TOP
Mayat Pelancong AS Ditemui Dalam Beg Pakaian
Sebuah beg pakaian yang disumbatkan dengan mayat seorang pelancong warga AS di sebuah hotel di Bali. Foto AFP
DENPASAR (Indonesia): Mayat seorang pelancong warga Amerika Syarikat (AS) ditemui dalam beg pakaian di sebuah hotel di Bali, kata polis pada Rabu. Menurut polis, anak perempuan kepada mangsa bersama teman lelakinya ditahan berhubung kejadian. Mayat Sheila von Wiese Mack yang disumbat dalam beg pakaian ditemui pada Selasa dalam but sebuah teksi di hadapan hotel lima bintang St Regis di kawasan resort Nusa Dua di Bali. Mangsa berusia 62 tahun itu ditemui dalam keadaan separuh bogel, mengalami beberapa kesan cedera di kepalanya yang dikatakan sebagai tindakannya untuk melepaskan diri, kata doktor yang membuat pemeriksaan ke atas mayat berkenaan. Beg pakaian itu dilitupi dengan cadar katil dan ditutup menggunakan pita pelekat yang mempunyai kesan darah. Mack menginap di hotel bersama anak perempuannya, Heather, 19, dan teman lelaki Heather, Tommy Schaefer, 21, kata ketua polis tempatan, Djoko Hari Utomo kepada pemberita. Mangsa dan anak perempuannya menginap di hotel itu selama beberapa hari sebelum teman lelaki anak perempuannya datang menyertai mereka pada Isnin, kata Utomo. Beliau berkata, kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan Mark berkelahi dengan Schaefer di lobi hotel pada malam yang sama. Pasangan itu mendaftar keluar pada hari berikutnya dan beberapa beg pakaian dibawa masuk sebuah teksi, termasuk beg yang mengandungi mayat mangsa. Utomo berkata, mayat itu ditemui apabila pasangan terbabit tidak datang ke teksi yang sedang menunggu. Rakaman CCTV menunjukkan mereka meninggalkan hotel melalui pantai di belakang kawasan itu daripada menggunakan pintu utama. Polis melancarkan operasi memburu pasangan itu dan mereka ditemui di sebuah hotel di Legian, utara Nusa Dua pada awal pagi Rabu, kata Utomo kepada AFP. "Ini adalah kes bunuh, dan kita akan menentukan daripada siasatan kita sama ada ia dirancang atau tidak sengaja," katanya. Mayat mangsa dihantar ke hospital utama di bandar Denpasar di Bali. Seorang doktor berkata, terdapat beberapa kesean cedera di kepala. "Melihat kepada kecederaan itu, mangsa mungkin cuba untuk berlawan balik," kata Ida Bagus Alit, sambil menambah bahaawa salah satu daripada jari tangan kirinya patah," katanya. - AFP - mstar

Pesawat Thai Airways Mendarat Cemas Di Bali, Tingkap Kokpit Retak
Pesawat Thai Airways. Foto airplane-pictures.net
DENPASAR (Indonesia): Sebuah pesawat Thai Airways dalam penerbangannya dari Sydney ke Bangkok terpaksa melakukan pendaratan cemas di Bali, Indonesia selepas menyedari terdapat retakan pada cermin tingkap kokpit, menurut syarikat penerbangan itu pada Rabu. Menurut kenyataan itu, pesawat Boeing 747 yang membawa seramai 273 penumpang dan 21 kru itu, sedang melalui penerbangan selama enam jam pada Selasa apabila kapten menemui kesan retak tersebut dan membuat keputusan untuk mendarat di Bali. Seorang jurucakap bagi lapangan terbang di Bali memberitahu bahawa pendaratan pesawat itu dilakukan pada pukul 5 petang waktu tempatan yang menyifatkannya sebagai "gangguan kecil". Tiada kecederaan dilaporkan dan para penumpang ditempatkan di sebuah hotel di Bali untuk satu malam. Mereka kemudiannya diterbangkan ke Bangkok menggunakan pesawat lain pada Rabu. Thai Airways berkata, syarikat penerbangan itu menghantar satu pasukan penyiasat ke Bali untuk menyiasat insiden itu dan mengawasi pertukaran cermin tingkap yang retak. - AFP - mstar

IFJ Lancar Rayuan Solidariti Untuk Wartawan Di Gaza
SINGAPURA: Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) merayu anggota gabungannya di seluruh dunia menyumbang kepada rayuan solidariti khas yang ditubuhkannya bagi menyediakan bantuan kewangan kepada wartawan di Gaza, yang benar-benar memerlukan bantuan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, IFJ berkata genjatan senjata terhad pada masa ini mungkin telah menghentikan kehilangan nyawa tetapi banyak wartawan dan keluarga mereka kini kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka hangus atau mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat didiami.
Anggota gabungan IFJ, Palestinian Journalists' Syndicate (PJS), menganggarkan 42 wartawan dan keluarga mereka di Gaza terpaksa berpindah, 14 daripadanya akibat tempat tinggal mereka musnah dan memerlukan tempat perlindungan dengan segera.
Sebanyak 25 orang lagi cedera dan memerlukan rawatan perubatan manakala 10 kemudahan media juga musnah akibat dibom.
IFJ menjanjikan US$10,000 daripada dana keselamatan antarabangsanya untuk kegunaan segera namun memberi amaran lebih banyak diperlukan untuk mengekalkan usaha bantuan bagi membolehkan wartawan di Gaza bekerja semula.
Presiden IFJ Jim Boumelha berkata serangan tentera Israel baru-baru ini meninggalkan begitu banyak kemusnahan, selain daripada jumlah kematian yang tinggi di kalangan orang awam termasuk 13 wartawan terbunuh, tempat tinggal dan kehidupan ramai wartawan dan anggota keluarga mereka sama ada musnah atau rosak teruk.
"Kami perlu dengan segera mengumpul dana sebanyak mungkin dan secepat mungkin untuk mengambil sepenuh kesempatan daripada genjatan senjata pada masa ini dan memastikan wartawan yang benar-benar memerlukan mendapat dana itu.
Boumelha merayu kepada anggota gabungan IFJ, pekerja media dan orang awam untuk menunjukkan solidariti mereka dengan menyumbang secara ikhlas.
Beliau juga menggesa anggota gabungannya mengedarkan rayuan itu kepada cawangan dan anggota biasa dan menggalakkan mereka untuk menderma.
Sumbangan boleh dihantar kepada Dana Keselamatan Antarabangsa IFJ atas akaun berikut: The Safety Fund, a/c BE64 2100 7857 0052, Swift Code: GEBABEBB BNP PARIBAS FORTIS BANK, Rond Point Schuman 10, 1040 Brussels.
Sumbangan secara online boleh dibuat melalui PayPal atas laman web keselamatan IFJ. "IFJ Gaza Solidarity Appeal" perlu dinyatakan. - mstar
TOP
Tragedi MH17 Pembunuhan Beramai-Ramai - Abbott
Abbott meletakkan jambangan bunga sebagai memperingati mangsa tragedi pesawat MH17 ketika melakukan lawatan kerja ke Belanda.<br />
AMSTERDAM: Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, menyifatkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 di timur Ukraine sebagai pembunuhan beramai-ramai.
Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan ke Belanda untuk berbincang mengenai tragedi itu dengan rakan sejawatannya, Mark Rutte.
Abbott mengambil kesempatan meletakkan jambangan bunga di berek tentera di mana jenazah mangsa nahas itu ditempatkan dan melalui proses pengecaman.
“Kita harus jelas mengenai apa yang berlaku.
“Seramai 298 orang tidak bersalah dibunuh,” katanya selepas menemui Rutte di The Hague.
Penerbangan MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai lalu, mengorbankan 298 orang, sebahagian besar rakyat Belanda, Malaysia dan Australia.
Pemberontak pro-Russia di Ukraine menafikan bertanggungjawab tetapi seorang anggota tertinggi pemberontak memberitahu agensi berita asing bahawa mereka terbabit.
Penyiasatan jenayah diketuai Belanda berhubung kemusnahan pesawat itu masih berada pada fasa pengumpulan maklumat.
- mstar
TOP
'Turki Baharu' Janji Erdogan
Erdogan mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya ketika diumumkan memenangi pilihan raya presiden Turki.
ISTANBUL: Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan yang memenangi pilihan raya presiden berjanji di depan ribuan penyokongnya untuk membina 'Turki Baharu' dan memperbaiki situasi pecah-belah di negara itu. Ikrar itu disampaikan di balkoni ibu pejabat partinya di Ankara pada tengah malam Isnin sejurus diisytiharkan menang secara tidak rasmi. Menerusi perancangan ke arah era baharu yang dijanjikan Erdogan itu, beliau menggesa semua pihak berdamai selepas kempen pilihan raya yang ada kalanya pahit. Beliau yang akan mengangkat sumpah jawatan pada 28 Ogos ini juga mahu menjadi 'Presiden Rakyat' dengan mendekatkan diri kepada rakyat dan berkhidmat untuk negara tanpa sebarang diskriminasi. “Hari ini kita tinggalkan satu era dan mengorak langkah ke era baharu pula. “Mungkin pandangan politik kita berbeza. Begitu juga gaya hidup, mazhab, nilai murni dan bangsa etnik, namun, kita semua warga Turki dan setiap seorang daripada kita adalah pemilik negara ini,” katanya dalam ucapan yang sememangnya menjadi tradisi setiap kali berlangsungnya pilihan raya presiden negara itu. Erdogan mula berkhidmat sebagai perdana menteri sejak 2003 dan sentiasa berusaha memodenkan Turki untuk lebih menonjol di peringkat antarabangsa. Pilihan raya pada Ahad lalu adalah pilihan raya presiden pertama dalam sejarah Turki. Sebelum ini, presiden negara itu dipilih Parlimen. Kemenangan Erdogan menimbulkan spekulasi mengenai siapa yang bakal menggantikannya sebagai perdana menteri. - mstar

China Mampu Awasi Keamanan Laut China Selatan - Menteri Luar China
Wang Yi
BEIJING: Menteri Luar China Wang Yi melahirkan keyakinan China dan Asean "memiliki keupayaan mutlak dan kebijaksanaan" untuk melindungi keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan. Menyifatkan situasi semasa di Laut China Selatan sebagai "keseluruhannya adalah baik tanpa sebarang masalah dari segi kebebasan pelayaran", Wang berkata beliau tidak pernah mendengar kebebasan pelayaran kapal terjejas setakat ini, demikian dilaporkan agensi berita Xinhua. Wang berkata China dan 10 anggota pertubuhan Asean akan membincangkan isu-isu berkaitan dalam suasana tenang dan menurutnya beliau keliru kerana terdapat negara tertentu di luar rantau itu "terus menerus menyebarkan bahawa situasinya tegang". "Negara-negara di luar rantau boleh secara munasabah menyuarakan kebimbangan mereka, tetapi kami tidak setuju dengan mereka menuding jari kepada rantau ini," beliau dipetik berkata demikian pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar, Forum Rantau Asean (ARF) di Nay Pyi Taw, Myanmar, pada Ahad. Jabatan Negara Amerika Syarikat telah menggariskan cadangan pada Julai untuk menggesa semua negara membekukan semua aktiviti yang mungkin menjadikan ketegangan memuncak di Laut China Selatan. Cadangan itu disokong oleh Filipina, satu daripada negara yang terbabit dalam pertikaian kawasan dengan China di Laut China Selatan. China mengumumkan pada 7 Ogos bahawa ia akan membina sebuah rumah api di kawasan yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan dan merujuk Kepulauan Xisha (Paracel) dan Kepuluan Nansha (Spratly) sebagai "memang dalam kawasan China". Kepulauan Paracel turut dituntut Vietnam, manakala Kepulauan Spratly yang terletak di perairan itu juga dituntut Brunei, Malaysia, Filipina, Vietnam dan Taiwan. - mstar

Chelsea Mampu Juarai EPL Selama Sedekad - Mourinho
JOSE Mourinho memberi amaran kepada pesainganya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bahawa dia telah membina sebuah empayar yang mampu bertahan selama satu dekad sebagai pendahulu liga.
Keyakinan jurulatih kelahiran Portugal itu hadir selepas teruja dengan pembelian bernilai £75 juta bagi mendapatkan Diego Costa, Cesc Fabregas dan Filipe Luis.
Mourinho juga yakin pelaburan berbaloi itu mampu membawa pasukannya memenangi perlumbaan merebut gelaran juara liga musim ini.
Bekas pengurus Real Madrid itu memberitahu, gabungan pemain berpengalaman seperti Didier Drogba dan John Terry bersama pemain muda mampu mengimbangi skuadnya untuk terus konsisten.
"Kami mempunyai pasukan yang kami inginkan, kami tidak kata ia lengkap dan kami tidak cakap ianya yang terbaik. Tiada mana-mana pengurus dapat mengatakan skuadnya lengkap dan terbaik jika tidak dapat menambahbaik posisi tertentu.
"Kami berkata bahawa kami sangat sukakan skuad ini, ini adalah pasukan untuk hari esok, untuk musim seterusnya dan juga skuad untuk 10 tahun lagi kerana terdapat ramai pemain muda. Sebab itu saya amat menyukai skuadnya ini," jelasnya. - mstar
TOP
Rashid Kembali, Perlu Jawab Surat Tunjuk Sebab
Rashid (kanan) berbual dengan Tey Seu Bock (tengah) dan Hendrawan pada Rabu.
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek dilaporkan kembali menjalankan tugasnya pada Rabu tetapi krisis beliau dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih belum berakhir. Kini, Rashid perlu menjawab surat tunjuk sebab yang diserahkan persatuan itu kerana membuat kenyataan secara terbuka untuk menarik diri sebagai ketua projek untuk Sukan Komanwel di Glasgow. Surat tersebut diserahkan sebelum kejohanan tersebut pada Julai lalu dan beliau diberi masa selama dua minggu untuk memberikan penjelasan. Pemilihan Liew Daren pada Sukan Komanwel mendapat kritikan hebat sebaik sahaja pasukan itu kembali dari Glasgow, minggu lalu. Di Glasgow, pemain dibawah kendaliannya - Chong Wei Feng dan Daren - gagal melepasi pusingan suku akhir. Rashid berkata, beliau akan kekal fokus dengan tugasnya sehingga kontrak berakhir Disember ini. "Saya tidak berhasrat untuk berundur. Saya masih kekal dan akan meneruskan tugas sebagai ketua jurulatih perseorangan. Saya seorang yang profesional. Saya tiada niat untuk menentang sesiapa," katanya. Ketika ditanya mengapa beliau mengambil keputusan untuk kekal walaupun hubungannya dengan presiden regang, Rashid berkata: 'Terdapat banyak perkara yang belum diselesaikan.' "Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah bercakap dengan saya pada Selasa. Beliau meminta saya untuk bersabar dan bertenang mengenai perkara ini. Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza (Zakaria) pun ada bercakap dengan saya," katanya. "Buat masa ini, saya komited untuk melatih pemain bagi persiapan Kejuaraan Dunia dan Sukan Asia. Itu fokus saya. Pada tahun lalu, Rashid membuat keputusan untuk berundur kerana tidak berpuas hati dengan perubahan yang dilakukan BAM tetapi mengubah fikiran selepas dipujuk Khairy. - mstar

MH17: 10 Daripada 16 Mayat Dikenal Pasti Bukan Beragama Islam
Joseph Kurup.
SEPANG: Sebanyak 10 daripada 16 mangsa rakyat Malaysia yang disahkan identitinya dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS)MH17 adalah bukan Islam manakala selebihnya lagi beragama Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata daripada 43 penumpang dan anak kapal rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas itu, sebanyak 22 daripada mereka adalah bukan Islam. Beliau berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan tarikh untuk membawa pulang 16 mayat tersebut ke tanah air, Khamis. Beliau berkata empat wakil agama bukan Islam iaitu Ven Sing Kan (Buddha), Datuk Mohan Shan (Hindu), Haracharan Singh (Sikh) dan wakil Tao, Daozhang Tan Bon Sin akan melakukan upacara sembahyang serta menyempurnakan jenazah mengikut kehendak dan kepercayaan agama masing-masing di Amsterdam, Belanda. Kurup berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemergian empat wakil agama itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam Rabu. "Empat wakil agama ini akan diiringi oleh dua pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional untuk memastikan segala urusan berkaitan pengurusan jenazah berjalan lancar," katanya. Beliau berkata mangsa nahas MH17 yang beragama Kristian akan diuruskan dan diselaras oleh Rev Claas Ban Der Kamp daripada Majlis Gereja Belanda. Beliau berkata kerajaan akan menghormati pilihan ahli keluarga mangsa sama ada disemadikan di Belanda atau dibawa pulang ke Malaysia. "Kos pengurusan jenazah akan ditanggung oleh MAS," katanya. Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine, dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu, ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, 17 Julai lepas. - mstar

Thailand Draf Undang-Undang Sekat Khidmat Ibu Tumpang
BANGKOK: Kegiatan menggunakan khidmat ibu tumpang yang berkembang pesat di Thailand menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat Thai dan mendorong junta tentera menggubal rang undang-undang bagi menyekat kegiatan itu.
Jika draf undang-undang itu diluluskan, ia akan menyukarkan prosedur bagi menggunakan khidmat ibu tumpang terutama bagi warga asing yang menjadikan Thailand sebagai antara destinasi utama kegiatan itu sejak bertahun-tahun.
Junta tentera hari ini mengumumkan ia telah selesai menyediakan draf rang undang-undang berhubung perkara itu untuk pertimbangan Dewan Perundangan Kebangsaan untuk diluluskan.
Timbalan jurucakap Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) Pattamaphorn Rattanadilok Na Phuket berkata draf itu akan dibentangkan untuk diluluskan semasa sidang NLA sekarang.
Beliau berkata, NCPO juga meluluskan draf 14 lagi rang undang-undang hari ini dan sejak ditubuhkan selepas rampasan kuasa tentera, NCPO telahpun meluluskan 52 draf undang-undang.
Mesyuarat mingguan NCPO dipengerusikan Ketua NCPO, Jen Prayuth Chan-ocha di markas tentera di sini.
Undang-undang itu bertujuan melindungi kanak-kanak yang lahir di bawah prosedur itu selepas pendedahan bahawa mungkin beratus-ratus, jika tidak ribuan, kanak-kanak lahir melalui khidmat ibu tumpang sejak beberapa tahun lepas.
Isu ibu tumpang mendapat perhatian susulan laporan bahawa pasangan dari Australia meninggalkan Gammy, bayi lelaki yang menghidap down sindrom tetapi mengambil kembar perempuan Gammy yang sihat.
Pasangan itu kemudian berkata, mereka mahu bayi lelaki itu juga.
Pendedahan itu kemudian membawa kepada penemuan sembilan bayi yang lahir melalui ibu tumpang dengan bapa yang sama di sebuah kondominium di bahagian tengah Bangkok dua minggu lepas dan seorang warga Jepun yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kes pula menghilangkan diri.
Peruntukan utama dalam rang undang-undang itu antara lain mewajibkan pasangan yang ingin mempunyai anak melalui ibu tumpang berkahwin secara sah dan ibu tumpang berkenaan mestilah mempunyai pertalian saudara dengan satu daripada pasangan itu tetapi bukannya ibu bapa kanak-kanak pasangan itu.
Ibu tumpang mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak sebelum bersetuju menjalankan prosedur itu dan jika mempunyai suami, dia mesti mendapat kebenaran daripada suaminya dahulu.
Menggunakan khidmat ibu tumpang berunsurkan komersial tidak dibenarkan.
Menurut draf undang-undang berkenaan, khidmat ibu tumpang hanya boleh dijalankan dengan menanam embrio daripada telur melalui persenyawaan menggunakan sperma suaminya ke dalam rahim ibu tumpang.
Hukuman ke atas mereka yang melanggar undang-undang itu adalah penjara setahun hingga 10 tahun dan denda 20,000 baht hingga 200,000 baht. - mstar
TOP
Pemecatan Tak Munasabah - Teng Chang Khim
SHAH ALAM: Datuk Teng Chang Khim menyifatkan pemecatannya sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor adalah tidak munasabah.
Chang Khim mendakwa ia berikutan keputusan pemecatannya dibuat sebelum beliau dan lima lagi exco mengeluarkan kenyataan kepada pihak media bahawa mereka tidak menyokong Khalid kekal sebagai Menteri Besar selain mahu proses pengundian dibuat dalam sebarang keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
"Kenyataan saya dan lima lagi anggota Exco PKR dan DAP hanya dikeluarkan kepada pihak media pada 4.20 petang semalam.
"Tetapi pada sidang akhbar tengah hari tadi, Tan Sri Khalid menyatakan bahawa beliau menulis surat kepada Sultan Selangor pada 2 petang semalam dan Tuanku menitah balas surat berkenaan dalam masa dua jam iaitu sebelum kenyataan kami kepada media dikeluarkan.
"Bagaimana Tan Sri Khalid pada 2 petang boleh meramalkan kami akan mengeluarkan kenyataan tersebut dan seterusnya mencetuskan episod pemecatan kami," katanya dalam sidang akhbar di sini, Rabu.
Semalam, Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau daripada DAP dan Rodziah Ismail, Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi daripada PKR telah mengeluarkan kenyataan bersama kepada media bahawa mereka terus menjalankan tugas masing-masing tetapi menegaskan tidak akan berjumpa dengan Abdul Khalid kecuali pada mesyuarat mingguan MMKN.
Berikutan itu, semalam, Abdul Khalid menulis surat bagi meminta perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya mereka digugurkan serta-merta.
Teng bagaimanapun berkata beliau akur dengan perkenan Sultan Selangor berhubung pemecatannya.
"Saya akan kemaskan barang untuk kosongkan pejabat...mungkin ambil masa sebab saya juga perlu selesaikan beberapa tugas yang masih tertangguh," katanya. - mstar
TOP
Krisis MB Selangor: BN Beri Sokongan 'Ikhlas, Tanpa Syarat' Kepada Khalid
Noh Omar.
KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) dilantik menjadi exco bagi mengisi kekosongan kerusi akibat pemecatan lima wakil DAP dan PKR tidak timbul kerana parti memberi sokongan 'ikhlas dan tanpa syarat' kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor. "Kita melakukannya demi rakyat. Mereka memerlukan kerajaan negeri yang stabil bagi memastikan pentadbiran lancar supaya isu-isu seperti air dapat ditangani secara efektif," kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar dalam satu temuramah pada Rabu. Kesemua wakil BN dalam Dewan Undangan Negeri Selangor dari Umno. DAP dan PAS masing-masing 15 wakil dan 13 dari PKR. Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN akan menyokong Khalid untuk terus memerintah Selangor berdasarkan "beberapa dasar, sebab dan prinsip". Noh berkata, walaupun Umno dan BN tidak mahu terlibat dalam krisis Pakatan Rakyat, mereka tetap memberi sokongan kepada Khalid demi rakyat. "Tidak sepatutnya mempersoalkan sama ada wakil dari Umno akan dilantik menjadi anggota exco kerana BN memperjelaskan bahawa sokongan kita tanpa syarat," katanya, sambil menekankan bahawa Umno tidak akan menuntut Khalid untuk melantik Adunnya bagi mengisi kekosongan jawatan exco yang dipecat itu. "Tidak akan ada perbincangan atau mana-mana jemputan pun (dari Khalid) berhubung isu ini," kata Noh. Lembaga Disiplin PKR memecat Khalid dari parti kerana enggan mematuhi kehendak parti untuk meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Bagaimanapun, Sultan Selangor memperkenankan Khalid untuk terus menerajui kerajaan negeri. Pada Selasa, Khalid memecat dua exco PKR dan tiga exco DAP selepas mereka mengeluarkan kenyataan bersama dengan menubuhkan gagasan untuk menghadkan kuasa beliau sebagai menteri besar. Khalid menangguhkan keputusan untuk memecat seorang lagi exco PKR yang pada masa ini berada di luar negara atas urusan kerajaan negeri. Mengikut Artikel 53 (2) B Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, ia menetapkan sekurang-kurangnya mempunyai empat anggota Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri (MMKN) untuk mentadbir negeri secara sah. Manakala empat lagi exco PAS dilaporkan akan meletakkan jawatan sekiranya wakil rakyat Umno menganggotai kabinet Selangor. - mstar

Keuntungan Sebelum Cukai Suku-2 Petronas Meningkat Kepada RM28.1 Bilion
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Petronas bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2014, meningkat 28 peratus kepada RM28.1 bilion daripada RM22 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas berikutan sokongan hasil yang tinggi.
Hasilnya meningkat 15 peratus kepada RM85.4 bilion daripada RM74.4 bilion sebelumnya, dipacu oleh peningkatan pengeluaran, jualan gas tinggi dan kadar pertukaran yang menguntungkan.
Kuantiti pengeluaran meningkat susulan usaha pengukuhan pengeluaran dan pengeluaran baharu dari Malaysia dan Iraq, penyambungan semula pengeluaran di South Sudan dan pengeluaran tambahan dari Kanada, kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Petronas, Datuk George Ratilal pada taklimat media, di sini, Rabu.
Bagi tempoh separuh pertama yang berakhir pada 30 Jun, 2014, keuntungan sebelum cukai Petronas meningkat sembilan peratus kepada RM55.3 bilion daripada RM50.8 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Hasil melonjak 12 peratus kepada RM169.41 bilion daripada RM151.10 bilion sebelumnya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas menjangkakan separuh kedua tahun ini mencabar di tengah-tengah bekalan kukuh namun pertumbuhan permintaan sederhana yang boleh memberi tekanan kepada harga minyak mentah dan pendapatan syarikat.
Beliau berkata, Petronas bernasib baik jika dapat mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM94.6 bilion bagi tahun 2014 kerana harga minyak mentah sekarang dijangka boleh turun di bawah antara US$95 dan US$100 setong daripada US$108 setong pada separuh pertama.
"Keadaan tidak akan begitu mudah di masa depan. Semakin sukar untuk membangunkan minyak dan gas, dan kos terus meningkat," katanya.
Jumlah aset Petronas meningkat kepada RM544.1 bilion pada 30 Jun, 2014 daripada RM528.7 bilion pada 31 Disember 2013.
Pelaburan modalnya setakat ini berjumlah RM26.3 bilion, di mana 64 peratus di dalam negara, manakala 36 peratus di luar negara.
Mengenai operasi antarabangsa Petronas, Shamsul berkata, syarikat itu menyasar meningkatkan sumbangan keuntungan bersihnya kepada 20 peratus daripada 11 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.
Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan China pada 17 Julai meluluskan usaha sama Sinopec-Huadian milik negara itu untuk membeli 15 peratus pegangan dalam kemudahan eksport LNG bersepadu Petronas di Kanada.
Usaha sama itu menjadi rakan kongsi strategik keempat Petronas dalam projek tersebut selain daripada Japex Montney Ltd (10 peratus), Brunei Petroleum (tiga peratus) dan Indian Oil Corp Ltd (10 peratus).
Ketika ini, Petronas, yang memegang 62 peratus pegangan dalam projek itu sedang berunding dengan tiga atau empat rakan kongsi dari Jepun dan Asia Barat tetapi tidak terburu-buru untuk mengurangkan pegangannya.
Shamsul berkata, operasi Petronas di Russia terus berjalan lancar meskipun sekatan ekonomi ke atas Rusia dan operasi ketenteraan AS di Iraq untuk membanteras pemberontak.
Mengenai pembangunan bersepadu petrokimia dan kilang penapis di Johor, Shamsul berkata Petronas telah memberikan 11 kontrak bernilai RM30 bilion, terutamanya bagi pembangunan prasarana. - mstar
TOP
Perak Pertimbang Permohonan Malindo Air Operasi di LTSAS
IPOH: Perak sedang menimbang permohonan syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air, yang mahu bekerjasama bagi penggunaan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Malindo Air berhasrat menjadikan Ipoh sebagai lokasi penerbangan perkhidmatan udara syarikat itu ke beberapa destinasi baharu.
"Dalam perbincangan hari ini, mereka mengemukakan beberapa laluan baharu dari Ipoh, kita sedang menimbangkan permohonan itu dan belum membuat keputusan secara mutlak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan ketua kampung serta pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung negeri Perak di sini, Rabu.
Beliau berkata, dalam perbincangan awal yang berlangsung pada tengah hari tadi, kedua-dua pihak juga akan melihat secara positif beberapa cadangan, termasuk inisiatif penambahan sektor baharu yang tidak hanya melibatkan penerbangan domestik malah antarabangsa seperti ke Indonesia, Singapura dan destinasi lain.
Oleh itu, kerajaan negeri mengharapkan perkembangan positif daripada perbincangan ini dan beberapa aspek, termasuk terma dan syarat akan diperhalusi, katanya.
"Mereka memberi jaminan boleh bermula dengan segera, tetapi kami memberi mereka beberapa bulan.
"Kami perlu perbincangan lanjut mengenai terma dan syarat, mereka juga boleh menjangka sedikit bantuan daripada kerajaan negara yang mungkin bukan dalam bentuk ekuiti tetapi layanan sama yang diberikan kepada Firefly sebelum ini," katanya.
Zambry berkata, syarikat itu berhasrat menggunakan pesawat ATR72-600 serta yang lebih besar.
"Kerajaan negeri juga mempunyai perancangan lain bagi LTSAS, termasuk melibatkan industri penerbangan yang menjurus kepada usaha pelaburan serta tarikan pelancongan," katanya.
Pada 9 Julai lepas, Zambry berkata, LTSAS sebelum ini berdepan masalah lubang benam, bagaimanapun selepas kerja naik taraf, ia kini boleh dugunakan dengan selamat.
Pada Februari lalu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Perak kecewa apabila Kementerian Pengangkutan, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) serta syarikat perunding pembinaan bagi kerja naik taraf LTSAS gagal mengemukakan laporan kajian penuh.
PAC Perak mendapati landasan LTSAS tidak boleh digunakan pesawat lebih besar selepas kerja pemanjangan serta pelebaran bernilai RM15.22 juta selesai.
Antara puncanya ialah berlaku sembilan lubang benam pada struktur tanah landasan itu.
Kerja menaik taraf LTSAS turut membabitkan peningkatan kemudahan Kompleks Kastam dan Imigresen yang bermula April 2011, telah siap sepenuhnya pada November 2012.
Bagaimanapun ekoran masalah yang timbul, bahagian dinaik taraf yang sepatutnya beroperasi pada Januari 2013 tidak dapat digunakan.
Sebelum ini, kerajaan negeri merancang menjadikan LTSAS sebagai pusat penyelenggaraan, pembaikan dan operasi penerbangan serta pusat simulasi helikopter Asia Pasifik. - mstar
TOP
Malaysia, Australia Usaha Tingkat Kepentingan Pelaburan, Perdagangan
MELBOURNE: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan rakan sejawatannya dari Australia, Andrew Robb mempengerusikan bersama rundingan dua hala di sini, Rabu, berkaitan usaha memajukan perdagangan dan pelaburan bersama.
Bercakap kepada kira-kira 200 pemimpin korporat dan profesional, menteri- menteri itu menggariskan kepentingan hubungan perdagangan kedua-dua negara, mencerminkan pertumbuhan kukuh dalam perdagangan dan pelaburan dua hala sejak tiga tahun lepas.
Malaysia merupakan rakan dagang Australia kesembilan terbesar. Perdagangan dua hala dalam barang dan perkhidmatan bernilai A$17.9 bilion pada 2013, mewakili peningkatan 14.7 peratus sejak 2010.
Australia berada di kedudukan ketiga bagi Malaysia sebagai destinasi pelaburan, dengan pelaburan bernilai A$16.7 bilion pada 2013, meningkat 76 peratus daripada A$9.5 bilion pada 2010.
Gabungan pelaburan dua hala Australia-Malaysia lebih berganda dalam tempoh tiga tahun dengan nilai A$26 bilion pada 2013.
Dalam satu kenyataan bersama, menteri-menteri itu berkata, mereka mengkaji peluang yang timbul daripada Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia (Mafta) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013.
Perniagaan, pelabur dan pengguna telah mendapat manfaat daripada pengurangan dan penghapusan tarif, dan juga daripada peningkatan akses kepada pembekal perkhidmatan.
Mafta juga membolehkan kerjasama teknikal yang lebih luas antara kedua-dua negara di pelbagai sektor termasuk automotif, pelancongan dan e-dagang.
Program kerjasama dalam sektor automotif meliputi penggunaan teknologi, pembangunan kaedah ujian, pemodelan dan modal insan.
"Ini akan terus memberi manfaat kepada sektor automotif Malaysia dan Australia serta meningkatkan kerjasama mereka, termasuk dengan komuniti penyelidikan," kata mereka.
Menteri-menteri itu bersetuju dengan agenda bersama untuk terus meningkatkan liberalisasi perkhidmatan dan mempelbagaikan pelaburan dalam sektor-sektor baharu.
Kedua-dua pihak mengakui keperluan untuk menilai hasil semasa inisiatif liberalisasi dalam membuat keputusan untuk meneruskan agenda di samping mengambil kira aspek pembangunan dan pembinaan kapasiti.
Mustapa dan Robb bersetuju mengenai pentingnya memajukan dan memuktamadkan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), yang akan menyumbangkan lagi liberalisasi pasaran serta hubungan perdagangan dan pelaburan yang lebih kukuh.
Menteri-menteri itu juga menyatakan bahawa mereka akan bekerja bersama-sama untuk menggunakan perjanjian perdagangan bebas sedia ada untuk memuktamadkan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
Robb mengalu-alukan peranan Malaysia dalam mempengerusikan Asean dan EAS pada 2015, dan menyatakan Australia berharap untuk bekerja dengan Malaysia bagi memajukan integrasi ekonomi serantau.
Rundingan yang diadakan di Melbourne itu, merupakan mesyuarat dwitahunan Jawatankuasa Perdagangan Bersama ke-17 antara Australia dan Malaysia.
Mustapa, alumni University of Melbourne, membawa bersama delegasi peringkat tinggi pemimpin perniagaan Malaysia serta pegawai penggalakkan perdagangan dan pelaburan.
- mstar
TOP
Hasil Perindustrian China Meningkat
BEIJING: Hasil perindustrian China meningkat 9 peratus pada Julai berbanding tahun sebelumnya tetapi susut berbanding pertumbuhan sebanyak 9.2 peratus pada Jun, kata Biro Statistik Kebangsaan (NBS).
Pada asas bulanan, hasil perindustrian pada Julai naik 0.68 peratus berbanding Jun, menurut data yang dikeluarkan pada Rabu.
Bagi tempoh Januari hingga Julai, hasil perindustrian meningkat 8.8 peratus tahun ke tahun, katanya.
Jualan runcit China berkembang sebanyak 12.2 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 2.08 trilion yuan (US$337.71 bilion) pada Julai, tetapi turun sedikit daripada kenaikan sebanyak 12.4 peratus yang dicatatkan pada Jun.
Dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, jualan runcit naik 12.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas kepada 14.5 trilion yuan (US$2.35 trilion), kata NBS.
Pelaburan aset tetap China, pemacu utama ekonomi China, meningkat 17 peratus tahun ke tahun bagi tempoh sama, perlahan sebanyak 0.3 peratus berbanding bacaan yang dicatatkan pada separuh pertama tahun ini.
Bagi tempoh Januari hingga Julai, pelaburan hartanah berkembang sebanyak 13.7 peratus tahun ke tahun kepada 5.04 trilion yuan (US$819 bilion), perlahan berbanding 14.1 peratus pertumbuhan pada separuh pertama tahun ini dan susut daripada 16.4 peratus kenaikan dicatatkan pada suku pertama tahun ini. - mstar
TOP
Rodziah Tinggalkan Khalid, Akur Keputusan PKR
SHAH ALAM – Anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada PKR Rodziah Ismail berkata beliau akur kepada keputusan partinya berhubung krisis politik Selangor, yang menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
Beliau yang baru pulang dari Bangkok, Thailand malam semalam selepas mewakili parti itu dalam satu kursus di sana, dalam satu kenyataan ringkasnya berkata:
“Saya ingin menjelaskan pendirian saya dalam konteks rentetan dan perkembangan mutakhir pentadbiran kerajaan di negeri Selangor. Dalam konteks itu, saya akan akur kepada keputusan PKR, yang saya menganggotainya.
“Keakuran saya itu, saya percaya, adalah untuk menunaikan amanah memelihara mandat yang telah diberi oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Negeri Selangor,” katanya yang mengikuti kursus di Thailand sejak 11 hingga 13 Ogos.
Menteri Besar Selangor sebelum ini bertindak memecat lima anggota exconya selepas didapati tidak menyokong pentadbirannya.
Lima anggota Exco yang disahkan dipecat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor ialah Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi daripada PKR manakala Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau daripada DAP.
Pada Isnin lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan supaya Abdul Khalid terus memegang jawatan Menteri Besar selepas beliau dipecat daripada PKR.
Semalam, Abdul Khalid dilaporkan berkata pemecatan itu tidak melibatkan Rodziah yang ketika itu berada di luar negara dan kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu akan diputuskan selepas beliau pulang ke tanah air. – BERNAMA
TOP
Pembantu Juruterbang Antara 16 Mayat Dikenal Pasti
Muhammad Firdaus Abdul Rahim
KUALA LUMPUR: Jenazah pembantu juruterbang, Muhammad Firdaus Abdul Rahim adalah antara 16 mayat warga Malaysia terlibat dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dikenal pasti dan akan dibawa pulang seawal-awalnya minggu depan. Bapa saudara Muhammad Firdaus, Azman Ibrahim berkata, pihak MAS memaklumkan perkembangan itu kepada ibu dan kakak mangsa yang menetap di Shah Alam, semalam namun masih belum diberikan tarikh sebenar jenazah akan tiba di Malaysia. "Kami diberitahu jenazah mangsa dikenal pasti menerusi padanan DNA. Kami juga diberitahu keluarga akan dibawa ke Amsterdam untuk mengiringi jenazah balik ke Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu. Tambahnya walaupun keluarga masih bersedih dan tidak tahu keadaan jenazah mangsa, mereka lega kerana sekurang-kurangnya dapat menyempurnakan jenazah selain menunaikan hasratnya untuk disemadikan di sebelah kubur arwah ayahnya di Teluk Intan, Perak. Sebaliknya keluarga enam beranak Tambi Jiee tetap redha walaupun tidak mendapat sebarang perkhabaran daripada MAS berhubung nasib Tambi, isterinya Ariza Gazalee serta empat anak pasangan itu. Sepupu Ariza, Zurusdi Mohamad Hol berkata, keluarga masih menyimpan harapan untuk membawa pulang keenam-enam jenazah ke Semariang, Sarawak. Turut sama menyimpan hasrat itu isteri pramugara, Shaikh Mohd Noor Mahmood, Madiani Mahdi. Madiani berkata, pihak MAS menyuruh beliau bersedia namun masih belum menerima sebarang maklumat jika jenazah suaminya antara 16 yang akan dibawa pulang. Tambahnya, pihak keluarga telah sepakat untuk menanam arwah di kampungnya, di Klang jika jenazah mangsa berjaya dibawa pulang ke tanah air. Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu. Selain 43 warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. - mstar

Konflik Ukraine: Angka Kematian Kini 2,086 Orang
Seorang tentera Ukraine menghampiri sebuah kereta yang musnah yang dipercayai digunakan oleh puak pemberontak pro-Rusia di Donetsk dekat timur Ukraine. Foto AFP
GENEVA: Angka kematian di kawasan konflik di timur Ukraine meningkat kepada sekali ganda dalam tempoh dua minggu menjadikan jumlah keseluruhan 2,086 orang, kata pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu. Menurut pejabat pesuruhjaya itu, bilangan itu termasuk sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak. Jumlah setakat 10 Ogos itu meningkat hampir sekali ganda berbanding 1,129 kematian pada 26 Julai, dan ia dianggap sebagai "amat konservatif, kata pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB. - AFP - mstar

Polis Siasat Kehilangan RM111,000 Dari Akaun Empat Mangsa MH370
KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat transaksi yang mencurigakan membabitkan akaun bank milik empat penumpang MH370.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, ACP Izany Abdul Ghany berkata, sejak kehilangan pesawat itu, sebuah bank tempatan melaporkan sejumlah RM111,000 dikeluarkan daripada akaun milik empat penumpang pesawat itu.
"Bank berkenaan menyedari sejumlah wang telah dikeluarkan daripada akaun terbabit pada 18 Julai lalu.
"Pihak bank menjalankan siasatan dalaman sebelum membuat laporan polis pada 2 Ogos lalu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada Rabu.
Beliau berkata, siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer.
Kesalahan itu boleh membawa hukuman denda sehingga RM150,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Izany tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh pihak dalaman dan mengesahkan polis sedang menyiasat kes tersebut dari pelbagai sudut.
"Kita sedang mengesan suspek dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya.
Misteri kehilangan pesawat MH370 sudah masuk bulan kelima sejak ia dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Pesawat tersebut dipercayai berakhir di selatan Lautan China berdasarkan data satelit yang dikeluarkan oleh Inmarsat.
Operasi mengesan pesawat tersebut dilakukan secara besar-besaran membabitkan Amerika Syarikat,New Zealand, Jepun dan Korea Selatan.
Pesawat tersebut membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Pada minggu lalu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau akan bertemu pemimpin Australia bagi menandatangani memorandum persefahaman kedua-dua negeri mengenai kerjasama dalam mengesan pesawat MH370. - mstar
TOP
Pelanggan Restoran Pizza Diusir Keluar, Tukar Lampin Anak Di Meja Makan
SEORANG ibu diusir keluar dari sebuah restoran pizza kerana menukar lampin kotor anak perempuannya di meja makan.
Miranda Sowers dan tiga anaknya diusir keluar dari Brother's Pizza Express di Spring, Texas, selepas dia bertindak menukar lampin anak perempuannya yang berusia empat bulan di meja makan.
Ketika kejadian, Sowers sedang menjamu selera bersama anak-anaknya di restoran berkenaan.
Bercakap kepada stesen berita Texas, KHOU, dia pada awalnya membawa anaknya ke tandas di restoran berkenaan tetapi mendapati ia tiada ruang penukaran lampin.
"Saya mempunyai pelapik saya sendiri, dia (anak) kecil, muat di atas kerusi. Jadi, saya cepat baringkan dia dan menukarkan lampin secara diam-diam," katanya.
Pengurus restoran, Donny Lala berkata, pekerjanya membuat keputusan tepat mengusir wanita itu.
"Sebaik sahaja anda membuka lampin itu, pelanggan-pelanggan mula mengadu mengenai bau busuk. Pelanggan muntah (kerana bau busuk) adalah perkara terakhir yang saya mahu dengar," katanya kepada Sowers.
Sowers bagaimanapun tidak membiarkan insiden diusir dari restoran tersebut begitu sahaja, sebaliknya dia memfailkan aduan dengan Biro Perniagaan Lebih Baik. - mirror.co.uk - mstar
TOP
Baju Tulisan Lucah Bawa Padah Pada Joe Flizzow
Joe Flizzow
KUALA LUMPUR: Penyanyi rap Joe Flizzow kecewa kerana dicemuh gara-gara kecuaiannya bergambar dengan dua individu yang memakai baju T bertulisan lucah. Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 35, berkata, kejadian itu berlaku di sebuah majlis apabila dia pada mulanya di datangi seorang pereka fesyen yang memintanya memakai baju bertulisan ‘Jantan’ kononnya bagi tujuan promosi. Jelas Joe, tidak lama kemudian mucul dua individu di sebelah kiri dan kanannya untuk bergambar sebelum dia menyedari kedua-dua mereka memakai baju bertulisan lucah berkaitan alat sulit lelaki. "Saya hadir sebuah acara fesyen dan seorang pereka fesyen memberi sehelai baju T dengan tulisan "Jantan" untuk tujuan promosi, saya rasa ia cool dan cantik. "Apabila saya pakai ada dua orang individu lain yang pakai baju T dengan label yang sama ingin bergambar. Selepas bergambar baru saya sedar tulisan pada baju mereka agak lucah. "Saya sudah memberi amaran kepada mereka agar tidak memuat naik gambar tersebut bagi mengelakkan kontroversi," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Rabu.
Gambar ini yang telah tersebar menyebabkan Joe telah dipersalahkan kononnya tidak sensitif.
Joe berkata demikian ketika diminta mengulas apabila gambarnya dengan dua orang individu dengan baju T bertulisan lucah tersebar di laman sosial baru-baru ini. Joe berkata, dia juga kesal apabila segelintir pihak menuduh baju tersebut merupakan produk yang dikeluarkan olehnya. Malah, ada yang mengancam untuk memboikot album dan perniagaannya kerana dianggap tidak sensitif. "Selepas gambar tersebut tersebar saya dapat banyak respons negatif terutamanya pengguna laman sosial. "Ramai yang menuduh baju tersebut merupakan baju yang saya jual. Sebenarnya saya hanya ada baju bertulisan Havoc sahaja. "Mereka juga mengugut untuk memboikot kedai saya, namun Alhamdulillah sehingga kini perniagaan saya tidak terjejas," ujarnya. Dalam pada itu, Joe mengakui tertekan dengan kejadian itu sehingga terfikir untuk meninggalkan negara buat beberapa minggu. Katanya, perkara tersebut telah mencalarkan nama baik dan reputasinya yang selama ini bersih. "Saya sudah minta maaf kepada semua secara terbuka di laman Twitter tentang gambar tersebut. "Pada awalnya saya agak tertekan hingga terfikir untuk ‘lari’ sekejap, namun ibu saya menghalang dan meminta saya bersabar," ujarnya.
Joe bersama single terbaharunya.
Sementara itu, bercerita tentang single terbaharunya Apa Khabar featuring SonaOne, Joe mengakui ia merupakan luahan rasa rindu terhadap bekas ahli kumpulannya Too Phat iaitu Malique. Tambahnya lagu itu menerangkan tentang persahabatan mereka yang masih utuh biarpun mereka sudah tidak lagi bersama. "Ini merupakan lagu tentang persahabatan yang mana saya ingin memberitahu kepada peminat bahawa kami masih lagi baik seperti dahulu. "Kami tidak pernah bergaduh atau berselisihan faham selepas membawa haluan masing-masing," ujarnya. Joe memberitahu dia masih berhubung dengan penyanyi tersebut bagi meminta pendapat dan rujukan mengenai sesebuah lagu yang dihasilkan. - mstar

Imej Muslimah Tidak Halang Melly Goeslaw Tampil Unik
Imej terkini Melly Goeslaw
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer dari Indonesia, Melly Goeslaw menyifatkan penghijrahannya kepada imej bertudung sebagai seorang muslimah tidak menghalang untuk dia kekal berpenampilan unik seperti sebelum ini. Melly atau nama sebenarnya Meliana Cessy Goeslaw, 40, berkata, bagaimanapun gaya unik yang ditampilkannya itu akan terarah kepada imej yang lebih muslimah. "Ramai yang menganggap, saya sudah berubah sejak bertudung. Sehingga kini saya masih sama seperti dahulu, cuma jiwa saya lebih ke arah agama Islam. "Dan imej eksentrik masih lagi saya kekalkan cuma dengan cara yang lebih sopan," katanya. Melly ditemui pada majlis pelancaran telenovela Cinta Ibadah di Hotel Western Premier Dua Sentral di sini pada Rabu. Dia merupakan penyanyi runut bunyi bagi telenovela tersebut yang bakal disiarkan pada setiap Isnin Hingga Jumaat bermula pukul 5 petang bermula 8 September depan menerusi saluran Astro Prima. Sementara beritahu Melly, dia bersyukur dengan penghijrahan itu kerana sudah lama dia berniat mahu bertudung. "Sebenarnya, saya mahu bertudung selepas menunaikan ibadah Umrah pada tiga tahun lalu. Namun ketika itu saya risau bagaimana dengan hala tuju kerjaya saya selain pandangan peminat terhadap diri saya. "Alhamdulillah, tiga bulan lalu, selepas pulang dari Umrah buat kali kedua, hati saya nekad untuk kekal bertudung dan saya yakin bahawa imej baru ini bukan satu penghalang untuk saya melibatkan diri dalam muzik lagi," ujarnya. Dalam pada itu kata Melly dia masih lagi berkarya menghasilkan lagu tetapi liriknya tidak akan terlalu berlebih-lebihan terutamanya berkaitan cinta. "Saya akan tetap mencipta lagu seperti biasa tetapi mengikut kesesuaian dengan diri saya. Tetapi belum menjurus ke arah kerohanian lagi," tuturnya. - mstar

Pelawak Maidin Meninggal Dunia Dalam Solat
Maidin memberi sinar dalam dunia komedi negara. - Gambar Utusan Malaysia.
PETALING JAYA: Pelawak popular iaitu Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia di kediamannya di Pokok Tai, Gurun Kedah kira-kira pukul 2 petang Rabu ketika dalam solat akibat sakit jantung. Berita itu disahkan oleh menantu Allahyarham iaitu Mohd. Saiful Nizam Saari, 38, sewaktu dihubungi mStar Online di sini petang Rabu. “Saya ingin mengesahkan, bapa mertua saya telah meninggal dunia ketika dalam solat Zohor kira-kira pukul 2 petang tadi,” katanya. Mohd Saiful berkata, isteri Allahyarham iaitu Habirah Rahim, 59, yang hendak ke bilik menemui Allahyarham telah rebah sebelum disahkan meninggal dunia. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Sri Jerai, Gurun selepas solat Isyak pada Rabu. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak iaitu seorang lelaki dan empat perempuan berusia antara 32 hingga 45 tahun dan 13 orang cucu. Maidin berasal dari Bagan Lalang Butterworth dan kini menetap di Gurun. Pada tahun 2009 Allahyarham pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana menghadapi masalah jantung. Dalam dunia lakonan, Maidin banyak berlakon drama-drama komedi termasuklah filem antaranya Anak Mami The Movie, Nana Tanjung dan Mami Jarum Junior. Allahyarham juga pernah memenangi Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin (2001) anjuran TV3 untuk drama Pinang Durian. Sementara itu Bernama melaporkan, Habirah memberitahu suaminya itu sudah lama menghidap penyakit jantung namun tidak menyangka arwah akan meninggalkannya dalam masa terdekat. "Arwah berhajat mahu makan nasi kandar di sebuah restoran kegemarannya di Sungai Petani, dan kami baru sahaja pulang dari sana kira-kira 1.30 tengah hari tadi," katanya kepada pemberita di rumahnya, pada Rabu. - mstar

Krisis Selangor: Rodziah Cabar Dipecat?
Rodziah Ismail
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Rodziah Ismail masih berdolak-dalik mengenai pendirian berhubung kedudukannya sebagai ahli exco kerajaan Selangor. Rodziah yang kini menjadi exco tunggal daripada PKR dalam kabinet Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun hanya menegaskan untuk akur kepada keputusan parti yang dianggotainya. Beliau yang baru tiba di tanah air pada lewat malam Rabu selepas menghadiri kursus politik di Bangkok, Thailand tidak menyatakan keputusannya sama ada mahu melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri atau terus bersama Abdul Khalid. "Saya akan akur kepada keputusan parti yang saya anggotai. "Keakuran saya itu, saya percaya adalah untuk menunaikan amanah memelihara mandat yang telah diberi oleh rakyat pada PRU ke-13 lalu kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Selangor," katanya menerusi kenyataan pada awal pagi Khamis. Selasa lalu, Abdul Khalid yang kini merupakan wakil rakyat Bebas memecat kelima-lima exco daripada PKR dan DAP yang tidak menyokong pentadbirannya. Katanya sebab utama pemecatan itu adalah kenyataan bersama mereka yang bercanggah dengan 10 Akujanji dan Sumpah Kesetiaan ketika dilafaz semasa mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor sebelum ini. Lima Exco yang terlibat adalah tiga daripada DAP iaitu Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau manakala daripada PKR ialah Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi. - mstar

Nasib Ahli Majlis PBT Selangor Ditentukan Hari Ini
Khalid (tiga, kanan) bergambar bersama barisan Exco (dari kiri) Halimah Ali, Ir Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi, dan Ahmad Yunus Hairi pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor di Shah Alam, Rabu.-fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Selepas pemecatan lima ahli exco dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP pada Selasa, nasib Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor akan diketahui hari ini (Khamis). Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan sama ada untuk memecat mereka hanya akan diputuskan selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada Khamis. "Status Ahli Majlis PBT hanya akan diketahui esok (Khamis). Kami perlu melihat sama ada pentadbiran dan pembangunan di negeri ini dapat berjalan dengan lancar. Jika tidak ada keperluan berbuat demikian (menggugurkan mereka), kita tidak akan melakukannya. "Namun kita akan melakukannya jika perlu," kata Khalid kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan SUK di sini, Rabu. Khalid berkata lima ahli exco yang dipecat - Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabathirao dari PKR serta Elizabeth Wong dan Dr Daroyah Alwi dari PKR turut dialu-alukan untuk menghadiri mesyuarat MTES pada Khamis. "Namun bukan sebagai exco. Kami akan mengadakan perbincangan secara terbuka disana," katanya. Namun, masih belum diketahui jika lima ahli exco yang dipecat akan menerima jemputan Khalid.- mstar

Twitter JPAM Digodam, Gambar Profil Jadi Gambar Monyet
Laman Twitter JPAM atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah digodam oleh hacker pagi tadi. Mengikut status yang telah dimuat naik oleh hacker berkenaan, mereka adalah hacker dari Argentina.
Penggodam tersebut telah menukar gambar profil JPAM kepada gambar sekumpulan monyet yang sedang menaip. Bukan itu sahaja, JPAM juga dimalukan oleh penggodam dengan deskripsi laman Twitter tersebut yang tertulis "Hacked By @LiberoamericaMu - @Anon_0x03. Laman Twitter JPAM yang mempunyai seramai 108,000 pengikut. Sememangnya ini sesuatu yang memalukan buat Malaysia. Jika laman Twiitter JPAM pun boleh di godam, laman Twitter negara yang lain pun berisiko untuk digodam. Berikut adalah beberapa status yang dimuatnaik oleh penggodam tersebut:
Oleh kerana hal itu, beberapa komen negetif oleh pengguna laman Twitter dilemparkan kepada JPAM
Tak tahu apa masalah penggodam ni. Tapi ini jelas sesuatu yang memalukan. Harap pihak JPAM sudah berbuat sesuatu pada ketika ini - SiakapKeli.com

Kes Bunuh Pegawai AmBank: La Ode Ke Tali Gantung
SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas pengawal keselamatan AmBank, La Ode Ardi Rasila selepas didapati bersalah membunuh pegawai bank, Norazita Abu Talib, tahun lalu.
Hakim Datuk Akhtar Tahir berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
La Ode, 37, didakwa membunuh dan melakukan rompakan dengan melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kematian Norazita, 37.
Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan tertuduh di dalam bangunan AmBank, No. 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini di antara jam 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013. – Berita Harian
TOP
Ebola Mengorbankan 56 Dalam Dua Hari: WHO
GENEVA – Virus Ebola mengakibatkan 56 orang terkorban dalam tempoh dua hari sahaja, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 1,069 orang, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Jumlah kematian itu, yang melepasi angka 1,000 pada penghujung minggu lalu, meningkat tinggi antara 10 dan 11 Ogos.
Angka berkenaan mengesahkan bahawa jangkitan itu melompat sebanyak 128 kes dalam dua hari, menjadikan keseluruhan mereka yang dijangkiti 1,975 orang, kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.
Kes baharu dan kematian didaftar di semua empat negara Afrika yang paling teruk dilanda wabak itu sejak ia dikesan empat dekad lalu.
Liberia menyaksikan 71 kes baharu dan 32 kematian baharu, manakala Sierra Leone merakamkan 53 kes baharu dan 19 lagi kematian, menurut data terbaharu WHO.
Guinea, di mana wabak itu mula tercetus pada awal tahun ini, mendaftar empat kes baharu dan empat kematian baharu.
Nigeria mencatatkan satu lagi kematian, menjadikannya tiga tetapi WHO menyatakan jumlah kes mereka yang disyaki, kemungkinan dijangkiti dan disahkan mengalami penurunan daripada 13 kepada 12. – AFP
TOP
Calon Presiden Brazil Maut Pesawat Terhempas
SANTOS – Calon presiden Brazil, Eduardo Campos maut apabila jet yang dinaikinya untuk berkempen terhempas dipercayai akibat cuaca buruk di kawasan perumahan di Bandaraya Santos, dengan semua tujuh di dalam pesawat turut terbunuh.
Campos, calon sosialis berusia 49 tahun, kini menduduki tangga ketiga dalam tinjauan suara pilihan raya yang bermula Oktober ini.
Campos dalam perjalanan ke Sao Paulo untuk mengadakan rakaman televisyen sebelum pesawat Cessna 560XL terhempas dan terbakar.
Presiden Brazil, Dilma Rousseff, yang kini berkuasa untuk penggal keduanya, mengisytiharkan negara itu berkabung dan menggantung tempoh berkempen selama tiga hari.
“Semua rakyat Brazil dalam kesedihan dan berkabung. Kita hilang seorang tokoh hebat di Brazil hari ini iaitu Eduardo Campos,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP
TOP
GST Tetap Akan Dilaksana Mulai 1 April 2015 – Ahmad Maslan
KOTA KINABALU – Kerajaan tidak berganjak dengan keputusan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April tahun depan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata GST tidak akan ditangguhkan kerana semua prosedur untuk melaksanakannya sudah ditetapkan.
“Kita minta semua pihak tidak beranggapan bahawa kerajaan akan menangguhkan GST.
“Aktanya sudah diluluskan dan kita ada jangka masa bila ia dilaksanakan, jadi tiada alasan untuk tidak mematuhinya.
“Semua pihak yang terbabit dalam GST perlu mematuhi tarikh akhir pendaftaran dan jika gagal tindakan boleh diambil,” katanya kepada media selepas menyampaikan taklimat GST kepada kakitangan awam persekutuan Sabah, di sini, sebentar tadi. – Berita Harian
TOP
Ribery Ucap Selamat Tinggal Kepada Perancis
PARIS – Pemain penyerang Perancis, Franck Ribery mengumumkan dia sudah bersara daripada bola sepak antarabangsa.
Pemain Bayern Munich berusia 31 tahun itu – pemenang anugerah pemain terbaik Perancis tiga kali – harus memberi tamparan hebat kepada skuad negaranya yang bakal menjadi tuan rumah Euro 2016.
“Saya mahu tumpu kepada keluarga dan juga fokus kepada tugasan kelab bersama
Bayern Munich.
“Sudah sampai masanya saya berundur dan memberi laluan kepada pemain muda lain yang kebanyakan mereka memiliki bakat menarik ketika ini,” kata Ribery kepada majalah Kicker di Jerman.
Ribery tidak beraksi dalam Piala Dunia 2014 di Brazil dan menamatkan kerjaya bersama Perancis dengan sumbangan 16 gol daripada 81 kemunculan. – Agensi
TOP
Mancheter United Tundukkan Valencia 2-1
MANCHESTER, England – Pemain gantian, Marouane Fellaini menyumbatkan gol pada minit terakhir perlawanan ketika Manchester United menundukkan Valencia 2-1 pada perlawanan pertama di bawah pengendalian pengurus baharu, Louis van Gaal di gelanggang sendiri, awal pagi tadi.
Pengurus kelahiran Belanda itu yang mengikat kontrak tiga tahun untuk mengambilalih tugas yang dikosongkan David Moyes di Old Trafford, gembira dengan prestasi anak buahnya selepas menang kesemua lima perlawanan pra musim sepanjang jelajah mereka di Amerika Syarikat.
Biarpun kemenangan yang dicatat awal pagi tadi hadir pada minit terakhir perlawanan, dia tetap kritikal bahawa pasukannya sudah bersedia untuk mengharungi musim baharu.
“Saya fikir ini adalah perlawanan terburuk kami. Banyak pemilihan yang kurang tepat, hantaran kurang kemas dan kami tidak memberi asakan mencukupi terhadap pihak lawan,” katanya. – AP
TOP
Rooney Dipilih Kapten Manchester United
LONDON – Pengurus baharu Manchester United, Louis van Gaal memilih Wayne Rooney sebagai kapten kelab berkenaan.
Penyerang England berusia 28 tahun itu mengisi tempat Nemanja Vidic selepas pertahanan Serbia itu meninggalkan kelab berkenaan pada penghujung musim untuk menyarung jersi Inter Milan.
“Bagi saya, selalunya amat penting untuk memilih seorang kapten. Wayne menunjukkan sikap terpuji dalam semua perkara yang dilakukannya.
“Saya kagum dengan ciri profesionalisme dan sikapnya serta menepati falsafah diri saya,” kata van Gaal dalam kenyataan kelab terbabit selepas United menang 2-1 ke atas Valencia pada perlawanan persabahatan di Old Trafford, awal pagi tadi. – AFP
TOP
Isteri Johan Bengang Cara Anak Bersolat Ditegur
"Lepas solat isyak semalam.. 3 bradik doa sama2.. abg long n abg ngah doa mcm2 permintaan.. tp adik doa mcm2 bahasa.. mama aminkan dr belakang," demikian caption Ozlyn Wati, isteri Johan Raja Lawak melalui IGnya.
Namun entah kenapa, gambar yang dimuat naiknya itu menjadi isu hangat pada segelintir pihak yang kurang senang dengan tindakan tersebut. Meskipun ramai pengikut yang mempertahankannya, namun Ozlyn dilihat tampil memberi penerangan mengenai gambar tersebut. "byk cara nk tegor dik bkn atas penerimaan org.. bdk kecik yg beberapa thn pun kalau mak bapak marah dpn org pun dorg malu.. lbh baik pvt msg kan nmpk lbh baik cara ko tuh.. korg dtg umah org dgn x bg salam bagai tetibe meroyan.. x elok la mcm tu kan.. baik tgk duk diam2.. x suka ko xyah follow hati ko pun x sakit dosa ko pun x bertambah," nasihat Ozlyn pada yang menegur.
Pada Ozlyn, bersabar lah ya. Anggap ia sebagai satu cabaran dalam hidup kerana bukan semua pihak sependapat dengan kita.

Kanada Sedia Sumbang 1,000 Dos Vaksin Ebola
WINNIPEG – Kanada akan menyumbang 800 hingga 1,000 dos vaksin Ebola yang dihasilkan di makmalnya kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan di Afrika.
Menteri Kesihatan Kanada, Rona Ambrose berkata keputusan untuk menyumbang vaksin itu dibuat selepas WHO memberi persetujuannya bagi ubat yang belum diuji diberikan kepada mereka yang dijangkiti virus berkenaan.
Wabak Ebola itu sehingga kini sudah mengakibatkan 1,013 orang maut di Afrika Barat.
“Kami komited untuk melakukan apa yang boleh bagi membantu rakan kami di peringkat antarabangsa, termasuk menawarkan kakitangan bagi membantu menangani wabak itu ataupun dari segi kewangan mahupun akses kepada vaksin yang sedang diuji,” kata Ambrose dalam kenyataannya. – Reuters
TOP
Helikopter Terhempas Ketika Hantar Bantuan Kemanusiaan
BAGHDAD – Seorang juruterbang terbunuh manakala seorang ahli parlimen cedera apabila sebuah helikopter milik tentera yang dalam perjalanan untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada pelarian di utara negara ini terhempas di sini, semalam.
Laporan televisyen tempatan yang memetik jurucakap tentera, Qassem Atta sebagai berkata, helikopter MI17 terhempas kerana kerosakan teknikal di Gunung Sinjar di mana ribuan penduduk etnik minoriti Yazidi terkandas berkumpul selepas melarikan diri daripada militan Kumpulan Negara Islam (IS). – dpa
TOP
Alif Satar Akhiri Zaman Bujang 15 September ini
Penyanyi dan pelakon, Alif Satar bakal mengakhiri zaman bujangnya pada pertengahan September ini.
Menurut Alif, 15 September dipilih bersempena dengan tarikh lahirnya yang ke-24. Memetik sumber Media Hiburan, Alif dan tunang, Shadila Halid bakal dinikahkan dalam majlis yang akan dihadiri oleh kaum keluarga terdekat sahaja.
Majlis resepsi pasangan itu pula akan di adakan di Marina Putrajaya pada 20 Septemper ini.
Tahniah diucapkan buat Alif Satar. Semoga hubungan ini akan berkekalan hingga akhir hayat. - SiakapKeli.com
TOP
Tenggelam 6 Minggu di Dasar Laut, Telefon Ini Masih Berfungsi
Pemain ski air yang berasal dari Gothenburg, Sweden menjumpai semula smartphone Sony Xperia Z2 miliknya setelah hilang di dasar laut selama 6 (enam) minggu. Kisah mengagumkan itu pertama kali tercatit di media tempatan Sweden.
Alexander Maxen secara sengaja menjatuhkan telefon miliknya ke dalam laut yang memiliki kedalaman 10 meter. Seperti yang sedia maklum, Xperia Z2 hanya boleh bertahan terendam di dalam air tawar (bukan air laut) dengan kedalaman 1,5 meter selama 30 minit.
Ketika Maxen dan rakan-rakannya sampai di pantai, mereka cuba melakukan panggilan telefon ke telefon itu dan hebatnya telefon itu masih boleh dihubungi. Tetapi, kerana tidak membawa peralatan selam, mereka tidak dapat mengambil telefon itu lalu dibiarkan sahaja telefon tersebut tenggelam.
Enam minggu kemudian, rakan Maxen menyelam di lokasi yang telah berjaya menemui telefon terbabit, dipetik dari Ubergizmo, Rabu (13/8/2014).
Meskipun telah mengalami beberapa kerosakan luaran, seperti panel belakang yang retak dan bateri yang hampir rosak, mereka terkejut ketika melihat lampu indikator bateri masih menyala. Smartphone itu bahkan masih boleh melakukan proses booting dengan sempurna dan mampu melakukan panggilan telefon.
Ini bukan kali pertama smartphone keluaran Sony boleh bertahan di dalam air, setelah terendam melebihi had. Tahun lalu, sebuah Sony Xperia V masih berfungsi dengan baik setelah empat hari terendam di dalam laut. - SiakapKeli.com
TOP
Kanak-Kanak Usia 12 Tahun Hamil Dirogol Bapa Saudara
SABAK BERNAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengandung sembilan bulan selepas beberapa kali dirogol bapa saudaranya di rumah mangsa di Bagan Sungai Burung, Sungai Besar, di sini.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, mangsa yang tidak lagi bersekolah itu dipercayai dirogol sejak awal Disember tahun lalu ketika ibu dan bapa mangsa tiada di rumah.
Menurutnya, mangsa dipercayai dirogol setiap bulan oleh suspek yang tinggal di Hutan Melintang, Perak dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada Julai lalu.
“Mangsa mula dirogol bapa saudaranya itu ketika usianya masih 11 tahun dan kandungannya kini memasuki usia sembilan bulan,” katanya kepada Sinar Harian.
Noor Mushar berkata, suspek sebelum ini berjanji ingin berkahwin dengan mangsa, bagaimanapun mangsa seakan-akan tertipu dengan kata-kata manis bapa saudaranya itu selepas mereka menjalin hubungan terlarang.
“Ibu bapa mangsa terkejut selepas mendapati anaknya mengandung dan mangsa telah menceritakan kejadian terbabit kepada kedua-dua orang tuanya,” katanya.
Katanya, mangsa yang menerima rawatan di Klinik Desa Sungai Burung kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar sebelum satu laporan polis dibuat seorang jururawat atas arahan seorang doktor pakar di klinik kesihatan terbabit.
Sehingga kini katanya, polis sedang memburu suspek bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Dalam kejadian berasingan katanya, seorang pelajar dari Pasir Mas, Kelantan dirogol di dua tempat berasingan di daerah ini oleh seorang abang angkatnya yang dikenali menerusi aplikasi SMS Koloni.
Katanya, kejadian berlaku pada 4 Ogos lalu selepas mangsa mengikut suspek berusia 25 tahun itu dari KLIA ke rumah lelaki itu di Sungai Besar.
“Dalam perjalanan ke Sungai Besar itu, mangsa dan suspek tidak terus pulang ke rumah sebaliknya mereka menginap di sebuah hotel di Sekinchan sebelum melakukan hubungan terkutuk itu pada waktu malam hari yang sama.
“Keesokannya, mangsa dibawa ke rumah suspek di Taman Padu Permai Sungai Besar dan sekali lagi melakukan perbuatan itu pada 7 Ogos lalu di bilik tidur di dalam rumah berkenaan,” katanya.
Noor Mushar memberitahu, mangsa dihantar pulang oleh suspek di Perhentian Bas Klang pada 8 Ogos lalu untuk pulang ke rumahnya di Kelantan.
“Hasil siasatan mendapati ibu mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya di KLIA pada 4 Ogos lalu.
“Bagaimanapun, mangsa memaklumkan kepada ibunya menerusi SMS dia mengikut rakannya dan akan pulang dengan selamat,” katanya.
Bagaimanapun katanya, setelah beberapa kali didesak ibunya selepas kehilangannya selama empat hari, akhirnya mangsa mengaku dia telah dirogol suspek dan membuat laporan polis di Pasir Mas, Kelantan.
Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. – Sinar Harian
TOP
Reman 3 Suspek Pembunuhan Pelajar Britain Dilanjutkan
KUCHING – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan tempoh tahanan reman tiga daripada lima suspek kes pembunuhan dua pelajar perubatan warga Britain minggu lepas dilanjutkan tujuh hari lagi di bawah jagaan polis.
Majistret Portia Tham Ong Leng membuat perintah itu terhadap suspek masing-masing berumur 19, 23 dan 29 tahun, berkuat kuasa mulai hari ini dan mengarahkan mereka dihadapkan semula ke mahkamah pada 20 Ogos.
Ketika membuat permohonan itu mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, pengawai penyiasat kes, ASP Rejali Angong berkata polis memerlukan masa yang cukup untuk menyelesaikan siasatan mereka.
Dua pelajar Newcastle University itu, Aidan Grunger, 22, dan Neil Dalton, 23, ditemui mati di Jalan Abell, Padungan di sini kira-kira 4.15 pagi pada 6 Ogos tahun ini.
Tiga suspek itu ditahan di lokasi berasingan sekitar bandar raya ini sejak 6 pagi hari sama.
Selain itu, polis turut menahan dua lagi suspek, masing-masing berumur 35 dan 55 tahun, pada 7 dan 8 Ogos. – BERNAMA
TOP
4 Rakan Niaga Maut Dalam Kemalangan Di Lebuhraya Elite
PUTRAJAYA – Empat rakan niaga maut selepas kereta mereka merempuh lori pasir di Kilometer 29.5 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Sepang pagi tadi.
Mereka ialah N. Murugan, 41, S. Kalaiselvan, 41, N. Gopi, 32 dan Mazuan Malik, 42, yang sedang menuju ke Pulau Pinang dari Seremban atas urusan perniagaan minyak tar.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Mohd Yusoff Awang berkata kemalangan berlaku kira-kira 6 pagi apabila kereta Proton Waja yang dipandu Gopi dikatakan hilang kawalan lalu terbabas hingga merempuh lori yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pecah.
Mayat mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat. – BERNAMA
TOP
Banyak Perkara Belum Selesai, Saya Teruskan Kerja ─ Rashid Sidek
KUALA LUMPUR – Rashid Sidek belum berhasrat meletakkan jawatan sebagai jurulatih perseorangan lelaki negara meskipun dikritik susulan kegagalan perseorangan lelaki membawa pulang pingat emas pada Sukan Komanwel di Glasgow bulan lepas.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan Rashid mahu meletakkan jawatan di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) namun atas alasan ‘banyak perkara belum selesai’, beliau menggubah pendirian untuk kekal sebagai jurulatih.
Katanya, beliau mahu memberi tumpuan terhadap persiapan pemain ke Kejohanan Badminton Dunia BWF pada hujung bulan ini dan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September.
“Saya akan teruskan kerja saya dan kekal di BAM. Memang diikutkan banyak masalah belum selesai lagi…terutamanya membantu pemain mempersiapkan diri ke Kejohanan Dunia dan Sukan Asia tahun ini dan itu matlamat saya.
“Sebagai seorang profesional saya akan teruskan kerja saya dengan penuh komitmen. Buat masa sekarang, semangat pemain dan kerjasama dengan jurulatih dalam keadaan baik.
“Saya harap persiapan ini akan lebih teliti dari segi ketahanan mental dan kemahiran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini hari ini.
Rashid berkata beliau diminta menjawab surat tunjuk sebab dalam tempoh dua minggu kepada BAM berikutan tindakannya membuat kenyataan media menarik diri daripada menjadi ketua pasukan skuad badminton ke Sukan Komanwel, Glasgow, bulan lepas.
Rashid berkata beliau juga tidak pasti sama ada akan mengiringi pemain ke Kejohanan Dunia dan Sukan Asia kerana keputusan itu dibuat oleh kepimpinan tertinggi BAM.
Mengulas mengenai kontraknya di BAM yang tamat penghujung tahun ini, Rashid berkata keputusan selanjutnya bergantung kepada perkembangan semasa antara beliau dan badan induk sukan itu. – BERNAMA
TOP
Rancangan Bergabung 3 Bank Utama Masih Peringkat Perbincangan
PETALING JAYA — Rancangan untuk bergabung antara CIMB, RHB Capital dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) masih di peringkat perbincangan pengurusan dan nampak optimis.
Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Tun Razak berkata, cadangan penggabungan itu telah diterima baik oleh pasukan pengurusan kerana ia akan meningkatkan nilai untuk semua pihak.
“Semuanya masih pada peringkat awal. Pemegang saham perlu tunggu untuk butiran terperinci sebelum mengambil sebarang kedudukan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan di majlis perasmian cawangan CIMB di Jaya Shopping Centre yang berwajah baru di sini, hari ini.
Mengenai kepemimpinan entiti baharu itu, Nazir berkata ia akan diputuskan oleh pemegang saham baharu jika berlaku sebarang gabungan.
Sementara itu, cawangan CIMB baharu itu dibuka dengan kerjasama CIMB Maple Tree, pengurus dana untuk pembangunan Jaya Shopping Centre.
Nazir berkata, ia mempunyai 80,000 pelanggan daripada tiga cawangan lama dengan satu bilion ringgit dalam transaksi perniagaan.– BERNAMA
TOP
Siti Saleha Ke Portugal Jumpa Bakal Mertua?
Walaupun Siti Saleha dilihat begitu berahsia mengenai hal peribadinya dari pengetahuan orang awam, namun ramai peminat aktres itu mengatakan kini dia sedang bercinta dengan orang luar Malaysia.
Memetik beberapa portal hiburan sebelum ini, Saleha dikatakan bercinta dengan seorang lelaki yang berasal dari Portugal, yang bekerja di Malaysia.
Baru-baru ini juga Siti Saleha dikatakan melancong ke Portugal. Mungkinkah dia pergi bertemu mata dengan keluarga bakal mertuanya?
Pasti ramai peminat setia Siti Saleha tidak sabar nak tahu cerita sebenar. Apa-apapun, jom tengok beberapa gambar Siti Saleha di Portugal
– SiakapKeli.com
– SiakapKeli.com
TOP
RM27 Juta Bagi Gandakan Aktiviti Basmi Denggi
PUTRAJAYA – Kabinet meluluskan peruntukan tambahan hampir RM27 juta bagi menggandakan usaha memerangi kes demam denggi khususnya bagi dua bulan ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
“Ini membolehkan kita menambahkan kakitangan, menggunakan pihak swasta bantu dalam aktiviti penyemburan ubat, bantu aktiviti Pihak Berkuasa Tempatan dan aktiviti Jabatan Kesihatan di peringkat negeri.
“Harap dalam dua bulan ini kes demam denggi akan turun walaupun bukan pada kadar normal, sebab ini musim denggi,” katanya pada sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet, di sini hari ini.
Subramaniam berkata kementerian juga akan membekalkan 100,000 kit diagnostik denggi bagi klinik kesihatan awam dan swasta di Lembah Klang yang dilabelkan sebagai kawasan panas denggi paling banyak di negara ini.
Bagaimanapun, katanya, kit itu hanya dibekalkan kepada klinik-klinik swasta yang berminat untuk menjalankan ujian mengesan demam denggi lebih awal.
Beliau berkata kementerian itu akan memperluaskan aktiviti itu ke negeri-negeri lain sekiranya ia membawa hasil positif di Lembah Klang.
“Ia diberi secara percuma dan bayaran tidak boleh dikenakan bagi ujian ini. Kalau ada pihak yang nak mencari untung, mereka akan disenarai hitamkan,” katanya.
Rekod kementerian menunjukkan, bagi tempoh Januari hingga 9 Ogos, sebanyak 59,790 kes dilaporkan di seluruh negara dengan 123 kematian.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata “Ops Mega” bagi memerangi denggi sejak 14 Julai lepas, berjaya mengurangkan kawasan panas denggi di Selangor daripada 92 kepada 86 kawasan.
Beliau menyatakan demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi. – BERNAMA
TOP
Abdul Khalid Disaran Wujud Konsensus Selangor
KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disaran mewujudkan Konsensus Selangor yang baharu berbanding memilih untuk menganggotai mana-mana parti politik, demikian menurut seorang penganalisis politik.
Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Md Shukri Shuib berkata dalam menghadapi kemelut isu pertukaran Menteri Besar ketika ini, Abdul Khalid perlu berbuat demikian bagi mendapatkan majoriti Yang Berhormat (YB) untuk menyokongnya.
“Abdul Khalid sepatutnya mewujudkan satu Konsensus Selangor yang baharu dengan menjadikan PAS sebagai teras kerajaannya sementara Umno sebagai kuasa tambahan selain memujuk beberapa lagi YB untuk turut serta dalam konsensus politiknya.
“Lebih baik beliau tidak menyertai mana-mana parti sama ada PAS mahu pun Umno, tetapi bertindak mendapatkan sokongan YB atas kapasiti kepercayaan terhadap beliau sebagai individu yang masih boleh bekerja,” katanya kepada Bernama.
Abdul Khalid, pada Sabtu lepas dipecat oleh PKR kerana enggan mematuhi arahan parti untuk meletak jawatan dan memberi laluan kepada Presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikannya.
Namun, Abdul Khalid terus memegang jawatan Menteri Besar setelah mendapat perkenan Sulan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Isnin.
Menyifatkan jika Abdul Khalid berjaya mendapatkan konsensus itu sebagai satu platform baharu politik Selangor, Md Shukri berkata: “Demi kepentingan rakyat, Abdul Khalid perlu mengetuai kerajaan gabungan antara parti di Selangor yang melibatkan Umno, PAS dan juga YB bebas untuk membina kestabilan negeri itu.
“Inilah masanya Barisan Nasional dan PAS menilai kepentingan negeri dan rakyat melebihi daripada retorik politik semata-mata.”
Penganalisis politik itu berkata kerajaan pimpinan Abdul Khalid perlu membuktikan bahawa pentadbirannya adalah didasari komitmen untuk melindungi negeri dan pentadbiran daripada kerakusan politik.
Semalam, Abdul Khalid bertindak memecat enam anggota Exco daripada DAP dan PKR atas alasan tidak menyokong pentadbirannya dan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri bersama empat Exco PAS.
Menurutnya tindakan menamatkan khidmat Datuk Teng Chang Khim, V. Ganabatirau dan Ean Yong Hian Wah daripada DAP dan Elizabeth Wong Keat Ping serta Dr Daroyah Alwi daripada PKR dilakukan kerana tindakan mereka mengeluarkan kenyataan untuk tidak bekerjasama dengannya adalah bercanggah dengan 10 Akujanji dan Sumpah Kesetiaan yang dilafazkan ketika mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor.
Abdul Khalid bagaimanapun hari ini berkata surat pemecatan kepada seorang anggota Exco daripada PKR, Rodziah Ismail masih belum dihantar kerana ADUN Batu Tiga itu dikatakan berada di luar negara.
Md Shukri berpendapat kemelut yang melanda PKR berlaku kerana parti itu bergerak sebagai parti yang mengikut selera Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kemelut politik yang membawa kepada berlakunya dilema eksekutif pentadbiran negeri Selangor adalah agenda Anwar. Apabila (Presiden PKR Datuk Seri) Dr Wan Azizah berada dalam Dewan Undangan Negeri (hasil Langkah Kajang), maka masalah menjadi besar dan mengheret Selangor kepada ketidakstabilan kuasa.
“Abdul Khalid dijadikan mangsa politik kerana Anwar menganggap beliau mudah dijatuhkan dengan menyingkirkannya daripada keahlian PKR. Hakikatnya Abdul Khalid masih mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk terus memegang jawatan Menteri Besar,” katanya. – BERNAMA
TOP
Buku Panduan GST Diperkenal Sabtu Ini
KUALA LUMPUR – Kumpulan pertama membabitkan kira-kira 1,000 buah buku panduan ringkas mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk perniagaan yang mengandungi panduan asas sedia untuk edaran pada Sabtu ini, kata Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Subromaniam Tholasy.
“Dengan garis panduan yang mudah, syarikat perlu tahu apa yang mereka perlu lakukan.
“Kumpulan pertama naskhah percuma itu adalah dalam bahasa Inggeris, diikuti versi Bahasa Malaysia dan kemungkinan dalam bahasa lain dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama di luar acara program latihan dan kesedaran mengenai GST di sini hari ini.
Buku panduan GST itu akan dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong dalam sebuah program di Bangsar, di sini, anjuran Sekretariat bagi Memperkasa Usahawan India (SEED) pada Sabtu, dengan kira-kira 1,000 peserta dijangka hadir.
“Sehingga semalam, 10,127 perniagaan mendaftar bagi skim GST. Kira-kira 80 peratus daripada mereka adalah daripada perusahaan kecil dan sederhana, kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan dan berasaskan pembuatan,” katanya.
Jabatan Kastam telah menetapkan matlamat untuk menarik 123,000 syarikat mendaftar bagi skim GST pada akhir September. – BERNAMA
TOP
Pas Akan Keluar Jika UMNO Dilantik Exco
SHAH ALAM — PAS Selangor akan keluar daripada pentabiran kerajaan negeri Selangor jika Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Umno untuk menyertai Exco kerajaan negeri.
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata buat masa ini PAS masih sebahagian daripada parti komponen dalam pakatan pembangkang dan akan menjaga kepentingannya dalam kerajaan negeri itu.
“Kami masih membawa semangat Pakatan Rakyat dan berpegang kepada prinsip-prinsipnya.
“PAS juga tidak akan menuntut Adun PAS dilantik sebagai exco (dalam pentabiran kerajaan negeri Selangor sekarang),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Khalid yang dipecat sebagai anggota PKR dilaporkan berkata pihaknya masih boleh meneruskan pentadbiran kerajaan negeri bersama empat Exco PAS.
Sementara itu, Exco PAS Sallehen Mukhyi turut mengulangi pendirian yang sama dengan berkata, beliau serta tiga lagi anggota exco dari parti itu akan meletak jawatan sekiranya Tan Sri Khalid Ibrahim melantik anggota exco baru dari parti Umno.
Tambahnya, soal untuk memilih exco daripada Umno tidak timbul memandangkan parti itu merupakan pembangkang di Selangor.
“Soal Umno tak timbul. Tidak akan ada dalam kerajaan. Tak ada Umno. Tidak akan jadi kalau Umno ada dalam exco. PAS akan keluar.
“Umno tidak ada dalam senarai ini. Dia bukan kerajaan dan dia adalah pembangkang,” katanya.
TOP
PPDNKK Ipoh Rampas 15 Ribu Liter Bersubsidi Di Gopeng
GOPENG – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Ipoh merampas 15,000 liter diesel bersubsidi yang cuba diseleweng berikutan penahanan tiga lelaki di Kawasan Perindustrian Tungzen, di sini semalam.
Timbalan Pengarah PPDNKK Perak Mohd Khalis Kasim berkata selain diesel bersubsidi bernilai RM30,000, pihaknya turut merampas dua buah lori tangki dan beberapa kelengkapan lain yang kesemuanya bernilai RM321,000 dalam serbuan pada 3.45 petang itu.
“Tiga lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an itu ditahan ketika sedang memindahkan diesel bersubsidi dengan menggunakan pam khas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata serbuan adalah hasil maklumat orang awam dan intipan PPDNKK sejak dua minggu lepas.
Mohd Khalis berkata semasa serbuan pihaknya mendapati seorang lelaki sedang menggunakan pam bagi memindahkan diesel tersebut dari sebuah lori tangki yang pernah digunakan untuk membawa minyak kelapa sawit dengan kapasiti penuh 42,000 liter, ke sebuah lori tangki lain.
Katanya, modus operandi yang digunakan mereka adalah dengan membeli diesel yang dijual di kawasan sekitar dan kemudian dimasukkan ke dalam lori tangki besar yang berfungsi sebagai tangki penyimpanan di kawasan berkenaan.
“Apabila jumlah diesel di dalam lori tangki tersebut telah mencapai takat yang dimahukan, mereka akan membuat panggilan dan kemudian sebuah lori tangki lain yang lebih kecil akan masuk ke kawasan berkenaan untuk mengambil diesel tersebut,” katanya.
Beliau berkata berdasarkan pemerhatian penguatkuasa selama dua minggu, untuk memasuki kawasan tersebut bukan sesuatu yang mudah kerana khidmat tonto digunakan dalam kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi itu.
“Penyeleweng diesel terbabit akan menggunakan lampu kenderaan sebagai cara berinteraksi antara mereka. Mengikut pemerhatian kami, apabila mereka sudah menerima isyarat lampu, itu bermakna mereka sudah bersedia untuk mengangkut diesel,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata hasil daripada Ops Titik yang dijalankan sejak 15 Mei lepas, PPDNKK menumpaskan sebanyak 29 kes penyelewengan diesel termasuk dua kes melibatkan petrol dan satu kes gas cecair petroleum dengan nilai rampasan lebih RM1.5 juta. – BERNAMA
TOP
Lebih Ramai Penasihat Percukaian Diperlukan Untuk GST
KUALA LUMPUR – Para akauntan dan ejen cukai akan memainkan peranan penting sebelum dan selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan pada 1 April 2015.
Pelaksanaan GST mempunyai implikasi besar ke atas perniagaan dan syarikat-syarikat dikehendaki untuk mendapatkan sistem kewangan dan perisian perakaunan patuh GST.
“Semua akauntan bertauliah mesti mendapatkan lesen untuk membuat pengiraan GST,” kata Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Subromaniam Tholasy.
Bagaimanapun, Subromaniam berkata lebih ramai ejen cukai diperlukan sebelum perlaksanaan GST bagi mengendalikan kursus serta menasihati sektor perniagaan berhubung prosedur dan kepentingan sistem percukaian berkenaan.
“Pada masa ini, kami mempunyai 2,000 ejen cukai dan kami memerlukan seramai 3,000 lagi. Sejumlah 5,000 adalah satu angka yang bagus,” katanya.
Menurut beliau, Kastam sedang bekerjasama dengan Persatuan Akauntan Cukai Malaysia (MATA), Institut Percukaian Berkanun Malaysia (CITM) dan Institut Akauntan Malaysia (MIA).
Beliau memberi jaminan Kastam boleh mencapai sasaran ejen cukai yang diperlukan sebelum tarikh perlaksanaan tahun depan.
HANYA AGEN CUKAI DILULUSKAN
Apabila dihubungi Bernama, Subromaniam berkata di bawah Seksyen 170 (1) Akta Pelesenan GST, tidak ada sesiapa dibenar bertindak di Malaysia bagi pihak mana-mana orang untuk sebarang urusan di bawah akta ini kecuali dia adalah ejen cukai. Bagaimanapun, subseksyen ini tidak boleh menghalang mana-mana orang lain untuk mewakili mana-mana parti bagi satu-satu rayuan di bawah Seksyen 141 (perwakilan pada perbicaraan). Orang perseorangan yang tempat kediamannya di Malaysia mungkin boleh memohon kepada Menteri untuk diluluskan sebagai ejen cukai selaras dengan syarat-syarat yang sudah ditetapkan. Di samping itu, syarikat terutamanya yang perolehan tahunannya melebihi RM500,000 perlu melipatgandakan usaha dalam menunggu perlaksanaan GST tahun depan. Pengarah Eksekutif, Tax Advisory and Management Sdn Bhd (TAMS) Yong Poh Chye berkata pada masa ini hanya 50 peratus syarikat di negara ini yang bersedia menerima perlaksanaan GST. “Syarikat perlu melatih kakitangan mereka berhubung GST, mendapatkan perisian perakaunan yang patuh GST dan melaksanakan atur cara ujian menjelang Januari 2015,” beliau berkata di Persidangan GST Kebangsaan anjuran bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan TAMS baru-baru ini.
TAHUN SIBUK UNTUK AKAUNTAN, PENASIHAT CUKAI DAN PAKAR IT
Sementara itu, Pengerusi CTIM, S.M. Thanneermalai berkata akauntan, penasihat cukai dan pakar IT akan melihat peningkatan beban kerja pada tahun 2015. “Saya menjangka mereka akan mengalami pertambahan agak banyak dalam aktiviti mereka dan ini akan meningkatkan juga perniagaan mereka,” katanya. Katanya memandangkan peranan mereka ada hubung kait, ketiga-tiga kumpulan profesional ini perlu bahu-membahu sebelum dan selepas perlaksanaan GST. “Invois bayaran yang dikeluarkan sekarang tidak akan diterima lagi selepas perlaksanaan GST. Anda juga perlu menukar carta sistem perakaunan untuk mengumpul data yang akan dimasukkan ke dalam hasil cukai. “Sebab itulah mereka perlu bekerjasama,” katanya. Pada masa ini, badan profesional yang berkaitan daripada ketiga-tiga sektor utama ini sedang bekerjasama menganjurkan bengkel, latihan dan seminar sebelum perlaksanaan GST. “Pada pandangan saya mereka akan dapat menyelesaikan 90 peratus daripada isu serta kekeliruan yang timbul di peringkat awal pengenalan menjelang September depan. “Menjelang penghujung 2015 kebanyakannya sudah maklum akan sistem cukai itu,” katanya. – BERNAMA

150 Balai Bomba Kategori D Akan Dibina
KANGAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat menyasar untuk membina 150 balai kategori D dalam tempoh lima tahun dari sekarang, kata Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.
Beliau berkata balai kecil itu akan dibina di tempat strategik seperti kawasan pembangunan bandar atau perindustrian baharu.
“Balai bomba kategori D hanya ada sebuah kereta bomba manakala kos bangunannya adalah sekitar RM500,000 yang boleh dibina dengan cepat.
“Jika pembinaan dilakukan secara konvensional, kita mungkin boleh membina lima balai sahaja dalam masa lima tahun. Cara paling berkesan ialah dengan membina balai kecil di tempat strategik untuk meningkatkan kecekapan dan kepantasan bertindak memadam kebakaran,” katanya di sini pada Selasa.
Beliau berkata sebahagian tapak untuk melaksanakan projek itu telah ada dan sebahagian lagi sedang dikenal pasti.
“Kelebihan membina balai kategori D adalah ia boleh diperbesarkan kepada kategori A, B atau C mengikut keperluan dan perkembangan semasa,” tambahnya.
Wan Mohd Nor berkata di Perlis, sebuah balai baharu kategori D akan bina di Pekan Simpang Empat dekat sini tidak lama lagi. – BERNAMA
TOP
Selidik Dahulu Sebelum Boikot – Rais
KUANTAN – Rakyat negara ini dinasihatkan berfikir dan membuat tindakan yang rasional sebelum berhajat untuk memboikot sebarang produk atau syarikat yang didakwa berkait rapat dengan pihak Zionis yang kini memerangi dan menzalimi umat Islam di Gaza, Palestin.
Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata mereka disaran agar membuat penyelidikan dan siasatan terlebih dahulu terhadap produk yang dimaksudkan sama ada ia menyumbang terus kepada kerajaan Zionis Israel.
“Kita perlu ada asas yang jelas untuk boikot. Kita perlu tahu apa yang perlu diboikot dan berfikir sama ada tindakan itu memberi kesan terhadap reaksi yang kita mahukan (menjatuhkan kerajaan Israel).
“Kita juga perlu selidik siapa tuan punya syarikat tersebut dan pastikan sama ada ia dimiliki atau mempunyai kaitan secara langsung dengan pihak Yahudi (Zionis),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil dan bacaan doa selamat untuk mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 dan umat Islam yang dizalimi di Gaza, Palestin di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Kuantan, di sini hari ini.
Turut hadir, Rektor UIAM kampus Kuantan, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin.
Rais dalam pada itu menyuarakan kebimbangan jika langkah memboikot itu memberi impak kepada kesan ekonomi negara memandangkan kebanyakan syarikat didakwa dimiliki rakyat tempatan dan mempunyai pekerja yang majoritinya juga penduduk tempatan.
“Setakat ini tiada sebarang syarikat di Bursa Malaysia yang dimiliki oleh syarikat Yahudi.
“Kita khuatir jika langkah ini berterusan (boikot) akan memberi impak kepada ekonomi negara kerana pihak di sana juga (antarabangsa) bila-bila masa sahaja boleh melakukan perkara yang sama,” katanya.
Rais yang juga Pengerusi UIAM berkata pihak UIAM atas dasar prihatin terhadap kesulitan yang dihadapi oleh penduduk Islam akibat peperangan dengan pihak Israel di Palestin akan sedaya upaya membantu menjaga kebajikan para penuntutnya yang berasal dari Gaza.
Beliau pada majlis itu turut menyampaikan sumbangan RM30,000 kepada pihak UIAM bagi tujuan berkenaan. – BERNAMA
TOP
KPDNKK Lancar Tabung Derma Untuk Rakyat Palestin
PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini melancarkan tabung kutipan derma untuk rakyat Palestin bagi membantu meringankan kesengsaraan mereka yang di serang tentera Israel.
Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata kutipan derma itu akan turut dijalankan selama dua minggu di peringkat bawahan melalui pengarah-pengarah negeri dan cawagan KPDNKK di seluruh negara.
“Kita sememangnya sentiasa bersama rakyat Palestin untuk mempertahankan negara mereka dan hasil kutipan ini akan disalurkan kepada tabung Gaza,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di sini hari ini.
Menurut Hasan, sumbangan itu akan digunakan antaranya untuk membiayai perbelanjaan ubat-ubatan.
“Ini merupakan sumbangan daripada warga kementerian, selain dari sumbangan doa untuk mereka,” katanya. – BERNAMA
TOP
Bayaran Tol Jambatan Murum Paling Mahal Di Malaysia?
JIKA ada yang merungut mengenai bayaran tol ‘mahal’ di lebuhraya Semenanjung Malaysia, mungkin anda perlu tahu ada lagi tol yang berganda-ganda lebih mahal di Sarawak.
Bayaran tol tersebut dikenakan ke atas kenderaan berat yang melalui Jambatan Murum merentasi Empangan Hidro Murum dengan kadar bermula daripada RM150 hingga RM2,000 sekali lalu.
Menerusi maklumat yang dikongsikan di beberapa blog tempatan, operasi tol tersebut dikendalikan oleh sebuah syarikat konsesi pembalakan.
Biarpun kadar yang dikenakan cukup mahal, ia bukanlah laluan yang sempurna, sebaliknya berdebu, licin dan berbahaya.
Selepas kisah tol tersebut tersebar di internet, akhbar The Borneo Post melaporkan Ketua PKR Cabang Hulu Rajang / Belaga menyelar tindakan syarikat itu yang mengenakan tol yang terlalu mahal. Menurutnya, tanah atau hutan kawasan konsesi balak masih milik kerajaan atau tanah adat rakyat tempatan Belaga, bukannya harta persendirian syarikat. “Jika kerajaan hanya menganugerahkan lesen pembalakan, ini bukan bermakna syarikat ini boleh sewenang-wenangnya mengenakan tol kepada pengguna jalan balak yang dibina. “Saya meminta Kerajaan Sarawak atau Kerajaan Malaysia menghentikan perbuatan ini. “Kerajaan perlu menarik balik lesen yang diberikan kepada syarikat ini kerana melanggar syarat lesen kerana lesen atau kontrak mereka bukan konsesi bina jalan raya dan tol,” ujarnya. Diharapkan agar ada tindakan yang akan diambil terhadap syarikat ini kerana kadar semahal itu terang-terangan menganiaya rakyat Sarawak. Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
(Sumber: Bintulu Weekly / Pengerindu.net)

Senarai 10 Filem Terbaik Robin Williams Yang Perlu Anda Tonton
Artikel ini merupakan artikel tribute buat mendiang
Robin Williams
yang telah meninggal dunia semalam. Bagi peminat filem ataupun bagi mereka yang ingin menonton filem lakonan Robin Williams, kami kongsikan 10 filem terbaik lakonan Robin Williams yang perlu anda tonton.
Robin Williams merupakan aktor veteran yang popular dengan filem Good Will Huntingdan Jumanji. Beliau memulakan karier lakonannya sekitar tahun 80an dan banyak filem lakonannya pada tahun 90an menjadi hits. Dia juga merupakan seorang stand up comedianyang amat popular suatu ketika dulu.
Good Morning, Vietnam! (1987 )
Robin berlakon sebagai seorang DJ yang tidak seperti DJ ortodok lain dan merupakan DJ yang kurang sopan yang ditugaskan berkhidmat untuk stesen radio tentera AS di Vietnam. Satu kejayaan besar yang diperolehi beliau melalui filem ini adalah pencalonan Oscar dan Golden Globe pertamanya. Filem ini adalah sebuah filem komedi perang Amerika berdasarkan pengalaman DJ radio Adrian Cronauer.
Dead Poets Society (1989)
Peranannya yang amat menyentuh hati sebagai guru Bahasa Inggeris, John Keating, yang memberi inspirasi kepada pelajar untuk belajar mencintai puisi. Walaupun beliau tidak mendapat anugerah untuk peranannya dalam filem ini, dia telah mendapat pujian penggiat filem profesional. Beliau juga telah dicalonkan untuk pelakon terbaik Oscar, tetapi tewas kepada Daniel Day-Lewis ( My Left Foot ).
Awakenings ( 1990 )
Dalam filem ini , Robin Williams memainkan peranan sebagai doktor yang berdedikasi di sebuah hospital tempatan. Filem ini adalah filem yang mempunyai jalan cerita yang agak ringan berdasarkan kisah benar seorang pakar neurologi British ,Oliver Sacks, yang dimainkan oleh Robin Williams ( doktor Malcolm Sayer ) , yang terselamat daripada wabak encephalitis pada tahun 1917-1928.
The Fisher King (1991)
The Fisher King adalah filem komedi-drama yang ditulis oleh Richard LaGravenese dan diarahkan oleh Terry Gilliam. Ia dibintangi oleh Robin Williams dan Jeff Bridges, dengan Mercedes Ruehl, Amanda Plummer, dan Michael Jeter. Filem ini adalah tentang seorang lelaki yang cuba untuk menebus kesilapannya dengan membantu seorang lelaki yang hidupnya hampir musnah.
Aladdin (1992)
Robin melakonkan wajak Geanie di dalam filem animasi Disney yang amat popular suatu ketika dulu.
Mrs Doubtfire (1993)
Dalam kisah klasik keluarga yang mengharukan ini, Robin menyamar sebagai pembantu rumah untuk menghabiskan masa dengan anak-anaknya yang berada di bawah hak penjagaan bekas isterinya. Filem ini meninggalkan kesan yang amat mendalam dengan lakonan Robin yang amat bersahaja tetapi menyentuh hati.
Jumanji (1995)
Filem ini pastinya berada di hati kanak-kanak tahun 80an dan 90an di mana Robin berlakon sebagai seorang lelaki yang terperangkap di alam berbeza selepas bermain papan ‘Jumanji’. Filem fantasi ini mengajar erti kekeluargaan dan juga antara filem popular lakonan mendiang.
Good Will Hunting (1997)
Filem ini menjadi filem bertuah buat Robin apabila dia memenangi anugerah Academy Award sebagai pelakon pembantu di samping pelakon utama Matt Damon. Ia mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang bijak tetapi tidak pernah pergi ke kolej untuk belajar, dan amat berminat dengan subjek di kolej tempat dia bekerja dan menggunakan memori fotografinya. Seorang profesor dan ahli psikologi Sean Maguire ( lakonan Robin Williams ) membantu Will untuk mencapai cita-citanyadan mengajarnya erti kehidupan.
Patch Adams ( 1998 )
Filem semi-biografi komedi-drama yang dibintangi Robin Williams. Diarahkan oleh Tom Shadyac, ia berdasarkan kisah hidup Dr Hunter “Patch” Adams dan buku Gesundheit.
Insomnia (2002)
Antara filem lakonan terbaik Robin. Insomnia adalah sebuah filem thriller psikologi yang diarahkan oleh Christopher Nolan dan dibintangi Al Pacino, Robin Williams, dan Hilary Swank. Ia menceritakan kisah dua detektif yang menyiasat pembunuhan di sebuah bandar di Alaska.
Sumber: Wanista

Kerajaan Beri Kebebasan Penuh Kepada Keluarga Urusan Jenazah
KOTA BHARU – Kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada semua keluarga mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine, untuk membuat keputusan berhubung urusan pengebumian jenazah.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata waris mangsa berhak menentukan bagaimana jenazah diuruskan mengikut anutan agama dan kepercayaan masing-masing.
“Jawatankuasa (Pengurusan Mayat dan Jenazah Mangsa MH17) akan mengendalikan mengikut kehendak yang dipersetujui kedua-dua belah keluarga waris, sebelah isteri dan sebelah suami dan mereka berbincang sekali bagi mencapai kata sepakat.
“Kalau bukan Islam, keluarga mereka juga akan memilih lokasi krematorium pilihan masing-masing dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menutup Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan Ke-40 di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia di sini malam tadi.
Rohani berkata sehingga kini 80 peratus keluarga mangsa nahas itu telah memaklumkan kepada jawatankuasa berkenaan bagaimana mereka mahu jenazah itu diuruskan termasuk lokasi pengebumian.
“Sebanyak 80 peratus telah memaklumkan keputusan itu. 20 peratus lagi mungkin mereka (keluarga) masih belum memberikan keputusan masing-masing. Kami menghormati perkara itu tetapi perlu memaklumkan keputusan sebelum jenazah tiba di tanah air,” katanya.
Rohani berkata kerajaan memahami perasaan keluarga mangsa yang perlu mengambil masa untuk membuat keputusan itu tetapi yakin mereka akhirnya akan mencapai kata sepakat selepas berbincang dengan semua keluarga.
Beliau berkata pihaknya akan sentiasa berhubung dengan keluarga mangsa mengenai perkembangan semasa termasuk proses membawa pulang jenazah.
Menteri itu berkata pihaknya akan terus menyediakan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa tragedi dan ia akan dilakukan secara berterusan selagi diperlukan.
Penerbangan MH17 milik Malaysia Airlines yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal itu terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh, namun sehingga kini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab. – BERNAMA
TOP
Kisah Nota Hutang Dalam Kocek Pemuda Palestin
Meskipun hidup dalam ketakutan kerana dibedil senjata tentera Zionis laknatullah hampir setiap hari, ada untungnya penduduk Gaza Palestin berbanding kita yang menghirup udara damai di sini.
Oleh kerana sedar nyawa mereka bagai di hujung tanduk dan bila-bila masa sahaja boleh terpisah dari jasad, ia membuatkan penduduk sana tambah mengingati kematian dan takutkan Allah.
Sebagai contoh, seorang pemuda Palestin yang terbunuh dalam serangan baru-baru ini didapati membawa sekeping kertas berisi nota dalam kocek seluarnya.
Nota itu ditujukan kepada warisnya untuk memberitahu bahawa sekiranya dia terkorban, dia mempunyai hutang dengan dua orang yang masih belum dilunaskan. Dinyatakan di situ, hutangnya kepada setiap orang tersebut cumalah $3! Mungkin walau cuma $3 namun pemuda ini sedar, membayar hutang adalah wajib dalam Islam jadi dia bimbang jika ia boleh menjadi penghalang untuknya memasuki syurga Allah. Masya Allah, hingga begitu sekali keimanan pemuda ini. Tidak hairanlah mengapa Israel begitu takut pada penduduk Palestin.. – MYNEWSHUB.MY

Robin Williams Gantung Diri Dengan Tali Pinggang
SAN RAFAEL (California) – Pihak berkuasa mengesahkan pelakon komedi, Robin Williams menggantung dirinya sendiri dengan tali pinggang di dalam bilik di rumahnya.
Sherif Marin County, Leftenan Keith Boyd berkata, Williams dilihat buat kali terakhir oleh isterinya pada malam Ahad lalu ketika hendak tidur.
Beliau bangun pada pagi berikutnya dan meninggalkan rumah, menyangka yang Williams masih tidur.
Tidak lama kemudian, pembantu peribadi Williams mengunjungi rumahnya dan berasa bimbang apabila Williams tidak memberi sebarang tindak balas ketika dia mengetuk pintu.
Pembantu peribadinya menemui pelakon berusia 63 tahun itu mati di bilik tidurnya.
Boyd berkata semua bukti menjurus kepada perbuatan bunuh diri. Namun katanya, keputusan muktamad akan dibuat selepas mendapat laporan forensik dan temu ramah dengan saksi.
Williams terkenal kerana watak yang dipegang dalam filem ‘Good Will Hunting’, ‘Mrs Doubtfire’, ‘Good Morning Vietnam’ dan banyak lagi filem lain. – AP
TOP
Mohd Saiful Fail Saman Terhadap Anwar Tuntut RM50 Juta
KUALA LUMPUR – Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan memfailkan saman terhadap Ketua Pembangkang itu bagi menuntut ganti rugi RM50 juta berhubung kes liwatnya enam tahun lepas.
Mohd Saiful, 27, memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, pada 23 Jun lepas melalui Tetuan Zamri Idrus & Co. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan hari ini selepas kes itu disebut untuk pengurusan kes.
Dalam writ samannya, Mohd Saiful mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikaldan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh defendan (Anwar) dan selepas Anwar menuduh laporan polis yang dibuatnya mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Anwar.
Mohd Saiful berkata perbuatan liwat itu adalah suatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Anwar perlu membayar ganti rugi kepadanya di atas perbuatan liwat itu dan akibat fitnah yang dilemparkannya berhubung laporan polis itu.
Mohd Saiful mendakwa defendan (Anwar) sesungguhnya bertanggungjawab ke atas segala kerosakan dan kehilangan yang dialami plaintif (Mohd Saiful) akibat diliwat oleh defendan.
Mohd Saiful mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar telah meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun, 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, di sini.
Katanya kandungan laporan polis itu adalah apa yang sebenarnya terjadi dan kejadian liwat itu berlaku tanpa kerelaannya.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Mohd Saiful berkata beliau bekerja dengan Anwar pada Mac 2008 sehingga Jun tahun sama pada usia 22 tahun dan beliau sering dibawa Anwar untuk urusan di dalam dan luar negara.
Katanya beliau telah dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, dicemuh di laman-laman sosial dan telah mengalami tekanan teruk akibat daripada fitnah dan kejadian liwat itu.
Sehubungan itu, Mohd Saiful memohon ganti rugi RM50 juta ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.
Selepas kes itu disebut hari ini, Peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd Saiful memberitahu media bahawa kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes 8 Okt ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Norfauzani Mohd Nordin.
Beliau berkata mahkamah juga memerintahkan Anwar yang diwakili peguam Shahid Adli memfailkan pernyataan pembelaannya sebelum 3 Sept ini.
Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana meliwat Mohd Saiful selepas membenarkan rayuan pihak pendakwa raya untuk mensabitkan Anwar atas pertuduhan meliwat.
Mahkamah itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan, 2012 yang melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful. Bagaimanapun Anwar dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Persekutuan.
Rayuan itu ditetapkan untuk pengurusan kes esok. – BERNAMA
TOP
Misi Bantuan Kemanusiaan Cuba Masuki Gaza Esok
KAHERAH (Mesir) – Misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza, Palestin akan cuba memasuki negara bergolak itu esok, bersama Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).
Presiden KP1M Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata ini kali pertama misi bantuan kemanusiaan diadakan di bawah bendera Malaysia mewakili rakyat negara melibatkan tiga persatuan sekali gus.
Bagaimanapun, katanya, misi itu yang diterajui KP1M berkemungkinan dipecahkan kepada tiga kumpulan bagi memastikan bantuan lebih mudah sampai kepada pihak yang memerlukan.
Abdul Azeez, yang juga pengerusi Biro Kebajikan Umno, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup bersama Duta Besar Malaysia ke Palestin dan Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari, Duta Palestin di Malaysia Dr Anwar Al-Agha, Naib Presiden Mercy Malaysia Norazam Ab Samah dan Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid.
Sebanyak 71 peserta KP1M terdiri daripada media, doktor dan sukarelawan, enam anggota Mercy Malaysia serta enam anggota Mapim akan menyertai misi berkenaan.
Abdul Azeez berkata buat masa ini, KP1M masih menantikan kelulusan daripada pihak kerajaan Mesir bagi memberi kebenaran masuk ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah.
“Insya-Allah, kita jangkakan dapat masuk esok, hari Khamis, niat kami sama, kalau boleh masuk kami akan adakan tahlil dan hari Jumaat kita dah boleh letakkan doktor di lima hospital bagi melakukan pembedahan dan sebagainya.
“…dan kita bersolat Jumaat bersama-sama rakyat Palestin di sana dan kita cuba berada hingga Ahad paling tidak, itu pun berpandukan nasihat Duta,” katanya.
Abdul Azeez turut percaya kerajaan Mesir akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cemerlang sebagai orang tengah bagi mendamaikan pihak Israel dan Hamas, seterusnya melanjutkan tempoh gencatan senjata yang akan berakhir malam Rabu.
Sementara itu, Ku Jaafar berharap pihak kerajaan Mesir dapat memberi jaminan keselamatan kepada anggota misi bantuan sepanjang perjalanan ke sempadan Rafah, terutama di Utara Sinai, yang terletak kira-kira 45 kilometer dari Rafah yang masih berada di bawah kawalan tentera.
“Di kawasan berkenaan perintah berkurung masih berjalan, kerana masih ada isu-isu militan, apa yang kita akan lalui ialah banyak ‘checkpoint’ di sepanjang perjalanan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Acara Sambutan Kemerdekaan Ke-57 Ikut Kesesuaian
PUTRAJAYA – Acara sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 tahun ini diolah mengikut kesesuaian susulan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 dan MH370 termasuk membatalkan acara tradisi seperti Ambang Merdeka selain acara hiburan dan pertunjukan bunga api.
Menyifatkan sambutan kemerdekaan tahun ini istimewa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ia merupakan sambutan ke-57 dan Malaysia pula mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan ia sesuatu yang tidak akan berlaku lagi.
“Memandangkan negara masih bersedih berikutan tragedi MH17 dan MH370 serta kesedihan yang ditanggung keluarga, maka, sambutan kemerdekaan tahun ini, kita akan membuat penyesuaian.
“Beberapa paparan akan diselitkan untuk memperingati tragedi MH17 dan MH370 kerana ia telah memberi kesan mendalam kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau menambah, suasana sambutan kemerdekaan pada tahun ini ialah masih menghormati nahas MH17 namun pada masa sama tetap mengekalkan semangat sambutan hari kemerdekaan.
Ahmad Shabery berkata memandangkan negara masih bersedih berikutan nahas MH17 pada 17 Julai lalu, antara program yang dibatalkan termasuk Konsert Harmoni dan Uniti yang diadakan sempena sambutan kemerdekaan Malaysia dan Indonesia.
“Pada tahun ini, tiada sambutan ambang (merdeka) namun Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan menyampaikan amanat merdeka di MATIC di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang akan disiarkan secara langsung,” katanya.
Beliau juga berkata acara bunga api anjuran pihak kerajaan juga akan dibatalkan.
Selain itu, Shabery berkata acara perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos akan berjalan secara biasa dan mungkin beberapa aspek akan kurangkan.
“Namun, impaknya tidak dikurangkan kerana bagi kita, walaupun apa yang terjadi pada negara, kita perlu bersatu untuk menunjukkan kesetiakawanan kita dalam mendaulat dan mempertahankan negara serta mengisi makna kemerdekaan,” katanya.
Beliau berkata perarakan itu akan turut disisipkan elemen peringatan tragedi MH17 dan MH370 namun ia tidak ditujukan khas mengenainya.
Ahmad Shabery berkata sambutan kemerdekaan akan bermula pada 15 Ogos melalui program “Doa Untuk Malaysia” mengikut kepercayaan agama masing-masing.
Bagi umat Islam, majlis bacaan Yassin dan selawat akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 15 Ogos, penganut Hindu di Selayang juga pada 15 Ogos, penganut Buddha di Sentul, Kuala Lumpur pada 17 Ogos dan Kristian di Shah Alam pada 17 Ogos.
Pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan dan kibar Jalur Gemilang pula akan diadakan di Putrajaya pada 18 Ogos yang dihadiri warga Putrajaya termasuk petugas sektor awam, katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menghadiri program itu yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya.
Selain itu, beliau berkata konsert Chow Kit Road 2.0 akan diadakan mulai 29 hingga 31 Ogos di Jalan Tunku Abdul Rahman dengan lagu-lagu patriotisme bagi menyemarakkan semangat patriotik dan cinta kepada negara.
Sambutan Hari Malaysia di Dataran Kipas, Miri, Sarawak akan diadakan seperti biasa pada 16 Sept namun acara bakal disusun mengikut kesesuaian. – BERNAMA
TOP
Isu Pecat Khalid – Video Parodi Lawak Perli Anwar Ibrahim
DEK kerana panasnya isu pemecatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR, ada pihak yang telah mengambil peluang untuk membuat video parodi yang kami kira agak melucukan.
Dengan menggunakan wajah-wajah ‘orang kuat’ Pakatan Rakyat, video tersebut dilihat menyindir Anwar Ibrahim yang dianggap gila kuasa.
Antara bait-bait lagu tersebut berbunyi:
“Cuba korang teka,
Siapa dia?
Yang suka bergulingan,
Atas jalanraya,
Yang suka berdemo merata-rata..”
Memang perli habis! Jom saksikan selebihnya. – Mynewshub.my

Isteri Dan Kakak Sanjid Singh Akan Ke Amsterdam
BUKIT MERTAJAM – “Kami tidak berapa sihat dan telah tua untuk menempuh perjalanan yang jauh,” kata Jagjit Kaur, ibu kepada Sanjid Singh Sandhu, pramugara pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di timur Ukraine bulan lepas.
Jagjit, 73, berkata beliau dan suami Jijar Singh, 71, serta keluarga telah memutuskan bahawa isteri (Tan Bee Geok) dan kakak Sanjid Singh yang akan ke Amsterdam untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai urusan pengesahan mayat mangsa nahas pesawat itu.
“Saya dan suami akan menunggu di sini. Setakat ini belum tahu bila mereka akan pergi kerana kami tidak menerima maklumat lagi.
“Selalunya pihak MAS akan memaklumkan perkembangan kepada isteri Sanjid yang juga pramugari syarikat penerbangan itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Taman Selamat, di sini hari ini.
Sanjid Singh adalah antara 15 anak kapal pesawat penerbangan MH17 yang membawa 280 penumpang ketika terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh, namun sehingga kini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.
Jagjit berkata setakat ini mereka juga tidak dimaklumkan sama ada mayat Sanjid Singh telah dikenal pasti atau sebaliknya tetapi difahamkan beberapa barangan peribadi miliknya telah ditemui.
“Kami memang tidak mendapat sebarang maklumat mengenai Sanjid dan saya percaya isterinya juga sama (tidak mendapat maklumat),” katanya.
Beliau juga berharap segala urusan berhubung mayat anaknya itu berjalan lancar dan menambah, mereka sekeluarga telah mengadakan beberapa upacara keagamaan termasuk sembahyang untuk kesejahteraan Sanjid.
“Saya sebagai ibu kepada Sanjid percaya dia tenang di sana dan kami berharap semuanya berjalan lancar,” katanya yang enggan memberitahu di mana upacara pengebumian anak bongsu daripada dua beradik itu akan diadakan.
Jagjid juga berharap pihak media tidak mengganggu mereka sekeluarga dan memahami situasi ketika ini yang masih bersedih dengan kejadian yang menimpa anak lelaki mereka itu.
Sanjid bertugas dengan MAS sejak 19 tahun lepas, menetap di Selangor dan mempunyai seorang anak lelaki Hans Singh Sandhu berusia 10 tahun. – BERNAMA
TOP
Bayi Comel Mangsa Dera Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR — Seorang bayi perempuan yang dipercayai menjadi mangsa dera meninggal dunia pagi tadi di Hospital Sungai Buloh dekat sini selepas tidak sedarkan diri sejak Khamis lepas.
Bapa saudaranya Mohd Helmi Zakaria berkata Nurain Damia Mohamad Naqiuddin yang berusia setahun dua bulan menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di kepalanya selepas dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan koma selama enam hari.
“Kini jenazah Nurain Damia sedang menjalani proses bedah siasat dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara petang ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Sebelum ini dilaporkan seorang pengasuh ditahan selepas bayi yang dijaganya didakwa terjatuh dari kerusi di Flora Damansara, Petaling Jaya pada Khamis lepas.
Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis selepas mengesyaki anaknya didera dan mendakwa sebelum ini terdapat kesan lebam pada badan bayinya.
Bayi berkenaan dimasukkan dan dirawat di Hospital Sungai Buloh pada Khamis lepas selepas tidak sedarkan diri dan disahkan doktor dia mengalami pendarahan otak akibat terjatuh.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim mengesahkan menerima laporan kematian Nurain Damia yang meninggal pada pukul 7 pagi tadi.– BERNAMA
TOP
Mat Sabu Dakwa PAS Tetap Bersama Pakatan Rakyat
BUTTERWORTH – PAS tetap bersama Pakatan Rakyat walaupun rakan sekutunya PKR kini berhadapan krisis menteri besar Selangor, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Sambil menegaskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno, beliau berkata komitmen PAS terhadap Pakatan Rakyat adalah wajib dan satu kemestian.
“PAS bersama Pakatan, kami tak boleh keluar Pakatan melainkan muktamar (memutuskan sebaliknya)…komitmen PAS bersama Pakatan, tak akan lari,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sebelum perbicaraan kes isu komunis Bukit Kepong di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.
Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata pendapat dan pandangan yang dikeluarkan oleh anggota PAS berhubung krisis menteri besar Selangor adalah pendapat peribadi mereka dan tidak mewakili parti.
Beliau berkata PAS akan mengadakan mesyuarat pada 17 Ogos ini untuk membincangkan isu nasional termasuk krisis menteri besar Selangor.
Ditanya mengenai sokongan Umno terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Mohamad Sabu berkata: “Itu adalah tindakan biasa sebagai sebuah parti politik. Tindakan yang diambil Umno adalah wajar. Bagi saya itu adalah tindakan yang biasa…tiada yang pelik”. – BERNAMA
TOP
Enam Exco Yang Dipecat Diarah Kosongkan Pejabat
SHAH ALAM – Enam Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diarah mengosongkan pejabat masing-masing ekoran pemecatan mereka mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata bagaimanapun buat masa ini tiada tempoh masa tertentu diberikan kepada kesemua Exco terlibat.
“Arahan pemecatan mereka telah diperkenankan Sultan Selangor dan mulai 12 Ogos (semalam) mereka tidak lagi dibenarkan untuk meneruskan tugas.
“Buat masa ini, tiada arahan dikeluarkan bila sepatutnya mereka harus mengosongkan pejabat masing-masing, tetapi mereka dibenarkan masuk ke pejabat bagi mengemaskan barang persendirian mengikut masa mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Ketika diminta mengulas mengenai beberapa Anggota Exco daripada kedua-dua parti itu yang kelihatan hadir dan meneruskan tugas di pejabat masing-masing di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, Mohamed Khusrin berkata kehadiran Exco berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan tugasan rasmi.
“Mungkin dia datang untuk kemas barang atau jumpa orang… (jumpa orang) itu memang tugas dia selalu di Dewan Negeri Selangor ini,” katanya.
Semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menulis surat bagi meminta perkenan Sultan Selangor supaya keenam-enam Exco daripada PKR dan DAP yang tidak menyokong pentadbirannya digugurkan serta-merta.
Tiga anggota Exco daripada DAP ialah Datuk Teng Chang Khim, V. Ganabatirau dan Ean Yong Hian Wah sementara anggota Exco daripada PKR ialah Elizabeth Wong Keat Ping, Rodziah Ismail dan Dr Daroyah Alwi. – BERNAMA
TOP
Anwar Elak Jawab Soal Tukar Calon MB?
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjawab dengan jelas ketika ditanya media soal perancangan parti itu untuk menukar calon menteri besar selain isterinya yang dicalonkan sebelum ini.
Pemberita membangkitkan soalan kemungkinan parti sudah mempunyai calon lain bagi menggantikan presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Malah pemberita terus mengasak dengan pertanyaan sama ada cadangan pertukaran calon itu telah diutarakan kepada Pas.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang turut serta dalam sidang media tergempar malam tadi cuba mengalihkan isu dengan berkata, “saya rasa kita sedang selesaikan isu pemecatan (exco),” jawabnya ringkas.
Namun pihak media terus mengajukan soalan, kali ini tentang kesediaan PR pula untuk menukar calon yang akhirnya membuka mulut Ketua Pembangkang itu.
“Perkara itu bukan alasannya. Setakat ini yang menjadi kebimbangan kami… kami telah nyatakan pendirian kami kepada pimpinan Pas.
“Tapi isu yang kritikal sekarang adalah pemecatan terhadap enam exco,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut yakin sepenuhnya kesemua Adun PKR dan DAP akan kekal bersama-sama mereka dalam parti tersebut sekali gus menafikan desas-desus Adun-Adun itu bakal keluar parti.
“Mereka semua di sini (exco). Mereka di tingkat atas (Adun).
“Saya sangat yakin (sepenuhnya). Melainkan anda mempunyai sumber yang lain…kerana mereka semua di sini,” katanya. – Sinar Harian
TOP
Kaum Lelaki Di Beijing Selamba Mandi Bogel Di Kolam…
AMBOI…bukan main santai kaum lelaki di Beijing ini mandi bogel di sebuah kolam yang ditinggalkan.
Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan tua yang mahu menyejukkan badan kerana cuaca yang agak panas di sana.
Mujurlah tiada yang menjadikan air kolam itu sebagai sumber minuman.
Iyalah, kalau di tempat awam pun rakyat negara itu boleh membuang air sesuka-hati, apatah lagi dalam kolam seperti ini…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Kronologi Krisis Menteri Besar Selangor
Krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor tercetus dengan ‘Langkah Kajang’ yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac lepas, bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
27 JANUARI: Wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada PRK kawasan itu.
Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut setelah gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwatnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipertaruhkan untuk kerusi itu.
26 FEBRUARI: Abdul Khalid, mewakili Kerajaan Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang tertangguh sejak 2008. Tindakan itu mengecewakan pimpinan PKR yang mendakwa Abdul Khalid tidak membincangkan mengenai perkara tersebut dengan mereka.
26 JUN: Abdul Khalid gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti apabila tewas kepada bekas anggota Parlimen Kapar, S.Manikavasagam.
21 JULAI: PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid.
22 JULAI: Abdul Khalid dalam kenyataan media berkata walaupun menghormati keputusan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai penggantinya, namun segala tatacara pelantikan perlu dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Abdul Khalid berkata sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.
25 JULAI: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor atas alasan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
1 OGOS: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menyuarakan sokongan penuh parti itu terhadap cadangan meletakkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
4 OGOS: Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan nota setebal lebih 40 muka surat mengenai dakwaan salah laku Abdul Khalid seperti isu penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada Eco World dan projek pembinaan rumah mampu milik di Sungai Sering, Ukay Perdana.
5 OGOS: Lembaga Disiplin PKR hantar surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid mengenai keengganannya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
6 & 8 OGOS: Abdul Khalid membalas surat tunjuk sebab.
9 OGOS: PKR memecat Abdul Khalid daripada parti berkuat kuasa serta-merta.
Abdul Khalid dalam kenyataan media kemudian memberitahu bahawa beliau menerima keputusan PKR yang memecatnya daripada parti walaupun beliau mendakwa tindakan itu salah dan cacat dari segi undang-undang.
10 OGOS: Abdul Khalid memberitahu pemberita bahawa beliau akan meneruskan tugasannya seperti biasa sehingga mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor diadakan pada 11 Ogos.
11 OGOS: Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi memaklumkan pemecatannya daripada PKR selain membincangkan kemelut jawatan Menteri Besar.
11 OGOS: Dalam sidang media khas kemudiannya Abdul Khalid mengumumkan bahawa beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor.
Menteri Besar itu turut menyarankan supaya anggota Exco yang tidak menyokong kepimpinan beliau supaya meletak jawatan. Beliau juga berkata akan mengadakan pertemuan dengan barisan exco kerajaan negeri secara individu bagi mengetahui sokongan dan pendirian mereka terhadap kepimpinan beliau.
12 OGOS: Empat anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada PAS berkata akan terus berkhidmat di bawah pentadbiran Abdul Khalid seperti yang diarahkan pucuk pimpinan parti itu.
Enam anggota Exco daripada DAP dan PKR dalam kenyataan bersama berkata mereka akan terus menjalankan tugas masing-masing tetapi menegaskan tidak akan berjumpa dengan Abdul Khalid kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Selain itu keenam-enam exco tersebut dilaporkan berkata dalam urusan melibatkan mereka, kedudukan dan fungsi Abdul Khalid hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang menteri besar daripada Pakatan Rakyat dilantik selain. Mereka juga berkata Abdul Khalid dan MMKN tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian.
12 OGOS: Abdul Khalid mengumumkan telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan untuk memecat enam anggota Exco kerajaan negeri daripada DAP dan PKR yang tidak menyokong pentadbirannya.
Keenam-enam Exco terbabit dalam sidang media bagaimanapun bertekad untuk datang ke pejabat masing-masing di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam esok kerana menganggap pemecatan itu tidak sah berikutan belum mendapat perkenan Sultan Selangor.
– BERNAMA

Mesyuarat EXCO Selangor Berlangsung Seperti Biasa
SHAH ALAM – Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor yang berlangsung hari ini berjalan seperti biasa dengan kehadiran empat EXCO Pas yang kekal dalam pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Kesemua mereka hadir di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, SUK sebelum mesyuarat bermula pada 10 pagi tadi.
Mereka yang hadir ialah EXCO Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi, EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, EXCO Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi serta EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Ir Iskandar Abdul Samad.
Dengan kehadiran empat EXCO berkenaan bermaksud mesyuarat yang berlangsung hari ini adalah sah kerana cukup syarat korum yang ditetapkan.
Sementara itu kelibat beberapa bekas EXCO DAP serta PKR yang dipecat semalam turut kelihatan di bangunan SUK.
Mereka ialah Datuk Teng Chang Kim, V. Ganabatiran dan Ean Yong Hian Wah dari DAP serta Elizabeth Wong dari PKR.
Abdul Khalid ketika ditemui pemberita sebelum memulakan mesyuarat berkata semua pihaknya telah meminta semua EXCO yang dipecatkan agar mengosongkan pejabat mereka sesegera mungkin.
Beliau bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh untuk bekas EXCO berkenaan mengosongkan pejabat mereka.
Semalam Abdul Khalid turut memecat EXCO PKR, Dr Daroyah Alwi dan Rodziah Ismail. – awani
TOP
Pengharaman Tablet iPad Di Old Trafford Manchester United
Tablet iPad adalah peranti pintar yang boleh kita lihat di mana-mana.
Lebih-lebih lagi jika anda ke kedai kopi espreso atau kafeteria, pasti ada beberapa pengguna yang menggunakan peranti ini.
Lain pula ceritanya di Stadium Old Trafford, England. Peranti ini bersama dengan tablet bersaiz besar yang lain serta komputer riba akan dilarang untuk dibawa masuk bermula musim ini.
Pihak Manchester United masih tidak memberitahu sebab mengapa tablet dan komputer riba dilarang dibawa masuk.
Tetapi ramai berpendapat peranti tablet ini akan menghalang pandangan penonton lain apabila ia digunakan untuk mengambil gambar. Komputer riba pula diharamkan dibawa masuk kerana disyaki digunakan untuk memuat naik video permainan yang sedang berlangsung secara haram. Di dalam sebaran media yang disertakan, hanya peranti bersaiz kurang dari 150 x 100 milimeter (lebih kurang saiz Galaxy Note 3) akan dibenarkan untuk dibawa masuk. Ini bermakna iPad Mini juga termasuk di dalam senarai peranti yang diharamkan di bawa masuk ke dalam The Theatre of Dreams. Setakat ini hanya Old Trafford secara rasmi melakukan pengharaman ini, di stadium-stadium bolasepak Liga Perdana Barclay yang lain anda masih bebas membawa tablet dan komputer riba masuk. Sumber: FTBPRO

Pendatang China Selamba Kencing Sambil Berbual Di Telefon
KENCING dan berak di tempat awam oleh warga China bukanlah sesuatu yang pelik, malah sudah kami kongsikan beberapa kali kepada pembaca.
Bagaimanapun, ia menjadi masalah besar apabila sikap ini terbawa-bawa hingga ke negara maju lain seperti Singapura.
Seorang pembaca portal The Real Singapore telah mengadu mengenai perbuatan seorang wanita China yang kencing di stesen MRT yang terletak tidak jauh dari tempat kerjanya.
Menurutnya, wanita tersebut langsung tidak menghiraukan orang ramai yang lalu-lalang di sekelilingnya.
Lebih ‘menarik’, dia turut berbual dengan suara nyaring dan loghat China yang pekat di telefon sambil kencing.
Hmm…bertabahlah wahai makcik tukang cuci!
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Video: Biri-Biri Diseksa Teruk Sebelum Dicukur Bulu
Memang sadis dan kejam!
Itu yang dapat dirumuskan setelah menonton video kekasaran pekerja mencukur bulu kambing biri-biri di Australia.
Bulu kambing biri-biri sememangnya diketahui sangat terkenal dalam pembuatan baju sweater yang berkualiti, namun kalau nak cukur tu, elok-eloklah.
Ada caranya dalam mencukur bulu binatang, antaranya memastikan kambing biri-biri itu tidak dalam kesakitan, sebaliknya yang berlaku, apabila ada pekerja yang menendang serta memukul mata kambing biri-biri malang tersebut.
Malah, ada sampai kena jahit balik kulit sebab cedera ketika bulu mereka sedang dicukur.
Hai, memang tak patutlah… – MYNEWSHUB.MY
Hai, memang tak patutlah… – MYNEWSHUB.MY
TOP
Johan Tolak Persembahan Majlis Amal Yang Bayar ‘Ciput’
Pelakon dan pelawak Johan (Raja Lawak) memberitahu dia terpaksa menolak mana-mana undangan persembahan untuk majlis amal yang menawarkannya bayaran rendah berbanding harga sebenar khidmatnya.
Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 30, berkata, dia mempunyai caj tertentu jika undangan tersebut membabitkan aktiviti-aktiviti amal.
“Ramai pihak yang panggil untuk saya buat persembahan amal dengan bayaran sagu hati dengan alasan ia adalah untuk majlis amal.
“Kalau mereka mahu buat amal, mereka perlu bayar dengan harga saya untuk persembahan itu,” ujarnya kepada mStar Online tanpa menyatakan bayaran sebenar khidmatnya.
Bagaimanapun, Johan berkata, jika dia tidak dapat menerima tawaran berkenaan, dia akan mencadangkannya kepada rakan-rakan pelawak yang lain mengikut kemampuan pihak penganjur.
Dalam pada itu, Johan berkata, dia mempunyai cara tersendiri untuk melakukan amal kebajikan tanpa melalui mana-mana agensi ataupun majlis amal.
Katanya, perkara tersebut sudah diamalkannya sejak mula menceburi bidang hiburan iaitu berkongsi rezeki dengan orang yang kurang berkemampuan.
“Banyak cara untuk kita beramal selain menyertai majlis amal. Sejak saya mula bekerja lagi saya sudah amalkan perkara ini kerana bagi saya kalau kita ingin murah rezeki, kita perlu jadi pemurah dahulu.
“Saya ada menjaga anak yatim yang mana saya sediakan keperluan mereka, malah setiap waktu terluang kami sekeluarga akan pergi ke rumah kebajikan orang tua atau anak yatim untuk menziarah dan memberi sumbangan yang termampu,” ujarnya.
Tambah Johan, dia yakin amal kebajikan yang dilakukan itu menjadi punca dia berada pada kedudukannya kini.
Sementara itu, ditanya tentang kerjaya dalam bidang lakonan, Johan berkata, dia terpaksa melepaskan banyak tawaran berlakon filem dan drama bagi membahagikan masa bersama keluarga dan komitmen terhadap penyampai radio Era FM.
“Sejak menjadi penyampai radio memang saya banyak tolak tawaran berlakon filem dan drama kerana tiada masa.
“Saya ada komitmen dengan radio Era FM iaitu bermula sebelum pukul 6 pagi saya perlu ada di konti dan balik pada pukul 10 pagi, kemudian meluangkan masa bersama keluarga sehingga pukul 10 malam.
“Kalau ada penggambaran sudah tentu saya akan balik sehingga lewat malam dan masa tidur dan masa bersama keluarga saya akan terganggu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Johan mengakui ada beberapa stesen radio lain yang cuba untuk merisik mengenai perkhidmatannya di Era FM.
Bagaimanapun, kebanyakannya tidak memberi maklum balas selepas dia memberikan harga yang diinginkan.
“Ada juga beberapa stesen yang tanya tentang harga yang Era FM beri kepada saya, namun saya kata jika mereka mahu saya, mereka perlu tanya kepada saya sendiri berapa harga yang saya inginkan.
“Kalau mereka boleh bayar harga saya itu sudah tentu saya pergi, namun saya tidak rasa saya penyampai radio paling mahal di Malaysia, ada lagi yang lebih mahal daripada saya,” ujarnya. – mstar.com.my
TOP
Jangan Guna Ubat Tradisional Skyline Al Taqwa
PUTRAJAYA– Orang ramai dinasihati agar tidak membeli atau menggunakan ubat tradisional dari Arab Saudi dengan nama Skyline Al Taqwa Sakit Pinggang & Lutut dan Skyline Al Taqwa Gaut Asam Urat.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kajian yang dilakukan Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapati kedua-dua produk itu mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952. “BPFK telah menerima sebanyak empat laporan kesan advers yang melibatkan produk Skyline Al Taqwa. Antaranya seorang pesakit mengalami kesan advers yang serius iaitu perubahan tingkah laku dan pakar psikiatrik mendiagnosis pesakit mengalami simptom euforia akibat pengambil produk yang mengandungi steroid,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dr Noor Hisham berkata dexamethasone adalah sejenis kortikosteroid yang poten dan ia digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius dan ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau farmasi dengan preskripsi doktor. Beliau berkata dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisional dan penggunaan dexamethasone berpanjangan tanpa pengawasan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma. “Pesakit juga boleh mengalami sindrom cushing yang dicirikan dengan muka membulat dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil. Kesan advers psikiatri seperti euforia, depresi dan psikosis juga didokumenkan untuk dexamethasone,” katanya. Dr Noor Hisham menasihati orang ramai yang sedang menggunakan produk Skyline Al Taqwa agar segera mendapatkan rawatan profesional kesihatan. Bagi pengguna yang telah mengambil produk tersebut untuk jangka masa lama, beliau menasihati mereka supaya tidak menghentikan penggunaannya dengan secara mendadak kerana ia boleh menyebabkan masalah sindrom sarak steroid yang serius seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang membahayakan kesihatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai produk itu dinasihati supaya menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi di talian 03-78413200 atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my.
Orang ramai juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi BPFK di talian 03-78835400 atau melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my. — BERNAMA
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kajian yang dilakukan Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapati kedua-dua produk itu mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952. “BPFK telah menerima sebanyak empat laporan kesan advers yang melibatkan produk Skyline Al Taqwa. Antaranya seorang pesakit mengalami kesan advers yang serius iaitu perubahan tingkah laku dan pakar psikiatrik mendiagnosis pesakit mengalami simptom euforia akibat pengambil produk yang mengandungi steroid,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dr Noor Hisham berkata dexamethasone adalah sejenis kortikosteroid yang poten dan ia digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius dan ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau farmasi dengan preskripsi doktor. Beliau berkata dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisional dan penggunaan dexamethasone berpanjangan tanpa pengawasan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma. “Pesakit juga boleh mengalami sindrom cushing yang dicirikan dengan muka membulat dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil. Kesan advers psikiatri seperti euforia, depresi dan psikosis juga didokumenkan untuk dexamethasone,” katanya. Dr Noor Hisham menasihati orang ramai yang sedang menggunakan produk Skyline Al Taqwa agar segera mendapatkan rawatan profesional kesihatan. Bagi pengguna yang telah mengambil produk tersebut untuk jangka masa lama, beliau menasihati mereka supaya tidak menghentikan penggunaannya dengan secara mendadak kerana ia boleh menyebabkan masalah sindrom sarak steroid yang serius seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang membahayakan kesihatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai produk itu dinasihati supaya menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi di talian 03-78413200 atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my
TOP
Video Sami Lakukan Seks Dalam Timbunan Sampah Tersebar
Seorang sami yang dilaporkan sebagai pembantu ketua sami di Bangkok, Thailand dilaporkan kantoi mengadakan hubungan seks dengan isteri orang, baru-baru ini.
Apa yang peliknya, kejadian ini memang sudah dirancang pasangan suami isteri tersebut yang bertujuan mahu memeras ugut sami itu demi mendapatkan wang segera.
Selepas mendapat sejumlah wang yang dituntut daripada sami itu, dilaporkan pasangan tersebut menerima ugutan bunuh daripada anak murid sami yang terlibat. Risau dan cemas dengan ugutan itu, mereka mengambil keputusan untuk membuat laporan polis dan menyerahkan rakaman video seks itu kepada pihak polis. Menurut kepercayaan agama Buddha, sami mestilah menyucikan diri dengan tidak terlibat langsung dengan apa-apa perlakuan seksual seperti yang dituntut agama mereka. Hmm, takde perasaan ke apa si suami yang sanggup merakam perlakuan sumbang isterinya dengan lelaki lain demi semata-mata mahu mengaut keuntungan segera. Macam-macam hal..- MYNEWSHUB.MY

Bijak…Teknik ‘Rapatkan Saf’ Jimat Ruang Letak Kereta!
MUNGKIN ramai yang tidak tahu ini adalah antara kaedah menjimatkan ruang letak kereta di sesetengah bangunan pejabat.
Gambar di atas merupakan keadaan di tempat letak kereta valet di Leisure Commerce Square, Petaling Jaya.
Susunan kenderaan ini dikendalikan oleh pekerja valet profesional yang akan bertindak menolak kenderaan yang telah diturunkan brek tangan secara manual.
Jika pemilik mahu masuk ke dalam kenderaannya, pekerja berkenaan akan menolak keluar terlebih dahulu kereta tersebut dari ruang sempit itu.
Bijak bukan?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Polis Siasat Pelajar ‘Like’ I Love Israel Dalam FB
NIBONG TEBAL – Polis mengesahkan menyiasat seorang pelajar tingkatan lima mengikut Akta Hasutan 1948 berikutan tindakannya yang dikatakan menyukai negara Israel.
Pelajar yang mendakwa tidak menekan butang ‘ Like’ I Love Israel di laman sosial Facebook sehingga menimbulkan kontroversi di kalangan warga sekolahnya sudah membuat laporan polis, kelmarin. Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948. Beliau berkata, setakat ini, pihaknya sudah merakamkan keterangan pelajar dan seorang guru berhubung kes berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Selatan, di sini. – Berita Harian

Keadaan Keselamatan Di Selangor Terkawal
KUALA LUMPUR – Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat hari ini memberi jaminan keadaan di negeri itu selamat dan terkawal walaupun dilanda krisis politik sejak beberapa hari lalu.
Beliau berkata aktiviti harian rakyat ketika ini berjalan seperti biasa dan tidak wujud sebarang kebimbangan mengenai soal keselamatan.
“Polis sentiasa memantau keadaan di sana dan semuanya dalam keadaan terkawal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelupusan barang kes mesin perjudian komputer di Balai Polis Pandan Indah, di Ampang dekat sini, hari ini.
Krisis politik Selangor meruncing apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR Sabtu lepas, antara lain kerana mengingkari arahan parti supaya meletakkan jawatan menteri besar.
Suasana politi Selangor bertambah hangat berikutan pemecatan lima anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada DAP dan PKR yang menurut Khalid dibuat secara sah dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. – BERNAMA
TOP
Hisham Rais Anggap Kerajaan Khalid Kerajaan PUK*!
SETELAH menggelar bekas setiausaha Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ‘anak dara yang kurang seks’, aktivis pembangkang, Hishamuddin Rais sekali lagi dengan tanpa rasa malu dan bersalah mencarut, kali ini dalam twitter, berhubung kemelut politik yang melanda Selangor.
Dia yang lantang membidas Khalid kali ini ‘muncul’ dengan kata-kata yang cukup memalukan.
Ia sekaligus memperlihatkan tahap pemikiran dan kedangkalan dirinya yang sebelum ini pernah bertahun-tahun melarikan diri ke luar negara.
Ada tengok dan tafsir sendiri!
TOP
VIDEO: Kejadian Pekerja Medan Selera Disimbah Minyak Panas
BEBERAPA hari lalu, orang ramai digemparkan dengan kejadian seorang pekerja medan selera Kompleks Pertama, Kuala Lumpur melecur teruk selepas disimbah dengan minyak panas oleh seorang kutu rayau.
Ia gara-gara wanita warga Indonesia itu tidak melayan permintaan suspek yang meminta makanan daripadanya.
Satu video rakaman selepas kejadian telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Faceook yang menunjukkan mangsa dalam keadaan kesakitan sebelum dibawa masuk ke dalam ambulans oleh pasukan paramedik.
Pada masa yang sama, seorang lelaki yang dipercayai ahli keluarga atau majikan mangsa dilihat berang dengan suspek yang sudah berada dalam kereta peronda polis.
Namun, dia berjaya ditenangkan oleh polis dan orang ramai.
Apapun, tindakan suspek memang sangat kejam kerana biasanya parut akibat lecur akan kekal pada mangsa.
Kami harapkan hukuman yang seberat-beratnya dijatuhkan ke atas suspek kerana perbuatannya mungkin bakal menggelapkan masa depan wanita itu.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Khalid Sudah Serah Borang Keahlian Pas?
Tan Sri Khalid Ibrahim yang kini merupakan Menteri Besar Selangor tanpa sebarang parti didakwa pihak tertentu sebagai telah menyerahkan borang keahlian PAS.
Namun, perkara itu pantas dinafikan oleh parti berkenaan.
Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali mendakwa berita yang kononnya diterbitkan Harakah bahawa Khalid sudah menyerahkan borang penyertaan sebagai palsu dan fitnah.
“Contoh laporan guna nama Harakah yang tidak betul itu ialah kononnya saya telah menerima borang permohonan menjadi ahli PAS daripada Tan Sri Khalid. Ini memang tidak betul dan sangat mengelirukan orang ramai,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily sebentar tadi.
Menurutnya, ekoran tersebarnya laporan Harakah palsu itu melalui media sosial, beliau telah dihubungi oleh pihak media untuk mengulas berita yang tidak betul itu.
“Saya tegaskan di sini bahawa laporan berkenaan bukan daripada Harakah, adalah tidak benar sama sekali yang menggunakan nama Harakah termasuk berita-berita kononnya daripada pemimpin tertinggi PAS yang lain,” tegasnya yang juga Pengerusi Harakah.
Justeru, beliau mengingatkan ahli-ahli dan pendukung PAS agar berwaspada dan tidak perpengaruh dengan laporan palsu yang mengelirukan itu.
TOP
Risalah Propaganda PR Disebar Untuk Aibkan Khalid Ibrahim
BERSUNGGUH-SUNGGUH benar usaha Pakatan Rakyat (PR) untuk memastikan nama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ‘busuk’ di mata rakyat negeri itu.
Terbaru, risalah yang kononnya membongkar segala ketidakjujuran Khalid telah mula disebarkan kepada umum.
Ia termasuklah kronologi kes pelupusan hutang berpuluh juta ringgit yang kemudiannya turut dikaitkan dengan perjanjian air, projek lebuhraya tol KIDEX sehinggalah kontrak pembangunan hartanah kepada ‘rakan lama’.
Pada masa yang sama, risalah itu turut menyebut sebab Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersungguh-sungguh mempertahankan Khalid.
Tidak cukup dengan itu, isu-isu yang belum diselesaikan oleh Khalid turut disenaraikan termasuklah isu sampah.
Pendek kata, memang dilondehkan sehabis-habisnya.
Apapun, inilah masanya untuk rakyat Selangor menilai cara kerja Pakatan Rakyat di negeri itu.
Baru satu negeri sudah huru-hara, kalau satu negara macam mana agaknya…?
- Mynewshub.my
- Mynewshub.my
TOP
Nenek Disiasat Dan Dikecam Kerana Gambar ‘Dera’ Cucu
Seorang nenek di Ohio, Amerika Syarikat telah disiasat oleh pihak berkuasa selepas tindakannya memuat naik gambar cucunya mendapat kritikan daripada rakan-rakan Facebooknya.
Jackie Sheaks sama sekali tidak menyangka gambar cucunya yang diambil dengan tujuan untuk bergurau menimbulkan kebimbangan di kalangan pelayar FB.
Menerusi dua gambar yang dikongsikannya itu, menunjukkan cucu perempuannya dibaringkan dalam dulang pembakar ketuhar selain pipi cucunya diletakkan pita pelekat bersama puting.
Menurut Jackie, dia mempertahankan perbuatannya itu yang disifatkan langsung tidak berniat untuk mencederakan cucu kesayangannya itu.
“Apa yang kami rasakan kelakar dan lucu, mungkin orang di luar sana tak rasa begitu. Itulah pengajaran yang boleh saya ambil daripada kes ini,” katanya. – MYNEWSHUB.MY
“Apa yang kami rasakan kelakar dan lucu, mungkin orang di luar sana tak rasa begitu. Itulah pengajaran yang boleh saya ambil daripada kes ini,” katanya. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Jangan Kelirukan Rakyat Kononnya Ebola Kini Di Malaysia!
Kementerian Kesihatan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu yang sengaja menyebarkan laporan palsu mengenai wujudnya virus Ebola di negara ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata berita palsu yang disebarkan melalui media sosial itu amat tidak bertanggungjawab kerana ia mencetuskan ketakutan dan suasana panik kepada rakyat.
“Kalau nak main-main dalam media sosial, jangan gunakan isu-isu ini. Mereka kena faham ia akan membawa impikasi besar,” katanya dalam sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet, di sini Rabu.
Beliau mengulas penyebaran mesej serta gambar seorang kanak-kanak yang dikatakan mengalami gelembung air pada bahagian kaki akibat jangkitan awal Ebola.
“Sebagai rakyat kita mesti bertanggungjawab terhadap usaha kerajaan. Saya tidak faham apa keuntungannya dengan menyebarkan perkara sebegini, cuma mengelirukan rakyat. Ramai yang panik,” katanya.
Menurut Subramaniam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman turut menjelaskan kepada media mengenai situasi sebenar agar rakyat mendapat gambaran sebenar berhubung isu itu.
Sambil menegaskan risiko penularan virus berbahaya terbabit amat rendah di negara ini, beliau berkata sehingga kini tiada sebarang kes kuarantin bagi penyakit itu dilakukan.
Penyakit Ebola merupakan penyakit demam berdarah yang mencatat kadar kematian tinggi dan boleh menjangkiti manusia serta haiwan primat seperti monyet.
Sejak mula dikesan di tiga negara Afrika Barat iaitu Sierra Leone, Liberia dan Guinea pada Mac lalu, Ebola telahpun mengakibatkan lebih 1,000 kematian.
– BERNAMA
TOP
Pakatan Rakyat Bukannya Parti Berdaftar – Khalid
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas pihak yang mempersoalkan kedudukan kerajaan negeri diketuai pemimpin berstatus wakil rakyat bebas sedangkan mereka tidak sedar bahawa Pakatan Rakyat bukan sebuah parti berdaftar.
Katanya, pihak berkenaan khususnya pemimpin PKR dan DAP bahawa Pakatan Rakyat haruslah menyedari bahawa mereka sendiri bukannya bergabung dalam satu parti politik yang berdaftar.
“Kerajaan negeri pimpinan saya selaku Menteri Besar yang tidak mewakili mana-mana parti setelah dipecat keanggotaan PKR adalah terdiri daripada semua parti politik meskipun empat anggota Exco kerajaan negeri adalah diwakili oleh PAS dan seorang lagi Exco daripada PKR.
“Orang tanya status kerajaan pakatan Selangor dan saya katakan semua parti politik ada. DAP, PKR, PAS semuanya ada…UMNO pun ada, jadi tidak ada sebarang masalah. Namun, semua orang perlu ingat bahawa Pakatan Rakyat bukan badan berdaftar,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Pada Isnin lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk Abdul Khalid terus memegang jawatan Menteri Besar selepas beliau dipecat daripada PKR.
Empat Anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS kekal berkhidmat di bawah kepimpinan beliau sementara lima Anggota Exco daripada PKR dan DAP menyatakan akan menjalankan tugas masing-masing tetapi tidak akan menyokong Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.
Pendirian yang dibuat melalui kenyataan media bersama itu menyebabkan Abdul Khalid semalam memecat kelima-lima anggota Exco terbabit iaitu Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi daripada PKR manakala Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau daripada DAP.
Katanya sebab utama pemecatan itu adalah kerana kenyataan bersama mereka bercanggah dengan 10 Akujanji dan Sumpah Kesetiaan ketika dilafaz semasa mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor sebelum ini termasuk enggan memberi kerjasama kepadanya sebagai Menteri Besar walaupun telah mendapat perkenan Sultan Sharafuddin.
Bagaimanapun, pemecatan itu tidak melibatkan seorang lagi anggota Exco daripada PKR, Rodziah Ismail yang dikatakan berada di luar negara. – BERNAMA
TOP
PKR Sekali Lagi Cuba Nasib Untuk Menemui Sultan Selangor
Selepas gagal cubaan pertama menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, PKR mencuba nasib sekali lagi, tetapi kali ini dengan surat yang ditulis dan ditandatangani sendiri Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Surat permohonan menghadap terdahulu yang ditulis Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak pihak istana atas alasan tidak mengikut prosedur.
Menurut sumber dalaman PKR, surat terbaharu akan dihantar dalam masa terdekat dan diharap mendapat reaksi positif daripada pihak Istana Selangor.
“Hari ini, PKR akan tulis surat sekali lagi kepada istana. Surat yang sama, tetapi kali ini Wan Azizah yang tandatangan,” katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pada Selasa memaklumkan dalam kenyataan media bahawa pihak istana memberi perkenan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar selain tidak menerima permohonan menghadap Wan Azizah dalam surat yang ditulis Anwar.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa baginda tidak mahu campur tangan dalam isu dalaman PKR.
Ujar sumber itu lagi, surat yang akan dihantar dan ditandatangani Wan Azizah kepada Istana Selangor itu bertujuan sama seperti surat yang dihantar Anwar sebelum ini.
“Kali ini ia ditandatangani Presiden PKR dan dilihat lebih formal untuk dibawa ke peringkat istana.
“Mungkin penolakan sebelum ini disebabkan ia ditandatangani Anwar selain Abdul Khalid sendiri yang sudah menghadap baginda,” jelasnya.
Pada Isnin, Sultan Selangor memberi perkenan agar Abdul Khalid mengekalkan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.
Abdul Khalid dalam satu kenyataan pada hari yang sama pula menjelaskan, sehingga ada perkembangan terbaharu, beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.
Sebelum ini, Sultan Selangor pernah menolak permohonan menghadap Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad untuk memberi penjelasan berhubung kenyataannya mengenai penghapusan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). – astroawani.com
No comments:
Post a Comment