Friday, February 21, 2014
Berita Terkini 21 Februari 2014
Anwar Silap, Kata Saidina Ali Khalifah Pertama
BIASANYA individu yang sudah boleh berceramah dan memberikan ucapan di sana sini berkaitan Islam mempunyai cukup ilmu berkaitan agama itu lebih-lebih lagi jika sudah boleh menyampaikan khutbah ketika solat Jumaat di masjid. Dalam satu sesi Dialog Bersama Anak Muda Selangor semalam, Anwar dalam sesi itu menyatakan bahawa Saidina Ali bin Abi Talib sebagai khalifah Islam pertama yang nyata tersilap atau salah. Khalifah pemimpin Islam pertama selepas kewafatan baginda Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W ialah Saidini Abu Bakr as-Siddiq sebelum itu diambil alih oleh Saidina Umar.
Warga Emas Maut Kereta Langgar Tiang Rumah
JERTEH – Seorang wanita warga emas maut apabila kereta Kelisa yang dipandunya terbabas di satu selekoh sebelum melanggar tiang sebuah rumah di KM 10 Jalan Pasir Akar-Jerteh dekat Kampung Padang Baloh, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam kejadian pada kira-kira 10 pagi itu, Wan Meriam Wan Ahmad, 71, dari Kampung Alor Keladi dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Mangsa bersama anaknya Badihah Aqilah Daud, 26, dan seorang cucu Muhammad Iqmal Huzaifah Mohammad Ikhwan, 2 tahun dalam perjalanan pulang dari Pondok Ubai Dah, Pasir Akar di sini.
Syarikat Penerbangan India ‘Gerun’ Kehadiran Tony, Rancang Bantah Air Asia
AirAsia India nampaknya terus berdepan “halangan” untuk memulakan operasi penerbangannya di New Delhi dengan yang terbaharu daripada syarikat penerbangan swasta yang mahu pihak berkuasa menyekat kemasukan syarikat penerbangan tambang rendah itu. Syarikat penerbangan India, iaitu Jet Airways, GoAir, Indigo dan SpiceJet, dikatakan menentang kemasukan AirAsia. Syarikat-syarikat itu dikatakan membantah pengeluaran lesen penerbangan kepada AirAsia India, demikian lapor Media India yang memetik sumber yang enggan dikenali daripada Director-General of Civil Aviation (DGCA).
The Journey Kutip RM10.7 Juta Dalam 3 Minggu
Filem terbitan Astro Shaw dan Woohoo Pictures, The Journey mencatatkan jumlah kutipan yang membanggakan apabila berjaya mengutip sebanyak RM10.7 juta dalam tiga minggu tayangannya sejak 30 Januari lalu. The Journey kini berada dalam liganya yang tersendiri apabila berjaya mencatat kutipan box office seperti mana filem KL Gangster dengan hasil kutipan sebanyak RM11.74 juta dan Ombak Rindu (RM10.9 juta). Filem itu yang diarahkan Chiu Keng Guan mengisahkan Uncle Chuan, seorang yang konservatif terpaksa menerima menantu mat saleh, Benji dan usahanya dalam menyempurnakan majlis perkahwinan anaknya, Bee mengikut adat tradisi masyarakat Cina.
Tips Guna Penghawa Dingin Ketika Cuaca Panas Oleh TNB
TNB dalam satu kenyataan berkata, antara langkah yang boleh diamalkan ialah;
1) Menyelaraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 hingga 25 darjah selsius serta kerap menukar atau membersihkan penapis pendingin hawa.
2) Menutup semua pintu dan tingkap serta lubang udara bagi memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik selain mencadangkan untuk membuka kipas dan menetapkan masa pendingin hawa untuk ditutup pada waktu malam.
3) Penggantian pendingin hawa yang berusia lebih 10 tahun dengan yang baharu kerana pada tempoh berkenaan unit itu tidak lagi efisien untuk digunakan.
4) Memilih unit yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana peralatan itu lebih cekap berfungsi.
5) Pilih saiz dan jenis yang tepat bagi menepati kehendak yang diperlukan. Penghawa dingin yang besar bukan saja lebih mahal malah menyebabkan bil elektrik lebih tinggi kerana alat pemampatnya perlu berputar dan berhenti secara berulang.
Dikurung Penjara Besi Akibat Sakit Jiwa
China – Selama lapan tahun Hong Zhengqu berada dalam kurungan akibat sakit jiwa. Selama tempoh itu juga tiada siapa yang mengetahui mengenainya kecuali ibu Zhangqu sahaja. Keadaan itu hanya terbongkar selepas wanita berkenaan meninggal dunia. Dia kemudiannya diselamatkan oleh sukarelawan dan polis yang terpaksa menggunakan pemotong mangga. Lelaki itu kemudiannya ditempatkan di rumah sakit jiwa.
Bakar Anak Saudara Kerana Hidup Tertekan
Andra Pradesh – Akibat menjadi `bujang terlajak’ dan tertekan kerana tidak berkahwin, seorang lelaki sanggup menculik tiga anak saudaranya sebelum membakar mereka hidup-hidup. Semuanya kerana dia cemburu dengan abangnya yang berkahwin dan mempunyai tiga anak perempuan sedangkan dia masih bujang. Tindakan Nerendra Reddy, 37, itu yang menculik Sree, sembilan tahun, Akhsya (enam) dan Khushi (empat) mengejutkan penduduk setempat. Apatah lagi ketiga-tiga kanak-kanak itu adalah cucu kepada ketua penduduk di kampung Dupalli. Menurut anggota keluarga itu, Narendra, menculik kanak-kanak itu dengan mengumpan mereka coklat pada satu majlis perkahwinan.
Kelebihan Bersuami Boroi, Gemuk
BOROI. Malangnya perkataan itu, ia jadi musuh hampir semua orang. Bagi lelaki, mereka sanggup buat apa sahaja untuk memastikan diri tidak termasuk dalam golongan yang malang itu terutama apabila usia menjangkau 40-an. Namun dalam berusaha, hanya sedikit yang berjaya. Ini berkait dengan banyak sebab, pemakanan, gaya hidup juga soal istiqamah dalam bersenam. Bagi wanita pula, mereka seboleh mungkin tidak mahu pasangan boroi kerana hakikatnya, sesiapa yang boroi akan dipandang hodoh seperti kuih yang tidak ikut bentuk acuan.
VIDEO: Jijik.. Pekerja Kencing Di Sinki Pizza Hut
Sebuah restoran Pizza Hut yang terletak di Mingo County, West Virginia, Amerika Syarikat terpaksa ditutup buat sementara waktu selepas pekerjanya didapati kencing di sinki restoran tersebut. Sebaik rakaman CCTV perbuatan menjijikkan itu diketahui, restoran tersebut terus diarahkan tutup oleh jabatan kesihatan tempatan untuk menjalani pemeriksaan kebersihan dan kesihatan. Hal ini kerana perbuatan itu dikhuatiri memberi kesan pada pengguna memandangkan sinki sama digunakan untuk mencuci peralatan yang digunakan untuk memasak makanan dan menghidangkannya pada pelanggan.
Langgar Polis: Mekanik Dipenjara 9 bulan
KUALA LUMPUR – Seorang mekanik sambilan hari ini dipenjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah melanggar dua anggota polis yang melakukan Ops Cantas di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) bulan lepas. Majistret Nor Azura Murah memerintahkan Mohd Yusof Nazri Zolkefli, 32, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 25 Januari lepas. Mohd Yusof Nazri bersama seorang lagi suspek yang meninggal dunia, didakwa menggunakan kekerasan terhadap Lans Koperal Mohd Hafez Mohd Nor dan Lans Koperal Huzaini Baharin dengan melanggar motosikal milik mereka.
Lelaki Diperangkap Perempuan Simpanan
China – Gara-gara tersilap memuat naik gambar ke media sosial, seorang perempuan simpanan telah mendedahkan wang tunai yang dimilikinya iaitu sebanyak £3 juta di dalam bank. Rupa-rupanya dia bukan sahaja memuat naik gambar bersama kekasihnya yang juga orang kuat parti politik di China, Luo Zhiyuan di Facebook, sebaliknya dia juga memuat naik akaun bank tanpa disedarinya. Entri tersebut telah menyebabkan Facebook wanita itu, Li Shanshan dihujani dengan pernyataan mengenai wang tersebut. Shanshan sebelum ini berbuat demikian kerana ingin mengajar kekasihnya yang dikatakan enggan membayar nafkah kepada anak mereka.
Anak Pasangan Malaysia, Mengaku Sering Dipukul Ibu
ANAK pasangan Malaysia yang kini sedang didakwa di Mahkamah Sweden kerana dakwaan penderaan anak-anak dalam keterangan mereka berkata mereka menanggung penderitaan akibat kerap dipukul oleh ibu mereka Shalwati Norshal. Seorang daripada anaknya pula berkata, mereka sudah tidak berasa sakit lagi akibatnya kerana sering dipukul. Menurut laporan portal berita Sweden The Local, Shalwati dilaporkan memukul anak-anaknya untuk beberapa tahun termasuk menggunakan kayu, penyangkut baju dan juga tali pinggang. “Saya sudah biasa dipukul oleh ibu.
Terlalu Banyak Kesalahan, Hakim Buat Keputusan Jatuhkan Hukuman 56 Tahun Penjara!
SEREMBAN – Seorang banduan akan menjalani hukuman penjara 56 tahun setelah Mahkamah Sesyen di sini semalam, menjatuhkan hukuman tambahan penjara lagi 10 tahun di atas kesalahan melakukan rompakan yang dilakukannya pada 11 Ogos 2010. Tertuduh, Tan Fui Sheong, 48, ketika ini sedang menjalani hukuman penjara selama 46 tahun di penjara Kajang, atas 10 kesalahan lampau yang dilakukannya di negeri Pahang, Perak dan Seremban. Hakim, Datuk Jagjit Singh Bant Singh berkata, berdasarkan rekod lampaunya, tertuduh mempunyai kesalahan jenayah yang sangat banyak dan hukuman yang berat harus dikenakan terhadap tertuduh agar ianya menjadi pengajaran kepada masyarakat.
Kisah Remaja Mati Direjam Kerana FB Rupanya PALSU, CNN Tarik Laporan
WASHINGTON – Kisah seorang remaja di Damsyik direjam hingga mati gara-gara mempunyai akaun Facebook yang disiarkan oleh agensi berita iCNN, mencetuskan spekulasi di kebanyakan laman web berita, semalam. Kelmarin, agensi itu memaparkan berita kumpulan militan Iraq dan Syria (ISIS) merejam Fatoum Al- Jaseem di utara Syria hingga mati selepas Mahkamah Syariah Al-Raqqa mendapati gadis itu melakukan jenayah sama seperti berzina. Menurut sebuah blog, ia adalah satu propaganda untuk melagakan negara Islam yang sedang dilanda perang saudara.
Lepas Road Block Guna Pelekat Kereta Pekida?
Sebuah laman Facebook dikesan mengaut untung mudah dengan menjual pelekat cukai jalan kereta dengan logo Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida). Pelekat yang dijual pada harga mahal iaitu RM25.90 + RM10 pos itu didakwa boleh membantu pemandu apabila berlaku sekatan jalanraya oleh pihak berkuasa. Ia juga dikatakan dapat membantu apabila terlibat dalam kemalangan jalanraya dengan kaum Cina dan boleh digunakan tidak kira sama ada oleh ahli mahu pun bukan ahli Pekida.
Chew Mei Fun calon BN di PRK Kajang - Muhyiddin
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi menggalas cabaran parti itu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan berkenaan pada 23 Mac ini. Pemilihan Mei Fun, 50, yang juga bekas Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat diumumkan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. Mei Fun mempunyai rekod dan pengalaman politik yang luas dengan pernah memegang pelbagai jawatan penting termasuk sebagai bekas Ketua Wanita MCA, dan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal. - UTUSAN ONLINE
Lelaki cedera terkena tembakan ketika serang polis
KLANG 21 Feb. - Seorang suspek kes curi lori cedera di kaki akibat terkena tembakan ketika menyerang anggota polis trafik yang cuba menahannya di Taman Kandis Permai di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi itu, anggota polis trafik terbabit terlihat sebuah lori dipandu dalam keadaan mencurigakan ketika sedang mengawal lalu lintas di Jalan Kebun di sini. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Kamarul Zaman Mamat berkata, anggota polis berkenaan cuba menahan lori itu namun pemandunya enggan berhenti dan terus memecut sehingga hampir melanggar beberapa kenderaan lain.
Tragedi Lapan Sahabat Di Sungai Muar…Tiga Mati Lemas, Lima Masih Hilang!
SEGAMAT: Tiga mayat mangsa daripada lapan pelajar lemas ditemui petang tadi selepas seorang demi seorang terjatuh ke dalam Sungai Muar, Buloh Kasap di sini, pagi tadi ketika cuba menyelamatkan rakan. Mayat mangsa pertama, Mohd Hafzul Daniel Norhasim, 16, ditemui pada jam 3.26 petang manakala mangsa kedua, Mohd Zikri Zaidi, 14, ditemui pada jam 3.41 petang, tadi. Sementara itu, mayat mangsa ketiga, Nazrul Aminuddin Zamri, 14, ditemui lima meter dari mangsa kedua pada jam 4.22 petang. Mangsa lain yang masih hilang dikenal pasti sebagai Mohd Zaki Zaid, 16; Mohd Izuan Hakimi Amin, 13; Mohd Shafiq Md Sukur, 16; Mohd Noreen Zainal, 14; dan Mohd Hafizuddin Kamal, 16. Dalam kejadian jam 9 pagi itu, lapan remaja berkenaan dikatakan berjoging di kawasan berhampiran bersama empat lagi rakan mereka.
Kadar pengangguran Disember 2013 adalah 2.9 peratus
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Malaysia terus mencatatkan kadar pekerjaan penuh apabila kadar penganggurannya bagi Disember tahun lepas turun kepada 2.9 peratus daripada 3.5 peratus bulan sebelumnya. Kadar pengangguran itu juga rendah berbanding 3.3 peratus yang dicatatkan pada bulan yang sama pada 2012, kata Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan hari ini. Bilangan penduduk pekerja dan menganggur mencatatkan penurunan 131,400 orang dan 59,600 orang, masing-masing kepada 13.55 juta penduduk bekerja dan 425,000 penganggur, pada Disember tahun lepas.
Dua beradik maut ditikam di Paris
PARIS: Dua beradik perempuan ditemui mati ditikam di sebuah pangsapuri di Paris, apabila seorang suspek ditemui parah selepas terjun dari tingkap bangunan. Suspek berusia 20-an, adalah jiran kepada kedua-dua mangsa yang berusia antara 20 hingga 25 tahun, kata polis. “Kedua-duanya dijumpai dengan kesan tikaman, ditemui berlumuran darah di dalam kolam oleh pekerja pangsapuri itu,” kata seumber polis. Polis berkata, seorang rakan datang untuk melawat remaja berkenaan namun tiada jawapan daripada mangsa, menyebabkan beliau meminta bantuan dari pengurusan pangsapuri. Mayat berkenaan ditemui kira-kira jam 8.00 malam di dalam bangunan di jalan Edgar Quinet, di ibu negara Perancis. - AFP
Koperasi mampu kurangkan impak kenaikan kos sara hidup
PORT DICKSON: Bilangan koperasi yang banyak dengan keanggotaan yang tinggi di negara ini mampu mengekang dan mengurangkan impak daripada kenaikan kos sara hidup di negara ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek. Beliau berkata, terdapat 11,000 koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di negara ini dengan keanggotaan 8 juta orang.
Lelaki maut ditembak rakan ketika berburu
IPOH: Seorang pekerja ladang ternakan ayam maut akibat terkena tembakan semasa mengikut rakan majikannya berburu babi hutan di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, di sini, malam tadi. Mangsa Muksimus Tuas, 34, warga Indonesia yang sudah bekerja selama enam tahun di ladang terbabit, mati akibat terkena tembakan senapang patah di dada. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa keluar berburu bersama rakan majikannya berusia 40-an di kawasan ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tempatnya bekerja.
KOMPLOT NAIK HARGA: Kartel ais kena denda
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) semalam mendenda 26 syarikat pengeluar ais RM238,600 kerana kesalahan menetapkan harga jualan ais tiub dan ais blok. Semua syarikat itu didapati melanggar Seksyen 4(2)(a) Akta Persaingan 2010 selepas didapati terbabit dalam perjanjian menetapkan secara langsung atau tidak langsung, harga jualan ais tiub yang boleh dimakan serta harga blok ais di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.
Lapan lemas memancing di lombong
SEGAMAT: Seramai lapan remaja berumur lingkungan 13 hingga 16 tahun yang sedang memancing dikhuatiri lemas, di lombong dekat Sungai Buluh Kasap, di sini, pagi tadi. Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 9.45 pagi tadi. Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan mengesan remaja berkenaan.
3 rakyat Malaysia dikepung kumpulan ekstremis Myanmar kini selamat
PUTRAJAYA: Tiga rakyat Malaysia yang dikepung kumpulan ekstremis di SiTtwe, Myanmar semalam kini selamat di bawah jagaanrn polis negara itu. Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin, berkata rakyat Malaysia berkenaan yang juga aktivis Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang sedang dalam misi kemanusian kepada masyarakat Rohingya sudah pun dibawa keluar dari Sitwe ke Yangon, tengah hari ini oleh pihak berkuasa Myanmar.
Wanita Umno Gesa Kes Kematian Bayi Di Putrajaya Disiasat
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Susulan kematian bayi berusia lima bulan di bawah jagaan pengasuh di Putrajaya baru-baru ini, Pergerakan Wanita Umno mahu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil tindakan segera supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi. Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata ini bukan kali pertama kes sebegini berlaku di Putrajaya. Kementerian itu, khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu menjalankan satu siasatan serta mengambil tindakan segera yang sewajarnya bagi memastikan kes seperti ini tidak berulang, katanya dalam kenyataan di sini Khamis.
Mahkamah Rayuan Kekal Hukuman 13 Tahun, Enam Sebatan Seorang Lelaki
PUTRAJAYA, 20 Feb (Bernama) -- Mahkamah Rayuan di sini Khamis mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 13 tahun serta enam sebatan terhadap seorang lelaki atas kesalahan melakukan seks luar tabii terhadap seorang remaja perempuan empat tahun lalu. Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara menolak rayuan terakhir P.G. Selvaganesan, 25, terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Taiping yang mendapatinya bersalah atas tuduhan itu dan menjatuhi hukuman berkenaan terhadapnya.
VIDEO: Gadis Cantik Cekap Tebar Roti Canai
Biasanya di Malaysia, mereka yang menjadi penebar roti canai terdiri daripada lelaki atau mamak kan. Tapi di Singapura, terdapat seorang gadis remaja yang mempunyai kemahiran menebar roti canai atau roti prata dengan cekap. Ketangkasan gadis ini pasti memukau pengunjung yang bertandang ke sebuah gerai yang terletak di Blok 216 Bedok North. Gadis tersebut, Nur Hidayu dipercayai sudah lama membantu keluarganya berniaga di situ hingga mempunyai skil yang membanggakan. Apa pun kami percaya, Nur Hidayu antara tarikan pengunjung ke gerai keluarganya itu.
Suspek Kes Tembak Polis Di Kuantan Dikenal Pasti
BENTONG – Polis Pahang sudah mengenal pasti suspek yang menembak mati Koperal Abdul Halim Md Ali dalam kejadian di kawasan Ladang LKPP, Jaya Gading pada 6 Jan lepas. Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata usaha memburu lelaki berusia lewat 20-an itu sedang giat dijalankan. “Siasatan masih diteruskan sehingga kini, polis akan menjejaki suspek sehingga ke lubang cacing,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) Pahang, di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong hari ini. Dalam kejadian itu, Abdul Halim yang juga bekas komando ditemui mati pada pukul 9.45 pagi dengan kesan tembakan di dada dan muka selepas hilang selama 12 jam ketika mengejar dua suspek membawa senjata api di kawasan ladang berkenaan. – BERNAMA
PGA Akan Tubuh Batalion Briged Timur
IPOH – Pasukan Gerakan Am (PGA) akan menubuhkan Briged Timur PGA, masing masing satu batalion di Sabah dan Sarawak setelah mendapat kelulusan jawatan daripada kerajaan, kata Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Salleh Mat Rasid. Beliau berkata cadangan itu selaras dengan perancangan untuk memperluaskan kawasan keselamatan negara terhadap ancaman luar seperti Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) ke Sarawak.
BR1M 3.0: Penyaluran Ke Akaun Bank Memudahkan Penerima
PUTRAJAYA – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank mulai 22 Feb ini bertujuan memudahkan urusan pemindahan wang kepada penerima bantuan kerajaan itu. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan mengambil perhatian terhadap semua maklum balas oleh penerima BR1M dan pengalaman menguruskan penyampaian BR1M sebelum ini. “Sebelum ini, penerima BR1M perlu menunggu lama dan beratur panjang untuk menerima wang BR1M sehingga menyebabkan keadaan tidak selesa, sehubungan itu, kabinet telah sebulat suara meluluskan pemberian BR1M 3.0 kali ini disalurkan terus kepada penerima menerusi akaun bank tanpa melalui pelbagai prosedur yang menyusahkan,” katanya.
Polis Serbu Rumah Disyaki Dijadikan Makmal Dadah
PASIR PUTEH – Sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah Pasir Puteh berjaya mematahkan cubaan sebuah kumpulan memproses dadah di Kampung Gong Pasir, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata dalam serbuan kira-kira 1.45 tengah hari itu, sepasang suami isteri masing-masing berusia 47 dan 42 tahun, ditahan bersama seorang lelaki berusia 37 tahun. Di rumah itu mereka menemui pelbagai jenis bahan kimia, peralatan dapur dan peti ais.
VIDEO: Kes Ragut Di Bukit Mertajam
Malang tidak berbau… maka setiap orang harus berhati-hati terutama golongan wanita. Hal ini kerana golongan wanita merupakan sasaran utama penjenayah di tempat awam. Contohnya seperti kes ragut yang berlaku jam 2.22 petang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 17 Februari lalu ini. Mangsa mungkin tidak menyangka dia bakal dihampiri seterusnya dirompak dua lelaki bermotosikal ketika sedang membuka bonet kereta. Namun dalam masa yang singkat sahaja, dia hanya mampu melihat si penjenayah memecut laju bersama beg tangannya.
Polis tahan tekong cuai, menyebabkan kematian pelancong
Denpasar: Polis Indonesia semalam menahan tekong bot yang membawa sekumpulan penyelam wanita Jepun dalam satu ekspedisi malang di Bali yang menyaksikan seorang mati. Menurut, jurucakap polis marin Bali, Handoyo Supeno, lelaki berkenaan didakwa atas tuduhan cuai yang menyebabkan kematian dengan meninggalkan penyelam skuba warga Jepun itu di laut terbuka ketika mengendalikan ekspedisi. Dia memberitahu demikian selepas misi mencari penyelam yang terakhir Shoko Takahashi dihentikan.
Lelaki mengaku sembah syaitan serah diri
Bangkok: Seorang lelaki yang mengaku menyembah syaitan menyerah diri kepada polis semalam bagi menghadapi tuduhan membunuh seorang pemuzik pada 9 Januari lalu. Ketua Polis Bangkok Leftenan Jeneral Camronwit Toopgrajank berkata, Prakan Hanpan, 26, dituduh menikam Sam-ong Triasattha 30 kali. Prakan bagaimanapun berkata, dia bertindak kerana mempertahankan diri. Sam-ong, 36, adalah penyanyi utama kumpulan black metal ‘Surrender of Divinity.’ Prakan berkata, mereka bergaduh selepas mangsa mengkritik amalannya menyembah syaitan. - Agensi
Tikam bapa suruh ke sekolah
Xinhua: Seorang remaja 14 tahun didakwa menikam bapanya di sebuah kafe Internet di Hunan selepas dipujuk supaya pergi ke sekolah. Remaja itu didakwa bertengkar dengan bapanya yang datang ke kafe berkenaan untuk memujuknya agar pergi ke sekolah. Berang dengan tindakan bapanya, dia mengeluarkan pisau dan menikam lelaki itu, menyebabkan bapanya mati di tempat kejadian.
Budak 6 tahun mahu beli kereta untuk teman wanita
Beijing: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dilihat minggu lalu bersama-sama “teman wanitanya” di sebuah kedai dengan membawa duit yang banyak untuk membeli kereta elektrik. Dia yang pergi ke kedai berkenaan Khamis lalu meminta pengurus kedai memberinya kereta elektrik yang paling mahal. Pekerja kedai itu berkata, “Saya nampak dia mengeluarkan satu sampul dan menyatakan yang dia tidak cukup duit. “Dia membawa hampir 10,000 yuan (RM5,430),” menurut pekerja kedai berkenaan.
Kecewa niat teman lelaki, wanita terjun kondominium
Georgetown: Akibat kecewa teman lelakinya tetap dengan keputusan mahu bekerja di luar negara, seorang wanita nekad terjun dari tingkat 23 sebuah kondominium di Persiaran Midlands, di sini malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa, Thong Chen Yee, 26, dan bekerja sebagai ejen pelatih pramugari itu ditemui maut oleh penduduk kawasan berkenaan di padang tingkat satu kondominium itu. Menurut sumber, mangsa tinggal di kondominium berkenaan bersama dua rakan dan teman lelakinya iaitu seorang warga Perancis serta sudah berpasangan sejak dua tahun lalu.
‘Belasah Cikgu’ di FB
Subang Jaya: Niat seorang guru memberi nasihat kepada salah seorang pelajarnya memakan diri apabila pelajar berkenaan dikatakan ‘membelasahnya’ di laman sosial Twitter dan Facebook (FB) dengan menggunakan kata-kata kesat. Selain pelajar itu, kakaknya turut mengancam guru berkenaan kerana menyifatkan tindakan guru wanita itu melampau dan memalukan adiknya yang bersekolah di tingkatan dua di sebuah sekolah di Subang Jaya. Guru wanita yang mahu dikenali sebagai Nor, 30-an berkata, kejadian itu berlaku 13 Februari lalu ketika dia sedang mengajar di dalam kelas pelajar berkenaan.
2 das tembak perompak
Rompin: “Sebaik isteri mengelak daripada ditikam dengan pisau, saya terus memintanya mengambil senapang patah diletak berhampiran. “Penjenayah terkejut dan terus melarikan diri, namun saya sempat melepaskan dua das tembakan ke arah mereka, tetapi tidak pasti sama ada ia mengenai sasaran atau sebaliknya,” kata Mohd Azli Abdullah, 55, semalam.
Koperal ghaib dekat air terjun
Jertih: Kehilangan seorang anggota tentera berpangkat koperal di tapak perkhemahan Air Terjun Lata Belatan, Jabi, dekat sini, menjadi misteri apabila dua jam sebelum disedari hilang, mangsa masih bersama rakan sepasukan. Nik Azizi Mohd Nor, 30, dari Batalion 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Seri Pantai, Kuala Terengganu disedari hilang kira-kira jam 7 pagi kelmarin ketika namanya dipanggil untuk raptai pembukaan Eksesais Pasak Bumi di pusat perkelahan terbabit.
Lelaki parah akibat terkena tiga das tembakan
Kulim: “Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, saya melihat seorang lelaki terbaring dalam keadaan berlumuran darah di tengah jalan lalu menyangka mungkin berlaku kemalangan jalan raya, tetapi berasa pelik kerana tiada kenderaan di situ.” Begitu kata anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kulim Mohd Khairi Shamsudin, 22, yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian lelaki parah akibat terkena tiga das tembakan pada badan dan kepalanya ketika membonceng motosikal bersama rakan wanitanya. Kejadian berlaku jam 9.30 pagi semalam di Lebuhraya Kulim-Baling berhampiran lampu isyarat Padang Meha, di sini, ketika mangsa berusia 34 tahun membonceng motosikal bersama rakan wanita berusia 21 tahun.
Kahwn di luar negara, tetap kena hukuman apabila balik Malaysia
Ipoh: Pasangan di negara ini yang bernikah di negara jiran seperti di Selatan Thailand, tetap berdepan tindakan undang-undang apabila cuba mendaftarkan pernikahan itu di negara ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusof Husin berkata, pasangan yang melakukan ‘kahwin senyap’ atau ‘kahwin lari’ jelas melakukan kesalahan mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri yang boleh diambil tindakan penalti, denda atau penjara.
17 tahun guna MyKad palsu
Putrajaya: Penguat kuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya menahan seorang lelaki warga Filipina yang menggunakan MyKad palsu sejak 17 tahun lalu, di satu kawasan penempatan di Bandar Country Homes, Rawang awal pagi semalam. Lelaki berkenaan diberkas dalam satu serbuan Ops ID dijalankan sepasukan 13 penguat kuasa JPN Putrajaya selepas menerima maklumat daripada orang awam. Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaannya Wan Zakaria Wan Awang berkata, dalam operasi sama, seorang lagi pekerja warga Filipina turut diberkas kerana memiliki resit kad pengenalan sementara palsu.
Lokasi dekat pantai Banting jadi pilihan penyeludup
Banting: Kedudukan geografi pekan Banting yang berdekatan pantai antara faktor kawasan berkenaan menjadi pilihan anggota sindiket penyeludupan membawa masuk pelbagai jenis barangan terlarang terutama rokok dan minuman keras yang menjanjikan pulangan lumayan hingga mencecah jutaan ringgit. Pendapatan lumayan itu menyebabkan sindiket penyeludupan ini sanggup menggunakan pelbagai cara termasuk menggunakan kenderaan mewah untuk mengangkut pelbagai barangan seludup berikutan kejayaan polis Selangor merampas 10 kenderaan mewah bernilai RM1.5 juta dalam satu serbuan di satu kawasan tanah lapang di Batu Hampar, Jugra dekat sini jam 6 pagi semalam.
Tetak dendam
Balik Pulau: Akibat dendam lama, seorang pemilik kedai barangan lusuh terpaksa menanggung azab apabila pergelangan tangan kanannya hampir putus ditetak sekumpulan samseng dalam kejadian berhampiran sebuah kedai makan di Batu Maung, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa berusia 44 tahun turut cedera pada tangan kiri dan kakinya ketika cuba melawan serta mempertahankan diri daripada terus ditetak kira-kira 10 lelaki. Menurut sumber, mangsa ketika itu bersama tiga lagi rakannya baru tiba di kedai makan berkenaan dengan menunggang motosikal.
Polis Malaysia dipenjara di Medan
JAKARTA - Seorang anggota polis Malaysia dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Daerah Medan kelmarin kerana menyeludup 0.5 gram serbuk kristal methamphetamine menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia di Medan, Sumatera Utara, Mei lepas. Menurut akhbar berbahasa Inggeris Jakarta Post semalam, Lans Koperal Salim Muhammad Yusof, 49, turut didenda Rp800 juta (RM224,000) atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu. Hukuman terhadap Salim dibuat di bawah Undang-undang No. 35/2009 berkaitan narkotik republik itu.
Firma keluarga Shinawatra dikepung
BANGKOK - Kumpulan penunjuk antikerajaan semalam menyasarkan firma-firma yang didapati mempunyai kaitan dengan keluarga Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra bagi memaksanya meletakkan jawatan. Ribuan penyokong Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) berarak di luar bangunan Shinawatra 3 di utara Bangkok bagi memaksa Yingluck meletakkan jawatan. Firma yang beroperasi di pejabat itu mempunyai kaitan perniagaan dengan keluarga Yingluck. Para penunjuk perasaan itu mendakwa keluarga Shinwatra melakukan rasuah dan penipuan.
Pendapatan purata isi rumah Malaysia meningkat
KUALA LUMPUR 20 Feb. - Penyiasatan terkini Pendapatan Isirumah 2012 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan pendapatan purata isi rumah Malaysia meningkat sebanyak 7.2 peratus. Pada tahun sama, kadar inflasi meningkat sebanyak 1.6 peratus dan inflasi bagi kumpulan utama makanan meningkat sebanyak 2.7 peratus, menurut Pejabat Ketua Perangkawan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Tinggal di Marikh tidak Islamik
ABU DHABI 20 Feb. - Golongan ulama di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berpendapat, adalah haram bagi umat Islam untuk tinggal di Planet Marikh kerana perbuatan itu sama seperti cubaan membunuh diri yang tidak dibenarkan Islam. Menurut Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Islam dan Pembiayaan (GAIAE) UAE, cubaan untuk tinggal di planet itu akan menjadi begitu berbahaya dan tiada sebab munasabah untuk berada di sana bagi umat Islam dengan menyifatkan perbuatan itu tidak Islamik. Fatwa itu dikeluarkan oleh pihak jawatankuasa berkenaan selepas pertubuhan Mars One mengumumkan bahawa pihaknya akan cuba mewujudkan penempatan tetap manusia di Marikh menjelang tahun 2025.
Suami kejam dijel 3 tahun
KOTA BHARU 20 Feb. - Tindakan kejam seorang penganggur memukul isterinya dengan sebilah kapak dan mengikat leher wanita itu dengan rantai besi hujung bulan lalu menerima pembalasan setimpal apabila dia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd. Fahmie Mat Refin, 26, mengaku bersalah mencederakan Nor Anis Mohamad Nor, 22, menggunakan senjata di hadapan rumah tanpa nombor di Kampung Tembusu, Limbat di sini pada pukul 10 malam, 30 Januari lalu. Hukuman tersebut berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap pada 16 Februari lalu.
Penjenayah cuba serang polis ditembak
LEDANG 20 Feb. - Seorang lelaki cedera di kaki kirinya akibat ditembak setelah cuba menyerang anggota polis dengan sebilah parang di Kampung Sagil, dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Mohamed Salleh Abd. Razak berkata, kejadian berlaku pukul 3.20 petang apabila sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang menyerbu sebuah rumah di kampung tersebut. "Kita menerima maklumat awam mengenai kegiatan lelaki itu yang mencurigakan. Ketika serbuan, sebuah bilik di rumah terbabit berkunci lalu polis memanggil penghuninya supaya keluar untuk pemeriksaan.
10 kereta mewah RM1.4j dirampas
KUALA LANGAT 20 Feb. - Sebanyak 10 kereta mewah bernilai RM1.4 juta yang dipercayai digunakan sindiket penyeludupan untuk mengangkut barangan seludup dirampas dalam serbuan di pesisir pantai Batu Hampar, Banting di sini, pukul 6 pagi hari ini. Kesemua kenderaan mewah jenis Toyota Camry, Alphard, Estima dan Vellfire itu ditinggalkan begitu sahaja oleh para pemandunya yang dipercayai orang suruhan sindiket terbabit sebaik sahaja menyedari kehadiran 10 pegawai serta anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.
Air hanya cukup untuk tiga bulan
KUALA LUMPUR 20 Feb. - Simpanan air di kesemua empangan di seluruh negara diunjurkan hanya mampu membekalkan air antara satu hingga tiga bulan sekiranya cuaca panas dan kering berpanjangan. Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata, keupayaan untuk menampung permintaan air bergantung kepada situasi kemarau di setiap negeri dan saiz serta struktur empangan. Menurut beliau, kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi lazimnya akan mengalami gangguan bekalan air lebih awal berbanding lokasi lain.
Ancaman bom kasut di AS
WASHINGTON 20 Feb. - Pihak Berkuasa Amerika Syarikat (AS) semalam, mengeluarkan amaran mengenai ancaman bom yang disembunyikan dalam kasut terhadap pesawat-pesawat antarabangsa ke negara ini. Jabatan Keselamatan Dalam Negeri(DHS) mengeluarkan amaran kepada syarikat penerbangan berdasarkan risikan baru-baru ini yang boleh dipercayai, menyatakan penyerang akan menyerang jet penumpang dengan menggunakan bahan letupan yang disembunyikan di dalam kasut.
Empat lelaki Myanmar diselamatkan
Sungai Petani: "Kami lapar... sudah tiga hari tak makan.” Rintihan itu diucap seorang lelaki warga Myanmar sebaik ditemui selepas serbuan pihak berkuasa di rumah usang di Jalan Pasar, di sini, yang menjadi lokasi penahanannya sejak sembilan hari lalu. Lelaki berkenaan adalah antara empat lelaki etnik Rohingya berusia lingkungan 30-an, yang diselamatkan polis selepas menjadi mangsa sindiket pemerdagangan migran di sempadan Malaysia-Thailand. di sini.
Lelaki maut kena tembak
Kulim: Seorang lelaki yang dilapor memiliki 12 rekod jenayah lampau, mati ditembak dua penyerang tidak dikenali di persimpangan lampu isyarat Jalan Kulim-Baling dekat Padang Meha di sini, semalam. Mohd Irfan Abdullah, 34, disahkan meninggal dunia jam 6 petang semalam ketika menerima rawatan di Hospital Kulim, akibat kecederaan parah di kepala dan badan selepas terkena empat das tembakan.
Terjebak 'cinta' VIP
PERTAMA kali memandang jentera ini, saya sangka ia milik pemuda berkulit putih bermata sepet. Namun sangkaan meleset, rupa-rupanya Myvi diubahsuai dengan konsep orang kenamaan (VIP) itu dimiliki jurutera muda berimej ala Korea, Firdaus Ismail, 30. Sejak lebih setahun lalu anak muda berasal dari Shah Alam, Selangor ini terjebak dengan 'cinta' mengubahsuai kenderaan. Mulanya hanya sekadar suka-suka mengikut kawan. Namun diam tak diam, dalam tempoh singkat itu lebih 85 peratus rupa dalam dan luar kenderaan hatchback itu berubah hasil ideanya. Banyak juga pertandingan auto show disertainya di beberapa negeri di seluruh semenanjung.
Labels:
Berita Terkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment