunca daripada serangan udara rejim Zionis berhampiran sekolah itu, yang menempatkan kira-kira 3,000 penduduk.
Katanya, sekurang-kurangnya seorang kakitangan PBB dikhuatiri maut.
“Kami belum mengesahkan butiran lanjut tetapi laporan awal menyatakan ada beberapa serangan udara di jalan raya di luar salah satu pusat perlindungan kami,” kata Turner.
Saksi berkata, serangan berlaku ketika penduduk berbaris menunggu bekalan makanan. Tentera Israel tidak memberikan sebarang komen.
Dalam suasana kecoh di dalam bangunan itu, beberapa mayat, di antaranya kanak-kanak, bergelimpangan dalam keadaan yang berlumuran darah. Kesan tapak kaki berlumuran darah kelihatan di atas lantai apabila orang ramai bergegas membawa mangsa yang cedera menaiki ambulans.
“Kepercayaan dan nasib kami di tangan Tuhan!” kata seorang wanita sambil menangis.
Sebahagian yang cedera, di antaranya kanak-kanak dengan kepala berbalut, dipindahkan ke hospital Kuwait di Rafah dan yang lain dirawat dalam klinik sementara.
Beberapa mayat, yang sudah dikafankan, disusun di atas lantai.
Sekurang-kurangnya enam kemudahan PBB, termasuk sekolah yang menempatkan penduduk tidak berumah, diserang Israel sejak konflik bermula, mengundang kritikan antarabangsa. Dalam setiap kes, Israel mendakwa ia bertindak balas kepada pejuang yang melancarkan roket atau serangan lain berhampiran.
Rejim Zionis terus menggempur wilayah dikuasai Hamas walaupun menunjukkan tanda kemungkinan mengurangkan aktiviti ketenteraan dalam pertempuran selama 27 hari itu.
Lebih 1,700 penduduk Palestin, sebahagian besarnya orang awam terkorban selain hampir 70 penduduk Israel, hampir semuanya anggota tentera, dalam pertempuran yang hampir menjangkau empat minggu.
Israel melancarkan kempen udara di Gaza pada 8 Julai lalu untuk menghentikan bedilan roket pejuang Palestin di bandar raya utama di wilayah itu dan kemudian menghantar tentera memusnahkan terowong bersistem canggih yang dibina pejuang Hamas untuk melancarkan serangan.
Rejim menyerang beberapa sasaran di Gaza semalam. Peluru artileri mengena dua bangunan pejabat di Bandaraya Gaza dan letupan besar kedengaran beberapa saat kemudian, kata polis dan saksi.
Al-Kidra berkata 30 penduduk Palestin maut semalam, termasuk sembilan dalam satu serangan di selatan Semenanjung Gaza. Israel melancarkan 180 serangan semalam.
Ketika pertempuran berlanjutan, beberapa kereta kebal Israel dan kenderaan lain dilihat meninggalkan Gaza. Dalam ucapan lewat kelmarin, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata tentera akan menilai semula operasi selepas selesai memusnahkan terowong Hamas. – AP
TOP
Aliran Trafik Ke Singapura Melalui CIQ Lancar
JOHOR BAHRU – Aliran trafik menuju ke Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di sini, berjalan lancar.
Tinjauan BH sejak jam 5 pagi tadi mendapati tidak berlaku sebarang bantahan atau kesesakan luar biasa di CIQ.
Pelbagai kenderaan termasuk motosikal dan bas kilang bergerak lancar menuju pintu masuk CIQ.
Jumaat lalu, keengganan dua pemandu bas kilang membayar kadar tol baharu menyebabkan berlaku kesesakan teruk di CIQ hingga menyebabkan pekerja Malaysia terpaksa berjalan kaki di Tambak Johor menuju ke Singapura. – Berita Harian
TOP
(Only in China) Kegilaan Baru Di China, Rakam Gambar Bulu Ketiak
Seperti biasa di China sering kali mewujudkan budaya yang pelik-pelik dan kalau nak disebut semula semua budaya-budaya pelik mereka rasaya memang tidak mampu kerana terlampau banyak.
Kali ini di budaya terbaru mereka adalah dengan merakam bulu ketiak dan muat naik ke laman sosial mereka Weibo. Perkara tersebut dilakukan sebagai trend dan juga untuk pertandingan `gadis tidak cabut bulu ketiak’. Hal ini adalah bertujuan untuk menggalakkan gadis-gadis mengekalkan bulu di badan mereka.
Selain itu mereka juga mewujudkan ruangan 10 gambar ketiak terbaik. Bagaimanapun tiada hadiah yang disediakan. Pertandingan seperti ini diadakan selepas beberapa kempen memelihara kecantikan semula jadi wanita diadakan.

Usain Bolt tumpu catat bawah 19 saat dalam 200 meter
GAYA Usain Bolt selepas menang dalam acara 4 x 100m di Sukan Komanwel
Glasgow di Hampden Park, kelmarin. - Foto AFP
LONDON: Raja pecut Jamaica, Usain Bolt menyuarakan untuk memberi tumpuan bagi merekod masa bawah 19 saat dalam acara 200 meter (m) pecut selepas penampilan semulanya di temasya Sukan Komanwel Glasgow. Jaguh berusia 27 tahun dan juga juara berganda Sukan Olimpik serta juara dunia lima kali itu berkata dia mahu memperbaharui rekod 200m yang dipegangnya sejak lima tahun lalu iaitu 19.19 saat di Berlin, Jerman. “Saya berkata saya mahu berlari di bawah masa 19 saat pada acara 200 meter. Ia adalah satu daripada sasaran dan impian terbesar saya,” kata Bolt yang membantu kuartet Jamaica memenangi acara 4x100m di Glasgow. “Saya fikir saya sudah melakukan yang terbaik pada acara 100m. Saya tahu orang mahu menyaksikan saya berlari dengan lebih pantas pada acara 100m namun saya menggemari 200m dan saya mahu melakukan sesuatu yang istimewa buat diri saya. Jadi bagi saya, sasaran utama saya adalah 200m. “Rekod dunia sentiasa boleh dipecahkan. Kamu tidak tahu siapa yang akan tampil selepas ini dan mendominasi. Saya berkata saya mahu berlari bawah 19 saat. Ia adalah impian dan sasaran terbesar saya jadi saya akan berlatih dengan keras dan melihat apa yang boleh saya lakukan,” katanya. - Reuters

Sukan Komanwel Glasgow XX disifatkan terbaik
PANCARAN bunga api menerangi langit ketika upacara penutup Sukan Komanwel 2014 di Hampden Park, Glasgow, Scotland, hari ini. Malaysia menamatkan saingan di Sukan Komanwel di tempat ke-12 pungutan pingat dengan 6 emas, 7 perak dan 6 gangsa. - Foto AFP
GLASGOW: Sukan Komanwel Glasgow XX yang menutup tirai awal pagi ini dalam keadaan sejuk di Hampden Park dipuji sebagai ‘terbaik’ selepas 11 hari temasya empat tahun sekali itu berlangsung penuh meriah. Sering dianggap ketinggalan zaman pada era moden selain dikatakan tidak menjana keuntungan, Sukan Komanwel ke-20 ini menyaksikan England buat pertama kali kembali menjadi juara keseluruhan sejak 1986 namun paling penting memperoleh pelbagai pujian. “Temasya ini membuatkan kita semua amat bangga dan benar-benar menyatupadukan kita semua,” kata Presiden Konfederasi Sukan Komanwel (CGF), Tunku Imran Tuanku Ja'afar ketika majlis penutup yang dimeriahkan dengan persembahan bintang pop terkenal, Kylie Minogue. “Scotland dan Galsgow, kamu benar-benar memberikan yang terbaik dalam setiap aspek penganjuran sukan ini.” Pujian sama turut dilontarkan Ketua Eksekutif CGF, Mike Hooper yang menggambarkan temasya itu sebagai “Paling menonjol dalam sejarah pergerakan terbabit.” Lebih daripada 4,700 atlet bersaing untuk merebut 261 pingat emas di Glasgow dengan bendera Sukan Komanwel kemudian diserahkan kepada pegawai penganjur edisi 2018 di Gold Coast, Australia. Secara keseluruhan, England memenangi 174 pingat termasuk 58 emas manakala Australia kedua dengan mengumpul keseluruhan 137 pingat termasuk 49 emas. Antara yang memperoleh emas pada hari terakhir temasya terbabit awal pagi ini ialah pasangan beregu badminton negara, Tan Wee Kiong dan Goh Wei Shem yang memberikan emas keenam negara. Begitupun jumlah itu tidak mencapai sasaran yang diletakkan sebelum ini iaitu tujuh emas. - AFP

Apa Niat Johan As'ari Muat Naik Gambar Bersama Shila Amzah?
Gambar yang dimuat naik oleh Johan di Instagram sehingga mendapat pelbagai reaksi peminatnya.
PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari tidak mempunyai sebarang agenda apabila memuat naik gambarnya bersama penyanyi Shila Amzah di laman Instagram miliknya sehingga menimbulkan reaksi daripada peminat. Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As'ari, 28, berkata, tujuan dia berbuat demikian bukan untuk mengungkit kisah lama tetapi hanya sekadar bertanya khabar terhadap bekas kekasihnya itu. "Saya jujur dengan hati dan diri saya dan tiada sebarang niat tertentu apabila memuat naik gambar berkenaan apatah lagi cuba memikat hatinya kembali dan ia sekadar ingatan saya kepada Shila," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp pada Ahad.
Johan sebelum ini pernah dikaitkan dengan Shila Amzah tetapi pelakon filem Juvana itu membuat pengakua menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Lana Nordin. Bagaimanapun percintaan singkat di antara Johan dan Lana hanya kekal selama sebulan. Dalam pada itu, Johan berkata, dia yakin Shila sudah melupakan segala peristiwa diantara mereka kerana wanita itu adalah seorang yang pemaaf dan baik hati. Jelas Johan, biarpun sudah tidak berhubung dengan Shila namun dia sentiasa mendoakan kebahagian dan kejayaannya yang sedang mencipta nama di China. "Shila adalah seorang wanita yang baik dan saya mengenali dirinya dia seorang yang suka membantu dan pemaaf. "Saya yakin dia telah melupakan segala yang berlaku sebelum ini biarpun kami sudah lama tidak bersua muka," katanya. Sementara itu, Johan berkata, dia terharu dengan sikap Shila yang sanggup meluangkan masa menziarahi ibunya, Datin Firdaus Abdul Kadir di hospital baru-baru ini biarpun jadualnya padat dengan pelbagai aktiviti. "Saya terharu dia dan keluarganya sudi ziarah ibu saya ketika di hospital dan jelas menunjukkan dia sangat mengambil berat dan tidak mudah memutuskan silaturahim biarpun ada salah faham sebelum ini," katanya. Dalam perkembangan lain, Johan kini berada di Pulau Krabi, Thailand bersama pelakon Liyana Jasmay dan Hisyam Hamid untuk penggambaran drama bersiri Cintaku Di Krabi. - mstar online

Pemanduan Di Udara Guna Kereta Terbang
Mungkinkan kereta TF-X ini akan terbang di udara tidak lama lagi? Foto Terrafugia
JIKA sebuah kereta terbang merupakan sesuatu yang anda mengimbas kembali tentang filem 'Back to the Future' (Kembali Ke Masa Depan) maka fikirkan semula bahawa sekaranglah masa depannya. Sejumlah syarikat sedang bersaing untuk menghasilkan kenderaan bermotor yang akan menarik perhatian mereka, termasuk wang mereka. Kerajaan Britain pada minggu lepas mengumumkan mengenai kereta tanpa pemandu akan dibenarkan digunakan di jalan-jalan negara itu bermula tahun depan, tetapi bagi mereka yang lebih menyukai cabaran dan mempunyai banyak wang, mungkin mahukan sesuatu yang lebih mengujakan berbanding pemandu robot. "Daripada penemuan layang-layang pertama di China, kepada percubaan awal untuk terbang menggunakan sayap diperbuat daripada bulu dan kayu ringan yang dilekatkan pada lengan, penerbangan menjadi impian tertua bagi manusia," kata Dan Wareham dari Gilo Industeries Group, yang berpangkalan di Dorset, sebuah syarikat penerbangan di sebalik Parajet SkyRunner, sebuah kereta terbang yang merupakan sebahagian kenderaan di jalan raya, dan sebahagian lagi pesawat sport ringan. "Kita hidup dalam zaman di mana hampir semuanya adalah mustahil dan hampir semuanya boleh didapati. Kemudiannya kereta terbang merupakan sebahagian daripada landskap futuristik yang akan menjangkau imaginasi jutaan orang.". Sky Runner dibangunkan oleh Parajet International, menggunakan kipas dan patung terjun untuk meluncur di udara. Ia boleh mencapai kelajuan penerbangan sehingga 88 kilometer sejam dengan ketinggian maksimum pada 15,000 kaki. - metro.co.uk

Eina Azman Bernikah Dengan Lelaki Sikh Hujung Tahun Ini
Kontroversi yang pernah melanda dirinya tidak berapa lama dulu membuatkan pelakon Eina Azman serik dan berfikir semula adakah tindakannya pada ketika itu betul.
Hasratnya untuk membantu rakan artis menyelesaikan kemelut diri turut terkena tempias padanya.
Kini segala-galanya sudah berlalu dan Eina membuka lembaran baru dalam hidup serta kerjayanya.
Paling bermakna dan membahagiakan, gadis bertubuh tinggi lampai persis model itu bakal menamatkan zaman solo dengan jejaka pilihan hatinya Datuk Paduka Gurmet Singh, 35.
Perkenalannya dengan jejaka keturunan Sikh yang lebih berusia daripadanya itu turut mematangkan Eina atau nama sebenarnya Nur Eina Azman.
Mereka dipertemukan oleh abang Eina yang akrab berkawan dengan ahli perniagaan itu.
Menurut Gurmet, pada awal perkenalan mereka, dia tidak tahu Eina adalah pelakon kerana dia kurang mengenali artis Malaysia.
Namun selepas mengetahui siapa Eina yang sebenarnya, Gurmet tiada masalah untuk meneruskan perkenalan mereka sehingga sampai ke satu fasa yang lebih serius untuk menyuntingnya sebagai isteri.
“Ketika saya dapat tahu Eina adalah artis, rasa terkejut juga. Selepas beberapa bulan saya mengenalinya, saya tiada masalah untuk menerimanya kerana paling utama saya menyenangi karakternya yang mengambil berat dan penyayang.
“Mengenali Eina juga membuka hati saya untuk belajar dan mendalami ajaran agama Islam,” katanya.
Eina yang sudah bersedia untuk melangkah ke gerbang perkahwinan pada usia baru mencecah 19 tahun berasakan ia bukanlah halangan kepadanya, malah dia sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri.
“Awal perkenalan kami biasa-biasa saja dan ia bukanlah cinta pandang pertama. Perasaan sayang dan cinta hadir secara perlahan-lahan kerana Gurmet lelaki bertanggungjawab, matang dan suka menasihati saya. Situasi yang amat berbeza apabila saya berkawan dengan orang muda yang banyak berangan-angan. Kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami.
“Biarpun beza usia 15 tahun, kami berdua dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain. Insya-Allah kami bercadang untuk membina mahligai rumah tangga pada penghujung tahun ini tanpa adanya majlis pertunangan.
“Keputusan untuk berkahwin bukanlah saya lakukan dalam keadaan tergesa-gesa, tetapi selepas berfikir dengan mendalam. Sejauh mana pun saya pergi dan setinggi mana pun kejayaan yang dikecapi, saya perlukan suami di sisi. Sama ada lambat atau cepat, saya akan berkahwin juga nanti,” katanya.
Eina tidak bimbang kedudukannya sebagai pelakon akan tergugat kerana dia percaya rezeki ada di mana-mana.
“Sekiranya rezeki saya dalam bidang lakonan masih ada, Gurmet tidak menghalang saya untuk meneruskannya. Saya pun sudah serik dihujani kontroversi dan semoga dengan perkahwinan itu nanti menjadikan hidup saya akan lebih aman dan tenteram.
“Bagi memberi pemahaman Gurmet terhadap Islam, ibu saya banyak memberi panduan kepada Gurmet,” katanya.
Eina baru saja selesai penggambaran drama 13 episod, Selamat Pengantin Madu untuk slot Zehra TV3. Berlakon sama Fasha Sandha, Aiman Hakim Redza, Dilla Ahmad, Marisa Yasmin dan Falisha Crossley. - myMetro online
TOP
Kaji Kedudukan Liew Daren Dalam BAM
GLASGOW – Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong menggesa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengkaji semula prestasi pemain perseorangan lelaki negara Liew Daren.
Zolkples berkata beliau mengakui kecewa dengan prestasi hambar Liew ketika beraksi pada perlawanan suku akhir ketika menentang Kashyap Parupalli dari India dengan keputusan 13-21 dan 14-21.
“Saya akan desak mereka (BAM) selepas ini, tibalah masa untuk berhenti bercakap banyak … saya tidak kisah kalah tetapi cara beliau kalah itu tidak boleh terima, terlalu mudah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Zolkples juga mahu seorang lagi pemain perseorangan negara Chong Wei Feng segera memperbaiki beberapa kelemahan terutamanya dalam mengawal tekanan ketika beraksi dalam kejohanan penting.
“Kalau Chong Wei (Datuk Lee Chong Wei) ada, saya yakin Wei Feng akan masuk final. Tetapi Wei Feng menjadi tertekan apabila beliau menjadi sandaran pingat emas dan menjadi pemain pilihan utama kejohanan,” katanya.
Wei Feng turut tewas kepada seorang lagi pemain dari India, R V Gurusaidutt pada perlawanan suku akhir dengan keputusan 15-21, 21-8 dan 17-21.
Namun Zolkples berkata secara keseluruhan skuad badminton merupakan pasukan terbaik kontinjen negara pada Sukan Komanwel selepas menyumbang tiga pingat emas menerusi acara berpasukan campuran, beregu wanita dan lelaki. – BERNAMA
TOP
Perintah berkurung Akan Tamat 17 Ogos Ini
Lahad Datu: Tempoh pelanjutan perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang bermula semalam akan tamat pada 17 Ogos ini, kata Komander Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Abdul Rashid Harun.
Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluluskan arahan pelanjutan perintah berkurung itu yang berkuatkuasa sehingga 6 pagi pada tarikh berkenaan.
"Perintah berkurung itu bermula jam 6 petang hingga 6 pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - myMetro
TOP
Naib Presiden PCM Jamin Pemandu Mendiang Karpal Singh
KAMPAR – Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan mengikat jamin pemandu mendiang Karpal Singh, C. Selvam sebanyak RM5,000.
Selvam dipenjarakan di Taiping sejak 9 Julai lalu, selepas dia didakwa memandu cuai yang menyebabkan kematian bekas Pengerusi DAP Kebangsaan itu dan pembantu peribadinya Michael Cornelius pada 17 April.
Huan hadir bagi mengikat jamin pada pukul 9.30 pagi Isnin di Mahkamah Majistret Kampar selepas menyediakan draf bank dari bank berdekatan.
“Selvam dijangka dibebaskan dengan ikat jamin dari penjara esok (Selasa) sebelum dibawa ke mahkamah Majistret di sini,” Huan kepada pemberita.
“Dia perlu hadir ke mahkamah pada hari Rabu untuk sebutan, dan sehingga itu, saya akan tinggal di Kampar menemaninya sehingga dia mendapatkan seorang peguam.”
Ditanya mengapa beliau membayar ikat jamin itu, Huan berkata, beliau melakukannya atas dasar kemanusiaan. – mStar Online
TOP
3 Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Teluk Intan-Sitiawan
TELUK INTAN – Seorang wanita dan anak lelakinya berusia dua tahun antara tiga yang maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan yang membawa dua keluarga di Km 44 Jalan Teluk Intan-Sitiawan, dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Suhaily Mohd Zain berkata kejadian turut menyebabkan tiga parah dan seorang lagi cedera ringan.
M. Pusparani, 40, meninggal dunia di Hospital Teluk Intan manakala anaknya R. Sanjeet serta seorang lagi mangsa Mohd Amin Mat Yusof, 52, maut di tempat kejadian, katanya ketika dihubungi hari ini.
Mereka yang parah ialah suami Pusparani, K. Ravi, 40 serta seorang lagi anak mereka R. Balachandderao, 5; dan isteri Mohd Amin, Norkhaijan Tukiran, 43, manakala anak mereka Muhammad Haziq, 7, hanya cedera ringan, katanya.
Mohd Suhaily berkata kejadian berlaku 12.05 tengah malam membabitkan dua buah kereta jenis Perodua Kancil yang bertembung sesama sendiri.
Katanya kejadian berlaku semasa Mohd Amin dan keluarganya dalam perjalanan dari Teluk Intan menuju ke Sitiawan.
Siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki keluarga Mohd Amin hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang dinaiki Ravi sekeluarga.
“Bagaimanapun kita belum mendapat apa-apa maklumat siapa yang memandu kedua-dua kenderaan berkenaan disebabkan kesemua mangsa sama ada meninggal dunia atau mengalami kecederaan kini dirawat di hospital,” katanya.
Beliau berkata pertembungan itu menyebabkan beberapa mangsa tersepit dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba. – BERNAMA
TOP
Pencapaian Skuad Badminton Dapat Pujian MSN
GLASGOW – Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong memuji pencapaian skuad badminton yang menyumbang separuh daripada jumlah pingat emas dimenangi kontinjen negara di Sukan Komanwel Glasgow.
Zolkples berkata, kemampuan kem badminton memenangi tiga pingat emas dan menyamai sasaran ditetapkan sekalipun tanpa kelibat pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei wajar diberi pujian.
“Mereka terpaksa bekerja dengan amat keras untuk memenangi emas. Gandingan beregu wanita terutamanya berjaya meningkatkan permainan mereka untuk menewaskan pasangan India yang jelas lebih berpengalaman dan konsisten,” katanya.
Begitupun, Zolklpes turut mengakui kurang berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan beberapa pemain senior dalam skuad terbabit.
“Pasukan jelas terjejas dengan ketiadaan Lee Chong Wei kerana dia pemain yang amat berpengaruh namun saya kecewa dengan persembahan yang ditampilkan pemain-pemain senior.
“Saya sudah berbincang dengan presiden BAM (Persatuan Badminton Malaysia) supaya mengatasi isu ini sebelum ke Incheon, Korea Selatan bagi menghadapi Sukan Asia bulan depan.”
Selepas 11 hari kejohanan berlangsung, Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ke-12 keseluruhan daripada 71 negara bertanding dengan memenangi 6 emas, 7 perak dan 6 gangsa.
Begitupun, pencapaian itu gagal menyamai sasaran awal yang ditetapkan sebelum ini iaitu tujuh emas.
Mengulas kegagalan itu, Zolkples mengakui tidak gembira dengan pencapaian beberapa jenis sukan yang tidak memenuhi jangkaan sepatutnya seperti boling padang dan menembak.
“Kita sudah menyediakan sejumlah wang yang besar untuk mereka sebagai persediaan untuk Sukan Komanwel dan mereka sepatutnya menyumbang pingat emas kerana kita memiliki atlet senior yang berpengalaman dan sudah bertanding dalam banyak kejohanan besar sebelum ini,” katanya. – BERNAMA
TOP
Najib Ucap Tahniah Kepada Beregu Badminton Negara
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada beregu lelaki dan wanita skuad badminton negara yang menyumbang emas kelima dan keenam Malaysia dalam temasya Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Scotland.
“Lagi dua emas! Syabas pasukan badminton beregu lelaki dan wanita Malaysia #Glasgow2014,” kata Najib dalam catatan laman Twitter beliau. Pingat emas kelima Malaysia hadir menerusi beregu wanita Vivian Khoo-Woon Khe Wei yang mengetepikan Jwala Gutta-Ashwini Ponnappa dari India dengan keputusan 21-17, 23-21. Beregu lelaki negara, Tan Wee Kiong dan Goh V Shem pula mempertahankan pingat emas Sukan Komanwel dengan menewaskan wakil Singapura Danny Chrisnanta-Chayut Triyachart, 21-12, 12-21, 21-15. Malaysia mengakhiri temasya Sukan Komanwel 2014 Glasgow di tangga ke-12 dengan enam emas, tujuh perak dan enam gangsa. – BERNAMA

Paderi Di Poland Dakwa Terima SMS Daripada Syaitan
Warsaw: Seorang paderi Poland yang menjalankan ritual menghalau hantu pada seorang remaja perempuan mendakwa dia dihubungi oleh syaitan melalui teks pesanan ringkas (SMS).
Paderi Marian Rajchel dari Jaroslaw, tenggara Poland berkata dia mula mendapat SMS berunsur kebencian selepas gagal mengusir syaitan itu daripada remaja terbabit.
Rajchel percaya makhluk itu menggunakan tubuh badan remaja berkenaan sebagai perantaraan untuk melepaskan geram menerusi telefon bimbit.
“Biasanya pemilik telefon tidak sedar mereka dipergunakan seperti ini. Bagaimanapun dalam kes seperti ini ia jelas berlaku,” katanya. Rajchel mendakwa syaitan dan pengikutnya tidak takut menggunakan teknologi moden. Antara mesej itu, menurut akhbar Austrian Times berbunyi: “Dia tidak akan keluar dari neraka ini, dia milik aku. Sesiapa yang membantunya akan mati.” Paderi berkenaan menjawab SMS itu dan menerima satu lagi jawapan berbunyi: “Baik kamu diam, paderi. Kamu tidak boleh menyelamatkan diri kamu sendiri. Bodoh. Paderi tua yang bodoh.” Menurut Rajchel, kejadian itu jelas menunjukkan remaja itu dirasuk dan memerlukan bantuan. - Agensi

RM20 Untuk Berasmara Dengan Kanak-Kanak Kemboja
Micheal Jones, 55, seorang lelaki warga British telah ditahan kerana didakwa telah mengadakan hubungan kelamin dengan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Kemboja.
Jones telah dikenakan dakwaan membawa balik sekurang-kurangnnya seorang budak perempuan ke hotel untuk melampiaskan nafsunya.
Selain itu, gambar yang diambil juga menunjukkan dia memeluk dan mencium kanak-kanak di tempat awam.
Jones telah ditangkap di bandar Phnom Penh setelah dia diintip oleh pasukan polis di negara Kemboja. Jones juga dikatan mengadakan hubungan seks dengan remaja bawah umur yang berusia 13 dan 14 tahun di negara berkenaan.
Menurut siasatan awal, Jones didakwa memberikan mangsanya sekitar RM20 setiap kali selesai mengadakan hubungan seks. - SiakapKeli.com

Bayi Ditemui Dalam Lubang Tandas di Kuala Kangsar
Kejadian berlaku pada 29 Ramadhan di kala umat Islam berada dihari terakhir puasa dan dalam persiapan menyambut hari raya dengan sibuk membeli-belah barangan keperluan di Pasar Awam Kuala Kangsar, mereka dikejutkan dengan penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati.
Mengikut gambar-gambar yang tersebar di laman sosial mayat bayi itu di jumpai dalam keadaan menyedihkan
Sungguh kejam mereka yang melakukan perkara keji ini dengan membunuh anak yang tidak berdosa di perlakuan sedemikian rupa, kes ini disiasat oleh pihak berwajib bagi mengenal pasti pelaku dan di hadap ke muka pengadilan.
Sumber: apahell.blogspot.com
Sumber: apahell.blogspot.com
TOP
Tertembak Diri Sendiri Ketika Berselfie
Mexico - Malang menimpa seorang doktor haiwan apabila dia tertembak dirinya sendiri ketika berselfie bersama sepucuk pistol
Oscar Aguilar sebelum ini terlalu teruja berselfie sehinggakan berselfie dengan setiap benda yang dirasakan dapat menarik perhatian wanita seperti kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi dan lain-lain.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan menemui ajal apabila dia meminjam sepucuk pistol untuk merakam selfie bersama pistol tersebut.
Jiran lelaki tersebut, Manfredo Paez, 57, berkata dia terdengar bunyi jeritan sejurus selepas bunyi tembakan.
Jirannya, Manfredo Paez, 57, memberitahu, dia terdengar bunyi letupan sebelum terdengar jeritan.
Paez mendapati jirannya itu dalam kesakitan bila dia bergegas ke rumah Aguilar. Polis berkata, Aguilar meninggal dalam perjalanan ke hospital - SiakapKeli.com
TOP
Hangus Bersama iPhone Bahana Charger yang Dipercayai Tiruan
China - Seorang gadis berusia 18 tahun baru-baru ini ditemui hangus terbakar di atas katilnya bersama sebuah iPhone 4S miliknya. Dipercayai dia telah terkena renjutan elektrik semasa sedang tidur, dikhuatiri yang dialirkan oleh iPhonenya yang sedang dicas.
Tubuh hangus terbakar gadis itu ditemui oleh saudaranya yang tercium bau hangus ketika memasuki rumah. Dia terkejut menemui saudarinya itu dalam sudah tak bernyawa dan melihat tak jauh dari jasad itu ada iPhone yang telah rosak terbakar, masih terhubung ke pengecas. Pihak forensik membuat kesimpulan awal, pengecas tiruan penyebab kebakaran ini. Sebelum ini, sememangnya banyak kes telefon terbakar disebabkan oleh barang tiruan yang diguna pakai bersama telefon. Contohnya kes Samsung S4 yang terbakar di bawah bantal dipercayai dicas menggunakan bateri tiruan di Texas. Tahun lepas pula, seorang seorang penumpang pesawat di China mati terkena kejutan elektrik yang disalurkan oleh pengecas iPhone tiruan. - SiakapKeli.com

Carlist.my Dikecam Kerana Pelanduk Dua Serupa Kiki
Malang bagi Carlist.my apabila dikecam oleh orang ramai kerana menggunakan khidmat "Kiki" di salah satu iklannya.
Kekecohan itu terjadi setelah selebriti Sarimah Ibrahim telah memuat naik satu gambar iklan di belakang bas dimana kelihatan "Kiki" sedang menunjukkan isyarat bagus menggunakan tangan.
Bagaimanapun, pihak Carlist.my telah membuat penjelasan mengenai hal tersebut yang mana mengatakan model dalam iklan itu bukan Kiki yang dikenali ramai, tapi salah seorang dari staff mereka.
Post by Carlist.my.
Jika Kiki yang sebenar berada dalam gambar tersebut, sememangnya kes ini boleh menimbulkan isu kepada Carlist.my. Apa pun, terkejut juga si Kiki ada pelanduk dua serupa - SiakapKeli.com

(Video) Kemeriahan Pesta Pistol Air di Korea Selatan
Sebut sahaja pesta sudah tentu kita dapat bayangkan kemeriahannya. Sebelum ini kita pernah lihat bermacam-macam pesta yang unik hanya dianjurkan oleh negara-negara tertentu. Antaranya ialah pesta Malam Ahli Sihir, pesta Bot Naga, dan bermacam-macam lagi yang pelik.
Kali ini di Korea Selatan pula menganjurkan pesta yang lagi meriah iaitu pesta pistol air. Jika dilihatkan dalam video di bawah, pemain musik serta pemakai-pemakai kostum juga turut memeriahkan lagi pesta tersebut. Agak-agaknya bila pula pesta-pesta seperti ini akan dianjurkan di Malaysia ya?
TOP
Gempa bumi kuat di Yunnan; 367 maut
PANDANGAN dari atas menunjukkan rumah yang musnah dalam gempa bumi kuat di wilayah Yunnan di selatan China, semalam. - Foto Reuters
BEIJING: Gempa bumi kuat di wilayah Yunnan di selatan China menumbangkan ribuan rumah semalam, mengakibatkan sekurang-kurangnya 367 orang terbunuh dan lebih 1,800 orang cedera. Kira-kira 12,000 runtuh di Ludian, kawasan berpendudukan tinggi yang terletak kira-kira 366 kilometer di timur laut ibu negeri Yunnan, Kunming, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua. Gempa dengan ukuran skala richter 6.1 itu berlaku pada jam 4.30 petang pada kadar kedalaman 10 kilometer, menurut Kajian Geologikal Amerika Syarikat. Pusat gempa berkenaan adalah di kawasan perbandaran Longtoushan, 23 kilomter di barat daya bandaraya Zhaotong. Ma Liya, penduduk Zhaotong memberitahu Xinhua, jalan raya di bandar raya berkenaan adalah “seperti medan pertempuran selepas dibom”. Rumah jirannya, bangunan dua tingkat, roboh sama sekali dan beliau menyifatkan gempa itu sebagai terburuk yang berlaku selepas gempa bumi dua tahun lalu yang mengorbankan 81 orang. Xinhua melaporkan sekurang-kurangnya 367 orang maut dalam gempa itu, dengan 1,881 mengalami kecederaan. Kebanyakan kematian, iaitu 357, berlaku di Zhaotong manakala 10 orang lagi yang maut adalah dari bandaraya Quijing, kata Xinhua. - AP

Produk Cadbury "Buttons" Bermodelkan Kartun Babi Masuk Malaysia
Pelbagai cara dapat dilihat dilakukan oleh pihak Cadbury Malaysia, antaranya dengan membuat video hari raya, untuk mengembalikan semula imej mereka setelah tercemar dengan isu DNA babi baru-baru ini.
Tetapi, seorang forumer dari laman forum carigold.com telah memuatnaik gambar satu bungkusan produk cadbury, yang mana dijadikan kartun babi sebagai 'model' produk berkenaan. Dikatakan, produk berkenaan telah didapati di Pasaraya Hero Kelana Jaya.
Setelah disiasat, sememangnya produk ini adalah produk dari cadbury. Selain dari babi, memang ada beberapa haiwan lain diguna untuk mempromosikan produk ini. Produk ini adalah produk dari luar negara. Jika dilihat kepada pembungkusannya, memang bukan dari Malaysia.
Yang menjadi persoalan sekarang adalah bagaimana produk ini boleh masuk ke Malaysia, sedangkan isu DNA babi masih lagi panas diperkatakan. Dan jika tidak berkaitan dengan isu DNA babi sekalipun, produk gambar babi ini memang tidak patut ada di Malaysia - SiakapKeli.com

Dron milik Ukraine ditembak jatuh dekat lokasi nahas
SEORANG anggota kumpulan pemisah pro-Rusia bergambar dengan dron milik Ukraine yang ditembak jatuh dekat kampung Grabovo yang merupakan lokasi nahas MH17.
DONETSK - Kumpulan pemisah pro-Rusia mendakwa pihaknya telah menembak jatuh sebuah dron perisikan Ukraine beberapa kilometer dari lokasi sebuah pesawat Penerbangan Malaysia MH17 ditembak jatuh, lapor akhbar MailOnline kelmarin. Imej dron itu kemudian dimuat naik di laman YouTube oleh kumpulan pemisah yang mendakwa mewakili pihak Republik Rakyat Donetsk. Kumpulan pemisah itu menyatakan dron tersebut pernah digunakan pada zaman Ke satuan Soviet yang kemudian dibubarkan menjadi Rusia. Dron itu ditembak jatuh hanya 24.14 kilometer dari lokasi pesawat MH17 ditembak jatuh dekat kampung Grabovo, timur Ukraine. Tentera Ukraine melaporkan kumpulan pemisah itu menembak jatuh dron dengan menggunakan peluru berpandu. Kumpulan pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine saling bertempur di sekitar kawasan lokasi nahas MH17. Pesawat MAS itu dipercayai ditembak jatuh dengan menggunakan sebuah peluru berpandu ketika ia dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu. Pesawat tersebut membawa 298 orang dan kru yang terkorban dalam nahas itu. - Agensi

PM Israel ikrar teruskan serangan
SEJUMLAH pekerja penyelamat mengerumuni sebuah rumah yang musnah akibat serangan tentera Israel di Rafah, Semenanjung Gaza semalam.
BANDAR GAZA - Sekurang-kurangnya 30 penduduk Gaza maut dalam serangan terbaharu Israel semalam selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar meningkatkan tekanan terhadap Hamas. Dalam jumlah tersebut, 10 mangsa maut selepas tentera Israel membedil sebuah sekolah kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Rafah. Ketika kejadian berpuluh-puluh penduduk termasuk kanak-kanak sedang berbaris sebelum sebutir peluru meriam jatuh di kawasan berhampiran menyebabkan mangsa-mangsa bergelimpangan berlumuran darah. Tentera Israel menumpukan serangan di kawasan Rafah yang bersempadan dengan Mesir lokasi seorang askar negara itu diculik pejuang Hamas pada Jumaat lalu. Askar-askar Israel mula berundur dari Genting Gaza semalam selepas menamatkan misi memusnahkan rangkaian terowong Hamas tetapi serangan udara masih diteruskan menyebabkan berpuluh-puluh penduduk Palestin terbunuh. Stesen Radio tentera Israel melaporkan bahawa sebilangan besar askar negara itu sudah kembali ke negara berkenaan tetapi sebilangan lagi masih ditempatkan di beberapa lokasi strategik. Lebih 30 terowong dan berpuluh-puluh laluan masuk telah ditimbus atau diletupkan dalam operasi berkenaan. Serangan terbaru Israel itu menyebabkan jumlah korban di Gaza meningkat kepada 1,708 orang yang majoritinya orang awam manakala seramai 64 askar Israel dan tiga penduduk Yahudi terbunuh dalam konflik yang berlarutan hampir satu bulan tersebut. Pusat Hak Asasi Manusia Palestin memberitahu bahawa seramai 520,000 terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing akibat peperangan tersebut yang memasuki hari ke-27. - Reuters

Netanyahu minta AS tidak paksa Israel setuju gencatan senjata
ASKAR-ASKAR Israel mula berundur ke negara mereka dari Gaza semalam.
LONDON - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu White House supaya tidak memaksa negaranya mengadakan gencatan senjata dengan kumpulan pejuang Hamas, lapor akhbar MailOnline kelmarin. Permintaan itu dibuat selepas gencatan senjata sebelum ini hanya bertahan selama 90 minit. Satu sumber rapat memberitahu, memberitahu pemimpin Israel itu menasihatkan pentadbiran Obama untuk tidak membangkitkan isu mengenai gencatan senjata. Netanyahu berkata, pendirian beliau terhadap isu itu harus dipercayai manakala Hamas enggan mematuhi dan terlibat dalam rundingan gencatan senjata. Dalam satu panggilan telefon kepada Duta AS ke Israel, Dan Shapiro, tidak lama selepas gencatan senjata dicabuli pada Jumaat lalu, Netanyahu menyatakan kemarahannya dan beliau mahu White House menyokong tindakan beliau ke atas Hamas. Pentadbiran Obama sebelum ini menyelar Hamas kerana didakwa bertanggungjawab melanggar gencatan senjata antarabangsa di Gaza dan menganggap tindakan menculik seorang askar negara itu sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan. - Agensi

Hamas ikrar perangi Israel
EMPAT jenazah kanakpanak disimpan di dalam peti sejuk ais krim di sebuah rumah mayat di Rafah, Semenanjung Gaza semalam.
BANDAR GAZA - Pergerakan Hamas kelmarin berikrar untuk meneruskan perjuangan menentang Israel dan sehingga matlamat mereka tercapai walaupun peperangan tersebut menyebabkan lebih 1,760 penduduk Palestin terkorban. "Kami akan meneruskan perjuangan sehingga matlamat kami tercapai," kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum. Beliau berkata demikian tidak lama selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa berjaya melemahkan Hamas sejak konflik berkenaan tercetus pada 8 Julai lalu.
BEBERAPA orang lelaki memeriksa mangsa-mangsa serangan tentera udara Israel di luar sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Rafah, Semenanjung Gaza semalam.
"Netanyahu keliru dan itu menunjukkan bahawa dia sebenarnya berdepan dengan krisis," tambahnya. Dalam pada itu, satu delegasi Hamas tiba di Kaherah, Mesir semalam bagi mengadakan perbincangan dengan para pegawai Mesir bagi mencari satu gencatan senjata di Gaza. Kata sumber, delegasi itu diketuai pegawai kanan Hamas, Ezzat al-Rishq tetapi Israel tidak menghantar sebarang wakil dalam perbincangan tersebut. - Agensi - kosmo

Komanwel 2014: Beregu Lelaki, Wanita Malaysia Masing-Masing Sumbang Pingat Emas
Pemain beregu wanita negara Vivian Kah Mun Hoo (kanan) dan Khe Wei Woon meraikan kejayaan mereka memenangi pingat emas selepas menewaskan beregu India di temasya Sukan Komanwel kali ke-20 Glasgow di Glasgow, Ahad. -fotoBERNAMA
PASANGAN beregu badminton lelaki negara, Tan Wee Kiong-Goh V Shem dan beregu wanita negara, Vivian Khoo-Woon Khe Wei masing-masing menyumbangkan sebutir pingat emas untuk Malaysia dalam Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Ahad. Pasangan Tan/Goh meraih pingat emas keenam negara selepas menewaskan beregu Singapura Danny Chrisnanta-Chayut Triyachart 21-12, 12-21, 21-15. Kemenangan manis tersebut dikecapi lebih kurang satu jam selepas pasangan beregu wanita negara, Vivian Khoo-Woon Khe Wei menundukkan pasangan dari India sekali gus menyumbang pingat emas kelima mereka kepada Malaysia. Pingat gangsa beregu wanita diraih pasangan England, Gabriel Adcock-Lauren Smith selepas menewaskan pasangan negara Lim Pei Jing-Lim Yin Loo 16-21, 21-15 dan 21-16 pada Sabtu. Vivian berkata kerja keras serta rajin membuat analisis aksi perlawanan pihak lawan mendorong kejayaan mereka itu. "Kami sangat gembira dengan kemenangan ini. Kejayaan ini sangat bermakna. Pingat emas ini juga dihadiahkan untuk seluruh rakyat Malaysia terutamanya kita kini sedang bersedih dengan tragedi MH17. "Kami memang lebih yakin dan bersemangat daripada set pertama lagi dan hanya mahu fokus untuk menang sahaja yang penting jangan letak tekanan pada diri sendiri," katanya kepada pemberita di Glasgow, Ahad. Pencapaian terbaik beregu wanita pada Sukan Komanwel dengan memenangi pingat emas hadir menerusi Ang Li Peng-Lim Pek Siah pada 2002 dan Chin Eei Hui-Wong Pei Tty (2006). Bagi Wee Kiong beliau berpuas hati gandingan bersama V Shem masih mampu untuk mempertahankan pingat emas dalam acara beregu lelaki sejak tahun 1990 iaitu menerusi Jalani Sidek-Razif Sidek.
Cheah Soon Kit-Soon Beng Kiang meraih pingat emas pada 1994, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah (1998), Chan Chong Ming-Chew Choon Eng (2002), Chan Chong Ming-Koo Kien Keat (2006) dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (2010). "Kami sangat berpuas hati dengan kemenangan ini. Lebih mengembirakan lagi apabila kami masih boleh mengekalkan tradisi negara dalam acara beregu di Sukan Komanwel. "Saya harap prestasi cemerlang saya ini berkekalan sehingga aksi Kejohanan Dunia BWF di Denmark pada hujung bulan ini," kata Wee Kiong kepada pemberita. Pingat gangsa dimenangi Chris Langridge-Peter Mills dari England selepas menewaskan rakan sepasukan mereka Chris Adcock-Andrew Ellis dengan 21-17 dan 21-17 pada perlawanan penentuan pingat gangsa Sabtu.- mstar

72 Keluarga Dikesan Hidap Virus AIDS Di Melaka
Datuk Latipah Omar
ALOR GAJAH: Sebanyak 72 keluarga terdiri daripada penagih dadah dan anggota keluarga mereka dikesan menghidapi virus AIDS di Melaka. Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata daripada jumlah itu, 299 orang adalah Orang Kena Pengawasan (OKP) yang mendaftarkan diri secara sukarela dengan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Melaka. "Mengikut rekod kira-kira 75 peratus daripadanya merupakan penagih dadah tegar manakala 15 peratus pula adalah mangsa terdiri daripada anak serta isteri yang dijangkiti melalui penagih dadah berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbukanya sempena Aidifitri di sini, Ahad. Beliau berkata angka tersebut dikhuatiri lebih berikutan bilangan sebenar pembawa virus AIDS dalam kalangan penagih dadah serta anggota keluarga mereka sukar dikesan. Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri bersama Pemadam Melaka sedang berusaha mengesan bilangan sebenar penghidap virus berkenaan untuk diberi bantuan dan sokongan. Latipah berkata antara usaha yang dilaksanakan termasuk pendekatan turun padang dengan memberi kesedaran kepada penagih dan bekas penagih mengawal pengambilan dadah melalui pelaksanaan rawatan methadone. Beliau berkata Pemadam dan Agensi Antidadah Kebangsaan Melaka juga sedang mengumpul maklumat dan data sebenar penghidap HIV/AIDS yang lain daripada kumpulan OKP yang berdaftar. Katanya, sehingga hari ini sebanyak 2,992 OKP berdaftar dengan Pemadam Melaka dan kerajaan negeri sedang mengumpul maklumat mengenai anggota keluarga mereka yang berkemungkinan dijangkiti virus tersebut. "Kerajaan negeri sentiasa bersikap terbuka menerima golongan penghidap virus tersebut dan tidak pernah menyisihkan mereka kerana sebahagian daripadanya adalah mangsa," katanya. Sehubungan itu, katanya penghidap HIV/AIDS dalam kalangan penagih dadah dan anggota keluarga mereka dinasihat menghubungi pihaknya bagi mendapatkan rawatan serta bantuan lain.- mstar

Awal Ashaari Akan Dedah Wajah Anak Selepas Scha Habis Pantang
Awal akan mendedahkan wajah dan nama anaknya selepas isterinya, Scha habis berpantang. Foto Ihsan Instagram Awal Ashaari.
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Awal Ashaari hanya akan mendedahkan wajah dan nama anak perempuan mereka kepada umum selepas isterinya, aktres, Scha Al-Yahya tamat tempoh 44 hari berpantang.
Awal menerusi laman sosial Instagram miliknya memaklumkan perkara itu menerus hastag #abispantangbarubolehkenal selepas berkongsi sekeping gambar anaknya yang tidak didedahkan wajah.
Rata-rata peminat menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat pasangan berkenaan memperkenalkan anak mereka. Salah seorang pengikut Awal yang dikenali sebagai @cik_eyyma berkongsi pendapat dengan mengatakan: "Bayi bawah 40 hari tidak digalakkan untuk gambarnya buat tatapan umum dan ini menurut Al-Quran dan Hadis.
Scha dan Awal melihat anak mereka.
Manakala @aynissa pula memberitahu:"Anak dia, ada la sebab tidak mahu tunjuk. Sabar, nanti dia akan tunjuk juga". Bagiamanapun ada segelintir peminat yang menganggap Awal tidak sepatutnya merahsiakan identiti anaknya itu dan cukup sekadar tujuh hari dia berbuat demikian. Sebaliknya ada yang menyarankan agar peminat yang tidak sabar untuk melihat anak pasangan tersebut supaya menziarahi ke rumah pelakon itu untuk bertemu sendiri dengan bayi berkenaan. Kata @cnahasina1086: "Kalau rasa hendak tengok sangat bayi Awal dan Scha pergi sahaja melawat ke rumah atau pun tunggu sahaja seleas 40 hari baru buka kembali Instagram mereka.
Awal hanya memuat naik gambar anaknya yang hanya memperlihatkan bahagian badan sahaja.
"Daripada mengutuk lebih baik doakan kebaikan untuk mereka. Semoga bayi mereka menjadi anak yang solehah". Scha selamat bersalin kira-kira pukul 5.50 petang pada 22 Julai lalu di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur dan bayi perempuan seberat 3.17 kilogram itu dilahirkan secara normal. Awal yang dihubungi tidak menjawab panggilan telefon untuk bercerita lebih lanjut mengenai bayi berkenaan. Scha dan Awal berkahwin pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya dan ia turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.- mstar

Ajak (Shiro) Minta Kebenaran Isteri Lakon Babak Intim
Ajak (kiri) mengakui minta kebenaran isteri untuk berlakon disamping aktres Sherry Ibrahim.
PETALING JAYA: Pelawak dan anggota kumpulan Shiro iaitu Ajak terpaksa meminta kebenaran isterinya untuk melakonkan adegan intim dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul Sayang Wak Lu. Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanafi Razak, 28, berkata, dia berbuat demikian kerana menghormati isterinya dan bersetuju melakonkan babak bersama aktres Sherry Ibrahim selepas mendapat kebenaran wanita berkenaan. "Jika dia kata tidak boleh saya tidak akan berlakon dalam drama berkenaan tetapi dia faham dengan kerjaya saya sebagai pelakon cuma dia minta saya maklum kepadanya terlebih dahulu kerana bimbang timbulnya fitnah daripada pihak lain," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun kata Ajak, babak berkenaan tidak melibatkan adegan ranjang sebaliknya hanya memaparkan kemesraan pasangan kekasih. Dalam pada itu, Ajak mengakui, bukan mudah untuknya melakonkan watak serius dalam drama berkenaan kerana sudah terbiasa dengan peranan komedi sebelum ini. Pun begitu kata Ajak, peluang diberikan Michael telah berjaya membuatkannya keluar daripada zon selesa dan tidak menolak sekiranya tawaran sama diberikan selepas ini. "Memang mencabar dan rasa kekok tetapi tunjuk ajar daripada Michael membuatkan saya sedar bakat lakonan saya bukan hanya sekadar komedi sahaja. "Selepas ini saya terbuka untuk mencuba lebih banyak watak lain kerana ia memberi latihan kepada saya untuk mengeksperesikan emosi dalam bentuk berbeza," jelasnya. Sementara itu, Ajak berkata, itu tidak bererti dia akan meninggalkan dunia komedi dan mengakui lawak pentas masih menjadi keutamaan dan lakonan drama sekadar untuk mengutip ilmu.- mstar

Anak-Anak Tidak Dapat Harta Philip Seymour Hoffman
Philip Seymour Hoffman
NASIB tiga anak Philip Seymour Hoffman tidak akan mendapat sebarang harta warisan daripada aktor itu yang meninggal dunia pada 2 Februari lalu. Sebaliknya, menurut laporan Fameflynet, bintang filem Capote itu mewariskan semua kekayaan itu kepada kekasihnya Mimi O'Donnell. Akauntan Philip iaitu David Friedman berkata, pemenang Oscar itu memiliki kekayaan sehingga USD35 Juta (RM110.8 Juta) dan sayangnya dia tidak mahu anak-anaknya, Cooper, 11, Tallulah, 8, dan Willa, 6 menjadi pewaris yang manja. "Philip enggan mewariskan hartanya kepada anak-anak kerana percaya bahawa Mimi mampu menguruskan wang tersebut untuk menjaga dan memberi pendidikan kepada mereka," kata David.
Philip mewariskan kesemua hartanya kepada Mimi.
Ketiga-tiga anak Philip itu merupakan hasil perhubungan cintanya dengan Mimi. Sejak dahulu lagi, David berpendirian tidak mempercayakan perkahwinan dan lebih senang jika hanya menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya itu. Terdahulu, Philip ditemui mati di apartmen miliknya di New York pada Februari lalu gara-gara kesilapannya mencampur empat jenis dadah merbahaya iaitu heroin, cocaine, benzodiapines dan aphetamine.- mstar

Israel Blok Rakyat Malaysia Dari Layari Laman Facebook IDF.
Israel hari ini nampaknya telah menghalang pelayar dari Malaysia dari melayari laman Facebook IDF. Mungkin mereka telah goyang apabila banyak kali 'troll' ataupun laman Facebook mereka dikatakan telah digodam sebelum ini. Atau mungkin ada helah yang mereka tidak mahu rakyat Malaysia tahu.
Sememangnya ada ciri yang membolehkan Admin page Facebook mengehadkan negara mana yang boleh melayari laman Facebook mereka.
Hal ini dapat dilihat jika pengguna dari Malaysia pergi ke laman Facebook IDF secara terus, pengguna akan dibawa ke Laman Utama, bukan page berkenaan.
Tetapi jika menggunakan proksi dari luar negara seperti ini dan memasukkan alamat(URL) laman facebook IDF, iaitu https://www.facebook.com/idfonline , laman berkenaan masih lagi kelihatan berfungsi dengan elok.
Sebab kenapa mereka melakukan perkara itu tidak diketahui. Tapi nampaknya Malaysia telah berjaya memberi sedikit gentar kepada Zionis. Malaysia Boleh - SiakapKeli.com

Antara Israel, Yahudi dan Zionis - Yang Mana Perlu Kita Kecam
Ketika serangan dilakukan oleh rejim zionis ke atas Gaza, banyak kecaman-kecaman yang dilemparkan kepada pihak zalim itu antaranya "Yahudi sial", "Israel laknat", atau "Zionis cibai". Namun yang mana sebenarnya yang patut dikecam? Israel? Yahudi? Zionis? atau ketiga-tiga sekali?
Berikut diceritakan dengan ringkas siapakah Yahudi, Israel dan Zionis, diringkas dari satu pembentangan diskusi agama
Definisi
Yahudi
Merujuk kepada satu agama dan juga keturunan. Agama Yahudi tidak seperti agama lain, seperti Islam, dianut pelbagai bangsa. Walau bagaimanapun, 90% yahudi yang ada sekarang adalah yahudi Ashkenazi yang berasal dari Khazar. Hanya 10% yang original.
Zionis
Satu pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan Yahudi pada 1897 yang berasal dari perkataan Zion. Zion adalah nama tapak paling suci bagi Yahudi. Pergerakan inilah yang mahukan sebuah negara untuk kaum Yahudi.
Bani Israel
Satu keturunan yang dipilih oleh Allah untuk menjadi memimpin manusia. Keturunan Israel adalah golongan yang paling ramai terpilih sebagai Nabi dan Rasul.
Negara Israel
Satu negara haram yang dimahukan oleh pergerakan Zionis.
Petikan Nik Aziz
Memetik kenyataan Nik Aziz melalui Sinar Harian pula, beliau menyatakan Yahudi dan Zionis sebagai dua benda yang berbeza.
“Yahudi ni bangsa, bangsa tidak ada yang jahat tapi yang jahatnya ialah manusia, begitu juga Melayu dan Arab, Melayu dan Arab tidak jahat tapi yang jahatnya ialah perangai orang Melayu dan Arab itu sendiri.
“Orang Yahudi tidak minta untuk jadi Yahudi dan saya sendiri tidak nak jadi Melayu tapi bangsa saya bangsa Melayu, apa boleh buat,” katanya.
Memetik kenyataan ini pula, Nik Aziz ada menjelaskan satu hadis dimana Nabi Muhammad telah berurus niaga dengan seorang Yahudi untuk belanja harian baginda.
Secara jelasnya, yang sedang melakukan kekejaman sekarang adalah sebahagian orang Yahudi yang mahukan negara Israel. Dalam realiti, ada orang Yahudi yang menentang gerakan Zionis. Mereka adalah Yahudi Orthodox.
Kesimpulan
Sebelum artikel ini ditulis, penulis ada bertanya seorang yang boleh dikatakan arif dalam agama. Soalannya berbunyi "Bolehkan kita panggil Yahudi laknat?", jawapannya, jika niat kita mengatakan laknat kepada "Yahudi Sekarang", itu tidak salah. Tapi lebih baik jika kita melaknat Zionis kerana merekalah yang mahukan negara haram Israel.
Tetapi tidak adil jika kita berkata "Cina Rasis" atau "Melayu Rasis" kerana yang benar-benar rasis hanyalah segelintir sahaja.- SiakapKeli.com
Pesanan : Artikel ini hanya ringkasan sahaja, untuk maklumat yang lebih lanjut, sila lakukan kajian lebih terperinci.

Tesco Nafi Sumbang Keuntungan Kepada Israel
PETALING JAYA: Tesco Malaysia pada Ahad menolak dakwaan menyalurkan hasil jualan atau keuntungan untuk kempen bersifat politik, keganasan dan penindasan yang berlaku di dunia.
Pengarah Perhubungan Kerajaan dan Hal Ehwal Korporatnya Azlam Shah Alias berkata sebagai syarikat awam dan tidak bersifat politik, Tesco Malaysia mematuhi polisi untuk tidak membuat sebarang sumbangan dan tajaan berbentuk politik.
"Kami menolak sekeras-kerasnya sebarang dakwaan bahawa Tesco menyumbang keuntungannya kepada Israel.
"Sebarang dakwaan berkenaan perkara ini adalah tidak benar sama sekali," katanya menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini, Ahad.
Kenyataan tersebut dikeluarkan setelah aduan diterima daripada laman-laman sosial yang mengaitkan pusat beli-belah antarabangsa itu dengan krisis di Gaza.
Katanya, Tesco yang dimiliki oleh pemegang saham dari seluruh dunia dan berpengkalan di United Kingdom sentiasa berpegang teguh kepada prinsip perniagaan yang bertanggungjawab dan beretika.
"Sebarang dakwaan yang bertentangan akan dianggap sebagai satu fitnah," menurut kenyataan tersebut.
Tambahnya, Tesco juga menjadi sebahagian daripada komuniti setempat di Malaysia dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 11,000 rakyat Malaysia dan memberikan layan mesra kepada pelanggan.
"Kami juga mempunyai lebih 3,000 pembekal tempatan termasuk pembekal IKS yang berkerjasama dengan kami dalam membekalkan produk-produk berkualiti pada harga berpatutan.
"Kami juga menyokong program-program yang bermakna bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik, terutamanya dalam musim Ramadan dan Aidilfitri melalui program Kasih Ramadan kami baru-baru ini."- mstar
TOP
Gaza: Masyarakat Antarabangsa Perlu Main Peranan Lebih Berani
Tan Sri Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa supaya memainkan peranan yang lebih berani bagi melindungi dan mempertahankan hak rakyat Palestin dan menamatkan pertumpahan darah di Gaza. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sehubungan itu, Malaysia mahu negara-negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersau (UNSC) untuk bersatu dan bertindak tegas bagi menamatkan segera pencerobohan terang-terangan tentera Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza. "Masyarakat antarabangsa juga termasuk negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM). "Malaysia juga menggesa Amerika Syarikat dan rakan sekutunya supaya segera menuntut Israel menghentikan kekejamannya ke atas rakyat Palestin di Gaza," katanya dalam satu kenyataan Ahad. Adalah dilaporkan bahawa Kementerian Kesihatan Gaza berkata angka kematian meningkat 1,732 orang termasuk kanak-kanak, wanita dan lelaki yang berumur manakala 9,152 orang cedera semasa serangan tentera Israel ke atas penduduk Gaza sejak 8 Julai. Muhyiddin berkata pembunuhan tanpa belas kasihan ke atas orang awam oleh tentera Israel adalah jelas tindakan keganasan dan jenayah perang yang boleh dihukum mengikut undang-undang antarabangsa. "Dengan apa jua cara sekalipun, saya menggesa pelaku jenayah kejam ini dibawa ke muka pengadilan," katanya sambil mengutuk sekeras-kerasnya ke atas pasukan tentera Israel yang terus menerus melakukan pembunuhan kejam terhadap rakyat Palestin di Gaza. Muhyiddin berkata Malaysia telah menuntut agar Israel segera menghentikan segera pembunuhan kejam beramai-ramai dan perbuatan tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk awam yang tidak bersenjata di Gaza, Palestin.- mstar

Puteri Sasar 800,000 Anggota Menjelang 2018
Mas Ermieyati
ALOR GAJAH: Pergerakan Puteri Umno menyasarkan untuk meningkatkan keanggotaan pergerakan itu kepada lebih 800,000 orang sehingga tahun 2018 berbanding 390,000 setakat ini. Ketuanya Mas Ermieyati Samsudin berkata sasaran itu boleh dicapai dengan pelbagai usaha yang dijalankan pergerakan itu sepanjang penggal beliau menerajui pergerakan itu. "Baru-baru ini kita telah melancarkan aplikasi telefon pintar 'PUTERI' bagi memudahkan penyaluran pelbagai maklumat kepada wanita muda dan kita menerima lebih 200 permohonan untuk menganggotai Biro Sahabat Puteri menerusi aplikasi tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di sini Ahad. Beliau juga berkata Puteri telah menubuhkan Biro Sahabat Puteri akhir tahun lepas bagi menarik sokongan golongan muda kepada Umno tanpa mengira jantina dan kaum. Katanya dalam tempoh dua bulan ini, pergerakan itu berjaya mendapatkan 20,000 anggota. Dalam perkembangan lain, Mas Ermieyati berkata pergerakan itu akan meneruskan program Kembara I.L.M.U (Inspirasi. Latihan. Motivasi. Unggul) anjuran Biro Pendidikan pergerakan itu di seluruh negara. Beliau berkata program itu bertujuan memberi pengisian slot motivasi, kerjaya dan latih tubi kepada pelajar Tingkatan Lima dan Enam sebagai persediaan menghadapi cabaran negara pada masa depan. "Program ini adalah salah satu inisiatif kita untuk membantu pelajar dalam pelajaran dengan cara latih tubi dan kita akan mengikuti perkembangan pelajar dari semasa ke semasa dari segi peringkat latihan dan sebagainya," katanya. Beliau berkata menerusi program yang diadakan di Negeri Sembilan pada Jun lepas, pergerakan itu berjaya menarik kira-kira 600 hingga 700 murid menyertai program itu. Katanya program itu memberi manfaat yang amat besar kepada murid dan mereka perlu mengambil peluang yang disediakan itu.- mstar

Johor Nafi 90 Peratus Permohonan Rumah Mampu Milik Daripada Kaum Cina

JOHOR BAHARU: Kerajaan negeri telah menetapkan kuota permohonan rumah mampu milik mengikut kaum dan menafikan dakwaan kononnya hampir 90 peratus permohonan itu daripada kaum Cina. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Abd Latiff Bandi berkata kerajaan akan terus memantau perkara ini kerana telah menetapkan kuota bagi permohonan berkenaan mengikut kaum dengan pembahagian 65 peratus untuk Melayu, 25 peratus bagi Cina dan selebihnya untuk kaum India. "Sehingga kini, dianggarkan 12,000 pemohon yang sudah membuat permohonan secara dalam talian dan kebanyakan daripadanya memohon bagi rumah bernilai RM80,000," kata beliau. Abd Latiff berkata demikian ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini, Ahad. Beliau berkata sehingga kini permohonan untuk perumahan rumah mampu milik yang akan dibina di lokasi yang telah ditetapkan, amat menggalakkan. Beberapa siri kempen dan program di peringkat daerah termasuk di universiti akan dilaksanakan sebagai hebahan supaya perancangan yang dilakukan mendapat permintaan yang tinggi. Sementara itu, mengulas mengenai Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ), beliau berkata ia sedang diteliti di peringkat penasihat undang-undang untuk tempoh tiga bulan. "Kita tidak perlu tergesa-gesa bagi melaksanakan lembaga tersebut kerana ia dijangka beroperasi pada suku pertama tahun hadapan. Buat masa ini, kita sedang merangka organisasi lembaga ini. "Maklum balas yang diterima di peringkat akar umbi juga menyambut baik pelaksanaan lembaga ini yang mampu mempercepatkan pembangunan rumah mampu milik di kawasan yang ditentukan," kata Abd Latiff. Walaupun kebanyakan rakyat berpuas hati dengan perancangan berkenaan, pihaknya secara berterusan akan mengadakan program memberi penjelasan kepada masyarakat tentang soal dasar dan tujuan LPHJ ditubuhkan, kata beliau.- mstar

Cetak 'Wang Kertas' : Kedutaan Australia di Indonesia Diarah Tutup Mulut
PETALING JAYA: Kedutaan Australia di Jakarta mengesahkan mereka telah menerima arahan agar tidak boleh menerbitkan sebarang maklumat mengenai skandal rasuah yang melibatkan beberapa tokoh politik terkenal Asia sepertimana yang telah didedahkan oleh Wikileaks.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, Kedutaan Australia di Jakarta berkata kerajaan Australia telah 'menguatkuasakan arahan agar tidak menerbitkan sebarang maklumat mengenai mana-mana tokoh politik yang didakwa terlibat dengan rasuah tanpa mengira sama ada mereka telah didapati bersalah atau tidak'.
"Kerajaan telah menguatkuasakan arahan tersebut sebelum ini dan ia merupakan langkah terbaik untuk melindungi tokoh politik daripada risiko yang tidak diketahui," menurut kenyatan itu.
Pihak kedutaan juga berkata arahan tersebut merujuk kepada kes yang melibatkan nama beberapa tokoh politik terkenal.
"Mendedahkan nama tokoh politik tertentu tidak bermakna mereka benar-benar bersalah. Kerajaan juga menegaskan bahawa Presiden Indonesia dan bekas presiden bukanlah subjek yang dimaksudkan dalam prosiding tersebut," katanya.
Tambahnya, mana-mana pihak yang ingkar boleh dikenakan tindakan yang setimpal dan pihak polis akan bertanggungjawab dalam hal ini.
AFP melaporkan bahawa arahan agar tidak mendedahkan tokoh politik yang terlibat dengan rasuah telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Victoria di Melbourne pada 19 Jun. Dan maklumat berkenaan kemudiannya telah didedahkan oleh, Wikileaks.
Wikileaks dalam pendedahannya mendakwa seorang pemimpin Asia dan keluarganya didakwa merasuah beberapa pihak bagi memastikan mereka dapat mengekalkan kontrak untuk mencetak wang negara. Ia didakwa melibatkan sebuah bank utama di Australia.
Dakwaan tersebut turut mengaitkan penglibatan seorang bekas menteri kabinet daripada Malaysia.
Australian Broadcasting Corporation berkara arahan tersebut dikeluarkan selepas Jabatan Luar menegaskan bahawa penerbitan isu seperti itu akan menjejaskan keselamatan nasional dan hubungan antarabangsa Australia dengan negara luar. - mstar
TOP
Pengeluar Kotak Barang Kemas Hadapi Saingan Produk Import
GEORGE TOWN: Memang lumrah. Setiap perniagaan yang menguntungkan akan menghadapi persaingan.
Perusahaan membuat kotak barang kemas oleh seorang pengusaha tempatan di sini yang memberi pulangan cukup lumayan kini terjejas, ekoran saingan produk import.
Abd Mubarak Mohamed Salih, 64, yang telah terlibat dalam pengeluaran kotak barang kemas ini sejak berdekad kini menghadapi pesaing dari China, Hong Kong dan Thailand. Produk mereka dijual dengan harga lebih rendah.
"Akibatnya, kalau dahulu saya boleh jual kotak barangan kemas ini dengan harga RM60, tetapi sekarang tidak boleh.
"Mereka jual jenis barang yang sama dengan harga murah tetapi kualiti kurang memuaskan.
"Produk saya lebih berkualiti dan boleh tahan 10 tahun," kata Abd Mubarak yang meneruskan legasi perusahaan bapanya yang telah menjangkau 40 tahun.
Beliau membekal produk tersebut kepada sebilangan besar kedai emas di seluruh negara.
"Kerja-kerja membuat kotak barang kemas ini memerlukan ketelitian oleh itu mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan.
"Untuk siapkan 20 biji kotak memerlukan lima ke enam hari," katanya.
Abd Mubarak berkata produknya yang diperbuat daripada kain baldu dari Korea dan kayu, dijual dengan harga antara RM60 dan RM130 sebuah, bergantung pada saiz.
Abd Mubarak berkata penglibatannya dalam perusahan itu bermula dengan 'paksaan' kira-kira 40 tahun lalu.
"Dulu selepas sekolah ayah akan paksa saya untuk menolongnya di kedai.
"Pada mulanya, saya kurang berminat tetapi lama kelamaan selepas mempelajari cara untuk membuat produk ini saya jadi minat pula.
"Selepas habis persekolahan saya bekerja di kedai ayah dengan bayaran RM2 sehari.
"Selepas ayah meninggal, saya dan abang mengambil alih perniagaan ini. Abang saya bertanggungjawab menjaga akaun dan saya dengan pengeluaran produk," katanya.
Beliau berkata minat dan kesabaran adalah kunci penting jika seseorang itu mahu menceburi perniagaan berkenaan dan disebabkan itu beliau sukar mendapat pekerja baharu.
"Dulu kami ada lebih kurang 15 pekerja. Bila mereka sudah mahir dengan kerja-kerja seni ini, mereka meninggalkan perusahaan kami," katanya. - mstar
TOP
MAS Perlu Tumpu Laluan Antarabangsa Sahaja
KUCHING: Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS) disaran hanya menumpukan perhatian kepada laluan penerbangan antarabangsa jika bercadang melaksanakan penstrukturan semula pelan perniagaan mereka.
Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata beliau melihat MAS memerlukan laluan-laluan khusus dalam usaha untuk mendapatkan hasil yang lebih baik memandangkan ketika ini syarikat penerbangan itu tidak mempunyai sumber hasil.
"MAS perlu memberi tumpuan kepada laluan penerbangan antarabangsa dan laluan itu pula perlu bersambung dengan syarikat penerbangan serantau lain. Saya melihat usaha ini dapat dilakukan kerana mereka (MAS) mempunyai Maswings, saya cadangkan MAS pisahkan Maswings, biarkan Maswings menjadi syarikat penerbangan serantau atau jet serantau," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, di sini.
Mengulas lanjut, Abang Johari berkata kaedah perniagaan yang sama telah dilakukan oleh Singapore Airlines yang menghubungkan laluan penerbangan syarikat itu dengan Silk Air.
"Apabila Maswings menjadi syarikat penerbangan serantau atau jet serantau, MAS boleh menumpukan kepada laluan utama. Penstrukturan semula dengan model perniagaan yang berbeza diperlukan syarikat penerbangan negara itu.
"Jika model perniagaan ini dilaksanakan, barulah MAS boleh fokus dan meraih hasil.
"Kerana jika Maswings menjadi syarikat penerbangan serantau atau jet serantau, Sarawak dan Sabah mungkin menimbang mengambil alih pegangan tertentu, ini bermakna MAS tidak perlu menanggung kos bersendirian kerana kos telah ditanggung secara bersama," katanya.
Abang Johari berkata Sarawak memiliki produk ekopelancongan menarik di seluruh negeri dan dengan kemampuan Maswings, negeri itu tidak teragak-agak untuk memiliki kepentingan dalamnya.
"Sepanjang empat bulan pertama tahun ini, seramai 1.9 juta pelancong sudah melawat negeri ini, meningkat tujuh peratus berbanding tempoh sama tahun ini. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran jelas tarikan Sarawak kepada pelancong," katanya.- mstar
TOP
9,318 Usahawan India Peroleh Manfaat Daripada Tekun
KUALA LUMPUR: Sekretariat Khas Untuk Pengupayaan Usahawan India (SEED) mengagihkan sejumlah RM347.32 juta kepada 9,318 usahawan India Malaysia setakat ini sejak penubuhannya pada Ogos 2012.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel, yang bertanggungjawab terhadap SEED, berkata daripada jumlah itu, kira-kira RM131 juta diagihkan kepada 9,067 usahawan India menerusi Tekun Nasional.
"Ini membentuk sekitar 40 peratus daripada pinjaman itu, manakala bakinya adalah bagi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Kami melakar kejayaan dalam sektor PKS, dengan RM216 juta diagihkan sepanjang 18 bulan lepas.
"Kejayaan ini hasil kerjasama rapat kami dengan institusi seperti Malaysian Development Finance Institutions (MIDF), SME Bank/SME Corp Malaysia dan Skim Pembiayaan Kewangan PKS," katanya.
SEED, sebuah unit di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) Kaum India di Jabatan Perdana Menteri, diwujudkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bermatlamat merubah landskap bagi usahawan India Malaysia.
Kata Palanivel, beliau berpuas hati bahawa 45 peratus daripada jumlah pinaman ini diberi kepada syarikat dalam sektor perkhidmatan, untuk menjana sumbangan ketara kepada ekonomi Malaysia.
Selain sektor perkhidmatan, industri lain yang memperoleh manfaat termasuk makanan dan minuman, plastik, fabrikasi logam, kimia, pelancongan, profesional, kertas & percetakan, infrastruktur dan utiliti, serta industri asas besi dan keluli.
Bagi Bajet 2015, Palanivel berkata SEED akan memohon agar kerajaan memperuntukkan RM100 juta lagi kepada kaum India dalam sektor pembiayaan mikro dan RM50 juta bagi PKS.
Dalam perkembangan lain, SEED merancang untuk mewujudkan sebuah pusat sehenti bagi usahawan India yang memenuhi semua keperluan perniagaan di bawah model perniagaan francais.
Pengarah Eksekutifnya Dr A.T.Kumararajah pusat sehenti ini akan menjadi platform untuk menyediakan pendekatan perniagaan lebih bersistematik, selain meningkatkan tahap daya saing dan keberkesanan dalam kalangan pemberi francais.
Beliau berkata pusat itu akan turut menyediakan program pembangunan keusahawanan menyeluruh, menguruskan pinjaman perniagaan di samping permohonan lesen perniagaan.
"Bukanlah satu rahsia apabila model francais restoran terus penjadi penggerak utama dalam industri restoran memandangkan 35 peratus daripada semua model francais di Malaysia tertumpu di sekitar industri makanan dan minuman.
"Oleh itu, pusat sehenti ini akan memberi peluang kepada usahawan India Malaysia untuk meneroka, memahami dan membangkitkan kesedaran terhadap Model Perniagaan Francais," katanya.
Selain mengendalikan latihan, beliau berkata SEED bekerjasama rapat dengan Persatuan Francais Malaysia untuk mempromosi konsep francais dalam kalangan usahawan India.- mstar
TOP
Syarikat M'sia Digesa Pandang Serius Pengurusan Krisis
KUALA LUMPUR: Syarikat tempatan perlu memandang serius keupayaan pengurusan krisis mereka selepas dua insiden penerbangan baru-baru ini yang menyebabkan Malaysia dan peserta industri berkaitan menjadi tumpuan dan pemerhatian antarabangsa, kata seorang pakar komunikasi.
"Syarikat Malaysia dan kepimpinan utama mereka perlu lebih banyak melabur dalam membina dan mengukuhkan kesediaan krisis dan mekanisme tindak balas mereka.
"Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), khususnya, perlu keluar daripada zon selesa mereka dan bersedia untuk menguji 'crisis quotient' mereka menerusi simulasi mengejut yang diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun," kata CEO Perception Management Sdn Bhd, Kishore Ravuri.
Pasukan pengurusan risiko korporat mempunyai peranan dalam meningkatkan jangkaan dan persediaan CEO terhadap semua risiko berkaitan dengan perniagaan mereka masing-masing, katanya.
"Hakikatnya, walaupun dasar pengurusan krisis diuji setiap tahun menerusi simulasi, banyak syarikat tempatan jarang menyemaknya bagi meminda proses-proses yang telah lapuk dan senario yang jauh daripada kenyataan.
"Jika dilaksanakan dengan betul, pengurusan krisis boleh membantu perniagaan mendapatkan manfaat pembabitan pemegang kepentingan, yang boleh melindungi kepentingan korporat walaupun dalam krisis yang paling teruk," katanya.
Memetik insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, yang meletakkan negara di bawah perhatian dunia dengan menerima banyak kritikan, Kishore berkata ia mendedahkan beberapa keadaan "tidak bersedia" dan "kedudukan lemah" wakil jurucakap.
Penerbangan MH370 yang menuju ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, diumumkan hilang oleh pihak berkuasa selepas meninggalkan Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014.
"Pelaksanaan pengurusan krisis dan pelan komunikasi MAS yang tidak teratur, kalaupun ia ada, dilihat sebagai satu yang mengecewakan daripada perspektif perhubungan awam.
"Pengenalpastian dan mobilisasi jurucakap yang sesuai di tempat dan masa yang sesuai, dan kesediaan mereka untuk menangani risiko berkaitan dengan perniagaan mereka, menjadi satu yang amat kritikal dalam dunia yang global ini. Ini pada asasnya merupakan yang gagal dalam kes MH370," kata Kishore.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, krisis dalam situasi seumpama itu merupakan satu fenomena yang jarang berlaku.
Malaysia dan syarikat tempatan boleh mengambil iktibar daripada episod tersebut dan di masa depan, menjadikan krisis sebagai satu peluang untuk menunjukkan kepimpinan, kesediaan bagi menangani kecenderungan media antarabangsa dan pelbagai pemegang kepentingan serta taktik dan kecanggihan komunikasi, katanya. - mstar
TOP
Raja Teh Wanita Berbakat Dalam Perbankan Islam
KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Bank (HLISB), Raja Teh Maimunah, dipilih sebagai profesional wanita paling berbakat dalam perbankan Islam pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perbankan Islam Asia 2014 di Singapura baru-baru ini.
Dikenali sebagai ketua yang bersemangat dan berinspirasi, Raja Teh telah melalui banyak cabaran dalam kerjaya beliau yang menjangkau lebih 20 tahun, menumpukan kepada bahagian perbankan Islam dan pelaburan.
HLISB dalam satu kenyataan berkata selain portfolio beliau di HLISB, Raja Teh juga merupakan Ketua Pegawai Operasi Bahagian Inovasi Digital dan Perbankan Transaksi Hong Leong Bank.
Sementara itu, Anugerah Kecemerlangan Perbankan Islam Asia mengenal pasti dan memberi penghargaan kepada golongan profesional dan organisasi di atas pencapaian cemerlang mereka dalam bidang masing-masing yang menyumbang kepada standard pendedahan korporat yang tinggi di Asia. - mstar
TOP
Komanwel: Beregu Wanita Sumbang Pingat Emas Kelima
PASANGAN beregu wanita Malaysia, Vivian Khoo-Woon Khe Wei berjaya menyumbang sebutir lagi pingat emas untuk negara dalam acara badminton di Sukan Komanwel 2014, dalam perlawanan yang berlangsung Ahad.
Pasangan ini menewaskan juara bertahan dari India, Jwala Gutta-Ashwini Ponnanppa, 21-17,23-21.
Dengan kemenangan ini bermakna Malaysia telah berjaya mengumpul sebanyak lima pingat emas dalam kejohanan ini.
Dalam perlawanan peringkat separuh akhir, pasangan ini mengejutkan pasangan dari England, Gabriel Adcock-Lauren Smith dengan kemenangan straight set 21-16 dan 21-11.
Pencapaian terbaik beregu wanita pada Sukan Komanwel dengan memenangi pingat emas hadir menerusi Ang Li Peng-Lim Pek Siah pada 2002 dan Chin Eei Hui-Wong Pei Tty (2006).- mstar
TOP
RVP Diarah Tingkatkan Kecergasan Sebelum Wakili Man united
ROBIN van Persie tidak akan dibenarkan beraksi bersama Manchester United untuk perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris pada 16 Ogos ini jika tidak cergas sepenuhnya.
Berikutan itu, pengendali United, Louis van Gaal mengarahkan pemain tersebut meningkatkan kecergasan terlebih dahulu sekiranya ingin turun sebagai penyerang ketika bertemu Swansea.
Van Persie diberikan tempoh bercuti dan tidak mengikuti jelajah skuadnya ke Amerika Syarikat kerana terlibat membantu Belanda pada saingan Piala Dunia lalu.
Penyerang berusia 31 tahun itu dijangka tiba untuk melapor diri di Kompleks AON United pada Isnin sebelum Liga Perdana Inggeris membuka tirai.
Van Persie yang sedang mengalami kecederaan perlu meningkatkan kecergasan sepenuhnya dan membuktikan kemampuan diri dalam perlawanan persahabatan bertemu Valencia pada 12 Ogos sebelum dipilih sebagai penyerang utama United.
Hal ini kerana, Van Gaal kelihatan selesa dan kagum dengan aksi yang dipamerkan Wayne Rooney sepanjang saingan Piala Juara Antarabangsa yang sedang berlangsung.- mstar
TOP
Badang Negara Terima Hadiah Lot Tanah, Wang Tunai
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu menghadiahkan satu lot tanah serta wang tunai berjumlah RM10,000 kepada atlet angkat berat negara Mohd Hafifi Mansor yang menyumbang emas pertama negara pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Scotland.
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pihaknya telah mengenal pasti tanah lot banglo di kawasan Tok Jembal untuk diserahkan kepada anak Terengganu kelahiran Seberang Takir yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Menurutnya pemberian tanah itu juga selari dengan hasrat wira negara itu yang ingin pulang ke Terengganu untuk mencurahkan bakti di tanah air.
"Proses pemberian tanah akan selesai dalam tempoh dua hingga tiga minggu dan selepas itu kita akan serahkan tanah tersebut kepada badang Terengganu ini.
"Sebelum ini saya ada terbaca kenyataan Hafifi yang ingin pulang ke kampung halaman untuk menjadi jurulatih sukan angkat berat dan saya rasa hadiah ini paling sesuai bagi Hafifi untuk terus menetap di negeri kelahirannya," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan Mohd Hafifi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, Ahad.
Wira negara berusia 24 tahun itu juga diarak menggunakan kenderaan pacuan empat roda mengelilingi Bandar Kuala Terengganu dari LTSM.
Bagi merealisasikan impian Mohd Hafifi, Ahmad Razif berkata kerajaan akan membantu pemenang pingat emas bagi kategori 69 kilogram itu menjadi jurulatih dengan membuka pusat latihan angkat berat melatih anak tempatan menceburi sukan itu.
Katanya kejayaan yang dikecapi Mohd Hafifi juga membuktikan Terengganu mampu melahirkan atlet sukan angkat berat di negeri itu pada masa hadapan dan sehubungan kejayaan atlet itu, sukan angkat berat akan diberi penekanan dalam melahirkan lebih banyak atlet dalam acara berkenaan.
Jelasnya kejayaan yang membanggakan itu juga sekali gus menjadikan anak muda ini sebagai ikon kepada para belia.
Menurutnya kerajaan negeri juga bersedia memberikan kemudahan dan keperluan yang lain kepada Mohd Hafifi untuk mengulangi kejayaan seperti Sukan Olimpik pada masa akan datang.- mstar
TOP
Bermodal RM500, Asbdullah Kini Tauke Puyuh
NIBONG TEBAL: Memulakan ternakan burung puyuh dengan modal RM500 pada 2009, nama 'Asbdullah Puyuh' kini gah pada kalangan penggemar daging burung puyuh dan juga pengusaha restoran di daerah Seberang Perai Selatan (SPS), di sini dan kawasan sekitar.
Menyifatkan sektor itu mempunyai masa depan yang cerah, pengusahanya Asbdullah Ali, 42, berhasrat mengembangkan pasaran ke seluruh Pulau Pinang dan Perak dalam masa terdekat.
"Selain menjadi pembekal daging segar, telur dan anak puyuh, saya juga membekalkan daging beku serta makanan untuk menternak puyuh.
"Kami juga menyediakan masakan berasaskan daging burung itu yang mempunyai penggemar tersendiri dan dijual di pasar-pasar sekitar daerah ini," katanya ketika ditemui di sini.
Beliau yang sebelum ini bekerja kilang mula menjinakkan diri dalam bidang ternakan burung puyuh selepas kegawatan ekonomi dengan menerima bantuan Jabatan Veterinar yang membekalkan 100 ekor anak burung puyuh untuk diternak.
"Permulaan projek sememangnya susah memandangkan saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang ternakan.
"Ketika itu banyak anak puyuh mati kerana teknik penjagaan yang tidak betul tetapi saya tidak berputus asa dan terus belajar sehingga dapat perbaiki kelemahan," katanya.
Asbdullah berkata beliau kini menternak kira-kira 20,000 ekor burung puyuh pada satu-satu masa dan semua ternakan ditempatkan dalam 10 sangkar di bangsal bahagian belakang rumahnya di Kampung Sungai Setar Kecil, di sini.
Beliau yang merupakan Peserta Azam Tani di bawah Fama pada tahun 2013, berkata burung puyuh matang dalam tempoh 35 hari dan boleh mula dijual kepada pelanggan.
"Alhamdulillah dengan bantuan Fama dalam bentuk anak burung puyuh, makanan burung puyuh, peti sejuk beku, dulang penetasan yang bernilai RM10,000, saya telah dapat mengembangkan perniagaan," katanya.
Beliau turut menjual puyuh berperisa sate dan berempah dan sambutannya amat menggalakkan. - mstar
TOP
Lemang Valley Jadi Tumpuan Buah Tangan Raya
KEMAMAN: Perjalanan pulang ke kampung halaman dan tradisi ziarah menziarahi sepanjang Syawal ini tidak lengkap tanpa lemang Kijal sebagai buah tangan untuk keluarga tersayang.
Bagi penduduk sekitar Pantai Timur, lemang Kijal di sini adalah antara menu wajib yang mesti dibeli kerana keenakan rasanya yang tersendiri yang boleh didapati di lokasi yang terkenal dengan nama 'Lemang Valley' yang tidak putus-putus menerima kedatangan pelanggan.
Seorang peniaga, Khazalina Khalid, 43, berkata beliau menjual lemang menggunakan 500 kilogram beras pulut berbanding 30 kilogram sahaja pada hari biasa dan membuka gerainya 24 jam sejak minggu terakhir Ramadan baru-baru ini.
"Tiga hari terakhir Ramadan tu, memang hari yang paling sibuk untuk kakak dan tiga anak yang bergilir-gilir menjaga gerai kerana bilangan pelanggan meningkat mendadak, tambahan pula lokasi gerai ini terletak di jalan utama Kemaman-Kuala Terengganu. "Pada 1 Syawal dan hari ini pula, kakak hanya jual lemang yang sudah ditempah sahaja kerana permintaan terlalu banyak tahun ini termasuk dari hotel, wakil rakyat dan pemimpin masyarakat setempat yang mahu menjadikan lemang Kijal ini sebagai menu hidangan kepada tetamu," katanya. Lemang Kijal dijual pada harga RM3, RM4 dan RM5 sebatang mengikut saiz buluh yang digunakan dan keistimewaan lemang ini ialah peniaga menggunakan resipi rahsia warisan turun temurun keluarga masing-masing. Bagi seorang lagi peniaga, Zubaidah Ismail, 44 pula, hasil jualan lemangnya terutama pada minggu pertama Syawal setiap tahun sangat lumayan dengan lemang yang terjual hampir 2,000 batang berbanding 300 batang pada hari biasa. "Walaupun penat dan terpaksa bersengkang mata melayan pelanggan yang tidak putus-putus datang sampailah tengah malam, namun saya bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki ini bersama keluarga dan lima pekerja," katanya. Bagi pelanggan pula, keenakan lemang Kijal terletak pada cara pembuatannya yang menggunakan bahan asli yang segar dan dimasak dengan bara api di depan pelanggan bagi memastikan ia tahan lama. Seorang kakitangan swasta, Amirul Khairul Afandi, 38, berkata lemang di Kijal tidak sama rasanya seperti lemang dijual di rumahnya dekat Gombak, Selangor. "Ada rakan yang kata di kebanyakan tempat sekarang ini, peniaga lebih suka memasak dahulu pulut tersebut sebelum dimasukkan ke dalam buluh untuk mengaburi mata pembeli sedangkan itu bukan cara memasak lemang yang sebenar. "Jadi bila balik ke rumah mentua di Pulau Serai dekat Dungun, saya memang membeli dengan banyak untuk dijadikan juadah sepanjang bercuti Syawal di kampung isteri dan membawanya pulang untuk dijadikan buah tangan kepada saudara mara di Gombak," katanya.- mstar

Abdul Hadi 'Hidupkan' Fadzil Noor
Abdul Hadi (kiri) dan Fadzil Noor
PADA suatu malam ceramah di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh, kehadiran penduruk di daerah Kuala Selangor itu tidaklah begitu besar. Sederhana saja, malah ia mungkin tidak seramai kehadiran kuliah mingguan guru agama di sebuah surau berhampiran. Tarikan utama pada malam itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan rakannya yang mewakili Kuala Selangor, Dr Zulkifley Ahmad. Suasana yang hambar akibat kupasan penceramah awal bertukar menjadi panas selepas giliran Khalid tiba untuk ke pentas. Khalid yang baru pulang dari sidang parlimen menceritakan pelbagai isu semasa menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Antara yang menarik perhatian ialah kenyataan Khalid bahawa hayat Umno ketika itu sudah sampai ke penghujungnya. Tidak banyak yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan parti berkenaan. Kata Khalid, hayat Umno tidak akan kekal lama kerana kepemimpinannya "telah menekan butang pemusnahan diri" (self destruction). Kini, selepas PRU ke-13 berlalu, PAS bagaikan tidak mahu ketinggalan untuk menekan butang yang sama. Satu demi satu tindakan dilakukan kepemimpinan tertinggi parti itu jelas membuat ahli dan penyokong resah dari sehari ke sehari. Masalahnya, kata seorang ahli PAS, keterlajuran itu bukan sekali dua dilakukan, malah berkali-kali. "Seolah-olah mereka tidak pernah belajar atau serik," katanya. Memang secara realitinya dakwaan itu ada benarnya.
Jika dapat diimbas kembali, hanya beberapa hari menjelang PRU 2013, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggemparkan penyokong Pakatan Rakyat (PR) dengan membuat tuduhan kepada calon rakan sekutunya di Terengganu. Dakwaan itu tidak dibuktikan di mahkamah, sebaliknya Abdul Hadi yang diperintah hakim membayar ganti rugi kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit - sebelum prosedur susulan membatalkan arahan berkenaan. Kini Abdul Hadi dan beberapa pemimpin PAS membuat gempar lagi. Ketika PKR bergelut sesama sendiri untuk menuntaskan pemilihan parti di peringkat cabang dan Pusat, Abdul Hadi nampak tidak berfikir lama menyertai kekalutan itu dengan mengulas isu peralihan kepemimpinan negeri Selangor. Memang sudah diduga pemerhati bahawa Abdul Hadi akan kekal menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tetapi ia tidaklah sepantas dan senekad itu. Tanpa menunggu mesyuarat yang dikatakan akan diadakan pada 10 Ogos ini, Abdul Hadi menolak cadangan PKR mahu menggantikan Abdul Khalid dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, walaupun menteri besar sedia ada sudah tidak diyakini oleh partinya sendiri. Kekalutan itu semakin mendalam apabila nama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diheret sama sebelum diperkukuhkan lagi oleh kenyataan Dewan Ulama PAS Pusat. Sekadar menambah garam pada luka, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengulas kemungkinan PAS keluar meninggalkan PR. Bagaimana Mohd Zuhdi mempertahankan diri adalah isu kedua. Dalam keadaan keliru, marah dan bosan, ramai ahli serta penyokong PAS secara spontan terkenang kepada presiden terdahulu, Allahyarham Datuk Fadzil Noor atau lebih mesra disapa Ustaz Fadzil. Kehebatan, karisma dan ketajaman fikiran mantan presiden itu memang diakui rakan dan lawan.
Orang ramai memenuhi ruang semenara menunggu ketibaan jenazah Fadzil. Pemimpin kelahiran Kedah berkelulusan Universiti al-Azhar di Mesir itu biasanya sentiasa tenang jika berdepan dengan sesuatu isu. Beliau dikenali sebagai tokoh berpandangan jauh dan memiliki sentuhan politik cukup memukau, penuh hikmah. Memang sesekali pendekatan Allahyarham sukar diterima penyokong Pas pada peringkat awal. Penulis, Ahmad Lutfi Othman turut menggambarkan beliau sebagai lambang pemimpin gerakan Islam dan ketua parti politik Islam yang bijak mengatur langkah dan memanfaatkan senario sekeliling. Sekurang-kurangnya dua peristiwa besar politik negara berjaya ditangani dengan penuh berhikmah ketika hayatnya. Pertama, konflik dalaman Umno yang membuatkan Tengku Razaleigh Hamzah dan Team B terkeluar sebelum membentuk Semangat 46. Pandangan jauh Almarhum terserlah apabila gagasan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dibentuk bagi memastikan pembangkang turun satu lawan satu menentang Barisan Nasional ketika Pas tidak boleh duduk semeja dengan DAP. Sebenarnya, ketika hayatnya pemimpin PAS itu berdepan dengan kritikan dari dalam parti sendiri sebelum APU dibentuk. Namun kebijaksanaan beliau mengatasi segala rintangan itu dan PAS kekal kukuh. Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan pada 2 September 1998, allahyarham sekali lagi bertindak pantas apabila beliau diberitakan mengunjungi Anwar di rumahnya tanpa merujuk kepada parti. Namun kesan dua peristiwa itu begitu memberansangkan, sekaligus membawa PAS ke dalam aliran perdana percaturan politik negara. Untuk kali pertama - mungkin - PAS menjadi begitu ke depan dan direstui pelbagai pihak apabila menyatukan parti politik serta gerakan sivil di bawah gerakan bersama 'membela' Anwar. Ironinya, jika Fadzil membina kekuatan pembangkang, Abdul Hadi kini dilihat merosakkannya. Dan Barisan Nasional sebenarnya tidak perlu berbuat apa-apa sekarang, sebaliknya bersedia mengambil alih tampuk pemerintahan di sekurang-kurangnya satu lagi negeri. - mstar

Kesederhanaan Najib Kunci Kejayaan Operasi MH17
KUALA LUMPUR: Tidak seperti tragedi MH370 pada Mac tahun ini, pegawai Malaysia kali ini bertindak lebih berhati-hati dalam mengendalikan kes pesawat MH17, yang dipercayai ditembak dan terhempas di timur Ukraine, 17 Julai lalu.
Belum reda dengan tragedi kehilangan MH370, Malaysia sekali lagi menghadapi satu lagi tragedi udara yang amat memilukan. Pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa seramai 298 penumpang dan anak kapal dipercayai ditembak di wilayah yang dikuasai pihak pemisah yang pro-Rusia. Sejak awal lagi Malaysia mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam usaha mendapatkan mayat mangsa, rakaman suara juruterbang dan kotak hitam memandangkan pesawat malang itu adalah milik Malaysia. Keadaan selepas pesawat itu terhempas begitu membinggungkan. Pegawai Malaysia mahupun antarabangsa tidak dibenarkan memasuki kawasan tragedi itu kerana ia dikawal oleh pihak pemisah. Masa begitu berharga dan pasukan penyelamat perlu bergerak pantas membawa keluar mayat mangsa dan kotak hitam, dan memulakan penyiasatan bagi mengetahui punca pesawat itu terhempas. Amerika Syarikat (AS), Australia dan Belanda dengan lantang meminta Rusia memberi jaminan agar pihak pemisah di Ukraine membenarkan laluan kemasukan yang selamat bagi pasukan penyiasat Malaysia dan antarabangsa di tempat kejadian.
Terdahulu, Presiden AS, Barrack Obama menyalahkan pihak pemisah yang didokong oleh Rusia sebagai pihak yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada pesawat berkenaan sedangkan Presiden Rusia, Vladimir Putin menyangkal tuduhan berkenaan. Ukraine juga meletakkan kesalahan itu kepada pihak pemisah namun ia tidak dapat banyak membantu berikutan kawasan di mana pesawat itu terhempas dikawal sepenuhnya oleh pihak pemisah. Perdana Menteri Belanda Mark Rutte, yang mana 193 rakyatnya adalah antara penumpang pesawat malang itu, agak terkejut dengan cara pengendalian kawasan pesawat itu terhempas dengan laporan berlakunya kecurian dan tindakan mengubah bahan bukti. Dalam kemarahan yang memuncak daripada pelbagai pihak antarabangsa terhadap sikap beberapa pihak yang terlibat di Rusia dan Ukraine, dan selepas empat hari berhadapan jalan buntu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membuat satu pengumuman yang memeranjat lewat Isnin (21 Julai). Najib mengumumkan bahawa beliau mendapat tiga persetujuan penting antara beliau dan Alexander Borodai, ketua pihak pemisah yang mengawal wilayah timur Ukraine, iaitu bagi mengeluarkan mayat-mayat mangsa pesawat, penyerahan kotak hitam dan membuka laluan bagi kemasukan penyiasat bebas antarabangsa ke lokasi nahas. Berikutan kejayaan Najib menerusi langkah yang strategik itu, kotak hitam pesawat berkenaan dapat diserahkan pada hari yang sama kepada pihak berkuasa Malaysia, dan 282 mayat dijangka dibawa hari ini dari Kharkiv di Ukraine ke Belanda.
KEBIJAKSANAAN NAJIB
Ramai yang dilihat tersilap apabila memperkecil-kecilkan kepimpinan Najib dan diplomasi Malaysia. Tetapi bagaimana Najib dapat menyangkal semua itu? Ketika para pemimpin terkemuka dunia saling menuding jari dalam insiden MH17, Najib memilih pendekatan berlainan. Beliau tidak melatah sebaliknya berusaha mengadakan rundingan dengan pihak pemisah dan melakukannya dengan segera. Najib memilih diplomasi secara merahsiakan rundingan yang sedang dijalankannya. Beliau melakukannya dengan teliti tanpa memihak atau campur tangan dalam kekalutan politik tempatan negara terlibat, dan tetap terus berkomunikasi dengan Rusia dan Ukraine. Tanpa menuding kesalahan kepada mana-mana pihak, Perdana Menteri menumpukan usahanya dengan menelefon sendiri ketua pemimpin pemisah berkenaan. Najib juga mengarahkan beberapa menterinya mendapatkan kebenaran agar pasukan penyelamat dan penyiasat dapat memasuki kawasan di mana pesawat itu terhempas. Najib sebenarnya telah melakukan kebijaksanaannya dengan berunding terus dengan Borodai, meskipun negara-negara barat tidak bersetuju dengan langkah berkenaan. Malahan kerajaan Rusia mengucapkan terima kasih dan memuji kerajaan Malaysia kerana bersikap berkecuali berhubung insiden MH17 yang dipercayai ditembak jatuh. Pihak keluarga mangsa turut menghargai usaha dan kesungguhan pihak kerajaan yang bekerja keras menunaikan permintaan anggota keluarga mangsa yang ingin melihat sendiri jenazah ahli keluarga mereka yang terkorban.
BIJAK DAN STRATEGIK
Presiden pertubuhan bukan kerajaan International Movement For A Just World (JUST), Dr Chandra Muzaffar menyifatkan tindakan Najib sebagai satu langkah bijak dan strategik.
"Bagi saya, mencapai persetujuan dengan ketua yang menguasai kawasan di mana pesawat terhempas sebagai satu langkah bijak dan strategik. Ucap tahniah kepada Perdana Menteri (Najib) kerana berjaya melakukannya ... saya gembira kita mencapai persetujuan ini bukan sahaja bagi pihak mangsa rakyat Malaysia tetapi juga mangsa dari negara-negara lain", katanya. Beliau turut mengulas, ada dua sebab mengapa Borodai memilih untuk berurusan dengan Malaysia berbanding pihak lain. Sebab pertama ialah kerana sikap negara-negara barat yang memandang Borodai sebagai musuh dan pesalah, menjadikan Malaysia dilihat sebagai negara yang lebih adil dan tidak berpihak. "Kita (Malaysia) sedar kepentingan untuk berunding terus dengan mereka daripada kerajaan Kiev kerana Kiev sendiri terlibat dalam konflik itu. Kita telah melakukan perkara yang betul berunding terus dengan pemberontak daripada kerajaan Kiev", jelasnya. Chandra juga percaya kesan persetujuan itu akan membuka jalan kepada penyelesaian kepada pergolakan yang sedang berlaku. Tambah beliau, rakyat negara ini harus memahami isu sebenar di sebalik konflik yang melanda wilayah ini agar tidak mudah dipengaruhi oleh sebarang berita yang tidak tepat. "Saya berpendapat pendirian yang didokong oleh Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan adalah pendirian yang munasabah. Kita tak mahu terlibat dalam politik antara Ukraine, Rusia, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, kita tak mahu terlibat dalam keadaan itu. "Apa yang kita mahu sekarang setelah berlakunya tragedi ini ialah kita dapat membawa pulang jenazah mangsa-mangsa yang tidak berdosa yang dibunuh... itu yang menjadi perhatian kita dan saya fikir kita perlu fokus kepada perkara itu," katanya.
TIDAK JEJAS HUBUNGAN
Sementara itu, GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Azmi Hassan berkata, pendekatan digunakan Perdana Menteri dalam menangani kes pesawat MH17 bukan sahaja memudahkan lagi laluan mencari jalan penyelesaian bahkan ia tidak menjejaskan hubungan baik yang terjalin selama ini antara Malaysia dengan Ukraine mahupun Malaysia dan Rusia. Katanya, biarpun pelbagai spekulasi timbul dan kedua-dua negara itu menafikan mereka terlibat dalam insiden malang itu, perbezaan strategi Najib yang tidak mudah melatah menunding jari mencari 'salah siapa' sehinggalah penyiasatan lanjut dilakukan telah menarik kepercayaan ketua pemisah itu untuk bekerjasama dengan Malaysia. Hasil perbincangan yang membuahkan kejayaan itu, seharusnya dijadikan iktibar kepada mana-mana kuasa besar supaya mengambil pendekatan serupa dan mengenepikan segala hal berkaitan agenda politik terutamanya apabila berhadapan tragedi yang melibatkan lebih satu negara daripada saling tuduh-menuduh antara satu sama lain. "Ugut-mengugut, tuduh-menuduh tidak akan membawa ke mana, tidak ada apa-apa hasil. Tetapi, apabila Perdana Menteri terus berhubung dengan ketua pemisah tiga perjanjian telah dicapai. Kaedah yang digunakan Perdana Menteri tidak memburukkan lagi keadaan tetapi memudahkan lagi kita merungkai masalah. "Kekuatan politik Najib ternyata kuat kerana berani menongkah arus kehendak kuasa-kuasa besar yang menyalahkan puak pemisah dan Rusia. Ini kerana tiada satu kuasa besar pun seperti Amerika Syarikat, Australia malah Belanda sekali pun tidak mahu menghubungi ketua pemisah itu. "Ini membuatkan Alexander Borodai percaya kepada Malaysia dan memberi persepsi bahawa Malaysia boleh memainkan peranan (tidak berpihak) walaupun mempunyai kepentingan dalam hal ini," katanya.
KERJASAMA NEGARA-NEGARA MANGSA TRAGEDI
Sementara itu, Chandra dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh JUST berkata; "Secara bersama kita perlu mengenakan tekanan ke atas Washington DC, kita patut menekan Moscow, Kiev supaya menyatakan kebenaran, untuk membantu semua pihak mencari kebenaran. Kita perlu melakukannya dengan pihak lain kerana negara lain turut terlibat". Untuk usaha itu, beliau berpendapat Malaysia dan Belanda adalah dua negara yang layak mengetuai gerakan ini. JUST juga mencadangkan agar data radar ketenteraan milik Ukraine, Rusia dan Amerika Syarikat yang meliputi kawasan kejadian turut didedahkan untuk melancarkan proses siasatan. "Untuk keluarga mangsa-mangsa MH17 crash dan dunia keseluruhannya, data tentera itu mungkin boleh memberi jawapan kepada tragedi yang berlaku", menurut kenyataan itu.- mstar

Penduduk Gaza Bertahan Dalam Serangan Terburuk Israel
KUALA LUMPUR: Berikutan pencerobohan tentera Israel yang bagaikan tidak berkesudahan, penduduk di Gaza tetap bertahan di sebalik bencana buruk itu, kata seorang wartawan Palestin yang tinggal di wilayah yang dikepung.
Saleh Jadallah berkata serangan yang sedang dilakukan ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 1,700 nyawa penduduk Palestin sejak 8 Julai adalah serangan terburuk pernah dialaminya.
"Tidak syak lagi perang ini adalah yang terburuk pada penilaian saya berdasarkan jumlah kematian, kemusnahan, krisis tenaga, kekurangan bekalan makanan dan jumlah penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
"Sebenarnya, tiada tempat yang selamat di Gaza," katanya menerusi email kepada Bernama.
"Penduduk yang tinggal di dalam rumah dijadikan sasaran.
"Jika mereka berlindung di sekolah PBB, mereka akan dihujani peluru berdasarkan beberapa insiden.
"Berjalan dan bergerak di jalan menyebabkan mereka terdedah kepada sasaran, beberapa hari lepas 20 penduduk Palestin terbunuh dekat pasar," kata Saleh, 25, petugas sambilan sebuah organisasi media antarabangsa.
Saleh berkata beliau terselamat dua peperangan yang berlaku dalam tempoh lima tahun namun tidak pasti sama ada beliau akan terus berjaya mengharungi konflik yang sedang melanda ini.
"Isteri dan anak lelaki saya sentiasa bimbang tentang diri saya setiap kali saya keluar bekerja.
"Saya merasai perkara serupa apabila saya meninggalkan mereka di rumah.
"Kami mengucapkan selamat tinggal setiap hari apabila kami berpisah, tiada siapa pun dapat menelah suratan takdir.
"Saya berusaha sedaya upaya untuk sentiasa berada bersama mereka, kerana saya perlu menenangkan dan menjaga mereka," kata Saleh yang mendirikan rumah tangga pada Februari tahun lepas. Anak lelakinya berusia sembilan bulan.
Beliau berkata penduduk Gaza "percaya mereka kian menghampiri kematian sejak lapan tahun lepas ketika berada dalam kepungan (ke atas wilayah kecil Palestin)" yang dikuatkuasakan oleh rejim Israel.
"Mereka sekarang tidak rugi apa-apa jadi mereka terus berusaha berhabis-habisan sehinggalah kepungan itu ditarik balik, itulah yang dikatakan oleh berpuluh-puluh penduduk yang saya wawancara," kata Saleh.
Ditanya perasaannya tentang perhimpunan besar-besaran yang dihadiri beribu-ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur semalam untuk membantah keganasan Israel terhadap penduduk Palestin, beliau berkata penduduk di Gaza memandang tinggi kepada Malaysia.
"Saya ada ramai kawan Malaysia dan saya faham sangat bagaimana mereka begitu mengambil berat tentang orang awam Palestin.
"Mereka juga seringkali menjadi orang pertama menawarkan segala bentuk bantuan untuk kanak-kanak, wanita dan keluarga mangsa di sana.
"Ramai penduduk Gaza di sini menghormati pendirian Malaysia malah lebih daripada negara Arab.
"Pandangan saya sentiasa tetap bahawa sungguhpun Malaysia dan Palestin terpisah dari segi geografi namun jiwa kita bersatu... rakyat Malaysia dan Palestin adalah satu," katanya.- mstar
TOP
Kawasan Tadahan Air Gagal Simpan Bekalan
Keadaan paras air Sungai Selangor pada hujung Jun 2014.
PETALING JAYA: Aktiviti pembersihan tanah yang berleluasa untuk pembangunan dan pertanian berhampiran zon penampan boleh memberi tekanan kepada kawasan tadahan air negara dan mengelak empangan terisi walaupun hujan dan pembenihan awan diusahakan. Pakar perhutanan dan alam sekitar sudah memberi amaran bahawa kawasan tadahan air merupakan kawasan yang diwartakan dan dilindungi, serta bahaya jika kawasan tersebut cepat mengering. Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Rahim berkata hutan berfungsi seperti "span untuk menyerap air" tetapi tanah tidak dapat mengekalkan air jika terdapat gangguan kepada kitaran hidrologi yang disebabkan oleh aktiviti pembangunan dan pertanian di kawasan sekitarnya. "Sedia ada zon penampan minimum 10 meter ini sekitar kawasan tadahan air tidak mencukupi. "Zon penampan perlu berbeza-beza mengikut saiz hutan dan keadaan air," kata beliau sambil menambah yang pewartaan hutan simpan tidak tetap berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa negeri dan tempatan. "Terdapat satu juta hektar hutan di bawah kawalan kerajaan yang boleh dibangunkan. Sebagai jabatan teknikal, kami hanya boleh menasihati pihak berkuasa negeri tidak (meluluskan rancangan pembangunan) tetapi keputusan muktamad adalah milik mereka, "katanya. Beliau berkata masalah air lebih buruk apabila fenomena El Nino dan (hujan) awan tidak membentuk di kawasan tadahan air kerana musim dan arah angin kering. Pada Sabtu, empangan Sungai Selangor yang membekalkan air kepada lebih daripada 60 peratus daripada isi rumah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya jatuh kepada 33.27% daripada kapasitinya - rekod rendah. Semasa perlaksanaa catuan air yang terakhir pada bulan Februari dan Mac, paras empangan adalah 37%. Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Prof Dr Maketab Mohamed berkata kawasan tadahan air tidak diwartakan dan dengan itu, tidak dilindungi. Biasanya, hanya hutan di hulu empangan telah diwartakan dan tidak bahagian hiliran (antara empangan dan mata pengambilan), dan pembangunan Batang Berjuntai di hilir Sungai Selangor sebagai contoh. "Oleh itu, di kawasan-kawasan yang tidak diwartakan adalah ladang, dusun, kampung-kampung, bandar-bandar dan industri. "Kawasan tadahan air mesti diwartakan dan minimum aktiviti manusia supaya kuantiti dan kualiti air tidak terjejas". Selain itu jurucakap Tanah dan Galian Jabatan Selangor berkata kerajaan negeri bernilai hutan dan sangat mengambil berat tentang 'kesihatan' kawasan tadahan air. "Sebelum mana-mana hutan diwartakan untuk pembangunan, suatu jawatankuasa perancang negeri dengan wakil-wakil dari semua jabatan teknikal akan membincangkan setiap aspek, termasuk saiz zon penampan yang sesuai, secara terperinci," katanya.- mstar

Hyuna '4Minute' Kongsi Rahsia Berbadan Langsing
Hyuna bersenam untuk kekal langsing.
MELIHAT bentuk tubuh badan ahli kumpulan 4Minute, Hyuna, pasti ramai wanita yang langsing dan seksi sepertinya. Menurut laporan Soompi, Hyuna yang ditemubual menerusi program SBS Power FM's 'Cultwo Show' berkata, dia seorang yang suka makan tetapi pada masa sama turut bersenam. "Memandangkan saya suka makan dengan banyak, makan saya perlu berusaha untuk bersenam mengikut kadar pemakanan yang diambil," katanya.
Hyuna mengambil pendekatan untuk bermain badminton selepas makan.
Tambah Hyuna, dia juga akan memastikan untuk tidak duduk atau tidur selepas makan kerana ia antara penyebab seseorang itu mudah gemuk. Katanya, dia mengambil pendekatan untuk bermain badminton selepas makan. Dalam perkembangan lain, Hyuna kini sibuk mempromosikan album solo terbaharu berjudul A Talk.- mstar

304 Kes Direkod Dalam Ops Titik Sehingga 31 Julai
Datuk Seri Hasan Malek
KUALA LUMPUR: Sehingga 31 Julai lalu, Ops Titik yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merekod sebanyak 304 kes penyelewengan petrol, diesel dan gas petroleum dengan barangan disita bernilai RM14.11 juta. Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata operasi bersepadu bersama Pasukan Petugas Khas Jabatan Peguam Negara itu turut menjalankan 12,481 pemeriksaan bagi mengenal pasti kawasan panas penyelewengan bahan api itu. "Kesemua yang terlibat dalam jenayah penyelewengan bahan petroleum bersubsidi ini sedang disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan sebahagiannya telah didakwa di mahkamah", katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad. Hasan berkata antara negeri yang mencatat kes tertinggi ialah Kedah iaitu 55 kes diikuti Kelantan (36 kes), Perak (28 kes), Sarawak (27 kes), Sabah (25 kes), Perlis (23 kes) dan Selangor (22 kes). Tempoh Ops Titik bermula 15 Mei lepas hingga 31 Dis ini dan selepas tempoh itu, tindakan penguatkuasaan akan diteruskan sebagai operasi biasa, katanya. Ops Titik disertai pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Unit Pencegahan Penyeludupan, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Menurutnya operasi itu berjaya mengatasi isu kekurangan bekalan minyak diesel yang sebelum ini kerap berlaku di stesen-stesen minyak terutamanya setiap hujung bulan kerana kehabisan kuota disebabkan masalah penyelewengan itu. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti penyelewengan bahan petroleum bersubsidi diminta membuat aduan kepada kementerian berkenaan melalui talian bebas tol 1-800-886-800.- mstar

Gaza: 10 Terkorban Serangan Terbaharu Israel Di Sekolah Kendalian PBB
GAZA CITY (Wilayah Palestin): Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam serangan di sekolah kendalian PBB di Gaza pada Ahad, tidak lama selepas Israel mengesahkan telah mula menarik balik tentera dari beberapa wilayah kecil peperangan.
Serangan di sekolah perlindungan pelarian Palestin di bandar selatan Rafah berlaku selepas Israel membedil rantau ini berikutan penangkapan suspek disyaki askar militan, yang kemudiannya diisytiharkan mati.
Ia adalah kali ketiga dalam tempoh 10 hari sekolah PBB telah diserang dan empat hari selepas kenderaan perang Israel menyerang sebuah sekolah di bandar utara Jabaliya dan membunuh 16 orang dalam serangan yang dikecam oleh Ketua PBB Ban Ki-moon yang menyifatkannya sebagai "tercela".
Seorang wartawan AFP berkata berlaku huru-hara di kawasan ini, dengan pasukan penyelamat cuba untuk memindahkan mangsa yang cedera menggunakan cara yang mereka mampu.
Jurucakap agensi PBB bagi pelarian Palestin (UNRWA), Chris Gunness, berkata sekolah itu menempatkan beribu-ribu orang pelarian yang terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat keganasan yang sedang berlaku di Gaza.
"Serangan berlaku di sekitar sekolah yang menjadi tempat perlindungan kepada 3,000 pelarian Palestin di Rafah. Laporan awal mengatakan terdapat kematian dan kecederaan," tulis beliau di Twitter.
Gambar pembunuhan beramai-ramai di Gaza, di mana pegawai perubatan berkata seramai 1,766 rakyat Palestin telah terbunuh dan 9,320 lagi cedera sejak 27 hari lepas, telah mengejutkan orang ramai di seluruh dunia.
Setiausaha Luar British Philip Hammond menuntut gencatan senjata tanpa syarat untuk menyelesaikan situasi 'tanpa toleransi' terhadap orang awam yang terperangkap di Gaza.
"Kita perlu membuatkan pembunuhan itu dihentikan," Hammond memberitahu Sunday Telegraph, sambil berkata ramai orang "sangat terganggu" dengan kehilangan nyawa orang awam.- mstar
TOP
Serangan Di Kafe Siber: Serah Kepada Polis Buat Siasatan
Datuk Seri Musa Aman
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menasihatkan rakyat Sabah yang tinggal di kawasan perumahan Sri Bayu, Klang supaya tidak mengambil tindakan sendiri ekoran kejadian enam rakyat Sabah yang cedera diserang sekumpulan 10 lelaki di kafe siber, 31 Julai lepas. "Biarlah pihak polis menjalankan siasatan lanjut," kata Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, ketika menyampaikan amanat Musa semasa mengadakan perjumpaan dengan rakyat Sabah yang tinggal di kawasan perumahan Sri Bayu Klang. Amanat Musa itu diemelkan kepada Bernama di sini. Sebelum itu, Tawfiq ketika melawat mangsa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah turut menyampaikan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM5,000 dan sumbangan Umno Negeri Sabah sebanyak RM5,000 kepada mangsa berkenaan. Dalam lawatan ke hospital itu, Tawfiq diiringi Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Goh Lee Fook dan Matron Hospital Tan Hoi Meei. Dalam kejadian 4.50 pagi itu, keenam-enam mangsa yang merupakan pelanggan sebuah kafe siber cedera selepas diserang 10 lelaki yang bersenjatakan parang dan kayu di Taman Bayu Perdana Klang.- mstar

Sekurang-Kurangnya 150 Mati, Berpuluh Cedera Gempa Bumi Di China
Sebahagian daripada kesan gempa bumi di wilayah Yunnan, barat daya China, Ahad.
BEIJING: Sekurang-kurangnya 150 orang terkorban dan berpuluh-puluh cedera apabila gempa bumi kuat melanda kawasan pergunungan di wilayah Yunnan, barat daya China, Ahad, kata media kerajaan. "Sekurang-kurangnya 150 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera selepas gempa bumi pada 6.5 skala Richter melanda," agensi berita rasmi Xinhua melaporkan. Gempa bumi itu meruntuhkan bangunan, menyebabkan penduduk yang dalam keadaan panik mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan, berdasarkan imej yang disebar di media sosial. Kawasan kedaiaman dan struktur bangunan lama terutamanya terjejas, menurut laporan Xinhua. "Terlalu banyak bangunan telah rosak dan kami mengumpul data mengenai kematian dan kecederaan," seorang pegawai tempatan dipetik sebagai berkata. Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) telah memberi amaran bahawa "keseluruhan penduduk di rantau ini berada dalam struktur yang sangat terdedah kepada gegaran gempa bumi". USGS melaporkan gempa bumi pada magnitud 6.1 dan berkata ia melanda 11 kilometer (tujuh batu) di barat laut bandar Wenping pada kedalaman yang agak cetek, 10 kilometer, jam 4.30 petang (0830 GMT). Media kerajaan China meletakkan ukuran magnitud 6.5, memetik Pusat Rangkaian Gempa Bumi China. Televisyen negara melaporkan bahawa anggota bomba telah bergegas ke pusat gempa. Pada tahun 1974, gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter di kawasan yang sama telah membunuh lebih 1,500 orang. Pada September 2012, 80 orang terbunuh apabila gempa bumi berkembar melanda kawasan sempadan pergunungan Yunnan dan Guizhou. Pada Mei 2008, gempa bumi 8.0 skala Richter menggegarkan Sichuan, yang terletak di sebelah Yunnan, membunuh puluhan ribu rakyat.- mstar

Coli Antara Barangan Rampasan Selepas Suspek Kes Pecah Rumah Ditahan
Coli menjadi sebahagian daripada barangan yang dirampas ekoran penangkapan tiga suspek kes pecah rumah.
KOTA KINABALU: Coli adalah antara barangan yang dirampas daripada tiga suspek yang didakwa terlibat dalam kes pecah rumah di sekitar daerah Penampang, selepas polis membuat tangkapan dekat sini, Sabtu. Ketiga-tiga mereka, berusia antara 18 dan 30 tahun telah ditangkap setelah seorang pengawal keselamatan melihat kenderaan mereka yang diletakkan di pangsapuri Cyber City, menghubungi polis. Kenderaan mereka dilaporkan telah disenarai hitam oleh pihak pengurusan kerana disyaki terbabit dalam kes pecah rumah sebulan yang lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang Superintendan Ratan Singh pada Ahad berkata salah seorang suspek sedang menunggu di dalam kereta manakala dua lagi telah memecah masuk ke dalam apartmen apabila polis tiba. Beliau berkata polis menemui barangan seperti wang tunai, komputer riba, tablet dan coli berikutan penangkapan itu, tetapi tidak tahu mengapa pakaian dalam wanita itu dicuri. "Kita tidak tahu apa yang mereka mahu buat, mungkin untuk salah seorang daripada teman wanita mereka," kata beliau berjenaka. Siasatan awal menunjukkan ketiga-tiga mereka, yang didakwa penagih dadah dan bekas banduan, telah terbabit dalam kes-kes pecah rumah di Penampang, Putatan dan di apartment Cyber City, katanya. Beliau berkata polis sedang menyiasat sama ada terdapat suspek lain yang terlibat dalam kes tersebut.- mstar

Langkah Tepat Khalid Tandatangani Perjanjian Isu Air
Datuk Seri Noh Omar
TANJONG KARANG: Tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memeterai Perjanjian Dasar Induk dengan kerajaan persekutuan berhubung penstrukturan semula industri air di negeri itu pada Jumaat dilihat sebagai satu langkah tepat. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata walaupun Abdul Khalid terus diberi tekanan hebat pemimpin Pakatan Rakyat (PR), namun tindakan tersebut memperlihatkan kesedaran beliau untuk mendahulukan rakyat. "Abdul Khalid kini sudah berani untuk tandatangani perjanjian air dengan kerajaan persekutuan, namun apa yang kita minta beliau juga perlu berani dedahkan mengapa pemimpin PR masih berkeras mahu menjatuhkannya," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Tanjong Karang di sini Ahad. Pada Jumaat lepas, Abdul Khalid yang mewakili kerajaan Selangor menandatangani perjanjian tersebut, memberi jaminan kadar tarif air di Lembah Klang tidak akan dinaikkan dalam tempoh tiga tahun akan datang. Noh berkata belum pun selesai krisis air, wakil rakyat Pelabuhan Klang itu dihimpit pula dengan kemelut perebutan jawatan Menteri Besar yang disandangnya namun ini dilihat semata-mata sebagai gimik politik untuk menarik semula perhatian rakyat kepada PR. "Pakatan Rakyat kini mulai longgar dan lemah jadi isu-isu sebegini sengaja dimainkan untuk tarik balik perhatian rakyat, namun kita tunggu dan lihat kerana apa saja kemungkinan boleh berlaku. "Pada saya, Abdul Khalid perlu ambil kesempatan ini untuk jelaskan kepada rakyat mengapa beliau diberi tekanan hebat dari pelbagai sudut oleh partinya sendiri iaitu PKR sedangkan PAS menyokong beliau kekal sebagai MB," katanya. Jelas Noh, Umno Selangor akan terus bersedia dengan apa saja kebarangkalian berhubung kemelut tidak berkesudahan itu termasuk pilihan raya semula, pemilihan Menteri Besar baharu, usul undi tidak percaya mahupun Abdul Khalid masih memegang jawatan berkenaan. Baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada 20 Julai lepas menerima cadangan untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.- mstar

Pasukan Siasatan Khas Malaysia Dijangka Masuk Lokasi Tragedi MH17 Pagi Esok
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Petugas Pasukan Siasatan Khas Malaysia dijangka memasuki lokasi nahas tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Donetsk, timur Ukraine pagi Isnin untuk memulakan tugas siasatan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid dalam kenyataan pada Ahad berkata jika keadaan keselamatan memberangsangkan, pasukan itu akan masuk untuk membuat penggeledahan di kawasan nahas pesawat bersama-sama pasukan Belanda dan Australia. "Sebuah 'Combined Task Force' (Gabungan Pasukan Petugas) di Karkiv telah memutuskan, pasukan Malaysia seramai 21 orang akan digerakkan ke FOB (Forward Operation Base) (Pangkalan Operasi Hadapan) di Solidar, kira-kira 4 jam perjalanan dari Karkiv, pada 2 petang hari ini," katanya dalam kenyataan. Katanya, kawasan nahas pesawat adalah satu jam perjalanan dari FOB. Tambahnya Malaysia akan memberi kerjasama penuh kepada pasukan keselamatan antarabangsa dalam misi siasatan nahas itu. Terdahulu, hari ini Ahmad Zahid dalam rakaman video yang dihantar kepada Bernama meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan petugas pasukan negara dalam menjalankan siasatan di lokasi terhempasnya pesawat MH17. Ini kerana kawasan pesawat terhempas itu dilaporkan masih tegang dengan insiden perang antara tentera Ukraine dan puak pemisah. Beliau dan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar mengetuai 68 anggota polis daripada pelbagai unit berlepas ke Ukraine pada Rabu lepas untuk bersama pasukan keselamatan antarabangsa, termasuk Belanda dan Australia, bagi melakukan siasatan lanjut nahas berkenaan. Pasukan Siasatan Khas MH17 Malaysia terdiri daripada pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan pegawai perubatan. Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh di Donetsk pada 17 Julai.- mstar

Klon Patung Ken Kini Miliki Patung Sendiri
Brazil – Celso Santebanes, 20, telah menghabiskan wang sebanyak RM160,000 untuk kelihatan seperti patung Ken, iaitu kekasih Barbie.
Kini dengan ketaksubannya itu, Santebanes menjadikan ia sebagai peluang memperolehi wang dengan mencipta patung Celsa yang bakal dilancarkan di Los Angeles, bulan depan.
Sama seperti wajahnya yang serupa anak patung, Santebanes kini berbangga dengan pencapaiannya itu.
Dia sebelum ini membuat empat pembedahan di hidung, pipi dan rahang termasuk memasukkan silikon di bahagian dada bagi mendapat dada bidang seperti Ken.
“Saya berhijrah ke bandar untuk menjadi model. Saya tidak menyangka akan mempunyai patung sendiri,’’ katanya.
Santebanes, memulakan transformasi pada badannya selepas memenangi pertandingan model pada usia 16 tahun.
Dia mendakwa, perubahan itu dilakukan selepas keluarganya memberitahu bahawa wajahnya kelihatan seperti patung dan selepas melakukan perubahan itu, dia menukar nama dari Borges Pereira kepada Santebanes, iaitu sempena nama karakter kegemarannya dalam rancangan televisyen Mexico.
Tahun lepas dia dijemput dalam rancangan temu bual di Sao Paolo dan sejak itu menjadi terkenal.
Dia mengenakan bayaran sebanyak RM54,000 untuk muncul dalam mana-mana jemputan.
TOP
Mak Ai.. Beli Lemang ‘Free Gift’ Pisau?
Bila kerja dilakukan tergesa-gesa dan tidak cermat maka banyaklah kejadian tidak sepatutnya boleh berlaku.
Dalam kes gambar lemang yang dikongsikan di Facebook Friends of BN di atas, orang yang membuatnya mungkin terlalu sibuk menerima banyak tempahan hingga pisau termasuk dalam buluh lemang dan dibakar sekali bersama pulut dan santan pun tak disedari.
Kami pasti pembeli lemang ini terkejut besar melihat ‘free gift’ yang diterima berupa sepucuk pisau sepas membelahnya. Cuma tak pasti pula, sama ada pembeli ini gembira dengan hadiah yang diterima atau sebaliknya… - MYNEWSHUB.MY

VIDEO: Pegawai Kanan Polis Gaduh Sakan Di Balai Sampai Buka Baju
Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan video memaparkan aksi gaduh antara pelajar perempuan pailang, seterusnya dua guru yang dah nak pencen di sebuah sekolah.
Bagaimanapun sebagai mana kita maklum, pihak yang terlibat sudah pun dikenakan tindakan selepas video pergaduhan mereka tersebar.
Apa yang mengejutkan kini terdapat pula rakaman pergaduhan melibatkan pegawai kanan polis yang giat beredar di laman-laman sosial. Ia dipercayai dirakam secara curi-curi oleh seorang anggota polis di sebuah balai.
Dalam rakaman, dapat dilihat dan didengar pegawai kanan berpangkat DSP memaki hamun seorang ASP menggunakan bahasa kesat selepas mendakwa ASP tersebut memprovok dirinya dengan mengangkat kerusi.
Pergaduhan membabitkan mulut ini dihangatkan lagi dengan tindakan DSP terbabit membuka baju mengajak gaduh dan merosakkan peralatan pejabat.
Persoalannya jika rakaman ini benar, wajarkah pihak yang bertanggung jawab mengambil tindakan terhadap mereka yang bergaduh dalam video viral turut melakukan perkara serupa di balai polis?
Satu yang pasti, tindakan begini terang-terangan mencemarkan imej PDRM.
– MYNEWSHUB.MY
– MYNEWSHUB.MY
TOP
Hartawan Mahu Beli Gunung Ditentang Penduduk
London – Beliau sudah memiliki rumah mewah, menjadi pemilik kilang besi paling besar di dunia dan saham dalam kelab bola sepak, namun lelaki ketiga paling kaya di Britain, Lakshmi Mittal masih belum puas.
Beliau mahu membeli sebuah gunung dan telah membida lebih RM9.45 juta untuk membeli Blencathra, yang juga dikenali sebagai Saddleback.
Pemilik kawasan itu, The Earl of Lonsdale difahamkan telah menerima tawaran berkenaan dalam usaha menyelesaikan hutang cukainya yang berjumlah RM49 juta.
Bagaimanapun penjualan itu kini menerima tentangan penduduk tempatan, yang mahu kawasan berkenaan yang mempunyai sejarah tersendiri daripada jatuh ke tangan orang luar.
Penduduk berkenaan kini melancarkan kutipan derma dan kini Earl terpaksa mengambil masa selama enam bulan untuk menyelesaikan penjualan itu kerana pihak berkuasa tempatan terpaksa membenarkan kumpulan penduduk mencari dana yang mencukupi.
“Kalau seseorang itu mahu membeli gunung, maka jelas bahawa ia bukan bertujuan untuk kebajikan,’’ kata pengerusi persatuan penduduk di situ, Debbie Cosgrove.
TOP
Doktor Gambar Keadaan Di Hospital Gaza Umpama Kiamat
Gaza – Ia umpama hari khiamat. Itu gambaran seorang doktor dari Britain, David Nott yang bertugas secara sukarela dengan Palang Merah di Gaza.
Menurut Nott, yang pernah bertugas di medan perang termasuk Bosnia dan Iraq, pada hari pertama gencatan senjata selama 72 jam dilaksanakan, dia terpaksa bertugas selama 12 jam di hospital Gaza.
“Saya menghabiskan masa selama 12 jam dalam bilik bedah di hosputal Al-Shifa di Gaza dan ia merupakan hari yang sukar.
“Kami mempunyai pesakit seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, yang mengalami kecederaan teruk akibat letupan. Terdapat lubang di bahagian perut belakang dan dada.
“Nasib baik kita berjaya menyelamatkannya,’’ katanya.
Jelasnya, kebanyakan pembedahan dijalankan ke atas kanak-kanak dan remaja.
“Pada waktu tengahari, kami mendengar hospital akan dibom dan ketika itu saya sedang melakukan pembedahan dan tidak boleh meninggalkan pesakit. Hanya saya dan rakan setugas. “Kami hanya bersembunyi dalam bilik bedah,’’ katanya. Lebih menyayat hati bagi Nott apabila dia membedah seorang lelaki berusia 25 tahun akibat serangan bom, tetapi lelaki itu gagal diselamatkan. Jelasnya, beberapa hari lalu, hanya dalam masa 20 minit, seramai 140 orang tiba di hospital akibat cedera dan rakannya dari Itali, Dr Mauro Della Torre, terpaksa melakukan pembedahan di atas lantai. “Bilik bedah di hospiral Al-Shifa adalah yang paling huru-hara di dunia tetapi ia masih berfungsi,’’ katanya.

Cubaan Tipu Pengguna? Patutnya Beli Dua Dapat Lagi Murah Ler..
Sekarang ini, apa yang tak puas hati semuanya diadukan di laman siber terutama bila melibatkan hak kepenggunaan.
Dari satu sudut, bagus juga kerana ia boleh menjadi panduan untuk pengguna lain berhemah ketika berbelanja.
Sebagai contoh, terdapat pengguna membuat aduan bahawa sebuah pasar raya di Shah Alam didapati mengelirukan pengguna apabila menjual ubat gigi pada harga lebih mahal untuk dua pek berbanding satu pek sahaja.
Sedangkan sepatutnya, pengguna dapat lebih berjimat jika membeli dua barangan sekaligus. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan bagi sebilangan pengguna yang sudah terbiasa dengan konsep penjimatan dengan membeli cara pukal, mereka mungkin akan terus mencapai pek ubat gigi berkembar tersebut sedangkan hakikatnya ia tindakan yang merugikan. Diharapkan pasar raya terbabit dapat mengambil perhatian kerana jangan tak tahu, pengguna hari ini terutama kaum ibu sanggup tawaf dua tiga pasar raya berbeza semata-mata untuk meninjau harga dan mendapatkan penjimatan meskipun cuma beberapa sen tau! - MYNEWSHUB.MY

Hacker Malaysia Godam, Persenda Page FB Tentera Israel
Bukan rahsia lagi, Malaysia memiliki ramai penduduk bijak IT malah sebilangannya mempunyai kepakaran untuk menggodam atau menjadi hacker.
Ada antara hacker ini dikatakan telah menunjukkan bakat hebat mereka apabila berjaya menggodam sebuah laman Facebook milik organisasi yang menyokong ketenteraan Zionis.
Tidak hanya menggodam, hacker dari Malaysia tersebut sempat memalukan admin page ini apabila bertindak selaku admin sementara dan sempat menjawab beberapa komen penyokong Zionis dengan kenyataan sinis.
Komen diberikan hacker ini menggunakan Bahasa Inggeris namun dia secara jelas memberikan bayangan bahawa dia anak Malaysia menerusi komen terakhir di bawah:
Ha, siap lagu P Ramlee lagi!
Bagaimanapun selepas diperiksa, ternyata ini adalah akaun parodi yang menggunakan nama hampir sama dengan page Facebook berkaitan iaitu Israel Defense Forces. Begitu pun, pujian tetap harus diberi kepada pembuat page ini kerana telah berjaya mengelirukan sesetengah penyokong Zionis termasuk pihak dalam pos di atas. Sekurang-kurangnya, ia mungkin dapat menjentik minda sesetengah mereka yang ‘tersesat’ ke sini. - Mynewshub.my

Bagaimana Keadaan Jalanraya Indonesia Di Musim Perayaan
Jem diwaktu perayaan adalah perkara biasa di jalanraya utama di Malaysia. Boleh dikatakan, seminggu sebelum dan selepas perayaan, jalan balik kampung akan penuh dengan kenderaan. Kalau waktu perayaan pula, kawasan pekan dan kampung pula akan menjadi jem.
Perkara ini juga dialami oleh negara jiran, Indonesia. Seperti yang sedia maklum, Indonesia memang sentiasa jem. Pada hari-hari biasa jem, di hari perayaan, apatah lagi.
Disini disertakan beberapa gambar yang boleh menceritakan bagaimana keadaan jem di Indonesia
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Video : Kereta Diangkat Lepas Parkir Sesuka Hati
Jenis pemandu yang suka meletak kenderaan di laluan yang menggangu laluan kenderaan lain adalah perkara biasa. Biasanya, hon secara bertubi-tubi boleh gerakkan mereka daripada menghalang jalan orang lain.
Ada satu kes parkir merata-rata di pusat beli belah Alamanda baru-baru ini, yang mana memaksa sekumpulan pemandu lain bertindak mengangkat kereta terbabit guna tangan setelah pemiliknya tidak dapat dikesan.
Kereta jenis Kelisa tersebut dikatakan diletakkan di laluan yang menghalang laluan kereta lain dan yang lebih parah, brek tangan diangkat dan tiada nombor telefon ditinggal di kereta berkenaan.
Tindakan sekumpulan pemandu ini boleh dikira baik jika dibandingkan tindakan yang boleh merosakkan kereta tersebut, yang biasa dilakukan jika kes seperti ini berlaku.
Harap agar pemandu kelisa ini sedar akan tindakannya parkir sesuka hati sudah menyusahkan orang ramai. Nasib baik kereta kelisa ini tidak diapa-apakan. Kalau ada rosak pun, boleh dikatakan ia setimpal dengan apa yang dilakukan oleh pemandu kelisa ini.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Lembu Lompat Dari Lori, Tanduk Lelaki
Butterworth: Seorang lelaki berusia 30-an bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan di badan selepas ditanduk seekor lembu yang naik minyak dalam kejadian di Jalan Raja Uda, Butterworth, jam 2 petang tadi.
Sebelum kejadian lembu berkenaan dikatakan melompat keluar dari sebuah lori membawanya selepas ikatan pada pergelangan kaki haiwan itu terbuka dengan sendiri.
Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, mangsa cuba mengelak haiwan berkenaan namun dia terus diserang lembu berkenaan.
“Ketika itu saya dalam perjalanan ke kedai namun melihat keadaan agak kecoh sebelum dimaklumkan mengenai kejadian lembu yang terlepas.
“Mangsa dikatakan tersembam ketika cuba lari dari serangan haiwan itu. Dia yang cedera ringan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk menerima rawatan,” katanya.
Katanya, pemilik haiwan berkenaan kemudian berjaya menenangkan lembu terbabit sebelum dibawa beredar dari lokasi kejadian. – Harian Metro
No comments:
Post a Comment