Tuesday, February 25, 2014
Berita Terkini 25 Februari 2014
Lumba Kuda: Asma Terpaksa Lupa Hasrat
JUARA remaja dunia endurance tahun lalu, Azizatul Asma Abdullah terpaksa melupakan hasrat untuk menyertai Kejohanan World Open Endurance Championship yang dijadualkan berlangsung pada 28 Mac depan di Founten Bleu, Perancis setelah mengalami kecederaan ketika menyertai satu kejohanan di Lembah Bidong, Sabtu lalu. Dalam kejadian itu, Azizatul Asma mengalami patah tulang selangka, retak tumit kaki kiri dan menerima 10 jahitan di telinga. Difahamkan, kejadian menimpa penunggang wanita pertama negara kelahiran Terengganu itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang sebaik perlumbaan baharu saja dilepaskan dan tiba-tiba kuda ditunggangi Azizatul Asma bertindak agresif menyebabkan dia terjatuh.
Che Ta Luah Kata Romantis Sempena Birhday Zain
alam diam, Rozita Che Wan ataupun mesra dipanggil Che Ta ini merupakan seorang yang agak romantis juga ya. Ahad lalu, Che Ta telah menganjurkan satu majlis sambutan hari jadi buat suami tercinta, Zain Saidin, Ahad lalu. Majlis surprise itu diadakan bersempena ulang tahun kelahiran Zain yang ke-30 yang turut disambut bersama anak tirinya, Ammar Effendy. Apa yang menariknya ialah kata-kata romantis yang disertakan sebagai ucapan buat Zain menarik minat peminat pasangan ini. Antara yang ditulis Che Ta, 41, ialah, “whenever i think of how lucky i am to have a handsome, charming, loveable, cute and hot guy like you as my husband, i feel like a teenager again..could any girl ask for more? Im going to make sure that u have the widest and happiest birthday ever! Happy Birthday my love.”
Berhati-Hati Guna Media Sosial
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak mengingatkan kalangan diplomat Malaysia supaya berhati-hati semasa menggunakan media sosial seperti Facebook. “Bagi anda semua yang aktif menggunakan media sosial, berhati-hati dengan apa sahaja yang anda muat naik kerana apa-apa sahaja yang anda katakan (posting dalam talian) mungkin disiarkan dalam laman-laman blog,” katanya. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Persidangan Ke-8 Ketua-Ketua Perwakilan di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) di sini hari ini.
Kenapa Cincin Kahwin Dipakai Di Jari Manis?
Anda tentunya tertanya-tanya kenapa cincin perkahwinan mahupun pertunangan sering kali dipakai di jari manis seseorang individu itu? Pastinya dengan penjelasan video ini dapat merungkaikan kemusykilan anda mengenai perkara ini. Menurut video ini, masyarakat Cina percaya bahawa setiap satu jari itu melambangkan simbolik perhubungan kita dengan manusia di sekililing kita. Sebagai contoh, ibu jari mewakili ibu bapa kita, jari telunjuk (adik-beradik), jari tengah (diri sendiri), jari manis (pasangan) dan jari kelingking (anak-anak).
Penyanyi K-Pop Nyanyi Lagu Afghan
Jikalau penyanyi Malaysia atau Indonesia menyanyikan lagu penyanyi K-pop pastinya sudah bukan lagi asing di kalangan peminat K-Pop di negara ini. Namun, sebaliknya, jika penyanyi K-Pop menyanyikan lagu berbahasa Melayu, pasti ianya kelihatan janggal dan pelik. Video yang ingin dikongsikan ini menunjukkan sebuah band dari Korea, Lunafly yang berusaha menambat hati peminat Indonesia mereka apabila menyanyikan lagu popular Afghan ‘Jodoh Pasti Bertemu’ dalam sebuah program hiburan di sana, baru-baru ini. Walaupun kedengaran pelat, tapi okaylah percubaan mereka ni kan. Apa-apa pun jom layan dulu video ni untuk hiburan petang anda.
Pejabat Malaysiakini Kena Simbah Cat Merah
Simbahan cat merah ditemui di luar pejabat portal berita bebas Malaysiakini di Bangsar Utama, Kuala Lumpur pagi ini. Manakala, seekor itik ditemui dalam sebuah kotak, yang ditinggalkan bersebelahan pintu masuk utama. Pada mulanya itik tersebut disangka mati kerana tidak bergerak. Manakala kotak itu tidak dibuka bagi menunggu siasatan polis. Bagaimanapun apabila sebahagian penutup kotak itu ditarik, didapati itik itu masih hidup tetapi hampir tidak bergerak.
Konstabel curi MPV, larikan pistol
Kota Kinabalu: Seorang anggota polis berpangkat konstabel bertindak mencuri dan melarikan sepucuk pistol serta sebuah kereta pelbagai guna (MPV) milik PDRM dalam satu kejadian di Tawau, dekat sini, 22 Februari lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, hasil siasatan awal mendapati anggota polis bertindak demikian selepas tidak berpuas hati apabila dia ditukarkan ke balai polis di daerah lain.
Artis veteran, Datuk A. Rahman Hassan dikejarkan ke HKL setelah pengsan dalam sebuah majlis
KUALA LUMPUR - Artis veteran, Datuk A. Rahman pengsan ketika menghadiri majlis pelancaran DVD Asas Gerak Melayu di Istana Budaya di sini petang tadi. Kejadian tersebut belaku ketika mantan Ketua Pengarah Artistik Istana Budaya, Datuk Mohd. Bisharudin sedang menyampaikan ucapan. Beliau terus dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 4 petang tadi. Maklumat mengenai keadaan kesihatannya sedang dinanti keluarga, rakan-rakan dan pihak media. - KOSMO!
Bekalan air tujuh empangan di Negeri Sembilan masih terkawal
TAMPIN - Bekalan air di tujuh empangan di Negeri Sembilan setakat ini masih dalam keadaan terkawal namun Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) sentiasa memantau keadaan. Pengurus Besar Sains, Zulkifli Ibrahim berkata, bekalan air di empat empangan iaitu Sungai Terip, Kelinchi, Talang dan Gemencheh berada di paras berjaga-jaga manakala di tiga lagi empangan iaitu Sungai Beringin, Ulu Sepri dan Triang berada di paras melimpah. "Bagaimanapun, kita dapati empangan Gemencheh agak menurun parasnya dan kita memberi perhatian perkara ini. Empangan Gemencheh membekalkan air kepada 15,000 pengguna di kawasan Tampin dan Rembau.
Dua projek mega di Langkawi dikesan gagal patuhi peraturan pembinaan
LANGKAWI - Dua projek mega di Penarak dan Teluk Yu di pulau peranginan itu dikesan gagal mematuhi peraturan pembinaan. Ia dikesan hasil satu operasi bersepadu antara Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan beberapa agensi lain di sini semalam. Pengarah CIDB Kedah dan Perlis, Sharifudin Che Omar berkata, siasatan mendapati subkontraktor kedua-dua projek pembinaan hotel mewah itu tidak berdaftar dengan CIDB. Menurut Sharifudin, ada juga kontraktor yang gagal mematuhi syarat pemilikan kad hijau iaitu kad pendaftaran persendirian bagi pekerja yang merupakan syarat wajib bagi mereka.
Restoran halal pertama di New York
KURANG setahun beroperasi dan bersaing dengan restoran ternama lain di kota New York, Amerika Syarikat (AS), restoran Mamak Malaysia mencipta nama apabila menerima pengiktirafan satu bintang daripada Michelin Guide iaitu buku panduan antarabangsa bagi hidangan menarik dan menyelerakan. Dimiliki oleh Nani Rahayu Yusof Hughie, bekas wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), restoran berkenaan menyajikan hidangan popular masyarakat India Muslim, Melayu dan Cina di Pulau Pinang. Penarafan satu bintang menunjukkan kehebatan sesebuah restoran itu dalam menawarkan hidangan bertaraf tinggi dengan keenakan yang konsisten.
Rangka manusia ditemui di Pantai Rantau Abang
DUNGUN - Seorang penduduk kampung yang bersiar-siar di sekitar di Pantai Rantau Abang di sini terkejut apabila menemui rangka seorang manusia di pesisir pantai berkenaan, petang semalam. Ketua Polis Daerah Dungun, Suptrintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata rangka manusia dengan keadaan separuh daripada badannya telah tiada itu ditemui pada kira-kira pukul 4.30 petang. "Tiada sebarang identiti pada rangka tersebut dan pihak polis kini masih menyiasat kes berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.
Serbu Pasar Pudu, pasar borong
KUALA LUMPUR - Aktiviti perniagaan oleh warga asing di Pasar Borong Selayang dan Pasar Pudu, awal pagi semalam terbantut apabila ‘port’ mereka diserbu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi secara bersepadu, Ops Tegas, di sini, semalam. Ada yang cuba melarikan diri, tidak kurang juga yang meninggalkan barang peniagaan mereka begitu sahaja bagi mengelakkan diri daripada ditahan pihak berkuasa. Namun kecekapan pihak berkuasa menyaksikan lebih 100 ditahan kerana gagal mempamerkan dokumen yang sah.
Tidur dalam kandang, tak mampu sewa rumah
WALAUPUN Hong Kong dikatakan antara bandar terkaya di dunia, namun penduduknya masih ada yang terpaksa hidup dalam kandang seperti binatang kerana tidak mampu menyewa rumah. Hong Kong yang mempunyai populasi tujuh juta orang merupakan bekas jajahan koloni British dan memiliki kawasan seluas 426 batu persegi yang menyebabkan harga hartanah melambung tinggi. Satu apartmen dengan satu bilik boleh mencapai sewa 1,240 pound (RM6,850.13) sebulan. Seorang pesara buruh, Tai Lun Po, 79, telah ‘menginap’ di dalam kandangnya selama 30 tahun. “Saya terpaksa tidur meringkuk kerana saiz ruang terlalu kecil,” katanya. Menurutnya, beberapa 'kandang' akan disusun secara bertingkat di dalam sebuah bilik gelap dan panas, laporan dipetik dari CNA.
Atasi alahan dengan makan gula-gula
KANAK-kanak lelaki yang mengalami alahan melampau ini hanya boleh mengambil gula-gula Glacier Mints sebagai makanan hariannya. Keadaan itu disebabkan oleh penyakit eosinophilic enterocolitis dialami Finley Ranson, 3, yang menyebabkan dia tidak boleh menjamah sebarang makanan. Menurut ibunya, Rhys, 27, anaknya akan mengalami pendarahan dalaman jika dia termakan makanan pejal kerana tubuh Ranson melawan objek di dalam sistem pencernaannya seperti virus. Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut diberikan nutrien sebanyak enam kali sehari melalui tiub khas yang disambungkan terus ke perutnya.
Pesan Mursi kepada Al Sisi
KAHERAH - MESIR. Perbicaraan Presiden yang digulingkan Mohammed Mursi, berlangsung dengan penuh kawalan keselamatan dalam dan luar mahkamah di ibu negara Mesir, kelmarin. Ketika perbicaraan, Mursi buat pertama kalinya dibenarkan membuat kenyataan peribadi dari kandang tertuduh di depan Ketua Hakim Mahkamah Jenayah, Syaaban Al-Shami. Beliau menggesa, Ketua Tentera Jeneral Abdul Fattah Al-Sisi yang mengetuai rampasan kuasa pada Julai tahun lalu perlu dibawa ke muka pengadilan. “Al-Sisi perlu diarah memberi keterangan terhadap semua kesalahannya sebelum menerima hukuman ALLAH SWT. Dia pernah mengawal tentera tanpa kebenaran komander tertinggi angkatan tentera. Perkara ini dianggap jenayah paling hina dilakukan terhadap rakyat Mesir,” katanya.
Ukraine keluar waran tangkap
KIEV - UKRAINE. Kerajaan sementara Ukraine, mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Presiden Viktor Yanukovych atas tuduhan melakukan pembunuhan beramai-ramai. Selain itu, beliau juga didakwa meminta bantuan AS$35 bilion (RM115 bilion) dari Barat kononnya bagi memulihkan semula negara itu dari ambang kemelesetan ekonomi. Pemangku Menteri Dalam Negeri, Arsen Avakov memaklumkan, kes jenayah difailkan ke atas Yanukovych dan beberapa pegawai beliau turut disenaraikan sebagai individu paling dikehendaki pihak berkuasa. Yanukovych dilaporkan sedang bersembunyi setelah cubaannya untuk keluar dari Ukraine kelmarin gagal, laporan dipetik dari AFP.
AirAsia X rugi sebelum cukai RM212.98j tahun 2013
KUALA LUMPUR - AirAsia X Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM212.98 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember, 2013, berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM38.01 juta pada tahun kewangan 2012. Perolehan bagaimanapun naik kepada RM2.31 bilion daripada RM1.97 bilion. Bagi suku keempat, syarikat penerbangan jarak jauh sekutu syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Group itu mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM170.39 juta berdasarkan RM679.59 juta perolehan.
Kes rasuah anggota polis Sabah kes terpencil
KOTA KINABALU 25 Feb. - Kes rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan anggota polis di Sabah adalah kes terpencil dengan hanya membabitkan empat kes sahaja sepanjang tahun lalu dan tindakan lanjut telah dilaksanakan terhadap mereka, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib hari ini.- UTUSAN ONLINE.
3 remaja samun 7 Eleven diburu
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Kerjasama orang ramai diperlukan untuk mengenal pasti identiti tiga remaja bawah 21 tahun yang bergiat aktif melakukan jenayah samun bersenjata membabitkan kedai serbaneka 24 jam di sekitar ibu kota. "Gambar ketiga-tiga suspek ini telah dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) semasa menyamun tiga buah kedai serbaneka 7 Eleven di Jalan Kuchai Lama, Jalan Klang Lama dan Kuchai Park sejak awal bulan ini," kata Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa hari ini.-UTUSAN ONLINE.
Rakyat Malaysia bersara sebelum usia 59
KUALA LUMPUR 24 Feb. - Kira-kira 50 peratus warga negara ini merancang bersara sebelum usia 59 tahun yang menjadikannya peratusan tertinggi berbanding rakyat di negara ASEAN lain. Kajian oleh Nielsen, syarikat peneraju antarabangsa yang menyediakan maklumat pasaran dan penilaian kepenggunaan itu mendapati responden di Indonesia mencatatkan keputusan 49 peratus, diikuti Vietnam (44 peratus), Thailand (33 peratus), Filipina (30 peratus) dan Singapura sebanyak 29 peratus.- UTUSAN ONLINE.
TV3 didapati fitnah Mohammad Nizar
PUTRAJAYA 25 Feb. - Mahkamah Rayuan hari ini mendapati Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) telah memfitnah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung laporan berita mengenai isu nombor pendaftaran plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dua tahun lalu. Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Mohamad Ariff Md. Yusoff sebulat suara memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering itu dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Mahkamah turut memerintahkan syarikat televisyen itu membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Mohammad Nizar.-UTUSAN ONLINE.
Ustaz miliki `kuasa sakti' gandakan wang di Jawa Timur?
JAKARTA - Kehebatan seorang ustaz yang tidak dikenali dan dipercayai mempunyai kuasa sakti untuk menggandakan wang di Jawa Timur, mula tersebar di laman web perkongsian video, YouTube beberapa hari lalu. Rakaman itu kini mula heboh diperkatakan dan lawan web, Merdeka.com, melaporkan bahawa wang dalam nilai seratus ribu dan lima puluh ribu rupiah dilihat membukit dihadapan ustaz itu sambil tangannya terus menerus mengeluarkan wang daripada belakang pinggangnya. Wang yang dilihat dalam rakaman itu dipercayai dihasilkan oleh ustaz tersebut melalui cara yang luar biasa dengan menggunakan kuasa saktinya.
Tukang cat dijel lempar botol sos pada bapa
KOTA BHARU 25 Feb. - Perbuatanseorang tukang cat melemparkan botol sos kaca ke arah bapanya sehingga menyebabkan warga emas itu cedera Khamis lalu menerima balasan apabila dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas Muhamad Sabri Cik Mat, 29, mengaku bersalah mencederakan bapanya yang terkena serpihan kaca botol itu.-UTUSAN ONLINE.
17 ditahan berhubung kes tembak premis di Sabah
KOTA KINABALU: Sebanyak 17 suspek sudah ditahan berhubung kes menembak premis di sekitar bandar raya ini serta Penampang bulan lalu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib. Beliau berkata, kebanyakan mereka adalah rakyat tempatan yang berumur antara 20 hingga 50 tahun yang ditahan di pelbagai lokasi di seluruh Sabah dari 27 Januari hingga 17 Februari lalu. Bagaimanapun, enam daripada suspek yang diberkas melalui 'Ops Cermin' itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
11 maut rasuk konkrit bangunan runtuh di pinggir Bangkok
BANGKOK: Sekurang-kurangnya 11 mati manakala 18 lagi cedera apabila rasuk konkrit runtuh di tapak pembinaan di pinggir bandar Bangkok, hari ini. Dua yang cedera berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di hospital, kata Ketua Polis Daerah Bang Phli, Apiwat Kasorn. Katanya, Kebanyakan mayat kini sedang dibawa keluar dari celahan runtuhan untuk dibawa ke hospital. “Tujuh pekerja meninggal dunia di tempat kejadian dan empat meninggal dunia di hospital,” katanya, sambil menambah mangsa adalah warga tempatan dan pekerja asing. - AFP
Pelajar terbunuh dirempuh guru
SEREMBAN 25 Feb. - Seorang pelajar tingkatan enam maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum merempuh sebuah kereta yang dipandu seorang guru dalam kemalangan di Jalan Seremban-Tampin dekat kuari Eng Lian di sini hari ini. Mangsa, N. Thinesh, 19, dari Ladang Perhentian Tinggi, Sungai Gadut dekat sini mati di tempat kejadian dalam kejadian pukul 7.20 pagi itu akibat kecederaan parah di kepala, menurut jurucakap polis di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE.
Pelajar perempuan maut dilanggar bas
BELURAN 25 Feb. - Seorang pelajar perempuan maut selepas dilanggar bas sekolah ketika dalam perjalanan ke sekolah di Km38, Jalan Sapi-Nangoh dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata mangsa dikenali sebagai Siti Nur Hajidah Ajid, 16, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Sapi Beluran. "Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, mangsa dilanggar sebuah bas sekolah milik sebuah syarikat perladangan yang dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun. "Mangsa yang cedera parah di kepala dikejarkan ke Klinik Kesihatan Telupid, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan," kata beliau. -UTUSAN ONLINE.
Pelajar maut digilis bas sekolah
KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan satu maut selepas terjatuh dan digilis bas sekolah yang hendak dinaikinya di Sekolah Menengah Kebangsaan Semambu dekat sini petang semalam. Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman, berkata mangsa, Adam Daniel Abdullah, 13, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. "Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa bersama sekumpulan pelajar lain dilaporkan berlari menuju ke arah bas yang ketika itu pintunya masih tertutup dan sedang menghala ke tempat letak kenderaan.
"Saya sayang anak saya," kata bapa yang dituduh bunuh anaknya
KAJANG: "Saya sayang anak saya," kata seorang bapa yang menghadapi pertuduhan membunuh anaknya di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, Selangor, akhir bulan lalu, ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Norazman Mohammad, 44, yang menghadapi tiga pertuduhan, menuturkan ungkapan itu dalam nada tenang selepas pertuduhan dibacakan sambil mengangguk faham. Bagi pertuduhan pertama, Norazman, yang tidak bekerja, didakwa membunuh Zulaikha, 7, dengan sebilah parang di dalam rumahnya di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Kajang pada 4 petang, 30 Jan lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Anggota tentera yang hilang di hutan Lata Belatan dijumpai selamat
JERTIH: Koperal Nik Azizi Mohd Nor, 30, anggota tentera dari Batalion 18 RAMD Kem Seri Pantai, Kuala Terengganu yang hilang Rabu minggu lalu ketika menjalani latihan di hutan Lata Belatan di sini, dijumpai dalam keadaan selamat malam tadi. Nik Azizi ditemui berada dalam lubang kira-kira 200 meter dari tapak perkhemahan di Air Terjun Lata Belatan, jam 10 malam oleh pasukan penyelamat. Sebaik ditemui, Nik Azizi dikejarkan ke Hospital Besut dengan landrover tentera.
Penternak kambing parah ditembak di Lunas
KULIM: Seorang penternak kambing parah ditembak ketika sedang minum di sebuah restoran di Taman Makmur, Lunas dekat sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh, berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, mangsa yang berusia 39 tahun sedang minum bersama seorang rakannya apabila seorang lelaki yang memakai topi keledar bertutup dan bersenjatakan pistol meluru masuk ke dalam restoran itu lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.
Yingluck masih enggan letak jawatan
BANGKOK - Perdana Menteri sementara Thailand, Yingluck Shinawatra semalam enggan meletak jawatan walaupun kerajaannya tertekan dengan beberapa serangan yang mengorbankan berpuluh-puluh penunjuk perasaan. Yingluck yang menghadiri satu promosi perdagangan di Saraburi kira-kira 150 kilometer dari Bangkok juga menggesa satu dialog diadakan bagi menyelesaikan krisis di negara ini yang berlanjutan selama beberapa bulan. "Sampai masa semua pihak duduk bersama dan berbincang bagi menyelesaikan krisis ini. "Ramai pihak mahu saya meletak jawatan tetapi adakah tindakan itu akan menyelesaikan masalah itu (krisis politik)? Bagaimanakah jika ia menyebabkan satu kelompongan kuasa erlaku?,'' kata Yingluck. Krisis di Thailand kini meragut hampir 20 nyawa dan semakin meruncing selepas para penunjuk perasaan antikerajaan berikrar untuk menumbangkan kerajaan Yingluck kerana beliau didakwa menjadi boneka kepada abangnya yang juga bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.
Jam pintar ada skrin sentuh
BARCELONA, Sepanyol - Sebuah studio teknologi di Finland, Creoir mencipta jam pintar yang bernama Ibis dan dipamerkan buat kali pertama pada Kongres Dunia Alat Mudah Alih di sini semalam. Jam tersebut dilengkapi dengan kemudahan tanpa wayar, perkhidmatan Bluetooth 4.0 dan skrin boleh sentuh . Ia diperbuat daripada keluli tahan karat dan bahan-bahan kristal. "Kami percaya permintaan untuk jam pintar akan didorong menerusi jenama sukan dan fesyen. Ibis merupakan produk yang kami cipta untuk jenama fesyen," kata Ketua Pegawai Eksekutif Creoir, Pekka Vayrynen. Bagaimanapun, harga jam pintar itu tidak didedahkan. - Agensi
Bakar diri tuntut tanah di India
GUWAHATI, India - Seorang aktivis hak asasi manusia, Pranab Boro membakar dirinya di depan pejabat Sekretariat Assam di sini semalam. Dia mencurahkan petrol pada badannya sendiri sebelum bertindak menyalakan api dan membakar dirinya. Boro yang berusia 45 tahun melakukan perbuatan itu bagi menuntut tanah untuk penduduk tempatan di beberapa lokasi di negeri Assam. Namun, beberapa anggota polis berjaya memadamkan api yang menjilat tubuhnya. Dia turut dihantar ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan. Boro kemudian bagaimanapun meninggal dunia selepas hampir keseluruhan badannya melecur akibat dijilat api. Lelaki itu merupakan anggota persatuan pembela hak petani iaitu Krisak Mukti Sangram Samiti. - Agensi
RM36.8 juta bantu pesawah
PENDANG - Kerajaan memperuntukkan wang ihsan berjumlah RM36.8 juta bagi membantu seramai 3,877 petani di sekitar Kedah dan Perlis yang terlibat dengan pembatalan penanaman padi selama dua musim pada tahun ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setiap seorang petani itu akan menerima bantuan RM2,645.50 bagi setiap hektar sawah yang dibatalkan musim penanaman. Beliau berkata, pembatalan tanaman padi dua musim itu bertujuan membolehkan kerja-kerja pembinaan semula tanah jerlus dan baik pulih sistem saliran dijalankan di sawah padi berkenaan.
Dua pramugari dibogel, disamun sebelum ditinggal di tepi jalan
NILAI - Dua pramugari sebuah syarikat penerbangan berdepan detik cemas apabila ditinggalkan di tepi jalan selepas disamun berdekatan Desa Casuarina di sini kelmarin. Kejadian pada pukul 6 pagi itu berlaku ketika kedua-duanya yang berusia 20-an dalam perjalanan pulang dari ibu negara menuju ke rumah sewa mereka dekat Desa Melati di sini. Sumber berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa menyedari kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki mereka diekori oleh sebuah kenderaan berwarna hitam.
Rumah Pegawai Polis Dipecah Masuk
KOTA BHARU – Seorang pegawai polis wanita kerugian hampir RM 6,000 selepas selepas komputer riba, telefon bimbit, kamera digital dan empat utas gelang emas miliknya hilang dalam kejadian di Perumahan Polis Wakaf Mek Zainab di sini kelmarin. Kejadian disedari, pegawai berpangkat Inspektor berusia 34 tahun itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada jam 6 petang. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. Idris berkata, suspek memasuki rumah mangsa dengan mengumpil mangga dan menanggalkan tombol pintu ketika mangsa berada di tempat kerja.
Buruh mati tersimbah 13 tan cecair logam panas
Tokyo: Seorang buruh terbunuh selepas 13 tan cecair logam yang dilebur terjirus ke seluruh tubuhnya. Kazuki Tada, 23, sedang bekerja pada Sabtu lalu di bawah bekas besar mengandungi logam aloi yang sudah dipanaskan pada suhu 1,300 darjah Celsius di tapak pembinaan Nippon Denko di barat daya Jepun. Polis berkata, bekas yang tergantung di udara itu menjadi tidak seimbang lalu menyebabkan cecair itu jatuh ke atas tubuh Tada. Siasatan terhadap kejadian itu masih dijalankan, kata jurucakap polis. - AFP
Dua ditahan laku seks dengan lembu
New York: Seorang peladang dari Herkimer County, New York kebingungan apabila lembu ternakannya tiba-tiba berkelakuan pelik. Disebabkan haiwan itu turut gagal menghasilkan susu yang banyak berbanding biasa, peladang terbabit memasang kamera pengawasan berhampiran ladangnya. Dia terkejut ketika memeriksa rakaman kamera itu apabila melihat dua lelaki cuba mengadakan seks dengan ternakan miliknya, lapor CNYCentral.com. Peladang yang tidak mahu dikenali itu kemudian menghubungi pihak berkuasa. Susulan daripada itu, dua lelaki berkenaan, Michael Jones, 35, dan Reid Fontaine, 31, ditahan atas tuduhan salah laku seks terhadap haiwan.
Gagal setubuh mayat
Phnom Penh: Seorang lelaki yang cuba berasmara dengan mayat selepas menggali kuburnya ditahan apabila tertidur dalam keranda bersama mayat itu. Polis Kemboja semalam mengesahkan penahanan lelaki berusia 47 tahun itu yang dikenali sebagai Chin Chean. Dia ditahan apabila penduduk kampung melihat kakinya terjulur keluar dari kubur seorang remaja perempuan. Penduduk kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada keluarga remaja itu. Chin memberitahu polis, dia mula menggali kubur itu pada jam 10 malam, sehari selepas dia menghadiri acara pengebumian remaja perempuan berusia 17 tahun itu.
27 kali duduki ujian memandu
Dubai: Seorang lelaki warga India terpaksa bersusah-payah selama empat tahun untuk memperoleh lesen memandu di Emiriah Arab Bersatu. Kini, dia bercadang untuk menerbitkan filem mengenai kesusahan yang dihadapinya itu. Selepas menghabiskan hampir Dh40,000 (RM35,747) untuk mengambil ujian memandu sebanyak 27 kali, termasuk terpaksa menangguhkan perkahwinannya, Namsheed Muringolihas akhirnya berjaya mendapatkan lesen memandu pada 18 Februari lalu. Namsheed, 28, berkata, dia bertukar jurulatih sebanyak 13 kali dan pernah tidak menghadiri upacara pengebumian ahli keluarganya sepanjang tempoh empat tahun itu. “Saya tidak pernah berputus asa. Selepas setiap kali gagal, saya kumpulkan wang untuk menjalani ujian berikutnya,” katanya.
28 jahitan diserang anjing resah jiran
Georgetown: Seorang wanita berhadapan detik cemas diserang seekor anjing dipercayai jenis German Shepherd milik jirannya sejurus haiwan berkenaan terlepas daripada kurungan dalam kejadian di Solok Bukit Jambul, di sini, pagi kelmarin. Akibat serangan itu, mangsa, Badriah Hanani Abu Bakar, 53, terpaksa menerima 28 jahitan iaitu 13 di kepala, 12 di lengan kiri dan tiga di paha kanannya. Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi di luar pekarangan rumahnya, mangsa dikatakan bersembang dengan jirannya yang ketika itu sedang mengutip bunga.
3 kenderaan dipecah ketika majlis kenduri
Alor Gajah: Tiga lelaki yang menghadiri satu majlis perkahwinan kerugian keseluruhan kira-kira RM15,000 selepas kereta masing-masing dipecahkan penjenayah di FELCRA Ramuan China di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, kereta mangsa diletakkan berhampiran kawasan majlis berkenaan dipecahkan sebelum barangan berharga termasuk wang tunai dan barangan kemas dilarikan. Seorang mangsa Dr Hashim Hamad, 60, berkata, dia meletakkan kereta Honda miliknya berhampiran kawasan majlis perkahwinan, jam 11.30 pagi. Difahamkan, beg tangan isterinya yang diletakkan di bawah kerusi diselongkar pencuri.
Bulan madu bajet
Tak payah sampai nak pinjam bank semata-mata nak meraikan cinta agung dengan berbulan madu. Kamu masih boleh membawa yang tersayang untuk menikmati masa kamu berdua dengan harga yang rendah. Cuma perlu diingatkan, percutian itu mestilah bajet seperti MURSHID EUNOS cadangkan ini. Zaman sekarang kalau tidak ada RM30,000 susah nak kahwin. Bukan kerana membazir tapi bagai menjadi adat untuk meraikan saudara-mara, sahabat-handai dan paling penting rakan sekerja yang sudah tentu ingin datang meraikan kita sebagai pengantin baru.
Sebar gambar aib dendam putus cinta
Miri: Kerana dendam dan tidak dapat menerima hakikat hubungan cinta terputus di tengah jalan, seorang lelaki bertindak menyebarkan gambar bogel dan video bekas teman wanitanya dalam keadaan mengaibkan sejak seminggu lalu. Difahamkan, mangsa berusia 29 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sini, memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya sejak awal bulan ini kerana tidak tahan sikap panas barannya. Tindakan wanita terbabit menolak permintaan kembali menjalinkan hubungan menyebabkan lelaki berusia 35 tahun itu berang dan menyebarkan gambar bogel mangsa di laman sosial.
Penjenayah mati ditembak selepas rompak rumah juruterbang
SHAH ALAM: Seorang penjenayah mati ditembak di tepi Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) selepas merompak rumah seorang juruterbang, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, awal pagi tadi. Dua lagi rakan sepenjenayah itu berjaya melarikan diri dalam ladang kelapa sawit berdekatan dengan lebuh raya itu, manakala seorang anggota peronda cedera di tangan selepas dilibas suspek yang ditembak. Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, penjenayah dipercayai sedang menunggu rakan mereka di tepi lebuh raya itu, selepas merompak rumah mangsa, dan berjaya dikesan oleh anggota peronda yang mendapat laporan mengenai kejadian.
Gadis dicekup miliki syabu RM75,000
Lahad Datu: Seorang gadis berusia 24 tahun dicekup polis selepas didapati memiliki dadah dipercayai syabu seberat 177.99 gram bernilai RM75,000 di Sri Perdana, petang semalam. Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Shamsudin Mat berkata, gadis itu ditahan kira-kira jam 3.50 petang oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) ketika cuba mengedar dadah di kawasan berkenaan. Katanya, tangkapan itu adalah rampasan terbesar pihaknya tahun ini.
Pemandu van sekolah maut dalam kemalangan
Gombak: Seorang wanita maut selepas van sekolah dipandunya bertembung dengan kereta PROTON Wira di simpang masuk ke Perdana Residence, selayang pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, dua pelajar sekolah yang berada di dalam van terbabit cedera dan patah kaki manakala pemandu kereta turut patah kaki. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, van terbabit dalam perjalanan dari arah Selayang Jaya ke Perdana Residence.
2 beradik ‘pergi’ serentak
Kuala Krai: Seorang ibu terkulai lemah sehingga terpaksa dipapah ahli keluarganya selepas melihat mayat dua anak perempuannya yang maut akibat kemalangan terbujur kaku atas jalan raya di simpang empat Laloh, Kilometer 98, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, semalam. Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Haizum Ibrahim, 17, dan adiknya Asmaida Ibrahim, 14, pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Laloh dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Jelkis, Lata Rek, dekat sini, ke sekolah yang jaraknya tiga kilometer dengan menunggang motosikal Honda Wave sebelum berlanggar dengan kereta PROTON Perdana. Kejadian dipercayai berlaku apabila Haizum yang menunggang motosikal tanpa lesen keluar dari simpang Lata Rek ke Laloh melanggar bahagian depan sebelah kiri PROTON Perdana dipandu pengurus bank berusia 54 tahun yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Gua Musang.
Hidung RM50,000
Kuala Lumpur: Tuntutan kerjaya yang mahukan selebriti sentiasa berwajah cantik walaupun usia semakin meningkat membuatkan kebanyakan daripada mereka berbelanja besar untuk mencantikkan wajah. Tidak hairanlah ada yang sanggup membelanjakan sehingga lebih RM50,000 untuk mendapatkan hidung yang lebih cantik apabila hidung asal ‘rosak’ kerana tercedera atau mengalami masalah kesihatan. Temu bual Harian Metro dengan beberapa selebriti yang memang menampakkan perubahan wajah yang ketara berbanding sebelum ini mendapati memang mereka berbelanja besar untuk kelihatan terus cantik, malah lebih menarik atau tampan daripada ketika usia muda.
Ditembak ketika minum
Kuala Lumpur: Dua lelaki cedera ditembak dalam kejadian berasingan di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama dan di Taman Makmur, Lunas, Kulim, malam tadi. Dalam kejadian di Taman Sri Sentosa, seorang pemandu van pelancong cedera akibat ditembak berdekatan sebuah kedai serbaneka 9.30 malam tadi. Mangsa yang berusia 27 tahun dipercayai terkena dua das tembakan dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan kecemasan.
Proton hasil model kenderaan lima bintang
KUALA LUMPUR 24 Feb. - Syarikat pengeluar kenderaan nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton) mahu menghasilkan lebih banyak model kenderaan bertaraf lima bintang selepas mengeluarkan Proton Preve dan Proton Suprima S yang mendapat sambutan amat menggalakkan selepas hampir dua tahun dilancar. Ketua Pegawai Operasi Komersialnya, Datuk Hisham Othman berkata, Proton juga tidak mahu dianggap sebagai pengeluar kenderaan jaguh kampung. Katanya, bermula dengan model Proton Preve yang dilancarkan April 2012 dan Proton Suprima S pada Ogos 2013, Proton yakin untuk mengeluarkan lebih banyak kenderaan berkualiti tinggi dan pada harga yang berpatutan pada masa akan datang.
Henti import daging Denmark
KAHERAH 24 Feb. - Masyarakat Islam di seluruh dunia menentang tindakan kerajaan Denmark yang mengharamkan penyembelihan haiwan mengikut ajaran Islam dan menyeru negara-negara menghentikan pengimportan daging dari negara itu kerana enggan menghormati ajaran tersebut. Seorang ulama Mesir, Fouad Tawfik berkata, cara penyembelihan haiwan mengikut ajaran Islam secara saintifik terbukti lebih baik untuk haiwan dan manusia berbanding membunuhnya dengan menggunakan renjatan elektrik. "Semua negara Islam mesti berhenti daripada mengimport daging dari Denmark selama mana negara itu mengharamkan penyembelihan haiwan mengikut ajaran Islam," katanya kepada laman web Arab News.
Liza Abdullah bercerai talak satu
KUALA LUMPUR 24 Feb. - Pelakon era 80-an, Liza Abdullah sah bercerai talak satu dengan suaminya, Zolkefli Abdul Rahman di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini hari ini. Hakim Syarie, Shaiful Jamaludin mengesahkan lafaz cerai secara baik oleh Zolkefli, 58, terhadap Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah, 50. "Setelah meneliti dokumen-dokumen yang dikemukakan, mahkamah mendapati wujudnya konflik dalam perkahwinan ini. "Maka dengan ini mahkamah mengesahkan lafaz cerai talak satu yang dibuat oleh defendan (Zolkefli) dengan kebenaran," katanya.
Satu pertiga projek ETP dilaksana
KUALA LUMPUR 24 Feb. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kira-kira satu pertiga daripada projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah berjaya dilaksana. Menurutnya, projek yang akan dijalankan di bawah ETP mulai 2010 hingga 2020 bernilai RM1.4 trilion atau AS$444 bilion. Kira-kira 30 peratus daripada projek terbabit sudah dilaksana. Kita memerlukan projek domestik secukupnya untuk membangunkan ekonomi bagi menjadi negara berpendapatan tinggi," katanya kepada pemberita di pameran kerjaya perakaunan yang dianjurkan Talent Corporation Malaysia Bhd dan Institut Akauntan Malaysia di sini hari ini.
Terminal ketiga di Pelabuhan Klang
KLANG 24 Feb. - Kerajaan akan membina sebuah lagi terminal pelabuhan di Pelabuhan Klang dipercayai terbesar dalam negara sebagai usaha untuk menampung permintaan perdagangan yang semakin meningkat setiap tahun. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, terminal ketiga di Pelabuhan Klang itu lebih besar daripada dua terminal sebelum ini yang mana boleh menampung sehingga 30 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) kontena setiap tahun. Katanya, terminal Westport dan Northport di Pelabuhan Klang kini hanya mampu menampung kira-kira 10 juta TEU kontena setiap tahun.
Ibu 4 anak kena penjara ragut rantai budak
Kuala Terengganu: Seorang ibu empat anak dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana meragut rantai leher seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun. Rozita Jusoh, 36, yang mengaku bersalah, tunduk ketika Hakim Azhar Othman menjatuhkan hukuman terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak. Mengikut kertas pertuduhan, Rozita didakwa melarikan seutas rantai leher milik mangsa bernilai RM1,600 di sebuah rumah di Kampung Seberang Takir di sini, jam 11 pagi pada 15 Februari lalu.
Warga Nepal dipenjara 10 tahun kes bunuh penyelia
Johor Bahru: Seorang lelaki warga Nepal terselamat daripada hukuman gantung, selepas Mahkamah Tinggi memerintahkannya dipenjara 10 tahun kerana membunuh penyelianya, dua tahun lalu. Subir Gole, 27, diperintah menjalani hukuman itu selepas Hakim Datuk Abd Halim Aman menukar pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304 (b) kanun sama selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan asal. Berdasarkan kertas pertuduhan, pekerja kedai kek dan roti itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati kerana menyebabkan kematian Tan Ai Ping, 28.
Permintaan hartanah terpakai meningkat
Permintaan terhadap hartanah sekunder (terpakai) tempatan dijangka meningkat tahun ini berikutan harga yang ditawarkannya lebih rendah berbanding pelancaran projek baharu. Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIER), Siva Shanker, berkata berdasarkan kaji selidik yang dijalankan, mendapati harga hartanah sekunder ditawarkan antara 60 peratus hingga 70 peratus lebih rendah berbanding harga hartanah baharu dilancarkan.
Kabinet Mesir letak jawatan
Kaherah: Kerajaan Mesir pimpinan Perdana Menteri Hazem al-Beblawi semalam mengumumkan peletakan jawatan Kabinet, menjelang pemilihan presiden yang berkemungkinan akan membawa ketua tentera Abdel Fattah al-Sisi memegang tampuk kuasa. Sisi, yang popular di negara itu, bagaimanapun belum mengumumkan pencalonannya untuk pilihan raya presiden itu, tetapi pegawainya berkata dia sudah membuat keputusan untuk bertanding dan akan membuat pengumuman tidak lama lagi.
Presiden Ukraine dituduh jenayah
Simferopol (Ukraine): Kerajaan sementara Ukraine semalam mengeluarkan waran tangkap ke atas Presiden Viktor Yanukovych, yang kali terakhir dilihat di Semenanjung Crimea, dengan tuduhan jenayah terhadap kumpulan ramai penunjuk perasaan yang menentang pentadbirannya. Desakan semakin memuncak di Ukraine supaya Yanukovych dibicarakan, atas dakwaan salah guna kuasa, mengkayakan penyokongnya dan menahan penunjuk perasaan. Kemarahan memuncak minggu lalu apabila penembak curi menyerang penunjuk perasaan dalam keganasan berdarah paling buruk dalam sejarah Ukraine.
Banglo peribadi jadi asrama pekerja asing
Johor Bahru: Dakwaan membina banglo peribadi, menjadi helah pihak tertentu mengelirukan penduduk sekitar Jalan Denai dekat Kempas di sini, sebelum binaan itu ditukar menjadi asrama pekerja asing apabila siap. Tindakan itu mencetuskan keresahan dalam kalangan penduduk setempat yang bimbang keselamatan dan ketenteraman kawasan kediaman mereka susulan penempatan ramai pekerja asing di situ. Penduduk Jalan Denai, Iskandar Zulkifli Jumat, 40, berkata tembelang pemilik projek itu terbongkar apabila banglo tiga tingkat itu ditukar menjadi asrama pekerja asing yang bekerja di kawasan perindustrian Tampoi, kira-kira empat kilometer dari situ.
Melaka mahu contohi Pulau Langkawi
Ayer Keroh: Melaka berminat untuk mempelajari kaedah pengurusan sektor pelancongan di Kedah, khususnya bagi lokasi tarikan pelancong popular di negeri itu, Pulau Langkawi. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata pihaknya tertarik dengan kecekapan sistem tadbir urus aspek berkaitan pelancongan di pulau peranginan itu khususnya pengurusan chalet yang dilihat begitu berkesan. “Kita mahu menimba pengalaman Kedah terutama dalam sektor pelancongan di Pulau Langkawi yang dilihat berupaya mengurus dan mentadbir jumlah pelancong yang ramai dalam tempoh yang singkat.
Labels:
Berita Terkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment