TOP
KLIA2: Lepaskan Penumpang Bawa Objek Seperti Pistol, Anggota Ditahan
Seorang anggota polis bantuan di KLIA2 ditahan reman sehingga Selasa ini kerana disyaki melepaskan seorang penumpang yang membawa masuk objek menyerupai senjata api ke dalam pesawat.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Mohd Yusoff Awang berkata suspek yang berumur 29 tahun itu ditahan di KLIA2 pada 3.30 pagi tadi.
“Kita menyiasat kes ini di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Mengulas lanjut, beliau berkata pada Rabu lepas kira-kira pukul 7.40 petang, suspek bersama-sama enam lagi anggota polis bantuan memeriksa bagasi seorang pelajar kolej swasta warga Rusia dan menemui replika berbentuk bom serta pemetik api menyerupai pistol dan pisau.
Pelajar itu mendakwa objek berkenaan dibeli di sebuah kedai di Sunway Pyramid sebagai cenderahati dari Malaysia dan suspek melepaskannya menaiki pesawat tanpa membuat laporan polis.
“Namun selepas tiga hari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden itu tersebar baru suspek membuat laporan polis,” katanya.
Mohd Yusoff berkata polis turut berhubung dengan Interpol dari negara pelajar terbabit bagi mengesan identitinya.
– BERNAMA
TOP
Inilah Peluang Mendalami Kata Sebenar Merdeka – PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun Hari Kemerdekaan ke-57 negara, yang akan disambut esok disambut sederhana, namun ia memberi peluang baik untuk rakyat mendalami erti sebenar Merdeka.
“Walaupun #Merdeka57 disambut sederhana, ia memberi kita peluang baik untuk mendalami erti kata sebenar Merdeka.
“Laungan Merdeka selama 57 tahun ini mengingatkan kita tentang segala rintangan yang kita hadapi demi mencapai perpaduan #Merdeka57,” katanya menerusi twit terbaharu beliau dalam laman Twitter di sini, pada Sabtu.
Najib dijadual menyampaikan Amanat Merdeka, yang julung kalinya dibuat secara langsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), Jalan Ampang di sini, malam ini.
Esok, beliau akan menghadiri program perarakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 negara di Dataran Merdeka.
– BERNAMA
TOP
Guan Eng Patut Bincang, Bukan Cabar KPN!
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sepatutnya berbincang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di negeri itu, dan bukannya mencabar Khalid, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Tidak perlu mencabar (Ketua Polis Negara), sepatutnya beliau (Lim) menemui Ketua Polis Negara untuk adakan perbincangan. Kita alukan jika ada inisiatif yang mahu jaga keselamatan komuniti tetapi bukan dengan cara mencabar.
“Jika ada pihak yang mahu membantu polis dan bekerjasama, nyatakan dengan perkataan yang baik bukan dengan cara seolah-olah mencabar kewibawaan pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan,” kata Ahmad Zahid kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kluang, Sabtu.
Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Kluang, Md Jais Sarday, Ketua Wanita Bahagian Datuk Sharifah Azizah Syed Zain dan Ketua Pemuda Bahagian Datuk Khairul Anwar Rahmat.
Ahmad Zahid berkata Pendaftar Pertubuhan dan Ketua Polis Negara menyatakan bahawa PPS bukan pertubuhan yang sah kerana ia tidak pernah didaftarkan.
Menteri itu yang juga Naib Presiden UMNO berkata soal keselamatan negara terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak mempunyai hak untuk menubuhkan agensi menjaga keselamatan.
“Soal keselamatan termaktub dalam undang-undang Persekutuan. Tiada undang-undang atau enakmen negeri yang izinkan mana-mana pertubuhan untuk menjaga keselamatan. Oleh yang demikian, soal keselamatan adalah soal Persekutuan atau kerajaan Pusat, bukan hak negeri,” kata Ahmad Zahid.
Menurutnya, PPS tidak boleh disamakan dengan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) yang penubuhannya dilaksanakan menerusi penggubalan undang-undang Persekutuan.
Ditanya sama ada anggota PPS yang terus berdegil untuk menjalankan tugas bakal berhadapan tindakan ditangkap oleh Polis, beliau berkata itu boleh dilakukan mengikut undang-undang.
Menurut Ahmad Zahid, tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil alih tugas polis adalah jelas di bawah undang-undang.
–BERNAMA
TOP
DAP Kecam Pemecatan 6,000 Kakitangan MAS
KUALA LUMPUR – DAP membantah rancangan Khazanah Nasional untuk memecat seramai 6,000 kakitangan Malaysia Airlines (MAS) sebagai salah satu daripada strategi menyelamatkan syarikat itu daripada kerugian.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, pihak yang sepatutnya dipecat bagi menyelamatkan syarikat itu adalah golongan kroni dalam MAS, bukan 6,000 kakitangan terbabit.
“Seramai 6,000 pekerja MAS akan diberhentikan di bawah pelan menyelamat bernilai RM6 bilion dan mereka akan menyambut merdeka tahun ini tanpa pekerjaan dan jaminan kewangan.
“DAP menentang pemecatan 6,000 pekerja tersebut,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Media semalam melaporkan Khazanah Nasional mengumumkan pakej RM6 bilion untuk menyelamatkan MAS bagi membolehkan syarikat tersebut kembali menjana keuntungan dalam tempoh tiga tahun atau menjelang 2017.
Rancangan 12 perkara itu melibatkan penubuhan satu syarikat baru untuk mengambil alih aset dan perniagaan syarikat lama, dengan pengurangan 30 peratus atau 6,000 pekerja.
Guan Eng dalam pada itu mendakwa, sambutan kemerdekaan tahun ini disambut dengan rasa was-was kerana Malaysia sedang menyaksikan pendakwaan terpilih terhadap pimpinan pakatan pembangkang.
Menurutnya, pemimpin pakatan pembangkang yang sedang dikenakan pendakwaan terpilih dibawa Akta Hasutan itu termasuk Teresa Kok, RSN Rayer, N. Surendran, Rafizi Ramli, Tian Chua dan halid Samad.
“Adakah sebarang tindakan tegas diambil terhadap mereka yang berhimpun di luar rumah bekas pengerusi bersama Bersih Datuk S.Ambiga dan melakukan senaman bontot,” katanya. – mynewshub.my
TOP
Perutusan Hari Merdeka Menteri Pengangkutan
PERUTUSAN HARI MERDEKA
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan kita yang ke-57 ini, ingin saya rakamkan rasa syukur kepada Tuhan kerana diatas limpah kurnia-Nya, kita sekali lagi berpeluang meraikan kemerdekaan negara kita yang agung ini dalam keadaan aman, sihat dan penuh sejahtera.
Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat membangun telah menempuhi pelbagai cabaran dan rintangan sejak kemerdekaan. Namun begitu, kestabilan sosial serta perpaduan antara kita telah dipelihara dengan penuh semangat oleh semua pihak dan benang unik yang menjadi ikatan masyarakat Malaysia tidak pernah binasa.
Walaupun pelbagai cabaran dan rintangan yang kita hadapi, saya percaya jambatan silaturahim yang sudah kita bina selama hampir enam dekad ini akan menjadi pembakar semangat dalam mengatasi apa jua keadaan getir.
Seperti yang kita semua sedia maklum, sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-57 ini diraikan dengan suasana yang bersederhana demi memperingati tragedi yang menimpa MH17 serta misi pencarian MH370 yang terbukti penuh dengan tantangan.
Ketika kita mengharungi tragedi-tragedi ini, secara tidak langsung, kita telah mempamerkan kepada dunia ciri-ciri serta prinsip rakyat Malaysia sebagai sebuah negara yang teguh dan cukup kebal. Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan kepercayaan berjaya membuktikan kepada dunia bahawa sememangnya kita akan terus memperjuangkan dan mempertahankan solidariti yang telah dikecapi selama ini.
Oleh itu, bersempena dengan Hari Kemerdekaan kita kali ini dengan tema “Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta”, semangat patriotisme serta kesungguhan kita untuk menzahirkan rasa cinta terhadap bumi yang bertuah ini harus terus diperkukuhkan.
Sebagai negara yang maju membangun, Malaysia juga telah merekodkan pencapaian ekonomi yang cemerlang dengan pertumbuhan GDP negara sebanyak 6.2% bagi suku pertama dan 6.4% bagi suku kedua 2014.
Kejayaan yang menjangkau sasaran Kerajaan ini mencerminkan kestabilan dan keupayaan negara untuk mencapai cita-cita negara membangun menjelang tahun 2020.
Justeru itu, kalau hendak dibandingkan umur Malaysia dengan umur seseorang, pada pendapat saya 57 tahun cukup untuk mematangkan pemikiran serta memperhalusi tindak-tanduk semasa berinteraksi antara kita. Kita perlu meraikan persamaan di antara kita serta sedar bahawa perbezaan yang wujud itu berfungsi untuk meneguhkan lagi perpaduan antara semua.
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-57 buat semua rakyat Malaysia yang saya hormati dan cintai. – mynewshub.my
Sekian, terima kasih.
DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
31hb. OGOS 2014
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan kita yang ke-57 ini, ingin saya rakamkan rasa syukur kepada Tuhan kerana diatas limpah kurnia-Nya, kita sekali lagi berpeluang meraikan kemerdekaan negara kita yang agung ini dalam keadaan aman, sihat dan penuh sejahtera.
Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat membangun telah menempuhi pelbagai cabaran dan rintangan sejak kemerdekaan. Namun begitu, kestabilan sosial serta perpaduan antara kita telah dipelihara dengan penuh semangat oleh semua pihak dan benang unik yang menjadi ikatan masyarakat Malaysia tidak pernah binasa.
Walaupun pelbagai cabaran dan rintangan yang kita hadapi, saya percaya jambatan silaturahim yang sudah kita bina selama hampir enam dekad ini akan menjadi pembakar semangat dalam mengatasi apa jua keadaan getir.
Seperti yang kita semua sedia maklum, sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-57 ini diraikan dengan suasana yang bersederhana demi memperingati tragedi yang menimpa MH17 serta misi pencarian MH370 yang terbukti penuh dengan tantangan.
Ketika kita mengharungi tragedi-tragedi ini, secara tidak langsung, kita telah mempamerkan kepada dunia ciri-ciri serta prinsip rakyat Malaysia sebagai sebuah negara yang teguh dan cukup kebal. Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan kepercayaan berjaya membuktikan kepada dunia bahawa sememangnya kita akan terus memperjuangkan dan mempertahankan solidariti yang telah dikecapi selama ini.
Oleh itu, bersempena dengan Hari Kemerdekaan kita kali ini dengan tema “Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta”, semangat patriotisme serta kesungguhan kita untuk menzahirkan rasa cinta terhadap bumi yang bertuah ini harus terus diperkukuhkan.
Sebagai negara yang maju membangun, Malaysia juga telah merekodkan pencapaian ekonomi yang cemerlang dengan pertumbuhan GDP negara sebanyak 6.2% bagi suku pertama dan 6.4% bagi suku kedua 2014.
Kejayaan yang menjangkau sasaran Kerajaan ini mencerminkan kestabilan dan keupayaan negara untuk mencapai cita-cita negara membangun menjelang tahun 2020.
Justeru itu, kalau hendak dibandingkan umur Malaysia dengan umur seseorang, pada pendapat saya 57 tahun cukup untuk mematangkan pemikiran serta memperhalusi tindak-tanduk semasa berinteraksi antara kita. Kita perlu meraikan persamaan di antara kita serta sedar bahawa perbezaan yang wujud itu berfungsi untuk meneguhkan lagi perpaduan antara semua.
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-57 buat semua rakyat Malaysia yang saya hormati dan cintai. – mynewshub.my
Sekian, terima kasih.
DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
31hb. OGOS 2014
TOP
MAS Ubah Waktu Operasi Pejabat Tiket KL Sentral
KUALA LUMPUR – Waktu operasi Pejabat Tiket Malaysia Airlines (MAS) di KL Sentral bermula pukul 7 pagi hingga 10 malam pada setiap hari bermula 1 September ini.
MAS dalam satu kenyataan media memberitahu, perubahan itu bertujuan menyelaraskan kecekapan operasi syarikat penerbangan itu.
“Urusan lain tiket boleh juga dilakukan menerusi laman web ww.malaysiaairlines.com. dan menghubungi talian 1-300-88-3000 bagi Malaysia dan 03-7843 3000 untuk luar Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, pusat talian itu beroperasi 24 jam sehari bagi membolehkan orang ramai membuat pengesahan, tempahan, pertukaran berkenaan tiket. – mynewshub.my
TOP
Juru Rawat Bergambar Riang Dengan ‘Ehem Ehem’
Tak faham mengapalah sesetengah orang terutama kaum hawa tak mahu ambil pengajaran agar tidak bergambar dengan objek yang boleh mencetuskan kontroversi.
Kot ye pun kerja anda membuatkan objek berkaitan seks jadi mainan saja tak payahlah bergambar dengan benda alah itu sambil tersenyum simpul kot. Ini boleh memberikan isyarat kepada kaum Adam yang dilahirkan dengan deria sensitif di luar sana untuk membayangkan perkara bukan-bukan. Sebagai contoh cik juru rawat terlampau dalam gambar di atas, apa ke motifnya nak selfie sambil tersengih dengan objek menyerupai kemaluan lelaki tu agaknya? Kami faham niat anda asalnya tentu sekadar untuk suka-suka je tapi.. eh tak ada benda lain dah dalam dunia ni nak diajak selfie?
- MYNEWSHUB.MY
Kot ye pun kerja anda membuatkan objek berkaitan seks jadi mainan saja tak payahlah bergambar dengan benda alah itu sambil tersenyum simpul kot. Ini boleh memberikan isyarat kepada kaum Adam yang dilahirkan dengan deria sensitif di luar sana untuk membayangkan perkara bukan-bukan. Sebagai contoh cik juru rawat terlampau dalam gambar di atas, apa ke motifnya nak selfie sambil tersengih dengan objek menyerupai kemaluan lelaki tu agaknya? Kami faham niat anda asalnya tentu sekadar untuk suka-suka je tapi.. eh tak ada benda lain dah dalam dunia ni nak diajak selfie?
- MYNEWSHUB.MY
TOP
Lelaki ‘Bersiar-Siar’ Dengan Bas Curi Selama Tiga Jam
ENTAH apa yang difikirkan oleh seorang lelaki apabila dia bertindak memandu sebuah bas Go KL yang diletakkan di hadapan Medan Mara, Kuala Lumpur, jam 7.30 pagi tadi.
Menerusi laporan The Star, pemandu bas tersebut keluar sebentar untuk ke tandas.
Mujurlah ketika kejadian, tiada penumpang yang berada di dalam bas tersebut.
Suspek memandu bas tersebut selama tiga jam bermula dari Jalan Raja Laut sehingga ke Jalan Daun Inai Merah yang berdekatan dengan bulatan Bandar Desapark.
Kehilangan bas tersebut telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang kemudiannya turut meminta bantuan orang ramai untuk mengesannya menerusi laman sosial.
Tindakan suspek turut mencetuskan kekecohan apabila melanggar tiga kenderaan ketika melalui Jalan Semarak.
Bagaimanapun, tiada yang tercedera dalam insiden tersebut.
Pihak polis kini berusaha untuk mengesan suspek yang menghilangkan diri selepas kejadian berdasarkan cap jari pada stereng bas tersebut.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Remaja Usah Cemari Merdeka Dengan Aktiviti Negatif
KUALA LUMPUR – Golongan remaja di negara ini dinasihat tidak ‘menghiasi’ Hari Kemerdekaan negara dengan perbuatan negatif dan tidak bermoral yang boleh mencalar imej negara.
Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ada golongan yang menganggap Hari Kemerdekaan setiap tahun sebagai hari cuti untuk beriadah dan bergembira sehingga melupakan maksud sebenar di sebalik cuti umum itu.
“Ramai yang berkumpul, bergembira, bersorak, namun ramai antara mereka tidak pun memahami apakah erti Hari Kemerdekaan yang sebenarnya.
Lebih menyedihkan ada yang menggunakan hari cuti kemerdekaan dan sambutan ambang merdeka untuk melakukan gejala negatif dan perbuatan tidak senonoh, yang tidak selari dengan prinsip kemerdekaan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau yang juga Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berkata golongan remaja seharusnya menghormati Hari Kemerdekaan negara sebagai hari penuh bersejarah, yang telah mencorak keamanan kepada semua rakyat sehingga kini.
“Walaupun mereka (remaja) mungkin tidak dapat menyelami sepenuhnya perit jerih pemimpin terdahulu memerdekakan negara, namun hargailah keamanan yang dikecapi ini dan berusahalah untuk tidak mencemari imej negara dengan perkara negatif,” katanya.
Pandangan itu turut disokong Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib yang berkata, golongan remaja perlu memanfaatkan Hari Kemerdekaan dengan sebaiknya kerana bukan mudah untuk membina keamanan negara selama 57 tahun.
“Kuala Lumpur akan menjadi tumpuan untuk sambutan kemerdekaan yang penuh bersejarah. Justeru sebagai generasi muda, hargailah kemerdekaan dan hiasi peribadi dengan tingkah laku yang positif yang boleh mencerminkan kecantikan Malaysia di mata dunia,” katanya.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee yang berkata golongan muda khususnya belia harus bersifat matang dalam menyambut kemerdekaan.
Katanya, tindakan berhibur berlebihan pada sambutan kemerdekaan tidak akan memberi sebarang manfaat kepada negara malah ia jelas memperlihatkan lemahnya jati diri dan nilai ketamadunan seseorang warganegara. – BERNAMA
TOP
Budak Perempuan Enam Tahun Rentung
Sipitang – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kongsi di Jalan Samur, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian 8 malam itu, mangsa dipercayai terperangkap di dalam rumah kongsi 14 pintu, menyebabkannya menjadi mangsa korban terbaru dalam siri kebakaran rumah di negeri ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Sipitang menerima panggilan kecemasan pada 8.25 malam dan tiba di lokasi 20 minit kemudian.
Sebaik tiba, anggota bomba bertungkus-lumus mengawal keadaan dan api berjaya dipadamkan 9.04 malam.
Anggota bomba yang melakukan pemeriksaan lanjut menemui satu mayat kanak-kanak rentung selain kediaman yang musnah 100 peratus. – myMetro Online
TOP
Pekerja Kilang Maut Motosikal Ditunggang Terbabas
KUANTAN – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas dalam nahas di Kilometer 224.9 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat sini hari ini.
Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata dalam kejadian pada kira-kira 9.50 pagi itu, Mohd Firdaus Zainal Abdin, 20, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala.
“Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa, yang berasal dari Sekinchan, Selangor dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Kuantan.
“Namun sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggangnya telah terbabas ke kiri jalan dan melanggar penghadang besi jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan disebabkan kecuaian mangsa yang tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas sendiri.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
TOP
VIDEO: Hebat!! Skil Kupas Nanas Paling Cepat Dan Bersih
Bagi peminat buah-buahan tempatan, antara buah yang lazat dimakan tapi leceh untuk dikupas adalah nanas.
Biasanya nak kupas sebiji pun kalau dibuat dengan kadar segera mencecah sampai 15 minit.
Tapi kalau tengok cara brader dalam video di bawah kupas nanas, fuh.. macam senang sangat!
Dalam masa sekitar 35 saat sahaja sebiji nanas siap dikupas dan paling salut isi nanas dalam keadaan bersih kerana tidak disentuh dengan tangan.
Bagaimana pun, skil mengupas dan memotong secara pro tidak mustahil bagi brader dalam video ini sebab dia adalah peniaga nanas di Pasar Bankerohan, Davao City, Filipina yang melakukannya hampir setiap hari. – MYNEWSHUB.MY
Oleh: REM RAMZI
Bagaimana pun, skil mengupas dan memotong secara pro tidak mustahil bagi brader dalam video ini sebab dia adalah peniaga nanas di Pasar Bankerohan, Davao City, Filipina yang melakukannya hampir setiap hari. – MYNEWSHUB.MY
Oleh: REM RAMZI
TOP
Marah Betul Budak Ni Bila Dikata Tak Sayang Awek
Adatlah, budak sekolah bila dah mula merasa alam percintaan maka sikap caring mereka memang lain macam sikit.
Contohnya teman lelaki kepada seorang pelajar perempuan sekolah menengah ini bukan main lagi tunjuk garang pada orang yang mengacau aweknya.
Siap beri amaran di Facebook lagi kepada pihak yang mengata dia tak sayang aweknya tu.
Selain amaran, ditinggalkan profil Facebook dirinya dan sekolah tempat dia belajar kot-kot nak jumpa depan-depan. Kepada adik-adik yang masih di bangku sekolah, janganlah jadi hamba cinta sampai nak ambil kisah benda tak penting buat masa sekarang boleh tak? Silap hari bulan tak fasal-fasal tidur balai macam kes ini. Habiskan SPM tu dulu sebab dibuatnya kandas nanti masa tu awek ke mana.. awak ke mana.. – MYNEWSHUB.MY
Selain amaran, ditinggalkan profil Facebook dirinya dan sekolah tempat dia belajar kot-kot nak jumpa depan-depan. Kepada adik-adik yang masih di bangku sekolah, janganlah jadi hamba cinta sampai nak ambil kisah benda tak penting buat masa sekarang boleh tak? Silap hari bulan tak fasal-fasal tidur balai macam kes ini. Habiskan SPM tu dulu sebab dibuatnya kandas nanti masa tu awek ke mana.. awak ke mana.. – MYNEWSHUB.MY
TOP
VIDEO: Iklan Hari Kemerdekaan Indonesia Yang Memukau!
BARU-BARU ini syarikat tembakau terkenal Indonesia, Dji Sam Soe menghasilkan sebuah komersil sempena Hari Kemerdekaan Indonesia.
Ia diarahkan oleh Mark Toia, pengarah iklan terkenal dari Australia.
Apa yang pasti, iklan tiga minit itu berjaya direalisasikan dengan begitu rapi hingga hasilnya menjadi sangat hebat serta mengkagumkan.
Walaupun jalan ceritanya seakan-akan sama dengan iklan Hari Merdeka oleh Petronas, tapi sentuhan Toia mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Saksikanlah…
TOP
Cik Adik Ni Cari Gaduh Atau Saja Nak Berlucah?
Rasanya pada zaman sekarang semua orang dah maklum apa maksudnya bila jari tengah ditunjuk.
Tak kisahlah jika merujuknya sebagai isyarat lucah atau mahu cari gaduh, ia sangat tak sesuai dilakukan terutama oleh seorang perempuan cantik berbangsa Melayu beragama Islam.
Sudahlah cantik berbangsa Melayu beragama Islam, cik adik manis bertudung litup ini lengkap pula memakai uniform siap tag nama. Lagilah tak sesuai.
Seperti biasa isu gambar begini bermula daripada niat mahu bersuka-suka sahaja tapi lain kali ingat molek, ia sedikit sebanyak mampu memberi cerminan kurang baik pada imej anda sebagai wanita terutama jika ditunjuk pada bakal mentua.
– MYNEWSHUB.MY
Tak kisahlah jika merujuknya sebagai isyarat lucah atau mahu cari gaduh, ia sangat tak sesuai dilakukan terutama oleh seorang perempuan cantik berbangsa Melayu beragama Islam.
Sudahlah cantik berbangsa Melayu beragama Islam, cik adik manis bertudung litup ini lengkap pula memakai uniform siap tag nama. Lagilah tak sesuai.
Seperti biasa isu gambar begini bermula daripada niat mahu bersuka-suka sahaja tapi lain kali ingat molek, ia sedikit sebanyak mampu memberi cerminan kurang baik pada imej anda sebagai wanita terutama jika ditunjuk pada bakal mentua.
– MYNEWSHUB.MY
TOP
VIDEO: Peragut Kena Belasah Kaw-Kaw Punya Di Sg Besi
Tengok peragut kena keronyok dengan orang ramai sampai berdarah-darah memang kesian tapi perasaan itu mungkin hilang selepas tahu apa yang dilakukannya.
Sebagai contoh salah seorang daripada tiga peragut yang berjaya ditangkap selepas cuba mencuri rantai emas dipakai seorang wanita di Batu 3 1/2, Jalan Sungai Besi, kelmarin.
Sebelum meragut peragut ini terlebih dahulu berpura-pura bertanya jalan kepada mangsa yang membonceng motosikal abangnya sebelum dua lelaki tiba-tiba muncul dari belakang lalu merentap rantai emas yang dipakai.
Sudahlah menipu dan mencuri, bila rantai emas yang direntap putus dan sangkut di baju mangsa ketiga-tiga peragut boleh pula bertindak kejam menendang motosikal mangsa.
Dek kerana perangai kejam itu maka inilah makannya bila tak sempat melarikan diri dan dapat ditangkap.
Malah ketika keadaan riuh rendah dengan peragut tersebut cuba mencari perlindungan daripada terus dibelasah, seorang lelaki tiba-tiba muncul mendakwa sudah memerhatikan tindakan peragut itu bersama dua lagi rakannya mencari mangsa sejak dari Bukit Jelutong, Shah Alam lagi.
Kami rasa kalau tak ada orang awam yang simpati dan menenangkan keadaan, dah mati peragut ni kena pukul kelmarin kot. Tengok sajalah keadaan dia yang dah tak berdaya sampai jatuh longkang masa cuba untuk lari.
Apa pun dah dapat sakit dan maki hamun begini harap-harap peragut terlibat insaflah hendaknya untuk menggunakan tulang empat kerat sendiri bagi mencari rezeki selepas ini. - MYNEWSHUB.MY
Oleh: REM RAMZI
Apa pun dah dapat sakit dan maki hamun begini harap-harap peragut terlibat insaflah hendaknya untuk menggunakan tulang empat kerat sendiri bagi mencari rezeki selepas ini. - MYNEWSHUB.MY
Oleh: REM RAMZI
TOP
Comel Maksima.. Gambar Anak Kecil Sambut Merdeka
Lumrah anak kecil, hati mereka masih bersih dan terpelihara daripada banyak anasir negatif sebagai mana orang dewasa.
Justeru inilah waktu paling sesuai untuk memupuk nilai murni dalam diri mereka termasuk semangat cintakan negara dan perpaduan.
Segalanya dilakukan dengan ikhlas maka tak hairanlah, sejuk rasa hati apabila melihat kanak-kanak di bawah menyambut hari kebangsaan Malaysia dengan memakai pakaian bertema Jalur Gemilang.
Diharapkan semangat ini kekal dalam jiwa mereka sampailah dewasa. Hanya dengan semangat cintakan negara yang tinggi barulah secara automatik kesemua kaum di Malaysia dapat hidup bersatu padu dalam keadaan harmoni.
Selamat menyambut kemerdekaan negara ke-57 diucapkan kepada seluruh warga Malaysia. Di sini lahirnya sebuah cinta.. – REM RAMZI/MYNEWSHUB.MY
Sumber Gambar: Facebook Friends of BN
Justeru inilah waktu paling sesuai untuk memupuk nilai murni dalam diri mereka termasuk semangat cintakan negara dan perpaduan.
Segalanya dilakukan dengan ikhlas maka tak hairanlah, sejuk rasa hati apabila melihat kanak-kanak di bawah menyambut hari kebangsaan Malaysia dengan memakai pakaian bertema Jalur Gemilang.
Diharapkan semangat ini kekal dalam jiwa mereka sampailah dewasa. Hanya dengan semangat cintakan negara yang tinggi barulah secara automatik kesemua kaum di Malaysia dapat hidup bersatu padu dalam keadaan harmoni.
Selamat menyambut kemerdekaan negara ke-57 diucapkan kepada seluruh warga Malaysia. Di sini lahirnya sebuah cinta.. – REM RAMZI/MYNEWSHUB.MY
Sumber Gambar: Facebook Friends of BN
TOP
Sarimah Ibrahim Bakal Adakan Majlis Perkahwinan Di Bali?
RASANYA semua sudah sedia maklum yang Sarimah Ibrahim sedang berpacaran dengan salah seorang kerabat diraja Negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Jamie.
Pada masa yang sama, ramai yang tertanya-tanya bilakah pasangan sejoli ini akan melangkah ke alam perkahwinan?
Menerusi portal Murai.com, mereka dikhabarkan telah bercuti ke Bali dengan ditemani oleh keluarga Jamie.
Menariknya, ada sumber yang mengatakan mungkin Sarimah dan Jamie bakal memilih pulau indah itu sebagai lokasi perkahwinan mereka.
Fuh, kalau benarlah apa yang dikata, pasti majlis tersebut akan menjadi sebuah acara perkahwinan yang cukup romantis sekali!
Apapun, kalau sudah ada tarikhnya, khabarkanlah kepada media dan peminat.
Jangan sorok-sorok pula ya…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Alyah Guna Gambar Bersama Datuk Ramli MS Di WhatsApp
SETUJUKAH anda jika kami katakan penyanyi Alyah sebenarnya tidak mahu lagi menyembunyikan statusnya sebagai isteri kepada komposer terkenal, Datuk Ramli MS?
Kalau dinilai kenyataan demi kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh kedua-duanya sebelum ini, dia dilihat tidak menafikan gosip yang melanda dirinya pada ketika itu dan kerap meminta agar media bertanyakan kepada ‘pihak sebelah’ sana.
Berbeza dengan Ramli yang secara terang-terangan membuat penafian mengenai status mereka sehinggalah episod ‘lawatan’ Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke kediamannya baru-baru, ini.
Tidak lama selepas itu, Alyah telah menggunakan foto dirinya bersama Ramli sebagai gambar profil di aplikasi WhatsApp, memetik laporan Berita Harian.
Lebih menarik, dia turut mengemaskini statusnya yang berbunyi: ‘Aku gantungkan semua kepadamu’.
Ia seolah-olah luahan perasaannya kepada Ramli yang mungkin menggambarkan harapannya supaya suaminya itu berterus-terang mengenai perkahwinan mereka.
Apapun, kita tunggu sahaja perkembangan lanjut mengenai pasangan ini yang bakal menyerahkan dokumen pernikahan mereka ke pejabat JAIS pada Selasa depan.
Alyah Guna Gambar Bersama Datuk Ramli MS Di WhatsApp
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Sumbangan Kepada Keluarga Insiden Lahad Datu Lebih Besar
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan dakwaan kerajaan tidak memberi penghormatan seharusnya kepada anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tahun lepas sebanding dengan penghormatan mangsa MH17.
Sebaliknya, beliau berkata sumbangan kepada keluarga mangsa terkorban dalam insiden Lahad Datu jauh lebih besar daripada sumbangan kepada keluarga mangsa MH370 dan MH17.
“Apa yang kita (kerajaan) lakukan, kita tidak mahu uar-uarkan kepada dunia tetapi banyak. Satu hari nanti, keluarga (mangsa) akan rasa terpanggil untuk menyatakan apa yang kerajaan dah lakukan,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang hari ini.
Beliau berkata antara sumbangan tersebut adalah pingat, kenaikan pangkat, perumahan dan pendidikan anak mangsa
Hishammuddin berkata maklum balas keluarga mangsa insiden Lahad Datu mahupun keluarga mangsa MH17, rata-rata menyatakan mereka berpuas hati dengan penghormatan yang diberikan.
“Jadi tuduhan-tuduhan itu, saya harap berpada-pada sebab sekiranya keluarga mangsa sendiri yang menyatakan apa yang sudah kita (kerajaan) lakukan, malu mereka (pembangkang) nanti.
“Mereka yang dahulupun hanya melontarkan tuduhan-tuduhan liar, sekarang pula nak jadi jaguh walhal kita dah bela mereka (mangsa Lahad Datu),” kata Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno.
Dalam insiden pencerobohan Lahad Datu pada Februari tahun lepas, 10 anggota keselamatan terkorban dalam Ops Daulat ketika mempertahankan negara daripada pencerobohan pengganas Sulu, termasuk serangan hendap di Tanduo, Lahad Datu dan
Simunul, Semporna.
Sementara itu, senarai nama kumpulan ketiga jenazah mangsa MH17 akan dikeluarkan Isnin ini selepas Hishammuddin mempengerusikan mesyuarat koordinasi yang melibatkan 10 kementerian.
Beliau berkata beberapa pengesahan harus dibuat dengan jawatankuasa terlibat termasuk permintaan pihak keluarga yang tidak mahu terlibat dalam istiadat penghormatan.
Hishammuddin berkata kumpulan ketiga kali ini lebih besar daripada kumpulan kedua yang akan diberi penghormatan sama dan bakal disiarkan secara langsung menerusi televisyen.
“Semua ini bukan mudah kita nak uruskannya. Itu sebab bila ada pihak yang cuba mempertikaikannya dan cuba buat perbandingan dengan insiden-insiden lain khususnya di Lahad Datu, saya yakin bahawa keluarga, anggota Angkatan Tentera Malaysia, mereka yang berada di syarikat Malaysia Airlines sendiri, maklum balas yang kita terima rata-rata cukup menghargai penghormatan yang kita berikan.
“Cuma ada pihak yang tertentu menangguk di air yang keruh, apatah lagi nak menangguk di air yang jernih dengan keadaan sebegini rupa. Ini amat menyedihkan tetapi kita akan terus lakukan apa yang kita mampu,” kata beliau.
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 2 Sept dijangka melibatkan sembilan jenazah termasuk dua warga asing.
Sehingga kini, 24 jenazah mangsa MH17 telah dibawa pulang ke tanah air.
Pada kejadian 17 Julai itu, Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
Sejumlah 43 daripada mereka adalah warga Malaysia. – Bernama
TOP
Nasrudin Terus Pertikai Isu Nepotisme Dalam Pakatan
PETALING JAYA – Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi sekali lagi mempertaikaikan isu nepotisme menerusi status terbaru Facebooknya dengan mengaitkan kejadian yang pernah menimpa menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Ir Ariffahmi Ab Rahman.
Dalam status itu, Ahli Parlimen Temerloh menggunakan su pelantikan Ir Ariffahmi yang pernah dikritik apabila dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) pada 2009.
Status berhubung nepotisme itu adalah yang kedua selepas beliau mengkritik tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba melantik isterinya sebagai menteri besar Selangor baharu.
“Sewaktu Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan, Ariffahmi pernah dikritik hebat apabila dilantik sebagai CEO PMBK. Istilah nepotisme menjadi asas kritikan. PAS pusat telah menasihati kerajaan negeri Kelantan dan Ariffahmi akur dan mengundurkan diri.
“Apakah selepas lima tahun, nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini.
“… atau nepotisme hanya untuk Ariffahmi menantu Nik Aziz, tidak kepada yang lain?,” katanya.
Bersama status tersebut Nasrudin turut menyediakan sambungan berkenaan sidang media Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang pernah mempertikai isu nepotisme dalam PKR.
Pada Jumaat, Nasrudin turut memuat naik status menyindir Anwar kerana mencalonkan isterinya yang juga Presiden PKR sebagai calon tunggal menteri besar Selangor.
Ia berikutan kenyataan Anwar pada Khamis yang berkeras untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal menteri besar Selangor dan keputusan itu adalah muktamad.
Justeru, beliau mahu semua pihak, termasuk PAS menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lepas.
Rabu lalu, pihak istana meminta parti-parti pakatan rakyat untuk mengemukakan lebih dari dua calon menteri besar untuk dipertimbangkan sebelum atau pada 3 September ini.
Bagaimanapun, PKR dan DAP bertegas akan hanya menyokong Wan Azizah untuk jawatan itu itu. – The Star Online
TOP
Ni Makan Dia! Pencuri Disumbat Mulut Dengan Bangkai Itik
Kadang-kadang hukuman paling berkesan bagi penjenayah bukanlah penjara tapi sesuatu yang menjatuhkan air muka pelakunya.
Sebagai contoh di Selatan China, dua remaja lelaki pasti tidak akan berani mencuri lagi selepas mereka diaibkan dengan dahsyat.
Dua remaja 14 tahun tersebut asalnya mencuri itik-itik di sebuah kolam sebelum perbuatan mereka disedari penduduk kampung.
Mereka kemudiannya ditangkap dan disuruh melutut di tepi jalan dengan itik disumbat ke dalam mulut.
Keadaan mereka menimbulkan kehairanan orang ramai dan kenderaan yang melalui jalan tersebut hingga ramai datang mengerumuni mereka bagi mengetahui hal sebenar.
Ketua Kampung yang dikenali sebagai Yong Ku berkata, dua remaja tersebut layak dihukum begitu kerana mereka sudah beberapa kali kantoi mencuri barangan penduduk untuk mendapatkan wang bagi membeli rokok dan minuman keras.
Fikir-fikir semula rasanya hukuman ini jauh lebih baik daripada cara rakyat Malaysia yang suka membelasah pencuri setiap kali berjaya ditangkap, betul tak?
- MYNEWSHUB.MY
Sebagai contoh di Selatan China, dua remaja lelaki pasti tidak akan berani mencuri lagi selepas mereka diaibkan dengan dahsyat.
Dua remaja 14 tahun tersebut asalnya mencuri itik-itik di sebuah kolam sebelum perbuatan mereka disedari penduduk kampung.
Mereka kemudiannya ditangkap dan disuruh melutut di tepi jalan dengan itik disumbat ke dalam mulut.
Keadaan mereka menimbulkan kehairanan orang ramai dan kenderaan yang melalui jalan tersebut hingga ramai datang mengerumuni mereka bagi mengetahui hal sebenar.
Ketua Kampung yang dikenali sebagai Yong Ku berkata, dua remaja tersebut layak dihukum begitu kerana mereka sudah beberapa kali kantoi mencuri barangan penduduk untuk mendapatkan wang bagi membeli rokok dan minuman keras.
Fikir-fikir semula rasanya hukuman ini jauh lebih baik daripada cara rakyat Malaysia yang suka membelasah pencuri setiap kali berjaya ditangkap, betul tak?
- MYNEWSHUB.MY
TOP
” Pas Di Selangor Akan Hilang 10 Kerusi Kalau Keluar Pakatan “
Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini mengingatkan PAS tidak mengambil jalan mudah meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana sekiranya berbuat demikian, parti Islam itu akan mengalami kekalahan yang lebih besar di Selangor.
Bekas menteri besar Selangor itu berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR.
“PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS. Jangan kita ‘sentimen Allahu Akbar’ sahaja. Kita kena praktikal dengan keadaan pengundi.
“Jika kita silap percaturan, PR akan menang dan PAS yang tidak dapat undi. Jika ada pilihan raya di Selangor, saya ingat kurang-kurang PAS akan kalah 10 (kerusi),” katanya dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam hari ini.
PAS sebelum ini mengambil pendirian yang berlainan dengan PR apabila memilih untuk memberi lebih nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis secara terbuka meminta PAS menyatakan sama ada mereka menentang keputusan PR menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.
Muhammad berkata berdasarkan pengalaman 10 tahun sebagai menteri besar Selangor, trend pengundian negeri ini dapat difahami dan PAS akan lebih selamat jika bersama PR.
Katanya, apa jua keputusan yang diambil PAS, kelebihan pengundi Cina ketika bersama PR perlu diberi perhatian ketika ia memberikan satu sumbangan besar.
“Ini pengalaman saya 10 tahun jadi MB. Saya tahu trend. Kita jangan syok sendiri.
“Saya fikir jika PAS ada pendirian baru, PAS akan kalah banyak. Pengundi Cina akan tarik diri, tidak undi calon PAS. Saya sudah tengok trend pengundi di Selangor, PAS menang bukan dengan majoriti besar sangat.
“Kalau PAS ada pendirian berubah, kononnya PAS boleh berdiri dengan sendiri, dan katalah hendak berkawan dengan Umno, saya fikir Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) banyak kali kata ‘jangan percaya’. Ia akan berbalik cerita lama,” katanya. (sumber The Malaysian Insider)
TOP
Beberapa Lagi Keluarga MH17 Diterbangkan Ke Amsterdam
KUANTAN – Beberapa lagi keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 diterbangkan ke Amsterdam untuk proses mengenal pasti dan pengecaman mayat selain menguruskan barangan milik mangsa.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata mereka merupakan antara waris jenazah yang telahpun dikenal pasti identitinya oleh Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17 dan dijadual dibawa balik ke tanah air pada Selasa depan.
“Mengikut Prosedur Operasi Standard, sebaik sahaja Amsterdam mengesahkan siapa yang akan dibawa balik, pada masa itulah baru kita maklumkan kepada waris.
“Kita tidak berani maklumkan lebih awal kerana ia melibatkan sensitiviti keluarga mangsa. Jika telah disahkan identiti jenazah itu, barulah warisnya dibawa ke Amsterdam untuk menguruskan barang dan kenal pasti mayat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan secara serentak persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Paya Besar di sini Sabtu.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan lima jenazah dan empat abu mayat mangsa tragedi MH17 akan tiba di tanah air dari Amsterdam, jam 8.30 pagi, Selasa ini.
Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, ditembak jatuh ketika di Donetsk, Timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Sejumlah 43 individu termasuk 15 anak kapal merupakan rakyat Malaysia. – BERNAMA
TOP
PENTING: Jalan Ibu Negara Yang Akan Ditutup Sempena Perbarisan
Beberapa jalan utama sekitar bandar raya akan ditutup secara berperingkat bermula hari ini untuk raptai sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.
Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain berkata jalan berkenaan ditutup dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah bermula hari ini hingga Ahad.
Jalan Tuanku Abdul Rahman pula ditutup pada sehingga 1 September, 2014 sempena sambutan kemerdekaan itu.
Berikut adalah senari penuh jalan-jalan yang terlibat:
TOP
K’jaan Nafi Guna Akta Hasutan 1948 Untuk Pendakwaan
PETALING JAYA – Kerajaan menafikan Akta Hasutan 1948 digunakan untuk melaksanakan pendakwaan terpilih ke atas pihak tertentu.
Sebaliknya, Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan memaklumkan, draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional mengambil masa yang lama kerana menerima input daripada pelbagai pihak dan kini ia sedang diteliti oleh Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC).
“Semua tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 adalah terletak dibawah bidang kuasa mahkamah. Badan kehakiman di negara ini bebas, dan semua kes keputusan dibuat secara adil.
“Seperti negara lain, kita sedang mencari mekanisma terbaik antara kebebasan bersuara dan keharmonian nasional dalam era media digital pada hari ini,” menurutnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Kenyataan itu menyebut pihak kerajaan menyambut baik sebarang cadangan daripada pelbagai pihak dan berharap draf Rang-Rang Undang Keharomian Nasional dapat dibentangkan di Parlimen sebelum penghujung tahun ini.
“Selagi undang-undang baru ini belum dikuatkuasakan, semua kes sedia ada perlu didakwa di bawah undang-undang sedia ada (Akta Hasutan),” katanya.
Menurut kenyataan itu, Akta Keharmonian Nasional diwujudkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai sistem perundangan yang komprehensif dan memelihara keharmonian nasional serta perpaduan kaum di negara ini.
Minggu lalu, sekurang-kurangnya empat pemimpin politik pembangkang didakwa mengikut Akta Hasutan.
Ogos lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dilaporkan berkata draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 tidak dapat disiapkan tahun ini memandangkan banyak perkara perlu diteliti dan dikaji.
Beliau dipetik sebagai berkata tempoh masa untuk menyiapkan draf rang undang-undang itu agak sukar untuk ditetapkan. – The Star Online
TOP
VIDEO: Obama ‘Buang Tebiat’ Pakai Sut Cerah?
SIDANG akhbar Presiden Barrack Obama mengejutkan ramai pihak apabila beliau muncul dengan sut cerah, sesuatu yang tidak pernah dibuat beliau selama ini.
Beliau sebelum ini hanya memakai sut gelap seperti hitam atau biru tua.
Dek kerana sut itu juga, ia menjadi perdebatan hangat di kalangan pengguna isternet di seluruh Amerika Syarikat, malah ada yang menganggapnya sudah nyanyuk dan ‘buang tebiat!’
Belum apa-apa, 6,000 tweet mengenainya telah tersebar.
Yang pasti, hampir keseluruhan komen menyatakan presiden berkelakuan pelik dan sut berwarna cerah tersebut tak sesuai langsung dengan jawatan Presiden Amerika yang disandangnya.
Ini antara komen pengguna Twitter mengenai sut cerah Obama;
Susan Page ✔ @SusanPage
Message from senior White House official: ‘He loves that suit.’
Jared Keller ✔ @jaredbkeller
President Obama is here to sell you tornado insurance
CC:Indecision ✔ @indecision
If Republicans claim Obama’s suit is unconstitutional, nobody will be able to argue with them.
Olivia Nuzzi @Olivianuzzi
Obama just announced we are going to war with Canada and none of you noticed because you were distracted by his outfit.
Andrew Katz✔ @katz
Obama: “We don’t have a strategy yet” on what color suit I will wear tomorrow
Annie Colbert ✔ @anniecolbert
BREAKING: Obama attends beach wedding.
Mari kita lihat sidang video semalam;
Beliau sebelum ini hanya memakai sut gelap seperti hitam atau biru tua.
Dek kerana sut itu juga, ia menjadi perdebatan hangat di kalangan pengguna isternet di seluruh Amerika Syarikat, malah ada yang menganggapnya sudah nyanyuk dan ‘buang tebiat!’
Belum apa-apa, 6,000 tweet mengenainya telah tersebar.
Yang pasti, hampir keseluruhan komen menyatakan presiden berkelakuan pelik dan sut berwarna cerah tersebut tak sesuai langsung dengan jawatan Presiden Amerika yang disandangnya.
Ini antara komen pengguna Twitter mengenai sut cerah Obama;
Susan Page ✔ @SusanPage
Message from senior White House official: ‘He loves that suit.’
Jared Keller ✔ @jaredbkeller
President Obama is here to sell you tornado insurance
CC:Indecision ✔ @indecision
If Republicans claim Obama’s suit is unconstitutional, nobody will be able to argue with them.
Olivia Nuzzi @Olivianuzzi
Obama just announced we are going to war with Canada and none of you noticed because you were distracted by his outfit.
Andrew Katz✔ @katz
Obama: “We don’t have a strategy yet” on what color suit I will wear tomorrow
Annie Colbert ✔ @anniecolbert
BREAKING: Obama attends beach wedding.
Mari kita lihat sidang video semalam;
TOP
Peminat Buat Lakaran Wajah Anak Che Ta Dan Zain
AMBOI…rajin sungguh insan yang membuat lakaran wajah dewasa anak Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain Saidin.
Tapi, jangan ambil serius pula ya! Anggap saja gambar yang diletakkan di Forum Cari itu merupakan ‘penghargaan’ daripada peminat yang sudah tidak sabar untuk menantikan kelahiran bayi perempuan pasangan itu. Kalau tak silap kami, tinggal dua bulan lagi sebelum Che Ta melahirkan anaknya nanti. Lebih menarik, kelahiran bayi tersebut akan diumumkan secara eksklusif menerusi saluran Astro. Untunglah, kecil-kecil dah popular… Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Tapi, jangan ambil serius pula ya! Anggap saja gambar yang diletakkan di Forum Cari itu merupakan ‘penghargaan’ daripada peminat yang sudah tidak sabar untuk menantikan kelahiran bayi perempuan pasangan itu. Kalau tak silap kami, tinggal dua bulan lagi sebelum Che Ta melahirkan anaknya nanti. Lebih menarik, kelahiran bayi tersebut akan diumumkan secara eksklusif menerusi saluran Astro. Untunglah, kecil-kecil dah popular… Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
LuMee : Sarung Bercahaya Yang Memudahkan Selfie
Di Malaysia, ribuan pengguna telefon pintar gemar berselfie tetapi masalah bagi kebanyakan gambar yang diambil ialah kualiti gambar yang ditangkap kadang kala kurang memuaskan.
Ini kerana majoriti kamera hadapan tidak mempunyai flash (kecuali anda menggunakan Oppo N1).
Lain pula ceritanya di Amerika Syarikat, kini wujud sarung bercahaya yang diberi nama LuMee.
LuMee ialah sarung untuk iPhone yang mempunyai lampu LED pada bahagian tepinya.
Apabila diaktifkan anda tidak perlu risau gambar selfie yang diambil anda akan kelihatan gelap. LuMee dicipta oleh Alan Shoemake yang berasal dari New Jersey. Beliau bosan setiap kali ingin mengambil selfie di dalam rumah, gambar yang diambil gelap dan beliau terpaksa duduk di tepi tingkap bagi mendapatkan cahaya yang secukupnya untuk mengambil gambar. Buat masa ini LuMee hanya boleh digunakan oleh iPhone 5 dan 5S. Selain digunakan untuk berselfie, LuMee juga boleh digunakan sebagai lampu suluh ketika kecemasan. Setiap sarung LuMee dijual pada harga USD39 (RM125) sebuah.
Sumber: Lumee
Oleh: hzqahmd
Apabila diaktifkan anda tidak perlu risau gambar selfie yang diambil anda akan kelihatan gelap. LuMee dicipta oleh Alan Shoemake yang berasal dari New Jersey. Beliau bosan setiap kali ingin mengambil selfie di dalam rumah, gambar yang diambil gelap dan beliau terpaksa duduk di tepi tingkap bagi mendapatkan cahaya yang secukupnya untuk mengambil gambar. Buat masa ini LuMee hanya boleh digunakan oleh iPhone 5 dan 5S. Selain digunakan untuk berselfie, LuMee juga boleh digunakan sebagai lampu suluh ketika kecemasan. Setiap sarung LuMee dijual pada harga USD39 (RM125) sebuah.
Sumber: Lumee
Oleh: hzqahmd
TOP
Pengacara Anggap Rakyat Palestin Patut Mati Kini Koma
BAGI peminat program ‘Fashion Police’ di saluran E!, nama Joan Rivers tidak perlu lagi diperkenalkan.
Selama ini ramai yang senang dengan karakter lucunya, namun kenyataan biadapnya mengenai pergolakan di Palestin awal bulan lalu nyata memakan diri.
Menyifatkan rakyat Palestin patut mati kerana dianggapnya memulakan perang, dia mendapat kritikan yang cukup hebat daripada pihak yang menyokong perjuangan Palestin.
Ia sekaligus mencalar reputasi yang dibinanya selama ini.
Beberapa hari lalu, Rivers terpaksa dikejarkan ke hospital akibat masalah pernafasan.
Malangnya, semasa menjalani pembedahan tekak, dia tiba-tiba berhenti bernafas, namun berjaya distabilkan oleh pasukan perubatan.
Rivers kini dalam keadaan koma dan belum sedarkan diri.
Ramai yang mengaitkan kejadian yang menimpanya itu sebagai balasan akibat kelancangan mulutnya sebelum ini.
Wallahu a’lam…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Penderma Darah Berpeluang Naiki Jentera Bomba
KOTA BHARU – Buat pertama kalinya orang ramai yang menderma darah sempena Kempen Derma Darah Merdeka pada 1 September ini berpeluang merasai menaiki Kenderaan Perkhidmatan Kecemasan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat dan dibawa mengelilingi bandar ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan Bazri Abdul Rahman berkata program yang melibatkan kerjasama Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi), Grand River View (GRV) Hotel dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) itu bermula dari pukul 9 pagi sehingga 4 petang di Lobi Hotel GRV.
“Penderma akan dibawa mengelilingi bandar Kota Baharu sejauh 10 kilometer untuk merasai pengalaman ini selain boleh menangkap gambar di atas motosikal berkuasa tinggi yang kami bawa pada hari berkenaan.
Ini merupakan acara pertama kali yang kami lakukan untuk bagi memberi penghormatan kepada mereka yang sudi menderma,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, Timbalan Presiden Kemudi Zabidi Ishar berkata pihaknya mensasarkan lebih 170 liter darah dapat dikumpul pada kempen tersebut.
Katanya, pada program itu turut diadakan pemeriksaan kesihatan dan ujian “pap smear” secara percuma selain pendaftaran bagi pendermaan organ.
Kempen itu akan dirasmikan Pengarah HRPZII Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan di lobi Hotel GRV itu dan kempen itu juga bagi menampung kekurangan bekalan darah di hospital berkenaan. – BERNAMA
TOP
Ini Gadis Atau Syaitan? Hina Islam Dengan Najis & Darah Haid
Aktivis dan feminis Mesir, Aliaa Magda Elhamda, 23, bertindak sangat biadap semata-mata bagi menunjukkan kebencian terhadap Islam yang digambarkannya menyokong keganasan, rasis dan hipokrasi.
Menerusi laman sosial Aliaa memuat naik gambar dirinya bersama seorang lagi wanita berhijab sedang membuang besar dan memandang belakang sambil menunjukkan jari tengah. Dia pula memandang hadapan dalam keadaan sedang datang haid. Najis dan darah mereka dilumur pada bendera kumpulan gerakan penentang di Iraq, ISIS yang tertulis kalimah Allah. Justeru mana-mana umat Islam yang melihat gambar ini pasti berasa sakit hati. Sesungguhnya ini bukan soal sama ada kita menyokong perjuangan ISIS atau tidak tetapi perlakuan Aliaa telah menghina agama Islam secara umum. Begitu pun kebanyakan media cetak Arab dikatakan tidak melayan kegilaan Aliaa ini kerana tak mahu mencetak artikel bersama gambarnya bagi menjaga kesucian kalimah suci yang terdapat pada bendera yang disabotaj. Ini bukan kali pertama Aliaa bertindak melampaui batas. Pada 2011 dia mengepos gambar bogelnya di laman sosial bagi menunjukkan pendirian sama.
Tindakan itu mencetus kontroversi namun Aliaa tidak membalas kritikan diterimanya sementara pada masa sama terus aktif memperjuangkan hak sama rata wanita dan lelaki di Mesir. - REM RAMZI / MYNEWSHUB.MY
Menerusi laman sosial Aliaa memuat naik gambar dirinya bersama seorang lagi wanita berhijab sedang membuang besar dan memandang belakang sambil menunjukkan jari tengah. Dia pula memandang hadapan dalam keadaan sedang datang haid. Najis dan darah mereka dilumur pada bendera kumpulan gerakan penentang di Iraq, ISIS yang tertulis kalimah Allah. Justeru mana-mana umat Islam yang melihat gambar ini pasti berasa sakit hati. Sesungguhnya ini bukan soal sama ada kita menyokong perjuangan ISIS atau tidak tetapi perlakuan Aliaa telah menghina agama Islam secara umum. Begitu pun kebanyakan media cetak Arab dikatakan tidak melayan kegilaan Aliaa ini kerana tak mahu mencetak artikel bersama gambarnya bagi menjaga kesucian kalimah suci yang terdapat pada bendera yang disabotaj. Ini bukan kali pertama Aliaa bertindak melampaui batas. Pada 2011 dia mengepos gambar bogelnya di laman sosial bagi menunjukkan pendirian sama.
Tindakan itu mencetus kontroversi namun Aliaa tidak membalas kritikan diterimanya sementara pada masa sama terus aktif memperjuangkan hak sama rata wanita dan lelaki di Mesir. - REM RAMZI / MYNEWSHUB.MY
TOP
GAMBAR: Lelaki Lamar Kekasih Atas 99,999 Cili Merah
DALAM banyak-banyak lamaran, kami rasa ini antara lamaran yang paling unik.
Lelaki dari Wilayah Hebei, China ini memilih untuk melamar kekasihnya di luar kilang memproses cili, semalam.
Menariknya, sebanyak 99,999 cili merah digunakan bagi membentuk ‘hati’ gergasi.
Dia juga meminta bantuan rakan-rakannya untuk memegang potret mereka berdua.
Oh, memang ‘pedas’….
GAMBAR: Lelaki Lamar Kekasih Atas 99,999 Cili Merah GAMBAR: Lelaki Lamar Kekasih Atas 99,999 Cili Merah GAMBAR: Lelaki Lamar Kekasih Atas 99,999 Cili Merah GAMBAR: Lelaki Lamar Kekasih Atas 99,999 Cili Merah
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
(Sumber: Shanghaiist.com)
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
(Sumber: Shanghaiist.com)
TOP
Krisis Selangor: Hadi Awang Kunci Mulut
SHAH ALAM – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus menutup mulut mengenai langkah susulan parti itu berhubung calon yang akan dinamakan sebagai pengganti menteri besar Selangor.
Pembantunya, Mohd Adram Musa memberitahu pemberita bahawa parti itu akan mengadakan mesyuarat Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat bagi membincangkan mengenai isu berkenaan dalam masa terdekat.
“Tuan Guru (Abdul Hadi) tidak mahu bercakap dengan media pada masa ini. Biar perkara ini dibincangkan dahulu, kepimpinan PAS akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi,” katanya.
Hadi sebelum itu menyampaikan ucaptama pada forum Merdeka anjuran PAS.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata parti itu tidak berhasrat untuk menentang konsensus Pakatan Rakyat dengan menamakan calon PAS untuk jawatan menteri besar.
“Tidak, tidak ada niat,” katanya ketika ditanya pemberita.
Selasa lalu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Baginda meminta parti-parti dalam Pakatan Rakyat supaya mengemukakan lebih daripada dua nama untuk dipertimbangkan sebelum dilantik ke jawatan itu.
Sehingga kini PKR dan DAP berkeras untuk hanya mengemukakan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal.
Bagaimanapun PAS sudah menyatakan hasrat untuk mengemukakan tiga nama Adun PKR sebagai pengganti Khalid.
Sebelum ini PAS pernah menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua untuk dilantik ke jawatan itu. – The Star Online
TOP
Gambar Palsu Hantu Di HUSM Tersebar Dilaman Sosial
Sekeping gambar yang kononnya memaparkan imej hantu di HUSM kian tersebar di laman sosial. Namun gambar tersebut ternyata palsu apabila beberapa pakar gambar mendedahkan gambar tersebut menggunakan teknik super impose. Gambar tersebut telah pun tersebar sejak awal tahun 2014 lagi.
Perkara yang tidak berasas ini sepatutnya tidak tersebar kuatiri dapat mengganggu ketenteraman pesakit serta perkerja di hospital tersebut. - SiakapKeli.com
Perkara yang tidak berasas ini sepatutnya tidak tersebar kuatiri dapat mengganggu ketenteraman pesakit serta perkerja di hospital tersebut. - SiakapKeli.com
TOP
Muka Bayi Bengkak Teruk Akibat Digigit Semut Charlie
11 jam yang lulu, seorang pengguna Facebook, Melissa Melly berkongsi dua gambar yang menjadi viral di laman Facebook.
Gambar yang menunjukkan wajah seorang bayi malang digigit oleh seekor semut yang paling digeruni oleh umat manusia iaitu Semut Charlie.
Menurut seorang lelaki yang pernah menjadi mangsa kepada serangga ini, Semut Charlie ini gemar berada di tempat yang bersuhu lembab terutamanya di tuala yang lembab. Jika terkena gigitannya, mangsa dengan serta merta akan berasa panas dan seperti terkena api. Sebaiknya segera simbah dengan air biasa. Namun, jangan pula digaru, kerana ia mudah merebak dan membengkak. Jika terkena banyak gigitan, kulit akan melepuh seperti terkena air panas. Mangsa juga akan berasa pedih dan gatal-gatal. Jangan sesekali cuba memecahkan kesan lepuh kerana ia boleh menyebabkan air bisa tersebut merebak ke bahagian kulit yang lain. Dalam tempoh 7 hari, rasa gatal akan mula hilang. Dan apabila sudah kering, ia akan meninggalkan kesan parut seperti terbakar. Sapukan dengan ubat seperti Bio Oil untuk menghilangkan kesan-kesan parut. Semut Charlie ini juga selalu ditemui di kawasan sawah padi. Walau bagaimanapun, setelah membuat pencarian di Google, kejadian yang menimpa bayi berkenaan bukanlah berpunca dari semut Charlie. Ia sebenarnya penyakit Neurofibromatosis. Dan gambar bayi itu diperolehi dari negara jiran, Thailand. - My Media Hub Online
Gambar yang menunjukkan wajah seorang bayi malang digigit oleh seekor semut yang paling digeruni oleh umat manusia iaitu Semut Charlie.
Menurut seorang lelaki yang pernah menjadi mangsa kepada serangga ini, Semut Charlie ini gemar berada di tempat yang bersuhu lembab terutamanya di tuala yang lembab. Jika terkena gigitannya, mangsa dengan serta merta akan berasa panas dan seperti terkena api. Sebaiknya segera simbah dengan air biasa. Namun, jangan pula digaru, kerana ia mudah merebak dan membengkak. Jika terkena banyak gigitan, kulit akan melepuh seperti terkena air panas. Mangsa juga akan berasa pedih dan gatal-gatal. Jangan sesekali cuba memecahkan kesan lepuh kerana ia boleh menyebabkan air bisa tersebut merebak ke bahagian kulit yang lain. Dalam tempoh 7 hari, rasa gatal akan mula hilang. Dan apabila sudah kering, ia akan meninggalkan kesan parut seperti terbakar. Sapukan dengan ubat seperti Bio Oil untuk menghilangkan kesan-kesan parut. Semut Charlie ini juga selalu ditemui di kawasan sawah padi. Walau bagaimanapun, setelah membuat pencarian di Google, kejadian yang menimpa bayi berkenaan bukanlah berpunca dari semut Charlie. Ia sebenarnya penyakit Neurofibromatosis. Dan gambar bayi itu diperolehi dari negara jiran, Thailand. - My Media Hub Online
TOP
Kementerian Akan Pantau Pelan Penstrukturan Semula MAS
PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia akan memantau secara terinci pelaksanaan ‘Pelan Penstrukturan Semula MAS’ yang diterajui Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) supaya tidak menjejaskan kebajikan pekerjanya.
Menterinya, Datuk Richard Riot Anak Jaem berkata, satu mesyuarat khas telah diadakan baru-baru ini untuk mengetahui pelan strategik dan pelaksanaan Khazanah termasuk masa depan kakitangan.
Katanya, beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar.
“Saya berpuas hati dengan penjelasan beliau. Dalam kata lain MAS akan memastikan pekerja yang memilih untuk tidak kekal bersama MAS atau memilih untuk latihan semula kemahiran akan terjaga kepentingan mereka,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Sijil Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu, di sini hari ini.
Semalam Khazanah mengumumkan 12 pakej pemulihan bagi membolehkan MAS kembali pulih dan mencatat keuntungan dalam tempoh tiga tahun.
Pelan pemulihan membabitkan suntikan dana RM6 bilion untuk MAS juga akan menyaksikan pengurangan 30 peratus atau 6,000 kakitangan syarikat penerbangan nasional itu daripada jumlah keseluruhan kira-kira 20,000 ketika ini.
Selain itu bermula 1 Julai 2015, MAS akan menjadi sebuah syarikat baharu dan akan memeterai kontrak dengan pembekal bagi terma yang saksama dan mengambil kira kesukaran kewangannya.
Mengulas lanjut Riot berkata, selain menawarkan Skim Pemberhentian Sukarela(VSS), MAS juga akan menyediakan latihan kemahiran semula serta penempatan semula kakitangan termasuk di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di seluruh negara.
Katanya, selepas pelan pemulihan MAS itu dilaksanakan, hanya Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) akan mewakili dan memperjuangkan hak anggotanya. – BERNAMA
TOP
Cara KM Urus Isu perumahan Di P.Pinang Dikesali
KEPALA BATAS – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan kesal dengan cara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menguruskan isu perumahan yang kian meruncing di negeri ini.
Beliau berkata, alasan yang diberikan kerajaan negeri bahawa kelulusan pembinaan rumah perlu dibuat oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri dilihat sebagai usaha untuk membantutkan perancangan pembinaan rumah khususnya rumah mampu milik untuk rakyat.
“Sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam soal perumahan saya memang kesal. Di tempat lain kelulusan pembinaan rumah dikeluarkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan tetapi di Pulau Pinang ia perlu dibuat oleh kerajaan negeri.
“Terlalu banyak alasan dan jawapan tidak munasabah yang membuatkan pemaju merasakan seolah-olah ada dinding yang tidak boleh ditembusi di Pulau Pinang… ini bukan soal politik tetapi soal rumah untuk rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Kepala Batas di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata, sebagai ketua menteri, Lim sepatutnya mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan pihak pemaju perumahan dalam usaha menyelesaikan isu harga rumah yang tinggi serta permintaan rumah yang semakin meningkat.
“Kalau kerajaan negeri tidak mampu untuk membina rumah, kita ada syarikat swasta yang boleh melakukannya, tetapi kalau letak sekatan yang tidak munasabah dan alasan yang tidak masuk akal serta tiada ruang kompromi maka masalah tidak akan selesai,” katanya. – BERNAMA
TOP
MCA Bersedia Hadapi PRK Pengkalan Kubor Pada 25 Sept Ini
SEREMBAN – Jentera pilihan raya MCA kini bersedia menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor 25 September ini.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata MCA telah membentuk jawatankuasa untuk menyelaraskan gerak kerja jentera parti.
“Di peringkat pusat, saya telah mengarahkan timbalan saya Datuk Dr. Wee Ka Siong untuk menerajui jawatankuasa tersebut, manakala di peringkat negeri, jawatankuasa itu diketuai Naib Presiden MCA Datuk Dr. Hou Kok Chung.
Wee telah pun melawat kawasan itu semalam dan MCA akan mengadakan lebih banyak lagi program untuk mendampingi rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen MCA Negeri Sembilan di sini, Sabtu.
Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata terdapat lebih 200 pengundi kaum Cina di sana selain daripada kira-kira 2,000 pengundi bukan Melayu yang terdiri daripada masyarakat Siam.
“Saya berharap rakyat di DUN Pengkalan Kubor dapat bersama-sama dengan kerajaan dalam masa ini untuk kita meningkatkan lagi kekuatan negara kita dalam fasa transformasi negara,” kata Liow
Kerajaan memerlukan sokongan rakyat untuk menghadapi transformasi, mencapai status negara maju menjelang 2020 yang hanya tinggal enam tahun sahaja lagi.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar dari Barisan Nasional (BN), akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil itu pada 25 Sept manakala penamaan calon pada 13 Sept ini. – BERNAMA
TOP
Malaysia Sambut Baik Gencatan Senjata Israel, Palestin
KUALA LUMPUR – Malaysia menyambut baik perjanjian gencatan senjata jangka panjang antara Israel dan Palestin pada 26 Ogos, yang diusahakan Mesir sebagai orang tengah, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Beliau berkata Malaysia berharap perjanjian itu akan membolehkan Israel dan Palestin meneruskan rundingan secara langsung ke arah menjamin wujudnya keamanan berkekalan di rantau itu.
“Kami berharap gencatan senjata jangka panjang ini akan merintis jalan kepada rundingan bagi mencapai satu penyelesaian berkekalan terhadap sengketa Israel-Palestin,” katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.
Menurut Anifah, Malaysia sentiasa berpendapat keganasan bukanlah jawapan bagi apa jua konflik, sebaliknya keamanan hanya dapat dicapai melalui rundingan dan diplomasi.
Lebih 2,100 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, termasuk 495 kanak-kanak, terbunuh di Gaza akibat serangan Israel yang bermula 8 Julai. – BERNAMA
TOP
EPL: Torres Hampir Ke AC Milan Secara Pinjaman
LONDON – Penyerang Chelsea, Fernando Torres bakal mengakhiri penderitaannya di Stamford Bridge selepas dijadual menyertai kelab Itali, AC Milan secara pinjaman selama dua tahun.
Torres, 30 berdepan kesukaran bersama The Blues sejak perpindahannya yang memecah rekod British, STG50 juta (RM261.5 juta) dari Liverpool pada Januari 2011 selepas hanya meledak 45 gol dalam 172 penampilan bersama Chelsea dalam semua kejohanan.
Penyerang kelahiran Sepanyol itu dikatakan menjadi pilihan ketiga buat pengurus Chelsea, Jose Mourinho di belakang Diego Costa dan Didier Drogba malah masih belum diturunkan musim ini yang mungkin merubah fikirannya untuk menerima tawaran dari Milan.
“Chelsea dan AC Milan sudah bersetuju dengan terma perjanjian secara pinjaman selama dua tahun untuk Fernando Torres ke kelab Itali itu,” kata kenyataan yang dikeluarkan Chelsea.
“Perpindahan itu ketika ini bergantung kepada persetujuan Fernando terhadap terma perjanjian peribadi bersama AC Milan dan melepasi ujian perubatan.”
Seandainya perpindahan Torres lengkap, dia bakal menjadi salah satu pembelian paling merugikan dalam sejarah Liga Perdana Inggeris berdasarkan reputasi dan perbelanjaan mewah untuk menariknya dari Anfield ke Stamford Bridge.
Satu-satunya sumbangan Torres yang paling diingati buat Chelsea ialah menjaringkan gol penting pada perlawanan separuh akhir menentang Barcelona pada 2012 selain menamatkan kemarau jaringan ketika menentang West Ham selepas 14 penampilan.
Torres ketika ini masih mempunyai kontrak selama dua tahun bersama Chelsea dengan gaji STG150,000 (RM784,769) seminggu dan dijangka tidak akan kembali ke Stamford Bridge selepas kontraknya di San Siro berakhir.
Begitupun, ironinya sebelum berita perpindahan ini timbul, Mourinho semalam mendakwa dia tidak boleh kehilangan Torres kerana ia akan mengurangkan pilihannya dalam jentera serangan The Blues dengan jendela perpindahan musim panas akan menutup tirainya, Isnin ini. – AFP
TOP
Saling Melengkapi Demi Mencari Rezeki…
Tumpat – Seorang cacat penglihatan manakala seorang lagi dilahirkan sebagai kerdil, tetapi kedua-duanya saling melengkapi apabila mengayuh basikal roda tiga sejauh 20 kilometer (km) setiap hari untuk mencari rezeki.
Kaedah digunakan mereka ialah si kerdil menjadi pengemudi manakala yang cacat penglihatan mengayuh serta menjaga brek basikal yang sudah diubah suai dengan roda tambahan.
Walaupun pelik, itu rutin pasangan Mohamad Yusoff, 65, dan adik iparnya Hasnah Ngah, 56, untuk mencari sesuap nasi untuk menyara kehidupan mereka.
Walaupun pernah beberapa kali terjatuh ke dalam parit, gara-gara arahan Hasnah yang gagal difahami Mohamad kedua-duanya tetap komited berniaga dan tidak menjadikan insiden itu sebagai halangan.
Ini kerana mereka yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) tidak mahu menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk terperuk di rumah dan mengharapkan bantuan semata-mata. – myMetro Online
TOP
‘Jangan Manipulasikan Kenyataan Saya’ – Raisyyah Rania
PETALING JAYA – Model muaalaf yang kini menggunakan nama Raisyyah Rania bertegas mana-mana pihak termasuklah media yang ingin mengambil kenyataan menerusi status yang ditulis di Facebook miliknya agar tidak memanipulasikan maksud yang disampaikan itu.
Raisyyah atau lebih dikenali sebagai Felixia Yeap, 27, berkata, terdapat media sering memanipulasikan kenyataannya termasuklah sebuah akhbar telah memetik statusnya dengan laporan salah mengenai isu pasangan model berpakaian pengantin separuh bogel di Ipoh, Perak baru-baru ini.
“Saya terkejut sebab berita itu dipaparkan tanpa pengetahuan saya dan tajuk yang diberi itu agak kasar, kedengaran seperti angkuh.
“Walhal, saya tidak pernah berniat untuk marah sesiapa pun. Saya hanya ikhlas menyeru orang ramai untuk berpakaian lebih sopan di tempat awam dan jika perlu berpakaian sedemikian atas sebab kerja (seperti model tersebut) maka ia sepatutnya dilakukan di tempat yang tertutup.
“Diharap setiap kenyataan saya di Facebook tidak lagi dimanipulasikan,” katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp pada Jumaat. Rabu lalu, Raisyyah telah menyelar sebuah akhbar di Instagram miliknya apabila tajuk berita yang digunakan iaitu ‘Tolonglah jaga maruah!” seolah-olah menunjukkan dia begitu angkuh bercakap perihal menutup aurat. Dia juga mendakwa kenyataannya telah dimanipulasikan. Sementara itu, Raisyyah juga berharap agar mana-mana pihak tidak keliru lagi dengan kerjayanya di mana dia sebenarnya masih seorang model, bukan bekas model seperti yang ditulis itu. “Ramai yang menganggap saya sudah bersara daripada kerja-kerja peragaan sedangkan saya masih seorang model cuma bezanya saya kini model dengan pakaian yang menutup aurat sahaja. “Sebagai seorang model, kita akan dilihat orang ramai, maka saya juga berharap model juga dapat menjadi contoh yang baik kepada gadis-gadis lain dari segi cara berpakaian,” tuturnya. - mStar Online
“Diharap setiap kenyataan saya di Facebook tidak lagi dimanipulasikan,” katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp pada Jumaat. Rabu lalu, Raisyyah telah menyelar sebuah akhbar di Instagram miliknya apabila tajuk berita yang digunakan iaitu ‘Tolonglah jaga maruah!” seolah-olah menunjukkan dia begitu angkuh bercakap perihal menutup aurat. Dia juga mendakwa kenyataannya telah dimanipulasikan. Sementara itu, Raisyyah juga berharap agar mana-mana pihak tidak keliru lagi dengan kerjayanya di mana dia sebenarnya masih seorang model, bukan bekas model seperti yang ditulis itu. “Ramai yang menganggap saya sudah bersara daripada kerja-kerja peragaan sedangkan saya masih seorang model cuma bezanya saya kini model dengan pakaian yang menutup aurat sahaja. “Sebagai seorang model, kita akan dilihat orang ramai, maka saya juga berharap model juga dapat menjadi contoh yang baik kepada gadis-gadis lain dari segi cara berpakaian,” tuturnya. - mStar Online
TOP
Hamas Tidak Mungkin Lucutkan Senjata
DOHA – Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal kelmarin menolak sebarang cubaan untuk melucutkan senjata pejuang Islam Palestin di Gaza seperti yang dituntut oleh Israel.
Dalam satu kenyataannya, Meshaal berkata, senjata pejuang Palestin itu ‘suci’.
“Senjata pejuang Palestin itu suci dan kami tidak akan menerima ia dijadikan agenda dalam mana-mana rundingan pada masa hadapan dengan Israel,” kata Meshaal pada satu sidang akhbar di sini di mana beliau hidup dalam buangan.
Israel sebelum ini bersetuju untuk membenarkan kemasukan bahan binaan dan barangan lain bagi membina semula Gaza jika Hamas melucutkan senjata mereka.
Perang selama 50 hari dengan Israel yang berakhir Selasa lepas telah menyebabkan banyak infrastruktur di wilayah Palestin itu musnah atau rosak teruk.
Namun, Meshaal berkeras bahawa Hamas tidak akan sekali-kali melucutkan senjata.
“Isu ini tidak boleh dirunding. Tiada sesiapa boleh melucutkan senjata Hamas,” katanya. – AFP
TOP
Puteri Brunei Palsu Didakwa Tipu RM1.5 Juta
Bangkok – Empat individu, termasuk seorang mendakwa puteri Sultan Brunei dituduh di mahkamah kerana terbabit dalam penipuan menyebabkan kerugian bernilai RM1.5 juta.
Polis Thailand kelmarin berkata Decha Surinrit, 52; isterinya, Ammaraporn Surinrit, 54; anak perempuan mereka, Sarocha Sathianpak, 21; dan Panrawee Tharapanya, 50 , didakwa menipu serta cuba menipu.
Semua suspek ditangkap dan dibebaskan dengan ikat jamin awal bulan ini. Penangkapan dibuat selepas lapan mangsa membuat aduan diperdaya memindahkan wang bernilai 15 juta baht ke akaun suspek.
Decha didakwa meyakinkan mangsa bahawa Ammaraporn adalah puteri Sultan Brunei yang memiliki wang serta barang kemas bernilai 100 bilion baht (RM10 bilion) yang dirampas mahkamah sebagai sebahagian daripada siasatan pihak berkuasa. Suspek turut menggunakan dokumen palsu kepada mangsa untuk mengukuhkan dakwaan berkenaan. – Agensi
TOP
Ukraine: NATO Beri Amaran Kepada Rusia
BRUSSELS – NATO hari ini memberi amaran kepada Russia berhubung apa yang ia sifatkan sebagai “pencabulan terang-terangan” kedaulatan Ukraine selepas Barat menuduh Moscow terbabit secara langsung dalam konflik itu.
NATO menyatakan Russia sudah mengerah anggota tentera untuk berperang di Ukraine dan membekalkan banyak senjata berat kepada pemberontak pro-Kremlin yang disifatkan Kiev sebagai satu pencerobohan.
“Ini bukan satu tindakan terpencil tetapi sebahagian daripada perkembangan bahaya sejak beberapa bulan lalu bagi menghuru-harakan Ukraine sebagai negara berdaulat,” kata Ketua Setiausaha NATO, Anders Fogh Rasmussen yang menyifatkan pengerahan tentera Russia ke sempadan sebagai “pencabulan terang-terangan” kedaulatan Ukraine.
“Kami menggesa Russia menamatkan tindakan ketenteraan tidak sah itu, menghentikan sokongan persenjataan kepada puak pemisah dan mengambil tindakan segera serta langkah betul bagi mengendurkan krisis buruk ini,” katanya.
Kiev dan Barat menyatakan tentera Russia kini mengetuai serangan balas pantas yang menyaksikan pemberontak menawan kawasan yang luas di wilayah tenggara Ukraine daripada tentera kerajaan.
Presiden Russia, Vladimir Putin, sudah beberapa kali menafikan Moscow bertanggungjawab memburukkan lagi konflik itu atau menghantar anggota tentera ke negara bekas Soviet itu. – AFP
TOP
EPL: Saya Perlu Lebih Dihormati – Van Gaal
LONDON – Louis van Gaal membalas kritikan atas permulaan hambar Manchester United di awal musim dan menegaskan dia adalah pilihan yang terbaik untuk mengembalikan kegemilangan Red Devils.
Sejak mengambil alih tugas selaku pengurus, United masih tercari-cari kemenangan pertama bersama Van Gaal selepas tewas kepada Swansea pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan seri kepada Sunderland.
Ia menjadi lebih parah selepas United kemudian diaibkan kelab divisyen tiga, Keynes Dons dalam kempen Piala Liga, pertengahan minggu lalu yang menyebabkannya panas dikritik.
Meskipun tewas, Van Gaal memecahkan rekod perpindahan British dengan membawa masuk bintang Real Madrid, Angel di Maria dengan nilai STG59.7 juta (RM312.3 juta) dan bersedia untuk meneruskan misinya.
Di Maria sepatutnya dapat merasai penampilan pertama EPL menentang Bunrley, malam ini namun Van Gaal tidak menjangkakan keajaiban serta merta daripadanya selain mengakui sepatutnya lebih dihormati dengan apa yang sedang diusahakannya.
“Saya sudah membaca artikel kamu dan saya adalah ‘Raja’ di Amerika Syarikat (lokasi United mencatat lima kemenangan berturut-turut dalam ujian pra-musim),” kata Van Gaal dalam sidang media.
“Kini saya tidak lagi, namun saya adalah Louis van Gaal dengan rekod dan falsafah yang sama. Ketika saya bermula dengan pasukan kebangsaan Belanda (2012), tiada siapa yang percaya kami mampu layak (ke Piala Dunia),” katanya.
Begitupun, Di Maria bukan satu-satunya pemain berprofil tinggi yang bakal membuat penampilan pertama minggu ini kerana ‘budak nakal’ Liverpool, Mario Balotelli juga dijangka akan diturunkan ketika The Reds bertemu pendahulu liga, Tottenham, esok. – AFP
TOP
Najib Tidak Tolak Kemungkinan Bertemu Dr Mahathir
KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Tun Razak tidak menolak kemungkinan mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung teguran bekas perdana menteri itu terhadap pentadbirannya.
“Apapun segala kemungkinan akan berlaku…harap ia berkesudahan dalam keadaan yang baik untuk Umno keseluruhannya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn di sini.
Najib yang juga Presiden Umno berkata demikian semasa menjawab pertanyaan sama ada beliau akan menemui Dr Mahathir, yang menegur dasar pentadbiran beliau menerusi blog www.chedet.cc, baru-baru ini.
Antara isu yang dibangkit bekas perdana menteri Malaysia paling lama itu ialah Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menyifatkan teguran itu sebagai masalah dalaman Umno, Najib berharap ia dapat diuruskan dan ditangani dengan sebaik-baiknya.
Najib berkata kenyataan beberapa pemimpin Umno berhubung teguran Dr Mahathir sebelum ini, juga menunjukkan mereka memberi sokongan penuh terhadap kepimpinan sedia ada.
“Tapi, dalam masa sama, kita hormati Tun Mahathir sebagai pemimpin yang lebih berpengalaman,” katanya.– BERNAMA
TOP
Penganggur Sorok Heroin Celah Kangkang Ditahan
ALOR SETAR – Seorang penganggur ditahan selepas dipercayai terbabit dengan pengedaran dadah dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Batu 10, Jalan Langgar menghala ke Pokok Sena dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata dalam sekatan pada jam 11.40 malam itu, polis turut merampas 455 gram dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai antara RM6,000 hingga RM7,000 daripada lelaki berusia 36 tahun itu.
“Polis telah menahan suspek yang menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda kerana berada dalam keadaan mencurigakan. Suspek yang enggan memberi kerjasama cuba melanggar anggota polis dan bertindak agresif tetapi berjaya ditahan.
Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu beg plastik berwarna hitam yang berisi bungkusan kertas yang mengandungi plastik lutsinar berisi heroin yang cuba disorokkan oleh suspek di bahagian celah kangkangnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini hari ini.
Adzaman berkata suspek yang berasal dari Alor Setar itu dipercayai menjalankan kegiatan pengedaran di sekitar kawasan bandaraya ini dan mendapat bekalan dadah dari Pulau Pinang.
“Hasil siasatan mendapati bahawa suspek mempunyai 11 rekod lampau yang melibatkan sembilan kes jenayah dan dua kes dadah.
“Kali terakhir suspek ditahan adalah pada tahun 2008 kerana melakukan kesalahan curi motosikal dan bagi kes kali ini suspek akan ditahan reman bermula hari ini sehingga Khamis depan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati mandatori. – BERNAMA
TOP
Hina Sultan: Naib Pengerusi PKR Johor Diikat Jamin
SHAH ALAM – Naib Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim yang dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam untuk disoal siasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan menghina sultan.
Beliau yang hadir kira-kira jam 2.30 petang tadi diambil keterangan hampir sejam dan disoal siasat berkenaan kenyataannya yang dimuat naik dalam akaun Twitter miliknya.
“Pada akhir ketika memberi keterangan itu, pegawai penyiasat ada bertanya kepada saya adakah mengaku bersalah.
“Saya hanya menjawab ringkas, tidak dan saya menggunakan hak saya untuk mendiamkan diri,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan IPD Shah Alam, di sini, hari ini.
Hadir sama menemani Hassan ialah peguamnya, Mohd Radzlan Jalaluddin dan beberapa penyokong beliau.
Hassan dipanggil ke IPD Shah Alam hari ini berhubung siasatan ke atas beliau kerana didakwa mengeluarkan kenyataan dalam akaun Twitternya yang dikatakan menghina Sultan Selangor.
Antara kenyataan beliau itu berbunyi,”Sultan jenis apa dia ni? Ketika Selangor dalam krisis serius dia lari keluar negeri dan kerajaan Khalid di Selangor sekarang kerajaan haram, Exco pun haram; keputusan mesyuarat pun haram; gaji pun haram. Istana sokong benda haram”.
Ketika ini, Hassan masih tidak didakwa atau ditahan pihak polis sehingga satu waran tangkap dikeluarkan.
Peguamnya, Mohd Radzlan memberitahu anak guamnya berkemungkinan akan dikenakan waran tangkap namun diberikan jaminan polis.
“Saya tengah menunggu proses untuk jaminan polis, kehadiran anak guam saya untuk memberi keterangan sebagai orang yang disyaki
“Sama ada dakwa atau tidak, itu tidak pasti,” ujarnya lagi. – Sinar Harian Online
TOP
Pengacara Astro Tidak Tahu Apa-Apa Berkenaan Bola Sepak - TMJ
Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau dengan nama glamornya TMJ baru-baru ini mengkritik pengacara Astro yang dikatakan olehnya sebagai tidak professional di dalam satu artike yang bertajuk "Jadilah Pengacara yang Professional".
Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata pengacara Astro tidak menyampaikan maklumat berdasarkan fakta kepada penyokong bola sepak tanah air.
"Bagi pandangan saya, pengacara Astro tidak profesional dan tidak tahu apa apa berkenaan bola sepak. Begitu banyak komen yang berat sebelah dan tidak memberi maklumat yang berdasarkan fakta kepada penyokong-penyokong bola sepak tanah air. Yang pertama berkenaan dengan pasukan Harimau Muda A yang berada di Australia. Zainal Abidin Raub mengatakan bahawa pemain bola sepak pasukan Harimau Muda A menerima pengalaman yang bagus di Australia dan mampu beraksi untuk pertandingan peringkat Asean. Kami sentiasa menyokong pasukan kebangsaan namun bagi pendapat saya kenyataan itu tidak benar. Ini kerana pasukan Harimau Muda A bermain di liga kampung di Australia. Bukan liga gred A. Tetapi liga gred D atau E. Pasukan kita dihantar ke Australia oleh kerana ada beberapa individu yang ada kepentingan peribadi mereka dan bukan dengan niat untuk menambah baik lagi mutu pasukan kita.",kata beliau di laman web johorsoutherntigers.com.my.
TOP
Upin, Ipin Tarikan Utama Sambutan Kemerdekaan Esok
Ikon animasi negara, Upin dan Ipin menjadi antara tarikan utama pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 di Dataran Merdeka, Ahad ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ia sebahagian daripada pendekatan baharu yang ditonjolkan pada sambutan kali ini selain usaha meningkatkan semangat patriotisme dalam diri anak-anak.
“Watak animasi Upin dan Ipin yang kita anggap sebagai harta intelek negara yang semakin berkembang maju dapat menarik minat anak-anak, selain berharap semangat patriotisme dalam diri ibu bapa juga meningkat apabila membawa anak-anak pada acara sambutan”, katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan raptai sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka di sini, Khamis.
Upin dan Ipin akan dipaparkan pada skrin besar di dataran bersejarah itu yang bertindak sebagai pengacara, selain menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti ‘Warisan’.
Raptai yang bermula pada 8 pagi turut melibatkan 14,220 peserta yang membuat persembahan termasuk perbarisan pasukan keselamatan, pertunjukkan aset keselamatan dan pertahanan negara serta formasi bendera.
Mengulas mengenai raptai itu, Ahmad Shabery berkata secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan persiapan tersebut walaupun terdapat beberapa perkara kecil yang perlu dipertingkatkan.
“Kalau boleh kita mahu kepada sesuatu yang hampir sempurna…seperti ‘grand stand’, bukan sahaja disediakan kepada tetamu tetapi juga sebagai kemudahan kepada penonton untuk menikmati persembahan dengan lebih baik”, katanya.
Ahmad Shabery turut mengingatkan rakyat supaya mengibarkan Jalur Gemilang bagi menzahirkan rasa cinta dan sayang mereka kepada negara.
“Walaupun dalam keadaan kita masih berhiba atas kejadian yang menimpa negara namun kita perlu terus melangkah ke depan dan menunjukkan semangat serta kesungguhan kepada tanah air”, katanya. – BERNAMA
TOP
Sanggup ‘Terbang’ Dari Filipina Nak ‘Beromen’ Pakwe Nigeria
Seorang isteri empat anak sanggup meninggalkan suaminya di Filipina semata-mata kerana mahu bertemu kekasihnya, seorang warga Nigeria di Taman Desa Melati, dekat sini.
Malah, wanita warga Filipina berusia 36 tahun itu turut mengakui menjalinkan hubungan seks dengan lelaki yang baru dikenalinya beberapa bulan lalu menerusi laman sosial.
Bagaimanapun, tindakan wanita itu terbongkar apabila dia ditahan ketika sedang berasmara di dalam sebuah bilik rumah dua tingkat yang disewa kekasihnya bersama rakan-rakannya itu.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Gende itu, dia tiba di negara ini pada 24 Ogos lalu setelah kos perjalanan termasuk tiket penerbangan ditaja kekasihnya yang merupakan seorang pelajar sebuah kolej swasta di Nilai.
“Saya kenal dia (kekasih) beberapa bulan lalu dan datang ke sini mahu bertemu dengannya. Saya menipu suami dengan memberitahu saya ke Malaysia mahu bertemu kawan.
“Kami sekadar bertemu untuk melepaskan rindu,” katanya selepas ditahan dalam satu operasi Jabatan Imigresen negeri di Taman Desa Melati, di sini, awal pagi semalam.
Serbuan kira-kira jam 3 pagi itu turut menemui bungkusan kondom yang telah dan belum digunakan termasuk minuman beralkohol di dalam bilik mereka.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Negeri, Faizal Fazri Othman berkata, wanita itu ditahan kerana disyaki memiliki pas palsu.
“Kita juga menahan kekasihnya berusia 26 tahun dan dua rakan senegaranya kerana memiliki dadah jenis ganja.
“Semua mereka akan diserahkan kepada Balai Polis Nilai untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Menurutnya, operasi bermula kira-kira jam 12 tengah malam itu dilakukan di dua lokasi iaitu Taman Desa Melati dan Apartment Nilai 3 selepas menerima maklumat awam dan hasil risikan pihaknya.
“Pemeriksaan seramai 250 warga asing di flat terbabit membawa kepada penahanan 27 lelaki dan enam perempuan.
“Mereka semua terdiri daripada 10 lelaki Bangladesh, satu lelaki India, enam perempuan Indonesia , empat lelaki Pakistan, enam lelaki Sri Lanka, satu lelaki Myanmar dan lima lelaki Nepal,” katanya.
Faizal berkata, serbuan di Taman Desa Melati pula, pihaknya menahan tujuh warga asing termasuk pasangan kekasih itu dan seorang wanita warga tempatan.
“Salah seorang lelaki warga Nigeria mengalami luka di kepala dan muka selepas cuba melarikan diri dengan terjun dari rumah dua tingkat,” katanya.
Menurut Faizal, tangkapan seramai 41 orang itu akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah, Seksyen 15 (1)(c) akta sama tinggal lebih masa, Seksyen 56 (1)(l) akta sama kerana memiliki pas palsu dan Seksyen 56(1)(d) akta sama kerana memberi perlindungan kepada warga asing.
Semua mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Lenggeng di sini untuk tindakan selanjutnya. – SINAR HARIAN
TOP
Tukang Urut Indon Yang Ditangkap Khalwat Mahu Terus Di Malaysia
Tarikh 8 Disember, 2011, merupakan hari bertugas seperti biasa buat Halimah, seorang tukang urut di pusat urutan herba tradisional di George Town, Pulau Pinang.
Sehinggalah wanita warga Indonesia itu didatangi pegawai dari jabatan agama yang menahannya di tempat kerjanya kerana didakwa berkhalwat, satu kesalahan di bawah undang-undang syariah.
Sejak itu, kehidupan wanita Katolik berusia 42 tahun itu berubah dan dihantui sistem perundangan selama dua tahun lapan bulan.
“Saya tidak pernah begitu takut sehingga didatangi pegawai agama. Rasa macam jantung saya berhenti. Mereka menahan saya.
“Mereka kata semuanya akan jadi baik kalau saya kata saya orang Islam. Saya takut dan keliru. Mereka gari dan bawa saya pergi,” katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara di tempat kerjanya.
Halimah ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan disoal siasat, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000.
Halimah didakwa pada 2 Mei, 2012 dan mengaku salah atas kesalahan khalwat. Dia dipenjara 14 hari dan didenda RM3,000.
“Kemudian baru saya sedar betapa bodohnya saya, susah bila saya buta huruf. Saya tidak faham apa yang berlaku. Saya tidak faham pendakwaan ke atas saya.
“Saya tidak tahu apa hendak buat. Saya tidak ada peguam ketika itu. Saya terlalu gementar, takut. Saya fikir jika saya mengaku bersalah masalah akan selesai,” katanya.
Halimah dan majikannya, Datin Josephine Ong, kemudian mendapatkan khidmat guaman mengetepikan pendakwaan itu apabila menyedari Mahkamah Syariah tidak ada bidang kuasa terhadap orang bukan Islam.
Mereka mencabar keputusan Mahkamah Syariah di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi serta mendapatkan bantuan Konsulat Indonesia di Pulau Pinang. Pihak peguambela berjaya mendapatkan dokumen membuktikan Halimah beragama Kristian, termasuk dokumen pembaptisannya.
Konsul Jeneral Ronald P Manik juga menulis kepada Ketua Hakim Syariah berhubung kes itu.
Selepas sekian lama, Halimah diberikan hak perbicaraan semula apabila Mahkamah Rayuan Syariah mengenepikan keputusan mahkamah rendah dan mahkamah tinggi.
Selasa lepas merupakan tarikh perbicaraan semula, namun sebelum Halimah mengaku tidak bersalah, pihak pendakwaan menggugurkan kes itu dan dia dibebaskan.
“Saya sangat bersyukur ia berakhir, terima kasih semua. Sangat rasa sangat sukar apabila kes itu masih bermain-main di fikiran saya.
“Setiap kali dimaklumkan untuk hadir di mahkamah, saya hilang selera makan. Saya tidak boleh tidur.”
Ibu kepada empat cahaya mata dari Bandung, Indonesia itu mempunyai anak lingkungan 17 tahun hingga 28 tahun dan tidak pernah memaklumkan kepada keluarganya berkenaan kes khalwat itu kerana enggan mereka bimbang akan dirinya.
“Saya mungkin akan ceritakan kepada mereka bagaimana keadaannya bekerja di Malaysia tapi tidak mengenai perkara ini. Mereka risaukan saya. Mereka risau kesihatan saya.
“Apa akan jadi kalau saya beritahu dan mereka melarang saya bekerja di sini? Siapa akan sara keluarga saya?”
Meskipun mengalami insiden sedemikian, Halimah masih bercadang untuk terus tinggal di negara ini.
“Selagi saya sihat, saya akan bekerja di sini kerana keluarga saya memerlukan wang. Bekerja di Malaysia okay,” katanya.
Halimah bekerja di Malaysia selama enam tahun, lima tahun daripadanya dia bekerja dengan Ong.
Setiap bulan, dia menghantar RM1,000 kepada keluarganya. Wang itu bagi menyara ibunya, 73, dua anak perempuannya yang sudah berkahwin, anak perempuan berusia 17 tahun dan cucunya yang berumur 10 tahun.
“Seluruh keluarga saya tinggal di kampung jauh dari bandar. Peluang pekerjaan sangat sedikit. Anak perempuan saya duduk di rumah menjaga ibu saya yang sakit, adik perempuannya dan cucu saya.”
Halimah membesar dalam kemiskinan dan disebabkan begitu miskin, ibu bapanya tidak mampu menghantar anak tunggal mereka itu ke sekolah.
“Saya datang ke Malaysia demi anak-anak. Saya tidak pernah meninggalkan kampung semasa muda. Tetapi kawan-kawa saya bercerita tentang bekerja di sini. Pada mulanya saya enggan kerana takut. Namun keadaan memaksa saya meninggalkan Indonesia.
“Saya bekerja di sawah padi semasa di Indonesia dan menerima RM5 sehari sebagai upah. Ketika musim menuai tamat, saya menjadi buruh. Ketika tiada kerja kami kelaparan,” katanya, sambil menambah keluarganya tidak mampu membeli ikan dan daging.
“Kadang-kadang kami makan ikan masin. Jika tidak, nasi campur telur dan tepung. Itu makanan anak-anak saya. Saya tidak mahu mereka terus dengan kehidupan sebegitu, jadi saya bekerja di sini.
Halimah bagaimanapun enggan bercakap mengenai suaminya.
“Saya tidak mahu cakap (tentang suami). Sakit hati.”
Selesai sahaja kes itu, dia kini boleh pulang ke kampungnya untuk bertemu dengan keluarga, namun dia berkata perlu mengumpul wang untuk pulang pada tahun hadapan.
“Saya hanya pulang ke kampung dua kali sejak bekerja di sini. Kali terakhir empat tahun lalu. Saya mahu melihat ibu saya. Saya rindukan anak-anak saya dan ingin melihat cucu saya membesar.”
Ong berkata dia gembira kerana Halimah sudah bebas namun insiden berkenaan meninggalkan trauma buatnya.
“Sewaktu pegawai-pegawai itu memasuki premis dan menaiki tangga mencari Halimah, bunyinya seperti kuda berlari ke dalam kedai.
“Kami hanya mampu melihat. Menakutkan. Ia pengalaman buruk buat kami,” kata Ong yang membayar semua yuran guaman Halimah.
Ketika Halimah dibicarakan, mereka tidak tahu apa-apa berkaitan undang-undang syariah atau samada Halimah perlukan seorang Islam bagi menjaminnya.
“Tapi sekarang saya tahu satu dua perkara tentang mahkamah syariah,” kata Ong, dan menambah, mereka mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam veteran Cecil Rajendran, yang turut menjadi pemerhati untuk Majlis Peguam dan Pertubuhan Hak Asasi Manusia.
Menjalankan perniagaan pusat urut tradisional selama 10 tahun menyebabkan Ong mengerti premisnya berisiko diserbu pihak berkuasa bila-bila masa.
Disebabkan itu, Ong berkata, dia hanya menggaji pekerja bukan Islam di premisnya daripada Indonesia, Thailand dan China.
“Kami sedar. Kami memastikan kakitangan tidak terlibat dengan perkara bukan-bukan. Kami pun tidak mahu masalah,” katanya.
Cecil berkata, kes Halimah menjadi pengajaran kepada orang Islam dan bukan Islam.
Meskipun mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadap bukan Islam, tiada pembelaan disediakan bagi mereka yang ditahan dan didakwa secara salah di mahkamah syariah.
“Apabila bukan Islam terperangkap dalam kes di mahkamah syariah, dia tidak mempunyai akses kepada peguam bukan Islam atau penjamin bukan Islam.”
Cecil berkata, mahkamah syariah boleh sewenang-wenangnya melanggar undang-undangnya sendiri dan tiada siapa boleh mempertikaikannya kerana akan dianggap subjudis.
Tambahnya lagi, meskipun ada bukti kukuh, hak wanita, pekerja asing dan agama minoriti tertindas dalam kes “pendakwaan meragukan” ke atas Halimah.
“Apa yang berlaku kepada Halimah boleh berlaku kepada mana-mana bukan Islam di Malaysia. Pembebasan Halimah bukan disebabkan undang-undang atau proses perundangan tetapi disebabkan campur tangan konsulat Indonesia.
“Jika Halimah tidak mempunyai majikan yang menyokongnya, dia akan berada di penjara untuk kesalahan yang tidak dilakukannya,” katanya.
“Memandangkan pendakwa tidak menunjukkan bekas kasihan atau menyesal, kami sekarang sedang melihat bagaimana mengelakkan tragedi serupa berulang. Kami mungkin akan memfailkan saman terhadap pihak berkuasa kerana membuat pendakwaan dengan niat jahat.” – The Malaysian Insider
TOP
MH370: 58 Lokasi Pencarian Dikenal Pasti – Liow
SEREMBAN – Sebanyak 58 lokasi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dikenal pasti di kawasan seluas 60,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kawasan itu dikenal pasti berdasarkan analisis terbaru yang diperhalusi.
Katanya, misi itu akan dijalankan selama setahun dengan menggunakan peralatan lautan dalam termasuk kenderaan bawah laut dilengkapi dengan mesin pengimbas tepi sonar, alat bunyi bergema dan peralatan video.
“Kerajaan hanya memfokuskan di kawasan berkenaan dan tidak membabitkan kawasan darat kerana berdasarkan siasatan pakar sebelum ini yang mengesahkan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi,” katanya. - BH Online
TOP
Pelaksanaan Sistem Transaksi Elektronik Ditangguh – Fadillah
PETALING JAYA – Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Mohd Yusof mengesahkan penangguhan pelaksanaan transaksi 100 peratus elektronik dua plaza tol utama di Lebuh Raya Persekutuan dibuat selepas menimbangkan banyak faktor terutamanya kepentingan pengguna lebuh raya utama berkenaan.
Beliau berkata pihak kementerian telah mengarahkan pemegang konsesi, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) supaya menangguhkan pelaksanaan transaksi elektronik ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
“Selepas mendengar maklum balas dalam mesyuarat yang diadakan dengan Umno Selangor dan PLUS, pihak kementerian melihat ada asasanya untuk membuat penangguhan ini.
“Kita faham hasrat PLUS melaksanakan transaksi elektronik ini bagi memudahkan pergerakan trafik terutamanya lori yang menggunakan laluan di plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau. Justeru, saya telah mengarahkan agar pihak PLUS memberikan penerangan yang menyeluruh terlebih dahulu sebelum melaksanakan sistem berkenaan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Sabtu.
Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, pihak PLUS juga menyusun pelbagai program dengan menggalakkan penggunaan kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go sebelum transaksi elektronik berkuatkuasa secara menyeluruh.
“Pada ketika ini, berdasarkan maklumat yang diperolehi, hampir 70 peratus pengguna yang menggunakan Lebuh Raya Persekutuan telah menggunakan transaksi elektronik. Penangguhan ini bersifat sementara dan sebaik sahaja sesi penerangan selesai, kita akan maklumkan tindakan selanjutnya,” katanya.
Pada Khamis, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menggesa Kementerian Kerja Raya menangguhkan pelaksanaan transaksi elektronik 100 peratus plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau yang sepatutnya berkuatkuasa 1 September ini.
Beliau dilaporkan berkata, penangguhan tersebut wajar dibuat kerana pengguna tidak mendapat maklumat yang jelas mengenai kepentingan pelaksanaan transaksi elektronik 100 peratus di plaza tol tersebut.
Sementara itu, Lembaga Lebuh Raya (LLM) dalam satu kenyataan melaporkan penangguhan tersebut dibuat bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengguna di dua plaza tol membiasakan diri dengan penggunaan kad transaksi elektronik terlebih dahulu sebelum sistem berkenaan dikuatkuasakan.
LLM berkata tujuan peralihan daripada transaksi tunai kepada elektronik ini juga dibuat bagi memudahkan syarikat konsesi melaksanakan program rebat atau diskaun yang hanya boleh didapati bagi mereka yang menggunakan transaksi elektronik sekaligus dapat mengurangkan beban pengguna lebuh raya. - mStar Online
TOP
SEGERA: Pencuri Berlian RM1.4 Juta Di Bukit Bintang Ditahan!
Dua lelaki yang mencuri dua cincin berlian bernilai RM1.4 juta di Bukit Bintang pertengahan bulan ini berjaya ditahan di Zurich, Switzerland pada Khamis.
Pengurus Keselamatan Penjual Barangan Emas Antarabangsa, Martin Winckel berkata, dua penjenayah terbabit ditahan ketika berkeliaran di Bahnhofstrasse untuk mencuri berlian di sebuah kedai di situ
Suspek dipercayai warga Taiwan itu pada mulan berkunjung ke tiga buah kedai dan menyatakan minat terhadap berlian bernilai tinggi.
Bagaimanapun semasa berada di kedai ketiga, kedua-duanya telah ditahan oleh polis berikutan gelagat mereka yang mencurigakan.
Menurutnya, seorang daripada dua suspek merupakan perancang utama dan dikenali sebagai Meng.
Jelasnya, identiti itu dikenalpasti menerusi cap jari yang diambil ketika suspek ditahan pada 2012.
“Mereka (suspek) sangat terkejut (ketika ditahan).
“Sekarang polis daripada beberapa negara seperti Malaysia, Switzerland, Jerman, Belgium, Britain dan Bahrin sedang berkerjasama,” katanya sambil menambah Meng, 46, mempunyai waran tangkap dari Bahrin.
Penjenayah profesional dalam mencuri berlian dan emas itu didakwa telah melarikan barangan berharga di Bukit Bintang pada 14 Ogos lalu.
Mereka juga dipercayai menggunakan beberapa pasport untuk memasuki setiap negara bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.
TOP
Jangan Politik, Butar Belit Teguran Tun Mahathir
KUALA LUMPUR – Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) meminta pelbagai pihak agar tidak mempolitik atau memutar belit teguran Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
“Bagi saya, teguran Tun Mahathir itu seumpama bapa menegur anak. Namun pihak lain tidak patut memutar belit teguran tersebut semata-mata memenuhi agenda sendiri,” kata Presiden PPKM Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh kepada Bernama hari ini.
Wan Mahmood berkata demikian ketika mengulas tentang teguran Dr Mahathir menerusi blog www.chedet.cc dan kesediaan Najib bertemu bekas perdana menteri itu.
Antara isu yang dibangkit Dr Mahathir adalah Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan pemansuhanAkta Keselamatan Dalam Negeri.
Wan Mahmood, yang mewakili persatuan yang dianggotai lebih 40,000 bekas pegawai kerajaan, turut memuji sikap terbuka Najib atas kesediaan beliau bertemu Dr Mahathir dan menganggap sikap itu perlu dicontohi pemimpin lain terutama barisan pemimpin muda yang menerajui sayap Umno.
Rakyat pula, katanya, tidak harus mudah menerima sebarang maklumat berunsur fitnah terhadap pentadbiran perdana menteri.
Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam, Najib berkata beliau tidak menolak kemungkinan mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir berhubung teguran bekas perdana menteri itu terhadap pentadbirannya.
“Apapun segala kemungkinan akan berlaku…harap ia berkesudahan dalam keadaan yang baik untuk Umno keseluruhannya,” kata Najib. – BERNAMA
TOP
Sarawak Cadang Libatkan Penan Dalam Industri Buluh
ALOR SETAR – Gerak kerja jentera Barisan Nasional (BN)perlu dipertingkatkan bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan, 25 Sept ini walaupun kerusi DUN itu dilihat sebagai kubu kuat BN.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata usaha untuk mengekalkan kerusi itu di tangan BN tidak harus dipandang mudah sungguhpun penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar meninggalkan rekod yang baik sepanjang berkhidmat di kawasan berkenaan.
“Insya-Allah, saya yakin berbekalkan perpaduan dan kesatuan di kalangan ahli Umno, kita dapat mempertahankan kerusi Pengkalan Kubor,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Pokok Sena di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampung dekat sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor pada 25 Sept manakala hari penamaan calon pada 13 Sept.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Noor Zahidi, 57, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.
Mengenai sambutan Hari Kemerdekaan esok, Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata rakyat tidak mengira kaum serta agama perlu menyumbang dan memainkan peranan masing-masing dalam memajukan negara.
“Bukan setakat pembangunan fizikal, malah perpaduan perlu ditingkatkan bagi melahirkan sebuah negara yang stabil. Kalau rakyat berbalah, banyak keburukan dan kemunduran akan berlaku.
“Contohnya China, dulu merupakan sebuah negara yang miskin, namun hasil kesatuan rakyatnya, ia telah menjadi satu kuasa ekonomi yang besar di dunia,” katanya. – BERNAMA
TOP
MAS Akan Menerima CEO Baharu – Khazanah Nasional
KUALA LUMPUR — Khazanah Nasional Bhd kini meninjau calon-calon berpotensi dari industri penerbangan global dan juga tempatan untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Malaysia Airlines yang distruktur semula, kata Pengarah Urusan Khazanah Nasional Tan Sri Azman Mokhtar.
CEO baharu itu, yang bakal menggantikan Ahmad Jauhari Yahya (gambar) , akan diumumkan akhir tahun ini.
Ahmad Jauhari, yang kontrak tiga tahunnya dijadual tamat bulan depan, akan terus menerajui entiti sedia ada MAS sehingga 1 Julai 2015 bagi melicinkan peralihan daripada entiti lama kepada entiti baharu MAS yang disusun semula.
“Kami sedang meninjau rakyat Malaysia, yang mungkin atau mungkin bukan rakyat Malaysia dan eksekutif industri penerbangan global.
“Minat orang untuk berkhidmat MAS tidak berkurangan,” katanya pada taklimat media mengenai 12 perkara Pelan Pemulihan MAS di sini hari ini.
Beliau tidak menolak kemungkinan melantik seseorang yang bukan berlatar belakangkan industri penerbangan.
Di bawah pelan 12 perkara itu, sebuah syarikat baharu akan ditubuhkan pada Julai 2015 untuk menempatkan MAS baharu, penghijrahan tenaga kerja yang bersesuaian dan amalan kerja dan kontrak yang betul ke dalam syarikat baharu.– BERNAMA
TOP
RM6 Bilion Memulih MAS – Bukan Bailout
KUALA LUMPUR– Khazanah Nasional Bhd hari ini menegaskanyang pelaburan RM6 bilion yang diperuntukkan dana negara itu untuk memulihkan Malaysia Airlines (MAS) bukanlah langkah menyelamat.
Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, dana negara berkenaan mampumendapat balik pelaburan melalui penyenaraian semula syarikat penerbangan nasional itu menjelang akhir 2017 dan akhir 2019, di bawah pembentukan satu syarikat baharu.
Syarikat baharu itu disasarkan kembali mencatat untung dalam tempoh tiga tahun selepas dinyah senarai, yang disasarkan selesai akhir tahun ini.
Ia akan membabitkan kos diperbetul dan struktur operasi serta tenaga kerja, ditanda aras dengan baik kepada amalan industri serta norma berdaya saing.
“Tumpuan utama kepada cadangan itu ialah kebolehan MAS untuk kembali mencatat untung.
“Kami telah mendiagnosis masalah itu dan ubat yang kami percaya di sini ialah ubat yang kami letakkan syarat ke atasnya,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pelan 12 perkara bagi memacu syarikat penerbangan nasional itu kepada keuntungan.
Azman berkata demikian ketika menjawab soalan bagaimana Khazanah akan mendapat balik RM6 bilion yang disuntik di bawah pelan pemulihan MAS.
“Ubat itu berkait dengan wang yang masuk. Jika anda tidak mengambil ubat, kami tidak akan beri wang,” katanya dengan menambah MAS tidak akan dipecahkan kepada entiti lebih kecil.
Sebelum ini, Khazanah telah menyuntik RM7 bilion ke dalam MAS untuk tujuan korporat di bawah Program Transformasi GLC.
Dana negara itu akan menyuntik sehingga RM6 bilion secara berperingkat-peringkat serta bersyarat dalam tempoh tiga tahun.
Daripada pelaburan RM6 bilion itu, RM1.4 bilion akan diguna untuk penyahsenarai syarikat lama MAS dan RM1.6 bilion untuk kos penstrukturan semula serta pemberhentian pekerja, tertakluk kepada syarat yang ketat, kata Azman.
Beliau berkata, baki RM3 bilion akan diguna sebagai suntikan modal progresif ke dalam syarikat baru MAS, secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga tahun mulai 2014 dan 2016.
Sementara itu, Kumpulan Wang Persaraan telah bersetuju untuk menukar sejumlah RM750 juta sukuk kekal sedia ada kepada ekuiti biasa, tertakluk kepada perjanjian muktamat di antara pihak berkaitan.– BERNAMA
TOP
Dua Murid Tahun Tiga Dakwa Diculik
GEORGETOWN – Dua murid perempuan Tahun Tiga mendakwa diculik di hadapan sekolah mereka di Batu Lanchang di sini semalam.
Jurucakap polis berkata murid berkenaan mendakwa mulut mereka ditekup dengan kain oleh dua lelaki sebelum ditarik masuk ke dalam sebuah van berwarna putih dalam kejadian kira-kira 1.45 tengah hari.
“Bagaimanapun ketika van itu berhenti di sebuah bank di Jalan Masjid Negeri, mangsa mengigit tangan suspek dan dapat meloloskan diri,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurutnya, ketika melarikan diri murid berkenaan terserempak dengan ibu rakan sekolah mereka yang kemudiannya menghantar mereka ke sekolah semula.
Beliau berkata ibu kepada seorang murid itu yang juga guru di sekolah berkenaan melaporkan kejadian itu kepada polis.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Abdul Rahman Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu petang semalam.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tiada saksi melihat kejadian itu dan kes itu sedang disiasat. – BERNAMA
TOP
GAMBAR: Pengedar Dadah Siap Bawa Sub Mesingan Ditahan!
Sungai Petani – Polis merampas sepucuk sub mesingan jenis Uzi, ratusan butir peluru serta lapan peket heroin selepas menahan seorang lelaki dalam satu kejadian di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, anggota polis peronda (MPV) yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan terserempak dengan suspek yang memandu Proton Wira Aeroback dalam keadaan mencurigakan.
Menurut sumber, suspek berusia 30-an yang berasal dari Padang Besar ditahan selepas dikejar kira-kira satu kilometer dari Jalan Hospital ke arah Jalan Badlishah, di sini, berhadapan IPD Kuala Muda selepas dia enggan memberhentikan keretanya. “Suspek memecut keretanya sehingga merempuh dua kereta di kawasan berkenaan. Suspek cuba melarikan diri menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan dua tembakan ke arah tayar kereta menyebabkan kenderaan itu terbabas. – Harian Metro
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, anggota polis peronda (MPV) yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan terserempak dengan suspek yang memandu Proton Wira Aeroback dalam keadaan mencurigakan.
Menurut sumber, suspek berusia 30-an yang berasal dari Padang Besar ditahan selepas dikejar kira-kira satu kilometer dari Jalan Hospital ke arah Jalan Badlishah, di sini, berhadapan IPD Kuala Muda selepas dia enggan memberhentikan keretanya. “Suspek memecut keretanya sehingga merempuh dua kereta di kawasan berkenaan. Suspek cuba melarikan diri menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan dua tembakan ke arah tayar kereta menyebabkan kenderaan itu terbabas. – Harian Metro
TOP
Anak Tunggal Allahyarham Datuk Sharifah Aini Selamat Bertunang
Kuala Lumpur: Sekian lama membujang, anak tunggal Allahyarham Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini, Aliff Omar Ali (gambar), 32, selamat mengikat pertunangan dengan doktor gigi, Sharifah Nur Athirah Syed Azmi, 28, di kediaman keluarga pihak perempuan di Shah Alam pada 23 Ogos lalu.
Perkara ini disahkan ayah kandungnya, Ali Bakar, 60, kepada Harian Metro, semalam yang merestui pilihan anak sulungnya itu.
Bagaimanapun Ali enggan memperkatakan secara terperinci mengenai majlis pertunangan sebagai menghormati permintaan Aliff yang lebih suka bersikap sederhana atau ‘low-profile’.
“Sebagai ayah, saya hanya boleh mengesahkan perkara itu (majlis merisik dan pertunangan) dan bersyukur kerana Aliff sudah bertemu pilihan hatinya. Maaflah saya tidak dapat bercakap panjang lebar kerana ia atas permintaan Aliff sendiri. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat mereka,” kata Ali.
ZALINDA (kanan) bergambar bersama Nur Athirah sejurus selesai majlis pertunangan.
Difahamkan, majlis itu berlangsung secara sederhana dan tertutup dengan dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Pada majlis itu, isteri Ali, Zalinda Haron, 40, yang juga ibu tiri Aliff, menyarungkan sebentuk cincin berlian ke jari Nur Athirah. Sementara itu, sumber terdekat dengan keluarga pihak lelaki berkata, Aliff dan Nur Athirah sudah dua tahun berkenalan selepas diperkenalkan keluarga masing-masing dalam satu majlis. Malah, arwah Sharifah Aini juga pernah bertemu calon menantunya itu dan merestui hubungannya dengan Aliff. “Cuma kita sedih apabila arwah Sharifah Aini pergi dulu sebelum sempat melihat Aliff mendirikan rumah tangga. Namun arwah sentiasa mendoakan kebahagiaan Aliff dalam apa juga keadaan,” kata sumber itu. Ketika ini Aliff sudah kembali ke kota Madinah bagi meneruskan pengajiannya dalam bidang perundangan islam yang masih berbaki kira-kira dua tahun lagi. Aliff pulang ke Kuala Lumpur Jun lalu untuk menghabiskan cuti semester selain menjaga arwah ibunya yang ketika itu mulai sakit. Aliff turut berada di sisi arwah ibunya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir pada 5 Jun lalu di Hospital Pakar Damansara dan kemudian mengimamkan sembahyang jenazah di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.
ZALINDA (kanan) bergambar bersama Nur Athirah sejurus selesai majlis pertunangan.
Difahamkan, majlis itu berlangsung secara sederhana dan tertutup dengan dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Pada majlis itu, isteri Ali, Zalinda Haron, 40, yang juga ibu tiri Aliff, menyarungkan sebentuk cincin berlian ke jari Nur Athirah. Sementara itu, sumber terdekat dengan keluarga pihak lelaki berkata, Aliff dan Nur Athirah sudah dua tahun berkenalan selepas diperkenalkan keluarga masing-masing dalam satu majlis. Malah, arwah Sharifah Aini juga pernah bertemu calon menantunya itu dan merestui hubungannya dengan Aliff. “Cuma kita sedih apabila arwah Sharifah Aini pergi dulu sebelum sempat melihat Aliff mendirikan rumah tangga. Namun arwah sentiasa mendoakan kebahagiaan Aliff dalam apa juga keadaan,” kata sumber itu. Ketika ini Aliff sudah kembali ke kota Madinah bagi meneruskan pengajiannya dalam bidang perundangan islam yang masih berbaki kira-kira dua tahun lagi. Aliff pulang ke Kuala Lumpur Jun lalu untuk menghabiskan cuti semester selain menjaga arwah ibunya yang ketika itu mulai sakit. Aliff turut berada di sisi arwah ibunya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir pada 5 Jun lalu di Hospital Pakar Damansara dan kemudian mengimamkan sembahyang jenazah di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.
TOP
Shiha (Mentor) Langgar Pantang Dilarang Bercakap
PETALING JAYA – Penyanyi Shiha (Mentor) tetap berdegil mahu meneruskan persembahannya pada Konsert Chow Kit Road 2.0 di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada malam Sabtu (hari ini) biarpun dimarahi doktor kerana melanggar pantang akibat penyakit Laryngitis (keradangan kotak suara).
Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 27, berkata, dia sepatutnya tidak dibenarkan bercakap selama 10 hari, namun terpaksa meneruskan persembahan memandangkan dia sudah berjanji dengan pihak penganjur.
“Sepatutnya saya perlu berehat dan tidak dibenarkan bercakap selama 10 hari.
“Tetapi dah ada urusan kerja, nak tak nak saya perlu melakukan persembahan pada konsert itu nanti.
“Sampaikan doktor saya marah kerana tidak ikut pantang. Kata dia, kalau pesakit lain, dah sembuh dah, tetapi saya tak sihat-sihat lagi,” katanya kepada mStar Online pada Jumaat.
Isnin lalu, Shiha telah dimasukkan ke wad Pusat Pakar KPJ Ampang Puteri selepas didapati terkena penyakit Laryngitis.
Shiha turut memuatnaik foto-foto sepanjang dia ditahan di hospital menerusi Instagram miliknya.
Menurut penyanyi lagu Halusinasi ini, penyakit berkenaan berpunca kerana dia terlalu banyak membuat latihan nyanyian sehingga menyebabkan suaranya hilang. Bagaimanapun, dia terpaksa keluar wad pada petang Jumaat kerana ingin membuat persediaan bagi persembahan Konsert Chow Kit Road 2.0. Sementara itu Shiha berharap penyakitnya itu tidak terlalu serius kerana dia risau jika ia mengganggu kerjayanya sebagai seorang penyanyi. “Bagi orang lain penyakit ini mungkin nampak kecil tetapi ia satu masalah besar buat saya kerana boleh mengganggu kerja nyanyian saya. “Sudahlah banyak urusan kerja yang belum diselesaikan, dapat pula penyakit ini. “Mungkin selepas persembahan konsert ini, saya terpaksa akur untuk berehat dengan lebih lama,” ujarnya. - mStar Online
Menurut penyanyi lagu Halusinasi ini, penyakit berkenaan berpunca kerana dia terlalu banyak membuat latihan nyanyian sehingga menyebabkan suaranya hilang. Bagaimanapun, dia terpaksa keluar wad pada petang Jumaat kerana ingin membuat persediaan bagi persembahan Konsert Chow Kit Road 2.0. Sementara itu Shiha berharap penyakitnya itu tidak terlalu serius kerana dia risau jika ia mengganggu kerjayanya sebagai seorang penyanyi. “Bagi orang lain penyakit ini mungkin nampak kecil tetapi ia satu masalah besar buat saya kerana boleh mengganggu kerja nyanyian saya. “Sudahlah banyak urusan kerja yang belum diselesaikan, dapat pula penyakit ini. “Mungkin selepas persembahan konsert ini, saya terpaksa akur untuk berehat dengan lebih lama,” ujarnya. - mStar Online
TOP
Wanita Belah Perut, Curi Bayi Di Mexico
Mexico City – Seorang wanita mengaku menikam seorang ibu yang hamil lapan bulan sebelum membelah perut mangsa untuk mencuri anak dalam kandungannya.
Maria Rodriguez, 29, dari wilayah Tepic, memberitahu polis, dia mengambil keputusan membunuh Nadia Avila dan mencuri bayi yang dikandungnya selepas menipu keluarganya bahawa dia hamil.
Menurut polis, dia kini berdepan dengan tuduhan membunuh bayi berkenaan dan ibunya.
Ketika menceritakan tindakannya itu, Maria berkata, dia mulanya memukul mangsa hingga pengsan selepas mempelawa Nadia ke rumahnya dengan alasan untuk memberikan baju bayi.
“Apabila saya menekup mulutnya, dia menggigit saya. Saya mengikat tangannya ke belakang untuk mempertahankan diri. Tetapi, ketika itu saya belum membunuhnya.
“Dia menjerit, meminta saya membiarkannya. Saya memukulnya lagi hingga dia pengsan.
MARIA mengaku menikam seorang ibu yang hamil lapan bulan sebelum membelah perut mangsa.
“Kemudian saya melondehkan seluarnya dan menikam perutnya.
“Dia bergerak sedikit. Saya membelah perutnya dan mengambil anak itu secepat mungkin kerana tidak mahu dia mati.
“Tetapi saya gagal mengambil bayi berkenaan. Saya melakukannya secara paksa dan berjaya tetapi dia mati,” kata Maria.
Maria memberitahu polis, dia terlalu inginkan bayi, tetapi tidak tahu untuk memberitahu keluarganya yang dia tidak hamil.
“Sebelum ini haid saya lewat dan memeriksa darah, tetapi keputusannya negatif. Saya begitu perlukan anak dan semua anggota keluarga menyangka saya hamil. Tetapi saya hanya memperdayakan mereka dan akhirnya, tidak tahu untuk memberitahu keadaan sebenar.
“Tetapi, apabila melihat Nadia yang sarat mengandung, terlintas di hati saya, inilah peluang saya. Saya tidak mengenalinya langsung dan hanya dua kali melihatnya. “Saya memutuskan untuk mencuri kandungannya,” kata Maria.
Dia ditangkap selepas memanggil pasukan perubatan untuk membawa mayat bayi yang dikeluarkannya dari perut mangsa supaya boleh memberitahu keluarganya bahawa dia keguguran.
“Bagaimanapun, pasukan perubatan mula mengesyaki sesuatu apabila wanita itu tidak membenarkan mereka memasuki rumahnya,” kata jurucakap polis. Maria melarikan diri apabila pasukan perubatan mendesak untuk memeriksanya.
Bagaimanapun, dia berjaya dikesan dan ditahan selepas suami Nadia, Juan Hernandez membuat laporan mengenai kehilangan isterinya. – Agensi
TOP
Sudirman Haji Arshad Ikon Perpaduan Negara
KUALA LUMPUR – Bagaikan lagu dan irama, nama Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad ternyata tidak boleh dipisahkan apabila memperkatakan berkenaan lagu patriotik.
Malah, anak kelahiran Temerloh, Pahang itu juga muncul individu pertama ‘mengabdikan’ bendera Malaysia pada songkok dan pakaian ketika membuat persembahan.
Hakikatnya, bukan sekadar pakaian, malah jiwa patriotisme Allahyarham Sudirman begitu terserlah dan setiap kali menjelang hari kemerdekaan negara, lagu dendangan Allahyarham seperti ‘Warisan’ dan ‘Tanggal 31 Ogos’, tetap mekar di jiwa merdeka anak bangsa Malaysia.
Keikhlasan Allahyarham Sudirman dalam mendendangkan lagu itu terus mekar dan segar sekalipun tanpa sedar beliau telah 22 tahun bersemadi.
Bagi bekas pengurus beliau, Dani’el Dharanee Dharan Kannan, Allahyarham Sudirman yang lahir daripada Bintang RTM pada 1976 selayaknya juga dikenali sebagai ‘Ikon Perpaduan Negara’ dan ‘Biduan Malaysia Sebenar’.
“Imej perpaduan lahir secara semula jadi dalam diri Sudirman. Konsert beliau tidak pernah gagal, sentiasa dipenuhi masyarakat berbeza-beza latar belakang, bukan sekadar kaum, malah perbezaan dari segi kelas ekonomi juga boleh berhimpun dalam konsert yang sama,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program ‘Dalam Radar’ terbitan Bernama Radio24 baru-baru ini.
Dani’el berkata perasaan cintakan negara dalam jiwa penyanyi, pelakon, kartunis dan peguam yang dilahirkan pada 25 Mei 1954 itu begitu mendalam, sehingga beliau sentiasa membawa ‘Malaysia’ ke mana sahaja beliau mengadakan persembahan.
“Beliau banyak mendapat undangan mengadakan persembahan di luar negara. Imej Malaysia tidak pernah lekang, malah beliau bangga memakai baju Melayu dan bersongkok di luar negara.
Selepas 22 tahun beliau meninggal dunia pada 22 Feb 1992, bait pertama lagunya berjudul Warisan, selain diangkat menjadi tema sambutan kemerdekaan, turut menjadi inspirasi kepada lagu tema kemerdekaan tahun ini “Malaysia…Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ dendangan Bob Yusof.
“Tidak mungkin kita mendapat penggantinya. Ada yang bertanya mengapa tidak kita ‘cipta’ satu lagi Sudirman dan jawapan saya ‘Only God can create him’,” katanya yang menguruskan Sudirman selama lima tahun sejak 1987 hingga 1992.
Kata Dani’el, sifat patriotik Sudirman itu juga mendorong penyanyi berkenaan untuk mengeluarkan album patriotik bertajuk ‘Abadi’ pada tahun 1982.
Bagi komposer terkenal Fauzi Marzuki, Allahyarham Sudirman juga sangat berdisplin dan menjiwai apa jua gerak kerja dilakukan beliau dengan mengambil tahu setiap perincian dalam persembahan supaya tidak mengecewakan peminat.
“Sudirman adalah Sudirman, tidak mungkin kita boleh berjumpa seorang lagi penyanyi sepertinya,” katanya. – BERNAMA
TOP
Harimau Larikan Beg Tangan Pengunjung Zoo
SHANGHAI – Seorang pengunjung wanita di Zoo Shanghai di sini berputih mata apabila beg tangan kulit miliknya terjatuh dalam kandang harimau sebelum ia dibawa lari oleh haiwan tersebut, lapor portal MailOnline kelmarin.
Pengunjung itu, Li Qin Hao, dikatakan telah menggunakan beg tangannya sebagai umpan untuk menarik perhatian harimau yang berada di dalam kandang supaya mendekatinya.
Bagaimanapun, beg tangannya yang mengandungi wang tunai, beberapa keping kad kredit dan kunci rumah terlepas sebelum terjatuh ke dalam kolam kandang haiwan ganas itu.
Seekor harimau yang berada berhampiran kolam itu kemudian dilihat masuk ke dalam kolam dan berenang ke arah beg tangan yang terjatuh itu sebelum membawanya lari ke sebuah pulau kecil di tengah-tengah kurungan berkenaan.
Kakitangan zoo yang dimaklumkan mengenai perkara itu telah memberikan pas percuma kepada keluarga wanita tersebut untuk berada lama di situ sementara menunggu pekerja zoo mendapatkan semula beg tangannya.
“Kami menunggu sehingga harimau itu diberi makan oleh pekerja zoo dan mengambil semula beg tangan itu yang telah dikunyah,” kata Pengurus Zoo Shanghai, He Ch’in. – Agensi
TOP
JDT, Felda, Pahang, Kelantan ke suku akhir Piala Malaysia
Kuala Lumpur: Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Felda United, Pahang dan Kelantan mengesahkan tiket ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2014 selepas perlawanan kelima peringkat kumpulan, malam ini.
JDT mengungguli carta Kumpulan C dengan 13 mata selepas menutup peluang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke suku akhir dengan kemenangan tipis 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Penyerang import dari Argentina Luciano Figueroa membantu melakarkan kemenangan keempat JDT menerusi hasil jaringan tunggal pada minit ke-18.
ATM pula sekadar menduduki tangga ketiga kumpulan dengan lima mata manakala Pulau Pinang menghuni tangga tercorot dengan satu mata.
Dalam saingan Kumpulan A pula menyaksikan naib juara Piala FA 2014, Felda United mengalahkan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 3-1 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Dua gol pertama Felda United pada separuh masa pertama dijaringkan oleh pemain import, Zah Rahan Krangar dari Liberia pada minit kelima dan Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-16.
Bersambung babak kedua, Felda United menjaringkan ketiga melalui Mohd Raimi Mohd Nor (49’) manakala JDT II memperoleh gol tunggal menerusi pemain importnya, Nicholas Delmonte pada minit ke-86.
Kemenangan ketiga Felda United itu membolehkan mereka menduduki tangga teratas dengan 10 mata dengan baki satu perlawanan.
Meskipun Pahang tewas 2-1 kepada pasukan kelab dari Singapura Lions XII di Stadium Darul Makmur, Kuantan namun mereka tetap mengesahkan slot kedua kumpulan ke peringkat suku akhir dengan sembilan mata.
Lions XII hanya mengumpul lima mata manakala JDT II ketinggalan satu mata di tangga tercorot kumpulan.
Skuad Tok Gajah bermula cemerlang dengan jaringan pembukaan pada separuh masa pertama oleh pemain import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme pada minit ke-13 namun Lions XII bangkit dengan dua gol melalui jaringan Sufian Anuar (52’) dan tandukan Madhu Mohana (84’).
Sementara itu, Kelantan berada di tangga kedua dalam Kumpulan C dengan sembilan mata selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
'The Red Warriors' meraih gol pertama menerusi Wan Zaharulnizam Zakaria pada minit ke-35 diikuti Mohd Khairul Izuan Rosli (60') dan Francis Forkey Doe pada minit ke-83.
Gol tunggal Pulau Pinang dijaringkan oleh pemain import dari Brazil, Luiz Ricardo Lino Dos Santos pada minit ke-48. - Bernama
TOP
Chong Wei Mara ke separuh akhir
Copenhagen (Denmark): Pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia selepas menewaskan Wang Zhengming dari China 21-8, 21-11 di Ballerup Super Arena, sebentar tadi.
Pada aksi suku akhir itu, Chong Wei tenang mengawal permainan terutama di set pertama.
Pemain nombor satu dunia itu meneruskan rentak cemerlang di set kedua dan hanya memerlukan masa selama 39 minit untuk menewaskan lawannya itu.
Kejayaan mara ke separuh akhir hari ini menyaksikan Chong Wei terus berada di landasan tepat untuk merangkul kejuaraan dunia pertamanya. - myMetro
TOP
Seramai 6,000 Pekerja MAS Akan Diberhentikan – Khazanah
KUALA LUMPUR — Pelan pemulihan Malaysia Airlines (MAS) akan termasuk pemberhentian kira-kira 6,000 kakitangan dari semua bahagian syarikat berkenaan, kata Pengarah Urusan Khazanah National Bhd, Tan Sri Datuk Azman Mokhtar.
Khazanah Nasional telah mengumumkan pelan pemulihan RM6 bilion untuk MAS yang akan menyaksikan syarikat penerbangan nasional yang bermasalah itu menyuntik kecekapan dengan mengurangkan bilangan kakitangan yang berjumlah hampir 20,000 sebanyak 30 peratus dan memberi tumpuan semula ke atas laluan
serantau yang menguntungkan, berbanding destinasi jarak jauh yang merugikan. “Butiran terperinci masih diusahakan oleh MAS tetapi ia akan meliputi semua bahagian.
“Sebanyak RM1.6 bilion akan diperuntukkan untuk pemberhentian, latihan semula kemahiran serta penempatan semula kakitangan,” kata Azman kepada pemberita selepas mengumumkan pelan 12 perkara bagi memulihkan MAS di sini hari ini.
Menurutnya, perbincangan telah diadakan pagi ini dengan kesatuan sekerja MAS mengenai pelan penstrukturan semula itu, tetapi enggan mendedahkannya.
Di bawah pelan 12 perkara itu, syarikat baharu yang dijangka ditubuh menjelang Julai 2015, akan mempunyai kira-kira 14,000 kakitangan.
Khazanah memiliki hampir 70 peratus saham MAS.
“Adalah penting syarikat baharu itu bermula dengan langkah yang betul di segi jumlah kakitangan serta amalan kerja,” kata Azman.
Khazanah akan melabur dalam pusat latihan semula kemahiran, yang akan ditempatkan di Subang, khusus untuk memberi latihan semula kakitangan MAS yang tidah berpindah ke syarikat baharu berkenaan. Khazanah dan MAS juga telah mengadakan kerjasama dengan Scicom (MSC) Bhd dan Sutherland Global Services untuk menyediakan latihan kepada kakitangan MAS dan menyerap sebahagian daripada mereka. — BERNAMA
Khazanah akan melabur dalam pusat latihan semula kemahiran, yang akan ditempatkan di Subang, khusus untuk memberi latihan semula kakitangan MAS yang tidah berpindah ke syarikat baharu berkenaan. Khazanah dan MAS juga telah mengadakan kerjasama dengan Scicom (MSC) Bhd dan Sutherland Global Services untuk menyediakan latihan kepada kakitangan MAS dan menyerap sebahagian daripada mereka. — BERNAMA
No comments:
Post a Comment