TOP
Pelawak Veteran, Maidin Ibrahim Meninggal Dunia
GURUN – Pelawak veteran Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di kampung Pokok Tai, di sini, jam 2 petang tadi. – Mynewshub
TOP
‘Hang Tawi’ GALAK Kutip Derma Gaza, Siapa Mereka?
SEJAK kebelakangan ini kita sering melihat sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Yayasan Hang Tawi, yang giat menjalankan kutipan derma atas nama rakyat Palestin dan atas nama Gaza.
Wakilnya sering dilihat berhampiran pusat membeli-belah, restoran dan kedai makan serta kawasan yang menjadi tumpuan ramai. Persoalannya, adakah mereka memperoleh kebenaran untuk berbuat demikian? Lebih mencurigakan lagi, ‘orang’ di belakangnya adalah SM Amin, individu ‘kontroversi’ yang terlibat mengarahkan ramai penuntut tahfiz mengutip derma hingga menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Untuk rekod, pada 10 Julai lalu, lapan individu termasuk seorang wanita dan dua remaja ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam satu serbuan di Negeri Sembilan. Masing-masing berusia antara 14 sehingga 50-an itu ditahan di sekitar Nilai ketika sedang mengutip derma sambil memegang tabung yang tertera nama sebuah yayasan yang beroperasi di Kedah. Menurut Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penguatkuasaan Bahagian Penyelarasan Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Norliah Sajuri, hasil siasatan mendapati mereka didapati mengutip derma di bawah nama satu pertubuhan yang diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Malah mereka cuba berselindung di bawah nama satu yayasan untuk mengelirukan umat Islam kononnya kutipan itu akan disalurkan kepada masyarakat Islam di Palestin, Syria dan negara Arab lain yang sedang bergolak. Selain itu katanya, dua remaja itu juga mendakwa melakukan aktiviti terbabit secara sukarela dan kononnya sebagai salah satu tugasan ko-kurikulum mereka. “Kita dapati tiada resit bayaran diberikan kepada mereka yang menderma dan disebabkan ini kita bimbang berlaku penyelewengan kerana tidak tahu berapa jumlah sebenar duit yang terkumpul dan diberi kepada mereka yang memerlukan. “Antara barangan dirampas ialah enam bekas plastik (tong duit), telefon bimbit dan sejumlah wang tunai anggaran lebih dari RM2,000,” katanya.
Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 106 (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003 kerana mengutip khairat tanpa kebenaran MAINS yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya sekali. Sehubungan itu beliau menasihatkan kepada masyarakat Islam yang bermurah hati menghulurkan derma diminta berbuat demikian kepada yayasan atau pertubuhan yang diiktiraf kerajaan sekali gus memastikan ia sampai kepada mereka yang memerlukan. Dalam perkembangan sama lima lelaki dan seorang wanita berkenaan telah dituduh di Mahkamah Syariah atas pertuduhan mengutip derma tanpa mendapat kebenaran daripada MAINS. Tertuduh, Mohd Sazali Ibrahim, 43; Husaini Jamaludin, 45; Yusnida Harun, 47; Mohammad Kamsani Ramli, 28; Mohd Izuan Hafiz Mohd Razi, 28 dan Mohd Khairi Hussin, 28, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah. Mengikut pertuduhan dibacakan berasingan mereka antara jam 5.05 sehingga jam 7.15 didapati membuat pungutan wang untuk tujuan derma bagi bantuan amal ke Palestin, Jordan, Thailand, Filipina, Indonesia dan Malaysia. Tabung berkenaan diuruskan oleh Yayasan Hang Tawi Malaysia dan Badan Amal SM Amin tanpa surat kebenaran dari MAINS seperti diperuntukkan oleh Seksyen 106(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003. Oleh itu mereka dituduh di bawah Seksyen 106 (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 106(5) Enakmen yang sama. DALAM perkembangan berkaitan, Yayasan Hang Tawi MENEGASKAN mereka tidak melakukan kesalahan seperti mana yang didakwa. Lihat di bawah petikan video penafian mereka;
Apapun kami di Mynewshub.my sudah letih dengan penjelasan pihak berkuasa mahupun orang SM Amin ini. Kalau betul yayasan ini menyeleweng, apa lagi nak ditunggu? Sudah terang lagi bersuluh – masih mahukah memeluk tubuh? Kalau ada peraturan – tolong kuatkuasakan dengan serius. Kalau ada undang-undang, tolong laksanakan dengan tegas, jangan malas! - Mynewshub.my

VIDEO: Manisnya Ayat Tony Pua Semasa Sanjung Khalid Ibrahim…
BILA kawan jadi lawan, kata-kata manis dan pujian yang pernah dilontarkan suatu ketika dulu secara automatiknya bertukar mesti caci dan nista.
Itulah gambaran yang sesuai bagi menggambarkan situasi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang kini sudah menjadi seteru PKR dan DAP kerana keengganannya memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah untuk menggantikan kedudukannya.
Menerusi Facebook Friends of BN, satu video ucapan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua sewaktu kempen PRU13 telah dikongsikan.
Pada waktu itu, melangit sungguh pujian Tony Pua terhadap Khalid termasuklah menyatakan MB Selangor itu seorang yang bersih, berwibawa, jujur, tidak rasuah dan sebagainya.
Kini, segala-galanya terbalik pula apabila isu ‘tidak jujur’ menjadi punca Khalid dipecat terutamanya perihal pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai RM70 juta.
Inilah yang dikatakan, habis madu, sepah dibuang. Nilaikan…
TOP
Presiden PAS Dedahkan Mengapa Tidak Mahu Wan Azizah
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi menjelaskan mengapa PAS tidak mahu menerima Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar baru di Selangor.
Menurut beliau, Wan Azizah tidak berkelayakan untuk memegang jawatan itu kerana agak jelas beliau akan hanya menjadi boneka suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penjelasan itu diberikan beliau selepas mengadakan temu ramah khas dengan organ media rasmi parti, Harakah.
Beliau berkata, PAS tetap tidak akan menyokong Wan Azizah untuk jawatan itu kerana beliau terbukti lemah dan tidak banyak pengalaman dalam sebarang pentadbiran.
Kenyataan itu kata beliau nyata ketika Wan Azizah memegang jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
TOP
MAS: Tony Enggan Campur, Anggap Khazanah Banyak Pengalaman
PIHAK lain tidak perlu masuk campur dalam urusan isu pengambilalihan syarikat MAS oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, kurangnya gangguan pihak luar berhubung urusan berkenaan adalah lebih baik termasuk daripada AirAsia sendiri.
“Saya yakin Khazanah akan mengumumkan pelan rombakan yang bernas dan dalam proses itu.
“Khazanah perlu diberi peluang melakukan perubahan kepada MAS dan semua pihak perlu memberi kepercayan kepada mereka dalam melaksanakan pelan yang diatur memandangkan Khazanah mempunyai banyak pengalaman,” katanya selepas melancarkan perkhidmatan baharu
AirAsia Premium Flex di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tony menegaskan AirAsia terus memberi tumpuan arah tuju syarikatnya dan tidak akan sama sekali mencampuri urusan pengambil alihan Mas oleh Khazanah.
Sementara itu, perkhidmatan baharu AirAsia Premium Flex direka memenuhi keperluan pelancong bisnes dengan tambahan kemudahan dan keselesaan.
Menurut Tony, perkhidmatan baharu tersebut disasarkan kepada usahawan muda serta perusahaan kecil sederhana (PKS) yang menggunakan penerbangan dalam mengembangkan perniagaan mereka.
“Perkhidmatan ini diharap memberi galakan kepada ushawan muda dan PKS tanpa merisaukan perubahan tarikh serta mengejar penerbangan,” katanya.
Premium Flex membolehkan para pelancong bisnes memperoleh fleksibiliti mengubah tarikh dan waktu penerbangan sehingga dua kali tanpa caj perubahan, percuma daftar masuk 20 kilogram bagasi, menaiki kapal terbang terlebih dahulu dengan Xpress Boarding dan keutamaan bagasi dengan Xpress baggage. – Sinar Harian
TOP
Sultan Selangor Perkenan Surat Pecat Exco Dalam Tempoh 2 Jam
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata surat pemecatan 5 exco terbabit yang berkuatkuasa semalam adalah sah dan sudah mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam tempoh dua jam.
Khalid berkata, beliau menulis surat kepada Sultan selepas mengetahui pendirian 5 exco terbabit pada jam 2 petang semalam.
Sultan kemudian membalas surat Khalid secara bertulis dan membenarkan pemecatan itu dibuat kira-kira jam 5 petang. “Beta tiada halangan jika Yang Amat Berhormat (YAB) menamatkan khidmat mereka,” kata Khalid ketika membacakan surat jawapan balas Sultan Selangor kepadanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) di Shah Alam, hari ini. – Themalaysianinsider.com

Murid Maut Selepas Tercampak Dan Dihempap Kereta Ibu Sendiri
PARIT BUNTAR – Seorang murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Megat Aris, Bagan Tiang di sini, maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dipandu ibunya ketika dalam perjalanan ke sekolah, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, difahamkan kenderaan itu terbabas dan terbalik akibat melanggar kabel elektrik di kiri jalan.
Mangsa Muhammad Ilham Zaki, 8, yang lengkap berpakaian sekolah maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari tingkap hadapan tempat duduk penumpang sebelum dihempap kereta itu.
Jurucakap polis mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat. – Harian Metro
TOP
RM35,000 Milik Penumpang MH370 Lesap Dari Akaun Bank!
KUALA LUMPUR – Sejumlah wang milik empat penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak Mac lalu, didapati lesap dari akaun bank milik mereka.
Kehilangan wang sebanyak RM35,000 itu dikesan oleh salah seorang pekerja bank yang mendapati terdapat pemindahan wang oleh individu tidak dikenali serta tanpa kebebaran empat pelanggan yang juga penumpang MH370.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer. – Berita Harian
TOP
Kenyataan Lupa Diri Oleh N Surendran
Semalam MB sementara Khalid Ibrahim telah mengejutkan rakyat Selangor dengan memecat kesemua 6 exco DAP dan KEADILAN. Ini adalah serangan terang-terangan dan anti-perlembagaan oleh Khalid ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Selangor telah jelas memilih Pakatan Rakyat untuk mentadbir Selangor pada PRU13 yang lalu. Oleh itu tindakan Khalid ini antara pengkhianat paling teruk dalam sejarah politik Malaysia. Khalid telah menunjukkan dia langsung tidak menghormati hak demokratik rakyat Selangor yang telah menyatakan pilihan mereka melalui peti undi.
Ini merupakan waktu paling genting buat rakan-rakan dalam PAS. Mereka perlu menegakkan pilihan demokratik rakyat Selangor dengan berdiri bersama DAP dan KEADILAN untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Memandangkan PAS telah lama berjuang demi sebuah Malaysia yang lebih baik, kami cukup berharap agar PAS akan terus bersama kami dan rakyat Selangor. Sebarang pilihan yang dibuat selain ini akan teramat merugikan PAS sebagai sebuah parti politik kebangsaan.
Memandangkan deklarasi sokongan Umno terhadap Khalid, PAS tidak perlu menanti hingga 17 Ogos ini untuk bermesyuarat. PAS perlu bersama DAP dan KEADILAN sekarang!
Harapan dan impian rakyat agar terzahirnya sebuah negara yang bebas rasuah, kronisme dan penindasan BN kini berada di persimpangan.
N Surendran
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Padang Serai
13 Ogos 2014
Penulis teringin hendak tambah sikit terhadap kenyataan Surendran ni.
Apa yang anti perlembagaan sangat apabila Khalid memecat 6 exco berkenaan? Apakah tindakan memalukan dan memecat Khalid secara tiba-tiba daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas isu hutang Bank Islam yang PKR sendiri kata bukan satu pencabulan undang-undang sedikit masa dahulu merupakan perbuatan yang tepat?
Dulu kes hutang ok… bila bini Ketua Umum hendak dilantik MB boneka jadi tak ok lak?
Kalau hendak cerita perlembagaan, keadilan jangan la cerita sekerat. Ini sama aje macam Ah Beng Ah Beng DAP yang rakam tindakan polis sekerat aje (yakni bahagian yang menampakkan polis jahat) dan upload ke internet. Tak mahu rakam keseluruhan kejadian, kerana bila rakam keseluruhan, kesimpulan yang wujud nanti pastinya berbeza.
Memang betul rakyat Selangor memilih Pakatan Rakyat (PR) untuk mentadbir negeri itu. Ada ke sesiapa yang nafi?
Namun adakah rakyat Selangor mengundi agar Anwar Ibrahim bertindak macam Selangor ni bapak beliau yang punya?
Suka-suka hati hendak membuang MB yang ada atas alasan yang sengaja diwujudkan kemudian hendak letak bini sendiri yang lahir di negeri lain.
Adakah rakyat Selangor telah mengundi untuk tujuan itu?
Rasanya pengundi memberikan undi agar PR bertindak secara berhemah dan bijak untuk mentadbir negeri dan bukannya untuk melayan nafsu politik Anwar Ibrahim.
Bercerita pasal Malaysia yang lebih baik… lebih baik kalau Anwar takda.
Penindasan BN? Kalau BN menindas sudah tentu macha dan Ah Beng tidak diberikan kerakyatan dari hari pertama. Sudah tentu semua hidup melarat. Sebab gunakan ayat-ayat yang bunyinya gagah tetapi hakikatnya bila dilihat dari dekat… ternyata satu penipuan yang dirancang.
UMNO beri sokongan pada Khalid? Rasanya UMNO membantu rakyat Selangor dengan memastikan pentadbiran negeri terus berjalan dan Khalid boleh terus berkhidmat sebagai MB.
**Satu lagi, kalau anda peguam baru dan tak bijak tapi nak naikkan firma guaman anda… masuklah politik dan maki hamun kerajaan.. keluar paper sikit…orang akan salah sangka ingat anda peguam yang hebat … sedangkan anda hebat dapatkan publisiti murahan… ada perbezaan di situ. - mynewshub

Perarakan Hari Kemerdekaan Di Dataran Merdeka Akan Diteruskan
PUTRAJAYA – Perbarisan dan perarakan sempena Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka akan diteruskan pada 31 Ogos ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, acara lain yang dijadual dilaksanakan sempena Hari Kemerdekaan ke-57 akan disusun semula, disesuaikan atau terpaksa dibatalkan.
“Banyak perkara yang perlu kita ubah dan susun balik. Insya-Allah kita akan
mendapat panduan dari kabinet esok dan akan umumkan kemudian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian di sini hari ini.
Ahmad Shabery berkata, antara acara dibatalkan adalah Konsert Harmoni Uniti
yang dijadualkan pada 24 Ogos ini yang akan digantikan dengan program yang lebih sesuai.
Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata, acara hiburan sempena Hari Kemerdekaan ke-57 akan diselaras mengikut kesesuaian dan berdasarkan panduan berikutan tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17. – BERNAMA
TOP
RHB Islamic Sumbang RM300,000 Kepada Palestin
KUALA LUMPUR – RHB Islam Bank telah memberi sumbangan berjumlah RM300,000 bagi membantu kerja-kerja kemanusiaan bagi penduduk di Palestin. Sumbangan itu telah diserahkan melalui Mercy Malaysia.
“Majlis penyerahan sumbangan dilakukan di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),” dalam satu kenyataan hari ini. .
Menurut kenyataan itu lagi, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, hadir bagi menyaksikan majlis penyerahan sumbangan tersebut
Menurut kenyataan itu lagi, sumbangan itu juga akan digunakan untuk membantu sekolah-sekolah di Palestin yang terjejas akibat serangan oleh rejim Zionis. – SiakapKeli.com
TOP
Ditipu sehingga RM30,000 Tempah Rumah Kos Rendah
GEORGETOWN - Rupa-rupanya ada sindiket yang sanggup memperdayakan pembeli rumah kos rendah sehingga memaksa pembeli membayar antara RM10,000 hingga RM30,000 untuk tempahan.
Bagi yang terdesak untuk mendapatkan rumah sudah tentu terpedaya dengan sindiket berkenaan.
Perkara tersebut didedahkan Exco Perancangan Bandar dan Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo.
Beliau menggesa supaya pembeli tidak terpedaya dengan muslihat sindiket berkenaan yang memperdayakan pembeli rumah kos rendah dan sederhana rendah itu.
Menurutnya, sindiket berkenaan memperdayakan orang ramai dengan bertujuan meminta wang pendahuluan sebagai cara selamat bagi membolehkan rumah berkenaan berjaya dimiliki pembeli.
“Semua sindiket ini adalah palsu kerana urusan permohonan belian rumah kos rendah dan sederhana rendah ini hanya dilakukan di Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sahaja.
“Kemudiannya permohonan tersebut akan diserahkan terus kepada pemaju dan mereka akan menghubungi individu yang berkenaan, bukannya melalui sindiket,” katanya.
Jagdeep turut memaklumkan pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.
Malah dia turut berterima kasih kepada anggota polis kerana mengambil tindakan segera setelah adanya aduan daripada pihak pemaju.
“Sehingga kini terdapat 50,000 pemohon rumah yang telah mendaftar di Bahagian Perumahan untuk lima daerah di negeri ini.
“Bagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada mereka yang kurang berkeupayaan, ibu tunggal, dan juga bagi kes bencana,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Tauke Jambu Kesal Dituduh Guna Ilmu Untuk Dapat Gadis Cantik
Tauke, Salah seorang dari ahli kumpulan lawak, Jambu, meluahkan perasaanya yang kecewa dan sedih kerana sesetengah blogger telah menuduhnya bermacam-macam.
Tuduhan itu dikatakan bermula setelah gambar Tauke dan seorang gadis yang dikatakan kekasih barunya tersebar luas dan beberapa orang blogger telah mengambil peluang itu untuk memfitnahnya.
“Maaf kalau salah.wahai blogger2 budiman berpada lah bila nak buat kenyataan kadang2 kenyataan tu boleh mengguris hati.
“Demi periuk nasi kamu sanggup malukan dan hinakan org lain? Aku tau aku tak sempurna..tapi adakah itu bermakna aku tak bole dpt yg terbaik??
Adakah bila aku berpasangan dgn si cantik bermakna aku guna ilmu?? Atau guna harta benda konon tuk pancing??
“Fikirkanlah apa akan berlaku pada org yg kita malukan dan hina. Tulisan anda sgt berpengaruh, jadi gunakanlah ke arah yg baik n positif, kata Tauke Jambu yang dipetik dari portal hiburan, katakcomel. - SiakapKeli.com
TOP
Pelanggan McDonald Jumpa Lambang Nazi Bawah Roti Burger
McDonald telah dipaksa untuk meminta maaf kepada pelanggannya di AS selepas pelanggannya itu menerima burger ayam dengan lambang Nazi yang diukir di bawah roti menggunakan majerin.
Charleigh Matice, dari Carteret County di North Carolina, membeli burger tersebut melalu pandu lalu di sebuah McDonald cawangan tempatan yang mana dia dan anaknya dan memesan burger ayam.
Apabila dia membukanya untuk menambah mayonis dia mendapati simbol Nazi terukir di bawah roti buger terbabit.
Matice mengembalikan burger itu ke restoran, di mana titik dia telah ditawarkan untuk menggantikan makanan yang dipesanya. Tetapi Matice memberitahu WCTI Channel 12 News dia telah kehilangan selera makan pada ketika itu dan menuntut bayaran balik.
"Adakah ini jenaka? Adakah seseorang benar-benar berfikir mereka adalah lucu? "Katanya. "Ramai orang mati kerana simbol itu dan ia bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia bukan sesuatu yang boleh dilepas tangan. "
Matice katanya penemuannya lambang Nazi itu amat menyakitkan hati, lebih-lebih kerana datuknya telah berjuang dalam Perang Dunia Kedua.
McDonald mengakui bahawa kejadian itu adalah "tidak boleh diterima" dan berkata bahawa pekerja yang terlibat telah dipecat. - SiakapKeli.com
TOP
China Umum Kelahiran 3 Ekor Kembar Panda
BEIJING (AP) - China mengumumkan pada Selasa, 12 Ogos, kelahiran kembar tiga ekor panda yang amat jarang berlaku dalam kejayaan lagi untuk program pembiak-bakaan haiwan ini.
Tiga ekor anak panda dilahirkan pada 29 Julai di bandar selatan Guangzhou sebelum ini, tetapi penternak tersebut menangguhakan pengumuman sehingga mereka pasti ketiga-tiga akan terus hidup, kata pegawai China News Service.
Terdapat kira-kira 1,600 panda gergasi di dalam hutan, di mana mereka kini adalah haiwan terancam kerana kehilangan habitat dan kadar kelahiran yang rendah. Lebih daripada 300 hidup dalam kurungan, yang mana kebanyakannya dalam program pembiakan di China.
TOP
KP1M Cuba Bawa Pulang 100 Rakyat Gaza
SEPANG - Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) akan cuba membawa 100 wanita dan kanak-kanak dari Gaza yang cedera akibat kekejaman Israel ke Malaysia untuk menerima rawatan susulan.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata jika perkara itu dapat direalisasikan, mereka akan dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) atau mana-mana hospital awam atau pusat perubatan swasta yang sedia menghulurkan bantuan.
"Keadaan pesakit dari Gaza akan dinilai terlebih dahulu oleh pakar perubatan sebelum dibawa menerima rawatan di Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M ke Gaza, Palestin oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Sementara itu mengenai misi kali ini, beliau yang juga Pengerusi Biro Kebajikan Umno berkata kumpulan 71 orang yang terdiri daripada sukarelawan, para doktor serta pengamal media itu akan melawat hospital di Gaza dan doktor Malaysia akan merawat pesakit di situ. - Bernama
TOP
Kekejaman terhadap Palestin selesai jika AS henti sokong Israel - Dr Mahathir
SEPANG: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata isu kekejaman Zionis terhadap penduduk Palestin dapat dihentikan jika Amerika Syarikat menghentikan sokongan mereka kepada Israel.
Beliau berkata, keadaan itu juga menyebabkan penduduk Palestin menderita lebih 60 tahun.
"Isu Palestin hanya boleh diselesaikan jika Amerika Syarikat berhenti memberi sokongan kepada Israel.
"Selagi Britain dan Amerika Syarikat tidak berhenti (memberi sokongan) ia tidak akan selesai," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Biro Kebajikan Umno/Kelab Putera 1Malaysia ke Gaza, Palestin oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Mengulas mengenai kedinginan negara Arab lain untuk menyelesaikan kemelut antara Israel dan Palestin, Dr Mahathir berkata negara-negara Arab ini menganggap pejuang Hamas berbaik-baik dengan Ikhwanul Muslimin.
"Mereka (negara Arab) bermusuh dengan Ikhwanul Muslimin, jadi mereka tidak akan menolong dan berpendapat perkara tersebut akan menimbulkan masalah," katanya.
Beliau juga membidas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kerana tidak mampu menyelesaikan kemelut antara Palestin dan Israel.
Sementara itu, mengenai sumbangan yang diberikan rakyat Malaysia kepada Gaza, beliau berkata: "Saya berbangga semua rakyat Malaysia tidak kira kaum dan agama membantu rakyat Palestin di Gaza kerana di sana berlaku penindasan dan ketidakadilan yang luar biasa".
Dalam perkembangan lain, beliau menganggap Kumpulan Negara Iraq dan jajahannya (ISIL) merupakan gerakan yang memecahbelahkan umat Islam dan tindakan mereka menembak orang Islam di Iraq tanpa belas kasihan amat menyedihkan.
"Ini bukan cara orang Islam yang dibenarkan. Sesiapa yang campur ISIL mereka silap jalan dan tidak faham ajaran Islam yang sebenar," katanya. - BERNAMA
TOP
Angka Korban Wabak Ebola Kini Melebihi 1000
WHO berkata angka kematian wabak Ebola di Afrika Barat telah melepasi 1,000.
Agensi kesihatan PBB dalam satu kenyataan akhbar hari Isnin bahawa 1,013 orang terbunuh kerana wabak itu, yang telah melanda Guinea, Liberia, Sierra Leone dan mungkin Nigeria.
Pihak berkuasa telah mencatatkan 1,848 kes, termasuk kes yang berkemungkinan atau yang disahkan. Gejala seperti demam panas, muntah dan pendarahan telah diambil kira sebagai penanda aras bagi wabak ini. Wabak ini pertama kali dikenal pasti pada bulan Mac di Guinea, tetapi ia mungkin bermula beberapa bulan lebih awal.
Terkini daripada hasil yang direkodkan oleh WHO, dari 7 hingga 9 Ogos, 52 orang telah meninggal dunia dan 69 lagi dijangkiti.
Ebola adalah virus yang boleh membawa maut dan tidak ada vaksin atau rawatan untuk penyakit ini, tetapi setakat ini tiga orang yang dijangkiti telah menerima ubat yang masih lagi dalam eksperimen.
TOP
Kisah Benar Kahwin Mudah, Halal, Elak Maksiat
1/3/2014 tarikh sepatutnya aku bertunang dengan suami aku,
tapi lepas sesi sarung cincin dari mak mertua, ayah aku panggil suami aku dtg dekat dia, depan tetamu semua dia tanya
“mu nak nikah tak harini?”
suami aku dengan terkejut terus angguk, sapa taknak kan?? haha.
ayah aku pun panggil seorang ustaz yang kebetulan sepupu suami aku ,
dia tanya “ustaz apa hukum saya bagi anak saya kawin hari ni, saya dah ada 3 saksi dan saya wali dia?”
ustaz tu cuma jawap “boleh, memang sah, tapi x pernah orang buat”
ayah aku jawap “orang tak buat biar saya buat”
dan paling best family mertua aku semua sokong, ALHAMDULILLAH dapat keluarga mertua yang terbuka juga,
dan kebetulan suami aku memang simpan dinar emas dalam dompet, dia keluarkan jadikan mas kawin,
dan ayah aku la yg jd tok kadi, dialah yang bagi khutbah nikah, dialah yang akadkan nikah aku
mudah tak nak halalkan hubungan? mudah sangat kalau kita mudahkan.
inilah kisah bertunang sesaat
ayah aku nikahkan pun cuma nak bagi aku dating secara halal,
sebab dia tahu anak dia ni tak baik mana, takut seludup keluar dating berdua,
Ya! ada yang cakap dan hina kata ayah aku gelojoh,
ada jugak yang RESPECT dengan tindakan gelojoh ayah aku,
10/5/2014 alhamdulillah,aku dah selamat nikah mengikut cara rasmi di malaysia,
memang tak perlu pun rasmi tu,tapi dah kita hidup dalam negara macam ni, kita ikutlah,
sempoi tak baju nikah aku pertama aku?, suami aku dengan kemeja, aku dengan kurung moden jeee
inilah kisah yang aku akan simpan untuk cerita dekat anak-anak dan cucu cicit kalau umur panjang,
kisah tak berapa menarik tapi sedikit RARE lah kot,
insyaALLAH, cerita ni bukan untuk riak atau bangga, tapi untuk mengubah minda kita yang dijajah, nak kawin susah, susah susah,
jadi berzina itu jadi mudah!
*update: 10/5/2014 nikah rasmi itu ialah saya nikah semula dimana lengkap dengan cop imam, surat pej agama,hiv test dan krusus kawin dan lain2 bagi memenuhi prosedure perkahwinan di malaysia
Sumber: Facebook Mira Pak Nasir

Israel Dakwa Sebar Mesej Serangan Guna Telefon, Risalah Sebelum Serang
Dalam satu kenyataan melalui laman twitter IDF, Israel telah mendakwa menghantar mesej serangan menggunakan telefon dan juga risalah layang sebelum serangan bermula. Dengan angkuhnya, mereka menambah "Ada ke negara lain buat benda yang sama?"
Jika benar mereka menyebarkan risalah tentang peperangan untuk mengelakkan penduduk awam terbunuh, kenapa ramai kanak-kanak dan juga orang awam yang majoritinya terbunuh dalam serangan mereka baru-baru ini. Kalau benar hendak kurangkan orang awam yang terbunuh, kenapa pergi serang sekolah, hospital dan masjid? Sedangkan mereka tahu itu adalah tempat larangan serangan jika berlaku peperangan. Israel sememangnya terkenal dengan sikap mereka yang suka menipu. Ini termasuklah beberapa gambar yang disebarkan oleh mereka yang mengatakan Hamas menggunakan kanak-kanak sebagai pelindung mereka.
Malangnya dakwaan bohong oleh israel itu telah dapat dihidu oleh orang ramai kerana gambar yang sama telah disebarkan pada tahun lepas yang menunjukkan peperangan di Syria.
Kesimpulan yang boleh dibuat, jika sesuatu perkara baik yang disebarkan oleh israel sememangnya tidak boleh dipercayai sama sekali. Jika mereka sebarkannya, tentu ada agenda disebalik penyebaran itu. - SiakapKeli.com

KPN Selamat Pulang Dari Amsterdam
SEPANG – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pulang ke tanah air dari Amsterdam selepas menyertai misi polis berhubung insiden MH17.
Beliau tiba di KLIA pada Selasa selepas mengetuai pasukan siasatan Bukit Aman ke Ukraine dan Amsterdam selama kira-kira dua minggu.
Khalid disambut anggota dan pegawai kanan polis yang diketuai Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin.
Turut hadir ialah ketua-ketua polis negeri. – mStar Online
TOP
MyScript Calculator: Pengiraan Matematik Lebih Menarik
Jika sebelum ini, pengiraan matematik boleh diselesaikan pada laman web Google seperti kalkulator mayanya.
Tetapi bagaimana pula jika anda ingin menyelesaikan pengiraan dengan menggunakan tulisan tangan?
Bagi penulis sendiri, penggunaan tulisan tangan lebih memberikan kepuasan ketika menyelesaikan pengiraan bukan?
Kini dengan menggunakan peranti pintar, anda boleh melangkah lebih jauh dengan aplikasi mudah alih untuk peranti Android dan iOS yang diberi nama MyScript Calculator.
MyScript Calculator adalah satu aplikasi yang menyelesaikan pengiraan matematik secara automatik, dengan menggunakan tulisan tangan sebagai medium.
Aplikasi ini mampu menukar simbol dan nombor kepada teks digital dan memberikan hasil dalam masa nyata.
Ianya memudahkan pengguna aplikasi ini menyelesaikan pengiraan matematik dengan lakaran tangan tanpa perlu memasukkan pengiraan menggunakan kekunci pada peranti mereka.
Ianya menyokong penggunaan stylus, formula dan aritmetik, paparan graf atau landskap dan mempunyai fungsi ‘redo’ dan ‘undo’
Oleh: hzqahmd

WHO: 1,013 Maut Akibat Ebola Setakat Ini
DAKAR (Senegal) – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata jumlah kematian wabak Ebola di Afrika Barat kini menjangkau lebih 1,000 orang.
Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata 1,013 orang maut berikutan wabak itu yang berlaku di Guinea, Liberia, Sierra Leone dan kemungkinan Nigeria.
Pihak berkuasa merekodkan 1,848 yang disyaki dijangkiti penyakit itu, kemungkinan berjangkit atau disahkan, yang menyebabkan demam panas, muntah dan perdarahan. Penyakit itu mula dikesan pada Mac lalu di Guinea dan kemungkinan ia sudah mula menular lebih awal.
Ebola boleh membawa maut dan tidak ada vaksin atau rawatan bagi penyakit itu, tetapi setakat ini tiga orang yang dijangkiti menerima ubat yang sedang diuji. – AP
TOP
Robin Williams Ditemui Mati Akibat Bunuh Diri
LOS ANGELES – Pelakon pemenang anugerah Oscar dan pelawak, Robin Williams ditemui mati hari ini akibat bunuh diri yang disyaki berpunca daripada kemurungan.
Menurut satu kenyataan polis, bintang berusia 63 tahun yang popular dengan beberapa hit Hollywood seperti ‘Good Will Hunting’, ‘Good Morning Vietnam’ dan ‘Mrs Doubtfire’ telah ditemui mati di kediamannya , Tiburon, utara California.
“Buat masa ini, Pejabat Bahagian Koroner Syerif mengesyaki kematian pelakon itu berpunca akibat bunuh diri tetapi punca kematian masih disiasat,” jelas kenyataan dari Jabatan Marin County Sheriff. – AFP
TOP
Pelekat Khas, Besarkan Mata Sepet Jadi Kegilaan Di Jepun
TOKYO – Pembedahan kelopak mata menjadi trend yang popular untuk wanita Asia bagi mendapatkan kelopak menarik. Namun kini terdapat kegilaan baru yang menjanjikan alternatif lebih mudah dan tidak menyakitkan iaitu tampalan pelekat di kelopak mata.
Tujuan utamanya adalah membentu kelopak mata berganda secara semula jadi. Ia hanya menggunakan tampalan pelekat yang berharga RM19 berbanding kos pembedahan kelopak mata yang dianggarkan RM16,000. Trend itu diperkenalkan di Jepun dan menyebabkan penduduknya terutama remaja yang bemata sepet menjadi obses. Malah satu majalah Scawaii Beauty, menyifatkan bagaimana trend memotong pelekat itu kepada cebisan kecil dan melekatnya di kelopak mata, menjadikan mata pemakainya lebih besar, sama seperti kelopak mata orang barat. Kegilaan ini bermula di Korea Selatan dan merebak dengan cepat di Jepun. Pelekat itu turut dijual di Amazon, di mana ia disifatkan sebagai gred perubatan, menjadikan mata lebih besar dan jelas. Bagaimanapun kegilaan itu dikritik oleh warga tua di Jepun kerana ia merompak identiti masyarakat Jepun yang terkenal dengan mata sepet. “Bagaimana anda menggelar diri anda sebagai orang Jepun jika anda menjadikan diri sendiri seperti orang lain,’’ itu antara persoalan yang dibangkitkan oleh warga tua di negara berkenaan.

(Konsep) Galaxy Note 4 Dengan Tubuh Seramik Dan Buluh
Bahan binaan eksotik membuatkan peranti kelihatan lebih istimewa dari bahan plastik yang biasanya digunakan.
Samsung ialah diantara syarikat yang kerap dihentam kerana berkeras menggunakan bahan plastik pada peranti premium mereka sedangkan pesaing menggunakan kaca tertempa yang lebih premium. Panel belakang Note 3 yang kelihatan seperti kulit itu sendiri sebenarnya palsu dan masih diperbuat daripada plastik. Agaknya apakah akan terjadi sekiranya Samsung melakukan perubahan mendadak pada rekaan Galaxy Note 4? Vishal Bhanushali menghasilkan konsep Galaxy Note 4 dengan rekaan panel belakang diperbuat daripada buluh dan bahan seramik. Adakah anda berminat dengan Galaxy Note 4 yang diperbuat daripada dua bahan ini? Secara peribadi penulis rasakan ini adalah sedikit membazir kerana ramai pengguna Samsung gemar membeli casing yang akhirnya akan menutup panel belakang peranti mereka.
Sumber: Behance

Harga Getah Malaysia Terus Merosot
PASARAN getah Malaysia terus merosot hari ini sejajar dengan aliran menurun di Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM), kata peniaga.
Mereka berkata harga getah di TOCOM terjejas oleh ketidaktentuan harga minyak mentah.
“Pembeli kekal tidak memasuki pasaran berikutan ketiadaan petunjuk pasaran positif,” kata peniaga.
Ketika ditutup, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut 3.5 sen kepada 529.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal turun 1.5 sen kepada 435 sen sekilogram.
Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 merosot tiga sen kepada 529.5 sen sekilogram dan susu getah pukal susut satu sen kepada 435 sen sekilogram. – BERNAMA
TOP
Piala Suzuki: Sasaran Harimau Malaya Ke Final Realistik
PETALING JAYA – Sasaran skuad Harimau Malaya mara ke final Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura dan Vietnam dari 22 November sehingga 20 Disember ini adalah realistik, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Katanya, sudah pasti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat kajian terperinci membabitkan prestasi pasukan serta perancangan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Dollah Salleh dalam meletakkan sasaran tersebut.
Beliau juga mengakui Dollah memerlukan masa untuk membentuk satu pasukan yang mantap walaupun sebelum ini Malaysia kalah kepada Tajikistan 1-4 pada perlawanan persahabatan di Stadium Central, Dushanbe, Jumaat lalu.
“Kita perlu berhati-hati dalam membuat penilaian jurulatih (Dollah) yang pertama kali membimbing skuad kebangsaan ini. Beliau mempunyai tugas berat terutamanya dalam menghadapi perlawanan besar.
“Saya harap sasaran itu realistik dan saya pasti FAM lebih mengetahui prestasi pasukan kita,” katanya kepada pemberita di Jump Street, Petaling Jaya.
Selepas ini Harimau Malaya dijangka menentang Jordan dalam aksi persahabatan seterusnya pada 11 Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Skuad Harimau Malaya dilapor berdepan laluan sukar pada kejohanan itu selepas diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Singapura serta juara tiga kali Thailand.
Terdahulu, Khairy menyaksikan majlis memeterai perjanjian eksklusif pertama perkongsian awam-swasta di antara Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) dan Jump Street Malaysia Sdn Bhd untuk mengenal pasti serta mencungkil bakat baharu bagi membentuk pasukan gimnastik trampolin pertama di Malaysia.
MGF diwakili Presidennya Razak Mat Amin manakala Jump Street oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Duncan McGilligan – BERNAMA
TOP
Bonus 6 Bulan Gaji Jika Keuntungan RM100 Juta
KUALA LUMPUR – Kakitangan Felcra Bhd bakal menikmati bonus enam bulan gaji pada tahun depan jika sasaran keuntungan RM100 juta bagi tahun ini dapat dicapai.
Pengerusinya, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, pihaknya yakin sasaran itu dapat dicapai ekoran setakat Jun tahun ini, Felcra Bhd telahpun mencatat keuntungan RM55 juta.
“Sekiranya sasaran kita mencapai 100 peratus keuntungan Felcra, saya tidak akan teragak-agak untuk melobi kepada lembaga pengarah untuk memberi bonus enam bulan kepada staf Felcra,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri Felcra Bhd di sini hari ini.
Beliau berkata berdasarkan prestasi kewangan Felcra yang memberangsangkan, kakitangannya juga akan diberi bayaran ganti cuti rehat dalam bulan ini.
Bung berkata perkara itu merupakan satu daripada perancangan Felcra Bhd dalam usaha menjaga kebajikan kakitangannya.
Katanya, sebanyak 300 unit kuarters juga akan dibina khusus untuk pekerja Felcra dan pihaknya telah membeli lebih empat hektar tanah di sekitar Gombak untuk tujuan itu.
“Selain itu, kita akan bina tambahan 300 rumah mampu milik untuk staf dan selebihnya untuk komersial,” katanya.
Dalam ucapannya pada majlis itu beliau menyatakan bahawa Felcra Bhd akan menanggung semua kos perubatan hospital untuk kakitangannya sama ada di hospital kerajaan mahupun swasta melalui Yayasan Felcra Bhd.
“Sebelum ini, Felcra hanya akan bayar kos perubatan di hospital kerajaan, namun kali ini kita akan usahakan agar kos di hospital swasta juga akan ditanggung,” katanya.
Beliau turut mengumumkan cadangan lain seperti menubuhkan sebuah sekolah bistari khas untuk anak-anak kakitangannya yang cemerlang dalam akademik.
Felcra Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh kerajaan yang menjalankan perniagaan perladangan dan kelapa sawit selain mempelbagaikan bidang kegiatannya dengan menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan. – BERNAMA
TOP
Kim Kardashian Bakal Terbitkan Buku Himpunan Gambar Selfie
Masih belum cukup puas melihat kecantikan wajah sosialit terkemuka dunia, Kim Kardashian?
Jangan risau, lepas ni anda boleh lihat pelbagai himpunan dan koleksi gambar selfie Kim yang bakal diterbitkan, tahun hadapan.
Akhirnya kegemaran mengambil gambar selfie membuahkan hasil buat Kim yang pandai mengambil peluang untuk membuat keuntungan di atas perkara tersebut.
Kim dikhabarkan akan mengeluarkan buku ‘hardcover’ yang menampilkan 352 muka surat yang dipenuhi gambar selfie Kim dan ianya dijangka siap pada April 2015.
Salah satu daripada gambar selfie Kim yang paling mendapat perhatian daripada pengikutnya ialah gambarnya berselfie sambil mengenakan pakaian renang yang sangat seksi dan super hot, turut akan dimasukkan ke dalam bukunya itu kelak.
- MYNEWSHUB.MY
- MYNEWSHUB.MY
TOP
Pesakit Ebola Warga Sepanyol Meninggal Dunia Di Madrid
Seorang paderi dari Sepanyol yang dijangkiti virus Ebola meninggal dunia di sebuah hospital di Madrid hari ini, lima hari selepas dia dibawa keluar dari Liberia, negara temat dia dijangkiti.
Paderi Miguel Pajares, 75, diberi rawatan di Sepanyol menggunakan sejenis serum dikenali ZMapp yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat (AS) selepas tiba di Madrid 7 Ogos lepas.
Mendiang dikesan dijangkiti Ebola di Hospital Saint Joseph di ibu negara Liberia, Monrovia tempat Miguel bertugas.
Sementara itu, di Liberia, pihak berkuasa negara itu hari ini menunggu ketibaan penghantaran serum ZMapp untuk digunakan merawat pesakit Ebola biarpun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpendapatn penggunaan serum itu menyebabkan jumlah kematian sudah meningkat mencecah 1,000 orang.
Liberia merupakan satu daripada negara yang teruk dilanda penyakit Ebola telah meminta beberapa sampel Zmapp yang difahamkan akan dibawa masuk ke Liberia oleh seorang wakil dari kerajaan AS lewat minggu ini. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Pasangan Maut Jatuh Gaung Ketika Bergambar Selfie
CABO DE ROCA: Pasangan warga Poland yang sedang bercuti bersama anak-anak mereka di Portugal mati setelah jatuh gaung ketika cuba bergambar `selfie’ di tebing sebuah cenuram.
Menurut portal beritaMashable, penyiasat percaya pasangan itu melepasi halangan berhampiran tebing cenuram Cabo de Roca untuk bergambar `selfie’, apabila mereka tergelincir dan jatuh ke gaung.
Anak-anak mereka yang berusia 5 dan 6 tahun, walau bagaimanapun, terselamat kerana berada di belakang pagar halangan.
Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian.
Mayat mereka ditemui Isnin, selepas cuaca buruk memaksa pegawai penyelamat menangguhkan pencarian mereka sebelum itu.
Anak-anak mangsa kini berada di bawah jagaan diplomat Poland. Mereka juga akan diberi kaunseling bagi menangani trauma setelah melihat kematian ibu bapa mereka, laporthe Independent.
Cabo de Roca ialah puncak paling ke barat Eropah, berlatar belakangkan Lautan Atlantik.
Ini bukan kali pertama bergambar `selfie’ menjadi satu langkah berbahaya.
Pada 5 Ogos, Oscar Otero Aguilar yang berusia 21 tahun mati tertembak setelah bergambar `selfie’ dengan senjata tersebut.
Pada 31 Julai, Francois Hofer dipijak lembu jantan di Perancis ketika cuba mengambil gambar `selfie’ di hadapan haiwan itu. Dia bernasib baik kerana terselamat.
Pada April tahun lepas, seorang wartawan Sun Sports di Fox, Kelly Nash hampir terkena bola besbol di kepalanya ketika bergambar `selfie’ semasa perlawanan antara Astros-Red Sox. – Astro Awani
TOP
Pilih Institusi Kewangan Islam Untuk Beli Rumah
KUANTAN – Umat Islam di negeri ini yang berhasrat untuk memiliki kediaman sendiri disaran memilih institusi kewangan Islam bagi membiayai permohonan pinjaman pembelian rumah masing-masing.
Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, selain mempunyai elemen patuh syariah yang bebas riba atau faedah, sistem itu juga mempunyai perlindungan insurans takaful kepada para peminjam.
“Saya berpendapat bahawa institusi kewangan Islam di negara ini mampu dalam menyediakan kaedah pembiayaan pemilikan rumah yang mematuhi syariah dan kompetitif. Antara kaedah yang popular ialah Bai Bithaman Ajil dan kontrak perkongsian musyarakah mutanaqisah.
“Kaedah ini telah diluluskan oleh majlis penasihat syariah, Bank Negara Malaysia dengan merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran,” titah baginda.
Tengku Abdullah bertitah demikian ketika merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa (Muamalat) peringkat negeri Pahang di sini Selasa.
Turut hadir, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Sementara itu Abdul Rahman ketika ditemui pemberita berkata pengenalan dua sistem pembiayaan perumahan secara Islam itu dapat memberi penjelasan dengan lebih teliti kepada umat Islam mengenai kaedah pembelian rumah yang berbeza dengan pinjaman menerusi sistem kewangan konvensional.
“Sistem ini belum pernah diamalkan di mana-mana negara dan kita berharap agar dapat mempelopori sistem ini khususnya bagi membantu umat Islam memiliki kediaman menerusi sistem kewangan yang mengikut hukum syarak,” katanya. – BERNAMA
TOP
Polis Kelantan Tahan Tiga Anggota Geng Along
KOTA BAHARU – Dua wanita dan seorang lelaki anggota ‘Geng Along’ ditahan Sabtu lalu dipercayai terbabit kes samun di negeri ini dan Besut, Terengganu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.
Beliau berkata kesemua suspek ditahan pada pukul 2 petang di sebuah rumah rehat di Kampung Air Tawar, Pasir Puteh.
“Suspek berusia antara 20 dan 46 tahun itu ditahan bersama beberapa barangan yang dipercayai hasil samun.
“Kita turut merampas sepucuk pistol tiruan dan sebilah parang panjang yang dipercayai digunakan suspek untuk menjalankan kegiatan itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, Selasa.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek menjalankan kegiatan samun di Kelantan sejak Julai lalu, berdasarkan rekod penginapan di rumah rehat menunjukkan suspek berada di situ sebelum Ramadan.
Mazlan berkata modus operandi kumpulan ini adalah anggota wanita yang memakai telekung akan masuk terlebih dahulu ke premis sasaran bagi memastikan mangsa berada seorang diri.
“Wanita itu kemudiannya akan memberikan isyarat kepada anggota lelaki yang berada di luar untuk menyamun dan mengambil barangan berharga yang terdapat dalam kedai berkenaan.
“Sasaran kumpulan ini adalah butik pengantin dan pakaian mewah dan kumpulan ini bergiat aktif selepas waktu Isyak,” katanya.
Mazlan berkata polis juga sedang mengesan seorang lelaki dipercayai ketua Geng Along iaitu Kam Ismadafirun Mohd Daud, 39, berasal dari Negeri Sembilan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan. – BERNAMA
TOP
Cara Memanfaatkan Pakaian Lama Anda
Himpunan baju lama yang sedia ada dan ditambah pula dengan yang baru dibeli, membuatkan almari pakaian semakin sendat sehingga tiada ruang menyimpan.
Pakaian lama sememangnya memberi kenangan kepada si pemakai lebih-lebih lagi di era 80an dan 90an.
Jom kita lihat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memanfaatkan pakaian lama.
Suai padan dengan pakaian baru
Pilihlah beberapa baju, rekaan dan potongannya masih lagi sesuai digayakan pada masa kini. Padankan dengan pakaian baru. Tetap bergaya segar jika kreatif menyuai padan pakaian lama dan baru.
Untuk sentuhan berbeza, boleh tambahkan aksesori tambahan seperti rantai, kerongsang dan sebagainya.
Jual koleksi lama
Jika sudah jemu atau tidak mahu memakai pakaian lama, anda boleh menjualnya semula. Cara itu sekurang- kurangnya boleh menghasilkan wang. Ada banyak tempat menjual pakaian terpakai. Tawarkan pada harga ber patutan jika masih dalam keadaan baik.
Ubah suai
Pakaian lama dijahit semula dan digunakan sebagai baju dengan rekaan gaya semasa. Kini baju rekaan lama muncul semula. Rentak dan gaya fesyen lazimnya, ber putar sekali gus fesyen lama kembali serta digayakan semula.
Cuma perlu ubah suai sedikit rekaan baju lama atau menambahkan beberapa bahan baru supaya baju ber kenaan kelihatan baru.
Buat kebajikan
Anda boleh memanfaatkan baju lama untuk disum bangkan ke bazar atau acara amal dan juga dihantar ke mana-mana pusat serta rumah kebajikan. Baju atau pakaian terpakai pasti masih sangat berguna bagi ke banyakan orang terutama bagi yang memerlukan.
Perturunkan
Mungkin juga ada pakaian lama yang masih elok tetapi sudah tidak muat dipakai. Daripada tersimpan dalam almari, lebih baik atau ‘perturunkan’ kepada orang di kenali seperti adik-beradik dan anak saudara yang muat memakai pakaian itu.
Penuhi hobi
Jika anda mempunyai hobi menjahit, gunakan daya kreativiti memanfaatkan pakaian lama yang sudah tidak terpakai jadikan barangan lain. Ubah suai jadikan dom pet, beg, bekas kosmetik atau sebagainya. Hati tentu berasa puas apabila melihat hasil pakaian lama sudah tidak terpakai, dijadikan barangan lain yang boleh di gunakan.

SPRM Catat Pencapaian Positif – Abu Kassim
KUALA LUMPUR – Sebanyak 265 daripada 315 kes rasuah yang didengar di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah pada tahun lalu memihak kepada SPRM.
Ketua Pesuruhjaya Suruhananjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, fakta itu menunjukkan SPRM mencatatkan pencapaian positif sejak agensi itu beroperasi lima tahun lalu.
“Bagi kes di mahkamah tinggi pula, daripada 107 kes yang diselesaikan, 81 kes atau 76 peratus memihak kepada pihak pendakwaan. Sabitan 76 peratus juga satu pencapaian yang lebih baik berbanding tahun 2012 iaitu 59 peratus.
“Bilangan kertas siasatan yang dibuka pada tahun 2013 juga meningkat kepada 24 peratus berbanding 20 peratus pada tahun 2012. Selain itu, sebanyak 82 peratus kes yang disiasat dapat disiapkan dalam tahun yang sama berbanding 75 peratus pada tahun 2012,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru, kata Abu Kassim, tahun 2013 menyaksikan SPRM meraih kesan positif hasil pelaksanaan program transformasinya walaupun sesetengah pihak masih pesimis dengan keupayaan dan pencapaian SPRM.
Menurut beliau, kedudukan dan pencapaian SPRM adalah lebih baik berbanding lima tahun yang lalu kerana paras sabitan 84 peratus tu sebenarnya merupakan satu melepasi standard sabitan antarabangsa.
Beliau dalam pada itu berkata, usaha pencegahan rasuah di Malaysia turut diperhatikan oleh masyarakat dunia pada waktu ini.
Sebagai contoh, kata beliau, Penilaian Pejabat PBB Berkenaan Dadah dan Jenayah (UNODC) berhubung pematuhan Malaysia ke atas Konvensyen PBB Mengenai Pencegahan Rasuah (UNCAC) mengiktiraf 23 amalan baik dan kejayaan usaha memerangi jenayah rasuah.
“Salah satu pengiktirafan ini melibatkan kebebasan SPRM iaitu kewujudan Panel Penilaian Operasi yang merupakan satu lagi badan bebas memantau perjalanan SPRM,” katanya.
Justeru, katanya, bagi memenuhi harapan rakyat, SPRM akan mengambil pendekatan-pendekatan baru yang lebih efektif dan inovatif bagi memerangi rasuah secara habis-habisan.
“Sejajar dengan hasrat ini, SPRM telah menerokai ruang dan peluang untuk meningkatkan kerjasama dan mendapatkan sokongan daripada setiap pemegang taruh, termasuk parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan,” jelas beliau.
Beliau dalam pada itu berkata, usaha memperkasakan SPRM turut memerlukan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Jelasnya, pindaan itu perlu bagi mewujudkan satu suruhanjaya perkhidmatan khas SPRM, mewujudkan peruntukan liabiliti korporat dan meminda Seksyen 23 dan 36 Akta SPRM 2009. – mynewshub.my
TOP
Nostalagia: Bagaimana Web Microsoft Pada Tahun 1994
Pada tahun 1994, boleh dikatakan hanya terdapat beberapa laman web sahaja berbanding jutaan laman web pada hari ini.
Salah satu laman web yang dimulakan pada tahun 1994 adalah laman Microsoft.com. Laman rasmi Microsoft dimulakan untuk berkongsi beberapa info rasmi untuk para pelanggan mereka. Boleh dikatakan ketika itu dunia pembangunan web masih awal, dan kod HTML merupakan salah satu perkara yang tidak ramai yang ketahui mengenainya. Kini, sudah lebih kurang 20 tahun sejak ia diperkenalkan, dan Microsoft telah mengubah laman rasmi mereka hampir 17 kali sejak daripadanya. Bagi anda yang ingin melihat kembali laman Microsoft.com pada tahun 1994, pihak Microsoft menyediakan sebuah pautan khas, dimana anda boleh mengaksesnya dan melihat bagaimana laman web gergasi perkomputeran kelihatan ketika itu.
Layari: Laman Microsoft Pada Tahun 1994

Rangka Strategi Tadbir Selangor Tanpa DAP, PKR – Exco PAS
SHAH ALAM – Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi mengesahkan telah mengadakan pertemuan singkat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di pejabatnya.
Dalam pertemuan tersebut, Ahmad Yunus berkata, mereka membincangkan mengenai strategi dalam menguruskan pentadbiran Selangor tanpa exco DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Kita nak lihat bagaimana exco yang tidak letak jawatan ini nak bekerja untuk rakyat Selangor,” katanya kepada pemberita di Lobi Bangunan SUK di sini, Selasa.
Ahmad Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang berkata, buat masa ini keempat-empat exco dari PAS akan terus setia bersama Khalid
Selain Ahmad Yunus, tiga exco yang lain adalah Sallehen Mukhyi (Sabak Bernam), Iskandar Ab Samad (Chempaka), Dr Halimah Ali (Selat Klang).
Ketika ditanya sama ada terdapat exco yang akan meletak jawatan, Ahmad Yunus berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu.
“Saya tak tahu (status exco yang lain). Setakat ini exco dari PAS masih menjalankan tugas sebagaimana yang dikehendaki PAS Pusat,” katanya.
Ditanya adakah PAS akan menggantikan ahli exco yang meletak jawatan, Ahmad Yunus berkata, perbincangan belum sampai ke tahap itu.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan akan menghadiri mesyuarat exco yang akan dipengerusikan Khalid di Bangunan SUK di sini, Rabu.
“Esok ada mesyuarat exco. Insya-Allah saya ada,” katanya. - mStar Online
TOP
Khazanah Tidak Mampu Pulihkan MAS – Tun M
PETALING JAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan hasrat Khazanah Nasional Bhd untuk mengambil alih pemilikan penuh serta menyahsenarai syarikat Penerbangan Nasional (MAS) dari Bursa Malaysia.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, keputusan Khazanah sebagai syarikat pemegangan pelaburan milik Kerajaan untuk menguasai sepenuhnya saham MAS tidak akan berjaya dalam usaha menyelamatkan syarikat penerbangan nasional berkenaan.
“Saya percaya sebelum penswastaan (proses ambil alih), Khazanah memiliki 70 peratus pegangan saham MAS. Jadi selama ini pun Khazanah mengawal sepenuhnya kepentingan MAS. Namun dalam tempoh 10 tahun, MAS rugi RM10 bilion walaupun disuntik modal ke syarikat itu.
“Jadi mengapa ada yang percaya dengan kawalan 100 peratus oleh Khazanah terhadap MAS, kerugian tidak akan berterusan?” kata Mahathir menerusi blognya chedet.cc pada Selasa.
Sebelum ini Khazanah menyerahkan permohonan rasmi kepada lembaga pengarah MAS untuk melaksanakan langkah pengurangan dan pembayaran balik modal secara terpilih bagi saham-saham biasa MAS.
Apabila selesai, Khazanah akan menjadi pemegang saham biasa tunggal MAS, yang akan dinyahsenarai daripada kaunter Bursa Malaysia.
Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata, pengambilalihan MAS oleh Khazanah tidak akan membantu proses penswastaan syarikat penerbangan itu khususnya membabitkan aliran kewangan.
“Mungkin saya salah tetapi saya rasa pemilikan 100 peratus Khazanah dalam MAS tidak banyak berbeza daripada pemilikan 70 peratus sebelum ini.
“Apabila Ketua Pegawai Eksekutif baharu dilantik, MAS mencatatkan beberapa keuntungan. Tetapi itu adalah melalui penjualan aset. Berapa banyak lagi aset MAS boleh dijual?
“Kita akan melihat ramai orang baharu yang akan menerima gaji besar, elaun serta bonus dan banyak lagi. Itu yang saya percaya mengenai bagaimana Khazanah beroperasi,” katanya. – mStar Online
TOP
Kumpulan Culik Warga Bangladesh Berada Di P.Pinang
GEORGETOWN – Polis percaya sekumpulan lelaki Myanmar yang disyaki terlibat dalam kejadian menculik dan membunuh rakyat Bangladesh masih bersembunyi di sekitar negeri ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata kumpulan yang dipercayai dianggotai enam lelaki berusia 20 hingga 30 tahun itu adalah pendatang tanpa izin.
Sabtu lepas pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki Bangladesh yang mendakwa dia dan rakannya diculik sekumpulan lelaki Myanmar pada Khamis dan diminta wang tebusan RM200,000 daripada rakan-rakan dua rakyat Bangladesh itu.
Seorang daripada mangsa culik tersebut kemudiannya ditemui mati di Bukit Gambir. Mayat lelaki berusia 39 tahun itu ditemui pada Ahad dalam keadaan bogel dengan mukanya ditutup dengan baju serta terdapat kesan jerutan di leher.
Mior Faridalathrash berkata lelaki Bangladesh yang berjaya melarikan diri daripada kumpulan penculik terbabit mendakwa dia dan rakannya dibawa oleh empat lelaki ke kawasan bukit manakala dua lagi menunggu di situ sebelum mereka diikat.
“Mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan itu turut memaklumkan enam lelaki terbabit bercakap dalam bahasa Myanmar dan dia tidak mengenali atau pernah berjumpa dengan mereka sebelum ini,” kata Mior Faridalathrash kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata polis akan mengedar lakaran wajah enam lelaki Myanmar itu dalam tempoh terdekat untuk meminta orang ramai membantu mengesan mereka.
“Mangsa yang berusia 33 tahun itu membantu polis untuk membuat lakaran wajah enam lelaki terbabit. Polis juga menjalankan siasatan dari pelbagai sudut dan usaha mengesan enam lelaki itu giat dijalankan,” katanya.
Beliau meminta orang ramai agar tidak memberi perlindungan atau membantu kumpulan lelaki Myanmar terbabit dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA
TOP
Inovasi Lonjak Kemajuan Negara – Muhyiddin
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata inovasi yang dihasilkan institusi pengajian tinggi (IPT) berperanan melonjakkan kemajuan sesebuah negara.
Malah katanya ia juga mampu mengukuhkan kedudukan negara dalam ranking daya saing global.
“Inovasi merupakan satu agenda penting negara. Sumbangan IPT negara amat besar dalam bidang penyelidikan dan ia telah banyak menyumbang kepada sistem inovasi kebangsaan.
“Aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang giat dilaksanakan oleh IPT amat berpotensi sama ada untuk dikomersialkan atau diterapkan sebagai amalan yang sekali gus akan meningkatkan produktiviti dan kemakmuran negara,” katanya ketika berucap melancarkan program inovasi “My Second Eye” di sini, hari ini.
My Second Eye, projek kerjasama dengan Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) dan Standard Chartered Bank (M) Berhad adalah sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporat (SCR) bank yang menumpukan kepada golongan buta dan cacat penglihatan di bawah program ‘Seeing is Believing”.
Alat itu turut dilengkapi sensor atau penderia yang mampu mengimbas persekitaran dan memberi amaran kepada pengguna tentang halangan pada paras pinggang ke atas.
Alat itu mengeluarkan bunyi amaran bagi memaklumkan lokasi halangan itu dan memandu pengguna mengelakkannya.
Muhyiddin berkata alat yang dihasilkan melalui program penyelidikan UTeM itu membuka satu lagi lembaran baharu dalam inovasi negara dan dapat membantu masyarakat yang menghadapi masalah penglihatan.
“Statistik terkini menunjukkan seramai 46,875 individu cacat penglihatan yang berdaftar di Malaysia.
“Oleh yang demikian, sumbangan yang diberikan seperti ini sekurang-kurangnya boleh membantu mereka berdikari dalam menjalani kehidupan harian dengan lebih mudah tanpa terlalu bergantung dengan bantuan orang lain,” kata Muhyiddin.
Terdahulu, Pengerusi Lembaga Pengarah UTem Tan Sri Prof Ir Dr Ahmad Zaidee Laidin berkata alat itu dicipta selepas penyelidikan terperinci dan intensif didorong hasil pemerhatian bahawa tongkat putih konvensional yang digunakan golongan cacat penglihatan ketika ini mempunyai batasan tertentu.
“Seperti perumpamaan, “Keperluan adalah ibu ciptaan” dan ini telah mendorong para penyelidik kami untuk mencipta My Second Eye yang juga dikenali sebagai ‘Goggle Glass for the Blind’.
“Dengan kapasiti keupayaan sama seperti penglihatan mata normal, alat ini digunakan bersama-sama tongkat putih, menawarkan kepada pengguna bantuan 360 darjah dan perlindungan semasa bergerak di tempat awam. My Second Eye mempunyai kapasiti untuk mempermudah dan meningkatkan kualiti kehidupan golongan kurang bernasib baik,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered (M) Berhad Osman Morad berkata program itu disifatkan projek perintis iaitu 10 pasang alat My Second Eye disumbangkan kepada 10 penerima cacat penglihatan.
Sepanjang tempoh percubaan itu, para penerima akan berkongsi maklum balas untuk menambah baik alat itu. My Second Eye fasa kedua akan diberikan menerusi sumbangan kepada golongan cacat penglihatan, katanya. – BERNAMA
TOP
Barack Obama Kenang Pemergian Robin Williams
Kematian pelakon veteran Hollywood popular, Robin Williams awal pagi tadi sememangnya mengejutkan seluruh peminatnya dari serata dunia.
Menurut siasatan awal, pelakon berusia 63 tahun itu disyaki membunuh diri di kediaman mewahnya di Tiburon, California, disebabkan masalah kemurungan yang dihadapinya sejak beberapa tahun lalu.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama turut meluahkan kesedihannya di atas kematian mengejut aktor tersebut menerusi laman Twitternya.
Menyifatkan mendiang seorang pelakon yang versatil, boleh membawakan apa sahaja watak dengan berkesan , Obama menulis di laman Twitternya, “Robin Williams was an airman, a doctor, a genie, a nanny… and everything in between. But he was one of a kind”.
Menyingkap kerjaya seninya, Williams pernah memenangi anugerah Oscar pada 1997 bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Good Will Hunting yang dilakonkannya bersama-sama Ben Affleck dan Matt Damon.
– MYNEWSHUB.MY
– MYNEWSHUB.MY
TOP
2 September Bicara Kes Penganggur Didakwa Hina Sultan
KEMAMAN – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 2 September bagi perbicaraan kes seorang penganggur dituduh menghantar komen jelik terhadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menerusi laman sosial Facebook, Mei tahun lalu.
Hakim Rofiah Mohamad menetapkan tarikh itu selepas tertuduh Mohd Zamrudhisyam Mohamad, 32, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan minta dibicarakan.
Tertuduh didakwa memuat naik satu status menghina Sultan Terengganu menerusi Facebook di Pejabat Penerangan Daerah Kemaman, Jalan Taha 1, Cukai di sini kira-kira 2.30 petang, 20 Mei tahun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun dan denda RM50,000 dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas disabitkan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Ahmad Zakhi Mohd Daud. – BERNAMA
TOP
Tian Chua Dituduh Hambur Kata-Kata Kesat Pada Polis
Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang atau Tian Chua (gambar), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas dituduh mengaibkan seorang pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) April lepas.
Tian Chua dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana didapati menghamburkan kata-kata kesat ke atas pegawai tersebut.
Dalam kertas pertuduhan, beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyebut perkataan bastard (bangsat), stupid police (polis bodoh), celaka dan f**k you ke atas Deputi Supritendan Glenn A Sinappah.
Pegawai berkenaan ketika kejadian cuba merampas telefon bimbit Tian Chua di Hotel Armada, Petaling Jaya.
Beliau juga didakwa cuba menghalang kereta polis dari meninggalkan hotel berkenaan untuk mendapatkan kembali telefonnya.
Dalam kenyataannya, Tian Chua menyifatkan dakwaan itu sebagai satu penganiayaan politik ke atasnya dan mendakwa Peguan Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail sudah bersetuju untuk tidak mendakwa beliau mengikut undang-undang hasutan.
“Ketika saya keluar dari satu majlis, polis tersebut tidak memperkenalkan diri dan mereka merampas telefon bimbit saya.
“Saya cuba menghalang mereka dan memaklumkan pada keselamatan hotel. (Polis) yang merampas telefon saya kemudian meminta saya pergi ke balai polis.
“Saya disiasat atas dakwaan tweet menghasut, yang mana tidak dijalankan, tetapi ini pula tuduhan yang dikenakan ke atas saya,” dakwanya seperti yang dipetik laporan Malaysiakini.
Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat menetapkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan sebutan kes pada 11 September.
Tian diwakili peguam Michelle Yesudas. – MYNEWSHUB.MY
TOP
SwivelCard: Kad Bisnes ‘Pintar’ Anda
“Business card” atau dikenali Kad bisnes di dalam bahasa sememangnya memainkan peranan yang penting serta boleh dikatakan impresi pertama orang ramai terhadap prospek kerjaya anda.
Lazimnya kad bisnes mempunyai butiran peribadi untuk dihubungi dan sedikit maklumat mengenai syarikat anda. Dengan kepelbagaian rekabentuk kreatif di pasaran, bagaimana seseorang itu membezakan kad bisnesnya dengan pesaing lain bagi menonjolkan kreativiti anda?
Kad bisnes ‘SwivelCard’ pasti dapat membantu. SwivelCard adalah rekaan kreatif daripada Andrew DePaula di laman Kickstarter. Ia merupakan kad bisnes ‘pintar’ yang dicetak padanya sebuah pemacu USB bagi membolehkan anda programkan untuk melancarkan laman web tertentu atau portfolio anda yang disuaikan kepada penerima kad tersebut. Sebagai contoh jika anda seorang jurugambar profesional, anda boleh memberikan kad ini kepada hadirin atau pelanggan tertentu dan kemudiannya meraka boleh menggunakan pemacu USB padanya untuk melihat hasil kerja anda. Jika ketiadaan peranti yang mempunyai port USB, anda boleh mengimbas kod QR padanya bagi mengakses profil diri anda. SwivelCard didatangkan dengan perisaian dalaman yang membolehkan anda memprogramkan alamat URL yang dipautkan pada setiap kad dan setiap daripadanya mempunyai ID yang berlainan.
Pautan ini masih boleh diubah walaupun selepas anda memberikan kad tersebut kepada penerima, pemilik SwivelCard boleh melihat statistik penggunaan kad mereka serta dari mana pautan tersebut diakses. Kad pintar ini didatangkan dalam pelbagai warna yang menarik dengan harga pembukaan USD259 (RM827) untuk 200 keping. Disertakan juga pelekat kod QR yang diubah kedudukan mengikut kemahuan anda. Untuk maklumat lanjut mengenai SwivelCard dan pakej penyokongan, lawatilah laman web mereka di Kickstarter.com.
Sumber: Kickstarter

Ada Rakyat Singapura Kini Mahu Boikot Negeri Johor
Apabila kerajaan Malaysia mahu melaksanakan caj permit kenderaan asing (VEP) kepada rakyat Singapura yang ingin masuk ke negara ini dengan membawa kereta, rakyat negara pulau itu sudah mula panas punggunng.
Akaun milik seorang individu warga Singapura kini, mula mencanangkan ke semua warganegaranya untuk memboikot Johor Bharu dan mahu ekonomi Johor jatuh merudum.
Pemilik akaun dengan nama Sean Pual itu, mahu rakyat negara Singapura sama menunggu dan melihat kesan yang berlaku daripada tindakan boikot itu ke atas negeri Johor.
Paparan skrin kata-kata berkenaan kini menjadi viral.
Di bawah kata-kata oleh Sean, seorang wanita pula memberikan reaksi dengan mengatakan bahawa tiada apa-apa yang akan berlaku sebaliknya harga barangan akan kembali normal dan murah ekoran ketiadaan warga Singapura lagi ke negeri itu.
“Tiada apa yang akan berlaku, rakyat Johor tidak akan dikenakan bayaram mahal lagi, pasaran pengguna kembali normal, harga aset hartanah akan menjadi murah dan pintu masuk dan laluan ke stesen minyak akan bebas dari kesesakan. “Orang Singapura memang perlu bersatu, beli barangan di Singapura, isi petrol di Singapura dan pergi bercuti panjang di Singapura,” katanya yang dipercayai merupakan warga negeri Johor. Selain penduduk Singapura yang mahu boikot, pemastautin tetap Singapura yang menetap di Johor juga dikatakan akan berhijrah kembali ke negara mereka jika kerajaan Malaysia melaksnakan caj VEP berkenaan. Antara tindakan lain ialah termasuk rakyat Singapura akan menjual aset mereka yang dimiliki di Malaysia. Memetik laporan laman web akhbar Sinar Harian, seorang rakyat Singapura yang hanya mahu dikenali sebagai Amy, mengakui perkara berkenaan. Katanya, memang selesa menetap di Johor, namun tindakan kedua-dua negara menaikkan caj tersebut menyukarkan individu sepertinya yang bekerja di Singapura namun menetap di Johor. “Kebiasaan warga Singapura akan membeli-belah, bercuti di sini tetapi kalau ada VEP di Malaysia dan kenaikan kadar itu oleh kerajaan Singapura mungkin ia tidak berbaloi untuk terus menetap dan datang ke sini (Johor). “Kiraan kewangan sama seperti berbelanja di Singapura malah ia lebih menjimatkan dari segi masa dan belian minyak akibat kesesakan di pintu masuk,” katanya. Berkenaan caj VEP Singapura, kerajaan republik itu menaikkan kadar daripada RM54.10 sehari kepada RM90 sehari kepada kenderaan bernombor pendaftaran Malaysua yang ingin masuk ke negara itu. Menurutnya, keadaan sesak di pintu masuk sama ada di Tambak Johor mahupun Link Kedua pernah menyebabkannya lewat ke pejabat dan dimarahi majikannya. “Ramai kawan-kawan senasib saya kini sedang mempertimbangkan untuk balik ke Singapura kerana orang kebanyakan seperti kami tinggal di luar bagi menyimpan sedikit wang dan aset. “Bagi mereka yang memiliki aset dan hartanah mungkin akan pulang ke sini sebulan sekali atau menjual terus pemilikan kerana jika ia dibiarkan akan menjadi tumpuan penjenayah sekiranya tidak disewakan,” katanya. Dilema sama turut diakui Amanda, 40, yang memaklumkan jika sebelum ini dia berbelanja $SG300 (RM780) sebulan untuk bayaran keluar-masuk Malaysia-Singapura setiap hari bekerja, kos berkenaan akan naik berganda jika perlaksanaan VEP oleh kerajaan Malaysia dan cadangan tol baharu di Singapura. “Anggaran $SG800 (RM2,000) perlu dibelanjakan menerusi sistem baharu ini malah ia tidak berbaloi kerana perlu berdepan kesesakan, ” katanya. – MYNEWSHUB.MY

APMM Tahan Bot Kargo, Rampas 100 Tan Metrik Ikan
PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 10 Tok Bali di sini menahan sebuah bot kargo dan merampas 100 tan metrik ikan Ahad lepas.
Ketua Penguatkuasanya, Komander Khoo Teng Chuan berkata bot itu ditahan kira-kira 25 batu nautika dari pantai Tok Bali oleh bot peronda APMM dalam operasi Perkasa Timur dan Tumpas.
“Hasil pemeriksaan terhadap bot kargo itu, didapati seorang nakhoda bersama lapan pekerja warga asing tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata bot tersebut juga tidak mempunyai Surat Izin Belayar daripada mana-mana pelabuhan dan tidak mempunyai lesen bot yang sah. – BERNAMA
TOP
Jururawat Berang Kejar Peragut 15km
Sungai Petani – Tindakan berani seorang jururawat hospital swasta berusia 25 tahun yang bertindak mengejar dua lelaki yang meragut begnya menyebabkan seorang daripada suspek berjaya ditahan orang ramai dalam kejadian di Sungai Lalang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, jururawat terbabit dalam perjalanan dari Gurun ke tempat kerjanya di Amanjaya, di sini dengan menunggang sebuah motosikal, namun sebaik tiba di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bedong, dia dihampiri sebuah motosikal Honda EX5 yang dinaiki dua lelaki.
Jururawat itu mengejar suspek hampir setengah jam sejauh 15 kilometer (km) sebelum lelaki yang meragutnya itu dapat ditahan orang ramai di Tanan Bandar Baru, Sungai Lalang.
Jurucakap polis berkata, seorang daripada suspek bertindak merampas beg mangsa yang berada di dalam raga motosikal dan terus memecut ke arah Permaipura, di sini.
“Jururawat terbabit yang terkejut dengan kejadian itu kemudian nekad mengejar dua suspek berkenaan. Suspek kemudian cuba melarikan diri dengan memasuki kawasan Kongsi 6 dan keluar ke Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, sini sini.
“Sebaik sampai di taman terbabit, jururawat itu menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai yang ada di kawasan itu. Jeritan mangsa didengari beberapa lelaki yang berada di taman berkenaan yang kemudian bertindak menghalang motosikal suspek.
“Seorang daripada suspek berjaya ditahan manakala rakannya berjaya melepaskan diri. Suspek kemudian diserah kepada anggota polis yang kebetulan sedang meronda di kawasan itu,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata, siasatan mendapati lelaki berusia 20-an itu memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah dan seorang penagih dadah.
“Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk siasatan lanjut,” katanya. – myMetro Online
TOP
Tiada Diskriminasi Jantina Di Lokasi Nahas MH17
SEPANG – Tidak wujud diskriminasi tugas terhadap petugas khas wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam usaha penyiasatan di kawasan lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine.
Inspektor How Sin Ni, 27, seorang dari enam petugas khas wanita yang diterbangkan ke lokasi berkenaan sejak dua minggu lepas berkata masing-masing tidak kira lelaki atau perempuan memberikan komitmen terbaik untuk membantu Malaysia mencari kebenaran.
“Tugas kami sama seperti anggota lelaki, apa yang mereka buat, kami juga perlu buat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini bersama-sama 33 anggota PDRM yang lain serta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
How yang juga anggota forensik PDRM, berkata selain mereka berenam, pasukan penyiasat antarabangsa juga dianggotai kaum wanita dan semua memberikan kerjasama serta komitmen yang baik.
Seorang lagi petugas wanita, Lilian Lemat Ngau Jok, 29 berkata meskipin tidak menafikan wujud perasaan takut ketika memasuki kawasan nahas tersebut kerana ia kawasan bergolak, namun semangat kuat untuk membantu Malaysia membuatkan beliau nekad.
“Sewaktu saya masuk ke kawasan nahas tiada bunyi sebarang letupan tetapi sewaktu rakan lain masuk, memang ada yang menceritakan pengalaman itu.
Bagaimanapun, kekangan itu langsung tidak mematahkan semangat kami,” katanya.
Penerbangan MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang termasuk 43 warga Malaysia – dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu. – BERNAMA
TOP
Liverpool Buru Eto’o Untuk Misi Liga Juara-Juara
LONDON – Liverpool sudah memulakan bicara terbaharu mahu mendapatkan khidmat penyerang veteran, Samuel Eto’o untuk menguatkan jentera serangan.
Penyerang Cameroon itu kini bebas selepas Chelsea tidak menyambung kontraknya dan Brendan Rogers sudah menunjukkan kecenderungan membelinya, tambahan pengalaman pemain berusia 33 tahun ini boleh membantu mereka dalam cabaran Liga Juara-Juara.
Eto’o sudah memenangi pingat kejuaraan Eropah itu tiga kali dan The Reds kini kekurangan penyerang seperti itu apabila mereka kembali ke pentas elit ini selepas menyepi lima musim.
Rodgers masih mencari penyerang sejak usaha mendapatkan Loic Remy mencapai jalan buntu. – Agensi
TOP
Anggota Bomba Bantuan Mulakan Tugas Pada Oktober
ALOR SETAR – Anggota Pasukan Bomba Bantuan yang kini dalam proses penubuhan dijangka memulakan tugas dalam membantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada Oktober depan.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata pada peringkat permulaan, pihaknya akan mengambil kira-kira 500 anggota Bomba Bantuan selepas pihaknya melakukan saringan terhadap lebih 1,000 calon yang memohon.
Beliau berkata mereka yang terpilih selepas proses saringan akan melakukan latihan selama sebulan pada September di pusat latihan bomba terpilih sebelum ditempatkan di balai bomba di seluruh negara.
“Mereka akan mula tugas 1 Oktober depan dan tugas mereka seperti anggota sepenuh masa yang lain. Mereka akan dibayar elaun mengikut jam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri JBPM Kedah di sini malam tadi.
Katanya sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai selepas pihaknya mengeluarkan iklan melalui pelbagai medium sejak bulan lepas dan merancang untuk menambah anggota Bomba Bantuan dari semasa ke semasa. – BERNAMA
TOP
Moto E Bakal Berharga RM369 Daripada Lazada
Peranti pintar dengan harga mampu milik – Moto E nampaknya akan dilancarkan secara rasmi pada 13 Ogos ini.
Sebagai persiapan untuk pelancaranya, pihak Lazada telah menerbitkan halaman khusus untuk peranti berkenaan di laman web mereka. Motorola Moto E merupakan telefon pintar berspesifikasi rendah daripada Motorola, dimana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 200, skrin Gorilla Glass 3 bersaiz 4.3-inci, dan dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM. Peranti ini menggunakan Android versi terkini, dan tidak membawakan penambahan pada antaramukanya. Moto E yang berharga 6999 Rupe (RM380) di India telah mendapat sambutan yang baik sehingga mencapai penjualan sebanyak sejuta unit kurang dari 5 bulan. Motorola Moto E dilihat membawakan tanda harga RM369 untuk pasaran tempatan, dan bakal dijual bermula 13 Ogos ini. Bagi maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman Lazada disini.
Sumber: soyacincau

EPL: Chelsea Gelisah Drogba Tercedera
LONDON – Didier Drogba membuat Chelsea cemas sama dapat bersedia untuk perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris yang bermula Sabtu ini.
Dia tercedera dalam siri persahabatan pra-musim ketika menewaskan Ferencvaros 2-1, semalam.
Bekas penyerang Ivory Coast itu tercedera ketika beraksi pada babak pertama dan terpaksa digantikan selepas menerima rawatan.
Tahap kecederaan belum diketahui dan akan terus diperiksa pegawai perubatan pasukan. Penyerang veteran itu menjadi sebahagian daripada perancangan Jose Mourinho untuk memantapkan jentera serangan yang agak kurang konsisten, musim lalu.
Drogba membuat kemunculan pertama sejak menyertai semula kelab The Blues dan kehadirannya untuk saingan EPL yang bermula Sabtu ini masih menjadi teka-teki.
Pemain tuan rumah, Zoltan Gera menjaringkan gol pembukaan untuk pasukan di Budapest tetapi Chelsea bangkit menyamakan kedudukan menerusi Ramires sebelum Cesc Fabregas mengesahkan kemenangan pasukan dengan permaina berbaki 10 minit. – Agensi
TOP
Seludup Organ Guna Kontena Makanan Laut
Beijing – Penyeludup organ di China dilapor mengaburi pihak berkuasa dengan menyeludup organ, khususnya buah pinggang sebagai makanan laut.
Organ itu dilapor dibungkus di dalam kontena sejuk beku dan diterbangkan ke Guangdong.
Seorang anggota kumpulan berkenaan Mo Yongqing mendakwa, dia selalu berjaya melepasi kawalan keselamatan dengan menggunakan alasan kontena itu berisi makanan laut yang sudah dibekukan.
Bagaimanapun, kegiatan dia dan rakannya terbongkar baru-baru ini menyebabkan mereka ditangkap.
Mo dan 11 rakannya semalam dijatuhkan hukuman penjara dua tahun.
Penderma organ yang menggunakan khidmat kumpulan itu terdiri daripada pelbagai golongan, termasuk seorang yang berusia 21 tahun dari wilayah Anhui yang cuba membuktikan dia boleh mendapatkan wang sendiri sehingga seorang lelaki berusia 27 tahun yang memerlukan wang untuk menjelaskan hutang judinya. – Agensi
TOP
Tufts, 5, Kalah Pertahan Jawatan Datuk Bandar
Dorset (Amerika Syarikat) – Robert ‘Bobby’ Tufts kelmarin kalah dalam usaha mempertahankan jawatan datuk bandar buat kali ketiga di bandar kecil di utara Mnnesota ini.
Bagaimanapun, kanak-kanak berusia lima tahun itu langsung tidak kecewa.
Selepas membantu memungut wang untuk badan kebajikan tempatan dan mengisytiharkan aiskrim sebagai makanan utama di bandar itu, Tufts berkata, sudah tiba masanya untuk meneruskan kehidupannya seperti biasa.
“Ia memang menyeronokkan tetapi sudah tiba untuk menyerahkan jawatan itu kepada yang menang,” kata Tufts sehari selepas dia kalah dalam pilihan raya tahunan di Dorset.
Tufts menjadi datuk bandar di bandar kecil itu yang penduduknya berjumlah 28 orang memandangkan Dorset tidak mempunyai kerajaan tempatan rasmi.
Orang ramai boleh mengundi beberapa kali yang mereka kehendaki dengan bayaran AS$1 (RM3.20) bagi setiap undi.
TOP
Erdogan Menang Pilihan Raya Presiden Turki
ISTANBUL – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam bersiap sedia untuk membawa Turki ke era baharu apabila beliau memenangi pilihan raya Presiden.
Erdogan berkhidmat sebagai Perdana Menteri sejak tahun 2003 sebelum ini berusaha untuk memodenkan Turki dan meningkatkan pengaruhnya di pentas antarabangsa.
Beliau dipercayai akan menjadi Presiden Turki untuk tempoh dua penggal sehingga tahun 2024.
Pilihan raya kelmarin merupakan pilihan raya Presiden pertama yang diadakan dengan penglibatan para pengundi.
Sebelum ini, pemilihan Presiden Turki dibuat oleh anggota-anggota Parlimen.
Beliau menang selesa dengan menewaskan pencabarnya, Ekmeleddin Ihsanoglu, 70, yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam untuk mengelakkan pertandingan pusingan kedua pilihan raya tersebut diadakan.
Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Presiden pada 28 Ogos ini bagi menggantikan rakannya, Abdullah Gul.
Perhatian rakyat kini tertumpu kepada siapa yang akan menjadi Perdana Menteri, sekali gus menerajui Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) bertanding pada pilihan raya umum pada 2015.
Pada pilihan raya Presiden kelmarin Erdogan memenangi sebanyak 51.74 peratus undi, diikuti 38.46 peratus oleh Ihsanoglu manakala pencabar ketiga, Selahattin Demirtas, 41, mendapat undi sebanyak 9.80 peratus.
Keputusan rasmi pilihan raya itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
Peratus pengundi keluar mengundi pada pilihan raya itu adalah tinggi iaitu sebanyak 73.68 peratus.
Menurut perlembagaan, Erdogan perlu meletakkan jawatannya dalam Parti AKP selepas beliau diisytiharkan sebagai pemenang pilihan raya tersebut.
Parti AKP dijangka mengadakan perbincangan peringkat tertinggi untuk memilih ketua dan Perdana Menteri baharu.
Antara calon berpotensi jawatan Perdana Menteri itu adalah Menteri Luar, Ahmet Davutoglu. – Agensi
TOP
EPL: Man City Ikat Mangala Dengan Nilai RM160j
MANCHESTER – Gergasi liga Inggeris, Manchester City sudah menandatangani pemain pertahanan, Eliaquim Mangala dari Porto dengan yuran perpindahan difahamkan sekitar £32 juta (RM160 juta).
Pemain Perancis berusia 23 tahun itu yang hampir menyertai City pada Januari diikat di Etihad selama lima tahun. Pengurus City, Manuel Pellegrini berkata: “Dia memiliki segala aspek – mental, fizikal, teknik serta kemampuan taktikal untuk muncul antara pemain pertahanan terbaik di Eropah.
Dia menambah: “Eliaquim seorang pemain yang saya percaya akan memberi impak segera kepada Liga perdana Inggeris. Ini berpandu kepada bentuk fizikalnya serta sifat bijak membaca permainan dan ada kualiti dalam sentuhan bola.
“Saya percaya dia akan membuktikan pembelian itu berbaloi.” – BBC Sport
TOP
2 Imej Berbeza, Israel Bersukaria, Penduduk Gaza Hilang Segalanya
GAZA – Imej di atas memaparkan dia situasi berbeza di Gaza dan di sebuah bandar di Israel iaitu Ashkelon.
Ia memaparkan bagaimana penduduk Israel sedang bersuka ria, manakala penduduk Gaza, hilang segala-galanya.
Ketika penduduk Israel sedang gembira berjemur di tepi pantai, keadaan berbeza bagi penduduk di Semenanjung Gaza, yang hilang segala-galanya. Ia adalah situasi yang dirakamkan selepas gencatan senjata terbaru selama 72 jam dilaksanakan antara Israel dan Hamas, semalam. Di Ashkelon, penduduknya menggunakan kesempatan gencatan senjata untuk bersantai-santai, tetapi di sebelah Gaza pula, mereka mengambil peuang untuk kembali ke sisa-sisa runtuhan kediaman masing-masing. Bagaimanapun pagi ini, pelajar sekolah tinggi di Gaza cuba dibuka secara normal. Bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat sekolah menengah, mereka hadir ke sekolah untuk memungut sijil pelajaran, selepas dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan bahawa sijil itu sudah siap untuk dibawa pulang.

Tunang George Clooney Tolak Tawaran PBB
NEW YORK – Tunang pelakon George Clooney yang juga seorang peguam, Amal Alamuddin, 36, menolak tawaran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menyertai tiga pakar menyiasat aspek pencabulan dan pelanggaran hak asasi manusia dalam perang di Gaza.
Amal, yang berketurunan Lubnan itu menolak tawaran berkenaan hanya beberapa jam selepas PBB membuat tawaran itu semalam.
Dia menggunakan alasan mempunyai komitmen lain untuk menolak penglibatan dalam siasatan tersebut.
Amal bertunang dengan Clooney sejak April lalu. Setakat ini tunangnya, Clooney tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai keadaan di Gaza dan dilihat bersikap mendiamkan diri.
Ia berbeza dengan beberapa pelakon Hollywood berprofil tinggi yang lain termasuk Penelope Cruz dan Javier Bardem yang dengan tegas menyatakan bantahan mereka terhadap serangan Israel di Gaza.
Cruz dan Bardem merupakan antara kumpulan yang menulis surat terbuka kepada sebuah akhbar di Sepanyol agar Eropah mengutuk pengeboman Israel terhadap wilayah Palestin.
Mereka juga menyifatkan apa yang berlaku di Palestin sebagai pembunuhan beramai-ramai.
Susulan kelantangannya itu, seorang penerbit filem yang pernah bekerja bersama Cruz, enggan mengambilnya berlakon lagi.
Dalam pada itu, pasukan pakar PBB tersebut akan turut dianggotai profesor undang-undang antarabangsa Kanada, William Schabas yang dipilih sebagai ketua pasukan itu bersama pakar hak asasi manusia dari Senegal, Doudou Diene.
Pasukan itu akan menyiasat semua aspek perlanggaran hak asasi manusia melibatkan operasi ketenteraan Israe; sejak 13 Jun lalu.
Perang selama sebulan di Gaza menyebabkan 1,938 penduduk Palestin dan 67 penduduk Israel maut.
Israel didakwa menyerang rumah, hospital, premis PBB dan satu-satunya stesen pembekal kuasa di Gaza.
TOP
PDRM Tubuh Pasukan Khas Pantau Media Sosial
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia menubuhkan sebuah pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) bagi memantau isu kenyataan-kenyataan sensitif dalam media sosial.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata pasukan khas itu diketuai Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan dan Perundangan) Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh.
“Laman sosial kini menjadi satu platform individu tertentu mengeluarkan kenyataan seperti hasutan, menghina dan menyentuh sensitiviti kaum di negara ini.
“Sehubungan itu, pasukan ini ditubuhkan khususnya untuk melihat kesalahan melibatkan internet,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penganugerahan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen atau daerah terbaik Op Selamat 5/2014 bersempena Hari Raya Aidilfitri di sini, hari ini.
Mohd Bakri berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung penularan kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan memainkan isu perkauman dan menyentuh sensitiviti agama menggunakan akaun laman sosial Facebook.
Ketika diminta mengulas saranan agar pesalah media sosial ini disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Mohd Bakri berkata siasatan daripada pihaknya akan merangkumi semua aspek.
“Susah untuk kita buktikan sesuatu kesalahan itu kerana penggunaan internet sangat meluas. Jadi kita perlu melihat daripada semua aspek sama ada mahu menggunakan Akta SOSMA atau sebagainya kerana undang-undang ini adalah undang-undang yang sedia wujud,” katanya.
Bakri berkata polis tidak akan mengambil tindakan berhubung sesuatu isu itu tanpa fakta dan bukti yang jelas.
“Kita melihat tindakan kita terhadap sesuatu isu tersebut dengan fakta yang sedia ada mengambil tindakan tertentu, kamu tidak boleh meminta kita untuk mengambil tindakan yang sama dengan isu yang berbeza.
“Macam Facebook, anda kena melihat alamat dan kebanyakannya di luar negara dan kadang-kadang nama yang berkenaan ada lima hingga enam orang, jadi kami perlu mengenal pasti individu itu, di sini saya meminta orang awam untuk memberi maklumat untuk kita melakukan tugas kita,” katanya.
Mohd Bakri juga berkata polis menyambut baik jika kerajaan mempertimbang cadangan mewajibkan semua pemilik akaun Facebook berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi memudahkan pengenalpastian identiti pemilik akaun.
“Kita bersetuju sekiranya perlu kerana kita melihat dari segi keselamatan dan keharmonian negara. Jika perlu kita akan membuat cadangan tertentu bagi memastikan cadangan itu diterima oleh orang awam,” katanya.
Cadangan supaya kerajaan mewajibkan pemilik akaun Facebook berdaftar dengan MCMC dikemukakan pensyarah kanan Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Mohamad Md Yusof.
Ia adalah susulan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada Jumaat lepas bahawa kerajaan akan mengkaji kewajaran untuk menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan yang timbul daripada laman itu.
Katanya kementerian itu akan menjalankan kajian untuk mengumpul pandangan orang ramai berhubung perkara itu. – BERNAMA
TOP
Majlis Perunding Melayu Minta Akta ISA Dikembalikan
KUALA LUMPUR – Majlis Perunding Melayu (MPM) meminta pihak polis segera bertindak ke atas pengendali akaun Facebook, ‘Chandra Lawan Tetap Lawan’ kerana Yang di-Pertuan Agong dalam laman sosial itu baru-baru ini.
Pengerusinya, Tan Sri Abd. Aziz Abd. Rahman berkata, pihak berkuasa tidak bertoleransi dengan perbuatan itu kerana menghina institusi beraja negara ini.
“MPM mendesak kerajaan mengkaji semula secara serius keputusan memansuhkan Akta Hasutan 1948.
“Kami juga mahu pemilik akaun Facebook itu dikenakan tindakan di bawah akta serupa dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sudah dimansuhkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Abd. Aziz berkata, perbuatan pengendali akaun Facebook itu menimbulkan kemarahan rakyat negara ini.
Menurutnya, tindakan itu menggambarkan tiada rasa hormat pihak ke atas Perlembagaan Persekutuan dan kaum Melayu.
Malah, katanya, perbuatan seperti itu jika tidak dikawal boleh mencetus perbalahan dan rusuhan kaum serta memporak perandakan keharmonian negara.
“MPM juga menyokong tuntutan banyak pihak supaya Akta ISA dihidupkan kembali agar orang seperti ini ditangkap dan diambil tindakan segera,” katanya. – mynewshub.my
TOP
Wanita MIC Sokong Pinda Akta Hasutan
KUALA LUMPUR – Wanita MIC Wilayah Persekutuan menyokong penuh pendirian kerajaan bersedia meminda Akta Hasutan 1948.
Ketuanya, Kogilam Suppiah berkata, langkah itu membolehkan tindakan tegas diambil terhadap individu yang menggunakan media sosial untuk menghina agama atau menyebarkan kenyataan berunsur hasutan.
“Kenyataan itu menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa memberi jaminan bahawa tindakan tegas tanpa mengira kaum dan agama akan dilakukan bagi memastikan individu atau pihak-pihak yang terbabit tidak terlepas daripada undang-undang.
“Justeru, kami meminta pihak berkuasa meningkatkan pemantauan termasuk menapis dan menyekat jika didapati bahan di laman sosial yang dikesan menyebar fitnah dan rasis bagi mengelakkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita terjejas,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Kogilam berkata, laman sosial dimanfaatkan untuk perkara baik dan bukan untuk menggugat perpaduan dan keharmonian negara sehingga boleh mencetuskan generasi rasis.
Beliau turut meminta rakyat tidak mudah mempercayai apa saja perkara yang disebarkan menerusi laman sosial.
“Setiap rakyat hendaklah memainkan peranan utama dalam memastikan keharmonian negara terjamin,” katanya. – mynewshub.my
TOP
Aksi Wheelie Tahap Tertinggi, Jangan Cuba Di Jalan Raya
Mat rempit di Malaysia tunggang motosikal secara berbahaya hanya menggunakan motor kapcai sahaja, tetapi mat rempit di luar negara, merempit guna motosikal berkuasa tinggi.
Lebih ganas di luar negara mereka melakukan aksi akrobatik dan ekstrem menggunakan motosikal berkuasa besar yang bersaiz lebih besar dan berat.
Itulah yang ditunjukkan pasangan mat rempit dan minah rempit yang dikatakan sudah popular di internet kerana melakukan aksi-aksi melampau dengan menggunakan motosikal berkuasa tinggi.
Motosikal mereka pula dilihat amat feminin dengan warna merah jambu.
Pada salah satu aksi mereka yang dirakam, mereka dilihat boleh bertukar-tukar posisi dari depan dan belakang motosikal tanpa sebarang masalah dan tanpa kesilapan.
Mereka pastinya menyedari,jika tersilap langkah mereka akan sudah pasti mengalami cedera parah atau mungkin meninggal dunia kerana aksi yang dilakukan dalam kelajuan tinggi.
Anda saksikan sendiri bagaimana mereka melakukannya…
– MYNEWSHUB.MY
– MYNEWSHUB.MY
TOP
MAS Adakan Pertemuan Dengan Kakitangan
KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) memaklumkan barisan kepimpinan syarikat itu telah mengadakan pertemuan dengan kesatuan pekerja MAS hari ini.
MAS dalam satu kenyataan berkata, pertemuan itu sebagai langkah awal memaklumkan pekerja mengenai berhubung penstrukturan semula MAS.
“Memandangkan masih banyak perkara perlu dilakukan, MAS komited berkerjasama rapat dengan semua kakitangan dan rakan penerbangan berhubung proses ini berdasarkan prinsip keadilan dan ketelusan,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, adalah sangat kritikal untuk MAS kekal fokus kepada momentum perniagaan dan terus memberi perkhidmatan bertaraf dunia yang terbaik kepada pelanggannya.
Media pada 8 Ogos lalu melaporkan. Datuk Seri Najib Tun Razak menyokong proses pengambilalihan sepenuhnya oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) ke atas pemilikan syarikat penerbangan negara, MAS sekali gus menyahsenaraikan syarikat penerbangan itu.
Menurut Perdana Menteri, beliau sepenuh hati menyokong usaha tersebut kerana baginya tindakan itu merupakan langkah pertama yang wajar diambil untuk memastikan MAS kembali menjana keuntungan. – mynewshub.my
TOP
Barangan Peribadi Mangsa MH17 Akan Dipulangkan
KAJANG – Barangan peribadi milik mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan dipulangkan kepada keluarga mereka selepas proses mengenal pasti dan pemeriksaan selesai dijalankan pasukan penyiasatan diketuai Belanda, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.
Katanya beliau tidak dapat memberikan tarikh sebenar bila ia akan dilakukan kerana fokus kini adalah proses mengenal pasti identiti mangsa yang sedang dijalankan di Hilversum di Netherlands.
“Ia agak sukar kerana kecuali terdapat tanda nama yang sempurna, akan membolehkan kami menghantar barangan itu kepada keluarga masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan biasiswa Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) kepada 61 pelajar Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) daripada sekolah tinggi aliran Cina persendirian di sini.
Beliau berkata perbincangan secara dalam talian dengan Belanda diadakan pada 6 petang setiap hari bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung penyiasatan itu, termasuk tarikh bagi penyerahan mayat.
Tarikh untuk membawa pulang mayat ke Malaysia hanya akan diumumkan sebaik sahaja mayat diserahkan oleh pihak Belanda, katanya.
Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara sedang bergolak itu. – BERNAMA
TOP
Penumpang Kecoh Paksa Pesawat Virgin Atlantic Patah Balik
Kekecohan yang disebabkan oleh seorang penumpang dari Britain telah memaksa sebuah pesawat Virgin Atlantic ke London untuk berpatah balik ke Hong Kong.
Laporan laman web Channel News Asia melaporkan penumpang berkenaan yang dikenali sebagai Robert berada dalam pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong ke Heathrow sebelum dia membuat kecoh.
Kejadian berlaku selepas kira-kira sejam pesawat terbang.
Pesawat berkenaan berpatah balik selepas 90 minit penerbangan dan mendarat dengan selamat di Hong Kong. Robert ditahan dan dihantar ke ke hospital.
Menurut Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong pula, penerbangan VS201 yang menggunakan pesawat Airbus A340 berlepas pada waktu tengah malam ketika kejadian.
Penumpang lain yang terkandas telah ditempatkan di dalam sebuah hotel dan akan berlepas malam ini.
Menurut polis, suspek masih belum didakwa atas apa-apa tuduhan dan dia masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan. – MYNEWSHUB.MY
TOP
GAMBAR: Siapa Pula Kat Belakang Tu, Cik Ponti Ke?
Seorang follower Daily Traffic Report telah berkongsi satu gambar misteri kepada admin page Facebook ini.
Dalam gambar yang dirakamkan di sebuah majlis drag kereta di Kulim, Kedah semalam entiti berambut panjang dan berjubah putih kelihatan dalam gambar tersebut meski pun kelibatnya tidak disedari ketika gambar diambil.
Bagaimanapun ramai yang mempertikaikan keaslian foto ini apatah lagi gambar makhluk mencurigakan di belakang itu dikatakan terlalu jelas berbanding yang biasa ditemui. Apa pun, kami difahamkan gambar ini sebenarnya diambil untuk merakam mekanik kereta tersebut bersama piala yang dimenangi. Tapi mungkin sebab teringin hendak bergambar kenangan bersama agaknya, maka ‘cik ponti’ di belakang itu pun tumpang sekaki buat photobomb. - MYNEWSHUB.MY

Kadar Tol Baharu CIQ Johor Tidak Bebankan Penduduk
KUALA LUMPUR – Kesan kadar tol baharu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar, Johor Baharu adalah minimum manakala penduduk yang menggunakan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) yang menghubungkan tol di CIQ, juga tidak terbeban kerana penggunaan percuma.
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Mat Salleh berkata, rakyat berpendapatan rendah tidak dibebankan kerana 95,000 pengguna harian motosikal tidak dikenakan tol di CIQ serta 180,000 kenderaan yang menggunakan laluan EDL dan jalan lingkaran dalam membabitkan keseluruhan 8.6km, juga tidak perlu membayar tol.
Menurutnya, dengan kadar tol baharu ini, kos pengangkutan awam bagi teksi hanya meningkat RM37.40 sebulan bagi seorang penumpang manakala kos pengangkutan bas hanya meningkat RM6 sebulan seorang penumpang.
“Dengan EDL, mengurangkan kesesakan lalu lintas di Johor Baharu dan banyak pembangunan baharu di sekitar kawasan EDL ini,” katanya dalam taklimat khas bersama pengurusan tertinggi media massa dan ketua editor di Kompleks Kerja Raya di sini, hari ini.
Kadar tol baharu yang berkuat kuasa 1 Ogos lepas melibatkan kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5 dari kedua-dua arah keluar dan masuk kompleks itu, dengan arah masuk Malaysia, masing-masing RM9.70; RM14.70; RM19.70, RM4.80 dan RM7.80 manakala kadar tol arah keluar adalah RM6.80; RM10.20; RM13.60; RM3.40 dan RM5.50. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment