TOP
Baitulmuqaddis Dihujani Siren-Siren Amaran
BAITULMUQADDIS – Siren-siren amaran serangan roket dibunyikan di selatan Israel semalam selepas pihak berkuasa Gaza melaporkan seramai 40 penduduk Gaza terkorban dalam serangan kereta kebal tentera Yahudi.
Serangan ganas tentera Israel itu sekali gus menamatkan gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Bagaimanapun, tiada laporan awal berhubung kecederaan atau kerosakan yang dialami dilokasi siren amaran berkenaan dibunyikan. – Agensi
TOP
Seorang Pesakit Ebola Akan Dirawat Di AS
ATLANTA – Seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) yang dijangkiti virus Ebola akan pulang dalam masa beberapa hari lagi untuk dirawat di sebuah pusat pengasingan di sini, kata beberapa pegawai kelmarin.
Pusat khas di Universiti Emory, AS itu beroperasi bersama Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) yang terletak berhampiran.
Media AS, Atlanta Journal-Constitution melaporkan hanya empat pusat berkenaan dibina di AS dan berfungsi untuk merawat penyakit berjangkit yang serius.
Kelmarin, CDC mengeluarkan amaran perjalanan ke beberapa negara Afrika termasuk Guinea, Sierra Leone dan Liberia.
Warga AS itu merupakan antara dua warga AS yang dijangkiti Ebola di Liberia. Mereka kini berada dalam keadaan stabil tetapi serius.
Liberia di Afrika Barat merupakan negara yang mencatat kematian tertinggi wabak Ebola.
Dua rakyat AS berkenaan ialah Dr. Kent Brantly dari Texas dan Nancy Writebol yang merupakan seorang mubaligh dari Carolina Utara.
Writebol sebelum ini membantu merawat mangsa-mangsa Ebola di sebuah hospital di Monrovia.
Saluran berita AS, CNN yang memetik kenyataan sumber mendedahkan kelmarin bahawa sebuah penerbangan sewa khas AS telah meninggalkan Georgia untuk memindahkan dua rakyat AS itu.
Sekurang-kurangnya seorang daripada mereka akan dirawat di Emory.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Nigeria mengkuarantin dua orang yang disyaki dijangkiti virus Ebola dan memantau 69 yang lain, menurut laporan akhbar Nigeria, Punch semalam.
Semua 71 orang itu pernah berhubungan dengan seorang juruperunding kerajaan Liberia, Patrick Sawyer yang meninggal dunia di sebuah hospital di Lagos akibat Ebola pada minggu ini.
“Kami sedang mengesan semua individu yang pernah berhubungan dengan Sawyer. Setakat hari ini (semalam) seramai 69 orang telah diletakkan di bawah pemantauan manakala dua lagi dikuarantin,” kata Menteri Kesihatan Nigeria, Onyebuchi Chukwu.
Mengulas perkembangan membimbangkan itu, beberapa pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu bahawa wabak Ebola semasa di Afrika Barat yang merangkumi negara Guinea, Sierra Leone, Liberia dan kini Nigeria adalah yang terburuk setakat ini.
Setakat 31 Julai lalu, WHO menyatakan 1,323 kes Ebola telah disahkan dengan 729 kematian berlaku.
Dua doktor yang merawat pesakit Ebola masing-masing di Sierra Leone dan Liberia turut maut akibat jangkitan virus itu.
Penyakit Ebola menyebabkan pendarahan dengan risiko kematian mencecah 90 peratus.
Virus tersebut berjangkit melalui darah dan cecair badan lain.
Antara tanda-tanda penyakit itu ialah demam, sakit otot, sakit kepala, tekak kering, muntah, cirit-birit, masalah buah pinggang dan hati, pendarahan dalaman serta luaran. – Agensi
TOP
Sukan Komanwel: Wei Feng 7 Daren Kandas Di Suku Akhir
GLASGOW – Misi untuk mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki Sukan Komanwel buat kali ketujuh berturut-turut lebur setelah dua wakil negara terkandas di pusingan suku akhir pada Jumaat.
Pemain pilihan utama Chong Wei Feng dan Liew Daren masing-masing disingkirkan oleh atlet India, R V Gurusaidutt dan Kasyap Parupalli dalam perlawanan yang berlangsung di Emirates Arena di sini.
Wei Feng kalah kepada Gurusaidutt 15-21, 21-8 dan 17-21 manakala Liew tersungkur di tangan Kashyap 13-21 dan 14-21.
Nyata amat kecewa, Wei Feng yang ditemui pemberita Malaysia kemudian, berkata beliau memikul tanggungjawab penuh atas kegagalan mempertahankan legasi pingat emas yang diraih negara sejak 1990 itu.
“Saya minta maaf pada rakyat Malaysia. Saya dan Daren tahu cabaran ini begitu sukar memandangkan kita telah memenangi pingat emas dalam tempoh yang lama. Saya tidak mahu mencari alasan dan kami telah bermain dengan baik tetapi lawan kami mempamerkan prestasi cemerlang.
“Lebih mengecewakan saya sebelum ini tidak pernah tewas kepada Gurusaidutt tetapi beliau bermain dengan baik untuk memenangi aksi ini,” katanya.
Untuk rekod, pemain perseorangan negara cemerlang dengan pencapaian pingat emas di Sukan Komanwel iaitu menerusi Rashid Sidek pada edisi 1990 dan 1994, Wong Choo Hann (1998), Hafiz Hashim (2002) dan Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2006 dan 2010. – BERNAMA
TOP
Pengguna Mahu K’jaan negeri Baik Pulih Jalan Jerangau-Jabor
KEMAMAN – Jalan Jerangau-Jabor yang menjadi laluan alternatif bagi pengguna pantai timur-pantai barat, perlu dibaik pulih secara sempurna bagi menjamin keselamatan pengguna serta keselesaan mereka.
Menurut beberapa pemandu yang ditemui Bernama di sini, tindakan “menampal” berulang kali menjadikan jalan tidak rata dan boleh membahayakan pemandu terutama pada waktu malam.
Kawasan paling ketara ialah dari Air Putih di sini hingga ke persimpangan Bukit Besi di Dungun dan perkara ini sudah berlanjutan sejak empat tahun lalu, kata Ahmad Jamal Abas, 45, dari Kota Baharu, Kelantan.
Beliau yang kerap menggunakan laluan itu untuk ke rumah saudara maranya, berkata sikap pihak berkuasa yang sekadar menampal dengan tar berulang kali di kawasan jalan yang berlubang bukan penyelesaian jangka panjang.
“Jalan tidak rata bukan sahaja menyebabkan pengguna tidak selesa tetapi juga boleh merosakkan kenderaan selain mengundang bahaya,” katanya.
Sabri Ali, 38, dari Besut pula berkata keadaan jalan di situ berbahaya kepada pengguna terutama penunggang motosikal.
“Saya yang memandu kereta kena sentiasa berhati-hati kalau mengekori motosikal sebab penunggang selalunya akan ke tengah ke tepi jalan untuk mengelak kawasan jalan yang rosak dan kalau tidak berhati-hati, boleh terlanggar mereka ini,” katanya yang bekerja di Kuantan, Pahang.
Seorang lagi pengguna, Fazli Yusri Ismail, 35, dari Setiu, berkata keadaan jalan itu menjadikan pemanduan pada sebelah malam lebih berbahaya.
“Walaupun sekarang jalan sudah tidak berlubang-lubang, namun keadaan yang tidak rata boleh menyebabkan kenderaan sukar dikawal terutama jika memandu laju,” katanya.
Selain itu katanya, jalan juga tidak diselenggara dengan baik dengan sesetengah kawasan tidak mempunyai garisan putih di tengah-tengah jalan. – BERNAMA
TOP
MH17: Wartawan Diacu Rifel AK-47 Di Kepala Dekat Lokasi Nahas
Sydney – Seorang wartawan Australia berdepan detik cemas apabila diacu senjata automatik di kepalanya ketika cuba melarikan diri dari kumpulan pemberontak pro-Russia berhampiran lokasi nahas pesawat penerbangan MH17, semalam.
Wartawan kanan Channel Nine, Damian Ryan dan kru beritanya sebelum itu dipaksa memberhentikan kenderaan mereka oleh tentera pemberontak pro-Russia kira-kira satu kilometer dari lokasi nahas di timur Ukraine.
Dalam siaran di laman web Channel Nine itu, Ryan menggambarkan tindakan tentera itu sebagai ‘sangat tidak terkawal’.
“Dia mengacu rifel AK-47 ke arah kepala kami sebelum bersedia untuk menembak selepas menyangka kami adalah tentera Ukraine.
“Kami terpaksa menjerit sebelum mereka sedar kami adalah petugas media. Mereka kemudian meminta kami keluar dari kawasan itu dengan segera kerana ia kawasan itu sedang berlaku pertempuran sengit,” katanya.
TOP
MH17: Satu lagi Mayat Dikenal Pasti, Warga Belanda
AMSTERDAM Satu lagi mayat nahas pesawat MH17 dikenal pasti menerusi proses pengecaman identiti oleh pakar forensik, semalam.
Kementerian Keselamatan dan Keadilan Belanda berkata, mangsa disahkan sebagai rakyat Belanda. “Keluarga dan datuk bandar daerah mangsa menetap sudah dimaklumkan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di The Hague, semalam.
Mangsa pertama nahas tragedi itu dikenal pasti pada 26 Julai lalu.
Kira-kira 200 pakar forensik Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) antarabangsa menjalankan prosedur mengenal pasti identiti mangsa sejak 23 Julai lalu di kem tentera Hilversum, kira-kira 30 kilometer dari Amsterdam.
Setakat kelmarin, sejumlah 126 daripada 227 keranda dihantar ke Hilversum bagi proses pengenalan identiti.
Nahas pesawat MH17 pada 17 Julai lalu mengorbankan 298 nyawa termasuk 15 anak kapal.
Daripada jumlah itu, 195 mangsa adalah rakyat Belanda.
Semalam, jurucakap majlis keselamatan Ukraine dipetik sebagai berkata, Kiev sedang mengakan perbincangan dengan tentera kumpulan pemisah di Donetsk bagi menyerahkan barangan peribadi milik mangsa nahas MH17 sama ada di Kiev atau Kharkiv menggunakan kereta api. – BH Online
TOP
Angka Rasmi Korban Nahas Pesawat Di Mali 116 Orang
OUAGADOUGOU – Angka kematian nahas pesawat Air Algerie di Mali minggu lalu disahkan semula iaitu 116 orang selepas dua individu di dalam pesawat berkenaan sebenarnya tidak menaiki pesawat malang itu.
“Angka kematian rasmi ialah 116 orang, bukannya 118 seperti yang diumumkan sebelum ini oleh pihak berkuasa Perancis, kata Jeneral Gilbert Diendiere, penasihat kepada Presiden Burkina Faso, Blaise Compaore.
Seorang daripada dua penumpang berkenaan adalah kakitangan syarikat penerbangan berkenaan yang namanya di dalam senarai penumpang tetapi tidak menaiki pesawat.
Individu kedua membatalkan tempahan sehari sebelum pesawat berlepas namun perubahan itu tidak dikemas kinikan dalam senarai akhir penumpang.
Penerbangan AH5017, yang berlepas awal pagi pada 24 Julai lalu ke Algiers, dilaporkan hilang berikutan cuaca buruk. Bangka pesawat kemudian ditemui di utara Mali. – AFP
TOP
Korban Bot Karam Meningkat Kepada 34 Orang
Jakarta – Pasukan penyelamat Indonesia menemui lebih banyak mayat mangsa kejadian bot karam yang berlaku baru-baru ini menjadikan jumlah korban meningkat kepada 34 kematian semalam.
Kejadian yang berlaku di dua sungai berbeza itu menyaksikan bot yang membawa penumpang untuk pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing karam selepas didakwa membawa muatan berlebihan.
Menurut pegawai agensi bencana tempatan, Mujiono, sebanyak 17 mayat lagi ditemui di Sungai Barombang, Sumatera Utara, kawasan bot yang membawa 48 penumpang karam awal kelmarin selepas dikatakan terlanggar tunggul.
Antara yang terkorban termasuk enam kanak-kanak berusia lingkungan 7 bulan hingga 11 tahun.
Mujiono berkata, 28 daripada mangsa diselamatkan manakala tiga lagi masih belum ditemui.
Di Kalimantan Tengah pula, pasukan penyelamat menemui dua lagi mayat di Sungai Kapuas dalam kejadian serupa Selasa lalu yang menyaksikan sebuah feri yang membawa 70 penumpang karam. – AP
TOP
Sukan Komanwel: Nur Tembak Gangsa Acara 10m Air Rifle
GLASGOW – Nur Suryani Mohammed Taibi sekadar mampu membuat bidikan gangsa dalam acara menembak 10 meter air rifle wanita di sini, lewat malam Sabtu.
Penembak berusia 32 tahun dari Perak itu mengutip 184.4 mata dalam final membabitkan lapan peserta pada saingan kali ini.
Pingat emas menjadi milik penembak, India, Apurvi Chadela yang melakukan 206.7 manakala perak milik rakan senegara, Ayonika Paul (204.9).
Nasib berbeza pula untuk seorang lagi wakil negara, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim yang hanya mampu menyudahkan cabaran pada tempat ke-13 dalam acara kelayakan sebelum ini. – BH Online
TOP
PAS Nafi Keluar Surat Tarik Diri Dari Pakatan
KUALA LUMPUR: PAS hari ini menafikan telah mengeluarkan sepucuk surat rasmi kononnya parti itu menarik diri daripada Pakatan Rakyat, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, surat layang itu, yang menggunakan kepala surat rasmi PAS, dan kononnya ditandatangani Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, adalah permainan jahat pihak tertentu untuk terus memecahbelahkan komponen dalam Pakatan Rakyat.
"Saya ingin menegaskan bahawa pendirian PAS sehingga hari ini masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Dan pendirian itu tidak pernah berubah setakat hari ini.
"Jadi saya menyifatkan apa yang berlaku sekarang ini berhubung penyebaran surat dalam alam siber adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab untuk cuba memecahbelahkan Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata, taktik seperti itu merupakan lumrah dalam permainan politik sekarang dan beliau tidak menganggap tindakan penyebaran surat palsu itu akan memberi kesan kepada keutuhan parti mahupun Pakatan Rakyat sendiri.
Surat palsu itu, bertarikh 1 Ogos 2014, mendakwa kononnya mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat, kononnya akibat perbuatan DAP yang tidak menghormati rakan komponennya.
Selain meminta kesemua anggota parti menghormati keputusan itu, surat itu turut menegaskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam memperjuangkan agenda Negara Islam dan pelaksanaan hudud.
Mengulas lanjut, Salahudin berkata, surat itu dipercayai sengaja disebarkan pihak tertentu ekoran hubungan yang agak dingin antara kedua-dua parti itu, berpunca daripada krisis pertukaran Menteri Besar Selangor.
"Saya rasa memang yang penting bagi mereka yang ingin melihat perpecahan itu, mereka akan cuba untuk melihat PAS sebagai puncanya...permainan itu saya cukup faham," katanya.
Media sebelum ini melaporkan terdapat sebilangan pemimpin kanan PAS, termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menganggap keputusan PKR untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak wajar.
Hubungan dingin parti dalam Pakatan Rakyat turut diburukkan lagi dengan penyebaran sedutan perbualan kontroversi dalam kumpulan Whatsapps di kalangan anggota Jawatankuasa PAS Pusat apabila Dr Mohd Zuhdi Marzuki didakwa telah membentangkan senario sekiranya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. - BERNAMA
TOP
Yazit (Search) Terharu Isteri Jual Kraftangan Cari Wang
PETALING JAYA – Pemain drum kumpulan Search, Yazit Ahmad terharu dengan pengorbanan isterinya, Ramlah Ahmad yang sanggup menjual hasil kraftangan bagi mendapatkan wang untuk membiayai kos perubatannya akibat penyakit kegagalan buah pinggang.
Yazit, 52, berkata, isterinya menghasilkan pelbagai kraftangan seperti kotak tisu, tas tangan dan perhiasan rumah menggunakan manik untuk dijual kepada rakan-rakan dan peminat.
“Dia tidak mahu kami meminta-minta dan selagi ada kudrat untuk mendapatkan wang dia akan cuba sedaya upayanya untuk membantu saya dan pengorbanannya itu membuatkan saya cukup terharu.
“Kadang-kala dia bersengkang mata untuk menyiapkan tempahan namun Alhamdulillah hasil kerja tangannya cukup cantik dan mendapat banyak permintaan daripada pelanggan,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Yazit, jika dia mempunyai sebarang undangan ke majlis-majlis hiburan dia akan membawa hasil kerja isterinya itu untuk dijual terus kepada pelanggan.
Yazit yang terpaksa melakukan rawatan hemodialisis sebanyak empat kali sehari setiap empat jam memerlukan RM2,800 untuk menampung kos tersebut setiap bulan dan tidak termasuk ubat-ubatan lain.
Dalam pada itu, Yazit berkata, dia amat merindui untuk kembali beraksi di pentas bersama Search namun kesihatannya yang tidak mengizinkan membuatkan dia terpaksa melupakan hasrat tersebut.
Jelas Yazit, dia bersyukur apabila rakan-rakan seperjuangannya tidak pernah melupakannya dan sentiasa bertanya khabar jika mempunyai masa lapang.
“Bila mereka ajak saya buat persembahan saya rasa bersemangat betul kerana sudah lama tidak naik pentas. Muzik adalah satu-satunya perkara yang saya tahu lakukan dan berharap suatu hari nanti dapat beraksi semula,” katanya.
Jika peminat yang ingin mendapatkan barangan kraftangan yang dihasilkan oleh isteri Yazit boleh melayari laman Facebook dengan carian Sang Gendang. – mStar Online
TOP
Israel Cabul Gencatan Senjata Dengan Pejuang Hamas
BANDAR GAZA – Gencatan senjata selama tiga hari yang dipersetujui antara tentera Israel dan pejuang Hamas yang bermula semalam hanya bertahan selama beberapa jam selepas sekurang-kurangnya 40 penduduk Gaza terkorban dalam satu serangan tentera Zionis di selatan Rafah.
Gencatan senjata yang diumumkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkuat kuasa pada pukul 8 pagi waktu Gaza semalam.
Namun, Israel menamatkan gencatan senjata itu beberapa jam selepas ia dikuatkuasakan.
Gencatan senjata itu dicapai selepas berlakunya pertempuran sengit antara para pejuang Hamas dengan tentera Israel.
Namun, Israel dan Hamas saling menuduh sebagai pihak yang menyebabkan gencatan senjata itu gagal dilaksanakan selama tiga hari.
“Pendudukan Israel di Gaza ini yang mencabul gencatan senjata. Pejuang Palestin adalah berasaskan hak untuk mempertahankan diri dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai penduduk kami,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum dalam satu kenyataan.
Israel berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap pejuang-pejuang Palestin di Gaza yang didakwa mencabul gencatan senjata yang baru beberapa jam dikuatkuasakan.
“Israel akan mengambil tindakan tegas sebagai tindak balas terhadap tindakan agresif Hamas dan kumpulan pengganas di Genting Gaza,” kata satu kenyataan tentera Israel.
Setiausaha Negara AS, John Kerry sebelum ini memberi amaran gencatan senjata tersebut bukan satu jaminan bahawa ia akan menamatkan peperangan yang masuk minggu keempat tersebut.
Hampir dua jam selepas gencatan senjata itu berkuat kuasa, kereta kebal Israel membedil satu lokasi di barat Rafah yang bersempadan dengan Isreal dan Mesir yang menyebabkan sekurang-kurangnya empat penduduk Gaza terkorban manakala 15 lagi cedera.
Seorang jurucakap tentera Israel memberitahu bahawa satu kejadian berbalas tembakan tercetus di kawasan Rafah tetapi jurucakap tersebut enggan mengulas lanjut.
“Sekali lagi Hamas secara jahat melanggar gencatan senjata yang mereka berikrar untuk patuhi di hadapan Setiausaha Negara AS dan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon” kata pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan.
Peperangan tersebut kini sudah meragut lebih 1,499 nyawa penduduk Gaza yang kebanyakannya orang awam manakala seramai 60 warga Israel yang hampir semua mangsa adalah askar terbunuh.
Sekurang-kurangnya empat gencatan senjata kemanusiaan telah diumumkan sejak konflik berkenaan bermula tetapi ia hanya bertahan selama beberapa jam apabila pertempuran kembali tercetus.
Gencatan sementara semalam merupakan yang paling lama diumumkan setakat ini tetapi ia turut menerima nasib yang sama.
Dalam perjanjian gencatan senjata itu, tentera Israel yang berada di Gaza boleh memusnahkan terowong bawah tanah yang berada di belakang garisan pertahanan Israel dan yang menghala ke negara itu.
Netanyahu kelmarin berikrar untuk memusnahkan rangkaian terowong milik Hamas dengan atau tanpa gencatan senjata.
Tentera Israel mula melaksanakan kempen ketenteraan ke atas Gaza sejak 8 Julai lalu untuk menangani serangan roket para pejuang Hamas. – Agensi
TOP
Kondominium Jadi Premis Proses Syabu Terbongkar
KUALA LUMPUR – Kegiatan memproses dadah jenis syabu di Tingkat 21, Kondominium Midfields di Taman Sungai Besi di sini terbongkar selepas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat bergegas ke unit itu selepas menerima panggilan kecemasan.
Penolong Kanan Penguasa Bomba Kuala Lumpur M. Letchumanan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kewujudan asap terkumpul di unit itu pada kira-kira 12 tengah hari dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.
“Sebaik 15 anggota dari balai bomba Bandar Tun Razak tiba di lokasi, kami mendapati tiada kebakaran yang berlaku sebaliknya penggera kebakaran berbunyi kerana mengesan asap yang terkumpul hasil campuran bahan kimia. Ia dipercayai hasil daripada pemprosesan syabu,” katanya kepada pemberita di sini Jumaat.
Pihak bomba menemui pelbagai jenis botol dan serbuk bahan kimia yang dipercayai digunakan sebagai bahan pemprosesan syabu, katanya.
Bagaimanapun katanya penghuni rumah berkenaan telah meninggalkan tempat kejadian sebelum pihak bomba sampai.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Wan Abdullah Ishak berkata, sekumpulan individu yang terdiri antara tiga dan lima lelaki warga tempatan cuba memproses syabu di unit kediaman tersebut.
Namun percubaan mereka gagal sehingga membawa kepada kewujudan asap terkumpul di unit tersebut.
“Kami telah mengenal pasti dua hingga tiga suspek selepas menyaksikan rakaman kamera litar tertutup di kodominium tersebut.
“Suspek dipercayai menyewa unit kediaman itu kira-kira dua hingga tiga minggu dan kad akses didaftarkan dibawah nama salah seorang suspek.
“Semasa pemeriksaan kami mendapati peralatan yang digunakan untuk kegiatan itu tidak mencukupi,” katanya.
Wan Abdullah berkata pasukan forensik polis sedang menentukan jumlah sebenar dadah yang berada di unit kediaman itu.
Suspek dikatakan berjaya membawa bersama dadah semasa melarikan diri dari kondominium tersebut. – mStar Online
TOP
Wanita Israel Anggap IDF Hero, Berlumba Memuat Gambar Seksi Di Facebook
Serangan oleh Israel yang bermula sejak 8 Julai lalu telah menyebabkan lebih 1,300 warga Palestin terkorban dan lebih 7000 yang lainnya tercedera.
Di pihak israel pula, sekurang-kurang 50 tentera IDF melayang. Banyak pihak yang menyeru agar israel memberhentikan serangan termasuk PBB, John Kerry, artis Penelope Cruz bahkan Presiden Rusia Vladimir Putin.
Walaupun begitu, ramai rakyat israel yang menganggap pejuang-pejuang IDF mereka yang menyerang Gaza sebagai hero mereka. Hal ini boleh dilihat dengan wanita-wanita israel membuat tatu sebagai tanda sokongan kepada kumpulan IDF.
Yang lebih memeranjatkan, mereka yang menganggap IDF sebagai hero ini kini mempunyai fanpage sendiri di facebook yang bernama "Standing with IDF" dan berlumba-lumba memuatnaik gambar bogel mereka di fanpage berkenaan, konon-kononnya memberi sokongan kepada askar IDF. Semoga mereka semua ini dilaknat sampai mati - SiakapKeli.com
Di pihak israel pula, sekurang-kurang 50 tentera IDF melayang. Banyak pihak yang menyeru agar israel memberhentikan serangan termasuk PBB, John Kerry, artis Penelope Cruz bahkan Presiden Rusia Vladimir Putin.
Walaupun begitu, ramai rakyat israel yang menganggap pejuang-pejuang IDF mereka yang menyerang Gaza sebagai hero mereka. Hal ini boleh dilihat dengan wanita-wanita israel membuat tatu sebagai tanda sokongan kepada kumpulan IDF.
Yang lebih memeranjatkan, mereka yang menganggap IDF sebagai hero ini kini mempunyai fanpage sendiri di facebook yang bernama "Standing with IDF" dan berlumba-lumba memuatnaik gambar bogel mereka di fanpage berkenaan, konon-kononnya memberi sokongan kepada askar IDF. Semoga mereka semua ini dilaknat sampai mati - SiakapKeli.com
TOP
Respon Rakyat Indonesia Jika Malaysia Diserang Israel
Jiran sebelah Malaysia, Indonesia sememangnya terkenal dengan sifatnya yang tidak menggemari Malaysia. Dari selepas merdeka sehingga sekarang, perkara ini masih dapat dilihat terutamanya di internet.
Ini terbukti dengan motto Indonesia yang masih lagi popular sehingga sekarang iaitu "Ganyang Malaysia" yang masih lagi menjadi sebutan rakyat Indonesia yang tidak berpuas hati dengan Malaysia.
Walau bagaimanapun, respon yang tidak dijangka telah diberikan oleh rakyat Indonesia tentang isu Malaysia-Israel yang dikatakan tegang sejak akhir-akhir ini. Ada antara mereka berkata sanggup berjuang demi Malaysia sekiranya Malaysia diserang israel.
Walau apa pun, terima kasih ke atas sokongan positif yang diberikan oleh rakyat Indonesia. Harapan agar saudara serumpun tidak berdiam jika saudara serumpunya diserang oleh musuh yang sama. - SiakapKeli.com
Walau bagaimanapun, respon yang tidak dijangka telah diberikan oleh rakyat Indonesia tentang isu Malaysia-Israel yang dikatakan tegang sejak akhir-akhir ini. Ada antara mereka berkata sanggup berjuang demi Malaysia sekiranya Malaysia diserang israel.
Walau apa pun, terima kasih ke atas sokongan positif yang diberikan oleh rakyat Indonesia. Harapan agar saudara serumpun tidak berdiam jika saudara serumpunya diserang oleh musuh yang sama. - SiakapKeli.com
TOP
'Orang Minyak' Kacau Orang Awam Lalu Lalang Diberkas Polis
Melaka - Kekecohan yang berlaku di Dataran Pahlawan di sini pada hari pertama Raya yang lepas telah mendapat perhatian di media sosial.
Gambar yang tersebar menunjukkan 'orang minyak' yang ditangkap oleh polis yang didakwa mengacau orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut terutamanya kaum wanita.
Jika dilihat pada suspek, dia melumurkan dirinya dengan minyak sehingga badannya menjadi hitam seperti orang minyak. Motif suspek berbuat demikian tidak diketahui.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Post Berkenaan Yahudi Disekat Facebook, Dr M tukar pendirian, mahu k'jaan tapis Internet
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau kini berpendirian bahawa sudah tiba untuk menapis Internet selepas beliau sendiri menjadi mangsa tapisan internet.
Menurutnya, beliau menyedari perkara itu apabila tulisannya tentang kaum Yahudi tidak dapat disiarkan di Facebook.
"Saya berbuat demikian (ubah fikiran) kerana mereka yang mengawal server menjalankan tapisan mereka sendiri terhadap perkara yang boleh diterbitkan di media alternatif.
"Saya sendiri menjadi mangsa tapisan demikian," katanya.
Menurutnya lagi, beliau sendiri sebelum ini terpaksa menukar platform blognya sebanyak tiga kali kerana satu firma antarabangsa enggan memberi perkhidmatan untuk penerbitan blognya. "Sekatan juga adalah satu bentuk tapisan. Internet ini bukan alternatif percuma kepada media cetak dan elektronik yang dikatakan dikawal oleh kerajaan. Ia tertakluk kepada lebih banyak tapisan berbanding yang diamalkan oleh kerajaan. "Mereka yang menjadi tuan rumah kepada pelantar dan pelayan ini boleh menapis. Dan ada banyak cara lain tersedia buat pengawal media baru yang berkuasa ini untuk menapis demi kepentingan politik mereka," katanya.
Katanya, beliau berpendirian bahawa akhbar perlu ditapis, dan media baru pula menurutnya menikmati kebebasan yang lebih terhad berbanding media tradisional.
"Tiada kebebasan di media alternatif. Kerajaan dan pemilik server dan platform serta pihak lain boleh menapis media alternatif. "Kebebasannya lebih terhad berbanding media cetak dan elektronik yang beroperasi dengan lesen kerajaan. "Saya rasa tiba masanya kita berhenti bercakap mengenai kebebasan akhbar. Kita perlu akui yang akhbar juga perlu ditapis. Ia perlu ditapis kerana kebebasan, sebarang bentuk kebebasan akan sentiasa terdedah kepada salah guna,” katanya. Beliau mengajurkan agar tapisan di Internet itu menyekat kandungan pornografi untuk mengelakkannya dari dilihat oleh kanak-kanak. "Salah guna paling teruk adalah daripada segi moral. "Saya tidak peduli betapa sucinya kebebsan tetapi saya rasakan masanya sudah tiba untuk kerajaan, sekurang-kurangnya kerajaan Malaysia untuk menapis internet," tulisnya. - Malaysia Kini
"Saya sendiri menjadi mangsa tapisan demikian," katanya.
Menurutnya lagi, beliau sendiri sebelum ini terpaksa menukar platform blognya sebanyak tiga kali kerana satu firma antarabangsa enggan memberi perkhidmatan untuk penerbitan blognya. "Sekatan juga adalah satu bentuk tapisan. Internet ini bukan alternatif percuma kepada media cetak dan elektronik yang dikatakan dikawal oleh kerajaan. Ia tertakluk kepada lebih banyak tapisan berbanding yang diamalkan oleh kerajaan. "Mereka yang menjadi tuan rumah kepada pelantar dan pelayan ini boleh menapis. Dan ada banyak cara lain tersedia buat pengawal media baru yang berkuasa ini untuk menapis demi kepentingan politik mereka," katanya.
Katanya, beliau berpendirian bahawa akhbar perlu ditapis, dan media baru pula menurutnya menikmati kebebasan yang lebih terhad berbanding media tradisional.
"Tiada kebebasan di media alternatif. Kerajaan dan pemilik server dan platform serta pihak lain boleh menapis media alternatif. "Kebebasannya lebih terhad berbanding media cetak dan elektronik yang beroperasi dengan lesen kerajaan. "Saya rasa tiba masanya kita berhenti bercakap mengenai kebebasan akhbar. Kita perlu akui yang akhbar juga perlu ditapis. Ia perlu ditapis kerana kebebasan, sebarang bentuk kebebasan akan sentiasa terdedah kepada salah guna,” katanya. Beliau mengajurkan agar tapisan di Internet itu menyekat kandungan pornografi untuk mengelakkannya dari dilihat oleh kanak-kanak. "Salah guna paling teruk adalah daripada segi moral. "Saya tidak peduli betapa sucinya kebebsan tetapi saya rasakan masanya sudah tiba untuk kerajaan, sekurang-kurangnya kerajaan Malaysia untuk menapis internet," tulisnya. - Malaysia Kini
TOP
Penjenayah Tinggal Treler Gelung Tembaga RM1.7 Juta Tepi Jalan
Shah Alam – Sekumpulan lima penjenayah nekad mengikat dua pengawal keselamatan sebelum melarikan dua treler berisi 12 gelung tembaga dianggarkan bernilai RM1.7 juta dalam kejadian di Taman Perindustrian Subang Hi-Tech, di sini, awal pagi, semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 6.30 pagi, sebuah treler yang dilarikan ditemui di tepi jalan di Sunway Kayangan, di sini, 11 kilometer dari tempat kejadian 30 minit selepas kejadian apabila suspek gagal mengawal kenderaan itu menyebabkan muatannya terjatuh.
Hasil pemeriksaan terhadap treler berkenaan, polis mengesahkan ia adalah satu daripada treler dilarikan lima suspek terbabit dan dipercayai ditinggalkan di kawasan berkenaan selepas menyedari kejadian itu disaksikan orang ramai.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi sebelum membuat rondaan dan menemui treler berkenaan di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.
“Berdasarkan keadaan muatan treler berkenaan yang sudah terkeluar, kami percaya suspek gagal mengendali kenderaan itu sehingga memaksa mereka meninggalkannya di tepi jalan dan melarikan diri.
“Bagaimanapun sebuah lagi treler dan polis kini giat menjalankan siasatan termasuk mendapatkan cap jari daripada treler yang ditinggalkan,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.
Abdul Rahim berkata, berdasarkan keterangan daripada dua pengawal keselamatan yang diikat, semua suspek adalah lelaki berusia 20-an hingga 30-an .
Katanya, kedua-dua mangsa tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. – myMetro Online
TOP
Panik Jeritan Tak Dapat Melihat Akibat Bermain Mercun
Kuantan – “Saya mengetahui kejadian itu apabila mereka balik dalam keadaan muka melecur dan terlompat-lompat sambil anak saudara saya menjerit dan memberitahu dia tidak dapat melihat sehingga menimbulkan rasa panik kami sekeluarga.
“Saya langsung tidak menyedari bila mereka keluar bermain mercun kerana sebelum itu, saya melihat mereka berada di ruang tamu bersama sanak saudara lain,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Intan, 38, ibu angkat kepada dua mangsa mercun yang nyaris buta dalam kejadian kelmarin.
Katanya, anak angkatnya, Mohd Zawawi Osman, 9, bersama sepupunya, Mohd Zazali Che Dahek, 10, keluar dari rumah keluarganya di Kampung Setajam, Rompin pada jam 11 pagi, namun dia tidak mengetahui ke mana arah tuju mereka kerana sibuk mengemas barang untuk pulang ke rumahnya di Chengal, Alor Setar, Kedah.
Intan berkata, beberapa minit kemudian, dia mendengar jeritan Mohd Zazali sebelum melihat kedua-dua mereka dalam keadaan basah kuyup dengan beberapa anggota badan termasuk muka dan tangan melecur.
“Mohd Zawawi memberitahu saya bahawa mereka cuba menyalakan mercun bola yang sudah pecah menggunakan pemetik api, namun belum sempat berbuat demikian, api secara tiba-tiba menyambar belerang mercun berkenaan dan meletup di depan muka mereka berdua. – myMetro Online
TOP
MH17: Ahli Kongress Amerika Syarikat Puji Najib
Seorang anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kepimpinannya berunding mengenai penyerahan mayat-mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang didakwa ditembak jatuh, di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Eni F.H. Faleomavaega yang mewakili Samoa-Amerika memuji Najib dalam satu persidangan Kongres dan kata-kata beliau itu telah dipaparkan di http://capitolwords.org pada 24 Julai lepas.
Capitol Words menyiarkan perkataan yang paling kerap digunakan dalam Rekod Kongres, memberikan peluang pembaca laman web itu mendapatkan maklumat mengenai isu-isu yang diketengahkan penggubal dasar secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan.
Capitol Words adalah sebuah projek oleh Sunlight Foundation berpangkalan di Washington DC – bersifat non-partisan dan tidak mengaut keuntungan – yang menyokong kerajaan terbuka di peringkat global dan menggunakan teknologi untuk menjadikan kerajaan lebih bertanggungjawab kepada semua.
Dalam posting itu, Faleomavaega memuji Najib kerana tidak membiarkan rundingan dengan puak pemisah di Ukraine dilakukan pembantunya.
“Penglibatan secara peribadi Perdana Menteri Najib dalam rundingan menetapkan standard diplomasi di seluruh dunia. Saya menghargai Perdana Menteri Najib untuk tidak membiarkan pembantunya melakukan rundingan,” katanya.
Faleomavaega menambah bahawa Najib mengadakan siri rundingan sulit dengan pemisah untuk mencapai satu perjanjian bagi menyerahkan mayat-mayat dan jaminan untuk mendapatkan laluan selamat bagi pasukan penyiasat ke lokasi nahas.
Perdana Menteri Malaysia juga berjaya membawa pulang kotak hitam pesawat Penerbangan MH17 bagi membolehkan siasatan penuh dijalankan, katanya lagi.
“Beberapa perkara dalam hidup ini adalah suci dan saya gembira bahawa Perdana Menteri Najib melihat aspek itu.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana mengetepikan politik untuk tujuan yang lebih penting – iaitu untuk mengembalikan mayat bapa, ibu, abang, kakak, anak lelaki dan anak-anak perempuan kepada anggota keluarga yang kehilangan dan menyayangi mereka. Saya memuji beliau kerana melakukan apa yang orang lain tidak akan lakukan atau tidak mampu melakukan,” kata Faleomavaega.
Dalam posting berkenaan, beliau turut mengucapkan takziah dan berdoa kepada mereka yang terlibat dengan tragedi itu.
“Selepas siasatan penuh dan adil, saya berharap mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan,” kata Faleomavaega.
Pesawat MAS penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia, pada 17 Julai.
Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal itu dipercayai telah ditembak jatuh tetapi sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas perbuatan keji itu.
Pada 19 Julai lepas, Najib dalam sidang akhbar berkata beliau telah bercakap dengan Alexander Borodai, pemimpin yang menguasai wilayah lokasi nahas pesawat MH17.
Tiga perjanjian dicapai Perdana Menteri dan Borodai ialah mayat-mayat mangsa pesawat itu diserahkan kepada Netherlands; kedua-dua kotak hitam akan diserahkan kepada pasukan penyiasat Malaysia dan pasukan penyiasat bebas antarabangsa dijamin akses yang selamat untuk ke lokasi nahas bagi memulakan siasatan penuh kejadian itu. – Astroawani.com
TOP
ISU KELVIN: KJ Bidas Ahli Parlimen DAP
Share on Facebook Google+ Twitter
Sebenarnya saya dah jangka dah akan ada komen seperti ini.
Dibawah adalah status terbaru Ahli Parlimen Bukit Mertajam dari DAP.
Perbandingan saya buat antara Kiki dan Kelvin bukan pada jenis kesalahan tetapi dari segi penguatkuasaan undang-undang.
Walaupun kes berbeza, kedua-dua Kiki dan Kelvin telah menjadi isu public interest atau kepentingan umum. Bila kedua-dua disyaki melanggar undang-undang, kita nak melihat tindakan yang pantas dan cepat. Perbandingannya di situ, bukan dari sudut jenis kesalahan.
Tetapi yang buat saya rasa tidak puas hati adalah para kedua YB Bukit Mertajam. Dia memberi maksud kita patut belajar untuk ketawakan sahaja orang macam Kelvin dan simpan rasa marah kita untuk kesalahan sebenar (seperti Kiki). Oh, mungkin dalam dunia DAP komen yang menghina agama itu bukan kesalahan lah. Just ketawakan sahaja kebodohan itu. Just laugh at it.
Minta maaf lah kalau ada rakyat Malaysia yang masih lagi pegang kepada keharmonian rakyat dan menjaga sensitiviti agama dan kaum. Minta maaf lah kalau ada yang masih anggap komen-komen yang menghina mana-mana agama atau kaum sebagai kesalahan hate speech yang boleh diambil tindakan undang-undang. Minta maaflah kami ini tidak se-matang, matured and enlightened seperti DAP yang boleh gelakkan sahaja penghinaan kepada mana-mana agama.
Kalau mahu negara dimana penghinaan terhadap agama hanya ditangani dengan nasihat “Chill lah. Just laugh it off,” you know which party to vote for. Kalau masih lagi nak jaga keharmonian dan sensitiviti kaum secara adil dan tegas, you know which way to go.
For the record, saya menentang semua komen yang hina agama atau kaum. Poei Gugel.
Saya pernah lawan Perkasa dan ISMA bila mereka menghina Cina dan non-Muslim. Dan saya mahu Ustaz serbuk kari tu kena sekali dengan Kelvin. Itu baru adil.
Serah pada SKMM, PDRM dan AGC.
Satu lagi. Jangan buat komen rasis kat sini.
Komen Kelvin bukan lesen untuk sesiapa buat komen yang rasis terhadap mana-mana kaum.
Jangan awak pula jadi Kelvin.
(Facebook Khairy Jamaluddin)
Sebenarnya saya dah jangka dah akan ada komen seperti ini.
Dibawah adalah status terbaru Ahli Parlimen Bukit Mertajam dari DAP.
Perbandingan saya buat antara Kiki dan Kelvin bukan pada jenis kesalahan tetapi dari segi penguatkuasaan undang-undang.
Walaupun kes berbeza, kedua-dua Kiki dan Kelvin telah menjadi isu public interest atau kepentingan umum. Bila kedua-dua disyaki melanggar undang-undang, kita nak melihat tindakan yang pantas dan cepat. Perbandingannya di situ, bukan dari sudut jenis kesalahan.
Tetapi yang buat saya rasa tidak puas hati adalah para kedua YB Bukit Mertajam. Dia memberi maksud kita patut belajar untuk ketawakan sahaja orang macam Kelvin dan simpan rasa marah kita untuk kesalahan sebenar (seperti Kiki). Oh, mungkin dalam dunia DAP komen yang menghina agama itu bukan kesalahan lah. Just ketawakan sahaja kebodohan itu. Just laugh at it.
Minta maaf lah kalau ada rakyat Malaysia yang masih lagi pegang kepada keharmonian rakyat dan menjaga sensitiviti agama dan kaum. Minta maaf lah kalau ada yang masih anggap komen-komen yang menghina mana-mana agama atau kaum sebagai kesalahan hate speech yang boleh diambil tindakan undang-undang. Minta maaflah kami ini tidak se-matang, matured and enlightened seperti DAP yang boleh gelakkan sahaja penghinaan kepada mana-mana agama.
Kalau mahu negara dimana penghinaan terhadap agama hanya ditangani dengan nasihat “Chill lah. Just laugh it off,” you know which party to vote for. Kalau masih lagi nak jaga keharmonian dan sensitiviti kaum secara adil dan tegas, you know which way to go.
For the record, saya menentang semua komen yang hina agama atau kaum. Poei Gugel.
Saya pernah lawan Perkasa dan ISMA bila mereka menghina Cina dan non-Muslim. Dan saya mahu Ustaz serbuk kari tu kena sekali dengan Kelvin. Itu baru adil.
Serah pada SKMM, PDRM dan AGC.
Satu lagi. Jangan buat komen rasis kat sini.
Komen Kelvin bukan lesen untuk sesiapa buat komen yang rasis terhadap mana-mana kaum.
Jangan awak pula jadi Kelvin.
(Facebook Khairy Jamaluddin)
TOP
Sepupu Menteri Pertahanan Israel Di Culik Hamas
Seorang askar IDF telah ditangkap oleh pejuang Hamas, lapor IDF hari ini.
Leftenan Hadar Goldin dilaporkan telah diculik semasa pertempuran yang tercetus apabila pejuang Hamas muncul dari terowong yang sedang diroboh oleh IDF. Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata IDF akan terus merobohkan terowong Hamas "dengan atau tanpa gencatan senjata," lapor Haaretz. Jurucakap Unit IDF turut berkata bahawa salah satu pejuang Hamas adalah seorang pengebom berani mati.
Kejadian itu berlaku kurang daripada tiga jam selepas gencatan senjata, yang sepatutnya berlangsung 72 jam. Dua anggota tentera IDF lain, Mej. Benaya Sarel dan Staf Sarjan. Liel Gidoni, terbunuh dalam serangan itu, menurut IDF. Lima anggota IDF terbunuh dalam serangan mortar pada hari Khamis. Jumlah kematian IDF sejak hari Khamis adalah 66, manakala pihak berkuasa kesihatan Gaza berkata 1,492 Penduduk Gaza telah meninggal dunia, menurut New York Times. Channel 4 di Britain melaporkan bahawa askar yang ditangkap adalah sepupu kepada Menteri Pertahanan Israel, Moshe Ya'alon. Bapa kepada askar ditangkap memberitahu akhbar IDF akan cuba untuk membawa balik anaknya yang diculik dalam keadaan yang sempurna, lapor Times of Israel. "Hamas akan terima balasannya," Netanyahu memberitahu Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry. Sebelum ini, Hamas berkata ia telah berjaya menangkap Staf Sarjan. Oron Shaul, tetapi IDF membuat kesimpulan bahawa Saul telah mati dalam pertempuran. - SiakapKeli.com
Kejadian itu berlaku kurang daripada tiga jam selepas gencatan senjata, yang sepatutnya berlangsung 72 jam. Dua anggota tentera IDF lain, Mej. Benaya Sarel dan Staf Sarjan. Liel Gidoni, terbunuh dalam serangan itu, menurut IDF. Lima anggota IDF terbunuh dalam serangan mortar pada hari Khamis. Jumlah kematian IDF sejak hari Khamis adalah 66, manakala pihak berkuasa kesihatan Gaza berkata 1,492 Penduduk Gaza telah meninggal dunia, menurut New York Times. Channel 4 di Britain melaporkan bahawa askar yang ditangkap adalah sepupu kepada Menteri Pertahanan Israel, Moshe Ya'alon. Bapa kepada askar ditangkap memberitahu akhbar IDF akan cuba untuk membawa balik anaknya yang diculik dalam keadaan yang sempurna, lapor Times of Israel. "Hamas akan terima balasannya," Netanyahu memberitahu Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry. Sebelum ini, Hamas berkata ia telah berjaya menangkap Staf Sarjan. Oron Shaul, tetapi IDF membuat kesimpulan bahawa Saul telah mati dalam pertempuran. - SiakapKeli.com
TOP
Dia bukan muslim.. tapi dia rela korbankan segala2 demi keadilan untuk rakyat palestine
Die bukan muslim.. tapi die rela korbankan segala2 demi keadilan untuk rakyat palestine.
TOP
Hebat!! Walaupun xsetaraf Lim Chong Wei ataupun Lin Dan
Hebat!! Walaupun xsetaraf Lim Chong Wei ataupun Lin Dan tetapi cara pemain ini menyelamatkan bola begitu menakjubkan..
TOP
Bayi tetap dilahirkan di Gaza walaupun dihujani bedil
Bayi tetap dilahirkan di Gaza walaupun dihujani bedil
TOP
Lawak.. Treadmill dance. siapa boleh buat macam ni??
TOP
Teknologi memalaskan manusia?
Teknologi memalaskan manusia?
Lepas ni tak payah susah2 nak kacau masakan
Lepas ni tak payah susah2 nak kacau masakan
TOP
Kecik2 dah pandai menggatal
TOP
Nasib baik owner dia masih hidup
Nasib baik owner dia masih hidup
TOP
Craziest Pool Jump Ever
TOP
Ucapan Hari Raya Aidilfitri daripada Tun Dr. Mahathir
TOP
VIDEO: Memalukan…Rusuhan Di Shell Lundang Kerana Mercun
GARA-GARA mercun, berlaku satu rusuhan di sebuah stesen minyak Shell di Lundang, Kota Bharu, beberapa hari lalu.
Menerusi maklumat daripada beberapa blog tempatan, kejadian bermula apabila sekumpulan lelaki membaling mercun ke arah kereta di stesen minyak tersebut.
Ini menyebabkan pemilik stesen naik berang kerana khuatir ia akan menyebabkan kebakaran.
Justeru, dia bertindak mengejar kumpulan berkenaan hingga ke sebuah kedai berdekatan sebelum menyembur mereka dengan penyembur kebakaran.
Tindakan itu menyebabkan mereka dan orang awam yang turut terkena tempias semburan itu naik angin sehingga menyebabkan kekecohan dan kerosakan di stesen minyak berkenaan.
Kesimpulannya, perkara ini tidak akan berlaku sekiranya pihak yang bermain mercun itu menggunakan akal mereka dengan sebaik-baiknya. Apa relevannya bermain mercun di tempat awam, apatah lagi stesen minyak yang sememangnya berisiko tinggi untuk terbakar? Tak ada sivik sungguh…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Kesimpulannya, perkara ini tidak akan berlaku sekiranya pihak yang bermain mercun itu menggunakan akal mereka dengan sebaik-baiknya. Apa relevannya bermain mercun di tempat awam, apatah lagi stesen minyak yang sememangnya berisiko tinggi untuk terbakar? Tak ada sivik sungguh…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
VIDEO: Kejam…Lelaki Pusing Kucing Sampai Naik Pening
OH, ini memang tak kelakar ya!
MUNGKIN individu yang merakam dan melakukan perbuatan memusingkan kucing ini merasakan ia sesuatu yang melucukan, tapi tidak buat penonton di luar sana.
Kalau dah sampai naik pening kucing itu dibuatnya, ini sudah dikira menganiaya binatang.
Apapun, tunggulah kritikan berbakul-bakul daripada para pencinta kucing selepas ini ya…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
MUNGKIN individu yang merakam dan melakukan perbuatan memusingkan kucing ini merasakan ia sesuatu yang melucukan, tapi tidak buat penonton di luar sana.
Kalau dah sampai naik pening kucing itu dibuatnya, ini sudah dikira menganiaya binatang.
Apapun, tunggulah kritikan berbakul-bakul daripada para pencinta kucing selepas ini ya…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Malaysia Beri Kerjasama Penuh Siasatan Lanjut MH17
KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pasukan Siasatan Khas MH17 dari Malaysia akan memberikan kerjasama penuh kepada pasukan keselamatan antarabangsa dalam misi siasatan lanjut terhadap nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.
Penegasan itu disampaikan dalam amanatnya kepada pasukan siasatan khas itu pada sesi taklimat di Kiev, Ukraine, pada Khamis.
Ahmad Zahid, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan 68 anggota polis daripada pelbagai unit berlepas ke Kiev pada Rabu malam dalam misi siasatan lanjut nahas pesawat berkenaan.
Setakat ini tiga negara menganggotai siasatan insiden MH17 iaitu Belanda, Malaysia dan Australia.
Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas selepas ia dipercayai ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, pada 17 Julai lepas. – BERNAMA
TOP
Ada Yang Tak Puas Hati Sebab Saya Lawan ‘Langkah Kajang’
Anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendakwa individu yang membocorkan satu perbualan kontroversi di kalangan anggota PAS Pusat berbuat demikian kerana tentangannya terhadap projek Langkah Kajang.
Tanpa menamakan sesiapa, Zuhdi mendakwa perbuatan itu bertujuan untuk memberi tekanan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar bertindak terhadap beliau.
“Tujuan si pembocor adalah untuk mendesak PAS khususnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang agar mengambil tindakan terhadap saya, kerana saya adalah antara penentang kuat ‘Kajang Move’ yang dicita-citakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Secara tidak langsung juga, mereka yang berada di pihak pembocor memberi tekanan supaya pimpinan PAS bersetuju dengan langkah itu,” tulisnya di laman Facebook beliau, hari ini.
Beliau turut menjelaskan bahawa “analisis senario” yang dibentangkannya dalam perbualan di aplikasi WhatsApp yang bocor itu hanyalah satu sindiran, dan tidak mewakili pandangannya sendiri.
Menurutnya, ia adalah olahan semula ke atas perasaan yang disuarakan sesetengah pihak dalam PAS yang merasakan parti itu kini tunduk kepada DAP.
Individu dalam kumpulan perbincangan tersebut juga tahu bahawa ia berunsur sindiran, katanya.
“Sekali lagi saya jelaskan, ayat yang saya pilih itu tidak menggambarkan pendirian saya sebab saya tidak berada dalam senarai ahli perbincangan yang menyokong (agar PAS) keluar (dari) Pakatan Rakyat.
“Saya cuma memaparkan senario perasaan lega segelintir ahli yang selama ini menganggap PAS seperti dikuasai oleh DAP sehingga tidak dapat lagi bersuara seperti dulu.
“Mereka yang ada dalam perbincangan itu akan faham unsur imaginatif dan sarkastik tersebut – melainkan kalau mereka sememangnya menyimpan strategi busuk untuk menjayakan agenda mereka seperti yang dilakukan oleh si pembocor,” katanya.
TOP
Zaid Ibrahim Dakwa Anwar Punca Krisis Politik Di Selangor
Krisis yang sedang menyelubungi Pakatan Rakyat berpunca daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak didakwa merancang dengan baik, kata Datuk Zaid Ibrahim.
Zaid yang juga bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, jika keputusan mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor dibuat sebulan yang lalu, Anwar harus mengambil kira pandangan semua pihak.
“Beliau berpendapat apa sahaja yang diinginkan, orang lain akan turuti. Sebagai seorang ketua pembangkang beliau menunjukkan contoh tidak baik bagaimana cara untuk menunjukkan pasukan yang bersatu-padu,” katanya kepada The Star Online.
Krisis semakin meruncing dalam Pakatan Rakyat berhubung kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Pada Rabu lalu, kepimpinan Pakatan Rakyat bersetuju dengan cadangan Khalid untuk digantikan sebagai Menteri Besar Selangor dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bagaimanapun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyuarakan sokongan terbuka kepada Khalid.
Kemelut itu semakin meruncing apabila satu paparan skrin aplikasi WhatsApp perbincangan AJK PAS Pusat untuk bergabung dengan Umno dibocorkan dan menjadi viral di laman sosial.
Paparan skrin itu mendedahkan pendapat Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat.
Beberapa pemimpin Pakatan memberi amaran bahawa isu ini boleh memecahkan Pakatan Rakyat.
Zaid bagaimanapun, tidak percaya Pakatan Rakyat akan berpecah sebaliknya menjadi lemah.
“Jika mereka tidak berpecah, Barisan Nasional akan memusnahkan mereka. Mereka akan hilang sokongan dan perlu bermula semula. Namun, ia tidak akan sama seperti sebelum ini,” kata bekas Ahli Parlimen Kota Baru itu.
Ketika ditanya jika PKR mempunyai alasan kukuh untuk menggantikan Khalid, Zahid berkata, tiada tetapi sebagai anggota parti, Khalid perlu mematuhi pendirian PKR.
“Beliau perlu mematuhi keputusan parti melainkan beliau sendiri berhasrat meninggalkan parti,” kata Zaid. – mstar.com.my
TOP
Najib Ucap Tahniah Kepada Atlet Terjun Negara
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada atlet terjun negara Ooi Tze Liang atas kejayaan meraih pingat emas keempat Malaysia pada Sukan Komanwel ke-20 yang sedang berlangsung di Glasgow, Scotland.
“Syabas kepada atlet terjun negara Ooi Tze Liang kerana memperoleh pingat emas keempat Malaysia di #Glasgow2014,” kata perdana menteri dalam akaun Twitter beliau hari ini.
Ooi menyumbang pingat emas yang tidak diduga itu selepas memenangi acara akhir 3m papan anjal lelaki di Kompleks Renang Royal Commonwealth di Edinburgh hari ini.
Atlet terjun berumur 20 tahun dari Pulau Pinang itu mengumpul 457.60 mata untuk mengalahkan pemenang pingat emas acara 1m papan anjal Jack Laugher dari England dengan 7.90 mata selepas Laugher hanya mampu mengumpul 449.70 mata manakala pingat gangsa menjadi milik Oliver Dingley dengan 425.20 mata. – BERNAMA
TOP
2 Warga Asing Rentung Dalam Kebakaran Di Menggatal
KOTA KINABALU – Dua lelaki warga asing ditemui rentung selepas sederet rumah kedai musnah dalam kebakaran di pekan Menggatal dekat sini awal hari ini.
Kedua-dua mangsa warga Pakistan itu dikenali sebagai Zarifkhan, 20, dan Afsarkhan, 43, ditemui di sebuah restoran di hujung rumah kedai itu dalam kejadian pada 1.30 pagi.
Pegawai Operasi Zon Kota Kinabalu Jimmy Lagon ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini berkata kedua-dua mangsa dipercayai pekerja restoran, ditemui di bahagian atas dan bawah bangunan kedai enam pintu itu.
Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Afendy K. Ramin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.40 pagi sebelum tiba di tempat kejadian lapan minit kemudian.
Beliau berkata tiga jentera bomba berserta 21 anggota dan pegawai dari Balai Bomba Kota Kinabalu dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dikerah ke tempat kejadian.
“Bomba berjaya memadamkan kebakaran pada 4.30 pagi dan operasi tamat pada 7.30 pagi tadi dan kerja ‘overhaul’ sedang dijalankan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Afendy berkata seorang lelaki warga emas rentung selepas rumah yang didiaminya di Kampung Sungai Damit, Tuaran dekat sini musnah dalam kebakaran pagi ini.
Mangsa, Pukimin Yokomo Kadir Ghani yang berumur 97 tahun, ditemui di dalam bilik di rumahnya dalam kejadian 9 pagi itu.
Beliau berkata dua jentera bomba berserta 12 anggota dan pegawai yang melibatkan anggota bomba dari Balai Bomba Tuaran menerima panggilan pada 9.02 pagi dan berjaya mengawal kebakaran sejam kemudian. – BERNAMA
TOP
Senapang Renjer Dicuri Ketika Solat Jumaat
Melaka: Selaras senapang patah milik renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri dicuri ketika pemiliknya sedang solat Jumaat Masjid Pengkalan Minyak, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian antara jam 1 hingga 2 petang itu, senapang patah yang disembunyikan di bawah tempat duduk hadapan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux, didapati hilang oleh Renjer Mohd Razak Sadikon, 46, selepas dia selesai menunaikan solat Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Abu Bakar ketika mengesahkan kejadian itu berkata, senapang patah itu dicuri selepas kedua-dua cermin tempat duduk penumpang bahagian depan dan belakang (kiri) dipecahkan.
"Senapang itu dikesan hilang selepas mangsa kembali semula ke kenderaannya dan mendapati cermin tingkap tempat duduk penumpang depan dan belakang Toyota Hilux milik jabatan berkenaan pecah. Turut hilang sebuah telefon bimbit milik mangsa.
"Senapang itu adalah milik PERHILITAN di bawah jagaan renjer terbabit," kata Razali ketika dihubungi.
Beliau berkata, senapang patah yang hilang dari kenderaan terbabit adalah jenis senapang patah semi automatik.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kecurian. Bagaimanapun jika siasatan mendapati berlaku kecuaian oleh pemilik senjata, kes baru di bawah seksyen lain akan dibuka," kata Razali lagi. - Harian Metro
TOP
Petronas Menang Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia 2014
KUALA LUMPUR - Petronas memenangi Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia 2014 kelima, sekali gus memperkukuh kedudukan syarikat multinasional minyak dan gas itu sebagai satu daripada majikan paling ternama dalam industri dan rantau ini.
Anugerah berprestij itu mengiktiraf Petronas kerana usahanya yang tidak mengenal jemu dan pelaburannya dalam meningkatkan pembangunan modal insan, serta amalan, dasar dan strategi sumber manusia ke arah penawaran cadangan nilai kepada segmen bakat yang semakin pelbagai.
Anugerah itu diwujudkan khusus, dimiliki dan dilaksanakan oleh Institut Penjenamaan Majikan, sebuah organisasi yang diuruskan oleh golongan profesional dari beberapa negara.
Dalam satu kenyataan, Naib Presiden Kanan Petronas bagi Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Raiha Azni Abdul Rahman, berkata: "Menerima Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia 2014 merupakan kejutan yang amat menyenangkan bagi Petronas." - Bernama
TOP
Nafi Mogok oleh Pemandu Bas, Itu Hanya Kekecohan Kecil – Kementerian Kerja Raya
KUALA LUMPUR – Operasi kutipan tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan di sini menafikan berlaku kejadian mogok oleh pemandu bas di kompleks itu pagi tadi.
“Apa yang berlaku hanyalah kekecohan kecil disebabkan oleh keengganan dua orang pemandu bas untuk membayar tol yang dikenakan di CIQ,” katanya.
Menurut kenyataan itu, kerajaan memandang serius kejadian tersebut dan akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang ke atas pemandu bas yang tidak bertanggungjawab.
Beberapa agensi media hari ini melaporkan berlaku kejadian mogok oleh pemandu bas kilang dari Malaysia yang enggan memasuki Singapura sehingga menyebabkan kesesakan luar biasa di Tambak Johor selama beberapa jam awal pagi ini.
Ia didakwa berpunca daripada kadar tol baharu bagi kenderaan yang keluar dan masuk ke Malaysia, selain kenaikan bayaran Permit Masuk Kenderaan ke Singapura yang kedua-duanya berkuat kuasa hari ini.
Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, pegawai daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) dan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan berada di lokasi berkenaan bagi memantau keadaan dan memastikan kesesakan trafik dapat dikurangkan. – BERNAMA
TOP
Selangor Tidak Akan Laksana Catuan Air
PUTRAJAYA – Kerajaan Negeri Selangor buat masa ini tidak akan melaksanakan program catuan air secara berjadual bagi mengimbangi bekalan air di beberapa buah kawasan ekoran musim kering melampau ketika ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau juga menafikan dakwaan kononnya paras air di beberapa empangan di negeri ini masih di bawah paras minimum dan membimbangkan.
Katanya, kerajaan negeri mempunyai beberapa opsyen bagi memastikan bekalan air mencukupi sehingga bulan November yang dijangka musim tengkujuh.
“Antaranya menggunakan air daripada kolam-kolam sedia ada. Begitu juga hari ini dan dua hari yang lepas, kita telah mengadakan pembenihan awan dan hasilnya kita telah mendapat hujan yang telah menambah lagi paras air di empangan dan kawasan lembah.
“Jadi kita tidak ingin buat catuan sebab kalau program penjagaan air mentah ini dapat dilakukan dan Insya-Allah dapat diteruskan sehingga bulan November, perkara ini (bekalan air) tidak jadi masalah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau dan barisan Exco menghadiri majlis menandatangani Perjanjian Dasar Induk berhubung pelaksanaan memorandum persefahaman antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor.
Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata Exco kerajaan negeri Dr Ahmad Yunus Hairi dipertanggungjawabkan untuk memaklumkan isu air termasuk paras air dan bagaimana mengatasi isu bekalan air.
“Paras kritikal air (di empangan) adalah 30 peratus. Untuk maklumat rakyat Dr Yunus sendiri, setiap dua hari akan memberi tahu keadaan air dan bagaimana kita mengatasi perkara ini,” katanya.
Baru-baru ini dilaporkan paras air di dua daripada lapan empangan di Selangor masih di bawah paras minimum 55 peratus walaupun pelan catuan bekalan air ditamatkan pada April lepas.
Menurut statistik laman web Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) www.iwrims.luas.gov.my pada 31 Julai, paras air di dua empangan yang masih di bawah paras minimum ialah Sungai Selangor (33.46 peratus) dan Sungai Tinggi (47.39 peratus).
Pada Februari lepas kerajaan negeri Selangor melaksanakan program catuan air secara berjadual di seluruh negeri bagi mengimbangi bekalan air di beberapa kawasan. – BERNAMA
TOP
Tiada Kenaikan Tarif Air 3-4 Tahun Akan Datang
PUTRAJAYA – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan kadar tarif air di Lembah Klang tidak akan dinaikkan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga ke empat tahun akan datang.
Beliau berkata ini berikutan kejayaan penstrukturan semula industri air Selangor yang mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan industri tersebut.
“Dengan termeterainya Perjanjian Dasar Induk ini menandakan rundingan penstrukturan semula industri air Selangor yang telah diusahakan semenjak 2006 sudah hampir ke penghujungnya dan mencapai kejayaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian itu antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor di sini hari ini.
Katanya pemeteraian perjanjian itu dengan kerajaan Pusat bagi pelaksanaan penstrukturan semula industri air Selangor dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dianggap sebagai kemenangan untuk rakyat. – BERNAMA
TOP
"Facebook Down" - Seluruh Dunia Panik Facebook Tidak Boleh Diakses
Jika anda tidak dapat mengakses Facebook pada masa sekarang, sila bertenang kerana bukan komputer atau telefon pintar anda yang bermasalah.
Facebook tidak dapat diakses oleh seluruh dunia buat masa ini dan telah menyebabkan panik berlaku di seluruh dunia, terutamanya di laman sosial Twitter.
Semua laman web facebook termasuk versi mobile mengeluarkan mesej ralat yang berbunyi "Sorry, something went wrong. We're working on getting this fixed as soon as we can.". Di aplikasi mobil pula, news feed yang baru gagal diakses.
Ada yang mengatakan Facebook digodam kerana telah menjadi satu sasaran dalam misi #OpSaveGaza
Ramai memuat status yang berbunyi "Facebook Down" kerana laman sosial itu tidak dapat dibuka serentak dari seluruh dunia. - SiakapKeli.com
Ada yang mengatakan Facebook digodam kerana telah menjadi satu sasaran dalam misi #OpSaveGaza
Ramai memuat status yang berbunyi "Facebook Down" kerana laman sosial itu tidak dapat dibuka serentak dari seluruh dunia. - SiakapKeli.com
TOP
Malaysia Kini Popular Di Israel
SHAH ALAM - Pendirian tegas Malaysia dalam menyokong pejuang Palestin untuk mendapatkan semula hak mereka yang dirampas negara haram Israel nampaknya semakin membuatkan rejim Zionis itu tidak senang duduk.
Terbaharu, The Jerusalem Post, iaitu media Israel yang digunakan untuk menghebahkan propaganda kerajaan Zionis semalam mendakwa seorang tentera Hamas dari unit Al-Qassam bersama sembilan anggota lain menjalani latihan di Malaysia pada 2012 tentang cara melakukan serangan merentasi sempadan menggunakan payung terjun.
Pendedahan tersebut kononnya dibuat oleh seorang komander Hamas kepada agensi keselamatan Israel, Shin Bet dalam siri soal siasat selepas beliau ditahan di Khan Yunis, Gaza pada 21 Julai lalu.
Anggota Hamas itu didakwa mendedahkan bahawa beliau menerima latihan dalam serangan menggunakan payung terjun serta cara menculik askar sebagai sebahagian daripada persediaan untuk menentang serangan darat tentera Israel di Gaza.
"Suspek menyertai Hamas pada 2007 dan menjadi sebahagian daripada unit tentera Hamas, Al-Qassam.
"Beliau menjadi cekap dalam penggunaan senapang automatik Kalashnikov dalam pelbagai posisi menembak," menurut The Jerusalem Post.
Namun, laporan itu tidak menyebut pihak di Malaysia yang didakwa menyediakan latihan itu kepada anggota Hamas tersebut.
Sementara itu, laporan Astro Awani semalam menyebut, Hamas menafikan tuduhan Shin Bet itu.
Menurut pemimpin kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi, rejim Zionis mengolah propaganda itu untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza.
“Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin,” kata Khaled seperti dilaporkan Astro Awani.
Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa kerajaan dan rakyat negara ini dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.
“Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara,” tegas Dr Khaled yang turut menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel.
Sokongan berterusan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin di Gaza menjadi perhatian dunia terutamanya apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat lawatan rasmi ke wilayah tertindas itu dan bertemu dengan pemimpin Hamas yang juga Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh pada Januari 2013.
Lawatan Najib itu mendapat perhatian luar biasa dan liputan meluas media terutama di Amerika Syarikat kerana beliau merupakan pemimpin dari luar negara Arab yang pertama melawat Gaza.
Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) menganggap lawatan itu sebagai langkah berani dan bersejarah oleh Najib.
"Malaysia sentiasa menerajui sokongan terhadap isu Palestin melalui pertubuhan badan bukan kerajaan (di negara ini). Kami menggesa semua kerajaan yang adil untuk menuruti langkah Malaysia," menurut PCOM semasa mengulas lawatan itu. - Sinar Harian
TOP
Belum Ada Bayangan Kesebelasan Utama Skuad Harimau Malaya
KUALA LUMPUR – Jurulatih baharu skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh masih belum memberi bayangan senarai nama kesebelasan utama skuad Harimau Malaya bagi perlawanan persahabatan menentang Tajikistan di Dushanbe pada 8 Ogos ini.
Dollah ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan pertama bersama 23 pemain, juga tidak memberi sebarang petunjuk sama ada akan mengekalkan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak sebagai kapten pasukan.
“Bagi saya kesemua 23 pemain adalah kesebelasan utama, cuma dalam masa beberapa hari ini kita akan tentukan siapa pilihan kesebelasann utama untuk bermain menentang Tajikistan.
“Masa adalah terlalu singkat untuk latihan buat masa sekarang, kita hanya ada tiga hari sahaja lagi bagi jalani latihan pusat. Selepas itu pada Isnin bertolak ke Tajikistan,” katanya kepada pemberita di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dollah berkata walaupun waktu bagi jalani latihan sudah singkat namun beliau melihat para pemain sudah mencapai tahap sehingga 80 peratus bersedia.
Beliau tidak mahu menjadikan kekangan masa sebagai alasan kepada tahap prestasi pemain.
“Memang ada perasaan risau dengan lawan kita sebab ranking mereka adalah lebih baik berbanding kita namun jika pasukan saya dapat ikut apa yang diajar saya, segalanya tidak mustahil,” katanya.
Seramai 23 pemain yang diumumkan sebelum ini akan ke Tajikistan bagi menghadapi perlawanan persahabatan tersebut namun tanpa Muhd Bunyamin Omar yang mengalami kecederaan lutut terpaksa diganti oleh Ronny Harun.
Perlawanan ini adalah sebahagian daripada rangka persediaan Harimau Malaya untuk menghadapi Piala AFF Suzuki bermula November ini.
Sebagai ketua jurulatih baharu, Dollah berharap beliau mampu memberikan sedikit perubahan dari segi corak permainan kepada skuad pimpinannya itu. – BERNAMA
TOP
Mayat Kerat Dua Ditemui Dalam Parit Lebuhraya PLUS
Kulaijaya: Seorang lelaki bukan sahaja ditikam malah mayatnya dikerat dua sebelum dibungkus dalam dua beg plastik hitam berasingan dan dicampakkan ke dalam parit di Kilometer 24.3 Lebuhraya PLUS arah selatan, di sini.
Menurut sumber, mayat yang dijumpai oleh petugas Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL) jam 11.20 pagi tadi, dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampakkan ke dalam parit berkenaan.
"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui dan mayat dipercayai berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu mempunyai kesan tikaman di bahagian belakang badan dan leher," katanya.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Ruslan Khalid mengesahkan penemuan mayat berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Pihak polis meminta kerjasama saksi kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat bagi menyelesaikan siasatan kes ini," katanya. - Harian Metro
TOP
Anggota J/kuasa PAS Pusat Perjelas Mesej WhatsApp
SHAH ALAM – Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki hari ini menjelaskan tentang cetakan skrin mesej kontroversi dalam WhatsApp beliau yang membincangkan senario yang mungkin dihadapi parti jika meninggalkan pakatan pembangkang.
Beliau berkata mesej itu sekadar membayangkan senario itu berdasarkan perkataan diungkapkan oleh beberapa anggota PAS yang tidak berpuas hati dengan DAP berhubung isu penggunaan kalimah Allah, dan serbuan ke atas pertubuhan gereja.
Oleh itu, katanya mesej beliau itu hanya mewakili pandangan beberapa anggota PAS yang mahu keluar daripada Pakatan Rakyat, dan bukannya keputusan atau pendapatnya sendiri.
“Jika saya dapat dedahkan keseluruhan mesej itu, saya pasti ramai yang akan faham apa yang saya maksudkan.
“Bagaimanapun, saya tidak boleh bercakap tentang apa-apa yang dibincangkan dalam kumpulan WhatsApp itu walaupun ada orang yang telah mendedahkan cetakan skrin itu kepada umum,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Zuhdi, dalam perbualan yang dibocorkan itu dikatakan telah membincangkan dalam rangkaian WhatsApp pemimpin Jawatankuasa PAS Pusat tentang kemungkinan parti bekerjasama dengan Umno di Selangor dan pada masa sama mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR sebagai menteri besar.
Beliau menegaskan mesej beliau itu mungkin telah disalah tafsir oleh pihak tertentu untuk agensi peribadi mereka.
“Alasan bagi pembocor maklumat (yang mendedahkan cetakan skrin itu) adalah untuk memaksa (presiden) PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil tindakan terhadap saya kerana saya menentang “Langkah Kajang’,” katanya.
Pelbagai pendapat diutarakan oleh pemimpin PKR, PAS dan DAP yang membentuk Pakatan Rakyat, berikutan keputusan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.
Dalam respons segera, Naib Presiden Gerakan Dr Dominic Lau Hoe Chai dalam satu kenyataan berkata, Gerakan dan Barisan Nasional menentang sebarang kemungkinan kerjasama antara PAS dan Umno kerana kerjasama itu tidak lebih daripada sekadar untuk kepentingan politik dan monopoli kuasa.
“Tiada peluang bagi kerjasama di bawah keadaan seumpama itu, dan kami menentang langkah itu kerana ia membelakangkan kepentingan awam,’ kata Lau dan menurutnya kepimpinan Pakatan Rakyat wajar menyelesaikan krisis jawatan Menteri Besar Selangor secara baik. – BERNAMA
TOP
14 Terkorban Termasuk 10 Askar Pertempuran Di Timur Ukraine
KIEV – Empat belas orang terkorban termasuk sekurang-kurangnya 10 askar kerajaan ketika pertempuran berdekatan lokasi nahas pesawat MH17, kata jurucakap tentera Ukraine hari ini.
“Jumlah yang dikenalpasti ialah 14 orang mati tapi empat mayat belum dapat dipastikan identiti dan mungkin askar Ukraine atau pengganas,” kata jurucakap tentera, Oleksiy Dmytrashkivsky.
Katanya, kira-kira 10 askar Ukraine mati dalam pertempuran di bandar Shakhtarsk kira-kira 25 kilometer dari lokasi nahas MH17. – AFP
TOP
Empat Suspek Disyaki Letup Mesin ATM Diberkas
SHAH ALAM – Empat suspek yang dipercayai meletupkan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Bukit Beruntung dekat sini Rabu lepas diberkas semalam.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mereka yang berumur lingkungan 30-an diberkas dalam dua serbuan di Tanjong Karang dan Puchong.
“Polis turut merampas sebuah kereta. Seorang suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau yang sama yang dilakukannya di Jenjarom, Subang Jaya, Puchong dan Shah Alam,
“Dia dipercayai dalang kepada kumpulan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kumpulan itu dipercayai aktif sejak tahun lepas dan modus operandi mereka ialah menggunakan bom buatan sendiri yang berasaskan mercun.
“Bahan yang digunakan untuk meletupkan mesin ATM tersebut dipercayai meletup lebih awal,” katanya.
Abdul Rahim berkata seorang lagi suspek dilihat sempat melarikan diri dengan motosikal jenis ‘scrambler’.
Beliau berkata keempat-empat suspek yang ditahan itu direman selama tujuh hari sehingga Khamis ini.
Dalam kejadian itu, kumpulan penjenayah tersebut gagal memecahkan tiga mesin ATM dan beberapa mesin lain yang terdapat di pusat perkhidmatan bank berkenaan.
Sementara itu Abdul Rahim berkata belum terdapat tangkapan dibuat berhubung kejadian 10 lelaki mengamuk dan mencederakan beberapa pengunjung kafe siber di Taman Bayu Perdana, Klang semalam. – BERNAMA
TOP
Tanpa Sebarang Alatan Musik, Lagu Selamat Hari Raya dinyanyikan oleh C.O.V
Tanpa sebarang alatan musik sebuah lagu berjudul Selamat Hari Raya dari Saloma dinyanyikan dengan baik oleh Colour of Voices atau dikenali sebagai C.O.V iaitu kumpulan yang memberpesahkan lagu acapella.
Sebelum ini perlbagai lagu versi acapella dinyanyikan oleh kumpulan musik international kali ini mari kita saksikan lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan tempatan.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Malaysia Tidak Jalin Sebarang Kerjasama Ketenteraan Dengan Hamas - Zahid
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak pernah menjalin sebarang kerjasama terutamanya dari segi ketenteraan dengan Hamas atau mana-mana pihak di Palestin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini hubungan dan kerjasama dengan Palestin merupakan hubungan diplomatik, perdagangan, dan kebudayaan sahaja.
"Malaysia juga merupakan penyokong kuat pejuang Palestin dari segi moral dan bantuan kemanusiaan.
"Sokongan padu rakyat Malaysia ini adalah kerana hubungan baik antara pemimpin Malaysia dan Palestin yang telah terjalin sekian lama dan ada kemungkinan ini menyebabkan pihak Israel tidak berpuas hati," katanya dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI di sini.
Dr Ahmad Zahid mengulas laporan Jerusalem Post mengenai pendedahan seorang pejuang Hamas yang ditahan Israel berkata, dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa.
Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza.
Ujarnya, agensi perisikan Israel, Shin Bet dilihat cuba merangka propaganda sebegini demi mencemarkan nama baik Malaysia dengan tuduhan yang tidak berasas.
Pada Khamis, Pemimpin Kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi menafikan tuduhan Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan.
Jelas Dr Khaled, ia cubaan rejim Zionis Israel mengolah propaganda untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza. - Astro Awani
No comments:
Post a Comment