TOP
Malaysia Di Antara Negara Paling Teruk Untuk Mencari Rezeki
Malaysia merupakan di antara negara paling teruk untuk bekerja seperti mana senarai yang dikeluarkan oleh Kesatuan Perdagangan Antarabangsa (International Trade Union Confederation (ITUC), baru-baru ini.
Malaysia disenaraikan di antara negara-negara paling teruk untuk bekerja termasuk Nigeria, Qatar dan Bangladesh kerana dikatakan kegagalannya untuk memastikan hak pekerja sentiasa diutamakan oleh majikan.
Menurut kajian itu juga, negara seperti Afrika Selatan dan Togo merupakan negara yang paling terbaik untuk bekerja manakala Palestin dan Somalia, dua negara paling teruk sekali untuk mencari rezeki.
Menurut sumber Business Insider, ITUC telah mengumpul data-data berkenaan penyelidikan terbabit menerusi maklum balas daripada pekerja yang telah dicabuli hak mereka yang datang daripada seluruh dunia. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Bapa Tidak Sabar Tatap Jenazah Mohd Ali Esok
MUAR – Md Salim Sarmo, 65, bapa kepada Allahyarham Mohd Ali, seorang daripada mangsa nahas pesawat MH17 berkata, beliau dan keluarga tidak sabar untuk menatap wajah, memeluk dan mencium jenazah anak lelakinya itu yang dijadualkan tiba dengan helikopter di Stadium Mini Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh, dekat sini tengah hari esok.
Ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Jayor, Pagoh di sini hari ini, beliau menerima dengan penuh syukur dan gembira mengenai berita keadaan jasad anaknya itu yang dikatakan hampir sempurna sifatnya ketika dimandi dan disembahyangkan di Amsterdam, Belanda.
“Kami sekeluarga reda dan tidak kisah dengan keadaan jasad Mohd Ali tetapi saya dimaklumkan melalui telefon oleh kawan-kawan anak saya dari Belanda yang membantu memandikan dan menyembahyangkan jenazah, mayatnya adalah yang paling sempurna.
“Mereka kata cukup sifat dan tangan juga lembut semasa jenazah dimandikan. Kami cukup lega, berpuas hati dan berterima kasih kerana diberi kebenaran untuk melihat wajah Mohd Ali buat kali terakhir esok,” katanya.
Mohd Ali adalah calon pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengikuti pengajian ijazah kedoktoran dalam bidang Development Neuropsychopathology di Erasmus Universitiet Rotterdam, Belanda.
Md Salim berkata mereka sekeluarga hanya dibenarkan melihat wajah Mohd Ali tetapi dilarang mengambil gambar bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab memanipulasikan potretnya untuk tujuan tidak baik.
Dia berkata persiapan menyambut jenazah dilakukan sejak tiga hari lalu antaranya di IKBN Pagoh, proses menurap jalan ke rumahnya dan kerja-kerja menggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Pagoh, yang membabitkan petugas Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Muar (MPM), Pejabat Parlimen Pagoh, UMNO Bahagian Pagoh, polis dan bomba.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Anggota Parlimen Pagoh dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin adalah antara yang menyambut jenazah Mohd Ali di IKBN.
Beliau sekeluarga berlepas ke Kuala Lumpur pukul 4 petang tadi untuk menyambut ketibaan jenazah esok.
Selepas itu, mereka akan mengiringi jenazah yang akan diterbangkan menggunakan helikopter ke IKBN Pagoh.
Jenazah Mohd Ali akan disemadikan bersebelahan pusara datuk saudaranya, Jawat Suradi, yang meninggal dunia September tahun lalu pada usia 93 tahun, kerana hubungan mereka amat rapat.
“Setiap kali pulang ke tanah air, Mohd Ali pasti melawat datuk saudaranya itu dan kebetulan semasa hari raya puasa tahun lalu, mereka berdua ada mengambil gambar bersama. Tidak sangka pula, mereka akan disemadikan bersebelahan,” katanya.
Md. Salim, bapa kepada lapan anak itu, turut merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membawa jenazah anaknya pulang terutama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Muhyiddin, Kerajaan Malaysia, Malaysia Airlines dan kedutaan Malaysia di Belanda. – BERNAMA
TOP
Pawagam TGV Dan GSC Turut Umum Berkabung Esok
Sempena Hari Berkabung Negara esok, dua syarikat penyedia panggung wayang utama di negara ini iaitu TGV Cinemas Sdn Bhd (TGV) dan Golder Screen Cinemas (GSC) mengumumkan akan turut berkabung esok.
Ketua Pegawai Eksekutif TGV Gerald V Dibbayawan berkata pihaknya akan memberi peringatan kepada pengunjung agar bersedia untuk bertafakur selama seminit pada waktu bertafakur serentak di seluruh negara.
Waktu bertafakur dijangkakan akan diumumkan pada bila-bila masa bermula pukul 10.30 pagi.
“Sepanjang hari esok Jumaat, kita juga akan meminta pengunjung bertafakur mengikut kepercayaan agama mereka sebelum tayangan sesebuah filem bermula di 22 panggung wayang TGV seluruh negara,” katanya menurut laporan Bernama.
Mengikut kebiasaan, TGV akan menayangkan filem pertama untuk hari tersebut selepas jam 10 pagi.
Semua kakitangan TGV juga akan memakai pakaian berwarna gelap untuk hadir bekerja esok, manakala barisan hadapan syarikat seperti penjaga kaunter tiket akan berpakaian hitam tanda berkabung, tambah Gerald.
Bagi GSC pula, jurucakap pawagam itu berkata petugsnya akan berpakaian gelap atau hitam, selain meminta pegendali panggung wayang milik mereka menurunkan hiasan sempena Hari Kemerdekaan selama sehari.
“Sebagai tanda solidariti kami, iklan yang disiarkan pada televisyen plasma di semua 28 panggung wayang seluruh negara akan disiarkan secara hitam putih,” katanya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini memaklumkan bahawa seluruh negara akan bertafakur serentak esok semasa Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi Pesawat MH17 melibatkan 20 jenazah warganegara Malaysia.
Sehubungan itu beliau meminta stesen televisyen dan radio untuk tidak menyiarkan hiburan secara keterlaluan pada Jumaat, manakala panggung wayang diminta untuk bekerjasama dalam menghormati upacara itu.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Pesawat Boeing 777-200 itu telah ditembak jatuh namun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. – Mynewshub.my
TOP
MB S’gor: Hadi Nafi Bertemu Sultan, Suhaizan Salahkan Media
PETALING JAYA – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan keputusan parti itu menamakan Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua menteri besar Selangor dibuat selepas beliau menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Selain itu Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Sultan Sharafuddin tidak pernah menitahkan Abdul Hadi menghadap baginda berhubung krisis politik membabitkan kerusi panas menteri besar.
“Pihak Pejabat Presiden PAS ingin membetulkan maklumat yang ditulis secara tidak tepat oleh Suhaizan seolah-olah wujud titah arahan tertentu oleh Tuanku Sultan Selangor mengenai isu menteri besar Selangor.
“Pihak kami ingin menjelaskan bahawa Datuk Seri Tuan Guru (Abdul Hadi) telah memohon mengadap tuanku pada hari raya keempat semperna Hari Raya Aidilfitri dan tidak ada sebarang titah arahan mengenai isu Menteri Besar Selangor,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Penafian itu dibuat berikutan artikel yang ditulis Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang mendedahkan bahawa keputusan menamakan Azmin sebagai calon kedua merupakan alternatif bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Tulis beliau, Azmin adalah ‘jalan tengah’ kepada pihak istana sekiranya calon asal yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak diterima Istana Selangor.
Sementara itu Suhaizan menerusi kenyataan berasingan menyifatkan artikelnya pada Selasa lalu bertajuk ‘Meneroka Laluan Altenatif, Bukan U-Turn’ telah disalah lapor oleh pihak media.
“Sebarang tanggapan berkaitan dengannya adalah tidak benar dan tersasar sama sekali daripada maksud rencana tersebut.
“Semoga penyataan ini akan membetulkan sebarang kekeliruan yang mungkin telah berlaku,” katanya. – mStar Online
TOP
Sarawak, Sedia Terima Kepulangan Jenazah Ariza Dan Anaknya
KERAJAAN Negeri Sarawak hari ini bersedia untuk menerima jenazah dua beranak yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang akan tiba esok bersama 18 jenazah lain kesemuanya warga negara Malaysia.
Esok, 20 jenazah mangsa nahas akan diterima dalam satu majlis penuh Istiadat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Jenazah Ariza Ghazalee dan anaknya Muhammad Afif Tambi akan tiba di Masjid Jamek Negeri, Petra Jaya, Kuching selepas istiadat penghormatan penerimaan jenazah di KLIA selesai.
Memetik laporan Borneo Post hari ini, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak Datuk Daud Abdul Rahman berkata istiadat penghormatan di Sarawak adalah khas daripada kerajaan negeri sendiri susulan daripada istiadat di KLIA.
“Istiadat bermula di Kompleks Bunga Raya, KLIA dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia tetapi di lapangan terbang ini adalah yang sederhana sahaja kerana jenazah akan dibawa terus ke Masjid Jamek Negeri sejurus tiba.
“Di masjid baharulah istiadat dijalankan dengan memberi ruang kepada orang ramai memberi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan,” katanya.
Beliau berkata istiadat di Sarawak itu dijangka akan dihadiri pemimpin tertinggi negeri iaitu Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem serta menteri kabinet.
Daud berkata kedua-dua jenazah akan disolatkan di masjid dan orang ramai diberikan ruang untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah selepas tengah hari sebelum jenazah ibu dan anak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Semariang, Petra Jaya.
Pada esok, hanya jenazah Ariza dan Muhammad Afif akan tiba dahulu sebelum empat lagi ahli keluarga mereka yang turut terkorban iaitu suami Ariza, Tambi Jiee dan tiga lagi anak mereka iaitu Marsha Azmeena, Muhammad Afzal dan Afruz. – Mynewshub.my
TOP
Mayat Lelaki Ditemui Di Bilik Air Sebuah Kondominium
PETALING JAYA – Mayat seorang lelaki berusia 49 tahun hanya berseluar dalam ditemui tertiarap di dalam bilik mandi sebuah kondominium Tropicana City Mall pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, kakak kepada lelaki tersebut membuat laporan polis selepas menemui mangsa tidak lagi bernyawa di kondominium tersebut kira-kira pukul 6 petang Rabu.
“Kakak mangsa membuat laporan polis bahawa lelaki tersebut tidak berkahwin dan tinggal bersendirian di kondominium terbabit sejak setahun yang lalu.
“Dia bertemu dengan mangsa buat kali terakhir pada 27 Julai lalu dan berbual dengannya menerusi telefon pada Sabtu lalu.
“Menurut kakaknya, mangsa seorang yang pendiam dan suka berahsia.
“Keluarganya juga tidak tahu mengenai pekerjaannya atau sama ada mangsa menghidap sebarang penyakit kronik,” kata Azmi pada Khamis.
Azmi berkata, tiada kesan jenayah di pintu masuk rumah terbabit dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Terdapat kesan najis di pintu bilik air dan muntahan di atas katil.
“Kami mendapati tiada kesan kecederaan di tubuh badan mangsa.
“Kami percaya dia meninggal dunia dua hingga tiga hari yang lalu,” katanya.
Namun, Azmi berkata polis masih menyiasat punca kematian lelaki itu dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. - mStar Online
TOP
Jepun Zahirkan Simpati Nahas MH17 – Abu Zahar
KUALA LUMPUR – Jepun hari ini menzahirkan simpati terhadap Malaysia berhubung nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di timur Ukraine pada 17 Julai.
Perkara itu dizahirkan Timbalan Yang Dipertua House of Councillors Jepun Azuma Koshiishi semasa mengunjungi Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.
“Jepun sentiasa mengikuti perkembangan Malaysia dan kita turut berterima kasih kepada negara Matahari Terbit itu kerana sentiasa tampil untuk memberi bantuan apa sahaja kepada kerajaan Malaysia,” kata Abu Zahar kepada Bernama selepas pertemuan itu.
Beliau berkata Koshiishi juga menyatakan bahawa kejadian nahas MH17 perlu disiasat secara terperinci.
Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine.
Abu Zahar berkata Jepun telah membantu Malaysia dengan menyediakan kelengkapan dan teknologi serta memohon menyertai panel pakar antarabangsa yang akan membuat penyelidikan berhubung insiden kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu.
Dalam pada itu, Jepun telah mencadangkan agar kunjungan dua hala dipergiat bagi membolehkan kedua-dua pihak mempelajari sistem pemerintahan dan pentadbiran yang dilaksanakan antara kedua-dua negara, katanya.
“Saya bersetuju dengan cadangan itu kerana Malaysia boleh mempelajari sesuatu yang berguna daripada Jepun, begitu juga sebaliknya, di samping secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi hubungan ekonomi, kebudayaan, dan pendidikan antara kedua-dua buah negara,” katanya.
Delegasi Parlimen Jepun seramai 10 orang diketuai Koshiishi sedang dalam rangka lawatan tiga hari di Malaysia bermula semalam sebagai membalas kunjungan Abu Zahar ke Jepun dua tahun lepas. – BERNAMA
TOP
Perdasama Sokong Kepimpinan Najib Tun Razak
Persatuan Peniaga dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui pentadbiran negara bagi membawa kepada kestabilan ekonomi dan kesejahteraan negara terutamanya kepada pengusaha Melayu.
Malaysia kini berada di landasan yang kukuh melalui dasar berpandangan jauh terutamanya melalui pelbagai dasar diperkenalkan yang dilihat bukan sahaja telah memantapkan ekonomi negara malah meningkatkan peluang perniagaan.
Kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib telah banyak menggalakkan inovasi, kreativiti dan meningkatkan nilai tambah terhadap semua projek perniagaan yang dijalankan. Saya yakin dasar kerajaan yang diperkenalkan oleh beliau melalui Program Trasformasi Ekonomi semakin berjaya dan akan mengukuhkan lagi ekonomi negara menjelang 2020.
Ini terbukti apabila bagi lima bulan pertama tahun ini, jumlah perdagangan Malaysia melonjak 10.2% kepada RM597.22 bilion. Pengukuhan ekonomi ini dilihat sebagai petanda baik.
Tambahan pula, kerajaan melalui beberapa agensi juga terus menyalurkan pelbagai dana dan bantuan untuk digarap oleh usahawan Melayu bagi mengoptimakan potensi keusahawanan dan perniagaan yang berdaya maju.
Sudah tentu kejayaan seperti ini tidak mudah tercapai kerana Perdana Menteri terpaksa menghadapi pelbagai liku-liku yang sukar tetapi dengan berkat sokongan rakyat semua kejayaan ini akan terus membawa kesenangan kepada kita semua.
Seperti kita tahu, zaman kian berubah. Teknologi semakin canggih tanpa mengenal batasan. Sikap Datuk Seri Najib yang turut membuka peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat berkenaan bajet 2015 melalui media sosial menunjukkan beliau sangat terbuka dan boleh menerima idea yang datang dari semua pihak.
Dalam masa yang sama sikap tegur menegur juga perlu dilihat sebagai tindakan yang positif. Rakyat kini adalah mata-mata yang memerhati segala tindakan dan gerak geri pemimpin namun kita harus juga perlu ingat bahawa, mereka adalah manusia biasa seperti kita tetapi menggalas tanggungjawab yang besar untuk mentadbir negara.
Kita ada banyak ruang untuk tegur menyumbang dan membetulkan kesilapan.
Jangan kita banding dengan kepimpinan Tun Dr. Mahathir yang memang luar biasa. Beliau terkenal dengan sikap tegas dan digeruni namun ketokohan Tun
Dr. Mahathir tidak akan dapat di cari atau dibandingkan dengan mana-mana pemimpin yang lain.
Allah telah memberi dua dugaan yang besar kepada negara tahun ini. MH370 merupakan ujian pertama untuk kerajaan Malaysia belajar menangani krisis yang tidak dijangka dan tiba-tiba.
Walaupun pelbagai tuduhan dan andaian dibuat oleh ramai rakyat Malaysia, cara menangani krisis kedua MH17 telah mendapat perhatian seluruh dunia.
Malah pemimpin juga berlajar menangani yang kita tidak pernah hadapi dulu.
Ini terbukti apabila dugaan yang diberikan adalah pengalaman yang amat besar kepada pemimpin dalam menguruskan krisis terutamanya yang tidak dijangka. Kita juga dapat lihat pelbagai penghormatan, simpati dan sokongan ditunjukkan oleh negara luar terhadap tragedi yang berlaku Julai lalu.
Ya, berita ini amat menyedihkan dan dugaan yang diberikan Tuhan ini pasti ada hikmahnya. Oleh itu, marilah kita gunakan kelemahan dan krisis yang melanda negara kita ini dengan melihatnya dari sudut positif.
Walaupun pelbagai dugaan yang melanda negara, Datuk Seri Najib masih berkesempatan untuk dapat meningkat hubungan dua hala dan menjalinkan hubungan dengan negara penting dunia seperti Amerika Syarikat, China dan lain-lain.
Dalam masa yang sama, Datuk Seri Najib telah memperkenalkan pelbagai pelan pembangunan usahawan ini membuktikan beliau tidak lupa juga beliau kepada bangsanya.
Akhir kata, saya sangat menghargai segala usaha yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib selama memegang jawatan tertinggi negara ini. Saya serta seluruh warga PERDASAMA mendoakan agar pucuk kepimpinan beliau akan terus menjalankan tugas dengan amanah demi kemakmuran negara.
Terima Kasih.
DATO’ MOEHAMAD IZAT EMIR
PRESIDEN
Terima Kasih.
DATO’ MOEHAMAD IZAT EMIR
PRESIDEN
TOP
Teaser Ringkas Untuk Samsung Galaxy Tab 4 Nook
Samsung dan Barnes & Noble telah mengumumkan kerjasamanya dalam penghasilan sebuah tablet khusus, dan kini melalui saluran YouTube milik Nook, sebuah video teaser untuk Galaxy Tab 4 Nook telah pun diterbitkan.
Untuk pengetahuan, Barnes & Noble merupakan syarikat peruncit buku terbesar di Amerika Syarikat dimana mereka memiliki lebih 600 kedai buku dibawah jenamanya.
Samsung dan Barnes & Noble akan memperkenalkan tablet baru ini pada bulan hadapan, dan ia dilihat akan memfokuskan kepada pembacaan.
Dari segi rekabentuk, ia masih mengekalkan rekaan lama, dan tidak lagi menggunakan konsep rekaan baru Samsung.
Berkemungkinan besar, tablet ini hanya akan dipasarkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja buat masa permulaan ini.
Mungkin pihak Samsung dan Nook akan menawarkan beberapa kandungan khusus, disamping menawarkan pengoptimasian pada skrin untuk pembacaan. Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi kedua-dua pihak berkenaan tablet baru ini. Oleh: hzqahmd

Sharp Aquos Crystal: Kesenian Sebuah Peranti Pintar
Jika dilihat daripada idea pengeluar telefon pintar daripada USA dan Jepun, anda mungkin mendapati kebanyakkan peranti pintar daripada barat lebih menekankan prestasi telefon pintar berbanding kesenian peranti.
Berbeza dengan negara matahari terbit ini, sejak dari dahulu lagi mereka memfokuskan pada penampilan yang mempunyai elemen peranti yang bergaya, lihat saja peranti contohnya daripada Sony, agak menarik bukan bentuknya.
Memperkenalkan Sharp Aquos Crystal.
Sharp Aquos Crystal merupakan sebuah telefon pintar berspesifikasi pertengahan yang akan dijual di pasaran US buat masa ini pada harga USD 240 (RM740), namun walaupun harganya rendah, itu bukan tarikan utamanya. Tarikan utamanya adalah skrin tanpa bingkai 5 inci 720p yang dilengkapkan padanya.
Secara jujur, ia mempunyai sedikit bingkai yang kelihatan namun secara umumnya ia kelihatan hampir tiada bingkai padanya. Peranti ini tampak sangat ‘cool’ namun ada beberapa persoalan yang timbul seperti, di manakah speaker yang biasanya terletak di bahagian atas? Sharp mengatakan peranti ini menggunakan penerima gelombang langsung yang menggetarkan skrin pada telinga untuk memindahkan bunyi.
Bahagian kamera hadapan 2MP diletakkan di bahagian bawah telefon pintar, jadi mengambilan imej selfie contohnya akan sedikit berbeza daripada kebanyakan telefon pintar yang lain. Melengkapkan peranti ini adalah cip pemprosesan Snapdragon 400, 1.5GB RAM dan ruang storan 8GB dengan sokongan slot kad micro SD, berkamera 8MP dan dilengkapi LTE. Buat masa ini tidak diketahui lagi tarikh rasmi penjualanya di pasaran Malaysia, berkemungkinan pada bulan September tahun ini.
Sumber: GIZMODO

Saya Datang Hanya Untuk Tolak Khalid Ibrahim – Saari Sungib
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang Saari Sungib yang hadir pada sidang media oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya ingin menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi tidak menyokong Dr Wan Azizah.
Beliau yang turut menandatangani Akuan Bersumpah menyatakan sokongan kepada Presiden PKR itu kerana surat itu telah didraf sedemikian rupa iaitu sokongan kepada Dr Wan Azizah.
“Objektifnya ialah nak nafikan dakwaan Tan Sri Khalid yang mengatakan beliau ada (sokongan) majoriti (ADUN). (Bagaimanapun) sifat undang-undang SD itu berbentuk begitu, iaitu menarik sokongan dari Tan Sri Khalid dan sokong Wan Azizah.
“Bagi saya, Wan Azizah atau tidak, yang penting saya nak cukupkan 30 ADUN (yang tolak Khalid) itu. Oleh kerana (ADUN) DAP dan PKR (sahaja) tak cukup, jadi saya masuk,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.
Pada sidang media 14 Ogos lalu, Saari hadir bersama seorang lagi ADUN Pas untuk kawasan Morib Hasnul Baharuddin.
Ekoran kehadiran kedua-duanya, mereka kini disiasat PAS kerana membuat pendirian sendiri sebelum Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat.
Majlis Syura, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul AM PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini menyokong Khalid kerana tidak nampak keperluan beliau ditukar.
Keputusan itu bagaimanapun berubah selepas mesyuarat jawatankuasa pusatnya 17 Ogos lalu dan selepas PKR memecat Khalid. PAS kemudian menerima pencalonan Azizah di samping mencalonkan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali. – Mynewshub.my
TOP
Mario Balotelli Ganti Suarez Di Liverpool?
LIVERPOOL bercadang membawa masuk Mario Balotelli sebagai penyerangnya menerusi pinjaman walaupun pernah menolak pemain tersebut sebelum ini.
Pengendalinya, Brendan Rodgres pada bulan lalu menyifatkan Balotelli sebagai bukan pemain pilihan kelab berkenaan.
Bagaimanapun pada minggu ini, Rodgers dilaporkan sedang meninjau untuk mendapatkan penyerang Itali itu selepas gagal memikat pemain yang diidamkan untuk menggantikan Luis Suarez.
Begitupun AC Milan lebih berminat untuk menjual pemain terbabit daripada dilepaskan melalui pinjaman.
Liverpool enggan mengambil risiko membeli pemain terbabit kerana bimbang dengan masalah disiplinnya.
Pemain berusia 24 tahun itu berjaya menghasilkan 30 gol dalam 80 perlawanan ketika mewakili Manchester City.
Bagaimanapun, semasa beraksi untuk Milan, dia menjaringkan 30 gol dalam 54 perlawanan sahaja. – mStar Online
TOP
Sony Xperia M2 Aqua, Peranti Kalis Air Bertaraf Dunia
Sony secara rasminya pada selasa lepas telah memperkenalkan sebuah lagi peranti daripada keluarga Xperia, iaitu Xperia M2 Aqua.
Xperia M2 Aqua adalah merupakan sebuah peranti berspesifikasi pertengahan versi kalis air yang diiktiraf ketahananya.
Menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2GHz, skrin bersaiz 4.8-inci, kamera belakang 8-megapixel, serta turut hadir dengan sokongan LTE terbina padanya.
Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah sokongan kalis air terbina padanya lebih kurang sama seperti beberapa peranti lain dibawah Sony.
Xperia M2 Aqua ini membawakan sokongan kalis air pada kadar IP65/68 dan boleh dikatakan antara yang tertinggi buat masa ini pada telefon pintar. Fungsi popular lain seperti sokongan rakaman Superior Auto, dan juga Battery Stamina Mode turut hadir pada peranti ini.
Xperia M2 Aqua ini akan dipasarkan di beberapa negara, termasuk di Asia Pasifik tidak lama lagi. Sumber: SONY

Usia 9 Tahun Sudah Ketagih Air Ketum
SUNGAI PETANI – Kebimbangan terhadap ketagihan air ketum bukan sahaja berlaku terhadap golongan dewasa malah ia juga dilaporkan sudah menular kalangan kanak-kanak.
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mohammad Nazer Mustafa berkata, terdapat laporan mengatakan kanak-kanak seawal usia sembilan tahun sudah terjebak dengan penggunaan air ketum.
Menurutnya, kajian mengenainya sedang dijalankan bersama sebuah universiti tempatan berhubung perkara itu.
“Dalam konteks pencegahan, kita sedang mengambil langkah melalui kempen secara berfokus ke setiap daerah dan lokasi yang dikenal pasti.
Selain itu, kajian penggunaan air ketum terhadap kanak-kanak juga sedang dilakukan secara menyeluruh,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya bersyukur kerana Majlis Tindakan Dadah Negeri Kedah telah melihat perkara ini dan kerajaan negeri juga sedang mengambil langkah-langkah berhubung perkara ini.
Menurut beliau, di Kedah, penanaman ketum diusahakan secara ladang dan pendapatan yang diperoleh adalah lumayan.
“Bagaimanapun, kita tidak salahkan pengusaha kerana tiada perundangan yang melarang mereka menanam daun ketum kerana air ketum masih lagi dikuatkuasakan bawah Akta Racun,” katanya.
Menurutnya, kesalahan penyalahgunaan air ketum yang mengkhayalkan bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 iaitu RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun jika sabit kesalahan, tidak memberi kesan panjang.
Beliau turut mengakui, golongan remaja turut terlibat dalam penggunaannya yang disifatkan mampu memberi tenaga sehingga menyebabkan ketagihan termasuk kanak-kanak yang menjadikan ia bekal minuman kerana warnanya seakan-akan air teh atau tebu.
“Kita sedang berbincang dengan jabatan pertanian untuk mencari penanaman alternatif yang boleh ditukar menggantikan ketum dalam membantu seseorang pengusaha.
“Kita tak mahu apabila sudah dikuatkuasakan undang-undang baru, menyebabkan kerajaan tidak membantu mereka sebaliknya kita sebenarnya sedang mencari peluang dan ruang untuk mereka melakukan transformasi,” katanya.
Menurutnya, pengusaha akan dinasihatkan supaya mengusahakan tanaman lain yang halal dari sudut perundangan dan hukum.
Katanya, AADK akan bersama-sama membantu masyarakat menyebarkan kefahaman dari sudut kesihatan khususnya rakyat Kedah yang mana majoriti penanaman terdapat di luar bandar termasuk Kubang Pasu dan Padang Terap yang telah dikenal pasti.
Menurut beliau, pendapatan lumayan menyebabkan ramai pengusaha sawah menukar tanaman mereka kepada daun ketum bagi menggandakan hasil dalam tempoh singkat.
Berdasarkan contoh perkiraan, 0.8 hektar penanaman ketum boleh menghasilkan 1,500 pokok dengan pendapatan RM200,000 setahun. - Sinar Harian Online
TOP
Tiada Cadangan Calonkan Exco PAS Untuk Jadi MB
SHAH ALAM – PAS Selangor tidak bercadang untuk meletakkan mana-mana anggota Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Pesuruhjayanya, Iskandar Abdul Samad berkata sebaliknya buat masa ini PAS masih lagi berpegang kepada prinsip bahawa jawatan menteri besar itu adalah milik Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Kita tidak bincang isu (PAS jadi menteri besar) itu, cuma (ikut keputusan) mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos lalu bahawa kita setuju menteri besar dari PKR, jadi sebab itu kita tak bincang lagi hal ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Iskandar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dalam sebuah akhbar hari ini yang mencadangkan supaya PAS mencalonkan beliau (Iskandar) sebagai menteri besar sekiranya Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Shah menolak calon daripada PKR.
Mengulas lanjut, Iskandar berkata anggota Exco PAS akan terus bekerjasama di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga diberitahu bagi memastikan perkhidmatan kerajaan negeri dapat diteruskan.
“Saya juga nak beritahu bahawa program seperti Skim Mesra Usia Emas dan lain-lain masih diteruskan seperti biasa,” katanya.
Pada Ahad lepas, PAS memutuskan untuk mencalonkan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar baharu di samping calon sedia ada, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bagaimanapun selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada hari yang sama, gabungan pembangkang itu bersetuju Dr Wan Azizah dinamakan sebagai calon tunggal bagi menggantikan Abdul Khalid. – BERNAMA
TOP
Mahkamah Dengar Pembelaan Penarik Kereta 4, 5 Sept
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi menetapkan dua hari mulai 4 September ini untuk mendengar pembelaan seorang penarik kereta yang berdepan pertuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi dan cuba membunuh isterinya, tahun lepas.
Hakim Datuk Mohd Azman Husin menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan disebut semula di depan beliau hari ini.
Koong Swee Kwan, 45, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Hussain, 75, dan Cheong Mei Kuen, 50, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin di No 4, Lorong Ceylon di sini antara 1.30 tengah hari dan 2 petang pada 29 Julai 2013.
Pada 17 Jun lepas, Mohd Azman memerintahkan Koong membela diri atas kedua-dua pertuduhan selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Koong.
Pada prosiding hari ini, Koong memaklumkan bahawa peguam Zamri Idrus menarik diri daripada mewakilinya dalam kes itu.
Mohd Azman kemudian berkata, mahkamah akan melantik seorang peguam baharu untuk mewakili Koong dan beliau akan menghubungi Zamri bagi mendapatkan semua dokumen berkaitan kes itu, termasuk nota keterangan.
Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin. – BERNAMA
TOP
MMU Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mangsa MH17
CYBERJAYA 21 Ogos – Universiti Multimedia Malaysia (MMU) akan bertafakur selama satu minit semasa majlis istiadat konvokesyen universiti tersebut yang bakal diadakan pada 23 dan 24 Ogos ini bagi memperingati mangsa-mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17.
Walaupun diadakan sehari selepas tarikh Hari Berkabung Negara yang akan menyambut ‘kepulangan’ jenazah rakyat Malaysia yang terkorban, pihak universiti telah memutuskan untuk menghormati peristiwa tersebut.
Presiden MMU, Prof. Dato’ Muhammad Rasat Muhammad berkata, majlis istiadat konvokesyen yang bakal dijalankan buat kali ke-15 ini memberi makna yang begitu signifikan kepada graduannya.”
“Oleh itu, masanya amat bersesuaian untuk memberi penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa nahas penerbangan MH17.”
“Kita akan bersama-sama berkabung dan menunjukkan rasa hormat terhadap mangsa serta ahli keluarga mereka semasa tempoh bertafakur selama satu minit itu, yang akan diadakan setiap kali selepas bacaan doa dilakukan dalam keempat-empat sesi majlis,” katanya.
Langkah tersebut dilakukan buat julung kalinya oleh MMU semasa majlis penyampaian skrol universiti itu. Tambah Muhammad Rasat lagi, semua hadirin termasuk tetamu kehormat di Dewan Tun Canselor akan turut serta berkabung atau bertafakur sebelum majlis itu bermula.
“Kami mahu menzahirkan kesedihan kami bersama-sama rakyat Malaysia yang lain berikutan tragedi nahas udara itu,” katanya lagi.
Sempena Hari Berkabung Negara, Jalur Gemilang akan dikibarkan separuh tiang di kedua-dua kampusnya.
Seperti yang diketahui umum, dua daripada graduan MMU iaitu Mohamad Sofuan Ibrahim and Tong Soon Lee merupakan antar penumpang dalam penerbangan MH370 yang masih belum dapat ditemui sehingga hari ini.
Mohd Sofuan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Informasi Teknologi (IT) pada tahun 2004,manakala Tong pula menamatkan pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Elektronik tahun 2004.
Sementara itu, MMU juga bakal menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat kepada tiga orang penerima sempena majlis konvokesyen tersebut iaitu YBhg. Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, Minister in the Prime Minister’s Department; YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Mustapha Kamal Abu Bakar, Chairman of EMKAY Group dan Prof. Jeffrey Shaw yang merupakan Dekan Fakulti Media Kreatif Universiti The City,Hong Kong.MYNEWSHUB
TOP
Rozana Pohon Ketepikan Perintah Hak Jagaan Anak Sementara
ISTERI penyanyi dan pelakon Awie, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah hak jagaan sementara ke atas tiga anak mereka yang diperoleh Awie pada 21 Julai lepas.
Peguam Majdah Muda, yang mewakili Rozana Misbun, 36, memaklumkan Mahkamah Tinggi Syariah hari ini bahawa anak guamnya memfailkan permohonan itu pada 8 Ogos lepas.
Beliau berkata Rozana turut memohon untuk membatalkan perintah injunksi yang difailkan secara ex-parte (sebelah pihak) oleh Awie, 46, pada 16 Julai bagi menghalang Rozana daripada mendekati atau menghubunginya dan anak mereka dalam apa jua cara sekalipun, termasuk melalui media cetak dan elektronik.
Majdah berkata demikian ketika kes itu disebut di depan Hakim Syarie Mohd Azman Mat Zain.
Pada 21 Julai lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Nassir Abdul Aziz membenarkan hak penjagaan sementara ketiga-tiga anak pasangan itu diberi kepada Awie.
Peguam Mohd Hafizal Parcho, yang mewakili Awie, bagaimanapun membantah permohonan itu
Mohd Hafizal berkata beliau akan mengemukakan bantahan awal atas alasan Rozana melanggar prosedur mahkamah kerana memfailkan permohonan itu melebihi tempoh masa yang ditetapkan iaitu 14 hari.
Mahkamah menetapkan 17 September ini untuk membolehkan Mohd Hafizal berbuat demikian dan mahkamah akan memutuskan perkara itu pada hari berikutnya.
Sebelum ini, Rozana mendapat perintah perlindungan sementara (IPO) selepas dicederakan suaminya pada 2 Jun lepas.
Rozana hadir di mahkamah hari ini bersama rakannya. Bagaimanapun, Awie tidak hadir atas alasan mempunyai urusan luar.
Penyanyi rock terkenal dari kumpulan Wings itu bernikah dengan Rozana di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 dan dikurniakan tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.
Pada 4 Julai lepas, Awie, pelakon utama filem ‘Zombie Kampung Pisang’ dan ‘Hantu Kak Limah’ dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari.
Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
NOTA: Terkini mahkamah menolak permohonan Rozana yang dibuat secara lisan bagi menukar hak lawatan terhadap anak-anak yang ditetapkan iaitu di kediaman artis itu di Ukay Bistari, Ampang ke kediaman bapa Rozana di Pantai Hill Park, Bangsar. Mahkamah juga menolak permohonan Rozana agar mahkamah mengeluarkan perintah tegahan terhadap media daripada mengeluarkan sebarang berita yang boleh menimbulkan prejudis terhadapnya dan menganggu perjalanan kes.
TOP
Tapir Betina Ditangkap Dikawasan Perumahan
SEREMBAN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menangkap seekor tapir betina yang tersesat di kawasan perumahan Seri Carcosa, Seremban 2 di sini hari ini.
Pengarah Perhilitan Wan Mat Wan Harun berkata pihaknya menerima aduan orang ramai berkaitan tapir itu, yang didapati merayau-rayau di kawasan perumahan berkenaan, pada kira-kira 7.30 pagi.
“Sepasukan anggota kita bergegas ke tempat kejadian dan memasang perangkap. Dengan kerjasama anggota Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan, tapir seberat kira-kira 300 kilogram itu kemudian dikepung dan seterusnya dihalau memasuki perangkap yang dipasang, sebelum berjaya ditangkap.
“Tapir ini akan diberi rawatan oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar terlebih dahulu, sebelum cip penandaan dimasukkan bagi tujuan pengesanan semula,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata tapir itu akan dilepas di kawasan perlindungan di negeri ini yang berada di bawah jagaan Perhilitan. – BERNAMA
TOP
Aksi Panas Di Facebook Tersebar.. Siapa Datin Sri Linda?
Sejak kebelakangan ini, nama Datin Sri Linda tiba-tiba hangat diperkatakan.
Semuanya kerana satu akaun Facebook menggunakan nama ini yang memuat naik gambar-gambar seorang wanita beraksi seksi.
Sungguh pun individu dalam Facebook tersebut digambarkan kononnya dia seseorang yang bergelar datin sri, kesahihannya amat diragui.
Maklumlah secara logiknya takkanlah seorang wanita tergamak membuka aib dirinya hingga begini sekali.
Sekiranya ini kerja seeorang untuk menganiaya pihak tertentu, diharapkan individu yang diaibkan ini segera bertindak dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Pada masa sama jadikanlah pengajaran, jangan sesuka hati muat naik dan tangkap gambar ghairah kerana sudah banyak kes gambar begini akhirnya memakan diri. - MYNEWSHUB.MY

VIDEO : Bayi Ini Lapar, Pipi Kawan Sebelah Jadi Mangsa
Kalau bayi baru lahir lapar, pastinya mereka akan menangis dengan kuat selagi ibunya tidak mula menyusukan mereka.
Mereka juga, jika lapar akan mula menghisap apa sahaja yang diletakkan di hadapan mulut mereka asalkan ianya boleh dihisap dengan harapan ia akan mengeluarkan susu.
Begitulah yang terjadi kepada seorang bayi baru lahir yang terlalu lapar di sebuah hospital di dalam rakaman video ini yang dimuatnaik di laman sosial Facebook.
Sudahlah lapar dan tidak mendapat susu, pipi bayi di sebelah yang jadi mangsa hisapannya sehingga membuatkan rakannya itu tidak selesa.
Bayi yang lapar tadi menghisap pipi bayi di sebelahnya yang mungkin pipi itu mirip kepada payudara seorang wanita yang disangkakan ibunya.
Anda layanlah video bayi ini tengah lapar yang memang comel. – Mynewshub.my
Post by Akram Alramadan.
Anda layanlah video bayi ini tengah lapar yang memang comel. – Mynewshub.my
TOP
Nurul Izzah Minta Maaf, Akui Silap Fitnah Raja Nong Chik
Nurul Izzah Anwar yang baru diumum mengekalkan jawatan Naib Presiden PKR hari ini secara terbuka memohon maaf kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin kerana memfitnah.
Dalam satu kenyataan terbuka yang disiarkan oleh Malaysiakini, Khamis, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berjanji tidak akan mengulangi perkataan-perkataan fitnah tersebut.
Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dipercayai untuk ‘tutup’ kes saman fitnah yang difailkan oleh Raja Nong Chik terhadapnya sebelum ini.
Julai tahun lalu, Raja Nong Chik yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai,memfailkan saman terhadap Nurul Izzah dan dua lagi atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung pembelian tanah di Bukit Kiara.
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu memfailkan saman tersebut di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil pada 17 Julai 2013 melalui Tetuan Raja Riza & Associates.
Beliau menamakan Nurul Izzah, Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawan Malaysiakini, Lu Wei Hoong, sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Nong Chik, mendakwa Nurul Izzah, telah mengeluarkan kenyataan fitnah serta palsu berhubung pembelian tanah itu pada sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr Ismail, sehari sebelum hari pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Raja Nong Chik mendakwa kenyataan Nurul Izzah itu telah diterbitkan di laman web Malaysiakini pada hari sama iaitu 4 Mei lepas.
Beliau memohon perintah injunksi agar defendan-defendan sama ada melalui dirinya atau ejen-ejennya dihalang daripada mengeluarkan atau menerbitkan perkataan sama yang menfitnah dirinya.
Beliau juga memohon ganti rugi am, teruk, teladan, satu perintah supaya defendan menerbitkan satu permohonan maaf, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Katanya akibat penerbitan kenyataan itu, reputasi dan maruahnya sebagai ahli politik, bekas menteri dan senator yang dihormati di negara ini telah terjejas teruk.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lepas Nurul Izzah menewaskan Raja Nong Chik dengan majoriti 1,847 undi.
Berikut permohonan maaf Nurul Izzah:
” Bahawa Saya, NURUL IZZAH BINTI ANWAR merujuk kepada kenyataan media saya yang dibuat pada 04.05.2013 iaitu pada petang sehari sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 diadakan bertajuk “Dato’ Raja Nong Chik Zainal Abidin’s Involvement in the Transfer of 12 Acres of Bukit Kiara land from Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) to A Nominee Company for Onward Sale to A Major Property Development Company for Close to 475 Million”.
” Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau.
” Saya kesal dengan kenyataan tersebut. Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya di atas,” - bnbbc.my
TOP
VIDEO: Teman Lelaki Chacha Maembong Peserta AF2014
Anak bekas vokalis Wings yang juga penyanyi, Ikhwal Hafiz Ismail, 22, antara 12 peserta Akademi Fantasia 2014 (AF2014) yang bakal memulakan konsert pertama pada 9 September ini.
Dia juga adalah teman lelaki kepada pelakon Chacha Maembong.
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, pengalaman sebagai penyanyi profesional dan mempunyai pengikut di laman sosial hanya bonus buat anak Mel itu tetapi hakikatnya ia lebih memberi tekanan.
“Apa pun latar belakang setiap peserta, masing – masing perlu tonjolkan bakat dan kebolehan kerana penonton mengundi bersandarkan persembahan malam itu,” katanya di majlis memperkenalkan peserta dan tenaga pengajar AF2014, di sini hari ini. Mengekalkan format seperti musim awal pertandingan nyanyian realiti itu, tenaga pengajar kali ini ialah Siti Hajar Ismail, Fatimah Abu Bakar, Linda Jasmine selain Marlia Musa dan Acis. Pelawak, pelakon dan penyanyi, Zizan Razak dipertanggungjawabkan sebagai hos manakala Jihan Muse sebagai pengacara diari AF2014. – Berita Harian

Inilah Pesawat Yang Akan Membawa Jenazah MH17
Naib Presiden dan Ketua Komunikasi Strategik Malaysia Airlines (MAS) Datuk Najmuddin Abdullah hari ini memuatnaik gambar menyayat hati pesawat Boeing jenis 747 yang akan membawa balik 20 jenazah nahas MH17 ke Malaysia esok ke akaun Instagramnya.
Pesawat itu dengan kod penerbangan khas Mike_Papa_Sierra akan membawa kesemua jenazah warga Malaysia dan dijangka tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10 pagi esok. “Mike Papa Sierra sudah ditugaskan untuk membawa anda pulang, ia satu perjalanan jauh dan juga satu rehat yang panjang. Ia telah menjadi satu tempoh yang emosi untuk ramai pihak. “Ia juga amat meletihkan, tetapi kami akan terus kuat dan menunggu dirimu pulang, Anda akan disambut dengan penghormatan, seluruh negara mendoakan setiap seorang daripada kamu.
“Kamu tidak sepatutnya mengakhiri hidup sebegini tetapi kamu layak disambut dengan penuh penghormatan. Anda akan sentiasa dekat di hati kami, kami tidak akan melupakan anda. “Saya selalu katakan kepada semua orang, kami akan mengingati kamu sepertimana kami mengenali mula mengenali kami tidak mengenangkan bagaimana kamu semua pergi meninggalkan kami. “Biarpun tiada pengumuman akan kedengaran dalam pesawat nanti apabila hendak mendarat, saya ingin menyatakan sesuatu kepada anda “Selamat Pulang, Rakyat Malaysia,” katanya dalam kapsyen yang begitu sedih. Esok kesemua 20 jenazah yang menaiki pesawat MAS, penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine akan disambut dalam satu Istiadat Penghormatan khas di Kompleks Bunga Raya sebagai menghormati semua jenazah berkenaan. Sempena kepulangan jenazah itu, kerajaan mengisytiharkan esok sebagai Hari Berkabung Negara – Mynewshub.my

Gambar Geran Lamborghini Datuk Lee Chong Wei Tersebar
ENTAH siapa yang mula-mula menyebarkan gambar geran kenderaan yang dikatakan milik pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di laman sosial.
Menerusi maklumat pada geran tersebut, Chong Wei menggunakan kereta mewah jenis Lamborghini Aventador Coupe yang kami anggarkan bernilai jutaan ringgit.
Tapi, kalau dikira status dan pendapatan pemain badminton itu, memang dia tidak punya masalah untuk membeli kereta mewah.
Lihat saja cukai jalan yang perlu dijelaskan oleh beliau.
Ha, melopong tengok…!
Gambar Geran Lamborghini Datuk Lee Chong Wei Tersebar
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
AMARAN (Ngeri): Gambar Didakwa Mayat Robin Williams Tersebar
Ramai terkedu seketika apabila pemenang Oscar yang juga pelawak terkenal Robin Williams, 63, diumumkan meninggal dunia 11 Ogos lalu.
Paling mengejutkan adalah cara kematian Robin yang memilih untuk mengakhiri riwayat hidupnya dengan membunuh diri.
Pelakon Good Will Hunting, Mrs Doubtfire dan Good Morning Vietnam ini didapati menjerut leher sendiri menggunakan tali pinggang ketika ditemui di kediaman mewahnya di Tiburon, California.
Dalam pada keputusan penuh autopsi belum diumumkan, gambar sijil kematian Robin yang dikeluarkan semalam (20 Ogos) telah disebarkan di internet.
Tak hanya gambar sijil tersebut, turut dikongsikan di media-media sosial terutama Twitter adalah gambar mayat mendiang dengan leher mempunyai kesan dijerut tali pinggang yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Walau pun gambar ini mungkin tak kisah ditatap oleh sesetengah orang namun ia tentu mengganggu emosi keluarga dan peminatnya yang tidak mahu mengenang Robin dalam keadaan begini. - MYNEWSHUB.MY

VIDEO : Cabaran Baldi Ais Antara KJ Dan Nazri Aziz
SIAPA sangka aktiviti yang dimulakan sebagai kempen untuk kesedaran berkenaan penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) kini telah menjadi viral di internet khususnya berkaitan Ice Bucket Challenge (Cabaran Baldi Ais).
Cabaran Baldi Ais ini dilakukan dengan menyiram kepala anda dengan sebaldi air berisi ais dan kemudiannya anda akan mencabar tiga nama rakan atau sesiapa sahaja untuk melakukan cabaran berkenaan. Di Malaysia Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah pun menyahut cabaran berkenaan dan merekodkan video berkaitannya. Khairy dicabar di laman sosial Facebook dan Twitter untuk melakukan Cabaran Baldi Ais itu dan beliau dengan beraninya menerima cabaran itu. “Saya mengambil keputusan melakukannya kerana cabaran ini ada kenangannya kerana pemain bola sepak lagenda negara Allahyarham Mokhtar Dahari juga meninggal dunia akibat penyakit berkaitan saraf,” katanya dalam rakaman video sebelum melakukan Cabaran Baldi Ais itu.
Selepas selesai, Khairy kemudian menamakan tiga orang yang dicabarnya untuk turut melakukan perkara sama iaitu Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Abdul Rahman Dahlan. “Cabaran selesai, dan saya akan mencabar dua orang lelaki rakan saya dalam kabinet, pertama Rahman Dahlan, anda yang seterusnya untuk cabaran ini dan Nazri Aziz serta seorang atlet Nicol David,” katanya.
Tidak lama selepas Khairy menamakan Nazri, beliau turut menerima cabaran itu dan melakukannya. Bagaimanapun Nazri berkata, beliau hanya melakukan cabaran itu kerana menerima pencalonan Khairy dan tidak akan mencalonkan nama lain. Tujuan menyimbah air berisi ais ke atas tubuh seseorang kerana ia adalah kesan yang dirasai oleh pesakit ALS ini. ALS adalah sejenis penyakit yang mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang. Gangguan sarag ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya boleh meninggal dunia. – Mynewshub.my

MH17: Keadaan Cuaca Tidak Akan Jejaskan Upacara Esok
Upacara rasmi penghormatan terhadap jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 esok, akan diadakan seperti dirancang, tanpa mengira keadaan cuaca.
“Hujan atau panas, upacara ini akan tetap diadakan,” kata Ketua Bahagian Hal Ehwal Awam Kementerian Pertahanan Lt Kol Bakhtiar Nur Md Allias.
Semua persiapan bagi menerima jenazah 20 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dalam tragedi pada 17 Julai itu sudah siap diatur, katanya pada majlis taklimat kepada media sebelum bermulanya raptai penuh upacara itu di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini Khamis.
Upacara itu akan turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, para pembesar negara dan waris mangsa.
Bakhtiar berkata 300 anggota 12 Briged Infantri akan bertugas untuk memastikan jenazah berkenaan, yang akan dibawa pulang ke tanah air dengan pesawat khas MAS Boeing 747, akan dikendali dengan penuh hormat.
“Selepas keranda (kendi) dibawa ke kereta jenazah yang menunggu, juruacara majlis akan mengumumkan bermulanya upacara bertafakur selama satu minit sebelum kenderaan itu dipandu untuk lintas hormat di hadapan Yang di-Pertuan Agong,” kata Bakhtiar.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang, termasuk 43 rakyat Malaysia, ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Bagi menghormati mereka yang terkorban dalam tragedi itu, kerajaan mengisytiharkan esok sebagai Hari Perkabungan Negara.
Bakhtiar berkata kini, dua pesawat udara tentera dan lima helikopter diletak dalam keadaan tunggu sedia, untuk membawa jenazah berkenaan ke beberapa lokasi di seluruh negara.
Katanya untuk memastikan semua urusan berjalan lancar, protokol ketat akan dilaksanakan, termasuk dalam kalangan petugas media dan wakil media diminta tidak menemu bual waris mangsa.
Sementara itu, Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman, yang turut menghadiri majlis taklimat itu, mengingatkan petugas media supaya mematuhi semua peraturan kerana ia merupakan upacara penuh tentera.
Petugas media juga perlu mematuhi etika berpakaian, termasuk memakai pakaian berwarna gelap, katanya.
– BERNAMA
TOP
1,674 Jemaah Haji Berlepas Dari P.Pinang
GEORGETOWN – Sejumlah 1,674 jemaah dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk menunaikan ibadah haji di tanah suci Makkah bulan depan.
Pengarah Lembaga Tabung Haji (TH) negeri Muhamad Hamdan Omar berkata sebanyak 279 jemaah kumpulan pertama akan berlepas pada 5 Sept diikuti 7 September hingga 22 September melibatkan enam sesi penerbangan kesemuanya.
“Kepulangan jemaah haji bagi kumpulan pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dijangka bermula 22 Oktober hingga 5 November,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tiga penerbangan pertama akan tiba di Madinah manakala tiga lagi penerbangan seterusnya mendarat di Jeddah, katanya.
Muhamad Hamdan berkata sebahagian besar jemaah adalah dari negeri ini, Perak, Kedah dan Perlis. – BERNAMA
TOP
Video Dompet Diragut Di Kedai Makanan Segera
Jangan sangka anda akan selamat daripada menjadi mangsa ragut sekiranya berada di tempat ramai orang.
Kerana pada zaman kini, penjenayah sudah tidak mengira mangsa, tempat dan keadaan untuk melakukan kerja kotor mereka.
Di bawah ini merupakan antara video rakaman kejadian ragut dompet di sebuah restoran makanan segera yang tidak diketahui berlaku di mana.
Perhatikan cara-cara licik penjenayah ini yang langsung tidak ada hati perut tergamak meragut beg duit seorang wanita yang sedang mengendong anak lelakinya.
Sama-sama kita jadikan perkara ini sebagai pengajaran dengan lebih berhati-hati ketika di mana-mana sahaja anda berada. – MYNEWSHUB.MY
Post by Wikipedia Rakyat.
Sama-sama kita jadikan perkara ini sebagai pengajaran dengan lebih berhati-hati ketika di mana-mana sahaja anda berada. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Kajol Sifatkan Sikap Ramah Keistimewaan Rakyat M’sia
KUALA LUMPUR – Pelakon Bollywod, Kajol menjelaskan sifat ramah dan sikap sopan santun adalah sesuatu yang istimewa mengenai penduduk berbilang kaum negara ini.
Kajol, 40, berkata, kunjung pertamanya ke Malaysia benar-benar membuatkan dia berasa teruja dengan sikap mereka itu.
“Sejak saya sampai ke Kuala Lumpur ramai peminat yang menyapa dan melambai tangan ke arah saya. Paling saya hargai mereka peramah dan paling penting penuh sopan santun,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemuramah oleh pelakon Lisa Surihani pada majlis pelancaran saluran Astro Box Office (ABO) BollyOne HD (saluran 251) di Hotel JW Marriot di sini pada malam Rabu.
Selain Kajol, aktor Aaron Aziz turut serta pada pelancaran berkenaan.
Pelakon itu dijemput khas bagi melancarkan saluran berkenaan yang mengkhususkan penyiaran filem-filem dari Bollywood.
Kajol tidak ditemani suaminya iaitu Ajay Devgan.
Dalam pada itu menerusi temubual berkenaan Kajol turut menceritakan filem lakonannya bersama Shah Rukh Khan iaitu Kuch Kuch Hota Hai (KKHH) pada 1998 adalah memori terbaiknya sepanjang dia bergelar pelakon.
Katanya, filem itu bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam pada dirinya tetapi juga peminat KKHH yang masih meminati karya tersebut sehingga hari ini.
“Kuch Kuch Hota Hai adalah sebahagian daripada hidup saya dan ia bukan sekadar filem tetapi adalah memori terbaik dalam hidup saya.
“Sehingga ke hari ini perasaan seronok berada di set penggambaran bersama pelakon-pelakon lain dapat dirasai dan saya amat bersyukur ia masih kekal di hati peminat,” katanya.
Tambah Kajol, dia tidak dapat membayangkan pelakon wanita lain melakonkan watak Anjali dalam KKHH kerana peranan itu dekat di hatinya.
Sementara itu, mengulas mengenai pelancaran saluran BollyOne HDl, Kajol berkata, ia satu tindakan baik selain memberi peluang kepada peminat yang menggemari filem dari India.
Jelas Kajol, keunikan filem-filem dari Bollywood membuatkan penonton menggemarinya dan dia yakin saluran itu akan mendapat sambutan hangat.
“Peminat filem Bollywood pasti akan teruja dengan saluran itu dan saya yakin ia akan mendapat sambutan hebat.
“Biarpun berbeza bahasa namun penonton masih boleh meminati karya-karya dari India kerana ia istimewa dan penuh warna,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Kajol berkata, dia bakal memasuki set penggambaran filem terbaharunya dengan membawakan watak isteri mafia.
Selain itu, Kajol akan kembali bergandingan dengan Shah Rukh Khan menerusi sebuah filem arahan Rohit Shetty.
Selain KKHH, Kajol juga popular menerusi filem seperti Dilwale Dulhania Le Jayenge, Kabhi Kushi Kabhi Gham dan My Name Is Khan. - mStar Online
TOP
Respon Segera TM Unifi Bila Rita Rudaini Naik Angin
Apakah kelebihan menjadi selebriti popular dan dikenali ramai?
Tak lain tak bukan, suara kita akan lebih mudah ‘didengar’ dan diambil perhatian.
Sebagai contoh semalam, Rita Rudaini telah memuat naik satu status di Instagram miliknya bagi menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap perkhidmatan jalur lebar oleh TM Unifi.
Daripada ayat digunakan dapat dilihat Rita sangat bengang apabila network perkhidmatan hanya boleh digunakan di bahagian bawah rumahnya hingga terkeluar ayat sinis, “so kalau nak pasang TM Unifi ni memang takleh ada tangga ek kat rumah? Sebab network tak larat panjat tangga untuk naik tingkat atas..”
Tup-tup hari ini, memo tak puas hati Rita di Instagram telah dibuang dan digantikan dengan status baru yang lebih ceria.
Tulis Rita yang diawali dengan ucapan Alhamdulillah dalam statusnya, TM Unifi telah bertindak segera dengan aduannya apabila tak sampai 10 minit dia menerima panggilan bahawa mereka akan datang untuk menyelesaikan masalah dihadapi.
Memang bagus betul TM Unifi ambil berat aduan pelanggan dalam masa singkat tapi harap-harap respon begini terpakai pada semua pelanggan dan bukan artis jelita saja ya?
Ok gurau je.. - MYNEWSHUB.MY

Jenazah Mastura Yang Pertama Diturunkan Dari Pesawat
Jenazah pramugari, Mastura Mustafa merupakan yang pertama akan diturunkan dari pesawat pada Majlis Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Jumaat.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, urusan menurunkan 20 jenazah yang akan tiba dari Amsterdam telah ditetapkan mengikut urutan.
“Daripada apa yang kita lihat melalui istiadat raptai dan mesyuarat yang diadakan tadi, kita yakin segala persiapan telah dilakukan secara rapi dan kita sudah bersedia menyambut ketibaan jenazah esok (Jumaat).
“Seperti yang dijanjikan, kita mengumumkan senarai 20 jenazah yang akan dibawa pulang dari Amsterdam dan dijangka akan tiba di Kuala Lumpur pagi esok,” tambahnya pada sidang media pada Selasa.
Jenazah-jenazah akan diterbangkan dari Amsterdam melalui penerbangan pukul 9.15 malam Khamis (waktu tempatan) dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pukul 9.45 pagi.
Senarai jenazah yang akan diterima (mengikut turutan) pada majlis Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17. – mstar.com.my
TOP
Istiadat Penghormatan Ditayang Di Skrin Besar Dataran Merdeka
Warga kota boleh mengikuti siaran langsung istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di skrin besar di Dataran Merdeka esok.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata selain Dataran Merdeka, satu lagi skrin besar akan diletakkan di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Raja Laut.
“Paparan istiadat di skrin besar bertujuan membolehkan semua warga kota melihat bagaimana jenazah mangsa tragedi tersebut sampai di tanah air di samping mengikuti penghormatan yang diberikan kerajaan,” katanya.
Tengku Adnan berkata demikian kepada para pemberita selepas Program Penghargaan Warga Kuala Lumpur dan Pelancong Kepada Mangsa MH17 di Jalan Raja Laut di sini Khamis.
Beliau berkata sebanyak 28 panel juga telah dipasang di lokasi di sekitar ibu kota bagi membolehkan warga kota memberikan penghormatan kepada mangsa tragedi dengan menandatangani panel selama dua minggu.
Panel yang dipasang di hentian bas dan teksi itu kemudiannya dipindahkan ke Jalan Raja Laut berhampiran bangunan DBKL untuk tempoh selama tiga hari bermula semalam.
“Seramai 30,000 orang telah menandatangani panel berkenaan selain menulis ucapan takziah dan berkongsi rasa simpati dengan keluarga mangsa,” tambah Tengku Adnan.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Parisign Media Michael Tan, syarikat iklan yang bertanggungjawab memasang panel itu berkata panel tersebut bertujuan menyatukan semua warga kota dalam menzahirkan rasa simpati berikutan tragedi MH17.
Tinjauan Bernama mendapati panel itu turut ditandatangani pelancong dari Pakistan, Czech dan Slovak serta Kemboja.
Mereka yang menandatangani panel berkenaan turut memberikan kata-kata semangat kepada MAS seperti ‘Stay Strong MAS’ dan ‘Jangan Pernah Putus Asa MAS’.
Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal telah ditembak jatuh namun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Sebanyak 43 orang termasuk penumpang dan anak kapal merupakan warga Malaysia. Daripada jumlah ini, 20 mayat dijadual tiba di tanah air esok.
– BERNAMA
TOP
Cara Atasi Gejala Kejang Ketika Anda Tidur
Tanpa gangguan jam loceng atau bunyi dari luar rumah, diri tiba-tiba bangun secara mengejut pada awal pagi. Biasanya antara jam 3 hingga 4 pagi.
Bagi yang ‘kaki jalan’ atau banyak melakukan aktiviti pada waktu siang, masalah kekejangan malam ini pasti pernah dirasai.
Berikut beberapa tip tambahan yang boleh dipraktikkan jika berlakunya masalah kejang malam ini.
• Berdiri menghadap dinding pada jarak 75 sentimeter (30 inci). Pastikan kaki rata pada lantai, gerakkan tubuh ke depan sambil tangan menahan dinding. Bengkokkan kaki perlahan-lahan.
• Regangkan kaki setakat mana yang selesa. Tahan posisi regangan itu selama 30 saat dan biarkan kaki seperti biasa. Ulang dua kali atau hingga rasa sakit mula surut.
• Jika masih rasa kejang selepas lakukan senaman ringan itu, berdiri di atas hujung kaki seperti menjungkit. Langkah ini dapat mengurangkannya serta-merta. ─ Kevin Zahri

Jenazah Noor Zahidi Dijangka Tiba Malam Esok
KOTA BHARU – Jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar dijangka tiba di Pasir Pekan, Tumpat malam esok.
Timbalan Ketua Umno bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa kira-kira pukul 9 malam.
Sebelum itu jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dari Guangzhou, katanya kepada Bernama.
Beliau berkata proses membawa pulang jenazah dari Pengkalan Chepa ke rumah Allahyarham di Pasir Pekan akan dilakukan pihak tentera.
Noor Zahidi, 57, meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou semalam.
Allahyarham merupakan Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno bahagian Tumpat selama empat penggal. – BERNAMA
TOP
Dua Pelajar Maut Dalam Kemalangan Berasingan
KUANTAN – Dua pelajar terbunuh selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam dua kemalangan berasingan di Maran dan Rompin, semalam.
Pelajar berkenaan ialah Hamirul Hakim Abdullah, 15, dari Felda Jengka 10 Bandar Jengka, Maran dan Mohd Alif Aiman Mohd, pelajar Tingkatan 1 dari Felda Selancar, Rompin.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata, dalam kejadian pertama pada 5.21 petang di Kilometer 41 Jalan Maran-Jerantut, dekat Maran, Hamirul Hakim yang menungang sendirian telah bertembung dengan sebuah lori membawa muatan anak ayam.
Katanya, mangsa dipercayai telah berlanggar secara bertentangan dengan lori tiga tan di satu selekoh yang datang dari arah Jerantut.
“Bagaimanapun, pemandu lori terbabit, Abdul Jabar bin Abdul Aziz, 32, dari Ledang, Johor Baharu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa tidak memakai topi keledar semasa kejadian dan hasil saringan air kencing ke atas pemandu lori terbabit turut mendapati dia positif ganja.
Pemandu lori kini ditahan untuk siasatan lanjut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat, katanya.
Sementara itu, dalam kejadian pada 5.49 petang di Jalan Utama Felda Selancar 5, di Cenderawasih dekat Rompin, Mohd Alif Aiman Mohd Jaki, 13, maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar bahagian belakang sebuah jentolak di hadapanya.
Mohd ALif yang menunggang bersama rakannya Mohd Yusry Kamarudin, 13, dari rumah mereka di Felda Selancar sedang menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Selancar, Rompin.
Mangsa dipercayai menunggang secara melulu sambil bersembang dan telah terlanggar belakang jentolak tersebut yang sedang bergerak, kata Mohd Noor.
Beliau berkata akibat pelanggaran itu, mangsa yang parah di kepala dan badan disahkan mati selepas dua jam menerima rawatan di Klinik Perwira Jaya, Cenderawasih manakala rakan mangsa hanya cedera ringan.
Pemandu jentolak, N Ananthan, 21, itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.
Kedua-dua pelajar itu tidak memakai topi keledar semasa kejadian dan tiada lesen memandu yang sah, katanya.
Menurutnya kedua-dua kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- BERNAMA
TOP
Hanya Tiga Jenazah Tiba Di Perak Esok – Zambry
IPOH – Setakat ini hanya tiga jenazah rakyat negeri Perak yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini tengah hari esok, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata jenazah berkurangan seorang berbanding empat yang diumumkan semalam.
Lokasi penghantaran dan pengebumian ketiga-tiga jenazah akan diumumkan esok, katanya.
“Di Kuala Lumpur, pesawat akan tiba sekitar pukul 10 pagi manakala di peringkat kita, kemungkinan pukul 12.30 tengah hari atau pun selepasnya,” katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi ke LTSAS.
Beliau berkata Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan untuk berangkat ke istiadat penghormatan penerimaan jenazah mangsa di LTSAS.
Zambry berkata tiada tempat khas yang ditetapkan untuk rakyat bertafakur di negeri ini dan ia boleh dilakukan di mana sahaja.
Kerajaan mengumumkan 20 jenazah warga Malaysia (11 beragama Islam dan sembilan bukan beragama Islam) akan dibawa pulang dari Amsterdam esok.
Jenazah merupakan sebahagian 298 penmpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu. – BERNAMA
TOP
Tujuh Sekeluarga Dibunuh Israel
Gaza: Israel melancarkan serangan udara pada pagi Rabu yang mengorbankan tujuh ahli keluarga termasuk seorang wanita sarat mengandung dan tiga anaknya, menurut pegawai kesihatan Palestin.
Mangsa dikenal pasti sebagai Raafat al-Louh, adik-beradiknya Muhammad dan Ahmad, isterinya yang sarat mengandung Nabila, serta anak lelakinya Farah, Maysara dan Mustafa.
Anggota keselamatan juga gagal menyelamatkan nyawa janin Nabila yang hampir sembilan bulan mengandung.
Keluarga Al-Louh yang tinggal di Deir al-Balah antara sekurangnya 20 warga Palestin yang terkorban selain lebih 120 cedera sejak gencatan senjata sementara itu tamat dan Israel memulakan semula serangan udara ke atas Gaza..
Jurucakap tentera Israel berkata, hampir 100 serangan udara diadakan sejak itu dan 2,000 anggota tentera simpanan yang pulang dua minggu lalu diarah melaporkan diri semula pada Rabu.
Israel juga menggantungkan rundingannya bersama Palestin di Kaherah.
Pegawai kesihatan Gaza berkata, jumlah kematian meningkat kepada 2,028 orang sejak serangan Israel bermula pada Julai lalu. - Agensi
TOP
Keluarga Syukur, Jenazah Ahmad Hakimi Cukup Sifat
Kota Bharu: Meskipun tidak dapat menatap wajah anaknya buat kali terakhir, ibu pembantu juruterbang pesawat penerbangan MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) Ahmad Hakimi Hanapi, 29, tetap lega apabila dimaklumkan jasad anaknya cukup sifat.
Noriah Daud, 57, dilapor terharu dan mengucap syukur sebaik mendengar bait ayat ‘anak awak cukup sifat’ oleh petugas yang mengurus jenazah mangsa MH17.
Perkara itu dimaklumkan Noriah kepada ibunya Zaleha Bawal Khan, 73, yang memberitahu semua urusan memandi dan mengkafankan jenazah cucunya berjalan baik.
“Dia memberitahu ayat pertama diberitahu petugas kepada mereka di Amsterdam Ahmad Hakimi cukup sifat. Kami bersyukur mendengarnya.
“Cuma dia ada memberitahu tidak sempat menatap wajah arwah kerana sudah dikafankan, namun tidak terkilan kerana bimbang jika melihat jasad anaknya, dia akan menjadi lebih sedih,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kedai Melor, dekat sini, semalam. ─ myMetro
TOP
4 Pemuda Dituduh Rompak Wanita Warga China
BUTTERWORTH – Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merompak seorang wanita warga China di Jambatan Pulau Pinang di sini pada 3 Ogos lalu.
Tertuduh, Wan Noorsaiful Abdullah, 23; Muhammad Fuzairi Azmi, 23; Mohamad Azrul Azlan Mohamad, 19, dan Mohamad Kamal Masiran, 25, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.
Mereka dituduh secara bersama melakukan rompakan berkumpulan dengan merampas beg tangan jenama Gucci, sebuah telefon bimbit iPhone 5, seutas rantai emas, seutas gelang tangan emas, kamera jenama Casio, wang tunai RM1,000 dan tunai mata wang Amerika AS$1,000 serta seutas jam tangan jenama CK milik mangsa.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hentian rehat Jambatan Pulau Pinang, dekat sini pada jam 3.30 pagi pada 3 Ogos lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.
Sementara itu, di mahkamah sama, Mohamad Azrul Azlan turut didakwa merogol mangsa di kawasan bendang Sungai Lokan, di sini, antara jam 3.30 pagi dan 7.07 pagi pada 3 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit. – BH Online
TOP
Selebriti Tempatan Dijadikan Sasaran Makeup Transformation
Sudah menjadi trend makeup transformation di kalangan peminat tanah air apabila wajah selebriti tempatan kegemaran mereka dijadikan sasaran untuk tujuan itu.
Antara selebriti yang ditiru mereka ialah diva AA atau Azwan Ali, penyanyi berbakat besar Yuna dan pelakon yang semakin meningkat naik namanya, Zul Ariffin.
Hai, macam-macam dorang ni kan.
Ada je idea, tapi memang tak dinafikan terhibur jugalah dengan inisiatif mereka ini. Haha! – MYNEWSHUB.MY

Pengantin Pelik, Kedua-Dua Pakai Gaun Wanita
Moscow – Jika dilihat kepada pasangan ini, pasti sukar untuk mengenali mana satu suami dan mana satu isteri.
Ia adalah senario pelik, namun itu yang berlaku kepada Dmitry Kozhukhov, 23, yang memakai gaun pengantin perempuan ketika berkahwin dengan isterinya, Alisa, 19.
Dmitry adalah dalam golongan Androgyne, iaitu lelaki yang tidak memilki sifat maskulin dan mempunyai bentuk badan lebih kepada wanita.
Meskipun memiliki perwatakan perempuan namun Dmitry meminati wanita.
Dia berkahwin dengan Alisa, yang lebih dikenali sebagai Alison Brooks di Moscow.
Kedua-duanya dikatakan saling mencintai dan mahu memiliki anak .
Perkahwinan mereka itu bagaimanapun mendapat kecaman ramai.
Malah pendaftar perkahwinan enggan mendaftarkan perkahwinan tersebut apatah lagi Dimity memakai pakaian gaun pengantin wanita.
Ini kerana pendaftar tersebut keliru kerana menyangka ia merupakan perkahwinan antara lesbian.
Rusia merupakan sebuah negara yang mengharamkan perkahwinan lesbian atau gay.
TOP
Rejim Zionis Kembali Serang Palestin
BANDAR GAZA – Pejuang-pejuang Palestin melancarkan puluhan roket manakala Israel bertindak balas dengan melancarkan serangan udara semalam selepas rundingan untuk melanjutkan gencatan senjata beakhir kelmarin.
Rejim Zionis mendakwa sepanjang tempoh rundingan diadakan, para pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke arah beberapa buah bandar di Israel.
Tindakan tersebut kata rejim Zionis, mendorong ia memanggil pulang delegasinya dari Kaherah dan melancarkan serangan balas ke atas Gaza.
Pihak Palestin bagaimanapun menafikan melancarkan serangan roket.
Mengulas keganasan terbaharu tersebut, pegawai Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Kidra berkata, sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin terbunuh manakala 68 lagi cedera.
“Tiga orang yang terbunuh itu termasuk dua wanita dan seorang budak perempuan berumur dua tahun yang maut dalam satu serangan udara ke atas sebuah rumah di sini,” kata al-Kidra.
Menurut pemimpin kanan Hamas di Kaherah, Moussa Abu Marzouk, dua daripada tiga mangsa yang mati itu merupakan isteri dan anak perempuan ketua pejuang Hamas, Mohammed Deif.
Deif sebelum ini telah beberapa kali terselamat daripada percubaan Israel untuk membunuhnya.
Tentera Israel pula berkata, pihaknya telah melancarkan 30 serangan udara ke atas Gaza bagi membalas sekurang-kurangnya 70 bedilan roket Palestin sejak kelmarin.
“Pihak tentera turut memanggil semula kira-kira 2,000 askar simpanan yang telah dihantar pulang selepas pertempuran di Gaza mulai reda dua minggu lalu,” kata rejim Zionis dalam satu kenyataan.
Perkembangan terbaharu itu menggagalkan rundingan senjata Mesir dan menimbulkan kebimbangan pertempuran sengit di Gaza akan berulang selepas lebih 2,000 penduduk Palestin terbunuh sejak lebih sebulan lalu. – AP
TOP
Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau Beri Rebat Tol 30%
KUALA LUMPUR – Orang ramai yang melalui Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2) di sini akan menikmati rebat tol sehingga 30 peratus mulai 1 September ini.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, rebat tol itu akan diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 apabila kesemua transaksi tol di kedua-dua plaza tol berkenaan dikendalikan secara elektronik sepenuhnya.
“Tol ini akan menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG sepenuhnya mulai 1 September 2014.
“Rebat tol bermula 1 September sehingga 31 Disember ini bagaimanapun terbahagi kepada rebat tol waktu bukan puncak dan waktu puncak,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Noorizah berkata, PLUS menawarkan rebat tol sebanyak 30 peratus pada waktu bukan puncak kepada pengguna iaitu antara pukul 10 pagi hingga 4 petang dan 10 malam hingga 6 pagi.
Manakala, katanya, rebat tol sebanyak 10 peratus akan diberikan pada waktu puncak di antara pukul 6 pagi hingga 10 pagi dan 4 petang hingga 10 malam pada setiap hari.
Jelasnya, pemberian rebat tol tersebut merupakan langkah PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran tol secara elektronik yang lebih mudah dan pantas.
Justeru, kata beliau, PLUS menasihatkan supaya orang ramai agar segera beralih kepada sistem pembayaran tol elektronik iaitu menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG untuk perjalanan yang lebih lancar di plaza tol tersebut.
Selain itu, katanya, pengguna lebuh raya juga berpeluang mendapatkan kad PLUSMiles Touch ‘n Go dengan nilai tambah RM5 (kad diberi percuma) dengan harga promosi RM5 di kedua-dua plaza tol terbabit sehingga 30 November 2014.
TOP
VIDEO: Lelaki Kantoi Curi Duit Dalam Tabung Masjid
KES mencuri duit daripada tabung masjid bukanlah sesuatu yang baru, malah sudah banyak kali kejadian seumpamanya dirakamkan menerusi kamera pengawasan.
Dalam rakaman ini, bukan sahaja perlakuannya si pencuri dirakamkan, malah dia juga berjaya ditahan oleh jemaah masjid tersebut.
Apabila disuruh menonton semula rakaman itu, dia memberi alasan hendak memasukkan duit ke dalam tabung itu.
Apapun, penulis kurang bersetuju dengan tindakan sesetengah individu yang menendang, menampar dan memukul kepala suspek dengan kipas.
Yalah, sekurang-kurangnya jagalah adab dalam tempat ibadah.
Bukankah lebih baik berbincang dan adakan soal-siasat dalam keadaan yang lebih tenang, bukannya berlumba-lumba tunjuk samseng… Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Post by Wikipedia Rakyat.
Bukankah lebih baik berbincang dan adakan soal-siasat dalam keadaan yang lebih tenang, bukannya berlumba-lumba tunjuk samseng… Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Esok, Harinya Seluruh Negara Berkabung
ESOK, seluruh negara akan diselubungi kesuraman apabila 20 jenazah warga Malaysia nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan kembali ke tanahair dengan sebuah pesawat khas dari Amsterdam Belanda.
Pada 17 Julai lepas, kesemua jenazah merupakan antara 298 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia dipercayai ditembak jatuh dan terhempas di Ukraine.
Hari esok juga telah diisytiharkan sebagai Hari Berkabung Negara oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 14 Ogos lepas sebagai menghormati ketibaan jenazah warga Malaysia itu.
Sempena Hari Berkabung Negara esok, akan berlangsunglah satu istiadat penghormatan jenazah tragedi nahas itu yang akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pesawat khas yang membawa kesemua jasad warga Malaysia itu dijangka tiba di KLIA pada pukul 10 pagi.
Pada istiadat itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah akan berangkat menghadirinya termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahli Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Ketika ini, satu raptai akhir sedang dijalankan di Kompleks Bunga Raya bagi memastikan istiadat esok berjalan lancar.
Bendera Dikibarkan Separuh Tiang
Sempena Hari Berkabung Negara esok, beberapa peraturan lain sudah pun ditetapkan bertujuan memberi penghormatan kepada jenazah mangsa nahas MH17 yang akan kembali ke Malaysia.
Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari tersebut.
Rakyat di seluruh negara diminta bertafakur selama satu minit dan kenderaan yang berada di jalan raya juga perlu berhenti selama satu minit dijangkakan di antara pukul 10.45 pagi dan 11.15 pagi.
Pesawat-pesawat di KLIA akan juga berhenti dan bertafakur selama dua minit.
Semua acara berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan.Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna yang terang dan garang, bagi yang beragama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih) atau selendang hitam.
Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.
Pada sidang media semalam, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata nama-nama jenazah yang akan dibawa pulang esok akan diumumkan hari ini. – Mynewshub.my

AUDIT: Khairy Arah Pesuruhjaya Sukan Gantung PKBM!
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengarahkan Pesuruhjaya Sukan Ahmad Shapawi Ismail memulakan proses untuk menggantung Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) selepas meneliti laporan Panel Penasihat Sukan (PPS) sebentar tadi.
Ahmad Shapawi diarahkan Khairy untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada PKBM hari ini.
Terdahulu Khairy mengadakan mesyuarat di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi mendapatkan keputusan PPS mengenai laporan audit yang dijalankan unit audit dalaman kementeriannya.
Seandainya gagal memberikan alasan yang kukuh PKBM akan digantung.
PKBM sebelum ini disiasat susulan kegagalan dan prestasi kurang memberangsangkan pelumba lebuh raya negara di pentas Sukan SEA walaupun mendapat peruntukan kewangan yang disalurkan KBS. - myMetro Online
TOP
MH17: Solat Jenazah Selepas Solat Jumaat Di Seluruh Negara
PETALING JAYA – Solat jenazah hadir dan solat jenazah ghaib bagi mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang beragama Islam akan diadakan secara serentak di seluruh negara selepas solat Jumaat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pasukan pengurusan jenazah Muslim bagi rakyat Malaysia yang terdiri daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) selamat memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan 11 jenazah tersebut di Amsterdam.
“Setibanya jenazah di Malaysia yang diberikan penghormatan negara, kita akan mengadakan solat jenazah hadir dan solat jenazah ghaib secara serentak di seluruh negara selepas solat Jumaat pada Jumaat, 22 Ogos.
“Solat jenazah hadir khusus bagi masjid yang menerima jenazah untuk tujuan disolatkan pada waktu ketibaan jenazah di destinasi pengkebumian, manakala solat jenazah ghaib boleh diadakan sebaik sahaja mendengar maklumat jenazah telah dimandi dan dikafankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sebanyak 20 jenazah yang terdiri daripada penumpang dan anak kapal MH17 akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Jumaat.
Jamil Khir berkata, setakat ini dua jenazah yang dipersetujui oleh pihak keluarga untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presint 20 Putrajaya, solat jenazah hadir akan diselaraskan di Masjid Putra, Putrajaya.
“Manakala bagi jenazah Muslim yang dibawa terus ke negeri masing-masing, jenazah akan disolatkan di peringkat negeri dan permukiman masing-masing,” katanya.
Menurut Jamil Khir, Jakim bersama Jabatan Agama Islam Negeri-negeri berkaitan akan berperanan sepenuhnya untuk pengurusan solat jenazah dan urusan pengebumian jenazah Muslim sehingga majlis selesai.
Katanya, Jakim menyediakan dua imam pengiring bagi setiap jenazah Islam untuk membantu menguruskan solat jenazah, bacaan talkin dan tahlil.
Sementara itu beliau berkata, seluruh masjid di seluruh Malaysia diminta untuk mengadakan solat jenazah ghaib secara serentak sebaik sahaja selesai solat Jumaat.
“Di peringkat negara, solat jenazah ghaib akan diadakan secara langsung di Masjid Putra, Putrajaya. Semua masjid juga digalakkan untuk mengadakan majlis tahlil selepas solat jenazah.
“Saya ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk sama-sama menunaikan solat jenazah ghaib di masjid-masjid peringkat negeri dan komuniti,” tambah Jamil Khir.
Maklumat lanjut, umat Islam boleh merujuk kaifiat solat jenazah ghaib melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my – mStar Online
TOP
Rozita Che Wan Pernah Alami Pendarahan Ramadhan Lalu
RUPA-RUPANYA pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta yang kini sedang mengandung tujuh bulan pernah mengalami pendarahan awal Ramadhan lalu.
Perkara itu diceritakan sendiri oleh suaminya, Zain Saidin menerusi Berita Harian.
“Kejadian ini tak silap saya berlaku hari puasa pertama. Dia ada buat kerja siram pokok pada hari berkenaan.
“Selepas itu pada sebelah petang dia nak bersiap untuk ke majlis berbuka puasa ada sesuatu yang terjadi.
“Berlaku pendarahan kecil dan kami segera ke pusat perubatan Prince Court untuk mendapatkan pemeriksaan. Kami mendapatkan rawatan susulan keesokan hari kerana doktor yang perlu dirujuk tiada pada hari pertama.
“Alhamdulillah pada hari ketiga pendarahan sudah tak ada. Mulai dari itu, saya tak izinkan lagi dia buat kerja berat. Berjalan atau berdiri lama pun saya tak izinkan kerana bimbang kaki bengkak,” ujarnya.
Kalau kami jadi pasangan ini, memang bimbang sungguh dibuatnya.
Apa tidaknya, bayi yang bakal dilahirkan itu nanti merupakan cahaya mata sulung buat Zain dan juga anak perempuan pertama buat Che Ta.
Lebih menarik, bakal anak mereka juga akan diberikan hak siaran eksklusif untuk Astro.
Jadi, kenalah jaga kandungan dengan sebaik-baiknya, tak gitu?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
VIDEO: Upacara Pengebumian Abu Turab, Mujahidin M’sia Di Syria
Semalam, kami telah siarkan berita tentang seorang mujahidin Malaysia di Syria dikenali sebagai Mat Soh atau Abu Turab telah gugur terkena peluru kereta kebal ketika mempertahankan sebuah perkampungan di sana.
Abu Turab yang juga digelar Pak Long meninggal dunia Selasa lalu (19 Ogos) selepas bertempur dengan tentera Iraq selama satu jam. Hari ini, kami siarkan pula rakaman video saat-saat akhir Abu Turab dibawa ke tanah perkuburan lalu dikebumikan.
Menurut rakyat Malaysia yang mengiringi jenazah Abu Turab dalam video pertama, allahyarham mengalami kecederaan di tangan dan tengkuk akibat terkena peluru kereta kebal manakala dadanya tembus ditembak senapang penembak tepat. Semoga roh Abu Turab ditempatkan bersama golongan syuhada yang berjuang penuh ikhlas demi mempertahankan bumi Syria dari kekejaman Bashar Assad. Al-fatihah. - MYNEWSHUB.MY
Post by Azhari Matyee.

MH17: 30 Jenazah Rakyat Malaysia Dikenal Pasti Di Belanda
SEPANG – Sebanyak 30 jenazah rakyat Malaysia sudah dikenal pasti selepas ujian DNA dijalankan di Amsterdam.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata upacara penerimaan kumpulan kedua jenazah akan diadakan pada 24 Ogos ini selepas kumpulan pertama tiba di tanah air esok.
Bagaimanapun, katanya maklumat lanjut mengenai upacara pada Ahad ini akan dimaklumkan kelak.
Beliau berkata demikian pada sidang media MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ) di sini, sebentar tadi.
Kerajaan mengumumkan 20 jenazah akan dibawah pulang esok yang mana daripada jumlah itu 11 adalah penumpang dan 9 anak kapal. – BH Online
TOP
Jurugambar Kantoi Pujuk Model Muslimah Buat Aksi Terlampau
Kami tahu terdapat ramai wanita di luar sana yang cukup berbangga andai dapat menjadi model.
Tapi dalam keterujaan tersebut silalah berhati-hati kerana sejak dulu lagi dah ramai perempuan yang terperangkap gara-gara keinginan mahu popular seperti ini.
Contoh lelaki berhidung belang yang mahu mengambil kesempatan dapat dilihat dalam print screen yang disiarkan ini.
Berlagak konon juru gambar (entah betul entah tidak), lelaki ini meminta mangsa merakam gambar seksi lalu dihantar kepadanya. Bagi menyembunyikan niat jahatnya dia berselindung di sebalik pujukan mahu mencari model muslimah dan wanita tersebut tidak perlu menanggalkan tudung. Model muslimah kehapa kalau diminta bergambar persis pelakon lucah? Jadi kepada kaum hawa di luar sana, berwaspadalah dan jangan terlalu teruja bila ada lelaki kononnya juru gambar menghampiri anda lalu menyatakan hasrat mahu menjadikan anda seorang model. Silap-silap anda cuma bakal menjadi model lucah untuk tatapan dirinya yang sangap! - REM RAMZI / MYNEWSHUB.MY

Pengguna KLIA Dan KLIA2 Dinasihatkan Hadir Awal Esok
PENUMPANG yang menggunakan perkhidmatan di KLIA dan KLIA 2 dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan berhubung hari istiadat penghormatan penerimaan jenazah pesawat MH17 yang akan diadakan esok.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menyatakan istiadat penghormatan itu akan diadakan kira-kira pada jam 6 pagi dan berakhir jam 1 tengah hari yang melibatkan kebanyakan jalan-jalan utama menghala ke dan dari KLIA dan KLIA2.
Memetik Bernama, orang ramai juga dinasihatkan tidak meletakkan kenderaan mereka di sepanjang jalan utama masuk dan keluar KLIA dan KLIA2 bagi memastikan trafik esok berjalan lancar untuk hari berkabung negara. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Hans Isaac Dakwa Pendedahan Neelofa Jejaskan Imejnya
SEBENARNYA, kami agak pelik dengan Hans Isaac yang beria-ria mengatakan tindakan Neelofa (Lofa) mendedahkan hubungan mereka sudah berakhir awal tahun lalu menjejaskan imejnya.
Menerusi Murai.com, dia berkata, sebelum ini mereka sudah sepakat untuk tidak membuka mulut mengenai perkara itu.
“Apabila berita tersebut keluar ianya memberi kesan terhadap diri saya kerana sedia maklum saya berada juga bekerja dalam bidang korporat dan ianya tidak menunjukkan imej yang baik buat syarikat saya. Ianya menjadi bahan jenaka dikalangan rakan-rakan korporat saya,” katanya.
Alahai Hans…apa salahnya kalau Lofa memberitahu perkara sebenar kepada media?
Bukankah itu lebih baik daripada terus berahsia dan membuatkan para peminat terus tertanya-tanya status hubungan mereka.
Nanti, kalau Lofa dilihat bersama lelaki lain, tak pasal-pasal pula dia difitnah curang.
Pada masa yang sama, Hans mengakui dia masih menyayangi Lofa, namun sekadar rakan sahaja.
Ditanya mengenai gosip pengacara itu dilamar kerabat diraja, ini jawapannya: “Saya tidak mengiyakan atau menafikan tentang berita tersebut. Tetapi mungkin ada kebenarannya sebab jika tidak, kenapa gosip tersebut boleh tersebar luas? Dan mengapa Neelofa harus tunggu sehingga dua bulan baru ingin keluar kenyataan mengenai berita tersebut?” Senang cerita, tak perlulah lagi Hans mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kisah percintaan yang tak kesampaian dengan Lofa. Lagipun, ia sudah berlalu dan peminat pun mungkin sudah tidak berminat untuk ambil tahu mengenai perkara itu lagi… Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

MH17: TPM Saksi Raptai Istiadat Penghormatan Jenazah
SEPANG – Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis hadir menyaksikan raptai penuh istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini.
Timbalan Perdana Menteri yang tiba kira-kira 9.45 pagi mendengar taklimat ringkas daripada Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Selain itu, Muhyiddin juga mendengar taklimat daripada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Hadir sama termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Tan Sri Joseph Kurup.
Muhyiddin meluangkan kira-kira sejam untuk menyaksikan perjalanan raptai menerima kumpulan pertama mangsa warganegara Malaysia yang melibatkan 20 jenazah yang dijadual tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, kira-kira 10 pagi, esok.
Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu.
Selain 43 warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warganegara Netherlands, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. – BERNAMA
TOP
Selesai Solat Lima Jenazah Di Belanda Sebelum Diterbangkan….
The Hague (Belanda) – Empat jenazah penumpang dan anak kapal MH17 disolatkan lebih 60 jemaah di dewan pusat pengurusan jasad Monuta, di The Hague, Amsterdam, 7.45 petang (10 malam waktu Malaysia).
Antara mereka terdiri ahli keluarga, kakitangan kedutaan Malaysia di Belanda, pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Pegawai Kor Agama Kementerian Angkatan Tentera Malaysia (ATM), petugas MAS dan penuntut Malaysia.
Solat jenazah tiga wanita dan seorang lelaki itu diketuai Imam Besar Masjid Putrajaya, Abdul Manaf Mat.
Sementara itu, satu lagi jenazah wanita disembahyangkan sekitar 10 malam waktu tempatan. Empat jenazah kemudian dihantar ke rumah mayat berhampiran lapangan terbang Schiphol bagi menunggu tiba untuk diterbangkan ke Malaysia. Solat jenazah bermula selepas selesai sembahyang Asar diikuti tahlil. Ahli keluarga mangsa kemudian dibenarkan bersama jenazah kira-kira 30 minit sebelum keranda dipindahkan ke dalam kereta mayat.

GAMBAR : Inilah Otai-Otai Selfie Pada Tahun 20an
RAMAI yang terfikir, cara mengambil gambar yang menjadi kegilaan masa kini iaitu “Selfie” hanya mula berlaku apabila telefon bimbit dilengkapi dengan kamera.
Sebenarnya selfie sudah pun bermula sekitar tahun 20-an lagi dengan menggunakan kamera pada zaman itu.
Gambar daripada twitter History In Pics menunjukkan lima orang lelaki merakamkan gambar mereka secara selfie pada sekitar lingkungan masa itu.
Lihat sahaja kameranya besar mana, dan ia berat sehingga terpaksa memerlukan dua orang untuk memegangnya supaya boleh merakamkan gambar. Pada zaman itu, pastinya untuk merakamkan gambar secara selfie bukannya semudah pada masa kini kerana pada masa itu kamera tidak memiliki fungsi memfokus secara automatik. Jarak yang ideal untuk fokus perlu disesuaikan dengan lensa supaya gambar yang terhasil nampak cantik dan tidak kabur. Twitter History In Pics memaparkan tweet gambar-gambar bersejarah yang sudah jarang ditemui lagi pada zaman ini antaranya melibatkan pemandangan beberapa bandar-bandar utama dunia serta gambar-gambar artis yang popular sekitar tahun 50-an dan ke atas. – Mynewshub.my

Mati Bunuh Diri Dilanggar Kereta Api Dipandu Bekas Kekasih
Seorang lelaki dilaporkan mati bunuh diri dilanggar kereta api yang dipandu bekas teman wanitanya di Scotland, semalam.
Gary Wells, 36, dikatakan kecewa dan mula tidak tentu arah selepas ditinggalkan Diane MacDonald, 29, sejak tiga minggu lalu.
Gary mati serta merta selepas dilanggar kereta api yang dipandu Diane dengan kelajuan 60kmj.
Diane merupakan pemandu wanita pertama untuk perkhidmatan kereta api West Highland Line berasa sangat terganggu dengan insiden tersebut sehingga terpaksa mengambil ubat tidur untuk menenangkan dirinya. – MYNEWSHUB.MY

Kerajaan Keluar Nama 20 Mangsa Yang Tiba Esok
SEPANG: Kerajaan telah mengeluarkan nama-nama 20 mangsa dalam nahas Malaysia Airlines (MAS) MH17 penerbangan yang akan tiba di Kuala Lumpur pada hari Jumaat.
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini hari ini, selepas raptai akhir untuk majlis peghormatan pada Jumaat.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang ada bersama di sidang akhbar berkata, majlis penghormatan untuk menerima ketibaan kedua jenazah akan diadakan pada hari Ahad.
"Sehingga semalam, 30 mayat Malaysia telah dikenal pasti," kata Liow.
Senarai nama adalah seperti berikut:
TOP
Ketua Tentera Jadi Perdana Menteri Baru Thailand
BANGKOK: Jeneral Prayut Chan O-Cha dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu oleh barisan kabinet yang didominasi pihak tentera.
Ketua Tentera Thailand itu dipilih menggantikan Yingluck Shinawatra apabila 191 daripada 197 anggota Parlimen yang bersidang bersetuju melantiknya untuk menerajui negara Gajah Putih itu. - Astro Awani
TOP
Ammar Alfian Kongsi Video Lucah Dirinya Di Instagram?
Ammar Alfian boleh dikatakan artis Malaysia yang popular bukan kerana karier seninya, tapi kerana kontroversi-kontroversi yang membabitkan namanya.
Jika sebelum ini, Ammar Alfian mencetus kontroversi dengan berkongsi gambar ala porno dan memalukan bekas teman wanitanya, kini dia kembali mencetus kontroversi dengan memuat naik rakaman aksi lucah bersama selama 15 saat di Instagram.
Isu berkenaan telah dipanaskan di dalam satu kolum gosip di akhbar tempatan. Tak tahu apa niat Ammar Alfian memuat naik rakaman seperti itu, tapi rasanya jika dibuat di Malaysia, dia sudah tentu tahu perkara sedemikian akan mendatangkan cemuhan kepadanya - SiakapKeli.com

Pelanggan Jumpa Kepala Ular Dalam Nasi Bungkus
Menurut laporan dari laman Facebook Oh!Media, seorang pengadu, bernama Fatihah Fauzi, melaporkan dia menjumpai kepala ular di dalam nasi bungkus rakannya.
Jika melihat kepada gambar, sememangnya ia adalah kepala ular tetapi bersaiz kecil. Jika benar apa yang dilaporkan oleh Fatihah Fauzi ini, laporkanlah kepada pihak berkuasa supaya tindakan kepada kedai yang
menjual makanan itu diambil.
Kalau tak ambil tindakan, mana diorang serik nak jaga kebersihan kedai - SiakapKeli.com
Kalau tak ambil tindakan, mana diorang serik nak jaga kebersihan kedai - SiakapKeli.com
TOP
Wanita Maut Dirempuh Lori Kontena
KLANG – Gara-gara kenderaan lain terbabas, seorang wanita terkorban selepas keretanya dirempuh sebuah lori kontena di Kilometer 25.5 Jalan Klang-Teluk Intan, di sini, lewat petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Pua Ley Kien, 33, yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku melibatkan tiga kenderaan iaitu lori, lori kontena dan Perodua Kelisa milik mangsa.
“Kemalangan berlaku apabila lori dari arah Klang menghala Teluk Intan dipercayai secara tiba-tiba menukar haluan jalan.
“Tindakannya itu menyebabkan ia bergesel dengan lori kontena yang juga datang dari arah yang sama.
“Geselan itu menyebabkan lori kontena gagal dikawal lalu memasuki laluan bertentangan,” katanya.
Dalam masa yang sama, menurutnya, pemandu lori kontena gagal mengelak lalu merempuh kereta dipandu mangsa yang datang dari arah Teluk Intan.
“Rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terperosok dalam parit berdekatan.
“Mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala kenderaan miliknya remuk teruk,” katanya.
Beliau berkata, kedua-dua pemandu lori dan lori kontena tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Bagaimanapun kedua-keduanya ditahan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi membantu siasatan.
“Hasil ujian saringan air kencing ke atas salah seorang pemandu (pemandu lori) berkenaan mendapati dia positif dadah,” katanya.
Katanya, tindakan lanjut akan dijalankan. – Sinar Harian Online
TOP
Azmin Ali Kekal Timbalan Presiden PKR
PETALING JAYA - Mohamed Azmin Ali mengekalkan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas meraih 22,562 undi sekali gus menewaskan pencabarnya Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang mendapat 10,743 undi.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang sebelum ini pencabar utama Azmin, tidak lagi bertanding selepas dipecat dari parti pada 9 Ogos lalu.
Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden PKR apabila menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul, mengumumkan keputusan pemilihan parti itu di ibu pejabat parti itu di sini, sebentar tadi.
Mengikut Johari, bagi jawatan Naib Presiden, gandingan tiga pemimpin PKR sebelum ini yang membentuk kumpulan bersama iaitu penyandangnya, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua serta Pengarah Strategi, Rafizi Ramli menduduki empat teratas jawatan berkenaan.
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai memperoleh 29,712 undi diikuti Tian Chua dengan 22,324 undi dan Rafizi (18,887).
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dikaitkan dengan kumpulan Mohamed Azmin turut mengisi satu daripada empat jawatan Naib Presiden PKR selepas mendapat 19,839 undi. – BH Online
TOP
Juruterbang Pengsan Sejurus Pesawat Berlepas
BANGKOK – THAILAND. Seorang pembantu juruterbang tidak sedarkan diri selepas pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Hat Yai, semalam.
Juruterbang kepada penerbangan SL8537 Lion Air kemudiannya membuat pusingan kecemasan ke lapangan terbang Hat Yai dan pembantu juruterbang dihantar ke hospital.
Pembantu juruterbang tersebut, seorang warga Belanda, disahkan meninggal dunia di hospital.
Penerbangan tersebut membawa 152 penumpang. - Sinar Harian
TOP
Ketum Kini Dijual Dalam Bentuk Jus Dan Puding
Sungai Petani: Kaedah terbaru dikesan dalam kalangan pengedar dan pengusaha ladang ketum apabila mempelbagaikan penggunaan air ketum dalam bentuk jus dan puding berikutan didakwa mendapat permintaan tinggi daripada kaki ketum termasuk pelajar sekolah di negeri ini.
Maklumat berhubung kaedah yang dilakukan pengedar dan pengusaha ladang ketum berkenaan diperoleh oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah sepanjang melakukan siasatan dan pemantauan di beberapa lokasi yang dikenal pasti aktif dengan kegiatan penyalahgunaan ketum, baru-baru ini.
Pengarahnya Nazeer Mustafa berkata, jus dan puding ketum masih baru dalam kalangan penagih ketum dan ia mudah jual dan dibawa selain sukar dikesan pihak berkuasa berbanding menjualnya dalam bentuk air minuman seperti kebiasaan.
Katanya, kaedah menjadikan air ketum sebagai jus dan puding berjaya dikenal pasti banyak di sekitar daerah Baling termasuk Kuala Ketil selain Sik, namun paling dibimbangi apabila membabitkan golongan pelajar sekolah.
“Berdasarkan maklumat diperoleh, air ketum berkenaan akan diproses menjadi jus seakan air teh sebelum diisi dalam botol air mineral, manakala puding pula dibuat dalam pelbagai warna dan dijual kepada orang tertentu saja dan ia memang sukar untuk dikesan.
“Berikutan itu, AADK sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti mereka yang terbabit dalam kegiatan itu dan ia sudah dimaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tindakan lanjut.
“Penagihan air ketum ini amat membimbangkan kerana ianya bukan saja membabitkan golongan dewasa, malah kanak-kanak berusia seawal sembilan tahun juga terjebak dan perkara ini perlu dibendung dengan segera bagi mengelak penularan lebih buruk,” katanya. - HARIAN METRO
TOP
Isteri dan Anak Komander Maut, Hamas Mahu Balas Serangan
Gaza - Sayap kanan pergerakan Hamas, Izz-el-Din al-Qassam Brigade mengancam akan melancarkan lebih banyak roket ke Tel Aviv, Israel. Hamas menyasarkan ancaman ini kepada Lapangan Terbang Ben-Gurion, Tel Aviv, Israel.
"Hamas telah memutuskan untuk menyerang balas serangan Israel dengan menjadikan lapangan terbang sebagai target sasaran," ujar seorang komander Hamas, lapor Al-Arabiya, Khamis (21/8/2014).
Langkah ini diputuskan Hamas sebagai serang balas atas serangan tentera Israel yang mengakibatkan isteri dan anak dari komander mereka, Mohammed deif alias Abu Khaled terbunuh.
"Tentera zionis gagal membunuh Komander Jeneral Abu Khaled," ujar seorang jurucakap Izz-el-Din al-Qassam Brigade,
Namun demikian, menurut jurucakap tersebut, pihak Hamas sangat berduka atas pemergian anak dan isteri Abu Khaled dan merancang serangan balas - SiakapKeli.com
TOP
Lady Gaga Nak Kahwin Di Angkasa Lepas
Los Angeles – Penyanyi Lady Gaga merancang melangsungkan perkahwinannya dengan kekasih yang juga pelakon, Taylor Kinney di angkasa lepas pada awal 2015.
Penyanyi berusia 28 tahun itu mahu majlis berkenaan diadakan ketika dia menaiki pesawat Virgin Atlantik yang akan dikemudi pemilik pesawat itu sendiri, Sir Richard Brandson.
“Gaga dan Kinney mahu melafazkan ikrar perkahwinan dan berpendapat penerbangan ke angkasa lepas itu peluang terbaik untuk berkahwin.
“Perkahwinan itu sudah pasti tidak seperti majlis perkahwinan biasa. Tidak akan ada paderi di majlis itu. “Tetapi, bagi mereka ketiadaan paderi bukan penting. Yang utama, lafaz ikrar sehidup semati sebagai suami isteri,” kata satu sumber yang rapat dengan Gaga.
Penyanyi berkenaan juga merancang mengadakan persembahan dalam penerbangan khas ke angkasa lepas itu dengan harga tiket mencecah RM791,000 setiap seorang. Gaga dikatakan akan mengambil peluang menyebarkan mesej cinta pada kesempatan itu.
“Membuat persembahan di angkasa lepas satu penghormatan. Saya mencabar diri saya untuk membangkitkan sesuatu yang bukan saja akan menyatukan orang ramai, tetapi juga mempunyai mesej cinta,” katanya. – Agensi
TOP
Khalid Ibrahim Kedekut Bertempat – Dr Halimah
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipuji exco daripada Pas sebagai seorang ketua yang bijak dalam menguruskan kewangan sehingga mampu meningkatkan rizab kepada lebih RM3 bilion.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, walaupun Menteri Besar Selangor itu disifatkan seorang yang kedekut dalam meluluskan peruntukan negeri namun, sikap berhati-hati beliau itu untuk kepentingan rakyat.
“Dengan beliau bila minta RM1 pun susah nak bagi tetapi kalau kita beri hujah yang bagus, Abdul Khalid tiada masalah untuk meluluskan peruntukan.
“Apabila kita bentangkan sesuatu pelan itu, perkara yang paling diutamakan Abdul Khalid adakah ia bawa kepentingan rakyat. Jika perancangan tidak memberangsangkan dan tidak meyakinkan beliau, sudah tentu tidak diluluskan dan kita semua tahu sikapnya,” katanya ketika sidang media di pejabatnya, semalam.
Mengenai isu yang menuduh Abdul Khalid membelakangkan Adun ketika membuat keputusan besar negeri termasuk isu penstrukturan air, Dr Halimah berkata, isu itu ada dibentangkan dan dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
“Dalam mesyuarat exco kita membincangkan banyak perkara besar termasuk perjanjian persefahaman (MoU) air dan ia bukan perkara baharu dah lima tahun kita bincangkan penstrukturan industri air di Selangor.
“Sepanjang enam tahun bekerja bersama, Abdul Khalid merupakan seorang yang mendahului kepentingan rakyat. Beliau bukan seorang yang boleh mengubah keputusan dalam sekelip mata tetapi akan berfikir panjang sebelum setuju,” katanya.
Dr Halimah ketika ditanya sama ada tindakan PR menyingkirkan menteri besar itu adalah satu kehilangan besar buat Selangor, beliau berkata, setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.
“Kita semua ada kelebihan masing-masing tetapi apa yang membezakan adalah berapa besar kerugian yang kita hadapi sekiranya kita hilang seseorang itu bergantung kepada kredibilitinya,” katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut keputusan Pas yang turut mengikut jejak PKR dan DAP menolak kepimpinan Abdul Khalid adalah sesuatu yang tidak wajar memandangkan menteri besar itu melakukan tugas dengan baik dalam mentadbir negeri.
“Saya tidak boleh komen mengenai ini kerana terikat. Saya berada di sini meneruskan tugas exco demi untuk kepentingan rakyat. Itu hal politik biarlah pucuk pimpinan yang tentukan.
“Mengenai pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula, dalam mesyuarat exco kita tidak ada membincangkan mengenai politik. Itu keputusan politik dalam parti, saya di sini bukan untuk mengadili mereka,” katanya.
Sementara itu, beliau memberitahu, portfolio enam exco yang telah dipecat masih berjalan seperti biasa dan segala peruntukan dalam mesyuarat exco yang telah diluluskan tidak dibekukan.
Katanya, meskipun sekarang hanya ada empat exco tetapi semua program yang telah dirancang untuk enam exco yang lain sebelum ini tetap diteruskan.
“Buat masa sekarang kita laksanakan tanggungjawab terkumpul. Mesyuarat Exco, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan mesyuarat khas lain masih berjalan seperti biasa.
“Kita jemput pegawai-pegawai di bawah enam portfolio terbabit, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (Upens) dan lain-lain berkaitan untuk bincang dan selesaikan masalah berbangkit.
“Semua program merakyatkan ekonomi Selangor (MES) seperti Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan lain-lain tetap diteruskan dan rakyat berkelayakan boleh terus memohon bantuan yang sesuai,” katanya.
Dr Halimah berkata, pengurusan pentadbiran negeri diteruskan seperti yang telah dirancang selagi tidak berlaku pembubaran Dun.
“Selagi Dun tidak dibubarkan, semuanya berjalan seperti biasa. Walaupun hanya empat exco dan menteri besar sahaja, kami akan teruskan. Kita buat apa yang boleh dilakukan.
“Sekarang ini kami adalah PR yang terakhir mentadbir negeri dan tugas diteruskan seperti biasa,” katanya.
Beliau yang menolak soalan berbaur politik menegaskan, apa yang berlaku di Selangor adalah di luar jangkaan dan bukan yang sesuatu yang diharapkan berlaku.
“Berada dalam keadaan ini bukan kami minta tetapi kami perlu kekalkan kedudukan ini supaya keadaan stabil dan penjawat awam tak takut buat kerja,” katanya. – Sinar Harian Online
TOP
Kajol Sifatkan Sikap Ramah Keistimewaan Rakyat M’sia
KUALA LUMPUR – Pelakon Bollywod, Kajol menjelaskan sifat ramah dan sikap sopan santun adalah sesuatu yang istimewa mengenai penduduk berbilang kaum negara ini.
Kajol, 40, berkata, kunjung pertamanya ke Malaysia benar-benar membuatkan dia berasa teruja dengan sikap mereka itu.
“Sejak saya sampai ke Kuala Lumpur ramai peminat yang menyapa dan melambai tangan ke arah saya. Paling saya hargai mereka peramah dan paling penting penuh sopan santun,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemuramah oleh pelakon Lisa Surihani pada majlis pelancaran saluran Astro Box Office (ABO) BollyOne HD (saluran 251) di Hotel JW Marriot di sini pada malam Rabu.
Selain Kajol, aktor Aaron Aziz turut serta pada pelancaran berkenaan.
Pelakon itu dijemput khas bagi melancarkan saluran berkenaan yang mengkhususkan penyiaran filem-filem dari Bollywood.
Kajol tidak ditemani suaminya iaitu Ajay Devgan.
Dalam pada itu menerusi temubual berkenaan Kajol turut menceritakan filem lakonannya bersama Shah Rukh Khan iaitu Kuch Kuch Hota Hai (KKHH) pada 1998 adalah memori terbaiknya sepanjang dia bergelar pelakon.
Katanya, filem itu bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam pada dirinya tetapi juga peminat KKHH yang masih meminati karya tersebut sehingga hari ini.
“Kuch Kuch Hota Hai adalah sebahagian daripada hidup saya dan ia bukan sekadar filem tetapi adalah memori terbaik dalam hidup saya.
“Sehingga ke hari ini perasaan seronok berada di set penggambaran bersama pelakon-pelakon lain dapat dirasai dan saya amat bersyukur ia masih kekal di hati peminat,” katanya.
Tambah Kajol, dia tidak dapat membayangkan pelakon wanita lain melakonkan watak Anjali dalam KKHH kerana peranan itu dekat di hatinya.
Sementara itu, mengulas mengenai pelancaran saluran BollyOne HDl, Kajol berkata, ia satu tindakan baik selain memberi peluang kepada peminat yang menggemari filem dari India.
Jelas Kajol, keunikan filem-filem dari Bollywood membuatkan penonton menggemarinya dan dia yakin saluran itu akan mendapat sambutan hangat.
“Peminat filem Bollywood pasti akan teruja dengan saluran itu dan saya yakin ia akan mendapat sambutan hebat.
“Biarpun berbeza bahasa namun penonton masih boleh meminati karya-karya dari India kerana ia istimewa dan penuh warna,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Kajol berkata, dia bakal memasuki set penggambaran filem terbaharunya dengan membawakan watak isteri mafia.
Selain itu, Kajol akan kembali bergandingan dengan Shah Rukh Khan menerusi sebuah filem arahan Rohit Shetty.
Selain KKHH, Kajol juga popular menerusi filem seperti Dilwale Dulhania Le Jayenge, Kabhi Kushi Kabhi Gham dan My Name Is Khan. - mStar Online
TOP
Luahan Hati Gadis Lari Ikut Kekasih Ke Indonesia
Mesej yang dihantar oleh Suliza meminta restu ibunya untuk berkahwin sebelum ini
Melaka – “Ummi tolong adik ummi…adik dah tak tahan duduk sini. Nak makan pun susah sampai kena kerja di sawah setiap hari,” rayu Suliza Kassim, 18, ketika menghubungi ibunya, Azizah Ahmad, 49, petang, kelmarin selepas dua bulan terkandas di Jambi, Sumatera, Indonesia, kerana mengikut kekasihnya pulang ke negara asalnya.
Anak bongsu daripada lima beradik itu kini terkandas di kampung kekasihnya selepas dibawa pulang lelaki terbabit dikenali sebagai Laili Iskandar 30-an yang membawa Suliza masuk secara haram ke negara itu pada Jun lalu. Azizah kini tidak mengetahui bagaimana nasib anak gadisnya selepas mendakwa Suliza sudah bernikah dengan lelaki terbabit dan kini hamil serta bekerja keras untuk menyara kehidupan hariannya. Tertekan dengan nasib menimpanya, ibu tunggal yang menghidap tiroid dan penyakit jantung kini dirawat di Hospital Melaka selepas menerima panggilan anaknya merayu membantunya pulang. Menurut Azizah, dia amat risau mengenangkan nasib anaknya yang memberitahu terpaksa bekerja di bendang terlebih dulu sebelum boleh makan, sedangkan anaknya itu tidak pernah melakukan kerja berat walaupun dibesarkan di Felda. – myMetro Online

Idris Jala Nafi Kembali Terajui MAS
KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala menafikan beberapa laporan spekulasi yang menyebut beliau akan kembali dipilih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Penerbangan Malaysia (MAS).
Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dipetik dalam tweetnya pagi ini sebagai berkata, beliau sudah membaca laporan online, spekulasi bahawa beliau akan kembali ke MAS.
“Saya tidak menuju ke sana, saya akan teruskan dengan tugas saya sekarang (di Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU),” katanya dalam tweet itu.
Tweet itu sebagai mengulas beberapa laporan kelmarin yang menguar-uarkan Idris dan beberapa nama lagi sudah disenarai pendek pemegang saham terbesar MAS, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) untuk menerajui MAS yang sedang menjalani proses penyusunan semula menyeluruh.
Idris pernah menerajui MAS antara tahun 2005 dan 2009 sebelum dilantik sebagai Senator dan menggalas jawatan sekarang.
Beliau dilantik Senator pada Disember 2009 dan pelantikan itu diperbaharui pada 2012 dan akan berakhir pada September 2015.
Baru-baru Idris dilaporkan berkata, pengurusan MAS perlu mengikut Pelan Transformasi Perniagaan (BTP2) yang dilancarkan ketika beliau berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu pada 2008.
Katanya, BTP2 mengandungi proses yang terperinci, langkah demi langkah bagi syarikat penerbangan itu untuk terus bertahan.
Selain Idris, satu lagi nama yang disebut dipilih menerajui MAS ialah Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Group Bhd, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim.
Khazanah adalah juga pemegang saham terbesar Axiata.
Pada 8 Ogos lalu, Khazanah mengumumkan tawaran pembayaran balik modal dengan membeli balik semua saham pemegang saham minoriti pada harga 27 sen seunit. Khazanah akan mengumumkan program lengkap penyusunan semula itu hujung bulan ini.
Penyusunan semula menyeluruh MAS dibuat selepas syarikat penerbangan nasional itu mencatat kerugian tiga tahun berturut-turut.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, kerugian MAS berjumlah RM1.17 bilion, RM432.59 (2012) dan RM2.52 bilion (2011).
MAS menangguhkan pengumuman keputusan kewangan suku kedua semalam kepada 28 Ogos ini.
Syarikat penerbangan itu dijangka mencatat keputusan kewangan lebih buruk berikutan tragedi berganda membabitkan pesawat MH370 dan MH17. - BH Online
TOP
Wanita Didakwa Lakukan Seks Dengan Haiwan
Albuquerque (Amerika Syarikat) – Seorang wanita ditangkap kerana disyaki mengadakan seks dengan anjing dan cuba meracun tuan punya haiwan itu.
Shari Knight, 53, dituduh mencabul Spike dan Jake, anjing milik rakan sebiliknya, Beverly Bradley.
Kedua-dua anjing itu cedera ringan akibat kejadian di Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar tempatan.
Defendan juga dituduh cuba meracun pemilik anjing itu dan abangnya, sehari selepas dia ditangkap bersama-sama seekor anjing berkenaan.
Shari dikatakan mencampurkan alkohol dan cecair pembersih tandas ke dalam makanan rakannya.
Dia berpacaran dengan abang Beverly, tetapi hubungan mereka berakhir selepas lelaki itu mengetahui mengenai tabiat ganjil Shari.
Menurut media tempatan, dokumen mahkamah menunjukkan Shari mengaku mengadakan seks berulang kali dengan anjing berkenaan.
Dia kini ditahan atas tuduhan menganiaya haiwan dan menyerang hingga menyebabkan kecederaan.
TOP
Penculik Ancam Bunuh Foley Minggu Lalu
BOSTON – Syarikat media kepada wartawan yang diculik di Syria, James Foley mendedahkan penculik mengancam untuk membunuh wartawan berkenaan minggu lalu, susulan serangan udara Amerika Syarikat (AS) membedil Iraq.
Ketua Eksekutif (CEO) GlobalPost, Philip Balboni, syarikat media berpangkalan di Boston di mana Foley menjadi wartawan bebasnya, berkata ancaman itu dihantar menerusi emel kepada keluarga Foley namun tidak memberikan sebarang tuntutan.
Beliau berkata, penculik bagaimanapun menolak agar Forley dibebaskan demi kemanusiaan.
Balboni berkata, syarikat itu sedia membelanjang jutaan dolar AS dalam usaha membebaskan Foley termasuk mengambil khidmat firma keselamatan antarabangsa.
Wartawan berusia 40 tahun dari New Hampshire itu ditangkap oleh pejuang Pergerakan Negara Islam Syria dan video mengenainya disebarkan kepada umum semalam.
Foley dilaporkan memasuki utara Syria pada November 2012 dan sejak itu tiada berita mengenainya. – AP
TOP
Tukang Jahit Ketagih Makan Bulu Anjing
Beijing – Seorang tukang jahit pakaian anjing di wilayah Heilongjiang mendakwa gemar memakan bulu anjing, tabiat ganjil dihidapinya akibat daripada tekanan kerja yang melampau.
Akhbar Apple Daily melaporkan, wanita berusia 27 tahun itu mengaku makan lebih seribu gumpal bulu anjing sepanjang dua tahun lalu.
Wang Jin yang mengaku menyanyangi anjing, berhenti bekerja untuk menjadi tukang jahit pakaian anjing.
Ketaksubannya terhadap haiwan itu bermula apabila dia memelihara anjing yang dinamakan Kuku empat tahun lalu sejurus selepas menamatkan pengajian di kolej.
Dia memanjakan anjing itu dengan memberikannya makanan import, ais krim dan buah kering.
Dia menyedari mula ketagih makan bulu anjing sejak dua tahun lalu dan menyalahkan tekanan kerja dihadapinya di pejabat.- Agensi
TOP
MH17: Cinta Abadi Seorang Bapa
Ahmad Hakimi (kiri) bersama isteri dan anak lelakinya, Abderrahman.
PETALING JAYA: Apabila pulang dari kerja, pembantu juruterbang MH17 yang berusia 29 tahun, Ahmad Hakimi Hanapi, sentiasa tergesa-gesa untuk bermain dengan anak lelakinya yang berusia lapan bulan, Abderrahman. Dia akan mendukung dan bermain-main dengan anaknya itu, malah menukar lampinnya serta menghabiskan sebanyak masa yang boleh dengan anaknya. Isterinya, Asmaa Aljuned berkata, Ahmad Hakimi yang juga dikenali sebagai Kimi di kalangan rakan-rakan dan keluarga, merupakan bapa paling penyayang. Malah, kata-kata terakhir Ahmad Hakimi kepada isterinya sebelum berlepas dengan penerbangan MH17 adalah betapa dia rindukan anak lelakinya yang kini telah berusia sembilan bulan. "Hakimi sangat rapat dengan Abderrahman dan suka menjaga anaknya. Setiap kali Kimi pulang, dia mahu melakukan tugas menjaga dan menguruskan bayi dan tidak membenarkan saya melakukannya. "Dia beritahu saya, apabila dia berada di rumah, tugasnya adalah menjaga Abderrahman. Perkara pertama yang Kimi akan lakukan di waktu pagi adalah membawa Abderrahman berjalan-jalan dan menghabiskan masa dengannya," katanya. "Dia akan menghabiskan banyak bersama keluarga. Apabila Kimi berada di rumah, dia akan sentiasa memegang Abderrahman. Dia tidak akan meletakkan Abderrahman di tempat duduknya atau kereta sorong bayi sebaliknya akan memegang anaknya sepanjang masa," katanya. Anak ketiga daripada empat adik beradik, Ahmad Hakimi juga seorang anak yang taat terhadap ibu bapa dan memastikan ibu bapanya dijaga dengan baik. "Dia jenis rapat dan mementingkan ahli keluarga. "Baginya, masa bersama keluarga adalah keseronokan. Dia akan membawa keluarga berjalan-jalan setiap kali ada peluang," kata Asmaa, sambil menambah Hakimi telah mengambil cuti dua minggu pada bulan Ogos untuk pergi bercuti bersama keluarga. Selain keluarganya, Ahmad Hakimi juga meletakkan keutamaan yang tinggi pada agama, kata Asmaa. "Dia bukan ustaz, tetapi sentiasa mementingkan agama. Dia tidak bercakap perkara-perkara buruk tentang sesiapa dan dia tidak merokok. "Ramadan kali ini, dia tidak pernah terlepas solat Tarawih di masjid," katanya, sambil menambah Ahmad Hakimi adalah peminat pendakwah Zimbabwe popular Mufti Ismail Menk yang melawat Malaysia baru-baru ini. "Dia sentiasa mengingatkan saya bahawa kita tidak perlu menjadi seorang ulama atau ustazah, tetapi dalam apa sahaja yang kita lakukan, kita perlu mendedikasikan diri kita kepada Allah." Asmaa berkata nasihat terakhir yang diterima daripada suaminya adalah "bersabar, dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar". Dia menyimpan mesej terakhirnya itu sebagai peringatan dan galakan untuk dia meneruskan hidup. Satu lagi isu yang amat diambil berat oleh Ahmad Hakimi adalah nasib penduduk di Gaza. "Satu malam dia melihat lukisan yang menggambarkan anak-anak yatim di Gaza. Apabila dia menunjukkan gambar itu kepada saya, dia memeluk saya dan menangis. Dia tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini. "Dia berkata, 'Muka macam Abderrahman'. Saya rasa dia takut, membayangkan apa yang akan berlaku jika Abderrahman membesar sebagai anak yatim," kata Asmaa. Sesiapa sahaja yang berada di tempatnya mungkin mahu membalas dendam atas apa yang menimpa suaminya tetapi Asmaa berkata dia tidak banyak berfikir mengenai hukuman terhadap penyerang yang menembak jatuh MH17. "Saya tidak mahu memikirkan dia (Ahmad Hakimi) dibunuh atau kejadian itu sebagai satu jenayah. Saya menerima kematian ini sebagai takdir dan ketentuan. "Allah telah mengambilnya dan ini adalah ujian yang saya perlu lalui," katanya.

Penghormatan Tulus Terhadap Mangsa MH370, MH17 Dari Pusat Cuci Kereta
PASIR GUDANG: Empat tahun lalu, pekerja di sebuah pusat cuci kereta di sini mengumpul besi buruk untuk membina sebuah model kapal terbang sebagai penghormatan kepada Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra yang terbang ke London untuk membincangkan kemerdekaan Malaya dengan kerajaan British.
Pesawat itu dicat dengan warna-warna Jalur Gemilang oleh pekerja di pusat cuci kereta 2A Bersatu, tetapi ia kini telah dicat semula dengan warna putih sebagai memperingati anak-anak kapal dan penumpang MH370 yang hilang dan mangsa yang terkorban dalam tragedi MH17.
Kata-kata 'MH370 & MH17 Dalam Ingatan - Al-Fatihah' tertera di badan model pesawat tersebut.
"Dua tragedi ini adalah dua titik hitam dalam sejarah negara dan akan sentiasa diingati bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.
"Kami sedang melakukan sebahagian kecil yang kami mampu untuk memperingati semua mangsa yang terlibat dalam tragedi MH370 dan MH17," kata Hamle Amartermin, 36, pengurus pusat cuci kereta yang terletak berhampiran Taman Pasir Putih.
"Tunku pergi ke London untuk membincangkan kemerdekaan dengan British kira-kira 57 tahun lalu dan ia memberi inspirasi untuk kami mempunyai sebuah pesawat di pusat mencuci kereta ini.
"Sejak itu, Malaysia telah melalui perjalanan yang panjang sehinggalah apa yang dapat kita lihat sekarang," katanya.
Dia menambah, apabila Kerajaan mengumumkan Jumaat sebagai hari berkabung kebangsaan untuk mangsa-mangsa MH17, mereka mengambil keputusan untuk mengecat semula pesawat besi itu sebagai peringatan dan penghormatan kepada mangsa.
"Negara kita telah diuji dengan dahsyat oleh dua kejadian ini dan perpaduan telah membantu negara ini melalui kesedihan ini," katanya sambil menambah pesawat itu juga menjadi sebahagian daripada hiasan sambutan Hari Kebangsaan.
Hamle, yang mengendalikan pusat itu dengan empat saudaranya, berkata mereka tidak pernah terlepas menghias premis mencuci kereta mereka dengan Jalur Gemilang dan pelbagai bendera negeri.
"Kami menerima ramai pengunjung asing yang mengambil gambar kapal terbang dan hiasan kerana kedai kami menonjol dari yang lain. Kami mahu menunjukkan kepada mereka bagaimana bangga kita sebagai rakyat Malaysia," katanya sambil menambah premis itu telah memenangi pelbagai anugerah kebangsaan kerana hiasannya.
TOP
Orang Ramai Di KLIA Diminta Datang Tepat Pada Hari Penerimaan Jenazah MH17
KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menasihatkan orang ramai dan penumpang menggunakan KLIA dan KLIA2 memastikan mereka tiba tepat mengikut waktu dijadualkan di lapangan terbang itu pada hari istiadat penghormatan penerimaan jenazah MH17, Jumaat ini.
MAHB berkata istiadat itu dijadual bermula kira-kira 6 pagi dan berakhir kira-kira 1 tengah hari dan membabitkan jalan-jalan utama menghala ke dan dari KLIA dan KLIA2.
Istiadat itu akan berlangsung di Kompleks Bunga Raya KLIA.
"Orang ramai juga dinasihatkan tidak meletakkan kenderaan di sepanjang jalan utama masuk dan keluar KLIA dan KLIA2 bagi memastikan trafik berjalan lancar bagi istiadat berkenaan," kata MAHB dalam kenyataan Rabu.
Ia berkata MAHB akan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan trafik berjalan lancar dan mengurangkan kesulitan kepada penumpang dan mereka yang menggunakan lapangan terbang tersebut.
TOP
Mr Bean Kejutkan Penduduk Shanghai, Lakon Aksi Lawak Terbaharu
DIA seorang lelaki Britain yang terkenal di serata dunia, malah lebih popular daripada pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL).
Oleh itu, tidak hairanlah apabila kemunculannya di lapangan terbang di China menimbulkan suasanan gamat dan sukar dikawal.
Individu istimewa ini adalah Mr Bean atau Rowan Atkinson - seorang lelaki yang dianggap 'bodoh' oleh semua orang di dunia ini gara-gara wataknya dalam lakonan.
Mr Bean muncul di Shanghai bagi membawak watak dalam satu iklan televisyen yang belum diketahui.
Seperti biasa, lelaki ini memakai jaket, baju putih dan tali leher merah.
Apabila Mr Bean muncul di lokasi pengambaran iklan tersebut, tiada individu yang tidak berminat terhadapnya .
Orang awam, polis bantuan, wartawan dan kru pengambaran sendiri tergila-gilakan lelaki ini - semuanya kerana ingin melihat kelibatnya yang kelakar.
Berikutan pengambaran tersebut, penduduk di China kini menunggu iklan berkenaan diterbitkan bagi mengikuti aksi lawak terbaharu lelaki terbabit.

Tapak Sampah itu Sumber Rezeki Ku
MARANG – “Dengan mengutip barang dapat dikitar semula di tapak pelupusan sampah seperti plastik, kertas, botol dan besi, pendapatan sebulan paling banyak boleh dapat sehingga RM1,500 walaupun bau di sini kurang menyenangkan."
Demikian kata Zaki Abdul Rahman, 51, yang melakukan kerja mengutip sampah untuk dikitar semula di pusat pelupusan sampah di Gong Tepas di sini.
Bapa tiga anak ini sebelum ini melakukan pelbagai kerja di kampungnya sebagai sumber rezeki, tetapi setelah menyedari harga barang kitar semula semakin mahal, dia mengambil keputusan mengutip bahan tersebut untuk dijual.
“Kalau bekerja di kampung (termasuk bertani) memang agak susah sedikit saya hendak tampung keperluan keluarga dan anak-anak. Tapi, pendapatan berbeza selepas buat kerja mengutip barang kitar semula untuk dijual,” katanya.
Zaki berkata, sewaktu mula melakukan kerja mengutip barangan kitar semula itu dia mengakui tidak tahan dengan bau busuk lebih-lebih lagi selepas hujan, namun kini ia bukanlah satu masalah yang besar lagi.
“Dulu ada juga rasa loya dan pening kepala sebab tak tahan dengan bau busuk sampah. Namun, selepas beberapa bulan bekerja saya jadi biasa dan hingga kini sudah lebih lima tahun saya mengutip barang kitar semula,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Harapan Cerah Wakil Pas Jadi MB
SEMUA sedia maklum bahawa Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sukar untuk mempertahankan jawatan beliau kerana kurang sokongan dalam Dun.
Setelah Pas kembali menyokong PR dan melantik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kini hanya tinggal masa untuk PR menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat perkenan baginda.
Proses pelantikan menteri besar ini dilihat tidak akan menghadapi masalah jika sultan memperkenankan Dr Wan Azizah menjadi menteri besar Selangor yang baharu.
Sultan mungkin memperkenankan calon tunggal PR itu kerana Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang mempunyai sokongan majoriti daripada adun PR di Selangor.
Malah, tindakan PR yang menetapkan pendirian hanya mencalonkan satu nama juga akan menjadi faktor penting kepada proses ini.
Namun, apa akan jadi jika nama Dr Wan Azizah ditolak Sultan Selangor? Siapakah yang layak dan berkebolehan untuk menggantikan Abdul Khalid bagi meneruskan pentadbiran cemerlang beliau sejak 2008.
Selain Dr Wan Azizah, PKR masih mempunyai calon alternatif bagi jawatan tersebut, individu tersebut adalah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang juga Adun Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak.
Jika nama Dr Wan Azizah ditolak, PKR pastinya akan melobi nama Azmin untuk menjadi menteri besar kerana beliau merupakan pemimpin PR Selangor yang paling senior dan berpengaruh.
PKR dilihat tidak akan mengalah dan menyerahkan jawatan menteri besar kepada Pas mahupun DAP.
Walaupun kini PKR hanya mempunyai 13 kerusi Dun berbanding 15 kerusi masing-masing oleh Pas dan DAP, PKR tidak dengan mudah menyerahkan kerusi panas tersebut kepada orang lain.
Ini kerana, Selangor merupakan negeri terkaya di Malaysia yang masih mempunyai rizab lebih RM3 bilion disebabkan pentadbiran cemerlang Abdul Khalid sejak lima tahun lalu.
Jika dilihat, ketika PR menang di Selangor pada PRU13 lalu, pemilihan Abdul Khalid sebagai menteri besar dibuat atas persetujuan semua pihak termasuk Pas.
Ketika itu Pas tidak menuntut jawatan tersebut walaupun boleh berbuat demikian kerana mempunyai kerusi lebih banyak daripada PKR dan difahamkan, Pas tidak berbuat demikian kerana masih yakin dengan kepimpinan cemerlang Abdul Khalid dalam mentadbir Selangor.
Pas rela melepaskan jawatan tersebut kerana Abdul Khalid berkhidmat cemerlang, namun dalam senario kali ini adalah berbeza kerana Abdul Khalid tidak lagi berada dalam PKR.
Adakah Pas akan terus berdiam diri ataupun akan bersuara jika keadaan memerlukan?
Pas bukannya ketandusan pemimpin untuk diketengahkan menjadi menteri besar, ini kerana Pas mempunyai Exco yang berpengalaman seperti Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi serta Dr Halimah Ali.
Isu ini akan menjadi menarik kerana selain PKR, hanya Pas sahaja yang boleh dilantik menjadi menteri besar kerana Adun DAP adalah orang bukan Islam dan bukan Melayu.
Pastinya akan berlaku krisis dalam PR jika Sultan Selangor tidak menerima nama-nama pemimpin dari PKR dan jika ini berlaku, Pas perlu berani mempertahankan hak mereka sebagai parti paling banyak kerusi dalam Dun berbanding PKR.
Jika Pas tidak berbuat demikian pengundi dan ahli akar umbi Pas akan melabel Pas sebagai takut kepada PR, walaupun mereka lebih kuat.
Walaupun mengikut perjanjian dalam PR, Selangor adalah hak PKR untuk mentadbir, sama seperti Pas memerintah Kelantan dan Pulau Pinang diperintah DAP, namun perjanjian ini boleh diubah berdasarkan keadaan semasa.
Penganalisis dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, jalan terbaik yang boleh dilakukan bagi menangani kemelut yang berlaku dalam pentadbiran Selangor adalah melalui jalan perundingan antara Adun PR dan pihak istana.
Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, UUM itu berkata, ketika ini PR dilihat seolah-olah mendesak sultan apabila hanya mengemukakan satu nama calon menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar.
Menurutnya, cara lain yang boleh diambil oleh PR adalah mengemukakan lebih daripada satu nama yang dianggap mampu mendapat sokongan majoriti.
Katanya, pelantikan menteri besar di Selangor terletak di bawah kuasa sultan sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Azizuddin berkata, menurut Perkara 53 (2) (a) undang-undang itu, baginda boleh melantik seorang Adun pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti Adun, selaku menteri besar.
Di bawah Perkara 55 (2) (a) pula, dinyatakan baginda boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan menteri besar.
Kini, semua mata tertumpu kepada Dr Wan Azizah, sama ada Sultan Selangor akan memperkenankan beliau menjadi pengganti Abdul Khalid, sekaligus menjadi wanita pertama menjadi menteri besar ataupun tidak.
Krisis perebutan jawatan ini dijangka tidak akan selesai dalam masa terdekat, sebaliknya akan terus memberi masalah kepada PR dalam usaha mereka mengembalikan kekuatan gabungan tersebut sebelum menghadapi PRU14. - Sinar Harian
TOP
30,831 Rumah Di Selangor Alami Gangguan Air
KUALA LUMPUR: Sebanyak 30,831 rumah di sebahagian kawasan wilayah Sabak Bernam dan Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air akibat kejadian pencemaran minyak diesel di Loji Rawatan Air (LRA) Bernam River Headwork, Sabak Bernam.
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata henti tugas sementara loji berkenaan terpaksa dilakukan sejak 10.40 pagi tadi, namun pihak operator loji iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd masih belum dapat memastikan pemulihan dan pengoperasian semula LRA tersebut.
Situasi itu katanya, turut menyebabkan Syabas tidak dapat menjangkakan bila bekalan air terawat dapat disalurkan semula kepada pengguna ke kawasan terjejas.
"Untuk tempoh ini, pihak Syabas akan memberi bantuan bekalan air kecemasan menerusi lori tangki dan tangki air statik sedia ada kepada pengguna mengikut keutamaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Priscilla berkata kawasan terlibat di wilayah Sabak Bernam ialah seluruh kawasan Bagan Terap, Sungai Panjang, Parit 1 hingga Parit 12 (Timur, Gambut dan Barat), Sungai Haji Dorani Hala Sawah dan Laut.
Seluruh kawasan Pekan Sabak, Batu 37 hingga Batu 40, Sekendi, Sepintas, Jalan Sekolah Sepintas, Tanjung Ketum, Kampung Baru, Tanjung Jawa, Jalan Tengah, Pekan Sungai Besar, Panchang Bedena, Tebuk Pulai, Jalan Taman Pusara, Bagan Sungai Besar, Bagan Sungai Burung dan Sungai Pulai.
Turut terlibat ialah kawasan Peket 20 hingga Peket 100 Hala Sawah dan Laut, Parit 14 hingga Parit 8 Hala Sawah dan Laut, Pasir Panjang, Batu 23, Sungai Leman, Sungai Nibong, Bagan Nakhoda Omar, Sungai Tengar, Sungai Apong, Parit Baru, Sungai Air Tawar, Sungai Lang, Tebuk Pekan, Teluk Rhu, Tebuk Jawa dan Kampung Banting.
Priscilla berkata di wilayah Hulu Selangor pula hanya melibatkan seluruh kawasan Felda Gedangsa.
Pengguna yang memerlukan maklumat tambahan boleh melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my, laman Facebook atau Twitter dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.
"Para pengguna juga boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPELaduan / pertanyaan dan hantar kepada 39222," katanya. - Astro Awani
TOP
Gerai Terkenal di Telok Kemang Hangus Terbakar
TELOK KEMANG – Sebanyak enam daripada 20 buah gerai di Dataran Sri Kemang, Telok Kemang hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
Kejadian berlaku sekitar jam 1.30 pagi itu mengakibatkan gerai makan dipantai terkenal Telok Kemang ini hangus terbakar.
Seorang mangsa, Husin Aton, 52, berkata, ini adalah kejadian kebakaran pertama berlaku di kawasan gerai Pantai Telok Kemang sejak dia mula berniaga hampir 40 tahun di situ.
“Kerugian yang dialami juga mencecah puluhan ribu memandangkan di dalam gerai ini teralu banyak barang berniaga yang disimpan,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Mohd Izwan Said berkata, struktur gerai yang di bina dengan papan menyebabkan api merebak dengan cepat.
“Walau bagaimanapun, melalui kaedah offensive, pasukan bomba berjaya mengawalnya api dengan baik.
“Di gerai berkenaan, dianggarkan hampir 30 tong gas memasak milik peniaga gerai itu dan dengan kaedah offensive kita berjaya mengawal api seterusnya mengelakkan tong gas berkenaan meletop sekaligus memburukkkan keadaan kebakaran,” katanya.
Seramai 20 anggota bomba dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang dan Port Dickson terlibat dalam operasi menyelamat ini. - Sinar Harian
TOP
Wanita Mengandung Sejak Tahun 1978
India – Wanita yang berusia 62 tahun menjadi wanita yang paling lama mengandung di luar rahim apabila bayi yang dikandungnya hampir empat dekad berjaya dibuang oleh doktor.
Wanita berkenaan, Jyoti Kumar mula hamil pada 1978 ketika dia berumur 24 tahun. Ketika itu pun doktor telah memberitahu kandungannya mempunyai peluang yang nipis untuk hidup.
Tetapi disebabkan takut untuk melakukan pembedahan, dia melarikan diri dari hospital dan mendapatkan rawatan di klinik biasa.
Selepas 38 tahun, wanita itu mula sakit di bahagian perut dan apaila mendapatkan rawatan, doktor mendapati ada tulang bayi dalam perutnya. Perkara itu diketahui setelah doktor melakukan imbasan di perut wanita berkenaan. - SiakapKeli.com
TOP
Pesawat Tambang Murah India Terbakar
NEW DELHI: Pesawat syarikat tambang murah India, IndiGo yang membawa 147 penumpang dan enam anak kapal dilaporkan terbakar ketika mendarat tetapi tiada seorang pun yang cedera.
Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan berkata Penerbangan 6E-176 dari Mumbai ke Delhi membuat pendaratan biasa di Lapangan Terbang Delhi.
Pesawat berkenaan mendarat di Delhi di landasan 27 pada pukul 12.35 petang waktu tempatan.
"Sebaik sahaja kapten menerima maklumat daripada Menara Kawalan Trafik Udara mengenai asap tebal, beliau segera mengarahkan anak kapal memindahkan semua penumpang demi keselamatan mereka. Pemindahan itu dilakukan di laluan teksi selepas pesawat mendarat dengan selamat," kata kenyataan itu.
Semua penumpang dipindahkan melalui semua pelungsur di sebelah kanan dan satu pelungsur di sebelah kiri dalam masa kira-kira 75 saat.
Syarikat penerbangan itu mengesahkan bahawa semua penumpang dan anak kapal selamat dan dibawa ke bangunan terminal.
Beberapa penumpang yang mengalami cedera ringan semasa dipindahkan diberi rawatan dan jagaan oleh pasukan lapangan terbang dan lima anggota pasukan Bantuan dan Penjagaan Keluarga (FAC).
Bagaimanapun, semua penumpang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Siasatan lanjut mengenai insiden itu sedang dijalankan.
"Keselamatan semua penumpang dan anak kapal adalah menjadi keutamaan IndiGo dan tiada kompromi sama sekali mengenai aspek keselamatan," menurut kenyataan itu. - mStar
TOP
ISIL dakwa punyai 50,000 askar
DAMSYIK - SYRIA. Pentadbiran Negara Islam pimpinan kumpulan ISIL didakwa mempunyai lebih 50,000 askar di Syria dan merekrut 6,000 ahli lagi, awal bulan lalu
Pengarah Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdel Rahman berkata, pada Julai lalu lebih 6,000 ahli baharu menyertai kumpulan terbabit.
“Jumlah mereka di Syria mencecah 50,000 orang termasuk 20,000 daripadanya bukan warga Syria. Kebanyakan mereka memasuki Syria melalui Turki,” katanya dipetik Al Jazeera.
Menurutnya, seramai 1,000 ahli baharu yang kini berada di Syria merupakan individu dari Chechnya, China, Eropah dan negara-negara Arab.
"Mereka terdiri daripada ahli kumpulan pembelot dari kalangan kumpulan-kumpulan pembangkang bersenjata, termasuk 200 dari Nusa Front iaitu sekutu al-Qaeda di Syria dengan 30,000 anggota sedang bergerak aktif di Iraq," katanya. - Sinar Harian
TOP
Malaysia belasah Singapura 10-0
MALAYSIA berjaya membenam Singapura 10-0 pada perlawanan akhir Kejohanan Hoki Sekolah Asia kali ke-4 di Stadium Azlan Shah di sini, semalam, lapor NOOR’AINON MOHAMED YUSOF.
Pasukan negara memulakan pesta gol seawal minit ketiga menerusi pemain Nik Muhd Aiman Nik Rozemi yang merembat bola masuk untuk gol sulung negara.
Gol kedua negara disusuli pada minit ke lima menerusi Mawardi Hamirin yang disempurnakan melalui pukulan sudut penalti.
Kegembiraan skuad negara tidak berakhir apabila kapten pasukan, Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran menerima anugerah sebagai pemain terbaik manakala, Muhd Hafizudin Zaidi pula sebagai pemain terbaik akhir perlawanan.
Nik Muhd Aiman turut dinobatkan sebagai penjaring terbanyak bersama Muhd Zulhamizan Awang Abas.
Dalam pada itu, pemain Thailand, Suriphong Jonhjum pula dipilih sebagai penjaga goal terbaik. Piala kejohanan disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan.
Hadir sama, Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan, Ee Hong dan Naib Presiden Hoki Malaysia, Datuk Abd Rahim Mat Ariff.- Sinar Harian
TOP
PSG Pintas United
PARIS Saint-Germain (PSG) dilaporkan sedang memintas Manchester United untuk mendapatkan pemain tengah Real Madrid, Angel Di Maria.
Khabar angin itu dikuatkan dengan kenyataan pengendali Real, Carlo Ancelotti bahawa Di Maria akan lebih bernasib baik jika berada di Perancis.
United kini berada dalam tekanan untuk mendapatkan pemain baharu ketika tempoh pemindahan semakin suntuk.
Ketua Eksekutif United, Ed Woodward sebelum ini berkata, kelab itu mempunyai kuasa kewangan untuk membeli sesiapa sahaja yang mereka mahukan.
Bagaimanapun, perbelanjaan sebanyak £100 juta (RM526 juta) yang perlu dikeluarkan dalam tempoh tiga tahun untuk Di Maria dianggap terlalu mahal.
Dalam pada itu, akhbar sukan Sepanyol melaporkan Di Maria kini berada di ‘pintu keluar’ untuk meninggalkan Madrid. - Sinar Harian
TOP
Wenger Kritik Pengadil
PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger berang dengan mutu pengadilan sepanjang aksi play-off Liga Juara-Juara menentang Beskitas di Istanbul, awal pagi semalam.
Pada perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan itu, pengadil kelahiran Serbia, Milorad Mazic mengarahkan pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey keluar padang selepas memperoleh kad kuning kedua namun bagi Wenger, tindakan itu tidak wajar.
Menurutnya, Ramsey tidak melakukan sebarang kesalahan serius dan mendakwa Mazic gagal menggunakan budi bicara sebelum menghukum pemain dari Wales itu.
"Ramsey tidak layak terima dua kad kuning kerana kesalahan yang kecil. Saya anggap ia sebagai situasi yang luar biasa.
"Apa pun, prestasi pengadil di babak kedua amat buruk kerana tiada kesalahan dilakukan pemain Besiktas dikenakan hukuman," ujar Wenger.
Kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi pada aksi timbal balik di Emirates, Khamis depan. - Sinar Harian
TOP
Shila Amzah Mohon Maaf
KECOH seketika dunia seni tempatan apabila penyanyi manis ini memuat naik gambar kata-kata seorang peminat yang mengkritik persembahan konsertnya di Shanghai menerusi laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.
Gambar dimuatnaik dengan kapsyen 'Me-layu' itu dianggap merendahkan martabat orang Melayu sehingga Nurshahila Amir Amzah ini dihentam teruk segelintir peminatnya.
Kesan daripada tindakkannya itu, peminatnya bertikam lidah di laman sosial tersebut sehingga ada yang melabelkan dia lupa daratan.
Tetapi tidak semua menghentam, masih ada yang menyokong juara program realiti Asian Wave 2012 ini dengan memberikan kata-kata semangat supaya menganggap kritikan itu sebagai dugaan menjadi anak seni.
Bagaimanapun, penyanyi yang dikenali sebagai Shila Amzah ini tidak mahu perkara itu berterusan dan mengakui kesilapan yang dilakukan.
Dengan harapan menjernihkan keadaan, Shila memberikan penjelasan.
Menerusi laman sosial tersebut, Shila menerangkan apa maksud sebenar 'Me-layu'.
Katanya, dia tidak bermaksud mahu menjatuhkan martabat orang Melayu sebaliknya, dia sudah layu dengan semua komen seumpama itu.
"Sha tak pernah mendongak langit dengan apa yang Sha capai. Semua berkat usaha Sha, family, my team and doa dan sokongan ibu bapa and para peminat. The reason why i posted that caption 'Me-layu' earlier sebab Sha memang dah layu dengan comments yang macam ni, yang tak tahu hujung pangkal, i do understand tak semua orang boleh suka kita... I'm sorry for the misunderstanding," katanya. - Sinar Harian
TOP
Ngeri - Seorang lelaki telah dilanggar keretapi.
Ngeri.
Seorang lelaki telah dilanggar keretapi. Yang ajaibnya, dia masih hidup walau yang tinggal hanyalah bahagian atas badannya.
Ajal belum tiba.
Seorang lelaki telah dilanggar keretapi. Yang ajaibnya, dia masih hidup walau yang tinggal hanyalah bahagian atas badannya.
Ajal belum tiba.
Post by Wikipedia Rakyat.
TOP
BP Healthcare Lancar Monitor Tekanan Darah IOS Dan Android
KUALA LUMPUR: BP Healthcare Group (BPHG), penyedia penjagaan kesihatan bersepadu terkemuka, melancarkan monitor tekanan darah Bluetooth yang dilengkapi Sistem Operasi Internetwork (iOS) dan Platform Android.
BPHG berkata monitor tekanan darah tanpa wayar itu memudahkan pengguna untuk membuat bacaan sendiri dan menghantar data terus kepada doktor melalui peranti mudah alih pintar.
Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Chevy Beh berkata BPHG menambah perkhidmatan baharu untuk menerima bacaan tekanan darah melalui e-mel daripada pesakit, dan sambutannya sangat baik.
Peranti itu juga membantu pesakit mengurangkan perjalanan ke klinik, sekali gus menangani masalah kesesakan lau lintas serta barisan panjang, untuk melakukan pemeriksaan tekanan darah biasa di hospital," kata Beh menerusi satu kenyataan.
Memandangkan ia serasi dengan IOS dan Android, Meter Tekanan Darah BP itu boleh dikongsi oleh mereka yang menggunakan telefon bimbit, komputer riba, atau peranti skrin sentuh yang menggunakan platform berbeza.- mstar
TOP
'Kuch Kuch Hota Hai' Memori Terbaik Kajol
Kajol yang pertama kali berkunjung ke Malaysia cukup teruja dengan keramahan peminatnya yang disifatkan cukup sopan.
KUALA LUMPUR: Aktres terkenal Bollywood, Kajol mengakui filem lakonannya bersama Shah Rukh Khan iaitu Kuch Kuch Hota Hai (KKHH) pada 1998 adalah memori terbaiknya sepanjang bergelar pelakon. Kajol, 40, berkata, sehingga ke hari ini filem berkenaan bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepadanya tetapi juga peminat KKHH yang masih meminati karya tersebut sehingga ke hari ini. "Kuch Kuch Hota Hai adalah sebahagian daripada hidup saya dan ia bukan sekadar filem tetapi adalah memori terbaik dalam hidup saya. "Sehingga ke hari ini perasaan seronok berada di set penggambaran bersama pelakon-pelakon lain dapat dirasai dan amat bersyukur ia masih kekal dihati peminat," katanya. Kajol berkata demikian ketika sesi temubual bersama pelakon Lisa Surihani sempena pelancaran saluran Astro Box Office (ABO) BollyOne HD 251 di Hotel JW Marriot di sini pada malam Rabu.
Kajol kelihatan ceria ketika ditemubual oleh pelakon Lisa Surihani.
Tambah Kajol, dia tidak dapat membayangkan pelakon wanita lain melakonkan watak Anjali dalam KKHH selain daripada dirinya kerana peranan itu dekat dihatinya. Dalam pada itu, Kajol berkata, ini adalah kunjungan kali pertamanya ke negara ini dan cukup teruja dengan keramahan peminat yang disifatkan cukup sopan. Bagaimanapun kedatangan julung kalinya itu tidak ditemani oleh suaminya aktor Ajay Devgan. "Sejak saya sampai ke Kuala Lumpur ramai peminat yang menyapa dan melambai ke arah saya. "Paling saya hormati mereka peramah dan paling penting penuh sopan santun," ujarnya. Sementara itu, mengulas mengenai pelancaran saluran Astro Box Office (ABO) BollyOne HD 251 yang mengkhususkan penyiaran program eksklusif dari Bollywood, Kajol berkata, ia satu tindakan baik selain memberi peluang kepada peminat yang menggemari filem daripada India.
Kajol melancarkan saluran Astro Box Office (ABO) BollyOne HD 251 yang mengkhususkan penyiaran program eksklusif dari Bollywood.
Jelas Kajol, keunikan filem-filem dari Bollywood yang penuh warna membuatkan penonton menggemarinya dan yakin saluran itu akan mendapat sambutan hangat. "Peminat filem Bollywood pasti akan teruja dengan saluran itu dan saya yakin ia akan mendapat sambutan hebat. "Biarpun berbeza bahasa namun penonton masih boleh meminati karya-karya dari India kerana ia istimewa dan penuh warna," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Kajol berkata, dia bakal memasuki set penggambaran filem terbaharunya terbitan suaminya dengan membawakan watak isteri mafia. Selain itu, Kajol akan kembali bergandingan dengan Shah Rukh Khan menerusi sebuah filem arahan Rohit Shetty. Selain KKHH, Kajol juga popular menerusi filem seperti Dilwale Dulhania Le Jayenge, Kabhi Kushi Kabhi Gham dan My Name Is Khan.- mstar

KRU Tunggu Johan Raja Lawak Tiga Tahun
Johan memegang watak sebagai Ribbit
PETALING JAYA: Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim terpaksa menunggu selama tiga tahun untuk mendapatkan persetujuan bekerjasama dengan pelawak Johan (Raja Lawak) dalam filem terbitan syarikatnya. Bagaimanapun, Norman berkata, dia gembira apabila pelawak tersebut menerima tawaran untuk menjayakan filem animasi Ribbit yang merupakan filem paling sesuai untuknya berikutan ia hanya mengambil masa yang singkat dalam proses memasukkan suara. "Susah untuk mendapatkan Johan kerana dia terlalu sibuk dan terikat dengan komitmen Era FM dan Astro. Sudah tiga tahun kami tunggu dia untuk bekerjasama dengan mana-mana filem terbitan KRU Studios. "Saya gembira akhirnya dia setuju dengan tawaran filem Ribbit kerana filem ini hanya memerlukan dia meluangkan masa dua atau tiga hari sahaja untuk masukkan suara," ujarnya ketika ditemui sebelum tayangan filem Ribbit di TGV One Utama, di sini, pada malam Selasa lalu.
Antara pelakon-pelakon yang menjayakan Ribbit. Tambah Norman, dia tidak menafikan populariti dan pengaruh pelawak tersebut menjadi fakor utama dia dipilih untuk memegang karekter utama iaitu Ribbit. Katanya, Johan juga mempunyai bakat sebagai pelawak dan pelakon yang boleh menjadikan sesebuah karekter tersebut lebih baik. "Johan punya pengaruh dan bakat yang boleh adlib sesuatu karekter itu menjadi lebih baik. Cara dia ketawa sahaja orang sudah tahu itu adalah dia, jadi kami tahu dia boleh buat magis untuk karekter ini," ujarnya. Dalam pada itu, Johan berkata, dia menolak beberapa filem yang ditawarkan oleh KRU Studios sebelum ini kerana tidak dapat memberi komitmen dengan penggambaran yang akan dijalankan. Katanya, ketika tawaran dibuat dia baharu sahaja memulakan kerjaya sebagai penyampai radio di Era FM dan memerlukannya memberi komitmen terhadap radio tersebut. "Memang sudah tiga tahun dia cuba mendapatkan saya, ketika itu saya baru sahaja terikat dengan radio. Jadi, saya tidak mahu terikat dengan komitmen yang berat seperti filem "Penggambaran filem akan mengambil masa yang panjang dan ia tidak menjamin waktu rehat saya. Bagaimanapun, bila kebetulan Norman mahu buat filem Ribbit, saya rasa ini peluang yang sesuai untuk saya bekerjasama dengannya," ujarnya. Tambah Johan, filem Ribbit terbitan Kartun Studios ini juga merupakan filem animasi pertamanya sepanjang bergelar pelakon dan pelawak. "Saya bangga dan berbesar hati apabila terlibat dalam filem ini serta seronok dapat bekerjasama dengan produksi ini, "Untuk filem ini, saya perlu berada di studio selama dua hari bagi menjalani proses rakaman suara," ujarnya. Sementara itu, katanya, cabaran utama adalah bercakap mengikut situasi dan pergerakan kartun tersebut. Kata Johan, pengarah filem ini iaitu Mamat Khalid memberi kebebasan kepadanya untuk memberi idea dan menambah skrip tersebut mengikut kesesuaian. "Cabaran yang saya hadapi adalah cabaran yang menyeronokkan kerana saya perlu bergantung dan ikut perbuatan serta situasi kartun itu, namun ia tak menjadi masalah buat saya," ujarnya. Filem Ribbit mengisahkan seekor katak yang mengalami krisis identiti mengembara di hutan dalam pencarian hidupnya yanh sebenar. Filem ini bakal menemui penonton pada 4 September depan dan bakal ditayangkan dalam format Stereoscopic 3D di pawagam-pawagam terpilih. Ia juga mendapat tempahan melebihi 80 buah negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia, Jerman, Jepun, China dan Korea Selatan yang akan dialih bahasa ke bahasa tempatan negara berkenaan. Bagi versi Bahasa Malaysia ia diarahkan oleh Mamat Khalid dan turut menampilkan suara-suara artis tempatan lain seperti Elfira Loy, Awie, Datuk Aznil Nawawi, Izzue Islam, AR Badul dan Sharifah Sakinah.- mstar

Perempuan Bogel Punca Jem Teruk Di Jalan Kuching Malam Tadi
Sesiapa yang melalui Jalan Kuching dekat Batu Caves, malam tadi terpaksa menempuh kesesakan jalan raya teruk yang biasanya disebabkan kemalangan.
Namun kesesakan tersebut sebenarnya bukanlah disebabkan alasan biasa tetapi berlaku apabila pemandu memperlahankan kenderaan untuk melihat seorang wanita yang berbogel di bahu jalan.
Kejadian ini turut disaksikan juru gambar Rakyat Post yang sempat merakam wanita tersebut yang cuba ditenangkan oleh pihak polis.
Difahamkan wanita tersebut pada mulanya berjalan dalam keadaan lengkap berpakaian sebelum mula menanggalkan baju lalu duduk dan menyanyi. Sebab musabab wanita tersebut berkelakuan begitu buat masa ini masih belum diketahui. Bagaimana pun kami pasti manusia normal tidak akan bertindak mengaibkan diri sendiri begini melainkan dia kurang waras atau berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah. - REM RAMZI / MYNEWSHUB.MY

Speaker Maklumkan Kekosongan Kerusi DUN Pengkalan Kubor Kepada SPR Secepat Mungkin
KOTA BAHARU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Abdullah Ya'kub akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubor kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secepat mungkin.
Beliau berkata pihaknya masih menunggu pengesahan rasmi mengenai kematian Adun berkenaan Datuk Noor Zahidi Omar awal pagi Rabu.
"Buat masa ini kita fokus kepada proses membawa balik jenazah ke tanah air kerana Allahyarham meninggal dunia di luar negara.
"Namun jika jenazah dibawa pulang hari ini dan kita mendapat sijil kematian, kita akan segera memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan DUN berkenaan selewat-lewatnya esok," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Surat warta kekosongan perlu dihantar ke SPR bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari selepas ia diwartakan.
Noor Zahidi, 57, meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, hari ini.
Allahyarham yang menjadi Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno bahagian Tumpat selama empat penggal meninggal dunia pada 5.45 pagi.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Beliau berkata berita mengenai kematian Noor Zahidi dimaklumkan kepadanya oleh keluarga Allahyarham pagi tadi.
"Saya dimaklumkan sebelum waktu Subuh oleh keluarga Allahyarham sendiri dan kita mengucapkan takziah kepada keluarga beliau atas pemergiannya itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya mengharapkan segala perkhidmatan Allahyarham sebagai Adun Pengkalan Kubor dihargai.- mstar
TOP
Enam Penjawat Awam Antara 13 Yang Ditahan Beri Rasuah
KUANTAN: Sebanyak 13 individu ditahan di negeri ini atas kesalahan menawarkan rasuah kepada pihak berkuasa untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang atas pelbagai kesalahan dalam tempoh Januari hingga Jun lepas.
Pemangku Pengarah Penolong Kanan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Zainul Darus berkata daripada jumlah itu enam individu merupakan penjawat awam manakala tujuh lagi merupakan orang awam.
"Kesemua individu itu menghadapi 16 pertuduhan dan didakwa di mahkamah atas kesalahan memberi atau menawarkan rasuah.
"Tujuh orang mengaku bersalah manakala enam lagi tidak mengaku salah dan minta dibicarakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini, Rabu.
Sementara itu Zainul berkata, pihaknya turut mengalu-alukan kerjasama orang awam bagi membantu menyalurkan maklumat untuk membanteras gejala rasuah daripada berleluasa.
"Saya percaya dengan kerjasama dan bantuan masyarakat dalam menyalurkan maklumat kepada SPRM dapat mengekang amalan pemberian rasuah ini," katanya.- mstar
TOP
Jenazah Mangsa Runtuhan Konkrti MRT Diterbangkan Ke Bangladesh
KUALA LUMPUR: Jenazah ketiga-tiga mangsa runtuhan kejadian blok konkrit landasan projek Mass Rapid Transit (MRT) dijangka diterbangkan ke Bangladesh pada Khamis.
Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp Amir Mahmood Razak berkata kesemua waris dan keluarga mangsa di Bangladesh telah dihubungi dan akan menyambut ketibaan jenazah.
"Jenazah mangsa akan diterbangkan esok pagi sebaik saja MRT mendapat kelulusan untuk dibawa pulang ke sana daripada Kedutaan Bangladesh di sini," katanya.
Dalam kejadian malam Isnin lepas, tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh maut akibat dihempap landasan konkrit seberat 650 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia di Kota Damansara pada 8.30 malam.
Pekerja terbabit ialah Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.
Amir Mahmood berkata pihak pengurusan MRT mengadakan majlis Tahlil malam semalam dan akan mengadakan solat jenazah ghaib esok di kawasan penempatan pekerja MRT, berhampiran dengan kejadian lokasi.
"Pihak pengurusan MRT telah diberi tempoh seminggu oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat untuk melengkapkan siasatan dan kini penyiasat daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan turut sama menyiasat punca sebenar kejadian runtuhan konkrit itu," katanya. - mstar
TOP
400 Kakitangan Kastam Terlibat Ops Pacak Banteras Rokok Haram
KUALA LUMPUR: Seramai 400 kakitangan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja kini terlibat dalam operasi membanteras penyeludupan rokok haram di kawasan panas yang dikenalpasti di seluruh negara, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad.
Tambah beliau, operasi khas itu yang dinamakan 'Ops Pacak' telah dilancarkan Khamis lalu di seluruh negara di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan panas pengedaran, jualan dan penyeludupan.
“Buat masa ini, pihak Kastam telah mengenalpasti 35% daripada rokok yang dijual di negara kita adalah rokok kontraban atau barangan gelap dan sasaran kita ialah untuk mengurangkannya kepada 30%,” ujar beliau.
Operasi ini, menurut beliau lagi akan berlangsung selama sebulan bermula di kawasan popular iaitu Chow Kit dan Kampung Baru di sini.
“Kami juga telah mengenalpasti Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak sebagai negeri-negeri yang paling tinggi dengan penjual rokok kontraban,” katanya.
Jelas Khazali, Ops Pacak ini adalah susulan kepada kejayaan operasi sebelum ini iaitu Ops Outlet, yang menyaksikan pihak Kastam menyerbu 8,320 outlet menjual rokok haram dan merampas rokok dengan nilai jualan RM11.72 juta dan nilai duti berjumlah RM97.06 juta.
Operasi itu berlangsung antara Januari hingga 12 Ogos.
Khazali turut mendedahkan yang mereka telah menahan 923 orang sepanjang operasi Ops Outlet dengan 242 orang daripada mereka telah pun didakwa manakala 37 lagi dipenjarakan.
“Ops Outlet telah berjaya mengurangkan permintaan ke atas rokok haram sebanyak 3.1%, yang bersamaan dengan 200 juta batang rokok,” kata Khazali lagi.
Menurutnya, rokok haram yang diseludup ini telah menjejaskan kutipan cukai sehingga RM1.9 bilion.
Khazali juga memaklumkan walaupun operasi pihak kastam lebih tertumpu kepada penyeludup dan penjual tetapi mereka yang ditangkap membelinya juga berhadapan dengan risiko didakwa.
Di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, mereka yang ditahan menjual barangan kontraban berhadapan dengan hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda sehingga 20 kali ganda daripada nilai barangan yang dirampas atau kedua-duanya sekali.
Sesiapa yang memiliki maklumat mengenai penjualan atau aktiviti rokok haram atau kontraban boleh menghubungi talian berikut;
1-800-888-855.- mstar
TOP
Felda Optimis Jadi Hab Pengerluaran Gula Bertapis Di Asia Pasifik
BUTTERWORTH: Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yakin MSM Malaysia Holdings Bhd menjadi hab pengeluaran gula bertapis bagi rantau Asia Pasifik yang membolehkan Malaysia menjadi peneraju dalam industri ini.
Beliau berkata, pihak pengurusan juga amat proaktif dalam mencari inisiatif baru untuk memajukan lagi syarikat dan ruang perniagaan melalui penggabungan dan pengambilalihan syarikat berpotensi tinggi dalam aktiviti perniagaan gula dan hiliran berkaitan gula.
"Pemilikan syarikat baru yang strategik melalui proses bukan organik ini sangat penting untuk meletakkan MSM setanding dengan syarikat lain di peringkat antarabangsa," katanya dalam ucapannya di majlis perasmian surau dan majlis hari raya, di sini, Rabu.
Mohd Isa berkata, MSM yakin akan terus berkembang di peringkat global dengan sasaran untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran gula bertapis kepada empat juta tan metrik menjelang 2020 daripada 1.25 juta tan metrik.
"Kita bukan sekadar mahu menjadi jaguh kampung, bahkan ingin menawan dunia dengan jenama dan produk gula MSM. Terbaru, syarikat mempunyai cadangan membina kilang penapisan gula di Johor.
"Kilang baharu ini, sekiranya berjaya direalisasikan, pasti akan membawa pelbagai manfaat dan kebaikan kepada syarikat khususnya serta pembangunan ekonomi negara amnya," katanya.
Pada Mei lepas, MSM, anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Al-Khaleej International Ltd (AKI) bagi membangunkan kilang gula serba canggih di Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kos pembangunan, termasuk sebuah kompleks logistik dan terminal kapal dianggarkan mencecah antara RM811.57 juta hingga RM876.42 juta dan ia dijangka siap menjelang 2016.
Mohd Isa berkata, MSM antara penyumbang utama kepada keuntungan FGV telah memperoleh hasil RM2.2 bilion dengan keuntungan bersih RM254 juta pada 2013.
"MSM juga telah menguasai 57 peratus daripada pasaran gula tempatan manakala pasaran eksport hampir 20 peratus daripada pengeluaran gula MSM," katanya.- mstar
TOP
Dua kakitangan Hospital Pitas Ditahan Kes Penipuan Pinjaman Koperasi
KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah memberkas dua kakitangan Hospital Pitas kerana disyaki memalsukan cap dan tandatangan bagi tujuan mendapatkan pinjaman wang daripada cawangan sebuah koperasi, Isnin lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah, Superintendent Saiman Kasran berkata pihak Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibupejabat Polis Daerah Kudat menahan kedua-dua lelaki terbabit yang berumur 38 dan 44 tahun di hospital itu.
"Hasil siasatan terhadap kedua-dua suspek, pihak polis telah menjumpai dan merampas satu cap Hospital Pitas, satu cap Pengarah Hospital Kota Marudu, satu cap peribadi Pengarah Hospital Pitas, dua cap Pegawai Perubatan Hospital Kota Marudu, satu cap Pembantu Tadbir Hospital Kota Marudu, dua cap Salinan Disahkan Benar dan satu Stamp Pad daripada kedua-dua suspek tersebut," katanya.
Saiman di dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, kedua-dua suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata polis menerima laporan yang dibuat oleh Pengarah Hospital Pitas yang juga seorang doktor di hospital itu pada 13 Ogos lepas mendakwa tandatangan, cap peribadi dan cap pihak Hospital Pitas telah dipalsukan bagi tujuan mendapatkan pinjaman wang daripada cawangan sebuah koperasi di Kota Kinabalu.
Saiman berkata tujuan pihak pengurusan Hospital Pitas membuat laporan itu kerana dikhuatiri cap-cap berkenaan akan disalahgunakan oleh pihak lain.
Di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, seseorang itu boleh dihukum penjara antara setahun sehingga 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - mstar
TOP
Edar Dadah: Pekerja Cuci Kereta Dihukum Gantung Sampai Mati
ALOR SETAR: Seorang pekerja kedai mencuci kereta dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah mengedar 27.5 gram dadah tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhi hukuman itu terhadap A.Nagendran, 28, setelah mendapati keterangan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Beliau berkata dalam keterangan bela dirinya, tertuduh mengatakan kad pengenalannya diambil dari dalam poketnya dan bukannya dijumpai di dalam beg yang mempunyai dadah.
"Mahkamah memanggil saksi-saksi untuk menyokong keterangan tertuduh, namun keterangan pembelaan tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah,"katanya pada Rabu.
Nagendran didakwa mengedar 21.4 gram heroin dan 6.1 gram monoacetylmorphines di rumah beralamat 58 Jalan Belakang Hospital, Sungai Petani pada 5 Jan 2013 pukul 12.10 tengah hari.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum menurut Seksyen 39B(2) Akta sama yang membawa hukuman matimandatori.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ayu Rohaiza Khazali manakala tertuduh diwakili peguam bela RSN Rayer. - mstar
TOP
Seorang Lelaki Ditembak Ketika Sedang Makan Malam
Seorang lelaki Cina berumur 49 tahun ditembak oleh seorang lelaki ketika menghadiri jamuan makan malam di Dewan Kuitien, Ayer Tawar pada Selasa.
IPOH: Seorang lelaki berusia 49 tahun ditembak ketika makan malam kuil di Dewan Kutien di Ayer Tawar, 70 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, insiden berlaku pada Selasa,7.40 malam apabila seorang penyerang yang tidak dikenali masuk ke dewan dan melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa. "Mangsa mengalami kecederaan di lengan sebelah kanan. "Dia dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan ," jelasnya. Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan sehingga kini masih belum menemui motif tembakan itu dilakukan. Katanya, kes ini klasifikasikan sebagai cubaan membunuh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.- mstar

MH17: Waktu Bertafakur Seminit Antara 10.45 Hingga 11.15 Pagi Jumaat - Shabery
Ahmad Shabery Cheek.
PUTRAJAYA: Waktu bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 sempena istiadat penerimaan jenazah mangsa tragedi itu Jumaat ini adalah antara 10.45 hingga 11.15 pagi. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata selain hadirin di lokasi istiadat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), orang ramai yang tidak dapat hadir turut diminta bertafakur sebagai tanda penghormatan terakhir. "Kita minta rakyat semua bertafakur walaupun di mana mereka berada... di rumah, di pejabat, di sekolah dan kenderaan juga diminta berhenti seketika pada waktu berkenaan. "Kita akan maklumkan melalui siaran radio dan televisyen waktu untuk setiap orang bersedia untuk bertafakur selama seminit. Bagi beragama Islam boleh membaca al-Fatihah dan bukan Islam berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing," katanya dalam sidang media Istiadat Penerimaan Jenazah Warga Malaysia Tragedi MH17 di sini hari ini. Sidang media itu diadakan bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.- mstar

Remaja 15 Tahun Rogol Ibu Kandung Ditahan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun selepas dipercayai merogol ibunya pada Rabu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian itu berlaku di rumah mangsa di Cheras di sini.
Menurutnya, dalam kejadian itu, ibu mangsa yang bekerja sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan pulang dalam keadaan mabuk sebelum tertidur di bilik anaknya.
"Wanita itu mendakwa tersalah tidur di dalam bilik anaknya selepas pulang kerja dalam keadaan mabuk.
"Selepas beberapa jam tertidur, dia menyedari anak lelakinya dalam keadaan bogel diatasnya," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Khairi memberitahu, terkejut dengan tindakan anaknya, mangsa bertindak memukul remaja terbabit sebelum membuat laporan polis.
"Siasatan awal polis mendapati, sebelum merogol ibunya, suspek telah melayan beberapa bahan lucah menerusi telefon bimbit.
"Suspek telah ditahan selepas laporan polis dibuat , manakala mangsa dihantar ke Pusat Perbuatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk pemeriksaan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.- mstar
TOP
Polis Tumpas 'Geng Nose' Aktif Samun Kedai Serbaneka
SHAH ALAM: Polis menumpaskan 'Geng Nose' yang disyaki terbabit dalam beberapa kes samun kedai serbaneka 24 jam sekitar Lembah Klang, dengan penahanan empat anggota geng itu dalam dua serbuan di Kampung Padang Jawa di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias berkata siasatan terhadap suspek berumur antara 20 hingga 33 tahun itu mendapati mereka melakukan kegiatan samun kedai serbaneka 24 jam sejak dua tahun lepas.
"Berikutan tangkapan tersebut, polis merampas beberapa barangan yang digunakan untuk menyamun seperti topi keledar, parang, dan jaket.
"Kami masih menjejaki lagi empat orang anggota kumpulan "Geng Nose" yang masih bebas," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini, Rabu.
Katanya, kesemua suspek ditahan reman lima hari bermula hari ini untuk siasatan.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Azisman berkata polis berjaya menyelesaikan 15 kes pecah rumah di sekitar Shah Alam apabila berjaya menahan seorang suspek berusia 30-an di Klang pada Isnin lepas.
Katanya, suspek diberkas kira-kira pukul 1.30 tengah hari apabila ditahan ketika memandu sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan dan hasil soal siasat membawa kepada penemuan sebuah kereta jenis Proton Satria yang dipercayai digunakan untuk melakukan kes pecah rumah.
"Suspek juga membawa polis ke beberapa buah kedai pajak gadai di kawasan Klang yang dipercayai membeli kesemua barang curi daripada suspek," katanya.
Azisman berkata modus operandi suspek adalah bergerak secara bersendirian dan menyasarkan pangsapuri dan kondominium yang tidak berpenghuni bagi melakukan kegiatan pecah rumah.
Katanya, suspek yang telah berumahtangga dan mempunyai dua rekod jenayah lampau dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah sejak lima tahun lepas.- mstar
TOP
MH17: Jenazah Warga Malaysia Dipindahkan Berhampiran Lapangan Terbang Schiphol
Kenderaan yang membawa waris penumpang MH17 mula bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol ketika ditemui di Hotel Novotel Den Haag di The Hague pada Rabu. Waris akan pulang secara berperingkat bermula hari ini dan esok untuk menunggu ketibaan Pesawat Khas MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.
THE HAGUE: Dua belas jenazah mangsa nahas Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah dipindahkan pagi Rabu ke sebuah rumah penyimpanan mayat berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol sebagai persediaan sebelum dibawa pulang ke Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong berkata jenazah itu yang sebelum ini disimpan di rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage, dipindahkan sejak 9.45 pagi. Lima lagi jenazah mangsa beragama Islam juga dijangka dipindahkan sejurus selesai solat jenazah yang dijadualkan pada 6 petang Rabu, katanya. "Tujuan proses pemindahan ini bagi memudah dan melicinkan proses memuat masuk 17 jenazah yang diletakkan dalam keranda dan tiga jenazah (yang telah dibakar) dalam bekas abu ke dalam pesawat khas MAS untuk diterbangkan pulang dari Netherlands pada 2 petang Khamis," katanya kepada wartawan Malaysia. Katanya ia juga bagi mengelak situasi tidak dijangka memandangkan lokasi rumah mayat asal terletak kira-kira 26 kilometer dari lapangan terbang. Dr Wee berkata kumpulan pertama 20 jenazah itu dijangka dimasukkan ke dalam pesawat pada awal pagi Khamis dalam jangkaan masa dua jam. Sementara itu, beliau berkata dua lagi jenazah mangsa beragama Buddha dan Kristian akan dibakar di rumah mayat Monuta Innemee, namun tidak sempat menyertai penghantaran kumpulan pertama jenazah berkenaan. Jelasnya, ini kerana, sekurang-kurangnya 48 jam diperlukan untuk menguruskan jenazah berkenaan sebelum melalui proses mendapat kelulusan pihak berkuasa Belanda untuk diserah kepada kerajaan Malaysia. Mengulas lanjut tentang status kumpulan kedua jenazah yang dijangka dihantar pulang pada 24 Ogos, Dr Wee berkata bilangannya bergantung kepada proses yang perlu dilalui termasuk kelulusan pihak berkuasa Belanda. Beliau berkata masih terlalu awal untuk mengenal pasti berapa jumlah sebenar jenazah dalam kumpulan kedua ini kerana proses mengenal pasti mayat masih dijalankan di Kem Perubatan Tentera Hilversum, dekat sini. Dr Wee menjelaskan mana-mana jenazah warga Malaysia yang dikenal pasti perlu melalui lima proses iaitu mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran mengeksport jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda untuk sama ada dikebumi atau dibakar. Setakat ini, 28 rakyat Malaysia mangsa nahas MH17 telah dikenal pasti, lapan daripada jenazah berkenaan belum mendapat pelepasan daripada pihak berkuasa Belanda untuk dibawa pulang ke Malaysia. Penerbangan MH17 membawa 298 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai. Selain 43 warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.- mstar

Perlis Sasar Pelaburan RM10 Bilion Di Lembah Chuping
KANGAR: Kerajaan Negeri Perlis menyasarkan untuk menarik pelaburan domestik dan antarabangsa RM10 bilion ke Lembah Chuping yang akan dibangunkan tidak lama lagi.
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man (BN-Pauh) berkata usaha menarik pelaburan ke Lembah Chuping sedang giat dilaksanakan dengan bantuan agensi-agensi kerajaan pusat.
Pembangunan Lembah Chuping dijangka menawarkan lebih 16,000 peluang pekerjaan, katanya menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Tambun Tulang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, mengenai hala tuju visi dan wawasannya selama 14 bulan menerajui Perlis.
Katanya dasar, strategi dan pelan tindakan visi 'Perlis Maju 2015' dan 'Perlis Negeri Bandaraya 2030' selari dengan misi nasional seperti Bidang KeberhasilAN Utama Negara (NKRA), Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Rancangan Lima Tahun, Dasar Perbandaran Negara (DPN) dan Rancangan Fiskal Negara (RFN).
"Sejak mengetuai pentadbiran negeri saya berusaha melaksanakan pembaharuan untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan antaranya mempercepatkan kelulusan pecah bahagian tanah, menubuhkan Jawatankuasa 1Perlis Bersih yang memantau kebersihan sungai, tali air dan premis perniagaan serta mengamalkan disiplin pengurusan kewangan yang tegas," kata Azlan.
Kepada soalan Asmaiza Ahmad (BN-Chuping) berhubung tindakan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah penanaman pokok ketum dan penjualan air ketum, Menteri Besar berkata antara usaha dilaksanakan bagi mengekang penanaman pokok ketum adalah mengetatkan syarat pemilikan tanah kerajaan.
Selain itu kertas cadangan untuk mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri yang menetapkan larangan penanaman pokok ketum sebagai syarat bagi tanah yang ada hak milik sedang disediakan oleh Jabatan Tanah dan Galian Negeri, katanya.
"Kerajaan negeri sedar kesan gejala sosial akibat ketagihan ketum terutama yang membabitkan pelajar kerana tiada undang-undang khusus melarang penanaman ketum.
"Kita prihatin dengan perkara ini dan sebab itu akan terus menyuarakan supaya isu ketum ini diatasi segera," kata Azlan.
Ismail yang mencelah mahu kerajaan bertindak tegas dengan mengenakan denda RM50 bagi sehelai daum ketum. - mstar
TOP
ASB2 Catat RM1.07 Bilion Unit Daripada 53,345 Pemegang
IPOH: Sepuluh peratus daripada 10 bilion unit saiz dana Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) yang diurus Permodalan Nasional Bhd (PNB), sudah dilanggan sehingga 15 Ogos lepas.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata RM1.07 bilion unit kini dilanggan oleh 53,345 pelabur, sejak pelancaran peringkat kebangsaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April lepas.
"Ini menggambarkan satu kesedaran baharu ...sebelum ini, untuk habiskan RM1 bilion memakan masa bertahun, namun sekarang ini dalam tempoh tiga bulan lebih sahaja kita telah melepasi RM1 bilion.
"Kita harap masyarakat mengambil kesempatan untuk melanggan ASB2 kerana besar kemungkinan tiada lagi produk harga tetap yang kita akan lancarkan pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran ASB2 peringkat Negeri Perak di sini, Selasa.
Hamad Kama Piah berkata jumlah keseluruhan pelaburan terkumpul PNB setakat 31 Julai ini mencecah hampir 187.46 bilion, dengan seramai 12.02 juta pemegang unit.
Katanya menerusi kepakaran dan kemahiran pengurus-pengurus dana ASNB dan kecemerlangan syarikat-syarikat pelaburan, PNB berjaya mengagihkan dividen RM116.69 bilion sejak pelancaran unit sulung ASNB pada 1981 hingga hari ini.
Hamad Kama berkata di Perak, PNB menggembleng lebih 12.62 bilion unit atau mewakili lebih 10 peratus daripada jumlah keseluruhan dana pelaburan oleh ASB yang membabitkan 990,153 pemegang unit.
"Perak menduduki ranking keenam dari segi jumlah pelaburan dan pemegang unit mengikut negeri," katanya.
Sementara itu, beliau berkata PNB menggalakkan ibu bapa yang mempunyai anak berumur lebih enam bulan supaya menabung dalam ASB2, sekurang-kurangnya jumlah minimum RM10.
Beliau berkata PNB mengambil pendekatan mengadakan seminar 360 hari setahun kepada pelabur supaya mereka terdedah dengan konsep pelaburan, pulangan yang diperoleh serta kelebihan jangka masa panjang.
"PNB merupakan institusi pertama yang mengadakan seminar setiap hari. Kita mahu beri pendedahan kepada pelabur agar mereka lebih faham dan membuat keputusan bijak," katanya.- mstar
TOP
Dunga Singkir 13 Pemain Piala Dunia Brazil
Pengurus skuad bolasepak Brazil yang baru, Dunga.
PENGURUS baru Brazil, Dunga memulakan era keduanya bersama skuad itu dengan menyingkirkan 13 pemain dalam skuad Piala Dunia apabila dia menamakan pemain-pemainnya untuk dua perlawanan persahabatan tidak lama lagi.
Dan pemain Liverpool, Philippe Coutinho merupakan salah seorang pemain yang dipanggil semula manakala Neymar yang mengalami kecederaan yang menyaksikan dia terlepas perlawanan separuh akhir Piala Dunia turut disenaraikan.
Penjaga gol veteran, Julio Cesar, bek kanan Barcelona, Dani Alves, pemain tengah Real Madrid, Marcelo dan pemain tengah Tottenham Paulinho merupakan nama-nama besar yang disingkirkan dari skuad Dunga untuk berhadapan dengan Colombia dan Ecuador.
Kapten pasukan, Thiago Silva tidak disenaraikan kerana masih dibelenggu kecederaan.
Senarai penuh pemain skuad kebangsaan Brazil:
Penjaga Gol: Jefferson (Botafogo), Rafael (Napoli).
Pertahanan: Maicon (AS Roma), Filipe Luis (Chelsea), Alex Sandro (FC Porto), Danilo (FC Porto), David Luiz (Paris Saint-Germain), Marquinhos (Paris Saint-Germain), Gil (Corinthians), Miranda (Atletico Madrid).
Tengah: Fernandinho (Manchester City), Luiz Gustavo (VfL Wolfsburg), Elias (Corinthians), Ramires (Chelsea), Everton Ribeiro (Cruzeiro), Ricardo Goulart (Cruzeiro), Oscar (Chelsea), Willian (Chelsea), Philippe Coutinho (Liverpool).
Penyerang: Hulk (Zenit St Petersburg), Neymar (FC Barcelona), Diego Tardelli (Atletico Mineiro).- mstar

B16: Harimau Muda Mara Ke Final Bertemu PVF Vietnam
PETALING JAYA: Pasukan Harimau Muda Bawah 16 Tahun menempah tiket ke aksi akhir Trofi Juara-Juara Asia selepas mencatat kemenangan bergaya 3-0 menyingkirkan juara bertahan, Chonburi FC dengan agregat 5-1.
Mohd Najmuddin Samat menjaringkan gol minit ke-58, diikuti Mohd Zulkhairi Mohd m-61 dan Kogisleswaran Raj m-89 melengkapkan kemenangan saingan separuh akhir ini.
Pasukan bimbingan S.Balachandran ini turun dengan kelebihan dua gol ketika aksi pertama di Janda Baik minggu lalu.
Pasukan Harimau Muda ini bakal berdepan dengan wakil dari Vietnam PVF yang menyingkirkan Frenz United Malaysia dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Untuk rekod kedua-dua pasukan pernah bertemu dua kali dalam aksi peringkat kumpulan dengan PVF menang 2-1 di Vietnam manakala Harimau Muda menang 3-0 di Janda Baik.
Aksi final akan berlangsung secara dua peringkat pada 23 dan 30 Ogos depan.- mstar
TOP
Kenapa dengan awek ni?
TOP
Ganas betul awek dia
TOP
Sedang menikmati pemandangan tasik. Tapi sebenarnya...
TOP
Manja betul ikan pari ni
TOP
Nabila Huda Kurangkan Gambar Bersifat Peribadi Di Instagram?
JIKA anda pengikut setia Instagram Nabila Huda, pasti anda tahu yang pelakon ini pernah memadamkan semua foto-fotonya di akaun tersebut gara-gara perbalahan dengan bapanya, Amy Search.
Namun, dia kembali memuatnaik gambarnya selepas kedua-duanya berbaik pada Syawal lalu.
Bezanya, kali ini gambar yang dipaparkan lebih kepada promosi filem Saloma yang bakal disiarkan di Astro First pada 28 Ogos nanti.
Gambar-gambar lain pula lebih kepada gambar biasa dan tidak terlalu bersifat peribadi. Adakah ini bermakna Nabila sudah tidak mahu berkongsi mengenai kehidupannya secara terbuka kepada umum? Mungkin juga dia mengambil pengajaran daripada kontroversi yang pernah timbul sebelum ini khususnya apabila memuatnaik gambar percutian bersama teman lelaki, berpakaian seksi dan sebagainya. Apapun, kami sokong perubahan ini kerana pelakon berbakat seperti Nabila tidak perlukan publisiti murahan untuk menaikkan namanya dalam industri seni. Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Krisis MB : Sultan Selangor Pulang Lebih Awal Dari Budapest
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah akan kembali ke Selangor empat hari lebih awal daripada tempoh yang dijadualkan iaitu pada Sabtu ini.
Menurut sumber kerajaan negeri Selangor yang dipetik laman web The Star, mengikut jadual baginda akan pulang pada Rabu depan tetapi ia menjadi lebih pendek tetapi tidak diketahui sebab apakah baginda pulang lebih awal.
Sebelum ini, Sultan Sharafuddin telah pun menitahkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya jangan membuat sebarang keputusan dasar atau kenyataan berhubung kedudukan beliau sehingga baginda pulang dari Budapest, Hungary.
Abdul Khalid sebelum ini telah pun menghadap baginda pada 11 Ogos bagi menjelaskan isu berkaitan pemecatan beliau dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua hari sebelumnya.
Berkenaan isu kerusi Menteri Besar, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini telah mengadakan sidang media memaklumkan mendapat sokongan 30 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.
Sokongan itu hadir daripada semua ADUN PKR dan DAP termasuk dua ADUN Pas yang tidak mengikut pendirian Majlis Syura PAS sebelum itu yang menyokong Menteri Besar sedia ada.
Abdul Khalid pula ada membuat permohonan untuk berlepas ke Budapest, menghadap baginda tetapi tidak diberi perkenan sebaliknya Abdul Khalid dititahkan supaya menunggu baginda pulang ke Selangor. – Mynewshub.my, 20 Ogos 2014
TOP
Dakwaan PKR Adalah Fitnah – Dr Halimah
SHAH ALAM — Exco kerajaan negeri Selangor Dr Halimah Ali menafikan dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat keputusan pentadbiran kerajaan negeri secara bersendiri.
Sambil menyifatkan Abdul Khalid sebagai sangat berhati-hati dan bertanggungjawab berkaitan soal kewangan, katanya beliau tidak pernah melihat Abdul Khalid membuat sebarang keputusan tanpa berunding lanjut dengan barisan Exco terlebih dahulu.
“Daripada pengalaman saya, apa saja keputusan yang dibuat olehnya (Abdul Khalid), semua mesti tentang rakyat sebab dia akan tanya butiran sama ada ia akan beri manfaat pada rakyat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dr Halimah berkata sepanjang berkhidmat lebih enam tahun dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, tuduhan dibuat PKR terhadap menteri besar itu lebih berkaitan dengan masalah dalaman parti itu.
“Kami berada dalam situasi ini (kemelut politik Selangor), kami (Exco PAS) tidak mahu perkara ini berlaku…bila sudah berlaku, kami sekarang kena pastikan kerajaan stabil dan kakitangan kerajaan tidak huru-hara untuk memastikan ia (pentadbiran) berjalan lancar,” katanya.
Dr Halimah berkata sejak enam Exco daripada PKR dan DAP dipecat minggu lepas, kerajaan negeri kini membuat sebarang keputusan berkaitan portfolio keenam-enam Exco tersebut secara kolektif menerusi mesyuarat yang dijalankan sepanjang minggu.
Usaha itu adalah untuk memastikan urusan dan perancangan kerajaan negeri dapat berjalan seperti biasa termasuk semua projek pembangunan serta pentadbiran kewangan, katanya.
Pada 9 Ogos lepas, Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan untuk memecat Abdul Khalid daripada parti malah menteri besar itu disifatkan sebagai ‘open defiance’ atau menunjukkan keingkaran secara terbuka.
Antara keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang didakwa diingkari Abdul Khalid adalah menangguhkan proses dan perbincangan projek Loji Rawatan Air Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan Adun Selangor.
Dr Halimah berkata dalam isu penstrukturan semula industri air Selangor, Abdul Khalid pernah membentangkan perkara tersebut ketika mesyuarat Exco malah menyatakan isu berkenaan telah berlarutan sejak lima tahun lepas.– BERNAMA
TOP
Kerjasama Dengan Interpol Berjaya Kesan Peserta Bogel
NIBONG TEBAL — Polis mendapat kerjasama penuh daripada polis antarabangsa (Interpol) dalam usaha mengesan rakyat asing yang disyaki menyertai pesta sukan bogel di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata kerjasama yang diperoleh daripada Interpol negara-negara terlibat berjaya membantu polis mengesan mereka yang disyaki dan membuatkan mereka tampil bagi membantu siasatan kes itu.
“Interpol Singapura banyak memberi bantuan termasuk maklumat kepada kami untuk membantu siasatan kes ini dan setakat ini dua rakyat negara itu tampil menyerah diri.
“Kami masih menunggu maklumat daripada Interpol Singapura, Myanmar dan Filipina bagi mengesan baki empat lagi rakyat asing yang dicari untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Thaiveegan ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) yang baharu iaitu Supt Wan Hassan Wan Ahmad yang menggantikan ACP Shafien Mamat.
Pesta itu hangat diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk ‘Pesta Bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang’ tersebar di laman sosial memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan, menari serta mengadakan acara sukan dalam keadaan bogel di pantai berkenaan.
Setakat ini sembilan individu terdiri dari enam lelaki dan tiga wanita berusia 24 hingga 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis semalam.
Thaiveegan berkata kertas siasatan kes itu telah diserah kepada Pejabat Peguam Negara dan polis kini menunggu keputusan untuk tindakan selanjutnya.– BERNAMA
TOP
Najib Ucap Tahniah Kepada Juruterbang Halim ‘Togoo’
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada juruterbang tunggal negara Datuk Halim Othman atas kejayaan merangkul gelaran sulung Piala Cabaran pada Kejohanan Dunia Perlumbaan Udara Redbull 2014 di Ascot, Britain, Ahad lepas.
“Syabas Halim Othman kerana memenangi Piala Cabaran pada Kejohanan Dunia Perlumbaan Udara Redbull 2014 baru-baru ini. Teladan yang baik untuk juruterbang (Tentera Udara Diraja Malaysia-TUDM) yang lain,” kata perdana menteri dalam kiriman terbaru di akaun Twitternya hari ini. Halim, bekas juruterbang TUDM berusia 48 tahun itu, menjuarai pusingan kelima perlumbaan Piala Cabaran di Ascot selepas menduduki tempat terakhir daripada enam peserta pada penampilan sulung pada pusingan ketiga di Putrajaya, Mei lepas. Kejayaan itu membolehkan Halim, yang juga dikenali sebagai ‘Toogoo’, mengumpul 10 mata dan menduduki ranking keenam keseluruhan, iaitu ketinggalan 20 mata di belakang pendahulu musim, Francois Le Vot dari Perancis. Piala Cabaran diadakan untuk memberi juruterbang pengalaman penuh perlumbaan dengan matlamat utama mendapatkan sebanyak mungkin pengalaman bagi memperoleh ‘Lesen Super Tanpa Had’ iaitu tiket ke kelas Masters, Kelas Masters merupakan perlumbaan elit kejohanan dunia itu yang merangkumi lapan pusingan. Pusingan keenam akan diadakan di Forth Worth, Texas, Amerika Syarikat, pada 6 dan 7 September ini. – BERNAMA

GAZA: PM Terima Sumbangan Sebanyak RM618,000
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima sumbangan sebanyak RM618,000 untuk Tabung Bantuan Kemanusiaan Gaza@JPM (Jabatan Perdana Menteri) yang dilancarkan hari ini.
Sumbangan itu diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Lembaga Tabung Haji dan warga JPM termasuk jabatan dan agensi di bawahnya, menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat JPM. – BERNAMA
TOP
Lagi Bantahan Tolak Wan Azizah Jadi MB
SHAH ALAM – Cadangan pelantikan isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu terus mendapat bantahan pelbagai pihak.
Terbaru, gabungan badan bukan kerajaan (NGO) bergelar Angkatan Rakyat Sedar (ARAS) sebulat suara menolak cadangan pelantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu.
Presiden gabungan itu, Abdul Rahim Abdul Wahad berkata, gabungan yang terdiri daripada 12 NGO itu, menolak pelantikan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dan mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meneruskan tugas beliau sebagai Menteri Besar Selangor sehingga akhir penggal.
“Abdul Khalid menjalankan tugas beliau dengan cemerlang dan gabungan ini melihat tiada sebab beliau patut diganti, kenapa nak tukar pemimpin yang baik.
“Malah beliau juga diganti dengan seorang yang bukan kelahiran Selangor,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Antara NGO yang menyertai gabungan itu ialah Gerak Arus Rakyat Bawahan Selangor, Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar, Persatuan Kongres Warisan Melayu Selangor dan Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen.
Krisis Menteri Besar Selangor bermula apabila Abdul Khalid dipecat oleh PKR pada 9 Ogos lepas kerana tidak menurut arahan parti supaya meletakkan jawatan.
Abdul Khalid, yang mengekalkan jawatan Menteri Besar selepas mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pula bertindak memecat anggota Exco kerajaan negeri daripada DAP dan PKR pada 12 Ogos lepas apabila mereka enggan menyokong kepimpinannya.
Dua hari lepas, PAS pula membuat keputusan menarik balik sokongannya terhadap Abdul Khalid dan menamakan Dr Wan Azizah dan timbalannya Mohamed Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar.
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dalam mesyuaratnya kemudian memutuskan bahawa hanya Dr Wan Azizah ialah calon tunggal bagi menggantikan Abdul Khalid.
Susulan perkembangan itu, Abdul Khalid telah dititah oleh Sultan Selangor untuk menunggu kepulangan baginda ke tanah air pada 27 Ogos ini untuk menghadap baginda bagi membincangkan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor.
Sementara itu di KLANG, satu memorandum menyokong Abdul Khalid mengekalkan jawatan beliau diserahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.
Memorandum tersebut diserahkan Presiden Solidariti Abdul Khalid Ibrahim, Hazlan Shaffii Adil di Istana Alam Shah di sini kira-kira 3 petang dan diterima oleh wakil istana.
Menurut Hazlan, selain menyokong Abdul Khalid mengekalkan jawatan beliau, memorandum itu turut menyatakan kekesalan terhadap tindakan PKR yang membelakangkan titah Sultan yang memberi perkenan kepada Abdul Khalid.
“Tindakan (menukar menteri besar) juga merupakan pencetus kepada huru-hara yang berlaku di negeri ini,” katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan memorandum itu kepada wakil istana.– BERNAMA
TOP
VIDEO: Punyalah Takut Rakyat China Nak Bantu Orang…
TAK faham sungguh kami dengan budaya kebanyakan rakyat China yang amat ‘paranoid’ untuk membantu orang lain yang dalam kesusahan.
Terbaru, seorang lelaki warga asing tiba-tiba pengsan dalam komuter di Shanghai.
Malangnya, tiada siapa pun yang membantunya, sebaliknya kesemua penumpang yang berhampiran melarikan diri seolah-olah ternampak hantu sebaik sahaja pintu komuter terbuka.
Tindakan yang sama juga turut dilakukan oleh para penumpang di dua bahagian komuter selepas mendengar jeritan ‘sesuatu telah berlaku’ tanpa mengetahui perkara sebenar.
Mujurlah mangsa kemudiannya tersedar dan berjalan keluar dari komuter dalam keadaan bingung.
Untuk makluman, ramai rakyat China yang bimbang untuk membantu atas alasan tidak mahu dipersalahkan oleh mangsa atau terpaksa membayar kos perubatan sekiranya mangsa terpaksa dibawa ke hospital.
Apapun, cuba elakkan sebarang kemalangan atau kecederaan sekiranya berada di China kerana anda mungkin akan jadi bahan tontonan saja.
Satu lagi video yang mencerminkan situasi yang hampir sama;

Nicol, Nafiizwan Layak Ke Suku Akhir
KUALA LUMPUR – Pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David tidak banyak mengerah keringat selepas mudah layak ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB selepas mengetepikan pemain India, Joshana Chinappa 11-4, 11-3, 11-8, hari ini.
“Dia (Joshna) bertindak baik pada awal tetapi saya berjaya mencari rentak untuk kembali dalam saingan.
“Saya mengaut kesempatan hasil kesilapannya untuk melepasi halangan ini,” kata Nicol yang akan berdepan pemain Hong Kong, Annie Au dalam suku akhir, esok.
Jaguh negara dari Pulau Pinang itu adalah wanita tunggal Malaysia layak ke kelompok lapan terakhir yang bakal diadakan di gelanggang baru, NU Sentral Mall.
“Low Wee Wern dan Delia Arnold memberi persembahan terbaik. Tapi anda dapat lihat barisan kali ini amat kuat dan anda harus bersedia dengan perlawanan sukar seperti ini,” tambahnya.
Terdahulu, Low Wee Wern dan Delia Arnold tersingkir pada pusingan kedua.
Wee Wern – pemain nombor dua negara – kecundang kepada pemain England, Sarah-Jane Perry 3-11, 11-13, 11-9, 9-11 manakala Delia dikalahkan pemain Amerika Syarikat, Amanda Sobhy 12-14, 9-11, 5-11.
Sementara itu, pemain belasan tahun dari Mesir, Habiba Mohamed Ahmed menyambung rentak baik dalam Terbuka Malaysia tahun ini selepas mencipta satu lagi kejutan dengan menewaskan pemain nombor 13 dan pilihan ke-11, Jenny Duncalf dari England.
“Saya amat gembira atas kemenangan ini,” kata pemain berusia 15 tahun dan juara individu remaja dunia WSF.
Namun, kejutan terbesar, hari ini adalah apabila pemain Mesir, Nour El Tayeb menewaskan pilihan kedua dan juara bertahan, Laura Massaro 11-7, 11-4, 6-11, 11-4 dalam tempoh 47 minit.
Dalam kategori lelaki, Mohd Nafiizwan Adnan muncul pemain tunggal negara layak ke suku akhir selepas Ong Beng Hee dan Ivan Yuen terbabas.
Mohd Nafiizwan menewaskan rakan senegara, Mohd Azlan Iskandar yang berhenti ketika lawannya mendahului 2-1.
Beng Hee tewas kepada Mahesh Mangaokar dari India 8-11, 11-7, 10-12, 12-10, 10-12 manakala Ivan kalah kepad Olli Touminen dari Finland 7-11, 13-11, 10-12, 11-7, 10-12. – BERNAMA
TOP
Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Ditinggalkan Dalam Kereta
ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia setelah ditinggalkan di dalam kereta bapanya lebih lapan jam di Kuala Nerang hari ini.
Menurut jurucakap polis, mangsa, Muhammad Aqil Arfan Adnan ditinggalkan di dalam kereta bapanya yang diletakkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang sejak 7.30 pagi hingga 4 petang.
Katanya bapa kanak-kanak itu telah meletakkan kenderaan di sekolah itu tanpa menyedari anaknya sedang tidur di dalam kereta itu.
“Dia sepatutnya menghantar anaknya ke tadika. Pada pukul 4 petang apabila hendak mengambil keretanya dia mendapati anaknya berada dalam kereta itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya bapa kanak-kanak itu terus membawa anaknya ke wad kecemasan Hospital Kuala Nerang dan doktor di hospital itu mengesahkan anaknya telah meninggal dunia.
Difahamkan, mayat kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini malam ini untuk bedah siasat. – BERNAMA
TOP
Ahli Parlimen DAP Puji Ketua MRT Corp. Letak Jawatan
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Sebaik sahaja berita disiarkan mengenai peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit (MRT) Corp, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid susulan kemalangan di tapak kerja landasan MRT di Kota Damansara yang meragut nyawa tiga pekerja warga Bangladesh, semalam, ramai yang memuji tindakan beliau.
Rata-rata menyifatkan Azhar telah menunjukkan apa yang dimaksudkan dengan "mendukung integriti dan tanggungjawab", suatu kualiti yang amat jarang dapat dilihat di negara ini, baik di sektor awam mahupun swasta.
Kecuali beberapa kes, termasuk apabila pemimpin MCA melepaskan jawatan susulan skandal seks, tindakan melepaskan jawatan untuk mengambil tanggungjawab bagi kesalahan peribadi atau kegagalan organisasi sememangnya bukan budaya di Malaysia.
Sebaliknya tindakan serupa tidak lagi asing di beberapa negara luar seperti India, Jepun mahupun Korea dan antara yang terbaharu tindakan Perdana Menteri Korea Selatan Chung Hong-Won yang meletak jawatan atas rasa bertanggungjawab susulan insiden feri karam yang meragut nyawa lebih 300 penumpang.
Kerana itu, 'kejutan' yang dibuat oleh Azhar semalam ini disifatkan bukan sahaja wajar dicontohi, malah perlu menjadi satu budaya yang harus dilaksanakan di negara ini.
Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Dr Mohd Tap Salleh ketika diminta mengulas perkara itu menyifatkan keputusan Azhar jelas menunjukkan integriti beliau sebagai seorang ketua yang berani mengambil tanggungjawab di atas kegagalan organisasi semasa di bawah pemerhatian beliau.
"Ini tindakan yang perlu kita tabik, satu tindakan yang perlu dicontohi bukan sahaja oleh pengurusan atasan syarikat lain tapi juga pemimpin kerajaan dan perkhidmatan awam.
"Tetapi dalam kebanyakan kes di Malaysia tidak begitu kerana hingga ada yang turun naik mahkamah pun masih tidak mahu meletakkan jawatan," katanya kepada Bernama.
Dr Mohd Tap turut mengenepikan pandangan sesetengah pihak yang melihat tindakan Azhar seolah-olah mengambil jalan mudah dengan meninggalkan tanggungjawabnya 'yang belum selesai'.
Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan tindakan yang betul kerana dengan cara itu juga akan memudahkan siasatan kes berkenaan dilakukan tanpa adanya campur tangan pihak yang berkepentingan.
Bagaimanapun, tegas beliau, rasa tanggungjawab Azhar di atas kejadian itu yang dizahirkan dengan peletakan jawatan beliau tidak boleh diterjemah sebagai 'tindakan orang yang bersalah' kerana siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi mengenal pasti pihak yang benar-benar bertanggungjawab dalam kes itu.
"Tindakan dia (Azhar) meletak jawatan itu ok, tapi tidak boleh salahkan dia dalam kes ini, sebaliknya siasatan menyeluruh perlu dibuat, yang paling mustahak perlu dilihat sama ada pihak pengurusan telah meletakkan semua prosedur keselamatan dalam syarikat itu atau sebaliknya.
"Kalau prosedurnya lengkap, tetapi ada pihak yang tidak patuh kepada prosedur, maka bukan salah pengurusan, sebaliknya kesalahan adalah pada pihak yang tidak ikut prosedur itu, baik pekerja, kontraktor atau sub-kontraktor," katanya.
Penganalisis Sosial Tan Sri Lee Lam Thye pula berpendapat tindakan melepaskan jawatan atas rasa tanggungjawab merupakan "perbuatan yang terhormat" dan perlu menjadi budaya di negara ini.
Beliau juga menyifatkan Azhar sebagai seorang yang benar-benar mengotakan janjinya kerana sebelum ini pernah mengakui amat menitik berat soal keselamatan pekerjaan dan akan bertanggungjawab penuh di atas sebarang insiden yang berlaku di tapak pembinaan MRT.
"Susulan itu saya sentiasa mengikuti perkembangan projek MRT ini dan bila berlaku kejadian itu dan semalam beliau buat keputusan letak jawatan, beliau membuktikan yang dia seorang yang menghormati kenyataannya sebelum ini," kata Lee yang juga Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).
Kata Lee, dengan tindakan Azhar diharap dapat menyuburkan budaya akauntabiliti dan menghakis sikap suka menuding jari yang sering menjadi amalan apabila timbulnya sesuatu isu di negara ini.
Azhar, 53, mengumumkan untuk meletakkan jawatan petang semalam susulan insiden tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh mati selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Kota Damansara kelmarin.
Bermula esok, jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp akan dipangku oleh Haris Fadzilah Hassan, yang ketika ini merupakan Pengarah Perhubungan Pelabur dan Pengurusan Tanah.
Siasatan awal mendapati kontraktor yang terlibat tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) keselamatan secara menyeluruh, mengakibatkan kehilangan nyawa pekerja-pekerja berkenaan. - BERNAMA
TOP
Tempoh Lesen Membalak Boleh Dilanjutkan Hingga 60 Tahun
KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan tempoh lesen membalak boleh dilanjutkan hingga 60 tahun.
Katanya tempoh itu dikira mulai tarikh sesuatu lesen dikeluarkan dan antara syarat yang akan dikenakan ialah pemegang lesen perlu memenuhi syarat yang diwajibkan bagi pensijilan dalam tempoh tiga tahun mulai tarikh pemberian kelulusan.
“Kegagalan memenuhi syarat yang ditetapkan boleh menyebabkan sesuatu lesen itu dibatalkan,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar mengenai Pensijilan Pengurusan Hutan (Hutan Semula Jadi) Di Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.
Adenan berkata keputusan itu diambil selepas Persatuan Kayu-kayan Sarawak (STA) memaklumkan kepada beliau tentang cabaran yang dihadapi industri pembalakan di negeri ini.
“Saya dapati terdapat banyak cabaran untuk mendapatkan pensijilan hutan dan perkara ini perlu ditangani sekarang untuk memiliki daya saing,” katanya.
Adenan berkata beliau juga mengambil maklum bahawa antara cabaran yang dihadapi ialah kebanyakan lesen membalak mempunyai tempoh yang singkat dan ini tidak kondusif bagi pembalak untuk mendapatkan pensijilan pengurusan hutan kerana kosnya yang tinggi.
Kata beliau kerajaan negeri menggalakkan industri pembalakan, terutama pemegang lesen utama, mendapatkan pensijilan hutan.
Menurut beliau kerajaan akan mengkaji semula dasar berkenaan dari semasa ke semasa dan pada masa akan datang, pensijilan hutan mungkin diwajibkan di semua kawasan.
“Pada Jun 2013, ketika menjadi Menteri Tugas-tugas Khas, saya mengumumkan pada satu majlis negeri bahawa kerajaan negeri mahu kawasan konsesi di bahagian tengah Borneo mendapatkan pensijilan pengurusan hutan lestari (SFM) menjelang Julai 2017.
“Saya ingin menegaskan sekali lagi di sini bahawa peserta utama industri ini diwajibkan mendapatkan pensijilan bagi sekurang-kurangnya satu daripada kawasan lesen mereka menjelang Julai 2017,” katanya. – BERNAMA
TOP
SJKT Subramaniya Barathee Beroperasi 29 Ogos
GEORGETOWN – Projek pembinaan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Subramaniya Barathee di Bukit Gambir dekat sini kini siap dan dijadual beroperasi 29 Ogos ini.
Guru Besarnya D. Nathan berkata bangunan tiga tingkat yang mempunyai sembilan bilik darjah itu bakal menempatkan 220 murid Tahun Satu hingga Tahun Enam.
“Warga sekolah rasa berbesar hati dapat menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran di bangunan sekolah baharu dalam keadaan lebih kondusif tanpa perlu bersesak-sesak seperti dahulu,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau berkata sekolah itu ditubuhkan sejak 1952 di Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor dan berada dalam keadaan uzur sebelum Yayasan SP Setia menyumbangkan kabin sementara untuk kemudahan penghuninya pada 2012.
Katanya sekolah yang didirikan atas tanah koperasi itu merupakan antara sekolah yang banyak melahirkan pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Terdahulu Jurutera Daerah Timur Laut Ibrahim Ahmad menyerahkan kunci sekolah kepada Pengawai Pendidikan Daerah Timur Laut Md Ismail Pawanteh dan menandatangani perakuan penyerahan projek bernilai RM2.7 juta itu. – BERNAMA
TOP
600 Pemandu Teksi Semangat Kibar Jalur Gemilang
KUALA LUMPUR – Enam ratus pemandu teksi daripada Persatuan Pemandu Teksi Makkal Communication Kuala Lumpur akan mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan masing masing sepanjang bulan kemerdekaan negara ke-57 tahun ini.
Pengerusinya, K.Muthu berkata acara berkenaan dilakukan sejak 11 tahun lalu bagi menyemai semangat patriotik di kalangan pemandu teksi, setiap kali menjelangnya tarikh keramat itu.
“Bagaimanapun tahun ini, kita buat secara sederhana bagi menghormati (mangsa) tragedi MH370 dan MH17,” katanya kepada pemberita selepas perasmian program berkenaan di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Program itu dirasmikan anggota Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, P.Gunaseelan.
Sementara itu, seorang pemandu teksi, Zainudin Mukaram, 47, berkata beliau mengikuti program mengibar Jalur Gemilang itu buat kali pertama walaupun telah tujuh tahun bekerja sebagai pemandu teksi.
“Saya berharap acara sebegini dapat diteruskan setiap tahun kerana ia mampu menyemai semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia, selain dapat mengeratkan perpaduan di kalangan pelbagai kaum,” katanya. – BERNAMA
TOP
Pekebun Koma Terkena Tembakan Rakan Meninggal Dunia
IPOH – Seorang pekebun yang koma selepas terkena tembakan senapang patah rakannya di kepala ketika memburu babi hutan di sebuah ladang kelapa sawit di Pasir Garam, Kampung Gajah, daerah Perak Tengah, semalam meninggal dunia awal pagi tadi.
Mangsa, Mohd Sarjidi Ibin, 57, meninggal dunia pada jam 12.02 tengah malam ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohd Fakri Che Sulaiman, berkata berikutan kematian mangsa siasatan kes berkenaan yang pada mulanya dibuat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api, ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
“Siasatan yang dibuat menemui kelongsong peluru dalam kejadian itu dan semalam kita sudah merampas senapang patah rakan mangsa yang berusia 59 tahun untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.
Mohd Fakri, ketika dihubungi malam tadi, mengesahkan mangsa dipercayai terkena peluru penabur senjata berkenaan pada kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.
Ketika kejadian, mangsa dan rakannya sedang memburu babi hutan di ladang sawit itu yang dikatakan merosakkan tanaman mereka.
Rakan mangsa dikatakan melepaskan tembakan ke arah seekor babi hutan dan selepas itu melihat rakannya rebah ke dalam semak dan tidak sedarkan diri.
Apabila diperiksa, lelaki itu terkejut apabila melihat kepala rakannya berdarah dipercayai terkena peluru penabur senjata berkenaan.
Berikutan kejadian itu, lelaki berkenaan membawa rakannya mendapatkan rawatan di Hospital Changkat Melintang sebelum mangsa dipindahkan ke HRPB. – BH Online
TOP
MH17: Butiran Jenazah Dibawa Pulang Diumumkan Esok
PUTRAJAYA – Senarai nama 20 rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17 yang akan dibawa pulang dari Belanda pada Jumaat ini akan dimaklumkan pada sidang media esok.
Ia membabitkan 17 jenazah dan tiga abu mayat.
Perkara ini dinyatakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pada sidang media MH17 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini, sebentar tadi. – BH Online
TOP
Bertafakur Seminit, Radio Dan TV Akan Umum Waktu Tepat
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata selain hadirin di lokasi istiadat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), orang ramai yang tidak dapat hadir turut diminta bertafakur sebagai tanda penghormatan terakhir.
"Kita minta rakyat semua bertafakur walaupun di mana mereka berada, di rumah, di pejabat, di sekolah dan kenderaan juga diminta berhenti seketika pada waktu berkenaan.
"Kita akan maklumkan melalui siaran radio dan televisyen waktu setiap orang bersedia untuk bertafakur selama seminit. Bagi beragama Islam boleh membaca al-Fatihah dan bukan Islam berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing," katanya pada sidang media Istiadat Penerimaan Jenazah Warga Malaysia Tragedi MH17 di Putrajaya, hari ini.
Sidang media itu diadakan bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari. – Bernama, 20 Ogos, 2014.
TOP
Pesawat Di KLIA ‘Bertafakur’ 2 Minit – DCA
PUTRAJAYA – Pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ‘bertafakur’ selama dua minit sempena istiadat penerimaan jenazah mangsa tragedi MH17 Jumaat ini.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Azharuddin A Rahman, berkata pada waktu itu tiada pergerakan pesawat akan berlaku di kawasan landasan sebagai tanda penghormatan.
Jenazah yang diterbangkan dari Amsterdam melalui pesawat khas dijadual tiba di kawasan Kompleks Bunga Raya, KLIA pada pukul 10 pagi Jumaat ini.
Azharuddin berkata, penghormatan yang diberikan pesawat-pesawat itu tidak akan memberikan impak kepada pergerakan trafik di KLIA.
“Walaupun mereka (pesawat) perlu “bertafakur’ ia tidak akan menjejaskan sebarang pergerakan dan jadual penerbangan,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Bahagian Operasi MAHB, Datuk Azmi Murad berkata operasi di KLIA pada hari berkenaan akan berjalan seperti biasa.
“Buat masa ini, semuanya akan berjalan seperti biasa dan pihak MAHB akan mengikut segala perancangan diatur oleh pihak Angkatan Tentera Malaysai (ATM) sebagai pengelola majlis istiadat hari perkabungan negara itu,” katanya.
Kompleks Bunga Raya akan menjadi lokasi istiadat penghormatan pertama yang dikelolakan ATM melibatkan jenazah orang awam.
Jumaat, 22 Ogos ini diisytiharkan sebagai hari perkabungan negara.
Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 298 orang termasuk anak kapal, ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.
Ahmad Shabery berkata orang ramai yang ingin menghadiri istiadat itu hanya boleh berada di luar perkarangan Kompleks Bunga Raya sahaja atas faktor tempat terhad dan keselamatan.
Dalam pada itu, beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengaturkan beberapa tempat khas untuk diberi tumpuan oleh pihak media.
Tempat-tempat itu ialah di Jambatan Pulau Pinang; Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur; KLIA dan KLIA2; serta di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Johor Baharu.
“Sementara itu kita akan beritahu di Sabah dan Sarawak tempat paling sesuai kemudian untuk media turut beri tumpuan. Ia untuk memperlihatkan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia bersatu dalam kehibaan menyambut jenazah mangsa nahas MH17,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Shabery mengingatkan semua stesen radio dan televisyen agar mengikut garis panduan yang telah kementerian tetapkan pada hari tersebut.
“Semua radio dan televisyen kita minta siarkan acara itu dan minta tidak menyiarkan acara yang bersifat hiburan berat…semua saluran tidak mengira sukan, movie, drama dan sebagainya untuk menghentikan siaran bagi bertafakur selama seminit.
“Kita juga akan runding dengan mereka bentuk ‘template’ yang akan digunakan untuk semua media sama ada saluran digital, satelit, kabel ataupun yang menggunakan siaran biasa,” katanya.
Bagi pengendali pawagam pula beliau turut meminta pihak berkenaan menghentikan tayangan seketika bagi bertafakur seminit. – BERNAMA
TOP
MH17: Perak Adakan Istiadat Penerimaan Jenazah Jumaat Ini
IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan mengadakan istiadat penghormatan penerimaan jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 peringkat negeri secara ringkas di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini Jumaat ini.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau serta barisan Exco kerajaan negeri dan keluarga mangsa akan menyambut ketibaan jenazah di lapangan terbang berkenaan sebelum dibawa ke lokasi masing-masing untuk urusan pengebumian.
“Difahamkan jenazah akan dibawa ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah menaiki pesawat Charlie selepas istiadat penghormatan jenazah yang akan berlangsung di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Persediaan telah dibuat di peringkat negeri untuk mengiringi kenderaan jenazah ke lokasi masing-masing mengikut jalan darat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri dimaklumkan bahawa terdapat empat jenazah daripada Perak akan dikebumikan di daerah masing-masing iaitu dua di Ipoh dan masing-masing satu di Taiping dan Teluk Intan.
Dr Zambry berkata terdapat mayat bukan Islam di antara empat jenazah itu namun beliau enggan mendedahkan jumlahnya.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengumumkan sebanyak 20 jenazah warga Malaysia mangsa nahas MH17 akan dibawa pulang Jumaat ini.
Kesemua jenazah dijangka tiba di KLIA dari Amsterdam, Belanda pada pukul 10 pagi Jumaat ini.
Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai. – BERNAMA
TOP
Chong Wei Tetap Sasar Gelaran Di Copenhagen
SEPANG – Walaupun belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan pangkal paha, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tetap meletakkan sasaran untuk muncul juara perseorangan di Kejohanan Dunia dari 25 sehingga 31 Ogos ini di Copenhagen, Denmark.
Perseorangan lelaki nombor satu dunia itu berkata beliau akan diiringi beberapa pakar perubatan bagi memastikan kecederaan yang dialami pada Kejohanan Siri Super Terbuka Indonesia awal tahun ini tidak menjejaskan persembahannya pada Kejohanan Dunia.
“Walaupun saya belum pulih sepenuhnya, saya perlu menyertainya kerana ia adalah penting untuk saya. Sasaran saya tidak pernah berubah iaitu muncul juara,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini sebelum berlepas ke Copenhagen bersama skuad badminton negara, malam tadi.
Chong Wei mengakui walaupun musuh utamanya, Lin Dan dari China gagal melayakkan diri ke Kejohanan Dunia ekoran kedudukan ranking yang rendah, namun beliau menyifatkan laluan dalam memburu gelaran dunia sulung tetap berliku.
“Keadaan saya pada ketika ini bukanlah berada pada tahap terbaik. Saya akan cuba yang terbaik dan tidak berputus asa. Saya tidak mempunyai masalah dengan kecergasan tapi lebih bimbangkan prestasi semasa saya kerana hampir dua bulan tidak beraksi (dalam mana-mana kejohanan kompetitif),” katanya.
Chong Wei bakal memulakan aksi pusingan awal berdepan pemain muda Korea Selatan, Lee Dong Keun.
Dalam pada itu, Chong Wei Feng sasar sekurang-kurangnya untuk mara ke pusingan ketiga pada edisi ke-21 kejohanan.
Mengakui undian pada kali agak sukar, perseorangan kedua negara itu mahu memberikan fokus dalam setiap perlawanan sebelum memikirkan lawan seterusnya.
“Saya akan berikan persembahan terbaik bagi sekurang-kurangnya berdepan Chen Long pada pusingan ketiga. Bagaimanapun saya perlu memberikan perhatian kepada lawan pada pusingan awal kerana ia bukanlah perlawanan yang agak mudah,” kata pemain kidal itu.
Wei Feng turut menyifatkan pemergian ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek bersama skuad negara ke Copenhagen memberi lebih semangat kepadanya untuk mempamerkan persembahan terbaik pada Kejohanan Dunia nanti.
“Saya sudah berlatih bersamanya hampir 10 tahun dan dia lebih mengenali corak permainan saya berbanding jurulatih lain,” kata Wei Feng yang bakal berdepan Rajiv Ouseph dari England pada pusingan pertama.
Selain Chong Wei dan Wei Feng, Malaysia turut menyandarkan harapan kepada 10 wakil negara yang lain.
Mereka ialah Hoon Thien How-Tan Wee Kiong, Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong dan Goh V Shem-Lim Khim Wah dalam acara beregu lelaki; Tee Jing Yi dan Sannatasah Saniru (perseorangan wanita), Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei, Ng Hui Lin-Ng Hui Ern, Lee Meng Yean-Lim Yin Loo dan Amelia Alicia Anscelly-Fie Cho Soong (beregu wanita) serta Tan Aik Quan-Lai Pei Jing dalam acara beregu campuran.
Untuk rekod, Malaysia tidak pernah memenangi sebarang gelaran pada Kejohanan Dunia yang mula diperkenalkan pada 1977 di Malmo, Sweden. – BERNAMA
TOP
PNB Umum Dividen 6.60 Sen Bagi ASW 2020
KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Bhd, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), hari ini mengumumkan dividen sebanyak 6.60 sen seunit bagi Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos, 2014.
Semasa mengumumkannya, Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata dividen berkenaan susut 0.10 sen seunit berbanding 6.70 sen yang diumumkan tahun lepas.
Beliau berkata agihan pendapatan tahun ini melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM1.115 bilion, naik 5.8 peratus berbanding jumlah pembayaran tahun sebelumnya sebanyak RM1.053 bilion.
“Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASW 2020.
“Jumlah pembayaran tersebut dijangka dapat dimanfaatkan oleh seramai 891,446 pemegang unit yang telah melanggan sejumlah 16.892 bilion unit ASW,” kata beliau kepada pemberita semasa mengumumkan dividen itu di sini hari ini.
Ahmad Sarji berkata agihan pendapatan akan secara automatik dikreditkan ke akaun pemegang unit pada 1 Sept, 2014, manakala pelabur yang menyertai ASW 2020 melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pendapatan akan dikreditkan ke akaun KWSP mereka melalui Skim Pelaburan Ahli.
“Sehingga 18 Ogos 2014, tabung ASW 2020 telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM1.329 bilion, di mana keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM648.7 juta atau 48.8 peratus kepada pendapatan kasar.
“Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat pula menyumbang sebanyak RM460.02 juta atau 34.6 peratus manakala selebihnya sebanyak RM219.81 juta atau 16.6 peratus diperoleh melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan,” katanya.
Bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan, Ahmad Sarji berkata semua urus niaga bagi tabung ASW 2020 di pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB akan ditangguhkan mulai 26 Ogos sehingga 1 September, 2014.
“Para pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASW masing-masing di pejabat-pejabat atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 September, 2014,” katanya.
Turut hadir Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Beliau berkata PNB sentiasa memastikan pengurusan dana dapat dilakukan dalam dalam jangka panjang dan secara berterusan.
“Kita mengharapkan prestasinya lebih baik (berbanding 6.60 sen), tetapi kali ini kita mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit.
Jika kita lihat dari segi kemampuan untuk kita membayar, sebenarnya 9.30 sen seunit.
“Lebihannya (lebih kurang 2.5 sen seunit) kita bawa ke hadapan untuk membolehkan pengurus-pengurus dana kita menguruskan dana tersebut dan membuat prestasi yang kompetitif setiap masa,” katanya.
Mengenai perkembangan pembangunan Menara Warisan, Kama Piah berkata projek itu kini memasuki fasa pembinaan saluran paip yang kini siap kira-kira 30 peratus.
“Kita masih lagi dalam peringkat untuk menentukan kontraktor dan sebagainya (bagi projek ini),” katanya. – BERNAMA
TOP
Pelajar Tingkatan 5 Maut Nahas Di Masjid Tanah
ALOR GAJAH – Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Masjid Tanah di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa Muhammad Azri Zamri, 17, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Ketika kejadian mangsa bersama beberapa rakannya dikatakan dalam perjalanan ke kedai makan berdekatan sebelum motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan MPV Toyota Wish berkenaan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.
Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – BH Online
TOP
Saham Apple Cecah Paras Tertinggi Menjelang iPhone 6
SAN FRANCISCO – Saham Apple Inc ditutup malam tadi pada paras tertinggi baharu, lebih daripada rekod 2012 kerana pelabur teruja dengan dua produk yang bakal dilancarkan, iPhone 6 dan jam pintar.
Saham Apple naik 1.4 peratus kepada AS$100.53 (RM317.2), lebih tinggi daripada yang dicapai pada 19 September 2012, AS$100.30 (RM316.5) sebelum pelancaran iPhone 5. Saham Apple sudah naik 25 peratus tahun ini.
Kenaikan saham itu menjadikan Apple syarikat paling bernilai di dunia, hampir 30 peratus lebih besar daripada Exxon Mobil Corp, syarikat kedua terbesar dunia daripada permodalan pasaran.
Paras tertinggi baharu itu dicatat dalam tempoh tidak sampai sebulan selepas syarikat mengumumkan program pecahan saham, kali keempat dalam sejarah Apple. Menerusi program itu, pemegang saham mendapat tujuh saham baru bagi setiap satu saham Apple sedia ada.
Pecahan saham tidak memberi kesan kepada nilai asas Apple, tetapi memberi suntikan psikologi kepada pelabur kerana kos seunit kini lebih rendah.
Saham Apple sudah naik tujuh kali ganda sejak 2007 apabila memperkenalkan telefon pintar sulungnya, tetapi sejak pelancaran iPhone 5S saham Apple menyederhana kerana pelabur bimbang syarikat itu sudah kekeringan idea mengeluarkan produk popular tanpa pengasas bersama, mendiang Steve Jobs.
Keadaan itu bagaimanapun berubah kini apabila penganalisis mengunjurkan rekod jualan tertinggi baharu bagi model iPhone 6 yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi.
Pelabur aktivis Carl Icahn yang mendesak Apple membeli balik lebih banyak sahamnya awal tahun ini, berkata kenaikan saham syarikat mengesahkan dakwaannya sebelum ini bahawa pengeluar iPhone itu dibawah nilai.
Icahn menguasai 52.8 peratus saham Apple yang dianggarkan bernilai AS$5.3 bilion (RM16.7 bilion).
Jun lalu, sumber menyebut Apple akan memulakan pengeluaran besar-besaran dua telefon pintar berskrin besar bagi menguatkan cabaran kepada peranti keluaran Samsung Electronics Co dan HTC Corp. Apple sebelum ini dikhabarkan akan melancarkan iPhone 6 pada 9 September ini.
Kenaikan harga saham Apple menunjukkan pelabur setuju dengan strategi Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook untuk mengeluarkan telefon lebih besar, memberi pulangan modal kepada pemegang saham dan memperkenalkan beberapa peranti baharu.
Pemegang saham dapat apa yang mereka mahu. Selain iPhone berskirn besar, Cook juga menyasarkan Apple akan mengeluarkan produk dalam kategoeri baharu tahun ini.
Apple dikatakan sedang membangunkan jam pintar dan penganalisis di Morgan Stanley, Katy Huberty berkata syarikat itu dijangka menjual 60 juta unit peranti jam pintar dalam tahun pertama keluaran sekali gus menyumbang AS$9 bilion (RM28.4 bilion) kepada pendapatan syarikat bagi tahun 2015.
Dalam pada itu, Cook lebih agresif berbanding Jobs dalam aspek memulangkan timbunan wang syarikat kepada pemegang saham. Apple kini dalam proses memulangkan sejumlah AS$130 bilion (RM410.2 bilion) menerusi belian balik saham dan dividen. – Bloomberg
TOP
Waris Mangsa MH17 Beri Kerjasama Penuh
PUTRAJAYA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berterima kasih kepada waris mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 kerana memberikan kerjasama penuh dalam urusan membawa balik jenazah ke tanah air.
Beliau berkata kerjasama itu membolehkan urusan membawa balik jenazah yang akan dilakukan secara berperingkat bermula Jumaat ini berjalan lancar, khususnya dalam urusan tempat pengebumian.
“Dalam keadaan sedih, waris telah memberikan 100 peratus kerjasama yang begitu baik dan ini yang membolehkan semua urusan berjalan lancar,” katanya
dalam sidang media bersama beberapa kementerian lain berhubung persediaan istiadat penghormatan jenazah di Kompleks Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di sini, hari ini.
Sidang media itu dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan timbalannya Datuk Jailani Johari.
Rohani juga sekali lagi menasihatkan waris mangsa untuk tidak membuka keranda jenazah kerana semua mayat itu telah diuruskan sebaik mungkin mengikut kepercayaan agama masing-masing.
“Selepas perbincangan bersama, ramai waris bersetuju untuk tidak membuka. Tetapi kita tidak menolak kemungkinan jika ada yang akhirnya berkeras nak buka, kita tidak dapat halang mereka daripada buka,” katanya.
Sementara itu, Liow memaklumkan daripada 20 jenazah yang dibawa balik pada Jumaat ini akan melibatkan 17 di dalam keranda dan tiga bekas abu mayat.
Sehingga kini, sebanyak 28 jenazah melibatkan 15 penumpang dan 13 anak kapal telah dikenal pasti, iaitu 14 mangsa beragama Islam dan 14 bukan Islam.
Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat Boeing 777 dengan 298 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan ditembak jatuh, namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. – BERNAMA
TOP
Lelaki Mabuk Langgar 9 Kereta
Seorang lelaki yang menaiki Proton Saga telah melanggar sekurang-kurangnya 9 buah kereta disyaki kerana mabuk.
Kejadian yang berlaku di Scott Garden sememangnya satu tempat yang terkenal untuk minum arak. Tiada kecederaan yang dilaporkan. - SiakapKeli.com
Kejadian yang berlaku di Scott Garden sememangnya satu tempat yang terkenal untuk minum arak. Tiada kecederaan yang dilaporkan. - SiakapKeli.com
TOP
ISIS 'musuh nombor satu' Islam - Sheikh Abdulaziz Al-Sheikh
RIYADH: Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz Al-Sheikh menegaskan ekstremisme dan ideologi kumpulan seperti ISIS dan al-Qaeda adalah musuh nombor satu Islam yang menjadikan orang Islam sebagai mangsa mereka yang pertama.
Dalam kenyataannya, Sheikh Abdulaziz, berkata keganasan tidak ada tempat dalam Islam dan bahayanya kumpulan ekstrim ialah apabila mereka mempergunakan slogan Islam sebagai alasan tindakan yang memecah-belahkan orang.
"Kumpulan asing ini bukan milik Islam dan orang Islam yang berpegang dengannya," katanya.
Raja Abdullah dari Arab Saudi sering meminta ulama mengecam dengan terbuka kumpulan Islam ekstrim sejak kerajaan melarang rakyatnya daripada menyertai konflik di luar negara.
"Ulama yang tidak mengecam keganasan dalam khutbah Jumaat boleh dikenakan denda seperti menarik balik lesen mereka untuk berceramah.
Media tempatan melaporkan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi juga mensyaratkan ulama supaya lulus ujian keselamatan sebelum dibenarkan menyampaikan ceramah.
Sejak 2003, kira-kira 3,500 ulama di Arab Saudi dipecat kerana kandungan khutbah mereka.
Kemaraan pergerakan Negara Islam di Iraq dan Syria menyebabkan langkah keselamatan di negara jiran seperti Arab Saudi dipertingkatkan.
Mereka juga menggalakkan penulisan rencana dan perbincangan di dalam akhbar tempatan mengenai cara menangani penyebaran ideologi 'Takfiri', yang menyisih mana-mana pihak yang tidak mengikuti interpretasi Islam dengan betul.
Arab Saudi mengikuti fahaman Islam Wahhabi.
Kira-kira sedekad lalu, militan al-Qaeda melancarkan beberapa siri serangan di Arab Saudi bertujuan menjatuhkan pemerintahan beraja. Tindakan balas perkhidmatan keselamatan Arab Saudi menyebabkan ramai dalam kalangan militan berkenaan melarikan diri ke negara jiran, Yeman yang kini mempunyai cawangan al-Qaeda paling aktif di dunia.
Dua hari lalu, sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman ke atas 31 orang kerana pembabitan mereka dalam serangan itu, menjatuhkan hukuman mati ke atas tiga orang manakala yang lain dipenjarakan.
Semua mereka dibenar merayu terhadap keputusan berkenaan.
Semalam, mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati ke atas dua orang dan penjara ke atas 15 orang atas beberapa tuduhan membunuh, menembak pasukan keselamatan dan merancang untuk membunuh pegawai tertinggi.
Mereka juga didapati bersalah melakukan serangan di kawasan perumahan di mana rakyat asing tinggal di Riyadh dan Wilayah Timur, lapor agensi berita Arab Saudi. - AP
TOP
Selfie Yang Kurang Ajar - Permainkan Kain Sembahyang
Budak-budak zaman sekarang ni memang terlalu suka berselfie. Kalau dulu, nak ambil gambar sendiri pun malu-malu, sekarang, bila 'selfie' diiktiraf umum, bukan main lagi berselfie dan siap muat naik kat laman sosial lagi.
Selfie tidak salah, tapi ianya salah bila si orang yang berselfie tu berselfie tak kena gaya. Mana tak salah. Tengok gambar kat atas, seorang perempuan mengambil gambar selfie bersama kain sembahyang tapi sengaja mempamerkan bahagian bawah.
Ini dah kira mempermainkan agama. Kain sembahyang digunakan untuk sembahyang, bukannya digunakan untuk menaikkan nafsu syahwat. - SiakapKeli.com
TOP
Lelaki Selamba Hisap Rokok DI R&R. Gedebe Sangat ke?
Dengan dunia yang kini berada di hujung jari kita hari ini, dan telefon menjadi satu alat pelbagai fungsi, setiap benda yang dibuat, ada yang memerhati. Bagi mereka yang kurang kesedaran moral, mereka boleh menjadi popular dalam sekelip mata.
Contoh seorang manusia yang kurang kesedaran moral adalah seperti lelaki yang merokok di tempat awam tanpa mempedulikan tanda larangan merokok.
Gambarnya telah diambil oleh orang awam yang merasakan perbuatannya itu tidak patut dan dia kini sudah menjadi popular di laman sosial.
Walaupun sudah ada buntling melarang merokok dan juga sudah diumumkan di media massa yang merokok di R&R adalah satu kesalahan, lelaki itu jelas tidak mempedulikan semua itu.
Kalau buta huruf, takkan lah boleh lepas lesen memandu kan? Kepada sesiapa yang hendak merokok, janganlah merokok di tempat awam seperti di R&R. Bahayanya bukan anda seorang sahaja - SiakapKeli.com
No comments:
Post a Comment