TOP
Anuar Abu Bakar Jurulatih Baharu T-Team
KUALA TERENGGANU – Teka teki menyelubungi T-Team berhubung pengendali baharu akhirnya terungkai apabila Anuar Abu Bakar, bekas penolong jurulatih PKNS FC, hari ini diumumkan jurulatih pasukan itu.
Mengumumkan demikian, Ketua Pegawai Operasi T-Team Syahrizan Mohd Zain berkata Anuar, 43, yang juga bekas pemain kebangsaan dari tahun 1991 hingga 1997 akan memulakan tugas sebagai jurulatih pada Jumaat ini.
“Keputusan tersebut dibuat oleh pihak pengurusan T-Team yang bersidang petang semalam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya penolong jurulatih Azlan Johar masih kekal menggalas tugas bersama skuad itu dan beliau akan dibantu bekas jurulatih pasukan Piala Presiden Terengganu Azahari Salim dalam misi membantu pasukan dalam saingan Piala Malaysia bermula 13 Ogos ini.
T-Team akan membuka tirai saingan piala berprestij itu menentang pasukan gergasi Lembah Klang, Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Menurut beliau, Anuar adalah sebahagian daripada kelompok lapan nama jurulatih dalam perhatian pengurusan T-Team sebelum dilakukan penilaian akhir untuk membimbing pasukan.
Kekosongan jawatan jurulatih pasukan berstatus kelab itu berikutan peletakan jawatan Mohd Azraai Khor Abdullah, 62, dua minggu lalu ekoran rasa bertanggungjawab kerana gagal membawa dan mengekal The Titans dalam saingan Liga Super untuk musim depan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat ketika ditemui selepas mesyuarat mingguan Exco hari ini, meminta pihak pengurusan dan jurulatih baharu itu segara melatih pemain T-Team berikutan masa yang kian suntuk menghadapi saingan Piala Malaysia itu.
Katanya segala masalah Anuar berhubung kontrak dengan Selangor PKNS telahpun diselesaikan dan berharap pengalaman beliau mampu melonjakkan prestasi T-Team untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya ke separuh akhir.
Anuar, anak kelahiran Muar, Johor merupakan penyerang dan pemain tengah dari 1993 hingga 2003 dan pernah menyarung jersi Selangor, Johor, Kelantan dan Pulau Pinang serta pasukan berstatus kelab MPPJ. – BERNAMA
TOP
Suami Isteri Dirompak Rugi RM2,400
JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila rumah mereka dimasuki dua lelaki bersenjatakan parang untuk tujuan merompak sehingga mereka kerugian hampir RM2,400.
Pasangan itu berada di rumah bersama seorang pekerja kontrak sebelum didatangi suspek yang menaiki kereta Proton Perdana kira-kira jam 3 petang, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dua suspek yang masuk ke rumah pasangan itu mengarahkan mangsa nenyerahkan barangan berharga mereka dan mangsa kerugian wang tunai RM400, telefon bimbit, kad pengenalan, lesen memandu serta dua kad ATM.
Menurut beliau, bertindak atas maklumat, pihak polis berjaya menahan dua suspek yang sebelum itu cuba melarikan diri dengan memecut laju sebuah kereta dan terhenti di jalan mati berhampiran Jalan Kebun Teh di sini, kira-kira jam 4 petang semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjata atau cuba menyebabkan kematian. – Harian Metro
TOP
Arab Saudi beri bantuan AS$1 bilion kepada tentera Lubnan
JEDDAH: Arab Saudi memutuskan untuk memberi bantuan AS$1 bilion (RM3.2 bilion) kepada tentera Lubnan yang sedang menghadapi ancaman pergerakan Jihad di sempadan Syria, kata bekas Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri.
“Raja Abdullah memaklumkan kepada saya kemurahan hatinya untuk membantu tentera Lubnan yang berjuang mempertahankan negara daripada ancaman pergerakan Jihad di sempadan Syria dengan AS$1 bilion bagi memperkukuhkan keupayaan kami dan mengekalkan keselamatan Lubnan,” kata Hariri kepada wartawan di sini.
Bercakap dari istana Raja Abdullah di Jeddah, wakil politik Sunnah Lubnan itu menambah bahawa beliau sudahpun menerima bantuan berkenaan.
Sejak Sabtu lalu, tentera Lubnan menghadapi pihak militan dalam pertempuran di Arsal, sebuah bandar di timur Syria.
Sebelum ini Arab Saudi pernah membiayai pakej peralatan ketenteraan dan senjata Perancis bernilai AS$3 bilion (RM9.6 bilion) kepada tentera Lubnan.
Panglima Angkatan Tentera Lubnan, Jeneral Jean Kahwaji semalam menggesa Perancis supaya mempercepatkan penghantaran bekalan senjata bagi memperlengkapkan pasukannya seperti dijanjikan.
Raja Abdullah juga menyatakan sokongannya kepada Beirut dalam menghadapi keganasan itu ketika beliau menghubungi bekas Presiden Lubnan, Michel Sleiman.
Pertempuran di Arsal adalah keganasan paling dahsyat yang berlaku di kawasan sempadan sejak penentangan terhadap Presiden Bashar al-Assas pada 2011. - AFP
TOP
Mesir gali bahagian baharu Terusan Suez bernilai AS$4 bilion
Abdel Fattah al-Sisi (tengah) melancarkan pembinaan Terusan Baharu Suez di Kaherah, semalam. - Foto Reuters
KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi semalam melancarkan pembinaan bahagian baharu Terusan Suez bagi melancarkan lagi laluan trafik kapal di terusan sedia ada, sekali gus melonjakkan ekonomi Mesir. Projek mega itu bakal mewujudkan lebih sejuta peluang pekerjaan ketika Mesir kini cuba bangkit daripada masalah ekonomi yang terjejas terus berikutan kekacauan politik sejak penyingkiran Hosni Mubarak. Sisi yang diiringi menteri Kabinet dan jeneral tentera ketika melancarkan projek berkenaan berkata, terusan baharu itu akan berperanan sama dengan Terusan Suez yang dibina 145 tahun lalu. “Tidak kira apa yang terjadi, projek ini mesti disiapkan dalam tempoh setahun. Inilah yang diimpikan oleh rakyat Mesir," kata Sisi. Pegawai kerajaan berkata, laluan baharu air itu dibiayai oleh kerajaan Mesir dan pelabur asing. Sisi berkata, 500 juta saham projek itu akan ditawarkan kepada pelabur tempatan dengan kadar 100 pound Mesir sesaham (kira-kira AS$14) manakala AS$100 sesaham untuk pelabur asing. Terusan baharu itu akan dibina oleh 17 syarikat swasta Mesir dengan dipantau terus oleh angkatan tentera. Pembinaan Terusan Suez yang lama sepanjang 193 kilometer mengambil masa 10 tahun sebelum siap pada 1869. Terusan Suez terkenal sebagai laluan kapal dagang dan menjadi 'kunci' kepada perdagangan antarabangsa yang membawa pendapatan berjuta bilion kepada Mesir. Kira-kira 16,600 kapal melalui terusan itu pada 2013. - AFP

Kerani IPD Setiu Maut Nahas
SETIU - Seorang kerani kewangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Setiu meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 62 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat simpang kilang sawit Chalok, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Noor Azliza Puteh, 29, meninggal dunia kira-kira jam 10.45 malam kelmarin ketika menerima rawatan di Hospital Setiu akibat kecederaan parah di bahagian dalaman dan badan.
Ibu kepada seorang anak lelaki berusia 22 bulan itu menghembuskan nafas terakhir di sisi suaminya, Mohd Safuan Sulaiman, 30, yang berada bersama mangsa sejak dia dimasukkan di hospital tersebut.
Kata Mohd Safuan, dia yang sedang bekerja di Paka, Dungun bergegas ke Hospital Setiu sebaik dimaklumkan mengenai kemalangan yang menimpa isterinya.
Katanya, dia sempat berjumpa dengan isterinya ketika isterinya itu menerima rawatan di hospital.
“Saya bersyukur kerana berada di sisinya ketika arwah menghembuskan nafas terakhir. Ketika itu, arwah isteri masih sedar. Mata dan tangannya masih bergerak, walaupun dia tidak boleh memberi maklum balas, tetapi saya tahu dia sedar akan kehadiran saya dan ahli keluarga lain.
“Walaupun amat sedih dengan pemergiannya, tetapi saya reda kerana apa yang ada di muka bumi ini adalah pinjaman dan sudah sampai masa arwah dipanggil pulang,” katanya.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Belukar Sukai, Kuala Terengganu kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang menaiki Perodua Viva, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Belukar Sukai, Kuala Terengganu dari arah Kota Bharu, Kelantan menghala ke Kuala Terengganu.
Menurut beliau, sebaik tiba di simpang kilang sawit Chalok, sebuah kereta Proton Wira dinaiki dua lelaki dari arah bertentangan, dipercayai memotong di garisan berkembar sebelum bertembung dengan kereta dinaiki mangsa.
“Mangsa dan pemandu serta penumpang Proton Wira dikejarkan ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut, tetapi mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.45 malam ketika menerima rawatan.
“Pemandu kereta Pronton Wira berusia 23 tahun dan penumpangnya berusia 19 tahun hanya cedera ringan,” katanya.
Kata Ab Rahman, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana sebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan. - Sinar Harian
TOP
Menteri Britain letak jawatan kerana krisis Gaza
LONDON - BRITAIN. Menteri Luar Britain, Baroness Warsi hari ini dilaporkan telah meletak jawatan berikutan percanggahannya dengan polisi kerajaan terhadap Gaza.
Perletakan jawatannya disahkan oleh beliau sendiri melalui sebuah status yang dimuatnaik melalui akaun laman sosial Twitternya pada hari ini.
“Dengan penuh kesal saya mengakui telah menlis surat kepada Perdana Menteri untuk mengusulkan perletakan jawatan saya.
“Saya tidak boleh pertahankan sokongan saya ke atas polisi kerajaan terhadap Gaza,” katanya seperti yang dipetik melalui status dari akaun Twitternya.
Merurut sebuah laporan yang dipetik dari portal, perletakan jawatan Warsi dikatakan menjadi tamparan buat Perdana Menteri, David Cameron yang dikritik hebat oleh pelbagai pihak kerana gagal mengutuk tindakan rejim Zionis yang membedil dan menyerang penduduk Gaza di Palestin.
Cameron juga dikatakan gagal menyelar tindakan tentera Israel yang telah melakukan serangan udara ke atas sebuah sekolah yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Rafah baru-baru ini.
Dalam surat perletakan jawatannya, beliau berpendapat bahawa Cameron harus lebih tegas menyatakan pendirian beliau mengenai pendekatan dan pandangan kerajaan dalam konflik Israel-Palestin dari segi moral dan bukannya demi kepentingan negara. “Dasar kita menekankan kepentingan proses hubungan damai di Timur Tengah secara amnya, namun baru-baru ini perdekatan kita berhubung krisis semasa di Gaza disifatkan tidak kukuh dari segi moral, ia turut akan menjejaskan dan memudaratkan reputasi kita di peringkat antarabangsa dan dalam negara dalam jangka masa panjang,” katanya melalui surat tersebut. Beliau yang dilantik sebagai Menteri Luar sejak 2012 kerap menyatakan pandangan beliau mengenai pertempuran yang berlaku antara Palestin dan Israel melalui akaun Twitternya yang mempunyai 35,000 pengikut.- Sinar Harian

Beruang Pun Benci Dengar Lagu Justin Bieber
Seorang nelayan di Rusia terselamat dari serangan beruang coklat apabila telefonnya memainkan nada dering nyayian Justin Bieber
Justin Bieber mungkin mempunyai berjuta-juta peminat di seluruh dunia, tetapi beruang coklat Rusia ini nampaknya tidak menggemari lagu nyanyiannya.
Igor Vorozhbitsyn mempunyai diselamatkan oleh nada dering Justin Bieber, apabila telefon bimbitnya berbunyi ketika dalam serangan yang bolehmembawa maut oleh beruang coklat.
Setelah nada dering itu berbunyi, beruang tersebut terus lari meninggalkan Igor.
Nelayan berusia 42 tahun itu diterkam ketika beliau berjalan ke tempat memancing kegemarannya di utara Republik Yakutia di Rusia dan tidak percaya bahawa dia terselamat - SiakapKeli.com

Video ISIS Baris Tentera Iraq Untuk Dibunuh Beramai-ramai
Shoebat.com telah melaporkan ISIS telah memuatnaik satu video yang mempamerkan pembunuhan tahanan tentera Iraq secara beramai-ramai. Keterangan yang tertulis di dalam video terbabit menunjukkan kesemua tahanan yang dibunuh adalah seramai 1,500 orang.
Dalam video ini, proses pembunuhan yang ditunjukkan adalah dengan membariskan mereka-mereka yang ditangkap kemudian menembak satu persatu individu tersebut.
Pembunuhan beramai-ramai ini tidak ubah seperti pembunuhan yang berlaku di zaman Nazi di Jerman dulu. Lagi teruk ianya direkod untuk tatapan umum.
Video ini mungkin tidak sesuai ditengok oleh individu yang lemah semangat. Jadi, sesiapa yang merasakan tidak boleh menonton video yang 'keras', dinasihatkan tidak berbuat demikian
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Isteri Tak Muncul, Proses Sulh Awie & Rozana Gagal
KUALA LUMPUR – Proses Sulh di antara vokalis kumpulan Wings, Awie dan isterinya, Rozana Misbun gagal selepas wanita berkenaan tidak hadir pada rundingan yang berlangsung di Pejabat Sulh, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Rabu.
Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, dia tidak mengetahui punca sebenar kegagalan isterinya itu hadir ke mahkamah dan hanya dimaklumkan mengenai perkara itu menerusi pesanan faksimili kepada peguamnya, Mohd Hafizal Parcho pada Selasa lalu.
“Saya tidak boleh komen apa-apa kerana dia (Rozana) tidak hadir dan tiada sebarang perbincangan berlaku dalam pejabat Sulh tadi.
“Saya sendiri tidak pasti puncanya mungkin dia ‘datang bulan’ kot,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui diperkarangan mahkamah.
Proses sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak yang terlibat dalam sesuatu pertikaian, yang melibatkan satu atau lebih tuntutan dengan dikendalikan oleh pegawai sulh.
Awie dan Rozana bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu merkeka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.
Menerusi perkahwinan terdahulu Awie bersama penyanyi Arni Nazira, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, yang kini tinggal bersama Awie.
Dalam pada itu, peguam Awie, Mohd Hafizal memberitahu, rundingan tersebut sepatutnya diadakan bagi membincangkan mengenai soal hak penjagaan anak secara kekal (hadanah) terhadap tiga anak mereka.
Jelas Mohd Hafizal, ekoran kegagalan Rozana hadir pada rundingan tersebut, pihak mahkamah menetapkan 3 September ini untuk sebutan kes berkenaan untuk dibicarakan.
“Rundingan pada hari ini sepatutnya berkenaan soal anak tetapi ia gagal kerana pihak defendan (Rozana) tidak menghadirkan diri tanpa memberikan sebab tertentu dan notis telah diberikan kepadanya pada 24 Julai lalu.
“Tidak akan ada kali kedua atau ketiga proses sulh dan kes berkenaan akan disebut di mahkamah pada 3 September,” katanya.
Selain Awie selaku plaintif dan Mohd Hafizal, proses Sulh yang berlangsung selama 10 minit itu turut dihadiri oleh Pegawai Sulh, Surayah Ramli.
Awie pada 22 Julai lalu berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga mereka daripada Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.
Mahkamah turut membenarkan permohonan injunksi oleh Awie untuk menghalang Rozana, 36, daripada mendekati atau menghubunginya dan anak-anak mereka dalam apa jua cara sekalipun.
Terdahulu Awie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.
Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.Sehubungan itu mahkamah menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes berkenaan.
Rozana juga telah membuat tiga laporan polis di Balai Polis Daerah Brickfields berhubung kejadian yang berlaku keatasnya termasuklah ancaman halangan untuk berjumpa tiga anak kandungnya. - mStar
TOP
MARA Tawar Pinjaman 956 Pelajar Pasca Siswazah Luar Negara
KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) tahun ini telah menawarkan bantuan pinjaman pelajaran kepada 956 orang calon yang layak melanjutkan pengajian ke peringkat pasca siswazah di 15 buah negara.
Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan berkata daripada jumlah tersebut, seramai 32 orang pelajar ditaja melanjutkan pengajian ke universiti dalam ranking 50 terbaik dunia seperti Oxford University, University of Chicago dan Columbia University.
Katanya, bidang pengajian yang ditaja adalah berkaitan dengan 12 Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) antaranya perniagaan, pendidikan, kesihatan dan pertanian bagi memastikan pelajar dapat menyumbang kepada negara dan masyarakat mengikut kepakaran masing-masing.
Beliau berkata, fokus dalam bidang NKEA sekali gus dapat mengangkat martabat negara sebagai pusat kecemerlangan dalam penyelidikan dan pembangunan secara kolektif dan inovasi yang turut menyumbang kepada penjanaan pendapatan selain mencapai wawasan 2020.
Katanya, MARA turut menjalin kerjasama dengan institusi keusahawanan tersohor dunia antaranya Stanford University di California dan Babson College di Boston, Amerika Syarikat bagi menerapkan pendidikan keusahawanan dalam kalangan pelajarnya.
Annuar berkata, MARA melalui pejabat pentadbirannya di luar negara turut memantau pencapaian akademik serta pembangunan sahsiah pelajar secara berterusan dengan menganjurkan Program Pembangunan Pelajar melalui pelbagai aktiviti berbentuk pembabitan secara langsung bagi melahirkan modal insan berkualiti. – BERNAMA
TOP
Anggota PGA Kem Ulu Kinta Maut Kemalangan
IPOH – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Ulu Kinta di sini maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Km273, Lebuhraya Utara-Selatan malam tadi.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh DSP Wan Sharuddin Wan Omar berkata Kpl Ahmad Nazmi Samsudin, 35, beralamat di Kampung Kelimat, Sungai Siput meninggal dunia di tempat kejadian.
“Siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari Jelapang ke Ulu Kinta dengan menaiki motosikal jenis Yamaha LC, terlanggar sebuah kereta jenis Proton Saga BLM yang diparkir di tepi jalan berkenaan kerana rosak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata akibat rempuhan itu Ahmad Nazmi tercampak ke lorong kanan sebelum dilanggar sebuah motosikal jenis Demak Scrambler yang gagal mengelak mangsa.
Penunggang motosikal Demak Scrambler Mohamad Amirul Izwan Jamaluddin, 24, dari Taman Perpaduan mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, katanya.
Wan Sharuddin berkata pemandu kereta Proton Saga itu lelaki berusia 24 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA
TOP
Tindakan Wajar Perlu Pastikan Pesta Bogel Tak Menular
GEORGETOWN – Siasatan dan tindakan wajar harus diambil oleh pihak berkenaan bagi memastikan aktiviti pesta bogel tidak menular di negara ini.
Ketua Wanita Umno Pulau Pinang, Senator Norliza Abdul Rahim berkata pesta bogel yang didakwa berlaku di Taman Negara, Teluk Bahang di sini baru-baru ini merupakan kes serius dan tindakan segera perlu diambil untuk membanteras ia daripada berlaku di masa hadapan.
Kementerian Pelancongan juga harus mencari kaeadah agar pelancong yang memasuki negara ini diberi pendedahan awal mengenai budaya dan agama yang dianuti, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya pihak Taman Negara juga harus bertanggungjawab dan mencari kaedah terbaik untuk memantau pelancong-pelancong yang berada dalam kawasan jagaan mereka.
“Kami (Wanita Umno) memandang serius isu sebegini kerana kita tidak mahu mengundang lebih banyak masalah sosial dan moral yang mungkin timbul dalam kalangan masyarakat muda di negara kita,” katanya. Video bertajuk ‘Pesta Bogel Di Teluk Bahang, Penang’ itu tersebar secara meluas di laman sosial sejak dua hari lepas. Video berdurasi lima minit 52 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dewasa dalam keadaan bogel melakukan pelbagai aktiviti di sebuah pondok dan di tepi pantai berkenaan. – BERNAMA

Tempoh Mencukupi Untuk Pelaksanaan GST
KUALA LUMPUR – Tinggal kurang lapan bulan sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan berkuatkuasa 1 April 2015.
GST bukan membebankan sebaliknya memberi manfaat kepada keseluruhan rangkaian bekalan daripada pengilang kepada pengedar, peruncit dan pengguna.
Di samping itu, GST juga akan membantu Malaysia mencapai taraf negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Sebenarnya GST telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 17 bulan sebelum pelaksanaannya bagi memberi cukup ruang dan masa untuk pihak perniagaan melaksanakannya.
“Bukan mudah untuk melaksanakan GST dalam tempoh singkat kerana kita perlu mengajar sektor perniagaan dan orang awam tentang selok-belok GST ini dan manfaat untuk mereka,” Pengarah GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Subromaniam Tholasy memberitahu Bernama baru-baru ini.
ADAKAH MASA MENCUKUPI?
Subromaniam berkata mengikut piawaian antarabangsa, GST perlu dilaksanakan dalam tempoh antara 12 hingga 24 bulan selepas tarikh pengumumannya. “Sekiranya kita mahu melaksanakannya sejurus selepas 12 atau 14 bulan, ia sedikit tergesa-gesa. “Itu sebabnya mengapa kita memerlukan beberapa bulan tambahan untuk memastikan sektor perniagaan benar-benar faham bagaimana GST beroperasi dan apa urus niaga yang boleh dituntut dan tidak boleh dituntut. Ini bahagian paling penting,” jelasnya. Selain daripada itu, katanya lebih mudah melaksanakan GST pada bulan April kerana tidak ada akaun syarikat dibuka atau ditutup pada masa itu. Lagi pun, tidak ada banyak peristiwa atau perayaan besar yang boleh mengalih tumpuan daripada GST, kata beliau. Oleh yang demikian, tempoh yang diberi antara 12 hingga 24 bulan adalah mencukupi memandangkan ekosistem untuk GST sudah tersedia Pada masa sama, sektor perniagaan dan pengguna juga sudah maklum mengenai cukai itu dan lebih bersedia untuk menghadapi perlaksanaannya.
PERISIAN PERAKAUNAN
Subromaniam menjelaskan sektor perniagaan memerlukan lebih masa untuk membiasakan diri mereka dengan perisian perakaunan GST yang perlu menjana satu fail piawaian dikenali sebagai “Fail Audit GST”. Untuk itu, sektor perniagaan perlu menggantikan perisian perakaunan mereka untuk memenuhi keperluan GST dan ini menjadikan pengiraan cukai lebih mudah. “Menjelang April 2015, kita mampu menyelesaikannya dan mengajar mereka bagaimana untuk mengendalikan perisian ini,” kata beliau. Sementara itu, pengerusi Institut Percukaian Berkanun Malaysia, S.M. Thanneermalai berkata sekiranya sektor perniagaan menggunakan perisian sedia ada, mereka perlu tahu bagaimana untuk memasukkan modul GST. Tanpa modul GST, tugas mengumpul dan mengira bayaran cukai secara manual adalah rumit. “Anda perlu menggunakan perisian GST kerana jika anda melakukannya secara manual, anda mungkin tidak mendapat maklumat yang mencukupi yang diperlukan pihak Kastam. “Jika ada ada perisian GST ini, secara automatik ia akan menjana penyata cukai,” katanya. Menurut beliau, penyata cukai itu mempunyai 24 bidang yang perlu diisi secara tepat, jika tidak ia dianggap tidak lengkap dan mungkin berdepan dengan penalti. “Tak perlulah bersusah payah memasukkan banyak data kerana anda hanya perlu masukkan butiran invois dan dan perisian itu secara automatik akan mengira cukainya,” katanya. Beliau berkata sektor perniagaan perlu tahu apakah bekalan yang boleh dikenakan cukai, barang yang sifar cukai atau dikecualikan cukai dan selepas itu perisian akan mengesan maklumat yang diperlukan untuk pengiraan GST. “Sekiranya anda membeli sebarang perisian, tolong tanya mereka sama ada modul GST ini diluluskan Kastam atau tidak,” nasihat Thannermalai, yang juga pengarah eksekutif kanan, PricewaterhouseCoopers Taxation Services Sdn Bhd.
TIDAK BERTEMBUNG DENGAN AUDIT PENUTUP HUJUNG TAHUN
Memandangkan ada tempoh masa yang disediakan sebelum perlaksanaan GST serta perisian memudahkan perlaksanaan GST, sektor perniagaan tidak perlu bimbang urus niaga dan pengiraan bertembung dengan audit kewangan atau penutup hujung tahun. Pada masa sama, katanya audit perakaunan kewangan tiada kena mengena dengan GST dan sama sekali tidak berkait dengan audit hujung tahun. Tambahan, kata Thanneermalai, pihak Kastam tidak akan mengaudit secara berjadual tetapi secara rambang. “Syarikat dengan pusing ganti perolehan lebih daripada RM5 juta setahun perlu penyata secara bulanan dan yang kurang daripada RM5 juta, perlu berbuat demikian setiap tiga bulan,” tambahnya. GST dijangka menghasilkan lebih banyak hasil cukai kepada kerajaan. Menurut Pengarah Eksekutif, Tax Advisory and Management Services Sdn Bhd (TAMS) Yong Poh Chye, apabila GST dilaksanakan pada 1 April 2015, kerajaan boleh mengutip sebanyak RM23.1 bilion hasil cukai tahun depan dan itu hanya untuk tiga suku tahun 2015. Oleh yang demikian, GST boleh membantu Malaysia mencapai lebihan belanjawan menjelang 2020. Beliau berkata demikian di Persidangan GST Kebangsaan 2014 anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan kerjasama TAMS, baru-baru ini. – BERNAMA

MH370: Fugro Dapat Kontrak Pencarian Di Dasar Lautan Hindi
CANBERRA – Australia, Malaysia dan China hari ini mengumumkan pemberian kontrak kepada syarikat Fugro Survey Pty Ltd (Fugro) untuk mengendali pencarian dasar laut pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dipercayai hilang di Lautan Hindi pada 8 Mac lalu.
Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata, Fugro akan menggunakan dua kapal, dilengkapi dengan kenderaan dalam air dan disertai pakar dalam bidang berkenaan, untuk melancarkan operasi pencarian.
“Kapal berkenaan akan memulakan pencarian dasar laut menggunakan sonar pengimbas sisi, multi-beam eco sounder dan kamera video untuk mengesan dan mengenal pasti serpihan bangkai pesawat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Truss berkata, misi pencarian dasar laut yang meliputi kawasan kira-kira 60,000 kilometer persegi itu dijangka mengambil masa sehingga 12 bulan untuk disiapkan.
“Kesemua aset sudah digerakkan dengan kapal ‘Fugro Discovery’ yang dalam perjalanan ke Perth dari United Kingdom manakala kapal Fugro Equator, ketika ini sedang memperoleh data batimetri di kawasan carian, dan akan menjadi kapal carian kedua.
Ia akan digerakkan apabila kerja pengukuran selesai pada pertengahan September ini,” katanya. – Berita Harian
TOP
Penyertaan Tiger Di Valhalla Masih Misteri
LOUISVILLE – Kecuali poster promosi mengandungi imejnya, bintang golf, Tiger Woods terus tidak kelihatan di lapangan golf Valhalla untuk Kejuaraan PGA dan statusnya sama ada akan beraksi atau tidak di saingan Major terakhir musim ini masih belum dapat dipastikan.
Bekas pemain nombor satu dunia dan pemenang 14 kali gelaran Major itu berdepan sakit belakang sebelum menarik diri pada pusingan terakhir Kejuaraan Golf Dunia Jemputan di Akron, Ohio, minggu lalu dan sehingga kini terus membisu.
Woods yang menjalani pembedahan belakang pada 31 Mac lalu, kembali beraksi pada Jun lalu namun gagal menyerlah dengan penyertaannya di Terbuka British bulan lalu berakhir dengan rekod terburuk pernah dicapainya apabila berkongsi di kedudukan ke-69.
Kali terakhir Woods menang di Valhalla adalah 14 tahun lalu dengan menewaskan Bob May pada penentuan playof untuk memenangi semua empat kejuaraan Major dalam setahun sehingga pencapaian itu dikenali sebagai ‘Tiger Slam’.
Sejak memenangi kejuaraan Major pertamanya pada Masters 1997 dan kejuaraan terakhir di Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada 2008, Woods sudah menarik jutaan peminat golf dunia termasuklah bintang dunia.
“Dominasi permainan Tiger dalam masa 10 tahun benar-benar tidak boleh disaingi dan saya perlu mengatakan ia adalah agak menakjubkan,” kata jaguh golf Australia, Adam Scott yang kehilangan tempat nombor satu kepada Rory McIlroy, awal minggu ini.
Begitupun selepas kemenangan Major terakhirnya, Woods dilanda pelbagai masalah kecederaan yang serius di bahagian belakang badan, lutut dan kakinya selain ditimpa masalah skandal.
Dan sekiranya gagal untuk beraksi minggu ini, ia menjadi penanda pertama kali buat Woods gagal beraksi dalam tiga kejuaraan Major semusim selepas turut tidak beraksi dalam Masters dan Terbuka AS tahun ini.
Woods yang berada di ranking ke-10 dunia sehingga kini belum mendaftarkan diri untuk beraksi kepada pegawai rasmi PGA namun masih memiliki masa sehingga pagi Khamis untuk beraksi dalam saingan golf elit terakhir tahun ini itu. – AFP
TOP
Lelaki Dipenjara Sebulan Kerana Cederakan Isteri
KUALA LUMPUR – Seorang penjaga tempat letak kereta dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan isterinya menggunakan kasut bola dan pen uji, Sabtu lalu.
Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor memerintahkan R Segar, 38, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 2 Ogos.
Segar didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada S. Umarani, 34, di C-08-15, PPR Taman Beringin Jinjang Utara, Sentul di sini pada 1 pagi Sabtu lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, tertuduh pulang ke rumah dalam keadaan marah sebelum memukul Umarani menggunakan kasut bola dan pen uji sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, luka kecil di leher dan di kedua-dua belah telapak tangan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kecederaan dan kesakitan yang dialami mangsa.
Bagaimanapun, Segar yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana dia perlu menanggung enam anak yang masih bersekolah. – BERNAMA
TOP
Kebaikan Dan Kelebihan Membela Kucing
Mungkin kita semua tidak menyedari banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membela dan menyayangi kucing. Jom kita sama-sama review manfaat membela kucing terhadap manusia.
Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung
Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular daripada mereka yang mempunyai kucing. Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah
Meningkatkan fungsi sistem imun (Daya Tahan Penyakit)
Membela kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.
Mencegah Alergi
Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing . Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan berkembang.
Membantu mencegah asma pada anak
Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.
Mengurangkan Tekanan Darah
Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap kucing dapat membantu menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.
Menurunkan Kolestrol
Berdasarkan kajian pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.
Mengurangkan risiko Mendapat Stroke
Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.
Mengurangkan stress dan rasa cemas
Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.
Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”
Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.
Dapat membantu pesakit-pesakit Autis
Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis.
Mengurangkan Kesepian
Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.
Sumber: Cahaya Purnama

Setiausaha Agung PBB Minta Rundingan Damai Dimulakan
NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Di tengah-tengah gencatan senjata antara kumpulan Israel dan Palestin yang bertempur di Semenanjung Gaza, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon mendesak semua pihak dalam konflik itu agar memulakan rundingan damai di Kaherah untuk keamanan berkekalan.
Ban Ki-moon yang mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya di ibu pejabat PBB di New York berkata kedua-dua pihak Israel dan Palestin harus menangani isu asas yang terus menjadi punca kepada tercetusnya konflik itu.
Beliau memuji secara khusus apa yang dipanggil ‘penglibatan proaktif’ daripada delegasi Palestin di bawah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas, menganggap rundingan seperti itu adalah ‘satu-satunya cara untuk menghentikan keganasan yang mengorbankan banyak nyawa, dan menukar status quo di Gaza’.
Setiausaha Agung itu juga mengalu-alukan usaha yang membawa kepada wujudnya gencatan senjata terkini dan memuji pihak-pihak yang menjalankan pengawasan bagi gencatan senjata 72 jam yang bermula semalam pada 8 pagi (waktu tempatan).
Ban Ki-moon menegaskan ‘setiap orang mesti mematuhi perjanjian baharu ini’.
Statistik terbaharu yang dikeluarkan di sini menunjukkan situasi yang membimbangkan – dari segi kehilangan nyawa, kecederaan, kemusnahan harta benda dan perpindahan orang awam.
Sejak tercetusnya konflik terbaharu itu pada 7 Julai, sumber PBB di New York berkata bahawa sekurang-kurangnya 1,777 Palestin terbunuh, 85 peratus daripada mereka adalah orang awam.
Angka itu dikumpulkan oleh Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA). Mangsa membabitkan 393 kanak-kanak dam 208 wanita.
Gencatan senjata itu membolehkan usaha PBB dan rakannya untuk menambah bekalan di sekolah dan bangunan lain yang telah ditukar menjadi tempat perlindungan sementara kepada hampir 270,000 pelarian di Semenanjung Gaza.
Menurut jurucakap Agensi Bantuan dan Pekerjaan PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA), agensi itu telah menggunakan tempoh itu untuk menambah bekalan makanan, air dan barangan keperluan lain bagi 90 tempat perlindungan yang dibina oleh agensi itu di kawasan berkenaan.
Jurucakap Chris Gunness, dalam wawancara media menyifatkan penduduk di situ sebagai ‘amat trauma’ dan hidup dalam ketakutan kerana tempat perlindungan selamat PBB juga ditembak.
Sebelum gencatan senjata itu bermula, Ban Ki-moon sekeras-kerasnya mengutuk serangan pada Isnin yang menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang awam Palestin terbunuh ketika berlindung di luar sekolah PBB di Rafah yang menempatkan ribuan orang awam. – BERNAMA
TOP
Tiada Klausa ‘Gigit’ Dalam Kontrak Luis Suarez
BARCELONA – Insiden ‘gigit’ membabitkan penyerang baru Barcelona, Luis Suarez dibimbangi mungkin berulang, namun tiada sebarang klausa mengenai perkara itu dalam kontraknya, menurut Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu.
Penyerang Uruguay itu ketika ini sedang menjalani hukuman penggantungan selama empat bulan yang menghalangnya daripada beraksi bersama kelab Catalan itu sehingga Oktober namun Barca mendakwa, perkara terbabit tidak menghalang mereka untuk mendapatkan penyerang Liverpool itu.
Dan sekalipun Bartomeu berkata insiden gigit itu ‘mungkin berulang’, kelab itu tidak membuat sebarang tindakan atau mengubah kontrak berkaitan perkara terbabit malah menggambarkannya sebagai ‘pemain sempurna.’
“Kami tidak pernah berfikir dua kali mengenai keputusan ini dan kami memberitahu Luis selepas insiden gigit itu. Dia sedar dia melakukan kesalahan,” kata Bartomeu.
“Dia meminta maaf. Dia amat penting kepada kami. Ia bermakna dia tahu dia tidak melakukan perkara yang sepatutnya, dan sudah tentu, datang ke bandar kami, kelab ini, pasti ada satu cara untuk menguruskan Luis Suarez kerana di Liverpool dia seorang pemain yang sempurna.”
Sebelum insiden membabitkan pertahanan Itali di Piala Dunia, Giorgio Chiellini, Suarez sudah beberapa kali melakukan kesalahan sama ketika di Ajax dan Liverpool mencetus persoalan adakah ia akan terjadi lagi.
“Inilah soalan yang ramai orang tanyakan kepada kami ketika ini. Kami tidak boleh bercakap mengenai sesuatu yang kita tidak tahu akan berlaku atau tidak. Kami tidak tahu. Apa yang kami tahu ialah kami mengambil tanggungjawab ini dan dia juga mahu bertanggungjawab.
“Tiada klausa mengenainya. Jika ada klusa mengenainya, kami akan mengatakannya namun ia tidak wujud.” – Agensi
TOP
PKR Selangor Sokong Wan Azizah Ganti Khalid
DAMANSARA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyokong keputusan PKR Pusat mencadangkan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ketua Cabang Ampang, Zuraida Kamaruddin, berkata sokongan itu dicapai 18 Ketua Cabang, enam Ahli Parlimen dan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dakam beberapa siri mesyuarat sebelum ini.
“Ia turut mengesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil peluang untuk berundur dengan baik,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, sebentar tadi.
Zuraidah berkata, meskipun beberapa pemimpin PKR Selangor ada menamakan Azmin Ali sebagai pengganti Khalid, namun kepemimpin negeri itu akur dengan keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menamakan Wan Azizah.
“Kami turut menyokong tindakan Lembaga Disiplin parti yang mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Khalid kerana enggan meletakkan jawatan,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, persetujuan kepemimpinan PKR Selangor itu tidak membabitkan Khalid dan Azmin. – Berita Harian
TOP
Angka Kematian Gempa Di Yunnan Meningkat Kepada 589 Orang
LUDIAN (China) – Jumlah mangsa kematian dalam gempa bumi di selatan China meningkat kepada 589 hari ini ketika pasukan keselamatan meneruskan usaha mencari dan menyelamat hari ini.
Kerajaan wilayah Yunnan berkata lebih 2,400 orang cedera dalam kejadian yang berlaku Ahad lalu di mana gempa berukuran 6.1 pada skala richter melanda kawasan berbukit di Ludian.
Beribu-ribu anggota tentera dan beratus-ratus pekerja suka rela mengejar ke tempat kejadian untuk menggali keluar mangsa yang mungkin masih terselamat daripada timbunan kesan runtuhan tetapi hujan dan tanah runtuh menyukarkan usaha menyelamat itu.
Kawasan itu sering berlaku gempa bumi. Pada 1970, gempa bumi berukuran 7.7 pada skala richter di Yunnan mengorbankan sekurang-kurangnya 15,000 orang. Pada September 2012, beberapa kejadian gempa bumi yang berlaku turut mengorbankan 81 orang.
Pada Mei 2008, gempa kuat di wilayah Sichuan mengakibatkan hampir 90,000 orang maut. – AP
TOP
Lebih 300 Kes Demam Denggi Dilaporkan Dalam Tempoh 24 Jam
KUALA LUMPUR – Sebanyak 325 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 24 jam sejak semalam.
Menurut laporan dalam laman sesawang iDengue kendalian Kementerian Kesihatan (KKM), Kelantan merekodkan kes paling tinggi iaitu 136 kes diikuti Selangor dengan 94 kes.
Sebanyak 124 kawasan di seluruh negara termasuk kawasan dalam daerah Petaling, Gombak, Hulu Langat, Seremban, Kota Baharu, Tumpat dan Sibu disenaraikan sebagai lokaliti aktif denggi terkini.
Kawasan komersial yang paling tinggi mencatatkan kes denggi ialah daerah Petaling, Selangor.
Kawasan berkenaan mencatatkan 111 kes secara kumulatif bagi tempoh Januari sehingga Julai lepas.
Bilangan kes denggi di seluruh negara bagi tempoh tujuh bulan pertama sejak Januari tahun ini adalah sebanyak 54,976 kes dan jumlah ini meningkat berbanding 15,400 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Bagi tempoh yang sama, sebanyak 101 kematian direkodkan akibat kes denggi berbanding 31 kematian bagi tahun lepas.
Orang ramai boleh merujuk portal http://idengue.remotesensing.gov.my untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai denggi. – BERNAMA
TOP
Messi, Ronaldo Pemain ‘Pelik’, Contohi Muller Dan Ribery
NEW YORK – Bekas bintang Arsenal dan Perancis, Thierry Henry menggambarkan Thomas Muller dan Franck Ribery sebagai contoh sempurna dalam bola sepak sambil melabelkan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sebagai ‘pelik.’
Henry yang ketika ini beraksi bersama kelab Amerika Syarikat, New York Red Bulls dijadual bertemu Muller dan Ribery dalam perlawanan membabitkan bintang Liga Bola Sepak Amerika, MLS dan Bayern Munich, awal pagi esok.
Dan pemain berusia 36 tahun itu percaya pemain muda sepatutnya lebih mencontohi pemain Jerman dan Perancis itu berbanding dua pemain terbaik dunia terbabit.
“Terlebih menggelecek, helah, ia bukanlah permainan. Permainan adalah seperti Thomas Muller lakukan. Jika saya mempunyai anak lelaki ketika ini dan bermain, saya akan berkata kepadanya untuk mencontohi (Franck) Ribery dan melihat kepada Muller.
“Apa yang Ronaldo buat, dan Messi, mereka hanya pelik. Jangan cuba untuk mengikuti mereka. Kamu boleh meniru Ribery dan Thomas Muller.
“Apa yang dilakukannya (Muller) di Piala Dunia tidak diperkatakan orang. Mereka tidak membincangkannya namun mereka patut berkata sesuatu mengenainya.
Dia bermain dengan cara yang betul. Ketika bertahan, menyerang, mengawal bola dan bertahan ketika memerlukan. Dan ketika dia perlu menjaringkan gol, dia melakukannya. “Dia tidak banyak menggelecek namun apabila dia perlu beraksi dengan baik, dia melakukannya.”
Muller meledak lima gol untuk membantu Jerman menewaskan Argentina di final Piala Dunia namun Ribery terlepas aksi akibat kecederaan. – Agens
TOP
Pencuri Ditahan Beserta Keratan Kabel Bernilai RM50,000
JOHOR BHARU – Dua lelaki ditahan kerana mencuri 77 keratan kabel bernilai RM50,000 di Jalan Yong Peng, Batu Pahat dua hari lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kedua-duanya yang bermur 39 dan 41 tahun ditahan selepas kereta yang mereka naiki terbabas ketika cuba melarikan diri dari pihak polis.
Beliau berkata mereka pada mulanya dikesan sedang memunggah barangan ke dalam kereta kira-kira pukul 2.40 pagi di Batu 5, dekat Bakri, Muar.
“Kedua-duanya kemudiannya melarikan diri bersama kenderaan mereka ke arah Jalan Yong Peng. Mereka turut merempuh seorang anggota polis yang mengejar mereka sehingga cedera. Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa das yang menyebabkan kereta suspek terbabas sebelum mereka diberkas,” katanya di sini hari ini.
Turut dirampas dua bilah parang.
Mohd Mokhtar berkata kedua-duanya dikehendaki berhubung kesalahan jenayah dan dadah serta dipercayai terlibat dalam 10 kes mencuri kabel di Muar serta Batu Pahat.
Sementara itu lapan warga asing ditahan minggu lalu kerana memecah masuk kilang di Taman Teknologi Senai di sini.
Mereka yang berumur 23 hingga 31 tahun ditahan di Skudai dan Senai.
Mohd Mokhtar berkata mesin pemotong, gerudi, pemotong zink dan tukul besi turut dirampas daripada mereka.
Beliau berkata kesemua mereka yang dipercayai terlibat dalam lima kes pecah kilang di Kulaijaya dan bandar raya ini kini direman. – BERNAMA
TOP
Kastam KLIA Rampas 15.56 Kg Dadah Bernilai RM2.97 Juta
SEPANG – Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merampas 15.56 kilogram (kg) dadah bernilai
RM2.97 juta yang cuba diseludup melalui kawasan pintu masuk negara antara Julai hingga 2 Ogos.
Pengarah Kastam KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata tiga warga asing iaitu seorang wanita warga Thailand dan dua lelaki – warga Nigeria dan Iran – ditahan berkaitan kes rampasan dadah dalam tempoh itu manakala satu kes melibatkan bungkusan dadah jenis methamphetamine masih disiasat kerana pemiliknya gagal dikesan.
Dalam kes berkaitan bungkusan dadah jenis methamphetamine itu, Chik Omar berkata dadah itu dikesan dalam kargo berisi 12 tin makanan yang tiba di gudang MAS Kargo KLIA dari Lagos, Nigeria pada 1 Julai lepas.
“Hanya lima tin sahaja ada kacang pis di dalamnya dan selebihnya dadah. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Pada hari yang sama juga, seorang wanita warga Thailand berusia 22 tahun ditahan di sebuah hotel di ibu negara setelah pemeriksaan bagasinya menemui serbuk putih positif kokain seberat 1.67kg bernilai RM334,000 tersorok dalam kerangka besi bagasi ketika suspek tiba di KLIA melalui pesawat dari Abu Dhabi pada 30 Jun.
Chik Omar berkata pada 20 Julai pula, seorang lelaki Nigeria berusia 34 tahun, yang menaiki pesawat dari Addis Ababa, Ethiopia, ditahan di KLIA ekoran penemuan dadah jenis methamphetamine seberat 2.75kg bernilai RM522,500 pada suspek.
Terbaru pada Sabtu lepas, seorang lelaki warga Iran berusia 27 tahun turut ditahan di KLIA selepas dadah jenis methamphetamine ditemui disorok dalam bungkusan dan tiga botol protein yang ditutup rapat dalam bagasinya.
Beliau berkata suspek yang menaiki penerbangan dari Doha, Qatar dipercayai ‘memantau keadaan di KLIA’ sebelum ini kerana pernah beberapa kali datang ke Malaysia dan kali ini ditahan selepas membawa dadah seberat 9.85kg bernilai kira-kira RM1.87 juta.
Chik Omar berkata dua suspek sudah didakwa, manakala suspek terbaharu masih direman.
“Sepanjang Januari hingga Julai tahun ini, sembilan suspek ditahan dengan penemuan 254kg dadah bernilai kira-kira RM44.2 juta melibatkan 15 kes,” kata beliau. – BERNAMA
TOP
Lelaki Parah Ditetak Ketika Sedang Minum Di Gua Musang
GUA MUSANG – Seorang lelaki parah ditetak ketika dia sedang minum di kedai kopi di Kampung Lembaga di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritenden Saiful Bahri Abdullah berkata kejadian berlaku pada pukul 11.40 pagi apabila Fakhruzi Ibrahim, 30, ditetak sebanyak dua kali dengan golok pada kepalanya oleh seorang lelaki.
Beliau berkata suspek berumur 27 tahun itu pada mulanya cuba memukul mangsa dengan kayu tetapi mangsa dapat mengelak dengan beberapa orang merampas kayu itu dan mententeramkan keadaan.
“Namun suspek yang tidak puas hati dengan keadaan itu terus mengeluarkan golok yang terselit di pinggangnya lalu menetak kepala mangsa. Orang ramai kemudiannya turut merampas golok itu,” katanya.
Fakhruzi kemudiannya dibawa ke Hospital Gua Musang sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Krai.
Suspek dari Rancangan Pemulihan Tanah RPT Sungai Terah telah ditahan dan kini direman. – BERNAMA
TOP
2 Pekerja Indonesia Dikelar Hingga Mati Di Ladang Sawit
MUKAH – Dua warga Indonesia, yang bekerja di sebuah ladang sawit di kawasan pedalaman di sini, dijumpai mati dikelar ketika sedang tidur di kediaman mereka pada 2 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah DSP Omar Bakhtiar berkata mangsa dikenali sebagai Stepenus Dara, 24, dan Roti Nus Muda, 34.
Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini pegawai dari syarikat berkenaan melaporkan pembunuhan itu di Balai Polis Stapang pada 2.30 pagi dan kes itu kemudian dirujuk kepada polis Mukah.
Sepasukan anggota polis diketuai Inspektor Peter Yong bergegas ke tempat kejadian dan tiba kira-kira 4 pagi berikutan keadaan jalan ladang yang kurang baik, katanya.
“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di badan. Kami mengesyaki seorang lagi warga Indonesia yang juga teman sekampung mereka yang melakukan pembunuhan itu,” katanya.
Omar berkata suspek yang melarikan diri sebelum pasukan polis tiba berjaya dikesan di sebuah rumah panjang kira-kira 22 kilometer dari situ.
“Kami menahannya pada 2 petang hari sama dan menemui sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu,” katanya.
Suspek kini ditahan reman tujuh hari bermula hari ini manakala mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sibu. – BERNAMA
TOP
Khalid Diberi Tempoh Sehingga Jumaat Ini
PETALING JAYA – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk menjawab surat tunjuk sebab kenapa beliau ingkar untuk berundur daripada jawatan itu.
Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin berkata, surat tunjuk sebab yang dihantar semalam itu adalah kerana Abdul Khalid masih belum akur dengan keputusan dibuat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR baru-baru ini.
“Setelah Abdul Khalid menjawab surat berkenaan, MPP parti dalam satu mesyuarat khas Sabtu ini akan membincangkan alasan ataupun jawapan yang
diberikan beliau. Abdul Khalid perlu akur dengan keputusan MPP dan berundur dengan cara baik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam, PKR telah menghantar surat tunjuk sebab itu kepada Abdul Khalid setelah beliau enggan melepaskan jawatan sebagai menteri besar seperti diarahkan dan diputuskan oleh MPP.
Terdahulu itu, sidang media oleh Zuraida mengenai pendirian PKR Selangor berhubung bakal menteri besar menjadi kecoh apabila satu kenyataan media berasingan yang diedar dalam majlis yang sama bercanggah dengan kenyataaannya.
Kenyataan itu didakwa meminta nama Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali turut
dicadangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor selain nama presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Zuraida dalam kenyataannya pula menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan parti menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal menteri besar Selangor yang baharu.
Beliau bagaimanapun meminta media hanya menggunakan kenyataannya sebagai kenyataan rasmi PKR Selangor. – BERNAMA
TOP
Komuniti Islam Di Belanda Bantu Urus Jenazah Mangsa MH17
PUTRAJAYA – Komuniti Islam tempatan di Belanda bersedia memberikan bantuan kepada wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk pengurusan pengendalian jenazah rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata persediaan untuk menguruskan jenazah oleh enam imam daripada Jakim juga berjalan lancar dengan bantuan serta hubungan baik dengan komuniti tempatan itu.
“Persiapan pengurusan jenazah di sana (Belanda) serta di sini berjalan lancar. Setibanya di sini (Malaysia) pengurusan jenazah akan dilakukan oleh saya serta Jakim bagi jenazah Islam manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Joseph Kurup bagi jenazah bukan Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani MoU Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di sini hari ini.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh, namun sehingga kini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.
Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau meminta semua pemilik sekolah agama rakyat (SAR) supaya berdaftar di bawah SABK supaya mendapat manfaat seperti kemudahan pinjaman buku, prasarana serta pendedahan latihan perguruan.
“Pendaftaran dengan SABK tidak menjadikan pihak lembaga sekolah tidak mempunyai kuasa terhadap sekolah mereka, malah sekolah yang didaftarkan adalah kekal di bawah bidang kuasa mereka,” katanya sambil menambah masih banyak SAR yang tidak berdaftar dengan SABK.
Beliau berkata dengan mendaftar di bawah SABK, pelajar SAR bukan saja berjaya dalam bidang agama semata-mata, malah dilengkapi dengan akademik. – BERNAMA
TOP
Lelaki Dakwa Bom Dalam Pesawat Jalani Pemeriksaan Mental
LONDON – Lelaki 47 tahun yang disyaki menipu kononnya terdapat bom di dalam pesawat Qatar Airways dihantar untuk pemeriksaan kesihatan mental.
Polis Greater Manchester berkata lelaki itu diperiksa oleh kakitangan perubatan dan sepasukan pegawai perubatan mental berikutan penahanannya. Polis tidak mengumumkan namanya.
Jet pejuang Britain dikerah bergegas untuk mengiringi Penerbangan 23 Qatar Airways itu yang membawa 269 penumpang dan 13 anggota kru ketika ia dalam penerbangan dari Doha, Qatar. Ia mendarat tanpa sebarang kejadian semalam di lapangan terbang Manchester, destinasi asal penerbangan itu.
Dalam satu kenyataan, Qatar Airways berkata anggota kru pesawat Airbus A330-300 itu menerima ancaman mengenai kemungkinan ada peranti tertentu di dalam pesawat berkenaan dan menghubungi pihak berkuasa Britain dengan serta-merta. – AP
TOP
Kuku Kanak-Kanak Bertukar Hitam Dan Buruk Sebelum Tercabut Kerana Inai Moden
Seorang kanak-kanak telah menderita akibat inai moden yang mana kesan inai tersebut telah menyebabkan jarinya membengkak dan kuku tercabut.
Perkara tersebut telah didedahkan oleh ibu saudara kanak-kanak malang itu sendiri di media sosial pada 3 Ogos.
Selain daripada itu beliau juga turut memuat naik beberapa keping gambar sebagai bukti dan pendedahan produk yang digunakan tersebut.
Namun tindakan beliau mengadu serta mendedahkan perkara tersebut di media sosial telah mengundang kemarahan penjual produk terbabit serta sesetengah pihak yang merasakan itu adalah kecuaian ibu mangsa.

(Video) Komen ‘Inilah Masalah Anak Dara Tua, Kurang Seks’ Hisham Dikecam
Kenyataan yang menghina kaum wanita yang dilemparkan oleh Aktivis Pembangkang, Hishamuddin Rais telah dikecam oleh peserta forum 'Krisis MB Selangor' secara terbuka.
Kenyataan tersebut boleh dilihat pada minit ke 1:25 dalam video di bawah yang mana Hishamuddin yang ketika itu merujuk kepada bekas setiausaha Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin sebagai 'Anak dara tua yang kurang seks'.
Bagaimanapun perkara tersebut telah mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati oleh peserta forum lalu mengkritik Hisham secara tersebuka.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Umno Bersedia Jika Pilihan Raya Negeri Selangor Diadakan
KUALA LUMPUR – Umno bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri Selangor, jika ia penyelesaian yang dipilih kerajaan negeri bagi menyelesaikan kemelut pelantikan menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ketua Penerangannya Datuk Ahmad Maslan berkata pihaknya memerhatikan dengan teliti perkembangan di negeri itu demi kepentingan rakyat, selain krisis tersebut secara tidak langsung, turut memberi kesan kepada negara khususnya dari sudut ekonomi.
“Selangor adalah negeri yang penting dan merupakan pusat ekonomi kepada segala usaha yang dibangunkan kerajaan dan kestabilan politik merupakan faktor utama kedatangan pelabur ke sesebuah negeri,” katanya.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemprosesan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sini, hari ini.
Krisis itu timbul ekoran terdapat desakan daripada Parti Keadilan Rakyat supaya menteri besarnya itu berundur dan digantikan dengan pemimpin lain parti itu. – BERNAMA
TOP
‘Pakatan Tak Bantai Guan Eng Isu Terowong RM4.63B’ – Pas
MP PAS, Nasruddin Hassan berkata beliau hairan kerana Tan Sri Khalid Ibrahim “dibantai teruk” berhubung projek lebuh raya Kidex, tidak seperti reaksi ke atas projek terowong bawah laut di Pulau Pinang.
Sedangkan, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion di negeri dipimpin DAP itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.
“Di manakah suara pimpinan Pakatan dalam menegur sikap Lim ini? Bukankah kita menentang rundingan terus satu ketika dahulu
“Saya pelik kenapa Khalid dibantai teruk kerana projek yang bukan bawah bidang kuasanya.
“Namun dalam masa yang sama, tidak berlaku kepada Kerajaan Pulau Pinang bawah pimpinan Lim,” katanya.
Projek terowong 6.5km itu berbeza dengan Kidex, yang merupakan projek kerajaan Persekutuan, katanya.
Malah Selangor juga tidak berhak untuk menolak permohonan pengambilan tanah demi kepentingan awam, kata MP Temerloh itu.
“Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak terikat dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak terikat dengan mana-mana pihak. Namun kenapa (dibuat melalui) rundingan terus?,” katanya.
Beliau turut menggariskan bahawa projek terowong itu menerima bantahan memandangkan jambatan kedua Pulau Pinang itu sudahpun memadai untuk menampung beban lalu lintas.
Projek itu juga dijangka akan menyebabkan kesesakan lebih teruk dengan kemasukan lebih banyak kenderaan ke pulau tersebut, katanya.
Sedangkan, kesesakan teruk di Pulau Pinang akan dapat diatasi jika satu sistem keretapi transit dibina dengan kos hanya RM 120 juta sekilometer.
“Namun tindakan Lim ini tidak langsung di kecam oleh pimpinan Pakatan sepertimana Khalid dikecam dan didesak meletakkan jawatan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Sumber: Malaysia Kini
TOP
Polis ‘Mabuk’ Lepas Tembakan Di Jln Ampang Kena Tindakan
Seorang konstabel polis yang didakwa melepaskan tembakan amaran terhadap orang awam di Jalan Ampang di ibunegara Ahad lalu telah dikenakan tindakan ‘Non Active Duty’.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata anggota polis berkenaan tidak dibenarkan memakai uniform dan menggunakan senjata api.
“Polis Kuala Lumpur sedang melakukan siasatan berhubung kes itu, polis Selangor masih menunggu keputusan lanjut sebelum tindakan seterusnya dapat diambil terhadapnya.
“Saya tidak pasti sama ada anggota polis itu sedang bertugas di Balai polis Sepang atau sebaliknya ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Beliau menambah, anggota polis berkenaan hanya akan dibenarkan bertugas di dalam pejabat buat masa ini.
Sebuah akhbar tempatan melaporkan dalam insiden Ahad lepas, seorang anggota polis yang ‘dalam keadaan mabuk’ telah mengacukan pistol di hadapan orang awam dan kemudian melepaskan tembakan amaran ke udara di hadapan sebuah kelab di Jalan Ampang. - BERNAMA
TOP
SEGERA: Rambo Bentong Dijatuhi Hukuman Mati
TEMERLOH – ‘Rambo Bentong’ atau nama sebenarnya Rabidin Satir dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh remaja perempuan berusia 17 tahun, lima tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Karim Ab Rahman menjatuhkan hukuman itu setelah pihak pembelaan didapati gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Rabidin, 43, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, antara 11.30 malam 7 Mac 2009 dan 1.50 petang 8 Mac 2009, di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong, dekat sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Abdul Karim membebaskan Rabidin daripada tuduhan merogol Kok kerana mahkamah tidak dapat menentukan sama ada jenayah itu dilakukan tertuduh ketika mangsa masih hidup atau telah mati.
Tertuduh didakwa merogol mangsa di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 376(4) kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.
Dalam penghakimannya, Abdul Karim berkata tertuduh yang memberikan keterangan bersumpah dan merupakan satu-satunya saksi pembelaan dalam kes itu hanya memberikan keterangan bersifat penafian.
“Tertuduh juga hanya memberikan keterangan ringkas sepanjang perbicaraan berlangsung di mana sesi soal balas hanya dijawab dengan jawapan ‘tidak ingat’ dan mengambil masa yang lama untuk memberi keterangan.
“Daripada cerita pembelaan tertuduh, ia hanyalah keterangan bersifat penafian atau ‘after thought’, dia menafikan mengenali mangsa dan menafikan pernah pergi ke rumah mangsa, jadi penafian ini tidak menimbulkan keraguan kepada kes pihak pembelaan,” katanya.
Beliau berkata kesan darah yang ditemui pada pakaian mangsa adalah sepadan dengan darah milik tertuduh selain profil asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh daripada kemaluan mangsa juga sepadan dengan profil DNA milik Rabidin.
Rabidin yang berkerusi roda dan diwakili peguam Richard Bong Chong Fook hanya mendiamkan diri ketika jurubahasa Kadazan Dusun menterjemahkan keputusan itu kepadanya.
Pada 5 Februari 2013, Rabidin dijatuhi hukuman penjara 115 tahun dan 50 sebatan setelah mengaku bersalah terhadap empat tuduhan rogol dan satu tuduhan seks luar tabii yang dilakukan antara 2009 hingga 2011.
Bagaimanapun, pada 29 November tahun lepas, Mahkamah Tinggi di sini menerima rayuan tertuduh dan mengurangkan hukuman kepada 40 tahun dan 24 sebatan.
Pada 21 Mac tahun lepas, dia turut dikenakan hukuman 18 tahun penjara setelah mengaku bersalah menyerang dan mencederakan Konstabel Mohd Suhaimi Md Razali, 24, dengan parang di sebuah rumah di Taman Shahbandar Husin, Bentong pada 2012.
Hukuman dia bagaimanapun dikurangkan kepada 10 tahun selepas rayuannya diterima mahkamah.
Rabidin dikenali sebagai Rambo Bentong kerana dia tinggal di hutan bersendirian dan menggunakan pisau Rambo untuk mengugut menyerang mangsa. – BERNAMA
TOP
Niat Awal-Scha Untuk Tidak Dedah Wajah Anak Sebelum Tamat Pantang Undang Cemuhan
Sebelum ini Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah menyatakan yang mereka hanya akan dedahkan muka anak sulungnya kepada umum setelah isterinya habis tempoh pantangan.
Bagaimanapun kenyataan dan niat mereka telah dicemuh peminat dengan pelbagai sudut pandangan. Sudah menjadi lumrah kepada selebriti ataupun orang kenamaan kerana setiap tingkahlaku dan perkataan mereka menjadi tumpuan ramai yang berlainan pandangan.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Polis Tahan 3 Suspek Kes Bunuh Pelajar Britain
Berikutan kes pembunuhan dua pelajar perubatan yang berwarganegara Britain, yang telah maut setelah diserang dengan senjata tajam di Sarawak, pihak polis telah berjaya memberkas 3 suspek. Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Abell, Kuching pada awal pagi semalam.
Dua daripada suspek ditangkap di Kampung Gersik manakala seorang lagi telah ditangkap di Jalan Green.
Dalam Kejadian yang berlaku dalam pukul 4 pagi semalam, suspek yang dikatakan mabuk dikatakan bertengkar dengan magsa kerana bising dan bertindak membunuh warga Britain berkenaan. Menurut saksi, mangsa pertama telah ditikam dari belakang manakala seorang lagi cuba melarikan diri namun dikejar oleh suspek. Polis masih lagi mencari seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes ini. Kedua-dua mangsa adalah penuntut dari Universiti Newcastle yang menyertai program program pertukaran pelajar disebuah Universiti di Malaysia - SiakapKeli.com

Ebola : Kerajaan Sudah Mula Pantau Pintu Masuk Utama
Pintu masuk utama negara telah pun dipantau oleh pihak kerajaan susulan dari kes Ebola yang menggemparkan seluruh dunia baru-baru ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, individu yang datang dari Filipina, AS dan Britain kini dikehendaki menjalani ujian kesihatan di pintu masuk.
Pihak kerajaan telah meletakkan peralatan yang boleh memantau suhu individu yang datang dari luar negara dengan meletakkan alat tersebut di lapangan terbang KLIA bagi membolehkan pengesanan awal dijalanankan.
Dr Noor Hisham berkata, walaupun Ebola kini dilihat bertumpu di kawasan-kawasan Afrika Barat, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran kepada negara lain untuk mempersiapkan diri mereka.
“Kementerian telah mengaktifkan langkah-langkah persediaan di pintu masuk utama negara dan institusi kesihatan,” ujarnya dalam satu kenyataan media. – SiakapKeli.com
TOP
Lebih 200 Penduduk Palestin Diculik Ke Lokasi Rahsia
SHAH ALAM – Lebih 200 penduduk Palestin didakwa telah diculik, dipindahkan ke lokasi rahsia, disoal siasat dan didera oleh tentera Israel.
Manakala 1,850 yang lain terbunuh serta 10,000 daripadanya pula mengalami kecederaan parah dalam serangan selama 30 hari ke atas Genting Gaza sejak 8 Julai lalu.
Menurut laporan portal aktivis Rangkaian Solidariti Banduan Palestin, tentera Zionis didakwa telah memindahkan penduduk Palestin ke kem-kem khas yang didirikan sejak pendudukan Israel di Tebing Gaza sejak 1948 dan mangsa perang itu telah disiasat berjam-jam dan berhari-hari oleh pasukan tentera dan Agensi Keselamatan Israel atau Bet Shin.
Laporan itu juga menyebut lebih 75 rakyat Palestin itu bagaimanapun telah dibebas dan ditinggalkan di luar kawasan Beit Hanoun yang jarak hanya kira-kira enam kilometer dari bandar Sderot, Israel.
“Orang awam Palestin dari Gaza pula tidak dapat dikesan selepas ditangkap, termasuk yang tercedera, sesetengah daripada mereka telah dibebaskan tanpa rawatan selepas dua hari disoal siasat.
“Pasukan perubatan dan orang awam yang tercedera itu telah ditahan sejak 24 Julai lalu
"Paramedik dan orang-orang yang cedera telah ditahan pada 24 Julai kerana mereka cuba meninggalkan bandar Khuza'a, kawasan yang terletak di selatan Tebing Gaza,” menurut laporan itu.
Sementara itu, pada Isnin lalu, Ahli Majlis Perundangan Palestin, Issa Qaraqe memberi amaran dan mendakwa bahawa beberapa rakyat negara khususnya orang awam itu telah ditahan oleh pasukan pendudukan Israel yang kemudiannya ditembak kerana cuba meninggal bandar Khuza'a.
Dakwa Issa lagi, sebahagian daripada mereka yang ditahan itu telah dibawa ke hospital pekerjaan dan selebihnya pula masih disoal siasat.
“Sebahagian daripada yang hilang itu mungkin telah dibunuh oleh tentera pendudukan atau dibiarkan cedera sehingga mati tanpa rawatan perubatan.
“Kita mendesak Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah untuk bertindak segera untuk menentukan nasib rakyat Palestin yang ditahan di Gaza oleh pasukan pendudukan Israel,” katanya dalam laporan itu.
Dalam pada itu, kebimbangan sama pernah disuarakan oleh beberapa pihak di Gaza sejak 24 Julai lalu oleh Penyokong Banduan Addameer dan Persatuan Hak Asasi Manusia yang khuatir mengenai kempen tentera Israel terhadap penangkapan besar-besaran penduduk Palestin.
Sekurang-kurangnya 150 rakyat Palestin telah ditahan dalam satu malam di Gaza dan secara paksa dipindahkan ke pusat tahanan yang tidak didedahkan di mana mereka sedang menjalani soal siasat oleh Unit Khas 504 dalam penyelarasan dengan perkhidmatan perisikan.
Antara rakan-rakan Addameer dari Al-Mezan di Gaza yang ditahan ialah Mahmoud Abu Saeed, Afif Al-Jarah, Imad Al-Jarah, Abd Al Rahman Balousha, Hassan Al-Astal, Mohammad Al-Agha, Ahmad Abu Lahiya , Ibrahim Abu dan Mohammad Al-Qudra. - Sinar Harian
TOP
7 Rakyat Malaysia Dikenal Pasti Dalam Video ‘Sukan Bogel’
GEORGETOWN – Polis mengenal pasti tujuh rakyat Malaysia yang merupakan antara peserta pesta ‘sukan bogel’, yang didakwa diadakan di Teluk Bahang.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi pada Rabu berkata, seramai 15 peserta dilihat di dalam video yang bertajuk “Penang Nude Sport Games” (Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang) di mana tujuh rakyat Malaysia, manakala empat lagi dari Singapura.
“Mereka yang lain adalah seorang dari Filipina, dua dari Myanmar, dan seorang dari India.
“Sembilan peserta adalah lelaki manakala enam lagi wanita,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang di sini. Beliau berkata, polis turut merakamkan kenyataan 10 individu bagi membantu siasatan. Video berkenaan tersebar selepas ia dimuat naik dua bulan lalu di laman perkongsian video Vimeo. – mStar

Peguam Negara Buka Mulut, Jawab Tuduhan Pejabatnya ‘Tidur’
Tan Sri Abdul Gani Patail membidas dakwaan pihak tertentu yang menuduh bahawa beliau ‘tidur’ dan pejabat Peguam Negara tidak menjalankan tugas dengan baik serta melakukan pendakwaan terpilih.
“Saya kena berfikir bagaimana untuk saya bawa kes saya. We are not dare to win the case unless you dont care what happen. Hari ini kamu kata hitam itu putih, esok kamu kata putih itu putih asalkan kamu menang kes itu.
“Bagi kami, mesti ada polisi bagaimana kamu tentukan undang-undang itu, dan apa yang bakal terjadi jika kita ambil tindakan undang-undang sebegitu untuk jangka masa panjang, itu bagaimana atau cara kami menjalankan tugas kami,” katanya ketika ditemui bnbbc.my di pejabatnya, Selasa.
Malah, membuktikan pejabat Peguam Negara bukan bertugas secara lewa atau lepas tangan, Abdul Gani menjelaskan, menjelaskan pihaknya menjalankan tugas dengan terperinci termasuk memberikan laporan berkala kepada semua pihak termasuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada setiap minggu pada hari Khamis.
“Kami akan keluarkan laporan pada setiap Khamis, kenapa hari Khamis, kerana hari Jumaat adalah mesyuarat Kabinet, semua dapat salinan (laporan) termasuk Perdana Menteri, semua agensi berkaitan dapat salinan termasuk KDN, Ketua Polis Negara juga dapat,” katanya.
Beliau membuat penjelasan itu ekoran kritikan pelbagai pihak termasuk melalui media maya kebelakangan ini kononnya ‘Peguma Negara tidur’ dan tidak mengambil tindakan sesetengah kes yang dinilai rakyat ‘bersalah’.
Tegas Abdul Gani, masyarakat harus faham bahawa pejabat Peguam Negara berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan tugas mengikut lunas undang-undang yang ada.
“Kami perlu berhati-hati, tetapi itu tidak bermakna kami sudah putus asa dan biarkan (kes) begitu saja, kami masih meneliti kes yang ada dan lihat bagaimana untuk kami bertindak ke atas kes terbabit dan bagaimana nak buat,” tambah beliau.
Katanya, setiap kes mempunyai cabarannya tersendiri dan adalah tidak adil untuk pihaknya membuat pertuduhan tanpa menjalankan siasatan secara menyeluruh dan terperinci.
Beliau memberikan contoh penceramah bebas Sahul Hameed Seeni Muhamad dan Siti Fairah Asyikin Kamaruddin (Kiki), wanita yang berkasar terhadap seorang warga emas yang melanggar kenderaannya.
“Sahul Hamid, kes dia disebut pada Khamis, saya rasa laporan dibuat pada Khamis, dan pada hari Jumaat baru polis buka kertas siasatan. Kalau begitu, apa yang kalian jangka kami boleh buat? Adakah kami boleh tangkap orang tanpa buat siasatan, adakah itu adil bagi mereka dan juga kami.
“Tak bolehlah kita nak tuduh orang tanpa buat siasatan, siasatan kena lengkap dahulu, hantar fail ke sini dan kemudian baru kami putuskan. Macam kes Sahul ini, pada Khamis buat laporan, tetapi kertas siasatan baru buka yang mana polis daftar kes pada Jumaat, adakah itu adil bagi kami? ,” soalnya.
Malah beliau turut menjelaskan kekangan-kekangan yang wujud di pihaknya dan juga bagi polis dalam mengendalikan kes terutamanya melibatkan medium sosial.
Menurut Abdul Gani, adalah menjadi satu cabaran besar kepada pihak polis terutama dalam mencari bukti membabit medium sosial apabila terpaksa berdepan dengan kesukaran mendapatlan “protokol internet”, identiti dan akaun e-mel palsu.
“Perkara sebegitu juga menyukarkan siasatan PDRM sekaligus melambatkan proses pendakwaan,” ujar beliau.
Namun jelas beliau, keadaan berbeza sekiranya individu terbabit mengaku kesalahannya secara umum dan kebiasaanya kes sebegitu boleh selesai dengan cepat sambiil merujuk kes Siti Fairah Asyikin dan Shahul Hameed.
Kiki sudah dididenda oleh mahkamah RM5,000 serta menjalani khidmat sosial selama 240 jam manakal Shahul pula sudah ditahan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan telah dibebaskan dengan ikat jamin polis.
Penceramah bebas itu juga kemudiannya telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kaum India menjadikan kes tersebut lebih mudah diselesailkan.
Gani ketika menjawab kepada dakwaan-dakwaan yang mengatakan beliau tidak lagi relevan menjalankan tugasnya selaku Peguam Negara, beliau hanya menjawab “Itu pendapat peribadi, biarlah orang nak kata apa. Orang kutuk saya, saya masih boleh senyum, tapi jangan buat fitnah, saya boleh saman,” tegasnya.
Beliau juga menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah sekali-kali menjalankan pendakwaan terpilih seperti lambat bertindak jika kes membabitkan kaum Cina dan cepat jika dilakujkan oleh kaum Melayu.
Abdul Gani berkata, status membabitkan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee, Shahul Hameed, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer dan penyanyi rap kontroversi Wee Meng Chee Wee atau Namewee, sudah dirujuk kepada pihaknya dan tindakan susulan akan diambil.
Beliau berkata, bagi kes Tan dan Lee, jabatan itu mengemukakan tiga pertuduhan dan memutuskan mengenakan pendakwaan terhadap pasangan itu dengan waran tangkap dikeluarkan ke atas Tan selepas gagal hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. -bnbbc.my
TOP
Sebab tu dilarang bermain meriam
TOP
Kejamnya langgar lembu
TOP
Pencuri iPad di Bazar Buluh Kubu
TOP
HILANG: Menyeru Rakyat Malaysia Bantu Mencari Lelaki Ini
Baru petang tadi SK ada memuatnaik satu gambar anak gadis berumur 19 tahun yang hilang sejak 2 minggu lalu bagi membantu dalam pencarian diatas permintaan keluarga.
Sekali lagi SK menerima laporan tentang kehilangan ahli keluarga dan kali ini adalah seorang lelaki Tengku Muhammad saffaruden berumur 15 tahun. Menurut laporan yang SK terima, lelaki ini telah hilang selama tiga hari dan laporan polis juga telah dibuat. Ahli keluarga saudara ini telah meminta tolong sebarkan berita ini supaya saudara ini dapat ditemui dengan segera dengan selamat.
Berikut adalah butiran kehilangan:
Nama : Tengku Muhammad saffaruden
Umur : 15 Rabin
Aktiviti terakhir : Keluar dengan kawan dan tidan pulang sehingga hari ini.
Sekiranya anda terjumpa lelaki ini sila hubungi Azwa Rudy (Hubungan: Abang) 0196122797.
Laporan polis:

Aiyooo.....pokok pun mau curi ka!!
TOP
Malaysia Layak Duduki Kerusi Majlis Keselamatan PBB
KUALA LUMPUR – Melihat kepada prinsipnya yang kukuh dan berterusan dalam membantu Palestin dan negara-negara lain yang ditindas, Malaysia layak untuk menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), kata Duta Palestin di Malaysia Dr Anwar al-Agha.
“Jika Malaysia berada dalam UNSC, Malaysia akan membantu kami melalui hubungan baiknya dengan negara-negara lain, ia juga boleh menggesa negara berkenaan membantu rakyat Palestin,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini, hari ini.
Selain bersedia menghulurkan bantuan kemanusiaan, beliau berkata terdapat dalam kalangan rakyat Malaysia menghubungi kedutaan itu untuk mengetahui jika mereka boleh membawa kanak-kanak Palestin ke Malaysia.
“Kami mengucapkan selamat berjaya kepada Malaysia untuk bergerak dari satu kekuatan kepada kekuatan yang lebih tinggi…anda mempunyai asas yang baik dan kukuh di Malaysia yang dapat membantu Palestin dan negara-negara lain,” katanya merujuk mengenai kepentingan Malaysia untuk melobi kerusi anggota tidak tetap dalam UNSC untuk tempoh 2015-2016.
Malaysia pernah menganggotai kerusi Majlis Keselamatan PBB sebanyak tiga kali sebelum ini iaitu pada 1965 (berkongsi dengan Republik Czech), 1989-1990 dan 1999-2000.
Pada 3 Ogos, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata Malaysia dengan lantang menggesa negara anggota UNSC untuk bersatu dan bertindak tegas dalam menamatkan segera pencerobohan terang-terangan tentera Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Dr Anwar yang baru empat bulan bertugas di Malaysia berkata keadaan di Gaza amat gentir dengan senjata yang paling canggih digunakan Isreal terhadap rakyat Palestin sejak melancarkan serangan terbaharu, bermula 8 Julai lepas.
“Kami telah berada di bawah pendudukan Israel selama lebih 66 tahun, namun di sebalik semua kekejaman Israel terhadap orang awam yang telah menyebabkan sebanyak 1,850 syahid, kita masih percaya untuk meneruskan kehidupan.
“Kami berharap akan ada gencatan senjata supaya penduduk boleh bekerja dengan bebas, melihat rumah-rumah mereka malah dapat ke sekolah,” katanya.
Gencatan senjata itu juga, katanya akan membolehkan bantuan kemanusiaan termasuk dari Malaysia dapat sampai ke kawasan kepungan di Gaza.
Dr Anwar yang akan mengiringi misi bantuan kemanusiaan Biro Kebajikan Umno ke Gaza yang dijadualkan pada 12 Ogos depan, berkata Presiden Palestin Mahmoud Abbas telah meminta delegasi Malaysia ke Gaza dijaga dengan baik.
“Kami berharap delegasi dapat segera pergi dan kami juga sangat berminat untuk melihat keadaan di sana, lebih-lebih lagi saya berasal dari Gaza, jadi saya tahu keadaan…sekurang-kurangnya kehadiran saya akan membantu untuk memudahkan urusan,” katanya.
Rombongan seramai 65 orang terdiri daripada doktor, sukarelawan dan wartawan itu telah bersedia untuk menyertai misi dan menyampaikan 40 tan ubat-ubatan dan makanan kepada rakyat Palestin.
Menurut Dr Anwar lawatan itu “akan memberi sokongan, memberi doa, peralatan perubatan dan makanan” untuk membolehkan rakyat Palestin menjalani semula kehidupan yang bebas dan normal.
Ia juga akan membolehkan pasukan berkenaan menilai keadaan yang perlu mereka perluaskan bantuan termasuk dalam proses pembangunan semula selepas itu, katanya.
Dr Anwar berkata faktor utama pencerobohan Israel ke atas Gaza adalah kerana
Palestin telah bersama-sama untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan yang bersatu.
“…Israel tidak mahu melihat ini (kerajaan perpaduan) kerana mereka menganggapnya sebagai ancaman kepada mereka…itu mentaliti Israel, mereka hanya berfikir untuk membunuh, peperangan, menyerang orang dan mereka-reka cerita,” katanya. – BERNAMA
TOP
Kejadian aneh di langit israel
Kejadian aneh di langit israel
burung ababil membuat latihan asas di langit israel ????
burung ababil membuat latihan asas di langit israel ????
TOP
Jualan Tesco Jatuh paling teruk dalam 20tahun
Dalam 20 Tahun,Ini adalah paling teruk dalam sejarah.
Umat Islam Malaysia Semakin Sedar
Diharap Hangat2 Tahi Ayam Tidak Berlaku.
Umat Islam Malaysia Semakin Sedar
Diharap Hangat2 Tahi Ayam Tidak Berlaku.
TOP
Telefon Berdering Ketika Siaran Langsung, Campak Sahaja
Apakah yang akan anda lakukan sekiranya, sedang anda muncul sebagai seorang ahli panel dalam satu program siaran langsung televisyen, telefon bimbit anda berdering pada ketika itu.
Biasanya, individu lain akan mengeluarkan telefon dan mematikannya atau mengubah ketetapannya kepada ketetapan mod senyap sehingga program televisyen itu berakhir.
Tindakan itu bagaimanapun, bukanlah pilihan seorang tetamu dalam rancangan di stesen televisyen di negara jiran ini.
Lelaki itu sebaliknya memilih untuk mencampakkan terus telefon pintarnya jauh dari set tempat dia sedang bersiaran.
Selepas telefon itu dicampak, boleh kedengaran bunyi telefon itu terhempas ke lantai namun apakah nasib telefon berkenaan adakah masih berfungsi dengan baik tidak diketahui. Jika anda lah menjad lelaki ini, sudah pasti akan cuba mematikan bunyi deringan telefon itu tanpa merosakkannya. Kemungkinan, lelaki itu tidak begitu arif dalam ketetapan telefon membuatkan dia malas hendak terhegeh-hegeh meletakkan mod telefon itu kepada senyap sebaliknya ianya terus disenyapkan. Video berkenaan kini menjadi viral di laman sosial seperti Facebook dan YouTube pengguna menyifatkan ia tindakan yang berani dan melucukan. – MYNEWSHUB.MY

Elaine Daly Kahwini Jejaka Afrika Selatan Hujung Tahun Ini
Pengacara dan model jelita, Elaine Daly mendedahkan dirinya akan mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini.
Jejaka bertuah yang berjaya memikat hatinya itu adalah Nick Boden, seorang doktor yang berasal dari Afrika Selatan.
Berkata kepada portal Murai, Elaine akan berkahwin pada awal Disember ini dan akan mengadakan dua majlis resepsi, satu di Malaysia dan satu lagi di Afrika Selatan.
“Saya baru sahaja berbincang dengan Nick tentang majlis perkahwinan kami. Setakat ini apa yang boleh saya katakan, kami akan berkahwin pada awal Disember ini. Bagaimanapun tarikh yang betul masih belum diputuskan lagi. “Satu majlis akan kami adakan di Malaysia pada Disember nanti dan kalau tak ada aral melintang, sebuah majlis akan diadakan di Afrika Selatan pada Januari tahun depan pula,” katanya. Nick melamar Elaine di kepulauan Maldives, ketika mereka meluangkan masa bercuti bersama-sama di sana, baru-baru ini. Elaine sebelum ini pernah bercinta dengan pelakon dan pengarah popular, Hans Isaac. – MYNEWSHUB.MY

Bekalkan 13,297 Kit Kebersihan Untuk Jemaah Haji
KUALA LUMPUR – Syarikat produk antibakteria Antabax, Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd. (Lam Soon Edible Oils) membekalkan sebanyak 13,297 kit kebersihan diri untuk kegunaan jemaah haji tahun ini.
Pengurus Jenama Lam Soon Edible Oils, Lee Khai Wan berkata, pemberian yang dilakukan melalui kerjasama Lembaga Tabung Haji tersebut merupakan salah satu daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat berkenaan.
“Setiap jemaah haji terbabit akan menerima kit yang mengandungi sabun Antabax, satu Hand Sanitizer Gel (50 ml) dan satu pek anti-bakteria Antabax untuk melindungi mereka daripada kuman,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Khai Wan berkata, kit kebersihan itu amat berguna kepada jemaah haji terutama sewaktu berada di kawasan yang tidak banyak air untuk memastikan mereka kekal segar dan sihat.
Menurutnya, jemaah haji terlibat tidak perlu was-was dengan penggunaan kit kebersihan diri tersebut kerana ia disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). – mynewshub.my
TOP
Lima Telefon Pintar Terbaik Untuk Kalis Air Dan Habuk
elefon pintar yang berteknologikan sokongan kalis air dan habuk kini menjadi trend kerana semakin banyak pengeluar sudah mula menggunakan teknologi ini sebagai satu lagi kelebihan dan telah mendapat sambutan hangat.
Berikut adalah antara lima telefon pintar terbaik yang menawarkan ciri-ciri kalis air dan habuk.
Sony Xperia Z2
Sony merupakan antara syarikat gergasi yang memperkenalkan ciri kalis air pada telefon pintar dengan peranti pertama mereka adalah Xperia Z pada tahun 2013.
Hampir kesemua model atasan Sony disertakan dengan ciri kalis air dan habuk. Xperia Z2 meneruskan legasi Xperia Z1 dengan mempunyai pensijilan IP58 yang membolehkan model ini digunakan didalam air pada kedalaman yang ditetapkan.
Xperia Z2 boleh didapati di Malaysia pada harga RM 2399 dan model ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses Snapdragon 801, 3GB RAM dan kamera 20.7MP.
Samsung Galaxy S5
Ini adalah kali pertama Samsung menyertakan ciri kalis air dan habuk pada model utama mereka dan seperti biasa model ini mendapat sambutan hangat. Samsung Galaxy S5 hadir dengan pensijilan IP67 yang membuktikan bahawa model ini lebih kalis habuk daripada Xperia Z2 namun tahap kalis air S5 adalah setakat pada kedalaman sehingga 1 meter selama 30 minit sahaja.
Kelebihan Galaxy S5 adalah, model ini mudah didapati dan lebih menariknya adalah model ini kini dijual pada harga RM 2149 walaupun harga penjualan asal ketika pelancaran adalah RM 2399. Samsung Galaxy S5 turut hadir dengan pengesan capjari, pengukur kadar degupan jantung dan reka bentuk yang lebih premium.
Samsung Galaxy S5 Active
Ini merupakan satu lagi versi Galaxy S5 namun model ini tidak lagi mempunyai pengesan cap jari. Galaxy S5 Active hadir dengan reka bentuk yang lebih tahan lasak. Model ini tahan hentakan dan mempunyai pensijilan IP67.
Walaupun mempunyai sedikit perbezaaan, secara asasnya ini adalah model Galaxy S5 dan sedikit mengecewakan adalah, model ini tidak ditawarkan di Malaysia buat masa ini. Harga penjualan model ini di Amerika Syarikat adalah $659.99 atau sekitar RM 2104.
Sony Xperia Z1 Compact
Jika Xperia Z2 dan Galaxy S5 terlalu besar untuk anda, Xperia Z1 Compact pasti menjadi pilihan anda memandang model ini hadir dengan skrin paparan 4.3-inci namun spesifikasi model ini boleh hampir setanding dengan kedua model diatas.
Z1 Compact hadir dengan pensijilan IP58, pemproses a quad-core Snapdragon 800, 2GB RAM dan kamera 20.7MP. harga penjualan model ini di Malaysia adalah RM 1699 dan kami pasti anda boleh mendapatkanya pada harga yang lebih rendah daripada harga runcit yang disyorkan.
Apple iPhone 6 (belum dilancarkan)
Walaupun ia masih belum dilancarkan, adalah berkemungkinan besar, iPhone 6 akan menjadi telefon pintar pertama Apple yang hadir dengan teknologi kalis air dan habuk.
Terdapat beberapa laporan sebelum ini yang mengesahkan bahawa iPhone 6 akan hadir dengan ciri kalis air dan habuk. iPhone 6 akan dilancarkan pada pertengahan bulan hadapan dan akan tiba di Malaysia pada penghujung bulan Oktober pada harga sekitar RM 2399.
Oleh: hzqahmd

Cemburu: Wanita Potong Payudara Pesaing Dengan Gunting
HESHAN – Malang menimpa seorang wanita apabila dia dituduh cuba merampas suami orang dan sebagai balasannya, kedua-dua payudaranya telah dipotong dengan menggunakan gunting, dalam satu serangan yang menakutkan.
Wanita itu, Xiao Lin telah diserang oleh seorang wanita, iaitu isteri kerana bekas rakan sekerjanya yang menyangka bahawa Xiao Lin menggoda dan mahu merampas suaminya.
Penyerang terbabit, dikenali sebagai Meng Tsao telah menyerang ke Xiao Lin di rumahnya sebelum menyarung wajah wanita berkenaan dengan sebuah beg.
Selepas mengikat Xiao Lin, Meng Tsao kemudiannya menelanjangkan wanita itu lalu memotong payudaranya dengan gunting. Xiao Lin kemudian sempat membuka beg yang disarungkan di kepalanya dan terkejut apabila mendapati Meng Tsao yang menyerangnya. Ketika kejadian, Xiao Lin sedang menonton televisyen di rumahnya. Pada mulanya Xiao Lin, yang sudah berkahwin itu menyangka dia diserang oleh seorang perogol namun tidak menyangka kejadian lebih buruk menimpanya apabila payudaranya dipotong dengan gunting. Menurut polis, Meng Tsao mengaku melakukan serangan tersebut dan selepas siasatan suami Meng Tsao memberitahu bahawa dia pernah terpikat dengan Xiao Lin namun cintanya itu telah ditolak. Suami Meng Tsao pernah memberitahu isterinya itu bahawa Xaio Lin seorang yang menarik, justeru apabila lelaki itu memfailkan perceraian, Meng Tsao menyangka Xiao Lin menjadi penyebab kepada keruntuhan rumahtangganya.

Penyampai Berita TV Arab Saudi Dikritik Tak Pakai Tudung
ARAB SAUDI – Seorang penyampai berita bagi stesen televisyen di Arab Saudi mengejutkan penduduk di negara berkenaan apabila dia muncul membaca berita tanpa memakai tudung.
Penyampai berita itu menyampaikan berita untuk televisyen kerajaan, Al Ekhbariya dari studio di London.
Ia sekali gus menjadikan penyampai berita itu sebagai wanita pertama di Arab Saudi yang membaca berita tanpa memakai tudung, meskipun dari studio di luar negara. Keadaan itu menyebabkan stesen televisyen berkenaan mendapat pelbagai reaksi. Ada yang mencemuh dan ada yang menyifatkan ia sesuatu yang pelik, namun menerima perubahan berkenaan. Stesen televisyen itu kemudiannya memohon maaf dan memaklumkan kejadian sama tidak berulang. Jurucakap stesen televisyen berkenaan, Saleh Al Mughailif berkata, klip video itu telah dikongsi oleh beberapa laman web Arab dan ditonton beribu-ribu kali. “ Penyampai berita itu tidak berada dalam studio di Arab Saudi dan kita tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perlanggaran dalam sistem dan nilai penduduk di Arab Saudi,’’ katanya yang menekankan bahawa wanita itu menyampaikan berita tersebut dari studio di London. Al Ekhbariya dilancarkan pada Januari 2004 dan buletin pertamanya ketika itu menjadi tajuk akhbar selepas penyampai beritanya memakai pakaian barat sambil bertudung, bukan seperti kebiasaannya iaitu memakai purdah.

Video Puluhan Askar Israel Terbunuh Tersebar
Di laman Facebook tersebar satu video menunjukkan kira-kira satu batalion tentera rejim Zionis Israel bergelimpangan mati selepas diserang pejuang Hamas melalui briged Al-Qassam.
Satu batalion dalam sesebuah organisasi ketenteraan biasanya mengandungi 300 hingga 1,200 orang anggota yang dipecahkan pula kepada dua atau tujuh kompeni yang lebih kecil bilangan anggotanya.
Dalam video selama 1 minit 11 saat itu, dilihat para anggota tentera Israel yang lain sibuk memberikan rawatan kecemasan kepada rakan tentera mereka yang cedera.
Difahamkan pihak tentera Israel dan kerajaan Zionis sedang cuba menyembunyikan video berkenaan untuk mengelak daripada terpalit malu apabila pasukan tenteranya diserang sehingga mengakibatkan kematian yang besar.
Dengan penyebaran video ini, berkemungkinan kesediaan Israel menerima gencatan senjata selama 72 jam yang baru sahaja dipersetujui. Melalui penerangan video ini, tidak diketahui bila serangan itu berlaku dan berapa ramai sebenarnya askar rejim Zionis yang mati terbunuh. Keputusan gencatan senjata itu berjaya dicapai selepas satu perbincangan diadakan di Mesir semalam, hanya beberapa hari selepas gencatan senjata pada Jumaat dicabuli Israel. Menurut laporan agensi berita, Amerika Syarikat (AS) dalam reaksinya mengalu-alukan perkembangan terbaru itu namun memberi amaran kepada pihak Hamas untuk memastikan kali ini ia berjaya dikekalkan. “Ini adalah peluang sebenar, kami amat menyokong inisiatif ini,” kata Timbalan Penasihat Keselamatan AS; Tony Blinken kepada agensi berita CNN. – MYNEWSHUB.MY

Israel Mula Undurkan Tentera Dari Bumi Gaza
Israel kini sudah mula mengundurkan bala tenteranya dari bumi Gaza dalam perlaksanaan gencatan senjata kemanusiaan selama 72 jam yang dicapai persetujuannya hari ini.
Menurut jurucakap tentera rejim Zionis, Israel akan menempatkan tenteranya pada kedudukan bertahan di luar sempadan Gaza, menurut laporan agensi berita CNN.
Gencatan senjata selama tiga hari itu dimeteri antara pihak Hamas dan Israel berkuatkuasa hari ini bermula pukul 8 pagi tadi waktu tempatan.
Laporan CNN itu menyebut, ada persoalan adakah gencatan kali ini akan kekal berbeza dengan yang sebelum ini apabila ia dicabuli rejim Zionis.
Dalam konflik terbaru kedua-dua pihak, Israel telah pun membunuh lebih 1,000 orang rakyat Palestin dalam tempoh empat minggu sejak serangan rejim laknat itu bermula.
Pengunduran tentera Israel memastikan tiada lagi pertempuran darat berlaku buat masa ini tetapi risiko berlaku serangan dari udara masih tegang mahupun dari pihak Israel melalui jet pejuang mereka atau dari Hamas melalui pelancar roket mereka.
CNN melaporkan kira-kira 20 roket ditembak dari Gaza beberapa minit sebelum gencatan senjata itu berkuatkuasa. Bagaimanapun, 15 minit sebelum itu, Israel melancarkan serangan udara di selatan bandar Gaza.
Pada ketika ini, kedua-dua pihak sentiasa berjaga-jaga biarpun bersetuju untuk meletakkan senjata buat masa ini.
“Kami menerima gencatan senjata ini dengan mata yang luas terbuka,” kata jurucakap Israel Mark Regev.
Nada berhati-hati turut disuarakan pejuang Islam Hamas dengan mengatakan bahawa jika Israel mematuhi perjanjian gencatan senjata, begitu juga mereka. “Kita berharap mereka akan bersetuju dan komited dalam gencatan senjata kali ini,” kata jurucakap Hamas Osama Hamdan pula. Kerajaan Mesir yang mencadangkan gencatan senjata itu, tetapi enggan mendedahkan butiran perjanjian gencatan berkenaan. – MYNEWSHUB.MY

PENTING: Nasihat Untuk Para Pemboikot McDonald’s
Hari ini, kesedaran yang semakin tinggi dalam masyarakat membuatkan kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin bukan sahaja dikutuk tetapi diikuti usaha melibatkan solidariti termasuk penganjuran perhimpunan dan memboikot produk yang menyumbang kepada ekonomi Israel.
Tindakan memboikot produk tertentu dari Israel bukan sahaja dilakukan di negara ini tetapi seluruh dunia tanpa mengira agama dan bangsa.
Bagaimanapun jika anda adalah salah seorang yang terlibat dalam usaha ini, pastikan anda benar-benar faham situasi sebenar mengapa usaha ini dijalankan. Jika tidak maka dikhuatiri ia melahirkan puak pemboikot yang bersikap provokasi dan melampaui batas.
Perkongsian pendapat daripada pengguna Facebook Mohd Masri Mohd Ramli ini kami rasakan antara pandangan bernas yang harus difahami buat mereka yang menyertai usaha boikot ini.
Berikut pandangan beliau:
Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel.
1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.
2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti ‘Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..’ Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu.
Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.
3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.
4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.
5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu.
6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat.
7- Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna.
Inilah pendirian saya. TITIK.
Wallahua’lam.
-Mohd Masri bin Mohd Ramli-
(MYNEWSHUB.MY/REM RAMZI)

Gaya ‘Sakit Gigi’ Jadi Trend Bergambar Di Jepun
Jika sebelum ini gaya berposing sambil memuncungkan mulut atau duckface menjadi trend di kalangan mereka yang suka bergambar selfie, kini pose sakit gigi pula telah mengambil alih takhta duckface.
Pose yang dikenali sebagai pose kaviti ini memang sangat popular di negara Jepun bahkan keseluruhan penghias wajah kulit hadapan majalah di sana menggayakan pose sebegitu dalam usaha menarik pembeli.
Pose kaviti ini digayakan dengan meletakkan tangan ke pipi dengan mimik muka sedih.
Mungkinkah di Malaysia ianya bakal menjadi trend juga seperti mana duckface yang gemar digayakan anda sebelum ini? – MYNEWSHUB.MY

NGO Mahu Abdul Khalid Kekal MB Selangor
KUALA LUMPUR – Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan) mempertikaikan keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Timbalan Presidennya, Mazli Noor berkata, kajian yang dilakukan pelbagai pihak ke atas prestasi Selangor sebelum ini menunjukkan populariti Abdul Khalid amat konsisten dan seiring dengan kehendak rakyat Selangor.
“Oleh sebab itu, Ilmuan menggesa agar maklumat kajian tersebut tidak diketepikan dan perlu diterima dengan sejujur-jujurnya dalam mempertimbang untuk mengganti atau mengekalkan Menteri Besar Selangor sedia ada,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mazli berkata, senario politik yang berlaku di Selangor itu mengganggu urusan pentadbiran kerajaan negeri terpenting di Malaysia yang menyumbang lebih 23 peratus kepada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Menurutnya, hal yang menimbulkan keresahan para pegawai kerajaan dan pelabur itu turut mengganggu-gugat senario di negeri lain.
Justeru, beliau menggesa pimpinan PKR meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan tertinggi dalam isu itu mengatasi kepentingan organisasi masing-masing apatah lagi kepentingan peribadi mana-mana tokoh.
Katanya, Ilmuan turut merayu supaya pilihan raya semula tidak diadakan di Selangor kerana menyusahkan rakyat dan menimbulkan beban kewangan kepada kerajaan.
Dakwanya, langkah tersebut tidak menghormati mandat rakyat yang baru berusia lebih setahun dan boleh menyemarakkan budaya politik gelojoh dan emosional yang menjauhkan masyarakat tidak matang dalam bersosio-politik.
“Pimpinan politik hendaklah merasa bertanggungjawab dalam mendidik masyarakat ke arah budaya bersosio-politik yang matang dan tenang berasaskan budaya keilmuan yang sepatutnya menjadi amalan dalam sebuah masyarakat sivil,” katanya.
Namun, jelas beliau, jika pilihan raya Selangor terpaksa diadakan juga, maka Ilmuan menggesa rakyat Selangor mengambil iktibar daripada senario politik itu memilih parti politik pemerintah yang lebih baik, amanah, berani dan jujur. – mynewshub.my
TOP
Khalid… Jangan Terburu-Buru – Saifuddin Nasution
PETALING JAYA – Selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat penafian mengenai dakwaan yang dilemparkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadapnya, parti itu pada Selasa meminta beliau supaya tidak bertindak terburu-buru mengemukakan saman.
Malah, Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mahu Khalid meneliti perenggan demi perenggan pada setiap muka surat yang mencatatkan alasan kenapa beliau perlu berundur daripada jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.
“Saya hormati hak beliau untuk buat penafian dan kemukakan saman, tetapi beliau perlu teliti dahulu nota tersebut secara terperinci.
“Jika ada elemen yang membolehkan beliau untuk memulakan proses saman, saya bersedia dan mengalu-alukan tindakan tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Saifuddin berkata, nota penjelasan itu termasuk lampiran mengenai salah guna kuasa yang dilakukan Khalid dihantar kepada kepimpinan tertinggi PKR, PAS dan DAP, secara berperingkat mulai hari ini (Selasa).
Antara pendedahan yang dikatakan terkandung dalam nota tersebut termasuk dakwaan hutang Khalid sebanyak RM66.67 juta (AS$18 juta) dengan Bank Islam untuk membeli saham syarikat dan penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Khalid kepada EcoWorld dengan harga lebih murah daripada nilai pasaran untuk projek pembinaan rumah.
Namun, Khalid menerusi kenyataan media pada lewat petang Isnin, menafikan dakwaan tersebut yang disifatkan sebagai fitnah dan bermotifkan politik serta berniat jahat.
Pada masa masa, Saifuddin turut mendesak Khalid untuk menjelaskan formula yang dipersetujui antara dirinya dan Bank Islam sehingga kes itu diselesaikan diluar mahkamah.
“Saya minta beliau kongsi formula tersebut dengan rakyat Selangor. Itu merupakan formula paling mudah untuk Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya beliau berkongsi formula tersebut,” katanya dalam nada berseloroh.
Saifuddin berkata, PKR pernah meminta Khalid untuk memberi penjelasan berhubung perkara tersebut tetapi jawapan beliau tidak memuaskan.
“Beliau beritahu memang betul berhutang dengan bank tetapi bank setuju hutang tersebut dijelaskan apabila beliau menang saman terhadap sebuah syarikat, jadi bank pun setuju gugurkan tuntutan saman. Menerusi penjelasan itu, kita dapat lihat wujud sesuatu yang meragukan,” katanya.
Jelas Saifuddin, setiap penjelasan Khalid mengenai perkara tersebut semasa mesyuarat bersama Majlis Presiden Pakatan Rakyat awal tahun lalu turut ditulis dalam nota tersebut. - mStar Onine
TOP
Wan Azizah Tidak Kisah Dipanggil Boneka Jika Berjaya Jadi MB
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu laporan di laman web The New Straits Times berkata beliau tidak kisah jika mahu digelar sebagai ‘boneka’.
Laporan itu dalam Bahasa Inggeris bertajuk “Wan Azizah : I Don’t Mind Being Called A Puppet” menyatakan bahawa pemimpin PKR itu tidak kisah sekiranya digelar sebegitu rupa jika proses penggantian Menteri Besar Selangor berjaya.
Menurut laporan itu, suaminya yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai penasihat sekiranya beliau mengisi jawatan itu nanti menggantikan penyandangnya ketika ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Kita merancang strategi ‘Langkah Kajang’ untuk membolehkan Anwar menjadi ahli dewan undangan negeri dan kemudiannya Menteri Besar tetapi telah digagalkan oleh kerajaan Barisan Nasional.
“Jawatan Menteri Besar sememangnya untuk Anwar pada awalnya, saya tidak akan teragak-agak untuk menjadikan beliau sebagai penasihat sekiranya saya menjadi Menteri Besar,” kata Dr Wan Azizah yang dipetik laman web itu.
Menurut beliau, Anwar dikatakan mempunyai pengalaman untuk membimbing dan menasihatinya dengan mengambil contoh perlantikan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Qatar.
Anwar sebelum ini mengumumkan yang Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat telah bersetuju dengan cadangan untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.
Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan sokongan kepada Abdul Khalid untuk terus mengekalkan jawatan itu sehingga akhir penggalnya. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Hitz.fm Nafi Sebar Berita McDonald’s Agih Burger Percuma
Sebagai mana disiarkan oleh Mynewshub, tiada pemberian burger percuma akan dilakukan oleh McDonald’s Jumaat ini seperti disebarkan di laman-laman sosial dan aplikasi mesej WhatsApp.
Turut mendapat impak daripada penyebaran berita palsu ini adalah stesen radio Hitz.fm yang kononnya menjadi medium pertama berita ini tersebar.
Justeru, Hitz.fm telah menafikan perkara ini sebagai mana petikan jawapan mereka apabila ditanya pengikut Twitter di bawah.
Hitz.fm Nafi Sebar Berita McDonald's Agih Burger Percuma
Hai, kami pun tak faham dengan sikap sesetengah manusia pada zaman sekarang.
Dalam orang dok sibuk mengambil bahagian memperjuangkan nasib rakyat Palestin, ada pula yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh untuk mencipta suasana tidak aman dengan mencipta berita palsu.
Rasanya perangai macam ini pun lebih kurang Zionis juga ni sebab kerjanya memecah belahkan keharmonian, betul tak? - MYNEWSHUB.MY

VIDEO: Bekalan Air Selangor Makin Kritikal
Situasi bekalan air di Selangor yang dilaporkan kritikal berdasarkan maklumat empangan di laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
Menurut statistik laman web Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) www.iwrims.luas.gov.my setakat pukul 8 pagi tadi, paras air di dua empangan yang masih di bawah paras minimum ialah Sungai Selangor (32.48 peratus) dan Sungai Tinggi (45.62 peratus).
Empangan Sungai Selangor adalah empangan utama yang membekalkan 60 peratus sumber air kepada rakyat di negeri itu.
Sementara itu, enam lagi empangan menunjukkan peratusan melebihi paras minimum iaitu empangan Batu sebanyak 81.75 peratus, empangan Klang Gates (69.87 peratus), Kolam Takungan Sungai Labu (56.9 peratus), Langat (62.45 peratus), Semenyih (75.3 peratus), dan empangan tasik Subang (65.47 peratus).
– REZA RAZAK (Mynewshub.my)

Tiada Burger ‘FREE’ Akan Diedarkan McDonalds Jumaat Ini
Sejak awal pagi tadi, di laman sosial sudah tersebar bahawa pengurusan McDonalds Malaysia akan mengedarkan produk makanan mereka berupa burger percuma di masjid-masjid pada Jumaat depan.
Beberapa status akaun Facebook memaklumkan bahawa edaran makanan percuma itu akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam Selangor.
Mynewshub.my bertindak menghubungi pengurusan masjid yang disebut-sebut di dalam khabar angin berkenaan bagaimanapun menyatakan mereka tidak menerima makluman daripada pihak McDonalds berkaitan perkara itu.
Kami juga menghubungi pihak McDonalds berkenaan perkara itu, dan dimaklumkan apa yang tersebar di laman Facebook dan aplikasi Whatsapp adalah palsu dan tidak benar.
Menurut jurucakap Perhubungan Pelanggan, yang hanya mahu dikenali sebagai Hasbullah, McDonalds Malaysia menerima banyak pertanyaan mengenai perkara itu hari ini.
“Rujukan dengan pihak atasan McDonalds Malaysia menunjukkan apa yang tersebar di laman Facebook atau aplikasi Whatsapp adalah tidak benar dan tiada makanan percuma akan diedarkan kepada orang ramai Jumaat ini,” katanya.
Di laman sosial twitter, para pengguna aplikasi berkenaan sudah mula bercerita mengenai aktiviti yang dikatakan akan diadakan pengurusan restoran makanan segera terkemuka di Malaysia itu.
Khabar angin berkenaan timbul apabila rakyat Malaysia khususnya umat Islam dikatakan akan mula memboikot secara keseluruhan McDonalds pada Jumaat ini berkenaan demi sokongan kepada penduduk Palestin yang diserang oleh tentera rejim Israel dan Zionis.
Pihak McDonalds didakwa didalangi seorang individu Yahudi bernama Jack Greenberg dan syarikat itu terlibat dalam penyaluran bantuan kewangan kepada pihak Zionis di Israel.
Tindakan seorang individu yang sudah pun meminta pihak masjid menghalau ejen-ejen McDonalds jika mengedarkan makanan percuma itu turut dikecam apabila menggunakan nama tertentu dari pihak pengurusan masjid yang mengatakan mereka komited untuk tidak membenarkan perkara itu berlaku.
Padahal, pengurusan masjid memaklumkan bahawa masih tidak mendapat sebarang makluman rasmi daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkaitan arahan menghalau para ejen McDonalds itu. Beberapa wakil pengurusan masjid yang dikatakan komited menyesali tindakan individu itu yang memutarbelitkan kenyataan mereka seperti berbaur kebencian kepada pengurusan dan kakitangan McDonalds Malaysia. – MYNEWSHUB.MY

Video Menusuk Kalbu: Mesej Dari Banduan Akhir Wanita
Memang menusuk kalbu…
Itulah yang dapat dirungkaikan selepas penulis menonton video Banduan Akhir, Mesej Dari Penjara yang ditayangkan oleh program Wanita Hari Ini (WHI), baru-baru ini.
Sofia, yang merupakan banduan akhir bakal menjalani hukuman gantung sampai mati di atas kesalahan membunuh ahli keluarga sendiri.
Kehadiran Sofia di studio WHI ternyata memberikan satu suasana yang suram dan kelam apabila mendengar rintihannya sepanjang menjalani kehidupan di penjara.
Malah, tetamu VIP pada hari itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut terharu ketika melihat Sofia dipertemukan dengan ibu bapanya dan juga anak saudara yang paling rapat dengan dirinya.
Memang sedih..
Tapi, seperti kata Ustaz Abd. Rasyid Ahmad yang turut menjadi tetamu pada hari itu, cara kematian tidak penting, yang penting adalah mati dalam keadaan beriman atau Husnul Khatimah.
Sekurang-kurangnya dengan mengetahui waktu dan tiba hari kematiannya, Sofia mungkin sudah melengkapkan dirinya dengan bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak..
Apa-apa pun kita doakan sahaja yang terbaik buat Sofia..
- MYNEWSHUB.MY

ISU HINA AGAMA (1) : Lebih Baik Tanya Polis, Tegas Gani Patail
SHAH ALAM – “Lebih baik tanya polis!”
Itu jawapan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika ditanya mengenai kenyataan beberapa pihak terutama Pemuda Umno yang mempersoalkan sikap berdiam dirinya berhubung kes menghina agama atau kaum di negara ini.
Jawapan ringkas itu diberi setelah beberapa kali panggilan kepadanya tidak dijawab.
Menurut Abdul Gani, beliau tidak akan memberikan jawapan lebih daripada itu.
“Saya tidak akan cakap apa-apa lagi, lebih baik awak tanya polis,” katanya tegas sebelum meletak telefon.
Semalam, beberapa pemimpin Pemuda Umno dalam kenyataan kepada Sinar Harian mempersoalkan sikap Peguam Negara yang mencetuskan keresahan dan tanda tanya hingga menimbulkan tanggapan seolah-olah berlaku pilih bulu dalam pendakwaan kes seumpama itu.
Ini berikutan tindakan segera yang diambil bagi kes melibatkan pelaku Melayu/Islam sebaliknya kes membabitkan bukan Melayu/ Islam, individu itu tidak pula didakwa.
Usaha mendapatkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak berjaya kerana beliau difahamkan berada di luar negara.
Timbalannya, Tan Sri Mohd Bakri Zinin yang dihubungi, berkata pihaknya masih meneliti beberapa perkara mengenai kes-kes berkenaan. – SINAR HARIAN
TOP
ISU HINA AGAMA (2): Polis Nafi Amal Siasatan Secara Selektif
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah mengamalkan siasatan secara selektif ke atas isu-isu yang melibatkan penghinaan terhadap agama dan kenyataan berbaur perkauman yang disebarkan melalui media massa atau sosial.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Zinin sebaliknya menegaskan, tempoh untuk melengkapkan sesuatu kertas siasatan itu berbeza-beza kerana bergantung kepada banyak faktor terutama maklumat yang berjaya dikumpulkan.
“PDRM memandang berat tohmahan sesetengah pihak polis menjalankan siasatan selektif ke atas isu seperti itu.
“Pihak polis tidak pernah bersikap selektif dalam menjalankan siasatan dengan memberi keutamaan kepada mana-mana kaum atau agama,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Bakri menerangkan, PDRM mengambil masa untuk melengkapkan kertas siasatan kerena perlu mengenal pasti pemilik sah akaun media sosial sesebuah kes bagi memastikan keadilan terlaksana.
Menurutnya, kebanyakan akaun tersebut tersebut didaftarkan di luar negara maka undang-undang Malaysia tidak terpakai dan PDRM terpaksa juga mengambil masa yang lama untuk menjalankan siasatan forensik apabila pemilik mendakwa akaun mereka telah diceroboh oleh pihak lain.
Justeru, beliau menyeru semua pihak agar tidak memainkan isu agama dan kaum yang boleh menyemarakkan sentimen negatif dan seterusnya menganggu gugat keharmonian dan ketenteraman awam.
“Kami amat komited dalam menjalankan siasatan dan berharap masyarakat tidak menyebarkan maklumat yang memburukkan lagi ketegangan yang sedia wujud,” katanya. – mynewshub.my
TOP
Gentar Diboikot, Israel Tukar Barkod Dari 729 Kepada 871?
Di saat usaha memboikot produk Israel giat dijalankan di seluruh dunia dengan merujuk kepada tiga nombor pertama barkod iaitu 729, tersebar khabar menyatakan Israel telah menukar nombor barkod mereka.
Sesetengahnya menyatakan produk Israel kini dijual dengan menggunakan nombor barkod 871 dan ada juga menyatakan, 500.
Dipercayai hal ini berpunca daripada salah faham tentang bagaimana barkod berfungsi.
Sebenarnya barkod hanya memberitahu kita tentang negara syarikat pengeluar produk dan bukannya negara asal produk diperbuat.
Barkod 871 mewakili negara Belanda manakala 500 pula mewakili England jadi kemungkinan besar produk Israel yang menggunakan barkod tersebut dijual oleh syarikat dari negara berkenaan.
Hal ini samalah juga apabila Tesco misalnya menjual daging cincang yang diimport dari Israel namun oleh sebab pasar raya ini didaftarkan di UK maka barkod yang tertera bermula dari 500.
Malah pada 2009, sebuah syarikat di Cyprus mengaku telah mengelirukan pengguna apabila melabel kembali buah-buahan dari Israel menggunakan barkod negara berkenaan untuk mengelakkan produk tersebut daripada menjadi mangsa boikot (boikot produk Israel sudah lama dilakukan sebilangan umat Islam seluruh dunia).
Manakala sesetengah produk kadangkala mungkin tertera ‘Made in Taiwan’ tapi barkod pada kotak bermula dari 729 disebabkan ia dipasarkan oleh syarikat Israel.
Harus diingat tidak mudah untuk satu-satu negara mengubah barkod negara mereka begitu sahaja kerana ia boleh merumitkan urusan perdagangan yang melibatkan seluruh dunia.
Kesimpulannya, rujuk sahaja nombor 729 untuk mengenalpasti produk dari Israel jika anda menyertai kempen boikot.
Dalam pada itu, luangkan juga masa untuk meneliti label produk yang dibeli – manalah tahu jika ia rupa-rupanya berasal dari Israel namun dipasarkan syarikat negara lain.

IDF Cabar Umat Islam Boikot, Tak Jejaskan Mereka Pun Katanya…
Walaupun Facebook Israel Defense Forces telah menghalang akses pelayar internet dari Malaysia, pos dari laman ini masih boleh diakses dengan cara tertentu seperti menggunakan proksi luar negara.
Di zaman komunikasi cuma di hujung jari, sesetengah maklumat yang boleh membuka mata kini boleh disebarkan dengan meluas dalam masa singkat.
Contohnya perihal kempen boikot sesetengah produk yang menyumpang kepada ekonomi Israel, ia nyata telah memberi impak termasuk mendatangkan gentar di hati pihak yang sedang menzalimi rakyat Palestin.
Puak Israel Cabar Umat Islam Teruskan Boikot, Tak Jejas Mereka Langsung Katanya...
Begitu pun mereka enggan mengakuinya secara terbuka malah memuatnaik status berlagak di Facebook IDF yang mencabar umat Islam agar terus memboikot produk Israel kerana ia dikatakan tidak membawa kesan langsung pada mereka.

Pakatan Rakyat Sedia Hadapi Pilihan Raya Mengejut
PETALING JAYA – Pakatan Rakyat sedia menghadapi pilihan raya mengejut di Selangor sekiranya krisis politik di negeri itu gagal diselesaikan secara baik.
Malah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau yakin rakyat Selangor akan memberi sokongan penuh terhadap Pakatan Rakyat untuk menerajui negeri itu.
Bagaimanapun, jelas Anwar, tiada alasan untuk pilihan raya diadakan semula kerana Barisan Nasional hanya memenangi 12 kerusi dari 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.
Beliau turut yakin krisis Menteri Besar Selangor ini akan diselesaikan secara baik sesuai dengan semangat Pakatan Rakyat, sama ada melalui proses peralihan yang lancar, undi tidak percaya mahupun pilihan raya.
Pada PRU-13 yang lalu, Pakatan Rakyat memenangi 44 kerusi DUN Selangor iaitu 15 kerusi menerusi PAS, DAP (15) dan 14 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Krisis politik di Selangor semakin meruncing apabila PKR tetap dengan pendirian untuk menamakan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar yang baharu.
Bagaimanapun, keputusan tersebut mendapat tentangan keras daripada beberapa pemimpin tertinggi PAS.
Pada masa sama, Anwar dilihat menempelak tindakan beberapa pimpinan tertingggi PAS yang membantah keputusan sebulat suara yang dicapai menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai lalu.
Tegas Anwar, setiap parti di dalam Pakatan Rakyat wajib menghormati sebarang keputusan yang dicapai selepas rundingan bersama.
“Kegagalan untuk menghormati dan menunaikan kewajipan ini bakal memaksa kita membuat beberapa keputusan yang sukar,” katanya.
Jelas beliau, persefahaman berhubung hak lantikan Menteri Besar Selangor telah wujud dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat sebagaimana PKR bersetuju dengan hak sekutunya dalam membuat keputusan yang sama di negeri lain.
“Persefahaman ini wajib dipatuhi,” katanya.
Beliau berkata, kegagalan untuk menghormati keputusan ini akan memaksa Pakatan Rakyat membuat beberapa keputusan yang sukar.
“Rakyat perlu diyakinkan bahawa sekiranya beberapa keputusan sukar perlu dibuat, ianya akan dibuat hanya setelah mengambil kira kepentingan rakyat dan dibuat demi kepentingan rakyat.
“Sama ada kita hilang sokongan akibat pendirian yang kita ambil, kita akan terus beristiqamah dan komited dengan matlamat untuk membentuk Malaysia yang lebih adil, bebas korupsi dan benar-benar demokratik,” katanya. – mStar Online
No comments:
Post a Comment