Lelaki Mirip Steve Job Cetus Kontroversi Beliau Masih Hidup
CEO Apple Inc Steve Jobs dilaporkan meninggal dunia pada tahun 2011 selepas dikatakan menghidap penyakit kanser. Bagaimanapun, seorang lelaki dikatakan mengambil gambar 'selfie' bersama Steve Jobs.
Seorang pengguna Reddit, TheHorseSizedDuck telah memuat naik gambar 'selfie' dengan keterangan, "Steve Jobs berada di Rio de Janeiro, masih hidup."
Gambar tersebut telah mencetus kontroversi di Internet yang membuatkan orang ramai tertanya-tanya sama ada lelaki didalam gambar tersebut adalah benar-benar Steve Jobs.
Namun, setelah disiasat, lelaki berkenaan bukanlah Steve Jobs, tapi Andy Hahn, seorang editor bagi majalah Sport Fishing.
En Hahn sendiri membuat kenyataan bahawa lelaki dalam gambar berkenaan bukan Steve Jobs. Dia berkata dalam satu mesej "Saya bukan Steve, tapi saya memang berada di Rio. Masih Hidup, dammit". - SiakapKeli.com

TOP
Iran Sahkan 39 Orang Maut, 9 Cedera Pesawat Terhempas Di Iran
TEHRAN: Timbalan Menteri Pengangkutan Iran, Ahmad Majidi mengesahkan 39 orang terbunuh dan sembilan cedera dalam kejadian pesawat terhempas di lapangan terbang di sini hari ini.
Majidi membuat pengesahan angka kematian itu menerusi stesen televisyen kerajaan. Laporan awal menyatakan semua 48 orang di dalam pesawat terbabit terkorban.
Pesawat Sepahan Air Iran-140 itu terhempas berhampiran Lapangan Terbang Mehrabad sejurus selepas berlepas dalam penerbangan ke bandar Tabas di timur Iran. - AP
TOP
Daftar Akaun Facebook Dengan MCMC - Pakar
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mempertimbangkan agar semua pemilik akaun laman sosial Facebook berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi memudahkan pengenalpastian identiti pemilik akaun.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Mohamad Md Yusoff berkata langkah itu adalah wajar berbanding menutup Facebook supaya pemilik akaun tidak sewenang-wenangnya menyalahgunakan laman sosial.
"Sekarang ini, bila berlaku kes seperti menghina (Yang di-Pertuan) Agong, mempersenda agama, fitnah dan sebagainya di Facebook, kita susah nak jejaki siapa yang melakukannya, lepas itu ada pula alasan kena godam, akaun palsu dan server daripada luar," katanya kepada Bernama.
Baru-baru ini tindakan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook oleh pemilik akaun 'Chandra Lawan Tetap Lawan' mendapat kecaman orang ramai dan sehingga kini MCMC sedang bekerjasama dengan polis bagi menjejaki individu itu.
Pensyarah Kanan Program Komunikasi Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Saat Awang Damit pula berkata sekiranya cadangan itu dilaksanakan, MCMC perlu meneliti setiap permohonan pendaftaran akaun laman sosial itu bagi memudahkan pengesanan identiti.
"Misalnya, MCMC terima permohonan hari ini, dia tak boleh lulus terus, ambil masa beberapa hari sehingga ke seminggu untuk pastikan semua butir permohonan seperti nama, alamat, ID pengguna adalah betul," kata Saat.
Katanya ia bertujuan mewujudkan suasana bertanggunjawab di kalangan pengguna Facebook di samping menggunakan laman sosial itu untuk memberikan idea-idea bernas.
Saat juga berkata keintelektualan seseorang individu yang berkongsi komen atau pandangan melalui media sosial perlu kena pada tempat dan asasnya supaya tidak berlaku salah faham dan maklumat tidak tepat disebarkan.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Komunikasi FKSW UMS Dr Haryati Abdul Karim berkongsi pandangan sama agar pemilik akaun laman sosial itu berdaftar dengan MCMC.
Beliau berkata adalah tidak wajar menutup Facebook hanya disebabkan oleh segelintir pihak yang menyalahgunakan fungsi laman sosial itu.
Dalam pada itu, Haryati mencadangkan agar satu undang-undang seperti Anti- Ungkapan Kebencian diwujudkan yang menghalang seseorang itu daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya dan boleh menimbulkan kebencian serta menghina bangsa, etnik, agama dan kewarganegaraan.
Undang-undang itu banyak diguna pakai di Eropah seperti Denmark, Perancis, Belanda dan United Kingdom bagi mengekang golongan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan laman sosial dengan mengeluarkan kenyataan kesat dan fitnah untuk menimbulkan rasa benci masyarakat.
Jumaat lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu.
Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu. -- Bernama
TOP
Tapis Internet Pilihan Akhir, Kuatkuasa Undang-Undang Dulu - KJ
JITRA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan cadangan menyekat Facebook dan internet adalah terlalu drastik kerana isu penyalahgunaan kemudahan itu perlu ditangani menerusi penguatkuasaan undang-undang terlebih dahulu.
“Langkah tapisan internet adalah pilihan terakhir dan perlu dimulakan dengan tindakan tegas ke atas sesiapa yang menyalahgunakan internet.
“Apa yang tidak cukup sekarang ini adalah penguatkuasaan undang-undang, bukan sampai perlu sekat Facebook. Itu akan memberi kesan sebagai sebuah negara di mata dunia,” katanya, di sini, semalam.
Tambah Khairy, kerajaan juga sebelum ini pernah menandatangani perjanjian bawah piawaian antarabangsa koridor multimedia yang tidak akan membuat tapisan internet.
“Sebab itu saya cadangkan sekiranya undang-undang seperti Akta Komunikasi dan Multimedia sedia ada tak cukup kuat bagi pihak berkuasa jalankan siasatan, maka kita boleh pinda undang-undang tersebut.
“Kita ada majoriti di Parlimen, maka boleh pinda undang-undang. Sekiranya tak cukup penyiasat, maklumkan supaya kita boleh pertimbangkan ditambah penyiasat,” katanya.
Menurut Khairy, kerajaan mungkin perlu melihat dahulu tindakan tegas yang boleh diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan kebebasan internet.
“Sekarang ini kita lihat sekiranya tidak ada tekanan politik seolah-olah tidak ada apa-apa tindakan. Bila buat laporan polis atau memorandum baru ada tindakan daripada pihak berkuasa.
“Kita terima kebebasan bersuara di negara ini sebagai prinsip, tetapi ada batasnya dan batas itu mesti dikuatkuasakan. Kalau batas itu tak dikuatkuasakan akan wujud keadaan anarki,” katanya.
Tegas Khairy, sekiranya ada tindakan cepat dan tegas, pengguna akan berfikir panjang untuk melakukan penyalahgunaan internet. - Sinar Harian
TOP
Emma Maembong Bertudung Sejak 1 Syawal
KUALA LUMPUR: Pelakon Emma Maembong nekad bertudung pada 1 Syawal lalu. Kekasih hati Zizan Razak ini mengikuti jejak Neelofa, Umie Aida, Uqasha, Sheera Iskandar dan Fara Fauzana.
Hal itu diakui sendiri pelakon drama Yes Boss itu kepada BH Online.
Ia sekaligus menamatkan teka teki peminat mengenai hijrahnya sebelum ini.
"Saya tidak mahu terburu-buru dalam hal ini. Biar ia terjadi tanpa paksaan atau dorongan sesiapa. Malah ramai yang suka perubahan ini.
"Zizan sendiri antara yang menyambut baik hijrah saya ini. Sebelum ini saya perlahan demi perlahan menetapkan hati untuk bertudung dan Alhamdulillah ia dipermudahkan," katanya. - Berita Harian
TOP
Samsung Hadapi Penurunan Keuntungan Berturut-turut
SEOUL: Syarikat pengeluar telefon pintar, Samsung Electronics Co. Ltd telah menghadapi penurunan keuntungan bagi suku ketiga berturut-turut dikatakan berikutan model telefon pintar dari syarikat pesaing yang lebih murah dan juga Apple Inc yang dikhabarkan dalam proses melancarkan iPhone 6.
Selain itu, matawang won yang meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh enam tahun ini juga menyumbang ke kepada penurunan ini, menurut kaji selidik Thomson, Reuters.
"Zaman kegemilangan Samsung sudah beransur hilang. Pertumbuhan keuntungan adalah terlampau tinggi dalam tempoh tiga hingga empat tahun lalu dan kini mereka sedang mengalami proses penormalan." Kata Chang Sea-Jin, professor perniagaan di Korea Advanced Institut Sains dan Teknologi.
Produk utama Samsung iaitu telefon pintar, mengalami pertumbuhan pasaran yang perlahan dan kini menghadapi persaingan sengit daripada pegeluar China yang lain seperti Huawei dan Lenovo yang mengeluarkan produk yang sama tetapi jauh lebih murah. - SiakapKeli.com
TOP
Ibu Bekas MP Pakai Barang Kemas RM40K Disamun
MACHANG — Ibu bekas Anggota Parlimen Machang Datuk Sazmi Miah, Khadijah Abdul Rahman, 83, cedera ringan dalam satu kejadian samun selepas dilarikan empat lelaki tengah hari tadi.
Sazmi berkata ibunya cedera di hidung dan kepala dipercayai ditumbuk lelaki yang melarikan mangsa dengan sebuah kereta dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu.
“Ketika kejadian, ibu saya berada di rumah dan secara tiba-tiba, didatangi seorang lelaki yang berpura-pura bertanyakan arah jalan,” kata Sazmi ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Judah di sini.
Beliau berkata lelaki itu kemudian mengheret ibunya ke dalam sebuah kereta yang menunggu bersama-sama tiga lelaki lain tidak jauh dari situ dan melarikan mangsa ke arah Pasir Puteh.
“Setibanya di Kampung Chenggal Pulas bersempadan dengan Machang-Pasir Puteh, ibu saya ditinggalkan di situ dan terpaksa menumpang sebuah lori untuk pulang ke rumah,” katanya.
Sazmi berkata barangan kemas yang dipakai ibunya seperti cincin dan loket bernilai antara RM30,000 dan RM40,000 disamun kumpulan itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Machang ASP Loo Lian Lay mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut. — BERNAMA
TOP
Bunga Kantan RM8.50
TOP
Seorang Lelaki Tak Sedar Ada Wanita Aneh Menumpang di Rumahnya
Apa yang anda fikirkan ketika mendapati makanan di rumah cepat habis dibanding biasanya? Beberapa makanan ringan hilang dan terasa seperti ada yang mengawasi di dalam rumah. Hal mengerikan ini terjadi pada seorang lelaki bernama Joe Cummings. Kisah ini ditulis dalam channel Youtube milik Joe, jstn827 ‘s channel.
Joe tinggal di sebuah pangsapuri bandar New York. Dia sering merasa bahawa makanan di rumahnya habis lebih cepat dan merasa ada yang aneh. Ingin tahu apa yang terjadi, Joe meletakkan sebuah kamera tersembunyi di sekitar dapurnya. Saat video itu dimainkan, Joe sangat terkejut bila mendapati seorang wanita aneh turun dari lubang pengudaraan bahagian atas apartment. Seolah sudah terbiasa, wanita itu turun perlahan-lahan, mengambil kerusi dan turun ke lantai. Wanita aneh itu tampak mengambil beberapa makanan, bahkan buang air kecil di sinki dapur. Dia kelihatan mundar-mandir. Ketika Joe masuk ke dapur, wanita itu panik dan bersembunyi. Namun setelah Joe keluar dari dapur dia kembali mencari makanan. Seolah sudah biasa, wanita aneh itu naik kembali ke pengudaraan. Keesokan harinya, Joe memainkan semula video rakaman. Dia sangat terkejut dan langsung meninggalkan apartment untuk melapor pada polis. Apabila polis menangkap wanita aneh tersebut, Joe tidak tahu dia siapa. Polis mengatakan mungkin wanita itu telah diam-diam tinggal di pangsapuri Joe selama beberapa minggu, mungkin lebih.
Joe sendiri tidak tahu bagaimana wanita itu boleh ada di ventilasinya, kerana pengudaraan itu tidak disambung ke bahagian lain apartmen. Kemungkinan besar, wanita itu naik dari tingkap melalui tangga kecemasan dan ikut tinggal dengannya tanpa diketahui Joe. Seram juga kan kalau ada orang asing yang diam-diam tinggal bersama anda di satu bumbung. Maka perhatikan benar keadaan rumah anda.

Isu MB : Majlis Penasihat Raja-Raja Selangor Mesyuarat Esok
Untuk menangani isu Menteri Besar Selangor tanpa parti, Majlis Penasihat Raja-Raja Negeri Selangor akan bermesyuarat esok untuk berbincang berkenaan kemelut itu.
Menurut satu kenyataan media dari Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid hari ini, peguamnya menasihati agar beliau tidak membuat sebarang kenyataan media sehingga mesyuarat berkenaan selesai.
Laporan Agenda Daily menyebut, kenyataan media itu dikeluarkan pagi ini hanya sepanjang empat perenggan.
Semalam, beliau dipecat dari partinya Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta merta. Pemecatan itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.
Dr Tan berkata keputusan dibuat selepas Abdul Khalid dikatakan gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) yang dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua UmumPKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat II serta menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan ADUN Negeri Selangor.
Dalam kenyataan Abdul Khalid itu, beliau terus konsisten dengan keputusan dipecat walaupun ia dibuat salah dan bertentangan dengan undang-undang.
Abdul Khalid berkata mesyuarat Majlis itu akan diadakan esok pada pukul 11.30 pagi. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Pondan Direman Seminggu Liwat Kenalan
KANGAR – Seorang pondan berusia 30 tahun ditahan reman selama seminggu mulai semalam bagi membantu siasatan atas dakwaan meliwat seorang lelaki awal pagi semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad pondan tersebut dipercayai meliwat mangsa yang berumur 23 tahun di butik pengantin miliknya di Arau.
Katanya mangsa mendakwa dia telah diliwat suspek sebanyak dua kali di premis perniagaan suspek.
“Mangsa yang mengenali suspek melalui media sosial pergi berjumpa suspek di premisnya selepas pukul 12 malam, apabila sampai ke butik pondan tersebut, mangsa mendakwa telah diserang suspek selain dicederakan di bahagian kepala sebelum diliwat sebanyak dua kali.
“Mangsa yang mengalami kecederaan ringan di kepala kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau kira-kira pada pukul 4 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi.
Ku Yaacob berkata suspek juga mengugut akan mencederakan keluarganya selain akan menyebarkan rakaman kelakuan luar tabii itu termasuk memuat turun gambar mereka ke dalam laman sosial Facebook.
Jelasnya ugutan itu diterima mangsa melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas beberapa jam kejadian.
“Suspek akan disoal siasat sementara menunggu laporan perubatan untuk tindakan pihak polis seterusnya,” kata beliau.
Ujar beliau kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. - Sinar Harian Online
TOP
VIDEO: Lawak.. Abah Masuk Campur Je Anak Terus Hilang Mood
Anak-anak kecil memang suka diagah hingga tergelak besar tapi sama ada perasan atau tidak, mereka tidak akan mesra begitu dengan semua orang.
Contoh terbaik adalah video di bawah yang memang lawak.
Elok-elok si anak gelak terkekek-kekek bergurau dengan ibunya bila si abah masuk campur terus hilang mood. Haha! - MYNEWSHUB.MY
Elok-elok si anak gelak terkekek-kekek bergurau dengan ibunya bila si abah masuk campur terus hilang mood. Haha! - MYNEWSHUB.MY
TOP
Sedar Silap Masing-Masing: Adam AF, Fiza Elite Rujuk Kembali
Nampaknya penceraian tidak memisahkan terus pasangan Adam AF dan Fiza Elite tetapi memberi pengajaran kepada mereka tentang nilai perkahwinan.
Mungkin selepas bertenang dan menyedari kesilapan masing-masing, Adam dan Fiza akhirnya sepakat untuk kembali rujuk pada 19 Ramadan iaitu 17 Julai lepas.
Mendirikan rumah tangga September 2013, pasangan ini pernah mengejutkan peminat apabila bercerai pada 28 April, cuma kira-kira tujuh bulan selepas bergelar suami isteri.
Adam turut kelihatan mendaftar semula rujuk perkahwinannya dengan Fiza di pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam, Selalu lalu. Menurut pasangan ini kepada akhbar Berita Harian, mereka sudah muhasabah kesilapan masing-masing ketika berjauhan dan kini berazam untuk membaiki perkahwinan sebaik mungkin.
Bagi mengeratkan hubungan, Fiza turut menyatakan harapannya untuk mengerjakan umrah bersama Adam dan menimang cahaya mata secepat mungkin. Lebaran lalu, Fiza dan Adam menyambutnya bersama-sama termasuk dengan pulang ke kampung Adam di Sabah. Alhamdulillah, semoga kebahagiaan akan terus menjadi milik Adam dan Fiza. - MYNEWSHUB.MY

Jambatan Kg Padang Balang Ditukar Jadi Jambatan Gaza
Sebuah jambatan yang merentasi Sungai Gombak di persimpangan masuk ke Kampung Padang Balang, Sentul telah bertukar menjadi Jambatan Gaza sebagai simbol bantahan kepada rejim Zionis yang menyerang penduduk Palestin di Gaza.
Jambatan itu dipasang dengan banyak bendera kebangsaan Palestin di sepanjang luan kira-kira 10 meter di kiri dan kanan jalan.
Sejak Israel menyerang Gaza kira-kira sebulan lepas, inilah jambatan pertama yang diliha dihiaskan sebegitu rupa.
Di penghujung jambatan, terdapat kain rentang yang tertulis, Jambatan Gaza (Bridge Of Gaza) yang memberi makluman kepada para pemandu kenderaan yang melalui jalan itu sebagai makluman berkenaan tujuan jambatan itu dihias. Mynewshub.my merakamkan beberapa keping gambar jambatan berkenaan pagi tadi. Tidak diketahui siapa yang bertanggungjawab memasang bendera Palestin di jambatan itu sama ada ia dipasang oleh orang dari luar kawasan Kampung Padang Balang atau penduduk sekitar sendiri. – MYNEWSHUB.MY

Harga Bertukar Masa Bayar: Pasar Raya Terkenal Tipu Pelanggan?
Kisah pasar raya menipu dengan cara mengelirukan pengguna menggunakan tanda harga memang bukan cerita baru.
Contohnya, kes yang pernah kami siarkan ini.
Ada tu pula konon-konon buat jualan murah dengan memberi potongan harga tapi selepas diperiksa rupa-rupanya harga diberikan sama sahaja cuma harga asal ditipu.
Terbaru, seorang pengguna di Nilai, Negeri Sembilan membongkar penipuan dilakukan sebuah pasar raya terkemuka yang membuatkan pelanggan membayar harga lebih tinggi daripada harga dipamerkan pada produk.
Ini boleh dianggap satu penipuan terancang memandangkan kita sedia maklum, pelanggan terutama yang membeli banyak barang jarang sekali memeriksa harga pada senarai barang yang dibayar.
Walau pun ia cuma melibatkan penipuan beberapa sen, kalau dihimpun semua harga yang ditipu ini banyak juga duit pelanggan yang dah dikapur kan? – MYNEWSHUB.MY

VIDEO : Kes Gaduh Dalam Masjid, Siap Bertolak-Tolak
Masjid diketahui sebagai tempat umat Islam melaksanakan solat dan pelbagai aktiviti Muslim lain juga sebagai pusat aktiviti masyarakat Islam.
Apa pula pendapat anda jika masjid sudah jadi tempat bergaduh sesama Muslim. Begitulah suasana yang dipaparkan dalam sebuah video di laman Facebook APT yang tersebar sejak semalam.
Isu dan masalah sebenar pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah masjid yang tidak diketahui lokasinya sebenarnya kurang jelas kerana kata-kata yang diucapkan di dalam video berkenaan menggunakan loghat Kelantan.
Menerusi ruangan komen di bawah video berkenaan, ada komen menyebut bahawa kes ini berkenaan Imam yang memakai jubah itu dikatakan Imam Tarikat Tijani yang sesat. Penduduk kampung berasa marah apabila solat diimamkan oleh imam tarikat yang tidak diiktiraf. Menurut pemilik akaun itu, kejadian berlaku di kampung yang bersebelahan dengan kampungnya. Sebahagian besar komen yang dibuat berkenaan video berkenaan pula mahu pengendali laman APT memadamkan sahaja video berkenaan kerana ia dilihat membuka aib dan memaparkan kelemahan umat Islam. Penulis juga sudah berulang kali cuba memahami apa yang dituturkan di dalam video berkenaan tetapi gagal ekoran audionya yang kurang jelas. – MYNEWSHUB.MY

GAMBAR: Bodoh.. Dah Tak Ada Benda Lain Nak Dibuat
Main?
Beristighfar kami dibuatnya bila melihat gambar yang sedang tersebar di laman-laman sosial ini.
Seorang budak perempuan yang elok bertudung litup dan berbaju kurung kelihatan selamba sahaja melakukan aksi lucah bersama objek menyerupai kemaluan lelaki (dildo).
Walau atas niat bergurau, perangai sebegini tidak wajar langsung dipertontonkan apatah lagi membiarkannya dirakam kerana bila sudah tersebar begini maruah diri sendiri juga yang jatuh. Adik dalam gambar ini pun nampak masih terlalu muda untuk melawak hal lucah begini jadi kami harapkan dia akan mengambil pengajaran dengan lebih berhati-hati menjaga maruah dirinya sebagai perempuan baik-baik selepas ini. – MYNEWSHUB.MY

Pemuda Terkejut, Gigi Tumbuh Dalam Hidung
MISTERI pendarahan hidung yang dialami seorang pemuda Arab Saudi sejak tiga tahun lalu berakhir dengan penemuan mengejutkan dirinya, pasukan perubatan dan ahli sains perubatan.
Mana tidaknya, apabila pemeriksaan dilakukan terhadap hidung lelaki berusia 22 tahun itu, doktor menemui sebatang gigi yang tumbuh dengan sempurna.
Menurut laporan Live Science, pemuda terbabit mengalami pendarahan hidung sejak tiga tahun lalu, namun tidak melakukan pemeriksaan kerana menganggap ia perkara biasa.
Bagaimanapun apabila bosan dengan pendarahan tanpa kesakitan itu, dia telah membuat pemeriksaan di Kompleks Perubatan Tentera Raja Fadh di Dhahran.
Doktor yang memeriksanya terkejut dengan penemuan itu dan menjadikannya sebagai satu penemuan baharu dalam sains perubatan.
Bagaimanapun hasil usaha kumpulan doktor pakar, gigi berkenaan berjaya dicabut bagi memberikan keselesaan kepada pemuda terbabit.
TOP
Gambar Didakwa Bukti Duyung Benar-Benar Wujud Tersebar
Apabila disebut duyung, ia merujuk kepada perempuan berwajah cantik namun berbadan ikan.
Oleh sebab tidak ada bukti sahih duyung benar-benar wujud meski pun ia diceritakan dalam banyak kisah penglipur lara di banyak negara, duyung dianggap cuma mitos dan watak rekaan semata-mata.
Bagaimana pun sejak awal bulan ini, beberapa keping gambar didakwa menjadi bukti kewujudan duyung telah tersebar di laman-laman siber dan giat dikongsikan di Twitter seluruh dunia.
Di Malaysia, gambar-gambar ini juga sudah mula beredar di laman sosial. Bagi ‘menyedapkan’ cerita ada pula yang pandai-pandai berkata duyung ini ditemui terdampar di Pantai Kudat, Sabah.
Bagaimana pun selepas gigih melakukan carian di internet, penulis mendapati bangkai duyung ini sebenarnya cuma arca untuk penggambaran filem Pirates of the Caribbean On Stranger Tides (2011).
Ia dihasilkan oleh juru solek inovatif terkenal Hollywood, Joel Harlow.
Harlow telah diberi tanggung jawab menyolek banyak watak aneh dalam filem Hollywood termasuk How the Grinch stole Christmas, A.I. Artificial Intelligence, Planet of the Apes, Constantine dan Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl.
Kami tahu ramai berharap duyung adalah kisah benar namun sehingga ke hari ini terimalah hakikat bahawa kesemua bukti tentang duyung masih diragukan kesahihannya.
Begitu pun kewujudan duyung tidak boleh ditolak kerana mungkin kita yang masih belum menemuinya. - MYNEWSHUB.MY

Anwar Mula Merapu, Bila Pulak Januari Ada 50 Hari
Bila dikatakan rumah kata pergi, kubur kata mari, beliau degil dan mengakui dirinya masih layak menjadi Perdana Menteri.
Bila dinasihat bersara dan berhenti, tetapi tidak ambil peduli dan kini sibuk minta isteri jadi Menteri Besar untuk sebuah kerajaan negeri.
Bila kesemua nasihat ikhlas dari rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan dari luar tidak dipedulikan, kini individu itu sudah pun merapu-rapu di depan kamera dan di dalam sidang media.
Entah apa yang bermain di dalam kotak pemikirannya, kita pun tidak tahu.
Dalam satu sidang media yang sudah tersebar rakaman videonya, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan desakan yang dibuat daripada parti sudah lama iaitu sejak 50 Januari untuk menggantikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Kejap.. Apa?? 50 Januari, ada ke wujud tarikh sebegitu?
Dalam video berkenaan tiada pula pihak yang membetulkan kenyataan itu, jadi bermakna apa yang dicakapkan oleh Anwar itu betullah, sejak 50 Januari.
Jelas tak payah bersuluh bukti demi bukti, Anwar dah mula menunjukkan ciri-ciri seorang yang nyanyuk. Selepas beliau menyebut, 50 Januari berkenaan, ada juga kata-katanya seperti orang yang merapu.
Bukanna penulis hendak reka cerita, lihat sahaja babak itu pada minit 1.27 rakaman video yang dibuat oleh KiniTV ini yang kini disebarkan seantero negara menyatakan pemimpin PKR ini sudah mula merapu.
Jangan pula Anwar kata ini fitnah jahat UMNO lagi, dah jelas dan terang tu.
– MYNEWSHUB.MY
– MYNEWSHUB.MY
TOP
PKR Amal ‘Penghakiman Kangaroo’ – PSM
KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang pernah menjadi sekutu pakatan pembangkang dalam beberapa pilihan raya umum sebelum ini mengutuk tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arulchelvan turut menyifatkan PKR mengamalkan ‘penghakiman kangaroo’ kerana tidak memberi ruang kepada Menteri Besar Selangor itu membela diri.
Beliau turut mendakwa pemecatan itu tidak sah kerana tertuduh harus diberi peluang hak membela diri terlebih dahulu sebelum proses pemecatan itu dilakukan.
“Saya pernah kendalikan banyak kes pemecatan. Tertuduh diberi hak membela diri kerana kalau tidak, ia adalah proses pemecatan tidak sah atau `penghakiman kangkaroo’,” katanya melalui laman Facebook.
Arulchelvan berkata, PKR sepatutnya menunggu keputusan parti-parti dalam pakatan pembangkang tetapi tetap menjadi Abdul Khalid mangsa perebutan kuasa dalaman parti itu.
Tegasnya, hal itu bagaimanapun telah menjadikan Abdul Khalid `hero’ dalam kalangan masyarakat.
PSM tahun lalu lantang mengkritik PKR yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengamalkan sistem membuli dalam politik parti itu dan PSM antara mangsa parti itu semasa Pilihan Raya Umum Ke-13.
Ia berikutan PKR menganggap PSM sebagai parti yang kurang popular dan menempatkan calon kroni di kerusi parti itu tanpa mempedulikan sumbangan PSM kepada pakatan pembangkang selama ini. – mynewshub.my
TOP
PAS Diperlekehkan – Parti Itu Perlu Jaga Air Muka
Sudahlah pimpinan ulama dalam PAS dilihat bersedia jika parti itu mengambil langkah keluar dari Pakatan Rakyat (PR), kini parti itu turut membuka pintunya kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini menjadi pemimpin tidak berparti untuk menyertai PAS.
Keterbukaan itu disuarakan oleh Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan.
Menurut beliau dalam laporan Mstar Online, pintu keahlian PAS sentiasa terbuka untuk Abdul Khalid yang telah dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.
“Terpulanglah kepada beliau jika ingin menyertai PAS selepas ini kerana telah dipecat PKR.
“Tetapi, kita perlu menunggu pertemuan beliau dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan melihat nasihat yang akan diberikan untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.
Abdul Khalid dipecat oleh Lembaga Disiplin PKR selepas enggan memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu.
Tindakan Abdul Khalid mempertahankan kedudukannya bagaimanapun turut mendapat sokongan dan restu pimpinan tertinggi PAS yang merupakan anggota Pakatan Rakyat.
Lebih panas, Ahmad berkata PAS bersedia berjuang bersendirian sekiranya parti itu memilih untuk keluar dari pakatan tiga parti PKR-PAS dan DAP itu.
“Kami mempunyai sejarah sendiri walaupun berbeza pendapat dengan Barisan Nasional (BN) dan Semangat 46. Saya bersetuju dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa PAS mampu berjuang bersendirian sekiranya keluar daripada Pakatan Rakyat,” jelasnya.
Beliau bagaimanapun yakin PAS tidak akan keluar daripada pakatan itu dan menyifatkan krisis Menteri Besar Selangor sebagai satu ujian disebalik hubungan di dalam kerjasama politik itu.
PAS Perlu Jaga Air Muka Di Selangor
Bagaimanapun, beberapa penganalisis politik melihat ketika ini adalah saat terbaik PAS untuk menjaga air mukanya daripada terus diperlekehkan oleh PKR kerana kerusi yang dimiliki mereka dalam Dewan Undangan Negeri Selangor adalah yang terbanyak, sama banyak dengan DAP. PAS dan DAP memiliki 15 kerusi manakala PKR hanya ada 14 kerusi, tetapi kewujudan PAS dalam soal pentadbiran kerajaan negeri seperti tidak wujud. Selepas kemenangan PR dalam Piliha Raya Umum ke-13, PAS sudah pun memberikan laluan sekali lagi kepada Abdul Khalid menjadi Menteri Besar biarpun PAS memenangi paling banyak kerusi. Dalam kemelut ini, pendirian PAS yang mahukan Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor tidak dipandang langsung oleh PKR khususnya Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang rakus mahukan isterinya, Dr Wan Azizah dilantik. Sepatutnya, sebagai parti yang begitu senior dan ramai pengikut, sepatutnya PKR menjaga air muka para pemimpin yang secara terbuka mahukan Khalid kekal MB. Ini tidak, PKR nyata merasakan ia adalah satu kuasa politik yang unggul kerana pandai-pandai mengumumkan pertukaran MB di Selangor tanpa merujuk kepada anggota komponen yang lain. Di mana semangat hormat menghormati yang sepatutnya wujud antara parti?
Jika PAS Keluar Dari Pakatan Rakyat
Hakikatnya, jika PAS keluar Pakatan Rakyat dan bersama dengan UMNO di Selangor, jumlah kerusi antara kedua-dua pihak akan sama iaitu DAP-PKR 28 kerusi manakala PAS-UMNO juga 28 kerusi. Dari segi itu, kini dilihat sebagai saat yang paling baik untuk satu kebangkitan dibuat oleh PAS dalam menyedarkan rakan-rakan mereka dalam PR dengan pengumuman keluar dari pakatan berkenaan. Biarpun apa senarionya di Selangor, segala-galanya akan terjawab esok apabila Majlis Penasihat Raja-Raja Selangor akan bermesyuarat esok pada pukul 11.30 pagi bagi membincangkan kemelut politik berkenaan. – MYNEWSHUB.MY

DAP Sokong Wan Azizah: Desak Khalid Letak Jawatan!
KUALA LUMPUR – DAP memberi jaminan kesemua 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di Selangor akan memberi sokongan kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.
Pendirian itu bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang menegaskan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak Abdul Khalid yang dipecat daripada parti PKR semalam supaya menerima keputusan yang dibuat oleh PKR tersebut dan meletak jawatan serta merta.
“Pakatan kekal sebagai kerajaan yang stabil dan sah di Selangor dengan 43 Adun daripada 56 keseluruhannya.
“Abdul Khalid tidak lagi mempunyai mandat demokrasi dan kuasa yang sah untuk kekal sebagai Menteri Selangor berikutan penyingkiran dari PKR dan beliau harus meletakkan jawatan serta merta,” katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas mesyuarat resolusi Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP hari ini.
Guan Eng bagaimanapun memaklumkan, semua tiga Exco negeri dari DAP akan kekal dalam jawatan mereka dalam tempoh peralihan sehingga Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Pendirian DAP itu bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh PAS baru-baru ini bahawa Abdul Khalid perlu dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor. – mynewshub.my
TOP
VIDEO: Pintu Kaca Mall Hempap Budak 4 Tahun Di Singapura
Malang tak berbau jadi awasilah anak anda di mana jua.
Jika tidak insiden yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun di Singapura Khamis lalu tidak mustahil berlaku pada anak anda. Dalam video yang dirakamkan CCTV, seorang kanak-kanak kelihatan dibiarkan bermain dengan menolak dan menarik satu pintu kaca hinggalah ia tiba-tiba tercabut lalu jatuh menimpa kanak-kanak tersebut. Akibatnya kanak-kanak itu tertiarap di bawah pintu kaca setinggi tiga meter tersebut sebelum diselamatkan dan dikejarkan ke hospital.
Dia dilaporkan mengalami lebam di pipi kanan, luka di belakang kepala dan sakit leher. Mujurlah, pintu kaca tersebut dari jenis ‘tempered glass’ jadi ia tidak pecah berderai yang tentunya boleh menyebabkan kecederaan lebih parah.
Kejadian berlaku di tingkat 5 pusat beli belah Westgate yang terletak di Jurong East, Singapura. - MYNEWSHUB.MY / REM RAMZI

Video Hantu
TOP
Bertafakur Seminit Semasa Ketibaan Jenazah Mangsa MH17
KUALA LUMPUR — Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencadangkan supaya seluruh negara bertafakur selama seminit apabila jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 tiba di tanah air.
Beliau berkata ia antara cara bagi segenap lapisan masyarakat untuk menzahirkan dan berkongsi rasa kesedihan mereka dengan keluarga mangsa tragedi itu.
“Sekiranya idea ini mendapat sambutan baik, seluruh rakyat Malaysia tidak kira warna kulit, agama, kaya atau miskin dapat memberi penghormatan kepada jenazah yang akan tiba di bumi kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kepong 2014 di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Hishammuddin berkata beliau akan membincangkan perkara itu esok dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang turut terlibat dalam Jawatankuasa Koordinasi Persediaan Pelaksanaan Istiadat Penerimaan Jenazah Warganegara Malaysia Tragedi Pesawat MH17.
Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai lepas.
Ia mengorbankan 298 orang termasuk 43 warga Malaysia.
Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh namun, setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.– BERNAMA
TOP
Kanak-Kanak 11 Tahun Ditembak Mati Oleh Rejim Israel
HEBRON – Seorang kanak-kanak lelaki Palestin berusia 11 tahun ditembak mati tentera rejim Israel di selatan Tebing Barat hari ini, demikian menurut pasukan perubatan Palestin.
“Mohammed Khalil al-Anati, 11, ditembak mati di kem pelarian Al-Fawwar,” kata seorang pegawai perubatan.
Kem berkenaan terletak di barat daya Hebron. Menurut saksi, kanak-kanak terbabit ditembak oleh tentera Israel.
Ia berlaku susulan pertempuran dua hari berturut-turut antara tentera Israel dan pejuang Palestin terhadap serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza
Semalam, 15 warga Palestin cedera di Hebron apabila anggota tentera melepaskan tembakan gas pemedih mata, bom tangan, tembakan peluru getah dan hidup selepas upacara pengebumian seorang lelaki warga Palestin yang ditembak mati anggota tentera Israel dalam tunjuk perasaan di Gaza, kelmarin. – AFP
TOP
48 Orang Disahkan Maut Dalam Nahas Pesawat Iran
TEHRAN – Pesawat penumpang Iran terhempas ketika sedang berlepas di Lapangan Terbang Mehrabad, mengakibatkan 48 orang terbunuh.
Pesawat itu, Iran-140 yang selalunya digunakan untuk penerbangan dalam negeri, terhempas di kawasan perumahan berhampiran lapangan terbang berkenaan selepas enjinnya mati, laporan agensi berita rasmi Iran, IRNA.
Stesen televisyen kerajaan Iran berkata 48 orang terbunuh dalam kejadian itu: 40 penumpang dan lapan anggota kru. Pesawat terbabit yang dikendalikan oleh Sepahan Air, adalah dalam perjalanan ke Tabas, sebuah bandar di timur Iran.
Ia berlepas pada jam 9.20 pagi waktu tempatan (12.50 tengah hari waktu Malaysia) dan terhempas tidak lama kemudian.
Pesawat Iran-140 itu mempunyai dua enjin turboprop yang diperbuat berdasarkan teknologi Ukraine dan dibina di Iran. Ia adalah mirip kepada pesawat Antonov An-140 dan boleh membawa sehingga 52 orang.
Mehrabad adalah salah sebuah lapangan terbang utama di Tehran, dan mengendalikan sebahagian besar penerbangan dalam negeri. Penerbangan antarabangsa pula menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini yang baru. – AP
TOP
Ibu Pejabat PAS Mahu Exco PAS Tidak Letak Jawatan
Difahamkan Ibu Pejabat Parti PAS telah pun mengarahkan semua Exco Kerajaan Negeri di Dewan Undangan Negeri Selangor mereka supaya tidak meletakkan jawatan.
PAS memiliki empat anggota Exco dalam kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Selain itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) ada tiga anggota Exco dan DAP juga tiga.
Tindakan itu dipercayai dilakukan untuk memastikan Exco PAS yang memegang bilangan kerusi paling banyak dalam Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri iaitu sebanyak 15 kerusi terus kekal dalam kerajaan negeri untuk menyokong Abdul Khalid.
Bilangan kerusi itu sama dengan yang dimenangi DAP iaitu 15 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
PKR bagaimanapun hanya memiliki 14 kerusi sahaja dan kini hanya 13 selepas Abdul Khalid dipecat dari parti semalam kerana ingkar arahan parti.
Partinya mahu Abdul Khalid memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Dr Wan Azizah adalah isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tidak diketahui adakah keputusan Ibu Pejabat PAS yang mahukan Exco dari parti mereka dikekalkan jawatan adalah petanda ada perbincangan yang akan dilakukan dengan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari Barisan Nasional (BN).
Parti DAP pula mengambil ketetapan untuk terus memegang jawatan Exco sehingga Abdul Khalid diganti kelak. Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Esok, Majlis Penasihat Raja-Raja Selangor akan bermesyuarat bagi membincangkan isu berkaitan kemelut Menteri Besar Selangor ini yang terus berlarutan. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Boikot Israel: Kafe Di Subang Jaya Ganti Milo Kepada Vico
Meskipun kemelut menimpa penduduk Gaza di Palestin sudah lama, kali ini impaknya agak luar biasa apabila ia telah berjaya mewujudkan satu soladiriti seluruh dunia untuk menentang kezaliman dilakukan tentera Zionis Israel.
Di Malaysia kempen memboikot produk yang berasal dari Israel dilihat semakin kukuh apabila ia mendapat sokongan ramai dan ditunjukkan secara terbuka.
Sebagai contoh, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub melakukan tindakan yang berani dan terpuji apabila memaklumkan kepada umum telah membatalkan penggunaan kad kredit sebuah bank asing.
Ia sebagai tanda protes selepas bank berkenaan menutup akaun pertubuhan yang menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Sementara itu di Subang Jaya, Kafe Bawang Merah dilihat meletakkan kenyataan bahawa restoran tersebut menggantikan minuman Milo dan Nescafe kepada Vico dan Indocafe. Tindakan ini dipercayai kerana jenama minuman yang biasa digunakan itu merupakan keluaran syarikat yang mempunyai perdagangan kukuh dengan Israel jadi ia digantikan kepada produk tempatan. Mungkin inilah sekecil-kecil sumbangan yang boleh dilakukan kafe Bawang Merah bagi mengutuk kezaliman Zionis Israel dan kami salut dengan usaha ini. Bagaimana pula dengan anda? – MYNEWSHUB.MY

Biarpun Dimalukan, Khalid Tetap Ucap Happy Birthday Pada Anwar
Biarpun diasak bertubi-tubi, dituduh dan ditohmah oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tetap memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Anwar.
Hari ini merupakan sambutan hari ulangtahun kelahiran Anwar yang ke-67 yang mana bekas Timbalan Perdana Menteri itu dilahirkan pada 10 Ogos 1947.
Abdul Khalid memberikan ucapan berkenaan melalui akaun Twitter miliknya @Khalid_Ibrahim hari ini.
“Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat DS @anwaribrahim. Semoga dikurniakan umur yang panjang untuk istiqamah dengan agenda reformasi,” katanya dalam ucapan itu.
Tindakan beliau dilihat sebagai menghormati Anwar sebagai Ketua Umum PKR dan juga Ketua Pembangkang di dalam Parlimen, dan selain itu mengikuti nasihat yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pada Majlis Solat Hajat Perdana di kediaman rasmi Abdul Khalid di Shah Alam Khamis lepas, beliau dalam ucapannya berkata Nik Abdul Aziz mahu beliau supaya tidak memalukan golongan hipokrit dan munafik dalam politik.
Nik Aziz berpesan supaya Abdul Khalid bersabar dan tidak melakukan sesuatu yang menjatuhkan musuhnya biarpun mereka sejahat mana sekalipun.
Dalam isu ini, individu yang dilihat sebagai hipokrit dan munafik ialah Anwar yang begitu kemaruk mahukan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Abdul Khalid.
Biarpun Anwar diketahui orang yang kuat memerangi isu nepotisme, tetapi beliau mengamalkannya sendiri dalam amalan politiknya dan hanya itu sudah cukup untuk membuktikan Anwar sebagai hipokrit.
Ucapan hari lahir itu betul-betul hadir selepas hari pemecatan beliau daripada menjadi ahli PKR yang dibuat lembaga disiplin parti itu semalam berikutan beliau ingkar dalam memberi laluan kepada Dr Wan Azizah.
Tweet berkenaan dilihat para penyokong Abdul Khalid sebagai tindakan yang paling profesional dalam politik khususnya dalam pakatan.
Sempena ulangtahun kelahiran, Anwar dilihat turut menerima persembahan kek dari Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini. – MYNEWSHUB.MY
Sempena ulangtahun kelahiran, Anwar dilihat turut menerima persembahan kek dari Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Beberapa Mayat MH17 Berbangsa Cina Akan Dibakar Di Belanda
SEMENYIH – Beberapa mayat daripada 12 mangsa berbangsa Cina yang terbabit dalam insiden penerbangan MH17 akan dibakar di Belanda sebelum dibawa balik ke Malaysia.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, hampir 12 keluarga mangsa telah bersetuju dengan cadangan ini namun belum dapat menentukan jumlah sebenar.
“Setakat ini, dua rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti hasil bedah siasat di Belanda, yang dijangka siap pada minggu depan.
“Kita tidak tahu bila mayat boleh dihantar pulang ke Malaysia tetapi kami akan menyelaras dengan pihak berkuasa Belanda untuk memastikan mereka boleh pulang secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Nirvana Memorial Garden pada Sabtu malam.
Majlis tahunan yang diadakan untuk kali ke-24 tahun ini juga telah dijalankan bersama-sama dengan doa untuk mangsa MH17.
Tiong Lai, yang mengetuai jawatankuasa untuk mengawasi upacara-upacara terakhir untuk mangsa MH17, berkata tarikh tetap untuk hari berkabung berhubung kejadian itu akan ditetapkan sebaik sahaja semua mangsa dikenal pasti.
“Ini adalah peristiwa penting. Kami kini sedang menyelaraskan usaha untuk acara ini.
“Pada masa yang sama, usaha mencari mayat terus dijalankan di lokasi kemalangan di Ukraine.
“Malangnya, atas sebab-sebab keselamatan, pasukan siasatan telah menghadapi banyak masalah, “katanya.
Liow berkata beliau berharap pihak berkuasa Ukraine akan menawarkan bantuan dan kumpulan pemisah boleh bekerjasama supaya usaha pencarian boleh diselesaikan secepat mungkin.
“Ini kerana hanya ada satu peluang untuk kita menyelesaikan tugasan di sana sebelum perang meletus di rantau itu,” katanya.
Pada 17 Julai, penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 298 orang di atas kapal, terhempas di timur Ukraine selepas ditembak jatuh.
Seramai 43 orang dalam penerbangan tersebut dari Amsterdam ke Kuala Lumpur adalah rakyat Malaysia. – mStar Online
TOP
VIDEO: Kereta Kena Balun Dengan Palang Di Tambak Johor
Setiap hari, laluan Tambak Johor – Singapura menerima kemasukan puluhan ribu kenderaan yang terpaksa beratur untuk melaluinya.
Agaknya bila dah banyak sangat kenderaan, palang yang menapis kemasukan kenderaan di Kastam Malaysia ni pun dah naik ‘bingung’ dibuatnya sampai sensor tak berfungsi dengan baik.
Akibatnya sebuah kereta menggunakan nombor plat tempatan dirakam pengguna jalan raya lain dihentam palang ini berkali-kali.
Kasihan ada, nak tergelak pun ada bila melihat insiden ini.
Pemandu kenderaan ini pun dilihat begitu tega membiarkan keretanya dihentam tanpa ada inisiatif untuk keluar dan meminta pertolongan.
Apa pun pihak berkuasa Malaysia mahu pun Singapura kenalah tingkatkan lagi perkhidmatan untuk pengguna Causeway di laluan masuk dan keluar kedua-dua negara memandangkan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) dah pun naik mulai 1 Ogos lalu kan?
- MYNEWSHUB.MY
- MYNEWSHUB.MY
TOP
VIDEO: Puting Beliung Landa Port Dickson Pagi Tadi
Sejak akhir-akhir ini semakin banyak fenomena water spout atau belalai air dirakamkan berlaku di pantai Malaysia.
Kejadian terbaru dilaporkan sekitar jam 10 pagi tadi di Pantai Port Dickson dan sempat dirakamkan penduduk tempatan termasuk pengguna Facebook Brader Pd menerusi tingkat pejabatnya.
Pusaran angin yang kelihatan seperti puting beliung ini dikatakan muncul di Pantai Batu 2 lalu bergerak laju menuju Pantai Batu 4 sebelum pecah dan hilang begitu sahaja.
Walaupun Jabatan Meteorologi mengesahkan fenomena belalai air tidak berbahaya dan biasa berlaku di lautan, ia tetap mendatangkan gentar di hati orang ramai yang melihatnya kerana disangka sebagai puting beliung yang diketahui mampu mendatangkan kemusnahan. – MYNEWSHUB.MY

Microsoft Bakal M’perkenalkan Dua Lumia Baru Memfokuskan Selfie
Telefon pintar yang memfokuskan kamera selfie kini telah menjadi fokus utama kebanyakkan pengeluar-pengeluar besar.
Selain pihak Acer dan juga Sony yang masing-masing hadir dengan telefon pintar dengan sokongan LED Flash pada bahagian hadapan.
Kini Microsoft nampaknya akan mengeluarkan dua lagi telefon pintar berasaskan Windows Phone, termasuklah salah satunya adalah memfokuskan kepada fungsi selfie.
Peranti daripada Microsoft ini dikenali dengan kod namanya “Superman” buat masa ini, dikatakan akan hadir dengan kamera hadapan 5-megapixel dan skrin bersaiz 4.7-inci.
Sebuah lagi peranti baru yang bakal hadir daripada Microsoft adalah dikatakan sebagai pengganti Lumia 720, dimana dikatakan sebagai peranti berspesifikasi tinggi pada harga rendah yang dikenali dengan kod nama “Tesla”.
“Tesla” ini dikatakan akan menjadi salah satu telefon pintar Lumia yang menggunakan sokongan “PureView” (gambar menjadi jelas di sudut pencahayaan yang kurang), sekaligus memperlihatkan pihak Microsoft tidak lagi mengehadkan fungsi PureView untuk peranti flagship sahaja.
Kedua-dua telefon pintar berasaskan Windows Phone ini dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi oleh Microsoft.
Sumber: Engadget
TOP
Pinterest: Sokongan Permesejan Pada Aplikasi Mudah-Alih
Pinterest merupakan salah satu perkhidmatan media sosial yang seakan Instagram, tetapi ia lebih memudahkan anda menyimpan gambar, pautan dan sebagainya dalam bentuk yang dipanggil “Pin”.
Perkhidmatan sosial tersebut boleh dikatakan mempunyai peminat dan penggunanya tersendiri, disamping telah turut hadir dalam pilihan bahasa Malaysia baru-baru ini.
Terkini, dalam menjadikan interaksi antara pengguna lebih aktif, Pinterest turut menambah sokongan permesejan pada aplikasi Android dan iOS mereka. Menggunakan sokongan tersebut, pengguna boleh menghantar dan menerima Pin daripada rakan-rakan, disamping turut berinteraksi dan berbual mengenainya. Pengguna juga turut boleh memulakan perbualan dengan menghantar sesuatu Pin itu kepada lebih daripada seorang (secara berkumpulan). Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Pinterest, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini dan menggunakan fungsi yang dibawakan ini. Sumber: Pinterest Messages

Poster Filem Mallika Sherawat Dianggap Hina Bendera India
DEK kerana menggunakan kain tiga warna yang melambangkan bendera kebangsaan India dalam poster filem terbarunya, pelakon Bollywood Mallika Sherawat telah menerima notis daripada Mahkamah Tinggi Hyderabad.
Notis yang sama turut diserahkan kepada produser filem yang bertajuk ‘Dirty Politics’ itu iaitu KC Bokadia, memetik NDTV.com.
Ia susulan petisyen oleh seorang aktivis kemanusiaan, T Dhangopal Rao yang menyifatkan mereka telah menghina bendera kebangsaan India.
Sherawat dan Bokadia diarahkan untuk membalas notis tersebut dalam masa empat minggu.
Filem tersebut berdasarkan kisah benar pembunuhan seorang jururawat, Bhanwari Devi pada tahun 2012 yang melibatkan dua ahli politik.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Rejim Zionis Laknatullah Bom Tiga Masjid
BANDAR GAZA – Jet pejuang Israel melancarkan 30 serangan udara di Genting Gaza semalam dalam operasi ketenteraan yang meragut nyawa lima penduduk Palestin manakala pejuang Hamas membedil enam roket ke wilayah Israel.
Perkhidmatan kecemasan Palestin memberitahu, dua lelaki terbunuh dalam serangan ke atas sebuah motosikal di kem pelarian Al-Maghazi, Gaza.
“Mayat tiga yang lain ditarik keluar dari timbunan serpihan masjid Al-Qassam di kem Nuseirat, tengah Gaza,” kata satu kenyataan perkhidmatan berkenaan.
Menurut Kementerian Dalam Negeri Palestin, jet-jet rejim Zionis memusnahkan tiga buah masjid setiap satu di Nuseirat, Zeitoun dan Jabaliya, tengah Gaza.
Seorang jurugambar agensi berita AFP, Jood Irhaem berkata, hanya satu menara masjid Al-Qassam yang masih tegak berdiri akibat dibedil rejim Zionis.
“Kami terdengar satu letupan kuat diikuti dua letupan lain. Kami segera memberi amaran kepada penduduk setempat supaya meninggalkan kawasan itu,” katanya.
Dalam pada itu, tentera rejim Zionis menyatakan, pejuang Palestin membedil enam roket ke wilayah Israel semalam. Perkembangan itu menjadikan bilangan bedilan roket Palestin sejak gencatan senjata selama 72 jam di Gaza berakhir kelmarin meningkat kepada 44.
Seorang orang awam dan askar Israel cedera dalam serangan kelmarin tetapi tiada kecederaan dilaporkan pada hari berikutnya.
Pertempuran antara Israel dan Hamas sejak 8 Julai lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 1,900 penduduk Palestin dan 67 orang di pihak Israel dengan kebanyakan mereka anggota tentera.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberitahu, sekurang-kurangnya 1,354 penduduk Palestin yang terkorban sejak 8 Julai lalu itu terdiri daripada orang awam termasuk 447 kanak-kanak.
Israel sebelum ini mendakwa pihaknya melancarkan serangan udara ke atas Gaza bagi menghalang bedilan roket Hamas ke dalam wilayahnya. – AFP
TOP
Wan Azizah Akui Tiada Pengalaman Tadbir K’jaan Negeri
SHAH ALAM – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang dicalonkan partinya tuntuk jawatan Menteri Besar Selangor, mengakui tidak mempunyai pengalaman secukupnya untuk mentadbir sebuah kerajaan negeri.
Namun, katanya pertukaran menteri besar perlu dilakukan di Selangor ketika ini bagi menambah baik semua dasar kerajaan negeri di samping mengekalkan dasar lama yang memberi manfaat kepada rakyat.
“Bagi saya, pertukaran menteri besar tidak penting, yang lebih penting adalah amanah yang dipegang kita,” katanya dalam satu ceramah mengenai isu-isu semasa di negeri Selangor di sini, Sabtu malam.
Pada 21 Julai lepas, Majlis Pimpinan Pusat PKR sebulat suara memilih Dr Wan Azizah sebagai calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
Dr Wan Azizah, isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menepis dakwaan pihak tertentu bahawa pencalonannya itu bersifat nepotisme.
“Ini bukan nepotisme sebab saya pernah dilantik oleh Anwar mengetuai gerakan reformasi semasa suami saya berada di penjara pada 1998,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Abdul Khalid yang dipecat daripada PKR berkuat kuasa hari ini, boleh disingkir daripada jawatan menteri besar sekiranya 29 Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor sebulat suara membuat akuan berkanun bagi menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.
Ini boleh dilakukan di luar DUN Selangor berbanding usul undi tidak percaya yang terpaksa dilakukan dalam DUN, katanya pada sesi ceramah itu.
DUN Selangor mempunyai 56 kerusi. – BERNAMA
TOP
Bantal Perlu Diganti Setiap Dua Tahun
Kansas – Hampir 70 peratus bersetuju bantal yang selesa amat penting untuk tidur malam yang lena tetapi ramai antara kita melakukan kesilapan apabila memilih bantal kegemaran masing-masing. Kita akan menggunakannya terlalu lama.
Pengarah Institut Tidur untuk Hidup, Robert Oexman berkata, sebenarnya, bantal patut ditukar setiap enam bulan dan perlu diganti selewat-lewatnya setiap dua tahun.
“Ramai bercerita mengenai tilam yang semakin tidak selesa tetapi bantal sering dilupakan,” kata Oexman yang dipetik Huffington Post.
Anda tidak boleh lihat mereka tetapi mereka bertumpu di objek yang sering digunakan manusia seperti tilam dan permaidani” Mark R Neustrom. Persatuan Alahan dan Asma Bandaraya Kansas
Rumah kutu dan habuk
Tanpa disedari, bantal lama menjadi rumah kutu dan habuk boleh ditemui di tempat kita meletakkan muka setiap malam. Habuk, minyak dan sel kulit mati terperangkap di bantal boleh membawa masalah jerawat. Hama yang tergolong dalam keluarga labah-labah juga suka berada di bantal. “Anda tidak boleh lihat mereka tetapi mereka bertumpu di objek yang sering digunakan manusia seperti tilam dan permaidani,” kata Mark R Neustrom dari Persatuan Alahan dan Asma Bandaraya Kansas. Pembalut kedap udara tilam dan bantal pasti akan membantu selain membasuh tilam dan bantal selalu. Tempoh 30 minit dalam pengering juga membantu membersihkan kotoran dari bantal anda, kata Oexman.
Pilih bantal sesuai
Apabila tiba masa untuk membeli bantal baharu, pastikan matlamat adalah memilih bantal yang memenuhi ruang antara kepala dan bahu apabila anda baring. “Bantal sempurna meletakkan kedudukan kepala lurus ketika anda bergerak dalam keadaan tidur yang digemari, katanya. Mereka yang tidur atas perut atau belakang memerlukan bantal lebih nipis berbanding mereka yang tidur di sisi, kata Oexman. Pemilihan bahan bantal span, kekabu atau gel tidak menjadi masalah. Apabila membeli tilam, anda juga perlu membeli bantal baharu berikutan perubahan jarak kepala dan bahu akibat perubahan keanjalan tilam. – AGENSI

VSCO Cam 3.0 Membolehkan Anda Mengikuti Pengguna Lain
VSCO Cam yang merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan anda mengedit gambar daripada peranti pintar seterusnya menjadikan ia lebih menarik melaluinya.
Ia dilihat mempunyai komuniti penggunanya tersendiri, dan kini pihak VSCO dilihat ingin memudahkan lagi seseorang pengguna mengikut yang lain.
Fungsi ini telah diperkenalkan pada aplikasi iOS sebelum ini, dan hari ini fungsi sama turut diperluaskan ke aplikasi Android.
Melalui versi 3.0 ini, ia kini menyertakan fungsi yang dinamakan sebagai VSCO Grid, dimana ia memaparkan garis masa tersendiri dengan koleksi gambar-gambar menarik daripada pengguna lain.
Apa pun, berbeza dengan aplikasi perkongsian gambar lain, VSCO Grid tidak menyertakan sebarang sokongan komentar ataupun butang ‘Like’ padanya.
Perkara ini membolehkan pengguna di VSCO hanya memfokuskan kepada gambar-gambar yang dikongsikan sahaja.
Bagi anda yang menggunakan VSCO Cam, anda boleh mengemaskini aplikasi anda kepada versi terkini, dan menggunakan fungsi baru yang dibawakan ini.
Sumber: VSCO, AMANZ
TOP
Aplikasi Bolt Daripada Instagram Kini Sedia Dimuat Turun
Instagram baru sahaja memperkenalkan aplikasi permesejan video dan gambar pertamanya yang digelar Bolt di beberapa buah negara, dan hari ini mereka secara besar-besaran memperkenalkan aplikasi berkenaaan ke pasaran Malaysia.
Untuk menggunakannya, anda hanya perlu mendaftar menggunakan nombor telefon dan seterusnya boleh menambahkan rakan-rakan berdasarkan kepada senarai kenalan telefon anda.
Selepas mendaftar, pengguna boleh menghantar gambar kepada senarai kenalan yang berdaftar dengan hanya ‘tap’ pada gambar avatar pengguna yang dipaparkan, dan ia akan dihantar terus kepada mereka serta gambar tersebut tidak akan disimpan pada peranti mudah-alih.
Anda turut boleh menghantar teks dengan ‘tap-dan-hold’, ataupun menghantar video dengan tap dua kali. Penggunaan aplikasi ini masih tidak begitu mesra-pengguna, dan memerlukan pengguna untuk menggunakannya beberapa kali sebelum biasa menggunakannya. Apa pun ia tidak diketahui sama ada aplikasi ini akan menerima permintaan ataupun sebaliknya, apatah lagi gambar yang diterima dan dihantar tidak disimpan pada peranti dan boleh hilang begitu sahaja. Muat turun aplikasi ini: Bolt for Android

Perkhidmatan KTM Di Sektor Tengah Kembali Pulih
KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad yang mengalami gangguan ekoran masalah kegelinciran tren kargo di antara Bank Negara ke Kuala Lumpur semalam, kembali pulih seperti biasa 5.30 pagi ini.
Pengurus Komunikasi Korporat KTM Berhad, Siti Badariah Wan Hanafi berkata kakitangan KTM telah bekerja keras bagi memastikan kerja pemulihan trek dapat disiapkan lebih awal daripada jangkaan bagi kemudahan dan keselesaan pelanggan.
“Semua operasi tren di sektor tengah telah kembali beroperasi seperti biasa,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini.
Dalam kejadian semalam, beberapa perkhidmatan KTM Komuter sektor tengah mengalami gangguan susulan tren kargo dari Padang Jawa ke Chemor, Perak tergelincir pada 3.11 pagi.
Kejadian berlaku di Km386 di antara Bank Negara ke Kuala Lumpur, membabitkan empat daripada 30 gerabak menghalang laluan bagi perkhidmatan tren. – BERNAMA
TOP
MB Selangor Tidak Diberi Ruang Bersuara?
KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak diberi ruang untuk memberi penerangan kepada umum mengenai isu pertukaran jawatan Menteri Besar yang menjadi polemik sejak beberapa minggu lalu.
Eksekutif Perhubungan Media Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa), Shukri Kamaruddin berkata, beberapa penerangan dan penjelasan yang dibuat oleh pihak tertentu sebelum ini hanya mengambil kira pandangan sebelah pihak iaitu mereka yang berpendirian Menteri Besar Selangor perlu ditukar.
“Beberapa penerangan dan penjelasan yang dibuat sebelum ini hanya mengambil kira pandangan sebelah pihak, iaitu mereka yang berpendirian Menteri Besar Selangor perlu ditukar.
“Terus terang kami katakan, pertelingkahan ini sudah kelihatan berat sebelah pada mata rakyat dan kami anak muda memandangkan pihak Menteri Besar sendiri mungkin masih kurang memberikan penjelasan berhubung isu besar ini. Tidak dinafikan juga, masih ramai yang keliru dan buntu mencari jawapan sebenar apabila isu ini dilontarkan termasuk di media-media sosial hari ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Shukri memaklumkan, Lensa akan mengadakan satu forum bertajuk Krisis Selangor ; Khalid Ibrahim Belot Pakatan? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Jalan Maharajalela di sini malam esok.
Katanya, panelis forum itu termasuk Pegawai Tugas Khas Ekonomi dan Kewangan Menteri Besar Selangor, Azrul Azwar, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Chegubard, Penulis dan Kolumnis, Nathaniel Tan. – mynewshub.my
TOP
Wajah Si Kanak-Kanak Tak Bertulang
London – Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun nampak tidak ubah seperti anak patung yang ‘rosak’ apabila lahir dengan penyakit yang menyebabkan tulang pada wajah dan badannya membesar pada kadar tidak normal.
Penyakit dikenali sebagai sindrom Apert menyebabkan Kira Yates juga tidak mempunyai tangan serta kaki yang berbentuk normal, namun kini kanak-kanak itu mempunyai harapan untuk kelihatan seperti rakan sebayanya biarpun terpaksa melalui pelbagai pembedahan rumit serta menyakitkan untuk membina semula tulang-tulang wajah serta badannya.
Sebelum berusia setahun, Kira, yang berasal dari Doncaster melalui pembedahan untuk memperbaiki bentuk mukanya, malah pernah mempunyai 27 temu janji dengan doktor dalam hanya sebulan.
Sejak itu dia menjalani pelbagai prosedur lain termasuk pembedahan 14 jam yang melihat tengkoraknya dipecah-pecahkan sebelum dibentuk semula selain kepingan besi dimuatkan pada mukanya untuk membentuk struktur wajah.
Dia turut dimuatkan batang besi pada tengkuknya untuk menyokong struktur badannya.
Sindrom Apert yang berpunca daripada kecacatan kromosom mengakibatkan tulang tengkorak bercantum terlalu cepat sehingga menghalang pembentukan normal kepala dan wajah.
Kanak-kanak yang mengalami Apert mempunyai mata yang nampak tersembul, namun ‘jatuh’ pada alisnya selain bermasalah gigi disebabkan tulang rahang yang tidak sempurna serta jari tangan dan kaki melekat seperti kaki itik.
Sementara itu, ibunya, Michelle, 47, mengakui keadaan dihadapi sukar, malah dia sekeluarga terkejut ketika Kira dilahirkan.
“Sebaik dia dilahirkan, dia terus dibalut dan diambil daripada saya. Doktor tidak tahu apa yang dihidapinya dan pakar terpaksa dipanggil untuk mendiagnos keadaannya.
“Dia terpaksa disusun semula seperti permainan susun suai gambar.
“Saya tidak pernah mengeluh kerana menganggap Kira cekal dan ‘ajaib.’ Doktor juga terkejut kerana dia menunjukkan tindak balas positif terhadap setiap rawatan,” katanya. – Agensi
TOP
Beri Tempoh Hingga Hujung Tahun Kepada Isteri Jadi Pramugari
KUALA LUMPUR – Penyanyi dan penyampai radio Era FM, Aril Pilus memberi tempoh sehingga hujung tahun ini kepada isterinya Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, 28, untuk meneruskan kerjayanya sebagai pramugari di Saudi Arabian Airlines.
Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 29, berkata, dia membuat keputusan tersebut bagi merancang masa depan sebuah keluarga yang sempurna.
“Saya bagi tempoh dia bekerja hingga hujung tahun ini sahaja, saya mahu dia duduk Malaysia dan bekerja di sini sahaja, kalau boleh saya mahu dapat cahaya mata tahun depan.
“Selama kami berkahwin memang agak sukar untuk berjumpa kerana dia menetap di Jeddah dan terpaksa mengambil cuti panjang jika ingin balik ke Malaysia,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Era FM, di Restoran Bora Ombak, di sini, Sabtu.
Bagaimanapun, Aril berkata, dia tidak menghalang isterinya untuk terus bekerja dalam bidang pernerbangan.
Katanya, dia menghormati minat dan kerjaya isterinya dalam bidang tersebut yang sudah hampir enam tahun dalam industri penerbangan.
“Saya tahu dia sangat berminat dengan kerjaya dia sekarang, dia sering bercerita tentang kapal terbang dan apa juga pengetahuannya tentang penerbangan.
“Saya tidak menghalang dia untuk terus terlibat dalam bidang tersebut terutama dibahagian tenaga pengajar,” ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya tentang insiden pesawat MH370 dan MH17 yang berlaku kepada Syarikat Penerbangan Malaysian Airlines (MAS), Aril berkata perkara tersebut seringkali menjadi kebimbangan ketika isteri bertugas.
Jelasnya, ia merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi dia untuk membuat keputusan tersebut.
“Siapa yang tidak bimbang tentang insiden seperti itu, di negara Timur Tengah lebih banyak pergolakkan seperti itu,
“Kejadian yang menimpa MH370 dan MH17 membuatkan saya lebih menghormati kerjaya sebagai pramugari, tidak semua orang sanggup bekerja dengan risiko yang tinggi setiap hari,” katanya.
Sementara itu, Aril berkata, dia tidak membenarkan isterinya menceburi bidang seni selepas berhenti daripada kerjaya pramugari itu nanti.
Katanya, jadual sebagai selebriti yang tidak menentu akan menyukarkan untuk membina sebuah keluarga yang sempurna.
“Dia pernah berlakon dahulu dan kawan-kawan baik dia juga ramai artis, namun saya rasa biar saya seorang sahaja jadi selebriti,” ujarnya. – mStar Online
TOP
GAMBAR: Drebar Teksi Singapura, Anak Kencing Tepi Jalan
SEORANG pemandu teksi dan anak remajanya dikesan kencing di tepi jalan berhampiran Hong Lim Market & Food Centre, Singapura kira-kira pukul 8.45 pagi beberapa hari lalu.
Mereka berdua dengan selamba melondehkan seluar dan kencing tidak jauh dari sebuah kereta peronda polis yang ada di situ.
Seorang pembaca berkata pada portal berita Stomp, dia hairan bagaimana mereka berdua boleh ‘tergamak’ buang air di siang hari dan di tempat yang terbuka.
” Pemandu itu agak berusia…mula-mula bapanya kencing, kemudian seorang remaja yang saya syak anaknya siap melondehkan seluar hingga nampak punggung dan melakukan perbuatan yang sama sebelah-menyebelah,”
Macam-macam hal…
- Mynewshub.my
- Mynewshub.my
TOP
MH17: Kisah Poskad Cinta Yang Koyak Di Lokasi Nahas….
PENEMUAN poskad yang koyak di lokasi nahas MH17 baru-baru ini hampir membuatkan airmata seorang lelaki gugur.
Seorang wanita menulis sekeping poskad untuk dikirim kepada tunangnya yang dikenali sebagai Mr. Tsai di Taiwan.
Wanita itu memberitahu dia akan ke Taiwan dengan menaiki sebuah pesawat dari Belanda.
Ketika poskad itu ditemui di lokasi nahas, ramai menyangka wanita itu telah menaiki pesawat malang tersebut.
Rupa-rupanya wanita berkenaan telah menaiki sebuah pesawat lain.
Dia mengirim poskad itu di lapangan terbang sebelum berlepas.
Walaupun Mr. Tsai ‘pening’ bagaimana poskad itu boleh ditemui di lokasi nahas, namun baginya itu tidak menjadi persoalan besar.
Yang penting tunangnya selamat dan dia serta wanita yang dicintanya itu akan dapat mendirikan rumah tangga seperti yang mereka rancang hujung bulan ini.
Inilah yang dikatakan takdir….- Mynewshub.my
TOP
VIDEO: Pakcik ‘Hati Kering’ Bawa Roket Palsu Lawan Tentera Zionis
MEMANG hati kering sungguh pakcik ini.
Bayangkan dia sanggup berjalan di tengah-tengah kawasan pertempuran untuk berdepan dengan tentera Zionis dengan hanya memegang roket palsu.
Tindakannya itu mendapat sorakan daripada warga Palestin yang turut berada di situ.
Pertempuran ini berlaku di Hebron petang semalam dan sekurang-kurangnya 40 orang cedera dalam kejadian itu.
Apa yang dapat kami simpulkan, semangat ini hanya boleh ditemui pada warga Palestin yang sudah cukup menderita dengan kekejaman Israel sehingga mati tidak lagi menjadi perkara yang menakutkan baginya.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Putrajaya Batalkan Larangan Beri Makan Pada Gelandangan
Dapur jalanan di bandaraya boleh teruskan aktiviti mereka memberi makanan kepada gelandangan selepas Putrajaya membuat keputusan membatalkan larangan yang sepatutnya berkuatkuasa 16 Ogos itu.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini berkata walaupun mereka dibenarkan terus beroperasi, mereka akan dipantau dari segi kebersihan.
“Kita mengenalpasti beberapa lokasi sesuai untuk badan bukan kerajaan (NGO) itu beroperasi berdasarkan pemerhatian kita. Mereka yang tidak mahu berpindah boleh teruskan, tetapi kami akan pantau aspek kebersihan mereka,” katanya pada satu majlis sambutan Hari Raya di Kuala Lumpur.
Beliau berkata kementerian bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneruskan perbincangan dengan NGO terlibat.
Sebelum ini, Tengku Adnan menetapkan tarikh 16 Ogos bagi dapur jalanan untuk memindahkan operasi mereka luar daripada lingkungan 2 kilometer dari pusat bandar, kerana khidmat mereka menggalakkan gejala gelandangan dan memberi imej buruk terhadap ibu negara.
Dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata Putrajaya hendak menolong golongan tidak berumah yang tidak sepatutnya dibiarkan tinggal di jalanan.
“Saya dituduh macam-macam disebabkan isu gelandangan ini. Secara peribadi, saya pergi ke pelusuk ibu negara untuk memahami isu ini.
“Saya bercakap dengan mereka yang tidak berumah. Ada antara mereka benar-benar memerlukan bantuan, ada yang bermasalah mental dan ada juga yang mengambil kesempatan.
“Golongan yang terakhir itu yang kita tidak boleh bertolak ansur,” katanya pada majlis sambutan Raya dan mesyuarat tahunan Persatuan Veteran Wilayah Persekutuan.
“Kita tidak mahu memberi makan kepada golongan gelandangan seperti memberi ayam makan. Mesti ada penyelesaian yang lebih baik,” tambahnya.
Tengku Adnan berkata dia memahami keadaan gelandangan kerana dia sendiri datang dari keluarga susah.
“Dulu saya tinggal di kawasan setinggan. Kami tinggal merata-rata. Jadi, saya faham kesusahan hidup mereka. Dan bukan niat saya untuk menyusahkan mereka,” katanya.
TOP
Nigeria Isytihar Darurat Berikutan Peningkatan Wabak Ebola
ABUJA – Presiden Nigeria, Goodluck Ebele Jonathan hari ini mengisytiharkan perintah darurat di negara itu berikutan penularan wabak Ebola yang sudah meragut dua nyawa.
“Presiden Goodluck Ebele Jonathan di Abuja isytihar darurat bagi mengawal dan membendung virus Ebola di Nigeria,” demikian kenyataan yang dikeluarkan pejabat Presiden.
Jonathan meminta penduduk agar menghindari perkumpulan yang besar bagi membendung jangkitan virus yang membawa maut itu.
“Kumpulan agama dan politik, perkumpulan membabitkan kaum atau ahli keluarga, persatuan atau badan yang lain perlu dikurangkan aktiviti dan mengelak daripada berkumpulan dalam jumlah yang ramai,” kata kenyataan itu.
Jonathan juga meluluskan dana segera 1.9 bilion naira (AS$11.67 juta) bagi memerangi virus Ebola daripada merebak.
Antara langkah segera yang diambil kerajaan ialah mewujudkan pusat kuarantin, saringan dan pemantauan.
Semalam, Nigeria mengesahkan lima kes Ebola terbaharu yang dikesan di Lagos dan kematian kedua akibat virus itu menjadikan jumlah korban kepada tujuh orang. – AFP
TOP
Najib Ucap Takziah Kematian Ayah Ahmad Zahid
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan takziah kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas pemergian ayah beliau ke Rahmatullah petang semalam.
“Takziah kpd Dato’ Seri @Zahid_Hamidi atas pemergian ayahanda tercinta. Semoga beliau ditempatkan dlm kalangan yg beriman. Al- Fatihah,” kata Najib yang dipetik dari laman Twitter beliau @NajibRazak.
Hamidi Abdul Fatah, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju jam 5.29 semalam akibat jangkitan paru-paru.
Allahyarham berusia 91 tahun.
Ahmad Zahid menerusi laman Twitter beliau memaklumkan jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sg Nipah Darat, Bagan Datoh, Perak pada 11 pagi ini.
Ahmad Zahid yang sepatutnya meraikan majlis perkahwinan anaknya di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi, turut menggantikan acara itu kepada majlis tahlil bapanya. – BERNAMA
TOP
Beri Alasan Jatuh Daripada Kerusi, Bayi Kritikal Dipercayai Didera
SUNGAI BULOH – Jatuh daripada kerusi rotan tetapi kecederaan seperti dilanggar sebuah kereta!
Itulah yang dikatakan oleh doktor mengenai kecederaan yang dialami, Nurain Damia, setahun dua bulan, setelah dikatakan terjatuh di rumah pengasuhnya di Flora Damansara, Petaling Jaya, kelmarin.
Menurut ibu mangsa, Nor Ani Shafarina Sani, 22, pengasuh anaknya mengatakan Nurain Damia terjatuh dari sebuah kerusi ketika sedang tidur kira-kira jam 7 petang.
“Sejurus mendengar berita itu, saya menghubungi suami saya, Mohd Naquudin Zakaria, 25, untuk memaklumkan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini, semalam.
Nor Ani berkata, suaminya terpaksa mengambil Nurain Damia terlebih dahulu selepas pengasuh menghubungi sekali lagi memaklumkan keadaan anaknya dan meminta dibawa ke hospital dengan kadar segera.
“Ketika saya melihat keadaan Damia, saya sangat terkejut dan menangis. Saya lihat tangan serta kakinya sudah kejang,” katanya.
Menurut Nor Ani, sepanjang perjalanan ke hospital, Nurain Damia dalam keadaan separa sedar dan mulutnya berbuih. Dia cuba memanggilnya berulang kali, namun tiada sebarang tindak balas diterima.
“Pemeriksaan doktor mendapati Damia mengalami pendarahan di dalam kepala dan perlu menjalani pembedahan segera,” katanya.
Nor Ani sangat terkejut apabila doktor memaklumkan kecederaan Nurain Damia seperti bukan impak daripada jatuh kerusi.
Katanya, sekiranya jatuh kerusi, kecederaan di tempurung kepalanya tidak seteruk itu.
“Lebih malang lagi, tempurung kepala Damia retak dan tidak dapat disambung kerana otaknya mengembang,” katanya.
Bimbang kejadian tidak diingini berlaku, Nor Ani membuat laporan di pondok polis hospital.
Nor Ani berkata, Nurain Damia dihantar di bawah jagaan pengasuh itu sejak dua bulan lalu dan dalam tempoh itu terdapat beberapa kesan kecederaan di kepalanya.
“Pengasuh memberikan alasan yang Damia terjatuh. Pernah sekali pipi anak saya lebam. Namun, pengasuh mengatakan dia (Damia) digigit oleh salah seorang anak jagaannya,” katanya.
Menurutnya, beliau mendapat khidmat pengasuh tersebut melalui laman sosial Facebook dan Nurain Damia merupakan anak tunggalnya setelah berkahwin sejak dua tahun lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes sedang disiasat. – Sinar Harian
TOP
Wanita Meraung Disimbah Minyak Panas
Kuala Lumpur – Berang tidak diberikan makanan, seorang kutu rayau bertindak menyimbah minyak panas ke badan seorang pekerja medan selera di Kompleks Pertama, di sini, menyebabkan mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa Sofea Batrisyya, 30, yang juga warga Indonesia didatangi seorang lelaki ketika dia bekerja di medan selera terbabit.
Suspek yang juga seorang kutu rayau berusia 40 tahun itu dikatakan meminta makanan daripada mangsa tetapi tidak dihiraukan.
Lelaki itu yang kemudiannya marah kerana tidak diberikan makanan terus masuk ke dalam dapur dan mengambil minyak panas.
Suspek menyimbah minyak panas berkenaan ke badan mangsa menyebabkannya menggelupur kesakitan sebelum dibantu oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian. – myMetro Online
TOP
Mayat Wanita Ditemui Dalam Beg Pakaian Dalam Longkang
GEMAS – Seorang pekerja kedai perabot menemui mayat seorang wanita dalam beg pakaian yang berkunci dengan mangga dan diikat di dalam sebuah longkang di Taman Gemas Jaya di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, berkata, sebaik menerima maklumat penemuan itu pada jam 5 petang, sepasukan anggota polis, termasuk Unit Forensik, bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, polis menemui mayat seorang wanita berusia 20-an yang berbaju T gambar Mickey Mouse dan berseluar biru.
“Terdapat kesan luka sepanjang enam sentimeter pada dahi dipercayai akibat hentakan benda tumpul, manakala kedua-dua tangan terdapat kesan lebam dan dua jari tangan kiri hancur,” katanya.
Kooi Cheang berkata, terdapat beberapa helai baju ditemui dalam beg itu yang biasanya digunakan untuk melancong.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk dibedah siasat. - BH Online
TOP
PKR Pecat Khalid Kerana Enggan Beri Laluan Kepada Wan Azizah
Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor).
Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.
Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.
Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.
Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.
Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:
• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:
o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;
o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;
• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;
• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;
• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.
Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.
DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
9 OGOS 2014

Luahan Hati Bekas Juruterbang Kanan Terhadap Pengurusan MAS
SEJAK berlakunya insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, nama Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mula meniti di bibir masyarakat.
Beliau yang merupakan bekas juruterbang kanan MAS kerap dijemput untuk memberikan penjelasan di kaca televisyen mengenai isu berkaitan insiden tersebut termasuklah kejadian nahas pesawat MH17, baru-baru ini.
Bagaimanapun, menerusi laman Facebook hari ini, satu kenyataan luahan oleh Nik Huzlan terhadap pihak pengurusan MAS telah dikongsikan oleh orang ramai.
Menurutnya, kenyataan itu lebih berunsurkan pandangan peribadinya terhadap kepincangan yang berlaku dalam MAS.
“MAS mula bermasalah semula selepas Idris Jala menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Tengku Azmil, seorang lelaki nombor dua yang jujur, sopan dan cemerlang. Tetapi bukan nombor satu. Dia mendengar kata-kata semua orang dan kelihatan malu untuk membuat keputusan. Kali terakhir kakitangan MAS menerima bonus ialah sewaktu di bawah teraju Idris Jala. Dalam ramai-ramai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Idris Jala adalah antara yang mampu membuat perubahan.
“Azmil terpaksa meninggalkan MAS selepas syarikat itu kerugian lebih daripada RM1 bilion. Saya sentiasa ingat dia kerana tidak mengendahkan nasihat saya berhubung isu Al Wafeer yang menyebabkan MAS kehilangan berjuta-juta ringgit.”
Itulah antara kata-kata Nik Huzlan yang dilihat banyak memuji kepimpinan Idris Jala berbanding CEO yang lain.
Pada masa yang sama, beliau turut menyebut mengenai CEO MAS kini, iaitu Ahmad Jauhari (AJ) Yahya.
“AJ datang sebagai penyelamat MAS. Saya tidak begitu mengenalinya kerana bersara sebelum dia masuk lagi.
“Sebagai seorang yang mempunyai reputasi sempurna, dia menolak sebarang darjah atau pangkat dan cukup berintegriti. Malangnya, dia kurang berjaya dalam mengendalikan MAS. Dia melakukan banyak perkara yang memberikan persepsi tidak cekap, dan kadang-kadang agak ‘gila’. Dia meninggalkan MASWings untuk dikendalikan oleh Ahli Politik Korporat yang tinggal di KL sedangkan hampir semua operasinya berlangsung di Sabah dan Sarawak.”
Ujar Nik Huzlan lagi, dalam masa sembilan bulan, MAS kehilangan tiga pesawat dan mereka bergelut untuk mendapatkan keuntungan sebanyak RM3 juta sehari.
“Gaya ‘merendah diri’ yang dipamerkan AJ dilihat pelik sebagai CEO syarikat penerbangan. Kakitangan syarikat kurang bermotivasi kerana kurangnya ‘hubungan’ antara ketua mereka. Dalam kes MH17, suara AJ jarang didengari dan kelibatnya juga tidak dilihat,” katanya.
Pada masa yang sama, Nik Huzlan menjelaskan bahawa luahannya itu ada kaitan dengan risiko yang bakal dihadapinya jika MAS diisytiharkan muflis khususnya dari segi faedah persaraannya selepas 30 tahun berkhidmat bersama syarikat itu.
Berikut merupakan kenyataan penuh beliau:
“This used to be Business.
It is now Personal.
My Message to the MAS Management;
Leave please. Do the Honorable thing. You’ve already made your bundle. Your future is assured. Your wealth is certain. Please leave. Please do not be a stumbling block to the survival of MAS.
Please allow this company to live again.
Just GO.
Under this Management MH is anything but Malaysian Hospitality.
MH = Musnah Harapan.
MH = Memang Hancur.
MH = Mati Habis.
MAS started to get into trouble again after Idris Jala ( best of the lot actually ) handed the reins to Tengku Azmil, a polite well mannered man who is wet behind the ears and is an excellent NO.2 man. NO. 1 he is not.
He listens to everyone and seems shy to make a decision. Incidentally the last year MAS employees received bonuses was under Idris Jala. Having seen many CEO changes, Idris was the one who could have made the difference.
Azmil made questionable business decisions, but not because he’s dishonest, probably because of bad advice. He had to leave after losing more than a billion. I will always remember him for not taking my advise on the Al Wafeer issue, losing MAS many many millions.
AJ came in as the saviour of MAS. I don’t know him as I retired before he came in.
A man of impeccable reputation, he refused to accept any title and comes with integrity tied to his name.
Sadly, it quickly became apparent that the running of an Airline is not a game he plays well. He did many things that gave the perception of incompetence, sometimes bordering on lunacy. He left MASWings to be managed by a Corporate Politician, who stayed in KL while the total operation was in Sabah and Sarawak. He brought in highly paid foreigners, employed dubious sales tactics, sold below cost to fill seats, and under his watch, three planes were lost in less than 9 months. The airline bled to the tune of RM 3million a day. His ‘quiet humble’ style seems at odds as an airline CEO. The staff are totally demoralised with the lack of ‘contact’ and visibility.
In the case of MH17, the CEO was not heard and never seen.
He is also the only CEO the loyal MAS staff picketed against, something that has never happened in MAS history ever.
MAS is dead.
30 years + of loving service vis-a-vis and these bunch of clowns wrecked the jewel of Malaysia.
All the Bosses who failed leading MAS left with no personal impact to themselves, being always well taken care on exit. Even the exMD of Firefly is taken under Khazanah wings. In other words, they never reaped what they sowed. Accountability is only used against the lower ranking MAS Staff.
And the majority of the excellent staff of MAS were left to pick up the pieces.
Every A/C Lease deal MAS loses, be it Lease in or Lease out. Except one where MAS won. ( another story there ).
We helped set up Jet Airways, Royal Air Cambodge, Myanmar Airways ; all those deals MAS lost out but certain personnel in MAS gained.
Every analyst we read apportioned blame to the MAS Unions. All of them wrong. As I have said many times, from Day 1, the Union is only as Strong as the Management is weak.
MAS had weak Management, hence they cannot handle the Union. Management incompetencies gives the Union strength to resist.
The Government can do what they want, but without the right leadership, cycle will repeat in a few years.
You maybe wondering why I am vocal about this; Read Below ;
I do not know what will happen to my Retirement Benefits after my 30 years service with MAS if the Company is declared bankrupt. These half-past-6 Management screwed not just the current airline staff, but also the staff who have given decades of service, and stuck with the airline thru thick and thin, even when they can earn more money elsewhere.
As we watch, the Management, right on the dot by midnight 24th of this month, like all other months, will get their fat salary from the very Corporation the screwed.
Where is the justice?”
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY (Sumber: Facebook Xr Rider)

Lelaki Mahu Dikebumikan Dalam Keranda Botol Arak Kegemaran
Bukan suatu perkara yang pelik jika seseorang itu memilih sendiri keranda yang mahu digunakan untuk majlis kematian mereka.
Jika kebanyakan orang memilih keranda bersifat konvensional namun berlainan sekali buat Anto Wickham, 48, yang memilih keranda berbentuk botol arak jenama kegemarannya, Jack Daniels.
Wickham berhabis sebanyak USD50,000 (RM160,452) untuk keranda setinggi 10 kaki itu.
Menurut bekas askar ini, dia memilih tema keranda tersebut kerana mahu kematiannya kelak diraikan, bukan untuk ditangisi oleh setiap ahli keluarga dan rakan-rakan terdekatnya.
– MYNEWSHUB.MY
– MYNEWSHUB.MY
TOP
VIDEO: Bas Hilang Kawalan Rempuh Teksi Dan Orang Awam
NGERI sungguh rasanya menonton video kemalangan yang melibatkan sebuah bas yang tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh teksi serta orang awam ini.
Jelas sekali seorang wanita terperosok di bawah teksi sebelum terseret beberapa meter di tempat kejadian.
Orang ramai yang berada di tempat kejadian segera bertindak mengangkat teksi tersebut bagi mengeluarkan mangsa.
Bagaimanapun, nasib wanita berkenaan tidak diketahui.
Apapun, agak sukar untuk kami membayangkan jika wanita tersebut masih terselamat dalam kemalangan dahsyat seperti ini.
Jom saksikan…
TOP
Lelaki Negro ‘Topless’ Jadi Daya Penarik Gerai Burger Di China
Melibatkan diri dalam bidang perniagaan, pastinya kita sudah menyedari risiko dalam menghadapi persaingan serta strategi-strategi menarik bagi menarik minat pelanggan memilih produk mahupun servis yang ditawarkan.
Seorang pemilik gerai burger di Shanghai, China, Wang Meng mengupah seorang lelaki kulit hitam berbadan sasa untuk memasak dan mengril burger.
Yang menariknya, pekerja tersebut membuat kerjanya dengan tidak menggenakan baju pun malah ideanya itu terbukti berjaya meningkatkan jualan di gerai burgernya sejak kebelakangan ini.
” Saya boleh kata 90 peratus daripada pelanggan kami adalah pelanggan wanita.
” Pesaing-pesaing saya (gerai-gerai burger lain) tidak berapa suka dengan idea ini yang mana mereka menyuruh pekerja saya, John memakai baju ketika memasak burger tapi saya rasa kesian dengan kerjanya yang perlu grill burger sepanjang hari, jadinya saya membenarkan dia tidak memakai baju ketika sedang bekerja,” katanya.
- MYNEWSHUB.MY
- MYNEWSHUB.MY
TOP
Rupanya Nabila Huda Pernah Bercita-Cita Nak Jadi Peguam…
COMEL sungguh gambar pelakon Nabila Huda yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, baru-baru ini.
Gambar tersebut ditemuinya dalam Majalah Tatih keluaran Mac 1996.
Pendek kata, gambar 18 tahun yang lalu.
Tidak banyak yang berubah pada wajah anak penyanyi rock terkenal, Amy Search itu. Cuma yang menariknya, cita-cita Nabila pada ketika itu bukanlah untuk menjadi pelakon, sebaliknya peguam! Wah… Tapi bak kata orang, manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan, tak gitu? Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

46 Kes Penipuan Bank Di Sabah, Rugi RM1.24 Juta
KOTA KINABALU – Kerugian berjumlah RM1.24 juta dicatatkan membabitkan 46 kes penipuan transaksi wang oleh individu menyamar pegawai Bank Negara dilaporkan di Sabah sepanjang tempoh empat tahun sehingga Julai lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah Superintendan Saiman Kassim berkata, sepanjang tempoh itu, trend penipuan menunjukkan peningkatan setiap tahun iaitu tiga kes pada 2010 dengan kerugian RM66,830; tujuh kes dengan kerugian RM93,588 pada 2011 manakala pada 2012 sebanyak 12 kes membabitkan kerugian RM475,192.
Beliau berkata, lapan kes dilaporkan dengan kerugian RM167,743 pada tahun lepas manakala bagi tempoh Januari hingga Julai lepas meningkat kepada 16 kes melibatkan kerugian RM433,084.
“Berdasarkan siasatan, modus operandi suspek akan menelefon mangsa memberitahu wang dalam akaun bank mangsa dalam keadaan bahaya atau sistem bank tersebut telah digodam.
“Seterusnya, suspek memperdayakan mangsa supaya mengeluarkan semua wang dalam akaunnya dan memasukkan sementara ke dalam akaun bank yang diberikan suspek,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Saiman berkata, sebanyak 33 akaun daripada sembilan bank tempatan dikenal pasti digunakan oleh kumpulan suspek yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara bagi mengaut keuntungan dengan mengarahkan mangsa melakukan transaksi wang melalui akaun bank berkenaan.
Beliau berkata, akaun bank yang terlibat ialah Alliance Bank, Hong Leong Bank, Public Bank, Maybank, Ambank, RHB Bank, CIMB Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat.
Menurutnya, kesemua mangsa dipilih secara rawak tanpa mengira peringkat umur dan jantina.
Katanya, kes terbaharu dilaporkan pada 22 Julai lepas melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 55 tahun yang bekerja jurujual kerugian RM55,000 selepas ditipu oleh seorang wanita tidak dikenali yang mendakwa dirinya pegawai Bank Negara.
Menurut Saiman, semakan polis mendapati kumpulan suspek menggunakan 20 nombor telefon yang berdaftar di Kuala Lumpur, tujuh nombor telefon bimbit dan satu talian bebas tol bagi memperdayakan mangsa.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya jangan memasukkan wang ke dalam akaun pihak lain kerana pihak Bank Negara Malaysia atau mana-mana bank tidak akan membuat urusan transaksi wang melalui telefon.
Sebarang keraguan, hendaklah menyemak terlebih dahulu dengan bank berkaitan atau lapor kepada mana-mana balai polis berdekatan, katanya. - Bernama
TOP
Pas Tiada Kena Mengena Dengan Pemecatan Khalid
KOTA BHARU - Pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR tidak ada kaitan dengan Pas, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Itu dia (PKR) punya pasal, saya tidak boleh ganggu," katanya ketika diminta mengulas pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu hari ini.
"PKR boleh buang orangnya, kita tidak campur," katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini, malam ini.
Nik Abdul Aziz juga berkata, Majlis Syura Ulama Pas tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
"Tidak terima (keputusan Majlis Syura Ulama Pas) itu dia punya pasal," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan Majlis Syura Ulama Pas untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor tidak mempengaruhi PKR dalam isu itu.
Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong mengumumkan keputusan itu yang dibuat sebulat suara oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.
Menurutnya, tindakan itu dibuat berdasarkan tindakan Abdul Khalid mengingkari arahan parti untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.
Kee Kwong menambah, selain itu, Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang juga telah ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden PR, termasuklah menangguhkan proses dan perbincangan projek Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker Dun, Menteri Besar, Exco dan Adun Selangor. – Bernama
TOP
Stewart Mahu Julang Piala Malaysia Kali Kedua
KERETA Kebal Tok Gajah, Damion Delano Stewart bertekad mahu terus mencipta kejayaan untuk saingan Piala Malaysia musim ini.
Selepas membantu Pahang membawa pulang piala berprestij itu musim lalu selepas kali terakhir pada 1992, bekas pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR) itu mahu mengulangi kejayaan sama untuk musim ini.
“Saya yakin dengan usaha keras dan terus mengekalkan semangat berpasukan boleh memastikan misi kami tercapai.
“Saya sedar saingan kali ini pastinya mencabar dan tidak mudah buat Pahang,” kata pemain kelahiran Jamaica itu.
Stewart juga optimis dengan barisan pemain yang sedia ada dan strategi yang akan digunakan pengendali pasukan, Zainal Abidin Hassan.
Pemain berusia 34 tahun itu turut memberitahu dia juga sudah bersedia 100 peratus untuk menghadapi perlawanan pembuka tirai Piala Malaysia pada 13 Ogos ini.
“Beraksi di laman sendiri berdepan lawan, JDT II perlu digunakan sebaik mungkin untuk meraih kemenangan.
“Dan pastinya saya dan rakan sepasukan akan berusaha sehabis mungkin daripada dibolosi lawan,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Dapsy Gesa Nasrudin Dikena Tindakan Undang-undang
SHAH ALAM - Pemuda DAP (Dapsy) menggesa tindakan undang-undang diambil ke atas Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi yang dikatakan menabur fitnah terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Menurut Ketua Pemudanya, Teo Kok Seong, Nasrudin bukan sahaja gagal meminta maaf kepada Guan Eng malah beliau turut didakwa mengkhianati perikatan PR yang terjalin selama ini.
“Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nasrudin langsung tidak memberi manfaat kepada PR khususnya ketika krisis Menteri Besar yang sedang berlaku di Selangor, malah ia memburukkan lagi imej parti.
“Kelakuan tersebut boleh disifatkan sebagai satu pengkhianatan oleh beliau terhadap persepakatan yang didukung oleh DAP, Pas dan PKR,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada 6 Ogos lalu, Nasrudin melalui sebuah status yang dimuatnaik melalui laman Facebook miliknya mempertikaikan mengapa Guan Eng tidak dikritik oleh pemimpin PR yang lain berhubung projek pembinaan terowong di negeri itu ketika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibidas berhubung cadangan pembinaan satu lebuh raya di Selangor yang mencetuskan kontroversi.
Kenyataan tersebut telah mengundang kemarahan pelbagai pihak dan beliau kemudiannya diberikan tempoh masa selama 24 jam untuk memohon maaf kepada Guan Eng namun Ketua Pemuda Pas Pusat itu enggan berbuat demikian.
Keengganan beliau untuk berbuat demikian menyebabkan Guan Eng memfailkan saman fitnah ke atas beliau.
Menurut Kok Seong, sungguhpun kebebasan suara dan perbezaan pandangan diterima dalam perikatan tersebut, Nasrudin tidak boleh sewenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah dan perpecahan ke atas perikatan tersebut.
“Kami berasa kecewa dan kesal terhadap beliau. Beliau mengkhianati semangat setiakawan Pakatan Rakyat dengan menabur fitnah terhadap Guan Eng dan kerajaan negeri PKR di Pulau Pinang.
“Demi menjaga maruah dan menegakkan integriti Guan Eng serta seluruh pimpinan PKR di Pulau Pinang, maka Dapsy menyokong penuh tindakan undang-undang ke atasnya,” katanya lagi. - Sinar Harian
TOP
“Saya Tak Berlakon, Tak Popular Macam Orang Lain” – Gani
Berdepan pelbagai tohmahan dan digambarkan ‘tidur’ kerana didakwa tidak menjalankan tugas dan berat sebelah , Tan Sri Abdul Gani Patail menolak untuk melepaskan jawatannya selagi khidmat beliau diperlukan.
Sebaliknya, Peguam Negara itu berazam dan janji mahu melaksanakan tugasnya sebaik baik.
Malah tambahnya, beliau bertgas menunaikan segala tanggugjawab yang terletak di bahunya mengikut lunas undang-undang sedia ada.
“Selagi saya masih memegang jawatan ini, selagi itu saya akan selesaikan kerja saya sehabis baik.
“Saya tidak berlakon, saya juga tidak popular macam orang lain. Saya ikut undang-undang,” katanya bagi menjawab kepada tuduhan ramai yang mengatakan beliau hanya berlakon dalam melaksanakan tugasnya dan didesak melepaskan jawatan.
Menurut Gani, pejabat Peguam Negara sentiasa ingin melakukan yang terbaik mengikut undang-undang bagi memastikan tiada kesilapan yang dapat beliau lakukan.
Ini sudah cukup jelas apabila kes yang dikemukakan kepadanya berakhir dengan pendakwaan di mahkamah.
“Faktanya, mari kita lihat satu-satu yang kena tuduh ini, dan ada lagi yang akan dituduh esok dan kemudiannya, maksudnya apa? Kami ambil tindakan bukan?
“Yang mana, saya dan Ketua Polis Negara akan ambil tanggungjawab ini dan kami akan selesaikannya,” tegas Gani kepada bnbbc.my.
Walaupun mengakui wujudnya kekangan dalam melaksanakan tugasnya, beliau sesekali tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya demi memastikan undang-undang di dalam negara berjaya ditegakkan dan diikuti.
“Saya tidak boleh buat apa, saya perlu mengikut undang-undang yang ada. Saya seorang profesional.
“Memang saya akui kami ada masalah dalam mencari sesuatu kes itu, tapi sepanjang yang kami maklum, kami perlu ikut undang-undang, sebab kami tidak boleh lari dari undang-undang.
“Sebab bila kami pergi ke mahkamah, kami perlu gunakan undang-undang. Saya mungkin ada sentimen peribadi saya, tapi itu saya simpan untuk saya sendiri,” jelasnya. – bnbbc.my
TOP
8,505 Liter Minyak Diesel Dan Petrol Bersubsidi Dirampas
SEMPORNA – Pasukan Polis Marin Semporna memberkas empat lelaki dan merampas 8,505 liter minyak diesel dan petrol bersubsidi di sini pada Khamis lepas dalam dua operasi berasingan.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Madun berkata rampasan pertama dilakukan di kawasan Pulau Mataking selepas pihaknya mengesan sebuah bot laju yang dalam keadaan mencurigakan di perairan Pulau Mantabuan sedang dalam perjalanan menuju ke perairan sempadan antarabangsa, Filipina.
Menurutnya setelah diperiksa pihaknya mendapati terdapat 505 liter minyak petrol yang dimuatkan dalam 17 gelen ditutup dengan kanvas di dalam bot itu.
Juragan dan anak perahu bot itu turut ditangkap dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM 12,629 termasuk bot dan enjin, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya kes itu disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana kesalahan menyeludup.
Mohamad berkata satu lagi rampasan minyak diesel bersubsidi berjumlah 8,000 liter dilakukan di Jeti Tampi–Tampi dekat sini.
Katanya ketika diserbu dua lelaki sedang mengepam minyak diesel subsidi dari sebuah kapal menangkap ikan ke dalam tangki jenis gentian yang berada di atas jeti itu.
Beliau berkata setelah diperiksa, didapati terdapat tiga tangki berisi dengan muatan minyak diesel dan dipercayai akan dijual untuk kegunaan di ladang kelapa sawit di sekitar daerah ini.
Katanya nilai keseluruhan bagi rampasan minyak diesel dianggarkan sebanyak RM 218,100 yang membabitkan minyak diesel dan kapal menangkap ikan. – BERNAMA
TOP
Wanita MCA Anjur Seminar Dan Dialog GST Untuk Wanita
KUALA LUMPUR – Wanita MCA akan menganjurkan sesi penerangan dan dialog mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) khusus untuk wanita yang terlibat dalam perniagaan.
Ketuanya, Datuk Heng Saie Kie berkata pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Kewangan mengadakan sesi penerangan dan dialog itu di kementerian berkenaan di Putrajaya, pada 18 Ogos bagi memastikan lebih banyak penyertaan wanita dalam memahami pelaksanaan GST.
“Berdasarkan pemerhatian kami mendapati kebanyakan peserta seminar dan program berkaitan GST terdiri daripada kaum lelaki dan penyertaan wanita amat kurang,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Wanita MCA di Wisma MCA, di sini hari ini.
Majlis itu dijadual dirasmi Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong yang juga Naib Presiden MCA.
“Kami menggalakkan penyertaan wanita pelbagai kaum khususnya yang berkecimpung dalam bidang perniagaan seperti kecantikan, jahitan, pemprosesan makanan dan penjagaan kanak-kanak.
Katanya sesiapa yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi sekretariat Wanita MCA di talian 03-22033880 atau 03-22033881 sebelum 12 Ogos dan penyertaannya percuma.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2014, mengumumkan pelaksanaan GST pada enam peratus untuk menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak 16 peratus.
GST akan membantu Malaysia mencapai lebihan bajet menjelang 2020 dengan kerajaan dijangkakan mengutip RM23.1 bilion hasil cukai tahun depan dan RM32 bilion hasil GST pada 2016. – BERNAMA
TOP
EU Beri Penghormatan Kepada Orang Asal
KUALA LUMPUR – Kesatuan Eropah (EU) hari ini memberi penghormatan kepada Orang Asal bagi menghargai sumbangan besar tradisi dan budaya mereka terhadap kekayaan warisan budaya dunia.
Dalam kenyataan bersempena sambutan antarabangsa Hari Orang Asal Sedunia, jurucakap EU berkata hak Orang Asal, seperti yang termaktub dalam Deklarasi mengenai Hak Orang Asal Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDRIP), membentuk sebahagian penting daripada dasar hak asasi manusia EU.
Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) disambut pada 9 Ogos setiap tahun bagi meningkatkan dan melindungi hak Orang Asal di seluruh dunia.
Menurut jurucakap itu, EU amat menyedari kepentingan menjayakan Persidangan Sedunia mengenai Orang Asal (WCIP) pada September tahun ini.
“Kami terus melibatkan diri dalam perbincangan mengenainya dan kami menyokong penyertaan anggota delegasi Orang Asal bagi tujuan menterjemahkan UNDRIP kepada tindakan serta perubahan konkrit di lapangan.
“Kami juga menyedari peri pentingnya penglibatan Orang Asal dalam usaha memberi penjelasan tentang agenda pembangunan pasca 2015,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Delegasi EU di Malaysia.
Beliau berkata EU sering menyuarakan tentang hak Orang Asal di mana perlu melalui hubungannya dengan negara ketiga dan pertubuhan serantau serta pada forum pelbagai hala seperti PBB, Pertubuhan Negara Amerika dan Kesatuan Afrika.
EU juga memberi sokongan kewangan kepada projek masyarakat sivil, anggota perwakilan Orang Asal dalam badan PBB dan kegiatan berkaitan mereka yang dilaksanakan Pertubuhan Buruh Antarabangsa, katanya. – BERNAMA
TOP
Keterangan Wanita Ditahan Dapat Membantu Siasatan
BALIK PULAU – Polis percaya keterangan daripada seorang wanita yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang, di sini dapat memberi beberapa petunjuk baharu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata wanita berusia 34 tahun itu yang merupakan guru muzik di sebuah pusat muzik di negeri ini ditahan di rumahnya di Bayan Lepas, di sini pada Khamis malam dan dia telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam.
“Saya tidak boleh dedahkan lebih lanjut kerana kes itu masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Pesta itu mula diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk ‘Pesta Bogel di Teluk Bahang, Penang’ tersebar secara meluas di laman sosial, yang memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan dalam keadaan bogel, menari serta mengadakan acara sukan di Pantai Teluk Kampi.
Ditanya sama ada wanita yang belum berkahwin dan tinggal bersama bapanya di Bayan Lepas itu akan didakwa, beliau berkata ia bergantung kepada siasatan yang dijalankan.
Lai berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan iaitu kesopanan di tempat awam yang membawa hukuman penjara maksimuma tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mereka yang terlibat juga boleh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan, katanya.
Sementara itu, beliau turut meminta kerjasama 15 peserta termasuk tujuh individu tempatan yang terlibat dalam pesta berkenaan agar tampil di mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes itu ASP Mohd Sani Mat Ali di talian 012-5424455 bagi membantu siasatan kes.
Semalam dalam sidang akhbar, polis mengedarkan 12 daripada 15 gambar individu yang dipercayai boleh membantu siasatan kes berkenaan. – BERNAMA
TOP
Anggota PGA Sarawak Bertugas Di Sabah Kembali Bulan
Depan
KUCHING – Sebanyak 400 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Sarawak yang sedang bertugas di Lahad Datu dan Sandakan, di Sabah, dijangka menamatkan tempoh tugasan mereka dalam masa kira-kira sebulan lagi, sebelum tempat mereka diambil alih.
Komander PGA Briged Sarawak Datuk Isa Munir berkata beliau tidak menerima sebarang arahan dari Ibupejabat Polis Bukit Aman untuk menambah jumlah anggota ke Sabah ketika ini walaupun pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) baru-baru ini memutuskan untuk melanjutkan tempoh perintah berkurung di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
Menurutnya beliau difahamkan selepas ini ada kemungkinan anggota dari batalion PGA yang berpengkalan di Semenanjung akan dihantar mengambil alih tugas anggota-anggota dari Briged Sarawak yang bertugas di Sabah apabila sampai tempohnya nanti.
“Ia untuk memberi ruang kepada pegawai dan anggota dari Briged Sarawak balik ke pengkalan, berehat dan menjalankan latihan. Sebab kita tak boleh kurangkan latihan mereka, bila balik mereka rehat sekejap, kemudian kembali teruskan latihan,” katanya ketika ditemui di majlis sempena sambutan Aidilfitri anjuran PGA Briged Sarawak di Batu Kawa, di sini.
Awal bulan ini Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun mengumumkan tempoh perintah berkurung dari pukul 6 petang sehingga 6 pagi di enam daerah Esszone (Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau) yang bermula pada 3 Ogos akan tamat pada 17 Ogos ini. – BERNAMA
TOP
5 Lelaki Ditahan Bantu Kes Samun Dan Rogol
BUKIT MERTAJAM – Polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan kes seorang ahli perniagaan diserang sekumpulan lelaki manakala rakan wanitanya diculik dan dirogol ketika sedang berehat di hentian Jambatan Pulau Pinang, di sini Ahad lepas.
Jurucakap polis berkata lima lelaki berusia antara 23 dan 25 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Butterworth, di sini sejak malam tadi hingga awal pagi ini.
“Berdasarkan maklumat dan risikan, polis mengesan seorang daripada mereka lewat malam tadi sebelum menahan empat rakannya secara berasingan di sekitar Butterworth, dekat sini bagi membantu siasatan.
“Mereka dipercayai anggota kumpulan yang memang aktif menyamun mangsa terutama ketika awal pagi dan rekod juga menunjukkan kumpulan itu turut terlibat dengan beberapa kes di Kuala Lumpur,” katanya di sini hari ini.
Dalam kejadian 3.30 pagi itu, lelaki yang berumur 46 tahun tersebut bersama seorang kawan wanita warga asing berumur 22 tahun, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Seberang Perai, diserang empat lelaki ketika berehat di situ.
Suspek yang pada mulanya ingin menanya jalan menyerang mangsa lelaki sebelum menyamun dan menculik kawan wanita bersama-sama kereta Hyundai Elantra milik mangsa sebelum merogol dan meninggalkannya di kawasan terpencil di Sungai Dua iaitu lima kilometer dari lokasi kejadian.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor ketika ditemui pada satu majlis di sini mengesahkan tangkapan berkenaan dan polis percaya dapat menyelesaikan kes itu.
Katanya lima lelaki berkenaan kini direman sehingga 12 Ogos bagi membantu siasatan. – BERNAMA
TOP
Kementerian Pendidikan Sasar 100 Kolej Komuniti Pada 2015
KEPALA BATAS – Kementerian Pendidikan akan menubuhkan 10 lagi Kolej Komuniti pada tahun depan bagi memastikan tiada yang ketinggalan dalam proses pendidikan negara.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata sehingga kini sebanyak 90 Kolej Komuniti di seluruh negara dan pihaknya menyasarkan 100 Kolej Komuniti pada tahun 2015.
Katanya penambahan Kolej Komuniti itu akan membawa kepada penawaran lebih banyak program berteraskan ‘teknologi tinggi’ dan ‘nilai tinggi’ sejajar dengan keperluan industri semasa dan komuniti setempat.
Kursus-kursus yang akan ditawarkan kelak bergantung kepada kehendak setempat dan pihaknya sudah menyenarai pendek beberapa lokasi, namun masih belum dimuktamadkan, katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Lebaran Qaseh 2014: Kolej Komuniti bersama Industri, Usahawan dan Komuniti di Kolej Komuniti Kepala Batas, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Datuk Amir Md Noor.
Idris berkata, sehingga kini sebanyak 1.3 juta rakyat Malaysia yang berumur antara 13 dan 70 tahun mengikuti latihan dan kursus pendek di Kolej Komuniti seluruh negara.
Beliau berkata kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti mencapai peratusan yang amat membanggakan iaitu 91.3 peratus, menunjukkan bahawa graduan lulusan Kolej Komuniti mempunyai nilai tambah dan berdaya saing.
Pada majlis itu Idris turut melancarkan dua buah buku iaitu ‘Kolaborasi Strategik Kolej Komuniti’ dan ‘Industri dan Usahawan Kolej Komuniti’ yang menghimpunkan kerjasama pintar Kolej Komuniti dengan industri dan usahawan yang berjaya dilahirkan oleh kolej berkenaan.
Sementara itu, mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menggesa kerajaan memperkasa sistem pendidikan di sekolah kebangsaan (SK) bagi menyaingi kualiti pembelajaran sekolah vernakular, Idris berkata kerajaan komited untuk menambah baik sistem pendidikan SK melalui program-program yang sedang dilaksanakan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Beliau berkata, dengan usaha yang sedang dilaksanakan kerajaan, beliau percaya SK akan menjadi pilihan sekali gus menempatkan SK antara sekolah terbaik di dunia menjelang tahun 2025.
“Kita akan perbaiki, asasnya adalah kualiti guru, sekolah, murid serta pengajaran dan pembelajaran,” katanya. – BERNAMA
TOP
TH Belanja RM130 Juta Setahun Tampung Kos Tambang Jemaah
KUALA TERENGGANU – Lembaga Tabung Haji (TH) membelanjakan kira-kira RM130 juta setahun bagi menanggung perbelanjaan jemaah haji menunaikan Rukun Islam yang kelima itu setiap tahun.
Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji TH Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata ini kerana tambang keseluruhan untuk menunaikan haji ialah RM16,155 seorang.
“Bagaimanapun para jemaah hanya membayar sebanyak RM9,980 sahaja manakala selebihnya baki sebanyak RM6,175 ditanggung oleh TH,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Kursus Perdana Haji peringkat negeri yang dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman di sini malam tadi.
Di samping itu katanya, TH juga membelanjakan kira-kira RM3.6 juta setahun bagi mengadakan kursus haji di seluruh negara bagi membimbing bakal haji agar mereka benar-benar bersedia ketika berada di tanah suci.
Berhubung kuota haji ke tanah suci, Syed Saleh berkata oleh kerana keadaan di tanah suci Makkah ketika ini sedang dalam proses pembinaan dan pembesaran, kerajaan Arab Saudi telah mengurangkan kuota haji bagi semua negara sebanyak 20 peratus.
“Ini bermakna kita mampu menghantar jemaah haji seramai 22,320 orang tahun ini, seperti juga tahun lepas,” katanya.
Syed Saleh berkata, penerbangan pertama jemaah dari negara ini ialah pada 27 Ogos manakala penerbangan terakhir pada 27 September melibatkan 64 penerbangan kesemuanya.
Mengenai wabak penyakit Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV) dan Ebola, beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia dan Arab Saudi telah mengambil langkah sewajarnya bagi mengelak wabak itu daripada dijangkiti jemaah.
Sementara itu, Ahmad Razif berkata seramai 1,244 bakal haji dari Terengganu akan menunaikan fardu haji tahun ini dengan lima penerbangan berlepas terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini ke Madinah dan Jeddah bermula 8 September.
Katanya, daripada jumlah itu seramai 35 bakal haji ditaja kerajaan negeri Terengganu.
“Sebelum ini kita telah mohon kepada Perdana Menteri untuk menghantar 300 jemaah di bawah tajaan kerajaan negeri melibatkan kakitangan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan pemimpin masyarakat tapi disebabkan tanah suci dalam proses pembinaan, permintaan tidak dapat dipenuhi,” katanya. – BERNAMA
TOP
Israel Bedil Lebih 20 Sasaran Di Gaza
GAZA CITY – Tentera Israel berkata pihaknya melepaskan bom ke arah lebih 20 sasaran di Semenanjung Gaza dalam tempoh semalaman selepas mendakwa pejuang Hamas terus menembak ke arah negara itu.
Keganasan berterusan hari ini selepas gencatan senjata tiga hari antara Israel-Hamas berakhir semalam.
Pejuang Gaza dilaporkan kembali melepaskan tembakan ke arah Israel manakala Israel membalas sehingga sekurang-kurangnya lima penduduk Palestin terbunuh.
Sejak empat minggu keganasan meletus, lebih 1,900 penduduk Gaza terkorban manakala di pihak Israel 67 orang, termasuk tiga orang awam. – AP
TOP
Jihan Muse Hanya Guna Pencuci Muka RM20
PETALING JAYA: Pelawak Jihan Musa tidak pernah terfikir untuk melakukan sebarang rawatan tertentu mendapatkan wajah yang cantik seperti yang dilakukan kebanyakan selebriti.
Jihan, 30, berkata, dia menganggap perkara tersebut sebagai suatu pembaziran dan lebih selesa dengan apa yang dikurniakan secara semula jadi.
"Saya tidak pernah dikelilingi oleh mereka yang berbuat begitu, jadi saya tidak tahu di mana tempat mereka melakukan rawatan untuk jadi lebih cantik.
"Pada saya tidak penting untuk membuat rawatan atau mengubah wajah kerana ia bukan sahaja berdosa, malah memerlukan kos yang tinggi.
"Saya hanya menggunakan pencuci muka berharga kurang daripada RM20 sahaja setiap bulan," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Super Spontan, di Talent Lounge, di sini, Jumaat.
Jihan berkata demikian ketika mengulas tentang perubahan wajahnya yang kini dikatakan lebih berseri-seri berbanding pada awal kemunculanya dalam industri hiburan.
Selain itu, gambar-gambar yang dimuat naiknya dalam laman sosial Instagram turut mendapat pujian peminat yang meminta dia untuk berkongsi rahsia kecantikkan.
"Saya masih sama seperti dahulu mungkin kerana usia sudah semakin dewasa dan saya akui lebih menjaga penampilan diri ketika keluar dari rumah.
"Sejak jadi artis saya akan bersolek dan pilih pakaian untuk keluar ke tempat awam kerana saya tidak mahu peminat ambil gambar dalam keadaan tidak elok.
"Lagi pun apa yang saya muat naik di Instagram itu sudah di edit menjadi lebih cantik," ujarnya.
Tambah Jihan, apa yang lebih penting sebagai seorang selebriti ialah penampilan yang kemas dan selesa untuk didekati oleh masyarakat.
Sementara itu, Jihan yang turut beraksi untuk program Warna Super Spontan musim ketiga ini juga mengakui teruja untuk bersama-sama terlibat dengan permainan secara spontan yang akan dilakukan bersama selebriti lain.
"Ini kali pertama mereka tawarkan saya untuk terlibat, saya terus setuju kerana saya suka permainan secara spontan ini.
"Saya tidak sasar untuk menang sebaliknya sekadar untuk berhibur dengan kawan-kawan yang lain," katanya.
Warna Super Spontan akan bermula pada 22 Ogos depan secara langsung menerusi Astro Warna saluran 132, pada pukul 10 malam.
Antara selebriti lain yang terlibat adalah Johan, Shuib (Sepah), Taukeh, Shahrol (Shiro), Micheal Ang, Achey, Sharifah Sakinah, Abam, Didie Alias, Yus (Jambu), Syuk dan Rahim. - mStar online
TOP
Seagate Labur RM1.05 Billion Dalam Tempoh 5 Tahun
GEORGETOWN – Seagate, sebuah syarikat penyimpanan data Amerika, memasuki Taman Perindustrian Batu Kawan dengan pelaburan semula berjumlah RM1.05 bilion dalam tempoh lima tahun.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata kemasukan Seagate itu akan bertindak sebagai satu rangsangan ekonomi bagi pertumbuhan sektor perkilangan Pulau Pinang dan memperakui Batu Kawan sebagai lokasi pilihan global untuk dijadikan tempat pelaburan, bekerja dan tinggal.
“Penang Seagate Industries (M) Sdn Bhd menandatangani satu perjanjian bulan lepas untuk membeli 16 hektar tanah dengan pilihan untuk membeli 12 hektar lagi di Batu Kawan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Lim berkata kerajaan negeri akan terus menyokong sektor perkilangan yang telah menyumbang hampir 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Pulau Pinang dalam lima tahun kebelakangan ini.
Pelaburan semula oleh Seagate itu merupakan pelaburan besar selepas Temasek Holdings dari Singapura, yang menandatangani perjanjian usaha sama untuk membangunkan Taman Perindustrian Teknologi Tinggi di Batu Kawan dan hab Penyumberan Luar Perniagaan di Bayan Baru, bernilai RM11.3 bilion.
Syarikat yang ditubuhkan pada 1979 dan disenaraikan di NASDAQ itu bergiat dalam industri penyimpanan data dan mengeluarkan penyelesaian storan dan pemacu cakera keras dengan tenaga kerja berjumlah lebih 50,000 orang.
Penang Seagate yang diasaskan pada 1988 mengendalikan kilang pengeluaran pemacu cakera keras dan sebuah pusat sumber teknologi maklumat berkongsi. – BERNAMA
TOP
Pemuda OKU Lemas Ketika Mandi Sungai Di Besut
BESUT – Seorang pemuda orang kurang upaya (OKU) yang mandi bersama sekumpulan remaja ditemui lemas di Sungai Tiang Rebau, Kampung Kerandang di sini petang semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Supt Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian 5 petang itu, mangsa Muhammad Hisyam Abdillah, 20, yang lembam (masalah pembelajaran) meninggal selepas beberapa minit menyertai sekumpulan remaja mandi-manda di sungai itu.
Menurut Noorzainy, sebelum itu mangsa melalui titi di sungai tersebut dan terjun ke dalam sungai sebaik melihat kumpulan remaja berkenaan, bagaimanapun setelah beberapa minit, mangsa kelihatan menghadapi masalah lalu tenggelam ke dalam lubuk dalam yang terdapat di sungai berkenaan.
“Remaja yang mandi di situ cuba menyelamatkan mangsa tetapi mereka tidak berdaya menariknya keluar dari dalam air hingga menyebabkan ia hilang di dalam lubuk itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Noorzainy berkata mayat mangsa ditemui tiga jam kemudian sekitar tempat dia tenggelam oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan terus dibawa ke Hospital Daerah Besut.
Sementara itu, datuk saudara mangsa Wan Sidek Wan Hassan, 70, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Daerah Besut malam tadi berkata cucunya yang aktif itu, merupakan anak tunggal dan tinggal di Kampung Kerandang dekat Jerteh di sini. – BERNAMA
TOP
Suarez Merayu Tempoh Penggantungannya Dikurangkan
AUSANNE – Luis Suarez tiba di Lausanne pada pagi Jumaat untuk memfailkan rayuan bagi mengurangkan separuh daripada hukuman penggantungan selama empat bulan oleh FIFA ekoran kes ‘menggigit’nya di Mahkamah Rayuan Sukan (CAS).
Penyerang Barcelona yang berasal daripada Uruguay itu tiba tidak lama sebelum perbicaraannya yang dijadualkan pada jam 10 pagi waktu tempatan (0800 GMT). Ketika di perkarangan mahkamah, dia mengelak daripada bertemu para media dan jurugambar di situ.
Suarez keluar daripada perkarangan mahkamah lima jam kemudian tetapi dia masih enggan untuk berkomentar dan membuat sebarang ulasan kepada media. Sempat untuk berhenti dan bertemu dengan peminat-peminat kecilnya sebelum kemudian dibawa keluar daripada kawasan itu menggunakan sebuah van berwarna hitam.
Suarez telah digantung daripada sebarang aktiviti melibatkan bola sepak selama empat bulan setelah menggigit pemain pertahanan Itali Giorgio Chiellini di bahu ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia 2014 di Brazil.
Dia kemudian berpindah dari kelab bola sepak Liverpool ke Barcelona dengan kontrak perjanjian sebanyak 97 juta Euro (USD $127 juta). Namun, Suarez terpaksa menunggu sehingga akhir Oktober untuk bermain dengan kelab barunya itu.
Penasihat Undang-undang bekas penyerang Liverpool itu berkata pada Khamis bahawa mereka yakin rayuan mengurangkan tempoh penggantungan mereka akan diterima. Ini bermaksud hukuman yang dijatuhkan kepada Suarez akan berakhir mulai 25 Ogos dan juga membenarkan dia untuk berlatih dengan kelab barunya itu sepanjang tempoh penggantungan berjalan.
Keputusan rayuan akan dijangka diumumkan pada beberapa hari lagi. – Astro Awani
TOP
Risikan Tentera Dapati MH17 Ditembak Dari Darat Ke Udara
BERA – Berdasarkan risikan ketenteraan serta serpihan pesawat MH17 yang ditemui di timur Ukraine mendapati ia ditembak roket dari darat ke udara, bukannya udara ke udara, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammiddin Hussein.
“Daripada sebahagian pesawat ditemui, tak mungkin air-to-air (udara ke udara) tapi surface-to-air (darat ke udara).
“Ia masih dalam siasatan (siapa penembaknya), maklumat dari kotak hitam dan serpihan akan dianalisis…(jadi) jangan buat sebarang spekulasi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di sini, sebentar tadi.
Hishammuddin berkata, berdasarkan kepada maklumat itu, beliau tidak percaya bahawa pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) itu ditembak jatuh oleh jet pejuang seperti disebarkan baru-baru ini. – Berita Harian
TOP
Gergasi Sedia Mengganas
SELEPAS tersungkur di peringkat kumpulan musim lalu yang seterusnya mendorong peletakan jawatan Irfan Bakti Abu Salim, watak Gergasi Merah Kuning kini garang dengan corak permainan mudah namun menggusarkan lawan.
Hanya menang satu perlawanan, seri tiga dan tewas dua meletakkan Selangor di kedudukan tercorot Kumpulan A musim lalu di belakang Johor Darul Ta'zim II, SDFC dan ATM.
Masih diundi bersama SDFC dan berdepan pasukan baharu, PDRM dan T-Team dalam Kumpulan D bagi musim 2014, pastinya Juara Piala Malaysia 32 kali yang dibimbing Mehmet Durakovic bersedia melakar kemenangan untuk meneruskan kemaraan.
SERBA LENGKAP
Berada di tangga kedua Liga Super dan dibezakan tiga mata dengan Johor Darul Ta'zim I selaku juara pastinya watak anak didik Durakovic menghadirkan rasa gerun buat pesaing. Memiliki penyerang prolifik, Paulo Rangel yang telah menandatangani kontrak sehingga 2016 pastinya suntikan semangat buat The Red Giants selain keserasian corak permainan diterapkan jurulatih. Perkembangan ini pastinya menggembirakan penyokong Merah Kuning selepas Rangel membantu pasukan muncul naib juara Liga Super musim ini selain meraih gelaran individu sebagai penjaring terbanyak dengan 16 gol. Kelibat Andik Vermansyah juga dilihat banyak membantu perkembangan positif pasukan selain kehadiran Nazmi Faiz Mansor di bahagian tengah mampu mempelbagaikan corak serangan. Selain itu kekentalan benteng pertahanan diterajui, Azmi Muslim, Steve Pantelidis, Rizal Fahmi Roshid , Bunyamin Umar dan ketangkasan Farizal Marlias selaku benteng terakhir pastinya melegakan Durakovic dalam lawan. ALASAN KUKUH
Bagi Rangel, tiada sebab dirinya menukar pasukan kerana segala-galanya berjalan dengan lancar buat diri saya dan keluarga. Malah FAS dan penyokong memberikan sokongan yang amat baik sejak awal musim ini. “Benar saya sudah mengikat kontrak sehingga 2016 bersama Selangor dan menaruh keazaman tinggi memastikan Selangor kembali menjadi antara pasukan disegani. "Saya mahu memenangi kejuaraan bersama Selangor, jika boleh semua piala dalam kancah domestik. Peluang diberikan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk membantu Selangor,” katanya. Bekas pemain kelab Muang Thong United dari Thailand itu mencipta nama apabila menyertai Perak pada April 2013 sebagai pemain pinjaman sebelum Merah Kuning bertindak pantas menandatanganinya selepas menyedari sentuhan pemusnah dimilikinya. Rangel menjadi aset penting kepada Selangor musim ini apabila menjadi nadi setiap kali diturunkan beraksi dan ketiadaannya akibat penggantungan perlawanan terbukti memberi impak apabila mereka terlepas gelaran Liga Super ketika saingan berbaki beberapa perlawanan. - Sinar Harian

Najib: Teruslah Menyokong MAS
SHAH ALAM – Kerajaan akan memulakan proses pengambilalihan penuh ke atas syarikat Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) melalui dana pelaburan strategik Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).
Mengesahkan kenyataan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini berkata, ia merupakan langkah awal yang diperlukan untuk mengembalikan keuntungan kepada syarikat penerbangan negara.
“MAS adalah sebahagian daripada sejarah Malaysia. Ia adalah simbol kebanggaan negara, cita-cita dan kedudukan kita di mata dunia. Ia lebih dari sekadar sebuah syarikat kepada kita. Jadi hari ini kita membuat perubahan bagi memastikan ia kekal menjadi sebahagian dari masa depan negara ini.
“Kerajaan dan Khazanah kini sedang menyaipkan pelan penstrukturan semula yang komprehensif dan holisitik. Dengan proses dan kelulusan ke atas beberapa perkara yang berkenaan, kami menjangkakan bahawa pelan terperinci akan diumum sebelum akhir bulan ini,” katanya.
Beliau yang menyokong langkah tersebut turut berpendapat, perubahan yang bakal diaplikasikan ke dalam industri penerbangan syarikat tersebut akan menjamin langkah keselamatan terhadap syarikat penerbangan yang lebih kuat dan mapan.
"Syarikat penerbangan kebangsaan kita mesti diperbaharui untuk menyampaikan hasil yang berbeza secara keseluruhannya. Hanya dengan baik pulih syarikat, kita boleh menjamin tahap penerbangan negara yang benar-benar kuat dan mapan. Perubahan sedikit demi sedikit tidak akan berfungsi.
"Proses pembaharuan ini akan melibatkan langkah-langkah yang memerlukan pengorbanan dari semua pihak. Komitmen saya kini tertumpu kepada semua pihak dan meminta proses tersebut dilakukan secara profesional, dengan prinsip-prinsip yang betul keadilan, ketelusan dan belas kasihan,” katanya lagi.
Beliau dalam pada itu turut melahirkan rasa kesal ke atas dua tragedi yang menimpa pesawat milik MAS.
“Seperti semua rakyat di Malaysia, saya amat sedih dengan tragedi yang menimpa dua pesawat penerbangan MH370 dan MH17. Jarang sebelum ini sebuah syarikat penerbangan mengalami insiden tragik luar biasa dan mendalam seperti itu dan kedua insiden tersebut berlaku dalam jangka masa terdekat.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada kesemua pihak di seluruh dunia di atas sokongan dan doa mereka ketika kita smua menghadapi masa-masa sukar dalam tragedi tersebut.
"Kami berharap tragedi tersebut akanmengubah operasi industri penerbangan dan menjadikan perjalanan melalui penerbangan lebih selamat untuk semua," jelasnya.
Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada semua pihak dan seluruh rakyat di negara ini supaya kekal memberikan sokongan terhadap syarikat penerbangan tersebut. - Sinar Harian
TOP
Pengusaha Dan Pekerja Pusat Cuci Kereta Risau Had Waktu Operasi
KUALA LUMPUR – “Esok baru saya akan tahu sama ada saya akan kekal bekerja di sini atau diberhentikan kerja kerana arahan daripada kerajaan negeri akan merugikan majikan saya,” itulah kata-kata seorang pekerja di sebuah pusat mencuci kenderaan.
L. Singamugam yang baru dua hari bekerja di pusat cuci kereta di sebuah stesen minyak di Jalan Templer, Petaling Jaya berkata majikannya mengambil keputusan mengurangkan pekerja ekoran arahan kerajaan negeri Selangor mengehadkan operasi pusat mencuci kereta di seluruh negeri.
Bekas pekerja ladang itu berkata menurut majikannya, kebanyakan pelanggan mereka datang mencuci kereta pada waktu rehat tengah hari dan selepas 5 petang.
“Dalam satu jam kita hanya boleh mencuci antara tiga hingga empat kereta sahaja. Kalau beroperasi sehingga pukul 6 petang sahaja, kita akan mengalami kerugian besar,” katanya.
Khamis lepas, Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan mengarahkan pusat cuci kenderaan berlesen di Selangor hanya menjalankan operasi enam jam sehari bermula 12 tengah hari hingga 6 petang, berkuat kuasa serta merta manakala pihak berkuasa tempatan diarah menutup pusat cuci kenderaan tidak berlesen.
Menurut kenyataan itu, langkah itu untuk memastikan bekalan air mencukupi dan mampu bertahan sehingga fenomena El Nino berakhir.
Ini berikutan status semasa Empangan Sungai Selangor buat masa ini pada kadar 31.9 peratus iaitu paras kritikal manakala satu daripada sembilan kolam yang digunakan untuk mengepam air ke sungai juga kering.
Pemilik sebuah pusat cuci kenderaan di Seksyen 7, Shah Alam, Mohd Harris Fadzil Zakaria, 41, berkata pada dasarnya beliau bersetuju dengan langkah penjimatan air yang dilakukan kerajaan negeri tetapi kesal dengan keputusan membataskan waktu operasi.
“Kami berniaga secara sah dan berlesen, adalah tidak wajar dan tidak adil bagi kami jika waktu perniagaan dihadkan.
“Jika betul ingin laksanakan, hapuskan dulu car wash yang tidak ada lesen, saya ada lesen dan ikut segala undang-undang,” katanya kepada Bernama.
Seorang pemilik sebuah pusat cuci kenderaan berdekatan Jalan Bahagia, Kelana Jaya yang ingin dikenali sebagai Lim juga tertekan dengan arahan itu.
“Masalah air ini merupakan isu yang lama, kenapa kerajaan (Selangor) masih tidak menyelesaikan isu ini? Kita buka kedai dari pukul 9 pagi hingga 6 petang sahaja.
“Saya akan mengalami kerugian sebanyak 50 peratus sekiranya keadaan ini berterusan…harap kerajaan (negeri Selangor) dapat pulihkan keadaan ini dengan secepat mungkin,” kata wanita itu.
Sementara seorang lagi pengusaha di Jalan Universiti, Petaling Jaya berkata beliau akan tetap membuka pusat cuci keretanya sehingga 7 malam seperti biasa kerana kebanyakan pelanggan datang selepas waktu bekerja.
Seorang pelanggan, Mohd Fadzil Ismail, 45, yang bekerja sebagai guru berkata tindakan mengehadkan waktu operasi boleh merugikan perniagaan pengusaha pusat cuci kenderaan berlesen.
“Pada saya tindakan mengehadkan waktu operasi bukan penyelesaian yang terbaik. Bagaimana pula dengan yang membasuh kenderaan sendiri? Bukankah mereka juga menggunakan air yang banyak,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Hafiz Zahari, 25, ketika ditemui bersetuju dengan arahan mengehadkan operasi pusat mencuci kenderaan berlesen dan penutupan operasi pusat mencuci kenderaan tidak berlesen.
Beliau yang bekerja sendiri berkata tindakan kerajaan negeri itu adalah antara langkah penjimatan air yang terbaik dalam usaha memastikan krisis bekalan air tidak berlaku.
Sementara itu, tinjauan juga dilakukan di beberapa pusat cuci kenderaan yang tidak berlesen, namun pemilik dan pengusahanya enggan mengulas tentang arahan berkenaan apabila ditanya oleh pemberita. – BERNAMA
TOP
Mohamad Mantek Letak Asas Yang Baik Kepada ESSCom
LAHAD DATU – Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) yang pertama Datuk Mohammad Mentek telah meletakkan asas yang baik kepada ESSCom sehingga entiti di bawah Jabatan Perdana Menteri yang baharu ditubuhkan itu mendapat perhatian umum di seluruh negara, kata Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun.
“Tidak dinafikan beliau (Mohammad) telah memainkan peranan penting dalam mempelopori dan membantu meletakkan asas yang baik kepada kemajuan ESSCom sehingga ramai yang mengambil berat tentang ESSCom yang akhirnya membawa penstrukturan semula.
“Kami warga ESSCom amat menghargai sumbangan dan jasa yang beliau taburkan selama ini. Begitu juga dengan beberapa pegawai ESSCom yang akan bertukar dan berpindah, kami menghargai perkhidmatan anda semua,” katanya.
Abdul Rashid berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perpisahan 13 Pegawai ESSCom termasuk Mohammad dan jamuan Hari Raya di Dewan Pangkalan Polis Marin, dekat sini malam tadi.
Selain Mohammad, turut hadir bekas Pengarah Bahagian Pertahanan ESSCom Mej Jen Datuk Masrani Paiman, bekas Pengarah Bahagian Perisikan Pertahanan ESSCom Mejar Jen Datuk Mohd Noor Osman dan bekas Pengarah Bahagian Awam dan Khidmat Pengurusan ESSCom Abdul Rahim Ishak.
Mohammad yang juga bekas Pengarah Imigresen Sabah dilantik sebagai Ketua Pengarah ESSCom mulai 1 April tahun lepas.
Anak jati Semporna itu berkelulusan Ijazah Sarjana Sains (Statistik) dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dari Minnesota University, Amerika Syarikat, menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1992 dan dilantik sebagai Pengarah Imigresen Sabah mulai 14 Ogos 2010.
Pada 8 Julai lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penstrukturan semula ESSCom yang menyaksikan pewujudan dua komponen utama iaitu pengurusan keselamatan dan pertahanan serta penguatkuasaan dan tindakan awam.
Najib turut mengumumkan pelantikan Abdul Rashid, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam ESSCom pada ketika itu, sebagai Komander ESSCom untuk komponen pengurusan keselamatan dan pertahanan.
ESSCom ditubuhkan susulan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo awal tahun lepas dan dipertanggungjawab menyelaras operasi pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di ESSZone.
ESSZone meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Semporna.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakan kerajaan mengisytiharkan perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) Mohammad berkata ia adalah tepat dan wajar disokong rakyat di negara ini.
Beliau berkata sejak perintah berkurung itu diisytiharkan pada 19 Julai lepas, keadaan keselamatan di ESSZone kini terkawal selepas dikejutkan beberapa insiden jenayah rentas sempadan, khususnya kes penculikan sebelum ini.
Mohammad berkata insiden serangan hendap oleh sekumpulan pengganas bersenjata di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lepas seharusnya menjadi
pembuka mata kepada semua terutama anggota keselamatan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi cabaran yang besar itu.
“Alhamdulillah, kita bersyukur sejak perintah berkurung diisytiharkan, keadaan keselamatan di ESSZone bertambah baik, sekali gus membuktikan
kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk menjaga keselamatan rakyat di negeri ini,” katanya.
Kawasan perintah berkurung itu bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121, 270 batu nautika persegi.
Mohammad berharap dengan penstrukturan semula ESSCom yang menyaksikan Abdul Rashid dilantik sebagai Komander dan pengisytiharan perintah berkurung serta kerjasama semua pihak termasuk masyarakat maritim di ESSZone, jenayah rentas sempadan dapat dibendung.
Sebelum itu, Mohammad mengetip kad perakam waktu terakhir menandakan tamat perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah ESSCom. – BERNAMA
TOP
MH17: Dua Rakyat Malaysia Dikenal Pasti Setakat Ini
THE HAGUE – Dua rakyat Malaysia merupakan antara 21 mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dikenal pasti oleh pasukan forensik, kata Kerajaan Belanda pada Jumaat.
Selain dua rakyat Malaysia, 21 mangsa terdiri daripada 16 warga Belanda, Britain (1), Jerman (1) dan Kanada (1).
Pesawat MH17 dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Sebelum ini, mangsa rakyat Malaysia yang pertama dikenal pasti oleh pasukan forensik Belanda dipercayai Elaine Teoh, 27, berasal dari Pulau Pinang.
Difahamkan teman lelaki mangsa Emiel Mahler, 27, yang bersama-sama dengan Teoh dalam pesawat berkenaan masih belum dapat dikenal pasti sehingga kini.
Teoh dan Mahler sedang bekerja dalam sektor kewangan di Melbourne dalam perjalanan ke Malaysia selepas menikmati percutian mereka di Portugal dan Belanda.
Sebelum ini pernah dilaporkan, teman baik Teoh, Tan Sook Then sepatutnya menjemput pasangan ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Julai. – mStar online
TOP
Zonkey, Kacukkan Kuda Belang-Keldai Dilahirkan
SEEKOR binatang hasil kacukkan kuda belang dan keldai dilahirkan di Crimea dan ia dikenali sebagai zonkey (zebra-donkey).
Keadaan zonkey yang diberi nama Telegraph itu membawa kelainan apabila kepalanya sama seperti keldai tetapi mempunyai belang di kaki serta separuh badan seperti ibunya, kuda belang.
Jurucakap zoo tempatan berkata, walaupun kacukkan itu jarang berlaku namun kali ini seekor zonkey yang luar biasa dan menarik telah dilahirkan.
“Kacukkan ini tidak dirancang kerana kuda belang betina tersebut dipindah ke kandang keldai selepas kelihatan tidak sihat dan enggan mengawan. “Tetapi ketika berada di kandang keldai, kuda belang tersebut telah mengawan dan melahirkan Telegraph yang sihat,” ujarnya. Berikutan itu, zoo tersebut kini berjaya menarik perhatian umum yang ingin menyaksikan Telegraph walaupun ibu bapanya tidak sepopular itu. – mStar online

Abbott Akan Berjumpa PM Belanda Berhubung Mangsa MH17
MELBOURNE – Perdana Menteri Australia Tony Abbott akan ke Belanda untuk bertemu rakan sejawatannya Mark Rutte, ketika usaha mengenal pasti identiti mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 sedang giat dijalankan.
Kerajaan Belanda telah mengeluarkan kenyataan ringkas mengumumkan Abbott akan melawat The Hague pada Isnin untuk bertemu Rutte dan menandatangani buku takziah.
“Sejak beberapa minggu lepas, Belanda dan Australia telah bekerjasama rapat bagi penghantaran pulang dan mengenal pasti semua mangsa secepat mungkin,” menurut laporan Australian Associated Press (AAP) yang memetik kenyataan itu.
Pada Jumaat, AAP melaporkan pakar forensik yang bertugas di Hilversum di Netherlands telah mengenal pasti 21 lagi mangsa MH17. Hanya dua mayat dikenal pasti sebelum ini, kedua-duanya warga Belanda.
Bilangan 21 lagi mayat itu terdiri 16 warga Belanda termasuk dua yang turut memiliki kewarganegaraan Britain, dua warga Malaysia, seorang warga Jerman, seorang warga Kanada dan seorang warga Britain
Misi mencari cebisan mayat di tapak nahas di timur Ukraine telah ditangguhkan berikutan pertempuran antara tentera Ukraine dan puak pemisah proRusia.
Penerbangan MH17, membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai. Pesawat itu dipercayai ditembak jatuh. – BERNAMA
TOP
Misteri Kehilangan Buruh Terjawab
REMBAU - Misteri kehilangan seorang buruh ladang sawit di Kampung Londah sejak 5 Ogos lalu akhirnya terjawab, apabila mayatnya ditemui orang awam di ladang kebun di kampung berkenaan, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 6.40 petang itu, polis menerima laporan orang awam terdapat mayat terapung dalam kolam sebelum anggota polis serta sepasukan anggota bomba tiba ke lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, sekitar jam 7.30 petang, mayat berkenaan berjaya diangkat dan dikenal pasti sebagai buruh ladang kelapa sawit, Ramachandran Muthuganesan, 32.
"Mangsa dipercayai tergelincir ke dalam kolam yang dalamnya dianggarkan kira-kira 5 meter. Mangsa yang merupakan warga India dipercayai tidak pulang ke rumah selepas keluar sekitar 5 petang, 5 Ogos lalu.
“Malah, majikan mangsa juga sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan mangsa kira 3 petang, kelmarin," katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.
Sementara itu, adik majikan, D Satiseelan, 30, ketika ditemui berkata, ladang berkenaan dimiliki abangnya, D Sumaran, 40, sejak 10 tahun lalu.
Menurutnya, kejadian seumpama itu baru kali pertama berlaku dan mangsa juga sudah agak lama bekerja di bawah abangnya.
“Mangsa seorang yang baik dan tekun bekerja. Jadi, saya terkejut apabila abang saya menghubungi saya untuk memaklumkan mangsa ditemui mati," katanya. - Sinar Harian
TOP
Sorok DVD Lucah Bawah Meja
CHENG - Sebanyak 4,000 keping cakera video digital (DVD) filem tanpa Label B dirampas penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya dalam serbuan di sebuah premis di Taman Cheng Perdana, di sini, kelmarin.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan, Superintendan Arjunaiti Abdullah berkata, rampasan DVD bernilai RM32,000 itu turut membabitkan 15 keping DVD filem lucah dalam operasi kira-kira 5 petang.
“Selain DVD filem antarabangsa dan tempatan, kita turut merampas 15 keping DVD filem lucah dipercayai ditempah pelanggan dijumpai di dalam plastik yang disorok di bawah meja.
“Kesemua 4,000 DVD dirampas dari premis yang gagal menunjukkan lesen perniagaan itu kerana kegagalan mempamerkan Label B pada setiap kepingan DVD yang dijual,” katanya.
Arjunaiti berkata, serbuan diketuainya dan disertai enam anggota penguatkuasa itu dibuat selepas tiga hari risikan hasil maklumat orang awam.
“Seorang wanita berusia 17 tahun yang dipercayai penjaga premis terbabit turut ditahan dan dibawa ke Kompleks KDN Melaka, Ayer Keroh bagi siasatan lanjut.
“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen Seksyen 18b di bawah Akta Penapisan Filem 2002 kerana tidak mempunyai Sijil Kelulusan B daripada KDN yang memperuntukkan hukuman denda maksima RM25,000,” katanya.
Arjunaiti berkata, siasatan juga dilakukan di bawah Seksyen 5 akta sama jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau lima tahun penjara. - Sinar Harian
TOP
Pengguna FB Biadab Berdepan Tindakan
KUANTAN – Tindakan seorang pengguna laman sosial Facebook menggunakan kata-kata berbaur kekerasan terhadap kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang mengenakan tindakan mengunci tayar kenderaan miliknya membawa padah apabila kes berkenaan akan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.
Pengguna laman sosial menggunakan nama 'Shira' sebagai samaran itu memuat naik status dengan kata-kata kesat selepas tayar kereta miliknya dikunci berikutan gagal membayar banyak saman atau kompaun yang dikeluarkan MPK akibat tidak mematuhi peraturan jalan raya atau memarkir kenderaan sesuka hati.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Datuk Zulkifli Yaakob berkata, kes berkenaan harus dipandang serius supaya tidak menjadi ikutan kepada masyarakat dan sesiapa sahaja tidak sewenangnya boleh mengeluarkan kata-kata kekerasan kepada kakitangan atau penguasa bertugas.
Menurutnya, laporan polis akan dilakukan oleh pegawai berkaitan berhubung kes itu supaya siasatan lanjut dapat dijalankan dan tindakan seadilnya diambil.
Katanya, status berkenaan dimuat naik dua hari lalu dan tersebar di laman sosial serta ia seperti ugutan kepada kakitangan MPK.
“Butir-butir ayatnya ialah 'Seronok dapat lambatkan kerja aku MPK, waktu nak cepatlah kau buat hal, Aku Clamp kepala kau balik baru tahu MPK...Saman pah Ceroh, bosanlah Kuantan ni'.
“Saya sudah mengarahkan pegawai berkaitan membuat laporan polis kerana kita mahu tahu adakah pemilik akaun Facebook berkenaan yang bertindak sedemikian atau wujud unsur-unsur sabotaj.
“Sekiranya dia sendiri yang bertanggungjawab, polis boleh ambil tindakan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MPK di Pejabat MPK Jalan Tanah Putih, di sini, semalam.
Sementara itu, beliau turut memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan terhadap mana-mana agensi kerajaan.
“Tidak boleh biarkan perkara sebegini kerana bimbang menjadi ikutan dan saya percaya mana-mana agensi kerajaan tidak suka apabila mereka diperlakukan sedemikian.
“Ia juga sebagai langkah untuk menimbulkan kesedaran kepada orang ramai,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Teenage Mutant Ninja Turtle Lebih Segar
Kembali lagi!
BAGI yang membesar sekitar awal tahun 1990-an, siri animasi Ninja Turtles barangkali tidak lagi asing buat anda. Bukan sahaja popular di televisyen dan filem, kisah empat ekor penyu yang pandai berlawan ini juga turut menarik perhatian peminat menerusi siri komik. Kini, mereka kembali sekali lagi menemui para peminatnya menerusi filem versi terbaru berjudul Teenage Mutant Ninja Turtles. Paling penting, mereka masih mengekalkan watak empat ekor penyu mutan yang terdiri daripada Raphael, Michelangelo, Leonardo dan Donatello menjadi pembanteras jenayah di kota New York dan hidup di kawasan pembetungan air bersama sifu yang juga ayah angkat mereka, Splinter.
Kenangan wira penyu
Jika siri komik lain memaparkan manusia sebagai adiwira, Teenage Mutant Ninja Turtle (TMNT) menjadi kegilaan kanak-kanak kira-kira sedekad lalu kerana menampilkan empat ekor penyu yang mempunyai kemahiran masing-masing. Komik TMNT adalah hasil ciptaan dua pelukis Amerika Syarikat iaitu Kevin Eastman dan Peter Laird. Mereka menggunakan wang pembayaran balik cukai dan meminjam sejumlah lagi daripada seorang saudara untuk mencetak 3,000 edisi pertama komik TMNT. Namun kali ini, TMNT kembali dengan pembikinan semula dalam bentuk filem dan diarahkan oleh Jonathan Liebesman. Ia menampilkan pelakon terkenal Hollywood seperti Megan Fox, Johnny Knoxville, Pete Ploszek, Noel Fisher, Jeremy Howard, Alan Ritchson, Danny Woodburn, Tony Shalhoub, William Fichtner dan Will Arnett. Filem ini juga sekali gus menjadi 'hadiah' sempena sambutan ulang tahun ke-30 Ninja Turtles. Secara umumnya, filem TMNT 2014 masih mengekalkan jalan cerita yang sama dimana sekumpulan empat ekor penyu iaitu Raphael, Michelangelo, Leonardo dan Donatello menjadi pembanteras jenayah di kota New York. Pada mulanya, mereka tidak dibenarkan keluar dari kawasan pembetungan air bawah tanah oleh sifu mereka iaitu Splinter. Namun, atas dasar keterujaan ingin melihat dunia luar dan desakan adrenalin untuk menjaga keamanan manusia, Ninja Turtles terpaksa mengingkar arahan Splinter dan menyebabkan identiti mereka terdedah. Dek kerana terlalu ingin membongkar kisah sebenar di sebalik aktiviti jenayah kumpulan Foot Clan, wartawan berita, April O’Neil (Megan Fox) secara tak sengaja terserempak dengan Ninja Turtles dan cuba menjejaki hero-hero ‘pelik’ ini. Sehinggalah pada satu hari, April mendapat tahu bahawa Ninja Turtles itu adalah penyu-penyu yang menjadi bahan eksperimen bapanya sebelum makmal tersebut terbakar ketika dia masih kecil. Bagaimanapun, konflik semakin menjadi-jadi apabila seseorang yang paling dipandang tinggi oleh April rupanya adalah dalang kepada jenayah terancang Foot Clan dan sifu mereka yang kejam iaitu Shredder. Tentu sekali, berbeza dengan siri televisyen dan filem sebelum ini, imej Ninja Turtles 2014 lebih segar dan jangan terperanjat kerana mereka juga memiliki tubuh yang kekar di sebalik cengkerang berwarna hijau gelap. Bukan itu sahaja, tidak lagi berbekalkan topeng berwarna, Ninja Turles 2014 dilihat lebih pandai bergaya terutamanya, si Michelangelo. Manakala yang lainnya tidak banyak perbezaan termasuklah dengan kehadiran April O'Neil, iaitu watak serupa yang pernah muncul dalam filem Teenage Mutant Ninja Turtles pada 1987.
Lebih aksi, komedi
Secara keseluruhannya, filem TMNT sememangnya amat menghiburkan dan sesuai di tonton bersama seisi keluarga. Lebih-lebih lagi, tidak hanya padat dengan aksi-aksi yang cukup mengagumkan, Liebesman tidak lupa untuk menyelingkan babak aksi dengan babak komedi terutamanya melibatkan Michelangelo. Namun sedikit mengecewakan apabila jalan cerita ini cukup bersahaja dan tidak ada kejutan atau adegan yang mendebarkan sepanjang tayangan filem ini. Pendek kata, dari mula hingga akhir, jalan cerita filem ini sudah boleh dijangka, lebih-lebih lagi bagi mereka yang pernah menjadi pengikut setia Ninja Turtles sebelum ini. Bagaimanapun ia tidaklah mencacatkan jalan cerita dan filem TMNT ini masih berbaloi untuk ditonton. Bagi yang ingin mengetahui jenayah terancang apakah yang ingin dilakukan Foot Clan dan Shredder, jangan lupa menyaksikan filem ini di pawagam. - Sinar Harian

Harga Di Maria Terlalu Mahal – PSG
ANGEL Di Maria tidak menyertai Paris Saint-Germain (PSG) musim baharu ini kerana pemain Real Madrid itu dikatakan terlalu mahal.
Juara liga Perancis ini hanya menyediakan £50 juta pound untuk mendapatkan pemain sayap Argentina ini yang turut menjadi perhatian Manchester United.
Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi mendedahkan yuran Di Maria terlalu mahal ketika sidang media memperkenalkan pemain baharu kelabnya, David Luiz.
“Kami ada berbincang dengan Real Madrid kemungkinan untuk mendapatkan Angel Di Maria, tetapi nilainya terlampau tinggi,” jelasnya.
Bagaimana pun beliau tidak mendedahkan nilai sebenar Di Maria.
Dalam pada itu Luiz yang berpindah dari Chelsea musim ini meminta peminat-peminat tidak menilainya terlalu awal.
Luiz dikritik selepas mempamerkan aksi lemah ketika kekalahan 7-1 kepada Jerman Piala Dunia Jun lalu.
“Saya berlatih setiap hari untuk meningkatkan prestasi dan teruja menyertai kelab besar ini.
“Chelsea hanya kenangan. Ini adalah peluang yang besar. Saya harap dapat memberi prestasi 100 peratus apabila turun ke padang nanti,” jelas Luiz.
Manakala Al-Khelaifi menambah: “Saya mengambil David berdasarkan kualiti seorang pemain bola sepak. Dia mempunyai semangat berpasukan yang baik.” – mStar
TOP
'Superboy' Selamat Rumah Datuk
DUNGUN - Tindakan nekad seorang kanak-kanak berusia 7 tahun menyimbah api dengan pasir dan air berjaya menyelamatkan rumah datuknya daripada hangus dalam kebakaran dekat Kampung Paya, lewat petang kelmarin.
Lebih membanggakan apabila cubaan memadam api oleh kanak-kanak yang boleh disifatkan sebagai hero atau ‘superboy’ itu dilakukan seorang diri tanpa bantuan pihak lain.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, Fansuri Nor Amin yang sedang menyalakan pelita minyak tanah di halaman rumah terkejut apabila api tiba-tiba marak lalu menyambar dinding rumah papan datuknya.
Ketika kejadian, datuknya, Abdullah Mat Zin, 68, sedang tidur dalam bilik utama rumah papan tersebut.
Menceritakan detik cemas itu, Fansuri berkata, sebelum kejadian dia hendak menyalakan pelita minyak tanah untuk bermain mercun.
Namun, tiba-tiba api yang dinyalakan terus marak lalu menyambar dinding rumah sebelum dia mengambil pasir, menyimbahnya ke arah api setinggi kira-kira dua meter itu.
Dalam kelam kabut, dia yang ketika itu tidak berbaju terpandang sebuah motosikal milik bapa saudaranya yang terletak di tepi rumah lalu mengambil keputusan menolak motosikal tersebut kerana bimbang ia mungkin terbakar jika disambar api.
“Ketika hendak memadam api dengan air, api telah menyelar badan saya.
“Namun saya bernasib baik kerana api tak melarat dan membakar keseluruhan badan saya,” kata murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Balai Besar itu.
Kata Fansuri, selepas badannya disambar api, dia rasa kebas, namun bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum jiran datuknya datang menghulurkan bantuan.
Sementara itu, Abdullah berkata, dia yang ketika itu sedang tidur tiba-tiba dikejutkan dengan rasa panas daripada haba api yang sudah menyambar dinding di ruang tamu rumahnya.
“Apabila menjenguk keluar, saya lihat cucu sedang padam api.
“Saya betul-betul terkejut melihat keberaniannya memadam api seorang diri, macam tak percaya apa yang saya saksikan,” katanya.
Bagaimanapun, bomba yang tiba dengan jentera pemadam beberapa minit kemudian mendapati api yang nyaris memusnahkan rumah Abdullah itu sudah berjaya dipadamkan. - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment