TOP
Azwan Kombos Akur Untuk Bersangka Baik
PETALING JAYA – Pelakon Azwan Kombos memilih untuk bersangka baik dengan semua orang biarpun timbul isu terbaharu apabila ada pihak enggan bekerjasama dengannya gara-gara konflik cintanya dengan pelakon Nad Zainal.
Azwan, 29, berkata, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergandingan dengan mana-mana pelakon biarpun melibatkan bekas kekasihnya itu.
“Saya tidak mahu berfikiran negatif tentang itu, mungkin juga dia tolak untuk berlakon drama itu berikutan ada tuntutan kerja lain.
“Bagi saya tidak ada sebarang masalah untuk bekerja dengan sesiapa sekalipun termasuklah jika digandingan dengan Nad kerana bila masuk hal kerja ia perlu profesional,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Azwan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip di sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu yang mendakwa seorang pelakon wanita popular dipercayai Siti Saleha menolak tawaran berlakon drama berjudul Man Rider kerana enggan bergandingan dengannya.
Siti Saleha dikatakan bersikap sedemikian kerana dia merupakan teman baik kepada bekas kekasi Azwan iaitu pelakon Nad Zainal.
Bagaimanapun, produksi drama terbitan TV9 itu terpaksa mengantikan tempat pelakon wanita tersebut dengan pelakon baharu yang sedang meningkat naik iaitu Zara Zya.
Dalam pada itu, Azwan berkata, jika benar Siti Saleha menolak tawaran tersebut kerana soal peribadi ia merupakan satu sikap yang tidak profesional.
“Saya tidak terkilan jika dia tidak mahu berlakon dengan saya tetapi kalau alasan masalah peribadi menjadi punca, ia seperti tidak profesional.
“Saya harap dia tolak bukan sebab itu dan saya hormat keputusan dia kerana masing-masing berhak memilih dan buat keputusan,” ujarnya.
Sementara itu, Azwan menambah, pemilihan pelakon untuk terlibat dalam sesebuah drama dilakukan oleh pihak stesen televisyen.
Bercerita tentang drama Man Rider, Azwan berkata, penggambaran telah selesai dilakukan sepanjang bulan Ramadan lalu dan ia bakal disiarkan pada Disember depan. – mStar Online
TOP
Prototaip Kaca Mata Pintar Lenovo – C1
Kaca mata pintar boleh dikatakan menjadi salah satu peranti boleh pakai yang ingin diperkenalkan beberapa pengeluar, dan terkini, pihak Lenovo turut memperlihatkan sebuah prototaip kaca mata pintar mereka tersendiri yang dikenali sebagai Lenovo C1.
Maklumat penuh dan spesifikasi Lenovo C1 masih tidak menyeluruh buat masa ini, dan dijangka akan diumumkan sepenuhnya oleh Lenovo ketika pelancarannya sekitar Oktober kelak.
Melalui prototaip yang diperlihatkan, Lenovo C1 menyertakan kamera 5-megapixel, sokongan touchpad, ruangan storan 12GB, dan dilengkapi dengan sokongan pengecaman suara, kawalan gesture, selain menyertakan sebuah bahagian tambahan yang dipakai pada leher yang turut berfungsi sebagai bateri untuk peranti ini.
Untuk memperluaskan peranti boleh-pakai di China, pihak Lenovo juga turut hadir dengan sebuah program baru dinamakan NBD (New Bench) yang mana menawarkan bantuan dana, kajian, pengeluaran dan pelbagai perkara lain untuk rakan-rakan kerjasama lain. Buat masa ini, inisiatif program NBD ini lebih memfokuskan pasaran China sahaja.
Beberapa rakan kerjasama turut diumumkan untuk menjayakan NBD ini, dan salah satunya adalah pihak Vuzix yang hadir dengan kaca mata pintar mereka dikenali sebagai M100 yang menggunakan Android 4.0.4 dan dilengkapi cip pemprosesan dwi-teras 1GHz.
Sumber: Amanz.my

Polis Marin Tahan 16 Orang Dalam Ops Cantas Khas
SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan 16 orang dalam Ops Cantas Khas di sekitar perairan daerah itu sejak Jumaat hingga semalam.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Madun berkata tangkapan melibatkan empat kes di bawah Akta Perikanan 1985 dan masing-masing satu kes mengikut Akta Bahan Letupan, Akta Imigresen dan Enakmen Perhutanan.
Katanya, operasi yang diketuai Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna ASP Safardi B. Abd Samad bersama sebelas pegawai dan anggota itu bertujuan membenteras kegiatan dan aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim.
“Ia juga bertujuan menguatkuasakan perintah berkurung yang sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohamad berkata pihaknya akan mempertingkatkan lagi operasi dan pemeriksaan semua pengangkutan laut secara berterusan di seluruh perairan Sabah bagi menguatkuasakan undang-undang maritim.
Sehubungan itu, beliau berkata Polis Marin memerlukan kerjasama masyarakat bagi menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Sabah, terutamanya di Semporna. – BERNAMA
TOP
1 Maut, 3 Parah Kereta Terjunam Ke Dalam Gaung
BELURAN – Seorang lelaki maut manakala tiga orang lagi daripada tujuh sekeluarga, parah selepas sebuah kereta pacuan empat roda terjunam ke dalam gaung di kilometer 48 Jalan Beluran Telupid di sini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Beluran, Supt V Sivanathan, berkata mangsa yang dikenali sebagai Diong Mohamad, 58, mati di tempat dalam kemalangan pada jam 2 pagi selepas kenderaan itu terbabas ke sebelah kanan jalan dan terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter.
Sivanathan mengenal pasti mereka yang cedera sebagai Musa Yasin, 62, Nazirah Jarib, 19 dan Norainah Diong, 26.
“Tiga lagi termasuk dua kanak-kanak dalam kenderaan berkenaan tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi.
Sivanathan berkata, kemalangan berlaku semasa mereka dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu selepas bercuti di Tawau.
Menurutnya, mangsa yang cedera masih menerima rawatan di Hospital Beluran dan dilaporkan stabil. – BERNAMA
TOP
Lelaki Di New Zealand Tempah Nombor Plat Kereta MH17
WELLINGTON – Seorang lelaki di New Zealand menempah nombor plat kereta MH17 selepas pesawat Penerbangan Malaysia terhempas di Ukraine kerana ingin mengabadikan kejadian itu yang turut membabitkan rakyat di negara berkenaan.
Russell Montaperto berkata beliau membelanjakan NZ$650 (RM1,950) bagi nombor plat itu beberapa hari selepas pesawat Boeing 777 berkenaan ditembak jatuh di timur Ukraine dan menganggap nombor plat yang ditempahnya sebagai “satu kerja seni yang tidak ternilai.”
Dalam kejadian itu rakyat New Zealand yang menetap di Australia, Mary Menke dan Robert Ayley, seorang lagi rakyat New Zealand dari Otaki dan lahir di Britain adalah antara 298 orang yang terbunuh dalam kejadian itu.
“Apabila orang melihatnya, ia menandakan sesuatu kepada mereka…kerana ia adalah sebahagian daripada sejarah yang menjejaskan seluruh dunia,” katanya.
Montaperto berkata sekiranya anggota keluarga MH17 berasa sedih, beliau tidak akan menggunakannya dan bersedia untuk memberinya kepada mereka ataupun menjualnya pada harga kos.
Montaperto juga memiliki dua nombor plat peribadi – tema Piala Amerika SEA NZ1 dan SS70, untuk kereta Chevrolet Camaro, yang juga sering mendapat tawaran daripada pihak lain. Beliau tidak pasti sama ada minat sama akan berlaku ke atas plat MH17, tetapi beliau tidak ada bercadang untuk menjualnya dalam masa terdekat ini.
“Ia mempunyai nilai bersejarah. Kepada saya, nilainya lebih besar daripada wang di dalam bank. Saya tidak perlu wang itu.”
Pemilik beberapa hartanah pelaburan itu berkata beliau tidak perlu menempah mahupun menjual plat berkenaan untuk menyara hidupnya.
“Saya lihat tentera Belanda mengusung keranda daripada pesawat, ia mengingatkan kita kepada Anzacs. Ia membuatkan kita melihat hidup ini daripada perspektif berbeza apabila kita lihat mereka di dalam penerbangan itu.
“Saya juga pernah lihat gambar mangsa, dan mereka masih di tempat duduk mereka. Mereka sudah tiada lagi sekarang,” katanya.
Montaperto bagaimanapun bukanlah orang pertama yang menempah nombor plat peribadi yang dikaitkan dengan kejadian tragik. Dua nombor plat yang tertera nombor MH370 dijual selepas Boeing 777 itu hilang Mac lalu. Sehingga kini pesawat terbabit tidak dapat dikesan, dan terdapat dua rakyat New Zealand di dalam pesawat itu.
Pengarah Mr Plates, Bruno Szajer, yang menjalankan perniagaan menerusi laman web yang menjual beribu-ribu nombor plat di New Zealand dan Australia, berkata jualan plat berkaitan dengan kejadian di dunia adalah perkara biasa.
Jurucakap Agensi Pengangkutan, Andrew Knackstedt berkata plat peribadi tidak akan dikeluarkan sekiranya ia menggalakkan keganasan, diskriminasi, berat sebelah, bahan atau kegiatan haram, yang melanggar hak intelek hartanah atau mengandungi bahasa kesat. – Agensi
TOP
Remaja Sembelih Rakan Sekelas
SEORANG remaja perempuan berumur 15 tahun di Jepun didakwa melakukan pembunuhan kejam yang menggemparkan negara itu.
Pihak berkuasa yang melakukan serbuan di kediaman suspek di Sasebo, barat daya Tokyo terkejut selepas mereka menemui tubuh mangsa dalam keadaan mengerikan di bilik tidurnya yang dipenuhi darah.
Hasil siasatan awal polis mendapati, Aiwa Matsuko dipukul hingga mati dengan senjata tumpul sebelum kepala dan tangan kirinya disembelih tanpa belas kasihan oleh suspek yang identitinya tidak didedahkan kepada umum.
"Mangsa ada mengirim khidmat pesanan ringkas kepada ibu bapanya untuk memberitahu dia ke rumah suspek. Bagaimanapun, Matsuko tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan ibu bapanya bertindak membuat aduan kepada pihak berkuasa," kata jurucakap polis.
Menurutnya lagi, kedua-dua remaja itu dipercayai bersendirian ketika kejadian tersebut lapor Daily Mail
"Suspek mengaku membunuh rakan sekelasnya, namun tidak mendedahkan motif sebenar kejadian terbabit. Polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden pembunuhan mengerikan tersebut," jelasnya.
Kira-kira 10 tahun lalu, penduduk Sasebo pernah dikejutkan dengan kejadian seorang kanak-kanak perempuan ditikam hingga mati oleh rakan sekelasnya. - Sinar Harian
TOP
Sistem U-Customs Berupaya Kekang Aktiviti Penyeludupan
KOTA KINABALU – Pelaksanaan sistem elektronik komprehensif dan mampan dikenali sebagai ‘Ubiquitous Customs’ (U-Customs) yang bakal beroperasi, 1 Jan 2016 dapat mengekang aktiviti penyeludupan dan penipuan komersial termasuk di Sabah.
Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Seri Khazali Ahmad berkata U-Customs itu menepati standard antarabangsa dengan pelaksanaannya kelak akan dapat memantapkan fasiliti perdagangan dan prosedur perkastaman secara menyeluruh.
“Penyeludupan bukan sahaja berlaku di Sabah, namun sistem yang akan dimajukan itu akan memudahkan lagi untuk kita memfokuskan terhadap aktiviti penyeludupan dengan pembinaan dua pusat iaitu National Clearance Centre (NCC) dan National Targeting Centre (NTC).
NTC akan digunakan untk membuat penilaian risiko dengan memasukkan pelbagai kriteria bagi menentukan sasaran yang lebih mudah dan berkesan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Kesedaran Projek u-Customs di sini, hari ini.
Khazali berkata sistem ‘mesra pengguna’ itu dapat mengurangkan ketirisan hasil kastam selain memudahkan pengendalian urusan perdagangan import dan eksport dengan lebih sempurna selaras peredaran masa terhadap pembangunan seiring usaha kerajaan mencapai status negara maju.
“Projek mega ICT yang dibina sejak September 2013 itu akan memudahkan pengendalian import dan eksport yang tidak terganggu dengan kesepaduan menggunakan sistem sedia ada yang lebih memberi kemudahan kepada rakyat terutama dalam urusan perdagangan di negara ini,” katanya.
Beliau berharap kempen itu akan meningkatkan kesedaran mengenai pelaksanaan U-Customs yang akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan selain pelaksanaan myGST yang akan bermula 1 April 2015.
Selain itu, katanya, kempen itu juga bagi mendapatkan kelulusan dan persetujuan agensi di Sabah termasuk operator dan pihak berkuasa pelabuhan untuk bekerjasama serta berintegrasi melalui U-Customs.
Sebanyak 42 agensi menyertai kempen berkenaan terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta termasuk Permit Issuing Agencies (PIA).
Sistem elektronik komprehensif yang dibangunkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dijangka dilaksanakan sepenuhnya menjelang 2016 dan menggantikan Sistem Maklumat Kastam (SMK) yang telah digunakan sejak 1994.
Menerusi sistem itu, semua kargo atau kontena yang melalui pintu masuk negara, sama ada pelabuhan atau lapangan terbang akan diimbas menggunakan mesin pengimbas ‘pandu-lalu’. – BERNAMA
TOP
GAMIS Mahu Konsert Mariah Carey Di KL Dibatalkan
KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) amat kesal dengan penganjuran konsert Mariah Carey yang akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 22 Oktober depan dan mendesak konsert itu dibatalkan di saat negara sedang bersedih di atas tragedi MH17.
Presidennya, Abdul Malik Ab Razak (gambar) berkata, kedatangan penyanyi asal Amerika Syarikat itu ke negara ini bagi meneruskan siri jelajah ke Asia dan melancarkan album terbarunya tidak sesuai dengan budaya masyarakat tempatan.
"GAMIS sebagai sebuah gerakan mahasiswa Islam memandang serius penganjuran konsert liar yang saban tahun diadakan.
"Di saat rakyat dalam kesedihan berikutan kes pesawat MH17 ditembak jatuh dan serangan Israel ke atas Gaza masih belum tamat, GAMIS sangat kesal dengan pihak penganjur yang tidak menghormati keadaan masyarakat dengan beraninya membawa masuk artis seksi itu ke negara ini," ujar Abdul Malik.
Tambah beliau, ketika umat Islam di Gaza dibunuh oleh Israel dengan bantuan Amerika Syarikat adalah sesuatu yang memalukan bagi negara membenarkan konsert liar seorang artis asal Amerika Syarikat.
"Kerajaan seharusnya mengambil tindakan tegas, bersesuaian dengan cadangan Perdana Menteri yang mengumumkan hari berkabung untuk MH17 agar membatalkan segala program hiburan liar dari diteruskan.
"Kerajaan boleh mengambil langkah alternatif dengan mendidik rakyat melalui elemen pembangunan modal insan yang positif. Program-program kerohanian dan pembangunan minda dirancakkan sebagai tanda keinsafan atas musibah yang melanda negara," tegas beliau.
Menurut Abdul Malik, selain faktor teknikal kerajaan harus sedar bahawa musibah yang menimpa adalah ujian Allah supaya kerajaan dan rakyat kembali menghidupkan nilai-nilai Islam dan membanteras budaya tidak sihat dalam kalangan masyarakat.
"Kami turut berpendirian bahawa konsert yang menelan kos sebanyak USD1 juta (RM3.2 juta) adalah satu pembaziran yang tiada nilai pelaburan untuk pembangunan sebuah tamadun.
"Justeru itu, GAMIS dengan penuh harapan memohon semua pihak dari kerajaan, parti politik, NGO-NGO dan mahasiswa untuk menginsafi musibah yang melanda dengan bekerjasama membanteras program-program hiburan liar," ujar beliau. - Harakah daily
TOP
6 Pakir Pesawat Di KLIA2 Dibuka Semula
PETALING JAYA – Enam daripada sembilan tempat letak pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang ditutup sementara sejak 31 Julai lalu kini dibuka semula.
Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, pembukaan semula itu atas nasihat Kuala Lumpur Aviation Fuelling System (KAFS) yang mengisytiharkan tempat letak pesawat K8 hingga K18 selamat untuk beroperasi semula.
Menurut kenyataan itu, KAFS turut meminta supaya siasatan lanjut dilakukan terhadap tiga lagi tempat letak pesawat K2, K4 dan K6.
“Oleh itu, tiga tempat letak pesawat ini masih ditutup sehingga ia dimaklumkan kelak.
“Malaysia Airports akan terus bekerjasama rapat dengan KAFS, syarikat-syarikat penerbangan dan pemegang-pemegang saham bagi memastikan semua penumpang berada dalam keadaan di selesa,” katanya.
Penutupan sementara sembilan tempat letak pesawat di klia2 sebelum ini atas nasihat KAFS berikutan penurunan suhu dalam sistem bahan bakar jet. – mStar Online
TOP
TPM Harap 2014 Pacu Transformasi Pendidikan Negara
PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap tahun 2014 akan memacu transformasi secara menyeluruh dan bersepadu supaya hasrat dan aspirasi yang sudah dibukukan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dapat direalisasikan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, ia bagi memastikan rakyat di negara ini mendapat pendidikan sempurna setanding dengan negara-negara maju.
Beliau berkata demikian ketika berucap mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) dan Pelantikan Anggota MPPK Sesi 2014-2016 di sini, sebentar tadi.
Dalam mesyuarat berkenaan, perkara yang akan dibentangkan oleh anggota majlis yang terdiri daripada pegawai kementerian dan Unit Penyampaian dan Prestasi Pendidikan (PADU) adalah mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. – BH Online
TOP
Manchester United Bangkit Untuk Atasi Liverpool 3-1
MIAMI – Jaringan babak kedua daripada Wayne Rooney, Juan Mata dan Jesse Lingard memberikan Manchester United kemenangan 3-1 ke atas pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool pada aksi final Piala Juara-Juara Antarabangsa, sebentar tadi.
Begitupun, United terpaksa bangkit daripada ketinggalan apabila Liverpool terlebih dulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-14 apabila pemain tengah England, Raheem Sterling dijatuhkan pertahanan United, Phil Jones dalam kotak penalti yang kemudiannya disempurnakan kapten, Steven Gerrard.
Skuad bimbingan Brendan Rodgers itu hampir melebarkan jurang sebelum separuh masa pertama berakhir namun rembatan Rickie Lambert tersasar.
United memperoleh jaringan pertama pada minit ke-55 apabila penyerang Mexico, Javier Hernandez bijak melorongkan hantaran cantik kepada Rooney yang dengan tenang meledak gol cantik menerusi sepakan voley ke gawang Liverpool.
Dan dua minit kemudian, gawang The Reds yang dikawal Simon Mignolet sekali lagi bocor apabila rembatan Mata sedikit terkena Mamadou Sakho yang terus menerjah jaring.
Gol pelengkap kemenangan pasukan bimbingan Louis van Gaal kemudian terhasil seminit sebelum masa permainan tamat apabila hantaran Ashley Young yang tertampan Shiji Kagawa berjaya disempurnakan Lingard.
Kemenangan ke atas Liverpool bermakna United melengkapkan kempen pra-musim di Amerika Syarikat dengan lima kemenangan berturut-turut di bawah pengendali baru, van Gaal.
Sebelum itu, United turut menewaskan Real Madrid, AC Roma dan Inter Milan.
Kempen EPL bermula minggu depan. – Reuters
TOP
Dua Wanita Ditahan Jual Anak Yatim
Hanoi – Dua wanita ditahan atas tuduhan menjual seorang kanak-kanak yang ditempatkan di pusat jagaan anak yatim yang terkenal kerana menyelamatkan kanak-kanak dan bayi terbiar.
Media Vietnam semalam melaporkan, pengurus pusat jagaan anak yatim di Pagoda Bo De, Hanoi, Nguyen Thi Thanh Trang, 36, ditahan berikutan laporan polis yang dibuat mendakwa dia terbabit dengan pemerdagangan orang membabitkan seorang budak lelaki berusia setahun pada harga RM5,441.
Seorang lagi suspek, Pham Thi Nguyet, 35, turut ditahan manakala tiga lagi disoal siasat berhubung dakwaan yang sama.
Pagoda Bo De di Hanoi terkenal sebagai pusat jagaan anak yatim yang melindungi ramai kanak-kanak termasuk mereka yang kurang upaya bermula daripada remaja Sindrom Down sehingga kepada bayi buta.
Budak lelaki yang dijual berkenaan dipercayai ditinggalkan di pintu masuk pagoda berkenaan ketika masih bayi.
Sumber semalam berkata, dia tiba-tiba hilang “tanpa sebarang alasan kukuh” dan aduan yang dibuat membawa kepada siasatan polis.
Mereka akhirnya mendapati, kanak-kanak itu dijual dalam sindiket pemerdagangan orang dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenalpasti sama ada kes serupa pernah berlaku sebelum ini.
Sehingga pertengahan Julai lalu, pusat berkenaan menjadi tempat perlindungan kepada 145 anak yatim, kanak-kanak terbiar atau cacat serta warga tua yang memerlukan penjagaan. – AFP
TOP
Dazrin & Amyra Batalkan Perkahwinan
Perkahwinan pasangan pelakon Dazrin Kamarudin dan Amyra Rosli yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat, 8 Ogos ini tidak akan menjadi kenyataan selepas ibu kepada bakal pengantin perempuan memaklumkan majlis tersebut sudah dibatalkan.
Ibu kepada Amyra Rosli yang juga bertindak sebagai pengurus Norzaridah Ahmad, memaklumkan yang keputusan berkenaan dibuat hasil perbincangan kedua-dua belah keluarga dan kesepakatan itu dicapai pada Ramadan lalu.
“Pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos dibatalkan dan tidak akan menjadi kenyataan atas persetujuan bersama. Maaf kami tidak dapat berkongsi punca pernikahan itu tidak menjadi kenyataan, sebaliknya berharap semua pihak menghormati hal peribadi yang membabitkan keluarga kami.
“Mengenai jodoh mereka berdua, kami serahkan kepada ketentuan takdir. Hanya itu yang dapat saya katakan ketika ini,“”, kata ibu Amyra.
Dazrin dan Amyra berkenalan selama tiga tahun sebelum bertunang pada 25 Ogos tahun lalu. – BH Online
TOP
Mangsa Tetakan di Cyber Cafe Khamis Lalu
KLANG: “Kejadian berlaku terlalu pantas. Tiba-tiba badan dan tangan terasa sakit selepas menyedari ditetak seorang daripada lelaki itu. Walaupun merayu supaya tidak diperlakukan sebegitu, lelaki itu tidak peduli dan terus menghayunkan parang.
“Ketika kejadian, ada kira-kira 15 pelanggan sedang leka melayari Internet dan bermain permainan komputer sebelum lelaki bersenjatakan parang itu menetak kami seperti orang hilang akal,” kata seorang mangsa kejadian serangan di sebuah kafe siber di Bayu Perdana dekat sini, awal pagi Khamis lalu.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di belakang badan, tangan kanan dan kiri serta kepala akibat ditetak dengan parang.
Walaupun terpaksa menerima kira-kira 40 jahitan, lelaki berusia 26 tahun itu bersyukur kerana nyawanya masih panjang.
Menurutnya, doktor yang merawatnya mengesahkan kecederaan dialami dapat dirawat sepenuhnya, namun mengambil masa untuk pulih terutama tangan kanan yang perlu dimasukkan besi.
Katanya, dia akan pulang ke kampungnya di Sandakan, Sabah untuk berehat seketika dan memulihkan kecederaan dialami. - myMetro online
TOP
Satu-Satunya Insan Terselamat Dibom Israel Raya Pertama
Gaza City (Wilayah Palestin): Yamin, tiga tahun, adalah satu-satunya insan yang terselamat apabila kediaman keluarganya dibedil tentera Israel yang menyebabkan 19 nyawa terkorban, pada Aidilfitri pertama.
Biarpun begitu, Yamin, tiga tahun, tetap merana apabila melecur teruk di belakang tubuh dan mengalami keretakan pada beberapa bahagian badannya hasil kekejaman tentera Israel yang membedil kediaman keluarganya hingga musnah di Al-Buraj, tengah Gaza.
Dia kemudian dibawa ke unit rawatan kebakaran di Hospital Shifa di mana dia terbaring tanpa pakaian dan diberi rawatan kecemasan oleh petugas yang bertali-arus menerima tubuh yang parah.
Kadangkala ada antara mangsa yang diterima terlalu teruk kecederaannya sehingga menemui ajal beberapa jam kemudian hanya di atas pengusung.
Mereka yang terselamat pula dipindahkan ke bilik pembedahan - satu-satunya hospital atau unit di seluruh Gaza yang boleh membantu melakukan rawatan ke atas tubuh yang melecur. Kakitangan hospital warga tempatan mendakwa angka korban di kalangan warga Palestin ketika ini sudahpun mencecah 1,829 nyawa dan kebanyakannya daripada mereka adalah orang awam. “Hanya segelintir mangsa dibawa ke hospital ini tidak begitu teruk cedera dialami mereka,” kata pakar pembedahan plastik dari American University of Beirut, Ghassan Abu Sitta. Dia dihantar ke hospital itu oleh Medical Aid for Palestinians (MAP). “Pada pendapat saya, 70 peratus daripada mangsa akan mengalami kecacatan yang kekal. Sama ada parut atau tubuh tidak lagi berfungsi. Mereka tidak akan sama lagi seperti sediakala,” katanya. Menurutnya, kes paling teruk diterimanya adalah merawat budak lelaki lapan tahun yang pada asasnya hilang separuh daripada wajahnya, termasuk sebelah mata. “Apa yang perlu saya lakukan ialah membina kembali wajahnya. Malangnya, mata kanak-kanak itu tidak dapat diselamatkan. Budak itu hilang keluarganya dan tidak berupaya lagi menguruskan dirinya. “Kanak-kanak lelaki itu tiada lagi masa depan. Ketika dirawat, kanak-kanak itu tanya mengapa lampu ditutup. Sungguh sayu hati saya. “Saiz kerosakan atau kecederaan atau kematian ke atas penduduk Gaza tidak boleh pulih. Sistem kesihatan tidak mampu melakukannya,” katanya yang turut berada di Gaza ketika Israel melancarkan serangan pada 2008 dan 2009. - AFP

Chacha Maembong Terkejut Dituduh Kurang Ajar Kerana Baju
PETALING JAYA: Pelakon Chacha Maembong terkejut dituduh bersikap kurang ajar dengan menghayunkan beg tangan ke kepala pelakon lain hanya kerana tidak berpuas hati dengan baju yang terpaksa dipakai.
Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail, 18, berkata, insiden sedemikian tidak pernah berlaku sepanjang kerjayanya sebagai artis.
"Cerita itu tidak benar sama sekali, saya ingin bercakap dengan pelakon lain pun ada kalanya saya malu, inikan pula sampai tergamak menghayunkan beg tangan. Saya tidak mungkin bersikap kurang ajar seperti itu.
"Saya ini jenis yang tidak pernah kisah tentang baju yang pihak produksi sediakan kerana saya yakin ia sesuai dengan watak saya. Entah daripada mana mereka dapat cerita buruk dan tidak benar ini, saya tak pasti.
"Kalau benar tuduhan saya menghayunkan beg tangan kepada seorang pelakon, saya minta individu itu bersemuka dengan saya untuk selesaikannya cara baik dan bukan melalui media,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Chacha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip terbaharu apabila dia dikatakan sengaja menghayun beg tangan ke kepala seorang pelakon kerana tidak berpuas hati dengan baju pelakon lain yang lebih cantik daripada baju yang disediakan untuknya.
Dia juga dituduh bersikap kurang sopan dan berlagak 'diva' terhadap kru produksi ketika di lokasi penggambaran.
Selain itu, ruangan pojok sebuah akhbar mingguan pada 27 Julai lalu turut melaporkan Chacha pernah menyalahkan orang lain kerana kecuaiannya menyebabkan telefon bimbit miliknya hilang.
"Saya kecewa bila gosip itu keluar sehari sebelum raya hingga merosakkan kegembiraan menyambut raya. Saya rapat dengan semua kru produksi drama dan tidak pernah meletakkan taraf berbeza dengan mereka.
"Berkenaan kejadian kehilangan telefon itu pun tidak pernah berlaku kerana saya masih pakai telefon saya yang lama, itu semua fitnah semata-mata," katanya.
Dalam pada itu, Chacha tidak menolak kemungkinan ada pihak yang tidak berpuas hati dan cuba mengambil kesempatan memburukkan namanya atas sebab-sebab tertentu.
TOP
Pegawai Presiden Reagan yang menyelamatkannya daripada cubaan dibunuh, meninggal dunia semalam
James Brady
WASHINGTON: Bekas setiausaha akhbar White House, James Brady, yang ditembak dan cedera dalam cubaan pembunuhan Presiden Ronald Reagan pada 1981, meninggal dunia semalam. Brady, 73, adalah antara empat orang yang terkena tembakan dan mengalami kecederaan, termasuk Reagan sendiri apabila John Hinckley Jr. melakukan cubaan untuk membunuh presiden berkenaan di pekarangan luar hotel Hilton Washington pada 30 Mac, 1981, selepas 69 hari beliau memegang jawatan. Kecederaan teruk di kepala menyebabkan Brady lumpuh separuh badan dan kecacatan pertuturan. Walaupun tidak boleh bekerja lagi, Brady dikekalkan dengan jawatannya pada sepanjang tempoh pentadbiran Reagan. Dalam kenyataan kepada media, keluarga Brady berkata mereka bangga dengan apa yang dilakukannya ketika berkhidmat dengan presiden Amerika Syarikat itu. - AFP

Mesir menjadi 'orang tengah' dalam perbincangan lanjut Israel-Hamas
BAITULMAQDIS: Akhirnya Israel dan Hamas bersetuju untuk menghentikan keganasan selama tiga hari mulai jam 8 pagi waktu tempatan dan akan mengadakan perbincangan lanjut yang dianjurkan oleh Mesir bagi merangka gencatan senjata jangka panjang.
Kedua-dua pihak bagaimanapun mempunyai tuntutan masing-masing sebagai syarat gencatan senjata itu dan menganggapnya sebagai perbincangan yang akan menempuhi liku-liku yang sukar.
Peperangan itu mengakibatkan hampir 1,900 rakyat Palestin terkorban, sebahagian besarnya orang awam yang terperangkap dalam pertempuran di kawasan bandar Gaza, menurut pegawai perubatan Hamas. Kira-kira 64 askar Israel maut dalam peperangan itu di samping dua orang awamnya.
Peperangan itu meletus pada 8 Julai apabila Israel melancarkan serangan udara bagi membalas bedilan roket dari kawasan yang dikuasai Hamas di Gaza. Pada 17 Julai, Israel menghantar tentera daratnya untuk memusnahkan terowong yang digunakan oleh Hamas untuk serangan mereka.
Laporan media menyatakan wakil pegawai Palestin daripada pelbagai puak termasuk Hamas, terbabit dalam perbincangan dengan Mesir sejak beberapa hari lalu.
Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum, berkata pergerakannya sudah menerima perancangan berkenaan.
“Adalah jelas bahawa kepentingan semua pihak adalah untuk mengadakan gencatan senjata,” kata Bassam Salhi, seorang lagi anggota perwakilan Palestin.
Mereka mengakui bahawa ia akan menjadi perbincangan sukar kerana Israel juga mempunyai tuntutan tertentu.
“Tiada jaminan tidak berlaku lagi serangan,” kata Bassam.
Hamas mahu pengunduran Israel sepenuhnya daripada Gaza, penarikan balik sekatan Israel-Mesir di wilayah berkenaan, pembebasan tahanan Hamas dan bantuan antarabangsa bagi membina semula Gaza. - AP
TOP
Angka kematian Ebola di Afrika Barat mencecah 887
DAKAR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata angka kematian bagi serangan terburuk virus Ebola kini mencecah 887 orang.
Ia meningkat 158 orang berbanding angka yang dikeluarkan WHO pada 31 Julai lalu.
Dalam satu kenyatannya hari ini WHO berkata, ketika ini lebih 1,600 kes jangkitan virus Ebola dilaporkan sejak ia dikenal pasti merebak di Guinea, awal tahun ini.
Semalam, Nigeria mengumumkan negara ini kini mempunyai kes kedua Ebola.
Pesakit adalah seorang doktor yang memberikan rawatan kepada seorang lelaki yang maut di Nigeria, bulan lalu.
Menurut WHO, ketika ini sejumlah 358 kematian akibat Ebola dilaporkan di Guinea, Liberia (255), Sierra Leone (273) dan Nigeria (1). - AP
TOP
Solat Hajat Pertahan Pakatan, Bukan Tanda Sokong Khalid
PETALING JAYA – Program solat hajat perdana, Khamis ini bukan sebagai tanda sokongan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebaliknya untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.
Mengakui ia amalan yang biasa dilakukan, katanya, penganjuran program itu bukan semata-mata untuk memastikan Khalid dapat mengekalkan jawatan yang disandangnya itu.
“Memang betul solat hajat perdana ini akan diadakan Khamis ini, tetapi bukan untuk menyatakan sokongan terhadap Khalid.
“Program seperti ini adalah perkara biasa. Kita akan mengadakan solat hajat setiap kali kita berhadapan dengan apa jua krisis. Kita juga pernah adakan solat hajat untuk Gaza dan MH370.
“Memandangkan sekarang Selangor berhadapan krisis politik, maka program ini adalah sebahagian daripada usaha kita memohon doa kepada Allah agar isu ini dapat menemui jalan penyelesaian,” katanya kepada mStar Online, Selasa.
Krisis politik yang melanda Selangor mendorong penganjuran solat hajat perdana bagi mendoakan supaya pergolakan di negeri yang diterajui Pakatan Rakyat dapat diselesaikan segera.
Ia bakal diadakan di seluruh negara pada Khamis ini atas arahan Dewan Pemuda PAS Pusat.
Bagaimanapun di Selangor, kediaman rasmi Menteri Besar menjadi lokasi pilihan Dewan Pemuda PAS negeri itu.
Solat hajat perdana bertemakan ‘Mempertahankan Kerajaan Selangor’ itu akan diadakan bermula pukul 6.30 petang hingga 11 malam.
Pertikaian jawatan Menteri Besar Selangor masih belum bernoktah malah lebih teruk apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan nota penjelasan mencatatkan alasan kenapa Khalid perlu berundur daripada jawatannya.
PKR pada Isnin tetap mempertahankan keputusan untuk mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon untuk menggantikan Khalid.
Namun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mempertahankan Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar manakala Nik Aziz mempersoalkan tindakan PKR mahu memecat Khalid.
Malah, Ikandar turut mahu Khalid dikekalkan dengan mengambil kira pencapaiannya dalam menerajui Selangor. – mStar Online
TOP
Pegawal Keselamatan Rugi RM38,000 Ditipu
MELAKA – Seorang pegawal keselamatan kerugian RM38,000 selepas ditipu seorang lelaki dalam urusan jual beli kereta bermula Februari tahun lepas.
S. Sri Venkadesh, 35, berkata, dia mula berurusan dengan lelaki berkenaan pada awal tahun lepas bagi menjual kereta Proton Wira miliknya untuk membeli sebuah kereta terpakai Perodua Alza atau Proton Pesona.
“Lelaki itu bersetuju untuk menjual kereta saya dengan harga RM19,000 dan mencarikan saya sebuah kereta lain tetapi meminta saya tambah lagi RM19,000,” katanya kepada pemberita di Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka di sini hari ini.
Beliau berkata, setelah membayar RM19,000 dan urusan menjual kereta Proton Wiranya selesai pada Mac 2013, lelaki berkenaan masih gagal menyelesaikan urusan untuk mendapatkan kereta terpakai yang dijanjikanya selepas beberapa minggu berlalu.
“Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk meminta semula wang yang saya serahkan kepadanya bersama hasil jualan kereta saya, namun tiga cek yang diberikan beliau tidak dapat ditunaikan kerana cek tendang,” katanya yang telah membuat laporan polis pada Julai tahun lepas.
Sementara itu, Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya akan berusaha mengambil tindakan perundangan terhadap individu tersebut secepat mungkin.
“Kita telah kenal pasti di mana lelaki tersebut berada dan kita akan meminta kerjasama dengan pihak terlibat bagi membantu menyelesaikan masalah ini,” katanya. – BERNAMA
TOP
Budak Perempuan 5 Tahun Dicabul Dalam Bas Ekspres
Seorang budak perempuan telah dilaporkan dicabul dalam bas ekspres ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang baru-baru ini.
Menurut laporan The Star, kejadian tersebut berlaku ketika ibu mangsa meninggalkan mangsa seketika untuk turun membeli makanan di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Ibu tersebut bagaimanapun hanya mengetahui perkara itu setelah anaknya mengadu kesakitan pada bahagian kemaluan setelah tiba di Pulau Pinang. - SiakapKeli.com
TOP
Ebola: 24 Rakyat Malaysia Di Liberia Dipindahkan Ke Ghana Esok
PETALING JAYA: Seramai 24 rakyat Malaysia di Liberia dijangka dipindahkan ke Ghana sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak Penyakit Virus Ebola (EVD) yang dikesan di negara Afrika Barat itu.
Setiausaha Bahagian Konsulat Kementerian Luar, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, kesemua mereka merupakan pekerja yang bertugas di syarikat perladangan milik rakyat Malaysia yang berpangkalan di Liberia.
Katanya, arahan telah pun dikeluarkan berhubung perpindahan mereka dari Liberia ke Ghana dengan bantuan Kedutaan Besar Malaysia di Accra, Ghana.
“Kesemua 24 pekerja warga Malaysia dijangka dipindahkan esok (Rabu). Bagaimanapun, ia bergantung kepada kelulusan permohonan visa mereka yang dibantu oleh kedutaan besar kita di Accara.
“Mereka kemudian akan ditempatkan sementara di Ghana sehingga pemberitahuan lanjut oleh ibu pejabat syarikat terbabit di Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Penularan penyakit Ebola kini dikesan di tiga kawasan di Afrika Barat di Sierra Leone, Liberia dan Guinea.
Zulkifli berkata, tiada rakyat Malaysia yang berada di Sieraa Leone dan hanya empat kakitangan yang bertugas di Kedutaan Besar Malaysia di Conakry, Guinea.
“Belum ada arahan mengenai perpindahan empat pegawai kedutaan kita di Conakry pada masa ini. Bagaimanapun, kita mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya.
Sementara itu, katanya, pada masa ini tiada cadangan untuk menghentikan pengeluaran visa kepada warga asing dari kawasan terjejas ke Malaysia.
Tambahnya, ini disebabkan jumlah pelawat asing dari kawasan berkenaan begitu kecil dan tiada penerbangan secara terus dari mana-mana kawasan itu ke Malaysia.
Menurut Zulkifli, pihak kedutaan Malaysia di sana akan terus memberikan laporan perkembangan wabak Ebola kepada Kementerian Kesihatan di sini.
“Kita hanya akan menghentikan pengeluaran visa kepada rakyat di negara-negara terjejas akibat wabak Ebola sekiranya mendapat arahan daripada Kementerian Kesihatan dengan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen,” katanya.
Sehingga kini, terdapat lebih 1,200 kes Ebola disahkan di negara-negara berkenaan. Lebih 800 orang meninggal dunia akibat penyakit itu sejak Februari lalu. - mStar online
TOP
Kanak-kanak 3 tahun parah terkena tembakan pistol teman lelaki ibunya
DENVER: Seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun cedera parah selepas tertembak oleh seorang lagi kanak-kanak lelaki lima tahun, yang sedang bermain pistol milik teman lelaki ibunya.
Polis Pueblo berkata kanak-kanak lelaki sembilan tahun yang sedang bermain dengan pistol di belakang rumahnya pada waktu pagi, kemudian memberi pistol itu kepada adiknya yang berusia lima tahun.
Budak itu mengacukan pistol yang dipegangnya ke arah budak perempuan terbabit dan terlepas tembakan.
Peluru daripada pistol itu menusuk ke tubuh budak perempuan berkenaan tetapi tidak mengakibatkan patah tulang, kata polis. Dia dibawa ke hospital Colorado Springs dan berada dalam keadaan kritikal selepas dibedah.
“Apabila budak sembilan tahun itu ditanya bagaimana dia pandai menggunakan pistol, katanya dia belajar daripada permainan video seperti Black Ops,” kata polis.
Ibu mereka, yang tidak dinamakan, berada di rumah ketika kejadian tetapi teman lelakinya, Adrian Chavev, 22, yang juga berada di rumah berkenaan, melarikan diri dan ditahan lima jam kemudian.
“Chavez dituduh dengan tuduhan melakukan penderaan ke atas kanak-kanak dengan mengakibatkan kecederaan serius pada tubuhnya kerana tidak mengawasi pistolnya dengan baik,” kata polis. - Reuters
TOP
Polis siasat Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahang - Abdul Rahim
GEORGETOWN: Polis akan menjalankan siasatan berhubung isu video 'Pesta Sukan Bogel Di Teluk Bahang' yang disebarkan secara meluas di laman sosial, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi.
TOP
MB S’gor Nafi Terima Surat Pemecatan Daripada PKR
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan beliau menerima surat pemecatan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Katanya, sehingga kini beliau masih sah menjadi ahli PKR.
“Saya masih belum menerima apa-apa surat berkaitan perkara itu (pemecatan).
“Jadi saya rasa saya tidak perlu mengulas lanjut mengenai perkara itu,” katanya ketika ditemui selepas memberi keterangan mengenai kes saman rampasan tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Mahkamah Tinggi, di sini, sebentar tadi.
Semalam, khabar angin mendakwa Abdul Khalid dipecat kerana enggan meletakkan jawatan bagi membolehkan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik mengisi jawatan itu. - BH Online
TOP
MSN Mahu Lebih ‘Kuasa’ Tentukan Atlet Ke Sukan Asia
SEPANG – Tidak mahu ‘pisang berbuah dua kali’, Majlis Sukan Negara (MSN) mahu diberi lebih ‘kuasa’ dalam menentukan senarai atlet yang akan menyertai kontinjen negara ke Sukan Asia di Incheon, September depan.
Ketua Pengarah MSN Datuk Seri Zolkples Embong berkata satu perbincangan dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan diadakan dalam masa terdekat untuk memastikan atlet yang akan mengambil bahagian di Sukan Asia benar-benar berkualiti dan mampu memberi saingan.
Katanya, jawatankuasa pemilihan MOM dituntut agar membuat penilaian rapi sebelum atlet atau mana-mana pasukan disenarai ke temasya sukan besar supaya tidak lagi wujud ‘penumpang’ dalam kontinjen negara.
“Saya sentiasa bersikap tegas cuma saya harap suara saya lebih diterima selepas ini. Saya telah mengadakan perbincangan awal dengan Tan Sri Tunku Imran (Tuanku Jaafar), Datuk Low Beng Choo (Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia) dan Datuk Sieh Kok Chi (Setiausaha Agung MOM), (mengenai perkara ini) dan mereka nampaknya lebih menerima alasan-alasan yang diberikan sebelum ini.
“Jadi, saya harap sesuatu dapat kita lakukan untuk ke Incheon nanti. Yang penting kita tidak perlu membawa penumpang dalam kontinjen negara,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini sejurus tiba dari Glasgow, Scotland.
Mengakui misi mencapai sasaran tujuh pingat emas di Sukan Komanwel 2014 gagal, beliau berkata bukan sahaja atlet malah beberapa jenis sukan didapati tidak sepatutnya dihantar untuk menyertai pertandingan yang tinggi tarafnya seperti di Sukan Komanwel dan Sukan Asia.
“Keputusan akan dibuat oleh MOM dan saya sendiri berada dalam jawatankuasa pemilihan itu. Saya akan pastikan kita (MSN) memberikan pandangan berdasarkan kepada prestasi sebenar atlet.
“Prestasi di Glasgow tentunya akan kita ambil kira untuk tentukan atlet-atlet yang akan bertanding di Sukan Asia,” katanya.
Bagaimanapun, Zolkples tetap berpuas hati dengan prestasi dan pencapaian atlet di Glasgow terutama beberapa atlet yang mencipta kejutan seperti atlet terjun 3 meter papan anjal lelaki Ooi Tze Liang dan pasangan beregu wanita Vivian Kah Mun Hoo/Khe Wei Woon yang meraih pingat emas kali ini.
Selain itu, beliau turut berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan jaguh terjun wanita Pandelela Rinong dan gimnas Wong Poh San yang terpaksa akur dengan pingat perak, walaupun disifatkan telah menonjolkan persembahan yang layak dinobatkan pingat emas.
“Kalau kita lihat dari segi sasaran, tentunya kita gagal mencapainya tapi pada masa sama kita menang tujuh pingat perak dan beberapa pingat perak itu hampir kepada kemenangan pingat emas terutama pada terjunan terakhir Pandelela dan persembahan Wong dalam acara ribon.
“Malangnya, sukan-sukan subjektif seperti ini boleh berpihak kepada mana-mana atlet dan kita sedia maklum tentang itu namun ia bukan menjadi alasan,” katanya.
Sementara itu, Zolkples berharap atlet-atlet yang bertanding di Sukan Komanwel dapat mengekalkan prestasi atau memperbaiki pencapaian mereka untuk mencipta sesuatu yang lebih membanggakan di Incheon nanti.
Di samping itu juga, beliau berkata beberapa sukan dan atlet yang tidak bertanding di Sukan Komanwel seperti tenping bowling, karate dan wushu, diharap dapat memberi sumbangan terbaik mereka bagi menambah pungutan pingat pada temasya Sukan Asia nanti. – BERNAMA
TOP
Inilah cara Rakyat Palestin Cas Telefon Bimbit
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Seperti yang kita tahu Palestin kini dihimpit Israel. Tambahan pula dengan serangan yang berterus-terusan sudah tentu kemudahan-kemudahan yang sedia ada seperti elektrik tidak dapat dinikmati mereka seperti kita di Malaysia.
Bagaimanapun dengan kreativiti dan kepakaran yang mereka ada mereka mampu mencari peluang untuk mendapatkan sumber tenaga elektrik bagi mengecas telefon bimbit. Lihat saja pada gambar mereka telah menggunakan kereta untuk mengecas telefon bimbit kerana ia adalah penting bagi berkomunikasi dengan dunia luar selain itu memberitahu khabar dan berita sebenar apa yang berlaku di sana - SiakapKeli.com

Tidak Susah Untuk Mencari Sumber Bukan Yahudi – PERDASAMA
Berikutan kenyataan sombong IDF mencabar masyarakat Islam memboikot barangan keluaran Israel, ini kenyataan PERDASAMA:
Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) menyokong penuh seruan memboikot produk keluaran Israel dan syarikat-syarikat penyokong kekejaman Yahudi.
Masyarakat Yahudi di seluruh dunia kini membantu Israel dengan hasil keuntungan mereka sedangkan rakyat Gaza terus dibiarkan menderita akibat serangan bertubi-tubi setiap hari.
Kekejaman yang dilakukan oleh Zionis ini jelas mendapat sokongan kuat daripada sekutu Yahudi di seluruh dunia yang mempertahankan tindakan rejim Zionis dan turut membantu melalui sistem pertahanan di Israel.
Kita mungkin tidak dapat melaksanakan perang darah terhadap Israel namun saya yakin perang menerusi ekonomi dengan usaha memboikot melalui bentuk urusniaga mampu memberi kesan terhadap ekonomi bukan sahaja ekonomi negara Israel malah kroni sekutunya.
Ini kerana dengan pembelian dan penggunaan perkhidmatan mereka, sedikit sebanyak menyokong dana dalam memusnahkan mereka yang tidak berdosa seperti anak-anak kecil dan warga tua di Palestin.
Saya turut menyeru seluruh rakyat Malaysia memboikot semua barangan keluaran Israel dan Yahudi bukan sahaja makanan dan minuman malah barangan perubatan, kosmetik, penerbitan, tekstil, alat hospital dan perkhidmatan serta apa sahaja yang berkaitan.
Dunia kini mampu membekalkan apa sahaja yang dikeluarkan Israel dan kepentingan Yahudi oleh itu ianya bukannya menjadi masalah besar untuk kita mencari sumber lain bagi menggantikannya.
Kemusnahan yang dilakukan oleh tentera Zionis membuktikan peperangan berunsur agama ini secara tidak langsung mempengaruhi sifat membenci antara penganut agama. Sampai bila Islam harus di hina dan di keji?
PERDASAMA amat menyanjung tinggi usaha sesetengah pihak memboikot barangan Israel, Yahudi dan sekutunya dan berharap usaha ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran dan tekanan kepada ekonomi negara tersebut.
Terima Kasih
Dato’ Moehamad Izat Emir
Presiden PERDASAMA

Promosi Merdeka Toyota Rebat Tunai RM2,000
Sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-57, UMW Toyota Motor (UMWT) turut tidak ketinggalan di dalam menawarkan kempen promosi bagi model-model terpilih khas untuk pelanggan yang membuat tempahan sepanjang Ogos ini.
Antara tawaran menarik yang disediakan ialah para pelanggan berpeluang menerima rebat tunai sehingga RM2,000 bagi model Vios (E, G & TRD), Camry, Altis dan juga Hilux Double Cap. Untuk pelanggan yang membeli Vios J, bakal menerima rebat tunai sebanyak RM1,000.
Manakala bagi mereka yang memilih kenderaan yang lebih luas dan selesa seperti Innova dan Avanza, turut akan ditawarkan rebat wang pendahuluan yang menarik. Begitu juga dengan setiap tempahan dan pembelian bagi Alphard dan Previa, turut akan menerima tawaran menarik daripada UMWT.
Malah sempena dengan sambutan Hari Raya dan juga Kemerdekaan, UMWT turut menganjurkan aktiviti menarik di bilik pameran iaitu Rumah Terbuka Raya pada 16 dan 17 Ogos, serta Minggu Merdeka pula berlangsung pada 23 dna 24 Ogos.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi toyota di www.toyota.com.my atas terus berkunjung ke mana-mana bilik pameran Toyota berhampiran. - Infokereta.com

Kes Bunuh TKP Kastam Selesai Dalam Tempoh Terdekat
KUALA LUMPUR – Polis yakin akan dapat menyelesaikan dalam masa terdekat, kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim, pada April tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata pihaknya kini mengenal pasti beberapa lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu dan operasi untuk mengesan mereka sedang giat dijalankan.
Pada Julai lepas polis menahan empat individu yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.
“…dan buat masa sekarang kesemua suspek telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Selangor bagi membantu dalam siasatan dua kes berlainan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis Kuala Lumpur di sini, Selasa.
Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, seorang daripada dua lelaki yang menunggang motosikal, melepaskan tiga das tembakan jarak dekat ke arah Shaharuddin ketika kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa, Putrajaya.
Dalam majlis yang disempurnakan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa itu, empat pegawai kanan polis Kuala Lumpur dinaikkan pangkat daripada Deputi Supritendan kepada Supritendan dan kesemua mereka akan ditempatkan di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.
Tajuddin berkata jabatan yang baru ditubuhkan itu akan memberi memberi fokus dalam penganjuran kempen pencegahan jenayah dan mengurangkan jenayah menerusi sistem pencegahan serta pembanterasan yang berkesan. – BERNAMA
TOP
Konflik Politik PAS-UMNO Rugikan Umat Islam
KUALA LUMPUR – Konflik politik antara parti PAS dan UMNO jika dibiar berlanjutan hanya akan merugikan umat Islam di negara ini, kata Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Syed Ali Al-Habshee.
Katanya, sudah tiba masanya PAS bekerjasama dengan UMNO bagi mengeratkan semula ukhuwah agar umat Islam menjadi kuat dan dihormati.
“Sekiranya kita berpecah belah, negara akan kucar kacir. Tengok apa jadi dengan Palestin, kita tidak mahu anak cucu kita menderita sebegitu suatu hari nanti.
“Kalau kita bersatu, kita akan dapat bersuara menjadi kuasa besar,” katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam rancangan ruang Bicara bertajuk ‘Menteri Besar Selangor: Ada Siapa Kisah’ terbitan BernamaTV di sini, Isnin.
Terdahulu, Syed Ali semasa ditemu bual dalam rancangan tersebut berpendapat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mementingkan dirinya bagi mendapatkan kuasa untuk memerintah dan bukannya membela rakyat.
“Saya hairan kenapa masih ada orang terikut-ikut dengan Anwar yang suka mempergunakan individu lain untuk mencapai cita-cita peribadinya,” katanya.
Syed Ali juga menyatakan Anwar jelas tidak menghormati Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila mengumumkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu walaupun belum mendapat perkenan Sultan.
Sebelum ini, Anwar mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat bulan lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mencalonkan presiden parti itu yang juga isterinya Wan Dr Azizah untuk mengisi jawatan itu.
Sementara itu, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Lokman Noor Adam berkata perlu ada wadah baharu bagi menyatukan PAS dan UMNO agar Melayu terus kukuh memegang tampuk pemerintahan negara.
“Ahli PAS dan UMNO perlu bersatu mencari suatu mekanisme bagaimana untuk bekerjasama dan menghargai antara satu sama lain,” katanya.
Jika kemelut antara kedua-dua parti berlarutan, Lokman Noor berkata DAP akan terus mengambil kesempatan mempergunakan Melayu khususnya generasi muda untuk memperjuangkan agenda politik mereka. – mStar Online
TOP
Tukang Kebun Dipenjara 6 Bulan Miliki Harta Curi
KUALA LUMPUR – Seorang tukang kebun dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki harta curi minggu lepas.
Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mahmud Alimoon, 52, dan memerintahkannya menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 1 Ogos lepas.
Mahmud didakwa memiliki sebuah motosikal Modenas Kriss bernombor pendaftaran palsu WPF 4439 milik seorang buruh binaan, Arif Rahman Hakim di Jalan Raja Uda, Kampung Baru, pada 2 petang, 1 Ogos lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, motosikal tersebut dilaporkan hilang oleh Arif pada 9 Jun 2009, namun pada 1 Ogos lepas, ketika beberapa anggota polis melakukan rondaan di Kampung Baru, mereka ternampak tertuduh menunggang motosikal itu dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menahannya.
Ketika pemeriksaan dilakukan terhadap nombor casis motosikal itu, ia menunjukkan motosikal itu masih dilaporkan hilang.
Dalam rayuannya, Mahmud yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah supaya menangguhkan hukuman ke atasnya dengan alasan mahu membawa isterinya yang menghidap penyakit Hepatitis C untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh memandangkan dia mempunyai 10 rekod jenayah lampau dan pernah dipenjarakan sebanyak lima kali bagi kesalahan dadah.
“Ia menunjukkan tertuduh tidak insaf atas perbuatannya dahulu,” katanya. – BERNAMA
86 TOP
Pusat Sembelihan Ayam Halal Di Setiap Daerah
PUTRAJAYA – Sekurang-kurangnya sebuah pusat penyembelihan ayam halal akan diwujudkan di setiap daerah menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“(Sembelihan) Ayam ini isu besar, media banyak keluarkan mengenai ayam ‘cucuk’ dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di Wisma Tani di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan bekerjasama dengan agensi berkaitan di bawah kerajaan negeri supaya sasaran itu tercapai.
Beliau berkata kira-kira 1,900 pusat sembelihan ayam di seluruh negara sedang didaftarkan ketika ini bagi memudahkan proses mendapatkan sijil halal.
Ismail Sabri sebelum ini dilaporkan berkata hampir 80 peratus daripada pusat sembelihan itu tidak berlesen dan belum berdaftar dengan JPV.
Pusat sembelihan ayam yang tidak berlesen berkenaan merupakan pengusaha kedai kecil-kecilan yang diragui status halal dari segi cara penyembelihan.
Ismail Sabri juga berharap kerajaan negeri dapat menguatkuasakan Enakmen Perladangan Unggas masing-masing supaya semua pusat sembelihan mempunyai lesen bagi memudahkan pihak berkuasa memantau operasi mereka.
Penguatkuasaan enakmen itu adalah untuk memastikan pusat sembelihan ayam termasuk itik, puyuh dan ayam belanda mematuhi sembelihan cara Islam, menjaga kebersihan dan produk dikeluarkan berkualiti serta halal.
Sementara itu Ismail Sabri berkata JPV mempunyai sebanyak 29 pusat sembelihan lembu halal.
“Kita sedang tawarkan 46 pusat sembelihan lembu swasta untuk diberi sijil halal,” katanya. – BERNAMA
TOP
Peti Deposit: Suami Isteri Saman Bank RM1.5j
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari mulai Isnin depan untuk mendengar kes saman hampir RM1.5 juta yang difailkan seorang ahli perniagaan dan isterinya terhadap United Overseas Bank (M) Bhd berhubung kehilangan barangan berharga daripada peti deposit selamat di sebuah cawangan bank itu susulan kejadian pecah masuk pada 2012.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng akan mendengar saman itu yang difailkan Lee Yaw Lin, 46, dan isterinya Choo Yoke Peng, 40, menerusi Messrs Mahendran & Co pada Disember tahun lepas. Bank berkenaan, defendan tunggal dalam kes saman itu, memfailkan pernyataan pembelaannya pada 24 Jan tahun ini.
Dalam pernyataan tuntutan mereka, Lee Yaw Lin berkata beliau dimaklumkan oleh seorang pegawai polis pada 22 Okt 2012 bahawa peti deposit selamat mereka di cawangan Leboh Pasar bank itu dipecah masuk dan Lee Yaw Lin serta Choo Yoke Peng menyatakan mereka terkejut apabila mendapati semua barangan berharga melainkan dokumen hilang daripada peti itu.
Lee Yaw Lin dan Choo Yoke Peng memperincikan barangan berharga mereka sebagai koleksi vintaj (daripada emas tulen & emas) bernilai RM170,000; koleksi vintaj (daripada jed & fei cui) bernilai RM130,000; koleksi vintaj (jam tangan) bernilai RM75,000; koleksi vintaj (wang kertas & syiling) dengan nilai RM20,000; berlian dengan nilai RM850,000 dan barangan lain bernilai RM235,304.
Pasangan suami isteri itu berkata peguam mereka menghantar surat kepada bank dan memperincikan barangan berharga yang hilang itu dengan nilaiannya dan mengemukakan pertanyaan sama ada bank bersetuju untuk penyelesaian secara damai namun dimaklumkan bahawa bank itu tidak bersedia berbuat demikian.
Dalam pernyataan pembelaannya, bank itu menjelaskan bahawa menyediakan peti deposit selamat adalah sebahagian daripada perkhidmatan yang ditawarkan dengan mengenakan bayaran dan bukanlah menjadi tanggungjawab plaintif dalam apa jua cara berhubung sebarang kehilangan atau kerosakan kepada kandungan peti berkenaan.
Ia menyatakan bahawa berdasarkan perjanjiaan sewaan dengan plaintif, bank hanya bertanggungjawab untuk membayar sehingga RM2,500.
Dalam saman mereka, Lee Yaw Lin dan Choo Yoke Peng menuntut ganti rugi berjumlah RM1,480,514, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah. – BERNAMA
TOP
Ebola: Arab Saudi Larang Umat Islam Barat Afrika Tunai Haji, Umrah
Jangkitan wabak Ebola boleh membawa maut.
RIYADH: Sebagai sebahagian langkah pencegahan untuk melindungi jemaah haji daripada dijangkiti wabak Ebola, kerajaan Arab Saudi mengumumkan perintah melarang kemasukan umat Islam dari negara Barat Afrika. "Kami sudah sampaikan arahan itu kepada pegawai di semua pintu masuk. Malahan, semua pegawai sudah dilatih untuk mengenal pasti dan mengendalikan kes Ebola serta langkah untuk mengawal penyebaran virus itu, jika ia berlaku," katanya jurucakap Kementerian Kesihatan negara itu, Dr Khalid Marghalani kepada Arabian Business. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangkitan virus Ebola dipercayai meragut 800 nyawa membabitkan penduduk di dua negara Muslim iaitu Guinea dan Sierra Leone, selain Liberia sejak wabak itu bermula Februari lalu. Berikutan itu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi melarang pengeluaran visa haji dan umrah untuk penduduk tiga negara terbabit kerana bimbang ia boleh menyebabkan penyebaran wabak itu pada musim haji ini. Kementerian itu juga bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Hal Ehwal Luar untuk melaksanakan beberapa langkah pencegahan di sempadan dan juga lapangan terbang. Setiausaha Hal Ehwal Haji, Dr. Hussein Shareef, Ministry pula berkata, kementeriannya akan mengambil pelbagai langkah pencegahan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan orang ramai. Sementara itu, Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Sivil, Khalid Al-Khaibari berkata, tiada penerbangan terus antara Arab Saudi dengan ketiga-tiga negara berkenaan kecuali pada musim haji. Ketika ini, republik Guinea paling teruk dijangkiti wabak Ebola yang dikesan sejak 1976. Wabak yang sehingga kini gagal menemui penawarnya bermula dengan tanda-tanda seperti sakit kepala, sakit otot sebelum muntah, cirit-birit serta pendarahan dalaman dan luaran. Kadar kematian wabak ketika ini mencecah 60 peratus, walaupun Ebola sebenarnya boleh meragut hingga 90 peratus nyawa yang menghidapinya.

Bomb Gaza - Permainan Android Yang Menjijikkan
Google sedang menghadapi kritikan teruk kerana membenarkan permainan ganas berdasarkan pengeboman di Gaza yang akan boleh dimuat turun dari Play Store.
Permainan telefon pintar seperti Gaza Assault: Code Red boleh didapati secara di Play Store, di mana pemain mengawal Israel dilengkapi dengan "senjata yang berkuasa" untuk mengebom Gaza.
Keterangan permainan Android berkata: "pengganas melancarkan roket ke negara anda, apakah yang ada akan lakukan untuk melindungi rakyat anda?" Permainan ini membolehkan pengguna untuk bermain lima tahap pertama secara percuma, tetapi akan caj untuk versi penuh .
Satu lagi permainan, yang juga percuma untuk dimuat turun, dipanggil "bom Gaza". Logo permainan termasuk jet pejuang F16, seperti yang digunakan oleh tentera Israel. Keterangan dalam bagi permainan tersebut memberitahu pengguna "Gugurkan bom dan elakkan dari membunuh orang awam". Permainan ini telah dimasukkan ke kedai Play Store pada 29 Julai dan telah dimuat turun di antara 500 dan 1,000 kali. Seorang pengguna Google mengulas tentang permainan Bom Gaza dengan berkata " Pengimplementasian pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik di dalam aplikasi permainan adalah satu perkara yang benar-benar menjijikkan" Permainan itu telah dibuang dari Play Store setelah mendapat kritikan panas dari pengguna.- SiakapKeli.com

Boikot Dengan Ilmu, Bukan Emosi - Pendakwah
KUALA LUMPUR – Dalam mengecam keganasan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin khususnya di Gaza, rakyat Malaysia tidak terkecuali memainkan peranan melalui tindakan memboikot produk-produk dan jenama yang dikaitkan dengan Israel.
Bagaimanapun, mutakhir ini terdapat beberapa tindakan yang dilihat keterlaluan oleh segelintir pihak yang memboikot termasuklah merendah-rendahkan golongan yang tidak menyertai usaha mereka, serta ada juga perlakuan buruk seperti memarahi dan meludah pekerja restoran yang diboikot itu.
Timbul persoalan di manakah kewajaran perbuatan buruk seumpama itu sedangkan tujuan asalnya adalah untuk bersama-sama membentuk solidariti bagi membantu umat Islam di Gaza yang ditindas rejim Zionis.
“Perbuatan itu semua bertentangan dengan ajaran Islam. Sedangkan pada zaman Rasulullah SAW juga berlaku urusan muamalat antara Nabi dan golongan Yahudi meskipun baginda mengetahui niat golongan itu mahu membunuh baginda,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu) Ahmad Fazrin Yahaya ketika dihubungi Bernama.
Katanya sehingga kini masih belum ada ketetapan bahawa tindakan memboikot produk yang menyumbang kepada Zionis itu sebagai sesuatu yang wajib dilaksanakan.
“Sebagai umat Islam, kita tidak diajar menzalimi orang atau membalas kezaliman dengan kezaliman. Kekerasan hanya dibenarkan dalam peperangan,” jelas Ahmad Fazrin.
Berita-berita ‘kurang enak’ mengenai usaha mengecam rejim Zionis kini banyak menghiasi laman-laman media sosial semalam termasuklah mengadakan ceramah di hadapan restoran makanan segera.
Selain itu, ada juga laporan mengenai tindakan seorang pemuda makan makanan yang dibeli di luar dengan sengaja di dalam restoran berkaitan sehinggalah kepada perbuatan meludah pekerja di sebuah kafe terkemuka oleh individu-individu yang kononnya memperjuangkan nasib penduduk Gaza.
Ahmad Fazrin berkata usaha memboikot haruslah dilaksanakan secara berilmu dan bukannya mengikut emosi atau sentimen, yang akhirnya menjurus kepada perbuatan-perbuatan yang tersasar dari syariat Islam.
“Kalau nak boikot jangan sampai melampau. Kononnya nak tunjukkan kita Islam tapi sebenarnya perlakuan zalim itu tidak jauh berbeza dengan Zionis yang sedang membunuh anak-anak Palestin. Walaupun perbuatan kita tidaklah sampai ke tahap itu,” katanya.
Pendakwah terkenal, Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz pula berkata usaha boikot boleh dilakukan bagi memberi pengajaran kepada pihak yang menganiaya sesuatu pihak yang lain.
Bagaimanapun, katanya, setiap tindakan yang diambil itu haruslah bersandarkan adab dan budi pekerti supaya tidak menyakiti orang yang tidak bersalah.
“Buatlah ikut kemampuan. Tapi haruslah bersabar (dengan orang-orang yang tidak mengikut usaha boikot). Apa yang ada sekarang ini telah lama berakar umbi dalam masyarakat, dalam negara. Jadi mustahil untuk dibuang serta-merta,” katanya.
Hassan turut menasihatkan golongan yang memilih jalan untuk memboikot agar tidak menaruh syak wasangka kepada pihak-pihak lain yang tidak menyertai usaha mereka.
“Cara menegur dan mengajak mereka juga tidak boleh dengan berkeras. Hendak menegur kena ada adab dan caranya supaya boleh diterima. Tunjukkanlah kemesraan, barulah berkesan,” katanya.
Serangan tentera Israel ke atas Gaza sejak 8 Julai lepas dilapor mengorbankan lebih 1,800 nyawa setakat ini termasuk wanita dan kanak-kanak, serta menyebabkan ratusan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal.
Sejajar dengan itu, gesaan memboikot produk-produk keluaran syarikat yang menyokong kekejaman rejim Zionis dibuat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) negara ini bagi memberi tekanan kepada ekonomi negara tersebut. – BERNAMA
TOP
Polis Telah Buka Kertas Siasatan Kes Kelvin Yip
Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang pengguna laman sosial atau netizen yang mencetuskan kemarahan umat Islam kerana mengeluarkan kenyataan menghina azan dan umat Islam di pagi Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, pihaknya sehingga kini telah menerima sebanyak 28 laporan polis terhadap Kelvin Yip yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan itu dilaman sosial Facebook miliknya.
“Saya sedar bahawa terdapat banyak gesaan daripada orang ramai yang mahu tindakan diambil terhadap Kelvin Yip. Kami telah menerima laporan dan akan mengambil tindakan selepas siasatan selesai,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Selasa.
Yip didakwa memuatnaik status,”Eh, hello…I know it’s Hari Raya and all, but please keep your prayers to the almighty off some loudspeaker at 6.45 in the morning…annoying (Eh, hello … saya tahu ia adalah hari raya , tetapi tidak perlu bersembahyang kepada maha kuasa dengan pembesar suara pada 6.45 pagi … menjengkelkan.”)
Status Yip itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam yang mendesak polis mengambil tindakan tegas dengan pantas.
Berikutan itu, Pemuda Umno Pulau Pinang membuat laporan polis berhubung status berkenaan. Ketuanya, Rafizal Abu Rahim kemudian mempersoal kredibiliti polis yang tidak mengambil sebarang tindakan walaupun ia mampu dilakukan terhadap Fairrah Ashykin Kamaruddin dan penceramah bebas, Shahul Hamid dengan pantas. Kiki ditahan dan dikenakan tindakan di mahkamah dalam tempoh terdekat apabila mengetuk dan merosakan kereta seorang lelaki yang merempuh keretanya di Pahang. Shahul pula didakwa mengeluarkan kenyataan menghina agama hindu dalam ceramahnya di Pulau Pinang. – Mstar.com.my

Malaysia Buat Persiapan Hantar Balik Rizalman Ke NZ
PUTRAJAYA – Malaysia sedang membuat persediaan untuk menghantar balik bekas pembantu staf pertahanan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand untuk menghadapi pertuduhan pecah rumah dan serangan dengan niat merogol.
Kenyataan Wisma Putra pada Selasa menyebut Malaysia dan New Zealand berbincang tentang prosedur perundangan yang diperlukan untuk membolehkan Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail berdepan pertuduhan itu dan ini akan dilakukan sejajar dengan undang-undang antarabangsa serta dalam negeri.
“Malaysia dan New Zealand komited dalam memastikan bahawa persediaan untuk memindahkan Muhammad Rizalman kepada pihak berkuasa New Zealand dikendalikan dengan cara yang bijaksana, sejajar dengan proses perundangan serta menghormati hak asasi beliau,” menurut kenyataan itu.
Muhammad Rizalman, 38, ditahan polis New Zealand pada 9 Mei tahun ini dan dihadapkan di mahkamah pada hari berikutnya bagi menghadapi tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita berumur 21 dengan niat untuk merogol.
Bagaimanapun, beliau sekeluarga dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei dan Kementerian Pertahanan mengambil tindakan segera untuk menyiasat kes itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu sidang akhbar di Putrajaya pada 1 Julai bahawa Muhammad Rizalman dan keluarganya pulang ke Malaysia pada 22 Mei, dengan persetujuan pihak New Zealand.
Beliau berkata, dalam perbincangan tentang perkara itu antara pegawai Malaysia dan New Zealand pada 12 Mei, pihak New Zealand menawarkan pilihan bagi tertuduh untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Menteri Luar New Zealand Murray McCully dilaporkan berkata, kemungkinan wujud kekaburan dalam komunikasi antara kedua-dua negara dalam menangani kes itu. – BERNAMA
TOP
MB Selangor JAMIN Tiada Catuan Air Berjadual
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini sekali lagi memberi jaminan tiada catuan air berjadual dilaksanakan di negeri itu walaupun paras semasa empangan Sungai Selangor tidak menunjukkan sebarang peningkatan.
Beliau berkata, jawatankuasa pemantau yang turut dianggotai wakil dari Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha) sentiasa melihat perkembangan semasa ini sebagai langkah memastikan bekalan air terawat dapat disalurkan secara berterusan kepada pengguna.
“Tiada catuan akan dilaksanakan buat masa ini kerana kita sedang merancang langkah perlu untuk mengekalkan keadaan semasa paras air seperti sekarang untuk sekurang-kurangnya sebulan berdasarkan perkiraan kami,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurut statistik laman web Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) www.iwrims.luas.gov.my setakat pukul 8 pagi tadi, paras air di dua empangan yang masih di bawah paras minimum ialah Sungai Selangor (32.48 peratus) dan Sungai Tinggi (45.62 peratus).
Empangan Sungai Selangor adalah empangan utama yang membekalkan 60 peratus sumber air kepada rakyat di negeri itu.
Sementara itu, enam lagi empangan menunjukkan peratusan melebihi paras minimum iaitu empangan Batu sebanyak 81.75 peratus, empangan Klang Gates (69.87 peratus), Kolam Takungan Sungai Labu (56.9 peratus), Langat (62.45 peratus), Semenyih (75.3 peratus), dan empangan tasik Subang (65.47 peratus).
Pada Jumaat lalu, Abdul Khalid menyatakan pihaknya tidak akan melaksanakan catuan berjadual buat masa sekarang bagi mengimbangi bekalan air di beberapa buah kawasan ekoran musim kering melampau ketika ini. – BERNAMA
TOP
Enggan Letak Jawatan, Khalid Diberi Surat Tunjuk Sebab
Salinan surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid.
PETALING JAYA: Akibat enggan tunduk terhadap desakan supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Terdesak dengan agenda untuk menggulingkan Abdul Khalid, PKR menerusi Lembaga Disiplinnya pada Selasa mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadapnya yang perlu dijawab dalam tempoh tiga hari.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, tindakan disiplin itu dibuat berdasarkan kenyataan terbuka Abdul Khalid pada 22 Julai lalu yang enggan mengosongkan kedudukannya selaras keputusan parti.
Abdul Khalid perlu menjawab surat berkenaan selewat-lewatnya pada Jumaat ini.
"Mesyuarat Khas MPP pada 21 Julai membuat keputusan sebulat suara bahawa Presiden PKR merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu. "Namun kenyataan media Tan Sri Khalid pada 22 Julai secara terang-terangan telah mengingkari keputusan Mesyuarat Khas MPP tersebut dengan menyatakan keengganan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor," katanya menerusi kenyataan pada Selasa. Keputusan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Abdul Khalid dibuat pada mesyuarat Khas Biro Politik PKR pada Ahad lalu. - mStar online

5 Aspek Yang Dipertikaikan Bank Apabila Memohon Pinjaman Perumahan
Tajuk pinjaman perumahan adalah sebegitu besar dan sewajarnya memerlukan pelbagai panduan. Artikel ini akan membantu anda memahami 5 aspek yang dipertikaikan oleh bank apabila anda memohon sebarang pinjaman perumahan.
1) Penilaian Hartanah
Penilaian adalah apabila jurunilai bank mennetapkan harga yang berpatutan untuk hartanah. Langkah ini adalah penting terutamanya untuk rumah-rumah pra-milik daripada pasaran peringkat kedua / sub-jualan, dan kurang penting untuk pembelian secara terus daripada pemaju.
Penilaian menentukan had atas bagi pinjaman rumah anda. Cth, Jika anda membeli sebuah rumah pada harga RM400,000 tetapi penilaian mengikut bank yang hanya RM350,000, sebarang pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh bank akan berasaskan kepada yang lebih rendah. Anda harus berupaya untuk menambah nilai perbezaan antara jumlah pinjaman dan harga belian secara tunai.
Ia tidak merupakan perkara yang luar biasa di mana penilaian harga adalah kurang daripada harga jualan. Bank yang berbeza boleh menghasilkan penilaian yang berbeza untuk hartanah yang sama. Jika perlu, carilah penilaian daripada bank-bank yang lain jika perlu.
2) Nisbah Khidmat Hutang
Ada satu pepatah dalam perbankan bahawa "Apa-apa amaun yang lebih daripada keupayaan pembayaran balik oleh pelanggan adalah kredit yang terlalu banyak". Tanpa mengambil kira penilaian untuk rumah anda kriteria utama adalah keupayaan anda untuk membayar balik akan menentukan kelulusan kredit
Ini ditentukan oleh Nisbah Khidmat Hutang (DSR) anda, yang menunjukkan berapa banyak pendapatan anda digunakan untuk membayar ansuran hutang. Ianya dikira dengan membahagikan jumlah komitmen bulanan yang ke atas jumlah pendapatan bulanan.
DSR = Komitmen / (Pendapatan * 100%)
Walaupun tidak selalunya benar, amalan biasa yang digunakan oleh kebanyakannya ialah jumlah pembayaran balik hutang anda tidak boleh melebihi 70% daripada pendapatan bersih anda.
3) Dokumen Sokongan Pendapatan
Untuk sebarang pendapatan yang dipunyai oleh anda, anda dijangka untuk menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan kepada pihak bank. Ini termasuk slip gaji yang sepadan, penyata akaun,bank penyata KWSP, penyata cukai pendapatan, akaun yang telah diaudit dan lain-lain.
Adalah penting bahawa anda sekurang-kurangnya mempunyai 3-6 rekod pernyataan pendapatan bulanan untuk pendapatan. Ini menunjukkan kepada bank bahawa sumber pendapatan anda adalah stabil.
4) Liabiliti yang sedia ada
Sesetengah peminjam yang berfikiran bahawa menyembunyikan komitmen hutang yang sedia ada akan meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pinjaman perumahan. Ini adalah sia-sia. Bank mempunyai keterlihatan semua liabiliti-liabiliti yang sedia ada dengan bank-bank lain melalui CCRIS yang diawasi oleh Bank Negara.
Berjujurlah ??dengan bank / perunding. Ini akan membolehkan mereka menasihati anda terlebih dahulu tentang peluang anda untuk berjaya supaya dapat lebih menjimatkan masa anda.
5) Rekod Kredit
Terdapat salah faham sekiranya seseorang tidak mempunyai liabiliti langsung, mereka dilihat sebagai lebih kukuh sebagai peminjam. Ini adalah kerana secara intuitif, makin kurang liabiliti anda, makin baik kesihatan kewangan anda.
Namun ironinya adalah ia tidaklah baik jikalau anda tidak mempunyai sebarang liabiliti langsung kerana bank-bank akan berhati-hati dengan memberikan pinjaman jumlah yang besar kepada individu yang tidak mempunyai rekod kredit. Mereka tidak boleh mengukur corak pembayaran balik masa lalu anda.
Ia mustahak untuk membina rekod kredit anda jika anda tidak mempunyai sebarang liabiliti. Adalah baik sekiranya mempunyai sekurang-kurangnya 1 liabiliti lain (Contoh kad kredit) yang seharusnya anda membuat pembayaran segera yang tetap sebelum memohon pinjaman perumahan.
Kesimpulan
Apabila memohon pinjaman rumah, bagus jika dapat mengetahui kehendak yang dipraktik oleh bank. Ambillah kesempatan daripada perbandingan pinjaman perumahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Loanstreet supaya dapat membantu anda mendapatkan hasil yang terbaik.
Sumber: Loan Street

PESTA BOGEL: Guan Eng Serah Pada Polis
GEORGETOWN – Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini mengakui tidak mengetahui mengenai penganjuran Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahang yang tersebar menerusi Youtube sejak semalam.
Guan Eng, berkata beliau akan menyerahkan perkara itu kepada polis dan pihak berwajib untuk menjalankan siasatan.
Beliau berkata, kerajaan negeri tidak pernah membenarkan atau memberi lesen terhadap penganjuran pesta berkenaan dan akan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.
“Kita tidak pernah membenarkan sukan seumpama ini dijalankan di Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga tidak pernah mengeluarkan lesen untuk penganjurannya,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Dalam Youtube berdurasi 5 minit 56 saat memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dalam keadaan bogel sedang melakukan aktiviti seperti melukis di badan di sebuah pantai dipercayai di Taman Negara dekat Teluk Bahang, di sini. – BH Online
TOP
Acara Sukan Bogel Di Pulau Pinang
Pulau Pinang - Dua bulan lepas, satu acara "sukan" telah diadakan dimana semua 18 peserta yang menyertai acara terbabit berbogel sepanjang acara.
Video yang dikongsikan di laman video Vimeo itu menerangkan acara terbabit diadakan di sebuah pulau rahsia di Pulau Pinang dan dianjurkan oleh seseorang yang menggunakan nama Ms Chew.
Video yang berdurasi selama 1minit 55saat tersebut memaparkan peserta-peserta acara berkenaan menjalankan aktiviti "sukan" mereka sambil berbogel.
Jika dilihat secara kasar, acara tersebut tidak ubah seperti sebuah pesta seks yang hanya bertopengkan acara sukan. Acara seperti ini tidak sepatutnya di adakan di Malaysia kerana Malaysia bukan negara barat. Jika benar ingin buat acara seperti ini, silakan tukar warganegara dan berbogel la sepuas hati.
- SiakapKeli.com

Difitnah: Aman Palestin Ambil Tindakan
SHAH ALAM – Badan yang giat membantu Palestin, Aman Palestin menegaskan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang menuduh badan tersebut tidak amanah.
Menurut satu kenyataan di laman Facebooknya, Aman Palestin menerima pelbagai aduan tentang fitnah yang tersebar itu.
“Aman Palestin menerima pelbagai aduan daripada banyak pihak berkenaan fitnah yang tersebar berkenaan pertubuhan ini terutamanya berkenaan penyaluran dana dan sumbangan.
“Antaranya, Aman Palestin menyalahgunakan derma, derma yang disumbangkan melalui Aman Palestin tidak sampai kepada rakyat Palestin, Aman Palestin tidak amanah mengurus dana dan sebagainya,” kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, pihaknya meminta agar orang ramai membantu mengirimkan paparan skrin kepada Aman Palestin sekiranya ada menerima sebarang sebaran fitnah tersebut untuk tindakan selanjutnya.
“Mohon kerjasama dan bantuan daripada sahabat-sahabat yang ada menerima sebarang sebaran fitnah atau tuduhan terhadap Aman Palestin melalui laman-laman sosial untuk menghantar ‘screenshot’ atau ‘printscreen’ kepada kami.
“Aman Palestin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang mula-mula menyebarkan fitnah berkenaan,” katanya.
Dalam pada itu, Aman Palestin menegaskan bahawa operasi dan gerak kerjanya sehingga kini tidak pernah bertentangan dengan undang-undang negara.
“Petugas-petugas media dan sukarelawan dari pelbagai latar belakang yang berkesempatan menyertai misi-misi Aman Palestin sama ada ke Gaza, Lubnan, Tebing Barat dan Syria adalah saksi bahawa sumbangan orang ramai sampai kepada rakyat Palestin yang memerlukan.
“Dana disalurkan merangkumi pelbagai projek termasuk di sektor kemanusiaan, perubatan, pertanian, pentadbiran, pembangunan masjid dan sebagainya. Begitu juga para penaja anak-anak yatim Palestin yang pernah berkesempatan berjumpa sendiri dengan anak-anak angkat mereka di Gaza adalah saksi derma mereka sampai ke tangan rakyat Palestin.
“Aman Palestin telah diberikan pengecualian cukai dan derma sumbangan orang ramai melalui Aman Palestin juga berhak mendapat pengecualian cukai,” katanya. - Sinar Harian Online
TOP
Bayi dalam kandungan mangsa terbaru denggi
Dr Ghazali (dua, kiri) melawat mangsa denggi dengan diiringi Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad.
KOTA BHARU - Bayi dalam kandungan antara mangsa terbaru demam denggi yang dijangkiti melalui ibunya dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPRZ II) di sini. Pengarahnya,Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata, kes berkenaan bakal memberikan kesan kepada bayi yang dikandung ekoran virus denggi dijangkiti melalui darah. “Namun setakat ini kita masih jalankan pemeriksaan terhadap kes terbabit bagi memastikan keadaan mereka stabil. Buat masa ini, pemantauan dan maklumat masih dikumpulkan berhubung kes itu” katanya kepada sidang media di HRPZ II, di sini, semalam. Dr Ghazali berkata, kes denggi di negeri ini turut meningkat apabila 180 pesakit diterima setakat kelmarin di hospital itu. “Semalam, adalah antara waktu puncak apabila peningkatan yang mendadak berlaku dengan pertambahan pesakit yang meningkat sekali ganda. Begitu juga pesakit kritikal apabila 22 pesakit dirawat di beberapa Unit Rawatan Rapi (ICU)di hospital ini,” katanya. Beliau berkata, kesemua 22 mangsa itu terdiri daripada kanak-kanak sehingga dewasa yang bukan sahaja dijangkiti demam denggi biasa, malah denggi berdarah. Sementara itu, Dr Ghazali berkata, dari peningkatan tersebut, Kota Bharu merupakan negeri tertinggi dengan 30 peratus menerima rawatan di hospital yang menjadikan kepada penyumbang peningkatan kes tertinggi denggi, diikuti daerah Tumpat. “Kesemua wad mencecah kepada 80 peratus penggunaan dan hanya tiga hingga empat wad sahaja yang tidak menempatkan pesakit denggi. “Dalam keadaan terbabit juga, hospital menyeru orang ramai supaya menderma darah bagi menampung bekalan darah yang berkurangan bagi merawat pesakit denggi berdarah yang memerlukan rawatan susulan," katanya. Dr Ghazali turut menasihati orang ramai supaya membersihkan kawasan sekitar dan tidak hanya menunggu pihak berwajib melaksanakan aktiviti gotong-royong. “Ini perlu bagi memastikan kawasan persekitaran bersih dan bebas dari sampah sarap yang boleh mengundang kepada pembiakan nyamuk Aedes. Oleh itu kerjasama semua pihak dalam membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes ini perlu dilakukan segera agar wabak ini tidak terus menular dan menyebabkan ramai lagi mangsa dijangkiti demam denggi,” katanya.- sinar

Roti berinti sosej berulat
Roti yang baru dibeli berkulat.
KLUANG - Hasrat satu keluarga untuk menikmati roti yang dibeli di sebuah pasaraya di pinggir bandar di sini terbantut apabila mendapati roti yang berintikan sosej itu telah berkulat serta berulat. Pengadu berkenaan, Saiman Surat, 43, yang tinggal di Taman Puteri di sini berkata, roti berkenaan dibeli Jumaat lalu (1 Ogos) ketika dia bersama isterinya. “Apabila saya ingin menjamah roti berkenaan, saya terkejut melihat tepi roti berkenaan sudah bercendawan.,” katanya . Saiman berkata, melihat keadaan roti itu dia terus menghalang anak-anaknya meneruskan makan tetapi anak sulungnya telah makan roti berkenaan sehingga habis. Apa yang menghairankan roti tersebut baharu dibuat pada hari saya membelinya dan boleh dimakan sehingga keesokannya (2 Ogos),” katanya. Sementara itu, Jurucakap pengurusan pasaraya tersebut berkata, pihaknya rasa kesal dengan kejadian yang berlaku dan akan menarik balik semua jenis roti berintikan sosej dan siasatan akan dijalakan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut.- sinar

Cubaan sihir Exco Selangor
Tempurung kelapa yang tertera nama Iskandar.
SHAH ALAM - Dua bahagian tempurung kelapa dipercayai digunakan untuk tujuan ilmu hitam yang tertera nama Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad ditemui di kawasan Kampung Pandan dan Pusat Khidmat Masyarakat Adun berkenaan, semalam. Tempurung kelapa yang dibelah dua itu dipenuhi nama Iskandar yang ditulis oleh individu tertentu menggunakan pen marker. Iskandar yang juga Adun Cempaka, Iskandar ketika dihubungi memaklumkan bahawa dua bahagian tempurung kelapa itu ditemui oleh ahli Pas dan juga petugas pusat khidmat masyarakatnya pagi semalam. Menurutnya dia terkejut selepas dimaklumkan mengenai penemuan berkenaan. “Saya yakin ada orang cuba menakut-nakutkan dengan cara ini,”katanya. Menurutnya lagi, sepanjang kariernya menjadi ahli politik dan pemimpin masyarakat ini kali pertama dia menerima ugutan seperti itu. “Mungkin ada yang tidak berpuas hati dan mahu menguji saya dengan cara tidak elok seperti ini. “Setakat ini tiada apa-apa gangguan halus diterima oleh saya mahupun ahli keluarga yang lain, saya hanya berserah dan berlindung hanya kepada ALLAH,”katanya. Menurutnya, bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku, Pas kawasan Pandan akan mengadakan solat hajat pada malam Jumaat minggu ini. “Pegawai saya akan buat laporan polis tentang perkara ini untuk tujuan keselamatan kerana tindakan ini seperti cuba mengugut saya,”katanya. Katanya, dia tidak mahu menuduh mana-mana pihak terbabit dalam perkara berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.- sinar

Ambil tindakan ke atas Kelvin Yip
Zainuri (hadapan, lima dari kanan) menunjukkan laporan polis selepas membuat laporan di IPD Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM - Pemuda Umno menggesa Jabatan Peguam Negara serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun laman sosial Kelvin Yip yang mempersendakan Islam baru-baru ini. Ahli Exconya, Arman Azha Abu Hanifah berkata, beliau hairan mengapa kedua-dua institusi ini masih lagi tidak mengambil tindakan terhadap pemilik akaun itu sedangkan sudah banyak laporan polis berkaitan perkara itu sudah dibuat di seluruh negara. “Kita lihat apa yang berlaku kepada Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin. PDRM pantas mengambil tindakan terhadapnya sebaik sahaja orang awam memuat naik video amukannya serta merosakkan kereta Sim Siak Heong di laman sosial,” katanya selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam. Beliau tidak mahu berlaku ‘double standard’ dalam mengambil tindakan ke atas individu itu. Menurut Arman Azha, sudah tiba masanya kedua-dua institusi ini mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menghina mana-mana agama di laman sosial. “Jabatan Peguam Negara dan PDRM seharusnya tidak duduk diam melihat perkara yang sama berlaku. Kita mahu tindakan tegas dikenakan kepada mana-mana individu, tidak kira latar belakang agama atau politik,” katanya. Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Selangor Zainuri Zakaria berkata, beliau melihat menghina agama di dalam laman sosial sudah menjadi satu trend. “Apabila mereka sudah menghina agama, senang bagi mereka untuk memohon maaf,” katanya. Beliau mahu individu itu dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal ke atas kesalahan yang telah dilakukannya. Katanya, Pemuda Umno akan menghantar memorandum kepada Jabatan Peguam Negara serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai bantahan terhadap perkara ini pada hari ini. “Sekiranya Jabatan Peguam Negara tidak mengambil tindakan terhadapnya, kami minta kerajaan supaya merombak ahli jawatankuasa di dalam jabatan tersebut,” katanya.- sinar

Dua remaja ditahan rompak kedai serbaneka
KOTA BHARU - Dua remaja, antara tiga yang ditahan di percayai terlibat dalam kes rompakan kedai serbaneka di Taman Barakah, Tanah Merah awal pagi ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kesemua tiga suspek berumur antara 16 dan 30 tahun itu ditahan pada pukul 6 pagi selepas melakukan jenayah itu pada pukul 3.30 pagi.
"Dua suspek itu yang bersenjatakan pisau telah memasuki kedai serbaneka itu dan mengambil wang sebelum melarikan diri menggunakan motosikal melalui jalan belakang kedai," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mazlan berkata penahanan suspek adalah hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut. - Bernama- sinar
TOP
Singapura pertingkat keselamatan penerbangan
Foto ihsan www.straitstimes.com
SINGAPURA - Ekoran nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, Lembaga Penerbangan Awam Singapura (CAAS) kini mempertimbang langkah-langkah untuk mempertingkat perkongsian maklumat keselamatan dan sekuriti dalam kalangan pihak berkuasa dan syarikat penerbangan kebangsaan. Menteri Pengangkutan Lui Tuck Yew berkata syarikat-syarikat penerbangan itu kemudian boleh merancang laluan penerbangan dan menilai risiko yang terbabit dengan lebih aktif. Dalam jawapan lisan kepada soalan di parlimen mengenai perancangan penerbangan, Lui berkata: "Penerbangan awam antarabangsa memerlukan sebuah pesawat yang boleh merentasi pelbagai negara, tetapi tidak ada satu pihak berkuasa pun yang dapat menyediakan semua maklumat mengenai keadaan di luar bidang kuasanya." Beliau berkata, negara-negara perlu bergantung antara satu sama lain dan perlu bekerjasama demi menentukan keselamatan penerbangan awam yang berkekalan. Sejak nahas MH17, banyak pihak mengambil berat terhadap keselamatan penerbangan yang melalui ruang angkasa kawasan konflik. Lui berkata masyarakat antarabangsa, dipimpin Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), sedang mengkaji semula isu-isu dan respons berpotensi yang perlu diikuti berhubung pesawat awam yang beroperasi ke, dari dan di ruang udara kawasan konflik. "Kita akan mengambil bahagian secara aktif dalam usaha ini untuk menentukan perjalanan udara lebih selamat dan terjamin," kata beliau. Tambahan pula, CAAS, sebagai badan kawal selia, memerlukan syarikat penerbangan Singapura melaksanakan proses perancangan penerbangan yang cergas demi menjamin operasi penerbangan yang selamat, kata beliau. Juga, berikutan insiden MH17, CAAS telah meminta syarikat penerbangan Singapura mengkaji semula penilaian operasi penerbangan di ruang udara kawasan konflik. Lui mengambil perhatian bahawa insiden Penerbangan MH17 merupakan tragedi dahsyat. "Ini tidak wajar berulang. Sebagai sebuah negara, kami berdiri teguh di samping jiran kita dan menzahirkan simpati mendalam terhadap keluarga mangsa," katanya. Penerbangan MH17 terhempas di bahagian timur Ukraine pada 17 Julai ketika ia dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 kru. Boeing 777-200 itu dipercayai telah ditembak jatuh di ruang angkasa negara bergolak itu. - Bernama

Israel mula kecut perut!
Malaysia bersatu kutuk kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin.
SHAH ALAM - 'Serangan' bertali arus rakyat Malaysia terhadap laman rasmi Facebook Israel Defense Forces (IDF) menyebabkan ‘fanpage’ tersebut mengaku kalah. Tindakan berani rakyat Malaysia menyebabkan ‘fanpage’ IDF menghalang akaun dari Malaysia untuk mengakses ke laman tersebut. Menurut sumber Facebook Aman Palestin, IDF mula gusar dengan tindakan tersebut hinggakan terpaksa menyekat rakyat Malaysia daripada berbuat demikian. “Ini satu kejayaan rakyat Malaysia yang telah menyerang akaun ini dengan penuh berani,” tulis laman Facebook NGO itu. Memetik kenyataan itu lagi, kejayaan tersebut telah menyerlahkan sikap penakut Israel terhadap Malaysia. “Siapakah di kalangan anda yang telah menyerang mereka? Penakut rupanya mereka dengan orang Malaysia.Tahniah Malaysia".- sinar

Rejim Zionis di ambang kekalahan
SHAH ALAM - Peperangan yang dicetuskan oleh negara haram Israel terhadap Palestin nampaknya memakan diri sendiri.
Ini kerana, Israel terpaksa menanggung banyak kerugian akibat daripada peperangan tersebut, sehinggakan hal itu terpaksa dibawa ke Parlimen Israel untuk dibincangkan.
Memetik sumber daripada Perunding Aman Palestin, Dr Zainur Rashid Zainuddin, memaklumkan bahawa Israel telah mengalami banyak kerugian dek kerana ciptaan 'permainan' kotor mereka ini dan kerugian yang dialami oleh mereka terdiri daripada pelbagai sudut.
“Kerugian yang besar tersebut adalah daripada sudut operasi ketenteraan udara dan darat, perekonomian, industri pelancongan, industri penerbangan, penempatan komuniti Israel dan sebagainya.
“Bahkan jumlah kematian di kalangan tentera Israel Defence Forces (IDF) dan polis jauh melebihi jumlah anggota al Qassam yang terkorban syahid,” katanya.
Perkembangan terbaru menyaksikan tentera IDF yang terbunuh adalah seramai 497 orang, manakala polis Israel yang terbunuh pula ialah seramai 113 orang, sementara tentera Israel yang cedera parah dan sederhana pula seramai 879 dan polis Israel yang cedera pula seramai 362 orang.
Jumlah ini jelas jauh lebih tinggi (10 kali ganda menurut sumber al-Qassam) jika dibandingkan dengan jumlah anggota al-Qassam yang terkorban syahid.
Sementara majoriti yang terkorban di Gaza adalah di kalangan kanak-kanak, wanita dan orang awam.
Israel tidak punya banyak pilihan melainkan terpaksa mencipta alasan sebelum mengundurkan tenteranya daripada sempadan Gaza dan akan menggunakan apa jua cara agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat dunia terus memberikan imej yang buruk kepada Hamas.
Oleh itu, ayuh rakyat Malaysia bangkit bantu Palestin, masanya sudah tiba untuk menyaksikan kejatuhan rejim Zionis.- sinar
TOP
Henti dagangan Malaysia-Israel?
Malaysia adalah destinasi eksport ke-11 terbesar bagi Israel, seperti ditunjukkan laporan Biro Statistik Pusat Israel ini.
DESAKAN banyak pihak sejak akhir-akhir ini supaya Malaysia menghentikan hubungan dagangan dengan Israel ada asasnya. Hakikatnya, bagi 2013, Malaysia adalah destinasi eksport ke-11 terbesar bagi Israel, dengan nilai eksport hampir AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion), seperti laporan Biro Statistik Pusat Israel. Tetapi, tidak mudah untuk mengelakkan perdagangan dengan Israel, terutama dalam dunia hari ini, memandangkan semua negara saling berkait antara satu sama lain. Perkara ini diakui Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, yang juga pakar ekonomi Islam, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. “Kita (Malaysia) tidak ada hubungan langsung dengan Israel, tetapi syarikat multinasional yang beroperasi di sini mungkin ada, contohnya syarikat barangan elektronik yang membuat pemasangan di sini. “Kita tidak ada kuasa untuk halang mereka berhubung dengan Israel,” katanya. Rangkaian perdagangan global juga semakin rumit kerana syarikat dari Israel, yang menyedari kedudukan negara itu tidak diiktiraf banyak negara lain, sudah lama ‘mempelajari’ cara untuk menembusi pasaran luar termasuk negara yang tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan mereka.
Antara pendedahan terbesar berhubung perkara ini dibuat dalam laporan agensi berita Bloomberg pada akhir 2011. Siasatan Bloomberg itu melaporkan syarikat Israel, Allot Communications menghantar alatan pemantauan internet ke pengedar di Denmark, RanTek. Setibanya di sana, pekerja RanTek membungkus semula dan membuang label pada produk itu untuk menyembunyikan negara asal produk itu. Mereka kemudian menghantarnya ke Iran, negara yang sering mengecam rejim Zionis tanpa diketahui pihak berkuasa di Israel dan Iran. Dan di bawah undang-undang Denmark, penjualan itu adalah sah. Menurut laporan akhbar Israel, Haaretz pada 2012, realitinya, banyak syarikat negara itu yang mula mencari pasaran dunia ketiga, termasuk negara yang tidak mesra Zionis selepas dunia Barat berdepan pelbagai krisis ekonomi. “Negara-negara ini dikatakan mempunyai ramai peminat terhadap teknologi dan produk Israel tetapi disebabkan sensitiviti politik, pelekat ‘Buatan Israel’ perlu dibuang dan dokumen penghantaran perlu dikeluarkan dari negara ketiga, sama ada Turki atau Eropah,” menurut laporan Haaretz.
Malaysia pasaran berpotensi bagi Israel
Dalam dunia perniagaan, perdagangan antara Israel dengan negara Islam bukan rahsia. Banyak syarikat Israel mengeksport produk ke Arab Saudi, selalunya dilakukan melalui anak syarikat Israel yang berdaftar di AS, untuk mengambil manfaat daripada hubungan kuat antara AS dan Arab Saudi. Negara Teluk yang kaya juga menjadi lokasi tarikan untuk perniagaan Israel, seperti Dubai, Abu Dhabi dan Qatar. Namun, hubungan perdagangan Israel menjangkaui rantau Timur Tengah. Bekas Ketua Pengarah Kementerian Luar Israel, Alon Liel berkata, Malaysia dan Indonesia menjadi fokus rejim itu pada 1990-an dan Tel Aviv menumpukan usaha besar untuk membangunkan hubungan ekonomi dengan dua negara Islam itu yang mempunyai potensi ekonomi kukuh namun tiada perhubungan diplomatik dengan Israel. Ia dilakukan semasa kemuncak Perjanjian Oslo pada 1993, yang disangka akan menjadikan hubungan ekonomi Israel dengan negara Arab dan Islam lebih terbuka serta produktif. Ini kerana Perjanjian Oslo dilihat sebagai kemajuan besar dalam konflik Palestin-Israel apabila Pertubuhan Pembebasan Palestin dan Israel menandatangani persetujuan mengiktiraf satu sama lain. “Kami (Israel dengan Malaysia dan Indonesia) mencapai pelbagai jenis persefahaman untuk perdagangan melalui kedutaan terdekat (pada masa itu). "Kami siarkan iklan dalam akhbar untuk menarik minat perniagaan Israel melabur di sana (Malaysia dan Indonesia). “Namun sejurus selepas itu, Malaysia dan Indonesia membatalkan semua persefahaman itu. Perdagangan kemudian dibuat secara bawah tanah,” kata Liel. Laporan Haaretz itu juga menyebut Singapura menjadi tapak bagi syarikat Israel untuk menembusi pasaran Malaysia dan Indonesia, dan ini diakui Pengerusi Majlis Perdagangan Israel-Indonesia Emanuel Shahaf dalam satu tulisannya mengenai perdagangan negara Islam dengan Israel. “Tidak semua eksport dari Israel ke Singapura kekal di negara itu,” katanya. Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata, walaupun sukar untuk Malaysia memutuskan 100 peratus hubungan dengan setiap syarikat yang ada kaitan perdagangan bersama Israel, namun umat Islam masih boleh memboikot syarikat Israel. “Sesetengah syarikat yang memang diketahui milik Israel, amat wajar kita boikot,” tegasnya.- sinar

Industri francais tunjuk perkembangan positif
Mohamad Shukri
INDUSTRI francais Malaysia menunjukkan perkembangan positif kerana menembusi pasaran global dan mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa apabila 59 produk tempatan berjaya mengembangkan perniagaan di 53 buah negara. Setiausaha Agung Persatuan Francais Malaysia (MFA), Mohamad Shukri Salleh berkata, setakat ini, sebanyak 1,992 rangkaian outlet perniagaan francais tempatan di luar negara antaranya Marry Brown, Nelson dan Secret Recipe Cakes and Cafe. Katanya, kerajaan Malaysia memberikan fokus kepada pembangunan industri francais di Malaysia sejak di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengorak langkah memperkenalkan francais pada 1993. “Industri ini mempunyai potensi yang besar tetapi tahap kesedaran rakyat Malaysia mengenainya masih kurang pada waktu itu. Pengguna pada ketika itu mengenali produk francais luar negara seperti KFC, Mc Donald’s dan banyak lagi. Hasilnya, aliran tunai di dalam negara mengalir keluar melalui yuran dan royalti kepada francaisor atau pemilik jenama tersebut,” katanya. Bagaimanapun katanya, kini rakyat Malaysia memahami mengenai perniagaan francais dan setiap tahun penyertaannya semakin meningkat. “Setakat ini jumlah francaisor tempatan adalah 29 peratus melibatkan Bumiputera dan 71 adalah bukan Bumiputera. Francaisinya pula kebanyakannya adalah Bumiputera,” katanya. Mohamad Shukri berkata, produk tempatan terutamanya jenis makanan dan minuman mudah memasuki negara luar kerana jenamanya dan Malaysia adalah sebuah negara Islam. “Status halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga diiktiraf dunia dan memberikan kelebihan kepada usahawan francais tempatan untuk menerokai pasaran luar negara. Kelebihan yang dimiliki Malaysia seharusnya digunakan dengan sebaiknya oleh usahawan francais untuk memasarkan jenama mereka ke pasaran dunia terutama di Timur Tengah dan negara majoriti penduduk Islam. Menurutnya, usahawan perlu berani keluar dari pasaran tempatan kerana pasaran dunia menawarkan potensi pertumbuhan jauh lebih baik apabila berjaya berada dalam pasaran antarabangsa. “Kerajaan melalui kementerian dan pelbagai agensi terlibat menganjurkan pelbagai program setiap tahun mempromosikan jenama tempatan di pasaran antarabangsa. Usahawan francais perlu memanfaatkan platform itu untuk memudahkan mereka mengenali lebih dekat peluang pasaran dan persekitaran sesebuah negara. “Kerajaan akan membantu usahawan francais ke luar negara. Kerajaan memberikan maklumat dan sokongan tambahan apabila berada di pasaran luar. Dalam perniagaan francais, hubungan dan kerjasama penting untuk terus berdaya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya. Tambahnya, setakat ini sebanyak 726 syarikat francais berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan MFA menyasarkan 800 hingga 850 syarikat francais akan berdaftar menjelang akhir tahun ini. Mohamad Salleh berkata, perniagaan francais juga berdepan dengan pelbagai cabaran iaitu kesedaran untuk meletakkan jenama Malaysia ke kelas dunia.- sinar

Lebih 5,000 produk PKS di Giant
Ashdown (kanan) menunjukkan kuih raya yang dihasilkan PKS dan dijual oleh Giant kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek ketika lawatan beliau di Giant Seksyen 13, Shah Alam.
SEBANYAK 5,423 produk perusahaan kecil sederhana (PKS) tempatan telah berjaya memasuki pasar raya Giant seluruh Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Tim Ashdown berkata, ini merupakan sokongan Giant membantu golongan tersebut. “Ini kerana kami menyedari pelanggan ingin membeli produk buatan rakyat Malaysia sendiri. “Oleh itu kami ingin menjual apa yang pelanggan ingin beli supaya mereka terus kekal dengan Giant,” katanya ketika ditemui baru-baru ini di Giant Seksyen 13, Shah Alam. Menurut Ashdown kesemua produk PKS dalam Giant dibekalkan lebih dari 400 pembekal PKS dan angka tersebut dijangka terus berkembang. Ashdown turut mempelawa lebih ramai pembekal tempatan bertemunya bagi memperlihatkan produk buatan mereka. “Kami akan bantu mereka untuk memperluaskan produk mereka dalam pasaran tempatan supaya terus berkembang. “Produk yang ingin memasuki pasar raya Giant perlulah mempunyai nilai kepada pelanggan supaya mereka akan terus membelinya. “Ia perlu ada situasi menang-menang antara pelanggan dan pembekal,” katanya. Ashdown juga berkata Giant turut menjual kuih raya buatan PKS tempatan kepada orang ramai. “Tahun ini 85 peratus kuih raya yang dijual di Giant adalah buatan PKS tempatan berbanding tahun lalu sebanyak 75 peratus sahaja,” katanya. Sementara itu, Giant Malaysia terus membuat pelaburan besar dalam tempoh enam bulan akan datang untuk membantu mengurangkan lagi harga barang-barang keperluan, produk segar dan runcit di kesemua 128 cawangannya seluruh negara. Ashdown berkata pelaburan tersebut melibatkan 6,000 barang berkaitan perayaan terutamanya untuk Ramadan dan sambutan Aidilfitri. "Saya ingin menekankan kami mengambil langkah tambahan dengan memastikan harga barang kawalan semasa musim perayaan lebih rendah daripada harga pasaran," katanya.- sinar

Selebriti sokong Palestin
Gomez memuat naik imej yang menyokong penduduk Palestin di Gaza.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Kecaman terhadap Israel tidak hanya disuarakan oleh masyarakat antarabangsa. Malah, golongan selebriti juga tidak terkecuali mengutuk kekejaman rejim Zionis dan secara terang-terangan menyatakan sokongan mereka terhadap penduduk Palestin menerusi media sosial. Rihanna yang popular dengan lagu Diamonds menjadi selebriti pertama yang berkongsi tweet #freePalestine pada 16 Julai lalu. Bagaimanapun, penyanyi terbabit memadamkan tweet tersebut selepas dikritik peminatnya dan menggantikannya dengan 'Berdoa untuk keamanan agar konflik antara Palestin-Israel dapat dihentikan segera. Masihkah ada harapan?'. Beberapa hari kemudian, bintang pop, Selena Gomez memuat naik imej di Instagram dengan kapsyen menyokong penduduk Palestin di Gaza yang telah mencetuskan kontroversi di media sosial. Selain itu, penyanyi John Legend dan aktor John Cusack turut mengkritik kerajaan Amerika Syarikat kerana menyokong operasi ketenteraan Israel yang dilancarkan sejak 8 Julai lalu. Di Sepanyol, aktres Penelope Cruz dan suaminya, Javier Bardem menandatangani surat terbuka bersama selebriti lain bagi menyelar pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel ke atas penduduk tidak berdosa di Gaza, laporan dipetik dari ibtimes.- sinar

72 serangan sasar petugas media
GENTING GAZA - PALESTIN. Rejim Zionis telah melancarkan 72 serangan yang menyasarkan petugas media di wilayah Gaza, menurut Kementerian Maklumat Palestin, kelmarin.
Perkara itu didedahkan selepas wartawan Sameh al-Arian dan Mohamed Daher terkorban pada Khamis lalu.
Sehari sebelum itu, rakan mereka, Ramy Rayyan dan Ahed Zaqqout juga dilaporkan terbunuh ketika membuat liputan di kawasan berhampiran pasar sesak di tengah bandar Gaza.
Difahamkan, lima petugas media termasuk seorang wanita maut pada minggu pertama Israel melancarkan Operasi Perlindungan Sempadan, 8 Julai lalu.
Sejak lebih 20 hari lalu, sekurang-kurangnya sembilan wartawan terbunuh manakala 16 cedera akibat bedilan rejim Zionis, laporan dipetik dari Middle East Monitor.- sinar
TOP
Mesir cadang pelan gencatan senjata baharu
KAHERAH - MESIR. Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, kelmarin mengumumkan pelan gencatan senjata yang didakwa dapat menamatkan konflik di Genting Gaza.
Al-Sisi berkata, pelan baharu tersebut adalah peluang sebenar untuk mencari jalan penyelesaian bagi meredakan krisis di wilayah terbabit.
"Masa semakin suntuk dan kita harus menghentikan pertumpahan darah di Gaza," katanya dalam satu sidang media.
Susulan daripada itu, wakil Hamas dan Jihad Islam dilaporkan akan menghadiri rundingan tersebut walaupun Israel enggan menyertainya.
Sebelum ini, Hamas pernah menolak rancangan gencatan senjata yang dicadangkan oleh Kaherah sejurus ia diterima Israel.
Usaha untuk melaksanakan beberapa gencatan senjata singkat sejak 8 Julai lalu turut gagal selepas ia berterusan dicabuli rejim Zionis, laporan dipetik dari AFP.- sinar
TOP
Putera Abu Dhabi, Raja Saudi bincang Gaza
ARAB SAUDI - Putera Mahkota Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan bertemu Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz di Arab Saudi, semalam.
Pertemuan itu bagi membincangkan cara untuk menghentikan konflik di Gaza, lapor Al-Arabiya yang memetik laporan agensi berita Saudi.
Selesai pertemuan, Jeneral Sheikh Mohammed Zayed kelihatan diiringi Menteri Pengawal Kebangsaan Arab Saudi, Putera Miteb Abdullah di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz Jeddah.- sinar
TOP
Zayn Malik diugut kerana sokong Palestin
Status Twitter #FreePalestine yang dimuat naik Zayn Malik
HOLLYWOOD - LOS ANGELES. Selebriti Hollywood terkenal, Zayn Malik menerima ugutan daripada peminat Israel setelah memuat naik status yang menyokong pembebasan Palestin dari genggaman Israel. Menurut laporan sebuah portal hiburan, ahli kumpulan One Direction itu dipaksa membunuh dirinya sendiri atau membiarkan rakyat Israel membunuhnya setelah Zayn Malik memuat naik status bersama hastag #FreePalestine di laman sosial Twitternya pada 28 Julai lalu. “#FreePalestine,” katanya melalui sebuah status di akaun Twitternya. Paparan status tersebut menyebabkan beberapa orang pengikutnya turut menghamburkan kata-kata kesal di lamannya. “Kamu ada peminat di #Israel. Ia sangat mengecewakan saya apabila salah seorang dari idola saya menentang Israel,” kata seorang peminatnya. Zayn Malik bagaimanapun tidak memberikan sebarang respons mengenai ugutan dan maklum balas peminatnya. Dia juga tidak memadamkan status tersebut dan hanya memuat naik status berbentuk smiley pada 31 Julai lepas.- sinar

Rihanna buang hashtag #FreePalestine
Status Twitter #FreePalestine yang dimuat naik Rihanna pada 15 Julai lalu
HOLLYWOOD – LOS ANGELES. Selebriti antarabangsa, Rihanna, menyuarakan sokongan terhadap rakyat Gaza melalui hashtag #FreePalestine di laman Twitternya pada 15 Julai lalu. “Mari berdoa kepada penduduk yang berada di Palestin dan seluruh dunia,” katanya melalui sebuah lagi status yang dimuat naik pada hari sama. Namun status-status tersebut hanya bertahan selama beberapa minit sebelum penyanyi yang terkenal dengan single ‘Diamond’ itu memadam status tersebut dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang tidak disengajakan. Dia kemudiannya memuat naik status lain menjelaskan punca kedua-dua status tersebut dipadamkan dari laman Twitternya. “Saya ingin tampil untuk menjelaskan mengenai dua status saya yang telah dimuat naik pada awal hari ini yang berkisar mengenai doa kepada orang-orang di Palestin serta Israel. "Selepas menerima pendapat daripada beberapa peminat dan pengikut saya, saya menyedari bahawa ada pihak dan individu yang terluka setelah membaca status saya. Dengan itu saya ingin meminta maaf di atas status yang telah dimuat naik,” katanya. Keesokan harinya, dia memuat naik gambar dua kanak-kanak lelaki Gaza dan Israel berdiri bersama-sama sambil meletakkan tangan di bahu satu sama lain. Rihanna turut menyertakan status pada gambar tersebut dengan status baharu pada hari yang sama dengan harapan supaya keamanan antara kedua belah pihak dapat dicapai. “Berdoalah supaya diberikan keamanan dan supaya konflik antara Palestin-Israel dapat ditamatkan dengan segera. Masihkah ada harapan?” katanya seperti yang dimuat naik melalui laman Twitternya.- sinar

Israel cabuli lagi gencatan senjata
SEORANG penduduk menggali celah runtuhan sebuah bangunan untuk mencari mayat mangsa-mangsa serangan tentera Israel di bandar Gaza semalam.- REUTERS
BANDAR GAZA - Penduduk Palestin menuduh Israel melanggar gencatan senjata selama tujuh jam semalam dengan melancar serangan bom ke atas sebuah kem pelarian di Bandar Gaza yang menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun serta mencederakan 29 orang yang lain. Ia merupakan cabulan gencatan senjata yang kedua dilakukan tentera Israel. Sebelum ini, tentera Israel mencabuli gencatan senjata dengan pergerakan Hamas pada Jumaat lalu. Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qidra berkata, serangan ke atas sebuah rumah di kem pelarian Shati itu berlaku selepas gencatan senjata itu dijadual bermula pada pagi semalam. Jurucakap tentera Israel pula berkata, pihaknya masih menyiasat mengenai laporan serangan itu. Israel sebelum ini mengumumkan gencatan senjata selama tujuh jam bagi membolehkan pasukan bantuan kemanusiaan memasuki kawasan peperangan. Rejim Zionis juga membenarkan ratusan ribu penduduk Palestin yang berpindah sejak empat minggu lalu kembali ke rumah mereka. Seorang pegawai pertahanan Israel berkata, gencatan senjata itu dijadualkan bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang waktu tempatan. Seorang anggota pergerakan Hamas mendakwa terdapat kemungkinan wujud tipu muslihat dalam pengumuman gencatan senjata kemanusiaan Israel itu. Beberapa pegawai Gaza menyatakan, 1,804 penduduk Palestin terbunuh kebanyakannya orang awam manakala lebih satu pertiga daripada 1.8 juta penduduk hilang tempat tinggal. Israel turut mengesahkan 64 orang askarnya terbunuh dalam pertempuran tersebut. Pertempuran semalam memasuki hari ke-28 selepas tentera Israel melancarkan serangan bagi menangani serangan roket ke dalam wilayah Yahudi. - Agensi - kosmo

Lagi barangan mangsa ditemui
SEBAHAGIAN serpihan pesawat MH17 kelihatan di sebuah padang dekat kampung Grabovo kelmarin.- AFP
AMSTERDAM - Ketua sebuah pasukan penyiasat antarabangsa, Pieter-Jaap Aalbersberg berkata, banyak barangan peribadi milik mangsa-mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 ditemui dekat kampung Grabovo, timur Ukraine. Bagaimanapun, tiada sebarang cebisan daging mayat ditemui pasukan penyiasat itu ketika melakukan kerja-kerja mencari di lokasi nahas. Beliau berkata, 88 orang pakar melakukan pencarian di kawasan yang seluas enam kilometer persegi. Pada mulanya, usaha mendapatkan semula mayat mangsa berjalan perlahan ekoran peperangan antara para pejuang pemisah pro-Rusia dengan tentera Ukraine. Pesawat MH17 itu ditembak jatuh pada 17 Julai lalu menyebabkan 298 penumpang dan anak kapal terbunuh. Dalam nahas itu, lebih 200 mayat mangsa telah ditemui dan dipindahkan ke Belanda untuk proses mengenal pasti identiti mangsa. Amerika Syarikat percaya pesawat itu ditembak jatuh dengan menggunakan peluru berpandu oleh kumpulan pemisah Ukraine. yang mendapat sokongan Rusia. - Agensi - kosmo

Kematian akibat gempa bumi meningkat kepada 398 orang
SEORANG anggota penyelamat berjaya mengeluarkan seorang mangsa yang tertimbus di celah runtuhan bangunan di bandar Zhaotong, daerah Lundian semalam.- AFP
BEIJING - Jumlah kematian akibat gempa bumi pada kekuatan 6.3 magnitud yang melanda barat daya China kelmarin meningkat kepada 398 orang, lapor media tempatan semalam. China berkata, ribuan anggota polis, askar dan bomba telah dihantar ke kawasan kejadian. Perdana Menteri, Li Keqiang telah melawat bandar yang terlibat semalam dan menyeru pasukan penyelamat agar cepat mencari mangsa-mangsa yang hilang serta terperangkap di bawah runtuhan, kata agensi berita rasmi Xinhua. Gempa yang meletus di kawasan pendalaman di wilayah Yunan itu menyebabkan ribuan bangunan termasuk sekolah runtuh, lapor Xinhua Pusat gempa itu berlaku di bandar Longtoushan dalam daerah pergunungan Ludian itu. Lebih 12,000 rumah musnah dalam gempa bumi itu. - Agensi - kosmo

Askar tiada kaki cipta rekod tekan tubi
DADIANI mencipta rekod baharu tekan tubi di Tbilisi, Georgia kelmarin.- AFP
TBILISI, Georgia - Seorang askar yang kedua-dua kakinya dipotong kerana cedera ketika berkhidmat di Afghanistan mencipta rekod dunia melakukan tekan tubi di sini kelmarin. Askar itu, Korporal Temur Dadiani, 22, membuat tekan tubi sebanyak 36 kali dalam tempoh hanya 38.25 saat. Beberapa rakan dan Ketua Staf Angkatan Tentera Georgia, Vakhtang Kapanadze menyaksikan Dadiani melakukan tekan tubi itu. Dadiani hilang kedua-dua kakinya selepas dia berdiri di atas bahan letupan ketika berkhidmat di wilayah Helmand pada Ogos 2011. - Agensi - kosmo

Urusan Bawa Pulang Mayat Mangsa Tragedi MH17 Akan Dibincang Dengan Waris
Datuk Seri Liow Tiong Lai
KUALA LUMPUR: Urusan membawa pulang mayat rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 akan dibincang dengan waris masing-masing dan dilaksanakan seperti yang mereka harapkan. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata waris mangsa akan dimaklumkan apabila semua urusan mengenal pasti mangsa dan kerja forensik selesai dilakukan. "Usaha mengesan dan mengenal pasti identiti mangsa tragedi MH17 kini diteruskan. Kami akan sentiasa mendapatkan pandangan waris dan berusaha membawa pulang mayat berkenaan seperti yang mereka inginkan. "Persiapan sedang dibuat untuk mengadakan hari berkabung kebangsaan sebaik sahaja semua mayat berkenaan tiba di Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini Isnin. Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam apabila ia dipercayai ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai.- mstar

KDN Kenal Pasti Tiga Warga Somalia Disyaki Terbabit Kumpulan Pengganas
Datuk Dr Wan Junaidi
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenal pasti tiga lagi warga Somalia yang disyaki terbabit dalam kegiatan kumpulan pengganas Al-Shabaab. Timbalan Menterinya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tiga lelaki tersebut dipercayai masuk ke negara ini menggunakan visa pelajar. "Kita sedang pantau mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Isnin. Beliau juga berkata pihak berkuasa akan melakukan tangkapan sebaik mempunyai bukti kukuh yang secukupnya. Pada awal Mei lalu polis menahan seorang lelaki Somalia berusia 34 tahun yang dikehendaki polis antarabangsa (Interpol) kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas itu. Sementara itu, seorang pakar berpandangan amat penting bagi pihak universiti dan kolej memantau ketat aktiviti pelajar mereka bagi menangani dari awal pembabitan pelajar dalam kegiatan kumpulan pengganas. "Pihak universiti mahupun kolej seharusnya peka dengan kegiatan pelajar mereka terutamanya pelajar dari negara Afrika Timur itu. Mereka boleh mengesyaki perkara yang tidak elok jika bertindak lebih awal," kata pakar geostrategi Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr Azmi Hassan. Katanya kumpulan militan biasanya merekrut pelajar secara berkumpulan menerusi aktiviti persatuan rasmi atau perjumpaan pelajar secara tidak rasmi. Beliau juga menyarankan Kementerian Pendidikan menetapkan syarat khas bagi pelajar dari negara tertentu yang ingin melanjutkan pengajian di Malaysia. Katanya pelajar juga harus didedahkan dengan kegiatan militan melalui risalah dan pembelajaran secara bersemuka. "Pihak universiti dan kolej perlu bekerjasama dengan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (Searcct) di bawah kelolaan Kementerian Luar bagi menerangkan perkara berhubung aktiviti militan kepada pelajar-pelajar," katanya. Sebelum ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata kerajaan sedar rakyat asing menggunakan institusi pengajian tinggi sebagai medan merekrut dan memberi pendedahan asas kepada anggota militan. Disebabkan itu kata Ahmad Zahid pihaknya akan melakukan pengawasan ketat dengan tidak hanya memeriksa visa pelajar tetapi juga pas lain termasuk permit kerja untuk rakyat asing.- mstar

Selangor Upah Perunding Bebas Nilai Keselamatan Air Lombong
PETALING JAYA: Kerajaan Selangor telah mendapatkan khidmat perunding bebas untuk menamatkan keraguan terhadap keselamatan penggunaan air dari lombong bagi menambah air mentah di Sungai Selangor.
Jawatankuasa pasukan petugas air negeri berkata, perunding, CH2MHILL, telah bersetuju untuk menjalankan penilaian keselamatan air minuman dan risiko kesihatan awam dari air Sungai Selangor yang ditambah dengan air yang disimpan di lombong.
"Walaupun melibatkan kos yang tinggi, kajian ini masih akan dilaksanakan bagi memastikan kepentingan keselamatan air kepada pengguna," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan akhbar, Isnin.
CH2MHILL adalah sebuah syarikat perunding antarabangsa yang pakar dalam reka bentuk, reka bentuk-bina, operasi dan pengurusan program, yang beribu pejabat di Englewood, Amerika Syarikat.
Kumpulan pengguna telah menyuarakan kebimbangan terhadap air dari lombong yang dicemari dengan logam berat dan boleh memburukkan lagi pencemaran di sungai.
Sungai Selangor adalah sumber air mentah kepada 62 peratus daripada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Walau bagaimanapun, rizab air di empangan Sungai Selangor dan Bukit Tinggi, yang melepaskan bekalan ke dalam sungai semasa musim kering, masing-masing telah menurun ke 32.74 peratus dan 46.19 peratus.
Ini telah membawa kepada kebimbangan berlakunya krisis air.
Walau bagaimanapun, kerajaan negeri menegaskan bahawa catuan air adalah tidak perlu memandangkan air dari sumber alternatif sedang dipam ke dalam sungai dari kolam lombong, manakala operasi pembenihan awan yang berterusan telah menyebabkan hujan turun.- mstar
TOP
P.Pinang Tak Mungkin Ada Isu 'Ciplak Proposal'
Lim Guan Eng
GEORGE TOWN: Pulau Pinang tidak mungkin ada isu 'menciplak proposal' kerana negeri ini mempunyai sistem tender terbuka, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng. "Macam mana boleh curi idea orang lain dan menipu?...Ini tak mungkin berlaku (di Pulau Pinang) kerana kami ada sistem terbuka. Itulah perbezaannya...," katanya pada sidang akhbar, di sini Isnin. Lim mengulas kenyataan Datuk Musa Sheikh Fadzir, setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, yang meminta kerajaan bertindak tegas terhadap pihak yang terlibat dalam perbuatan 'menciplak proposal' yang beliau (Musa) dakwa berlaku dengan berleluasa di beberapa kementerian. Musa berkata perbuatan itu boleh menyebabkan kerajaan menanggung kerugian ratusan juta ringgit setiap tahun. Justeru, Lim mencadangkan kerajaan persekutuan mengamalkan sistem tender terbuka untuk bidaan projek kerajaan bagi membanteras perbuatan seumpama itu. Lim berkata jika Musa mempunyai maklumat mengenai perbuatan sedemikian, Musa hendaklah mengemukakannya untuk siasatan, agar tindakan tegas dapat diambil.- mstar

Rakyat Harus Kibar Jalur Gemilang
KOTA KINABALU: Sebagai warganegara yang mencintai tanah tumpah darahnya, rakyat negara ini seharusnya mengibarkan Jalur gemilang dengan penuh rasa bangga dan rela hati bagi menunjukkan semangat patriotisme.
Malah kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, kerajaan tidak perlu mengadakan kempen secara besar-besaran untuk tujuan itu setiap tahun.
"Bulan kemerdekaan pada tahun ini dalam suasana hari raya sewajarnya disambut dengan penuh kesyukuran dan tidak perlu kempen besar-besaran.
"Kita sebaliknya perlu mengukuhkan perpaduan untuk saling melengkapi kehidupan ini dalam aman dan harmoni," katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen Mengibar Jalur Gemilang peringkat negeri di sini, Isnin.
Musa berkata kempen itu seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh rakyat di Sabah dengan bersama-sama mengibar Jalur Gemilang sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada negara yang menikmati kemerdekaan sejak 57 tahun lepas.
Kempen mengibar Jalur Gemilang yang bermula hari ini akan berlangsung selama dua bulan sehingga 4 Okt bersempena sambutan hari lahir rasmi Yang Dipertua Negeri Sabah.
Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Kemerdekaan Datuk Seri Yahya Hussin dalam ucapannya berkata tema sambutan 'Malaysia: Di sini Lahirnya Sebuah Cinta' bertepatan dan sesuai untuk menitikberatkan kepentingan kesetiaan dan ketaatan kita sebagai warganegara ini.
"Cinta terhadap tanah tumpah darah kita sepatutnya tidak berbelah bahagi dan dibuktikan dengan sikap kita untuk mengibarkan Jalur Gemilang," katanya.
Beliau berkata pengagihan bendera dan Jalur Gemilang itu adalah untuk memberi teladan yang baik supaya dicontohi dan dilaksanakan oleh rakyat di negeri ini.- mstar
TOP
Kemarau Berlanjutan Hingga Januari Depan
KUCHING: Akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu, musim kemarau sekarang akan berlarutan hingga Januari tahun depan, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr James Dawos Mamit.
Beliau berkata apabila banyak hutan dibersihkan, pokok yang berbaki tidak mencukupi untuk menukar karbon dioksida menjadi oksigen dan wap air, yang akhirnya menyebabkan berlaku pemanasan global dan perubahan iklim.
Setiap tahun, sejumlah besar karbon dioksida memenuhi alam sekitar dengan sebahagian daripadanya berasal dari Malaysia melalui kegiatan industri, kata beliau pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Safari Rakit Padawan 2014 di Kampung Git di sini, Ahad.
Dawos berkata musim kemarau berpunca daripada fenomena El Nino apabila hujan berkurangan.
Oleh itu, katanya kegiatan pembersihan hutan perlu dikurangkan untuk mencegah pemanasan global dan perubahan iklim.
Sementara itu, pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang berkata MPP akan terus menganjurkan safari rakit sebagai acara dalam kalendar pelancongan kerajaan negeri.
Beliau berkata MPP memperuntuk RM1.5 juta bagi menambah baik infrastruktur untuk safari rakit.
"Kami juga menambah baik infrastruktur pelancongan lain bagi menarik lebih ramai pelancong ke kawasan kami terutama di Padawan, yang kini menjadi destinasi pelancongan popular," katanya.
Pasukan Anak Kampung dari Kampung Jabir dinobatkan sebagai 'Raja Sungai' bagi acara perlumbaan utama sejauh 26km - Kategori Pakar.
Pasukan itu juga akan menyimpan trofi rebutan setelah memenanginya tiga kali berturut-turut.
Kira-kira 90 pasukan menyertai perlumbaan iti, yang berkurangan 30 pasukan berbanding tahun lepas, berikutan musim kemarau yang menyebabkan air di sepanjang Sungai Sarawak Kiri cetek.
Perlumbaan itu, yang bermula di Kampung Annah Rais, Timurang dan Danu serta berakhir di Kampung Git, menarik kehadiran banyak penonton.- mstar
TOP
AirAsia Nasihat Penumpang Semak Status Penerbangan Dalam Talian Elak Kesulitan
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, menasihati penumpangannya supaya menyemak status penerbangan mereka secara dalam talian sebelum berlepas ke lapangan terbang bagi mengelak kesulitan akibat kelewatan penerbangan berikutan penutupan ruang letak pesawat di KLIA2.
AirAsia dalam satu kenyataan pada Isnin berkata beberapa penerbangan AirAsia dan AirAsia X menghadapi kelewatan antara 10 minit dan 45 minit setiap hari berikutan penutupan sementara sembilan ruang letak pesawat di KLIA2.
"Penumpang digalakkan menyemak status penerbangan mereka di www.airasia.com sebelum berlepas ke lapangan terbang.
"Penumpang juga boleh mengetahui perkembangan baharu mengenai AirAsia dengan mengikuti akaun Twitter syarikat (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia)," katanya.
AirAsia berkata menurut Malaysia Airports Holdings Bhd, ruang dari K2 hingga K18 di KLIA2 ditutup sejak 31 Julai sebagai langkah keselamatan untuk membolehkan Kuala Lumpur Aviation Fuelling System menjalankan pemeriksaan rapi.
Ia berkata kedua-dua AirAsia dan AirAsia X bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk mengurangkan sebarang kesulitan kepada penumpang mereka yang menyumbang hampir 92 peratus daripada jumlah trafik di klia2.- mstar
TOP
PM Sedih Ratusan Nyawa Terkorban Dalam Gempa Yunnan
Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin berkata beliau sedih dengan kehilangan ratusan nyawa akibat gempa bumi di Yunnan, China Ahad. "Rakyat Malaysia turut berkongsi kesedihan mangsa gempa," kata Najib dalam catatan terbaru Twitter beliau. Sekurang-kurangnya 380 orang terbunuh dalam gempa bumi berukuran 6.3 skala Richter yang melanda wilayah Yunnan yang bergunung-ganang itu di China. Gempa bumi itu, yang berlaku di pedalaman Yunnan, menyebabkan beribu-ribu bangunan termasuk sekolah ranap.- mstar

Cubaan Bunuh: Bekas Pengawal Keselamatan Dipenjara 80 Bulan
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengawal keselamatan dihukum penjara 80 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin setelah mengaku bersalah atas tuduhan cubaan membunuh seorang bekas pemandu lori sehari sebelum sambutan Aidilfitri.
Andi Jemain, 52, dituduh melakukan kesalahan itu dengan menikam Mohd Nizam Mohd Zaini, 41, menggunakan sebilah pisau di No 2-9-8C tingkat 3, Jalan Raja Laut, di sini pada 5.30 pagi, 27 Julai lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Hakim Zainol Rashid Hussain memerintahkan hukuman penjara bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu 27 Julai.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Zainol Rashid sempat menasihatkan Andi supaya patuh pada undang-undang dan melapor pada pihak berkuasa jika mempunyai masalah.
Ketika rayuan, Andi yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah bahawa mangsa telah lama mengejek dan mengambil duitnya sesuka hati.
Tertuduh turut merayu, agar mahkamah mengurangkan hukuman terhadapnya kerana perlu menyara lapan orang anak yang masih bersekolah dan berhasrat untuk pulang ke Sarawak selepas selesai menjalani hukuman.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi memohon hukuman setimpal kerana wujud bukti jelas yang menunjukkan tertuduh mempunyai niat cuba membunuh mangsa dengan menikamnya beberapa kali di bahagian leher sebelah kanan dan hanya berhenti apabila terkejut dengan kehadiran polis.
Joy Jothi turut memohon mahkamah menolak alasan tertuduh bahawa punca pergaduhan adalah kerana dia sering diejek oleh mangsa sebelum kejadian.- mstar
TOP
Piala Asia B16: Harimau Muda Janjikan Yang Terbaik
Jurulatih Bala memberi penerangan kepada pemain-pemainnya sebelum menjalani latihan.
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Bawah 16 Kebangsaan, S. Balachandran yakin pasukan bimbingannya berada dalam prestasi terbaik menjelang aksi Piala Asia bermula 6 hingga 20 September ini di Bangkok, Thailand. Menurutnya, dia tidak bimbang mengenai prestasi pasukannya memandangkan mereka turut beraksi pada Kejohanan Trofi Juara Asia FAM-Frenz 2014 bermula Mei lalu. "Aksi perlawanan FAM-Frenz itu banyak membantu pemain-pemain meningkatkan corak permainan masing-masing. "Semakin banyak mereka bermain, semakin baik corak teknikal dan taktikal mereka. "Jika tidak ada perlawanan mereka akan menjalani latihan di Akademi Bola Sepak Negara di Gambang," jelasnya ketiga dihubungi mStar Online pada Isnin. Skuad Harimau Muda D bakal berentap pada aksi separuh akhir pertama Trofi Juara Asia bertemu pasukan Chonburi FC dari Thailand Jumaat ini manakala aksi timbal balik pada 18 Ogos. Sementara itu, bagi aksi di Bangkok bulan depan, Balachandran amat realistik berdasarkan undian pasukan yang berada dalam Kumpulan A bersama Malaysia. "Kita bersama dengan Thailand, Oman dan Korea Selatan, malah sedia maklum dengan kelebihan masing-masing. "Namun saya yakin semua pasukan yang layak beraksi kali ini merupakan skuad terbaik. "Apa yang penting bagi saya adalah pemain-pemain dapat memberi fokus dan konsisten dalam setiap perlawanan," jelasnya. Pada tahun lalu, anak didik Balachandran berjaya mencatat sejarah tersendiri dengan menjuarai Piala AFF B16 di Myanmar.- mstar

Penjaga Gol Costa Rica, Keylor Navas Milik Real Madrid
Keylor Navas kini menjadi milik Real Madrid.
MADRID: Real Madrid telah bersetuju untuk menandatangani penjaga gol bernilai dari Costa Rica, Keylor Navas dengan kontrak selama enam tahun selepas teruja dengan aksinya pada Piala Dunia.
"Pemain itu akan tiba pada Selasa ini...dia akan diperkenalkan di Stadium Bernabeu sebelum melalui ujian perubatan," menurut Real menerusi laman webnya.
Bekas kelab Navas iaitu Levante turut mengesahkan perpindahan itu dan mengucapkan terima kasih terhadap sumbangan pemain berkenaan ketika mewakili pasukan tersebut.
Levante dilapor terpaksa melepaskan Navas kepada pencabarnya dalam Laliga bagi memulihkan masalah kewangan kelab.
Media melaporkan, Navas dilepaskan kelabnya menerusi pembelian kontrak dengan nilai sebanyak 10 juta Euro.
Navas tampil sebagai antara penjaga gol terbaik dunia apabila berjaya beraksi cemrlang sepanjang saingan Piala Dunia di Brazil lalu.- mstar

Pengurus Liverpool Bertegas Tak Ambil Mario Balotelli
Mario Balotelli. Foto AFP
PENGURUS Liverpool, Brendan Rodgers menegaskan bahawa beliau tidak akan mengambil pemain Mario Balotelli pada musim panas ini. Rodgers dikatakan memberi banyak pujian terhadap Balotelli pada minggu lalu, sehingga menimbulkan spekulasi bahawa beliau akan mengambil pemain AC Milan itu. Media Itali, Sport Mediaset membuat dakwaan bahawa wujudnya rundingan mengenai pengambilan pemain berkenaan melibatkan £14.3 juta (RM77.39 juta). Pengurus Liverpool itu sudah pun menandatangani penyerang Lille, Divock Origi dan pemain England, Rickie Lambert bagi mengisi ruang selepas perpindahan Luis Suarez, tetapi beliau masih membuat keputusan untuk mengambil seorang lagi penyerang. Malah Rodgers menegaskan bahawa Balotelli tidak akan datang ke Anfield. "Saya boleh katakan kepada anda bahawa Mario Balotelli tidak akan masuk ke Liverpool," kata Rodgers pada sidang media pada hari sebelum perlawanan Liverpool menentang Manchester United di Miami. "Pada sidang media saya yang lepas, saya ditanyakan soalan mengenai Mario Balotelli dan saya bercakap betapa berbakatnya dan betapa cemerlangnya dia sebagai pemain. "Dan esoknya ia (berita) ditulis seolah-olah kita menandatanganinya. "Saya hanya memberi persepsi mengenainya sebagai seorang pemain. Ia tidak sepatutnya diterjemahkan sebagai kami akan mengambilnya sebagai pemain," kata Rodgers.- mstar

Rogol: Penganggur Dipenjara 10 tahun, 5 Sebatan
Tertuduh (tengah) didapati bersalah merogol kekasih dan dihukum penjara serta sebatan.
KOTA BAHARU: Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan terhadap seorang penganggur kerana merogol seorang gadis bawah umur pada Mac tahun lepas. Hakim Mohd Yusoff Yunus memerintahkan Mohd Azlan Shah Mohamed Johnson, 26, dari Kampung Dusun Ban, Kuala Krai supaya menjalani hukuman itu bermula hari ini. Tertuduh didakwa merogol gadis berusia 13 tahun enam bulan itu di tepi sungai di Kampung Kebun Pisang, Kuala Krai, pada 9 malam, 22 Mac 2013. Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara lima hingga 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusof manakala tertuduh telah melalui perbicaraan penuh tanpa menggunakan khidmat peguam bela.- mstar
TOP
Ganjaran RM1,500, Siapa Tangkap Tahanan Lolos - Imigresen
SEREMBAN: Jabatan Imigresen Malaysia cawangan Negeri Sembilan menawarkan ganjaran RM1,500 kepada orang ramai yang dapat menangkap seorang warga Iraq yang meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen di Lenggeng.
Pengarahnya Faizal Fazri Othman berkata lelaki berusia 37 tahun itu melarikan diri pada pukul 4.20 petang Jumaat lepas dan kali terakhir dikesan di Kampung Dacing Hilir, pada pukul 10.45 malam Sabtu lepas.
Imigresen Negeri Sembilan melancarkan gerakan besar-besaran bagi mengesan lelaki itu dengan tumpuan di sekitar Lenggeng dan Mantin, katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.
Menurut Faizal Fazri lelaki itu ditahan di depot tersebut sejak Januari lepas setelah selesai menjalani hukuman penjara atas kesalahan imigresen dan dalam proses untuk dihantar pulang ke negara asal.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi jabatan tersebut di talian 06-7627707.- mstar
TOP
Mahkamah Tinggi Diarah Dengar Isu Bidang Kuasa, Status Mastautin Kes Cerai
Tan Sri Khoo Kay Peng (kiri) dan Pauline Chai Siew Phin.
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin memerintahkan Mahkamah Tinggi mendengar dengan kadar segera isu bidang kuasa dan status mastautin dalam kes perceraian antara bekas Ratu Cantik Malaysia dan suaminya jutawan Tan Sri Khoo Kay Peng. Panel lima hakim dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar tidak membenarkan permohonan Khoo, 74, untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan kes itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk penentuan dua isu itu. Berikutan keputusan itu, Mahkamah Tinggi kini akan mendengar dan memutuskan status mastautin isteri Khoo, Pauline Chai Siew Phin dan berhubung bidang kuasa mahkamah sama ada mahkamah di Malaysia atau di England akan mendengar kes perceraian mereka. Semasa menolak permohonan Khoo bagi kebenaran untuk merayu, Hakim Suriyadi berkata mahkamah mendapat beliau gagal memenuhi keperluan utama mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. "Kami berpeluang membincangkannya. Namun, amat dikesali akan terdapat orang yang tidak gembira," katanya. Panel yang turut dianggotai hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Datuk Seri Abu Samah Nordin, juga menolak permohonan Chai bagi kebenaran merayu terhadap sebahagian keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonannya bagi perintah penangguhan. Chai, 67, Ratu Cantik Malaysia/Antarabangsa 1969, memohon penangguhan semua prosiding mahkamah di Malaysia yang difailkan Khoo sementara menunggu sehingga selesai prosiding perceraiannya di England. Mahkamah di England menetapkan perbicaraan selama 10 hari dari 29 Sept untuk menentukan sama ada ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar prosiding perceraian itu. Hakim Suriyadi, sementara itu turut memerintahkan Khoo dan Chai menanggung kos perundangan masing-masing bagi prosiding di Mahkamah Persekutuan Isnin. Pada 22 April lepas, Mahkamah Rayuan mengembalikan semuka kes itu ke Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur untuk perbicaraan semula bagi menentukan isu bidang kuasa dan status mastautin selepas memutuskan terdapat terlalu banyak fakta menjadi pertikaian. Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Disember, 2013 yang membenarkan Khoo untuk tidak menghadiri sesi dengan badan pendamai di London dan juga memutuskan Khoo boleh memfailkan petisyen perceraiannya di Malaysia. Chai mahu Mahkamah England memutuskan prosiding perceraiannya kerana mendakwa beliau tidak lagi bermastautin di Malaysia sejak 1980 dan kini tinggal di England. Pada Februari tahun lepas, Chai memfailkan petisyen perceraian di mahkamah di London memohon harta sepencarian 500 juta pound (kira-kira RM2.75 bilion). Khoo merupakan pengerusi syarikat pelaburan antarabangsa, Malayan United Industries Bhd yang terbabit dalam bidang runcit, hotel, makanan dan kek, perkhidmatan kewangan dan hartanah kini tinggal di Ampang, Kuala Lumpur, memfailkan petisyen perceraian di Mahkamah Malaysia. Pasangan itu berkahwin pada 1970 dan mempunyai lima anak. Dilaporkan harta sepencarian yang bakal diperoleh Chai akan berkurangan sekiranya perceraian itu diputuskan mengikut undang-undang Malaysia. Khoo diwakili peguam Datuk Dr. C.V. Das manakala Chai diwakili peguam Malik Imtiaz Sarwar.- mstar

Polis Selangor Tumpas Kumpulan Samun Bersenjata
Datuk Mohd Adnan Abdullah
SHAH ALAM: Polis Selangor percaya dapat menumpaskan satu kumpulan samun bersenjata di sekitar Lembah Klang apabila seorang lelaki ditahan manakala seorang rakannya ditembak mati dalam satu kejadian awal pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, susulan laporan kes samun sebuah kereta jenis Toyota Alphard di hadapan sebuah sekolah di Bandar Wawasan Puchong, dekat sini pada Jumaat lepas, polis membuat serbuan di sebuah rumah berhampiran pada kira-kira pukul 3 pagi tadi. "Dalam serbuan itu polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dengan kes samun berkenaan dan polis merampas kad-kad kredit pelbagai bank serta beberapa dokumen bukan milik suspek," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata dalam masa sama juga polis menerima satu maklumat mengenai dua lelaki yang menaiki sebuah Toyota Alphard dalam keadaan meragukan di Jalan PJS1/27 di sekitar Taman Medan. Katanya, setelah terserempak dengan kenderaan itu di belakang sebuah restoran, suspek dalam kenderaan berkenaan terus memecut untuk melarikan diri. Katanya, setelah berjaya menahan kenderaan itu di kawasan kilang di Jalan PJS3/1, kedua-dua suspek terus keluar dari kenderaaan dan salah seorang daripadanya menyerang polis dengan sebilah parang. Beliau berkata, disebabkan tindakan di luar kawalan itu, polis terpaksa melepaskan tembakan dan menyebabkan dia mati di tempat kejadian manakala rakannya meloloskan diri. Mohd Adnan berkata kenderaan Toyota Alphard yang digunakan kedua-dua suspek itu disahkan kenderaan yang dicuri di Puchong itu dan hasil pemeriksaan menemui sebilah parang dan pisau disimpan di dalamnya. Katanya, polis sedang menyiasat identiti suspek yang mati itu dan suspek yang ditahan itu pula disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.- mstar

'Culik' Di Tanjung Malim Adalah Kes Samun Kenderaan
IPOH: Polis berkata kejadian "culik" seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun seperti didakwa berlaku di Taman Loke Yew, Tanjung Malim dekat sini pada 27 Julai lepas sebenarnya adalah kes samun kenderaan.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya mendapati suspek pertama yang ditangkap berhubung kejadian itu sebenarnya cuba mencuri barang dalam kereta berkenaan yang tidak berkunci.
"Siasatan terhadap empat rakan suspek juga tidak menunjukkan bahawa kejadian itu bermotifkan kes culik untuk organ manusia sebagaimana didakwa melibatkan empat kes di Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.
Beliau berkata selain itu semakan dengan Kontinjen negeri tersebut turut mendapati tidak berlaku kes culik sebagaimana dihebahkan.
Berikutan laporan awal oleh pengadu dan berita penculikan untuk organ manusia yang disebarkan menerusi media sosial, Pasukan Khas Soalsiasat Jabatan Siasatan Jenayah dari Bukit Aman telah diarah membantu menyelesaikan kes tersebut.
Polis menahan suspek yang dituduh cuba menculik kanak-kanak berkenaan yang berada dalam kereta jenis Honda Accord di Taman Loke Yew pada pukul 11 malam, katanya.
Beliau berkata suspek sebelum itu dikejar orang ramai di kawasan sekitar, bagaimanapun dua rakan suspek melarikan diri menaiki Toyota Avanza.
Acryl Sani berkata suspek pertama berusia 28 tahun berasal dari Bukit Jambul, Pulau Pinang mempunyai tujuh rekod jenayah termasuk kes dadah.
"Dia kini ditahan reman selama tujuh hari dan ketika ditangkap suspek berada di bawah pengaruh dadah. Soal siasat membawa kepada penangkapan empat lagi rakan suspek berusia antara 26 dan 35 tahun di Pulau Pinang dan negeri ini," katanya.
Beliau berkata keempat-empat kini ditahan reman sehingga Khamis ini dan semakan mendapati kesemua mereka mempunyai rekod jenayah dan seorang daripadanya dikehendaki polis Pulau Pinang bersabit kes samun kenderaan.
"Siasatan lanjut mendapati kumpulan ini telibat dengan kes-kes samun dan samun kenderaan. Sehingga kini polis Perak telah mengenal pasti kes samun yang berlaku iaitu satu di Perak dan tujuh kes di Pulau Pinang," katanya.
Beliau berkata soal siasat terus dijalankan untuk mengesan saki baki kumpulan ini dan mengenal pasti kes-kes berkaitan. - mstar
TOP
Arsene Wenger Pertikai Man City Pinjam Lampard
ARSENE Wenger mempertikai kuasa kewangan syarikat Kumpulan Bolasepak City yang memiliki tiga buah kelab termasuk Manchester City apabila menggunakan pemilikan mereka untuk meminjamkan Frank Lampard ke kelab berkenaan.
Kumpulan Bolasepak City mempunyai pemilikan terhadap tiga buah kelab iaitu Manchester City, New York City FC dan Melbourne City.
Lampard yang dilepaskan Chelsea telah menandatangani kontrak bersama New York City FC tetapi dipinjamkan kepada Manchester City sehingga Januari depan.
Tindakan percaturan pemain oleh syarikat tersebut menimbulkan persoalan bagi Wenger kerana ia didakwa telah melanggar peraturan kewangan yang ditetapkan Fifa (FFP). Bagaimanapun, pengendali Chelsea, Jose Mourinho menyokong tindakan Lampard serta mengalu-alukan kepulangan pemain berusia 36 tahun itu selepas ini.
Tindakan City meminjam Lampard dipercayai kerana ingin memenuhi kuota lima pemain tempatan dalam saingan Liga Juara-juara Eropah. Wenger mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai perang psikologi praperlawanan skuad Arsenal menentang Manchester City pada saingan Perisai Komuniti di Stadium Wembley pada Ahad.- mstar

Ada Perbincangan Untuk Singkir Khalid Dari PKR
Rafizi Ramli
KLANG: Terdapat perbincangan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR dalam mesyuarat biro politik parti itu pada Ahad, kata pengarah strategik PKR Rafizi Ramli. Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tidak dicapai melalui perbincangan tersebut. "Sama ada beliau akan dipecat atau tidak, anda mesti bertanya kepada lembaga disiplin," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam untuk menjelaskan mengapa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail harus menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar, Isnin. Beliau berkata majlis makan malam yang sama akan diadakan untuk memberitahu ahli-ahli parti dan akar umbi kenapa Abdul Khalid tidak patut memikul tugas tersebut. Terdahulu dalam ucapannya, Rafizi mengulangi bahawa Abdul Khalid tidak bekerja dengan baik dengan ahli-ahli parti yang lain. "Setiap kali apabila beliau (Khalid) mencipta isu, Anwar Ibrahim perlu datang dan berkata sesuatu. "Berapa lama perkara ini perlu berlaku? Sebab itu PKR meminta beliau digantikan dengan Kak Wan (Dr Wan Azizah)," katanya. Rafizi juga mencabar Abdul Khalid untuk bertindak balas terhadap Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, yang mendakwa Abdul Khalid menyalahgunakan kuasa sebagai Menteri Besar. Beliau juga mengutuk perjanjian air antara negeri dan Persekutuan, yang didakwa berat sebelah. Dr Wan Azizah, sementara itu, berkata mesyuarat di antara Khalid, pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dirinya bagi membincangkan krisis Menteri Besar masih belum berlaku. Dalam ucapan ringkas beliau, Dr Wan Azizah, menyifatkan Khalid sebagai "pemimpin yang baik yang telah mencipta asas yang kukuh untuk membawa negara ke hadapan". "Tetapi semua tugas tidak boleh dilakukan berseorangan. "Kita memerlukan seseorang yang mendengar, berjumpa dan berbincang dengan semua orang sebelum mengambil sesuatu langkah," katanya sebelum bergegas ke acara lain.- mstar

Ezany Tolak Permohonan Cerai Isteri Cara Baik
Ezany menfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya selepas tidak bersetuju untuk bercerai secara baik.
SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini pada Isnin membenarkan permohonan pelakon Ezany Nizariff untuk menolak permohonan cerai secara baik yang dibuat isterinya Lizda Nuryanti Abidin, 32, pada 17 Julai lalu. Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar membuat keputusan itu selepas Ezany memberitahu mahkamah dia sudah memfailkan permohonan nusyuz (perintah kembali taat) terhadap Lizda pada 22 Julai lalu. Mohd Nurulazhar bagaimanapun memerintahkan pasangan berkenaan membentuk satu jawatankuasa pendamai bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka sebelum kes berkenaan disambung semula pada 3 September depan. Pergolakan rumah tangga pasangan berkenaan tercetus selepas Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff, 41, mengakui isterinya minta diceraikan sebelum dia membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan dilarikan oleh seorang lelaki dikenali pada 17 Julai lalu.
Selain nusyuz, Ezany menfailkan dua lagi tuntutan terhadap isterinya berhubung hak penjagaan dua anak mereka.
Ezany ketika itu memberitahu dia tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang selepas isterinya tidak pulang ke rumah selama tiga hari. Sementara itu, Ezany ketika ditemui diperkarangan mahkamah memberitahu, dia tetap akan meneruskan dengan permohonan nusyuz terhadap isterinya biarpun wanita berkenaan meminta diceraikan secara baik. Jelas Ezany, perkara itu adalah yang terbaik buat masa ini selepas mendapat khidmat nasihat peguam mengenai kes berkenaan. "Buat masa ini saya ikut apa yang dinasihatkan oleh peguam dan selebihnya kita tunggu pada perbicaraan nanti," katanya. Tambah pelakon itu, dia juga telah menfailkan dua lagi tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung hak penjagaan sementara dan hak penjagaan kekal terhadap dua anak mereka. "Insya-Allah kes berkenaan (penjagaan anak) akan disebut di mahkamah pada 25 dan 27 Ogos ini dan anak-anak kini tinggal bersama saya selepas isteri bertindak keluar rumah sejak 19 hari lalu," katanya. Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak.- mstar

Lagi Mayat Mangsa MH17 Diterbangkan Ke Belanda
Pesawat membawa mayat mangsa tragedi MH17 dari Ukraine tiba di Lapangan Terbang Eindhoven, Belanda, Isnin. -foto AFP
KIEV: Sebuah pesawat yang membawa mayat mangsa nahas penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine dibawa terbang ke Belanda pada Isnin, ketika pakar-pakar dari Malaysia tiba untuk menyertai siasatan antarabangsa di lokasi kemalangan. Kerajaan Ukraine berkata, pesawat itu membawa mayat-mayat terbaharu yang ditemui dalam operasi carian, berserta DNA dan barang-barang yang telah disimpan untuk beberapa ketika di bandar pemberontak di Donetsk. Sebelum penerbangan pada Isnin, 227 keranda telah dibawa ke Belanda, negara yang mempunyai paling ramai mangsa dalam nahas 17 Julai, untuk proses pengenalan yang teliti. Tetapi Ketua Misi Polis Belanda di Ukraine, Pieter-Jaap Aalbersberg pada Ahad berkata: "Kami menjangkakan bahawa akan ada lebih banyak penerbangan ke Belanda pada masa akan datang." Seramai 298 penumpang dan anak kapal terbunuh apabila pesawat Malaysia Airlines yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh dari ruang udara hampir tiga minggu lepas. Siasatan terhadap nahas, yang merupakan pesawat kedua melibatkan Malaysia Airlines tahun ini telah berkali-kali ditangguhkan kerana pertempuran di rantau ini di antara tentera kerajaan dan pejuang pemisah pro-Moscow. Amerika Syarikat berkata pemberontak menembak jatuh kapal terbang dengan peluru berpandu permukaan yang mungkin dibekalkan oleh Rusia, tetapi Moscow dan pemberontak menyalahkan tentera Ukraine. Pada Isnin, pakar-pakar Malaysia menyertai polis Belanda dan Australia untuk kali pertama ketika mereka terus berada di kawasan itu bagi mengesan mangsa, menurut satu kenyataan daripada kementerian keselamatan dan keadilan Belanda. Pakar-pakar sebelum ini dihalang daripada mengakses tapak yang dikuasai pemberontak tetapi akhirnya dibenarkan memasukinya, menurut Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), yang telah memantau keadaan di Ukraine dan mempunyai pemantau yang mengiringi pakar. "Kerja-kerja di lokasi kemalangan MH17 dilakukan oleh pakar-kakar 100 peratus," beliau menulis di Twitter, petang Isnin. Anjing penghidu telah mengiringi pakar, katanya. 124 pakar hadir di tempat kejadian dan "merancang untuk meneroka dua kawasan barat tapak nahas itu," kata kerajaan di Kiev dalam satu kenyataan berasingan.- mstar

Polis Miri Tahan Lima Remaja, Rampas Dua Bilah Samurai
Gambar hiasan
MIRI: Polis Miri menahan lima remaja termasuk seorang gadis bawah umur berikutan penemuan dua bilah samurai dalam rondaan cegah jenayah di Jalan Dato Permaisuri Isnin. Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata kesemua remaja tempatan berusia 17 hingga 19 tahun itu ditahan susulan pemeriksaan ke atas sebuah kereta Perodua Kelisa yang dipandu gadis berkenaan pada 4.30 petang tadi. "Selain dua bilah samurai, polis turut dirampas dua batang besi dan kereta Perodua Kelisa itu," katanya Isnin. Gan berkata polis juga merampas dua buah topi termasuk yang mempunyai lambang Polis DiRaja Malaysia. Kesemua suspek ditahan reman sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.- mstar

KL Menang Bida Jadi Hos Kongres Worldchefs Pada 2018
KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur memenangi bidaan untuk menjadi hos Kongres Worldchefs pada 2018 yang menyasarkan menjana anggaran RM11 juta dari segi impak ekonomi dengan kehadiran kira-kira 1,000 perwakilan dari seluruh dunia.
Menurut Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB), kejayaan Malaysia dalam bidaan itu mengesahkan reputasi KL sebagai syurga kulinari menerusi acara berprestij itu, anjuran World Association of Chef's Societies (Worldchefs) yang diasaskan pada 1928 di Sorbonne, Paris.
Acara itu akan menghimpunkan pakar kulinari untuk membincangkan perkembangan dalam bidang itu dan pada masa sama menawarkan yang terkini dalam bidang makanan dan minuman pada pemeran perdagangan, katanya dalam kenyataan.
Malaysia memenangi bidaan itu pada Kongres Worldchefs 2014 yang berlangsung baru-baru ini di Stavanger, Norway kerana ia berjaya memenuhi citarasa perwakilan menerusi juadah terpilih iaitu satay, roti jala dan chikuteh di ruang pamerannya, selain memenuhi syarat.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB Zulkefli Sharif berkata pemilihan KL mengesahkan daya saing dan kepelbagaian kulinari Malaysia dan MyCEB teruja untuk menjadi hos dunia kulinari pada 2018.
Sementara itu, Pengarah Worldchefs Benua Asia, Rick Stephen berkata para perwakilan kagum dengan persembahan dan kepelbagaian kulinari di Malaysia dan mahu merasai lebih banyak juadah Malaysia.
Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia yang membida dan mengalahkan Hong Kong untuk menjadi wakil benua pada pusingan awal.
Selain Norway, acara dua tahun sekali itu sebelum ini dihoskan oleh Korea Selatan, Chile, Emiriah Arab Bersatu, New Zealand dan Ireland.
Kongres Worldchefs 2016 akan diadakan di Athens, Greece. - mstar
TOP
OIC Kutuk Perbuatan Israel Serang Masjid Di Semenanjung Gaza
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Iyad Ameen Madani mengutuk perbuatan biadab Israel menyerang masjid di Semenanjung Gaza.
"Kini semakin jelas bahawa jentera perang Israel tidak berpuas dengan hanya menyembelih orang awam, memusnahkan rumah, membakar ladang dan menghancurkan infrastruktur," katanya dalam satu kenyataan OIC.
Sekarang, Israel menunjukkan sikap babarismenya itu terhadap tempat beribadat, tanpa sebarang perasaan malu kerana melanggar semua kod moral serta tidak langsung memperdulikan undang-undang peperangan, katanya.
Madani juga menggesa mana-mana daripada 57 negara anggota OIC "yang mempunyai hubungan dengan Israel" supaya menimbang semula hubungan mereka dengan sebuah kerajaan yang tidak menghormati sebarang undang-undang atau etika, termasuk prinsip asas kemanusiaan.
Beliau merayu kepada semua negara yang terus memberi perlindungan politik, justifikasi moral yang boleh diragukan serta membekalkan senjata pembunuh secara berterusan kepada Israel supaya menyedari bahawa mereka boleh dikaitkan melakukan jenayah perang yang amat dahsyat dan tidak terkira banyaknya.
Beliau berkata Israel nampaknya bukan sahaja melancarkan kempen keganasan untuk mengusir rakyat Palestin, tetapi juga menakluk mereka dari segi rohani dan menghalang mereka daripada menikmati kedamaian jiwa apabila berada di masjid.
Laporan antarabangsa menyebut jet pejuang Israel terus membedil Gaza, mengebom sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Jabaliya, utara Gaza City serta menyerang beberapa masjid berhampiran sekolah itu.
Kementerian Kesihatan Gaza dilaporkan berkata jumlah kematian di Gaza kini mencecah 1,732, termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas akibat serangan tentera Israel sejak 8 Julai.
Madani menggesa umat Islam dan rakyat semua negara supaya mempamerkan tanggungjawab mereka dengan menggunakan apa jua alat politik,, ekonomi, budaya dan masyarakat sivil yang mereka miliki untuk mempertahankan hak rakyat Palestin untuk terus hidup, bebas daripada ketakutan serta hak untuk beribadat.
"Membisu terhadap jenayah yang dilakukan Israel kini tidak boleh lagi dianggap suatu opsyen," katanya.- mstar
TOP
Kereta Dicuri, Anjing Peliharaan Di Dalamnya Yang Dicari
Pernahkah anda terlihat Pixie?
PETALING JAYA: Pemilik bersama sebuah syarikat pengiklanan, Gursharan Singh, 34, tidak lalu makan dan tidak dapat tidur nyenyak sejak kehilangan anjing peliharaannya, Rabu lepas. Anjing jenis Beagle berusia tujuh tahun, Pixie, sedang berada di dalam kereta jenis Mitsubishi Triton miliknya apabila pencuri membawa lari kenderaannya itu kira-kira pukul 11 malam di luar sebuah bank di Sungai Buloh. "Saya meletakkan kereta sangat dekat dengan bank dan pergi mendepositkan beberapa cek. "Saya mengambil masa kira-kira sepuluh minit dan apabila saya keluar saya melihat seorang lelaki memandu kereta saya dengan Pixie berada di dalamnya," kata Gursharan, Isnin. Katanya, dia telah meninggalkan kunci di dalam kereta kerana dia hanya meninggalkannya beberapa minit dan kereta itu diletakkan sangat dekat dengan bank. Gursharan berkata, dia sangat bimbangkan Pixie. "Saya tidak kisah tentang kereta itu dan hanya mahu Pixie kembali," kata Gursharan sambil menambah dia tidak henti-henti menangis sejak kejadian itu.
Gursharan bersama poster anjingnya yang hilang. Gursharan, yang tinggal bersendirian dengan Pixie, berkata dia terlalu rindukan haiwan kesayangan itu dan tidak sanggup berada di rumah kerana ia akan mengingatkannya kepada Pixie. "Saya sangat sayangkan Pixie dan tidak tahu bagaimana saya akan terus hidup tanpanya. "Apabila saya pulang ke rumah, dia tidak pernah berada jauh dari saya dan juga tidur di atas katil bersama saya," kata Gursharan yang telah memelihara Pixie sejak berusia empat bulan. Dia telah membuat poster dan melakukan 'posting' di media sosial dengan menawarkan hadiah RM1,000 kepada sesiapa yang membawa Pixie kembali kepadanya. Katanya, Pixie hanya makan makanan yang dimasak di rumah dan membayangkan anjingnya itu tanpa makanan dan perlindungan yang sempurna. "Saya berasa seolah-olah sebahagian seluruh hidup saya telah hilang," kata Gursharan yang telah mencari Pixie dengan teman wanitanya C. Shamini sejak haiwan kesayangannya itu hilang. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai Pixie boleh menghubungi Gursharan 013-2648001, 016-2920631 atau Shamini Carolina Christopher 012-2393058.- mstar

Tiga Maut Kemalangan Di Jalan Teluk Intan-Sitiawan
Keadaan dua buah kereta yang remuk dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan Perodua Kancil di KM 44, Jalan Teluk Intan-Sitiawan, awal pagi Isnin. Tiga maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital dan tiga lagi cedera menerima rawatan di Hospital Teluk Intan. -fotoBERNAMA
TELUK INTAN: Seorang wanita dan anak lelakinya berusia dua tahun antara tiga yang maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan yang membawa dua keluarga di Km 44 Jalan Teluk Intan-Sitiawan, dekat sini malam Ahad. Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Suhaily Mohd Zain berkata kejadian turut menyebabkan tiga parah dan seorang lagi cedera ringan. M. Pusparani, 40, meninggal dunia di Hospital Teluk Intan manakala anaknya R. Sanjeet serta seorang lagi mangsa Mohd Amin Mat Yusof, 52, maut di tempat kejadian, katanya ketika dihubungi Isnin. Mereka yang parah ialah suami Pusparani, K. Ravi, 40 serta seorang lagi anak mereka R. Balachandderao, 5; dan isteri Mohd Amin, Norkhaijan Tukiran, 43, manakala anak mereka Muhammad Haziq, 7, hanya cedera ringan, katanya. Mohd Suhaily berkata kejadian berlaku 12.05 tengah malam membabitkan dua buah kereta jenis Perodua Kancil yang bertembung sesama sendiri. Katanya kejadian berlaku semasa Mohd Amin dan keluarganya dalam perjalanan dari Teluk Intan menuju ke Sitiawan. Siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki keluarga Mohd Amin hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang dinaiki Ravi sekeluarga. "Bagaimanapun kita belum mendapat apa-apa maklumat siapa yang memandu kedua-dua kenderaan berkenaan disebabkan kesemua mangsa sama ada meninggal dunia atau mengalami kecederaan kini dirawat di hospital," katanya. Beliau berkata pertembungan itu menyebabkan beberapa mangsa tersepit dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba.- mstar

Rebat Tunai Menanti Pembeli Kenderaan Mitsubishi
KUALA LUMPUR: Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar tempatan kenderaan Mitsubishi, melaksanakan 'Mitsubishi Merdeka Deals' sempena sambutan Merdeka 2014.
Pakej jualan menarik ditawarkan kepada pelanggan bagi pembelian model Mitsubishi yang terpilih dari sekarang hingga 30 Sept, 2014.
Bagi mereka yang membeli model SUV Kompak ASX akan mendapat rebat tunai sehingga RM2,000, menurut MMM dalam satu kenyataan.
Berharga RM114,743.50 (varian 2WD) dan RM128,879.50 (varian 4WD), SUV Kompak ASX telah dinamakan sebagai 'SUV Dipasang Tempatan Terbaik' pada majlis Anugerah Industri Auto Allianz Auto Asia 2014.
Pembeli Pajero Sport (model 2013) akan menerima sehingga RM9,000 rebat tunai, tertakluk kepada ketersediaan varian model. Pajero Sport GL berharga RM151,277.60 manakala Pajero Sport VGT, RM172,211.60.
Pajero Sport VGT sekali lagi diiktiraf bagi kecekapan minyaknya yang luar biasa pada Anugerah Kecekapan Bahan Api Auto Asia 2014 apabila memenangi tempat pertama dalam kategori SUV Premium.
Manakala, pembeli Triton VGT GS (model 2014) akan mendapat rebat tunai sehingga RM5,000. Triton VGT GS berharga RM107,809.60.
Sejak 2005, MMM telah menjual lebih 80,000 unit kenderaan di Malaysia. - mstar
TOP
Pesawat S'pura Pada Jarak 'Beberapa Minit' Dari Ruang Udara MH17 Ditembak Jatuh
SINGAPURA: Kerajaan Singapura pada Isnin mengesahkan bahawa pesawat Singapore Airlines (SIA) baharu sahaja beberapa minit melepasi ruang udara di mana penerbangan MH17 ditembak jatuh di ruang udara timur Ukraine.
Menteri Pengangkutan Lui Tuck Yew memberitahu parlimen bahawa Penerbangan SQ351, yang menuju ke Singapura dari Copenhagen, hanya berada pada jarak 90km atau beberapa minit dari pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH17.
Semua 298 orang di atas kapal penerbangan Malaysia Airlines MH17 terbunuh apabila ia telah ditembak jatuh di wilayah pemberontak pada 17 Julai.
"Pada masa MH17 terhempas, penerbangan SQ351 dari Copenhagen dianggarkan berada pada jarak kira-kira 90km," kata Lui, menjawab soalan-soalan daripada ahli parlimen.
"Oleh kerana tidak ada sekatan bagi penerbangan di atas 32,000 kaki (9,800m) atau apa-apa maklumat yang menunjukkan ancaman kepada pesawat pada ketinggian itu, SIA, seperti kebanyakan syarikat penerbangan lain yang berulang-alik antara Eropah dan Asia, terus menggunakan ruang udara itu.
"Sebaik sahaja SIA menerima berita kejadian itu, mereka dengan serta-merta mengubah semula semua laluan penerbangan mereka untuk mengelakkan sepenuhnya daripada melalui ruang udara Ukraine," katanya.
Beberapa jam selepas nahas, Agensi Pengesan pesawat, Flight Radar 24 mencatatkan imej pada Twitter yang menunjukkan posisi terakhir pesawat adalah di antara SQ351 dan Penerbangan Air India AI113, Boeing 787 Dreamliner yang dalam perjalanan dari New Delhi ke Birmingham.
Amerika Syarikat menuduh pemberontak menembak jatuh MH17 dengan peluru berpandu permukaan yang mungkin dibekalkan oleh Rusia, manakala Moscow dan pemberontak menyalahkan tentera Ukraine.
Lui mempertahankan SIA kerana masih menggunakan laluan penerbangan itu walaupun beberapa pesawat tentera Ukraine telah ditembak di kawasan itu oleh pemberontak, beberapa minggu sebelum tragedi MH17.- mstar
TOP
MH17: AIA Insurance Mansuh Sekatan, Buat Pembayaran Ex-Gratia
Bill Lisle
KUALA LUMPUR: AIA Berhad, syarikat insurans terkemuka di Malaysia menyatakan ia akan membuat bayaran ex-gratia kepada waris penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang menjadi pelanggan syarikat itu, dengan mengecualikan sekatan khas. Ketua Pegawai Eksekutifnya Bill Lisle berkata syarikat itu atas dasar prihatin telah memutuskan untuk memansuhkan semua sekatan khas atau pengecualian bagi kematian akibat keganasan, perang atau situasi seperti perang dalam polisinya kerana ia tahu tuntutan itu adalah tulen. "Selepas tragedi menimpa MH17, kami bersedia untuk menghulurkan sebarang bantuan kepada keluarga mereka dalam pesawat malang itu," katanya dalam kenyataan. Lisle berkata pemegang polisi kemalangan peribadi yang terbabit juga akan dibayar. AIA, katanya telah menghubungi anggota keluarga untuk menawarkan bantuan serta menghantar cek tuntutan dan mengumpulkan butiran penerima yang diperlukan sejak dua minggu lepas. Anggota keluarga boleh menghubungi AIA di talian 1300-88-8860/70, 24 jam sehari atau melalui e-mel.- mstar

Bila Gadis Pulang Dari Gimnasium Dan Naik Pengangkutan Awam
MALUNYA…
Mungkin itu yang dirasakan penumpang wanita ini apabila kaum ‘sejenisnya’ berpakaian terlalu seksi ketika menaiki keretapi MRT di Singapura baru-baru ini.
Gelagat gadis yang berpakaian gimnasium yang ketat itu mendapat reaksi bercampur apabila ia dimuatnaik naik dalam satu portal internet di republik itu baru-baru ini.
Ramai yang berpendapat tindakan gadis itu agak melampau manakala terdapat juga komen yang merasakan ia bukan satu masalah yang besar.
Anda pula rasa macam mana?

Confirm Ramai Nak Jadi Pemanjat Pokok Kelapa Lepas Ni!
Kami sendiri menggosok mata beberapa kali melihat iklan di atas.
Siapa sangka tanpa memerlukan ijazah tetapi cuma kemahiran memanjat pokok kelapa, gaji diterima menyamai pekerja profesional seperti jurutera dan akauntan.
Tak dapat dipastikan jika berlaku kesilapan seperti tertambah lebih kosong pada tawaran gaji tapi yang pasti kalau macam inilah pendapatan yang bakal diperoleh pasti ramai yang berlatih memanjat pokok kelapa lepas ni ye dak? – MYNEWSHUB.MY

Agak Pelik Bila Pakai T-Shirt Sokong Gaza Tapi makan Macdonald
Sudah menjadi kebiasaan ramai orang akan terikut-ikut dengan trend semasa baik dari segi fesyen mahu pun apa sahaja.
Dalam isu penindasan tentera Zionis Israel terhadap penduduk Palestin Gaza, antara usaha yang giat dijalankan penentang kezaliman seluruh dunia adalah memboikot produk yang memberi keuntungan pada Israel.
Antaranya adalah rangkaian restoran makanan segera McDonald’s.
Boleh dikatakan, inilah sekecil-kecil usaha yang boleh dilakukan apabila kita tak mampu untuk mengusung senjata di Gaza.
Bagaimanapun jika kita menyatakan sokongan terhadap Gaza namun pada masa sama kelihatan melahap produk yang menyumbang kepada pembelian senjata yang menyembelih saudara seislam kita di sana sebagaimana dilakukan brader dalam gambar di atas, bukankah nampak agak pelik di situ?
Sebenarnya kalau tidak kerana t-shirt yang dipakai, perbuatan makan di restoran makanan segera tersebut tidaklah nampak janggal pun.
Jadi, pastikan anda benar-benar faham apa yang anda perjuangkan sebelum menyatakan sokongan terhadap satu-satu perkara. Tidaklah nanti anda dikatakan hanya mengikut trend semata-mata.
Namun untuk bersangka baik, mungkin juga brader dalam gambar ni tidak rela makan di restoran makanan segera tersebut tapi telah dipaksa oleh aweknya.. - MYNEWSHUB.MY

Beg Clutch Paling Mahal, Harga Cecah Setengah Juta!
Seorang pereka British, Christopher Shellis telah mereka satu beg clutch yang harganya mencecah setengah juta iaitu RM576,137 ($180,000)!
Clutch yang merupakan beg aksesori, sering digayakan pada majlis makan malam ataupun majlis anugerah yang dihadiri selebriti-selebriti sama ada dari dalam mahupun luar negara.
Clutch berukuran 7 kali 5 inci itu mempunyai berat mencecah setengah kilogram disebabkan penggunaan material mewah 345 berlian yang dijahit pada beg yang menggunakan emas 18 karat.
Shellis dan pasukannya mengambil masa selama 100 jam untuk menghasilkan clutch ‘masterpiece’ itu yang mengambil inspirasi daripada pagar Istana Buckingham, United Kingdom.
– MYNEWSHUB.MY
– MYNEWSHUB.MY
TOP
Pemuda MIC Terima Permohonan Maaf Ustaz Shahul
GEORGETOWN – Pemuda MIC hari ini menyatakan kesediaan menerima permohonan maaf penceramah bebas Shahul Hamid Seeni Mohd berhubung kenyataan dalam ceramahnya yang menyinggung perasaan kaum India baru-baru ini.
Ketuanya, C Sivarraajh berkata bagaimanapun pihaknya tetap mahu proses undang-undang terhadap Sahul Hamid diteruskan mengikut budi bicara polis bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.
“Kami sedia bekerjasama dan berkongsi fikiran dengan polis dalam usaha menangani insiden seumpama itu daripada berulang,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan tertutup dengan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang hari ini.
Sivarraajh meminta masyarakat supaya tidak sesuka hati mengkritik berkenaan isu sensitif dan kepercayaan agama masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Shahul Hamid ditahan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada 31 Julai lepas dan dibebaskan dengan jaminan polis.
Penceramah bebas itu kemudian memohon maaf secara terbuka kepada kaum India pada hari yang sama dan berharap semua laporan polis terhadapnya ditarik balik. – BERNAMA
TOP
Koleksi Gambar-Gambar Photobomb Selebriti Hollywood
Photobomb merupakan terma yang digunakan untuk menggambarkan individu yang secara tiba-tiba mencelah masuk dalam foto yang ingin diambil.
Kebanyakan gambar photobomb memang melucukan apabila si photobomb gemar menggayakan pelbagai aksi yang menarik sekali gus menghidupkan foto terbabit.
Sebagaimana orang lain di luar sana, selebriti popular Hollywood juga tidak terkecuali melakukan photobomb terhadap rakan-rakan artis mereka sepanjang menghadiri majlis anugerah dan majlis keraian di sana.
Jom layan koleksi photobomb selebriti Hollywood yang penuh gaya dan menghiburkan ini!
– MYNEWSHUB.MY
– MYNEWSHUB.MY
TOP
Chloe Moretz Bercinta Dengan Anak Sulung David Beckham?
Walaupun baharu saja berusia 15 tahun, anak sulung David dan Victoria Beckham, Brooklyn dilaporkan sudah menemui cinta hatinya iaitu aktress remaja yang semakin meningkat naik popularitinya, Chloe Moretz.
Pasangan muda ini dikatakan berkenalan menerusi rakan mereka yang rapat dengan kedua-dua Chloe, 18, dan Brooklyn. Menurut US Weekly, mereka sudah beberapa kali keluar bertemu janji dan ada sumber mengatakan Chloe dan Brooklyn memang menyimpan perasaan terhadap satu sama lain sejak dari dahulu lagi. Yang menariknya, jika bertemu janji, pasangan cute ini pasti akan ditemani oleh seorang dewasa yang akan membawa mereka ke mana-mana memandangkan kedua-duanya masih belum mempunyai lesen memandu. – MYNEWSHUB.MY

Peguam Negara Diseru Bangun Dari Tidur
Hari ini, akhbar Sinar Harian telah memainkan tajuk muka hadapan yang mewakili perasaan ramai masyarakat Islam dan Melayu negara ini.
Bukanlah bermaksud untuk rasis namun kebelakangan ini, dapat dilihat tindakan melakukan provokasi terhadap bangsa dan agama rasmi negara ini oleh segelintir golongan semakin berleluasa hingga mampu menggugat keharmonian yang sekian lama dikecapi.
Antara punca perbuatan ini yang dikenalpasti adalah penguatkuasaan tindakan yang dilihat lemah dan lambat bagi kes berkaitan.
Agar lebih jelas apa yang bermain di fikiran ramai rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam, diharapkan peguam negara dapat membaca dan mendalami kenyataan media oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii di bawah:
Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang lelaki berbangsa Cina bernama Kelvin Yip di laman Facebook seperti nama yang sama secara terang-terangan telah menghina orang Melayu dan Islam di negara ini.
Pergerakan Pemuda UMMO Wilayah Persekutuan (PPUWP) memandang serius perkara ini kerana telah semakin berleluasa dan terbukti sejak kebelakangan ini sebilangan orang Cina berjiwa Pembangkang telah semakin biadap tanpa menghiraukan sensitiviti agama lain terutama Islam di negara ini.Lebih mengejutkan juga adalah tindakan pihak berkuasa yang nampaknya mengamalkan ‘selective prosecution’ apabila terdapat satu kes yang diklasifikasikan sebagai ‘samseng jalanan’ terhadap seorang wanita yang dituduh bernama Kiki.
Tanpa ada laporan Polis, beliau disiasat dan dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan dikehendaki melakukan kerja-kerja kemasyarakatan. Siasatan, pendakwaan dan hukuman yang dijatuhkan sangat pantas. Sama juga kes yang melibatkan Ustaz Shahul yang dikatakan membuat kenyataan berunsur perkauman & menghina masyarakat India. Begitu cepat beliau dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan. Tetapi lebih menarik setelah 7 hari berlalu, tiada apa-apa tindakan yang diambil terhadap Kelvin Yip walaupun beberapa laporan Polis telah dibuat dan telah menjadi viral di laman sosial seperti popularnya Kiki.
Persoalannya mengapakah perkara ini terjadi?
PPUWP menggesa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara untuk memulakan siasatan dan mendakwa Kelvin Yip kerana telah menghina agama Islam dan mengganggu emosi umat Islam ketika sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Kadang-kadang kita pun keliru bagaimana pihak PDRM dan juga Jabatan Peguam Negara memantau isu-isu yang berlaku dalam negara. Ada di antara isu di ambil tindakan amat cepat dan pantas, ada yang tidak di ambil peduli walaupun ianya jelas melibatkan Penghinaan kepada Agama ataupun Bangsa.
Rata-rata rakyat peringkat bawahan mengadu pada saya dan rakan-rakan lain, kenapa pihak berkuasa begitu FOBIA berkenaan isu melibatkan orang Melayu terhadap orang Cina tetapi tidak ada langsung tergugat sekiranya orang Cina melakukan penghinaan kepada Islam mahupun orang Melayu.
Ramai yang beranggapan, kemungkinan kaum Cina akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa tetapi kalau ianya berlaku kepada orang Melayu, kaum ini akan ambil mudah dari sudut undang-undang.
Pihak berkuasa seharusnya menjaga kepentingan undang-undang dan yang paling penting, menjaga keselamatan semua pihak tidak kia bangsa, agama mahupun pangkat.
Saya menggesa agar Peguam Negara memberikan penjelasan kepada kes-kes yang tertangguh melibatkan sensitiviti Bangsa dan Agama.
Sekiranya Peguam Negara gagal melaksanakan perkara ini, sudah masanya YAB Perdana Menteri mencari pengganti yang boleh menjaga kepentingan rakyat dan keharmonian negara dengan lebih baik.
(MYNEWSHUB.MY/REM RAMZI)

Awek Cun Gadai Nyawa Demi Nyatakan Sokongan Pada Gaza
Memang bagus niat untuk menyatakan sokongan terhadap umat Islam di Gaza dan menuntut keadilan buat MH17 namun apabila ia sampai menggadai nyawa maka ia kelihatan agak kurang cerdik di situ.
Itulah pandangan kebanyakan orang berikutan tersebarnya beberapa gambar seorang gadis berdiri dan duduk berjuntai kaki di sebuah bangunan pencakar langit di ibu kota sambil memegang kertas tertulis perdiriannya terhadap isu Gaza dan MH17.
Apa pun, kami sendiri rasa masih banyak cara lain boleh dilakukan untuk menyatakan pendirian dan sokongan anda menerusi cara yang lebih baik dan berbaloi.
Buat awek cun dalam gambar ini jangan pula sentap, tapi jadikan perkara ini satu pengajaran buat di masa depan ok? - MYNEWSHUB.MY

Penduduk Pertikai Flat Dicat Warna & Lambang Parti Politik
GEORGE TOWN – Tindakan mengecat empat daripada 26 blok pangsapuri di Taman Tun Sardon di sini dengan warna dan corak yang menyerupai lambang sebuah parti politik menimbulkan rasa kurang senang penduduk.
Dakwa mereka perbuatan itu boleh menyebabkan penduduk berpecah belah.
“Memang warna itu cantik tapi bila depa (mereka) letak macam lambang parti rasa tidak syok. Lambang parti apa pun tak patut dicat (pada bangunan pangsapuri). Masyarakat boleh berpecah belah pasal politik,” kata Zainab Bee Mohd Yusof, 68, ketika ditemui Isnin.
Dia yang tinggal di pangsapuri empat tingkat tersebut sejak 1983 berkata tindakan itu juga tidak sesuai kerana sekarang bukan musim pilihan raya.
“Kalau nak cat warna bendera Malaysia tak apalah juga, sebab melambangkan semua masyarakat, tetapi kalau (lambang) parti ni ada yang sokong parti lain, ini yang tak syok,” katanya.
Tinjauan Bernama di situ mendapati Blok AH, AG, AJ dan AK yang dalam proses dicat baharu dengan warna hijau dan putih turut memaparkan bulatan berwarna putih pada bahagian teratas dinding.
Jun lepas, akhbar rasmi kerajaan DAP Pulau Pinang Buletin Mutiara melaporkan Pengerusi Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk pelaksanaan kerja mengecat melibatkan 26 blok pangsapuri Taman Tun Sardon itu.
Sementara itu, penduduk empat blok berkenaan turut melahirkan kebimbangan terhadap kerja-kerja mengecat yang dilihat mengabaikan aspek keselamatan.
Wakil penduduk Mohamed Ismail Osman, 47, berkata kerangka besi bertingkat dipasang seminggu sebelum Aidilfitri tetapi proses mengecat fasa kedua taman itu hanya bermula Sabtu lepas.
“Kerangka besi itu hanya diikat menggunakan dawai halus, penyokongnya tidak kukuh. Beberapa kali besi yang panjang lebih sedepa terjatuh…mujur tidak kena orang. Di sini dekat dengan taman permainan ada ramai budak-budak.
“Penduduk juga tidak terima notis awal, mereka cakap pakai mulut saja masa nak mula kerja mengecat. Kami tak sempat nak ubah kenderaan, habis kena tempias cat,” katanya kepada pemberita.
Mohamed Ismail berkata beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) dan kesal kerana pihak kerajaan negeri yang melantik syarikat kontraktor berkenaan tidak memberi respons memuaskan ketika aduan dibuat.
Sementara itu, Pengarah Dosh Pulau Pinang Mohd Anuar Embi ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan daripada penduduk pada Jumaat lepas dan berkata pegawainya akan meninjau flat tersebut hari ini.
“Dosh akan siasat dan teliti perkara ini. Jika benar peraturan keselamatan tidak dipatuhi, kami boleh mengarahkan kerja mengecat bangunan berkenaan dihentikan untuk sementara waktu sehingga tindakan lanjut diambil,” katanya. – BERNAMA
TOP
MH17: Bila Terpaksa Mengenal Pasti Jenazah Sahabat Sendiri…
BELIAU adalah pakar forensik yang disegani dan pernah terlibat dalam Ops Daulat semasa sekumpulan militan dari Selatan Filipina menyusup masuk di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, tempoh hari.
Tahun ini, Dr Shah Mahmood sekali lagi menyumbangkan kepakaran beliau dalam bidang patologi dengan mengemudi pasukan berjumlah 24 orang bagi mengenalpasti identiti mayat mangsa tragedi kapal terbang MH17 yang terhempas itu.
Selalunya beliau profesional dalam mengendalikan tugasnya tanpa melibatkan sebarang hubungan ‘emosi’ dengan ‘objek’ yang beliau kendalikan
Namun kali ini, keadaan itu bakal berubah.
Salah seorang jenazah mangsa nahas kapal terbang itu merupakan Mohd Ghafar Abu Bakar, Ketua Pramugara MAS yang juga rakan baiknya sejak sekian lama.
Dr. Shah memanggil Mohd. Ghafar dengan nama Mogab, sama seperti rakan sekelas mereka yang lain.
Kesugulan jelas terpancar di wajah pakar patologi berusia 54 tahun itu;
“Saya akui, saya tidak tahu sama ada saya mempunyai kekuatan emosi untuk melakukan pemeriksaan ke atas jenazah Mogab, seorang yang saya kenal sejak di bangku sekolah dan saya anggap sebagai saudara kandung sendiri,” keluhnya.
Perkenalan antara Dr. Shah dan Mogab bermula semasa mereka sama-sama menuntut di SM Sains Johor pada tahun 1977.
” Jika ada pakar lain dalam pasukan penyelamat ini yang dapat menggantikan tempat saya, rasanya lebih bagus,” tambahnya lagi yang dilihat cukup terpukul dengan tragedi yang menimpa rakan baiknya itu. Akhbar New Straits Times telah menemui Dr Shah di fasiliti ketenteraan bersekuriti tinggi di Hilversum, di mana pasukan forensik Malaysia menjadi sebahagian daripada Pasukan Pengecaman Mayat Mangsa Bencana (DVI) antarabangsa.
” Kali terakhir kami berhubung adalah menerusi WhatsApp Group, yang turut disertai oleh rakan-rakan lain,” jelasnya membuka cerita.
Dalam khidmat pesanan ringkas itu, Ghafar telah memaklumkan bahawa beliau bakal berlepas daripada Amsterdam pada lewat tengah hari dan mereka mendoakan perjalanan beliau selamat.
Dua jam kemudian, seluruh tubuh Dr. Shah seolah-olah kaku apabila salah seorang rakannya bertanya kesahihan berita penerbangan Malaysia yang sudah terhempas di Ukraine.
Penerbangan MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia 17 Julai, lalu.
Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal – dipercayai telah ditembak jatuh tetapi sehingga sekarang tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab. Sementara itu, sokongan dan kata-kata dorongan tidak putus-putus diucapkan di laman Facebook milik Dr Shah, menyatakan kekaguman dan penghargaan mereka terhadap profesionalisme dan dedikasi yang ditonjolkan.
“Saya rasa letih..terlalu banyak bergerak hari ini di Hilversum,” katanya.
Seorang kenalan persekolahan Dr Shah dan Ghafar, tampil memberikan kata-kata semangat kepada doktor itu.
” Usaha ini amat berbaloi, Ahli keluarga allahyarham dan rakan-rakan beliau sudag pasti begitu menghargai jasa kalian ” – Sarah, Mynewshub.my

Datuk ‘Terlajak Laris’ Ditegur Pakai Seluar Pendek
Gara-gara memakai seluar yang terlalu pendek ketika bercuti di Kota London bersama keluarga, pengasas produk D’Herbs ‘Terlajak Laris’ Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman mendapat kecaman pengikut di akaun Instagram miliknya.
Kebanyakan komen menyatakan seluar yang dipakai terlalu kecil, tidak menutup aurat dan kelihatan tidak kena dengannya.
Bagaimanapun pujian harus diberi kepada Dato’ Aliff apabila beliau mengambil positif teguran ini dengan segera meminta maaf dan berjanji akan bertukar kepada seluar yang lebih sopan meskipun mengakui agak ‘tersentap’.
Beliau kemudiannya memakai seluar jeans panjang pada hari sama bagi membuktikan bahawa dia menerima teguran yang diberikan.
Tindakan ini segera mendapat komen daripada pengikut Instagram yang memuji tindakannya ini.
Sememangnya sudah adat apabila menjadi selebriti tidak kiralah artis mahu pun tidak, maka anda harus bersedia untuk ditarbiyah di laman sosial.
Ini kerana terdapat ramai ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ di luar sana yang kerjanya meneliti Instagram artis-artis Malaysia untuk menjamu mata sambil menjadi polis moral. - MYNEWSHUB.MY

Makan Nasi Bungkus Kat McDonalds … Motif?
Hari ini, antara sekecil-kecil usaha yang dilakukan untuk menyatakan sokongan terhadap penduduk Islam Gaza di Palestin yang sedang ditindas rejim Zionis adalah memboikot produk dari sana yang sedikit sebanyak menyumbang kepada ekonomi Israel.
Antaranya termasuklah rangkaian restoran makanan segera McDonald’s.
Tapi brader dalam gambar ini didapati telah melangkah setapak ke hadapan apabila dia bukan sahaja memboikot tetapi siap pekena nasi kerabu dan teh o ais bungkus dalam restoran makanan segera tersebut sambil mengenakan selempang menyokong Gaza di bahu.
Kami percaya, ini mungkin hanya satu perbuatan melawak tapi jika dia bermaksud mengolok-olokkan McDonald’s hingga boleh mendatangkan kemarahan pekerja di sana, rasanya memang tak patutlah. Lagi pun agama Islam sendiri tidak suka umatnya berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara apatah lagi memperolokkan orang lain. Betul tak? - MYNEWSHUB.MY

Tesco ‘Kantoi’ Emel Mengaku Kerjasama Erat Dengan Israel?
Selepas McDonald’s, kini pasar raya Tesco menjadi antara jenama yang giat diboikot oleh penentang kezaliman rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestin.
Berdasarkan nota yang beredar di laman-laman sosial, alasan tindakan ini adalah kerana pengasas Tesco iaitu Jack Cohen merupakan penyokong kuat rejim Zionis hinggalah kematiannya pada 1979.
Sokongan terhadap Zionis ini didakwa turut disambung oleh pewaris Tesco iaitu Dame Shirley Porter. Antara sumbangan terbesarnya adalah penubuhan sekolah “The Porter School of Environmental Studies (PSES)” di Universiti Tel Aviv, Israel.
Begitu pun, kiriman nota kononnya Tesco diambil sempena nama isteri Jack Cohen iaitu Tessa Cohen dipercayai tidak benar. (Sumber) Susulan tindakan boikot ini, pihak Tesco Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan media. Antara penafian dibuat adalah Tesco Malaysia tidak menyalurkan hasil jualan atau keuntungan kepada Israel. Bagaimanapun selain kenyataan media bagi menjernihkan keadaan ini tersebar pula satu print screen emel dipercayai antara seorang pengguna yang prihatin tentang isu di Palestin dengan ibu pejabat Tesco di England.
Balasan emel daripada wakil perkhidmatan pelanggan Tesco bernama Sarah Thorne ini jelas membayangkan bahawa tiada sebarang cadangan di pihak Tesco untuk menghentikan kerjasama mereka dengan Israel meskipun ini mungkin jawapan yang kurang disenangi oleh umat Islam ekoran kekejaman Zionis di Gaza pada hari ini. Apa pun, tepuk dada tanya selera. Tak dapat dinafikan Tesco Malaysia tidak salah dalam hal ini (sebagai mana McDonald’s tempatan) namun jika anda rasakan berbaloi untuk memboikot salah satu sumber yang menyalurkan walau sedikit wang ke dalam kocek seorang penyokong Zionis, pilihan di tangan anda. - MYNEWSHUB.MY

MP DAP – Kacau Periuk Kosong Untuk Publisiti
Orang kata, politik adalah mengenai persepsi.
Maknanya, kalau anda ahli politik, tidak semestinya anda perlu melakukan sesuatu yang hebat tetapi kalau anda mampu wujudkan tanggapan yang baik di mata orang mengenai sesuatu perkara, itu pun sudah cukup.
Justeru, untuk menjadi ahli politik yang hebat, pastinya anda perlu terlebih dahulu menjadi seorang pelakon yang hebat.
Ini kerana melalui lakonan anda akan mampu mewujudkan persepsi yang luar biasa sedangkan hakikatnya anda mungkin seorang yang termasuk dalam kategori haprak aje sebenarnya.
Hari ini di Facebook, tersebar gambar Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming sedang bersama masyarakat Islam bergambar seolah-olah sedang memasak sesuatu.
Tidak ada salahnya beliau bergambar seperti itu, cuma persepsi positif yang beliau mahu semai berubah menjadi lawak jenaka kerana beliau mengacau periuk yang kosong dengan dapur yang tidak menyala.
Adakah semua itu semata-mata untuk gambar dimuat naik di media sosial dan orang melihat Kian Ming seorang yang bersikap mesra rakyat?
Camnilah YB… kalau hendak mewujudkan persepsi anda rapat dengan masyarakat Islam, bersama merayakan Raya atau apa sahaja yang positif, pastikanlah persepsi itu berpijak di bumi yang nyata. Dari segi gaya memang dah hebat, cuma dari segi persiapan gagal.
Periuk kosong tanpa api menyala tidak akan menghasilkan sebarang makanan atau juadah, apatah lagi tanggapan yang baik. Yang kelihatan hanyalah lakonan untuk milage politik semata-mata.
TOP
Ummaland - Alternatif Facebook Untuk Umat Islam
Pelbagai cara digunakan oleh masyarakat seluruh dunia untuk memboikot barangan atau perkhidmatan yang menyokong gagasan Zionis.
Salah satu usaha yang boleh dikatakan memboikot servis dari Zionis adalah dari dua pemuda dari Uzbekistan, Maaruf Yusupov dan Jamoliddin Daliyev yang mencipta servis laman sosial menyerupai Facebook. Servis tersebut boleh didapatkan dengan melayari www.ummaland.com
Kelebihan ummaland adalah ia lebih menjurus kepada Islamik dimana salah satu objektif laman sosial tersebut adalah untuk mengurangkan masa terbuang dengan memaparkan isi kandungan agama. Ummaland juga didatangkan dalam aplikasi Android dan juga iPhone. Walau bagaimanapun, Ummaland kini tidak dapat diakses mungkin kerana sambutan yang ramai tidak dapat ditampung oleh server. Apa pun, tahniah kepada dua pemuda ini.. Semoga kerja keras mereka di rahmati dan diberkati. Sesiapa yang mahu mencuba servis baru bertemakan Islam ini amat digalakkan - SiakapKeli.com

MH17: Hanya BERNAMA, RTM Dibenar Buat Liputan
Hanya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dibenarkan membuat liputan istiadat penghormatan jenazah mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di kawasan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata pengkhususan dua organisasi media itu dibuat bagi memastikan kelancaran istiadat itu, menghormati perasaan waris dan keluarga mangsa serta kawasan Kompleks Bunga Raya yang terhad.
Katanya kawalan media itu juga dibuat berikutan keberangkatan hadir Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah selain orang kenamaan lain.
“Bagaimanapun, kementerian menyediakan Pusat Media di kawasan luar Kompleks Bunga Raya bagi membolehkan media lain mendapatkan ‘feed’ secara langsung semasa istiadat itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Komunikasi, Koordinasi dan Media mengenai Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di sini, Isnin.
Turut hadir pada mesyuarat itu ialah wakil-wakil media, Jabatan Penerangan, MAS, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Jailani berkata upacara di Kompleks Bunga Raya itu akan diselia oleh ATM sebelum jenazah mangsa Islam dibawa ke Masjid KLIA manakala yang bukan Islam dibawa ke Taman Peringatan Nirvana.
Sebuah khemah khusus juga akan disediakan untuk waris dan anggota keluarga mangsa di kawasan kompleks itu.
Jailani turut menasihatkan pihak media supaya mengurangkan sesi temu ramah dengan waris mangsa tragedi itu bagi memberi mereka ruang untuk bersama-sama keluarga masing-masing.
Dalam perkembangan lain, Jailani berkata kerajaan tidak melupakan usaha pencarian MH370 dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyediakan laman web www.mh370.gov.my bagi membolehkan semua pihak mengikuti perkembangan pencarian itu.
“Bagi MH17, kita juga akan menyediakan platform sama untuk memberi maklumat semasa berhubung tragedi itu,” katanya.
Penerbangan MH17, yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai lepas.
Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal – dipercayai ditembak jatuh, namun tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.
TOP
Tembakan Meriam Halang Pasukan PDRM Masuk Kawasan Nahas
Pasukan Siasatan Khas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak dapat memasuki kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Donestk, Ukraine berikutan insiden tembak-menembak meriam antara tentera Ukraine dan puak pemisah.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pasukan 21 pegawai itu, yang tiba di Donestk pada Isnin, masih belum dapat memasuki kawasan nahas itu untuk memulakan kerja-kerja penggeledahan bagi mencari bukti nahas.
“Walaupun pasukan PDRM berjaya tiba di kawasan nahas, namun, setakat ini kerja-kerja penggeledahan dan mencari bukti kes masih belum dapat dimulakan kerana kejadian tembak-menembak meriam sedang berlaku antara tentera Ukraine dan puak pemisah,”katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.
Beliau berkata bagi tujuan keselamatan, puak pemisah tidak membenarkan Pasukan Siasatan Khas PDRM menjalankan kerja-kerja penggeledahan buat masa ini.
“Pasukan Malaysia hanya dapat berlindung di kawasan berhampiran lokasi nahas di sekitar tepi jalan, menunggu sehingga keadaan lebih stabil dan selamat,” katanya.
Ahmad Zahid berkata Pasukan PDRM itu memaklumkan bahawa sepanjang perjalanan ke lokasi nahas, mereka dikawal rapi oleh pihak berkuasa.
“Mereka juga mendapati banyak kemusnahan akibat perang di sekeliling kawasan tersebut,” katanya.
Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia, pada 17 Julai lepas.
Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal – dipercayai ditembak jatuh namun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.
Sebanyak 43 warganegara Malaysia adalah antara penumpang dan anak kapal dalam pesawat itu.
– BERNAMA
TOP
30 Ekor Khinzir Tergolek Tengah Jalan Dalam Kemalangan
Johor Bahru – Hampir 30 babi berkeliaran di atas jalan selepas terjatuh daripada lori muatan yang terbalik di persimpangan bertingkat Jalan Pontian-Skudai di sini.
Dalam kemalangan jam 11 pagi tadi, lori terbabit dalam perjalanan ke pusat penyembelihan babi yang terletak di Taman Bukit Kempas di sini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abd Rahman berkata, badan lori yang menempatkan haiwan berkenaan terbalik secara tiba-tiba ketika tiba di selekoh persimpangan bertingkat itu.
“Apabila sampai di selekoh, badan lori itu terbalik menyebabkan semua babi ini jatuh sebelum berkeliaran di atas jalan raya,” katanya.
Bagaimanapun, katanya pemandu lori dilaporkan tidak mengalami kecederaan dan tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu. – Harian Metro
TOP
Tan Sri Khalid JAWAB Tuduhan Parti Keadilan
Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Dato’ Saifuddin Nasution. Saya menafikan dakwaan ini kerana perkara tersebut tidak benar sama sekali.
Sekiranya Dato’ Saifuddin yakin beliau juga berada di pihak yang benar, maka beliau dan rakan-rakan dalam KEADILAN sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak polis dan Bank Negara Malaysia selain mendedahkan sekiranya ada bukti-bukti bagi mengukuhkan dakwaan salah laku itu.
Kegagalan Dato’ Saifuddin dan rakan-rakan dalam KEADILAN untuk berbuat demikian hanya akan mengundang spekulasi bahawa tuduhan-tuduhan ini bermotifkan politik dan berniat jahat.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya.
Saya mengingatkan rakan-rakan supaya berhati-hati membuat tuduhan kerana saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap saya.
Pada masa yang sama, saya akan meneruskan keupayaan memberi khidmat terbaik kepada rakyat Selangor dengan mentadbir negeri ini secara telus, bertanggungjawab dan pentadbiran yang baik. - Selangorku
TOP
Nak Berbangga Berat Badan Turun, Lain Pula Jadinya
Niat untuk berbangga dengan memuatnaik timbangan beratnya yang semakin turun di dalam media sosial nampaknya memakan diri seorang lelaki.
Permukaan penimbang yang reflektif yang tidak disedari oleh si penimbang telah mengreflek gambar anunya sediri. Dia yang tidak sedar akan perkara itu, dengan bangga berkongsi gambar tersebut di laman sosial
Harapan agar usahanya dipuji oleh rakan-rakan nampaknya lebur. Komen-komen yang datang dari rakan-rakannya adalah sinis.Antaranya :
” Hahahaha, kau nak tunjuk APA sebenarnya “
” Oh macam tu ya ‘bentuk’ yang kau miliki “
” John, teman wanita kamu pasti berbangga sekarang”
” Tak dapat bayangkan apabila ia ‘bangun’ “
Inilah dia akibat dari tidak berpakaian ketika bergambar sampai ternampak 'Angry Bird'. Mula-mula nak tunjuk bagus, kan dah lain jadinya. - SiakapKeli.com

Lelaki rentung dalam kebakaran flat di Georgetown
GEORGETOWN - Seorang lelaki rentung dalam kebakaran yang memusnahkan unit rumahnya di Flat Padang Tembak, Paya Terubong di sini hari ini.
Mayat Tan Beng Poh, 60, ditemui dalam keadaan meniarap di ruang tamu rumah itu.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Mohd Shoki Hamzah berkata lima jentera bersama 25 anggota dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.55 petang dan anggota bomba terpaksa memecahkan pintu rumah mangsa yang terletak di tingkat dua flat itu .
"Kami dapati asap tebal turut merebak ke tingkat tiga dan api dapat dipadam sepenuhnya pada jam 5.15 petang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata siasatan mendapati Poh yang tinggal bersendirian di rumah itu kurang siuman.
"Adik lelakinya tinggal di rumah sebelah dan menurutnya rumah itu pernah beberapa kali terbakar sebelum ini tetapi tidak begitu serius," katanya.
Mohd Shoki berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. - Bernama
TOP
Aidil Zafuan kekal ketua pasukan Harimau Malaya
PETALING JAYA: Pemain pertahanan Aidil Zafuan Abdul Radzak kekal menerajui skuad Harimau Malaya sebagai ketua pasukan menjelang perlawanan persahabatan menentang Tajikistan pada Jumaat ini.
Jurulatih kebangsaan Dollah Salleh berkata, pemilihan Aidil Zafuan adalah berdasarkan pengalaman dan prestasi konsisten yang dipamerkan pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu, di samping keserasian beliau dengan anggota pasukan lain.
"Selepas perbincangan dengan penolong jurulatih dan beberapa yang lain, kita sebulat suara mengekalkan Aidil sebagai ketua pasukan dan Amri (Amri Yahyah) sebagai penolong ketua pasukan.
"Ia adalah berdasarkan pengalaman, karakter Aidil dalam padang yang boleh mengarahkan pemain dengan baik. Dari segi prestasi, saya agak selesa dengan cara Aidil bermain," katanya ketika ditemui di Wisma FAM di sini, hari ini.
Aidil Zafuan, 27, mengambil alih tugas ketua pasukan daripada Safiq Rahim sepanjang tahun ini ketika skuad Harimau Malaya di bawah kendalian sementara Datuk Ong Kim Swee.
Skuad Harimau Malaya berlepas ke Dushanbe, Tajikistan hari ini untuk menentang skuad dari Asia Tengah itu pada Jumaat.
Dalam pada itu, Dollah yang mengakui masih 'belum cukup puas' dengan tahap kecergasan pemain, berkata ia bukan alasan untuk pasukan kebangsaan tidak mencipta sesuatu pada perlawanan itu.
"Saya tidak ada masalah untuk membentuk satu pasukan kerana mereka (pemain) semua dah berpengalaman cuma dari segi kecergasan sahaja masih belum cukup.
"Yang pasti kita pergi ke sana tidak mahu sebagai team belasahan dan pastikan kita akan buat sesuatu," katanya.
Walaupun masih belum mengenali pasukan lawan yang 'misteri' itu, beliau berkata pasukan yang berada di ranking ke-126 dunia itu dilihat sudah bersiap sedia untuk menentang Malaysia.
Mengenai barisan pemain, Dollah berkata kesemua 23 pemain yang disenaraikan termasuk Ronny Harun yang baru menyertai kem latihan menggantikan Bunyamin Umar, boleh disenaraikan antara kesebelasan utama.
"Cumanya, saya perlu pastikan kesebelasan pertama yang terbaik pada perlawanan itu nanti," katanya.
Sementara itu, Aidil Zafuan berkata, beliau amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Dolah untuk terus menerajui skuad Harimau Malaya.
"Menjadi ketua pasukan adalah bonus dan ia satu tanggungjawab yang besar. Sebenarnya, saya lebih mengejar tempat dalam kesebelasan utama tapi saya hargai kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih," katanya.
Menurutnya apa yang penting ialah prestasi dan pencapaian pasukan pada perlawanan persahabatan kali ini untuk membaiki ranking di samping sebagai persediaan menghadapi Kejohanan AFF tidak lama lagi. - Bernama
No comments:
Post a Comment