TOP
Macam-Macam…Bomba Potong Cincin Melekat Di Alat Sulit
KES cincin tersekat di jari adalah sesuatu yang biasa didengar.
Kebiasaannya, dalam situasi kritikal, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat akan bertindak memotong cincin tersebut.
Bagaimanapun, lain pula dengan kes terbaru yang dikongsikan menerusi akaun Twitter BOMBA, hari ini.
Mereka terpaksa memotong cincin yang melekat di alat sulit seorang mangsa yang tidak dimaklumkan jantinanya di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu jam 7.25 pagi tadi.
Setakat ini, tiada maklumat lain yang disertakan di akaun tersebut. Apapun, nasihat kami, elakkan daripada melakukan aksi seks yang terlalu ekstrem. Nanti tak pasal-pasal dapat pakej ‘malu dan sakit’… Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Muafakat Penting Untuk Selamatkan MAS, Kata MP
KUALA LUMPUR — Seorang Ahli Parlimen menggesa semua
kakitangan Malaysia Airlines (MAS), terutama kesatuan sekerjanya supaya memberi
kerjasama penuh kepada Khazanah Nasional Berhad bagi memastikan rancangan
pengambilalihan MAS berjalan lancar.
Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap berkata, adalah penting semua pihak yang
berkepentingan dalam usaha memulihkan MAS bermuafakat, bersatu hati dan
memikirkan hanya satu perkara — apakah kaedah terbaik untuk menyelamatkan MAS
yang merupakan simbol kebanggaan negara.
“Sokongan padu ini bukan hanya dituntut daripada rakyat, tetapi daripada
mereka yang berada di dalam MAS sendiri. Melalui proses penyusunan semula oleh
Khazanah, saya yakin MAS akan dapat keluar daripada kemelut kewangan yang
dialaminya sekarang,” katanya kepada Bernama.
Beliau mahu kesatuan sekerja MAS menghentikan perbalahan dan cara
berkonfrantasi sekarang kerana kerjasama semua pihak harus diperkukuhkan dalam
usaha menyelamatkan syarikat penerbangan itu.
Anuar, yang juga Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, mengulas gesaan
Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kabin Malaysia (NUFAM) supaya ‘pihak ketiga’
menjadi perantaraan dalam pelan penstrukturan semula MAS oleh Khazanah yang
dijangka diumumkan tidak lama lagi.
“Sepatutnya beri peluang kepada Khazanah bentangkan dulu pelan yang hendak
mereka laksana untuk menyelamatkan MAS ini.
“Siapakah kita dalam keadaan MAS terumbang-ambing nak memberi syarat
atau nak minta macam-macam sedangkan kita tak nampak lagi apakah pelan itu,”
katanya.
Anuar berkata kenyataan kesatuan sekerja itu yang mahukan kerajaan
mewujudkan satu jawatankuasa bertindak sebagai pihak ketiga antara pengurusan
MAS dan pekerja seolah-olah meletakkan pihak dalaman MAS tidak sehaluan dan
tidak bekerjasama.
“Pengurusan sedia ada adalah yang dilantik secara sah, begitu juga dengan
kakitangan. Kalau satu pihak boleh memilih untuk tidak mengakui pengurusan
sekarang, tidak salah juga untuk pihak pengurusan tidak akui kakitangan. Kenapa
perlu keruhkan keadaan walhal boleh duduk semeja demi kelangsungan MAS,”
tambahnya.
Mengulas beberapa penstrukturan semula yang dilalui MAS pada masa lepas
tetapi masih tidak berkesan, Anuar berkata, penstrukturan sebelum ini adalah
pelan ‘terhad’ berbanding pelan menyeluruh yang akan dibentangkan Khazanah.
Beliau merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
bahawa Khazanah akan melaksanakan proses pembaharuan yang melibatkan beberapa
langkah perit yang memerlukan pengorbanan semua pihak yang akan dilakukan secara
profesional, adil dan telus.
“Penstrukturan MAS sebelum ini hanya pemulihan secara kosmetik yang
melibatkan penjualan serta pemindahan aset dan kos serta tidak mengambil kira
masalah sebenar seperti tadbir urus, kecekapan dan akauntabiliti,” kata Anuar. –BERNAMA
TOP
Pihak Pertikai Istiadat Berkabung Ada Agenda Tertentu
IPOH – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan pihak menuduh kononnya kerajaan menidakkan jasa perwira Lahad Datu dengan mengadakan istiadat penghormatan dan perkabungan negara bagi mangsa tragedi MH17, mempunyai agenda tertentu.
Beliau berkata pihak berkenaan juga dilihat bersikap mengadu-domba dan rakus dengan mempertikaikan istiadat tersebut serta tidak mempunyai sifat pertimbangan perikemanusiaan.
“Keluarga perwira Lahad Datu tahu apa yang kerajaan lakukan untuk membela dan memberi penghomatan kepada mereka yang terkorban…(tuduhan itu) tidak serius sangat tetapi ia cuba melaga-lagakan mengenai layanan kerajaan terhadap perwira Lahad Datu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Umno Bahagian Ipoh Timor di sini, hari ini.
Pingat Kedaulatan Negara diwujudkan khas untuk perwira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lepas yang direka khas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya.
“Bagaimana kita menguruskan jenazah perwira yang terkorban, (wakil) kerajaan turun berjumpa keluarga mereka yang ketika itu diselubungi kesedihan, saya sendiri juga berbuat demikian,” katanya.
Beliau berkata kerajaan juga terus meningkatkan kawalan keselamatan dan pemantauan di perairan pantai timur Sabah termasuk Lahad Datu bagi memastikan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu tidak berulang.
Hishammuddin menegaskan perbuatan mempertikaikan usaha kerajaan dalam memberi penghormatan sama ada kepada mangsa tragedi pesawat MH17 dan perwira Lahad Datu perlu dihentikan.
“Kalau kita tidak beri penjelasan, ia akan terbawa-bawa dalam media sosial. Mereka tidak tahu apa yang berlaku. Akhirnya perkara baik yang kita lakukan, yang diiktiraf dunia pada Jumaat lepas akan tenggelam,” katanya.
Menurutnya daripada maklum balas yang diterima termasuk media antarabangsa dan kedutaan-kedutaan negara luar, istiadat penghormatan dan perkabungan negara telah dilaksanakan dengan berjaya dan penuh tertib.
“Ia tidak terlalu ringkas, tetapi ia cukup sempurna,” katanya.
Berhubung kenyataan pemimpin PKR yang menyifatkan anggota tentera terlibat dalam istiadat penghormatan Jumaat lepas seperti hamba abdi, Hishammuddin berkata sebenarnya anggota berkenaan merasakan telah diberi penghormatan untuk menyempurnakan upacara itu.
Beliau berkata setiap anggota tentera terlibat yang ditemuinya menyatakan penglibatan mereka dalam istiadat itu adalah satu penghormatan.
“Itu satu kenyataan yang dilihat boleh mencetuskan kemarahan daripada pihak tentera…suara seorang, dua ini jangan diendahkan, mungkin ada kekosongan dalam jiwa mereka sendiri, mereka ini tidak akan menentukan maruah anggota tentera Malaysia,” tegasnya.
Portal berita semalam melaporkan perwakilan PKR dari Perak Laksamana (B) Imran Abdul Hamid mempertikaikan penggunaan anggota tentera untuk istiadat penghormatan jenazah mangsa pesawat MH17 dan menurutnya tentera yang gugur mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tidak pula diberikan penghormatan yang sebegitu gah.
Ketika membahaskan usul pada Kongres Nasional PKR Ke-10 di Shah Alam, Selangor, Imran yang juga anggota Parlimen Lumut berkata, pihak tentera digunakan secara “berlebih-lebih” seperti hamba abdi dalam upacara perkabungan seluruh negara Jumaat lepas.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine. – BERNAMA
TOP
Akibat Selfie, Pasangan Kekasih Hampir Disambar Petir
Satu pasangan kekasih terselamat daripada hangus menjadi abu apabila sedang mereka leka berselfie, kilat menyambar betul-betul di belakang mereka.
Video dipercayai dirakamkan pasangan berkenaan di Yal-Ku Lagoon di Akumal, Quintana Roo, Mexico ketika mereka berkelah, berenang dan juga mengadakan aktiviti snorkeling.
Ketika kejadian, pasangan itu sebenarnya mahu beredar dari kawasan lagoon itu apabila diminta berbuat demikian oleh petugas penyelamat pantai kerana diberitahu ada ribut akan berlaku.
Sebelum beredar pasangan itu membuat keputusan untuk merakamkan satu video selfie tetapi mereka nyaris-nyaris maut dipanah petir.
Boleh kelihatan di atas pokok di belakang mereka terbakar disambar petir berkenaan.
Bagi anda yang menonton video ini, janganlah suka-suka sangat ketika berkelah jika hujan sudah mula kelihatan akan turun dengan lebat kerana berada di tempat terbuka ketika ribut adalah berbahaya. – MYNEWSHUB.MY

Amah Melecur Disimbah Air Panas Oleh Majikan
GEORGETOWN – Seorang pembantu rumah dikejarkan ke hospital hari ini selepas didapati melecur di bahu kanan, leher dan tangan akibat disimbah air panas oleh majikannya di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Bendera, Air Itam di sini.
Wanita berusia 22 tahun itu turut mendakwa dalam kejadian Rabu lepas, tangan dan kakinya diikat dan mangsa hanya dapat melarikan diri awal pagi ini selepas suspek meninggalkan rumah itu semalam untuk pergi bercuti.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superitendan Rahman Ahmad berkata keadaan mangsa kini stabil selepas dihantar ke sebuah hospital di sini dengan bantuan orang awam kira-kira jam 1.30 pagi ini
“Kami mendapat maklumat kejadian daripada pihak hospital dan soal siasat mendapati suspek adalah seorang wanita serta belum berkahwin,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang majikan terbabit dikatakan marah kerana mangsa tidak mengemas rumah dengan baik sebelum menyimbahnya dengan air panas.
Wanita itu turut mendakwa diikat selama beberapa jam dan hanya diberikan plaster untuk merawat kecederaan yang dialaminya dan mengadu pernah dipukul beberapa kali sebelum ini, kata Rahman.
Katanya mangsa juga merupakan anak yatim piatu dan bekerja di rumah berkenaan sejak setahun lalu.
“Polis sedang menyiasat motif kejadian dan sedang mengesan majikan wanita itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Urutan Masa Lengkap Tragedi MH17
KUALA LUMPUR — Tiga lagi mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dibawa pulang ke Malaysia hari ini dengan dua daripadanya diberi penghormatan dalam istiadat ringkas penuh penghormatan.
Bagaimanapun satu lagi jenazah yang dibawa balik hari ini tidak mengikuti istiadat penghormatan atas permintaan keluarga yang mahukan privasi.
Setakat ini 23 daripada 43 mangsa rakyat Malaysia yang maut dalam tragedi itu dibawa pulang ke tanah air. Pada Jumaat lepas, 20 jenazah dibawa pulang dengan pesawat khas.
Berikut ialah urutan masa tragedi Penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai sehingga hari ini;
* 17 Julai (Hari pertama) – Pesawat Malaysia Airlines MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari waktu Amsterdam (waktu Malaysia: 7.14 malam 17 Julai) dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada hari berikutnya.
* 18 Julai (Hari kedua) – MAS mengesahkan menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia hilang hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) (waktu Malaysia: 10.15 malam 17 Julai) di lokasi 30km dari Tamak waypoint, lebih kurang 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.
- Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh oleh pemberontak di zon perang.
- Malaysia menghantar penyiasat ke Ukraine.
- MAS menyatakan laluan itu diisytihar selamat oleh Badan Penerbangan Antarabangsa dan pesawatnya mempunyai rokod penyenggaraan sempurna.
- Pesawat berkenaan membawa rakyat Belanda (193, termasuk seorang yang memiliki kerakyatan Belanda/Amerika), Malaysia (43, termasuk 15 anak kapal), Australia (27), Indonesia (12), United Kingdom (10, termasuk seorang yang memiliki kerakyatan Amerika/Afrika Selatan), Belgium (empat), Jerman (empat), Filipina (tiga), Kanada (satu) dan New Zealand (satu).
* 19 Julai (Hari ketiga) – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar tentang krisis Ukraine dan Malaysia menuntut diadakan penyiasatan penuh, bebas dan telus.
- Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong berlepas ke Kiev untuk membantu memudahkan pasukan penyiasat memasuki tempat pesawat berkenaan terhempas.
- MAS mengeluarkan maklumat penuh tentang penumpang.
* 20 Julai (Hari keempat) – Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Ukraine untuk membantu urusan berkaitan kejadian itu.
- Penyiasat Malaysia tiba di tempat nahas di Torez.
* 21 Julai (Hari kelima) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbincang dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah berlakunya tragedi itu.
- Persetujuan dicapai tentang pengeluaran mayat mangsa, Malaysia menyimpan kotak hitam dan penyiasat antarabangsa diberi akses ke tempat nahas.
* 22 Julai (Hari keenam) – Kotak hitam MH17 diserah kepada pihak berkuasa Malaysia di Donetsk, Ukraine.
- Kereta api membawa 282 mayat mangsa berlepas dari Donetsk ke Kharkiv.
* 23 Julai (Hari ketujuh) – Sidang khas Parlimen Malaysia meluluskan usul mengutuk perbuatan menembak jatuh Penerbangan MH17.
- Pasukan penyiasat antarabangsa mengambil keputusan menyerahkan kotak hitam MH17 kepada Cawangan Siasatan Nahas Udara United Kingdom (UK) di Farnborough untuk dibuat analisis forensik.
* 24 Julai (Hari kelapan) – Kabinet Malaysia membatalkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bagi menghormati mereka yang terkorban dalam tragedi MH17.
- Sukan Komanwel bermula di Glasgow, Scotland dan memberi penghormatan kepada mangsa tragedi MH17.
* 25 Julai (Hari kesembilan) – Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengambil keputusan untuk berlepas ke Amsterdam pada hari berikutnya bagi membantu siasatan tragedi MH17.
* 28 Julai (Hari ke-12) – Kumpulan terakhir 38 keranda berisi mayat mangsa tragedi MH17 tiba di Eindhoven, Belanda, menjadikan kesemuanya 227 keranda telah diserahkan.
* 29 Julai (Hari ke-13) – Malaysia mendapat persetujuan agar polis antarabangsa ditempatkan di kawasan nahas.
* 30 Julai (Hari ke-14) – Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB berkata perbuatan menembak jatuh pesawat MH17 boleh dianggap sebagai jenayah perang.
- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berlepas ke Kiev.
* 31 Julai (Hari ke-15) – Tujuh puluh mayat dikenal pasti melalui proses DVI (pengecaman mangsa bencana).
* 1 Ogos (Hari ke-16) – Najib tiba di Amsterdam.
- Malaysia, Belanda menyeru agar permusuhan di tempat berlaku nahas ditamatkan.
* 3 Ogos (Hari ke-18) – Enam puluh lapan anggota polis Malaysia berlepas ke Donetsk untuk membantu siasatan.
* 4 Ogos (Hari ke-19) – Pengumuman dibuat bahawa setiap anggota keluarga terdekat mangsa akan menerima bayaran pampasan US$50,000.
* 6 Ogos (Hari ke-21) – Usaha mencari mayat mangsa tragedi MH17 diteruskan di sekitar sebuah tasik di tempat nahas.
- Lima puluh peratus siasatan selesai.
* 12 Ogos (Hari ke-27) – Mayat 16 rakyat Malaysia dikenal pasti.
* 14 Ogos (Hari ke-29) – Mayat 24 rakyat Malaysia dikenal pasti.
- Kerajaan Malaysia mengisytiharkan 22 Ogos sebagai Hari Perkabungan Negara.
* 16 Ogos (Hari ke-31) – Upacara penuh keagamaan diadakan untuk mangsa bukan beragama Islam.
* 17 Ogos (Hari ke-32) – Mayat 26 rakyat Malaysia dikenal pasti.
* 19 Ogos (Hari ke-34) – Mayat 28 rakyat Malaysia dikenal pasti.
* 21 Ogos (Hari ke-36) – Mayat 30 rakyat Malaysia dikenal pasti.
* 22 Ogos (Hari ke-37) – 9.54 pagi: Pesawat khas MAS yang membawa pulang
20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17, mendarat di KLIA.
- 10.22 pagi: Dua keranda pertama yang membawa jenazah kru MAS, Mastura Mustafa dan Ahmad Hakimi Hanapi dibawa keluar dari pesawat khas.
- 10.54 pagi: Malaysia bertafakur selama seminit sebagai menghormati jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17.
- 10.58 pagi: Van membawa jenazah 20 mangsa MH17 bergerak melepasi khemah khas Yang di-Pertuan Agong.
- 11.08 pagi: Jenazah mangsa tragedi MH17 Ariza Ghazalee dan anaknya Muhammad Afif Thambi dibawa menaiki pesawat tentera untuk dibawa pulang ke Kuching.
- 12.10 tengah hari: Helikopter EC725 yang membawa jenazah Mohd Ali Md Salim tiba di IKBN Pagoh.
- 12.20 tengah hari : Jenazah dua kakitangan MAS, Nur Shazana Mohamed Salleh dan Ahmad Hakimi Hanapi tiba di Masjid Putra, Putrajaya.
- 12.30 tengah hari : Solat jenazah di Masjid Putra, Putrajaya diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
- 12.35 tengah hari: Jenazah penumpang Noor Rahimmah Mohd Nor serta anak kapal MH17 mendiang Chong Yee Pheng masing-masing dibawa menaiki van jenazah ke kediaman keluarga di Tambun dan Taman Pertama, Ipoh.
- 12.35 tengah hari: Helikopter EC725 TUDM membawa jenazah anak kapal MH17 Azrina Yakob tiba di Lapangan Terbang Tekah, Assam Kumbang, Taiping.
- 12.35 tengah hari : Jenazah Foo Ming Lee sampai di Nirvana Memorial Centre Jalan Sungai Besi untuk upacara keagamaan.
- 12.50 tengah hari : Jenazah anak kapal MH17 Dora Shahila Kassim tiba di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, KL.
- 12.50 tengah hari : Jenazah Paul Rajasingam/Sivagnanam dan Mabel Anthony Samy tiba di Taman Peringatan Nirvana, Sungai Besi.
- 1 tengah hari: Jenazah pramugari Hamfazlin Sham Mohamed Arifin tiba di kediaman keluarganya di Wangsa Maju dan akan disembahyangkan di Masjid Usamah Bin Zaid.
- 1 tengah hari : Jenazah dua kakitangan MAS, Nur Shazana Mohamed Salleh dan Ahmad Hakimi Hanapi tiba di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya untuk pengebumian.
- 1 tengah hari : Abu mayat pramugari MAS Angeline Premila Ranjandaran tiba di rumah keluarganya di Bukit Tinggi, Klang.
- 1 tengah hari : Abu mayat Elisabeth Ng Lyeti tiba di Pusat Xiao En Bereavement di Jalan Kuari, Cheras.
- 1.20 petang: Solat jenazah penumpang MH17 Noor Rahimmah Mohd Noor diimamkan ADUN Manjoi Muhammad Ziad Zainal Abidin di kediaman keluarganya dan disembahyangkan sekali lagi selepas solat Jumaat di Masjid Al-Amin, Tambun, Ipoh.
- 1.30 tengah hari : Jenazah anak kapal MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.
- 2.20 petang: Jenazah pramugari MAS, Hamfazlin Sham Mohamed Arifin disembahyangkan di Masjid Usamah Zaid sebelum dibawa ke tanah perkuburan Islam Batu Muda, Gombak.
- 2.22 petang: Pesawat yang membawa jenazah Ariza Ghazalee dan anaknya Muhammad Afif Tambi tiba di Pangkalan TUDM Kuching.
- 2.26 petang: Kenderaan yang membawa jenazah Mohd Ali Md Salim tiba di kediaman keluarganya di Kampung Jayor, Pagoh.
- 2.30 petang: Jenazah anak kapal MH17 Azrina Yakob tiba di Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah, Assam Kumbang, Taiping.
- 2.40 petang : Jenazah Hamfazlin Sham Mohamed Arifin tiba di tanah perkuburan Batu Muda, Gombak.
- 2.40 petang: Jenazah pramugari MAS, Dora Shahila Kassim tiba di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara, KL.
- 3.00 petang: Jenazah ketua pramugari MAS, Mastura Mustafa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paroi, Negeri Sembilan.
- 3.10 petang: Jenazah pembantu juruterbang pesawat MH17 Ahmad Hakimi Hanapi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya.
- 3.10 petang: Jenazah Hamfazlin Sham Mohamed Arifin selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Batu Muda, Gombak.
- 3.10 petang: Jenazah anak kapal pesawat MH17, Dora Shahila Kassim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara.
- 3.36 petang: Jenazah pramugari pesawat MH17 Azrina Yakob, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Amin, Assam Kumbang, Taiping.
- 3.30 petang: Jenazah penumpang pesawat MH17 Noor Rahimmah Mohd Nor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama, Tambun, Ipoh.
- 3.45 petang: Jenazah Hasni Hardi Parlan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Kampung Paya Luas Segamat.
- 4.10 petang: Jenazah Mohd Ali Md Salim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Pagoh.
- 5.00 petang: Jenazah Ariza Ghazalee dan anak lelakinya Muhammad Afif Tambi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petrajaya.
- Jenazah pasangan suami isteri Paul Rajasingam/Sivagnanam dan Mabel Anthony Samy akan disimpan di Taman Peringatan Nirvana, Sungai Besi dan akan dibawa pulang ke kediaman di Bangsar keesokan harinya.
- Jenazah mendiang Chong Yee Pheng berada di kediaman keluarganya di Taman Pertama, Ipoh selama dua hari untuk upacara keagamaan sebelum disemadikan di Paradise Memorial Park, Jalan Chemor, Tanjung Rambutan pada 1 tengah hari, Ahad.
- Jenazah Ng Qing Zheng akan disimpan selama satu malam di Taman Peringatan Nirvana, Sg Besi sebelum dibawa ke kediamannya di Kota Kemuning keesokan harinya.
- Jenazah Foo Ming Lee akan melalui upacara keagamaan selama dua hari di Taman Peringatan Nirvana Sungai Besi manakala upacara pembakaran jenazah akan dilaksanakan pada Ahad di Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.
- Abu milik Lee Hui Pin akan disimpan selama dua hari di kediamannya yang terletak di Subang Jaya sebelum disemadikan di Nilai Memorial Park, Negeri Sembilan pada pagi Ahad.
- Abu mayat penumpang MH17, Elisabeth Ng Lyeti disimpan di Pusat Xiao En Bereavement di Cheras sehingga dua lagi mayat anggota keluarganya dibawa pulang ke tanah air.
* 23 Ogos (Hari ke-38) – Abu mayat penumpang Karamjit Singh Karnail Singh ditabur dalam laut Pelabuhan Klang.
* 24 Ogos (Hari ke-39) – 8.28 pagi: Pesawat MAS yang membawa pulang tiga lagi jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17, tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA untuk istiadat penghormatan.
- Hanya dua jenazah mangsa terlibat dalam istiadat penghormatan.
- 8.37 pagi: Dua keranda yang membawa jenazah penyelia penerbangan kabin MAS MH17 Mohd Ghafar Abu Bakar, dan penumpang Ng Shi Ing dibawa keluar dari pesawat.
- 8.41 pagi: Malaysia bertafakur selama seminit sebagai menghormati jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17 yang tiba di KLIA
- 9.41 pagi: Kendi berisi abu mayat mangsa MH17, Ng Shi Ing tiba di Xiao En Bereavement Care, Cheras.
- 9.50 pagi: Van jenazah yang membawa jenazah Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar tiba di kediamannya di Taman Bukit Indah, Ampang.
- 9.55 pagi: Jenazah Mohd Ghafar Abu Bakar disolatkan di kediamannya pada 9.55 pagi sebelum dibawa ke Masjid Bukit Indah.
- 10.21 pagi: Jenazah penyelia penerbangan kabin MAS Mohd Ghafar Abu Bakar tiba di Masjid Bukit Indah, Ampang dan disolatkan lebih 1,000 jemaah.
- 11.00 pagi: Jenazah Mohd Ghafar Abu Bakar, tiba di Tanah Perkuburan Islam Mukim Ampang Satu, Taman Kosas, Ampang.
- 12.10 tengah hari: Jenazah penyelia penerbangan kabin MH17 Mohd Ghafar Abu Bakar selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Ampang Satu, Taman Kosas, Ampang, bacaan talkin oleh Imam satu Masjid Negeri Shah Alam, Mohd Hata Ahmad.
- Abu penumpang MH17, Ng Shi Ing disimpan di Pusat Xiao En Bereavement di Cheras sehingga jenazah anaknya, Benjamin Lee Jian Han yang berumur satu tahun dibawa pulang ke tanah air.
- Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan sedang mengatur untuk membawa pulang kumpulan ketiga jenazah warga Malaysia mangsa MH17 pada 30 Ogos.
- Liow berkata satu lagi mangsa terbaharu MH17 warga Malaysia dikenal pasti dan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 31.
– BERNAMA

VIDEO: Akibat ‘Prank’ Duduk Atas Riba, Gadis Terima Balasan
BUDAYA ‘prank’ atau mengenakan orang lain ternyata semakin menjadi-jadi dengan adanya saluran YouTube yang membolehkan si pelakunya merakamkan perbuatan mereka untuk dijadikan tontonan umum.
Biasanya ia mampu membuatkan penonton tergelak khususnya apabila melihat reaksi mereka yang menjadi ‘mangsa’ prank.
Namun, video yang kami kongsikan ini mungkin boleh dijadikan pengajaran untuk anda yang suka mengenakan orang secara melampau.
Gadis dalam video ini menimbulkan rasa tidak senang di kalangan beberapa individu apabila dia duduk di atas riba mereka.
Dia juga menyebabkan sepasang kekasih bergaduh akibat prank tersebut.
Pengakhirannya, gadis itu telah ‘dicabul’ oleh seorang lelaki yang cuba dikenakannya. Padan muka…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
VIDEO : DAP, Rasis Tetap Rasis, Penyokong India Dihalau
Sekumpulan penyokong berbangsa India DAP menjadi mangsa belasahan rasis parti itu apabila dihalau keluar daripada satu majlis mesyuarat parti berkenaan kerana meminta bahasa yang digunakan dalam mesyuarat berkenaan diterjemahkan kepada bahasa yang mudah difahami.
Menurut seorang wanita yang mungkin ketua di dalam mesyuarat DAP berkenaan, hanya mereka yang bercakap dalam Bahasa Melayu dan Cina sahaja dibenarkan masuk.
Kejadian itu terdedah dalam satu rakaman video yang tersebar di laman sosial Facebook hari ini.
Bagaimanapun, kumpulan penyokong berkenaan dikatakan meminta agar ia diterjemahkan ke dalam Bahasa Tamil.
Para penyokong berkenaan jelas amat marah dengan tindakan wanita itu yang memang bersifat angkuh dan sentiasa mengambil pendekatan mahu menindas kumpulan minoriti di mana-mana pun.
Dalam hal ini, mereka bertindak menghalau kumpulan ini yang dilihat hanya berjumlah dua orang sahaja daripada kira-kira 30 orang yang berada di dalam dewan itu.
Wanita India di dalam video berkenaan jelas menyuarakan rasa tidak puas hatinya selepas beliau hadir ke dewan berkenaan untuk menyokongnya di dalam pemilihan parti membawa kepada insiden kekecohan sebegitu rupa.
DAP, disangkakan hanya suka mewujudkan kekecohan dengan Melayu sahaja, dengan India pun mereka tidak puas hati juga rupanya. – MYNEWSHUB.MY
DAP, disangkakan hanya suka mewujudkan kekecohan dengan Melayu sahaja, dengan India pun mereka tidak puas hati juga rupanya. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Pengurus Bank Mengaku Tidak Bersalah Ucap Ayat Perkauman
JOHOR BAHARU — Seorang pengurus bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini di atas tuduhan mengucapkan ayat berbaur perkauman kepada seorang pekerjanya empat bulan lalu.
Liau Choy Wan, 44 didakwa dengan sengaja mengucapkan ayat berbaur perkauman itu yang membangkitkan kemarahan pekerjanya, Zulkefli Zainal, 49 dan mengetahui perbuatan itu mampu menjejaskan keamanan.
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan di Hong Leong Bank Berhad, Aras 5, Wisma Tiong Hua, Jalan Kris, Taman Seri Tebrau di sini pada pukul 6 petang, 8 April lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, peguam Md Zahar Ngah yang mewakili Liau memohon jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau selain memberitahu jaminan hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.
Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 September ini untuk sebutan semula kes.– BERNAMA
**Psychology murahan Cina… nak tunjuk tak racist konon ambik peguam Melayu jadi wakil… poraaah!
-mynewshub
-mynewshub
TOP
Saya Tak Kisah Jika Pekerja Saya Penyokong PR - KJ
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau tiada masalah untuk mengambil penyokong Pakatan Rakyat berkerja dengannya sekiranya terbukti individu itu berkebolehan tinggi.
Katanya individu tersebut juga seharusnya bersikap profesional, boleh menyimpan maklumat-maklumat sulit serta patuh kepada kerajaan yang memerintah.
"Jika ada seseorang dari Pakatan yang terbukti lebih berkebolehan, satu-satunya perkata yang saya risaukan ialah maklumat sulit," katanya pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia (MSLS) kelapan bertema 'Malaysia: Getting On or Getting By' di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Menurut Ketua Pemuda UMNO itu, biar apapun fahaman politik yang dipegang, calon tersebut mestilah seseorang yang mampu mendokong amalan beretika di pejabat.
"Saya tidak kisah jika dia tidak menyokong saya atau parti saya. Saya juga boleh terima jika dia tidak sukakan saya tetapi saya tidak boleh terima jika dia membocorkan (maklumat sulit) atau tidak menghormati etika di pejabat.
"Kita tidak menyembunyikan apa-apa tetapi ada sesetengah perkara yang dianggap sensitif dan sesetengah maklumat yang dilihat sulit atas sebab-sebab keselamatan," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengakui bahawa terdapat calon dari Perdana Fellows yang mengkritiknya dalam laman media sosial, namun beliau tetap mengambil mereka bekerja percaya mereka mampu memberi sumbangan kepada negara.
Tambah Khairy, selagi calon-calon tersebut memberi khidmat kepada menteri dan kerajaan yang memerintah, ia dianggap 'sudah cukup baik'.
Anggota Parlimen Rembau itu menjawab soalan sama ada beliau ingin mengambil pelatih politik dari pembangkang sekiranya mereka lebih berkebolehan berbanding pelatih dari Barisan Nasional (BN).
Sidang kemuncak MSLS itu dianjurkan oleh United Kingdom & Eire Council of Malaysian Students (UKEC). - astro awani
TOP
11 Tetulang Konkrit MRT Jatuh Dari Lori
Tetulang konkrit untuk projek pembinaan MRT terjatuh dari sebuah lori 51 tan pagi tadi di Jalan Cheras, berhampiran Taman Bilion.
Kemalangan itu berlaku pada pukul 11 pagi apabila lori itu terpaksa melakukan brek kecemasan apabila lalu lintas di hadapannya tiba-tiba berhenti. Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh MRT Corp, lori berkenaan membelok sedikit tetapi tidak dapat mengelak melanggar kenderaan di hadapan. "Bahan yang jatuh tidak menyebabkan apa-apa kecederaan kepada sesiapa. Tiada kereta yang rosak dari bongkah konkrit yang jatuh. "Kemalangan itu telah menyebabkan penutupan lorong ke arah bulatan Taman Billion. Semua kenderaan kini disalurkan kepada satu lorong di bulatan berkataan," kata kenyataan itu. MRT Corp berkata mereka sedang menyiasat kejadian itu dan tindakan akan diambil terhadap pihak-pihak yang didapati bertanggungjawab bagi kemalangan itu. Ada pengguna laman sosial mempersoalkan pengikat yang digunakan untuk mengikat konkrit berkenaan. - SiakapKeli.com
Kredit gambar : ondscene.my

Kisah Kemurahan Hati Mangsa Nahas Pesawat MH17…
SEORANG pemilik akaun Facebook, Noria Kifli telah berkongsi cerita menarik mengenai salah seorang penumpang yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 iaitu Tambi Jiee.
Berikut merupakan terjemahan statusnya yang ditulis dalam bahasa Sarawak:
“Tadi kakak saya beritahu… Sewaktu pengebumian (isteri dan anak Tambi Jiee), ahli keluarga terkejut bila ada satu kumpulan yang datang menaiki bas tiba. Mereka dari surau Batu 10. Imam surau itu memberitahu…dua tahun lalu, ada seorang lelaki datang ke surau Batu 10 tersebut.
Katanya, itu kali pertama mereka jumpa lelaki itu. Dia mendermakan duit berbelas ribu ringgit untuk membaiki surau. Surau Batu 10 sebelum ini buruk, tetapi kini sudah sempurna dengan duit sumbangan itu. Orang surau hanya kenal nama dan muka lelaki itu. Kemudian dia tidak pernah datang lagi. Sehinggalah berita MH17. Bila mereka mendengar nama Tambi bin Jiee dan melihat gambarnya, semua menangis. Tambi Jiee lah yang menderma berbelas ribu ringgit kepada surau itu. Tiada seorang pun ahli keluarga yang tahu mengenainya. Inilah yang dikatakan orang yang ikhlas menderma. Mudah-mudahan tergolong sebagai ahli syurga…amin.” Mengimbas kembali nahas MH17, Tambi Jiee, 49, isterinya Ariza Ghazalee, 46, bersama anak-anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 19, Marsha Azmeena, 15 dan Muhammad Afruz, 13 sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lebih tiga tahun berada di luar negara.
Mereka sepatutnya tiba di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Kuching untuk bertemu keluarga dan berbuka bersama-sama, namun hajat itu tidak kesampaian.
Setakat ini, jenazah Ariza Ghazalee dan Muhammad Afif sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang. Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Penyerang Cameroon, Ebosse Maut Dibaling Objek
ALGIERS – Penyerang bola sepak kebangsaan Cameroon, Albert Ebosse meninggal dunia semalam selepas terkena objek keras dipercayai dibaling penonton selepas pasukannya tewas dalam kejohanan bola sepak Algeria.
Agensi berita APS hari ini melaporkan, Ebosse, 24, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital Tizi Ouzou, timur ibu negara Algiers, di mana perlawanan berkenaan berlangsung.
Ebosse meledak jaringan tunggal untuk kelabnya, JS Kabylie di gelanggang sendiri namun tewas 2-1 kepada USM Alger, pada hari kedua kejohanan berkenaan.
Penonton di Stadium Tizi Ouzou mula membaling objek sebaik tamat perlawanan ketika pemain kembali ke bilik persalinan stadium.
Ebosse menyertai JS Kabylie pada 2013, dan dia adalah penjaring terbaik untuk kelab itu pada musim 2013-2014.
Menteri Dalam Negeri Algeria mengarahkan agar siasatan penuh dijalankan terhadap insiden itu untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab. – AFP
TOP
Mufti Perlis Larang Program Tafakur Hari Perkabungan Negara
Mufti Perlis semalam didakwa melarang program bertafakur selama seminit daripada dilakukan di negeri itu kerana dikatakan program berkenaan dikatakan melanggar Fatwa Kebangsaan 1987 dan Fatwa Negeri Perlis 1974.
Pada Hari Perkabungan Negara pada kelmarin, tidak diketahui pula adakah negeri Perlis tidak menyertai program berkenaan kerana kerajaan memaklumkan semua rakyat di seluruh negara akan berkabung.
Perkara itu diketahui melalui satu surat memo yang dihantar pejabat Jabatan Mufti Negeri Perlis Datuk Dr Juanda Jaya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ramli Dai yang kini disebarkan melalui laman sosial Facebook dan blog pro-pembangkang.
Memo berkenaan yang bertajuk ‘Hukum Bertafakur’menyebut program yang dicadangkan oleh kerajaan pusat tidak boleh dilaksanakan di negeri paling utara di Semenanjung Malaysia itu.
“Di dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, telah mengambil maklum dan menjelaskan bahawa program tafakur yang dicadangkan oleh Kerajaan Pusat tidak boleh dilaksanakan di negeri ini kerana bertentangan dengan Fatwa Kebangsaan tahun 1987 dan Fatwa Negeri Perlis Tahun 1974,” menurut surat berkenaan.
Semalam, tiada pula sebarang pengumuman dari kerajaan negeri Perlis yang dibuat berkenaan larangan ini yang sudah tersebar meluas di internet. Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-19 yang bersidang pada 6 hingga 7 Oktober 1987, amalan seperti tiupan Last Post bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak dan nyanyian serta tiupan Rose yang dilakukan di hadapan Tugu dalam upacara menyambut Hari Kenangan Rakan Seperjuangan oleh Angkatan Tentera Malaysia adalah bercanggah dalam Islam dan boleh membawa kepada syirik. Bagaimanapun pada program Hari Perkabungan Negara kelmarin, kerajaan Persekutuan membuat keputusan melakukan program hanya bertafakur iaitu berdiam diri selama satu minit dengan umat Islam diminta membacakan surah Al-Fatihah sebagai menghormati jenazah. Ketika itu pesawat khas membawa 20 jenazah mangsa nahas MH17 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Kompleks Bunga Raya selepas identiti mereka dikenalpasti. Rakyat beragama lain diminta bertafakur dan mendoakan jenazah mangsa nahas MH17 mengikut kepercayaan agama masing-masing. Tiadan tiupan lagu Last Post seperti yang dilakukan kerajaan Belanda kepada semua mangsa MH17 ketika jenazah mula-mula tiba di Amsterdam sebelum ini. Di laman sosial, ketika ini sedang timbul kekeliruan dalam kalangan orang ramai berikutan penyebaran memo berkenaan. – MYNEWSHUB.MY

Penceroboh Menyamar Nelayan Cuba Masuki Perairan ESSZONE
KUDAT – Penceroboh dikesan cuba memasuki perairan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) dengan menyamar sebagai nelayan tempatan bagi mengelak ditahan pasukan keselamatan ketika perintah berkurung dikuatkuasakan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata penceroboh turut menggunakan bot yang sama seperti nelayan tempatan bagi mengelak tindakan pihak berkuasa.
Katanya, taktik itu digunakan sebagai helah untuk mengaburi pasukan keselamatan di perairan ESSZONE, tetapi cubaan mereka dapat dipatahkan.
“Apabila disemak nombor pendaftaran pada bot digunakan, kita dapati ia tiada dalam senarai bot nelayan tempatan yang diberikan kepada pasukan keselamatan.
“Setakat ini 173 orang ditahan kerana didapati menggunakan helah berkenaan untuk memasuki perairan negeri ini,” katanya pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kudat, di sini, sebentar tadi. – BH Online
TOP
Sejarah Negara Perlu Dijadikan Inspirasi Bagi P’bangunan Negara
ALOR SETAR – Sejarah negara ini perlu dikaji dengan mendalam dan kandungannya harus menjadi inspirasi bagi pembangunan dalam semua bidang, misalnya seni bina, kesenian, pendidikan, sukan, sains dan kejuruteraan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan dan Naib Presiden Persatuan Sejarah Malaysia, berkata pemodenan harus dimanfaatkan sebagai faktor pendorong bagi memastikan ‘sejarah’ menjadi satu disiplin yang kekal relevan, sekalipun tidak menunjukkan peningkatan dalam nilai dan permintaan.
Beliau berkata terdapat keperluan untuk menyemak semula dan mengorientasi kaedah pedagogi subjek itu supaya menjadi suatu ‘subjek hidup’ melalui pendekatan yang memberi penekanan terhadap kenyataan hebat bahawa ‘masa depan terletak pada masa lampau’.
“Walaupun sejarah kini menjadi mata pelajaran wajib bagi pelajar sains sosial namun ahli sejarah seringkali mengajar subjek sejarah sebagai subjek ‘masa lampau’, tentang ‘masa lampau’ dan bagi ‘masa lamapu’.
“Natijahnya, sejarah tidak dianggap sebagai mempunyai nilai dalam masyarakat masa kini yang pantas bergerak, dinamik dan bertenaga. Oleh itu, para pelajar misalnya, tidak nampak ‘masa depan’ subjek itu,” katanya ketika merasmikan persidangan ke-23 Persatuan Ahli Sejarah Asia Antarabangsa (IAHA 2014) di sini hari ini.
Sehubungan itu, Muhyiddin berkata universiti mungkin perlu mengkaji langkah untuk menerapkan program yang akan membolehkan pelajar dan masyarakat umum memahami serta menghargai sejarah
Ini, katanya, sama ada dengan mengukuhkan dan meningkatkan program sains sosial serta seni liberal yang sedia ada atau memperkenalkan program baharu yang mempunyai kaitan, misalnya falsafah.
Persidangan lima hari itu, yang bermula semalam, dianjurkan Universiti Utara Malaysia dan Persatuan Sejarah Malaysia. Antara peserta adalah ahli sejarah dari Brazil, Brunei, Bangladesh, Korea Selatan, Indonesia, Hong Kong dan Jepun. – BERNAMA
TOP
Xing Xing Dan Liang Liang Sambut Hari Lahir Ke-8 Di Zoo Negara
Pasangan beruang panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang menyambut hari lahir mereka yang ke-8 di Zoo Negara semalam 23 Ogos.
Sambutan itu adalah yang kali pertama diadakan di luar daripada China selepas mereka tiba di Malaysia kira-kira tiga bulan lalu.
Pengunjung Zoo Negara yang lahir pada tarikh sama iaitu semalam turut diundang untuk sama-sama menyambut hari lahir bersama-sama pasangan panda itu.
Laporan media tempatan menyebut, mereka yang menyambut hari lahir pada tarikh sama diberikan penghormatan masuk ke Zoo Negara secara percuma untuk turut serta memeriahkan sambutan berkenaan di Pusat Konservasi Panda Gergasi di zoo itu.
Tarikan untuk pengunjung semalam ialah berpeluang melihat Xing Xing dan Liang Liang menikmati kek khas hari lahir mereka yang diperbuat daripada buluh dan pelbagai lagi ramuan lain.
Menurut Pembantu Penyelia Pusat Konservasi Panda Gergasi; Akmad Hadi Samsuddin berkata mereka mendapat ilham penghasilan kek berkenaan hasil kajian dibuat daripada sambutan hari lahir panda yang dilakukan di zoo lain.
“Kalau hari jadi mesti ada kek hari jadi bukan? Jadi kek panda yang kita buat hari ini istimewa sebab diperbuat daripada buluh, kacang soya, jagung, beras, telur dan paling special sebab selalu kita bagi panda kek kecil kali ini besar dan dihiasi dengan sangat cantik,” katanya.
Panda jantan Xing Xing kelihatan begitu seronok melihat kek hari jadinya lalu segera menghabiskannya manakala panda betina, Liang Liang lebih santai dan mengambil masanya untuk memakan kek khas yang diperbuat daripada pelbagai ramuan itu. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Rafizi Ramli Suruh Ahli PKR Tak Puas Hati, Keluar Parti
Nampaknya Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru Rafizi Ramli, sudah mula lantang bersuara membela Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya dalam isu berkaitan Menteri Besar Selangor.
Beliau berucap pada sesi penggulungan hari terakhir Kongres PKR hari ini.
Rafizi mengingatkan, sesiapa sahaja ahli PKR yang menyalahkan Anwar dalam kemelut Menteri Besar bahawa mereka sama seperti bersekongkol dengan parti Barisan Nasional (BN).
Kepada mereka, Rafizi meminta supaya keluar dari PKR sekiranya ada perasaan tidak puas hati.
“BN dan Umno salahkan Datuk Seri Anwar perkara biasa. Kalau kita nak salahkan Datuk Seri Anwar juga, cari parti lain. Yang menyalahkan Datuk Seri Anwar ini sama seperti bersekongkol dengan BN yang menyerang parti ini.
“Mengkitik boleh tetapi biar ada adabnya. Bukan mengkritik dengan kritikan yang meletakkan kita sama dengan Umno dan BN,” katanya yang juga kerap mengkritik tak ikut adab dalam kongres berkenaan.
Selain itu, Rafizi turut menyelar ahli PKR yang mendakwa PKR mengamalkan nepotisme.
Untuk rekod, parti PKR diketuai oleh Anwar yang merupakan Ketua Umum tidak dipilih dari pemilihan dan diikuti oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah iaitu isteri Anwar dan seorang Naib Presiden PKR merupakan anak Anwar iaitu Nurul Izzah.
Jika diperjelaskan dari segi konsep, memang jelas PKR adalah sebuah parti Nepotisme.
Mengulas dakwaan itu, Rafizi berkata nepotisme tidak timbul di dalam PKR kerana semua pemimpin tertinggi parti dipilih secara demokrasi pada sesi pemilihan parti.
Pemilihan parti PKR berlangsung berbulan-bulan dan dipenuhi dengan pelbagai bentuk kekecohan serta pergaduhan.
Kepada mereka yang tidak berpuas hati dengan dakwaan nepotisme, Rafizi mencabar mereka untuk bertanding jawatan tertinggi di dalam parti bagi merebut jawatan itu.
“Kenapa nak ada unsur dan suara yang bidas dan perlekeh apa yang dibuat oleh presiden, anak dan keluarganya. Kalau kita tak yakin, jangan duduk dalam dewan ini. Kalau yakin bahawa perjuangan yang dibawa ketua umum untuk melawan rasuah itu betul, kenapa mengkritik presiden dan anaknya kerana menyokong perjuangan yang betul.
“Sebaliknya yang berlaku, suara sumbang menyerang keluarga. Yang kata ‘istana Bukit Segambut’ pun datang dari orang kita sendiri. Sebab itu hari ini, cukup-cukuplah. Sebab yang galak serang parti ini nepotisme ialah Umno dan BN.
“Setiap seorang daripada mereka ada kekuatan masing-masing. Kalau rasa nepotisme itu teruk dan rosakkan parti, ada jalan keluarnya. Cabar mereka dengan bertanding. Mereka dipilih secara demokratik, jangan persoal nepotisme,” katanya lagi.
Tidak melupakan amaran untuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Rafizi turut meminta beliau menghormati suara rakyat dengan bersara daripada jawatan sebagai Menteri Besar dengan cara yang baik.
Beliau turut mengingatkan Khalid supaya tidak mensabotaj rakyat dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.
‘Saya nak ingatkan kepada Tan Sri Khalid. Walaupun baki-baki integriti nama baik yang ada itu, sebaik-baiknya uruskanlah peralihan ini dengan menghormati suara rakyat. Jangan berani untuk sabotaj rakyat dengan membubarkan dewan. Saudara perlu bersara dengan baik.
“Yang sudah itu sudahlah, bersara. Hutang dah habis bayar, bersara dengan baik,” katanya sambil menerima sorakan daripada perwakilan yang hadir. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Penerbangan Paling Sukar, Namun ‘Dimudahkan’
SEPANG – Ketua Juruterbang Datuk Kapten Missman Leham menyifatkan tugasan membawa pulang 20 jenazah tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang tiba di tanah air pada Jumaat lepas adalah ‘penerbangan paling sukar’ baginya sejak menyertai MAS 33 tahun lalu.
Missman berkata penerbangan selama 12 jam itu juga merupakan penerbangan paling emosi buatnya kerana beliau tahu siapakah ‘penumpang’ istimewa pesawat khas MH6129 selain mengenali secara peribadi sebahagian mereka.
“Dua, tiga hari sebelum berlepas sudah rasa sedih, sebab kita tahu ini penerbangan paling penting dan dinantikan ramai, khususnya kepada waris mangsa,” katanya semasa ditemui selepas istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Missman bersyukur kerana penerbangan yang membawa 20 jenazah itu dimudahkan, bukan sahaja dari sudut cuaca yang baik, namun mendapat kerjasama daripada semua negara yang dilaluinya.
Katanya setiap negara yang dilalui memberi penghormatan tinggi kerana mengetahui pesawat itu membawa muatan penting.
“Contohnya seperti di Iran. Lazimnya apabila melintasi negera itu, mereka akan meminta ‘entry number’ tetapi kali ini awal-awal lagi mereka sudah maklumkan kita.
“Mereka beritahu tidak perlu entry number, pesawat boleh teruskan penerbangan. Mereka selalunya begitu tegas dalam hal ini,” katanya.
Mengimbas kenangan mengemudikan pesawat itu, Missman berkata beliau tidak putus-putus menyedekahkan al-Fatihah kepada mangsa beragama Islam dan bertafakur untuk agama lain.
“Sebelum memulakan penerbangan, saya sempat ‘berjumpa’ dengan mereka (jenazah). Saya cakap kepada Hakimi (pembantu juruterbang MH17 Ahmad Hakimi Hanapi) dan rakan-rakan, kami akan bawa kamu balik. Kamu akan berjumpa dengan orang yang dikasihi,” katanya.
Pada penerbangan itu, Missman dibantu Kapten Bakri Othman dan Kapten Zaim Khalid serta pegawai penerbangan Yap Yoon Kong.
Ditanya apakah yang menyebabkan beliau dipilih untuk memikul tanggungjawab itu, Missman berkata ia berkemungkinan kerana MAS mahu juruterbang senior untuk mengemudi pesawat itu.
Sejak diarahkan, Missman tidak putus-putus berdoa supaya penerbangan itu berjalan lancar dan tidak menghadapi masalah.
“Alhamdulillah, doa itu dimakbulkan,” katanya.
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine.
Seramai 43 rakyat Malaysia terbunuh dalam insiden itu. – BERNAMA
TOP
Abu Mendiang Ng Shi Ing Disimpan Di Cheras
KUALA LUMPUR – Abu mendiang pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ng Shi Ing, mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dibawa pulang ke tanah air hari ini, disimpan di Pusat Xiao En Bereavement di Cheras.
Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Pemasaran Pusat Xiao En, Sally Tan berkata, abu mendiang Ng akan disimpan bersama-sama abu adik perempuannya Elisabeth Ng Lyeti yang tiba pada Jumaat lepas, sehingga jenazah anak Ng iaitu Benjamin Lee Jian Han yang berumur satu tahun dibawa pulang ke tanah air.
“Keluarga mangsa memaklumkan kepada pihak kami bahawa ketiga-tiga (abu atau mayat itu) kelak berkemungkinan akan dihantar pulang ke Muar, Johor selepas upacara keagamaan yang dijalankan di sini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu kendi yang berisi abu mendiang Ng tiba di pusat berkenaan pukul 9.41 pagi, dan dibawa sendiri oleh suaminya Lt Komander Lee Vee Weng, pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di Kota Kinabalu.
Kendi abu mendiang Ng yang dibaluti bendera Malaysia itu kemudiannya diiringi dua orang sami Buddha sambil dibacakan mantera mengikut adat dan kepercayaan agama itu.
Kira-kira 10 orang anggota keluarga dan sahabat handai hadir, manakala 50 kakitangan pusat berkenaan dan sukarelawan Young Buddist Association (YBAM) turut memberi penghormatan dengan berbaris di sepanjang laluan menghala ke tempat penyimpanan abu.
Ng yang merupakan pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan Jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), UMS menghadiri persidangan di University of Antwerp, Belgium untuk membentangkan kertas kerja sebelum dijadualkan pulang bersama-sama adik dan anaknya dengan menaiki pesawat malang itu.
Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah mangsa MH17 iaitu 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas.
Pada hari ini, kumpulan kedua melibatkan tiga mangsa tragedi dengan dua daripadanya termasuk mendiang Ng diberi penghormatan dalam istiadat ringkas namun penuh penghormatan.
Satu jenazah yang dibawa balik hari ini tidak mengikuti istiadat penghormatan hari ini atas permintaan keluarga yang mahukan privasi.
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine. – BERNAMA
TOP
MH17: Lebih 1,000 Tunai Solat Jenazah Mohd Ghafar
KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 jemaah menunaikan solat jenazah penyelia penerbangan kabin pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar di Masjid Taman Indah, Ampang di sini, hari ini.
Jenazah Allahyarham yang dibawa ke masjid itu pada 10.14 pagi dari kediamannya di Taman Bukit Indah, disambut beberapa anggota 8 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sebelum diusung beberapa kakitangan MAS dan disembahyangkan pada 10.28 pagi.
Dua orang anaknya Ammar Syarif, 25, dan Afi Hazim, 14, bersama bapa saudara mereka Luqman Abdullah, 49, turut berada di saf hadapan untuk solat jenazah yang diimamkan Imam I Masjid Negeri, Shah Alam, Mohd Hata Ahmad.
Turut bersolat jenazah ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dan Ketua Umno bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo. Pada 10.44 pagi, jenazah Mohd Ghafar diusung keluar oleh beberapa kakitangan MAS sambil orang ramai berebut-rebut menyentuh keranda Allahyarham sebagai tanda penghormatan terakhir kepada mangsa sebelum dibawa masuk ke dalam van jenazah. Jenazah kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Mukim Ampang Satu, Taman Kosas untuk dikebumikan di situ. Jenazah Mohd Ghafar, 54, yang tiba pagi tadi dari Amsterdam dibawa dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke rumah keluarganya dan tiba 9.50 pagi. Seawal 8.30 pagi kawasan kediamannya mula dipenuhi kenalan dan jiran tetangga yang datang untuk menziarahi arwah. Allahyarham meninggalkan seorang isteri Normi Abdullah, 54, dan tiga anak – Sa’imah Baizura, 29, Ammar Syarif dan Afi Hazim yang juga anak kurang upaya (OKU). Allahyarham antara tiga lagi mangsa tragedi MH17 yang dibawa pulang hari ini selepas 20 jenazah dibawa pulang Jumaat lepas. Pesawat MH17, dengan 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 warga Malaysia, terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh di zon bergolak itu namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. – BERNAMA

Hari Kemerdekaan Di Perlis Disambut Sederhana
KANGAR – Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 tahun ini disambut secara sederhana di Perlis bagi menghormati mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dan MH370, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.
Azlan berkata perarakan membabitkan jabatan dan agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan politik dan pasukan keselamatan akan diadakan.
“Perarakan kali ini membabitkan berpuluh kontinjen. Seperti tahun sebelum ini, perarakan akan bermula dan berakhir di Dataran Merdeka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sebaliknya beliau berkata acara hiburan dikurangkan berikutan tragedi itu.
Menurutnya kempen mengibar Jalur Gemilang bermula 15 Ogos lepas dan bendera diedarkan kepada orang ramai pada program tertentu serta di pasar malam dan pasar hari.
“Semua jabatan dan agensi kerajaan, swasta, premis perniagaan dan orang ramai diminta mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing untuk mempamerkan semangat patriotik dan agar kehangatan sambutan tahun ini dapat dirasai,” kata Azlan. – BERNAMA
TOP
Perwakilan Tegur PKR Tidak Menyerlah Isu Palestin
SHAH ALAM: Perwakilan PKR dari Terengganu menegur partinya yang agak kebelakang dalam menangani isu umat Islam di Palestin berbanding rakan mereka iaitu PAS.
Wakilnya Azlan Che Mat berkata, PKR harus bersama-sama dengan rakan Pakatan Rakyat dalam isu Palestin yang mendapat perhatian seluruh dunia.
“Mungkin kita ada bersama tetapi tidak menyerlah seperti PAS. PAS cerdik, dia dah ke depan kita masih di belakang sedikit.
“Sepatutnya dalam hal ini, kita kena lancar tabung untuk Gaza dalam kongres hari ini,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul antarabangsa yang dikemukakan oleh Angkatan Muda Keadilan Pusat di Kongres Keadilan PKR ke-10 semalam.
Terdahulu, wakil AMK menyifatkan keganasan dan jenayah bukan sahaja berlaku di negara Islam bahkan ianya telah lama berlaku kepada Ketua Umun PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tahun 2008. – HARAKAHDAILY
TOP
Pekerja Kantin MRSM Kuala Lipis Dikhuatiri Lemas
KUANTAN – Seorang pekerja kantin Maktab Rendah Sains Mara Kuala Lipis dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan hilang semasa menjala ikan dengan beberapa rakan di Sungai Tanjung Sekawin, Kuala Lanar dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata polis menerima laporan berhubung insiden itu pada kira-kira 7.35 malam.
Katanya, menurut rakannya, Marzuki Mat, 34, berasal di Taman Sri Maulana, Pekan telah terjatuh dan terus hilang semasa mereka sedang menjala dari tebing di kawasan lubuk di sungai itu.
Operasi mencari dan menyelamat terdiri daripada 49 anggota daripada pelbagai agensi iaitu polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung dijalankan sejak 8 pagi ini.
“Isteri dan keluarga mangsa juga sudah dimaklumkan dan turut berada di lokasi kejadian,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. – BERNAMA
TOP
Lelaki Berpakaian Seperti Wanita Cabar Russia
MOSCOW – Cinta memang tidak mengenal sesiapa, termasuk jantina dan kegilaan nafsu.
Di Russia, negara yang mengharamkan perkahwinan sejenis dan menganggap amalan itu sebagai penyakit mental, sepasang suami isteri semalam melafazkan ikrar untuk bersama ketika pengantin lelaki berpakaian seperti wanita.
Ia dianggap satu daripada perkahwinan paling kontroversi di negara berkenaan.
Namun, pasangan Dimitriy Kozhuhov, 23, dan Ellison Brux, 21, mempunyai cara tersendiri untuk membolehkan ‘cinta’ mereka disempurnakan.
Kozhuhov kini dikenali sebagai Alina Davis kerana bermekap serta berpakaian seperti wanita.
Dalam keadaan begitu, ketika mereka disahkan sebagai ‘suami isteri’ hadirin melihat ada dua pengantin perempuan bergaun melalui detik menggembirakan.
Kozhuhov mengaku dia gemar berperwatakan serta bermekap seperti wanita dan keadaan itu menimbulkan kekeliruan kepada banyak pihak.
Namun, kata Kozhuhov, dia dan Ellison amat mencintai satu sama lain.
“Kami juga tidak menghadapi masalah ketika menghantar permohonan perkahwinan kepada pejabat pendaftar walaupun kami menjangkakan masalah akan berlaku,” katanya. Selepas melalui urusan pendaftaran, kata Kozhuhov, dia dihubungi ketua pejabat pendaftar dan diberi ingatan berkali-kali supaya dia tidak memakai gaun ketika dikahwinkan. Kata Kozhuhov, undang-undang Russia menetapkan hanya lelaki boleh berkahwin dengan wanita. Perkahwinan di Pejabat Pendaftar Kutuzovsky Prospekt itu kemudian tetap berlangsung dengan kedua-duanya hadir berpakaian gaun pengantin. Namun, ia tidak berjalan tanpa halangan. Pada peringkat awal Kozhuhov dan Ellison dilarang masuk melalui pintu depan, sebaliknya terpaksa ‘diseludup’ melalui pintu belakang. Kata Ellison, ketua pejabat berkenaan cuba menyembunyikan mereka kerana ia akan memalukan masyarakat setempat. Akhirnya, selepas dibawa masuk melalui pintu belakang, Kozhuhov dan Ellison dikahwinkan di pejabat berkenaan. “Kini saya gembira kerana gambar perkahwinan kami dikongsi dan dibincangkan. “Saya berharap kami dapat memberi inspirasi kepada pasangan lain untuk mencabar undang-undang ketat ini dan berkahwin secara terbuka,” katanya.- Agensi

Azwan Ali Kutuk Melayu, Sharnaaz Beri Amaran Di Instagram
NAMPAKNYA ‘perang’ antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan pengacara Azwan Ali belum menampakkan tanda-tanda akan berakhir.
Semalam, menerusi akaun Instagramnya, Sharnaaz sekali lagi memuatnaik ‘screenshot’ status Twitter Azwan yang menyebut, pembantu peribadinya yang telah menyekat sebahagian pengikut yang disifatkannya sebagai ‘jijik’ dan ‘ahli neraka’.
Pengacara itu juga dengan bangganya menyatakan bahawa pembantu peribadinya bergaji RM3,000.
Bagaimanapun, apa yang menaikkan kemarahan Sharnaaz ialah hashtag #MELAYULAKNATULLAHMSIA yang digunakan oleh Azwan dalam statusnya itu.
Berikut merupakan kenyataan pelakon itu:
“Salam Khas buat bro @divaazwanavazz Sy tak pernah kisah awk nak selfie camana pun, tapi ingat, perkataan yg lahir dari mulut pinjaman awak tu dah menguris hati Org Melayu.. Anak melayu jangan diusik degan perkataan menghina bang, cilaka badan bang..
Abg nak maki saya saya tak akan maki abang balik, sebab abg lagi tua dari saya, saya dah takde hormat kat abg, saya doakan abg yg baik baik, takde niat nak aibkan bro, TETAPI kalau MELAYU bro jentik, waspadalah bang, sebab sekelilingmu ada lah org org MELAYU..
*kepada yg nak komen tak elok baik hentikan, doa yg baik, bukan aibkan dia yg sedia ter-aib.. *kepada sesiapa org MELAYU nak menyokong dia silakan, saya tarik hormat saya pada anda sebagai melayu. *Bukan taknak tegur cara senyap, sebab cara senyap akan bertukar tak senyap jugak bila sampai ke tangan azwan.. Ini bukan soal jantina, aib, personal, INI SOAL BANGSA MELAYU YG DI INJAK KEDAULATAN!! MOHON MAAF PADA MELAYU SEBELUM TERLAMBAT BANG”
Jika anda mengikuti Instagram Sharnaaz, dia sememangnya sudah memberi ‘amaran’ supaya tidak sekali-kali menghina bangsa Melayu.
Tapi, kalau ikut pengamatan kami, Azwan bukanlah seorang yang mudah menerima teguran, apatah lagi yang berbentuk amaran sepert ini.
Sudahnya nanti, pengacara yang kononnya mempunyai jutaan pengikut itu akan membalasnya dengan maki-hamun di laman sosial.
Hmm, nak cakap apa lagi…?

Hari Berkabung: 2 Stesen Radio Kurang Ajar Akan Dihukum
Dua stesen radio didapati tidak sensitif dan bertindak kurang ajar dengan tidak mengambil bahagian ketika seluruh negara bertafakur selama seminit pada Hari Perkabungan Negara kelmarin.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya kini menunggu laporan penuh isu itu yang disifatkan beliau sebagai tidak sensitif dan biadap.
Hanya dua stesen berkenaan daripada keseluruhan 38 stesen radio di negara ini yang tidak mematuhi peraturan pada Hari Perkabungan Negara.
Pihak kementerian sedang membuat pertimbangan mengenakan hukuman yang sesuai kepada stesen radio berkenaan.
Sehingga saat ini, tidak diketahui stesen radio yang mana yang dikatakan tidak mematuhi Hari Perkabungan Negara itu dan Mynewshub.my akan cuba membuat intai-intai stesen radio mana yang dimaksudkan.
Kelmarin, 20 jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) MH17 yang terhempas di Donetsk, Ukraine.
Jenazah yang terdiri daripada semua warga Malaysia itu tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLI) disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada istiadat itu, seluruh negara berkabung dengan bertafakur selama satu minit selepas selesai kesemua jenazah dimasukkan ke dalam kenderaan membawa jenazah.
Tindakan dua stesen radio itu memang tidak boleh dimaafkan kerana bersifat kurang ajar di saat orang ramai dan ahli keluarga mangsa nahas MH17 bersedih menerima kepulangan jenazah yang diberi penghormatan negara oleh kerajaan.
Kalau boleh, elok ditutup sahaja kedua-dua stesen radio berkenaan yang jelas menguntungkan rating dan pengaruh daripada orang ramai daripada menghabiskan hanya sedikit masa untuk bersama-sama rakyat Malaysia bersatu dalam kedukaan. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Johan Raja Lawak Nafi Minta Bayaran Untuk Sesi Temubual
MENGARUT. Itulah jawapan Johan Raja Lawak apabila diajukan persoalan mengenai gosip kononnya dia meminta bayaran untuk sesi temubual.
Memetik laporan Murai.com, dia berkata yang dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu dan ia sama sekali tidak benar.
Ujarnya lagi, dakwaan itu timbul mungkin kerana intonasi dan percakapannya telah disalah ertikan.
“Kadang-kadang tu bila orang tanya, jawapan saya itu bergantung pada keadaan dan juga tempat.
“Mungkin orang macam saya ini percakapannya banyak di salah ertikan, adakalanya kita melawak tetapi mereka anggap itu serius,” jelasnya.
Ada benarnya apa yang dikatakan Johan itu.
Takkanlah kalau setakat temubual biasa pun perlu bayaran?
Kalau begitu, memang takkan ada publistilah untuk Johan, tak gitu?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Ugut Bunuh Diri Bajet Dapat Belas Kasihan Orang Ramai..Tapi...
CHONGQING - CHINA. Seorang lelaki, Gong Tseng,30, menjadikan sepupunya, Cui Meng, 29 sebagai tebusan dengan meletakkan pisau di lehernya.
Namun, insiden ini telah memalukan Gong Tseng. Setelah dia melepaskan sepupunya, dia meletakkan pisau dilehernya sebagai ugutan untuk membunuh dirinya pula, ingin orang ramai yang melihat aksinya merasa belas kasihan pada dirinya.
Tetapi, sebaliknya berlaku. Melihat aksi dramatik itu, penonton menjerit "Cepatlah, kami tak ada masa ni", menyuruh Gong Tseng bunuh diri.
Kejadian itu berlaku setelah keluarga mereka bergaduh.
Difahamkan, tebusan membuat panggilan telefon untuk meminta tolong datuknya untuk memujuk Gong Tseng melepaskannya.
Gong Tseng akhirnya mengalah dan ditahan oleh pihak polis. - SiakapKeli.com

Allahyarham Mohd Ghafar Rajin Solat Jemaah
SEPANG – Penyelia penerbangan kabin Malaysia Airlines (MAS) Allahyaram Mohd Ghafar Abu Bakar antara anak kapal yang mula melakukan aktiviti solat jemaah bersama-sama anak kapal di luar negara, kata rakan karibnya Nadzri Hassan.
Nadzri, 57, yang juga penyelia penerbangan berkata kebiasaannya bila mereka terbang bersama, beliau akan jadi imam manakala Mohd Ghafar menjadi jemaah.
“Bila terbang bersama kebiasaannya kami dapat bilik masing-masing dan selalu kami berkongsi bilik dan bilik yang tidak diduduki akan dijadikan tempat untuk solat berjemaah,” katanya ketika ditemui di luar Kompleks Bunga Raya di sini hari ini.
Beliau yang mengenali rapat Mohd Ghafar sejak 1981 semasa mula berkhidmat dengan MAS menyifatkan rakannya itu sebagai seorang yang kelakar, taat kepada agama dan tidak kedekut ilmu.
Sementara itu seorang anak kapal, Fatima Bibi Mira Maiddin, 38, menyifatkan Mohd Ghafar sebagai seorang ketua yang baik kepada semua tidak kira pangkat.
“Beliau melayan semua orang sama rata, Mohd Ghafar juga seorang ketua yang suka berjenaka,” katanya yang telah mengenali Mohd Ghafar selama 10 tahun.
Jenazah Mohd Ghafar merupakan antara tiga jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 yang tiba di Malaysia hari ini dan jenazah diberi penghormatan dalam istiadat ringkas namun penuh hormat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Pada Jumaat, jenazah 20 rakyat Malaysia yang dibawa pulang ke tanah air dalam 17 keranda dan tiga kendi berisi abu mayat diberi penghormatan mengikut adat istiadat tentera – julung kali diberikan kepada orang awam dalam sejarah negara ini – dan diurus dengan amat teliti dalam istiadat penuh hormat.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Pramugari Ernee Hasnita Malik sebak sebaik sahaja kenderaan jenazah membawa jenazah Mohd Ghafar melintas di hadapannya.
Secara automatik, beliau mengimbas semula kenangan bersama-sama Mohd Ghafar, yang disifatkan sebagai sangat peramah dan tidak kedekut untuk ‘menurunkan ilmu’ sejak dirinya menyertai syarikat penerbangan MAS pada 1999.
“Beliau tidak pernah lupa memberikan tunjuk ajar dan sentiasa mengingatkan kami untuk bersolat semasa sedang bertugas,” katanya semasa ditemui selepas istiadat penghormatan jenazah.
Ernee Hasnita, 41, menambah kali terakhir mereka bertugas bersama-sama adalah Ogos tahun lalu, iaitu untuk operasi menyelamat membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir ekoran pergolakan di negara itu.
Bagi pramugari Rosmizar Asmim, 45, beliau tidak melepaskan peluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Mohd Ghafar, meskipun baru pulang daripada bertugas dalam pesawat ke London pada Sabtu.
Beliau menyifatkan Mohd Ghafar lebih sebagai abang kepada semua kru MAS, meskipun memegang jawatan lebih tinggi daripada mereka.
Arwah juga sangat prihatin dengan kebajikan anak buah, dan sering bertanya kepada kru seliaannya jika mereka telah makan sebelum memulakan tugas, tambahnya.
“Dia adalah yang terbaik. Tidak ada sesiapa yang boleh menggantikan arwah….” katanya yang tidak dapat menghabiskan ayat kerana terlalu sedih. – BERNAMA
TOP
Cermin Kereta Pemain Bola Norfarhan Dipecah, Beg Lesap
CERMIN kereta Mini Cooper milik penyerang pasukan Terengganu, Mohd Nor Farhan Mohammad, 30, dipecahkan ketika dia dan isterinya, Nik Suhaida Megat Deraman, 30, serta anak mereka, Muhammad Adeel Haqeem, 3, berhenti sarapan di Gerai Nasi Dagang di Kampung Chendering dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Mohd Nor Farhan atau lebih dikenali dengan panggilan Ben10 dalam kalangan peminat skuad Penyu, mengalami kerugian lebih RM15,000 apabila beg milik isterinya yang mengandungi barang kemas dan wang tunai lesap.
Menurutnya, selesai bersarapan dan membungkus juadah di situ, dia menuju ke keretanya yang diletakkan kira-kira 50 meter dari kedai makan berkenaan dan terkejut apabila mendapati cermin sebelah kiri tempat duduk penumpang belakang pecah.
Katanya, apabila memeriksa di tempat duduk belakang, dia mendapati beg galas milik isterinya yang mengandungi seutas gelang bernilai RM12,000 dan wang tunai RM2,000 hilang.
“Selain itu gelang dan wang tunai, ada beberapa dokumen penting di dalam beg itu seperti kad pengenalan, MyKid anak, lesen memandu dan kad bank. Saya kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Chendering kira-kira jam 10.11 pagi.
“Kejadian ini memang mengejutkan kami sekeluarga kerana sebelum ini kita hanya mendengar berita kes sebegini berlaku dan percaya berkemungkinan suspek sudah mengekori saya sebelum bertindak memecahkan cermin kereta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di Perumahan KP Perdana Fasa (1) Kampung Kubang Parit, dekat sini, semalam.
Mengakui masih terkejut dengan insiden itu, Mohd Nor Farhan berharap ia tidak akan menjejaskan aksinya di atas padang dan akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan bertemu Perak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah esok (malam ini).
“Walaupun ini kejadian pertama menimpa saya, tetapi saya akan berusaha mengetepikan masalah ini seketika dan akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pasukan kerana perlawanan malam esok (malam ini) cukup penting buat Terengganu dalam usaha mencari kemenangan kedua,” katanya.- SINAR HARIAN
TOP
MH17: Satu Lagi Mangsa Warga Malaysia Dikenal Pasti
SEPANG – Satu lagi mangsa terbaharu warga Malaysia dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dikenal pasti dan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 31, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.
Beliau berkata kerajaan sedang mengatur untuk membawa balik kumpulan ketiga jenazah mangsa MH17 pada 30 Ogos.
“Kami akan terus mengemas kini maklumat kepada orang awam untuk ketibaan jenazah dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi bagi kumpulan kedua MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.
Ditanya sama ada usaha membawa pulang kesemua mangsa warga Malaysia boleh dilakukan sebelum Hari Malaysia pada 16 Sept, Liow berkata ia masih tidak dapat disahkan lagi kerana perlu mendapat pelepasan daripada pihak Belanda.
“Kita masih tidak boleh mengesahkan lagi. Kita tidak tahu sama ada pihak Belanda boleh mengenal pasti kesemua jenazah,” katanya.
Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas.
Hari ini, kumpulan kedua melibatkan tiga mangsa tragedi tiba di tanah air, dan dua daripadanya diberi penghormatan dalam istiadat ringkas namun penuh penghormatan.
Bagaimanapun satu jenazah yang dibawa balik hari ini tidak mengikuti istiadat penghormatan atas permintaan keluarga yang mahukan privasi.
Liow berkata kerajaan menghormati permintaan waris dan keluarga yang mahukan privasi dan tidak terlibat dalam istiadat penghormatan.
“Kami sedar terdapat keluarga yang mahukan privasi…Apa yang kami aturkan adalah mengikut permintaan keluarga,” katanya.
Liow berkata kos pengurusan membawa pulang jenazah warga Malaysia dibiayai Malaysia Airlines.
Pesawat MH17, dengan 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 warga Malaysia, terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh di zon bergolak itu namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. – BERNAMA
TOP
Calon CEO GLC Dan GOC Harus Lalui Tapisan Keutuhan – LPPR
KUALA LUMPUR – Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) mengesyorkan agar nama-nama calon yang dicadangkan mengisi jawatan penting seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di GLC dan Syarikat Milik Kerajaan (GOC) harus dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melalui proses Tapisan Keutuhan.
Pengerusi LPPR, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata, langkah itu bertujuan bagi memastikan calon berkenaan mempunyai rekod perkhidmatan yang bersih dan bersahsiah, berintegriti dan bebas dari jenayah rasuah dan selari dengan proses tapisan yang dilalui oleh peringkat lain pegawai perkhidmatan awam.
Ia merupakan satu daripada lima syor dalam Ulasan LPPR 2013 kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) pada yang diserahkan kepada JKMR pada 12 Ogos lalu.
Empat syor lagi adalah seperti berikut;
i) Salah Laku Penjawat Awam
Penubuhan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan Peguam Negara adalah usaha proaktif dan signifikan bagi membendung isu ketirisan dan kelemahan pengurusan kewangan seperti yang dibentangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2013.
Justeru, LPPR juga menekankan keperluan mewujudkan undang-undang khas bagi menangani salah laku penjawat awam yang membelakangi peraturan serta kepentingan awam.
ii) Kesalahan Di Bawah Liabiliti Korporat
LPPR juga mendapati salah satu kelemahan dalam undang-undang sedia ada ialah ketiadaan peruntukan khusus berhubung liabiliti korporat. Peruntukan ini perlu bagi memastikan syarikat tidak terlepas daripada pendakwaan dan hukuman walaupun rasuah dilakukan oleh kakitangan atau ejennya, selain turut meluaskan kuasanya kepada sektor swasta, dan bukannya semata-mata terhadap sektor awam.
iii) Tindakan Tatatertib Bagi Kesalahan Rasuah
LPPR mengambil maklum mengenai isu keengganan / kelewatan mengambil tindakan tatatertib oleh Lembaga Tatatertib sesuatu Kementerian atau Jabatan kerajaan serta hukuman yang tidak setimpal yang dikenakan terhadap seseorang pegawai awam yang terlibat dengan kesalahan rasuah. LPPR mencadangkan mana-mana penjawat awam yang didapati bersalah atas pertuduhan tatatertib dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan bagi mewujudkan elemen pencegahan.
iv) Pemakaian Rakaman VIR
LPPR mengesyorkan rakaman di Bilik Temu Bual Bervideo (VIR), salah satu inisiatif program transformasi SPRM, yang mengandungi rakaman percakapan pihak yang disiasat atau saksi diterima pakai sebagai keterangan di mahkamah.
“LPPR yakin bahawa dengan strategi yang tepat dan komitmen yang tidak berbelah bagi, SPRM akan menjadi sebuah agensi pencegahan rasuah yang berwibawa serta disegani,” kata Zaitun lagi.
LPPR merupakan salah satu daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.
Mengulas lanjut, Zaitun berkata, LPPR menyokong langkah perubahan dan penambahbaikan yang dilaksanakan untuk mengukuhkan dasar, peraturan, struktur, proses serta modal insan yang melonjakkan prestasi SPRM dan memantapkan operasinya.
Katanya, tanggungjawab mencegah jenayah rasuah dan penyelewengan kuasa merupakan amanah yang berat dan memerlukan dedikasi serta komitmen yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak.
“LPPR mengalu-alukan kerjasama dan sokongan padu semua pihak bagi membantu SPRM dalam usahanya mencegah jenayah rasuah demi memperkukuhkan integriti negara dan
meletakkan Malaysia di kalangan negara yang maju dan berwibawa,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan, hari ini.
Kenyataan ini dikeluarkan sempena penyerahan Ulasan LPPR 2013 kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) pada 12 Ogos 2014. JKMR dan LPPR merupakan dua daripada lima entiti mekanisme check and balance yang memantau perjalanan SPRM sejak ia dibentuk pada tahun 2009.
Menurut Zaitun, LPPR sedia maklum bahawa penambahbaikan yang dilaksanakan di bawah program transformasi telah memberi impak yang jelas, antaranya, kadar sabitan kes rasuah telah meningkat dari 54 peratus pada tahun 2009 kepada 84 peratus pada tahun 2013, sekali gus melebihi standard sabitan antarabangsa.
Ia menunjukkan SPRM berjaya mengekalkan sabitan kes rasuah lebih 80 peratus buat tahun kedua berturut-turut.
Selain itu, pengiktirafan antarabangsa yang diterima oleh SPRM melakar kejayaan SPRM pada tahun 2013. Penilaian Pejabat PBB Berkenaan Dadah dan Jenayah (UNODC) berhubung pematuhan Malaysia ke atas Konvensyen PBB Mengenai Pencegahan Rasuah (UNCAC) telah mengiktiraf 23 amalan baik dan kejayaan usaha memerangi jenayah rasuah.
Zaitun berkata, pemilihan Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM, sebagai Naib Presiden International Association of Anti-Corruption Authorities (IAACA) juga menunjukkan SPRM semakin dikenali di mata dunia dan diiktiraf masyarakat antarabangsa.
Kedudukan Malaysia di tangga ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun 2013 berbanding tangga ke-60 pada tahun 2012 menunjukkan keyakinan masyarakat dalam dan luar negara terhadap usaha membanteras rasuah semakin bertambah baik, kata beliau.
Pada tahun 2013, LPPR juga telah mengadakan perjumpaan dengan pelbagai pihak antaranya Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, ahli politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan untuk membawa pelbagai isu SPRM yang mana menunjukkan usaha dan sokongan padu LPPR terhadap usaha membanteras rasuah yang dilaksanakan SPRM.

SPDP Semakin Kukuh Dan Berkembang, Kata Tiong
KUCHING – Pemangku Presiden, Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri Tiong King Sing berkata parti berusia 11 tahun itu semakin kukuh dan berkembang walaupun ditinggalkan oleh bekas Presidennya, Tan Sri William Mawan Ikom.
“Walaupun bekas presiden kami (Mawan) telah meninggalkan parti tetapi anggota parti masih utuh dan malah semakin meningkat kerana kami menerima lebih ramai anggota baharu daripada semua bahagian parti ini di seluruh negeri,” kata Tiong pada majlis Malam Perpaduan SPDB Bahagian Bengoh di Kota Padawan dekat sini malam tadi.
Tiong yang juga anggota Parlimen Bintulu dan duta khas bertaraf menteri ke Asia Timur berkata sejak penubuhannya SPDP sentiasa kuat dan bersatu di bawah komponen parti Barisan Nasional (BN), dan menambah akan selamanya begitu.
Beliau berkata tiada siapa yang mengusir Mawan daripada parti itu, dan menambah beliau meninggalkan SPDP atas kemahuannya sendiri dan tiada siapa tahu kenapa beliau berbuat demikian.
Sehubungan itu beliau menasihatkan pemimpin parti dan anggotanya agar sentiasa menunjukkan kesetiaan kepada parti dan BN, serta tidak meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan parti.
Tiong menyeru semua anggota SPDP di kawasan Bengoh agar memberi sokongan penuh kepada calon BN dalam pilihan raya negeri akan datang.
“Bengoh bukan kerusi kita tetapi kita mempunyai tanggungjawab untuk menyokong calon BN di kawasan ini,” katanya dan menambah SPDP, Parti Rakyat Sarawak dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak bergabung minda untuk bekerjasama bagi kemenangan BN.
Mawan, yang juga Menteri Pembangunan Sosial negeri, menerajui SPDP sejak penubuhannya pada November 2002 tetapi meninggalkan parti itu tahun ini untuk menerajui parti baharu – Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) – bersama-sama
empat lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) SPDP iaitu Datuk Peter Nansian (Tasik Biru), Datuk Sylvester Entrie (Marudi), Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) dan Rosey Yunus (Bekenu).
Mawan yang juga anggota Parlimen Seratok dan Adun Pakan, berkata beliau bukan kapten yang mengorak langkah meninggalkan kapal tetapi berhadapan pemberontakan (dalam parti).
Anggota Parlimen Mas Gading, Anthony Nogeh yang berucap pada majlis itu berkata keanggotaan SPDP meningkat dan mendakwa parti itu mendapat sokongan padu daripada masyarakat Foochow. – BERNAMA
TOP
DUN Kelantan Umum Kekosongan Kerusi DUN Pengkalan Kubor
KOTA BHARU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini mengumumkan kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubor berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, minggu lalu, di China, akibat barah hati.
Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya’kub, berkata pengumuman itu dilakukan selepas DUN negeri menerima surat rasmi kematian Allahyarham, pagi ini.
“DUN Kelantan terima surat rasmi dari Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang menghantar surat kematian Allahyarham Noor Zahidi.
“Dengan penerimaan surat ini, saya dengan rasmi mengumumkan kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubor (N01),” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, sebentar tadi.
Katanya, satu surat rasmi dari pejabat DUN Kelantan akan dihantar ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kekosongan kerusi berkenaan. – BH Online
TOP
Jaringan Lewat Giroud Ikat Everton-Arsenal 2-2
LIVERPOOL – Olivier Giroud meledak gol penyamaan dramatik bagi Arsenal untuk mengikat kedudukan seri 2-2 dengan Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park, awal pagi tadi.
Skuad Arsene Wenger dilihat seolah-olah menghampiri kekalahan pertama musim ini selepas hilang tumpuan pada separuh masa pertama apabila Everton selesa mendahului dengan 2-0.
Penyerang tuan rumah, Seamus Coleman dan Steven Naismith memastikan Everton di depan bagi dua perlawanan permulaan musim ini dengan sentuhan bergaya.
Namun, The Gunners bangkit untuk menguasai aksi pada separuh masa kedua apabila Aaron Ramsey merembat pada jarak dekat ketika lima minit lagi perlawanan tamat.
Tandukan penyerang Perancis, Olivier Giroud pada minit terakhir perlawanan menyaksikan Arsenal berkongsi satu mata dengan Everton yang gagal menggunakan kesempatan di gelanggang sendiri untuk mengaibkan Arsenal. – AFP
TOP
1,500 pekerja Nepal mogok 36 jam
JOHOR BAHRU - Kira-kira 1, 500 pekerja asing sebuah kilang elektronik warga Nepal mogok hampir 36 jam apabila mendakwa majikan telah mengabaikan rakan mereka yang mengalami masalah kesihatan sehingga meninggal dunia.
Keadaan bermula tegang sejak Khamis lalu selepas kematian seorang pekerja lelaki warga Nepal mengakibatkan pekerja lain yang berasal dari negara terbabit enggan bekerja, malah turut bertindak ganas.
Kumpulan mogok terbabit bertindak merosakkan pelbagai barangan di bangunan asrama yang turut menempatkan pekerja asing daripada pelbagai negara.
Pengarah eksekutif syarikat berkenaan yang dikenali sebagai Datuk Tan berkata, pekerja Nepal bertindak di luar kawalan selepas berlaku salah faham sehingga menyebabkan pekerja asing dari negara lain tidak dapat bekerja selepas asrama pekerja turut dikepung.
“Ia berpunca daripada kekeliruan disebabkan rakan mereka yang meninggal dunia itu masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun. Jadi mereka salah sangka dan beranggapan syarikat mengabaikan kebajikan si mati termasuk tidak dibayar gaji.
“Memang benar lelaki terbabit baru bekerja setahun dan setiap pekerja asing mempunyai tiga tahun kontrak. Namun pihak syarikat tetap membayar gaji si mati termasuk memberikan pampasan,” katanya.
Disebabkan insiden itu, pihak syarikat menanggung kerugian kira-kira RM500, 000 disebabkan operasi di bahagian pengeluaran tergendala selain menanggung kerosakan di kawasan asrama pekerja.
Selain merosakkan barangan di asrama, kumpulan mogok juga merosakkan pondok pengawal keselamatan selain sebuah van yang berada di kawasan itu juga terbalik selepas kumpulan berkenaan semakin bertindak berani.
Bagaimanapun, Tan berkata, insiden berkenaan berakhir selepas pihak syarikat mengadakan perbincangan dengan wakil pekerja warga Nepal bagi menjelaskan kekeliruan.
Beliau turut menafikan pihak syarikat telah membiarkan pekerja Nepal yang mengalami sakit dada itu sehingga meninggal dunia.
"Kita memberi bantuan kepada pekerja Nepal itu termasuk menghantarnya ke hospital sebelum meninggal.
“Selepas pihak kita menjelaskan perkara sebenar, pekerja warga Nepal tersebut akur dan turut berjanji akan kembali bekerja pada shif jam 7 malam ,” katanya. - Sinar Harian
TOP
DiGi syarikat tunggal Malaysia dalam Forbes
DIGI.COM BHD (DiGi) kini tersenarai dalam 100 Syarikat Paling Inovatif di Dunia 2014 oleh majalah Forbes.
Dalam satu kenyataan medianya, DiGi memaklumkan, ia adalah satu-satunya syarikat Malaysia dan pengendali telekomunikasi dari Asia yang terpilih ke dalam senarai itu.
Menurutnya, sebanyak 22 syarikat Asia memasuki senarai itu tahun ini dengan Jepun muncul pendahulu menerusi lapan syarikat, diikuti China enam syarikat, India lima syarikat dan masing-masing satu dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.
“Syarikat dari Amerika Syarikat (AS) menguasai senarai itu dengan 39 syarikat termasuk beberapa jenama terkenal dunia seperti Salesforce, Amazon.com, Netflix, MasterCard, Starwood Hotels dan Procter & Gamble.
“Ini kali kedua DiGi diiktiraf dalam senarai Forbes yang mana pada 2012, syarikat itu diiktiraf sebagai satu daripada 50 syarikat awam Asia Pasifik yang mencatat perdagangan terbaik dan dimasukkan dalam senarai Forbes untuk 50 syarikat terbaik Asia,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif DiGi, Lars Norling, berkata inovasi ialah satu daripada ciri utama syarikat dan sebahagian besar pertumbuhan yang dicatatnya adalah hasil daripada keupayaannya yang konsisten.
“Sejak beberapa tahun lalu, kami sudah mendapat pengiktirafan bukan hanya sebagai satu daripada jenama pilihan di Malaysia, tetapi juga secara konsisten memacu pertumbuhan menerusi inovasi,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi DiGi merangkap Ketua Telenor Group untuk Asia, Sigve Brekke, berkata untuk memperoleh penguasaan pasaran dalam sebuah negara yang memiliki kadar penembusan mudah alih yang begitu tinggi memerlukan tumpuan berterusan terhadap kehendak pasaran berteraskan budaya yang menjurus ke arah inovasi.
“DiGi memiliki kedua-duanya dan bersaing dalam pasaran telekomunikasi Malaysia dengan konsisten, memacu pertumbuhan untung dan pemikiran inovatif dalam budaya syarikat,” katanya.
Syarikat dalam senarai itu disusun kedudukannya berdasarkan kelebihan daripada aspek inovasi, yang mengukur sejauh mana pasaran saham menjangkakan sesebuah syarikat akan tampil dengan idea segar, bagaimana ingin menjana wang dan mengatasi prestasi perniagaan sedia ada mereka dalam tempoh beberapa tahun akan datang. - Sinar Harian
TOP
Tidak sensitif, 2 stesen radio tidak bertafakur
KOTA BHARU – Kementerian Komunikasi dan Multimedia kini sedang menunggu laporan berkenaan dua stesen radio tempatan yang didakwa gagal mengikut cadangan bertafakur selama seminit pada Hari Perkabungan, semalam.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dua stesen radio tersebut tidak termasuk 36 stesen yang turut serta dalam istiadat penghormatan sebaik sahaja 20 jenazah tragedi MH17 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Kita masih menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung dua stesen radio tersebut.
“... mungkin SKMM boleh beri peringatan kepada mereka kerana tindakan yang dilihat tidak sensitif terhadap suasana itu.
“Selain itu kita mahu tahu apa masalah mereka sehingga seminit yang dicadangkan untuk bertafakur seluruh negara itu gagal dituruti mereka,” katanya.
Beliau hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kota Bharu kali ke-20 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Chat tadi yang turut dihadiri seluruh kepimpinan Umno bahagian itu.
Semalam, jenazah 20 daripada 43 rakyat Malaysia, yang terkorban dalam nahas MH17, tiba di tanah air dengan disambut penuh rasa pilu dan hiba, selepas 37 hari tragedi itu berlaku di Ukraine. - Sinar Harian- mstar
TOP
Beri Peluang Lebih Ramai Generasi Muda Sertai Kabinet
KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin menyarankan agar kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi lebih banyak peluang kepada generasi muda yang berusia bawah 40 tahun menyertai kabinet.
Beliau berkata golongan muda harus mempunyai platform bagi membolehkan mereka menunjukkan bakat dalam arena politik kerana ia membantu membentuk pemikiran parti mengikut cara baharu.
Selain itu, langkah ini boleh membantu parti menjadi lebih mesra kepada generasi muda, katanya pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia kelapan bertema ‘Malaysia Getting On or Getting By’ di sini hari ini.
“BN harus memberi lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk mendapat pendedahan dalam perkara ini agar negara mempunyai pemimpin yang berkebolehan pada masa depan,” katanya. – BERNAMA
- mstar
TOP
Tiga Jenazah Mangsa MH17 Selamat Tiba Di KLIA
SEPANG – Pesawat komersial MH19 yang bawa tiga jenazah mangsa nahas MH17 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di sini dari Schiphol, Amsterdam, jam 6.53 pagi tadi.
Kumpulan kedua jenazah itu adalah terdiri daripada penyelia penerbangan kabin MH17, Mohd Ghafar Abu Bakar dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ng Shi Ing manakala identiti jenazah ketiga tidak didedahkan atas permintaan ahli keluarga.
Difahamkan ketiga-tiga jenazah diletakkan di dalam keranda dan dua kandi yang berisi abu mayat. – BH Online
TOP
MH17: Suasana Pilu Sambut 2 Lagi Jenazah Pagi Ini
SEPANG – Suasana sedih dan pilu menyelubungi pekarangan Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini apabila keranda diliputi bendera Jalur Gemilang kelihatan, sebaik pintu pesawat dibuka tepat jam 8.32 pagi.
Jenazah kumpulan kedua itu adalah Penyelia Penerbangan Kabin pesawat MH17, Mohd Ghafar Abu Bakar dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ng Shi Ing yang disambut penuh terhormat pada upacara Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang bermula pada jam 8.26 pagi tadi.
Lapan anggota pengiring Tentera Diraja Malaysia yang lengkap memakai pakaian seragam putih mengiringi keranda dan bekas abu mayat ke kenderaan jenazah dengan penuh adat istiadat ketenteraan sambil diperhatikan dengan perasaan sebak oleh ahli keluarga mangsa dari kejauhan.
Selesai majlis penghormatan terakhir kepada jenazah, tempoh bertafakur selama seminit diumumkan serentak di seluruh negara tepat jam 8.41 pagi dengan tetamu yang berada di landasan Kompleks Bunga Raya juga turut tunduk bertafakur mengikut kepercayaan agama masing-masing.
Cuaca cerah yang menerangi langit pagi ini, melancarkan upacara penghormatan di landasan kompleks berkenaan, sebelum jenazah dihantar ke lokasi persemadian terakhir.
Difahamkan, jenazah Allahyarham Mohd Ghafar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang, Selangor manakala abu mayat mendiang Ng akan dibawa ke Xiao En Bereavement Care Sdn Bhd, di Cheras, Kuala Lumpur.
Sementara itu, identiti jenazah ketiga tidak didedahkan atas permintaan pihak keluarga, dan difahamkan jenazahnya dibawa terus ke kediaman keluarganya.
Dua jenazah berkenaan adalah antara tiga jenazah yang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tepat jam 6.53 pagi tadi menerusi penerbangan komersial MH19 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Belanda pada jam 12.50 tengah hari Sabtu waktu tempatan (6.50 petang waktu Malaysia).
Selepas menurunkan penumpang, pesawat MH19 berkenaan menunggu sementara sebelum bergerak ke Kompleks Bunga Raya pada jam 8.26 pagi bagi Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17.
Di Kompleks Bunga Raya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman antara yang hadir menyambut ketibaan jenazah. Turut hadir beberapa menteri Kabinet dan dif kehormat serta keluarga mangsa.
Setakat ini, pihak berkuasa Belanda mengenal pasti 30 mayat rakyat Malaysia, termasuk 20 yang sudah dibawa pulang ke tanah air kelmarin dan tiga pada hari ini.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Selain 43 warga Malaysia, pesawat itu turut membawa penumpang warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. – BH Online
- mstar
TOP
Pesawat Bawa Kumpulan Kedua Jenazah Mangsa Tragedi MH17 Tiba Di KLIA
SEPANG: Pesawat yang membawa kumpulan kedua jenazah mangsa tragedi MH17 selamat mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.28 pagi Ahad.
Pesawat penerbangan MH19 tersebut membawa jenazah Penyelia Penerbangan kabin Mohd Ghafar Abu Bakar dan penumpang Ng Shi Ing.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai turut dilihat hadir di Kompleks BUnga Raya bagi memberi penghormatan kepada jenazah.
Sebaik sahaja tiba, kedua-dua keranda diangkat masuk ke dalam van jenazah oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Detik bertafakur selama seminit diadakan kira-kira pukul 8.41 pagi.
Selesai bertafakur, dua van jenazah bergerak meninggalkan Kompleks Bunga Raya menuju ke tempat pengebumian yang ditetapkan keluarga masing-masing.
Jenazah Mohd Ghafar akan disemadikan di sebelah pusara anak lelakinya di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang.- mstar
TOP
Tiada Hak Eksklusif Siar Wajah Anak - Awal Ashaari
Awal akan menggunakan media sosial untuk memperkenalkan anaknya selepas Scha selesai berpantang.
PETALING JAYA: Pengacara program Melodi, Awal Ashaari tidak akan memberikan sebarang hak eksklusif kepada mana-mana media cetak atau elektronik bagi memperkenalkan anak perempuannya kepada umum selepas isterinya, aktres Scha Al-Yahya selesai berpantang. Awal, 33, sebaliknya berkata, dia akan menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook bagi memuat naik gambar anaknya yang dikenali sebagai Lara kepada para peminatnya. "Selain media cetak dan elektronik kami juga tidak memberi hak eksklusif itu kepada mana-mana stesen TV dan akan menggunakan media sosial kami untuk memperkenalkan wajah dan nama penuh Lara kepada peminat. "Setakat ini kami tidak ada membuat sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak dan lebih selesa dengan cara itu lebih adil kepada semua pihak," katanya kepadamStar Online. Scha selamat bersalin kira-kira pukul 5.50 petang pada 22 Julai lalu di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur dan bayi perempuan seberat 3.17 kilogram itu dilahirkan secara normal. Pasangan itu berkahwin pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya dan ia turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria. Dalam pada itu, mengulas mengenai keputusannya untuk tidak memaparkan wajah anaknya kepada umum sehingga dikritik hebat peminat, Awal berkata, dia menghormati Scha yang masih berpantang dan mahu isterinya itu sendiri memperkenalkan Lara kepada peminat. Bagi Awal, perasaan Scha menjadi keutamaan kepadanya berbanding perkara lain selain tidak mengambil kisah tentang apa yang ingin diperkatakan oleh pihak lain tentang keputusannya itu. "Tidak letak salah, tunjuk pun salah. Apa pun yang keputusan yang kami buat pasti akan dipandang buruk oleh orang lain jadi kami buat apa yang dirasakan terbaik. "Scha masih berpantang dan biarlah dia kembali pulih dahulu dan seperti dijanjikan apabila selesai sahaja berpantang dia sendiri akan memperkenalkan anak kami. "Apabila melihat sendiri kesusahannya melahirkan anak kami saya tidak mahu perasaannya terguris dan apa juga orang hendak kata tentang kami itu adalah pilihan mereka," jelasnya. Bagaimanapun kata Awal, sebagai bapa dia terguris hati apabila ada yang mempersendakan nama anaknya dan menganggap ia tidak sepatutnya menjadi pertikaian. "Itu adalah pilihan kami dan sudah tentu kami telah buat kajian sebelum memberikan nama tersebut dan ia membawa maksud yang baik dalam bahasa lain," ujarnya. Sementara itu, Awal berkata, buat masa ini dia menolak sebarang tawaran di luar Lembah Klang bagi memberikan tumpuan selain meluangkan lebih masa kepada isteri dan anak mereka di rumah. Awal memberitahu, pengalaman bergelar bapa adalah sesuatu yang luar biasa dan Lara mengajarnya pelbagai perkara setiap hari. "Pengalaman jaga anak, mandikan dia dan berjaga di malam hari apabila dia terjaga adalah sesuatu yang menakjubkan dan ia saat indah buat kami berdua," jelasnya.- mstar

Azhan Rani Galas Tanggungjawab Berat Sebagai AR Tompel
Azhan menggalas tanggungjawab besar sebagai Allahyarham Seniman AR Tompel.
PETALING JAYA: Pelakon Azhan Rani bimbang dengan penerimaan penonton terhadap peranannya sebagai Allahyarham Seniman AR Tompel dalam siri biopik telefilem Saloma yang bakal ditayangkan di Astro First Eksklusif pada 28 Ogos ini. Azhan mengakui bukan mudah untuk membawa watak nyata terutamanya lagenda seperti Tompel dan menjelaskan dia sendiri pada asalnya kurang keyakinan untuk menerima tawaran dibuat oleh pengarahnya, Melissa Saila. "Saya tidak memberi jawapan segera apabila Melissa menawarkan watak berkenaan kepada saya kerana Tompel adalah seorang figura lagenda tambahan pula saya tidak pernah membawa watak yang pernah ada sebelum ini. "Perasaan bimbang dan ragu-ragu itu sudah semestinya ada kerana saya tidak tahu bagaimana penerimaan penonton terhadap lakonan saya memandangkan ramai mengenali Tompel dan filem-filem lakonannya masih disiarkan sehingga hari ini," katanya kepada mStar Online. Selain Azhan, Saloma turut dibintangi oleh Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P Ramlee), Sazzy Falak (Mariani), Sharifah Amani (Siput Sarawak) dan Hasnol Rahmat (bapa tiri Saloma).
Azhan bersama Nabila yang membawa watak sebagai Saloma.
Tambah Azhan, dia sangat berhati-hati dalam membawa peranan berkenaan kerana tidak mahu merosakkan watak berkenaan selain mahu penonton melihatnya sebagai Tompel dan bukan dirinya. "Saya tidak membawa watak Tompel di depan layar tetapi sebaliknya dan saya perlu berhati-hati kerana tidak mahu mencalarkan peranan tersebut selain amat menghormatinya," katanya. Dalam pada itu, Azhan berkata, pada hari pertama dia berada di set penggambaran lengkap dengan solekan dan bergigi palsu keyakinannya mula timbul untuk membawakan watak berkenaan. "Saya terkejut melihat diri sendiri dalam cermin kerana Tompel berada dalam diri saya dan secara tiba-tiba kekuatan dan keyakinan itu timbul untuk melunaskan tanggungjawab diberikan Melissa," katanya. Azhan juga terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh Melissa kepadanya biarpun dia sendiri tidak mempunyai keyakinan untuk berbuat demikian. "Hari ini bila dilihat kembali saya gembira dan bertuah sama-sama dapat terlibat dalam projek ini dan ia adalah suatu pengalaman cukup manis buat diri saya," ujarnya.- mstar

PDRM Kekal Rekod Tanpa Kalah Pusingan Pertama Piala Malaysia
Pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mohamadou Sumareh (kiri) cuba di halang oleh pemain T-Team Nik Zul Aziz Nik Nawawi dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di Seremban, malam Sabtu. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan diri dalam kedudukan selesa ke suku akhir Piala Malaysia 2014 selepas mengekalkan rekod tanpa kalah pada pusingan pertama perlawanan peringkat kumpulan malam Sabtu. PDRM, selaku juara Liga Perdana musim ini, melengkapkan pusingan pertama dengan rekod bersih selepas mengalahkan T-Team 4-1 bagi saingan kumpulan D di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. 'The Cops' membuka tirai jaringan pada minit ke-12 menerusi Bobby Gonzales, seterusnya pemain import, Ashfaq Ali yang berasal dari Maldives, meledakkan gol kedua pada minit ke-23 dan Bobby sekali lagi menjaringkan gol ketiga pada minit ke-66. Seterusnya, Charles Souza Chad mengesahkan kemenangan PDRM menerusi jaringan keempat pada minit ke-83 manakala gol tunggal T-Team disumbangkan oleh pemain import dari Rwanda, Jimmy Mulisa pada minit ke-86. Dalam pada itu, pasukan Pahang gagal mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tewas 2-3 kepada Felda United dalam saingan kumpulan A di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Dua gol Felda United dijaringkan oleh pemain import Edward Junior Wilson dari Liberia pada minit ke-23 dan minit ke-63, seterusnya gol kemenangan pasukan itu dijaringkan oleh Shukor Adan (76') manakala gol Pahang dijaringkan oleh R.Gopinathan pada minit ke-17 dan sepakan penalti Matias Conti (49'). Selangor pula menduduki tempat kedua kumpulan D dengan pungutan enam mata selepas menewaskan Sime Darby 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Pemain import skuad Gergasi Merah, Paulo Rangel menjaringkan gol pertama pada minit ke-16 dan Mohd Hazwan Bakri (34'). Bagi perlawanan kumpulan C pula, Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatatkan kemenangan selesa menewaskan pasukan tuan rumah Pulau Pinang 3-1 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. JDT meraih gol pertama menerusi Mohd Amri Yahyah pada minit ke-13, Safiq Rahim (15') dan pemain import, Jorge Pereyra Diaz (67') manakala gol tunggal pasukan tuan rumah menerusi Lee Gil Hoon (65'). JDT kekal mendahului Kumpulan C dengan pungutan tujuh mata manakala Kelantan berada di tangga kedua, dengan enam mata selepas menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-0 di Stadium Shah Alam. Selepas terikat 0-0 pada separuh masa pertama, 'The Red Warriors' menerusi pemain import mereka Francis Forkey Doe berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-51 diikuti dua gol oleh Mohd Badhri Radzi pada minit ke-60 dan 89'. Sementara itu, pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) menewaskan wakil dari Singapura, Lions XII 2-1 bagi saingan kumpulan A di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Fandi Ahmad menjadi wira pasukan JDT II apabila menjaring gol kemenangan pada minit ke-84. Gol pertama JDT II dijaringkan oleh Shafiq Shaharudin pada minit ke-21 sebelum Lions XII menyamakan kedudukan menerusi Hafiz Abu Sujad pada minit ke-51. Perlawanan kumpulan B pula, menyaksikan Terengganu menewaskan Perak 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Gol Terengganu itu dihadiahkan oleh Abdul Manaf Mamat pada minit ke-30 dan Mohd Norfarhan Muhammad (50') manakala gol tunggal Perak dijaringkan oleh Mohd Nasir Basharudin (32'). Satu lagi saingan kumpulan B, Sarawak gagal menggunakan kelebigan bermain halaman sendiri apabila kalah 2-1 di Stadium Negeri, Kuching. Billy Mehmet menjadi wira pasukan Kedah dengan jaringan pada minit masa tambahan babak kedua. Kedah membuka jaringan menerusi Muhd Farhan Roslan pada minit ke-33 sebelum penyerang import Ryan Griffiths menyamakan kedudukan pada minit ke-48.- mstar

3 TOP
Rakyat Malaysia Berbangga Dengan Anugerah Nobel Keamanan
PETALING JAYA: Apa yang Mohd Nasarudin Mohd Yusof mahu lakukan selepas berpindah ke The Hague, Belanda, dan menyertai Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) tiga tahun lalu, adalah untuk menjadikan Malaysia berbangga dengan perkhidmatannya di sana.
Anggota Angkatan Tentera Malaysia berusia 52 tahun dan telah bersara ini tidak pernah bermimpi mendapat peluang untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan anugerah Nobel Keamanan 2013 yang diterimanya untuk kerja-kerjanya di organisasi antara kerajaan yang memastikan negara anggota mematuhi Konvensyen Senjata Kimia, yang melarang penggunaan senjata kimia dan melakukan kebinasaan.
"Apabila anda bekerja di luar negara, tidak kira betapa kecil tugas anda, anda sebenarnya membawa bendera negara," kata Nasarudin.
Beliau berharap kemenangan pasukannya akan merangsang anak muda Malaysia untuk mencapai impian negara untuk memenangi Hadiah Nobel dalam kemajuan budaya dan/atau saintifik.
"Saya tidak memenangi hadiah Nobel untuk pencapaian individu. Saya menerimanya bersama organisasi, untuk kerja-kerja keseluruhan pasukan," kata pakar munisi dan senjata kimia ini.
Hadiah Nobel Keamanan kepada OPCW termasuklah pingat, diploma dan hadiah wang tunai kira-kira 900,000 euro (RM3.77 juta).
Nasarudin berkata pada mulanya agak sukar untuk beliau membuat keputusan berpindah ke Belanda.
"Peluang seperti ini hanya datang sekali dalam seumur hidup, jadi saya memutuskan untuk tidak melepaskannya," kata Leftenan-Kolonel bersara ini.
Masyarakat pelbagai budaya di Malaysia memudahkan Nasarudin membiasakan diri dengan budaya yang berbeza dari Belanda. Katanya beliau juga mendapat bantuan daripada rakyat Malaysia daripada semua latar belakang di The Hague, termasuk rakan sekerjanya dari Malaysia yang memegang taraf Penduduk Tetap di Britain. "Dia sudah tidak memegang kerakyatan Malaysia, tetapi saya rasa apa yang dikatakan ada kebenaran. Rakyat Malaysia tetap rakyat Malaysia." Pengalaman beliau di luar negara juga telah membuatkan dirinya lebih menghargai Malaysia, katanya. Kepada mereka sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan Malaysia untuk melanjutkan pengajian atau bertugas, Nasarudin menasihatkan mereka supaya meneruskan hasrat tersebut. "Ia tidak akan merugikan anda sebagai rakyat Malaysia. Peluang yang baik hanya datang sekali seumur hidup, jadi jangan sia-siakan peluang. Pengalaman kerja itu akan menjadi sesuatu yang berharga dalam hidup." Nasarudin berkata sambutan Merdeka tahun ini akan menjadi pilu bagi masyarakat Malaysia di Belanda kerana semangat rakyat Malaysia di sana telah berkembang lebih kukuh selepas tragedi MH17 itu. Beliau berharap semua rakyat Malaysia boleh belajar daripada tragedi ini dan kekal bersatu. Nasarudin akan terus mencuba dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang boleh dibanggakan. "Saya tidak boleh kembali lagi kerana tidak ada kerja di Malaysia untuk bidang pengkhususan saya. "Saya boleh memberi sumbangan yang lebih jika saya tinggal di The Hague walaupun saya benar-benar rindukan suasana Malaysia," katanya berjenaka.- mstar

Khalid Putuskan Tarikh Menghadap Sultan Isnin Ini
Khalid Ibrahim.
KLANG: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan memutuskan tarikh untuk menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar pada Isnin ini. "Saya akan maklumkan (Isnin ini) bila saya akan menghadap sultan dan selepas itu, akan diberi kenyataan media," katanya kepada pemberita selepas menghadiri makan malam anjuran alumni Sekolah Menengah Chung Hua di sini. Ditanya kemungkinan beliau akan menghadap Sultan Selangor pada Isnin ini, Abdul Khalid berkata perkara itu belum tidak diketahui. Kenyataan itu dibuat selepas hampir dua minggu beliau mengelak daripada bercakap kepada pihak media selepas dinasihat oleh sultan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah baginda pulang ke tanah air. Beberapa percubaan pihak media untuk mendapatkan kenyataan atau komen daripada Abdul Khalid sebelum ini, gagal. Laporan media menyebut Sultan Selangor dijangka memendekkan percutian baginda di luar negara dan akan kembali ke tanah air esok. Perkara itu disahkan sumber dari istana. Sebelum ini baginda dijadual pulang pada 27 Ogos.- mstar

PRK Pengkalan Kubor: Keputusan PKR Isnin
Timbalan Presiden, Azmin Ali memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk berucap pada Kongres PKR ke-10 di Stadium Melawati Shah Alam pada Sabtu. - Foto RICKY LAI.
SHAH ALAM: Keputusan sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada pilihan raya kecil kawasan itu nanti hanya akan diputuskan pada Isnin ini. Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata beliau akan mengadakan mesyuarat khas bersama pimpinan PKR Kelantan bagi mendapatkan maklum balas mengenai situasi terkini di DUN Pengkalan Kubor. "Saya perlu mendapatkan maklum balas sebelum kita kemuka pandangan ke peringkat tertinggi Pakatan Rakyat. "Pada masa ini kita tak mahu buat sebarang spekulasi kerana ia masih dalam proses perbincangan. Kalau ikut tradisi, memang kerusi ini diwakili PKR," katanya ketika ditemui pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Sabtu. Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof yang mahu supaya kerusi DUN Pengkalan Kubor dikembalikan kepada PAS setelah PKR gagal merampas semula kawasan tersebut sejak dua penggal lalu. Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser pada Rabu lalu. Noor Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian tumpat mempertahankan kerusi DUN Pangkalan Kubor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu dengan majoriti 1,736 undi. Beliau yang memperoleh 10,174 undi menewaskan dua lagi lawannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim yang mendapat 8,438 undi serta seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi. Ditanya berhubung peluang Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi DUN Pengkalan Kubor daripada BN, Azmin berkata: "Saya sentiasa yakin bahawa peluang itu sentiasa ada. Cuma kita perlu bekerja keras."- mstar

Mapex Pulau Pinang Unjur Catat Jualan RM130 Juta
GEORGE TOWN: Pameran Hartanah Malaysia (Mapex) Pulau Pinang dijangka mencatat jualan lebih RM130 juta pada acara tiga hari itu yang dijadual berlangsung mulai 26 September 2014 di Subterranean Penang International Conference & Exhibition Centre, di sini.
Pengerusi Jawatankuasa penganjur Mapex Pulau Pinang, Ng Chin-U berkata, pameran itu setakat ini telah menarik 16 pemaju yang akan mengisi 30 ruang pameran.
"Ini merupakan kali kedua pameran ini diadakan tahun ini berikutan permintaan yang tinggi. Kami berharap dapat mencatat jualan yang tinggi melebihi RM130 juta," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Beliau berkata, Mapex Pulau Pinang yang berlangsung pada Februari tahun ini mencatatkan jualan hartanah sebanyak RM130 juta.
Mapex Pulau Pinang dianjurkan bersama oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Pulau Pinang dan Henry Butcher Malaysia Pulau Pinang.
Chin-U menggesa pembeli yang masih mencari rumah impian mereka supaya mengunjungi Mapex Pulau Pinang yang akan menampilkan kebanyakannya hartanah kediaman pada harga antara dari RM200,000 hingga RM15 juta.
"Walaupun kebanyakan hartanah tersebut di Pulau Pinang, terdapat juga pemaju yang menawarkan hartanah di Lembah Klang dan Johor," kata beliau sambil menambah yang pakej jualan istimewa turut ditawarkan pada pameran itu.
Beliau berkata, walaupun kelembapan permintaan hartanah baru-baru ini, hartanah kediaman pada harga antara RM600,000 hingga RM800,000 sangat dicari-cari, terutama di Pulau Pinang.
Beliau berkata, peserta baru termasuk Eco World Development Sdn Bhd, Asas Dunia Bhd dan MTT Properties and Development Sdn Bhd.
Peserta lain termasuk Setia Promenade Sdn Bhd, IJM Properties Sdn Bhd, Chong Co Sdn Bhd, Sunway Grand Sdn Bhd, Ivory Properties Group Bhd, Tambun Indah Land Bhd, Tropicana Macalister Avenue Sdn Bhd, Palmex Industries Sdn Bhd, Inspirasi Elit Sdn Bhd dan Plenitude Bayu Sdn Bhd.
TOP
Usahawan Felda Catat Jualan RM1.33 Bilion Tujuh Bulan Pertama Tahun Ini
Dari kiri, Mohd Azhar Abdullah (Usahawan Harapan) ) Arsenia@ Nur Arsyi Banglos (Usahawan Innovasi ), Mohd Hairyzul Yahaya (usahawan Wawasan) pada majlis penyampaian anugerah Usahawan Felda di Melaka, Jumaat.
ALOR GAJAH: Usahawan Felda di negara ini telah berjaya mencatat jualan produk bernilai RM1.33 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Beliau berkata, angka itu memberangsangkan bagi 21,705 usahawan Felda mencapai sasaran jualan RM2.1 bilion menjelang akhir tahun ini. Katanya, usahawan Felda telah berjaya mencapai peningkatan jualan kepada RM2.29 bilion tahun lepas berbanding RM1.59 bilion pada 2012. "Sememangnya kita mahu mencapai jualan lebih daripada sasaran RM2.1 bilion itu tetapi bagi mencapai sasaran ini, kita perlu meneroka lebih banyak pasaran di luar negara. "Setakat ini jualan luar negara hanya kira-kira 20 peratus daripada nilai jualan setiap tahun dan tahun depan kita harap dapat tambah kepada 40 atau 50 peratus," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu. Sebelum itu beliau menghadiri Simposium dan Ekspo Usahawan Felda yang dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri. Isa berkata, sehingga kini Felda telah berjaya membawa produk usahawannya menembusi pasaran Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan sedang dalam usaha menembusi pasaran China. Selain itu, katanya, Felda akan menyertai lebih banyak ekspo di luar negara, termasuk Singapura. "Antara produk tumpuan kita ialah makanan halal yang mempunyai pasaran yang luas di mana di UAE karipap dan ubi ketuk mendapat sambutan menggalakan," katanya.- mstar

TPM, UniKL Bekerjasama Bangunkan Sistem Pintar Bantu PKS
KUALA LUMPUR: Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) menjalin usaha sama dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk membantu syarikat meningkatkan pengeluaran melalui sistem perkilangan pintar (IMS).
IMS, yang terdiri daripada mesin, dibangunkan untuk menjalankan kitaran proses pengeluaran untuk tempoh masa yang panjang dan hanya menggunakan tenaga manusia yang minimum.
Dibiayai geran usahawan tekno sebanyak RM3 juta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, kerjasama itu akan membangunkan sistem dengan bantuan kepakaran dan nasihat serta teknologi, yang memberi pendedahan dan pembangunan kemahiran yang diperlukan.
Program pembangunan dua tahun itu akan membantu usahawan tekno di samping memberi tumpuan kepada PKS untuk meningkatkan pengeluaran dan menambah hasil.
Pengurus Besar Pusat Pengkomersilan Teknologi TPM Mohamad Zaihirain Mohamed Rasin berkata, IMS dilaksanakan oleh banyak syarikat di negara asing, dan turut digunakan di Malaysia sejak dua tahun lalu.
"IMS sudah ada sejak dua tahun lalu, tetapi ia tidak digunakan secara meluas. Dengan menjalankan projek pembangunan ini, satu kajian mendalam boleh dilakukan. Ia akan menguntungkan PKS.
"Dengan menggunakan sistem ini, kos pengeluaran akan dikurangkan, mutu akan ditingkatkan dan kawalan mutu boleh diperbaiki," katanya kepada Bernama.
Zaihirain juga berkata, melalui pembangunan sistem itu, TPM merancang untuk mewujudkan kepakaran IMS di Malaysia.- mstar
TOP
AIA Public Umum Lebihan RM8.5 Juta
KUALA LUMPUR: AIA Public Takaful Bhd (AIA Public) mengumumkan lebihan agihan sebanyak RM8.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Nov 2013, membabitkan lebih 36,000 sijil.
Agihan itu, lebihan pertama sejak penubuhannya tiga tahun lepas, akan memberi manfaat kepada pelanggan yang layak, yang melanggan produk Takaful yang ditawarkan oleh AIA AFG Takaful Bhd dan ING Public Takaful Ehsan Bhd, yang menyepadukan perniagaan pada Mac 2014 bagi membentuk AIA Public.
Ketua Pegawai Eksekutif AIA Public Wan Azman Wan Mamat berkata syarikat itu komited menawarkan penyelesaian Syariah yang tepat bagi memenuhi pelbagai peringkat keperluan pelanggan.
"Kami juga memberi tumpuan bagi memastikan semua tuntutan diurus dengan baik dan beretika. Hasilnya kami bangga berkongsi lebihan bersama para pelanggan kami tahun ini," katanya menerusi satu kenyataan.
Lebihan itu akan diagihkan kepada mereka yang mendaftar sebagai pelanggan AIA Public sehingga 30 Nov, 2013, tidak mempunyai caruman tertunggak dan tidak membuat sebarang tuntutan.
Jumlah lebihan yang dibayar juga berbeza, bergantung kepada saiz sumbangan, jumlah perlindungan dan tempoh sijil.
Takaful tidak sahaja memberi manfaat kepada pihak menuntut malah kepada pelanggan bukan menuntut, yang berpeluang menerima bahagian lebihan agihan itu menerusi dana risiko pada akhir tempoh, katanya.- mstar
TOP
Pemain Mesir Kuasai Skuasy Terbuka Malaysia
Pemain skuasy Mesir Mohamed El Shorbagy (kiri) dan rakan senegaranya Raneem El Weleily meraikan kejayaan mereka selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2014 di NU Sentral Mall pada Sabtu. -Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain Mesir menguasai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2014 apabila merangkul gelaran lelaki dan wanita pada perlawanan akhir di pusat membeli-belah NU Sentral di sini, Sabtu. Ini merupakan kali kedua pemain dari Mesir menguasai kedua-dua kategori itu selepas edisi 2012. Pada final acara wanita, pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily merangkul gelaran Terbuka Malaysia buat kali kedua selepas mengalahkan rakan senegara Nour El Tayeb 7-11, 11-3, 12-10, 2-11 dan 11-7. Pemain berusia 25 tahun itu merangkul gelaran sulungnya selepas menundukkan ratu skuasy negara Datuk Nicol David pada final edisi 2012. "Saya amat gembira untuk menjuarai kejohanan ini sekali lagi selepas sekian lama tidak merasai kejayaan," kata Raneem yang membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai US$10,200 (RM32,242). Dalam pada itu, Nour, selaku naib juara, memperoleh hadiah wang tunai US$6,900 (RM21,810). Dalam acara final lelaki, Mohamed El Shorbagy mengambil masa 34 minit sahaja untuk merangkul kejuaraan sulung Terbuka Malaysia selepas mengalahkan pemain Hong Kong, Max Lee, dengan 11-6, 11-7 dan 11-9. "Ini merupakan kemenangan sulung musim ini dan ia amat berharga bagi saya. Kejayaan ini sudah pasti menyuntik semangat untuk persediaan menghadapi Terbuka Hong Kong minggu depan," kata El Shorbagy. Kejayaan itu membolehkan pemain berusia 23 tahun itu membawa pulang trofi serta hadiah wang tunai US$8,055 (RM25,461) manakala Max, yang mara dari pusingan kelayakan, menerima US$5,511 (RM17,420).- mstar

Keputusan Liga Perdana Inggeris
BERIKUT keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung pada malam Sabtu:
Aston Villa 0 - 0 New Castle
Chelsea 2 - 0 Leicester
Crystal Palace 1- 3 West Ham
Southampton 0 - 0 West Brom
Swansea 1 - 0 Burnley
- mstar
Aston Villa 0 - 0 New Castle
Chelsea 2 - 0 Leicester
Crystal Palace 1- 3 West Ham
Southampton 0 - 0 West Brom
Swansea 1 - 0 Burnley
- mstar
TOP
Keputusan Final Skuasy Terbuka Malaysia 2014
Raneem menewaskan rakan senegaranya, Nour pada perlawanan akhir Skuasy Terbuka Malaysia 2014, Sabtu.
PETALING JAYA: Berikut adalah keputusan perlawanan akhir Skuasy Terbuka Malaysia 2014 yang berlangsung pada Sabtu.
Final wanita:
Raneem El Weleily (Mesir) kalahkah Nour El Tayeb (Mesir)
7-11, 11-3, 12-10, 2-11, 11-7

Jokowi Lega, Mula Rangka Barisan Kabinet
Kegembiraan Jokowi terserlah ketika mengambil bahagian dalam permainan 'Balap Karung' sempena sambutan Kemerdekaan Ke-69 Indonesia pada 17 Ogos lalu di Jakarta.
JAKARTA: Presiden terpilih Joko ‘Jokowi’ Widodo yang lega selepas perbicaraan pertikaian keputusan pilihan raya memihak kepadanya kini mula mengatur perancangan merangka barisan Kabinet yang bakal diterajuinya. Baru-baru ini, Mahkamah Perlembagaan mengumumkan menolak rayuan calon pilihan raya presiden, Prabowo Subianto berhubung penipuan dalam pilihan raya itu. Subianto, bekas jeneral pada zaman Presiden Suharto, mendakwa berlaku penipuan secara besar-besaran dalam pilihan raya pada 9 Julai lalu. Beliau memfailkan aduan dengan Mahkamah Perlembagaan dan mengemukakan bukti dan saksi bagi menyokong dakwaannya. Bagaimanapun semua sembilan hakim di mahkamah memutuskan bahawa dakwaan itu tidak mempunyai asas. Sebaik mahkamah membuat keputusan, Jokowi memberitahu bahawa beliau akan mula berunding anggota Kabinet sekarang. "Kami akan berunding dengan Kabinet sekarang mengenai tindakan yang perlu dilakukan selepas ini serta kemungkinan masalah yang bakal dihadapi dan ia perlu segera dilakukan,” katanya. Berdasarkan kenyataannya sebelum ini, Jokowi memaklumkan Kabinetnya akan didominasi oleh teknokrat, di mana pemilihan akan bermula pada pertengahan September sebelum pengumuman dibuat sejurus selepas mengangkat sumpah jawatan pada akhir Oktober. Jokowi dan bakal Naib Presiden, Jusuf Kalla turut mengucapkan terima kasih kepada Mahkamah Perlembagaan kerana sikap profesionalisme dan adil dalam menangani pertikaian itu. “Walaupun sebahagian hakim itu datang dari kem Prabowo Subianto-Hatta Rajasa, mereka bertindak adil dalam membicarakan kes itu,” kata Jusuf. Menurutnya, lebih baik bagi Prabowo dan Hatta tidak meneruskan tindakan undang-undang dengan membawa kes itu ke Mahkamah Agung atau Mahkamah Pentadbiran Negeri Jakarta (PTUN.) “Keputusan Mahkamah Perlembagaan terikat pada undang-undang dan keputusannya muktamad. Jika tindakan itu diteruskan, mereka hanya akan menimbulkan masalah kepada rakyat," katanya.- mstar

Ibu Dilihat Bertengkar Dengan Heather Sebelum Dibunuh
Heather Mack didakwa membunuh ibunya.
DENPASAR (Indonesia): Seorang wanita warganegara Amerika Syarikat (AS) yang mayatnya ditemui di dalam sebuah beg pakaian di Bali didakwa dilihat bertengkar dengan anak perempuannya di lobi hotel terbabit. Perkara itu dimaklumkan oleh polis pada Jumaat semasa seorang peguam dari AS datang ke Indonesia untuk menasihati remaja terbabit. Heather Mack, 19, dan teman lelakinya, Tommy Schaefer, 21, ditahan pada minggu lalu kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan ibu remaja terbabit. Mereka bagaimanapun belum didakwa. Mayat Sheila von Wiese-Mack yang berlumuran darah ditemui di dalam sebuah beg pakaian dalam but sebuah teksi di luar hotel St Regis di Nusa Dua. Jurucakap polis, Ida Bagus Sarjana berkata saksi melaporkan terlihat ibu dan anak perempuan mangsa bertengkar di hotel terbabit. Bagaimana punca pertengkaran dan masa kejadian tidak diketahui. "Beberapa kakitangan St Regis menyaksikan pertengkaran diantara ibu dan anak perempuan mangsa. Maklumat yang saya perolehi hanya mengatakan berlaku pertengkaran, itu saja," kata Sarjana. Peguam suspek, Michael Elkin datang ke Indonesia untuk membantu siasatan kes itu. Elkin menasihati Heather untuk tidak memberi sebarang keterangan sehingga ketibaan beliau. Pada minggu lalu, polis memperolehi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan pasangan remaja terbabit berbual dengan seorang pemandu teksi selepas meletakkan bagasi berisi mayat bersama beberapa beg lain di luar hotel berkenaan.- mstar

Tanah Runtuh Hiroshima: 51 Mangsa Dikhuatiri Hilang
Penduduk di kawasan berhampiran tempat kejadian melihat keadaan lereng gunung yang runtuh dan setakat ini mengorbankan 39 nyawa.
TOKYO: Pasukan penyelamat terpaksa menghentikan operasi mencari 51 mangsa tanah runtuh yang masih hilang kerana bimbang kejadian yang sehingga kini meragut 39 nyawa itu berulang. Insiden yang mengakibatkan puluhan rumah musnah itu berlaku di pinggir Hiroshima apabila lereng gunung di barat Jepun itu runtuh awal pagi Rabu lalu. Lebih 4,000 diarah berpindah sehingga Jumaat apabila hujan berterusan di kawasan berkenaan. Berdasarkan angka yang dikumpul polis, jumlah kematian mungkin berganda. Mengenai operasi mencari yang dihentikan, anggota bomba, polis dan tentera menangguhkan usaha itu apabila keadaan di sekitar kawasan pergunungan itu dilihat mungkin menyebabkan berlakunya satu lagi tanah runtuh. “Operasi di dua daerah dihentikan. Anggota penyelamat diarah keluar kerana kemungkinan berlaku tanah runtuh baru,” kata jurucakap polis Hiroshima. Arahan itu dibuat dua hari selepas seorang anggota penyelamat terbunuh setelah tertimbus ketika cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun. Pegawai polis berkenaan berkata, jumlah mangsa sebenar dapat diketahui apabila pasukan keselamatan menyelaras operasi dengan kerjasama pasukan perkhidmatan kecemasan serta pihak berkuasa. “Apabila siasatan dan penilaian dibuat, jumlah mangsa hilang meningkat, ia termasuk mereka yang dilihat dihanyutkan air,” kata jurucakap itu. - mstar

Konflik Syria: Angka Kematian Lebih 191,000 Orang
GENEVA: Lebih 191,000 orang maut di kawasan bergolak di Syria, kata Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan mengenai konflik yang berlaku hampir tiga setengah tahun di negara itu.
Pillay berkata, seramai 191,369 orang terbunuh di kawasan bergolak Syria, sekali gus mencatatkan lebih sekali ganda berbanding angka kematian pada tahun lalu seramai 93,000 orang. - AFP
TOP
Anak Gorila Disisihkan Ibu Diserahkan Kepada OKC
SEEKOR anak gorila diserahkan kepada Zoo Oklahoma City (OKC) selepas disisihkan ibunya.
Anak gorila seberat empat paun itu dilahirkan pada 16 Ogos lalu menunjukkan tanda-tanda tidak dijaga oleh ibunya yang diberi nama Ndjole.
"Ibu anak gorila itu diberi peluang untuk mendekati anaknya dalam tempoh 24 jam tetapi tidak menunjukkan sebarang minat terhadap anaknya. Tindakan itu dilihat akan membahayakan keselamatan anaknya," kata Dr Jennifer D'Agostino.
Kakitangan zoo terbabit bekerjasama dengan Pelan Penyelamat Spesies Gorila (SSP) untuk menjamin populasi gorila agar kekal sihat.- mstar
TOP
Wanita Berang Terima Piza Sudah Separuh Dimakan
HASRAT seorang wanita untuk meraikan kemenangan permainan bingo bertukar malang apabila Domino Piza yang dipesannya dihantar dalam keadaan sudah separuh dimakan.
Karen Carman, 60, dari Blackpool berkata, makanan tersebut 'seolah-olah sudah dimakan oleh seseorang'.
Malah lebih mengejutkan, kuah roti bawang putih yang dipesan bersama piza tersebut turut habis dimakan.
Beginilah keadaan pesanan piza yang diterima oleh Karen.
Pengurus syarikat tersebut mendakwa kakitangannya telah menghantar pesanan yang sebenarnya tinggalan makanan seseorang secara tidak sengaja. Karen bagaimanapun masih berang dan tidak berpuas hati dengan penjelasan itu. "Kami tidak mahu membeli sebarang makanan keluaran syarikat tersebut selepas ini. Ternyata mereka tidak mementingkan aspek kebersihan yang mampu menjejaskan kesihatan pembeli," katanya.- mstar

Victoria Beckham Sahut Cabaran Mandian Ais
BEKAS penyanyi kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham menyahut cabaran mandian ais atau lebih dikenali sebagai ALS Ice Bucket Challenge.
Victoria yang melutut di hadapan kolam renang menyempurnakan cabaran itu disamping suaminya, David dan tiga orang anak lelakinya, Brooklyn, Romeo dan Cruz.
Beliau menerima cabaran daripada rakan artis, Eva Longoria.
Victoria kemudiannya menamakan Tom Ford, Katie Holmes dan anaknya, Cruz untuk menyahut cabaran itu.
Cabaran mandian ais yang diadakan sempena kempen kesedaran terhadap penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS) atau lebih dikenali sebagai Penyakit Lou Gehrig sudahpun menjadi viral di seluruh dunia.
Menurut laman web Persatuan ALS, ALS adalah sejenis penyakit progresif neurodegenerative yang menjejaskan sel-sel saraf di dalam otak dan saraf tunjang.
Dalam cabaran ini, setiap peserta akan mencurahkan air ais ke badan diri sendiri dan menderma AS$10 (RM32) atau menderma AS$100 (RM320) jika mereka gagal untuk menyahut cabaran dalam tempoh masa 24 jam. Selain Victoria, beberapa orang kenamaan termasuk Presiden George W.Bush, pengasas microsoft Bill Gates dan editor majalah Vogue, Anna Wintour turut menyahut cabaran tersebut.- mstar

MH17: Jenazah Mohd Ghafar Disemadi Sebelah Pusara Anak
Kenangan: Mohd Ghafar bersama ibunya Maimon Sarpan.
KUALA LUMPUR: Jenazah Penyelia Penerbangan Kabin pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Mohd Ghafar Abu Bakar akan disemadikan di sebelah pusara anak lelakinya di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang, esok. Isteri Allahyarham, Normi Abdullah, 54, berkata arwah akan dikebumikan bersebelahan pusara anak ketiganya, Arif Aiman, 12, yang meninggal dunia pada 2006 akibat kanser. Beliau berkata wakil MAS yang hadir ke rumahnya pada 2 petang tadi memaklumkan jenazah suaminya dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pagi esok. Jenazah yang menaiki pesawat MAS itu, diiringi tiga orang anaknya iaitu Sa'imah Baizura, 29, Ammar Syarif, 25, dan Afi Hazim, 14, bersama bapa saudara mereka Luqman Abdullah, 49, dari Amsterdam ke Malaysia. "Jenazah akan dibawa pulang ke rumah seketika bagi memberi peluang kepada keluarga terdekat dan sahabat handai menziarahi arwah sebelum disembahyangkan di Masjid Bukit Indah, Ampang," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Ampang dekat sini, hari ini. Normi berkata beliau memilih tanah perkuburan Taman Kosas, bagi memudahkan kesemua anaknya menziarahi kubur bapa dan anak ketiganya itu memandangkan mereka telah menetap di Ampang sejak 23 tahun lepas. Ketika ditanya mengenai penerimaan anak bongsu mereka iaitu Afi Hazim yang merupakan anak sindrom Down tentang ketiadaan bapanya, Normi berkata dia seolah-olah memahami bahawa bapanya telah meninggal dunia. "Dalam tempoh sebulan selepas kejadian, dia tidak bertanya apa-apa lagi tentang bapanya sehingga pada hari pengumuman identiti mangsa...dia ada cakap 'ayah dah tak ada'...saya tanya macam mana abang tahu dan dia hanya menyebut 'Allah'. "Pada pemahaman saya, sedangkan kita orang biasa ada kalanya dapat perkhabaran melalui mimpi apatah lagi anak istimewa seperti dia...mungkin dia juga ada mimpi tentang ayahnya sudah tiada," katanya dan menambah anak bongsunya itu terlalu rapat dengan bapanya. Suri rumah itu berkata Allahyarham telah berkhidmat selama 33 tahun dengan MAS, dan kini anak sulungnya mengikut jejak langkah ayahnya bekerja sebagai pramugari di Singapore Airlines manakala anak keduanya bekerja di sebuah syarikat perbankan di ibu negara. Meluahkan rasa terharu terhadap sokongan daripada rakan-rakan serta jiran tetangga, Normi berkata sejak tercetusnya tragedi itu sehingga hari ini, mereka tidak putus-putus datang menghulurkan bantuan. "Alhamdulillah kerana masa puasa mereka tidak pernah putus menghantar makanan dan menziarahi saya sekeluarga termasuk pada hari raya," katanya. Normi juga menjelaskan jawatan Allahyarham suaminya itu ialah Penyelia Penerbangan Kabin dan bukannya Ketua Pramugara seperti yang kebiasaannya dilaporkan oleh media. Sementara itu, rakan karib Normi iaitu Azidah Abdullah, 56, menyifatkan sahabatnya itu sebagai seorang wanita dan ibu yang tabah dalam mengharungi dugaan hidup meskipun pernah kehilangan anak tersayang dan kini suami tercinta. Menurut Azidah, suaminya Wan Azmi Wan Hasan, 53, yang merupakan Ketua Pramugara MAS, juga rakan karib dan rakan setugas Allahyarham ingin bersama keluarga Allahyarham untuk menyempurnakan jenazahnya esok namun kerana kekangan tugas, suaminya tidak dapat menghadiri pengebumian itu. "Dia ketika ini berada di Frankfurt, Jerman dan hanya pulang ke tanah air Isnin ini. Dia ada meluahkan rasa terkilan memandangkan dia dan suami Normi bagai adik-beradik sejak sekian lama," katanya. Di MELAKA, ibu Allahyarham iaitu Maimon Sarpan, 74, berkata beliau mengetahui mengenai kepulangan jenazah anaknya itu daripada suaminya, Ismail Saleh, 75. Beliau dan suaminya akan pergi ke KLIA esok. "Makcik amat lega akhirnya jenazah anak dapat dibawa balik, sebagai ibu memang sedih malah semua yang sambut juga rasa sedih," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Masjid Tanah, Alor Gajah hari ini. Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai. Selain 43 warga Malaysia, pesawat itu turut membawa penumpang warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. Semalam 20 jenazah telah dibawa pulang ke tanah air untuk disemadikan.- mstar

Isu MB: Hormati Kuasa Sultan Selangor
SHAH ALAM: Semua pihak perlu menghormati kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menyelesaikan isu kedudukan menteri besar selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang sokongan majoriti.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berkata, buat masa ini isu calon alternatif tidak seharusnya dibincangkan sebelum Sultan Sharafuddin mengeluarkan titah berhubung perkembangan di Selangor.
"Kita telah mendapat majoriti, jadi sekarang terpulanglah kepada kebijaksanaan tuanku sultan melihat semua dokumentasi untuk membuat keputusan.
"Bagi saya kita perlu menghormati proses dan terpulang kepada tuanku untuk ambil keputusan dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Sabtu.
Ditanya sama ada Pakatan Rakyat perlu mendapatkan 13 lagi Surat Akuan Bersumpah (SD) daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Azmin berkata buat masa ini tiada keperluan untuk berbuat demikian.
Jelas beliau, memadai dengan 30 SD yang dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebelum ini yang ditandatangani 13 wakil rakyat PKR, 15 daripada DAP dan dua lagi daripada PAS.
Berhubung dakwaan kononnya PAS akan menghantar surat berasingan kepada Sultan Selangor bagi menamakan calon lain selain Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azmin menolak khabar angin itu.
"Itu dakwaan tidak berasas kerana Jawatankuasa PAS Pusat telah ambil ketetapan yang cukup jelas dan tegas iaitu yang pertama untuk kekal dalam Pakatan Rakyat.
"Keduanya mereka tak akan tuntut kerusi menteri besar dan kekalkan di tangan PKR serta bersetuju untuk menukar Tan Sri Khalid dengan Dr Wan Azizah...itu sangat jelas," katanya.- mstar
TOP
Pesawat MAS Ke Tokyo Patah Balik Ke KLIA Selepas 50 Minit Berlepas
PETALING JAYA: Sebuah pesawat MAS yang dalam perjalanan ke Tokyo dilaporkan terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas 50 minit berlepas atas faktor keselamatan.
Menurut laporan sebuah portal berita dalam talian, MH70 dilaporkan berlepas daripada KLIA ke Lapangan Terbang Narita Tokyo pada pukul 10.50 pagi namun sebaik sahaja pesawat itu tiba di KLIA, penumpang dimaklumkan bahawa jadual penerbangan telah disusun semula pada pukul 1.15 petang bersama dengan pesawat yang berbeza.
Mengikut laman web MAS, MH70 berlepas daripada KLIA pada pukul 1.22 petang. Ia dijadualkan tiba di Tokyo pada pukul 9.40 malam.
Usaha untuk mendapatkan komen daripada syarikat penerbangan itu bagaimanapun tidak berhasil.
MAS menjadi tumpuan pada tahun ini, selepas dua pesawatnya terlibat dengan tragedi, bermula dengan kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu, dan pesawat MH17 yang ditembak jatuh oleh puak pemisah di sempadan Ukraine pada 17 Julai.
MH370 membawa 227 penumpang, 12 anak kapal, berlepas daripada KLIA pada 12.41 pagi, 8 Mac lalu dan hilang daripada radar sejam kemudian, ketika berada di laut China Selatan. Ia dijadualkan tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.- mstar
TOP
MH17: Pembangkang Tak Sensitif, Pertikai Istiadat Terima Jenazah
SHAH ALAM: Ketika negara sedang bersedih sempena Hari Perkabungan Negara pada Jumaat, wakil rakyat pembangkang dilihat tidak sensitif apabila mempertikaikan istiadat menerima 20 jenazah mangsa insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.
Ahli Parlimen Lumut dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Imran Abdul Hamid berkata, kerajaan mengamalkan sikap 'dua darjat' apabila melakukan sambutan secara berlebihan.
Membandingkan insiden pencerobohan Lahad Datu, beliau berkata, anggota pertahanan yang terkorban kerana mempertahankan negara hanya menerima layanan ala kadar.
"Yang jadi mangsa warga tentera, tapi macam jadi hamba abdi cara menguruskannya (jenazah). Bukan kita kata tidak boleh (cara pengurusan mangsa MH17) tetapi kita lihat macam terlebih-lebih tindakan kerajaan meraikan mangsa MH17.
"Bukan kita tidak bersimpati, tapi kenapa sampai begitu sekali. Sedangkan pejuang-pejuang kita mati meninggal dunia di Lahad Datu, tidak ada sambutan sebegitu. Kita minta kerajaan memberi penjelasan mengenainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Politik pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Sabtu.
Malaysia mengisytiharkan Jumaat sebagai Hari Perkabungan Negara bagi menghormati ketibaan jenazah mangsa MH17.
Sehubungan itu, bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang dan semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan.- mstar
TOP
Kongres PKR: Pemimpin 'Gila Kuasa' Ditegur
SHAH ALAM: Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditegur supaya tidak bersikap 'gila kuasa' demi kepentingan politik peribadi hingga merosakkan imej parti.
Perwakilan Pahang, Ahmad Nizam Hamid berkata, pemimpin tertinggi PKR digesa supaya tidak hanya pandai meminta ahli peringkat bawah mentaati parti, sedangkan mereka berbalah sesama sendiri.
"Jangan kita yang di bawah ini...anggota-anggota parti ini sahaja yang diminta berdisiplin. Ahli bawahan yang tak tidur malam pasang bendera, pasang poster di minta taat setia kepada parti, tetapi yang diatas...jangan kamu pula buat ulah (tidak bertanggungjawab).
"Jangan kamu berebut-rebut, kepada orang bawah kamu katakan 'taat, taat, taat!' 'disiplin, disiplin, disiplin!' tapi yang di atas? Kamu akan dibuang dalam bakul sejarah," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden di sini, Sabtu.
Teguran itu dilihat berdasarkan perkembangan terbaharu apabila wujud perpecahan di kalangan kepimpinan tertinggi PKR, termasuk sikap berpuak pemimpin tertentu selepas pemilihan parti baru-baru ini.
Pemilihan PKR menyaksikan wujud kem-kem tertentu, termasuk yang diketuai Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika masih berada dalam PKR.
Mengulas lanjut, Ahmad Nizam menggesa supaya semua pemimpin dan anggota PKR supaya kembali bersatu dan melupakan perbalahan yang timbul ketika pemilihan yang lalu.
"Mari kita bersatu dan lupakan perbezaan serta pilihan politik kita semasa pemilihan. Cukuplah saya orang A, saya orang B, saya orang C...ayuh kita kembali bersatu.
"Kembali sebagai ahli PKR dan saya ulang yang di atas itu pun perlu ada disiplin kerana ikan membusuk daripada kepala. Bagi yang tidak boleh terima, tak boleh nak tunduk atau setuju dengan keputusan parti, nasihat kita hanya satu, keluar dan buat parti sendiri," katanya.- mstar
TOP
50,000 Hadiri Rumah Terbuka PM Di Pekan
Najib Tun Razak.
PEKAN: Kira-kira 50,000 tetamu menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini, Sabtu. Turut berangkat ke majlis itu Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Pada sambutan pada tahun ini, sebanyak 149 gerai makanan dan minuman sekitar Pekan menyediakan pelbagai juadah raya termasuk makanan tempatan seperti nasi minyak, opor daging, puding raja, laksa Pahang, kuih-muih tradisional, nasi beriani, cendol dan ketupat palas. Walaupun negara masih dalam suasana berkabung berikutan tragedi pesawat MH17, sambutan tetap dilaksanakan secara sederhana demi memenuhi hasrat rakyat di Parlimen Pekan untuk beraya bersama anggota parlimen mereka. Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan kepada 120 orang bakal jemaah haji dari Pekan. Najib kemudiannya merasmikan trak Siri Jelajah Selawat Perdana yang akan menjelajah ke seluruh negara.- mstar

Rumah Tangga Mariah Carey & Nick Cannon Bermasalah, Tinggal Berasingan
Berita perpisahan Nick dan Mariah mengejutkan peminat kerana pasangan itu kelihatan bahagia sepanjang enam tahun berkahwin.
SUAMI kepada penyanyi terkenal, Mariah Carey iaitu Nick Cannon mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu sekali gus mengiakan desas-desus mengenai hubungan mereka. Huffington Post melaporkan Nick, 33, turut mengakui perkahwinan mereka yang dibina sejak 2008 itu sedang dilanda masalah sehingga menyebabkan mereka memilih untuk berpisah. Bagaimanapun Nick menafikan keretakan rumah tangga mereka disebabkan pihak ketiga seperti mana dilaporkan media dan memberitahu tumpuannya kini adalah untuk anak mereka iaitu Moroccan dan Monroe yang kini berusia tiga tahun. Laman gosip TMZ sebelum ini melaporkan selain sudah berpisah pasangan berkenaan telah pun berjumpa dengan peguam masing-masing dan urusan penceraian mereka hampir selesai. Terdahulu, Mariah, 44, dan Nick dilaporkan tidak tinggal bersama sejak Mei lalu dan hanya bertemu apabila pengacara program America's Got Talent itu melawat anak-anaknya.
Mariah kali terakhir memuat naik gambarnya bersama Nick dan anak-anak mereka pada 16 Jun lalu bersempena sambutan Hari Bapa.
Berita keretakan rumah tangga mereka mula bertiup kencang sejak awal tahun ini apabila Mariah dikatakan berang dengan sikap Nick yang mendedahkan senarai wanita yang pernah ditidurinya sebelum berkahwin dengannya. Sumber terdekat pasangan itu memberitahu, Mariah berasa cukup malu dengan pendedahan suaminya itu dan mereka sering bertengkar sejak itu. "Mariah mempunyai reputasi yang sangat besar dalam industri dan sebelum ini dia jarang bercakap mengenai soal peribadi secara umum dan tindakan Nick membuatkan dia cukup tertekan," kata sumber itu. Malah Mariah dilaporkan mengarahkan Nick supaya membatalkan sebarang kejutan bersempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka pada 30 April lalu. Keadaan bertambah rumit apabila Mariah enggan berpindah ke Los Angeles bersama-sama suaminya dan berkeras untuk menetap di New York.
Mariah dan Nick berkahwin selepas enam minggu bercinta pada 2008.
Pasangan itu baru-baru ini menjual rumah agam mereka di Bel-Air Los Angeles dengan harga RM30 juta (USD10 juta) dan tindakan itu dibuat kerana mereka ingin bercerai. Jurucakap Mariah ketika dihubungi memberitahu pihaknya tidak mencampuri sebarang urusan peribadi pasangan tersebut. Mariah bakal memulakan konsert jelajah dunianya pada Oktober depan dan penyanyi itu bakal mengadakan persembahan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 22 Oktober depan.- mstar

Adik Beradik Muktadil Suspek Kes Penculikan di Sabah - Polis
Salah seorang pelancong warga China, Gao Huayun, 29, yang diculik Singamata Reef Resort di Semporna pada 2 April lalu. (gambar fail).
SEMPORNA: Polis telah mengesahkan adik beradik Muktadil sebagai suspek utama dalam siri penculikan dan pembunuhan yang berlaku di kawasan sempadan timur Sabah.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata dua suspek utama yang berjaya dikenalpasti ialah, Nilson Muktadil berusia lingkungan 30an dan Badong yang berusia 40 an.
Nilson.
Beliau menambah pihak berkuasa kini sedang berusaha mengenalpasti identiti seorang lagi rakan subahat kumpulan tersebut.
Ketiga-tiga suspek dipercayai memasuki Semporna sebagai imigran haram dan mereka didakwa cuba menceroboh masuk ke Tanjung Sirangol dan Pulau Maiga pada Khamis. Kumpulan tersebut bagaimanapun berjaya melarikan diri daripada dikesan pihak berkuasa.
Badong.
Jalaluddin berkata dua adik beradik itu dipercayai terlibat dengan beberapa kes penculikan yang menuntut wang tebusan di Pulau Tawi-Tawi selatan Filipina.
Beliau berkata Nilson tinggal di Kg Bangau-Bangau, dipercayai terlibat dengan dua kes penculikan melibatkan dua pelancong China, Gao Huayun, 29, dan pekerja warga Filipina Marcy Darawab, 40 daripada Singamata Reef Resort di Semporna pada 2 April.
"Kedua adik-beradik itu dipercayai terlibat dengan kes penculikan, dan yang terakhir melibatkan kejadian seorang anggota polis Marin ditembak mati dan satu lagi kes menculik anggota polis pada 12 Julai lalu," katanya kepada pemberita di Semporna pada Sabtu. - mstar

Bajet 2015 Tumpu Usaha Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup Rakyat
Ahmad Husni Hanadzlah.
KUALA LIPIS: Kerajaan memberi tumpuan serius dalam membantu menambah pendapatan rakyat yang kini berdepan peningkatan kos sara hidup. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Dr Ahmad Husni Hanadzlah berkata perkara itu antara 30 inisiatif kerajaan dalam Bajet 2015, yang akan dibentang pada 10 Okt ini dalam usaha membantu rakyat mengatasi peningkatan kos sara hidup. Beliau berkata kerajaan dijangka mengumumkan peningkatan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selain memastikan peningkatan perbekalan barangan makanan dan pengurangan peranan orang tengah. "Bila cakap kos hidup ini, ia sepadan antara permintaan dan perbekalan, jadi kita akan pastikan perbekalan terutama barangan makanan meningkat dan kita telah berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagaimana hendak meningkatkan bekalan makanan termasuk ikan. "Contohnya, dalam bajet ini kita mahu ikan dalam sangkar ditambah berbanding ikan di dalam laut dan keduanya, kita melihat kepada rantaian bekalan bagi mengurangkan peranan orang tengah. "Jadi kita mahu agensi terlibat seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan sebagainya akan memainkan peranan penting," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini hari ini. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kuala Lipis Datuk Abdul Rahman Mohamad, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta Datuk Mohd Soffi Abd Razak dan ADU NPadang Tengku Datuk Mustapa Long. Ahmad Husni juga berkata bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) akan menyaksikan jumlah peruntukan yang lebih besar khususnya membabitkan perbelanjaan pembangunan. Beliau berkata pada masa ini, kerajaan di peringkat akhir melihat sentuhan utama yang akan dimasukkan dalam Bajet 2015, terutama perkara menyentuh kesejahteraan rakyat. Bajet kali ini juga, katanya, memfokus kepada cukai barang dan perkhidmatan (CBP) yang akan dilaksana pada April 2015. Sementara itu, mengulas persediaan pelaksanaan CBP, Ahmad Husni berkata pihaknya menyasarkan lebih 123,000 syarikat mendaftar menjelang penghujung tahun ini.- mstar

Usah Terpedaya Anasir Cuba Gugat Sabah
RANAU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman hari ini mengingatkan ahli Umno supaya tidak terpedaya dengan anasir-anasir luar yang cuba mengganggu gugat suasana aman dan harmoni yang kini dikecapi rakyat Sabah meskipun mereka terdiri daripada pelbagai suku kaum dan kepercayaan agama.
Katanya suasana hidup aman dan makmur yang dikecapi penduduk Sabah kini mendapat pujian pihak luar sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan Sabah sebagai model terbaik untuk menggambarkan suasana kehidupan di bawah konsep 1Malaysia.
“Kita dalam BN menghormati semua agama. Kita tidak perkecilkan agama-agama lain,” kata beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah ketika berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ranau di sini, hari ini.
Mengambil contoh keluarganya sendiri, Musa berkata, walaupun dia seorang yang beragama Islam namun ramai keluarganya adalah bukan beragama Islam tetapi hubungan kekeluargaan mereka tetap kukuh dan terpelihara.
Sementara itu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun mengingatkan anggota Umno di semua peringkat supaya tidak melaga-lagakan pemimpin kerana perbuatan sedemikian memberi kesan buruk kepada perpaduan dan keutuhan parti.
Masidi yang juga Ketua Umno Bahagian Ranau berkata anggota dan pemimpin Umno sepatutnya menumpukan perhatian terhadap usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dengan memberi dokongan dan sokongan kepada kepimpinan sedia ada kerana kesudahannya lebih baik untuk rakyat, parti dan anggota parti sendiri.
“Janganlah kita pertikaikan atau melaga-lagakan pemimpin kita. Jangan memberi (mengeluarkan) kata-kata seolah-olah ada calon yang lebih baik. Soalnya bukan ada calon yang lebih baik, rezeki belum ada. Sebagai orang Islam, kita mesti faham ini. Kita boleh bekerja keras, tetapi sama ada kita dapat jawatan (atau tidak) adalah soal rezeki,” katanya.
Masidi percaya kepimpinan itu adalah amanah dan tugas yang dilaksanakan sebagai ibadah dan sekiranya ianya dilaksanakan dengan niat kerana ALLAH, ALLAH akan merestui perjuangan pemimpin itu dan membantunya mencapai matlamat perjuangannya. – BERNAMA
TOP
Dekorasi Restoran Dipenuhi Gambar Ryan Gosling
Mesti ramai pengunjung wanita yang akan berkunjung ke kedai makan ni.
Mana tidaknya, ini kerana keseluruhan dekorasi restoran yang terletak di San Diego, Amerika Syarikat ini dipenuhi gambar pelakon kacak Hollywood yang menjadi dambaan setiap wanita di luar sana iaitu Ryan Gosling.
Pemilik restoran ini telah mengubah suai premisnya dengan menghiasi dindingnya dengan menggunakan pelbagai gambar dan poster Ryan Gosling dalam pelbagai aksi.
Malah gambar aktor ini turut menghiasi dinding-dinding di bilik air! – MYNEWSHUB.MY
TOP
TNB Pasang 1,000 Meter Pintar Okt Depan
MELAKA – Tenaga Nasional Berhad akan memasang 1,000 meter pintar di Melaka dan Putrajaya menjelang Oktober depan dalam projek perintis yang bertujuan mengurus bekalan tenaga elektrik dengan lebih berkesan.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Nadzri Yahaya berkata, menerusi Projek Smartstyle itu 800 unit meter pintar akan dipasang di Melaka manakala selebihnya di Putrajaya.
Katanya melalui meter pintar itu pelanggan dapat memperoleh pelbagai manfaat antaranya paparan dalam rumah yang menunjukkan jumlah semasa penggunaan elektrik bersama kos.
“Melalui paparan ini makluman semasa mengenai penggunaan elektrik dapat diketahui berbanding dengan sekali sebulan melalui bil-bil dihantar yang diharap dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik,” katanya.
Beliau berkata, demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Perintis Smart Meter disempurnakan Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Datuk Wira Abdul Ghafaar Atan di sini hari ini.
Nadzri berkata, TNB berjaya mendapatkan pembiayaan RM9 juta daripada Akaun Amanah Elektrik Malaysia dan kementerian berkenaan bagi menyokong projek itu. – BERNAMA
TOP
Gempa Bumi Di Sempadan Chile – Bolivia
KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda kawasan sempadan Chile – Bolivia hari ini.
Jabatan Meteorologi berkata dalam satu kenyataan media memberitahu, gempa bumi itu berlaku kira-kira pukul 12.45 tengahari.
‘Gempa bumi itu berlaku 17,790 km arah barat daya Pontian, Johor,” kata kenyataan itu hari ini.
Kenyataan itu bagaimanapun memaklumkan tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan kenjadian itu. – mynewshub.my
TOP
Sumber Marin Teluk Marudu Makin Kurang
KOTA KINABALU – Sumber marin dan pantai yang semakin berkurangan di Teluk Marudu memerlukan perhatian segera untuk mengatasinya, kata Datuk Dr Beth Baikan, Timbalan Ketua Pasukan Pengurusan Sumber Marin & Pantai Segitiga Karang: Projek Asia Tenggara.
Beliau berkata, perhatian dan tindakan segera amat diperlukan apabila melihat kemerosotan tangkapan ikan dari bagang dan kejatuhan industri kupang yang sebelum ini memberikan punca pendapatan kepada masyarakat tempatan.
Teluk Marudu adalah sebahagian daripada cadangan Taman Tun Mustapha, sebuah projek yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sabah pada 2003. Dengan keluasan melebihi 800,000 hektar, cadangan Taman Tun Mustapha meliputi Teluk Marudu yang kaya dengan sumber dan perairan di sekeliling Pulau Balambangan, Banggi dan Maliangin.
Teluk itu menjadi tumpuan kepada aplikasi Pengurusan Zon Pantai Bersepadu (ICZM), satu kerangka pengurusan zon pantai bagi memastikan penggunaan sumber yang mampan dan diharap dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun bagi tujuan pelaksanaan, katanya.
“Kami berharap untuk melengkapi kerja atau inisiatif yang dilakukan oleh agensi negeri dan penyelidik, jadi kami tidak mahu melakukan kerja yang sudah dilakukan pihak lain sebelum ini,” kata Dr Baikan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Projek itu adalah di bawah program Bantuan Teknikal Serantau Bank Pembangunan Asia dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelaras Inisiatif Segitiga Terumbu Karang (CTI) Kebangsaan mengenai Terumbu Karang, Perikanan dan Keselamatan Makanan, Malaysia.
Dr Baikan telah memberikan gambaran keseluruhan mengenai projek itu dalam konteks melaksanakan ICZM di Teluk Marudu pada satu mesyuarat permulaan di Kudat Golf and Marina Resort di Kudat baru-baru ini yang dihadiri 50 pegawai daripada kementerian, jabatan dan agensi di Sabah.
“ICZM adalah relevan jika kita ingin memastikan keselamatan makanan di Sabah dalam jangka masa panjang, kata Dr Baikan yang terlibat dalam usaha awal untuk mengadakan rangka tindakan pengurusan pantai negeri secara menyeluruh. – BERNAMA
TOP
Najib ‘Kapten’ Yang Kuat Dalam Pentadbiran
IPOH – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan individu yang banyak membawa kejayaan kepada negara, namun Malaysia memerlukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang ‘kapten’ yang kuat dalam pentadbiran kerajaan.
Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, semua pihak sewajarnya menyokong kepimpinan Najib tanpa melaga-lagakan kedua-dua pemimpin tersebut.
“Kita kena sokong Najib, jangan buat ‘kerja lebih-lebih’ untuk melagakan Tun M dan Najib. Saya tak setuju dan saya menentang siapa yang melaga-lagakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno cawangan Ipoh Timur di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir menarik balik sokongan kepada Najib kerana mendakwa prestasinya lebih buruk daripada perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Dalam blognya www.chedet.cc, Dr Mahathir berkata adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menegur kepimpinan negara kerana sayang kepada bangsa dan negara.
Shahidan berkata adalah wajar pimpinan kerajaan terus mengurus dan meningkatkan kejayaan negara yang diperjuangkan Dr Mahathir kerana kejayaan negarawan itu perlu dikenang.
“Saya sayang Tun M sepanjang hayat sebagai seorang ayah dan pemimpin yang dihormati kerana usianya yang telah lanjut, beliau beri hujah-hujah yang cukup baik,” katanya.
Di BALIK PULAU, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ir Idris Harun menyifatkan Najib seorang pemimpin yang bersikap terbuka dan sedia mendengar pandangan pihak lain termasuk mana-mana pihak yang kurang bersetuju dengan dasar negara.
“Beliau komited menjalankan tugas selaku ketua kerajaan negara dan saya sebagai ahli parti dan ketua kerajaan negeri akan tetap mempertahankan perdana menteri saya, sama seperti saya mempertahankan perdana menteri terdahulu,” katanya.
Idris, yang juga Ketua Menteri Melaka, berkata semua pihak perlu menyokong kepimpinan Najib dan memberinya ruang membuktikan matlamat beliau bersama pasukan dalam pentadbiran untuk memajukan negara, berjaya pada masa depan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Balik Pulau di Dewan Maktab Rendah Sains Mara di sini. – BERNAMA
TOP
Tania Hudson Bersyukur Masih Bernafas
Di sebalik senyuman menawan dan kejelitaan yang dimiliki pasti ramai yang tidak percaya, pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Tania Hudson, 28, baru saja pulih dari penyakit dalam otak yang dideritainya, sejak kecil.
Malah, adik kepada pelakon popular Natasha Hudson ini dilaporkan pernah menjalani pembedahan akibat sejenis penyakit akibat gumpalan urat tidak normal yang tumbuh di otak atau Arteriovenous Malformation (AVM), empat tahun lalu.
Justeru, tidak hairanlah kehadiran Tania pada majlis rumah terbuka sebuah majalah hiburan yang berlangsung di Shah Alam, baru-baru ini mencuri tumpuan pihak media dan jurugambar yang membuat liputan pada majlis berkenaan. Semuanya kerana mereka ingin tahu keadaan kesihatannya sekali gus perkembangan terkini karier seninya.
Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Tania Nadira Hudson ini mengakui, dia sangat bersyukur kerana masih lagi bernafas di bumi Tuhan ini.
“Alhamdulillah, selepas pembedahan berkenaan, kesihatan saya beransur pulih dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
Cuma, saya perlu mengamalkan cara hidup sihat dan mengawal tekanan dari sekeliling.
“Rawatan susulan cuma tiga tahun selepas pembedahan dan sekarang semua kembali normal tetapi kepala ada juga berdenyut sekali-sekala.
“Saya bersemangat untuk kembali bekerja seperti sebelum ini. Fokus saya adalah karier lakonan yang nampak sudah semakin tenggelam sejak akhir-akhir ini,” katanya.
Bagaimanapun, Tania bertuah kerana pengarah dan produksi di luar sana banyak bertolak ansur dengannya ketika di lokasi penggambaran sebelum ini.
“Selepas pembedahan, saya perlukan masa rehat dan tidur yang lebih lama berbanding orang biasa. Jika tidak cukup rehat, penyakit asma pula menyerang atau saya akan mendapat sakit kepala.
“Masalah kesihatan yang dialami sebelum ini juga menyebabkan karier lakonan turut terjejas. Setakat ini, pihak produksi yang pernah bekerjasama memahami keadaan ini,” katanya.
Penderitaan yang pernah dilalui akibat penyakit merbahaya itu banyak mengajar Tania untuk menjadi manusia yang lebih tabah dan kuat menempuh hari mendatang.
“Saya pernah melalui saat-saat getir bila berdepan penyakit berkenaan sejak kecil. Selepas beberapa bulan menjalani pembedahan, saya pernah mengalami sakit kepala yang teruk hingga terpaksa dimasukkan ke hospital.
“Namun selepas kesihatan beransur pulih, barulah saya sedar, Tuhan memberi peluang kedua untuk saya hidup. Sebagai orang islam, hidup kita juga singkat dan pada bila-bila masa saja, nyawa akan diambil apabila sudah sampai ajal,” katanya. – myMetro Online
TOP
Pelajar Kolej Parah Dibelasah Senior
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Seorang pelajar sebuah institut kemahiran cedera parah di bahagian kepala dan badan serta pengsan selama lima jam selepas mendakwa dipukul, ditumbuk dan ditendang oleh sekumpulan pelajar seniornya ketika bermain futsal di padang institut itu di Kampung Pandan, di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Muhammad Mustaqim Hedzir,18, bersama beberapa rakan sepengajiannya terlibat dalam perlawanan futsal dengan pelajar senior namun berlaku perselisihan faham ketika berebut bola sebelum dia dibelasah.
Menurut bapa mangsa, Hedzir Mohd. Ali, 48, beliau mendapat tahu anaknya dibelasah selepas salah seorang rakan anaknya itu menghubunginya untuk memaklumkan kejadian.
"Saya terus ke kolej selepas diberitahu namun setibanya di sana, anak saya tiada dan telah dimaklumkan dihantar oleh wakil pelajar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Semasa di hospital, anak saya masih belum sedarkan diri. Dia hanya sedarkan diri kira-kira pukul 10 malam sebelum doktor teruskan pemeriksaan lanjut di kepala dan dadanya," dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Tambah Hedzir, berikutan kejadian itu dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju kerana terkilan atas perbuatan tidak wajar yang dilakukan terhadap anaknya.
"Perkara ini sudah dalam pengetahuan pihak institut dan saya amat berharap ada tindakan sewajarnya diambil ke atas pelajar-pelajar yang terlibat sebagai pengajaran kepada yang lain agar kejadian sama tidak berulang.
"Keadaan anak saya kini sudah stabil cuma masih memerlukan rawatan susulan pada minggu hadapan ," ujarnya yang telah menemui kesemua pelajar yang membelasah anaknya di IPD Wangsa Maju tengah hari ini kerana mereka dipercayai ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. - Utusan Online
No comments:
Post a Comment