Sunday, February 23, 2014
Berita Terkini 23 Februari 2014
Tetris boleh kurangkan nafsu makan?
AHLI psikologi mendakwa bermain Tetris mampu mengurangkan keinginan untuk makan terutamanya kepada mereka yang sedang mengamalkan diet. Dengan hanya bermain permainan klasik itu selama tiga minit, ia akan menjadikan pengguna leka sekali gus mengganggu otak supaya tidak memikirkan tentang sebarang makanan ringan mahu pun rokok. Penyelidik dari Universiti Plymouth, Jackie Andrade berkata, hasil kajian mendapati ia juga merupakan kaedah yang cepat bagi mereka yang sedang berusaha untuk berhenti merokok atau mengambil minuman keras.
Telur Tiruan Daripada Tumbuhan
SAN FRACISCO – Sejenis telur tiruan diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan bakal menembusi pasaran global selepas firma Amerika Syarikat (AS) yang dibiayai lelaki terkaya di Asia mendedahkan perkara itu. Ia bakal menggantikan telur dalam semua termasuk pembuatan kek hingga mayonis tanpa memerlukan seekor ayam untuk menghasilkan pengeluarannya. Produk keluaran Hampton Creek itu sudah dijual di Whole Foods di California dan kini firma yang dibiayai oleh lelaki terkaya Asia, Li Ka-shing serta pengasas bersama Yahoo, Jerry Yang, merancang untuk menembusi pasaran dunia.
Nora Danish Kesal Status Janda Jadi Bahan Lawak
Petaling Jaya: Tindakan segelintir individu nakal mempermainkan beberapa selebriti cantik berstatus janda dengan mereka-reka dialog lucu sebelum menyebarkan gambar dan dialog itu dalam laman sosial sejak Isnin lalu, mengecewakan aktres jelita, Nora Danish, 31, yang turut menjadi mangsa. Selain Nora, artis lain yang turut menjadi bahan usikan ialah Erra Fazira, Rita Rudaini dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Usikan itu bermula apabila Erra Fazira disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Isnin lalu. Nora berkata, individu nakal berkenaan tidak sepatutnya memperlekehkan wanita berstatus janda, seolah-olah membawa konotasi negatif dengan anggapan golongan ini mudah didekati.
VIDEO: Rakaman CCTV Didakwa Serigala Jadian
Serigala jadian adalah makhluk yang biasanya hanya dilihat dalam filem-filem seram. Namun rakaman CCTV di Sao Gocalo de Compos, Bahia, Brazil baru-baru ini mencetuskan tanda tanya jika serigala jadian benar-benar wujud. Video berdurasi 44 saat itu dikatakan menyokong cerita seorang lelaki tempatan bernama Pinto yang sebelumnya mendakwa dia diterkam oleh serigala jadian namun dapat melepaskan diri. Pinto menggambarkan makhluk tersebut berwarna hitam dan setinggi 5 kaki. Dakwaan Pinto yang pada mulanya dijadikan mainan akhirnya membuka cerita beberapa saksi lain yang turut mendakwa terlihat makhluk menyerupai serigala jadian ini di kawasan sekitar sekaligus menjadi berita hangat dalam kalangan penduduk. Susulan itu, kerajaan tempatan mengesyorkan agar penduduk tidak keluar dari kediaman mereka selepas jam 9 malam sementara kewujudan makhluk ini disiasat.
Oh! Media Bakal Disaman Kerana Kereta Hello Kitty?
Oh! Media boleh dikatakan antara media sosial yang amat berpengaruh di Malaysia apabila Facebook mereka sahaja sudah mencecah lebih 1.7 juta likes. Justeru apa yang dipos di akaun Facebook tersebut dianggap mempunyai pengaruh yang tinggi dan bakal tersebar dalam masa singkat. Apabila hujung bulan lalu Oh! Media memuatnaik satu gambar kereta yang dihias sepenuhnya dengan aksesori Hello Kitty, rupa-rupanya ia mendatangkan kemarahan kepada pihak tertentu. Kereta terbabit sebenarnya menyertai satu pertunjukan kereta bertemakan Hello Kitty namun kapsyen yang disertakan bersama gambar di laman Oh! Media dianggap telah mempersendakan pemilik kereta dan penganjur pertunjukan terbabit.Susulan itu, Timbalan Presiden Malaysian Autoshow, Noor Azharuddin Mohd Haron, 36, telah membuat satu laporan polis untuk memohon tindakan sewajarnya ke atas pihak Oh! Media.Mungkin hal ini sebenarnya masih boleh dibawa berbincang namun pengajaran daripadanya adalah; berhati-hati apabila berkongsi sesuatu di alam siber kerana kita mungkin mengguris hati pihak tertentu tanpa disengajakan.
Lepas Baling Telefon, Heroin ‘Ariana Rose’ BERGADUH BESAR Pula Di London
ADA cerita kurang manis yang kami baca mengenai pelakon Nur Fathia Latiff menerusi tulisan wartawan B*Pop, Raja Nurfatimah Mawar. Khabarnya, teraju utama drama ‘Ariana Rose’ itu kerap kali buat hal sewaktu di lokasi penggambaran termasuklah datang lewat dan tidak hafal skrip. Ia bukan sahaja terjadi di Kuala Lumpur, sebaliknya ‘merebak’ hinggalah ke London sehingga gandingannya, Keith Foo menggigil kesejukan kerana terpaksa mengulang babak berkali-kali.
MAS Tawar TAMBANG ISTIMEWA Mulai Esok, Ke Afrika Selatan Baru RM800!
KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) membuka jualan tambang istimewa bagi penerbangan ke destinasi terpilih bermula esok hingga 28 Februari ini bersempena pameran pelancongan terbesar yang bakal berlangsung pada Mac ini. Naib Presiden Kanan Serantau MAS, Muzammil Mohamad berkata, tawaran tambang eksklusif itu bagi penerbangan dari 28 Februari hingga 31 Mei 2014. “Kami akan mempamerkan beberapa destinasi yang paling popular pada minggu ini untuk menunjukkan kepada pelanggan apa yang mereka boleh harapkan dalam pameran pelancongan nanti.
VIDEO: Nyanyian Shila Amzah Yang Memukau Jutaan Penonton China!
BERMULA dengan kejuaraannya melalui pertandingan Asian Wave 2012, Shila Amzah kini dilihat semakin ‘garang’ dalam melebarkan sayapnya ke China. Terbaru, dia kini sedang bersaing dalam sebuah program realiti di negara itu, ‘I AM SINGER’ musim kedua yang turut disertai oleh nama-nama besar termasuklah penyanyi dari Hong Kong, G.E.M yang merupakan penyanyi nombor satu di sana. Salah satu video persembahan Shila sewaktu pertandingan tersebut kini sedar ‘viral’ di laman YouTube dengan jumlah tontonan sudah mencecah hampir 500,000 kali walaupun baru dua hari dimuatnaik.
Demi PBS Anak Cikgu Ikut ‘Berkampung’ Di Stor
Dewasa ini, ramai golongan pendidik yang merungut bahawa Sistem Aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) membebankan tugas guru. Dari segi lain, ia dikatakan turut menyusahkan apabila terdapat isu berkaitan teknologi maklumat iaitu masalah ‘connectivity’ dan ‘accessibility’. Bagi menyiapkan fail PBS yang perlu dilakukan di luar waktu kerja pula, ia membuatkan ada guru yang bergurau sesama sendiri menyatakan pekerjaan mereka kini adalah kerani dan penjaga stor.
Suami tikam isteri sehingga mati
LUCKNOW - Seorang lelaki India, Bunty Sharma menikam mati isterinya yang merupakan warga Amerika Syarikat (AS), Erin W. Willinger di Agra, kata polis semalam. Selepas membunuh Willinger, Sharma yang merupakan pemandu teksi motosikal beroda tiga kemudian membunuh diri apabila sebuah tong gas meletup di rumahnya. Ketua Polis Agra, Shalabh Mathur berkata, mayat Willinger ditemui di sebuah lokasi di bandar Agra pada Khamis lalu. Willinger, 35, dan Sharma, 32, berkenalan pada tahun lalu apabila warga AS itu melawat Taj Mahal dengan rakan-rakannya di Agra. Menurut polis, kedua-dua mereka kemudian jatuh cinta sebelum melangsungkan perkahwinan pada Oktober tahun lalu.
Presiden Ukraine larikan diri
KIEV - Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych dan pasukan keselamatan meninggalkan ibu kota negara ini semalam semasa kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan menawan bangunan Parlimen dan beberapa buah institusi pentadbiran sebagai usaha untuk menubuhkan sebuah kerajaan sementara. Setakat ini, lokasi persembunyian Yanukovych selepas beliau meninggalkan Kiev masih belum diketahui namun seorang penasihatnya, Anna German memberitahu agensi berita Interfax bahawa Yanukovych akan pulang ke bandar raya ini. Menurut laporan media, beberapa anggota Kabinet juga dilaporkan telah meninggalkan Kiev ekoran krisis politik yang berlaku sejak November tahun lalu.
Medan selera tawar tarian ghairah
SERDANG – Sebuah medan selera di Taman Perindustrian Bukit Serdang di sini bukan sahaja menawarkan makanan dan minuman tetapi turut menyajikan tarian ghairah yang dilakukan gadis pelayan pelanggan (GRO). Perkhidmatan yang ditawarkan secara terbuka sejak hujung tahun lalu itu menempatkan beberapa GRO berpakaian seksi menari di atas pentas untuk menarik pelanggan. Difahamkan, tarian itu dianjurkan salah sebuah permis yang terdapat di medan selera tersebut untuk menghiburkan pelanggan selain mengaut keuntungan dengan menjual kalungan bunga dan perhiasan kepala kepada pelanggan di situ.
Kambing ganjil bermata satu
LAHAD DATU – Seorang penternak terkejut selepas mendapati kelahiran seekor anak kambing ternakannya bermata satu di Kampung Busul, dekat sini Khamis lalu. Pemilik kambing berkenaan, Mohd. Ismail Abdullah, 55, berkata, anak kambing berwarna hitam itu lahir kira-kira pukul 2.30 petang dan mempunyai berat kurang daripada satu kilogram. Katanya, dia pada mulanya tidak menyedari mengenai keganjilan pada haiwan ternakannya sehinggalah kambing itu dibersihkan. "Saya terpaksa menunggu hampir setengah jam sebelum anak kambing dilahirkan.
BR1M diagih selagi ekonomi kukuh
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 dengan peruntukan berjumlah RM4.6 bilion untuk dikongsi oleh seramai 7.9 juta rakyat negara ini. Perdana Menteri berkata, pemberian subsidi bersasar iaitu pengagihan bantuan secara tunai terus kepada penerima itu akan diteruskan selagi kerajaan dapat mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi negara sedia ada. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ia sekali gus menjadi penanda aras kepada kemampuan kerajaan untuk melaksanakan program pembangunan dan menyalurkan bantuan kepada rakyat.
Jambatan Kedua Pulau Pinang dibuka 2 Mac
Nibong Tebal: Jambatan kedua Pulau Pinang dijadualkan dibuka kepada orang ramai mulai 2 Mac ini selepas dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 1 Mac. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk, Zainal Abidin Osman berkata, perdana menteri juga dijangka mengumumkan kadar tol untuk jambatan berkenaan. "Bagaimanapun tarikh sebenar jambatan itu akan mula dibuka kepada orang ramai turut bergantung kepada keputusan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM).
Kanak-kanak 11 tahun ditikam ketika nak solat
Kangar: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun tidak sempat menunaikan solat Jumaat apabila dia diserang dan ditikam di bahagian bahu oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman dalam kejadian di Simpang Empat, di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, mangsa, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat, di sini sedang menunggang basikal dalam perjalanan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran rumahnya di Kampung Bunga Mas, Simpang Empat.
Kembar empat generasi
Hulu Langat: Bertuahnya keturunan ini apabila 10 keluarga daripada empat generasi mempunyai anak kembar yang kebanyakannya seiras hingga menjadi sebutan dalam kalangan penduduk setempat. Apa tidaknya, daripada moyang hingga ke cicit, pasti ada keluarga dalam setiap generasi dikurniakan anak kembar, sama ada lelaki atau perempuan. Generasi kedua keluarga ini, Mohd Yusoff Arif, 66, berkata, tradisi kembar dalam keluarganya bermula sejak generasi datuk dan neneknya sebelum berterusan dalam keluarga ayah dan ibunya. Menurutnya, dia memiliki lapan anak hasil perkahwinan dengan Juliana, 56, yang juga sepupunya tetapi tiada yang kembar.
Rahsia kain hitam, bawa pendatang
Alor Setar: Tindakan seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun mengundurkan keretanya ketika melalui kaunter kawalan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bukit Kayu Hitam membongkar rahsia di sebalik kain hitam yang terdapat pada bahagian tempat duduk penumpang belakang. Dalam kejadian pada jam 2.20 petang kelmarin, kain hitam yang disangkakan untuk menutup barangan niaga itu digunakan bagi mengabui pandangan anggota penguat kuasa dalam cubaan menyeludup keluar enam wanita warga China ke negara jiran melalui pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand.
3 lolos, seorang mati ditembak
Chukai: Tindakan seorang penjenayah menyerang anggota polis membawa padah apabila suspek maut ditembak tiga das dalam satu serbuan di sebuah kawasan bekas tapak pelupusan di depan Lapangan Terbang Kertih, dekat sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, sepasukan polis yang menerima maklumat awam menyerbu kawasan terbabit dan suspek yang berusia 31 tahun itu bertindak menyerang polis dengan menggunakan sebilah parang. Anggota polis yang cuba mempertahankan diri melepaskan tiga das tembakan serta satu daripada tembakan itu terkena pada perut suspek dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian. Tiga lagi rakan suspek yang turut berada di tempat kejadian bagaimanapun berjaya melarikan diri.
40 penunjuk perasaan Thai cedera diserang
BANGKOK: Sekurang-kurangnya 40 orang cedera termasuk empat yang parah apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang penunjuk perasaan antikerajaan di Wilayah Trat malam tadi. Seorang daripada yang cedera parah ialah kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, menurut pihak berkuasa wilayah itu. adalah malam yang penuh insiden ganas sejak pertempuran antara kumpulan antikerajaan dan kumpulan penyokong kerajaan berdekatan Ramkhaeng University pada 30 November lalu.
Khidmat WhatsApp alami gangguan
NEW YORK: Kira-kira 450 pengguna WhatsApp di seluruh dunia tidak dapat mengakses perkhidmatan pesanan telefon bimbit itu untuk beberapa jam, tiga hari selepas Facebook mengumumkan ia menawarkan AS$19 bilion untuk membelinya. “Maaf, kami menghadapi masalah pelayan. Kami harap dapat kembali tidak lama lagi," menurut WhatsApp dalam mesej di Twitter pagi tadi. Sebilangan pengguna WhatsApp tidak boleh menggunakan aplikasi itu manakala sebilangan lagi mendapati mesej mereka tidak dihantar.
Pekerja stesen minyak mati ditikam penyamun
SEREMBAN: Seorang pekerja mati ditikam seorang lelaki dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Taman Bukit Emas dekat sini, malam tadi. Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, Aris Sulaiman, 64, mati di tempat kejadian akibat ditikam bertubi-tubi di bahagian badan. "Mangsa sedang berada di kaunter stesen minyak itu apabila lelaki memakai helmet dan berpura-pura seperti pelanggan masuk lalu menikam mangsa bertubi-tubi di bahagian badan dengan sebilah pisau.
Polis tembak mati perompak warga asing di Manjung
MANJUNG: Polis menembak mati tiga lelaki dipercayai warga asing dalam satu kejadian berbalas tembakan di Kampung Buruk Bakul, Jalan Beruas, dekat sini, kira-kira jam 5.40 pagi tadi. Ketiga-tiga penjenayah terbabit sebelum itu dipercayai melakukan satu rompakan bersenjata di Kampung Serapoh dekat Parit membabitkan sepasang suami isteri warga emas berusia 65 dan 75 tahun dua jam sebelum itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata tiga suspek maut di tempat kejadian selepas berbalas tembakan dengan polis. "Suspek dikesan pasukan khas polis selepas melakukan samun di sebuah rumah di kampung serapoh Parit dua jam sebelum itu. "Suspek dipercayai terbabit dalam 15 kes Jenayah di daerah Perak Tengah sejak tahun lalu," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Bayi perempuan masih bertali pusat ditemui di Sungai Udang
MELAKA TENGAH: Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di luar pintu belakang sebuah rumah di Taman Terendak Permai, Sungai Udang di sini, pagi tadi. Bayi yang masih hidup itu ditemui di atas lantai oleh seorang penghuni rumah berkenaan kira-kira jam 8 pagi dalam keadaan bogel dan tidak berbalut kain.
Warga emas, cucu cedera disamun suami isteri
BESUT: Seorang wanita warga emas 54 tahun dan cucu lelakinya berumur 10 tahun cedera dipukul dengan kayu oleh kenalan lamanya yang menyamun mereka di Taman Haji Hassan, Kampung Alor Lintah dekat sini kelmarin. Mangsa yang tinggal bersama cucu lelakinya itu terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Besut dan menerima lapan jahitan di kepala manakala cucunya hanya dirawat sebagai pesakit luar.
25 peratus banduan di Sarawak warga asing - Jabatan Penjara
SIBU: Sarawak kini mempunyai 1,287 banduan yang ditempatkan di enam penjara di seluruh negeri dengan 25 peratus daripadanya adalah warga asing, kata Pengarah Jabatan Penjara Negeri, Abdul Kadir Rais. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada satu taklimat pencegahan jenayah dengan 600 pelajar sekolah menengah dan pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara dari Kem Bumimas dan Junaco Park, di Pusat Sivik di sini, hari ini.
AirAsia tawar lebih 500,000 tempat duduk percuma
KUALA LUMPUR: Tawaran tempat duduk percuma AirAsia kembali lagi dengan lebih daripada setengah juta tempat duduk percuma ditawarkan, bersama 1.8 juta tempat duduk promosi tambang rendah bagi penerbangan AirAsia yang terpilih. Promosi berkenaan menawarkan tambang dari serendah RM0, tidak termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan lain-lain fi, boleh didapati untuk tempahan dari 24 Feb hingga 2 Mac 2014, untuk tempoh perjalanan dari 1 Oktober 2014 hingga 30 April 2015.
JAKIM diminta lapor kepada SKMM sekat blog ajaran sesat
KUALA TERENGGANU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) disaran mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membolehkannya menyekat blog atau laman web yang menyebarkan fahaman songsang yang mengancam akidah umat Islam. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata SKMM akan bertindak menyekat akses ke blog atau laman web yang didapati menyebar fahaman yang menyesatkan seperti ajaran Syiah dan golongan anti hadis dalam negara ini.
Krisis air: Tiga lori tangki air tentera dihantar ke Balakong
KAJANG: Sebanyak tiga lori tangki air tentera dihantar ke Balakong bagi menangani krisis air di beberapa kawasan perumahan dekat sini. Pegawai penyelaras, Mejar (B) Abdul Rahim Mohd Amin berkata bantuan itu diagihkan kepada 20 kawasan perumahan membabitkan 35,000 penduduk. “Tangki berkenaan akan ditempatkan di Taman Impian Ihsan Balakong sehingga keadaan pulih.
Pembenihan awan Selasa
Kuala Lumpur: Proses pembenihan awan akan dilaksanakan seawalnya Selasa ini dengan menumpukan kawasan empangan di empat negeri yang merekodkan bacaan paras air rendah dan kritikal. Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Azhar Ishak, berkata empat negeri itu ialah Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Katanya, pembenihan awan itu akan dilakukan dengan semburan air garam menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu kaedah sama pernah dibuat sebelum ini. Ia dijangka dilakukan pada 25, 26 dan 27 Februari, tertakluk kepada keadaan awan, pergerakan angin dan cuaca.
Timbul Selepas Air Dikocak, Laungan Azan
Segamat: Bagi kanak-kanak penduduk Kampung Kuing Patah, cerita lubuk puaka ‘Pasir Rusa’, menjadi ingatan setiap kali mereka berhajat ke lokasi lapan pelajar lemas di Sungai Muar, Buluh Kasap, kelmarin. Di lokasi berkenaan ada beberapa lubuk yang dalam dan diketahui penduduk sebagai kawasan yang agak ‘keras’ dan berpuaka. Malah ada penduduk mendakwa mereka pernah terserempak dengan lembaga hitam besar ketika menangkap ikan dan udang di kawasan kejadian lemas itu. Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali Ani, 48, mengakui kawasan sungai di situ berpuaka.
Mohd. Shafiq hantar pesanan terakhir sebelum tragedi - Rakan
SEGAMAT 22 Feb. - Seorang mangsa lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap, di sini semalam seakan-akan tahu akan pergi selama-lamanya apabila menghantar pesanan ringkas yang menimbulkan tanda tanya dalam aplikasi sosial Wechat sebelum kejadian itu. Menurut rakan mangsa yang terselamat, Shafila Abdullah, 16, dari Taman Mewah, mangsa, Mohd. Shafiq Md. Shukor, 16, menghantar mesej kepadanya beberapa hari sebelum insiden lemas itu. "Mohd. Shafiq menghantar pesanan terakhir tunggu aku dan jaga diri baik-baik...biar orang buat kita dan jangan kita buat orang. Persoalan pesanan itu terjawab kini dan saya sebak apabila mengenang," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Apung kapal bawa harta karun
KULAIJAYA 22 Feb. - Usaha mengapungkan kapal Portugis, Flor De Lamar yang dipercayai tenggelam di perairan Aceh, Indonesia ketika membawa rampasan khazanah empayar Melaka bernilai kira-kira AS$2 bilion (RM6.4 bilion) dijangka dapat direalisasi dengan kerjasama tiga negara. Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan Penyelidikan usaha tersebut, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, negara terbabit ialah Malaysia, Indonesia serta Portugal dan untuk mencapai hasrat itu, beliau telah mengusulkan cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini untuk melaksanakan projek itu. "Sejak dahulu beberapa percubaan telah dibuat oleh pemburu harta karun dari Eropah dan Asia untuk kenal pasti lokasi kapal Portugis itu, tetapi cubaan itu gagal atas beberapa perkara teknikal.
Operasi bukan mahu menakut-nakutkan pelancong asing
KUALA LUMPUR 23 Feb. - Operasi besar-besaran membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sedang giat dijalankan kini bukanlah mahu menakut-nakutkan pelancong yang ada di negara ini. Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan), Datuk Sakib Kusmi berkata, operasi yang dijalankan pihaknya bersama-sama agensi penguat kuasa lain bertujuan membendung kehadiran PATI yang menjadikan Malaysia sebagai lubuk rezeki mereka. "Kita tidak pernah menghalang pelancong mahupun rakyat asing yang mahu menjadikan negara ini sebagai lokasi untuk mereka mencari rezeki atau melancong, tetapi masuklah dengan cara yang betul.
3 empangan di Pulau Pinang hanya mampu tampung air hingga Mac
GEORGETOWN 23 Feb. - Paras air di tiga empangan di negeri ini mampu menampung keperluan air sehingga akhir bulan depan sahaja jika musim panas dan kering berterusan. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, paras air di empangan Air Itam adalah pada kapasiti 74 peratus, empangan Mengkuang pada kapasiti 50 peratus dan kapasiti empangan Teluk Bahang ialah 90 peratus. Berikutan itu, beliau menggesa rakyat Pulau Pinang mengurangkan pembaziran air yang kini amat membimbangkan.
Labels:
Berita Terkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment