Friday, February 14, 2014
Berita Terkini 14 Februari 2014
Kepala ‘dipancung’ lif
Moscow: Seorang wanita mati di hadapan anaknya yang berusia dua tahun dalam satu kemalangan lif di kediaman mereka yang menyebabkan kepalanya putus. Olga Tilinina, 20, bersama anaknya hendak menaiki lif di tingkat bawah kediaman mereka apabila pintu lif tiba-tiba tertutup. Separuh badan Olga tersepit pada pintu lif dan selebihnya terperangkap di dalam. Olga bagaimanapun sempat menolak anaknya keluar sebelum lif itu bergerak naik.
Buang cemburu siber
Kalau dulu sekadar MySpace dan Friendster, kemudian datang pula Facebook. Hari ini, muncul pula fenomena laman sosial jauh lebih menarik dan mudah termasuk Instagram dan Twitter. Semuanya atas satu objektif, berinteraksi dan memudahkan proses komunikasi antara satu individu kepada individu lain.
Senaman dari dalam, Yoga
Jarang benar kita mendengar lelaki aktif melakukan aktiviti yoga seperti wanita. Kebanyakan lelaki lebih gemar bersenam di dalam gimnasium dan beranggapan yoga adalah senaman yang tidak mencabar. Apa itu yoga?
Disiplin berhutang
Budaya berhutang seolah-olah sudah menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat kita. Budaya dan senario ini berpunca daripada sikap kita yang sangat suka berbelanja melebihi kemampuan poket diri sendiri. Orang tua selalu kata, ukur baju di badan sendiri. Tapi siapa yang dengar? Anak muda hari ini bukan saja tak mahu mendengar, tapi peribahasa itu diejek lagi. Kononnya tak relevan dan sudah basi untuk diambil pusing.
Projek kereta api laju KL-Singapura diteruskan
SINGAPURA - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura akan dilaksanakan walaupun mengambil masa untuk direalisasikan. Beliau berkata HSR merupakan inisiatif ekonomi, bukan sahaja melibatkan Kementerian Pengangkutan malah Unit Perancang Ekonomi.
Tidak mahu bersalin di penjara
AYER KEROH - Mahkamah Majistret di sini, memerintahkan seorang wanita yang sarat mengandung dipenjarakan selama 18 bulan kerana menipu seorang lelaki untuk berkahwin sehingga menyebabkan mangsa rugi RM29,800 dua tahun lalu. Majistret Syajaratudur Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mimi Sahima Ismail, 29, selepas dia mengaku bersalah atas empat pertuduhan dibacakan kepadanya.
Lebih 16,000 warga asing bawa kuman TB
KUALA LUMPUR - Berdasarkan data saringan pemeriksaan kesihatan ke atas pekerja asing sepanjang 2013, Turbecolosis (TB) atau batuk kering merupakan kadar penyakit tertinggi dalam kalangan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. Beliau berkata berdasarkan data Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Kesihatan (Fomema), TB mencatatkan jumlah kes sebanyak 16,751 atau 45 peratus daripada jumlah kes keseluruhan, manakala Hepatitis B sebanyak 5,348 kes (14 peratus) dan penyakit kelamin berjangkit (STD) ketiga tertinggi dengan 1,839 kes (1.4 peratus).
Ahli perniagaan rugi RM50,000 kereta dipecahkan
KLANG - Seorang ahli perniagaan kerugian RM50,000 selepas wang tunai yang diletak di dalam keretanya dilarikan dua suspek bermotosikal. Dalam kejadian kira-kira 10 malam semalam, mangsa berusia 40-an itu meletakkan keretanya di luar pagar rumahnya di Taman Chi Lung dekat sini. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi Bernama berkata, mangsa yang mendengar salakan anjing kemudiannya bergegas keluar dari rumah dan melihat kelibat dua individu melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.
Yahudi berniat runtuhkan Masjis al-Aqsa
YAHUDI dibawa ke masuk ke Baitulmuqaddis pada tahun 1920-an oleh British selepas kejatuhan kerajaan Khalifah Uthmaniyah. Alasan utama mereka dibawa masuk adalah untuk beribadat. Namun, tahun demi tahun jumlah pendatang Yahudi bertambah sehingga memaksa mereka membuka penempatan baharu di Baitulmuqaddis. Ia memberikan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk tempatan iaitu rakyat Palestin yang beragama Islam, namun ia tidak diendahkan oleh masyarakat Yahudi. "Pada ketika itu, Yahudi menerima perlindungan daripada British. Jadi mereka berani untuk melakukan apa sahaja.
Israel padamkan sejarah Palestin
"PENDUDUK Palestin menyerang pihak polis dengan batu dan kami perlu bertahan sebelum membalas serangan berkenaan dengan bom tangan pegun," kata jurucakap polis Israel Micky Rosenfeld. Rosenfeld mendakwa dalam kejadian selepas solat Jumaat di Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang juga dianggap lokasi suci Yahudi, Temple Mount itu, penduduk Palestin bertindak melemparkan batu ke arah pihak polis. Pasukan polis Israel yang ketika itu sedang berkawal di Mughrabi di pekarangan luar masjid, mengambil tindakan melepaskan bom tangan pegun untuk mempertahankan diri.
Lubang terbentuk di dalam muzium kereta AS
BOWLING GREEN, Kentucky - Sebanyak lapan buah kereta terjatuh ke dalam sebuah lubang besar yang terbentuk secara tiba-tiba di Muzium Kebangsaan Corvette di sini kelmarin. Lapan buah kereta model Corvette itu mempunyai nilai yang tinggi dalam sejarah pembuatan kenderaan di Amerika Syarikat. Kereta yang jatuh ke dalam lubang itu ialah Corvette hitam keluaran tahun 1962, kereta PPG Pace keluaran 1984, 1 Millionth Corvette berwarna putih buatan tahun 1992 dan kereta Ruby Red Corvette yang dikeluarkan pada tahun 1993.
Wakil rakyat kena semburan lada
NEW DELHI - Seorang wakil rakyat, L. Rajagopal daripada Parti Kongres membuat semburan lada di dalam bangunan Parlimen di sini semalam. Dia yang datang dari negeri Andhra Pradesh melakukan perbuatan itu bagi membantah rang undang-undang penubuhan sebuah negeri baharu di selatan India. Rajagopal menyembur lada itu di dalam bangunan Parlimen menyebabkan beberapa wakil rakyat terpaksa dihantar ke hospital kerana mengalami masalah pernafasan selepas terkena semburan tersebut.
Wanita amuk selepas kekasih enggan berasmara dengannya
GLENDALE, Arizona - Seorang wanita, Ashley Marie Prenovost mengamuk selepas kekasihnya enggan berasmara dengannya, lapor akhbar New York Daily News kelmarin. Prenovost yang berusia 24 tahun itu menumbuk dinding dan cermin selepas kekasihnya enggan menjalin hubungan seks dengannya. Dia juga dituduh membawa anak perempuannya yang berusia empat bulan keluar dari rumahnya di sini dan menjerit-jerit dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu.
Bayi di negeri Mexico dilarang diberi nama Robocop
BANDAR RAYA MEXICO - Ibu bapa di negeri Sonora, barat laut Mexico tidak dibenarkan untuk menamakan anak mereka dengan nama Robocop, Twitter, Yahoo, James Bond, Terminator dan Rambo. Robocop, Terminator dan Rambo merupakan nama watak yang terkenal dalam filem keluaran Hollywood. Turut diharamkan ialah nama bahagian yang terdapat dalam kemaluan lelaki iaitu scrotum.
Thailand usir 1,300 etnik Rohingnya
BANGKOK - Kerajaan Thailand mengusir 1,300 orang pelarian Rohingnya kembali ke Myanmar, kata seorang pegawai tinggi negara ini semalam. Tindakan itu sekali gus mengabaikan amaran yang dilancarkan aktivis-aktivis kemanusiaan di dunia bahawa etnik Rohingya ditindas di Myanmar. Ribuan etnik Rohingya yang dilabelkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai antara penduduk minoriti yang paling ditindas di dunia telah melarikan diri dari barat Myanmar dengan menaiki bot sejak tahun 2012.
Katrij, toner tiruan dirampas
BANGI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 1,333 unit katrij dan toner tiruan pelbagai jenama bernilai RM333,250 dalam serbuan di sebuah kedai dua tingkat di Jalan Medan Pusat Bandar 2D, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi di sini semalam. Dalam serbuan itu, seorang lelaki berusia 33 tahun yang dipercayai penjaga premis itu ditahan bagi membantu siasatan.
Guru mengamuk belasah empat pelajar
SITIAWAN - Empat pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini melalui detik menakutkan apabila seorang guru lelaki mengamuk dan bertindak membelasah mereka sehingga mengalami kecederaan kelmarin. Dalam kejadian pukul 5 petang di makmal komputer sekolah itu, guru berkenaan didakwa menendang sebelum menumbuk dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan. Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun mendakwa, dia ditendang di muka oleh guru tersebut hanya kerana tidak membawa buku latihan.
Polis buru kekasih Josephine Mary
SHAH ALAM 13 Feb. - Polis sedang mencari bekas teman lelaki pemilik akaun Facebook dengan nama Josephine Mary bagi membantu siasatan berhubung status laman sosial itu yang mengandungi hasutan, cacian dan fitnah melampau terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Menurut sumber, lelaki itu dipercayai berada di Seremban, Negeri Sembilan. Jelas sumber itu lagi, lelaki tersebut pernah mengamuk dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah rumah Josephine Mary, 27, di Taman Megah, Kajang pada November tahun lalu.
2 juta warga kota bakal berdepan krisis air
KUALA LUMPUR 13 Feb. - Jutaan penduduk Lembah Klang akan menghadapi masalah bekalan air bersih yang kritikal jika cuaca panas berterusan untuk tempoh tiga minggu lagi. Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pada ketika ini, air di Empangan Sungai Selangor dan Klang Gate berada pada tahap 60 peratus iaitu menghampiri keadaan kritikal. "Keadaan ini akan memberi impak besar kepada hampir dua juta pengguna yang bergantung kepada sumber air dari kawasan tadahan tersebut.
Kelemahan ringgit bukan isu utama -Mustapa
BATU KAWAN 13 Feb. - Kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai kesan terhadap perdagangan dan pelaburan di negara ini. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini bukan menjadi isu utama bagi perdagangan negara pada masa sekarang. Beliau berkata, kementeriannya belum menerima apa-apa isu yang serius daripada pengimport dan pengeksport.
FDI Malaysia 2013 cecah RM38.8b
KUALA LUMPUR 13 Feb. - Malaysia berjaya menarik pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM38.8 bilion sepanjang tahun 2013, peningkatan 24 peratus berbanding RM31.1 bilion yang dicapai pada tahun 2012.Prestasi FDI itu dianggap sangat baik walaupun ekonomi masih dalam pemulihan yang perlahan dan tidak menentu. Malah, peningkatan FDI di Malaysia adalah lebih baik berbanding FDI di peringkat global iaitu sebanyak 11 peratus jika dibandingkan dengan negara-negara membangun (6.2 peratus) dan 2.4 peratus di peringkat Asia Tenggara seperti yang dilaporkan oleh Persidangan Pembangunan dan Perdagangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD).
Rawatan topeng api
Digunakan meluas di salun di China, untuk mencantikkan wajah. Ingin cantik tapi menyakitkan? Jawapan bagi persoalan itu ya jika individu melakukan prosedur mengubah wajah seperti pembedahan atau sebagainya. Itulah hakikatnya, di China apabila wanita di negara itu sanggup mendedahkan paras wajah dan tubuh mereka untuk dijilat api menerusi pupur wajah atau dikenali sebagai Topeng Api untuk mendapatkan wajah yang cantik.
Ikan RM1 juta mati tercemar
Gelang Patah: Kira-kira 10 tan ikan pelbagai spesies bernilai lebih RM1 juta mati sejak seminggu lalu dipercayai akibat pencemaran air Selat Johor.Kejadian itu menyebabkan hampir 10 pengusaha ikan dalam sangkar dan 250 nelayan, masing-masing rugi besar, selain hilang mata pencarian. Masalah itu dikatakan berpunca daripada kerja menyedut dan penambakan pasir sejak sebulan lalu berdekatan kawasan perairan berkenaan yang menjadi lokasi nelayan mencari rezeki. Pengusaha sangkar ikan, Lee Boon Hock, 30, berkata pencemaran air itu menyebabkan hampir 90 peratus ikan yang diternak dalam 130 sangkar ikan mati membabitkan kerugian hampir RM150,000.
Profesional, cantik mudah kena tipu
Kuala Lumpur: Wanita cantik, berpendidikan dan memegang jawatan tinggi dalam sektor kerajaan atau swasta dikenal pasti paling mudah terperangkap dengan sindiket cinta siber. Pengerusi Biro Aduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, berkata kebanyakan kes dikendalikannya membabitkan wanita profesional yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi seperti pensyarah, pegawai kanan kerajaan dan doktor.
Kena penjara 56 tahun, denda RM5.02 juta
Bekas pengurus besar kewangan MIMOS bersalah atas 8 tuduhan rasuah. Kuala Lumpur: Bekas pengurus besar kewangan MIMOS Berhad, dijatuhi hukuman penjara 56 tahun dan denda RM5.02 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah atas lapan tuduhan meminta dan menerima rasuah lebih RM1 juta, antara 2001 dan 2002.Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain, membuat keputusan itu terhadap Khairuddin Khalid, 54, selepas mendapati pembelaan tertuduh menerusi peguam belanya, Azi Azlin Zulkifli, gagal menimbulkan keraguan munasabah.
DEFISIT TURUN ATASI JANGKAAN 2013
Prestasi baik diraih ketika pasaran global tak menentu, kerajaan berada di landasan tepat capai sasaran 3.5 peratus. MALAYSIA berjaya mengurangkan defisit fiskalnya kepada 3.9 peratus pada 2013, lebih baik daripada unjuran awal 4.0 peratus yang diumumkan kerajaan sebelum ini.
Ribut ais landa AS
Empat maut, ratusan ribu rumah terputus bekalan elektrik, 3,700 penerbangan dibatalkan. WASHINGTON: Ribut ais dahsyat menyebabkan berpuluh orang terperangkap di atas jalan raya licin, manakala beratus ribu rumah di Amerika Syarikat terputus bekalan elektrik kelmarin ketika rakyat negara itu mencari perlindungan daripada amukan terbaru alam semula jadi.
Negara kita pilihan pelabur antarabangsa
Kuala Lumpur: Malaysia terus menjadi pilihan pelabur antarabangsa apabila berjaya menarik RM38.77 bilion pelaburan langsung asing (FDI) tahun lalu, meningkat 24 peratus berbanding RM31.12 bilion pada 2012. Ia mengatasi rekod tertinggi FDI berjumlah RM37.33 bilion pada 2011, iaitu peningkatan 3.9 peratus walaupun berhadapan pemulihan perlahan dan persekitaran ekonomi tidak menentu.
Bank digesa beri subsidi faedah rumah
Institusi kewangan dan perbankan di negara ini digesa menawarkan subsidi ke atas kadar faedah pinjaman pembelian hartanah bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah pertama. Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan, berkata kadar semasa faedah pinjaman yang ditawarkan institusi kewangan kini adalah terlalu tinggi dan tidak membantu golongan berkenaan membeli rumah pertama.
SUBSIDI RUMAH, Bantuan RM30,000
MyHome: Subsidi RM30,000
Skim MyHome sedia bantuan maksimum RM30,000 untuk beli rumah pertama Putrajaya: Kerajaan menyediakan bantuan kewangan sehingga RM30,000 kepada kumpulan pendapatan isi rumah kurang RM3,000 untuk membeli rumah pertama pada harga rumah kos rendah, bermula 1 April depan.
Ekonomi dijangka tumbuh 5.5 peratus
KINABATANGAN – Seorang lelaki warga Filipina cedera ditembak selepas cuba menyerang anggota polis yang cuba menahannya di kawasan Hutan Simpan Sempadan Ladang Melabau di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kinabatangan DSP Martin Lugu berkata lelaki berusia 40 tahun itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
Labels:
Berita Terkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment