TOP
Hamas Bunuh 18 Tali Barut Israel
BANDAR GAZA: Hamas dilaporkan membunuh 18 orang penduduk Gaza yang disyaki bersubahat dengan Israel dalam serangan tentera rejim Yahudi sepanjang enam minggu lalu ke atas wilayah yang dikepung itu.
Menurut saksi, 11 daripada mereka ditembak mati di sebuah bekas bangunan balai polis manakala tujuh lagi ditembak di tengah khalayak ramai dalam keadaan kepala ditutup dengan kain dan tangan terikat.
Hukuman itu dijalankan selepas solat Jumaat, lapor sebuah laman web yang pro kepada Hamas.
Sehari sebelum itu, hukuman sama dijatuhkan ke atas tiga warga Palestin yang juga disyaki bersubahat dengan Israel.
Tindakan ini menyusul operasi tentera Israel yang membunuh tiga komander Hamas termasuk dua orang yang terlibat dalam penculikan Gilad Shalit pada 2006 serta cubaan membunuh komander Briged Al-Qassam, Mohammad Deif. Mohammad terselamat daripada serangan itu tetapi isteri dan anaknya maut. -- Agensi
TOP
Orang Tengah Bertafakur Azwan Ali Sibuk Berselfie?
Azwan Ali sememangnnya terkenal dengan sikapnya yang suka cetus kontroversi.
Kali ini, Azwan sekali lagi mencetus kontroversi dengan mengambil gambar 'sefie' biarpun ketika itu orang disekelilingnya dalam keadaan sedih pagi tadi.
Dari apa yang dilihat dari gambar terbabit, Azwan sibut mencari sudut yang tepat menggunakan monopod untuk mengambil gambar 'selfie' bersama suasana hiba.
Pemakaian Azwan Ali ni pun pelik sebab dilihat memakai tudung dan songkok. Tak tahulah apa niat dia.
Entah apa pula yang mahu ditunjukkan oleh Azwan kali ni. Tapi biasalah, kalau tak pelik-pelik bukan Azwan Ali namanya. - SiakapKeli.com

Ketua Angkatan Muda Keadilan Kecam Hadi Terang-Terangan
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin mengecam Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor dan mempertikai komitmen PAS dalam komponen Pakatan Rakyat (PR).
Ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres AMK PKR ke-10 di Shah Alam, Shamsul yang juga ahli parlimen Bukit Katil merujuk ketiadaan Hadi dalam mesyuarat pertama PR pada 23 Julai lalu yang bertujuan untuk membincangkan berkenaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau mempersoalkan tindakan Hadi menghantar timbalannya, Mohamad Sabu untuk berbincang soal Khalid bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen.
“Sekiranya wakil yang dihantar, maka dia harus mempunyai autoriti untuk membuat keputusan
“Menghantar wakil yang tidak dapat memberikan kata putus akan menggagalkan proses ini.
“Lebih parah sekiranya persetujuan yang dicapai disanggah oleh pemimpin utama parti yang tidak menghadiri mesyuarat,” katanya.
Shamsul yang baru memenangi jawatan Naib Presiden pada pemilihan partinya, turut membidas tindakan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PP) Dr Zuhdi Marzuki yang mengeluarkan analisis senario untuk PAS keluar daripada PR.
“Pergantungan kepada penasihat-penasihat di balik tabir, di luar daripada proses mesyuarat bersama menyukarka lagi keadaan.
“Jika diteliti, krisis ini sebahagian besarnya berpunca daripada tiadanya komitmen kepada proses musyawarah dan disiplin untuk mematuhi keputusan yang dicapai,” katanya.
Bagaimanapun, beliau bersyukur krisis itu tidak berjaya memecah belahkan kesepakatan di dalam PR dengan PAS mempertegaskan komitmen mereka untuk bersama pakatan rakyat.
Ini merupakan kali kedua Shamsul menjadikan kongres sebagai pentas untuk mengecam rakan komponennya itu.
Untuk rekod, Kongres sebelum ini Shamsul turut mengecam Hadi berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU). -bnbbc.my
TOP
Terlampau Kaya Hingga Beli Kondo 11 Tingkat Untuk Duduk Tiga Orang
Seorang billionair Singapura, Peter Lim, kini tinggal di sebuah bangunan kondominium 11 tingkat di Ardmore Park bersama isteri dan ibunya sahaja.
Walaupun cuma keluarga kecil, tapi dia mengambil keputusan untuk tinggal di kondo tersebut yang berkeluasan 4,000 kaki persegi yang dilengkapi pengawal keselamatan.
Bangunan tersebut dianggarkan bernilai RM 253 juta menjadikannya antara hartanah yang paling tinggi nilainya di Orchard Road.
Lim berkata dia tiada sebarang niat untuk berpindah kerana ibunya selesa di kondo tersebut dan enggan berpindah. - SiakapKeli.com

Walau Khalid menteri besar terbaik...
SHAH ALAM - Walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seorang menteri besar yang terbaik, namun sekiranya parti mahukannya turun, beliau perlu menghormati keputusan itu.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan Abdul Khalid yang tetap berdegil meskipun telah ditolak.
"Kita turun padang dan jelaskan kepada rakyat untuk jelaskan kenapa (penolakan Abdul Khalid).
"Akhirnya, orang yang sokong Abdul Khalid pun faham bahawa dalam parti politik, walaupun anda 'the best man, the best MB' tapi apabila parti mahu anda turun atau meletakkan jawatan, anda patut hormat," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR, hari ini.
Katanya, Abdul Khalid sepatutnya faham keputusan parti itu dan meletakkan jawatan dengan aman.
"Secara peribadi, kebanyakan daripada kami kecewa dengan apa yang dia (Abdul Khalid) buat selepas apa yang kita telah beri...jawatan MB, peluang untuk apa yang dia telah lakukan sebagai MB untuk parti.
"Dia sepatutnya faham dalam parti politik, apabila parti menunjukkan orang lain, dia sepatutnya meletakkan jawatannya dengan aman. Itu yang kita harap dia buat. Kami sedih hingga terpaksa melalui sampai ke tahap ini dan melakukan semua ini," katanya.
Sementara itu, beliau menolak untuk mengulas soal pilihan raya negeri (PRN) kerana Abdul Khalid tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan Dun.
"Kita tak mahu buat spekulasi. Kita jauh daripada itu (PRN). Kerana kalau ikut Perlembagaan, tak mungkin dia boleh bubar Dun sebab kami majoriti.
"Sebenarnya dia telah ditolak daripada menjadi MB cuma proses peletakan jawatan itu belum lagi," katanya. - Sinar Harian
TOP
VIDEO: Cara Lucu Pemandu SUV Balas Dendam
Satu rakaman yang melucukan telah dirakam menerusi dashcam menunjukkan bagaimana seorang pemandu, 'membalas dendam' terhadap seorang pemandu yang tidak mahu bertolak ansur.
Dalam video ini, seorang pemandu SUV cuba untuk masuk ke dalam laluan yang betul, tetapi dihalang oleh sebuah kereta yang tidak mahu memberi ruang untuk masuk.
Akibat dari itu, SUV tadi memecut dengan laju kehadapan, merancang untuk 'membalas dendam'. Nak tahu macam mana dia balas dendem? saksikan video ini : - SiakapKeli.com
Post by Wikipedia Rakyat.
TOP
Akim Ahmad Tubuh Kumpulan Akim & The Magistrate
PETALING JAYA: Penyanyi Akim Ahmad mengambil keputusan untuk bergerak secara berkumpulan dan memberitahu telah pun menubuhkan Akim & The Magistrate sejak tiga bulan lalu.
Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 23, berkata, tujuan dia menubuhkan kumpulan tersebut kerana ingin membuat persembahan dengan iringan pemuzik secara 'live' yang disifatkan lebih memberi kepuasan kepadanya sebagai penyanyi.
"Alhamdulillah sudah tiga bulan kami bergerak secara berkumpulan dan saya tubuhkan kumpulan itu kerana ingin membuat persembahan bersama pemuzik secara 'live' berbanding hanya menyanyi menggunakan minus one sahaja.
"Tenaga ketika menyanyi bersama kumpulan pemuzik ini berbeza perasaannya dan sebagai penyanyi ia memberikan kepuasan luar biasa kepada saya," katanya kepada mStar Online.
Tambahnya, Akim & The Magistrate telah pun melancarkan single pertama mereka yang berjudul Mewangi dan sambutan terhadap lagu tersebut cukup baik dikalangan peminatnya.
Dalam pada itu, Akim berkata, biarpun dia kini bergerak secara berkumpulan namun itu tidak bererti dia ingin melupakan kerjaya solonya sebagai penyanyi.
Kata Akim, dia akan terus menghasilkan album solo pada masa hadapan namun buat masa ini dia ingin memperkenalkan kumpulan dan perjuangan muzik mereka kepada pendengar.
"Ahli dalam kumpulan ini juga tidak tetap dan mungkin akan bertukar-tukar mengikut kesesuaian jadual mereka malah ahli-ahlinya pun daripada kalangan rakan-rakan pemuzik daripada kumpulan lain.
"Saya akan tetap menghasilkan album solo dan Akim & The Magistrate hanyalah projek khas daripada saya untuk peminat," ujarnya.
Sementara itu, ditanya mengenai susuk tubuhnya yang semakin kurus, Akim mengakui kesibukannya menyebabkan dia sering mengabaikan waktu makan dan berehat sehingga menyebabkan dia kehilangan berat badan.
"Dulu berat badan saya 75 kilogram dan sekarang 67 kilogram namun saya memang mahu kuruskan badan dan akan mengekalkan berat badan sekarang," katanya.
Dalam perkembangan lain, Akim berkata, dia juga baharu sahaja dilantik sebagai duta jenama pakaian antarabangsa iaitu Bread & Butter selama setahun. - mStar
TOP
Gangguan Bekalan Air Di Ibu Negara 2 September
KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang dijangka berlarutan dan melibatkan lebih banyak kawasan susulan kegagalan sistem pam di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu semalam.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Priscilla Alfred dalam kenyataan, berkata, kegagalan di rumah pam Wangsa Maju adalah kali kedua selepas dibaik pulih, manakala Pudu Hulu pula kerosakan yang baru berlaku.
"Syabas menganggarkan pada kali ini terdapat pertambahan kawasan terlibat di Kuala Lumpur disebabkan kerosakan pam di rumah pam Pudu Hulu Baru berbanding gangguan sebelum ini yang menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 107,760 akaun pengguna yang melibatkan setengah juta isi rumah," katanya.
Di Kuala Lumpur, lokasi terlibat ialah Flat DBKL Dato’ Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Gurney, Kementah, Pulapol, Wisma Tanah, JUPEM, UTM, FELDA, Pusat Latihan Telekom, Jalan U Thant, Jalan Ampang Hilir, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Kampung Pandan Dalam, Taman Cahaya.
Turut terlibat Pandan Cahaya, Taman Dagang, Taman Shamelin, Taman Tenaga, Taman Miharja, Taman Kobena, Bandar Sri Permaisuri, Desa Pandan, Flat Sri Melaka, Taman Melur, Taman Saga, Taman Mega Jaya, Taman Teratai, Taman Muda, Taman Seraya, Taman Bukit Permai dan Kampung Cheras Baru.
Kawasan Gombak pula meliputi Kampung Baru Ampang, Kampung Melayu Ampang, Taman Hillview, Bukit Jobina, Taman Dato Ahmad Razali, Taman Bukit Indah, Taman TAR, Kampung Tasek Permai, Ukay Heights, Ampang Jaya, Dataran Ukay, Pinggiran Ukay, Sri Ukay, Beverly Heights, Ampang Indah, Ampang Saujana, Ampang Water Front, Bandar Baru Ampang, Bukit Ampang Permai, Bukit Indah, Desa Lembah Permai, Desa Setapak, Jalan Ampang, Kampung Bukit Sungai Puteh, Keramat AU 1 hingga AU 5, Kampung Ampang Campuran, Kampung Indah Mulia, Kampung Kemensah dan Kampung Lembah Jaya.
Kampung Pinggir Tiga Jaya, Kampung Tengah Lembah Jaya, Lembah Jaya Utara, Lembah Jaya Selatan, Sri Rampai, Taman Ampang, Taman Dagang Permai, Taman Pandan Ria, Taman Permai Jaya, Taman Permata, Taman Saujana, Ampang Tasek Tambahan, Taman Ampang Mewah, Taman Ampang Utama, Taman Bukit Ampang, Taman Cahaya Ampang, Taman Dagang Jaya, Taman Halaman, Taman Kesuma Ampang, Taman Kosas, Taman Mulia Jaya, Taman Rasmi Jaya, Taman Sri Ampang, Taman Watan, Wangsa Melawati.
Kerja-kerja pembaikan dijangka siap pada pagi esok, katanya menambah Syabas memantau secara berterusan keadaan tersebut.
Syabas menyediakan 40 buah lori tangki untuk membantu membekalkan air ke kawasan terlibat, selain menggerakkan lori tangki daripada pihak swasta sebagai tambahan kepada jumlah sedia ada.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL aduan / pertanyaan dan hantar kepada 39222.
Pengguna juga boleh membuat aduan di laman Facebook atau Twitter Syabas dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'. - Bernama
TOP
Bayi Salad, Wajarkan Dipermainkan Sedemikian Rupa?
CHINA – Bayi salad. Mungkin bagi keluarga ini, tindakan mereka meletakkan bayi tersebut dalam pinggan salad merupakan satu jenaka, namun bagi orang lain, ia adalah perbuatan tidak wajar.
Namun keluarga itu menganggap perbuatan tersebut sebagai kelakar dan hanya suka-suka.
Ibunya, Qu Yuan berkata, aksi itu membuat seluruh keluarga tidak berhenti ketawa hingga sakit perut.
Sementara bayi berkenaan pula tidak kelihatan gembira apabila dia menjadi perhatian di atas meja makan.
“Dia cuba bangun namun tidak berjaya kerana masih kecil. Kami ketawa hingga pecah perut, kemudian baru mengangkatnya,’’ kata Qu Yuan.
TOP
Ibu Bagi Anak Makan Telur Cacing Pita, Untuk Kurus
FLORIDA – Hanya kerana inginkan anak gadisnya menyertai pertandingan ratu cantik, seorang ibu sanggup memberi anaknya makan telur cacing pita, bagi memastikan tubuh si anak sentiasa kurus.
Malangnya perbuatan itu terbongkar apabila gadis berkenaan sakit perut dan terpaksa dibawa ke bilik kecemasan.
Menurut jururawat yang merawat gadis berkenaan, Maricar Cabral-Osorio, doktor mengetahui mengenai cacing pita itu selepas gadis berkenaan membuang air besar dalam tandas.
“Pada mulanya rakan-rakan saya menyangka gadis itu hamil, namun tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia mengandung.
“Namun selepas dia memasuki tandas untuk membuang air besar, kami mendengar jeritan dari dalam tandas,’’ kata Maricar.
Rupa-rupanya dalam mangkuk tandas itu penuh dengan cacing pita. Terdapat beberapa ekor cacing yang panjang dan cuba keluar dari lubang tandas.
Sambil menyifatkan ia sebagai menjijikkan, Maricar berkata, mereka kemudiannya tertanya-tanya bagaimana cacing itu boleh masuk ke dalam badan gadis berkenaan.
“Hanya selepas ibunya melihat keadaan anaknya itu, situasi menjadi emosional dan dia meminta maaf kepada anaknya.
“Ibunya mengaku memberi anaknya makan telur cacing pita, yang kemudian menetas dalam badannya dan ia dilakukan bagi memastikan anaknya terus kurus, sebelum memasuki pertandingan ratu cantik,’’ katanya.
TOP
Selamat Pulang…Tenanglah Di Bumi Malaysia
AMSTERDAM – Kepulangan yang telah lama dinantikan. Sebaik sahaja dua pegawai Kedutaan Malaysia dan wakil Malaysia Airlines (MAS) membuat proses pemeriksaan akhir, 20 jenazah mangsa nahas MH17 akhirnya diterbangkan pulang ke tanah air pada 3.40 petang Khamis (9.40 malam waktu Malaysia).
Mereka sepatutnya pulang pada 17 Julai lepas dan tiba pada 18 Julai ke Malaysia, namun tiada siapa menyangka pesawat MH17 itu akan ditembak jatuh.
Penerbangan membawa 298 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
Selain 43 warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.
Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, petugas media Malaysia dan tempatan tiba di sebuah bangunan untuk dibawa menaiki sebuah bas ke terminal kargo yang menempatkan pesawat khas membawa balik 20 jenazah.
Petugas media tiba kira-kira 2 petang dan dibawa menghampiri pesawat khas MAS Boeing 747 itu sebelum pintu pesawat dibuka.
Kelihatan beberapa keranda telah disusun dan difahamkan kesemua 20 jenazah dalam 17 keranda dan tiga bekas abu itu telah mula diangkut satu per satu sejak awal pagi Khamis.
Proses pemeriksaan akhir jenazah bermula sejurus selepas 2 petang dilakukan Naib Presiden Operasi MAS Datuk Baharom Mohd Yatim, Setiausaha Kedua Pejabat Kedutaan Malaysia di Belanda, Halmah Hassan dan Kaunselor Kedutaan Malaysia di Finland, Devrin Jeck untuk tujuan formaliti proses.
Media Malaysia dan tempatan tidak dibenarkan mendekati pintu masuk pesawat khas itu dan hanya dapat melihat dari jarak 50 meter sahaja.
Kelihatan keranda yang dibalut dengan Jalur Gemilang itu disusun satu per satu, tidak bertindih dalam tiga barisan dengan sedikit jarak antara antara satu sama lain.
Cuaca sejuk mencecah 16 darjah Celcius dengan angin kuat tidak menghalang petugas media merakamkan detik bersejarah itu walaupun cuma dibenarkan berada di kawasan itu kira-kira 10 minit sahaja.
Terdapat kira-kira 20 petugas keselamatan yang dibantu pegawai lapangan terbang yang sangat mesra ketika proses rakaman pemeriksaan akhir pesawat itu dilakukan.
Sebaik sahaja selesai pemeriksaan, kelihatan wakil MAS dan pegawai kedutaan diserahkan beberapa kertas untuk tujuan formaliti proses sebelum mereka beredar dan keluar dari pesawat itu.
Tidak lama selepas itu, kumpulan anak kapal pesawat itu dilihat tiba dengan sebuah van sebelum menaiki pesawat itu.
Petugas media kemudian diarah meninggalkan kawasan itu memandangkan proses persediaan teknikal pelepasan pesawat akan bermula.
Pesawat itu dikendalikan Kapten Misman Leham bersama dua pembantu juruterbang iaitu Kapten Bakri Othman dan Kapten Zaim Khalid selain pegawai penerbangan Yap Yoon Kong.
Kira-kira pukul 3.40 petang Khamis (9.40 malam di Malaysia), pesawat akhirnya berlepas meninggalkan lapangan terbang yang dipenuhi ratusan pesawat antarabangsa itu ke Malaysia.
Seorang wakil MAS yang enggan dikenali memberitahu pesawat khas itu tidak akan menggunakan laluan seperti pesawat MH17 sebelum ini dan dijangka akan menggunakan laluan lain namun enggan mendedahkannya demi tujuan keselamatan.
Perjalanan terus tanpa henti itu akan mengambil masa kira-kira 12 jam menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – BERNAMA
TOP
Keluarga Harap 2 Mayat Lagi Dapat Dikenal Pasti
GEORGETOWN – Anggota keluarga tiga sekeluarga dari Greenlane, di sini berharap dua lagi mayat insan tersayang mereka dalam tragedi MH17 dapat dikenal pasti dan dibawa pulang ke tanah air secepat mungkin.
Loh Ean Tin berkata, setakat ini mereka sekeluarga dimaklumkan hanya mayat kakaknya Loh Yan Hwa yang telah dikenal pasti manakala mayat ibunya Tan Siew Poh dan abang iparnya Fan Shun Po belum dikenal pasti.
“Kami sekeluarga berharap dua lagi anggota keluarga dapat dikenal pasti supaya dapat dibawa balik bersama jasad kakak saya.
“Saya bagi pihak keluarga turut ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu kami dan kepada pihak media yang memahami keadaan kami ketika ini (masih bersedih),” katanya semasa berucap pada majlis perkabungan negara peringkat Pulau Pinang di ruang legar tingkat bawah Komtar di sini hari ini.
Majlis bertafakur selama seminit itu turut dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng dan barisan exco kerajaan negeri serta Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan.
Ean Tin berkata, ibunya ke Amsterdam pada Jun untuk melawat kakak dan abang iparnya yang menjalankan perniagaan dan menetap di negara itu.
“Seluruh anggota keluarga masih bersedih dan seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku ke atas ibu, kakak dan suaminya itu. Kami juga berharap roh mereka dalam keadaan tenang,” katanya.
Sementara itu, pada sidang akhbar di pejabat ketua menteri Pulau Pinang selepas majlis itu, Lim berkata kerajaan negeri bersedia menerima kepulangan abu mendiang Yan Hwa yang dijadual diterbangkan ke Malaysia dalam kumpulan kedua Ahad ini.
Beliau berkata, daripada lapan mangsa yang berasal dari negeri ini, hanya tiga sekeluarga itu yang akan disemadikan di Pulau Pinang manakala yang lain dikebumi di tempat lain.
Lima lagi mangsa yang berasal dari Pulau Pinang ialah Kapten Eugine Choo Jin Leong, Sanjit Singh, Elaine Teoh, Nor Shazana Mohd Salleh dan Azrina Yaakob. – BERNAMA
TOP
Kedutaan Amerika Di Kuala Lumpur Turut Berkabung
Istiadat penghormatan negara terhadap mangsa-mangsa insiden MH17 hari ini bukan sahaja dirasai masyarakat Malaysia semata-mata sebaliknya masyarakat dunia turut sama berkabung, berkongsi perasaan bersama-sama rakyat Malaysia yang lain.
Antaranya kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Ampang turut berkabung sempena Hari Perkabungan Negara di Malaysia hari ini dengan mengibarkan bendera AS separuh tiang di kedutaannya.
Seramai 20 jenazah mangsa MH17 telah dibawa pulang dan diberi penghormatan tertinggi negara menerusi istiadat penerimaan yang dijalankan hari ini bermula 10 pagi tadi.
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal telah ditembak jatuh di timur Ukraine, 17 Julai lalu dan sehingga kini tiada sebarang pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab di atas insiden menyayat hati itu. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Keluarga Karamjit: Kehilangan Yang Sukar Diterima
SHAH ALAM – Suasana pilu dan hiba menyelubungi upacara pembakaran jenazah Karamjit Singh Karnail Singh, yang merupakan antara 20 jenazah mangsa tragedi pesawat MH17, yang dibawa pulang ke Malaysia untuk disemadikan hari ini.
Bagi keluarga mendiang, kehilangannya terlalu sukar untuk diterima.
“Walapun mayatnya telah ada di depan mata, sehingga ke hari ini ahli keluarga masih belum dapat menerima (kenyataan) yang dia sudah tiada.
“Dari mula kapal terbang MAS itu dilaporkan terhempas, kami sentiasa berharap dia tidak ada dalam pesawat itu,” kata adik bongsu Karamjit, Harjit Kaur, 51, pada majlis itu di Taman Peringatan Nirvana Seksyen 21 di sini, hari ini.
Jenazah Karamjit, 54, yang tiba kira-kira 12.35 tengah hari ini, disambut dengan tangisan anggota keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan terdekat.
Jenazah mendiang merupakan kumpulan pertama daripada 43 rakyat Malaysia yang maut dalam tragedi itu yang dibawa pulang.
Turut memberikan penghormatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.
Pada upacara itu, Mohamed Khusrin turut menyerahkan Jalur Gemilang yang menutupi keranda kepada isteri mendiang, Harbinder Kaur sebelum bermulanya upacara sembahyang dan pembakaran.
Abu mayat mendiang, anak kelima dari enam beradik itu akan disemadikan di laut di Pelabuhan Klang, esok pagi.
Mendiang Karamjit, penasihat keselamatan yang berkhidmat dengan syarikat ExxonMobil, dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas bertugas di pelantar minyak di Usan, Nigeria, ketika tragedi berlaku.
Mendiang meninggalkan seorang balu dan dua anak lelaki berusia 21 dan 22 tahun.
Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu. – BERNAMA
TOP
Kontinjen Negara Turut Bertafakur Untuk Mangsa MH17
SUASANA di perkampungan Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) yang menempatkan kontinjen negara, bertukar suram seketika apabila para atlet, pegawai dan petugas media berkumpul untuk bertafakur seminit hari ini bagi memberi penghormatan kepada mangsa tragedi MH17.
Ketua Kontinjen Negara, Wong Pei Tty berkata semua atlet dan pegawai YOG 2014 di Nanjing turut merasai kesedihan negara yang berkabung hari ini bagi menghormati ketibaan 20 jenazah kumpulan pertama mangsa warga Malaysia dalam nahas itu yang dibawa pulang ke tanah air.
“Kami berkumpul dan bertafakur selama seminit, membaca surah al-Fatihah bagi yang beragama Islam dan doa mengikut kepercayaan masing-masing bagi yang bukan beragama Islam ,sebagai menghormati jenazah sempena Hari Perkabungan Negara hari ini.
“Saya cuba mengumpulkan semua atlet namun tidak semua 20 atlet dapat hadir apabila atlet pelayaran, memanah dan renang sedang beraksi ketika ini,” katanya kepada Bernama.
Wong berkata beliau mewakili seluruh kontinjen negara di YOG 2014 mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris mangsa yang terlibat dalam tragedi MH17.
Beliau dan rakan-rakan turut merasai kesedihan ini walaupun berada jauh dari Malaysia.
“Sebagai rakyat Malaysia sudah pasti kami turut merasai kesedihan apabila menonton secara langsung ketibaan jenazah warga Malaysia menerusi komputer yang disediakan di pusat media di perkampungan atlet YOG ini,” kata Wong.
Pesawat khas yang membawa kumpulan pertama 20 jenazah warga Malaysia mangsa nahas di timur Ukraine pada 17 Julai itu berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam pada jam 9.40 malam waktu Malaysia malam tadi dan mengambil masa 12 jam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Empat puluh tiga rakyat Malaysia terbunuh dalam tragedi itu semasa Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Ukraine. – BERNAMA
TOP
3 Lagi Jenazah Rakyat M’sia Mungkin Dibawa Pulang Ahad Ini
KUALA LUMPUR – Tiga lagi jenazah warganegara Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 mungkin dibawa pulang ke tanah air Ahad ini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata setakat ini hanya dua jenazah telah mendapat pelepasan pulang manakala satu lagi masih menunggu pengesahan pihak berkuasa Belanda.
“Ketika ini disahkan dua mayat, satu Islam dan satu lagu bukan Islam.
Diharapkan tiga mayat itu akan tiba pagi Ahad ini, tetapi akan disahkan esok.
“Jenazah satu lagi masih kena diselesaikan pendokumentasi dan harap dipercepatkan supaya boleh dibawa balik Ahad ini,” katanya pada sidang media di Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi dekat sini hari ini.
Turut hadir pada sidang media itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J.Loga Bala Mohan.
Liow berkata senarai nama penumpang dan maklumat lanjut berhubung penghantaran pulang jenazah tersebut akan diumumkan kepada media esok.
Beliau berkata kerajaan tidak pernah melewat-lewatkan urusan membawa pulang jenazah mangsa nahas MH17 namun proses pelepasan perlu melalui pelbagai peringkat dan mengambil masa.
Liow berkata ini kerana pelbagai ujian padanan, DNA dan bedah siasat perlu dilakukan sebelum mayat mangsa diserahkan bagi tujuan pengurusan jenazah serta proses penghantaran pulang ke tanah air.
Selepas sidang media itu, Liow turut meluangkan masa memberikan penghormatan terakhir kepada empat jenazah bukan Islam mangsa nahas MH17 yang melalui upacara keagamaan di Pusat Peringatan Nirvana, Sungai Besi.
Empat jenazah itu ialah Foo Ming Lee, Ng Qing Zheng dan pasangan suami isteri Mabel Anthony Samy dan Paul Rajasingam Sivagnanam. – BERNAMA
TOP
Ibu Wira Negara Semporna Terlalu Sedih Baca Keadaan Mayat Anak
Gara-gara kisah kematian ngeri anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Semporna, Sabah pada 2 Mac tahun lepas dilaporkan secara terperinci dalam sebuah akhbar tempatan kelmarin, keluarga salah seorang mangsa mengalami trauma.
Sadiah Mohd Amin, ibu kepada Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran dikatakan terlalu terkejut dengan pendedahan tersebut hingga tidak dapat tidur. Si ibu kini asyik menangis dan bertanya, “betul ke ni? betul ke ni?” merujuk kepada keadaan mayat anaknya yang dikatakan dalam keadaan ngeri ketika ditemui.
Tambah memburukkan keadaan apabila terdapat orang kampung yang tidak sensitif datang bertanyakan hal ini kepada keluarga Azrul sekali gus menambah kedukaan ibunya.
Susulan itu, satu print screen perbualan kenalan keluarga ini di media sosial menyatakan perkar ini telah dibawa ke pengetahuan pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.
Dalam laporan disiarkan kelmarin, wartawan mahkamah akhbar terlibat melaporkan butiran perbicaraan kes serangan hendap di Kampung Simunul, Semporna yang berlangsung Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
Antara dilaporkan adalah keadaan dua mayat mangsa yang dibunuh secara kejam termasuk dipenggal kepala dan kulit muka dikoyak hingga kelihatan tulang.
Azrul, salah seorang daripada enam anggota polis yang terkorban dalam insiden serangan hendap Semporna diangkat sebagai wira negara termasuk oleh kerajaan negeri Terengganu apabila sebatang jalan masuk ke rumahnya di kampung diabadikan sempena namanya.
Apa yang boleh dikatakan, sesetengah perkara mungkin dirasakan menarik dan tidak salah untuk disebarkan oleh kita tetapi sebelum melakukannya cuba fikir sejenak di sudut kemanusiaan sekiranya kita berada di pihak keluarga mangsa.
Semoga apa yang kita kongsikan memberi manfaat dan bukan membawa mudarat kepada sesiapa pun.
Nasihat ini bukan untuk wartawan di luar sana sahaja tetapi untuk diri penulis sendiri juga. Wallahua’lam. – MYNEWSHUB.MY

Datuk Hattan Hadiri Pengkebumian Dora Shahila Kassim
Penyanyi Datuk Hattan turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah sepupunya, ketua pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Dora Shahila Kassim yang tersenarai dalam kumpulan pertama jenazah rakyat Malaysia yang dibawa pulang, hari ini.
Jenazah Dora, 47, telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas disembahyangkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Ismail, Damansara selepas Solat Jumaat.
Allahyarhamah yang merupakan seorang ibu tunggal meninggalkan seorang cahaya mata, Nur Diyana Yazeera, 15, yang merupakan penuntut di Kolej Tunku Kursiah, Negeri Sembilan.
Dora serta 14 anak kapal yang lain terbunuh dalam insiden paling buruk sejarah penerbangan negara yang turut mengorbankan 283 nyawa penumpang yang terdiri daripada pelbagai kerakyatan dari seluruh dunia. – MYNEWSHUB.MY

Muhyiddin, MB Johor Sambut Jenazah Pelajar Pintar Di Pagoh
Lebih seribu penduduk diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut jenazah Mohd Ali Md Salim, mangsa MH17 di perkarangan padang IKBN Pagoh.
Jenazah pelajar pintar itu yang dibawa menaiki helikopter dari KLIA diberi penghormatan istiadat setibanya di IKBN Pagoh.
Selain Muhyiddin, turut menyambut jenazah adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Jenazah anak jati Pagoh diiringi oleh bapanya Md Salim Sarmo dan ibunya, Junaidah Basiron.
Sejurus kemudian jenazah Mohd Ali dibawa masuk ke masjid IKBN dan majlis tahlil diadakan.
Jenazah Mohd Ali dijadual disembahyang di masjid berkenaan selepas solat Jumaat.
Suasana cukup sayu sebaik sahaja jenazah Mohd Ali dibawa keluar dari helikopter apabila adik beradik Allahyarham tidak dapat menyembunyi perasaan sedih masing-masing.
Keadaan itu menyebabkan orang ramai yang bersama mereka turut mengalirkan sama air mata dan berpelukan sesama sendiri.
Suasana hiba menyelubungi saat apabila van yang membawa jenazah Allahyarham Mohd Ali Md Salim, 30, yang terkorban dalam nahas MH17 tiba di perkarangan rumah ibu bapanya di Kampung Jayor Pagoh.
Beberapa ahli keluarga dan saudara terdekat Allahyarham dilihat tidak dapat menahan kesedihan selepas jenazah Allahyarham dibawa masuk ke dalam rumahnya.
Ahli keluarga Allahyarham Mohd Ali juga dilihat tidak dapat menahan kesedihan mereka apabila turut bertindak memeluk keranda Allahyarham.
Sebaik selesai solat jenazah, orang ramai kemudian memberi penghormatan terakhir kepada jenazah, sebelum satu sesi khas yang dikhususkan kepada ahli keluarga terdekat.
Difahamkan, sesi khas itu bagi memberi ruang kepada keluarga terdekat Allahyarham dapat meluangkan sedikit waktu untuk bersama walaupun keranda jenazah Allahyarham tidak dapat dibuka.
Md Ali yang sedang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Development Neuropsychopathology di Erasmus University Rotterdam di Belanda, dalam perjalanan pulang untuk bercuti di kampung Jayor, Pagoh di Johor sebelum kejadian – Agendadaily.com
TOP
Anggota Tentera Mengusung Jenazah Turut Sedih
SEPANG – Walaupun sudah berkali-kali membuat latihan, namun anggota 12 Briged Infantri yang ditugaskan mengusung jenazah mangsa pesawat MH17 merasa sedih apabila berdepan dengan keadaan sebenar membawa jenazah.
Bagi Lans Koperal Mohd Halim Othman, 26, beliau mula berasa sedih sebaik memasuki pintu pesawat khas MH6129 yang menerbangkan 20 jenazah dari Amsterdam, untuk menurunkan keranda milik penumpang pesawat Muhammad Afif Tambi.
“Perasaan sedih saya memang tidak boleh dibayangkan. Apatah lagi, ini kali pertama saya terlibat dalam istiadat penghormatan jenazah,” katanya kepada Bernama selepas tamat istiadat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antara bangsa KL di sini hari ini.
Beliau berkata raptai mengusung jenazah dilakukan sejak 25 Julai lalu.
Koperal Che Wan Mohd Nazrin Che Wan Azmi, 30, pula semakin kuat merasai perasan sedih apabila melintasi khemah yang menempatkan anggota keluarga mangsa untuk ke pesawat khas itu.
“Memandangkan kami hanya mengetahui nombor keranda yang akan diusung, saya beranggapan saya tidak akan berasa begitu sedih. Tapi apabila berada di depan anggota keluarga mangsa, saya turut terkesan kerana melihat mereka mengesat air mata,” katanya.
Che Wan Mohd Nazrin ditugaskan mengusung keranda jenazah anak kapal Azrina Yakob.
Sarjan Jeffery Semat, 33, selaku ketua pengusung jenazah penumpang Ariza Ghazalee, turut sedaya upaya menyembunyikan perasaan sedihnya.
“Saya mendoakan supaya jenazah yang diusung itu merasa tenang kerana akhirnya dapat disemadikan di tanah air,” katanya.
Di sebalik kesedihan itu, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mej Jeneral Datuk Azizan Md Delin berpuas hati dan berbangga dengan komitmen 450 anggota berbeza pangkat pada istiadat julung kali melibatkan orang awam itu.
Beliau berkata beliau juga bersyukur apabila Datuk Seri Najib Tun Razak memberi markah terbaik dengan pretasi yang ditunjukkan para anggota, yang diucapkan perdana menteri secara lisan sebaik upacara tamat.
Pujian turut diberikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kelancaran majlis adalah berkat usaha semua anggota lain-lain pangkat yang tidak jemu berlatih sejak 25 Julai lalu sehingga mereka tidak dapat bercuti pada Aidilfitri,” kata Azizan.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas. – BERNAMA
TOP
Che’Gu Bard Tidak Sensitif Dengan Hari Berkabung Malaysia
DI saat rakyat Malaysia masih lagi meluahkan kesedihan dan memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa nahas pesawat MH17, aktivis pembangkang, Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard sudah tidak sabar-sabar untuk ‘memanaskan’ keadaan.
Menerusi akaun Twitternya, dia dilihat sengaja menyindir Istiadat Penghormatan Jenazah Mangsa MH17 yang berlangsung pagi tadi menerusi satu laporan kemalangan yang disiarkan oleh Sinar Online.
Tidak cukup dengan itu, dia juga memuatnaik status berikut:
Susulan itu, ramai yang mengkritik tindakannya yang dianggap tidak sensitif kepada keluarga mangsa.
Bagi kami, inilah contoh manusia yang terlalu obses berpolitik hingga tertutup hatinya untuk berasa simpati terhadap penderitaan orang lain.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Jenazah Pramugari Hamfazlin Dikebumikan Di Ibu Negara
Jenazah anak kapal MH17, Allahyarham Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, 38, selamat dikebumikan pada kira-kira jam 3.10 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Kl-Karak, Taman Batu Batu.
Ibunya, Hamlah Hassan, 61, semalam dipetik sebagai berkata, sebelum dimaklumkan mengenai jenazah anaknya, beliau sentiasa berdoa agar jenazah anaknya ditemui dan dapat dibawa pulang.
“Hari-Hari makcik tengok berita, dapatkan perkembangan terkini dan berdoa supaya dapat berjumpa jenazah, dan akhirnya doa makcik dimakbulkan bila arwah ditemui dan pihak berkenaan memaklumkan jenazahnya sempurna,” katanya.
Dalam pada itu, adik Allahyarham, Hamizah Sham, 26, berkata mereka sekeluarga reda dengan apa yang terjadi walaupun tidak dapat melihat jenazah.
“Pengurusan jenazah itu dah sakitkan mayat, jadi kami sebagai keluarga tak sanggup nak tengok jenazah diseksa lagi. Kami terima seadanya, yang penting arwah sampai dengan selamat dan lengkap,” katanya.
Sejumlah 43 warga Malaysia adalah antara penumpang dan anak kapal pesawat yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai.
Pesawat berkenaan, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ditembak jatuh di negara bergolak itu.
TOP
10 Hal Berkabung Yang Perlu Anda Ketahui
1. Istirja’
Istirja’ adalah ucapan terbaik apabila dilanda musibah. Ucapan yang diajar Nabi sallallahu alaihi wasallam adalah “inna lillaahi wa inna ilaihi rajiun”.
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan,”Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. [Surah Al Baqarah, Ayat 155-157]
2. Bantu keluarga si mati. Beri makan
Apabila berlaku kematian, ahli keluarga pasti berada dalam kesedihan. Kita sebagai umat Islam patut memahami situasi ahli keluarga yang baru kematian orang yang tersayang. Apa yang diajar oleh Islam adalah kita mengucapkan takziah, membantu dalam urusan jenazah dan memudahkan urusan mereka seperti memberi mereka makan.
Ketika datang berita kematian seorang sahabat yang bernama Ja’far, Rasulullah bersabda: “Buatkanlah makanan untuk keluarga Ja’far, kerana mereka ditimpa dengan sesuatu yang menyibukkan.” [Ibn Majah no: 1610]
3. 3 hari bersedih
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa salllam:
“Tidak boleh seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhir untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya” [HR Muslim dalam Shahih-nya, Kitab Thalaq, bab Wujub Al Ihdaad, no. 3714]
4. Isteri kematian suami berkabung 4 bulan 10 hari
Allah berfirman:
“Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber’iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa ‘iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat” [Surah Al Baqarah, Ayat 234]

Dan dalam riwayat Bukhari terdapat tambahan lafazh:
“Maka ia berkabung atas hal tersebut selama empat bulan sepuluh hari” [HR Bukhari dalam Shahih-nya, Kitab Al Janaaiz, bab Ihdaad Al Mar’ah ‘Ala Ghairi Zaujiha, no. 1280. Lihat Fathul Bari, Op.cit, hlm. 3/146.]
Dari Zainab bintu Abu Salamah, beliau berkata :
“Aku telah mendengar Ummu Salamah berkata: “Seorang wanita datang menemui Rasulullah dan berkata,’Wahai, Rasulullah! Sesungguhnya putriku ditinggal mati suaminya, dan ia mengeluhkan sakit pada matanya. Apakah ia boleh mengenakan celak mata?’.” Lalu Rasulullah menjawab “Tidak!” sebanyak dua atau tiga kali, semuanya dengan kata tidak. Kemudian Rasulullah berkata: “Itu harus empat bulan sepuluh hari, dan dahulu, salah seorang dari kalian pada zaman jahiliyah membuang kotoran binatang pada akhir tahun.” [HR Bukhari, Kitab Thalaq, Bab Tahiddu Al Mutawaffa ‘Anha Arba’ata Asyhur Wa ‘Asyra, no. 5.335. Lihat Fathul Bari, Op.cit, hlm. 9/484.]
5. Tidak boleh bersolek atau berhias dalam tempoh berkabung
Berkabung, dalam bahasa Arabnya adalah al hadaad ( الْحَدَادُ ). Maknanya, tidak mengenakan perhiasan baik berupa pakaian yang menarik, minyak wangi atau lainnya yang dapat menarik orang lain untuk menikahinya [1].
Pendapat lain menyatakan, al hadaad adalah sikap wanita yang tidak mengenakan segala sesuatu yang dapat menarik orang lain untuk menikahinya seperti minyak wangi, celak mata dan pakaian yang menarik dan tidak keluar rumah tanpa
keperluan mendesak, setelah kematian suaminya [2].
[1] Lihat Fathul Bari, Ibnu Hajar, tanpa cetakan dan tahun, Al Maktabah As Salafiyah, Mesir, hlm. 3/146
[2] Lihat Al Kalimaat Al Bayyinaat Fi Ahkam Hadaad Al Mukminat, Muhammad Al Hamuud An Najdi, Cetakan Pertama, Tahun 1415 H, Dar Al Fath, hlm. 8.
6. Haram memakai pakaian khusus tanda berkabung
Islam tidak mengajarkan di dalam berkabung untuk memakai sesuatu pakaian yang khusus. Memakai pakaian khusus tanda berkabung adalah tasyabbuh atau maksud lainnya menyerupai kaum atau agama lain.
Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Barang siapa menyerupai suatu kaum, dia termasuk golongan mereka.” [HR. Abu Dawud no. 4026 dengan sanad yang hasan. Lihat Jilbab al-Mar’atul Muslimah hlm. 203 karya al-Albani]
7. Tiada pakaian khusus berkabung samada gelap atau hitam
8. Kibar bendera separuh tiang tiada asas dalam agama
9. Malaysia patut menjadi contoh kepada negara lain cara berkabung menurut Islam. Bukan dengan cara meniru agama lain Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Barang siapa menyerupai suatu kaum, dia termasuk golongan mereka.” [HR. Abu Dawud no. 4026 dengan sanad yang hasan. Lihat Jilbab al-Mar’atul Muslimah hlm. 203 karya al-Albani]
10. Mungkin ada yang berpendapat beberapa ritual semasa berkabung adalah adat kebiasaan maka terpulanglah. Kami hanya menyampaikan apa yang dinyatakan di dalam Islam. Wallahua’lam
Ini adalah pendirian dan pendapat Dr Fadlan Mohd Othman dan Dr Fathul Bari Mat Jahya dari Pertubuhan Ilmuan Malaysia di dalam isu berkabung. Semoga bermanfaat.
DR FATHUL BARI MAT JAHYA
PENASIHAT EKSEKUTIF ILMUAN MALAYSIA
DR FADLAN MOHD OTHMAN
PENGERUSI ILMUAN MALAYSIA

Sebab Telefon Bimbit, Lelaki Diseret Teman Wanita
CHINA – Keadaan di sebuah stesen keretapi bawah tanah menjadi kecoh apabila seorang wanita yang bosan dengan teman lelakinya yang leka melayan telefon bimbitnya, telah mengheret lelaki berkenaan keluar dari komuter dalam usaha merampas telefon tersebut.
Kejadian itu pada awalnya berlaku di dalam komuter selepas wanita tersebut mula marah dan kecewa kerana tidak dipedulikan oleh teman lelakinya yang leka melayari telefonnya.
Dia kemudiannya menarik lelaki itu keluar dari komuter di stesen di Beijing.
Meskipun ditarik dan diseret, mata lelaki itu tetap terpaku pada iPhonenya, hinggakan pada satu saat, wanita itu menggunakan kaki untuk menolak lelaki itu dan merampas telefon terbabit yang terlekat umpama gam di tangan teman lelakinya.
Ada yang menyifatkan ia adalah lakonan semata-mata daripada syarikat telefon bimbit namun seorang saksi berkata ia merupakan kejadian sebenar. “Ia amat mengejutkan malah saya melihat seorang kanak-kanak menangis ketika pasangan itu sedang bertengkar. “Wanita itu cuba merampas telefon terbabit dan apabila gagal, dia mengheret lelaki itu keluar. Dia juga menjerit-jerit meminta lelaki itu melepaskan telefonnya,’’ katanya.

Kebakaran di Politeknik Ungku Omar, Ipoh
Satu kebakaran telah dilaporkan berlaku di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, semalam. Kebakaran itu dikatakan berlaku secara tiba-tiba.
Menurut gambar yang dimuatnaik, api kelihatan marak menghanguskan sebuah bilik stor yang berkeluasan 40x100.
Bomba Simpang Pulai yang menerima panggilan pada jam 4.30 petang segera ke tempat kejadian dan api berjaya dikawal. Tiada kecederaan yang dilaporkan. - SiakapKeli.com

Konkrit Tergantung Ancam Nyawa
PETALING JAYA – Pengguna jalan raya yang menggunakan laluan dari Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dekat sini menuju ke Kota Damansara bimbang dengan keadaan landasan konkrit projek Transit Aliran Massa (MRT) yang ‘tergantung’.
Rata-rata pengguna mendakwa, keadaan itu boleh mengancam nyawa mereka jika sebahagian landasan konkrit tersebut tiba-tiba terjatuh lalu menghempap kenderaan yang melalui laluan di bawahnya.
Landasan tersebut direka khas bagi kegunaan sistem rel kereta api. Tinjauan Kosmo! di lokasi itu semalam mendapati, laluan MRT dari TTDI menuju ke Kota Damansara itu membahayakan pengguna jalan raya kerana pada penghujung landasan yang sedang dalam kerja-kerja pembinaan tidak dipasang alat sokongan untuk menampung beratnya. Seorang pekerja swasta, Adi Fitri Abdul Aillah, 30, berkata, dia melihat tiada alat sokongan dipasang di bawah landasan konkrit tersebut bagi menjamin keselamatan orang ramai. “Jika dilihat dengan mata kasar, landasan ini kelihatan amat bahaya kerana ia berada betul-betul di atas jalan raya yang dilalui oleh ramai pengguna,” katanya ketika ditemui di sini. Sementara itu, seorang kerani yang hanya mahu dikenali sebagai Salmiah, 29, berkata, kawasan projek pembinaan MRT tersebut seperti tidak dapat menjamin keselamatan pengguna. - Kosmo

Pramugari Hadiah Nota Tulisan Tangan Kepada Keluarga Mangsa
SEPANG – Pramugari Teng Siew Eng mempunyai cara tersendiri untuk berkongsi kesedihan dengan waris mangsa pesawat malang Malaysia Airlines (MAS) MH17 – dengan ‘menghadiahkan’ mereka nota tulisan tangan beliau.
Nota itu yang mengandungi dua logo hati berwarna merah berbunyi: “Your departure leaves a heartache no one can heal, love leaves a memory no one can steal. We miss you. From MH families,” Teng, 39, menulis nota tersebut malam semalam, dan melekatkannya pada plastik bungkusan bunga mawar merah jambu yang diserahkan kepada hampir semua anggota keluarga mangsa semasa menghadiri istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di sini, hari ini.
Beliau berkata nota itu ditulis sebagai cara untuk menzahirkan takziah dan memberi kata-kata semangat kepada anggota keluarga berkenaan.
Teng yang mengeluarkan wang sendiri untuk membeli bunga berkenaan menambah bunga itu dibeli pada petang Khamis, selepas beliau pulang dari bertugas dalam penerbangan ke Bali, Indonesia.
“Saya menghubungi kedai bunga dan meminta supaya bunga itu dihantar ke rumah dan nota itu pula ditulis pada sebelah malam,” katanya kepada Bernama.
Teng bagaimanapun agak sedih kerana tidak dapat memberi nota dan bunga itu kepada anggota keluarga dua mangsa iaitu Elisabeth Ng dan Noor Rahimah Mohd Nor kerana dimaklumkan mereka sudah bergerak pulang lebih awal.
Beliau berkata beliau sebak apabila berdepan dengan waris mangsa, khususnya rakan sekerjanya Nur Shazana Mohamed Salleh kerana hubungan mereka sangat rapat.
“Kami mula berkawan apabila (Nur) Shazana menyertai syarikat pada sembilan tahun lalu, dan beberapa kali terbang bersama,” katanya.
Beliau menambah mereka gemar bergambar bersama, dan beliau telah berjanji kepada keluarga Nur Shazana untuk menghantar gambar-gambar mereka untuk dijadikan kenangan.
Sebaik sahaja istiadat itu tamat, Teng beredar untuk ke Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur untuk memberi penghormatan terakhir kepada anak kapal Dora Shahila Kassim.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh namun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. – BERNAMA
TOP
Jenazah Ariza Dan Anak Sulungnya Tiba Di Kuching
KUCHING – Jenazah dua penumpang nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Ariza Ghazalee, 46, dan anak sulungnya Muhammad Afif Tambi, 19, tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, untuk disemadikan di tanah perkuburan Islam di Semariang.
Sebaik sahaja pesawat Charlie C130 milik TUDM yang membawa jenazah itu mendarat kira-kira 2.17 petang tadi, sepasukan anggota tentera daripada Rejimen Keempat Kor Amor Diraja dilihat memasuki pesawat untuk mengusung keluar dua keranda berkenaan.
Dua keranda itu kemudiannya diusung perlahan-perlahan untuk dibawa masuk ke van jenazah untuk dibawa ke Masjid Jamek, Petra Jaya untuk disembahyangkan, sebelum dibawa ke Semariang untuk dikebumikan.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak Datuk Daud Abdul Rahman, ibu Ariza, Jamilah Noriah Abang Anuar, 72, serta sanak saudara keluarga mangsa.
Bacaan doa kemudiannnya dilafazkan oleh Ustaz Mustapa Kamal daripada Pejabat Majlis Islam Sarawak sebelum van berlepas menuju ke Masjid Jamek, dengan diiringi pasukan polis pengiring.
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem bersama beberapa anggota barisan kabinet negeri berada di Masjid Jamek Petra Jaya untuk menunaikan solat jenazah serta memberikan penghormatan terakhir.
Penerbangan MH17 dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam apabila ia terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai.
Pesawat Boeing 777-200 bersama 298 orang itu ditembak, tetapi setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. Empat puluh tiga daripada mereka yang terkorban dalam kejadian itu adalah rakyat Malaysia.
Ariza seorang jurutera dengan Lembaga Pembangunan Bintulu bersama suaminya Tambi Jiee, 49, dan semua anak mereka; Muhammad Afif, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13, adalah antara yang terkorban dalam tragedi itu.
– BERNAMA

Apartmen Mewah Paling Mahal Di Dunia
Monaco – Sebuah apartmen berharga £240 juta (RM1.3 bilion) yang paling mahal di dunia kini dalam pembinaan, di sini.
Aparment berkenaan mempunyai lima tingkat, terletak di tingkat atas Tour Odéon, bangunan pencakar langit baru setinggi 171 meter itu yang akan siap tahun depan.
Apartmen mewah itu mempunyai pemandangan menakjubkan menghadap Laut Meditteranean.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan gelongsor persendirian bagi pemiliknya untuk meluncur ke kolam renang besar di atas bangunan berkenaan.
Bangunan itu yang turut menempatkan 70 apartmen lain akan mempunyai pusat kesihatan, katerer dalaman di samping perkhidmatan penyelenggaraan 24 jam. Tour Odéon ialah bangunan pencakar langit pertama dibina di tepi pantai Monaco dalam masa 30 tahun selepas Putera Rainier, pemerintah negara itu mengambil keputusan menghentikan pembinaan bangunan tinggi kerana bimbang ia akan memusnahkan pantainya pada 1980-an. Keputusan itu dibatalkan anak yang juga penggantinya, Putera Albert. Kediaman mewah itu disasarkan kepada pelanggan Eropah yang kaya.- Agensi

Zuraidah Nafi Kongres Tidak Dapat Sambutan
SHAH ALAM – Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan kehadiran perwakilannya pada persidangan Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR yang sedang berlangsung di sini sudah menepati jangkaan mereka.
Katanya, lebih 400 perwakilan Wanita PKR berdaftar untuk persidangan, hari ini.
“Saya rasa itu (faktor tertenu menyebabkan kurang kehadiran perwakilan) bukan isunya. Kerana perwakilan yang dijangka hadir lebih daripada 400 orang.
“Dan saya rasa ia sudah hampir mencapai sasaran. Itu jumlah perwakilan yang berdaftar,” katanya pada sidang media, hari ini.
Menurutnya, ruang kelihatan kosong kerana kebiasaannya Wanita PKR dan AMK bergabung ketika perasmian.
“Ruang yang disediakan lebih dari cukup. Saya rasa ruang yang diberikan ini terlalu besar. Sedangkan AMK di MBSA.
“Selalunya kita bergabung dengan AMK untuk upacara perasmian tapi kali ini kami berasingan itu yang kelihatan kosong. Dan saya rasa sebahagian lagi sedang dalam perjalanan,” katanya.
Majlis perasmian itu tadi dilaksanakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. – Sinar Harian Online

Wanita Persoalkan Hari Berkabung Untuk Mangsa MH17
JARANG sekali kita menyaksikan Istiadat Penghormatan Jenazah untuk orang awam seperti yang diterima oleh mangsa tragedi MH17, hari ini.
Namun, kita perlu faham bahawa peristiwa ini bukanlah sesuatu yang berlaku hampir setiap hari dalam sejarah negara kita.
Insiden ini bukan sahaja menyedihkan, tetapi turut membuka mata masyarakat dunia betapa kejamnya tindakan sekumpulan manusia sehingga menyebabkan ramai orang kehilangan insan yang tersayang.
Bagaimanapun, masih ada yang gemar mempertikaikan tujuan diadakan hari berkabung untuk para mangsa seperti wanita ini.
Wanita Persoalkan Hari Berkabung Untuk Mangsa MH17
Agaknya, kalau satu hari nanti dia kehilangan ahli keluarga kerana perkara yang sama, tidakkah dia berasa bangga insan kesayangannya itu diberi penghormatan sebegitu rupa?

MH17 – Linangan air Mata Ketika Jenazah Dibawa Keluar
SEPANG: Linangan air mata pramugara dan pramugari MAS menghiasi suasana sedih dan pilu di hadapan pintu keluar Kompleks Bunga Raya KLIA di sini sebaik jenazah mangsa dibawa keluar oleh kenderaan khas menuju lokasi pengebumian dan persemadian.
Saat sedih itu jelas tergambar di rauh wajah mereka, apatah lagi sebahagiannya sudah berkumpul di hadapan kompleks itu seawal jam 9.15 pagi bagi menzahirkan rasa simpati buat rakan-rakannya yang terkorban dalam nahas tragik MH17 di timur Ukraine, 17 Julai lalu.
Selain sejambak bunga ros putih dibawanya, mereka turut membawa dan mengibarkan jalur gemilang.
Suasana pilu itu turut dikongsi kira-kira 200 orang awam, selain pasukan keselamatan dan menyelamat antaranya dari JPAM serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Sekumpulan berbasikal dikenali ‘Cycling For All” turut hadir menzahirkan simpati kepada mangsa nahas.
Jurucakapnya berkata, seramai 50 peserta mewakili pelbagai kumpulan berbasikal di sekitar Lembah Klang berkayuh sejauh lebih 25 kilometer bermula dari Litar Lumba F1 Sepang menuju kompleks berkenaan.
Turut menzahirkan simpati, 30 ahli keluarga dan saudara terdekat pembantu juruterbang MAS, Ahmad Hakimi Hanapi yang berkumpul di laluan keluar kompleks. - BH Online

Terima Kasih Tuan Kerana Membawa ‘Mereka’ Pulang…
‘Mereka’ itu mungkin bukan siapa-siapa, tetapi bagi rakyat Malaysia, ‘mereka’ adalah manusia yang tidak berdosa, yang menjadi mangsa kepada percaturan pihak yang rakuskan kuasa!.
Dalam hal ini, kami di Mynewshub.my ingin mengucapkan syabas dan jutaan terima kasih kepada barisan juruterbang pesawat kargo Mas Boeing 747 yang terdiri daripada Kapten Datuk Misman Leham, Kapten Bakri Othman, Kapten Zaim Khalid dan pegawai penerbangan Yap Yoon Kong.
Sesungguhnya tugas ini bukan mudah.
Apatah lagi ada di antara ‘mereka’ itu adalah sahabat dan rakan setugas yang tersayang.
Terima kasih Kapten…hanya Allah saja yang dapat membalas budi Tuan.
Salut dari kami! - Mynewshub.my

Istiadat Penghormatan Tertinggi Tentera Bukti Komitmen K’jaan
KUALA LUMPUR – Sambutan kepulangan 20 jenazah mangsa MH17 yang diselubungi suasana muram di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini bukan sekadar menyaksikan perkongsian rasa sayu rakyat Malaysia malah memperlihatkan kebijaksanaan negara ini menangani isu itu.
Perjalanan pulang itu pastinya akan menjadi lebih panjang jika tidak kerana langkah bijak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenepikan protokol diplomatik dan terbabit secara langsung berunding dengan puak-puak yang bertelagah di Ukraine di belakang tabir.
Selepas pesawat malang syarikat penerbangan Malaysia itu terhempas di Donestk pada 17 Julai lepas, dunia menyaksikan betapa sukarnya untuk menyelesaikan isu itu kerana tiada akses ke lokasi kemalangan di wilayah Donestk yang adalah zon perang.
Ketika Amerika Syarikat dan Eropah menuding jari kepada Rusia, Malaysia bertindak mencari jalan untuk memasuki lokasi kemalangan dan mendapatkan jenazah dan mayat serta mengumpul bukti berkaitan tragedi itu.
Tindakan utama Perdana Menteri ialah berbincang dengan pemimpin pemisah yang menguasai kawasan tragedi, Alexander Borodai, yang akhirnya membuka jalan bagi pasukan Malaysia dan antarabangsa memasuki Donetsk.
Perjanjian dengan Borodai juga membolehkan Malaysia mendapatkan perakam suara kokpit dan perakam data yang pada mulanya dibimbangi akan jatuh ke tangan yang salah.
Namun, di sebalik usaha bersungguh-sungguh itu, ia tetap perjalanan panjang dengan kerajaan Malaysia berkongsi kesedihan bersama keluarga mangsa dan rakyat.
Pesawat malang itu ditembak jatuh di timur Ukraine semasa dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam dengan semua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh. Kebanyakan penumpang adalah dari Belanda iaitu seramai 193 orang manakala rakyat Malaysia seramai 43 orang termasuk 15 anak kapal.
KOMITMEN KERAJAAN MALAYSIA
Malaysia dilihat melakukan tindakan bijak mengurus krisis itu termasuk berunding dengan Borodai yang mana Amerika Syarikat dan Eropah tidak mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan pemimpin itu. Pujian patut dihulurkan kepada Najib dan para menteri serta pegawai yang sejak dari mula lagi bertungkus lumus menyelesaikan perkara itu dengan rakyat dan keluarga mangsa turut menyokong usaha berkenaan. Najib, yang mengakui kurang tidur sejak tragedi itu, turut memberi tanggungjawab kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk membantu mempercepatkan usaha mendapatkan semula mayat dan penyiasatan kemalangan. Dengan kesungguhnan itu, kesemua jenazah dibawa ke Belanda dan kerajaan Malaysia meneruskan komitmennya dengan membantu untuk mempercepatkan proses pengecaman apabila menghantar pakar forensik sebelum jenazah dibawa pulang. The Wall Street Journal menyatakan dalam artikelnya “While European governments wrestled with how to get to the site without legitimizing the rebels or risking security, Najib put aside diplomatic protocol and safety fears and sent his team” membuktikan media asing juga mengiktiraf keupayaan Perdana Menteri. Jurnal itu menyatakan bahawa Najib telah mengambil risiko yang tidak dilakukan pemimpin Eropah menyebabkan masyarakat antarabangsa mengagumi beliau dalam pengendalian tragedi MH17.
TERHARU KEBIJAKSANAAN NAJIB
Presiden Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia (PPMM), Mohd Rafiq Naizamohideen terharu dengan kebijaksanaan Najib mengendalikan isu itu ibarat “menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak camuk.” Sebelum ini ada yang melihat Malaysia di bawah pimpinan Najib seolah-olah lemah dan tidak berupaya bertindak pantas sehingga ada yang beranggapan penyudah isu itu adalah satu penantian yang panjang. Mohd Rafiq, yang juga anggota Exco Pergerakan pemuda Umno Malaysia, berharap perkembangan terbaru itu dapat meredakan keresahan rakyat terutama waris-waris mangsa. “Perdana Menteri berbincang secara diplomasi dengan pihak yang menguasai wilayah tempat tragedi itu walaupun tertekan dengan situasi yang getir”, katanya kepada Bernama. Beliau berkata, mungkin rakyat Malaysia tidak melihat tindakan di belakang tabir Najib sehingga menghasilkan keputusan itu namun hakikatnya, Perdana Menteri tidak bersikap lepas tangan. Pastinya waris-waris mangsa merasa lega apabila akhirnya mayat warganegara ini dapat dibawa pulang ke tanah air secara berperingkat-peringkat setelah selesai semua kerja forensik. Kotak hitam yang sebelum ini dibimbangi jatuh kepada pihak lain dapat diserah kepada Malaysia manakala para penyiasat bebas antarabangsa juga diberi jaminan keselamatan masuk ke lokasi nahas.
NAJIB BEKERJA KERAS UNTUK SELESAIKAN MASALAH
Pengerusi Persatuan Wanita Siam Kedah/Perlis, Datuk Siw Chun a/p Eam pula menolak dakwaan pihak tertentu bahawa Najib tidak berupaya menangani isu itu kerana dilihat bersikap lembut. Beliau yang sentiasa mengikuti perkembangan itu percaya walau apapun tanggapan negatif terhadap Perdana Menteri, beliau tetap percaya Najib sentiasa bekerja keras. “Dia (Najib) melakukan tindakan terpuji. Bukan semua orang boleh melakukannya. Jangan anggap dia tidak buat apa-apa”, kata Siw Chun yang juga bekas anggota dewan negara kepada Bernama. Kejayaan rundingan itu, menurut beliau menggambarkan bahawa Malaysia adalah negara yang dihormati dunia dan bersikap baik dengan negara lain.
DUNIA MENGHORMATI MALAYSIA
Bagi seorang peniaga kecil, N. Sundaraj, 47, berkata, pencapaian rundingan itu bukan sahaja kerana keupayaan Perdana Menteri tetapi dunia menghormati Malaysia. “Walaupun negara ini kecil tapi pemimpinnya bijak”, kata peniaga daripada Petaling Jaya itu. Ini disokong oleh seorang lagi peniaga, Chong Lye Teng (lelaki), 32, dari Bangsar yang menyifatkan kali ini Malaysia mendahului kuasa besar dalam menangani isu berkenaan. Tragedi MH17, yang kedua selepas tragedi MH370, adalah dua dugaan yang terpaksa dilalui oleh Malaysia dan banyak menuntut ketabahan emosi rakyat dan menguji keupayaan para pemimpin negara ini. Hari ini adalah hari berkabung negara bagi mangsa MH17. Dan bagi saudara mara kepada 20 mangsa MH17 yang tiba pagi ini ia sekurang-kurangnya dapat melegakan sedikit perasaan bagi satu penantian yang panjang sebelum ini. Namun bagi Najib dan kerajaan, usaha akan tetap diteruskan bagi mencari sebab pesawat itu ditembak jatuh dan menuntut keadilan bagi semua mangsa MH17 yang tidak berdosa itu. – BERNAMA

Calon Pelakon Wanita Terbaik FFM26 Maut Jatuh Bangunan
Pelakon Tamil yang mencatat sejarah apabila tercalon dalam Top 5 kategori Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 26 (FFM26) maut akibat terjatuh dari tingkat 8 apartmen tempat tinggalnya di Seputeh, semalam.
Mayat Kalpana Sundraju, 44, ditemui tunangnya yang segera menghubungi ibu mendiang.
Ibu mendiang Kalpana (kanan) bersama Ellie Suriati.
Kalpana yang bertanding di FFM26 menerusi filem Dhsurajanam arahan M. Surya adalah satu-satunya calon berbangsa India di samping calon lain iaitu Sharifah Amani, Diana Danielle, Umi Nazeera dan Lisa Surihani.
Mendiang memegang watak seorang wanita estet dalam filem tersebut.
Upacara penghormatan terakhir Kalpana akan diadakan di rumah keluarganya di 8, Jalan Kelah 8/9 Seksyen 8, Petaling Jaya dari jam 11.30 pagi hingga 2 petang sebelum dikebumikan di Krematorium Kampung Tunku, Sabtu ini.
Menurut sumber kawan mendiang, punca Kalpana jatuh dari tingkat 8 masih disiasat polis.
- REM RAMZI / MYNEWSHUB.MY
Sumber: Harian Metro / Astro Awani

Pemandu Berhenti Di Bahu Jalan Untuk Bertafakur Seminit…
BIARPUN ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan rasionalnya bertafakur selama seminit sempena Hari Berkabung untuk mangsa MH17, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang menghormati saranan itu.
Menerusi gambar yang dikongsikan di laman sosial, ramai pemandu di lebuhraya memasang lampu kecemasan dan menghentikan kenderaan mereka di bahu jalan selama seminit ketika detik bertafakur diumumkan di corong radio.
Pada masa itu, mereka boleh memberikan penghormatan kepada mangsa MH17 mengikut cara dan agama masing-masing.
Bagi umat Islam, pastinya cara paling mudah ialah dengan menyedekahkan Al-Fatihah kepada jenazah.
Senang cerita, ia bukanlah sesuatu yang amat rumit sehingga perlu dipertikaikan…

Gambar Terkini iPhone 6 Yang Tertiris
Laman feldvolk.com telah mendedahkan beberapa keping gambar yang dipercayai iPhone 6 yang bakal dilancarkan 9 September ini.
Gambar terkini yang dibocorkan memberi gambaran yang lebih dekat dan terperinci akan peranti yang dikatakan bakal menakluki pasaran peranti pintar.
Gambar yang dibocorkan oleh Feld & Volk melalui laman Instagram menunjukkan telefon pintar berukuran 4.7 inci dari beberapa sudut.
Ini memberikan gambaran betapa nipisnya telefon pintar itu. Menurut laporan, ia mempunyai ketebalan hanya 7mm.
Tetapi imej-imej ini sememangnya berkadar langsung dengan gambar dan laporan yang diterima sebelum ini dengan bahagian tepi yang melengkung, butang speaker seakan iPod Touch dan butang kuasa yang diletakkan di bahagian
iPhone 6, 4.7 inci dan 5.5 inci dikhabarkan akan dilancarkan pada 9 September ini. Jika benar, bermakna pengguna tidak perlu menuggu lama untuk melihat sejauh mana kesahihan imej-imej dan maklumat yang telah dibocorkan selama ini.
Sumber: Feld & Volk
Oleh: hzqahmd

Najib Seru Seluruh Rakyat Malaysia Bersatu Dalam Hiba
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu dalam menghadapi suasana hiba serta sama-sama mendoakan dan mengenang mereka yang menjadi mangsa dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.
“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu dalam menghadapi saat-saat memilukan ini dan sama-sama memanjatkan doa.
“Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kesedihan yang dirasai ketika melihat jenazah dibawa pulang, doa dan harapan saya mengiringi mangsa dan keluarga #MH17,” kata Najib dalam laman Twitter beliau pada Jumaat.
Najib adalah antara mereka yang berada di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang untuk menghadiri istiadat memberi penghormatan kepada 20 mangsa tragedi itu, yang jenazah mereka tiba di tanah air hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah juga berkenan berangkat ke upacara itu, yang diadakan di kompleks bersebelahan bangunan terminal utama KLIA. Pesawat khas membawa jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian di timur Ukraine pada 17 Julai itu, mendarat pada 9.54 pagi dan jenazah kemudian dihantar ke tanah perkuburan yang ditetapkan keluarga masing-masing. Empat puluh tiga rakyat Malaysia adalah antara 298 orang yang terbunuh apabila Penerbangan MH17, yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Ukraine. Ia dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu. – BERNAMA

Agong Solat Jumaat Dan Solat Jenazah Ghaib Di Masjid Putra
Yang Di- Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, menunaikan solat Jumaat dan solat jenazah ghaib, serta hadir majlis tahlil di Masjid Putra di sini untuk mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines, Penerbangan MH17.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir solat berjemaah di sini yang diimamkan Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.
Khutbah khas bertajuk ‘Hakikat Loh Mahfuz’ sempena Hari Perkabungan Negara bagi menghormati mangsa tragedi itu dibacakan oleh Syaikh Ismail, yang pada satu ketika, sebak dan mengalirkan airmata semasa menyentuh kewafatan Rasulullah SAW.
Terdahulu pada pukul 12.20 tengah hari, dua jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 disembahyangkan di masjid yang sama dengan diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Albakri.
Kedua-dua jenazah itu ialah anak kapal MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, dan pembantu juruterbang, Ahmad Hakimi Hanapi, 29.
Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20 untuk dikebumikan.
Penerbangan MH17 Boeing 777-200 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Empat puluh tiga mangsa yang terkorban ialah warga Malaysia dan 20 jenazah yang tiba hari ini merupakan kumpulan pertama yang dibawa pulang.

GAMBAR: Ucapan Takziah Daripada Selebriti Di Instagram
GOLONGAN selebriti juga tidak terkecuali dalam menyatakan ucapan takziah dan melahirkan kesedihan mereka sempena Hari Berkabung untuk mangsa nahas pesawat MH17 menerusi akaun sosial Instagram, hari ini.
Tidak dinafikan, sebahagian daripada mereka lebih terkesan kerana pernah berkhidmat sebagai anak kapal syarikat penerbangan MAS sebelum beralih kerjaya sebagai artis.
Berikut antara gambar dan ucapan para selebriti yang kami ambil menerusi akaun Instagram mereka:
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB .MY

Anak Lelaki Ahmad Hakimi Sertai Solat Jenazah Bapanya
Tak siapa menduga anak kecil berusia sembilan bulan ini akan kehilangan bapanya dalam usianya yang masih kecil lagi.
Abderrahman kehilangan bapanya, Ahmad Hakimi Hanapi, 29, yang menjadi mangsa korban nahas MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, 17 Julai lalu.
Ketika solat jenazah dilakukan sebentar tadi, dapat dilihat anak Allahyarham turut sama berada di saf hadapan , yang mana Abderrahman didukung oleh seorang rakan baik Hakimi yang tidak dapat menahan sebak sepanjang solat jenazah berlangsung.
Sementara itu, sebilangan besar ahli keluarga terdekat Hakimi memakai tshirt hitam yang tertulis ayat Co. Pilot Ahmad Hakimi Hanapi #MH17 17.7.2014 ‘See you in Jannah’.
Sama-samalah kita doakan kesejahteraan kesemua mangsa nahas MH17, agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Amin. – MYNEWSHUB.MY

Empat Jenazah Selamat Tiba Di Pusat Peringatan Nirvana Sg. Besi
KUALA LUMPUR – Empat jenazah mangsa nahas tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 selamat tiba di Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi, pada pukul 12.50 tengah hari.
Ketibaan kesemua jenazah berkenaan diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J. Loga Bala Mohan di perkarangan pusat peringatan berkenaan.
Empat jenazah berkenaan ialah Foo Ming Lee, Ng Qing Zheng dan pasangan suami isteri, Paul Rajasingam Sivagnanam dan Mabel Anthony Samy.
Pihak Nirvana memaklumkan bahawa mendiang Foo akan melalui upacara keagamaan selama dua hari bermula Jumaat di pusat peringatan berkenaan sebelum upacara pembakaran mayat dilaksanakan di Taman Peringatan Nirvana Shah Alam pada Ahad.
Sementara itu, mendiang Ng akan disimpan semalaman di pusat peringatan berkenaan sebelum dihantar ke kediamannya di Kota Kemuning, esok. Dalam pada itu, jenazah pasangan suami isteri tersebut, masih menanti pengesahan daripada anggota keluarga dan waris untuk tindakan selanjutnya. Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pukul 9.54 pagi ini. Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam pukul 9.40 malam tadi untuk penerbangan selama 12 jam ke Kuala Lumpur, membawa kumpulan pertama jenazah dalam 17 keranda dan tiga dalam kendi berisi abu mayat. – BERNAMA

Tangisan Anak Pramugari MH17, Allahyarham Mastura Mustafa…
Seremban – Suasana sayu dan pilu menyelubungi Masjid At-Taqwa, Paroi, di sini, sebaik ketibaan jenazah pramugari MH17, Mastura Mustafa untuk disembahyangkan.
Ketibaan jenazah kira-kira jam 12.40 tengah hari turut diiringi ahli keluarga termasuk bapa, Mustafa Abdul Samad, 83, suami, Mohamed Affendi Khairuddin, 43, dan anak lelaki tunggal arwah, Muhriz Marzaidi, 10.
Sebaik tiba, jenazah Mastura diusung anggota tentera 15 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Senawang dan Kem Rasah.
Jenazah Mastura akan disembahyangkan selepas solat Jumaat dengan lebih 2,000 jemaah yang turut hadir.

Jenazah Nur Shazana, Hakimi Bersemadi Di Taman Selatan
Dua jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 disembahyangkan di Masjid Putra di sini dengan diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Albakri pada pukul 12.20 tengah hari.
Kedua-dua jenazah itu ialah anak kapal MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, dan pembantu juruterbang, Ahmad Hakimi Hanapi, 29.
Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20 untuk dikebumikan.
Penerbangan MH17 Boeing 777-200 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Empat puluh tiga mangsa yang terkorban ialah warga Malaysia dan 20 jenazah yang tiba hari ini merupakan kumpulan pertama yang dibawa pulang.
Di masjid sama, Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, menunaikan solat Jumaat dan solat jenazah ghaib, serta hadir majlis tahlil untuk mangsa tragedi MH17. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir solat berjemaah di sini yang diimamkan Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad. Khutbah khas bertajuk ‘Hakikat Loh Mahfuz’ sempena Hari Perkabungan Negara bagi menghormati mangsa tragedi itu dibacakan oleh Syaikh Ismail, yang pada satu ketika, sebak dan mengalirkan airmata semasa menyentuh kewafatan Rasulullah SAW. – mstar.com.my

Awie (Wings) Tidak Pernah Daftar Nikah Sejak Kahwin
KUALA LUMPUR – Isteri kepada penyanyi Awie iaitu Rozana Misbun hanya menyedari perkahwinannya selama ini yang telah mencecah lapan tahun tidak pernah didaftarkan di negara ini selepas dia merujuk masalah rumah tangganya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira dua bulan lalu.
Rozana, 36, berkata, suaminya pernah memberitahu kepadanya sebelum ini perkahwinan mereka di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 telah didaftarkan dan dia terkejut apabila diberitahu tiada sebarang rekod perkahwinan mereka berhubung perkara itu.
“Selepas tragedi 2 Jun lalu saya pergi ke Jawi dengan niat untuk mendapatkan khidmat kaunseling berhubung masalah rumah tangga kami dan apabila mereka semak surat perkahwinan kami di setiap negeri, ia tiada dalam rekod.
“Pada ketika itulah baharu saya mengetahui perkahwinan kami masih belum didaftarkan sepanjang sembilan tahun berkahwin,” katanya kepada mStar Online.
Rozana ditemui pada satu sidang media khas yang diadakan di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Jumaat. Dia turut ditemani oleh dua peguamnya iaitu Majdah Muda dan Rubiah Jaffar.
Terdahulu Awie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.
Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu Rozana berkata, sejak kejadian tersebut Awie tidak pernah menghubunginya untuk bercakap mengenai soal perkahwinan atau perceraian sebaliknya terus membuat permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak mereka.
Jelas Rozana, dia keliru dengan tindakan suaminya itu sedangkan status perkahwinan mereka tidak dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan pengesahan.
“Kami belum pun bercerai dan dia sudah sibuk dengan soal hak penjagaan anak-anak kami sedangkan status perkahwinan pun belum disahkan dan didaftarkan di Malaysia.
“Saya sendiri tidak merebut anak-anak dengan dia tetapi dia yang membuat permohonan malah aduan yang saya lakukan sebelum ini langsung tidak melibatkan mahkamah syariah,” jelasnya.
Sementara itu, Rozana berkata, dia akan mempertahankan haknya sebagai seorang ibu terhadap tiga anak-anaknya yang kini di bawah jagaan sementara suaminya.
Jelas Rozana, demi kembali bersatu dengan anak-anaknya dia tidak akan berdiam diri dan akan memastikan haknya sebagai seorang isteri dan ibu terbela di mahkamah.
“Saya akui sebelum ini saya takut dan trauma dengan dia tetapi kini tidak lagi kerana saya akan melawan kembali untuk mendapatkan hak saya selepas dua bulan tidak bertemu dengan anak-anak.
Mengulas mengenai pelbagai cerita kurang enak yang disebarkan tentang dirinya, Rozana berkata, dia tidak mempunyai hak untuk menghalang sesiapa sahaja yang ingin bercakap mengenainya kerana hanya dia dan keluarga sahaja yang tahu keadaan sebenar.
“Tidak mengapa jika ada pihak yang ingin memburuk-burukkan saya dan kalau hendak balas setiap tuduhan itu memang susah dan Awie sendiri tahu bagaimana hubungan saya dengan anak-anak dan saya sememangnya tidak pernah meninggalkan mereka.
“Apa yang boleh saya katakan sekiranya seseorang tidak tahu situasi dan keadaan sebenar lebih baik jangan beri pendapat atau komen kerana hanya saya dan keluarga sahaja yang tahu cerita sebenar,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, peguam syarie Rozana, Majdah Muda, berkata, pihaknya akan menfailkan jawapan permohonan bantahan awal bagi mengetepikan perintah hak penjagaan (hadanah) sementara yang difailkan oleh Awie 21 Julai lalu.
Jelas Majdah, pada 17 September baharulah mahkamah akan meminta kedua-dua belah pihak memberi hujahan dan kemudiannya membuat keputusan terhadap perkara itu.
Awie turut mengemukakan bantahan terhadap permohonan Rozana untuk membatalkan permohonan injunksi yang difailkan secara ex-parte (sebelah pihak) olehnya pada 16 Julai lalu untuk menghalang wanita itu daripada mendekati atau menghubunginya dan anak-anak mereka dalam apa jua cara sekalipun.
Pada 22 Julai lalu Awie berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga anak hasil perkahwinan mereka daripada Mahkamah Tinggi Syariah, di sini iaitu iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.
Awie turut mempunyai dua lagi anak hadil perkahwinan terdahulunya dengan Arni iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12. – mStar Online
TOP
Newcastle Beri P’hormatan Kepada Peminat, Juga Mangsa MH17
NEWCASTLE – Pengurus Newcastle United, Alan Pardew dan kapten pasukan, Fabricio Coloccini antara yang hadir bagi memberi penghormatan pada majlis pengebumian peminat kelab itu, Liam Sweeney, 28, yang terkorban dalam nahas tragedi penerbangan Malaysia, M17, semalam.
Sweeney dan rakannya, John Alder, 63, adalah dua peminat kelab itu yang menaiki penerbangan terbabit untuk menyaksikan perlawanan pra-musim Newcastle di New Zealand.
Sweeney adalah salah seorang daripada 10 mangsa dari England dalam tragedi MH17 dan menjadi mangsa pertama dari negara itu yang berjaya dikenal pasti.
Keluarga dan rakan Sweeney tiba di gereja St Mary’s Cathedral, Newcastle dengan suasana hiba dan sebelum majlis pengebumian, keluarganya turut menerima ucapan takziah peribadi daripada Putera Charles.
Ratusan peminat Newcastle turut hadir bagi memberi penghormatan termasuk Pengarah Urusan Newcastle, Lee Charnley dan pembantu pengurus, John Carver.
“Kamu tidak mengetahui betapa sedihnya kami rasakan untuk anda dan keluarga anda atas penderitaan berat ini dan berharap kami mempunyai kekuatan untuk bertahan,” kata bapa kepada Sweeney membaca petikan daripada surat Putera Charles.
Malaysia ketika ini sedang bersedia untuk menyambut ketibaan jenazah tragedi MH17 dijangka dilaksanakan antara jam 10.30 hingga 11.30 pagi ini.
Rakyat di seluruh negara diminta bertafakur dan berdoa secara serentak sebaik saja jenazah dimasukkan ke dalam kenderaan jenazah. – AGENSI
TOP
PBB Gesa Israel, Palestin Kembali Ke Meja Rundingan
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Israel dan Palestin supaya kembali ke meja rundingan bagi mempersetujui dengan segera berhubung perdamaian kekal di Gaza.
Dalam kenyataan yang diluluskan sebulat suara, majlis 15-anggota itu memberi sepenuh sokongan kepada inisiatif Mesir itu dan menggesa semua pihak agar meneruskan rundingan bagi mencapai gencatan senjata berkekalan.
Kenyataan yang disediakan oleh Perancis itu dipersetujui selepas rundingan di Kaherah hampir gagal berikutan keganasan semula di Gaza yang sudah mengorbankan lebih 2,000 rakyat Palestin sejak 8 Julai lalu.
Awal bulan ini, Jordan menyebarkan draf resolusi yang disokong oleh negara Arab yang menggesa supaya diadakan gencatan senjata, pembukaan semula sekatan di Gaza dan penghantaran segera bantuan yang diperlukan oleh rakyat Palestin.
Pertempuran selama enam minggu itu adalah antara paling ganas antara Israel dan Hamas sejak intifada Palestin kedua dari 2000 hingga 2005. – AFP
TOP
Warga Malaysia Menanti Ketibaan 20 Jenazah Mangsa Nahas MH17
KUALA LUMPUR – Tiga puluh juta warga Malaysia hari ini menyambut ketibaan 20 rakan senegara yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine, menyaksikan peristiwa sedih apabila seluruh negara diisytiharkan berkabung hari ini.
Perhatian dunia akan tertumpu di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Sepang yang mana jenazah warga Malaysia itu dijadual tiba 9.45 pagi menaiki pesawat khas dari Amsterdam.
Jalur Gemilang turut dikibar separuh tiang sebagai persediaan untuk bertafakur selama seminit bagi menghormati mangsa tragedi itu yang mengorbankan 298 orang termasuk 43 rakyat Malaysia pada 17 Julai.
Penantian memeritkan bagi 20 waris mangsa itu bakal berakhir dengan ketibaan jenazah, 37 hari selepas pesawat awam Boeing 777 ditembak jatuh yang mengejutkan seluruh dunia.
Ini kali pertama istiadat penghormatan tertinggi tentera diberi kepada orang awam pada majlis yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya yang biasanya dikhaskan untuk ketibaan dan pelepasan raja dan permaisuri serta ketua kerajaan.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor antara orang kenamaan yang akan hadir di kompleks yang terletak bersebelahan bangunan terminal utama KLIA.
Sebanyak 300 anggota tentera daripada 12 Briged Infantri Malaysia bertanggungjawab untuk memastikan kesemua jenazah akan dikendali dengan penuh hormat.
Walaupun upacara itu akan disiarkan secara langsung oleh saluran stesen televisyen tempatan, orang ramai mula berkumpul di luar premis itu seawal 7 pagi untuk menyaksikan peristiwa bersejarah itu.
Sehingga kini 30 mangsa warga Malaysia nahas itu telah dikenal pasti tetapi hanya 20 yang akan dibawa pulang hari ini selepas selesai menjalani prosedur ketat sebelum diserah kepada kerajaan Malaysia.
Persediaan telah diatur untuk memindahkan jenazah dalam 17 keranda dan tiga dalam bekas abu ke tempat persemadian terakhir mereka di beberapa lokasi seperti di Muar, Segamat, Putrajaya, Ipoh, Taiping dan Gombak.
Pesawat tentera dan helikopter telah dikhaskan untuk menerbangkan jenazah ke destinasi masing-masing, termasuk lokasi paling jauh, di Kuching. – BERNAMA
TOP
Tetak Tangan Rakan Sampai Putus
KUALA TERENGGANU - Tindakan kejam seorang lelaki menetak pergelangan tangan rakannya sehingga putus dengan parang menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Hukuman itu diputuskan selepas Abdullah Ali, 36, mengaku salah menyebabkan cedera parah dengan menetak pergelangan tangan Mohd Daud Yusoff, 34, sehingga putus menggunakan sebilah parang.
Dia mengaku melakukan kesalahan itu pada 25 Disember tahun lalu, kira-kira jam 6 petang, di rumah tidak bernombor di Jalan Akhir, Kampung Gong Terap, Chalok, Setiu.
Abdullah didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Pada hari kejadian, mangsa ditemani dua rakan ke rumah Abdullah untuk berunding secara baik berhubung besi buruk miliknya yang dicuri oleh Abdullah sebelum ini.
Mangsa memujuk Abdullah memulangkan semula besi buruk miliknya, namun dia enggan memberi kerjasama dan berkeras tidak mahu menyerahkan besi buruk berkenaan walaupun dalam masa sama mengaku telah mencurinya.
Setelah beberapa minit berbincang, mangsa mengambil keputusan mengalah dan bertindak beredar dari rumah berkenaan.
Bagaimanapun, Abdullah yang masih tidak berpuas hati bertindak menyerang mangsa dan dua rakannya dengan sebilah parang sebelum berlaku pergelutan di antara mereka.
Dalam pergelutan itu, mangsa yang terjatuh tidak sempat mengelak sebelum pergelangan tangannya ditetak oleh Abdullah sehingga putus di lokasi kejadian.
Susulan insiden itu, pihak hospital mengesahkan pergelangan tangan mangsa sudah tidak boleh disambung lagi.- Sinar Harian
TOP
Operasi Pesawat Dihenti Dua Minit
PUTRAJAYA – Semua pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dihentikan selama dua minit bagi menghormati majlis istiadat penghormatan penerimaan jenazah mangsa tragedi MH17 hari ini.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, bagi tempoh itu, tiada pergerakan pesawat berlaku di kawasan landasan sebagai tanda penghormatan.
“Walaupun mereka (kakitangan penerbangan) perlu bertafakur ia tidak akan menjejaskan sebarang pergerakan dan jadual penerbangan. Ini simbol penghormatan kami," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Bahagian Operasi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Azmi Murad berkata, operasi di KLIA juga akan berjalan seperti biasa pada majlis berkenaan.
"MAHB akan mengikut perancangan diatur oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai pengelola majlis tersebut," katanya.
Kompleks Bunga Raya, KLIA akan menjadi lokasi istiadat penghormatan pertama yang dikelolakan ATM melibatkan jenazah orang awam.
Jenazah yang diterbangkan dari Amsterdam menggunakan pesawat khas dijadual tiba di kawasan Kompleks Bunga Raya pada jam 10 pagi ini.
TOP
Waktu Tafakur Seluruh Negara 10.30 Pagi
SEPANG - Waktu bertafakur seluruh negara bagi memberi penghormatan terakhir kepada 20 jenazah MH17 hari ini, dijangka pada jam 10.30 pagi.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, waktu tersebut adalah sebagai panduan sekiranya proses ketibaan pesawat khas membawa kesemua jenazah tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tepat seperti dijadualkan.
“Pesawat kita akan berlepas dari Amsterdam, Belanda pada jam 3.15 petang hari ini (semalam) dan dijangka tiba jam 9.55 pagi esok (hari ini).
“Proses menurunkan kesemua jenazah melalui istiadat khas dijangka mengambil masa antara 30 ke 40 minit,” katanya dalam sidang akhbar selepas raptai Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17, di sini, semalam.
Beliau berkata, jika semua proses berjalan lancar, pihaknya menjangkakan waktu bertafakur akan kekal pada 10.30 pagi.
“Bagaimanapun jika terdapat perubahan kita akan maklumkan dari semasa ke semasa menerusi siaran radio dan televisyen.
“Kita mohon seluruh rakyat Malaysia mengikuti perkembangan menerusi saluran-saluran tersebut dan dapat bertafakur selama seminit mengikut agama masing-masing,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, tujuh lokasi dipilih sebagai lokasi tafakur yang diseragamkan bagi memperlihatkan kepada dunia penghormatan diberikan rakyat Malaysia.
Menurutnya, lokasi tersebut adalah Jambatan Pulau Pinang (jambatan lama), di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, Bangunan Sultan Iskandar (CIQ) Johor Bahru, KLIA, KLIA2, Pasar Satok di Kuching, Sarawak dan lokasi berdekatan Hotel Hyatt Regency, Sabah.
Menurutnya, lokasi itu dipilih kerana ia merupakan kawasan tumpuan orang ramai.
“Kita mohon semua rakyat Malaysia tidak kira yang berada di mana sahaja sama ada di rumah, pejabat atau dalam kereta untuk sama-sama bertafakur dengan membaca al-Fatihah dan bukan Islam berdoa mengikut agama masing-masing,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Isu MB: Sultan Mungkin Minta Beberapa Nama lagi
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mungkin akan meminta PR mengemukakan beberapa nama bagi calon menteri besar yang baharu dan bukannya menerima terus calon tunggal PR, iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sumber yang boleh dipercayai memberitahu, Sultan Sharafuddin memerlukan beberapa nama untuk membolehkan baginda membuat pilihan siapa yang paling layak.
“Walaupun undang-undang negeri tidak mengatakan hanya lelaki yang mesti dilantik sebagai menteri besar (kerana wanita pun boleh dilantik) asalkan beragama Islam, namun luar biasalah jika wanita dilantik untuk jadi Menteri Besar Selangor," katanya.
“Biarlah PR mahu letak nama Dr Wan Azizah saja (sebagai calon menteri besar), tetapi baginda mungkin akan minta beberapa nama calon lain. Saya tak yakin Sultan Sharafuddin akan mudah terima Dr Wan Azizah,” katanya.
Bagaimanapun katanya, Sultan Selangor berhak membuat sebarang keputusan dan tidak akan mudah memberikan tampuk kepimpinan negeri kepada individu yang bukan anak kelahiran Selangor.
Ahad lalu, PR sepakat mahu memberikan nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal menteri besar baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Walaupun Pas mencalonkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai pilihan kedua namun, PR sepakat kemukakan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal.- Sinar Harian
TOP
Ribuan Warga Kota Zahirkan Kehibaan Di Dataran Merdeka
KUALA LUMPUR – Ribuan warga kota pelbagai kaum berhimpun di Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad bagi bersama-sama berkongsi kehibaan sempena Hari Perkabungan Negara.
Mereka turut bertafakur seminit pada 10.54 pagi selepas semua jenazah mangsa pesawat MH17 selamat diletakkan di dalam 20 kenderaan jenazah.
Orang ramai mula berkumpul sejak 9 pagi dengan berpakaian gelap untuk sama-sama menyaksikan detik jenazah tiba dari Amsterdam menggunakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH6129, menerusi sebuah skrin besar di dataran itu.
Pada detik tafakur itu, mereka turut bersama-sama seluruh rakyat beragama Islam membacakan surah al-Fatihah, manakala bukan Islam berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing.
Ketika itu juga pemandu di persekitaran dua lokasi turut menghentikan kenderaan masing-masing, orang ramai turut sebak dan mengalirkan air mata ketika istiadat penghormatan jenazah mangsa nahas MH17 berlangsung di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.
Pelancong luar turut menyertai ribuan warga Malaysia memberi penghormatan kepada mangsa MH17.
Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai.
Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal telah ditembak jatuh namun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Sebanyak 43 orang termasuk penumpang dan anak kapal merupakan warga Malaysia.
Daripada jumlah itu, 20 jenazah tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA hari ini untuk disemadikan di tanah air. – BERNAMA
TOP
Rejim Zionis Tingkat Serangan Di Gaza
BANDAR GAZA – Tiga komander Hamas dan empat kanak-kanak antara 15 penduduk Gaza yang terbunuh dalam keganasan Israel selepas tentera rejim Zionis meningkatkan serangan udara dalam konflik yang masuk hari ke-45 semalam.
Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan Palestin, Ashraf al-Qudra berkata, tiga komander Briged Ezzedine al-Qassam merupakan antara tujuh orang yang terbunuh selepas sebutir peluru berpandu Israel mengenai sebuah rumah di bandar Rafah sebelum subuh semalam.
Briged Ezzedine al-Qassam yang merupakan sayap tentera pergerakan Hamas memberitahu, tiga komander Hamas yang terbunuh itu dikenali sebagai Mohammed Abu Shamala, Raed al-Atar dan Mohammed Barhum.
Serangan tersebut berlaku hampir 36 jam selepas satu serangan udara tentera Israel membunuh isteri dan bayi seorang lagi komander Hamas, Mohammed Deif di bandar Gaza kelmarin.
Tidak lama selepas serangan itu, seorang lagi terbunuh dalam satu serangan lain di kem pelarian Nusseirat, tengah Gaza.
Kata Ashraf, pada waktu pagi semalam Israel melancarkan dua lagi serangan yang menyasarkan dua kumpulan penduduk di di Bandar Beit Lahiya dan bandar ini dengan menyebabkan tujuh orang termasuk empat kanak-kanak terkorban.
Serangan di Bandar Beit Lahiya itu membunuh seorang lelaki dan seorang budak lelaki berusia 13 tahun, manakala lima penduduk termasuk tiga kanak-kanak mati di sini.
Seorang lagi penduduk di kem pelarian Nusseirat turut meninggal dunia semalam akibat kecederaan yang dialaminya dalam serangan sebelum ini.
Jumlah korban terbaharu itu menjadikan seramai 2,065 penduduk Palestin terbunuh selepas Israel melancarkan serangan ke wilayah berkenaan lebih sebulan lalu dengan alasan mahu menghentikan bedilan roket oleh pejuang Palestin di Gaza.
Bagi pihak Israel, seramai 16 penduduk Israel yang majoritinya askar terkorban dalam konflik tersebut.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, sejumlah satu pertiga daripada angka korban di Gaza terdiri daripada orang awam. – AFP
TOP
Tanah Runtuh Di Jepun Ragut 39 Nyawa
TOKYO – Beribu-ribu anggota penyelamat menggeledah kediaman yang ranap akibat tanah runtuh di barat Jepun semalam dengan harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup, sehari selepas tembok lumpur meragut sekurang-kurangnya 39 nyawa.
Anggota polis, bomba dan tentera bekerja sepanjang malam untuk mencari tujuh mangsa yang dipercayai masih tertimbus dalam timbunan runtuhan dan lumpur.
Berpuluh-puluh buah rumah tertimbus apabila lereng beberapa buah bukit runtuh selepas hujan lebat turun selama tiga jam di bandar Hiroshima.
Jumlah hujan yang turun kelmarin menyamai taburan hujan untuk tempoh tiga bulan.
Antara mangsa yang masih hilang termasuk seorang pemain pasukan besbal sebuah sekolah tinggi tempatan yang dipercayai tertimbus dalam banjir lumpur tersebut.
“Saya melihat mesej Twitter yang menyatakan dia belum ditemui,” kata seorang remaja dalam satu temu bual bersama stesen televisyen Fuji.
“Kami belajar di sekolah menengah rendah yang sama. Saya mahu dia ditemui segera kerana pastinya dia menderita,” tambah remaja itu.
Menurut stesen berkenaan, operasi mencari di lokasi kejadian berlarutan hingga pagi semalam namun remaja lelaki itu dan bapanya masih belum ditemui.
Antara 39 mangsa yang mati pula termasuk dua adik beradik lelaki masing-masing berusia dua dan 11 tahun yang disahkan terkorban selepas dikeluarkan daripada timbunan lumpur.
Pada Oktober tahun lalu, berpuluh-puluh orang terbunuh apabila hujan lebat yang dibawa ribut taufan menyebabkan kejadian tanah runtuh di Pulau Oshima, selatan bandar raya ini. – AFP
TOP
Apex Mahu Rakan Tutup Kelemahan
PENJAGA gawang The Red Warriors (TRW), Khairul Fahmi Che Mat mahu rakan sepasukannya menutup kepincangan pasukannya apabila berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi Kumpulan C kempen Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam esok.
Khairul Fahmi atau dikenali Apex berkata, segala kelemahan yang membelenggu pasukannya ketika menewaskan Pulau Pinang 3-1 tempoh hari, perlu dielakkan memandangkan lawan yang menanti, ATM kini berada di puncak prestasi mereka.
“Kami tidak boleh mengulangi kesilapan lalu dan jika ada sekali pun, kami perlu meminimumkannya. Tugas berat menanti Kelantan kerana ATM sudah pasti mahu memburu kemenangan sulung.
“Jadi, kami tidak boleh leka, kena kekal fokus sehingga wisel penamat meski pun selesa mendahului lawan kerana dalam tempoh 90 minit, apa-apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak,” katanya, semalam.
Biarpun mengakui penyokong TRW tidak berpuas hati dengan prestasi Kelantan ketika bertemu Pulau Pinang tempoh hari, namun Khairul Fahmi enggan melatah sebaliknya menganggap ia pembakar semangat kepada mereka untuk kembali mempamerkan aksi lebih
konsisten selepas ini.
“Kami bawa semangat ketika mengalahkan Pulau Pinang ke Shah Alam. Saya harap kami boleh mengekalkan momentum kemenangan itu apabila bertemu ATM malam esok, meski pun persembahan pasukan tidak begitu memberangsangkan pada perlawanan tempoh hari,” katanya.
Mengulas sasaran Kelantan pada pertemuan malam esok, Apex yang merupakan penolong kapten menegaskan pasukannya bertandang ke Shah Alam dengan misi mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata.
“Kami tidak boleh tercicir mata, satu mata mungkin memadai tetapi jika menang ia bonus buat Kelantan. Tetapi kami sedar bukan satu tugas mudah berdepan ATM lebih-lebih lagi bermain di gelanggang mereka.
“ATM, meski pun menamatkan kedudukan Liga Super musim ini di tangga sedikit ke bawah, namun skuad kendalian B Satiananthan wajar dihormati kerana membariskan ramai pemain berpengalaman,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Warga Emas Diseret Lori Muatan Tanah
TEMERLOH – Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan ngeri di gilis sebuah lori membawa muatan tanah dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori dan motosikal di Kilometer 1, Jalan Karak-Mentakab di sini pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi apabila motosikal ditunggang warga emas dikenali K.Narayanan , 63, dari arah bandar Mentakab terperosok ke bawah lori yang keluar ke jalan besar secara tiba-tiba. Mangsa diseret beberapa meter.
Orang ramai yang berada berhampiran tempat kejadian bertindak di luar kawalan apabila cuba memecahkan cermin lori terbabit sebelum dileraikan beberapa orang awam yang lain.
Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Superintendan Zundin Mahmood mengesahkan kejadian dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurutnya, pemandu lori terbabit ditahan untuk ujian air kencing dan ujian darah dan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.- Sinar Harian
TOP
Gambar:Ketibaan 20 Jenazah Disambut Dengan Penuh Hiba
Hari ini, seluruh rakyat Malaysia menanti ketibaan 20 jenazah mangsa nahas MH17 yang sebelum ini telah di tembak jatuh di Ukraine.
Kebanyakan yang hadir memakai pakaian serba hitam bagi menghormati majlis penghormatan tersebut.
Sempena meyambut ketibaan itu, rakyat Malaysia diminta berkabung selama seminit diantara 10.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Tiga Komander Al Qassam Maut
GAZA - Tiga komander kanan Hamas dilaporkan terbunuh di Genting Gaza akibat serangan udara dalam pengeboman di sebuah rumah di Rafah, awal pagi semalam.
Menurut Agensi, Hamas dalam satu kenyataan berkata, mereka yang maut adalah Mohammed Abu Shammala, Raed al-Attar and Mohammed Barhoum.
"Sejak kelmarin lagi, mereka menyasarkan serangan terhadap Komander Tertinggi Hamas, Mohammed Deif tetapi gagal membunuhnya. Bagaimanapun, isteri dan anak lelaki berusia tujuh bulan terkorban semalam," katanya.
Menurutnya, Israel melakukan 20 serangan udara di selatan Gaza sejak semalam.
Sementara itu, jurucakap Hamas, Abu Obeida memberi amaran kepada syarikat penerbangan asing supaya mengelak daripada memasuki Tel Aviv berkuat kuasa serta-merta susulan kegagalan rundingan gencatan senjata.
“Kami beri amaran kepada penerbangan asing agar menghentikan penerbangan ke Lapangan Ben Gurion mulai 6 pagi (waktu tempatan) kerana Israel meningkatkan serangan udara. Kami desak delegasi Palestin segera meninggalkan Kaherah dan jangan berunding lagi kerana ia hanya membuang masa,” katanya.
Rundingan anjuran Mesir bagi menamatkan serangan Israel-Hamas gagal apabila keganasan tercetus semula selepas gencatan senjata 10 hari
Menurut sumber Sinar Harian, sejak kegagalan itu seramai 48 penduduk Palestin maut dengan lebih 200 cedera, jumlah itu menjadikan angka korban keseluruhannya mencecah 2,065 orang. - Sinar Harian
TOP
Sorok Dadah di Saluran Tandas Hotel
RAUB - Tindakan seorang lelaki menyembunyikan dadah jenis syabu dalam saluran buangan air tandas sebuah bilik hotel berjaya dikesan pihak polis.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu berjaya ditahan hasil dari risikan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah.
Menurutnya, lelaki terbabit berjaya ditahan di sebuah hotel tempatan sekitar jam 7.15 malam Selasa lalu.
“Pemeriksaan dilakukan ke atas lelaki terbabit dan bilik tersebut dan menjumpai satu kotak besi mengandungi serbuk atau ketulan disyaki dadah jenis syabu di lubang saluran buang air dalam tandas bilik hotel berkenaan.
“Polis turut membuat ujian saringan awal ke atas lelaki terbabit dan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.
Menurutnya lagi, pihak polis turut membuat semakan rekod jenayah ke atas lelaki tersebut dan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah dan dua rekod kesalahan lampau kes dadah.
“Lelaki terbabit yang juga penganggur itu kemudiannya dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan direman sehingga Jumaat (hari ini).
“Kes disiasat di bawah Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 di mana jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara selama dua hingga lima tahun dan dikenakan tiga hingga sembilan sebatan,” katanya.
Beliau dalam pada itu turut menasihatkan kepada masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan yang menyalahi undang-undang di talian hotline IPD Raub 09-3554999 atau terus datang ke balai polis berhampiran.
“Masyarakat juga boleh mendapatkan atau menyalurkan informasi atau maklumat berkaitan di laman rasmi Facebook Polis Daerah Raub,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Edar Sandwich Percuma Di Sekitar KLIA
Sewaktu rakyat Malaysia sedang berkumpul di kawasan KLIA bagi memberi penghormatan terakhir kepada mangsa nahas MH17, ada juga orang yang membuat sesuatu yang diluar jangkauan.
Menerusi gambar yang dikongsi oleh laman Facebook SukanStarTV, dilihat dua individu yang bermurah hati mengedarkan 600 bungkus sandwich percuma kepada orang ramai yang berada disitu.
Bagus juga tindakan dua individu ini. walaupun jumlah yang sedikit, tapi sekurang-kurangnya ada pahala yang diorang dapat - SiakapKeli.com
TOP
Ini Baru Peminat Tegar Manchester United
Svishtov (Bulgaria) – Seorang peminat yang begitu taksub dengan pasukan bola sepak Inggeris Manchester United (MU) mentatu lencana kelab berkenaan pada dahinya.
Pekerja binaan warga Bulgaria itu yang sebelum ini bernama Zdravkov Levidzhov, 50, juga menukar namanya kepada Manchester United selepas berusaha untuk menyakinkan mahkamah agar membenarkan namanya itu sejak 10 tahun lalu.
Meskipun tatu lencana kelab bola sepak tidak pernah didengar, tindakan lelaki itu menarik banyak perhatian.
United memberitahu wartawan, tatu itu melambangkan pengenalan dirinya yang unik.
“Orang ramai melihat saya dengan penuh kagum. Ia membuktikan kesetiaan saya kepada United.
“Sebelum ini saya mahu mentatu lencana itu pada lengan, tetapi ia tidak akan memberi kesan yang sama,” katanya.
Meskipun sudah sekian lama menyokong kelab berkenaan, dia hanya pernah berada di Old Trafford sekali saja, selepas menyimpan wang selama tiga tahun.
United kini tinggal bersama ibu dan kucing peliharaannya yang dinamakan sempena pemain yang diminatinya, David Beckham, di sebuah flat di Svishtov.
United bagaimanapun bukan satu-satunya penyokong MU yang mengabadikan kesetiaan mereka dengan mentatu anggota tubuh mereka.
Tahun lalu, seorang penyokong pasukan itu mempamerkan tatu di belakang badannya yang memberi penghormatan kepada Sir Alex Ferguson, Busby Babes dan jam bagi memperingati kemalangan udara di Munich yang membabitkan pasukan itu. Di bawah pula ialah tatu wajah George Best, Ole Gunnar Solskjaer dan Eric Cantona.- Agensi

Gambar Budak Sekolah Bercengkerama Tengah Bendang
Budak sekolah sekarang memang macam-macam hal. Entah kenapa budak sekolah zaman sekarang ni macam tak sabar-sabar nak kawin. Dah la macam tu, tak malu pula buat aksi-aksi macam laki bini dekat kawasan terang.
Kalau tengok gambar yang baru tersebar baru-baru ni, tak tahu la apa yang difikirkan oleh mereka ni. Mungkin juga bangga dengan aksi mereka atau sekadar nak buat kenangan tak tahu la. Tapi apa yang pasti, aksi mereka ini salah dan berdosa!
Kepada pemilik gambar ni beserta dengan 'model-model' dalam tu, minta ampun la dekat Tuhan. Owh, satu lagi, dengan mak bapak pun kena mintak maaf juga - SiakapKeli.com
Kepada pemilik gambar ni beserta dengan 'model-model' dalam tu, minta ampun la dekat Tuhan. Owh, satu lagi, dengan mak bapak pun kena mintak maaf juga - SiakapKeli.com
TOP
Kedutaan Filipina Kibar Bendera Separuh Tiang Esok
KUALA LUMPUR – Filipina yang kehilangan tiga rakyatnya dalam tragedi MH17, akan mengibarkan bendera negara itu separuh tiang esok di kedutaannya di sini, bagi memberi penghormatan kepada penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
Ini adalah selaras dengan perpaduan dan bagi menghormati Hari Perkabungan Negara yang diisytiharkan kerajaan Malaysia, menurut kedutaan itu dalam kenyataan kepada Bernama.
“Kami bersama-sama kerajaan dan rakyat Malaysia memberi penghormatan kepada mangsa yang terkorban dalam penerbangan tersebut, dan kami juga memperingati tiga warga Filipina yang terkorban dalam nahas berkenaan,” kata kenyataan itu.
Rakyat Filipina Irene Pabellon-Gunawan dan dua anaknya, Darryl Dwight dan Sherryl Shania, dalam perjalanan ke Filipina melalui Kuala Lumpur untuk perjumpaan keluarga.
“Pegawai dan kakitangan Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur serta selaku jiran dan saudara dalam Asean, menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Malaysia, terutama kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH17,” kata kedutaan itu.
Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu.
Selain rakyat Malaysia dan Filipina, ia turut mengorbankan warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Kanada dan New Zealand. – BERNAMA
TOP
Kebanyakan Akhbar Guna Hitam Putih
KUALA LUMPUR – Majoriti akhbar utama di Malaysia menggunakan warna hitam dan putih di muka hadapan bagi menzahirkan kehibaan sempena Hari Perkabungan Negara hari ini.
Susun atur muka hadapan akhbar utama hari ini juga menggunakan tajuk utama, gambar dan petikan kata-kata terakhir mangsa penerbangan Malaysia Airlines (MAS)
MH17 yang menyentuh hati.
Akhbar Utusan Malaysia menggunakan warna hitam dengan tajuk utama ‘Penghormatan Negara’ dengan nama 20 penumpang dan anak kapal pesawat MH17 yang tiba di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
hari ini.
Berita Harian pula menggunakan warna hitam putih dengan gambar Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang pada muka hadapannya.
Sinar Harian pula menggunakan gambar solat jenazah yang dilakukan di Rumah Mayat Monuta Ineeme, S-Gravenhage di Belanda, Khamis sebelum mayat berlepas ke Kuala Lumpur dengan tajuk ‘Malaysia Berkabung’.
Turut menggunakan warna hitam putih ialah Harian Metro dengan tajuk utama ‘Kembali Bersemadi’.
Akhbar tersebut turut mencetak petikan kata-kata terakhir anak kapal MH17, Mastura Mustafa kepada suaminya, Mohamed Affendi Khairuddin menerusi aplikasi Wechat yang berbunyi ‘Sayang takkan selamanya sentiasa ada bersama abang, suatu hari nanti sayang akan pergi temui Allah takkan kembali’ pada muka hadapan.
Akhbar berbahasa Inggeris, The Star menggunakan warna hitam putih dengan gambar wajah 20 mangsa MH17 yang tiba hari ini menggunakan tajuk muka hadapan ‘They are home’.
Muka hadapan akhbar berbahasa Inggeris, the Sun memaparkan gambar pesawat penerbangan Malaysia dan Jalur Gemilang yang dikibarkan separuh tiang dengan tajuk ‘Malaysia Mourns RIP MH17′.
Sementara New Straits Times mencetak nama kesemua 43 mangsa warga Malaysia MH17.
Akhbar MalayMail pula memaparkan tajuk “They’re coming home, no words to say farewell”.
Halaman utama laman web www.bernama.com turut menggunakan warna hitam dan putih pada logonya.
Media tempatan juga dilihat menggunakan warna hitam dan putih pada logo mereka di laman web, laman facebook dan laman sosial twitter masing-masing.
Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal telah ditembak jatuh namun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Sebanyak 43 orang termasuk penumpang dan anak kapal merupakan warga Malaysia.
Daripada jumlah ini, 20 mayat tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA hari ini untuk disemadikan di tanah air. – BERNAMA
TOP
Mekanik Motosikal Cedera Ditembak Semasa Minum
IPOH – Seorang mekanik motosikal mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki akibat ditembak di sebuah restoran di Medan Sitiawan dekat Manjung di sini.
Mangsa berumur 37 tahun yang dirawat di Hospital Seri Manjung kini berada dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata ketika kejadian pukul 12.30 tengah malam tadi, mangsa sedang minum di restoran berkenaan bersama dua rakannya.
“Suspek bertindak menembak mangsa dengan melepaskan beberapa tembakan sebelum melarikan diri menaiki motosikal,” katanya melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa tiada rekod jenayah dan tidak terlibat dalam kegiatan kongsi gelap atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang.
Menurutnya kes berkenaan tiada kaitan dengan kejadian tembak yang berlaku di Ayer Tawar, Manjung baru-baru ini. – BERNAMA
TOP
Silap Tempat Promosi Seluar Dalam Tiruan
Kuala Lumpur – Tindakan seorang peniaga mempromosikan seluar dalam jenama terkenal kepada penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membawa padah apabila produk tiruan itu kemudian dirampas.
Sebelum itu, beberapa penguat kuasa menjalankan pemantauan barangan tiruan di kawasan Bukit Bintang dan didekati peniaga berkenaan.
Bagaimanapun, peniaga terbabit cuak selepas mendapati pelanggan yang ditegurnya itu sebenarnya penguat kuasa KPDNKK.
Timbalan Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur Rosli Ahmad berkata, seluar dalam jenama Calvin Klein itu hanya dijual dengan harga serendah RM36 sekotak berbanding jenama asli yang dianggarkan mencecah ratusan ringgit.
“Sebanyak 15 helai seluar dalam tiruan dirampas. Rampasan dianggarkan bernilai RM540 berdasarkan harga pasaran semasa.
“Kami sudah mengambil keterangan peniaga terbabit bagi membantu siasatan untuk mencari pengedar barangan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 berhubung larangan perihal dagangan palsu dan cap dagangan. – myMetro Online
TOP
MH17: Sultan Perak Hadir Istiadat Penghormatan Jenazah
IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini untuk istiadat menerima dan memberi penghormatan dua jenazah mangsa MH17.
Turut berangkat, Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
Baginda yang tiba pada jam 11.50 pagi disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, beberapa EXCO kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.
Dua jenazah akan tiba di LTSAS iaitu penumpang MH17, Noor Rahimmah Mohd Noor, 67, dan pramugari, Chong Yee Pheng, 40.
Jenazah Noor Rahimmah akan dibawa ke rumah keluarganya di No 18 Jalan Ampang Tambun, Ipoh dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama, Tambun.
Mayat Yee Pheng pula akan dibawa ke rumah ibu bapanya di No 120 Jalan 4, Taman Pertama di sini sebelum disemadikan di Paradise Memorial Park, Chemor.
Sementara itu, satu lagi mayat yang dibawa ke Perak, juga pramugari MAS, Azrina Yakop, 42, diterbang terus dari KLIA ke Lapangan Terbang Tekah, Taiping untuk dikebumikan di sana. – BH Online
TOP
Keputusan Suku Akhir Skuasy Terbuka Malaysia 2014
Pemain negara, Mohd Nafiizwan Adnan (kiri) ketika beraksi menentang pemain dari Mesir, Mohamed Elshorbagy pada pusingan suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2014 di Kuala Lumpur, Khamis. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Berikut keputusan perlawanan suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2014 di pusat membeli-belah NU Sentral Mall di sini, Khamis:
LELAKI:
Borja Golan (ESP) mn Olli Touminen (FIN) 11-6, 11-2, 9-11, 11-1
Max Lee (HKG) mn Karim Abdel Gawad (EGY) 15-13, 10-12, 11-6, 6-11, 11-8
Mohamed El Shorbagy (EGY) mn Mohd Nafiizwan Adnan (MAS) 11-5, 11-9, 11-3
Tarek Momen (EGY) mn Mahesh Mangaonkar (IND) 11-7, 4-11, 11-8, 2-11, 11-6
WANITA:
Nour El Tayeb (EGY) mn Madeline Perry (IRL) 11-9, 17-15, 4-11, 9-2 (Bersara)
Amanda Sobhy (USA) mn Habiba Mohamed Ahmed (EGY) 11-5, 11-6, 11-7
Raneem El Weleily (EGY) mn Sarah-Jane Perry (ENG) 11-4, 6-11, 12-10, 13-15, 11-6
Nicol David (MAS) mn Annie Au (HKG) 11-9, 11-5, 11-5.
- mstar

Angel Di Maria Mohon Pindah Kelab
Angel Di Maria mahu meninggalkan Real Madrid dan enggan tandatangan pelanjutan kontrak baru.
PEMAIN sayap yang dianggap sebagai yang terbaik di dunia, Ángel Di María telah memaklumkan secara rasmi kepada kelabnya Real Madrid yang dia berhasrat untuk berpindah kelab. Menurut pengurus Real, Carlo Ancelotti, Di Maria menyatakan hasratnya itu ketika dia menolak tawaran pelanjutan kontrak. Di María, 26, dikaitkan dengan Manchester United dan juara Perancis PSG sejak beberapa minggu lalu tetapi harganya yang mahal masih menghalang sebarang perpindahan menjadi realiti. “Di María telah menolak tawaran Real untuk melanjutkan kontraknya malah dia menyatakan hasratnya untuk berpindah kelab. Jadi sekarang dia harus mencari penyelesaian kepada permasalahan ini. Tapi jika menjelang tarikh tutup perpindahan dia masih di sini, itu bermakna dia akan terus berlatih dan bermain bersama kami sepertimana musim lalu," ujar Ancelotti. Sehingga 31 Ogos ini, jelas Ancelotti, Di Maria masih milik Real Madrid. Tarikh akhir perpindahan di Eropah ialah pada 1 September ini. Sementara itu, Ancelotti turut mendedahkan yang seorang lagi pemain tengah, iaitu pemain antarabangsa Jerman, Sami Khedira turut menolak tawaran pelanjutan kontrak. Pemain berusia 27 itu sedar yang peluangnya untuk menjadi pemain regular pada musim baru nanti sangat mencabar dengan ketibaan rakan senegaranya dari Bayern Munich, Toni Kroos dan juga pemain Colombia, James Rodríguez. “Berbeza dengan situasi Di María, Khedira tidak memohon untuk berpindah kelab. Dia masih ada setahun lagi baki kontrak. Kita tengok nanti bagaimana kemudian,” ujar Ancelotti.- mstar

Sah! Liverpool Beli Balotelli
Insiden yang mencetuskan kontroversi apabila Balotelli (kanan) dan pengurusnya di Manchester City, Roberto Mancini terlibat dalam pergaduhan di padang latihan.
INI adalah laporan yang baru diterima. Liverpool telah bersetuju membayar £16 juta kepada AC Milan untuk membawa masuk pemain antarabangsa Itali, Mario Balotelli. Balotelli sendiri memberitahu stesen televisyen Sky Italia: "Hari ini (khamis) adalah hari terakhir saya di Milanello (AC Milan)." Ia adalah kepulangan sensasi Balotelli ke Liga Perdana Inggeris semula selepas meninggalkan Manchester City pada 2013 untuk menyertai Milan. Balotelli, 24, dikenali dengan sikap antiknya dan seringkali menimbulkan masalah serta kontroversi di mana sahaja dia berada. Dia pernah membakar mercun dan bunga api di bilik mandi apartmennya di Manchester sehingga mencetuskan kekecohan. Dan yang paling melucukan ialah oleh kerana dia terlalu banyak mencetuskan kontroversi, pernah sekali dia mempamerkan singlet yang tertera ayat 'Why Always Me?' (Kenapa Hanya Asyik Saya) ketika dia menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Manchester United pada tahun 2011. Dia juga pernah berbalah dengan pengurusnya sendiri iaitu Roberto Mancini di atas padang latihan sehingga menyebabkan Mancini terpaksa menghalaunya keluar. Pada Rabu lalu, ejennya, Mino Raiola telah terbang ke England untuk cuba memeteraikan perjanjian dengan Liverpool. Pada mulanya, rundingan tersebut kelihatan seperti gagal tetapi nampaknya hari ini, Balotelli sendiri memecahkan rahsia tersebut kepada Sky Italia. Sejak kembali bermain di Liga Itali, dia telah menjaringkan 30 gol daripada 54 perlawanan iaitu jumlah yang sama yang dia jaringkan ketika mewakili City tetapi dalam 80 perlawanan. Dan barang diingat, di sebalik segala kontroversi yang menyelubungi kariernya, Balotelli telah merangkul empat kejohanan di dua buah negara yang berbeza, juga Piala Eropah, Piala FA Cup dan Coppa Italia hanya pada usia yang masih muda.- mstar

Marcos Rojo Sarung Jersi Nombor 5 Man United
MANCHESTER United mengesahkan telah menandatangani pertahanan Sporting Lisbon, Marcos Rojo dengan yuran pemindahan sebanyak £16 juta pada Rabu.
Rojo yang tiba di Manchester pada pagi Rabu dengan impian untuk bermain bersama United telah menandatangani kontrak selama lima tahun selepas lulus ujian perubatan.
Pengendali United, Louis van Gaal mengambil tindakan drastik dengan membawa masuk Rojo selepas skuadnya dimalukan Swansea 2-1 pada Sabtu lalu. Pemain Argentina berkaki kiri itu diberikan jersi nombor lima yang ditinggalkan pertahanan kental kelab tersebut, Rio Ferdinand.
Persetujuan pembelian Rojo dicapai selepas United mengadakan perbincangan dengan Doyen Sports iaitu syarikat yang mempunyai kepentingan terhadap ekonomi pemain berkenaan.
>Dilahirkan: 20 Mac 1990 (umur 24)
>Warga negara: Argentina (24 kap, 1 gol)
>Posisi: pertehanan tengah/kiri
>Kelab: Estudiantes (2008-2011), Spartak Moscow (2011-2012), Sporting Lisbon (2012-2014) dan Manchester United (2014-)
>Bermain pada perlawanan akhir Piala Dunia.
>Semasa Piala Dunia, Rojo pernah berlari lebih pantas daripada Arjen Roben.- mstar

PDRM Kejutkan Selangor Untuk Ungguli Kumpulan D
Pemain Selangor Abdul Hadi diasak pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mohammad Muslim Ahmad (kanan) semasa perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2014 di Stadium Shah Alam, malam Rabu.
Kedudukan separuh masa pertama Selangor 0 - 1 PDRM. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengukuhkan kedudukan Kumpulan D selepas mengejutkan Selangor 2-0 pada saingan Piala Malaysia peringkat kumpulan di Stadium Shah Alam, malam Rabu. Juara Juara Liga Perdana musim ini membuka jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-14 selepas Ashfaq Ali dikasari oleh kapten pasukan Selangor, Bunyamin Umar yang dilayangkan kad merah. Skuad 'The Corps' memanfaatkan kekurangan pasukan lawan apabila pemain import, Chad Charles Souza menjaringkan gol kedua selepas menerima lorongan Bobby Gonzales pada minit ke-68. Dalam satu lagi saingan kumpulan D, T-Team meraih tiga mata selepas mengalahkan pasukan Sime Darby 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu. Pemain import Sime Darby, Dilshod Sharofetdinov membuka jaringan pertama menerusi sepakan penalti pada minit ke-44. T-Team bangkit menyamakan kedudukan pada babak kedua menerusi Leandro Dos Santos pada minit ke-57 sebelum Ramzul Zahini Adnan mengesahkan kemenangan tuan rumah pada minit ke-82. Sementara itu di Stadium Perak, Ipoh, pasukan tuan rumah merampas kedudukan takhta kumpulan B selepas menundukkan Sarawak 2-0 menerusi jaringan Nasir Basharuddin pada minit ke-44 sebelum pemain import, Abdulafees Abdulsalam melengkapkan kemenangan 'The Bos Gaurus' pada minit ke-58. Pasukan tuan rumah, Kedah pula diaibkan Terengganu 2-3 di Stadium Darul Aman Alor Setar dalam saingan kumpulan B. Mohd Ashaari Samsuddin meledak gawang 'Helang Merah' dengan dua jaringan pada minit ketujuh dan 45'. Pemain import, Billy Mehmet Osman menghadiahkan gol pertama Kedah pada minit ke-47 manakala Baddrol Bakhtiar menyamakan kedudukan 2-2 menerusi jaringan pada minit ke-60. Namun pemain import, Mario Karlovic mengesahkan kemenangan pasukan Terengganu dengan jaringan ketiga buat skuad 'Peteh' pada minit ke-74.- mstar

Keputusan Piala Malaysia
Pemain Kedah, Namkong Wong (kiri) diasak oleh pemain Terengganu, Vincent Bikana (biru) pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman pada Rabu malam. --fotoBERNAMA
BERIKUT keputusan perlawanan bola sepak Piala Malaysia peringkat kumpulan pada Rabu malam:
Kumpulan B:
Kedah 2 - 3 Terengganu
Perak 2 - 0 Sarawak
KUMPULAN D:
Selangor 0 - 2 PDRM
T-Team 2 - 1 Sime Darby

David Teo Selar Stesen Radio Enggan Putar Lagu Nyanyiannya
PETALING JAYA: Penerbit filem Metrowealth International Group (MIG) David Teo berasa pelik apabila single lagu pertamanya berjudul Kacang tidak diterima baik oleh pihak stesen radio tempatan sedangkan ia mendapat sambutan di YouTube dengan jumlah lebih 112,000 tontonan.
David berkata, lagu yang turut menampilkan penyanyi Fida Ibrahim, Zarul dan Cat Farish itu hanya dimainkan selama seminggu di beberapa buah stesen radio menerusi segmen lagu baru tempatan dan kemudian ia tidak lagi ke udara.
"Mereka (pihak radio) menganggap lagu itu tidak mencapai piawaian seperti yang dikehendaki.
"Jika benarlah lagu saya itu biasa-biasa sahaja, tidak mungkin Kacang mendapat jumlah tontonan yang tinggi di YouTube, malah ia masih lagi ditonton sehingga kini. Malah liriknya juga sarat dengan mesej yang berguna buat masyarakat kita," katanya yang dihubungi mStar Online.
Tambah David, dia tidak terkilan pun dengan mana-mana stesen radio kerana menganggap Kacang sudah mencetuskan fenomena tersendiri walaupun hanya menerusi di YouTube sahaja.
Inilah klip video Kacang.
Bagaimanapun, David menyifatkan kebanyakan stesen radio di negara ini terlalu syok sendiri kerana memutarkan lagu-lagu yang diminati pihak stesen terbabit tanpa mengikut trend terkini di media sosial. "Sebelum ini saya memberikan lagu Kacang kepada stesen radio untuk mereka jadikan ia sebagai eksklusif sebelum memuat naik klip video di YouTube. Malangnya ia hanya dimainkan untuk beberapa kali sahaja. "Patutlah… baru saya faham mengapa ramai penggiat muzik berbakat hanya popular di laman sosial, tetapi tidak secara arus perdana. "Sudah tiba masanya pihak radio mengubah format mereka mengikut cara media sosial yang lebih kemas kini berbanding cara mereka memilih lagu," tegasnya. Sementara itu, David berkata, dia telah melaburkan sebanyak RM30,000 untuk lagu tersebut termasuklah kos pembikinan klip video bagi memberikan kualiti yang terbaik buat penonton yang menyaksikannya. - mstar

Setahun Tempoh Pantang Bersalin Che Ta Agar Kekal Cantik
Rozita dan suaminya Zain Saidin tidak sabar menanti kelahiran bayi mereka. Foto SHAARI CHEMAT / THE STAR
PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan akan menjaga pantang bersalin dan hanya memilih makanan tertentu selama setahun untuk mengekalkan kecantikan tubuh badannya. Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, 41, berkata, dia akan mengelak mengambil makanan tidak berkhasiat, sejuk dan berangin yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri di usia tua. "Saya sangat titik beratkan tentang pantang selepas bersalin termasuklah tidak keluar rumah 45 hari dan pantang makan untuk jaga badan. "Biasanya saya akan berpantang dengan hanya memilih makanan tertentu dalam masa setahun sehingga kadang-kala menyebabkan saya hilang selera seperti tidak lagi gemarkan sayur sawi," ujarnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran syarikat Laugh Out Loud milik penyanyi Dafi dan pengurus artis, Afeeq di Binjai 8, Premium Soho di sini Rabu lalu. Majlis turut dihadiri suami Che Ta iaitu Zain Saidin, Sasha Saidin, Zaina Zain, Sabhi Sadhi, Sherry Ibrahim, Fazli Zainal dan Marsha Milan. Rozita yang kini hamil tujuh bulan juga mengakui kecewa terhadap segelintir wanita yang mengabaikan amalan berpantang kerana mereka menganggap amalan itu sesuatu yang tidak penting. Katanya, perkara tersebut merupakan amalan tradisional yang sememangnya berkesan untuk kebaikan kesihatan serta telah diamalkan nenek moyang sejak zaman dahulu. "Saya kesal melihat wanita yang tidak jaga pantang, walaupun mereka kata mereka kuat untuk keluar atau melakukan aktiviti ketika dalam tempoh berpantang, namun kesan yang akan mereka dapat ketika hari tua. "Saya lihat emak saya masih kuat walaupun usia dia sudah lanjut. Ini adalah kerana amalan dia yang sangat menjaga pantang ketika bersalin dahulu.
Tambah Rozita, selepas bersalin nanti dia akan dijaga oleh ibunya, Zabedah Saad yang kini berusia 62 tahun. Dalam pada itu, Rozita mengakui sudah mempunyai nama untuk anak perempuannya dan akan didedahkan pada majlis cukur jambul iaitu tujuh hari selepas kelahiran bayi tersebut. Bagaimanapun, Rozita berkata, ia akan menjadi hak siaran eksklusif stesen televisyen Astro terlebih dahulu. Sementara itu, Rozita berkata, suaminya pelakon Zain Saidin merupakan orang yang paling teruja untuk menanti kelahiran bayi itu. Katanya, Zain tidak membenarkan dia untuk pergi membuat pemeriksaan kandungan itu sendirian tanpa kehadirannya. "Dia paling teruja, kalau nak pergi check-up, tidak boleh pergi tanpa dia. Sampaikan jadual check-up saya terpaksa ditukar mengikut jadual penggambaran dia. "Kalau dalam bilik check-up, dia paling sibuk bertanya macam-macam pada doktor dan ambil banyak gambar bayi untuk simpanannya,” katanya. Selain bayi yang bakal lahir, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinanya terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.- mstar

'Roaring Currents' Kutip Lebih RM350 Juta Di Korea Selatan
Filem Roaring Currents berjaya memecah rekod box office.
SEBUAH filem baharu Korea Selatan, Roaring Currents telah mencecah rekod box office apabila ia berjaya meraih kutipan AS$110.54 juta (RM350.7 juta) dalam tempoh 12 hari. Menurut laporan Soompi, sehingga kini hanya 10 filem sahaja yang berjaya menembus box office seperti The Thieves yang meraih sebanyak ASS$91 juta (RM288 juta) dan Miracle In Cell No.7 dengan kutipan AS$89.44 juta (RM283 juta). Roaring Currents mengisahkan tentang perang Imjin antara Dinasti Joseon dan Jepun dimana tentera Jepun telah mengepung ibu kota Joseon.
"Filem ini berkaitan dengan isu-isu sejarah negara dan ia semestinya mendapat perhatian daripada masyarakat Korea. Mungkin kerana itu, ia berjaya mencapai kutipan yang sangat tinggi," kata salah seorang penonton yang menyaksikan filem berkenaan. Roaring Currents yang diarahkan Kim Han-min dibintangi Choi Min-sik,Ryu Seung-ryong, Cho Jin Woong dan Kim Myung Gon.- mstar

Unsur Jenaka Kekuatan 'Bahayanya Wanita'
PETALING JAYA: Unsur jenaka teater muzikal Bahayanya Wanita yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada malam Rabu lalu berjaya membuatkan penonton terhibur sehingga tidak kering gusi ketika menyaksikan persembahan tersebut.
Ternyata, walaupun ia merupakan pementasan kali kedua (pementasan pertama pada Disember 2013), teater yang mengetengahkan isu kehidupan poligami itu masih lagi mampu menghilangkan kebosanan penonton walaupun sudah menontonnya. Dibarisi oleh pelakon-pelakon popular iaitu Umie Aida, Erra Fazira, Nora Danish, Zizan Razak, Erma Fatima, Raja Ema dan Neelofa pementasan itu berlangsung selama hampir tiga jam.
Bermula kira-kira pukul 8.30 malam, persembahan dimulakan dengan nyanyian oleh Nora yang memegang watak sebagai Farhana iaitu isteri ketiga Syed Maddon Al-Attass (Zizan).
Ia mengisahkan tentang Maddon yang sudah mempunyai dua isteri iaitu Sharifah Fatimah Maruka (Umie) dan Kamelia (Erra) berkahwin dalam diam pula dengan Farhana.
Situasi menjadi kacau-bilau apabila rahsia Maddon terbongkar, namun usahawan kaya itu berjaya mengawal keadaaan. Dan tidak lama kemudian dia mejalinkan hubungan cinta dengan wanita Indonesia, Suti Lambung (Erma) dan berhayat ingin memperisterikannya.
Walaupun isu poligami sering dipaparkan dalam karya-karya tempatan, namun sentuhan Erma ini tidak stereotaip.
Erma menunjukkan masalah dalaman seorang suami yang gagal menjadi ketua keluarga selain mempunyai isteri-isteri yang tidak menghormatinya.
Biarpun membawa mesej yang agak berat, elemen jenaka yang digunakan berjaya menghidupkan jalan cerita sehinggakan bermula dari awal persembahan sehingga ke akhir, penonton tidak henti-henti ketawa dengan dialog lucu yang disampaikan pelakon-pelakon terutamanya Zizan.
Walaupun terdapat sedikit dialog-dialog berbaur lucah, namun teater ini tidaklah keterlaluan, cuma ia tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak.
Sementara itu, sungguhpun persembahan tersebut berjaya membuat penonton terhibur, pengarahnya, Erma meluahkan rasa risau jika penonton hanya menyaksikan pementasan itu sekadar hiburan semata-mata, sedangkan setiap dialog dan babak yang dibawakan mempunyai pelbagai mesej berguna.
"Di sebalik jenaka yang dipaparkan, ada benda yang saya mahu sampaikan. Ialah biasanya jika komedi, jarang mempunyai mesej-mesej tersirat.
"Tetapi menerusi naskah Bahayanya Wanita, saya menyampaikan mesej terutamanya kepada para suami serta isteri.
"Contohnya, watak Maddon sebagai suami dan khalifah, dia gagal menjadi ketua yang baik kerana tidak dapat mengendalikan isteri-isterinya. Dan sebagai isteri, walaupun si suami sudah berpoligami, mereka perlu menghormatinya sebagai ketua keluarga. Saya harap mesej yang dibawakan sampai kepada penonton," ujarnya.
Tiket dijual dengan harga RM53, RM73, RM103, RM153, RM203, RM253 dan RM303 yang boleh dibeli dengan melayari laman web www.ticket2u.biz atau www.istanabudaya.gov.my.
Pementasan ini bermula sejak Rabu lalu sehingga Ahad ini.
Pada minggu lalu teater ini telah dipentaskan di Esplanade, Singapura.- mstar

Najib Minta Rakyat Malaysia Bertafakur Seminit Sebagai Satu Negara
Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru semua rakyat Malaysia supaya bersatu sebagai satu negara dengan bertafakur selama seminit bagi menghormati mangsa tragedi MH17. Beliau berkata, selepas proses pengecaman selama sebulan, kumpulan pertama 20 jenazah akan tiba pagi esok di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). "Esok ialah hari berkabung negara untuk kita. Kita berkabung atas kehilangan 298 nyawa dalam pesawat malang Malaysia Airlines MH17 yang terhempas pada 17 Julai, 2014. "Marilah kita bersatu dengan bertafakur selama seminit sebagai satu negara sebagai menghormati mangsa tragedi itu," kata Perdana Menteri dalam catatannya menerusi laman Twitternya. Najib berkata, orang ramai akan bertafakur selama seminit di seluruh negara dan waktu tafakur akan diumumkan melalui saluran rasmi radio dan televisyen. Istiadat penghormatan penerimaan jenazah MH17 akan berlangsung di perkarangan Kompleks Bunga Raya di KLIA. Perdana Menteri berkata, beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengiringi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengetuai negara memberi penghormatan terakhir kepada mangsa. Para menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan juga akan hadir pada Jumaat, kata beliau. "Doa saya ialah untuk keluarga yang menunggu untuk menyambut ketibaan orang tersayang esok #MH17," kata beliau. Menurut wartawan Bernama di Amsterdam, pesawat khas yang membawa jenazah 20 mangsa nahas MH17 warga Malaysia menuju ke Kuala Lumpur telah berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam pada 9.40 malam waktu Malaysia pada Khamis.- mstar

MH17: Kenderaan Akan Dihentikan Seketika Di Plaza Tol Jambatan P.Pinang
GEORGE TOWN: Semua kenderaan dari tanah besar menuju ke pulau akan dihentikan seketika di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang untuk bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah mangsa tragedi pesawat MH17.
Turut dihentikan dalam tempoh itu ialah semua transaksi di Plaza Tol Jambatan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Batu Kawan.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang, Supt Ibrahim Abu Bakar berkata, tumpuan penugasan anggota trafik ialah di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang membabitkan pergerakan kenderaan dari arah Seberang Perai.
"Kami minta pengguna jalan raya terlibat merancang perjalanan dalam tempoh itu," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dalam kenyataan media pada Rabu, meminta seluruh rakyat Malaysia meluangkan masa selama seminit untuk bertafakur sebaik sahaja 20 jenazah tragedi pesawat MH17 tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.
Waktu bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah tragedi pesawat MH17 itu dijadual berlangsung bila-bila masa seawal 10.30 pagi Jumaat, bergantung kepada waktu ketibaan pesawat khas dari Amsterdam.
Sehubungan itu, Ahmad Shabery memohon rakyat Malaysia agar peka dengan pengumuman waktu bertafakur yang akan dibuat melalui stesen radio dan televisyen tempatan.
Sementara itu, Ibrahim berkata polis siap siaga dalam memastikan kelancaran trafik di beberapa lokasi yang dikenal pasti di Pulau Pinang bersempena hari perkabungan negara pada Jumaat.
Beliau meminta kerjasama dan menasihati orang ramai supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan petugas trafik dari semasa ke semasa.
Pengurus Operasi Kanan Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) Asnor Ali pula berkata selain bertafakur di plaza tol itu, pihaknya akan mengadakan majlis bacaan doa dan surah Yasin membabitkan kakitangan PPSB.
Sementara itu, Penolong Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Azizi Azizan berkata, semua kenderaan yang menggunakan Jambatan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah akan dihentikan selama satu minit di Plaza Tol Batu Kawan apabila masa perkabungan diumum.
"Kami juga akan memaparkan ucapan takziah kepada mangsa nahas MH17 menerusi VMS (Variable Message System) sebagai ingatan kepada pengguna mengenai upacara itu," katanya ketika dihubungi.
Jurucakap Feri Pulau Pinang pula berkata, satu pengumuman khas akan dibuat kepada penumpang secara serentak untuk meminta mereka berdiri dan bertafakur selama seminit menurut kepercayaan agama masing-masing.
"Operasi feri berjalan seperti biasa dan kami turut menyarankan penumpang yang menaiki feri bersama kenderaan dapat keluar dan turut serta memberi penghormatan," katanya.- mstar
TOP
Johnny Depp, Anak Bergandingan Dalam Filem Seram
Johnny Depp dna anaknya Lily Rose Depp
PELAKON Johnny Depp bakal bergandingan dengan anak perempuannya dalam sebuah filem seram berjudul Yoga Hosers. Dalam garapan pengarah Kevin Smith ini, Depp akan berlakon bersama anaknya iaitu Lily-Rose Depp. Kedua-dua mereka akan membintangi filem seram kesinambungan daripada filem Tusk. Anak pengarah filem tersebut iaitu Harley Quinn Smith turut berlakon. Dalam pada itu, bintang filem Tusk seperti Michael Parks, Justin Long, Haley Joel Osment, Genesis Rodriguez, Ralph Garman dan Harley Morenstein masih terus dikekalkan. Kata pengarahnya, filem seram ini akan mengangkat watak kanak-kanak sebagai pelakon utama.- mstar

Visual Tanda Ingatan Tragedi MH17 Dan MH370
KUALA LUMPUR – Sebuah visual dengan kata-kata ‘Sentiasa Di Hati” dan ‘Sentiasa Diingati” dipasang di pintu Gerbang Rebana Ubi, Jalan Syed Putra Kuala Lumpur-Petaling Jaya sebagai tanda ingatan terhadap semua mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dan MH370.
Pengarah Urusan Libroff Media Sdn Bhd Datuk Maarof Rahman berkata inisiatif itu adalah tanda penghormatan kepada mangsa dan anggota keluarga selain menzahirkan rasa dukacita serta kesedihan rakyat Malaysia atas tragedi berkenaan bersempena hari perkabungan negara.
“Setiap tahun, pada waktu ini pihak kami akan mempamerkan iklan bagi kempen 1Malaysia di pintu gerbang ini bersempena Hari Kemerdekaan, tetapi pada tahun ini, untuk mangsa tragedi itu.
“Keseluruhan 298 mangsa MH17 tersebut akan sentiasa di hati rakyat Malaysia buat selama-lamanya dan visual ini akan berada di sini sehingga bulan Disember ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Bagi arah bertentangan menghala ke Kuala Lumpur pula, visual memperingati penumpang MH370 yang masih dalam pencarian, menzahirkan ingatan rakyat Malaysia terhadap tragedi misteri itu dengan kata-kata ‘Sentiasa Diingati’.
“Kesemua 239 penumpang MH370 akan turut sama diingati oleh rakyat Malaysia selagi jasad mereka belum dijumpai, ini menunjukkan bahawa kami masih menaruh harapan di atas kepulangan penumpang-penumpang MH370,” kata Maarof.
Pengurus Besar Libroff Media Sdn Bhd Faisal Mohd Salleh pula berkata rasional visual hati bagi kedua-dua belah pintu gerbang melambangkan keseluruhan rakyat Malaysia yang bersatu hati dan bintik-bintik putih di dalam bentuk hati melambangkan jumlah penumpang dalam tragedi berkenaan.
“Kami percaya walau apapun yang berlaku, rakyat Malaysia tetap akan berdiri teguh dan akan bersama-sama mengharungi segala kesusahan bersama, oleh itu, bentuk hati amat bersesuaian,” katanya.
Pintu Gerbang Rebana Ubi di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Wisma Belia didirikan pada 2010, sering memaparkan iklan berkonsepkan 1Malaysia dan ciri perpaduan kaum.
Libroff Media Sdn Bhd adalah syarikat dalam kumpulan Libroff yang terbabit dengan penyediaan perkhidmatan pengiklanan dan teknologi sistem paparan. – BERNAMA
TOP
Sejak bila Spiderman dah jadi macam Power Ranger ni?
TOP
Niat nak selamatkjan kucing. Tapi..
TOP
Si bapa boleh menghilangkan telinga dan hidung anaknya. Memang menangis budak tu dibuatnya
TOP
Nicol Hampiri Gelaran Ke-9 Terbuka Malaysia
KUALA LUMPUR – Pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David semakin hampir untuk meraih gelaran Terbuka Malaysia buat kali kesembilan selepas mara ke separuh akhir di Nu Sentral Mall di sini, malam ini.
Pilihan utama itu hanya mengambil masa 38 minit untuk menyingkirkan pilihan ketujuh Annie Au dari Hong Kong dengan 11-7, 12-10 dan 11-4 pada perlawanan suku akhir.
Nicol merangkul gelaran juara Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali — 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2013.
“Sebelumnya dalam perlawanan, saya membuat pukulan bola dan memerhatikan bagaimana bola melantun dan merasai bagaimana bermain di gelanggang kaca.
“Annie menunjukkan permainan yang cukup baik…Saya perlu berhati-hati ketika dia memberi saingan,” kata pemain berusia 30 tahun itu.
Nicol akan bertemu pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily dari Mesir pada separuh akhir esok.
“Saya sudah bersedia. Selepas memenangi perlawanan ini, saya berasa puas dan tidak sabar untuk perlawanan esok. Saya berharap kita akan menyaksikan perlawanan yang menarik,” kata beliau. – Bernama
TOP
Ongkili Yakin Projek Langat 2 Siap Dalam Tempoh Ditetapkan
HULU LANGAT – Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yakin projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 akan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Beliau berkata hasil penelitian beliau ketika melawat tapak projek berkenaan, proses pembersihan hutan dan meratakan kawasan tapak pembinaan membabitkan 37 hektar tanah berjalan lancar.
“Saya melihat bahawa tapak pembinaan dan persiapan projek kini berjalan dengan lancar, boleh dikatakan sudah 0.7 peratus siap malah kerja tanah dijangka mengambil masa lebih dari 9 bulan untuk disiapkan.
“Pada masa yang sama, saya telah diberitahu terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan seperti kelulusan dan permit yang diperlukan untuk projek ini,” katanya selepas melawat tapak projek berkenaan di sini hari ini.
Mengulas kenaikan kos projek itu setelah ditangguh hampir lebih empat tahun, Maximus berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara ini disebabkan kos bahan pembinaan yang sudah meningkat.
“Oleh kerana dalam tempoh lebih empat tahun menunggu, dan Langat 2 baru dapat dimulakan, ada sebahagian pemilik tanah telah menukar status tanah mereka, jadi sedikit sebanyak ia telah menambahkan kos projek namun pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) sedang mencari jalan untuk mengatasi perkara ini,” katanya.
Maximus berkata pihaknya juga sedang menyelesaikan sebahagian lagi proses pengambilan tanah di kawasan itu.
Projek Langat 2, yang tertangguh sejak 2008, dapat diteruskan selepas Selangor bersetuju mengeluarkan kebenaran merancang ‘Perintah Pembangunan’ selepas menandatangai perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pada 26 Feb lepas.
Projek itu antara komponen utama Skim Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor bagi merawat 2,260 juta liter sehari (JLH) air mentah dari Sungai Semantan, Pahang ke Sungai Langat dalam memenuhi keperluan permintaan tambahan bekalan di negeri Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya sehingga 2025.
Ia dijangka siap sepenuhnya pada 30 April 2017 secara berperingkat dan menelan kos kira-kira RM3 bilion. – BERNAMA
TOP
Harapan Mohd Nafiizwan Ke Separuh Akhir Tak Kesampaian
KUALA LUMPUR – Harapan untuk melihat wakil negara dalam saingan separuh akhir acara lelaki Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2014 di sini tidak kesampaian.
Pada perlawanan suku akhir di pusat membeli-belah NU Sentral di sini hari ini, pemain nombor dua negara Mohd Nafiizwan Adnan gagal meneruskan kemaraan apabila kalah kepada pemain pilihan utama Mohamed El Shorbagy.
Pemain Mesir itu hanya mengambil masa 31 minit untuk mencatatkan keputusan mudah 11-5, 11-9 dan 11-3 untuk berjumpa dengan rakan senegara Tarek Momen pada saingan separuh akhir esok .
Mohd Nafiizwan mengakui El Shorbagy, selaku pemain nombor tiga dunia, telah menampilkan persembahan baik walaupun beliau memperagakan aksi yang sebaik mungkin.
“Gelanggang agak licin dan ia menyakitkan kaki saya. Banyak pemain turut mengadu mengenainya. Saya perlu mendapatkan pandangan ahli fisioterapi sebelum berlepas untuk Terbuka Hong Kong pagi esok.
“Rasa sakit ini agak membimbangkan kerana perlu bersedia untuk Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, bulan depan,” kata pemain berusia 28 tahun itu.
Dalam pada itu, Tarek terpaksa bertarung selama 74 minit sebelum menundukkan pemain daripada pusingan kelayakan, Mahesh Mangaonkar dari India dengan keputusan 11-7, 4-11, 11-8, 2-11 dan 11-6.
Dalam satu lagi perlawanan, pemain Hong Kong, Max Lee akan berdepan dengan Borja Golan dari Sepanyol.
Max menempah slot separuh akhir selepas mengejutkan pemain Mesir, Karim Abdel Gawad 15-13, 10-12, 11-6, 6-11 dan 11-8 dalam perlawanan selama 71 minit manakala Borja menyingkirkan pemain Finland, Olli Tuominen 11-6, 11-2, 9-1 dan 11-1 dalam satu lagi perlawanan suku akhir. – BERNAMA
TOP
MH17: Pesawat Khas Bawa Jenazah Berlepas Dari Amsterdam
Kumpulan pertama mangsa warganegara Malaysia yang melibatkan 20 jenazah tragedi MH 17 siap dinaikkan ke pesawat khas MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol di Amsterdam, Khamis. Foto BERNAMA
AMSTERDAM, Belanda: Pesawat khas yang membawa pulang kumpulan pertama melibatkan 20 jenazah mangsa tragedi MH17 warganegara Malaysia berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Penerbangan yang berlepas pada pukul 9.40 malam waktu Malaysia itu dijangka mengambil masa 11 jam. Pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu. - mstar

Rangka Bayi Ditemui Dalam Beg Sekolah
ALOR SETAR: Rangka bayi dijumpai dalam beg sekolah di sebuah kebun di Kampung Genting Palas, Kuala Nerang dekat sini, Rabu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Terap, ASP Chang Kut Choy berkata rangka berkenaan dipercayai milik bayi yang baru lahir ditemui dua pekebun yang sedang menebas di kawasan itu kira-kira 6 petang.
"Mereka terjumpa sebuah beg sekolah yang apabila dibuka terdapat satu rangka bayi. Turut ditemui dalam beg itu pakaian sekolah," katanya.
Beliau berkata kes itu masih disiasat.- mstar
TOP
MH17: Pesawat Khas Bawa Jenazah Berlepas Dari Amsterdam
Kumpulan pertama mangsa warganegara Malaysia yang melibatkan 20 jenazah tragedi MH 17 siap dinaikkan ke pesawat khas MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol di Amsterdam, Khamis. Foto BERNAMA
AMSTERDAM, Belanda: Pesawat khas yang membawa pulang kumpulan pertama melibatkan 20 jenazah mangsa tragedi MH17 warganegara Malaysia berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Penerbangan yang berlepas pada pukul 9.40 malam waktu Malaysia itu dijangka mengambil masa 11 jam. Pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu. - mstar
AMSTERDAM, Belanda: Pesawat khas yang membawa pulang kumpulan pertama melibatkan 20 jenazah mangsa tragedi MH17 warganegara Malaysia berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Penerbangan yang berlepas pada pukul 9.40 malam waktu Malaysia itu dijangka mengambil masa 11 jam. Pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu. - mstar
TOP
MH17: Dua Lagi Mangsa Warga Malaysia Dikenal Pasti
AMSTERDAM: Dua mangsa terbaharu nahas MH17 warga Malaysia dikenal pasti pada Rabu membabitkan seorang penumpang dan seorang anak kapal pesawat itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong ketika mengesahkan perkara itu berkata, jumlah penumpang dan anak kapal warga Malaysia yang dikenal pasti setakat ini ialah 30 orang.
Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Kedutaan Malaysia di sini dan pasukan penyiasat di pusat ketenteraan yang berada di Hilversum dekat sini.
"Kedua-dua mayat mangsa itu bagaimanapun masih ditempatkan di Hilversum bagi menjalani proses siasatan dan pengecaman lanjut seperti mana dilakukan ke atas mangsa lain," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol sebelum berlepas pulang ke Malaysia.
Beliau berkata pelbagai ujian padanan, DNA dan bedah siasat perlu dilakukan sebelum mayat mangsa diserah untuk pengurusan jenazah dan penghantaran pulang ke tanah air.
Sebelum ini, dilaporkan 28 rakyat Malaysia mangsa nahas MH17 sudah dikenal pasti dan lapan daripadanya belum mendapat pelepasan daripada pihak berkuasa Belanda untuk dibawa pulang ke tanah air.
Sebanyak 20 jenazah iaitu 17 dalam keranda dan tiga dalam bekas abu akan tiba di Malaysia pada Jumaat.
Kerajaan Malaysia merancang untuk membawa pulang kumpulan kedua mangsa nahas MH17 Ahad ini namun ia bergantung kepada proses pengurusan jenazah, dokumentasi dan kelulusan pihak berkuasa Belanda.
Penerbangan MH17 membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Selain 43 warga Malaysia, penumpang pesawat itu terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.- mstar
TOP
MH17: Laluan Penghantaran Jenazah
Deretan kereta jenazah bersiap sedia untuk raptai upacara Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang dijangka tiba dari Amsterdam pagi Jumaat ketika raptai upacara itu di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Khamis. Foto BERNAMA
BERIKUT adalah maklumat pergerakan jenazah mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 sebaik sahaja Majlis Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 berakhir pada Jumaat:
1. Mastura binti Mustafa:
Laluan: KLIA-LRUS-Tol Senawang-Jln Seremban-Kuala Pilah-Masjid Taqwa, Paroi-Tanah Perkuburan Paroi.
2. Ahmad Hakimi Hanapi:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Putrajaya-Lebuh Persiaran Perdana-Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin-Lebuh Precint 20
3. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin:
Laluan: KLIA- L/raya Elite-L/raya Max-Susur Bukit Jalil-L/raya MRR2-Wangsa Maju (Rumah Jenazah)-Tanah Perkuburan Gombak
4. Nur Shazana Mohamed Salleh:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Putrajaya-L/raya Persiaran Perdana-Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin - Lebuh Precint 20
5. Dora Shahila Kassim:
(akan diberitahu kemudian oleh PDRM)-Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara
6. Foo Ming Lee:
Laluan: KLIA- L/rata Elite-L/raya Max- Jalan Kuchai Lama-Nirvana Sg Besi
7. Karamjit Singh Karnail Singh:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya KESAS-Susur Seksyen 20-Nirvana Shah Alam
8. Ng Qing Zheng:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Max-Jalan Kuchai Lama-Nirvana Sg Besi
9. Mabel Anthony Samy:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Max-Jalan Kuchai Lama-Nirvana Sg Besi
10. Paul Rajasingam Sivagnanam:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Max-Jalan Kuchai Lama-Nirvana Sg Besi
11. Elisabeth Ng Lye Ti:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Max-Susur Bukit Jalil-L/raya MRR2-Bulatan Kuari-Xiao En Bereavement
12. Lee Hui Pin:
Laluan:KLIA- L/raya Elite- L/raya Kesas-Susur USJ-Rumah Mangsa
13. Angeline Premila Rajandaran:
Laluan:KLIA- L/raya Elite-L/raya Kesas-Susur Banting/Klang-Jln Ampuan Rahimah -Rumah mangsa
14. Ariza Binti Ghazalee:
Laluan: KLIA-TUDM Kuching-Jalan Lapangan Terbang-Jalan Tun Jugah-Jalan Tun Razak-Jalan Marikan Salleh-Jalan Tun Sallehudin-Bulatan Bersik-Bulatan Mahkamah-Bulatan Sesco-Jalan Sarawak Golf Club-Jalan Masjid Negeri-Bulatan Semariang-Jalan Sultan Tengah (Tanah perkuburan)
15. Muhammad Afif Bin Tambi:

16. Rahimmah Noor:
Laluan: KLIA-LTAS Ipoh (Charlie C130) LTAS-Jalan Persiaran Azlan Shah-Jalan Azlan Shah-Jejantas Jalan Gopeng-Jejantas Pantai Puteri-Jalan Tambun-Jalan Tambun Ampang-Tanah Perkuburan Kg Masjid Lama Tambun, Ipoh.
17. Chong Yee Pheng:
KLIA-LTAS Ipoh -Jalan Persiaran Azlan Shah-Rumah
18. Azrina Binti Yakob:
Laluan: KLIA -LTAS Ipoh (c)-LTAS-LP Tekah, Taiping, Jalan Tekah-Masjid Al Hidayah Assam Kumbang-Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah, Jalan Muzaffar Shah, Assam Kumbang, Taiping.
19. Mohd Ali Md Salim:
Laluan: KLIA-IKBN Pagoh (LP-Helikopter)-IKBN-Jalan Pagoh-Pekan Pagoh-Jalan Sengkang-Jalan Kg Raja (Tanah Perkuburan)
20. Hasni Hardi Bin Parlan:
Laluan: KLIA-LP Padangan B Sek.Tinggi Segamat (Helikopter)-Masjid Jamek Segamat-KM185-198 Jalan Johor Bahru-Seremban-Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Kg paya Luas, 85100 Batu Anam, Segamat Johor.

MH17: Penantian Kian Berakhir, Waris Berdebar Menanti Detik Pagi Jumaat
Anggota tentera mengusung keranda ketika melakukan raptai Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis. -fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Ahli Keluarga mangsa tragedi MH17 tidak dapat membayangkan saat-saat mereka perlu menerima jenazah insan tersayang yang ditunggu selama ini selepas ia dibawa pulang dari Belanda dalam satu istiadat dan suasana pilu pada Jumaat. Ibu kepada pembantu juruterbang Ahmad Hakimi Hanapi, Noriah Daud, 57, berkata, mereka sekeluarga telah membuat persiapan untuk pengebumian anak lelakinya itu, namun tidak dapat menggambarkan perasaan apabila pesawat khas yang membawa jenazah Ahmad Hakimi selamat mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Jumaat. "Yang pasti saya bersyukur sangat, mungkin waris lain belum tahu lagi nasib mereka, tetapi saya bersyukur kerana jenazah telah ditemui dan ia sempurna. "Itu sahaja yang saya doa siang dan malam sejak kejadian itu menimpa anak saya," katanya ketika dihubungi mStar Online. Noriah berkata, setelah lebih sebulan tragedi hitam itu berlaku, dia dan keluarganya kini lebih tabah dan dapat menerimanya sebagai satu ketentuan Ilahi. "Saya reda. Sebagai hamba-Nya kita bukan ada kuasa pun untuk menghalang.
Kimi bersama anak lelakinya, Abderrahman.
"Dia (Ahmad Hakimi) mati syahid, dikebumi hari Jumaat, meninggal pada bulan Ramadan, saya bersyukur," katanya. Noriah berkata, mayat Ahmad Hakimi, atau lebih dikenali sebagai Kimi adalah mangsa dari Malaysia yang pertama dijumpai dan cukup sifat. Katanya, perkara itu diketahui ketika dia sekeluarga diterbangkan ke Amsterdam minggu lalu setelah identiti mayat anaknya disahkan oleh Forensik Belanda. "Kami bagaimanapun tak melihat mayatnya. Hanya lihat ia telah dimandikan dan dikafankan dengan sempurna. Cukuplah diberitahu ia cukup sifat. "Sebaik tiba di sana, kami melakukan solat jenazah dan beberapa majlis tahlil," katanya yang berada di Amsterdam selama enam hari. Mengenai persiapan menerima jenazah, jelasnya, tidak banyak yang dilakukan kerana kebanyakan perkara telah diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan MAS, termasuklah urusan pengebumian di tanah perkuburan di Presint 20, Putrajaya. Namun, katanya, dia perlu pulang lebih awal berbanding ahli keluarga lain yang masih berada di Amsterdam untuk memaklumkan tentang pengebumian anaknya kepada saudara-mara dan rakan-rakan terdekat. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan MAS kerana telah membantu dalam urusan membawa pulang dan pengebumian jenazah. Sementara itu, abang kepada ketua pramugari MH17, Don Shahidan Kassim berkata dia amat terkejut apabila pada saat akhir menerima berita bahawa jenazah adiknya akan tiba pada Jumaat ini. Pada Selasa, dia dimaklumkan bahawa jenazah adiknya, Dora Shahila tidak dapat dibawa pulang pada Jumaat atas faktor penjenayahan terhadap mayat dan seluruh ahli keluarganya akur dengan khabar menyedihkan itu. Namun, pada tengah hari Rabu, wakil MAS telah menghubunginya semula dan memaklumkan bahawa jenazah Dora Shahila telah diberi pelepasan oleh pihak Belanda untuk dibawa pulang. Bersykur dengan berita itu, beliau bagaimanapun masih tidak dapat menarik nafas lega selagi jenazah adiknya tidak berada di depan matanya. "Saya memang bersyukur, tetapi dalam masa yang sama rasa takut. "Selagi tak sampai sini, selagi saya tak nampak kerandanya, saya tak berani nak cakap apa-apa selepas apa yang keluarga saya telah lalui," katanya yang menganggap setiap kerumitan yang menimpa keluarganya sejak berlakunya tragedi ini sebagai satu ujian. Katanya, seramai lapan ahli keluarga terdekat, termasuk anak tunggal mangsa yang berusia 15 tahun akan hadir ke KLIA pada Jumaat, untuk menerima jenazah Dora Shahila yang akan dikebumikan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail. Jelasnya, dia kini sedang menguruskan beberapa urusan kecil berkaitan pengebumian termasuklah memaklumkan kepada saudara mara, menyediakan air mawar dan sebagainya. Seorang lagi waris anak kapal MH17, Ahmad Reza Abdullah yang juga bapa saudara kepada Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, berkata, mereka dan beberapa saudara terdekat akan hadir ke KLIA untuk menatap jenazahnya buat kali terakhir. "Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur. Syukur kerana jenazah Shazana antara yang dibawa pulang. Kami juga mendoakan agar segala urusan perjalanan membawa balik jenazah dipermudahkan," katanya.
Nur Shazana Mohamed Salleh.
Ketika ditanya sama ada jenazah Nur Shazana akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20 , Putrajaya, Ahmad Reza berkata, dia belum dimaklumkan mengenai perkara itu. "Kami belum lagi diberitahu mengenainya. Apa-apa kena dapat pengesahan daripada ibu bapa Shazana dahulu. Lagipun mereka masih lagi berada di Amsterdam," katanya. Terdahulu, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Komuniti Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya (PPj), Zailani Hashim mengesahkan dua jenazah mangsa tragedi MH17 akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20, Putrajaya. Mangsa tersebut ialah Nur Shazana dan pembantu juruterbang, Ahmad Hakimi Hanapi, 29. Kedua-dua jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (MSMZA) selepas tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA dari Amsterdam, Belanda. Kumpulan pertama mangsa warganegara Malaysia yang melibatkan 20 jenazah dijadual tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, kira-kira pukul 10 pagi, Jumaat. Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu. Selain 43 warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warganegara Netherlands, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.- mstar

Jawatan MB Selangor Tetap Milik PKR - PAS
Iskandar Samad.
SHAH ALAM: PAS mengulangi pendirian bahawa jawatan Menteri Besar Selangor tidak akan diisi oleh sesiapa daripada parti itu. Exco Selangor, Iskandar Samad (PAS) berkata, parti itu tidak membincangkan nama calon pengganti daripada PAS. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan sekiranya parti itu mempunyai senarai calon untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Sultan Selangor 'meminta nama calon lain'. "Keputusan kami pada 17 Ogos adalah untuk menamakan calon daripada PKR bagi mengisi jawatan tersebut dan tiada mana-mana calon (daripada PAS) terlintas di fikiran," katanya. PKR memecat Khalid daripada parti dua minggu lalu selepas beliau gagal memberi penjelasan kepada jawatankuasa disiplin parti berhubung dakwaan terhadapnya. Pada Ahad lalu, PAS memutuskan untuk menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan menamakan Timbalannya, Azmin Ali sebagai seorang lagi calon untuk dihantar kepada Istana bagi mengisi jawatan Khalid. PAS yang sebelum ini menyokong Khalid untuk mengekalkan jawatanya, bertindak sebaliknya apabila menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar yang baharu. Parti itu turut menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin sebagai calon kedua. Khalid berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor pada minggu depan. Ketika ditanya sama ada kemelut politik itu memberi kesan kepada rakyat, Iskandar berkata:" Saya percaya anda boleh membuat keputusan ini untuk diri sendiri".- mstar

MH17: Jenazah Pramugari, Mastura Mustafa Dikebumi Di Paroi
SEREMBAN: Jenazah pramugari Malaysia Airlines, Mastura Mustafa yang merupakan antara mangsa pesawat MH17 akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paroi pada Jumaat.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa setelah selesai Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan selepas solat Jumaat. Selepas itu jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan," katanya.
Beliau berkata beliau akan hadir di KLIA dan seterusnya mengiringi jenazah Mastura ke Seremban.
Sebanyak 20 jenazah warga Malaysia (11 beragama Islam, sembilan bukan beragama Islam) yang menjadi mangsa nahas MH17 akan dibawa pulang dari Amsterdam dan dijangka tiba di KLIA pada pukul 10 pagi.
Pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal apabila ia ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai. - mstar
TOP
Jenazah Adun Pengkalan Kubor Tiba Di Tumpat Jumaat Malam
Allahyarham Datuk Noor Zahidi.
KOTA BAHARU: Jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar dijangka tiba di Pasir Pekan, Tumpat pada Jumaat malam. Timbalan Ketua Umno bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa kira-kira pukul 9 malam. Sebelum itu jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dari Guangzhou, katanya. Beliau berkata proses membawa pulang jenazah dari Pengkalan Chepa ke rumah Allahyarham di Pasir Pekan akan dilakukan pihak tentera. Noor Zahidi, 57, meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou pada Rabu. Allahyarham merupakan Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno bahagian Tumpat selama empat penggal.- mstar

Elak Kesilapan, Alasan Pemilihan PKR Tertangguh
Johari Abdul.
PETALING JAYA: Walaupun keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangguhkan beberapa kali, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti itu menegaskan tempoh masa yang lama diambil untuk mengelakkan berlaku sebarang kesilapan. Menurut Pengerusinya, Datuk Johari Abdul, tindakan itu juga membuktikan JPP bersikap adil bagi memastikan pemilihan diadakan secara telus. "Kita tidak mahu melakukan sebarang kesilapan. Kami amat berhati-hati. Ini juga menunjukkan kami telus. Setiap aduan diambil kira... kita tidak seperti SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan keputusan rasmi pemilihan PKR di Ibu Pejabat PKR, Khamis. Pemilihan parti yang bermula Mac lalu hanya diumumkan selepas hampir lima bulan berikutan beberapa siri penangguhan di beberapa cabang di seluruh negara. Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan rasmi itu tidak mendapat bantahan setakat ini. Pada masa sama, Johari turut mengakui wujud beberapa kelemahan yang dicetuskan oleh segelintir pihak sepanjang tempoh pemilihan pada kali ini. "Kita tak nafikan ada pihak menimbulkan kekecohan pada pemilihan parti. Kami tidak tahu siapapun mereka. Malah mereka bukan ahli parti. "Kami bukan sempurna dan akan kemukakan beberapa cadangan untuk memperbaiki pemilihan pada masa hadapan," katanya. Jelas beliau, cadangan-cadangan penambahbaikan itu turut mengambil kira hak setiap anggota parti.- mstar

MH17: Bendera Jepun Dikibar Separuh Tiang Pada Jumaat
KUALA LUMPUR: Bendera negara Jepun akan turut dikibar separuh tiang di canselori dan kediaman duta Jepun sempena istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 esok.
Bagi pihak kerajaan dan rakyat Jepun, pihak kedutaan melahirkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Malaysia terutama kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat.
"Hati dan perasaan kami sentiasa bersama kerajaan dan rakyat Malaysia dalam masa kesedihan ini dan kami bersedia menghulurkan sebarang bantuan jika diperlukan," kata pihak kedutaan dalam satu kenyataan.
Kumpulan pertama 20 jenazah akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan pesawat khas dari Amsterdam kira-kira 10 pagi.
Pesawat Malaysia Airlines berkenaan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai dan mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia.- mstar
TOP
Pemilihan PKR: Pemecatan Khalid Beri Azmin Kemenangan
Abdul Khalid Ibrahim.
PETALING JAYA: Pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi laluan mudah kepada Azmin Ali untuk mempertahankan jawatannya sebagai timbalan presiden parti. Ini kerana, undi terdahulu Khalid yang berjaya diperoleh sebelum ini terbatal secara automatik. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul berkata, jumlah undi yang diperolehi menteri besar itu tidak relevan untuk diumumkan sekarang. "Jumlah undi beliau (Khalid) yang diumumkan sebelum dipecat tidak lagi relevan pada masa sekarang,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan rasmi pemilihan parti itu di Ibu Pejabat PKR pada Khamis. Keputusan undi pada 28 Jun lalu menunjukkan Khalid memperolehi sebanyak 17, 608 undi, ketinggalan di belakang Azmin. Khalid dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lalu selepas ingkar arahan parti untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu. Pada pemilihan kali ini, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak menang mudah dengan mengetepikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail selepas memperolehi 22,562 undi.- mstar

Pemilihan PKR: Nik Nazmi Dipilih Ketua AMK
PETALING JAYA: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan yang baharu selepas memenangi kerusi itu dengan memperoleh 4,509 undi.
Beliau mengatasi dua pencabar lain, Amirudin Shari dan Mohd Nazree yang masing-masing memperoleh 4,259 undi dan 2,213 undi.
Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Johari Abdul pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, tengah hari Khamis.
Bagi jawatan timbalan ketua AMK Pusat, Dr Afif Bahardin memenangi kerusi itu dengan mendapat 5,093 undi.
Jawatan naib ketua pula dimenangi oleh Raymond Ahuar, Mohd Radzlan Jalaludin dan Sangetha Jayakumar.
Sementara itu, penyandang Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin sebelum ini berjaya mengekalkan jawatannya.
Zuraida mengetepikan pencabarnya, Rodziah Ismail selepas memperoleh 9,392 undi.
Jawatan timbalan dimenangi oleh Haniza Mohamed Talha yang memperoleh 8,910 undi.- mstar
TOP
MH17: Album Raptai Kepulangan Jenazah Penumpang, Anak Kapal
BERIKUT merupakan album raptai yang diadakan sebagai persediaan kepulangan jenazah mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 dari Belanda.
Anggota tentera melakukan upacara raptai di Masjid Jamek Kuching di Kuching, Khamis sebagai persediaan menerima jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang dijangka tiba dari Amsterdam esok. Enam sekeluarga dari Sarawak iaitu Tambi Jiee, 48, dan isterinya Ariza Ghazalee, 46, bersama empat orang anak mereka, Muhamad Afif, 19, Mohd Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15 dan Mohd Afruz, 13, terbunuh selepas pesawat MH17 yang dinaiki dipercayai ditembak jatuh di Ukraine, 17 Julai lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penerangan mengenai perjalanan upacara Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang dijangka tiba dari Amsterdam pagi Jumaat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Khamis.
Turut sama ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Tan Sri Joseph Kurup serta Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Deretan konvoi kereta jenazah memasuki Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi melakukan raptai persediaan menerima jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dijangka tiba dari Amsterdam pagi Jumaat di Sepang.
TERIMA KASIH … Pegawai MAS hanya dikenali sebagai Harun dipeluk oleh salah seorang waris penumpang dan krew MH17, beliau bertanggungjawab mengurus kepulangan waris ke tanah air ketika ditemui di Hotel Novotel Den Haag di sini hari ini. Waris akan pulang secara berperingkat bermula Rabu dan Khamis untuk menunggu ketibaan Pesawat Khas MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat di The Hague, Belanda.- mstar

Pelukis Autistik Savant Pertama Malaysia Terima Pengiktirafan Obama
Delwin menunjukkan surat pengiktirafan daripada Presiden Barack Obama kerana karya seninya. Foto CHONG KAH YUAN / THE STAR
GEORGE TOWN: Pelukis Autistik Savant yang pertama di Malaysia, Delwin Cheah Wien Loong, 11, menerima surat pengiktirafan daripada Presiden Barack Obama, kerana karya seninya. Ibunya Erina Law Mei Sun, 39, berkata surat daripada presiden Amerika Syarikat itu memeranjatkan tetapi berharap pengiktirafan itu terus memberi sokongan dan galakan kepada ibu bapa yang mempunyai anak autistik. "Kami tidak tahu siapa yuang menghantar karya seni Delwin yang disiarkan dua tahun lalu bertajuk 'I Can Draw' kepada Presiden Amerika Syarikat. Apabila Delwin menerima surat itu, dia tersenyum lebar," katanya pada sidang media di sini Khamis. Law berkata, anak lelakinya itu sedang melakarkan lukisan khas kepada Obama untuk mengucapkan terima kasih dan berhasrat untuk menghantarnya ke Rumah Putih. "Kami mahu berkongsi pengiktirafan itu kerana kami mahu mewujudkan kesedaran mengenai autisme dan memberi sokongan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak autistik tentang bagaimana mereka melatih dan memberi inspirasi kepada mereka," kata ibu kepada dua orang anak itu. Law berkata, beliau memberi semangat kepada Delwin untuk membina keyakinan untuk menulis dan dia menunjukkan peningkatan apabila berupaya menulis 25 perkataan berbanding dua hingga tiga patah perkataan sebelumnya. "Cabaran paling besar buat Delwin ialah kemahiran sosial dan kami akan terus memberi sokongan dan membantunya membina keyakinan," katanya dan menambah ibu bapa yang mempunyai anak yang memerlukan perhatian khas tidak harus mengabaikan mereka. Law berkata, keupayaan Delwin untuk melukis menggunakan pen dan tidak pernah melakukan kesilapan apabila menulis telah memberi inspirasi dan motivasi kepada adik perempuannya Delwina Cheah Kah Yan, 9, untuk melukis tanpa perlu menggunakan pemadam. Delwin didiagnos menghidap Sindrom Asperger dengan IQ 114 ketika berusia lima tahun. Bagaimanapun, dia mula melukis ketika berumur tiga tahun dan diiktiraf sebagai Artis Autistik Berpendidikan Tinggi paling muda di dunia yang mengadakan pameran seni secara solo oleh Record Setter, Amerika Syarikat pada 28 April, 2013.- mstar

Nad Zainal Tepis Tuduhan Serang Hefny Sahad Di Lokasi Drama
Nad menegaskan dia dan Hefny tiada hubungan cinta.
PETALING JAYA: Pelakon Nad Zainal menafikan tuduhan terbaharu kononnya dia telah menyerang pelakon Hefny Sahad di sebuah lokasi penggambaran drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna pada Selasa lalu. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, dia terkejut dengan gosip tersebut kerana sehingga kini dia tidak pernah pun mengganggu Hefny ketika aktor itu sibuk di lokasi penggambaran. "Dakwaan mengatakan saya serang Hefny mengarut dan tidak berasas kerana saya tidak pernah melakukan perbuatan itu. "Lagipun siapa saya mahu serang dia? Saya bukannya kekasih dia! Benar kami rapat dan masih mengenali hati budi masing-masing tetapi kami belum sampai ke tahap bercinta," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu. Gosip terbaharu timbul apabila Nad dikatakan menyerang Hefny di satu lokasi penggambaran drama bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna terbitan Zeel Productions di Jalan P.Ramlee di sini pada Selasa lalu. Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 malam itu dikatakan turut disaksikan oleh kru drama berkenaan apabila Nad dipercayai meluru ke kereta milik Hefny sebaik sahaja pelakon itu tiba untuk menjalani penggambaran drama berkenaan. mStar Online difahamkan berlaku pergaduhan kecil diantara pasangan itu sehingalah mereka membuat keputusan untuk memutuskan hubungan walaupun selama ini mereka menafikan mempunyai peraaan cinta antara satu sama lain. Mengukuhkan lagi dakwaan itu apabila mereka didapati telah mengeluarkan gambar-gambar kemesraan bersama dalam akaun Instagram masing-masing. Sementara itu, Nad berharap isu itu tidak dipanjangkan lagi kerana gosip tersebut adalah tidak benar dan merupakan khabar angin semata-mata. "Sudah-sudahlah, tiada motif pun saya nak bergaduh dengan dia. "Lagi satu saya ingin tegaskan di sini, ramai yang keliru apabila kami dianggap bercinta tetapi hakikatnya kami baru nak kenal hati budi. Belum lagi jadi pasangan kekasih. "Sehingga kini, saya mahupun Hefny boleh keluar dengan sesiapa sahaja yang kami mahu," tegasnya. Hefny yang di hubungi mStar Online pula enggan mengulas lanjut berhubung insiden itu yang seolah-olah menggambarkan ia sememangnya benar-benar terjadi. "Saya tidak mahu cakap apa-apa dah kerana yang nampak buruk tetap saya. Cuma apa yang saya boleh katakan, dakwaan diserang itu merepek," katanya. Terdahulu, Hefny dikatakan menjadi punca keretakan hubungan cinta Nad dengan aktor Azwan Kombos, 29, apabila mereka dikatakan menjalin hubungan cinta selepas terbabit dalam telefilem Mengintai Syurga Mama yang turut diterbitkan oleh Zeel Production.- mstar

Dua Ditahan Disyaki Gubah Wang Haram Hampir RM20 Juta
MELAKA: Dua lelaki termasuk seorang pegawai bank pada Khamis ditahan selepas disyaki terlibat melakukan penggubahan wang haram membabitkan nilai RM19.2 juta.
Kedua-dua-dua lelaki terbabit ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman kira-kira 3 petang ketika hadir untuk memberi keterangan mengenai kes itu di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini.
Kedua-dua lelaki berusia 26 itu dipercayai merupakan rakan subahat suspek utama yang merupakan seorang pengurus unit di sebuah bank berusia 29 tahun yang kini dalam buruan polis.
Ketua Penolong Pengarah bahagian itu, Datuk Ahmad Marzuki Mohd Saad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.
"Mereka akan didakwa di Mahkamah Ayer Keroh esok mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001," katanya.
Sebelum ini, akhbar melaporkan seorang guru wanita daripada keluarga berada yang membuat simpanan tetap di sebuah bank di Melaka, kerugian RM19.2 juta setelah dipercayai ditipu sindiket yang didalangi seorang pengurus bank.
Wanita berusia 48 tahun itu membuat simpanan antaranya dalam bentuk cek, bank draf dan tunai melibatkan 81 transaksi sejak 2010 selepas suspek dipercayai menawarkan kadar bunga yang tinggi untuk simpanan tetap.
Hasil siasatan awal polis mendapati suspek dipercayai membuat satu akaun lain menggunakan nama wanita itu untuk memindahkan wang berjumlah RM19.2 juta melalui Internet ke tiga akaun lain milik tiga lelaki.- mstar
TOP
Kereta PM Belgium Dipecah, Komputer Riba Dicuri
Elio Di Rupo. Foto AFP
BRUSSELS: Komputer riba dan dokumen peribadi milik Perdana Menteri Belgium, Elio Di Rupo dicuri selepas kenderaan rasminya dipecah masuk oleh sekumpulan pencuri, kata pasukan pendakwa yang mengesahkan perkara itu. Pencuri berkenaan memecah tingkap kereta Di Rupo di Brussels pada petang Isnin ketika beliau berada di gim manakala pemandunya pergi ke kedai buku. Jurucakap Di Rupo berkata, dokumen-dokumen yang dicuri tidak mengandungi rahsia kerajaan dan komputer riba itu mempunyai "perlindungan begitu baik". Pendakwa membuka kertas siasatan berhubung insiden itu pada Khamis, tetapi tiada suspek dikesan pada masa ini. - AFP

Isu MB: Tanpa Penjelasan, Khalid Tidak Boleh Marah Pakatan
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu berang terhadap Pakatan Rakyat atau pihak tertentu yang membuat kesimpulan negatif terhadap integritinya dalam mentadbir negeri itu sebaliknya tampil menjawab persoalan yang ditimbulkan.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata, menteri besar Selangor itu sebaliknya perlu memberi penerangan terhadap persoalan yang dibangkitkan rakan-rakannya di Parti Keadilan Rakyat (PKR), terutama dalam isu 'penyelesaian hutang di luar mahkamah'.
Menurutnya, kegagalan Khalid berbuat demikian telah menyebabkan berlakunya kemelut politik di Selangor.
"Pemecatan beliau daripada PKR, pemecatan exco PKR dan DAP, kewujudan kerajaan bebas pimpinan Tan Sri Khalid dengan empat exco PAS yang terpaksa kekal dalam jawatan demi menghalang kemasukan Umno, pergeseran PAS dengan PKR dan DAP dan sebagainya berlaku kerana keengganan beliau menjawab secara tepat berhubung 'penyelesaian luar mahkamah' dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
"Dengan implikasi-implikasi yang disebut, beliau tidak boleh marah sekiranya ada yang membuat kesimpulan bahawa terdapat sesuatu yang tidak betul (berlaku) dalam penyelesaian di luar mahkamah itu," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, Khamis.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, kemelut politik yang berlaku kini boleh dielakkan jika menteri besarnya tampil dan menjawab 'tiada yang tidak betul' terhadap dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.
Katanya, Khalid sanggup melihat segala permasalahan ini berlaku demi menutup 'yang tidak betul'
"...walaupun ke tahap jatuhnya kerajaan Pakatan di Selangor dan pecahnya Pakatan, namun mendedahkan butiran penyelesaian luar mahkamah tidak sekali (dilakukan Khalid)," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai kesimpulan hasil pertemuan dengan dua peguam Khalid iaitu Derek Fernandez dan Mathew Thomas Philip baru-baru ini yang tidak mendatangkan hasil apabila kisah disebalik hutang anak guamnya dengan BIMB tidak diterangkan sepenuhnya kerana tidak mendapat 'lampu hijau' daripada Khalid.
Katanya, beliau tidak puas hati dengan penjelasan yang diberikan dalam pertemuan itu kerana Khalid dalam suratnya terdahulu berjanji akan menjelaskan segala-galanya berhubung perjanjian dengan BIMB itu.- mstar
TOP
Serangan Israel: 4 Maut Ketika Hadiri Pengebumian
Rakyat Palestin melihat kepulan asap akibat serangan pesawat tempur Israel di majlis pengebumian di Bandar Gaza. Foto EPA
BANDAR GAZA, (Wilayah Palestin): Empat rakyat Palestin maut ketika menghadiri majlis pengebumian apabila sebuah pesawat tempur Israel melakukan serangan ke atas kawasan perkuburan di Bandar Gaza pada Khamis, kata pegawai perubatan. Serangan itu berlaku di kawasan tanah perkuburan di Sheikh Radwan di utara Bandar Gaza, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra. - AFP- mstar

MH17: Waris Diminta Tidak Buka Keranda
SEPANG: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim meminta waris mangsa-mangsa insiden MH17 agar tidak membuka keranda yang akan diterima selepas Majlis Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang akan berlangsung pada Jumaat.
"Pada malam ini (Khamis) saya akan berjumpa lagi dengan waris-waris mangsa insiden ini bagi meyakinkan mereka bahawa jenazah-jenazah telah diuruskan dengan begitu sempurna di Amsterdam.
"Sebelum ini saya sudah memaklumkan mengenai perkara ini kepada mereka, dan kebanyakan waris sudah bersetuju untuk tidak membuka (keranda ) jenazah ini,” katanya pada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17, Khamis.
Rohani berkata, semua jenazah disempurnakan mengikut agama masing-masing di Amsterdam dan telah diuruskan dengan baik.
"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Joseph Kurup dan Datuk Wee Ka Siong (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) ada di sana untuk memastikan segala urusan jenazah yang akan dibawa balik ini diuruskan dengan baik.
"Pada istiadat itu nanti juga, lebih kurang 120 ahli keluarga atau waris jenazah-jenazah dijangka hadir.
"Lima waris yang berada di Amsterdam akan balik ke Malaysia melalui penerbangan komersial malam ini (Khamis) dalam dijangka akan tiba pukul 6 pagi.
"Semua waris itu akan ditempatkan di beberapa buah hotel berdekatan bagi menghadiri majlis penghormatan ini," katanya.
Dalam pada itu, Rohani memberitahu bahawa pihak waris memerlukan ‘privacy’ dan tidak mahu ditemuramah oleh media pada majlis nanti.
"Mohon jasa baik pihak media agar menghormati permintaan mereka ketika majlis istiadat ini berlangsung," tambah beliau.- mstar
TOP
Memperkasa Kontraktor Wanita Agenda KKR
CHANGLUN: Memperkasakan kontraktor wanita merupakan agenda penting Kementerian Kerja Raya (KKR) yang ingin memastikan kemampuan mereka setanding dengan golongan lelaki yang menceburkan diri dalam bidang sama.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kementeriannya telah merangka pelbagai program untuk membantu kontraktor terutama golongan wanita bagi meningkatkan kemahiran mereka.
"Program memperkasakan kontraktor-kontraktor wanita adalah satu agenda terpenting dalam membangunkan kompetensi kontraktor dan personel binaan ke arah lebih cemerlang.
"Justeru, pendekatan membangun kapabiliti dan kapasiti kontraktor wanita akan diberi perhatian serius oleh pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)," beliau berucap pada Majlis Perasmian Program CSR CIDB Kedah dan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Utara, di kampung Tradisi Lembah Keriang dekat , Khamis.
Rosnah berkata, baru-baru ini lebih 100 kontraktor wanita telah menjalani kursus memperkasakan kontraktor wanita di ABM Wilayah Utara di sini.
"Di peringkat kebangsaan, kita akan adakan lagi program seumpama itu pada September ini dan saya sangat menggalakkan lebih ramai wanita menceburkan diri dalam industri binaan," katanya.
Sementara itu, Pengarah CIDB Kedah Ir Sharifudin Che Omar berkata ramai kontraktor wanita berjaya menamatkan kursus dalam pelbagai bidang seperti 'Tred Air-condition', landskap, 'waterproofing' dan hiasan dalaman yang telah dijalankan di ABM.
Beliau berkata, kontraktor wanita berkenaan juga berpeluang menyiapkan kerja-kerja tanggungjawab sosial bersama CIDB dan ABM seperti mengecat pejabat penghulu serta melakukan kerja hiasan taman di kampung.- mstar
TOP
CMC Engineering Terlibat Projek RM7 Bilion Di Makkah
KUALA LUMPUR: Syarikat kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan, CMC Engineering Sdn Bhd akan terlibat dalam projek fasa pertama Metro Makkah bernilai RM7 bilion di Makkah, Arab Saudi di bawah satu konsortium.
CMC Engineering dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, White Stone Consortium, di mana ia adalah rakan kongsi, berjaya layak untuk membida dalam tender berkenaan.
Tender itu akan dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi di bawah Program Pengangkutan Awam Makkah membabitkan kerja trek, depoh dan sistem kawalan kereta api.
"Metro Makkah itu akan menjadi dorongan CMC Engineering untuk menembusi pasaran pengangkutan kereta api di Arab Saudi serta pasaran Timur Tengah," kata Ketua Pegawai Eksekutif CMC Engineering, Datuk Abdul Rahman Yusof.
CMC Engineering akan menawarkan kepakaran kejuruteraan Malaysia kepada projek Metro Makkah.
Pada Mei, CMC Engineering telah menandatangani perjanjian perkongsian pintar dengan Khashoggi Holdings, konglomerat hartanah dan pembinaan berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi untuk menubuhkan konsortium itu.
Kini, syarikat itu terlibat dalam projek sambungan laluan LRT Kelana Jaya dari Kelana Jaya ke Putra Heights dan kerja pemasangan isyarat Thales di projek sambungan LRT Kelana Jaya dan Ampang. - mstar
TOP
Isi Makna Kemerdekaan Dengan Pastikan Negara Maju
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tugas setiap rakyat Malaysia sekarang dalam mengisi makna kemerdekaan negara adalah dengan memastikan negara maju, aman dan makmur.
Beliau berkata sebagai contoh sumbangan ahli akademik dalam menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi yang menjadi pemangkin kepada kemajuan negara adalah sebahagian daripada pengisian kemerdekaan yang sebenar.
“Mengambil semangat kemerdekaan (sempena bulan kemerdekaan bulan ini), perjuangan kita pada hari ini mungkin tidak sama dengan perjuangan generasi sebelum merdeka yang sanggup mengorbankan nyawa mereka untuk tanah air tercinta.
“Saya pasti matlamat dan impian kita semua adalah sama iaitu untuk melihat Malaysia berdiri megah sebagai sebuah negara yang berdaulat dan berdaya maju,” katanya semasa melancarkan buku High Impact Research Universiti Malaya, di sini, Khamis.
Katanya matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi amat bergantung kepada keupayaan semua dalam menggalas tugas dan amanah.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata universiti sebagai sebuah institusi ilmu memainkan peranan penting menghasilkan kajian-kajian dalam pelbagai bidang yang dapat dimanfaatkan untuk kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat.
Katanya Universiti Malaya yang mendapat peruntukkan sebanyak RM590 juta bagi tahun 2011 hingga 2015 perlu menggiatkan aktiviti penyelidikan berimpak tinggi dan menghasilkan pulangan yang berganda kepada negara.
“Justeru adalah amat penting setiap perancangan dan pelaksanaan aktiviti penyelidikan dibuat dengan sebaik mungkin agar pelaksanaannya dapat memberi impak terbaik, berjaya mengoptimumkan penggunaan semua sumber yang ada dan mengelakkan pembaziran,” katanya.
Muhyiddin yang juga menteri pendidikan berkata hasil penyelidikan yang diperoleh hari ini adalah sesuatu yang akan memberi impak kepada pembangunan bangsa dan negara.
Mengenai High Impact Research, Universiti Malaya beliau berkata pusat penyelidikan itu mempunyai pelbagai prasarana dan peralatan canggih untuk kemudahan para penyelidik menjalankan penyelidikan.
Sehubungan itu beliau menyeru kepada semua penyelidik dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk bersama-sama memanfaatkan kemudahan berteknologi tinggi yang terdapat di pusat itu.
“Perkongsian seperti ini bukan hanya akan mewujudkan jaringan kerjasama yang lebih luas sesama penyelidik tetapi apa yang penting adalah memastikan tidak berlaku pembaziran sumber,” katanya.
Buku High Impact Research bertajuk ‘Touch Lives, Impacting Society’ itu mengandungi perkembangan, prestasi dan pencapaian utama pusat penyelidikan itu dalam menjalankan penyelidikan dan kajian pelbagai bidang.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang dan Naib Canselor Universiti Malaya Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment