Monday, February 10, 2014

Berita Terkini 10 Februari 2014


M'sia Patut Berbangga Miliki Sistem Penjagaan Kesihatan Ketiga Terbaik Di Dunia
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Malaysia patut berbangga kerana sistem penjagaan kesihatannya tersenarai sebagai ketiga terbaik di dunia.Perdana Menteri dalam Tweetnya malam ini berkata:"Malaysia mendapat tempat ketiga terbaik daripada 24 negara dalam Indeks Persaraan Global 2014 International Living. Kita sepatutnya berbangga!"


Chong Wei Dan Lin Dan Berpasangan Dalam Perlawanan Pertunjukan Di China
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei buat julung kali akan berpasangan dengan musuh tradisinya Lin Dan dari China untuk membuat perlawanan pertunjukan sempena pembukaan pusat latihan badminton baharu di Lingshui, China Ahad ini.Chong Wei berkata beliau menyambut baik jemputan Persatuan Badminton China dan bersedia membantu negara lain untuk menyemarakkan sukan badminton.


GAMBAR: Comelnya Anak Khairul Fahmi Dan Leuniey….
Bertuah sungguh anak Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha ni, kecil-kecil dah ada sesi photoshoot yang ditangkap oleh jurugambar profesional untuk mengabadikan kenangan si comel seorang ni.Kayla Elayna baharu sahaja berusia enam hari ketika penggambaran ini dilakukan dan hasilnya memang cantik!Pastinya selepas ini trend mengambil gambar bayi yang baru dilahirkan menjadi ikutan seperti mana majlis baby shower dan bridal shower yang gemar dilakukan masyarakat kini.


Tak Tahan Dibuli, Pelajar Tingkatan 1 Bunuh Diri
Seorang pelajar tingkatan satu SMK Bandar Rinching, Semenyih, Selangor membunuh diri dengan meminum racun selepas tidak tahan sering dibuli di sekolah. T. Kavinraj, 12, didakwa ibunya (gambar) sering didera secara mental dan fizikal selepas kematian bapanya awal tahun lepas termasuk dilondehkan seluar di khalayak ramai.Dakwaan ini disokong bapa saudara Kavinraj, D. Saambha Shevam, 48, yang menyatakan mangsa ada mengadu tentang perbuatan buli di sekolahnya.


VIDEO: Mekanik Belasah Pelanggan Sampai Mati Di Sungai Buloh!
SEORANG lelaki yang cedera parah dibelasah tiga hari lalu meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh (HSB), di sini, kelmarin.Mangsa dilapor dipukul di kepala menggunakan pasu bunga dan sebatang kayu oleh seorang pekerja sebuah bengkel berusia 40 tahun dalam kejadian di Sungai Buloh, di sini, kira-kira jam 2 petang, 5 Februari lalu.


Tahanan mati dalam lokap balai polis Nibong Tebal
NIBONG TEBAL - Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes curi ditemui mati di lokap Balai Polis Nibong Tebal, di sini hari ini akibat jangkitan kuman pada paru-paru.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafien Mamat berkata A. Punniyanathan, 40, ditemui dalam keadaan bogel dan tertiarap di lantai lokap pada 6.20 pagi.

Dua Kapal Berlanggar Di Selat Singapura, Dekat Pulau Sebarok
SINGAPURA, 10 Feb (Bernama) -- Dua buah kapal dilaporkan telah berlanggar di Selat Singapura, dekat Pulau Sebarok, kira-kira 10km ke selatan tanah besar Singapura.Perlanggaran membabitkan kapal kontena didaftarkan di Liberia, "Hammonia Thracium" yang hendak belayar keluar dan kapal tangki kimia yang didaftarkan di Panama, "Zoey".

Tiga suspek ditahan selepas setengah jam menyamun
SHAH ALAM - Polis berjaya menahan tiga daripada tujuh suspek selepas setengah jam mereka menyamun seorang pengusaha lori di sebuah stesen minyak di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah di Klang malam tadi.Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, mangsa yang sedang mengisi minyak pada lorinya didatangi kesemua suspek tersebut menaiki tiga kereta.

Lima pelajar kolej didakwa bunuh pensyarah, bapa
SHAH ALAM - Seorang pelajar kolej mengaku di Mahkamah Tinggi hari ini, mengikat kaki bapa pensyarah bahasa Inggerisnya, Omar Peter Abdullah, 56, sebelum mulut dan hidung ditekup dengan menggunakan kemeja T oleh tertuduh lain.

Lima pelajar kolej didakwa bunuh pensyarah, bapa
Lima pelajar kolej didakwa bunuh pensyarah, bapa
SHAH ALAM - Seorang pelajar kolej mengaku di Mahkamah Tinggi hari ini, mengikat kaki bapa pensyarah bahasa Inggerisnya, Omar Peter Abdullah, 56, sebelum mulut dan hidung ditekup dengan menggunakan kemeja T oleh tertuduh lain.

Pelancong Sepanyol patah kaki akibat langgar lari
Pelancong Sepanyol patah kaki akibat langgar lari
LANGKAWI – Seorang pelancong warga Sepanyol patah kaki kanan selepas dilanggar sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari berhampiran sebuah pusat hiburan di sini Jumaat lepas.Dalam kejadian 3 pagi itu, Frank Hernandez, 21, dan rakannya Aldo Mauro, 25, dari Itali sedang menunggu teksi untuk pulang ke tempat penginapan selepas berhibur di pusat hiburan tersebut.

Kagum pelajar kita ‘buta warna’ kulit
Setiap tahun sebahagian pelajar dari Malaysia akan menyambung pengajian di satu daripada sebuah institusi pengajian tinggi di United Kingdom tidak kira sama ada di peringkat profesional, sarjana muda, sarjana, mahupun doktor falsafah.Dengan adanya budaya atau trend sebegini yang konsisten, maka tidak hairanlah apabila rata-rata institusi pengajian tinggi di United Kingdom dibanjiri pelajar Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Seperti di University of Leicester, hubungan akrab antara pelajar Malaysia berlainan kaum boleh dilihat melalui perpaduan yang terjalin antara pelajar Melayu, Cina dan India.

Foto
Rebah akhiri kayuhan 50km
Putrajaya: Seorang peserta berbasikal sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Melawat Malaysia 2014 meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas, semalam.Mangsa, Syariful Mazlan Mahsan, 34, dipercayai rebah ketika mengakhiri kayuhan sejauh hampir 50 kilometer (km) di hadapan Istana Kehakiman, di sini, jam 12 tengah hari sebelum disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Putrajaya.Sebelum itu, mangsa bersama lebih 6,000 peserta memulakan kayuhan jam 8.30 pagi bermula di hadapan Istana Kehakiman menuju ke Bukit Jalil sebelum berpatah balik ke Putrajaya.Mangsa yang berasal dari Klang, Selangor sebelum itu tidak menunjukkan sebarang tanda mempunyai masalah kesihatan.

Foto
Azizul, Shalwati didakwa di Sweden
KUALA LUMPUR: Pasangan Malaysia Azizul Raheem Awalludin dan isterinya Shalwati Norshal akhirnya didakwa atas tuduhan mencederakan dan memukul empat anak mereka sejak September 2010.Mahkamah Daerah Solna, Sweden memutuskan perkara itu jam 11 pagi (waktu tempatan, 6 petang waktu Malaysia).Kertas pertuduhan setebal sebelas muka surat diserahkan pendakwa Anna Arnell kepada Mahkamah Daerah Solna di sini, tadi.“Pasangan itu dituduh membuat kesalahan mencederakan anak dengan tuduhan dibuat secara berasingan.


GAMBAR: Gabenor Wanita Pertama Indonesia Dituduh RASUAH, Tu Dia Harta Dia…
GABENOR wilayah Banten kini berdepan tuduhan memeras ugut daripada agensi antirasuah Indonesia selepas wanita terbabit sudah dikaitkan dengan dakwaan rasuah.Ratu Atut Chosiyah – menjadi wanita pertama dilantik sebagai gabenor di Indonesia – didakwa bertanggungjawab dalam dua kes berasingan.Jurucakap agensi itu, Johan Budi berkata, satu daripada kes itu membabitkan perolehan peralatan perubatan di wilayah Banten antara 2011 dan 2013.


GAMBAR: Insiden Berdarah Di Bintangor, Sarawak
NGERI… beberapa keping gambar menunjukkan lantai sebuah restoran di Bintangor, Sarawak yang disimbahi darah selepas seorang lelaki ditetak kini beredar di laman siber.Mengikut blog meradongtoday.blogspot.com; maklumat awal daripada Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Mohamad Hafifi Mohd Salim mengesahkan kejadian seorang lelaki Cina berusia 43 tahun telah diserang di sebuah restoran. Serangan dilakukan oleh dua lelaki memakai topeng muka dan menggunakan parang panjang.Mangsa yang mempunyai rekod jenayah lampau ditetak hingga tangannya putus dan mengalami luka dalam di paha.


‘Menonjol’ Bahagian Punggung, Tasha Shilla Nafi Pakai ‘Padding’!
RUPA-rupanya bukan nama Neelofa saja yang berjaya mencuri tumpuan ramai ketika berlangsungnya Anugerah Meletop Era, Sabtu lalu.Pelakon cantik manis, Tasha Shilla turut dikritik sesetengah pihak di luar sana berhubung tubuh badannya yang dikatakan tak ‘original’.Tubuhnya yang kelihatan sangat menonjol lebih-lebih di bahagian punggung telah membuatkan peminatnya mengatakan dia menggenakan padding untuk menunjukkan tubuhnya yang cantik itu.


Rakaman Video HD Pada Sony D6503
Peranti telefon pintar Sony D6503 yang dilancar sebagai Sony Xperia Z2 mungkin akan dilengkapi dengan kualiti imej yang terbaik sekaligus dilihat menyaingi mana-mana telefon pintar lain buat masa ini. Selain daripada kualiti rakaman video 4k, imej-imej “bocor” yang diperoleh berkenaan dengan peranti ini juga menunjukkan bahawa D6503 mungkin dilengkapi dengan perakam 60 bingkai-per-saat 1080p video HD serta pilihan kamera 15.5MP (5248×2952) bagi nisbah saiz 16:9.


Stacy Sahkan Dijangkiti Virus Influenza A
Isnin lepas, Jabatan Kesihatan Sabah telah mengesan lapan kes Influenza A (H1N1) di negeri tersebut.Tapi siapa sangka, penyanyi kelahiran Sabah yang berada jauh dari negerinya turut dijangiti virus tersebut.Menerusi akaun Twitter miliknya, Stracie Angie Anam atau Stacy mengumumkan malam tadi dia turut terkena jangkitan virus Influenza A.


Anggota Polis Enggan Cukur Jambang Dipecat
Kaherah – Menteri Dalam Negeri sementara Mesir Muhammad Ibrahim dilaporkan mengarahkan pemecatan 10 anggota polis negara itu kerana enggan mencukur jambang masing-masing.Stesen televisyen kerajaan melaporkan, Ibrahim membuat ketetapan itu berdasarkan keputusan Majlis Tertinggi Kepolisian Mesir.Menurutnya, tindakan ke atas 10 anggota polis berkenaan dibuat mengikut klausa dalam peraturan polis yang melarang anggotanya berjambang dan berjanggut kerana didakwa mencemarkan kewibawaan pasukan berkenaan.


Emma Akui Ada Berkunjung Ke Rumah Zizan
Sejak isu mereka bersekedudukan mendapat perhatian ramai, banyak pihak mula menagih penjelasan daripada Emma Maembong dan Zizan Razak berhubung isu tersebut.Emma, gadis cantik yang dikaitkan bercinta dengan Zizan mengakui dia ada berkunjung ke rumah pelawak tersebut tetapi mereka tidak pernah berdua-duaan dalam rumah tersebut kerana Zizan tidak tinggal berseorangan.

 Penunggang motosikal maut rempuh pembahagi jalan
Penunggang motosikal maut rempuh pembahagi jalan
KUANTAN - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh pembahagi jalan di Km67 Lebuh Raya Pantai Timur, Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong hari ini.Ketua Polis Daerah Bentong Supritenden Mohamad Mansor Mohd Nor berkata mangsa yang dikenali sebagai Sulaiman Nordin, 56, mati di tempat kejadian dalam kemalangan pada jam 7.40 pagi.

Ahli DAP kemuka bukti penyelewengan Teresa
Ahli DAP kemuka bukti penyelewengan Teresa
PUTRAJAYA - Anggota DAP yang menerima surat saman RM10 juta daripada anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok, hari ini mengemukakan dokumen yang didakwa bukti penyelewengan Kok kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Saya ke sini (pejabat SPRM) untuk memberi bukti kepada SPRM berhubung (dakwaan) penyelewengan tersebut selain untuk membersihkan nama saya," kata Danny Leong Eng Tiom kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen tersebut di pejabat SPRM di sini.

La Ode Ardi Rasila
Tarikh bicara kes bunuh pegawai Ambank 28 Feb
PENGAWAL keselamatan, La Ode Ardi Rasila (tengah), 25, dibawa anggota polis untuk ke lokap mahkamah selepas Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli, hari ini, menetapkan 26 Februari depan untuk tarikh perbicaraan ke atas tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bagi kes bunuh pegawai operasi dan rompakan bersenjata di cawangan Ambank Subang Jaya pada 23 Oktober lalu

Bakteria e-coli ditemui di Sungai Betu Ferringhi
Kualiti air Pantai Batu Ferringhi tepati piawaian
GEORGETOWN: Hasil analisis kimia yang diperoleh daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan kualiti air di Pantai Batu Ferringhi menepati piawaian kelas dua untuk aktiviti rekreasi dan peranginan pantai.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh, berkata sehubungan itu kerajaan negeri tidak akan menutup pantai berkenaan kepada pengunjung seperti yang disarankan sesetengah pihak.


Pencuri Tabung Masjid Diberkas
TELOK DATOK – “Tidak serik, atau sengaja,” itulah luahan ahli-ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) Telok Datok apabila sekali lagi berjaya menangkap seorang lelaki yang dipercayai berhasrat mencuri duit tabung masjid di Masjid As Syariff, Telok Datok.Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 pagi semalam disedari oleh sekumpulan SRS apabila melihat sebuah kenderaan jenis Kancil berwarna kelabu berhenti dalam keadaan mencurigakan berhampiran masjid.


Zizan Razak Selar ‘Jiran’ Tuduh Bersekedudukan
KUALA LUMPUR – Pelawak Zizan Razak menyelar individu yang mendakwa jirannya apabila menuduh dia dan aktres Emma Maembong bersekedudukan sejak enam bulan lalu.Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, berkata, individu tersebut sepatutnya berjumpa dengannya sendiri untuk mendapatkan penjelasan tentang dakwaan tidak berasas itu kerana ia memberikan impak negatif kepada kerjaya seninya.


Anjing Kongsi Susu Badan Wanita
Seorang wanita sanggup memberi susu badannya kepada seekor anak anjing yang hampir mati akibat enggan makan.Wanita yang enggan dikenali itu berkata, dia tidak sampai hati melihat anak anjing itu terlalu lemah kerana enggan makan.“Melihat keadaannya saya rasa seolah-olah anjing itu akan mati dalam sejam jika tidak makan kerana terlalu lemah dan tidak mampu bergerak.


Perut Meletup Terlebih Makan
Beijing – Seorang wanita berusia 58 tahun terpaksa melakukan pembedahan membuang perutnya yang ‘meletup’ selepas makan dan minum arak (terlalu banyak) ketika Festival Musim Bunga.Portal web Modern Express memetik, seorang pakar nutrisi di Hospital Friendship Beijing sebagai berkata, wanita berkenaan dihantar ke sebuah hospital di Suzhou, wilayah Jiangsu, sejam selepas mengalami bengkak teruk pada perutnya akibat terlebih makan dan didiagnos menghidap gastrektasia.

Foto
Pendaki Wanita Jerman Maut Jatuh Gunung Kinabalu
Ranau – Seorang pelancong wanita warga Jerman maut apabila terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu, di sini, jam 6.30 pagi tadi.Mangsa berusia 22 tahun kini dalam proses dibawa turun ke Timpohon dan dijangka tiba jam 2 petang.Difahamkan, mangsa bersama beberapa rakannya dikatakan sedang menunggu matahari terbit di puncak Gunung Kinabalu.

Pendaki maut jatuh gaung
SIMPANG PULAI – Kegembiraan sekumpulan 28 pendaki untuk pulang setelah menawan puncak Gunung Sugu, Cameron Highland, berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Lee Kar Giat, 61, dari Petaling Jaya, Selangor, terjatuh ke dalam gaung ketika menuruni gunung bersama rakan-rakannya.

Zaharudin
Dicabul selepas berkenalan 2 hari
TUMPAT - Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun menempuh detik hitam apabila dicabul kekasihnya yang baru dikenali dua hari.Pelajar terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah ini dikatakan keluar bersama teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Naim, 17.Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, Jumaat lalu, Naim, telah membawa pelajar tersebut pulang ke rumahnya di Kampung Berangan.

Bawa motor kuasa tinggi naik lif
Bawa motor naik lif
KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki yang sering membawa naik motosikal miliknya ke tingkat 14, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai, Sungai Besi, di sini terbongkar apabila dia terserempak dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang melakukan lawatan mengejut di kediaman itu.

Tinggal bersama mayat reput ibu
RENNES - PERANCIS . Seorang wanita warga emas ditemui hidup bersama mayat ibunya yang telah reput di barat laut Brittany, Perancis.Timbalan Pendakwa Patrick Lewden berkata, pihak berkuasa menemui mayat wanita itu yang disyaki telah meninggal dunia sejak beberapa tahun lalu di rumahnya di sebuah kampung Mael-Carhaix.


Anak Presiden Afrika Selatan Kena Siasat
Johannesburg – Anak lelaki Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma disiasat polis kerana membunuh tanpa niat selepas seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan kereta sportnya, lapor media semalam.Duduzane Zuma, 30, seorang ahli perniagaan, merempuh teksi bas mini dengan kereta Porsche miliknya sebelum tengah malam 1 Februari lalu di pinggir bandar raya Sandton, lapor akhbar Sunday Independent, Sunday Times dan radio Eyewitness News.


Kutuk RTM Gantung Sitkom Kopitiam 88
KUALA LUMPUR – Gerakan Media Marah (Geramm) tidak berpuas hati dengan tindakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menggantung penyiaran sitkom komedi Kopitiam 88.Geramm dalam satu kenyataan media mendakwa, tindakan penggantungan tersebut kerana salah seorang pelakon sitkom berkenaan terlibat dalam video parodi Tahun Baru Cina Teresa Kok dibuat secara melulu dan terburu-buru.


Kertas Jawapan Tersembunyi Dalam Telinga
Arab Saudi – Seorang lelaki tidak menyangka selepas 20 tahun, dia akhirnya mendapat semula kertas kecil yang digunakan untuk meniru dalam peperiksaan di sekolah.Kertas tersebut yang mengandungi jawapan peperiksaan, berada dalam telinganya.Dia hanya menyedari keadaan itu selepas mengalami kesakitan yang amat sangat di bahagian telinganya minggu lalu.


Dihujani Mesej Selepas Siar Nombor Di Topi
Sochi – Gara-gara menulis nombor telefon di topi keselamatan, seorang atlet sukan olimpik musim sejuk dari Rusia, Alexey Sobolev menerima panggilan telefon dan khidmas pesanan ringkas (sms) bertalu-talu daripada peminatnya.Sehingga kini lebih 2,000 sms diterima Sobolev.


Gafim Minta RTM Kaji Semula Penggantungan Sitkom '88 Kopitiam'
PETALING JAYA: Gabungan Persatuan Karyawan Malaysia (Gafim) berharap RTM akan menilai semua penggantungan sementara sitkom 88 Kopitiam berikutan salah seorang pelakonnya muncul dalam video sindiran sempena Tahun Baharu Cina berjudul 'Onederful Malaysia'.Presidennya, Jurey Latiff Rosli berkata, adalah tidak adil program itu digantung kerana hanya seorang pelakon terlibat dalam video berkenaan.


Maut lepas rantai perkahwinan diragut
IPOH – Seorang wanita, yang dalam perjalanan mengambil ibu saudaranya di tempat kerja, maut akibat terjatuh selepas diragut penjenayah di Jalan Hospital Slim River dekat Slim, petang kelmarin. Mangsa, M Shemavarthini, 26, dari Taman Bukit Slim, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5 petang di wad kecemasan hospital itu.


Suri rumah mati disembelih suami
BATU PAHAT 8 Feb. - Seorang suri rumah ditemui mati dengan lehernya hampir putus dipercayai disembelih suaminya di rumah mereka di Taman Setia Jaya di sini hari ini. Mangsa, Tan Wei Qi, 37, dipercayai mati di tempat kejadian akibat cedera parah dan mengalami pendarahan teruk kira-kira pukul 8.30 pagi.


Lelaki 9 rekod jenayah maut
BUKIT MERTAJAM 9 Feb. - Seorang lelaki tempatan yang mempunyai sembilan rekod jenayah dan pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat, maut ditembak di Flat Perai Jaya di sini malam tadi, disyaki akibat dendam.

Datuk Seri G. Palanivel
Laporan siasatan pencemaran pantai esok
GEORGETOWN - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan menyerahkan laporan siasatan kes pencemaran air sungai dan laut di Pantai Batu Ferringhi kepadanya esok.

No comments:

Post a Comment