Rinani hasilkan ‘bot terbang’
CHINA – Seorang lelaki berusia 27 tahun terpaksa hidup menderita dengan tumor seberat 10 kilogram di bahagian belakang dan lehernya, yang dialami sejak dia remaja lagi.
Yang Xiao, kini perlu menjalani pembedahan segera bagi membuang tumor berkenaan sebelum ia bertambah besar.
Dia mengalami tumor itu sejak 10 tahun lalu, dan sejak itu ketumbuhan berkenaan membesar dengan cepat.
Pada 2007, doktor menasihatkan dia membuang tumor itu namun bapanya mahu memikirkan mengenai cadangan doktor itu selepas dimaklumkan bahawa pembedahan itu adalah sukar dan berisiko tinggi.
Tumor Sebesar Bola Di Belakang Badan
CHINA – Seorang lelaki berusia 27 tahun terpaksa hidup menderita dengan tumor seberat 10 kilogram di bahagian belakang dan lehernya, yang dialami sejak dia remaja lagi.
Yang Xiao, kini perlu menjalani pembedahan segera bagi membuang tumor berkenaan sebelum ia bertambah besar.
Dia mengalami tumor itu sejak 10 tahun lalu, dan sejak itu ketumbuhan berkenaan membesar dengan cepat.
Pada 2007, doktor menasihatkan dia membuang tumor itu namun bapanya mahu memikirkan mengenai cadangan doktor itu selepas dimaklumkan bahawa pembedahan itu adalah sukar dan berisiko tinggi.
Isu pelekat hologram pada naskhah al-Quran dibawa ke Kabinet - Zahid
PUTRAJAYA: Penggunaan pelekat hologram pada naskhah al-Quran yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Mac ini akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat bagi mengkaji keberkesanan pelaksanaannya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan mengambil kira pandangan Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM) berhubung masalah penggunaan hologram, termasuk terdedah kepada cetak rompak seperti yang dihadapi kementerian dan agensi lain sebelum ini.
"Sementara menanti keputusan Kabinet yang diharap akan memberi situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak, kita ambil keputusan untuk 'memperlahankan' penguatkuasaan itu," katanya kepada pemberita.
Facebook Bakal Hentikan Aplikasi Messenger
HANYA untuk siri peranti Windows Phone. Syarikat laman sosial gergasi Facebook kini berkeputusan untuk menghentikan perkhidmatan Facebook Messenger bagi pengguna Windows Phone.
Bermula hari ini, hampir kebanyakan pengguna peranti ini telah menerima mesej dari laman sosial tersebut yang menyatakan bahawa aplikasi tersebut akan dihentikan tanpa sebarang sebab atau maklumat lanjut.
Menurut kenyataan tersebut, Facebook tidak lagi menggunakan Facebook Messenger bagi Windows dan aplikasi tersebut akan dihentikan mulai 3 Mac, 2014.
Cara Pelajar Jepun Habiskan Masa Di Sekolah
Siapa yang cakap pergi sekolah merupakan perkara yang paling membosankan dalam dunia?
Bermacam-macam cara yang dilakukan pelajar di sebuah sekolah di Jepun dalam menghabiskan masa rehat mereka ketika hari persekolahan.
Antaranya mereka bermain di loker simpanan buku seperti memasukkan kepala, memanjat loker, mengeringkan seluar dalam dengan menggunakan ‘hair dryer’ dan pelbagai lagi aksi pelik yang dilakukan.
Hai, macam-macam pe’el, asalkan perbuatan mereka tidak mendatangkan bahaya dan mengancam keselamatan sudahlah ya.
Tony Fernandes Mohon Maaf Iklan ‘Hina’ Jururawat
Iklan insurans yang ditampal pada bahagian belakang kerusi penumpang itu tertulis:
“You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses”
(Anda mahukan ibu, kerana anda berada di hospital bersama jururawat yang memberikan layanan buruk).
Kritikan terhadap iklan ini bukan sahaja dibuat melalui akaun Facebook Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes malah Persatuan Kesihatan Malaysia (MMA) turut mendesak permohonan maaf daripada syarikat penerbangan ini kerana memberikan imej negatif terhadap profesion jururawat di negara ini.
Pokok Berusia 3,200 Tahun…
NEVADA – Selamat berkenalan dengan `Presiden’.
Mungkin ada yang menyangka ia adalah Presiden Barack Obama, sebaliknya ia adalah telahan yang salah.
Presiden adalah pokok gergasi Sequoias yang berusia 3,200 tahun dan mempunyai 2 bilion daun dengan ketinggian 247 kaki.
Ia berada di Taman Negara Sequoia dan untuk merakamkan ketinggian sebenar pokok itu, jurugambar terpaksa mengambil 126 gambar.
Bagaimanapun Presiden bukan pokok tertinggi di dunia kerana anugerah itu dipegang pokok Redwood di California, yang menjangkau ketinggian hingga 379 kaki.
Gambar Presiden boleh dilihat dalam National Geographic.
Menurut jurugambarnya, Michael Nichols, tujuan utama kumpulannya merakamkan pokok itu adalah untuk membolehkan orang ramai melihat keseluruhan pokok berkenaan.
Pokok Sequoias ini mampu menahan cuaca sejuk, salji tebal malah panahan petir.
Rakyat Malaysia Kini 30 Juta Orang
Tahukah anda berapa jumlah populasi rakyat Malaysia?
Ketahuilah bermula hari ini (Khamis), kita adalah salah seorang daripada 30 juta rakyat negara ini.
Mengikut laporan The Star, sekitar jam 6.43 semalam penduduk Malaysia adalah 29,999,530 rakyat.
Namun berdasarkan jangkaan kadar kelahiran di Malaysia iaitu seorang setiap minit, angka 30 juta rakyat dicecah selepas jam 2 pagi tadi.
Dijangkakan, jumlah rakyat Malaysia akan meningkat kepada 38.5 juta menjelang 2040 meliputi 19.6 juta lelaki dan 19 juta perempuan.
Lelaki warga Nepal gantung diri
Georgetown: Mayat seorang lelaki ditemui tergantung di pokok berhampiran sebuah kilang di Zon Industri Bebas (FIZ), Bayan Lepas jam 8 pagi tadi.
Mangsa yang berusia lingkungan 20-an dan berasal dari Nepal sebelum itu dikatakan berjumpa dengan teman wanitanya selepas selesai kerja di kilang berhampiran.
Bagaimanapun, mereka dikatakan bergaduh sebelum lelaki terbabit nekad menggantung diri di pokok kerana terlalu kecewa.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang kemudian membuat laporan polis.
Diseksa Along
Kuala Lumpur: “Dalam keadaan tangan atau kaki dirantai, saya disepak terajang, dipukul dengan kayu, besi atau tali pinggang, kuku kaki dicabut menggunakan playar. Tidak cukup dengan itu, kemaluan turut dihentak dengan objek tumpul.
“Saya tidak dibenarkan menjamah makanan sebaliknya penyeksaan itu dilakukan konco along hampir 24 jam secara bergilir-gilir setiap hari...ia bagaikan neraka dunia,” kata Ah Kim, 39, seorang daripada mangsa along yang dikurung dalam ‘penjara’ ciptaan kumpulan lintah darat itu bagi mereka yang gagal melunaskan hutang.
Menurutnya, dia menggelarkan penjara along itu sebagai ‘Guantanamo along’ kerana konsep penyeksaan kejam dilakukan kumpulan terbabit terhadap peminjam sepertinya.
Pendatang asing kuasai gerai akan ditahan dalam Ops Bersepadu Fasa II - Zahid
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen akan melaksanakan fasa kedua Ops Bersepadu 6P bagi menahan pendatang asing yang menguasai gerai dan premis perniagaan di seluruh negara dalam masa terdekat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, pendatang terbabit sana ada menggunakan lesen rakyat tempatan atau menerusi cara lain akan ditahan dalam operasi yang turut membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM) di pejabatnya di sini, sebentar tadi.
Zahid berkata, tindakan turut membabitkan rakyat tempatan yang membenarkan lesen perniagaan mereka digunakan pendatang asing.
Maybank untung RM6.55 bilion
KUALA LUMPUR: Untung bersih Maybank bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 meningkat 14 peratus ke paras rekod tertinggi baharunya RM6.55 bilion.
Pendapatan bersihnya pula meningkat 10.5 peratus kepada RM18.54 bilion.
Pengerusinya, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, berkata keputusan kewangan yang kukuh itu didorong prestasi mantap yang dicatatkan perniagaannya di seluruh Asia, pertumbuhan pembiayaan yang tinggi dan pengurusan kos yang baik.
Paras air empangan di Selangor bertahan 70 hingga 172 hari
AMPANG: Paras air mentah di tiga empangan utama di Selangor hanya mampu bertahan untuk tempoh 70 hingga 172 hari lagi berikutan cuaca panas dan kering yang melanda negara sejak awal bulan ini.
Empangan Klang Gates hanya mampu bertahan selama 70 hari sementara Empangan Sunga Langat selama 84 hari dan Empangan Tasik Subang selama 172 hari.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Eksekutif Bahagian Operasi dan Penyelenggaraan Puncak Niaga, Abd Rashid Abd Satar, pada sesi taklimat dalam tinjauan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili ke Empangan Klang Gates di sini, sebentar tadi.
Robert Kuok kekal teratas dalam senarai Forbes
SINGAPURA: Jutawan Malaysia, Robert Kuok, sekali lagi mengetuai senarai orang paling kaya di Malaysia buat kali kesembilan berturut-turut.
Menurut senarai terkini Orang Paling Kaya Malaysia oleh Forbes, Kuok mengetuai senarai itu sejak 2006 semasa Forbes mula menyenaraikan ranking rakyat Malaysia paling kaya.
Kekayaan beliau berjumlah AS$11.5 bilion, susut AS$1 bilion berbanding tahun lalu.
Jutawan berusia 90 tahun itu membangunkan empayar perniagaannya yang meliputi sektor kelapa sawit, perkapalan, media, hotel dan hartanah.
Orang kedua paling kaya ialah Ananda Krishnan yang mengekalkan kedudukan itu dengan asetnya bernilai AS$11.3 bilion, susut berbanding AS$11.7 bilion sebelumnya.
TM rekod keuntungan RM1.04 bilion, meningkat 17.9 peratus
KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 berjumlah RM1.04 bilion, meningkat 17.9 peratus daripada RM881 juta yang dicatat bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Pendapatan kumpulan juga meningkat kepada RM10.63 bilion, 6.4 peratus lebih tinggi daripada RM9.99 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa, berkata keputusan kewangan kukuh itu dipacu pertumbuhan positif pendapatan dalam segmen Internet, data dan UniFi.
2 anggota sindiket kutip derma guna dokumen palsu ditahan
IPOH: Polis menahan dua daripada 19 ahli kumpulan sindiket yang menggunakan dokumen palsu pihak berkuasa termasuk polis dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIPk) untuk mengutip derma kononnya mahu disalurkan ke sebuah rumah kebajikan di sini, kelmarin.
Kumpulan berkenaan, termasuk dua wanita yang ditahan kelmarin, dipercayai sudah mengutip hampir RM1 juta melalui cara penipuan itu sejak dua tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak, Superintendan Maszely Minhad, berkata kegiatan itu terbongkar selepas pihaknya menerima laporan pihak MAIPk dan pasukan khas yang dirubuhkan bagi menyiasat kes itu, berjaya menahan dua wanita berkenaan ketika mahu membuat kutipan derma daripada guru di sebuah sekolah menengah di sini pada jam 9.40 pagi kelmarin.
Bapa lihat sendiri mayat anak dikeluar dari kereta remuk
KAMPAR: Seorang bapa kepada seorang daripada empat pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman yang maut dalam nahas berdekatan Gua Tempurung di sini pagi tadi berkata beliau melihat sendiri mayat anak dan rakan-rakan anaknya dikeluarkan dari kereta mereka yang remuk akibat nahas itu.
"Saya antara orang pertama yang dapat melihat pasukan bomba sedang berusaha mengeluarkan kesemua mayat termasuk mayat anak saya," kata Koh Sum Keong, 54, bapa kepada Koh Suet Mun, 20.
"Saya kemudiannya bergegas pula ke Hospital Kampar selepas kesemua mayat di bawa ke situ," katanya di hospital.
Israel mahu robohkan al-Aqsa
BEIRUT - Gerakan Hizbullah, menggesa penduduk Palestin untuk terus menentang plot jahat Israel yang mahu merobohkan masjid al-Aqsa.
Menurut laporan Press TV, Gerakan penentangan di Lubnan itu turut menyokong tindakan penduduk Palestin yang bermati-matian mempertahankan kesucian al-Aqsa daripada ditakhluki rejim Zionis.
"Israel berterusan mengugut untuk merobohkan masjid itu. Bangkitlah! seluruh masyarakat negara Islam. Ayuh bersatu menggagalkan rancangan Yahudi," jelas kenyataan itu lagi.
Kelmarin, pihak berkuasa Israel sekali lagi menggempur pekarangan masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam sehingga menyebabkan kira-kira 20 penduduk Palestin cedera.
Difahamkan, ketegangan semakin meningkat selepas Knesset merancang mengisytiharkan kawasan sekitar Al-Haram asy-Syarif sebagai wilayah kedaulatan Israel.
Tujuh daerah isytihar darurat di Riau, Indonesia
RIAU - INDONESIA. Riau mengisytiharkan darurat bencana di seluruh wilayah negeri itu, bermula semalam.
Gabenor Riau, Annas Maamun berkata, pihaknya meminta bantuan daripada Jakarta untuk menangani kebakaran hutan terutama ladang kelapa sawit hingga menyebabkan rekod pencemaran udara dilaporkan pada tahap tertinggi bagi awal tahun ini.
“Dari tujuh daripada 12 daerah meminta bantuan kecemasan selepas hampir 22,301 penduduk mengalami masalah pernafasan,” katanya dalam laporan Antara News.
Prestasi CIMB menepati jangkaan penganalisis
PRESTASI kewangan CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) yang diumumkan kelmarin menepati jangkaan penganalisis.
Penyedia perkhidmatan kewangan kedua terbesar di Malaysia itu mencatatkan keuntungan bersih RM4.54 bilion bagi keseluruhan tahun kewangan 2013 iaitu naik 4.5 peratus.
Firma penyelidikan Maybank Investment Bank (Maybank IB) dalam nota penyelidikannya semalam berkata, keputusan kewangan CIMB bagi 2013 sama dengan unjuran mereka tetapi sasaran CIMB bagi tahun ini melebihi unjuran penganalisis.
"Pengurusan CIMB menyasarkan pertumbuhan pinjaman 14 peratus tahun ini tetapi jangkaan kami adalah lebih konservatif iaitu 12.1 peratus," menurut nota itu.
Status Facebook petanda ajal
SUNGAI PETANI - "Mungkin esok namaku Arwah. Hari ini aku berpakaian cantik dan mewah, mungkin esok aku akan pakai kain kafan. Hari ini aku berpijak di atas tanah, mungkin esok aku duduk di bawah tanah."
"Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana. Andai kata hari ini hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku.”
Demikian bait-bait puisi yang dimaksudkan Norfaezah Budiman, 21, melalui akaun Facebook miliknya yang dikemas kini 10 Februari lalu merupakan petanda seolah-olah mengetahui bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.
Status tersebut mendapat reaksi orang ramai setelah Norfaezah meninggal dunia awal pagi semalam ketika membonceng motosikal sebelum dirempuh sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Lagenda Heights, Sungai Petani.
Cara penjagaan sistem brek
1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan pam vakum). Pastikan minyak berada di paras antara minimum dan maksimum. Jangan sekali-kali memandu sekiranya paras minyak brek berada di bawah paras minimum.
2. Setiap enam bulan semasa hendak rotate tayar kereta, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Jika kita dapati pencengkam ‘makan’ tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinan tekanan yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat berbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara sama perlu dilakukan kepada brek drum.
3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran sebegini mungkin kecil tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan ke atasnya.
4. Semasa menambah minyak brek, pastikan spesifikasi minyak brek. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (bagi kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada pembalut yang diperbuat daripada getah.
5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau drum, minta mekanik menilai, sama ada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, dicadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.
6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek ‘jam’. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.
7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus dari belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.
8. Jika ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan mendapat kebenaran bertulis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Syarikat insurans akan melindungi jika kemalangan berlaku disebabkan sistem brek.
9. Semasa memandu elakkan kaki daripada sentiasa berada di atas pedal brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.
10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek enjin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.
11. Sekiranya suka memandu laju dan secara agresif, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti projek U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek kepada saluran bersalut logam. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu serta tinggi dan tindak balas brek anda akan lebih cepat apabila pedal ditekan.
12. Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta untuk ditukar minyak enjin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, kotak minyak gear, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras pedal brek dan klac, tekanan angin tayar, alignment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya.
Jangan cuma tukar minyak hitam saja kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk diservis dan kita dikenakan bayaran tinggi untuk upahnya.
Pensyarah cipta permainan pilihan raya 2014
Yogyakarta: Seorang pensyarah di Yogyakarta berjaya mencipta permainan berlatar pilihan raya umum (Pemilu 2014) yang boleh dimainkan pada gajet elektronik bertujuan meningkatkan jumlah pengundi terutama dikalangan pengundi muda.
Pensyarah Penerbitan Permainan dan Rekaan Permainan Sekolah Tinggi Pengurusan Maklumat dan Komputer (STMIK AMIKOM) Yogyakarta, Samuel Henry M Sitorus, mencipta permainan yang dipanggil Game Pemilu 2014 bagi meningkatkan minat orang ramai untuk keluar mengundi.
“Pada Pemilu 2009, jumlah pengundi yang tidak keluar untuk mengundi adalah 40 peratus. Jumlah ini besar dan orang ramai perlu diberi kesedaran mengenai hak mereka sebagai warganegara,” katanya.
4 sekeluarga maut nahas di Jempol
Bahau: Empat sekeluarga termasuk seorang bayi berusia 10 bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 18, Jalan Bahau-Keratong berhampiran Ladang Geddes, dekat sini, pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi tadi ketika keluarga terbabit dalam perjalanan pulang ke Port Dickson dari Muadzam Shah, Pahang.
Sumber polis berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta PROTON Saga dinaiki semua mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan di tempat kejadian dan berlanggar dengan PROTON Waja terbabit.
"Pemandu Waja mengalami kecederaan parah," katanya.
4 penuntut universiti maut nahas kereta-lori dekat Gopeng
GOPENG: Empat penuntut maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 25.5 Jalanraya Ipoh-Kuala Lumpur kira-kira 500 meter dari Gua Tempurung dekat sini, jam 5 pagi tadi.
Dalam kejadian itu kereta model Perodua Viva dipercayai dari Ipoh menghala ke Kampar hilang kawalan sebelum merempuh lori membawa muatan tar dari arah bertentangan.
Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan itu menyebabkan empat maut.
"Siasatan awal mendapati empat mangsa, seorang lelaki dan tiga wanita penuntut sebuah kolej swasta di sini.
Pemandu, kelindan lori Pos Malaysia maut nahas di Seremban
SEREMBAN: Seorang pemandu dan kelindan lori Pos Laju maut dalam kemalangan membabitkan dua treler, sebuah lori dan motosikal di Kilometer 251.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan jam 4.10 pagi tadi.
Sumber polis berkata, pemandu yang meninggal adalah Hasmadi Safar dan kelindan, Mohd Shahrim Mohd Saad, akibat kecederaan parah di kepala.
Katanya, nahas berlaku apabila apabila sebuah treler yang membawa muatan plastik dari arah Pedas/Linggi menghala ke Kuala Lumpur melanggar bahagian belakang sebuah lori muatan baja yang turut menghala arah yang sama.
4 lelaki rentung kereta terbabas di Klang
Klang: Empat lelaki terbunuh manakala seorang lagi cedera selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tembok sebuah kedai emas di Batu 10 Jalan Kapar, kira-kira jam 3.30 pagi tadi.
Kereta yang dinaiki kelima-lima mangsa yang datang dari Kapar ke Klang itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar lampu isyarat di tengah laluan berkenaan.
Ketua Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, kereta mangsa kemudiannya merempuh tembok kedai emas yang terletak bertentangan lampu isyarat berkenaan.
Pemandu lagak ngeri dihukum iring ambulans
Riyadh: Seorang hakim menjatuhkan hukuman luar biasa terhadap pemandu lagak ngeri apabila memerintahkannya mengiringi ambulans bagi 10 kes kecemasan berbeza.
Akhbar Al Riyadh melaporkan hakim dari bandar Badar itu bagaimanapun menganggap hukuman berkenaan tidak memadai lalu memerintahkan tertuduh yang tidak dinamakan itu turut disebat 70 kali.
“Hakim memerintahkan tertuduh mengiringi ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah Arab Saudi bagi 10 kes kecemasan berlainan, malah akan dipenjara 45 hari jika gagal berbuat demikian.
“Dia juga diperintahkan disebat 70 kali di tempat dia ditahan melakukan kesalahan itu,” lapor akhbar berkenaan.
Tertuduh ditahan melakukan aksi berbahaya selepas mencurahkan diesel di jalan untuk satu demonstrasi lagak ngeri.
Hakim menganggap tertuduh perlu dihukum kerana perbuatannya membahayakan pengguna lain.
- Agensi
Sultan Brunei murka kritikan media sosial
Bandar Seri Begawan: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam memerintahkan pengguna media sosial menghentikan kritikan terhadap perancangannya melaksanakan perundangan hudud di negara itu.
Baginda yang juga antara lelaki terkaya dunia membuat amaran itu ketika menyampaikan ucapan baru-baru ini.
“Mereka tidak boleh dibenarkan terus mengeluarkan kenyataan menghina undang-undang Islam.
“Jika ada elemen yang membolehkan mereka dihadapkan ke mahkamah maka fasa pertama pelaksanaan Perintah Kanun Keseksaan Syariah April ini akan terpakai terhadap mereka,” katanya.
Baginda mengumumkan Oktober lalu Brunei akan mula melaksanakan hukum hudud bermula 1 April ini.
Isu itu banyak dibantah dan didebatkan di laman media sosial terutama sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Pembantu Bieber curi kamera
Georgia: Pengawal peribadi dan pemandu bintang remaja terkenal, Justin Bieber ditahan berhampiran Atlanta kerana didakwa mencuri kamera seorang jurugambar.
Jurucakap Polis Sandy Springs Kapten Steve Rose berkata, Bieber berada di kompleks hiburan di utara Georgia pada petang Selasa apabila pengawal peribadinya Hugo Hesny, 32, terbabit dalam pergaduhan dengan jurugambar yang didakwanya berada terlalu dekat dengan penyanyi itu.
Kapten Steve berkata, Hugo dan pemandu Bieber, Terrance Johnson, 49, mengekori jurugambar itu ke tapak letak kereta sebelum merampas kamera berkenaan.
Baju ‘lucah’ Piala Dunia ditarik balik
Rio de Janeiro: Brazil memaksa penarikan semula penjualan baju sempena Piala Dunia yang dikatakan mempunyai corak tidak senonoh yang boleh merosakkan imej negara itu.
Berikutan aduan badan pelancongan negara itu, penaja rasmi kejohanan, Adidas menarik semula pengeluaran baju berkenaan yang sudah berada di pasaran Amerika Syarikat.
Satu daripada reka bentuk baju berkenaan menampilkan corak hati dengan tulisan ‘I love Brazil’, tetapi bentuknya menyerupai bahagian belakang wanita.
Satu lagi corak mempunyai gambar poskad dengan pemandangan Gunung Sugarloaf di Rio de Janeiro dan seorang wanita berbikini memegang bola dengan tulisan bertindih ‘Lookin’ to score’.
Pasangan kaya tiba-tiba
California: Satu pasangan yang membawa anjing mereka bersiar-siar terjumpa ‘harta karun’ yang dianggarkan bernilai AS$10 juta (RM 32.7 juta) dalam bentuk wang emas yang kelihatan seperti baru tertanam berhampiran sebatang pokok.
Hampir semua 1,427 syiling emas dari tahun 1874 hingga 1894 berada dalam keadaan baik dan kelihatan seperti baru, kata pengasas bersama Professional Coin Grading Service of Santa Ana, David Hall.
Walaupun nilai sekeping syiling emas itu hanya sekitar RM88,519, ada di antaranya sangat jarang ditemui dan pakar menyatakan nilainya mungkin mencecah RM3.3 juta sekeping. - AP
Kembara aneh
Melaka: “Sepanjang memandu kereta selepas menurunkan anak perempuan di Klinik Kesihatan Ayer Molek, saya tidak berasa pelik, malah nampak lampu isyarat dan sebagainya sehinggalah kereta terbabas ke dalam gaung di Labis, Johor jam 12 tengah malam,” kata pesara guru Abdul Malik Abdullah, 74, menceritakan pengalaman aneh dilaluinya selepas dilaporkan hilang lebih 13 jam, kelmarin.
Menurut Abdul Malik, sebelum itu, dia menghantar anak perempuannya Syamilah, 30, bagi melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Ayer Molek, Melaka jam 10.30 pagi.
Katanya, sejurus itu, dia seolah-olah tidak menyedari apa yang berlaku dan terus memandu, malah ketika dalam perjalanan itu, dia sendiri tidak menyedari destinasi ditujui.
‘Anu’ tiba-tiba tak berfungsi
Kuala Lumpur: Seorang wanita yang juga kakitangan kerajaan berusia 24 tahun terselamat daripada dirogol pemandunya sendiri apabila alat sulit lelaki itu tiba-tiba tidak berfungsi, di sebuah klinik kesihatan di sini.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 6.45 pagi di sebuah sebuah klinik kesihatan di Kajang, Ahad lalu, lelaki berusia 34 tahun yang berang selepas empat kali cubaannya itu gagal memperkosa mangsa kemudian bertindak mencabul mangsa.
Menurut sumber, lelaki yang bekerja sebagai pemandu itu dikatakan menanggalkan pakaian mangsa walaupun wanita itu melawan hingga berlaku pergelutan.
Noda angkara putus tunang
Seremban: Angkara memutuskan pertunangan kerana tidak tahan sering dipukul, seorang pekerja kilang berusia 24 tahun dirogol bekas tunangnya di dalam kereta dalam satu kejadian di Jalan Seremban-Tampin, di sini, Ahad lalu.
Tidak cukup dengan itu, wanita berkenaan juga dikatakan turut ditumbuk di muka kiri apabila suspek lingkungan 20-an berang tindakan mangsa memutuskan hubungan mereka beberapa minggu lalu.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian jam 9.15 malam itu, mangsa dihubungi bekas tunangnya jam 1 petang untuk keluar bersama, namun ditolak wanita terbabit.
Tapak kaki putus
Kuala Terengganu: Sukar untuk membayangkan kesengsaraan seorang budak lelaki berusia enam tahun Kampung Wakaf Beruas, di sini, kerana bukan saja kaki kirinya tersepit pada gegancu motosikal, malah sebahagian tapak kakinya itu putus, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, Muhammad Farhan Haikal Aminudin Afandi baru keluar dari kedai bunga ibu saudaranya dan membonceng motosikal ditunggang bapa saudaranya yang berusia 31 tahun untuk pulang ke rumah di kampung sama.
Dalam perjalanan, Muhammad Farhan Haikal dikatakan menggerakkan badannya untuk menyimpan wang RM2 yang diberi ibu saudaranya ke dalam poket seluar.
Mangsa jiran nafsu songsang
Kepala Batas: Tidak tahan menjadi pemuas nafsu jirannya, seorang kanak-kanak mengadu perkara itu kepada ibunya yang kemudian membawa kepada pembongkaran ‘hobi songsang’ lelaki terbabit yang meliwat mangsa dalam beberapa kejadian sejak setahun lalu.
Berang dengan perkara itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Tasek Gelugor di sini, berhubung aduan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu sebelum suspek ditahan di tempat kerjanya di Prai, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.
Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 47 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu tinggal di Kulim, Kedah, bagaimanapun suspek akan mengambil peluang meliwat mangsa ketika pulang ke rumah ibunya di Padang Menora.
Meraung peluk kekasih
Ampang: Cinta yang mendalam terhadap kekasih ‘Awang Hitam’ membuatkan seorang wanita tempatan meraung dan memeluk kekasihnya itu ketika disoal siasat polis selepas mereka ditahan dalam Op Tiong di sekitar kawasan kondominium, di Taman Kosas, di sini awal pagi semalam.
Wanita terbabit ditahan bersama 40 warga Afrika berusia 30 hingga 40 tahun kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan cinta Internet atau Love Scam selain pelbagai kesalahan imigresen.
Wanita itu dipercayai dipergunakan kekasihnya untuk menjalankan penipuan mereka sebelum ditawarkan kehidupan mewah menyebabkan dia terjebak.
Belasah sebelum paksa laku hubungan intim
Subang Jaya: Seorang isteri yang tidak tahan dengan sikap panas baran suaminya termasuk sering dibelasah serta berhadapan keganasan suami ketika melakukan hubungan kelamin, bertindak nekad membuat laporan polis untuk keselamatan diri dan anak selain persediaan menuntut cerai.
Sumber berkata, kejadian terbaru di rumah mereka di sebuah pangsapuri, di sini, 13 Februari lalu, muka mangsa berusia 33 tahun itu bukan saja ditampar berkali-kali, malah turut dipukul seluruh badan oleh suaminya sebelum dipaksa menjalin hubungan seks.
Menurut sumber, kejadian ganas itu berlarutan sejak beberapa bulan lalu dan mangsa juga ditegah daripada berhubung dengan ahli keluarga bagi memastikan pelakuan lelaki berusia 35 tahun itu tidak terbongkar.
“Mangsa mendakwa tidak mempunyai lagi perasaan kasih terhadap suaminya itu,” katanya.
Proses penstrukturan bekalan air di Selangor semula RM9.65 bilion
Putrajaya: Sejumlah RM9.65 bilion dana diperuntukkan bagi melancarkan proses penstrukturan semula industri bekalan air di Selangor membabitkan proses pemilikan ekuiti di empat syarikat konsesi air; pengambil alihan hutang; pinjaman dan bon syarikat konsesi oleh Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) serta pembinaan kolam takungan air di Bestari Jaya, Selangor.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, semua syarikat konsesi air itu akan diambil alih dan dikumpulkan di bawah syarikat tujuan khas (SPV) yang dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) iaitu syarikat milik penuh kerajaan negeri.
Beliau berkata, proses ambil alih tawaran ekuiti itu dibuka semalam dan dijangka ia dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan lagi.
Dua sejoli melambung di jalan
Sungai Petani: “Saya melihat sebuah kereta berpusing-pusing akibat hilang kawalan lalu melihat satu objek melayang dan terhempas atas jalan. Ketika itu, saya baru sedar dia rakan wanita yang baru ditemui sebelum itu.”
Begitu kata Sohimi Fatah, 24, rakan kepada pekerja kilang, Azwan Shah Ishak, 25, dan teman wanitanya, Norfaezah Budiman, 21, yang maut apabila motosikal yang mereka naiki dirempuh kereta di Kilometer 56, Jalan Alor Setar-Butterworth, di sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 2.45 pagi mengakibatkan Norfaezah mati serta-merta di tempat kejadian, manakala teman lelakinya meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada jam 10.30 pagi selepas bertarung nyawa lebih tujuh jam.
Penyelamat budak nyaris diculik dikesan
Kota Bharu: Polis berusaha mengenal pasti dua lelaki bermotosikal yang menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang nyaris menjadi mangsa culik di depan sekolahnya di Panchor, Pengkalan Chepa, Isnin lalu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, dua lelaki itu diperlukan untuk membantu siasatan kejadian.
“Saya arahkan pihak polis mengenal pasti dua lelaki yang menyelamatkan mangsa itu untuk membantu siasatan.
“Sehingga kini mereka masih belum tampil ke hadapan untuk membantu siasatan,” katanya.
Peralat remaja seleweng diesel
Banting: Sindiket penyelewengan diesel bersubsidi di daerah ini didapati mula mempelbagaikan helah mereka termasuklah memperalatkan remaja sebagai orang tengah bertujuan mengelak dikesan pihak berkuasa berikutan kekerapan operasi penguat kuasaan sejak kebelakangan ini.
Helah terbaru itu dikesan selepas sepasukan anggota polis menahan seorang remaja berusia 17 tahun yang didapati sedang mengisi diesel di dalam sebuah lori tiga tan dipandunya di sebuah stesen minyak di Sungai Jarom, dekat sini kira-kira jam 10 malam Isnin lalu.
Lebih mengejutkan, remaja terbabit turut tidak memiliki lesen memandu kenderaan berat.
Zuckerberg berparti di Barcelona
BARCELONA, Sepanyol - Seorang bilionair terkenal, Mark Zuckerberg dan pengasas rangkaian penghantaran mesej WhatsApp, Jan Koum mengadakan sebuah parti di restoran mewah Boujis di sini kelmarin bagi meraikan pembelian WhatsApp oleh Facebook pada harga AS$19 bilion (RM62.2 bilion).
Parti tersebut juga diadakan untuk meraikan hari lahir ke-29 isteri Zuckerberg, Priscilla Chan.
Turut diundang menghadiri majlis berkenaan ialah penyanyi lagu Gangnam Style, Park Jae-Sang atau lebih dikenali dengan nama Psy.
Priscilla menerima sejambak bunga ros dan kek daripada Zuckerberg sempena hari jadinya ketika pasangan suami isteri itu meninggalkan restoran berkenaan dengan menaiki sebuah kereta yang dikawal rapi.
Parti tersebut diadakan beberapa jam selepas Zuckerberg dan Koum berucap di persidangan Kongres Alat Mudah Alih Sedunia.
Lelaki Islam bantah klip video terbaharu Katy Perry
LONDON - Satu video muzik terbaharu penyanyi popular, Katy Perry mungkin dikeluarkan dari laman web perkongsian video, YouTube selepas seorang lelaki membantah tindakan seorang penari dalam video berkenaan yang memakai rantai mengandungi kalimah Allah, lapor akhbar MailOnline semalam.
Shazad Iqbal yang berasal dari Bradford membuat satu petisyen di internet bagi mendesak YouTube mengeluarkan klip video berkenaan kerana ia menghina agama Islam.
Petisyen berkenaan kini ditandatangani hampir 40,000 pengguna internet dari seluruh dunia termasuk Australia, Arab Saudi, Pakistan dan Bangladesh.
Dalam klip video yang berjudul Dark Horse itu, Perry menjadi seorang puteri ketika zaman purba Mesir dan sedang memilih beberapa orang lelaki untuk menjadi pasangannya.
Israel serang kedudukan Hezbollah di Lebanon
BEIRUT - Pergerakan Hezbollah semalam menyatakan bahawa Israel melakukan serangan udara ke atas salah satu kedudukannya dekat sempadan Syria pada awal minggu ini.
Serangan itu yang belum disahkan oleh Israel merupakan serangan udara pertama dilancarkan rejim Zionis ke wilayah Lebanon sejak konflik Syria tercetus tiga tahun lalu.
Menurut kenyataan Hezbollah, serangan pada Isnin lalu itu menyebabkan kerosakan harta benda tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
Pergerakan itu memberitahu, serangan tersebut berlaku dekat Kampung Jantan, timur Lebanon.
Tentera Israel sebelum ini berulang kali melepaskan bedilan artileri yang melintasi sempadan dan melakukan beberapa serangan udara ke dalam wilayah Syria.
Serangan-serangan itu dibuat untuk memusnahkan bekalan senjata api yang dihantar dari Syria kepada Hezbollah di Lebanon.
Hezbollah merupakan sekutu kuat Presiden Syria, Bashar Al-Assad.
Pergerakan itu turut menyertai peperangan saudara di Syria. - AP
Penyamun menyamar staf JKM
JEMPOL – Sepasang suami isteri warga emas kerugian RM70,000 apabila disamun sekumpulan penyamun yang menyamar sebagai kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam kejadian Isnin lalu.
Kejadian pada pukul 10.30 pagi itu berlaku ketika R. Thangappa, 65, dan isterinya, D. Govindamah, 61, berada dirumah mereka di Kampung Taman Jaya, Bahau dekat sini.
Cerita Thangappa, sebelum kejadian, dia dimaklumkan ketua kampung bahawa ada kakitangan JKM akan berkunjung ke rumahnya susulan permohonannya untuk mendapatkan bantuan daripada jabatan itu kerana sudah tidak mampu bekerja disebabkan masalah kesihatan.
“Semasa saya berada di bengkel (di belakang rumah), sebuah kereta yang dinaiki tujuh lelaki berhenti di hadapan rumah saya.
2 lelaki misteri selamatkan pelajar
KOTA BHARU - Kemunculan dua lelaki misteri tepat pada masanya telah menyelamatkan seorang pelajar tahun dua daripada menjadi mangsa culik di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Kemumin, Pengkalan Chepa di sini pada Isnin lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, semasa kejadian pada pukul 5.30 petang, mangsa yang dikenali sebagai Nur, 8, sedang menunggu ibu bapanya di depan SK Kemumin dan ketika itu hanya mangsa seorang diri berada di situ.
"Tiba-tiba mangsa dihampiri dua lelaki tidak dikenali dengan salah seorang terus memeluk dan cuba membawa mangsa masuk ke dalam sebuah kereta.
"Mangsa meronta-ronta dan cuba melepaskan diri menyebabkan salah seorang suspek mengambil kayu dari dalam kereta dan cuba memukul mangsa," katanya ketika ditemui di sini semalam.
VIDEO: Awek Sound BF Tak Mampu Beli Kereta Besar
Asalnya hanya kerana marahkan teman lelaki kerana tersilap belikan Coke tetapi sudahnya bergaduh sampai diungkit perihal kereta dan rumah.
Itulah yang dapat didengar dalam perbualan antara pasangan kekasih di bawah.
Tanpa menghiraukan orang ramai, si perempuan didapati mengungkit kelemahan teman lelaki yang tidak mampu memenuhi kehendak hatinya – daripada perkara ‘simple’ seperti minta dibelikan minuman sampailah tak mampu membeli rumah mahu pun kereta besar yang sudah berbulan-bulan dimintanya.
Tak pasti sama ada video ini benar atau lakonan semata-mata tapi kalau perempuan sebegini memang wujud, bolehkah anda terus bersabar selepas dihina depan orang ramai demikian rupa?
Sembilan Maut, Jambatan Gantung Runtuh
KETIKA majlis pengebumian seorang pemimpin peringkat kampung di Vietnam semalam, sembilan orang maut apabila jambatan yang dinaiki kira-kira 50 orang pada suatu masa tiba-tiba runtuh.
Seramai 50 orang dengan sebahagian daripada mereka sedang mengusung keranda mengandungi mayat si mati naik ke jambatan yang baru dibina tahun lepas itu secara serentak.
Secara tiba-tiba struktur jambatan gantung itu runtuh menyebabkan kesemua mereka jatuh kira-kira 65 kaki ke bawah.
Keranda dengan mayat pemimpin itu juga tenggelam di dalam sungai.
“Ia adalah satu kejadian yang begitu tragik, kedengaran orang ramai menjerit dan menangis,” kata seorang anggota Polis Vietnam Phung Quang Tuyen.
Selain sembilan yang meninggal dunia, 41 orang yang lain cedera akibat runtuhan itu yang berlaku di kawasan yang bergunung-ganang di Lai Chau, Vietnam.
Menurut laporan akhbar Thanh Nien Daily, kini kerajaan Vietnam sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian berkenaan.
The Journey Rampas ‘Takhta’ KL Gangster
Akhirnya SAH, filem arahan Chiu Keng Guan, The journey merampas kedudukan filem tempatan yang mencatat kutipan tertinggi di negara ini.
Setakat 23 Februari lalu, The Journey mencatat kutipan kasar lebih RM12.92 juta sekaligus memadamkan rekod dibuat filem arahan Syamsul Yusof, KL Gangster (RM11.74 juta) dan Ombak Rindu arahan Osman Ali (RM10.9 juta).
Ini merupakan filem ketiga arahan Chiu selepas Woohoo (2010) dan Great Day (2011).
The Journey yang dibintangi pelakon teater Australia, Andrew Pfeiffer, bekas ratu cantik Miss Astro Chinese International Joanne Yew dan Frankie Lee mengisahkan tentang Pakcik Chuan, seorang bapa konservatif yang tidak suka dengan pilihan hati anak perempuannya.
Sanjeevan Dakwa KPN Hilang Kawalan Atas PDRM
PENGERUSI badan pemantau jenayah MyWatch R Sri Sanjeevan hari ini terus mengkritik pihak berkuasa dan kali ini mengatakan bahawa Ketua Polis Negara telah hilang kawalan dalam pentadbiran pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut Sanjeevan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengatakan beliau tidak mengetahui berkenaan siasatan ke atas 60 orang pegawai polis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai bukti dakwaan itu.
Beliau berkata Khalid mungkin terlalu sibuk menubuhkan beberapa jabatan dan unit baru dalam PDRM seperti Pasukan Khas Taktikal Risikan Narkotik (STING) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC).
Kes Provokasi Melampau Masih Dalam Siasatan
GEORGETOWN – Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi hari ini menegaskan pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung beberapa kes membabitkan provokasi melampau di negeri itu.
“Kita akan teruskan sehingga kes ini selesai kemudian terserah kepada pihak pendakwaan untuk membawa kes ini ke mahkamah,” katanya kepada pemberita, di sini.
Beliau ditanya mengenai perkembangan beberapa kes antaranya kain rentang kalimah Allah, serangan bom petrol di sebuah gereja di Lebuh Farquhar, serangan di Balai Polis Bukit Tengah dan kes daging khinzir yang dilontar di hadapan Masjid Ceruk Tokun Atas, Bukit Mertajam.
“…beri ruang kepada polis untuk melakukan siasatan dan sebarang perkembangan lanjut akan diberitahu kemudian. Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta bekerjasama dengan pihak polis,” katanya.
Warga Asing Ditahan Curi Gaharu Bernilai RM2 Juta
IPOH – Dua belas orang termasuk 10 warga asing ditahan dalam tiga kes melibatkan kecurian 400 kilogram kayu gaharu bernilai hampir RM2 juta di sekitar daerah Hulu Perak minggu lepas.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Datuk Roslan Ariffin berkata empat warga asing ditahan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Lebey Bandariang, Gerik oleh Unit Pencegahan dan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Hulu yang menjalankan operasi di kawasan berkenaan Khamis lepas.
Katanya seorang lagi warga asing ditahan pada pukul 4.30 petang Sabtu lepas dalam operasi yang dilakukan oleh UPP dan Jabatan Perhilitan Perak di Jalanraya Timur Barat Gerik-Jeli.
Hospital Sahkan Punca Kematian Sebagai "Luka Kelaran Di Leher"
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kematian pembantu rumah warga Indonesia dan dua kanak-kanak di Taman Sri Putra, Sungai Buloh di sini Selasa malam adalah akibat "luka kelaran di leher".
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata perkara itu dimaklumkan kepada polis setelah proses bedah siasat selesai dijalankan pihak Hospital Sungai Buloh pukul 8 malam tadi.
"Pihak hospital juga mengesahkan pembantu rumah berumur 30 tahun itu membunuh diri kerana terdapat tanda-tanda awal cubaan membunuh diri seperti kesan-kesan tikaman pada bahagian badan hadapan si mati.
Kadar Tol Jambatan Ke-2 P.Pinang Tak Melebihi RM10
BATU KAWAN – Kadar tol di Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah tidak melebihi RM10, menurut syarikat pemegang konsesi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB).
Pengarah Urusannya Datuk Dr Ismail Mohamed Taib berkata JKSB mencadangkan kadar tol RM7 kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia tetapi keputusan muktamad hanya akan diumumkan pada 1 Mac.
“Kadar tol adalah kurang daripada RM10 tetapi melebihi RM7. Jika kadarnya terlalu tinggi, tidak banyak kenderaan akan menggunakannya,” katanya kepada pemberita selepas lawatan suai kenal media di plaza tol Batu Kawan, di sini, hari ini.
Ismail berkata JKSB berharap untuk memperoleh keuntungan dalam tempoh 10 tahun dengan 100,000 kenderaan dijangka menggunakan jambatan itu di tengah-tengah kepesatan pembangunan Batu Kawan terutama kawasan perindustrian.
China Naikkan Harga Petrol Khamis Ini
BEIJING – China akan menaikkan harga runcit gasolin dan diesel masing-masing sebanyak 205 yuan (US$33.61) setan metrik dan 200 yuan (US$32.63) setan, berkuat kuasa Khamis ini.
Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan (NDRC) dalam kenyataan di sini berkata kenaikan harga itu, kali pertama tahun ini, harga gasolin dan diesel masing-masing meningkat sebanyak 0.15 yuan seliter dan 0.17 yuan seliter.
Agensi perancang ekonomi itu juga berkata kenaikan itu dibuat berikutan harga minyak dunia naik disebabkan cuaca sejuk di Amerika Utara dan bekalan minyak yang rendah dari beberapa negara pengeluar minyak sejak pertengahan Februari.
Lelaki Diserang Sawan Dalam Kereta Sehingga Berlaku Kemalangan
SAWAN adalah sejenis penyakit yang boleh menjadi berbahaya jika serangan sawan itu kerap berlaku dan ia akan membahayakan pesakit lebih-lebih lagi jika mereka sedang memandu.
Penyakit berkenaan adalah akibat ketidakseimbangan rangsangan isyarat elektrik di dalam otak disebabkan kecederaan semasa atau selepas kelahiran, tumor atau demam ketika kanak-kanak atau jangkitan.
Penyakit sawan yang berbahaya ialah sawan menyeluruh yang melibatkan serangan di keseluruhan bahagian otak.
Pesakit sawan jenis ini akan kaku, rebah, tidak sedar, badan bergoncang atau konvulsi dan meronta. Serangan biasa berlaku dalam lima minit, kebanyakan pesakit tertidur lebih setengah jam dan bila terjaga termenung dan bingung.
Waspada penghapus pahala
SUATU hari, Abdurahman bin Auf berkunjung ke rumah isteri Nabi yang bernama Ummu Salamah. Beliau memang terkenal sangat berbakti kepada isteri-isteri Nabi selepas kewafatan baginda. Beliau sering memberikan wang dan menyediakan semua keperluan rumah mereka.
Namun ziarah Abdurahman kali ini untuk meminta nasihat. Beliau berkata: "Wahai ibuku (setiap isteri Nabi merupakan ibu kaum mukmin), aku bimbang akan mendapat kesukaran di akhirat nanti akibat terlalu banyak harta yang aku miliki. Aku orang Quraisy yang paling kaya."
Ummu Salamah berkata: "Wahai anakku, perbanyaklah berinfak. Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sebahagian daripada sahabatku tidak akan berjumpa denganku lagi selepas aku meninggal dunia."
Bersegera kembali kepada Allah
BERTAUBAT kepada Allah SWT adalah satu usaha yang wajib dilakukan oleh setiap orang. Kesalahan terhadap Allah tidak dapat ditebus melainkan orang yang melakukan kesalahan itu sendiri dengan memohon ampun kepada-Nya.
Menjadi satu kewajipan kepada sesiapa yang terpesong dari jalan kebenaran bersegera menuju kembali kepada Tuhannya tanpa bertangguh kerana peluang yang ada pada hari ini belum tentu ada pada keesokan harinya.
Setiap penangguhan untuk melakukan suatu cara hidup baharu dengan amalan-amalan yang berfaedah ertinya melanjutkan zaman kegelapan yang sepatutnya harus ditinggalkan segera.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. (at-Tahrim: 8)
Sesungguhnya keperluan taubat ini bukan khusus untuk orang atau golongan yang tertentu sahaja, mereka yang taat kepada Allah SWT pun memerlukan taubat seperti orang yang melakukan maksiat. Mereka yang taat juga perlu bertaubat melihat daripada pelbagai sudut iaitu:
Jenayah aniaya isteri
ISTERI dan anak-anak adalah di bawah tanggungjawab dan jagaan suami. Suami adalah pelindung kepada isteri dan anak-anak. Justeru, suami bertanggungjawab menjaga, memberi nafkah yang mencukupi serta memberi kasih sayang kepada mereka.
Allah SWT menyuruh kita hidup aman damai dan berkasih sayang dalam sebuah rumah tangga. Jika anak tidak boleh disakiti, didera dan dianiaya, isteri juga mendapat perlindungan undang-undang Allah SWT dan undang-undang biasa.
Walau bagaimanapun, setiap hari ada sahaja kes keganasan atau penderaan terhadap isteri. Ada isteri yang dipukul, diterajang, dicurah asid, ditumbuk dan sebagainya. Itu adalah penderaan fizikal. Penderaan emosi juga tidak kurang, malah ada isteri yang terlalu tertekan sehingga dia hilang pertimbangan dan membuat perkara di luar kewarasan.
Bapa mangsa kelar masih buntu
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Bapa kepada dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat dikelar leher oleh pembantu rumah di Taman Sri Putra, Sungai Buloh dekat sini, semalam, masih lagi terkejut dan buntu bagaimana warga Indonesia itu sanggup bertindak kejam terhadap anak-anaknya yang cukup rapat dengan amah tersebut.
Selvam Joseph, 44, yang bekerja sebagai perunding teknologi maklumat (IT) berkata, wanita yang mesra dipanggil Agnes itu rapat dengan anaknya, Melvin Selvam Joseph berusia setahun enam bulan dan abang tirinya, Koay Jia Hong berusia 5 tahun.
Sehubungan itu, dia sama sekali tidak menyangka dan masih tertanya-tanya punca Agnes bertindak membunuh kedua-dua kanak-kanak terbabit sebelum meragut nyawa sendiri juga dengan mengelar leher.
2 beradik ke tali gantung
SHAH ALAM 26 Feb. - Dua beradik dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas didapati bersalah membunuh seorang warga emas dalam satu kejadian samun di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Ghazali Cha menjatuhkan hukuman itu terhadap pekerja kedai telefon, Mohd. Shamsul Abdul Aziz @ Abdul Azis, 46, dan adik perempuannya, Tuti Adayu, 34, selepas mendapati pembelaan kedua-dua tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mereka didapati bersalah membunuh Nen Ariffin, 75, di No. 35, Jalan Kembojasari 12, Bandar Sungai Buaya, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, pada pukul 8.15 malam, 27 Februari 2010.
Bekas pengawal keselamatan warga Indonesia mengaku tidak bersalah
SHAH ALAM 26 Feb. - Bekas pengawal keselamatan warga Indonesia yang didakwa membunuh dan melepaskan tembakan terhadap seorang pegawai AmBank di Subang Jaya, dalam satu kejadian rompakan, tahun lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kedua-dua pertuduhan tersebut.
La Ode Ardi Rasila, 36, dari Sulawesi memohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa Indonesia di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir.
Mahkamah turut menetapkan lima hari bermula 23 Jun hingga 27 Jun ini untuk perbicaraan kes tersebut.
La Ode didakwa membunuh Norazita Abu Talib di dalam bangunan Ambank, No. 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini antara pukul 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober lalu
Ongkili: LRAL2 Dijangka Siap 2017
PUTRAJAYA – Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan sistem agihannya (LRAL2) dijangka siap pada 2017, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Beliau berkata Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan LRAL2 hari ini dan semua kelulusan berkaitan pembangunan projek akan diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani di antara kerajaan negeri dan persekutuan.
“Kebenaran Merancang bagi enam projek pertama sudah diserahkan tadi dan kerja-kerja boleh bermula secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Persekutuan dan negeri Selangor untuk penstrukturan semula industri air Selangor di sini hari ini.
Kerajaan Selangor ambil alih 4 syarikat konsesi air
PUTRAJAYA 26 Feb. - Kerajaan Selangor akan mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu yang melibatkan kos berjumlah RM9.65 bilion berikutan penstrukturan semula industri bekalan air di negeri berkenaan.
Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pengambilalihan tersebut dilakukan secara pemilikan ekuiti dan akan dilaksanakan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Beliau berkata, tawaran mengenai pengambilalihan itu akan bermula hari ini dan prosesnya pula berlangsung selama dua minggu.
"Secara ringkas dan dipersetujui oleh kerajaan Persekutuan, KDEB akan ditugaskan untuk melaksanakan penyusunan semula ini dengan menawarkan kepada pemilik-pemilik konsesi sejumlah RM9.65 bilion sebagai pampasan kepada penyusunan semula tersebut.
Lelaki Afrika Selatan tawar duit untuk dara wanita
JOHANNESBURG 27 Feb. - Seorang lelaki di Afrika Selatan menawarkan sejumlah ganjaran bernilai AS$9,300 (RM 30,528) dan pingat kepada wanita dalam kalangan usia sehingga 35 tahun, yang masih memelihara dara mereka.
Tawaran itu dilakukan lelaki tersebut sebagai usaha untuk memerangi jangkitan virus kekurangan imuniti manusia (HIV) dan gejala kehamilan di kalangan remaja.
Seorang pekerja komuniti, Rabelani Ramali yang berasal dari daerah Limpopo memberitahu akhbar The Times bahawa dia akan menghadiahkan calon yang berjaya dengan wang tunai sehingga 100,000 rand (RM 30,444) dan beberapa pingat daripada emas, perak dan gangsa, berdasarkan umur mereka.
Bagaimanapun, inisiatif itu telah menerima pelbagai reaksi. - AFP
Tentera Itali selamatkan 596 pendatang asing
ROM 27 Feb. - Tentera laut Itali berjaya menyelamatkan seramai 596 pendatang asing yang cuba melintasi Lautan Mediterranean dengan menaiki enam buah bot daripada Afrika dalam tempoh masa 24 jam dalam satu operasi yang dilancarkan baru-baru ini.
Langkah itu dilakukan selepas dua buah bot yang membawa kumpulan pendatang asing tersebut karam sekali gus mengorbankan beratus-ratus mangsa.
Tentera Laut telah menyelamatkan seramai 596 pendatang asing dari enam buah bot. Tiga daripadanya ialah bot keselamatan getah yang boleh menggelembung," menurut seorang jurucakap dalam satu kenyataan.
Sebanyak 2,156 pendatang asing didapati telah mendarat di Itali pada bulan lalu berbanding sebanyak 217 pada Januari 2013 dan seramai dua pendatang asing dijumpai mati pada 18 Februari apabila sebuah bot yang dinaiki 120 pendatang asing diselamatkan. - AFP
Abdel Fattah tolak tanding Presiden Mesir
KAHERAH 26 Feb. - Ketua tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi akan mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan dalam sebuah kerajaan baharu kelak, kata seorang sumber rasmi semalam, sekali gus menamatkan spekulasi bahawa dia dijangka mengumumkan pencalonannya bagi merebut jawatan Presiden.
Abdel Fattah diramal akan memenangi pilihan raya Presiden yang akan datang namun beliau belum lagi mengumumkan pencalonannya. Untuk itu, dia perlu mengosongkan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan untuk melakukannya.
Sumber itu berkata, dia mungkin akan mengekalkan jawatannya itu sehingga satu undang-undang pilihan raya dimuktamadkan.
"Dia dijangka akan terus memegang jawatannya itu sehingga semua isu berbangkit membabitkan undang-undang pilihan raya dapat diselesaikan," tambah sumber itu lagi. - REUTERS
Wanita warga Sri Lanka diculik berjaya diselamatkan
KUALA LUMPUR 27 Feb. - Seorang wanita warga Sri Lanka berjaya diselamatkan sekumpulan anggota polis di sebuah rumah di Jalan Wangsa Ceria 8, Wangsa Melawati, awal pagi ini.
Mangsa yang berusia 20-an itu diselamatkan sekitar pukul 11.30 malam tadi selepas mendapat laporan daripada saudara mangsa yang tinggal di sini.
Difahamkan, mangsa telah diculik sejak tiga hari lalu sewaktu mangsa bersama saudaranya berada di Batu Caves, Selangor, dan ditahan di sebuah rumah oleh tiga orang lelaki.
Dua suspek berjaya ditahan, manakala seorang lagi masih bebas. Dipercayai ketiga-tiga suspek merupakan warga Sri Lanka dan India.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.- UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment